TOP
Cabaran Cipta Aplikasi Mudah Alih Dalam Masa 24 Jam Bermula
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat ruang pameran KL Converge di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Rabu.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (kiri). Acara tiga hari itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hampir 200 peserta Hari Pembangun Malaysia 2014, yang dibahagikan kepada tiga atau empat orang bagi satu kumpulan, mula memerah otak masing-masing bagi menghasilkan aplikasi mudah alih terbaik yang mampu menawan hati para hakim pada Khamis. Mereka perlu melakukannya dalam tempoh 24 jam dan mempunyai masa sehingga pukul 2.00 petang Khamis. Kumpulan yang berjaya menghasilkan aplikasi terbaik berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih AS$15,000 (RM47,958) termasuk 12 biasiswa untuk latihan perisian dalam talian bagi memperkasa generasi pencipta inovasi di rantau ini. Bertemakan 'Membina Sebuah Ekosistem Digital', peserta bersaing dalam tiga kategori iaitu Aplikasi Terbaik Untuk Pembabitan Komuniti, Aplikasi Terbaik Untuk Bandaraya Pintar dan Aplikasi Terbaik Untuk Pengkomersilan. Sebaik cabaran bermula, pemikiran kreatif peserta boleh dilihat daripada perbincangan mereka yang semakin hangat seperti kumpulan dari University Nottingham Malaysia, yang terletak di Semenyih, Selangor. Pelajar terbabit - warga Malaysia Ahmad Firdani Azim, Ahmad Allauddeen Mostafa dan seorang warga India Sharshad Kara Kuni sangat berminat untuk membangunkan satu aplikasi mudah alih bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. "Kami ingin mencipta satu aplikasi yang dinamakan 'Drop A Buck' bagi membolehkan orang ramai dan mereka yang memerlukan menggunakannya bagi tujuan amal. Ini akan membolehkan mereka yang memerlukan bantuan mengetengahkan kesulitan mereka secara dalam talian dan orang lain boleh tampil menghulurkan bantuan," kata Ahmad Firdani. Pemenang bagi setiap kategori berpeluang membentangkan aplikasi mereka pada Jamuan Malam Gala KL Converge pada Jumaat bagi merebut hadiah utama AS$10,000. Acara anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama AT&T Amerika Syarikat dua tahun berturut-turut, cabaran kali ini ialah membangunkan satu aplikasi mudah alih yang berfungsi sepenuhnya bermula daripada sifar. Dalam kenyataan pada permulaan pertandingan ini, Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Y.Yun menarik perhatian bahawa pembangun aplikasi mudah alih mempunyai pengaruh yang besar terhadap kehidupan orang ramai. "Mereka mempunyai pengaruh yang besar tentang bagaimana kita bekerja dan bersantai selain mendapat manfaat (kewangan) daripada ciptaan mereka," katanya. Pengarah Eksekutif AT&T Jake E. Jennings pula berpendapat pertandingan itu lebih menarik tahun ini dengan penyertaan pembangun aplikasi di peringkat antarabangsa. "Pertandingan ini bukan sekadar mencipta satu aplikasi sebaliknya ia adalah berkaitan mempelajari pengalaman baharu, membabitkan diri dengan pembangun aplikasi, berkongsi pengetahuan dan pengurusan masa," katanya kepada Bernama. Setiap pasukan dikehendaki mengenal pasti satu isu dan mencari penyelesaian dengan mencipta satu aplikasi, katanya. Para hakim akan menilai produk peserta berdasarkan tiga kriteria iaitu keaslian, aspek teknikal dan kemahiran pembentangan. - mstar

Penderma Tak Dikenali Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17
LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine.
Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman.
Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa.
Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch.
"Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga.
Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta) untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu.
Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu.
Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.
Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia.
Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland.
Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta). - mstar
TOP
Polis Cari Saksi Insiden Kanak-Kanak M'sia Maut Tercampak Permainan Berpusing
Permainan Airmaxx 360 di taman tema Royal Adelaide Show.
SYDNEY: Polis sedang mencari saksi insiden seorang kanak-kanak perempuan warganegara Malaysia yang maut akibat tercampak ketika sedang menaiki sebuah permainan, Airmaxx 360 di Royal Adelaide Show di Adelaide, Australia pada Jumaat lalu. Menurut laporan Sydney Morning Herald pada Rabu, penyiasat polis sedang mencari saksi bagi kejadian itu. Laporan itu menyatakan bahawa polis mahu mendengar daripada sesiapa yang mempunyai gambar atau rakaman video mengenai permainan itu ketika beroperasi atau mereka yang mempunyai pengalaman aneh ketika menaikinya. "Malah butiran kecil juga menjadi maklumat penting yang membawa kepada pemahaman jelas berhubung kejadian," lapor Sydney Morning Herald yang memetik Ketua Inspektor, Selena Dinning sebagai berkata. Sydney Morning Herald berkata, polis menyediakan laporan untuk koroner dan telah bercakap dengan 30 sehingga 40 orang sejak Jumaat lalu. Turut memetik Dinning sebagai berkata bahawa masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pengendali operasi permainan itu akan didakwa. Dilaporkan, Adelena yang setinggi 120 sentimeter memenuhi syarat ketinggian untuk menaiki permainan itu. Sydney Morning Herald berkata, permainan itu merupakan tarikan baharu di Royal Adelaide Show pada tahun ini, dan agensi kesihatan dan keselamatan SafeWork SA telah mengarahkannya ditutup daripada digunakan orang awam. - mstar

PKR, DAP Diingatkan Agar Tidak Khianati Kerjasama - Abdul Hadi
BATU PAHAT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP diingatkan supaya tidak mengkhianati tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dijalinkan bersama PAS.
Peringatan tegas itu dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat berkenaan sekali lagi berhadapan dengan krisis politik membabitkan isu menteri besar Selangor.
"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak mengkhianati tahaluf ini.
"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.
Sejak PKR melancarkan 'Langkah Kajang' untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar awal tahun ini, PAS-PKR-DAP dilihat bergelut dalam krisis berpanjangan yang belum akhir.
Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.
Lebih memburukkan keadaan, PAS turut dituduh cuba mengkhianati kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat bagi menjalinkan kerjasama dengan Umno dan membentuk kerajaan campuran di Selangor untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar walaupun beliau kini merupakan wakil rakyat Bebas.
Mengulas lanjut mengenainya, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan PAS tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Umno dan menyifatkan tuduhan itu adalah fitnah terhadap parti itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita.
"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan umah berasaskan tali Allah," katanya.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, kerjasama politik PAS dalam Pakatan Rakyat mestilah berteraskan ajaran Islam dan bukannya menjadikan matlamat politik sebagai sasaran utama.
"Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain atau parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.
"Oleh yang demikian dengan merujuk kepada syarat-syarat tahaluf yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS serta hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan," katanya. - mstar
TOP
Diego Costa Cedera, Mampu Bermain Satu Perlawanan Seminggu
JOSE MOURINHO mendakwa penyerangnya, Diego Costa tidak mampu bermain lebih daripada satu perlawanan dalam tempoh seminggu berikutan kecederaan hamstring yang dialami.
Costa yang menjaringkan tujuh gol untuk Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris setakat ini terpaksa menjadi pemain simpanan pada perlawanan Liga Juara-juara Eropah bertemu Schalke yang menyaksikan skuad tersebut seri 1-1 di gelanggang sendiri.
Costa (kanan) dan Loic Remy.
Kecederaan Costa turut mendorong Mourinho menyalahkan skuad kebangsaan Sepanyol yang didakwa gagal menyelia masalah otot pemain dengan baik. "Dia (Costa) ke skuad kebangsaan dalam keadaan sempurna tetapi pulang dengan kecederaan. "Apa yang berlaku pada Costa turut menimpa banyak pemain negara lain. Saya tidak ada lain untuk berkata. "Dia bermain satu perlawanan dengan baik, kemudian bila bersama pasukan kebangsaan dan bermain menentang Perancis, dia pulang dalam kecederaan," jelasnya.
Dalam perlawanan bertemu Schalke, Costa dimasukkan ketika perlawanan berbaki 17 minit.
Dalam perlawanan seterusnya, Chelsea memerlukan khidmat Costa untuk berdepan Manchester City pada Ahad ini. - mstar

Keputusan Liga Juara-Juara
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis:
AS Roma 5 - 1 CSKA Moscow
Bayern Munich 1 - 0 Manchester City
FC Barcelona 1 - 0 APOEL Nicosia
Ajax 1 - 1 Paris Saint-Germain
Chelsea 1 - 1 Schalke 04
NK Maribor 1 - 1 Sporting Lisbon
FC Porto 6 - 0 BATE Borisov
Athletic Club 0 - 0 Shakhtar Donetsk
- mstar
AS Roma 5 - 1 CSKA Moscow
Bayern Munich 1 - 0 Manchester City
FC Barcelona 1 - 0 APOEL Nicosia
Ajax 1 - 1 Paris Saint-Germain
Chelsea 1 - 1 Schalke 04
NK Maribor 1 - 1 Sporting Lisbon
FC Porto 6 - 0 BATE Borisov
Athletic Club 0 - 0 Shakhtar Donetsk
- mstar
TOP
80 penumpang dikhuatiri lemas di Bangui
BANGUI 18 Sept - Seramai 80 penumpang hilang apabila sebuah bot yang dinaiki mereka tenggelam di Sungai M’pokok di selatan Bangui, di Republik Afrika Tengah pada minggu lalu, kata kerajaan negara itu semalam.
"Kira-kira seramai 20 orang dapat diselamatkan. Lebih 100 orang dilaporkan menaiki bot itu.
"Persoalan kita ialah bagaimana sejumlah 100 orang bersetuju untuk menggunakan bot yang tidak sesuai digunakan itu," kata Menteri Pengangkutan, Silvere Yabada kepada AFP.
Beratus-ratus orang merentasi Sungai M’poko setiap hari, antara kawasan luar bandar dan ibu negara. - AFP / Utusan
TOP
"Saya cuma Berasmara, Tak Buat Seks Pun"
Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”
Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.
Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.
Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.
Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.
“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.
“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. – HARIAN METRO
TOP
Datuk Guna Cucu Umpan Budak Perempuan Dengan RM 5
Kuala Lumpur: Datuk RM5. Mungkin itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki warga emas yang selera jijik iaitu melakukan s#ks oraI terhadap beberapa kanak-kanak perempuan di sekitar rumahnya dengan membayar RM5 kepada mangsa.
Lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai menggunakan cucu perempuannya sebagai umpan untuk mengajak rakan-rakannya berusia sembilan dan 10 tahun datang ke rumah suspek.
Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak perempuan didakwa menjadi mangsa nafsu buas suspek yang menjadikan rumahnya di Pantai Dalam sebagai lokasi untuk melakukan perbuatan itu sejak 10 bulan lalu.
Bagaimanapun, perbuatan itu diketahui ahli keluarga mangsa Isnin lalu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai, Ahad lalu untuk tindakan lanjut.
Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek mula melakukan perbuatan itu sejak penghujung tahun lalu bermula dengan cucunya sendiri. - Harian Metro
TOP
Wak Mengaku Iman Mahdi Di Melaka
Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani
Melaka – Lelaki berusia 53 tahun dipercayai ketua ajaran sesat yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di Kampung Batu Gajah, Isnin lalu dikatakan mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud. Ketua Penguat Kuasa JAIM Rahimin Bani berkata, pendedahan itu dibuat bekas pengikutnya ketika siasatan dilakukan hasil beberapa laporan polis termasuk di Ampang, Selangor Isnin lalu.
Rahimin Bani menunjukkan logo dan simbol yang akan dimusnahkan yang digunakan oleh kumpulan ajaran sesat mirip Hakikat Insan yang beroperasi di sebuah rumah di Kampung Batu Gajah Pasir Merlimau di Jasin, Rabu. Terdahulu Jaim menahan tiga lelaki masing-masing berusia 26, 51, dan 54 tahun termasuk ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dan isteri serta anak perempuannya dalam serbuan yang dilakukan pada Isnin. - Foto BERNAMA
Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu turut mengakui mereka perlu melafazkan kalimah syahadah yang membawa makna bercanggah dengan Islam selain berpuasa selama 44 hari bagi menyucikan diri. “Suspek dikenali sebagai Pak Engku atau Wak dalam kalangan pengikutnya didakwa mengaku sebagai Imam Mahadi dan Sultan Mahmud. “Dia dipercayai memperkenalkan amalan puasa pemutih kepada pengikut bertujuan menyucikan diri selain dilarang memakan makanan berdarah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JAIM di Bukit Palah, di sini, semalam. – myMetro Online

Ebola Berisiko Jangkiti Ratusan Ribu Orang
ATLANTA – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menggesa masyarakat dunia supaya bertindak memerangi wabak demam Ebola yang melanda Afrika Barat.
Pada masa yang sama, beliau yang berucap di Atlanta, memberi amaran epidemik itu ‘di luar jangkaan’ dan kini ‘merebak di luar kawalan’.
Berucap mengumumkan rancangan AS untuk mengerahkan seramai 3,000 kakitangan tentera ke Afrika Barat bagi memerangi virus maut itu, Obama berkata, wabak Ebola merebak dan meningkat dengan begitu pantas..
“Inilah yang sebenarnya berlaku di Afrika Barat, Ebola menjadi epidemik yang belum pernah kita lihat sebelum ini.
“Hari ini, beribu-ribu orang di Afrika Barat menghidap demam Ebola. Bilangan itu akan meningkat dengan cepat kepada puluhan ribu pesakit.
“Jika wabak ini gagal ditangani segera, kita akan melihat beratus-ratus ribu orang dijangkiti virus Ebola yang boleh mendatangkan impak negatif untuk kita semua dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan ,” tambah Obama.
Wabak Ebola telah membunuh lebih 2,400 orang di Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone pada tahun ini.
Virus maut itu boleh menyebabkan kematian dalam tempoh hanya beberapa hari.
Pesakit Ebola akan mengalami demam teruk, sakit otot, lemah, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang boleh membawa maut.
Setakat ini, masih belum ada rawatan dan vaksin berdaftar yang dapat mengubati Ebola. – AFP / Kosmo
TOP
Wenger Minta Peminat Gunners Bersabar
DORTMUND – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memohon pengkritik serta peminat kelab itu supaya bersabar terutama dengan penyerang England, Danny Welbeck selepas mempamer persembahan longlai ketika tewas 2-0 kepada Borussia Dortmund dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.
Wenger, yang akan mengemudi Arsenal bertemu kelab di posisi kedua Liga Perdana Inggeris, Aston Villa, Sabtu ini cukup layu berdepan Dortmund yang berjaya memaksa skuad bimbingannya itu mendedahkan segala kelemahan.
“Cukup sukar untuk membuat penilaian individu sebarang pemain kerana sebagai satu pasukan kami tidak berada pada tahap yang dimahukan,” kata Wenger.
“Mereka (Dortmund) amat, amat kuat di bahagian tengah, ya lebih kuat berbanding kami di bahagian tengah. Ia amat sukar…”
Wenger yang enggan untuk mengulas persembahan buruk pemainnya sehingga melihat kembali video rakaman begitupun terus mempertahankan Welbeck yang dipikat dari Manchester United pada hari terakhir perpindahan musim panas lalu.
“Danny akan meningkat, kita tidak perlu risau mengenai perkara itu. Dia bermain dengan baik pada separuh masa pertama. Dia memiliki satu atau dua peluang yang baik, namun gagal menyelesaikannya.
“Ada satu daripadanya amat jelas… Kita perlu bersabar terhadapnya,” kata Wenger.
Pada separuh masa pertama, Welbeck memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol selepas mendapat hantaran Aaron Ramsey namun rembatannya tersasar jauh.
Peluang yang dipersiakan itu turut diperli seorang pengulas perlawanan, yang mengatakan ia adalah contoh bijak mengapa Arsenal mahu mendapatkannya dan pada masa sama, kesilapan itu juga menjawab mengapa United gembira melepaskannya. – Reuters / BH Online
TOP
RM1 Juta Untuk Pendidikan Anak Kru Kabin MH370, MH17
GENTING HIGHLANDS – Eu Yan Sang dan Kumpulan Genting masing-masing berikrar untuk menyumbang RM500,000 kepada penubuhan Yayasan Pendidikan bagi anak-anak kru kabin Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dan MH17.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dilantik sebagai penaung yayasan itu, memuji Eu Yan Sang kerana menubuhkan yayasan berkenaan dan melaksanakan usaha amal lain hingga dapat menambah baik kehidupan golongan tidak bernasib baik di Malaysia.
“Hati saya tersentuh apabila mengenangkan keluarga (MH370 dan MH17) yang yang terlibat. Kehilangan yang mereka alami adalah amat besar dan tiada kata-kata dapat menenteramkan mereka.
“Kita tidak boleh bayangkan kesengsaraan yang mereka lalui apatah lagi untuk memahami kesedihan mereka. Apa yang kita boleh lakukan ialah meneruskan usaha bagi memastikan setiap keluarga mendapat perhatian selain berdoa bagi mereka yang telah pergi tanpa mengira latar belakang agama atau kaum,” katanya dalam ucapannya pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-135 Eu Yan Sang di sini.
Dengan negara melalui kesukaran besar baru-baru ini, Hishammuddin berkata beliau gembira melihat adanya semangat tanggungjawab terhadap masyarakat dalam kalangan industri tempatan yang membantu mereka yang memerlukan.
“Ia menzahirkan aspirasi kerajaan untuk melihat lebih banyak organisasi swasta dan awam mengambil pendirian kukuh dalam program tangguungjawab sosial korporat mereka yang tertumpu kepada ideologi hormat-menghormati, kasih sayang dan amal.
“Pada masa akan datang, kami berharap untuk melihat lebih banyak entiti mempelopori falsafah ini ketika kita berusaha menjadi sebuah negara yang bukan sahaja berteraskan ekonomi malah bertanggungjawab daripada segi moral,” kata beliau.
Pada majlis itu, Eu Yan Sang juga menyumbang RM1.26 juta kepada Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser dan Pemegang Amanah Berdaftar Yayasan Joseph William Yee Eu. – BERNAMA
TOP
Warga Pakistan dicari bantu siasatan kes bunuh
TUMPAT - Polis sedang memburu seorang lelaki warga Pakistan berhubung kematian seorang kontraktor balak di sebuah rumah di Kampung Bukit Jering, Jeli, Isnin lepas.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Ong Cheng Chin, 65, dari Kuala Lipis, Pahang ditemui orang ramai dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mulutnya disumbat kain di rumah berkenaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan berkata, pihaknya sedang mengesan lelaki dikenali sebagai Abdullah @ Zahid, 34, bagi membantu siasatan.
"Kita percaya dia masih berada di dalam negara dan gerakan memburu sedang dijalankan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pangkalan Gerakan Polis Marin Pengkalan Kubor di sini hari ini.
Mazlan berkata bedah siasat mendapati mangsa mati kerana gagal bernafas.
"Kami percaya mangsa telah dibunuh tiga hari sebelum mayatnya dijumpai oleh orang ramai," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata kes penipuan Internet, iaitu melalui laman sesawang mudah.my mencatat peningkatan.
Beliau berkata dalam tempoh Jan hingga Ogos tahun ini, terdapat 89 kes dilapor berbanding 44 pada tahun sebelumnya.
"hampir tiap-tiap bulan ada kes ini, kerugian yang dicatat juga bertambah dari RM61,029 bagi tahun lepas kepada RM130,387 pada tahun ini.
"Mangsa mudah terpedaya dengan barangan yang diiklan melalui laman sesawang, sindiket ini menipu orang ramai dengan menyuruh pembeli memasukkan deposit terlebih dahulu sebaliknya barang yang dibeli pelanggan tidak dihantar," katanya.
Selain mudah.my, kumpulan terbabit menggunakan laman sosial Facebook lelong.my dan hahasale.com untuk menipu orang ramai. - Bernama
TOP
Asmara di sebalik tirai besi
Suami orang dicekup bersama janda di sebuah hotel yang diubah suai di Simpang Kuala.
ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar. Tinjauan mendapati keadaan bilik seolah-olah dalam penjara kerana mangganya dikunci di luar dan memberi peluang pasangan kekasih melampiaskan nafsu serakah mereka. Malah, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) perlu membuka kunci dari luar bilik ketika melakukan operasi bersempena Hari Malaysia di kediaman tersebut. Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, taktik mengunci bilik dari luar sedemikian seolah-olah ingin mengaburi mata penguat kuasa. “Apabila bilik dikunci dari luar, manakala motosikal disembunyikan dalam bilik motel seolah-olah kelihatan tiada orang, sedangkan pasangan berkenaan sedang seronok bermadu kasih dalam hotel diubah suai itu. “Dalam serbuan terbabit, pihak kami mendapati seorang janda berusia 22 tahun ditahan bersama pasangannya, mekanik yang juga suami orang berumur 24 tahun,” katanya. Menurutnya, pasangan kekasih dari Pendang ini memberi alasan bertemu hanya kerana ingin membincangkan mengenai perkahwinan mereka memandangkan hasrat tidak dipersetujui si isteri . "Tetapi ketika serbuan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, manakala pasangan wanita lengkap pakaian menyembunyikan diri dalam bilik air. “Turut ditahan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wanita bersama pasangan masing-masing, kontraktor dan kerani dalam operasi jam 11 malam hingga 3 pagi itu,” katanya. Katanya, antara alasan dicipta mereka adalah menemani pasangannya belajar dan membincangkan hal perkahwinan mereka dalam bilik hotel terlibat. "Ada pasangan didapati hanya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook, WeChat ataupun WhatsApp sebelum mengambil keputusan bertemu. Oleh itu, katanya, dia meminta ibu bapa sentiasa memantau pergaulan dan pergerakan anak mereka. "Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di hotel terlibat demi memastikan kes sedemikian berkurangan," katanya. - Sinar

Nahas libatkan 150 kenderaan
Kabus tebal dipercayai menjadi punca nahas menggemparkan di Netherlands.
THE HAGUE - BELANDA. Sekurang-kurangnya dua maut dalam kemalangan melibatkan 150 kenderaan di lebuh raya sesak di selatan Netherlands, semalam. Pihak berkuasa memaklumkan, insiden menggemparkan itu berlaku di kedua-dua laluan antara bandar Goes dan Middelburg terletak kira-kira 150 kilometer (km) di barat daya Amsterdam. "Punca nahas itu mungkin disebabkan kabus tebal yang menjejaskan jarak penglihatan pengguna lalu lintas," menurut jurucakap pegawai keselamatan wilayah Zeeland menerusi akaun Twitter rasmi mereka. Hans Hubregtse turut memaklumkan sebanyak 50 ambulans dikerah ke lokasi kejadian di Heinkenszand, kira-kira 8 km di luar Goes. Difahamkan menurut AFP, laluan di kedua-dua arah juga ditutup bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa yang masih terperangkap. - AFP

Terpaksa berendam dalam cecair tar 20 minit
Pekerja warga Bangladesh ini bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki berisi cecair tar.
KUALA BERANG - [DIKEMASKINI] Malang tidak berbau! Seorang pekerja warga Bangladesh bertukar menjadi orang minyak selepas terjatuh dalam tangki minyak berisi cecair tar, pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa seorang pekerja di sebuah kuari di daerah ini terpaksa berendam dalam takungan cecair tar itu selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan setelah jeritannya didengari rakan sekerjanya. Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berusia 30-an sedang melakukan kerja penyelenggaraan bagaimanapun ketika cuba mengambil peralatannya yang terjatuh ke dalam tangki berisi cecair tar tersebut dia tergelincir dan turut tercampak ke dalam tangki. Menurut sumber, mangsa menjerit meminta tolong beberapa lama sebelum pekerja lain menyedari kejadian itu dan berusaha membantu mengeluarkan mangsa. “Pekerja warga Bangladesh ini dibawa keluar menggunakan tali yang diikat pada sebuah jengkaut kerana usaha awal membantu dengan cuba menariknya ke atas tidak berhasil. "Ketika dia berjaya ditarik keluar, dia begitu keletihan serta tidak bermaya. Malah, seluruh tubuhnya dipenuhi tar seperti orang minyak," katanya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Pegawai Bomba Salim Mansor berkata, pihaknya turut menerima panggilan berhubung kejadian itu yang memaklumkan ada seorang lelaki terjatuh dalam tangki minyak. “Pihak kami menerima panggilan jam 10.02 pagi dan bergegas ke tempat kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota. "Sebaik tiba di sana didapati mangsa telah dibawa keluar oleh rakan sekerjanya daripada tangki tersebut," katanya. - Sinar

Bekas MB: Yang buat masalah parti, bukan sultan
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) perlu akur dengan kehendak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengkehendaki lebih daripada satu nama calon, kerana arahan sultan tersebut ada rasionalnya. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, seharusnya PR akur dengan kehendak Sultan Selangor kerana permasalahan yang berlaku tersebut adalah berpunca daripada parti, dan sultan hanya mahu menyelesaikannya. "Kalau sudah hantar nama sultan tak nak, cadanglah nama lain. Kalau serah nama, sultan terima. Alhamdulillah. “Permasalah sekarang bermula daripada parti dan bukannya sultan, jadi sultan tidak sepatutnya diheret dalam isu pengantian menteri besar yang baharu,” katanya pada Wacana Siri ke-31, Kerusi Panas Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini. Dalam masa yang sama, Muhammad Taib mengingatkan Pas supaya terus memelihara sokongan bukan melayu dan tidak terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam. "Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera Pas. Tahap sudah capai macam itu. "Kepercayaan mereka kepada Pas dan PR serta mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," katanya.- Sinar

Peluang Khalid mohon maaf masih terbuka, Dr Aziz Bari
Ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memohon maaf di atas keengganannya untuk berundur dari jawatan Menteri Besar Selangor. Menurut ahli akademik perundangan dan perlembagaan, Dr Aziz Bari, peluang Abdul Khalid untuk mengakui kesilapan masih terbuka untuknya. “Kita mempunyai peraturan, tradisi dan amalan yang jelas, kalau kita mempunyai jiwa yang besar, ada kejujuran dan bersedia untuk mengaku salah, tidak ada masalah. “....Kalau dah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalanlah, itu sahaja,” katanya melalui Wacana Ilmiah Sinar Harian ke-31 ‘Kerusi Panas MB Selangor’ yang diadakan di sini, hari ini. Dalam pada itu beliau turut mempersoalkan perjanjian utama melibatkan penstrukturan industri bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Persekutuan yang ditandatangani oleh Abdul Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan Pusat. Dakwanya, Abdul Khalid telah menandatangani perjanjian tersebut secara terburu-buru. “Dari segi moral, beliau (Abdul Khalid) tidak patut tandatangan perjanjian tersebut, akan ada pihak yang akan persoalkan adakah kemelut Menteri Besar Selangor ini sebenarnya berkait rapat dengan isu air,” ujarnya. Kenyataannya turut disokong oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang merupakan barisan panelis wacana. Beliau dalam pada itu turut berharap agar penyelesaian terhadap kemelut menteri besar yang membelenggu semua parti politik di Selangor dapat diselesaikan dengan baik. “Saya melihat atau mengharapkan bahawa krisis di Selangor ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya lagi. - Sinar

Raja Azmi berusaha selamatkan perkahwinan
RAJA AZMI kini sedang menerima ujian dalam rumah tangganya yang baru dibina pada Oktober tahun lalu.
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah nasib yang melanda penerbit filem yang sering diselubungi kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman. Siapa sangka mahligai kedua yang dibina atas dasar cinta bersama pemain bass band CRK, Mohd. Eddie Ghazali, 45, pada 13 Oktober 2013 itu kini dilanda badai. Raja Azmi sewaktu dihubungi enggan menjelaskan punca keretakan rumah tangganya itu. Dalam nada sedih, penerbit yang berusia 55 tahun itu, tidak berselindung, mereka kini sudah sebulan tidak tinggal sebumbung. “Masalah sudah berlaku selama sebulan dan dalam tempoh itu kami telah tinggal secara berasingan. Bukan untuk lari daripada masalah tetapi kami memerlukan ruang untuk berfikir tentang masa depan rumah tangga kami. “Saya tidak akan berkongsi punca masalah rumah tangga kami. Biarlah hanya kami berdua sahaja yang tahu. Banyak hati yang harus dijaga, saya bimbang jika saya berkata lebih akan mengguris hati banyak pihak,” kata Raja Azmi mohon difahami. Kesedihan hati Raja Azmi jelas terpancar menerusi nada suaranya yang tidak ceria seperti selalu. Terangnya, tiada perkataan yang boleh menggambarkan gundah hatinya ketika ini. “Jujur saya tidak tahu bagaimana mahu menerangkan dengan perkataan tepat tentang keadaan saya ketika ini. Memang saya sedih, siapa yang tidak sedih apabila perkahwinan yang dibina atas dasar cinta menghadapi masalah. “Semua orang berkahwin kerana ingin bahagia, sama juga seperti saya. Namun, apa daya saya apabila dugaan datang dalam keadaan saya tidak bersedia untuk menghadapinya,” ujarnya. Terang penerbit filem ...Dalam Botol itu, beliau kini sedang berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dan belum membawa masalah rumah tangga mereka ke peringkat mahkamah syariah lagi. “Buat masa sekarang kami berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga dan belum terfikir untuk ke mahkamah syariah lagi. “Jika boleh, saya mahu rumah tangga kami pulih seperti biasa tetapi saya bersedia dan reda dengan segala kemungkinan yang ditulis oleh Allah untuk saya,” terangnya tentang perkahwinan yang dibina sejak 11 bulan yang lalu. Dalam pada itu, Raja Azmi yang lantang bersuara dalam segala isu itu sudah terbiasa dilanda kontroversi. Hatinya cukup kental dan tidak kisah dengan risiko yang dihadapinya selepas mengeluarkan sebarang kenyataan.
SUDAH sebulan tidak tinggal sebumbung, Raja Azmi masih mahu menyelamatkan hubungan rumah tangganya bersama Eddie.
Bagaimanapun kali ini amat berbeza. Raja Azmi tidak lantang seperti selalu. Nada suaranya juga suram, malah, beliau juga gagal menyusun ayat untuk memberi jawapan yang terbaik tanda tekanan yang amat besar sedang dihadapinya. “Memang saya sudah biasa dengan kontroversi. Saya tidak kisah orang mahu berkata apa sahaja tentang saya kerana sebelum ini kontroversi hanya melibatkan saya seorang sahaja. “Namun, kali ini berbeza kerana membabitkan rumah tangga dan keluarga saya. Memang saya akui, dalam banyak kontroversi yang melanda, masalah rumah tangga ini memberikan tekanan paling besar buat saya. “Saya minta maaf andai saya tidak dapat memberi kerjasama kepada pihak media yang cuba menghubungi saya. Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat saya dan Eddie,” luahnya. Raja Azmi dan Eddie berkenalan pada Februari tahun lalu ketika menonton persembahan band NRG. Sejak itu, mereka menjalinkan hubungan cinta dan bertunang pada 15 Julai tahun yang sama. Hubungan Raja Azmi dan Eddie bukan sahaja direstui oleh keluarga, malah bekas suaminya, Mohd. Jalani Sidek turut hadir ke majlis perkahwinan gilang gemilang yang berlangsung pada 13 Oktober tahun lalu di Laman Beringin, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Eddie merupakan suami keduanya. Sebelum itu, Raja Azmi pernah mendirikan rumah tangga selama 27 tahun bersama pemain badminton negara, Mohd. Jalani Sidek. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20 dan bercerai pada 27 Jun 2012. Eddie mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya, Daniel, 22, dan Effy, 20. - Kosmo
TOP
Mourinho mahu Hazard kekal di Stamford Bridge
HAZARD tiba di Chelsea selepas dibeli dengan harga RM166 juta dari Lille dan kini menjadi nadi penting jentera serangan The Blues.
LONDON - Jose Mourinho menjangkakan Eden Hazard akan menandatangani kontrak jangka panjang bersama Chelsea selepas mengumumkan pemain tengah Belgium itu kini sedang berunding mengenai lanjutan perjanjian. Pemain berusia 23 tahun yang dibeli dari Lille menerusi yuran perpindahan bernilai £32 juta (RM166 juta), menjadi salah seorang nadi penting The Blues. Hazard masih memiliki baki tiga tahun kontrak semasanya tetapi Mourinho percaya Chelsea mahu mengekalkan khidmatnya lebih lama sebagai usaha untuk menjauhkan minat daripada kelab-kelab lain. "Kami memiliki harapan besar yang mana dia bakal menjadi pemain yang lebih hebat pada masa akan datang," ujar Mourinho. "Dia seorang pemain yang kami mahu kekalkan. Ia benar bahawa Chelsea sedang berunding mengenai perjanjian baharu bersama Hazard. "Namun, saya fikir tidak akan menjadi satu persoalan yang mana saya percaya (Hazard) akan menandatangani kontrak baharu. "Dia mahu memberikan khidmat kepada kami dan kami mengharapkan khidmatnya untuk Chelsea demi masa depan pasukan ini." - AFP - Kosmo

Real bangkit, Ancelotti lega
RODRIGUEZ (kiri) menjaringkan gol keempat buat Real Madrid ketika pasukannya membelasah wakil Switzerland, Basel 5-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Liga Juara-Juara di laman sendiri semalam.
MADRID - Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti bangga dengan kebangkitan yang dipamerkan skuad bimbingannya dalam kancah Liga Juara-Juara selepas permulaan hambar ditampilkan dalam saingan Liga Sepanyol. Ancelotti ternyata gembira melihat situasi itu sejurus menyaksikan Real berjaya membelasah Basel 5-1 pada aksi pembukaan Kumpulan B di Stadium Santiago Barnebeu awal pagi semalam. Terdahulu, The Galacticos bermula hambar apabila tewas dua kali dalam saingan liga domestik selepas dikalahkan Atletico Madrid 1-2 selain 2-4 kepada Real Sociedad. Bagaimanapun, krisis keyakinan itu berjaya diatasi pada aksi awal pagi semalam hasil jaringan Gareth Bale, Cristiano Ronal- do, James Rodriguez, Karim Benzema dan gol sendiri pemain Basel, Marek Suchy. "Pasukan ini mempamerkan reaksi yang cukup baik hari ini (awal pagi semalam). "Kami mengasak hebat pada babak pertama dan mencipta banyak peluang. Bagaimanapun, kami belum boleh cepat puas hati lagi tetapi saya gembira melihat reaksi kebangkitan ini," katanya. Sementara itu, Ancelotti menegaskan, biarpun menerima tekanan hebat daripada para penyokong dan media Sepanyol, namun ia tidak mengganggu perancangannya selepas ini. Bekas jurulatih Chelsea dan AC Milan itu berharap aksi yang lebih bertenaga dan konsisten mampu dipamerkan anak-anak buahnya sejurus melihat persembahan mantap 'meratah' wakil dari Switzerland tersebut. "Apabila kamu tewas menentang jiran se- tempat, ia sesuatu yang normal untuk merasai tekanan. Kami tidak biasa tewas dua kali berturut-turut dan bagi saya, ia suatu petanda baik. "Perlawanan ini mudah kerana kami bermula cemerlang seawal 30 minit pertama dengan menghadirkan mereka tekanan. Kami berjaya menjaringkan banyak gol dan mengawal aksi ini," jelasnya. - AFP - Kosmo

Ebola berisiko jangkiti ratusan ribu orang
DUA pekerja kesihatan menyembur cecair pembunuh kuman pada seorang wanita yang disyaki menghidap demam Ebola di ibu kota Liberia, Monrovia pada 15 September lalu.- REUTERS
ATLANTA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin menggesa masyarakat dunia supaya bertindak memerangi wabak demam Ebola yang melanda Afrika Barat. Pada masa yang sama, beliau yang berucap di Atlanta, memberi amaran epidemik itu 'di luar jangkaan' dan kini 'merebak di luar kawalan'. Berucap mengumumkan rancangan AS untuk mengerahkan seramai 3,000 kakitangan tentera ke Afrika Barat bagi memerangi virus maut itu, Obama berkata, wabak Ebola merebak dan meningkat dengan begitu pantas.. "Inilah yang sebenarnya berlaku di Afrika Barat, Ebola menjadi epidemik yang belum pernah kita lihat sebelum ini. "Hari ini, beribu-ribu orang di Afrika Barat menghidap demam Ebola. Bilangan itu akan meningkat dengan cepat kepada puluhan ribu pesakit. "Jika wabak ini gagal ditangani segera, kita akan melihat beratus-ratus ribu orang dijangkiti virus Ebola yang boleh mendatangkan impak negatif untuk kita semua dari sudut politik, ekonomi dan keselamatan ," tambah Obama. Wabak Ebola telah membunuh lebih 2,400 orang di Guinea, Liberia, Nigeria dan Sierra Leone pada tahun ini. Virus maut itu boleh menyebabkan kematian dalam tempoh hanya beberapa hari. Pesakit Ebola akan mengalami demam teruk, sakit otot, lemah, muntah dan cirit-birit diikuti pendarahan organ yang boleh membawa maut. Setakat ini, masih belum ada rawatan dan vaksin berdaftar yang dapat mengubati Ebola. - AFP - Kosmo

Pemimpin Scotland buat rayuan terakhir
MENTERI Pertama Scotland, Alex Salmond membuat isyarat bagus sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Edinburgh di Scotland pada 15 September lalu.- AFP
EDINBURGH - Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond semalam membuat rayuan terakhir kepada penduduk negeri itu agar menyokong kemerdekaan, sehari sebelum mereka mengundi sama ada mahu memutuskan penyatuan selama 300 tahun dengan United Kingdom (UK). "Bangunlah pagi Jumaat ini (esok) pada hari pertama di sebuah negara (baharu) yang lebih baik (Scotland). Bangun dan ketahui andalah yang menjadikan ini satu realiti," kata pemimpin tersebut dalam sepucuk surat peribadi kepada para pengundi. Dalam suratnya, Salmond turut meminta pengundi agar yakin pada diri sendiri dan menolak segala kenyataan bersifat terdesak dan tidak munasabah dari London bertujuan untuk menakutkan mereka. "Setiap negara tentunya akan membuat silap. Scotland juga akan berdepan dengan pelbagai cabaran getir tetapi siapakah yang paling layak untuk menentukan masa depan kita jika bukan diri kita sendiri," katanya. Terdahulu, beberapa tinjauan pendapat menunjukkan keputusan yang hampir setara sekali gus menjadikan referendum hari ini agak sukar untuk diramal. Satu kaji selidik terbaharu merangkumi enam tinjauan pendapat oleh profesor Universiti Strathclyde, John Curtice pula mendapati 51 peratus penduduk Scotland menolak kemerdekaan manakala 49 peratus lagi menyokong. Hampir 4.3 juta penduduk di Scotland berdaftar akan mengundi pada referendum hari ini. Mereka perlu menjawab ya atau tidak pada soalan "Adakah Scotland perlu merdeka?". - dpa - Kosmo

150,000 tetamu tempah penginapan di hotel yang belum siap
BILIK-BILIK hotel yang terdapat di sebuah hotel bawah laut yang sedang dalam pembinaan di Fiji.- Agensi
SUVA, Fiji - Seramai 150,000 tetamu telah membuat tempahan untuk menginap di sebuah hotel mewah bawah laut yang masih dalam pembinaan di sebuah pulau di sini, lapor Metro.uk kelmarin. Pembinaan hotel berkenaan yang dibina oleh seorang bilionaire dari Amerika Syarikat bermula pada tahun 2001 tetapi sehingga kini ia masih belum siap. Hotel yang terletak kira-kira kira-kira 13 meter di bawah laut itu mempunyai 25 bilik, sebuah restoran, bar, gim dan sebuah gereja. Seorang jurucakap hotel berkata, setiap tetamu perlu membayar lebih £9,000 (RM47,227) seminggu untuk tinggal di hotel berkenaan yang hanya boleh diakses melalui sebuah lif ke dasar laut. "Hotel ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan setiap milik mempunyai dua pintu kalis tekanan dan sistem sokongan hayat berasingan. "Tarikh pembukaan hotel ini masih dirahsiakan tetapi kami sudah mempunyai senarai menunggu hampir 150,00 tetamu," katanya. - Agensi- Kosmo

Jangan Keliru, Simptom Ebola Sama Seperti Demam Denggi - Subramaniam
S.Subramaniam.
PUTRAJAYA: Simptom jangkitan virus Ebola (EVD) sama seperti penghidap demam denggi di Malaysia namun memiliki ciri tambahan iaitu risiko sentuhan dengan pesakit EVD atau berkunjung ke negara terjejas, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam. Beliau berkata, simptom yang mempunyai persamaan itu ialah demam, sakit otot, sakit kepala, sakit tekak, sakit perut, muntah, cirit-birit, ruam dan kelesuan. "Di Malaysia, mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit seperti EVD juga merupakan suspek kes demam denggi, jadi untuk mengaitkan pesakit ini dengan EVD mereka perlu ada ciri-ciri tambahan iaitu ada sentuhan dengan pesakit terbabit, atau menetap dan melancong ke negara penyakit ini sedang aktif," katanya. Bagaimanapun, wabak EVD mungkin berlaku jika seseorang itu baru pulang dalam masa 21 hari dari negara seperti Guinea, Liberia, Sierra Leone serta Nigeria dan mengalami simptom berkenaan. Dr Subramaniam berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penghargaan kepada Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia di Hilversum, Belanda bagi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) Penerbangan MH17 di kementeriannya di sini, Rabu. Subramaniam juga berkata, orang ramai dinasihat tidak menyentuh barangan yang mungkin dicemari cairan badan pesakit seperti darah, najis dan air kencing. Justeru, beliau menasihati orang ramai agar memaklumkan sejarah perjalanan mereka ke negara terbabit, jika ada, kepada doktor yang merawat. Beliau juga menyarankan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke negara terbabit namun jika terpaksa diteruskan, mereka perlu mengelak dari melawat isi rumah atau fasiliti kesihatan yang terjejas dengan wabak EVD. Katanya, kerajaan sudah melaksanakan langkah pencegahan terutama di pintu masuk utama negara iaitu di lapangan terbang seperti mengkuarantin dan memeriksa tahap kesihatan pelancong dari negara terbabit. Kementerian Kesihatan pada Selasa mengesahkan seorang pelajar warga Zimbabwe berumur 24 tahun, yang sebelum ini dikuarantin di Hospital Umum Kuching, Sarawak kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, disahkan negatif selepas ujian makmal ke atas sampel klinikal pelajar itu. Sehubungan itu, kementerian berkenaan berkata setakat ini, tiada kes EVD dikesan di Malaysia.- mstar

