TOP
Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini
Perkahwinan yang dirancang pada penghujung tahun ini tidak dapat direalisasikan kerana sang jejaka Ikhwan Hot FM secara rasminya telah memutuskan ikatan pertunangannya pada bulan lepas disebabkan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan lagi.
Bertemu di majlis berbuka puasa anjuran Hot FM di Terrace House, Ikhwan Hot FM yang sudah sebanyak 2 kali putus tunang tidak teragak-agak lagi selepas ini, sekiranya dipertemukan jodoh dia mahu untuk berkahwin terus dan tidak mahu bertunang seperti sebelum-sebelum ini.
Keputusan untuk memutuskan pertunangannya yang kedua ini juga telah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keularga malah, Ikhwan sendiri ke rumah ibubapa bekas tunangnya untuk memberitahu tentang pembatalan pertunangannya itu.
“Saya putus tunang pun secara baik apabila saya berjumpa dengan keluarganya untuk jelaskan apa yang telah berlaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan secara baik. Ini sudah 2 kali saya putus tunang dan sepatutnya saya akan berkahwin dengannya pada tahun ini tetapi tak ada rezeki dan jodoh tidak kesampaian lagi. Saya bertunang pun tidak sampai setahun,” ujarnya mesra.
Selepas gagal untuk kali kedua, Ikhwan optimis dan tidak sesekali menjadikan hubungannya ini sebagai ‘badi’ tetapi lebih ke arah positif dan tidak terbeban langsung dengan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling terhadapnya.
“Saya jadikan ini sebagai satu benda yang positif untuk saya meneruskan hidup dan kerjaya saya tak langsung kisah dengan apa orang cakap yang penting orang sekeliling tahu apa yang sedang saya lakukan. Saya akui kesilapan di pihak saya dan akan terus memperbaiki supaya tak akan timbul lagi perkara sebegini,” tambahnya lagi.
Ikhwan juga menjelaskan walaupun sudah tidak lagi berhubung dengan bekas tunangnya tetapi dia masih lagi rapat dengan keluarga mereka lebih-lebih lagi abang bekas tunangnya itu.
“Saya agak sedih apabila orang saya rapat terutama ibubapanya dan abangnya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Hubungan saya dan keluarganya tak putus tetapi hubungan antara saya dan bekas tunang sudah jarang berkomunikas,” ujarnya. ─ RotiKaya.com
TOP
Isu Status Maki : “Saya Tersentak, Jantung Seperti Terhenti”
Selama ini setiap kali nama Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil, terpalit dengan apa saja isu panas dan kontroversi, penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, tidak terlepas dari diburu media bagi mendapatkan komen ekoran perangai anak perempuannya itu.
Lepas satu, satu… daripada isu Abil yang seringkali tampil seksi, kisah bersilih ganti teman lelaki hinggalah yang terbaru isu gambar aktres berbakat besar itu bercuti bersama kekasih barunya dipercayai seorang jejaka mat salih. Apa yang menjadi kontroversi, seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.
Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.
komen Amy Search di Intagram anaknya Nabila, beberapa minggu lalu.
Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila. “Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain”, akui figura berusia 56 tahun ini ketika ditemui media pada Majlis Berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Hotel Royal Chulan, Damansara, malam tadi. “Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif. “Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu”, ujarnya lagi dengan nada tenang.
‘Aku Dah Bosan’
Amy Search memberikan penelasan mengenai isu status makiannya terhadap Nabila ketika ditemui media di Hotel Royal Chulan, malam tadi.
Menyedari yang statusnya itu berbaur makian terhadap anaknya sendiri, Amy bagaimanapun tidak menyesal memuat naik status sebegitu. Malah katanya, beliau bertanggungjawab atas tindakannya itu. Namun Amy dengan nada tegas berkata, dia berharap selepas ini media tidak lagi bertanyakan kepadanya mengenai apa saa isu panas dan kontroversi yang mengaitkan Abil. “Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia. “Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia”, tutur Amy. Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon. “Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti”, katanya.
Isteri Terkejut
Sementara itu, isteri Amy yang juga merupakan pengurusnya iaitu dikenali sebagai Norish berkata dia sangat terkejut apabila mendapat tahu tentang tindakan Amy memuat naik status sedemikian. “Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah. ” Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama. Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. “Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu. Tambah Norish lagi, dia berasa kasihan kepada suaminya itu kerana selama ini Amy banyak menanggung dan berdepan dengan kontroversi-kontroversi yang mengaitkan Nabila. “Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri. “Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial”, katanya sambil menahan sebak. Sumber: Malaysian Digest

Lelaki Cekik Mati Suami Kekasih Di Selangor
Sabak Bernam – Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.
Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui.
Sumber: myMetro Online
TOP
Suspek Kes Bunuh Timbalan KP Kastam Ditahan
Shaharuddin Ibrahim.
PETALING JAYA: Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu berjaya diberkas. Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bersama tiga lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Selasa. "Empat lelaki telah ditahan di Ampang dan Batu Caves. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an," kata sumber. Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Jati, Rawang kira-kira pukul 10 pagi Rabu. Sehelai kemeja-T yang dipercayai digunakan oleh lelaki semasa menembak Shaharudin turut dijumpai. "Lelaki tersebut kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya," katanya. Shaharuddin, yang mengetuai Jabatan Perkastaman/Cukai Dalam Negeri akan bersara dalam tempoh setahun lagi sebelum beliau ditembak mati pada 26 April lalu. Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama lebih 30 tahun dimana beliau banyak berjasa dalam menjayakan operasi mengekang ketirisan wang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 26 April tahun lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya. Sumber: mStar online

Putus Urat Jari Angkara Salah Faham
Kuala Lumpur – Urat jari tangan kiri putus, selain menerima puluhan jahitan di kepala dan badan. Itulah nasib malang menimpa seorang ahli perniagaan selepas ditetak tiga ‘pembunuh upahan’ yang dibayar rakan kongsi wanitanya.
Mangsa berusia 31 tahun yang turut terlantar di hospital selama seminggu dikatakan diserang sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi, 20 Jun lalu berhampiran premis di Kepong.
Sumber polis berkata, kejadian itu berpunca salah faham antara mangsa dan rakan kongsinya berusia 30-an berhubung perniagaan pusat siber kafe dimiliki bersama.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa dihubungi suspek wanita terbabit sebelum memintanya untuk berjumpa dan berbincang masalah perniagaan dihadapi.
“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju untuk berjumpa dengan rakan kongsinya itu di Kepong.
“Bagaimanapun, ketika sedang berbincang dengan wanita terbabit, kepala mangsa tiba-tiba dipukul dengan kayu dari belakang,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang cuba mempertahankan diri sebaliknya ditetak berulang kali di tangan, badan dan kaki menggunakan parang menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.
Sumber berkata, mangsa yang cedera parah cuba melarikan diri meminta bantuan, namun dikejar seorang lagi lelaki yang mengejar mangsa dengan kereta.
“Suspek lelaki itu kemudian melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting dan terbaring di jalan raya.
“Salah seorang suspek cuba menikam mangsa, namun mangsa sempat memegang tangan penjenayah. Kumpulan penjenayah itu bertindak melarikan diri selepas sebuah teksi berhenti di kawasan itu,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah kemudian diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong kelmarin, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi wartawan mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – myMetro Online
TOP
Kelar leher sendiri lepas masuk balai
Cermin tingkap IPD Kampar yang dipercayai dipecahkan mangsa sebelum dia bertindak mengelar lehernya sendiri
IPOH - Selepas datang mengejut ke sebuah balai dan meminta anggota polis memberkasnya, seorang lelaki mengelar diri sendiri hingga maut dengan serpihan kaca. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar itu, lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut mati akibat cedera parah. Menurut sumber, ketika berada di balai berkenaan, lelaki tersebut tiba-tiba hilang pertimbangan lalu memecahkan cermin tingkap balai sebelum mengelar lehernya menggunakan serpihan kaca. Sementara itu, adik perempuan mangsa yang dikenali sebagai Rani, 26, mendakwa, abangnya itu keluar dari rumah mereka di Sungai Buloh pada Isnin lalu dengan mengatakan hendak menyelesaikan kerja termasuk ke rumah ibu saudara mereka di Serdang, Selangor. “Abang keluar dari rumah kira-kira jam 2 petang Isnin lalu dan beberapa jam kemudian ibu saya menelefonnya kerana bimbang abang tidak pulang ke rumah. “Sebelum ini abang beritahu dia ke Serdang untuk bertemu ibu saudara, tetapi ibu saudara sudah ke Nilai, Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini semalam. Katanya, selepas hampir tiga hari abangnya tidak pulang ke rumah, mereka sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pihak polis pada jam 1 pagi semalam yang memaklumkan abangnya itu sudah meninggal dunia dalam balai polis. Mangsa yang masih bujang difahamkan pernah melakukan perkara hampir sama di sebuah balai polis di Sungai Buloh pada April lalu. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon memaklumkan, ketika kejadian, terdapat empat anggota berada dalam balai tersebut, sementara yang lain sedang berbuka puasa. “Kejadian secara mengejut. Semua anggota di balai tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya ketika dihubungi, semalam. ─ Sinar Online

Piala Dunia: Badan bola sepak disiasat jual tiket haram
RIO DE JANEIRO: Pihak berkuasa Brazil sedang menyiasat sama ada anggota persekutuan bola sepak dari Brazil, Argentina dan Sepanyol terbabit dalam komplot jualan tiket Piala Dunia secara haram.
Ini sususlan kejayaan polis mematahkan satu sindiket penjualan tiket Piala Dunia yang sedang berlangsung dengan penanahan 11 orang, Selasa lalu.
Anggota sindiket berkenaan dikatakan memperoleh sejumlah tiket menerusi 'orang perhubungan' mereka di dalam FIFA.
Berikutan itu, abang dan ejen kepada bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho, Roberto de Assis Moreira, disoal siasat berhubungan kes berkenan, demikian menurut pendakwa raya Rio de Janeiro, Marcos Kac, yang mengetuai siasatan itu.
Tiket yang dijual secara haram itu adalah tiket yang diagihkan FIFA kepada penaja, persekutuan bola sepak, pemain dan pertubuhan bukan kerajaan.
“Abang Ronaldinho memberitahu beberapa rakannya bahawa mereka boleh membeli tiket menerusi sistem berkenaan," kata Kac.
“Sekiraya kami mendapati wujud sebarang hubungan dengan sindiket ini, jika kami mendapati dia bekerjasama, maka itu dia terbabit sama. Setakat ini dia tidak lagi," katanya.
Sindiket berkenaan diketuai seorang suspek warga Algeria dikenali sebagai Mohamadou Lamine Fofana, yang sedang ditahan untuk siasatan selama tiga bulan. - AFP
TOP
Budak 5 Tahun Hafaz 29 Juzuk al-Quran
Juri, Abi Amir mengucup tangan Musa kerana kagum dengan kebolehannya pada usia muda.
JAKARTA: Seorang juri program hafaz al-Quran, Hafiz Indonesia sebak dan kagum melihat bakat seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang mampu menghafaz 29 juzuk kitab suci itu. Mengakui keistimewaan kanak-kanak lelaki itu, juri berkenaan, Abi Amir Faisol Fath pergi kepada peserta yang dikenali sebagai Musa itu dan mencium tangan kanak-kanak berkenaan bagi mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafalnya. Musa yang berasal dari Bangka membuat penonton rancangan itu menitiskan air mata apabila mampu menjawab soalan yang diberikan juri serta penonton. Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI, malah turut dimuat naik ke YouTube, manakala episod membabitkan Musa dimuat naik pada 29 Jun lalu. Ketika ditemui, Abi Amir berkata, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya walaupun usianya masih muda. “Tiada perkataan yang boleh saya ucapkan... Subhanallah. Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekali pun anak kecil masih sangat lemah kemahuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya. Menurutnya, wang kertas tetap bernilai biarpun dipijak kerana manusia telah menetapkan nilai untuk wang kertas. “Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran pada usia muda,” katanya. Sumber: mStar online

Bunuh Remaja Palestin Motif Balas Dendam
Baitulmaqdis – Remaja Palestin dari Baitulmaqdis Timur diculik dan dibunuh awal semalam dalam tindakan yang disyaki sebagai membalas dendam pembunuhan tiga belia Israel, lapor radio tentera.
Pembunuhan itu mencetuskan arus pertempuran di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan kira-kira 200 pemuda Palestin yang berang membaling batu ke arah polis, yang bertindak balas dengan bom bunyi dan peluru getah.
Memetik kenyataan saksi, radio melaporkan belia berkenaan dilihat dipaksa memasuki kereta di wilayah Arab di bandar raya itu.
Mayat ditemui tidak lama kemudian di bahagian lain bandar raya itu, menurut radio, menyifatkan ia disyaki sebagai serangan balas dendam terhadap penculikan tiga remaja Israel dari selatan Tebing Barat 12 Jun lalu.
Salahkan Hamas
Israel menyalahkan Hamas di atas pembunuhan mereka dalam kejadian yang mengejutkan wilayah itu, yang mencetuskan gesaan membalas dendam. Beberapa jam selepas mereka dikebumikan kelmarin, 200 penduduk Israel bertindak ganas di Baitulmaqdis, menghentikan kereta dan sistem aliran ringan serta menjerit Mati Arab, kata polis dan saksi. Polis berkata, 47 ditahan. Jurucakap polis, Luba Samri, mengesahkan mereka menyiasat laporan penculikan dan berkata menemui mayat tetapi enggan memberitahu sama ada kedua-dua kejadian itu berkaitan. Pada awal pagi semalam, polis menerima laporan seseorang dipaksa menaiki kereta di Beit Hanina. Dalam masa sejam, mayat ditemui di Baitulmaqdis tetapi identiti masih belum dikenal pasti. Kami masih meneliti jika ada kaitan antara kedua-dua kejadian, kata Samri. Memetik kenyataan saksi, radio tentera melaporkan sebuah kereta hitam berhenti di sebelah remaja yang menahan kereta kerana mahu menumpang dan dipaksa memasukinya. Kereta itu kemudian berlalu.- AFP

Kem Ala Tentera Untuk Penagih Internet
BEIJING – Sekumpulan remaja termasuk gadis menyertai kem-kem yang diselia bekas-bekas askar China sebagai cara untuk menghapuskan ketagihan mereka melayari internet.
Terdapat kira-kira 250 kem seperti itu di China dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang lebih agresif berbanding di klinik-klinik di Amerika Syarikat (AS).
Beberapa klinik di AS menawarkan perisian kawalan dan membuat sekatan ke atas laman web selain menguatkuasakan larangan melayari internet ke atas para penagih internet.
Ibu bapa remaja di China menghantar anak-anak mereka ke kem-kem tersebut selepas terdapat peningkatan bilangan golongan muda yang menghabiskan banyak masa bermain pelbagai jenis permainan internet.
Kebanyakan golongan muda itu bermain permainan internet bagi melarikan diri daripada persaingan sengit di dalam negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk itu.
“Ibu bapa saya mahu saya belajar di rumah pada setiap hari dan saya tidak dibenarkan untuk bermain di luar rumah,” kata seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Wang.
Sebagai tindak balas, dia kemudian melayari internet dan menumpukan masanya dengan bermain permainan menembak yang diminatinya di internet.
Wang pernah bermain internet selama tiga hari berturut-turut sehinggakan dia hanya tidur kurang sejam.
“Disebabkan saya ketagih dengan permainan itu, keputusan peperiksaan sekolah saya menurun.
“Namun, saya memperoleh satu lagi perasaan mengenai pencapaian diri saya dengan bermain permainan itu,” kata Wang.
Seorang ahli psikologi yang menubuhkan sebuah kem untuk para penagih internet itu, Rao Ran berkata, Wang hilang keyakinan apabila gagal untuk memenuhi hasrat ibu bapanya untuk melihat anak-anak berjaya dalam hidup.
Menurut Ran, anak-anak itu kemudian terdedah dengan kemurungan dan kebimbangan selepas gagal memenuhi hasrat ibu bapa mereka.
Anak-anak itu kemudian bertindak untuk tidak berada bersama dengan rakan-rakan dan keluarga masing-masing sehingga menyebabkan mereka menjadi ketagih dengan internet.
Wang menghadapi masalah ketagih internet selama dua tahun di rumah dan sekolahnya. Dia kemudian disahkan menghidap ketagihan internet dan dihantar ke kem milik Ran yang dikenali sebagai Pusat Pendidikan Qide di sini.
Sebanyak 70 peratus daripada 110 remaja yang dirawat di pusat itu menghidap masalah disebabkan melayari internet secara keterlaluan.
Kebanyakan mereka bermain permainan internet.
Guru-guru dan pengajar ketenteraan memilih golongan remaja untuk memasuki pusat itu atas permintaan ibu bapa mereka.
Golongan remaja itu akan mengikuti arahan yang disampaikan dengan menggunakan kaedah ketenteraan sebagai cara untuk menghapuskan ketagihan internet yang dihidapi mereka.
Seorang pegawai di pusat itu, Xing Liming berkata, keadaan fizikal golongan itu adalah amat lemah.
“Keghairahan mereka terhadap internet telah menjejaskan kesihatan dan mereka kehilangan kemampuan untuk melibatkan diri dalam kehidupan normal,” katanya.
Golongan remaja itu perlu memakai uniform tentera dan membasuh pakaian serta memasak.
“Pendidikan dan tinggal dalam suasana ketenteraan menjadikan mereka lebih berdisiplin dan memulihkan kemampuan mereka untuk hidup secara normal,” kata Liming.
Kursus itu melibatkan tempoh antara empat hingga lapan bulan.
Antara kursus yang ditawarkan di pusat itu ialah kelas muzik dan tarian singa.
Sesi kaunseling dan psikologi turut disediakan bagi membantu golongan remaja tersebut membina keyakinan diri dan memperbaiki hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
“Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang pereka permainan.Namun, saya menyedari, saya tidak akan berjaya menjadi pereka permainan kerana mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris saya tidak bagus,” kata seorang remaja yang bernama He, 23.
Dia mengikuti kursus selama enam bulan untuk menghapuskan ketagihan internet.
Remaja itu kini memperoleh minatnya yang baharu iaitu memasak.
“Saya berharap, memasak akan membantu saya memperoleh pekerjaan,” katanya.
Namun, sebuah pusat seperti itu kini disaman oleh seorang ibu yang menyatakan ketagihan internet anaknya semakin buruk selepas dia mengikuti kursus itu pada tahun lalu. – Reuters
TOP
Wanita AS Ditahan Kerana Bantu ISIS
DENVER – Pihak berkuasa persekutuan di Denver menahan seorang wanita yang didakwa memberikan sokongan material kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang ditakrif sebagai pertubuhan pengganas antarabangsa, menurut dokumen mahkamah.
Menurut aduan jenayah yang difailkan Mahkamah Daerah AS di Daerah Colorado, Shannon Maureen Conley mengetahui ISIS terbabit dalam aktiviti militan dan berpakat melakukan kesalahan terhadap AS. – Reuters
TOP
Warga Emas Nyaris Maut Dibaham Buaya
SEORANG wanita warga emas berdepan detik cemas selama lima minit apabila dia bertarung dengan seekor buaya sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan haiwan tersebut.
Manggin Nueng, 65, dari Bekenu, Sarawak sedang membasuh pakaian di tebing Sungai Suai apabila dibaham di bahagian kaki kanannya.
"Buaya itu cuba menarik saya ke tengah sungai tetapi saya terus menendang haiwan tersebut. Lima minit kemudian, haiwan itu melepaskan gigitan dan saya berenang ke tebing dengan kaki yang luka dan berdarah," katanya.
Manggin berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang Isnin lalu.
Anak perempuannya yang turut berada di tempat kejadian membantunya naik ke tebing sungai.
"Ini adalah kali pertama penduduk di sini diserang buaya," kata Manggin.
Dia sedang dirawat di Hospital Miri.
Seorang jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) telah dihantar ke tempat kejadian untuk menangkap buaya terbabit.
Sumber: mStar online
TOP
Amalan Bertukar Juadah Berbuka Puasa Wajar Dikekalkan
Amalan bertukar juadah pada bulan Ramadan boleh mengeratkan hubungan sesama jiran.
WAKTU kecil dahulu kebanyakan kita pasti merasai pengalaman disuruh ibu atau bapa untuk menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran. Ketika itu juga bekas diisi juadah itu dipulangkan semula tetapi tidak dibiarkan kosong, sebaliknya diganti dengan makanan lain sebagai tanda 'balas' daripada jiran yang bermurah hati. Tidak dinafikan amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa merupakan tradisi suatu masa dahulu. Senario hari ini mungkin agak berbeza apabila bazar dan bufet Ramadan memeriahkan bulan puasa yang mana sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada masyarakat untuk mengamalkannya. Suri rumah, Roosni Saad, 61, yang berkongsi pengalamannya berkata, beliau sering memasak di rumah untuk juadah berbuka puasa dan akan diberikan sedikit kepada jiran. "Biasanya lepas memasak, akan saya bekalkan dan akan hubungi jiran terlebih dahulu sebelum ke rumah mereka. "Kadang-kadang saya ada meminta anak-anak untuk menyerahkan kepada jiran sekiranya saya masih sibuk di dapur," katanya. Menurut Roosni, amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa masih diamalkan sehingga kini, namun caranya mungkin sedikit berbeza. "Sekarang pun masih bertukar juadah tetapi kebanyakannya dibeli di bazar Ramadan. Masak atau beli bukan isunya tetapi niat kita untuk memberikan kepada jiran," katanya.
Keluarga dapat menikmati lebih banyak hidangan berbuka jika bertukar juadah.
Penjawat awam, Jasimah Mohamed, 56, pula menyifatkan amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa sebagai satu sedekah, di samping membantu jiran antara satu sama lain. "Kalau ada lima jiran, lima lauklah dapat. Kadang-kadang akan masak satu atau dua lauk sahaja sebab nanti akan bertukar-tukar juadah. "Bukan saja ada variasi makanan untuk berbuka puasa, tetapi dapat berkongsi makanan bersama-sama. Ada yang kita dapat lauk dan dapat kuih sahaja, tetapi itulah pilihan yang lebih menarik untuk berbuka puasa," katanya. Bagi pengurus sumber manusia, Abdul Mutalib Ariff, 29, beliau melihat amalan bertukar juadah berbuka puasa masih relevan, tetapi sukar dilakukan di bandar ekoran kesibukan masing-masing. "Di bandar agak sukar untuk diamalkan sebab masing-masing buat hal sendiri. Kalau di kampung, masih ada yang buat. "Contohnya, di kampung saya di Bidor, Perak dan Pontian Kechil, Johor masih ada amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa yang sememangnya begitu dinanti-nantikan menjelang Ramadan," katanya. Graduan universiti, Fatin Atilah Ed Osmaidi, 25, mengharapkan supaya amalan itu dikekalkan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bagaimanapun, katanya, budaya lebih gemar untuk berbuka puasa di luar, berbanding di rumah menyebabkan amalan itu terhakis. "Ada juga yang suka beli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan. Tetapi alangkah baik jika berkunjung ke rumah jiran untuk berkongsi sedikit apa yang dibeli. "Amalan berpuasa kita bukan sahaja, diberkati malah kita turut disenangi di kalangan jiran," tambah Fatin.

Ustaz Kazim Beri Teguran Artis Bertudung
Ustaz Kazim Elias
KUALA LUMPUR: Penceramah selebriti terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis berhijrah iaitu mereka yang berhijab agar tidak sekadar tampil dengan pertukaran imej semata-mata tetapi hendaklah mendalami ilmu agama Islam secukupnya. Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42, berkata, perkara itu sebenarnya satu petanda yang baik kerana golongan berkenaan adalah ikon kepada peminat. "Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup. "Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online. Ustaz Kazim ditemui pada sidang media program Kembara U.K.E yang diadakan di Berjaya Times Square di sini pada Rabu. Tambah Ustaz Kazim, jika golongan berkenaan tidak mempunyai ilmu yang cukup, ia dibimbangi akan meninggalkan kesan sekiranya sesuatu kenyataan yang dibuat akan memakan diri sendiri. Jelasnya lagi, artis yang berhijrah sepatutnya mempelajari ilmu agama Islam daripada guru bertauliah agar perubahan yang dilakukan menjadi lebih sempurna selain ia dilakukan kerana Allah. "Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar. "Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," katanya. Bagaimanapun Ustaz Kazim meminta agar masyarakat tidak mudah menjatuhkan hukuman dan mencari keburukan golongan tersebut.
Ustaz Kazim (tengah) akan terlibat dalam program Kembara U.K.E.
Sebaliknya dia meminta masyarakat seharusnya sama-sam membantu memperbetulkan kesalahan yang dibuat segelintir golongan berkenaan. Dalam pada itu, Ustaz Kazim tidak menafikan ramai golongan artis sama ada secara peribadi atau berkumpulan datang kepadanya untuk bertanyakan soal agama yang menjadi kemusykilan mereka. "Alhamdulillah saya sudah empat atau lima tahun banyak terlibat dengan golongan artis dalam program dan dari situ saya cuba dekati mereka dan berkongsi ilmu," jelasnya. Dalam pada itu mengenai program Kembara U.K.E. ia bakal merakamkan pengisian dakwah secara santai bersama peminat di atas kapal mewah Star Cruise ke beberapa destinasi menarik iaitu Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Phuket, Thailand. Jelasnya lagi, kembara di atas kapal sentiasa menjadi impiannya dan dia bersyukur ia bakal terlaksana dengan kehadiran peminat. "Insya-Allah kembara itu nanti melibatkan aktiviti seperti kuliyah selepas waktu Subuh dan Maghrib serta beberapa tazkirah lain seperti pada waktu matahari terbit dan terbenam. "Malah setiap perjalanan pelayaran ini termasuklah aktiviti perjumpaan bersama masyarakat Islam di Langkawi dan Thailand," ujarnya. Kata Ustaz Kazim lagi, setakat ini sambutan terhadap kembara itu amat memberangsangkan di mana hampir 600 peserta sudah mendaftarkan diri untuk menyertainya.< "Alhamdulillah biarpun belum menghebahkan secara rasmi namun sambutannya diluar jangkaan dan tempat kosong masih berbaki 100 orang sahaja," katanya. Kembara U.K.E. itu akan diadakan pada 24 hingga 27 Ogos depan dan Astro Oasis bertindak sebagai penyiar utama dengan kerjasama Intratama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al-Barakah. Malah pihak Astro Oasis akan menerbitkan program khas kembara itu yang akan disiarkan bermula 3 Oktober depan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sebarang pertanyaan mengenai Kembara U.K.E boleh menghubungi 03-61850010 atau email kepada intratama@gmail.com.

12 Selebriti Berniaga Di Stadium Malawati Sabtu, Ahad Ini
Karnival Teratak Glam Raya 2014 akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai ini di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, Selangor.
PETALING JAYA: Seramai 12 orang selebriti terkenal akan memeriahkan Karnival Teratak Glam Raya 2014 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, dekat sini pada Sabtu dan Ahad ini. Barisan selebriti tersebut akan menjual pelbagai produk seperti biskut raya, tudung, pakaian dan barangan pre-loved milik mereka pada acara tersebut. Selain barisan artis, terdapat ratusan peniaga lain yang turut menjual pelbagai barangan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Karnival itu dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari
Antara selebriti yang bakal terlibat pada acara itu nanti adalah Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Elfira Loy. Manakala Emma Maembong, Zara Zya, Diana Danielle dan Achey turut sama memeriahkan karnival berkenaan dengan pelbagai barangan jualan yang menarik. Sementara itu, pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant, Zara Zya memberitahu bakal menjual pelbagai jenis biskut raya seperti Almond London, Tart Gulung, Tart Buah, Tart Strawberi, Almond Cluster dan Almond Crunchy. Selain itu kata Zara, dia juga akan menjual pelbagai jenis gaya tudung yang sesuai untuk digayakan oleh para peminatnya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.
Liyana Jasmay dan Elfira Loy.
"Biarpun ini bukan kali pertama saya berniaga tetapi perasaan teruja itu tetap ada kerana selain dapat menjual pelbagai barangan kepada mereka saya juga berpeluang bertemu peminat secara dekat. "Saya harap mereka akan datang beramai-ramai dan memberikan sokongan kepada semua selebriti yang turut berniaga," katanya. Lain pula dengan pelakon dan pengacara Neelofa, dia akan membuka gerai untuk menjual kanta lekap jenama miliknya iaitu Lofa Lens. Menggunakan tagline Make Your Eyes Pop! Neelofa bakal membariskan pelbagai warna kanta lekap khas buat para pengunjung karnival berkenaan dengan harga istimewa.
Hairul Azreen.
Manakala pelakon yang baharu sahaja bergelar ibu, Liyana Jasmay memberitahu akan menjual barangan peribadi seperti beg tangan dan baju miliknya. Malah Liyana turut rancak mempromosikan karnival berkenaan kepada para peminatnya di laman sosial Instagram. "Sila datang beramai-ramai kerana saya ada pelbagai barangan istimewa milik saya yang akan dijual pada karnival itu nanti. "Saya harap anda akan menyukai pilihan beg tangan dan baju yang akan dijual nanti," katanya.

Noraniza Idris Mahu Bersara Jadi Penyanyi
Noraniza Idris
PETALING JAYA: Penyanyi Noraniza Idris berjanji untuk memenuhi permintaan suaminya, Juffri Hudi, 55, supaya dia meninggalkan bidang nyanyian akhir tahun ini. Noraniza, 46, berkata, suaminya mahu dia menumpukan perhatian dan sama-sama meluangkan masa untuk melakukan ibadah. "Suami ada meminta saya untuk berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian kepada amalan agama. Saya memang ada perancangan kearah itu, tetapi saya minta masa lagi untuk memperjuangkan irama tradisional sehingga berjaya. "Insya-Allah kalau program Siri Jelajah Zapin Nusantara yang sedang saya jalankan sekarang ini sampai kemuncaknya iaitu Konsert Diraja Akar Kita Zapin akhir tahun ini, saya akan berhenti dan serahkan tugas itu kepada pelapis," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Kalimah Lebaran, di Restoran Puteri, di sini, malam Rabu. Bagaimanapun tambah Noraniza, dia akan tetap memberi khidmat nasihat dan memantau perjalanan irama tradisional yang diperjuangkannya dari belakang. "Saya tidak mahu cakap saya mahu bersara terus atau berhenti sepenuhnya, nanti takut bila saya keluar ada pula yang mempertikaikan keputusan tersebut. "Saya mungkin akan lihat dan pantau daripada belakang sahaja," ujarnya. Sementara itu, mengulas tentang irama tradisional, Noraniza memberitahu dia memasang impian untuk berkolaborasi dengan penyanyi popular Shila Amzah. Katanya, hasrat tersebut pernah diluahkan kepada ayah penyanyi itu iaitu ND Lala, namun tidak kesampaian apabila Shila kini mengembangkan kerjaya ke China. "Saya memang mahu berkolaborasi dengan Shila Amzah, dulu saya pernah beritahu ND Lala dan dia setuju, namun selepas itu Shila pula dapat peluang melebarkan kerjaya di Beijing. "Apa-apa pun saya harap Shila dapat memperkenalkan lagu Irama Malaysia ke negara tersebut. Saya yakin dia dapat membanggakan negara kita," ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang lagu Kalimah Lebaran ini, Noraniza berkata ia merupakan buah tangannya sempena Hari Raya yang bakal menjelang. Lagu ciptaan Pak Ngah itu merupakan gabungan suaranya dengan penyanyi popular era 80-an iaitu Razis Ismail dan pendatang baharu Azmir Arif. "Lagu ini istimewa kerana ia menggabungkan tiga generasi penyanyi berlainan era yang akan menambahkan lagi kemeriahan menyambut lebaran tahun ini," katanya. Pada majlis tersebut Noraniza turut melancarkan dua single daripada artis baharu Ihab Ismail iaitu Akar Kita Zapin dan Pahlawan Zafrina. Selain Pak Ngah, turut hadir pada majlis tersebut komposer Datuk M.Nasir dan penaung Siri Jelajah Akar Kita Zapin, Tengku Hishammuddin Zaizi.

Produksi Amerika Minat Beli Drama Korea
POPULARITI drama bersiri Korea bukan sahaja menular di negara Asia tetapi mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sehingga ada produksi berminat untuk mengadaptasi sebuah karya berjudul God's Gift - 14 Days yang baharu sahaja selesai ditayangkan pada April lalu.
Portal Soompi melaporkan pihak SBS sedang meneliti butiran mengenai kontrak yang bakal ditandatangani sebelum membenarkan produksi di Amerika menjalankan proses penggambaran.
God's Gift - 14 Days dibintangi oleh Lee Bo Young dan Jo Seung Woo.
"Drama ini sangat bererti bagi kami kerana ia sesuai dengan genre masyarakat di Amerika malah pemilihan God's Gift - 14 Days adalah berdasarkan kepada kreativiti dan kesempurnaan drama itu sendiri," kata wakil SBS.
Drama bersiri itu menjadi karya kedua yang akan menembusi pasaran di Amerika selepas Nine Times Travel dibeli oleh sebuah rangkaian televisyen negara itu.
TOP
Kemunculan Semula Sheila Rusly Atas Permintaan TV3
Sheila Rusly
PETALING JAYA: Pelakon Sheila Rusly tidak mahu kemunculan semulanya dalam drama Ramadan Jangan Pergi dan Di Pintu Neraka dianggap sebagai ingin menguasai semua produk terbitan syarikat sendiri iaitu JS Pictures. Sheila, 43, berkata, kemunculan semulanya dalam dua buah drama tersebut adalah bagi memenuhi permintaan yang dibuat oleh pihak stesen televisyen TV3 selepas dua tahun dia menyepi daripada dunia lakonan. "Kemunculan saya dalam drama-drama pada Ramadan ini yang diterbitkan oleh JS Pictures adalah diminta oleh pihak stesen televisyen, selepas dua tahun saya tidak berlakon, mereka mahu saya ada dalam produk kami itu. "Jangan salah anggap saya ingin kuasai semuanya, sebab sebelum ini ada saja suara sumbang yang berkata asal JS Pictures sahaja pasti muka saya sahaja yang berlakon," katanya kepada mStar Online. Tambah Sheila, pada awalnya dia berfikir panjang untuk memenuhi permintaan pihak stesen tersebut berikutan komitmen yang tinggi dalam membantu suaminya iaitu Ringgo bekejra di belakang tabir. Katanya, dia lebih selesa memberi peluang kepada muka baharu untuk membawakan watak-watak tersebut. "Saya menimbangkan juga permintaan mereka (TV3) kerana saya banyak kerja di belakang tabir untuk dibuat, bagi saya lebih baik bagi muka baru yang lakonkan. "Tapi saya akur kerana pihak stesen televisyen ada senarai artis yang mereka mahukan sebelum kita memulakan penggambaran, jadi terpaksa juga kita ikutkan permintaan mereka," katanya. Sementara itu, Sheila berkata, kemunculannya hanyalah bagi memeriahkan dunia seni tanah air dan pengubat rindu untuk peminat-peminatnya. Katanya, biarpun tidak aktif kelihatan muncul bersiaran dalam drama-drama tempatan, namun dia kini sibuk dengan kerja-kerja produksi di belakang tabir. "Saya tidak merajuk dengan lakonan kerana dunia lakonan sudah sebati dengan jiwa saya keraan saya berlakon sejak berusia belasan tahun lagi. "Saya tidak tinggalkan dunia seni ini sebaliknya sibuk dengan kerja-kerja terbitan sesebuah drama itu," ujarnya. Drama bersiri Ramadan Jangan Pergi disiarkan di slot Samarinda pukul 10 malam, setiap Selasa hingga Khamis, manakala telefilem Di Pintu Neraka akan disiarkan pada slot Cerekarama.

Robin Williams Berusaha Atasi Ketagihan Arak
PENYANYI Robin Williams yang mendedahkan dirinya ketagihan alkohol kini sedang berusaha menangani masalah itu.
Jurucakap pelakon itu menceritakan Robin kini fokus untuk melawan ketagihan tersebut.
"Dia sibukkan diri dengan kerja seharian dan meneruskan fokus untuk mengatasi masalah ketagihan tersebut kerana perkara itu membuatkan dirinya bangga," kata jurucakap itu.
Robin pernah dikhabarkan menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Ketagihan Hazelden di Minnesota, bagaimanapun jurucakap terbabit menafikan dakwaan berkenaan.
Katanya, pelakon tersebut menjalani rawatan khusus di sebuah tempat yang jauh daripada orang ramai.
"Rawatan tersebut telah dijadualkan, dalam masa 18 bulan ini dia akan bekerja tanpa cuti dan selepas itu dia akan berehat sambil menjalani rawatan," katanya.
Pada September 2013, Robin mendedahkan tentang ketagihannya terhadap alkohol apabila kembali semula minum minuman keras ketika penggambaran filem The Big White pada tahun 2005 selepas 20 tahun bebas daripada masalah berkenaan.
TOP
New Zealand Sambut Baik Keputusan Malaysia Hantar Balik Rizalman
Muhammad Rizalman
KUALA LUMPUR: Menteri Luar New Zealand Murray McCully menyambut baik pengumuman Malaysia bahawa pegawai yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita muda di Wellington akan dihantar semula ke New Zealand. McCully mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia terhadap apa yang disifatkannya sebagai "perkembangan yang amat dialu-alukan yang menunjukkan niat baik dan integriti bagi kedua-dua pihak menangani isu ini. Tidak pernah ada niat bersama oleh mana-mana kerajaan untuk melupakan saja isu itu, tidak kira sama ada proses itu berlaku di Malaysia atau New Zealand, ada komitmen yang kuat untuk memastikan keadilan dilaksanakan, kata beliau dalam kenyataan menerusi www.beehive.govt.nz, laman web rasmi kerajaan New Zealand. Langkah untuk menghantar balik Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, diumumkan oleh Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan sebelumnya. Dia dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol. McCully berkata beliau telah berhubung dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Anifah Aman yang memberitahunya bahawa pihak berkuasa Malaysia akan menghantar balik pegawai itu ke New Zealand untuk membantu pihak berkuasa negara itu dalam siasatan. Pihak berkuasa Malaysia, kata McCully, telah menawarkan bantuan dalam siasatan yang dijalankan. "Saya menyambut baik penglibatan mereka yang berterusan," kata beliau. Beliau berkata perlu diingat bahawa tertuduh mempunyai hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan berhak dibicarakan secara adil. "Ini sekarang adalah soal untuk tindakan polis dan mahkamah dan saya tidak akan mengulas lebih lanjut," kata McCully.

Najib Berbuka Puasa Bersama Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (kiri) pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana pada malam Rabu.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, malam Rabu. Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang. Majlis berbuka puasa itu turut disertai pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil syarikat berkaitan kerajaan serta Ketua-ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Komanwel. Pada majlis itu, Najib dan isteri turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dari Sungai Merab, Kajang. Perdana Menteri serta para hadirin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.

Wee Jaga Hal Ehwal Kampung Baharu & IKS Cina
Datuk Dr Wee Ka Siong
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau akan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat Cina di negara ini iaitu hal ehwal kampung baharu serta industri kecil dan sederhana. Wee berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan mereka sebelum mesyuarat kabinet pada Rabu. "Saya akan cuba sedaya upaya membantu dan menangani masalah yang sedang dihadapi mereka," katanya dalam sidang media, di sini. Wee yang juga Timbalan Presiden MCA menganggap portfolionya satu tugas yang agak berat memandangkan terdapat 607 kampung baharu Cina dan sejumlah besar peniaga serta pengusaha industri kecil dan sederhana yang memerlukan perhatian serius. Menurutnya portfolio menjaga hal ehwal kampung baharu itu bukan suatu yang baharu kerana pada tahun 1970-an tugas tersebut digalas oleh Tan Sri Michael Chen Wing Sum sebelum dimasukkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kastam Indonesia Gagal Cubaan Seludup Bawang Merah, Pakaian Terpakai Dari Malaysia
JAKARTA: Pejabat Kastam dan Eksais Kepulauan Riau menggagalkan cubaan menyeludup 85 tan bawang merah dan 600 bandela pakaian terpakai ke Indonesia dari Malaysia bulan lepas.
Dalam laporannya pada Rabu, Jakarta Pos memetik jurucakap pejabat itu Toni Karlinda sebagai berkata bahawa pada 13 Jun lepas, kapal peronda pejabat itu menahan bot KM Mistun Jaya 2 di perairan Tanjung Balai yang didapati membawa secara haram 85 tan bawang merah dari Pelabuhan Klang, Malaysia.
Katanya lapan kelasi bot itu ditahan dan disiasat bagi tuduhan melanggar Perkara 102 (a) Undang-undang No.17/2006 merujuk kepada Undang-undang No.10/1995 mengenai kastam dan eksais.
Beliau berkata pada 23 Jun pula, pegawai kastam menghalang bot KM KSN Jaya dengan lapan anak kapal, yang membawa 600 bandela pakaian terpakai dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai Asahan.
Katanya kesemua anak kapal iu dibawa ke Pejabat Kastam dan Eksais Kepulauan Riau untuk disoal siasat.
Pengimportan pakaian terpakai dilarang di Indonesia.
Menurut Toni, menjelang Ramadan dan Aidilfitri, pejabat itu meningkatkan rondaan di kawasan sempadan bagi menghalang cubaan menyeludup barangan asas dari negara jiran seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam yang semakin menjadi-jadi.
TOP
Rasuah Dan Salah Guna Kuasa: Sarkozy Didakwa
Sarkozy dikatakan mendapat bantuan Gaddafi (kanan) untuk menang pilihan raya presiden 2007.
BEKAS Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa terbabit dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa, kata pendakwa raya negara itu, pada Rabu. Ketegasan pihak berkuasa Perancis dilihat sebagai langkah dramatik dalam siasatan kes jenayah yang sekali gus akan melenyapkan peluangnya untuk kembali aktif dalam arena politik. Keputusan menghadapkan Sarkozy ke mahkamah itu dibuat selepas beliau disoal siasat selama 15 jam. Insiden ini menjadikan beliau sebagai bekas pemimpin negara itu yang pertama ditahan atas pertuduhan jenayah. Pemimpin itu ditahan di sebuah balai polis di subbandar Paris kerana disyaki terbabit mempengaruhi prosiding mahkamah berkaitan rasuah. Menaiki kereta bercermin gelap, Sarkozky hadir di balai polis Nanterre pada pukul 8 pagi Selasa. Selepas keterangannya diambil, bekas presiden itu dibawa ke mahkamah pada awal pagi Rabu untuk didakwa kerana pembabitannya dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. Jika didapati bersalah, beliau berhadapan hukuman penjara maksimum 10 tahun. Sehari sebelum itu, peguamnya, Thierry Herzog dan majistret, Gilbert Azibert ditahan untuk soal siasat, di mana kedua-duanya turut didakwa kerana salah guna kuasa dalam prosiding mahkamah yang dijalankan pada lewat malam. Siasatan mendapati, Sarkozy cuba mendapatkan maklumat daripada seorang majistret berkaitan prosiding sulit berkaitan kes dana haram pilihan raya, selepas dimaklumkan seorang tokoh. Bekas presiden berusia 59 tahun itu berhadapan pertikaian mahkamah yang berterusan sejak tewas kepada Francois Hollande pada pilihan raya presiden pada 2012. Beliau dijangka kembali aktif dalam polis pada pemilihan presiden 2017, bagaimanapun semua perancangan itu tergendala berikutan kes rasuah itu. "Tidak pernah ada bekas presiden dilayan sedemikian, ia seperti tindakan untuk melepaskan rasa benci," kata Datuk Bandar Nice yang juga Ahli parlimen parti UMP yang dipimpin Sarkozy, Christian Estrosi. Siasatan kes itu bermula apabila hakim meneliti dakwaan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membiayai kempen pilihan raya, seterusnya mendapat kebenaran untuk memasang alat pengesan pada telefon bekas presiden itu. Selepas empat bulan, didapati Sarkozy mempunyai telefon sulit yang didaftarkan atas nama seseorang dan rakaman alat itu membawa kepada bermulanya siasatan berkaitan salah guna kuasa itu. Sarkozy didapati dibantu untuk menang pilihan raya 2007 dengan menerima 50 juta euros daripada Gaddafi dan sampul dipenuhi wang tunai daripada wanita terkaya di Perancis, pewaris L'Oreal, Liliane Bettencourt. Bendahari kempen pilihan rayanya adalah antara 10 individu yang menunggu untuk dibicarakan berkaitan kes Bettencourt. Setakat ini, siasatan berkaitan pembabitan Gaddafi masih berjalan, termasuk beberapa lagi kes membabitkan bekas pemimpin nombor satu Perancis itu. Bulan lalu, Sarkozy dikaitkan dengan skandal membabitkan dana kempen pemilihan semula pada 2012 di mana pemimpin parti pimpinannya dipaksa meletak jawatan apabila sejumlah 10 juta euros ($13.6 juta) yang digunakan untuk menyokong Sarkozy diluluskan sebagai perbelanjaan parti. Beliau bagaimanapun menafikan perkara itu. Sejak beberapa tahun lalu, hakim di Perancis menunjukkan kesediaan untuk mendakwa bekas pemimpin negara itu, termasuk kejayaan mendakwa bekas presiden, Jacques Chirac pada 2011 juga berkaitan kes rasuah ketika menjawat jawatan Datuk Bandar Paris. Beliau bagaimanapun dikecualikan daripada menghadiri perbicaraan kerana faktor kesihatan dan dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Runtuhan Terowong Bawah Tanah Cetus Gambar Fiksyen Di Internet
Antara gambar-gambar kejadian tanah runtuh yang telah disunting menjadi gambar kreatif.
KUALA LUMPUR: Dua lubang besar dan dalam yang terbentuk akibat kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah di sini telah mencetuskan gambar-gambar kreatif yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia serta disebarkan di internet. Gambar-gambar dengan unsur sindiran gara-gara kejadian itu sedang disebarkan di laman rangkaian sosial seperti Twitter, Facebook dan juga aplikasi WhatsApp. Salah satu gambar berkaitan runtuhan yang semakin tersebar secara meluas ialah gambar raksasa fiksyen Jepun Godzilla. Lain-lain watak-watak fiksyen yang 'diletakkan' di tempat kejadian adalah King Kong, Transformers, Ultraman dan Loki. Sesetengah daripadanya juga 'mengusik' pihak berkuasa, yang digambarkan menggunakan pita pelekat untuk 'membaiki' keretakan di jalan raya. Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata terowong bawah tanah itu, yang merupakan sebahagian daripada projek laluan bawah tanah Pudu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) runtuh dua kali kira-kira pukul 10.38 pagi dan 12.20 tengahari Rabu. Seramai 30 kakitangan jabatan dan dua pasukan yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat DBKL, polis, dan pegawai-pegawai Prasarana berada di tapak kejadian untuk membantu.

Kawasan Tanah Runtuh Jalan Imbi Ditutup 2 Minggu
KUALA LUMPUR: Kawasan terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang runtuh di simpang empat Jalan Imbi, di sini akan ditutup selama dua minggu untuk kerja-kerja baik pulih mulai Rabu.
Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) DBKL Datuk Mohd Najib Mohd memberitahu pemberita di tempat kejadian, kerja-kerja membaik pulih kawasan di tapak runtuhan sedang dijalankan.
Dalam kejadian 9.30 pagi ini, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter itu yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah. Pada sidang media yang sama, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail pula berkata terdapat dua pergerakan tanah dikesan di kawasan itu pada 9.30 pagi dan 12.20 tengah hari. "Kita khuatir kemungkinan akan berlaku lagi tanah runtuh di sepanjang terowong itu," katanya.
Beliau berkata ketika runtuhan tanah itu terdapat paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pecah dengan air membuak keluar, dan pihaknya telahpun meminta Syabas menutup paip air tersebut, yang merupakan antara punca tanah di situ menjadi lembap. "Untuk keselamatan sementara, kontraktor sedang membuang lebihan air di kawasan tersebut sebelum kerja-kerja menanam cerucuk dapat dilaksanakan bagi tujuan mengukuhkan kawasan di situ," katanya. Azizan berkata pihaknya juga masih menunggu kajian daripada Syarikat Prasarana Negara, yang bertanggungjawab ke atas KLMonorail, untuk memastikan kedudukan struktur binaan tiang monorel di kawasan tanah runtuh itu sama ada terjejas ataupun tidak. Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata kejadian tanah runtuh itu tiada kaitan sama sekali dengan projek MRT. "Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui kawasan kejadian tersebut," menurut MRT Corp dalam satu kenyataan.

Dua Ditahan Selepas Larikan Honda Civic
BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki hanya sempat melarikan sebuah kereta Honda Civic selama 20 minit di Kota Permai, di sini tengah malam tadi sebelum ditahan polis tidak jauh dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata dua lelaki terbabit dilapor melarikan kereta itu pada 12.45 tengah malam ketika pemilik kereta berusia 35 tahun itu berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil.
"Ketika kencing di longkang berhampiran, lelaki itu mendapati sebuah kereta Proton Wira kelabu berhenti di belakang kenderaannya sebelum seorang lelaki masuk ke dalam Honda Civic itu dan melarikannya.
"Lelaki yang merupakan ahli perniagaan itu membuat laporan polis dan memaklumkan terdapat sebuah beg galas mengandungi lesen memandu, kad bank, wang tunai RM2,300 dan pelbagai mata wang asing bernilai RM4,000 di dalam keretanya itu," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.
Rusli berkata ahli perniagaan itu turut memaklumkan di dalam keretanya terdapat dua butir belian, buku cek milik syarikat dan sebuah telefon bimbit.
Rusli berkata susulan laporan itu, polis melancarkan gerakan mengesan kereta berkenaan dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terserempak kereta mangsa serta kenderaan suspek di Simpang Empat Juru, di sini.
"Polis mengejar dua kereta itu hingga ke Sungai Rambai dan melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan itu," katanya.
Beliau berkata dua kereta yang dipandu laju itu terbabas ketika melalui kawasan Jalan Sungai Rambai dan polis menahan dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun yang didapati mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.
"Kami juga berjaya menemui semula beg sandang milik mangsa dan pelbagai barangannya dalam kereta berkenaan," katanya.
TOP
Kritik MB Selangor, Dua Orang Kuat Azmin Berdepan Tindakan Disiplin
PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kem Mohamed Azmin Ali bakal dikenakan Tindakan disiplin berikutan kelantangan mereka mempertikai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dua pemimpin terbabit ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari yang kini masing-masing sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor.
Seorang lagi pemimpin yang turut berhadapan tindakan sama ialah bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin.
Surat tunjuk sebab diberikan kepada Faekah berikutan tindakannya mempertahankan bekas bosnya daripada terus diserang daripada kedua-dua penyokong setia Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.
Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.
Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid.
TOP
Seorang Lagi Kanak-Kanak Di Pulau Pinang Dijangkiti JE
Pegawai Jabatan Veterinar, Dr Nabila Abdul Talib mengambil sampel darah khinzir di ladang ternakan khinzir di Kampung Selamat di sini untuk membuat pemeriksaan lanjut berikutan terdapat satu kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) di kawasan berkenaan.
Seorang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Ammar Muqrish Zulkifli, 12, dipercayai dijangkiti virus JE tersebut dan kini diberi rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru.
BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan di sini dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE), dipercayai selepas melawat datuknya di Bagan Jermal, di sini. Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Lailanor Ibrahim berkata pemeriksaan darah terhadap kanak-kanak itu pada 24 Jun lepas mendapati ia positif JE. "Kanak-kanak itu mengalami demam dan kejang-kejang dan dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya pada 13 Jun, bagaimanapun keadaannya makin serius dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. "Di HPP pesakit telah dimasukkan ke wad Pediatrik Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setelah menerima rawatan intensif, pesakit telah menunjukan respons yang baik serta telah dikeluarkan dari ICU dan dipindahkan ke wad biasa pada 18 Jun," katanya dalam kenyataan kepada Bernama, di sini, malam Rabu. Beliau berkata menurut doktor pakar dari HPP, kanak-kanak itu telah beransur pulih setelah menerima rawatan intensif dan pesakit berkenaan juga kini boleh makan dan minum. Dr Lailanor berkata pesakit itu masih dirawat di HPP dan sedang menjalani fisioterapi. "Pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lepas adalah positif dan hari ini pihak HPP sekali lagi mengambil sampel darah pesakit untuk kepastiaan, ia dijangka diketahui dalam masa terdekat," katanya. Beliau berkata pihaknya akan membuat siasatan lanjut terhadap keluarga pesakit untuk Pengesanan kes secara aktif dan langkah-langkah kawalan akan diambil. Sebelum ini, seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat disyaki dijangkiti virus JE dan masih dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini. Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, pada awalnya dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei lalu dan dimasukkan ke Hospital Kepala Batas selepas demamnya itu berlarutan sebelum dipindahkan ke hospital swasta itu pada 21 Mei.

NGO Gesa Lima Pengkritik Khalid Tutup Mulut
Mazli Saring (kiri) bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
SEPANG: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa lima pemimpin PKR yang dipilih rakyat supaya 'menutup mulut' mereka dan berhenti meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) juga melabel lima pemimpin itu sebagai 'budak nakal' atau orang suruhan pesaingan Khalid iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. Kumpulan pakatan itu yang sealiran dengan kem Khalid berkata lima pemimpin PKR itu adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Adun Sri Muda Suhaimi Shafie, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Batu Caves Amirudin Shari. Presiden Pasmeb Mazli Saring berkata kelima-lima mereka ini tidak seharusnya terus mengecam Khalid dan mencetuskan huru-hara dalam politik di negeri ini. "Nampak seolah-olah dalam tempoh setiap dua hari, salah seorang daripada mereka akan membuat satu kenyataan media untuk menjatuhkan Khalid. "Mereka bukannya berasal dari Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA2 di sini Rabu. Mazli yang juga bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Selangor, berkata walaupun menjadi wakil yang dipilih di negeri ini, tetapi Rafizi berasal dari Terengganu, Abdullah Sani dan Suhaimi dari Perak manakala Amirudin dari Johor. Malah, katanya, Shamsul, dari Melaka, yang bukan merupakan wakil yang dipilih di negeri ini juga tetap mahu campur tangan dalam isu-isu di sini. "Rakyat Selangor mengundi untuk pemimpin mereka, jadi mereka perlu memberi khidmat kepada rakyat dan bukannya tidak habis-habis mencanangkan supaya Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar," kata Mazli. Beliau menggesa kepimpinan PKR mengambil tindakan tatatertib terhadap kelima-lima mereka memandangkan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada ahli untuk tidak menyerang pemimpin mereka. Mazli, yang baru pulang dari Sabah juga berkata Khalid mendapat sokongan besar daripada ahli-ahli dari empat Cabang parti di negeri ini semasa pemilihan PKR baru-baru ini di sana. "Khalid mendapat sejumlah 2,069 undi berbanding Azmin 326 undi untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan yang diadakan di Cabang Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar," katanya. Khalid bersaing dengan Azmin dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti.

Dua Lelaki Ditahan, Lebih 30,000 DVD Cetak Rompak Dirampas
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis merampas lebih 30,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak pelbagai judul bernilai lebih RM300,000 dalam satu serbuan di sebuah unit di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, dekat sini, Rabu. Dalam serbuan kira-kira pukul 6 pagi itu, polis turut merampas sebuah mesin 'Shrink Tunnel" untuk membungkus DVD berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab. Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki berumur 34 dan 44 tahun, yang berasal dari Kuala Lumpur dan Bidor, Perak, sejam setengah selepas polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan. "Kedua-dua lelaki itu masuk ke unit berkenaan pada pukul 7.30 pagi dan mereka ditahan atas kesalahan memiliki DVD tanpa sijil penapisan filem (Perakuan B)," katanya kepada Bernama. Beliau berkata keseluruhan unit kondominium itu dipenuhi dengan pelbagai jenis DVD cetak rompak dan dipercayai tempat itu digunakan sebagai stor.

MAS Akan Bertemu Kementerian Pengangkutan Bincang Pelan Pemulihan Radikal
Datuk Seri Liow Tiong Lai
SEPANG: Pengurusan Malaysia Airlines (MAS) akan bertemu Kementerian Pengangkutan bagi membincangkan pelan pemulihan radikal syarikat penerbangan nasional itu. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MAS perlu melakukan pelbagai perubahan dalam usaha menjadikan perniagaannya berdaya maju. "MAS perlu melakukan transformasi. Mereka kini melalui tempoh yang sukar dan mereka akan memberi taklimat kepada saya tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas pelancaran penerbangan sulung AirAsia X ke Xi'an, China. Liow berkata, lebih banyak butiran terperinci akan didedahkan selepas pertemuan itu nanti. Pada mesyuarat agung tahunan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan nasional itu memerlukan pemulihan secara radikal untuk terus beroperasi kerana ia mengalami kerugian sejak tiga tahun lalu. Pada 2013, kerugian MAS meningkat kepada RM1.17 bilion, hampir tiga kali lebih tinggi daripada kerugian RM433 juta yang dicatat pada 2012. Sementara itu, Khazanah Nasional Bhd akan mengemukakan pelan untuk memulihkan MAS dalam tempoh setahun dan ketika ini semua pilihan sedang diberi pertimbangan. Khazanah Nasional memiliki 69.4 peratus kepentingan ekuiti dalam MAS. Sementara itu, Liow berkata, kementeriannya sedang menunggu cadangan untuk membina lapangan antarabangsa kedua di Kulim. "Kami sedang mengkaji cadangan yang sebenarnya dibuat lebih 10 tahun lalu. Saya akan menghubungi orang yang bertanggungjawab supaya mereka dapat memberikan kami cadangan itu," kata Liow. Kerajaan negeri Kedah sedang menimbang untuk mempunyai lapangan terbang antarabangsa kedua di Kulim bagi memenuhi jumlah penerbangan yang semakin meningkat di wilayah utara.

Serangan Seksual: Wellington Akui Putrajaya Mungkin Terima Mesej Berbeza
Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand Murray McCully (kanan) dan Perdana Menteri John Key.
KUALA LUMPUR: Putrajaya mungkin telah menerima mesej yang pelbagai sama ada Wellington benar-benar mahu Malaysia mengetepikan kekebalan diplomatik terhadap seorang pegawai tenteranya yang dituduh melakukan serangan seksual baru-baru ini, akui Menteri Hal Ehwal Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand Murray McCully. Dalam siaran video yang boleh didapati dalam New Zealand Herald pada Rabu, McCully berkata beliau telah memulakan proses menyiasat latar belakang perbincangan antara pegawai dan beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat kekaburan besar dalam perbincangan antara para pegawai. Katanya beliau telah memohon maaf dengan Perdana Menteri John Key kerana tidak memberi taklimat lengkap kepada beliau mengenai kes itu sebelum Key memutuskan untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu. "Saya memberitahu Perdana Menteri (Key) bahawa beliau tidak diberi semua maklumat yang sepatutnya diberikan. Saya memikul tanggungjawab untuk itu dan meminta maaf dengannya. "Nota orang ketiga adalah jelas dan tidak samar-samar tetapi beberapa perbincangan yang dijalankan kerana kerumitan kes seharusnya memberi ruang kepada para pegawai Malaysia untuk merumuskan kesimpulan," kata beliau. Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, pada sidang media, Selasa memberitahu bahawa Wellington sebenarnya menawarkan 'alternatif' untuk membawa tertuduh pulang ke Malaysia dan dibicarakan di mahkamah tentera dan Malaysia bersetuju. Anifah berkata tertuduh telah dibawa balik ke Malaysia pada 22 Mei bersama keluarganya selepas New Zealand menawarkan alternatif bagi menangani kes itu. Sekembalinya tertuduh yang diiringi pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan (Mindef), Anifah berkata Mindef mengambil tindakan untuk serta merta menyiasat kes membabitkan tertuduh yang berusia 38 tahun. Beliau berkata bahawa Mindef telah menubuhkan Lembaga Penyiasat untuk menyiasat kes secara komprehensif dan Mindef juga telah membuat penilaian perubatan terhadap tertuduh untuk menentukan keadaan fizikal dan mentalnya. Sementara itu, Ketua Eksekutif MFAT John Allen juga mengaku bahawa kementerian itu telah "merosakkan" kes itu dan menambah bahawa permohonan maaf kepada Kerajaan ialah kerana kelemahan dalam nasihat yang diberikan kepada Kerajaan oleh kementerian dan cara ia menangani insiden yang serius itu. "Kementerian telah gagal menunaikan kewajipannya kepada Kerajaan dalam perkara ini dan kami memandang serius kegagalan ini. Allen dipetik sebagai berkata: "Memang menjadi dasar Kerajaan New Zealand sejak sekian lama untuk secara rasmi meminta mengetepikan kekebalan diplomatik dalam kes-kes seperti itu.

Alexis Sanchez Tolak Ditukar Ke Liverpool, Pilih Arsenal
ALEXIS Sanchez bakal memberikan tekanan kepada Barcelona untuk mendapatkan Luis Suarez apabila dia menolak untuk ditukarkan ke Liverpool.
Sebaliknya penyerang Chile itu memilih Arsenal sebagai kelab pilihan jika meninggalkan Barcelona.
Berikutan itu, Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini bersedia untuk mendapatkan Sanchez bagi menguatkan posisi pemain tengah (serangan).
Missed opportunity: Sanchez missed in the penalty shoot out against Brazil as Chile were knocked out Sekumpulan pegawai Barcelona dilaporkan telah tiba di London untuk bertemu Liverpool bagi membincang mengenai masa depan Suarez. Liverpool yang turut berminat terhadap Sanchez mahukan sebanyak £80 juta sebagai yuran perpindahan Suarez. Barcelona sebelum ini merancang untuk menjadikan Sanchez sebagai pertukaran bagi mendapatkan Suarez selain yuran perpindahan sebanyak £30 juta.

Howard Akui Perasaan Terlalu Sedih, Kecewa
Howard berjalan keluar padang dengan perasaan kecewa.
PENJAGA gol Amerika Syarikat (AS), Tim Howard tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya selepas tewas kepada Belgium pada saingan merebut slot ke suku akhir awal pagi Rabu. Kevin De Bruyne dan pemain simpanan Romelu Lukaku menjadi pemusnah kepada AS selepas dua pemain Belgium itu menjaringkan dua gol pada masa tambahan sekaligus mencatat kemenangan tipis 2-1. Manakala gol tunggal AS dijaringkan oleh pemain paling muda Piala Dunia, Julian Green,19, ketika tempoh permainan tambahan berbaki 13 minit. Howard menjadi perhatian pada perlawanan ini dengan aksi menyelamatkan 15 cubaan berbahaya Belgium. Namun kerja kerasnya itu gagal memberi sesuatu yang menggembirakan. "Ia sangat menyakitkan hati. Kami telah beri segala-sagalanya sehingga saya tidak tahu apa lagi cara yang perlu kami lakukan. "Permainan bola sepak sentiasa menarik. Tetapi kami tinggalkan kenangan ini di sana dan sedar pasukan saya ditewaskan oleh pasukan yang hebat. "Mereka mengambil peluang ini dengan berjaya. Ia menyakitkan dan mengecewakan. "Impian tidak menjadi kenyataan. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami berdepan dengan pasukanyang hebat dan tidak akan lupakan malam ini.

Louis van Gaal Dijangka Guna Formasi 3-4-3 Di Man United
LOUIS van Gaal dijangka akan menggunakan formasi 3-4-3 di Manchester United pada musim baru Liga Perdana Inggeris selepas ia kelihatan berkesan ketika dipraktikan oleh skuad Belanda pada saingan Piala Dunia.
Bagaimanapun mengikut sejarah Liga Perdana Inggeris, formasi tersebut tidak dapat memberi tekanan kepada pasukan lawan yang rata-ratanya menggunakan sistem 4-4-2.
Berikutan itu media England menganggap Van Gaal bakal menemui kegagalan sekiranya menggunakan formasi tersebut.
Numbers game: Van Gaal issues tactical instructions from the touchline during Holland's win over Mexico
Bagaimanapun, formasi itu juga akan memberi kekuatan serangan luar biasa kepada United jika Van Gaal berjaya meletakkan pemain yang sesuai mengikut posisi. Berdasarkan formasi berkenaan, Phil Jones dan Jonny Evans dijangka akan dapat bermain lebih kerap manakala pertahanan kiri yang baharu, Luke Shaw akan diberi kebebasan untuk melakukan serangan dari bawah. Michael Carrick pula perlu bersaing dengan Ander Hererra bagi merebut posisi tengah. Robin van Persie akan kekal mengetuai bahagian serangan jika tiada penyerang ternama lain dibawa United pada musim panas ini. Formasi 3-4-3 bukanlah pilihan utama Van Gaal jika diperhatikan ketika dia membimbing Belanda kerana jurulatih terbabit mampu menukar formasi sekiranya melihat permainan gagal membuahkan hasil.

PBB: Malaysia Perlu Lebih Banyak Projek Mega
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Malaysia memerlukan lebih banyak projek mega untuk memacu produktiviti buruh dan meningkatkan lagi keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 6.2 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2014.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan KDNK yang amat optimistik pada tujuh peratus menjelang 2020.
Michelle Gyles-McDonnough, Penyelaras Residen Aktiviti Operasi Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pembangunan di Malaysia berkata pembangunan projek mega di negara ini penting dan akan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti buruh dalam tenaga kerja domestik.
“Projek mega seperti pembangunan MRT merupakan satu contoh bagi Malaysia dan dengan lebih banyak inovasi serta idea-idea baharu diserapkan dalam projek pembangunan, kita boleh melihat tahap produktiviti buruh meningkat,” katanya.
Gyles-McDonnough berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini, selepas pelancaran Perundingan Nasional Agenda Pembangunan selepas 2015 di Kuala Lumpur.
Beliau juga berkata kerajaan Malaysia telah menggariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, agenda pertumbuhan ke arah meningkatkan produktiviti buruh.
Sementara itu, apabila ditanya tentang pertumbuhan produktiviti dalam kalangan golongan wanita, beliau berkata bagi mengekalkannya, suasana yang dipermudahkan bukan sahaja dalam persekitaran ekonomi domestik tetapi juga ekonomi global diperlukan.
“Satu cara untuk meningkatkan produktiviti ini adalah dengan melihat kepada dasar dan rangka kerja yang perlu bagi membolehkan wanita memasuki tenaga kerja,” katanya.
Gyles-McDonnough berkata Malaysia telah mempamerkan hasrat yang jelas untuk meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam tenaga kerja, termasuk melabur sumber kerajaan dalam pendidikan.
“Golongan wanita membentuk lebih 68 peratus daripada siswazah pengajian tinggi di negara ini tetapi tidak kekal lama dalam sektor tenaga kerja,” katanya. – BERNAMA
TOP
Warga Emas Maut Dihempap Kayu Bergergaji
IPOH – Seorang warga emas maut akibat dihempap timbunan kayu bergergaji yang dibawa sebuah treler di Km 65.7, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad, Tapah hari ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliaw berkata Tan Lee Meng, 64, meninggal di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Beliau berkata dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, Tan sedang menunggang basikal dari arah Tapah menghala Sungkai.
“Tiba di laluan selekoh, treler terbabit yang datang dari arah yang sama hilang kawalan dan terbalik ke kiri jalan sebelum bahan muatannya menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA
TOP
Dia Ingat Detik Cubaan Bunuh Diri ni Wayang Ke Ape?
Baru je SK kongsi satu video bunuh diri di China. Di sini pula ada satu video cubaan bunuh diri juga di China.
Cemas yang amat SK tengok detik-detik bomba ingin memujuk seorang wanita China ini. Nekad si wanita ini untuk membunuh diri, dicapainya kayu untuk pukul anggota-anggota bomba yang cuba menghalang niatnya itu.
Bagaimanapun berdasarkan video, wanita itu berjaya diselamatkan oleh anggota bomba. Tetapi tak tahulah kenapa tetiba SK tergelak pada akhir video itu. Apa tidaknya, santai sahaja jiran wanita itu memerhatikan detik cemas tersebut siap dengan popcorn lagi tu. Mungkin dia ingat ini adalah babak dalam wayang.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
VIDEO: Bunuh Diri, Letak Kepala Pada Tayar Bas
Seperti yang kita tahu kalau di China ataupun Jepun kejadian bunuh diri kerap berlaku diatas faktor tekanan khususnya negara China yang selalu banyak perkara pelik yang berlaku.
Menerusi satu page Facebook Sukan Star TV, terdapat satu video bunuh diri di China yang sempat dirakam menggunakan telefon bimbit. Tidak tahulah samada perakam tersebut sudah mengagak yang lelaki ini akan buat sesautu diluar jangkaan ataupun pada asalnya merakam seorang lelaki yang berdiri di tengah-tengah jalan.
Dalam video ini, seorang lelaki telah berdiri di tengah-tengah jalan sepertinya sedang menunggu sesuatu. Mengejutkan SK apabila dia tiba-tiba baring dan meletakkan kepalanya depan tayar bas yang sedang bergerak di hadapannya. - SiakapKeli.com
AMARAN: Video ini mempunyai unsur ngeri yang relisitik dan tidak sesuai kepada setiap lapisan umum masyarakat. Menonton adalah risiko anda sendiri.
TOP
MRT Corp nafi runtuhan ada kaitan dengan projek MRT
KELIHATAN dua lubang besar di sebahagian struktur terowong yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, Kuala Lumpur, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah. - Foto Sairien Nafis
KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini menafikan bahawa runtuhan di Jalan Pudu-Jalan Imbi ada kaitan dengan projek MRT. "Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui kawasan kejadian," demikian menurut MRT Corp dalam satu kenyataan. Sementara itu, bagi melancarkan trafik di kawasan berkenaan, MRT Corp menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi semua papan tanda lalu lintas yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (Operasi), Azizan Ismail berkata terowong berkenaan adalah sebahagian daripada projek laluan bawah tanah oleh DBKL, runtuh dua kali pada jam 10.38 pagi dan 12.20 tengah hari. Sumber: BH Online

Samsung Electronics Dipilih Jenama Terbaik, Dipercayai Di Asia
KUALA LUMPUR – Samsung Electronics telah dipilih sebagai jenama terbaik dan paling boleh dipercayai di Asia untuk tahun ketiga berturut-turut.
Ini berdasarkan keputusan daripada kajian 1,000 jenama terbaik Asia yang dibuat dalam talian oleh Campaign Asia-Pacific dengan kerjasama Nielsen.
Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata, penilaian dibuat berdasarkan kaji selidik dan pandangan ke atas 14 kategori produk utama, termasuk automotif, runcit, makanan dan minuman serta elektronik.
Naib Presiden Pemasaran Samsung Electronics South-East Asia, Irene Ng berkata Samsung Electronics amat berbesar hati dipilih sebagai jenama terbaik Asia sekali lagi.
“Samsung akan terus berkembang dan kami tetap komited untuk memacu inovasi produk dan terlibat secara langsung dengan pengguna pada tahap yang lebih lagi,” katanya.- BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak Empat Tahun Cedera Ditikam
KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki cedera akibat ditikam seorang anggota keluarga yang mengamuk di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini petang semalam.
Dalam kejadian 3.15 petang itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya, 4, cedera di kiri dan kanan pinggang dan kini dalam keadaan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata kejadian amuk itu berlaku selepas suspek berusia 44 tahun cuba mendapatkan kepastian berhubung duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya setiap bulan melalui akaun bapa mangsa.
“Suspek tidak dapat menerima jawapan bapa mangsa yang memberitahu duit terbabit belum dimasukkan ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima, Azham berkata suspek tiba-tiba menjadi marah dan mengugut untuk menikam mangsa jika bapa mangsa tidak bercakap benar.
Azham berkata lelaki itu kemudiannya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu menuju ke arah kanak-kanak itu yang sedang bermain di belakang rumah dan menikam pinggang sebelah kiri mangsa.
“Selepas itu, suspek yang masih dalam keadaan mengamuk membawa masuk mangsa ke dalam rumah dan menikam pula bahagian kanan pinggang mangsa,” katanya.
Katanya, bapa kanak-kanak itu menarik anaknya keluar dari rumah bagi menyelamatkannya sebelum meminta bantuan jiran untuk menghubungi ambulans.
Azham berkata suspek yang juga pengganggur ditahan semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
TOP
Kelantan Serah Alam Flora Urus Sisa Pepejal
KOTA BHARU – Alam Flora Sdn Bhd diberi tanggungjawab menguruskan sisa pepejal di Kelantan berikutan kerajaan negeri itu menerima pakai pelaksanaan Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata syarikat itu akan mengambil alih pengurusan sisa pepejal yang sebelum ini dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Alam Flora akan mengambil alih semua pengurusan berkaitan kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan yang telah dipersetujui bersama dengan pihak berkuasa tempatan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Exco) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Abdul Fattah berkata peringkat pertama pelaksanaan akan melibatkan kawasan di bawah Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Bachok.
Berdasarkan kajian dan keperluan semasa, syarikat berkenaan memerlukan lebih 800 kakitangan dalam pengurusan sisa pepejal di Kelantan dan dengan perkembangan itu, Syarikat Alam Flora dijangka menggaji lebih ramai petugas kerana kakitangan MPKB-BRI kini, hanya 500 orang, katanya.
Abdul Fattah berkata bagaimanapun Syarikat Alam Flora akan memberi pilihan kepada kakitangan MPKB-BRI sama ada mereka mahu kekal bersama majlis perbandaran itu atau berkerja dengan syarikat berkenaan.
“Mengikut perbincangan awal, Alam Flora akan memulakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal seminggu sebelum Aidilfitri hujung bulan ini.
“Bagaimanapun berikutan peningkatan jumlah sisa pepejal tiga kali ganda sejak tiga hari lalu, kerajaan negeri akan berbincang dengan syarikat itu untuk memulakan kerja lebih awal,” katanya.
Sementara itu, kerajaan negeri turut bersetuju untuk meluluskan permohonan MPKB-BRI bagi membina sebuah masjid baharu bernilai RM5.5 juta di tapak seluas 0.72 hektar berhampiran Terminal Bas Lembah Sireh di sini.
Pembinaan masjid terbabit yang boleh menampung lebih 1,000 jemaah pada satu masa adalah bagi memenuhi keperluan di kawasan itu, katanya. – BERNAMA
TOP
Selangor Umum Bonus Sebulan Gaji
SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian bonus itu melibatkan seramai 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dengan peruntukan sebanyak RM32.7 juta.
“Keputusan ini dibuat berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lepas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Jabatan Audit negeri itu akan menjalankan audit terhadap pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri dan pejabat Anggota Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Katanya, tujuan audit ini adalah untuk memudahkan kerajaan negeri menilai keberkesanan program-program kebajikan yang dijalankan sejak 2008, selain memantau peruntukan yang dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan.
“Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan memperbaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Negara Luar Mahu Contohi Pengurusan Haji M’sia
MAKKAH – Pengalaman 50 tahun Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan umrah kini menarik minat banyak negara luar untuk mencontohi modul TH dalam menguruskan dana dan latihan kepada jemaah mereka.
Pengerusi TaHa Alam Sdn Bhd Tan Sri Hashim Meon berkata 12 negara menyatakan minat mereka untuk menggunakan modul TH, antaranya Maldives, Senegal, Nigeria Filipina, Australia, Kazakhtan dan Tatarstan.
TaHa Alam ialah syarikat usaha sama milik Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Theta Edge Berhad, anak syarikat TH, yang ditubuhkan pada 2011 bagi menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada negara yang berminat menggerakkan skim simpanan haji dan mengurus syarikat pengurusan haji mereka.
“Mengorak langkah selama 50 tahun dalam pengurusan ibadah umrah dan haji, Lembaga Tabung Haji (TH) sering mendapat maklum balas positif daripada negara luar untuk mengguna pakai modul dan sistem kendalian TH dalam menguruskan ibadah umrah dan haji.
“Setakat ini, sebanyak 12 negara telah menyatakan hasrat mencontohi modul tersebut dan TaHa Alam kini dalam peringkat perbincangan serius,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk jangka pendek, pihaknya akan menawarkan perkhidmatan rundingan, latihan, pengurusan dana serta logistik jemaah haji.
“Buat masa ini, kita juga menumpukan kepada 56 negara Islam anggota IDB dengan giat mempromosikan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat pengurusan jemaah umrah dan haji.
“Mereka juga sedia maklum bahawa modul TH dilihat dapat memberi manfaat kepada jemaah pada masa akan datang seperti lebih menjimatkan kos dan menguruskan ibadah umrah dan haji secara lebih sistematik,” katanya.
Bagi tempoh jangka panjang pula, TaHa Alam berharap dapat membantu negara berkenaan mewujudkan organisasi pengurusan haji yang sama seperti TH. – BERNAMA
TOP
5 Remaja Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM5,000
ALOR GAJAH – Polis menahan lima lelaki dan merampas dadah bernilai RM5,000 dalam serbuan berasingan di Hutan Percha di sini dan Gemas, Negeri Sembilan, Sabtu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superitendan Abd Rahman Jid berkata dalam serbuan pertama pada 12.15 tengah hari, tiga remaja berusia 19 hingga 21 tahun ditahan di ladang kelapa sawit Menggong, Hutan Percha di sini bersama 50 paket kecil plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin bernilai RM2,500.
“Ketika serbuan, ketiga-tiga penganggur itu sedang menunggu pelanggan dipercayai dari kawasan di sekitar Felda Menggong, Hutan Percha dan Machap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata susulan tangkapan itu, anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah (BSJND) dengan kerjasama anggota BSJND Tampin menahan dua lagi remaja berusia 19 dan 21 tahun di sebuah rumah di Kampung Tiong Gemas, Negeri Sembilan dalam serbuan pukul 8 malam hari yang sama.
Katanya hasil pemeriksaan di rumah terbabit, polis menjumpai satu plastik berisi tiga paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis heroin bernilai RM2,500.
Dalam perkembangan lain, Abd Rahman berkata kes kecurian motosikal di daerah Alor Gajah meningkat 19 kes kepada 105 kes bermula Januari lepas hingga hari ini berbanding 86 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Katanya peningkatan kes itu ekoran sikap lalai penduduk daerah itu yang tidak mengunci selain meninggalkan kunci pada motosikal mereka. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment