TOP
Ronaldo Sumbat Empat Gol Benam Elche
BARCELONA: Cristiano Ronaldo menyambung rentak garang dengan empat gol termasuk dua sepakan penalti ketika Real Madrid bangkit untuk melakar kemenangan 5-1 ke atas Elche dalam saingan La Liga, pagi Rabu.
Pemain Terbaik Dunia itu kini sudah menyumbat tujuh gol dalam tempoh empat hari termasuk hatrik ketika membelasah Deportivo La Coruna 8-2, Sabtu lalu.
Walau pun Real bermain bola sepak yang cantik namun mereka tetap goyah di bahagian pertahanan dan kini tiga mata di belakang Barcelona.
"Saya pernah menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan beberapa kali dan usaha ini adalah atas usaha sepasukan," kata Ronaldo. - mstar
TOP
Sukan Asia: Kurang Sengat Punca Skuad Takraw Tewas
Aksi pemain-pemain Malaysia ketika bertemu Indonesia pada Rabu.
INCHEON: Percaturan kurang 'menyengat' menjadi punca utama kekalahan skuad sepak takraw lelaki negara di Temasya Sukan Asia ke-17 setelah tunduk 1-2 kepada Indonesia pada aksi pembuka tirai Kumpulan B di Bucheon Gymnasium pada Rabu. Kebanyakan daripada pemain negara merupakan pemain baharu yang kurang berpengalaman, malah ada antara mereka membuat penampilan pertama dan tidak pernah beraksi di kejohanan besar seperti Sukan SEA. Pada aksi regu pertama, pemain negara yang dianggotai Mohamad Fadzli Muhammad Roslan, Izurin Refin dan Amirul Zazwan Amir kalah 0-2 dengan kutipan mata 19-21, 14-21 kepada regu Indonesia (Saiful Rijal/Victoria EkaPrasetyo/Syamsul Hadi) dalam masa 48 minit. Pasukan negara kembali ceria apabila regu kedua (Mohd Zamree MohdDahan/Mohammad Syahir Mohd Rosdi/Mohd Syazreenqamar Salehan) menyumbang mata pertama biarpun terpaksa berkerja keras selama 1 jam dua minit untuk menundukkan regu Indonesia yang dibarisi Nofrizal-Yudi Purnomo/Abrian SihabAldilatama/Yovi Hendra Utama dengan mata 22-20, 25-23. Namun kegembiran Malaysia tidak bertahan lama apabila regu ketiga yang dibarisi Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi/Mohd Kamal Alfiza Shafie/ZuleffendiSumari gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 0-2 dengan mata 11-21,21-23 kepada regu Indonesia (Husni Uba/Syamsul Akmal/Hendra Pago) juga dalam masa 48 minit. Jurulatih negara Jamaluddin Hassan berkata anak buahnya gagal mengguna sebaik mungkin peluang yang terhidang di depan mata menyebabkan Malaysia gagal meraih mata. "Ini bukan bermakna saya menyalahkan pemain kerana mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan kebanyakan daripada barisan pemain yang beraksi kali ini terdiri daripada pemain baharu yang kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan pasukan Indonesia," katanya kepada pemberita. Beliau berkata beberapa kelemahan dapat dilihat pada pemain apit kiri dan apit kanan dan ia harus segera diperbaiki sebelum bertemu China pada Khamis. "Kita gagal menamatkan beberapa serangan yang boleh disifatkan 'bola mati' dan peluang tersebut telah diguna sebaik mungkin oleh pasuakn Indonesia yang sentiasa menunggu peluang bagi mendapat mata," katanya. Mengulas mengenai perlawanan dengan China, Jamaluddin berkata Malaysia perlu menang jika ingin mara ke suku akhir kerana hanya dua pasukan terbaik kumpulan layak ke peringkat seterusnya. Malaysia dijangka berhadapan saingan sukar di peringkat suku akhir apabila tidak dapat mengelak daripada bertemu musuh tradisi mereka iaitu Thailand. Jurulatih Indonesia, Muhammad Syukur Saing berkata Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding Indonesia cuma nasib lebih menyebelahi pasukan 'Garuda'. "Pemain Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri walaupun dibarisi pemain baharu. Kelebihan dapat dilihat pada pemain tekong regu kedua yang dilihat berbakat," katanya. - mstar

Sukan Asia: Suryani Rangkul Perak, Trio Wanita Raih Gangsa Menembak
Nur Suryani meriah pingat perak dalam acara menembak
INCHEON: Penembak negara Nur Suryani Mohamed Taibi menamatkan kemarau pingat apabila membidik perak dalam acara 50m rifle prone di Ongnyeon International Shooting Range pada Rabu. Lebih manis kemenangan itu diraih sempena sambutan hari lahirnya yang ke-32 hari ini. Beliau mengutip 620.6 mata untuk menyamai rekod peribadinya yang dibuat pada2005. "Ini kali kedua saya menang pingat pada hari lahir saya. Sebelum ini di Sukan SEA, tapi saya tidak ingat temasya yang ke berapa. Sebenarnya saya tidak sasar sebarang pingat dalam acara ini," katanya. Kemenangan ini juga menebus kekecewaannya pada Selasa dan menghapus kemarau skuad menembak yang gagal membidik sebarang pingat sejak hari pertama kejohanan. Nur Suryani berkata apa yang menjadi azimat untuk beliau bangkit dari kekecewaan adalah amanat daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika mengunjungi atlet di kem latihan fasa akhir di IOI Palm Garden Resort. "Lepas kalah semalam, saya memang kecewa. Tapi saya ingat balik pesan menteri supaya kita jangan cepat putus asa. Saya lupakan terus kekecewaan dan cuba buat yang terbaik setiap hari dan inilah hasilnya," katanya. Pingat emas dimenangi penembak Mongolia, Narantuya Chuluunbadrakh dengan mengumpul 624.1 mata manakala gangsa milik penembak Korea Selatan, Eum Bitnadengan 620.6 mata. Nur Suryani turut membantu rakan sepasukan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim dan Muslifah Zulkifli untuk meraih gangsa dalam acara berpasukan dengan mengumpul 1,853.6 mata. z Pingat emas dimenangi penembak Korea Selatan dengan 1,855.5 mata diikuti perak oleh China dengan 1,854.1 mata. - mstar

Tahanan Reman Terhadap 15 Pegawai Kastam Dilanjut Lima Hari
Pengarah Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada Jumaat lalu terhadap lapan pertuduhan menerima suapan RM80,000 daripada dua individu sejak dua tahun lepas.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)pada Rabu memperoleh perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya melanjutkan tempoh tahanan reman ke atas 15 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes menyeludup keluar barang-barang tanpa membayar cukai eksais. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kesemua mereka termasuk seorang yang berpangkat Datuk akan ditahan selama lima hari lagi bermula Rabu. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010. Seramai 13 pegawai Kastam ditahan reman selama tujuh hari mulai 18 September lalu manakala dua lagi ditahan reman selama enam hari mulai 19 September. Kesemua Mereka ditahan dalam satu operasi khas di Lembah Klang dan Ipoh, Perak berusia antara 32 hingga 57 tahun. SPRM diwakili oleh Penolong Pesuruhjaya (PPj) Faizal Sadri. Sehingga hari ini, 11 pegawai Kastam telah didakwa termasuk dua pegawai kanan bergelar Datuk dan seorang Pengarah Kastam Negeri. Kesemua tertuduh berhadapan antara satu hingga 53 pertuduhan membabitkan kesalahan menerima wang suapan antara RM300 hingga RM80,000. - mstar

PRK Pengkalan Kubor: SPR Minta Semua Parti Patuhi Undang-Undang
TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Khamis supaya mematuhi undang-undang dan menghentikan kempen masing-masing tepat 12 tengah malam Rabu.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka harus mengikut undang-undang supaya perjalanan proses pilihan raya berjalan lancar, aman dan tenang.
"Bagi PRK N01 Pengkalan Kubor, tempoh berkempen yang bermula pada 13 September 2014 akan berakhir pada pukul 12 tengah malam 24 September dan sebarang aktiviti berkempen selepas itu tidak dibenarkan," katanya dalam sidang media di Majlis Semakan Isi Peti Undi di sini, Rabu.
Katanya, seramai 435 petugas SPRM akan membuat pemerhatian sepanjang tempoh pengundian dan juga sehingga proses pengiraan undi selesai.
"Sekiranya terdapat pihak yang berdegil, kita akan merobohkan tempat berkempen itu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya.
Abdul Aziz berkata, SPR membuka 11 pusat mengundi dengan 45 saluran mengundi membabitkan 11 buah sekolah esok bagi PRK itu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (A) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1), Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.
Seramai 23,929 orang pengundi biasa akan mengundi esok dan SPR menjangkakan lebih 70 peratus akan keluar menjalankan tanggungjawab itu.
Abdul Aziz berkata, pengundi dinasihatkan membuat semakan maklumat masing-masing lebih awal bagi memudahkan mereka mengundi Khamis.
PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar daripada Barisan Nasional (BN) pada 20 Ogos lepas.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas IzatBukhary Ismail Bukhary. - mstar
TOP
PAS Nafi 'Berseorangan' Di Pengkalan Kubor
Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks) PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan parti itu 'berseorangan' tanpa dibantu Parti Keadilan rakyat (PKR) dan DAP dalam usaha merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor daripada Barisan Nasional (BN). Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, istilah 'berseorangan' hanyalah persepsi dan ia timbul kerana beberapa faktor, termasuk faktor pelantikan menteri besar yang baharu di Selangor. "Dalam masa dua hari mereka terpaksa uruskan perkara yang melibatkan pimpinan induk yang dipanggil bermesyuarat. "Kita faham situasi ini dan kita boleh tanganinya. PAS kempen seorang diri 'hanya persepsi'," katanya pada sidang media PRK Pengkalan Kubor di sini, Rabu. Katanya, PAS tidak melihat situasi ini sebagai masalah kerana pimpinan tertinggi PKR dan DAP telah pun turun ke sini pada hari penamaan calon, 13 September lalu sebagai tanda sokongan. Jelasnya, ketiadaan jentera DAP sepanjang tempoh kempen disebabkan faktor peratusan pengundi Cina yang kecil di kawasan Pengkalan Kubor, namun itu tidak bermaksud DAP tidak menyokong PAS. "Di Kuala Besut (PRK) dulu pun DAP tak turun. Ini kerana faktor pengundi Cina di sini yang tidak ramai, cuma 100 lebih sahaja. "Tetapi gerak kerja daripada PKR khususnya PKR negeri sangat baik, bilik gerakan dan jentera mereka beroperasi setiap hari, malah lapan orang ahli jawatankuasa operasi PRK Pengkalan Kubor adalah dari PKR dan mereka duduk bersama dalam mesyuarat kita," katanya. Ceramah umum malam Selasa yang kononnya akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menimbulkan tanda-tanya dan mengundang persepsi tidak baik terhadap PAS apabila ia tidak dihadiri pimpinan tertinggi PKR dan DAP. - mstar

Pinda Perlembagaan Negeri Elak Krisis Pelantikan MB Berulang
Gooi Hsiao Leung.
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali disaran supaya menggunakan kedudukannya untuk melakukan reformasi terhadap Perlembagaan Selangor serta-merta bagi mengelak krisis pelantikan menteri besar berulang. Perkara itu diketengahkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiao Leung. Ahli Parlimen Alor Setar itu mengaitkan cadangannya itu susulan tindakan istana memilih Azmin dan mengetepikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan telah mendapat sokongan majoriti 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor. "Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, saya berasa khuatir bahawa istana tidak mendapat nasihat tepat atas kegunaan kuasa “budi bicara” Perlembagaan dalam pelantikan menteri besar, khususnya apabila salah menasihati Sultan Selangor untuk tidak melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. "Penjelasan yang dikemukakan oleh Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani tentang mengapa Azmin dipilih dan bukannya Wan Azizah langsung tidak kena mengena," katanya dalam satu kenyataan. Mengulas dakwaan tersebut Hsiao Leung turut menyifatkan tindakan melantik Azmin dilihat bertentangan prinsip asas seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh kerajaan negeri. "Tindakan ini tidak selari dengan pertimbangan dan prinsip asas Perlembagaan negeri iaitu menteri besar yang akan dilantik, mesti mendapat sokongan majoriti dan keyakinan daripada Dewan Undangan Negeri," katanya. Justeru, Hsiao Leung menganggap dalam isu berkenaan pihak istana mungkin telah dinasihatkan secara salah. Selain itu, beliau turut menggesa Azmin mengkaji semula isu-isu penting yang melibatkan kepentingan rakyat Selangor seperti perjanjian air, KIDEX dan isu-isu rampasan kitab Bible. "Saya berharap Azmin juga akan menjadikan ia salah satu keutamaan untuk melantik jawatankuasa undang-undang negeri untuk mengkaji secara terperinci Perlembagaan negeri sedia ada. "Saya juga mencadangkan agar pindaan terhadap Perlembagaan negeri lebih jelas dalam mendefinisikan peranan dan fungsi pemerintahan beraja seperti diamalkan negara kita, terutama dalam proses melantik ketua kerajaan Pusat dan negeri," katanya. - mstar

Malaysia Capai Sasaran Kurangkan Intensiti Pelepasan Karbon - Najib
Najib menyampaikan ucapan sempena Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di New York, Selasa.
NEW YORK: Malaysia berada di landasan betul untuk mencapai sasaran mengurangkan intensiti pelepasan karbon daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40 peratus pada 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sini, Selasa. Perdana Menteri berkata, Malaysia telah mengurangkan intensiti pelepasan karbon KDNK lebih daripada 33 peratus walaupun menghadapi kesulitan dalam memenuhi ikrarnya yang dibuat di Copenhagen enam tahun lepas. Malaysia tidak menerima bantuan pemindahan kewangan dan teknologi yang telah dijanjikan negara-negara maju pada mesyuarat Copenhagen itu, kata beliau pada sidang kemuncak itu, yang turut dihadiri pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, di ibu pejabat PBB di sini. "Sasaran yang kami tetapkan di Copenhagen adalah dengan syarat adanya pemindahan kewangan dan teknologi dari negara-negara (maju) Lampiran I. Namun, tiada satu pun syarat itu dipenuhi. Kami tidak menerima bantuan yang dijanjikan kepada kami mengikut Perkara 4.7 Konvensyen itu," kata Najib. Dengan membawa perhatian PBB kepada inisiatif Malaysia untuk memenuhi sasaran Copenhagen, perdana menteri berkata Malaysia telah melaksanakan dasar-dasar baharu mengenai perubahan iklim dan teknologi hijau. Sambil menyatakan dasar Malaysia dalam bidang itu, Najib berkata, Malaysia telah meluluskan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui yang antara lain menyediakan galakan tarif untuk tenaga boleh diperbaharui. "Kami membuat penyesuaian dan pengurangan berpusat kepada pengurusan sumber air kami. Dan kami juga mewartakan rizab hutan baharu bagi mengesahkan komitmen kami terhadap ikrar yang dibuat pada Sidang Kemuncak Bumi Rio," kata beliau. Dalam tempoh enam tahun lepas, katanya, Malaysia telah mengambil langkah yang jelas ke arah masa depan lebih bersih dan mempunyai ekonomi lebih mampan, selain gabungan tenaga lebih seimbang pada masa ini. "Tetapi kemajuan ini memerlukan kos. Dalam memperuntukkan sumber-sumber negara yang terhad, kami terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan. Kadang-kala, kami terpaksa memilih antara penyesuaian dan pengurangan," kata Najib. Beliau berkata, Malaysia telah membelanjakan hampir AS$2.6 bilion (RM8.3 bilion) pada akhir dekad lepas bagi menyesuaikan diri dengan kekerapan berlakunya banjir. "Wang ini kita boleh laburkan dalam industri hijau, atau digunakan untuk memperlahankan perubahan iklim," kata Najib. Perdana Menteri berkata, Malaysia turut mengambil iktibar bahawa pengurangan tanpa penyesuaian adalah usaha yang sia-sia. Dalam tempoh kering di Malaysia baru-baru ini, beliau berkata kekurangan air dan kebakaran telah memusnahkan beribu-ribu pokok yang ditanam untuk mengasingkan karbon atmosfera. Najib berkata, Malaysia juga telah membuktikan bahawa ekonominya boleh berkembang sementara intensiti pelepasan karbonnya merosot. "Tetapi kami terpaksa mengalihkan kewangan daripada inisiatif pembangunan mampan lain - dan kami kehilangan momentum yang amat berharga dalam bidang berkenaan. "Malaysia akan terus bertindak untuk perubahan iklim," katanya. Sambil menjelaskan lagi pendapatnya berhubung isu itu, Najib berkata, Malaysia mempunyai dasar-dasar baharu untuk menggalakkan kenderaan cekap tenaga, program pelaporan gas rumah hijau korporat baharu, projek kecekapan sektor bangunan dan pelan tindakan bandar rendah karbon. Malaysia juga sedang membina sistem transit bandar besar-besaran yang boleh mengurangkan separuh daripada bilangan kereta di jalan-jalan bandar, katanya. Dalam menghadapi kesan iklim yang semakin meningkat, Malaysia kekal komited kepada agenda iklim, katanya sambil membangkitkan bahawa negara itu boleh mencapai dengan lebih banyak jika janji yang dibuat (oleh negara-negara maju) di bawah konvensyen itu ditunaikan. "Ikrar Copenhagen kami dibuat dengan setulus hati, dengan pemahaman bahawa pihak-pihak berkenaan akan melaksanakan sepenuhnya komitmen mereka untuk membantu negara-negara membangun. "Mereka tidak berbuat demikian. Namun, Malaysia terus mengurangkan intensiti pelepasan karbonnya, demi rakyat kami - dan planet kami, "kata beliau. Najib berkata, persidangan kali ini mesti berbeza di mana semua negara perlu komited kepada perjanjian untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mereka mesti menyusuli komitmen itu dengan tindakan yang konsisten. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun di Asia, beliau berkata Malaysia menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak perlu bergantung kepada pelepasan. "Kami bersedia untuk bekerjasama dengan negara pesat membangun lain bagi memperjuangkan cita-cita yang lebih besar pada 2015, dan untuk menunjukkan bahawa pembangunan ekonomi dan tindakan iklim bukannya persaingan matlamat, sebaliknya ia adalah cita-cita bersama, "kata perdana menteri. - mstar

Penyelia Kargo Kastam KLIA Didakwa Terima Rasuah RM500
IPOH: Seorang penyelia kargo Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima suapan RM500 pada Julai lepas.
Redzuan Ali, 35, didakwa menerima wang itu daripada seorang individu lain, ketika tertuduh bertugas di Bahagian Cukai Dalam Negeri Kastam, Kastam Diraja Malaysia, Negeri Selangor dari 2012 hingga 2013.
Redzuan dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Ipoh Garden, dalam daerah Kinta, di sini pada pukul 1.41 tengah hari, 27 Julai lepas.
Bagaimanapun, identiti individu itu tidak dinyatakan dalam kertas pertuduhan oleh pihak pendakwaan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Hakim Madihah Harullah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 21 Okt sebutan semula kes.
Redzuan membayar jaminan itu.
Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim. - mstar
TOP
Buruh Mengaku Tidak Bersalah Beri Suapan Kepada Polis
ALOR SETAR: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap satu pertuduhan menawarkan rasuah kepada seorang koperal polis melibatkan wang tunai RM3,000 tahun lepas.
Tertuduh, Tan Hooi Sim, 44, didakwa menawarkan suapan wang tunai RM3,000 kepada anggota polis itu di tandas stesen minyak Shell, Kota Sarang Semut dekat sini pada 9.30 pagi, 25 Nov 2013.
Suapan itu sebagai dorongan agar anggota polis berkenaan tidak mengambil tindakan terhadap tertuduh kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki kereta curi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin menawarkan jaminan RM6,000 dan Tan yang sudah bercerai, memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia mempunyai tanggungan dua anak yang masih bersekolah dan ibu berusia lebih 70 tahun.
Hakim Azhar Mokhtar membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Okt ini untuk sebutan semula kes. - mstar
TOP
8 Tahun Sudah Jana Pendapatan RM 4.2 Juta Melalui YouTube
Kisah kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang pandai menggunakan Youtube untuk mendapat duit sangat menarik untuk dibaca. Persoalannya bagaimana?
Evan, 8, berasal dari Amerika Syarikat memperoleh pendapatan sebanyak RM 4.2 juta setahun. Ini bermakna, pendapatan bulanan Evan adalah RM 350K sebulan. Wow...
Secara ringkasnya, Evan hanya perlu mengulas tentang permainan kanak-kanak dan juga permainan video kegemarannya. Kemudian ulasan itu akan diedit oleh bapanya dan dimuat naik ke laman Youtube. Tapi video ulasan Evan bukan calang-calang kerana ia mendapat 750 juta view dalam masa beberapa tahun.
Dengan populariti yang diperoleh oleh video Evan, dia kini setanding dengan artis antarabangsa seperti Katy Perry, Madonna dan juga saluran ESPN.
Evan menjana duit di Youtube dengan menggunakan khidmat pengiklanan yang dibuat disediakan oleh Youtube dan juga hasil dari pengiklanan produk yang ingin tampil dalam videonya.
Evan juga mempunyai agensi periklanan sendiri yang bertindak mempromosikan dan sebut harga bagi meletakkan iklan di dalam videonya.
Pada mulanya, projek ini hanyalah dibuat oleh Evan secara suka-suka sekadar ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Tetapi, semuanya berubah setelah video mereka telah mencapai tontonan sehingga satu juta.
Jared, bapa kepada Evan berkata, kesemua duit yang terkumpul tidak digunakan untuk perbelanjaan keluarga tapi disimpan bagi kegunaan Evan pada masa hadapan.
Evan kini sudah mempunyai tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvanTubeRAW dan EvanTubeGaming.
Secara kasarnya, pendapatan hasil dari iklan yang disediakan oleh Youtube boleh menjana US$2.50 ke US$5 bagi setiap 1000 tontonan. Jika video anda benar-benar popular, kiralah berapa hasil yang bakal anda dapat.. - SiakapKeli.com

PRK Pengkalan Kubor: Cuaca Diramal Baik Sebelah Pagi, Esok
TUMPAT – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dinasihatkan supaya keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu, berikutan cuaca diramal baik pada sebelah pagi esok.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata, cuaca dijangka baik sehingga tengah hari manakala pada sebelah petang, cuaca diramal hujan sementara di Pengkalan Kubor.
“Aktiviti hujan sementara akan berlaku pada sebelah petang, kita mungkin boleh nampak bermula sekitar tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari pengundian calon PRK DUN Pengkalan Kubor yang akan berlangsung di sebelas pusat mengundi dalam kawasan DUN itu.
Sebanyak 23,929 pemilih layak mengundi dan PRK itu diadakan berikutan kematian penyadangnya daripada Barisan Nasional (BN) Allahyarham Datuk NoorZahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – BERNAMA
TOP
Kantin Kilang Mak Mandin Kotor Diarah Tutup
Gambar Hiasan
GEORGE TOWN: Dua kantin kilang di Kawasan Perindustrian Mak Mandin di Butterworth diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan mulai Rabu kerana kotor. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah terdapat lipas, najis tikus dan talam makanan yang diletak atas lantai. "Bagi kewujudan lipas dan tikus, arahan penutupan terus dikeluarkan tanpa kompromi," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Beliau berkata, perkara itu dikesan dalam operasi melibatkan pemeriksaan ke atas 29 kantin kilang, 10 di daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara (empat), Seberang Perai Selatan (enam) dan Seberang Perai Tengah (sembilan). Katanya pengusaha premis yang diarah tutup diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan, sebelum diperiksa sekali lagi. Ku Nafishah berkata pihaknya turut mengeluarkan 13 notis saman berjumlah RM10,000 dan pengusaha kantin diminta menjelaskan bayaran dalam tempoh dua minggu. Kesalahan menyimpan benda asing bersama ais serta penggunaan papan pemotong kayu masih menjadi kesalahan popular, katanya. Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan premis makanan kotor atau produk makanan rosak. - mstar

Ada Anggota Perkhidmatan Awam Langgar Etika Kerja Tanpa Sedari
Mengetik kad perakam bagi pihak orang lain antara salah satu kesalahan melanggar etika pekerjaan.
BESUT: Terdapat anggota perkhidmatan awam yang tidak menyedari perkara-perkara yang mereka dilakukan ketika seharian berkerja itu kadangkala bertentangan dengan integriti mereka sebagai seorang penjawat awam. Penolong Pengarah Kanan Sektor Awam Institut Integriti Malaysia (IIM) Roziah Harun berkata perkara yang mereka lakukan semasa bekerja nampak seperti perkara biasa tetapi sebenarnya ia merupakan satu masalah disiplin dan bertentangan dengan nilai dan etika anggota perkhidmatan awam. Katanya antara perkara-perkara berkenaan termasuk rehat tanpa mengira waktu dengan mengambil masa yang panjang, ponteng kerja, mengetik kad perakam bagi pihak orang lain dan menyalah guna harta kerajaan untuk diri sendiri. “Selain itu kakitangan yang kerja seumpama melepas batuk ditangga, cuti sesuka hati dengan berpura-pura sakit dan merokok di premis-premis larangan juga melanggar integriti perkhidmatan awam yang telah ditetapkan oleh kerajaan,"katanya. Beliau berkata demikian semasa membentang kerjanya di Seminar Integriti Warga Pendidik yang berlangsung di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) Besut dpada Rabu. Justeru katanya anggota perhidmatan awam perlu menyedari dan mengambil tahu budaya kerja berintegriti dalam kalangan mereka agar ciri-ciri negatif semasa bekerja dapat dihindarkan bagi mengelakkan kerugian kepada semua pihak. Katanya penjawat awam perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan untuk kepentingan umum dengan tidak menyalah gunakannya untuk kepentingan diri sebaliknya keutamaan patut diberikan kepada kepentingan awam. “Nilai teras seperti amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan sentiasa bersyukur sepatutnya dijadikan sebagai budaya ketika kita bekerja," katanya. Minggu Integriti IPGSM itu berlangsung selama empat hari dengan pelbagai program d iadakan termasuk Pertandingan Integriti khusus untuk Murid Prasekolah IPGKSM, Pertandingan Klip Video, Pertandingan Fotografi, Program Eksplorasi, Seminar Integriti dan Pertandingan Pidato Integriti serta pameran yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan, yang turut disertai para pensyarah,kakitangan serta guru pelatih. - mstar

J/Kuasa Bebas Mahu Fahami Penyediaan, Pengedaran Soalan Peperiksaan - Tun Zaki
Tun Zaki ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bebas itu di Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan pada Rabu.
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian Lembaga Peperiksaan perlu memahami cara-cara penyediaan soalan peperiksaan dan pengedaran kertas soalan sebelum memutuskan sebarang kelemahan dan mengemukakan sebarang cadangan. Pengerusi jawatankuasa bebas tersebut Tun Zaki Tun Azmi berkata jawatankuasa berkenaan bercadang melawat sekolah atau tempat mencetak kertas soalan bagi menjejaki bagaimana kertas soalan diedarkan kepada calon selain berjumpa dengan guru-guru. "Sekarang jawatankuasa ini hendak memahami perjalanan (penyediaan soalan peperiksaan dan pengedaran kertas soalan). Banyak lagi nak kena faham. Bila kita sudah kupas, faham dan lihat kelemahan, baru buat cadangan. "Cadangan (dikemukakan) berdasarkan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir tiga jam di Lembaga Peperiksaan pada Rabu. Beliau berkata dalam mesyuarat pertamanya hari ini, jawatankuasa bebas diberikan taklimat oleh Kementerian Pendidikan mengenai cara-cara soalan peperiksaan disediakan dan kertas soalan diedarkan kepada sekolah dan pusat peperiksaan. "Amat menarik mendapat tahu tentang bagaimana soalan disediakan dan diedarkan. Kita semua sudah ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi tidak tahu macam mana soalan sampai kepada kita," katanya. Ditanya sama ada jawatankuasa itu akan melawat tempat pencetakan di dalam negara atau luar negara, Zaki berkata di dalam negara. "Kami perlu pertimbangkan untuk pergi ke luar negara kerana ia akan membelanjakan dana awam yang banyak. Adakah wajar untuk membelanjakannya atau tidak, saya amat berhati-hati," katanya dan menurutnya ada kertas peperiksaan dicetak di luar negara dan juga di dalam negara. Dalam sidang media berkenaan, bekas Ketua Hakim Negara itu turut memberikan peringatan kepada mereka yang terlibat mengedarkan soalan peperiksaan melalui aplikasi media sosial. "Perbuatan mengedarkan benda yang rahsia adalah satu kesalahan. Ia bukan satu jenaka untuk ambil gambar. Setiap orang boleh didakwa di mahkamah. Jangan fikir ini perkara main-main. Ini kesalahan serius. "Ini merupakan amaran kepada orang yang mengeluarkan semula (kertas soalan peperiksaan). Ini bukan jenaka," katanya. Beliau berkata mengeluarkan semula kertas soalan peperiksaan dan skrip jawapan boleh didakwa mengikut OSA (Akta Rahsia Rasmi) tetapi terpulang kepada budi bicara Peguam Negara. Zaki berkata jawatankuasa berkenaan juga membuka satu laman web untuk mempelawa teguran dan pandangan semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru di http:// www.moe.gov.my//lp Beliau turut melahirkan rasa optimis bahawa jawatankuasa bebas berkenaan akan menyiapkan laporan dalam masa tiga bulan. "Saya yakin kami akan mampu mencapai objektif. Saya dengan rasa gembira ingin menyatakan bahawa anggota (jawatankuasa) terlibat secara aktif dalam memberikan pandangan mereka dan mengemukakan semua persoalan," katanya dan menurutnya seorang anggota iaitu Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin tidak dapat hadir pada mesyuarat hari ini kerana berada di luar negara. Katanya jawatankuasa bebas berkenaan memutuskan untuk bermesyuarat dua kali seminggu. Pada 10 September lalu, kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 Ujian PencapaianSekolah Rendah (UPSR) ditangguhkan ke 30 September ini setelah didapati bocor. Sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 juga didapati turut bocor dan tarikh baharu peperiksaan juga ditetapkan juga 30 September. Berikutan kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pelantikan Zaki sebagai pengerusi jawatankuasa bebas mengkaji pengurusan peperiksaan awam. Isnin lepas, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof Kertas mengumumkan kertas peperiksaan Matematik 015/1 (Sekolah Kebangsaan),025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 UPSR yang berlangsung pada 10 September dibatalkan setelah disahkan bocor. Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ialah pada 9 Oktober setelah mengambil kira cuti umum Aidiladha dan aspek logistik (percetakan dan pengedaran). Setakat ini kesemua 14 individu yang ditangkap bagi membantu siasatan berhubung kes kebocoran kertas peperiksaan UPSR telah dibebaskan dengan jaminan polis. - mstar

Dua Adun PAS Selangor 'Lebih Baik Tak Terima' Jawatan Exco - Khalid Samad
Khalid Samad
PENGKALAN KUBOR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor perlu membuat pertimbangan sewajarnya jika ditawarkan menjadi Exco negeri berkenaan. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, pertimbangan itu perlu supaya tidak berlaku salah faham di kalangan ahli parti dan masyarakat serta menimbulkan keadaan tidak baik kerana mereka terlebih dahulu membuat pengakuan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan menteri besar sekarang. "Kalau mereka dicadangkan sekali pun dan mereka terima, kita khuatir timbul salah faham dan salah tafsiran bahawa seolah-olah jawatan itu diberi bukan atas dasar kemampuan dan kebolehan tetapi atas dasar mereka menyokong (Dr Wan Azizah). "Saya rasa mereka tak akan dilantik kerana itu tak akan timbulkan keadaan yang baik," katanya yang ditemui pemberita di Markas Besar PAS di sini, Rabu. Bagaimanapun katanya, secara peribadi beliau berpandangan dua Adun tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) tidak patut menerima jawatan itu jika dilantik mengisi kekosongan kerusi Exco di negeri itu. "Secara peribadi saya rasa lebih baik tak terima kerana ia akan menimbulkan macam-macam salah faham," katanya. Katanya, beliau yakin Saari dan Hasnul dapat memahami situasi ini dan mahu membuktikan bahawa sokongan yang diberikan bukan dibuat atas dasar tertentu. "Saya rasa kedua-dua mereka pun mamahami dan mereka pun nak buktikan mereka beri sokongan itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. "Saya yakin jika ditawarkan oleh Azmin sekali pun, mereka cukup pintar untuk mamahami bahawa implikasinya," beliau memberi pandangan. Beliau menambah, sekiranya berlaku situasi di mana kedua-dua mereka ditawarkan ke jawatan Exco, mereka perlu merujuk kembali persoalan itu kepada pimpinan. Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, bagaimanapun dua Adun tersebut tidak harus dilabel sebagai pemberontak dan mereka masih lagi ahli PAS. Katanya, apa yang dilakukan mereka adalah satu tanda bahawa mereka tidak menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu masih memegang jawatan menteri besar. - mstar

Rogol Anak Saudara: Lelaki Dijatuhkan Hukuman 80 Tahun Penjara, 20 Sebatan
KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Sandakan menjatuhkan hukuman 80 tahun penjara dan 20 sebatan ke atas seorang lelaki selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya selama enam tahun.
Yohanes Kopong,40, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan di hadapan Hakim Egusra Ali dengan melakukan kesalahan itu sejak 2009 ketika anak saudaranya berusia sembilan tahun.
Mangsa kini berumur 14 tahun dan sedang mengandung tujuh bulan anak lelaki tersebut.
Hakim Egusra menjatuhkan hukuman ke atas lelaki Indonesia itu dengan lapan tahun penjara dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, 10 tahun (pertuduhan kedua), 12 tahun (pertuduhan ketiga), 14 tahun (keempat), 16 tahun (kelima), dan 20 tahun serta 10 kali sebatan untuk kiraan terakhir.
Hukuman itu dijalankan secara serentak.
Berdasarkan fakta yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Filanny Siji, Yohanes adalah abang kepada bapa mangsa tidak bekerja dan tinggal bersama keluarga mangsa di sebuah ladang di hilir Kinabatangan dan bertanggungjawab menjaga mangsa dan adik-beradiknya.
Walau bagaimanapun, dia mula mencabul ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja dan kemudiannya merogol beberapa kali sehingga tahun ini.
Tertuduh juga telah memaksa mangsa untuk melakukan seks oral kepadanya, memberi minuman yang dicampur dengan dadah dan menonton video lucah sebelum merogolnya.
Dia terus tinggal bersama keluarga ini walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai buruh dan mengancam untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika mendedahkan perkara ini kepada sesiapa atau menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.
Bagaimana pun nasib malang mangsa akhirnya terbongkar pada 29 Ogos lalu apabila ibunya melihat perubahan badan mangsa dan mereka membuat laporan polis pada 3 September lalu. - mstar
TOP
Polis Selesaikan Tugas Penghantar Pizza Terbabit Kemalangan
Setelah seorang penghantar pizza terlibat dalam satu kemalangan di Portland Oregon, dua orang pegawai polis bertindak menyelesaikan penghantaran pizza lelaki malang berkenaan.
Steve Huckins memberitahu pemberita, dia dan isterinya pada mulanya risau denga ketibaan polis di rumahnya tetapi kemudian tertawa apabila menerima pizza yang ditempahnya dari polis berkenaan.
Laman Twitter The Portland PD memuat naik satu gambar dengan berkata "Penghantaran Pizza tertangguh akibat kemalangan sehingga Pegawai Filbert & Curtiss membantu menyampaikan pizza itu kepada pelanggan #YourCityYourPolice"
Penghantar Pizza Hut yang terbabit kemalangan tercedera di leher dan di belakangnya - SiakapKeli.com
TOP
Terkini: Designer Muda Dakwa Neelofa Ciplak Design Tudung Rekaannya
Nampaknya kini sedang hangat diperkatakan tentang tudung Naelofarhijab yang dimiliki oleh pelakon terkenal Neelofa.
Melalui satu forum popoular di Malaysia, Cari.com.my, isu ini telah dipost oleh pengguna laman tersebut yang menggunakan nama miss_lavender.
Menurut apa yang ditulis oleh miss_lavender, tudung Naelofarhijab bukan idea original. Menurut kaji selidik yang dibuat oleh miss_lavender ini, pemilik idea asal tudung tersebut adalah seorang lelaki yang bernama Zharin Hariz yang membuka butik jenama Sastra Hijab.
Satu hari, Neelofa dan keluarga datang untuk membeli belah disana. Dan beberapa hari lepas, terbongkar sudah yang Neelofa bukan sekadar datang shopping ke kedai berkenaan, tapi juga turut 'shopping' idea tudung kedai itu! Berikut adalah keratan status oleh designer tersebut di FB.
Jadi, sebabkan bengang, si pemilik kedai aka designer asal rekaan tudung tu telah membuat teguran secara personal kepada Neelofa terlebih dahulu. Tapi, bukan sahaja teguran tu tak berbalas, si penegur tu siap di blok dari akaun Neelofa
Oleh kerana buntu, designer itu tak ada pilihan lain selain 'mengattack' brand tudung NaelofarHijab. Dia juga turut menarik beberapa rakan designernya untuk sama-sama berjuang membela nasibnya.
Dari forum tersebut juga, miss_lavendar melontarkan beberapa pesanan kepada Neelofa :
pesanan KEPADA CIK NEELOFA....
1. Look like you are loosing some people of your fan.. Walaupun mungkin hanya seorang dua fan Neelofa dikalangan pengikut designer tersebut, but u need to appriciate every single person of you fan... this is not good for your carear.
2. Masa mula2 klua dekat industri, Neelofa pernah ada masalah dengan designer jugak kan.... kalau tak silap Nurita Harith sentap sebab Neelofa tak reti jaga baju dan tak appriciate tajaan beliau. Mungkin geng2 designer ada yang dah pangkah ngan Neelofa sebab tu walau modal tebal, tapi takde siapa nak bekerja sama.... nampaknya Neelofa ni kalau setakat nak bukak kedai, jadi distributor or jual baju lambak kat makcik makcik kat kampung, boleh la... but nak cipta jenama ekslusif nak lawan House of Doll, memang tak mampu... eh... (I bukan kipas mati miss fake)
3. Lopa, jangan ingan U are straight A in SPM, dan jgn ingat u menang dewi remaja, jangan ingat u dah bertudung... so u wanita dipuji semulia-mulia alam. Tolong jangan merosakkan imej wanita muslimah bertudung sopan santun kalau nak menipu ciplak design orang macam ni..
4. I yang merangkap pemilik butik, penggiat dalam industri fesyen ni nak nasihatkan, TOLONG guna kelulusan straight A SPM anda untuk mohon masuk universiti belajar design kelas fesyen jahit baju design baju/tudung.. jangan sesedap sesuka hati je menciplak design orang. Kalau dah suka sangat, dan nak jadi distributoor atau duta untuk bisness orang pun tolong lah ketuk pintu cara baik, mintak elok-elok. Producekan jenama sendiri base on your bakat, base on kepala otak bijak 10A kau tu. Dont be bimbo copy cat jer. Sia-sia je ko belajar susah susah dapat 10A. Tapi kepala otak nak buat design baju pun tak mampu. Neelofa, you are not Beauty with brain.
5. Neelofa, sila improve your PR skill... dan sila bergaul dengan intelektual fesyen. Kumpul banyak networking dari orang fesyen. Bukannya hang dok kumpul musuh.
Selain dari itu, dia juga turut memberi kata-kata semangat kepada designer idea asal tudung tersebut:
Dan kepada adik designer,
akak gitu... I want to see you fight your right. at least ko buatkan sampai neelopa kena hadap sembah mahayam buat press conference mintak maaf kat kau macam dia buat pada Anzalna dulu. Sila ajar orang yg sesuka hati ciplak hasil orang lain ni bahawa this is MALYSIA, not THAILAND or CHINA yang sesuka hati boleh copy & paste.
Kami sebenarnya tidak sabar untuk menunggu respon Neelofa terhadap dakwaan ini. Jika benar rekaan tudung itu diciplak, kesian yang amat lah kepada designer ni.. Baru nak naik tapi dah kena macam ni..hurmm.
- SiakapKeli.com
Sumber : forum.cari.com.my

Atuk ‘Terajang’ Perogol Berbogel Menindih Tubuh Isteri
GOMBAK – “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.
Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.
Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.
“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam. – HMetro Online
TOP
Video: Penyampai Berita Hisap Ganja Hingga Anak Jiran Jatuh Sakit
ALASKA: Seorang penyampai berita KTVA, Charlo Greene telah menyejutkan penonton dengan perletakan jawatan ketika siaran lansng berita tersebut.
"And as for this job, well, not that I have a choice but, f**k it, I quit." ─ katanya dalam siarang lansung berkenaan.
Menurut laporan, dia melakukan hal demikian bagi memperjuangkan usaha membenarkan penggunaan ganja, sebenarnya pernah menyebabkan seorang kanak-kanak jatuh sakit.
Budak berusia empat tahun itu, yang juga jirannya, sakit selepas Greene menghisap terlalu banyak ganja di rumahnya, hinggakan asap ganja itu memudaratkan budak tersebut.
Menurut jirannya yang juga bapa kanak-kanak tersebut, Tyler Gilbrech, Greene dan kekasihnya mula menjadikan apartmen mereka sebagai sarang menghisap ganja sejak kedua-duanya berpindah ke apartment tersebut pada bulan Jun lalu.
“Keadaan menjadi bertambah buruk hinggakan anak perempuan saya menjadi sakit akibat asap ganja tersebut.
“Saya kemudiannya membuat aduan kepada pengurus apartmen tetapi Greene meminta pengurus terbabit supaya tidak masuk campur hingga memaksa saya mengambil tindakan,’’ katanya.
Menurut Gilbrech, Greene sebaliknya mendakwa beliau yang mengganggu dia dan kekasihnya .
Susulan itu Gilbrech berkata, pasangan kekasih itu kemudiannya diperintahkan oleh mahkamah supaya menjauhi keluarga Gilbrech sekurang-kurangnya 20 kaki. - Siakapkeli

Bawa Teman Wanita Masuk Rumah Keluarga
DUNGUN – Demi memenuhi tuntutan nafsu, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan dengan membawa teman wanita masuk ke dalam rumah keluarganya dipercayai untuk memadu asmara.
Difahamkan, perbuatan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur itu dilakukan pada lewat malam ketika ahli keluarga lain sedang tidur.
Lebih menyedihkan, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di dalam bilik tidur tanpa disedari ahli keluarganya.
Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi kelmarin bagi menahan pasangan terbabit.
Sebaik sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dungun tiba, ahli keluarga lelaki terbabit seakan tidak percaya pasangan kekasih itu berada di dalam bilik tidur rumah berkenaan.
Namun selepas membuka pintu bilik, mereka mendapati seorang wanita yang hanya berseluar pendek ada bersama lelaki terbabit yang turut mempunyai rekod dadah.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui lapan pil kemerahan disyaki methamphetamine (pil kuda) dalam poket seluar lelaki berusia 37 tahun itu, malah kekasihnya yang berasal dari Felda Ketengah Jaya turut miliki sebutir pil sama.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan tangkapan berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif pil kuda. – SHarian Online
TOP
Wanita Russia Tayang Mercedes Bertatah Kristal
LONDON – Jalan raya di Knightsbridge, barat London, memang dikenali sebagai tempat golongan kaya melaram kenderaan mewah yang dimiliki pada setiap musim panas, termasuk di kalangan hartawan Arab yang bernafsu besar.
Namun seorang wanita Russia semalam mencipta penanda aras baru apabila hadir menayangkan keretanya, Mercedes CLS 350 yang dipakaikan dengan kristal mahal Swarovski.
Berdasarkan harga semasa, kereta itu bernilai £25,000 (RM133,000) tetapi perhiasan yang digunakan pada badannya dianggap mewah.
Pemiliknya, seorang siswi perniagaan dari Russia, Daria Radionova, 21, menjadikan kereta keluaran 2011 nampak amat bergaya.
Kata Daria, dia mahukan sesuatu yang unik dan istimewa pada kereta berkenaan.
“Kereta ini dihias oleh pereka dari Russia.
“Mereka bekerja selama 12 jam sehari selama dua bulan untuk menyiapkannya,” katanya.
Ketika muncul di Knightsbridge, tidak sukar untuk Daria menarik perhatian ramai.
Ke mana saja dia memandu, katanya, orang ramai pasti akan menoleh takjub.
Namun Daria tidak bercadang menyimpan kereta itu selamanya.
“Suatu hari nanti saya akan menjualnya dan wang berkenaan bakal didermakan untuk pertubuhan kebajikan. – Agensi
TOP
Guru Nila Setitik, Rosakkan Susu Sebelanga
PORT DICKSON – Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof merasa kesal kerana terdapat golongan guru yang tidak berintegriti dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Beliau berkata dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran ketika melaksanakan tanggungjawab, budaya kerja yang cepat, tepat dan berintegriti dalam kalangan penjawat awam termasuk guru perlu diamalkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat.
Namun katanya, apa yang berlaku sekarang ialah walaupun budaya kerja cepat dan tepat itu ada, tetapi terdapat guru yang tidak berintegriti.
“Kumpulan ini (tidak berintegriti) di kalangan guru, saya panggil sebagai ‘guru nila setitik’, bukan guru sejati. Kalau nila setitik jatuh dalam susu, maka boleh rosak susu satu belanga. Ini yang berlaku kepada kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
“Ada di kalangan guru yang sanggup menggadaikan kemuliaan profesion guru. Dalam usaha hendak membantu murid mereka mencapai kejayaan dengan cepat, memang bagus, tetapi takkan bagi semua soalan peperiksaan bocor. Inilah rendahnya martabat integriti guru berkenaan,” katanya pada majlis penyampaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2014 di sini malam tadi.
Beliau menyifatkan guru seperti itu sebagai pengkhianat yang mesti dihapuskan.
“Kita tidak boleh berkompromi dengan mereka. Kita tahu kalau melakukan sebarang kesalahan memang ada ruang untuk dimaafkan, tetapi kalau hendak menjaga kemuliaan profesion dan kesejatian seorang guru, maka saya tidak boleh berkompromi. Mereka memang tidak sesuai berada dalam sistem dan profesion yang mulia ini.
“Kita semua harus melaksanakan tugas yang diamanahkan secara beradap dan mengikut peraturan bagi memastikan imej kerajaan sentiasa dipandang tinggi.
“Perkhidmatan awam adalah komponen penting dan penghubung dalam menterjemahkan misi kerajaan. Untuk itu kita perlu sama-sama mengukuh ikrar janji setia dan bergerak ke hadapan sebagai satu pasukan yang bersatu, dinamik dan progresif dalam melaksanakan proses tranformasi negara,” kata Khair.
Bagi anugerah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, Pahang muncul johan bagi kategori sekolah menengah, naib johan Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu, Terengganu.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, RM3,500 dan RM2,500 serta trofi, sijil dan buku.
Bagi kategori sekolah rendah, johan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jerangau, Hulu Terengganu, naib johan SK Matang Jaya, Padawan, Sarawak, manakala tempat ketiga SK Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM2,500 dan RM1,000 serta trofi, sijil dan buku. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Pelanggan Jumpa Cacing Dalam Sardin?
Bayangkan jika anda terjumpa bendasing dalam tin sardin anda.. Lagi-lagi kalau bendasing tu menyerupai makhluk-makhluk yang menggelikan.. Tak lama dulu juga tersebar isu yang kononnya sesetengah sardin mengandungin lendir siput babi dan cacing. Tetapi isu tersebut senyap begitu sahaja.
Baru-baru ini, seorang rakan kepada admin laman Facebook Penang Kini meminta admin page tersebut untuk memuat naik gambar satu tin sardin yang baru tapi mengandungi objek menyerupai cacing didalamnya!
Tak tahulah benar atau tak dakwaan tersebut tapi yang pasti penemuan ini sesuatu yang menjijikkan.
Jika benar dakwaan ini, rasanya pengilang jenama sardin ni patut dihukum keras! Mana taknya, jenama sardin ni dah diedarkan ke serata Malaysia.
Selain itu, menurut satu komen, kilang pembuat sardin ni tersebut sememangnnya kotor.
Harap pihak berwajib dapat meneliti perkara ini. Jenama sardin tersebut sudah terpampang di dalam gambar. Kepada pengguna mungkin anda boleh berhenti makan sardin jenama ini buat seketika sehingga perkara ini disahkan. - SiakapKeli.com

Rompakan Bersentaja Di USJ4/1N Sasarkan Warga Emas
Baru-baru ini satu kejadian rompakan telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial di laman Facebook Malaysia Crime Awareness Campaign. Pengguna laman sosial tersebut, Pohying Cheah mengatakan kejadian terjadi di USJ4/1N (Sri Comel Kindergarden). Kejadian berlaku semalam, 23 Sept 2014.
Menurut Pohying Cheah, kejadian terjadi ketika dia sedang mengambil anaknya dari tadika. Ketika kejadian, satu kumpulan ibu bapa termasuk golongan warga emas berada di tempat kejadian untuk mengambil anak masing-masing. Tiba-tiba sebuah Vios hitam berhenti di hadapan mereka. Bila kereta itu dibuka, dua orang lelaki yang memakai topi keledar keluar sambil memegang parang lebih satu kaki panjang. Lelaki berkenaan datang kearah mereka dan meminta beg, kunci kereta, telefon dan lain-lain. Bagaimanapun, perompak itu memecut kereta Avanza milik salah seorang mangsa apabila penolong guru besar membuka pintu pagar supaya mereka boleh masuk ke dalam kawasan tadika dan menelefo polis. Orang ramai diminta berhati-hati dengan kereta Vios hitam bernombor pendaftaran WWM atau WMA 9978. - SiakapKeli.com

Gambar & Video: Apple iPhone 6 Plus mudah menjadi Bengkok
Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.
iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci, dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6 Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.
Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.
Sumber: Amanz.my & Techcrunch.com

Keputusan Rasmi Ujian Kemalangan ASEAN NCAP Bagi Proton IRIZ
Nampaknya sekali lagi Proton dengan jayanya membuktikan kecemerlangan dari aspek keselamatan bagi kereta-kereta barunya.
Hasil dari ujian keselamatan ASEAN NCAP, Proton IRIZ telah berjaya mendapat lima bintang bagi keselamatan pemandu dewasa dan 4 bintang bagi penumpang kanak-kanak.
Berikut adalah laporan rasmi dari ASEAN NCAP.
Jika di bandingkan dengan Proton Axia, Proton IRIZ berada di kedudukan yang lebih tinggi. Perodua AXIA mendapat 4 bintang manakala MyVi pula mendapat 3 bintang dalam ujian tersebut.
Jika dibandingkan dengan kereta Volkwagen Polo pula, Proton IRIZ berada tidak jauh dibelakang dengan perbezaan yang amat sedikit.
Nampaknya Proton benar-benar mengutamakan aspek keselamatan bagi keretanya. Macam ni barulah yakin nak naik kereta buatan Malaysia - SiakapKeli.com

Nicol belum puas
NICOL masih mahu terus menabur bakti kepada kontinjen negara dengan syarat tahap kecergasannya terus berada dalam keadaan terbaik.
INCHEON - Setelah meraih pingat emas kelima pada Sukan Asia semalam, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sudah memasang impian untuk menghadapi temasya yang sama di Jakarta, Indonesia pada tahun 2018. Nicol, 31, seakan belum puas dengan kejayaannya di pentas Asia apabila mahu beraksi lagi empat tahun akan datang. Atlet kelahiran Pulau Pinang itu merangkul pingat pertama Sukan Asia, 16 tahun lalu di Bangkok pada 1998. Ketika itu usianya baru mencecah 15 tahun dan empat tahun lagi usia pemain No. 1 dunia itu akan berganjak ke angka 35. Enggan menjadikan faktor usia sebagai penghalang, Nicol mempunyai pendiriannya tersendiri. "Andai fizikal dan stamina mengizinkan, saya mahu beraksi empat tahun lagi. "Sudah pasti, Sukan Asia Jakarta menjadi destinasi saya selepas ini dan sasaran sudah tentunya emas," katanya ketika ditemui selepas perlawanan akhir acara skuasy individu wanita di Pusat Skuasy Yeorumul di sini semalam. Nicol menambah koleksi emas kelima Sukan Asia selepas menewaskan rakan senegara, Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5, 12-10 dalam tempoh 59 minit. Selepas emas pertama di Bangkok, misi Nicol untuk mengekal kilauan sama di Busan pada 2002 gagal, namun dia enggan menoleh ke belakang, sebaliknya kembali bangkit untuk meraih emas pada temasya di Doha 2006. Pada edisi di Guangzhou, China pada tahun 2010, Nicol melepaskan 'geram' apabila merangkul dua pingat emas menerusi acara individu dan berpasukan wanita. Pada pertemuan akhir semalam, Nicol menggunakan sepenuhnya pengalaman di pentas dunia, biarpun diberi tentangan sengit oleh Wee Wern. Menurutnya, aksi final itu amat menarik kerana bersaing dengan rakan sepasukan bagi menentukan siapa yang layak menyumbang emas dan perak buat negara. "Ia (permainan) yang hebat dan saya tidak percaya boleh menang kerana ia perlawanan yang panjang. Sesuatu yang baik bermain dengan rakan sepasukan anda. Anda hanya berasa seperti mahu terus pergi (permainan) untuk masa yang lebih lama. "Saya amat gembira untuk mendapatkan pingat emas dan perak buat negara. Ia adalah perlawanan yang besar bagi Malaysia," katanya. Menyentuh mengenai saingan sengit daripada Wee Wern, Nicol memberitahu, ia adalah perkara biasa kerana mana-mana pemain sememangnya mahu menewaskannya. "Sesiapa sahaja apabila bermain dengan saya, mereka akan beraksi tenang dan bermain dengan corak permainan mereka. Dia (Wee Wern) telah melakukan itu dan bermain dengan baik pada perlawanan pertama," katanya. Tumpuan Nicol kini terarah kepada acara berpasukan wanita yang bermula hari ini. - Kosmo

Pesakit Ebola 20,000 November
GAMBAR yang dirakam pada 4 September lalu menunjukkan seorang pekerja kesihatan menyembur mayat seorang lelaki dengan bahan kimia pembasmi kuman selepas dia disyaki mati akibat virus Ebola di Monrovia, Liberia.
GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa bilangan mangsa wabak Ebola mungkin akan meningkat sebanyak tiga kali ganda kepada 20,000 orang sekiranya tiada usaha berkesan dilakukan untuk menangani masalah itu. "Jika tiada perubahan drastik dilakukan bagi mengawal penularan wabak ini, kes kematian akibat Ebola daripada ratusan orang akan menjadi ribuan dalam seminggu," kata WHO. Wabak Ebola di Afrika Barat telah menyebabkan kematian lebih 2,800 orang, manakala lebih 5,800 penduduk lagi disahkan menghidap wabak berkenaan. Kajian oleh WHO baru-baru ini menunjukkan langkah-langkah yang diambil bagi menangani wabak itu tidak begitu berkesan dan jika keadaan itu berterusan, pertubuhan tersebut mengunjurkan pada November ini pesakit Ebola di Guinea meningkat kepada 5,925 orang, Liberia (9,939) dan Sierra Leone (5,063). Jumlah tersebut yang cuma merangkumi tiga negara akan menjadikan lebih 20,000 orang dijangkiti, kata kajian berkenaan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine semalam. Simptom penyakit Ebola ialah demam, sakit sendi, muntah, cirit-birit serta pendarahan luaran dan dalaman. Tiada penawar ditemui sehingga hari ini bagi merawat penyakit itu. - AFP

Israel tembak jatuh jet Syria di Bukit Golan
IMEJ menunjukkan sebuah jet pejuang milik tentera Syria terbakar selepas ditembak oleh sistem pertahanan udara tentera Israel di Bukit Golan semalam.- AFP
BAITULMUQADDIS - Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon semalam memberi amaran bahawa tentera negara itu terpaksa bertindak balas terhadap sebarang cubaan untuk mengancam keselamatan negara berkenaan. Amaran tersebut dikeluarkan selepas tentera Israel menembak jatuh sebuah jet pejuang milik tentera Syria di Bukit Golan yang dikuasai rejim Zionis. "Pada pagi ini (semalam) sistem pertahanan udara kami menembak jatuh sebuah jet pejuang Syria yang menghampiri wilayah Israel di Bukit Golan, jet itu seperti satu ancaman malah pesawat itu turut melintasi sempadan," katanya dalam satu kenyataan. Kawasan seluas 1,200 kilometer persegi di Bukit Golan ditawan Israel daripada Syria ketika perang enam hari yang berlaku pada tahun 1967 sebelum mengisytihar kawasan berkenaan sebagai wilayahnya. "Kami tidak akan membenarkan sesiapa sama ada negara atau organisasi pengganas mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan kami. "Kami terpaksa bertindak balas terhadap cubaan tersebut sama ada ia disengajakan atau tidak," tegasnya. Sementara itu, bekas ketua perisikan tentera udara Israel, Ram Shmueli berkata, kejadian tersebut kemungkinan berpunca daripada kesilapan juruterbang jet pejuang Syria itu. "Kami percaya misi juruterbang itu adalah menyerang kedudukan pemberontak bukannya tentera Israel tetapi pesawat tersebut telah melintasi sempadan. "Malangnya kami tidak boleh bertimbang rasa dengan sebarang pencerobohan terhadap ruang udara Israel," katanya. Menurutnya, kejadian itu adalah kali pertama tentera Israel menembak jatuh sebuah pesawat Syria sejak tahun 1985. - AFP

Lelaki berjalan atas tali sejauh 224 meter tanpa alat keselamatan
MITTERMAIER tidak menggunakan sebarang peralatan keselamatan ketika berjalan di atas tali pada ketinggian 199 meter.
SWITZERLAND - Seorang lelaki Jerman, Julian Mittermaier, 21, mencipta rekod berjalan di atas tali sejauh 224 meter merentangi Empangan Mauvoisin di sini, lapor akhbar The Sun semalam. Lokasi tersebut pernah dijadikan penggambaran untuk filem James Bond, GoldenEye pada tahun 1995. Mittermaier yang menetap di Regensburg, Jerman berada pada ketinggian 199 meter dari atas tanah dan tidak memakai sebarang peralatan keselamatan sewaktu melakukan aksi berani itu. Dia berjaya melaksanakan misi tersebut pada Ogos lalu, namun gambarnya baru sahaja disiarkan semalam. "Saat saya menjejakkan kaki di atas tanah, barulah saya rasa teruja kerana berjaya melakukan aksi tersebut," kata Mittermaier. - Agensi

Azmin Tak Dapat Selamatkan Pakatan Rakyat – Syed Ali
Syed Ali Alhabshee
PETALING JAYA: Walaupun baru sahaja menduduki kerusi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mula berhadapan cabaran apabila keupayaan dan kepemimpinannya diperlekeh dan dipertikaikan. Seorang pemimpin Umno dengan lantang yang menyuarakan pandangannya menerusi laman blognya menganggap Azmin tidak akan mampu menyelesaikan kemelut perpecahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat yang kini di tahap kronik. Malahan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee juga berpendapat, Azmin umpama ‘budak suruhan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menimbulkan krisis politik berpanjangan dalam parti itu. Beliau juga tidak menolak kemungkinan Azmin atas nasihat Anwar akan ‘mempermainkan’ PAS dalam pelantikan Exco Kerajaan Selangor. "Pelantikan Azmin sebagai MB Selangor bukan sahaja mencetuskan konflik perpecahan Pakatan Rakyat yang baharu, tetapi juga menimbulkan kemarahan penyokong Dr Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), juga puak ulama dalam PAS yang mahu pemimpin parti itu mengganti tempat Khalid. “Saya juga percaya puak-puak yang menyokong Dr Wan Azizah dalam PKR tidak akan senang dengan Azmin dan akan melakukan sabotaj dalam parti itu. “Saya mahu tanya di sini mana Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Badrul Hisham Shaharin akan letak muka bila Azmin dilantik MB?," katanya dalam entri terbaharunya di umnobahagiancheras.blogspot.com. Pada Selasa, sebaik selesai majlis angkat sumpah jawatannya, Azmin menganggap cabaran besar yang perlu dihadapinya adalah untuk menyatupadukan semua parti dalam Pakatan Rakyat bagi melancarkan proses pentadbiran negeri berkenaan. Langkah itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu untuk memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi. Bagaimanapun, menerusi entrinya, Syed Ali menambah, Azmin juga tidak akan mampu menyelamatkan Pakatan Rakyat yang ketika ini berhadapan situasi retak menanti belah itu. “Kalau PKR boleh membelakangkan Pas dalam membuat keputusan besar antaranya isu Langkah Kajang dan calon MB Selangor tidak mustahil parti itu akan melantik mana-mana wakil rakyat Pas yang senada dengan parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas ini,” ujarnya. Menurut Syed Ali lagi, Pakatan Rakyat bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar tetapi sekadar persefahaman politik untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. “Dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai dasar yang jelas untuk membangun rakyat dan negara selain bercita-cita besar mahu menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri,” katanya. - mstar

Sultan Selangor Yakin Azmin Dapat Sokongan Semua Adun
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
PETALING JAYA: Menteri Besar, Azmin Ali dipilih oleh Istana Selangor kerana Sultan Sharafuddin Idris Shah yakin beliau mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata Sultan mengambil kira kedudukan Azmin dalam partinya ketika membuat keputusan memilih Menteri Besar Selangor yang baharu. "Sultan yakin sebagai timbalan presiden PKR yang dipilih, Azmin semestinya mendapat sokongan bukan sahaja daripada partinya malah DAP dan PAS yang merupakan gabungan parti yang memerintah negeri Selangor pada ketika ini," kata Mohamad Munir dalam satu kenyataan. Mohamad Munir berkata bukanlah menjadi amalan Sultan untuk menangguhkan pelantikan seorang menteri besar, yang merupakan jawatan paling penting dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Bagaimanapun, situasi menjadi agak kelam-kabut apabila wujudnya percanggahan pendapat dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat dalam pemilihan calon menteri besar yang baharu. Beliau menambah, keenganan PKR dan DAP menghantar lebih daripada satu nama menyebabkan Sultan terpaksa membuat pertimbangan calon lain yang layak walaupun mereka bukan daripada PKR. Mohamad Munir turut menafikan dakwaan Sultan campur tangan dalam soal pentabdiran kerajaan negeri. "Saya ingin menegaskan Sultan Selangor tidak pernah campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri melainkan beliau hanya bertindak sebagai penasihat kepada menteri besar," katanya. Beliau menambah Sultan terpaksa mengggunakan budi bicara baginda seperti yang termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri dalam soal pelantikan menteri besar yang baharu. - mstar

Cadangan Ganti Akta Hasutan Bawa Transformasi Kepada Kebebasan Bersuara - Nancy
KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional ialah untuk membawa transformasi terhadap hak kebebasan bersuara di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Beliau bagaimanapun berkata kebebasan bersuara bukan bersifat mutlak sebaliknya tetap berlandaskan peruntukan undang-undang.
"Kalau kita bagi kebebasan mutlak, ini akan menimbulkan satu keadaan tidak senang hati dalam kalangan majoriti.
"Untuk mencari mekanisme bagi kebebasan bersuara, ia satu proses yang rumit kerana mengambil kira hak-hak dalam Perlembagaan seperti Perkara 152, Perkara 153 mengenai hak untuk Melayu, Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping dari segi bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan institusi diraja," katanya ketika menjadi tetamu program Agenda Awani bertajuk 'Antara Kebebasan Bersuara & Keharmonian Negara' terbitan Astro Awani malam Isnin.
Nancy berkata kerajaan perlu mengambil kira maklum balas orang ramai sebelum cadangan menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional dilaksana.
Mengulas lanjut, Nancy berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Majlis Konsultatif Perpaduan Negara (NUCC) diberi tanggungjawab merancang serta membincangkan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional.
"Tetapi tidak semestinya kita akan terima bulat-bulat cadangan JPNIN dan NUCC kerana kita mempunyai badan berkuasa untuk menjalankan kerja-kerja ini," katanya.
Menyentuh tindakan segelintir pihak yang menghasut Sarawak supaya keluar dari Malaysia, Nancy yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong berkata penggabungan negeri itu dengan Semenanjung Malaysia untuk menubuhkan Malaysia adalah atas persetujuan bersama.
"Sarawak tidak akan sesekali terpengaruh dengan hasutan pihak tidak bertanggungjawab supaya keluar dari Malaysia," katanya. - mstar
TOP
Sukan Asia: Suryani Rangkul Perak, Trio Wanita Raih Gangsa Menembak
Nur Suryani meriah pingat perak dalam acara menembak
PETALING JAYA: Atlet Olimpik negara, Nur Suryani Taibi berjaya memenangi pingat perak dalam acara menembak 50 meter rifle prone wanita di Sukan Asia di Incheon, pagi Rabu. Lebih mengembirakan apabila skuad menembak turut meraih pingat gangsa dalam acara yang sama. Ia dihasilkan oleh trio - Suryani, Nur Ayuni Farhana Halim dan Muslifah Zulkifli. Ini adalah dua pingat pertama untuk kontinjen negara dalam acara menembak sejak hari pertama kejohanan. - mstar

Piala Liga: Liverpool Mara, Arsenal Tersingkir
Pemain meraikan kemenangan mereka dengan penjafa gol Simon Mignolet (kanan) selepas mereka berjaya menewaskan Middlesbrough melalui sepakan penalti 14-13 dalam saingan pusingan ketiga Piala Liga di Anfield, Liverpool awal pagi Rabu. - Foto AFP.
LONDON: Liverpool terpaksa menempuh perlawanan maraton untuk menumpaskan Middlesbrough di pusingan ketiga Piala Liga awal pagi Rabu apabila terpaksa bertarung hingga ke masa tambahan sebelum menang melalui sepakan penalti 'sudden death', 14-13. Pasukan gergasi dalam Liga Perdana Inggeris itu berjaya mendahului Middlesbrough 2-1 pada masa tambahan. Namun sebaik sahaja menunggu wisel penamat ditiup pasukan pelawat berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-120. Sepakan tersebut disempurnakan oleh Patrick Bamford. Dengan keputusan tersebut memaksa perlawanan diheret kepada penentuan sepakan penalti bagi mencari pemenang. Sementara itu, Arsenal gagal mara ke kelompok 16 terbaik selepas tewas 2-1 kepada Southampton manakala jiran Liverpool, Everton kecundang 3-0 kepada Swansea City dan Stoke City pula berjaya menumpaskan Sunderland 2-1. - mstar

Azmin Mulakan Tugas MB Selangor Baharu
Azmin memulakan tugas sebagai MB Selangor ke-15.
SHAH ALAM: Azmin Ali memulakan tugas sebagai menteri besar yang ke-15 tepat pukul 7.55 pagi di Bangunan Sultan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam. Azmin, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang melepaska jawatannya sebagai menteri besar. Beliau yang berpakaian sut berwarna hitam disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar. Khusrin kemudiannya memberikan taklimat ringkas kepada Azmin di pejabat Menteri Besar di tingkat 21. Selepas itu Azmin turut mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan di tingkat 22. Sempat meluangkan masa bercakap kepada pemberita, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis untuk membincangkan barisan exco baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat. Timbalan Presiden PKR itu dilantik sebagai menteri besar yang baharu pada Selasa. - mstar

Azmin Pohon Restu Bonda
KUALA LUMPUR: Selepas mengangkat angkat sumpah sebagai menteri besar, Azmin Ali berhenti untuk menunaikan solat di masjid sebelum menemuinya bondanya, Che Tom Yahya, 80, untuk mendapatkan restu wanita yang melahirkanya.
Majlis kesyukuran bagi meraikan pelantikannnya sebagai menteri besar turut diadakan di rumah berkenaan, yang turut dihadiri kira-kira 100 orang.
Azmin tiba di ruman keluarganya di Ulu Klang pada kira-kira pukul 2 petang Selasa.
Sebaik sahaja tiba beliau dipeluk dan dicium oleh bondanya sebelum Azmin memohon doa restu daripada Che Tom.
Azmin memohon restu bondanya, Che Tom Yahya.
Beliau kemudiannya mengadakan sidang media, menceritakan kisah beliau dibesarkan di rumah kedua ibu bapanya itu. "Kami telah tinggal di sini sejak 1968. Ibu bapa saya berpindah ke sini, dan keluarga kami merupakan peneroka terawal untuk membina rumah yang dahulunya merupakan sebuah kebun getah. "Saya pernah menjadi pengembala kepada kira-kira 30 ekor kambing," kata Azmin mengimbas semula kenangan ketika zaman kanak-kanaknya. Azmin turut memohon sokongan dan dorongan daripada adik beradiknya yang turut hadir pada majlis berkenaan. Che Tom yang ditemui, turut mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja mendapat tahu anak lelakinya itu dipilih sebagai menteri besar yang baharu. Beliau turut berbangga dengan pelantikan Azmin, berharap anak lelakinya itu dapat mencapai kebahagian dalam apa jua perkara yang dilakukannya. Insiden tersebut nyata berbeza dengan apa yang berlaku kira-kira dua tahun lalu, apabila Che Tom mengakui Azmin mula menjauhkan diri daripadanya. Dengan linangan air mata si ibu menegur anak lelakinya itu secara terbuka meminta dia mengubah caranya itu. - mstar

Geli..Pekerja Gosok Kemaluan Atas Pizza Sebab Tak Puas Hati
Seorang pekerja yang bekerja di kaunter 'take away' telah dipecat dari pekerjaan kerana ditangkap menggosok kemaluannya diatas pizza yang ditempah oleh pelanggannya.
Polis berkata, Austin Michael Symonds, 18, berbuat demikian untuk membalas dendam kerana tidak berpuas hati dengan pelanggan tersebut yang menempah pizza 30 minit sebelum kedai pizza tersebut ditutup.
Aksi jijiknya itu bagaimana pun telah dilihat oleh pelanggannya.
Pegawai polis turut berkata yang remaja itu, yang bekerja di Pizza Papa Murhpy di Georgetown, Texas dengan serta merta memohon maaf dan berkata, "Saya benar-bena rminta maaf.. Itu adalah perbuatan bodoh ".
Pegawai berkata remaja itu, yang bekerja di Pizza Papa Murphy dalam Georgetown, Texas, dengan serta-merta meminta maaf, berkata: ". Man, saya benar-benar maaf Itu adalah bodoh."
Symonds telah ditahan dan didakwa sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $ 10,000.
Seorang pekerja kedai tersebut memberitahu Austin Symonds yang telah dipecat oleh kedai berkenaan - SiakapKeli.com
TOP
Menantu Osama Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup
NEW YORK 24 Sept. - Suleiman Abu Ghaith, menantu kepada Osama bin Laden telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam kerana disabitkan tuduhan keganasan.
Pada bulan Mac yang lalu, Suleiman didapati bersalah kerana membunuh rakyat Amerika dan juga bersekongkol memberi sokongan kepada pengganas.
Lewis Kaplan dikatakan membaca kenyataannya dalam bahasa arab sambil memetik beberapa ayat al-Quran dan menyatakan dia tidak akan meminta sebarang belas kasihan daripada sesiapa selain dari Allah sebelum dijatuhkan hukuman oleh Hakim Daerah Amerika Syarikat Lewis Kaplan - SiakapKeli.com
TOP
Bulan Oktober Sebagai Bulan Persediaan Menghadapi Zombie Di Kansas
Pelik tapi benar.. Di Kansas, kempen untuk membuat persiapan bagi menghadapi zombie kini giat dijalankan disana.
Bahagian Pengurusan Kecemasan Kansas kini sedang melancarkan kempen meminta penduduk untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, termasuk zombie. Gabenor Sam Brownback bakal menandatangani pengisytiharan pada Jumaat bagi menetapkan bulan Oktober sebagai "Bulan Persediaan Zombie".
Walaupun zombie hanyalah rekaan manusia semata-mata, kerajaan disana mengambil berat akan isu tersebut. - SiakapKeli.com
TOP
AS Dedah Rakaman Serangan Udara Terhadap IS
Tentera AS telah mengeluarkan satu rakaman yang menunjukkan serangan udara yang telah dilancarkan oleh mereka semalam (23 Sept) terhadap militan Islamic State (IS).
Aktivis berkata sekurang-kurangnya 70 militan dan IS dan 50 pejuang al-Qaeda terbunuh dalam serangan terbabit. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang memuji sokongan negara-negara Arab terhadap serangan udara tersebut berkata: "Ini bukan perjuangan Amerika semata-mata". - SiakapKeli.com
Post by Siakap Keli.

Biawak Serang Bayi Mungkin Kelaparan - Perhilitan
Keadaan muka seorang bayi yang cedera akibat diserang seorang biawak di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman, pagi Isnin.
KUANTAN: Biawak yang menyerang bayi berusia lapan bulan dalam kejadian di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman pagi Isnin berkemunginan dalam keadaan lapar. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar. "Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Selasa. Seorang pemuda memegang biawak air yang menyerang adik Nurhidayah.
Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut. Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan. Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan. Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan. Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.- mstar

Liyana Jasmay Tolak Adegan Bersentuhan
Liyana Jasmay
PETALING JAYA: Pelakon Liyana Jasmay melakukan transformasi diri selepas bergelar ibu dengan menolak tawaran watak yang berkehendakkan dia memakai pakaian seksi dan bersentuhan dengan bukan muhrim. Liyana, 25, berkata, walaupun suaminya Mohd Fathuddin tidak memberikan syarat itu, sebaliknya sebagai isteri orang, dia perlu peka agar pekerjaan yang dilakukan tidak menyentuh perasaan keluarga yang menontonnya. "Walaupun suami tidak meletakkan sebarang syarat, tetapi benda-benda macam kita perlu peka dan jaga hatinya dan keluarga agar mereka tidak terasa dengan lakonan yang dipaparkan nanti. "Alhamdulillah keputusan itu langsung tidak menyekat rezeki saya," ujarnya kepada mStar Online. Liyana ditemui pada majlis pelancaran jubah rekaannya, Bella Liyana Collection di restoran Terrace, The Curve, di sini pada Selasa. Sehubungan itu kata Liyana, pengarah drama atau filem hendaklah lebih sensitif terhadap pelakon-pelakon wanita yang sudah berkahwin dengan tidak memberikan mereka watak-watak yang tidak sepatutnya. Tambahnya, banyak contoh karya cinta tidak memerlukan para pelakon berpegangan tangan tetapi drama atau filem itu mendapat sambutran hebat daripada orang ramai.
"Cuba kita ambil contoh seperti filem Indonesia iaitu Kapal Van Der Wijck. Filem tersebut penuh dengan elemen cinta tetapi pelakon-pelakonnya langsung tidak bersentuhan antara satu sama lain. "Kita juga boleh buat seperti itu dengan pelbagai teknik selain penghayatan lakonan. Rasanya, bukan satu masalah untuk pengarah menzahirkan rasa cinta dalam karya tanpa perlu bersentuhan. "Dan walaupun seseorang pelakon itu tidak meletakkan sebarang syarat, pengarah hendaklah tahu, status mereka yang sudah berkahwin tidak perlu diberi adegan-adegan panas," ujar ibu kepada Sofia Arissa yang berusia empat bulan ini. Sementara itu, mengenai rekaan jubah Bella Liyana Collection, Liyana hanya mengambil masa dua minggu menghasilkan busana tersebut di bawah kolaborasi jenama pakaian muslimah Bella Ammara. Liyana berkata, pada awalnya dia tidak terfikir untuk mencuba perniagaan fesyen muslimah, tetapi selepas ditawarkan untuk berkolaborasi bersama pemilik Bella Ammara iaitu Karl, dia terus terbuka hati. "Bayangkan, projek ini dibincangkan dua minggu lalu dan pada pertemuan pertama kami sudah merancang rekaan jubah yang mahu ditampilkan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan depan. "Dan pada pertemuan kedua, kami ke kedai kain mencari material dan manik sesuai. "Alhamdulillah prosesnya dilakukan dengan cepat, malah kami juga telah membuat klip video khas untuk projek ini," katanya. Koleksi jubah Bella Liyana boleh didapati di butik Bella Ammara yang terletak di No. 17, Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Ia dijua dengan harga hanya RM294.- mstar

Pastikan Mereka Yang Diupah Melontar Faham Pelaksanaan
Jemaah haji sedang melontar Jamrah.
MAKKAH: Jemaah haji yang uzur untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah di Mina, yang merupakan antara enam perkara wajib dalam ibadah haji, perlu memastikan orang yang diwakilkan untuk melakukan ibadah itu faham memgenai pelaksanaannya. Pengerusi Pakar Rujuk Musim Haji 1435 Datuk Seri Hassan Ahmad berkata ini penting kerana orang yang diwakilkan atau diupah untuk melontar itu perlu melakukan kesemua pusingan melontar itu bagi setiap orang yang diterima upahnya, dan bukan melakukan satu lontaran untuk setiap orang yang mengupahnya. Ibadah melontar bermula dengan melontar Jamrah Kubra yang bermula selepas separuh malam 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijjah, dan diikuti dengan melontar Jumrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. "Saya menasihati jemaah haji yang mahu mengupah orang lain untuk melakukannya, pilihlah mereka yang telah dikenal pasti oleh Tabung Haji (TH), dan jangan bagi kepada sebarang orang," katanya kepada media Malaysia semasa mengadakan lawatan di Pusat Rawatan Syisyah di sini pada Isnin. Beliau bersama dua lagi pakar rujuk, iaitu Datuk Fadzil Awang and Dr Anisah Abdul Ghani, yang diiringi Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tengku Aziz Raja Abdullah, mengadakan lawatan terhadap jemaah haji yang dimasukkan ke Pusat Rawatan Shisyah di sini. Lawatan mereka itu untuk mendapatkan maklumat ibadah daripada pesakt terutama mereka yang masih dalam ihram, dan belum menyelesaikan ibadah umrah memandangkan wukuf semakin hampir, kira-kira 10 hari lagi. Hassan berkata sebelum jemaah haji yang uzur mewakilkan ibadah melontar kepada orang lain, mereka perlu mendapatkan pengesahan doktor dan pegawai agama maktab untuk berbuat demikian. Menyentuh isu yang telah dirujuk kepada pakar rujuk untuk musim Haji kali ini, Hassan berkata hanya satu dua kes yang timbul termasuk isu sama ada isteri boleh menjadi badal haji untuk suami yang meninggal dunia. Beliau berkata jika isteri belum pernah menunaikan haji, dan ini merupakan kali pertama, maka ia tidak boleh membuat badal haji untuk arwah suaminya. "Hanya isteri yang telah menunaikan haji sebelum ini yang boleh menjadi badal haji kepada arwah suaminya," katanya. Beliau berkata selain itu, jika suaminya pernah mengerjakan haji, maka isteri tidak perlu mengadakan badal haji, kecuali jika arwah suaminya meninggalkan wasiat, maka isteri perlu menunaikannya.- mstar

Lelaki Dalam Gambar Tersebar Bukan Kekasih Luna f(x)
GAMBAR salah seorang ahli kumpulan f(x) iaitu Luna bersama seorang lelaki yang kelihatan mesra di khalayak tersebar minggu lalu.
Tidak mahu gosip terus menjadi bahan buah mulut, pihak pengurusannya SM Entertaiment mengeluarkan kenyataan yang menafikan hubungan percintaan Luna bersama lelaki itu. "Lelaki tersebut merupakan teman rapat Luna sejak kecil," ujarnya. Tambah pengurusannya, gambar berkenaan diambil ketika kedua-dua mereka dalam perjalanan ke gereja. "Mereka pergi ke gereja bersama-sama sejak kecil, foto itu diambil ketika mereka dalam perjalanan ke gereja," kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan The Fact.- mstar

Najib Ucap Tahniah Kepada Nicol, Wee Wern
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa mengucapkan tahniah kepada ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol Ann David atas kejayaan merangkul pingat emas kedua negara pada Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.
Nicol memenangi emas individu kelimanya dalam lima kempen sukan itu sejak 1998 selepas menewaskan rakan senegara Low Wee Wern 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 pada perlawanan akhir skuasy individu wanita pada Selasa.
Perdana Menteri dalam tweet itu turut mengucapkan tahniah kepada Wee Wern, yang memenangi pingat perak kedua untuk kontinjen Malaysia.
"Syabas Datuk Nicol David dan Low Wee Wern kerana memberikan kita pingat emas serta perak. Ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa. #Incheon2014," katanya.
Lima pingat emas yang digondol Nicol pada temasya itu membuktikan beliau adalah pemain skuasy paling berjaya dalam sejarah Sukan Asia.- mstar
TOP
Pelancong Kembali Ke Koh Tao, Siasatan Pembunuhan Diteruskan
Lokasi mayat dua pelancong warga Britain ditemui di pantai Koh Tao.
BANGKOK: Walaupun Thailand telah melancarkan pemburuan terhadap mereka yang bertanggungjawab membunuh dua pelancong muda British di resort Koh Tao lebih seminggu lepas, pelancong tetapi membanjiri pulau itu. Industri pelancongan di pulau itu kembali memuncak, kata Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di sini, Selasa. Menurutnya pihak berkuasa seperti Kementerian Pertahanan, agensi keselamatan dan Kementerian Luar telah menghubungi Kedutaan British untuk memberikan maklumat terkini mengenai siasatan pembunuhan itu. Mayat Hannah Wotheridge dan David Miller ditemui di pantai Koh Tao pada awal pagi 14 Sept lepas. Tiada siapa yang disabitkan dengan jenayah itu setakat ini. Koh Tao adalah destinasi pulau yang terkenal bagi aktiviti selam skuba dan selam snorkel di wilayah Surat Thani, bahagian selatan Thailand.- mstar

Tiada Lagi Pihak Harus Pertikai Kuasa Sultan Lanti MB - Noh
Noh Omar.
TUMPAT: Barisan Nasional (BN) Selangor berharap tiada lagi pihak mempertikaikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana kemelut isu menteri besar di negeri itu sudah pun selesai dan ia membuktikan prinsip Raja Berperlembagaan telah dijunjung melalui keputusan Sultan Selangor itu. "Mengenai konsep Raja Berperlembagaan, Sultan Selangor sudah memilih menteri besar yang baharu dan tiada mana-mana pihak dan parti politik yang boleh mempersoalkan kuasa Sultan yang diberikan dalam negeri Selangor. "Selepas ini rakyat Selangor akan melihat kerajaan Pakatan Rakyat termasuk menteri besar baharu itu wibawa atau tidak dan BN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Media BN di sini, Selasa. Noh berkata BN juga akan memantau sama ada menteri besar baharu itu melaksanakan segala janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu termasuk isu air. Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pelantikan Mohamed Azmin sebagai menteri besar Selangor yang baharu bukanlah sesuatu perkara yang signifikan bagi negeri terkaya itu, tetapi hanya 'menumpang' kejayaan yang telah dilakukan kerajaan BN selama 15 penggal. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata 95 peratus daripada pembangunan di negeri itu disumbangkan oleh kerajaan BN. "Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dan ke-13, pihak pembangkang mula mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dan sekiranya terdapat sumbangan mereka (kepada negeri itu), jumlahnya kurang daripada lima peratus. "Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) dan Azmin selaku menteri besar baharu hanya menyambung kejayaan yang telah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Seminar Industri Kewangan Islam: Antara Kefahaman, Pelaksanaan dan Sikap, di sini Selasa. Mohamed Azmin, 50, yang juga anggota Parlimen Gombak, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah, di sini pada kira-kira 10.45 pagi. Timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat itu mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak 2008.- mstar

Pekerja Kargo Didakwa Ancam Lancar Bom
Syafiq mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. - fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di media sosial berhubung amaran pelancaran misi mengebom di beberapa tempat. Syafiq Abdul Rahim, 24, didakwa mengeluarkan kenyataan itu melalui Facebook atas profil Persatuan Kongsi Gelap Melayu dengan niat menakutkan orang awam. Lokasi itu melibatkan kilang arak di Shah Alam, pusat beli-belah Pavilion, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kuil Batu Caves dan Masjid Negara. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Minyak Caltex, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara, Bandar Kinrara, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 24 Ogos lepas. Bagi pertuduhan itu, Syafiq didakwa mengikut Seskyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan Syafiq diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Oktober ini untuk sebutan semula kes. Dia membayar wang ikat jamin tersebut. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azari Harun manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.- mstar

Pengarah Studio Astro Awani Maut Digilis Treler
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pengarah Studio Astro Awani, Ilancheliyan Adaikalam, 49, maut dalam satu nahas jalan raya di Bulatan Segambut di sini, Selasa.
Dalam insiden pukul 1.36 tengah hari, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah digilis sebuah treler. Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S.Markandan berkata motosikal yang ditunggang Ilancheliyan dipercayai bergesel dengan treler terbabit menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya. "Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja manakala treler itu dalam perjalanan dari pusat bandar menuju Selayang," katanya ketika dihubungi BERNAMA. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA
Mangsa banyak dalam liputan berita-berita penting di Astro Awani seperti MH17 dan MH370. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan juga mereka yang mengenalinya - SiakapKeli.com

Imigresen Perlis Berkas 86 PATI Membabitkan 5 Negara
KANGAR – Sebanyak 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari lima negara diberkas dalam operasi bersepadu di Seriab di sini, hari ini.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Mohamad Zulhilmi Zilkifli, sepasukan 65 anggota Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis menyerbu satu tapak pembinaan pada 11 pagi setelah menerima maklumat orang ramai.
“Pekerja warga asing itu cuba melarikan diri dengan ada yang menyorok di siling bangunan apabila serbuan dibuat namun dapat dikepung,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Mohamad Zulhilmi berkata seramai 108 orang diperiksa termasuk orang tempatan dan hasilnya 86 orang disyaki PATI iaitu 79 lelaki dan lima perempuan berumur 15 hingga 60 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar ditahan.
Daripada jumlah itu warga Myanmar paling ramai membabitkan 35 lelaki, lima wanita dan seorang kanak-kanak diikuti Bangladesh (26 lelaki); Pakistan (9 lelaki); Indonesia (7 lelaki, 1 perempuan) dan Nepal (2 lelaki), katanya.
Katanya mereka didapati melakukan kesalahan dengan tinggal melebihi tempoh dibenarkan, tiada permit kerja dan tiada dokumen perjalanan yang sah.
“Siasatan juga dibuat untuk mengetahui sama ada PATI berkenaan menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh sindiket tertentu,” tambahnya. – BERNAMA
TOP
Israel Tembak 2 Rakyat Palestin, Dakwa Bunuh Remaja Mereka
TENTERA rejim Israel menembak mati dua rakyat Palestin pagi tadi dalam operasi tentera di kawasan Universiti Hebron.
Mangsa, Al-Kawasme dan Amar Abu Aysha ditembak kerana dituduh membunuh tiga remaja Israel di kawasan pendudukan di Tebing Barat Jun lalu, kejadian yang mencetuskan peperangan tujuh minggu di Gaza.
Memetik laporan Reuters, Israel melancarkan gerakan mencari Marwan Kawasme dan Amar Abu Aysha, dalam lingkungan umur 30-an di kawasan Hebron selama beberapa bulan.
Mereka didakwa menembak mati tiga remaja yang sedang mengembara pada waktu malam berhampiran kawasan pendudukan Yahudi pada 12 Jun lalu.
Penduduk Hebron berkata askar Yahudi mengepung sebuah rumah di bandar raya berkenaan sebelum waktu Subuh dan kemudian kedengaran bunyi tembakan.
Tentera Zionis itu berkata pasukan keselamatan mengenal pasti lokasi di mana Kawasme dan Abu Aysha berada dan sedang cuba membuat penahanan apabila berlaku kejadian tembak-menembak.
“Kami melepaskan tembakan, mereka membalas tembakan dan mereka terbunuh dalam kejadian itu,” dakwa jurucakap tentera Yahudi itu, Leftenan-Kolonel Peter Lerner.
Gabenor Hebron Kamel Hmeid mengesahkan kematian mereka menerusi radio Palestin.
“Adalah jelas kedua-dua syahid itu, Al-Kawasme dan Abu Aysha, dibunuh pagi ini dalam operasi tentera di kawasan Universiti Hebron.
“Kami mengutuk perbuatan jenayah ini sebagai pembunuhan yang disengajakan dan diatur,” katanya. – REUTERS
TOP
Cubaan menyelamat bertukar tragedi.
TOP
Cubaan ragut yang gagal.
TOP
Rompakan di sebuah kedai emas.
Inilah antara risiko sekiranya menjadi pengawal keselamatan. Tak pasal-pasal nyawa boleh melayang.
– Wikipedia Rakyat
Post by Wikipedia Rakyat.
TOP
Katak-katak berkumpul untuk menonton video cacing.
TOP
Kain Rentang BN Di Pengkalan Kubor Dikoyak
TUMPAT – Perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab merosakkan kira-kira 20 kain rentang Barisan Nasional (BN) yang dipasang sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor di sini.
Kejadian itu disedari jentera BN setelah membuat rondaan semalam dan mendapati kain rentang berkenaan dikoyak manakala tiang aluminium yang menyangkut poster pula dirosakkan.
Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat Datuk Rosdi Abdul Aziz menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan dan politik kotor.
“Hari ini, hampir 20 kain rentang yang kita pasang di kawasan Dun ini telah dirosakkan bahkan besipun dipotong, bererti mereka mengambil tindakan ini secara terancang kerana kerangka besi itu tidak boleh dirobohkan dengan sewenang-wenangnya tanpa menggunakan peralatan tertentu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihati penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak mengambil sebarang tindak balas yang boleh menimbulkan kekecohan.
PRK itu diadakan berikutan kematian Adun Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas.
PRK Khamis ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA
TOP
Imigresen Perlis Berkas 86 Pati Dari Lima Negara
Gambar hiasan.
KANGAR: Sebanyak 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari lima negara diberkas dalam operasi bersepadu di Seriab di sini, Selasa. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perlis, Mohamad Zulhilmi Zilkifli, sepasukan 65 anggota Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis menyerbu satu tapak pembinaan pada 11 pagi setelah menerima maklumat orang ramai. "Pekerja warga asing itu cuba melarikan diri dengan ada yang menyorok di siling bangunan apabila serbuan dibuat namun dapat dikepung," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa. Mohamad Zulhilmi berkata seramai 108 orang diperiksa termasuk orang tempatan dan hasilnya 86 orang disyaki PATI iaitu 79 lelaki dan lima perempuan berumur 15 hingga 60 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar ditahan. Daripada jumlah itu warga Myanmar paling ramai membabitkan 35 lelaki, lima wanita dan seorang kanak-kanak diikuti Bangladesh (26 lelaki); Pakistan (9 lelaki); Indonesia (7 lelaki, 1 perempuan) dan Nepal (2 lelaki), katanya. Katanya mereka didapati melakukan kesalahan dengan tinggal melebihi tempoh dibenarkan, tiada permit kerja dan tiada dokumen perjalanan yang sah. "Siasatan juga dibuat untuk mengetahui sama ada PATI berkenaan menjadi mangsa pemerdagangan manusia oleh sindiket tertentu," tambahnya.- mstar

KPDNKK Tubuh Pasukan Petugas Khas Selesai Isu Caj Royalti
Alias Ahmad.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyelesaikan isu caj pelesenan terlalu tinggi terhadap peniaga kecil. Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alias Ahmad berkata pasukan itu akan turut membantu menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang jelas antara pihak pemungut royalti dan pihak yang membayar royalti daripada pelbagai aspek seperti bayaran yang dikenakan. "Sekarang ini, kita tidak mempunyai satu badan khusus yang bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan ini, dan untuk menjaga kedua-dua pihak iaitu industri hiburan dan pihak yang menerima hiburan tersebut, kita tubuhkan pasukan ini. "Pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) juga perlu melihat semula Akta Hak Cipta 1987 supaya penguatkuasaan dapat diselaraskan dengan lebih teratur," katanya pada sidang media selepas melancarkan Persidangan Pembiayaan Harta Intelek di sini, Selasa. Katanya lesen kepada empat badan yang diisytiharkan oleh MyIPO untuk membuat kutipan royalti bagi ahli-ahli mereka terdiri daripada komposer, penulis lirik, syarikat rakaman, penyanyi dan pemuzik ialah Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Recording Performers Malaysia (RPM) Berhad dan Performers Rights and Interest Society (PRISM) Berhad. "Walaupun lesen telah dikeluarkan, namun, kita masih tidak jelas bentuk tindakan susulan yang boleh diambil ke atas semua pemungut hasil royalti ini, sama ada telah melakukan pelanggaran tugas yang diberikan atau sebaliknya. "Oleh itu, kelemahan-kelemahan yang timbul ini akan diperketat dan ditambah baik oleh KPDNKK dan MyIPO dalam tempoh yang dijanjikan untuk menyelesaikan isu terbabit," katanya. Peruntukan undang-undang Akta Hak Cipta 1987 menyediakan platform melalui Tribunal Hak Cipta untuk membolehkan mana-mana pihak yang terlibat mengemukakan rujukan kes untuk semakan semula tarif/skim pelesenan yang ditawarkan oleh mana-mana Badan Pelesenan. Awal bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong menyarankan badan pelesenan royalti tidak menyalahgunakan kuasa untuk mengutip bayaran daripada premis perniagaan yang bukan bertujuan komersil.- mstar

Indeks Berkaitan Rasuah, Salah Guna Kuasa Bertambah Baik - SPRM
KANGAR: Indeks berkaitan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penjawat awam bertambah baik walaupun kes rasuah Jabatan Kastam dan kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mencalarkan imej perkhidmatan awam.
Pengarah Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohammad Yusoff Akope berkata indeks tersebut pada satu ketika mencatat 4.5, meningkat kepada 5, tahun lepas.
"Indeks 5 adalah zon tidak membimbangkan namun kita berusaha meningkatkannya kepada 6 (zon baik) menjelang tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di sini, Selasa.
Di majlis itu, pengurus semua 11 anak syarikat PKENPs termasuk pengurus besarnya, Kassim Zakaria menandatangani CIP disaksikan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pengangkutan dan Pembangunan Wilayah, Datuk Sabry Ahmad.
Mohammad Yusoff berkata CIP adalah antara usaha SPRM membantu pihak-pihak berkepentingan termasuk swasta dan masyarakat peniaga untuk meningkatkan integriti, tadbir urus yang cekap dan mengatasi rasuah serta salah guna kuasa.
CIP yang diperkenalkan pada 2011 mula mendapat sambutan tahun lepas dan kini 448 agensi telah menandatanganinya termasuk 119 syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jabatan/agensi kerajaan (51) syarikat sendirian berhad (36), syarikat multi-nasional (21), badan bukan kerajaan (NGO)(17) manakala selebihnya industri kecil dan sederhana, katanya.
Mohammad Yusoff berkata SPRM telah melantik Universiti Tun Abdul Razak untuk membuat kajian terhadap agensi utama berhubung keberkesanan pelaksanaan CIP di organisasi terbabit termasuk Petronas.
"Kita dapati banyak isu rasuah digembar-gemburkan menyebabkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan awam timbul namun SPRM mengambil pendekatan untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam agensi-agensi terbabit. Pelaksanaan CIP adalah antara tindakan yang membantu," tambahnya.
Bagaimanapun, Mohammad Yusoff berkata agensi-agensi kerajaan masih perlu melakukan banyak perkara untuk meningkatkan tadbir urus dan integriti kakitangannya.
"SPRM mahu seluruh masyarakat digerakkan dalam menangani isu rasuah supaya agensi ini tidak dilihat cuma menguatkuasakan undang-undang tanpa mempedulikan aspek pencegahan.
"Syarikat-syarikat yang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) pula perlu melaksanakannya atas dasar tanggungjawab bukan mengandungi unsur-unsur dengan niat mendapat projek kelak," katanya.
Mohammad Yusoff berkata SPRM memantau perkembangan yang berlaku dalam agensi-agensi atau syarikat yang menandatangani CIP bagi memastikan ia dilaksanakan.
Sementara itu, Sabry menyambut baik usaha PKENPs menandatangani CIP yang diyakininya mampu membantu meningkatkan operasi serta mengelak ketirisan sehingga menggagalkan perancangan kerajaan membangunkan negeri.
"Saya yakin pelabur akan lebih yakin untuk datang melabur di Perlis jika masalah rasuah ditangani dengan tegas dan setiap pegawai mempunyai integriti yang tinggi," katanya.- mstar
TOP
Jurulatih Tomoi, Peniaga Dipenjara Lapan Tahun Larikan Seorang Lelaki
Empat suspek yang ditahan pada 22 Julai lalu kerana melarikan seorang lelaki.
SHAH ALAM: Seorang jurulatih tinju tomoi dan peniaga masing-masing dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah melarikan seorang lelaki yang dijumpai dalam keadaan bogel ditepi Lebuhraya DUKE berhampiran Setiawangsa, tahun lepas. Hakim Datuk Akhtar Tahir di akhir kes pendakwaan, menggunakan budi bicara mahkamah mengubah pertuduhan menculik yang membawa hukuman mati kepada pertuduhan melarikan secara salah serta mendatangkan kecederaan parah mengikut Seksyen 367 Kanun Keseksaan. Akhtar dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti untuk menunjukkan Mohd Mazli Sazeli, 27, dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen,28, ada meminta wang tebusan daripada mangsa, Ng Mun Tatt ataupun keluarganya. Sebaliknya, Akhtar berkata bukti yang dikemukakan di mahkamah adalah mangsa dilarikan disebabkan dia menghina agama Islam. Hakim memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 16 Julai tahun lepas. Mohd Mazli dan Agus Hariyanto mengaku bersalah, dan berdasarkan Seksyen 367Kanun Keseksaan itu, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. Sementara itu, dua rakan mereka Mohamed Asri Mohamad Jamil, 23, seorang juruteknik dan Zulkarnain Abdul Rahmad, 30, seorang penyelenggara bangunan dibebaskan daripada tuduhan menculik. Akhtar berkata tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan pertuduhan tersebut serta percanggahan yang ketara dalam keterangan antara mangsa dan saksi lain. Kesemua mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1972yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh disebat. Mereka dituduh melarikan penganggur itu di Restoran Muneer, No.1 JalanMerdu 25/119 Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini pada 4.30 pagi, 15 Julai tahun lepas. Peguam Ahmad Zaidi Zainal mewakili kesemua tertuduh, sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie. - mstar

Pembangunan: Harapan Rakyat Kepada Azmin
KLANG: Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diterima dengan hati terbuka dan rakyat menantikan pembangunan pada era pentadbirannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, beliau menerima keputusan pelantikan Azmin dengan hati terbuka.
Dr Ahmad Yunus yang merupakan antara calon disenarai pendek bagi memegang jawatan itu menyifatkan keutamaan selepas ini ialah pembangunan di Selangor.
"Apa yang penting sekarang adalah bagaimana hendak membangunkan Selangor, ini yang ditunggu-tunggu rakyat," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah di sini Selasa selepas majlis angkat sumpah Azmin sebagai menteri besar yang baharu.
Selain Azmin dan Dr Ahmad Yunus, Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad juga merupakan calon yang disenarai pendek bagi jawatan menteri besar, dan telah menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.
Sementara itu, Iskandar yang dihubungi hanya berkata, beliau menerima keputusan Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
"Saya terima keputusan ini," katanya tanpa mengulas lanjut.
Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, cabaran bakal dihadapi Azmin adalah sebahagian realiti menjadi menteri besar dan ahli politik.
Beliau bagaimanapun yakin dengan keupayaan Azmin dalam menangani cabaran-cabaran itu berdasarkan pengalamannya di peringkat persekutuan dan negeri.
"Saya juga ingin memberi pesanan kepada beliau bahawa perlu adanya istiqamah dalam apa juga bentuk yang dilakukan, berlandaskan amalan Islam.
"Saya hendak lihat beliau menjadi contoh menteri besar kepada Islam, Melayu dan contoh mempertahankan institusi beraja, dan akhirnya menjadi aset kepada rakyat Selangor," kata Hasan.
- mstar
TOP
Exco PAS Selangor Bukan Pengkhianat Tapi Benteng Pakatan Rakyat
Empat Exco PAS Selangor terlibat bersama Khalid ketika krisis Menteri Besar Selangor memuncak bulan lalu.
KLANG: Empat Exco kerajaan Selangor mewakili PAS bukan pengkhianat seperti didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebaliknya mereka 'benteng terakhir' Pakatan Rakyat di negeri itu. Exco PAS Selangor, Sallehen Mukhyi yang membidas dakwaan itu berkata, Guan Eng tidak memahami undang-undang tubuh kerajaan negeri yang mana empat Exco boleh menjalankan tugas sementara menteri besar baharu dilantik. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak berkata, walaupun bukan majoriti tetapi kerajaan boleh bergerak buat sementara waktu. "Jadi kalau semua Exco PAS meletak jawatan maka menteri besar sebelum ini (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) boleh melantik Adun lain, yang sudah tentulah dari Umno. "Kita ini adalah benteng terakhir buat Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah di sini Selasa selepas majlis angkat sumpah Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Pada Isnin, Guan Eng mengumumkan bahawa DAP menyokong penuh pelantikan Azmin sebagai menteri besar yang baharu dan menghormati pendirian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik diri daripada pencalonan. Beliau bagaimanapun menyifatkan empat Exco PAS sebagai pengkhianat kerana gagal menunjukkan kesetiaan bersama enam Exco pakatan lain yang dipecat Khalid. Sementara itu, Exco PAS, Iskandar Abdul Samad berkata, pilihan raya negeri mungkin akan berlaku sekiranya empat Exco dari parti itu meletak jawatan, sekali gus akan menjejaskan Pakatan Rakyat di Selangor. Adun Chempaka ini berkata, empat Exco parti itu terus mempertahankan dasar dan prinsip Pakatan Rakyat di dalam kerajaan negeri di bawah pentadbiran Khalid. "Empat Exco ini telah menyelamatkan Pakatan Rakyat di Selangor. Lim Guan Eng sepatutnya membawa semangat baharu untuk maju dan bukan memandang ke belakang," katanya. Seorang lagi Exco PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi pula berkata, kepentingan rakyat perlu dijaga dan baki Exco yang ada perlu menjadi benteng kepada Pakatan Rakyat ketika itu. "Keputusan ini bukan keputusan individu tetapi telah diperbincangkan dalam parti untuk mempertahankan kerajaan pakatan. Soal pengkhianat, itu terpulang kepada beliau," katanya yang merupakan Adun Sijangkang. Empat Exco PAS terbabit selain Iskandar, Dr Ahmad Yunus dan Sallehen adalah Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali.- mstar

MB Selangor: Azmin Pilihan Utama Anwar
Azmin Ali
PETALING JAYA: Walaupun mendapat perkenan pihak istana untuk mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, beberapa pihak mendakwa pelantikan Mohamed Azmin Ali bermakna matlamat ketua pembangkang kini sudah tercapai. Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikatakan menjadi pilihan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin pula berkata, menjadi strategi Anwar untuk mengusulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar. "Hakikatnya memang itulah strategi Anwar kerana memang sekian lama dia mahukan Azmin menjadi MB. "Segala yang lain hanyalah lakonan sahaja untuk mencipta diversion (mengalih perhatian) dan apabila Azmin diangkat menjadi MB, semakin lengkaplah kerosakan terhadap Selangor dari segi kepentingan Islam dan Melayu," katanya kepada mStar Online, Isnin.
Fairus berkata, usaha mengalih perhatian dengan usul pelantikan Presiden PKR itu hanya untuk memudahkan laluan Azmin dilantik sebagai menteri besar. "Bagaimanapun, dalam hal ini istana tidak bersalah apa-apa pun," katanya. Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit ketua umum PKR itu, Anuar Shaari berkata, Azmin adalah pilihan tepat bagi melaksanakan agenda Anwar.
"Agenda Anwar tetap untuk memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri, walaupun dibelenggu masalah moral yang serius," katanya kepada mStar Online. Sehubungan itu, kata Anuar, kemungkinan Azmin menjadi boneka Anwar itu tetap ada kerana ketua pembangkang itu tidak dapat melakukannya ketika era Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.- mstar

Dakwaan Guru Hentak Kepala Murid Tidak Benar
Jame Alip.
KOTA KINABALU: Dakwaan bahawa seorang guru sekolah rendah di Inanam menghentak kepala seorang pelajar ke meja sehingga menyebabkan kecederaan di kepala adalah tidak benar, kata Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip. Beliau berkata pelajar lelaki Tahun 2 itu sebenarnya terjatuh ketika cuba mengelak guru Bahasa Melayu terbabit menyentuh cuping telinganya pada kira-kira 11 pagi Isnin selepas dia didapati tidak menyiapkan kerja sekolah. "Oleh kerana murid ini cuba mengelak telinganya dipegang oleh guru, murid berpusing ke arah kanan dengan keadaan membelakangkan guru, kedua kakinya bersilang mengakibatkan hilang keseimbangan badan dan kepalanya terhantuk di tepi meja guru," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Jame juga berkata pihak Jabatan Pendidikan Sabah sudah bertemu dan berbincang dengan ibu bapa murid berkenaan untuk memperjelas keadaan sebenar dan mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. "Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menganggap kes ini telah selesai," katanya.- mstar

Matrade Tumpu Promosi Produk Malaysia Dalam Industri Nilai Tinggi
SUNGAI PETANI: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) kini memberi tumpuan kepada usaha-usaha mempromosikan produk Malaysia dalam industri bernilai tinggi untuk pasaran antarabangsa.
Pengerusinya, Datuk Noraini Ahmad berkata, usaha promosi itu antaranya melibatkan sektor elektrikal dan elektronik, minyak dan gas, teknologi hijau serta perkhidmatan pembinaan dan kejuruteraan.
"Tumpuan promosi Matrade kini bukan sahaja kepada industri tradisional seperti pembuatan perabot, makanan dan produk berasaskan sumber," katanya pada majlis perasmian Program Forum Pengeksport Matrade 2014 di sini, Selasa.
Majlis tersebut dirasmikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Noraini berkata Matrade juga mengadakan program khas untuk usahawan Bumiputera, wanita dan belia.
"Program berkenaan melibatkan bimbingan bagi membangunkan usahawan Bumiputera, wanita dan belia menjadi lebih berdaya saing, berkeyakinan, profesional serta berupaya untuk mengenal pasti peluang-peluang di pasaran eksport," katanya.
Beliau berkata, Matrade kini membangunkan beberapa inisiatif baharu untuk membolehkan usahawan dan pengeksport bersaing dengan syarikat-syarikat ternama di peringkat antarabangsa.
"Di bawah program Go-Ex, Matrade menyasarkan sejumlah 1,400 syarikat untuk dibimbing dan dibangunkan untuk menjadi pengeksport yang lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa dalam masa lima tahun.
"Program Pembangunan Syarikat Mid-Tier pula bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat pertengahan sehingga berjaya menjadi juara serantau atau global. Ini adalah satu 'acceleration programme' untuk meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat pertengahan di Malaysia untuk bergiat dalam inovasi dan pembangunan teknologi untuk terus maju di pasaran antarabangsa.
"Program e-Trade merupakan inisiatif di bawah Digital Malaysia bagi meningkatkan penyertaan syarikat PKS dalam rantai e-dagang dan memperluaskan penampilan mereka di pasaran antarabangsa. Inisiatif ini menyasarkan 2,625 PKS bagi tahun ini," katanya.
Noraini berkata, program Forum Pengeksport ini merupakan usaha berterusan Matrade dalam memperkasakan pengeksport Malaysia di pasaran global.
Program itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.
Ia juga bagi menyebarkan maklumat terkini berkaitan aktiviti Matrade, keperluan dan peluang pasaran serta berkongsi pengalaman dengan syarikat tempatan yang telah mencapai kejayaan di pasaran antarabangsa.
Forum itu juga sebagai platform untuk mendapatkan maklum balas daripada usahawan dan pengeksport dalam mengenal pasti masalah serta isu-isu berkaitan dengan perdagangan antarabangsa.
Kira-kira 200 usahawan tempatan menghadiri program hari ini, yang melibatkan usahawan dalam sektor pengilangan, perdagangan dan perkhidmatan.- mstar
TOP
Malaysia, Bangladesh Meterai MoU Loji Tenaga RM6 Bilion
Samy Vellu (kanan) dan Nasrul Hamid, mewakili negara masing-masing untuk menandatangani MoU bernilai Rm6 bilion itu.
NEW DELHI: Malaysia dan Bangladesh menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan kerajaan untuk Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Powertek Bhd melaksanakan projek loji tenaga bernilai RM6 bilion. MoU itu membolehkan konsortium TNB-Powertek membiayai dan membina loji tenaga dijana arang batu 1,320 megawatt di Maheshkhali, Cox's Bazar, Bangladesh dengan Lembaga Pembangunan Tenaga Bangladesh (BPDB). Konsortium TNB-Powertek dan BPDB akan memiliki pegangan ekuiti yang sama dalam loji tenaga berkenaan, kata Duta Khas Malaysia untuk Infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri Utama S Samy Vellu, yang menandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia. Menteri Negeri untuk Kuasa, Tenaga dan Sumber Asli Bangladesh, Nasrul Hamid menandatangani bagi pihak negara berkenaan. Berikutan pemetraian MoU antara kerajaan dengan kerajaan itu semalam, TNB, Powertek dan BPDB menandatangani MoU mengenai perkongsian mereka. Ketika menjelaskan mengenai butir terperinci MoU itu, Samy Vellu berkata ia sah untuk dua tahun, kecuali dilanjutkan dengan persetujuan bersama atau apabila pihak terbabit menandatangani perjanjian usaha sama (JV) atau perjanjian pemegang saham muktamad berkaitan pembangunan projek itu. "Dengan MoU ini, pihak terbabit akan secara bersama menjalankan kajian kemungkinan projek dan mengemukakan program pembangunan projek," katanya selepas majlis menandatangani MoU itu. Jika pihak terbabit memutus untuk meneruskan projek selepas kajian kemungkinan selesai, mereka akan menubuhkan syarikat JV dan menjalankan tender antarabangsa bagi melantik kontraktor perolehan, kejuruteraan dan pembinaan (EPC) untuk projek berkenaan. Konsortium TNB-Powertek akan menyediakan kepemimpinan teknikal dan menyelaras kajian kemungkinan projek manakala BPDB akan menyediakan tanah untuk projek, katanya. Projek itu akan dibangunkan secara pembiayaan tanpa rekursa dan syarikat JV akan menandatangani perjanjian pembelian tenaga jangka panjang dengan BPDB sebagai penerima tunggal tenaga daripada projek terbabit, katanya. Samy Vellu berkata, kajian kemungkinan dijangka mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan, tender untuk kontrak EPC (3-6 bulan) penyiapan dokumentasi projek bagi mendapat pembiayaan (9-12 bulan) dan pembinaan akan mengambil masa empat tahun. Arang batu untuk projek akan diperoleh dari rantau ini, iaitu Indonesia dan Afrika Selatan bergantung kepada kajian kemungkinan, tambahnya. - mstar

Pasaran Kewangan Islam Negara Meningkat Kepada 25 Peratus Tahun Ini
NILAI: Bahagian pasaran kewangan Islam negara berkembang daripada enam peratus pada 2000 kepada 25 peratus tahun ini, kata Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Profesor Madya Dr Amir Shaharuddin.
Bagaimanapun, katanya, walaupun sistem kewangan Islam telah berkembang maju tetapi banyak isu-isu yang masih lagi belum selesai.
"Walaupun kita nampak trendnya meningkat, tetapi kita nak bentukkan industri itu ke arah yang lebih bermakna dan memberi impak kepada masyarakat. Sebab sekarang ini isunya ialah orang kata perbankan Islam itu mahal iaitu tidak betul-betul membantu golongan yang kurang berkemampuan dan di sini timbul isu kewangan mikro.
"Aspek yang masih belum ditekankan ialah kewangan mikro iaitu bagaimana golongan orang miskin dan tidak berkemampuan hendak mendapatkan produk-produk kewangan Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar Kewangan Islam, Perakaunan dan Kewangan (iBAF) 2014 oleh Pengarah Perbankan Islam dan Takaful Jabatan, Bank Negara Malaysia Wan Mohd Nazri Wan Osman, di sini, Selasa.
Menurutnya, kewangan mikro masih baharu di negara ini dan kurang mendapat perhatian manakala di negara seperti Indonesia, Sudan, Bangladesh dan Pakistan, kewangan mikro telah berjaya memberi peluang kepada golongan kurang upaya untuk turut serta dalam sistem kewangan Islam.
Antara contoh kewangan mikro di negara ini ialah agensi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.
"Namun di negara kita ada masalah di mana kita berhadapan dengan masalah 'Along' iaitu pinjaman secara haram yang tidak mengikut undang-undang di mana ramai masyarakat kita pergi ke 'Along' untuk mendapatkan pinjaman," katanya.
Sementara itu, katanya, bahagian kewangan wakaf juga mempunyai potensi sangat besar memandangkan di negara ini banyak dana wakaf tidak diurus secara sistematik dan berkesan.
"Kita banyak tanah wakaf berpotensi tinggi yang terbiar yang sepatutnya diurus dengan cara berkesan tapi malangnya setakat ini masih lagi belum betul-betul membuktikan potensi tersebut. Masalah wakaf ini ialah masalah kelemahan dari sudut pengurusan harta wakaf," katanya.
Seminar dua hari itu disertai 80 peserta termasuk dari 15 negara antaranya Libya, Jordan, Mesir, Nigeria dan Indonesia.
Seminar anjuran FEM USIM ini menyediakan platform kepada penyelidik dan pengamal industri bagi meningkatkan penguasaan kewangan Islam dalam sektor kebajikan sosial dan komersial.
Sebanyak 80 kertas kerja dibentangkan dalam seminar ini oleh pembentang dalam dan luar negara.- mstar
TOP
TPM Akan Bangunkan Teknologi Robotik
KUALA LUMPUR:Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM) berharap dapat membangunkan sepenuhnya teknologi robotik Malaysia sendiri bagi menampung peningkatan permintaan dalam negara dan juga global.
Pengurus Besar Pusat Pengkomersilan Teknologi TPM, Dr Mohamad Zaihirain Mohamed Rasin, berkata ketika ini negara mengimport kebanyakan teknologi robotiknya.
"Industri robotik telah dikenal pasti sebagai bahagian kritikal bagi menyokong tonggak ekonomi Malaysia.
"Prospek industri robotik tempatan sudah pastinya cerah memandangkan keperluan bagi automasi oleh pengeluar tempatan," katanya kepada pemberita semasa Bengkel kerja mengenai Pelan Hala Tuju Industri Robotik bagi Malaysia di sini, Selasa.
Beliau berkata, laporan terkini International Federation of Robotics (IFR) menunjukkan bahawa permintaan global bagi robot perindustrian mencecah paras tertinggi kira-kira 168,000 unit pada 2013, peningkatan lima peratus berbanding 2012.
"Dengan pertumbuhan kukuh industri robotik global seperti yang dilaporkan oleh IFR, kami percaya sudah sampai masanya bagi Malaysia mula meneroka peluang untuk meningkatkan daya saing eksportnya menerusi penggunaan meluas teknologi robotik dan inovasi," katanya.
IFR mengunjurkan pasaran robotik perindustrian berkembang sebanyak enam peratus setahun sehingga 2017, dengan saiz pasaran perkakas robotik sahaja dianggarkan kira-kira RM40.61 bilion. - mstar
TOP
Kanger Bakal Muktamad Perjanjian Dengan Pemaju Malaysia
Xingmin menunjukkan produk lantai yang dihasilkan Kanger.
SHENZHEN:Pembuat lantai buluh dari China, Kanger International Bhd memperoleh perniagaan di Malaysia selepas sembilan bulan disenaraikan di Pasaran ACE. Syarikat itu semakin hampir memuktamadkan perjanjian dengan pemaju Malaysia untuk membekalkan lantai buluh bagi projek hartanah syarikat tersebut menjelang hujung tahun ini, kata Pegawai Eksekutif Kanger, Amita Chong. Kanger merancang untuk melancarkan pejabat jualan di Kuala Lumpur menjelang akhir 2015 bagi mengembangkan perniagaannya dan membolehkan syarikat berhubung terus dengan pemaju tempatan, katanya. "Kira-kira lima hingga enam tahun lepas, pembuat lantai buluh China cuba menembusi pasaran Malaysia tetapi produk mereka tidak serasi dengan keadaan iklim negara yang lembap. "Kanger mengubah keadaan itu menerusi kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan menghasilkan produk yang sesuai untuk keadaan iklim tempatan," katanya kepada pemberita pada pelancaran pejabat korporat baharu Kanger di taman teknologi di sini. Syarikat pembuat lantai itu sedang melaksanakan penyelidikan dan pembangunan secara usaha sama dengan FRIM sejak 2010. Kanger disenaraikan di Pasaran ACE pada Disember 2013. Antara pemegang kepentingan terbesarnya di Malaysia ialah Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail, yang merupakan adinda Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamallulail. Kedua-dua mereka masing-masing memiliki 3.2 peratus saham. Menurut Pengarah Urusan syarikat Leng Xingmin, Kanger sedang berbincang dengan kerajaan negeri Perlis dan Perak tentang kemungkinan membeli tanah bagi menanam pokok buluh. Bercadang memperoleh tanah dengan keluasan keseluruhan sekurang-kurangnya 4,000 hektar, Kanger berharap urus niaga itu dapat dimuktamadkan awal tahun depan. Ladang buluh itu bagi memastikan syarikat mempunyai bekalan mencukupi sebelum membangunkan kilang pengeluarannya di Malaysia. Kilang itu sebagai tambahan kepada dua kilang sedia ada di China iaitu di Yanshan dan Ganzhou. Kanger sebelum ini memaklumkan merancang untuk disenaraikan di Pasaran Utama menjelang 2016. Di China, Kanger memperuntukkan 50 juta yuan bagi pembesaran kilang dan kedainya. Syarikat menyasarkan untuk membuka lebih 100 kedai di seluruh China berbanding 40 sekarang.- mstar

Cerek Tersangkut Di Kepala Kanak-Kanak Berjaya Dikeluarkan
Cerek yang tersangkut di kepala kanak-kanak perempuan itu berjaya dikeluarkan.
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia satu tahun setengah di Chile berpantang maut sebelum ajal selepas anggota bomba berjaya mengeluarkan cerek yang tersangkut di kepalanya. Kanak-kanak malang itu bermain dengan cerek tersebut sebelum memasukkannya ke dalam kepala ketika ibu mangsa bergegas menjawab panggilan telefon. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital di Santa Cruz di mana pasukan perubatan berusaha mengeluarkan cerek tersebut. Lima anggota bomba dikerahkan ke hospital itu untuk memotong cerek tersebut. Kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.- mstar

Wanita Cuba Bunuh Ibu, Masukkan Racun Dalam Minuman
Meena Patel (kiri) dan anak perempuannya, Kuntal Patel.
SEORANG wanita didakwa cuba membunuh ibunya dengan memasukkan racun ke dalam minuman ringan yang diminum ibunya. Tertuduh didakwa melakukan cubaan bunuh itu dengan mengikut plot pembunuhan daripada siri televisyen Amerika Syarikat (AS) Breaking Bad yang ditontonnya. Kuntal Patel, 37, didakwa memasukkan racun ke dalam minuman Coke Diet milik ibunya, Meena Patel. Tertuduh melihat ibunya minum minuman tersebut. Bagaimanapun ibu tertuduh tidak meninggal dunia. Kuntal yang juga seorang pereka grafik bertindak sedemikian kerana ibunya melarang dia daripada berkahwin dengan teman lelakinya. "Bukti menunjukkan bahawa Meena bukan wanita yang baik. Namun dia tidak boleh mati dengan cara sebegitu," kata pendakwa Jonathan Polnay di Mahkamah Southwark Crown, London. Kuntal didakwa membeli racun tersebut dari sebuah laman web pasaran gelap dan dia ditahan selepas disiasat oleh FBI. Dia mengaku bersalah atas pertuduhan cuba memperolehi toksin tetapi menafikan cuba membunuh ibunya yang berusia 60 tahun itu. Perbicaraan kes bersambung.- mstar

Maritim Malaysia Berkas Enam Warga Thai Usaha Bot Nelayan
Gambar hiasan.
KUALA PERLIS: Lima awak-awak dan seorang tekong sebuah bot ikan warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Maritim Utara di perairan Kuala Perlis, Isnin. Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis Leftenan Komander Maritim Shahrizan Raman berkata warga Thailand berumur 19 hingga 50 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki permit sah untuk bekerja di atas bot berkenaan. Beliau berkata bot Maritim Malaysia yang membuat rondaan rutin di perairan Perlis ternampak sebuah bot pukat hanyut kelas A datang dari perairan Thailand memasuki perairan Malaysia (Kuala Perlis) kira-kira 1.30 tengah hari sebelum memintas dan menahannya. "Pemeriksaan mendapati bot itu milik rakyat Malaysia manakala warga Thailand itu tidak memiliki permit sah untuk bekerja di atas bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Menurutnya penahanan dibuat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggaji pekerja asing tanpa permit sah dan bot tidak diusahakan sendiri oleh pemiliknya. Bot tersebut dibawa ke Pangkalan Maritim Kuala Perlis untuk tindakan lanjut, katanya. Beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan melaporkan segera sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim. Aduan dibuat ke Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Kuala Perlis (04-9851072) atau (04-9851162).- mstar

Sembilan Pelajar Sekolah Ditahan Disyaki Curi Motosikal
Gambar hiasan.
ALOR GAJAH: Sembilan pelajar sekolah menengah ditahan selepas dipercayai terlibat mencuri enam buah motosikal di sebuah kedai menjual motosikal di Kuala Sungai Baru di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Abdul Rahman Jid berkata pelajar berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing sekitar Kuala Sungai Baru bermula Ahad hingga Isnin. "Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas serta beberapa bahagian motosikal yang telah dileraikan dipercayai untuk dijual," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang pada 20 Sept lepas, pemilik kedai motosikal berkenaan mendapati pintu belakang kedainya dipecah serta enam buah motosikal terpakai telah hilang. Sementara itu, Abdul Rahman berkata polis menahan seorang lelaki bersama 63 paket dadah mengandungi 152.8 gram dadah disyaki heroin dan 0.1 gram dadah jenis syabu bernilai RM5,000 di sebuah rumah di Kampung Ramuan Cina, Masjid Tanah di sini, kira-kira 11.30 pagi Isnin. "Ini merupakan serbuan kali ketiga dibuat ke atas rumah ini, tetapi berlainan suspek dan kita percaya suspek ini mempunyai pertalian darah dengan suspek-suspek sebelum ini," katanya. Katanya suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar daerah Alor Gajah selain Rembau dan Port Dickson, Negeri Sembilan.- mstar

Dari Gembala Kambing Ke Kerusi MB
Azmin ketika remaja rajin membantu ayahnya menjaga kambing dan berkebun di kawasan berhampiran rumahnya di Kampung Klang Gate.
PETALING JAYA: “Zaman kanak-kanak, Azmin ni tak ada ramai kawan, kecuali dengan anak-anak Salleh Ghani yang ada lapan orang lelaki. Kami main baling-baling tin, main getah dan biasanya aku dengan Azmin masuk hutan dekat rumah untuk cari kayu nak dibakar pada malam tujuh likur." Begitulah cerita Adam Salleh, rakan sepermainan yang pernah berjiran dengan keluarga Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali sejak 1970.
Adam yang juga Pengarang Rencana Metro Ahad adalah anak kepada pengarah filem, Allahyarham Salleh Ghani.
Menceritakan lebih lanjut, katanya, disebabkan perbezaan usianya dengan Azmin hanya setahun dan bersekolah di tempat sama (Sekolah Tinggi Setapak), biasanya Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu akan mencarinya untuk bermain bersama pada kebanyakan masa. Pada waktu petang pula, kata Adam, Azmin sering meluangkan masa menjaga kambing bapanya berhampiran kawasan estet di Kampung Klang Gate yang kini sudah dibangunkan menjadi Desa Melawati.
“Biasanya Azmin akan berborak dengan aku dan bercerita tentang niatnya mahu belajar tinggi,” katanya.
Adam dan Azmin juga pernah ke Singapura bersama-sama pada 1980.
Kata Adam, mereka mendapat restu ibu Azmin, Che Tom Yahaya (lebih mesra dipanggil Mak Munah) untuk melawat saudaranya di Geylang. Katanya, Mak Munah memberikan mereka satu bungkusan untuk diserahkan kepada ibu saudara Adam di Singapura, Raja Badar Raja Saat, tetapi mereka tidak tahu apakah isinya.
Apabila tiba di tempat pemeriksaan kastam di Tanjung Pagar, kata Adam, anjing pengesan di situ menyalak ke arah mereka menyebabkan timbul perasaan sedikit cemas.
“Selepas diarahkan buka oleh pegawai kastam, barulah kami tahu isinya cuma karipap!” katanya.
Walaupun dikenali sebagai tokoh yang agak serius, Adam tahu Azmin seorang yang kelakar.
“Ketika di Singapura, kami menaiki bas untuk berjalan-jalan di Changi. Tiba-tiba ada seorang lelaki Inggeris yang cacat penglihatan naik meraba-raba. “Melihat keadaan itu Azmin ketawa terbahak-bahak. Apabila ditanya mengapa, Azmin menjawab: Aku tak pernah tengok Mat Salleh buta!” Satu lagi pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang persahabatan mereka ialah setiap Jumaat tentu Azmin dan Adam akan ke masjid lebih awal. “Dia ajar aku membaca surah Yasin. “Dari satu minggu ke minggu lain, dia akan menukar halaman al-Quran itu untuk aku baca,” katanya yang turut berbangga dengan pencapaian Azmin dalam politik.- mstar

Prayuth Sedia Jelaskan Situasi Thailand Di Luar Negara
Prayuth Chan-ocha.
BANGKOK: Empat bulan selepas rampasan kuasa tentera bagi menamatkan konflik politik, Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan-ocha berkata beliau sedia melakukan lawatan ke luar negara bulan depan bagi menjelaskan situasi semasa negara ini. Beliau berkata negara-negara luar sudah mula memahami keadaan yang berlaku di Thailand, dan satu-satunya isu yang berbangkit ialah kerajaan negara ini tidak dibentuk menerusi pilihan raya. "Saya bersedia menjawab (soalan mengenai) sebarang isu (semasa lawatan rasmi di luar negara) kerana ia tanggungjawab saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di Rumah Kerajaan di sini, Selasa. Menurutnya keadaan di negara ini bertambah baik, rakyat semakin gembira dan kerajaan juga telah menyelesaikan pelbagai masalah selepas mengambil alih pentadbiran negara. Antara negara yang bakal dilawati Prayuth ialah negara-negara Asean. Prayuth, ketua junta tentera Thailand yang merampas kuasa daripada bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra pada 22 Mei lepas, menegaskan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya. Prayuth juga Pengerusi Majlis Keamanan dan Keselamatan Negara.- mstar

Polis Perhebat Ops Cantas Banteras Kumpulan Minta Wang Perlindungan
Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
GEORGE TOWN: Polis merancang dan merangka operasi bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap yang memeras ugut serta meminta wang perlindungan daripada orang awam menjelang Deepavali. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis akan memperhebat Ops Cantas di seluruh negara bagi mengesan kumpulan terbabit yang sering menjalankan aktiviti menjelang musim perayaan. "Tiap-Tiap kali, khususnya perayaan Tahun Baharu Cina dan Deepavali, selagi ada perayaan-perayaan ini, ada kumpulan tertentu memeras ugut orang awam dengan meminta wang perlindungan daripada mereka. "Saya dimaklumkan pihak tertentu telah cuba menjalankan aktiviti ini. Jangan kata polis tidak mengetahui gerak-geri dan rancangan mereka, polis sedang merancang operasi untuk membanteras geng ini," katanya pada sidang akhbar selepas pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Sri Pinang di sini Selasa. Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan timbalannya, Datuk A.Thaiveegan. Sejumlah 184 penerima terdiri daripada petugas polis yang berkhidmat ketika era darurat dan insurgensi komunis menerima pingat masing-masing. Wan Junaidi meminta orang ramai agar tidak bersekongkol dan akur dengan permintaan mereka selain bekerjasama dengan polis bagi menyekat kegiatan kumpulan itu. Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata beliau akan mengumumkan 23 lagi pertubuhan yang diisytihar haram oleh Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat. "Kita kena berhati-hati dan polis bukan semberono dalam menentukan badan-badan itu haram dan menyalahi undang-undang. Kita akan siasat dan selidik sebelum membuat sebarang tindakan," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis berdepan kesukaran mengambil tindakan terhadap individu yang menyalah guna laman sosial seperti menghina institusi diraja kerana laman sosial terbabit dilindungi pembekal perkhidmatan. "Polis memerlukan masa untuk mengesan individu terbabit. Tambahan pula kadang-kadang pembekal perkhidmatan tidak berkerjasama dengan polis dan disebabkan itu, siasatan mengambil sedikit masa sebelum kita boleh bertindak," katanya.- mstar

Masyarakat Perlu Tingkat Kesedaran Mengenai Ancaman ISIS
Zulkifeli Mohd Zin.
SUNGAI BULOH: Masyarakat khususnya yang menetap di pantai timur Sabah perlu meningkatkan kesedaran mengenai ancaman pertubuhan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di kawasan itu. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ISIS merupakan ancaman yang nyata dan pihak berkuasa perlu mengambil langkah tertentu bagi membendungnya daripada berkembang dan menjadi kenyataan. "Kesedaran ancaman ISIS perlu diuar-uarkan supaya masyarakat tahu dan kita memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk memantau sebarang aktiviti tertentu yang melibatkan aspek militansi di sana supaya mereka membantu pihak ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ancaman ISIS kepada negara selepas merasmikan bangunan Pusat Latihan Peperangan Elektronik (PLPE), di kem Paya Jaras di sini, Selasa. Zulkifeli berkata terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti militan seperti di Syria dan Iraq yang kononnya sanggup berjuang berlandaskan jihad. "Kebimbangan saya apabila mereka kembali ke tanah air nanti, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara, apatah lagi mereka mempunyai rangkaian dengan negara jiran dari Syria atau Iraq," katanya. Sementara itu, keupayaan dan kemampuan ATM dalam menguasai informasi dan spektrum elektromagnetik (EMS) merupakan keperluan utama dalam peperangan elektronik bagi melindungi kerahsiaan sesuatu maklumat dari ancaman luar. Tanpa mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang peperangan elektronik sudah tentunya ATM tidak akan mampu menjanakan kuasa tempur dan mungkin kita akan terdedah kepada ancaman anasir luar," katanya. Zulkifeli berkata dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11), pihaknya akan memperoleh sistem latihan peperangan elektronik berteknologi tinggi dan dijangka mengurangkan jurang kemahiran peperangan elektronik dengan tentera di negara-negara maju.- mstar

CAP Minta Kementerian Kesihatan Kaji Keselamatan 'Loom Band'
Loom band.
GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Kesihatan menjalankan ujian terhadap produk gelang getah atau 'loom band' selepas timbul isu phthalates iaitu bahan kimia karsinogenik dalam produk berkenaan. Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata timbul kekeliruan berhubung keselamatan penggunaan bahan itu memandangkan kementerian tidak bercadang mengenakan larangan terhadap 'loom band' sedangkan ia diharamkan di United Kingdom. "Kementerian Kesihatan perlu menjalankan ujian ke atas semua produk 'loom band' di pasaran dan menghebahkan hasil ujian itu kepada orang ramai di samping menarik balik produk itu daripada pasaran tempatan sehingga ia terbukti selamat untuk digunakan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataannya baru-baru ini, menyebut 'loom band' tidak diklasifikasi sebagai alat mainan di Malaysia sebaliknya aksesori hiasan, dan ibu bapa dinasihat tidak memberikan barangan itu kepada kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah. Justeru, CAP berpendapat pengawalan terhadap produk itu di Malaysia agak kabur dan menyebabkan orang ramai keliru sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Mohamed Idris berkata 'loom band' di Malaysia adalah sama seperti yang dijual di negara lain termasuk United Kingdom, selain lambakan produk tiruan dikhuatiri mengandungi bahan kimia berbahaya pada paras lebih tinggi. Beliau juga berkata pembungkusan kebanyakan 'loom band' di Malaysia bukan dalam bahasa tempatan. Mohamed Idris berkata produk itu sepatutnya dilabel dengan sempurna dalam bahasa tempatan agar pengguna boleh membuat keputusan yang betul jika ingin membelinya. Phthalates merupakan bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon dan digunakan terutamanya untuk mempertingkat fleksibiliti dan pelbagai ciri lain plastik.- mstar

Budak Terendam Sejam Dalam Mesin Basuh
Dejannah terpaksa menunggu sejam untuk dikeluarkan pasukan penyelamat.
NEW YORK CITY: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa ‘berendam’ selama lebih sejam dalam mesin basuh selepas tergelincir dan terperangkap dalam alat itu. Dejannah Price, 10, berkata dia hilang keseimbangan ketika membongkok untuk menarik keluar hamparan kecil dari mesin berkenaan. Sebaik saja kejadian itu disedari ibunya, Diana Brown, wanita terbabit cuba mengeluarkan Dejannah tetapi gagal. “Saya mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan Dejannah tetapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya saya mengalah dan menghubungi polis,” katanya. Kata Diana, walaupun anaknya ketawa terbahak-bahak kerana tersangkut dalam mesin basuh, dia tidak menganggap kejadian itu lucu. Sementara itu, jurucakap polis Long Island berkata, sepasukan penyelamat dikejarkan ke rumah Diana tetapi sebelum memulakan tugas mengeluarkan Dejannah, mereka sempat ketawa kehairanan. “Kami tertanya-tanya bagaimana budak berkenaan boleh termasuk ke mesin basuh itu,” katanya. Jurucakap polis itu berkata, pada peringkat awal mereka juga gagal mengeluarkan Dejannah dari mesin itu dan terpaksa memecahkan alat berkenaan. Dejannah pula bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.- mstar

Sukan Asia: Nicol Sumbang Emas Ke-2 Malaysia
Nicol merangkul pingat emas manakala Wern meraih pingat perak pada perlawanan akhir squash wanita manakala Ong Beng Hee meraih pingat gangsa bagi perseorangan lelaki di Pusat Squash Yuerumul pada Temasya Sukan Asia ke-17 Incheon pada Selasa.
INCHEON: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David mengalahkan rakan senegara Low Wee Wern untuk mempertahankan gelarannya dan menyumbang pingat emas kedua Malaysia pada SukanAsia ke-17 di Pusat Skuasy Yeorumul pada Selasa. Ia juga merupakan pingat emas kelima Nicol sejak penyertaannya dalam Sukan Asia. Nicol mengalahkan Low dengan mata 9-11, 11-6, 11-5 dan 12-10 dalam masa 53minit. "Ia memang hebat dan saya tidak percaya saya sudah menang kerana permainan itu sangat panjang dan menarik selain bermain dengan rakan sepasukan. Anda akan merasai begitu dan ia akan berterusan untuk masa yang agak lama. "Saya amat gembira kerana menang dan untuk mendapat pingat emas dan perak buat Malaysia. Ia satu permainan dan acara yang hebat untuk Malaysia," katanya kepada pemberita. Low menguasai set pertama selepas mendahului Nicol sehingga memungut mata 11-9 sebelum Nicol, 31, menguasai set kedua dan ketiga dengan 11-6 dan 11-5. "Sesiapapun yang bertemu saya, mereka akan relaks dan terus dengan permainan mereka. Dia juga melakukan begitu dan permainannya agak baik dalam set pertama,"katanya. Nicol kini merupakan atlet Malaysia paling berjaya dalam sejarah Sukan Asia. Beliau memenangi lima pingat emas, berkongsi penghormatan itu dengan Tan Sri Dr M. Jegathesan (olahraga), Ng Boon Bee (badminton) dan Shalin Zulkifli (boling) Nicol memenangi pingat emas pertama perseorangan di Bangkok pada 1998, namun gagal mempertahankannya pada 2002 di Busan apabila kalah kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong dalam perlawanan akhir. Namun beliau menang di Sukan Asia di Doha pada 2006 dan Guangzhou pada tahun2010. Pingat emasnya yang lain dikutip dalam acara berpasukan, yang diperkenalkan buat pertama kali di Guangzhou. Sementara itu, Low berkata beliau sentiasa menghadapi kesukaran untuk menumpaskan Nicol. "Permainan saya sangat baik namun Nicol seorang pemain yang lebih hebat diperingkat akhir perlawanan," katanya. Nicol dan Low akan menyertai acara berpasukan pada Rabu bersama dengan Delia Arnold dan Vanessa Raj.- mstar

Jurukamera RTM Buat Laporan Polis Dikasari Pegawai Kastam
KUALA LUMPUR – Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Lutin Ahmad, 39, yang didakwa dikasari seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata pihaknya menerima laporan mangsa pada kira-kira 10 pagi.
“Kita juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengetahui punca sebenar insiden berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah,” katanya.
Dalam kejadian pukul 12 tengah hari semalam, Lutin mendakwa dirinya dikasari, ditendang dan diugut seorang pegawai JKDM yang mengiringi lima pegawai lain yang berdepan pertuduhan menerima rasuah.
Pegawai itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Lutin merakam visual kesemua tertuduh ketika mereka dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding pendakwaan selesai.
Lutin memaklumkan pegawai itu menghalang beliau daripada merakam visual dan berlaku tolak-menolak sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang. – BERNAMA
TOP
Pelajar Tingkatan 4 MCKK Johan Pidato Piala Diraja
PUTRAJAYA – Pelajar Tingkatan Empat Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak, Mohamad Raziekh Md Rizal, muncul johan Pidato Piala Diraja kali ke-30 menerusi tajuk ‘Penguasaan Teknologi Melahirkan Insan Berinovasi’ dan ‘Gah Bahasa Melayu Gah Lah Bangsa Malaysia.’
Beliau menerima hadiah berupa piala pusingan, piala replika, sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) Datuk Sufa’at Tumin.
Mohamad Raziekh berkata kemenangan itu adalah hadiah kepada sekolahnya yang sudah 10 tahun tidak memenangi pertandingan berkenaan.
“Bila dapat masuk peringkat akhir merupakan ujian kepada saya untuk memenuhi amanat serta kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah supaya mengembalikan kemenangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anak keempat daripada tujuh beradik itu, yang bercita-cita menjadi pengurus pemasaran syarikat multinasional, berhasrat meneruskan bakat pidatonya ke peringkat antarabangsa apabila di universiti kelak bagi mengharumkan nama negara.
Sementara itu, johan kategori sekolah rendah Ahmad Faiz Yazid yang juga pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Parang Puting, Kelantan berkata meskipun tarikh pertandingan akhir pidato agak hampir dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), ia tidak mengganggu pembelajarannya.
Ahmad Faiz, yang juga johan dua kali berturut-turut, berkata pidato membantu beliau menjawab soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu.
“Selepas ini, saya akan lebih menumpukan perhatian kepada beberapa mata pelajaran untuk peperiksaan UPSR,” katanya yang membawa pulang piala pusingan, piala replika, hadiah iringan, sijil dan wang tunai RM800.
Naib johan bagi kategori Sekolah Menengah disandang Mohammad Omar Suharuddin dari Maktab Sultan Ismail Kota Baharu, Kelantan manakala tempat ketiga diraih Martina Iju Anak Jamba dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kai Chung, Sarikei, Sarawak.
Bagi kategori Sekolah Rendah, tempat kedua dimenangi Ayuni Hazirah Daniel Liting dari Sekolah Kebangsaan Agama Sarikei, Sarawak dan tempat ketiga diraih pelajar Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas, Pulau Pinang Nurul Natasha Fizal. – BERNAMA
TOP
Video: Relax bebenor Atuk ni bawa motor, kalah skill superman mat rempit
TOP
Video: Scariest Roller Coasters in Taiwan
TOP
Video: Ngantok sangat dah tu
TOP
VIDEO: Bantal Kekabu, Dari Kedah Ke Amerika Syarikat
SEMBILAN tahun lalu, Zaidi Awang, pemborong bantal kekabu dari Kampung Kuala Ruman, Sik, Kedah tidak mempunyai pengetahuan langsung bagaimana menggunakan Internet mahupun menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaannya.
Namun, hari ini, dia menjual produk kekabu dalam talian dan menjana jualan bernilai RM1 juta setahun.
Memulakan ceritanya, Zaidi, 37, berkata, dia belajar bagaimana untuk menggunakan Internet dengan menghadiri bengkel di Pusat Internet 1Malaysia di kampungnya.
Apabila menguasai kepakaran internet, Zaidi mula mempromosikan bantal beliau di dalam talian menyebabkan lonjakan besar kepada jualannya.
“Selepas belajar untuk mengambil pesanan dalam talian, saya mula mendapat 10,000 pesanan sebulan berbanding 1,000 tempahan ketika saya menggunakan kaedah konvensional di masa lalu,” katanya memetik portal nst.com.my.
Zaidi mempromosi dan mengambil pesanan melalui laman web bshteguh.blogspot.com.
“Transformasi syarikat saya, BHS Teguh Enterprise bermula dengan inisiatif Wilayah Ekonomi Koridor Utara ini (NCEA) yang menjalankan bengkel untuk menggalakkan orang ramai mempromosikan perniagaan mereka menggunakan Internet.
“Sejak melancarkan web portal saya, produktiviti perniagaan meningkat banyak. Saya juga mempunyai pelanggan dari Amerika Syarikat,” kata Zaidi, yang membantu ibunya Bashah Saaidin, 71.
Zaidi adalah penerimaAnugerah KecemerlanganJalur Lebar2013,yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kisah mengenai Zaidi dan ibunya juga boleh dilayari di youtube. Klip cerita pendek ini dihasilkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Mengenai bahan mentah, Zaidi berkata beliau mengimport kekabu dari Surabaya, Indonesia. Setiap bulan Zaidi memesan kira-kira 10 tan kekabu dengan kos kira-kira RM120,000. Kos pembuatan lain termasuk RM 15,000 bagi setiap 5,000 meter kain serta gaji untuk 11 orang pekerja.
Bantal Zaidi ini berharga antara RM25 dan RM40 dan dia juga menjual tilam dan bantal untuk bayi dan kanak-kanak.
Mengenai rancangan masa depannya, Zaidi bercadang untuk memiliki sebuah ladang kekabu komersil seluas 404 hektar di Malau, Jitra, tahun depan.
“Tanah itu adalah milik kerajaan negeri dan saya akan menyediakan kertas kerja ddan cadangan untuk pembangunan komersil kepada pihak berkuasa,” katanya. -MYNEWSHUB

VIDEO: Anggota DBKL Dan Peniaga Gaduh Sampai Tercabut Tudung
BUKAN sekali dua kita dipertontonkan dengan video rakaman pergaduhan antara peniaga dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika operasi sita.
Jika dilihat dari sudut undang-undang, tindakan DBKL menyita peralatan perniagaan adalah bertujuan untuk menghalang aktiviti perniagaan tanpa lesen khususnya di kaki lima.
Bagaimanapun, untuk sesetengah situasi, pihak DBKL perlu lebih bertolak-ansur terhadap peniaga agar tidak berlaku sebarang kekecohan seperti dalam video ini.
Biarpun peniaga wanita ini dilihat agak emosional, mungkin pergaduhan tidak akan terjadi jika anggota penguatkuasa itu mengelak daripada menghalangnya secara fizikal termasuklah memegang tangannya.
Apa salahnya jika mereka membiarkan peniaga itu mengemas barang perniagaannya terlebih dahulu dan menjelaskan kesalahan yang dilakukannya dengan tenang?
Rasanya, kalau setakat orang Melayu kita nak jual air, tak perlulah sampai hendak menyita macam jual dadah pula.
Lagipun, kalau diikutkan, ramai lagi peniaga khususnya di kalangan warga asing yang berniaga pelbagai jenis barangan tanpa lesen di luar sana.
Itu belum dikira dengan perniagaan haram seperti judi, dan pusat hiburan yang kebanyakannya dipelopori oleh bangsa lain yang belum tentu sah lesennya.
Menerusi Forum Cari, kami menemui screenshot yang dikatakan perbualan antara peniaga itu dengan rakannya:
Apapun, ini tidak bermakna kami bersetuju jika peniaga sengaja tidak mahu mengambil lesen untuk berniaga kerana ia turut melibatkan faktor kesihatan dan keselamatan pelanggan.
Cuma DBKL harus bersifat adil dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah mereka.
Semua orang tahu dan sedar pusat judi, nombor ekor haram, kedai urut yang lebih macam rumah pelacuran bersepah di sini sana dan nyata DBKL tidak bertindak.
Kalau ada tindakan pun, tak efektif dan bersifat melepaskan batuk di tangga semata-mata.
Kalau DBKL jujur dan semua pusat-pusat maksiat ditutup atau diserbu, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mempertikaikan tindakan DBKL dalam klip di bawah.
Ini rata-rata komen di fanpage Mynewshub mengutuk sikap berat sebelah DBKL.
Hakikatnya, persepsi masyarakat ialah jerung dilepaskan tetapi ikan bilis ditangkap.
Benda itu yang salah. Andai kalau jerung pun ditangkap, maka tidak ada sesiapa pun yang akan menyebelahi ikan bilis.
Sebab sikap penguatkuasa DBKL yang lemah inilah, kalau anda perasan, sudah beberapa operasi yang dilaksanakan secara bersepadu dengan pengedalian dibuat oleh pihak Kementerian Wilayah dan bukannya DBKL lagi.
Sejak bawah kementerian, barulah nampak sikit kekerapan dan kesungguhan dalam mengatasi gejala buruk yang membiak dalam masyarakat kita.
Kalau DBKL tak reti nak malu entah la.-MYNEWSHUB

VIDEO: Bila Ziana Zain Versi Lelaki Nyanyi ‘Madah Berhelah’
ZIANA Zain versi lelaki. Mungkin itulah gelaran terbaik buat anak muda ini kerana berjaya menyanyikan lagu 'Madah Berhelah' dengan cukup cemerlang.
Post by KhAi BAhar II.
-MYNEWSHUB
TOP
Apa Kes Ni, Pakcik Mengamuk Guna Kayu Besbol?
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video seorang awek bertudung mengamuk kerana keretanya dilanggar oleh seorang lelaki berumur menjadi viral.
Kini muncul pula video seorang warga emas yang tak tentu pasal mengamuk di khalayak ramai.
Berdasarkan pengamatan kami senjata digunakannya seakan sama seperti kes Kiki tetapi bukan steering lock sebaliknya kayu besbol.
Mengikut loghat percakapan dalam video yang dikongsikan, kejadian ini mungkin berlaku di utara tanah air.
Apa yang menjadi persoalan adalah pakcik tidak berbaju ini begitu nekad untuk mengamuk hingga berani menggunakan kayu besbol untuk menakutkan pihak berkuasa dan orang awam yang cuba menenangkannya.
Seterusnya apabila cuba ditahan, pakcik ini melawan seperti aksi filem Kungfu!-MYNEWSHUB Saksikan

GAMBAR: Uniform Pramugari VietJet
Kisah syarikat penerbangan menggunakan uniform pramugari yang ketat dan singkat untuk menarik perhatian penumpang bukan cerita baru.
Bagaimana pun syarikat penerbangan Vietnam, VietJet Air dianggap keterlaluan apabila pramugari ditampilkan hanya memakai bikini dan sarung kaki merah persis pelakon lucah dalam iklan terbaru mereka.
Isu ini menjadi viral di media sosial apabila gambar model seksi berlakon sebagai krew kabin dalam iklan tersebut tersebar minggu ini.
Sebagai respon Pengarah Pembangunan, Vu Pham Nguyen Tung mengakui bahawa gambar-gambar tersebut memang diambil ketika ‘penggambaran percubaan’ iklan terbaru VietJet tetapi menjelaskan, ia masih dalam proses pertimbangan sama ada mahu digunakan atau sebaliknya.
Amboi, dah sakan bergambar macam ni kemudian cakap ia cuma penggambaran percubaan? Lawak…
Sementelah pula ini bukan kali pertama VietJet mencetuskan kontroversi berkaitan isu seksis sebenarnya.
Pada 2012 syarikat penerbangan ini didenda 20 juta dong (RM3064) kerana menampilkan tarian separuh bogel lima ratu cantik bagi meraikan penerbangan pertama mereka dari Ho Chi Minh ke Nha Trang tanpa memohon permit atau kebenaran.
Tindakan ini dikritik selepas penumpang merakam tarian disajikan lalu memuat naik di laman sosial.-MYNEWSHUB

Militan ISIS Adalah Ciptaan Amerika Syarikat – Kata Tun Mahathir
Organisasi Pengganas Negara Islam (ISIS) adalah ciptaan
Amerika Syarikat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam
blognya hari ini yang bertajuk "The Islamic State".
Mahathir mengkritik Amerika Syarikat kerana tidak belajar dari kesilapan lalu dengan berulang kali cuba untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara tidak demokratik.
“Secara tiba-tiba, seperti ada satu kuasa di Timur Tengah seolah-olah digerakkan oleh keinginan yag kuat untuk menubuhkan sebuah negara Islam.
“Dari mana mereka datang? Ia sama seperti Taliban yang diciptakan oleh Amerika Syarikat, “katanya dipetik dari blog chedet.cc
Mahathir menjelaskan rakyat Amerika takut dengan kebangkitan Syiah, mazhab Islam yang paling tinggi menentang Barat.
Beliau berkata selepas lebih 10 tahun pendudukan di Iraq, Amerika menyedari mereka tidak boleh tinggal di sana lagi. Oleh itu mereka memujuk majoriti Syiah Iraq untuk membentuk kerajaan dengan puak Sunni minoriti.
Tetapi Syiah mengambil keputusan untuk melucutkan Sunni daripada mempunyai peranan dalam kerajaan. Naib Presiden Sunni dituduh berkomplot terhadap kerajaan dan beliau terpaksa melarikan diri ke Turki untuk mengelakkan dari di tangkap atau dibunuh oleh kerajaan Iraq. Dan Iraq yang diperintah oleh Saddam Hussein, telah menjadi sebuah negeri Syiah.
Kemudian pemberontakan di Syria menggulingkan Bashar Assad, seorang pengikut Syiah. Amerika sentiasa mahu menggantikan kerajaan Syiah Bashar dengan kerajaan Sunni. Dengan Iraq dan Iran di bawah pemerintahan Syiah, kerajaan Syiah di Syria, seluruh Timur Tengah memihak kepada Syiah – musuh yang paling ganas di Amerika.
“Amerika melihat peluang untuk menggantikan Bashar dengan kerajaan Sunni, dengan percubaan dibuat untuk menggulingkan kerajaan Bashar.
Beliau berkata bagi memastikan ia adalah hasil daripada perang saudara di Syria, Amerika menyediakan bantuan ketenteraan dan wang untuk pemberontak Sunni di Syria untuk memastikan mereka menjatuhkan Bashar.
“Kebanyakan pejuang Sunni fanatik terhadap Syiah. Mereka mudah menerima bantuan Amerika Syarikat dan kemudian mengambil keputusan untuk menyeberang dari Syria ke Iraq untuk menggulingkan kerajaan Syiah di sana.
“Mereka mengimpikan seorang Khalifah Sunni baru untuk memerintah Sham, wilayah yang telah dibahagikan oleh British dan Perancis kepada Iraq, Syria, Lubnan dan Palestin.
“Namun, jika Sunni berjaya dalam negara Islam mereka akan membahayakan Israel dan kepentingan Amerika di rantau ini. Tiba-tiba Amerika Syarikat mendapati bahawa menumbangkan Bashar bukanlah idea yang bijak,” kata Mahathir.
Katanya, Amerika Syarikat seolah-olah tidak belajar daripada kegagalan strategi mereka yang lalu. Mereka mencipta Taliban untuk melawan Rusia di Afghanistan. Kemudiannya menjadi satu kesilapan.
“Mereka kemudian berperang ke atas Afghanistan dan Iraq yang tidak disangka-sangka boleh mendapatkan kemenangan dalam masa tiga bulan. Selepas sepuluh tahun berhabis untuk peperangan di negara-negara ini, kejayaan mereka hanya dalam mewujudkan puak pelampau Islam. Kini, mereka tidak mampu membebaskan diri daripada kedua-dua negara itu, “kata beliau.
Beliau menjelaskan bahawa Amerika cuba untuk membuat perubahan rejim di negara-negara Arab yang hanya menggugat kestabilan negara-negara itu.
Demokrasi berakhir dengan puak anti-Amerika dari kerajaan pelampau Islam dipilih. Amerika Syarikat kini mendapati dirinya terpaksa menyokong kerajaan hasil penggulingan bukan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
“Rakyat Amerika begitu jahil tentang dunia luar Amerika. Mereka percaya apa sahaja yang kerajaan mereka lakukan adalah baik untuk Amerika. Mereka tidak akan belajar kerana media cetak dan elektronik tidak berada di bawah kawalan mereka.
“Amerika perlu banyak untuk belajar tentang hubungan luar,” katanya. -MYNEWSHUB

VIDEO : Bebas Cukai Lengang Tapi ‘Colek Pok Li’ Makin Popular
TUMPAT (Kelantan)Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang biasanya menjadi tumpuan orang ramai di Tumpat ini bagaimanapun kelihatan lengang biarpun ada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan pada lusa.
Biasanya, jika ada PRK dijalankan, ramai orang luar akan datang untuk membanjiri kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen berkenaan untuk membantu kempen atau pun sekadar merasa kehangatan kempen.
Jika di lokasi pilihan raya terdapat banyak kawasan tumpuan sudah pasti orang ramai akan membanjiri lokasi berkenaan tambahan apabila tinggal kira-kira dua hari sebelum hari mengundi.
Tetapi, biarpun Kawasan Bebas Cukai itu lengang, tetapi tidak bagi pengusaha rojak buah iaitu Pok Li yang rezekinya semakin bertambah hari demi hari semenjak kempen PRK DUN Pengkalan Kubor bermula minggu lepas.
Semenjak rojak buah atau ‘Colek Pok Li’ disiarkan di media, gerai itu yang diusahakan Jihad Hussain, 64, di dalam kawasan bebas cukai berkenaan menjadi tumpuan ramai termasuk wakil media lain.
Segelintir wartawan mengambil kesempatan pada hari ini untuk singgah ke kawasan bebas cukai untuk membeli-belah barangan seperti alas tidur yang dikenali sebagai Toto atau Narita yang sememangnya menjadi tumpuan.
Mereka kemudian mengambil kesempatan mencuba untuk merasa Colek Pok Li yang terdiri daripada lima jenis buah, anda boleh memilih mana-mana tiga buah hanya dengan harga RM5.
Bagaimanapun, Mynewshub.cc boleh mengetahui apa yang menyebabkkan rojak Colek Pok Li disukai ramai.
Ia adalah kerana berkat kalimah Bismillah yang diucapkan Jihad sepanjang masa beliau menyiapkan rojak buah yang dipesan oleh pelanggan.
Keunikan rasa Colek Pok Li ialah pada kuah rojaknya yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu pedas tambahan pula dengan buah-buahan yang disediakan begitu baik dan lazat.-MYNEWSHUB

Aksi Terlampau Awek Cun Dengan Kucingnya
Adalah normal bagi seorang perempuan mengambil gambar dengan binatang kesayangan mereka.
Tapi aksi awek cun yang ini membuatkan kami terpana seketika.
Ada unsur-unsur comel di situ tapi pada masa sama ermm.. agak terlampau jugak.
Apa pun memang untung jadi kucing tu. Tengok sajalah muka dia, reda je diperlakukan begitu kan?
Mesti kucing jantan ni. -MYNEWSHUB

No comments:
Post a Comment