Produk Halal Malaysia Bakal Tembusi Wilayah Qinghai
PUTRAJAYA: Produk Halal Malaysia dijangka menembusi pasaran Wilayah Qinghai pertengahan tahun depan dengan sasaran nilai dagangan RM50 juta setahun, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, Wilayah Qinghai di Barat China akan menjadi pintu masuk produk halal berasaskan agro makanan sejuk beku dan kosmetik halal ke wilayah sekitarnya seperti Xinjiang dan Ningxia.
"Kini terdapat 12 juta penduduk Islam di wilayah Qinghai manakala ibu negerinya, Xining mempunyai 6 juta penduduk Islam. Oleh itu, produk halal Malaysia berpotensi besar untuk menembusi wilayah Qinghai dan wilayah sekitarnya.
"Pada peringkat permulaan, produk halal akan dipasarkan di Pasaraya Beijing Hualian di Xining. Kumpulan Beijing Hualian mempunyai 106 pasar raya di seluruh China," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Hikmah Marketing and Consultancy Sdn Bhd (Hikmah) dengan tiga syarikat dari wilayah Qinghai di Wisma Tani di sini, Rabu.
Ismail Sabri berkata, Pasaraya Beijing Hualian akan menyediakan Halal Mart seluas 3,000 kaki persegi khas untuk mempamerkan produk Halal Malaysia.
Pada majlis itu, Hikmah telah menandatangani MoU dengan Qing Hai A De Lan Investment Co Ltd untuk mengeksport barangan halal ke China.
Hikmah juga menandatangani MoU dengan Qing Hai Ying Hui Construction Co Ltd untuk membina sebuah pusat komersil Malaysia-China di Wilayah Qinghai di atas tapak seluas 4.5 ekar dan juga membina sebuah pusat komersial di Malaysia secara usahasama.
Selain itu, Hikmah akan bekerjasama dengan Qing Hai Kai Tuo Construction Engineering Co Ltd dan Munawara Engineering Sdn Bhd untuk projek hartanah.
Pengarah Hikmah, Mohd Ismail Ibrahim berkata, proses untuk mengeksport produk halal Malaysia telah bermula dengan penambahbaikan produk mengikut kehendak pasaran.
"Pakar pembungkusan dan pengurus produk Pasaraya Beijing Hualian telah datang ke Malaysia untuk memberi khidmat nasihat agar produk menepati kehendak penduduk Islam di China," katanya.
Menurutnya, produk Malaysia masih tidak boleh bersaing dengan produk dari Eropah, New Zealand dan Amerika Syarikat yang sudah lama bertapak di sana.
"Dengan adanya status halal, produk Malaysia boleh menembusi pasaran China khususnya di kalangan masyarakat Islam," katanya.
Bulan lepas, Ismail Sabri berkata, 1,000 produk agro makanan halal akan dieksport ke Xi'an dan wilayah lain seperti Lanju, Henan, Tianjin, Yinchuan dan Dalian tahun ini.
Dua pengimport dari Xi'an - San Bao Shuan Xi Halal Mart dan Regal Plus (China) Co Ltd - bersetuju mengimport 3,000 produk untuk diedarkan ke pasaran China tahun depan.- mstar
TOP
GST Turunkan Harga Kereta Mercedes Benz
SHAH ALAM: Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan dijangka menurunkan harga kereta Mercedes Benz.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Kai Schlickum, berkata syarikat masih menentukan dari segi harga.
"Penurunan harga mungkin berlaku tetapi kami belum pasti lagi," katanya kepada Bernama selepas melancarkan model Mercedes-Benz C-Class yang baharu C200 dan C250 di sini, Rabu.
Schlickum berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kemungkinan impak kepada harga kereta Mercedes Benz selepas pelaksanaan GST mulai 1 April, 2015.
Mengenai penguasaan pasaran Mercedes Benz ketika ini, Schlickum berkata ia adalah kira-kira 34 peratus.
Pada awal bulan ini, Institut Automatif Malaysia (MAI) berkata GST mampu merangsang permintaan ke atas kenderaan berikutan pemansuhan pemansuhan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 10 peratus yang menyebabkan penurunan harga.
Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Mercedes-Benz berkata, melalui Mercedes-Benz Financial, ia akan melancarkan tawaran sewa beli tunggakan akhir bagi C200 dan C250.
"Berdasarkan sewa beli tunggakan akhir, peminat kereta mencari yang dinaik taraf atau pembeli baharu boleh memiliki, misalnya , C200 Avantgarde, yang berharga RM285,888 bagi RM100 sehari dengan 20 peratus bayaran pendahuluan dan tempoh selama 60 bulan," katanya. - mstar
TOP
Indonesia, Malaysia Intai Pasaran Minyak Sayur India
NEW DELHI: Malaysia dan Indonesia, pengeluar minyak sayur-sayuran utama dunia, kini mengintai pasaran India yang bernilai US$10 bilion, lapor Business Standard.
"Kedua-duanya bersaing dalam dasar eskport, menjadikan India sebagai tempat lambakan minyak sawit," Pengarah Eksekutif Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) B.V Mehta dipetik berkata dalam laporan itu.
Data terkini SEA menunjukkan import minyak sayur-sayuran India, untuk dimakan dan tidak boleh dimakan, melonjak 76 peratus pada Ogos 2014 kepada 1,333,480 tan berbanding 757,830 tan pada Ogos tahun lepas.
Angka itu yang tertinggi bagi tempoh sebulan sejak import bahan tersebut dibenarkan di bawah Lesen Am Terbuka pada 1994, oleh India.
Harga minyak boleh dimakan yang pada masa ini mencatat sejarah sebagai terendah sejak 2008, merupakan faktor penyumbang utama, kata SEA dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, dan berpendapat duti sifar terhadap produk kelapa sawit oleh Malaysia dan Indonesia dijangka merangsang aliran masuk.
Justeru, import minyak sayur-sayuran India dijangka mencatat rekod tahun ini pada 11.5 juta tan (US$10 bilion) di tengah-tengah kejatuhan harga, dengan 19.5 juta tan daripadanya sudahpun tiba, lapor akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
India menggunakan kira-kira 19.5 juta tan minyak sawit setahun.
Malaysia telah mengumumkan dasar duti eksport sifar untuk dua bulan berkuat kuasa 1 Sept, bertujuan mengurangkan inventori Ogos berjumlah 2.05 juta tan yang dicatat sebagai rekod tertinggi, peningkatan 22 peratus daripada 1.69 juta tan pada Julai.
Selepas mencatatkan harga terendah dalam tempoh lima tahun pada RM1,914 setan minggu lepas di Bursa Malaysia, kontrak hadapan minyak sawit mentah pada masa ini berlegar sekitar RM2,000 setan.
Laporan itu memetik penganalisis sebagai berkata hasilnya, eksport minyak sawit Malaysia menokok 41 peratus bagi tempoh 1 hingga 10 Sept, berbanding tempoh sama pada Ogos.
Susulan itu juga Indonesia mengumumkan duti eksportnya dikurangkan kepada sifar berkuat kuasa 1 Okt, daripada sembilan peratus sekarang.
Penganalisis menganggarkan inventori minyak sawit mentah antara 2.9 dan tiga juta tan, kata Business Standard.
Digabungkan bersama, Malaysia dan Indonesia yang masing-masing mengeluarkan kira-kira 19 juta tan dan 30 juta tan setahun, menyumbang 85 peratus kepada pengeluaran minyak sawit dunia.- mstar
TOP
Aksi Di Sebalik Akta Hasutan
AKTA Hasutan telah wujud sejak 66 tahun lalu dan kini, ketika ia melalui detik-detik senjanya, suara yang mendesak ia dilenyapkan semakin lantang didengari.
Tak juga diam, terdapat juga suara dari “pihak sebelah lagi” yang tidak mahu perdana menteri mansuhkan akta tersebut, sebagaimana beliau melupuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Yang menarik perhatian penulis, di tengah-tengah perdebatan yang belum ada penghujungnya itu, kita dapat melihat pertukaran peranan di antara aktivis politik dan ahli politik dalam mempengaruhi arah tuju negara.
Suatu masa dulu, aktivis-aktivis politik ini – ramai di antaranya dari badan bukan kerajaan, kesatuan sekerja dan kumpulan pendesak – tidak begitu ketara kerana tokoh politik dianggap lebih berpelajaran dan mempunyai kedudukan yang lebih disanjungi di kalangan masyarakat.
Lain kisahnya sekarang. Hari ini, kasut beralih dipakai di kaki sebelah. Pihak aktivis kini sudah seolah-olah menjadi selebriti media, dengan diberi ruang berita yang lebih luas dan penting berbanding para politikus dan menteri.
Malah, para politikus pula mulai bergantung kepada populariti sang aktivis. Maka, penulis memohon maaf kepada mereka yang berkenaan kerana menganggap para aktivis politik – yang kini termasuk peguam, ahli akademik, pengamal media dan pelajar - sebagai “taiko” baru di kalangan masyarakat, sementara politikus dan pak menteri terkesampingan.
TIDAK BOLEH DILAKUKAN
Berbalik kepada Akta Hasutan, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan dua tahun lalu bahawa ia akan dimansuhkan dan laporan-laporan kebelakangan ini membayangkan yang Rang Undang-Undang Keharmonian Negara yang bakal menjadi penggantinya akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Perundangan baru ini dikatakan memberi penekanan kepada pemupukan semangat kekitaan dan saling menghormati dalam masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di negara ini. Akta yang sedia ada tidak jauh berbeza dan, pada dasarnya, mengingatkan kita kepada apa yang sepatutnya tidak boleh dilakukan. Misalnya, ia menangani perbuatan yang mendatangani kebencian dan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak menghormati agama Islam dan lain-lain agama. Ia juga meliputi perbuatan menimbulkan permusuhan antara kaum dan menyoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu. Namun, kebelakangan ini, dengan sederetan orang dibawa ke mahkamah kerana dituduh menimbulkan keresahan, di antaranya, terhadap sistem beraja, pelbagai pihak meminta agar Akta Hasutan 1948 ini dilenyapkan lebih awal. Anehnya, walaupun Akta ini sudah wujud lebih daripada enam dekad, ada pengkritik yang menyifatkannya sebagai ISA “baru” dan mendakwa ia menyekat dan merencatkan suara demokrasi.
SOKONG DAN BANTAH
Mereka yang membantah Akta Hasutan ingin mencapai beberapa matlamat, di antaranya pengelakan dari berlakunya suatu lagi operasi cantasan seperti tindakan di bulan Oktober 1987 yang menyaksikan lebih 100 orang dicekup. Ops Lalang merupakan suatu operasi besar-besaran di seluruh negara yang dikuatkuasakan untuk mencegah huru-hara akibat permainan politik perkauman. ISA, yang digunakan sewaktu itu untuk menangkap mereka yang mungkin menimbulkan kejadian memecah-belahkan perpaduan nasional, kini dianggap lapuk dan tidak sealiran dengan keadaan semasa di abad baru ini. Menyerah kepada permintaan popular, penghapusan ISA menjadi di antara agenda utama Najib apabila beliau mengambil alih kerusi perdana menteri pada tahun 2009. Namun, dengan timbulnya pelbagai isu kebelakangan ini yang dianggap serius dan berupaya mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat serta hubungan luar negara, didengari pula suara yang mahu Akta Hasutan dikekalkan. Bagi kumpulan ini, jika kerajaan menidakkan keluhan mereka dan hanya melayani pandangan-pandangan “yang sumbang” atas nama pembebasan bersuara, ia akan menjejaskan keselamatan negara. “Pihak pemerintah harus ingat ia punyai dua tanggungjawab dan jaminan – iaitu, menjaga ketenteraman awam dan menghukum mereka yang mencetuskan kekacauan. “Jika kerajaan memansuhkan Akta Hasutan, sepertimana ia melakukannya kepada ISA, ini bermakna ia melepaskan tanggungjawab untuk melindungi perpaduan dan integriti negara dengan membiarkan huru-hara berlaku,” seorang rakan yang arif memberitahu penulis.
DI SEBALIK PENDIRIAN
Terserah kepada pembaca untuk membuat rumusan dan pendirian mengenai isu hasutan ini tapi penulis melihat beberapa pihak sudah mula menggunakannya sebagai alat menabur fitnah dan muslihat. Di sebalik pendirian yang dipamerkan kepada awam, masing-masing berjuang hanya untuk kepentingan diri dan bukan untuk agenda masyarakat umum. Yang ketara, lebih-lebih lagi di pihak pendesak, sikap mereka seperti dipengaruhi watak-watak yang diwawancara saluran-saluran berita luar negara yang cenderung kepada pandangan serta perilaku yang radikal dan liberal. Penulis sudah baca pandangan dan hujah yang mereka siarkan melalui rencana, blog, kenyataan dan sebagainya dan berpendapat maklumat yang disediakan mudah diperolehi di Wikipedia. Penulis berpendapat, politik masa kini sudah jadi permainan dan bukan lagi perjuangan.- mstar

Konsert Artis Tajaan Syarikat Judi, Haram - Mufti Kelantan
Datuk Mohamad Shukri Mohamad
PETALING JAYA: Mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, setiap individu beragama Islam itu seharusnya sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidah sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang. "Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima. "Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.) "Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu. Mohamad Shukri diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar pada Rabu yang melaporkan konsert seorang artis pada hujung minggu lalu mendapat tajaan sebuah syarikat perjudian. Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan kepada semua penyanyi tempatan supaya berhati-hati apabila mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.| Sekiranya seeorang penyanyi itu mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat perjudian atau minuman keras, mereka boleh menolak dengan cara yang baik. "Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak? "Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya.- mstar

Eva Mendes & Ryan Gosling Sambut Kelahiran Anak Sulung
Eva Mendes dan Ryan Gosling semakin bahagia sejak kelahiran anak sulung mereka pada Jumaat lalu
SUASANA bahagia menyelubungi kehidupan Eva Mendes dan Ryan Gosling apabila mereka baharu saja menyambut kehadiran anak sulung. Menurut laporan Aceshowbiz, Eva melahirkan anak perempuan pada Jumaat lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat. "Eva benar-benar seronok menjadi ibu dan dia tidak pernah sebahagia ini. Begitu juga dengan Ryan, dia terpesona dengan kehadiran bayi itu," kata sumber. Pada Februari lalu, khabar angin mengenai kehamilan Eva mula tersebar. Para media dapat menghidu perkara itu selepas dia gagal menghadirkan diri ke sebuah acara kerana tidak sihat. Bagaimanapun Eva mahupun Ryan menafikan perkara itu dan tidak lama kemudian mereka memilih untuk berterus terang mengenai kehamilan berkenaan. Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2011.- mstar

AC Mizal Tumpang Populariti Luna Maya
AC Mizal (kiri) dan Luna Maya. Foto M. AZHAR ARIF / THE STAR
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk AC Mizal mengakui terpaksa menggunakan populariti aktres Indonesia, Luna Maya sebagai pasangan duet menerusi single lagu terbaharunya iaitu Paranoid kerana ingin menarik perhatian masyarakat seberang. AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 42, berkata, sejak awal lagi dia bercita-cita untuk menembusi pasaran Indonesia dengan berduet bersama penyanyi negara itu dan membayangkan Luna sebagai artis pilihan. "Tipu jika saya kata saya tidak menggunakan populariti Luna kerana mahu lagu ini tembus ke pasaran Indonesia. "Dan apabila bekerjasama dengannya menerusi Maharaja Lawak Mega, saya sebagai pengacaranya ketika itu melihat dia mempunyai karakter yang tersendiri ketika menjadi juri. “Kemudian, apabila saya memberi dia dengar lagu tersebut, dia terus berminat untuk bekerjasama kerana ia berkonsep muzik dance," katanya mepada mStar Online. AC ditemui pada majlis pelancaran single lagu Paranoid di G Tower, di sini pada Rabu. Paranoid merupakan sebuah luahan kiasan tentang dilema yang sedang dihadapi manusia di dunia. Ia ciptaan Jeff (A To Z). Ia tentang kerakusan manusia, keganasan yang tidak berkesudahan, perbezaan ideologi yang membawa kepada persengketaan, seterusnya mengakibatkan sikap paranoid timbul di dalam diri seseorang. Lagu itu ciptaan Jeff (A To Z). Pada majlis itu, AC turut mengumumkan dia kini bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music dengan menandatangani kontrak untuk 12 keluaran single lagu. Sementara itu, AC berkata, selepas pelbagai single lagu berduet dengan beberapa penyanyi, dia sudah berani tampil secara solo. "Dulu saya tak berani nak tampil solo, kerana berdasarkan pemerhatian saya sebagai seorang ahli perniagaan, saya belum berkemampuan untuk berdiri sendiri apatah lagi dengan industri seni kita yang perlahan. "Tetapi saya mula yakin untuk tampil secara solo selepas kejayaan lagu-lagu single sebelum ini seperti Al Haq yang menampilkan Mawi dan Apa Kono Eh Jang (bersama Fida Ibrahim). " Selepas Paranoid, saya mahu tampil solo dan tunjukkan yang saya bukan sekadar boleh rap, tetapi mampu juga untuk menyanyi sambil menari," ujarnya.- mstar

MAS Nafi Berita Palsu Penerbangannya Termasuk MH370
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) pada Rabu menyangkal laporan tidak bertanggungjawab berhubung penerbangannya, termasuk penerbangan MH370 yang hilang.
Dalam kenyataan pada Rabu, MAS menafikan artikel yang diterbitkan dalam sebuah buku yang mendakwa mendapat "scoop" mengenai kehilangan penerbangan MH370 kononnya daripada pakar, wartawan Geoff Taylor dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kiwi Travel International Airlines Ewan Wilson.
Artikel itu mendakwa juruterbang MH370 sengaja mematikan bekalan oksigen dalam kabin dan mengaktifkan ciri pemanduan auto hingga menyebabkan kehilangan MH370.
"Tidak ada bukti untuk menyokong mana-mana dakwaan dalam buku itu yang hanya rekaan semata-mata dengan tujuan mencari keuntungan oleh pengarang dan penerbitnya," kata MAS.
Menurutnya mereka tidak terlibat dalam siasatan, namun mereka mengganggu bidang sains dan perubatan sebagai 'pakar' dengan merumuskan analisis yang di luar pengetahuan dan keupayaan mereka.
Sementara itu, MAS juga menafikan artikel bertajuk "Malaysia Airlines Flight Forced Into Emergency Landing After Flying Over Icelandic Volcano" yang disiarkan oleh laman portal worldnewsdaily.com
Artikel itu melaporkan bahawa "penerbangan MH131 dari Paris ke New York dipaksa mendarat di Iceland apabila juruterbangnya menerbangkan pesawat B777 hampir merapati gunung Bardarbunga yang masih aktif.
"Memang diketahui secara meluas bahawa MAS mengendalikan sektor Kuala Lumpur/Paris/Kuala Lumpur menggunakan pesawat A380. Syarikat kami tidak mengadakan penerbangan ke New York atau destinasi Amerika yang lain.
"Susulan tragedi baru-baru ini, dan di sebalik penderitaan semua, kami percaya artikel itu hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk mereka-reka cerita, menimbulkan salah faham dan menyemai rasa takut dalam kalangan orang awam," kata MAS.
Oleh itu, MAS mengutuk bukan sahaja cerita itu tetapi juga portal-portal berita yang tidak bertanggungjawab dan menggesa pihak berkuasa menyekat laman web itu dan menahan mereka yang bertanggungjawab atas penyiaran artikel berkenaan.- mstar
TOP
Wanita dapat RM16,000 sebagai ganti rugi daranya diragut
Shanghai: Seorang wanita yang menyaman seorang lelaki kerana ‘mencabuli haknya terhadap keperawanan’ selepas lelaki berkenaan memikatnya dengan janji palsu, menerima hampir RM16,000 sebagai pampasan.
Pasangan berkenaan berpacaran, tetapi selepas wanita itu, Chen, mendapati teman lelakinya itu sudah berkahwin, dia menyamannya atas tuduhan menipu serta menuduh dia berpura-pura bujang dan berjanji untuk berkahwin dengannya.
Seorang jurucakap Mahkamah Rakyat Pudong mengesahkan kes itu dan keputusan berkenaan.
Pasangan berkenaan berkenalan menerusi laman sosial pada 2009, tetapi mula berpacaran pada 2013 sebelum kedua-duanya bercuti bersama-sama ke Singapura dan mengadakan seks.
Apabila lelaki itu, Li, tiba-tiba memutuskan hubungan mereka, Chen menyerbu rumahnya dan mendapati dia sudah beristeri.
Chen menyamannya dengan menuduh dia mencabuli ‘haknya terhadap keperawanan’ dan kesihatan serta menuntut ganti rugi RM261,000 atas alasan mengalami gangguan psikologi.
Mahkamah bagaimanapun hanya mengarahkan Li membayar RM16,000 kerana meragut perawan Chen dengan janji palsu. ─ Agensi
TOP
Cuba jual anak luar nikah dengan harga RM200
Rabat: Sepasang suami isteri menawar menjual bayi yang dilahirkan anak mereka berusia 15 tahun hasil hubungan luar nikah dengan seorang lelaki pada harga kira-kira RM200.
Menurut akhbar tempatan, polis menahan suami isteri itu selepas menerima laporan mereka cuba menjual bayi berkenaan di tempat awam di Safru, bandar di tengah Maghribi.
Mereka bagaimanapun dibebaskan selepas menandatangani ikrar untuk tidak meneruskan rancangan itu sementara anak mereka ditangkap untuk dibicarakan atas tuduhan mengadakan seks luar nikah dengan teman lelakinya.
Media tempatan memetik seorang jurucakap polis sebagai berkata, pihak berkuasa akan menyerahkan bayi itu kepada keluarga angkat. - Agensi
TOP
Lelaki kudung tangan lulus ujian memandu guna kaki pada percubaan pertama
Riga (Latvia): Lulus ujian memandu dalam cubaan kali pertama menjadi kebanggaan bagi kebanyakan orang.
Bagaimanapun, bagi lelaki warga Latvia, Gatis Caunitis, kejayaan itu lebih menakjubkan memandangkan dia kudung kedua-dua belah tangan dan hanya menggunakan kaki untuk memandu kereta.
Caunitis, 26, dari Riga, berjaya melepas ujian memandu dan memperoleh lesen penuh kelmarin dengan hanya menggunakan kaki untuk mengawal kenderaannya.
Dia menggunakan kaki kiri untuk mengawal kereta dengan meletakkannya pada stereng.
Kaki kanan pula digunakan untuk menekan pedal, menukar gear dan menghidupkan enjin.
Walaupun dia hanya menggunakan kakinya, penumpang yang pernah menaiki kereta bersama-sama Caunitis berkata, cara pemanduannya memang selamat.
Lelaki itu kehilangan kedua-dua tangannya pada usia enam tahun apabila dia terkena renjatan elektrik selepas memasuki sebuah unit bekalan tenaga itu yang tidak berkunci semasa bermain sembunyi-sembunyi.
Bagaimanapun, kecacatan itu tidak mematikan semangatnya untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa atau menyekatnya daripada belajar memandu. Dia bernasib baik apabila menemui guru memandu yang sanggup membimbingnya. “Saya lulus teori dan praktikal pada cubaan pertama,” katanya. - SiakapKeli.com

Kes Penipuan Perniagaan Online di Kelantan Serius
TUMPAT - Kes penipuan yang membabitkan perniagaan dalam talian dilaporkan semakin membimbangkan di negeri ini apabila bilangan aduan mengenai kes tersebut meningkat mendadak untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, kes penipuan tersebut membabitkan peniaga-peniaga dalam talian yang mengiklankan barangan mereka menerusi beberapa portal beli-belah tempatan yang popular.
Beliau berkata, kes yang dilaporkan bermula Januari sehingga Ogos lalu mencatatkan sebanyak 89 kes penipuan berbanding 44 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
"Daripada statistik tersebut, kenaikan 102 peratus dicatatkan berbanding tahun lalu dengan jumlah kerugian sebanyak RM130,383," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mazlan berkata, mangsa yang terlibat dengan kes penipuan rata-ratanya berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.
"Dalam kes ini, suspek cuba memperdaya mangsa dengan menawarkan harga murah dan seterusnya mempengaruhi mangsa untuk memindahkan wang ke sebuah akaun.
"Selepas mangsa membuat bayaran ke dalam akaun tertentu, barangan tersebut didapati tidak sampai kepada pelanggan berkenaan," katanya
Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai terutamanya yang gemar membeli barangan dalam talian supaya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan harga yang ditawarkan. - SiakapKeli.com
TOP
Labur lebih RM6 juta untuk model Star Wars
LEGOLAND Malaysia Resort melabur lebih RM6 juta untuk daya tarikan terbaharunya, paparan model 'Lego Star Wars Miniland', pembangunan terbesar di Legoland Malaysia tahun ini.
Ini merupakan tarikan pertama seumpamanya di Asia dan paparan model Lego terkini dibuka di Legoland di seluruh dunia.
"Sebagai projek pemangkin di Iskandar, Legoland Malaysia terus berusaha untuk meningkatkan nilai pelancongan yang lebih kukuh bagi menarik lebih ramai pengunjung antarabangsa," kata Pengurus Besar Legoland Malaysia, Mark Germyn dalam satu kenyataan hari ini.
Paparan model Lego Star Wars Miniland itu dilancarkan semasa sambutan ulang tahun kedua Legoland Malaysia pada 15 September, 2014.
Paparan Lego Star Wars Miniland itu ditempatkan di sebuah bangunan berbentuk oktagon yang memaparkan tujuh babak daripada enam filem Star Wars dan siri animasi, The Clone Wars, mempunyai lebih daripada 2,000 model LEGO yang dibina pada skala 1:20 dengan menggunakan 1.5 juta blok Lego.
Sementara itu, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Dr Ong Hong Peng berkata Legoland Malaysia sentiasa komited dalam menyokong Inisiatif Pelancongan Bidang Ekonomi Utama Negara dan merupakan agen perubahan di bawah teras strategik kegembiraan keluarga.
"Sejak dibuka dua tahun lalu, Legoland Malaysia telah menyumbang secara signifikan kepada kepada kedudukan Johor Bahru sebagai destinasi pelancongan," katanya pada pelancaran paparan model itu. - Bernama
TOP
Gambar : Lori Bawa Bahan Binaan Terbalik Di Genting Highland
Sebuah lori yang membawa muatan besi bahan binaan terbalik selepas terbabit dalam satu kemalangan di Genting Highland pada kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, lori itu terbabas sehingga merempuh pembahagi jalan.
Pemandu lori berkenaan maut manakala penumpangnya berjaya keluar dari lori terbabit. - SiakapKeli.com

PM Ucap Tahniah Kepada 5 Universiti Malaysia Antara 400 Terbaik Dunia
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengucapkan tahniah kepada lima universiti Malaysia yang meraih tempat antara 400 universiti terbaik dunia dalam senarai QS World Universiti Rankings 2014. Dalam twitter beliau pada Rabu, perdana menteri berkata: "Syabas kepada lima universiti kita yang berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia, dengan mencatatkan kedudukan lebih baik. Teruskan usaha dan kita pasti mencapai kejayaan yang lebih baik." Tahun ini, Universiti Malaya berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-167 kepada 151, Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia meningkat ke-294 daripada 355 tahun lepas. Universiti Sains Malaysia juga mencatat peningkatan dengan berada di tempat ke-309 daripada ke-355 dan Universiti Pertanian Malaysia ke 376 daripada kategori 411-420. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula kekal dalam kategori 501-550 seperti tahun lepas. Universiti Teknologi Mara membaiki kedudukannya dengan berada dalam kelompok 651 hingga 700 berbanding kedudukan 701 ke atas sebelum ini. Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia. Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.- mstar

PAS Akui Kerajaan Pusat Laksana Pelbagai Pembangunan
TUMPAT: PAS Kelantan tidak menafikan memang wujud pelbagai pembangunan dilaksanakan kerajaan persekutuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata sebagai rakan rapat kepada Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, beliau memang memberi penghormatan kepada usaha dilakukan Noor Zahidi semasa menjadi wakil rakyat DUN itu selama tiga penggal.
"Apa pun yang dibuat oleh pihak kerajaan persekutuan di Pengkalan Kubor kita ucapkan terima kasih," katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabu.
Wan Abdul Rahim yang juga Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DU NPengkalan Kubor, berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pembangunan oleh kerajaan persekutuan selama ini yang dipandang remeh oleh PAS.
Beliau berkata PAS sedar sejak DUN Pengkalan Kubor mula diambil alih daripada parti itu oleh BN pada pilihan raya umum (PRU) 2004, baru terdapat pembangunan dan kemajuan di kawasan itu.
"Pembangunan kawasan Pengkalan Kubor hanya boleh dinikmati penduduk selepas BN mula merampas kedudukan PAS di situ iaitu ketika Allahyarham Noor Zahidi menjadi Adun kawasan itu," katanya.
Wan Abdul Rahim mengakui pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan projek menaik taraf jalan kasban iaitu jalan yang dibina berdekatan tebing Sungai Golok di sini untuk tebatan banjir, antara projek yang banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Sept ini sebagai hari mengundi.
PRK itu membabitkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pada PRU13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.- mstar
TOP
14,000 Rumah Prima Pahang Siap
KUALA LIPIS: Sebanyak 14,000 unit kediaman siap dibina di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang setakat ini dan kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 50,000 unit lagi dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang Datuk Wan Mohd Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya menyasarkan 15,000 unit rumah PR1MA mampu milik akan siapdibina menjelang akhir tahun ini di seluruh negeri.
"Kita menyediakan 29 tapak untuk projek tersebut dan kerajaan negeri yakin pembinaan kediaman yang selesa dengan harga berpatutan untuk rakyat akan siap mengikut jadual," katanya ketika dihubungiBernama di sini, Rabu.
Wan Mohd Rosdy berkata bagi daerah Cameron Highlands projek PR1MA yang akan dilaksanakan di daerah itu adalah kediaman pangsapuri membabitkan kos RM150,000 hingga RM300,000 seunit.
"Projek PR1MA di Cameron Highlands adalah kediaman pangsapuri memandangkan tidak ada keluasan tapak minima selain kepadatan penduduk dan kegunaan tanah untuk pertanian komersial," katanya.
Beliau bagaimanapun yakin penduduk di kawasan itu mampu membiayainya kerana kediaman PR1MA berasaskan harga yang masih relevan berbanding projek sama oleh pemaju swasta di Cameron Highlands yang dijual dengan harga yang amat tinggi.
Katanya projek PR1MA adalah antara manifestasi kerajaan negeri untuk penduduk dan isi rumah yang berpendapatan bawah RM5,000 dan telah bermastautin di Pahang melebihi lima tahun, layak membuat permohonan membeli rumah berkenaan.- mstar
TOP
Hormati Lagu Negaraku Setiap Kali Dimainkan
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia perlu menghormati lagu kebangsaan setiap kali ia dimainkan tanpa mengira dimana sahaja kita berada, kata pemimpin Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat di negara ini untuk menghormati lagu kebangsaan dalam apa jua keadaan sekali pun.
"Di mana sahaja anda berada, setiap kali anda mendengar lagu kebangsaan dimainkan, berhenti seketika daripada melakukan kerja anda dan tunjukkan rasa hormat dengan berdiri. Ini apa yang telah diajari di sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya.
Teck Meng yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, rasa hormat terhadap lagu kebangsaan dalam diri seseorang hadir secara semula jadi tanpa dipaksa.
"Apa yang dikatakannya adalah salah," katanya merujuk kenyataan Chieng Jen yang dimuat naik di akaun Facebooknya pada Selasa.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata, kenyataan Ahli Parlimen DAP itu membuktikan tahap pemikiran parti tersebut yang bertujuan untuk menyemai perasaan kebencian di kalangan masyarakat.
"Saya terkejut seseorang wakil rakyat boleh menulis kenyataan seperti itu. Ini antara satu contoh jelas yang mencerminkan pemikiran pemimpin DAP yang bukan sahaja mewujudkan rasa benci di kalangan rakyat tetapi juga kepada negara ini," katanya.
Beliau berkata, kenyataan tersebut harus dibidas dan Chieng Jen tidak layak menjadi seorang Ahli Parlimen.
"Saya menggesa pengundi supaya menolaknya pada Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan menyifatkan kenyataan Chieng Jen sebagai 'tidak enak' dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat.
"Ia semenangnya kenyataan yang tidak enak, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat ketika Malaysia meraikan hari penting untuk negara ini," katanya.
Namun, Kamalanathan berkata, beliau gembira kerana Chieng Jen telah memohon maaf dan menarik semula kenyataan tersebut.- mstar
TOP
Dewan Ulama PAS Mahu Khalid Kekal MB Selangor
KULAIJAYA: Dewan Ulama PAS Pusat menegaskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.
Pemangku Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, petukaran jawatan menteri besar Selangor adalah tidak perlu sehingga Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan wujud pelanggaran amanah oleh Abdul Khalid sepanjang pentadbirannya.
Pendirian tegas itu sekaligus menunjukkan sokongan konsisten sayap PAS tersebut terhadap Abdul Khalid sejak isu pertukaran menteri besar dicetuskan PKR menerusi rancangan 'Langkah Kajang'.
"Dewan Ulama PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak perlu dan menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya.
"Ini kerana, Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas si penuduh dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah," katanya seperti dipetik dalam buku ucapan Dasar Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang diedarkan kepada perwakilan di sini.
Bagaimanapun Ahmad tidak membaca petikan bahagian ucapannya itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 pada Rabu.
Menjelaskan lanjut, menteri besar Kelantan itu juga membidas tindakan wakil rakyat PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi menggulingkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
"Dewan Ulama PAS tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta untuk sesuatu pilihan raya kecil yang tidak perlu dilakukan," katanya.
Tambah Pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Dewan Ulama turut menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu perlantikan menteri besar Selangor.
Sejak isu krisis politik di Selangor timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.
"Dewan Ulama PAS membincangkan daripada perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek kemampuan untuk memerintah.
"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak. Dalam persolaan ini, Dewan Ulama PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Datuk Ser Abdul Hadi kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan pelbagai pihak," katanya.- mstar
TOP
Kenakan Penalti Lebih Tinggi Kepada Majikan Abai Keselamatan Pekerja - MTUC
Insiden konkrit landasan projek MRT di Kota Damansara yang runtuh meragut tiga nyawa baru-baru ini.
SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)mencadangkan kerajaan supaya mengenakan penalti yang lebih tinggi ke atas majikan yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian pekerja di tempat kerja, kata Timbalan Setiausaha Agungnya, A.Balasubramniam. Beliau berkata banyak kemalangan berkaitan tempat kerja di Malaysia menarik perhatian umum dengan kejadian terbaru, kemalangan ngeri di tapak projek Transit Aliran Massa (MRT) di Kuala Lumpur yang meragut tiga nyawa. "MTUC berpendapat tindakan tegas perlu diambil ke atas majikan yang bertanggungjawab kepada kematian pekerja dan penalti maksimum perlu dikenakan sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang, " katanya. Beliau berkata sebagai contoh sebuah syarikat pembinaan didenda sebanyak SGD150,000 (RM380,000) di Singapura kerana telah mengingkari peraturan keselamatan sehingga menyebabkan seorang pekerjanya mati. Denda itu dipercayai satu jumlah tertinggi yang dikenakan ke atas seorang majikan di bawah Seksyen 12 Akta Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja di republik itu. Sehubungan itu, Balasubramaniam berkata seorang majikan perlu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kesemua pekerjanya di tempat kerja sebagaimana termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. "Seorang majikan yang melanggar peruntukan undang-undang itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya," kata beliau. Pada masa yang sama, Balasubramaniam menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kemalangan di tempat kerja.- mstar

Rakyat Malaysia Bazirkan 8,000 Tan Makanan Sehari
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8,000 tan atau lapan juta kilogram sehari dan jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Datuk Ab Rahim Md Noor berkata kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit.
Beliau berkata peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan.
"Kalau kita lihat peratusan, sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan pihak kami telah mencecah RM1.6 bilion tahun lepas.
"Perkara ini amat membimbangkan saya dan dengan itu kami akan melancarkan Program Transformasi Minda dalam bulan Oktober untuk mengubah minda masyarakat supaya tidak membuang makanan sesuka hati," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.
Beliau berkata antara pengisian program itu adalah kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri terlibat untuk menyumbangkan makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan yang memerlukan.
Ab Rahim berkata di samping memberi tumpuan dalam membendung masalah pembuangan makanan, program itu juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020.
Katanya, program itu juga diharap dapat membantu meningkatkan amalan 3R (Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula) dalam pengurusan sisa pepejal sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli yang semakin terhad.
"Program ini juga akan mendidik orang ramai agar lebih prihatin tentang penjagaan alam sekitar, serta memandang serius isu (pembaziran makanan) ini," katanya.- mstar
TOP
249 Pengarah Syarikat Dilarang Keluar Negara - KWSP
KUALA LUMPUR: Sebanyak 249 nama pengarah syarikat diserah kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka meninggalkan negara ini sebelum menyelesaikan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
KWSP dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata senarai itu adalah untuk tempoh suku kedua tahun ini.
Ketua Hal Ehwal Korporatnya Nik Affendi Jaafar berkata KWSP tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap majikan dan pengarah syarikat yang gagal membayar caruman bulanan KWSP pekerja mereka.
Bagi suku kedua, 114 majikan dikenakan denda berjumlah RM162,200 oleh mahkamah menurut Seksyen 43(2) Akta KWSP 1991.
Bagi tempoh sama juga 270 saman sivil difailkan di mahkamah terhadap pengarah syarikat manakala 843 kes jenayah difailkan terhadap majikan yang tidak membayar caruman bulanan KWSP.
Antara majikan yang didenda ialah Jimat Padu Enterprise dari Sarawak yang dikenakan amaun paling tinggi sebanyak RM6,000.
Kok Ann Construction Works (M) Sdn Bhd (Selangor) didenda RM5,300; Konsultant Timur (Sarawak) serta dua syarikat berpangkalan di Pulau Pinang Kleasound Sdn Bhd dan Bright Formula (M) Sdn Bhd (masing-masing RM5,000); dan LD Technologies (M) Sdn Bhd (Kedah) didenda RM4,000.
Nik Affendi berkata majikan yang tidak mencarum biasanya dibenarkan oleh mahkamah untuk menjelaskan tunggakan caruman secara ansuran sehingga enam bulan.
"Dalam tempoh ini, KWSP akan memantau mereka bagi memastikan jumlah tunggakan dibayar sepenuhnya.
"KWSP akan mengkreditkan tunggakan caruman ke dalam akaun pencarum terbabit setelah semua tunggakan dibayar," katanya. - mstar
TOP
Kim Swee Harap Pemain Mampu Kekal Fokus Hingga Tamat Sukan Asia
Ong Kim Swee. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR
INCHEON: Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara Datuk Ong Kim Swee mahu anak didiknya mengekalkan fokus masing-masing sepanjang kempen temasya Sukan Asia ke-17, terutama pada aksi penutup tirai saingan Kumpulan A menentang Arab Saudi yang dijadual berlangsung di Stadium Goyang pada 21 September. Beliau menyifatkan perlawanan itu sebagai penting kerana bakal menentukan nasib pasukan Harimau Muda sama ada layak ataupun tidak untuk mara ke peringkat suku akhir. "Isu pemain mana yang akan diturunkan pada 21 Sept ini adalah tidak penting sebaliknya kita mahu turunkan pemain yang mampu membantu pasukan meraih kemenangan pada hari itu," katanya kepada media selepas tamat perlawanan pada Rabu. Skuad Harimau Muda berjaya mencatat kemenangan besar selepas mengalahkan Laos 4-0 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Ansan Wa. Beliau berkata, Laos telah memberi tekanan hebat kepada anak didiknya apabila skuad Harimau Muda gagal mendapat kedudukan selesa walaupun Malaysia mendahului 1-0 menerusi jaringan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak pada aksi babak pertama perlawanan. "Dalam bola sepak, kedudukan 1-0 bukan satu keadaan yang selesa bagi sebuah pasukan lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama, ia telah menimbulkan sedikit kegelisahan kepada saya namun kita berjaya menguasai permainan pada babak kedua perlawanan dan seterusnya meraih kejayaan besar malam ini," katanya. Kim Swee turut memuji corak permainan pasukan Laos yang tidak kurang hebat apabila berjaya mematahkan serangan pasukan negara pada babak pertama perlawanan. Sementara itu, pemain pertahanan negara Mohamad Aidil berkata kejayaan menjaringkan gol pertama memberi 'tonik' semangat kepadanya untuk turun dengan lebih bersemangat pada aksi menentang Arab Saudi nanti. "Kejayaan hari ini memberi lebih keyakinan kepada saya dan juga rakan sepasukan lain dan kami akan cuba dengan sedaya-upaya untuk mengatasi Arab Saudi nanti," katanya. Mohamad Aidil, yang juga kapten pasukan, menyeru rakan lain mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan dan tidak memandang rendah kehebatan pasukan Arab Saudi.- mstar

Pasukan Tentera Udara Scotland Kerja Waktu Pejabat Saja Jika Pilih Merdeka
Jika merdeka, kerajaan baru Scotland akan menuntut 12 buah pesawat pejuang canggih Typhoon daripada Kerajaan Britain.
LONDON: Jika Scotland memilih untuk memerintah sendiri dan menarik diri dari kesatuan United Kingdom, ini bermakna pasukan tentera udaranya hanya akan beroperasi mengikut waktu kerja biasa. Pakar ketenteraan dari firma konsultan IHS Jane menegaskan, bajet yang rendah akan memaksa tentera udara diraja Scotland yang akan dibentuk jika rakyat negara itu memilih untuk memerintah sendiri dalam satu referendum pada Khamis ini beroperasi bagaikan pasukan separuh masa. Edward Hunt, dari firma berkenaan juga menambah, ini bermakna kerajaan baru Scotland akan memaksa angkatan udaranya beroperasi sepertimana Switzerland atau Austria. Tentera Udara Switzerland hanya beroperasi pada waktu kerja biasa lima hari seminggu sahaja kerana bajet perbelanjaan operasi yang terhad, kekurangan juruterbang dan anggota teknikal. Austria pula hanya memiliki 12 buah pesawat pejuang moden Typhoon. Scotland yang merdeka juga akan memiliki jumlah pesawat yang sama jika mereka memilih untuk memerintah sendiri dan hanya akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4 petang sahaja. Ini akan menjadikan Scotland bergantung harap kepada pasukan Tentera Udara Diraja Britain jika ruang udara mereka diceroboh atau mereka menerima ancaman daripada pengganas mahupun perampas. Kerajaan baru Scotland hanya merancang untuk memperuntukkan sekitar £2.5 bilion setahun dari bajet keseluruhan mereka untuk sektor pertahanan. Sekiranya majoriti warga Scotland memilih untuk memerintah sendiri, kerajaan baru Scotland berhak menuntut dua buah kapal friget, empat buah kapal anti-periuk api dan 12 buah pesawat Typhoons daripada angkatan tentera Britain. Scotland merancang untuk membentuk 15,000 anggota tentera dalam tempoh 10 tahun dari tarikh kemerdekaan penuh. "Tetapi ini menjurus ke arah wujudnya pasukan ketenteraan yang lompang yang sekaligus menjejaskan keselamatan dari ancaman luar," ujar Hunt.- mstar

Selepas Scotland, Catalonia Pula Inginkan Kemerdekaan
Peta wilayah autonomi Catalonia (merah) dalam Sepanyol kini mahu menuntut kemerdekaan dalam satu referendum yang dijadualkan pada 9 November ini.
BARCELONA: Warga Scotland akan menentukan masa depan mereka sama ada mahu kekal atau berpisah dari kesatuan United Kingdom (UK) dalam satu referendum pada Khamis dan kini warga Catalonia - sebuah wilayah dalam negara Sepanyol - juga ingin menuntut hak untuk menentukan sama ada mereka mahu memerintah sendiri atau terus kekal sebahagian daripada Sepanyol. Pada Isnin, Parlimen Catalonia telah memulakan langkah membentangkan rang undang-undang untuk diluluskan bagi membolehkan penduduk di wilayah Catalonia menentukan masa depan mereka melalui satu referendum pada 9 November. Buat masa ini Catalonia hanya menikmati sedikit kuasa autonomi seperti pengekalan parlimen, budaya dan bahasa mereka sendiri. Pemimpin pro-kemerdekaan Catalan yang juga presiden wilayah autonomi Catalonia, Artur Mas memberitahu parlimen wilayah itu, rang undang-undang yang akan dibentangkan itu akan membolehkan wilayah tersebut menuntut perundingan tanpa syarat. "Ini bermakna Sepanyol secara efektifnya akan mendapati bahawa ia adalah sebuah negara yang dibentuk oleh beberapa negara yang lain. "Pada masa yang sama, Sepanyol akan muncul sebagai sebuah negara dengan tahap demokrasi dan toleransi yang tinggi yang mampu mendengar dan menyelesaikan cabaran demokratik era moden," ujarnya. Ahli-ahli parlimen Catalonia dijangka meluluskan rang undang-undang tersebut menjelang Jumaat ini, iaitu sehari selepas warga Scotland menentukan masa depan mereka melalui referendum. Kini warga Catalonia menanti dengan penuh debar bagaimanakah Scotland akan menentukan masa depan mereka walaupun pungutan suara dan tinjauan rambang mendapati, jumlah yang mahukan pemerintahan sendiri dan kekal sebahagian daripada UK adalah sama banyak. Kerajaan pusat Sepanyol sejak awal-awal lagi menegaskan yang ia akan mencabar di mahkamah perlembagaan sebarang usaha untuk memisahkan wilayah Catalan. Seandainya itu berlaku, referendum yang dijadualkan berlangsung pada 9 November secara automatisnya terpaksa ditangguh - sekaligus mencetuskan krisis politik dan suasana tidak stabil. Minggu lalu, beribu warga Catalonia berarak di pusat ibu negeri mereka, Barcelona untuk menuntut agar mereka diberi hak untuk menentukan masa depan wilayah mereka sendiri. Xavier Arbós MarÃn, seorang profesor perlembagaan di Universiti Barcelona berkata; "Kini terdapat tekanan daripada pihak yang pro-kemerdekaan supaya wilayah itu meneruskan juga referendum yang dijadualkan pada 9 November depan tanpa menghiraukan apa juga keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat."- mstar

UPSR Bocor: Dua Lagi Guru Ditahan
KUALA LUMPUR: Dua lagi guru ditahan berhubung kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata, guru wanita berusia 26 tahun itu ditahan di Labis, Johor pada pukul 7 petang, manakala guru lelaki berusia 31 tahun ditahan di Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 7.30 petang.
Beliau menambah, kedua-duanya direman pada Khamis di Putrajaya.
Penahanan dua guru itu menjadi jumlah keseluruhan yang ditahan berhubung kes itu seramai 12 orang setakat ini.
Gan menambah, lapan daripada mereka dibebaskan dengan jaminan.- mstar
TOP
UPSR Bocor: Tiga Guru Direman Empat Hari
PUTRAJAYA: Polis pada Rabu memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman tiga guru, seorang daripada mereka wanita, selama empat hari untuk membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Sains dan Bahasa Inggeris Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu, berkuat kuasa hari ini, terhadap tiga guru berkenaan berumur antara 24 tahun dan 36 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Ketiga-tiga guru itu ditahan di Negeri Sembilan malam Selasa.
Isnin lepas, empat lelaki direman empat hari hingga Khamis.
Pada Selasa polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang jurutera selama empat hari.
Susulan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 and 014/2 itu Khamis lepas, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula peperiksaan kedua-dua kertas itu pada 30 September.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pada Jumaat lepas bahawa Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan mengenainya selesai.- mstar
TOP
Mayat Pelajar Lemas Di Cherating Ditemui
KUANTAN: Mayat seorang pelajar lelaki sebuah kolej di Kemaman, Terengganu, Muhammad Aiman Abd Khalid, 19, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan di pantai peranginan Cherating, dekat sini Isnin lepas, ditemui Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat Muhammad Aiman ditemui di persisiran Pantai Teluk Mok Nik, Kemaman kira-kira 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.
"Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk proses pengecaman oleh keluarga dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.
Beliau berkata dengan penemuan mayat mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilancarkan sejak Isnin lepas, dihentikan serta-merta.
Dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Aiman pelajar Kolej Ranako, Kemaman hilang ketika sedang mandi-manda bersama tujuh rakannya di pantai berkenaan.
Laporan mengenai kejadian itu dibuat pada 6.47 petang.- mstar
TOP
Mayat Lelaki Dengan Kesan Tembakan Ditemui Di Sungai Petani
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan ditemui di Ladang Padang Buluh Tanah Licin, Sidam Kiri di Sungai Petani dekat sini, pagi Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui pada kira-kira 8 pagi, hasil maklumat orang awam.
"Hasil pemeriksaan ke atas mayat, terdapat kesan kecederaan di kepala dan pipi disyaki kesan tembakan (namun akan disahkan selepas post mortem)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Beliau berkata mangsa dipercayai berasal dari Simpang Empat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Katanya, siasatan di tempat kejadian menemui kelongsong peluru dan setakat ini motif kejadian masih disiasat.- mstar
TOP
Kerani Mengaku Tidak Bersalah Sembunyi Harta Curi Lebih RM53,000
KUALA LUMPUR: Seorang kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Rabu atas pertuduhan menolong menyembunyikan wang curi berjumlah RM53,362.10, bulan lepas.
Patrick Parthiban, 26, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam lif Pasaraya Haniffa, Wisma Haniffa Jalan Masjid India dekat sini pada 8.30 malam, 30 Ogos lepas.
Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh dikehendaki melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap hari Isnin sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi.
Sementara itu, di mahkamah sama, Nur Azura mengenakan hukuman denda masing-masing RM2,500 terhadap dua rakan setelah mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dua laras senapang buatan sendiri, Julai lepas.
Penghantar surat Razak Baharuddin, 40, dan bekas pekerja pembinaan Shahrudin Kanli, 34, dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu di No 9-2 Jalan 2.114a, Jalan Kuchai Lama, Taman Indrahana, 12.30 tengah malam, 5 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.
Ketika rayuan, Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mohamad yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon supaya anak guamnya tidak dipenjarakan sebaliknya meminta mahkamah mengenakan hukuman denda yang setimpal dengan kesalahan mereka.
"Kedua-dua tertuduh menanggung keluarga masing-masing termasuk anak yang masih bersekolah," katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.- mstar
TOP
Peguam Awie Pertikai Kelewatan Rozana Hantar Afidavit
Awie (kiri) dan siterinya, Rozana Misbun
KUALA LUMPUR: Peguam Syarie kepada vokalis kumpulan Wings, Awie mempertikaikan tindakan isteri penyanyi itu, Rozana Misbun ekoran kelewatan menghantar afidavit pembelaan untuk mengetepikan perintah injunksi (tegahan) secara ex-parte (sebelah pihak) yang dibenarkan mahkamah terhadap Awie sebelum ini terhadap tiga anak mereka. Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam hujahannya berkata, pihak Rozana selaku responden kes berkenaan gagal menyerahkan jawapan berkenaan dalam masa 14 hari seperti mana diperintahkan mahkamah pada 21 Julai lalu. Jelas Mohd Zaidi, Rozana menerusi peguamnya Majdah Muda hanya memfailkan sehari selepas tempoh itu tamat dan ia jelas melanggar perintah yang dikeluarkan. Hujahan kes berkenaan didengar dihadapan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu. Bagaimapun, Majdah dalam hujahannya turut mempertikaikan tentang penyerahan perintah berkenaan yang dibuat oleh pihak pemohon pada 24 Julai sekitar pukul 8 malam. Majdah dalam hujahan balasannya berkata, sesuatu perintah yang diserahkan selepas pukul 4 petang dan diluar waktu pejabat tidak dikira sebagai tempoh itu bermula pada hari berikutnya. Mohd Amran bagaimanapun menetapkan Khamis (esok) untuk membuat keputusan berhubung kes berkenaan. Awie pada 22 Julai lalu berjaya mendapat hak penjagaan sementara ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka iaitu iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Awie turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Arni iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12. Terdahulu Awie dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.- mstar

Dewan Ulama PAS Mahu Tindakan Disiplin Terhadap Dua Adun Sendiri
KULAI JAYA: PAS didesak supaya mengambil tindakan disiplin terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka kerana bertindak membelakangi parti berhubung krisis politik di Selangor.
Desakan itu disuarakan perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 apabila sebulat suara meluluskan usul agar PAS mengambil tindakan disiplin terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.
Terdahulu, ketika membentangkan usul berhubung isu berkenaan, perwakilan Selangor, Mohd Shamsudin Amran berkata, kedua-dua-dua Adun itu bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tanpa pengetahuan PAS.
Malah katanya, Saari dan Hasnul juga dengan sengaja mencabar PAS supaya mengambil tindakan terhadap mereka termasuk dipecat.
"Justeru Dewan Ulama PAS mendesak Jawatankuasa Disiplin menjalankan siasatan atas tindak-tanduk pimpinan yang dengan sengaja menyanggahi dan meremehkan keputusan Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya di sini, Rabu.
Pada 14 Ogos lalu, Dr Wan Azizah ketika sidang media di Subang Jaya mengumumkan beliau telah mendapat sokongan majoriti Adun Pakatan Rakyat Selangor apabila dua Adun PAS iaitu Hasnul dan Saari menyatakan sokongan terhadapnya bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sokongan Hasnul dan Saari itu dibuat bersama-sama 15 Adun daripada DAP manakala 13 lagi daripada PKR.
Tindakan Hasnul dan Saari itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Abdul Khalid tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.- mstar
TOP
80 Hilang Bot Tenggelam Di Republik Afrika Tengah
BANGUI (Republik Afrika Tengah): Seramai 80 hilang selepas sebuat bot tenggelam di Republik Afrika Tengah pada minggu lalu di Sungai M'pokok di selatan ibu negara itu, Bangui, kata kerajaan negara itu pada Rabu.
"Hanya kira-kira 20 orang dapat diselamatkan. Lebih 100 orang menaiki bot itu," kata menteri pengangkutan, Silvere Yabada kepada AFP.
"Persoalan kita ialah bagaimana sejumlah 100 orang bersetuju untuk menggunakan bot yang tidak sesuai digunakan itu," katanya.
Beratus-ratus orang merentasi Sungai M'poko setiap hari, antara kawasan luar bandar dan ibu negara. - AFP- mstar
TOP
Lebih 114 Juta Rokok Seludup Dirampas Jan-Ogos 2014
Datuk Mohd Isa Endot membantu kerja-kerja pemusnahan rokok putih dan kretek yang tidak sah berjumlah lebih 46 juta batang rokok dengan nilai kira-kira RM5 juta dengan kerjasama Gabungan Pengilang dan Pengimport Tembakau Malaysia (GPTM) di Cawangan Penguatkuasaan dan Rampasan ibu pejabat Dengkil di Putrajaya, Rabu. Foto BERNAMA
DENGKIL: Lebih 114 juta batang rokok seludup melibatkan cukai kira-kira RM58.1 juta dirampas sepanjang lapan bulan pertama tahun ini di sekitar Kuala Lumpur. Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Isa Endot dalam sidang media di Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Rampasan Kastam di sini Rabu berkata rokok seludup itu dipercayai dibawa masuk dari Vietnam, China dan Indonesia. Katanya kebanyakan rokok diseludup menggunakan laluan laut iaitu di kawasan pelabuhan seperti di Pasir Gudang dengan menggunakan modus operandi pemalsuan dokumen selain laluan pesisir pantai. Puluhan ribu kontena yang keluar dan masuk dari pelabuhan pada setiap hari menyukarkan pihak kastam memeriksa kesemuanya dan hanya berkemampuan mengimbas antara lima hingga tujuh peratus daripada jumlah itu sahaja, katanya. "Jika kita memeriksa semua kontena akan menyebabkan barang yang dihantar melalui pelabuhan akan lewat sampai atau kesesakan di pelabuhan," katanya. Menghuraikan rampasan berkenaan, Mohd Isa berkata kesemua rampasan bernilai kira-kira RM6.96 juta itu melibatkan 528 serbuan termasuk melalui 'Operasi Outlet', dengan bilangan serbuan beserta tangkapan membabitkan 76 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kertas siasatan telah selesai dan seramai 58 orang telah didakwa dan kebanyakan mereka didenda 20 kali nilai barangan rampasan, selain ada juga yang dipenjarakan. Statistik rampasan rokok di sekitar Kuala Lumpur pada 2011 berjumlah kira-kira 22 juta batang, 2012 (36 juta batang) dan pada tahun lepas (42 juta batang) yang jika dicampurkan ketiga-tiganya, cukai yang boleh dikenakan melibatkan hampir RM40 juta, katanya. Pada sidang media yang sama, Mohd Isa memberitahu sebanyak 46 juta batang rokok putih dan kretek tidak sah seberat 69,472kg akan dimusnahkan melalui kaedah dirincih. Rokok itu bernilai RM5.1 juta dan melibatkan cukai sebanyak RM18.8 juta, katanya.- mstar

Kaji Semula Kerjasama PAS Dengan DAP, PKR - Haron Din
KULAI JAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din memberi kiasan bahawa tahaluf siyasi (kerjasama politik) parti itu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukan suatu ketetapan tetapi boleh dikaji semula dan 'diceraikan' seperti sebuah perkahwinan.
Ulamak tersohor itu berkata, tahaluf siyasi sama seperti sebuah perkahwinan yang mempunyai ruang penceraian oleh Islam sekiranya syarat dan rukunnya dilanggari.
"Contohnya dalam perkahwinan, walupun tidak dibolehkan talak, namun demikian ruang itu ada (untuk dilakukan).
"Jadi kalau tahaluf telah tercalar, syaratnya telah dilanggar dan rukunnya telah dirobohkan, ulama wajib memikirkan balik...merenungkan balik serta memeriksa balik (kerjasama). Saya minta elok diperhalusi semula," katanya di sini, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53.
Bagaimanapun Harun berkata, sesuatu kerjasama politik itu perlu dipertahankan sekiranya ia menguntungkan Islam.
"Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama serta syarat dan rukun dipenuhi. Jadi ulama sebagai benteng.
"Pertahankan tahaluf, pertahankan demi kebaikan Islam dan bukan individu," katanya.
Gesaan supaya PAS mengkaji semula kerjasama mereka dengan Pakatan Rakyat kembali diperkatakan susulan krisis politik membabitkan isu menteri besar Selangor.
Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.- mstar
TOP
MH17: Tiga Jenazah Tiba Jumaat Ini
PETALING JAYA: Tiga lagi jenazah mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 akan tiba di tanah air pada pagi Jumaat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, jenazah itu akan tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Ini akan menjadi ketibaan kelima bagi jenazah (mangsa MH19) yang dibawa pulang ke Malaysia.
"Kita akan melakukan istiadat penghormatan seperti ketibaan-ketibaan lain sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Liow berkata, penerbangan dari Belanda itu akan membawa pulang jenazah Muhammad Afzal Tambi dan Marsha Azmeena Tambi, anak kepada Tambi Jiee yang turut terlibat dalam nahas, dan seorang anak kapal, Shaikh Mohd Noor Mahmood.
"Pakar forensik di Belanda turut mengenal pasti mayat Liew Yau Chee, Tan Siew Poh, Meling anak Mula, Metthew Ezekial Sivagnanam dan Lee Kiah Yeen.
"Pihak berkuasa Belanda masih belum mengumumkan mengenai penghantaran pulang jenazah-jenazah ini," katanya.
Liow, yang juga Presiden MCA berkata, setakat ini, sejumlah 224 penumpang MH17 telah dikenal pasti, dengan 74 mangsa masih dalam proses pengecaman.
"Daripada 44 rakyat Malaysia yang menaiki MH17, 41 melibatkan 26 penumpang dan 15 anak kapal telah dikenal pasti," katanya.- mstar
TOP
Kerajaan PAS Kelantan Mampu Kekal Tanpa Nik Aziz
Datuk Ahmad Yakob.
KULAI JAYA: PAS Kelantan mampu mengekalkan rekod kemenangannya di negeri itu walaupun tanpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar. Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau yakin PAS tidak berhadapan dengan masalah kehakisan sokongan rakyat di negeri itu kerana kerajaan yang dipimpinnya akan meneruskan dan memperkasakan program sedia ada. Keyakinan itu sekaligus menolak kebimbangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang meragui kemampuan partinya sendiri untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. "Bagi kita di Kelantan kita meneruskan agenda yang telah pun dipersetujui bersama. Kita hanya meneruskan program pembangunan bersama Islam. "Kita hanya memperkasakan dengan merakyatkan semula program yang dibuat selama ini. Tidak ada masalah, PAS tak akan terkesan," katanya kepada pemberita selepas majlis penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 di sini, Rabu. Mengulas lanjut, Ahmad berkata Suhaizan mengutarakan kebimbangan tanpa mengetahui situasi sebenar di Kelantan. "Suhaizan tidak terlibat secara langsung dengan pentadbiran kita di Kelantan. Mungkin itu pandangan beliau," katanya. Pada Selasa, Suhaizan mengingatkan penyokong PAS bahawa kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya pasti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik. Amaran keras itu dinyatakan supaya kepimpinan tertinggi PAS tidak terus bergantung kepada faktor 'Nik Aziz' untuk terus mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, faktor ketokohan Nik Abdul Aziz tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat. - mstar

Dewan Ulama PAS Beri Penghormatan Kepada Mohd Lotfi
KULAI JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat memberi penghormatan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lotfi Ariffin yang terkorban di Syria dalam serangan oleh tentera negara tersebut baru-baru ini.
Perwakilan Perak, Norazli Musa ketika menutup ucapan perbahasannya meminta perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 supaya membaca al-Fatihah kepada Mohd Lotfi yang disifatkannya 'syahid' ketika berjuang di Syria.
"Syahid Lotfi gugur di bumi Syria...al-Fatihah," katanya.
Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama.
Berikutan kecederaan itu, Mohd Lotfi yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.
Jenazah Mohd Lotfi dikebumikan di Turki.
Mohd Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah adalah rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.
Selain Mohd Lotfi, dua lagi rakyat Malaysia yang terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob serta Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.
Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lotfi, sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).
Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.
Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi. - mstar
TOP
Azmi Sharom Mahu Cabar Keperlembagaan Akta Hasutan
Azmi Sharom.
KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya , Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948. Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu. Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan. Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan perkara yang dibangkitkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Pengadilan 1964. Bagi menyokong permohonannya, Gobind yang diiringi Dr Azmi dan peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata, Akta Hasutan tidak digubal oleh Parlimen. "Ordinan Hasutan telah digubal pada 1948 sebelum merdeka. Ia disemak semula menerusi Undang-Undang Semakan Suruhanjaya dan diwartakan sebagai undang-undang. "Ia tidak diluluskan menerusi Parlimen dan oleh itu ia tidak boleh menghalang hak Dr Azmi untuk bersuara seperti yang dibenarkan dibawah Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ia tidak mengikut Perlembagaan," katanya. Pada 2 September lalu, Dr Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur hasutan dalam sebuah portal mengenai krisis politik di Perak pada 2009. - mstar

Polis Buru Lelaki Cuba Larikan Wang Dari Mesin ATM
KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang lelaki yang imejnya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) kerana cuba mengumpil mesin deposit tunai di Pusat Komersial Alamesra, awal pagi Rabu.
Suspek dipercayai seorang lelaki yang dilihat memasuki premis tersebut kira-kira pukul 4.40 pagi, menggunakan besi logam untuk mengumpil mesin tersebut.
Namun, suspek membatalkan rancangannya selepas merosakkan lapisan pertama mesin tersebut akibat masalah teknikal.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, rakaman CCTV bank terbabit menunjukkan seorang lelaki yang memakai sehelai kain atau baju untuk menutup mukanya memasuki premis berkenaan.
Pegawai keselamatan bank terbabit mendapati berlaku kerosakan sebaik tiba di premis berkenaan kira-kira pukul 8.40 pagi pada hari yang sama.
Chandra berkata, mereka turut menyiasat sama ada kes tersebut dilakukan oleh individu sama yang cuba mengumpil mesin ATM di Damai tidak jauh dari ibu negeri itu kira-kira pukul 4.19 pagi Selasa.
"Untuk kes ini, seorang suspek memakai topeng watak kartun adiwira dengan memakai sarung tangan memasuki bank tersebut dan menyembur cat putih pada empat kamera CCTV itu sebelum melakukan rompakan," katanya. - mstar
TOP
UPSR: 10 Individu Ditahan Sehingga Hari Ini
KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu ditahan polis berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris, setakat hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, daripada 10 individu itu, lapan adalah guru serta masing-masing seorang ejen insurans dan jurutera.
“Sepuluh individu itu termasuk tiga guru yang ditahan di Negeri Sembilan malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Isnin lepas, empat lelaki direman selama empat hari hingga esok, manakala semalam polis memperoleh perintah mahkamah menahan reman seorang jurutera selama empat hari.
Hari ini, polis turut memperoleh perintah mahkamah bagi menahan reman tiga guru termasuk seorang wanita selama empat hari.
“Dua lagi guru yang ditahan Ahad lepas telah dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka pada hari yang sama (Ahad),” katanya.
Sehingga kini, seramai 18 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), sembilan guru, dan masing masing seorang wartawan, ejen insurans dan jurutera.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lepas manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. – BERNAMA
TOP
Agong Berangkat Ke Zoo Negara Lihat Panda Gergasi
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat ke Zoo Negara di sini untuk melihat pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit dan Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif serta pegawai kementerian.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudian menaiki tram dengan diiringi Dawos dan Zaharin ke Pusat Konservasi Panda Gergasi dan kemudian mendengar taklimat disampaikan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Zoal Azha Yusof.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian meluangkan masa selama 20 minit melihat pasangan panda gergasi itu termasuk memberi makan buah epal kepada panda jantan, Xing Xing, sebelum berangkat pulang.
Sementara itu, menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sehingga 31 Ogos lalu, seramai 82,597 pelawat telah mengunjungi Pusat Konservasi Panda Gergasi sejak ia dibuka kepada orang awam.
Pusat konservasi tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun lalu.
Dalam majlis perasmian tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan nama tempatan bagi pasangan panda berkenaan iaitu Xing Xing bagi panda jantan dan Liang Liang bagi panda betina yang sebelum ini dikenali sebagai Fu Wa dan Feng Yi.
Pasangan panda tersebut telah dipinjamkan kepada Malaysia oleh kerajaan China menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang berperanan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan China.
Ini juga bersempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. – BERNAMA
TOP
Anak Lembu Berkepala Dua Dilahirkan Di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL: Seekor lembu telah dilahirkan berkepala dua. Biasanya kes-kes kembar siam binatang seperti ini hanya dilaporkan dari luar negara.
Gambar lembu yang berkepala dua itu dipercayai telah diambil dengan menggunakan telefon bimbit kini beredar di laman sosial.
Semoga kecacatan pada lembu ini tidak membawa maut dan selain itu tidak mendatangi masalah untuk meneruskan hidupnya. ─ SiakapKeli.com

Iphone 6 & 6 Plus Terima Lebih 4 Juta Tempahan Dalam Tempoh 24 Jam
Iphone 6 dan iPhone 6 plus telah dilancarkan minggu lepas dan mendapat kritikan dari segi spesifikasi dan juga rekaan.
Walaupun mendapat kritikan hebat, kedua-dua model itu memberi kejutan apabila mendapat tempahan lebih dari 4 juta dalam tempoh 24 jam pada jumaat lalu.
Laporan dari laman web Apple itu juga menyebut bahawa rekod tempahan itu adalah yang tertinggi jika dibandingkan dari kesemua jenis iPhone sebelum ini.
Sehingga kini, masih tiada lagi tarikh rasmi berkenaan penjualan iPhone 6 di Malaysia namun apa yang pasti, ia akan menemui peminat menjelang hujung tahun ini. - SiakapKeli.com
TOP
Lelaki Memandu Lawan Arus Trafik Maut Di Kuantan
KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melawan arus trafik bertembung dengan sebuah van dan dua kereta.
Kejadian itu berlaku di Kilometer 25 Jalan Pintasan Sungai Ular dekat sini kira-kira pukul 8.16 malam tadi.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata mangsa dikenali sabagai Mohamad Othman, 58, berasal dari Kemaman, Terengganu.
Katanya nahas dipercayai berlaku ketika mangsa dari arah Kilang Lynas telah memandu secara melawan arus trafik menghala ke Kuantan sebelum bertembung dengan sebuah van dan dua kereta.
Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, katanya.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini untuk bedah siasat, manakala kesemua pemandu kenderaan lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA
TOP
Suami Dan Isteri Orang Antara Dicekup
PASIR GUDANG – Seorang suami dan isteri orang dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh pihak penguatkuasa Jaij ketika menginap di sebuah hotel bajet berhampiran terminal feri, di sini dalam Ops Sayang, awal pagi semalam.
Ketika ditahan, mereka yang baru terjaga daripada tidur dilihat terpinga-pinga kerana diserbu pihak berkuasa selain mengakui bukan pasangan suami isteri yang sah.
Hasil siasatan lanjut mendapati wanita berusia 37 tahun mendakwa sedang dalam proses berpisah dengan suaminya dan menaiki bas dari Layang-Layang, Kluang untuk bertemu dengan kekasihnya yang juga pemandu lori berusia 38 tahun berasal dari Kota Tinggi.
Ketika ditahan kedua-duanya hanya berpakaian ringkas termasuk wanita yang berselimut sahaja.
Selain itu, seorang lelaki berusia 26 tahun bersama kekasihnya berusia 20 tahun dicekup pihak berkuasa selepas didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet berhampiran Taman Cendana Pasir Gudang di sini.
Sebelum tangkapan dilakukan, wanita berkenaan berlakon seperti warga asing dan mendakwa bukan orang tempatan selain teman lelakinya juga memiliki paras rupa seperti warga Vietnam.
Bagaimanapun bimbang kerana hal berkenaan diketahui keluarga, gadis berkenaan yang juga bekerja sendiri dalam keadaan susah hati meminta supaya perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. – Sinar Harian Online
TOP
Daftar GST Segera & Dapatkan Maklumat Kelebihan Lebih Banyak
KUALA LUMPUR – Syarikat yang mempunyai pendapatan RM500,000 setahun disarankan supaya segera mendaftar perniagaan di bawah cukai barang dan perkhidmatan (GST) agar tidak ketinggalan serta mendapat maklumat yang mencukupi mengenai cukai tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.
Beliau berkata setiap syarikat yang telah mendaftar di bawah GST akan mendapat pemahaman yang lebih kerana mereka akan diberikan bimbingan khusus daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
“Melalui program tersebut, mereka akan mengetahui akan kelebihan GST dan segala pertanyaan mereka akan dijawab,” berkata kepada media selepas merasmikan Seminar GST untuk Pengusaha Restoran India, di sini hari ini.
Chua berkata mereka juga akan diberikan baucer RM1,000 yang diperuntukkan kerajaan untuk membeli perisian GST.
Seminar sehari itu dihadiri 500 peserta yang terdiri daripada syarikat-syarikat dari sektor perkhidmatan serta makanan dan minuman.
Beliau berkata kerajaan mendapat respons yang positif daripada syarikat-syarikat dalam negara yang tampil untuk mendaftar dengan GST dan setakat ini sebanyak 37,300 syarikat telah mendaftar dengan cukai yang bakal dilaksanakan pada 1 April tahun depan.
“Setiap hari jumlah syarikat yang mendaftar GST adalah sekitar 1,000 hingga 1,500 dan sekiranya trend ini berlarutan, setiap hari kita akan mendapat sejumlah 140,000 syarikat yang mendaftar GST pada hujung tahun ini,” tambahnya.
Timbalan menteri kewangan itu berkata hanya 13 hingga 15 peratus sahaja syarikat di Malaysia yang mempunyai pendapatan RM500,000 ke atas dan GST adalah wajib ke atas mereka.
Syarikat yang tidak mendaftar dengan GST akan dikenakan penalti serta pendaftaran secara automatik.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, Muthusamy Thirumeni berkata, beliau berharap 90 peratus daripada peserta seminar tersebut tampil untuk mendaftar GST.
Seminar GST itu turut menyediakan kaunter pendaftaran GST bagi kemudahan para peserta. – BERNAMA
TOP
Mas Marah, Kecewa Pesawatnya Dituduh Mendarat Cemas Di Iceland
KUALA LUMPUR, 17 Sept - Malaysia Airlines (MAS) hari ini menggesa pihak berkuasa menyekat laman web parodi kerana menerbitkan artikel palsu yang mengatakan bahawa salah satu kapal terbang miliknya membuat pendaratan kecemasan selepas terbang di atas gunung berapi Iceland.
Syarikat penerbangan kebangsaan itu, yang telah mengalami dua kemalangan pesawat tahun ini, menyifatkan artikel pada www.worldnewsdailyreport.com bertajuk "Malaysia Airline flight forced into emergency landing after flying over Icelandic volcano" yang disiarkan pada Isnin sebagai tidak bertanggungjawab.
"Berdasarkan tragedi baru-baru ini, kami percaya bahawa cerita-cerita tersebut disebar hanya untuk satu tujuan, iaitu untuk membuat spekulasi, salah faham dan mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang ramai yang ingin membuat penerbangan," kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Syarikat penerbangan itu berkata mereka tidak terbang ke New York atau mana-mana destinasi di Amerika Syarikat dari Eropah, sepertiman yang dilapor dalam artikel World News Daily Report yang mendakwa Penerbangan MH131 terbang dari Paris ke New York.
World News Daily Report adalah penerbitan web satira politik. Pada laman web, ia ada menyatakan bahawa semua artikel berita adalah "fiksyen" dan "berita mungkin palsu".
MAS hari ini juga mengkritik buku yang ditulis oleh warga New Zealand Geoff Taylor dan Ewan Wilson yang mendakwa juruterbang Penerbangan MH370 yang hilang telah mematikan bekalan oksigen dalam kabin dan membiarkan kapal terbang tenggelam ke dalam Lautan Hindi. - SiakapKeli.com
TOP
Pendaratan Cemas MH131 Palsu, Abaikan Portal Menipu!
Sebelum ini worldnewsdailyreport.com telah mencetuskan kekecohan apabila mendakwa putera mahkota Selangor murtad. Kali ini sekali lagi portal yang amat tidak bertanggungjawab dengan menyediakan berita palsu untuk keseronokan itu menimbulkan kekecohan.
Hari ini agak gempar juga apabila terdapat khabar yang mengatakan MH 131 terpaksa mendarat cemas di Iceland. Berita tersebut telah beredar di laman-laman sosial. Bagaimanapun MAS telahpun mengeluarkan kenyataan terhadap perkara tersebut.
Pesawat MH131 dilaporkan melalui zon “pergolakan yang berat” dengan “penglihatan terhad” selama beberapa minit menyebabkan peralatan navigasi tidak berfungsi memaksa juruterbang mendaratkan pesawat secara manual, lapor berita palsu tersebut.
Bagaimanapun jika diperhatikan kod penerbangan MH131 adalah kod laluan Kuala Lumpur ke Aucland dan bukannya Paris ke New York.
Buat pengetahuan pembaca semua, laman worldnewsdailyreport.com adalah laman berita-berita palsu. Berikut adalah diclaimer portal tersebut.
Bagaimanapun tidak boleh salahkan kepada orang yang menyebarkannya sahaja. Portal yang tidak bertanggungjawab tersebut walaupun sudah menyatakan tentang aktiviti mereka melalui disclaimer seharusnya perkara ini tidak dibuat main-main. Selain itu tidak semua orang yang akan membuka pautan kecik “Diclaimer” tersebut.
─ SiakapKeli.com

Hina Lagu Negaraku: Tak Tahan Dikutuk Baru Pandai Minta Maaf?
Mungkin disebabkan desakan orang ramai, Chong hari ini akhirnya meminta maaf atas tindakannya yang berkeras tidak bersetuju lagu kebangsaan dimainkan di panggung wayang.
Bagaimanapun, dalam status permohonan maafnya, Chong tetapi berkeras tidak bersetuju lagu kebangsaan dimainkan di panggung wayang.
Akibat dari kekerasan hatinya, dia telah mendapat kritikan dan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa.
Ada yang mengatakan seorang MP tidak patut bertindak sedemikian dan ada juga mengkritik sikapnya yang tidak berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan.
Nampaknya, permohonan maaf Chong ini tidak dapat memadamkan api kemarahan yang meluap dari rakyat Malaysia yang cintakan negara ini.
– SiakapKeli.com

Lelaki Bagi 'Petua' Untuk Bunuh Kucing Dikecam
Seorang lelaki telah dikecam dilaman sosial kerana telah memberi petua bagaimana untuk membunuh kucing.
Komen yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan bermula dari satu status dari seorang pengguna laman Facebook yang tidak berpuas hati dengan kucing jirannya yang dikatakan berak dan kencing merata.
Status wanita berkenaan kemudiannya mendapat perhatian dari status lelaki terbabit yang telah memberikan komen menyuruh wanita itu memberi racun kepada kucing tersebut.
'Petua' yang diberikan oleh lelaki tersebut mendapat kecaman dari ramai pencinta kucing. Tidak tahu apa masalah lelaki ini dengan kucing sampai terkeluar dari kepalanya idea sedemikian rupa. Walaupun kucing itu yang bermasalah, sampai nak membunuh-bunuh tu berdosa namanya. - SiakapKeli.com

Kereta Exco Perlis Dilempar Cat Merah Depan Rumah
ALOR SETAR – Kereta Exco Perlis, Mat Hassan menjadi sasaran cat merah yang dipercayai dilempar di parkir hadapan rumahnya di Taman Bukit Kubu, dekat sini, kelmarin.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada malam kelmarin, ketika Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berada di dalam rumah dan tidak menyedari sehingga bangun tidur awal pagi semalam.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron mengesahkan menerima laporan polis yang telah dibuat Adun tersebut pagi semalam sebaik menyedari kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Perlis.
“Kita masih siasat punca kejadian, sama ada ia bermotif dendam, khianat atau sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
Sementara itu, memetik laporan sebuah portal berita Mat berkata, selain kereta miliknya, kenderaan rasmi exco yang digunakannya turut disimbah dengan cat merah.
“Saya tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan ini dan saya sudah membuat laporan polis.
“Ini adalah kejadian kedua yang berlaku kepada saya, tetapi sebelum ini kereta saya disimbah cat putih, namun saya tidak membuat laporan polis,” katanya.
Pada 2012, Mat pernah cedera pada mata dan pipi akibat ditumbuk seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menziarahi jenazah di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis.
Dalam kejadian itu suspek difahamkan mewakili peniaga sebuah pasar malam di kawasan tersebut bertindak menyerang mangsa kerana tidak berpuas hati dengan kewujudan pasar malam baharu yang menyebabkan perniagaan mereka merosot teruk. – Sinar Harian Online
TOP
4 GAMBAR: Rumah Penjawat Awam Disembur Cat Merah
Melihat kepada gambar tersebut pasti semuanya dapat mengagak yang ini adalah perbuatan lintah darat atau dikenali sebagai Ah long.
Walaupun sudah banyak perkara-perkara buruk disiarkan berkaitan dengan peminjaman wang daripada Ah Long namun masih ramai lagi yang tidak mengambil iktibar dan sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi kesilapan seperti itu.
Bagaimanapun siasatan tetap perlu dilakukan kuatiri perbuatan kianat pihak-pihak tertentu.
Terbaru, empat buah rumah penjawat awam telah disembur cat merah.
Melihat kepada gambar-gambar dari sumber Daily Traffic Report, dinding serta lantai disembur dengan perkataan seperti “Menipu” dan sombol “Dolar” juga tidak menolak berkaitan dengan perniagaan MLM. Semoga perkara ini dihentikan setakat ini sahaja dan tiada sebarangan serangan berbentuk fizikal berlaku. ─ SiakapKeli.com

Malaysia eksport durian sejuk beku ke China
"Sebelum ini, kerajaan dua negara sudah membincangkan mengenai pengeksportan durian dari Malaysia ke China dan kita sudah mencari satu alternatif terbaik untuk menjadikan raja buah itu lebih popular di pasaran China.
"Jadi, kita lihat pengeksportan durian sejuk beku membantu meningkatkan peluang pemasaran baharu durian ke China," katanya selepas melancarkan sistem MiTrace di astaka Malaysia, sempena Ekspo China-Asean ke 11 (CAEXPO ke-11) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Dzulkifli Mahmud; Presiden Interim Persatuan Pengeksport Durian Malaysia, Paul Mak dan Ketua Pegawai Eksekutif Meili Chuashuo Co Ltd Nanning, Sam Sun.
Sistem MiTrace dibangunkan hasil usaha sama antara Jabatan Pertanian, Mimos Bhd, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pemilik Pusat Pemprosesan Durian di Jerantut, Pahang.
Ka Ting berkata, pelancaran MiTrace adalah satu usaha membanggakan dan ia membantu meningkatkan nilai eksport buah itu ke China.
"Ini adalah satu kejayaan membanggakan kepada Malaysia untuk memasarkan durian ke China dan MiTrace akan meyakinkan pembeli bahawa durian yang dibeli mereka terdiri daripada buah berkualiti dengan harga berpatutan," katanya.
MATRADE menyasarkan durian sejuk beku bernilai RM8 juta dieksport ke China dalam tempoh hingga akhir tahun ini. ─ BH Online
TOP
IS Tembak Jatuh Pesawat Syria
KUMPULAN Penentang Negara Islam (IS) menembak jatuh sebuah pesawat Syria yang melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat mereka di Raqqa, semalam.
Memetik laporan AFP, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, anggota IS melepaskan tembakan ke arah pesawat berkenaan menyebabkan ia terhempas
Pengarahnya, Rami Abdel Rahman memberitahu media, pesawat berkenaan terhempas di sebuah kediaman di Lembah Efrat namun tiada kecederaan dilaporkan.
Menurutnya, tentera udara Syria melancarkan lima serangan mengejut ke atas IS di bandar Raqqa pagi semalam.
Gambar yang dimuat naik ke akaun Twitter kumpulan berkenaan menunjukkan rangka pesawat terbabit. Sebuah akaun lagi memuat naik status: “Allahu Akbar! Bersyukur kepada Tuhan, sebuah pesawat tentera Syria berjaya ditembak jatuh di Raqqa.”
Rejim Presiden Bashar al-Asssad meningkatkan operasi serangan udara ke atas IS di timur negara itu sejak beberapa minggu lalu, menjadikan Raqqa dan wilayah Deir Ezzor serta kawasan yang dikuasai kumpulan berkenaan di timur laut wilayah Hasakeh sebagai sasaran utama.
Satu serangan udara yang dilancarkan di kem latihan IS di Tibni, wilayah Deir Ezzor Sabtu lalu mengorbankan 17 anggota kumpulan itu dan seorang kanak-kanak.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama mengumumkan peluasan operasi serangan udara ke atas IS di Syria minggu lalu selepas melancarkan serangan berkenaan sejak awal bulan lepas.
Setakat ini masih tiada serangan udara dilakukan AS di Syria namun pengumuman yang dibuat Obama itu mencetuskan protes di Damsyik serta Iran dan Russia, sekutu kuat negara itu.
Ia bukan kali pertama pesawat tentera Syria ditembak jatuh kumpulan penentang. Kejadian seperti itu pernah berlaku di Aleppo pada 2012. ─ myMetro
TOP
Dr Azmi Fail Permohonan Pindah Kes Hasutan
KUALA LUMPUR – Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom hari ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Azmi, 45, memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen menerusi firma guaman Gobind Singh Deo & Co.
Beliau mengemukakan permohonan untuk mendapat perintah agar Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi penentuan keperlembagaan Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948.
Sehubungan itu, Azmi juga memohon perintah agar pertuduhan yang dihadapinya digantung dan/atau dibatalkan.
Pada 2 September, Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis Perak 2009.
Dia dituduh menyebut perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.
Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Okt bagi pengurusan kes.
Sementara itu, peguam Gobind Singh Deo memberitahu pemberita alasan bagi menyokong permohonan itu adalah berdasarkan Akta Hasutan 1948 tidak digubal oleh Parlimen dan seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan bersuara.
Gobind berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi penentuan perkara itu yang dibangkitkan mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
“Kami telah memfailkan sijil perakuan segera untuk mempercepat pendengaran permohonan ini.
“Kami berharap Pejabat Peguam Negara menyokong permohonan ini dan akan mempertimbang untuk menggantung semua pendakwaan bagi kes-kes hasutan sehingga perkara ini diputuskan, memandangkan isu ini akan memberi kesan kepada semua kes pendakwaan di bawah seksyen, akta berkenaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
PIKOM Harap Kerajaan Kecualikan Produk ICT Daripada GST
KUALA LUMPUR – Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) mencadangkan kepada kerajaan agar mengecualikan produk ICT daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Dalam senarai hasratnya bagi Bajet 2015 kepada Kementerian Kewangan, persatuan itu juga mengemukakan cadangan pengurangan cukai pendapatan individu dan cukai korporat antara satu hingga dua mata peratusan untuk meringankan kesan GST, kata Pengerusinya Cheah Kok Hoong.
“Kami mencadangkan supaya dikekalkan keadaan sedia ada, iaitu tidak mengenakan GST ke atas peralatan seperti telefon pintar, peranti atau perisian,” katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak keenam Kepemimpinan Pikom.
Sekiranya produk berkenaan dikenakan GST sebanyak enam peratus, yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015, Pikom menjangka satu pusingan kenaikan harga akan berlaku dalam masa enam bulan pertama sebelum berkurangan dalam jangka panjang.
Pikom juga mencadangkan agar dikurangkan cukai korporat dan individu sebanyak satu hingga dua mata peratusan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang dijangkakan dan menjalankan perniagaan selepas pelaksanaan GST.
Hasil tinjauan Pikom yang diumumkan pada April, menyatakan bahawa daripada lebih 1,000 syarikat ditinjau, 75 peratus daripadanya menerima sistem percukaian baharu GST sebagai satu bentuk cukai tidak langsung yang lebih baik berbanding model Cukai Jualan dan Perkhidmatan semasa.
Bagaimanapun, tinjauan itu menunjukkan kurang daripada 50 peratus sudah bersedia melaksanakan sistem itu daripada perspektif tenaga kerja, sistem IT dan proses berniaga. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment