TOP
Warga Malaysia Dipenjara 11 Tahun Miliki Methamphetamine
JAKARTA: Seorang warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan denda 1 bilion Rupiah (RM267,500) atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Kalimantan Utara pada Khamis kerana memiliki serbuk kristal dadah methamphetamine, Februari lepas.
Hakim Mahkamah Daerah Tarakan, Maha Nikmah membuat keputusan tersebut terhadap Ng Chuan Ho, 45, selepas dia ditahan bersama seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Yunus oleh unit narkotik polis Tarakan pada 1 Feb lepas.
Kedua-dua mereka, yang dalam perjalanan ke Makassar, Sulawesi Selatan, ditahan di lot letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Juwata, Tarakan, sejurus selepas tiba dari Tawau, Sabah.
Polis merampas 9.85 gram serbuk kristal methamphetamine, satu pil estasy dan dua peralatan untuk menghisap dadah.
"Seutas kalung dan gelang emas, wang tunai 160 juta Rupiah dan RM16,671 serta kad pengenalan dan pasport Ng akan dipulangkan kepadanya kerana tidak terbukti ia ada kaitan dengan penjualan dadah," kata Maha.
Yunus dikenakan hukuman penjara 18 bulan kerana dia didapati bersalah hanya kerana memiliki pil estasy. Hukuman itu lebih ringan daripada hukuman penjara 16 tahun yang dipohon oleh pihak pendakwa.
TOP
Wanita Hamil Terjatuh Ke Landasan Nyaris Digilis Komuter
SEORANG wanita hamil terselamat daripada digilis komuter selepas dia terjatuh ke landasan dan tergolek ke bawah gerabak.
Mangsa, Yue Yan Mai terjatuh dari platform selepas gagal mengimbangi badan ketika cuba berasak di antara orang ramai semasa komuter tiba di stesen kereta api Metro di China.
Wanita berusia 31 tahun itu bagaimanapun terselamat apabila pemandu komuter bertindak menghentikan tren dengan pantas. Dia berjaya merangkak keluar dari bawah gerabak dan mendapatkan bantuan orang ramai untuk naik semula ke platform. Mai tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi turut dihantar ke Hospital Beijing untuk menjalani pemeriksaan terhadap kandunganya.

Lelaki Raba Punggung Wanita Timbul Kemarahan Orang Awam
KAJANG: Seorang penganggur diserang oleh penduduk yang marah selepas dia didakwa meraba punggung seorang wanita di Sungai Jelok, di sini.
Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan menyentuh seorang suri rumah selepas dia keluar dari keretanya dan berjalan ke pasar kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.
Wanita berusia 35 tahun itu menjerit meminta pertolongan dan bapanya, yang memandu kereta itu keluar dan mengejar lelaki terbabit.
Kejadian itu menarik perhatian orang awam yang berdekatan yang turut bertindak menangkap lelaki itu.
Ketua Polis Daerah ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis diberitahu bahawa lelaki itu mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri.
Tetapi beliau berkata polis akan menyiasat jika lelaki itu dipukul oleh orang yang menangkapnya.
"Kami percaya bahawa berlaku pergelutan di antara dia dan orang yang menagkapnya, menyebabkan kecederaan di kepalanya.
"Beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Kajang untuk rawatan," katanya.
Beliau berkata suspek adalah seorang 'kaki botol' dan telah ditangkap beberapa kali dalam kes perjudian haram.
Kes itu disiasat kerana mencabul kehormatan.
TOP
Geng Pak Su Hasan Tumpas, Kes Samun Selesai
ALOR SETAR: Polis melumpuhkan 'Geng Pak Su Hassan' yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan samun di Kedah selepas memberkas lima suspek termasuk ketuanya dalam dua tangkapan berasingan pada Selasa dan pada Khamis.
Antara yang ditahan ialah seorang remaja berumur 16 dan dua remaja berumur 17 tahun.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata lima suspek tersebut yang berusia antara 16 hingga 52 tahun diberkas di Bagan Serai, Perak dan Kuala Ketil, Baling.
"Kita menahan seorang remaja berumur 16 tahun dan dua remaja berumur 17 tahun Selasa lalu di Bagan Serai kira-kira 3.45 pagi manakala suspek berumur 26 tahun dan 52 tahun yang dipercayai ketua kumpulan itu ditahan esoknya (semalam) di Kuala Ketil pada sebelah tengah hari.
"Kesemua mereka bergerak aktif menjalankan kegiatan samun berkawan sejak awal tahun ini dan dalam tempoh sebulan ini, mereka semakin giat menjalankan kegiatan di selatan Kedah terutama Bandar Baharu," katanya kepada pemberita.
Ahmad berkata modus operandi kumpulan ini ialah memecah masuk rumah mangsa sebelum menyamun mereka.
"Mereka juga akan menyiksa mangsa dengan menumbuk dan memukul sebelum melarikan diri dengan hasil samun. Walaupun terdapat tiga ahlinya yang masih di bawah umur, mereka sangat berbahaya kerana bertindak secara agresif dengan mencederakan mangsa sebelum menyamun," katanya.
Beliau berkata dengan tertangkapnya suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan 14 kes samun dalam rumah di Kedah dan beberapa kes samun lain di Perak dan Pulau Pinang.
Polis turut merampas dua buah kereta, komputer riba, kamera, telefon bimbit, jam tangan dan sebilah parang daripada suspek.
TOP
Pekerja Restoran Segera Ditemui Mati
KUCHING: Seorang pembantu dapur sebuah restoran makanan segera di Jalan Song di sini ditemui mati di kuartes pekerja yang terletak di bahagian atas premis tersebut tengah hari Khamis.
Mangsa yang dikenali sebagai Joston Anak Lalang, 30, dari Kampung Mentu Tepu, Tebakang, Serian ditemui mati oleh rakannya yang pergi ke biliknya kira-kira 1 tengah hari.
Dia sebelum itu tidak datang bekerja.
Rakannya kemudiannya memberitahu penyelia mereka tentang kematian mangsa yang menghubungi pihak polis.
"Pada mulanya kami fikir dia masih tidur di biliknya dan kami minta seorang rakan dia untuk pergi periksa," kata seorang pekerja.
Mangsa mula bekerja di premis itu dua minggu lalu dan bercuti semalam.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.
Pihak polis setakat ini menyifatkan kes tersebut sebagai kematian mengejut.
TOP
Janin Dalam Saluran Tandas Stesen Minyak
BANTING: Seorang pengurus stesen minyak menemui janin dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan dalam saluran air tandas di premis itu di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Azman Abdul Razak berkata janin itu ditemui tersangkut pada saluran air tandas berkenaan sebelum dikeluarkan dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat Banting.
"Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi, isteri pengurus stesen minyak itu memaklumkan kepada suaminya bahawa saluran air di tandas tersumbat.
"Setelah diperiksa, lelaki itu mendapati terdapat gumpalan daging dalam saluran air berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis," kata Azman.
Polis tidak menolak kemungkinan janin itu telah berada beberapa hari dalam saluran air berkenaan berdasarkan keadaan fizikal dan warnanya.
Azman berkata janin itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting.
TOP
ASP Bebas Tuduhan Terima Suapan RM4,000
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamismelepas dan membebaskan seorang pegawai polis berpangkat ASP daripada tuduhan menerima suapan RM4,000, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Ghazali Cha membenarkan rayuan ASP Azmi Abdullah, 54, dengan mengenepikan sabitan serta hukuman penjara lima tahun dan denda RM20,000 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 9 Ogos 2012.
Mahkamah turut memerintahkan denda RM20,000 yang telah dibayar oleh Azmi serta wang ikat jamin berjumlah RM8,000 dikembalikan kepadanya.
Mengikut pertuduhan, Azmi yang merupakan bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang didakwa menerima untuk dirinya suapan wang tunai RM4,000 daripada seorang lelaki.
Ia sebagai dorongan untuk menukar kesalahan lebih ringan ke atas anak perempuan kepada rakan lelaki itu yang ditangkap kerana memiliki satu tiub straw berisi dadah ketamin serta menukar ujian saringan air kencing yang positif dadah kepada negatif.
Azmi didakwa melakukan kesalahan itu di bilik pejabatnya (semasa kejadian) di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Serdang, Lorong LP 2A/1 Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang.
Pegawai polis itu yang kini digantung tugas, didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Dalam penghakimannya, Hakim Ghazali berkata kredibiliti saksi kesembilan pendakwaan iaitu lelaki berkenaan boleh dipersoal dan keberangkalian beliau berbohong semasa memberi keterangan juga tidak boleh dinafikan memandangkan tiada saksi melihat lelaki itu meletakkan wang di atas meja Azmi.
Mengenai pandangan Hakim Mahkamah Sesyen Mat Ghani Abdullah bahawa saksi ke-10 pendakwaan iaitu pegawai penyiasat berkemungkinan bercakap bohong ketika memberi keterangan dan cenderung untuk menyebelahi Azmi, Ghazali berkata ia adalah pendapat yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain.
"Hakim Mahkamah Sesyen juga berpendapat tertuduh cuba membangkitkan pembelaan alibi tetapi saya berpendapat hakim itu telah tersalah arah dan memandangkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie, hakim Mahkamah Sesyen sepatutnya tidak perlu memanggil tertuduh untuk membela diri.
"Saya mendapati pembelaan tertuduh selari dengan pembelaan yang diletakkan pada saksi pendakwaan. Justeru saya membenarkan rayuan tertuduh serta mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Sesyen ke atasnya," katanya.
Azmi diwakili peguam Salim Bashir sementara Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Lokman Kasim hadir bagi pihak responden.
TOP
Mahkamah Rayuan Dengar Rayuan Gereja 1 Okt
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan 1 Okt bagi mendengar rayuan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan gereja itu mendapatkan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri berhubung rampasan buku Kristian mengandungi kalimah Allah.
Timbalan Pendaftar Nurul Izwan Ahmad Zubir menetapkan tarikh pendengaran itu apabila perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes di hadapan beliau dalam kamar pada Khamis
Peguam Bobby Chew mewakili gereja SIB dan Rev Jerry W. A. Dusing alias Jerry W. Patel manakala Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan diwakili peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan.
Pada 5 Mei tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan gereja itu mendapatkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri merampas buku-buku berkenaan.
Buku terbabit yang dibawa dari Surabaya, Indonesia dirampas di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.
Bagaimanapun, buku-buku itu dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Jan, 2008.
Pada 10 Dis, 2007, SIB dan Dusing memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.
Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.
Semasa menolak permohonan gereja itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kementerian Dalam Negeri lawan gereja Roman Katolik berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya Herald.
TOP
Ahli Geng Palembang Dipenjara 22 Tahun
BALIK PULAU: Seorang buruh Indonesia dipercayai anggota 'Gang Palembang' dihukum penjara 22 tahun dan didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap 22 pertuduhan memiliki barang curi.
Majistret Muhammad Najib Ismail memerintahkan Irfan, 38, dihukum penjara setahun bagi setiap pertuduhan itu.
Bagaimanapun beliau memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak dan Irfan hanya perlu menjalani hukuman penjara setahun bermula dari tarikh tangkap pada 21 Jun.
Tertuduh juga didenda RM1,000 atau enam bulan penjara bagi setiap 22 pertuduhan itu dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara 11 tahun lagi.
Warga Indonesia itu didakwa memiliki beberapa barang curi tanpa penjelasan yang memuaskan di sebuah unit di flat Bayan Baru pada 3.45 pagi, 22 Jun lepas.
Antara barang curi yang dimilikinya itu dompet Louis Vuitton, beg komputer riba Dell, lima telefon bimbit, tiga beg kecil, tiga sarung telefon bimbit, tiga beg galas, dua bekas cermin mata serta satu pek kad sim, fon telinga Bidenuo dan pelbagai mata wang asing.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Dalam rayuannya, Irfan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana telah menyesal atas kesalahannya.
"Saya juga mempunyai tanggungan seorang isteri dan tiga anak yang kini berada di Indonesia," katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana menyalah guna dokumen perjalanannya.
TOP
Nurul Izzah Saman Utusan Diteruskan Dengan Perbicaraan
KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad akan diteruskan dengan perbicaraan selepas kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan untuk proses mediasi pada Rabu.
Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Aziz dan Utusan ketika ditemui pemberita memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk perbicaraan, dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 21 dan 22 Ogos depan.
Proses mediasi itu dijalankan di dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim yang turut dihadiri peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah.
Prosiding mediasi itu turut dihadiri Nurul Izzah dan Aziz.
Pada 23 Nov 2012, Nurul Izzah selaku plaintif memfailkan saman itu dengan mendakwa Aziz dan Utusan, sebagai defendan pertama dan kedua, memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya itu diterbitkan akhbar Utusan Malaysia pada 5 dan 7 Nov, 2012.
Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah.
TOP
PDRM Tubuh Pasukan Khas Banteras Judi Haram
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan khas atau elit untuk membanteras kegiatan judi haram di semua peringkat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata dengan penubuhan pasukan berkenaan, ia dapat memerangi kegiatan judi haram dan melakukan lebih banyak tangkapan di semua peringkat. "Sejak akta pencegahan jenayah diwartakan pada 1 April tahun ini, hasilnya tujuh orang penganjur yang terbabit dalam kegiatan judi haram telah ditangkap di bawah akta itu. Untuk banteras kegiatan mesin judi ini, Op Dadu diteruskan bukan sahaja di peringkat IPD (ibu pejabat polis daerah) malah di balai-balai," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak di sini Khamis. Berhubung dakwaan Persatuan Pengguna Islam bahawa pusat perjudian haram tetap beroperasi semula walaupun ia kerap diserbu pihak berkuasa, Ahmad Zahid berkata ada kebenaran berhubung dakwaan itu kerana ketika serbuan dilakukan penganjur telah menukar kod komputer, oleh itu tiada bukti menyatakan bahawa kegiatan itu adalah aktiviti perjudian dan mereka beroperasi semula pada keesokannya. Beliau berkata pihaknya masih tidak berpuas hati dengan serbuan, tangkapan dan tindakan undang-undang yang dilakukan dalam memerangi kegiatan itu. Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata KDN meminta kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak berkuasa air dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memainkan peranan dalam membanteras kegiatan itu. Katanya masyarakat sering menyalahkan PDRM dalam hal demikian, sedangkan pasukan itu tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab kerana dalam memberi lesen kepada pemilik pusat hiburan keluarga ia di bawah bidang kuasa PBT. "KDN minta PBT menarik balik dan tidak keluarkan lesen-lesen baru kepada pihak yang membuka pusat hiburan keluarga ini, kita minta TNB potong bekalan elektrik, pihak berkuasa air mesti memotong bekalan air dan pihak SKMM mesti ambil tindakan ikut proses undang-undang sedia ada," katanya. "Polis umpamanya telah melakukan operasi dadu khas yang menumpukan kepada rampasan mesin-mesin perjudian, untuk menentukan supaya mesin-mesin berkenaan dirampas dan perundangan dilakukan," katanya. Sementara itu, beliau berkata setakat ini pihaknya telah menyerbu 9,358 pusat perjudian haram berbanding 1,584 tahun lepas. "Sebanyak 4,728 kertas siasatan telah dibuka manakala 657 kes telah dituduh mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka dan 504 kes telah dituduh di bawah Seksyen 5(2) Enakmen Hiburan dan 3,001 kes lagi masih dalam siasatan," katanya.

Kegiatan Militan Tidak Boleh Ditafsir Jihad, Berdosa
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perbuatan mencederakan saudara sesama Islam termasuk melalui kegiatan militan tidak boleh ditafsir sebagai jihad kerana tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan hukumnya berdosa. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin turut meluahkan rasa kesal kerana ada rakyat Malaysia yang mudah terpesong dengan maksud jihad sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memusnahkan negara Islam lain dan mencederakan umat Islam di negara itu. "Kalau kita pergi berjihad mempertahankan agama kita itu baru jihad, tapi kalau kita pergi berjihad dan berperang sesama saudara Islam itu yang salah. "Ramai yang menyalah erti fahaman jihad itu sendiri, malah kita tidak pasti peperangan itu bertujuan untuk apa," katanya kepada Bernama, Khamis. Beliau juga melihat campur tangan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara bergolak terbabit sebagai tidak perlu kerana negara berkenaan adalah negara berdaulat dan pertikaian boleh diselesaikan tanpa pertumpahan darah. Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan nama lima lagi rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan dan kini bersembunyi di selatan Filipina. Tiga daripada mereka dipercayai terbabit merekrut serta mengatur pergerakan anggota dari Malaysia ke Syria bagi menyertai perjuangan pertubuhan militan di sana. Sejak 28 April lalu, polis menahan 19 orang yang dipercayai terbabit dalam rangkaian militan di Syria dan selatan Filipina. Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata sebaiknya rakyat Malaysia cuba membantu menyelesaikan konflik di negara berkenaan secara aman. "Kita seharusnya menolong mengislahkan mereka, membaikpulihkan keadaan, bukannya kita kena sokong mana-mana pihak dan mengeruhkan lagi suasana dengan berperang," katanya. Ditanya mengenai ideologi militan terbabit adalah untuk memerangi pengikut ajaran Syiah, beliau berkata penganut fahaman Syiah masih dalam kelompok Islam cuma mereka bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Mengenai kemungkinan Malaysia mengeluarkan fatwa rasmi berhubung pembabitan umat Islam negara ini dalam kegiatan militan di luar negara, beliau berkata perkara tersebut belum dibincangkan. Abdul Shukor turut menyarankan kepada umat Islam yang mahu berjihad agar menyertai perjuangan yang lebih jelas seperti di Palestin dan jihad itu bukan dari segi tenaga tetapi juga bantuan kewangan.

Tiada Kerosakan Kabel Elektrik Susulan Tanah Mendap
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang kerosakan dialami kabel elektrik bawah tanah di Jalan Imbi di sini susulan kejadian tanah mendap di kawasan itu, pada Rabu.
Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata bekalan elektrik di sekitar kawasan kejadian juga tidak terjejas.
"Sekiranya perlu, TNB akan mengambil tindakan sewajarnya demi keutuhan sistem dan menjaga kepentingan pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.
Beliau berkata pasukan teknikal TNB digerak ke lokasi kejadian untuk berdepan sebarang kemungkinan.
Dalam kejadian 9.30 pagi semalam, sebahagian struktur terowong sepanjang 35 meter yang dalam pembinaan bagi mewujudkan empat laluan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan di simpang empat Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter berikutan mendapan tanah.
TOP
Masjid Bercirikan Kesenian Islam China Di Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Malaysia akan membina sebuah masjid bercirikan seni bina kesenian Islam China di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembinaan masjid itu sebagai simbolik hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan China sejak 40 tahun lalu.
"Keseluruhan konsep seni bina masjid itu diilhamkan daripada seni bina di negara China yang didapati daripada kajian masjid serta seni bina di sekitar Beijing.
"Secara tidak langsung, ia dapat menarik kunjungan pelancong luar dan masyarakat bukan Islam di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kebudayaan Islam China-Malaysia 2014 di sini pada Khamis.
Beliau berkata pembinaan masjid itu juga merupakan satu penghormatan kepada kira-kira 57,000 masyarakat berketurunan Cina Muslim di negara ini.
Ekspo anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Kedutaan China di Malaysia itu bermula hari ini dan berakhir Selasa.
Bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat antara kedua-dua negara, ia memuatkan pelbagai aktiviti seperti pameran fotografi dan barangan antik serta seni kaligrafi Islam dari China.
TOP
Langkah Anti-Gelandangan Dilaksana Di Kebanyakan Bandar Moden
Besi tajam yang dipasang di sebuah pangsapuri mewah di London.
PETALING JAYA: Larangan terhadap program amal Soup Kitchen daripada memasuki pusat bandar dalam jarak tertentu, menjadikan Kuala Lumpur secara tidak langsung telah menyertai bandar-bandar lain yang menguatkuasakan langkah-langkah anti-gelandangan. Di Amerika Syarikat (AS), 33 bandar telah menyekat perkongsian makanan atau sedang mempertimbangkan sekatan ke atas perkongsian makanan, NBC News melaporkan. Gabungan Kebangsaan bagi Gelandangan, yang berkongsi draf laporan akan datangnya dengan organisasi berita, mendedahkan bahawa polis, di sekurang-kurangnya empat majlis perbandaran baru-baru ini telah mendenda, memindahkan atau mengancam untuk memenjarakan kumpulan swasta yang memberi makanan kepada gelandangan dan tidak membiarkan tugas itu dilakukan agensi-agensi kerajaan. Pada tahun 2012, beratus-ratus pancang tajam telah dipasang di bawah sebuah jambatan di Guangzhou, China kerana ia menjadi tempat tinggal popular bagi golongan gelandangan.
Ini menaikkan kemarahan pengguna laman sosial Cina.
Lokasi-lokasi tertentu di bandar-bandar lain juga tidak menggalakkan kehadiran golongan gelandangan, termasuklah di luar blok pangsapuri mewah di London yang memasang pancang logam berukuran 17 inci untuk menghalang orang ramai daripada berlindung di situ. Datuk Bandar London Boris Johnson mengutuk pemasangan besi-besi logam itu sebagai sebagai "hodoh, merugikan diri sendiri dan bodoh", dan petisyen dalam talian di Change.org menyaksikan lebih 130,000 tandatangan dikumpul menggesa ia dikeluarkan. Di Kanada, pancang yang sama dipasang di luar kawasan kedai di Archambault, di kedai-kedai buku, muzik dan filem di pusat bandar Montreal, walaupun kedai-kedai itu dilaporkan tidak meminta pemasangan dilakukan. Seperti rakan sejawatannya dari London, Datuk Bandar Denis Coderre menulis di Twitter tentang kemarahannya, dan besi-besi segera dikeluarkan. Pengguna di internet juga meletakkan gambar-gambar yang sama yang dikesan di Wall Street, New York dan di luar sebuah bank di Paris, Perancis.

Ujian Integriti Bagi Pengambilan Baharu Polis
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan kaedah ujian pengukuran tahap integriti mulai bulan ini dalam proses pengambilan rekrut baharu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata a kaedah 'Malaysian Integrity Test' (MIT) itu akan diguna pakai untuk memastikan tapisan menyeluruh integriti ke arah meningkatkan tahap profesionalisme polis.
"Ia juga boleh digunakan untuk mengukur nilai kerja, pandangan positif, sosial, tingkah laku langsung dan etika seseorang pegawai," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sijil kepada sembilan pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM yang telah lulus ujian MIT itu.
Menurut Khalid, kaedah ujian integriti itu kini diguna pakai oleh lebih 20 negara meliputi pelbagai sektor termasuk untuk tujuan pengambilan pekerja baharu, latihan, pembangunan, pengurusan kecemerlangan dan hubungan pekerja.
"Ia juga telah diiktiraf oleh badan-badan persijilan antarabangsa," katanya, sambil menambah usaha pencegahan rasuah perlu diperkukuh termasuk dari aspek psikologi dan sosiologi.
Bercakap pada sidang media kemudian, Khalid berkata polis akan terus meningkatkan kerjasama perkongsian maklumat perisikan dengan agensi keselamatan luar negara bagi membanteras kegiatan militan melibatkan rakyat Malaysia.
"Ingin saya tegaskan di sini bahawa dalam soal keganasan, insya-Allah, kami mampu berupaya menangani situasi ini. Tindakan kita mengumpul maklumat dan mengesan mereka ini adalah berterusan," katanya.
Pada Rabu, Khalid mendedahkan identiti lima warga Malaysia termasuk seorang bekas pensyarah Universiti Malaya yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan militan.
"Saya mohon kerjasama anggota masyarakat yang tahu di mana mereka sekarang supaya melaporkan kepada polis. Ini kerana mereka ialah individu berbahaya," katanya.
Dalam pada itu, Khalid menolak andaian bahawa polis berdiam diri dalam soal menangani kegiatan mesin judi haram di negara ini.
"Siapa cakap kita tidak ambil tindakan. Untuk makluman semua, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, tindakan merampas mesin judi meningkat sehingga 35 peratus," tegasnya.
TOP
Sempena Ramadan, Adam Corrie Maafkan Penabur Fitnah
PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie melakukan tiga solat sunat iaitu solat Taubat, Istikarah dan Hajat bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah dalam usahanya untuk memaafkan pihak yang telah menabur fitnah terhadapnya sebelum ini.
Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 45, berkata, mengambil keberkatan bulan Ramadan dia sudah pun memaafkan pihak terbabit dan sentiasa berdoa agar individu tersebut mendapat hidayah atas kesalahan yang dilakukannya.
"Saya lakukan tiga solat sunat bukan sahaja untuk mendapat petunjuk malah berdoa agar individu berkenaan diberikan hidayah agar dia insaf terhadap perbuatannya terhadap saya.
"Saya tidak mahu berdendam dan telah pun memaafkan atas perkara yang dilakukan terhadap saya sehingga menyebabkan saya dikecam dan periuk nasi saya sebagai pelakon terganggu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
April tahun lalu Adam pernah membuat laporan kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas hilang punca pendapatan hampir RM40,000 gara-gara tiada tawaran berlakon selepas tersebar gambar kononnya dia menyertai Pas oleh pihak tersebut.
Kata Adam, gara-gara kejadian tawaran berlakon yang sepatut diterimanya semakin berkurangan dan keadaan itu masih berlarutan sehingga ke hari ini.
"Sehingga ke hari ini kejadian itu masih memberi kesan kepada periuk nasi saya tetapi tidak mengapa kerana rezeki itu ditentukan Allah," ujarnya.
Dalam pada itu, Adam berkata, pihak berkenaan tidak pernah tampil memperbetulkan keadaan apatah lagi meminta maaf kepadanya atas kesalahan itu.
"Pihak yang menabur fitnah terhadap saya itu sehingga hari ini tidak meminta maaf kepada saya apatah lagi untuk berjumpa saya.
"Saya tidak pasti sama ada dia sengaja mengelak daripada bertemu dengan saya atau sebenarnya malu untuk berbuat demikian,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Adam berkata, selepas tujuh tahun bergelar seorang mualaf dia kini semakin selesa dan yakin menjalani ibadah puasa berbanding semasa mula-mula memeluk agama itu kerana pengetahuan mengenainya masih cetek.
Jelas Adam lagi, setiap kali tiba Ramadan dia sentiasa cuba meluangkan masa untuk solat Terawih berjemaah di masjid berdekatan.
"Menjalani ibadah puasa, saya tiada masalah kerana sejak kecil memang sudah terbiasa ikut berpuasa jika tiba Ramadan cuma pengetahuan tentang solat Terawih dan perkara-perkara lain membuatkan saya kekok kerana tiada yang membimbing saya.
"Alhamdulillah selepas tujuh tahun saya semakin selesa dan yakin untuk menjalani ibadah berkenaan dan sentiasa ternanti-nantikan waktu solat Terawih," katanya.
Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 35, pada 2008.
Selain aktif sebagai pereka tari, Corrie juga telah berlakon lebih 10 buah filem yang kebanyakannya untuk watak antagonis ataupun gengster Cina.
Antara filem lakonan beliau ialah Paloh, Spinnng Gasing, KL Gangster, KL Gangster 2, Libas, Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam, Gangster Celop dan Darah Panas.
TOP
Ada Pihak Masih Pertikaikan Raja Azmi Bertudung
Raja Azmi tidak kisah dengan sebarang persepsi umum mengenai keputusannya untuk bertudung.
PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi memberitahu masih ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan cuba mempertikaikan niatnya bertudung. Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, bagaimanapun berkata, dia reda dengan segala persepsi buruk yang diberikan kepadanya kerana dia yakin Tuhan lebih mengetahui niatnya untuk berubah. "Persepsi orang, kita tak boleh nak bendung dan saya tak risau pun jika masih ada lagi yang mahu mempersoalkan niat saya berhijrah. "Macam mana saya nak nafikan bahawa keputusan berhijab adalah kerana mahu membuat bisnes tudung? Sedang itu yang saya rasakan ketika itu, hasrat bertudung dan berbisnes datang seiring. "Saya lebih risau dengan persepsi Allah terhadap diri ini. Yang penting Allah tahu saya ikhlas," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun tambah Raja Azmi, kritikan yang diberikan oleh segelintir pihak tidak pernah membuatkan dia berkecil hati sebaliknya lebih bersikap positif untuk berdepan dengan setiap perkara. Sementara itu, ditanya pula mengenai kehadiran bulan Ramadan pada tahun ini, Raja Azmi berasa gembira kerana ini adalah pertama kali dia berpuasa bersama suami baharunya, Mohd Eddie Ghazali. "Ini merupakan Ramadan fasa kedua saya di mana yang pertama adalah ketika bersama bekas suami saya dahulu iaitu Jalani Sidek dan kemudian fasa kedua pula saya berpuasa tanpa suami. Ketika itu rasa sedih saja lebih-lebih lagi apabila mahu berbuka puasa. "Dan pada fasa ketiga ini, Alhamdulillah, Allah memberikan kebahagiaan untuk menjalani Ramadan dengan Eddie bersama lima orang anak kami (dua daripada merupakan anak Eddie daripada perklahwinannya terdahulu). "Saya berharap agar kebahagiaan ini akan kekal sampai bila-bila," ujarnya. Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, bulan Ramadan turut menjadi satu keistimewaan buat keluarganya kerana dia akan memasak pelbagai juadah kegemaran anak-anaknya seperti kari hijau, sambal daging dan kupang serta sayur Sabah. "Saya ini bukanlah seorang yang suka memasak. Kadang-kadang sebulan hanya dua hingga tiga kali sahaja saya akan ke dapur. "Tetapi apabila tibanya bulan Ramadan, saya akan rajin sikit untuk memasak dan anak-anak pun seronoklah," selorohnya.

Dewi Sandra Mengaku Tidak Pandai Mengaji
Dewi memberitahu sedang mempelajari membaca Al-Quran.
PELAKON dan penyanyi Dewi Sandra tidak malu mengakui bahawa dia tidak pandai membaca Al-Quran dan masih dalam proses memantapkan bacaan kitab suci umat Islam itu. Dewi bagaimanapun berkata, peranan berlakon dalam drama bersiri Catatan Hati Seorang Isteri (CHSI) yang memerlukannya membaca Al-Quran dalam beberapa babak drama itu membuka peluang untuknya mempelajari Al-Quran. "Pada mulanya saya bimbang juga tapi ini mungkin cara Allah menunjukkan jalan untuk saya mula mempelajari kitab tersebut," jelasnya. Demi peranan Hana dalam CHSI, Dewi berkata, dia akhirnya mula mempelajari membaca Al-Quran dan mengakui pembacaannya kini semakin baik. "Saya mula dari bawah dan tiada apa yang ingin saya malukan kerana akhirnya jalan untuk belajar itu sudah terbuka," ujarnya. Pelakon jelita itu sebelum ini mengejutkan semua pihak apabila meninggalkan imej seksi dan tampil imej menutup aurat.

Suami Curang, Kendra Wilkinson Buang Cincin Kahwin Ke Tandas
Kendra bersama Hank dan anak sulung mereka.
BARU-BARU ini, nama suami Kendra Wilkinson iaitu Hans Baskett menjadi bualan ramai apabila lelaki itu dikatakan mempunyai skandal dengan wanita lain. Menurut laporan Dailymail, hal tersebut membuatkan Kendra berang dan telah membuang cincin pernikahannya ke dalam tandas. Bagaimanapun sehingga kini Kendra tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut tetapi bekas gadis Playboy itu kini keluar tanpa memakai sebarang cincin. Dalam pada itu, terdapat sumber lain pula berkata cincin itu tidak dibuang cuma ia jarang dipakai sahaja. Terdahulu, satu laporan mendedahkan Hank berselingkuh dengan seorang model transeksual bernama Ava Sabrina sedangkan ketika itu Kendra baru sahaja melahirkan anak kedua.

Rezeki Serunding Ramadan Cecah RM3,000 Sehari
Raisah sibuk membungkus pelbagai jenis serunding yang dijual di tapak bazar Ramadan Masjid Jamek yang dibuka sepanjang bulan puasa ini.
KUALA LUMPUR: Rezeki Ramadan yang pernuh dengan keberkatan melimpahkan keuntungan berlipat ganda buat peniaga serunding apabila mampu mencatatkan pendapatan sehingga RM3,000 sehari. Sedap dijamah bersama lemang dan ketupat yang menjadi makanan wajib setiap kali menjelang Aidilfitri, makanan tradisi masyarakat Melayu ini turut digemari sepanjang masa. Peniaga, Raisah Sahab, berkata, sambutan orang ramai terhadap serunding ketika Ramadan cukup menggalakkan termasuk tempahan pelbagai pihak termasuk korporat sempena Aidilfitri. "Pelbagai jenis serunding digemari pembeli antaranya ayam dan daging, termasuk yang istimewa serunding kambing. "Biasanya, serunding ayam dan daging dijual pada harga RM21 untuk 300 gram, manakala serunding ikan, RM15, termasuk serunding ikan bilis goreng," katanya ditemui, baru-baru ini. Berusia 25 tahun, katanya jualan serunding tradisi keluarga yang diwarisi sejak berniaga pada 1982 menggunakan jenama Serunding Gombak dan ia terus mendapat sambutan ramai hingga sekarang. Katanya, walaupun berniaga 12 jam sehari sempena Ramadan, dia bersama anggota keluarga berpuas hati kerana sambutan yang baik di tapak bazar Ramadan di Masjid Jamek di sini. "Sebelum ini, kami berniaga di pasar malam berdekatan Kompleks Campbell di sini dan apabila berniaga di Masjid Jamek, sambutan yang diterima sangat menggalakkan," katanya.

Banduan Semarang Model Busana Muslimah
Banduan penjara Semarang yang diberi peluang menjadi model.
SEMARANG: Ramadan memang menjadi bulan yang membawa banyak berkat, termasuk dalam kalangan banduan wanita yang ditahan di Semarang Tengah, Indonesia. Buat pertama kali sekumpulan banduan wanita di pusat tahanan itu diberi penghormatan menjadi model memperagakan pakaian. Namun bukan pakaian yang menjolok mata, sebaliknya mereka diberi pakaian muslimah lengkap dengan tudung dan kemudian diadili untuk memilih model terbaik. Tidak cukup dengan itu, mereka turut diberi penjelasan mengenai cara yang betul memakai hijab menurut aspek syarak melalui kelas ringkas diberikan. Saksi berkata, banduan wanita terbabit sangat teruja dengan peluang diberikan untuk kali pertama itu. Pemenang pertama pertandingan peragaan itu, Putri, mengaku dia mendapat banyak manfaat daripada acara berkenaan. Katanya, dia diberi pendedahan mengenai banyak perkara serta maklumat baru mengenai pakaian. "Banyak benar informasi, ilmu dan pengalaman yang kami dapat mengenai amalan berhijab yang mengikut syarak," katanya. Sementara itu penyelaras Hijabers Mom Community (HmC) yang menganjurkan acara itu, Ira Aira berkata, ia diadakan sebagai aktiviti serampang dua mata untuk banduan terbabit. "Selain memperkenalkan cara muslimah berbusana mereka juga berpeluang mempamerkan bakat masing-masing melalui pertandingan peragaan," katanya yang menampilkan tema "Rumah di Syurga".

Maybank Antara 20 Bank Paling Kukuh Di Dunia
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi mengukuhkan reputasinya dalam landskap kewangan global yang semakin berdaya saing dengan mengekalkan kedudukannya sebagai antara 20 bank paling kukuh di dunia pada tahun ini.
Maybank menjadi satu-satunya bank Malaysia dalam senarai 20 Bank Paling Kukuh Di Dunia, suatu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi negara dan bank tersebut, menurut majalah 'Bloomberg Markets' keluaran Julai/Ogos 2014.
Hang Seng Bank Ltd, satu daripada institusi kewangan terulung di China Hong Kong dan dimiliki oleh HSBC Holdings Plc, merupakan bank paling kukuh di dunia, menurut ranking tahunan oleh 'Bloomberg Markets.'
Isu ini menyenaraikan bahawa Maybank sekali lagi dalam senarai antara 20 bank terkukuh dunia untuk tahun kedua berturut-turut. Sebanyak 97 bank dinilai di peringkat global.
Maybank merupakan bank keempat terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah aset lebih RM578 bilion setakat 31 Mac 2014. Jumlah depositnya sebanyak RM396 bilion.
Bank-bank Asia menerajui dalam senarai itu berdasarkan laporan dengan lapan daripada 21 bank paling kukuh merupakan bank Asia.
Bagi mengenal pasti bank-bank terkukuh dunia, penerbitan itu menggunakan fungsi Saringan Ekuiti (EQS) di Bloomberg Professional Service untuk mendapatkan senarai bank-bank awam dan swasta dengan jumlah aset US$100 bilion atau lebih sehingga 1 Mei.
Kriterianya termasuk Tahap 1 kepada aset berwajaran risiko, aset tidak memberi keuntungan kepada jumlah aset, rizab kerugian pinjaman kepada aset tidak memberi keuntungan, deposit kepada pembiayaan dan kecekapan apabila kos berbanding hasil diambil kira.
TOP
Shell, Petronas Tandatangani Kepala Perjanjian Bardegg2
KUALA LUMPUR: Petronas, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Malaysia telah memperluaskan terma kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) Delta Baram (BDO) 2011 untuk meningkatkan projek pemulihan minyak (EOR) di pesisir pantai Sarawak (2011 Baram Delta EOR PSC) untuk merangkumi hak gas.
Dengan menandatangani kepala perjanjian untuk Projek Mengumpul Gas Delta Baram 2 (BARDEGG2), hak gas bersekutu dan tidak bersekutu dikaitkan dengan Operasi Delta Baram akan digabungkan ke dalam PSC EOR Delta Baram 2011, kata Shell Malaysia dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Medan Tukau Timur, sebelum ini sebahagian daripada SK307 PSC, juga akan diintegrasikan ke dalam PSC OR Delta Baram 2011 bagi membolehkan gas tidak bersekutu dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu tunggal.
Dengan perluasan PSC EOR Delta Baram 2011, Shell dan Petronas Carigali akan mendapat akses kepada hak gas yang sebelum ini tidak termasuk di bawah PSC EOR Delta Baram 2011, katanya.
Pemeteraian kepala perjanjian itu dijalankan pada 24 Jun lalu dengan pasukan pengurusan daripada Shell, Petronas dan Petronas Carigali.
Projek BARDEGG2 dan Baronia EOR akan dilaksanakan sebagai projek pembangunan integrasi tunggal yang akan dikendalikan PETRONAS Carigali.
Projek terbabit akan menyaksikan platform pemprosesan berpusat baharu terletak di medan Baronia yang pada awalnya akan mengeluarkan gas tidak bersekutu dari medan Baronia.
Bersama pengeluaran gas bersekutu sedia ada, ia akan digunakan untuk suntikan semula dengan air ke dalam takungan Baronia bagi meningkatkan pemulihan minyak.
Gas lebihan dan gas Tukau Timur akan dijual kepada Petronas untuk bekalan domestik di Bintulu dan Miri serta untuk eksport kepada kompleks LNG Petronas Malaysia di Bintulu, katanya.
TOP
MAS Nafi Tahu Mengenai Penswastaan Untuk Penstrukturan Semula
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis menafikan sebarang pengetahuan berhubung keputusan untuk menswastakan syarikat penerbangan itu bagi penyusunan semula sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar hari ini bertajuk "MAS may be taken private for restructuring".
MAS dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Khamis, berkata, keputusan sedemikian terletak hanya pada pemegang saham utamanya dan kerajaan Malaysia.
"Buat masa sekarang, syarikat tidak mengetahui jika ada sebarang keputusan yang dibuat oleh kedua-duanya berhubung perkara itu," katanya.
TOP
Pengendali Bas Sekolah Bawah 25 Tahun Boleh Mohon Skim Ganti Bas Sekolah
KUALA LUMPUR: Pengendali bas sekolah yang mempunyai bas berusia bawah 25 tahun kini boleh memohon untuk menyertai Skim Penggantian Bas Sekolah yang sebelum ini hanya dibuka bagi bas sekolah berusia lebih 25 tahun.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan berkata penambahbaikan skim itu dibuat dengan persetujuan Kementerian Kewangan bertujuan mempertingkat mutu dan perkhidmatan bas sekolah demi menjamin keselamatan pelajar.
Dilaksanakan SPAD sejak awal 2013, skim subsidi itu merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban pengendali dengan bantuan rebat RM10,000 bagi setiap pemohon dan bayaran kadar faedah tetap dua peratus setahun.
Bagi mendapatkan kelulusan khas ini, pengendali perlu mengemukakan laporan gagal pemeriksaaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) semasa memohon ubah syarat penggantian kenderaan di mana-mana pejabat Wilayah dan Negeri SPAD, kata kenyataan itu.
"Untuk menjayakan program ini, kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu pengendali dalam memastikan keadaan bas sekolah selesa dan selamat," kata SPAD.
Bagaimanapun, kelulusan pinjaman pembiayaan kenderaan ini terletak di bawah bidang kuasa Bank Simpanan Nasional (BSN), menurut kenyataan itu.
Pengendali yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pejabat negeri SPAD dan BSN untuk maklumat lanjut.
TOP
AirAsia Sedia Kerjasama Dengan Pengurusan Baharu MAHB
Tan Sri Tony Fernandes
BANGALORE: Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, bersedia untuk bekerjasama dengan pengurusan baharu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata pengurusan MAHB berminat bekerjasama untuk membangunkan lebih banyak perniagaan dengan AirAsia dari segi membangunkan lapangan terbang. MAHB baru-baru ini melantik Datuk Badlisham Ghazali, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia, sebagai pengarah urusan baharunya. Dari segi cukai lapangan terbang di Malaysia, beliau berkata terdapat lebih ramai orang menggunakan pengangkutan udara di Malaysia berbanding di India kerana cukai lapangan terbang yang rendah. "Keadaan Malaysia adalah satu kejayaan kerana cukai," katanya pada taklimat media selepas pelancaran AirAsia India, Khamis. Beliau berkata walaupun Malaysia mempunyai 24 juta penduduk, lebih ramai yang menggunakan pengangkutan udara berbanding di India yang mempunyai penduduk seramai satu bilion.

Tujuh Terkorban Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kawasan Perlombongan Haram
Gambar hiasan
JAKARTA: Tujuh orang terkorban sementara enam lagi masih hilang selepas tanah runtuh berlaku di kawasan perlombongan haram di daerah Paniai di wilayah Damai III di Papua pada Selasa. "Tanah runtuh berlaku di kawasan perlombongan haram Baya Biru Paniai. Sebanyak 15 orang tertumbus di bawah runtuhan," Ketua Polis Papua, Tito Karnavian dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe pada Khamis. Beliau berkata daripada 15 mangsa itu, tujuh ditemui mati sementara dua yang terselamat telah dikeluarkan daripada runtuhan. Tito berkata polis masih meneruskan gerakan mencari baki enam orang mangsa. "Kedua-dua mangsa yang terselamat ialah Udin, 36, yang patah tangan kanannya dan Yokbun, 29, yang patah kaki kiri dan mengalami lebam di muka dan seluruh badan. "Kedua-dua mereka telah dipindahkan ke Hospital Besar Nabira dengan menggunakan helikopter pada pukul 4 petang, Rabu. Usaha mencari enam orang lagi masih dijalankan...kami tidak tahu keadaan mereka," kata Tito. Beliau berkata tanah runtuh itu berlaku di kawasan terpencil di tengah-tengah hutan dan ini menyebabkan sukar untuk sampai ke tempat kejadian. "Tidak ada isyarat telekomunikasi, satu-satunya jalan untuk sampai ialah dengan menaiki helikopter. Kami menerima berita mengenai bencana ini daripada polis Paniai," kata beliau. Menurut Tito, penduduk tempatan di kawasan itu juga membantu anggota polis dan agensi mitigasi bencana mencari mangsa.

Jersi Baharu Man United Ditaja Chevrolet
JERSI Manchester United yang memaparkan Chevrolet sebagai penaja dikatakan bakal menjadi jersi versi baharu skuad tersebut pada saingan Liga Perdana Inggeris akan datang.
Jersi rekaan baharu itu dipercayai dimuatnaik ke laman internet selepas penyokong kelab itu berjaya mencurinya.
Fresh start: United have a new manager and now a new shirt too, with their new sponsors logo Jersi yang mendapat tajaan baharu itu sepatutnya diperkenal pada Isnin ini tetapi ia terlebih dahulu terlepas ke tangan penyokong fanatik. Media England mendedahkan jersi baharu itu mendapat tajaan bernilai £53 juta daripada Chevrolet dengan jenama berkenaan menghiasi bahagian depan. Rekaan jersi itu juga mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.

Felixia Yeap Tidak Benar Liputan Media Majlis Peluk Islam
KUALA LUMPUR: Model berbangsa Cina, Felixia Yeap tidak membenarkan sebarang liputan media atau publisiti mengenai majlis pengislamannya yang dijangka diadakan pada Khamis.
Enggan mendedahkan lokasi dan masa dia akan memeluk Islam, Felixia, 28, mahu semua pihak khususnya golongan media menghormati niatnya untuk berhijrah.
"Benar saya akan mengucap kalimah syahadah hari ini. Tapi biarlah lokasi dan masanya menjadi hak peribadi saya.
"Apa yang pasti bukan di Hidayah Centre, saya tidak pernah ke sana," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
Penegasan bekas model seksi beberapa majalah antarabangsa termasuk majalah lucah, Playboy itu dibuat berikutan salah faham yang timbul kononnya dia gagal muncul di pejabat Hidayah Centre di Taman Melawati, Kuala Lumpur iaitu lokasi dia dikatakan akan memeluk Islam.
Sejak awal pagi Khamis, sekumpulan wakil media hadir ke lokasi berkenaan bagi merakamkan detik penghijrahan Felixia namun kecewa apabila dia tidak hadir.
"Siapa yang sebarkan berita ini? Sebarang penjelasan sila hubungi Hidayah Centre. Apa yang pasti bukan dari saya," katanya.
Pada 27 Jun lalu, Felixia mengumumkan secara rasmi untuk memeluk Islam menerusi akaun Facebooknya selepas beberapa bulan mendalami hal ehwal Islam.
Dia memilih untuk memeluk Islam pada Khamis bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya hari ini yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.
TOP
Air Mata Rindu Temani Pemburu Rezeki
Buruh warga Indonesia menghiburkan hati bagi mengubat rindu keluarga sempena Ramadan dan Syawal di rumah kongsi selepas penat bekerja dan selesai menunaikan ibadah puasa.
MORIB: Bekerja dalam keadaan panas terik, lebih-lebih lagi di bulan puasa menjadikan pekerjaan itu berganda bebannya, namun segalanya dipermudahkan semata-mata kerana niat untuk mencari rezeki di perantauan bagi mengubah nasib keluarga di kampung. Keletihan kerana menjalankan kerja berat tidak menjadi penghalang kepada warga asing yang rata-ratanya beragama Islam untuk menunaikan ibadah wajib itu. Tidak dinafikan, perasaan rindu suasana berpuasa dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga sukar dibendung atau diungkap dengan kata-kata. Malahan, air mata sering jadi peneman setiap kali terkenangkan anak, isteri serta sanak saudara di kampung. Dengan bayaran hanya RM50 sehari, mereka senang bekerja di negara ini memandangkan ramai rakan senegara dan bahasa pertuturan yang mudah difahami, selain budaya yang hampir sama.
Cuaca terik bukan alasan untuk warga asing terus mencari rezeki pada bulan puasa.
Buruh binaan, Mohd Rey, 27 dari Jawa Timur menganggap bekerja di saat Ramadan adalah motivasi supaya dirinya untuk bersabar dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa.
Buruh binaan berehat sementara menantikan waktu berbuka puasa di rumah kongsi
Kelihatan lebih tenang walau sudah berusia, Budin Atip berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk bekerja sepanjang Ramadan, malahan kali ini sudah 10 tahun meraikan Aidilfitri di Malaysia. Berusia 52 tahun, katanya, keluarga memahami cara kerjanya dan setiap kedatangan Syawal, wang lebih akan dikirim kepada keluarganya di Lombok, Nusa Tenggara Barat. “Penyediaan buat hari raya nanti tetap akan dikirim, " katanya.
Suasana dalam rumah kongsi yang agak sepi kerana penghuninya keletihan selepas bekerja di tapak binaan.
Berasal dari Surabaya, katanya, rutin kehidupan berbeza di bulan Ramadan kerana penghuni rumah kongsi akan bangun seawal pukul 3.30 pagi bagi menyediakan juadah sahur, sebelum bersiap untuk memulakan kerja hakiki sehingga 5 petang dan seterusnya bersiap untuk berbuka puasa. "Jika berada di samping keluarga, isteri akan menyediakan sahur dan juadah berbuka puasa, namun di sini segalanya dilakukan sendiri." "Sejak bekerja di Malaysia, saya dan teman-teman akan menyediakan juadah buka puasa bersama-sama dan selepas itu kami akan menunaikan solat berjemaah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini.
Berborak sambil menunggu waktu Maghrib untuk berbuka puasa bersama rakan senegara.
Berbeza pula keadaannya buat Mohd Tony, 30, juga dari Surabaya apabila beliau mengaku, setiap kali sebelum berbuka puasa, menjadi kemestian untuk melihat gambar anak perempuannya, Nurin Rahmahillah yang berusia 3 tahun yang berada di kampung. "Saya akan pulang ke Surabaya bagi menyambut Aidiladha nanti kerana sudah 4 tahun tidak pulang,” katanya sambil menitiskan airmata kerana terlalu merindui keluarganya.
Buruh wanita warga asing menyiapkan juadah berbuka untuk rakan di rumah kongsi.
Hal sama disampaikan buruh asing lain yang ketika ditemui gigih menjalankan kegiatan harian di tapak binaan seperti hari biasa kecuali waktu penyediaan juadah berubah, selain masa dihabiskan untuk menunaikan solat berjemaah. Bagi Waluyo Katiman, 37 dari Lampung, saat Ramadan adalah masa terbaik untuk berdoa supaya Tuhan memurahkan rezeki kepada beliau sekeluarga. "Ramadan adalah titik tolak kepada menahan nafsu dan menghargai erti penat lelah bekerja. Bekerja buat keluarga di Indonesia adalah salah satu ibadah dan selama masih muda inilah masa buatnya berbakti kepada keluarga,” katanya.
Hidangan ala kadar dikongsi bersama buruh binaan warga Indonesia.

Tutup Rumah Urut, Rumah Ayam...Bukan 'Soup Kitchen'
PETALING JAYA: Pengguna laman sosial rata-ratanya kurang senang dengan langkah menghentikan program amal Soup Kitchen di kawasan Bukit Bintang.
Kejam dan tidak berperikemanusiaan, demikian mereka memberi pandangan terhadap cadangan untuk menyekat pemberian makanan percuma kepada golongan gelandangan.
Reaksi sebegini muncul selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program amal Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2 km daripada pusat bandar.
Pengguna di Facebook mencela pengumuman itu, dengan beratus-ratus orang memberi pujian kepada Fendi Ahmad, yang menggesa pihak berkuasa untuk memberi tumpuan kepada usaha membasmi, bukannya membendung aktiviti amal.
"Anda patut menutup semua pub/rumah urut/rumah ayam (sarang pelacuran). Bukan Soup Kitchen la ..." tulis Fendi.
Seorang lagi pengguna pula menyuarakan persoalannya dengan berani dengan menulis: "Siapakah anda untuk menghalang saya daripada memberi makan kepada saudara saya?"
Kenyataan Tengku Adnan bahawa Soup Kitchen menggalakkan aktiviti gelandangan dan pengangguran juga telah ditolak oleh Lavinia Lo.
"Mereka di situ untuk memberi makanan kepada orang-orang yang malang. Hanya beberapa orang sahaja yang akan mengambil kesempatan terhadap kebaikan mereka.
Mengenai dakwaan bahawa Soup Kitchen menyebabkan sampah-sarap, Alvin Kanniah menggesa supaya pembuat keputusan dasar membuat keputusan berdasarkan penemuan fakta: "Bagaimana begitu mudah mengaitkan 'masalah berkaitan sampah di bandar' dengan mereka yang tiada tempat tinggal dan menganggur! Saya pasti anda mempunyai data untuk menyokong perkara ini?"
TOP
Diplomat Malaysia Akan Ditahan Semasa Ketibaan - Polis NZ
Muhammad Rizalman
PETALING JAYA: Diplomat Malaysia, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah yang terdekat apabila dia tiba di New Zealand, menurut polis Wellington. Komander polis daerah Wellington Superintendan Sam Hoyle, dalam satu kenyataan pada Khamis berkata "apabila seseorang dengan satu waran tangkap tiba di New Zealand, mereka akan bertemu pihak polis di sempadan, ditangkap dan dibawa ke mahkamah yang berhampiran. "Mahkamah boleh menahan reman, melepaskan mereka atau membebaskan mereka dengan ikat jamin, dengan atau tanpa syarat. Pada masa ini, tarikh perbicaraan yang berikutnya juga akan ditetapkan." Polis New Zealand kini mengadakan kerjasama erat dengan Kementerian Luar Negeri mengenai proses undang-undang dan butiran logistik setibanya Rizalman ke New Zealand. "Oleh kerana perkara ini akan dibawa mahkamah, tidak sesuai bagi polis untuk membuat sebarang komen tentang perkara ini," kata Hoyle. "Kami juga akan menggalakkan pengulas lain yang berkaitan supaya berhati-hati dengan kemungkinan implikasi tindakan mereka dalam proses undang-undang," katanya. Hoyle menyifatkan kes itu sebagai "undang-undang keadaan unik dan kompleks" dan memerlukan perancangan yang teliti. "Polis akan terus memberi sokongan terhadap mangsa dan sehingga kini sering memberitahunya tentang perkembangan terkini," kata Hoyle, sambil menambah tiada tarikh ditetapkan untuk Rizalman kembali. The Star difahamkan bahawa persediaan sedang dibuat untuk menerbangkannya ke Wellington, sebaik sahaja penilaian psikiatri terhadapnya selesai dilakukan. Penilaian ini dijalankan di Hospital Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. "Dia boleh dihantar balik seawal Jumaat," menurut sumber, Khamis. Sumber itu berkata Rizalman masih mendapat kekebalan diplomatik dan dihantar kembali untuk membantu dalam siasatan. Pada Rabu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Rizalman akan dihantar kembali ke New Zealand untuk membantu pihak berkuasa menyiasat dakwaan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk melakukan rogol terhadapnya.

Nazir Razak Dilantik Anggota Lembaga Pengarah Khazanah
Nazir Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Tun Razak telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd berkuatkuasa 1 September depan. Nazir kini adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB. Sejajar dengan pelan transisi kepemimpinan Kumpulan CIMB sebagaimana diumumkan CIMB awal hari ini, beliau akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan menjadi Pengerusi Kumpulan CIMB pada 1 September nanti. Dalam satu kenyataan di sini, Khazanah berkata, Nazir mempunyai kerjaya 25 tahun yang cemerlang dalam kumpulan berkenaan. Beliau menyertai jabatan kewangan korporat CIMB Investment Bank pada 1989, kata badan pelaburan kerajaan itu. Pada 1993 Nazir dipindahkan ke cabang pembrokeran saham kumpulan di mana beliau kemudiannya menjadi Pengarah Eksekutif sebelum kembali ke CIMB Investment Bank sebagai Timbalan Ketua Eksekutif pada 1 Jun 1996. Beliau dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Investment Bank pada 1 Jun 1999 dan telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan selama lebih 15 tahun. Di bawah kepemimpinannya, CIMB berubah menjadi peneraju bank universal Asean berikutan beberapa siri pengambilalihan bank di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Di samping menjadi anggota lembaga pengarah pelbagai syarikat Kumpulan CIMB, Nazir ialah anggota panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pengerusi Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan. Beliau juga pemegang amanah Yayasan Rahah, Pengerusi Bersama Kelab Perniagaan Asean dan pengarah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, Endeavour (Malaysia) dan MEPS. Nazir adalah graduan Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Bristol dan mempunyai Sarjana Falsafah dari Universiti Cambridge. Pada 2010 beliau berkhidmat sebagai Felo Chevening di Pusat Pengajian Islam Oxford. Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia yang diamanahkan bagi memegang dan menguruskan aset komersil kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik. Khazanah terbabit dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, perbankan, penjagaan kesihatan, pengurusan lapangan terbang, pembangunan hartanah, penyiaran dan pegangan pelaburan dan teknologi.

