TOP
Anngota One Direction Cedera Dibaling Kasut
Populariti yang dikecapi oleh One Direction ternyata perlu dibayar dengan harga yang mahal apabila berdepan dengan 'haters' yang tidak menyukai mereka.
Terbaru, salah seorang anggota kumpulan itu, Niall Horan berdepan situasi cemas apabila dilempar kasut tepat mengenai lututnya sehingga berdarah ketika membuat persembahan di Amsterdam, minggu lalu.
Apa yang membimbangkan penyanyi ini, lututnya baru sahaja menjalani pembedahan lima bulan lalu dan tindakan membaling kasut yang mengenai lututnya dikhuatiri akan menyebabkan kesakitan tersebut berulang.
Kebimbangan ini diluahkan Niall menerusi akaun Twitternya sambil berharap agar peminat lebih bertimbang rasa dengan tidak membaling objek ke atas pentas ketika mereka sedang membuat persembahan.
Sumber: Media Hiburan Karangkraf
TOP
Penjawat Awam Dapat RM500, Pesara RM250 ─ Persiapan Aidilfitri
PUTRAJAYA 2 Julai - Kerajaan bersetuju memberi bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi gred 1 hingga gred 54.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bantuan khas itu juga akan turut dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
"Pembayaran akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.
"Kerajaan berharap dengan bayaran bantuan khas kewangan ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran," kata Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE
TOP
Suami isteri warga emas nyaris maut, penjenayah lepas tiga tembakan
Seorang peniaga dan isterinya nyaris maut apabila seorang lelaki melepaskan tiga das tembakan ke arah mereka di Taman Kasturi Melaka, Semabok, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam ketika pasangan tersebut baru pulang ke rumah mereka dengan kereta dari pasar malam di Taman Sin Ujong Pasir.
Beliau berkata, sebaik Yoong Hee Kian, 71, dan isterinya Cheng Kwi Chu, 68, memasuki perkarangan rumah mereka dan mahu membuka pintu rumah, mereka ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol sedang memanjat tembok rumah mereka.
"Yoong lalu masuk kembali ke dalam keretanya dan turut mengarahkan isterinya berbuat demikian sebelum mereka terdengar bunyi tiga das tembakan," katanya.
Beliau berkata pada masa sama, Yoong turut membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian jirannya yang menyebabkan penjenayah terbabit dan seorang lagi rakannya yang menunggu di atas motosikal melarikan diri.
Salehhudin berkata, pihak polis mendapati tiga kesan tembakan yang dipercayai dari tembakan revolver pada bumper dan cermin belakang kereta Yoong serta pintu besi rumahnya.
Motif kejadian sedang disasat.
Yoong berkata, beliau merasakan kelibat orang yang berpistol itu adalah berbahaya dan beliau dan isterinya perlu menyelamatkan diri. "Saya segera masuk semula ke kereta dan menjerit memanggil isteri saya untuk turut masuk. Kami tunduk di dalam kereta sambil saya menekan hon kira-kira satu minit untuk meminta pertolongan jiran," katanya. Beliau berkata, beliau dan isteri kemudiannya mendapati penjenayah melarikan diri. – Bernama, 2 Julai, 2014. ─ BERNAMA

Tiz Zaqyah Elak Terima Watak Menangis
PETALING JAYA – Pelakon Tiz Zaqyah akan mengelak untuk mengambil sebarang tawaran lakonan yang memerlukan dia kerap menangis.
Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 26, berkata sudah tiba masanya untuk dia mengembangkan bakatnya dengan watak-watak lain kerana sudah penat untuk memabwa watak yang memerlukan dia mengeluarkan air mata sepanjang masa.
“Memang sejak dahulu lagi saya mendapat watak cerita-cerita sedih dan cinta. Kalau boleh saya mahu elak untuk mendapat tawaran-tawaran seperti itu.
“Cukuplah rasanya, dari dulu sampai sekarang asyik watak jiwang saja. Bukannya saya tidak bersyukur dengan rezeki yang datang, tetapi saya penat nak menangis dan terlalu beremosi,” katanya kepada mStar Online.
Tambah pelakon drama Kusinero Cinta itu, dia berharap ada pihak penerbit yang sudi memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas watak-watak seperti perempuan jahat atau gangster.
Sementara itu, Tiz berkata, dia juga kini sibuk menguruskan syarikatnya iaitu KL Calling yang menganjurkan aktiviti-aktiviti belia.
Katanya, menerusi syarikat itu, dia mahu cuba mengubah persepsi masyarakat mengenai kebaikan aktiviti-aktiviti kegemaran golongan muda yang antaranya seperti bermain ‘skateboard’ dan melukis grafiti di mana ia boleh menjadi satu hobi yang sihat.
“Sebenarnya banyak aktiviti golongan belia sekarang ini tidak disokong kerana kebanyakan ibu bapa risau ia boleh membawa keburukan. Tetapi saya mahu menunjukkan apa yang mereka buat ini bukan sahaja boleh jadi sebagai hobi tetapi boleh menjadi satu kerjaya.
“Selain itu, KL Calling juga menjual kemeja-T dan cenderahati di bazaar-bazaar sebagai perkenalan jenama dan sebahagian wang jualan akan disalurkan ke Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Tengku Ampuan Rahimah (RECTAR)
“Secara tidak langsung saya turut berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat menerusi bantuan amal ini,” ujarnya.
Sumber: mStar Online
TOP
Enggan Dedah Kisah Cinta Untuk Elak Kontroversi
PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha menjelaskan dia bimbang sekiranya terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi.
Saleha berkata, sebagai seorang figura yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi.
“Saya bukan ingin berahsia cuma ada perkara yang saya tidak boleh kongsi dengan semua orang kerana bimbang akan ada cerita kurang enak timbul sekiranya kami terlalu terbuka.
“Buat masa ini saya tidak akan bawa dia ke mana-mana majlis hiburan malah dia sendiri tidak selesa menjadi tumpuan ramai,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon drama bersiri Ramadan Jangan Pergi itu sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.
Bagaimanapun Saleha enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki berusia 27 tahun itu namun mengakui dia seorang jejaka yang budiman.
Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya.
Kata Saleha lagi, fokusnya kini terhadap kerjaya lakonan dan dia juga lebih gemar duduk di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen kerja yang mungkin menjadi alasan mengapa namanya jarang dikaitkan dengan kontroversi.
Selain Ramadan Jangan Pergi yang sedang bersiaran di slot Samarinda pada setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 10 malam, Siti Saleha juga bakal muncul dengan drama bersiri berjudul Manis di Astro Ria.
Sumber: mStar online
TOP
Warga Singapura ditemui mati di bilik hotel di JB
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati di sebuah bilik hotel di Jalan Wong Ah Fook di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa, Lee Chiang Yong, 62, ditemui tidak sedarkan diri di bilik hotel yang disewanya oleh pekerja hotel tersebut pada 1.37 petang tadi.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang dipanggil ke lokasi kejadian dan siasatan awal polis tidak menemukan kecederaan atau unsur jenayah pada mangsa, katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya mangsa juga baharu mendaftar masuk ke hotel itu hari ini.
“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan Konsulat Singapura juga sudah dimaklumkan untuk mengesan warisnya,” kata Sulaiman.─ BERNAMA
TOP
Pencuri Hantar £100 Dan Mohon Maaf Kerana Pecah Masuk Pub 22 Tahun Lalu
Frances Cunningham menunjukkan surat yang diterima oleh seorang wanita yang mengaku pernah memecah masuk ke pubnya lebih 20 tahun lalu.
SEORANG pemilik pub menerima £100 (RM549.92) daripada seorang wanita yang "malu" kerana pernah mencuri di premisnya lebih 20 tahun lalu. Frances Cunningham menerima sekeping cek dan sepucuk surat dengan tulisan tangan yang menyatakan: "Saya amat memohon maaf." Surat itu turut menyatakan: "Saya tidak menyedari betapa seriusnya tindakan saya ketika itu. Saya telah melalui banyak perkara. Saya begitu malu dan sedih kerana kebimbangan yang mungkin berlaku." Wanita itu yang namanya tidak didedahkan oleh Frances memberitahu bahawa dia bukan dalang kepada insiden pecah masuk ke pub berkenaan pada 1992 di mana mesin menjual rokok telah dipecahkan. Dia bagaimanapun mengakui berada di tempat kejadian kerana memasuki pub tersebut. Frances yang merupakan ibu kepada tiga anak berkata, dia tidak begitu ingat mengenai kejadian pecah masuk di pub Swettenham Arms di Congleton, Cheshire. Dia yang memaafkan wanita itu berkata: "Apa yang berlaku benar-benar menghantuinya, ia amat menyedihkan." Frances mendermakan £100 kepada sebuah gereja dengan menyertakan sepucuk surat yang menyatakan "dengan tulus ikhlas". Dia berkata: "Sekiranya semua melakukan perkara seperti ini (dilakukan oleh wanita yang memecah masuk pubnya), dunia akan menjadi lebih baik." - mirror.co.uk

Wimbledon: Kyrgios Buat Kejutan Tewaskan Nadal
Nick Kyrgios, pemain muda dari Australia meraikan kemenangan selepas menewaskan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal di Wimbledon. Foto AP
PEMAIN muda dari Australia, Nick Kyrgios membuat kejutan paling sensasi apabila menewaskan pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal dalam kejohanan tenis Wimbledon di London, awal pagi Rabu. Biarpun hanya bergelar pemain ke-144 dunia, Kyrgios yang berusia 19 tahun itu menang dengan 7-6 (7/5), 5-7, 7-6 (7/5), 6-3. Beliau mencatatkan rekod sebagai pemain di luar rangking 100 dunia yang pertama berjaya mengalahkan pemain nombor satu dunia di Wimbledon sejak 1992. Sumber: mStar online

Perompak Menangis Rancangan Jahat Gagal
Georgia (Amerika Syarikat) – Seorang perompak menangis apabila rancangannya merompak sebuah hotel di sini tidak berjaya.
Rakaman video menunjukkan perompak itu, selepas mencuri sejumlah kecil wang, meninggalkan hotel Days Inn di sini dengan menutup mukanya.
Kerani hotel itu membenarkan dia mengambil wang di kaunter.
Kerani itu berkata, perompak terbabit kecewa lalu menangis selepas diberitahu dia memberitahunya dia tidak mempunyai akses kepada peti simpanan dan kamera keselamatan.
“Suspek yang bersenjatakan pistol meninggalkan hotel itu dengan menangis sambil menutup mukanya,” kata polis.
Ini bukan kejadian pertama yang mengecewakan perompak.
Januari lalu, seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank, berusaha sedaya-upaya menarik pintu tertera perkataan ‘tolak.’ – Agensi
TOP
Beyonce Selebriti Paling Berpengaruh 2014
Tahun 2014 nyata menjadi milik penyanyi terkenal, Beyonce apabila telah dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.
Pengaruh penyanyi ini memang tidak boleh disangkal lagi berdasarkan keupayaannya menjayakan 95 persembahan bersar setakat tahun ini dengan bayaran sebanyak USD2.5 juta bagi setiap persembahan.
Selain itu penjualan album terbarunya, 'Beyonce' yang mencecah jutaan unit turut menyumbang kepada kejayaan ini.
Tempat kedua menjadi milik pemain bola keranjang NBA, LeBron James. Manakala penerbit muzik terkenal , Dr Dre pula berada di kedudukan ketiga.
Berikut adalah senarai penuh selebriti paling berpengaruh Forbes 2014:
1. Beyonce
2. LeBron James
3. Dr. Dre
4. Oprah Winfrey
5. Ellen DeGeneres
6. Jay-Z
7. Floyd Mayweather Jr.
8. Rihanna
9. Katy Perry
10. Robert Downey Jr. Sumber: Media Hiburan Karangkraf
1. Beyonce
2. LeBron James
3. Dr. Dre
4. Oprah Winfrey
5. Ellen DeGeneres
6. Jay-Z
7. Floyd Mayweather Jr.
8. Rihanna
9. Katy Perry
10. Robert Downey Jr. Sumber: Media Hiburan Karangkraf
TOP
Rania nama Islam Felixia Yeap
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, hidayah milik ALLAH dan seorang lagi insan iaitu Felixia Yeap yang bertuah antara beribu dipilih ALLAH untuk mendapat hidayahnya. Setiap hari di merata pelusuk dunia ada sahaja manusia yang mendapat hidayah ALLAH dengan berbagai cara biar pun sekecil mana tetapi ianya dapat menyentuh hati dan iman mereka. Hati Felixia Yeap tersentuh apabila buat pertama kali diminta memakai tudung ketika pengambaran iklan Celcom seperti juga Aliza Kim yang mempunyai kisah tersendiri mendapat hidayah ALLAH.
Felixia Yeap memilih nama Rania sebagai nama Islamnya
Itulah hebatnya janji ALLAH seperti yang disebut dalam ayat 125 Surah Al Anaam yang maksudnya : “Maka sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk mendapat hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah ALLAH menimpa azab kepada orang-orang yang tidak beriman“
Aliza Kim antara yang bertuah mendapat hiyadah ALLAH
Semua itu kerja ALLAH manusia tiada kuasa untuk mengubah orang lain seperti perkongsian Aliza Kim dalam penjelasanya bagaimana beliau mendapat hidayah : ” I felt like God was leading me step-by-step and placing each book in the perfect order for me to see the truth. And, even though it was my personal choice to begin the search for truth, I sincerely feel now that the truth had found me“. Manakala hati Felixia Yeap juga diketuk dengan cara yang berbeza : “I was naive…and unfortunately I still am. And then, I started to look for something deeper…a religion, a God, a better way of living life. I wanted to cover myself up more…be respected and known for who I am inside…not for how much flesh I am showing outside“. Teringat pada seorang sahabat Ustaz Iqmal, mualaf yang sudah 8 tahun berhijrah dari agama Hindu kepada Islam katanya salah menggunakan perkataan mualaf yang hanya merujuk kepada penghijrahan manusia dari agama kafir kepada Islam kerana terlalu ramai orang Melayu yang juga baru mendapat hidayah setelah terleka bertahun-tahun yang seharusnya juga di panggil mualaf. Kita Melayu kekadang terlepas pandang kerana tidak dapat membezakan keindahan Islam kerana telah lahir dalam Islam. Teringat juga kata Ustaz Nouman Ali Khan katanya hatinya sangat tersentuh dan sayu ketika berjalan di Malaysia apabila melihat masjid tersergam indah kerana bukan semua negara mempunyai keistimewaan begini. Katanya lagi ALLAH boleh sahaja gantikan masjid tersebut dengan kuil atau tokong jika kita tidak menjaga dan menghargai pemberian Tuhan. Umat Islam Malaysia perlu sangat bersyukur dengan kemulian yang diberi oleh ALLAH.
Semuga hijrah Rania bakal menjadi motivasi kepada kita semua
Mengikut cerita sahabat-sahabat pendakwah setiap hari beribu-ribu di Europah dan Amerika yang mendapat hidayah ALLAH berhijrah mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Mereka berhijrah secara total dengan berpakain mengikut syariat dan mencari ilmu sehingga ramai yang menjadi lebih hebat dari orang Islam yang telah lahir dalam Islam. Lihat sahaja pakaian Felixia Yeap yang lebih mengikut syariat daripada wanita Islam. Kita memang bukan tuhan untuk menghukum sesiapa tetapi ALLAH dengan jelas telah memberi panduan hidup kepada semua wanita Islam dan seandainya engkar ada balasan yang telah ditetapkan seperti yang telah dijelaskan dalam entri “Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat“…. itu perintah ALLAH bukan kata-kata manusia. Semuga Rania (nama Islam untuk Felixia Yeap) yang bakal berhijrah pada 5 Ramadhan 1345H dan Aliza Kim serta ramai lagi akan menjadi idola kepada umat Islam lain untuk menjadi lebih baik daripada mereka dan semuga kita bukan antara umat Islam yang ALLAH sesakkan dada dengan sesempit-sempitnya. ─ DenaiHati.com

PM Puji Video Muzik Tourism Malaysia 'Essence Of Asia'
KUALA LUMPUR – Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia ‘Essence of Asia’ untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Video muzik selama lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi hingga kepada kepelbagaian budaya negara dan lain-lain, disifatkan Najib sebagai berjaya membuatkan beliau merasai suatu keindahan luar biasa yang mempesonakan.
“Bila saya menonton video ini…saya diingatkan bagaimana bertuahnya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu indah seperti Malaysia,” katanya dalam catatan terbaharu Facebook dan akaun Twitter beliau.
Najib turut membuat pautan video muzik itu http://bit.ly/1rRO4wP.
Cuba rasai sendiri nikmat keindahan luar biasa yang mempesonakan ini, katanya.
Video muzik itu baru-baru ini memenangi pingat gangsa pada Annual Telly Awards ke-35 dan sebelum itu video berkenaan juga memenangi anugerah khas Kempen Kesedaran Awam di Deauville Green Awards International Film Festival ke-3 bagi pembangunan dan ekologi mapan, dan pada Golden City Gate Tourism Media Awards 2014, ia menang untuk kategori ‘Country’.
Runut bunyi dalam video muzik itu yang merupakan versi diperbaharui daripada lagu popular “Malaysia Truly Asia”, dinyanyikan oleh Yuna.
Lagu itu diberikan nafas baharu bila dinyanyikan oleh penyanyi popular ini, dengan bantuan studio audio tempatan Two AM Music Studios dan dirakamkan di studio berprestij Chalice Recording Studio di Los Angeles. – BERNAMA
TOP
Pensyarah UM Antara Lima Suspek Militan Sedang Diburu PDRM
KUALA LUMPUR: Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman sebentar tadi, memberitahu tiga daripada mereka disyaki sebagai individu yang merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.
“Dua lagi disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina,” katanya.
Lima individu berkenaan adalah, Dr Mahmud Ahmad, 38, yang bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Mohd Najib Husen, 36, berasal dari Petaling Jaya dan memiliki kedai fotostat dan alat tulis di universiti sama dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.
Manakala dua individu yang disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, seorang penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03 22667010 atau 011 21046850 atau emel ke ctd.e8m@gmail.com atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: BH Online
Foto: Sinar Online
Foto: Sinar Online
TOP
SEGERA: Polis Nafi Sindiket Rompak, Bunuh Wanita Di KL!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya terdapat sindiket yang merompak dan membunuh beberapa wanita di sekitar ibu kota.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata khabar-khabar angin yang tersebar melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook itu adalah tidak benar.
“Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.
Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai. Hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota,” tegasnya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah mempercayai khabar angin yang disebarkan melalui sumber yang tidak sahih. ─ BERNAMA
TOP
M’sia Minta New Zealand Gugur Kes Babitkan Diplomat?
WELLINGTON – Malaysia memohon New Zealand menggugurkan kes membabitkan diplomatnya di Wellington, dan berjanji dia tidak akan kembali ke negara itu.
Pegawai Pertahanan, Muhammad Rizalman Ismail dihadapkan ke mahkamah di New Zealand pada 10 Mei lalu atas tuduhan mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pada malam sebelumnya dan menyerangnya di rumahnya berhampiran bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.
Polis mendakwa dia melakukan pecah masuk dan menyerang dengan niat untuk melakukan perkara sumbang – kedua-dua kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun – tetapi dia terlepas daripada pendakwaan dengan menggunakan imuniti sebagai diplomat.
Dalam suratnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia menyatakan ia ingin mendapatkan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand dan Polis New Zealand bagi menimbang menutup semua dokumentasi berhubung kes berkenaan dan menarik balik semua tuduhan.
“Kerajaan Malaysia akan memastikan Rizalman tidak kembali ke New Zealand pada masa hadapan,” menurutnya.
Rizalman kini menghadapi Mahkamah Tentera di Malaysia. – AFP
TOP
Terowong Runtuh, Laluan Di Jalan Imbi Jerlus
KUALA LUMPUR – Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh jam 10.38 pagi tadi, menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter.
Dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa.
- BH Online
- BH Online
TOP
Ops Qaseh Kenal Pasti ‘Hotspot’ Gelandangan
PETALING JAYA – Pihak berkuasa akan menyasarkan sekurang-kurangnya empat kawasan panas atau hotspot yang dikesan sebagai lokasi pengemis dan golongan gelandangan di Kuala Lumpur menerusi operasi besar-besaran untuk menangani isu gelandangan dan membanteras sindiket pengemis yang dinamakan Ops Qaseh.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, Ops Qaseh, yang dilancarkan pada minggu depan dijangka bermula di sekitar Jalan Imbi, Masjid India, Pasar Seni dan Masjid Negara.
“Berdasarkan operasi kita terhadap golongan gelandangan sebelum ini, kita membuat kesimpulan bahawa kebanyakan mereka berada di kawasan ini.
“Kita masih dalam perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai senarai akhir lokasi untuk mencari tetapi operasi akan bermula semasa bulan puasa,” kata wakil jabatan itu.
Ops Qaseh pendekatan tiga penjuru yang dilaksanakan oleh JKM dan kementerian. Ia dibantu oleh polis, Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Di bawah operasi itu, golongan gelandangan dibawa ke rumah perlindungan yang juga pemulihan, Desa Bina Diri (DBD) di bawah JKM.
Mereka akan dihantar ke institusi berkaitan sebulan kemudian.
JKM berkata, ia telah bersedia untuk menempatkan golongan gelandangan yang akan dibawa di bawah jagaannya sepanjang operasi dijalankan.
“Jabatan Imigresen akan mengendalikan kesemua mereka yang tidak mempunyai dokumen lengkap dan AADK akan menguruskan isu penyalahgunaan dadah,” kata pegawai itu.
Kebanyakan golongan gelandangan mungkin akan ditempatkan di DBD Sungai Buloh, yang boleh menempatkan 200 orang. Kemudahan DBD terletak di Johor (Mersing), Pahang (Jerantut) dan Sabah (Kota Kinabalu).
Rumah perantaraan itu menyediakan makanan dan penempatan, kaunseling, kemudahan rekreasi, penjagaan kesihatan dan latihan amali dalam pelbagai bidang seperti pertanian, kemahiran vokasional dan kraftangan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kementerian akan bekerjasama dengan pasar raya besar seluruh negara untuk menggajikan sebaik sahaja tempoh penilaian mereka selama sebulan di DBD.
Sumber: mStar online
TOP
"Memang Betul Ini Imej Terbaru Saya" - Neelofa
Heboh di media sosial akan berita pelakon pengacara cantik, Neelofa yang dikatakan telah bertudung penuh. Berita ini dikuatkan lagi dengan perbualannya bersama jurugambar terkenal, Annas Easkey yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
Media Hiburan Online telah menerima kenyataan rasmi daripada Lofa berhubung perkara ini;
"Memang betul ini imej terbaru daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab biarlah ianya kekal sebagai cerita peribadi saya.
Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang di luar sana, peminat-peminat, keluarga terutamanya mama saya.
"Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya. I feel like it completes me.
"Saya mengharapkan orang di luar sana untuk terus mendoakan dan menyokong saya dan saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan."
Tahniah Media Hiburan Online ucapkan kepada Lofa. Semoga penghijrahan ini akan menjadikan hidup Lofa lebih diberkati, sekali gus boleh menjadi contoh kepada masyarakat.
Sumber: Media Hiburan Karangkraf
TOP
Serangan Seksual: Tertuduh Diekstradisi Selepas NZ Tawarkan Alternatif
PUTRAJAYA: Kementerian Luar akan mengetepikan kekebalan diplomatik untuk Muhammad Rizalman Ismail sekiranya New Zealand tidak menawarkan alternatif dalam menguruskan kesnya.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, semasa perbincangan berhubung kes berkenaan pada 12 Mei, New Zealand telah menawarkan alternatif kepada tertuduh untuk dibawa pulang ke Malaysia.
“Kita tidak pernah berniat untuk mengambil ringan terhadap perkara ini. Kementerian Luar telah mengetepikan kekebalan diplomatik tertuduh bagi membolehkan pendakwaan diadakan di New Zealand.
“Mereka yang terlibat dalam perbincangan itu adalah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington, timbalan ketua protokol Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (New Zealand) dan pegawai-pegawai dari polis New Zealand.
“Dengan persetujuan di pihak New Zealand, tertuduh dan keluarganya kembali ke Malaysia pada 22 Mei, ditemani oleh pegawai Mindef (Kementerian Pertahanan) berpangkat tinggi,” katanya pada sidang media di Wisma Putra di sini, Selasa.
Anifah berkata, Kementerian Luar tidak berhasrat untuk menggunakan kekebalan diplomatik bagi menyelamatkan tertuduh.
“Kita membawanya pulang kerana kita merasakan dia tidak akan mendapat keadilan dalam perbicaraannya atau nyawanya dalam bahaya. Tetapi kita tidak berasa sangsi terhadap negara-negara seperti New Zealand kerana negara kita mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengannya.
“Tetapi kita ditawarkan satu alternatif, maka kita fikir adalah terbaik untuk mengambil tawaran itu dengan membawanya pulang tetapi satu siasatan akan dijalankan dengan kerjasama penuh daripada pihak berkuasa New Zealand,” tambahnya.
Muhammad Rizalman, 38, merupakan pegawai berpangkat Waran ll di Kementerian Pertahanan, telah dihantar untuk bertugas dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sejak tahun lalu.
Dia ditahan pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya untuk didakwa kerana cuba melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita.
Dia dikatakan mengikut wanita berkenaan yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Brooklyn pada malam 9 Mei lalu.
Muhammad Rizalman sepatutnya dijadualkan untuk hadir ke mahkamah pada 30 Mei lalu bagi memberi keterangan untuk menjawab dakwaannya.
Anifah berkata, Mindef telah menyediakan satu Lembaga Siasatan (BOI) untuk menyiasat kes tersebut secara menyeluruh.
Beliau berkata, Wisma Putra tanpa ragu-ragu untuk menghantar semula tertuduh ke New Zealand sekiranya terdapat keperluan dan sekiranya terdapat permintaan daripada negara itu bagi ekstradisi terhadap tertuduh.
“Tetapi kita yakin dengan Mindef dan lembaga akan berhubung dengan pihak berkuasa New Zealand untuk mendapatkan bukti.
“Apa yang penting adalah dia mesti disiasat secara menyeluruh dan diberikan pendengaran yang adil. Jika dia didapati bersalah, hukuman perlu dikenakan dengan setimpalnya,” katanya.
Anifah berkata, Kerajaan mengakui bahawa insiden itu merupakan satu perkara yang serius dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menyembunyikan masalah itu.
Beliau berkata, tertuduh telah dirujuk kepada seorang pakar psikiatri untuk pemerhatian di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizal bagi memeriksa keadaan emosi dan mentalnya.
Anifah turut berkata, hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand tidak akan terjejas ekoran insiden yang berlaku.
Sumber: mStar online
TOP
Hina Juadah Bazar Ramadhan Sebagai Sampah, Azwan Ali Terus Meroyan Lagi
Sebut sahaja selebriti yang semakin suam-suam kuku tapi mulut tak henti-henti menyumpah-saranah bagai tiada hari esok, siapa lagi kalau bukan persona yang menggelarkan dirinya 'diva', Azwan Ali. Dia sekali lagi mencetuskan ketegangan di laman Twitter apabila secara terbuka dikatakan menghina rasa juadah yang dijual di Bazar Ramadhan sebagai 'Sampah'.
Slm. Tak main la beli juadah kat bazaar ramadhan? Most rasa sampah ! Maaf ! Just face the facts ! So?
Mungkin ada yang boleh faham tentang apa motif sebenar Azwan Ali menulis seperti itu. Tapi seperti yang dijangkakan, selebriti yang sememangnya sukakan publisiti murahan ini diserang oleh orang ramai yang tidak berpuas-hati dengan kenyataannya menyamakan juadah di bazaar sebagai rasa sampah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan mulia ini.
Namun Azwan Ali dengan 'slumber kataknya' menganggap golongan-golongan haters ini bertarafkan anak setan dan puak Melayu neraka jahanam. Masih tidak cukup puas memberikan gelaran tersebut, Azwan juga telah menyekat golongan yang dianggap 'haters' ini menggunakan khidmat seorang P.A yang diupah khas dengan bayaran RM3,000 seminggu (katanyalah).
Ada yang meninggalkan komen tentang tak guna kalau pergi umrah tujuh lapan kali kalau perangai pergi dan tak pergi tak pernah berubah. On your face, Azwan oii yang akan mengerjakan umrah lagi pada 21 Julai nanti...
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, ada baiknya jika Azwan Ali menggunakan kapasiti sebagai seorang yang dikenali tu untuk perkara-perkara yang baik untuk diri dan orang lain yang mengikuti dirinya dan tidak mengundang kontroversi. Sudah-sudahlah mencetuskan kontroversi sebegini dan lepas ni berhati-hatilah dengan bahasa yang digunakan kerana bahasa mencerminkan diri anda yang bagaimana. Kan bagus jaga pertuturan dan penulisan dengan bahasa yang lebih murni?
Azwan, hang ingat lagi tak air mata jantan hang ni dulu kononnya dah berubah dari segenap aspek tapi apa yang dah jadi dengan diri hang sekarang ni? Pray4AzwanAli ─ OhMedia.com

Zizan Razak Minta Ruang Untuk Selesaikan Masalah Syarikat
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak meminta pihak media dan masyarakat memberi sedikit masa kepadanya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat pengurusannya Wire Fame.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata perkara tersebut merupakan masalah antara dia dengan rakan niaganya iaitu Marina Juki dan ia merupakan hal sulit dan peribadi berkaitan syarikat tersebut.
"Saya berharap semua pihak memberi saya sedikit masa untuk menyelesaikan isu ini kerana ia melibatkan masalah rakan niaga dan juga merupakan isu peribadi syarikat itu.
"Saya akan menghubungi pihak media untuk memberi penjelasan selanjutnya apabila keadaan membolehkan saya berbuat demikian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membekukan dua akaun milik syarikat pengurusnya Wire Fame Entertainment Sdn Bhd.
Pada 26 Jun lalu, bekas pengurus dan juga rakan kongsinya Marina Juki dalam satu sidang media memberitahu tindakan itu membuatkan syarikat tersebut tidak dapat beroperasi sehingga bayaran kepada artis di bawah naungan syarikat itu tersekat.
Marina turut meminta Zizan mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat berkenaan.
Artis-artis Wire Fame ialah Johan As’ari, Kaka Azraff dan Cacha Maembong.
Sementara itu, ditanya tentang pengugurannya dalam program hiburan Melodi Ahad lalu, Zizan berkata ia adalah disebabkan tempoh kontrak yang sudah tamat.
Katanya, ia merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua selebriti yang pernah menjadi pengacara program itu.
"Saya bukan digugurkan tetapi memang kontrak saya sudah tamat dan itu merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua selebriti yang pernah menjadi pengacara Melodi.
"Selama empat tahun saya memang ada hubungan baik dengan produksi tersebut dan tiada sebarang masalah antara kami.
”Saya sudah tahu perkara ini sejak sebulan lalu tetapi memikirkan bagaimana untuk beritahu kepada peminat," katanya.
Sumber: mStar online
TOP
Hukum ‘Selfie’ Harus, Bergantung Kepada Niat
KUALA LUMPUR – “Sebelum apa-apa kita ‘selfie’ dulu”, itu antara dialog yang sering didengar dan menjadi kebiasaan peminat ‘selfie’, fenomena baharu yang menjadi trend masa kini masyarakat, khususnya kalangan Gen Y dan Gen Z.
Hanya dengan menggunakan telefon pintar atau kamera web yang dilengkapi aplikasi Internet, pengguna boleh ‘selfie’ dan terus memuat naik gambar ke laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.
‘Selfie’ merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.
Perkataan ‘selfie yang menjadi popular pada tahun lalu apabila dikaitkan dengan tokoh-tokoh dunia akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan, kamus bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), demikian menurut Ketua Pengarahnya Datuk Dr Awang Sariyan.
APAKAH HUKUM ‘SELFIE’
Dalam menempuhi Ramadan yang penuh barakah ini, melakukan ‘selfie’ dilihat semakin rancak dalam kalangan umat Islam sedangkan dalam Islam mengajar umatnya bersederhana dalam segala hal dan tidak menunjuk-nunjuk. Timbul persoalan apakah hukum ‘selfie’ ketika umat Islam mengejar sebanyak-banyak pahala mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dan meningkatkan amal ibadat di bulan mulia ini. Menjawab persoalan itu, pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal ‘selfie’ adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan. Jelasnya, jika berniat sekadar bergambar biasa untuk berkongsi detik indah bersama rakan-rakan, ia adalah harus. Beliau tegas mengingatkan bahawa individu yang ‘selfie’ mestilah menjaga adab sopan dan hukum hakam agama seperti menutup aurat, memakai pakaian yang longgar, tidak melampau serta tidak bertujuan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. “Apabila ‘selfie’ sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak ‘selfie’ maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah SWT berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,” katanya kepada Bernama. Turut mengulas sikap mereka yang gemar berkongsi gambar-gambar menunjukkan kemewahan dan berbangga-bangga, Dr Muhammad Lukman berkata perlakuan sedemikian harus dijauhi. “Gambar-gambar makanan di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan seumpamanya tidak sepatutnya dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram. Pada masa sama, beliau berpendapat perkara yang kelihatan mewah dan mempamerkan rasa bangga tidak perlu dikongsi kerana ia boleh mencetuskan sifat riak kepada individu berkenaan dan menimbulkan perasaan hasad dengki kepada orang yang melihatnya.
NIAT IKHLAS
Berkongsi pandangan yang serupa, pensyarah kanan, Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata budaya ‘selfie’ perlu dilihat daripada sudut positif. “Jika ada yang sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika ‘selfie’ maka itu antara dia dengan Allah SWT, bagi saya ia tidak dilarang dalam syarak. Begitu juga sekiranya ia bertujuan mengagung-agungkan Ramadan. “Mungkin dengan cara ‘selfie’ di masjid menguatkan lagi semangat orang lain untuk datang ke masjid, pada masa sama kita seronok melihat mereka begitu gembira dengan kehadiran Ramadan,” katanya. Mengenai sikap segelintir mereka yang suka berkongsi gambar makanan di laman sosial, beliau berkata: “Ia tidak salah, sekiranya gambar yang dikongsi bersama ‘friends’ atau ‘followers’ itu adalah golongan sama taraf dengan mereka. Tetapi jika di kalangan teman-teman, ada golongan yang susah atau fakir miskin maka lebih baik jangan dimuat naik.” Mohd Izhar menasihatkan masyarakat memperbetulkan setiap niat mereka agar dapat mengajak masyarakat mendekatkan diri dengan Allah SWT. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Belia Masjid Batu Gajah, Mohd Shaiful Rizal Mohd Saed, 29, berkata budaya ‘selfie’ dalam beribadat tidak perlu kerana ia melibatkan urusan antara manusia bersama Allah SWT. “Tidak dinafikan ada ‘selfie’ yang membawa ke arah kebaikan tetapi kadang kala bimbang jika gambar yang dikongsi akan menimbulkan fitnah,” katanya mengingatkan. ─ BERNAMA

Dua Kanak-Kanak Maut Motosikal Dirempuh Bas
SEREMBAN – Dua kanak-kanak maut apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, Suzi Fazliana Izati Sufian, 12, dan anak saudaranya, Mohd Ilham Roslizam, 11, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Seorang lagi rakan perempuan mereka berusia 13 tahun yang turut terbabit dalam kemalangan itu pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Sumber: BH Online
TOP
Kampung Boy Jadi Bahan Bantu Mengajar Universiti Jepun
TOKYO – Novel grafik ‘Kampung Boy’ karya Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, dalam edisi bahasa Jepun akan dijadikan bahan membantu mengajar pelajar pengajian Asia Tenggara di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), institusi pengajian tinggi tertua di negara matahari terbit ini.
Kampung Boy diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama TUFS Press, Tokyo iaitu syarikat yang turut bertanggungjawab terhadap pemasarannya di Jepun.
“Ia akan menjadi bahan bantu mengajar yang sangat menarik kerana masyarakat dunia 50 tahun yang lepas, pernah melalui kehidupan yang serupa seperti yang ditonjolkan dalam Kampung Boy.
“Budaya yang dipaparkan dalam Kampung Boy merupakan kehidupan yang sangat dekat dengan alam semula jadi yang serupa seperti kebanyakan masyarakat di dunia,” kata Lat kepada pemberita di sini hari ini.
Edisi itu dilancarkan serentak dengan perasmian Pavilion Malaysia pada Pesta Buku Antarabangsa Tokyo Ke-21 (PBAT21) di Tokyo Big Sight yang pamerannya berlangsung selama empat hari sehingga 5 Julai ini.
Lat berkata, terbitan Kampung Boy adalah hasil terjemahan semula pensyarah bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia, Hieda Natsue dan kemudian disunting pensyarah TUFS, Prof Madya Soda Naoki.
Edisi pertama diterbitkan syarikat Shonbunsha Ltd pada tahun 1984 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Jepun.
Sebagai Negara Tema yang kesembilan pada PBAT21, Pavilion Malaysia turut menerima kunjungan anggota kerabat diraja Jepun, Puteri Mako yang mewakili ayahanda beliau, Putera Akishino yang juga Presiden Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT).
Terdahulu, baginda merasmikan PBAT21 dengan semua 25 ketua delegasi turut memotong riben.
Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Malaysia di Jepun, Hendy Assan.
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, Noor Azlan Abu Bakar.
Penyertaan Malaysia buat kali keempat di PBAT adalah hasil kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan membawa 1,500 judul buku menerusi 20 penerbit.
Turut ditonjolkan persembahan mak yong dan wayang kulit.
Mohd Khair selaku ketua delegasi berkata kerjasama dalam penerbitan Kampung Boy merupakan antara hasil strategik penyertaan Malaysia di PBAT selama tiga tahun sebelum ini.
“Ini merupakan perkongsian intelektual dua negara yang bakal menguntungkan kedua-dua pihak khususnya dalam menyokong perkembangan bahasa Jepun dan tamadun Asia Tenggara,” katanya.
Ketua Editor TUFS Press, Prof Iwasaki Minuro pula berkata pemilihan Kampung Boy dalam kerjasama itu adalah disebabkan idea serta jalan ceritanya yang diterjemah dan diterbit dalam 12 bahasa dunia.
Beliau berkata, ia bukan sahaja sesuai untuk tujuan pembelajaran tetapi juga sebagai dokumen sosial masyarakat yang sekali gus menjelaskan bagaimana ia mampu membina pasaran di pelbagai negara antaranya Perancis, Belanda, Jerman, Korea dan Amerika.
“Menerusi Kampung Boy, kita dapat mengimbas kembali kenangan di masa lampau. Saya percaya masyarakat Jepun dapat memahami cerita yang disampaikan menerusi Kampung Boy,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Pasaraya Terbiar Jadi Kolam Ternak Ikan
PASARAYA ini punyai dahulunya berketinggian 11 tingkat tetapi pada tahun 1997, tujuh tingkat atas bangunan ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang.
Pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Sejak dari itu, bangunan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa bumbung.
Hujan yang turun menyebabkan air bertakung lalu tingkat bawah menjadi kolam mengakibatkan banyak nyamuk membiak di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar.
Bagi mengatasi masalah berkenaan, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu untuk mengawal pembiakan nyamuk. Hasilnya? Berkesan!
Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Namun kisah kolam ini hanya diketahui oleh penduduk kawasan itu sahaja. Entah bagaimana ia boleh tersebar di Facebook. Semenjak perkhabaran mengenai kolam itu tersebar di laman sosial, ramai orang luar datang dan hal ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup kawasan terbabit atas faktor keselamatan. Sumber: WowBerita.org

Pekerja Kontrak Filipina Maut Diserang Di Miri
MIRI – Seorang warga Filipina maut manakala rakannya cedera parah akibat diserang sekumpulan lelaki di sebuah banglo yang sedang diubah suai di Jalan Lim Chee Hian, Brighton di sini malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Sail Mohd berusia 20-an dipercayai mati akibat terkena tikaman senjata tajam di perut dalam kejadian kira-kira 11 malam.
Mangsa meninggal dunia sebelum sempat menerima rawatan di Hospital Miri
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee berkata sementara mangsa yang cedera hanya dikenali sebagai Ben, 26, dan kini dirawat di hospital berkenaan dengan kecederaan di perut sementara betisnya terkoyak dan satu jarinya hampir putus.
Beliau berkata seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Saptari, 23, cedera ringan di tangan dan dada.
Motif serangan masih dalam siasatan, kata Gan kepada Bernama.
Beliau berkata berdasarkan keterangan daripada Saptari, mereka yang bekerja sebagai tukang membancuh simen tinggal dalam salah sebuah bilik di banglo berkenan.
Ketika mangsa sedang tidur, mereka didatangi sekumpulan lelaki yang memutuskan bekalan elektrik sebelum menyerang mereka di dalam gelap, katanya.
Polis menjumpai sebilah parang di tempat kejadian.
Difahamkan ketiga-tiga mereka baru seminggu bekerja dengan seorang kontraktor yang mengubah suai banglo tersebut. – BERNAMA
TOP
Polis Buru Tahanan Lolos Dari Lokap
LABUAN – Polis memburu seorang tahanan warga Filipina yang meloloskan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, Ajiri Ajiban, 26, yang dalam tahanan reman berhubung kes rompak bersenjata, dipercayai menyerang dua anggota polis sebelum merampas kunci dan melarikan diri bersama seorang lagi tahanan.
Seorang lagi tahanan dikenali sebagai Azman Muhammad, bagaimanapun ditahan semula di pekarangan IPD Labuan, manakala Ajiri masih diburu.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman, berkata polis sedang menjalankan gerakan mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Labuan di talian 087-412572.
Sumber: BH Online
TOP
‘Polis Kanibal’ Dibebaskan Dari Penjara
NEW YORK – Bekas anggota polis New York yang didapati bersalah merancang untuk menculik, membunuh dan makan wanita – termasuk isterinya sendiri – dibebaskan daripada penjara semalam oleh hakim persekutuan yang mengubah keputusan sebelum ini.
Perbicaraan Gilberto Valle, 30 yang juga dikenali sebagai ‘cannibal cop’ atau ‘polis yang makan orang’ mencuri tajuk utama akhbar dan mendedahkan fantasi golongan kanibal ini.
Dia didapati bersalah pada Mac 2013 dan mengadapi penjara seumur hidup tetapi dibebaskan daripada penjara dalam tempoh hanya 21 bulan kerana kekurangan bukti.
Valle melayari inetrnet dan memperincikan mengenai rancangannya untuk menculik wanita dan dengan bangga menyatakan dia akan menyeksa wanita terbabit, membunuh dan makan mereka.
Dia juga menyediakan senarai mangsa termasuk rakan dan isterinya, yang mana akhirnya isterinya sendiri menyerahkannya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan bertindak sebagai saksi dalam mahkamah.
Dalam perintahnya setebal 118 muka surat, Hakim Daerah AS, Paul Gardephe berkata tidak kira apapun yang diungkapkan Valle, tidak ada kejadian jenayah yang berlaku.
“Tiada siapapun diculik, tiada cubaan untuk menculik, dan tiada dunia nyata atau langkah bukan internet diambil bagi menculik sesiapa,” tulis hakim itu.
“Walau apapun yang dikatakannya mengenai fantasinya, ia adalah tidak mencukupi atau menjadikannya elemen konspirasi bagi melakukan penculikan,” kata hakim.
Pada perbicaraan ringkas di Manhattan, pihak pendakwa berkata mereka akan membuat rayuan, dna hakim memerintahkan Valle dibebaskan sebagai tahanan di rumah dengan jaminan AS$100,000 (RM320,000). – AFP
TOP
Samsung Hadir Dengan 4 Telefon Baru
Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan empat telefon pintar baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Galaxy Core 2, Galaxy Ace 4, Galaxy Young 2, dan juga Galaxy Star 2. Ke semuanya menggunakan Android 4.4 KitKat, dan turut dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz baru daripada Samsung.
Ke empat-empat telefon pintar ini dilihat menyasarkan kepada negara-negara membangun, dimana ia hadir dengan spesifikasi pertengahan dan spesifikasi asas, serta berkemungkinan dijual pada harga mampu-milik.
Galaxy Core II hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci, dilengkapi cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, kamera 5-megapixel dengan LED Flash, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2000mAh. Telefon ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.
Samsung Galaxy Ace 4 pula merupakan generasi ke-empat keluarga Ace, hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, kamera belakang 5-megapixel, cip pemprosesan dwi-teras 1.0GHz, dan dilengkapi bateri berkapasiti 1500mAh.
Samsung Galaxy Young 2 pulla merupakan telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna muda dan pengguna awal, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan 1Ghz, kamera belakang 3-megapixel dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1300mAh. Galaxy Young 2 turut hadir dengan lapan permainan Gameloft percuma untuknya.
Dan akhir sekali, Samsung Galaxy Star 2 merupakan peranti dengan spesifikasi paling rendah, menggunakan skrin bersaiz 3.5-inci, dijana dengan cip pemprosesan 1Ghz, kamera belakang 2-megapixel, dan bateri berkapasiti 1300mAh. Seperti Galaxy Young 2, ia turut hadir dengan lapan permainan Gameloft percuma untuknya. Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan dengan harga jualan dan bilakah ia akan mula dijual di Malaysia buat masa ini. Memandangkan Galaxy Young dan Galaxy Ace generasi sebelum ini agak popular dikalangan pengguna tempatan, tidak mustahil untuk generasi barunya hari ke Malaysia tidak lama lagi. Sumber: Amanz.my

Hubungan M'sia - China Kukuh Disebalik Pelbagai Dugaan
KUALA LUMPUR: Hubungan antara Malaysia dan China terus kukuh, terutama hubungan perdagangan, walaupun pelbagai insiden berlaku akhir-akhir ini, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Selasa.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri berkata, hubungan antara kedua-dua negara akan terus bertambah kukuh berikutan pelbagai program telah dirancang bersama.
"Ini termasuk Program Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan (yang ditandatangani pada 5 Oktober lepas bagi tempoh 2013 hingga 2017), iaitu satu jalinan kukuh menjadikan negara ini sebagai rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara Asean," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.
Abdul Rahman ingin tahu mengenai impak hubungan dua hala Malaysia-China selepas kehilangan pesawat MH370 dan penculikan yang melibatkan warga China di Sabah.
"Oleh itu, insiden seperti kehilangan pesawat MH370 dan penculikan pelancong China di Sabah tidak mengganggu hubungan yang telah terjalin. Namun kita masih memantau sebarang keadaan dagangan akibat daripada peristiwa terbabit," katanya.
Menjawab soalan asal Abdul Rahman mengenai kemajuan hubungan dua hala dengan China, Korea dan Jepun dalam ekonomi serta imbangan dagangan, Hamim berkata, China adalah rakan dagang utama Malaysia dengan nilai dagangan mencecah RM203.3 bilion pada tahun lepas.
"Manakala Jepun dan Korea adalah rakan dagang Malaysia yang ketiga dan ketujuh terbesar dengan nila dagangan masing-masing RM136.1 bilion dan RM56.9 bilion.
"Peratusan dagangan Malaysia dengan ketiga-tiga negara itu adalah sebanyak 28.9 peratus daripada keseluruhan nilai dagangan global Malaysia," katanya.
Beliau berkata, nilai eksport negara telah meningkat sebanyak 9.2 peratus kepada RM96.9 bilion bagi China, dan tiga peratus bagi Korea iaitu kepada RM26.13 billion bagi Korea pada 2013 berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Hamim berkata, eksport negara menurun sebanyak 4.4 peratus kepada RM79.75 bilion bagi Jepun disebabkan pengurangan permintaan bagi n 2013 berbanding tahun sebelumnya.
Katanya, dari 2009 hingga 2013, Malaysia mencatatkan jumlah lebihan dagangan dengan negara China dan Jepun, yang masing-masing bernilai RM23.5 bilion dan RM56.7 bilion.
"Manakala kurangan dagangan bernilai RM5 bilion telah dicatatkan dengan Korea disebabkan nilai import melebihi eksport yang berlaku pada 2010 dan 2013," katanya.
TOP
Dyana Sofya Dilantik Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP
KUALA LUMPUR: Dyana Sofya Mohd Daud mengakui tugasnya kini lebih mencabar selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP.
Dyana Sofya, 27, akan melaporkan diri kepada Lim Kit Siang yang juga majikannya sebelum ini.
Beliau sebelum ini bertugas dengan Kit Siang sebagai Setiausaha Politik pemimpin pembangkang itu sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah dan meletakkan jawatan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.
Dyana berkata, jawatan baharu itu akan memberi tumpuan kepada hal berkaitan kawasan Parlimen yang membabitkan parti.
Tambahnya, perlantikan tersebut dimaklumkan oleh Kit Siang sendiri bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kira-kira dua minggu lalu.
"Tugas saya sekarang lebih mencabar kerana ia melibatkan kesemua Parlimen di seluruh negara berbanding dahulu hanya menumpukan kawasan Parlimen Gelang Patah sahaja.
"Matlamat saya menerusi portfolio baharu ini sudah tentu untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan, bertemu rakyat dan mengembangkan dan berkongsi lebih banyak idea bersama masyarakat," katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah di sini, baru-baru ini.
Dyana berkata, beliau akan terus memberi khidmat kepada masyarakat meskipun tidak memegang jawatan sebagai wakil rakyat.
Beliau berkata, kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu bukan bererti beliau perlu berputus asa dan menghentikan hasratnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan bagi saya, ia masih dilakukan tanpa perlu mempunyai jawatan (sebagai wakil rakyat). Ini adalah minat dan semangat saya maka saya akan teruskannya," katanya.
Pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, Dyana Sofya tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Dyana ketika ini terlibat dengan program jelajah ke seluruh negara yang dinamakan sebagai 'Eye to Eye with Dyana Sofya' (Bertentang Mata Dengan Dyana Sofya).
Beliau berkata, program yang dianjurkan oleh parti secara santai itu bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan bersama masyarakat terutama golongan muda.
"Kita mahu lebih ramai golongan muda terlibat dengan politik. Kita hendak mendengar idea, prinsip mereka dan apakah yang mereka ingin lakukan.
"Kita buka kepada semua terutama golongan muda yang sebelum ini tidak berminat dengan politik tetapi kini sudah mula menunjukkan rasa ingin tahu terhadap politik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dyana turut terlibat dengan inisiatif Impian Malaysia, sebuah program kesukarelawan yang dianjurkan parti bagi membina kemudahan dan pembangunan untuk rakyat.
"Sebelum ini DAP melaksanakan inisiatif Impian Sabah yang dipimpin oleh Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP) dan Impian Sarawak oleh Yeo Bee Yin (Ahli Jawatankuasa DAP Selangor) dan kita akan kembangkannya ke seluruh negara menerusi Impian Malaysia yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.-mstar
TOP
PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Muhammad Kamal Sallehodin
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Kamal Sallehodin yang meninggal dunia di tapak Bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya pada petang Isnin.
"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya," kata Najib di dalam laman Twitter beliau, Selasa.
Muhammad Kamal, 34, kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meninggal dunia selepas tergelincir dan terjatuh ketika melangkah untuk melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.
Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Tengku Aina Tengku Ismail berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan penyakit jantung menerusi laporan bedah siasat Hospital Putrajaya terhadap Allahyarham.-mstar
TOP
Mayat Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Dalam Parit
IPOH: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui terapung di dalam parit berhampiran Jalan Matang Buluh, Bagan Serai dekat sini, Selasa.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui oleh orang awam pada 1.30 tengah hari.
"Bayi itu dipercayai baru sahaja dilahirkan. Ini kita lihat berdasarkan fizikal mayat itu yang masih bertali pusat. Polis masih mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Mat Fauzi turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.-mstar
TOP
Dokumen Penyelewengan Adun Kuala Kubu Baharu Diserah Kepada SPRM
PUTRAJAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada Selasamengemukakan dokumen didakwa bukti penyelewengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Presidennya Ramesh Rao mendakwa Adun Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong ketika menjadi anggota Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah terbabit penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang peruntukan kerajaan dan rasuah.
"Saya dan Tony Tan Chee Chong yang merupakan bekas pembantu peribadi Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, telah memberikan maklumat secara lengkap secara lisan dan menyerahkan dokumen berjumlah lebih 60 muka surat mengenai salahlaku Lee kepada seorang wakil SPRM," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen itu kepada wakil SPRM di sini.
Dalam pada itu, Ramesh berkata pihaknya menerima aduan daripada 18 kontraktor yang mendakwa menjadi penyumbang dana kepada parti pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, tahun lepas, yang membabitkan jumlah wang yang banyak.
"Kami mempunyai senarai nama-nama kontraktor berkenaan yang mendakwa bahawa pembangkang menjanjikan pemberian kontrak kepada mereka di Selangor dan Pulau Pinang tetapi akhirnya pembangkang tidak mengotakan janji-janji mereka," katanya.
Beliau berkata banyak lagi salah laku anggota pembangkang akan didedahkan pada masa depan selepas mendapat bukti-bukti yang sahih kelak.-mstar
TOP
Macau Scam: Dua Rakyat Taiwan Ditahan
Telefon dan peralatan komputer yang berjaya dirampas dengan tertumpasnya sindiket penipuan "Macau Scam" di daerah Kluang pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa.
JOHOR BAHARU: Polis Johor memberkas dua lelaki warga Taiwan dan melumpuhkan kegiatan penipuan "Macau Scam" yang beroperasi dari sebuah hotel di Kluang. Bagaimanapun, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata pihaknya sedang memburu seorang lagi lelaki warga Taiwan berusia 35 tahun yang dipercayai dalang dalam kegiatan penipuan itu. "Sindiket akan menyamar sebagai Pegawai Bank atau Pegawai Jabatan Kerajaan untuk menipu mangsanya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Selasa. Anggota sindiket yang menyamar itu akan menelefon dan mendakwa mangsa terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram dan pihak bank akan membekukan akaun mereka, katanya. Menurut Mohd Mokhtar, oleh kerana bimbang akaun mereka berdepan kemungkinan dibekukan, mangsa akan membuat transaksi pemindahan wang mengikut arahan anggota sindiket itu. Beliau berkata sindiket itu membuat panggilan dari pusat panggilan menggunakan teknologi "Voice Over Internet Protocol" (VOIP) bagi memaparkan nombor telefon rasmi bank-bank dan jabatan kerajaan. Mangsa sindiket ini terdiri daripada rakyat Malaysia dan asing dan beliau meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa penipuan sindiket ini supaya tampil kehadapan untuk membantu siasatan polis. Kedua-dua lelaki Taiwan terbabit katanya, direman sehingga esok dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis turut merampas pelbagai barangan daripada sindiket termasuk 47 unit modem, tiga unit printer, enam buah komputer riba, 16 unit telefon tanpa wayar, empat keping kad ATM, empat unit peranti internet jalur lebar dan 20 helai kertas catitan. Sepanjang Piala Dunia pula katanya, Polis Johor telah menjalankan Ops Soga bagi membanteras kegiatan perjudian dan daripada 13 Jun hingga semalam, pihaknya telah melakukan 248 serbuan. Polis juga menahan 59 lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi ejen atau bookie kepada sindiket pertaruhan, katanya. Menurut Mohd Mokhtar, jumlah nilai pertaruhan yang berjaya digagalkan oleh pihak polis mencecah RM1.4 juta dan wang tunai yang dirampas adalah sebanyak RM95,093 dan dolar Singapura 6,526 (RM16,968). Mengenai Ops Cantas pula, di dalam tempoh enam bulan tahun ini, sebanyak 688,305 orang telah diperiksa dengan 11,244 ditangkap, kata beliau. Selain itu katanya, sebanyak 4,223 telah dituduh di mahkamah kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah. Polis Johor menurutnya, turut berjaya merampas 10 pucuk pistol, 25 senjata api tiruan, lima senapang angin, 4,011 butir peluru dan 438 pelbagai senjata berbahaya yang lain. Sebanyak 415,917 kenderaan pelbagai jenis juga telah diperiksa sepanjang tempoh enam bulan itu dan merampas 598 kenderaan yang disyaki digunakan dalam aktiviti jenayah, kata Mohd Mokhtar.-mstar

Kes Bunuh: Polis Buru Geng Tono
MIRI: Polis Miri yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang pemandu van warganegara Indonesia dengan tertangkap seorang suspek juga warga Indonesia dipercayai anggota Geng Tono malam Isnin.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata, suspek lelaki berbangsa Bugis berusia 32 tahun itu ditangkap pada pukul 11.15 malam tadi di Batu Niah Food Court.
"Suspek berkerja di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran," katanya pada Selasa.
Gan berkata, suspek dan enam rakan lain dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan rakan senegara pada 26 Jun lalu.
"Ketua geng yang hanya dikenali sebagai Tono kini sedang diburu bersama-sama dengan anggota kumpulan lain,"katanya.
Dalam kejadian pada 26 Jun lalu, pemandu van itu yang hanya dikenali dengan nama Anuar meninggal dunia kerana cedera parah selepas terlibat dalam pergaduhan.
Mangsa dijumpai oleh rakannya di sebuah pondok di tepi jalan Km66.8 Miri-Bintulu dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan luka di kiri pinggang dipercayai ditikam, lebam kedua-dua belah mata dan dahi serta berlaku pendarahan hidung.
Dalam perkembangan lain, Gan berkata, polis Miri telah berjaya menyelesaikan dua kes samun dan cubaan merogol termasuk melibatkan seorang guru wanita pada 16 Jun lalu berikutan pendakwaan ke atas suspek utama kes tersebut Aspin Amut seorang lelaki rakyat tempatan berusia 20-an.
Beliau berkata, Aspin didakwa atas pertuduhan merompak dan mencabul di Mahkamah Sesyen di sini petang semalam.-mstar
TOP
Pengusaha Kedai Runcit Cedera Dipukul Perompak
ROMPIN: Seorang pemilik kedai runcit cedera di kepala selepas dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang cuba merompaknya di Kampung Petoh Lama dekat sini awal Selasa.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 2.40 pagi itu mangsa, 69, bersama isterinya, 55, sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik belakang kedai runcitnya itu.
"Mangsa yang terkejut apabila terdengar bunyi bising di belakang kedainya itu bingkas bangun untuk membuat pemeriksaan. Namun belum sempat berbuat apa-apa, mangsa terus diserang dan kepalanya diketuk dengan sebatang kayu sehingga cedera," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, suspek kemudian mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan lebih teruk.
Bagaimanapun, kedua-dua perompak itu dipercayai warga asing berusia lingkungan 20-an dan menutup separuh muka dengan kain melarikan diri tanpa sebarang hasil rompakan setelah mendengar ketibaan anak lelaki dan menantu mangsa yang tinggal berhampiran, katanya.
Warga emas itu menerima beberapa jahitan di kepalanya dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. -mstar
TOP
Budak Empat Tahun Maut Dikelar Bapa Saudara
TELUPID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.
Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.
"Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan, katanya.
Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.
Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.
Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman.-mstar
TOP
Murid Disyaki JE Kini Keluar Tahap Bahaya - Pakar
Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang dipercayai dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) diberi rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru Pulau Pinang. -Gambar oleh keluarga mangsa.
GEORGE TOWN: Muhammad Ammar Muqrish Zulkiffli, 12, yang disyaki dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) telah keluar daripada tahap bahaya dan kini dalam keadaan separa sedar. Pakar Runding Neurologi Hospital Pantai, Dr Wong Yee Choon berkata kanak-kanak itu juga ada harapan sembuh namun pertuturan dan pergerakan anggota badannya dijangka terganggu secara kekal berikutan saraf otak yang terjejas akibat serangan virus JE. "Kami menjangka pesakit ini mengalami antara 30 dan 50 peratus 'disability' berbanding keadaannya sewaktu normal dan sedang melakukan yang terbaik untuk memulihkannya," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin melawat kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital swasta, di sini pada Selasa. Dr Wong berkata Muhammad Ammar Muqrish kini ditempatkan di Unit Rawatan Kritikal dan perkembangannya dipantau rapi berikutan sering diserang sawan. Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di Tasek Gelugor itu koma disyaki dijangkiti virus JE dan lebih sebulan dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini. Sementara itu Dr Afif berkata perkembangan kesihatan penduduk kampung berkenaan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut. Mengenai ladang ternakan babi di kawasan itu, beliau berkata pihaknya belum mempertimbangkan langkah seterusnya kerana keputusan ujian sampel darah babi di kawasan terlibat belum diketahui. "Kami kini meningkatkan kawalan kebersihan di kawasan berkenaan di samping melakukan semburan kabus bagi menghapuskan vektor pembawa wabak itu. Selagi tiada bukti kukuh tiada tindakan boleh diambil," katanya. Beliau berkata Kampung Selamat adalah antara kawasan penternakan babi terbesar di Pulau Pinang dan sebarang keputusan mengenainya perlu dibuat secara kolektif dengan penyertaan semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.-mstar

Sharifah Aini Di ICU Akibat 'Paru-Paru Berparut'
Sharifah Aini
PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di sini akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut. Menurut rakannya Aishah Ali, Sharifah Aini yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 61 pada Rabu (esok) dibawa ke pusat perubatan berkenaan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas. Katanya, pakar perubatan Datuk Dr Zainudin Md Zain memaklumkan keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.
Sharifah Aini bersama anaknya, Aliff.
"Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa. Dalam satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online kira-kira pukul 10.55 malam Selasa Aishah berkata, doktor memaklumkan kepadanya penyakit fibrosis paru-paru dipercayai berlaku akibat gangguan imun pesakit dimana antibodi yang dihasilkan oleh darah putih pesakit menyerang paru-paru sendiri. Katanya, keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen. Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya. Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.-mstar

Kenyataan Kassim Ahmad Kufur, Murtad
KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan bahawa kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad pada satu seminar Februari lalu sebagai pemikiran yang kufur dan murtad.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.
'Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian' itu berlangsung di Putrajaya.
Mohd Rozali berkata, "Fahaman atau golongan tersebut adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka.
"Berdasarkan kepada ucapan yang telah disampaikan oleh Kassim Ahmad, terdapat unsur penyelewengan antaranya mempertikaikan syahadah yang kedua, mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum, mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat, hukum selawat dan membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis ini perlu disekat dari berkembang.
Mohd Rozali berkata sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
"Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat.
"Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini hendaklah menghindarkan diri daripada terlibat dengan fahaman golongan tersebut," katanya.
Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis ini diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit, katanya.-mstar
TOP
Serangan Seksual: Wellington Puas Hati Komitmen Malaysia
KUALA LUMPUR: Wellington berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia berhubung siasatan terhadap seorang pegawainya yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita pada Mei lepas.
Menteri Luarnya Murray McCully yang dipetik oleh laman sesawang rasmi kerajaan New Zealand www.beehive.govt.nz, mendedahkan beliau sudah berhubung dengan rakan sejawatannya, Datuk Seri Anifah Aman bagi memperjelas sebarang salah faham berkenaan diplomat terbabit.
"Menteri Luar Malaysia komited sepenuhnya untuk memastikan individu yang didakwa melakukan kesalahan itu menghadapi proses perundangan yang sewajarnya.
"Individu terbabit merupakan pegawai tentera dan Panglima Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) sudah menubuhkan Lembaga Penyiasat. Anifah juga memberi jaminan kepada saya sebarang bahan yang diserahkan oleh polis New Zealand akan dikemuka kepada Lembaga Penyiasat," katanya.
Sebelum ini dilaporkan bahawa diplomat yang berpangkat Pegawai Waran II dari Kementerian Pertahanan (Mindef) itu ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk tempoh setahun.
Lelaki terbabit ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.
Bagaimanapun, Anifah dalam satu kenyataan di sini hari ini, mendedahkan tertuduh diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei.
Sementara itu, McCully berkata beliau menerima penjelasan Anifah bahawa keputusan Malaysia menolak permintaan New Zealand agar kekebalan diplomatik lelaki itu ditarik balik adalah disebabkan Panglima Tentera Malaysia mahu menanganinya mengikut proses perundangan di Malaysia.
"Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) telah menyerahkan butiran komunikasi antara pegawai New Zealand dan Malaysia berhubung perkara ini.
"Walaupun permohonan rasmi itu jelas dalam memohon kekebalan diplomatik ditarik balik, akan tetapi saya dapati pegawai yang terbabit dalam komunikasi tidak rasmi berhubung isu yang sebenarnya satu kes yang kompleks, dibuat dalam cara yang menimbulkan kesamaran kepada kerajaan Malaysia," katanya.
McCully berkata apa yang boleh beliau katakan sekarang ialah tindakan Malaysia itu dibuat atas niat baik.
"Saya tekankan kepada rakan sejawatan saya dari Malaysia mengenai komitmen kerajaan New Zealand bagi mendapatkan keadilan untuk mangsa dalam kes ini dan rakan sejawatan saya memberi jaminan kerajaan Malaysia juga berkongsi pandangan sama," katanya.-mstar
TOP
Pemberi, Peminta Sedekah Bakal Berdepan Hukuman - Ku Nan
PUTRAJAYA: Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.
"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.
"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.
Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya.-mstar
TOP
Mahkamah Hak Asasi Manusia Kekal Larangan Berpurdah Di Perancis
MAHKAMAH Hak Asasi Manusia Eropah mengekalkan keputusan larangan memakai purdah oleh kerajaan Perancis terhadap kaum wanita Islam di negara itu.
Kes itu sebelum ini dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia oleh seorang wanita Perancis kerana larangan itu didakwa melanggar hak pemakaian masyarakat Islam.
Undang-undang Perancis melarang sesiapa sahaja memakai pakaian yang menutup muka dan mereka yang ingkar akan dikenakan denda 150 Euro.
Undang-undang itu diperkenal oleh bekas Presidennya, Nicolas Sarkozy pada tahun 2010.
Perancis mempunyai lima juta penduduk tetap beragama Islam yang mewakili jumlah masyarakat Islam terbanyak di Eropah.
Daripada jumlah itu seramai 2,000 wanita Islam memilih memakai purdah.-mstar
TOP
MH370: Tiada Kuasa Misteri, Hanya Spekulasi
KUALA LUMPUR: Dakwaan penyiasat nahas udara Australia yang mengaitkan kehilangan penerbangan MH370 dengan kuasa misteri baru-baru ini hanyalah spekulasi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata kerajaan Malaysia hanya menerima pakai laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang ditubuhkan khusus berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
"Apa juga isu kita ada panel pakar untuk mengesahkannya. Laporan itu bukan daripada JACC.
"Bagaimanapun saya tetap anggap sebarang maklumat terkini... sama seperti yang saya lakukan pada masa lalu... biar JACC sahkan. Selama ini kita tidak pernah berhenti daripada mencari kotak hitam dan mengesan maklumat baharu berhubung pesawat itu," katanya kepada pemberita selepas taklimat Jawatankuasa Khas Kabinet berhubung insiden MH370 di Parlimen, di sini pada Selasa.
Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Aset MH370 dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Waris mengenai MH370.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam, unit data satelit pesawat itu cuba 'log masuk' ke satelit dalam tempoh tidak sampai 90 minit setelah berlepas.
Permintaan itu yang dikenali sebagai 'hand shake' mungkin disebabkan gangguan kuasa elektrik pesawat Boeing 777 tersebut.
Sementara itu, Liow berkata maklumat terperinci berhubung penghantaran aset dan pakar dalam mengesan pesawat MH370 ke lokasi pencarian di Lautan Hindi akan dimaklumkan kemudian.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang serta anak kapal ke Beijing hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Gerakan mencari membabitkan pelbagai negara bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di Lautan Hindi selepas data satelit menunjukkan pesawat itu melencong jauh daripada laluan asal dengan isyarat terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi.-mstar
TOP
Rogol Anak: Bapa Dihukum Penjara 20 Tahun, 12 Sebatan
KOTA BAHARU: Seorang bapa pada Selasa dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.
Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.
Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin.-mstar
TOP
PPDNKK Pulau Pinang Berkas Lelaki Seleweng Diesel
BUKIT MERTAJAM: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeleweng diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Bukit Tengah,di sini pada Isnin.
Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK Pulau Pinang, Abdul Rozik Yaakub berkata pihaknya turut merampas 225 liter diesel bernilai RM415 dalam operasi pada pukul 7 petang itu.
"Lelaki berusia 45 tahun yang merupakan pemandu lori terbabit diberkas ketika mengisi diesel ke dalam sebuah lori.
"Pemeriksaan lanjut ke atas lori itu mendapati terdapat sambungan saluran paip daripada tangki minyak asal ke tangki simpanan di ruang penyimpanan barang di belakang kenderaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi mengubah taktik dengan membuat pembelian mengikut had dibenarkan bagi mengelak aktiviti mereka dikesan.
"Dengan menggunakan taktik itu anggota sindiket akan membeli bekalan diesel di beberapa stesen minyak mengikut had yang ditetapkan sehingga tangki simpanan yang terdapat dalam lori mereka penuh," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penyelewengan minyak boleh menghubungi PPDNKK di talian bebas tol 1-800-86-6800 atau 04-2626167/04-2616168 atau KPDNKK Cawangan Seberang Prai Tengah (SPT) di talian 04-3801700, 04-5751752 (SPU) dan 04-64354444 (Barat Daya).-mstar
TOP
PKS Digesa Daftar Perniagaan Sebelum Pelaksaan CBP
KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa mendaftarkan perniagaan mereka dengan kerajaan sebelum cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dilaksanakan.
Membuat gesaan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata PKS boleh mendaftarkan perniagaan mereka dalam talian.
"PKS yang tidak terdapat dalam sistem mungkin akan kehilangan penguasaan pasaran mereka dari semasa ke semasa jika syarikat yang lebih besar memutuskan untuk membeli barangan daripada perniagaan yang berdaftar di bawah CBP dan mendapat manfaat daripada kredit cukai ke atas input," katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat dengan wakil-wakil daripada persatuan dan dewan perniagaan kebangsaan pada Selasa.
Mustapa berkata dianggarkan hampir 25 peratus daripada PKS (kira-kira 160,000 perniagaan) akan termasuk dalam sistem CBP pada nilai jualan pendaftaran sebanyak RM500,000 setahun.
"Bagi yang tidak termasuk, PKS dinasihatkan supaya menilai keadaan dengan berhati-hati dan sukarela untuk berada dalam sistem CBP berikutan banyak kelebihan dalam tempoh jangka panjang," katanya.
Pada suku pertama 2014, kajian yang dijalankan oleh SME Corp Malaysia ke atas 2,079 responden, 84 peratus daripadanya menunjukkan mereka memerlukan latihan mengenai CBP, 26 peratus berkata mereka memerlukan akses kepada perisian patuh CBP, dan 25 peratus meminta insentif cukai untuk menaik taraf perkakasan teknologi komunikasi dan maklumat serta peralatan, kata Mustapa.
Di bawah Bajet 2014, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh CBP atau menaik taraf perisian sedia ada supaya mematuhi CBP.
Mustapa berkata rundingan dengan peserta industri sedang berjalan untuk memastikan mereka mengikuti perkembangan CBP.
"Perbincangan dilaksanakan pada setiap minggu untuk mengenal pasti isu yang dihadapi perniagaan, sejajar dengan matlamat komunikasi," katanya.-mstar
TOP
Produk Pertanian Malaysia Jadi Tarikan Di New York
NEW YORK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapat perhatian dengan jualan produk pertanian Malaysia pada pameran tiga hari yang sedang berlangsung, 'New York Fancy Food Show' (NYFFS) yang sering kali digambarkan sebagai barometer pantai timur untuk mengukur permintaan produk pertanian dari seluruh dunia.
Setiausaha Kedua (Pertanian) Kedutaan Malaysia di Washington, Nor Syareena Yem, berada di NYFFS di mana produk-produk Malaysia itu dipamerkan.
"Malaysia merupakan antara empat pengeksport utama makanan laut ke Amerika Syarikat (AS) malah udang Malaysia sangat popular di AS. Kita juga berhasrat untuk meningkatkan eksport ikan tilapia ke AS yang sememangnya merupakan pasaran yang baik untuk semua jenis makanan laut.
"Kita juga ingin mengeksport buah-buahan tempatan seperti rambutan, nangka, nanas dan buah belimbing sebaik sahaja Jabatan Makanan dan Pertanian AS (DFA) memberi kelulusan," katanya.
Nor Syareena berkata buah-buahan ini yang sangat popular di China dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dijangka mendapat sambutan luar biasa di AS dan pembekal Malaysia harus berusaha untuk meningkatkan pengeluaran sebaik sahaja selepas pasaran di negara itu dibuka.
Pakar meramalkan walaupun eksport kelapa sawit Malaysia ke AS berjalan dengan baik tetapi minyak itu semakin dicabar oleh populariti minyak kelapa yang mendapat kredit mengenai manfaat kesihatannya dalam beberapa jurnal perubatan dan kajian penyelidikan.
Penglibatan pihak kementerian dalam NYFFS telah disusun oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang seterusnya telah melantik pertubuhan yang dikenali sebagai ASIA Etc untuk membawa penyertaan mereka di pameran perdagangan itu. ASIA Etc turut membantu mempromosikan eksport produk-produk pertanian Malaysia.
"Kami juga akan mempamerkan pelbagai produk yang ditawarkan oleh Asian Meals jenama makanan Malaysia dan akan mempamerkan barangan makanan seperti mi, jem, kepingan kelapa, cip nanas dan kerepek nangka.
"Kami menerima pertanyaan yang baik di pameran ini untuk produk-produk makanan yang sedia dimakan yang popular di Amerika Utara kerana peningkatan populasi Asia dan Cina.
"Kami juga telah menerima pertanyaan perniagaan dari pengimport Arab Saudi yang telah menunjukkan minat untuk membawa masuk kerepek, jem dan lain-lain dari Malaysia," kata Nor Syareena.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa walaupun terdapat ketidaktentuan ekonomi, permintaan daripada pengguna AS akan meningkat akan mereka bersedia untuk membeli produk-produk pertanian dari luar.
"AS akan kekal sebagai pasaran yang menarik untuk eksport pertanian," katanya lagi.
Eksport produk-produk pertanian ke Amerika Syarikat termasuk minyak sawit, berjumlah RM5.117 bilion pada tahun 2013.-mstar
TOP
MAIWP Sasar RM8.1 Juta Zakat Fitrah Ramadan Ini
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan sebanyak RM8.1 juta kutipan zakat fitrah pada Ramadan kali ini berbanding RM7.7 juta pada tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jumlah kutipan mampu dicapai ekoran MAIWP kini mewujudkan pusat pandu lalu (drive through) zakat fitrah di 10 masjid sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Lokasi pusat pandu lalu itu dipilih berdasarkan prestasi kutipan zakat yang diperoleh pada tahun lepas.
"Ini sekaligus memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat bayaran zakat tanpa perlu turun dari kenderaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Agihan Zakat (PAZA) Baitulmal MAIWP di Bandar Tun Razak di sini, pada Isnin.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Zainal Abidin Jaffar.
MAIWP menetapkan bayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini ialah RM7.
Mengenai PAZA, Jamil berkata ia bagi memudahkan urusan golongan asnaf, terutama warga emas dan yang mempunyai masalah kesihatan, memohon bantuan tanpa perlu ke ibu pejabat Baitulmal. -mstar
TOP
Barcelona Puji Tindakan Suarez Mohon Maaf
PENGARAH Sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta menganggap Luis Suarez sebagai pemain yang bersikap rendah diri apabila memohon maaf secara terbuka kerana mengigit Giorgio Chiellini.
Pemain berusia 27 tahun itu dikaitkan dengan Barcelona walaupun terpaksa menjalani hukuman selama empat bulan kerana tindakannya mengigit bahu pemain pertahanan Itali.
"Suarez telah menunjukkan sikap terpuji apabila dengan rendah diri mengakui kesilapan yang dilakukan serta meminta maaf.
"Semua orang tahu bahawa Suarez merupakan penyerang terbaik pada musim lalu di Liga Perdana Inggeris, malah dia juga terkenal sebagai pemain Liverpool" ujarnya.
Permohonan maaf Suarez pada Isnin didakwa mempunyai kaitan dengan perpindahannya ke Barcelona.
Penyerang uruguay itu telah menjaringkan sebanyak 31 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu untuk dianugerahkan Kasut Emas.-mstar
TOP
Roy Keane Dilantik Penolong Jurulatih Aston Villa
ROY Keane dipilih sebagai penolong jurulatih Aston Villa yang baharu bagi membantu Paul Lambert.
Bagaimanapun, Keane akan tetap meneruskan tugasnya sebagai pembantu kepada jurulatih Republik Ireland.
Dia yang berusia 42 tahun akan memulakan tugas baru ketika latihan pra-musim pada Isnin depan.
Lambert memberitahu, Keane mempunyai pengetahuan yang luas dalam bola sepak termasuk bidang kejurulatihan, malah dia juga merupakan aset besar yang dapat membantu Aston Villa selepas ini.
"Saya memang ingin berkerja denganya dan saya gembira apabila akhirnya dia di sini.
"Ketika menjadi pemain, dia salah seorang yang telah melengkapkan sejarah Liga Perdana Inggeris dan pengalaman itu sangat berharga," katanya.-mstar
TOP
Adam Lallana Teruja Beraksi Untuk Liverpool Bersama Rickie Lambert
Lallana: I'm so excited to join LFC
TOP
Rodriguez Perlu Dikawal Ketat - Fernandinho
PEMAIN tengah Brazil, Fernandinho memberi amaran mengenai kelibat bahaya James Rodriguez menjelang perlawanan suku akhir bertemu Colombia Sabtu ini.
Rodriguez,22, menjadi tumpuan pada aksi Piala Dunia kali ini dengan mengumpul lima gol dalam empat perlawanan untuk Colombia.
Fernandinho berkata, dia telah melihat kelibat lincah Rodriguez sejak perlawanan Liga Juara-Juara di antara Shakhtar Donetsk bertemu FC Porto September 2011.
"Kelab saya menentangnya pada aksi tersebut dan itu adalah kali pertama dia bermain. Ketika itu dia tidak disenaraikan dalam barisan utama Porto," jelas Fernandinho.
James Rodriguez
"Apa yang penting kami perlu mengawasinya. Jika terlepas pandang, kami pasti akan sengsara."-mstar
James Rodriguez
"Apa yang penting kami perlu mengawasinya. Jika terlepas pandang, kami pasti akan sengsara."-mstar
TOP
Panjat Bangunan 36 Tingkat Untuk Ucap ‘Happy Ramadan’ dan ‘Felixia Welcome to Islam’
Untuk membuktikan “Malaysia Boleh” seorang lelaki telah memanjat bangunan setinggi 36 tingkat tanpa peralatan yang lengkap sejurus itu ia membuktikan yang dia pun sehebat Spiderman Perancis Alain Robert.
Dengan hanya memakai sandal, baju T, seluar pendek dan beg sandang serta kamera Go Pro, lelaki yang berusia 26 tahun ini telah memanjat bangunan Sentrum di Brickfields.
Beliau sebenarnya telah melakukan panjatan ini kerana telah mendapat tahu yang ada Spiderman luar yang merancang untuk memanjat bangunan ini. Jadi bagi membuktikan semangat Malaysia Boleh maka dia terlebih dahulu memanjat bangunan tersebut.
Bagaimanapun dia telah memilih untuk tidak mendedahkan identitinya. Walaupun begitu, dia sebenarnya dikenali di laman sosial. Terdapat banyak juga gambarnya yang sedang memanjat bangunan itu dua hari lalu yang telah dimuat naik ke akaun Facebook dia termasuklah juga gambar selfie bersama anggota polis yang menangkapnya. Ketika panjatan itu dilakukan, dia hanya sempat mengibarkan Jalur Gemilang apabila sampai di bumbung bangunan tersebut sebelum dia ditahan polis.
Menurutnya juga, dia juga membawa beberapa nota bersama sebagai untuk dijadikan kenangan diatas bangunan tersebut tetapi malangnya tidak sempat untuk mengambil gambar kerana kesuntukan masa. Nota tersebut ialah “Happy Ramadhan” untuk kita umat Islam dan “Felixia Welcome To Islam” khusus kepada Felixia Yeap yang akan memeluk agama Islam.
- SiakapKeli.com

KJ Kini Dah Bergelar ‘Kolonel Khairy Jamaluddin’
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron adalah antara lima orang yang dipakaikan pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah.
Khairy dipakaikan pangkat sebagai Kolonel selepas melalui kursus pegawai dalam pasukan sukarela Askar Wataniah manakala Idris pula memakai pangkat Brig Jen (Kehormat).
Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Holdings Tan Sri Shahril Shamsuddin pula ditauliahkan pangkat Brig Jen (kehormat). Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Ketua Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar masing-masing dipakaikan pangkat Kolonel (kehormat).
Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kementerian Pertahanan (Kementah) di sini hari ini.
Kelima-lima mereka sebelum ini telah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan pangkat masing-masing.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Hishammuddin berkata, kementeriannya melihat pasukan Askar Wataniah sebagai benteng kedua pertahanan negara.
“Ia amat bermakna apabila pemimpin dan bakal pemimpin negara turut tampil ke hadapan untuk mempertahankan maruah dan keselamatan Negara. Saya juga berharap anak muda kita dapat menyertai Askar Wataniah dalam menyemarakkan pasukan itu,” katanya.
Beliau berkata sejak Askar Wataniah diwujudkan, pasukan itu telah menempuh pelbagai laluan berliku seiring dengan Angkatan Tetap dalam menghadapi ancaman luar.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin juga akan melawat pasukan Batlion Malaysia (Malbatt) 850-1 yang sedang menjalankan tugas di Selatan Lebanon di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Pasukan Interim PBB di Lebanon (Unifil) pada pertengahan bulan ini.
“Lawatan pertama kali ini adalah bertujuan melihat keadaan dan keperluan pasukan keselamatan kita, selain memberi sokongan moral kepada anggota Malbatt yang berjauhan dengan keluarga terutamanya pada bulan Ramadan ini.
“Saya dijadualkan melawat lokasi penempatan pasukan Malbatt di Kem Marakah, Kem Tibnin dan Kem Simrock dan akan berbuka puasa bersama mereka,” katanya.
Pasukan Malbatt 850-1 ini disertai dengan kekuatan 850 orang dan turut disertai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) seramai 26 orang. – BERNAMA
TOP
AirAsia Bekerjasama Dengan Rakuten Di Jepun
TOKYO – AirAsia akan bekerjasama dengan syarikat e-dagang Jepun, Rakuten Inc yang akan membeli 18 peratus kepentingan dalam AirAsia Japan Co Ltd.
Ini adalah percubaan kedua AirAsia masuk pasaran Jepun dan menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah. AirAsia sebelum ini sudah mempunyai sebuah usaha sama syarikat penerbangan tambang murah dengan ANA Holdings Inc tetapi dibubarkan tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Eksekutif AirAsia Jepun, Yoshinori Odagiri, berkata rakan kerjasama lain dalam syarikat penerbangan itu termasuk Noevir Holdings Co Ltd, pengeluar barangan sukan Alpen Co Ltd dan Octave Japan Infrastructure Fund.
Syarikat penerbangan itu nanti akan terbang ke laluan domestik dan antarabangsa, kata Odagiri.
Sumber: BH Online
TOP
Bekas Anggota Polis Dipenkara kerana Tumbuk Adik Ipar
KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah dia mengaku menumbuk adik iparnya sehingga cedera.
Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan Mohd Nizam Osman, 37, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 30 Mei lepas.
Sehubungan itu, tertuduh tidak perlu lagi menjalani hukuman itu kerana telah direman sejak tarikh tangkap itu.
Mohd Nizam mengaku mencederakan adik iparnya Ku Hayani Ku Ali, 28, di Sri Gembira Apartment, Taman Bamboo, Batu 4, Sentul di sini pada pukul 7 malam, 29 Mei lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri, Mohd Nizam menumbuk muka dan kepala Ku Hayani kerana adik iparnya menegur sikapnya yang memukul isterinya, yang merupakan kakak pengadu.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, hasrat seorang pemuda dari Kuching, Sarawak yang ingin mencari pekerjaan di ibu kota, bertukar menjadi pengalaman buruk baginya apabila dijatuhi hukuman penjara 30 hari kerana kesalahan menceroboh masuk ke dalam sebuah bangunan pejabat.
Majistret Zuraini memerintahkan Madzihi Mahedin, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh ia ditangkap pada Rabu lepas.
Madzihi didakwa menceroboh masuk ke Wisma Cheong Hin Holding, Jalan Pudu, dekat sini, pada jam 9 malam, 25 Jun lalu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM5,000.
Terdahulu ketika merayu hukuman ringan, Madzihi berkata dia melakukan kesalahan itu kerana terdesak dan memerlukan wang untuk menyara diri serta ibu bapanya di kampung setelah gagal mendapat pekerjaan sejak tiba di sini pada 15 Jun lepas.
Di Mahkamah Majistret berasingan, seorang buruh kasar Awang Hassim Ag Tahir, 32, dijatuhi hukuman penjara 10 hari setelah mengaku bersalah mencuri tujuh botol syampu bernilai RM84, semalam.
Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor sebelum menjatuhkan hukuman menegur tertuduh kerana tidak menghormati bulan Ramadan dan melakukan perbuatan mencuri.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai Malik Streams Corporation Sdn Bhd, No 15 Jalan Tun Tan Siew Sin, Dang Wangi, dekat sini jam 10.30 pagi semalam.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. – BERNAMA
TOP
Aidilfitri: Motosikal, Bas Jadi Tumpuan Operasi - JPJ
KUCHING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dengan kerjasama polis dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya negeri (JKJR Sarawak) akan mengadakan operasi keselamatan jalan raya “Ops Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014″ selama 14 hari di seluruh negeri ini.
Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JPJ Sarawak Albert Clement berkata operasi itu akan diadakan dari 21 Julai hingga 5 Ogos di beberapa jalan raya utama dengan memberi tumpuan terhadap motosikal.
“Empat siri operasi khas akan diadakan untuk membuat pemeriksaan terhadap penunggang motosikal di seluruh negeri ini dan saman akan dikeluarkan dengan merta-merta kepada mereka yang melanggar peraturan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen keselamatan jalan raya “Jom Balik Kampung Menyambut Hari Raya” anjuran Persatuan Peniaga Basikal dan Motor Kuching di sini hari ini.
Datuk Bandar Bandar Raya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai merasmikan kempen itu yang ditaja MForce Bike Holdings Sdn Bhd.
Albert bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan laluan yang terlibat dengan operasi tersebut.
“Ini untuk memastikan penunggang motosikal dan pembonceng mematuhi peraturan lalu lintas dan keselamatan ketika di jalan raya,” katanya sambil menjelaskan bahawa kira-kira 120 pegawai penguat kuasa JPJ akan terlibat dengan operasi itu.
Albert berkata banyak penunggang motosikal didapati tidak memiliki lesen dan cukai jalan sah serta mengubah suai kenderaan masing-masing.
Katanya pemeriksaan juga akan dilakukan terhadap bas dalam usaha memastikan kenderaan pengangkutan awam sesuai berada di jalan raya dan pemandunya memiliki lesen sah serta bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.
Beliau berkata mereka yang melanggar peraturan boleh dikompaun RM300 atau didenda hingga RM2,000. – BERNAMA
TOP
UPNM Urus Sendiri Pengambilan Pelajar Awam
KUALA LUMPUR – Pengambilan pelajar awam untuk mengikuti Program Asasi dan Ijazah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan diuruskan sendiri universiti berkenaan, mulai tahun ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata sebelum ini pengambilan pelajar awam diuruskan Unit Pengambilan Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi.
Katanya, pelajar yang memilih ke universiti itu, bukan sahaja perlu mempunyai tahap intelektual yang tinggi malah kekuatan fizikal, mental dan kesihatan yang cemerlang.
“Selepas mereka (pelajar awam) melalui saringan fizikal, ketahanan dan ujian psikologikal, mereka akan dimasukkan dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan akan menjadi pegawai tentera setelah tamat pengajian.
“Pemilihan itu berteraskan modul yang digunakan oleh Cawangan Tenaga Kerja (CTK), Kementerian Pertahanan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Minggu Orientasi Siswa Program Asasi Pertahanan Sesi Akademik 2014/2015 UPNM di sini, Selasa.
Majlis dirasmikan Naib Canselor UPNM Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Selain itu, Mohamed Fadzil berkata UPNM turut memperkenalkan Program Tunas Wira selama enam minggu bagi mendedahkan pelajar mengenai latihan ala ketenteraan supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih matang dalam aspek pembangunan kerjaya.
Sebanyak 546 pelajar terdiri 480 pelajar kadet dan 66 pelajar awam mengikuti empat program di UPNM bagi sesi 2014/2015 iaitu Asasi Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Pertahanan dan Perubatan. – BERNAMA
TOP
4 Ahli Geng Curi Kereta Di Cheras Tumpas
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kumpulan pencuri kereta yang dikenali sebagai “Geng Koloi” apabila empat anggotanya ditahan dalam satu operasi khas minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata polis turut merampas enam buah kereta lama yang dipercayai kereta curi bernilai RM80,000.
Dalam operasi empat hari mulai 23 Jun, polis menahan seorang mekanik di sebuah bengkel di Shah Alam dan tiga lagi ditahan di beberapa kediaman di sekitar Cheras, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kumpulan itu aktif mencuri kenderaan lama dan ia melibatkan 29 kes sejak tahun lalu yang dilaporkan di kawasan Cheras.
Polis turut menemui enam kereta curi, iaitu tiga buah kereta Proton Satria, sebuah Proton Putra, sebuah Proton Waja dan sebuah Honda Civic.
“Modus operandi kumpulan ini ialah, seorang daripada empat lelaki itu akan pergi di suatu kawasan di Cheras untuk mencuri kereta manakala tiga lagi bertindak sebagai ejen untuk menjual kereta berkenaan dengan harga RM3,000 hingga RM4,000 sebuah,” katanya.
Siasatan polis mendapati setelah dijual, pembelinya akan mengambil bahagian tertentu kereta itu untuk dijadikan alat ganti, katanya.
Mohan Singh berkata empat lelaki itu, yang berumur 30 dan 40 tahun, kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kereta curi dan melupuskan kenderaan itu. – BERNAMA
TOP
PowerUp 3.0: Kawal Kapal Terbang Kertas Dengan Telefon Pintar
Kickstarter sedia memperlihatkan pelbagai idea menarik yang berjaya direalisasikan.
Terbaru adalah PowerUp 3.0 yang membolehkan anda untuk mengawal “kapal terbang kertas” menggunakan telefon pintar mereka.
Untuk menggunakan PowerUp 3.0, anda hanya perlu menambah sebuah “Smart Module” khas pada kapal terbang kertas mereka, kemudiannya ia boleh dikawal menggunakan aplikasi khas untuk telefon pintar.
Anda juga boleh mengerakkan telefon pintar mereka ke kiri dan ke kanan dalam usaha untuk mengawalnya, selain mengawal had lajunya.
Bateri yang disertakan bersama-sama “Smart Module” ini dikatakan akan menyokong penerbangan sehingga 10 minit dalam satu cas penuh.
Unit sebuah PowerUp 3.0 ialah $49.99 USD (RM160) yang boleh didapati di laman mereka poweruptoys.
Sumber: Amanz.my
Sumber: Amanz.my
TOP
Rumah Hangus Sebelum Sempat Berbuka
KUALA TERENGGANU – Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di Kampung Baru Tetambah, Manir disini hangus dijilat sebelum mereka sempat berbuka puasa.
Kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam.
Penghuninya Siti Mariam Jusoh, 26, berkata beliau sedang menyediakan hidangan untuk berbuka sebelum terdengar bunyi seperti percikan api yang datang dari bahagian tengah rumahnya.
“Saya terus ke arah bunyi itu dan kemudiannya melihat api. Saya terus lari keluar rumah dan menjerit meminta tolong. Kejadian berlaku amat pantas dan tidak sampai lima minit, rumah saya hangus terbakar,” katanya.
Ketika kejadian suami serta dua anaknya berada di luar rumah.
Suaminya Che Zairuzi Che Mansor, 35, berkata beliau bersama dua anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan yang berusia empat bulan berada kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
“Selepas pulang dari bazar Ramadan, saya membawa anak-anak saya keluar keluar kerana tidak mahu mengganggu isteri saya yang sedang menyediakan juadah berbuka.
“Saya kemudiannya melihat api marak sedang menjilat keseluruhan rumah kami. Hanya beg duit yang ada bersama saya yang dapat diselamatkan manakala makanan untuk berbuka serta barangan persiapan awal raya hangus kesemuanya,” katanya.
Ketua Balai Bomba Kuala Terengganu Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata pihaknya menghantar 16 anggota bersama tiga jentera dan dapat memadam kebakaran kira-kira 8.00 malam.
Punca kebakaran belum di kenal pasti, katanya.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria yang melawat mangsa hari ini, meluluskan peruntukan RM40,000 untuk membina rumah baharu kepada keluarga berkenaan.
“Kerja-kerja untuk membina rumah baru ini akan bermula esok dan kita harap ia dapat disiapkan sepenuhnya sebelum hari raya nanti,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pelajar Kolej Didenda RM200 Menyamar polis
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej dijatuhi hukuman denda RM200 atau penjara dua minggu oleh Mahkamah Majistret kerana memakai jaket keselamatan polis milik seorang anggota polis yang telah meninggal dunia.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Manpreet Singh Jagjit Singh, 24, setelah beliau mengaku bersalah memakai jaket berkenaan di tempat awam iaitu di Restoran Sky di Wangsa Maju, di sini pada 28 Jun lepas.
Dia ditahan oleh anggota polis yang secara kebetulan berada di kawasan restoran berkenaan.
Pelajar itu dituduh dibawah seksyen 171 kanun keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda tidak lebih RM400 atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Asisten Superitendan Nom Phot Prackdit. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment