Saturday, March 1, 2014

Berita Terkini 01 Mac 2014


Gelagat Penyokong PAS Dan BR1M 3.0
SESETENGAH ketua isi rumah pada ketika ini sudah pun menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mereka melalui akaun bank masing-masing selepas ia dikreditkan ke akaun mereka 22 Februari lepas. Tidak mengira latar belakang politik atau ideologi, jika mereka mendapat pendapatan RM3,000 ke bawah mereka menerima bantuan berjumlah RM700 berupa RM650 wang tunai dan RM50 diberikan dalam bentuk perlindungan insurans Takaful i-BR1M. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 mereka akan menerima RM500 berupa RM450 wang tunai dan juga RM50 berbentuk perlindungan insurans Takaful melalui i-BR1M. Namun bagi sesetengah individu yang agak melampau ketaksuban sokongan mereka ke atas parti politik tertentu, mereka mempunyai cara tersendiri dalam meluahkan rasa selepas menerima wang BR1M.

Foto
Barbie Manusia Latih Diri Jadi Kebulur
Ukraine – Seorang model, Valeria Lukyanova, yang terkenal hanya disebabkan dia mendakwa dirinya Barbie, sekali lagi mencipta kontroversi. Kali ini Lukyanova mendedahkan dia tidak makan atau minum lagi. Model berusia 23 tahun itu berkata, dia mengamalkan ‘Breatharianism’ dan melatih dirinya untuk hidup dengan hanya bergantung kepada cahaya dan udara. “Dalam masa beberapa minggu ini saya tidak berasa lapar langsung dan berharap dalam fasa akhir saya boleh bergantung kepada udara dan cahaya sahaja,’’ katanya. Breatharianism adalah mereka yang tidak makan atau minum . Amalan ini dikecam hebat kerana ia menyebabkan masalah kesihatan, malah beberapa pengamalnya telah mati akibat kebuluran. Dengan keadaan badannya yang kurus itu, Lukyanova percaya ia membentuk kesempurnaannya. Wanita ini menjadi kontroversi selepas mahu dirinya diangkat sebagai wanita paling sempurna di internet. Ia bukan kali pertama Lukyanova melakukan perkara pelik. Sebelum ini dia mendakwa boleh bercakap dengan makhluk asing dan mempunyai keupayaan untuk mengembara ke masa silam. Dia juga percaya dia berasal dari planet lain namun baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah mengunjungi pakar sakit jiwa kerana mendengar bunyi-bunyian dalam kepalanya.


Sebatang Kara Di Ladang Ayam
Kuantan – Hampir 30 tahun lalu, seorang lelaki warga emas hidup sebatang kara dengan menjadikan stor di sebuah ladang ayam di Kampung Alor Batu, dekat Jabor, di sini, sebagai rumahnya. Lelaki itu yang dikenali Ismail Mohd Said, berusia 70 tahun bukan sekadar uzur dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai bagi menguruskan kehidupan hariannya, malah daya ingatan yang tidak baik menyebabkan kesukaran penduduk mengesan latar belakangnya atau mencari waris. Menyukarkan lagi keadaan Ismail atau dikenali sebagai Pakcik Mail dalam kalangan penduduk di situ, dia dikatakan tidak mempunyai kad pengenalan menyebabkan urusan mendapatkan bantuan sukar dilakukan. Penyelia ladang itu, Mohd Shukri Yusof, 46, berkata, dia mengenali Pakcik Mail sejak mula bekerja di ladang berkenaan kira-kira 29 tahun lalu, namun tidak mengetahui latar belakang lelaki itu kerana tidak pernah diceritakan kepadanya selain tiada dokumen pengenalan diri bersamanya. “Dia pernah beritahu berasal dari Leban Condong, Rompin, namun masalah kesihatan dan daya ingatan yang semakin teruk menyebabkan saya sukar membantu mencari warisnya,” katanya yang ditemui, semalam. - myMetro Online


`Banduan Cantik’ Cairkan Hati Lelaki
Florida – `Banduan cantik’ . Itu gelaran yang diberikan oleh satu laman web hingga menjadikan wanita ini terkenal di seluruh dunia. Sejak muncul dalam laman Instantcheckmate.com,Meagan Simmons, 28, menjadi popular dan dihujani dengan pelbagai lamaran daripada lelaki. Malah twitter dan akaun Facebooknya juga menjadi tumpuan. Malangnya, gambar yang digunakan oleh laman web itu tidak mendapat kebenarannya dan dia kini bertindak menyaman Instantcheckmate.com serta mengemukakan injunksi bagi menghalang gambar tersebut terus digunakan.


Pelan Pengukuhan PDRM Dilaksana – Zahid
BUKIT MERTAJAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelan pengukuhan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun akan datang. Beliau berkata langkah penambahbaikan itu bagi memastikan PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan mengikut piawaian antarabangsa dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Katanya pelan pengukuhan itu akan memberi penekanan kepada aspek peralatan dan keanggotaan di samping meningkatkan kemudahan di semua pondok polis, balai polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).


Rakyat Malaysia Tak Prihatin, Pentingkan Diri?
Adakah penduduk di Malaysia semakin mementingkan diri sendiri serta tak prihatin dengan untung nasib seseorang individu yang lain? Persoalan itu mungkin dapat dijawab selepas anda menonton video yang kami kongsikan ini. Daripada video ini dapat dilihat walaupun mereka nampak mangsa yang berdarah di dalam bonet kereta, namun rata-rata berbuat tidak tahu mengenai keadaan lelaki tersebut. Mujurlah ada juga seorang hamba Allah yang prihatin malah mahu melaporkan perkara mencurigakan itu kepada pihak polis. Jadi kesimpulannya, walaupun video ini merupakan prank, namun dapat dilihat tahap keprihatinan masyarakat kita yang masih lagi rendah terhadap isu-isu sebegini.




Pencuri ‘Kantoi’ Terkurung Antara Dua Pintu
APA agaknya perasaan, seorang pencuri apabila mengetahui yang dia bakal gagal keluar selepas ‘kantoi’ memecah masuk ke dalam sebuah rumah kerana kunci jeriji sudah dikunci oleh tuan punya rumah. Itulah yang berlaku kepada seorang suspek pecah rumah di sebuah rumah dipercayai unit kondominium yang ‘terkunci’ selepas begitu leka menyelongkar rumah yang menjadi mangsa samunnya. Video kejadian itu dimuatnaik di YouTube pada 26 Februari lepas di saluran PemerhatiMarhaen. Bahagian pertama video itu menunjukkan suspek yang terkunci di antara pintu masuk dan pintu jeriji besi. Dia dipercayai terkurung di tengah-tengah kerana pintu jeriji dikunci oleh tuan empunya rumah sebaik menyedari ada seseorang yang asing di dalam rumahnya.


Wanita Ini Berusia 35 Tahun, Biar Betul??
SEORANG wanita cantik di China menjadikan laman media sosial Weibo hangat dengan perdebatan kerana wajahnya yang kelihatan terlalu muda biarpun dikatakan lahir pada 1979. Wanita itu yang banyak memuatnaikkan gambarnya di Weibo, mengundang komen daripada para pengguna Twitter versi China itu. “Adakah anda pasti? Anda berumur 25 tahun kan?” kata sesetengah komen. Ada juga yang bertanya “Jika dia bukan hantu, dia pasti seorang pari-pari,” kata komen di Weibo di China mengenai wanita itu. Anda juga pasti tertanya adakah sudut gambar dirakamkan, pencahayaan atau beberapa faktor lain seperti aplikasi telefon bimbit barangkali yang menjadikan wajah wanita ini begitu muda. Laporan ini dipetik dari laman singaporeseen.stomp.com.sg. Portal berkenaan turut memaparkan beberapa lagi rangkaian wanita awet muda China itu dan jika diperhatikan betul-betul ada beberapa bahagian di wajahnya menunjukkan dia berusi 35 tahun.


TIPS Keselamatan Untuk Wanita Jika Rasa Terancam
1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Pakar memberitahu : Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.
2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Pakar memberitahu : Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.
3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam? Pakar memberitahu : Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!
 4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya? Pakar memberitahu : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.
5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam? Pakar memberitahu : Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda. Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita. Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.


Kump. Radikal Syria Muat Naik Gambar Potong Tangan Lelaki Yang Mereka Dakwa ‘Pencuri’
Imej menakutkan dan mengejutkan ramai itu bagaimanapun telah dipadamkan dari Twitter manakala pemegang akaun berkenaan pula telah digantung daripada laman media sosial itu. Kejadian itu berlaku di bandar Maskanah, berhampiran Aleppo. Kumpulan itu, yang mendakwa diri sebagai ISIS (Islamist State in Iraq and Syria ) mendakwa lelaki yang dipotong tangan itu adalah pencuri. Salah seorang ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi, merupakan individu yang paling dikehendaki oleh kerajaan Iraq selepas beberapa siri serangan yang berlaku di Baghdad.

Galak penyertaan kaum Cina: PDRM longgar syarat
Demi Menggalakkan Penyertaan Kaum Cina, PDRM Longgar Syarat….
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini melonggarkan beberapa syarat pengambilan selain mengkaji aspek penambahbaikan perkhidmatan bagi menarik penyertaan lebih ramai kaum Cina dalam pasukan keselamatan itu. Bermula tahun ini, PDRM menyasarkan penyertaan kira-kira 5,000 pegawai berpangkat rendah dari kaum itu, secara berperingkat. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata PDRM juga berkemungkinan mengkaji semula aspek gaji, peluang kenaikan pangkat dan sebagainya bagi menarik penyertaan kaum itu. “Kita sasar penyertaan kira-kira 5,000 kaum Cina secara berperingkat sebab kita perlu melihat tentang kapasiti dan juga keperluan kita dalam memberikan latihan-latihan kursus dan latihan asas,” katanya kepada pemberita selepas tamat Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Kadet Inspektor Siri 2/2013 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini, hari ini.


Pegawai Kastam Selamba Tengok Video Sambil Proses Pasport
SEORANG pengunjung laman portal Singapura www.singaporeseen.stomp.com.sg berkongsi rasa geram dan tidak puas hatinya apabila mendapati seorang pegawai Kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi tidak melakukan tugasnya dengan baik. Pegawai kastam itu dilihat sedang menonton filem di telefom bimbitnya pada masa sama sedang memproses dokumen orang ramai di lapangang terbang itu. Menurut Jiaqi, pegawai kastam berkenaan tidak langsung mahu memberhentikan seketika video yang ditontonnya sebaliknya menjeling telefon bimbitnya berulang kali ketika sedang dalam tugas. “Saya melihat seorang pegawai kastam Singapura di kaunter tuntutan pulangan semula Cukai Produk dan Perkhidmatan (GST) sedang menonton video ketika bertugas pada pagi semalam. “Muzik kedengaran kuat dari telefon bimbitnya, dan dia tidak kisah pun untuk memberhentikan seketika video yang ditontonnya dan menjalankan tugas.

Eksekutif muda bankrap
Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang along. Tahap pengetahuan rendah mengenai pengurusan kewangan menjadi salah satu punca kepada kemelut bebanan hutang golongan ini. Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) membuktikan 47 peratus daripada mereka dibebani hutang serius dan pemerhatian lanjut mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, 37 peratus daripada kelompok ini mengakui mereka berbelanja melebihi gaji bulanan. Kos sara hidup yang meningkat saban tahun turut menyumbang kepada masalah pengurusan wang golongan muda. Memetik statistik dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) empat tahun lalu, pendapatan kasar bulanan isi rumah di kawasan bandar menjulang naik kepada RM4,705 berbanding RM3,357 pada sepuluh tahun sebelumnya.

Foto Foto
Lelaki mati ditetak
Alor Gajah: Seorang lelaki berusia 22 tahun dengan kesan tetak di belakang kepala dan badan selain putus telinga kanan ditemui mati di Jalan Hutan Percha - Machap, dekat sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mayat mangsa, K Viswanathan, ditemui tertiarap di dalam longkang tepi jalan dalam keadaan separuh bogel. Kejadian disedari selepas orang ramai yang melalui jalan berkenaan nampak sebuah motosikal yang terbalik sebelum menemui mayat mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Layan nafsu depan anak
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 38 tahun di Subang Jaya, dekat sini, didakwa bukan saja sanggup membawa anak kecilnya berusia lima tahun ke rumah wanita simpanannya, malah tergamak beraksi tidak senonoh bersama di hadapan anaknya sehingga menyebabkan isteri lelaki itu membuat laporan polis. Sumber berkata, isteri lelaki itu yang juga berusia 38 tahun terpaksa membuat laporan polis disebabkan bimbang dengan tekanan dihadapi anaknya itu kerana sering dituduh menipu apabila mengadu perihal pelakuan sumbang bapa kandung dengan wanita simpanannya. Menurut sumber, lelaki terbabit didakwa sering menipu anak perempuannya itu dengan berdalih untuk membawa bersiar-siar namun sebenarnya pergi ke rumah wanita simpanannya di ibu negara untuk melepaskan rindu.

Maksiat depan ibu lumpuh
Melaka: Seorang ibu lumpuh hanya mampu melihat anak lelakinya bersekedudukan dengan kekasih hatinya yang sarat mengandung di rumah mereka sejak lebih lapan bulan lalu di Duyong, di sini. Malah, lebih menyedihkan apabila nasihat dan titisan air mata ibunya berusia awal 60-an selama ini bagai tidak diendahkan lelaki berusia 32 tahun itu. Bagaimanapun, perbuatan lelaki terbabit berakhir selepas kediaman itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin. Difahamkan, wanita sarat mengandung itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai dua anak. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah milik lelaki terbabit selepas menerima aduan sebelum menemui pasangan berkenaan.

Lepas joging terus masuk hotel bajet
Melaka: Sepasang kekasih yang mendakwa baru lepas berjoging di Ayer Keroh sempat ke sebuah hotel bajet di Ujong Pasir, di sini, yang terletak 15 kilometer kerana mendakwa mahu membersihkan diri sebelum mereka dicekup Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat pagi kelmarin. Dalam operasi jam 9 pagi, pasangan itu yang lengkap berpakaian sukan ditahan berdua-duaan di dalam bilik hotel bajet disewa lelaki berkenaan. Difahamkan, pasangan berusia 19 tahun itu orang tempatan yang tinggal bersama keluarga masing-masing. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, maklumat awal diterima pengadu memberitahu melihat pasangan disyaki pelajar sekolah yang kedua-duanya memakai seluar trek masuk ke hotel berkenaan pada awal pagi.

Emak dibunuh perompak
Kota Tinggi: Seutas rantai emas tiruan ditemui di pangkal pokok rambutan di belakang rumah Ketua Wanita UMNO Cawangan FELDA Semenchu yang ditemui mati dalam bilik tidur, dipercayai dibunuh penyamun yang merompaknya semalam. Rantai emas terbabit dipercayai dibuang penyamun yang turut melarikan beg tangan Zalifah Jamaluddin, 68, selepas menyelongkar dan menyedari rantai berkenaan adalah emas tiruan. Wanita itu ditemui sudah tidak bernyawa oleh seorang anaknya yang ke rumah mangsa untuk melawat kira-kira jam 12.20 tengah hari. Zalifah tinggal seorang diri selepas kematian suami sejak enam tahun lalu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, setibanya di rumah ibunya di FELDA berkenaan, dia mendapati pintu dapur terbuka. Menurutnya, anak mangsa mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku apabila panggilannya tidak disahut lalu memasuki rumah dan mendapati keadaan dalam rumah berselerak manakala ibunya terbaring dalam bilik tidur.

Foto FotoFoto
Dokumentari 3jam berjudul ‘The Act Of Killing’, Indonesia
Madiun: Sebuah dokumentari mengerikan mengenai pembunuhan beramai-ramai terburuk sejak Perang Dunia Kedua berakhir disebut-sebut bakal memenangi Anugerah Academy esok. Tidak seperti filem lain, orang ramai tidak boleh mengharap semua tenaga utama di belakang tabir filem itu akan naik ke pentas menerima piala paling berprestij berkenaan. Puncanya - pengarah terbabit tidak yakin nyawanya terjamin. Dokumentari hampir tiga jam berjudul ‘The Act Of Killing’ itu berkisar mengenai pembantaian penyokong dan anggota parti komunis terbesar di luar China dan Soviet Union. Ia juga memaparkan dua penjual tiket wayang - Anwar Congo dan Adi Zulkadry - menjadi ‘mesin pembunuh’ sejurus selepas Sukarno disingkirkan daripada jawatan presiden. Sepanjang penggambaran dokumentari itu, kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang tanda kesal atau sedih atas perlakuan mereka hampir 50 tahun lalu.

Meminta khidmat seks untuk dapat gred yang baik
Singapura: Mahkamah Tinggi Singapura membatalkan sabitan terhadap seorang profesor undang-undang yang dipenjarakan atas tuduhan meminta khidmat seks dan hadiah daripada penuntutnya sebagai pertukaran untuk mendapat gred yang baik. Bekas profesor undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS), Tey Tsun Hang, 42, dipenjarakan lima bulan tahun lalu selepas didapati bersalah terhadap enam tuduhan rasuah oleh mahkamah daerah berikutan hubungannya dengan Darinne Ko pada 2010. Mahkamah daerah memutuskan bahawa dia mengeksploitasi penuntut perempuan terbabit dengan meminta khidmat seks dan pelbagai hadiah, termasuk kemeja berjenama dan pen edisi khas daripada Ko. Bagaimanapun, peguam Tey, Peter Low semalam berkata, hakim mahkamah tinggi Woo Bih Li “membenarkan rayuan dan membatalkan sabitan” berkenaan - lima bulan selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

Filipina pecah rekod dunia permohonan derma organ
Manila: Filipina berjaya memecahkan rekod dunia milik India apabila mengumpulkan permohonan mendermakan organ paling ramai dalam tempoh sejam, kata pihak berkuasa kesihatan semalam. Kejayaan itu masih menunggu pengesahan rasmi daripada Rekod Dunia Guinness. Setiausaha Pembantu Kesihatan Eric Tayag berkata, kempen berkenaan berjaya mengumpulkan 3,548 permohonan dalam satu acara yang diadakan di kampus Universiti Politeknik Filipina di Manila. Rekod dunia sebelum ini dipegang India yang mengumpul sebanyak 2,755 permohonan. Dalam acara yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pendermaan organ itu, sukarelawan mengisi borang dengan senarai organ yang rela didermakan selepas mati. Borang itu, kata Tayag, kemudian diperiksa dan direkodkan penganjur. “Kami mempunyai ramai pesakit yang memerlukan organ dan acara ini menjadi sebahagian usaha Jabatan Kesihatan Filipina menangani kekeliruan berkaitan dengan pendermaan organ,” katanya. - AP


Berasmara dengan kambing
Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu. Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini. Alasan Baranda? Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.

Bayi mati didera pengasuh
Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini, pagi tadi. Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu mangsa kira-kira jam 7.45 pagi dalam keadaan sihat. Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas menghantar mangsa ke rumah pengasuh, ibu mangsa pergi ke kerja seperti biasa. Bagaimanapun, katanya, kira-kira 9.15 pagi ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang menyatakan bayi itu dalam keadaan tenat. "Ibu mangsa yang bergegas semula ke rumah pengasuh menerima kejutan apabila mendapati muka mangsa kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri.

Foto
Hamil 8 bulan masih berlari
Beijing: Sarat hamil tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dalam pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini. Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan dan percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti. “Saya pelari yang bersemangat dan tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil. “Saya berlari mengikut kesesuaian dan tidak memaksa diri,” katanya. Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yang dikandung sihat. Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yang berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya. Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yang aktif berlari boleh mengambil bahagian dalam sukan lumba lari ketika hamil. - Agensi

fond d'écran claudia schiffer - fond ecran claudia schiffer - wallpaper  claudia schiffer - wallpapers claudia schiffer
Claudia ditawar RM5.5j untuk satu malam
New York: Supermodel Claudia Schiffer mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan habuan £1 juta (RM5.46 juta) untuk menghabiskan malam bersama seorang putera Arab. Namun, jelitawan dari Jerman itu berkata, wang gagal mengaburi matanya dan tawaran lumayan itu ditolak. Kata Claudia, menjadi ratu catwalk dan seorang daripada wanita paling banyak mendapat tumpuan lensa kamera mendorong kepada pelbagai situasi luar biasa. “Saya pernah melalui pelbagai pengalaman yang pelik dan satu daripadanya ialah tawaran yang diterima daripada seorang putera Arab.

tambang haji 2013kadar harga tambang tunai haji tahun 2013 jumlah rm9980
Kos haji kekal RM9,980 tahun ini
YAN - Kos menunaikan haji di tanah suci Mekah tahun ini kekal pada kadar RM9,980 walaupun kos sebenar meningkat daripada RM15, 575 tahun lalu kepada RM16,115 tahun ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kos haji dikekalkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada seluruh jemaah haji negara ini. - KOSMO!


Lelaki mengamuk di kuil dan tokong pesakit mental - Polis
KULIM - Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengamuk dan merosakkan patung di sebuah kuil di Kuala Ketil dan sebuah kuil serta dua tokong di Pekan Sungai Karangan, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer, semalam adalah pesakit mental. Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki berusia 31 tahun itu pernah ditahan polis beberapa tahun lalu kerana melakukan perkara sama. Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penduduk sekitar Kulim, Baling dan Kuala Muda agar tidak mempercayai khabar angin atau membuat spekulasi mengenai insiden di kuil dan tokong itu. Lelaki yang merupakan pesakit mental itu mengamuk dan merosakkan beberapa patung di empat rumah ibadat itu dari kira-kira pukul 1 tengah hari hingga 5 petang, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini tengah malam tadi.


Lelaki tidak siuman maut terjun bangunan IPD Bentong
KUANTAN - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong gempar selepas seorang lelaki dipercayai tidak siuman bertindak terjun dari tingkat dua bangunan berkenaan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian pukul 7.30 malam itu. Katanya, lelaki itu disahkan mati semasa menerima rawatan di Hospital Bentong. "Lelaki terbabit telah datang ke IPD Bentong dalam keadaan meracau-racau dan membuat kecoh dan tanpa disedari telah naik ke tingkat dua bangunan dan terjun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Tambahnya, motif lelaki terbabit masih dalam siasatan dan polis akan mengambil keterangan keluarganya. "Siasatan awal polis percaya tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama


Ambil Gambar Kemalangan Sebelum Menolong Mangsa
ZAMAN sekarang, menolong orang juga perlu hati-hati. Contohnya dalam kemalangan lalu lintas. Ramai orang enggan menolong kerana seringkali dianggap penyebab kemalangan tersebut. Sedangkan maksud hati hanya ingin menolong saja. Namun, ada seorang lelaki di China yang mempunyai muslihat unik untuk mengatasi perkara ini. Dipetik dari Rocketnews24, seorang lelaki di Jiangsu kelihatan mengambil gambar seorang wanita yang terduduk disebabkan kemalangan. Tak lama selepas mengambil gambar mangsa kemalangan itu, lelaki yang dikenali bernama Guohua Zhao tersebut membantu wanita mangsa kemalangan untuk berdiri. Wanita yang ditolongnya jatuh akibat himpit kenderaan lain yang memandu dengan kelajuan tinggi dan meninggalkan wanita itu sendirian. Rupanya ini adalah helah lelaki tersebut agar kebaikannya tak disalah ertikan dan dimanfaatkan oleh orang yang kurang bertanggung jawab. Dengan mengambil gambar kejadian itu, Zhao ada bukti bahawa bukan dirinya yang melanggar wanita tersebut. Zhao mengakui bahawa tindakannya adalah untuk melindungi dirinya sendiri sebelum ia menolong orang lain. Walaupun sedikit terasa janggal, namun ramai rakyat China yang memuji kewaspadaannya. kebelakangan ini menolong orang di jalanan malah boleh membahayakan diri sendiri.


Amerika Akan Membina Iron Man Yang Sebenar
WASHINTON – Presiden Obama berucap pada sidang akhbar Selasa : “Pada asasnya,” katanya, “Saya di sini untuk mengumumkan bahawa kami sedang membina Iron Man.” Kerajaan Amerika Syarikat sebenarnya telah mewujudkan suit yang direka untuk memberi kekuatan luarbiasa kepada pemakainya . Dipanggil Tactical Assault Light Operator Suit (TALOS), Tentera AS mengumumkan kerja pembinaan suit itu telah dilakukan dan berkata ia berharap untuk mempunyai suit itu Ddalam tempoh beberapa tahun lagi, Kearah teknologi masa hadapan America yang terkenal dengan senjata berteknologi tinggi mahu mengukuhkan tahap keselamatan pada askar-askar nya.


Tangan Hantu Dirakam Kamera Semasa Foto Selfie
SEORANG ibu dan anaknya mengambil dua foto selfie saat hendak mandi . Namun yang mengejutkan adalah ada “pengunjung ” yang tidak diduga yang ikut ambil bahagian dalam foto tersebut . Ketika hendak memuat naik foto tersebut ke Instagram , dia melihat ” tangan aneh ” dalam foto tersebut dan kemudian dia pun mengulas di akaunnya . ” Misteri tangan hantu dalam foto close up yang saya ambil bersama Astala saat sedang mandi . Itu bukan tanganku , satu tangan memegang anakku , dan satu lagi sedang memegang kamera untuk mengambil foto. Namun ada tangan yang memegang bahuku , dan itu sangat aneh ! Sangat mengerikan ! , ” tulis Geldof. Dipetik dari Daily Mail , Geldof dan suaminya percaya , tangan tersebut milik seorang wanita yang bunuh diri lebih dari 100 tahun yang lalu . Ini bukanlah kali pertama mereka melihat roh . Geldof berkata , roh tersebut sangat ramah dan tidak memberikan rasa takut sedikitpun . Dia juga percaya roh tersebut senang berada di sekitar bayinya dan menjaganya . Peaches Geldof , tinggal dalam sebuah rumah lama di selatan England , bersama dengan suami dan dua anaknya .

Tahanan hidap asma mati dalam lokap polis
GEORGE TOWN - Seorang tahanan ditemui mati di Lokap Berpusat Balai Bayan Baru di sini selepas mengadu sakit perut dan asma awal pagi tadi. N. Ramasamy, 50, yang merupakan tahanan reman atas kesalahan dadah dilaporkan mati ketika ditempatkan di sebuah bilik perhatian kira-kira pukul 1 pagi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kematiannya telah disahkan oleh pegawai perubatan sebaik tiba ke lokap untuk memberi bantuan kepada si mati. "Maklumat yang diperoleh daripada adik si mati yang juga tahanan lokap di situ memaklumkan yang abangnya (si mati) ada menghidap asma dan kencing manis. Si mati juga merupakan seorang penagih dadah tegar. "Semakan di sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang ditempatkan di balai berkenaan juga mengesahkan si mati tidak kena pukul oleh sesiapa semasa di dalam lokap," katanya pada satu sidang akhbar di Balai Bayan Baru di sini sebentar tadi. - KOSMO!


Rakyat malaysia diminta waspada strok haba - KP Kesihatan
KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ’heat stroke’ atau ’strok haba’ berikutan cuaca panas dan kering ketika ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius. "Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. "Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” katanya.

Foto
Pelakon Syanie kembali bergelar isteri
LANGKAWI - Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pelawak Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 41, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohd. Zainol, 27, kira-kira dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Pantai Chenang di sini hari ini. Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh ayah Syanie, Hisyam Abdul Rahman, 63, kira-kira pukul 11.10 pagi tadi. - KOSMO!

Lelaki ditemui mati ditetak di Melaka
MELAKA - Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di bahagian kepala di tepi jalan berhampiran Felda Bukit Bulat, Alor Gajah di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Mohamad Laham berkata mayat K. Visvanathan, 22, dari Taman Seri Indah, Jasin ditemui oleh orang awam kira-kira 6.30 pagi tadi. Semasa ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian dan dalam keadaan tertiarap berhampiran sebuah motosikal dipercayai miliknya. "Motif kejadian masih dalam siasatan namun mangsa dipercayai terlibat dalam pergaduhan sebelum dibunuh dengan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis. - Bernama

Fotoalt
Lebih 10,000 orang menyaksikan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang
GEORGE TOWN - Ikon terbaharu negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang atau JK2PP dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini dengan disaksikan lebih 10,000 orang. Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada pukul kira-kira 8.30 malam untuk merasmikan jambatan sepanjang 24 km itu dan merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Turut mengiringi Najib ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Acara bersejarah penuh warna-warni itu juga disaksikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya, Tun Jeane Abdullah, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu serta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir. - Bernama


Keberanian Askar Melayu
KAWASAN belukar menghijau di kiri kanan jalan masuk ke kaki Bukit Chandu, Singapura tidak banyak berbeza dengan persekitaran yang sama kira-kira 72 tahun lalu. Tanah tinggi yang terletak di selatan Singapura ini telah menjadi saksi keberanian perajurit Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu (Askar Melayu) menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Pertempuran Bukit Chandu di Permatang Pasir Panjang turut mencatatkan nama wira negara, Leftenan Muda Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun. Permatang Pasir Panjang sejauh kira-kira lima kilometer itu menjadi medan pertempuran Askar Melayu dan tentera Jepun pada 10 hingga 14 Februari 1942. Di bukit ini jugalah Adnan bersama 42 anggota Platun 7, Kompeni C bersemadi tanpa kubur. Sambil berdiri menghadap ke arah Lebuh Raya Pasir Panjang iaitu sebahagian daripada Lebuh Raya Pantai Barat Singapura, seolah-olah pertempuran Bukit Chandu terpampang di depan mata. Sayup-sayup teriakan ‘Banzai!, Banzai!’ kendengaran dari arah kiri dan kanan bukit diselangi rentetan tembakan dan letupan silih berganti. Walau Bukit Chandu dikelilingi hutan konkrit, namun kesan-kesan pertempuran yang pernah berlaku masih kekal. Sebuah banglo kolonial dua tingkat di puncak bukit ini dibaik pulih oleh Lembaga Warisan Singapura (NHS) pada tahun 2002 dan dijadikan memorial Renungan di Bukit Chandu atau juga dikenali sebagai Reflections at Bukit Chandu. Persekitaran bukit ini juga terpelihara baik. Menyusuri jalan kecil menaiki anak tangga untuk ke memorial sambil diiringi kicauan burung pantas membawa bersama ingatan terhadap pertempuran berdarah itu.

Pertempuran. Tugu gangsa tiga kru mortar Askar Melayu yang dibina oleh pihak NHS diletak menghadap ke arah barat seolah-olah sentiasa bersedia mempertahankan kedudukan bukit ini. Paparan peta pertempuran tiga dimensi, rakaman audio saksi perang, foto-foto pameran bersama dokumentari perang dapat memberi gambaran terperinci kepada pengunjung tentang peristiwa Bukit Chandu. “Memorial ini mengabadikan sejarah Perang Dunia Kedua di Singapura, khasnya perjuangan Leftenan Muda Adnan dan Askar Melayu,” ujar pengurus memorial, Vincent Gabriel, 73. Katanya, banglo berusia lebih 100 tahun dengan seni bina Mock Tudor ini adalah satu-satunya banglo warisan British yang kekal di pulau ini. “Banglo ini pernah digunakan sebagai stor simpanan peluru dan bekalan makanan Askar Melayu semasa perang. “Tiga lagi banglo sama di sini bagaimanapun diruntuhkan pada tahun 1987 bagi tujuan pembangunan,” ujarnya. Dia memberitahu, pertempuran Bukit Chandu dan keberanian Leftenan Muda Adnan amat penting dalam sejarah moden kota Singa itu. Tarikh 15 Februari setiap tahun diingati di Singapura sebagai Hari Pertahanan Menyeluruh bagi memperingati kejatuhan pulau itu ke tangan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Pada tarikh itu, tepat pukul 12.05 tengah hari siren dibunyikan selama seminit sebagai simbolik peringatan. Mengikut catatan sejarah, pertempuran antara Askar Melayu dengan tentera Jepun bermula sebaik musuh mendarat di Tanjung Penjuru, Jurong pada 8 Februari 1942. Pada masa itu Batalion Pertama dan Kedua dikerah mengekang kemaraan musuh di situ. Bagaimanapun, mereka terpaksa berundur ke Pasir Laba dan akhirnya ke Pasir Panjang berikutan serangan hebat tentera Jepun. Pertempuran sengit antara kedua-dua belah pihak hanya bermula pada 13 Februari apabila Askar Melayu mengukuhkan pertahanan mereka di benteng terakhir tersebut. Menurut Vincent, keberanian Askar Melayu dalam pertempuran itu membuka mata tentera British yang selama ini menganggap anak-anak tempatan tidak layak memegang senjata. Kata beliau, pertempuran Pasir Panjang pada 10 dan 14 Februari itu merupakan pertempuran besar yang terakhir sebelum Singapura tewas. “Briged Infantri Pertama Malaya yang terdiri daripada Batalion Pertama dan Kedua Kedua Askar Melayu diarah mempertahankan sektor barat dan selatan pesisir pantai. “Bagaimanapun, kemaran pantas 13,000 tentera Jepun sehingga ke Jurong selepas berjaya mendarat di Kranji dan Sarimbun pada 8 Februari menyebabkan tentera British kucar-kacir. “Menjelang 13 Februari, tentera Jepun memulakan serangan habis-habisan ke atas Pasir Panjang sehingga memaksa Askar Melayu berundur ke Bukit Chandu,” ujar beliau. Ketika inilah, Adnan bersama platunnya bergerak ke barisan pertahanan baharu sebelah timur Pasir Panjang iaitu Bukit Chandu. Kompeni beliau terpisah dengan kompeni D di sebelahnya oleh sebuah parit yang dipenuhi minyak terbakar yang mengalir dari Kem Normanton. Keadaan itu menyulitkan mereka untuk berundur ke selatan jika terdesak.

Dibedil. Kedudukan pertahanan mereka di atas tanah tinggi yang agak sederhana menggunakan guni-guni pasir dan dilaporkan masih ada beberapa kubu yang tidak sempat disiapkan ketika mereka digempur tentera Jepun. Pertahanan platun Adnan dibedil pasukan mortar Jepun tanpa henti pada pagi Sabtu 14 Februari 1942. Cubaan tentera Jepun yang diketuai komandernya, Kolonel Saburo mengasak pertahanan Askar Melayu dengan menyamar sebagai tentera Punjab pada tengah hari itu gagal lalu menimbulkan dendam. Ketika ini, kedudukan kompeni ini semakin meruncing apabila ramai anggotanya terkorban dan tercedera, manakala bekalan peluru dan bom kehabisan. Tan Sri Abdul Samad Idris dalam buku Askar Melayu 50 Tahun menulis: “...Adnan bertahan berhampiran pokok ceri yang rendah telah menjangka musuh akan membuat serangan balas. “Tentera Jepun merapati kedudukan pertahanan Askar Melayu sambil dilindungi dengan tembakan mesingan dan mortar walau pun mendapat tentangan hebat. “Sedikit demi sedikit tentera Jepun terus mengasak dan akhirnya berjaya mengepung kedudukan Askar Melayu yang bertahan. “Dengan menghunus benet, tentera Jepun terpaksa bertempur secara berhadapan sebelum memaksa kemenangan di pihak mereka. Adnan yang cedera parah akhirnya tewas dalam pertarungan terakhir ini...” Tidak sampai 24 jam selepas pertempuran ini, Pemerintah Tertinggi Tentera British, Leftenan Jeneral A.E Percival menyerah kalah tanpa syarat kepada Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita.


Jalan ditutup untuk kodok melintas
LINCOLNSHIRE, England - Sebatang jalan di bandar ini akan ditutup selama sebulan bagi membolehkan kodok melintas untuk tujuan pembiakan Jalan berdekatan Sleaford di sini akan ditutup kepada semua kenderaan supaya spesies amfibia tersebut boleh melintas dengan selamat. Beberapa sukarelawan turut diperlukan untuk membantu haiwan kecil ini melintas jalan. Penyelaras operasi katak tersebut, Fiona Cousland berkata, pada tahun lepas kira-kira 40 pasang kodok jantan dan betina mati ditemui mati akibat digilis kenderaan pada setiap hari.


Gigi dalam otak bayi
MARYLAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bayi yang berusia empat bulan berjaya menjalani satu pembedahan untuk membuang sebatang gigi yang tumbuh dalam otaknya, lapor akhbar Daily News kelmarin. Doktor-doktor yang merawat bayi berkenaan menyifatkan pertumbuhan gigi dalam otak sebagai sejenis ketumbuhan yang luar biasa. Imbasan otak yang dilakukan terhadap bayi yang dirahsiakan identitinya itu menunjukkan gigi tersebut berbentuk seperti gigi yang terdapat pada rahang bawah bayi. Bayi lelaki itu kembali sihat selepas menjalani pembedahan tersebut. Gigi berkenaan pula telah dihantar kepada beberapa pakar patologi untuk diperiksa "Ketumbuhan gigi dalam otak jarang berlaku. Dalam kes ketumbuhan dalam otak, kejadian seperti ini tidak pernah didengar," kata pakar bedah saraf, Dr. Narlin Beaty yang menjalankan pembedahan tersebut. - Agensi

Polis China tahan 1,094 orang, selamatkan 382 bayi
BEIJING - Polis China menahan 1,094 orang dan menyelamatkan 382 bayi dalam operasi di seluruh negara untuk mematahkan empat sindiket penyeludupan bayi dalam talian, lapor media negara itu semalam. Aktiviti penyeludupan kanak-kanak berleluasa di China ekoran undang-undang kawalan penduduk menggalakkan permintaan untuk anak lelaki yang dianggap akan membantu ibu bapa semasa tua dan sebagai pewaris nama keluarga. Tanggapan masyarakat itu juga menyebabkan banyak kes pengguguran bayi dan membuang bayi perempuan berlaku. Kira-kira 118 bayi lelaki dilahirkan untuk setiap 100 bayi perempuan di China yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.

Yingluck Shinawatra - World Economic Forum Annual Meeting 2012.jpg
Yingluck sanggup mati berjuang
BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) berikrar bahawa beliau 'sanggup mati di medan pertempuran demokrasi', lapor media tempatan semalam. Yingluck mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab tawaran oleh ketua tunjuk perasaan antikerajaan, Suthep Thaugsuban untuk mengadakan debat empat mata di televisyen negara itu. Debat tersebut bertujuan untuk memecah kebuntuan politik dalaman Thailand. Yingluck berkata, Suthep yang merupakan bekas Timbalan Menteri daripada parti pembangkang, Parti Demokrat perlu terlebih dahulu menamatkan tunjuk perasaan manakala pihak lain mesti diundang untuk menyertai debat itu.

Jambatan Kedua Pulau Pinang merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara. alt
Jambatan Pulau Pinang ke2 boleh tahan gegaran gempa 7.5 pada skala richter
GEORGE TOWN - Pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bermula pukul 12.01 tengah malam Ahad ini mampu menampung gempa bumi sekuat 7.5 pada skala ritcher. Menurut Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Datuk Dr. Ismail Mohamad Taib, ini disebabkan jambatan itu dibina menggunakan teknologi terkini termasuk penggunaan galas getah redaman tinggi melalui penggunaan sistem pengasingan seismik. "Ini berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika berlaku gempa bumi," katanya di sini semalam. Jambatan Kedua sepanjang 24 kilometer (km) menghubungkan tanah besar Semenanjung di Batu Kawan, Seberang Perai dan Batu Maung di bahagian pulau.


ASP, Inspektor didakwa rasuah
IPOH – Dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Inspektor masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap lima pertuduhan rasuah. Kes melibatkan wang tunai berjumlah RM3,600 daripada seorang pengusaha kedai nombor ekor haram yang juga merupakan penagih dadah, Tan Tiong An, dua tahun lalu. Tertuduh pertama, Shuib Samad@Zainal, 51, berpangkat ASP yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar didakwa atas tiga pertuduhan iaitu secara rasuah meminta suapan keseluruhannya bernilai RM1,100 sebagai dorongan untuk tidak mengganggu kerja nombor ekor dibuat Tiong An.

FotoFoto
Empat sekeluarga selamat dalam kejadian tanah jerlus di Ipoh
IPOH - Sebanyak 18 orang daripada empat keluarga yang sedang lena tidur, terselamat dalam kejadian tanah jerlus di Kampung Pengkalan Gate Tambahan Dua, Pengkalan di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian 3.30 pagi itu, satu rekahan dengan kedalaman lima meter berlaku dan merebak sehingga luar sebuah rumah papan bernombor 100 di Laluan Lahat Timur 2/5 di kampung berkenaan. Dua buah rumah lain yang terletak bersebelahan rumah itu juga mengalami kerosakan selain retakan pada lantai dan dinding. Ketua Balai Polis dan Penyelamat Pasir Puteh, Zainasri Zainal berkata, lima lubang akibat tanah jerlus sedalam antara 1.5 dan dua meter juga dikesan berlaku di kawasan lapang berhadapan ketiga-tiga rumah itu, yang kesemuanya dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah. "Kawasan seluas hampir satu hektar radius ditutup kerana dikhuatiri berbahaya dan kerja pengosongan rumah akan dijalankan,” katanya di sini, hari ini. - Bernama

Warga emas rugi RM100,000 rumah dimasuki pencuri
KOTA BHARU - Seorang warga emas kerugian kira-kira RM100,000 selepas rumahnya di Jalan Desa Rahmat, Off Jalan Guchil di sini dipecah masuk pencuri semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd. Rafar berkata, kejadian berlaku antara 9 pagi dan 11 pagi ketika Mek Senik Jusoh, 69, berniaga di Pasar Siti Khadijah di sini. "Mangsa menyedari rumahnya dipecah masuk apabila pulang daripada berniaga pada kira-kira 11 pagi dan mendapati jeriji pintu hadapan dan belakang rumahnya telah dipecahkan selain keadaan dalam rumah yang berselerak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Suami buat saya macam mesin ATM, berkahwin dengan lelaki lebih muda
KUALA LUMPUR - "Berkahwin dengan lelaki muda satu kesilapan besar dalam hidup saya. "Hampir sedekad berkahwin, segala makan minum termasuk pinjaman kereta dan rumah saya bayar, pendek kata dia buat saya macam mesin ATM (mesin pengeluar wang automatik)." Demikian keluhan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Nia, 38, yang menceritakan kekesalannya mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang seolah-olah mengambil kesempatan ke atasnya kerana dirinya bergaji besar. Cerita Nia yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam dunia perbankan, dia mula merasakan perkahwinannya bermasalah selepas suaminya berhenti kerja ketika dia baru melahirkan anak pertama.

48 tahanan meninggal akibat diseksa di Mesir
48 tahanan meninggal akibat diseksa di Mesir
KAHERAH - MESIR. Pertubuhan bagi Hak Asasi Manusia bagi Arab Saudi (AOHR) mendedahkan, seramai 48 tahanan meninggal dunia akibat diseksa di penjara Mesir sejak rampasan kuasa tentera. Menurut Al-Arabiya, AOHR dalam satu kenyataan mendesak Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon dan pemimpin dunia untuk mengambil pendirian tegas sejajar dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa terhadap pelanggaran kuasa di negara itu. “Kami mengutuk tindakan penahanan ratusan aktivis politik tanpa usul periksa. Jenayah dilakukan pihak berkuasa selepas rampasan kuasa 3 Julai lalu, kini mencapai skala tertinggi termasuk semua pegawai yang mempunyai kuasa eksekutif, presiden sementara, perdana menteri dan menteri pertahanan,” menurut laporan itu.

Gunung Marapi meletus tiga kali
Gunung Marapi meletus tiga kali
INDONESIA. Gunung Marapi di Bukit Tinggi, Sumatera Barat dilaporkan meletus tiga kali awal pagi semalam. Jurucakap Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Bukit Tinggi, Warseno berkata, selain letusan, seismograf juga mencatatkan gunung tersebut mengalami lima kali gempa tremor, satu gempa vulkanik, sekali pembebasan asap dan sekali gempa tektonik. “Letusan itu mengeluarkan abu dan pasir hingga menyelubungi beberapa daerah seperti Sapuluh Koto, Batipuh Selatan dan Tanahdatar,“ katanya. Menurutnya, sejak 1 Februari lalu, gunung itu menyaksikan 74 pergerakan aktif dengan sekali gegaran, sembilan kali gempa vulkanik dan 48 kali gempa tektonik.

40 keluarga Palestin diusir
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Tentera Israel dan pegawai pentadbiran awam mengeluarkan perintah mengusir dan akan merobohkan kediaman 40 keluarga Palestin di sekitar timur al-Quds. Arahan dikeluarkan kepada keluarga yang tinggal di kejiranan Jabal al-Baba di al-Ezariya dan diberi tempoh sehingga 3 Mac untuk meninggalkan kediaman mereka. Jurucakap Jawatankuasa Palestin Hani Halabiya berkata, kira-kira 300 rakyat Palestin Badwi dari Jahalin tinggal di kawasan perumahan yang dibina daripada besi, kayu, papan timah dan khemah. "Minggu lalu, tentera Israel memusnahkan struktur besi rumah kepunyaan masyarakat Badwi Jahalin menyebabkan lebih 55 orang kehilangan tempat tinggal," katanya dalam laporan Press TV. Israel cuba merampas penempatan di Jabal al-Baba untuk meluaskan kawasan diduduki hingga ke Maale Adumin.

Larang solat Jumaat di masjid Al-Aqsa
Kezaliman Israel : Larang solat Jumaat di masjid Al-Aqsa
BAITULMUQADDIS - Israel mengeluarkan perintah mengehadkan jumlah jemaah bagi solat Jumaat di masjid Al-Aqsa dengan alasan bagi mengelakkan pertempuran dengan pihak berkuasa tempatan. Jurucakap polis Luba Samri berkata, lelaki di bawah umur 50 tidak dibenarkan bersolat Jumaat di situ selepas mendapat maklumat kononnya mereka merancang untuk melakukan kekacauan. “Sumber risikan mendapati, mereka mahu melakukan kekecohan dengan pihak polis. Mereka tidak boleh ke masjid atau berada berhampiran kawasan masjid terbabit,” katanya dalam laporan Al Arabiya.

Restoran meletup: 12 maut, 30 cedera
Restoran meletup: 12 maut, 30 cedera
DOHA - QATAR. Sekurang-kurangnya 12 pengunjung sebuah restoran di Qatar maut dan lebih 30 yang lain cedera selepas tangki gas di premis terbabit meletup secara tiba-tiba, semalam. Ketua Keselamatan Awam, Saad Jassim al-Khleifi berkata, mangsa maut kebanyakan adalah warga Asia dan Arab Saudi. "Letupan itu sangat kuat dan memusnahkan keseluruhan restoran yang bersambung dengan pusat beli belah. Letupan juga menyebabkan sisa runtuhan terpelanting 50 meter dari lokasi kejadian," katanya dalam laporan AFP. Menurutnya, punca kejadian disebabkan tangki gas dipercayai terbakar sebelum meletup.

Nahas bas lawatan pelajar: 15 maut, 40 cedera
Nahas bas lawatan pelajar: 15 maut, 40 cedera
PRACHIN BURI - THAILAND. Seramai 15 pelajar perempuan dan gurunya terbunuh sementara 40 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka untuk lawatan ke Jomtien Beach merempuh trak 18 tayar di Prachin Buri, awal pagi tadi lapor Bangkok Post. Menurut pihak berkuasa, bas dua tingkat itu berlanggar dengan belakang trak ketika kedua-duanya menuruni bukit di lebuhraya nombor 34 (Nakhon Ratchasima-Nadee Road) kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan. Selepas melanggar trak, bas tersebut berubah arah dan melanggar pokok. Ramai penumpang yang telah meninggal ketika dikeluarkan daripada bas tersebut. 11 mangsa mati ditempat kejadian dan empat lagi mati di hospital.

19 maut akibat H1N1 di Syria
19 maut akibat H1N1 di Syria
DAMSYIK - SYRIA. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengedarkan vaksin H1N1 selepas sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut akibat dijangkiti virus itu di wilayah tengah Hama. Menurut laporan - Press TV, Menteri Kesihatan Syria, Saad al- Nayef berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 40 individu lain berada di bawah pemerhatian. “Semua petugas di hospital diarahkan mengambil vaksin H1N1 sejak peningkatan wabak berkenaan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pemindahan Penyakit Kronik Kanaz Sheikh berkata, 80 peratus daripada individu dijangkiti penyakit itu berusia antara 15 dan 50 dengan 60 peratus daripadanya adalah wanita.

Ejen permit palsu tumpas
JOHOR BAHRU - Sindiket pemalsuan permit kerja membabitkan keuntungan lebih RM1 juta yang didalangi lelaki warganegara India, tumpas hasil serbuan pegawai Jabatan Imigresen negeri ke sebuah rumah di Taman Daya di sini, semalam. Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen negeri, Masri Adul berkata, dalam serbuan jam 12.05 pagi itu, pihaknya menahan seorang lelaki warga India berusia 30 tahun yang dipercayai ejen yang menguruskan kerja pemalsuan dokumen berkenaan. Lelaki yang dipercayai menjalankan operasi sejak setahun lalu itu, ditahan di sebuah kedai minum di Taman Daya di sini, dan susulan penahan suspek, pihaknya menemui tujuh lelaki warga India berusia antara 22 hingga 28 tahun yang disyaki menjadi mangsa penipuan sindiket berkenaan di sebuah hotel berhampiran.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
Senarai kawasan catuan air peringkat kedua
KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata pelaksanaan pelan catuan bekalan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac di Kuala Lumpur, Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air. Wilayah yang terlibat terbahagi kepada Zon 1 dan Zon 2. Kawasan yang terletak dalam Zon 1 dijadual mendapat bekalan air pada 2, 3, 6, 7, 10, 11, 14, 15, 18, 19, 22, 23, 26, 27, 30 dan 31 Mac. Zon 2 pula dijadual mendapat bekalan air pada 4, 5, 8, 9, 12, 13, 16, 17, 20, 21, 24, 25, 28 dan 29 Mac. Untuk zon yang dijadual ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada 4 petang dan berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada 9 pagi, dua hari selepas itu.


Pengawal keselamatan rogol adik dipenjara, sebat
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan hari ini dihukum penjara 16 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol adik kandungnya dua minggu lalu. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berumur 28 tahun dan memerintahkannya menjalani hukuman itu secara berturut-turut bermula hari ini. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan itu. Ketika menjatuhkan hukuman, Manira menasihati tertuduh agar bertaubat dan insaf dengan perbuatannya itu. Tertuduh didakwa merogol adik perempuannya yang berumur 22 tahun di rumah mereka di sini pada 8 pagi, 14 dan 16 Februari lalu.

Guru warga Perancis diraba 'beach boy'
GEORGETOWN - Percutian seorang guru warga Perancis di Taman Negara Pulau Pinang bertukar menjadi episod hitam apabila nyaris diperkosa seorang remaja berusia 18 tahun petang semalam. Sabrina Lafki, 35, datang bercuti bersama keluarga pada mulanya mahu bertanya laluan ke Monkey Beach kepada remaja berkenaan. Namun, setelah 20 minit perjalanan, tiba-tiba suspek dipercayai bertindak menarik dan memeluknya dari hadapan sebelum bertindak mencium beberapa kali. Ketika itu, difahamkan ibu bapa mangsa tidak mengikuti mangsa dan hanya menunggu di pejabat Taman Negara kerana letih.

Polis Selangor buru dalang culik wanita Sri Lanka
SHAH ALAM - Polis Selangor sedang memburu seorang lelaki warga Sri Lanka dipercayai dalang kes culik wanita senegara dalam kejadian di depan kuil di Batu Caves, Ahad lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai ejen pembantu rumah yang dipercayai membawa masuk wanita tersebut ke negara ini. Wanita berusia 20 tahun itu bukan pelajar seperti yang dilapor oleh media, tetapi datang ke negara ini kerana dijanjikan pekerjaan oleh suspek, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Katanya, wanita tersebut diculik oleh empat lelaki selepas datang ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan ejen berkenaan bagi mendapatkan semula visanya yang disimpan oleh lelaki itu.


Pegawai imigresen maut motosikal rempuh kereta
KANGAR - Seorang pegawai Imigresen maut selepas motosikal berkuasa tingginya merempuh sebuah kereta di Km 3.5 Jalan Arau-Kangar hari ini. Mohd Anis Amran, 34, yang bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam meninggal dunia di tempat kejadian dengan mengalami kecederaan parah di kepala dalam kemalangan kira-kira 9 pagi itu. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, motosikal Honda CBR1000RR yang ditunggang mangsa merempuh Perodua Kembara yang membuat pusingan U berhampiran Taman Repoh. Mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri program 'Perlis Bike Week' di Dataran Sheikh Ahmad di sini.

Alat ganti kenderaan polis hilang berperingkat
GEORGETOWN - Polis percaya alat ganti kenderaan bernilai RM18,000 yang hilang dari stor Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, di sini, dibawa keluar secara berperingkat sejak awal tahun ini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, perkara itu dikesan berdasarkan siasatan polis setelah menerima laporan mengenai kehilangan alat-alat ganti dari stor itu pada 18 Februari lepas. "Kami masih jalankan siasatan berhubung kes ini dan kami percaya dapat menyelesaikannya dalam tempoh terdekat," katanya sambil memberitahu dua anggota polis berusia antara 30-an dan 40-an yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pengawal ditetak, juruwang cedera disembur kari
JOHOR BHARU - Seorang pengawal keselamatan cedera ditetak manakala seorang juruwang kepedihan mata akibat disembur serbuk kari selepas mereka disamun empat lelaki di kawasan parkir di Terminal Larkin Sentral hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang ketika mangsa menuju ke premis perniagaan mereka di terminal berkenaan selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank. "Mereka didatangi empat lelaki bertopeng yang menaiki sebuah kereta yang kemudian menyembur serbuk kari dan menetak pinggang kanan pengawal keselamatan itu dengan parang," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, suspek kemudian melarikan dua beg berisi wang tunai hampir RM300,000 dengan kereta berwarna gelap.

Faekah Husin
Faekah perjelas punca MoU tidak diuar-uar
SHAH ALAM – Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pengambilalihan ekuiti empat syarikat konsesi di Selangor tidak diberitahu kepada semua pemimpin PR disebabkan ketidakpastian perjanjian sebelum ia diputuskan dan beberapa perkara lain. Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin menjelaskan, persefahaman yang dicapai antara kerajaan negeri dan Pusat itu boleh dikatakan ‘mengejut’ hasil perbincangan pada Rabu lalu setelah beberapa siri pertemuan dan perbincangan diadakan antara kedua belah pihak. “Saya ditugaskan untuk mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hadir pada mesyuarat hari berkenaan dan sekitar 11.30 pagi, keputusan itu dicapai kemudian kita maklumkan kepada menteri besar, tapi beliau berada dalam majlis protokol Diraja dan dalam sekitar 12 tengah hari, kita berjaya untuk memberitahu beliau, Exco dan pegawai penting kerajaan negeri termasuk Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upens).

Geng 'kemeja T' bermaharajalela
Geng 'kemeja T' bermaharajalela
KEMUNCULAN kumpulan geng bertopeng yang aktif menyamun di sekitar kawasan perumahan Seksyen 5, Kota Puteri dekat sini membimbangkan penduduk. Difahamkan kumpulan terdiri empat atau lima orang ini akan memecah masuk rumah mangsa pada waktu malam dengan bersenjatakan parang dan juga pisau untuk menakutkan mangsa menyerahkan barangan berharga. Menurut penduduk dianggarkan lebih 32 kes samun dan pecah rumah dilaporkan berlaku sejak setahun yang lalu di kawasan itu. Modus operandi suspek ialah menggunakan kemeja T sebagai topeng malah dalam sesetengah kes mereka menggunakan topi keledar bagi mengelak identii dikesan.


Tubuh bayi melecur akibat alahan ubat
ALOR SETAR - Seorang bayi berusia lapan bulan terpaksa menanggung kesakitan apabila badannya melecur selepas mengalami alahan terhadap ubat diberi sebuah klinik swasta di sini. Bapa bayi, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata badan anaknya Muhammad Nasrullah mula melecur dan bertukar kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu diberikan klinik berkenaan ketika mendapatkan rawatan bagi ruam dihidapi anaknya pada 16 Februari. "Dua hari kemudian, badan anak saya membengkak dan bertompok kemerah-merahan...selepas melihat keadaan semakin teruk, saya bawa dia ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 25 Februari untuk diperiksa," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Stadium di sini petang semalam.

Jenazah 4 beranak disemadi satu liang lahad
Jenazah 4 beranak disemadi satu liang lahad
SETIU - Jenazah empat beranak yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 22, Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Batu Gajah, Guntung Dalam dekat Permaisuri di sini awal pagi semalam. Mohd Fauzan Abu Bakar, 33, isterinya, Nurhidayah Ngah, 29 dan dua anak perempuan mereka Nur Ain Shahiera, 6, dan Nur Aina Shahmiera, 10 selamat disemadikan kira-kira jam 4 pagi. Menurut abang Mohd Fauzan, Mohd Zaki, 36, jenazah empat beranak itu tiba dari rumah mayat Hospital Jempol kira-kira jam 3.30 pagi semalam. “Sebaik tiba jenazah mereka terus dibawa ke Masjid Kampung Guntung Dalam untuk disembahyangkan kemudian dikebumikan,” katanya.

Bayi 15 bulan lemas dalam tong airFoto
Bayi 15 bulan lemas dalam tong air
MERSING - Seorang bayi lelaki berusia 15 bulan, Mohd Adam Kamaludin ditemui lemas oleh empat adik beradik yang menjaganya akibat terjatuh ke dalam tong simpanan air di rumah mereka di Kampung Jemari Baru, Pengkalan Batu, di sini, petang kelmarin. Kejadian sekitar jam 3 petang ketika mangsa ditinggalkan bersama dua kakak dan dua abangnya yang berusia antara lima hingga 12 tahun di rumah mereka kerana kedua orang ibu bapa mereka keluar bekerja. Kakak mangsa, Nor Sarida Kamaludin, 12, berkata, sewaktu kejadian dia sedang menyiapkan kerja sekolah di anjung depan tanpa menyedari kehilangan Adam. “Selepas menyedari adik (Adam) tiada, saya bersama adik beradik lain bergegas cari dan menemuinya di dapur dalam keadaan terlungkup di dalam tong berisi air dengan kakinya ke atas. “Saya terus mendukung Adam sambil berlari ke rumah Makcik Mahbu (pengasuh mangsa) yang terletak kira 500 meter dari rumah untuk meminta bantuan, ketika itu saya lihat Adam sudah kaku,” katanya kepada Sinar Harian.

Terjatuh ambil senduk
Mersing: Mohd Adam Kamaludin, 15 bulan yang lemas selepas terlungkup ke dalam tong menyimpan air, dikatakan terjatuh ketika mahu menggapai senduk dan cawan yang berada dalam tong berkenaan. Mangsa dikatakan mahu mengambil senduk dan cawan di dalam tong berkenaan kerana sering bermain begitu ketika mandi bersama abang dan kakaknya. “Saya dapat bayangkan dia mahu mengambil senduk dan cawan dalam tong itu sebelum tersembam ke dalamnya. “Sungguh sedih dan terkejut dengan kejadian ini. Allah hanya meminjamkan dia selama 15 bulan kepada kami,” kata ibu mangsa, Sahida Hamzah, 35. Menurutnya, Mohd Adam berubah menjadi sangat periang dan tidak berhenti-henti bergurau dengan ahli keluarga ketika mereka makan malam bersama-sama di rumah pengasuhnya.

Ditipu wanita mengaku ejen bank
Ditipu wanita mengaku ejen bank
IPOH - Teruja dengan tawaran pinjaman dengan kadar faedah rendah ditawarkan kepadanya, seorang peniaga mendakwa ditipu seorang wanita yang mengaku ejen bank setelah wang pinjaman terbabit bertukar kepada pembelian barang. Peniaga tersebut, Muhammad Faruqu Hamzah, 56, berkata, dia dihubungi wanita terbabit yang menawarkan pinjaman kadar faedah rendah daripada syarikatnya. Menurutnya, dia menerima RM49,000 selepas membuat tebus kad kredit sebanyak RM65,000 dalam tempoh sejam. “Pada keesokannya, saya berjumpa dengan wanita terbabit dan sekali lagi wang RM34,000 serta RM15,000 dimasukkan melalui cara tebus guna daripada jumlah pinjaman RM65,000.

Masjid Kristal cetus kontroversi
Masjid Kristal cetus kontroversi
PEMBINAAN Masjid Kristal yang terletak di kawasan pelancongan, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, suatu ketika dahulu pernah mencetuskan kontroversi apabila ia dibina lebih memfokuskan kepada aspek pelancongan daripada fungsi sebenarnya. Malah, masjid yang dibina ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh itu turut dijadikan modal politik pihak tertentu, tambahan waktu itu BN berjaya merampas kembali Terengganu daripada Pas. Kisah mengenai ‘masjid kaca’ itu bukan sahaja menjadi topik bualan hangat masyarakat negeri ini, sebaliknya turut tersebar dan menarik perhatian rakyat di seluruh negara. Pelbagai isu ditimbulkan termasuklah dakwaan arkitek bukan orang Islam, arah kiblat salah, selain tersebarnya rakaman video wajah aneh seolah-olah menyerupai syaitan pada masjid berkenaan apabila lampu warna-warni dipasang pada waktu malam.


Ibu Keguguran Bayi Kembar Gara-Gara Angkut Air…Kesiannya…
BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul… itulah yang boleh dikatakan atas nasib yang menimpa seorang ibu di Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor. Gara-gara mengangkut baldi berat kerana krisis air, Holifah Siman mengalami keguguran sekaligus kehilangan bayi kembar yang sudah tiga bulan dikandungnya. Mengimbas kejadian lima hari lalu, ibu dua anak tersebut sudah hampir tiba ke rumahnya yang terletak di tingkat tiga apabila tiba-tiba mendapati terdapat lelehan darah mengalir dari celah kaki. Holifah segera ke klinik berhampiran namun pemeriksaan mendapati kandungannya tidak dapat diselamatkan. Menurut Holifah yang terlalu sedih dengan berita itu, dia terpaksa mengangkut sendiri baldi berat berisi air kerana suaminya tiada di rumah kerana bekerja. Sekiranya dia tidak berbuat demikian dan menunggu suaminya pulang dari bekerja, air yang disalurkan Syabas mengikut jadual itu pasti tidak sempat diambil. Taman Impian Ehsan yang terletak di Balakong mengalami krisis air sejak 10 Februari lalu hingga mendatangkan kepayahan dan tekanan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.


‘Perang Dingin’…Jep Sepahtu ENGGAN Jumpa Sharol Shiro
ADUHAI, tak tahulah apa masalah sebenar Sharol Shiro dan Jep Sepahtu sehingga berlakunya ‘perang dingin’ antara mereka. Khabarnya, persahabatan yang terbina sejak ujibakat Raja Lawak musim ketiga itu mula berantakan sejak kedua-duanya menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) tahun lalu sehingga Jep enggan berjumpa Sharol. “Sebenarnya isu saya dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat. “Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.


SURAT PEMBACA: Luahan ‘KONTRA’ Seorang Guru Mengenai PBS….
“Jika kita bekerja seperti biasa, janganlah kita mengharapkan hasil yang luar biasa”. Demikian kata cerdik pandai untuk menggambarkan betapa perlunya manusia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai seorang pendidik yang hampir 30 tahun mengajar di salah sebuah sekolah di pantai timur, saya berasa kata-kata cerdik pandai yang dinyatakan tadi, cukup sesuai menggambarkan senario pendidikan negara mutakhir ini. Saya beranggapan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cukup sedar bahawa sudah tiba masanya sistem pendidikan negara ini beralih kepada satu era yang mampu meletakkan standard pendidikan negara mencapai kelas dunia.


Musuh Sebenar Anwar Di Kajang Adalah Dari Dalam PKR, Pakatan Sendiri – Kit Siang
Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang. Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar. “Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan. “Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan,” katanya. Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.ersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.

khalid ibrahim dan azmin ali
Abdul Khalid akan tentang Azmin
Nampaknya retakan dalam PKR semakin meluaskan ekoran spekulasi bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mencabar Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden. Menurut sumber, Khalid akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin yang rapat dengannya di kediaman rasminya pukul 8 malam ini. “Ya, betul. MB akan tawarkan diri bertanding timbalan presiden,” kata Setiausaha Politiknya, Azman Abidin kepada Malaysiakini. Jemputan rasmi yang bertemakan “Majlis Kasih Bertaut”, tidak menyebut apa-apa mengenai Khalid akan mengumumkan hasratnya untuk bertanding. Bagaimanapun, terdapat satu “jemputan tidak rasmi” yang beredar di kalangan pemimpin parti, yang menyatakan menteri besar akan mendedahkan beliau bersedia merebut jawatan nombor dua parti itu.


Samsung Perkenal Peranti Gelang Pintar
Dalam usaha bagi mengenengahkan gaya hidup sihat, Samsung baru-baru ini telah melancarkan sebuah peranti gelang pintar, Samsung Gear Fit yang bukan sahaja berfungsi sebagai perakam rutin senaman anda. Antara perkara yang menarik yang direka pada peranti ini termasuk perincian pertama di dunia yang menggunakan skrin melengkung Super AMOLED. Dengan saiz 1.84 inci dan resolusi 432 x 128, skrin paparan pada Gear Fit mampu memaparkan warna yang bukan sahaja “meriah”, teks yang dipaparkan juga amat mudah dilihat. Masih mengekalkan sedikit fungsi seperti yang terdapat pada siri jam pintar Samsung lain, Gear Fit juga boleh memberi notifikasi dari telefon pintar yang dihubungkan pada gelang pintar ini.

No comments:

Post a Comment