Muhammad Joraimee Sekeluarga Tidak Bergaul Dengan Jiran
Muhammad Joraimee (tengah) salah seorang daripada lima yang dikehendaki polis.
KUALA LUMPUR: Seorang daripada lima individu yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan militan, Muhammad Joraimee Awang Raime disifatkan sebagai dingin dan tidak bergaul dengan jiran tetangga. Beberapa jiran Muhammad Joraimee, 39, atau lebih dikenali sebagai Abu Nur, yang tinggal di rumah ibunya bersama anak dan isteri di Taman Selayang Baru, Batu Caves di sini dilihat sering pulang lewat malam. Zalikha M. Hassan, 44, berkata Muhammad Joraimee dan kesemua anggota keluarganya juga tidak pernah keluar untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling. "Dia satu keluarga memang tidak bergaul sangat...Kalau mereka ada di rumah pun cuma duduk di dalam rumah dan tidak keluar dan kalau keluar untuk kerja dan pergi sembahyang. "Tingkap rumahnya memang sentiasa bertutup macam tidak ada orang di rumah dan pintu rumah hanya dibuka untuk orang tertentu sahaja," katanya ketika ditemui dekat sini, Khamis. Zalikha berkata sikap dingin Muhammad Joraimee itu pernah membawa kepada satu kejadian pertengkaran kecil ketika jirannya mengadakan kenduri. "Tempat letak kereta yang terhad menyebabkan orang ramai yang datang tepaksa meletak kenderaan di hadapan rumahnya... Tetapi ia tidak disenangi Joraimee dan keluarga sehingga Joraimee bertindak mengarahkan kenderaan itu dialihkan" katanya. Katanya Muhammad Joraimee sudah hampir empat bulan tidak kelihatan pulang ke rumah. Ali Arsyad, 49, yang berjiran dengan Muhammad Joraimee sejak 30 tahun berkata walaupun mereka kenal sejak kecil namun dia agak pendiam. "Selepas SPM dia pernah bekerja sekejap dengan saya sebelum dia ke Mesir menyambung pengajiannya...waktu kerja dia bekerja seperti biasa tetapi selepas waktu kerja memang tidak pernah lepak bersama sampailah sekarang," katanya. Tinjauan Bernama di rumah Muhammad Joraimee, kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), mendapati rumah itu kosong dan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di hadapan rumahnya berhabuk. Sementara itu, seorang pengawal keselamatan MPS yang hanya dikenali sebagai Zulkifli, 46, berkata dia mengenali suspek sebagai seorang yang kuat agama namun jarang bertegur. "Kadang-kadang dia lalu ada juga tegur dan melalui keterampilan dan cara dia bercakap memang kuat juga agamanya. "Tapi dia tidak pernah cerita atau berkongsi sebarang aktivitinya di luar apatah lagi mengajak sebarang aktiviti bersama...Sejak tiga ke empat bulan lepas memang saya tidak nampak dia memasuki perkarangan MPS ini," katanya. Sementara itu, usaha untuk menemui ibu seorang lagi suspek, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad, 36, gagal selepas hampir sejam menunggu di hadapan rumahnya di Taman Selayang Baru, Batu Caves. Sepanjang tempoh sejam berada di pekarangan rumah suspek, kelihatan dua lelaki difahamkan adik-beradik suspek memasuki rumah berkenaan namun enggan ditemui. Pada 12.45 tengah hari, dipercayai sepasukan anggota polis keluar dari rumah suspek selepas menjalankan siasatan. Di TAWAU, usaha untuk bertemu anggota keluarga seorang lagi suspek, Mohd Amin Baco, 31, gagal apabila rata-rata penduduk di Kampung Titingan mendakwa tidak mengenali ataupun pernah mendengar nama suspek. Ketua Kampung Titingan, Ismail Amoo, 65, berkata beliau tidak mengenali Mohd Amin dan tidak pernah mengetahui bahawa suspek menetap di kampung itu. "Saya tidak tahu suspek tinggal di sini dan saya juga tidak pernah mendengar ada nama seperti itu di sini...tetapi saya tidak pasti sekiranya dia (suspek) menggunakan nama lain kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan nama samaran," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini. Usaha untuk menjejaki anggota keluarga seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Jeknal Adil, 30, juga gagal kerana alamat terakhir suspek di Kampung Kurnia Jaya Batu Empat Jalan Apas, Tawau kini, sudah tidak dihuni penduduk. Kebanyakan penduduk di situ telah berpindah ke tempat lain setelah terlibat dalam kebakaran yang memusnahkan lebih 80 rumah setinggan di kampung itu pada 17 Disember tahun lepas. Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan senarai nama lima individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan militan di negara ini. Mereka ialah Mahmud atau Abu Hanzalah, Muhammad Joraimee atau Abu Nur, pemilik kedai photostat dan alat tulis UM Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara, Mohd Amin dan Jeknal Adil atau Jek.

Kereta Perisai ATM Terbalik, Dua Anggota Tentera Maut
Gambar hiasan
IPOH: Dua anggota tentera terbunuh dan dua lagi cedera parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) yang dinaiki mereka terbalik di KM232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Kuala Kangsar, kira-kira 40km dari sini. Jurucakap polis berkata pemandu itu dipercayai hilang kawalan terhadap kereta tersebut yang melanggar pembahagi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang Khamis. Kereta perisai itu terbalik dan menyebabkan empat anggota tentera di dalamnya terperangkap. Ketua Balai Bomba Kuala Kangsar Ismail Darus berkata, mereka berjaya menyelamatkan pemandunya, Leftenan Korporal Freaddy Barbalas, dan Koperal Sharifuddin Abdullah. "Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan," katanya. Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Sarjan Bayong, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan Korperal Che Mohd Patanah Che Ismail, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Editor Politik Akhbar NZ Puji Keputusan Malaysia Hantar Balik Rizalman
Rizalman
KUALA LUMPUR: Seorang kolumnis akhbar New Zealand memuji Malaysia kerana 'melakukan perkara yang betul' apabila mengumumkan keputusan untuk menghantar kembali diplomat ke New Zealand bagi menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual. Audrey Young, editor politik akhbar 'The New Zealand Herald', berkata selama beberapa hari, timbul salah anggapan bahawa Malaysia dengan cepat membawa diplomat yang tertuduh itu keluar dari New Zealand dan menolak permohonan untuk membatalkan imuniti diplomatik diplomat itu. Pihak Malaysia membuat keputusan itu berdasarkan pemahaman yang palsu, kata beliau dalam edisi online akhbar itu. Semua itu dilakukan dalam keadaan kekaburan oleh seorang pegawai gred pertengahan di bahagian protokol di Kementerian New Zealand sehingga mendorong Malaysia percaya bahawa kerajaan New Zealand tidak membantah terhadap bentuk tindakan itu, katanya. Young berkata sekarang Malaysia tahu bahawa semua itu adalah palsu lalu mengubah keputusan dan mengumumkan bahawa pegawai yang pernah berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington itu akan dihantar balik ke New Zealand. Young berkata tindakan ini menunjukkan integriti. Keputusan untuk menghantar balik Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi yang dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol, diumumkan oleh Kementerian Luar Malaysia malam Rabu. Kementerian itu berkata Malaysia menaruh keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand dan mempunyai kepercayaan penuh bahawa tertuduh akan diberi layanan adil secara bermaruah seperti diperuntukkan di bawah undang-undang. Young menegaskan bahawa ia terlalu jauh untuk menyatakan bahawa langkah itu telah memulihkan hubungan Malaysia dengan New Zealand kerana di peringkat politik, ia tidak terjejas. "Hubungan Malaysia dan New Zealand semakin rapat sejak beberapa tahun kebelakangan: kedua-dua negara telah memeterai FTA (perjanjian perdagangan bebas) pada 2009, New Zealand menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur dan menjadikan hubungan rapat dengan Asean sebagai keutamaan di rantau itu," kata beliau. Walaupun jika tertuduh tidak dihantar semula, Young berkata hubungan dua hala tidak akan terjejas kerana 'kekaburan dalam komunikasi berpunca daripada New Zealand.'

MH370: Republik Czech Zahir Simpati
KUALA LUMPUR – Kerajaan Republik Czech hari ini menzahirkan simpati terhadap insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Abu Zahar berkata, perkara itu dinyatakan ketika dutanya di Malaysia, Rudolf Hykl mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, perbincangan turut berkisar mengenai perkembangan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.
“Hykl turut melahirkan rasa simpati terhadap insiden kehilangan pesawat MH370 dan berdoa agar misi mencari akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.
Abu Zahar berkata, mereka turut membincangkan beberapa perkara termasuk usaha mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
“Beliau amat kagum dengan kewibawaan Malaysia dalam pelbagai bidang khususnya dalam pembangunan ekonomi negara yang ditadbir urus oleh pemimpin yang berwibawa,” kata Abu Zahar.
Katanya, Hykl juga menyatakan hasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat bagi menyampaikan keinginan Republik Czech menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang yang sesuai.
Kunjungan Hykl itu adalah lawatan pertamanya selepas dilantik sebagai Duta pada 18 Februari lalu.
Hykl, 48, pernah menyandang jawatan sebagai editor berita di Bahagian Antarabangsa Agensi Berita Czechoslovak selama setahun pada 1989. – BERNAMA
TOP
Banduan Dijatuhi Penjara 50 Bulan, 2 Sebatan
KUALA LUMPUR – Seorang banduan terpaksa melupakan hasratnya untuk dibebaskan pada Januari tahun depan selepas Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman 50 bulan penjara dan dua sebatan kerana menipu dan memalsukan cek berhubung pembelian 17 lembu untuk dijadikan ibadah korban.
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Khairol Yusoff, 32, yang kini menjalani hukuman setahun di Penjara Kajang, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Bagaimanapun, tertuduh yang memakai baju lokap berwarna merah, hanya perlu menjalani hukuman penjara 30 bulan selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula daripada tarikh tangkap pada 9 Disember 2013.
Mohd Khairol dihukum penjara 20 bulan dan dua sebatan kerana menipu seorang penternak lembu, Abdul Razak Md Ali, 58, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa tertuduh hendak membeli 17 ekor lembu yang bernilai RM42,500.
Perbuatan tertuduh mendorong Abdul Razak menyerahkan lembu-lembu berkenaan kepadanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Lembu Jalan Bakti, Kanchong Tengah, Banting, antara 23 September 2012 hingga 27 Oktober 2012, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada dua anak itu dihukum penjara 30 bulan kerana memalsukan sekeping cek CIMB Islamic Bank berjumlah RM25,000 sebagai pembayaran deposit untuk pembelian lembu-lembu berkenaan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Presint Diplomatik, Presint 15, Putrajaya, pada 10 malam, 30 Sept 2012, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman atas alasan dia perlu menjaga seorang daripada anaknya yang mengalami pendarahan dalam otak.
“Saya akan dibebaskan pada 27 Januari tahun depan atas dakwaan menipu dan saya telah mendapat pengajaran sepanjang berada di dalam penjara itu,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon hukuman setimpal kerana tertuduh mempunyai dua rekod kesalahan lampau iaitu menipu dan dijatuhi penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Putrajaya selain kesalahan yang dilakukannya membabitkan jumlah kerugian yang besar. – BERNAMA
TOP
12 Titik Panas Dikesan Dalam Negara – Palanivel
KUALA LUMPUR – Bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA)-18 di beberapa lokasi dalam negara meningkat kepada 12 semalam berbanding enam pada Isnin.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel, berkata daripada jumlah itu, enam titik panas dikesan di Pahang, manakala Kedah dan Sarawak masing-masing tiga.
“Semua titik panas yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.
“Bagaimanapun satelit tidak dapat memaparkan jumlah sebenar titik panas berikutan terdapat liputan awan tebal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Palanivel berkata sebanyak 67 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia.
Mengenai pembakaran terbuka, beliau berkata sebanyak 10 kes baharu dikesan dalam tempoh dua hari lepas, menjadikan keseluruhan 4,007 kes setakat semalam. – BERNAMA
TOP
Tiada Laporan Ternak Babi Secara Haram Di N.Sembilan
SEREMBAN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) tidak ada menerima laporan mengenai kegiatan penternakan babi secara haram di Negeri Sembilan terutama di kawasan Bukit Pelanduk, Port Dickson, setakat ini.
Bagaimanapun, Pengarah JPVNS, Dr Azman Shah Abd Manaf, berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai penyembelihan babi secara haram di Bukit Pelanduk dan ia sudah diambil tindakan oleh penguatkuasa JPVNS.
“Kita ada menerima laporan mengenai penyembelihan babi secara haram di Bukit Pelandok tetapi tidak banyak. Kita sudah pun mengambil tindakan mengenai perkara itu.
Mengikut peraturan penyembelihan babi perlu dilakukan di rumah penyembelihan haiwan berkenaan tetapi di Negeri Sembilan kita tidak ada rumah penyembelihan babi,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa pemimpin tempatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya terdapat kes kematian akibat virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu.
Ini kerana terdapat pemimpin tempatan yang cuba menghasut penduduk supaya terus melakukan aktiviti penternakan babi di sekitar Bukit Pelanduk, mahu pun daerah lain di negeri ini secara haram.
Katanya, anggota penguatkuasa JPVNS dan polis sentiasa memantau kawasan Bukit Pelanduk dan kawasan lain di negeri ini bagi membendung kegiatan penternakan babi secara haram.
“Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang didapati menjalankan penternakan babi secara haram di negeri ini. Jika dibiarkan kita bimbang ia boleh mengakibatkan penularan wabak Japanese Encephalitis (JE) berulang seperti yang berlaku di Bukit Pelanduk pada tahun 1998,” katanya.
Dr Azman Shah berkata, orang ramai yang mengetahui kegiatan penternakan babi secara haram di negeri ini supaya melaporkan kepada pejabat JPVNS dan balai polis berhampiran.
Ratusan penduduk di Bukit Pelanduk dilaporkan terkorban dalam wabak yang berlaku pada 1998 dan berikutan itu, kerajaan negeri melarang penternakan babi di situ.
Bagaimanapun, kerajaan negeri bersetuju membenarkan pengusaha ladang ternakan babi di Air Kuning, Gemencheh meneruskan operasi tetapi dengan bersyarat di mana pengusaha ladang ternakan terbabit perlu sentiasa memastikan air kumbahan tidak menjadi punca pencemaran air dan bau di kawasan sekitar.
Pengusaha ladang juga hanya dibenarkan menternak dalam kuantiti kurang daripada 1,000 ekor. – BERNAMA
TOP
Orang Asli Maut Motosikal Rempuh Belakang Treler
KUANTAN – Seorang penunggang maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 44.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Kuala Lumpur-Karak dekat Temerloh, semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superitendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 2.15 pagi itu, Razak Deris, 28, dari Kampung Orang Asli Tun Abd Razak Kuala Kubu Baharu, Selangor, mati di tempat kejadian.
“Mangsa dalam perjalanan dari arah Bentong ke Kuala Lumpur apabila dia dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan merempuh belakang treler yang berada di lorong kiri.
“Kejadian berlaku di kawasan mendaki,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, akibat kejadian mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan mayatnya dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
OnePlus Bakal Hadir Dengan Tablet?
Nama OnePlus agak popular pada tahun ini, apabila syarikat pengeluar peranti baru tersebut hadir dengan telefon pintar pada harga yang rendah tetapi menawarkan spesifikasi terkini. Namun, mereka dilihat mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan tinggi pengguna, terutamanya untuk versi yang menjalankan CyanogenMod 11s.
Apa pun, perkara tersebut mungkin akan diatasi mereka tidak lama lagi, dan kini ia dilihat mereka turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan tablet tersendiri dikenali dengan nama OnePlus Tab.
Info lanjut mengenai spesifikasi dan harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Apa pun, ia boleh dikatakan yang mana OnePlus akan menggunakan kaedah pemasaran mereka tersendiri dan menawarkan peranti pada harga rendah untuk bersaing dengan pelbagai pengeluar lain di pasaran.
Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai “OnePlus Tab” ini dalam beberapa bulan akan datang ini.
Sumber: Evleaks / Amanz.my
TOP
Gambar Kampung Pondo Pulau Gaya KK Terbakar 3 Julai 2014
Insiden kebakaran yang berlaku pada pukul 12.49 tengah hari telah memusnahkan lebih 30 buah rumah di perkampungan atas air tersebut.
Punca kebakaran dipercayai akibat daripada letupan tong gas disalah satu rumah perkampungan disitu sebelum api mula merebak ke rumah yang lain.
Tiada kematian jiwa dilaporkan akibat daripada insiden kebakaran tersebut. Untuk info, Pulau Gaya mempunyai beberapa perkampungan atas air dan mengambil kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti berhampiran pasar Kota Kinabalu.
Sumber: Melvister.com
Sumber: Melvister.com
TOP
Polis Buru Baki Suspek Bunuh TKP Kastam
KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan gerakan memburu beberapa lagi individu yang terbabit dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April tahun lepas.
Bagaimanapun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mendedahkan perincian kes kerana tidak mahu menjejaskan operasi susulan.
“Saya tidak melaporkan perkara ini terlebih dahulu kerana tindakan follow-up sedang berjalan.
“Saya tahu ada akhbar sudah mainkan padahal saya sudah mohon jangan siarkan kerana takut menggagalkan proses akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil Proctor Malaysian Integriti Test di Bukit Aman, di sini, Khamis.
Sebuah akhbar hari ini yang memetik sumber polis melaporkan suspek utama kes pembunuhan Shaharuddin telah ditahan di sebuah rumah di Ampang kira-kira pukul 5 pagi Rabu.
Menurut laporan itu polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan di Batu Caves dan keempat-empat mereka dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman.
Dalam kejadian 8.15 pagi 26 April tahun lalu, Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke tempat kerja.
Allahyarham yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) itu ditembak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal, ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya. – BERNAMA
TOP
Malaysia Tak Mahu Lagi Jadi Pasukan Belasahan
KUALA LUMPUR – Pasukan ragbi negara berazam untuk tidak lagi menjadi pasukan belasahan di Sukan Komanwel Glasgow, Scotland yang bermula dari 24 Julai hingga 3 Ogos ini.
Ketua jurulatih Yusli Ramli berkata berdasarkan prestasi semasa anak buahnya, beliau meletakkan sasaran pasukan untuk menduduki tempat ke-12 pasukan pada kali ini, memperbaiki kedudukan sebelum ini di tempat ke-16 pada temasya lepas.
Mengakui laluan sukar pasukan kebangsaan yang diundi dalam kumpulan C bersama tiga lagi pasukan terbaik dunia iaitu Samoa, Wales dan Papua New Guinea, Yusli berkata apa yang diharapkan agar pasukan negara dapat mengurangkan jurang skor dalam setiap perlawanan.
“Saya harap mereka akan mengaplikasikan segala latihan yang dijalankan serta apa yang dipelajari melalui beberapa perlawanan ujian dan latihan yang diadakan di Australia dan Afrika Selatan sebelum ini.
Kalau dilihat kepada pasukan dalam kumpulan C, kita pun boleh ukur kedudukan pasukan di mana cuma apa yang kita harap dapat mengurangkan jurang skor,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman senarai pemain pasukan ragbi ke Sukan Komanwel di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Dalam Sukan Komanwel 2010, pasukan ragbi Samoa membelasah Malaysia 60-0.
Pada temasya kali ini, 12 atlet disenaraikan terdiri daripada tiga atlet berpengalaman iaitu Mohd Syahir Asraf Rosli selaku kapten, Mohamad Amin Jamaluddin dan Anwarul Hafiz Ahmad manakala sembilan lagi adalah atlet baru termasuk Marc Le, pemain yang pernah menyertai pasukan kelab Jepun Ricoh Black Rams.
Yusli berkata sebagai persiapan terakhir menjelang temasya Sukan Komanwel, pasukan negara akan menyertai Kejohanan Domestik 7 di Singapura dan turut mendapat jemputan perlawanan persahabatan dari pasukan Kenya dan Cook Island setiba di Glasgow nanti.
Dalam pada itu, Yusli berkata walaupun menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan, latihan skuad ragbi negara tetap dijalankan.
“Kita menjalani latihan di padang satu jam setiap petang dan menjalani dua sesi dalam gimnasium iaitu pada hari Selasa dan Khamis selepas waktu berbuka puasa,” katanya.
Ketua pasukan ragbi negara Mohd Syahir Asraf ketika ditemui berkata meskipun majoriti anggota pasukannya pemain baru tetapi mereka menunjukkan kesungguhan
dan prestasi memberangsangkan sepanjang latihan dan perlawanan ujian.
“Kalau kita lihat undian kumpulan, memang kita jauh di belakang. Tapi apa yang boleh disasarkan adalah agar kita dapat kurangkan jurang skor dan perbaiki kedudukan di tangga ke-12 kali ini,” katanya.
Malaysia layak secara automatik ke Sukan Komanwel dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan selepas muncul enam pasukan terbaik pada kejohanan Siri Asia Tujuh Sebelah 2013 yang berlangsung sejak Jun hingga November. – BERNAMA
TOP
Kelar Muka Suami Kencing Merata-Rata
Billings (Amerika Syarikat) – Seorang wanita berusia 52 tahun dituduh mengelar muka suaminya kerana kencing merata-rata di bilik air.
Menurut dokumen mahkamah, Shery Lyn Downs ditahan Isnin lalu selepas polis tiba di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata, suami Shery yang berusia 68 tahun ditemui duduk di tangga sambil menekap mukanya dengan tuala yang berlumuran darah.
Dia memberitahu polis isterinya cuba mengelar lehernya.
Polis yang memasuki rumah berkenaan menemui darah di ruang tamu dan titisan darah menghala ke bilik tidur.
Shery berada di dalam rumah berkenaan dalam keadaan mabuk tetapi tidak cedera.
Dia mulanya memberitahu polis suaminya mencederakan dirinya sendiri dan mendakwa lelaki itu mencetuskan masalah dengan kencing merata-rata.
Di hospital, mangsa memberitahu isterinya berang kerana dia kencing di atas lantai di bilik air.
Dia berada di dalam bilik tidur apabila isterinya cuba dua kali untuk masuk dengan membawa pisau dan mengugut membunuhnya.
Kali kedua dia masuk ke bilik tidur itu, Shery bertindak mengelar muka suaminya.
Menurut sumber, mangsa luka beberapa sentimeter di muka dan memerlukan pembedahan khas. – Agensi
TOP
China larang umat Islam di Xinjiang berpuasa
KERAJAAN China terus melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini sama seperti sebelum ini, lapor beberapa media antarabangsa.
Larangan yang dipercayai dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing itu dihebahkan melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar.
Jabatan kajicuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu sebagai "arahan pihak atasan" dan ia meminta "semua kakitangan dan bekas kakitangan untuk tidak berpuasa dalam bulan Ramadan".
Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.
Biro hal ehwal perdagangan di Turfan melalui laman webnya meminta kakitangannya tidak berpuasa atau terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan. Sebuah laman web lain menyebut: "Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa."
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.
"Kami menggesa China agar memastikan kebebasan agama untuk Uighur dan menghentikan sebarang penindasan politik melibatkan bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media antarabangsa.
Menurut Raxit, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa manakala pihak berkuasa juga membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.
Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik.
Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Bancian terbaru yang dibuat pada 2010 bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang terkini biarpun jumlah etnik lain dicatatkan dalam bancian empat tahun lalu itu.
China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi ke atas golongan minoriti itu.
Sumber: Astro Awani
TOP
Mohon Kerja Sektor Awam Hanya Melalui SPA
KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengingatkan orang ramai yang berminat bekerja dalam sektor awam supaya mengemukakan permohonan hanya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat JPM hari ini, sebarang pengisian jawatan dalam perkhidmatan awam tidak menggunakan pihak ketiga mahupun mengenakan sebarang bayaran.
“Garis panduan permohonan pengisian kekosongan jawatan adalah berdasarkan Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2014 yang jelas menyatakan bahawa sebarang pengisian dalam perkhidmatan awam tidak menggunakan pihak ketiga mahupun mengenakan sebarang bayaran,” menurut kenyataan itu.
Pemakluman itu dibuat berikutan aduan yang diterima JPM berkenaan penipuan yang dilakukan seorang individu melalui akaun Facebook yang didaftarkan atas nama ‘Datin Maimunah’, mengaku kononnya boleh membantu mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan.
Datin Maimunah mengaku beliau bekerja di JPM dan boleh membantu untuk mendapatkan pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan dengan mengenakan bayaran sebanyak RM750 seorang, menurut JPM.
JPM berkata laporan polis telah dibuat semalam bagi mengelak penipuan itu berterusan selain memastikan tiada individu yang boleh menyalahgunakan nama jabatan berkenaan untuk mengelirukan orang ramai.
Orang ramai yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam boleh membuat permohonan kepada SPA secara dalam talian dengan melayari laman sesawang SPA di http://www.spa.gov.my, menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, mereka dinasihat membuat urusan permohonan perjawatan dengan SPA secara terus.
Sebarang pertanyaan permohonan boleh dikemukakan kepada SPA di talian 03-80056000 atau Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi kementerian, jabatanatau agensi yang berkenaan di talian 03-80008000. – BERNAMA
TOP
Operasi Pantau Premis Proses Ayam Minggu Depan
GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang akan melancarkan operasi besar-besaran bagi memantau kebersihan premis pemprosesan ayam halal di negeri ini mulai minggu depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata tindakan itu bagi memastikan aktiviti penyembelihan ayam menepati piawaian halal yang ditetapkan.
“Dalam operasi baru-baru ini, ada kes ayam baru disembelih dan masih hidup dicampak dalam air mendidih selain air basuhan ayam yang dipenuhi darah diguna berulang kali tanpa ditukar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan air panas semasa proses mencabut bulu ayam sudah memadai sekali gus mengelak kualiti ayam terjejas.
“Ayam sepatutnya dimasak di dapur bukan di pasar, kerana itu keracunan makanan berlaku, tahun ini sahaja sekurang-kurangnya tiga kes keracunan melibatkan masakan ayam berlaku di negeri ini,” katanya.
Operasi penguatkuasaan itu akan turut melibatkan kerjasama antara Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang; Pihak Berkuasa Tempatan; Jabatan Kesihatan negeri; dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.
Abdul Malik berkata selain amaran dan kompaun, pihaknya mempertimbangkan untuk mengeluarkan arahan penutupan selain menarik semula sijil halal yang diberikan kepada premis terlibat.
Beliau berkata lapan rumah sembelihan melibatkan 360 pemegang sijil tauliah membekalkan 54,000 ayam halal beroperasi di seluruh Pulau Pinang.
Satu perjumpaan dengan pembekal dan peniaga ayam akan diadakan pada 11 Julai ini bagi mengadakan perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melarang aktiviti penyembelihan dilakukan di pasar dan pelaksanaan pusat sembelih berpusat, katanya. – BERNAMA
TOP
Empat Sekeluarga Dilarikan Penyamun
Georgetown – Dua lelaki bukan saja menyamun malah turut menculik empat ahli keluarga dalam satu kejadian di Taman Hutchings, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, dua suspek terbabit menceroboh rumah mangsa dan mengambil pelbagai barang berharga.
Mereka yang bersenjatakan pisau itu kemudian mengugut semua mangsa yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak perempuan mereka masuk ke dalam kereta.
Semua mereka dibawa menuju ke Prai sebelum si suami nekad terjun dari kereta ketika berada di kawasan Bukit Mertajam.
Ketika itu, dua anak mangsa dikatakan ditinggalkan berhampiran sebuah pusat beli belah manakala ibu mereka terus dibawa hingga ke kawasan Tikam Batu, Kedah.
Wanita terbabit turut ditumbuk suspek kerana berang dengan tindakan suaminya yang terjun dari kereta.
Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam selepas suspek meninggalkannya di kawasan Tikam Batu.
Satu sidang media akan diadakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, petang ini.
Sumber: myMetro online
TOP
Berang Disaman, Pemandu Bagi Tandatangan PUK*MAK Pada Polis
Saman, kompaun trafik atau lebih dikenali dengan 'surat cinta pakcik putih' adalah perkara yang tidak menyedapkan hati mana-mana pihak jika terkena. 2 perasaan sering melanda tatkala diberikan surat istimewa ini, menyesal ataupun marah yang membawa padah kepada diri sendiri.
Seperti yang berlaku kepada seorang anggota PDRM di bawah yang menerima tandatangan 'kurang ajar' dari seorang pemandu motokar Chevrolet, Lim Pei Jye, nombor pendaftaran PLE2292.
Kejadian berlaku di BP Batu Feringghi pada 2/7/2014 pada jam 9.50pagi
Semasa pengadu seorang anggota bersama rakan setugas sedang bertugas ronda bit/patrol telah menahan sebuah motokar jenis chevrolet yang dipandu oleh seorang lelaki cina, atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat warna merah di hadapan Hotel Holiday Inn.
Anggota tersebut telah menahan motokar tersebut di hadapan I Love U Cafe serta minta IC dan lesen memandu lelaki tersebut. Pemandu kereta tersebut menyatakan beliau telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan
"Ambil duit kopi sudah lah"
Tetapi pengadu tidak menghiraukan, terus mengeluarkan buku saman. Semasa sedang menulis buku saman, pemandu tersebut berkata
"Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting."
Setelah anggota selesai tulis saman & minta pemandu motokar tersebut untuk tandatangan Pol 257. Setelah beredar dalam keadaan marah, pengadu menyemak POL 257 dan mendapati tempat tandatangan penerima ditulis dengan perkataan ' pukimak' lalu pengadu membuat laporan polis.
Apa salah anggota ini? Beliau hanya menjalankan tugas tetapi dibalas dengan sikap biadab seperti ini hanya memalukan bangsa sendiri saja. Ingatlah, anggota PDRM itu juga manusia yang punyai hati dan perasaan.
- My Media Hub
- My Media Hub
TOP
Video: Polis Dipuji Buat Hebahan Keselamatan Di Bazar Ramadan
Ini barulah yang dikatakan lebih baik mencegah dari merawat, Beringat sebelum kena. Itulah yang dilakukan oleh anggota polis di Bazar Ramadhan Daerah Raub yang mana mendapat pujian masyarakat.
Dengan menggunakan pembesar suara yang ada pada kereta peronda jenis MPV, anggota polis polis dirakam ketika membuat hebahan keselamatan sekaligus membuatkan orang ramai berasa selamat.
Ini adalah antara komen-komen masyarakat terhadap video yang dimuatnaikkan ini:
Antara nasihat yang diberikan ialah memastikan anak-anak sentiasa di bawah kawalan dan perhatian ibu bapa, berhati-hati agar tidak menjadi mangsa kepada penyeluk saku, kenderaan yang ditinggalkan berkunci dan tiada barangan berharga dalam kenderaan yang ditinggalkan serta kepada kaum wanita supaya mengelak daripada memakai barangan kemas yang berlebihan. - SiakapKeli.com

Pengemis Asing Mampu Tinggal Di Hotel 3 Bintang
KUALA LUMPUR – Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.
Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.
“Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan). Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.
Tengku Adnan berkata, undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi.
Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.
Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.
Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.
Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati “malas” dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.
Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya.
“Imej bandar raya ini sangat buruk. Jika kita tidak ambil tindakan itu, masyarakat akan menjadi tidak berdisiplin,” jelasnya apabila ditanya sama ada beliau terlalu tegas dalam keputusannya kali ini.
Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan dengan wujudnya komuniti pengemis dan gelandangan di ibu kota, yang akan menyebabkan masalah kebersihan yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk aedes dan tikus.
Kementerian melalui DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi berkaitan untuk melaksanakan ‘pembersihan’ itu, katanya. – BERNAMA
TOP
Felixia Peluk Islam Depan Keluarga, Ibu Beri Angpow
Felixia Yeap telah memberi maklumat terkini berkenaan harijadinya serta hari beliau memeluk Islam melalui status Facebooknya.
Berdasarkan statusnya dia kelihatan sangat bahagia dan gembira. Sempat lagi dia bergau tu. Menurut beliau, hari ini beliau berpuasa. Memetik statusnya “Nak celebrate birthday, tapi saya tetap berkeras nak berpuasa, jadi semua ikut saya duduk rumah je”
Selain itu dia juga ada memuatnaik gambar dua angpow yang diberikan oleh ibunya sebagai tuah dia memeluk Islam. - SiakapKeli.com

Bas terbalik, Tujuh Penumpang Selamat
KUALA KANGSAR – Tujuh penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 234, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Kuala Lumpur itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Rempuhan kuat itu mengakibatkan bas dua tingkat itu masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, keadaan bas yang terbalik mengakibatkan lorong kiri laluan terhalang dan berlaku kesesakan.
“Setibanya di tempat kejadian, kita terus memeriksa keadaan dalam bas bagi memastikan tiada mangsa yang tertinggal atau tersepit, Alhamdulillah semuanya penumpang bas termasuk pemandu kereta selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang berada di kawasan itu terkejut apabila melihat bas tersebut terbalik dan menutup keseluruhan laluan kiri lebuh raya.
“Jika dilihatkan pada keadaan bas itu, saya bimbang mungkin ada penumpang yang maut atau cedera parah tetapi saya lega apabila mendengar tiada kecederaan serius dalam kemalangan itu.
“Begitu pun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang beberapa kilometer kerana bas yang melintang di atas jalan itu menutup satu laluan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian Online
TOP
“Kuih Puki” ─ Gambar Papan Menu itu telah Diubah!
Malalui laman sosial dan whatApps ramai yang kongsikan satu gambar yang mana menuntukkan seorang kakak yang sedang berniaga di Bazar Ramdhan.
Bagaimanapun anak peniaga ini amat berasa kecewa kerana melalui gambar ini, ibunya difitnah. Kalau dilihat pada papan tanda menu dan harga itu ia menyebut kuih “Kuih Puki” yang mana ia membawa maksud yang mencarut.
Namun, menurut status yang dikemaskini oleh anaknya itu menyatakan yang gambar tersebut adalah satu fitnah kerana telah disunting. Menurut anaknya juga nama kuih tersebut ialah “Kuih Pukis”.
Sedih juga SK baca status gadis ini. Apa tidaknya, gambar tersebut telah menjatuhkan mereka. Lebih-lebih lagi ibu dia sendiri yang ada dalam gambar tersbut.
Bagaimanapun, SK tidak rasa yang penyunting ini memang berniat untuk menjatuhkan air muka mana-mana pihak dan hanya sekadar kenakalannya sahaja yang mendapat akalan daripada lama asal kuih tersebut. Tetapi haruslah berhati-hati kerana tidak semua perkara boleh dibuat main-main. Contohnya dalam gambar ini, sudah tentu ia akan memalukan peniaga tersebut.
Melihat kepada kuih pukis ini amat menarik sekali ye. Hah, meleleh air liur tengok. Sesiapa yang berminat untuk membeli kuih ini boleh la ke Bazar Ramadan Sg Abong, Muar tempat akak ni berniaga. - SiakapKeli.com

Gadis ini Hilang sejak Tiga Hari Lalu.
SK baru mendapat maklumat daripada seorang saudara yang meminta tolong hebahkan kes kehilangan adiknya Nurul Atikah binti Ibrahim yang mana telah hilang sejak tiga hari lalu tanpa sebarang berita.
Email yang SK terima:
Assalamualaikum buat semua yg ada ..
Ini gambar adek perempuan saya.nurul atikah binti ibrahim.sudah 3 hari adek saya hilang tanpa sebarang berita.minta jasa baik baik tuan/puan mendoakan keselamatan adik saayaa dan dihantar pulang.tiada dapat digambar perasaan kami sekeluarga..
Sempatkan lh tuan tuan menatap gambar adek saya seketika dan share sebanyak mungkin.saya minta jgnlah ada komen komen negatif kerana kami tiada meminta hal seperti ini.setiap ucapan dari tuan tuan boleh saja jd doa dan dimakbulkan tuhan..tolonglh kami kerana allah swt..
Sekiranya ada ternampak boleh hubungi saya 0179750151 / 0173730151 ..(zailani ) — with Abdul Rahman and ButterGun Shoot.
Diharap anda semua dapat membantu paling tidak pun dengan berkongsi artikel ini kepada rakan supaya beliau cepat ditemui dengan selamat. - SiakapKeli.com
TOP
667 Kariah Masjid Telah Tubuh Koperasi
KUALA LUMPUR – Sebanyak 667 koperasi kariah masjid di seluruh negara telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) setakat ini.
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata jumlah penubuhan koperasi kariah masjid didapati meningkat dari tahun ke tahun ekoran kesedaran untuk membangunkan ekonomi dalam kalangan anggota kariah masjid.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 450 permohonan penubuhan koperasi berkenaan telah diluluskan dalam tempoh enam bulan tahun ini.
“Peningkatan ini menunjukkan sokongan dan kerjasama ahli kariah masjid dalam penubuhan koperasi ini ke arah ekonomi yang lebih pesat selain dari aktiviti mengimarahkan masjid,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata Angkasa menyasarkan penubuhan sebanyak 1,000 buah koperasi kariah masjid sehingga hujung tahun ini dan yakin ia dapat dicapai ekoran sambutan yang menggalakkan.
Sementara itu, Abdul Fattah berkata Angkasa bercadang membeli saham daripada rangkaian pasar raya bagi mengembangkan sayap perniagaannya.
Katanya, bagaimanapun perkara itu masih diperingkat perancangan awal dan kajian mengenainya sedang dijalankan.
“Setakat ini, Angkasa sedang giat meningkat dan membangunkan perniagaan peruncitan dan pusat dialisis,” katanya.
Terdahulu itu, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan Angkasa diketuai Naib Presidennya Datuk Kamarudin Ismail menyampaikan sumbangan 300 kotak kurma sempena Ramadan kepada petugas Bernama di sini. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment