TOP
Restoran McDonalds Di KB Mall Lengang Kerana Diboikot?
Serangan ke atas Palestin yang meragut hampir 200 nyawa pada hari ini membangkitkan kemarahan orang ramai. Ramai yang mula memboikot barang-barang yang berasal di Israel.
Antara barang yang diboikot adalah McDonalds. McDonalds sememangnya terkenal dengan kaitannya dengan Israel dan dikhabarkan menjadi antara penyumbang dana ke Israel.
Heboh di Facebook mengenai satu gambar yang dikongsi oleh pengguna di Kota Bharu yang menunjukkan restoran tersebut yang berada di KB Mall mula lengang tanpa pelanggan walaupun pada jam 9 malam.
Menurut pemuat naik gambar tersebut lagi, restoran lain yang berada berhampiran masih lagi penuh pada ketika itu.
Jika benar berita ini, maka ini adalah satu petanda baik bahawa Malaysia tidak memandang ringan akan serangan yang dilakukan oleh Israel ke atas Palestin. - SiakapKeli.com
TOP
Deddy Mizwar Digesa Undur Bidang Hiburan
JAKARTA – Suruhanjaya Membanteras Rasuah (KPK) menggesa Timbalan Gabenor Jawa Barat, Deddy Mizwar yang juga ahli politik Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berundur daripada industri hiburan dan mula memberi fokus kepada tugas beliau sebagai seorang pegawai kerajaan.
Pengarah Gratuiti KPK, Giri Suprapdiono berkata adalah salah bagi Deddy untuk meneruskan aktiviti beliau berlakon dalam drama sinetron televisyen ketika berjuta penduduk di Jawa Barat masih tinggal dalam kemiskinan.
“Pegawai kerajaan perlu menggunakan masa mereka untuk berkhidmat kepada penduduk awam,” kata Giri kepada pemberita. Giri juga menggesa Deddy untuk menyerahkan laporan kekayaan beliau kepada KPK termasuk maklumat pendapatan yang diperoleh beliau hasil dari berlakon sinetron dan iklan komersial di televisyen.
“Kami mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada wang berkenaan boleh dianggap sebagai ganjaran atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata amaran yang diberikan kepada Deddy sebelum ini pernah dihantar kepada ketua wilayah di negara itu untuk memaklumkan kepada mereka mengenai definisi ganjaran.
Ahmad Heryawan-Deddy yang dicalonkan oleh PKS memenangi pilihan raya gabenor Jawa Barat tahun lalu selepas mengalahkan calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), Rieke Diah Pitaloka dan aktivis anti rasuah, Teten Masduk. Tiket PKS meraih 33 peratus daripada undian berbanding 27 peratus yang dimenangi gandingan PDI-P.
Calon Parti Golkar, Irianto M.S.Syafiuddin-Tatang Farhanul Hakim di tempat ketiga dengan undian sebanyak 12 peratus. – Agensi
TOP
Zionis tangguh serangan darat
Kereta kebal Israel tidak melakukan serangan darat sementara menunggu arahan Netanyahu.
BAITULMAQDIS - Israel menangguhkan rancangan melakukan serangan darat selepas tekanan memuncak dari negara antarabangsa. Menteri Israel menangguhkan operasi serangan darat ke Tebing Gaza bagi memberi peluang kepada usaha perdamaian sementara yang diketuai Mesir. Jurucakap kerajaan Israel berkata, penangguhan itu dianggap bukan gencatan senjata tetapi sekadar berpeluang untuk mencapai gencatan senjata jika usaha damai itu berjaya. “Satu keputusan sudah dibuat iaitu dengan menangguhkan sementara serangan darat bagi memberi peluang kepada usaha diplomasi,” katanya selepas mesyuarat membabitkan menteri Israel dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, lewat malam tadi. Sementara itu, di Tel Aviv, Menteri Dalam Negara Zahava Gal-On meminta gencatan senjata sementara dilakukan kerana jumlah kematian makin meningkat. “Gencatan senjata harus dipersetujui Perdana Menteri Mahmoud Abbas.Mereka harus menghentikan serangan ke Israel. Jika berdegil kami akan teruskan bedilan,” katanya. Sementara itu, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin melaporkan, sepanjang 24 jam semalam, lebih 17,000 rakyat Palestin dari utara Gaza, telah berlindung di sebuah sekolah yang didirikan oleh PBB, dipetik dari laporan AFP/Haaretz. ─ Sinar Online

Lapangan terbang Tripoli dibedil, 90 peratus pesawat musnah
Foto Aljazeera
TRIPOLI: Bedilan ke atas lapangan terbang Tripoli memusnahkan 90 peratus pesawat yang diletakkan di situ, menurut jurucakap kerajaan, Ahmed Lamine. "Kerajaan menimbang kemungkinan membawa pasukan antarabangsa bagi meningkat tahap keselamatan," katanya. Tidak diketahui bilangan pesawat yang musnah tetapi lapangan terbang itu adalah hab kepada beberapa syarikat penerbangan Libya. - AFP

Hamas mahu gencatan senjata dengan perjanjian
Pejuang Hamas, Foto - Reuters
BANDARAYA GAZA: Hamas tidak akan menerima gencatan senjata tanpa perjanjian menyeluruh, menurut jurucakapnya, Fawzi Barhum selepas Mesir mencadangkan gencatan senjata itu bermula pada 0600 GMT (2 petang waktu Malaysia).
“Gencatan senjata tanpa mencapai persetujuan adalah ditolak," katanya kepada AFP. - AFP
TOP
Israel Terima Gencatan, Hamas Tolak anggap 'serah diri'
Kabinet keselamatan Israel telah menerima cadangan gencatan senjata yang diusulkan oleh Mesir. Gencatan senjata tersebut telah diterima oleh mereka pada hari Selasa, seminggu selepas keganasan yang berlaku di Gaza.
"Kabinet telah memutuskan untuk menerima inisiatif Mesir untuk gencatan senjata bermula 09:00 hari ini," Ofir Gendelman, jurucakap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, menulis di Twitter.
Radio tentera berkata tiada sebarang penerimaan inisiatif yang sama disampaikan oleh Hamas, gerakan Islam Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza
Semalam, jurucakap Hamas, Fawzi Barhum memberitahu AFP bahawa tidak akan ada perjanjian damai tanpa syarat-syarat yang ditetapkan untuk menamatkan permusuhan.
"Dalam peperangan, kita tidak membuat gencatan senjata dan berunding" - Fawzi.
Sementara itu, sayap bersenjata Hamas menolak gencatan senjata kerana menanggap cadangan itu sebagai 'penyerahan' dan berikrar untuk memperhebatkan serangan terhadap israel. - SiakapKeli.com
TOP
Azwan Ali Diugut Cincang Hidup-hidup Oleh Peniaga Bazar Ramadhan
PENGACARA, Azwan Ali menyifatkan tindakannya yang memuat naik status yang menyelar juadah bazar Ramadan di Twitter miliknya, adalah sesuatu yang perlu dilakukan.
"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan."
"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar."
Walaupun dimaki hamun oleh peniaga bazar, dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan anjuran TV9 yang bertempat di Melaka pada hari sabtu lepas.
"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro."- Tambah
Bagaimanapun, adik Azman Ali menegaskan apa yang diperkatakan oleh abangnya ada betulnya.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.
"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.
"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.
Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.
"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," katanya. - SiakapKeli.com
TOP
Najib minta pihak berkuasa kemuka SOP ‘shoot on sight’ lebih jelas
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasukan keselamatan perlu mengemukakan prosedur operasi standard (SOP) “shoot on sight” atau “tembak apabila nampak” yang lebih jelas untuk kelulusan kerajaan sebelum melaksanakannya.
Merujuk kepada insiden serang hendap di Pulau Mabul, Sabah serta saranan Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar supaya pasukan keselamatan diberi kebenaran “shoot on sight”, Najib menegaskan kerajaan berpendirian bahawa tindakan tegas adalah perlu dalam insiden sedemikian namun SOP perlu jelas supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Katanya kerajaan mahu SOP dan garis panduan yang lebih jelas supaya tiada interpretasi yang berbeza-beza.
“Kalau tiada pengarahan dan panduan yang jelas, ia boleh menimbulkan sesuatu yang tidak diingini dan orang yang tidak bersalah boleh menjadi mangsa,” katanya dalam sidang media di Seri Perdana di sini, Selasa.
Sehubungan itu, Najib berkata pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diminta mengemukakan SOP itu.
“SOP itu akan diluluskan oleh kerajaan sebagai langkah tambahan yang perlu diwujudkan. Jika tidak, ia akan membawa kepada pelbagai salah faham, kekeliruan, salah tafsiran…perkara buruk mungkin berlaku,” katanya.
Najib menegaskan beliau memahami bahawa insiden serang hendap di Pulau Mabul begitu serius dan perlu memikirkan langkah-langkah tambahan yang lebih tegas.
“Saya setuju tindakan lebih tegas perlu diambil dan jika kita nak memberi kebenaran menembak, kita mesti ada garis panduan SOP dalam apa keadaan yang mereka boleh lakukan.
“Ia perlu betul-betul jelas kerana anda bercakap tentang askar dan anggota polis biasa yang bertugas di lapangan dan mereka perlu faham dalam situasi bagaimana mereka boleh lepaskan tembakan kerana jika tidak, boleh menyebabkan orang tidak bersalah terbunuh,” katanya.
Najib juga berkata pihak berkuasa akan mengadakan perbincangan untuk menambah baik SOP dan garis panduan sedia ada bagi membolehkan mereka bertindak dengan lebih berkesan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara ketika mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.
Kenyataan Abdul Aziz itu susulan insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada Sabtu malam lepas, yang mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan. – BERNAMA
TOP
8 Orang Dijel 127 Tahun Kerana Kecam Kerajaan Di FB
TEHERAN – Sebuah mahkamah revolusi Iran menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan selama 127 tahun ke atas lapan orang kerana menyiarkan kenyataan antikerajaan di Facebook, lapor media negara itu semalam.
Semua tertuduh yang identiti mereka tidak didedahkan dipenjara selepas didapati bersalah mengancam keselamatan negara, menyiarkan propaganda antikerajaan dan menghina nilai agama serta pemimpin Iran.
Mereka yang berasal dari sini, Yazd, Shiraz dan Kerman itu masing-masing menerima hukuman penjara antara 11 hingga 21 tahun.
Semua tertuduh bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman tersebut.
Akses rangkaian sosial termasuk Twitter dan Facebook ditapis secara berkala oleh pihak berkuasa Iran, begitu juga laman web lain yang dianggap bercanggah dengan Islam atau menentang pemerintah.
Pada Mei lalu, lapan orang masing-masing dihukum penjara antara tujuh hingga 20 tahun kerana pelbagai kesalahan melibatkan Facebook termasuk menyebarkan propaganda antikerajaan. – AFP
TOP
Beribu-Ribu Ikan Ternakan Ditemui Mati Dekat Danga Bay
JOHOR BAHRU – Beribu-ribu ikan telah ditemui mati di sangkar ternakan ikan di sekitar Danga Bay.
Penternak menyalahkan kerja-kerja penambakan di kawasan itu sebagai punca kerugian mereka.
Penternak ikan, Tay Yong Peng mendakwa beribu-ribu ekor ikan bandeng dengan berat lebih dari 10,000 kg dan bernilai kira-kira RM60,000 dalam dua sangkar yang diternaknya telah mati.
Katanya, penternak lain juga mengalami kerugian besar kerana kerja-kerja penambakan yang telah dijalankan selama beberapa bulan berikutan rancangan meluaskan kawasan Danga Bay.
Tay percaya sedimen daripada proses penambakan telah mencemarkan air dan memasuki insang ikan, menyebabkan ia sesak nafas dan mati.
“Ini tidak adil kepada aktiviti ternakan ikan dan masyarakat nelayan di sini kerana mata pencarian kita telah terjejas teruk disebabkan beberapa pemaju yang tidak bertanggungjawab,” katanya, sambil menambah dia telah membekalkan sehingga 1,000 kg ikan bandeng di negara ini.
Tay, yang memiliki 68 sangkar ikan bandeng di sangkar berhampiran tapak Danga Bay, berkata amat kecewa apabila mendapati sebahagian besar ikan dalam sangkar yang diusahakan bersama seorang lagi rakan kongsinya telah mati.
“Terdapat beratus-ratus bangkai ikan mati di dalam air, manakala sesetengahnya kelihatan sakit dengan mata bengkak apabila saya melihat sangkar awal hari Ahad,” katanya, Isnin.
“Penambakan ini berlaku beberapa bulan lepas tetapi kami tidak pernah menerima sebarang notis sama ada daripada pemaju atau Jabatan Perikanan mengenai kerja-kerja yang dilakukan begitu dekat dengan sangkar-sangkar kami,” katanya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor Kua Song Tuck menggesa pemaju tampil ke hadapan dan membayar pampasan terhadap kerugian yang terpaksa ditanggung penternak-penternak akibat kerja-kerja penambakan tanah.
“Oleh kerana kawasan itu sebahagian besarnya telah ditambak, kedalaman air juga telah menurun daripada 6.10m kepada 1.52m, menjadikannya tidak sesuai untuk pembiakan ikan.
“Saya berharap Jabatan Perikanan boleh membantu untuk meneliti perkara itu dan mungkin memperuntukkan beberapa kawasan lain untuk tujuan pembiakan ikan.
“Selain itu, berikan juga sedikit bantuan kepada nelayan tempatan yang mata pencarian telah ‘dirompak’ oleh pemaju itu,” tambah Kua.
Jabatan Perikanan dan pemaju tidak bersedia untuk memberikan komen. – mStar.com.my
TOP
Seorang Bapa Sorok Dadah Dalam Lampin Anak
Gambar hiasan
Philadelphia – Seorang bapa berusia 25 tahun didakwa cuba menyembunyikan heroin dalam lampin anaknya ketika ditahan kerana mencuri di sebuah kedai. Michael Penn, ditahan polis ketika mencuri di kedai Verizon itu Jun lalu. Ketika kejadian, Michael Penn, mendukung anak lelakinya berusia lapan bulan dan anak perempuan berusia lima tahun. Menurut polis, selepas diarah untuk melepaskan anaknya, dia dilihat memasukkan sesuatu dalam lampin bayi terbabit. Pemeriksaan pada lampin itu menemui 16 paket heroin yang ditanda nama seperti ‘Death’ dan ‘Bioshock.’ – AP

Iklan Antijudi Dirombak Selepas Jerman Muncul Juara
SINGAPURA – Pemerintah Singapura terpaksa mengemas kini sebuah iklan antiperjudian yang memaparkan seorang kanak-kanak bernama Andy dengan nada sedih memberitahu kawan-kawannya bahawa bapanya telah menggunakan semua wang simpanan keluarga kerana bertaruh bahawa pasu- kan Jerman akan memenangi Piala Dunia 2014.
Iklan terbitan Majlis Kebangsaan bagi Menangani Perjudian itu mula disindir di seluruh dunia selepas Jerman membenam Brazil 7-1 pada separuh akhir Piala Dunia baru-baru ini.
Orang ramai secara berjenaka memberitahu, iklan tersebut akan menggalakkan lebih ramai orang ber- judi berbanding sebaliknya berikutan kemenangan Jerman.
Ejekan terhadap iklan itu semakin lantang selepas Jerman menewaskan Argentina 1-0 awal semalam, sekali gus menepati ramalan bapa Andy dalam iklan itu.
Orang ramai kemudian memuat naik status di laman sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Andy kerana bapanya menjadi kaya hasil pertaruhan tersebut.
“Andy, anda boleh meminta semula wang simpa- nan itu daripada bapa anda. Beritahunya supaya tidak berjudi lagi,” kata Menteri di Kementerian Per- dagangan dan Industri, Teo Ser Luck di laman Facebooknya.
Iklan itu sebelum ini disiarkan untuk menasihati orang ramai supaya tidak bertaruh dalam perlawa- nan bola sepak menjelang Piala Dunia di Brazil. – Reuters
TOP
Video - ‘Puting Beliung’ Gegarkan Penduduk Teluk Cempedak, Kuantan
PAHANG - Penduduk di Teluk Cempedak telah dikejutkan dengan satu visual yang menyerupai puting beliung pagi tadi. Kejadian tersebut menimbulkan rasa takut penduduk yang melihat peristiwa itu.
Setelah dianalisis, objek tersebut bukanlah puting beliung, tapi belalai air atau watersprout. Belalai air adalah sama seperti puting beliung, cuma bezanya, ia berada di atas air dan bersifat lemah jika dibandingkan dengan puting beliung.
Walaupun belalai air disifatkan sebagai lemah, bot dan kapal yang berada di lautan dinasihati supaya berwaspanda dengan belalai air kerana biasanya angin kuat akan berada berhampiran belalai air. - SiakapKeli.com

Polis selamatkan 17 wanita mangsa pemerdagangan manusia di Melaka
MELAKA: Polis menyelamatkan 17 wanita warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, awal pagi ini.
Ketua Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff berkata mereka terdiri 15 wanita warga Vietnam dan dua wanita China berusia 19 hingga 36 tahun yang dijadikan pelayan di premis terbabit.
Beliau berkata ketika serbuan pada 2.15 pagi itu, kesemua wanita terbabit sedang melayan kira-kira 28 pelanggan di premis dua tingkat itu.
"Seorang wanita tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai ibu ayam ditahan di tingkat atas premis tersebut bersama sebuah beg mengandungi wang tunai berjumlah RM12,080 dan resit jualan dipercayai bagi aktiviti pelacuran," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, enam pekerja premis berkenaan terdiri daripada empat lelaki tempatan dan masing-masing seorang lelaki warga China dan Bangladesh berusia 30 hingga 40-an turut ditahan polis.
Siasatan awal mendapati premis yang tidak mempunyai lesen perniagaan itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran, katanya.
Kamal Khan berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2001. - BERNAMA
TOP
Kilang Roti Sudah Di Tarik Lesen, Sudah Tidak Beroperasi
IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini.
Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.
Bagaimanapun, hasil siasatan Sinar Harian mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.
Malah, tinjauan ke kilang berkenaan mendapati ia tidak lagi beroperasi seperti biasa dan hanya menempatkan beberapa lori syarikat terbabit.
Maklum balas yang diterima daripada Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mengesahkan kilang yang dimaksudkan sudah diambil tindakan.
Operasi ke atas kilang terbabit dijalankan pada 12 Jun yang lalu melibatkan Jaipk, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Hasil pemeriksaan, kita mendapati kilang ini menggunakan logo Halal tanpa perakuan Jaipk malah sijil halal yang dimiliki tidak diperbaharui selama dua tahun.
“Sebanyak tiga lori roti disita dalam operasi itu. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dikenakan denda sehingga RM 250,000,” kata sumber Jaipk, semalam.
Sementara itu, Exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, tindakan lanjut telah diambil kilang roti yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar sebelum bulan Ramadan lagi selepas didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan kebersihan yang tidak mengikut piawaian.
Beliau berkata, tindakan berkenaan telah diambil oleh pihak Jabatan Kesihatan dan MBI.
Menurutnya, lesen perniagaan premis tersebut dibatalkan dan tidak lagi beroperasi sehingga kini.
“Jika sesebuah premis itu terlibat dengan aktiviti pengeluaran makanan, jika mereka tidak berjaya menjaga aspek kebersihan dan piawaian yang telah ditetapkan, tindakan undang-undang sememangnya akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Kilang Penapisan Minyak Kelapa Sawit Intergrated Formation Sdn Bhd, di Kamunting, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Samsudin berkata, sebelum ini lawatan ke kilang bihun di Kampar juga telah dilakukan pihaknya.
“Kita dapati semuanya dalam keadaan bersih dan terkawal, namun dari sudut pandangan pihak Jabatan Kesihatan operasi premis tersebut terpaksa ditutup selama tiga minggu,” katanya.
Samsudin berkata, perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh mana-mana premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan, mereka seharusnya memenuhi standard dan juga piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.
Ketika Sinar Harian mendapatkan maklum balas syarikat roti berkenaan, wakil syarikat itu ketika dihubungi mengakui kilang berkenaan sudah pun ditutup dan kini berpindah di tempat baharu. - SinarHarian
TOP
Video - Tayar Bergolek Yang Ditakuti Oleh Askar Zionis.
Kun Fa Ya Kun...Bila Allah kata,"Jadi" maka 'Jadilah". Segagah dan seego mana pon seseorang manusia itu,, walaupun dengan bersenjatakan senapang canggih, jika Allah campakkan perasaan takut dan gelabah dalam diri dia, maka dia tetap akan jadi pengecut.
Video ini bukti jelas bagaimana Allah meletakkan perasaan takut di dalam diri Zionis sehingga dengan tayar pon boleh jadi gelabah. Apa yang nak ditakutkan dengan satu tayar yang sedang bergolek? Sedangkan mereka berempat ketika itu.
Dalam video tersebut, salah seorang daripada mereka cuba membaling batu kearah tayar tersebut kemudian dia entah mengapa tiba-tiba tersungkur ke tanah. Dia kemudiannya menjadi bahan gelak orang-orang Palestin yang bersembunyi berhampiran dan kemudiannya mengarahkan senapang untuk cover malu. - SiakapKeli.com

Bertudung Atau Tidak, Itu Bukan Masalah Besar
Penyanyi baru Hanie Soraya Kahar, 20, berharap peminat tidak keliru dengan penampilannya yang ada ketika bertudung dan tidak bertudung.
Bertemu pelantun yang semakin popular namanya menerusi lagu ‘Hingga Hujung Dunia’ ini di Majlis Pelancaran Album ’15 Senandung Aidilfitri’ dan Majlis Berbuka Puasa Warner Music baru-baru ini, gadis yang senang disapa sebagai Hanie ini mengakui sekiranya dia pulang ke Mesir dan menghadiri kuliah, dia akan bertudung. Tetapi jika dia pulang ke sini dan sebagai seorang penyanyi, dia akan tampil dengan imej tidak bertudung.
“Memang kalau saya di Mesir, saya bertudung dan ke kuliah. Sebenarnya pihak universiti tak menetapkan sama ada para pelajarnya wajib bertudung atau tidak. Itu adalah atas pilihan saya sendiri. InsyAllah moga nanti satu hari saya dibukakan hati untuk kekal bertudung.
“Saya rasa soal saya bertudung atau tidak, itu bukan satu masalah besar. Saya harap peminat tak keliru dan dapat menerima saya kerana bakat saya. Sekarang ni pun semakin ramai yang tahu lagu saya. Ia satu petanda baik untuk saya teruskan minat saya dalam bidang nyanyian
“Masa saya mula-mula dengar lagu saya di radio setelah saya pulang ke sini. Masa tu saya sangat teruja dan gembira”, katanya sambil tersenyum.
Hanie yang pulang ke tanah air kerana bercuti sebenarnya merupakan pelajar tahun kedua jurusan kedoktoran Universiti Mensurah, Mesir.
Ditanya mengenai bagaimana dia membahagikan masa antara kerjaya nyanyiannya serentak dengan kini menyambung pelajaran di luar negara, kata Hanie, tidak dinafi ia satu tanggungjawab yang sangat berat untuk memastikan dia mendapat kejayaan pada kedua-kedua bidang yang diceburinya ini.
Namun Hanie yakin dia dapat membahagikan masa dengan baik dan dia lebih mengutamakan pelajaran.
“Saya nak berjaya dalam dua-dua bidang, doktor yang menyanyi, kenapa tidak? Kan. Saya rasa saya oleh bagikan masa dengan baik. Tapi apa pun saya akan tetap mendahulukan pelajaran. Saya berazam untuk menamatkan pelajaran saya”, katanya yang mula melangkah kedunia seni selepas menghadir satu ujibakat yang dilakukan oleh penyanyi Faizal Tahir, kira-kira tiga tahun lalu.
Jelas Hanie lagi, menerusi ujiakat tersebut dia kemudiannya dilamar bernaung dibawah naungan syarikat penyanyi berkenaan iaitu, Faithful Music
“Sebenarnya penglibatan saya dalam dunia seni ini tidak pernah dirancang. Selepas tamat peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya hanya duduk di rumah dan ada banyak masa terluang.
“Ketika itu ibu saya memaksa saya untuk menghadiri satu uji bakat yang dilakukan oleh Faizal Tahir. Sebenarnya saya cukup berat untuk menghadiri sesi uji bakat itu. ?Namun rezeki saya apabila saya diterima menjadi penyanyi naungan syarikat beliau”, ujarnya yang akan pulang semula ke Mesir selepas Hari Raya Haji nanti.
Suara Macam Amy Mastura
Jika sekali dengar lagu yang dinyanyikan oleh Hanie, suaranya ia tak ubah seperti suara penyanyi Amy Mastura. Mengulas mengenai perkara itu, Hanie berkata dia berasa berbesar hati jikalau suaranya di samakan dengan Amy. “Saya ada dengar juga ramai yang berkata begitu. Bagi saya, saya berbesar hati sebab Amy Mastura antara penyanyi kegemaran saya dan saya memang membesar dengan lagu-lagu dia. “Tapi saya juga berharap agar saya dapat dikenali dengan identiti saya sendiri”, katanya yang juga memberitahu bakal merakamkan single terbbaru dalam masa terdekat ini. – Malaysian Digest

Dua Lemas, 19 Hilang Bot Bawa Pendatang Asing Langgar Kapal APMM
Salah sebuah kapal yang dimiliki pasukan penguatkuasaan Maritim Malaysia. (Gambar hiasan)
JOHOR BAHRU: Seramai dua pendatang asing tanpa izin (PATI) mati lemas manakala 19 lagi hilang selepas bot pancung yang dinaiki kira-kira 80 orang karam di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian awal pagi tadi. Nahas pada 1.33 pagi itu dilaporkan berlaku kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Pisang. Sementara itu, BERNAMA melaporkan Penolong Pengarah (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat) negeri, Mohd Rizal Buang sebagai berkata bot pancung berkenaan karam selepas berlanggar dengan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia semasa Ops Tumpas. "Pihak bomba berjaya menyelamatkan 61 mangsa tetapi dua daripadanya (seorang lelaki dan wanita) meninggal dunia manakala 10 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan 49 mangsa terselamat," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan mulai 8 pagi ini melibatkan 20 anggota Bomba dan Penyelamat Negeri. ─ BH Online

Malaysia Jangan Bagi Muka Kepada Kenderaan Asing!
Singapura bertindak akan menaikkan caj VEP pada Ogos ini. (Gambar hiasan)
SHAH ALAM - Cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya Malaysia mengenakan caj permit kemasukan kenderaan (VEP) asing kepada kereta berdaftar di Singapura disambut baik rakyat Malaysia, seperti yang dapat dilihat melalui perbincangan di media sosial. Kebanyakan pengguna menganggap ia langkah tepat selepas kerajaan sekian lama membenarkan kenderaan asing memasuki negara ini secara percuma dan ramai juga yang mencadangkan supaya jumlah caj dinaikkan lebih tinggi daripada RM100 yang dicadangkan Pemuda Umno Johor, kelmarin. Malah, ramai juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana menganggap kerajaan menganaktirikan rakyat sendiri dengan mengenakan pelbagai bayaran dan menarik semula pelbagai subsidi, namun tidak mengenakan bayaran setimpal kepada orang luar. Seorang perunding komunikasi Faisal Nazrin Zainuddin, 30, berkata, kebanyakan kereta dari Singapura diketahui memasuki negara ini untuk mengisi petrol dan membeli barangan yang kebanyakannya menerima subsidi kerajaan. "Memang ada had (pembelian petrol) tetapi dari segi penguatkuasaan, saya rasa tidak menyeluruh. Ini (caj VEP) satu lagi sumber pendapatan (negara)," katanya. Beliau turut mempersoalkan kelonggaran ketara kepada pesalah trafik Singapura. "Saya banyak kali terserempak dengan kenderaan Singapura memandu sangat laju di lebuh raya. Polis kita mencari pesalah trafik Malaysia sehingga ke rumah, pejabat tetapi kenapa undang-undang itu seolah-olah tidak dikenakan kepada orang luar?," soalnya. Sementara itu, peguam Siti Nurzafirah Padzil, 27, berkata, cadangan mengenakan VEP kepada kenderaan Singapura amat disetujui. "Singapura penyebab kesesakan lalu lintas di Johor Bahru dan mereka memenuhi ruang letak kereta pasar raya besar untuk beli barangan runcit di Malaysia," katanya. Pandangan mereka dikongsi sebahagian besar pengguna media sosial yang memberi komen berhubung cadangan caj VEP itu. "Singapura bijak dapatkan duit daripada orang luar tetapi Malaysia tidak tahu (melakukan perkara sama), hanya tahu dapatkan duit daripada orang sendiri dengan menaikkan harga," menurut seorang pengguna media sosial. Ada pula yang berpendapat kereta Singapura patut dikenakan caj tinggi kerana kebanyakan penduduk negara jiran itu membeli petrol RON95 yang bersubsidi di Malaysia. "Apabila ditegur, ajak pula kita bertumbuk. Apa dah jadi dengan penguatkuasaan," komen pengguna Facebook. Singapura berusaha mengurangkan kesesakan pintu sempadan negaranya mengumumkan caj VEP dinaikkan dari S$20 (RM51) kepada S$35 (RM90) bermula 1 Ogos ini. ─ Sinar Online

Israel ragut 186 nyawa Palestin, atasi 177 yang dibunuh pada 2012
BANDARAYA GAZA: Angka korban akibat serangan udara Israel selama seminggu terhadap Gaza meningkat kepada 186 orang, mengatasi jumlah yang terbunuh dalam konflik pada 2012.
Lewat malam tadi, lima rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara berasingan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, berkata serangan berkenaan membunuh tiga orang di Rafah, termasuk kanak-kanak kecil, dan dua lagi di Khan Yunis.
Pegawai PBB menyatakan lebih daripada suku mereka yang terbunuh di Gaza akibat serangan udara Israel sejak seminggu lalu adalah kanak-kanak.
Secara keseluruhannya, 16 orang terbunuh semalam manakala bilangan mereka yang cedera meningkat kepada 1,280 orang.
Angka korban itu mengatasi 177 yang terbunuh pada konflik lalu pada November 2012. - AFP
TOP
Susulan: Kini Pasukan Keselamatan Dibenarkan Untuk Tembak Sesiapa Yang Didapati Menceroboh Perairan Sabah
Pasukaan keselamatan diberi kuasa untuk menembak penceroboh perairan di Sabah. Keputusan itu dibuat disebabkan oleh isu pencerobohan diperairan Sabah.
Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menekankan bahawa pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.
“Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis, di sini, semalam.
Keputusan tersebut dibuat setelah Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar meminta kerajaan membenarkan pasukannya menembak mana-mana pihak yang menceroboh perairann Sabah. - SiakapKeli.com
TOP
Selangor Sedia Lantik Azmin Jadi MB – Sumber
PETALING JAYA – Selangor dilihat sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.
Walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas Hari Raya.
“Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya,” kata sumber itu, Selasa.
Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.
Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.
“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti,” kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.
Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, ‘selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri’.
Walau bagaimanapun, pada Selasa dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Mereka dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.
Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.
DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar.
“Tidak, kami langsung tidak pernah membincangkan perkara ini semua,” kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.
Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini.
Adun Pelabuhan Klang, yang kalah kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara. – mStar
TOP
Taufan Rammasun: Amaran angin kencang, laut bergelora di Sabah
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Rammasun yang dikesan kira-kira 1,125 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah pada jam 8 pagi tadi.
Taufan berkenaan dikesan pada Latitud 12.7 U dan Longitud 125.6 T yang bergerak ke arah barat dari kawasan itu dengan anggaran kelajuan 25 kilometer (km) sejam, menurut kenyataan Jabatan Metereologi.
Berikutan itu keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang sedang berlaku di kawasan perairan Kudat dan pantai barat Sabah dijangka berterusan hingga esok.
Sementara angin kencang Barat Daya di Sulu, Palawan dan Reef North dijangka berterusan sehingga Jumaat ini dan di Phuket sehingga Isnin.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.- BERNAMA
TOP
Skaf Rekaan Elfira Loy Dapat Sambutan
PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy tidak menyangka skaf rekaannya yang diberi nama Twinkle by Elfira mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan dewasa.
Elfira, 20, berkata, pada asalnya rekaan corak istimewa hasil lukisan tangannya pada skaf itu lebih disasarkan kepada golongan remaja seusianya sahaja.
“Saya mensasarkan golongan remaja sahaja tetapi tidak sangka pula pelanggan saya ramai daripada golongan dewasa iaitu wanita yang mempunyai anak-anak dan berusia 40-an, kebanyakkan mereka adalah dari Singapura dan Brunei.
“Mungkin mereka lihat corak rekaan saya berbeza dan lebih menonjol daripada skaf yang biasa dijual di pasaran, namun untuk keluaran akan datang saya akan reka yang bersesuaian dengan golongan ini,” ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, ditanya adakan dia terikut-ikut dengan trend perniagaan artis, Elfira berkata, produknya mempunyai kelainan tersendiri.
Bagaimanapun, Elfira hanya bertanggungjawab membuat rekaan corak pada skaf tersebut manakala hal pengurusan perniagaan dikendalikan oleh rakan niaganya.
“Saya tidak jual baju macam kebanyakan artis, sebaliknya saya jual skaf atau selendang yang saya reka sendiri coraknya. Saya hanya melukis sahaja, manakala hal mewarna dan pengurusan lain diuruskan oleh rakan kongsi,” katanya.
Dalam pada itu, Elfira berkata, dia mendapat ilham tersebut ketika bercuti ke Thailand bersama beberapa orang rakan dan mendapati bisnes tersebut begitu mendapat sambutan.
Katanya, dia ingin menjadi pencetus fesyen skaf dan selendang di Malaysia.
“Saya lihat skaf sudah menjadi aksesori wajib bagi remaja di Thailand sehingga saya terfikir kenapa ia tidak dibawa ke negara kita.
“Saya mahu memulakannya dan menjadi trendsetter kepada imej ini,” ujarnya. – mStar.com.my
TOP
Tingkat Taraf Bola Sepak Negara, Tak Perlu Bina Insinerator
PETALING JAYA – Kerajaan tidak perlu membina insinerator dengan kos RM1 bilion di Kuala Lumpur seperti yang diperkatakan, tetapi sebaliknya menggunakan dana tersebut untuk meningkatkan taraf bola sepak negara, kata hartawan Tan Sri Vincent Tan.
Vincent, yang merupakan pengasas Berjaya Corp Bhd (BCorp) berkata kerajaan perlu memikirkan semula rancangannya memandangkan pengurusan sisa pepejal perbandaran (MSW) sedia ada yang termasuk penghantaran sampah mentah ke tapak pelupusan sanitari Bukit Tagar telah ‘diuruskan dengan berkesan’ di Kuala Lumpur dan Selangor.
“Tapak pelupusan sanitari Bukit Tagar mempunyai kapasiti kira-kira 120 juta tan, dan boleh mampu menguruskan sisa yang dijana di Kuala Lumpur dan Selangor (kira-kira 5,000 tan sehari) selama lebih 65 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Vincent, Bukit Tagar, yang telah ditubuhkan sejak tahun 2005, menerima 2,500 tan sampah sehari dari Kuala Lumpur semata-mata.
Pemegang konsesi Bukit Tagar ialah KUB-Berjaya Enviro Sdn Bhd, yang mana 60 peratus dimiliki oleh BCorp dan 40 peratus oleh KUB Malaysia Bhd
Baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pembinaan insinerator tidak dapat dielakkan.
Tender bagi pembinaan insinerator itu yang akan ditempatkan di stesen pemindahan sisa semasa, di Taman Beringin, Kepong, dijangka dianugerahkan pada Jun depan, dengan jangkaan operasi dimulakan pada 2018.
Vincent berkata beliau percaya kerajaan “mungkin telah dikelirukan” oleh sesetengah pihak yang mempunyai agenda mereka sendiri dalam mempromosikan projek insinerator.
“Selain isu-isu keselamatan dan alam sekitar, projek insinerator akan mengalirkan rizab luar negara kita kerana kebanyakan peralatan dan komponen perlu diperolehi daripada luar negara,” katanya.
Disebabkan pembakaran akan mengurangkan jumlah bahan buangan kira-kira 90 peratus, dan jumlah berat sebanyak 80 peratus, KUB-Berjaya Enviro dijangka akan mempunyai pengurangan aliran pendapatan kerana jumlah sisa di tapak pelupusan akan menjadi beberapa kali lebih rendah selepas pembakaran.
Vincent berkata RM1 bilion yang diperuntukkan untuk insinerator sebaliknya perlu disalurkan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membangunkan lagi bola sepak negara.
“Sesuatu perlu dilakukan untuk memulihkan kedudukan kita di dunia bola sepak. Kita adalah sebuah negara yang cintakan bola sepak dan saya percaya kita mempunyai banyak anak-anak muda yang berbakat yang boleh mencapai tahap tertinggi bola sepak jika diberi peluang untuk berbuat demikian, “katanya.
“Mengapa menghabiskan RM1 bilion pada projek insinerator dan ia berakhir sebagai projek gajah putih? Mengapa tidak sebaliknya melabur RM1 bilion untuk membina akademi bola sepak di seluruh Malaysia?” kata Vincent. – mStar.com.my
TOP
Konstabel Zakiah Aliep dalam tawanan penculik, ada hubungi isteri - KPN
KOTA KINABALU : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan bahawa Konstabel Zakiah Aliep yang hilang dalam serangan di Semporna ada menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, malam tadi, lapor BH.
Zakiah memberitahu isterinya dia kini menjadi tawanan kumpulan penculik bersenjata. Namun Zakiah tidak menyatakan lokasinya pada ketika itu.
Konstabel Zakiah Aliep, 26 dilaporkan hilang dalam serangan yang berlaku di Pulau Mabul di Semporna, malam kelmarin.
Khalid berkata, polis mengetahui identiti individu yang terbabi dalam serangan hendap itu. Sementara itu, agensi berita BERNAMA melaporkan bahawa pihak polis kini sedang menunggu panggilan susulan dari kumpulan tersebut untuk menjejak lokasi Zakiah.
Pihak polis sudah meneliti rakaman CCTV untuk mengenalpasti suspek dan kini, siasatan lanjut sudah dilaksanakan. "Kita pasti ada penglibatan dalang-dalang di kawasan berhampiran yang berhubung dengan pihak musuh kerana mereka boleh bertindak sedemikian," kata Khalid.
Setakat ini, tiada wang tebusan yang diminta oleh kumpulan berkenaan - SiakapKeli.com
TOP
Maya Karin teruja Jerman Menang Piala Dunia 2014
Maya Karin, selebriti yang berkacukan darah Jerman-Melayu teruja apabila pasukan pujaannya, iaitu Jerman memenangi Piala Dunia 2014.
Maya Karin dilihat meraikan kemenangan itu dengan memuatnaik gambar di Instagram bersama rakan-rakannya ketika menyaksikan perlawanan itu.
Di laman Twitter pula, kelihatan status Maya Karin yang berbunyi, “Oh kita menang, kita menang! Saya menangis. Kita menang!” setelah Jerman memenangi perlawanan berprestij itu. Maya Karin adalah selebriti terkemuka di Malaysia yang dilahirkan 29 Oktober 1979 di Jerman. Bapanya Gottfried berasal dari Jerman manakal ibunya berasal dari Malaysia. Mengulas mengenai ramalan tersebut sebelum ini, Maya mengatakan Jerman mempunyai peluang 50-50 disebabkan pasukan Argentina tidak boleh dipandang ringan. Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 hasil jaringan Mario Gotze tunggal perlawanan pada masa tambahan di Stadium Maracana. - SiakapKeli.com

Kediaman Dua Keluarga Hangus Di Jilat Api
Pasir Gudang: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Sepakat, Masai di sini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.23 malam.
Beliau berkata, tiga jentera dengan kekuatan 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, dalam tempoh kurang sejam, pasukan berkenaan dapat mengawal kebakaran.
"Semua mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Operasi tamat pada jam 12 tengah malam dan kami akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran," katanya ketika dihubungi. - myMetro
TOP
Bantuan Khas RM500 Dibayar Pada 21 Julai: Musa
KOTA KINABALU – Semua penjawat awam kerajaan negeri Sabah akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri pada 21 Julai ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan tambahan pertama 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini.
Musa, yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata pembayaran bantuan khas itu melibatkan peruntukan sebanyak RM8.5 juta. – BERNAMA
TOP
4 Beranak Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh
BATU GAJAH – Tujuh lelaki termasuk empat beranak masing-masing didenda antara RM500 dan RM450 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan memaki hamun dan bergaduh di Perkarangan Balai Polis Pusing di sini pada Jumaat lepas.
Majistret Solehah Noratikah Ismail mengenakan hukuman denda RM500 terhadap S. Mathekumar, 22, dan K. Ganasen, 44, atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
Lima lagi tertuduh, V Vicneswaran, 28, R Shammugam, 65, serta tiga anaknya iaitu S Yogeswaran, 34, Zaid Shammugam, 29, dan S Loggarajan, 25, didenda RM450 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 9.30 malam, 11 Julai lepas dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta sama.
Menurut fakta kes kesemua tertuduh bergaduh sambil tolak-menolak serta memaki hamun antara satu sama lain di perkarangan balai polis berkenaan.
Pengadu bersama sepasukan anggota polis menghampiri mereka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad kuasa, namun tidak dihiraukan oleh mereka.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada mereka.
Katanya Mathekumar dan Ganasen mempunyai rekod jenayah lampau masing-masing berkaitan kes dadah dan gaduh.
Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
Ikhlas, Dekati Golongan Gelandangan Secara Berhemah
KUALA LUMPUR – Jijik dan kotor, itu antara tanggapan umum segelintir masyarakat apabila melihat kelibat golongan gelandangan dan pengemis yang berkeliaran di ibu kota.
Tidak cukup dengan pandangan sinis yang dilemparkan masyarakat, kata-kata hinaan sudah menjadi ‘rencah’ dalam kehidupan bergelar pengemis dan gelandangan malah ada yang mencemuh golongan itu.
Di sebalik keperitan hidup yang dilalui gelandangan dan pengemis, masih ada ‘tangan’ yang sudi menghulur bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kehadiran sukarelawan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) banyak membantu mereka.
Keprihatinan sukarelawan berkenaan wajar diberi pujian. Tidak ramai yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk mengagihkan makanan dan memberi bantuan kepada golongan gelandangan dan pengemis yang mengharapkan pertolongan.
Sejauh mana sukarelawan berminat berusaha mendekati golongan ini?
Bagi seorang sukarelawan, Siti Nur Sarah Salleh, 23, berkata melakukan aktiviti kesukarelawan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia.
“Tidak rugi kita menyertai aktiviti kesukarelawan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan. Seorang sukarelawan harus mempunyai niat yang ikhlas dan sanggup membantu tanpa mengira bangsa, agama dan peringkat umur,” kata Siti Nur Sarah, seorang penjawat awam.
Minat yang mendalam terhadap aktiviti kesukarelawan, kata beliau adalah sesuatu yang datang secara sendiri tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan sebagai ganjaran.
Siti Nur Sarah melahirkan harapan yang tinggi agar pihak kerajaan dapat menghargai usaha yang dilakukan oleh para sukarelawan.
“Sokongan daripada pihak kerajaan ini dapat membantu menaikkan kesungguhan dan semangat kesukarelawan yang lebih tinggi, sekaligus menarik lebih ramai golongan muda serta belia untuk terlibat sama,” jelasnya.
Pengerusi Kesukarelawan Kuala Lumpur (VKL), Norsaifullah Ramada pula berpendapat terdapat segelintir golongan pengemis dan gelandangan sebenarnya mempunyai pekerjaan seperti pengawal keselamatan, pencuci pinggan di restoran dan pelayan, tetapi memilih untuk tidak pulang ke rumah.
Norsaifullah berkata hasil tinjauannya berjumpa golongan tersebut mendapati mereka mempunyai alasan tersendiri seperti mempunyai masalah keluarga dan keadaan rumah yang tidak selesa, yang menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke rumah.
“Melihat kepada permasalahan ini, penglibatan khidmat kaunselor dalam aktiviti kesukarelawan merupakan perspektif yang boleh dijadikan kaedah baharu membantu golongan gelandangan dan pengemis.
“Jika sebelum ini pendekatan yang biasa digunakan adalah dengan memberi makanan dan tempat tinggal, dengan wujudnya khidmat kaunselor yang turun padang mereka dapat menyelami sendiri perasaan serta nasib golongan gelandangan dan pengemis dan memberi khidmat nasihat sewajarnya,” katanya.
Norsaifullah berkata melalui kaedah itu, maklumat yang diperoleh dapat diproses dalam membantu mengenal pasti banyak punca-punca lain dan mengapa golongan tersebut bertindak sedemikian rupa.
Tidak menafikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya berjiwa prihatin dan sensitif terhadap isu-isu kemanusiaan, Norsaifullah bagaimanapun melihat tahap keprihatinan masyarakat sering kali dilihat tidak berpanjangan malah mengikut ‘musim’ dan hanya bergantung kepada keadaan semasa.
Mengambil contoh Ramadan yang dilalui umat Islam sekarang, beliau berkata: “Ramai yang bersedekah dan rajin memberi bantuan tetapi apabila selesai sahaja bulan puasa ini, hendak dapatkan penaja atau orang yang sudi memberi bantuan agak sukar.
“Sekarang ini timbul pula isu Gaza dan penderitaan rakyat Palestin, semua masyarakat berasa sedih dan mahu menghulurkan derma sedangkan isu ini sudah lama berlaku, sepatutnya bantuan itu berterusan bukannya bermusim,” katanya.
Norsaifullah berkata media mempunyai peranan menghasilkan laporan berita semasa yang menjurus kepada nasib masyarakat dunia amat penting misalannya nasib pelarian Rohingya dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, sekali gus menggerakkan bantuan berterusan.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kembara Amal (PEKA) Khir Ariffin berkata sewajarnya perbincangan melibatkan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) diadakan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi semua pihak.
“Ya, mungkin senario meminta sedekah mencemar imej ibu negara. Tetapi mereka (peminta sedekah dan gelandangan) tidak mempunyai pilihan.
“Mereka tidak patut dipersalahkan, misalnya ada antara mereka yang datang ke bandar untuk mencari pekerjaan tetapi tidak mampu untuk membayar sewa rumah atau bilik kerana bayaran mahal jadi mereka mencari jalan mudah dengan tidur di kaki-kaki lima,” katanya yang aktif dalam aktiviti kesukarelawan sejak empat tahun lalu.
Merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengenakan denda kepada pemberi dan peminta sedekah, kenyataan itu sedikit sebanyak merencatkan aktiviti kesukarelawan yang telah dirancang lebih awal untuk membantu golongan tidak berkemampuan. – BERNAMA
TOP
Vaksin Denggi Mungkin Boleh Elakkan Demam Denggi Berdarah
KUALA LUMPUR – Hasil kajian mengenai vaksin denggi yang dinanti-nantikan dan akhirnya diperkenalkan Jumaat lepas menunjukkan keberkesanan hampir 90 peratus dalam mencegah demam denggi berdarah.
Syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi mendedahkan dalam jurnal perubatan terkemuka, The Lancet, hasil terperinci Fasa III ujian klinikal yang dilakukan di lima buah negara Asia.
Lebih dua pertiga angka global penyakit yang berpunca daripada nyamuk dicatat di rantau ini.
Ujian klinikal dijalankan ke atas 10,275 kanak-kanak sihat berumur antara dua dan 14 tahun di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Kajian kemujaraban vaksin denggi ini adalah yang pertama dijalankan secara besar-besaran.
Ia bertujuan untuk menganggarkan perlindungan yang dihasilkan oleh vaksin ini selepas suntikan terakhir daripada tiga suntikan, setiap satu jaraknya enam bulan.
Implikasi Ekonomi
Penemuan kajian menunjukkan vaksin itu menyediakan perlindungan sebanyak 80 peratus daripada demam denggi berdarah selepas satu atau lebih suntikan dan perlindungan meningkat kepada 88.5 peratus selepas suntingan ketiga. Menurut ahli virologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, keadaan itu dapat mengurangkan kos kemasukan ke hospital dan penjagaan kesihatan memandangkan vaksin boleh mengurangkan insiden denggi yang teruk sebanyak dua pertiga. Ia juga boleh mengelakkan kematian. Beliau, yang juga mantan Presiden Jawatankuasa Pemandu Vaksinasi Vaksin Denggi Asia Pasifik, berkata kesan sosial kepada ibu bapa tidak boleh diukur. Kajian menggunakan sumber data berganda untuk menganggarkan kos akibat sakit ini di Malaysia oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya bersama Universiti Brandeis, Amerika Syarikat menunjukkan beban ekonomi denggi di negara ini ialah AS102(RM325) juta setahun, atau anggaran AS3.72 (RM11.85) pe kapita. “Satu kajian lain oleh penyelidik UM dan Brandeis adalah mengenai kos ekonomi kawalan vektor denggi dan kos per kapita dianggarkan AS1.70 (RM5.42). “Menggunakan vaksin sekarang mempunyai keberkesanan kos untuk negara,” kata Dr Lam, Perunding Penyelidik Impak Tinggi Universiti Malaya (UM). Sanofi Pasteur, bahagian vaksin Sanofi, mendedahkan dalam satu kenyataan akhbar pada 11 Julai bahawa vaksin itu mengurangkan denggi sebanyak 56.5 peratus dalam kumpulan yang diberi vaksin. Ini berbanding dengan kumpulan yang dikawal seperti yang dicatat sepanjang 25 hari kawalan aktif dilakukan. Data itu juga menunjukkan perlindungan lebih baik terhadap virus denggi jenis DEN3 dan 4 (75 peratus), kurang terhadap DEN1 (50 peratus) dan kurang terhadap DEN2 (35 peratus). Dr Lam menyatakan peratus kemujaraban terhadap DEN2 adalah rendah dan menambah analisis selanjutnya perlu dibuat. “Penting untuk menunggu hasil ujian Amerika Latin yang melibatkan lebih 20,000 sukarelawan dan untuk melihat sama ada penemuan ini betul”, katanya. Ujian peringkat akhir kedua sedang dilaksanakan di Brazil, Columbia, Honduras, Mexico dan Puerto Rico ke atas 20,000 kanak-kanak berusia antara sembilan dan 16 tahun. Hasil kajian akan diterbitkan sebelum akhir tahun ini.
Sejauh Mana Berkesan?
Menurut Dr Lam, salah satu perkara yang ditimbulkan dalam The Lancet adalah kemujaraban satu dos vaksin di sebalik tiga dos, di kelima-lima buah negara di mana ujian dibuat. Ini mungkin boleh mengurangkan kos pelalian bagi vaksin yang mungkin tinggi harganya. Apa yang berlaku mungkin ada kaitan dengan hakikat sukarelawan mempunyai antibodi sedia ada akibat pendedahan semula jadi kepada ‘flavivirus’ termasuk denggi. “Penilaian selanjutnya perlu dibuat untuk melihat sama ada hasil penemuan ini adalah konsisten. “Jika betul, ini akan memudahkan lagi pentadbiran vaksin di negara-negara yang mempunyai kes denggi yang berleluasa dan sudah tentunya lebih murah,” kata Dr Lam. Penemuan itu juga menyatakan vaksin berkenaan lebih mujarab di negara-negara yang mempunyai kes denggi yang tinggi kerana wujudnya antibodi sedia ada. Atas sebab yang sama ia lebih berkesan kepada kanak-kanak yang lebih tua memandangkan kumpulan itu mungkin pernah mengalaminya. Vaksin itu juga mungkin tidak berapa berkesan untuk mereka yang datang dari negara-negara yang tidak ada kes denggi yang banyak. “Pelancong British yang mahu mendapatkan pelalian daripada penyakit denggi sebelum datang ke Malaysia, sebagai contoh, mungkin mendapat perlindungan yang lemah daripada vaksin itu. “Bagaimanapun, kami perlu melakukan kajian yang lebih besar sebelum membuat sebarang kesimpulan,” katanya kepada Bernama. Dr Lam mencadangkan vaksin itu diberi kepada kanak-kanak yang bersekolah terlebih dahulu, terutamanya di sekolah menengah. “Hakikatnya denggi yang teruk berlaku kepada orang muda dan dengan memberi vaksin kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, kumpulan berisiko ringgi untuk denggi yang teruk, ini boleh mengurangkan demam denggi berdarah serta kematian di negara ini”, katanya.
Langkah Selanjutnya
Hampir separuh daripada penduduk dunia telah dijangkiti denggi yang juga dikenali sebagai “demam mematah tulang” kerana kesakitan yang melampau. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), denggi menyerang kira-kira 100 juta orang setahun sementara sesetengah pakar meletakkan angkanya tiga kali ganda. Di Malaysia, sebanyak 46,681 kes denggi dilaporkan berlaku dari Januari hingga awal Julai tahun ini. Ini adalah kenaikan 246 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Angka kematian untuk tempoh yang sama berjumlah 87,222 peratus kenaikan daripada tempoh yang sama tahun lepas. “Dalam tempoh 40 tahun lepas sejak saya mula membuat penyelidikan terhadap denggi, kes penyakit ini telah meningkat 30 kali ganda di sebalik langkah kawalan yang dilakukan. “Vaksin ini memberi kami harapan kita ada peralatan tambahan untuk menangkis serangan penyakit ini. “Sekiranya data daripada ujian Amerika Latin menyokong kajian Asia, pihak yang berwajib perlu menimbangkan secara serius penggunaannya di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Dunia Arab Perlu Bantu Penduduk Gaza : Tun Mahathir
ALOR SETAR – Dunia Arab sepatutnya menolong penduduk Gaza di Palestin yang diserang rejim Zionis Israel dan bukannya mengambil sikap berdiam diri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata negara-negara Arab yang majoriti rakyatnya beragama Islam perlu menghulurkan bantuan kepada rakan mereka yang kesusahan termasuk dengan menghantar bekalan makanan dan ubat.
“Amat sedih apabila bekalan makanan dan ubat tidak dapat masuk ke Gaza, disekat oleh negara-negara Arab yang bersempadan dengan Gaza,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi Kompleks Pekan Rabu di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata sikap masyarakat Islam yang bermusuhan sesama sendiri juga menguntungkan musuh Islam yang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.
Selain itu, katanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak mempunyai fungsi untuk membantu penduduk Gaza yang diserang rejim Zionis Israel sejak sekian lama.
Laporan media menyatakan 172 rakyat Palestin terbunuh dan 1,230 orang cedera sejak Israel menyerang Gaza melalui operasi dikenali sebagai “Operation Protective Edge” pada Selasa.
Sementara itu, Dr Mahathir beliau berharap ugutan bunuh terhadap anaknya, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz yang dibuat menerusi laman sosial beberapa hari lepas hanyalah sekadar ugutan.
“Saya tak taulah kalau beliau (Mukhriz) ada salah tapi setakat yang saya tahu beliau cuba nak berkhidmat untuk rakyat. Terpulang kepada orang lain… kadang-kadang orang buat baik pun ada musuh juga. Bagi saya ini perkara biasa. Orang Malaysia taklah ganas sangat,” katanya.
Baru-baru ini, lebih 20 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak terhadap pemilik akaun Facebook “Padi Jantn” bagi mendesak supaya dia ditahan atas tindakan melampaunya membuat ugutan terhadap Mukhriz dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah di laman sosial Facebook Jumaat lepas.
Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook itu yang berasal dari Jalan Tambang Badak, Alor Setar ditahan di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor kira-kira 5.45 petang semalam.
Hari ini, lelaki terbabit direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir menyambut baik pembinaan Kompleks Pekan Rabu yang baharu bagi memberi keselesaan kepada pengunjung tempatan dan luar yang mengunjungi kompleks tersebut.
Katanya pembinaan semula kompleks itu dapat mempertingkatkan standard Pekan Rabu seiring dengan perkembangan ekonomi pada masa kini.
Pembinaan semula Kompleks Pekan Rabu bernilai RM53 juta itu di sini akan bermula mengikut jadual pada November ini.
Dr Mahathir mempunyai hubungan yang istimewa dengan Pekan Rabu kerana beliau pernah berniaga pisang goreng di situ semasa zaman pendudukan Jepun di Malaysia. – BERNAMA
TOP
Mat Dang Kini Lebih Bersedia Hadapi Cabaran Puasa
Mohammad Kareef
KUALA TERENGGANU: Jatuh hati dengan suasana di negara ini dan suka bergaul dengan rakan dalam kalangan masyarakat Melayu mendorong Mohammad Kareef Daniel Abdullah memeluk Islam tahun lalu. Pemuda berusia 24 tahun dan berasal dari Bristol, England itu berkata, beliau kini mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran berpuasa. Lebih selesa dengan panggilan "Mat Dan' dan fasih berbahasa Melayu dialek Terengganu, beliau mengakui tidak larat dan hanya sempat berpuasa penuh beberapa hari sahaja ketika pertama kali melakukan ibadah itu tahun lepas. "Saya masuk Islam Januari 2013 dan tiada paksaan pun dari mana-mana sebab saya suka tinggal di sini dan bergaul dengan rakan Melayu. "Semasa saya menyatakan hasrat hendak masuk Islam, merekalah yang bantu dan dan memberi dorongan," katanya yang telah lima tahun berada di Malaysia dan kini menetap di Pulau Kapas, Marang. Menurutnya, ketika menyatakan hasrat mahu memeluk Islam kepada keluarganya di England, ibu bapanya menerima pilihan hidupnya dengan hati terbuka dan mereka juga sering datang melawatnya. "Emak ayah saya jenis berfikiran terbuka dan mereka hormati dan terima pendirian saya. Malah mereka sering datang ke sini melawat saya tiap kali cuti. "Malah bila saya bersolat atau buat sebarang aktiviti, mereka akan turut serta dan memang takkan lupa rakam gambar kenangan dan menyenangi kehidupan saya hidup dalam kalangan orang Melayu," akuinya yang kini sedang mendalami ilmu agama Islam dan berhasrat mengahwini gadis Melayu suatu hari nanti. Sementara itu, Mohd Asmawi Tan Abdullah, 55, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu ketika ditemui Bernama berkata, beliau terdetik untuk memeluk Islam sejak berumur 24 tahun kerana dia dibesarkan dan bergaul dengan masyarakat Melayu sejak kecil di sebuah kampung di Paka, Dungun. "Saya masuk Islam kerana saya tertarik dengan cara ajaran Islam selain tidak nafikan juga rakan-rakan banyak mendorong saya mendalami agama Islam seawal saya berusia kanak-kanak," katanya dan menurutnya isterinya Melayu. Beliau yang bekerja di kilang papan di Ajil berkata, beliau merasakan ketenangan sejak memeluk Islam dan masih berhubungan baik dengan saudara-maranya yang bukan Islam. "Tiap kali sambutan raya, rumah saya pasti akan dikunjungi saudara saya. Begitu juga kalau Tahun Baru Cina, kami sekeluarga akan pergi beraya ke rumah mereka dan ia sudah menjadi amalan saya dan isteri serta anak-anak saya juga," katanya yang mempunyai tiga cahaya mata. Seramai 750 saudara baharu Islam dari seluruh Terengganu termasuk masyarakat Orang Asli diraikan pada Majlis Iftar Perdana dan Penyampaian Bantuan Ramadan Saudara Baharu di sebuah hotel di sini malam Khamis. Majlis anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang diperkenalkan sejak 2012 itu juga turut dihadiri guru Kelas Bimbingan Saudara Baharu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat. Turut hadir Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Salleh. Pada majlis tersebut, kerajaan negeri menerusi Maidam memperuntukkan sebanyak RM480,000 untuk bantuan Ramadan tahun ini kepada golongan mualaf termasuk Orang Asli. Setiap saudara baharu menerima RM300 seorang dan tambahan RM50 bagi setiap tanggungan manakala setiap ketua isirumah masyarakat Orang Asli menerima RM400. Kini kira-kira 2,300 mualaf berdaftar dengan Maidam.

Pakej Ramadan Bantu Mangsa Perang Semenanjung Gaza
Pakej Ramadan yang disediakan Aqsa Sharif khusus untuk mangsa perang di Gaza.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif Berhad memperkenalkan empat pakej Ramadan bagi memudahkan rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang ditimpa musibah di bulan mulia ini. Sumbangan yang dirangka khusus untuk mangsa kekejaman tentera Israel itu termasuk pakej sahur, berbuka puasa, hadiah Hari Raya dan pek makanan. Setiap pakej, ditentukan nilai sumbangan serta sasaran rakyat Palestin yang akan menerimanya misalnya, pakej sahur bernilai RM20 ditentukan bagi satu set hidangan, berbuka puasa (RM50/set), hadiah Hari Raya (RM150/set) manakala pek makanan (RM300/set).
Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya,Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, keseluruhannya pihaknya menyasarkan kutipan tabung bantuan 'Aqsa 2 Gaza-Emergency Relief Operasi Badar' sebanyak RM6 juta, termasuk pakej Ramadan. Katanya, sumbangan itu merupakan bantuan jangka pendek yang akan diagihkan dalam tempoh 30 hari sempena sambutan bulan puasa berbentuk makanan, kelengkapan Hari Raya serta bantuan perubatan. "Sehingga kini, pertubuhan ini telah mengumpul sebanyak RM1 juta bermula awal Ramadan lalu dan akan berterusan menghulurkan bantuan kepada mereka (rakyat Palestin) walaupun selepas Ramadan. "Kami juga sedang merangka kerjasama dengan pasukan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bantuan kecemasan ini secepat mungkin," katanya di sini. Turut hadir Pengurus Besar Aqsa Syarif, Kamarul Zaman Shahrul Anwar, Jawatankuasa Eksekutif VIVA Palestina Malaysia, Noraini Hashim, dan wakil Srikandi Perwani Bikers, Rozaidah Shahbudin. Sementara itu, Pengurus Besar Aqsa Syarif Kamarul Zaman Shahrul Anwar berkata setakat ini lebih 30 peratus pek makanan telah diagihkan kepada rakyat Gaza dengan bantuan enam orang sukarelawan pertubuhan. "Kami sememangnya mempunyai tiga orang staf sepenuh masa yang merupakan penduduk tempatan di Palestin manakala tiga orang lagi merupakan staf separuh masa yang diambil untuk bersama-sama membantu misi bantuan ini. "Sekarang ini kami dalam perancangan untuk menghantar pasukan perubatan yang terdiri daripada empat hingga lima wakil ke sana memandangkan pintu Rafah iaitu sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza telah dibuka," kata Kamarul Zaman. Sehingga kini, pertubuhan itu menyampaikan sumbangan sebanyak RM26.33 juta kepada penduduk Palestin melalui sumbangan masyarakat negara ini diuruskan Aqsa Syarif, yang diwujudkan pada Februari 2010. Sumbangan itu meliputi projek pembangunan termasuk bantuan keperluan asas, perubatan, sosioekonomi, infrastruktur, pendidikan dan kemanusiaan.

Azad Jazmin Kesal Dituduh Terlibat Dengan Skim Cepat Kaya
Azad kesal apabila ramai yang menuduhnya menjalankan perniagaan MLM dan skim cepat kaya yang menipu orang ramai.
PETALING JAYA: Pelakon Azad Jazmin kesal keputusannya membeli sebuah motosikal berkuasa besar iaitu Ducati Diavel berharga lebih RM100,000 dikatakan hasil wang penipuan selepas menjalanjan perniagaan skim cepat kaya. Azad atau nama sebenarnya Azad Jazmin John Louis Jeffri, 38, berkata, pembelian motosikal itu adalah hasil lakonannya ditambah dengan pendapatan sampingan menjalankan perniagaan berkonsepkan Networking Marketing iaitu Rania Marketing. "Saya kesal orang ramai salah anggap kenyataan saya beli motor Ducati hasil bisnes seperti Mutilevel Marketing (MLM) atau skim cepat kaya. "Walhal mereka tidak tahu sebenarnya saya guna duit lakonan saya selama ini dan juga duit bisnes tersebut. Lagipun saya memang sudah lama mengidamkan untuk mempunyai sebuah motorsikal Ducati. "Sejak mula berlakon saya sudah letak sasaran untuk membelinya dan saya tidak sangka saya dapat memenuhi impian saya lebih awal lebih," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Contoh motor Ducati Diavel.
Azad berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan pengunjung-pengunjung blog hiburan tempatan yang mempertikaiakan kemampuannya membeli sebuah motor berkuasa besar Ducati Diavel, manakala isterinya pelakon Eira Syazira sedang membuat pinjaman bagi sebuah kereta jenis Mitsubihsi Evo. Mereka turut menuduh pasangan suami-isteri itu menjalankan bisnes berkonsepkan skim cepat kaya dengan niat memperdaya orang ramai. Tambah Azad, bisnes Rania Marketing yang dijalankan bukan skim cepat kaya atau MLM sebaliknya berkonsepkan perniagaan pemasaran rangkaian (Network Marketing). "Mereka salah anggap dengan konsep-konsep pemasaran ini. Saya ingin jelaskan bahawa perniagaan ini bukan MLM atau skim cepat kaya sebaliknya kita ada produk untuk dijual iaitu produk kosmetik Rania dan perniagaan ini ialah Networking Marketing. "Saya merupakan orang pertama yang dilantik untuk jadi stokis dan tanggungjawab saya mencari stokis-stokis lain yang berminat untuk menjual produk ini," ujarnya. Jelasnya, produk tersebut diusahakan oleh pengasas produk kosmetik Natasya iaitu Datuk Suhaimi Othman. Tambah Azad lagi, dia tidak pernah berniat untuk menjalankan perniagaan yang berunsurkan penipuan terutama di dalam bulan Ramadan ini. Dia akui kecewa apabila niat baik untuk membantu bangsa Melayu dalam memulakan perniagaan telah disalah ertikan. "Saya tidak pernah niat nak menipu dan ambil jalan mudah untuk jadi kaya, tetapi ramai yang tidak henti-henti tuduh saya jual air liur sahaja. "Kalau betul niat saya baik untuk membantu ekonomi orang Melayu, mereka akan tanggung semua fitnah-fitnah tersebut," katanya.

Calon Presiden Afghanistan Setuju Keputusan Pengundian Diaudit Semula
KABUL: Kedua-dua calon dalam pilihan raya presiden Afghanistan bersetuju agar jumlah undi diaudit semula berikutan wujud pertikaian dalam keputusan pilihan raya pusingan kedua.
Suruhanjaya Pilihanraya Bebas yang mengendalikan proses pengauditan itu menjangka akan mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan kiraa semula itu.
"Kami akan membentuk 100 pasukan yang akan memeriksa 1,000 peti undi setiap hari dan prosesnya dijangka akan selesai dalam masa tiga minggu,” kata pengerusi suruhanjaya, Yusuf Nuristani.
Anggaran tempoh masa itu dibuat selepas calon presiden, Abdullah Abdullah dan Ashraf Ghani bersetuju pengauditan semua lapan juta undi dilakukan berikutan wujud pertikaian dalam pilihan raya pusingan kedua.
Nuristani berkata keputusan audit hendaklah diterima oleh kedua-dua calon sebagaimana dipersetujui dan pemeriksaan dilakukan di hadapan wakil mereka serta pemerhati dari dalam dan luar negara.
Sebaik sahaja selesai pilihan raya pusingan kedua pada 14 Jun lalu, Abdullah mendakwa berlaku penipuan secara besar-besaran sehingga menyebabkan kekalahannya.
“Sebahagian besar orang akan memproses beratus-ratus peti undi setiap hari, dan bekerja mengikut syif bagi menghabiskan pengauditan itu,” kata Nuristani.
TOP
Lagi Rakyat Palestin Ditembak Mati Dalam Pertempuran di Tebing Barat
RAMALLAH: Seorang lagi rakyat Palestin menjadi mangsa terkorban oleh tentera Israel dalam pertempuran berhampiran selatan Tebing Barat di bandaraya Hebron awal hari ini.
Mangsa dikenal pasti sebagai Munir Ahmed Badarin, yang berusia dalam linkungan awal 20-an.
Saudara-maranya berkata Munir ditembak berhampiran Al-Samua, bahagian paling selatan di Tebing Barat dan meninggal dunia kemudian di hospital.
Tentera Israel tidak ada komen berhubung kejadian itu tetapi mengesahkan pasukannya di Tebing Barat menahan 23 rakyat Palestin sejak malam tadi sebagai sebahagian daripada kempen untuk mencari mereka yang menculik dan membunuh tiga remaja Israel bulan lalu.
Pembunuhan remaja Israel itu mengakibatkan berlaku konfrontasi antara Israel dan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, yang meragut lebih 170 nyawa rakyat Palestin dalam tempoh tujuh hari.
TOP
Pembunuhan Etnik Pertama Dunia Berlaku 13,000 Tahun Lalu
Salah satu daripada tengkorak manusia berusia hampir 13,000 tahun yang ditemui di tebing Sungai Nil akan dipamerkan di Muzium British.
LONDON: Tengkorak manusia yang dibunuh secara beramai-ramai 13,000 tahun yang lalu dalam apa yang dipercayai oleh para saintis sebagai akibat daripada perang etnik yang tertua di muka bumi akan dipamerkan di Muzium British, di sini. Dua daripada tengkorak yang akan dipamerkan itu ditemui di Padang Pasir Sahara di Utara Sudan. Tengkorak-tengkorak itu berusia sekurang-kurangnya 11,000 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Sekurang-kurangnya 26 orang telah terbunuh akibat pertempuran antara kaum itu. Para saintis dari Perancis telah bekerjasama dengan Muzium British itu dalam menjalankan penyelidikan ke atas sekumpulan tengkorak yang ditemui di kubur Jebel Sahaba - yang disifatkan sebagai kubur tersusun yang paling awal di muka bumi. Kubur ini ditemui di timur tebing Sungai Nile, Utara Sudan, pada tahun 1960-an. Hasil kajian itu mendapati terdapat 60 individu di dalam kubur berkenaan. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya separuh daripada tengkorak berkenaan mempunyai kesan luka pada tulang. Ia adalah bukti pertempuran antara kaum yang terawal di muka bumi. Para saintis percaya, pembunuhan ini tercetus akibat musibah alam sekitar pada zaman Ais yang menyaksikan, dua puak terpaksa bersaing untuk mendapatkan tempat yang terhad untuk hidup. Kurator Muzium British, Dr Renee Friedman memberitahu, kedua-dua puak yang berbalah itu pada asasnya adalah pemburu yang biasanya akan cuba mengelak daripada bertembung di antara satu sama lain tetapi situasi menjadi begitu mendesak sehingga mereka terpaksa berperang apabila kawasan buruan menjadi terhad akibat daripada krisis populasi sebaik sahaja semakin ramai manusia berkumpul di satu kawasan kerana kesejukan dan kekeringan. Muzium berkenaan berjaya memperolehi eksibit mereka pada tahun 2002 hasil sumbangan Fred Wendorf, seorang ahli arkeologis Amerika yang berjaya menemui kubur berkenaan. Daripada 60 tengkorak yang ditemui itu, sekurang-kurangnya satu tengkorak ditemui dengan 39 kesan tikaman dan tusukan daripada anak panah dan benda tajam, demikian menurut Dr Friedman.

Polis Tahan Dua Lelaki & Rampas Empat Kg Heroin
SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dan merampas 10 paket disyaki heroin bernilai kira-kira RM290,000 dalam sebuah kereta di hentian Rehat dan Rawat (RNR) Ulu Bernam, Hulu Selangor, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Selangor Supritendan R. Ravichandran berkata suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pemandu lori yang berusia 25 dan 27 tahun itu, ditahan pada pukul 2.30 petang.
Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis membuat intipan terhadap dua lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai urusan 'jual-beli' dadah di kawasan itu.
Beliau berkata, sebaik sahaja kedua-dua lelaki terbabit menjalankan urusniaga, polis menyerbu dan menahan mereka sebelum merampas dadah berkenaan.
"Dadah jenis heroin ini disembunyikan dalam sebuah beg dengan berat lebih kurang 4,593 gram, selain dadah turut dirampas ialah dua buah kenderaan yang dinaiki kedua suspek," katanya.
"Pemeriksaan polis turut menunjukkan kedua-dua suspek yang berasal dari utara tanahair itu mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu bersabit kesalahan menggunakan dadah," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Polis percaya suspek merupakan sebahagian anggota sindiket pengedaran dadah yang kini sedang bergiat aktif mencari pasaran baharu di kawasan Lembah Klang.
Ravichandran berkata sindiket itu dipercayai berpusat di kawasan utara Semenanjung dan polis sedang menjejaki saki-baki anggota sindiket itu.
Sementara itu, Ravichandran berkata polis Selangor telah menahan 12,936 individu bersabit kes dadah dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Daripada tangkapan itu, kita turut merampas dadah bernilai RM18.3 juta selain menyita harta individu tersebut berjumlah RM4 juta," katanya.
TOP
SPRM P.Pinang Tahan Sarjan Wanita Terima Rasuah RM750
NIBONG TEBAL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan di Mahkamah Jawi di sini kerana dipercayai meminta rasuah.
Sumber berkata wanita berusia 36 tahun itu ditahan ketika sedang menerima wang sebanyak RM750 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk membebaskan rakannya yang ditahan reman.
Beliau berkata anggota polis itu, yang dipercayai pegawai penyiasat kes rakan lelaki itu, berjanji akan membebaskannya jika dia membayar sejumlah wang.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi, SPRM Pulau Pinang menjalankan siasatan dan risikan sebelum berjaya menahan anggota polis berkenaan di mahkamah itu.
"Ketika ditahan anggota polis berkenaan sedang menerima wang tunai daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk membebaskan rakannya daripada tahanan reman bersangkut kes dadah," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M.Samarajoo ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
"Ya, memang ada seorang anggota polis wanita yang kita tahan dan siasatan lanjut masih dijalankan, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009.
TOP
Masa Depan Khalid Diketahui Sebelum Aidilfitri
PETALING JAYA: Masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dijangka diputuskan menjelang sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bagi mencapai kata putus mengenai kemelut kepimpinan Abdul Khalid. "Kita serah kepada Majlis Presiden, mereka adalah pemutus apa-apa keputusan. "Saya mengharapkan sebelum raya ini ada satu mesyuarat...saya jangka. Tapi belum kita tentukan tarikhnya lagi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin. Sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR pada Isnin. Ditanya sama ada Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat turut membuat pendirian mengenai krisis politik di Selangor, Mustafa bagaimanapun menolak mengenainya. "Kita tak bincang mengenai isu ini, kita serah ke peringkat lebih tinggi. "Kami (Majlis Setiausaha) tidak boleh buat pendirian berasingan," katanya. Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini Abdul Khalid menerima tekanan kuat daripada ahli partinya sendiri supaya melepaskan jawatan Menteri Besar berikutan kegagalannya mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Malah maklumat palsu mengenai Abdul Khalid turut disebarkan termasuk dengan mengaitkan kononnya pihak Istana Selangor memperkenan perletakkan jawatan Menteri Besar itu.

Asmidar Mahu Kembangkan 'Murtabak Mat Labu'
Asmidar
PETALING JAYA: Penyanyi Asmidar tidak malu untuk berniaga bagi membantu keluarganya menjual murtabak di bazar Ramadan Wangsa Maju sepanjang bulan Ramadan ni walaupun sudah popular. Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 28, berkata, gerai yang dikenali sebagai Murtabak Mat Labu itu sudah diusahakan sejak 20 tahun lalu dan kerana hasil titik peluh ibu dan ayahnya itu membuatkan namanya dikenali dalam industri hiburan tempatan. "Popular ke? Haha... Memang sejak kecil lagi saya dibesarkan hasil daripada perniagaan murtabak ibu dan ayah saya. Apabila dewasa, saya pun turut membantu mereka dalam menyambung tradisi perniagaan keluarga itu. "Tiada apa yang perlu dimalukan kerana ia rezeki halal. Kalau tidak berniaga, pastinya saya akan berasa pelik," katanya kepada mStar Online.
Asmidar bersama ibu dan ayahnya menjual murtabak di Bazaar Ramadan Wangsa Maju.
Selain itu, Asmidar turut menjual mi rebus dan roti canai di gerai bazaar Ramadan tersebut. Tambah Asmidar, dia bakal menyertai sebuah kursus usahawan muda untuk mengembangkan perniagaannya itu menjadi sebuah francais menjual produk sejuk beku murtabak serta roti canai pada empat tahun akan datang. "Sebagai seorang anak, saya kasihankan ibu dan ayah yang masih bertungkus lumus mencari rezeki berniaga di gerai. "Jadi saya meletakkan tempoh empat tahun untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menjadikan murtabak dan roti canai ayah saya menjadi produk sejuk beku untuk difrancaiskan. Dalam perkembangan lain, Asmidar yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia baru saja muncul dengan single lagu baharu Bila Cinta Ada.

Kanak-Kanak 'Terjaga' Ketika Majlis Pengembumian
RAKAMAN video yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terjaga ketika upacara pengebumiaannya cukup memeranjatkan.
Kejadian itu berlaku di gerreja di Aurora, Zamboangan del Sur, di Filipina.
Sebaik sahaja dia kembali bernafas, ayahnya dengan segera mengeluarkan mangsa daripada keranda tersebut dan membawanya ke hospital.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepeas mengalami demam selama berbera hari.
Inspektor Heidil Teelan pada Sabtu, memberitahu 'The Philippies Star': "Ketika kejadian, doktor dan kakitangan klinik mengesahkan tiada denyutan jantung dikesan pada pesakit dan dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi Sabtu."
Bagaimanapun, apabila jiran keluarganya mengalihkan penutup keranda yang menutup mayat mangsa dan mereka akhirnya melihat badan mangsa bergerak-gerak.
Teelan menambah: "Kami tidak boleh mengesahkan status kanak-kanak tersebut namum berdasarkan pemerhatian anggota polis sebelum ini kanak-kanak itu berada dalam keadaan koma."
Sebaik sahaja kerandanya dibuka kanak-kanak malang itu diberikan air dan dibawa ke hospital sebelum pulang ke rumah bersama keluarganya.
Terdapat beberapa kes yang melibatkan mereka yang telah meninggal dunia bangun ketika majlis pengebumian mereka.
Mereka yang hadir pada majlis pengebumian, Brighton Dama Zanthe, 34, berkata dia dihantui pengalaman mangsa terbangun ketika dia majlis pengebumiaan.
Di Lexington Mississippi, Walter Williams juga menacatatkan kes yang hampir serupa, di mana ketika majlis pengebumiannya dia disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung.
Sementara itu, Kalvin Santos pula mencatatkan pengalaman yang tidak kurang anehnya. Apabila dia tiba-tiba terjaga dan meminta segelas air ketika majlis pengebumiannya di Belem, utara Brazil. Bagaiamanapun selepas itu dia disahkan meninggal dunia kali kedua.
Seorang pelayan di Mesir pula, terjaga selepas dia dikebumikan apabila doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung.
TOP
Pasukan Keselamatan Diberi Kuasa Tembak Penceroboh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi.
KANGAR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara. "Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah. Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata penceroboh menghubungi pihak berkuasa pagi tadi untuk memaklumkan anggota polis yang diculik itu dalam keadaan selamat, namun soal wang tebusan tidak disebut. Mengenai pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) diteliti semula, Ahmad Zahid berkata beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia. "Kita juga harus lebih proaktif, tidak boleh tunggu mereka menyerang baru nak ambil tindakan. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas," katanya. Ahmad Zahid berkata semua pasukan keselamatan di perairan timur Sabah juga sudah diarahkan agar lebih berwaspada. "Kerajaan juga berharap nelayan, pemilik bot dan penduduk di perkampungan air bekerjasama dengan pihak berkuasa. Penceroboh tidak ada hasrat menghormati atau patuh undang-undang kita dan sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur soal keselamatan negara dengan kumpulan ini," katanya. Beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dua anggota polis terbabit. Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik.

PAS Pecat Tiga Orang Ahli
Mustafa Ali.
PETALING JAYA: PAS telah memecat tiga orang ahlinya, termasuk Pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad kerana hilang tanpa dapat dikesan, dan disyaki disyaki terlibat dalam kegiatan yang tidak diingini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata jawatankuasa pusat parti itu telah mengesahkan pemecatan tiga ahli tersebut, selaras dengan pendirian parti yang menentang keganasan. Dua ahli lain yang turut dipecat ialah Muhammad Joraimee Awang Rimee, 39, dan Mohd Najib Husen, 36. Terdahulu pada 11 Mei lali, PAS telah memecat Ustaz Mohd Lotfi Arrifin kerana dilihat bergambar dengan senjata di Syria. "Presiden parti, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memberi amaran ahli yang terlibat dengan pertubuhan haram akan segera dipecat. Mustafa berkata walaupun parti tidak mempunyai bukti yang konkrit mengenai penglibatan dalam aktiviti militan. Menurut beliau pihaknya telah menjalankan semakan mereka sendiri sebelum memecat tiga orang ahli yang terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao, Filipina. "Sumber kami juga tidak dapat memastikan sama mereka benar-benar terlibat dengan aktiviti militan, hal ini kerana pada ketika ini mereka berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi. "Tetapi kita memecat mereka kerana ada unsur-unsur keraguan yang munasabah yang telah dibangkitkan," katanya. Bagaiamanapun, Mustafa berkata mereka yang telah dipecat boleh mengemukakan rayuan dengan menunjukkan nama benar-benar bersih. Mahmud atau lebih dikenali sebagai Abu Hanzalah, 36, seorang pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Najib pula memiliki sebuah kedai alat tulis di UM. Sementara Joraimee, pula merupakan seorang pekerja di Majlis Daerah Selayang, dan tinggal berhampiran dengan rumah Mahmud. Hadi telah memberi amaran bahawa parti itu akan mengambil tindakan tegas termasuk memecat mereka yang terlibat

Tiada Kad Pemandu Kesalahan Tertinggi Pemandu Teksi - SPAD
KUALA LUMPUR: Tiada kad pemandu merupakan kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh pemandu teksi menerusi operasi membanteras pemandu teksi tidak bertanggungjawab atau Ops Tegas oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Jun 2011 sehingga Mei tahun ini dengan 2,240 kes.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, jumlah kesalahan itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,756 kes.
Katanya, antara kesalahan tertinggi lain bagi tempoh sama ialah kegagalan menunjukkan permit dengan 1,049 kes dan tidak menggunakan meter (711 kes).
"Bagi tahun ini sahaja, sebanyak 1,090 kes membabitkan teksi manakala sepanjang tahun lepas adalah 2,147 kes.
"Kita melaksanakan Ops Tegas bagi menangani masalah segelintir pemandu teksi yang sering melakukan kesalahan, antaranya kita mendapat aduan daripada pengguna teksi," katanya pada sidang media selepas Ops Tegas Ke-11 di sini, Isnin.
Che Hasni berkata, antara kesalahan lain yang dilakukan oleh pemandu teksi ialah memakir kenderaan dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak dibenarkan.
Mengenai Ops Tegas pada Isnin, katanya, operasi itu membabitkan seramai 56 anggota terdiri daripada 48 pegawai SPAD dan lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kita mengarahkan para pegawai di sekitar Bukit Bintang, Pavilion, KLCC, Berjaya Times Square, Pasar Seni, Plaza Kota Raya, Sogo, Chow Kit dan KL Sentral.
"Operasi dengan 17 pasukan ini membabitkan penyamaran pegawai penguat kuasa SPAD sebagai pengguna teksi," katanya.
Menurut Che Hasni, setakat ini seramai 10 pemandu teksi yang dikesan melakukan kesalahan di mana sembilan tidak menggunakan meter dan seorang lagi menggunakan 'teksi sapu' apabila beroperasi tanpa lesen.
Tambahnya, seorang daripada pemandu teksi yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah dan dalam siasatan polis.
"Bagi kesalahan tidak menggunakan meter di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, jika didapati bersalah akan didenda tidak kurang RM100,000 dan tidak lebih RM500,000, atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Bagi kesalahan teksi sapu, kita akan dakwa di bawah Seksyen 16, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 dan keretanya akan dilucutkan (hak)," kata Che Hasni.
TOP
Al-Quran Sumber Rujukan Utama Bagi Pemerintahan & Pentadbiran - Sultan Nazrin Shah
Sultan Nazrin Shah.
SUNGAI SIPUT: Pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan utama serta kompas dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa memperoleh rahmat dan reda Ilahi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah. "Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta. "Dengan keinsafan bahawa setiap perkataan yang diucapkan dan setiap perbuatan yang dilakukan akan dicatat oleh malaikat yang bertugas, dijadikan bahan bukti di Mahkamah Pengadilan Rabbuljalil pada hari kebangkitan di padang mahsyar," titah baginda di sini hari ini. Pada majlis itu baginda turut bersama-sama meraikan sambutan Nuzul al-Quran peringkat negeri Perak dan merasmikan Masjid Ghufraniah di sini. Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris. Baginda mengingatkan seluruh rakyat bahawa setiap perkataan yang diucap serta perbuatan yang dilakukan tidak akan terlepas daripada keadilan sama ada di dunia atau akhirat. Justeru itu, Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu berani dan bersedia melakukan pembaharuan serta perekayasaan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran supaya roh kitab suci itu berjaya disemai dalam jiwa sekali gus menghargai al-Quran sebagai sumber utama untuk dijadikan panduan. Titah baginda ini memandangkan kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang diamalkan oleh majoriti umat Islam ketika ini mungkin antara faktor yang menyebabkan kurangnya pemahaman serta penghayatan selain aspek apresiasi dan aplikasi roh al-Quran dalam hidup insan kurang terserlah. "Anak-anak diasuh sekadar boleh membaca, anak-anak didorong berlumba untuk segera dapat dikhatamkan. Ada yang digarap potensinya hingga diangkat ke status qari dan qariah terkenal kerana kehebatan cara bacaan dan merdu suaranya. Ada yang berupaya menghafal ayat-ayat untuk kegunaan bersolat dan berzikir, ada yang mendapat rahmat menghafal seluruh kandungan al-Quran," titah baginda. Titah baginda hanya sebahagian kecil yang melanjutkan pengajian ke peringkat menghafal sementara bilangan yang benar-benar memahami, menghayati dan berupaya memberikan apresiasi sehingga ke peringkat menerapkan roh al-Quran dalam budaya kerja dan budaya hidup adalah lebih kecil. "Jika mutiara berharga yang terkandung di dasar al-Quran itu mahu ditemui untuk dijadikan pakaian insan, amatlah perlu pengajaran al-Quran memberikan tumpuan lebih utama kepada aspek fahaman, penghayatan, aspresiasi dan amalan," titah baginda. Sultan Nazrin Shah bertitah pengajaran dan pembelajaran al-Quran perlu mengatasi peringkat ritualisme, merentasi tahap bacaan dan hafalan selain menegaskan aspek-aspek pemahaman, penghayatan, apresiasi dan aplikasi. "Pengajian dan pembelajaran al-Quran tidak harus terhenti selepas tamat membaca 30 juzuk, tetapi hendaklah disemaikan budaya mempelajari al-Quran sepanjang waktu, sepanjang hayat," titah baginda. Titah baginda pemahaman dan penghayatan kepada inti pati al-Quran diharap dapat melahirkan muslimin dan muslimat sejati yang dapat membawa ummah dan negara sentiasa dilimpahi keredaan dan rahmat Ilahi.

Sarawak Catat Eksport RM50.477 Juta Bagi Tempoh Januari - Mei 2014
KUCHING: Nilai perdagangan eksport Sarawak mencecah RM50.477 juta dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, manakala nilai import bagi tempoh yang sama sebanyak RM17.345 juta.
Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Sarawak, Leany Mokhtar berkata, pasaran utama eksport Sarawak ialah Jepun, Korea Selatan, Taiwan, China dan juga negara Asean yang menyumbang kira-kira 70 peratus daripada nilai perdagangan.
"Eksport utama dari Sarawak ialah produk gas asli, petroleum, minyak kelapa sawit, lada hitam, kayu balak serta produk berasaskan kayu," katanya kepada pemberita pada majlis Sesi Pertemuan dan Perangkaian Media Matrade, di sini, malam Jumaat.
Leany berkata, melihat kepada nilai eksport yang dicatatkan itu jelas menunjukkan bahawa pasaran luar negara penting kepada negara ini.
"Usahawan dan pengeksport Sarawak khususnya digesa untuk meningkatkan keupayaan mengeksport supaya Malaysia wujud sebagai negara perdagangan yang unggul.
"Kami berharap program anjuran Matrade dapat membantu usahawan dan pengeksport Sarawak meningkatkan pengetahuan serta mendapatkan maklumat bagi persediaan untuk meneroka pasaran yang lebih kompetitif," katanya.
Beliau berkata, tahun ini Matrade telah merancang sebanyak 148 program promosi perdagangan di luar dan dalam negara dan pihaknya ingin melihat lebih banyak syarikat dari Sarawak terlibat secara aktif dalam aktiviti promosi yang dianjurkan.
"Usahawan di Sarawak perlu merebut peluang kemudahan ditawarkan Matrade dalam mengembangkan perniagaan, merealisasikan eksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara, dan mendapatkan maklumat pasaran luar negara secara tepat," katanya.
Leany berkata, secara keseluruhannya usahawan di Sarawak masih belum memanfaatkan sepenuhnya pelbagai insentif yang disediakan oleh Matrade bagi membangunkan pasaran eksport mereka.
TOP
Low Dedah Ungkapan Rahsia Kepada Goetze
Low memberi kata-kata semangat kepada Goetze sebelum memulakan aksi pada separuh masa kedua final Piala Dunia, awal pagi Isnin.
JURULATIH Jerman Joachim Low memdedahkan ungkapan rahsia yang dikatakan kepada penjaring tunggal final Piala Dunia, Mario Goetze sebelum beraksi. Low memberitahu Goetze 'pergi dan tunjukkan kamu lebih baik daripada Lionel Messi'. Goetze bangkit dari bangku simpanan dan mempamerkan aksi mantap sebelum menyudahkan jaringan voli pada masa tambahan sekaligus memadamkan hasrat Argentina untuk menjulang trofi berprestij ini. Low berkata: "Dia seorang budak yang luar biasa, ajaib dan boleh bermain dalam semua posisi. "Saya tahu dia sentiasa boleh membuat keputusan tepat ketika bermain dan menjaringkan gol. "Saya memberitahunya (pada separuh masa pertama), 'okay tunjukkan pada dunia bahawa kamu lebih baik dari Messi dan boleh menguasai Piala Dunia. "Saya dapat rasakan perasaan positif kepadanya." Jelas Low lagi: "kejayaan ini mengambil masa yang lama, bermula dengan Jurgen Klinsmann dan kami teruskan. "Tahun demi tahun kami ada peningkatan dan ia hampir 10 tahun persiapan. "Pemain-pemain sangat menakjubkan dengan kebolehan teknik serta dan tenaga ini akan diteruskan. "Kami berbangga menang di Brazil, negara yang mempunyai aktiviti bola sepak luar biasa, dan menjadi pasukan Eropah pertama menang di Amerika Latin. Sementara itu, Goetze menjadi pemain utama sebelum diletakkan di bangku simpnana berkata:"Ia bukan tahun yang mudah buat saya dan bukan juga perlawanan yang senang. Saya banyak 'berhutang' dengan keluarga, teman wanita dan kawan-kawan yang sentiasa percayakan saya. "Ia bukan mudah tapi saya sentiasa berlatih dengan pasukan dan setiap pemain layak untuk kemenangan ini, kami layak meraih trofi."

Chelsea Kini Sedang Runding Dengan Didier Drogba Untuk Bawanya Kembali ke Stamford Bridge
Didier Drogba
DIDIER Drogba sudah berusia 36 tahun tetapi nampaknya, Chelsea mahukan khidmatnya kembali sebagai penyerang kedua pada saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Chelsea kini sedang berunding dengan Didier Drogba untuk membawanya kembali ke Stamford Bridge. Malah Jose Mourinho dilaporkan bersedia menawarkannya tugas sampingan sebagai salah seorang jurulatih skuad utama. Drogba adalah seorang berstatus ikonik di Chelsea selepas memenangi tiga gelaran liga, empat Piala FA dan juga juara Eropah bersama kelab itu. Dan Mourinho mengharapkan kehadirannya semula akan melonjakkan semangat kelab tersebut pada musim depan. Mourinho memerlukan penyerang ekstra selepas Samuel Eto'o meninggalkan kelab itu, manakala Demba Ba dan Romelu Lukaku dijangka turut meninggalkan Chelsea. Hanya Fernando Torres sahaja yang masih kekal bersama-sama skuad lama Chelsea walaupun Inter Milan masih memujuknya agar berhijrah ke Serie A. Drogba kini bermain untuk juara Turki, Galatasaray.

Pemain Perancis Remy Cabella Sertai Newcastle
Remy Cabella bergambar dengan memakai jersi baru Newcastle United selepas disahkan lulus ujian kesihatan pada Ahad.
> Cabella Dibeli pada harga £12 juta
> Dia adalah anggota skuad Piala Dunia Perancis
> Cabella kini memegang rekod pemain termahal Newcastle dalam tempoh 9 tahun
KELAB Liga Perdana Inggeris, Newcastle United telah menyelesaikan pembelian pemain Piala Dunia Perancis, Remy Cabella pada harga £12 juta dari kelab Perancis, Montpellier. Pemain tengah itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Newcastle United dan selepas itu diumumkan sebagai pemain baru kelab berkenaan. Cabella, 24, kini mencatat rekod sebagai pemain kedua termahal the Magpies. Rekod pemain termahal Newcastle disandang oleh Michael Owen yang dibeli pada harga £16 juta dari Real Madrid pada 2005. Pengurus Alan Pardew sebelum ini cuba membeli Cabella Januari lalu selepas Yohan Cabaye menyertai Paris St Germain (PSG) tetapi gagal. "Dia adalah pemain yang akan mencetuskan fenomena di sini. Dia mempunyai kebolehan, sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen dan itu semua akan memberikan kualiti yang diperlukan oleh kelab ini pada musim baru nanti. Newcastle bakal kehilangan rakan senegara Cabella, Mathieu Debuchy, yang akan berhijrah ke Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak £11 juta.

Jangan Tiru Yahudi Dan Kristian Tabur Bunga Di Kuburan
KANGAR: Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, Isnin.
Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.
Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.
Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.
Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail.
TOP
Adidas Taja Manchester United £75 Juta
MANCHESTER United secara rasmi menandatangani perjanjian tajaan bersama Adidas bernilai £75 juta pada Isnin.
Perjanjian selama 10 itu mengejutkan pelbagai pihak kerana nilainya dua kali ganda lebih tinggi daripada tajaan yang diberikan Nike sebelum ini.
Walaupun jumlah itu dikatakan terlalu tinggi, namun Adidas menjangkakan mampu memperolehi sekitar £1.5 bilion dalam tempoh 10 tahun itu.
Nike mula menaja United sejak 1992 dan perjanjian itu berakhir baru-baru ini.
Satu kenyataan yang dikeluarkan United berkata, "Manchester United plc (NYSE: MANU) telah mencapai satu perjanjian penajaan teknikal selama 10 tahun dengan Adidas menerusi pelarasan tertentu bagi kempen 2015/2016."
Ketua Eksekutif Kumpulan Adidas Herbert Hainer berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Manchester United kerana ia salah satu kelab bola sepak yang paling berjaya dan disayangi di peringkat global. - mStar
TOP
Organisasi Kerajaan Harus Contohi Pasukan Bola Jerman – PM
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu organisasi dalam kerajaan mencontohi kejayaan pasukan bola sepak Jerman yang menjuarai Piala Dunia 2014 melalui konteks pemuafakatan.
“Pada pendapat saya, kejayaan pasukan Jerman boleh kita simpulkan sebagai kecemerlangan individu dan komitmen berpasukan yang luar biasa.
“Apabila kita dapat kumpulkan atau satukan prestasi individu dalam konteks pemuafakatan sebagai satu unit yang padu dan bekerjasama atas semangat pemuafakatan, maka pencapaian kita lebih besar daripada jumlah individu,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan di sini, hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 76 penerima termasuk seorang penerima Anugerah Kecemerlangan Khas Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Chua Tee Yong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Awal pagi tadi, Najib menyertai 25,000 peminat bola sepak menonton perlawanan akhir Piala Dunia 2014 melalui skrin besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang menyaksikan Jerman mengungguli kejuaraan itu dengan menewaskan Argentina 1-0 melalui jaringan gol tunggal Mario Goetze pada minit ke-113.
Najib berkata sebagai contoh di peringkat organisasi, jika seseorang bekerja kuat sehingga luar biasa serta mempunyai budaya organisasi yang kukuh, pencapaiannya akan diterjemahkan pada tahap yang lebih baik.
“Oleh itu, kalau kita panjangkan pula ke peringkat sebuah kerajaan, maka kita bekerja bukan dalam lohong dan silo masing-masing.
“Kita bekerja dalam sebuah kerajaan merentasi sempadan, kita bukan bekerja dalam silo. Maka, pastinya prestasi pada keseluruhannya akan sampai ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Sementara itu, Najib juga berpuas hati dengan pencapaian prestasi ekonomi negara yang telah mencapai tahap yang membanggakan.
Beliau berkata pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 6.2 peratus dalam tempoh pertama suku pertama tahun ini.
Selain itu, katanya laporan World Bank Doing Business 2014 menyatakan kedudukan Malaysia melonjak kepada tempat ke-6 daripada tempat ke-12 pada tahun lalu manakala IMD World Competitiveness Yearbook 2014 pula menunjukkan daya saing Malaysia turut meningkat kepada kedudukan ke-12 daripada ke-15 pada tahun lalu.
“Kalau kita nak sampai ke tahap tertinggi ini dalam semalamam, itu satu perkara yang mustahil tetapi kalau ada peningkatan, kita boleh katakan ia satu trajektori.
“Kita harap contoh-contoh seperti ini dapat memberi rangsangan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA
TOP
Serangan Di Mabul Oleh Kumpulan Menculik Sebelum Ini
Kumpulan yang melakukan serang hendap dan membunuh seorang anggota polis marin di Pulau Mabul dua hari lepas dipercayai pernah terbabit dalam penculikan di pantai timur Sabah.
Menurut sumber Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), pihaknya sudah mengenal pasti identiti mereka dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina serta orang awam bagi memperkukuh bukti.
Sumber itu yang dihubungi Bernama di sini hari ini turut berkata Esscom juga mempertimbangkan kemungkinan menyiarkan foto suspek bagi memudahkan orang ramai mengecam sekali gus membawa kepada penangkapan suspek.
Bernama sebelum ini melaporkan Pengarah Bahagian Perisikan Esscom Datuk Ahmad Nadzer Nordin sebagai berkata berdasarkan maklumat risikan, terdapat 14 kumpulan penculik yang berasal dari selatan Filipina dan sekurang-kurangnya empat daripada mereka pernah melakukan penculikan di perairan timur Sabah.
Dalam kejadian 11.10 malam Sabtu itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh manakala Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang dipercayai dilarikan, dalam serangan hendap oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul, Semporna.
Sumber itu juga memberitahu pihak Esscom mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa Filipina yang mengarahkan pasukan marinnya mengesan suspek di perairan negara tersebut.
Sementara itu, Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan telah diarah meningkatkan kawalan keselamatan di resort-resort di perairan pantai timur Sabah.
Ditanya mengenai Zakia, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan tiada perkembangan terkini.
Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini.
Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata melarikan pelancong wanita warga China dan pekerja wanita warga Filipina dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna.
Sebulan kemudian lima lelaki bersenjata menculik seorang warga China yang juga pengurus syarikat ternakan ikan di dalam sangkar di Pulau Baik, Lahad Datu.
Ketiga-tiga mangsa terbabit berjaya diselamatkan.
– BERNAMA
TOP
Dunia Pertikaikan Kemenangan Bola Emas Lionel Messi
> Lionel Messi dianugerahkan pemain terbaik kejohanan selepas Argentina Tewas kepada Jerman
> Messi gagal menjaringkan sebarang gol selepas peringkat kumpulan
> Manuel Neuer menerima Sarung Tangan Emas sebagai penjaga gol terbaik
> James Rodriguez menang Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dengan enam gol
KEPUTUSAN Persekutuan Bolasepak Dunia (Fifa) untuk menganugerahkan gelaran pemain terbaik kejohanan Piala Dunia 2014 kepada kapten Argentina, Lionel Messi telah disambut dengan perasaan berbelah bahagi di seluruh dunia.
Tidak dinafikan Messi memberikan persembahan yang baik di peringkat kumpulan dengan menjaringkan empat gol dalam perlawanan menentang Bosnia, Iran dan Nigeria tetapi penampilannya boleh dikatakan tidak menonjol di peringkat kalah mati, suku akhir dan separuh akhir. Pemain Barcelona gagal mencipta gol dalam perlawanan di peringkat kalah mati menentang Switzerland, kemudian di suku akhir menentang Belgium, selepas itu di separuh akhir menentang Belanda dan begitu juga dalam perlawanan menentang Jerman di final. Malah dalam perlawanan akhir, dia gagal mempengaruhi permainan untuk menumpaskan Jerman. Tetapi Messi tetap memenangi gelaran pemain terbaik kejohanan mengatasi calon-calon yang lebih layak seperti penyerang sensasi Colombia, James Rodriguez, pemain sayap Belanda, Arjen Robben dan trio Jerman, Manuel Neuer, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller. Ini mencetuskan cakap-cakap yang Messi selaku duta khas Adidas, telah diberikan keistimewaan tersebut kerana anugerah itu ditaja oleh Adidas. Spekulasi juga tercetus kerana untuk pertama kalinya anugerah itu ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal Fifa. Sebelum ini ia ditentukan oleh wakil-wakil media yang membuat liputan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Bekas pemain antarabangsa England, Rio Ferdinand mengulas dalam BBC: "Saya rasa James Rodriguez lebih layak. Dia telah memperlihatkan permainan yang menarik dengan minda menyerang sepanjang kejohanan ini tetapi Messi memperlihatkan permainan yang tidak konsisten." Seorang lagi pengulas Piala Dunia, di stesen BBC, Alan Hansen memberi pandangan yang sama. "Saya rasa Messi tidak melakukan secukupnya untuk menerima anugerah berkenaan sedangkan empat atau lima pemain Jerman lebih berhak untuk menerima gelaran tersebut," kata Hansen. - mStar

Isteri Adi Putra Tepis Gosip Terbaharu Tidak Tinggal Sebumbung
PETALING JAYA: Isteri kepada aktor Adi Putra iaitu Aida Yusof berasa terkejut dengan gosip terbaharu apabila rumah tangganya sekali lagi dikatakan goyah sehingga mereka membuat keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.
Aida, 38, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggap ia hanya satu gosip kosong yang tidak berfaedah dan sengaja disebarkan untuk memburuk-burukkan keluarganya.
"Saya ada baca gosip tersebut dan ia mengarut sama sekali. Kami masih tinggal sebumbung dan Alhamdulillah kami masih lagi bahagia.
"Ini pun, saya baru lepas hantar Adi ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) untuk dia menunaikan umrah di Mekah.
"Pelik rasanya apabila ada pihak yang menyebarkan gosip itu lebih tahu masalah rumah tangga kami berbanding kami sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan pelakon filem KL Gangster itu tidak tinggal serumah dengan isteri serta anak angkatnya, Zara Adelia Haadi.
Laporan tersebut turut berkata, selain kontroversi skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu, kesibukan kerja dan perniagaan pakej umrah Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, turut membuatkan hubungan mereka suami-isteri semakin renggang.
Dalam pada itu, Aida berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia enggan menyimpan dendam dan memaafkan individu yang menyebarkan gosip tersebut.
"Saya dah lali dengan macam-macam gosip tentang suami saya. Dan sekarang ini isu kami tidak tinggal sebumbung pula.
"Bersempena dengan bulan Ramadan ini saya tidak mahu mencari musuh dan sedia memaafkan individu yang menyampaikan fitnah tentang kami.
"Saya juga anggap ia sebahagian dugaan dalam rumah tangga kami. Syukur Alhamdulillah, hubungan kami semakin kuat," ujarnya.
Sementara itu, selain sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah, Aida dan Adi kini sibuk menguruskan perniagaan jualan jubah, kuta dan sampul duit raya di bawah label Malabis - mStar
TOP
Harga Buat Lesen D dan B2 Bakal Naik Lagi?
Umum mengetahui kadar harga bagi pengambilan lesen memandu Class D & B2 akan dinaikkan dalam masa terdekat atas beberapa alasan utama iaitu penambahbaikan institut-institut memandu di seluruh Malaysia, kenaikan harga minyak petrol dan rancangan menukar jenis kereta kepada model Viva.
Khabar angin tentang kenaikan harga lesen memandu itu kini semakin benar apabila akademi-akademi memandu telah mengeluarkan satu jadual harga terbaru seperti yang anda boleh perhatikan di bawah. Memang agak mengejutkan kerana kenaikan tersebut mencecah sehingga 50 peratus berbanding harga terdahulu. - harianmetro-online.blogspot.com Kalau betul-betul naik, kesianlah adik-adik yang nak ambil lesen nanti. Sesiapa yang ada modal sekarang, baik ambil lesen cepat - SiakapKeli.com

Video : Zoo Di Filipina Tawar Khidmat Urut Guna Ular Sawa
Di Cebu City Zoo di Filipina menawarkan khidmat urut selama 15 minit secara percuma menggunakan empat ekor ular sawa. Sememangnya urutan yang akan menguji keberanian sesiapa yang berani mencuba servis percuma ini.
Menurut pengurus zoo berkenaan, Giovanni Romarate, urutan percuma itu adalah salah satu dari promosi zoo berkenaan untuk menarik pengunjung supaya lebih berani berinteraksi dengan haiwan di zoo berkenaan. "Kami akan menjadikan zoo berkenaan menjadi zoo interaktif" - katanya.
Empat ekor ular sawa yang terlibat tersebut turut mempunyai nama mereka sendiri. Walter, EJ, Daniel dan Michelle. Mereka diberi makan sebanyak 10 ekor ayam sebelum memulakan servis mengurut mereka untuk memastikan mereka tidak lapar.
Isu keselamatan turut diterapkan oleh zoo berkenaan supaya tiada kes yang tidak diingini terjadi ketika proses pengurutan. Setiap peserta akan diberi taklimat pendek. Menurut salah seorang peserta, pihak zoo akan memberikan beberapa amaran seperti tidak meniup ke kulit ular berkenaan dan tidak menjerit kerana getaran akan memberi signal kepada haiwan pemangsa terbabit tentang bahaya ataupun makanan.
TOP
TLDM Mohon Lepas Tembakan (Shoot on Sight) Pada Penceroboh
LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.
Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.
“Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan untuk keselamatan perairan negara di Pantai Timur Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pencerobohan terbaharu di Semporna, Sabah yang mengakibatkan seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.
Dalam kejadian Sabtu lepas, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakia Aleip, 26.
Beliau berkata, penceroboh tidak takut dengan pihak berkuasa kerana mereka tahu pasukan itu hanya memberi amaran supaya berhenti dan tidak akan melepaskan tembakan.
“Kalau kita bagi amaran berhenti, mereka tidak akan berbuat demikian dan akan sentiasa berjaya melepaskan diri, oleh itu perkara ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.
Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada yang baharu iaitu Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid yang bersara wajib. – BERNAMA
TOP
Blogger Ugut Bunuh MB Kedah Direman Empat Hari
Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.
Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.
Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.
“Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi ugut tembak Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah dan berjaya menahan suspek petang semalam,” katanya. – myMetro
TOP
VIDEO: Sembah Berhala Untuk Sembuhkan Buasir Di Jepun
Amalan penyembahan berhala di Jepun sememangnya satu perkara biasa bagi mereka. Setiap berhala ada fungsinya yang tertentu. Ada sejenis berhala yang bernama Kunigami disembah oleh mereka sebagai ubat kepada penyakit buasir.
Cara mereka untuk menyembah berhala tersebut hanya dengan menonggeng ke arah Kunigami dan memastikan lubang punggung mereka benar-benar menghala kearah Kunigami. Setelah itu, jampi akan dibacakan dan disudahi dengan tunduk hormat.
Sememangnnya karut tapi bagi pengamal kepercayaan pengamal ini iaitu agama Shinto, penyembahan ini mampu menyembuhkan penyakit buasir merek
- SiakapKeli.com
Sememangnnya karut tapi bagi pengamal kepercayaan pengamal ini iaitu agama Shinto, penyembahan ini mampu menyembuhkan penyakit buasir merek
- SiakapKeli.com
TOP
Gelang Emas Antara Sumbangan Ke Gaza - Aman Palestin
PETALING JAYA: Tidak hanya terbatas kepada wang ringgit serta barangan keperluan asas dan perubatan, Aman Palestin turut menerima sumbangan berbentuk barang kemas bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.
Pangarah Medianya, Anas Abdul Wahab berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu pernah mengumpul hasil sumbangan barang kemas seperti rantai, gelang dan cincin emas.
"Terbaharu, menerusi kutipan derma amal di lokasi tumpuan orang ramai di Jalan Tuanku Abdul Rahman, pihak Aman Palestin turut menerima sumbangan berupa cincin dan gelang emas.
"Selalunya sumbangan sebegini banyak diterima melalui kaunter cawangan dari seluruh negara," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Mengulas lanjut Anas berkata, pihaknya menerima apa sahaja sumbangan daripada orang ramai yang mahu membantu meringankan beban rakyat Palestin yang ditindas tentera rejim Israel.
"Rakyat Malaysia begitu prihatin dengan penderitaan di Gaza. Justeru kami terbuka dan menerima apa sahaja sumbangan orang ramai. "Bagaimanapun sumbangan dalam bentuk wang ringgit lebih mudah diuruskan untuk di salurkan ke sana," katanya. Jelas Anas, pada Jumaat lalu Aman Palestin menghantar bantuan misi kemanusiaan ke Gaza bernilai RM1.6 juta. Menurutnya Aman Palestin dijangka menghantar misi perubatan ke Gaza pada 18 Julai ini bersama lima doktor terlatih. "InsyaAllah kita akan berada di sana selama sepuluh hari. Turut bakal mengikut Aman Palestin ke sana ialah wakil agensi media," katanya. Media melaporkan sehingga kini lebih 170 nyata terkorban manakala beratus-ratus yang lain tercedera dalam serangan Israel di Gaza yang masuk hari ke tujuh.

Halo, Saya cunson hamilton Katheren, saat ini tinggal di Texas, Amerika Serikat. Saya seprated kali ini dengan tiga anak-anak dan aku terjebak dalam situasi keuangan Mei 2015 dan saya perlu untuk membiayai dan membayar tagihan saya. Saya mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari berbagai perusahaan pinjaman pribadi dan perusahaan tetapi tidak pernah dengan sukses, dan sebagian besar bank menolak kredit saya. Demi Allah, saya membaca sebuah artikel online dan saya memutuskan untuk mencoba, Pada awalnya saya sangat takut tapi saya mencoba memberikannya karena pada saat itu dalam hidup saya, saya tak akan kehilangan, jadi saya mengikuti arahan mereka dan melakukan aything saya diminta untuk melakukan sebelum pinjaman saya dapat diberikan, saya sangat takut pada saat itu, tapi aku bilang hari ini sebagai tuhan adalah saksi saya, saya sekarang seorang pemilik usaha kecil dan saya membayar kembali pinjaman saya di bunga yang lebih rendah dari 1,5% tanpa masalah, Percayalah dengan perusahaan ini saya jamin tidak akan menyesal, tidak ada pemeriksaan kredit, tidak ada co penandatangan dengan tingkat bunga hanya 1,5% dan pembayaran yang lebih baik rencana dan jadwal, silahkan hubungi Mr Dangote perusahaan pinjaman ( dangotegrouploandepartment@gmail.com). Dia tidak tahu bahwa aku melakukan ini tapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk membiarkan orang tahu lebih banyak tentang dia dan Tuhan memberkati alsoi ingin lebih. Anda dapat menghubungi dia melalui email-nya.
ReplyDeletedangotegrouploandepartment@gmail.com dan saya juga menyadari bahwa beberapa dari Anda mungkin berpikir itu adalah stres tapi tidak, saya tidak pernah scammed $ 5.000 yang membuat saya merasa ingin menyerah tapi hari ini semua berkat Allah Mahakuasa dan Mr Dangote. jadi hubungi saya di Cunsonhamilton342@gmail.com atau hubungi saya di nomor (682) 233-0439 untuk informasi, Nikmati