TOP
10 Cedera Pacuan 4 Roda Bertembung Van Jabatan Penjara
KOTA KINABALU – Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam perlanggaran antara van Jabatan Penjara dan kenderaan pacuan empat roda di pantai timur Sabah berhampiran Lahad Datu.
Difahamkan dalam kejadian pada 14 Julai itu, van Jabatan Penjara yang dipandu oleh warden penjara, sedang dalam perjalanan untuk memindahkan empat tahanan ke lokap Lahad Datu apabila mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda sekitar pukul 4.30 petang.
Saksi mendakwa pemandu kenderaan pacuan empat roda, yang merupakan seorang anggota polis, hilang kawalan dan terbabas ke lorong bertentangan sebelum berlanggar dengan van berkenaan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supritendan Samsuddin Mat berkata kesemua 12 mangsa, empat dalam kenderaan pacuan empat roda di dan lapan dalam van telah dihantar ke hospital untuk rawatan.
“Kebanyakan mengalami kecederaan kecil, tetapi pemandu pacuan empat roda patah pinggul dan terpaksa dibedah. Dia dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” kata beliau sambil menambah pemandu van Jabatan Penjara patah kaki.
“Dua tahanan masih dirawat di hospital manakala dua lagi telah dibenarkan keluar dan sedang ditahan di lokap polis Lahad Datu,” katanya.
Samsuddin berkata polis sedang menyiasat kejadian itu di bawah Akta Pengangkutan Jalan. – mStar Online
TOP
Wanita Parah Kereta Bertembung Pacuan Empan Roda
Nibong Tebal: Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Valdor Tasik, 1.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan shafien Mamat berkata, pemandu pacuan empat roda berusia 45 tahun bagaimanapun hanya cedera ringan.
Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku selepas kereta dipandu wanita berusia 36 tahun itu gagal dikawal dan memasuki laluan bertentangan.
"Ia menyebabkan kedua-dua kenderaan bertembung secara berhadapan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. - myMetro
TOP
Kes Amuk CDM25 : Yang buli siber pun sama sahaja, tweet Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Walaupun wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, dikritik hebat di laman media sosial, ada segelintir pengguna berpandangan pembulian siber terhadap wanita itu haruslah dihentikan.
Ramai di antara mereka berkata pembulian siber ini tidak boleh diterima dan ia tidak membuatkan isu itu lebih baik daripada seadanya.
Mereka juga telah mengutuk perbuatan mendedahkan maklumat peribadi wanita itu di Internet.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata membuli wanita itu hanya membuat orang-orang yang melakukannya sama sahaja. - astroawani
TOP
Wajah dan Biodata Gadis Peugeot 208 Plat CDM25
Kejadian kemalangan yang melibatkan seorang warga senior berbangsa cina yang terlanggar kereta milik wanita melayu model Peugoet 208 Plat CDM 25 telah mencetuskan kekecohan di media sosial di mana ia menjadi isu hangat serata Malaysia.
Wanita itu kelihatan naik berang setelah keretanya dilanggar di bahagian belakang oleh lelaki cina tersebut. Wanita itu lantas mengamuk sambil memegang 'steering lock' dan menghentam kereta wira milik lelaki cina itu berkali-kali sebagai tanda amarahnya.
Siapa wanita ini CDM25 ini?
Wanita ini juga turut dikenali sebagai KIKI KAMARUDDIN
Ini adalah beberapa maklumat yang aku dapat dari kajian di Media sosial. Aku dapat tahu dari maklumat di facebook, wanita berkenaan telah deactive akaun facebooknya lantaran insiden yang berlaku. Dari kajian di media sosial juga mendapati wanita tersebut terlibat dengan sebuah syarikan Rangkaian Kerja Kahwin dan kereta itu telah didaftarkan atas nama syarikat tersebut iaitu Rangkaian Kerja Kahwin
p/s: hurm. kesian jugak dekat dia ni. hopefully orang ramai boleh maafkan dia. dia tak sengaja tu kot. walaupun aku rasa tindakan dia tu tak patut. Mungkin insiden in bakal menjadi titik tolak bagi dirinya menjadi insan yang lebih baik mungkin? sama-samalah kita doakan. - kaio.my

"Saya Maafkan Dia" - Mangsa Buli Wanita CDM 25
Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.
Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
“Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya.
“Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi. – Harian Metro
TOP
Lelaki Bergaduh Dengan Ibu Bunuh Diri Di Bangsar Shopping Centre
BANGSAR - Seorang lelaki dilaporkan terjun dari tempat tinggi setelah bergaduh dengan ibunya. Kejadian yang berlaku di Bangsar Shopping Centre itu menggemparkan pengunjung pasaraya berkenaan. Gambar kejadian tersebut kini telah tersebar di laman sosial.
Lelaki berkenaan dipercayai terjun dari tingkat empat pasaraya berkenaan kemudian jatuh di hadapan Morelli Gelato. - SiakapKeli.com
Lelaki berkenaan dipercayai terjun dari tingkat empat pasaraya berkenaan kemudian jatuh di hadapan Morelli Gelato. - SiakapKeli.com
TOP
Digi Tawar Ganti Rugi Kepada Lelaki Warga Emas, Wanita CDM 25
KUALA LUMPUR: Video seorang pemandu mengamuk kerana keretanya dilanggar semakin mendapat perhatian umum. Kali ini, Digi Telecommunications telah menawarkan untuk membyar kos membaiki kenderaan bagi lelaki warga emas tersebut.
Digi melalui laman Facebook rasminya berkata, sikap empati yang ditunjukkan oleh lelaki warga emas tersebut menjadi sebab kenapa mereka ingin membayar kos baik pulih kereta lelaki berkenaan.
Selain dari membayar kos baik pulih kereta lelaki berkenaan, pihak Digi juga menawarkan untuk membayar ganti rugi kepada wanita yang terbabit sekiranya dia dapat memaafkan lelaki berkenaan. - SiakapKeli.com

Taufan Rammasun Ragut 4 nyawa, 370,000 dipindahkan di Filipina
Taufan Rammasun disertakan dengan angin kuat yang merosakkan bekalan tenaga dan memaksa beribu penduduk ditempatkan di kawasan selamat di Filipina.
Ribut berkenaan yang turut dikenali sebagai Glenda, membadai kawsan tersebut dengan kelajuan sehinggan 185km/h. Setakat ini, pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 4 maut dalam kejadian.
Bangunan kerajaan dan sekolah ditutup pada hari ini(Rabu) manakala penerbangan terpaksa dibatalkan. Lebih dari 370,000 penduduk terpaksa dipindahkan, ujar Persatuan Bulan Sabit Merah Filipina.- SiakapKeli.com

Tweet Khalid Samad Setelah Di Murkai Sultan
SHAH ALAM : Beberapa jam selepas Sultan Selangor menyampaikan ucapan beliau, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menulis satu tweet di Twitter yang berbunyi " bulan Ramadhan bulan keTaqwaan. Taqwa bererti takut kpd kemurkaan Allah. Jangan kerana nak elak kemurkaan manusia terundang kemurkaan Allah."
Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan permintaan ahli parlimen tersebut untuk menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sebagai biadap. - SiakapKeli.com
Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan permintaan ahli parlimen tersebut untuk menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sebagai biadap. - SiakapKeli.com
TOP
Tiga Wanita Jatuh Parit Bersama Kereta Terselamat
RABU, Kota Kinabalu- Sebuah kereta dilaporkan terbabas ke dalam parit di sini yang berlaku di dalam kawasan RTM. Kereta putih tersebut dilihat terapung di dalam parit berkenaan ketika gambar tempat kejadian diambil.
Pemandu dan kereta berkenaan, tiga orang wanita, tidak mengalami apa-apa kecederaan. Orang ramai yang berada di tempat berkenaan bergegas untuk menyelamatkan ketiga-tiga mereka.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Ziana Zain berhijab sepenuhnya, anggap ia hadiah paling bermakna
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal negara, Ziana Zain tampil dengan mengenakan hijab di rakaman MeleTop Raya baru-baru ini mengesahkan bahawa imej baru tersebut sebagai penghijrahan kekalnya sehingga ke akhir hayat.
Sebelum ini ada desas desus memperkatakan mengenai Ziana yang mula bertudung sempena bulan Ramadan namun tidak ada kenyataan yang dibuat olehnya.
Walau bagaimanapun, menurut portal Murai, pada 15 Julai Ziana mengakui penampilannya bertudung pada rakaman MeleTop Raya itu adalah buat selama-lamanya.
“Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.
“Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa” kata Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain kepada Murai.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Korban Cinta dan Anggapanmu ini mengharapkan agar penghijrahannya ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminatnya.
Ziana tampil manis berhijab di rancangan tersebut dengan busana rekaan khas Rizman Ruzaini.- astroawani
TOP
Feri kandas: 2 penumpang terima bantuan kecemasan
SANDAKAN - Dua penumpang feri menerima bantuan kecemasan apabila sebuah feri terkandas akibat kerosakan di perairan Sandakan awal pagi tadi.
Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Sandakan (DM17), Kapten Maritim Abdul Razak Abdul Rahman berkata mereka merupakan warga Filipina berumur 39 dan 42 tahun yang menaiki feri tersebut dari Pelabuhan Sandakan dan dalam perjalanan pulang ke Zamboanga, Filipina.
“DM17 telah mengarahkan sebuah kapal peronda untuk mengambil mangsa lalu diberikan bantuan pernafasan, seterusnya mangsa dibawa ke Hospital Duchess Of Kent,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata seorang daripada mangsa mengalami tekanan darah tinggi manakala seorang lagi menghidap kencing manis serta mengalami sesak nafas.
Feri tersebut terpaksa bersauh di perairan setelah keluar dari pelabuhan kerana mengalami kerosakan pada jentera utama dan mengambil masa selama tiga hari untuk dibaiki.
Orang ramai boleh menyalur aduan atau maklumat kecemasan di laut menerusi talian 24 jam Pusat Operasi Daerah Maritim Sandakan di talian 08-9229504 atautalian MERS 999. - Bernama
TOP
Kegiatan muat turun, edar perisian tumpas
PUTRAJAYA - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (BPKPDNKK) Putrajaya berjaya menumpaskan kegiatan sebuah premis perniagaan yang menjalankan aktiviti memuat turun dan mengedar perisian pengurusan kafe siber ciplak.
Kegiatan premis perniagaan yang beroperasi di Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Selangor itu dikesan penguatkuasa bahagian itu sejak lima bulan lepas.
Ketua Pasukan Petugas Khas BPKPDNKK Putrajaya Fahmi Kasim berkata pemiliknya ditahan dalam serbuan pada 20 Jun lepas dan dua unit perisian bernilai RM30,000 serta tujuh unit pemprosesan Pusat (CPU) bernilai RM21,000, turut dirampas.
"Pemilik berusia lingkungan 30-an itu dipercayai telah menjalankan aktiviti haram tersebut sejak tiga tahun lepas dan mempunyai pelanggan hampir 700 kafe siber," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Fahmi berkata modus operandinya dengan memberi kemudahan kepada pengusaha kafe siber memuat turun perisian selama sebulan.
"Selepas tamat tempoh sebulan, pelanggan boleh mengaktifkannya dengan hadir ke syarikat tersebut untuk pasang semula perisian dengan bayaran RM1,600," katanya.
Beliau berkata perisian itu dikenali "Keybilling Management System" yang diciplak daripada perisian asal "Perisian B3" dan dipercayai turut diedarkan di beberapa negara Asean seperti Thailand dan Filipina.
Kegiatan tidak bertanggungjawab itu katanya, menyebabkan pemilik asal perisian kerugian hampir RM1.1 juta dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41 1(C) Akta Hakcipta 1987 dan Seksyen 51A (1) akta sama. - Bernama
TOP
Suri Rumah Rugi RM12,300, Terlepas Tilam RM55,000
KOTA BHARU - Seorang suri rumah bukan sahaja kerugian RM12,300, malah hadiah sebuah tilam ‘Jade’ yang kononnya bernilai lebih RM55,000 seperti dijanjikan sebuah syarikat jualan langsung yang menjalankan tawaran hadiah kepada pemenang secara percuma lesap begitu sahaja.
Taktik terbaharu digunakan ialah dengan teknik 'sentuh dan menang' menyasarkan golongan 30-an sehinggalah warga emas.
Mangsa enggan dikenali berkata, kejadian seminggu lalu ketika dia ke sebuah pasar raya di bandar ini untuk membeli kelengkapan persiapan Aidilfitri dan ketika itu, dia dihampiri dua jurujual, seorang lelaki dan wanita.
Menurut mangsa, dua kad diserahkan kepadanya dan salah satu kad memaparkan perkataan ‘Thank You’, manakala kad kedua bertulis dia memenangi hadiah dan boleh menuntut di pejabat syarikat terbabit, namun perlu menyentuh kad itu di mesin khas di pejabat syarikat berkenaan untuk menuntut hadiah.
“Saya mulanya ragu-ragu, namun pujukan jurujual yang memberitahu saya tidak perlu membayar apa-apa memandangkan bakal memenangi wang atau paling tidak, hadiah utama sebuah kereta Toyota Camry dan perlu menuntut hadiah dimenangi di pejabat mereka di Jalan
Long Yunus, membuatkan saya teruja.
“Tanpa banyak soal, dua jurujual itu menghampiri saya dan terus mengiringi saya dan masuk ke dalam kereta saya serta tunjuk pejabat mereka di Jalan Long Yunus. Tiba di pejabat, saya diarahkan turun dan buat perbincangan dengan majikan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, di sini.
Menurutnya, keyakinan dirinya semakin bertambah apabila mereka turut menunjukkan album kepadanya, selain gambar pemenang yang memenangi hadiah ditawarkan.
"Namun harapan saya untuk mendapatkan wang RM55,000 hanya tinggal janji kosong apabila mereka turut memaksa saya mengeluarkan wang simpanan, yang menurut mereka untuk dijadikan cagaran sebelum dapat menebus hadiah yang telah saya menangi.
“Saya rasa tertipu apabila mendapati rupa-rupanya barangan sebenar hanya bernilai tidak sampai RM1,000 ditawarkan dengan harga yang mahal dan tidak setanding dengan nilai dibayar.
“Kini saya rasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini kepada orang ramai dan mengharapkan supaya masyarakat di luar sana tidak tertipu dan terus menjadi mangsa sindiket ini," katanya.
Menurutnya, buat masa ini dia masih cuba mendapatkan maklumat dan mengharapkan pihak berkuasa memantau kegiatan itu dengan segera agar lebih ramai lagi pengguna tidak menjadi mangsa.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sebuah pusat beli-belah di sini mendapati, golongan terbabit licik melakukan aktiviti di kawasan sering menjadi tumpuan ramai bagi mendapatkan pelanggan dengan cara mudah.
Mereka bergerak dalam kumpulan dengan menunggu di kawasan luar parkir kereta dan mula menghampiri orang ramai di kawasan terbabit dengan menghulurkan kad. Apabila pelanggan mendapat kad tersebut, mereka mengucapkan tahniah dan kemudian akan terus memujuk mangsa mengikut mereka untuk menuntut hadiah.- SinarHarian
TOP
Jumlah kematian nahas jalan raya di Johor meningkat
Johor Bahru: Jumlah kematian akibat nahas jalan raya di negeri ini meningkat kepada 1,133 orang pada tahun lepas berbanding 1,073 pada tahun sebelumnya.
Pengarah Pelaksanaan Program dan Projek JKJR, Mohd Rusdi Mohd Darus berkata penunggang dan pembonceng motosikal menjadi korban tertinggi pada setiap tahun mencecah hingga 60 peratus manakala Batu Pahat masih kekal sebaga lokasi panas kemalangan.
"Bagi enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 31, 975 kemalangan membabitkan 539 kematian dicatatkan dimana daerah Batu Pahat di kedudukan teratas dengan 3,603 kemalangan membabitkan 91 kematian.
"Mengikut jenis kenderaan, penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang tertinggi kepada kadar kematian nahas jalan raya di negeri ini,'' katanya selepas program Advokasi Khas Perayaan Aidilfitri 2014 di Jalan Tun Razak di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah JKJR Johor, Normazura Mat Nawi.
Menurutnya, jalan utama yang masih kekal kerap berlaku kemalangan dan kematian di negeri ini adalah Lebuh raya Skudai; Lebuh Raya Pasir Gudang; Jalan Ulu Tiram selain sikap pemandu yang tidak berdisplin menjadi punca utama kejadian kemalangan.
"Pengguna jalan raya sendiri perlu mengamalkan sikap prihatin dan bertanggungjawab ketika di atas jalan raya kerana kecuaian hanya boleh membawa kepada kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling.
"Justeru, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika diatas jalan raya lebih-lebih lagi sepanjang musim perayaan ini," katanya.
Pada majlis sama, pihaknya turut menyampaikan 500 bungkusan berisi kuih raya dan risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan.
Menurut Mohd. Rusdi, pengguna jalan raya disaran mengikuti undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan termasuk merancang perjalanan, mengikuti had laju yang ditetapkan, tidak memotong garisan berkembar, memberi isyarat ketika menukar lorong, tidak melanggar lampu isyarat dan elak menggunakan laluan kecemasan.
"Jumlah kenderaan di atas jalan raya dijangka akan bertambah sempena musim perayaan ini dan kita berharap agar pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan bersabar," katanya
TOP
Serangan di Gaza, skripnya sudah dirancang Israel
SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini, menyeru seluruh umat Islam bersatu hati untuk membantu penduduk Gaza.
Presidennya, Mohamad Azmi Abdul Hamid berkata, serangan di Gaza sudah dirancang Israel dan bagi menunjukkan solidariti bantahan serangan tersebut, umat Islam perlu bertindak.
"Kita perlu bersatu. Ini bukan satu perang, ini siri penyembelihan, sebelah sini (Palestin) tiada apa, sebelah sana (Israel) ada kelengkapan perang.
"Ini satu petanda apa yang berlaku bagai sudah diatur dalam skrip. Kononya serangan ke atas tiga orang Yahudi, menjustifikasikan serangan untuk menyerang Palestin.
"Sebenarnya mayat mereka telah dijumpai pada hari kedua, mayat itu disimpan, bagi mengangkat rasa marah masyarakat dunia, hari kesepuluh baru mereka war-warkan mayat ditemui.," katanya pada sidang media Pray 4 Gaza, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini.
Katanya lagi, sepanjang 10 hari tersebut Israel berkempen yang mengatakan Palestin bertindak menyerang mereka, sedangkan perkara itu hanya lakonan mereka sahaja bagi menghalalkan serangan ke atas Palestin.
Dalam perkembangan yang sama, Azmi turut berkongsi mengenai perkembangan terkini di Gaza.
Menurut Azmi, maklumat yang beliau perolehi, Israel kini telah melancarkan serangan disegenap penjuru Gaza.
"Setiap setengah jam, mereka lakukan tembakan secara serentak, ini bermakna siapa-siapa sahaja penduduk Gaza yang berada di masjid, luar masjid, sekolah, hospital akan ditembak," katanya lagi.
Program Pray 4 Gaza ini adalah gerakan bersepadu secara besar-besaran melalui cetusan idea oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Mursyid Malaysia) dan Nasyeed.com serta rakan-rakan artis dan selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Yat Hamzah, Neelofa, Heliza Hilmi, Radhi OAG, Amin Idris dan lain-lain lagi.
Program ini ditubuhkan bagi menunjukan solidariti umat Islam di Malaysia bagi membantu masyarakat Palestin. - SinarHarian
TOP
Komen Pembaca Mynewshub Yang Merasakan CDM 25 Tidak Bersalah
Berikut adalah salah satu komen dalam berita yang kami siarkan di portal berita Mynewshub ini.
Sejujurnya, penulis ada sedikit bersetuju jugak dengan pembaca yang hanya mengelar dirinya bai.
Sikap pemandu Cina yang merasakan diri mereka sahaja penting dan 24 jam sehari tak cukup kerana terlalu sibuk berkerja@meniaga memang kita semua pengguna jalan raya pasti lalui.
Main keluar ikut suka hati, bunyikan honkan bila lampu isyarat baru 0.5 saat berubah hijau, menyelit tanpa ada hormat, memotong q di jalan raya memang masalah pemandu Cina.
Bagus juga minah CDM 25 tu mengamuk… memang apek tu sabar… tapi hakikatnya sabar masa kena hamun bukan sabar masa memandu rasanya.
Kalau dia sabar masa memandu, kemungkinan besar dia tak langgar kereta minah tu.
Memang minah tu ada terover sikit reaksi dia… tapi sikap pemandu Cina yang biadap melampau kat jalan raya pun perlu diambil kira.
Komen pembaca Mynewshub;
Sorry, mungkin bunyinya racist. Tapi saya memang banyak kali juga kena dengan pemandu cina yang suka menyelit-mencelah macam dia sorang nak cepat. Pernah sekali kat semenyih, myvi putih potong saya. saya biar je la. sekali dia pergi langgar land rover kat depan sampai tercabut spare tyre truck tu. kete dia sniri yang kemik. menatang yang dia langgar tu rilek je.
kalau yang india pulak sikit2 nak memaki, sikit2 nak mencarut. sikit2 nak tunjuk jari tengah. padahal dari jauh dah nampak orang bagi signal nak tukar lane, bukan dia reti nak slow. yang dia tau: AKU NAIK MOTOR WAJIB BOLEH LALU KAT MEMANE JE YANG AKU NAK. KALAU KAU LANGGAR BILA AKU TETIBA MUNCUL, KAU YANG SALAH!
sikap dorg macam ni buat saya terfikir: patut la penunggang motor ramai kene lenyek. dah tau kenderaan kecik bukan nak extra careful. lagi nak tunjuk lagak.
tapi sebenarnya bagi saya ni bukan pasal bangsa atau keturunan, tapi NILAI yang dipegang dek individu tu. kalau dia reti sabar dan bertolak ansur, takde la jadi cemacam di jalanraya.
ni bukan generalize. pemandu yang baik lagi ramai saya jumpa sampai tak tertulis kat sini. cuma kejadian ni boleh jadi peringatan untuk kita sebagai pemandu.

‘Gadis Peugeot Putih’ Kini Disiasat Kerana Ada Unsur Pembuli Jalan Raya – KPN
Siapa sangka hanya kerana rakaman video berdurasi dua minit lebih sahaja, nasib seorang gadis menjadi amat malang hari ini.
Video yang dimuatnaik anak perempuan lelaki tua yang menjadi mangsa herdikan seorang gadis kerana melanggar kereta barunya menjadi perhatian seluruh negara.
Rata-rata tidak setuju dengan cara gadis tersebut menangani situasi yang dianggap keterlaluan apabila menengking dan mengeluarkan pengunci kereta ketika berhadapan dengan pemandu tua yang melanggar keretanya tanpa disengajakan.
Sangka kami menjelang petang, isu ini yang hangat diperkatakan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp sejak awal petang semalam akan reda.
Bagaimanapun mungkin kerana video ini sudah terlalu viral, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan di Bukit Aman sebentar tadi bahawa PDRM akan menyiasat kes ini kerana ia melibatkan unsur pembuli jalan raya.
Menurut akhbar Harian Metro, KPN dilaporkan berkata: “Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.”
Kasihan juga kami dengan nasib gadis yang dikenali dengan nama Kiki ini.
Nampaknya dia perlu membayar harga yang sangat mahal atas ketelanjuran perbuatannya jika dibandingkan dengan nilai kemek yang tak seberapa pada kereta barunya. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
TOP
Konstabel Zakiah Aleip Dalam Keadaan Selamat
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan anggota Polis Marin yang diculik dan dilarikan oleh kumpulan pengganas di sebuah resort di Pulau Mabul, baru-baru ini berada dalam keadaan selamat.
Khalid berkata, ia berdasarkan keterangan dan maklumat daripada keluarga mangsa yang dihubungi Konstabel Zakiah Aleip, 26, malam tadi.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan semasa mangsa namun menjelaskan, pihak polis mempunyai pelbagai perancangan melalui operasi yang dijalankan untuk menyelamatkannya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota polis di sini, sebentar tadi.
Sabtu lalu, Koperal Abdul Rajah Jamuan, 32, maut manakala Konstabel Zakiah, masih hilang selepas kejadian tembakan dengan kumpulan lelaki bersenjata dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort, Pulau Mabul, Sabah. – BH Online
TOP
Sultan Selangor Murka: Saya Terkejut – Khalid Samad
PETALING JAYA – Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad terkejut dengan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap beliau ekoran tindakannya mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan supaya ia dihapuskan.
Beliau yang akur dengan teguran dan titah Sultan Selangor, bagaimanapun berharap untuk menghadap baginda bagi memberi penjelasan.
“Pada dasarnya, saya memang terkejut sebaik sahaja mendapat tahu daripada media ketika waktu berbuka puasa semalam (Selasa), tetapi saya terima (teguran).
“Saya berharap dapat menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan secara peribadi supaya baginda memahami tentang konteks kenyataan saya.
“Saya akan membuat draf surat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor hari ini dan akan menghantarnya selewat-lewatnya esok pagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Sultan Sharafuddin pada Selasa melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Menurut Khalid, beliau akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi memberi komen dan penjelasan berhubung isu berkenaan.
“Saya akan mengadakan sidang media esok untuk memberi penjelasan secara umum memandangkan isu (kemurkaan Sultan Selangor) telah tersebar meluas.
“Pada masa sama, saya tetap mahu menghadap baginda Sultan Selangor untuk memberi penjelasan bagi pihak saya… saya amat berharap (dapat menghadap dalam masa terdekat),” katanya mengenai sidang media yang dijadualkan pada kira-kira pukul 2 petang, Khamis di pejabatnya di Shah Alam.
Kemurkaan Sultan Selangor itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor supaya menghapuskan kuasa eksekutif Mais.
Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen Jun lalu, Khalid dengan lantang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais. – mStar Online
TOP
Meloyakan! Ayam Percik Berulat Di Bazar Ramadan JB
Tak dapat dinafikan di bulan penuh berkah ini, cabang perniagaan makanan salah satu sumber rezeki yang menguntungkan.
Maka setiap kali menjelang bulan puasa muncullah peniaga segera di bazar-bazar Ramadan.
Apa yang menyedihkan, ada antara mereka memikirkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kebersihan dan kualiti makanan.
Terbeli makanan dan minuman yang tak cukup inti, kurang masin atau manis mahu pun basi sudah biasa kita dengar. Maklumlah, majoriti yang membeli berpuasa jadi tidak dapat hendak merasa terlebih dahulu makanan yang dijual dan hanya membeli ikut selera tekak.
Malang bagi satu keluarga di Johor, ayam percik yang mereka beli untuk juadah berbuka dipenuhi ulat.
Insiden yang dirakam seterusnya dimuat naik ke laman sosial ini amat meloyakan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kepada peniaga terlibat, fikirlah tentang kesihatan orang lain kesan makanan yang dijual. Bukan tak pernah ada kes kematian gara-gara keracunan makanan sebelum ini tau?
Kalau pun tak mahu fikirkan soal pelanggan, beringatlah bahawa di zaman teknologi hujung jari sekarang segala-galanya boleh tersebar sekelip mata hingga mampu menjatuhkan perniagaan anda. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Serangan Terbaharu Israel Jadikan Angka Korban 203
GAZA CITY – Serangan udara terbaharu tentera Israel di Gaza awal hari ini mengorbankan beberapa lagi orang awam sekali gus menjadikan angka korban kini mencecah kepada 203 orang.
Serangan di sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza itu meragut dua nyawa manakala korban ketiga membabitkan seorang remaja lelaki dalam satu serbuan askar Israel selepas bedilan itu.
Sementara itu, serbuan ke atas kediaman Mohammed al-Arjani di selatan Khan Yunis mengorbankan anak lelakinya berusia 19 tahun.
Beberapa serangan awal hari ini menyasarkan beberapa kediaman pemimpin Hamas, termasuk Mahmud al-Zahar bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan itu.
Serangan berterusan yang disasarkan kepada penduduk awam dan pemimpin Hamas di Gaza itu memasuki hari kesembilan, hari ini.
Sejak 8 Julai lalu, pejuang Israel sudah melancarkan sejumlah 1,000 roket ke arah Israel manakala rejim Zionis melancarkan 1,500 serangan roket terhadap Semenanjung Gaza.
Semalam, menyaksikan korban pertama rakyat Israel susulan bedilan roket Hamas berdekatan sempadan Erez.
Sehingga kini, seramai 1,500 rakyat Palestin dilaporkan cedera susulan serangan roket yang dilancarkan Israel sejak lebih seminggu lalu.- AFP
TOP
Wanita ‘Naik Syeikh’ Tampar Penguat Kuasa
Georgetown – Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa lingkungan 40-an bersama tiga pegawai penguat kuasa MPPP lain melakukan tugas penguat kuasaan trafik di hadapan kedai berkenaan sebelum mengunci tayar sebuah kereta yang didapati melanggar peraturan lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika mangsa sedang menjalankan tugas mengunci tayar sebuah kereta Perodua Kenari, dia didatangi seorang wanita lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik kereta berkenaan.
“Ketika mangsa sedang mengunci tayar kereta berkenaan, tiba-tiba seorang wanita dipercayai pemilik kereta itu muncul dan menampar muka mangsa dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan penjawat awam terbabit.
“Suspek turut memarahi penguat kuasa wanita terbabit sebelum menghidupkan kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian,” katanya. - myMetro Online
TOP
HARGA BARU Lesen Kereta Kelas D & Lesen Motor B2 Yang Dah Naik
Rasanya ramai sudah sedia maklum, harga lesen memandu untuk kereta (Kelas D) dan lesen motor (B2) sudah dinaikkan sejak 14 Julai 2014.
Kenaikan ini berikutan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dinaik taraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kini harga bagi lesen kereta Kelas D adalah RM2,000 berbanding harga asal, RM1,300.
Manakala harga bagi lesen motor Kelas B2 adalah RM1,050 sedangkan harga asal termasuk yuran lesen cuma RM600.
Boleh tahan banyak juga naiknya kan?
Nampak gaya adik-adik yang baru tamat sekolah dan nak ambil lesen tu kena pandai-pandailah buat kerja sambilan untuk kumpul duit jika nak dapatkan lesen memandu. Manakala bagi mereka yang selama ini melengah-lengahkan proses ambil lesen, anda boleh menangis menyesal sekarang. - MYNEWSHUB.MY

Berita Palsu 1Borneo Hypermall Retak Dan Runtuh Tersebar
Menerusi laman sosial pada 15 Julai 2014, beberapa keping foto yang mendakwa pusat membeli belah 1Borneo mengalami keretakan telah menimbulkan rasa panik orang ramai untuk berkunjung ke bangunan tersebut. Ada juga pihak yang beranggapan bahawa 1Borneo akan runtuh susulan kesan retakan seperti yang didakwa dalam foto yang tersebar.
Sehubungan itu, pihak pengurusan 1Borneo Hypemall telah menjelaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan tidak berasas. Tambahnya lagi, kebanyakan foto yang tersebar dilaman sosial telah dimanipulasikan hanya untuk mencetus huru hara. Selain itu, pihak 1Borneo turut memberikan bukti perbandingan foto keadaan terkini 1Borneo pada 15 Julai 2014 dengan foto 1Borneo yang tersebar di laman Facebook.
Penjelasan 1Borneo Hypermall Isu Foto Palsu Tersebar
Berikut adalah perbezaan/ perbandingan foto 1Borneo yang tersebar dengan keadaan terkini 1Borneo Mall pada 15 Julai 2014.
Sumber: Melvister.com
Penjelasan 1Borneo Hypermall Isu Foto Palsu Tersebar
Berikut adalah perbezaan/ perbandingan foto 1Borneo yang tersebar dengan keadaan terkini 1Borneo Mall pada 15 Julai 2014.
Sumber: Melvister.com
TOP
GST: Semua Eksport Dikenakan Cukai Kadar Sifar
BAGI menjadikan sektor eksport Malaysia lebih berdaya saing, kerajaan mengenakan cukai pada kadar sifar bagi semua bekalan barangan dan perkhidmatan antarabangsa yang dieksport keluar dari Malaysia di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada tahun depan.
Bekalan cukai sifar bermakna tiada GST akan dikutip berikutan perniagaan layak untuk menuntut kredit cukai input dalam memperoleh bekalan, menurut panduan industri mengenai GST ke atas pengilangan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dengan faedah ini, harga barangan eksport Malaysia akan lebih berdaya saing di peringkat global berikutan tiada GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dieksport manakala GST yang ditanggung ke atas cukai input boleh diperoleh semula di sepanjang rantaian bekalan.
Bagi tempoh jangka panjang, industri eksport Malaysia akan menjadi kukuh yang akan membantu ekonomi negara untuk lebih maju.
Berdasarkan panduan itu, pengeksport tidak mengenakan GST ke atas pengeksportan mereka tetapi boleh menuntut kredit cukai input atas GST yang ditanggung ke atas cukai input mereka.
Bagaimanapun, menurut panduan itu, pengeksport perlu menyimpan dokumen sokongan sebagai bukti pengeksportan seperti borang ikrar eksport, invois dan senarai pembungkusan.
Pada Persidangan GST Kebangsaan 2014 di sini minggu lepas, Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia daripada Bahagian GST, Annie Thomas, berkata pengilang yang berorientasikan eksport layak bagi skim khas seperti “Skim Pedagang Diluluskan”.
Di bawah skim itu, beliau berkata pengilang boleh menggantungkan pembayaran GST ke atas barang yang diimport, yang akan mengurangkan masalah aliran tunai mereka bagi pengimportan.
Skim khas lain yang diperkenalkan untuk mengurangkan impak aliran tunai negatif kepada perniagaan termasuk kemudahan dinamakan “Skim Pengilang Tol Diluluskan” (ATMS) dan “Skim Penggudangan” (WS).
Skim ATMS disediakan untuk tidak mengambil kira apa-apa pembekalan dibuat oleh pengilang tol tempatan kepada pelanggan luar negara manakala skim WS disediakan untuk tidak mengambil kira bekalan dalam gudang sebelum peringkat duti dan pembekalan terakhir tertakluk kepada GST.
Annie merupakan seorang daripada penceramah pada sesi bertajuk,”Impak GST Ke Atas Pengilangan dan Industri Berkaitan”, pada persidangan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory & Management Services Sdn Bhd.
Beliau berkata, “cukai output” dirujuk kepada GST yang dikenakan kepada pelanggan, manakala cukai yang ditanggung oleh pengilang ke atas pembelian perniagaan dan kos overhed dipanggil “cukai input”.
Cukai output akan diimbangi oleh cukai input dan jika cukai output melebihi cukai input, baki bersih cukai tersebut perlu dibayar kepada Jabatan Kastam.
Bagaimanapun, jika kredit cukai input melebihi cukai output yang kena dibayar, Jabatan Kastam akan membuat pembayaran balik lebihan kredit cukai input kepada pengilang.
Annie juga berkata, seseorang pengilang tidak layak untuk mengenakan cukai berkadar sifar ke atas pembekalan yang dibuat bagi pelanggan luar negaranya, jika barangan tersebut tidak dieksport keluar dari Malaysia tetapi dihantar di peringkat tempatan.
Ini boleh berlaku dalam kes barang dieksport di bawah nama syarikat logistik atau untuk ‘drop-shipped’ kepada pelanggan tempatan bagi pembeli luar negara, justeru itu, pembekalan tertakluk kepada GST pada kadar standard.
Seorang lagi penceramah pada sesi sama, Naib Presiden Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Raja Datuk Abd Aziz Raja Muda Musa berkata, terdapat kurang kesedaran mengenai kemudahan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi pengilang-pengilang.
“Persatuan seperti kami (FMM) dan persatuan perdagangan lain mesti memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat, jika tidak, ramai yang akan tidak menyedarinya,” katanya, sambil menambah dengan kemudahan itu, ramai pengilang akan mempertimbang untuk mengeksport.
“Saya pasti bilangannya akan meningkat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Marah Hendak Dicerai, Wanita Potong Kemaluan Suami
KUALA LUMPUR – Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.
“Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.
Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya di sini Selasa.
Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. – BERNAMA
TOP
Pesalah Trafik Singapura Tidak Akan Terlepas
SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan sistem saman trafik seperti mana yang digunakan Singapura terhadap pesalah trafik di negara itu.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, cadangan membangunkan sistem ini dikemukakan dan ia masih di peringkat perbincangan.
Menurutnya, ia dilihat sangat baik untuk mengesan kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang melanggar kesalahan trafik ketika berada di negara ini.
“Melalui sistem ini nanti, pesalah trafik khasnya yang memandu nombor pendaftaran Singapura wajib menjelaskan saman sebelum keluar dari Malaysia.
“Dengan adanya sistem ini, ia akan menghubungkan semua kesalahan kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Imigresen Malaysia yang beroperasi di dua laluan keluar masuk, iaitu di Tambak Johor atau Link Kedua yang boleh mengenal pasti rekod kesalahan trafik,” katanya.
Katanya, buat masa ini hanya PDRM mempunyai rekod kesalahan trafik dan ini menyukarkan usaha mengesan pesalah trafik sebaik sahaja mereka meninggalkan negara ini.
“Walaupun nombor pendaftaran kenderaan tertera pada gambar melalui sistem perangkap had laju, namun pesalah dari negara luar masih sukar dikesan.
“Berdasarkan sistem sama seperti di Singapura, pesalah trafik negara ini yang mahu keluar dari republik itu perlu menjelaskan saman serta-merta,” katanya. – Sinar Online
TOP
Mangsa Culik Berada Di Tangan Ketua Pengganas
ZAMBOANGA CITY – Seorang pemimpin yang semakin meningkat naik dalam pertubuhan pengganas Abu Sayyaf disyaki sedang menahan anggota polis marin Zakiah Aleip di tempat persembunyian hutan pergunungan di Pulau Jolo, selatan Filipina.
Sumber perisikan Filipina mengenal pasti sub-komander terbabit sebagai Alhabsi Misaya, dalam lingkungan usia 30-an.
Dia dikatakan seorang yang ‘sarat dengan wang tunai’ dan bersenjata.
Sambil menyifatkan Alhabsi sebagai pengguna dadah, sumber berkata: “Dia semakin meningkat dengan cepat dalam barisan kepimpinan Abu Sayyaf kerana telah meraih berjuta-juta peso wang tebusan. Dia mempunyai jumlah wang yang besar.”
Sumber itu berkata Alhabsi tidak melakukan penculikan. Ia adalah penculikan untuk wang tebusan kumpulan, seperti yang dilakukan Mukhtadir bersaudara, yang menjalankan tugas tersebut, dan juga diketahui oleh perisik-perisik Malaysia dan Filipina.
Penculik kemudian menyerahkan orang yang diculik dari pantai timur Sabah kepada pemimpin-pemimpin Abu Sayyaf seperti Alhabsi yang kemudiannya menjalankan rundingan tebusan melalui orang-orangnya.
Menurut sumber itu, risikan menunjukkan bahawa Zakiah mungkin menjadi tawanan dan ditahan di sekitar kampung Indanan, sebuah kubu kuat kumpulan lelaki bersenjata yang dipimpin Alhabsi.
“Terdapat laporan Zakiah yang berusia 26 tahun dan kumpulan lelaki bersenjata dilihat di Indanan,” kata seorang sumber perisikan yang berpangkalan di Zamboanga City.
Menurut sumber, Alhabsi juga merupakan orang yg menahan pelancong Shanghai, Gao Huayun dan pekerja Filipina Marcy Dayawan, yang telah diculik dari resort Singgamata pada 2 April dan kemudian dibebaskan pada 30 Mei.
Mereka berkata Alhabsi sinonim dengan menahan tebusan di Jolo “kerana dia juga bertanggungjawab terhadap beberapa tebusan Filipina, termasuk pedagang Sugar Dianne Buenviaje”.
Buenviaje, 33, diculik dari kedainya di Mapun pada Februari.
Walaupun kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia dan Filipina menyatakan bahawa tidak ada wang tebusan telah dibayar untuk melepaskan Gao dan Dayawan, sumber berkata Alhabsi menerima bayaran untuk ‘makanan dan penginapan’.
Dalam serangan di resort di Mabul, anggota polis marin Abdul Rajah Jamuan, 32, telah dibunuh dan Zakiah, rakan sekerjanya, diculik oleh lapan lelaki bersenjata bertopeng sebelum tengah malam hari Sabtu. - mStar Online
TOP
Pekerja Restoran Rela Makan Lipas Di China
Sichuan (China) – Seorang pelanggan yang tidak puas hati terkejut apabila seorang pekerja restoran sanggup memakan lipas untuk membuktikan serangga itu tidak memudaratkan.
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki, Zhang makan di sebuah restoran di sini menemui lipas dalam hidangannya.
Ekoran penemuan yang menjijikkan itu, pelanggan itu membuat aduan dan mengharapkan ganti rugi.
Seorang pekerja wanita sebaliknya memberitahunya: “Di restoran mana juga kamu makan, pasti kamu menemui lipas dan ia perkara biasa.”
Zhang yang berang dengan penjelasan wanita berkenaan menyuruhnya memakan lipas itu.
Pelayan menyahut cabaran Zhang dengan memakan serangga berkenaan.
Zhang yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera membayar makanan itu.
Sejurus selepas itu, pemilik restoran memohon maaf kepada Zhang dan menegaskan tindakan akan dikenakan terhadap pekerja itu dengan memotong gajinya.
Pemilik kedai menjelaskan mungkin lipas itu termasuk ke dalam makanan kerana ditiup udara panas ketika memasak.
Ini bukan kali pertama pekerja restoran berjaya mengaburi kesilapan yang berlaku dengan melakukan aksi luar biasa. Mei lalu seorang pengurus restoran memakan kondom yang ditemui di dalam ikan yang dihidang kepada seorang pelanggan. – Agensi
TOP
Qatar Beli Peluru Berpandu Patriot RM35 Bilion
WASHINGTON – Qatar akan membeli peluru berpandu Patriot Amerika Syarikat (AS) untuk kali pertama dalam satu perjanjian pembelian senjata bernilai AS$11 bilion (RM35 bilion), kata seorang pegawai kelmarin.
Perkembangan itu berlaku ketika Washington menunggu keputusan Qatar berhubung kontrak lumayan pembelian jet AS.
Pegawai AS berkenaan berkata, penjualan tersebut membolehkan Qatar memiliki sistem peluru berpandu Patriot yang direka untuk memusnahkan peluru berpandu lain di samping 24 buah helikopter tempur Apache dan 500 peluru berpandu pemusnah kereta kebal Javelin.
Qatar kini meningkatkan pembelian sistem pertahanan peluru berpandu bagi menghadapi ancaman dari Iran selepas Teheran meningkatkan keupayaan peluru berpandu negara itu.
Perjanjian penjualan senjata itu adalah yang terbesar untuk AS pada tahun ini. – AFP
TOP
Serangan Berani Mati Ragut 89 Nyawa Di Aghanistan
KABUL – Seorang pengebom berani mati meletupkan keretanya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah pasar dan masjid di timur Aghanistan semalam dengan menyebabkan 89 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera, kata beberapa pegawai.
Serangan di bandar Urgun, dalam wilayah Paktika itu adalah yang paling dahsyat sejak beberapa bulan lalu sekali gus membayangkan situasi tidak stabil di Afghanistan ketika tentera asing bersiap sedia untuk meninggalkan negara itu hujung tahun ini.
“Penyerang itu meletupkan kenderaannya ketika dia memandu melintasi kawasan pasar yang sibuk itu,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi.
“Pihak tentera membekalkan beberapa buah helikopter dan ambulans untuk membawa mangsa-mangsa ke hospital wilayah,” tambahnya.
Menurutnya, setakat ini seramai 42 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
“Letupan tersebut turut memusnahkan lebih 20 buah kedai dan berpuluh-puluh kenderaan,” ujarnya.
Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu manakala kumpulan Taliban terlibat dalam pengeboman tersebut. – AP
TOP
Guru Sekolah Antarabangsa Rogol Kanak-Kanak Ditangkap
JAKARTA – Seorang guru Kanada ditangkap di Indonesia kerana didakwa mencabul kanak-kanak, kata polis semalam.
Jurucakap polis bandar raya ini, Rikwanto berkata, suspek yang merupakan seorang pentadbir Sekolah Antarabangsa Jakarta di ibu kota Indonesia di sini boleh dipenjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.
“Dia ditangkap malam kelmarin kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak. Dia mengaku berulang kali melakukan perbuatan terkutuk itu di beberapa lokasi di premis sekolah ini sepanjang tempoh enam bulan,” katanya.
Menurut Rikwanto, seorang guru tempatan di sekolah berkenaan turut ditangkap kelmarin kerana disyaki melakukan serangan seksual.
Sekolah itu mendapat perhatian orang ramai sejak polis menangkap beberapa tukang cuci kontrak kerana bergilir-gilir meliwat seorang budak lelaki berumur enam tahun.
Pihak berkuasa menutup premis di mana jenayah tersebut berlaku manakala pegawai imigresen telah mengusir 20 guru warga asing kerana menyalahgunakan visa kerja mereka.
Dalam pada itu, ibu bapa seorang mangsa tersebut menuntut sejumlah ganti rugi daripada pihak sekolah berkenaan.
“Kami kesal dengan peristiwa ini dan amat kecewa bahawa staf kami ditahan berdasarkan dakwaan yang keseluruhannya palsu tanpa sebarang bukti,” kata kenyataan sekolah tersebut berhubung kontroversi itu. – AFP
TOP
Ahli Politik Israel Macam Hitler: Erdogan
Ankara – Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan menuduh Israel melakukan ‘keganasan serantau’ dengan tindakan pengeboman di Gaza.
Beliau juga menyamakan ahli politik Israel dengan Hitler dengan melakukan serangan rambang, kenyataan yang sekali gus meningkatkan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara.
Israel meneruskan serangan ganasnya ke wilayah Gaza semalam enam jam selepas gencatan senjata yang dicadangkan Mesir gagal menghentikan tembakan roket oleh militan Palestin di wilayah Israel.
Sekurang-kurangnya 190 rakyat Palestin, kebanyakan mereka orang awam, terbunuh sejak operasi oleh tentera Israel mula seminggu yang lalu.
“Dengan tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa, Israel terus mengganas di rantau ini dan tiada negara yang berani mengeluarkan arahan supaya ia menghentikan tindakannya kecuali negara kami,” kata Tayyip ketika berucap di Parlimen, semalam.
Erdogan menegaskan tiada kezaliman yang kekal dan lambat laun Israel akan terpaksa membayar harga untuk setiap kezaliman yang dilakukan. Ucapan beliau mendapat pujian daripada penyokongnya dengan teriakan ‘Turki bangga terhadap anda’.
Ankara adalah bekas sekutu strategik terdekat Israel di rantau ini, tetapi Erdogan semakin lantang dalam kritikannya membabitkan tindakan Israel ke atas Palestin sejak kebelakangan ini. – REUTERS
TOP
Gencatan senjata hanya helah Israel
Penduduk Palestin terpaksa mendapatkan perlindungan di sekolah di bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Foto AFP
GENTING GAZA - PALESTIN. Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam menolak cadangan pelaksanaan gencatan senjata diusulkan Mesir yang kononnya bertujuan untuk meredakan konflik di wilayah Gaza. Menurut jurucakap al-Qassam, mereka masih belum menerima sebarang maklumat rasmi inisiatif tersebut. "Persetujuan Israel untuk menjayakan gencatan senjata itu jelas menunjukkan muslihat terbaru mereka yang bertujuan mengaburi mata masyarakat antarabangsa," katanya. Kenyataan itu dibuat selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi jaminan kononnya beliau akan membincangkan cadangan itu di Knesset. Sementara itu, pemimpin kanan gerakan Jihad Islam, Khaled al-Batch memaklumkan kumpulan itu menyambut baik usaha Mesir yang mahu menghentikan serangan Zionis ke atas Gaza minggu lalu. Bagaimanapun, mereka enggan menerima cadangan pelaksanaan gencatan senjata itu tanpa sebarang syarat. "Mereka sepatutnya membincangkan syarat kandungan perjanjian gencatan senjata tersebut terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. "Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana Israel pernah melanggar perjanjian tersebut pada 2012. Tidak mustahil jika rejim Zionis masih menggunakan helah sama pada kali ini," tegasnya. Katanya, perkara utama yang perlu dilakukan adalah memenuhi tuntutan penduduk Palestin dengan menamatkan sekatan haram dan membuka laluan sempadan. Dalam satu kenyataan lain, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh memberitahu cadangan pelaksanaan gencatan senjata itu ada dimaklumkan kepada beliau. "Segala-galanya dirancang rejim Zionis dan persetujuan melaksanakan gencatan senjata hanyalah satu lagi agenda licik mereka," katanya. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 189 penduduk Palestin terkorban manakala 1,350 cedera akibat serangan di Genting Gaza, laporan dipetik dari Al-Jazeera. ─ Sinar Online

Israel guna senjata bahaya
Sebanyak 29 kawasan di Gaza menjadi sasaran serangan udara terbaharu rejim Zionis.
OSLO - NORWAY. Seorang doktor di Norway mendakwa rejim Zionis menggunakan bom yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan penduduk Palestin.
Ketua jabatan perubatan sebuah hospital universiti di Oslo, Dr Erik Fossse memaklumkan Dense Inert Metal Explosive (Dime) tersebut adalah bahan letupan yang hanya boleh menyebabkan kemusnahan kecil dalam peperangan. Bagaimanapun, pakar berpendapat serpihan kecil letupan Dime mampu memberi kesan biologi sangat besar terhadap manusia.
“Sebahagian penduduk Gaza mengalami kesan kecederaan akibat daripada penggunaan senjata baharu. Para doktor yang ada pengalaman merawat mangsa di zon perang sendiri tidak pernah melihat kes sebegini,” katanya.
Menurutnya lagi, rejim Zionis turut menggunakan senjata seperti depleted uranium (DU) dan peluru meriam mengandungi fosforus putih, laporan dipetik dari Press TV.
TOP
Serangan roket Gaza bunuh penduduk Israel buat kali pertama
BAITULMAQDIS: Israel kembali melancarkan serangan udara ke atas Gaza hari ini selepas Hamas menolak tawaran gencatan senjata dengan menembak berpuluh roket di sempadan menyebabkan seorang penduduk Yahudi terbunuh buat pertama kali.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran askarnya akan 'memperluas dan menggandakan' lagi serangannya udaranya ke atas Gaza selepas Hamas menolak pelan peletakan senjata yang disyorkan Mesir.
Kempen serangan Israel yang disambung semula itu menyebabkan dua penduduk Gaza terbunuh, menjadikan jumlah angka korban yang memasuki hari kelapan meningkat kepada 194, demikian menurut pegawai perubatan.
Penduduk Israel berkenaan maut dalam serangan roket di kawasan Israel berdekatan laluan sempadan Erez, demikian menurut tentera.
Briged Ezzedine al-Qassam Hamas mendakwa mereka bertanggungjawab menjalankan serangan di pintu sempadan Israel-Gaza itu.
Penduduk awam Israel berusia 38 tahun yang mati itu dikatakan sedang mengagihkan makanan kepada askar negara itu yang sedang bertugas di kawasan sempadan berkenaan, demikian lapor jurucakap Perkhidmatan Perubatan Israel.
Ia adalah kematian pertama di sebelah Israel selepas lebih 1,000 roket dan mortar dilepaskan ke arah kawasan penduduk Yahudi itu. Laporan juga menyebut empat penduduk Yahudi cedera parah.
Awal semalam, Kabinet Israel bersetuju untuk menerima cadangan Mesir mewujudkan gencatan senjata namun Hamas mendakwa pihaknya tidak dirujuk dan menolak pelan berkenaan.
Hamas juga enggan menghentikan serangannya terhadap Israel tanpa ada perjanjian menyeluruh yang jelas.
Sayap bersenjata pergerakan itu menyambung semula tembakan ke arah Israel selepas tempoh tamat syor gencatan jam 6 petang waktu tempatan.
Selepas jam 12 tengah malam pula, tentera Israel pula mengumumkan pihaknya menyambung semula serangan udara selepas mendakwa pejuang Hamas melepaskan 47 roket dari arah Gaza ke kawasannya. - AFP
TOP
Fizz Fairuz Bertengkar Kerana Filem 'Mat Tudung'
Fizz Fairuz.
PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz memberitahu pernah bertengkar dengan pengarah filem Mat Tudung iaitu Wan Hafiz gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakannya memasukkan beberapa babak yang dirasakan tidak perlu wujud dalam karya terbitan United Studios itu.
Fizz, 35, berkata, sebagai seorang pelakon dia bukannya tidak menghormati Wan sebagai pengarah sebaliknya ingin memberi pendapat bagi memastikan hasil akhir filem itu dapat diterima baik oleh peminat.
"Antara perkara yang membuatkan saya tidak puas hati apabila ada satu babak yang memerlukan saya makan pisang di atas kapal bersama Munir yang memegang watak lelaki lembut selain adegan ranjang bersama Rosnah Mat Aris.
"Bagi saya adegan-agedan itu tidak perlu ada dalam filem itu dan ketika itu tidak nampak apa keperluan pada watak saya dan kepada filem berkenaan," katanya kepada mStar Online.
Selain Fizz, filem itu turut menampilkan Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.
Ia bakal ditayangkan pada 28 Julai ini bersempena kedatangan 1 Syawal.
Fizz bergandingan dengan Nelydia Senrose dalam Mat tudung.
Bagaimanapun kata Fizz, selepas menonton hasil akhir Mat Tudung dalam sebuah majlis tayangan perdana yang diadakan baru-baru ini, dia mula memahami tindakan Wan yang bertegas mahukan adegan-adegan berkenaan dimasukkan ke dalam filem berkenaan. Dalam pada itu, Fizz terkilan apabila majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Wangsa Walk, Wangsa Maju tidak mendapat kehadiran menggalakkan daripada tetamu yang dijemput. Fizz berkata, situasi tersebut berbeza dengan sambutan diberikan terhadap filem-filem antarabangsa dan perkara itu membuatkan dia bertambah kecewa dengan industri perfileman tempatan ketika ini. "Saya kecewa apabila pra-tayangan yang diadakan tidak ramai yang hadir dan ia menunjukkan tahap sokongan orang terhadap filem tempatan masih rendah biarpun ia dibuat secara percuma. "Saya berkesempatan hadir ke tayangan perdana sebuah filem antarabangsa baru-baru ini dan ia cukup meriah dengan kehadiran tetamu dan jauh beza dengan keadaan untuk filem Mat Tudung," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai peranannya dalam filem berkenaan, Fizz berkata, dia sebenarnya rimas memegang watak sebagai wanita namun menerima cabaran tersebut kerana tertarik dengan jalan ceritanya. Bagaimanapun kata Fizz, pengalaman membawa dua watak berbeza dalam sebuah filem memberikan cabaran berbeza kepadanya namun telah memberikan terbaik kepada peminat. "Rimas kerana untuk bersiap sahaja saya perlu mengambil masa selama dua jam dan tidak termasuk perkara-perkara lain tetapi itu adalah pengalaman menarik," ujarnya. ─ mStar.com.my

Jumpa Burung Kakak Tua Dalam Patung Elmo
Arizona – Ejen persekutuan di San Luis terkejut apabila menemui dua burung kakak tua hidup di dalam patung lembut Elmo ketika memeriksa barangan sepasang suami isteri di sempadan AS-Mexico.
Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan berkata pakar pertanian menemui burung berkenaan selepas patung itu dibelah apabila imbasan X-ray menunjukkan sesuatu yang pelik pada patung berkenaan.
Burung terbabit dirampas dan dikuarantin sebelum diserahkan kepada Jabatan Pertanian manakala pasangan itu didenda AS$300 (RM954).
Burung yang memasuki Amerika Syarikat perlu diperiksa dan dikuarantin kerana dibimbangi membawa penyakit berbahaya. – AP
TOP
Eksklusif: Pasukan Siber Malaysia Godam Ratusan Laman Web Israel!
Perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi dikembangkan juga sehingga ke dunia siber.
Ratusan laman web milik Israel sudah berjaya digodam pasukan siber dari seluruh dunia (anonGhost) termasuk dari negara ini yang kepalai oleh Malaysia Security Tester (MST).
Serangan dimulakan sejak 1 Julai lalu dan setakat ini lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh kerajaan haram Israel berjaya digodam.
Laman yang digodam akan diletakan hastag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin.
Sumber MST memberitahu Mynewshub, serangan mereka hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir co.il.
Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/ dan http://galilee.gov.il/temp/index.asp.
Tinjauan Mynewshub mendapati sebahagian laman web rasmi kerajaan Israel yang berjaya digodam telah ditutup sementara dipercayai oleh webmaster laman-laman berkenaan.
Sementara itu, jurucakap AnonGhost, Donnazmi pula berkata, serangan siber pihak mereka adalah bagi mendedahkan kepada dunia sikap dan keganasan Israel ke atas masyarakat Palestin.
“Tindakan melancarkan roket dari sektor Gaza ke Israel adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima terhadap babi-babi berkenaan (Israel), ia dipanggil penentangan dan bukannya keganasan,” katanya kepada Mynewshub di Kuala Lumpur.
Tambah kenyataan itu, Israel tidak pernah wujud dan yang ada hanyalah Palestin. “Tunjukan kepada dunia berapa banyak darah yang ada di tangan Yahudi,” katanya. Serangan siber ke atas Israel dipercayai akan diteruskan sehingga objektif untuk mendedahkan kezaliman negara haram Yahudi itu berjaya dicapai. – Mynewshub

GAMBAR: Comel Sungguh Tun Dr Siti Hasmah Bertudung!
SEJAK beberapa hari lalu, ramai yang berkongsikan gambar bertudung Tun Dr Siti Hasmah yang juga isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah majlis berbuka puasa menerusi akaun sosial mereka.
Kami yakin anda setuju jika kami katakan beliau kelihatan sungguh comel biarpun sudah menjangkau usia emas.
GAMBAR: Comel Sungguh Tun Siti Hasmah Bertudung!
Tidak dapat dipastikan sama ada penampilan ini akan terus dikekalkan atau tidak, namun ramai yang mendoakan agar Tun Siti Hasmah akan terus bertudung selepas ini. Apapun, jika benar beliau sudah mengubah penampilannya, tidak perlulah ada yang mempersoalkan ‘kenapa baru sekarang?’ atau ‘kenapa tidak dari dulu lagi?’. Sebabnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang layak untuk mengadili seseorang itu kerana dia lebih mengetahui perihal hamba-Nya.

Budak Mati Hidup Semula, Akhirnya Disahkan Meninggal
Selatan Filipina – Seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun yang mengejutkan seluruh penduduk di Zamboanga kerana bergerak ketika dikebumikan, akhirnya disahkan meninggal dunia sekali lagi.
Ia disahkan oleh doktor yang menggunakan mesin pemantauan jantung untuk meneliti keadaan kanak-kanak itu.
Penelitian itu gagal menemui tanda bahawa kanak-kanak perempuan itu masih hidup.
Justeru ibu bapanya dinasihatkan mengebumikan kanak-kanak itu dengan segera bagi mengelakkan jangkitan penyakit.
Kanak-kanak itu pertama kali disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat lalu akibat demam.
Video sebelum ini, Budak mati Hidup Semula
Ketika dimasukkan ke dalam keranda, saudara-maranya mendapati kepala budak berkenaan bergerak. Bapanya kemudian terus memangku kanak-kanak berkenaan, namun ia tidak membawa berita gembira selepas doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia semula dalam pemeriksaan yang dijalankan.

Inikah Pemilik Akaun Facebook Hina Islam & Allah Taala?
Sejak beberapa hari ini, satu status Facebook menghina Islam dan Allah Taala telah disebarkan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Rata-rata beranggapan akaun Facebook ini sengaja direka oleh seorang musuh Islam menggunakan nama palsu seakan-akan orang Islam. Namun disebabkan zaman sekarang ini ramai sangat penyiasat tak bertauliah yang terror IT, maka satu kajian telah dibuat lalu membawa kepada identiti seorang ‘mamat’ yang dikatakan pemilik akan Facebook menghina Allah tersebut.
Apa yang mengejutkan, dia merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah pusat telekomunikasi terkenal. Bagaimanapun sejauh mana kebenaran identiti lelaki ini masih belum dapat dipastikan. Apatah lagi, setiap kali ada kes sebegini ia biasanya berujung dengan komen bahawa akaun Facebook pemilik terlibat digodam oleh individu lain. Jika benar lelaki ini telah menghina Islam, semoga Allah masih punya kasih sayang untuk memberikan hidayah buatnya kerana secara terang-terangan dia bukan lagi tergolong dalam umat Muhammad. - REM RAMZI / MYNEWSHUB

Video Raya TM Papar Kisah Budak Perempuan Nakal, Comel!
Sambutan hari raya Aidilfitri seakan tidak lengkap tanpa tayangan iklan raya daripada pelbagai syarikat gergasi Malaysia antaranya seperti Petronas, Bernas, TM dan Maxis.
Dan rasanya tahun ini, pihak Telekom Malaysia (TM) yang paling awal sekali menyiarkan iklan raya mereka.
Memang menghiburkan!
Dalam komedi iklan ini ada juga terselit mesej berguna yang boleh dijadikan tauladan buat adik-adik di luar sana.
Jangan suka menipu, tak baik tau!
Apa-apa pun, adik yang berlakon ni memang comel giler, natural je ‘acting’ dia. Tak sabar nak tunggu iklan raya Petronas tahun ini, apalah kelainannya kali ini ya! – MYNEWSHUB.MY
Apa-apa pun, adik yang berlakon ni memang comel giler, natural je ‘acting’ dia. Tak sabar nak tunggu iklan raya Petronas tahun ini, apalah kelainannya kali ini ya! – MYNEWSHUB.MY
TOP
Singapura Bandar Keempat Termahal Dunia
SINGAPURA – Singapura kini menjadi bandar keempat termahal di dunia bagi golongan ekspatriat dan kedua termahal di Asia, menurut kaji selidik kos sara hidup terbaharu, Mercer.
Negara itu naik satu tangga berbanding tahun lalu untuk berada di belakang Luanda di Angola, N’Djamena di Chad serta Hong Kong.
Ketua Global Mobiliti Mercer, Ed Hannibal berkata, kedudukan negara di kebanyakan rantau terjejas oleh situasi semasa dunia termasuk pergolakan ekonomi dan politik telah menyebabkan turun naik mata wang, inflasi kos untuk barangan, perkhidmatan serta turun naik dalam harga penginapan.
“Walaupun Luanda dan N’Djamena bukan kota metropolitan, namun ia boleh dikategorikan sebagai bandar termahal berikutan barangan import terhad.
“Di samping itu, keperluan mencari tempat penginapan yang selamat juga menjadi cabaran buat golongan itu,”katanya, laporan dipetik dari CNA.
TOP
Saiful Bukhari Azlan Timang Cahaya Mata Sulung
Tahniah diucapkan kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan yang selamat menimang cahaya mata pertamanya, petang semalam.
Bayi lelaki hasil perkongsian hidup Saiful dan isteri, Nik Suryani Megat Deraman yang dilahirkan jam 5.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur itu diberi nama Yusuf Bukhari.
Saiful turut berkongsi kegembiraan hatinya menerusi status Facebook berbunyi:
“Alhamdulillah, isteri saya Sue Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama kami. Syukur Ya Allah atas kurniaan dan rezeki yang diberi. Hadiah hari lahir paling bermakna. Selamat Datang Anakandaku Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari.”
Saiful Bukhari yang dikenali kerana kes liwatnya dengan ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV3, Nik Suryani pada 25 Mei 2013. #MYNEWSHUB.MY Oleh: REM RAMZI

Wanita Nyaris Jadi Mangsa Cabul ‘Ustaz Palsu’ Di Wad Bersalin
MACAM-MACAM kes pelik yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini.
Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ella Sandera telah berkongsi pengalamannya yang hampir menjadi mangsa cabul seorang ‘ustaz palsu’ di wad bersalin sebuah hospital, semalam.
Berikut merupakan antara statusnya:
(STATUS 1)
“Syukur alhamdulillah.. allah menyelamatkan sy dr jadi mangsa cabul ustaz celop..
Kejadian berlaku di ward bersalin pagi tadi.
Ustaz : sy ustaz din dari darul shifa, datang nak urut perut, kalau baby songsang sy boleh betulkan, ada air apa2 sy boleh bacakan dan sy boleh bagi baby bila kuar nanti jadi anak yg soleh.
Sy: terkedu seketika.. dan berfikir( siapa dia ni, kenapa nak urut perut aku?)
Ustaz: baring sekarang dan buka kain, sy nak urut perut
Sy: ha?? Terus baring tapi was2.. dan bangun balik, “maaf ustaz sy segan lelaki tengok perut sy”
Ustaz: takpe, baring sekarang dan buka kain, sy ustaz jgn risau, sy boleh baca2kan..(kepala sekejap2 toleh ke pintu masuk ward mcm takut org masuk)
Sy: haaaa? Kau ni biar betul suka2 hati nak urut perut aku pepagi camni, kau siapa, datang dr mana, betul ke ustaz? Sambil berfikir lagi dgn was2.
Ustaz: kaki awk bengkak ni
Sy: eh eh.. suka2 engkau je.. bila pulak kaki aku bengkak.. (berfikir lagi)
“Sy tak nak” kalau sy nak buka kain sy biar suami sy ada sebelah sy” kalau ustaz nak urut tggu suami sy ada sekali.
Ustaz: kalau macam tu ambil no fon sy dan minta no fon awk
Sy: sy tulis no fon suami
Ustaz: kepala toleh2 ke pintu masuk mcm ada yg tak kena dan tangan sekejap2 sapu anu dia.
Sy: sah dia ni tak betul…. suka2 hati kau nak pegang perut aku.. kau ustaz ke gila sex (berfikir lagi) masih dlm meadaan terkejut.
Nurse nak masuk dia terus keluar.
Terus tanya kat nurse betul ke hospital ni ada ustaz yg urut2 perut ppuan peknen ni? Sah!!!!!! Nurse dan doctor kata takde, dan kalau ada pun hospital ni akan upah ustazah sajaha bukan uztaz. Dan satu org pun tak kenal siapa ustaz yg menamakan diri dia USTAZ DIN tadi.. pihak security sedang memeriksa cctv untuk sy buat pengecaman.
Ya allah… nasib baik tak turut kehendak lelaki tadi, agak2 apa la nasib malang pagi ni kalau buka kain tadi.
Kepada semua ibu2 mengandung atau wanita2 yg berada di ward dan hospital, sila berhati2. Jangan cepat percaya dgn orang yg anda tak kenal.
Allah menyelamatkan sy hari ini.
Jangan jadikan diri anda mangsa cabul.
Sila share info ini.”
(STATUS 2)
(STATUS 3)
“Terbaru.. dari ustaz penipu tu..
Dia ada coll no hp yg sy bagi pagi tadi( terbagi no fon sbb dalam keadaan was2)
Ustaz penipu : siapa ada di dalam bilik ward awk? Ada doc tgk check ke? Ramai ke dalam tu?
Sy: takde org (niat nak perangkap dia balik)
Ustaz penipu: suami awk dtg pukul berapa?
Sy: suami sy dtg dalam tengahari
Ustaz penipu: kalau macam tu sy datang awal skit lah
Sy: kalau sy tak nak buat urutan perut tu boleh?
Ustaz: awk tak yakin dengan sy, awak jangan main2 dengan sy, awak tak kenal siapa sy.. terus matikan call
Sy: eh eh.. marah pulak kalau aku taknak buat..
Dia call lagi sekali…
Ustaz penipu: awk tak kenal siapa sy.. awk jgn main2 dgn sy. Semoga anak awak lahir macam “haiwan”!!
Sy: awk nak apa sebenarnya? Awk nak sy report polis ke? Sy akan report polis.
Ustaz penipu: terus matikan call
Eh.. tak nak buat urut perut marah pulak..dah la tanya soalan pelik2, nampak sangat memang niat tak baik..
Suami dah buat report dah. No fon yg dia bagi dan no fon yg dia call dua2 no berlainan.. no yg dibagi tak ujud.
No dia call dah simpan utk record dlm laporan.
Geramm.. nak doakan anak sy lahir macam haiwan pulak. Kenapa? Sebab tak dapat mangsa harini ke?”
Di sini kami kongsikan video yang memaparkan ‘ustaz palsu’ di hospital berkenaan yang sudah mula viral di laman sosial.
Justeru, kami harapkan agar para pembaca berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan pastikan anda tidak mudah bersetuju dengan permintaan orang luar yang baru ditemui.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Pramugari Lion Air Buat Tarian Seksi Goyang Itik
Tahukah anda apa itu tarian Goyang Itik?
Kalau di Malaysia mungkin ramai belum tahu tapi ini adalah tarian baru yang mencetuskan fenomena di Indonesia.
Ia diperkenalkan oleh penyanyi dangdut sana, Zaskia Shinta sekaligus menenggelamkan populariti Goyang Gerudi yang selama ini dipopularkan penyanyi dangdut Inul.
Secara ringkasnya tarian ini diilhamkan daripada cara itik atau anak ayam berjalan. Ia kelihatan lucu namun pada masa sama, seksi.
Mungkin seronok sangat baru mencuba tarian ini, seorang pramugari syarikat penerbangan tambang murah Lion Air yang berpengkalan di Indonesia telah melakukan tarian seksi ini di pintu pesawat.
Aksinya ini telah dirakam dan kemudiannya tersebar di laman sosial hingga menjadi viral di negara seberang.
Walaupun video ini hangat diperkatakan, Lion Air difahamkan belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara ini. - REM RAMZI / MYNEWSHUB
Walaupun video ini hangat diperkatakan, Lion Air difahamkan belum memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara ini. - REM RAMZI / MYNEWSHUB
TOP
Video - Wanita Memalukan, Mengamuk Melampau Kerana Kemalangan
Penulis rasa inilah seorang mangsa kemalangan kecil yang paling teruk mengamuk dan lebih menarik perhatian dia adalah seorang wanita.
Hari ini sahaja, video amukan wanita bertudung ini sudah tersebar di serata media sosial Facebook dan laman perkongsian video YouTube.
Video ini dipetik dari saluran Youtube The Rakyat Post.
“What you did to my car now? you see?? ( Apa kau dah buat pada kereta aku, kau tengok??” jerkah si wanita dengan garang.
Lebih teruk, si wanita itu turut merampas kunci lelaki Cina yang melanggar belakang kereta milik wanita itu yang berjenama Peugeot.
Kekecohan itu menarik perhatian orang ramai dan bukan seorang yang merakamkan visual itu bahkan ramai lagi.
Wanita itu menuntut lelaki berkenaan membayarnya pada masa itu juga sebanyak RM2,000 dalam nada keras, garang dan biadap.
Pada asasnya, memang si lelaki itu bersalah selepas melanggar belakang kereta wanita itu mungkin sehingga berlaku kerosakan. Sepatutnya, wanita itu tidak perlu memberi reaksi secara melampau sehingga memukul kereta milik lelaki berkenaan.
Memang memalukan, melihat wanita Melayu berperangai sebegitu dan lelaki Cina itu yang jelas lebih berumur darinya bercakap dengan nada elok dan mengakui bahawa dia tidak sengaja melanggar kereta Peugeot itu.
Si wanita kemudiannya cuba meminta bantuan orang ramai, untuk menghubungi polis berkemungkinan untuk meminta bayaran daripada lelaki itu.
Perlu diketahui, keutamaan polis adalah mengekalkan keamanan dan mengelakkan kekecohan. Jika kes ini, kemungkinan besar wanita itu yang akan ditahan polis kerana berkelakuan melampau dan dilihat cuba mendatangkan kecederaan dan kerosakan.
Wanita itu mungkin tidak mengetahui bahawa kerosakan keretanya boleh diperbaiki dengan menggunakan insurans kereta lelaki itu selepas dia membuat laporan polis berkaitan kemalangan itu. Jelas juga dia baru sahaja memandu kereta itu, kerana di cermin belakang terlekat pelekat lesen ‘P’ menunjukkan si wanita baru sahaja lulus kursus memandu dan diberikan lesen percubaan. Apapun, memang tindakan wanita itu memalukan. – MYNEWSHUB.MY

Trauma Isteri Awie, Rozana Rindu Tatap Anak
Rozana menitipkan kata-kata kerinduan terhadap anak-anaknya selepas terputus hubungan.
KUALA LUMPUR: Air mata wanita ini menitis satu persatu tatkala bercerita peristiwa sedihnya termasuklah kegagalan berjumpa anak-anak. Rozana Misbun, 36, juga tidak dapat menahan sebak kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suami, Ahmad Azhar Othman atau Awie, 46. “Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab,” jelas Rozana yang membahasakan dirinya Ina tatkala membuka bicara. Dalam satu pertemuan eksklusif dengan mStar Online di Bangsar pada malam Isnin lalu, jelas terbayang pada wajah wanita ini akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie. Namun, dia masih mampu untuk menyembuyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi rentetan peristiwa hitam, insiden kononnya dibelasah suami sendiri. “Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya. Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Air mata Rozana gugur apabila bercerita mengenai kerinduannya terhadap anak-anak.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan. Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie. Rozana juga telah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Daerah Brickfields berhubung kejadian yang berlaku keatasnya termasuklah ancaman halangan untuk berjumpa tiga anak kandungnya. Ikuti tembual mStar Online bersama Rozana.
Gambar-gambar kecederaan Rozana ini tersebar di Internet sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.
Saya simpati dengan nasib menimpa Ina. Bagaimana Ina boleh simpulkan sembilan tahun perkahwinan Ina dengan Awie?
Alhamdulillah... Ina bahagia dengan Awie. Dia suami yang bertanggungjawab terhadap Ina dan anak-anak. Tetapi sedihnya apabila satu ujian telah berlaku dalam rumah tangga kami, kasih-sayang yang telah disemai selama sembilan tahun akhirnya musnah.
Saya difahamkan sudah sebulan Ina tak jumpa anak-anak. Bagaimana ia boleh berlaku?
Ina hidup dalam keadaan trauma. Emosi Ina juga tertekan akibat kejadian hitam yang menimpa Ina. Keadaan fizikal Ina yang sakit turut menambahkan lagi rasa bimbang. Sehinggalah kira-kira hampir dua minggu selepas peristiwa itu (iaitu pada 15 Jun 2014), Ina membuat keputusan untuk keluar rumah dan tinggal bersama ibu di Bangsar (Kuala Lumpur).
Jika Ina sayangkan anak-anak, kenapa tidak bawa mereka bersama?
Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang... Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat. Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina.
Rozana (dua dari kanan) bersama Awie dan anak-anak mereka.
Ina ada hubungi anak-anak atau tidak untuk melepaskan rindu?
Sudah tentu abang tapi sayangnya bila Ina call, panggilan tidak berjawab. Ina tak tahu apakah sebabnya. Pernah juga bila Ina call, hanya sekali sekali sahaja ringing dan kemudiannya putus. Kenapa Ina tidak ke sekolah mereka? Kan lebih mudah berjumpa di sana! Ina ada hubungi pihak sekolah untuk bercakap dengan anak-anak. Tapi Ina benar-benar terkejut apabila pihak sekolah tidak membenarkan Ina bercakap dengan mereka. Pihak sekolah memaklumkan pada Ina, Awie telah menghantar surat bertarikh 21 Jun 2014 agar tidak membenarkan Ina menemui mereka. Pihak sekolah terpaksa akur kerana mereka tidak mahu timbul masalah di kemudian hari. Kalau Ina pergi juga ke sekolah dan jumpa mereka, tentulah anak-anak akan beritahu bapa mereka. Anak-anak kan tidak pandai berbohong. Sudah pasti banyak masalah lain akan timbul nanti.
Saya dapat bayangkan betapa tertekannya jiwa seorang ibu. Kalau begitu, bagaimana Ina ikuti perkembangan anak?
Ina tak ada pilihan bang! Ina hanya melihat perkembangan anak sulung Ina (Ahmad Merrah) menerusi Instagram dia sahaja. Dia dah kelihatan agak kurus, mungkin rindukan Ina.
Ina... saya ada dengar kononnya Ina mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak Awie bersama Arni. Apakah benar khabar itu?
Fitnah bang… itu semua cerita rekaan. Hubungan Ina dengan anak-anak tiri Ina sangat rapat. Semasa Ina dalam keadaan sakit, anak tiri Ina iaitu Puteri Aleefa yang temankan Ina ke hospital. Malah Puteri Aleefa sanggup tidur di sebalah Ina untuk menjaga ibu tirinya ini. Kalau benar Ina abaikan mereka, kenapa kisah ini hanya timbul semasa kontroversi rumah tangga Ina sedang berlaku. Sepatutnya sejak dulu lagi. Ia fitnah!.
Menatap gambar anak untuk melepaskan rindu.
Keadaan kesihatan Ina pula bagaimana? Masih sakit?
Ina tak tipu… mestilah masih ada kesan sakit. Rusuk kiri iaitu tulang sembilan dan tulang sepuluh retak. Sekarang masih dalam rawatan dan doktor sedang beri perhatian serius. Doktor beritahu, kecederaan tu nyaris-nyaris nak kena paru-paru.
Dalam gambar yang tersebar kelihatan hidung dan bahagian telinga seperti cedera. Bagaimana keadaannya?
Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih. Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.
Aduhhh! Saya tak sanggup nak dengar kesakitan itu. Ina masih trauma?
Tentulah. Ina dah jadi fobia dan trauma. Tapi jujurnya jiwa Ina tertekan kerana tidak dapat jumpa anak-anak. Setiap malam ketika hendak pejamkan mata, Ina akan teringatkan mereka. Dan tentunya Ina akan bayangkan keadaan anak-anak dan persiapan hendak menyambut Aidilfitri nanti. Ina Cuma harap agar Allah memberi kekuatan, kesabaran dan petunjuk untuk Ina hadapi ujian hidup yang sedang Ina lalui ini.
Bagaimana perasaan Ina terhadap Awie selepas melalui ujian-ujian getir seperti ini?
Entahlah... Ina susah nak jawab. Fikiran Ina kosong sekarang ni. Jujurnya Ina tak dendam apa-apa dengan dia, sungguh!

Zahid Bincang Tawaran Jadikan Remaja Hafiz Al-Quran Anak Angkat
Video Muhammad Jamaluddin menghafal ayat al-Quran di dalam penjara yang dikongsi di laman Facebook.
KUCHING: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad Jamaluddin sebagai anak angkat. Beliau berkata perbincangan dengan ketiga-tiga pihak adalah berkaitan proses perundangan dan dokumentasi yang diperlukan untuk menjadikan remaja itu anak angkat. Muhammad, 16 yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi imam di penjara itu. "Ada beberapa tawaran juga untuk mengambil beliau (Muhammad) sebagai anak angkat, tetapi elok saya berbincang bagaimana supaya proses legalisasi dokumentasi dapat dijalankan terlebih dahulu sebelum mengambil sebagai anak angkat," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga kementerian di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya di sini, Selasa. Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Muhammad kerana kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh. "Urusan menghukum ini adalah urusan mahkamah, maka saya tidak boleh menghina mahkamah dengan mengenepikan apa yang diputuskan" katanya. Muhammad pada mulanya disangka seorang remaja Rohingya, namun hasil siasatan mendapati ibu remaja itu merupakan warganegara Thailand manakala bapanya dari Kemboja. Ahmad Zahid mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat ke penjara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebolehan Muhammad yang menarik minat pengikut laman media sosial.

Kekejaman Adolph Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Satu Tindakan Tepat - Datuk Dr Asri
KUALA LUMPUR, 15 Julai: - "Perbuatan Adolph Hitler terhadap rakyat Yahudi mungkin satu tindakan tepat" - ujar Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis.
Datuk Dr Mohd Asri menyatakan pendapatnya itu dalam satu artikel yang diterbitkan dalam laman portal Astro Awani disertakan penjelasan mengapa dia berkata demikian.
Datuk Dr Mohd Asri menjelaskan,, dia telah membaca buku "The Holocaust" ketika di Jerman, sebuah buku yang ditulis oleh seorang Yahudi yang menentang perbuatan Hitler itu. Dr Asri berpendapat, Hitler memang kejam kerana bukan sahaja kaum Yahudi yang dibunuh, malah sesiapa sahaja yang menentang pemerintahannya.
Tapi persoalan yang diajukan oleh Dr Asri adalah mengapa kebencian Hitler kepada orang Yahudi terlampau tinggi sehingga menuduh merekalah yang menekan ekonomi orang jerman. Menurut Dr Asir, Hitler ada menulis dalam bukunya "Mein Kamph", bukan dia sebenarnya yang membuat kepercayaan tersebut tetapi beberapa lagi tokoh-tokoh lain turut mengatakan perkara yang sama, sehingga ada yang mengatakan Yahudi mengamalkan ilmu hitam.
Menyingkap sejarah Yahudi dengan Islam, Nabi Muhammad S.A.W pernah membenarkan kaum Yahudi tinggal di wilayah Khaibar yang penuh kemewahan, tetapi akhirnya mereka yang menjadi tali barut untuk menggulingkan kerajaan. Begitu juga dengan pada zaman pemerintahan khalifah Umar dimana bangsa yahudi diberikan kebebasan menganut agama mereka di Alia, Palestin, tetapi mereka mengkhianati Umar.
“Seperti yang saya katakan tadi secara am, bangsa Yahudi memang mempunyai rekod buruk. Tidak dapat dinafikan ada di antara mereka yang baik, tetapi rekod mereka sebagai satu bangsa adalah sangat buruk,” katanya. - SiakapKeli.com
TOP
12,500 bubur lambuk diagih Najib, isteri di Kampung Baru
KUALA LUMPUR: Penduduk di Kampung Baru hari ini bertuah kerana di kunjungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengagihkan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru.
Sebanyak 12,500 bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai sempena Ramadan ini. Tradisi mengagih bubur lambuk tersebut telah dilakukan selama lapan tahun.
“Ini adalah satu tradisi agi Masjid Kampung baru yang telah lakukan selama bertahun-tahun. Saya datang kesini setiap tahun dan berharap saya boleh mengekalkan tradisi ini ,” lapornya kepada pemberita.
Datuk Seri Najib dan isteri tiba pada jam 5.25 petang terus mengagihkan bungkusan bubur lambuk, dodol dan kurma yang merupakan sumbangan peribadi daripada mereka sendiri.
TOP
Wanita Layak Jadi MB, Tapi Bukan Wan Azizah - Khairy
KUALA LUMPUR: Pandangan Peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengenai wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar terus menerima kritikan termasuk daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, Khairy menegaskan alasan bahawa wanita tidak boleh mengiringi sultan pada majlis keagamaan kerana keuzuran hanya perkara kecil.
"Itu pandangan peribadi beliau. Tapi bagi saya secara peribadi...tidak ada salah wanita menjadi Menteri Besar ataupun Perdana Menteri.
"Kalau bagi alasan tak boleh iringi sultan ke majlis keagamaan, itu bukan satu-satunya tugas Menteri Besar kerana tugas paling penting ialah untuk tadbir negeri," katanya di sini, Selasa.
Bagaimanapun tambah Khairy, semua wanita layak untuk dipilih ke jawatan nombor satu dalam kerajaan namun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam bukanlah calon yang layak untuk mentadbir Selangor.
"Bagi saya wanita lebih daripada layak untuk menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri...cuma bukan wanita itulah. Tapi itu terpulang kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan asal Hafarizam bahawa Wan Azizah tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie atau haid.
Mohd Hafarizam dilaporkan berkata bahawa walaupun tiada halangan jantina di bawah Undang-Undang Tubuh Selangor, terdapat kebimbangan dalam memilih wanita sebagai Menteri Besar.
“Ini kerana seorang Menteri Besar wanita mengalami uzur syarie (haid), terdapat banyak halangan untuknya untuk mengiringi Sultan dalam acara keagamaan.
“Walaupun perkara bawah perlembagaan Selangor sebagai contoh tidak menghalang wanita daripada menjadi Menteri Besar, tetapi berdasarkan konvensyen, terdapat masalah ekoran keadaan itu,” demikian kata Mohd Hafarizam.
TOP
Lapar & Miskin Di Tengah-Tengah Ibu Kota
BAYANGKAN bangun dari tidur setiap pagi dengan merasa badan dan tulang lenguh dan sakit kerana telah bermalam sekali lagi di kaki lima atau di bangku yang sejuk di pinggir padang awam atau di tepi jalan.
Selepas itu terus merasa lapar dan mula mencari tempat yang boleh mensaji sarapan percuma.
Begitulah sebahagian rutin harian bagi ratusan - mungkin ribuan – rakyat Malaysia yang berhadapan dengan keadaan ketidaktentuan tempat tidur dan makanan sepanjang hari dalam hidup mereka.
Merekalah yang disebut sebagai golongan gelandangan.
Ke mana mereka harus pergi? Mereka boleh merayau-rayau di lorong mencari sisa-sisa makanan; mereka boleh seluk kocek atau ragut duit orang lain, kemudian dibelasah dan dicampakkan ke dalam jel.
Adakah itu yang kita mahu?
Sementara itu, terdapat juga kanak-kanak gelandangan yang mengikut ibu-bapa mereka berkeliaran di merata-rata tempat, termasuk di ceruk-ceruk gelap, tanpa menghirau soal persekolahan dan masa depan mereka. Mengambil kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur sebagai contoh, di sekeliling kanak-kanak ini, di antara lain, ialah gedung-gedung dan bazar membeli-belah, kedai-kedai makan, pasar basah, hotel-hotel murah, pusat-pusat rekreasi untuk dewasa serta sarang pelacuran dan dadah. Budak-budak ini tiada padang permainan seperti yang terdapat di kebanyakan taman-taman perumahan. Tiada juga tempat-tempat penjagaan kanak-kanak, di mana budak yang masih bayi atau di peringkat pra-sekolah diberi penjagaan yang baik ketika ibubapa mereka pergi mencari nafkah. Sering kedengaran suara-suara kelaparan, tangisan sedih dan sakit dan tengking-menengking kerana kesempitan wang dan tiada makanan harian. Dengan persekitaran sedemikian saban hari sejak lecil, tidak mustahil kanak-kanak di Chow Kit – dan tempat-tempat lain yang senasib dengannya - membesar dengan perwatakan agresif, berani mati, dan tiada hormat kepada undang-undang dan tiada wawasan bagi masa depan. Hendak ada wawasan macama mana kalau membesar di tepi jalanan. Jangan fikir dengan pertumbuhan dan pembangunan pesat di sekitar negara, lebih-lebih lagi di ibu kota dan beberapa pusat pertumbuhan di Lembah Klang, tiada insan yang hidup menderita dan merana dalam kemiskinan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, begitulah hidup seharian di beberapa tempat di kota, seperti di Chow Kit dan juga sekitar kompleks Kota Raya dan Cahaya Suria di Jalan Tun Perak. Apapun, di sinilah kediaman mereka, di sinilah tempat mereka hidup dan mati, di sinilah syurga dan neraka duniawi mereka. Maka, saya tabik kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana sanggup turun ke jalanan – bukan setakat turun padang saja - untuk melihat sendiri keadaan warga gelandangan di ibu kota. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertanya sesuatu kepada salah seorang gelandanganyang tidur di kaki lima berhampiran Kotaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Perdana Menteri menghabiskan kira-kira sejam mulai 10.40 malam Rabu lalu untuk meninjau kehidupan di jalanan, di mana beliau sempat beramah-tamah dengan beberapa orang gelandangan di sekitar Bangunan Cahaya Suria di Jalan Tun Perak. Di antara mereka yang menemani beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. Kira-kira seminggu sebelum kunjungan mengejut Najib ke sana, Ku Nan telah mencetuskan kontroversi dengan menyatakan dapur-dapur jalanan yang menyediakan makanan kepada golongan gelandangan tidak dibenar beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat membeli-belah Lot 10 di tengah-tengah bandar raya KL. Alasan yang diberikan ialah hendak membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah dan gelandangan serta aktiviti dapur jalanan, juga dikenali sebagai “soup kitchen”, yang kononnya mencemarkan imej ibu kota dan kebersihannya diragui. Namun, beberapa hari kemudian, selepas menemui beberapa badan sukarelawan, Ku Nan telah bersikap lebih lembut dan memberitahu masing-masing dibenarkan meneruskan aktiviti ‘soup kitchen’ mereka sehingga 16 Ogos, iaitu selepas sambutan Aidilfitri. Beliau berkata, bagaimanapun, badan-badan amal yang mempunyai premis yang sesuai seperti rumah ibadat atau bangunan sendiri dibenarkan mengagih makanan walaupun dalam lingkungan 2km radius. Katanya, satu lagi sesi perjumpaan bersama-sama golongan gelandangan dan pengemis akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mendengar keluhan dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
BUKAN SEKADAR SEDIA MAKAN SAJA
Dapur-dapur jalanan ini bukan semata-mata pusat edaran makanan. Ada di kalangan gelandangan yang datang mencari bantuan perubatan dan kadang-kadang, bertanya tentang kerja atau jawatan kosong. Terdapat beberapa badan sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan berkhidmat dengan memberi tusyen percuma, menganjurkan aktiviti seperti mencat dan membersih persekitaran dan memberi tempat tidur serta perubatan dan rawatan bila berupaya. Pada asasnya, kemudahan perubatan yang disediakan adalah minyak angin dan pil untuk sakit-sakit ringan seperti sakit kepala, sakit perut dan sembelit dan luka di badan. Tidak sia-sia Najib berkunjung ke Chow Kit untuk mendapat maklum balas mengenai hidup warga kota yang sudah lama dipinggirkan. Ini kerana, tidak lama lagi, atas arahan beliau, sebuah bangunan telah dikenalpasti sebagai lokasi untuk dijadikan rumah perlindungan buat golongan gelandangan di ibu kota. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mungkin akan mendapat beberapa unit dan tingkat di dalam bangunan yang dikenalpasti itu bagi menempatkan mereka yang hidup secara gelandangan. Bahagian bawah (bangunan itu) mungkin boleh dijadikan pusat perkhidmatan seperti rawatan kesihatan. Begitulah harapan kita pada DBKL.

SPRM Siasat Pegawai Kanan Syarikat GLC
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam perniagaan minyak pelincir kenderaan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu sindiket rasuah berjumlah lebih RM1.7 juta.
SPRM dalam kenyataan pada Selasa berkata, kegiatan sindiket itu dikesan melakukan penyelewengan dana projek pengubahsuaian bengkel di beberapa buah negeri.
Sindiket itu antara lain mencadangkan kontraktor terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan untuk mendapatkan lapan projek pengubahsuaian beberapa buah bengkel sekitar 2009 dan 2010 di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Menurut kenyataan itu, setiap kontraktor yang berjaya mendapatkan projek berkenaan telah membuat bayaran kepada pegawai terbabit dengan nilai antara RM70,000 hingga RM260,000 sebagai balasan.
SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut dan mereka yang terlibat dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.
TOP
Exco PAS Selangor Tampil Bela Khalid Ibrahim
PETALING JAYA: Saat sukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang diserang dengan pelbagai tekanan daripada partinya sendiri terubat apabila seorang exco PAS Selangor tampil membela Menteri Besar berkenaan.
Lantang mengkritik tindakan terancang untuk menggulingkan Abdul Khalid, Exco Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor kini dihimpit virus dengki dan iri hati.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Ahmad Yunus turut menegur sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang mula membelakangkan agenda pembangunan negeri demi cita-cita politik individu.
"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati? Adakah tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah?
"Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki Pakatan Rakyat Selangor selama ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Sejak beberapa bulan lalu, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor secara konsisten memberi tekanan kepada Abdul Khalid supaya mengosongkan kerusi Menteri Besar.
Tekanan terhadap Abdul Khalid menjadi semakin serius apabila pimpinan PKR Selangor mengambil kesempatan menggunakan isu kegagalan Abdul Khalid mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor sebagai alasan untuk beliau melepaskan kedudukannya.
Malah komplot menjatuhkan Abdul Khalid memasuki fasa terbaharu apabila dikatakan wujud usaha di kalangan Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) untuk menggulingkan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya.
Bagaimanapun usaha berkenaan didakwa tidak disenangi kepimpinan PAS Selangor.
Mengulas lanjut, Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang berkata, sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin tertentu untuk menjadi Menteri Besar menyebabkan rakyat muak dan bosan.
"Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat.
"Apakah tiada cara yang paling baik dan halus untuk melakukan transisi perubahan sekiranya perlu secara berhemah dan teratur.
"Kepimpinan Pakatan Rakyat perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini telah terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat," katanya yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Langat.
TOP
UK Nasihat Warganya Elak Perjalanan Ke Pulau-Pulau Di Pantai Timur Sabah
Salah sebuah jeti di perairan pantai timur Sabah.
PETALING JAYA: Pejabat Luar Negeri dan Komanwel (FCO) menasihatkan warga British mengelakkan semua perjalanan ke pulau-pulau di pantai timur Sabah kecuali yang benar-benar perlu. "Terdapat satu ancaman kepada orang asing dengan berlakunya penculikan dan jenayah di pantai timur Sabah dan pulau-pulau khususnya dekat dengan Kepulauan Sulu di selatan Filipina. "Anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga di bandar Sandakan dan di sepanjang kawasan pantai selatan ke Tawau. "Anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan timur Lahad Datu dan di sekitar Semporna berikutan konfrontasi pada Mac 2013 di antara pemberontak dan pasukan keselamatan Malaysia," demikian nasihat yang dimuat naik dalam laman web Suruhanjaya Tinggi British pada Selasa. FCO juga menasihatkan warganya untuk sentiasa mengikuti perkembangan dan mengikut garis panduan yang disediakan oleh pengusaha pelancongan mereka dan pihak berkuasa tempatan. Kira-kira 435,500 warga British melawat Malaysia setiap tahun.

Biar Khalid Teruskan Tugasnya - Pemimpin PAS
Tan Sri Khalid Ibrahim
PETALING JAYA: Isu Menteri Besar Selangor menjadi lebih rumit apabila pemimpin-pemimpin PAS di Selangor kini menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berkhidmat secara penuh dalam penggalnya. Khalid yang dikatakan mempunyai 'sembilan penyelamat' mampu bertahan dalam plot untuk menggulingkannya dengan mendapat sokongan daripada PAS. Terdapat pelbagai campuran pendapat mengenai sama ada Khalid perlu diganti dalam mesyuarat yang diadakan Sabtu lalu, yang dipengerusikan oleh presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk mendengar pandangan darpada pemimpin-pemimpin PAS Selangor. Sumber yang mempunyai kedudukan yang baik dalam PAS Selangor berkata pandangan supaya 'Khalid diteruskan' mendominasi berbanding mereka yang mahu Khalid berundur. Mereka yang hadir mesyuarat itu termasuklah empat ahli majlis eksekutif PAS negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen serta ketua-ketua bahagian. Tidak banyak yang diperkatakan Hadi tetapi beliau memaklumkan dalam mesyuarat itu bahawa beliau akan mengambil kira semua pandangan. Difahamkan, kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, Hadi bersama-sama dengan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali pergi ke kediaman Khalid di Bukit Damansara, mungkin untuk menyampaikan pandangan tertentu kepada Menteri Besar. Walau bagaimanapun, Mustafa ketika dihubungi mendakwa ia semata-mata "kunjungan hormat selepas solat terawih". "Tan Sri Khalid telah melawat Tuan Guru ketika beliau berada di IJN (Institut Jantung Negara) dan kami mahu membalas kunjungan itu. Kami berada di sana kira-kira satu jam, kami tidak membincangkan apa-apa isu-isu berat," kata Mustafa. Sumber PAS Selangor berkata sebilangan besar daripada mereka yang mengadakan pertemuan dengan Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS Selangor berpendapat bahawa khidmat Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang. Pihak yang menyokong Khalid termasuklah Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco negeri Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid. Mereka yang lain yang mempertahankan Khalid adalah Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi. Iskandar, yang juga Exco Kerajaan Negeri, berkata adalah tidak masuk akal untuk menggantikan Khalid yang dilihat sebagai 'pemimpin yang bersih' dan 'tidak mengamalkan rasuah'. Mereka yang lain yang menyokong Khalid berkata PAS tidak seharusnya diheret ke dalam apa yang mereka lihat sebagai "drama PKR" untuk menjatuhkan Khalid. Mereka memberi amaran kepada kepimpinan tertinggi parti daripada terlibat dalam politik dalaman PKR.

MTUC Mahu Sektor Perniagaan Swasta Tetap Lima Hari Berkerja
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan agar mewajibkan sektor perniagaan swasta melaksana lima hari bekerja bagi meningkat produktiviti pekerja sektor itu.
Timbalan Setiausaha Agungnya A. Balasubramaniam berkata ia juga untuk menyelaras hari bekerja dengan agensi dan jabatan kerajaan serta institusi kewangan.
MTUC menerima aduan masih banyak syarikat seperti perkapalan, penghantaran dan logistik mengamalkan sistem enam hari bekerja sementara Sabtu merupakan hari bekerja separuh hari, katanya kepada Bernama.
Namun beliau berkata sektor ini didapati melakukan perkhidmatan untuk kebanyakan pelanggan mereka yang pejabatnya ditutup pada Sabtu.
Balasubramaniam berkata Kementerian Sumber Manusia perlu mendidik sektor berkenaan tentang kepentingan bekerja lima hari seminggu demi manfaat pekerja mereka.
TOP
Isteri PM Rayu Penculik Kembalikan Zakia Aleip
Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor memangku anak bongsu kepada perwira negara yang terkorban di dalam Ops Daulat, Allahyarham DSP Zulkifli Mamat, Mohd Aqib Syahid, 9 bulan, semasa menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham, Noor Aziah Noor (kanan) pada Majlis Sumbangan Hari Raya Kepada Balu-Balu Perwira Negara Tragedi di Lahad Datu dan Waris-Waris MH370 di Seri Perdana di Putrajaya pada Selasa.
PUTRAJAYA: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor merayu supaya Konstabel Zakia Aleip yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul Sabtu lepas, dikembalikan kepada keluarganya. "Saya sebagai ibu dan isteri memahami perasaan isteri Zakia. Saya merayu kepada kumpulan penculik itu ingatlah konstabel mempunyai anak dan isteri. "Jangan sebab hendak kepuasan diri sampai sanggup melakukan penculikan tersebut," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga dan waris Perwira Negara Lahad Datu, kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas dan keluarga anggota tentera di sini, Selasa. Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) meminta isteri Zakia serta rakyat Malaysia supaya terus mendoakan anggota polis itu dapat pulang dengan selamat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna, Sabah Sabtu malam lepas mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala rakan setugasnya Zakia, 26, dilarikan. Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Zakia ada menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson pada Ahad malam memaklumkan beliau masih hidup dan kini berada bersama beberapa orang. Pada majlis itu, Biro Kebajikan Umno dan Bakti menyampaikan sumbangan berjumlah RM290,00 kepada 39 orang termasuk balu, waris serta anggota polis dan tentera yang cedera. Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata masing-masing menerima sumbangan antara RM5,000 sehingga RM20,000 manakala balu mangsa serang hendap di Pulau Mabul serta dua balu insiden kereta perisai terbalik di Kuala Kangsar, Perak masing-masing menerima RM20,000. Sementara itu ketika diminta mengulas pertemuan beliau dan Rosmah dengan waris kru MH370 selepas majlis itu, Abdul Azeez berkata mereka meminta dua perkara, pertama supaya bantuan kewangan diberikan tidak diumumkan untuk mengelakkan keselamatan tergugat. Perkara kedua adalah supaya semua filem tentang insiden kehilangan pesawat MH370 tidak ditayangkan kerana ia akan menyentuh sensitiviti waris kru kerana perkara sebenar yang berlaku pada pesawat itu masih tidak diketahui, katanya.

4 Lagi Ditahan Bantu Kes Kematian Model Estonia
JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.
Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini, katanya di dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata sejak Ahad hingga hari ini, polis telah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.
Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.
TOP
Pembuat Roti Bimbang Rumah Jadi Sasaran Serangan Pemberi Pinjam Wang
Chua (tengah) menunjukkan beberapa keping gambar rumahnya yang disimbah cat merah pada sidang media, Selasa.
JOHOR BAHRU: Seorang pembuat roti dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan kerana rumahnya telah disimbah dengan cat merah sebanyak lima kali dalam tempoh lapan bulan. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Chua, 35, mengesyaki penyerang adalah pemberi pinjam wang yang telah tersilap menyimbah cat merah ke rumahnya kerana dia tidak pernah membuat pinjaman wang. "Saya berpandangan pemberi pinjam wang telah mendapat alamat yang salah dan tanpa disedari mereka telah berkali-kali menyerang rumah saya. "Saya bimbangkan keselamatan isteri dan tiga anak saya yang masih kecil kerana serangan boleh menjadi lebih agresif jika kesilapan itu tidak diperbetulkan segera," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Selasa. Katanya, dia telah membuat dua laporan polis berhubung perkara itu, di mana laporan yang pertama dibuat selepas insiden pertama berlaku pada bulan November tahun lepas manakala laporan kedua dibuat Sabtu lepas selepas kejadian serupa berlaku buat kali kelima. "Dalam kedua-dua kejadian yang dilaporkan, kereta saya rosak apabila cat merah telah dicurahkan di kereta saya," kata Chua sambil menambah dia menganggarkan kerugian hampir RM400 untuk keretanya dalam kedua-dua kejadian itu.

Nur Misuari Terlibat Ceroboh Sabah - Zahid
KUCHING: Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari terlibat dengan menggunakan kumpulan sendiri serta beberapa kumpulan lain dalam melakukan pencerobohan dan penculikan di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kegiatan itu dilakukan dengan tujuan mengumpul dana bagi membentuk semula tentera upahan Nur Misuari selain bagi mengembalikan semula pengaruhnya di selatan Filipina.
Katanya umum mengetahui bahawa Nur Misuari tidak mendapat sokongan dan tidak dibabitkan dalam Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang ditandatangani kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi membuka jalan ke arah penyelesaian politik di Mindanao pada Mac lepas.
"Kita tidak mempunyai apa-apa hubungan secara langsung dengan Nur Misuari, tapi kita yakin beliau mempunyai matlamat lebih besar.
"Beliau bersekongkol dengan individu yang disebut berada dalam Kesultanan Sulu yang berhasrat untuk mengambil alih Sabah," katanya pada pada sidang media di majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al-Mujahiddin di sini.
Beliau mengulas insiden serang hendap di Pulau Mabul, Sabah pada Sabtu lepas yang menyaksikan seorang anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa pembabitan Nur Misuari dalam insiden itu setelah tidak berpuas hati kerana dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.
Abdul Rahim dilaporkan berkata kumpulan berkenaan kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepada mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Ahmad Zahid berkata Nur Misuari dilihat amat yakin bahawa Sabah boleh diambil alih oleh individu yang mengaku daripada Kesultanan Sulu dan dia (Nur Misuari) mahu terlibat sama.
"Di sini, saya ingin beritahu bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia. Kita tidak akan benarkan walau satu inci pun tanah Sabah diceroboh oleh mana-mana penduduk luar," katanya.
Beliau berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), yang mulai hari ini dipegang oleh pasukan polis, akan memastikan sebarang tindakan dibuat berdasarkan prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Ketika meminta masyarakat tempatan memberi sokongan penuh kepada ESSCom bagi memastikan keseluruhan kawasan itu selamat, Ahmad Zahid turut memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang memberi maklumat mengenai kawasan berkenaan kepada pihak luar.
Menurutnya beliau sedar ada penduduk setempat sama ada pemastautin tetap, sementara, atau yang berada dalam negara secara haram yang memberi maklumat kepada kumpulan penceroboh luar.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia menjalin kerjasama yang baik dengan kerajaan Filipina termasuk menerusi pasukan polis dan pelbagai agensi keselamatan lain dalam mengumpul maklumat serta penguatkuasaan.
TOP
SOP 'Shoot On Sight' Di Esscom Perlukan Kajian - KPN
KUCHING: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata prosedur operasi standard (SOP) 'shoot on sight' atau 'tembak apabila nampak' di perairan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memerlukan kajian dan penelitian sebelum dilaksanakan.
"Kita perlu kaji, teliti sebarang arahan tembak, sebarang arahan SOP yang kita keluarkan untuk beri kebenaran menembak.
"Ini kerana kita tahu laluan itu digunakan bukan sahaja penjenayah tetapi juga digunakan pedagang tukar barang dan orang-orang kampung," katanya dalam sidang media pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Dalam Negeri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri di Masjid Al Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya, di sini.
Khalid berkata justeru itu kajian SOP yang sesuai yang akan dikeluarkan kepada petugas keselamatan yang bertugas di perairan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pasukan keselamatan mengemukakan SOP 'shoot on sight' atau 'tembak apabila nampak' lebih jelas terhadap kumpulan bersenjata yang menceroboh perairan negara untuk kelulusan kerajaan sebelum melaksanakannya.
Sementara itu ketika diminta mengulas status terkini anggota polis Marin, Konstabel Zakia Aliep, Khalid berkata pihaknya mempunyai maklumat namun beliau enggan mengulas lanjut.
"Memang kita ada buat perhubungan dengan kumpulan penjenayah, kumpulan penculik itu, tetapi eloklah kita tidak membincangkan secara terbuka di sini demi keselamatan mangsa," katanya.
Zakia, 26 diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata dalam serangan hendap di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Sabtu lepas yang turut mengorbankan rakan setugas, Koperal Ab Rajah Jamuan.
TOP
Membeli-Belah Keperluan Aidilfitri Secara Online, Gaya Hidup Remaja
KUALA LUMPUR: Membeli-belah secara online terutama pada musim perayaan bukan lagi aktiviti asing dalam kalangan rakyat Malaysia, malah kini menjadi gaya hidup sesetengah golongan remaja.
Dengan hanya menggunakan telefon bimbit pintar, tablet atau komputer riba, pembelian bagi hampir semua barang boleh dibuat - tanpa perlu bersesak dan beratur panjang di kaunter pusat beli-belah.
Belum lagi diceritakan sengsara dalam kesesakan lalu-lintas.
Menjelang Aidilfitri, layari sahaja laman sosial Facebook atau Instagram dari rumah atau pejabat, anda akan dapati pelbagai jenis perniagaan dan butik mempromosi produk mereka termasuk baju kurung, baju Melayu, pelbagai rupa pakaian batik, songket dan tudung dengan rekaan terkini.
Harganya bergantung pada kualiti kain dan kehalusan seni jahitan.
Namun, apapun kebaikannya, pembelian secara online atau dalam talian tetap ada aspek negatifnya.
Fomca menasihatkan pengguna agar berhati-hati dalam membuat pembelian menerusi internet bagi mengelak dari tertipu. Seorang wartawan, Siti Baaqiah Mamat, 24, berkata beliau terpaksa membeli baju raya secara online akibat kesibukan kerja, di samping jadual tugas yang tidak menentu meskipun pada hujung minggu. "Saya bekerja mengikut syif, jadi sukar untuk membuat perancangan di mana hendak membeli-belah. Justeru, saya memilih pembelian secara dalam talian yang boleh diakses selama 24 jam melalui telefon bimbit dan komputer riba," katanya. Siti Baaqiah berkata tidak hanya terdapat pelbagai pilihan, pembelian baju secara dalam talian ini lebih murah dan berkualiti berbanding yang dijual di pusat beli-belah. "Jika terasa was-was dengan saiz baju itu sekalipun, saya akan meminta peniaga dalam talian itu untuk memberikan senarai ukuran badan. Dengan cara itu, saya tidak akan tersalah memilih," katanya. Bagi Nornasheila Zaidi, 25, beliau berjinak dengan pembelian dalam talian sejak dua tahun lalu, selepas mengalami kesukaran untuk mendapatkan baju kurung bersaiz dengan fesyen terkini yang diingini. "Jika saya membeli baju kurung di pusat beli-belah, saya akan pulang dengan tangan kosong gara-gara tidak banyak kedai atau butik pakaian menjual baju saiz besar untuk orang gempal seperti saya ," katanya yang berasal dari Kuching, Sarawak. Tinjauan di beberapa laman sosial dan laman sesawang mendapati promosi pelbagai koleksi dan rekaan baju raya. Pemilik Butik Oh Almaree, Siti Mazira Aini Mustaphar, 32, berkata pihaknya menawarkan bermacam-macam pakej baju raya yang sedondon untuk seisi keluarga dengan harga berpatutan. "Sambutan Aidilfitri pada tahun ini sahaja, sebanyak 150 hingga 200 pasang tempahan baju diterima. Tempahan yang telah dibuka sejak 2 Jun lalu itu terpaksa ditutup awal berikutan respons pelanggan yang memberangsangkan," katanya. Siti Mazira Aini, yang menjalankan perniagaan sejak tiga tahun lalu berkata beliau tidak hanya tertumpu untuk menjahit baju sahaja, malah turut menjual pakaian siap seperti baju Melayu, baju kurung moden serta fesyen. Harga pakaian bergantung pada reka bentuk dan jenis kain. Jika kain memerlukan 'lining' (lapisan) ia mampu mencecah RM250, manakala tanpa 'lining' RM150, katanya. Bagi Nur Amalina Mohamed Salleh, 23, yang mengasaskan butik jahitan Lena Lee Design sejak Februari lepas berkata rekaan dan kualiti baju raya dihasilkannya bukan sahaja diminati warga tempatan di Semenanjung malah turut menarik pelanggan daripada Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. "Buat masa ini, kita telah menerima 300 helai tempahan baju raya, kebanyakannya baju kurung moden dan ia dijual antara RM89 dan RM175 sehelai. "Kebiasaannya sehelai baju dapat disiapkan dalam masa 10 hari, kemudian diposkan ke destinasi pembuat tempahan," katanya Nur Amalina masih menuntut dalam bidang Psikologi (Pemasaran) di Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Shah Alam. Melihat kecenderungan masyarakat membuat pembelian secara dalam talian, Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Siti Rahayu Zakaria menasihatkan pengguna agar berhati-hati dalam membuat pembelian bagi mengelak tertipu. Siti Rahayu berkata pengguna perlu bijak meneliti status perniagaan tersebut tanpa terus membuat pilihan dan bayaran. "Ini kerana aduan negatif berkenaan pembelian secara dalam talian yang diterima Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) menunjukkan peningkatan kepada 3,712 pada 2013, berbanding hanya 874 pada 2012," tambahnya. Daripada jumlah itu, Siti Rahayu berkata sebanyak 47.2 peratus melibatkan aduan penghantaran lewat, 20 peratus (kualiti produk rendah dan tidak sama seperti diiklankan) manakala 15.6 peratus (penipuan jualan). Beliau berkata perniagaan yang tidak didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah perniagaan yang paling banyak melakukan penipuan. Syarikat berkenaan biasanya meminta pengguna/pelanggan membuat pembayaran awal walaupun belum mendapat barangan yang dipesan. "Apabila ini berlaku, sukar bagi pengguna mendapatkan semula wang kerana mereka kekurangan maklumat mengenai alamat perniagaan, identiti peniaga dan maklumat lain bagi membantu pengguna mendapatkan ganti rugi," tambahnya.

Pemain Sayap Benfica Sah Sarung Jersi Liverpool
PEMAIN sayap Benfica Lazar Markovic bakal menjalani ujian kesihatan di Livepool dijangka pada Selasa.
Markovic,20, menyertai skuad Brendan Rodgers selepas kedua-dua pasukan bersetuju dengan nilai 20 juta pound (RM109 juta) begi pelepasan selepas setahun dia bersama pasukan kelab Portugal itu.
Rodgers kini terus mencari kekuatan terbaharu kelab ini selepas ketiadaan Luis Suarez yang berpindah ke Barcelona.
Dalam masa sama Sevilla turut mengesahkan bersetuju untuk mengambil penyerang The Reds lago Aspas secara pinjaman sehingga tamat musim baharu nanti.
TOP
Man United Henti Rundingan Dapatkan Arturo Vidal
MANCHESTER United menghentikan hasratnya untuk mendapatkan Arturo Vidal selepas Louis Van Gaal enggan meneruskan rundingan.
Perbincangan mengenai penghijrahan pemain Chile itu terpaksa dihentikan kerana yuran perpindahan yang tinggi dan beberapa masalah lain.
Juventus dilaporkan bersedia menjual pemain berusia 27 tahun itu dengan nilai £32 juta.
Bagaimanapun nilai tersebut dipercayai kurang disenangi oleh United khususnya Van Gaal. Vidal yang sedang bercuti selepas membantu Chile pada saingan Piala Dunia berkata, "Saya dengar mengenai khabar angin ini tetapi enggan mengulasnya" "Saya gembira dengan masa cuti ini dan akan pulang ke Itali untuk melihat apa yang berlaku."

Bercerai Selepas Suami Doa Isteri Sakit Kanser
Gambar hiasan -foto Getty
PASANGAN suami isteri bercerai tidak lama selepas si suami bertindak memberitahu isterinya bahawa dia mendoakan supaya isterinya itu menghidap kanser, dalam satu sesi pendengaran oleh seorang hakim mahkamah keluarga. Wanita itu memberitahu mahkamah di Barnet, utara London, bahawa suaminya sering berkata tentang keadaan dirinya yang 'sentiasa sakit' dan menambah: "Saya berdoa kepada Allah semoga kamu akan menghidap kanser kerana anda mahu orang ramai berasa simpati terhadap kamu." Hakim Marcia Levi menganalis keterangan setelah pasangan suami dan isteri berkenaan tidak bersetuju ke atas hak penjagaan dua orang anak perempuan mereka yang berusia sembilan dan tiga tahun. Lelaki itu berkata isterinya yang mempunyai hubungan renggang dengannya adalah seorang 'pembohong patologi. Tetapi Hakim Levi membuat kesimpulan dalam keputusan bertulis bahawa si isteri telah memberitahu kebenaran tentang doa suaminya agar dirinya menghidap kanser. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa lelaki itu telah menyerang isterinya beberapa kali. Kedua-dua mereka adalah Muslim dan telah berkahwin di bawah undang-undang Islam, kata hakim.

Setiausaha Luar Britain William Hague Letak Jawatan Buka Jalan Kepada Rombakan Kabinet
Setiausaha Luar Britain, William Hague
LONDON: Pemimpin kanan Parti Konservatif Britain, William Hague telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Luar Negara (Menteri Luar) berkuatkuasa serta merta dan hanya akan mengambil jawatan yang kurang menyerlah iaitu sebagai pemimpin Dewan Rakyat. Hague adalah pemimpin Parti Konservatif dari 1997 hingga 2001 (ketika itu di dalam pembangkang) sebelum melepaskan jawatan tersebut ekoran kekalahan teruk kepada Parti Buruh dalam pilihan raya 2001. Bagaimanapun peranan barunya nanti itu masih bertaraf anggota kabinet Perdana Menteri David Cameron (gambar). Beliau juga akan kekal sebagai anggota Majlis Keselamatan Negara yang biasanya dianggotai oleh pemimpin kanan kabinet.
Hague turut mengumumkan yang beliau tidak berhasrat untuk mempertahankan kerusi parlimennya dalam pilihan raya umum akan datang. Britain akan memilih kerajaan semula pada Mei tahun depan. Hague mengambil keputusan untuk mengumumkan peletakan jawatannya itu lebih awal sejurus sebelum Cameron mengumumkan rombakan kabinet besar-besaran sejak memimpin negara itu pada Mei 2010. Selain Hague, turut membuat keputusan untuk meninggalkan kabinet ialah Setiausaha Kewangan, Kenneth Clarke, Damian Green (Menteri Kepolisian), Dominic Grieve (Peguam Negara), dan David Willetts (Menteri Sains dan Universiti). Di dalam sistem pentadbiran Britain, setiausaha sesuatu jabatan/kementerian adalah seorang yang bertaraf menteri manakala jawatan menteri pula adalah kordinator yang bertanggungjawab ke atas sesuatu potfolio di dalam jabatan/kementerian berkenaan. Menteri bertanggungjawab melaporkan kepada setiausaha. Bagaimanapun kedua-dua jawatan tersebut adalah lantikan politik dan kebiasaannya terdiri daripada anggota parlimen. Semua setiausaha jabatan/kementerian adalah anggota kabinet tetapi terdapat juga menteri yang dijemput menghadiri mesyuarat kabinet atas permintaan perdana menteri. Kini dengan peletakan jawatan Hague sebagai setiausaha luar negara - suatu jawatan dalam kabinet yang dianggap kanan - Philip Hammond, yang merupakan setiausaha pertahanan Britain disebut-sebut akan dilantik mengantikan tempatnya. Sebelum itu seorang demi seorang pemimpin kanan Konservatif dilihat masuk dan meninggalkan pejabat perdana menteri pada malam Isnin sekaligus mencetuskan spekulasi yang beliau akan membuat rombakan kabinet secara besar-besaran. Sejak mengambil alih pemerintahan negara pada 2010, Cameron belum pernah membuat rombakan kabinet. Tetapi keputusannya untuk melakukan rombakan ini menimbulkan seribu satu pertanyaan memandangkan pilihan raya umum akan datang dijadualkan berlangsung Mei tahun depan. Ini bermakna, kabinet barunya nanti hanya akan berkhidmat untuk tempoh lebih kurang sembilan bulan sahaja. Media-media massa Britain menyebut Cameron akan melantik lebih ramai wanita dalam kabinet barunya nanti - sekaligus memberi isyarat yang dia berhasrat untuk memenangi lebih banyak undi dan sokongan golongan wanita dalam pilihan raya akan datang. Sebahagian besar anggota kabinet yang melepaskan jawatan atau digugurkan adalah terdiri daripada mereka yang sudah mencapai umur 'warga emas'. Cameron dikatakan mahu barisan kabinetnya dianggotai oleh muka-muka baru yang lebih muda disamping wanita. Lain-lain pemimpin kanan yang telah digugurkan daripada jawatan masing-masing ialah Sir George Young (ketua whip), David Jone (Setiausaha untuk wilayah Wales), Stephen Hammond (Menteri Pengangkutan), Hugh Robertson (Menteri di Jabatan Luar Negara), Nick Hurd (Menteri Untuk Masyarakat Madani), David Willetts (Menteri Sains dan Universiti) dan Andrew Robathan (Menteri Untuk Hal Ehwal Ireland Utara). Sementara Alan Duncan (Menteri Pembangunan Antarabangsa) dan Greg Barker (Menteri Perubahan Alam Sekitar), yang memang dikenali sebagai penyokong kuat Cameron dalam pemilihan parti pada 2005 turut meninggalkan kerajaan secara sukarela. Sementara itu Hague, dalam satu kenyataan berkata: "Menjelang pilihan raya umum akan datang iaitu pada Mei tahun depan, saya telah berkhidmat selama 26 tahun sebagai anggota Dewan Rakyat. Di dalam kerajaan perlu ada keseimbangan di antara pemimpin veteran dan muda dan saya telah memaklumkan kepada perdana menteri sejak musim panas yang lalu lagi bahawa saya tidak akan mempertahankan kerusi parlimen saya. Oleh yang demikian sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya meninggalkan peranan aktif dalam kerajaan."

Obama Alu-Alukan Pelan Gencatan Senjata Mesir Di Gaza
Obama bercakap dalam majlis berbuka puasa di Dewan Makan Negara di Rumah Putih, Isnin.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Isnin menyambut baik cadangan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza oleh Mesir, sambil mengharapkan ia boleh memulihkan ketenangan. Dalam satu majlis berbuka puasa, Obama juga berkata Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya terhadap serangan roket yang 'tidak dapat dimaafkan' tetapi menyifatkan kematian orang awam Palestin dalam konflik itu sebagai satu 'tragedi'. Obama berkata demikian selepas Mesir berkata gencatan senjata harus bermula pada Selasa dan ia bersedia untuk menjadi tuan rumah delegasi peringkat tinggi antara Israel dan Palestin untuk mengadakan perbincangan selepas gencatan senjata telah berkuat kuasa. Obama berkata keutamaan Washington adalah untuk memulihkan gencatan senjata antara Israel dan Hamas pada 2012 selepas letupan keganasan sebelumnya. "Kita mengalu-alukan Mesir yang telah membuat cadangan untuk mencapai matlamat ini yang kita harap dapat mengembalikan ketenangan yang kita cari-cari," kata Obama dalam Dewan Makan Negara di Rumah Putih. "Gambar-gambar yang kita lihat di Gaza dan di Israel adalah menyayat hati," katanya. "Saya akan berkata dengan jelas, tidak ada negara boleh menerima roket dilancarkan sewenang-wenangnya terhadap penduduk awam. Kami juga sangat jelas bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya daripada apa yang saya anggap sebagai serangan yang 'tidak dapat dimaafkan' dari Hamas." "Pada masa yang sama...kematian dan kecederaan orang awam Palestin adalah satu tragedi, itulah sebabnya kita telah menekankan keperluan untuk melindungi orang awam tanpa mengira siapa mereka atau di mana mereka tinggal." Jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry telah "terlibat secara langsung dalam perbualan" dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pegawai-pegawai Mesir dan Presiden Palestin Mahmud Abbas berhubung krisis tersebut. Sementara itu Seorang pegawai kanan Jabatan Negara berkata, sejak Sabtu, Kerry telah mengadakan perbincangan dengan Netanyahu sebanyak empat kali, dua kali dengan menteri-menteri luar Mesir dan Qatar dan sekali dengan menteri-menteri luar Turki dan Jordan. Sekurang-kurangnya 186 rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman Israel di Gaza ketika konflik itu memasuki hari kelapan. Israel berkata serangan udaranya adalah sebagai tindak balas kepada serangan roket Hamas ke atas bandar-bandar yang kebanyakannya telah dipintas oleh peluru berpandu pemintas Israel tanpa menyebabkan sebarang kematian. Obama juga menggunakan majlis berbuka puasa itu untuk mengeluh mengenai saat-saat 'sukar' di Timur Tengah, termasuk 'kekejaman' rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria dan bercakap tentang keperluan sebuah kerajaan baharu yang boleh menyatukan rakyat Iraq untuk menghadapi cabaran daripada pelampau Sunni.

Rambut Bayi Statik Selepas Dilahirkan Ketika Ibunya Dipanah Petir
Kimberly masih berada dalam kandungan ketika ibunya Kendra Villanueva dipanah petir Julai tahun lalu. -foto KOAT/ABC
IBU bapanya memanggilnya sebagai 'si kecil Flash Gordon' selepas berlaku keajaiban di mana bayi ini selamat dilahirkan dalam saat-saat cemas apabila ibunya dipanah petir, Julai lalu. Berusia satu tahun, Kimberly Gordon terselamat daripada panahan kilat yang terkena ibunya semasa pesta bunga api sambutan Hari Kemerdekaan di New Mexico. Tetapi sejak itu dia mempunyai rambut yang kekal statik. Bapanya, Ian Gordon, memberitahu ABC News bahawa teman wanitanya, Kendra Villanueva, melahirkan bayi mereka dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar seperti yang dijadualkan gara-gara teman wanitanya dipanah petir semasa hujan lebat. Dipercayai petir telah terkena bahagian telinga Kimberly sebelum dilahirkan oleh Kendra. Pasangan itu telah dikejarkan ke hospital University of New Mexico di mana Kendra telah melahirkan Kimberly dengan selamat. Selepas setahun berlalu, Kimberly bagaimanapun masih mempunyai kerosakan saraf akibat panahan kilat. Dia tidak boleh duduk, merangkak atau mencerna makanan dengan sempurna. Doktor mengakui bahawa mereka tidak tahu bila dia akan mula berjalan dan bercakap serta tidak tahu mengapa rambutnya masih statik. Tetapi, bagi Ian dan Kendra mereka sangat lega apabila bayi mereka terselamat dalam kejadian mengejutkan itu. "Semua orang yang berkata adalah satu keajaiban apabila dia masih hidup," kata Ian. Juruteknik perubatan kecemasan yang merawat pasangan itu dilaporkan memberitahu mereka bahawa berdasarkan rekod, terdapat hanya 11 kejadian di mana wanita hamil disambar kilat. Daripada 11 rekod itu, beliau berkata, hanya separuh daripada bayi yang terselamat. Ian kini berharap berlaku keajaiban terhadap bayi 'Flash Gordon' kesayangannya agar dia dapat membesar dengan pantas, atau menyelamatkan alam semesta. "Sekarang dia sudah mempunyai rambut superhero," katanya.

Video - Kanak-Kanak Hidup Semula Ketika Majlis Pengebumian
RAKAMAN video yang memaparkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun 'hidup' kembali ketika upacara pengebumiaannya cukup memeranjatkan.
Kejadian itu berlaku di gereja di Aurora, Zamboanga del Sur, Filipina.
Dalam rakaman itu, seorang kanak-kanak yang berada di dalam keranda untuk dikebumikan kembali bernafas. Berikutan itu ayahnya dengan segera membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kanak-Kanak itu disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepas mengalami demam selama beberapa hari.
Inspektor Heidil Teelan memberitahu 'The Philippines Star': "Pada Sabtu, doktor dan kakitangan klinik mengesahkan tiada denyutan jantung dikesan pada pesakit dan dia disahkan meninggal dunia pada pukul 9 pagi."
Bagaimanapun, apabila jiran keluarganya mengalihkan penutup keranda yang menutup mayatnya dan mereka melihat badan kanak-kanak tersebut bergerak-gerak. Teelan menambah: "Kami tidak boleh mengesahkan status kanak-kanak tersebut namun berdasarkan pemerhatian anggota polis sebelum ini dia berada dalam keadaan koma." Sebaik sahaja kanak-kanak dikesan masih hidup, dia diberikan air dan dibawa ke hospital sebelum pulang ke rumah bersama keluarganya. Terdapat beberapa kes melibatkan mereka yang telah meninggal dunia bangun ketika majlis pengebumian di serata dunia sebelum ini. Dalam satu lagi kejadian, tetamu yang hadir pada majlis pengebumian, Brighton Dama Zanthe, 34, berkata, mereka dihantui pengalaman pelik apabila si mati bangun ketika hendak dikebumikan. Di Lexington Mississippi, Walter Williams juga mencatatkan kes sama, apabila dia yang disahkan meninggal dunia akibat penyakit jantung kembali bernafas pada majlis pengebumian. Sementara itu, Kalvin Santos pula mencatatkan pengalaman yang tidak kurang anehnya. Dia yang disahkan telah meninggal dunia tiba-tiba bangun dari keranda dan meminta segelas air ketika majlis pengebumiannya di Belem, utara Brazil. Bagaimanapun selepas itu dia disahkan meninggal dunia kali kedua. Seorang pelayan di Mesir yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pula, dikesan hidup kembali ketika dikebumikan.

Wanita Penuhi Kabinet Baru Kerajaan Britain
PM Britain, David Cameron melakukan rombakan kabinet besar-besaran yang menyaksikan buat pertama kalinya begitu ramai pemimpin wanita diangkat sebagai menteri penuh.
LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Selasa mengumumkan rombakan kabinet besar-besaran yang menyaksikan begitu ramai pemimpin veteran digugurkan dan diganti dengan muka baru yang sebahagian besarnya pemimpin wanita dan lebih muda - sembilan bulan sebelum berlangsungnya pilihan raya umum. Sekurang-kurangnya tiga wanita telah dinaikkan pangkat menganggotai kabinet manakala tiga lagi dilantik sebagai menteri muda yang turut diundang untuk menganggotai mesyuarat kabinet. Antara nama besar yang meninggalkan jawatan utama ialah Setiausaha Luar, William Hague dan Setiausaha Pendidikan Michael Gove yang tidak popular di kalangan guru. Bagaimanapun kedua-duanya masih kekal sebagai anggota kabinet atas kapasiti yang berlainan. Hague misalnya menerima pelantikan sebagai ketua Dewan Rakyat dan timbalan ketua Parti Konservatif yang baru manakala Gove dilantik sebagai ketua whip yang baru. Hague juga dikekalkan sebagai 'First Secretary of State' gelaran yang biasanya diberikan kepada anggota kabinet yang paling kanan. Ahli parlimen wanita dari Parti Konservatif, Nicky Morgan yang dahulunya adalah menteri muda wanita telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha pendidikan yang baru manakala seorang lagi ahli parlimen wanita, Liz Truss juga dinaikkan pangkat sebagai setiausaha alam sekitar.Liz sebelum ini adalah menteri muda pendidikan. Nicky mencatat sejarah sebagai satu-satunya wanita yang dilantik ke jawatan utama itu sejak Margaret Thatcher menyandangnya pada awal 1970-an. Menteri Muda Sumber Manusia, Esther McVey juga telah dinaikkan taraf sebagai salah seorang anggota kabinet bersama ramai lagi wanita yang dilantik sebagai menteri muda. Dalam sistem pentadbiran dan kerajaan British, 'setiausaha' adalah jawatan bertaraf kabinet manakala 'menteri' adalah jawatan bertaraf timbalan kepada 'setiausaha' atau kadang kala dirujuk sebagai 'menteri muda'. Ketika mengumumkan rombakan kabinetnya, Cameron berkata: "Rombakan ini adalah satu usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap untuk melaksanakan rancangan ekonomi dan membentuk masa depan yang lebih cerah untuk semua." Seorang lagi wanita iaitu Anna Soubry dinaikkan pangkat sebagai menteri muda di Kementerian Pertahanan manakala Clare Perry menjadi menteri muda pengangkutan, Priti Patel sebagai setiausaha kewangan di Kementerian Kewangan dan Baroness Stowell dilantik sebagai pemimpin di House of Lords. Sementara itu Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond dilantik sebagai setiausaha luar yang baru mengantikan tempat Hague. Tempat Hammond di Kementerian Pertahanan akan diambil alih oleh Menteri Muda Tenaga, Michael Fallon.

Syarikat Laksana GST Tahun Depan Diminta Daftar Segera
JOHOR BAHARU: Syarikat yang akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan digesa mendaftar supaya layak untuk mengenakan dan mengutip GST daripada pelanggan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata syarikat yang meraih perolehan melebihi RM500,000 setahun layak mendaftar bagi GST dan syarikat yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan ketika ini.
"Jumlah syarikat yang mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah sangat sedikit jumlahnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Van Jenazah dan Berbuka Puasa di Menara Kastam Johor pada Isnin.
Beliau menegaskan syarikat perlu mendaftar dengan segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir untuk berbuat demikian bagi memudahkan urusan semua pihak.
Katanya pendaftaran GST sudah mula dibuka seawal 1 Jun 2014 tetapi sehingga sekarang jumlah yang mendaftar adalah terlalu sedikit.
Kementerian menyasarkan 250,000 syarikat akan mendaftar dalam pelaksanaan GST, katanya.
Ahmad juga berkata sistem MyGST sudah beroperasi sepenuhnya dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam untuk memantau pelaksanaan GST yang turut menghubungkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dalam pada itu, katanya pegawai Jabatan Kastam perlu proaktif dengan mengadakan pertemuan dengan syarikat berkaitan untuk mendaftar GST yang dapat meningkatkan jumlah pendaftaran selain mencapai sasaran yang dibuat.
Katanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) layak untuk mendapat subsidi E-Baucar bernilai RM1,000 untuk membeli perisian perakaunan patuh GST jika mereka mendaftar dengan segera.
Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bagi insentif itu dan berharap mereka akan merebut peluang ini, katanya.
TOP
Klose Belum Buat Keputusan Mahu Bersara
Klose meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunai 2014 bersama dua orang anak lelakinya.
MIROSLAV Klose bakal membuat keputusan mengenai masa depan antarabangsanya bersama Jerman dalam masa terdekat ini. Pasukan Jerman merangkul gelaran juara dunia buat kali ke-4 di Brazil pada Isnin malah ini juga merupakan persembahan keempat Klose di pentas Piala Dunia. Selepas 12 tahun tanpa berputus asa untuk mencium trofi piala dunia ini, Klose akhirnya mencapai kemuncak kejayaan dalam kariernya. Pertama kali beraksi pada Piala Dunia 2002 namun tewas pada aksi final kepada Brazil di Yokohama dan layak ke separuh akhir 2010. Lebih menarik, Klose mencatat rekod tersendiri dengan menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol sekaligus mengetapikan rekod yang dipegang bekas pemain Brazil Ronaldo. "Saya masih belum pasti lagi sama ada akan teruskan bersama skuad kebangsaan atau tidak. "Saya akan mengambil beberapa malam dan selepas itu akan membuat keputusan."

Van Gaal Mahu Man United Cemerlang Seperti Belanda
LOUIS van Gaal yang akan tiba di Manchester United sebagai pengurus secara rasmi pada Rabu ini mahu kelab tersebut mengecapi kejayaan seperti Belanda.
United mengakhiri Liga Perdana Inggeris musim lalu di kedudukan ketujuh, dibawah bimbingan David Moyes yang dipecat sebelum liga tamat sepenuhnya.
Pada Sabtu, Van Gaal berjaya membawa Belanda menewaskan Brazil 3-0 untuk berada di tempat ketiga Piala Dunia.
Kehadiran jurulatih berusia 62 tahun itu juga antara saat yang ditunggu-tunggu peminat kelab berkenaan dari seluruh dunia.
"Saya tidak perlukan cuti. Saya perlu berkerja seperti orang muda pada setiap hari dengan mengharungi detik-detik mencabar dalam bola sepak.
"Saya mahu Manchester United juga menjadi seperti Belanda. Saya mahu lakukan yang terbaik di United," kata Val Gaal.
TOP
Doktor Korea Selatan Mati Lemas Di Pulau Perhentian Besar
BESUT: Seorang doktor lelaki dari Korea Selatan, yang bercuti bersama-sama isterinya di Pulau Perhentian Besar, ditemui lemas di pulau itu petang Isnin.
Dr Kim Byung Rim, 40, dari Daejeon, tiba di Pulau Perhentian Besar bersama isterinya Dr Lee Yong Joo, pada Sabtu lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata sebelum kejadian, Dr Kim yang memakai jaket keselamatan mandi manda di kawasan Pulau Perhentian Besar bersama-sama pelancong lain tanpa isterinya.
Beliau berkata mangsa kemudian dilaporkan berenang ke Shark Point (kawasan jerung), tidak jauh dari tempat beliau mula-mula mandi, untuk aktiviti snorkeling bersama pelancong lain tetapi tanpa memakai jaket keselamatannya.
"Apabila semua pelancong lain naik ke darat, Dr Kim didapati tidak bersama mereka. Isterinya yang menyedari kehilangannya telah memaklumkan kepada beberapa pelancong yang kemudian kembali ke tempat kejadian untuk mencarinya," katanya di sini.
Noorzainy berkata mayat Dr Kim ditemui terapung di permukaan laut di kawasan itu kira-kira jam 3.30 petang dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian dengan bot oleh para penduduk tetapi didapati telah meninggal dunia.
Beberapa penduduk kemudian memaklumkan kejadian itu di Pondok Polis Pulau Perhentian Besar.
Sementara itu, isteri mangsa Dr Lee berkata beliau dan suaminya datang ke pulau itu menaiki bas dari Pulau Pinang.
Mereka berdua bercuti di Pulau Perhentian setelah dimaklumkan rakan-rakannya mengenai keindahan pulau itu, katanya kepada media ketika ditemui di Rumah Mayat, Hospital Besut, Selasa.
"Saya akan membawa mayat suami pulang ke Korea Selatan menerusi Singapura esok," katanya.
Mayat Dr Kim dihantar ke Hospital Besut untuk dibedah siasat pada 7 petang semalam.
Mayatnya akan dibawa ke Kuala Lumpur oleh pihak Kedutaan Korea Selatan yang tiba di sini.
TOP
Dilahirkan Tanpa Hidung, Bayi 17 Bulan Masih Mampu Tersenyum
Walaupun berbeza dengan bayi lain, Tessa Evans masih mampu mengukir senyuman. -foto Caters
SEPERTI mana kanak-kanak kecil lain, Tessa Evans juga suka menari dan memanjat perabot. Tetapi dia mengalami suatu keadaan di mana dia dilahirkan tanpa hidung. Budak kecil berusia 17 bulan ini mengalami 'congenital arhinia' sepenuhnya, yang begitu jarang-jarang berlaku, dengan hanya 47 kes dicatatkan di Britain. Tessa tidak mempunyai deria bau dan tiada sinus tetapi dia boleh batuk, bersin dan menghidap selesema apabila sejuk. Walaupun berdepan masalah, dia masih mampu tersenyum, kata ibunya, Gráinne. Apabila anak perempuannya dilahirkan tanpa hidung Grainne berkata pelbagai persoalan timbul di kepalanya. "Tetapi selepas kami membawanya pulang ke rumah, perbezaan terhadap dirinya semakin lama menjadi semakin pudar dalam keluarga kami," katanya. Tessa akan mempunyai hidung palsu yang akan dipasang lewat tahun ini. "Dia adalah sempurna untuk kami tetapi kami perlu berfikir tentang cara-cara untuk menjadikan kehidupannya seperti biasa untuk dirinya,' kata Grainne.

Mayat Model Estonia Akan Dikebumi Di Malaysia
Regina Soosalu
JOHOR BAHRU: Mayat model sambilan Estonia Regina Soosalu yang ditemui di pantai Pulau Rawa 1 Julai lalu akan dikebumikan di Malaysia. Keluarganya membuat keputusan untuk membenarkan rakan-rakannya di Asia memberi penghormatan terakhir kepada Soosalu sebelum pengebumian yang dijangka akan diadakan pada minggu ini atau minggu depan. Seorang ahli keluarga terdekat yang enggan namanya disiarkan berkata mereka masih tidak pasti bila pengebumian itu akan dilakukan. Bagaimanapun, katanya, upacara pengebumian hanya akan diadakan selepas Khamis. "Kami membuat keputusan untuk tidak membawa jenazah balik ke Estonia kerana ia adalah mahal dan kami bukanlah dari golongan mewah," katanya melalui e-mel, Isnin. Satu laporan sebelum ini, memetik konsul kehormat Estonia ke Malaysia Datuk Harbans Singh, sebagai berkata sebuah syarikat penerbangan asing meminta sehingga RM120,000 untuk membawa pulang mayat model ini ke tanah airnya. "Sudah dua minggu sejak dia meninggal dunia dan kami hanya ingin menjalankan upacara itu secepat mungkin dan berada di sisinya," kata saudaranya itu, sambil menambah keluarganya masih belum membuat keputusan sama ada untuk menjalankan pengebumian di Kuala Lumpur atau Johor Baru. Rakan-rakan keluarganya dan seorang pegawai Estonia di Malaysia telah membantu menyusun rancangan perjalanan dan dana untuk ahli keluarga yang mahu datang ke Malaysia. "Kami adalah sebuah keluarga yang rapat dan ini telah menjadi satu tempoh cubaan untuk kami," kata ahli keluarganya, sambil menambah mereka amat tersentuh dengan sokongan yang diberikan kepada mereka. "Kami ucapkan terima kasih, dari hati kami yang paling dalam. Dia adalah seorang yang manis, mesra dan penyayang," katanya. Keluarga dan rakan-rakannya telah memuat naik pelbagai gambar zaman kanak-kanak dan remajanya di halaman Facebook khas. Halaman, “In loving memory of Regina Soosalu 7/Dec/1984-1/July/2014” telah menerima lebih 2,100 'like' dengan ratusan mesej takziah dan 'post' lain yang dimuat naik oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asst Komisioner Datuk Hasnan Hassan berkata mereka tidak menetapkan sebarang tarikh untuk menyerahkan mayat Soosalu kepada keluarganya kerana siasatan kematiannya masih berjalan. Para pegawai pada mulanya menyangka model berkenaan yang bercuti di pulau itu pada masa yang mayatnya ditemui, telah mati lemas. Walau bagaimanapun, ia menjadi kes bunuh apabila penyiasat menemui "luka yang mencurigakan" di badannya. Tujuh lelaki termasuk teman lelakinya, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, kemudiannya disoal siasat atas kematian Soosalu. Pada Selasa, polis berkata dua daripada lelaki yang ditahan telah dibebaskan tetapi difahamkan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kerabat kekal dalam tahanan polis.

Azizul Raheem Disambut Empat Anak
SEPANG: Pegawai Tourism Malaysia, Azizul Raheem Awalludin, yang baharu dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan di Sweden kerana memukul empat anaknya, tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH001 dari London.
Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 5.41 petang disambut empat anaknya, ibunya serta anggota keluarga lain yang menunggu di pejabat Tourism KLIA sejak 4.30 petang.
Suasana hiba dan sayu menyelubungi pejabat itu apabila Azizul memeluk anak-anaknya iaitu Aisyah, 15, Ammar, 12, Adam, 11, Ariff, 8, setelah tujuh bulan tidak bertemu dan berhubung.
Azizul Raheem berkata kepulangannya hari ini juga merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ke-65 ibunya Rubiah Mohd Ghandi pada Selasa.
"Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan kami berdua (isterinya Shalwati Norshal). Kini semuanya telah berakhir. Isteri saya akan dibebaskan pada 29 Sept ini dan kami tidak sabar menunggu waktu itu," katanya kepada media selepas pertemuan dengan keluarganya.
Azizul Raheem, yang dibebaskan pada 9 Julai lepas, didakwa memukul anaknya sejak Sept 2010 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan manakala Shalwati dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.
Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan dan mereka masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.
Azizul Raheem berkata apa yang penting baginya kini ialah menjalani ibadah Ramadan dan berhari raya bersama anak-anak dan anggota keluarganya walaupun terkilan tanpa isterinya di sisi.
Ketika ditanya perancangan menyambut Aidilitri, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun akan berbincang dengan anggota keluarganya mengenai lokasi sambutan itu.
Mengenai pengalamannya di penjara Sweden, Azizul Raheem berkata layanan yang diberikan kepadanya amat baik dan profesional namun terpaksa menjadi seorang vegetarian kerana sukar mendapat makanan halal.
Azizul Raheem berkata beliau juga tidak serik jika ditugaskan ke negara lain namun akan lebih berhati-hati dan peka undang-undang negara berkenaan.
Beliau turut mengingatkan rakan-rakan yang lain untuk membuat perkara yang sama jika ditugaskan di negara luar.
"Namun, saya tidak akan kembali ke Sweden dan hanya akan menunggu isteri di sini,"katanya.
Sementara itu, Rubiah menganggap kepulangan anaknya adalah hadiah terindah daripada Allah SWT dan beliau percaya apa yang dirancang oleh Allah adalah sesuatu yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Aisyah, anak sulung Azizul Raheem, pula berkata tiada kata yang boleh menggambarkan kegembiraannya dan adik-adiknya dengan kepulangan bapa mereka.
"Kami sangat bersyukur ayah pulang, kami juga telah merancang untuk menjadikan warna ungu sebagi tema pakaian hari raya tahun ini," katanya.
TOP
Malaysia Hantar Bantuan Ke Gaza – Najib
PUTRAJAYA – Malaysia bersedia mengembleng misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi memenuhi permintaan pemimpin Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ketika berhubung dengan Ketua Biro Politik Hamas Khalid Meshaal melalui telefon malam Isnin untuk menyampaikan rasa simpati rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat serangan Israel, pemimpin Hamas itu ada meminta bantuan.
“Saya telah memaklumkan bahawa kita bersedia untuk hantar bantuan,” katanya dalam sidang media di Seri Perdana di sini, Selasa.
Najib berkata beliau telah meminta Pengerusi Biro Kebajikan Umno Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membuat persediaan untuk mengembleng misi kemanusiaan seperti bantuan makanan dan perubatan.
“Akan dibawa bersama doktor ortopedik dan surgeon (pakar bedah) untuk menolong mereka dari segi perubatan dan sebagainya,” katanya.
Najib berkata tarikh penghantaran misi kemanusiaan tersebut masih belum dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada Mesir untuk membuka laluan Rafah untuk ke Gaza.
“Barangkali dalam masa dua minggu misi kemanusiaan ini dapat dilakukan,” katanya.
Najib berkata Malaysia telah membuat saranan terbuka supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bertindak terhadap Israel.
“Kita akan terus melakukan (desakan) melalui saluran diplomatik supaya kedua-dua organisasi ini dapat bertindak,” katanya.
Ditanya sama ada beliau ada menghubungi pemimpin dunia yang lain, Najib berkata: “Belum lagi dan saya akan tengok perkembangan”.
Apabila ditanya sama ada Malaysia akan mengetuai peranan bagi negara-negara Islam memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan di Gaza, Najib berkata: “Kita tidak akan memainkan peranan sebagai peneraju kerana negara kita tidak berada di kawasan berkenaan. Kita mesti memainkan peranan kita kerana tahap penderitaan (penduduk Gaza) amat teruk.”
Najib berkata Malaysia juga sedang mengumpul dana melalui pelbagai aktiviti bagi membantu rakyat Palestin.
Selain itu, Perdana Menteri juga mengalakkan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menghulurkan bantuan agar berhubung dengan Biro Kebajikan Umno agar ia boleh diselaraskan.
‘Pusat kita melalui Biro Kebajikan Umno dan ia boleh diselaraskan kerana mereka akan melakukan misi dan membawa bantuan,” katanya.
Dalam perbualan telefon selama 10 minit antara beliau dengan Khalid, Najib berkata beliau juga menyatakan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis yang telah mengorbankan orang awam yang tidak berdosa.
Khalid juga menyatakan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana bersimpati dengan nasib mereka serta pendirian tegas negara kita, katanya. – BERNAMA
TOP
Sultan Selangor Murka Sikap Khalid Samad Hentam MAIS
Perbuatan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar bawah) mempersoalkan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS baru-baru ini, menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Khalid itu seolah-olah bersikap biadap kerana menentang kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri apabila wakil rakyat PAS itu mempersoalkan kuasa MAIS.
Baginda turut menyifatkan Khalid jahil mengenai peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.
Kekesalan dan kecewa terhadap kenyataan Khalid yang tidak bertanggungjawab itu diluahkan baginda secara terbuka menerusi titahnya di majlis perasmian Masjid Pekan Sepang, sebentar tadi. Khalid seperti dilaporkan media pada 18 Jun lalu mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mahu ia dihapuskan ekoran isu rampasan bible dalam bahasa Malaysia milik Persekutuan Bible Malaysia kerana menggunakan kalimah Allah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Walaupun Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes itu tutup, MAIS enggan memulangkan semula ke semua bible yang dirampas dan mahu ia dilakukan mengikut proses undang-undang. Sikap tegas MAIS ini menimbulkan rasa tidak puas hati Khalid lalu mengkritik MAIS dan mencadangkan kuasa eksekutif majlis itu yang dilihat rapat dengan istana dikurangkan. Titah baginda, Khalid yang bukannya anak jati Selangor namun berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. Menurut baginda, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk. “Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam,” titahnya. Baginda turut menegaskan menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka. “MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan,” “Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menganggu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka,” titahnya. Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik dan sentiasa menjaga kesucian agama Islam. “Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini,” titahnya. – bnbbc.my

Titah Ucapan Sultan Selangor Di Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang
TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini. Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram. Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat. Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan. Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata. Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi. Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti. Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam. Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain. Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi. Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah. Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini. Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor. Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk. Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam. Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka. MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka. Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara. Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata’ala. Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid. Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam. Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.
Sekian,
Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sumber: akarimomar.wordpress.com

Komander ESSCOM Janji Penguatkuasaan Lebih Proaktif
KOTA KINABALU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun memberi jaminan tindakan penguatkuasaan undang-undang di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan lebih proaktif selepas ini.
Katanya, akan wujud sedikit perubahan dari segi tugas membabitkan kesemua pasukan keselamatan yang bertugas di bawah ESSCOM.
“Hari ini hari pertama saya menjawat jawatan Komander ESSCOM. Saya akan menilai dan mengkaji panduan tersebut untuk melaksanakan apa juga tindakan mengikut undang-undang demi kesejahteraan dan kedaulatan negara,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas membuat kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa ESSCOM, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa pasukan keselamatan negara diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara, Abdul Rashid berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melaksanakannya selagi mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Mengenai pertemuan beliau dengan Ketua Menteri, Abdul Rashid berkata Musa melahirkan harapan supaya beliau dapat menggalas tanggungjawab itu dengan penuh amanah dan ikhlas demi kedaulatan negara. – BERNAMA
TOP
Pelajar Ditetak Pedang Samurai Di Miri
MIRI – Seorang pelajar nyaris maut ditetak dengan pedang samurai oleh dua lelaki yang merompaknya di perhentian bas di Taman Tunku, semalam.
Dalam kejadian 10.10 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun berjaya melarikan diri ke dalam rumahnya yang terletak berdekatan perhentian bas berkenaan.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata bagaimanapun mangsa luka di belakang dan tengkuk.
Dia kemudiannya dihantar ke Hospital Miri dan dirawat sebagai pesakit luar.
Beliau berkata ibu mangsa sudah membuat laporan polis.
“Mangsa bersama seorang rakan lelakinya sedang duduk berbual di perhentian bas itu apabila mereka didatangi dua lelaki dengan sebuah kereta.
“Kedua-dua lelaki itu keluar dari kereta mereka dan meminta wang serta telefon bimbit mangsa. Mangsa lari ke rumahnya dengan dikejar suspek yang bersenjatakan pedang samurai pendek dan menetak mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek bagaimanapun merompak rakan mangsa barangan bernilai RM1,500 tanpa mencederakannya. – BERNAMA
TOP
Ekspatriat Warga Australia Ditemui Mati Tergantung
KUALA LUMPUR – Seorang ekspatriat warganegara Australia ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Jalan Mont Kiara 1, di sini, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar makanan berumur 40-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumahnya pada jam 6.45 petang semalam.
“Kira-kira jam 8 malam, polis tiba di alamat berkenaan dan menemui lelaki itu mati dengan kabel elektrik di lehernya di dalam sebuah bilik,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya, polis juga menemukan sepucuk nota, dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit kepada anak dan isterinya yang tinggal di Belanda.
“Nota itu bersifat peribadi dan polis tidak dapat mendedahkannya,” katanya.
Muhammad Azlee berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan sudah dimaklumkan kapada Suruhajaya Tinggi Australia.
Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.- BERNAMA
TOP
Wang Tunai RM50,000 Dilarikan Di Kuantan
KUANTAN – Dua lelaki melarikan wang tunai RM50,000 milik seorang pengusaha syarikat perniagaan di depan rumahnya di Lorong Kubang Buaya di sini, semalam.
Wanita berumur 37 tahun itu turut dipukul dan mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata mangsa baru keluar daripada keretanya apabila didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
“Kedua-duanya melarikan beg wanita berkenaan yang mengandungi wang tunai RM50,000 dan beberapa dokumen penting,” katanya.
Wang itu dikeluarkan di sebuah bank di sini. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment