TOP
Jurugambar Didenda RM1,000 Panjat Bangunan Ala ‘Spiderman’
KUALA LUMPUR – Gara-gara melakukan aksi ala ‘spiderman’ dengan memanjat bangunan 1 Sentrum, KL Sentral yang setinggi 32 tingkat, seorang jurugambar sambilan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menceroboh bangunan itu tanpa kebenaran dua minggu lepas.
Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Keow Wee Loong, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.
Keow yang diwakili peguam Latheefa Koya membayar denda itu.
Dia didakwa menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral dengan cara memanjat di luar bangunan itu di Tingkat 32, Bangunan 1 Sentrum, KL Sentral pada 2.30 petang, 29 Jun lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, Keow memanjat bangunan 1 Sentrum dari tingkat luar bangunan sebelum dia ditangkap oleh pengawal keselamatan ketika berada di tingkat 32 bangunan itu pada 3.30 petang.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran. – BERNAMA
TOP
Gambar Kilang Roti Yang Jijik Di Ipoh?
Setelah kita dikejutkan dengan beberapa kes penyediaan makanan yang tidak menepati piawaian, kini timbul pula satu isu baru di Ipoh, Perak. Kes kali ini melibatkan sebuah kilang roti pula.
Gambar-gambar ini diambil dari blog Apahell yang mengatakan gambar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna ke facebooknya.
Dimaklumkan juga bahawa kebanyakan pekerja kilang roti berkenaan adalah dari indonesia dan bangladesh. Disini disertakan lagi gambar yang dikatakan oleh sumber dimuatnaik oleh pengguna facebook berkenaan.
Harapan SK adalah ini bukan satu bentuk fitnah keatas kilang roti berkenaan. SK berharap dengan tersebarnya artikel ini, tuduhan ini dapat disahihkan dan mendapat perhatian pihak berwajib. Semoga ada usaha untuk menyahihkan berita ini dari pihak yang berkenaan, supaya rakyat Malaysia lebih yakin dengan pihak berkuasa. - SiakapKeli.com

Argentina Kalah, Khairy 'Dibelasah' Di Twitter
PETALING JAYA: Bahang Piala Dunia masih belum berakhir bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila beliau 'dibelasah' teruk oleh pengikutnya diTwitter akibat kekalahan pasukan yang disokongnya, Argentina.
Lebih menyakitkan apabila gambarnya sedang menangis disunting dan dikongsi oleh pemilik akaun @ShifterPride.
Gambar yang diulang twit oleh Khairy itu turut diulang twit oleh 4,500 pengguna Twitter lain dan disukai oleh 1,200 pengikutnya.
Pada aksi final Piala Dunia 2014 yang berlangsung awal pagi Isnin menyaksikan Jerman menang 1-0 ke atas Argentina.
"Berapa lama korang nak bash aku ni? Bulan puasa. Tak baik bash orang. Vamos," demikian tulis Khary di Twitternya.
Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau begitu yakin bahawa Argentina akan menjulang trofi Piala Dunia 2014. Sebelum ini Khairy menerusi twitnya untuk mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan siarang langsung Piala Dunia turut menyelitkan komen sinis berbunyi: "World Cup final di Dataran Merdeka. Sahur (lauk Jerman) disediakan. See you there!" Selepas Argentina dan Jerman mengesahkan layak ke final, Khairy juga pernah membuat kenyataan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyokong pasukan Argentina yang disokongnya itu. Bagaimanapun Khairy terpaksa menanggung malu apabila kata-katanya itu memakan diri sendiri apabila Najib turut 'membelasahnya' kerana pasukan pilihannya tewas. Beliau turut memuat naik gambar Najib meninggalkan Dataran Merdeka dengan kapsyen: "Yang paling kuat bahan aku tadi kat Dataran Merdeka." Najib bersama Khairy hadir di Dataran Merdeka bagi menyertai ribuan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014. - mStar

Jersi Misteri Bersama Gotze Terungkai - 7 Gambar
Setelah Mario Gotze menjadi wira Jerman semalam apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan, perhatian di seluruh dunia kini beralih kepadanya.
Di majlis penyampaian piala semalam, Gotze dilihat sentiasa memegang satu jersey jerman yang akan dibawanya walau kemana-mana, ketika majlis berlangsung.
Sebenarnya, jersi bernombor 21 tersebut adalah milik Reus yang tidak dapat bersama pasukan Jerman kerana kecederaan. Difahamkan, Reus dan Gotze berkawan baik dan banyak menghabiskan masa bersama walau dimana sahaja termasuk pasukan bola. Cuma Reus tidak dapat beraksi bersama Gotze dalam perlawanan terakhir itu.
- SiakapKeli.com

Tindakan Berani Wartawan Wanita RT Kutuk Zionis Dapat Pujian
Seluruh dunia kini terus mengutuk kekejaman tentenra israel terhadap yang kini sudah berterusan selam 7 hari. Dijangka angka korban sudah melebihi 172 orang.
Laman Muslim Care Malaysia Society di Facebook hari ini berkongsi sebuah video yang menunjukkan seorang penyampai berita di laman www.rt.com, sebuah agensi berita di Amerika, Abby Martin dengan beraninya mengutuk kekejaman rejim zionis itu.
Abby menyelar kenyataan-kenyataan berat sebelah dari media massa sebelah barat kerana kebanyakan berita yang disampaikan oleh mereka memihak kepada israel. Selain itu, dia juga mengutuk White House yang bertindak mengeluarkan kenyataan untuk Israel membalas serangan Hamas.
Rata-rata pengguna laman sosial yang melihat video tersebut memuji tindakan berani Abby tak kira luar dan dalam Malaysia.
Abby dengan beraninya mengeluarkan kenyataan tentang realiti yang berlaku di Gaza pada ketika ini. Berikut adalah video yang dimaksudkan oleh SK.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Dua Mesej Terakhir Suami Tanda Pergi Selama-Lamanya
SEMPORNA – Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat Salamah Amad, 26.
Mesej itu bertanyakan mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yang berusia setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah.
‘Tidur sudah Khairine?’ dan ‘sayang buat apa?’ itu diterima Salamah jam 10 malam dan lebih dua jam selepas itu dia menerima khabar suami dikahwini pada 2008 itu terbunuh dalam serangan hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.
Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akan meninggalkan mereka dua beranak terlalu cepat.
“Sepanjang Ramadan ini kami hanya sempat berbuka beberapa kali saja kerana arwah diarah menjalankan tugas pengawasan di laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bubul Batu 2, dekat sini, semalam. – Harian Metro
TOP
Penyeludupan Minyak Subsidi Tumpas, RM 500,000 Dirampas
Alor Setar : Pasukan Polis Marin (PPM) Kedah/Perlis menumpaskan aktiviti penyeludupan diesel dan petrol subsidi disyaki paling aktif di utara Semenanjung yang berpangkalan di Mergong, di sini, membabitkan rampasan bernilai lebih RM500,000.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang semalam, sebanyak 42,800 liter diesel dan petrol bernilai RM87,780 dirampas selain kelengkapan dan kenderaan termasuk dua lori yang disyaki digunakan untuk tujuan penyeludupan.
Pegawai Pemerintah PPM Kedah/Perlis Asisten Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya turut menahan tiga lelaki membabitkan dua pemandu lori tangki dan seorang operator stor.
LORI tangki yang disyaki digunakan untuk menyeludup minyak dirampas pihak berkuasa. FOTO Sharul Hafiz Zam
Beliau berkata, dalam serbuan itu, anggota sindiket terbabit sedang mengepam minyak ke dalam sebuah lagi lori tangki berasingan.
"Bahan bakar itu dipercayai akan diseludup ke negara Thailand. Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.- myMetro
TOP
Brazil Pecat Scolari Selepas Kekalahan Memalukan Piala Dunia
RIO DE JANEIRO – Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) tidak akan memperbaharui kontrak jurulatih kebangsaan Luiz Felipe Scolari, beberapa jam selepas Jerman menewaskan Argentina pada aksi final Piala Dunia 2014, awal pagi tadi, demikian menurut laporan media tempatan hari ini.
Sementara itu, Scolari berkata beliau membiarkan CBF menentukan nasibnya selepas anak buahnya tewas 0-3 dalam perebutan tempat ketiga dengan Belanda pada Sabtu lalu, sebelum dimalukan Jerman pada perlawanan separuh akhir pada Selasa lalu dengan keputusan 7-1.
Aksi pada Selasa lalu adalah kekalahan terburuk negara itu sejak perlawanan akhir menentang Uruguay pada Piala Dunia 1950.
Scolari, terkenal dengan panggilan Felipao, membantu Brazil muncul juara Piala Dunia 2002 di Jepun. Beliau mengambil alih pasukan kebangsaan pada Disember 2012, sebelum Brazil menjadi tuan rumah Piala Konfederasi. – AFP
TOP
Van 'Tertinggal Mayat' Di Jalan Raya
Feasterville, Pennsylvania: Kegagalan pintu van jenazah berfungsi dengan baik menyebabkan satu mayat yang diletakkan atas pengusung beroda terkeluar dari kenderaan itu sebelum menggelungsur di tengah jalan raya.
Laporan media semalam menyatakan kejadian berlaku berdekatan kompleks beli-belah Feasterville, kelmarin.
Gambar disiarkan laman sesawang berita dalam talian menunjukkan mayat berbalut kain putih berada betul-betul di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.
Namun mayat itu mungkin bernasib baik kerana tiada mana-mana kenderaan melanggarnya.
Menurut Pejabat Koroner Bucks County, pemandu van menyedari pintu belakang kenderaannya terbuka lalu menyelamatkan mayat berkenaan.
Pihak pengurusan mayat pula meminta maaf kepada waris si mati dan menyatakan kekesalan atas kejadian yang tidak diduga itu.
Seorang pejalan kaki yang melintas di jalan raya pula menganggap itu sebagai satu usikan dan menganggap ia “perkara paling aneh” yang pernah berlaku. - AP
TOP
Pengebumian Jenazah Koperal Ab Rajah Penuh Istiadat Penghormatan
SEMPORNA: Jenazah anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap di Pulau Mabul pada Sabtu malam, selamat dikebumikan di kampung halaman, Kampung Bubul Batu di sini dengan penuh istadat penghormatan daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin.
Jenazah dibawa dari bilik mayat Hospital Tawau pada lewat malam tadi ke rumahnya dan disembahyangkan pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul Batu, Jalan Batu 3 1/2, di sini.
Suasana pilu turut disertai hujan renyai-renyai ketika upacara pengebumian yang dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada keluarga terdekat, kenalan rapat dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ab Rajah.
Terdahulu, keranda jenazah yang dibaluti bendera Jalur Gemilang dibawa dari rumah keluarga Allahyarham serta diusung enam anggota polis Marin yang juga rakan Allahyarham.
Turut hadir, Komander PolisMarinBukit Aman DatukAbdulAziz Yusof, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malik Harun, Ketua Polis Semporna Supt Mazlan Lazimdan Ketua Polis Tawau ACP Awang Besar Dullah.
Isteri Allahyarham, Salamah Amad, 26, yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita berkata beliau berbangga merelakan pemergian arwah sebagaimana yang pernah disuarakan impiannya untuk sanggup berkorban demi tanah air.
"Saya redha dia pergi...memang niat dia ingin mati berjuang untuk negara kerana masa kejadian Tanduo (Lahad Datu) dia memberi nama untuk ke Tanduo, tetapi arwah ditugaskan di Sandakan," katanya sambil menambah ketika itu beliau sedang mengandungkan anak lelaki sulung yang akan memasuki usia setahun pada 26 Julai ini.
Menceritakan mengenai latar belakang suami, anak jati Tawau itu berkata Allahyarham Ab Rajah merupakan seorang insan yang bersemangat juang tinggi sejak berkhidmat sebagai polis pada 2004.
"Kalau orang lain boleh kuat, kenapa saya tidak?, saya boleh menjadi sekuat itu merelakan pemergian arwah demi negara ini.
"Saya tahu dia pun gembira mati syahid di syurga kerana selepas bedah siasat selesai dan dicuci bersih semalam saya amati wajahnya kelihatan tersenyum gembira," katanya yang menyatakan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar bertugas di Pulau Mabul, Jumaat lepas.
Sementara itu, bapa Allahyarham Jamuan Ajuan, 70, yang masih terkejut dengan hakikat kehilangan anak keempat daripada enam beradik itu akur dengan suratan Ilahi kerana arwah amat meminati bidang kepolisan.
"Ibu arwah, Kamsiah Indanan kini amat bersedih kehilangan anak tersayang tetapi kami redha dia meninggal ketika bertugas untuk mempertahankan negara," katanya.
Sepupu Allahyarham, Noor Hani Mokhtar, 37, pula menyifatkan pemergian Allahyarham memberi tamparan hebat kepada keluarga selepas kematian seorang lagi sepupu akibat penyakit kronik, Jumaat lepas.
"Arwah memang seorang yang pendiam dan tidak pandai untuk bercerita dengan keluarga walaupun mempunyai masalah, malah dia memang seorang yang fokus dalam kerjayanya," katanya.
Beliau berkata arwah sendiri menawarkan diri untuk berpindah ke negeri kelahirannya selepas permohonan dibuka kepada mana-mana anggota untuk berkhidmat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dan permohonan berjaya dalam masa sehari.
Allahyarham Ab Rajah, 32, yang berasal dari Semporna bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh Perak kira-kira setahun yang lalu sebelum berpindah ke Semporna.
Dalam kejadian pada 11.10 malam Sabtu lepas, seorang lagi rakan sekerja yang juga anggota Marin, Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di pulau itu.
TOP
‘Selamat Hari Lahir Mak’ – Rita
Gambar Rita (kanan) dan Sosilawati pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 2008, antara kenangan bersama ibu.
PETALING JAYA: Empat tahun lalu beliau kehilangan ibu yang amat disayanginya pada Ramadan, namun tragedi itu tidak pernah melenyapkan memori hari ulang tahun kelahiran insan istimewa itu yang turut jatuh pada bulan mulia ini. Mengakui kehilangan ibunya sentiasa dirasai, anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ini amat merindui ibunya. Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 29, berkata, sebagai seorang anak, beliau tetap mengingati tarikh kelahiran ibunya yang dipanggil ‘mak’ pada 12 Julai. “Saya mengingati segala kenangan bersama sewaktu mak masih ada, terutama kerana kami sering menyambut ulang tahun bersama, kebetulan hari lahir saya hanya selang sehari iaitu 14 Julai (Isnin). “Terlalu banyak kenangan bersama mak yang tidak mungkin saya lupakan. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah menghadiahkan Al-Fatihah dan doa untuk beliau,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Rita kepada mStar Online.
Erni Dekritawati Yuliana Buhari
Pada 30 Ogos 2010, Sosilawati bersama tiga yang lain dibunuh dengan kejam di Tanjung Sepat, Banting di Selangor ketika umat Islam masih sedang menjalani ibadah puasa. Rita pada Sabtu lalu memuat naik sekeping gambarnya bersama Sosilawati di laman sosial Instagram dengan ucapan hari lahir ke- 51 buat ibunya. Menurut Rita di Instagramnya, ibunya mengajar beliau tentang erti hidup, susah dan senang serta menjadikan seperti mana beliau berada sekarang. “Ibulah yang mengajar aku erti hidup... susah dan senang, dan menjadikan aku di mana aku ada sekarang. Mengingatinya adalah keutamaanku. Setelah aku bergelar seorang ibu dan kini baru aku memahami naluri hati seorang ibu. “Kaulah ratu hatiku dan idolaku. “Happy birthday ke-51 to my lovely mom Datuk Sosilawati Lawiya (Selamat hari ulang tahun ke-51 kepada ibuku tersayang Datuk Sosilawati Lawiya). Al-Fatihah,” katanya yang membuat majlis tahlil dan doa selamat buat arwah ibu dan ahli keluarga lain pada 20 Jun lalu. Rita kini mempunyai dua cahaya mata, Kaisar Raees Khamarulazlan yang berusia setahun 10 bulan dan Khalid Rashad Khamarulazlan, lapan bulan.
Gambar yang dimuat naik oleh Rita di Instagram dengan ucapan selamat hari ulang tahun kepada ibunya.
Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, Rita berkata, beliau bersyukur kerana mempunyai suami, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 38, anak-anak dan keluarga termasuk empat beradiknya yang lain. “Buat masa ini, saya dan suami masih belum mempunyai perancangan untuk beraya di mana. Bagi saya, apa yang penting adalah semua insan yang saya sayang ada bersama pada hari yang mulia itu nanti,” katanya yang menetap di Gombak, Selangor. Dalam perkembangan lain, Rita kini terus menyambung legasi empayar perniagaan kosmetik arwah ibunya menerusi jenama Nouvelles Visages (NV). Selain NV, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan busana menggunakan jenama Wifey C.E.O by Rita di bawah syarikat Mywishlist Sdn Bhd. “Perniagaan secara online ini diusahakan saya sendiri yang bermula pada 2 Julai lalu. Ini adalah cita-cita saya untuk terlibat dalam dunia perniagaan fesyen,” katanya mengenai perniagaan terbaharunya menerusi laman web www.wifeyceo.com.

Apa yang membuatkan emas no.1?
TOP
Penduduk Kampung Parit Jerman Gembira Jerman Juara
PONTIAN – Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Gotze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di sini pagi ini.
Jeritan ‘gol’ memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.
“Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik,” kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.
Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan.
Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.
“Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini,” kata Mohd Asri.
Kini, penduduk kampung itu berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina pintu gerbang yang cantik untuk memudahkan orang ramai yang ingin datang untuk melawat.
Beliau berkata jamuan khas akan diadakan pada awal Hari Raya bagi meraikan kemenangan pasukan Jerman itu.
Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.
Kampung tersebut dinamakan sedemikian berikutan terdapatnya bukti kehadiran masyarakat Jerman yang berdagang dan membuka kawasan pertanian di Sungai Peradin suatu ketika dahulu.
Terdapat kesan peninggalan sejarah seperti batu-bata dan tangga batu yang dianggap penduduk generasi tua sebagai bukti peninggalan tentera Jerman.
Dikatakan, ia merupakan penempatan sementara tentera Jerman yang disediakan oleh sekutunya Jepun yang berpangkalan di Singapura, selain Kampung Parit Jerman di Sitiawan, Perak dan sebuah markas di Pulau Pinang pada Perang Dunia Kedua. – BERNAMA
TOP
6,750 liter diesel subsidi dirampas
Syamsul Badrin (dua dari kanan) bersama anggota penguat kuasa
PPDNKK memeriksa sebuah tong berisi minyak diesel bersubsidi
di sebuah stor di Taman Raya, Wakaf Tapai, Marang, semalam.
Kuala Terengganu: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas 6,750 liter minyak diesel bersubsidi di sebuah stor di Taman Raya, Wakaf Tapai, Marang, semalam. Dalam serbuan oleh sepasukan enam pegawai ke stor berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari itu, menemui 45 tong yang setiap satu mengandungi 150 liter diesel. Pengarah PPDNKK negeri, Syamsul Badrin Mohshin berkata, ketika serbuan dilakukan ada seorang pekerja berusia 30-an di stor itu.
Syarikat miliki lesen
Katanya, hasil pemeriksaan syarikat itu memiliki lesen, tetapi mereka didapati menyalahi peraturan apabila menyimpan stok diesel di tempat yang tidak dibenarkan. “Kita akan siasat tujuan diesel ini dipindahkan ke tempat berkenaan dan mengapa tidak di tempat simpanan asalnya di Ajil, Hulu Terengganu. ─ BH Online

Pelajar Malaysia di Gaza akui nyawa dalam bahaya
Muhammad Nadir menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak di Gaza sebelum ini.
GAZA - PALESTIN. Sambutan Ramadan di bumi Gaza kali ini, amat jauh berbeza. Saban waktu, bumi Gaza bermandikan darah, ramai nyawa terkorban, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberitahu, Ramadan di sini asalnya lebih meriah daripada Aidilfitri tapi kerana perang, suasana itu jadi hambar. Katanya, akibat serangan udara Zionis yang bertubi-tubi, masjid-masjid di Gaza membatalkan solat sunat tarawih malah ziarah berbuka terpaksa ditangguhkan dan operasi perniagaan turut di tutup. “Penduduk Gaza terpaksa mengambil risiko untuk keluar meskipun menyedari berdepan bahaya. Jadi mereka hanya akan masak juadah berbuka sendiri, walaupun kadangkala penduduk datang hantar makanan ke rumah," katanya. Berkongsi pengalaman yang ketika ini berdepan serangan Israel di Semenanjung Gaza, penuntut tahun dua Ijazah kedua Syariah Universiti Gaza itu berkata, sejak hari pertama, tingkat lima hospital yang juga tempat dia menginap sentiasa bergegar oleh bedilan roket Israel. Katanya, hampir setiap masa dron di atas kepala dan sesekali pesawat pejuang F16 melintas di udara mencari mangsa. "Apabila bunyi F16 terlalu dekat, otak akan berfikir, apakah aku sasarannya kali ini," ujar Muhammad Nadir. Namun, baginya soal hidup mati itu tidak dibimbangkan kerana mati boleh berlaku di mana-mana sahaja. Menurutnya, kebimbangan bukan pada nyawanya sendiri, tetapi pada insan yang ditinggalkan, bagaimana mereka akan menghadapinya, termasuk keluarga di Malaysia dan Gaza. "Setelah setahun setengah di sini, saya cukup akrab dengan penduduk Gaza. Setiap kali membaca berita, perasaan berdebar-debar bimbang kalau ada nama yang dikenali jadi syuhada,” katanya. Muhammad Nadir memberitahu, serangan rejim Zionis juga turut mengorbankan seorang sahabatnya. Kelmarin, 18 orang syahid apabila masjid dan rumah di belakang kediamannya dibom selepas solat tarawih. “Hari ini (semalam) masuk hari keenam serangan Zionis ke atas Gaza, lebih 120 meninggal dunia, lebih 100 cedera dan ribuan kediaman musnah. “Pada Subuh, sekitar jam tiga pagi, serangan semakin ketara. Serangan dilakukan mengikut kawasan, kadang kala fokus di Selatan, kadang kala di Gaza Tengah. "Zionis menyasarkan serangan ke atas hospital dan pejabat NGO yang memberi khidmat kepada penduduk," katanya. Bercerita kisah hidupnya di bumi Gaza, pemuda berusia 27 tahun yang berasal dari Bandar Baru Bangi ini merupakan satu-satunya pelajar Malaysia di Gaza. Tegasnya, dia hanya akan pulang sekiranya peperangan reda dan sempadan Rafah dibuka. "Sebelum ini, saya menyambung di Syria, tetapi apabila keadaan di sana bergolak saya ke sini (Gaza),” katanya. Meskipun tidak gentar untuk syahid di bumi Gaza, keluarganya pasrah dengan keputusannya untuk kekal di negara itu. “Alhamdulillah, mereka ada rasa bimbang tetapi reda dengan keputusan saya. “Sekarang cuti musim panas. Pelan asal pulang sebelum Ramadan terbantut akibat sempadan yang tidak dibuka,” katanya. Menurutnya, sejak tercetusnya perang, bantuan yang diterima sangat terhad, sekadar daripada NGO sedia ada di dalam Gaza kerana NGO luar tidak dibenarkan masuk dan tersekat di sempadan. Beliau berkata, peperangan itu menambahkan lagi kesengsaraan rakyat Palestin, apabila Kerajaan Hamas yang dihimpit gagal membayar gaji, bantuan kepada anak-anak yatim terputus, krisis kekurangan makanan, ubat-ubatan dan elektrik meningkat dengan mendadak. ─ Sinar Online

Supermoon Punca Fenomena Ombak Besar
Supermoon dijangka berulang pada Ogos dan September ini.
GEORGE TOWN: Fenomena ombak besar yang melanda negeri di utara tanah air berkait rapat dengan kejadian bulan penuh atau dikenali sebagai 'Supermoon'. Tiupan angin kencang juga menambahkan lagi kebimbangan penduduk termasuk pelancong di sekitar Batu Ferringghi, Esplanade, selain Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Teluk Kumbar. Situasi itu juga menyebabkan lalu lintas sesak kerana kenderaan terpaksa bergerak perlahan untuk mengelak ombak besar yang menghempas tembok pantai. Bagi penduduk di sekitar Pantai Bersih, Bagan Ajam di Seberang Prai Utara pula, kejadian itu mengingatkan insiden pada 2010 apabila ombak besar dan angin kencang mengakibatkan bot nelayan dihanyutkan dan sebahagian rumah di kawasan itu musnah. Sabtu lalu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan kedudukan bulan yang kelihatan dekat dengan bumi dan bersaiz lebih besar dan cerah daripada biasa.
Pemandangan menarik Supermoon di Portland, Oregon .
Menurut NASA, kejadian 'Supermoon' akan dilihat berada lebih dekat berhampiran bumi pada 10 Ogos ini dan 9 September ini. Bulan dan Bumi yang mempunyai jarak sejauh 356,577 kilometer kali terakhir dilihat berlakunya fenomena 'Supermoon' adalah pada 1993, dengan 20 peratus lebih cerah serta 15 peratus lebih besar berbanding saiz bulan biasa. ─ mStar.com.my

200,000 Penyokong Jerman Menari, Berpesta Di Berlin
BERLIN – Seluruh negara Jerman diselubungi kegembiraan dengan peminat menari sepanjang malam selepas menjuarai gelaran keempat Piala Dunia hasil kejayaan menewaskan Argentina.
Bunga api dimainkan sepanjang Berlin dan penyokong bersorak dengan kemenangan 1-0 itu di sepanjang jalan sambil membunyikan kenderaan mereka dengan bendera hitam, merah dan emas berkibaran megah.
Lebih daripada 200,000 peminat melonjak kegembiraan sambil menyanyi di ibu negara Jerman itu.
“Oh, ia sesuatu yang indah!” dan “Super Deutschland” sorak setiap penyokong.
Jalan yang dikenali sebagai Fan Mile di belakang Brandenburg Gate, yang menjadi simbol kepada perpaduan ditutup bagi memberi rumah peminat untuk bersorak kegembiraan ketika aksi menentang Argentina.
“Kemenangan ini amat penting, ia pertama buat saya,” kata seorang peminat, Carsten Glaser, 20.
Ramai peminat memerhati kemenangan itu sebagai penting dan memiliki peranan dalam sejarah kerana ia hadir selepas 24 tahun Jerman Barat menewaskan Argentina pada 1990, beberapa bulan sebelum negara Eropah itu mengatasi era perang dingin.
“Kemenangan ini penting untuk menyatukan Jerman,” kata Thorsten Kinscher, 34. “Ia menunjukkan kami benar-benar bersatu padu.”
Anett Voelker, 42 berkata dia sudah menunggu 24 tahun untuk menunggu bintang keempat ditambah di jersi Jerman.
“Ia kejuaraan yang hebat untuk menyatukan Jerman, perasaan penyatuan yang lebih hebat.”
Jerman begitupun terpaksa menunggu sehingga masa tambahan sebelum menundukkan Argentina menerusi jaringan Mario Gotze tujuh minit sebelum masa perlawanan berakhir yang mencetus resah peminatnya.
“Jerman tidak bermain dengan baik, Argentina lebih baik,” kata Tom Ulmann, yang juga peminat Jerman. “JIka ia berterusan seperti itu kami akan kalah.”
Jerman sebelum itu menang dengan jaringan besar 7-1 ke atas tuan rumah Brazil untuk mara ke final dan mencipta sejarah menjadi negara Eropah pertama memenangi Piala Dunia di benua Amerika Selatan. – AFP
TOP
Bedilan roket ragut 8 nyawa di Mesir
KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh orang awam dan seorang askar terbunuh lewat malam tadi apabila tiga roket membedil Semenanjung Sinai, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir, hari ini.
Satu roket jatuh di luar sebuah kedai di selatan El-Arish, ibu utara Sinai, meragut tujuh nyawa orang awam, termasuk kanak-kanak dan mencederakan 25 yang lain, kata kementerian itu.
Dua roket lagi mensasarkan pusat kawalan tentera, mengorbankan seorang tentera dan mencederakan tiga yang lain.
Serangan bom bersiri meningkat di tanah besar Mesir selepas pihak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, tahun lalu. - AFP
TOP
Israel Bunuh 172 Rakyat Palestin, Serangan Hari ke-7
GAZA CITY: Serangan tentera Israel ke atas Gaza awal pagi Isnin meragut nyawa seorang lagi lelaki dan wanita menjadikan angka kematian meningkat kepada 172, demikian menurut pasukan perubatan.
Kekejaman rejim Israel ke atas Gaza memasuki hari ketujuh hari ini.
Kedua-dua mangsa terbaharu itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan udara Israel pada Ahad, apabila lapan orang terbunuh.
Lewat Ahad, serangan Israel membunuh seorang lelaki berusia 65 tahun di Deir el-Balah, di bahagian selatan, remaja berusia 20 tahun di Rafah berdekatan dengan sempadan Mesir, dan dua lagi di Khan Yunis yang juga terletak di selatan.
Selain itu satu lagi serangan di utara bandar Jabaliya telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra.
Tidak lama selepas itu, tentera Israel turut membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza, katanya.
Sementara itu seorang lagi lelaki terbunuh dalam satu serangan di Beit Hanun di utara Gaza.
Sebelum itu seorang lagi rakyat Palestin turut dilaporkan mati dalam serangan yang lebih awal, menjadikan jumlah kematian terkini ialah 172 orang.
TOP
Pasport Hilang Mungkin Dijual Di Pasaran Gelap – Penganalisis Jenayah
PETALING JAYA: Sebahagian pasport Malaysia yang hilang kemungkinan dijual di pasaran gelap yang didalangi sindiket yang menyediakan perkhidmatan kepada warga asing untuk memiliki pasport antarabangsa.
Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, pemalsuan pasport Malaysia dipercayai akan melalui proses penggubahan identiti pada gambar atau butiran di muka surat biodata dalam dokumen berkenaan.
Kamal Affendi
“Dipercayai pasport yang dijual itu digunakan pelarian atau pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau pengenalan diri,” katanya kepada mStar Online. Menurut rekod Jabatan Imigresen, sebanyak 83,015 pasport Malaysia yang dilaporkan hilang sejak 2010 sehingga Mei tahun ini. Daripada jumlah itu, kehilangan pasport yang disebabkan oleh kecurian atau rompakan mencatatkan kes tertinggi dengan 29,700 kes. Kamal Affendi berkata, bagaimanapun, kebarangkalian kegiatan itu melibatkan pasport Malaysia versi berteknologi baharu jenis polikarbonat yang diperkenalkan tahun lalu adalah tipis. “Sehubungan itu, Jabatan Imigresen diminta untuk mempertingkatkan risikan keselamatan bagi membanteras aktiviti pemalsuan pasport. “Ciri keselamatan pasport Malaysia juga perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya lebih selamat,” katanya. Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pula tidak menafikan terdapat permintaan terhadap pasport Malaysia untuk tujuan pemalsuan dokumen.
Lee Lam Thye
Katanya, permintaan itu menyebabkan terdapat cubaan penjenayah untuk mencuri pasport Malaysia sekiranya terdapat peluang dan ruang. “Oleh itu, pemilik pasport sendiri seharusnya bertanggungjawab dalam menjaga pasport sebagai dokumen pengenalan diri mereka. “Ini kerana kecuaian mereka yang menyebabkan kehilangan pasport akan memberi peluang ia dicuri dan kemudiannya disalahguna atau dijual kepada sindiket tertentu,” tambahnya lagi. Bagaimanapun Lam Thye berkata, ada kemungkinan pemilik pasport itu menjual dokumen mereka di pasaran gelap apabila ditawarkan sejumlah wang. Sehubungan itu katanya, Jabatan Imigresen digesa melaksanakan pemeriksaan lebih terperinci terhadap setiap permohonan pasport terutama bagi menggantikan pasport yang hilang. Turut bersetuju dengan cadangan itu adalah penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar yang menyifatkan pemeriksaan tersebut akan memastikan kesahihan setiap permohonan pasport.
Akhbar
“Kita tidak mahu mereka yang mendalangi sindiket ini dengan sewenang-wenangnya membuat permohonan pasport, terutama dengan proses pengeluaran pasport kini lebih mudah. “Jabatan Imigresen perlu mendapatkan justifikasi pemohon mengenai butiran kehilangan pasport mereka sebelum meluluskan permohonan gantian pasport mereka,” katanya.

Teman Lelaki Bintang Siri 'Glee' Ditemui Mati
Mark ditemui mati dalam bilik hotelnya pada Khamis lalu.
TEMAN lelaki kepada pelakon siri Glee iaitu Becca Tobin ditemui mati di sebuah bilik hotel di Philadelphia pada Khamis lalu. Laman TMZ melaporkan, pihak polis masih menyiasat punca kematian Mark Bendik, 35, namun tiada sebarang tanda-tanda mencurigakan ditemui pada tempat kejadian. Di media sosial, para peminat siri Glee memberikan ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada Becca dan berharap aktres itu tabah menghadapi dugaan tersebut. Malah peminat pelakon itu turut membuat hastag #staystrongBecca sebagai menghormati kejadian sedih itu. Becca mula dikenali selepas memegang peranan dalam siri Glee musim keempat dan membawa watak sebagai Kitty Wilde.

Roti Canai Empuk, Kebab Daging Rusa Antara Tarikan Di Kampung Baru
Para pelanggan mendapatkan kebab daripada suami Fariza, Asri Yazid, 45, (dua, kanan)), 45, di bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto IZZRAFIQ ALIAS / THE STAR
KUALA LUMPUR: Kampung Baru di sini membariskan banyak gerai bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai jenis makanan kepada orang ramai untuk juadah berbuka puasa. Di sepanjang Jalan Raja Muda Musa, kesemua ditawarkan kepada orang ramai termasuk makanan tradisional. Peniaga, Mohd Mazli Mandasin, 39, berkata, resepi gulai tempoyak ikan patinnya diperoleh daripada bapa saudaranya yang memiliki sebuah restoran di Shah Alam dengan menjual makanan tradisonal negeri Pahang. "Saya menggunakan ikan segar dari kolam ternakan ikan di sungai Temerloh. Rasanya lebih enak berbanding yang di ternakan ikan di tasik-tasik," katanya. Mazli berkata, tidak terkejut sekiranya kebanyakan pelanggannya yang datang dari Pahang kerana mahu mendapatkan kesegaran ikan patinnya. Seorang lagi peniaga, Shukri Husin turut memperkenalkan resepi keluarganya. Shukri, 24, menjual roti tempayan, roti canai yang lebih tebal dan empuk. Jelasnya, roti tempatan itu dimakan dengan sos kacang tanah, yang seperti sos sate. "Resipi ini daripada arwah bapa saudara saya. Dia berasal dari Pattaya di Thailand dan roti yang saya jual ini yang disukai oleh penduduk di Pattaya," tambahnya. Peniaga, Fariza Yeop Dris pula memilih untuk melakukan kelainan pada hidangan kebabnya dengan menggunakan daging rusa, berbanding daging lembu, kambing dan ayam seperti kebiasaannya. Beliau berkata, daging itu dibawa dari pusat ternakan rusa di Sungai Siput. "Pelanggan-pelanggan menyukai rasa daging rusa dan kebab-kebab saya sentiasa habis dijual," katanya.

Adun Batu Caves Nafi Sebar Khabar Angin Tukar MB
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves menafikan dakwaan yang disebarkan kononnya kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.
Dakwan terhadapnya dan enam yang lain terkandung dalam laporan polis yang dibuat oleh kumpulan dikenali sebagai Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) pada Sabtu lalu.
"Kenyataan saya ialah tiada siapa pun yang boleh mengawal kedudukan Menteri Besar sebagai hak individu kerana ia perlu diputuskan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Enam yang lain ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafiz Ramli; Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei; Setiausaha Politik kepada Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Najwan Halimi dan pemilik Facebook, Habib Mazlan.
Tiada antara mereka kecuali Amirudin yang sedia memberikan komen mengenai dakwaan tersebut.
Pasmeb menyatakan ikrar menentang usaha untuk menggulingkan Abdul Khalid.
"Kami akan adakan roadshow, kami akan maklumkan kepada orang ramai mengenai situasi sebenar yang berlaku kerana terdapat banyak kenyataan media yang dibuat berdasarkan dakwaan tidak berasas," kata jurucakap Pasmeb, Mokhtar Razak Badri.
TOP
Foto Aksi Final Piala Dunia 2014
Reaksi penyokong Jerman setelah pasukan itu memenangi Piala Dunia buat kali keempat.
RAMAKAN lensa sekitar perlawanan akhir Piala Dunia 2014 yang menyaksikan Jerman merangkul kemenangan buat kali keempat selepas menewaskan Argentina 1-0 pada aksi akhir di Stadium Maracana awal pagi Isnin.
Pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger (kanan) dan Lukas Podolski meraikan kejayaan pasukannya menjulang trofi Piala Dunia 2014.
Reaksi penyokong pasukan Jerman.
Pemain Jerman Bastian Schweinsteiger menjulang trofi Piala Dunia sambil diperhatikan rakan sepasukannya, Philipp Lahm.
Pemain Jerman, Mario Goetze yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Argentina pada aksi final menjulang trofi Piala Dunia.
Reaksi penyokong Jerman meraikan kemenangan.
Reaksi penyokong Argentina ketika menyaksikan pasukan mereka kalah kepada Jerman 0-1.
Pemain Jerman Christophe Kramer (tengah), Kevin Grosskreutz (kiri), Manuel Neuer (belakang) dan Shkodran Mustafi (kanan) merakam gambar selife selepas pasukan mereka menang Piala Dunia 2014.
Reaksi penyokong Argentina yang kecewa selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Jerman pada final Piala Dunia 2014.
Penyerang Argentina, Lionel Messi dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2014.
Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menerima anugerah Sarung Tangan Emas pada kejohanan tahun ini.

Giant siasat dakwaan ayam tidak disembelih
SHAH ALAM - Pasar raya besar Giant sedang menyiasat dakwaan berkaitan gambar yang disebar secara meluas dalam internet menunjukkan terdapat kesan tebuk pada leher ayam yang didakwa dijual pasar raya itu yang dipercayai tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
Seorang pegawai pasar raya itu ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya amat mengharapkan pengirim gambar itu tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.
“Kami sudah cuba menghubungi pengirim gambar berkenaan melalui Facebook tetapi tiada jawapan. Individu berkenaan juga telah mengesahkan melalui komen pada gambar tersebut bahawa ayam itu tidak dibeli di pasar raya Giant tetapi di kedai runcit,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, pihaknya juga mahu pengirim gambar itu menyerahkan pembalut ayam itu yang mengandungi maklumat pembekal kepadanya bagi memudahkan siasatan.
Ujarnya, Giant juga melakukan pemeriksaan terhadap semua pembekal yang membekalkan ayam dan mendapati kesemua mereka mematuhi peraturan ditetapkan.
“Kami tidak mahu ada masalah dengan mengambil ayam yang tidak disembelih dengan betul kerana pembeli kami kebanyakannya Islam," katanya.
Kelmarin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada pasar raya menjual ayam yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa pasar raya itu dan mendapati ayam yang dijual adalah halal dan mematuhi syarak.
“Kita dapati pembekal ayam ke pasar raya itu (Giant) kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul," katanya. ─ Sinar Online
Gambar yang tersebar di laman Facebook.
Gambar yang tersebar di laman Facebook.
TOP
Cara Rasmi Menderma Ke Tabung Gaza Palestin
Cara rasmi menderma ke Tabung Gaza Palestin. Orang ramai sedia maklum bahawa Gaza kini berada dalam kesengsaraan apabila diserang oleh Tentera Israel.
Kepada orang ramai yang ingin menderma secara ikhlas, berikut adalah panduan menderma ke tabung Gaza Palestin menggunakan akaun Bank mahupun SMS.
Perlu diingatkan bahawa segala proses pengumpulan dana dibuat oleh Aman Palestin selaku pihak yang bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan ke bumi Gaza.
Akaun Bank Aman Palestin
Sumber: Melvister.com
Sumber: Melvister.com
TOP
Tekaan Najib Jerman Juara Piala Dunia 2014 Tepat
Reaksi Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 menewaskan Argentina 1-0. Turut sama mengiringi Najib ketika menonton perlawanan akhir itu di Dataran Merdeka awal pagi Isnin ialah Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Ramalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa juara tiga kali Piala Dunia iaitu Jerman mampu menjuarai piala itu buat kali keempat tepat apabila berjaya mengalahkan Argentina dengan jaringan 1-0 awal pagi Isnin. Najib membuat ramalan itu menerusi laman Twitternya pada Khamis lepas dengan menyatakan, "Inilah masanya meraikan Jerman dan kami mengucapkan selamat maju jaya dalam pelawanan final,". Khamis lepas, Jerman membelasah tuan rumah Piala Dunia 2014, Brazil dengan jaringan gol 7-1 pada perlawan separuh akhir piala itu. Malah, awal pagi ini, Najib tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia itu bersama-sama 25,000 peminat bola sepak di Dataran Merdeka di sini. Beliau yang berkemeja lengan pendek ungu muda dan berseluar hitam, tiba di Dataran Merdeka pada pukul 2.40 pagi dengan disambut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan untuk bersama-sama orang ramai memeriahkan program Fiesta Samba Brazil anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

PM Tonton Final Bersama 20,000 Penyokong Tempatan
KUALA LUMPUR – Kira-kira 20,000 penyokong bola sepak tempatan berkumpul di Dataran Merdeka awal pagi ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina.
Saingan yang ternyata hebat oleh kedua-dua pasukan berbeza benua itu dipancarkan menerusi skrin besar bermula jam 3 pagi.
Ia adalah inisiatif di bawah program tayangan Mega Fiesta Final Piala Dunia 2014 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Lebih istimewa, tayangan perlawanan akhir bola sepak paling berprestij itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Foto ─ Mohd Syamim Hazwan | Editing ─ SiakapKeli.com
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib. Najib yang tiba 15 minit sebelum sepak mula itu turut sempat beramah mesra dengan pengunjung yang kebanyakannya adalah generasi muda. Mega Fiesta Final Piala Dunia 2014 pertama kali dianjurkan KBS dengan pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung bermula pada jam 7.30 petang. Antaranya majlis berbuka puasa dan bersahur; solat hajat dan bacaan Qunut Najilah untuk rakyat Palestin; persembahan nasyid; pertandingan di Football Enclave, playstation FIFA14 serta freekick ‘Bend it fast KJ’. – Berita Harian

Kegiatan Perjudian Piala Dunia Tumpas
Sungai Petani: Polis Bukit Aman menumpaskan satu kegiatan perjudian Piala Dunia 2014 yang beroperasi di sebuah rumah di Taman Kempas di sini, yang dipercayai mengendalikan pertaruhan harian mencecah RM100,000.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam tadi, empat lelaki berusia antara 20 dan 32 tahun ditahan selepas dipercayai anggota kepada sindiket yang menguruskan pertaruhan secara dalam talian di rumah terbabit.
Ketua Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Superintendan Amir Rashid Derani, berkata pihaknya percaya rumah berkembar dua tingkat itu disewa khusus sindiket sejak kira-kira sebulan lalu, untuk dijadikan sebagai markas kegiatan judi terbabit.
"Dalam serbuan itu, kami mendapati rumah berkenaan dalam keadaan gelap berikutan sindiket terbabit menutup semua tingkap dan pintu menggunakan pelekat khas bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Semua suspek yang berasal dari Kuala Lumpur ditahan mengikut Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495), jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 serta boleh dipenjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun," katanya. - myMetro
TOP
Jerman Juara Piala Dunia 2014, Gotze Jaring Gol Tunggal Saat Akhir
Gotze wira Jerman! Gol tunggal perlawanan akhir piala dunia 2014 hasil sepakannya menobatkan Jerman sebagai juara piala dunia bagi tahun ini.
Perlawanan antara Jerman dan Argentina menyaksikan kedua-dua pasukan bekerja keras untuk mencari gol hingga ke masa tambahan. Pada minit ke 113 Mario Gotze meranapkan harapan penyokong Argentina apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan. Syabas kepada pasukan Jerman
─ SiakapKeli.com

Kucing Terpendek Di Dunia Dari California
Baru-baru ini, seekor kucing yang berasal dari California memecahkan rekod sebagai kucing terpendek di dunia.
Kucing yang diberi nama Little Pixel oleh tuannya, iaitu Tiffani Kjeldergaard, seorang wanita yang berasal dari Potrero, California. Rekod sebelum ini dipegang oleh ibu kepada Little Pixel dengan tinggi enam inci pada tahun 2012. Walau bagaimanpun rekod itu dipecah oleh kucing yang bernama Cye, yang berasal dari Canda dengan ketinggian 5.3 inci.
Little Pixel dikategorikan sebagai kucing jenis Mini Mew Munchkin dan biasanya kucing ini adalah jenis indoor'. Rata-rata kucing jenis ini mempunyai ketinggian 10 inci. Namun, sejak kelahiran Fizz Girl, kakinya sejak lahir pendek dan pakar haiwan menyatakan itu adalah sejenis masalah kesihatan. Namun, persatuan Para Pencita Kucing mengeluarkan ciri-ciri baru untuk kucing jenis Muchkin iaitu berkaki pendek bermula tahun 1995.
Dipetik dari Bundapoker, Sabtu (3/7/2014), meski hingga kini masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Guinness World Records, namun Tiffani, pemilik Little Pixel berkeras bahawa kucingnyalah yang memecahkan rekod untuk kategori tersebut tahun ini.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Maut jatuh tingkat 12 ditolak teman lelaki
Anggota bomba menurunkan mayat mangsa yang tersangkut pada bumbung di sebuah
kondominium di Ara Damansara, semalam.
PETALING JAYA - Mayat seorang wanita warga India ditemui di atas balkoni tingkat dua sebuah kondominium di Jalan PJU1/41A, Ara Damansara, di sini, petang semalam. Menurut sumber, insiden dipercayai berlaku apabila mangsa, Gita Rani, 36, ditolak kekasihnya selepas timbul pertelingkahan. "Jiran mangsa pernah mendengar mereka bertengkar beberapa kali sejak menyewa di situ beberapa bulan lalu," katanya. Difahamkan mayat mangsa ditemui penduduk yang kemudiannya bertindak memaklumkan kepada polis. Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Nazri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan mengambil mayat terbabit kira-kira jam 2 petang. Seramai 14 anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya dan Jalan Penchala terbabit dalam operasi itu. “Kami berjaya menurunkan mayat kira-kira jam 4.45 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai tukang jahit. “Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes akan disiasat,” katanya.

Boikot produk Israel berkesan jika libatkan dunia
Tun Dr Mahathir Mohamad
LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia. "Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang di sini, malam ini. Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan regim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban. - BERNAMA

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang
KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.
Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.
Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.
Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.
Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.
“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya. ─ Sinar Online
TOP
Piala Dunia: Rodriguez menang anugerah penjaring terbanyak 2014
James Rodriguez
RIO DE JANEIRO: Penyerang Colombia, James Rodriguez mendapat sedikit penawar duka apabila memenangi anugerah Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014 dengan himpunan enam gol. Biarpun negaranya terkandas di peringkat suku akhir, rekod jaringan pemain berusia 23 tahun itu tidak dipintas mana-mana pemain lain. Antara enam gol dijaringkan itu paling menarik adalah hasil tampanan dada ketika pasukannya menentang Uruguay. Penyerang kelab Monaco itu, ketika menggantikan rakannya yang tercedera, Radamel Falcao turut berjaya meledak satu gol ketika pasukannya tewas kepada Brazil, 1-2 pada aksi suku akhir lalu. Dua gol iaitu jaringan terbanyak penyerang berkenaan dalam perlawanan adalah ketika menentang Uruguay pada saingan 16 pasukan dan masing-masing satu gol di perlawanan peringkat kumpulan menentang Ivory Coast, Greece dan Jepun.
Penyerang Jerman, Thomas Mueller pula berada di tempat kedua dengan lima gol.
Penyerang Argentina, Lionel Messi, bintang Brazil, Neymar Brazil serta penyerang Belanda, Robin van Persie, berkongsi jaringan di tempat ketiga dengan empat gol. - Agensi.

Piala Dunia: Neuer menang anugerah penjaga gol terbaik 2014
RIO DE JANEIRO: Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer yang dinobat selaku pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik Piala Dunia 2014 mengakui ia kejayaan amat membanggakan dan seakan-akan tidak mempercayai mereka menjuarai trofi emas itu.
Pemain berusia 28 tahun yang beraksi bersama kelab gergasi Jerman, Bayern Munich itu menjadi antara kunci utama kemenangan 1-0 ke atas Argentina di pentas final, awal pagi tadi.
sukar untuk dipercayai dan satu pengalaman yang amat menakjubkan. Kami memperoleh kerjasama yang amat baik sejak dari awal persiapan kami. Kami juga berkongsi kekecewaan kami, termasuk kehilangan pemain seperti Lars dan Sven Bender selain Marco Reus yang kesemuanya layak untuk bergelar juara dunia.
“Jerman kini juara dunia. Saya tidak tahu berapa ramai kami akan meraikannya namun kami akan mengharunginya dengan senyuman yang besar,” katanya.
Neuer menewaskan beberapa lagi calon hangat untuk menjuarai anugerah sama seperti penjaga gol Argentina, Sergio Romero dan Keylor Navas yang cemerlang mengemudi Costa Rica.
Bekas penjaga gol Schalke itu hanya dibolosi empat kali sepanjang kejohanan selain tidak pernah dibolosi dalam empat perlawanan termasuk kemenangan 1-0 ke atas Perancis di suku akhir dan kemenangan ke atas Argentina pada final.
Neuer menyertai senarai pemegang anugerah penjaring terbanyak yang sebelum ini pada 2010 dimenangi pemain Sepanyol, Iker Casillas. - AFP
TOP
Piala Dunia: Sabella sedih, Mascherano menangis gagal dakap trofi
Alejandro Sabella
RIO DE JANEIRO: Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella mengakui kekalahan 0-1 skuad bimbingannya kepada Jerman di final Piala Dunia, pagi tadi adalah ‘saat paling menyedihkan’ namun masih berbangga dengan prestasi pemainnya. Sabella yang ditemuramah sejurus selepas perlawanan tamat berkata; “Sedih untuk tidak mampu menjuarai kejohanan ini, namun bangga dengan pasukan yang menampilkan permainan yang hebat. “Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemain, yang menjadi kebanggaan negara kerana usaha yang mereka lakukan dan dengan kejohanan yang mereka lalui,” katanya. Bintang tengah Argentina, Javier Mascherano juga tidak dapat menahan kesedihan dan seperti ramai rakan sepasukannya, mengalirkan air mata. “Kesakitannya amat besar. Kami mahu untuk membawa balik piala ini ke Argentina sekali lagi. “Kami seperti dirobek. Kami memberikan segala yang kami mampu dan kami meminta maaf kepada peminat yang datang ke sini dan juga rakyat Argentina. “Kesakitannya akan kekal bersama kami sepanjang hidup kami kerana ini adalah peluang terbaik kami,” kata pemain Barcelona itu. “Kami perlu mengangkat kepala kami dan mengatasi kesakitan ini.” - Reuters

Piala Dunia: Fred umum bersara selepas Brazil aib
RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Fred - pemain yang dilabel kambing hitam oleh kebanyakan penyokong di atas keaiban pasukan tuan rumah kepada Jerman dalam separuh akhir - mengumumkan, semalam persaraan daripada pentas bola sepak antarabangsa.
“Bagi saya, tugasan bersama Selecao sudah tamat,” kata penyerang Fluminense berusia 30 tahun iut kepada akhbar Estado de Sao Paulo.
Fred menamatkan kempen dengan satu gol dan diejek oleh penyokong selepas digantikan ketika dibelasah Jerman 7-1 di Belo Horizonte.
Tambah perit, reputasinya tercalar apabila tempatnya dalam kesebelasan pasukan digantikan oleh Jo untuk perlawanan tempat ketiga menentang Belanda, kelmarin. Belanda menang 3-0 dalam perlawanan itu. -AFP
TOP
Harith Iskander Berusaha Kurus Kerana Usia Meningkat
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Harith Iskander nekad mengurangkan berat badannya selepas merasakan keperluan menjaga kesihatan ketika usia meningkat.
Harith, 43, mengakui, pada usia sekarang dan ditambah dengan berat badan berlebihan turut menyebabkan dia sukar bermain dengan anak-anaknya kerana mudah berasa letih.
"Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa.
"Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Harith bersama isteri dan anak sulung mereka. Foto Insan Instagram Harith Iskander.
Harith berkahwin dengan Jezamine Lim pada 2010 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Zander Xayne Iskander yang dua tahun dan Alessandrea Jayne Iskander, 9 bulan.
Dalam pada itu, Harith mengakui bukan mudah untuk dia menukar gaya hidupnya namun sokongan daripada membuatkan dia nekad untuk berubah.
Jelas Harith usahanya itu semakin menampakkan hasil apabila dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 24 kilogram dalam tempoh kurang daripada setahun.
"Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya.
Berat badan Harith pernah mencecah 122 kilogram.
"Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi," jelasnya.
Tambah Harith, dia akan memastikan dapat melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan aktiviti berjoging adalah paling diminatinya.
Pelawak yang pernah terkenal menerusi siri Jangan Ketawa itu bakal muncul menerusi filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysia di saluran HBO (Astro 411) pada 28 Julai ini.
Harith meminjamkan suaranya untuk watak sebagai Gru dalam filem berkenaan. - mStar
TOP
Dendam, Marah Kepada ESSCOM Punca Serang Hendap - Zahid
Ibu Koperal Ab Rajah Jamuan, Kamsiah Indanan (tiga, kiri) ditenangkan oleh ahli keluarga ketika menunggu di Hospital Tawau di sini, Ahad.
KUALA LUMPUR: Insiden serangan hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin malam tadi, dipercayai bermotifkan dendam dan marah kerana peningkatan kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di perairan Sabah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya percaya penceroboh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan anggota keselamatan dan pertahanan negara menembusi kubu mereka. "Penceroboh balas dendam sebab Komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya tembusi kubu mereka termasuk menyelamatkan tebusan warga China baru-baru ini," katanya kepada BERNAMA, Ahad. Beliau mengulas mengenai insiden yang menyebabkan anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakiah Aleip, 26 hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna. Pengarah Operasi Esscom, Datuk Abdul Rashid Harun, dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi. Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran. Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis pada 10 Julai. Ditanya mengenai status anggota yang masih hilang itu, Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan enggan mengulas lanjut. Ahmad Zahid berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan Filipina terutamanya dari segi bertukar maklumat risikan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman di sempadan kedua-dua negara.

Lelaki Ugut Bunuh MB Kedah, Setiausaha Sulit Sultan Ditahan
PETALING JAYA: Polis telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Lelaki terbabit ditahan pada pukul 5.45 petang Ahad di Shah Alam selepas dia dikesan polis kerana memuatnaik status di laman sosial, Facebook yang mengugut untuk menembak Mukhriz dan Syed Unan Mashri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek akan dibawa ke Alor Setar untuk siasatan lanjut.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," ujarnya.
Pemuda Umno Bahagian Jerlun pada Sabtu telah membuat laporan polis berhubung ugutan yang dibuat lelaki itu.
TOP
Ketua Menteri Mahu Polis Siasat Insiden Serang Hendap
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengarahkan polis menjalankan siasatan daripada semua sudut mengenai insiden serang hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota polis marin.
"Saya telah diberi taklimat. Semua motif sedang disiasat termasuk kemungkinan membalas dendam susulan langkah mengetatkan penguatkuasaan di perairan Sabah. Pihak berkuasa berkenaan mesti menyiasat daripada semua aspek bagi menangani insiden itu.
"Kumpulan itu semakin berani dalam tindakan mereka," kata beliau dalam kenyataan di sini, Ahad.
Musa berkata lebih banyak yang perlu dilakukan dalam konteks meningkatkan risikan dan penyelarasan dengan rakan sejawatan di Filipina.
Beliau berkata kerjasama dan penyelarasan penuh antara pihak polis, pengawal pantai marin dan angkatan tentera juga perlu dilakukan.
"Saya juga ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan memberi semua bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa dalam keadaan yang sukar ini," kata beliau.
Kira-kira 11.10 malam tadi, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakian Aleip, 26.
TOP
PM Berbuka Bersama Rakyat Kuantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) berbuka puasa bersama penduduk Kuantan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MKP) Satu di Kuantan pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berbuka puasa bersama lebih 10,000 penduduk Kuantan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1, di sini. Mereka yang menyertai majlis itu kelihatan begitu teruja dengan kehadiran secara mengejut pemimpin nombor satu negara itu bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu, dan Rosmah turut bersila di atas padang untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama rakyat, di samping Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Perdana Menteri meluangkan masa selama 15 minit sebelum beredar ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 untuk menunaikan solat Maghrib bersama isteri dan para jemaah lain. Sebelum itu, Najib dan Rosmah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di masjid itu. Sementara itu, Mohd Faizal Ismail, 32, yang ditemui berkata, beliau tidak menyangka Perdana Menteri sudi untuk berbuka puasa bersama rakyat tanpa sebarang meja khas disediakan. "Saya kagum apabila Perdana Menteri juga boleh bersila bersama-sama rakyat untuk berbuka puasa di padang tanpa ada layanan khas. "Ini menunjukkan beliau merupakan seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas berbukas. Mohd Faizal yang datang ke situ bersama keluarga berkata, majlis berbuka puasa di Padang MPK itu bukan perkara asing bagi penduduk Kuantan, namun ia amat istimewa hari ini kerana kehadiran Perdana Menteri.

Jerman lwn Argentina: Pasukan Mana Pilihan Artis, Personaliti Sukan Negara
Stadium Maracana di mana juara yang bakal menjulang trofi berprestij akan berlangsung pada Isnin.
HANYA beberapa jam lagi juara Piala Dunia 2014 akan diketahui apabila perlawanan akhir menyaksikan pertembungan antara Jerman dan Argentina. Ketika ini, seantero dunia merasai bahangnya, begitu juga sebahagian artis dan personaliti sukan tanah air yang menanti-nantikan sepak mula perlawanan antara dua gergasi bola sepak dunia itu. Mengikut sejarah, kedua-dua negara pernah menjulang trofi berprestij itu di mana Argentina pernah bergelar juara pada 1978 dan 1986, manakala Jerman juara pada 1954, 1974 dan 1990. Yang pasti, sukan menyatukan semua dan awal pagi Isnin tentunya Dataran Merdeka, kedai mamak dan restoran 24 jam akan dipenuhi dengan peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan yang dijadual bermula pada pukul 3 pagi waktu Malaysia itu. Ikuti ramalan jaringan gol dan siapa pasukan pilihan beberapa artis dan personaliti sukan negara pada kempen Piala Dunia kali ini yang akan melabuhkan tirainya di Stadium Maracana, Rio de Janeiro, Brazil. #Aktres Nur Fathia - Argentina
"Barisan pemain Argentina lebih berkualiti."
#Ketua Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee - Jerman menang 2-0
"Jerman ada kelebihan berehat dan hanya bermain 50 peratus tenaga semasa menentang Brazil."
#Pelakon Kamal Adli - Argentina
"Harap Jerman akan tewas kerana menumpaskan pasukan kegemaran saya, Brazil."
#Pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar atau Hai-O - Argentina menang 2-1.
"Skuad ini konsisten sejak dari awal kejohanan."
#Pelakon dan usahawan Fizo Omar - Jerman
"Berdasarkan disiplin dan corak permainan yang sempurna, Jerman layak muncul juara."
# Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Gary Steven Robbat - Jerman menang 2-0
"Jerman memiliki perancangan dan kerjasama pasukan yang sempurna."
#Bekas Jurulatih Kebangsaan, Wan Jamak Wan Hasan - Jerman menang 2-0
#Pemain golf negara, Ainil Johani Abu Bakar - Jerman menang 2-1.

Anak Perempuan TKP Operasi Bomba Maut Kemalangan Jalan Raya
Mahadi
GUA MUSANG: Anak perempuan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut apabila kereta yang dinaikinya terbabas sebelum terbalik di KM42, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Tanah Rancangan Felda Chiku 3, di sini, Ahad. Dalam kejadian 10 pagi itu, Nur Aqilah, 23, anak kepada Datuk Mahadi Md Ali yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Bagaimanapun tiga lagi anggota keluarganya iaitu ibu mangsa, Datin Nik Razainon Che Hassan, 56, pemandu kereta itu yang juga abangnya, Mohd Aizudin, 24, dan kakak mangsa, Nor Anida, 27, hanya cedera dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM). Ketua Polis Daerah, Superitendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika kejadian, keluarga terbabit menaiki kereta Perdana V6 dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur dan mangsa berada di tempat duduk penumpang belakang. Beliau berkata, Mohd Aizudin yang memandu kereta itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain dan terkejut dengan sebuah lori yang cuba keluar dari simpang tiga berhampiran menyebabkan kenderaan itu terbabas sebelum terbalik dalam ladang kelapa sawit. "Kesemua mangsa dilaporkan tersepit dalam kereta yang terbalik itu. Mayat Nur Aqilah dihantar ke HGM untuk bedah siasat," katanya. Sementara itu, Nik Razainon ketika ditemui di HGM berkata, beliau yang duduk di sebelah pemandu memang merasai kereta yang dipandu Mohd Aizudin dalam keadaan bergoyang sebaik tiba di tempat kejadian. Katanya, beliau sempat bertanyakan kepada Mohd Aizudin mengenai keadaan itu tetapi kenderaan mereka kemudiannya terus terbabas. "Saya memang tidak tahu apa yang berlaku lagi selepas itu, tetapi sempat melihat arwah dalam keadaan cedera parah di kepala dan meminta tolong kepada orang ramai," katanya. Beliau sudah seminggu berada di Kampung Kota, Kota Baharu untuk menziarahi ibunya yang sedang sakit, manakala tiga anaknya itu baru pulang ke kampung kelmarin sebelum bertolak semula ke Kuala Lumpur bersamanya pagi ini. "Arwah memang mahu pulang cepat ke Kuala Lumpur kerana esok dia kerja dan tidak boleh cuti panjang berikutan baru bekerja dengan sebuah syarikat swasta," katanya. Nik Razainon berkata, suaminya berada di Miri, Sarawak kerana ada tugasan rasmi di sana.

Jakel Pilih Zizan Razak & Aaron Aziz Jadi Duta Baju Melayu
Aaron (kiri) dan Zizan dilantik sebagai duta Jakel bagi Hari Raya Aidilfitri kali ini.
KUALA LUMPUR: Dua selebriti popular iaitu Aaron Aziz dan Zizan Razak dipilih menjadi duta produk tekstil terkemuka, Jakel bagi promosi sempena Aidifitri kali ini. Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut bukan sahaja kerana populariti, malah mempunyai pengikut yang tersendiri. "Kita tahu kedua-dua mereka ini mempunyai tahap yang tinggi di industri seni dan menjadi ikon kepada masyarakat. "Saya yakin populariti mereka yang mampu membantu produk baju Melayu keluaran Jakel untuk Hari Raya ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Jom Balik Raya Bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Jakel cawangan Masjid India, di sini, Sabtu. Sementara itu, jelas Mohamed Feroz, ia juga memberi peluang kepada peminat kedua-dua artis ini untuk mendapatkan baju Melayu yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dalam pada itu, katanya, kedua-dua baju Melayu tersebut mempunyai rekaan yang berbeza dari segi penggunaan fabrik dan corak.
Mohamed Feroz (tiga, kiri) memberikan kupon baju melayu percuma kepada pengunjung. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR
“Koleksi baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah koleksi yang menampilkan rekaan yang berbeza, begitu juga corak dan fabrik yang lebih berkualiti. “Kita mahu pengikut-pengikut kedua-dua artis ini berpuas hati dengan baju yang mereka beli dan harva yang mampu dimiliki,” ujarnya. Sementara itu, Zizan yang dilantik sebagai duta baharu Baju Melayu Jakel mengakui sangat berbesar hati diberi peluang tersebut. Katanya, ia bukan sahaja sebagai satu kerjasama perniagaan, malah mampu mendekatkannya dengan peminat. “Saya bersyukur kerana dipilih bersama Aaron untuk baju Melayu Aidilfitri kali ini, kalau dulu saya hanya beli Baju Melayu Aaron Aziz sahaja, kini saya ada baju saya sendiri.,” ujarnya. Pada majlis tersebut, Jakel memberi percuma sebanyak 300 helai baju kepada pelanggan pertama yang hadir pada program tersebut. Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu turut diserbu oleh pengunjung yang ingin mendapatkan baju percuma dan diskaun separuh harga yang diadakan itu.

Motosikal Polis Terjun Sungai Ditendang Suspek
IPOH: Dalam usaha menyelamatkan diri dalam Ops Cantas, seorang suspek menendang motosikal yang dinaiki seorang anggota polis yang mengejarnya hingga terbabas ke dalam sungai di sini malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kejadian itu berlaku di sekitar Mambang Diawan dekat Kampar.
"Suspek menendang motosikal yang dinaiki anggota polis itu bagi mengelak dia ditangkap. Motosikal itu kemudian masuk ke dalam sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata suspek berjaya melepaskan diri di laluan gelap. Anggota polis terbabit tidak cedera.
Sementara itu, beliau berkata dalam operasi itu yang bermula Isnin hingga semalam, polis menahan 29 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Katanya, 20 daripadanya warga Indonesia, Nepal (5), Bangladesh (1) dan Vietnam (3).
Beliau berkata enam penjenayah ditangkap atas pelbagai kesalahan seperti kes curi motor, pecah rumah dan dadah.
Katanya, 96 saman trafik dikenakan terhadap pengguna jalan raya.
TOP
Warga Emas Hidup Sebatang Kara Dapat Perhatian
Gambar hiasan.
KUALA TERENGGANU: Kedaifan seorang warga emas yang hidup sebatang kara di sebuah rumah usang di Kampung Tok Ku mendapat perhatian Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu Datuk Sabri Alwi Ahad. Fatimah Ibrahim, 61, mendiami rumah peninggalan ibunya yang hanya menunggu masa untuk rebah ke bumi akibat hampir 80 peratus rumah yang berdinding dan berlantaikan kayu berkenaan dimakan anai-anai. Sabri Alwi yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu berkata rumah yang didiami Fatimah itu akan dibina semula dan digantikan dengan sebuah rumah baharu di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). "Insya-Allah, selepas Aidilfitri ini Umno Bahagian Kuala Terengganu bersama-sama penduduk kampung akan bergotong-royong meroboh rumah Mek Nab (Fatimah) yang rumah ini memang sudah rosak teruk akibat dimakan anai-anai. "Rumah PPRT yang baharu akan kita bina secepat mungkin sebab kita bimbang tentang keselamatan Mek Nab kalau dia terus tinggal di rumah ni," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi warga emas itu. Fatimah berkata beliau sangat bersyukur mendengar khabar gembira tersebut kerana tidak mampu untuk membaiki rumah berusia lebih 80 tahun itu. "Memang mak cik bersyukur sangat bila ada pihak yang prihatin dan sudi untuk membina rumah untuk mak cik. Sebelum ni, semua orang takut nak naik atas rumah mak cik ni...mana tak nya, lantai pun berlubang-lubang, reput sana sini, silap hari bulan jatuh ke tanahlah," katanya. Fatimah tinggal seorang diri sejak beberapa tahun yang lalu setelah anak tunggalnya, Junaidah Muda berkahwin dan berpindah ke Kampung Kuala Ibai, Terengganu. "Anak mak cik pun kerja hanya menolong suami berniaga di pasar-pasar malam, dia pun tak mampu nak tanggung mak cik...mak cik hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat RM200 sebulan untuk belanja hari-hari," katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi serta jantung.

Mayat Lelaki Dikerat Dua Ditemui Dalam Guni
BATANG KALI: Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Shukri Yaacob berkata mayat itu ditemui tanpa bahagian badan dari perut hingga ke kaki itu dipercayai telah dibunuh lebih 24 jam lepas.
Katanya, mayat itu ditemui orang awam yang sedang mencari katak di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.10 petang.
"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan dipercayai warga asing.
"Kita percaya mayat dibunuh dan dikerat dua sebelum disumbat di dalam guni jerami dan dibuang di kawasan ini," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata tiada kesan kecederaan lain ditemui pada mayat berusia lingkungan 30-an itu.
"Kita temui sebilah pisau pemotong daging dan tali nylon dengan kesan terbakar kira-kira 50 meter dari tempat mayat ditemui.
"Bagaimanapun kita akan siasat sama ada senjata ini digunakan dalam kejadian," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
TOP
PM Arah ESSCom Kaji Semula Sistem Kawalan
KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta meminta pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) supaya mengkaji semula sistem kawalan di sepanjang di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dengan lebih terperinci supaya tidak lagi mudah dibolosi musuh.
Beliau berkata insiden pencerobohan terbaharu di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna malam tadi menunjukkan masih ada beberapa kelemahan dalam penempatan anggota dan perancangan keselamatan di lapangan.
"Saya minta ESSCom kaji semula sistem kawalan mereka secara terperinci, kalau tidak cukup bilangan anggota, kena tambah.
"Misalnya dalam kejadian di resort semalam, bilangan anggota tidak cukup kerana resort itu besar dan ini menunjukkkan ada beberapa kelemahan dalam penempatan dan perancangan keselamatan on the ground berdasarkan tiap-tiap resort dalam ESSZone," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembangunan negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, Ahad.
Najib diminta mengulas insiden pencerobohan terbaharu di Semporna yang mengakibatkan seorang anggota polis Marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.
Perdana Menteri berkata kesemua tugas untuk mengatur perancangan keselamatan yang lebih rapi dengan perubahan penempatan bilangan anggota keselamatan kelak akan diserahkan kepada Komander ESSCom.
Pada masa sama, Najib menyifatkan ancaman melibatkan pelbagai kumpulan dari Selatan Filipina sebagai perkara serius.
Justeri itu, beliau meminta polis mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian semalam.
Beliau tidak menolak kemungkinan adanya penglibatan orang dalam termasuk penduduk sehingga membolehkan pihak musuh menghidu pergerakan pihak keselamatan dan membolosi kawalan untuk melakukan serangan hendap.
TOP
Media Sosial Diingat Jangan Perlekah ESSCom - Zahid
KOTA BAHARU: Media sosial di negara ini diingatkan agar tidak memperlekehkan usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sebaliknya harus bersama-sama kerajaan mendaulatkan negara daripada sebarang pencerobohan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apa yang berlaku di perairan Sabah termasuk terbaru semalam, ia membabitkan soal maruah negara dan ia merupakan masalah bersama dan bukannya kesalahan itu diletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.
"Saya minta media sosial atau mana-mana pihak agar jangan merendah-rendahkan usaha yang dibuat ESSCom sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ataupun APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).
"Ini masalah negara. Pasukan keselamatan kita harus diberi sokongan moral oleh semua pihak. Media sosial harus bersama dan jangan hanya pandai mengutuk sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, malam Ahad.
Turut hadir timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.
Ahmad Zahid berkata demikian mengulas insiden yang menyebabkan anggota pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.
Pengarah Operasi ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.
Mengulas perkara itu Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku merupakan satu cabaran yang terpaksa dihadapi PDRM sebelum pasukan itu mengambil alih pentadbiran dan operasi ESSCom mulai 15 Julai ini.
"Saya ingin sahkan kejadian itu merupakan satu tamparan dan pukulan terhadap PDRM sebelum ambil alih ESSCom," katanya.
Beliau berkata tindakan pihak musuh yang melakukan serangan secara gerila itu adalah sangat mencabar namun tindakan pihak musuh sedikit pun tidak melemahkan pasukan keselamatan.
Ahmad Zahid berkata pihak musuh yang terbabit sebenarnya terkenal mempunyai sifat dendam yang sangat tinggi dan dijanjikan upah yang lumayan oleh pihak tertentu untuk melancarkan serangan seperti itu.
"Masyarakat itu sebenarnya golongan yang berada pada paras kemiskinan dan mereka sebenarnya telah digula-gulakan untuk melakukan tindakan itu," katanya.
Beliau juga berkata sehingga ini nasib Konstabel Zakia Aleip yang hilang itu masih belum diketahui.
TOP
Motif Serang Hendap Terhadap ESSCOM Dikenalpasti
KUALA LUMPUR – Insiden serangan hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin malam tadi, dipercayai bermotifkan dendam dan marah kerana peningkatan kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di perairan Sabah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya percaya penceroboh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan anggota keselamatan dan pertahanan negara menembusi kubu mereka.
“Penceroboh balas dendam sebab Komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya tembusi kubu mereka termasuk menyelamatkan tebusan warga China baru-baru ini,” katanya kepada BERNAMA hari ini.
Beliau mengulas mengenai insiden yang menyebabkan anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakiah Aleip, 26 hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.
Pengarah Operasi ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.
Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.
Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis pada 10 Julai.
Ditanya mengenai status anggota yang masih hilang itu, Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan enggan mengulas lanjut.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan Filipina terutamanya dari segi bertukar maklumat risikan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman di sempadan kedua-dua negara - BERNAMA
TOP
Penggunaan Vaksin Denggi Selepas 2016
KUALA KUBU BHARU – Penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit denggi di Malaysia dijangka bermula pada 2016, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Beliau berkata, tempoh dua tahun itu adalah disebabkan kementeriannya akan mengkaji semula data yang diperoleh berkaitan vaksin berkenaan.
“Vaksin itu hanya boleh digunakan secara umum bermula 2016. Kita (Kementerian Kesihatan) akan menggunakan tempoh ini untuk mengkaji balik data yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kesihatan Masyarakat India 1Malaysia di SJK(T) Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.
Beliau berkata, setakat ini vaksin itu didapati hanya memberi kawalan sebanyak 56 peratus sahaja.
“Kalau kita lihat pada kawalan vaksin itu terhadap empat stereotaip iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4, kawalan untuk DEN-2 tidak memuaskan iaitu hanya sekitar 35 peratus. Itu adalah antara sebab kita perlu analisis data kajian itu supaya dapat membuat satu keputusan yang baik,” katanya.
Kelmarin, sebuah syarikat swasta mengumumkan bahawa vaksin denggi yang dinanti-nantikan itu akan berada di pasaran beberapa buah negara.
Dr Subramaniam berkata, jika vaksin itu berada dalam kawalan 80 peratus, barulah ia boleh diberi kepercayaan yang tinggi untuk kegunaan awam.
Sehubungan itu, kementeriannya tidak mahu terlalu begantung harap dengan vaksin itu sebaliknya akan terus melakukan aktiviti pengawalan secara keseluruhan.
Beliau menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan orang ramai untuk menjaga kebersihan di kawasan perumahan terutamanya kawasan titik panas denggi.
“Kementerian Kesihatan tidak membersihkan sampah…Jadi kita mahu pihak berkuasa tempatan menjalankan kerja mereka dengan betul, bertanggungjawab supaya mereka dapat memastikan pembuangan sisa pepejal dilakukan dengan baik dan kebersihan kawasan sekitar diberi keutamaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Gambar : Pasaraya Batu Pahat Mall Retak? Mozek Sampai 'Terangkat'
Pasaraya Batu Pahat Mall hari ini dilaporkan mengalami keretakan yang serius oleh blog harapan-esok yang mendapat kiriman emel dari pengunjung blog berkenaan.
Jika dilihat pada gambar yang dikirim, memang serius kerosakan yang berlaku. Lantai mozek dilihat 'terangkat' disebabkan oleh keretakan tersebut.
Satu status dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial berkenaan kejadian terbabit:
Disini kongsikan beberapa lagi gambar yang dikaitkan dengan kerosakan yang berlaku di pasaraya terbabit.
Jika benar apa yang dilaporkan, pasaraya tersebut perlu ditutup sementara untuk diperbaiki secara sepenuhnya. Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan jiwa jika dipandang remeh - SiakapKeli.com

Angka Kematian Di Gaza Meningkat Kepada 154
DUNIA menggesa Israel agar menghentikan kekerasan dan keganasan di Gaza pada Sabtu lalu, namun sebaliknya terjadi apabila negara haram itu bertindak ganas dengan meluaskan kawasan sasaran mereka.
Sabtu merupakan hari paling berdarah sejak konflik itu tercetus pada Selasa lalu, di mana sekurang-kurangnya 52 warga Palestin terbunuh.
Dengan itu menjadikan angka kematian meningkat kepada anggaran 154 orang (tiada rakyat Israel yang dilaporkan terbunuh).
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, kadar serangan pada waktu malam dan pengeboman itu adalah dua kali ganda berbanding serangan Gaza yang dilancarkan rejim Zionis pada tahun 2012.
Menurutnya, Israel tidak akan menghentikan serangan sehingga serangan roket yang dilancarkan para pejuang Palestin dihentikan.
Beliau juga berkata, Israel tidak akan tunduk dengan tekanan antarabangsa.
Pesuruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pilay menyuarakan kebimbangan berhubung jumlah kematian orang awam akibat serangan itu.
Jumaat lalu, PBB menyatakan 77 peratus yang terbunuh dalam pencerobohan tentera Israel merupakan orang awam.
Tentera Israel menyatakan, pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api.
Dalam pada itu, Menteri-Menteri Luar Arab akan bertemu di Kaherah, Mesir pada Isnin ini untuk membincangkan peningkatan konflik antara Hamas dengan Israel.
Setiausaha Luar United Kingdom, William Hague menyatakan, beliau berasa amat bimbang dengan kehilangan banyak nyawa di Gaza.
Beliau menyatakan kebimbangan itu di laman Twitter.
Menurutnya, beliau juga telah bercakap mengenai isu itu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. – Agensi
TOP
Anggota Keluarga Terkejut Berita Kehilangan Zakia
Zakia diculik penjenayah ketika bertugas di Pulau Mabul, Semporna.
KOTA KINABALU – Anggota keluarga Konstabel Zakia Aliep, 26, yang dipercayai diculik kumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi terkejut dengan kejadian itu. Mereka merasa sedih lebih-lebih lagi beliau baru memperoleh cahaya mata kira-kira tiga bulan lalu. Majlis doa selamat untuknya diadakan pagi tadi. Abangnya Zakria, 31, berkata beliau mendapat berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada pukul 4 pagi tadi selepas bersahur. “Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya yang memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah. “Saya turut menghubungi Balai Polis Semporna untuk bertanyakan tentang perkembangan pencarian adik saya,” katanya kepada Bernama. Zakria berkata petang ini beliau dan ibu bapanya serta beberapa orang saudara mara akan bertolak dari kampung mereka di Tenghilan, kira-kira 45 kilometer dari Kota Kinabalu untuk ke Semporna bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai adiknya di samping menemani isteri dan anak Zakia yang berada di Semporna. Zakia dipercayai diculik ketika sepasukan anggota Polis Marin diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada pukul 11.10 malam. Seorang lagi anggota Polis Marin, Koperal Rajah Jamuan terbunuh. Menceritakan mengenai adiknya, Zakria berkata Zakia merupakan antara yang pertama memohon untuk berkhidmat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone). Beliau berkata selepas Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) ditubuhkan susulan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, adiknya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan bertugas di ESSZone. “Masa itu permohonan dibuka kepada mana-mana anggota keselamatan yang berminat untuk berkhidmat di bawah ESSCom. Adik saya melihat ia juga sebagai peluang untuk pulang dan berkhidmat di negeri kelahirannya,” katanya. Zakria berkata adiknya ketika itu bertugas di Pulau Pinang dan menambah adiknya memang bercita-cita menjadi anggota polis sejak kecil dan menyertai Polis Marin sejak 2010. Sementara itu di Tawau, mayat Rajah dijangka dibedah siasat di Hospital Tawau pada pukul 4 petang ini sebelum dikebumikan di Batu 3, Semporna esok. Jenazahnya tiba di Hospital Tawau pada 12.25 tengah hari tadi dengan ditunggu anggota keluarganya. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment