TOP
Kotak Hitam Akan Diserahkan Kepada Malaysia Malam Ini - Najib
"Kotak hitam akan diserahkan kepada pihak Malaysia malam ini", kata Najib setelah beliau mencapai persetujuan dalam perkara tersebut dalam perbincangan dengan pihak Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa persetujuan berkaitan dengan mayat mangsa nahas MH17 dan kotak hitam telah dicapai.
Dalam satu sidang media khas di kediaman rasminya di Putrajaya tadi, beliau berkata mayat akan diterbangkan kembali ke Amsterdam.
Beliau juga berkata, pada pukul 9 malam (waktu Ukraine), yang kotak hitam akan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.
Dengan pengumuman ini, misteri yang menyelubungi MH17 bakal terjawab. Pihak yang menembak jatuh MH17 akan dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi- SiakapKeli.com
TOP
Guna Simbol ‘Bintang’ Yahudi Sebagai Hiasan Aidilfitri?
'Star of David' atau Bintang David salah satu simbol yang begitu dekat dengan Zionis. Simbol itu boleh dilihat dipakai sebagai rantai oleh Yahudi dan merupakan logo di bendera Israel.
Dalam satu laporan Oh!Media, terdapat satu pasaraya di Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sempena sambutan Hari Raya ini. Pasaraya yang dimaksudkan adalah Megamall Pacific.
Menerusi laporan Oh!Media, agak mengejutkan apabila sebuah pusat pasaraya iaitu Megamall Pacific di Perai, Pulau Pinang menggunakan simbol tersebut sebagai hiasan sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Simbol "Star of David" tersebut juga digunapakai dalam upacara sembahyang Yahudi dan selalu dibawa kemana-mana oleh Rabbi yahudi dan boleh disamakan sebagai salib.
Bagaimanapun mungkin ada kesilapan dalam isu ini kerana lambang Star of David tersebut begitu dekat dengan simbol bintang Rub al-Hizb yang digunakan sebagai penanda bagi penghujung surah dalam penulisan khat.
Harap pihak pasaraya tersebut dapat memberi respon kerana isu-isu seperti ini amatlah sensitif lebih-lebih lagi dibulan puasa dan ketika konflik yang berlaku antara Gaza dan Israel sekarang ini. - SiakapKeli.com

Polis Bekerjasama Dengan KPDNKK Siasat Kes Baju Ada Ayat Suci
Kuala Lumpur, 21 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat peniaga-peniaga yang menjual pakaian bercetak ayat-ayat suci al-Quran.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan akan diambil terhadap peniaga-peniaga yang menjual pakaian seumpama itu mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.
"PDRM dengan kerjasama KPDNKK sedang mengenal pasti beberapa peniaga yang menjual pakaian atau baju yang mempunyai tulisan suci al-Quran.
Tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang ada selepas kita mengenal pasti peniaga yang tidak mematuhi peraturan," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Wanita UMNO dan Pasukan Beruniform yang disempurnakan oleh Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Turut hadir dalam majlis itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Datuk Zaitun Ab Samad.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gambar yang tersebar luas dalam laman sosial Facebook mengenai seorang wanita warganegara Korea yang memakai baju tertera ayat al-Quran dan sedang dimarahi oleh seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang dekat sini .
"PDRM akan menjalankan siasatan dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang," kata beliau. - BERNAMA
TOP
Perlu Bantuan Orang Awam Kesan Pemukul Ini - KPN
Pihak polis ingin meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberikan maklumat berkenaan kes seorang lelaki yang dipercayai memukul seorang lelaki lain dalam satu klip video yang tersebar di laman sosial kebelakangan ini.
Menurut Ketua Polis Negara dalam twitter beliau kes tersebut dilaporkan berlaku pada tahun lalu dan pihak polis telahpun membuka kertas siasatan.
Namun demikian identiti pelaku masih belum dikenal pasti dan bantuan orang ramai adalah diperlukan bagi mengesan lelaki tersebut. (FB PDRM).
Berikut adalah rakaman video asal lelaki yang didakwa memukul pencuri berkenaan :
Harap pihak yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki berkenaan boleh membantu pihak polis untuk siasatan lanjut. - SiakapKeli.com

Penyeludupan Ganja Di Padang Besar Tumpas
PADANG BESAR – Anggota Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) menghalang penyeludupan 128 kilogram ganja bernilai kira-kira RM205,000 di sini minggu lepas.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata rampasan itu yang terbesar setakat ini tahun ini dipercayai didalangi sindiket negara jiran.
Beliau berkata sepasukan anggota PGA yang diketuai Asisten Superitenden Joeking a/l M. Marian Anthony mengesan penyeludupan itu kira-kira 100 meter dari Pos PB29 kira-kira 7.45 malam.
“Dua anggota PGA yang diarah menyiasat ternampak dua lelaki berlari ke kawasan ladang tebu dan terus menghilangkan diri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata setelah diperiksa, ditemui lima guni mengandungi 128 ketul ganja mampat yang setiap ketul seberat kira-kira satu kilogram.
Dalam kes lain, seorang pekerja swasta berumur 31 tahun dari Pulau Pinang ditahan bersama pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai hampir RM250 di pintu keluar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Padang Besar tengah hari semalam. – BERNAMA
TOP
Dua Beradik Cedera Rumah Dijilat Api
IPOH – Dua beradik cedera apabila rumah papan mereka di Taman Sungkai, Sungkai musnah dijilat api tengah malam tadi.
Nur Suzalihatul Fiona Zaipulah Amar, 14, dan kakakanya Nur Nilanina, 15, masing-masing cedera di kaki dan tangan dalam kejadian 12.13 tengah malam itu.
Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Bidor, A.Ravi berkata terdapat lapan penghuni dalam rumah itu yang sempat menyelamatkan diri.
Beliau berkata, punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA
TOP
Polis Rampas Dadah Bernilai RM600,000
Johor Bahru – Polis Johor berjaya merampas sejumlah dadah pelbagai jenis bernilai kira-kira RM600,000 selepas menangkap seorang lelaki berusia 50 tahun dalam satu serbuan di sebuah rumah dekat Taman Sentosa di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis turut merampas wang tunai bernilai RM20,000 dan sebuah kereta jenis Volvo S60 bernilai kira-kira RM30,000 milik suspek.
Katanya, serbuan pada 9.45 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan.
“Hasil pemeriksaan polis berjaya menjumpai dan merampas 1,003 kilogram Syabu, 2,500 biji pil estacy dab 2,950 Estasy yang keseluruhannya bernilai RM600,000.
“Dadah dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan yang mampu digunakan oleh seramai 7,500 penagih dan suspek kini ditahan reman selama seminggu hingga 25 Julai ini untuk siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Beliau berkata, usaha masih dijalankan untuk mengesan rakan jenayah suspek yang lain. – myMetro Online
TOP
SPAD Pantau 2 Kumpulan Pengendali Teksi Haram
JOHOR BAHRU – Dua kumpulan pengendali perkhidmatan teksi yang dipercayai beroperasi secara haram kini dipantau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beroperasi secara tempahan menggunakan aplikasi dalam talian, perkhidmatan teksi yang menggunakan kenderaan persendirian itu dipercayai dikendalikan oleh sesetengah pihak dari luar negara, katanya.
“Perkhidmatan teksi yang mereka berikan ini kononnya mengatasi mana-mana sistem dan mendakwa tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD.
“Kalau mengambil penumpang dan menerima bayaran, ini berada di bawah sistem pengangkutan awam dan tertakluk kepada undang-undang pengangkutan awam darat,” katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengusaha Pengangkutan Awam di sini semalam.
Beliau mengingatkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu bahawa mereka berdepan risiko tiada perlindungan insurans sekiranya teksi yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan.
Sementara itu, Syed Hamid berkata satu skim baharu akan diwujudkan bagi menggantikan Skim Dana Sementara, bertujuan membantu pengendali bas henti-henti di kawasan luar bandar yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi mereka.
Skim baharu itu dijangka dilaksanakan di di Kota Tinggi dan Kluang pada akhir tahun ini sebelum diperluas ke tempat lain, katanya.
Beliau berkata menerusi skim baharu itu pengendali perkhidmatan bas tidak perlu bimbang untuk mengutip bayaran tiket kerana penumpang akan menggunakan kad bayaran yang akan direkodkan sistem berkomputer yang dipasang pada bas terbabit.
“Kita akan semak rekod itu, kemudian membuat bayaran penuh kepada pengendali bas mengikut perjalanan yang dibuat oleh penumpang,” katanya.
Menurut beliau, SPAD yang menerima peruntukan RM400 juta daripada kerajaan telah membantu 150 syarikat bas henti-henti di Semenanjung dan juga termasuk syarikat di Sabah dan Sarawak yang tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD.
Beliau berkata ini merupakan tahun ketiga SPAD melaksanakan skim tersebut. – BERNAMA
TOP
Jerebu: Ketampakan Kurang Jelas Di Selat Melaka
KUALA LUMPUR – Ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Selat Melaka utara kerana jerebu dijangka berterusan sehingga Khamis.
Menurut Jabatan Meteorologi keadaan ini berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.
Selain itu angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 1,472 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah turut dijangka berterusan sehingga Khamis.
Taufan Matmo dikesan pada Latitud 15.2 U dan Longitud 127.6 T dan bergerak ke arah utara dengan kelajuan 15 kilometer sejam.
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 sehingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter turut dikesan di kawasan perairan Palawan, Reef North, Condore dan Layang-layang selain perairan Perlis, Kedah, Phuket dan Kudat, Sabah yang dijangka berterusan sehingga Khamis. – BERNAMA
TOP
Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing
Johan As'ari perjelaskan isu dia dikatakan memegang anjing dan tidak sensitif.
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya. Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untuk menghargai haiwan berkenaan yang sama-sama terlibat dalam penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang berakhir baru-baru ini. "Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepada pejuang kita dalam mengesan penjahat atau penceroboh di dalam hutan demi mempertahankan negara kita. "Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yang saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan," katanya kepada mStar Online.
Johan dikecam teruk oleh peminatnya selepas memuat naik gambar berkenaan.
Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu. Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakan tidak sensitif sehingga menimbulkan perbalahan di antara kalangan peminatnya. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu. Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akan samak seluruh badannya bagi memastikan tiada sebarang keraguan timbul dalam dirinya. "Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam. "Bagaimanapun bagi mengelakkan rasa was-was saya akan memastikan setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akan samak seluruh badan saya," katanya. Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah. "Pada mulanya saya tidak berani untuk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akan berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untuk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi. - mStar.com.my

Gempa bumi 6.2 magnitud gegar timur laut Jepun: USGS
TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegar timur laut Jepun awal pagi tadi, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) , hari ini.
Agensi itu berkata, kejadian berkenaan berlaku pada kira-kira jam 2.32 pagi waktu tempatan di Lautan Pasifik dan pada kedalaman 70 kilometer timur laut Pulau Hokkaido dekat Pulau Kuril yang menjadi perebutan dengan Russia.
Tiada laporan kerosakan diterima selepas kejadian.
USGS pada awalnya merekodkan bacaan pada 6.6 magnitud dan pada kedalaman 60 kilometer.
Pusat gempa adalah hampir dengan wilayah Russia, 94 kiloemeter dari bandar Kuril’isk manakala bandar terdekat Jepun ialah Nemuro kira-kira 291 kilometer dari pusat bencana.
Pulau Kuril sudah menjadi perebutan sekian lama di antara Jepun dan Russia. - AFP
TOP
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sambut Syawal Di Mekah
PETALING JAYA – Pengarah filem Syamsul Yusof, 30, bakal menyamput Aidilfitri bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana, 29, di Mekah dan telah bertolak ke tanah suci itu pada 18 Julai lalu menerusi penerbangan Saudi Airlines.
Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pasangan itu bertolak awal kerana ingin menunaikan Umrah selain ingin merasai 10 Ramadan terakhir di sana.
“Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.
“Sudah alang-alang, mereka juga akan menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana yang berara di Mekah pula,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Datin Patimah berkata dia berasa sedih kerana tahun ini hanya seorang menantunya sahaja iaitu Aeishah Zainal iaitu isteri kepada Syafiq yang ada bersama mereka.
“Ingatkan tahun ini seronoklah sambutan raya kami kerana kehadiran dua menantu dalam keluarga tetapi Sarah dan Syamsul pula tiada.
“Sebagai ibu, pastinya saya berasa sedih, tetapi dalam masa sama tetap gembira dengan keputusan yang mereka buat itu dalam menjadi seorang umat Islam yang lebih baik.
“Jadi kami sekeluarga hanya menyambut Hari Raya ala kadar sahaja. Mujurlah Syafiq dan isteri bersama kami,” ujarnya.
Tambah Datin Patimah, Syamsul dan Sarah hanya akan pulang ke tanah air pada sambutan Aidilfitri yang kelima ini. – mStar Online
TOP
MH17: Pemberontak Donestk seperti sengaja lengah usaha bawa keluar mayat
KIEV: Pemberontak Donestk People's Republic seolah-olah sengaja melengahkan usaha membawa keluar mayat anak kapal dan penumpang pesawat malang, MH17 dengan mewujudkan pelbagai kekangan kepada pasukan penyelamat serta kumpulan penyelamat antarabangsa, termasuk dari Malaysia memasuki lokasi nahas.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyatakan kekecewaan Kerajaan Malaysia berhubung perkara itu, berkata pasukan penyelamat dan kumpulan penyiasat antarabangsa diberikan akses yang amat terhad ke lokasi nahas bagi melaksanakan prosedur berkaitan.
Katanya, tindakan itu secara langsung menganggu kelancaran proses membawa keluar mayat mangsa, selain pengumpulan bahan bukti berkaitan bagi membantu proses siasatan, termasuk oleh kumpulan pakar antarabangsa bertujuan mengenalpasti punca sebenar nahas berkenaan yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah penerbangan dunia.
"Malaysia dengan sokongan seluruh masyarakat antarabangsa menggesa mereka (pemberontak) memberi jaminan keselamatan dan akses menyeluruh kepada pasukan penyiasat, begitu juga kumpulan penyelamat masuk ke tempat kejadian.
"Kita turut menuntut agar mereka menghantar mayat mangsa (ke Kiev) untuk proses pengecaman, seterusnya diuruskan mengikut prosedur sepatutnya, termasuk dihantar pulang ke negara asal untuk disempurnakan," katanya kepada media Malaysia di Hotel President, di sini malam tadi.
Beliau sebelum itu mengikuti taklimat perkembangan terkini misi mencari dan menyelamat (SAR) MH17 oleh Ketua Delegasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar di Hotel President, di sini.
Turut mengiringinya Duta Malaysia Ke Ukraine, Chuah Teong Ban; Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abd Rahman dan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.
Difahamkan, taklimat turut menyentuh pelan tindakan pasukan itu, termasuk prosedur operasi standard (SOP) yang bakal dilaksanakan sebaik mendapat jaminan keselamatan utk memasuki lokasi nahas, kira-kira 800 kilometer dari bandaraya ini.
Sehingga semalam, lebih 196 mayat dikeluarkan dari lokasi nahas, sebelum ditempatkan dalam gerabak dingin beku keretapi yang disediakan Kerajaan Ukraine.
Bagaimananapun, keretapi itu dilaporkan bergerak ke lokasi tidak dinyatakan, namun dipercayai berada di Torez berhampiran lokasi nahas di Grabovo yang dikuasai pemberontak.
Liow ketika mengulas lanjut, berkata pemberontak turut mewujudkan kekangan kepada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), juga pihak ketiga dilantik bagi berunding denhan pemberontak, melakukan penugasan di lokasi tragedi.
"Mereka (OSCE) mahu menghantar 80 petugas masuk lokasi nahas untuk melicinkan operasi di lokasi nahas, namun menghantar hanya empat petugasnya, selain diberikan hanya satu jam untuk berada di kawasan itu," katanya.
Liow berkata, dalam pertemuan bersama beberapa pemimpin tertinggi Ukraine sejurus tiba di bandaraya ini semalam, mereka menyatakan kesukaran dalam mewujudkan koridor selamat di lokasi nahas untuk penugasan pasukan penyiasat dan kumpulan penyelamat antarabangsa.m
"Mereka (Kerajaan Ukraine) menyatakan komitmen untuk membantu kita dalam mengendalikan insiden MH17, namun sukar untuk memberi jaminan keselamatan di lokasi nahas.
"Ini bertambah rumit apabila didapati ada banyak pecahan kumpulan pemberontak di lokasi nahas dan tiada satu ketua yang boleh mengkoordinasi arahan, sekali gus mewujudkan risiko keselamatan kepada pasukan penyiasat dan kumpulan yang mahu memasuki kawasan itu," katanya
Malaysia dan negara lain yang terbabit secara langsung dalam insiden itu turut menyatakan bahan bukti berkaitan, termasuk kotak hitam pesawat dimusnahkan kerana boleh menggangu proses siasatan.
"Kita belum pasti sama ada komponen itu (kotak hitam) sudah ditemui atau sebaliknya. Bagaimanapun, kita menggesa mereka agar menghormati prosedur ditetapkan dan menyerahkannya kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya. - BH Online
TOP
100 penduduk Gaza terkorban dalam serangan darat Israel semalam
BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin dan 13 askar Israel terbunuh apabila tentera Yahudi meningkatkan serangannya di Gaza semalam.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini bagi membincang situasi di Gaza, berikutan permintaan daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada 438 orang, yang tertinggi di Gaza dalam tempoh lima tahun, satu pertiga adalah wanita dan kanak-kanak.
Tentera Israel berkata 13 askarnya terbunuh di Gaza pada hari ketiga serangan darat, menjadikannya 18 sejak operasi darat itu dilancarkan Khamis lalu.
Lewat semalam, sayap bersenjata Hamas mendakwa ia menculik seorang askar Israel, perkembangan yang menggembirakan penduduk Gaza yang meraikannya di jalan raya di bandar raya ini serta bandar raya lain di Tebing Barat.
“Askar Israel, Shaul Aaron kini berada dalam tangan Briged Qassam,” kata jurucakapnya melalui televisyen. - AFP
TOP
MH17: Sky News mohon maaf kerana geledah bagasi
LONDON: Stesen penyiar British, Sky News memohon maaf selepas seorang penyampainya menggeledah bagasi di tapak kejadian pesawat MH17 terhempas ketika lintas langsung, semalam.
Ketika siaran berkenana, penyampai Colin Brazier didapati menyelongkar barang peribadi di dalam sebuah beg pakaian di tapak kejadian sambil mengutip sejambak kunci sebelum berkata: "Kita tidak sepatutnya berbuat begini."
Perbuatan itu mencetuskan kemarahan dalam media sosial termasuk gesaan supaya Brazier dibuang kerja. Selain itu, penyampai BBC, Jacqui Oatley dalam tweetnya berkata, dirinya "hairan" manakala profesor media massa di Universiti Baker, Joe Watson berkata, ia adalah "saat paling teruk bagi kewartawanan." - AFP

Manchester United Ada Banyak Dana Dapatkan Pemain Baharu
NAIB Pengerusi Eksekutif Manchester United, Edward Gareth Woodward menyatakan bahawa pihaknya akan terus mendapatkan pemain baharu pada musim panas ini.
Pasukan dengan gelaran 'The Red Devils' itu dikatakan mempunyai banyak peruntukan malah lebih dari cukup untuk mendapatkan pemain-pemain yang menjadi buruan ramai.
Manchester United nampaknya sudah berhasil apabila mendapatkan Luke Shaw dari Southampton dan pemain warga Sepanyol, Ander Herrera.
Ketika ini, Manchester United disebut-sebut masih memburu pemain-pemain lain seperti Arturo Vidal, Daley Blind, Thomas Vermaelen, malah turut melibatkan Stefan De Vrij.
"Tidak ada anggaran yang ditetapkan. Sumber kewangan kami begitu kukuh. Kami mempunyai dana lebih dari cukup," kata Edward Gareth Woodward.
"Louis van Gaal adalah individu yang melakukan penilaian mengenai sasaran seperti apa yang telah dirancangkan dan kami akan terus melakukan rundingan, jadi banyak perkara yang berlaku bagi pihak dalaman. Kami akan terus melangkah maju bagi mendapatkan sasaran yang ditetapkan," katanya.
"Saya memiliki banyak pengalaman untuk mengadakan rundingan bersama ejen-ejen dan pemain-pemain, Kami secara jelas masih memiliki daya penarik yang amat besar bagi bintang sepak bola di seluruh dunia. Tidak perlu dipersoalkan mengenai perkara itu," tambahnya. - mStar.com.my
TOP
Nahas MH17: 20 Keluarga Maut Sekaligus
PETALING JAYA:Kisah senarai penumpang MH17 begitu menyayat hati apabila lebih 20 keluarga maut dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.
Dua keluarga enam beranak berasal dari Belanda dan Malaysia antara mangsa nahas itu, manakala terdapat keluarga yang mempunyai lima, empat dan tiga ahli yang turut maut.
Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak, sekurang-kurangnya 20 daripada mereka berusia di bawah 12 tahun.
Sejumlah remaja turut maut bersama pasangan yang kembali dari bercuti malah ada yang baharu sahaja menaiki pesawat itu bagi memulakan percutian.
Jinte Wals, 15, begitu teruja dengan rancangan percutian di Malaysia, dengan menulisnya di Twitter mengenai perkara itu sejam sebelum penerbangannya berlepas dari Amsterdam.
Dia meninggal dunia bersama bapanya Jeroen yang gemar berbasikal, ibunya Nicole, dan adik-beradik Brett, 17, Amel, 12, dan Solenn yang berusia sembilan tahun.
“Over uurtje in t vliegtuig naar Maleisië ! (Saya akan berada di udara untuk ke Malaysia dalam sejam lagi!)," katanya di Twitter pada Khamis, yang merupakan tulisan Twitternya buat kali terakhir.
Keluarga Wals berasal dari sebuah pekan kecil Neerkant di Belanda.
Jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan keluarga itu memberitahu sebuah akhbar Belanda, Algemeen Dagblad bahawa mereka tidak mempercayai keluarga enam beranak itu maut dalam nahas itu.
"Ia amat mendukacitakan. Kami tidak dapat lagi melihat Jeroen berbasikal bersama anak perempuannya," kata Nel dan Ton Winkelmolen kepada akhbar harian itu.
Mereka yang lain turut terbunuh ialah keluarga dari Malaysia, Tambi Jiee, bersama isterinya, Ariza Ghazalee, 47, dan empat anak mereka iaitu Mohd Afif (19), Mohd Afzal (17), Marsha Azmeena (15), dan Mohd Afruz (13), mahu pulang ke tanah air selepas tiga tahun berada di Kazakhstan.
Keluarga lima beranak yang maut termasuk warga Belanda, Johannes van den Hende, bersama isterinya rakyat Malaysia, Shaliza Dewa dan anak-anak mereka, Piers (15), Marnix (12) dan Margaux (lapan).
Keluarga itu dalam penerbangan pulang ke kediaman mereka di Melborune selepas bercuti.
Peguam, John Allen, dan isterinya warga Belanda, Sandra Martens dan anak lelakinya, Christopher (16), Julian (14) dan Ian (lapan) dilaporkan dalam perjalanan untuk bercuti di Indonesia.
Percutian itu diakhiri dengan tragedi selepas pesawat MH17 terhempas di ladang bunga matahari di Grabovo, Ukraine.
Charles Smallenburg dari Hilversum, dan isterinya, Therese, bersama anak perempuan mereka, Carlijn dan anak lelakinya, Werther maut dalam nahas itu dalam perjalanan mereka ke Malaysia untuk bercuti sempena musim panas.
Robert Van Keulen, dan isterinya, Caroline, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Allard (16) dan Joroen (15) dalam perjalanan ke Borneo, yang akan bermalam di Kuala Lumpur terlebih dahulu.
Antara lain yang turut dalam perjalanan ke Borneo ialah Peter Essers, bersama isterinya, Jolette Nuesink, dan anak-anaknya, Emma (20) dan Valentijn (17).
Pasport milik Nuesink merupakan yang pertama ditemui di lokasi nahas dan gambarnya tersebar meluas di Internet.
Ramai lagi keluarga turut maut dalam tragedi itu, termasuk warga Belanda Paul Goes yang bekerja di Shah Alam, bersama isterinya rakyat Malaysia, Shuba Jaya dan anak perempuan mereka, Kaela yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran kedua tidak lama lagi.
Emile van Muijlwijk yang bertugas sebagai pengurus logistik di Singapura maut bersama isterinya warga Indonesia, Vickiline Kardia dan anak perempuan mereka, Adinda.
Johnny Paulissen, isterinya, Yuli Hastini dan anak-anak mereka, Martin (lima) dan Sri (tiga) turut terbunuh. Ini termasuk pasangan Oscar Kotte dan Miranda bersama anak lelaki mereka, Remco yang berusia enam tahun.
Antara lain yang turut terbunuh adalah tiga beradik Maslin, Mo (12), Evie (10) dan Otis (lapan) yang dalam perjalanan pulang dari Amsterdam ke Perth bersama datuk mereka, Nicoll Norris.
Media Belanda, Thuis In het Nieuws melaporkan bahawa tujuh dari dua keluarga di bandar Rosmalen di selatan Belanda maut dalam nahas itu. Kedua-dua keluarga itu merupakan rakan rapat.
Leon Wels dan isterinya Conny (Cornelia) dilaporkan menaiki pesawat itu bersama anak lelaki mereka, Sem yang berusia 10 tahun manakala Remco Trugg dan isterinya, Yvonne bersama kedua-dua anak perempuan mereka, Tess (10) dan Liv (tujuh) juga merupakan antara keluarga yang terbunuh dalam nahas MH17. - mStar.com.my
TOP
Penunjuk perasaan di Jordan bakar bendera Israel dan gesa Hamas tingkat serangan roket
Gambar hiasan
AMMAN: Beratus-ratus penunjuk perasaan Jordan membakar bendera Israel di sini semalam dan menggesa Hamas meningkatkan serangan roket terhadap bandar Yahudi berkenaan bagi membalas kematian orang awam yang dilakukan tentera Zionis itu. Penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Matilah Israel’ berdekatan kedutaan Israel di Rabia, sebuah kawasan mewah di Amman. Ia adalah tunjuk perasaan terbesar yang mempamerkan kemarahan yang amat sangat terhadap Israel sejak beberapa tahun lalu. Beratus-ratus masjid di Jordan juga mengadakan solat untuk mereka yang terkorban, dan penunjuk perasaan melaungkan slogan bagi menyokong perjuangan jihad Hamas dalam pengumpulan lebih kecil di Amman dan bandar lain. “O...Hamas...Roket anda mmebuatkan kami berani...serang lagi dan lagi terhadap Ashkelon dan Tel Aviv,” laung sekumpulan remaja yang marah serta membawah bendera palestin. “O Hamas, anda adalah senjata dan kami peluru anda”, laung sekumpulan remaja berjambang yang memakai lilitan hijau di kepala yang lazimnya dipakai oleh Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas. Sebahagian besar daripada tujuh juta warga Jordan adalah daripada keturunan Palestin, mereka atau ibu bapa mereka disingkir atau melarikan diri ke Jordan dalam pertempuran yang menjurus kepada pembentukan Israel pada 1948. Hamas juga mempunyai pengikut ramai dalam kalangan hampir dua juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Reuters

Bimbang MH17 jadi ‘kambing hitam'
ALOR SETAR - Konflik dunia sememangnya sukar ditafsirkan dengan pandangan biasa kerana ia sesuatu yang rumit, terutama apabila melibatkan kuasa besar yang seolah-olah berperanan sebagai tangan-tangan ghaib.
Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, walau apa sekalipun bentuk krisis dunia itu, ia tetap tidak boleh melibatkan orang awam dan sekiranya berlaku, ia sesuatu yang serius dan melampau.
“Tidak mustahil krisis Rusia-Ukraine itu diambil kesempatan oleh negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia untuk kepentingan mereka,” katanya.
Menurutnya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan ada pihak sengaja menggunakan isu terbabit bagi mengalihkan tumpuan dunia terhadap isu umat Islam yang ditindas di Palestin.
“Tidak kira pihak mana yang melakukan serangan itu, mereka tidak boleh menjadikan orang awam sebagai korban. MH17 tidak boleh dijadikan kambing hitam dalam krisis dunia melibatkan kuasa-kuasa besar,” katanya.
Ahmad berkata, pelbagai andaian dan tafsiran kini berlegar terutama di laman sosial, namun beliau menasihati orang ramai termasuk ahli keluarga mangsa supaya tidak menerima maklumat itu bulat-bulat.
“Terlalu banyak maklumat tidak tepat disebarkan melalui laman sosial dan blog, seeloknya rujuk hanya kepada sumber sahih,” katanya.
Mengulas mengenai nahas yang mengejutkan dunia itu, Ahmad yang juga Adun Alor Mengkudu berkata, semua pihak tanpa mengira latar belakang wajar bersatu menangani krisis itu.
“Pas Kedah turut menunjukkan komitmen pada arahan Perdana Menteri yang meminta bendera dikibar separuh tiang untuk menzahirkan dukacita dengan nahas itu. Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar telah mengarahkan semua pejabat Pas kawasan berbuat demikian,” katanya.
Tambahnya, ini menunjukkan kesepakatan dalam isu MH17 dan tidak semua isu akan dibangkang oleh pembangkang.
“Isu MH17 melangkaui parti. Ini bukan masa untuk bertelagah sebaliknya bekerjasama. Diharap kerajaan akan telus dalam menyalurkan maklumat berkaitan perkembangan MH17 dan tidak menyembunyikan fakta yang diperoleh,” katanya.
Ahmad turut meminta keluarga mangsa terus bersabar dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menguruskan kes tersebut di peringkat antarabangsa.
“Pas Kedah mengutuk tindakan pembunuhan beramai ramai ini, diharap pelakunya menerima hukuman atas apa yang telah berlaku,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
15 askar rejim Zionis maut
Israel berterusan membedil Genting Gaza dari kedudukan mereka di sempadan.- Foto AFP
GENTING GAZA - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 15 askar rejim Zionis maut dalam insiden pertempuran dengan sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam.
Kelmarin, jurucakap al-Qassam mengesahkan kesemua askar Israel itu dibunuh selepas Hamas berjaya menyusup masuk ke wilayah Eshkol melalui terowong bawah tanah di sempadan.
"Tiga kenderaan milik mereka juga telah diletupkan oleh unit khas kami yang terdiri daripada 12 pejuang Hamas," katanya.
Dalam kejadian berasingan di bandar Dimona dekat gurun Negev, seorang lagi askar Israel turut ditembak mati.
Sementara itu, tentera Israel melaporkan angka kematian daripada operasi yang dilancarkan Hamas itu hanya dua orang. - Press TV
TOP
Suruhanjaya Ukraine Dakwa Tidak Tahu Lokasi Kotak Hitam
KUALA LUMPUR – Wakil Suruhanjaya Negara Ukraine bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, tidak tahu lokasi kotak hitam pesawat itu, menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Krisis Media Ukraine, semalam.
Menurut kenyataan itu, bagaimanapun disyaki kotak hitam itu mungkin berada dalam tangan puak pemisah. Sementara itu, Naib Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman dalam kenyataan berkata 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan.
Bagaimanapun, mereka melakukan kerja itu di bawah kawalan ketat pasukan puak pemisah bersenjata, kata Groysman, yang mengetuai Suruhanjaya Negara bagi Penyiasatan berhubung keadaan yang membawa kepada MH17 terhempas.
“Setakat hari ini (Ahad) kami berjaya mengumpulkan dan menempatkan 192 mayat dan lapan bahagian tubuh mangsa penerbangan MH17 di dalam tren khas. Tren ini berada di Torez, dan ia dikunci,” katanya.
Penerbangan MH17 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada Khamis.
Pesawat itu membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di timur Ukraine.
Grosyman berkata mereka telah selesai menjalankan tugas itu pada pagi Ahad, dan bagaimanapun, sehingga Ahad malam, tren itu masih belum beredar dari stesen kerana kumpulan uak pemisah menghalang jalan.
“Kami sedang berunding dengan mereka berhubung penghantaran mayat mangsa,” katanya.
Grosyman berkata selain itu, dalam beberapa jam lepas, 27 mayat dan 20 bahagian tubuh badan manusia dijumpai dan masih berada di tapak kejadian.
“Saya percaya untuk mencari mayat setiap orang yang tidak bersalah dan terbunuh menjadi tugas utama kami,” katanya.
Berhubung pakar teknikal dan pakar dari pelbagai negara yang bersedia menyertai penyiasatan di tapak nahas, Grosyman berkata isu utama adalah memastikan keselamatan mereka terjamin.
“Malangnya, kami tidak dapat memastikan keselamatan mereka pada ketika ini, dan kerajaan Persekutuan Rusia, disebalik diminta banyak kali, tidak memikul sebarang tanggungjawab itu dan tidak dapat memberikan jaminan.
“Oleh itu, keputusan untuk hadir di tapak pesawat itu terhempas menjadi hak pakar-pakar sahaja dan juga negara masing-masing. Kami, dalam pada itu, bersedia menyediakan kemudahan pesawat dan menghantar mereka ke kawasan selamat paling hampir pada bila-bila masa,” katanya.
Berhubung ketibaan anggota keluarga mangsa di Ukraine, beliau berkata tiada maklumat rasmi pada ketika ini dan Kementerian Luar Ukraine akan menyelaraskan proses itu berdasarkan permintaan dan dengan kerjasama kedutaan negara masing-masing.
Sementara itu, jurucakap misi pemantauan khas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di Ukraine, Michael Bociurkiw, berkata beliau dimaklumkan sebanyak 167 mayat disimpan dalam tren berhawa dingin di stesen kereta api di bandar Torez.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jumlahnya atau sama ada mayat berkenaan sebenarnya dibawa dari tapak nahas.
Katanya berdasarkan perbualan dengan puak pemisah proRusia, tren kreta api itu akan dibiarkan menunggu di situ sehingga ketibaan pakar-pakar antarabangsa dan pada ketika itu sahaja akan diputuskan untuk dibawa ke mana.
Bociurkiw dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh Pusat Krisis Media Ukraine juga berkata tren itu kemungkinan akhirnya akan dibawa ke kawasan dikawal kerajaan Ukraine, dan ketika ini ia dikawal 24 jam oleh puak pemisah.
Beliau juga berkata berdasarkan pemantauan mereka pada Ahad, petugas mencari dan menyelamat telah mengambil alih tugas sukar dan rumit mencari mayat dan bahagian tubuh mangsa dalam serpihan pesawat yang berkecai itu.
Pasukan 24 anggota misi pemantauan khas OSCE merupakan yang pertama tiba di tapak nahas MH17 itu pada Jumaat lepas dan dikawal ketat oleh puak pemisah pro-Rusia yang bersenjata. – BERNAMA
TOP
Takziah Daripada Rakyat Ukraine Di Kedutaan Malaysia
KIEV – Rakyat Ukraine menyampaikan ucapan takziah di pejabat Kedutaan Malaysia di sini berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.
Mereka bertali-arus meletak jambangan bunga, kad, lilin malah patung anak beruang sejak dari pagi hingga ke malam di dinding kedutaan.
Kad ucapan kebanyakannya ditulis dalam bahasa Ukraine. Ada yang ditulis ‘Ukraine is praying with you’.
Duta Malaysia di Ukraine, Chuah Teong Ban memberitahu Bernama orang ramai datang seawal 7 pagi di kedutaan yang terletak di Buslivska Street.
“Sesetenghnya berdiri bertafakur selama setengah jam sementara sesetengah yang lain membaca doa,” katanya.
Pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Media asing melaporkan pesawat telah ditembak tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Dalang Sindiket Poligami Akan Didakwa
ALOR SETAR – Individu dipercayai terlibat dengan sindiket nikah poligami ekspres dekat Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu kemungkinan akan didakwa di Mahkamah Syariah, selepas Aidilfitri.
Difahamkan, beberapa individu termasuk pasangan terlibat akan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes tersebut.
Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, siasatan berhubung kes tersebut kini dalam peringkat akhir.
“Kertas siasatan berhubung sindiket ini sudah hampir siap sepenuhnya dan kita sedang menyemak semula beberapa perkara sebelum dia didakwa di mahkamah.
“Kita tidak tahu bila individu terbabit akan didakwa, tetapi saya tidak tolak kemungkinan selepas Aidilfitri. Bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, pasangan yang dipercayai terlibat dengan sindiket terbabit juga telah memberi kerjasama baik kepada Jaik.
“Kita akan teruskan siasatan ini dari masa ke semasa dan pasangan berkenaan juga akan dipanggil sebagai saksi,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian mendedahkan khidmat sindiket nikah poligami ekspres yang menyediakan pakej lengkap termasuk sijil nikah menyerupai Jaik boleh dilakukan tanpa kehadiran wali.
Menurut laporan itu, sindiket berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran serendah RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami secara rahsia.
Lebih mengejutkan apabila sindiket terbabit dipercayai didalangi jawatankuasa sebuah masjid di Kuala Kedah dan orang dalam Jaik.
Selain menawarkan perkhidmatan poligami mudah, mereka juga mengeluarkan sijil nikah yang sah. – Sinar Harian
TOP
Biar Pengundi Tentukan Nasib Saya – Kata Jerip
KUCHING – Menteri Muda Kesihatan Awam Negeri Datuk Dr Jerip Susil akan membiarkan pengundi memutuskan pilihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
Beliau berkata kerusi DUN Bengoh, yang disandangnya itu, sama ada akan ditawarkan kepada parti politik terbaru, Parti Rakyat Bersatu (UPP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) atau Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada pilihan raya 2016 nanti.
Jerip berkata beliau dan tiga lagi wakil rakyat lain telah memutuskan untuk menyertai TERAS tetapi kemudian menyertai UPP selepas diipecat daripada SUPP.
Tiga lagi wakil rakyat yang menyertai UPP ialah Datuk Seri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan), Ranum Mina (Opar) dan ADUN Engkilili, Datuk Johnical Rayong Ngipa.
Jerip berkata selepas seketika bersama TERAS dan setelah menilai situasi politik semasa di negeri itu, mereka mengambil keputusan untuk menyertai UPP.
Beliau berkata mereka telah berbincang dengan pemimpin TERAS, Tan Sri William Mawan dan persetujuan dicapai bahawa wakil rakyat yang dipecat daripada SPDP kekal dalam TERAS dan mereka yang dipecat daripada SUPP menyertai UPP.
“Kedua-dua UPP dan TERAS adalah mesra Barisan Nasional (BN) dan itu sebab mengapa kita semua masih wakil BN dan mengekalkan jawatan dalam Kabinet,” katanya pada majlis penyampaian hadiah Sukan Rakyat 1Malaysia di Dewan Komuniti Kampung Rejol, Skim Penempatan Empangan Bengoh, dekat sini, Sabtu malam.
Jerip berkata mereka telah berunding dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan beliau sebagai ketua menteri dan pengerusi BN negeri.
Justeru, beliau menasihatkan pengundi supaya tidak mempercayai propaganda yang mereka tidak lagi mewakili BN.
Katanya UPP dan TERAS akan memohon untuk menjadi anggota BN supaya mereka boleh terus berkhidmat dengan berkesan sebagai wakil BN. – BERNAMA
TOP
JPJ Berada Di 112 Lokasi Seluruh Negara
SUNGAI PETANI – Sebanyak 112 lokasi di jalan persekutuan seluruh negara akan dipantau anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena kempen keselamatan jalan raya menjelang sambutan Aidilfitri akhir bulan ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata anggota JPJ akan ditempatkan di setiap 30 kilometer bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan sekali gus mengelakkan kemalangan.
“Anggota JPJ ini ditempatkan untuk memerhati dan sebagai peringatan kepada pengguna agar mematuhi peraturan jalan raya, tidak memandu dengan laju, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit dan sebagainya.
“Selain jalan persekutuan, anggota JPJ dengan bantuan 500 Skuad Muda JPJ akan ditempatkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan dan akan memeriksa bas ekspres, bas persiaran dan bas tambahan yang berhenti di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Petani Selatan, di sini semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan R&R akan melibatkan tayar dan brek kenderaan, selain memastikan setiap bas mempunyai dua pemandu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.
“Kempen keselamatan jalan raya yang bermula esok (hari ini) sehingga 5 Ogos nanti, juga akan lebih tertumpu di depot bas di seluruh negara, dan hanya bas yang menepati syarat ditetapkan sahaja yang dibenarkan keluar dari depot.
“Sebanyak 31 terminal bas terpilih di seluruh negara juga akan ditempatkan anggota kita bersama-sama kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tujuan pemeriksaan air kencing terhadap pemandu bas,” kata Ismail.
Berhubung statistik kemalangan pada tahun lalu, beliau berkata penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang utama kadar kematian di jalan raya iaitu sebanyak 61 peratus daripada 6,915 mangsa kemalangan maut. – BERNAMA
TOP
Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sambut Syawal Di Mekah
PETALING JAYA – Pengarah filem Syamsul Yusof, 30, bakal menyamput Aidilfitri bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana, 29, di Mekah dan telah bertolak ke tanah suci itu pada 18 Julai lalu menerusi penerbangan Saudi Airlines.
Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pasangan itu bertolak awal kerana ingin menunaikan Umrah selain ingin merasai 10 Ramadan terakhir di sana.
“Alhamdulillah Syamsul dan Liyana sudah pun berada di Mekah bagi mendapat keberkatan 10 Ramadan terakhir dan turut menunaikan Umrah.
“Sudah alang-alang, mereka juga akan menyambut Aidilfitri di sana bagi merasai suasana yang berara di Mekah pula,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Datin Patimah berkata dia berasa sedih kerana tahun ini hanya seorang menantunya sahaja iaitu Aeishah Zainal iaitu isteri kepada Syafiq yang ada bersama mereka.
“Ingatkan tahun ini seronoklah sambutan raya kami kerana kehadiran dua menantu dalam keluarga tetapi Sarah dan Syamsul pula tiada.
“Sebagai ibu, pastinya saya berasa sedih, tetapi dalam masa sama tetap gembira dengan keputusan yang mereka buat itu dalam menjadi seorang umat Islam yang lebih baik.
“Jadi kami sekeluarga hanya menyambut Hari Raya ala kadar sahaja. Mujurlah Syafiq dan isteri bersama kami,” ujarnya.
Tambah Datin Patimah, Syamsul dan Sarah hanya akan pulang ke tanah air pada sambutan Aidilfitri yang kelima ini. – mStar Online
TOP
MUTAKHIR Awie dapat hak jagaan sementara tiga anak
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapat hak jagaan sementara (interim) terhadap tiga anaknya bersama isteri, Rozana Misbun, 36.
Selain itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,46, turut mendapat perintah injuksi (tegahan) menghalang Rozana daripada mendekati dirinya dan juga anak-anak dalam apa jua cara sekali pun, termasuk melalui media cetak dan elektronik.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili penyanyi itu ketika ditemui selepas perjumpaan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Nassir Abdul Aziz di dalam kamarnya.
Awie hadir ke mahkamah manakala, Rozana tidak hadir. - BH Online
TOP
Dunga Dijangka Dilantik Jurulatih Brazil
RIO DE JANEIRO – Bekas kapten Brazil, Dunga dijangka dilantik sebagai jurulatih kebangsaan Selecao buat kali kedua bagi menggantikan Luiz Felipe Scolari, lapor akhbar negara itu, Globo.
Kesatuan Bola Sepak Brazil (CBF) dikatakan merancang untuk membuat pengumuman minggu lalu namun bertindak merombak jawatankuasa teknikalnya terlebih dulu yang kini diketuai bekas penjaga gol, Gilmar.
CBF sebelum ini dijangka menamakan bekas jurulatih Corinthians, Tite bagi menjawat jawatan itu namun laporan media mengatakan badan induk itu mengubah pendirian untuk melantik Dunga sekalipun bintang itu pernah dipecat pada kali pertama pada 2010.
Globo turut melaporkan Dunga kemungkinan melantik Jorginho, rakan sepasukannya dan Gilmar ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat sebagai orang kanannya.
Agensi media terbesar di Brazil itu turut melaporkan Dunga, 50 menerima tawaran cukup lumayan daripada Venezuela yang beraksi baik pada Copa Amerika 2011 untuk memburu kelayakan Piala Dunia pertama di Russia pada 2018 namun menolaknya.
Dunga sebelum ini dipecat selepas kekalahan suku akhir kepada Belanda pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Begitupun di laman sendiri tahun ini, Brazil mencatat aib apabila tumbang 7-1 kepada Jerman di separuh akhir yang pantas menerima kritikan dan mengorbankan Scolari dan barisan kejurulatihannya.
Selepas Dunga dipecat, Brazil menamakan Mano Menezes sebelum digantikan Scolari yang diharap dapat mengembalikan kejayaan 2002 di Korea Selatan dan Jepun namun gagal sekalipun menjuarai Piala Konfederasi, tahun lalu.
Ketika kali pertama mengemudi Brazil, Dunga merekod 42 kemenangan, 12 seri dan enam kekalahan daripada 60 perlawanan. – AFP
TOP
Macam mana saya mahu menulis jika tiga jari saya dipotong - Norhakime
Johor Bahru: “Macam mana saya mahu menulis jika tiga jari saya dipotong?” tanya Norhakime Rozan, 12, selepas diberitahu tiga jarinya terpaksa dipotong berikutan cedera teruk akibat letupan mercun bola.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu terpaksa kehilangan jari manis tangan kanannya selepas mercun dimainkannya meletup di belakang rumah terletak di Senai di sini, jam 10 malam Jumaat lalu.
Norhakime berkata, dua lagi jarinya terpaksa dipotong selepas doktor yang membuat pemeriksaan semalam memberitahu ia sukar diselamatkan.
“Buat masa ini doktor cuba masukkan tiub pada jari telunjuk dan tengah. Namun, sekiranya esok (hari ini) jari saya masih lebam dan darah tidak mengalir, ia mesti dipotong juga.
“Saya sedih. Jika hilang satu jari mungkin saya masih boleh menulis. Tetapi macam mana jika dua lagi jari turut dipotong?” katanya ketika ditemui di Wad Kanak-kanak, Hospital Sultanah Aminah di sini, semalam. - myMetro
TOP
Neelofa Berubah Ikhlas, Bukan Ustazah Segera
HATINYA lebih gembira dan jiwanya tenang tatkala bertekad mengenakan hijab beberapa minggu lalu. Bagi Neelofa Mohd Noor, keputusan berhijab bukan satu perkara main-main sebaliknya dilakukan dengan ikhlas dari hati.
Paling dirasai saat melihat cara orang luar memandang dirinya sejak berhijab. Pandangan mata mereka lebih ikhlas dan tidak lagi ‘jahat’ seperti memandangnya dengan pakaian seksi sebelum ini.
“Orang (peminat) makin menghormati diri saya. Itu memang benar sejak saya berhijab mereka menegur saya dengan baik sekali. Tak lagi seperti dulu apabila lebih tertarik melihat saya mendedahkan aurat dan berpakaian seksi.
“Paling tidak saya tahu perubahan yang berlaku ini memberikan kebaikan kepada saya sendiri. Kehidupan saya semakin lengkap dan itu sudah cukup membahagiakan saya," jelas Neelofa.
Pun begitu dia kurang senang andai ada pihak yang menganggap perubahan yang dilakukan ini akan menjadikan dirinya sebagai ‘ustazah segera’ seperti yang berlaku kepada sesetengah selebriti.
Bagi Neelofa perubahan ini bukan untuk menjadikan dirinya ‘serba tahu’ dalam segala hal sebaliknya dia masih lagi belajar hal-hal berkaitan dengan agama untuk memantapkan akidahnya.
“Apabila berhijab tak semestinya saya kena menjadi ‘ustazah segera’ sedangkan masih banyak lagi hal-hal agama yang perlu saya pelajari dan dalami.
“Saya tak mahu menjadikan perubahan ini sebagai sesuatu yang drastik tapi cukuplah kalau saya belajar perlahan-lahan dan pada masa yang sama membawa manfaat kepada diri saya dan orang lain," tegas Neelofa lagi.
Buat masa ini Neelofa sedang mendalami ilmu tafsir al-Quran, sirah dan hadis melalui beberapa kelas intensif yang dihadirinya sejak beberapa tahun yang lalu.
Untuk kelas mengaji al-Quran pula, keluarganya ada menyediakan seorang ustaz sejak dia masih kecil yang hadir ke rumah untuk membimbing dia dan adik beradik yang lain. - Utusan
TOP
KPDNKK jamin bekalan minyak masak mencukupi pada musim perayaan
BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan bekalan minyak masak adalah mencukupi di seluruh negara sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan bahan mentah itu mencukupi untuk kegunaan pada hari raya nanti.
"KPDNKK juga ada menambah 10 peratus lagi bekalan minyak masak kepada pemborong sebagai persediaan sempena musim perayaan ini.
Waktu mula-mula Ramadan dulu ada belian panik itu yang tidak cukup tetapi masalah dapat diatasi dan bekalan adalah mencukupi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pemborong Ban Chuan Huat Sdn Bhd di sini hari ini.
Sementara itu dalam lawatannya ke Pasar Awam Bagan Ajam pagi tadi beliau mahu kerjasama orang ramai untuk membuat pemantauan harga bagi 18 barangan terkawal sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Beliau berkata kerjasama itu penting dalam usaha kementerian untuk memastikan tidak ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Skim kawalan harga ini berlangsung selama 17 hari bermula semalam dan berakhir 5 Ogos depan, jadi kita mahu kerjasama orang ramai juga untuk melaporkan sekiranya terdapat peniaga-peniaga yang engkar," katanya yang turut melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SKHMPHRP).
Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri membabitkan 18 barangan, diwujudkan sejak tahun 2002 dan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bertujuan sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan pada musim perayaan.
Antara barangan berkenaan adalah ayam, daging lembu tempatan dan import, cili merah, tomato, bawang kecil, bawang besar, bawang putih, kentang dan kelapa. - BERNAMA
TOP
Bertudung Bukan Kerana Trend - Ziana Zain
RAMAI yang melahirkan rasa gembira apabila diva popular tanah air, Ziana Zain kini tampil anggun dengan imej berhijab.
Keputusan itu dibuat oleh Ziana ketika seluruh umat Islam di dunia sedang menikmati kemuliaan bulan Ramadan yang lazimnya sinonim dengan bulan ibadah.
Ada yang beranggapan, Ziana berhijab kerana trend, tak kurang juga ada yang mendakwa penyanyi itu bertudung cuma di bulan Ramadan sahaja.
Biar apapun dakwaan yang dikeluarkan, Ziana pastinya mempunyai alasan dan pendiriannya yang tersendiri berhubung hal itu.
Pancaindera menghubungi penyanyi terkenal ini untuk mendapatkan pandangan dan komen peribadinya.
Ada yang mendakwa Ziana memakai tudung bukanlah dengan kerelaan hati sebaliknya kerana anak-anak yang minta. Boleh komen hal ini?
Benar, pernah anak-anak saya menyuarakan hasrat mereka supaya saya berhijab. Apatah lagi mereka sudah besar dan bersekolah di sekolah agama. Namun ingin saya katakan bukan kerana mereka paksa baru saya nak pakai sebaliknya kerelaan ini datang dari hati saya sendiri.
Tiada desakan sesiapa? Daripada suami misalnya?
Tidak. Sepanjang saya berumahtangga, suami tidak pernah memaksa saya untuk tujuan ini. Cuma ya, dia ada memberitahu bahawa adalah tanggungjawab dia untuk memikul dosa isteri. Dia minta saya faham keadaan itu dan menyerahkan kepada saya apa yang perlu saya buat. Tetapi dia tak paksa.
Sudah lama simpan hasrat untuk berhijab?
Sebenarnya sudah lama. Dulu pun saya selalu saja beli tudung tapi saya simpan, tunggu masa yang sesuai untuk dipakai. Saya suka imej hijab. Alhamdulillah apabila sudah terbuka pintu hati, saya amat bersyukur.
Risau tak apabila ada andaian yang mengatakan berhijab membataskan aktiviti seni dan hiburan seseorang artis?
Tidak timbul soal itu. Patutnya kita risau apabila kita tak buat apa yang Tuhan suruh. Jangan disempitkan fikiran dan anggap bahawa bertudung membataskan aktiviti seni saya sebagai artis. Tidak. Kita kena reda dan saya percaya apabila reda segala perjalanan yang kita buat akan lancar dan dipermudahkan. Insya-Allah.
Apa pandangan Ziana bila sekarang ini ramai artis bertudung dan orang kaitkannya dengan trend?
Kesedaran setiap orang berbeza-beza. Kebetulan ramai yang sudah berhijab dan ini satu perkara yang positif. Saya berhijab bukan kerana trend tetapi kerana sudah tiba waktunya untuk saya lakukan. Bila pintu hati terbuka dan sekarang saya berhijab, saya tak rasa beban malah rasa seronok dan selamat selain orang lebih menghormati diri saya. Tuhan tahu apa yang diaturkan untuk kita maka kita sebagai manusia kena terima segala ketentuan itu dengan reda.
Jadi anda memang tak bimbang imej ini akan membataskan kerjaya sebagai seorang artis?
Kerja adalah kerja. Penampilan adalah penampilan. Lagipun saya percaya selagi ada rezeki Tuhan nak beri, saya akan terima. Paling saya terharu, rupanya ramai peminat saya yang menunggu saya untuk tampil bertudung. Apabila mereka dapat tahu saya bertudung, tak putus- putus saya terima ucapan tahniah atas perubahan saya. Mereka selama ini mendoakan saya. Ada yang menangis. Menangis gembira untuk saya. Alhamdulillah dan saya bersyukur sekali.
Apa reaksi anak apabila anda sudah sepenuhnya berhijab?
Mereka cuma senyum sahaja. Iyalah... mungkin mereka tak pandai nak nyatakan dengan perkataan. Senyuman sahaja sudah cukup membuktikan yang mereka senang dengan imej baru ibu mereka. - Utusan

Selfie Terakhir Ibu Dan Anak sebelum MH17 Terhempas
Petra Langeveld dan Gary Slok sebelum MH17 berlepas dari Amsterdam.
Mangsa nahas MH17, Petra Langeveld dan anaknya, Gary Slok sempat mengambil 'selfie yang terakhir' sebelum nahas terbabit berlaku. Mangsa yang juga warga Belanda merakam gambar selfie terseut sebelum MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam lalu Gary,15 tahun berkongsi gambar tersebut di laman social miliknya. Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti selama beberapa hari di sana. - SiakapKeli.com

Tersangkut Celah Parit Selamat Telefon Bimbit
London – Seorang remaja perempuan berdepan situasi mencemaskan apabila cuba menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam parit besar.
Telefon bimbit Ella-Anne Birchenough, 16, tercicir dalam parit berhampiran rumahnya di Dover, Kent.
Dia kemudian cuba mengambil alat itu, namun tersangkut dan menghubungi ibunya Joanne Birchenough, untuk mendapatkan bantuan.
Joanne yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menghubungi bomba yang mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne.
Menceritakan kejadian itu, Ella-Anne berkata, telefon itu terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Saya terfikir ‘tidak mungkin saya akan membiarkannya di situ’ sebelum terus terjun mengambilnya,” katanya.- myMetro
TOP
Penyelamat Jumpa 251 Mayat Di Tempat Kejadian
KIEV – Pasukan penyelamat menjumpai 251 mayat dan 86 cebisan daging sehingga petang semalam di tempat kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia terhempas dan sebuah kereta api dengan gerabak dingin sudah tiba untuk mengambil mayat berkenaan.
Dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang menyiasat bencana itu berkata kereta api pertama yang dimuatkan dengan mayat hampir 200 mangsa kini tersangkut di stesen bandar Torez kerana pihak pengganas menghalang jalan keluar. – Reuters
TOP
Boleh Buat Solat Jenazah Ghaib Jika Perlu
ALOR SETAR – Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, berkata solat jenazah ghaib boleh dilakukan untuk penumpang dan anak kapal MH17 beragama Islam jika mayat mereka tidak dapat dibawa pulang.
Beliau berkata tidak menjadi kesalahan untuk melakukannya kerana sekiranya mayat boleh dibawa pulang pada bila-bila masa selepas ini, ia masih boleh diuruskan seperti biasa.
“Kalau rasa macam tidak ada harapan untuk bawa balik jenazah, elok buat solat ghaib dan doakan arwah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kesukaran untuk membawa pulang mayat mangsa nahas ke Malaysia bagi diuruskan dengan sempurna.
Nahas pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines (MAS) itu membabitkan 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu. – BERNAMA
TOP
Dipenjara 8 Tahun Rogol Kekasih Bawah Umur di Pantai
Gambar Hiasan
KOTA BHARU - Akibat merogol kekasih berusia 15 tahun ketika mandi laut di Pantai Tok Bali, seorang lelaki dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan lima sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, sebentar tadi. Azmi Rahim, 27, dihukum selepas mengaku salah merogol remaja berusia 15 tahun lima bulan itu di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh, pada jam 8.30 pagi, 6 November 2013. Tertuduh yang sudah berkahwin mengenali mangsa melalui laman sosial, Facebook. Pada 6 November 2013 tertuduh mengajak dan memujuk mangsa bersiar-siar dengan menaiki motosikal sebelum ke pantai dan merogolnya ketika mandi laut. - Sinar Harian

Uncle Sim Tak Keluar Kata-Kata Kesat, Hanya Laporan Palsu
Kuantan: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak keterlaluan dengan membuli seorang lelaki warga emas, di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, minggu lalu, bukan disebabkan selepas dimaki oleh mangsa.
Sumber polis sebaliknya berkata, berdasarkan siasatan, Kiki dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang selepas lelaki itu tidak mahu keluar dari kereta, selepas kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan kecil.
"Keterangan lelaki berkenaan juga mengesahkan dia tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada Kiki pada masa kejadian," katanya.
Menurutnya, surat terbuka yang mendakwa bahawa Kiki bertindak ganas kerana selepas dimaki oleh warga emas itu adalah rekaan pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya sudah membaca surat berkenaan dan pada saya semua dakwaan itu adalah mengarut," katanya.
Semalam, satu kenyataan disebarkan di laman sosial bahawa Kiki bertindak keterlaluan selepas dimaki oleh lelaki berkenaan. Ia turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan turut menghamburkan kata cacian berbaur perkauman.
Sementara itu, Kiki dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda di Mahkamah Majistret di sini, esok. - myMetro
TOP
Ahad Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal
KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah petang Ahad ini bersamaan 29 Ramadan.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berkata anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.
Ia meliputi Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap, Sabak Bernam, Selangor.
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; Menara Alor Setar, Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu; Pulau Perhentian, Besut, Terengganu; Balai Cerap Kusza, Mukim Merang, Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu kesemuanya di Kelantan.
Tanjung Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, kesemuanya di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Putatan di Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan kesemuanya di Pahang; Tingkat 13 Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Kuala Sungai Baru dan Simpang Empat di Perlis. – BERNAMA
TOP
Polis giat jalan rundingan bebas Konstabel Zakia
KOTA KINABALU - Polis giat menjalankan rundingan dan kerjasama dengan pihak Filipina bagi membebaskan anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, setakat ini, perundingan antara pasukan keselamatan Filipina dengan kumpulan penjenayah terbabit masih berjalan bagi membebaskan mangsa.
"Kumpulan penjenayah ada menghubungi pegawai polis dan keluarga mangsa untuk proses rundingan pembebasan mangsa. Apa yang penting dia (Zakia) berada dalam keadaan selamat.
Saya tidak boleh memberi jaminan 100 peratus dia akan bebas sebelum hari raya tetapi kita akan cuba sedaya upaya. Saya juga tidak boleh menyatakan apa proses rundingan yang sedang atau telah dibuat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'Op Selamat' 5/2014 Kontinjen Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata segala intipati rundingan tidak boleh didedahkan kepada umum atas faktor keselamatan tetapi usaha menyelamatkan Zakia berjalan lancar.
Dalam kejadian serangan oleh sekumpulan lapan lelaki pada 11.10 malam, 12 Julai lepas itu, turut mengorbankan rakan sekerja Zakia, 26, iaitu Koperal Ab Rajah Jamuan, 32 tahun.
Sementara itu, beliau berkata tiada sebarang insiden buruk berlaku berdasarkan maklum balas yang diterima semua pihak termasuk golongan nelayan di kawasan perairan daerah terlibat semasa pelaksanaan perintah berkurung yang bermula Sabtu lepas, Jalaluddin berharap keadaan terkawal akan berlanjutan meskipun tempoh berkurung ditarik balik pada 2 Ogos ini.
Mengenai pelancaran Op Selamat, katanya polis Sabah akan menempatkan pelbagai agensi keselamatan di 20 kawasan berisiko yang dikenal pasti di setiap daerah sepanjang operasi selama 15 hari bermula hari ini.
Beliau berkata pihaknya komited untuk memastikan penurunan kadar kemalangan dan kematian sepanjang operasi itu.
Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata sebanyak 734 kes kemalangan direkodkan dengan 12 kes melibatkan kemalangan maut dan 13 jumlah kematian pada operasi tahun lepas berbanding 710 kes dengan tujuh kemalangan maut melibatkan sembilan kematian pada tahun sebelumnya.
Pada majlis itu, Jalaluddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isteri Zakia, Sharifah Erna Berson selain penyerahan borang balik kampung kepada setiap ketua polis daerah dan 14 agensi yang terlibat dalam Op Selamat. - Bernama
TOP
2 Pegawal Keselamatan Ditetak Di Georgetown
Georgetown: Dua pengawal keselamatan parah selepas mereka diserang dan ditetak kira-kira 15 lelaki dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Batu Ferringhi, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20-an sedang bertugas dan berada dalam pondok pengawal di pangsapuri berkenaan.
Bagaimanapun, ketika itu sekumpulan 15 lelaki tiba dan terus menyerang mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai parang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat ditetak.
Menurutnya, siastan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada dendam antara kumpulan berkenaan dengan kedua-dua mangsa.
"Bagaimanapun, kita masih menjalankan siastan lanjut dan setakat ini sedang memburu semua suspek bagi membantu siasatan," katanya. - myMetro
TOP
Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar mengenai Gaza
Gambar Hiasan
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar mengenai situasi di Gaza, di mana jumlah kematian rakyat Palestin melebihi 100 orang dalam sehari. Dipolmat berkata mesyuarat itu, yang dibuka kepada orang awam, diminta oleh negara anggota, Jordan berikutan gesaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Ketika pemimpin serantau mengadakan perjumpaan di Doha untuk perbincangan segera mengenai gencatan senjata, Abbas berkata “apa yang pasukan tentera Israel lakukan di Shejaiya adalah perbuatan jenayah terhadap manusia,” yang merujuk kepada serangan sejam Israel berhampiran bandaraya Gaza yang meragut 62 nyawa Palestin dan mencederakan 250 orang. “Mereka yang melakukannya tidak akan terlepas tanpa hukuman,” tambah Abbas. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon kini berada di Doha sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Asia Barat bagi mendesak usaha gencatan senjata. Beliau mengutuk ‘tindakan ganas’ di Shejaiya dan menggesa Israel supaya “seberapa yang boleh menahan daripada mengambil tindakan.” Ban berkata: “Terlalu banyak orang awam maut...(dan) hidup dalam ketakutan berterusan.” - AFP

Putin akan bantu dapatkan mayat dan kotak hitam, kata PM Belanda
THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin semalam berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat dan kotak hitam dari tempat pesawat MH17 itu terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.
Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.
“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam,” kata jurucakap RVD.
“Untuk kedua-dua perkara itu, Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata jurucakap itu.
Sebahagian daripada 298 orang dalam Penerbangan Malaysia itu, yang kemungkinan besar ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.
Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa.
Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP
TOP
Malaysia Desak Akses Penuh Ke Lokasi Nahas MH17 - Liow
KIEV: Malaysia mendesak supaya akses tanpa had diberikan serta-merta ke lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 serta jaminan keselamatan bagi pegawainya dan pasukan siasatan bersama antarabangsa.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia juga menuntut bahawa pencarian semua jasad mangsa mesti dibenarkan, dikenal pasti dan dihantar pulang.
Beliau berkata, Kuala Lumpur amat bimbang dengan situasi pasukan antarabangsa yang dihalang secara efektif oleh kumpulan pemberontak daripada memasuki lokasi kemalangan di Donetsk, wilayah timur Ukraine.
"Ia adalah penting bahawa kumpulan penyiasat antarabangsa serta anggota bencana diberikan akses penuh tanpa halangan ke lokasi nahas," kata Liow yang tiba di sini, Ahad.
Beliau berkata, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) merupakan satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini diberi akses untuk masuk ke lokasi pesawat untuk tempoh masa yang terlalu pendek.
Liow mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman, yang juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine Mengenai MH17.
Beliau turut menemui Menteri Infrastruktur, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam, Denys Antonyuk.
"Kerajaan Ukraine telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat mewujudkan satu laluan selamat ke tapak kemalangan serta jaminan di dalam mahupun sekitar kawasan itu untuk pasukan antarabangsa," katanya.
Liow berkata, pasukan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.
Pasukan Siasatan Khas Malaysia, yang terdiri daripada 133 pegawai dan anggota bencana, pakar forensik, teknikal dan pakar perubatan, telah tiba di sini, Sabtu.
Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas.
Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.
Liow berkata, kerajaan Ukraine memaklumkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah kawasan yang di bawah kawalan penuh kumpulan pemberontak.
Mengenai laporan kumpulan pemberontak telah mendapat kotak hitam pesawat MH17, Liow berkata Malaysia mendesak supaya bukti penting ini tidak diusik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa.
"Walaupun dilaporkan komen oleh pemimpin pemberontak bahawa lokasi nahas tidak diusik dan bahan bukti tidak dicemari oleh mereka namun Malaysia amat bimbang di sebalik kenyataan itu," katanya.
Beliau berkata, Malaysia amat bimbang dengan keadaan huru-hara yang jelas di lokasi nahas berikutan laporan kehadiran kumpulan pemberontak yang bersaing sesama mereka tanpa pemimpin yang jelas atau rantaian perintah.
Liow tiba di sini dengan diringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.
Menteri Pengangkutan itu juga dijadual bertemu Duta Netherlands di Ukraine, Kees Klompenhouwer. - mStar.com.my
TOP
10 soalan Persekutuan Rusia Mahu Ukraine Jawab
Beberapa negara dari Barat dan Kiev (ibu negara Ukraine) telah mula mencari penglibatan Rusia dalam insiden MH17 jika terdapat sebarang bukti kukuh bagi menyokong tuntutan mereka.
Timbalan Menteri Pertahanan Rusia memberitahu, beliau dijemput dari pihak Ukraine untuk menjawab 10 soalan bagi membuktikan komitmen mereka kepada siasatan tidak berat sebelah.
Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Antonov mengkritik negara-negara barat kerana terus membuat kesimpulan hanya “24 jam selepas nahas itu” dengan tidak mempunyai bukti kukuh.
“Mereka cuba untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bahawa kita bertanggungjawab untuk insiden tersebut. Ia adalah sangat pelik kerana tanpa apa-apa keterangan daripada sekutu saya dari media Barat dan terus menunding jari kepada pihak kami, “kata Antonov. “Ia seolah-olah membuatkan kami adalah sebahagian daripada pencetus peperangan yang telah meraka mulakan terhadap Persekutuan Rusia.”
Sepuluh soalan kepada pihak berkuasa Ukraine
1. Sejurus selepas insiden, pihak berkuasa Ukraine secara terus telah menyalahkan ia pada unit pertahanan. Tuduhan berdasarkan apa ini?
2.Bolehkan Kiev memberikan penjelasan tentang bagaimana operasi untuk sistem peluru berpandu ‘Buk’ di zon kawasan konflik? Dan mengapakah sistem pelur berpandu tersebut merupakan pilihan pertama?
3. Mengapa pihak berkuasa Ukraine tidak melakukan apa-apa untuk menubuhkan satu suruhanjaya antarabangsa?
4 Adakah Angkatan Tentera Ukraine akan mebenaran pihak penyiasatan antaranbangsa untuk membuat siasatan yang terliti terhadap kelengkapan peralatan pesawat ketenteraan, termasuk senjata roket mereka iaitu ‘SAM’
5. Adakah suruhanjaya antarabangsa mempunyai akses kepada pengesanan data dari sumber yang boleh dipercayai mengenai pergerakan pesawat perang Ukraine pada hari insiden tersebut?
6 Mengapa pengawal trafik udara Ukraine membenarkan pesawat MH17 untuk menyimpang dari laluan biasanya ke utara dan seterusnya menyebabkan pesawat melalui ke laluan ‘zon operasi anti pengganas’
7 Mengapa ruang udara di zon perang Ukraine tidak ditutup sepenuhnya bagi perkhidmatan penerbangan awam? Terutamanya di kawasan yang tidak dilindungi oleh sistem radar?
8 Bagaimanakah laporan rasmi dari Kiev yang disebarkan pada media sosial mengatakan terdapat dua pesawat kepunyaan pihak tentera Ukraine iaitu Boeng 777 terbang bersama di ruang udara zon perang tersebut?
9 Mengapakah pihak keselamatan Ukraine mengadakan satu rakaman komunikasi antara pihak pengawal trafik udara Ukraine dengan anak kapal menggunakan data sistem tanpa menunggu perintah dari pihak penyiasatan antarabangsa?
10. Apakah pengajaran yang dipelajari oleh pihak Ukraine semasa kejadian yang agak sama berlaku pada 2001, apabila kapal terbang Rusia Tu-154 terhempas di laut hitam? Yang ketika itu pihak berkuasa Ukraine telah menafikan sebarang penglibatan pihak tenteranya sehinggalah terdapat bukti kukuh yang mennyataka pihak Ukraine merupakan punca sebenar dan terbukti bersalah.
Sumber: RT

Zanujaz Kecam Israel Serang Gaza
“Wahai Israel, kamu boleh bunuh Muslim, tetapi tetapi kamu tidak boleh bunuh Islam.” - Adnan Januzaj.
Kenyataan berani itu terpampang di laman Twitter milik bintang muda itu dan ia pantas menarik perhatian, apatah lagi ketika penduduk di Gaza terus menjadi mangsa kerakusan Israel yang entah bila akan berakhir.
Januzaj, 19, baru saja selesai mengharungi kempen Piala Dunia bersama Belgium dan kini bersiap sedia untuk menyarung jersi Manchester United untuk musim keduanya. Dia bagaikan tersentak dengan nasib umat Islam di tanah bergolak itu.
Meskipun tiada sebarang ulasan diberikan pemain itu berikutan kenyataannya lantaran dia lebih senang memberikan fokus terhadap karier bola sepak namun ia sedikit sebanyak menunjukkan keprihatinan sesama Muslim yang baginya hidup ‘umpama satu badan’.
Namun, apa yang menariknya, berita mengenai langkah Januzaj yang menyertai skuad senior United tahun lalu sejak menyertai skuad remaja kelab sama pada 2011, mencetuskan sensasi baru dalam kalangan peminat bola sepak.
Ini berikutan dia dikatakan satu-satunya pemain beragama Islam yang berada di United selepas Mame Biram Diouf berpindah ke Hannover pada Januari 2012.
Pemain itu dibawa masuk ke United dari Akademi Anderlechts pada 2011 dan lebih menarik lagi, United berjaya mengenepikan Barcelona untuk mendapatkan pemain muda itu pada harga hanya £297,000 (RM1.6 juta).
Malah, dia turut mendapat pujian bekas pengurus United, Alex Ferguson yang menyedari bakat besar dimilikinya.
“Adnan seorang pemain yang seimbang. Dia baru berusia 18 tahun dan masih belum cukup dewasa, tetapi memiliki keseimbangan yang bagus, kepantasan hebat dan mempunyai teknik yang bagus,” puji Ferguson.
Meskipun jawatan pengurus kelab itu kemudiannya digalas David Moyes dan kini Louis van Gaal, Januzaj berharap mampu meneruskan perjuangannya di kelab yang banyak menaikkan namanya dalam tempoh singkat.
Bakat dimiliki Januzaj, pemain keturunan Kosovo-Albania dan dilahirkan di Brussels itu turut menjadikannya ‘trofi rebutan’ apabila dikatakan layak mewakili Belgium, Albania, Turki dan Serbia! Ibu bapa pemain itu berpindah ke Brussels kerana melarikan diri daripada Peperangan Kosovo pada awal 90-an.
Namun, Januzaj kemudian memilih untuk berbakti kepada Belgium, negara kelahirannya dan bukannya di Albania, negara datuk neneknya atau England, tempat dia mencari makan.
Tindakannya itu mencetuskan kemarahan penduduk Kosovo-Albania yang mengancam mahu membunuhnya kerana keputusannya itu.
Namun jika difikirkan pencapaian Belgium yang mara hingga ke suku akhir Piala Dunia, tindakan berkenaan mungkin satu pertaruhan berbaloi untuk kariernya sebagai pemain muda yang mempunyai masa depan cerah.
Meskipun kurang menyerlah di Brazil lantaran masih mentah di kancah antarabangsa, Januzaj yang dikatakan ‘bayangan Ronaldo’ di United, mampu mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini apatah lagi dengan imej sebagai pemain Muslim muda. - myMetro
TOP
Rakyat Perlu Bersatu, Sokong PM, MAS, Bukan Mengutuk
SEREMBAN – Rakyat Malaysia mesti bersikap patriotik terhadap negara tatkala Malaysia berdepan pelbagai cabaran dan ujian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kopersi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, umur dan fahaman politik, agar bersatu dalam menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines? (MAS).
“Ini bukan masanya untuk memburuk-burukan individu dan organisasi. Kita semua mesti sama-sama bekerjasama dalam cara yang tersendiri dalam memberi semangat dan sokongan kepada pihak pemerintah Malaysia, agar negara terus maju, aman dan makmur di masa depan.
“Saya meminta seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan mendoakan Perdana Menteri diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi saat-saat getir ini,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau mengulas cacian dan komen tidak berasas di laman sosial yang dilemparkan berhubung tragedi pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis lepas yang dipercayai ditembak jatuh. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Hasan berkata tindakan mengeluarkan kata-kata buruk kepada pemimpin negara dan syarikat milik kerajaan tidak akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi Malaysia sekarang ini.
“Saya yakin….insyaAllah, berkat hubungan baik Perdana Menteri kita dengan pemimpin beberapa negara besar, perkara ini (MH17) akan dapat diselesaikan dengan baik. Sama-samalah kita mendoakannya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan individu yang mencaci dan membuat komen tidak berasas itu sebagai tidak memperduli perasaan waris atau anggota keluarga mangsa tragedi itu.
“Cacian-cacian dalam media sosial ini dan komen-komen ini datang daripada mereka yang tidak mengetahui latar belakang kejadian atau sengaja mencari kesalahan.
“Sensitiviti keluarga janganlah dipermain-mainkan. Komen-komen yang tidak menentu boleh mendatangkan kesedihan, menyentuh hati dan perasaan adalah tidak wajar,” katanya kepada pemberita di Kuching.
Menurutnya rakyat seharusnya bersatu hati dan melupakan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka dalam menghadapi keadaan seperti itu. – BERNAMA
TOP
Video-Puluhan Askar Israel Sudah Dibunuh, Berani Lapor Lima Sahaja
Tentera Israel melaporkan sejak memulakan serangan darat yang kejam ke atas Semenanjung Gaza, lima anggota tenteranya telah ditembak dan dibunuh oleh pejuang Hamas.
Menerusi laman web rejim Zionis Jerusalem Post, semalam dua lagi tenteranya dibunuh di Gaza.
Mereka yang paling terkini terbunuh ialah Staf Sarjan Bania Roval, 20, dari Holan yang berkhidmat untuk Batalion ke-10 Briged Para yang ditembak mati oleh Hamas yang keluar dari terowong rahsia dan menembak tentera rejim.
Askar Israel kedua yang terbunuh ialah Leftenan Ke-2 Bar Rahav, 21, dari Ranat Yishai dari Kor Kejuruteraan dibunuh ketika mengaktifkan sistem anti peluru berpandu berhampiran sebuah kereta perisai.
Tiga lagi askar Israel terbunuh sebelum itu dan butiran kematian mereka tidak didedahkan.
Menurut sumber kanan tentera Zionis, penguasaan terowong rahsia di Gaza tidak memberi peluang kepada mereka untuk menguasai keseluruhan terowong yang sebenarnya begitu besar dan jauh.
Bagaimanapun laporan ini sebenarynya propaganda Israel yang enggan mengakui sebenarnya banyak lagi askar mereka sudah terbunuh, khususnya menjadi mangsa penembak tepat Briged al-Qassam
Dari laporan yang diterima dari sumber dari Gaza, askar Israel yang terbunuh sudah pun mencecah puluhan orang tetapi mereka hanya berani melaporkan lima sahaja anggota mereka terbunuh.
Ini bagi memastikan moral tentera dan rakyat Israel tidak tergugat dalam kempem serangan ke atas Gaza kini.
Pada awal sebelum serangan darat Israel, pemimpin Hamas sudah pun memberikan amaran bahawa Israel akan menyesal jika meneruskan gerakan serangan darat dalam operasi kononnya membalas serangan roket yang ditembak oleh Hamas.
Menurut Jerusalem Post lagi, Hamas meningkatkan serangan ke atas askarnya yang menjalankan operasi mencari pintu masuk ke terowong rahsia di rumah-rumah warga Palestin berhampiran sempadan negara Zionis itu.
Hamas turut menggunakan terowong berkenaan sebagai laluan untuk masuk ke dalam Israel dan melancarkan serangan ke atas askar Israel.
Dalam nada ketakutan, Israel berkata kononnya mereka sudah pun berjaya memusnahkan kira-kira 13 terowong rentas sempadan sejak Khamis lepas.
Sementara itu, menurut laporan Press TV, pejuang Hamas mendakwa telah berjaya membunuh 15 orang askar Israel dan berjaya memusnahkan tiga kereta perisai dalam peperangan dengan rejim kejam itu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Briged al-Qassam berkata enam askar dibunuh ketika pejuang-pejuang mereka merentasi sempadan Israel di bahagian selatan di Eshkol mengikut terowong bawah tanah.
Dua lagi operasi sama turut berjaya membunuh tujuh lagi askar Israel.
Di bandar Dimona yang terletak di gurun Negev, seorang lagi askar Zionis berjaya dibunuh
Sejak 8 Julai lepas, pesawat pejuang Israel telah pun melancarkan serangan udara besar-besaran melibatkan ratusan sasaran di Gaza dan membunuh ratusan nyawa di Palestin.
Hakikatnya, ketika ini Israel sudah semakin gentar dalam melancarkan serangan darat ke atas Gaza dan mahu ia digerakkan dengan lebih hebat agar ancaman ke atas anggota tenteranya yang semakin hebat oleh pejuang Hamas.
Tambahan pula, sokongan kepada Hamas oleh Malaysia dikuatkan lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan itu secara terus kepada Hamas melalui telefon.
Selain itu, terdapat satu video dimuatnaik di laman YouTube pada 18 Julai menunjukkan seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat al-Qassam.
– MYNEWSHUB.MY
Oleh : KUMBANG WIRA
Selain itu, terdapat satu video dimuatnaik di laman YouTube pada 18 Julai menunjukkan seorang askar Israel ditembak mati oleh penembak tepat al-Qassam.
– MYNEWSHUB.MY
Oleh : KUMBANG WIRA
TOP
Israel Beri Amaran Kepada Wartawan Asing Di Gaza
BAITULMAQDIS – Pejabat Media Kerajaan (GPO) Israel memberi amaran kepada wartawan asing bahawa ia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka di Semenanjung Gaza di mana tentera rejim melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin.
Israel mengerah tentera darat ke Gaza Khamis lalu selepas serangan hebat dari udara dan laut gagal menghentikan tembakan roket Hamas.
“Gaza dan sekitarnya adalah medan pertempuran. Membuat liputan pertempuran mendedahkan wartawan kepada bahaya yang mengancam nyawa.
“Israel tidak sekali-kali bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kerosakan yang mungkin berlaku akibat laporan di lapangan,” menurut emel GPO. – Reuters
TOP
Tinggalkan Melodi Bukan Sebab Duit
Sebelum ini banyak teka-teki timbul apabila Zizan Razak meninggalkan program hiburan Melodi. Hakikatnya, sebelum ini yang kecoh dikatakan bakal meninggalkan Melodi ialah Awal Ashaari, tiba-tiba rakannya Zizan yang keluar.
Zizan dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan sangat sedih meninggalkan Melodi. Baginya, rancangan itu banyak jasanya dalam mengembangkan dan mengangkat statusnya sebagai artis popular sehingga menang anugerah.
Begitupun, sebab sebenar dia meninggalkan rancangan itu tidak diberitahu secara menyeluruh.
Kebetulan, baru-baru ini sewaktu bertemu orang kuat program Melodi, Cik Pang sempat juga bercerita mengenai perubahan yang berlaku dalam rancangan itu, terutama membabitkan pengacara baru, Sherry dan Zulin Aziz berganding dengan Awal.
Orang kuat Melodi itu berkongsi cerita dan menafikan Zizan ‘demand’ dengan meminta bayaran tinggi sebagai punca dia meninggalkan Melodi.
Bagaimanapun, secara samar dia mendedahkan, kontrak ditandatangani Zizan sebagai artis di bawah Astro menjadi antara faktor penyumbang.
Begitupun, ia tidak boleh dijelaskan dengan lebih lanjut kerana membabitkan banyak perkara teknikal.
Cik Pang sedih juga apabila perkara seperti itu berlaku,tetapi hendak buat macam mana. Anggap saja rezeki dan jodoh Zizan dengan Melodi hanya setakat itu. Sebelum ini pun Melodi bertukar ganti ramai orang.
Kalau rindu sekali pun, pihak produksi boleh mengundang Zizan sebagai pengacara undangan sekali sekala, seperti dilakukan Fauziah Datuk Ahmad Daud mahupun pengacara Melodi lain sebelum ini. – myMetro Online
TOP
MH17 : Syahdu… Laman Berita Papar Gambar Identiti Mangsa
Umpama kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang tanpa sebarang jejak pada 8 Mac lalu, beberapa agensi berita mula memaparkan gambar para mangsa yang terkorban di laman web dan portal mereka tetapi kali ini, nahas MH17 pula.
Selain gambar, kisah hidup dan identiti mereka turut dipaparkan untuk tatapan orang ramai yang mengunjungi serta membaca laman web mereka.
Laman portal akhbar NY Times merupakan laman portal yang menyiarkan gambar berkenaan sejak semalam dan sentiasa mengemaskini maklumat penumpang apabila mendapat maklumat terbaru tentang mereka.
Ia memulakan laporan syahdu berkenaan mangsa nahas penumpang MH17 dengan gambar seorang pelajar berusia 25 tahun warganegara Belanda, Karlijn Keijzer.
Keijzer merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam apa jua yang dilakukan, bermula dari kehidupannya sebagai pelajar Doktor Falsafah dalam jurusan kimia hinggalah kepada kepimpinannya dalam pasukan mendayung universitinya.
“Dia seroang yang baik, wanita muda yang ceria yang penuh dengan idea berkenaan masa depan,” kata Penasihat Pengajiannya; Mu Hyun Baik di Indiana University.
Sebelum Keijzer pergi bercuti, dia sedang mengusahakan projek kajian berkenaan potensi untuk membantu pesakit barah dan juga Alzheimer. Kemudian, laman web itu memaparkan pula perihal seorang pengkaji wabak AIDS, Dr Josep Lange, 59, yang juga warganegara Belanda.
Dr Lange menaiki pesawat MH17 bersama pasangannya Jacqueline van Tongeren dalam penerbangan untuk menghadiri Persidangan AIDS Di Melbourne, Australia.
Beliau sudah mula menceburkan diri dalam kajian berkenaan AIDS sejak hari-hari terawal epidemik itu mula menyerang penduduk dunia dan memfokuskan usahanya dalam mewujudkan rawatan AIDS yang murah di beberapa negara miskin di Asia dan Afrika. Seorang pramugari dari Malaysia yang juga anak kapal MAS, Shazana Salleh, 31, turut dipaparkan dalam laporan laman web itu.
Ketika kejadian MH17 terhempas di timur Ukraine, Shazana turut bertugas pada masa itu.
Menurut bapanya, Mohd Salleh, kerjaya sebagai pramugari merupakan cita-cita Shazana sejak kecil, memetik laporan The Malaysian Insider. “Dia sudah pun pergi menghadiri banyak sesi temuduga sehingga akhirnya berjaya mendapatkan jawatan itu,” katanya. Pada orang ramai yang ingin melihat dan mengenali semua 298 mangsa MH17, bolehlah melayari laman portal NY Times dan menyelami kesedihan dan kehilangan yang dirasai oleh sahabat dan ahli keluarga mereka. – MYNEWSHUB.MY

GAMBAR: Orang Yahudi Pun Kutuk Kekejaman Zionis Di Gaza!
Lebih 100,000 orang berarak di tengah kota London semalam bagi menunjukkan bantahan terhadap serangan puak Zionis Israel pada Gaza.
Perarakan dilakukan dari Downing Street ke Kedutaan Israel di Kensington ini diawasi polis namun berjalan dalam keadaan aman.
Jumlah pengunjung yang seramai ini boleh dianggap luar biasa kerana jangkaan awal cuma 15,000 orang bakal menghadirinya.
Whitehall, Trafalgar Square, Piccadilly dan Hyde Park Corner ditutup ekoran perarakan yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin ini.
Sejak serangan 8 Julai lalu, lebih 300 rakyat Palestin terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak manakala di pihak Israel, cuma 5 orang.
Perarakan dianjurkan oleh Kempen Solidariti Palestin (Palestine Solidarity Campaign).
Apa yang membanggakan, kesedaran tentang kezaliman Zionis turut diperlihatkan oleh orang Yahudi sendiri yang mengutuk kekejaman dilakukan sebagai mana gambar di bawah.
Sesungguhnya menjadi bangsa Israel yang menganut agama Yahudi tidak salah. Namun yang salah adalah bangsa Israel atau penganut Yahudi yang membenci Islam hingga melakukan kezaliman seperti puak Zionis.
Hal ini samalah seperti puak pelampau yang kononnya berselindung dengan nama Islam sedangkan perbuatan mereka melakukan pembunuhan pada orang tak bersalah langsung tidak mencerminkan agama suci ini. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
Sumber: Facebook Palestine Solidarity Campaign UK

Tiga Lemas, Enam Selamat Tongkang Karam Dekat Batam
SINGAPURA: Tiga orang termasuk seorang warga Singapura dipercayai lemas apabila sebuah tongkang yang didaftarkan di Singapura, Posh Mogami, karam di perairan dua batu nautika timur laut Sekupang, Batam, pada Jumaat.
Dua lagi adalah warganegara China dan rakyat Myanmar.
Dalam kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata sembilan orang berada di dalam tongkang itu ketika insiden itu berlaku pada Jumaat.
Tongkang boleh separa tenggelam itu dilaporkan sedang melakukan percubaan untuk masuk ke dalam laut semasa kejadian berlaku.
Pihak berkuasa Indonesia menyelamatkan enam orang iaitu dua warga Singapura, seorang warga Malaysia, seorang warga Belanda, seorang warga Filipina, seorang warga Indonesia dan menemui tiga mayat.
Sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap Posh Mogami, MPA sedang menyiasat punca inisden itu dengan pihak berkuasa berkaitan. - mstar
TOP
Lima NGO Buat Laporan Polis Siasat Individu Ugut Najib
Pemimpin beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menunjukan laporan polis yang dibuat berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah laman sosial serta tindakan seorang wanita memakai pakaian yang tertera ayat suci Al-Quran di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur pada Ahad. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis upaya menyiasat seorang individu yang membuat ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman sosial facebook. NGO itu ialah Persatuan Veteran Tenteran Melayu Satu Malaysia (PVTM), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Wanita Jaringan Rakyat (WAJAR) dan Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS). Mereka diwakili Presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom yang membuat laporan itu dengan diiringi 15 anggotanya di Balai Polis Sungai Besi di sini pada 12.30 tengah hari tadi. "Tindakan individu yang dikenali sebagai 'Ahli Fikir' dalam laman Facebook itu sudah melampau...kepada individu berkenaan, jangan cuba mempolitikkan segala isu yang ada di negara ini dengan menyalahkan pemimpin dan parti pemerintah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu. Antara status dalam akaun facebook individu itu ialah: "Mari kita berjihad, hapuskan Najib laknatullah daripada kezaliman Israel dan pencerobohan di Sabah". Dalam laporan polis kedua NGO berkenaan, Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas terhadap tindakan seorang wanita bukan Islam memakai baju bercetak ayat al-Quran. "Perkara ini jika dibiarkan dan dilakukan berulang kali boleh mencemarkan kesucian agama Islam dan membangkitkan sensitiviti umat Islam di negara ini," katanya. Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam entri Twitternya hari ini berkata tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang ada terhadap wanita terbabit. Khalid berkata wanita warganegara Korea itu baru tiba di Malaysia dan dipercayai membeli baju berkenaan ketika melancong di India. Sejak semalam, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang dekat sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat al-Quran. - mstar

Liow, Delegasi Malaysia Tiba di Kiev
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga, kanan) bersiap sedia untuk bertolak ke Keif, Ukraine dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Sabtu bagi membantu operasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di sempadan Ukraine dan Russia.Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (depan, kiri).(gambar fail)
KIEV (Ukraine): Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan delegasi enam anggotanya tiba di sini Ahad untuk membantu pasukan Malaysia dalam satu operasi khas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis. Delegasi itu yang turut dianggotai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof dan para penyiasat tiba di Lapangan Antarabangsa Kiev pada 1.15 petang (waktu Kiev). Lawatan Liow ke Ukraine bertujuan mendapatkan kebenaran memasuki tapak nahas berikutan dakwaan kerajaan Ukraine bahawa pengganas disokong Rusia menghalang usaha menjalankan siasatan terhadap nahas udara itu, yang turut menjejaskan usaha pasukan penyiasatan khas Malaysia. Ketua pasukan penyiasatan khas itu, Khairil Hilmi Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya, Duta Malaysia di Ukraine Chuah Teong Ban dan beberapa pegawai lain adalah antara yang menyambut ketibaan Liow di lapangan terbang itu. Liow dijadualkan bertemu menteri pengangkutan dan menteri hal ehwal luar Ukraine bagi membincangkan perkara itu. Beliau dan pasukan penyiasatan juga akan mengadakan pertemuan dengan Biro Kemalangan Negara Ukraine, yang telah menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat nahas itu. Semalam, Khairil Hilmi berkata pasukan penyiasatan khas Malaysia belum diberi laluan untuk mengunjungi tapak nahas itu di Grabovo, kira-kira 750 km dari Kiev. MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada malam Khamis. Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu. Media asing melaporkan pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu. - mstar

Hishammuddin Sahkan Nenek Tirinya Antara Penumpang MH17
PUTRAJAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan nenek tirinya antara penumpang Penerbangan MH17, pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine pada Khamis.
Bagaimanapun kata beliau, rasa marah atas sebab peribadi tidak akan membantu merungkai punca tragedi.
"Apa boleh kita buat...marah tidak akan membantu," katanya ketika diserbu pemberita selepas menghadiri pertemuan dengan waris mangsa MH17 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, merupakan isteri kedua Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar, iaitu datuk kepada Hishammuddin dan juga Najib.
Allahyarham Mohammad Noah meninggal dunia pada 1990.
Semasa pertemuan dengan waris mangsa MH17, Hishammuddin dilihat memujuk Lt Komander Lee Vee Meng yang kehilangan isteri Ng Shi Ing, seorang anak lelaki dan ipar perempuan.
"(Anggota) Keluarga saya juga ada di dalam pesawat itu". Demikian kedengaran kata-kata Hishammudin kepada Lee. - mstar
TOP
JAIP Serbu Rumah Pengamal Ajaran Syiah 'Bukhara' Di Mentakab
Akibat terlalu taksub membuatkan ramai yang terpengaruh dengan ajaran sesat. (gambar hiasan).
TEMERLOH: Berpuluh-puluh buku, yang dipercayai mengandungi zikir dan doa dipercayai diamalkan kumpulan fahaman Syiah "Bukhara", dirampas dalam satu serbuan di sebuah rumah di taman perumahan di Mentakab dekat sini, pagi tadi. Dalam serbuan 3 pagi itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Agama Daerah Temerloh mendapati seramai 35 orang terdiri daripada 19 lelaki, 13 wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berada di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Ketua Unit Operasi JAIP Mohd Anis Mohd Azmi berkata serbuan itu dibuat hasil risikan JAIP selama beberapa bulan berikutan aduan orang awam yang mengesyaki berlaku penyelewengan agama di kediaman itu. "Siasatan awal ke atas pemilik rumah dan mereka yang berada dalam premis itu mengakui mengamalkan fahaman Syiah Bukhara. "Difahamkan mereka berasal dari India dan mengamalkan fahaman itu sejak turun temurun tetapi tidak berdakwah kepada orang lain dan hanya mengamal dalam kalangan saudara mara terdekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohd Anis berkata mereka dipercayai beribadat mengikut fahaman bertentangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu fahaman berlainan yang ditetapkan Jabatan Mufti Pahang. JAIP akan memanggil mereka ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) pada 23 Julai ini untuk memberikan keterangan lanjut dan siasatan dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Sekysen 15 kerana menyalahi fatwa yang ditetapkan. Beliau berkata ,ereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 17 kerana memiliki dokumen bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Seksyen 18 kerana memiliki buku, majalah dan lain-lain yang bertentangan dengan ajaran Islam. "Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga seksyen itu memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya. - mstar

Najib Mahu Mayat Mangsa Tragedi Pesawat MH17 Dikebumi Di Tanah Air
Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kesemua mayat warga Malaysia mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah dikenalpasti, dibawa pulang dan disemadikan di tanah air. Najib juga mahu supaya kesemua mayat mangsa tragedi itu dapat dikeluarkan dari kawasan kejadian di wilayah Donetsk, di Timur Ukraine sebelum Hari Raya Aidilfitri. "Ini pendirian kita (Malaysia) dan telah saya nyatakan kepada keluarga penumpang MH17 dalam pertemuan semalam di Marriot Putrajaya. "Sebagai seorang pemimpin, tiada peristiwa yang begitu menyayat hati berbanding apa yang saya alami semalam. Isteri kehilangan suami, bapa kehilangan anak. Bayangkan perasaan mereka yang sudah tentu mengalami satu kehilangan yang tak boleh digambarkan," katanya. Najib berucap menutup Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini. Perdana Menteri sekali lagi mengulangi tuntutan agar pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 dibawa ke muka pengadilan. "Kita akan lakukan apa sahaja. Kita akan desak Badan Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan desak masyarakat antarabangsa untuk tidak biarkan peristiwa ini berlalu tanpa ada tindakan untuk hukum mereka yang jadi penjenayah kepada mereka yang tidak berdosa sama sekali," tegasnya. Seramai 43 warganegara Malaysia merupakan antara 298 penumpang penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bila ia dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk. Pesawat itu meninggalkan Amsterdam pada Khamis 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari Jumaat. Najib pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh, dan Malaysia akan berusaha menyiasat punca sebenar pesawat terhempas. Najib dalam pada itu menyelar percaturan geopolitik sesetengah negara yang akhirnya menyebabkan rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa. "Inilah akibatnya kalau ada konflik. Apa juga bentuk konflik yang tidak boleh diselesaikan dengan rundingan, dengan aman. Akhirnya siapa yang jadi mangsa?" katanya. Justeru, Perdana Menteri mengajak rakyat Malaysia bersyukur dan terus mempercayai pihak yang dapat menjamin masa depan dan mengekalkan keamanan negara. Najib menyertai lebih 5,500 warga Wilayah Persekutuan berbuka puasa sebelum menunai solat Maghrib berjemaah di masjid berkenaan. Sementara itu di majlis sama, seramai 2,100 orang fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya, warga emas dan golongan yang memerlukan menerima bantuan wang tunai dan keperluan asas dari kementerian, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan. Pihak kementerian turut menyampaikan sumbangan kit jenazah kepada setiap kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan diedarkan kepada 58 masjid dan 127 surau. - mstar

Dua Pesawat Hercules C130 Bawa Balik Mayat Mangsa MH17
Hercules C130 (gambar fail).
ALOR SETAR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu turut digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart). "Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas dekat sini hari ini. Beliau berkata pihaknya juga akan menambah 30 lagi anggota TUDM untuk membantu pasukan penyelamat yang telah berlepas ke Ukraine sebelum ini dengan 10 anggota perubatan. Katanya pihaknya turut menghantar dua anggota dari Kor Agama ATM bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menguruskan jenazah penumpang beragama Islam. Pada majlis tersebut Zulkifeli turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota TUDM yang menghadapi penyakit kronik dan anak warga TUDM yang sakit kronik.- mstar

APMM Selamatkan 4 Mangsa Bot Karam di Pulau Tioman
KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur berjaya menyelamatkan tiga dari empat orang penumpang sebuah bot persendirian yang karam di perairan Pulau Tioman awal pagi kelmarin.
APMM, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan ia telah melancarkan Operasi Carilamat (Op SAR) pada 12.15 tengah malam tadi di perairan enam batu nautika sebelah Barat Daya Pulau Tioman bagi mencari mangsa berkenaan.
"Kami menerima maklumat pada jam 12.01 tengah malam tadi mengenai sebuah bot persendirian bernama Bayliner sedang dalam perjalanan dari Pulau Tioman menuju ke Mersing, Johor telah dimasuki air sebelum karam di kawasan berkenaan pada 5.50 petang, 17 Julai.
"Mangsa adalah rakyat tempatan berbangsa Melayu berumur lingkungan 22 hingga 38 tahun.
"Sehingga jam 9.30 pagi tadi, seramai tiga mangsa telah dijumpai, iaitu dua mangsa ditemui nelayan tempatan terdampar di Pulau Sri Buat pada jam 7 pagi dan seorang lagi mangsa dijumpai lebih kurang jam 9.30 pagi, 1 Batu Nautika dari Pulau Sri Buat.
"Ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan selamat," menurut kenyataan itu.
Menurutnya, operasi SAR yang dilaksanakan itu melibatkan sebuah helikopter Agusta dan dua buah bot dari APMM, sebuah bot dari Pasukan Polis Marin dan bantuan beberapa bot nelayan tempatan.
"Operasi diteruskan untuk mencari mangsa terakhir. Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan dan bantuan menerusi MERS 999 atau boleh menghubungi hotline Pusat Operasi Wilayah Timur di talian 09-5717345," menurutnya.- mstar
TOP
Puak Pemisah Bawa Mayat Dengan Kereta Api
HRABOVE, Ukraine: Pemantau antarabangsa dan pegawai Ukraine berkata puak pemisah yang bersenjata memaksa petugas kecemasan menyerahkan 196 mayat yang ditemui di tempat pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas dan memasukkan semuanya ke dalam gerabak dingin.
Iryna Gudyma, jurucakap bagi pemantau dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), berkata sebilangan mayat dimasukkan ke dalam tren di Torez, 15 kilometer dari lokasi pesawat terhempas.
Agensi berita Russia melaporkan semua mayat berkenaan sedang dibawa ke bandar dikuasai pemberontak, Donetsk.
Pegawai Ukraine berkata mayat berkenaan akan dihantar ke bandaray yang dikuasai kerajaan, Kharkiv tetapi tidak pasti sama ada pihak pemberontak bersetuju melakukan sedemikian. - mstar
TOP
MH17: Perancis Beri 'Amaran' Jika Rusia Enggan Bekerjasama
Francois Hollande.
PARIS: Perancis memberi amaran kepada Rusia supaya memberi 'tekanan' kepada puak pemisah, pro-Kremlin di Ukraine agar memberikan kebenaran kepada pasukan penyiasat dan penyelamat untuk masuk ke lokasi kejadian nahas pesawat MH17. "Sekiranya Rusia tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera, negara itu bakal berhadapan dengan tindakan yang akan dikenakan oleh Kesatuan Eropah pada Majlis Luar Negeri yang akan berlangsung Selasa ini," kata Presiden Perancis dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin Perancis, Jerman dan Britain pada Ahad. - mstar

Rosberg Juara F1 Jerman
Pemandu Mercedes, Nico Rosberg meraih kejuaraan sulung di negara kelahirannya, Jerman pada perlumbaan Formula Satu yang berlansung di Litar Hockenheimring, di Hockenheim, Jerman pada Ahad. -Foto EPA
PEMANDU Mercedes, Nico Rosberg mencatatkan kemenangan yang cukup manis apabila meraih kejuaraan kali pertama di negara kelahirannya pada perlumbaan Formula One yang berlangsung di Hockenheim di Jerman pada Ahad. Pemandu Jerman itu bermula di petak pertama dan mengetuai perlumbaan sejak awal. Tempat kedua pula berjaya diraih oleh pemandu Williams, Valtteri Bottas sementara rakan sepasukan Rosberg, Lewis Hamilton berjaya meraih tempat ketiga. - mstar

FAM Diminta Tukar Tarikh Pertemuan T-Team Dan Selangor 14 Ogos Depan
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta merombak semula jadual pertandingan Piala Malaysia yang melibatkan pasukan T-Team dan Selangor di sini pada 14 Ogos kerana hari tersebut jatuh pada malam Jumaat.
Pegawai Eksekutif T-Team Abdul Rashid Jusoh berkata atas dasar negeri, malam Jumaat tiada sebarang aktiviti berbentuk sebegini boleh diadakan di negeri Terengganu.
"Jadi kita minta FAM mengubah jadual perlawanan itu kepada 13 Ogos," katanya kepada Bernama selepas perlawanan persahabatan antara T-Team dan Pahang di sini malam tadi.
Menurut Abdul Rashid di peringkat pusingan awal, T-Team dan Selangor berada dalam satu kumpulan bersama-sama Sime Darby dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata sasaran T-Team dengan persiapan yang begitu rapi, akan berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir tahun ini.
Abdul Rashid berkata 10 pemain skuad Piala Presiden Terengganu telah diserap ke dalam skuad T-Team untuk menghadapi Piala Malaysia ini.
Beliau berkata peristiwa T-Team turun daripada Liga Super ke Liga Perdana tahun depan tidak memberikan apa-apa kesan malah semangat pemain lebih mantap.
Katanya T-Team telah mengatur beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan Kelantan pada 20 Julai, Felda United (6 Ogos) dan Pahang di sini malam tadi.
Beliau berkata T-Team mendapatkan khidmat pakar motivasi daripada luar untuk memberikan motivasi kepada pemain sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia. - mstar
TOP
Bengkel Enjin Bot Hangus Di Sandakan
Gambar Hiasan
SANDAKAN - Sebuah bengkel enjin bot di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini. Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.17 pagi itu, bengkel tersebut musnah sama sekali. Katanya sebaik menerima panggilan berhubung kejadian, sebanyak tiga buah jentera dan dua kenderaan utiliti bersama-sama 26 anggota, termasuk enam anggota bomba sukarela, digegaskan ke tempat kejadian. Menurutnya api dapat dikawal pada kira-kira 6 pagi dan padam sepenuhnya pada 9.30 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan, katanya. - Bernama

Kereta Guru Wanita Terbalik Langgar Pokok
Melaka: Seorang guru wanita bersama bersama anak lelakinya berusia empat tahun menempuh detik cemas apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dan terbalik berhampiran rumah mereka di Taman Kerubong Perdana, Krubong di sini, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Nissan Almera dipandu Siti Roshidah Sahar, 33, bersama anak bongsunya, Mohd Alif Firdaus, 4, hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian sebelum melanggar sebatang pokok dan terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalan pulang ke rumah selepas membeli barangan bagi persiapan Aidilfitri di Masjid Tanah, Alor Gajah.
"Kemalangan mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan berkenaan beberapa minit sebelum dibantu jiran, mereka bernasib baik kerana hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan katanya mangsa hanya mengalami cedera ringan.- myMetro
TOP
Video Kotak Hitam MH17 Dikeluarkan Dari Kawasan Nahas
Satu video telah dimuatnaik yang menunjukkan kotak hitam penerbangan dari MH17 yang diambil dari tempat kejadian nahas pada hari Jumaat. Rakaman tersebut menunjukkan anggota penyelamat mengangkat peranti oren terang yang dijumpai di sebuah ladang gandum di Donetsk, timur Ukraine. Suara seorang lelaki yang tidak ditunjukkan dalam video boleh didengari berkata "perakam penerbangan" dalam bahasa Rusia.
Sebelum ini, wujud isu kotak hitam telah hilang dan tidak diketahui kedudukannya. Walaupun begitu, hari ini pihak pro Rusia telah mengumumkan bahawa kotak hitam berada di dalam tangan mereka dan akan diberikan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Mangsa Bot Karam Hanyut 16 Jam Ditemui
Mersing: Dua daripada empat mangsa bot karam di Perairan Pulau Rimau dekat sini, semalam, ditemui selamat awal pagi ini oleh sebuah bot nelayan tempatan selepas 16 jam terapung.
Mohamad Shafiq Nor Affandi, 22 dan Mohamad Syahkirin Khalil, 22, ditemui terapung di perairan Pulau Seri Buat, Rompin, Pahang kira-kira jam 7 pagi tadi oleh sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Terdahulu, Mohamad Shafiq dan Mohamad Syahkirin bersama Mohd Faizal Baharudin, 38, serta Mohamad Izuddin Mahayuddin, 24, berlepas dari Mersing kira-kira jam 10 pagi menuju ke Pulau Tioman untuk menguji enjin bot gentian kaca milik Mohd Faizal yang baru dibaiki.
Bagaimanapun kira-kira jam 3 petang ketika dalam perjalanan balik, tempat meletak enjen bot berkenaan tiba-tiba patah menyebabkan enjin sangkut 250 kuasa kuda itu jatuh ke dalam laut.
Mohamad Shafiq, berkata, ketika kejadian keadaan laut turut bergelora menyebabkan air mula masuk ke dalam bot sebelum tenggelam di perairan berdekatan Pulau Rimau di sini, tidak lama kemudian.
"Saya dan Mohamad Syahkirin hanyut dibawa ombak dan arus sehingga ke perairan Pulau Seri Buat di Perairan Rompin, Pahang.
"Manakala, bapa saudara (Mohd Faizal) dan Mohamad Izuddin dihanyutkan ke arah lain," katanya.
Mereka diselamatkan sebuah bot nelayan kira-kira jam 7 pagi tadi dan dibawa ke Pantai Air Papan di sini, sebelum menghubungi keluarga dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing sejurus kemudian.
Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Zulkepli Hashim mengesahkan kejadian itu sambil berkata gerakan mencari dan menyelamat membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang dijalankan. - myMetro
TOP
MH17: Guan Eng Cadang M’sia Hantar Menteri Ke Rusia
BUTTERWORTH – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mencadangkan Malaysia menghantar menteri ke Rusia selain Ukraine untuk membantu memudahkan penyiasatan nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas.
Beliau berkata Malaysia boleh menghantar Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Moscow atau Hishammuddin boleh mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya tak nampak pun mana-mana menteri pergi ke Rusia. Oleh kerana (Menteri Pengangkutan Datuk Seri) Liow Tiong Lai telah pergi ke Ukraine, kenapa Hishammuddin tidak pergi ke Rusia, kerana anda perlukan (bantuan) kedua-dua negara. Jika Ukraine kata ya, tetapi Rusia tidak berikan respons, (ia) juga tidak guna.
“Rusia lebih penting kerana Rusia mempunyai pengaruh di rantau itu. Rusia sebuah negara kuasa besar. Kita patut beri penghormatan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif berjumlah RM182,100 untuk diagihkan kepada 607 pemandu pemandu teksi dan kereta sewa (Bahagian Seberang Perai).
Insentif itu disampaikan kepada Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang Abd Malek Darus Abd Malek Darus di Dewan Datuk Ahmad Badawi di sini.
MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Ukraine yang sedang bergolak. Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. Lokasi pesawat itu terhempas terletak di kawasan pasukan tentera Ukraine yang sedang berjuang menentang kumpulan pemberontak proRusia.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama enam delegasi berlepas ke Ukraine. Delegasi itu akan transit di Amsterdam dalam perjalanan ke Kiev dan dijangka tiba hari ini pada pukul 1 tengah hari (waktu Ukraine).
Ditanya sama ada beliau akan mengemukakan usul berhubung cadangan itu pada sidang Parlimen tergempar pada Rabu ini, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, “Apa yang kami mahukan ialah kita bersatu dan bersama-sama menghadapinya.
“Kami bukan mahu mendapat pujian untuk itu. Kami hanya membuat gesaan secara ikhlas.” – BERNAMA
TOP
Bintang Siri 'Rockford Files', James Garner Meninggal Dunia
James meninggal dunia pada usia 86 tahun.
PELAKON siri televisyen popular Amerika Syarikat, The Rockford Files iaitu James Garner meninggal dunia pada usia 86 tahun. Menurut laporan BBC, aktor itu menderita pelbagai penyakit termasuk angin ahmar sejak 2008. "Garner meninggal dunia kerana penyakit yang dideritainya sejak sekian lama," kata pihak polis Los Angeles tentang punca kematian pelakon yang pernah membintangi filem The Grape Escape itu.
James pernah popular menerusi drama bersiri The Rockford Files.
Mayat pelakon itu juga telah diserahkan kepada keluarga mendiang untuk upacara pengebumian. James sebelum ini popular menerusi watak sebagai Jim Rockford iaitu penyiasat peribadi dalam The Rockford Files (1974-1980) pernah menerima pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik pada tahun 1986 menerusi filem romantik komedi, Murphy's Romance. Mendiang juga pernah memenang Anugerah Emmy pada tahun 1977 untuk drama bersiri The Rockford Files dan turut dianugerahkan dengan trofi pencapaian sepanjang hayat pada 2005.

Baju Raya Anak-Anak Daphne Inspirasi Filem ‘Frozen’
PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Daphne Iking memberitu dua anak perempuannya inginkan fesyen seperti digayakan oleh Puteri Elsa dan Puteri Anna dalam filem popular Frozen untuk dipakai semasa hari raya nanti.
Daphne atau nama sebenarnya Dahlia Daphne Eleanor Mozes Iking, 34, berkata, demi merialisasikan hasrat kedua-dua anaknya itu dia menjahit sendiri baju tersebut mengikut permintaan anak-anaknya, Isobel Daniella dan Iman Daniella.
“Mereka berdua sangat gilakan filem Frozen sehingga mahu baju raya berinspirasikan karektor Puteri Elsa dan Puteri Anna dan nampaknya impian tersebut akan terlaksana.
“Demi kemahuan anak-anak saya sanggup mencari kain yang sesuai dan menjahit sendiri baju berkenaan supaya boleh dipakai pada hari raya nanti,” katanya kepada mStar Online.
Daphne ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjurang Geng Celepets di Restoran Andersen Publika dekat sini pada Khamis lalu.
Tambah Daphne, Syawal tahun ini dia akan pulang ke kampung halaman suaminya di Kuala Kangsar, Perak selama beberapa hari sebelum mengambil peluang bercuti di Pulau Redang untuk aktiviti menyelam.
Dalam pada itu, Daphne berkata, dia bakal meninggalkan program bual bicara iaitu Bella kerana ingin keluar daripada zon selesanya sebagai seorang pengacara.
Jelas Daphne, dia tidak boleh selamanya berasa selesa dengan kedudukannya sekarang dan perlu menerokai peluang lain untuk mendapatkan pengalaman.
“Selain lakonan dan pengacaraan saya ingin menerokai bidang lain seperti menulis skrip dan buku, bergelar penyampai radio dan melakukan ‘stand up comedy’.
“Tidak memperbaharui kontrak bersama Bella adalah sebagai langkah pertama untuk saya keluar dari zon selesa dan melakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya,” katanya. – mStar Online
TOP
Keterujaan Farid Sambut Syawal Bersama Muhammad
PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Farid Kamil tidak sabar untuk menyambut kedatangan satu Syawal kerana ingin melihat anak lelakinya, Muhammad mencium tangan dan memeluknya di pagi raya.
Farid, 31, berkata, sejak bergelar bapa dia memang menantikan saat tersebut kerana ingin merasai perasaan istimewa pada hari mulia itu bersama anaknya.
“Tiada apa yang saya inginkan pada Hari Raya nanti selain melihat Muhammad lengkap berbaju Melayu dan mencium tangan saya pada pagi raya.
“Ia barangkali satu perasaan yang menarik untuk dirasai oleh seseorang yang bergelar bapa seperti saya,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Farid berkata, dalam keterujaan untuk menyambut Syawal dia dan isterinya, pelakon Diana Danielle memilih untuk bersikap sederhana dalam membuat persiapan sambutan Syawal tahun ini.
“Seperti mana sebelum ini persiapan dibuat sederhana sahaja dan hanya lebihnya kepada Muhammad sahaja.
“Apa-apa pun paling penting pada hari raya nanti dapat berkumpul dengan keluarga dan mengeratkan silaturahim,” katanya yang sudah mula bercuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selama dua minggu.
Tambah Farid, tahun ini dia akan berhari raya di kampung halamannya di Sungai Petani, Kedah sebelum kembali ke ibu negara untuk menyambung aktiviti seninya. - mStar Online
No comments:
Post a Comment