TOP
Waris Mahu Tambi, Ariza Serta 4 Anak Dikebumi Di Sarawak
KUCHING – Waris pasangan suami isteri Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee, serta empat anak mereka yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mahu mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, dekat sini.
Ariza, 46, dan Tambi, 49, dan empat anak mereka – Muhammad Afif, 19; Muhammad Afzal, 17; Marsha Azmeena; 15, dan Muhammad Afruz, 13; adalah antara 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terkorban bila pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata perkara tersebut telah disampaikan kepada beliau, selepas menemui waris keluarga pasangan tersebut.
“Waris keluarga pasangan itu juga ada membuat beberapa permohonan lain seperti meminta keranda jenazah tidak di ‘seal’, serta waris dibawa ke Amsterdam, Belanda untuk membantu proses pengecaman.
“Dan paling utama waris keluarga meminta jika sudah ditemui walau sedikit pun mayat bersesuaian dengan sampel DNA keluarga pasangan itu, mereka memohon supaya segera dimaklumkan,” katanya.
Rohani bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Rumah Terbuka Jalinan Kasih Aidilfitri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.
Majlis sambutan turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu.
Majlis bertujuan mengukuhkan jalinan kasih antara warga kementerian, jabatan dan agensi dengan kumpulan sasar terutamanya golongan remaja yang bermasalah dari segi sosial dan akhlak.
Pada majlis itu, Adenan dan isteri turut meluangkan masa bertanya khabar dengan waris keluarga Ariza dan Tambi.
Sementara itu, Rohani berkata sebuah lagi keluarga mangsa nahas MH17, Meling Mula, 48, belum memutuskan dimana mayat mendiang akan dikebumikan.
Meling seorang pemasang perancah sebuah syarikat minyak dan gas yang berpangkalan di Kuala Lumpur, bertugas di Venezuela. – BERNAMA
TOP
AirAsia Guna Penyelesaian ‘Light Ticketing’ Daripada Amadeus
KUALA LUMPUR – AirAsia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia Pasifik melaksanakan teknologi “light ticketing” daripada Amadeus, penyedia teknologi bagi industri pelancongan.
“Buat pertama kalinya, membeli belah tradisional, tempahan dan aliran pusat operasi sokongan akan digabungkan dengan tambang dinamik masa sebenar yang disediakan menerusi hubungan Extensible Markup Language AirAsia dengan Amadeus.
“Agensi pelancongan yang mempunyai hubungan dengan Amadeus boleh melihat dan membanding tambang AirAsia dalam skrin yang sama seperti syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, sesuatu yang sebelum ini belum pernah dilaksanakan,” kata Amadeus dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Naib Presiden Eksekutif Komersil Syarikat Penerbangan Asia Pasifik Amadeus, Hazem Hussein, perjanjian itu membolehkan AirAsia mendekati lebih rapat lagi sektor korporat yang semakin berkembang menerusi rangkaian agensi pelancongan Amadeus di seluruh dunia.
“Ini akan membuka laluan untuk meningkatkan hasil bagi syarikat penerbangan itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
18 Mati Dalam Tanah Runtuh Di Barat India
New Delhi – Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh teruk di perkampungan terpencil di barat India sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang dan menghanyutkan kediaman serta kemungkinan ramai yang terperangkap dalam sisa runtuhan, kata pegawai hari ini.
Pegawai pengurusan bencana berkata, anggota penyelamat bertungkus lumus sepanjang malam menggunakan lampu limpah yang dipasang pada jip dan jentolak berjaya menyelamatkan tujuh orang. Keadaan mereka dilaporkan stabil.
Bagaimanapun, hujan lebat berterusan dan keadaan jalan raya yang kurang baik menyukarkan anggota penyelamat dan penghantaran bantuan daripada sampai ke Ambegaon iaitu perkampungan dalam daerah Pune, wilayah Maharashtra. - AP
TOP
2 Empangan Masih Belum Capai Paras Minimum
KUALA LUMPUR – Paras air di dua daripada lapan empangan di Selangor masih di bawah paras minimum 55 peratus walaupun pelan catuan bekalan air ditamatkan pada April lepas.
Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my setakat 8 pagi ini paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (33.46 peratus) dan Sungai Tinggi (47.39 peratus).
Enam empangan lain telah melepasi paras minimum dengan Empangan Batu mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 82.99 peratus, diikuti Semenyih (77.87 peratus), Klang Gates (70.66 peratus), Tasik Subang (67.14 peratus) Langat (63.26 peratus) dan Kolam Takungan Sungai Labu (59.57 peratus).
Pada Februari lepas kerajaan negeri Selangor melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau. – BERNAMA
TOP
Penganggur Didakwa Bunuh Jiran Berumur 71 Tahun
KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membunuh jirannya yang berumur 71 tahun dengan menggunakan sebilah pisau pada minggu lepas.
Rasid Oasis, 34, didakwa membunuh Swa Kim Chia@ Chua Ah May, di sebuah rumah di alamat 95 A, Jalan Union Off Jalan Sentul, di sini, pada pukul 6.30 petang, 23 Julai lepas.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.
Rasid yang berasal dari Sabah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 30 Sept ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prakdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
Keuntungan Suku Keempat REDtone Jatuh
KUALA LUMPUR – Keuntungan sebelum cukai REDtone International Bhd untuk suku keempat berakhir 31 Mei jatuh RM11.4 juta kepada RM9.934 daripada RM21.327 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil menyusut RM6.88 juta kepada RM37.341 juta daripada RM44.220 juta sebelum ini disebabkan penurunan dalam data hasil, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Pada unjuran, kumpulan itu berhasrat untuk memasuki tender projek-projek kerajaan dan industri telekomunikasi serta memperolehi lebih banyak pelanggan dari perusahaan kecil dan sederhana (IKS). – BERNAMA
TOP
Pendakwah Hina Agama Hindu, Tuntut Mohon Maaf
KUALA LUMPUR – MIC hari ini menuntut seorang pendakwah memohon maaf kerana didakwa menghina agama Hindu dalam ceramahnya.
Presidennya Datuk Seri G. Palanivel berkata Shahul Hameed Seeni Mohd “perlu meminta maaf kerana kenyataannya itu yang bersifat menghina”.
Dalam kenyataannya, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata di Malaysia, setiap orang menghormati agama satu sama lain dan oleh itu, Shahul Hameed tidak sepatutnya mengkritik atau menghina agama Hindu dan penganutnya.
“Perlu diambil perhatian bahawa di Malaysia, orang beragama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu menghormati agama orang lain. Oleh itu, kenapa beliau menghina penganut Hindu dan agama Hindu?’ tanya beliau.
Semalam, wakil MIC, PPP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Hindu di Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Shahul Hameed, yang mereka dakwa mengeluarkan kenyataan provokatif dan bersifat perkauman terhadap penganut agama Hindu.
Klip video menunjukkan Shahul Hameed membuat kenyataan itu dimuat naik dalam YouTube dan selepas itu satu klip menunjukkan beliau memohon maaf pula tersebar. – BERNAMA
TOP
Ustaz Shahul Hamid Ditahan Bantu Siasatan Polis
BUKIT MERTAJAM – Penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd ditahan polis awal hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau yang dikatakan menghina kaum India.
Shahul Hamid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada kira-kira pukul 9.00 pagi dan dibebaskan semula kira-kira empat jam kemudian, dipercayai selepas keterangan beliau diambil.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan Shahul Hamid.
Katanya, penceramah itu dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia hasil laporan polis dibuat terhadapnya.
Sementara itu, Shahul Hamid hari ini meminta maaf secara terbuka kepada kaum India berikutan ceramah agamanya itu.
Shahul Hamid berkata, beliau harap diberi peluang untuk memperbaiki diri atas kesilapannya itu.
“Saya mohon maaf…Saya sedar juga berasal usul dari India dan tidak sepatutnya menghina agama dan kepercayaan mereka,” katanya kepada pemberita.
“Saya harap semua laporan polis terhadap saya dapat ditarik balik dan tidak ada tindakan diambil terhadap saya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Budak 7 Tahun Dijumpai Lemas Di Sungai Acheh
NIBONG TEBAL – Seorang pelajar lelaki tahun satu yang hilang ketika keluar bersama bapanya ke kolam ternakan ikan di Jalan Sungai Udang, Sungai Acheh semalam, ditemui mati lemas hari ini.
Pegawai Operasi Mencari dan Menyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penolong Penguasa Fauzi Shuib berkata mayat Khor Yi Jia dijumpai tengah hari tadi setelah usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dihentikan pada pukul 11.30 malam tadi di sambung semula pada pukul 7 pagi hari ini.
“Mayat mangsa Khor Yi Jia, tujuh tahun, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Yok Eng, telah dijumpai lebih kurang 200 meter dari kawasan yang (dia) dilaporkan hilang pada pukul 12.31 tengah hari tadi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, seramai 10 orang anggota bomba termasuk penyelam dengan bantuan 10 anggota polis marin menyertai operasi itu.
Mangsa dilaporkan hilang ketika berada di pelantar sangkar ternakan ikan yang terletak berhampiran Jambatan Kedua Pulau Pinang. – BERNAMA
TOP
SEGERA: Hentikan Aktiviti Ketenteraan Di Lokasi MH17 – PM
Malaysia dan Belanda sepakat menggesa aktiviti ketenteraan di kawasan nahas MH17 dihentikan serta merta bagi membolehkan usaha membawa pulang saki baki mayat mangsa dengan segera.
Gesaan itu dinyatakan dalam sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutte di Amsterdam.
“Demi keluarga mangsa yang sedang bersedih, semua saki baki mayat mangsa nahas perlu dibawa pulang secepat mungkin.
“Setiap mangsa perlu dikebumikan dengan penuh bermaruah,” kata Najib.
Najib dan Rutte turut sepakat menyeru supaya pasukan penyiasat antarabangsa diberi akses penuh ke lokasi nahas demi mendapatkan keadilan setiap mangsa yang terlibat.
“Kami meminta supaya kedua-dua pihak, tentera Ukraine dan puak pemisah supaya segera menghentikan pertempuran di kawasan nahas.
“Konflik di timur Ukraine tidak mudah untuk diselesaikan. Tetapi, kesemua penumpang dalam pesawat (MH17) tiada kena mengena dengan konflik itu,” katanya.
Dalam sidang media bersama itu, Najib turut memaklumkan 68 anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah tiba di Kiev dan bekerjasama dengan pasukan polis Belanda dan Australia untuk mengawal kawasan nahas.
Najib tiba di Netherlands pada Khamis untuk melakukan lawatan kerja dua hari berkaitan nahas yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.
Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Delegasi itu turut dianggotai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Perdana Menteri dijadualkan akan ke Hilversum, tempat proses pengecaman dan forensik dilakukan terhadap mayat mangsa nahas. – AstroAwani.com
TOP
Wanita Mati Bakar Diri Dalam Tandas Di Medan Selera, Kulim
Kulim – Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki membakar dirinya di dalam tandas awam wanita di Medan Selera Taman Tunku Putra berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, mangsa yang belum dikenalpasti identiti dipercayai membakar dirinya dalam tandas berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, wanita terbabit ditemui dalam keadaan terbakar sebelum orang ramai yang menyedari kejadian itu cuba membantu dengan memadamkan api, namun gagal.
“Mangsa gagal diselamatkan. Dia mengalami kebakaran hampir 90 peratus badan menyebabkan maut di situ.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya. – Harian Metro
TOP
Pelajar Maut Terlebih Makan Daging Kambing Bakar
Alor Gajah – Keriangan sekumpulan bekas pelajar sekolah mengadakan perjumpaan Hari Raya sambil menikmati kambing bakar di tepi pantai, malam tadi bertukar kejutan menyedihkan apabila seorang daripada mereka sakit perut dan maut ketika dirawat di sebuah klinik di Masjid Tanah di sini, kira-kira 11 pagi ini.
Menurut sumber, Abdul Kader Joned, 45, anak bungsu dari sembilan beradik mengadu sakit perut dan pinggang selepas dikatakan makan terlalu banyak daging kambing bakar menyebabkan dia dihantar ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk rawatan.
Terdahulu, katanya, Abdul Kader menyertai satu perjumpaan bekas rakan sekolah menengahnya di pantai peranginan Pengkalan Balak dekat sini, malam tadi yang turut menyediakan kambing bakar.
Sumber itu berkata, Abdul Kader makan kambing bakar dalam jumlah yang banyak sebelum mengalami masalah sakit perut.
“Mangsa mengadu pada beberapa rakannya dan dihantar ke klinik berkenaan namun keadaannya semakin lemah dan kritikal.
“Dia disahkan meninggal dunia ketika dirawat tiga doktor di klinik berkenaan,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa didapati tiada rekod perubatan lampau dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan diklinik berkenaan.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Harian Metro
TOP
MH17: ‘Kami Akan Saman Sesiapa Yang Kata Anak Kami Dah Mati’
KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada salah seorang penumpang MH17 berhasrat untuk menyaman sesiapa yang berkata anak mereka telah meninggal dunia, tanpa menunjukkan sebarang bukti.
Menurut satu laporan dari The Independent yang mengungkap laporan Australian Associated Press (AAP), Dr George dan Angela Dyczynski masih percay bahawa anak mereka, Fatima Dyczynski, seorang jurutera aeroangkasa, masih hidup.
Anak George dan Angela, Fatima
Laporan itu berkata ibu bapa Fatima telah meminta tragedi malang itu disiasat oleh saintis pakar, terutama rakan-rakan Fatima dari sains angkasa. “Dia adalah seorang jurutera aeroangkasa, dia seorang saintis, dia adalah orang muda dengan idea-idea baru dan perspektif baru. “Kita mahu siasatan yang lebih saintifik dengan data yang sudah berkumpul. Ia harus bermula sekarang, bukan terpaksa tunggu berbulan-bulan,” kata Dr Dyczynski yang dipetik di dalam laporan itu. Pasangan itu berkata saintis angkasa boleh membantu mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.”Mungkin ada perspektif lain yang penting untuk disiasat. Bukan sahaja kemungkinan peluru berpandu (yang jatuhkan MH17) tetapi sesuatu yang lebih. “Ada kemungkinan kecil ada sesuatu yang masih hidup,” katanya kepada AAP. Pasangan itu melawat tapak kemalangan di Ukraine pada Sabtu lalu. – Astro Awani
Anak George dan Angela, Fatima
Laporan itu berkata ibu bapa Fatima telah meminta tragedi malang itu disiasat oleh saintis pakar, terutama rakan-rakan Fatima dari sains angkasa. “Dia adalah seorang jurutera aeroangkasa, dia seorang saintis, dia adalah orang muda dengan idea-idea baru dan perspektif baru. “Kita mahu siasatan yang lebih saintifik dengan data yang sudah berkumpul. Ia harus bermula sekarang, bukan terpaksa tunggu berbulan-bulan,” kata Dr Dyczynski yang dipetik di dalam laporan itu. Pasangan itu berkata saintis angkasa boleh membantu mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.”Mungkin ada perspektif lain yang penting untuk disiasat. Bukan sahaja kemungkinan peluru berpandu (yang jatuhkan MH17) tetapi sesuatu yang lebih. “Ada kemungkinan kecil ada sesuatu yang masih hidup,” katanya kepada AAP. Pasangan itu melawat tapak kemalangan di Ukraine pada Sabtu lalu. – Astro Awani
TOP
Farish Aziz Mohon Maaf, Padam Gambar Selfie Di Kubur
KUALA LUMPUR – Selepas dikecam hebat oleh pengikut laman sosialnya gara-gara bergambar di atas kubur, pelakon dan pengacara, Farish Aziz, akhirnya membuat keputusan memadamkan foto berkenaan serta memohon maaf di atas tindakannya itu.
Farish bagaimanapun dalam permohonan maaf menerusi akaun sosial miliknya, semalam, tidak menyangka niat mengambil gambar ‘selfie’ di tanah perkuburan boleh mencetuskan kontroversi sedemikian rupa.
“Saya tidak menyangka niat berkongsi gambar meraikan Hari Raya disalah tafsir sehingga begitu sekali. Saya bagaimanapun menghormati teguran semua, dengan itu saya mengambil keputusan memadamkan gambar berkenaan.
“Bagi mereka yang berasa tersinggung dengan gambar itu, saya memohon maaf. Sekali lagi, saya tidak berniat hendak mempermainkan sesiapa mahupun soal agama. Maaf zahir dan batin,” kata Farish di laman berkenaan.
Isnin lalu, tindakan Farish yang memuatnaik gambar diambilnya sendiri di tanah perkuburan dikecam teruk oleh pengikut laman sosialnya.
Mereka menyifatkan pengacara dan pelakon itu tidak menghormati adab menziarah pusara apabila memijak satu daripada kubur di situ. – Berita Harian
TOP
MH17: PM Tiba Di Amsterdam Untuk Lawatan Kerja 2 Hari
DATUK Seri Najib Razak tiba di Amsterdam bagi lawatan kerja dua hari ke Belanda, hari ini.
Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan dan disambut oleh pegawai kedutaan serta petugas yang terbabit dalam operasi MH17 di sini.
Hadir sama Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib.
Turut menyertai delegasi ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.
Perdana Menteri dijadual bertemu rakan sejawatannya, Mark Rutte, di The Hague, sebelum menghadiri sesi taklimat mengenai proses pengesahan identiti mangsa nahas MH17 di kem tentera Hilversum, petang ini. – Berita Harian
TOP
Gaza: Angka korban rakyat Palestin kini 1,361 orang
GAZA: Rejim Israel meneruskan serangan ganas mereka ke atas Gaza dengan memberi alasan masih belum mencapai sasaran utama yang ditetapkan iaitu menghancurkan semua terowong pejuang Islam di sempadan.
Bagaimanapun, jumlah angka korban di kalangan rakyat Palestin terus mencetuskan rasa cemas di peringkat antarabangsa.
Kabinet Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meluluskan usul meneruskan serangan terhadap Gaza sejak 8 Julai lalu sebagai tindak balas serangan roket oleh pejuang Hamas.
Masa yang sama, Israel menghantar delegasi ke Mesir yang menjadi orang tengah bagi berusaha mencapai persetujuan gencatan senjata dengan restu Amerika Syarikat.
Sementara itu, pegawai Gaza berkata, sekurang-kurangnya 1,361 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam terkorban dalam serangan ganas tentera rejim.
Israel pula kehilangan 56 askar dan tiga orang awam. - Reuters
TOP
Israel Penipu Besar Tuduh Malaysia Latih Kami – HAMAS
Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi
Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan. Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza. “Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI. Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global. “Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled. Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel. Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan. Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel. Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini. Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza. “Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau. Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel. - astroawani.com
Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan. Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza. “Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI. Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global. “Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled. Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel. Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan. Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan ‘paragliding’ untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel. Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini. Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza. “Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel,” ujar beliau. Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel. - astroawani.com
TOP
Malaysia Tidak Pernah Latih Pejuang Hamas!
Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, bukan sahaja latihan, kerajaan juga tidak pernah membenarkan sebarang unsur pusat latihan seumpama itu diwujudkan di negara ini.
“Mustahil ada latihan seumpama itu di negara ini, komen pejuang berkenaan itu tidak benar malah tidak wujud sama sekali di negara ini.
“Tidak kira apa jenis perjuangan termasuk dikategori perjuangan baik untuk melawan Israel, kita tidak pernah membenarkan atau memberikan kelulusan untuk latihan sebegini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Wan Junaidi diminta mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.
Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.
Tambah Wan Junaidi, mana-mana pejuang yang dikatakan mahu mengambil latihan perang boleh ke negara lain yang menawarkan ‘kursus’ berkenaan selain Malaysia.
“Sudah saya tegaskan, kita tidak adakan latihan perang untuk pejuang seumpama ini. Mereka yang mahu dan berminat boleh berlatih di negara lain,” ujarnya.
Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.
Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa. - Astro Awani
TOP
Gaza: Angka korban rakyat Palestin kini 1,361 orang
GAZA: Rejim Israel meneruskan serangan ganas mereka ke atas Gaza dengan memberi alasan masih belum mencapai sasaran utama yang ditetapkan iaitu menghancurkan semua terowong pejuang Islam di sempadan.
Bagaimanapun, jumlah angka korban di kalangan rakyat Palestin terus mencetuskan rasa cemas di peringkat antarabangsa.
Kabinet Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meluluskan usul meneruskan serangan terhadap Gaza sejak 8 Julai lalu sebagai tindak balas serangan roket oleh pejuang Hamas.
Masa yang sama, Israel menghantar delegasi ke Mesir yang menjadi orang tengah bagi berusaha mencapai persetujuan gencatan senjata dengan restu Amerika Syarikat.
Sementara itu, pegawai Gaza berkata, sekurang-kurangnya 1,361 rakyat Palestin kebanyakannya orang awam terkorban dalam serangan ganas tentera rejim.
Israel pula kehilangan 56 askar dan tiga orang awam. - Reuters
TOP
Unicef Gesa Konflik Di Gaza Dihenti Segera
KUALA LUMPUR – Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menggesa semua pihak bertindak dengan waras dan menamatkan konflik di Gaza, terutama demi kesejahteraan kanak-kanak.
Pengarah eksekutifnya Anthony Lake berkata, Unicef juga berharap petugas bantuan kemanusiaan dibenarkan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya sebelum lebih banyak insan tidak bersalah menjadi korban dalam konflik itu.
” Apakah harapan yang masih tinggal bagi kanak-kanak ini dan golongan mereka jika orang dewasa tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing melindungi mereka. Apakah perangai yang akan diwarisi kanak-kanak ini apabila mereka dewasa kelak?” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di New York dan dihantar kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, konflik terbaru di Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 245 kanak-kanak terbunuh.
Di samping itu, petugas kesihatan yang berusaha menyelamatkan nyawa, hanya berbekalkan sedikit air, tenaga elektrik dan ubat-ubatan yang amat sedikit, katanya.
Sementara itu, sebagai respons kepada konflik yang sedang melanda Gaza, UNICEF Malaysia melancarkan “Gaza Children’s Appeal”.
Mereka yang ingin menghulurkan derma dalam Ringgit Malaysia kepada tabung rayuan itu boleh melayari laman sesawang www.helpunicef.my untuk menyalurkan bantuan melalui kad kredit.
Mereka juga boleh menderma dengan mengeluarkan cek berpalang atau membuat pemindahan wang melalui bank untuk dibayar atas nama UNITED NATIONS CHILDREN’S FUND-EMERGENCY.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 03-20925812 atau 03-20959154. – BERNAMA
TOP
Bayi maut tercampak nahas kereta
Keadaan kereta Perodua Kancil yang dinaiki kesemua mangsa
GEMAS – Seorang bayi berusia setahun tiga bulan maut tercampak selepas kereta dinaiki lima sekeluarga terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang papan tanda, sebelum terbalik masuk ke dalam semak di Kilometer 42.8 Jalan Tampin-Gemas di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.25 pagi itu, Muhammad Amir Zikri Abdullah maut di tempat kejadian, manakala abangnya, Norhakimi Fakihin Abdullah, 7, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, petang semalam. Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan bersama ibu saudaranya, Zulikha Yahya, 26, dan neneknya, Noraini Mohd Yusuf, 55, dari Shah Alam, Selangor, menuju ke Segamat, Johor. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Kancil dinaiki keluarga berkenaan terbabas ke kiri jalan sebaik tiba di persimpangan masuk ke Jelai. Beliau berkata, Zulikha yang memandu kereta cedera di tangan kanan, sementara Noraini mengalami luka-luka di muka, kepala dan badan. Kedua-duanya dikejarkan ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut. "Mayat Muhammad Amir pula dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat. Norhakimi dihantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, bagaimanapun dirujuk kepada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Namun, mangsa dilaporkan meninggal dunia petang semalam. "Manakala seorang lagi adik-beradik mangsa dikenali sebagai Nurfahrin Fakihin Abdullah, 6, hanya cedera ringan," katanya. Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa. Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut. Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak malang itu kini berada di Scotland. Sementara itu, adik Noraini, Ramlah Mohd Yusuf, 51, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan. Menurutnya, sepatutnya pada tahun ini kakaknya itu tidak pulang beraya di kampung, namun akhirnya merubah fikiran pada malam sebelum kejadian dan memaklumkan menerusi WhatsApp. “Sebenarnya, apabila dia beritahu nak pulang, saya tidak sedap hati kerana sejak seminggu lalu saya sering terbayangkan kereta Kancil biru yang dinaiki mangsa. “Entah kenapa saya asyik terbayang dan termenung apabila diberitahu akan pulang. Malah, dada saya juga berdebar-debar," katanya. Menurutnya, dia sepatutnya berjumpa dengan arwah Muhammad Amir pada hari raya tahun lalu dan ketika itu dia masih lagi kecil. "Kini kami menunggu kepulangan ibunya yang bekerja dengan syarikat penerbangan di Scotland. Ibunya sudah enam bulan bekerja di sana dan terkejut dengan kejadian ini," katanya. - Sinar Online
GEMAS – Seorang bayi berusia setahun tiga bulan maut tercampak selepas kereta dinaiki lima sekeluarga terbabas ke bahu jalan dan merempuh tiang papan tanda, sebelum terbalik masuk ke dalam semak di Kilometer 42.8 Jalan Tampin-Gemas di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9.25 pagi itu, Muhammad Amir Zikri Abdullah maut di tempat kejadian, manakala abangnya, Norhakimi Fakihin Abdullah, 7, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, petang semalam. Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan bersama ibu saudaranya, Zulikha Yahya, 26, dan neneknya, Noraini Mohd Yusuf, 55, dari Shah Alam, Selangor, menuju ke Segamat, Johor. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Perodua Kancil dinaiki keluarga berkenaan terbabas ke kiri jalan sebaik tiba di persimpangan masuk ke Jelai. Beliau berkata, Zulikha yang memandu kereta cedera di tangan kanan, sementara Noraini mengalami luka-luka di muka, kepala dan badan. Kedua-duanya dikejarkan ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut. "Mayat Muhammad Amir pula dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat. Norhakimi dihantar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, bagaimanapun dirujuk kepada Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Namun, mangsa dilaporkan meninggal dunia petang semalam. "Manakala seorang lagi adik-beradik mangsa dikenali sebagai Nurfahrin Fakihin Abdullah, 6, hanya cedera ringan," katanya. Susulan kejadian itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa. Mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut. Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak malang itu kini berada di Scotland. Sementara itu, adik Noraini, Ramlah Mohd Yusuf, 51, berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada kakaknya yang memberitahu mereka terbabit dalam kemalangan. Menurutnya, sepatutnya pada tahun ini kakaknya itu tidak pulang beraya di kampung, namun akhirnya merubah fikiran pada malam sebelum kejadian dan memaklumkan menerusi WhatsApp. “Sebenarnya, apabila dia beritahu nak pulang, saya tidak sedap hati kerana sejak seminggu lalu saya sering terbayangkan kereta Kancil biru yang dinaiki mangsa. “Entah kenapa saya asyik terbayang dan termenung apabila diberitahu akan pulang. Malah, dada saya juga berdebar-debar," katanya. Menurutnya, dia sepatutnya berjumpa dengan arwah Muhammad Amir pada hari raya tahun lalu dan ketika itu dia masih lagi kecil. "Kini kami menunggu kepulangan ibunya yang bekerja dengan syarikat penerbangan di Scotland. Ibunya sudah enam bulan bekerja di sana dan terkejut dengan kejadian ini," katanya. - Sinar Online
TOP
Masih Ingatkah Penyanyi Lagu ‘Ala Lala Latok’?
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Alalala Tok (Saman) pada awal 1990-an iaitu Poe mengakui kekecewaan terhadap industri muzik membuatkan dia menyepi daripada menghasilkan sebarang album baharu.
Poe atau nama sebenarnya Fauzi Ahmad, 58, berkata, perasaan itu bertambah parah apabila terdapat individu dalam bidang itu sendiri yang sanggup menghancurkan industri demi kepentingan diri sendiri.
“Bagi saya industri muzik telah mati sejak tahun 1998 kerana individu dalam bidang itu sendiri yang hanya berfikir cara untuk mengaut keuntungan sehingga akhirnya kebajikan artis tidak dijaga dan turut memberi kesan secara keseluruhan kepada bidang itu sendiri.
“Sebab itu saya menyepi kerana sangat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Poe berkata, dia sebenarnya tidak pernah hilang daripada bidang muzik dan masih memperjuangkan irama Rege selain mengadakan persembahan di kelab dan acara korporat.
Malah kata Poe, dia juga pernah meninggalkan Kuala Lumpur dan menetap di Pahang bagi mencari hala tuju lain dalam hidupnya namun mengakui jiwanya masih kepada muzik.
“Saya pernah buka cafe di tepi pantai di Pahang selama empat tahun untuk cuba melakukan sesuatu yang berbeza dalam hidup saya tetapi muzik paling meninggalkan kesan.
“Sebab itu saya kembali ke Kuala Lumpur untuk memulakan kembali kerjaya seni dan memperjuangkan muzik Rege,” jelasnya.
Tambah Poe, walaupun sudah lama menyepi dia yakin dengan populariti lagu Alalala Tok (Saman) yang masih menjadi siulan pendengar sehingga hari ini akan memudahkan laluannya untuk kembali mencipta nama sebagai penyanyi.
“Pihak Clixster Music banyak menyakinkan saya untuk kembali mewarnai industri muzik dengan pelbagai perancangan yang telah disusun.
“Malah saya sudah mempunyai lagu yang ingin diketengahkan sebagai single yang saya rakamkan tiga tahun dahulu,” katanya.
– mstar.com.my
– mstar.com.my
TOP
Video - Pengajaran Aniaya Binatang
TOP
Mardiana, Juruterbang TUDM Berjiwa Kental
Pertama kali bertemu dengan wanita berhati waja ini, jelas kelihatan kelembutan bukan saja pada butir bicara malah penampilannya.
Jika tiada overall hijau yang menjadi tanda pengenalan pakaian juruterbang, tentu ramai tidak menyangka yang dia bergelar juruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tubuhnya yang kecil langsung tidak menggambarkan jiwanya yang besar dan kental membara.
Gemar bergaul dengan lelaki dan lasak sememangnya sifat Mejar Mardiana Razali sejak di sekolah rendah. Malah dia juga ‘kaki gaduh’ terutama dengan kawan-kawan yang tidak sependapat. Lantas dia dikenali dalam kalangan rakan-rakan kerana seorang yang tegas dan tahu apa yang diinginkan. Berikan apa saja cabaran pasti disambut anak kelahiran Negeri Sembilan ini kerana sejak kecil dia sememangnya bercita-cita menjadi juruterbang.
Menceritakan lebih lanjut rentetan perjalanan kerjaya sehingga bergelar juruterbang, sebaik saja menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Teknik Port Dickson, Mardiana terus menghantar permohonan menyertai TUDM dan terpilih menghadiri temu duga sebulan selepas itu.
“Alhamdulillah saya diterima sebagai pelajar Kolej Tentera Udara Alor Setar, Kedah bagi menjalani pengajian selama tiga tahun dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik),” katanya.
Ketika latihan pembelajaran, bukan setakat teori sebaliknya diberi peluang merasai pemanduan sebenar pesawat. Ketika itu kekuatan mental dan fizikal sangat teruji. Walaupun diuji dengan pelbagai latihan, Mardiana menetapkan matlamat yang dia perlu menyudahkan latihan sehingga berjaya menggenggam diploma pada 2002 dan ditauliahkan sebagai Leftenan TUDM oleh Yang di-Pertuan Agong.
Sebaik saja selesai pentauliahan, Mardiana diterima sebagai kadet juruterbang dan perlu menjalani latihan selama setahun di Pusat Latihan Terbang 1 (Pulatibang 1).
“Tempoh latihan walaupun singkat, ia sangat mencabar. Ketika itu banyak kes kematian semasa menyertai latihan. Memang rasa sangat tertekan. Namun saya diberikan kata-kata semangat daripada keluarga, rakan-rakan dan jurulatih. Ini menyebabkan saya meneruskan latihan demi mencapai cita-cita sebagai juruterbang,” ujar anak kedua daripada lima beradik ini.
Menurut Mardiana, ibunya tidak pernah bersetuju dia menyertai TUDM dan bergelar juruterbang. Sesuai dengan sifat wanita, lebih baik sekiranya Mardiana menjadi guru kerana kerjaya itu lebih sesuai dan tidak perlu menanggung risiko. Oleh kerana seorang yang degil dan keras kepala, Mardiana tetap meneruskan apa yang sudah menjadi minatnya sejak kecil. Dia yakin pilihannya tepat.
Bersaing dengan kelompok juruterbang lelaki tidaklah memberikan banyak perbezaan. Ini kerana setiap tugasan dipikul tetap sama tanpa mengira jantina.
“Cuma apabila mengandung, saya ditempatkan di bahagian yang memerlukan saya berada di pejabat. Begitu juga dengan misi yang disertai melalui prosedur yang sama,” katanya.
Kemajuan serta semangat ditunjukkan wanita ini menyebabkan dia dilantik sebagai pembantu juruterbang TUDM yang biasanya digalas kaum lelaki. Untuk itu, Mardiana berperanan membantu juruterbang menentukan arah penerbangan selain memastikan keselamatan pesawat ketika dalam penerbangan.
Sepanjang tujuh tahun menjadi pembantu juruterbang, dia diberi tugas membawa pesawat pengangkut udara, Charlie 130 Hercules (C-130H), pesawat pelbagai guna yang mampu menjalankan operasi dalam pelbagai bentuk cuaca dan muka bumi.
“Sepanjang tujuh tahun bertugas di 14 Skuadron Labuan, ia memberikan satu keseronokan dan pengalaman berharga kepada saya. Apatah lagi ketika itu saya masih baru dalam dunia penerbangan,” katanya yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kapten pada 2010 disusuli mejar kemudiannya.
Bersedia sertai misi mencari dan menyelamat MH17
Antara paling mencabar, ketika misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi Mac lalu dengan disertai 20 wartawan. Pengalaman ini masih segar dalam ingatan dan sukar dilupakan apabila terpaksa menempuh detik cemas dalam cuaca buruk termasuk kepulan awan tebal sepanjang dua jam dalam tempoh pencarian. “Berada dalam situasi ini saya sering ingatkan supaya memenuhi piawaian keselamatan serta melakukan yang terbaik. Ingatan ketika itu tentunya pada tiga anak di kampung, suami serta ibu tersayang. Alhamdulillah walaupun tidak berjaya menemui pesawat, saya berjaya melakukan pendaratan dengan selamat,” katanya. Menyentuh tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine baru-baru ini, Mardiana sangat terkejut ketika menerima perkhabaran itu menerusi telefon. Tidak tergambar perasaan kesedihan apatah lagi keluarga mangsa. Namun itu semua di luar bidang kuasa manusia. Apa yang mampu dilakukan adalah berdoa semoga semua urusan dapat dilakukan dengan lancar. Ditanya sama ada dia akan turut serta dalam misi mencari dan menyelamat di sana, jelas Mardiana, dia bersama beberapa juruterbang yang lain dalam proses bersedia dan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan. “Sekiranya kami diminta menyertai misi mencari dan menyelamat MH17, saya dan juruterbang lain akan mengikutinya,” katanya yang menyifatkan misi ini sedikit berbeza dan sangat mencabar. Ini kerana jika MH370 untuk mencari pesawat yang hilang tetapi MH17 sudah diketahui lokasi pesawat serta mangsa terbabit. Sudah tentu ia menuntut kesabaran, semangat, kekuatan mental, fizikal serta emosi yang bukan sedikit kerana pasukan penyelamat perlu berhadapan dengan mangsa yang sudah terkorban. Dalam pada itu, berada dalam negara yang sedang bergolak juga mendatangkan risiko kepada semua anggota penyelamat. “Namun bagaimana susah dan sukar sekali pun, setiap juruterbang sudah dilatih untuk menghadapi detik cemas terutama apabila membabitkan nyawa manusia. Siapa yang tidak sedih namun semua perasaan itu harus disimpan kerana apa yang penting meneruskan operasi bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan berjaya,” ujarnya.
Sambutan Aidilfitri
Untuk tahun kedua sepanjang bertugas di Subang, Mardiana dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di Seremban. Perasaan tentunya sangat teruja kerana dapat merasai suasana raya bersama suami, Kapten (B) Norsuhardi Abdul Rahman dan tiga anak mereka. “Saya sudah membuat persiapan awal terutama untuk anak-anak kerana mereka yang paling teruja apabila beraya. Untuk saya dan suami persediaan ala kadar saja. Apa yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama sambil memohon kemaafan antara satu sama lain,” katanya yang akan bercuti sehingga hari raya kelima sebelum menyambung tugasan semula. Sebagai juruterbang, memang setiap orang berkeinginan beraya bersama keluarga namun demi tugas ada kala perasaan gembira dan teruja ini terpaksa diketepikan. Namun suasana hari raya di pejabat tiada bezanya kerana dikelilingi rakan. “Biasanya pada pagi raya kami mengagih-agihkan bungkusan untuk setiap kaki tangan yang bertugas pada hari itu sebelum bersalam-salaman antara satu sama lain,” katanya. – Harian Metro
Bersedia sertai misi mencari dan menyelamat MH17
Antara paling mencabar, ketika misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi Mac lalu dengan disertai 20 wartawan. Pengalaman ini masih segar dalam ingatan dan sukar dilupakan apabila terpaksa menempuh detik cemas dalam cuaca buruk termasuk kepulan awan tebal sepanjang dua jam dalam tempoh pencarian. “Berada dalam situasi ini saya sering ingatkan supaya memenuhi piawaian keselamatan serta melakukan yang terbaik. Ingatan ketika itu tentunya pada tiga anak di kampung, suami serta ibu tersayang. Alhamdulillah walaupun tidak berjaya menemui pesawat, saya berjaya melakukan pendaratan dengan selamat,” katanya. Menyentuh tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine baru-baru ini, Mardiana sangat terkejut ketika menerima perkhabaran itu menerusi telefon. Tidak tergambar perasaan kesedihan apatah lagi keluarga mangsa. Namun itu semua di luar bidang kuasa manusia. Apa yang mampu dilakukan adalah berdoa semoga semua urusan dapat dilakukan dengan lancar. Ditanya sama ada dia akan turut serta dalam misi mencari dan menyelamat di sana, jelas Mardiana, dia bersama beberapa juruterbang yang lain dalam proses bersedia dan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan. “Sekiranya kami diminta menyertai misi mencari dan menyelamat MH17, saya dan juruterbang lain akan mengikutinya,” katanya yang menyifatkan misi ini sedikit berbeza dan sangat mencabar. Ini kerana jika MH370 untuk mencari pesawat yang hilang tetapi MH17 sudah diketahui lokasi pesawat serta mangsa terbabit. Sudah tentu ia menuntut kesabaran, semangat, kekuatan mental, fizikal serta emosi yang bukan sedikit kerana pasukan penyelamat perlu berhadapan dengan mangsa yang sudah terkorban. Dalam pada itu, berada dalam negara yang sedang bergolak juga mendatangkan risiko kepada semua anggota penyelamat. “Namun bagaimana susah dan sukar sekali pun, setiap juruterbang sudah dilatih untuk menghadapi detik cemas terutama apabila membabitkan nyawa manusia. Siapa yang tidak sedih namun semua perasaan itu harus disimpan kerana apa yang penting meneruskan operasi bagi memastikan semuanya berjalan lancar dan berjaya,” ujarnya.
Sambutan Aidilfitri
Untuk tahun kedua sepanjang bertugas di Subang, Mardiana dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di Seremban. Perasaan tentunya sangat teruja kerana dapat merasai suasana raya bersama suami, Kapten (B) Norsuhardi Abdul Rahman dan tiga anak mereka. “Saya sudah membuat persiapan awal terutama untuk anak-anak kerana mereka yang paling teruja apabila beraya. Untuk saya dan suami persediaan ala kadar saja. Apa yang penting kami sekeluarga dapat berkumpul bersama-sama sambil memohon kemaafan antara satu sama lain,” katanya yang akan bercuti sehingga hari raya kelima sebelum menyambung tugasan semula. Sebagai juruterbang, memang setiap orang berkeinginan beraya bersama keluarga namun demi tugas ada kala perasaan gembira dan teruja ini terpaksa diketepikan. Namun suasana hari raya di pejabat tiada bezanya kerana dikelilingi rakan. “Biasanya pada pagi raya kami mengagih-agihkan bungkusan untuk setiap kaki tangan yang bertugas pada hari itu sebelum bersalam-salaman antara satu sama lain,” katanya. – Harian Metro
TOP
Exim Bank Kukuhkan Perniagaan Di Asia
KUALA LUMPUR – Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) merancang untuk mengukuhkan perniagaannya di Asia berikutan permintaan yang tinggi terhadap infrastruktur di rantau ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adissadikin Ali, berkata rantau ini merupakan kawasan pilihannya kerana kebanyakan negara yang sedang membangun terletak di sini.
“Infrastruktur diperlukan dalam kaedah yang lebih besar di sini dan Malaysia dikenali bagi pengeksportan keupayaan pembinaan,” katanya kepada wakil media yang terpilih baru-baru ini.
Adissadikin berkata bank mula beralih ke Asia dan Asean, terutamanya, sejak dua tahun lalu berikutan ia lebih biasa dengan politik dan risiko perundangan di rantau ini.
Tambahan pula, katanya, bank melihat peluang yang lebih besar di rantau ini, terutamanya dengan hampir dua pertiga daripada populasi dunia terletak di Asia.
“Langkah ini juga munasabah berikutan ia lebih dekat dengan negara kita, menjadikannya lebih mudah untuk memantau kerja kami,” katanya.
Adissadikin berkata dari segi pendedahan, 60 peratus daripada perniagaan Exim Bank ialah di Asia and Asean, turut menunjukkan sumbangan pendapatan.
Sementara itu, beliau yakin terhadap prospek tahun ini berikutan bank telah mencapai separuh daripada sasaran agihan bagi 2014 sebanyak RM5 bilion.
Beliau juga yakin bahawa aset pinjaman bank itu akan terus berkembang daripada jumlah semasa RM6 bilion.
“Kami menyasarkan aset pinjaman akan berkembang sebanyak 30 peratus tahun ke tahun tetapi setakat ini, bagi tempoh tiga tahun lalu, ia telah berkembang lebih daripada itu apabila saiz aset kami berkembang dari aspek pinjaman sebanyak 56 peratus tahun lepas sahaja,” katanya. – BERNAMA
TOP
Porsche Rempuh Belakang Viva, Wanita Parah
SHAH ALAM – Seorang wanita mengalamai kecederaan parah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh kereta sukan, Porsche di Kilometer 12.8 Lebuhraya Elite di sini pagi Khamis.
Akibat kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, kereta yang dinaiki mangsa bersama suami dan anaknya terbalik ke tepi jalan.
Bagaimanapun, suami dan anak mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, ketika kemalangan, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidilfitiri di Semenyih.
Semasa melalui tempat kejadian, sebuah kereta sukan yang dipandu laju telah merempuh kenderaan mereka dari belakang di lorong kanan jalan.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya dekat sini.
Jurucakap polis memberitahu, Porsche itu dipandu oleh pelajar warga negara British dan siasatan terperinci akan dilakukan. – mStar
TOP
Lelaki rentung dalam kebakaran awal pagi di Putatan
KOTA KINABALU: Seorang lelaki rentung selepas rumah yang didiaminya di Kampung Seri Pandan, Putatan, musnah dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah awal hari ini.
Mayat mangsa, Kadir Ghani yang berumur lingkungan 50-an, ditemui di bahagian ruang tamu rumah berkenaan dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.14 pagi sebelum menggegaskan tiga jentera bomba berserta 24 anggota dan pegawai.
Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Putatan dan Kota Kinabalu itu berjaya mengawal kebakaran kira-kira 4 pagi. - BERNAMA
TOP
Angka kematian cecah 1,270
Kenderaan petugas UNRWA antara terkena bedilan. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN . Sebanyak 40 orang maut dalam serangan Israel di sekitar Gaza selepas bedilan terkena sebuah sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin. Jumlah itu menjadikan angka kematian penduduk Palestin meningkat kepada lebih 1,270 orang selepas 23 hari berperang. Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, keganasan terkini menyaksikan enam anggota keluarga dengan tiga daripadanya adalah kanak-kanak terkorban di Tuffah. Sementara itu, di Khan Yunis, satu bedilan membunuh sembilan anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak. "Tujuh lagi maut selepas serangan darat memasuki wilayah didiami 1.7 juta rakyat. Serangan itu menyebabkan dua petugas di Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) maut," katanya, dipetik dari laporan AFP. Angka korban di pihak Israel pula, meningkat kepada 56 dengan 53 daripadanya adalah askar, dua orang awam dan seorang pekerja pertanian Thailand.
GAZA - PALESTIN . Sebanyak 40 orang maut dalam serangan Israel di sekitar Gaza selepas bedilan terkena sebuah sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin. Jumlah itu menjadikan angka kematian penduduk Palestin meningkat kepada lebih 1,270 orang selepas 23 hari berperang. Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, keganasan terkini menyaksikan enam anggota keluarga dengan tiga daripadanya adalah kanak-kanak terkorban di Tuffah. Sementara itu, di Khan Yunis, satu bedilan membunuh sembilan anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak. "Tujuh lagi maut selepas serangan darat memasuki wilayah didiami 1.7 juta rakyat. Serangan itu menyebabkan dua petugas di Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) maut," katanya, dipetik dari laporan AFP. Angka korban di pihak Israel pula, meningkat kepada 56 dengan 53 daripadanya adalah askar, dua orang awam dan seorang pekerja pertanian Thailand.
TOP
Mursi sokong Hamas
Mursi (kanan) sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.
KAHERAH - MESIR. Selepas 23 hari krisis tercetus, bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi tampil memberi sokongan penuh kepada pejuang Hamas yang sanggup bermati-matian untuk mempertahankan wilayah Gaza. "Saya sanjung dan tabik kepada pejuang Palestin yang tidak pernah putus asa menentang Israel. Kami sentiasa menyokong perjuangan mereka sejak dari awal," katanya menerusi Facebook rasminya. Ketika di bawah pemerintahan Mursi, kerajaan Mesir pernah menjadi perantaraan untuk menjayakan pelan gencatan senjata ketika Perang Lapan Hari tercetus di Genting Gaza pada 2012. Kini, Amerika Syarikat dan negara Liga Arab menggesa tindakan sama dapat dilakukan Presiden Mesir yang baru dilantik Abdel Fatah al-Sisi. Namun, beliau dilihat gagal berbuat demikian malah menambahkan lagi penderitaan Palestin apabila menutup laluan sempadan Rafah, sehari selepas konflik tercetus.ipetik dari laporan Al-Arabiya
KAHERAH - MESIR. Selepas 23 hari krisis tercetus, bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi tampil memberi sokongan penuh kepada pejuang Hamas yang sanggup bermati-matian untuk mempertahankan wilayah Gaza. "Saya sanjung dan tabik kepada pejuang Palestin yang tidak pernah putus asa menentang Israel. Kami sentiasa menyokong perjuangan mereka sejak dari awal," katanya menerusi Facebook rasminya. Ketika di bawah pemerintahan Mursi, kerajaan Mesir pernah menjadi perantaraan untuk menjayakan pelan gencatan senjata ketika Perang Lapan Hari tercetus di Genting Gaza pada 2012. Kini, Amerika Syarikat dan negara Liga Arab menggesa tindakan sama dapat dilakukan Presiden Mesir yang baru dilantik Abdel Fatah al-Sisi. Namun, beliau dilihat gagal berbuat demikian malah menambahkan lagi penderitaan Palestin apabila menutup laluan sempadan Rafah, sehari selepas konflik tercetus.ipetik dari laporan Al-Arabiya
TOP
Kerajaan Kuatkuasa Program Serahan Diri Tangani Isu Pati
PUTRAJAYA: Pendatang asing tanpa izin (Pati) ditawarkan pulang ke negara asal menerusi program serahan diri sejak 21 Julai lalu dan sehingga kini ia mencatatkan rekod memberangsangkan apabila lebih 3,000 Pati sudah mendapat manfaat daripadanya.
Jumlah pati yang menyerah diri secara sukarela untuk pulang ke negara asal itu dijangka meningkat lebih 30,000 dari tarikh ia dikuatkuasakan sehingga akhir tahun ini.
Pelaksanaan inisiatif terbaharu ini mendapat persetujuan Peguam Negara, dengan Pati yang menyerah diri secara sukarela hanya perlu membayar RM400 untuk kompaun dan pas khas RM100, selain perlu memenuhi syarat mempunyai dokumen perjalanan dan tiket untuk pulang ke tanah air mereka.
Mereka kemudiannya akan dibenarkan tinggal sementara di negara ini menggunakan pas khas sehingga 30 hari sebelum pulang ke negara asal.
Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, sebelum ini, 15,109 Pati tampil di pejabat Imigresen antara Januari hingga Jun tahun lalu untuk menyerah diri dengan alasan mahu pulang ke negara mereka.
“Jumlah serahan diri Pati selepas ini dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding sebelum ini, menjelang akhir tahun ini.
“Kita akan menilai keberkesanan program ini selepas tiga bulan ia dikuatkuasakan dan akan mempertimbangkan beberapa cadangan seperti menetapkan tempoh masa Pati untuk pulang ke negara asal bergantung kepada keadaan,” katanya dalam pertemuan dengan mStar Online, baru-baru ini.
Tambah Sakib, bilangan Pati yang menyerah diri sebelum ini membabitkan 2,028 warga Sri Lanka, diikuti Nepal (1,959), India (1,858), Filipina (1,629), Indonesia (1,606).
“Selain itu, Myanmar dengan 1,016, Pakistan (1,009), Bangladesh (952), Vietnam (948), China (443) dan Nigeria (365),” katanya.
Menurut Sakib, program serahan diri merupakan satu lagi inisiatif kerajaan dalam menangani isu Pati selepas Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang bermula pada Oktober 2011 hingga 20 Januari lalu, dan diakhiri dengan Program Khas Pemutihan Pati (PKPP).
Bermula 21 Januari lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan operasi besar-besaran memburu Pati di seluruh negara, dengan keseluruhannya seramai 19,319 Pati ditahan sehingga 20 Julai lalu.
Sakib berkata, program serahan diri yang berkuat kuasa 21 Julai lalu, bertujuan mengurangkan bilangan Pati yang begitu ramai di negara ini.
"Bagaimanapun, Pati yang membuat serahan diri sebelum pelaksanaan program itu dikenakan tindakan mengikut Akta Imigresen Seksyen 6(1)(c) kerana tidak mempunyai pas atau permit atau Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa.
"Misalnya, kesalahan tinggal lebih masa, Pati dikenakan kompaun RM30 sehari atau maksimum RM2,000 bagi tempoh dua tahun, jauh lebih tinggi berbanding kompaun menerusi serahan diri yang baharu dikuatkuasakan ini, yang hanya RM400 , termasuk bayaran pas khas," katanya.
Tambah Sakib, tindakan kompaun yang tinggi, selain kemungkinan ditahan terutama bagi yang memiliki rekod jenayah menyebabkan Pati takut untuk tampil menyerah diri dan terpaksa menggunakan laluan tikus sebagai alternatif untuk pulang ke negara asal.
“Menerusi program serahan diri yang baharu ini, mereka tidak lagi dikenakan tindakan atau ditahan kecuali mempunyai rekod jenayah.
“Mereka juga dibenarkan keluar dari negara mengikut pintu masuk yang sah menggunakan pas khas yang diberikan kepada mereka,” kata Sakib sambil menambah bahawa setiap Pati akan melalui proses pendaftaran biometrik iaitu cap jari mereka diambil bagi memastikan Pati terbabit tidak memasuki semula ke negara ini menggunakan identiti lain.
Katanya, ia turut membantu mengurangkan kos kerajaan membiayai setiap Pati yang ditahan di depot tahanan Imigresen seluruh negara iaitu kira-kira RM35 sehari.
“Pendekatan serahan diri ini juga dapat mempertingkatkan kecekapan operasi terutama penguatkuasaan Imigresen dalam membanteras Pati terutama dari segi logistik,” katanya. - mStar.com.my
TOP
Dua lagi suspek samun diburu
Polis giat memburu dua suspek kes samun yang terbabit dalam kemalangan jalan raya Ahad lalu.
SUNGAI PETANI - Polis kini masih memburu dua penjenayah yang melarikan diri selepas kemalangan sejurus menyamun sebuah stesen minyak dekat Bedong, Kedah awal pagi Ahad lalu. Kedua-duanya melarikan diri selepas kenderaan yang dinaiki mereka bersama dua lagi rakan bertembung dalam nahas jalan raya berdekatan simpang Plaza Tol Sungai Petani Utara dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi hari kejadian. Seorang suspek maut dalam kejadian itu manakala seorang lagi berjaya diberkas polis sejurus selepas kemalangan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya giat memburu dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dekat sebuah stesen minyak di Bedong. Menurutnya, suspek menggunakan tukul besi semasa melakukan jenayah sebelum keempat suspek menaiki kenderaan menuju ke arah Sungai Petani. “Apabila sampai di simpang empat berdekatan plaza tol tersebut, kenderaan yang dinaiki suspek bertembung dengan sebuah kenderaan lain,” katanya. Perlanggaran menyebabkan seorang suspek maut di lokasi kejadian dan seorang lagi yang cedera ditahan polis untuk siasatan lanjut. “Kita telah mengerahkan anggota untuk memburu suspek yang berusia lingkungan 30-an,” katanya. Beliau berkata, semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek dilaporkan dicuri beberapa bulan lalu. Kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun yang sama iaitu rompakan berkumpulan. Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk berbuat demikian. - Sinar Online
SUNGAI PETANI - Polis kini masih memburu dua penjenayah yang melarikan diri selepas kemalangan sejurus menyamun sebuah stesen minyak dekat Bedong, Kedah awal pagi Ahad lalu. Kedua-duanya melarikan diri selepas kenderaan yang dinaiki mereka bersama dua lagi rakan bertembung dalam nahas jalan raya berdekatan simpang Plaza Tol Sungai Petani Utara dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi hari kejadian. Seorang suspek maut dalam kejadian itu manakala seorang lagi berjaya diberkas polis sejurus selepas kemalangan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya giat memburu dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dekat sebuah stesen minyak di Bedong. Menurutnya, suspek menggunakan tukul besi semasa melakukan jenayah sebelum keempat suspek menaiki kenderaan menuju ke arah Sungai Petani. “Apabila sampai di simpang empat berdekatan plaza tol tersebut, kenderaan yang dinaiki suspek bertembung dengan sebuah kenderaan lain,” katanya. Perlanggaran menyebabkan seorang suspek maut di lokasi kejadian dan seorang lagi yang cedera ditahan polis untuk siasatan lanjut. “Kita telah mengerahkan anggota untuk memburu suspek yang berusia lingkungan 30-an,” katanya. Beliau berkata, semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek dilaporkan dicuri beberapa bulan lalu. Kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan ketika merompak dan Seksyen 395 kanun yang sama iaitu rompakan berkumpulan. Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berdekatan untuk berbuat demikian. - Sinar Online
TOP
Pas Selangor tetap setia bersama PR
Parti PAS
SHAH ALAM - Pas Selangor memberi jaminan akan setia dan memberi komitmen terhadap kerjasama barisan komponen PR meskipun terdapat penyebaran aplikasi WhatApps berhubung kerjasama dengan Umno. Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu adalah berdasarkan analisis serta pendapat peribadi. “Kita tidak tahu berkenaan pandangan yang dibuat Dr Mohd Zuhdi. Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu. Pas Selangor akan kekal setia seperti pendirian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan sambil menegaskan pandangan itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Pas Selangor. “Pandangan yang dibuat oleh Dr Mohd Zuhdi tidak memberi kesan kepada Pas Selangor dan ia datang dari beliau sendiri. Kami jamin kepada rakan PR, kami tidak ada rekod yang menunjukkan Adun kami menyertai Umno atau BN,” katanya. Kelmarin, sebuah paparan skrin mesej perbincangan kumpulan WhatApps AJK Pas Pusat mengenai isu di Selangor tersebar luas melalui pelbagai aplikasi media. Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Mohd Zuhdi yang berpendapat Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno. - Sinar Online
SHAH ALAM - Pas Selangor memberi jaminan akan setia dan memberi komitmen terhadap kerjasama barisan komponen PR meskipun terdapat penyebaran aplikasi WhatApps berhubung kerjasama dengan Umno. Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu adalah berdasarkan analisis serta pendapat peribadi. “Kita tidak tahu berkenaan pandangan yang dibuat Dr Mohd Zuhdi. Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu. Pas Selangor akan kekal setia seperti pendirian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan sambil menegaskan pandangan itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Pas Selangor. “Pandangan yang dibuat oleh Dr Mohd Zuhdi tidak memberi kesan kepada Pas Selangor dan ia datang dari beliau sendiri. Kami jamin kepada rakan PR, kami tidak ada rekod yang menunjukkan Adun kami menyertai Umno atau BN,” katanya. Kelmarin, sebuah paparan skrin mesej perbincangan kumpulan WhatApps AJK Pas Pusat mengenai isu di Selangor tersebar luas melalui pelbagai aplikasi media. Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Mohd Zuhdi yang berpendapat Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno. - Sinar Online
TOP
Israel Serang kanak-kanak sedang tidur paling memalukan
GAZA - PALESTIN. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Israel melanggar undang-undang antarabangsa selepas menyerang sebuah sekolah di kem pelarian Jabaliya, Gaza awal pagi semalam, lapor Washington Post.
Serangan ketika tidur tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan puluhan lain cedera, kata pegawai Palestin dan PBB.
Serangan itu adalah antara yang terburuk dalam insiden serangan lebih tiga minggu.
Bangunan tersebut adalah sekolah keenam PBB di Gaza yang digegarkan oleh letupan.
Sekolah PBB yang menjadi tempat perlindungan ratusan rakyat Palestin selepas meninggalkan kediaman mereka.
Menurut Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, segala bukti yang wujud menuding ke arah Israel sebagai pihak bertanggungjawab atas kejadian itu.
“Tiada yang lebih memalukan daripada menyerang kanak-kanak yang sedang tidur,” katanya kepada pemberita di San Jose, Costa Rica, semalam.
Itu merupakan kenyataan beliau paling keras setakat ini berhubung serangan ke atas Gaza.
Enam staf PBB telah terbunuh dalam serangan tersebut.
Pegawai PBB berkata, Israel telah dimaklumkan lokasi sekolah sebanyak 17 kali termasuk kali terakhir kira-kira sejam sebelum serangan itu.
Sementara, pihak berkuasa Israel berkata pihaknya sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab dalam serangan berdarah itu.
Pada serangan pertama, tentera Israel menyalahkan roket sesat atau tembakan mortar dari militan Gaza.
Serangan terbaru itu menjadikan angka korban meningkat kepada 1,302 orang.
TOP
Pasar raya musnah dalam kebakaran di Kunak
KEBAKARAN di sebuah pasar raya di Kunak yang memusnahkan
pelbagai barang keperluan harian serta ribuan pakaian, lewat malam tadi.
- Foto Abdul Rahemang Taiming
KUNAK: Pelbagai barangan keperluan harian termasuk ribuan pakaian di sebuah pasar raya di sini, musnah dalam kebakaran jam 11.00 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Jaafar Salleh, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.03 malam sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian bersama 14 anggota dan dua jentera serta sebuah utiliti. "Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak dan memusnahkan hampir keseluruhan tingkat atas bangunan terbabit," katanya.
Jaafar berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian.
- BH Online
KUNAK: Pelbagai barangan keperluan harian termasuk ribuan pakaian di sebuah pasar raya di sini, musnah dalam kebakaran jam 11.00 malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak, Jaafar Salleh, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.03 malam sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian bersama 14 anggota dan dua jentera serta sebuah utiliti. "Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak dan memusnahkan hampir keseluruhan tingkat atas bangunan terbabit," katanya.
Jaafar berkata, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dan bomba masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian.
- BH Online
TOP
Israel Dakwa Pejuang Hamas Diberi Latihan Di Malaysia
KUALA LUMPUR - Seorang pejuang Hamas yang telah berjaya ditangkap oleh askar israel dikatakan telah mendapat latihan serangan 'cross border' dengan menggunakan 'powered parachute' di Malaysia..
Menurut laporan yang dipetik dari Jerusalem Post itu, latihan tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada persediaan Hamas menentang IDF, kata Agensi Keselamatan di Israel.
Pejuang Hamas tersebut, Izzadin Kassim,, yang kini dalam tahanan itu dikatakan telah menyertai Hamas pada 2007 dan telah menyertai latiha di Malaysia pada 2012. - SiakapKeli.com
TOP
Israel bedil sekolah UNRWA
Anggota keluarga mencari cebisan mayat di bilik darjah yang dijadikan kem perlindungan.
GAZA - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 20 terbunuh selepas Israel memperhebatkan serangan darat dan udara dengan membedil sebuah sekolah milik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Jamaliyah, kelmarin. Serangan ganas itu dilancarkan selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa menemui sejumlah senjata di beberapa sekolah dan pusat penempatan sementara sebelum ini. Seorang petugas di pejabat PBB yang enggan dikenali berkata, dua bilik darjah yang dikelolakan oleh Badan Bantuan dan Petugas PBB musnah sama sekali. “Sasaran itu dilancarkan di kem perlindungan penduduk Palestin. Selepas bedilan itu, kami lihat penduduk mencari cebisan mayat dan membawa keluar mayat berlumuran darah. Ramai anggota keluarga menangis dan pengsan apabila melihat mayat anak dan ahli keluarga mereka,” katanya. Sementara itu, jurucakap PBB, Chris Gunness mengutuk keras serangan yang tidak berperikemanusiaan itu. “Ini adalah pusat perlindungan dan sekolah. Serangan ini adalah pelanggaran hak dan mencabuli perjanjian PBB. Mereka juga memusnahkan harta benda milik PBB dan serangan ini amat melampau,” katanya, dipetik dari laporan AFP/ IB Times.
GAZA - PALESTIN . Sekurang-kurangnya 20 terbunuh selepas Israel memperhebatkan serangan darat dan udara dengan membedil sebuah sekolah milik Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) di Jamaliyah, kelmarin. Serangan ganas itu dilancarkan selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa menemui sejumlah senjata di beberapa sekolah dan pusat penempatan sementara sebelum ini. Seorang petugas di pejabat PBB yang enggan dikenali berkata, dua bilik darjah yang dikelolakan oleh Badan Bantuan dan Petugas PBB musnah sama sekali. “Sasaran itu dilancarkan di kem perlindungan penduduk Palestin. Selepas bedilan itu, kami lihat penduduk mencari cebisan mayat dan membawa keluar mayat berlumuran darah. Ramai anggota keluarga menangis dan pengsan apabila melihat mayat anak dan ahli keluarga mereka,” katanya. Sementara itu, jurucakap PBB, Chris Gunness mengutuk keras serangan yang tidak berperikemanusiaan itu. “Ini adalah pusat perlindungan dan sekolah. Serangan ini adalah pelanggaran hak dan mencabuli perjanjian PBB. Mereka juga memusnahkan harta benda milik PBB dan serangan ini amat melampau,” katanya, dipetik dari laporan AFP/ IB Times.
TOP
'Lelaki Terkaya Di Dunia' Tawar Bayaran Balik Kepada Pelabur
KUALA LUMPUR: Peserta skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kontroversi kendalian Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina layak menuntut kembali bayaran balik jika mahu membatalkan pelaburan mereka.
Perkara itu dimaklumkan pengedar kanannya, Jessy Lai.
"Mereka mempunyai masa sehingga 14 Ogos untuk membatalkan keahlian.
"Hanya bawa kad pengenalan, kita akan ambil gambar serta klip video anda menyatakan sebab-sebab mahu batalkan dan kami akan memberikan bayaran balik secara terus," kata Lai menerusi sidang media pada Rabu.
Bagaimanapun beliau berkata, bayaran balik hanya akan diberikan kepada mereka yang tidak pernah memperkenalkan mana-mana ahli baru kepada kumpulan itu.
Baru-baru ini Zhang menjadi topik berita selepas papan iklan wajahnya dikesan di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai 'bakal manusia terkaya di dunia.
Malah berdasarkan iklan dalam lawan web syarikat itu, orang ramai dikatakan boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.
Bagaimanapun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengisytiharkan skim MLM yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.
Selain itu Lai turut menafikan laporan media bahawa sekurang-kurangnya 100 orang ahlinya hadir di pejabat syarikat itu di sini untuk membatalkan keahlian mereka sejak berita tentang tawaran bayaran balik itu dihebahkan di Internet sebelum pengumuman rasmi.
"Kami tidak menerima apa-apa permohonan sehingga sekarang," katanya.
Beliau menegaskan bahawa proses pengembalian itu hanya boleh dilakukan di pejabat.
Mengenai lokasi Zhang ketika ini, Lai berkata pengasas MLM itu kini sedang meneroka luar negara.
Ditanya sama ada Zhang akan muncul bagi menjelaskan mengenai perniagaannya, Lai berkata beliau hanya akan muncul untuk urusan rasmi dan bukan untuk menjawab tuduhan terhadapnya. - mStar online
TOP
(Video) Apa yang akan Dialami Oleh Pekayak Ini Pasti Mengejutkan
Sepertinya kita di Malaysia tidak akan pernah melalui pengalaman yang mendebarkan seperti ini ketika berkayak. Namun apa yang dihadapi oleh dua orang ini ketika berkayak amat mengejutkan apabila mereka didatangi oleh beberapa ekor ikan paus ketika berkayak. Tetapi apa yang lebih mengejutkan lagi adalah... Anda tonton sendiri.
- SiakapKeli.com
Post by Siakap Keli.
- SiakapKeli.com
TOP
Pas Akan LENYAP Di S’gor Kalau P’raya Mengejut Diadakan
Pakatan Rakyat (PR) berisiko kalah manakala PAS pula dilenyapkan daripada Selangor sekiranya pilihan raya mengejut diadakan untuk menyelesaikan isu penggantian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, kata DAP.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata PR– yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP – akan mengalami ‘kekalahan besar’ sekiranya pilihan raya negeri diadakan, tetapi memberi amaran PAS akan kalah lebih besar.
Amaran ini berikutan presiden parti Islam itu yang menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar sementara parti Khalid, PKR, mahu menggantikannya dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Desakan PAS untuk menyokong Khalid akan mendorong kepada pilihan raya mengejut, yang akhirnya akan menyebabkan PAS kalah besar, ataupun kalah semua kerusi yang dimenanginya dengan susah payah. Ini kemungkinan besar hanya akan mengembalikan semula Selangor kepada Umno,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata memandangkan PKR dan DAP mahu menggantikan Khalid, sementara PAS bersama dengan sokongan Umno inginkan Khalid kekalkan jawatannya, oleh itu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbahagi dua tanpa majoriti yang jelas.
“Dalam situasi sebegini, Khalid mungkin akan mendapat kebenaran daripada Sultan Selangor untuk mengadakan pilihan raya mengejut.”
Pua berkata, PKR dan DAP akan hilang 3% undi Melayu dan 10% undi bukan Melayu di 7 daripada 30 kerusi DUN.
Menurut Pua, PKR akan kehilangan Batu Tiga, Ijok, Kota Anggerik, Taman Medan dan Pelabuhan Klang, manakala DAP akan hilang kerusi Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek.
PKR akan hanya tinggal 10 kerusi dan DAP 13 kerusi.
Namun di kawasan kubu kuat PAS yang mendapat sokongan Melayu, menurut Pua parti itu juga akan hilang 7 daripada 15 kerusi DUN yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Kerusi DUN terbabit adalah Sabak, Gombak Setia, Dusun Tua, Selat Kajang, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.
Manakala undi bukan Melayu terhadap PAS juga akan jatuh 25% sekaligus akan menyebabkan PAS hilang kerusi Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras, menyebabkannya hanya tinggal tiga kerusi sahaja.
Bagaimanapun tiga kerusi di Chempaka, Bangi, dan Meru juga masih dianggap tidak selamat kerana undi Melayu merosot 5% manakala bukan Melayu 30%.
“Melihat kepada senario di atas, amat sukar untuk Pakatan Rakyat mempertahankan kuasa mereka di Selangor.
“Kemenangan besar akan menjadi milik Umno apabila dapat mengembalikan semula 30 kerusi dalam DUN,” katanya.
Sehubungan itu, Pua menyeru PAS supaya terus kekal dalam PR dan tidak mengecewakan harapan rakyat Selangor.
“Kami harap rakan seperjuangan PAS akan berdiri teguh bersama Pakatan dan melaksanakan janji yang ditaburkan kepada rakyat serta mengelakkan impian rakyat dikecewakan sebelum sempat ditunaikan,” katanya.
Pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan bersetuju dengan tindakan DAP dan PKR yang mahu Khalid disingkirkan sebelum akhir penggal.
Konflik itu membawa kepada cadangan melalui perbualan kumpulan AJK PAS Pusat dalam WhatsApp yang mahu bergabung undi dengan Umno demi memastikan kedudukan Khalid dan kuasa politik Melayu-Islam kekal.
Namun perbualan WhatsApp yang dibocorkan dan disebarkan kepada umum itu bagaimanapun dinafikan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang menyatakan cadangannya itu hanya gambaran analisis senario sahaja. – themalaysianinsider.com
TOP
Pakatan Tidak Berpecah – Anwar Ibrahim
BUTTERWORTH – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR).
Tegasnya hingga kini tidak ada petunjuk bagi menyokong dakwaan itu.
“Itu sesuatu yang mustahil (untuk mengatakan PAS mahu meninggalkan PR), mereka masih komited kepada Pakatan Rakyat.
“Sudah tentu, terdapat sentimen di peringkat bawah. Saya sendiri memilih untuk tidak melayan beberapa dakwaan itu kerana kita mempunyai keyakinan penuh terhadap sikap dan dasar-dasar kepimpinan parti.
“Ada pendapat yang disuarakan tetapi kami masih dalam proses perbincangan. Saya tidak melihat ini sebagai perpecahan,” katanya selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada anak-anak yatim di Masjid Permatang Nibong, dekat sini, Rabu.
Jelas Anwar, komen yang tidak sesuai dan tidak sihat mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebabkan berlakunya salah faham.
Ditanya mengenai pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggulingkan Khalid mungkin mencerminkan pendirian rasmi PAS, Anwar berkata perkara itu perlu diselesaikan PAS.
“Itu pandangan peribadi Tok Guru Haji Hadi. PAS perlu mendengar penjelasan beliau dan juga menyelesaikan isu-isu seperti mengapa seorang wanita tidak boleh dilantik Menteri Besar.
“Jika tidak, kesannya mungkin tidak terlalu baik untuk jangka masa panjang,” katanya. – mStar online
TOP
MH17: Zahid, KPN Berlepas Ke Kiev
SEPANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berlepas ke Kiev, Ukraine pada Rabu malam dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Ahmad Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut.
“Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Surat berkenaan sebagai tanda terima kasih Malaysia atas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Ukraine kepada anggota pasukan siasatan khas MH17 yang berada di negara berkenaan baru-baru ini,” katanya pada sidang media di sini.
Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia itu terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan, katanya.
Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.
Beliau berkata pasukan PDRM akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menuju ke lokasi MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa.
Menurutnya, semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi nahas.
Khalid berkata berdasarkan laporan media yang terkini melaporkan bahawa tentera Ukraine sedang bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lokasi kejadian nahas MH17.
Justeru, katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak berkuasa bagi membincangkan soal keselamatan anggota polis sebelum mereka memasuki lokasi.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas. – mStar
TOP
Lelaki Parah Ditembak Sekumpulan Suspek Tak Dikenali
BANTING – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.
“Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala,” katanya, di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.
Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.
“Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.
Dalam kejadian itu, Syukur di bawa ke Hospital Banting sebelum di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. – Berita Harian
TOP
Mayat Bayi Dibuang Dalam Lubang Tandas
KUALA KANGSAR – Sadis dan kejam, seorang bayi perempuan dibuang ke dalam lubang tandas Pasar Awam Kuala Kangsar sejurus selepas dilahirkan.
Lebih menyedihkan, mayat bayi malang tersebut dijumpai orang awam sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika masuk ke dalam tandas terbabit, dia ternampak banyak darah di atas lantai.
“Pada mulanya saya nampak ada darah banyak di depan tandas. Saya ingatkan itu darah haid, tak sangka pula itu darah orang yang membuang bayi,” katanya ketika ditemui di sini.
Wanita itu berkata, ketika berada dalam tandas, dia melihat satu tandas berkunci sebelum terdengar bunyi sesuatu terjatuh.
“Saya terdengar bunyi seperti ada benda jatuh dalam tandas itu disusuli orang menjirus air dengan banyak dan ada darah banyak juga,” katanya.
Dia yang berkunjung ke pasar tersebut untuk membeli kelengkapan menyambut lebaran berkata, beberapa minit selepas keluar dari tandas terbabit, dia nampak orang ramai mengerumuni kemudahan awam tersebut.
Katanya, dia yang kembali meninjau keadaan di tandas itu dimaklumkan mengenai penemuan mayat bayi dalam lubang tandas di situ.
“Saya pasti kejadian yang saya lihat tadi adalah waktu ketika wanita itu sedang cuba untuk membuang bayi.
“Jika saya tahu pada waktu itu ada orang buang bayi, saya akan ketuk pintu kuat-kuat dan paksa wanita itu keluar dari tandas itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuzlan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, bayi perempuan cukup sifat yang baru lahir itu dijumpai dalam tandas terbabit pada kira-kira jam 10 pagi pada 28 Julai lalu.
“Berat bayi itu mungkin dalam lingkungan tiga kilogram dan ketika dijumpai, tali pusat masih melekat pada badannya.
“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang cuba untuk mengesan orang yang membuang bayi itu.
“Maklumat kes telah dimaklumkan kepada pihak hospital dan ketua kampung untuk menjejaki individu terbabit,” katanya. – Sinar Harian
TOP
Video: Budak Perempuan ini MenangisTidak Mahu Adiknya yang Comel itu Membesar
Budak kecik sememangnya sangat comel sehinggalah mereka membesar dan comel itu akan hilang. Apa yang mencuit hati di sini adalah reaksi apabila kanak-kanak perempuan ini mendapat tahu yang adiknya itu akan membesar.
Dia ibarat tidak dapat menerima kenyataan yang adiknya yang comel itu akan membesar dan hilang sifat comelnya itu. Menangis tersesak-esak merayu dan meminta adiknya itu kekal seorang bayi.
- SiakapKeli.com
Post by Siakap Keli.
- SiakapKeli.com
TOP
Yayasan Al-Aman Sumbang RM100,000 Bantu Palestin
KOTA KINABALU – Yayasan Al-Aman hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk membantu rakyat Palestin yang kini menderita akibat angkara kekejaman rejin Zionis di wilayah Gaza.
Penaung yayasan berkenaan, Datuk Seri Musa Aman, menyerahkan sumbangan itu kepada Duta Palestin di Malaysia, Dr Anwar H Al Agha pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini.
Musa, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata beliau menghargai kesudian Abdul Rahman membawa duta itu ke majlis tersebut bagi membolehkan beliau menyerahkan secara terus sumbangan untuk penduduk Palestin.
Pada majlis itu juga, Abdul Rahman, turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Anwar menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri. – BERNAMA
TOP
Landasan Lapangan Terbang Tioman Perlu Panjang
TEMERLOH – Malaysia Airport Bhd (MAB) diminta supaya memanjangkan landasan lapangan terbang di Pulau Tioman bagi membolehkan pesawat yang lebih besar mendarat dengan membawa lebih banyak pelancong.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin berkata setakat ini landasan tersebut hanya mampu mendarat pesawat yang membawa 50 orang penumpang.
“Jika pesawat besar dapat mendarat, maka lebih ramai pelancong dapat ke pulau tersebut. Perkara ini saya telah maklumkan kepada perdana menteri,” katanya di sini hari ini.
Berdasarkan statistik, Pulau Tioman menerima kedatangan 232,000 pelancong tahun lalu dan dijangka meningkat kepada 250,000 orang tahun ini.
Beliau berharap MAB dapat mempertimbangkan perkara itu dalam membantu kerajaan negeri menarik kira-kira 11 juta pelancong ke Pahang tahun ini.
Tahun lalu, lebih 10.5 juta pelancong melawat Pahang dengan 70 peratus daripada mereka adalah pelancong domestik, katanya. – BERNAMA
TOP
AIA Public Takaful Perkenal Pelan Baharu
KUALA LUMPUR – AIA Public Takaful Bhd memperkenal pelan baharu, A-LifeLink-i, bagi membantu pelanggan mengurus pelbagai keperluan hidup mereka yang berubah.
AIA dalam satu kenyataan hari ini berkata pelan itu akan membolehkan pelanggan mempunyai akses kepada penyelesaian Syariah, yang bukan sahaja melindungi mereka malah menawarkan peluang untuk mereka menyimpan menerusi dana pelaburan patuh Syariah.
“A-LifeLink-i merupakan pelan takaful berkaitan pelaburan yang memberi perlindungan ke atas kematian serta hilang upaya sehingga mencecah usia 100.
“Pelan asas itu boleh digabungkan dengan 13 opsyen perlindungan tambahan untuk penyakit kritikal, keperluan perubatan dan kemalangan,” katanya. – BERNAMA
TOP
JKR Hantar Air Ke Kawasan Kemarau
KUCHING – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sudah mula menggerakkan lori-lori miliknya untuk menghantar bekalan air ke beberapa kawasan di negeri ini yang sedang mengalami masalah kekurangan air akibat kemarau.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof juga berkata sebagai langkah tambahan JKR Sarawak telah melantik kontraktor penghantar air sebagai usaha meningkatkan penghantara bekalan air ke kawasan yang terjejas.
“Kekurangan bekalan air dilaporkan khususnya di kawasan Saratok, Asajaya, dan Simunjan. Lori-lori milik JKR telah digerakkan untuk membantu menghantar air ke kawasan terlibat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Tahlil dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, di kediamannya hari ini.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata juga beliau telah dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia operasi pembenihan awan mungkin terpaksa dilakukan hujung minggu ini, jika keadaan cuaca kemarau berterusan.
“Di Kuching, paras air di loji-loji berada di bawah paras selamat. Mengikut perkiraan Jabatan Meteorologi jika hujan tidak turun dalam tempoh 10 hari ini, keadaan akan bertambah kritikal.
“Oleh yang demikian Jabatan Meteorologi, dan Lembaga Air Kuching,sudah bersedia untuk melakukan operasi pembenihan awam hujung minggu ini,” katanya.
Sementara itu, Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Masyarakat Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mula menghulurkan bantuan air minuman dalam bentuk botol 1.5 liter sebanyak empat kotak bagi setiap keluarga untuk kegunaan seminggu kepada keluarga di kawasan yang tidak dapat dihubungi dengan jalan raya. – BERNAMA
TOP
Pavlok : Peranti Boleh Pakai Untuk Paksa Anda Bersenam
Pavlok merupakan satu alat yang boleh digunakan untuk mengesan jarak larian, nadi serta boleh mengesan jika anda tidak melalukan senaman yang secukupnya.
Uniknya alat ini, ia akan memberikan renjatan elektrik apabila si pemakai malas berlari yang telah ditetapkan sendiri oleh pemakai.
Pavlok ialah alat yang dicipta oleh Maneesh Sethi yang inginkan sesuatu yang berbeza dari alatan yang ada dipasaran. Pavlok boleh memberikan motivasi supaya pemakai terus mengamalkan senaman.
Ia juga boleh menjadi jam loceng untuk pemakai. Dengan adanya Pavlok, tiada lagi alasan untuk malas bersenam. - SiakapKeli.com
Pavlok ialah alat yang dicipta oleh Maneesh Sethi yang inginkan sesuatu yang berbeza dari alatan yang ada dipasaran. Pavlok boleh memberikan motivasi supaya pemakai terus mengamalkan senaman.
Ia juga boleh menjadi jam loceng untuk pemakai. Dengan adanya Pavlok, tiada lagi alasan untuk malas bersenam. - SiakapKeli.com
TOP
Majlis Tahlil Untuk Mangsa MH370, MH17
KUCHING – Menteri Kerja raya Datuk Fadillah Yusof hari ini menganjurkan majlis tahlil bagi mendoakan kesejahteraan mangsa tragedi udara Malaysia Airlines yang dihadiri 8,000 orang.
Majlis itu diadakan di kediamannya, di Jalan Sultan Tengah, dekat sini sebelum mengadakan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.
Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petra Jaya ketika ditemui pemberita berkata majlis sambutan hari raya tahun ini diadakan sedikit berbeza agar bersesuaian dengan situasi yang sedang dialami negara ketika ini.
“Majlis sambutan hari raya tahun ini saya gabungkan dengan majlis tahlil mendoakan kesejahteraan mangsa MH370 dan MH17.
“Selain itu majlis ini bertujuan untuk mendoakan agar Malaysia akan terus berada dalam keadaan aman, stabil, selamat dan dijauhi bencana termasukkeadaan kemarau yang sedang dialami ketika ini,” katanya.
Menurut Fadillah majlis tahlil itu diadakan dengan kerjasama madrasah dan kumpulan nasyid dari sekitar kawasan Parlimen beliau.
Pada 8 Mac, Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang mengalami pergolakan. – BERNAMA
TOP
ICAO Tubuh Pasukan Petugas Tangani Isu Keselamatan
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas peringkat tinggi, dianggotai pakar negara dan industri, bagi menangani isu keselamatan penerbangan awam dan negara berikutan bencana yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Komitmen ICAO ini terkandung dalam perisytiharan yang dibuat pada mesyuarat Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), ICAO, Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa dan Pertubuhan Perkhidmatan Pandu Arah Penerbangan Awam (CANSO) di Montreal, Kanada, semalam.
Perisytiharan itu memberi komitmen kepada pihak berkenaan untuk menilai semula proses berkaitan penerbangan di ruang udara zon yang dilanda konflik, kata IATA dalam kenyataannya.
Mesyuarat peringkat tinggi itu dipanggil ICAO bagi membincangkan tindakan yang mampu mengekang potensi risiko terhadap penerbangan awam di zon yang dilanda sengketa.
Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutif IATA Tony Tyler berkata: “Tragedi MH17 yang ditembak jatuh merupakan suatu serangan terhadap keseluruhan industri pengangkutan udara.
Syarikat penerbangan di seluruh dunia marah dengan perbuatan itu. Pesawat udara awam adalah kelengkapan keamanan. Ia tidak sepatutnya menjadi sasaran senjata perang. Perkara ini termaktub dalam undang-undang antarabangsa melalui Konvensyen Chicago.”
Kenyataan itu berkata pasukan petugas berkenaan akan mengkaji bagaimana maklumat yang berkaitan boleh dikumpul dan disebar secara berkesan.
Katanya, ICAO diminta menangani keperluan memasukkan ke dalam undang-undang, melalui rangka kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), langkah untuk mengawal selia reka bentuk, pembuatan dan penggunaan persenjataan antipesawat udara moden.
ICAO juga diminta menangani perkara berkaitan saluran yang selamat dan mampu berfungsi sepanjang masa dalam menyampaikan maklumat tentang ancaman kepada pihak berkuasa penerbangan awam dan industri.
“Kami meminta ICAO melaksanakan dua tugas kritikal. Pertama, dan paling mendesak, adalah memastikan kerajaan menyediakan kepada syarikat penerbangan maklumat lebih baik, untuk digunakan dalam urusan membuat penilaian terhadap risiko daripada pelbagai ancaman yang dihadapi mereka.
“Tugas kedua juga tidak kurang pentingnya, tetapi melibatkan jangka masa lebih panjang. Kami akan mencari jalan melalui undang-undang antarabangsa untuk mewajibkan kerajaan mengawal dengan lebih berkesan senjata yang boleh mendatangkan bahaya kepada penerbangan awam. Jika ini diwujudkan, maka industri kita akan menjadi lebih selamat,” kata Tyler.
Dalam usaha meningkatkan keyakinan industri terhadap pasukan petugas itu, Tyler memberi jaminan kepada orang ramai bahawa perjalanan melalui udara adalah masih selamat.
“Setiap hari, kira-kira 100,000 penerbangan berlepas dan mendarat dengan selamat. Sistem yang menyokong penerbangan global menghasilkan kaedah pengangkutan paling selamat, yang pernah diketahui manusia.
“Ia tidak memerlukan pembedahan secara besar-besaran. Tapi, kita perlu mengenal pasti dan merapatkan jurang tertentu dalam sistem sedia ada, walaupun ia jarang-jarang menjadi penyebab berlakunya kesilapan dan tragedi dahsyat,” katanya.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak nkapal. Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh di ruang udara negara yang mengalami pergolakan. – BERNAMA
TOP
ESSCOM Tubuh 6 Pasukan Pemantau
LAHAD DATU – Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menubuhkan enam pasukan pemantau bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota di lokasi penugasan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), terutama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata pasukan pemantau yang terdiri daripada gabungan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu memulakan tugas mereka Sabtu lepas.
Beliau berkata pasukan itu diamanahkan untuk melawat semua penugasan di ESSZone termasuk pos kawalan di pulau-pulau dan darat serta pasukan pemintas.
“Alhamdulillah setakat ini semangat semua anggota yang bertugas di ESSZone berada di tahap tinggi walaupun terpaksa bertugas dan berjauhan daripada keluarga sepanjang musim perayaan ini.
“Doakan semoga anggota keselamatan kita berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan dalam segala urusan demi kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Abdul Rashid berkata jumlah pemantau itu mungkin akan dikurangkan selepas Hari Raya Aidilftri kerana “mereka ini semua dari ESSCom yang perlu juga membuat tugasan lain”.
ESSZone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna. – BERNAMA
TOP
PKR Cipta Budaya ‘Rampasan Kuasa’ – Mohd Zuhdi
PETALING JAYA – Walaupun dikecam selepas mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bocor kepada umum, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki tetap konsisten menolak idea untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Terbaharu Mohd Zuhdi berkata, strategi rampasan kuasa yang cuba diamalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menjadi budaya yang tidak sihat dalam sistem politik di negara ini.
“Sekali kita mencipta budaya baharu…turunkan pemimpin dengan cara tidak biasa atau seperti rampasan kuasa di Thailand, budaya itu akan terus melekat.
“Selepas Tan Sri Khalid diganti (dan) bila ada yang tidak puashati (dengan Menteri Besar baharu) budaya yang sama akan diikuti. Hinggakan kepentingan rakyat diabaikan oleh kemelut ahli-ahli politik,” katanya menerusi akaun Facebook pada Rabu.
Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor.
Tambah Mohd Zuhdi, PKR yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mencontohi amalam demokrasi dalam usaha untuk menurunkan pemimpin.
“Berikan mandat kepada beliau (Abdul Khalid) walaupun ada perkara yang kita tidak suka selagi beliau tidak menyeleweng dan rasuah.
“Lepas tamat tempoh mandat, kita boleh lantik yang lain. Bukankah ini tatacara yang lebih teratur dalam mengikut budaya demokrasi,” katanya.
Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan AJK PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.
Menerusi mesej paparan skrin yang disebarkan itu, Mohd Zuhdi memberi analisis senario bagaimana PAS boleh membentuk kerajaan negeri Selangor baharu dengan kerjasama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, milik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan satu kerusi tambahan milik Adun PKR. – mStar Online
TOP
Aaron Aziz Dan Keluarga Beraya Seminggu Di Singapura
Aaron Aziz mengambil kesempatan untuk kembali ke pangkuan keluarga untuk sempena Hari Raya pada tahun ini. Beliau dan isteri akan beraya di kampung sebelah isteri, Diyana Halik terlebih dahulu sebelum ke kampung Aaron Aziz di Pasir Ris.
“Kali ini kami beraya di rumah keluarga nenek Diyana terlebih dulu dan selepas itu barulah ke rumah keluarga saya pula. Kami menginap di hotel sepanjang bercuti di Singapura, bukannya kerana tidak suka tinggal di rumah keluarga, tetapi ia kemudahan semua setiap kali pulang beraya,” katanya memetik Harian Metro.
Lebih menarik, Aaron akan menggayakan baju raya keluaran Jakel bersama keluarganya, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Aaron Aziz kini mempuyai tiga cahaya mata hasil berkongsian hidup dengan Diyana iaitu Danish Anaqi,10, Dwi Ariana, 8 dan Dahlia Arissa, 4. - SiakapKeli.com
TOP
TPM Turki - Orang Perempuan Tidak Boleh Gelak Kuat Sangat
Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc mencetuskan kontroversi apabila mengatakan golongan wanita tidak sepatutnya ketawa kuat-kuat di khalayak ramai.
Beliau yang merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang kini memerintah republik itu membuat komen tersebut semasa menyentuh tentang keruntuhan moral masyarakat moden.
“Lelaki sepatutnya berakhlak dan wanita juga mesti berakhlak. Mereka harus tahu apa yang bermaruah dan apa yang tidak,” kata Arinc dalam satu ucapan pada majlis penutup Ramadan.
“Wanita tidak patut ketawa kuat di tengah-tengah orang ramai dan patut memelihara maruahnya pada sepanjang masa,” katanya.
Kenyataan itu memancing kemarahan golongan wanita Turki yang mengutuk timbalan perdana menteri itu melalui media sosial. Mereka meletak foto yang menunjukkan mereka gelak besar dengan hashtag #kahkaha and #direnkahkaha yang kemudiannya viral.
AKP sebelum ini dikritik kerana cuba menghakis fahaman sekular yang menjadi asas kenegaraan republik itu yang dimulakan oleh Mustafa Kemal Ataturk.
Arinc juga menyelar keruntuhan akhlak yang menyebabkan masyarakat terjebak dengan dadah dan pelacuran. Laporan media di Turki menyebut beliau juga mengecam program drama televisyen Turki yang menggalakkan cara hidup yang tidak bermoral. Beliau juga menyebut tentang ketagihan dadah jenis sintetik yang kini jadi antara gejala sosial yang serius.
“Kita harus kembali kepada al-Quran. Akhlak kita sudah mundur ke belakang. Kita sudah jadi masyarakat yang berbeza,” kata Arinc.
Beliau juga menyentuh tentang penggunaan telefon yang berleluasa di kalangan wanita yang menggunakannya untuk bersembang yang bukan-bukan misalnya “bertukar-tukar resipi masakan.”
Kenyataannya itu menghangatkan lagi ketegangan politik menjelang pemilihan presiden pada 10 Ogos ini yang akan ditanxdngi oleh Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.
Pesaing Erdogan, Ekmeleddin Ihsanoglu turut menyindir Arinc di Twitter.
“Kita perlu mendengar ketawa gembira wanita,” tulisnya.
Kumpulan blogger anti Erdogan sebalik mengkritik dengan lebih keras.
“Berhenti mengajarkan kami moral. Hitung berapa banyak duit yang kamu sudah curi,” kata seorang pengguna Twitter, merujuk kepada tuduhan rasuah yang dilemparkan kepada Erdogan dan kelompoknya tahun lalu.
Erdogan berkali-kali menafikan pentadbirannya mahu menukar fahaman sekular yang dipegang oleh Turki. – Astro Awani
TOP
‘Balas Dendam’ Di Rumah Terbuka Undang Bahaya
KUALA LUMPUR – Pemakanan sihat dan bersederhana pada majlis rumah terbuka khususnya ketika Aidilfitri perlu dititikberatkan oleh orang ramai bagi mengelak pelbagai penyakit.
Ketua Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr Aryati Ahmad berkata ini kerana juadah yang disediakan di rumah terbuka kebanyakannya mengandungi kandungan lemak dan gula yang tinggi.
“Minuman ringan bergas, air kordial, biskut raya, kek dan tapai kalau diambil berlebihan boleh meningkatkan gula dan lemak darah selain boleh menambah berat badan akibat kandungan kalori yang tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya makanan berat seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi dagang dan rendang pula mempunyai lemak tepu yang jika diambil berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tahap kolestrol, kolestrol ‘jahat’ atau ‘low density lipoprotein’ dan lemak dalam darah.
“Ini menyebabkan masalah kesihatan seperti pedih ulu hati, sembelit, gastrik akibat pengambilan makanan dan cara makan yang salah,” katanya.
Memandangkan ada yang menerima jemputan menghadiri dua atau tiga rumah terbuka pada satu-satu masa, Dr Aryati menyarankan mereka hanya menjamu selera dalam kuantiti sedikit.
“Tidak salah untuk merasa setiap jenis makanan tetapi kena jaga kuantiti supaya tidak berlebihan selain meningkatkan aktiviti fizikal seperti meletak kereta jauh dari rumah terbuka untuk menggalakkan aktiviti berjalan kaki sebagai satu senaman,” katanya.
Katanya, sudah menjadi lumrah masyarakat menyediakan hidangan yang mewah dan pelbagai namun alasan untuk ‘membalas dendam’ setelah sebulan berpuasa dengan makan berlebihan adalah tidak wajar kerana hanya menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan.
Sehubungan itu, beliau menasihati mereka yang ingin menghadiri rumah terbuka supaya memilih makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Beliau turut menyarankan supaya pengambilan makanan jenis karbohidrat seperti ketupat, mi dan nasi diambil dalam kuantiti sedikit.
“Kalau boleh pilih nasi putih berbanding nasi minyak dan pilih bihun berbanding mi kuning manakala untuk makanan berkuah seperti mi kari dan mi bandung, kurangkan menghirup kuahnya,” kata Dr Aryati.
Menurutnya beberapa langkah praktikal boleh diambil sebelum mengunjungi rumah terbuka untuk mengawal pengambilan makanan berlebihan.
Ini termasuk meminum air kosong, tidak menghadiri rumah terbuka ketika lapar dan menggunakan pinggan dan gelas yang kecil.
“Ini bertujuan mengelakkan kita terlalu mengikut nafsu apabila melihat hidangan makanan. Apabila kita guna pinggan yang kecil, kita akan cenderung mengambil makanan dalam kuantiti kecil,” tambahnya. – BERNAMA
TOP
Op Selamat Catat 127 Kemalangan Maut
KUALA LUMPUR – Sebanyak 127 kemalangan maut yang mengorbankan 139 orang direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 5/2014 dilancarkan pada 21 Julai lalu.
Ketua Polis Trafik Persekutuan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata dalam tempoh itu juga sejumlah 10,349 kemalangan direkodkan.
“Sebanyak 117,957 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan manakala bagi kesalahan menggunakan laluan kecemasan sebanyak 1,598 saman dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, mengenai makluman orang awam kepada pihak polis sebelum meninggalkan kediaman sempena Hari Raya, Mohd Fuad berkata sebanyak 19,421 makluman diterima.
“Sebanyak 24,440 rondaan dilakukan untuk mengawasi rumah-rumah yang ditinggalkan sempena perayaan kali ini,” katanya.
Mohd Fuad turut menegaskan agar orang ramai tidak memandu di lorong kecemasan bagi memberi laluan kepada pihak berkaitan untuk menggunakan laluan kecemasan itu.
Op Selamat selama 15 hari, yang berakhir 4 Ogos ini, dilaksanakan sempena Aidilfitri, dengan tujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut, melancarkan aliran trafik dan mencegah jenayah. – BERNAMA
TOP
Terkini: Angka Korban Palestin Kini 1,245
GAZA – Israel melepaskan tembakan menggunakan kereta kebal dan serangan udara menyebabkan sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza awal hari ini ketika rejim Yahudi menyasarkan pejuang Islam di berpuluh lokasi seluruh kawasan pantai.
Sehubungan itu, perunding Mesir sedang menyediakan cadangan gencatan senjata baharu.
Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra berkata, kereta kebal Israel dan serangan udara ke atas kediaman dan sekolah di Jebalya di utara Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 43 orang terkorban dan ramai yang lain mengalami kecederaan termasuk 20 yang berlindung di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Di antara yang terkorban ialah seorang ahli paramedik dan seorang bayi.
Selain itu, lapan orang termasuk lima sekeluarga terkorban di Jebalya akibat serangan lain. – Reuters
TOP
Kejayaan Hafifi Bakal Dicontohi – MB Terengganu
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman hari ini melahirkan perasaan bangga atas kemenangan Mohd Hafifi Mansor, atlet angkat berat negara yang menyumbangkan pingat emas pertama negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Razif berkata kejayaan Mohd Hafifi di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland bakal menjadi contoh kepada golongan muda untuk terus maju dalam arena sukan.
“Saya juga berasa bangga kerana beliau berasal dari Seberang Takir dan saya juga merupakan Anggota Dewan Undangan Seberang Takir,” katanya. – BERNAMA
TOP
Sosioekonomi Punca Ramai Tertipu Skim Cepat Kaya
KUALA LUMPUR – Mengejar kedudukan tinggi dari segi sosioekonomi adalah antara faktor ramai rakyat di negara ini mudah terjerumus dalam skim pelaburan cepat kaya.
Biarpun ada yang menyedari peluang yang ditawarkan oleh skim itu agak mustahil untuk diterima dek akal, namun kerana mahu cepat kaya dengan jalan mudah, mereka hilang pertimbangan berdasarkan prinsip ‘tidak cuba tidak tahu’.
Disebabkan prinsip itu mereka akhirnya terpaksa membayar harga yang tinggi kerana semua orang tahu tidak ada jalan mudah dalam meraih kekayaan, kata pakar perunding psikiatri Universiti Malaya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari.
“Lebih menyedihkan ada juga antaranya terpaksa menggadai banyak harta untukmeneruskan kehidupan,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya jika ada yang kaya dengan modal kecil, kes sedemikian hanya satu dalam sejuta.
Beliau mengulas kewujudan skim cepat kaya di negara ini yang tetap mendapat sambutan masyarakat sekalipun media berulang kali melaporkan tentang mangsa-mangsa yang terpedaya dan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.
Terbaharu, media mendedahkan tentang skim YSLM yang diasaskan oleh seorang lelaki warga China, Zhang Jiang yang mendakwa dirinya bakal menjadi orang terkaya di dunia.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan siasatan dan mendapati syarikat tersebut tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta tidak memiliki lesen daripada kementerian untuk menjalankan perniagaan jualan langsung.
Sementara itu pakar psikologi, Dr Meriam Omar Din melihat fenomena tersebut berpunca daripada kejahilan mangsa terhadap ‘matematik perniagaan’.
“Kebanyakan mereka ini tidak faham asas-asas perniagaan, pelaburan dan percaya pada skim yang ditawarkan berdasarkan testimoni (orang lain),” kata bekas pensyarah psikologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Sejarawan Negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula melahirkan kebimbangan dengan senario masyarakat yang mudah mempercayai skim seumpama itu.
Katanya masyarakat kini dilihat terlalu mementingkan nilai material dan menjadikan kekayaan sebagai budaya sehingga mendatangkan pelbagai masalah.
“Dunia, teknologi semakin maju, tapi dari segi budaya semakin merosot. Saya bimbang budaya persaingan untuk menjadi kaya akan membawa akibat yang sangat bahaya kepada individu, masyarakat dan negara,” katanya.
Jelas Khoo masyarakat perlu berbalik kepada kesederhanaan dalam kehidupan untuk mengelakkan diri terpedaya kerana skim cepat kaya akan sentiasa ada dan muncul dengan wajah berbeza untuk menarik mangsanya. – BERNAMA
TOP
Lelaki parah ditembak sekumpulan suspek tidak dikenali
Banting: Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.
"Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala," katanya, di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.
Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.
"Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.
Dalam kejadian itu, Syukur di bawa ke Hospital Banting sebelum di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. - BH Online
TOP
Lelaki terdesak rugi RM6,880
RAUB – Hasrat seorang lelaki berusia lingkungan 40an untuk meminjam wang tidak kesampaian, malah lebih teruk apabila dia kerugian RM6,880 kerana dipercayai ditipu ejen peminjam wang berlesen.
Ketua Polis daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, kejadian berlaku pada 14 Julai lalu di mana mangsa ketika itu berada di Kuala Lipis.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa terpengaruh dengan iklan yang memaparkan pinjaman wang berlesen di dalam akhbar tempatan kerana berkemungkinan mangsa terdesak wang.
“Mangsa kemudiannya menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan tersebut sebelum panggilan dijawab seorang lelaki.
“Melalui perbualan telefon, mangsa memaklumkan ingin membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000,” katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudian diminta memasukkan wang sebanyak RM6,880 ke dalam satu akaun atas nama lelaki Melayu sebagai wang urusan, bayaran untuk dua bulan, pendahuluan pembayaran serta beberapa lagi urusan sebelum pinjaman diluluskan.
“Suspek yang dihubungi memaklumkan wang pinjaman akan dibayar pada 25 Julai di sebuah bank tempatan di Raub.
“Setelah dimaklumkan demikian, mangsa menunggu sehingga tengah malam tetapi tiada sesiapa yang datang berjumpa dengannya,” katanya.
Menurut beliau, mangsa menghubungi nombor telefon yang sama beberapa kali tetapi tidak dijawab, justeru merasakan dirinya ditipu dan membuat laporan polis.
Wan Mohd Samsudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dihukum penjara minimum satu tahun atau maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Beliau dalam pada itu menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati–hati dengan pelbagai tawaran yang diiklankan dan merujuk dengan pihak berkenaan, saudara mara dan rakan–rakan yang boleh dipercayai.
“Sebelum mengambil tindakan atau keputusan melibatkan pengurusan wang, dapatkan nasihat serta pendapat daripada profesional terlebih dahulu,” katanya. - Sinar Online
TOP
70 keranda mangsa MH17 lalui proses DVI
AMSTERDAM - Sejumlah 70 keranda mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas telah diperiksa untuk proses forensik dan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) di fasiliti ketenteraan di Hilversum, di sini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata daripada 227 keranda, yang diterbangkan dari Kharkiv, Ukraine, sehingga semalam 70 keranda telah dibuka.
"Berdasarkan kepada pasukan DVI kami di fasiliti itu, dijangka proses itu boleh diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu," katanya kepada pemberita Malaysia di sini semalam.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh tetapi setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
Dr Subramaniam berkata, kementerian itu telah mengumpulkan semua cap jari, DNA dan rekod pergigian untuk 43 warganegara Malaysia yang menaiki MH17.
Beliau berkata, rekod pergigian itu siap minggu lepas manakala cap jari dikumpulkan daripada Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran.
"Semua data rekod telah dimuat naik ke sistem penyiasatan Interpol di Belanda untuk pramortem," katanya.
Dr Subramaniam menjelaskan kementerian itu juga telah mengumpulkan DNA saudara-mara di Malaysia untuk keluarga yang terdiri daripada ibu dan bapa serta anak mereka, yang terkorban dalam tragedi itu.
Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Malaysia, tinggal di Belanda dan Australia.
Beliau berkata semasa lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amsterdam hari ini, kementerian itu akan menawarkan bantuan kepada Belanda untuk mempercepatkan proses DVI. - BERNAMA
TOP
Cosplay Sebagai Pakaian Di Majlis Graduasi
Kebiasaannya, majlis graduasi akan di hiasi dengan pelajar yang berpakaian formal dan seragam.
Tapi di sebuah sekolah di Jepun, mereka dibenarkan untuk menggayakan cosplay atau kostum karakter dari anime atau filem untuk meraikan hari graduasi mereka.
Idea ini sememangnya sangat pelik tapi bagus kerana pelajar akan lebih gembira di hari graduasi mereka. Tetapi di Malaysia, dikhuatiri akan ada yang berpakaian kurang sopan nanti. - SiakapKeli.com
Idea ini sememangnya sangat pelik tapi bagus kerana pelajar akan lebih gembira di hari graduasi mereka. Tetapi di Malaysia, dikhuatiri akan ada yang berpakaian kurang sopan nanti. - SiakapKeli.com
TOP
Siti Saleha Bakal Ke UK, Teman Adik Belajar Sambil Berehat
Siti Saleha akan berlepas ke United Kingdom seminggu selepas sambutan hari raya untuk merehatkan minda dan berjalan-jalan di sana. Selain itu, dia juga ingin menemani adik bongsunya, Siti Rohana yang sedang melanjutkan pelajaran disana.
“InsyaAllah, saya akan berada di sana seminggu selepas raya, namun sebelum itu saya akan beraya di sini untuk menjalani beberapa program raya yang masih belum selesai dan menemani ayah saya yang kini berseorangan,” kata Saleha kepada sebuah akhbar tempatan.
Mengenai sambutan Hari Raya pula, Saleha berkata mereka sekeluarga menyambut Hari Lebaran di Lembah Klang memandangkan saudara maranya berada disana. Saleha juga berkata dia dan keluarga suka berjimat di Hari Raya dan tidak kisah jika perlu memakai pakaian raya lama. - SiakapKeli.com
TOP
Najib, PM Belanda bertemu bincang tragedi MH17
AMSTERDAM - BELANDA. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di The Hague berhubung nahas MH17 apabila beliau tiba Khamis ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Netherlands.
Najib dijadual tiba pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Duta Besar Malaysia di Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tujuan utama lawatan Najib adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang urusan pengecaman mangsa tragedi itu serta penghantaran pulang mayat mereka ke tanah air.
Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa Najib akan mengadakan perbincangan dengan Rutte mulai 11.15 pagi (5.15 petang di Malaysia), sebelum berlepas ke Hilversum, tempat di mana mayat mangsa melalui proses pengecaman dan forensik.
Pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Mayat mangsa diterbangkan dari Ukraine ke Netherlands. Rakyat Netherlands, sebanyak 193 orang, merupakan jumlah penumpang paling ramai dalam penerbangan itu.
Fauziah berkata Perdana Menteri juga akan menjadi hos majlis makan malam pada Khamis, sebelum mengadakan sidang media pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) pada hari berikutnya.
Menurut beliau, ini adalah lawatan kerja pertama Najib ke Netherlands dan pemimpin Malaysia sebelum ini yang pernah melakukan lawatan ke Netherlands ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2005, dan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1986.
Fauziah berkata Malaysia adalah rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Netherlands dalam kalangan negara Asia Tenggara. - Bernama
TOP
MH17: Raptai sambut jenazah di KLIA
SEPANG - Persediaan telah dibuat untuk menerima kepulangan jenazah rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine.
Ketika tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, van-van jenazah sudah tersusun rapi.
Beberapa khemah turut didirikan di perkarangan kompleks.
Dalam satu raptai, anggota tentera daripada Rejimen Askar Melayu Diraja yang lengkap beruniform kelihatan mengusung keranda dengan penuh hormat untuk diberi penghormatan terakhir.
Namun jenazah 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi.
Seorang pegawai yang terlibat dalam urusan pengendalian jenazah berkata persediaan awal dibuat bertujuan untuk memastikan proses ketibaan jenazah bakal berjalan lancar.
“Hari ini hanya satu raptai untuk menyambut jenazah. Ia masih dalam peringkat perancangan dan ia masih belum dimuktamadkan. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.
"Satu mesyuarat akan diadakan esok (Khamis) untuk membincangkan secara terperinci proses menyambut ketibaan jenazah nanti,” katanya.
Pada 17 Julai lalu, pesawat Boeing 777 MAS yang membawa 283 orang penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai akibat ditembak. Tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.
Setakat ini sejumlah 227 keranda yang mengandungi jenazah mangsa pesawat telah diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda yang mengetuai pasukan siasatan antarabangsa.
Kini 21 pakar Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang terdiri daripada lapan ahli patologi, lapan ahli forensik odontologi, empat pakar penyiasat lokasi jenayah (CSI) dan seorang pakar DNA berada di Utrecht, Belanda dalam usaha mengenal pasti identiti mangsa nahas.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke Belanda hari ini dijangka menyegerakan proses membawa pulang jenazah rakyat Malaysia.
Perdana Menteri dijangka bertemu rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague yang akan mengadakan perbincangan termasuk soal urusan pengecaman mayat, membawa pulang jenazah dan mengheret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ke muka pengadilan. - Bernama
TOP
PR ada potensi berpecah
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
SHAH ALAM - Tindakan PKR mahu meletakkan Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor boleh menyebabkan perpecahan dalam PR. Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perpecahan boleh diandaikan berlaku kerana pimpinan dalam PR selesa dan berpuas hati dengan corak pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor. “Saya hanya meramal dan mungkin ini (perpecahan) akan berlaku memandangkan Abdul Khalid dilihat mampu mengurus tadbir negeri dengan cemerlang dan tiada alasan untuk menukarkan Menteri Besar Selangor. “Jika meneliti rekod, Wan Azizah tiada pengalaman mengurus tadbir negeri kerana tidak pernah dilantik menjadi menteri. Jadi timbul persoalan adakah Wan Azizah berjaya mentadbir Selangor atau hanya dibayangi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya, semalam. Jelas Ahmad Atory, Wan Azizah juga tidak mempunyai pengalaman seperti Abdul Khalid yang merupakan tokoh korporat serta mahir dalam selok-belok pentadbiran dan ekonomi demi memastikan Selangor maju membangun. “Wan Azizah juga tiada pengalaman ekonomi. Jadi kita tak pasti sama ada Wan Azizah lebih berkesan untuk mentadbir Selangor atau lebih teruk daripada Abdul Khalid. “Apa yang kita lihat Ketua Umum PKR, Anwar hendak meletakkan isterinya sebagai menteri besar semata-mata untuk meneruskan legasinya sahaja,” katanya. Beliau berpendapat itu antara sebab Pas sepakat memberi sokongan supaya Abdul Khalid dikekalkan. Malah katanya, kebanyakan pengamal politik mempertikai tindakan Anwar yang enggan mendedahkan beberapa polisi yang dibawakan Abdul Khalid yang dikatakan tidak sesuai atau tidak berkesan. “Apakah Wan Azizah boleh melancarkan polisi yang didakwa tidak berkesan dilaksanakan oleh Abdul Khalid? Mungkin rakyat juga tidak yakin pentadbiran Wan Azizah lebih lancar daripada pemerintahan Abdul Khalid,” katanya.- Sinar Online
SHAH ALAM - Tindakan PKR mahu meletakkan Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor boleh menyebabkan perpecahan dalam PR. Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perpecahan boleh diandaikan berlaku kerana pimpinan dalam PR selesa dan berpuas hati dengan corak pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor. “Saya hanya meramal dan mungkin ini (perpecahan) akan berlaku memandangkan Abdul Khalid dilihat mampu mengurus tadbir negeri dengan cemerlang dan tiada alasan untuk menukarkan Menteri Besar Selangor. “Jika meneliti rekod, Wan Azizah tiada pengalaman mengurus tadbir negeri kerana tidak pernah dilantik menjadi menteri. Jadi timbul persoalan adakah Wan Azizah berjaya mentadbir Selangor atau hanya dibayangi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya, semalam. Jelas Ahmad Atory, Wan Azizah juga tidak mempunyai pengalaman seperti Abdul Khalid yang merupakan tokoh korporat serta mahir dalam selok-belok pentadbiran dan ekonomi demi memastikan Selangor maju membangun. “Wan Azizah juga tiada pengalaman ekonomi. Jadi kita tak pasti sama ada Wan Azizah lebih berkesan untuk mentadbir Selangor atau lebih teruk daripada Abdul Khalid. “Apa yang kita lihat Ketua Umum PKR, Anwar hendak meletakkan isterinya sebagai menteri besar semata-mata untuk meneruskan legasinya sahaja,” katanya. Beliau berpendapat itu antara sebab Pas sepakat memberi sokongan supaya Abdul Khalid dikekalkan. Malah katanya, kebanyakan pengamal politik mempertikai tindakan Anwar yang enggan mendedahkan beberapa polisi yang dibawakan Abdul Khalid yang dikatakan tidak sesuai atau tidak berkesan. “Apakah Wan Azizah boleh melancarkan polisi yang didakwa tidak berkesan dilaksanakan oleh Abdul Khalid? Mungkin rakyat juga tidak yakin pentadbiran Wan Azizah lebih lancar daripada pemerintahan Abdul Khalid,” katanya.- Sinar Online
TOP
MH17: Kerajaan akan uruskan mayat mangsa tanpa waris terdekat
KUCHING: Urusan pengkebumian mangsa nahas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang tidak mempunyai waris terdekat akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini berkata mayat mangsa nahas itu akan diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.
Mayat mangsa MH17 juga akan diberi penghormatan tertinggi apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di Sepang, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata urusan membawa pulang 43 mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa nahas penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine mungkin mengambil masa.
Katanya, mayat-mayat terbabit hanya akan dibawa pulang selepas segala urusan mengenal pasti identiti mayat dan forensik selesai dilakukan oleh pihak berkuasa di Amsterdam, Belanda.
Rohani berkata:"Oleh sebab itu saya memohon maaf kepada semua waris mangsa sebab saya sendiri tidak pasti bila semua mayat terbabit dapat dibawa balik ke Malaysia."
Sehubungan itu, beliau meminta keluarga mangsa bersabar kerana cara bekerja mereka di Amsterdam sangat berbeza.
"Mereka bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang disebabkan kesatuan sekerja di negara berkenaan sangat prihatin dengan cara bekerja," kata Rohani.
Katanya, walaupun Malaysia menghantar pasukan forensiknya sendiri seramai 30 orang tetapi mereka terpaksa mematuhi cara bekerja di Belanda.
"Oleh sebab itu, ia berkemungkinan mengambil masa yang panjang daripada yang kita harapkan. Tapi yang penting kita akan dapat membawa mayat balik," katanya. - BERNAMA
TOP
Duit Raya Drive Thru, Menjimatkan Masa Dan Makanan
Mengagihkan duit raya sudah menjadi adat resam bagi masyarakat melayu sempena Hari Raya. Adat ini sememangnya menggembirakan golongan yang menerima terutamanya kanak-kanak.
Kadang-kadang golongan kanak-kanak ini datang beraya semata-mata untuk mendapatkan duit raya. Ada yang duduk tak sampai seminit, dapat duit raya, terus nak balik.
Mungkin sebab ini, idea untuk memberikan duit raya secara 'drive thru' datang untuk menjimatkan masa si pemberi untuk menjimatkan mereka dari menyediakan makan minum kepada kanak-kanak.
Idea ini sememangnya agak pelik dan sedikit kelakar, tapi ada yang mempraktikannya. Tapi dalam realitinya idea ini dapat mengurangkan pembaziran makanan dan juga masa. Terpulang masing-masing untuk tentukan. - SiakapKeli.com
TOP
Warga Emas Mati Dalam Keadaan Sedang Bersujud
Kegembiraan menyambut satu Syawal bertukar hiba bagi ahli keluarga warga emas Ambak Mohamad, 82 tahun.
Allahyarham ditemui mati di hari pertama lebaran semalam.
Mayat allahyarham ditemui dalam keadaan sujud di atas sejadah dan menghadap kiblat.
Mayat ditemui anak saudara allahyarham di dalam biliknya.
Berdasarkan keadaan mayat yang sudah berbau dan hampir reput, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia 4 hari lalu.
Mangsa meninggal dunia dipercayai diserang sakit jantung.
Mangsa yang sudah tiga tahun tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. - TV9
TOP
Tugas Saya Ambil Alih MB Selangor – Wan Azizah
PERMATANG PAUH – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
“Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat,” katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar “boneka” kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: “Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
“Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini,” katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.
Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan. - mStar Online
TOP
Kini Panggilan Telefon Boleh Dibuat Menerusi Computer Menggunakan Kakao Talk
Kakao Talk adalah penyedia servis permesejan di peranti mudah alih. Sebelum ini, Kakao Talk memperkenalkan aplikasinya dalam versi Windows tetapi hanya mengehadkan kepada mesej teks sahaja.
Kini, Kakao Talk telah menambahkan ciri panggilan suara ke aplikasi Windows mereka yang mana akan membolehkan pengguna membuat panggilan percuma tak kira kepada individu ataupun kumpulan.
Selain dari itu, Kakao Talk turut memberikan pengguna Windows kebolehan menukar tema aplikasi mereka dengan sejumlah tema yang disediakan, sama seperti ciri yang ada pada versi Android dan IOS.
Bagi yang ingin mencuba ciri baru yang disediakan ini, anda boleh memuat turun Kakao Talk untuk windows hari ini di laman sesawang Kakao Talk. Selain dari versi Windows, Kakao Talk turut disediakan dalam versi MacOs. - SiakapKeli.com
TOP
Warga Emas Terbabas Maut Rempuh Papan Tanda
KUANTAN – Seorang warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu merempuh papan tanda di Kilometer 27.5 Jalan Kuantan-Gambang hari ini.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian itu berlaku 7.50 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.
“Dalam kejadian itu mangsa, Loo Ting Yang, 72, berasal dari Rumah Murah, Gambang mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila satu daripada tayar kenderaan itu pecah tiba-tiba menyebabkannya terbabas sebelum merempuh papan tanda di situ.
Katanya siasatan awal mendapati cuaca baik semasa kejadian dan jalan sedikit selekoh serta menuruni bukit,” katanya.
Kata Mohamed Fauzi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah siasat. – BERNAMA
TOP
Lelaki Didapati Bersalah Pukul Bayi Kekasih Guna Kasut, Botol Sehingga Mati
Michael Pearce, 33, didapati bersalah kerana membunuh anak kekasihnya, Alfie Sullock yang berusia enam minggu setelah ibu anak berkenaan, Donna Sullock meminta Pearce menjaga anak lelakinya itu.
Pearce didakwa memukul anak kekasihnya itu dengan kasut dan juga botol plastik, menyebabkan bayi itu mendapat kecederaan parah di bahagian kepala. Bayi tersebut mati empat hari setelah kejadian berlaku. Kejadian berlaku pada Ogos tahun lepas.
Donna meminta Pearce menjaga Alfie sementara dia bertemu rakan baiknya. Namun tidak disangka permintaannya itu membawa kepada kematian anaknya itu. - SiakapKeli.com
TOP
Kanak-kanak dua tahun maut terkena mercun bola di Simpang Renggam
SIMPANG RENGGAM: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut akibat terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Ithnin Maarof di sini, kelmarin.
Mangsa, Mohd Hafi Rayan Abdul Rahman dipercayai maut selepas mengalami kecederaan di dada, tangan kiri dan muka.
Mercun bola itu dipercayai dibaling oleh individu yang belum dikenalpasti dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu.
Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.
TOP
Huru-Hara Di Shell Lundang Dipercayai Akibat Main Mercun
Semalam beberapa video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu huru hara akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.
Satu video dan gambar telah disebar di media sosial yang mana menunjukkan huru-hara dari akibat salah faham di stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu.
Kes ini terjadi dikatakan bermula dari sekumpulan lelaki memasang mercun di stesen minyak berkenaan dan juga membaling mercun kepada kereta yang ada di stesen minyak tersebut.
Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemilik stesen minyak terbabit kerana risau mercun tersebut boleh menyebabkan stesen minyak tersebut terbakar.
Oleh kerana marah, pemilik stesen tersebut menyembur kumpulan terbabit dengan penyembur kebakaran. Ini menyebabkan mereka naik berang dan mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai lalu mencetuskan huru-hara dan merosakkan peralatan di stesen minyak berkenaan.
Walau bagaimanapun, ada juga sumber yang mengatakan pihak dari Stesen Shell yang memulakan hura-hara berkenaan dengan menyerang 7e yang berdekatan dengan stesen tersebut.
Berikut adalah video-video yang disebar oleh pengguna laman sosial :
Serangan di 7E oleh Tauke Shell
Rakaman CCTV Kejadian
Rakaman dari luar stesen
Banyak kerosakan yang berlaku termasuk kenderaan orang awam. Polis terpaksa dipanggil untuk menenangkan keadaan. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan - SiakapKeli.com
Post by Lajiey Joji.
Rakaman CCTV Kejadian
Rakaman dari luar stesen
Post by Khuram Shah Eocm.
Banyak kerosakan yang berlaku termasuk kenderaan orang awam. Polis terpaksa dipanggil untuk menenangkan keadaan. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan - SiakapKeli.com
TOP
‘Selfie’ Di Kubur Adalah Haram - Mufti Perak
IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.
“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber’selfie’ di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.
Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.
“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.
“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.
Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan. – Sinar Harian
TOP
Gambar Farish Aziz BerSelfie di tanah Perkuburan Terima Cemuhan Peminat
Seorang pelakon juga pengacara, Farish Aziz telah mencetuskan kontroversi setelah beliau memuat naik gambar selfie di tanah perkuburan pada laman instagram.
Gambar tersebut telah mendapat cemuhan dari ramai peminat yang mana sensitif dengan perkara tersebut. Berikutan itu Farish Aziz telah memberi maklum balas kepada peminat-peminatnya yang merasakan tindakan beliau itu tidak wajar apabila memijak sebuah kubur ketiga berselfie.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com