TOP
MH17:Jasad Mangsa Mungkin Tidak Dapat Dibawa Balik Sebelum Aidilfitri - Najib
Najib menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda Ke Malaysia, Harry Molenaar (dua dari kiri) di ibu negara, Khamis.
KUALA LUMPUR: Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia berkemungkinan tidak dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda ke Malaysia, Harry Molenaar di sini pada Khamis. Dalam nahas membabitkan pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, seramai 298 penumpang dan anak kapal terkorban selepas ia ditembak jatuh pihak tidak bertanggungjawab pada 17 Julai lalu. - mstar

Jawapan Awek ini dalam Contest Dianjur KJ Cetus Kontroversi
Kecoh di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita, dengan nama Twitternya Ratu Selfie menjawab satu kuiz yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dengan jawapan yang unik sekali.
Kuiz yang berbunyi "Dimanakah venue Sukan Komanwel 2010" yang diajukan oleh KJ itu telah dibalas dengan jawapan yang berbunyi "Di dalam hati kita berdua..." oleh Ratu Selfie. KJ yang terkejut dan tertarik dengan jawapan itu memberikan Ratu Selfie sehelai baju "Malaysian Warrior" sebagai hadiah.
Bagaimanapun perkara ini hanyalah dianggap satu gurauan oleh KJ. Begitu juga rasanya dengan ratu selfie. Jika betul-betul nak berkasih, baiklah guna Whatsapp. Oleh kerana banyak retweet yang dibuat oleh pengguna Twitter yang lain, perkara ini menjadi popular dan dengan secara tak langsungnya Ratu Selfie kini di intip bagaikan artis. Ini dia gambar yang dikongsikan oleh Ratu Selfie di laman Facebooknya. Boleh tahan orangnnya. Hurmm. Tapi berpunya ke belum, tu kena tanya la sendiri.
- SiakapKeli.com

Bas Ekspres 2 Tingkat Musnah Terbakar
KUALA LIPIS – Tindakan pantas penumpang bas ekspres dua tingkat yang memaklumkan kepada pemandu tentang bau benda terbakar berjaya menyelamatkan kesemua 39 penumpang dan dua pemandu kenderaan berkenaan.
Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 1.45 tengahari semalam di Kilometer 32 Jalan Kuala Lipis-Merapoh berhampiran Ladang Felda Telang di sini.
Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berkenaan menyebabkan bas milik syarikat Transnasional yang dalam perjalanan dari Puchong Prima, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan itu musnah terbakar.
“Sejurus dimaklumkan tentang bau benda terbakar, pemandu bas berusia 44 tahun tersebut bertindak segera memberhentikan kenderaan di bahu jalan dan memeriksa bahagian enjin bas terbabit.
“Sejurus melihat enjin bahagian belakang bas itu mengeluarkan asap dan percikan api, pemandu bas berkenaan bertindak mengarahkan penumpang turun dan cuba menyelamatkan barangan milik penumpang,” katanya.
Abdul Razak berkata, kesemua penumpang dan pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Menurutnya, walau bagaimanapun barang seperti beg pakaian dan keperluan harian kepunyaan tujuh penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat.
“Semua penumpang bas berkenaan kemudiannya meneruskan perjalanan ke destinasi dengan menggunakan bas lain,” katanya. – Sinar Harian Online - mstar
TOP
Terkini: 48 sah mati, 10 cedera pesawat terhempas di Taiwan
Foto - AFP
TAIPEI: Seramai 48 orang disahkan maut dan 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah pesawat Taiwan terhempas semalam, lapor agensi berita Xinhua. Pesawat TransAsia Airways Flight GE 222 yang membawa 54 penumpang dan empat anak kapal terhempas di kawasan kediaman selepas cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Magong ketika cuaca ribut dekat Pulau Penghu, petang semalam. Penyerahan itu berlaku dalam tempoh dua minggu seperti dinyatakan dalam penerbitan keputusan pilihan raya Isnin lalu. Di bawah undang-undang yang diluluskan oleh GNC, sidang parlimen baru akan berlangsung di bandaraya Benghazi, yang menjadi pusat penentangan 2011. Di Tripoli, tiada petanda akan wujud gencatan senjata antara dua kumpulan yang bertempur di sekitar lapangan terbang. - AFP - mstar

Militan Pro-Rusia Mengaku Tembak Jatuh Penerbangan MH17
KUALA LUMPUR: “Pegawai kami memberitahu bahawa kami menembak sebuah pesawat Kiev. Kami ingatkan kami mencari juruterbang Ukraine yang dikatakan sempat menyelamatkan diri, tetapi kami menemui mayat-mayat orang awam.”
Itu pengakuan yang dibuat oleh seorang anggota militan pro-Rusia dari unit kombat Oplot kepada akhbar Itali Corriere della Sera pada Rabu.
Menurut laporan portal tersebut, mereka menerima arahan untuk bergegas ke sebuah lokasi menggunakan sebuah lori dipenuhi muatan senjata dan peluru sejurus selepas satu letupan kedengaran di udara.
Mereka diberitahu bahawa pasukan mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat milik puak fasis Kiev.
“Objek-objek putih kelihatan berterbangan di udara. Kami mungkin perlu bertempur untuk mengumpulkan objek-objek terbabit.” ujar anggota Oplot terbabit yang enggan mendedahkan namanya serta nama sekutunya.
Dia turut memberitahu bahawa ketika mereka mencari payung terjun di tanah dan pokok, dia menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tidak lebih dari lima tahun.
“Mayat itu tertiarap. Ia sangat mengerikan. Itulah ketikanya saya sedari bahawa pesawat yang ditembak itu ialah sebuah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera.
Semua mangsa ialah orang awam. Beberapa beg pakaian mengesahkan jangkaan saya.” tambahnya.
Unit Oplot ini telah berada di lokasi nahas sejak tragedi itu berlaku.
Menurut portalCorriere della Sera, mereka bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah apabila mengeluarkan kenyataan bahawa bukan mereka sahaja yang menembak jatuh pesawat terbabit serta tidak mempunyai senjata yang mampu mencapai ketinggian pesawat itu.
“Jenayah ini dilakukan oleh penjahat yang menerima arahan daripada kerajaan Kiev. Salah seorang pejuang mereka mungkin menembak jatuh MH17,” kata mereka.
Pengkuan ini dibuat selepas lima hari pemimpin puak pemisah pro-Rusia Igor Girkin memuat naik di laman sosial bahawa mereka terlibat dengan nahas terbabit dan mereka yang menembak jatuh pesawat malang itu.
Muat naiknya berbunyi: “Kami telah menembak jatuh sebuah AN-26, ia kini berada di sekitar ‘Progress’. Kami telah memberi amaran kepada kamu – jangan terbang di ‘ruang udara kami’. Ini video pengesahan ‘kejatuhan burung’ itu.”
Muat naik itu bagaimanapun dipadam setelah pesawat yang ditembak jatuh itu merupakan sebuah pesawat komersial yang dinaiki orang awam. - Astro Awani - mstar
TOP
Sampel DNA 45 Keluarga Sudah Diambil – Subramaniam
PUTRAJAYA – Sampel DNA daripada 45 keluarga sudah diambil manakala dua lagi keluarga masih dalam proses pengumpulan data.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya dimaklumkan oleh pihak Penerbangan Malaysia (MAS) bawah terdapat 43 mangsa nahas MH17 yang mempunyai pertalian keluarga di Malaysia.
“Namun terdapat mangsa yang menetap di luar negara tetapi mempunyai pertalian keluarga di Malaysia menjadikan jumlah keluarga yang akan dijalankan pengumpulan data ante mortem DVI dan sampel DNA adalah seramai 47,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Subramaniam berkata, sampel DNA yang diambil adalah daripada ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah kepada mangsa seperti ibu, bapa, anak atau adik beradik kepada mangsa.
“Bagi tujuan perkhidmatan rawatan perubatan, pasukan dari Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya diaktifkan untuk memberikan rawatan kepada ahli keluarga mangsa sekiranya diperlukan,” katanya. – BH Online - mstar
TOP
Duda Anak Dua Jual Rokok Elektronik Diberkas
KUALA LUMPUR – Seorang jurujual rokok elektronik, dipercayai pengedar dadah, diberkas di tapak parkir sebuah kondominium di Danau Impian, Taman Desa, Sabtu lalu
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azle Abdullah berkata, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM12,000.
“Kita memberkas duda anak dua itu ketika dia sedang memasukkan sebuah beg pakaian di dalam kereta jenis Hyundai Sonata di tapak parkir kondominium itu kira-kira jam 11.30 malam,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya mendapati sebuah beg kecil yang berisi pelbagai jenis dadah di dalam beg pakaian itu.
“Kita merampas pelbagai jenis dadah antaranya 290 biji pil ekstasi seberat 85.5 gram, ketamin seberat 50.3 gram, ganja seberat 20.2 gram dan syabu seberat 20.2 gram,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan ujian air kencing terhadap suspek berusia 47 tahun itu mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.
“Suspek mengaku dadah yang dirampas itu dipercayai untuk kegunaan sendiri. Bagaimanapun, kita percaya dadah tersebut juga turut diedar sekitar Lembah Klang,” katanya.
Suspek direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Sinar Harian - mstar
TOP
Wanita Vietnam Berusia 121 Pecah Rekod Dunia Guinness
Hanoi – Seorang wanita Vietnam berusia 121 diisytiharkan sebagai wanita paling tua di dunia yang masih hidup.
Nguyen Thu Tru tinggal bersama anak lelakinya yang berusia 72 tahun di bandar raya Ho Chi Minh. Sepanjang perkahwinan bersama suaminya, dia dikurniakan 11 anak tetapi hanya empat masih hidup.
“Kami mempunyai bukti secukupnya untuk menunjukkan Nguyen dilahirkan pada 4 Mei 1893.
“Bukti seperti sijil kelahiran yang disahkan pihak berkuasa Perancis, bekas kerajaan Vietnam Selatan dan kerajaan Vietnam,” kata pengarah Pusat Rekod Guinness Vietnam, Le Tran Truong An.
An berkata, Rekod Dunia Guinness akan diminta untuk mengiktiraf Nguyen sebagai wanita tertua yang masih hidup di dunia, menggantikan Misao Okawa, 116, dari Jepun. – Agensi
TOP
Memperingati MH17: Penonton Bertafakur Di Pembukaan Sukan Komanwel
Rakyat Malaysia Dr Nazam Dzolkarnaini memegang sepanduk "Justice for MH370 & MH17" semasa majlis pembukaan Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow.
GLASGOW: Majlis pembukaan Sukan Komanwel di Glasgow melalui tempoh senyap dalam beberapa ketika bagi memperingati 298 mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines. Hampir satu pertiga daripada mangsa yang menaiki penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine adalah rakyat dari negara-negara Komanwel, termasuk 44 dari Malaysia dan 27 dari Australia. Menteri Pertama Scotland, Alex Salmond meminta penonton di Celtic Park untuk "berdiam diri sejenak sebagai mengucapkan takziah dan penghormatan serta solidariti terhadap mereka yang kehilangan orang tersayang tanpa mengira bangsa." - mstar

Agensi Berita AP Tersilap 'Tweet' Pesawat Bawa Mayat MH17 Terhempas
PETALING JAYA: Agensi berita The Associated Press (AP) pada Rabu melakukan kesilapan besar apabila tersalah tweet sehingga menimbulkan kekecohan di laman sosial itu apabila mengatakan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Belanda.
AP menyiarkan tweet “BREAKING: Dutch military plane carrying bodies from Malaysia Airlines Flight 17 crash lands in Eindhoven. (“TERGEMPAR: Pesawat tentera Belanda yang membawa mayat nahas Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Eindhoven”).
Status Twitter itu kemudiannya diulang Tweet (retweet) oleh pengikut laman sosial berkenaan kira-kira 3,851 kali.
Pesawat tentera Belanda yang dimaksudkan sebenarnya selamat mendarat di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.
Menerusi laman Twitter rasmi AP, status berkenaan mendapat kritikan antaranya pemilik akaun Dejavucook (@dejavuccok) berkata: "You are so stupid/you just wrote 'crash lands' (Anda sangat bodoh/anda baharu sahaja menulis 'terhempas').
AP membuat penjelasan mengenai berita pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 tiba di Eindhoven.
AP bagaimanapun mengeluarkan kenyataan terbaharu selepas itu dengan menjelaskan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 itu selamat mendarat di Eindhoven. Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. - mstar

Al-Quran 'Halimunan' Tarikan Pameran Antarabangsa
AL-QURAN 'halimuman' menjadi antara objek paling menarik dipamerkan di Pameran al-Quran Antarabangsa ke-22 diadakan di Teheran, Iran ketika ini.
Naskhah itu ditulis dengan tinta emas tetapi kalimahnya tidak akan dapat dilihat dengan mata biasa, sebaliknya perlu dibaca di bawah sinaran cahaya khas.
Sebuah laman web melaporkan, naskhah istimewa itu ditulis Mohsen Khanjari Anbouhi dan menjadi al-Quran pertama ditulis dengan dakwat khas yang tidak boleh dibaca secara biasa.
Laman web itu berkata, tulisan berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi nano digabungkan dengan dakwat emas asli.
Jurucakap penganjur berkata, dakwat unik itu hanya dapat dilihat di bawah sinar inframerah.
Naskah itu ditulis mengikut rasm Uthman dan setiap halaman berukuran 29 sentimeter kali 20 sentimeter.
Kata jurucakap itu, selepas pameran berakhir Mohsen mungkin menyumbang naskhah berkenaan ke sebuah pertubuhan kebajikan, Astan Quds Razavi di Mashhad, Iran.
Pameran al-Quran Antarabangsa Teheran itu diadakan setiap Ramadan untuk mengembangkan dan mempromosikan al-Quran.
Tahun ini, pameran tersebut banyak menarik perhatian, termasuk di kalangan artis Iran.
Sebanyak 16 perwakilan menyertai pameran itu termasuk dari Sepanyol, Russia, Kuwait, Palestin, Algeria, Tunisia, Malaysia, India, Pakistan, dan Turki. - mstar
TOP
Liku-Liku Usahawan Aidilfitri
Pelbagai jenis kuih raya keluaran Min Cookies
APABILA menjelang Ramadan, masyarakat Melayu amnya akan menjadi usahawan sebulan terutamanya dalam bidang masakan, pakaian dan lain-lain. Kali ini, penulis berkesempatan mencungkil rahsia usahawan Aidilfitri di Taman Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah yang meceburi bidang pembuatan kuih raya. Segalanya bermula dengan membuat tiga jenis kuih yang ditempah oleh saudara mara dan rakan pada 1992 dalam anggaran 6,000 biji. Setelah mendapat sambutan, pada tahun berikutnya tempahan yang diterima melebihi empat kali ganda. Bermula dari dapur rumah kini beliau terpaksa menyewa sebuah rumah lagi untuk dijadikan tempat pembuatan kuih raya serta pembungkusan.
Perkembangan pesat perniagaannya membuatkan Rohini Yahaya ( kak Min),55 bertekad menjadikan usaha ini sebagai pendapatan beliau setiap kali menjelang Ramadan. Hari ini, tempahan yang diterima melebihi satu juta biji kuih untuk Aidilfitri. Kebanyakan kuih dihasilkan daripada resipi sendiri dan sebahagiannya diambil dari majalah dan diubah suai supaya lebih enak. Beliau kini mempunyai lebih 35 pekerja tetap setiap kali tibanya Ramadan hanya untuk membantu menyediakan kuih raya yang ditempah. Bekerja seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang, pekerja Rohini terdiri daripada kenalan dan jiran di Taman Bakar Arang. Seminggu sebelum Ramadan lagi, contoh kuih raya keluaran Rohini mula dibuat dan tahun ini, lebih 800 contoh kuih raya dikeluarkan untuk 21 jenis. Namun disebalik kesibukan membuat kuih, terselit rasa sedih dilubuk hati beliau kerana manusia yang tamak mengejar keuntungan hasil titik peluhnya. “Selalunya saya keluarkan 700 contoh kuih untuk diedarkan kepada pelanggan yang menjadi ejen, tapi tahun ini lebih 800 contoh dikeluarkan kerana ejen bertambah," kata Rohini dengan nada lembut.
Apa yang menyedihkan, ada diantara mereka yang menjadi ejen atau orang tengah hanya mengambil contoh kuih daripadanya dan mengambil tempahan dari pelanggan namun tempahan itu tidak dikembalikan kepada Rohini. “Saya dimaklumkan bahawa orang tengah ini hanya menggunakan contoh kuih saya untuk tempahan dan setelah mendapat banyak tempahan mereka sendiri yang membuat kuih tersebut”, tambah beliau dengan nada kesal. Penulis dimaklumkan bahawa ramai pelanggan yang menghubungi beliau dan ada yang berjumpa dengannya kerana tidak berpuas hati dengan rasa dan kualiti kuih. Setiap ejen atau orang tengah yang mengambil contoh kuih raya dicatatkan nama serta nombor telefon untuk memudahkan beliau mendapatkan tempahan. Bagaimanapun, setelah dimaklumkan oleh pelanggan yang kecewa dengan rasa dan kualiti kuih raya itu, serta ejen yang membuat tempahan dan menghantar bekalan, maka terbongkarlah kegiatan pihak tidak bertanggungjawab ini. Ternyata ada orang tengah yang tamak dan mengambil kesempatan atas nama orang lain.
Penulis terus mengajukan soalan bagaimana untuk beliau mengatasi masalah penipuan di peringkat orang tengah ini dan jawapnya ringkas: “InsyaAllah tahun depan saya akan tempah bekas khas yang tertera nama 'MIN COOKIES' supaya mereka yang tamak tak akan mampu menipu pelanggan saya lagi." Kuih raya keluaran beliau menggunakan bahan berkualiti serta semua kuih raya dibuat dengan menggunakan butter yang mahal serta berkualiti. Malahan kuih raya keluarannya mampu bertahan sehingga setahun jika ditutup dengan elok dan tidak terdedah kepada udara. “Saya redha dengan apa yang berlaku, cuma saya kasihan kepada pelanggan yang tertipu dan kemungkinan nama saya juga boleh tercemar atas ketamakan mereka yang tidak bertanggungjawab”, tambah Rohini mengakhiri perbualan. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Rohini atau lebih mesra dipanggil Kak Min ditalian 012-5981612 / 017-4832859. - mstar

Video MB Selangor Beri Nasihat Kepada Rakyat
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi nasihat kepada rakyat negeri itu agar menyambut Syawal dengan sempurna selain menjadi orang yang baik-baik. - mstar
MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi nasihat kepada rakyat negeri itu agar menyambut Syawal dengan sempurna selain menjadi orang yang baik-baik. - mstar
TOP
Johor, Kelantan Putuskan Ahad Tidak Cuti
PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Johor dan Kelantan pada Rabu memutuskan tidak mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Isnin.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, perkara berkenaan bagi memberi peluang kepada orang ramai berurusan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri sebelum bercuti untuk sambutan Aidilfitri pada hari berikutnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, setelah melihat kepada beberapa faktor, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengambil cuti peristiwa pada Ahad ini.
"Ini kerana kalau Ahad ini dijadikan cuti umum, kita khuatiri ia akan menjejaskan pelbagai urusan seperti urusan pejabat," kata Mohd Amar.- mstar
TOP
Peralihan Kuasa Kepada Parlimen di Libya Ditetapkan Pada 4 Ogos
TRIPOLI: Kongres Nasional Am (GNC) Libya yang mentadbir negara berkenaan sejak penggulingan Muammar Gaddafi akan menyerahkan kuasa legislatif kepada parlimen yang baru dipilih pada 4 Ogos ini.
"Isnin, 4 Ogos ditetapkan sebagai tarikh bagi peralihan kuasa...kepada badan yang dipilih,” kata kongres berkenaan dalam satu kenyataan, ditandatangani oleh Speaker, Nuri Abu Sahmein.
Penyerahan itu berlaku dalam tempoh dua minggu seperti dinyatakan dalam penerbitan keputusan pilihan raya Isnin lalu.
Di bawah undang-undang yang diluluskan oleh GNC, sidang parlimen baru akan berlangsung di bandaraya Benghazi, yang menjadi pusat penentangan 2011.
Di Tripoli, tiada petanda akan wujud gencatan senjata antara dua kumpulan yang bertempur di sekitar lapangan terbang.
- mstar
- mstar
TOP
Mercun 'Peluru Berpandu' Dirampas
Gambar hiasan.
LEDANG: Mercun seakan periuk api dan roket peluru berpandu adalah antara pelbagai jenis bahan itu yang dirampas dan dianggar bernilai RM30,000 dalam empat serbuan berasingan oleh polis daerah ini sepanjang Ramadan. Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Mohamed Salleh Abd. Razak berkata, kedua-dua jenis mercun yang diimport dari negeri China itu adalah antara 10 jenis yang dilarang dan didapati dijual dengan harga antara RM10 hingga RM200 seunit dalam pasaran tempatan. Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang di sini, beliau berkata, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Lalang di sini 4 petang Ahad lalu, polis merampas 109 kotak pelbagai jenis mercun yang disimpan dalam sebuah bilik. "Kita telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dalam serbuan itu dan hasil siasatan membawa kepada serbuan kedua, selang setengah jam di kampung Parit Banjar, pinggir bandar ini dan menahan seorang pemuda berusia 19 tahun," katanya. Dalam serbuan itu katanya, polis menemui 46 kotak berisi pelbagai jenis mercun buatan negeri China. Mohamed Salleh berkata, dalam serbuan ketiga sejam selepas itu, polis menahan seorang pemandu lori berusia 39 tahun di Taman Tangkak Jaya dan merampas sejumlah 76 kotak pelbagai jenis mercun dari China. Serbuan keempat pula diadakan kira-kira 2 pagi keesokan harinya (Isnin) di sebuah rumah di Grisek di sini dan menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana memiliki sejumlah mercun. "Lelaki ini mempunyai empat rekod jenayah berkaitan kes dadah dan dia dibawa ke IPD untuk siasatan lanjut," katanya sambil menyatakan kesemua suspek dibenar ikat jamin sementara menunggu dihadapkan ke Mahkamah. - mstar

Polis Tahan Empat Lelaki Bantu Siasat Kes Culik Empat Sekeluarga
GEORGE TOWN: Polis memberkas empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan culik empat sekeluarga dalam kejadian di Taman Hutching di sini awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata keempat-empat lelaki berusia 21 hingga 42 tahun itu diberkas menerusi tiga serbuan di sekitar Sungai Petani, Kedah, pada Sabtu lalu.
Dua daripada mereka ditahan kerana membeli barangan samun daripada suspek yang berusia 32 tahun itu, manakala seorang lagi rakan serumah suspek, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas kes tersebut, Mior Faridalathrash berkata dalam kejadian 4.30 pagi pada 3 Julai lalu, mangsa bersama isteri dan dua anak perempuan mereka dilarikan oleh dua suspek bersenjatakan parang yang sebelum itu menyamun rumahnya.
Katanya mangsa yang juga ahli perniagaan bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika disuruh turun dari kereta untuk mengeluarkan wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik di Perai.
Isteri dan dua anak mangsa pula ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Tikam Batu, Kedah kira-kira setengah jam kemudian, katanya.
Menurut Mior Faridalathrash kereta jenis Mercedes Benz milik mangsa ditemui di belakang sebuah bengkel kenderaan di Bandar Perdana, Sungai Petani sehari selepas kejadian
Katanya polis kini menjejaki seorang lagi lelaki yang dipercayai rakan subahat suspek pertama dalam kejadian samun dan culik itu.
Dua lelaki ini dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes samun dan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah, katanya. - mstar
TOP
Wanita Mengigau Patah Kaki Ketika Cuba Larikan Diri Daripada Polis
PETALING JAYA: "Saya tidak berniat untuk melarikan diri daripada polis. Saya mengigau!" dakwa seorang wanita yang mengerang kesakitan selepas terjatuh daripada tingkap bilik rumah flet dua tingkat di flet Mentari Court pada malam Selasa.
Wanita berkenaan merupakan seorang daripada 120 orang yang kebanyakan warga asing. Mereka ditahan polis atas kesalahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan imigresen di bawah Ops Selamat.
Wanita Indonesia yang berusia dalam lingkungan 30 an, itu mendakwa dia sedang tidur dalam keadaan mengigau ketika mendengar ketukan pintu yang mengejutkan beliau.
Dia yang panik segera membuka tingkap biliknya dan memanjat keluar. Ketika itulah dia jatuh ke kaki lima bawah.
"Mangsa patah kaki kanan dan di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Azmi Abu Kasim.
Beliau berkata wanita itu dijumpai tanpa mempunyai dokumen yang sah dan akan didakwa dengan sewajarnya.
"Kami percaya dia cuba melarikan diri," kata Azmi.
Beliau berkata terdapat kira-kira 300 anggota polis daripada balai polis daerah, Imigresen, Rela dan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara mengadakan serbuan ke Mentari Courts dan Desa Mentari merupakan sebahagian daripada Ops Selamat.
"Inilah kawasan yang mempunyai rekod sebagai kawasan yang mencatatkan indeks kes jenayah yang tinggi, jadi kami mengambil langkah untuk memastikan ia dapat dikurangkan.
Operasi bermula pada pukul 6 pagi Selasa dan berakhir 4 pagi Rabu.
Ops Selamat berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai sempena musim cuti Hari Raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. - mstar
TOP
Remaja Terbiar Dibenar Keluar Dari Hospital
Muhammad Firdaus Dullah.
SEREMBAN: Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan terbiar dibenar keluar dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini pagi tadi. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi berkata remaja kurang upaya berkenaan dibenarkan keluar kira-kira 9.40 pagi dan kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan dan perlindungan sementara ke atasnya. "Selepas ini Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah dan sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di situ," katanya.
Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2, Nilai pada 21 Jun lepas. Abdullah berkata dalam tempoh sebulan penjagaan sementara itu, pihaknya juga akan mencari waris terdekatnya yang akan menjaga Firdaus. "Jika tidak ada, kita juga akan mendapatkan perintah tetap mahkamah untuk menempatkan Firdaus di Taman Sinar Harapan," katanya. Sementara itu beliau berkata kutipan Tabung Haji Muhammad Firdaus yang dibuka khas bagi membantu remaja berkenaan mengumpul lebih RM85,000 setakat 16 Julai lepas. Ketua Jabatan Dietetik HTJ, Basmawati Baharom berkata keadaan Firdaus kini bertambah sihat. "Dia kini boleh makan dengan baik. Dia tidak lagi memerlukan makanan khas. Dia sudah boleh makan sayur dan buah. Sekarang berat badannya ialah 22 kilogram bertambah lebih lapan kilogram berbanding 15 kilogram ketika dia mula dimasukkan ke hospital," katanya. Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman sebagai orang pertama yang menemui remaja terbiar itu bersyukur kerana Muhammad Firdaus semakin sihat. "Saya turut gembira dengan keadaannya sekarang," katanya. - mstar

Istana Terbuka Seri Menanti 1 Syawal
Istana Besar Seri Menanti
SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istana Terbuka di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada Aidilfitri pertama. Setiausaha Sulit baginda, Mohd Zahirin Adnan berkata, majlis akan berlangsung dari pukul 10.30 pagi hingga 2 petang. Rakyat adalah dijemput ke majlis tersebut. "Baginda turut dijadual berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada sebelah pagi sebelum berangkat ke Makam Diraja bagi menyempurnakan majlis tahlil," katanya. - mstar

Jitu Perlu Dianggotai Pegawai SPRM - Pengerusi PAC
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Jawatankuasa Tadbir Urus dan Integriti (Jitu) yang ditubuhkan di setiap kementerian serta di jabatan Persekutuan di peringkat negeri turut dianggotai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, usaha kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian kerajaan perlu dijalankan seiring dengan usaha membasmi gejala penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan dalam sektor perkhidmatan awam.
"Pada masa sama, jika kerajaan mahu memastikan JITU mempunyai lebih keberkesanan, jawatankuasa berkenaan juga boleh turut melaporkan kepada PAC yang dapat bertindak sebagai sebuah badan bebas daripada campur tangan eksekutif," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Nur Jazlan berkata, PAC menyambut baik inisiatif yang dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan untuk menubuhkan jawatankuasa berkenaan kerana ia akan meningkatkan integriti serta tadbir urus kerajaan yang lebih telus serta efisien.
"Memang kita perlu akui dengan adanya pemantauan terus daripada Menteri bertanggungjawab yang turut sama mempengerusikan jawatankuasa berkenaan, sebarang penyalahgunaan dapat dikesan dengan lebih awal," katanya.
Selain itu, Nur Jazlan juga menggesa semua kakitangan awam agar turut memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah rasuah serta salah guna kuasa di tempat kerja masing-masing.
JITU merupakan kerjasama dengan kementerian dan agensi yang akan bertindak sebagai jentera utama bagi mengetuai semua program tranformasi berhubung urus tadbir dan integriti.
Penubuhan JITU diluluskan Kabinet pada Mac lalu yang mengandungi 200 ketua pegawai integriti daripada 700 kementerian dan agensi kerajaan. - mstar
TOP
Proses Menyaring Dan Melabel Mayat Dijangka Selesai Menjelang Jumaat
Mayat mangsa pesawat MH17 yang terhempas dipindahan ke dalam kereta mayat oleh anggota tentera Belanda dalam satu upacara di Pangkalan Udara Eindhoven, Belanda. - Foto EPA
KHARKIV: Proses menyaring dan melabel mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 dijangka selesai menjelang Jumaat. Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku pada Rabu.
Mayat mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 di bawa menaiki kenderaan khas.
Terdapat empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbang keluar ke Eindhoven, Belanda, katanya kepada Bernama pada Rabu. Empat gerabak tersebut dibawa dengan kapal pada Selasa ke bandaraya Kharkiv sebelum diterbang ke Eindhoven dari di Kharkiv dan tiba dua hari lalu. Mohd Sakri berkata mayat lain dalam lebih sebuah gerabak dijangka disaring dan dilabel menjelang Jumaat. Sehingga kini 56 mayat telah diterbang ke Belanda pada Rabu untuk pengecaman. Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia Khamis lalu. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal yang dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya. - mstar

Komander Puak Pemisah Ukraine Akui Punya Peluru Berpandu
DONETSK Ukraine: Seorang pemimpin puak pemberontak yang berkuasa mengesahkan bahawa puak pemisah pro-Rusia mempunyai peluru berpandu daripada jenis Washington yang terdapat di Rusia telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH 17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai milik Rusia.
Dalam temu bual bersama Reuters, Alexander Khodakovsky, yang merupakan komander Vostok Batallation mengesahkan kehadirannya buat kali pertama sejak pesawat itu dibawa turun di timur Ukraine pada hari Khamis.
Beliau berkata puak pemberontak tidak mempunyai sistem peluru berpandu Ed, dan ia mungkin telah dihantar pulang selepas itu untuk menghapuskan bukti kewujudannya.
Sebelum pesawat Malaysia ditembak jatuh, puak pemberontak dengan bongkaknya berkata mereka mempunyai peluru berpandu Ed yang boleh menembak jatuh pesawat di aras ketinggian sederhana.
Bagaimanapun sejak bencana berlaku kumpulan utama puak pemberontak, mendakwa mereka yang berasal daripada Republik Rakyat Donestk, bagaiamanpun mereka beberapa kali menafikan mempunyai senjata berkenaan.
Sejak insiden malang yang mengorbankan 298 nyawa isu yang sering dibangkitkan ialah siapa yang menembak pesawat tersebut dengan peluru berpandu di kawasan pergolakan antara tentera kerajaan dan puak pemberontak pro-Rusia.
Khodakovsky mendakwa pihak berkuasa Kiev membuat provokasi mereka telah tersalah melancarkan peluru berpandu sedangkan pada hakikatnya mereka sememangnya dengan sengaja mahu melancarkan serangan udara ke atas pesawat itu.
"Saya tahu BUK datang daripada Luhansk. Pada masa ini saya diberitahu bahawa BUK daripada Luhansk datang daripada bendera Republik Rakyat Luhansk (LNR) ," katanya.
"Mengenai BUK itu saya pernah tahu dan dengar mengenainya. Saya yakin mereka telah menghantarnya balik. Hal ini kerana saya nampak apa yang sebenarnya berlaku ketika pesawat malang itu terhempas.
"Mereka mungkin telah menyerahkannya kembali untuk menghilangkan bukti kewujudannya," kata Khodakovsky kepada Reuters pada Selasa.
Persoalannya adalah: Ukraine mempunyai bukti bahawa pihak sukarelawan mempunyai teknologi berkenaan, melalui pertolongan Rusia. Ia bukan sahaja untuk melindungi keselamatan tapi memprovokasi kegunaan senjata tersebut terhadap pesawat komersil yang membawa penumpang.
"Mereka tahu BUK memang wujud; BUK ini kini di bawa menuju ke Snezhnoye," katanya sambil merujuk kepada sebuah kampung yang terletak kira-kira 10 kilometer (enam batu) daripada lokasi kemalangan. - mstar
TOP
MH17: Malaysia Tumpukan Semua Sumber Yang Ada Untuk Dapatkan Mayat Mangsa - Liow
Liow Tiong Lai.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) akan terus menumpukan semua sumber yang ada dalam usaha untuk mendapatkan semua mayat mangsa nahas MH17. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata meskipun proses mengenal pasti mayat akan dimulakan bagi jasad yang dibawa ke Netherlands hari ini namun mayat yang masih belum ditemui tidak harus dilupakan. "Matlamat kami sekarang adalah untuk membawa pulang mangsa yang terkorban kepada keluarga dan orang tersayang secepat mungkin dan pada masa sama membenarkan para penyiasat meneruskan tugas mereka di lokasi nahas. "Kami menggesa agar usaha mencari diteruskan sehingga menemui mangsa yang masih hilang dan berikrar untuk memanfaatkan segala ikhtiar sehinggalah kesemua mayat ditemui," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Beliau berkata Malaysia akan menyertai masyarakat antarabangsa untuk merungkai kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Menurut Lioe apa yang berlaku bukan telah menyebabkan kebanyakan ahli keluarga yang dirundung duka, dan untuk mengelak tindakan kejam seperti itu daripada berulang selain membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. "Dalam pada itu keutamaan kami adalah memberi dorongan kepada pihak yang turut berkongsi kesedihan sambil bekerjasama rapat dengan kerajaan, badan antarabangsa dan pihak bertanggungjawab untuk membantu memastikan siasatan penuh serta menyeluruh dilaksanakan," katanya. Liow turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Netherlands dan Perdana Menteri Mark Rutte atas sokongan dan kerjasama mereka dalam waktu yang sukar ini. "Kami sama-sama bekerja rapat untuk menghantar pulang jasad mangsa," katanya. Sementara itu dalam akaun Twitternya, Liow berkata pesawat tentera Netherlands yang membawa mayat penumpang dan kru MH17 telahpun mendarat di Eindhoven, Netherlands. Jasad lebih 200 orang dihantar ke bandar Kharkiv di Ukraine semalam dengan kereta api yang dilengkapi gerabak peti sejuk dan kemudian diterbangkan ke Eindhoven dari sebuah lapangan terbang di Kharkiv. - mstar

Pemimpin Junta Thai Boleh Jadi PM di Bawah Perlembagaan Sementara
Jeneral Prayuth Chan-ocha.
BANGKOK: Pemimpin junta Thailand boleh menjadi perdana menteri dalam kerajaan yang dibentuk di bawah perlembagaan sementara yang baru dirangka tetapi perlu ditentukan oleh parlimen yang dilantik, kata penasihat undang-undang junta. Pihak tentera memerintah Thailand sejak rampasan kuasa 22 Mei lalu dan pihak penganalisis berkata Jeneral Prayuth Chan-ocha, yang mengetuai majlis ketenteraan, boleh kekal sebagai pemimpin sehingga pilihan raya yang dijangka diadakan penghujung 2015. Ditanya pada sidang akhbar berhubung piagam sementara sama ada Prayuth akan menjadi perdana menteri, Wissanu Krea-ngam, penasihat undang-undang junta berkata: "Perlembagaan membenarkannya, tapi sama ada beliau dilantik atau tidak adalah hak parlimen."

Ramadan 'Satukan' Penganut Hindu, Umat Islam
TANPA diketahui ramai, sebenarnya ramai penganut Hindu berpuasa setiap Ramadan seperti penganut Islam lain.
Tindakan itu dibuat sebagai tanda sokongan warga India kepada penganut Islam. Penduduk bandar Vidisha, Sunil Shrivastava berkata, dia berpuasa selama sebulan sejak 14 tahun lalu kerana ia memberi kekuatan batin kepadanya. "Saya mendapat inspirasi amalan berpuasa selepas melihat rakan Muslim saya melakukannya. "Pada awalnya saya berpuasa sebagai tanda solidariti tetapi selepas sehari, saya tidak menghadapi sebarang masalah dan saya memutuskan untuk terus menahan makan dan minum selama sebulan," katanya. Walaupun menganut agama Hindu, Shrivastava berkata, dia tidak mendapat sebarang bantahan daripada keluarganya. "Sebaliknya mereka memberi sokongan," katanya. Penduduk Raisen di Madhya Pradesh, Mehul Kumar pula menganggap Ramadan mengajarnya mengenai disiplin. "Saya berpuasa sejak sembilan tahun lalu ketika menghadapi masalah kesihatan. "Seorang rakan Muslim mencadangkan supaya saya berpuasa kerana ia boleh membantu menyihatkan badan," katanya. Di peringkat awal kata Kumar, dia cuba berpuasa selama beberapa hari. "Tanpa makan dan minum saya tidak mengalami rasa lapar atau lemah, sebaliknya mendapat kekuatan dalaman. "Hingga kini berpuasa menjadi amalan biasa saya," katanya. Sejak tiga tahun lalu, kata Kumar, dia berjaya berpuasa sepanjang Ramadan. "Kini anak saya yang berusia 17 tahun juga mula berpuasa," katanya. Tahun ini dilaporkan lebih 150 banduan beragama Hindu di Penjara Tihar, Delhi berpuasa bersama tahanan Muslim lin. Pegawai penjara itu berkata, mereka bersetuju berpuasa sejak hari pertama Ramadan sehingga Aidilfitri dirayakan. Kemeriahan juga dirasai ketika banduan Hindu dan Muslim berbuka bersama-sama dengan diselenggara pertubuhan atau individu berbeza setiap tahun. Ahli politik tempatan di Bhopal, Nath Singh berkata, mereka menyertai amalan berpuasa untuk menjadi sebahagian daripada Ramadan. "Setiap hari ketika berbuka, kami menjemput semua orang untuk bersama-sama," katanya. Sementara itu di tempat lain golongan hartawan Hindu menyelenggarakan acara berbuka puasa untuk kaum muslim dan mengirim makanan ke masjid-masjid berhampiran.

Tewas Pilpres, Hubungan Prabowo-Hatta Retak
JAKARTA: Nampaknya kesepaduan pasangan Prabowo Subianto - Hatta Rajasa mula retak di hujung jalan.
Ketika Prabowo membuat pengumuman mengundur diri daripada proses pemilihan presiden dan menolak keputusan diumum Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia semalam, Hatta tidak dilihat mendampinginya seperti sepatutnya.
Pegawai Parti Amanat Nasional (PAN) kemudian memberi alasan Hatta mempunyai tugasan lain menyebabkan dia tidak dapat hadir mendampingi Prabowo ketika pengumuman itu dibuat.
Lebih menguatkan khabar bahawa hubungan mereka kian retak apabila kenyataan dikeluarkan Prabowo itu diedar tanpa tanda tangan Hatta.
Sementara itu pegawai kanan PAN Bima Arya berkata Hatta akan menyatakan pendirian rasminya mengenai pemilihan presiden dan keputusan diumum badan pengendali pilihan raya itu tidak lama lagi.
"Namun Hatta akan menghormati apa saja keputusan diumum pihak yang berkenaan.
"Hatta tidak bercadang menolak keputusan berkenaan, sebaliknya menerima apa saja keputusan yang terhasil daripada proses pengundian pada 9 Julai lalu," katanya.
Ditanya di mana Hatta petang semalam, Bima enggan memberi ulasan lanjut.
"Sebaiknya orang ramai menungu saja penjelasan lengkap yang akan disampaikan Hatta kemudian," katanya.
TOP
MB Selangor: PR Setuju Tukar, Umum Selepas Aidilfitri
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menukar Menteri Besar Selangor dengan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Namun, PAS dan DAP masih belum mengumumkan pendirian mereka terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua sekutu PKR itu akan membincangkan perkara ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dalam masa terdekat sebelum mengumumkan pendirian mengenainya selepas Aidilfitri. "Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Wan Azizah. "DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen pada Rabu. Ketika ini, jawatan Menteri Besar Selangor masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilantik sejak 2008. Anwar berkata, perbincangan antara kepimpinan parti dan Abdul Khalid masih diteruskan memandangkan beliau dilaporkan tidak mahu berundur daripada jawatan itu. "Perbincangan dengan Khalid sedang giat dilakukan. Kita akan selesaikan perkara ini secara baik," katanya. Ketika ditanya mengapa PKR tidak mencalonkan Azmin Ali, Anwar menegaskan pencalonan isterinya itu dicapai melalui konsensus semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat PKR malam Isnin lalu. "Ramai lagi calon yang lebih layak untuk gantikan jawatan MB termasuk Azmin juga layak. Namun ini adalah keputusan yang dibuat secara konsensus," katanya. Anwar turut menjelaskan, beliau tidak akan meneruskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Dr Wan Azizah dimuktamadkan sebagai Menteri Besar yang baharu. "Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar," katanya. Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Sementara itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon bagi menggantikan Abdul Khalid. "Kami akan bermesyuarat secepat mungkin dan keputusan akan kami umumkan selepas Hari Raya," katanya.

Masyarakat Perlu Bijak Nilai Maklumat Dalam Media Sosial - KPN
KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat yang ghairah berkongsi maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan perbuatan itu boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam satu kenyatannya di sini beliau berkata, masyarakat digesa supaya tidak mudah menerima dan menyebar maklumat menerusi media sosial kerana terdapat pihak sengaja menyebarkan isu-isu sensitif yang boleh memecah belahkan perpaduan kaum.
"Terkini ialah sebaran maklumat berniat jahat yang cuba mencabar kredibiliti kerajaan dan memperlekehkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membandingkan bentuk tindakan yang diambil ke atas kes-kes tertentu.
"(Contohnya) kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin atau Kiki (kes buli jalan raya), Muhammad Zahier Afiq Zarol Nizam (dipukul lelaki Cina kerana terlibat dalam cubaan ragut) dan Alvin Tan (isu buka puasa dengan bak kut teh), apa yang cuba dibayangkan ialah kerajaan dan PDRM bersikap mementingkan kaum tertentu," katanya.
Beliau berkata tindakan yang diambil ke atas ketiga-tiga kes itu adalah berbeza antara satu sama lain dan bergantung kepada pelbagai aspek siasatan termasuk aspek teknikal yang memakan masa.
"Dalam kes Siti Fairrah Ashykin, siasatan dapat dijalankan dengan cepat kerana dia memberi kerjasama dengan menyerah diri kepada polis dan mengaku akan kesalahannya.
"Kes Muhammad Zahier Afiq pula, lelaki yang dirakam sedang menendang remaja itu belum tampil untuk membantu siasatan polis. PDRM meminta sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden itu untuk menghubungi pihak polis bagi mempercepatkan proses siasatan.
Dalam kes Alvin, siasatan polis telah selesai dan kes tersebut sedang di dalam proses perbicaraan di mahkamah," kata Khalid.
Beliau berkata PDRM menjalankan tugas dan tanggungjawab berlandaskan prosedur serta undang-undang, bukannya secara selektif atau atas kepentingan mana-mana kaum atau agama.
Tindakan menyebar maklumat palsu boleh diambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, katanya.
Khalid berkata di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), mana-mana pihak yang cuba melakukan atau melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut apabila disabitkan kesalahan bagi kesalahan pertama boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
"Bagi kesalahan yang berikutnya boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata masyarakat harus bersikap lebih matang dan memahami apa yang terkandung di dalam media sosial.
"Jangan terikut-terikut dengan apa yang diperkatakan di dalam laman sesawang yang boleh mendatangkan perpecahan dan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini malam ini.
Antara yang hadir ialah Khalid, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohd Khalid Sharif.
TOP
Warga Emas Ditemui Mati Dengan Dua Kesan Tikaman di Sentul
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan dua kesan tikaman pada bahagian dada di rumahnya di Jalan Union Sentul dekat sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintenden Othman Abu Bakar berkata mangsa, seorang suri rumah yang dikenali sebagai Swa Kim Chia, 71, ditemui terbaring dalam bilik air dalam keadaan berlumuran darah oleh jirannya.
Beliau berkata jiran mangsa mengesyaki sesuatu berlaku apabila tiga lelaki berusia lingkungan 30-an, yang tinggal di tingkat empat pangsapuri sama, dilihat berlari keluar dari rumah mangsa dengan baju yang mempunyai kesan darah.
"Ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan polis," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Othman juga berkata polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan ialah rompakan namun belum dapat mengesahkan barang yang disamun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
TOP
Najib Hargai Ingatan Sempena Hari Lahir, Tersentuh Dengan Kata-Kata Semangat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sempena ulangtahun kelahirannya ke-61 sambil diperhatikan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ketika menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pemimpin sayap UMNO di perkarangan kediaman rasmi di Seri Perdana di Putrajaya. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih atas ingatan pelbagai pihak yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir bersempena ulang tahun ke-61 beliau, semalam. "Terima kasih untuk semua ucapan hari jadi. Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada anda semua tatkala kita sedang bersedih. "Semoga Allah merahmati Malaysia," katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau. Ungkapan 'tatkala kita sedang bersedih" itu pastinya merujuk kepada tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis malam lepas. Pesawat jenis Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh, dan mengorbankan 298 orang termasuk 15 kru. Kerajaan Malaysia dan MAS kini menumpukan kepada semua sumber yang ada dalam usaha mendapatkan mayat mangsa nahas MH17. Usaha itu membuahkan hasil apabila Perdana Menteri berjaya mencapai persetujuan dengan Ketua Pemisah pro-Rusia di kawasan itu, Alexander Borodai, pada Isnin lepas.

Status FB Berbaur Hasutan: Pegawai Penyiasat Kanan Dikenakan Tindakan
Khalid Abu Bakar.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai. Baru-baru ini, pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dikatakan memuat naik status berbaur hasutan terhadap penganut agama Hindu di negara ini.

Pengeksport Dinasihat Teliti Garis Panduan Baharu Halal Kanada - Matrade
KUALA LUMPUR: Pengeksport Malaysia dinasihat supaya meneliti garis panduan baharu Halal di Kanada, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Menerusi kenyataannya, Matrade berkata, kerajaan Kanada memperkenal garis panduan baharu bagi pelabelan produk makanan Halal yang akan dikuatkuasakan mulai April 2016.
"Antara lain, garis panduan itu menetapkan label makanan, pembungkusan atau bahan iklan produk Halal perlu memasukkan nama penuh badan atau orang yang mengesahkan sijil Halal terbabit," katanya.
Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Toronto Norzihan Mohd Zain berkata, menerusi pelaksanaan garis panduan baharu itu, pengguna dijamin bahawa makanan Halal terbabit sesungguhnya memenuhi piawaian badan pengesahan, selain membolehkan mereka memperoleh maklumat khusus mengenai sejauh mana makanan berkenaan memenuhi standard yang ditetapkan.
"Perubahan itu juga membolehkan industri lebih konsisten selain membantu mencegah amalan salah label dan tuntutan membabitkan produk makanan Halal," katanya.
Norzihan berkata, Kanada menawarkan pasaran produk Halal bernilai US$1 bilion.
"Oleh itu, pengeksport produk Halal Malaysia wajar meneroka pasaran ini dan memanfaatkan perakuan Kanada ke atas Malaysia sebagai pengeluar produk Halal yang boleh dipercayai, selain pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya.
Mengikut peraturan baharu itu, seseorang tidak boleh menggunakan perkataan Halal atau mana-mana abjad Arab, atau mana-mana perkataan lain, gambar, tanda atau bentuk lain yang menunjukkan atau dipercayai akan mewujudkan tanggapan bahawa makanan itu halal, dalam pelabelan, pembungkusan, pengiklanan atau jualan makanan, kecuali orang itu atau agensi yang mengesahkan makanan itu sebagai Halal seperti yang dinyatakan.
Pengeluar makanan juga diberi pilihan untuk mencetak maklumat tambahan seperti laman web badan-badan pengesahan ke atas label produk, katanya.
TOP
Louis van Gaal Dimaklumkan Dia Boleh Pecahkan Rekod Dunia
Van Gaal diberitahu yang dia boleh memecahkan rekod dunia dengan membawa pemain terbaik pilihannya...
KINI bukan Real Madrid atau Barcelona sahaja yang mempunyai 'hak eksklusif' untuk memecah rekod dunia tetapi pengurus baru Manchester United, Louis van Gaal telah dimaklumkan yang dia akan diberi kuasa untuk turut memecah rekod dunia dengan membawa masuk pemain terbaik pilihannya. "Ini bukan soal hendak memecah rekod dunia lagi tetapi untuk membawa masuk pemain terbaik dunia pilihan van Gaal...jika pemain pilihannya akan memecah rekod dunia, kita akan dapatkannya untuk van Gaal," demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Ed Woodward. Tahun lalu, Real Madrid memecah rekod perpindahan dunia dengan membawa masuk pemain antarabangsa Wales, Gareth Bale dari Tottenham Hotspur pada harga £86 juta, mengatasi rekod £80 juta yang dipegang selama ini oleh Cristiano Ronaldo yang dibeli dari Manchester United. Untuk musim depan, United telah membelanjakan £27 juta untuk membeli pemain Southampton, Luke Shaw dan £28.5 juta untuk membawa masuk pemain Athletic Bilbao, Ander Herrera. Januari lalu, mereka membelanjakan £37.5 juta untuk membeli pemain Chelsea, Juan Mata. Dan Woodward sekali lagi menegaskan; “Saya akan berdiri teguh dengan apa yang saya akan katakan iaitu tidak ada bajet tertentu untuk menentukan jumlah bayaran membawa masuk pemain baru...kami berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh dan berupaya untuk membeli pemain. Tetapi itu tidak bermakna kami akan membazir wang dengan membeli sesuka hati hanya kerana kami perlu membeli." Dengan bekas penolong kapten Patrice Evra, Rio Ferdinand dan kapten pasukan, Nemanja Vidic - yang secara kebetulan kesemuanyanya pemain pertahanan meninggalkan United, benteng terakhir kini menjadi keutamaan van Gaal berbanding posisi lain. United kini hanya mempunyai tiga pemain bek tengah iaitu Jonny Evans, Phil Jones dan Chris Smalling. Mereka telah membawa masuk pemain bek kiri, Luke Shaw dan pemain tengah Ander Herrera tetapi itu tidak memadai untuk skuad yang besar. Media massa Eropah melaporkan yang pemain pertahanan Jerman, Mats Hummels menjadi sasaran utama van Gaal tetapi kelabnya Dortmund enggan melepaskan pemain itu selepas mereka kehilangan seorang lagi bintang, Robert Lewandowski kepada Bayern Munich. Pemain tengah Ajax, Daley Blind, yang merupakan pilihan utama van Gaal dalam skuad Piala Dunia Belanda adalah seorang lagi sasaran United bersama-sama pemain pertahanan Feyenoord, Stefan de Vrij serta kapten Arsenal, Thomas Vermaelen. Seorang lagi pemain yang menjadi pujaan van Gaal ialah perancang tengah Roma, Kevin Strootman, cuma yang menjadi halangan ialah dia masih lagi dibelenggu kecederaan dan tidak akan bermain sehingga Januari tahun depan. United yang baru sahaja menandatangani kontrak penajaan sebanyak £750 juta dengan Adidas untuk musim 2015/16 berazam untuk merampas balik takhta liga selepas memenanginya untuk kali yang ke-20 pada musim 2012/13. Mereka berakhir di tangga ketujuh musim lalu iaitu yang terburuk dalam tempoh 26 tahun.

Juara Wimbledon Djokovic Berkongsi Gambar Isteri Bersama Peminat
Djokovic dan isterinya Jelena memberikan pos istimewa kepada para peminat mereka seminggu selepas berkahwin.
> Novak Djokovic tumpaskan Federer di final Wimbledon awal bulan ini
> Minggu lalu berkahwin dengan dengan kekasihnya di Montenegro
> Akan menerima kelahiran anak pertama mereka hujung tahun ini
> Djokovic akan beraksi di Terbuka Kanada bulan depan
NOVAK Djokovic sedang menikmati keseronokan hidup sebagai seorang lelaki buat masa ini tapi siapa yang dapat menyalahkannya?
Dia bukan sahaja baru memenangi kejuaraan Wimbledon awal bulan ini malah seminggu yang lalu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Jelena Ristic dan tidak lama lagi akan menjadi seorang bapa. Pemain nombor satu dunia itu yang juga juara Grand Slam tujuh kali telah berkongsi fotonya bersama Jelena dalam laman facebook dan twitter untuk ditatapi oleh para peminat setianya. "Puan Djokovic dan saya dengan ini mengirim kepada anda satu pelukan istimewa dari Belgrade," katanya dalam laman Facebooknya. "Dan terima kasih di atas semua ucapan indah yang anda kirimkan! Beberapa minggu yang lalu adalah minggu yang paling bermakna dalam hidup kami!," katanya lagi. Djokovic, 27, telah menumpaskan Roger Federer dalam final Wimbledon untuk kembali menduduki takhta pemain nombor satu dunia. Jelena dikenalinya sejak kecil dan mereka melangsungkan perkahwinan di Montenegro Khamis lalu. Djokovic dijadualkan untuk kembali beraksi dalam Terbuka Kanada di Toronto bulan depan. Mulai 25 Ogos pula dia akan beraksi dalam kejohanan Terbuka Amerika Syarikat di New York iaitu siri akhir Grand Slam untuk tahun 2014.

Pemain Golf No 1 Dunia Rory Dilihat Keluar Dengan Model Jelita
Apakah mereka kini bermadu kasih? Pemain golf nombor satu dunia Rory McIlroy dilihat keluar membeli-belah dan makan tengah hari bersama model, Sasha Gale di Belfast pada Selasa.
HANYA DUA bulan yang lalu, dunia golf telah digemparkan dengan keputusan pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy untuk membatalkan perkahwinannya dengan pemain tenis wanita terkemuka, Caroline Wozniacki selepas mereka menyiapkan kad jemputan dengan alasan dia tidak bersedia untuk melakukan komitmen yang tinggi sebagai seorang suami. Tetapi kini, McIlroy telah dilihat keluar bercanda dengan seorang model jelita bernama Sasha Gale di Belfast tengah hari Selasa. Sasha yang juga merupakan seorang eksekutif jualan kereta dikatakan berasal dari Cheltenham, Glos, telah dilihat keluar bersama pemain golf muda berusia 25 tahun itu dengan memakai blaus putih, baju berwarna krim sambil mengalas beg bimbit Armani yang berharga £200 Armani. Ahad lalu, Rory baru sahaja menjuarai Terbuka British buat pertama kali dalam sejarah kariernya dan membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah £975,000. Perkembangan terbaru ini sudah pastinya akan melukakan hati bekas tunang dan kekasihnya Caroline Wozniacki, 24 yang juga bekas pemain wanita nombor satu dunia. Sebelum berkasih dengan Wozniacki pada 2011, McIlroy turut memutuskan hubungan dengan kekasih lamanya Holly Sweeney before he began dating Wozniacki in 2011. Dalam kesemua kegagalan hidupnya dalam bermadu kasih, McIlroy sentiasa menyalahkan dirinya sebagai punca tidak dapat menyesuaikan diri dengan komitmen baru. Akhbar Britain, The Mirror memetik seorang kawan rapat McIlroy sebagai berkata yang Sasha adalah seorang gadis yang popular dan mudah bergaul mesra tetapi mempunyai harga diri yang tinggi. “Sebenarnya Sasha telah mengenali Rory agak lama dan berkawan rapat dengan tunang kepada kawan baik Rory yang mana Rory telah pun memberi komitmen untuk menjadi pengapit dalam majlis perkahwinan kawannya itu nanti," ujar kawan rapatnya itu. Sasha, yang masih berusia 20-an pernah berkhidmat dengan syarikat penerbangan British Airways dan juga Mini Cooper. Kedua-dua mereka juga telah dilihat menikmati makan tengah hari bersama di Restoran Albany sebelum mereka membeli-belah di sebuah kedai fesyen ternama.

Stoke City Ikat Krkic Dari Barcelona
PENGURUS Stoke City, Mark Hughes mengikat penyerang Barcelona, Bojan Krkic sekaligus menjadi pemain baharu kelab yang kelima musim ini.
Krkic menandatangi kontrak selama empat tahun mula mendapat perhatian Hughes lima tahun lalu ketika menjadi pengurus di Manchester City, akhirnya mengambil keputusan berpindah ke Potteries pada Selasa.
Sebelum itu, berita pengesahan Krkic ke Stoke City telah disebarkan di laman rasmi Twitter kelab: 'HolaBojan Stoke City are delighted to confirm the signing of @Bokrkic from@FCbarcelona on a 4-year deal'.
Krkic,23, sebelum ini mengetepikan rekod Lionel Messi yang menjadi pemain paling muda beraksi dalam liga Sepanyol pada usia 17 tahun, 19 hari.
Dia mula menyarung jersi Sepanyol setahun selepas itu, namun jarang beraksi dan lebih menjadi perhatian di Barcelona.
Penyerang muda itu berpindah dari Roma pada tahun 2011 dan selepas menyertai Barca, dia menghabiskan musim lalu bersama kelab Ajax secara pinjaman dengan menyaksikan lima gol dijaringkan dalam perebutan gelaran juara liga.
Sebelum ini, Hughes ini turut mendapatkan Mame Diouf, Phil Bardsley, Steven Sidwell dan Dionatan Teixeira.
Dalam masa sama, Stoke City juga sedang berusaha mendapatkan pemain sayap Liverpool, Oussama Assaidi.
TOP
MB Selangor: Antara Boneka & Keupayaan Diri Wan Azizah
SEJARAH baharu bakal dilakar sekiranya cita-cita politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua sebuah kerajaan negeri menjadi kenyataan.
Ia sekali gus menjawab persoalan mengenai nasib Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor berikutan pengumuman Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal yang dinamakan untuk mengisi kerusi kontroversi yang diduduki Abdul Khalid sejak 2008 itu.
Jika Majlis Presiden Pakatan Rakyat (MPP) memperakui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu layak diangkat sebagai Menteri Besar dan istana Selangor memperkenan hasrat tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu bakal menjadi wanita pertama di negara ini dilantik ke kedudukan tersebut.
Pelantikan Dr Wan Azizah yang lebih mesra dipanggil Kak Wan itu sekaligus dilihat sebagai lembaran baharu kepada persepsi politik Malaysia mengenai kedudukan wanita dalam strukur kumpulan pembuat dasar.
Namun, keputusan menepati jangkaan itu juga bakal mencetuskan perdebatan umum mengenai keupayaannya mentadbir sebuah negeri yang mencatatkan pembangunan ekonomi pesat seperti Selangor.
Anwar Yakini Isteri
Pastinya kepimpinan di semua peringkat PKR juga menyedari mengenai kemampuan Dr Wan Azizah jika dibandingkan rekod perkhidmatan Abdul Khalid di Selangor. Bagaimanapun, Anwar sendiri dilihat begitu yakin dengan pilihannya yang disifatkan mempunyai aura tersendiri untuk menerajui Selangor. Sekitar pukul 12.35 pagi Selasa, ketika memasuki bilik sidang media di mana sekumpulan wakil media menanti keputusan penting itu diumumkan, Anwar kelihatan begitu ceria dengan 'mood' yang cukup baik. Berjubah serba putih, Anwar dengan penuh senyuman sempat menyapa dan bergurau dengan pihak media: "Sudah pukul berapa ni, you all tak mengantuk lagi ke?" Bagaikan dapat menghidu akan adanya pengumuman 'berita gembira', pihak media mula berkampung di pekarangan ibu pejabat PKR sejak pukul 9 malam Isnin lagi. Walaupun menyedari keputusan melantik isterinya bakal mengundang pelbagai pandangan negatif, Anwar tetap yakin 'Nona Azizah' dapat mengembalikan keyakinan rakyat selepas parti itu dihimpit pelbagai masalah dalaman sejak kebelakangan ini. "Kita akui prestasi Selangor membanggakan dan kita hargai jasa Tan Sri Khalid mentadbir...banyak rekod yang kita boleh banggakan. "Tapi kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan bagi menyelesaikan beberapa isu panas yang menimbulkan kegelisahan rakyat, malahan langkah ini juga untuk menarik keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat," demikian jelas Anwar.
'Tongkat' Tambahan
Dengan pelantikan Dr Wan Azizah, struktur pentadbiran kerajaan negeri perlu dimantapkan dalam usaha membantu beliau menguruskan sebuah kerajaan kerana sistemnya tidak sama berbanding pengalamannya mentadbir parti politik. Dr Wan Azizah memerlukan 'tongkat' tambahan bagi memastikan beliau tidak rebah dipertengahan jalan. Hanya melalui kumpulan pemikir, pembantu dan penggerak yang mantap boleh membantu beliau meneruskan agenda pentadbiran Abdul Khalid yang dianggap cemerlang dalam tempoh enam tahun. Bukan itu sahaja, Dr Wan Azizah sendiri perlu memastikan barisan exconya berupaya menjadi 'tongkat' untuknya dalam menguruskan Selangor. Mungkin Dr Wan Azizah sendiri memerlukan masa untuk sampai ke tahap kejayaan Abdul Khalid, namun sekurang-kurangnya beliau perlu menutup segala lompang yang wujud ketika era penyandang kedudukan jawatan nombor satu itu.
Boneka
Dalam kalangan wartawan, pastinya cukup masak dengan cara ahli politik berhadapan dengan pihak media khususnya ketika menjawab soalan. Tidak keterlaluan jika dikatakan sepanjang tempoh penglibatannya dalam arena politik tanah air, termasuk ketika menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr Wan Azizah boleh dianggap gagal berhadapan dengan media. Bukan sahaja perlu dibantu ketika menjawab soalan kritikal, termasuk mengenai dasar partinya, beliau juga sering kali tersasar daripada persoalan yang diajukan. Sememangnya berhadapan dengan media bukanlah isu pokok yang perlu diberi perhatian serius oleh seorang Menteri Besar, namun beliau harus ingat bahawa kredibilitinya menjawab soalan juga akan teruji dan dinilai. Paling penting ia berupaya menangkis cakap-cakap sinis bahawa beliau hanya 'boneka' dan sekadar mengikut telunjuk orang sekelilingnya termasuk Anwar. Peluang yang ada perlu digunakan sebagai mungkin bagi membuktikan kepada rakyat dan ahli partinya bahawa beliau mempunyai keupayaan diri, termasuk dalam urusan menasihatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi melancarkan pentadbirannya.

Gandingan Awie & Era Bukan Maksud Ambil Kesempatan
Awie dan Erra bakal bergandingan semula sebagai pasangan kekasih menerusi filem Warna Cinta Impian. Foto: AIZUDDIN AFIQ FIRABERI
PETALING JAYA: Syarikat produksi baharu TouchTronic Entertainment menegaskan pemilihan Awie dan Erra Fazira sebagai pelakon utama filem sulung mereka iaitu Warna Cinta Impian bukan kerana kontroversi yang timbul terhadap dua selebriti tersebut. Penerbitnya, G. Ravindren berkata, pemilihan bintang itu lebih kepada keserasian mereka yang pernah membintangi filem bersama sekitar tahun 1990-an dan percaya ramai peminat menantikan kemunculan gandingan mereka. "Kami tidak pernah mengambil pusing mengenai isu-isu panas berkaitan dengan mereka lebih-lebih lagi Awie (yang kini sedang menjalani kes mahkamah berhubung isu pukul isteri). "Pemilihan mereka berdua lebih bersikap profesional dan kami yakin peminat-peminat mahu melihat mereka bergandingan semula di layar perak," katanya. Tambah Ravindren, dia juga menganggap walaupun Erra dan Awie sudah lama tidak beraksi bersama, keserasian antara mereka masih lagi wujud untuk melakonkan watak sepasang kekasih.
Majlis pelancaran Warna Cinta Impian yang berlangsung pada Selasa lalu di Hotel Le Meridien di sini.
Terdahulu, Erra pernah dikaitkan dengan kontroversi yang membabitkan dengan hal peribadinya apabila dikaitkan dengan aktor Ammar Baharin dan baru-baru ini, bekas suaminya, Engku Zainal Abidin pula ingin rujuk semula. Awie pula dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Filem yang bakal memulakan penggambaran pada Ogos depan turut melibatkan pelakon-pelakon popular seperti Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Shiqin Kamal dan Erwin Shah Dawson. Dalam pada itu pengarahnya, N.S Krishna berkata, dengan pengalamannya lebih 15 tahun di bidang seni kreatif, dia yakin karyanya itu mampu menarik perhatian masyarakat tempatan yang semakin kurang menonton filem-filem tempatan. "Sebelum ini saya bersama pihak penerbit mencari formula sesuai bagaimana mahu menarik masyarakat kita menonton filem tempatan. "Kerana itu kami menggunakan konsep memilih artis-artis popular dan hebat bakatnya selain memainkan elemen Bollywood dalam filem ini. "Paparan kisah kehidupan pelbagai kaum di negara ini, mampu menarik perhatian pasaran serantau dan antarabangsa," ujarnya. Filem mengenai kisah masalah cinta daripada empat pasangan berbeza itu bakal memulakan pengambaran pada Ogos depan di sekitar Kuala Lumpur, Brisbane, Australia dan Jaipur, India.

Marshanda Buka Tudung Selepas Bercerai
Marshanda dan Ben ketika saat bahagia mereka.
PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan uaminya, Ben Kasyafani bulan lalu. Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai. Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Wajah terbaharu Marshanda atau lebih mesra dengan sapaan Cha yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya. "Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya. "Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya. Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung. "Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.
Marshanda dan Ben bercerai pada Mei lalu selepas empat tahun berkahwin.
"Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram. Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya. "Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Sienna Ameerah Kasyafani.
Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut. Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. "Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.

Aksi Manja Saiful Nizam (TV3) & Aida Berbuka Puasa
- mstar
TOP
Elly Mazlein Tetap Kunci Mulut Status Pertunangan
Elly Mazlein. Foto MOHD SYAFIQ IKHWAN
PETALING JAYA: Pelakon Elly Mazlein masih lagi berteka-teki dan enggan mengulas mengenai status pertunangannya dengan Azmi Hatta, yang dikatakan sudah terputus sejak tahun lalu. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina, 34, berkata dia mengambil pendekatan tersebut agar tidak mahu mengeruhkan situasi yang telah dilaluinya dan akan memberi khabar gembira kepada semua pihak sekiranya dia bakal mendirikan rumah tangga kelak. "Bila dah sampai masanya untuk berkahwin, saya akan menghebahkan berita gembira kepada semua. "Saya tidak mahu bercerita besar di mana pada akhirnya saya mendapat malu kerana kegagalan perhubungan kami. Biarlah orang nak cakap sama ada kami berpisah atau tidak, saya akan menjelaskan perkara itu apabila tibanya masa nanti," katanya kepada mStar Online. Elly dan Azmi telah melangsungkan majlis pertunangan di Bukit Kiara Equestrian Resort pada 29 Mei 2011 dan sepatutnya pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2012. Penangguhan perkahwinan mereka yang agak lama memberikan andaian bahawa pasangan itu mungkin telah memutuskan ikatan pertunangan mereka. Namun sehingga kini baik Elly mahupun Azmi enggan menjelaskan status perhubungan tersebut.
Status perhubungan Elly dan Azmi masih menjadi tanda tanya sehingga ramai yang menganggap mereka sudah putus tunang.
Dalam pada itu Elly berkata, jika dia berkahwin nanti dia enggan membuat majlis secara besar-besaran, tetapi cukup dengan mengadakan upacara akad nikah serta membuat jamuan makan secara sederhana memandangkan ibunya Sabariah Ahmad, 55, telah pun meninggal dunia pada Mei lalu. Dalam pada itu, Elly memberitahu, dia tetap ralat kerana tidak sempat menunaikan impian ibunya yang ingin melihat dia berkahwin. "Memang saya sangat ralat kerana mama tidak sempat melihat saya berkahwin. Tetapi Mama tahu banyak perkara tentang perhubungan kami dan ada beberapa persiapan (kahwin) yang kami sudah batalkan. "Apa yang penting sekarang ini saya hanya mahu fokus pada kerja dan menjaga Abah saya yang masih lagi sedih atas pemergian Mama," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Elly bakal sibuk dengan penggambaran drama Ema Emyliana 2 terbitan TV3 serta drama Cinta Ibadah sebanyak 153 episod, terbitan Astro. - mstar

Khalid Janji Akan Berkhidmat Sebagai MB Selagi Diperlukan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menandatangani plak perasmian pada majlis perasmian Masjid Kampung Assam Jawa dan berbuka puasa di sini hari ini. Turut serta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. -foto BERNAMA.
KUALA SELANGOR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. "Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini malam ini. Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. - mstar

Bebas Penyakit, Hamid Gurkha Jaga Makan Sejak 40 Tahun
Pak Hamid memberitahu berkat menjaga pemakanan dia tidak mempunyai sebarang penyakit.
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Hamid Gurkha mendedahkan dia mula menjaga pemakanan sehariannya sejak berusia 40 tahun lalu sebagai salah satu usaha untuk mengelak daripada terkena penyakit-penyakit berbahaya. Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 81, berkata, berkat amalannya itu sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang penyakit kronik dan bersyukur diberi kesihatan baik oleh Tuhan. "Sejak 40 tahun lalu saya tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Jika ada pun pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti menghadiri kenduri dan Hari Raya. "Minuman bergas dan berais juga saya elakkan. Saya berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung. "Alhamdulillah pada usia kini saya bebas daripada sebarang penyakit tetapi biasalah orang tua kadang-kadang sakit sendi dan pening," katanya kepada mStar Online.
Pak Hamid masih memandu pada usianya yang kini mencecah 81 tahun.
Hamid ditemui pada majlis berbuka puasa Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) di Dataran Karyawan Finas dekat sini pada malam Selasa lalu. Tambah Hamid atau lebih mesra dengan sapaan Pak Hamid, dia lebih gemar menikmati makanan berasaskan ikan selain sup dan sayur-sayuran termasuk mengamalkan meminum air suam sebagai diet hariannya. Dalam pada itu, Pak Hamid turut memberitahu, pada usianya sekarang dia masih mampu memandu kereta untuk ke mana-mana termasuklah ke lokasi penggambaran drama atau filem tanpa bantuan sesiapa. Jelas Pak Hamid, dia pernah memandu ke Perak dan Kedah seorang diri untuk ke lokasi penggambaran kerana enggan menyusahkan sesiapa termasuk anak-anaknya. "Alhamdulillah masih boleh memandu dan mata pun tiada masalah jika terpaksa bawa kereta pada waktu malam, senang tidak payah menyusahkan sesiapa untuk ke mana-mana. "Memandu juga sebagai salah satu cara untuk kita kekal aktif dan sentiasa bergerak," jelasnya.
Pak Hamid masih menerima banyak tawaran berlakon.
Sementara itu, Pak Hamid berkata, dia bersyukur pada usianya sekarang masih ada pengarah dan penerbit yang mempercayai bakat lakonannya dan terus menawarkannya peranan dalam drama atau filem terbitan mereka. Jelas Pak Hamid, menerusi duit lakonan yang diperolehinya ia dapat digunakan untuk membeli ubat atau pun digunakan pada waktu-waktu kecemasan. "Selagi kudrat terdaya saya akan terus berlakon seperti biasa dan Alhamdulillah tawaran itu sentiasa ada," katanya. Pak Hamid pernah terkenal dengan filem Sikit Punya Gila pada tahun 1982 gandingan bersama Dharma Harun Al-Rashid dan Ragam Pemandu (1989) bersama Aznah Hamid. Pada sekitar tahun 1970-an juga, dia pernah menerbitkan album sketsa lawak jenaka bersama rakan duetnya, Datuk Jamali Shadat dan menghasilkan beberapa buah album seperti Manaku Tada Mengaku, Dodol dan Ujian Memandu.- mstar

MH17: Tiada Wang Tebusan Dibayar Dalam Rundingan Dengan Kumpulan Pemisah
Lt Kol Mohd Sukri Hussain (hadapan, dua, kanan) bersalaman dengan Alexander Borodai (kiri) selepas menerima dua kotak hitam milik MH17 di Donetsk pada Selasa. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR
KIEV: Tiada wang tebusan atau sebarang bayaran lain dibayar sepanjang rundingan tiga hari antara pasukan penyiasatan khas Malaysia dengan kumpulan pemisah, Republik Rakyat Donetsk, bagi mengambil mayat mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan dua kotak hitam yang mengandungi alat-alat perakam data dan suara pesawat berkenaan. Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Lt Kol Mohd Sukri Hussain, yang juga pemerintah pasukan perunding Malaysia, berkata dalam rundingan itu, ketua kumpulan pemisah Alexander Borodai tidak meminta apa-apa sebagai balasan dan hanya meminta Malaysia menjalankan siasatan. "Beliau hanya mahu Malaysia mencari jawapan tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat itu," katanya kepada pemberita di sini, Rabu. Beliau berkata, kerajaan Ukraine juga memberi bantuan kepada pasukan perunding Malaysia untuk memastikan mereka dapat berjumpa dengan ketua kumpulan pemisah itu. Pesawat MAS itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis malam. - mstar

Ibu Temui Semula Anak Diserah Kepada Keluarga Angkat 28 Tahun Lalu Di Facebook
Lesley (gambar atas) akhirnya dapat bertemu semula dengan anaknya, James (gambar bawah) yang diserahkan kepada keluarga angkat 28 tahun lalu, di Facebook.
SEORANG ibu akhirnya dapat bertemu semula dengan anak lelakinya yang diserahkan kepada keluarga angkat 28 tahun lalu, selepas menjejakinya di laman sosial Facebook.
Lesley Thompson menyerahkan James Robert Turner yang ketika itu berusia lima tahun untuk dijadikan sebagai anak angkat dan kemudiannya menyedari anaknya itu telah berhijrah ke New Zealand bersama keluarga baharunya.
Bimbang tidak dapat berjumpa lagi dengan anak lelakinya, Lesley terdesak dengan memulakan pencarian.
Dia seharusnya berterima kasih dengan Facebook yang membawa kepada pertemuan semula dengan James selepas berjaya menghubungi anaknya itu.
Lesley, 52, dari Benwell, Newcastle, memberitahu Newcastle Chronicle: “Saya telah mencari James sejak lama dan melakukan kesemua cara yang saya fikirkan sehingga saya bertemu dengan seseorang di Facebook yang menyatakan akan membantunya.
“Dia menjejaki James dan memberikannya mesej daripada saya untuk berhubung. Suatu hari apabila saya membuka komputer, saya mendapat mesej daripada James. Pada mulanya, saya ingatkan seseorang mahu bergurau tetapi mesej itu sebenarnya daripada James.
“Saya masih tidak mempercayainya,” katanya.
Misi pencarian itu merupakan kepentingan buat Lesley, yang tinggal bersama dua anak perempuannya, Jacqueline dan Carly.
Anak lelaki pertamanya, Darren, telah diambil oleh khidmat social daripada jagaannya, dan apabila dia cuba untuk menghubunginya, anak lelakinya itu didapati maut kerana mengambil dadah berlebihan.
Insiden itu menaikkan semangatnya untuk mencari James, yang kini berusia 33 tahun kerana dia tidak mahu hidup tanpa mengetahui tentang keadaan anaknya.
“Saya mengalami masalah keganasan rumah tangga apabila saya melahirkan Darren,” jelas Lesley.
“Ini bermakna apabila saya melahirkan James, saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan tetapi akhirnya dia perlu diserahkan sebagai anak angkat.
“Ketika kami berbual, dia menanggil saya ‘mum’ dan berkata dia sentiasa mahu menghubungi saya. Pada mulanya kami hanya berbual menerusi kiriman mesej dna kini kami bercakap menerusi webcam.
Bagi Lesley, langkah seterusnya ialah pergi mencari James dan berhadapan dengan anak lelakinya itu dengan segera.
“Saya mahu bertemu dengannya sebelum terlambat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
“Saya tidak fikir James dapat pergi ke UK (United Kingdom) ekoran masalah yang dihadapinya akibat terbabit dalam satu kemalangan teruk ketika berusia 15 tahun.
“Jadi, saya berharap sekiranya sesiapa di luar sana dengan murah hati dapat memberikan sumbangan untuk membantu membayar tiket penerbangan saya untuk bertemu dengannya.
“Ia benar-benar akan membuatkan hari saya bermakna dan impian saya menjadi kenyataan,” katanya. - mirror.co.uk
TOP
VIDEO: Ngeri.. Pelajar Kolej Kena Tetak Dalam Pondok Pengawal
Satu rakaman kejadian tetak dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak pada April lalu kini tersebar di media siber.
Terdapat dua set rakaman kejadian ini yang diperoleh daripada kamera CCTV di luar pondok pengawal dan di dalamnya.
Daripada video yang diperoleh daripada kamera luar, kebanyakan wajah penyerang dan motosikal digunakan mereka kelihatan dirakam dengan jelas.
Manakala rakaman daripada CCTV dalam pondok pengawal menunjukkan suasana cemas apabila dua pemuda diserang dan ditetak dengan pisau dan parang oleh beberapa lelaki yang menyerbu masuk dan sebilangannya pula menetak dari celah tingkap.
Penjahat yang melakukan jenayah ini kelihatan tidak berhati perut apabila tergamak bergilir-gilir menyerang mangsa menggunakan parang hingga mereka dibasahi darah sebelum dapat melarikan diri. Mengikut satu komen di Facebook, mangsa mengalami kecederaan parah dengan pergelangan tangan hampir putus ekoran kejadian ini.
Kejadian dikatakan berpunca apabila kedua-dua mangsa yang merupakan pelajar kolej menggagalkan usaha penjahat mencuri motosikal mereka. Oleh sebab tidak puas hati penjahat tersebut memangggil geng pencuri lain lalu terjadilah insiden tetak menetak ini. Diharapkan dengan bukti rakaman begini jelas setiap penyerang yang terlibat kini sudah dibawa ke muka pengadilan. - MYNEWSHUB.MY
Post by Gunalan Nalliah.

Majlis Pembukaan Sukan Komanwel Penuh Warna-Warni
Pancaran bunga api menerangi stadium pada acara pembukaan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, awal pagi Khamis.
GLASGOW: Ratu Elizabeth awal pagi ini merasmikan pembukaan Sukan Komanwel edisi ke-20 dengan kemeriahan dan majlis penuh warwa-warni di hadapan kira-kira 40,000 penonton. Temasya sukan itu yang menampilkan 17 acara membabitkan saingan 11 hari akan membabitkan penyertaan lebih 4,500 atlet dari 71 negara sekali gus menjadikan acara sukan terbesar pernah dianjurkan di Scotland. Ratu Elizabeth menggesa atlet yang bertanding supaya "bersatu" pada masa susah selepas bertafakur seminit bagi menghormati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. Sementara itu, kontinjen Malaysia yang berarak memasuki stadium dengan membawa bendera separuh tiang dan memakai lilitan warna hitam. "Terima kasih kepada anda semua, atlet Sukan Komanwel, saya mengucapkan selamat bertanding dalam temasya ini. Kejayaan anda dalam beberapa hari akan datang pasti memberi semangat untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan kita," titah Ratu Elizabeth. Kontinjen dari semua 71 negara berarak bermula dengan tuan rumah Sukan Komanwel 2010 dan diakhiri dengan Scotland. Antara kemuncak perasmian menyaksikan pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik, Chris Hoy membawa baton bagi mengakhiri larian sejauh kira-kira 160 kilometer membabitkan kesemua negara yang bertanding pada temasya itu selama lebih sembilan bulan. - AFP

Pendedahan : Israel Terdesak Sanggup Tipu Tentera Sendiri Untuk Serang Hospital
Beberapa hari yang lepas, Israel telah melancarkan 'Ground Operation' kononnya bagi menghapuskan pejuang dan laluan-laluan sulit Hamas tetapi realitinya, banyak orang awam yang terkorban.
Dua hari lepas, satu hospital di Gaza telah dibom oleh Israel. Pengeboman itu telah menggadaikan 5 nyawa yang tidak bersalah. Tapi berita tentang pengeboman hospital ini sebenarnya telah didedahkan lebih awal oleh salah seorang askar Israel sendiri.
Askar Israel tersebut yang menggunakan nama IDF DESTERER di laman perkongsian gambar 4Chan telah menulis petikan yang bertajuk "GOODBYE" bahawa dia dan skuadnya disuruh mengebom sebuah hospital kerana diberitahu ianya adalah pusat kawalan Hamas.
Secara penuhnya DESTERER menulis "
"Saya dah tak tahan lagi. Saya dan skuad saya disuruh untuk menghancurkan sebuah hospital keran ia dikenalpasti sebagai pusat kawalan Hamas. Saya tahu ianya tidak benar, kerana saya pernah dihantar kesana untuk misi undercover sebelum ini, dan tiada apa-apa disana, hanya perkerja yang baik-baik, Saya tinggalkan medan perang kerana saya tahu niat sebenar orang atasan."
DESTERER juga menambah :
"Saya mungkin akan dibelasah dan di kurung didalam penjara untuk seberapa lama kerana itu, tapi saya tidak peduli kerana sudah banyak nyawa tidak bersalah sudah saya ambil." Selamat tinggal, saya mempunyai memori yang indah ketika berada disini(4Chan). Jangan putus harapan. Harap anda semua mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Nampaknya, masih ada askar Israel yang mempunyai hati perut. Tapi apa yang penting ingin disampaikan oleh DESTERER adalah, telah banyak penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Israel bukan sahaja kepada dunia, tapi kepada rakyatnya sendiri. Nampaknya, masih banyak permainan Israel yang kita perlu perhalusi dan fikir-fikirkan. - SiakapKeli.com

Nafsu Remaja 15 Tahun Buat Seks Songsang Dengan Sepupu
Wan Abdul Aziz
KUALA TERENGGANU - Usia baru menjangkau 15 tahun, tetapi kerana dipercayai terpengaruh dengan video lucah, seorang remaja lelaki memaksa sepupu lelakinya berusia lima tahun lakukan perkara sumbang dalam kejadian di Kijal, Chukai, Kemaman. Rahsia remaja tersebut yang bernafsu songsang terbongkar selepas kelakuan jijiknya itu disedari ibu mangsa yang juga ibu saudara suspek, kira-kira jam 12.35 tengah hari, 17 Jun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, ibu mangsa yang sedang berehat di rumahnya telah dimaklumkan seorang lagi anak saudaranya yang ternampak mangsa bersama suspek berada di kawasan semak belakang sebuah rumah. Katanya, ibu mangsa yang bimbang kejadian tidak diingini bergegas ke lokasi dimaksudkan dan tergamam apabila melihat anaknya sedang melakukan perkara tersebut. “Suspek yang terkejut dengan kehadiran ibu saudaranya segera memberhentikan perbuatan terkutuknya itu. “Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang tinggal berhampiran rumah mangsa sememangnya rapat dengan mangsa dan sebelum ini sering bermain dengannya, malah suspek juga dikatakan kerap membawa mangsa ke dalam semak itu,” katanya. Wan Abd Aziz berkata, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kijal kelmarin untuk tindakan lanjut. Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan usaha memburu suspek yang melarikan diri giat dilakukan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.- Sinar Harian

Status FB berbaur hasutan: Pegawai penyiasat kanan dikena tindakan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai.
Baru-baru ini, pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dikatakan memuat naik status berbaur hasutan terhadap penganut agama Hindu di negara ini. - BERNAMA
TOP
AS Kemukakan Bukti Rusia Terlibat Tembak MH17
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengemukakan bukti-bukti yang mengaitkan penglibatan Rusia dalam tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh dekat Grabovo, timur Ukarine pada 17 Julai lalu.
Menurut akhbar The Washington Post semalam, para pegawai kanan perisikan AS turut mendedahkan imej satelit dan beberapa maklumat sensitif perisikan yang menunjukkan Moscow memberi latihan serta membekalkan senjata kepada kumpulan pemisah Ukraine yang didakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.
Pegawai-pegawai itu turut mengemukakan bukti lain seperti alat pengesan yang mengesan laluan peluru berpandu, kesan serpihan pada badan pesawat, analisis suara beberapa pejuang pemisah yang mendakwa melancarkan peluru berpandu dan berpuluh-puluh gambar serta data lain dari internet.
Buat pertama kalinya, AS mengenal pasti terdapat kemudahan tentera Rusia berhampiran bandar Rostov yang merupakan pusat sokongan Moscow terhadap para pejuang pemisah di Ukraine.
Kemudahan berkenaan disyaki menjadi hab latihan dan bekalan senjata kepada para pejuang pemisah pro-Rusia.
Menurut para pegawai itu, kereta kebal, pelancar roket dan senjata lain terus dihantar ke Ukraine walaupun selepas pesawat MH17 ditembak jatuh dan mengorbankan seramai 298 penumpang.
Beberapa penganalisis dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan AS yang lain turut meneliti maklumat berhubung nahas itu.
Namun, maklumat perisikan yang dikumpulkan dalam tempoh lima hari selepas tragedi tersebut menunjukkan para pejuang pemisah Ukraine yang mendapat sokongan Moscow telah menembak jatuh pesawat itu.
Beberapa pegawai perisikan AS juga berkata, mereka menolak kemungkinan bahawa tentera Ukraine bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
“Ia merupakan satu senario yang mustahil,” kata seorang pegawai kanan AS.
Ujarnya, agensi-agensi perisikan AS telah mengesahkan bahawa Ukraine tiada sistem peluru berpandu antipesawat yang berada pada jarang pesawat MH17 ketika serangan berlaku.
Pegawai itu turut memberi taklimat kepada wartawan di sini bagi memberi maklumat terperinci terhadap penilaian yang dilakukan agensi perisikan AS.
Pertemuan itu yang turut dihadiri dua lagi pegawai perisikan AS yang diatur bagi mengemukakan lebih banyak bukti bagi menolak dakwaan yang dikemukakan Rusia sebelum ini.
Rusia sebelum ini menafikan mereka terlibat dalam kejadian tersebut atau membekalkan para pejuang pemisah dengan pelancar peluru berpandu antipesawat SA-11. – Agensi
TOP
Lebih 600 Orang Penduduk Terbunuh Di Gaza
BANDAR GAZA – Serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 semalam mencatatkan kematian kepada 639 penduduk Palestin berbanding 31 orang di pihak rejim Zionis.
Sehingga semalam, belum ada tanda-tanda pergerakan Hamas dan tentera Israel akan menamatkan pertempuran, walaupun terdapat usaha-usaha diplomatik untuk memujuk mereka melaksanakan gencatan senjata.
Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang terbunuh pada awal semalam ketika berlangsung di selatan bandar Khan Yunis, manakala 20 orang lagi cedera dan kebanyakan mereka parah.
Dua lagi yang terbunuh selepas Israel membedil kawasan utara di Semenanjung Gaza.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon merayu supaya kedua-dua pihak berhenti bertempur sebaliknya memulakan rundingan.
Bagaimanapun, Israel menegaskan, pihaknya akan terus melakukan serangan udara dan darat sehingga berjaya memusnahkan terowong-terowong para pejuang Gaza yang merentasi sempadan.
Sebuah roket yang dilancarkan para pejuang Gaza hampir mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat melarang sebarangan penerbangan dari dan ke lapangan terbang itu sekurang-kurangnya bagi tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, Kesatuan Eropah pula menasihatkan semua pesawat penerbangan supaya menjauhi Tel Aviv sehingga pemberitahuan selanjutnya dikeluarkan.
Larangan itu ekoran pesawat Penerbangan Malaysia yang MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu di tengah-tengah konflik di timur Ukraine, sekali gus meningkatkan kepekaan terhadap keselamatan penerbangan di kawasan peperangan.
Langkah itu merupakan yang pertama kali dibuat sejak Perang Teluk meletus pada tahun 1990-1990.
Menteri Kehakiman Israel, Tzipi Livni pula berkata, rejim Zionis akan menghentikan serangan ke atas Gaza selepas memusnahkan rangkaian canggih terowong yang digunakan oleh para pejuang untuk merentasi sempadan. – AFP
TOP
Bincang dengan Sultan berhubung jawatan MB
Abdul Khalid Ibrahim
KUALA SELANGOR - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. Abdul Khalid berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. "Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini, malam tadi. Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. Terdahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa. - BERNAMA

Ahli politik Jerman gesa hak tuan rumah Piala Dunia Russia ditarik balik
BERLIN: Ahli politik di Jerman menggesa hak penganjuran Russia selaku tuan rumah Piala Dunia 2018 ditarik akibat konflik di Ukraine sekalipun ia pantas ditolak pegawai rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Berang dengan tragedi pesawat komersial Malaysia MH17 yang didakwa ditembak jatuh di Ukraine, ramai ahli politik di Jerman selain Britain dan Sweden mencadangkan negara lain diberikan hak untuk menganjurkan kejohanan sukan global itu.
Peter Beuth, Menteri Sukan di salah sebuah negeri di Jerman, Hesse berkata Presiden Russia, Vladimir Putin tidak “terbabit secara aktif dalam siasatan kemalangan pesawat itu dan tidak dapat membayangkan Piala Dunia untuk dianjurkan di Russia” dan menggesa FIFA meneliti kembali pilihan mereka.
Seorang ahli politik senoir di Jerman, Michael Fuchs pula berkata Jerman bersama Perancis dan Itali dengan mudah mampu menganjurkan kejohanan itu.
“Kami memiliki stadium yang sudah bersedia untuk Piala Dunia,” katanya yang mengakui boikot seperti itu akan lebih memberi kesan kepada Russia berbanding sekatan ekonomi.
Seorang lagi ahli parlimen, Stephan Mayer, berkata jika Putin “terus berdiam diri dengan krisis terbabit, idea untuk menarik hak penganjuran Piala Dunia dari Russia bukanlah idea yang tidak munasabah.”
Begitupun, Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA, Theo Zwanziger yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) menolak idea itu.
“Gesaan untuk campur tangan FIFA sentiasa hadir dengan amat pantas. Boikot dalam sukan selalunya tidak mencapai apa-apa dan itulah yang saya fikir mengenai cadangan ini. Hak penganjuran sudah diberikan kepada Russia, kontrak sudah pun ditandatangani,” katanya.
Jurucakap daripada kerajaan Jerman juga menolak isu itu dan berkata Piala Dunia “Akan berlangsung empat tahun dari sekarang. Saya fikir kami mempunyai masalah lebih besar.” - AFP
TOP
Pandelela tagih doa rakyat Malaysia
RATU Terjun negara, Pandelela Rinong mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia supaya beliau dapat kembali cergas sepenuhnya untuk bersaing dalam temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.
Pandelela berkata, sokongan dan doa daripada peminat amat diperlukan supaya beliau dapat beraksi bagi mempertahankan pingat emas 10m platform yang dimenangi di New Delhi pada 2010.
"Apa yang saya perlukan sekarang ialah doa dan sokongan moral daripada anda semua.
"Sokongan anda akan memberi semangat untuk saya berusaha sembuh bagi bersaing dalam memburu pingat buat negara," katanya.
Pemenang gangsa Sukan Olimpik London itu mengalami kecederaan lutut sewaktu menjalani latihan di Guangzhou, China.
Kecederaan yang dialaminya itu kemungkinan menyebabkan beliau berdepan nasib yang sama dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei apabila dinasihatkan supaya berehat.
Beliau dijadual menyertai tiga acara, 10m platform individu, berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam 10m platform seirama dan 3m papan anjal seirama dengan Cheong Jun Hoong.
Difahamkan, acara terjun yang bermula agak lewat, dari 30 Julai hingga 3 Ogos dan sasaran tujuh emas kontinjen negara mungkin terjejas jika Pandelela terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan.
Bagaimanapun menerusi laporan media tempatan semalam, keputusan Pandelela sama ada direhatkan atau tidak hanya akan ditentukan esok.- Sinar Harian
TOP
Malaysia Berarak Dengan Bendera Separuh Tiang Di Sukan Komenwel 2014
KONTINJEN Malaysia berarak masuk dengan membawa Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Celtic Park, Glasgow, awal pagi ini.
Jika dilihat pada barisan hadapan perarakan, kelihatan satu barisan yang mewakili syarikat MAS turut berarak dalam temasya berprestij tersebut. Ini adalah sebagai tanda peringatan kepada mangsa nahas MH17 dan penghormatan keluarga mangsa. - SiakapKeli.com

MH17: Dua Pesawat Bawa Mayat Mangsa Tiba Di Netherlands
EINDHOVEN – Dua pesawat yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia pesawat MH17 tiba di Netherlands pada Rabu, lapor koresponden AFP.
Dua pesawat milik Netherlands dan Australia yang membawa 40 mayat tiba di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.
Menunggu di lapangan terbang adalah Raja Willem-Alexander, Perdana Menteri Mark Rutte dan keluarga mangsa. - Astro Awani
TOP
Kebakaran Berlaku Di Makkah Berdekatan Dengan Masjidil Haram
Gambar diambil dari Masjidil Haram
MAKKAH - Seorang maut dalam kebakaran yang terjadi di dalam kawasan yang digunakan sebagai stor menyimpan kayu dan perabot lama yang berlaku pada jam yang lalu.
Jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Leftenan Kolenel Saleh Al-Elayyani berkata, tujuh pasukan bomba dan unit sokongan telah dihantar ke tapak nahas. Api dapat dikawal sebelum merebak. Jurucakap itu juga berkata, mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bumbung yang jatuh akibat kebakaran ini. Difahamkan, kebakaran berlaku berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi syukur kerana api sempat dikawal oleh bomba- SiakapKeli.com

Isu Cadbury: Panel Syariah Bebas Pantau Proses Coklat
SEBUAH panel syariah bebas telah dibentuk atas permintaan Cadbury Confectionary Malaysia bagi memantau secara lebih teliti proses penghasilan coklat syarikat itu bagi menghapus keraguan status halalnya.
Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia, pengeluar produk berkenaan, Raja Zalina Raja Safran memberitahu pemberita hari ini, usaha memanggil panel syariah itu adalah langkah proaktif untuk meyakinkan kembali umat Islam terutama penggemar coklat Cadbury di negara ini.
Panel syariah bebas itu terdiri daripada Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut; Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Zaharuddin Abd Rahman; pendakwah bebas Mohd Shukri Ali; dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Ma'amor Osman.
Pada Mei lepas, satu laporan memetik Kementerian Kesihatan mengesan 'porsin' atau DNA khinzir dalam dua jenis coklat syarikat itu.
Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kemudian menyatakan dua sampel produk itu diambil terus dari kilang disahkan tidak mengandungi DNA khinzir oleh Jabatan Kimia. - Bernama
TOP
Gambar Konflik Gaza-Israel Dari Angkasa Lepas
Angkasawan Jerman, Alexander Gerst, salah seorang daripada Agensi Angkasa Antarabangsa hari ini memuatnaik gambar konflik diantara Gaza dan Israel, yang dapat dilihat dari orbit.
Kata Alexander Gerst, "Ini adalah gambar yang paling menyedihkan", menyifatkan gambar tersebut adalah gambar yang paling menyedihkan pernah diambil olehnnya. - SiakapKeli.com
Kata Alexander Gerst, "Ini adalah gambar yang paling menyedihkan", menyifatkan gambar tersebut adalah gambar yang paling menyedihkan pernah diambil olehnnya. - SiakapKeli.com
TOP
Curi 4 Lembu Sumbat Dalam Kereta, Cucuk Bagi Lali
Pasir Puteh: Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit sebagai senjata pelali diberkas dalam serbuan di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan jam 5.30 pagi itu, dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka, Pahang ditangkap bersama remaja bawah umur itu ketika baru tiba di pekarangan rumah berkenaan selepas selesai mencuri empat lembu di Kuala Krai.
Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, intipan dilakukan selama setengah jam di rumah berkenaan sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29 tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah berkenaan.
Katanya, sebaik seorang pegawai memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dengan terus masuk ke rumah sebelum bersembunyi di sebalik almari, namun dapat diberkas.
“Hasil pemeriksaan lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang. - myMetro
TOP
Taska Di Fitnah Dera Budak Di Laman Sosial, Hampir Bankrap
Kuala Lumpur: “Perniagaan pusat jagaan kanak-kanak milik saya hampir bangkrap berikutan tindakan individu menyebarkan fitnah kononnya kami mendera anak pelanggan dengan membalut tubuh mereka seperti mumia,” kata pengusaha taska yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 45.
Menurutnya, individu terbabit turut memuat naik gambar melalui laman sosial Facebook mendakwa pengasuh di taska miliknya sengaja menulis perkataan babi pada lampin dipakai kanak-kanak jagaan mereka.
“Saya seolah-olah menjadi mangsa buli media sosial berikutan dakwaan itu tidak berasas dan sengaja disebarkan bekas pelanggannya susulan salah faham berlaku sebelum ini.
“Pelanggan itu pernah menghantar anaknya ke sini, namun tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara. Dia menyebarkan maklumat tidak benar sekaligus meraih simpati ramai,” katanya.
Menurutnya, kecaman tidak berasas itu yang ditokok tambah mendakwa pengasuh taska membalut keseluruhan anaknya dengan kain dan hanya menampakkan mata dan rambut. - myMetro
TOP
Tiada bukti perakam suara MH17 diusik - Penyiasat Belanda
PEGAWAI penyiasat Malaysia mengambil kotak hitam selepas pemberontak Donetsk People's Republic menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk, kelmarin. - Foto AP
THE HAGUE: Penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan pesawat MH17 yang jatuh ditembak di Ukraine berkata, perakam suara dalam kokpit pesawat itu adalah dalam keadaan baik dan tidak diusik.
"Perakam suara kokpit mengalami kerosakan tapi modul memori di dalamnya dalam keadaan baik. Malah tiada bukti atau sebarang tanda manipulasi perakam suara kokpit yang ditemui," kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV).
Kotak hitam pesawat itu pula kini sedang dianalisis di Britain.
Perakam suara itu yang ditemui daripada serpihan pesawat di timur Ukraine diserahkan kepada Ibu Pejabat Cawangan Penyiasatan Nahas Udara di Farnborough, barat daya London. - AFP
TOP
Hamas tidak tolak cadangan gencatan senjata tapi mahu sekatan ditarik balik - Meshaal
DOHA: Soal sama ada gencatan senjata yang dicadangkan oleh Mesir diterima oleh Hamas ataupun tidak, sebenarnya bergantung pada kesediaan pihak lain untuk menarik balik sekatan terhadap penduduk di Gaza.
Pemimpin Hamas, Khaled Meshaal mahukan agar sekatan selama lapan tahun itu serta sempadan Rafah antara Mesir dan Israel dibuka bagi membolehkan banduan dibebaskan.
Meshaal menegaskan Hamas “sentiasa mengalu-alukan segala usaha bagi menamatkan keganasan” dan “tidak menentang” sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuk Mesir.
“Cuma kami tidak akan terima sebarang inisiatif yang tidak menarik balik sekatan ke atas orang kami kerana ia tidak menghormati pengorbanan kami,” katanya.
Katanya, Hamas hanya menolak cadangan gencatan senjata yang memihak kepada Israel.
Meshaal menegaskan cadangan Mesir itu, yang disokong oleh Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab membenarkan Israel menentukan bila untuk membuka sekatan di Gaza.
“Biarlah kami menyetujui permintaan kami dan kemudian baru bersetuju untuk gencatan senjata,” kata Meshaal.
Beliau merayu kepada masyarakat antarabangsa dan badan bukan kerajaan (NGO) agar dapat tampil membantu Gaza dan tidak menunggu sehingga peperangan berakhir.
“Saya gesa pembukaan laluan di sempadan berkenaan bagi membolehkan konvoi yang menghantar bantuan masuk ke Gaza, yang memerlukan minyak, makanan dan bekalan elektrik,” kata Meshaal.
Tegasnya: “Kami lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada gencatan senjata bagi tujuan kemanusiaan, seperti menghantar mangsa yang tercedera ke pusat perubatan dan membantu orang ramai.”
Meshaal menegaskan Hamas mahukan “keganasan dihentikan esok, hari ini, ataupun pada saat ini. Tapi tarik balik sekatan dan bukan sekadar berjanji bagi rundingan masa hadapan,” katanya.
Konflik selama 16 hari di Gaza itu setakat ini mengorbankan 695 rakyat Palestin, 34 Israel dan seorang pekerja Thai. - AFP
TOP
Pemimpin Barat kutuk rejim Zionis
LONDON - UNITED KINGDOM. Ahli Parlimen Britain, David Ward, kelmarin dengan lantang mengutuk Israel menerusi akaun Twitter miliknya.
Anggota parti Liberal Demokrat itu menghantar tweet 'Persoalan utama adalah, jika saya tinggal di Gaza adakah saya akan membedil roket ke Israel? mungkin ya'.
Susulan daripada tindakan tersebut, banyak pihak menggesa pemimpin parti terbabit, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg supaya menggantung keanggotaan beliau.
Difahamkan, Ward pernah digantung tugas selepas beliau membuat kenyataan mengecam penindasan Israel terhadap penduduk Palestin pada tahun lalu.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang sebelum ini pernah dilabel sebagai anti-Yahudi dilihat sekali lagi mengkritik Israel menerusi sebuah wawancara televisyen, Ahad lalu.
Perbualan beliau bersama pegawai Jabatan Negara AS, Jonathan Finer berkaitan jumlah kematian tentera Israel di Gaza itu didengar secara tidak sengaja sebelum mereka muncul dalam program talk show, Fox News Sunday.
"Ia jelas sebagai satu amaran kepada tentera rejim Zionis. Saya berharap mereka tidak menganggap ia sebagai 'jemputan' untuk meneruskan lagi operasi tersebut," katanya yang turut melahirkan rasa kecewa selepas angka korban akibat kekejaman Israel semakin meningkat setiap hari, laporan dipetik dari Al-Arabiya. - Sinar Harian
TOP
Najib Pemimpin Yang Bertanggung Jawab - Anwar Ibrahim
Kuala Lumpur: Pembangkang memuji kebijaksanaan dan keberanian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengendalikan tragedi MH17.
Malah, rundingan secara senyap dengan ketua kumpulan pemisah, Alexander Borodai, yang mungkin mencetuskan kontroversi disifatkan sebagai tepat dan wajar.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), berkata Malaysia menunjukkan sikap tegas dan tidak bimbang untuk menggesa pihak yang bertanggungjawab.
“Tindakan Perdana Menteri berunding dengan puak pemisah mungkin mengundang kontroversi. Namun, kita memahami dan menyokong tindakan berunding itu.Pemimpin yang bertanggungjawab memilih menjaga kepentingan rakyat yang terkorban,” katanya ketika membahaskan usul Tragedi Malang Pesawat MH17 dalam Persidangan Khas Parlimen, semalam.
Beliau juga bersama-sama Najib mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan oleh pihak yang menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine, pada Khamis lalu itu.
Bawa ke mahkamah antarabangsa
“Saya menggesa kerajaan membawa perkara ini ke mahkamah antarabangsa supaya siasatan menyeluruh dapat dijalankan segera dan pihak terbabit dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pula berkata, parti itu akan bersama kerajaan dalam usaha membawa pulang jenazah dan memberi sokongan penuh usaha mencari kebenaran bagi pihak mangsa MH17.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, parti juga akan terus memberi sokongan terhadap MAS dan yakin untuk terus menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan itu.
“Sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada MAS dan warga kerja, bukanlah sekadar ucapan sahaja, maka kami ingin menunjukkan keyakinan dengan terus menggunakan MAS, kalau masa penerbangan mengizinkan,” katanya.
Beliau turut bersetuju dengan Najib yang menggunakan saluran diplomatik secara senyap di kawasan konflik kerana ia adalah cara terbaik demi mencapai keputusan dikehendaki.
Usah berasa takut
“Malaysia tidak boleh berasa takut untuk menggunakan apa sahaja pengaruh yang ada untuk meletakkan tekanan demi mendapatkan kebenaran,” katanya.
Beliau berkata, ketika kuasa ekonomi Malaysia tidak begitu signifikan berbanding Amerika Syarikat atau negara Kesatuan Eropah, negara masih mempunyai hubungan ekonomi dengan Russia di mana Malaysia membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM bernilai AS$900 juta pada Ogos 2003.
“Jika Malaysia belum lagi menyelesaikan pembayaran untuk pesawat ini, kita harus bersedia untuk menangguhkan bayaran selain membatalkan projek angkasawan kedua, jika perlu dan jika berasakan pihak berkuasa Russia tidak memberikan kerjasama penuh kepada komuniti antarabangsa dan kepada Malaysia.
“Kita mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyertai sekatan yang dicadangkan komuniti antarabangsa terhadap Russia,” katanya.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), mencadangkan supaya kerajaan mengambil pengajaran tragedi MH17 agar kejadian sama tidak berulang.
“Penilaian risiko perlu dilakukan oleh MAS, Air Asia, Wisma Putra atau pihak kerajaan yang beri laporan lengkap laluan selamat atau tidak terutama laluan di negara konflik kerana tidak boleh bergantung selamanya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO),” katanya. - Berita Harian
TOP
FIFA Risau Dengan Situasi Di Gaza
Geneva: Presiden FIFA, Sepp Blatter selasa lalu menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan mendadak ketegangan krisis di Gaza ketika mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).
“Saya begitu risau dengan situasi di rantau ini. Kami amat sedih untuk mengetahui bahawa individu daripada komuniti bola sepak telah dibunuh.
“FIFA dan saya secara peribadi kesal dengan keadaan ini dan segala bentuk keganasan. Kami sependapat dalam mahukan keamanan di rantau ini dan seluruh dunia,” kata Blatter.
Presiden PFA, Jibril Rahub bertemu Blatter di Ibu Pejabat FIFA dalam lawatan luar ke Switzerland bagi menghadiri sesi mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
“Saya menghargai komitmen oleh Presiden FIFA untuk membangunkan dan membuat pelaburan untuk bola sepak Palestin, walaupun dengan kesukaran yang kami hadapi,” kata Rahub yang juga Pengerusi IOC Palestin.
“Kami percaya bola sepak seharusnya kekal sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat dunia. Saya juga sedih dengan kehilangan nyawa Palestin dalam konflik semasa namun saya optimis keamanan akan tiba jua.” - AFP
TOP
Snoop Dogg Dakwa Hisap Ganja Dalam White House
Rapper Snoop Dogg mendakwa bahawa dia menghisap ganja di White House semasa lawatan terakhirnya ke tempat itu. Menurut artis tersebut, dia menyalakan dan menghisap ganja di dalam tandas White House.
Dia berbuat demikian ketika dalam satu segmen siaran langsung yang disiarkan secara online.
Dalam segmen tersebut, Snoop Dogg yang ditemuramah oleh hos Jimmy Kimmel, mengatakan dia telah meminta diri untuk menggunakan tandas di 1600 Pennsylvania Avenue, dan kemudian menghisap satu batang ganja seterusnya mengaku, dia adalah orang paling bijak pada saat itu. - SiakapKeli.com
TOP
Diskaun tol 20% sempena Sempena Balik Raya Aidilfitri
KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) akan menikmati kadar diskaun tol sebanyak 20 peratus sempena sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulannya Zainudin A.Kadir berkata diskaun itu ditawarkan kepada pengguna di di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Katanya, pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun itu selama dua hari bermula 28 Julai dari pukul 6 pagi.
"Prolintas sekali lagi menawarkan diskaun tol kepada semua pengguna rangkaian lebuhraya Prolintas seperti lazimnya pada setiap perayaan utama. Pemberian diskaun ini termasuk di dalam aktiviti tanggungjawab sosial Prolintas," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Zainuddin turut menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan serta berhati-hati semasa musim perayaan ini.
Orang ramai boleh mengikuti maklumat trafik Prolintas terkini di Twitter AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web www.prolintas.com.my. - Bernama
TOP
15 Individu Tawar Khidmat Seks Ditahan
GEORGETOWN – Polis menahan 10 wanita dan lima pondan yang disyaki terbabit aktiviti persundalan dalam operasi di Lebuh Chulia di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam operasi bermula 12 tengah malam itu, kumpulan wanita dan pondan terbabit yang berusia antara 20-an dan 30-an dilihat beraksi ghairah, dipercayai untuk memikat pelanggan.
“Apabila menyedari kehadiran polis mereka cuba melarikan diri bagaimanapun kawasan itu telah dikepung,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan dan boleh didakwa kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
Beliau berkata, polis akan terus membuat pemantauan bagi membendung kegiatan pelacuran serta persundalan di negeri ini tanpa mengira lokasi sama ada di jalanan mahupun hotel mewah. – BERNAMA
TOP
Lebih 160 Rumah Musnah Dilanda Ribut
TEMERLOH – Lebih 160 buah rumah, dua dewan orang ramai dan sebuah dewan sekolah mengalami kerosakan dalam kejadian ribut yang melanda beberapa buah kampung di daerah Temerloh, petang semalam.
Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, kebanyakan rumah berkenaan tercabut bahagian bumbung dan dinding akibat dilanda ribut kencang yang berlaku selama hampir setengah jam.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batu Kapor, Kampung Sungai Buluh, Taman Saga dan Tanjung Kerayong, di Mentakab membabitkan 144 buah rumah manakala selebihnya di Kampung Bongsu, Kampung Paya Siput, Batu 7 Lanchang dan Felda Jenderak Utara, Kuala Krau.
Tiga buah dewan yang terlibat ialah Dewan Orang Ramai Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh serta Dewan Sekolah Kebangsaan Batu Kapor.
Ketua Kampung Batu Kapor Zambri Sulaiman ketika ditemui berkata ia merupakan kejadian ribut yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 40 tahun. Lebih 1,000 penduduk terjejas akibat ribut berkenaan.
“Walaupun ada kejadian ribut berlaku sebelum ini, namun ia tidak melibatkan kerosakan rumah yang banyak, tetapi kali ini ia agak buruk dengan angin yang kencang serta hujan lebat sehingga 98 buah rumah di Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buloh, rosak.
“Kejadian ribut tersebut amat mengerikan kerana ia datang dengan hujan lebat diikuti angin kencang serta awan yang gelap selama hampir setengah jam sehingga merosakkan rumah selain banyak pokok besar tumbang,” katanya.
Beliau turut berharap kerajaan dapat menyalurkan bantuan segera kepada mangsa bagi meringankan bebanan lebih-lebih hampir menjelangnnya Aidilfitri.
Sementara itu seorang imam di Batu Kapor Mentakab Mohd Salleh Jarum, 48, berkata, ketika kejadian beliau bersama keluarga sedang berehat dan menonton televisyen sementara menunggu waktu berbuka.
“Ketika itu, hujan turun renyai-renyai sebelum tiba-tiba saya terdengar satu letupan kuat berlaku. Apabila ke dapur, saya dapati bahagian bumbung dapur dan tengah rumah tercabut dilanda ribut.
“Dalam keadaan ribut dan angin yang bertiup kencang itu, saya bersama isteri serta lima anak keluar rumah menyelamatkan diri dan dalam masa sama saya sempat melihat berpuluh-puluh atap rumah jiran turut berterbangan,” katanya.
Beliau yang bekerja sendiri menganggarkan kerugian yang dialami lebih RM18,000 termasuk akibat kerosakan perabot rumah, barangan elektrik dan persiapan raya.
Katanya ini merupakan ribut kejadian terburuk sejak tinggal di kampung itu 35 tahun lalu. – BERNAMA
TOP
Dato’ Siti Nurhaliza Dedikasi Album Terbaru Untuk MH17, Gaza
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza mendedikasi album terbarunya, "Fragmen" khusus kepada ahli keluarga penumpang pesawat MH17 serta umat Islam yang kini bergelut dengan maut di Gaza.
Fragmen yang terkandung sembilan buah lagu ini bertema nilai kasih, semangat, motivasi dan rasa cinta yang boleh dihayati melalui pendekatan menerusi lirik-lirik yang ditampilkan.
Siti berkata apa yang dialami oleh ahli keluarga penumpang MH17 seakan sama dengan emosi yang dilalui beliau ketika suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa terlibat dalam kemalangan di New Zealand pada tahun lepas.
“Kebetulan album ini diterbitkan ketika Malaysia berdepan berita sedih ini dan ketika umat Islam di Gaza berdepan dengan penindasan oleh Israel, saya seakan dapat merasai perasaan yang sama dengan apa yang dilalui oleh ahli keluarga ketika suami saya terlibat dalam kemalangan tahun lepas.
“Saya dedikasikan lagu Jaga Dia Untukku dan juga album Fragmen ini kepada ahli keluarga atau mereka yang melalui saat menyedihkan ketika ini agar sedikit sebanyak dapat memberi mereka semangat.” kata Siti ketika ditemui di majlis perlancaran album Fragmen serta majlis berbuka puasa di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur pada Isnin.
Album Fragmen adalah album solo ke 15 Siti dan merupakan kerjasama di antara Siti Nurhaliza (M) Sdn Bhd dan Universal Music.- Astro awani
TOP
Kotak Hitam MH17 Sudah Sampai Di Britain
Menurut laporan Guardian, Kotak Hitam MH17 telah selamat tiba di Britain dengan diiringi oleh pakar dari Malaysia dan anggota pemantauan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, memetik Suruhanjaya Penyiasat Khas kerajaan Ukraine menerusi laman Facebooknya.
Kedua-dua kotak hitam pesawat MAS MH17 yang sudah berada dalam seliaan pasukan khas dari Malaysia akan diserahkan kepada Cawangan Siasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) untuk siasatan forensik.
Sumber: The Guardian
TOP
Mayat Mangsa MH17 Akan Tiba Di Belanda 10 Malam Ini
THE HAGUE – Belanda mengisytiharkan hari berkabung hari ini bagi menghormati 193 mangsanya yang terbabit dalam nahas Penerbangan Malaysia MH17, kata Perdana Menteri, Mark Rutte.
Mayat pertama yang dijumpai daripada bencana minggu lalu di kawasan pemberontakan Ukraine, di mana 298 penumpang pesawat itu maut, akan tiba di Belanda pada jam 10 malam ini waktu Malaysia (1400 GMT) dan akan disambut oleh saudara-mara.
Raja Willem Alexander, Ratu Maxima dan Rutte akan berada di lapangan terbang Eindhoven untuk menyambut ketibaan mayat berkenaan, yang akan diiringi dengan penghormatan selama satu minit, kata kenyataan kementerian keadilan.
Bendera di bangunan awam di seluruh negara akan dikibarkan separuh tiang, kata Rutte.
Wakil daripada 10 negara di mana warga mereka terbunuh dalam nahas berkenaan juga akan berada di lapangan terbang. – AFP
TOP
Bawa Kes MH17 Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa
KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mencadangkan Malaysia menggunakan platform Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk tindakan susulan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, minggu lepas.
Katanya, meskipun Malaysia belum menganggotai mahkamah itu, namun terdapat peruntukan yang membolehkan kes terbabit dibicarakan di sana.
Beliau mengambil contoh insiden pesawat penumpang Iran Air Penerbangan 655 yang ditembak jatuh pada 1988 oleh tentera Amerika Syarikat, dibicarakan di mahkamah itu sekalipun Iran bukan negara anggota, dan berjaya diselesaikan.
“Laluan yang diambil (dalam kes Iran Air) pada masa itu memberi sedikit panduan tentang apa yang kita akan buat dalam masa pendek dan masa panjang.
“Setakat ini, Malaysia telah tunjuk yang kita tidak tunduk kepada mana-mana kuasa besar. Tapi pada masa yang sama kita harus jelas dengan tindakan seterusnya,” katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi yang menimpa pesawat MAS, MH17 pada mesyuarat khas Parlimen di sini hari ini.
Nurul Izzah berkata penting bagi kes itu dibawa ke peringkat antarabangsa berbanding hanya berlandaskan undang-undang sesebuah negara, kerana ia membabitkan banyak pihak.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk. – BERNAMA
TOP
MH17: Malaysia Enggan Terlibat Geopolitik Asing
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mahu terlibat dengan geopolitik negara lain hingga menjejaskan usaha menuntut pembelaan terhadap insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, 17 Julai lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia tegas menuntut siasatan yang telus berhubung tragedi malang yang mengorbankan 298 nyawa itu.
“Kita tak mahu terlibat dengan situasi geopolitik di sana…diheret dengan tuduhan pihak berkepentingan.
“Kita mahukan kebenaran dan ia memerlukan kebijaksanaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Tegas Hishammuddin, Malaysia tidak akan berdiam diri mengenai kejadian tersebut dan mahu pihak yang betanggungjawab diadili dan diambil tindakan sewajarnya.
“Kita akan cari sampai ke lubang cacing. Dari awal lagi kita nak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.
Malaysia pada Rabu mengadakan persidangan khas Dewan Rakyat bagi mengutuk tindakan kejam pihak tidak bertanggungjawab yang menembak jatuh pesawat MH17.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, sejak insiden itu berlaku pada Khamis lalu, Malaysia melepasi fasa sukar selepas berjaya mendapatkan semula kotak hitam yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah.
Selain itu, katanya, Kementerian Pertahanan akan memantau proses membawa pulang mayat mangsa MH17 secepat mungkin. - mStar online
TOP
Kereta Terbabas Elak Tupai Melintas
Kuantan: Gara-gara mengelak seekor tupai yang tiba-tiba melintas jalan, lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar belakang lori sebelum terjunam dalam gaung sedalam tujuh meter di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan dekat Sungai Karang di sini, kelmarin.
Kejadian jam 1.30 petang itu berlaku ketika kereta Suzuki Swift dinaiki keluarga terbabit dalam perjalanan dari Marang, Terengganu ke Kuantan menyebabkan seorang daripada mereka cedera di kaki manakala yang lain cedera ringan.
Semua mangsa termasuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 30 tahun diselamatkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gebeng sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Saksi dikenali sebagai Mohammad, 31, berkata, ketika melalui jalan berkenaan, dia melihat kesan kemalangan manakala orang ramai berlari ke arah gaung dan mengesyaki ada kereta terjunam.
“Saya segera memberhentikan kereta lalu bergegas ke tempat kejadian dan melihat Suzuki Swift putih berada di dasar gaung, tetapi tidak dapat melihat mangsa kerana ada pokok, namun saya tidak berani turun disebabkan gaung berkenaan agak dalam. - myMetro
TOP
117 Rumah Dan Tiga Sekolah Rosak Akibat Ribut Di Melaka
ALOR GAJAH - Sebanyak 117 rumah kampung dan tiga sekolah di Durian Tunggal di sini mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda kawasan itu hari ini.
Semua rumah terlibat terletak di Kampung Padang Keladi, Kampung Bukit Balai, Kampung Padang Kerbau dan Kampung Pulau serta tiga sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal, Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal dan SJK (C) Sin Wah mengalami pelbagai kerosakan akibat angin kencang dan dihempap pokok dalam kejadian jam 5.45 pagi tadi.
Anggota Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal Datuk Ab Wahab Ab Latip berkata 18 daripada rumah di empat kampung berkenaan dan SMK Durian Tunggal mengalami kerosakan teruk.
"Dua bilik gerakan iaitu di Kampung Padang Keladi dan Kampung Bukit Balai dibuka untuk menempatkan sementara lima keluarga yang mengalami kerosakan rumah yang teruk.
Tiga ratus pelajar dari SMK Durian tunggal turut dipindah sementara ke Dewan Japerun Durian Tunggal untuk tujuan keselamatan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat khas bencana itu di sini hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong.
Ab Wahab berkata dalam insiden tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Kampung Bukit Balai mengalami kecederaan di bahagian kepala dan terpaksa menerima tiga jahitan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi jumlah sebenar rumah yang rosak di kawasan ini dijangka meningkat kerana bilangan ini hanya melibatkan rumah di kawasan kampung, kita belum lagi lihat rumah di kawasan perumahan," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan wang tunai menerusi tabung bencana sehingga RM2,000 kepada setiap keluarga bergantung kepada kerosakan rumah yang dialami manakala bahan binaan bernilai RM5,000 turut dibekalkan menerusi peruntukan 'Mesra Rakyat'.
Katanya bantuan itu akan disalurkan kepada mangsa terutama yang mengalami kerosakan rumah yang teruk bermula petang ini dan bantuan berupa barang keperluan asas turut diedarkan Jabatan Kebajiakan Masyarakat untuk meringankan beban mangsa.
"Mangsa ribut yang belum membuat laporan diharap dapat berbuat demikian dengan kadar segera agar bantuan dapat disalurkan kepada mereka," katanya. - Bernama
TOP
Jenazah Mangsa MH17 Beragama Islam Akan Disolatkan Di Masjid KLIA
KUALA LUMPUR – Jenazah penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang beragama Islam akan disolatkan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.
Menyatakan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jenazah berkenaan akan dibawa terus ke masjid itu sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
“Semua kenderaan jenazah telah disediakan secukupnya dan diselaraskan secara bersama oleh Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Jamil Khir berkata Perbadanan Putrajaya juga bersedia untuk menyediakan tempat pengkebumian di Presint 20 Putrajaya sekiranya ada permintaan.
Mengenai Solat Jenazah Ghaib, Jamil Khir berkata setelah jenazah Muslim selesai dimandi dan dikafankan oleh pasukan petugas Malaysia di Amsterdam, maka kerajaan Malaysia boleh mengisytiharkan Solat Jenazah Ghaib diadakan di Malaysia.
“Pada masa sama, walaupun setelah jenazah sampai di KLIA, tiada tegahan untuk umat Islam mengadakan Solat Jenazah (secara hadir) sekali lagi.
“Bagi umat Islam yang berada di negeri atau tempat berjauhan yang berhasrat untuk mengadakan Solat Jenazah, tetapi tidak berkesempatan untuk hadir bersama, mereka boleh melakukan Solat Jenazah Ghaib di tempat masing-masing,” katanya.
Jakim, kata beliau, telah menghantar 10 orang wakil jabatan itu, termasuk dua petugas wanita ke Ukraine yang diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya Abdul Manaf Mat bagi membantu aspek pengurusan jenazah.
Menurut Jamil Khir, pasukan itu akan menguruskan jenazah orang Islam setelah dikenalpasti oleh pakar forensik dari Kementerian Kesihatan (KKM).
Bagi jenazah yang tidak dapat dikenalpasti akan diuruskan secara keseluruhan mengikut pengurusan jenazah orang Islam dan diniatkan ‘in kana Muslim’ (sekiranya Muslim) bagi semua proses, katanya. – BERNAMA
TOP
Terengganu Umum Ahad Ini Cuti Umum
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mengumumkan Ahad ini sebagai cuti umum sempena sambutan Aidilfitri yang dijangka dirai Isnin ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerajaan negeri bersetuju memutuskan hari tersebut sebagai hari cuti bagi memudahkan umat Islam di Terengganu membuat persediaan menyambut 1 Syawal. – BERNAMA
TOP
KPWKM Tumpu Usaha Bantu Waris Mangsa MH17
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menumpukan usaha membantu waris mangsa Penerbangan MH17 membina semula kehidupan mereka termasuk melalui kaunseling jangka panjang.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya sudah bertemu dengan waris mangsa dan pegawai kementerian juga bekerja 24 jam sehari untuk mengikuti perkembangan mereka.
“Sekarang ini fokus kita ialah apa jadi kepada keluarga mangsa. Saya rasa waris lebih teruja dengan perbahasan mengenai masa depan mereka,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Rohani juga berkata emosi keluarga mangsa kini dilihat kembali stabil berbanding dua hari pertama kejadian, namun keadaan boleh berubah apabila jenazah mangsa tiba di tanah air.
Beliau juga berkata sesi perbahasan persidangan khas Dewan Rakyat hari ini amat menyentuh hati kerana semua pembahas tanpa mengira agenda politik senada ketika membahaskan usul mengenai tragedi MH17 yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pesawat Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia yang membawa 298 orang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dipercayai akibat ditembak jatuh dengan peluru berpandu. – BERNAMA
TOP
Angka Korban Rakyat Palestin Kini 639, 31 Israel
BANDAR RAYA GAZA – Ketika syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke Israel selepas roket Gaza menimpa kawasan dekat landasan kapal terbang sambil ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsar Bersatu (PBB) merayu konflik itu ditamatkan berikutan 639 orang rakyat Palestin dan 31 Yahudi terkorban.
Ketika keganasan yang memasuki hari ke-16, kedua-dua pihak iaitu Israel dan Hamas masih belum bersedia menamatkan pertempuran walaupun usaha diplomatik berhari-hari dijalankan bagi mencapai persetujuan gencatan senjata.
Pasukan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang terkorban awal hari ini ketika mendapatkan perlindungan di selatan bandar Khan Yunis dan 20 lagi mengalami kecederaan termasuk majoriti parah.
Dua lagi maut akibat serangan Israel di utara Tebing Barat. – AFP
TOP
Persidangan Khas Turut Bangkit Isu Gaza
KUALA LUMPUR – Persidangan Khas Dewan Rakyat hari ini bagi membahaskan usul mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, turut menjadi platform untuk membangkitkan penderitaan penduduk Gaza, Palestin, yang kini diserang rejim Zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak pernah sekali-kali melupakan rakyat Palestin walaupun masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan atas tragedi yang menimpa MH17.
“Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta-merta,” katanya ketika membentangkan usul mengenai tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas pada persidangan itu.
Serangan tentera Israel bermula 8 Julai lepas itu dilapor mengorbankan lebih 600 rakyat Palestin dan lebih 3,500 lagi cedera manakala lebih 80,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak dan terhempas di wilayah Donetsk. – BERNAMA
TOP
Video Puak Pro Rusia Menembak Jatuh Dua Jet Pejuang Ukrain Baru-Baru Ini
Baru-baru ini, heboh berita mengenai puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh dua jet pejuang dari Ukrain. Difahamkan jet berkenaan ditembak setelah jet dari Ukrain tersebut terbang di sempadan Ukrain dan Rusia.
Kes ini mendapat perhatian dunia setelah kes tembak jatuh MH17 yang berlaku sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan yang sama.
Berikut adalah video setelah mereka berjaya menembak jatuh jet pejuang berkenaan.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Israel Tidak Sedar Diri Mahu Askarnya Diberi Hadiah Nobel Keamanan
Duta Israel Ron Dermer membuat kenyataan menggemparkan di acara pro-Israel di Washington pada hari Selasa lepas.
"Tentera Israel perlu diberi Hadiah Nobel Keamanan ... Hadiah nobel keamanan untuk melawan dengan untuk mempertahankan diri yang menakjubkan," kata Dermer, yang mendakwa askar Israel tidak mensasarkan seorang pun rakyat awam Palestin.
"Anggota tentera Israel mati supaya rakyat Palestin yang tidak berdosa boleh hidup," katanya, menafikan kritikan Pemerhati Hak Kemanusiaa terhadap keganasan Israel di Palestin.
Pada majlis yang berbeza dalam Tal Aviv, ketua PBB Ban Ki-moon menyampaikan ucapan takziah kepada rejim Israel untuk kehilangan semasa serangan Israel baru-baru ini, yang sehingga kini lebih daripada 630 mati, kebanyakannya orang awam.
Menurut pekerja perubatan Palestin, lebih daripada 160 kanak-kanak Gaza menyumbang kepada angka Korban keganasan Israel baru-baru ini. - SiakapKeli.com
TOP
TERKINI : Pesawat TransAsia Buat Pendaratan Cemas, 51 Dipercayai Maut
Pesawat penumpang TransAsia dilaporkan telah terhempas di Makung,Taiwan setelah cubaan untuk membuat pendaratan cemas disebabkan ribut kencang.
Laporan menyatankan sekurang-kurangnya 51 orang maut dalam nahas tersebut dan tujuh yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan, lapor AP,tapi jumlah sebenar masih belum dapat disahkan. - SiakapKeli.com
Gambar dari Twitter nahas TransAsia

Lagi Dua Jet Pejuang Ukrain Di Tembak Jatuh di Timur Ukrain
Jet pejuang Sukhoi-25 yang ditembak jatuh
Dua jet pejuang Ukraine ditembak jatuh hari ini di kawasan timur negara itu yang dikawal oleh puak pemisah, menurut Kementerian Pertahanan Ukraine. Jurucakap Kementerian Pertahanan Oleksiy Dmitrashkovsky berkata jet pejuang Sukhoi-25 telah dijatuhkan dalam satu kawasan yang dipanggil Savur Mogila, petik Associated Press dan Reuters. Jurucakap itu berkata lagi setiap jet pejuang tersebut mungkin membawa sehingga dua orang anak kapal. Kes tembak jatuh pertama yang pertama yang dilaporkan di timur Ukrain sejak kes pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang maut setelah ditembak jatuh di kawasan timur Ukrain berkenaan. - SiakapKeli.com

Serangga Air Terbesar Dijumpai Di China
(CNN) - Serangga air terbesar telah dijumpai di kawasan Sichuan di China, kata pakar.
Serangga itu telah dijumpai oleh penduduk pendalaman kawasan tersebut pada awal bulan lepas.
Saiz terbesar serangga berkenaan yang dapat dikesan adalah sepanjang 21 sentimeter. Serangga berkenaan menyerupai pepatung tetapi mempunyai muncung dan sengat yang besar.
Saiz seekor serangga ini sangat besar sehingga seekor serangga ini boleh menutup wajah seorang manusia dewasa - SiakapKeli.com
Saiz seekor serangga ini sangat besar sehingga seekor serangga ini boleh menutup wajah seorang manusia dewasa - SiakapKeli.com
TOP
Geng Curi Motosikal 'ANAS Simpang Empat' Tumpas
Alor Setar, 23 Julai - Polis melumpuhkan satu kumpulan curi motosikal yang didalangi seorang lelaki berusia 29 tahun dikenali sebagai 'Anas Simpang Empat' hasil penahanan lima suspek termasuk individu berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata kesemua suspek berusia antara 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Simpang Empat, dekat sini pada pukul 2.50 pagi semalam.
Beliau berkata dalam serbuan itu polis menjumpai enam motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Waja di kawasan rumah suspek yang berusia 29 tahun itu.
"Dua motosikal (masing-masing) jenis Yamaha Ego dan Honda EX5 dipercayai telah dilaporkan hilang di Alor Setar dan Simpang Empat pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini manakala dua lagi motosikal (masing-masing) jenis Yamaha 125Z dan Yamaha Ego, nombor sirinya telah pun dikikis bagi mengelakkan daripada dikesan.
"Dua lagi motosikal dan kereta yang dijumpai itu dipercayai milik keluarga suspek. Kita percaya mereka juga menjalankan aktiviti meleraikan motosikal itu untuk dijual sebagai alat ganti kepada pembeli," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar hari ini.
Adzaman berkata kumpulan berkenaan dipercayai telah mula aktif pada 2012 dan salah seorang suspek kumpulan itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau pelbagai kes.
"Semasa serbuan, kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis morfin dan dianggarkan jumlah keseluruhan yang berjaya dirampas melebihi RM20,000.
"Kesemua suspek itu ditahan dan barang rampasan akan disiasat mengikut Seksyen 39A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor dan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA
TOP
Tragedi MH17 satu padukan rakyat - Muhyiddin
MUAR: Usaha bagi merungkai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 Khamis lepas telah dapat menyatupadukan rakyat di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Peristiwa itu, kata beliau, harus dijadikan iktibar oleh rakyat mengenai betapa pentingnya meningkatkan semangat kerjasama dan bersatu padu terutama dalam menghadapi insiden seperti itu.
"Alhamdulillah, semangat kesatuan dan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia dalam peristiwa ini amat jelas," kata beliau ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat di Surau As-Saadiah di sini malam ini.
Beliau berkata, ini dapat dibuktikan menerusi sidang Parlimen Khas hari ini di mana semua Ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang menyebabkan pesawat malang itu terhempas menyebabkan 298 penumpangnya termasuk anak kapal terkorban.
Muhyiddin berkata, pada sesi khas itu, kerajaan dan pembangkang bersatu hati dan turut sama-sama menyuarakan rasa hiba mengenai tragedi itu.
Muhyiddin turut mengulangi pendirian kerajaan untuk terus menuntut keadilan bagi mencari punca nahas pesawat MH17.
"Kita sebagai kerajaan yang bertanggungjawab akan terus mengambil langkah-langkah untuk menuntut keadilan bagi semua yang terkorban.
"Kita nak cari siapalah punca yang telah membawa kepada tragedi ini," katanya.
Beliau turut mengakui tragedi MH17 juga menyebabkan ketibaan Syawal kali ini disambut dalam suasana hiba oleh masyarakat Malaysia.
Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan sumbangan UDA Holdings kepada 30 penerima golongan asnaf.
Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Dr Syahruddin Md Salleh dan Pengarah Urusan UDA Holdings Ahmad Abu Bakar. - Bernama
TOP
Keluarga Md Ali Md Salim Akan Ke Amsterdam
PUTRAJAYA – Keluarga Md Ali Md Salim, seorang dari penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang nahas di Ukraine, akan ke Amsterdam, Belanda secepat mungkin selepas mendapat tawaran dari MAS untuk melihat jenazah di sana.
Bapa Md Ali, Md Salim Sarmo, 65, berkata beliau akan ke sana bersama isteri, Junaidah Basiran, 62; dua anaknya Mohd Zaki, 38; dan Noryasimah, 23; serta seorang rakan baik mangsa, Mohamad Azuwa Mohamed, 25, selepas segala urusan selesai.
Beliau berkata mereka sekeluarga bersetuju untuk ke sana juga sebagai memenuhi hajat arwah sebelum ini yang ingin membawa beliau dan isteri melancong ke Amsterdam bagi melihat tempatnya belajar.
“Kami sekeluarga sudah tidak memikirkan untuk menyambut hari raya di kampung halaman sendiri, yang penting hajat arwah dapat ditunaikan.
“Kami akan menguruskan urusan pasport secepat mungkin. Kemungkinan kami ke sana sebelum raya,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari pihak MAS di Hotel Marriot di sini hari ini.
Mengenai taklimat tersebut, Md Salim berkata pihak MAS menawarkan empat wakil dari setiap penumpang MH17 untuk ke Amsterdam bagi melihat jenazah mangsa buat kali terakhir sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
“Setiba jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) anggota keluarga diberi pilihan untuk membawa jenazah terus ke tanah perkuburan atau pulang ke rumah untuk saudara mara serta kenalan memberi penghormatan terakhir.
“Dan kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke rumah kami di Muar, Johor terlebih dahulu sebelum dikebumikan,” katanya.
Md Ali anak ke keempat dari lapan adik beradik mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Development Neuropsycho Patology di Erasmus Universiti Rotterdam, Belanda.
Beliau berada dalam Penerbangan MH17 itu, yang terhempas semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Donetsk, Timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 kru. – BERNAMA
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
ReplyDeleteSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.