TOP
Guan Eng Cadang M’sia Jangan Bayar Pesawat Sukhoi
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan Malaysia menangguhkan bayaran pembelian pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM jika Rusia enggan memberi kerjasama kepada badan antarabangsa menyiasat tragedi MH17.
Beliau turut meminta Malaysia membatalkan projek Angkasawan kedua dengan Rusia jika kerajaan negarai itu enggan memberi kerjasama kepada Malaysia berhubung insiden tersebut.
“Kita tidak boleh takut-takut untuk menggunakan apa sahaja pengaruh yang ada untuk meletakkan tekanan yang perlu demi mendapatkan kebenaran.
“Malaysia telah membeli 18 pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM bernilai pada Ogos 2003. Pesawat ke-18 dan yang terakhir baru dihantar pada Ogos 2011. Jika Malaysia belum menyelesaikan pembayaran untuk pesawat-pesawat ini, kita harus bersedia untuk menangguhkan bayaran jika perlu,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.
Guan Eng dalam pada itu memberi jaminan DAP bersedia untuk bersama-sama kerajaan Persekutuan membawa pulang jenazah mangsa kepada keluarga masing-masing supaya majlis pengkebumian yang sempurna boleh dijalankan.
Beliau turut menyatakan DAP bersama-sama kerajaan Persekutuan untuk memastikan siasatan rapi dilakukan demi menjamin keadilan ditegakkan terhadap mereka yang bertanggungjawab di atas kejadian itu.
“Kita bersyukur dengan usaha diplomatik komuniti antarabangsa dan kerajaan Malaysia telah berhasil memulangkan dua kotak hitam dari pesawat MH17 dari kumpulan pemberontak berpengkalan di Donetsk,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Awek Dapat Hadiah T-Shirt Kerana Jawapan Istimewa Untuk KJ
Sempena Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland Menteri Belia dan Sukan; Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ini sedang memberikan hadiah kemeja T “Malaysian Heroes” kepada pengguna twitter melalui satu kuiz.
Dalam kuiz berkenaan, Khairy bertanyakan soalan kepada pengguna laman sosial itu yang berkaitan dengan Sukan Komanwel yang merupakan temasya sukan ketiga terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia.
Pada satu soalan yang dikemukakan, Khairy menerima satu jawapan yang begitu unik dan menarik perhatian beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
“Di manakah Venue Sukan Komanwel pada tahun 2010,” tanya Khairy dalam tweetnya.
Soalan itu kemudiannya mendapat berderet-deret tweet jawapan iaitu di New Delhi, India bagaimanapun ada satu yang begitu unik dan menarik perhatian. Dengan menyatakan akaun Twitter Khairy, seorang wanita dengan nama akaun @syasyamahmud dia menjawab “di dalam hati kita berdua” menjawab soalan berkenaan. Khairy yang nyata terkejut hanya bertanyakan “Really?” melalui twitternya. Ekoran terkejut dan berasa unik dengan jawapan wanita itu, Khairy turut menghadiahkan sehelai baju “Malaysian Heroes” kepada syasya kerana keunikan jawapan itu. “This #SukanKomanwelPickUpLine deserves a baju, send one over to her,” kata Khairy. Ketika ini, Khairy sedang berada di Scotland bersama kontinjen negara yang akan beraksi memenangi tujuh pingat emas yang disasarkan untuk dimenangi kontinjen pada temasya itu. Sukan Komanwel 2014 di Scotland akan membuka tirainya pada awal pagi Khamis pada pukul 4 pagi. – MYNEWSHUB.MY

Ibu M’yesal Tidak Ambil Berat Ketakutan Anak Naik Pesawat
Ibu tunggal yang kehilangan dua anak dalam insiden penerbangan Malaysia Airlines MH17 memberitahu CNN betapa beliau kesal kerana tidak mengambil berat akan ketakutan anaknya ketika menaiki pesawat.
Dua anak Samira Calehr, Miguel Calehr, 10, dan Shaka, 19 yang diantara 298 penumpang dalam MH17, ditembak jatuh di timur Ukraine Khamis lalu.
Samira memberitahu CNN, Miguel gementar ketika berada di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam beberapa jam sebelum menaiki pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur itu.
Kedua-dua anaknya dalam perjalanan ke Bali untuk bercuti dengan nenek mereka, seorang warganegara Indonesia.
Bagaimanapun, anaknya Mika, 16, terselamat kerana diminta keluar daripada penerbangan yang penuh itu. “Selepas masuk di kawasan penyemakkan pasport, beliau berpatah balik kepada saya dan berkata ‘Mama, saya sayang kamu. Saya gembira bertemu dengan Oma (nenek), tapi saya akan merindui kamu dan apa jadi kalau pesawat terhempas?’,” kata Samira kepada agensi penyiaran antarabangsa tersebut. “Saya membalas ‘Jangan begitu, jangan cakap perkara bukan-bukan. Kamu sudah melancong banyak kali. Semuanya akan baik’,” katanya. Samira menyesal kerana tidak mendengar ketakutan Miguel, dan berkata kepada CNN: “Kalau boleh saya mahu pusing balik masa. Saya tidak mendengarnya. Saya tidak tahu, saya tidak mampu berkata apa-apa.” Bapa saudara mereka Haroen Calehr memberitahu CNN, Mika seorang yang “sangat berani”. Anak perempuan Haroen, Yeye Valerie, memberikan penghargaan terakhir kepad Miguel dan Shaka di laman sosial Facebook dengan sekeping gambar tertulis “Hidup sangat tidak adil, penuh dengan cabaran, cabaran yang perlu dihadapi dan sangat sedih memilukan hati”. “Saya hilang dua orang yang sangat hebat dalam hidup saya. Sepupu saya. Mereka berada dalam #MH17.” Sementara itu, mayat 200 mangsa MH17 tiba di bandar Kharkiv dikawal kerajaan Ukraine. Pakar dari Belanda yang mengendalikan mayat itu berkata ia akan dihantar ke Belanda hari ini. Sumber: CNN

Tolong Bagi Tau Ayah Budak Ni Pasal Anak Dia Boleh Tak?
Kadang-kadang takut juga kami tengok tahap daring budak-budak zaman sekarang.
Semua benda nak dikongsikan di Facebook.
Ada yang tunjuk gambar dalam bilik dengan kekasih, ada tu pula muat naik gambar tangan berlumuran darah baru lepas kena toreh dengan pisau sebagai bukti cubaan bunuh diri sebab marahkan pakwe.
Adik ini pula lain ceritanya. Selamba saja dia mengaku bahawa dia tak ada niat nak sambung belajar pun tapi buat sebab semak dengan perangai ayah dia.
Agak kalau ayah dia baca apa perasaan orang tua tu? Ok tak payah tengok status yang dia muat naik pun tak apa, cuba bagi ayah dia tengok pula gambar anak dia ni tunjuk lurah dada dan hisap rokok Winston di atas. Tolong Bagi Tau Ayah Budak Ni Pasal Anak Dia Boleh Tak?
Mungkin masa tu baru budak ni akan faham erti penyesalan… – MYNEWSHUB.MY

Anwar Tidak Berhak Umum Siapa Menteri Besar!
KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan menyelar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengumumkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, Anwar tidak sepatutnya membuat pengumuman Wan Azizah akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar negeri itu.
“Menurut Artikel 53 (2) (a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor, perlantikan Menteri Besar Selangor adalah hak Sultan Selangor dan atas budi bicaranya untuk menentukan siapa di dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti
“Oleh itu pelantikan Menteri Besar Selangor bukan hak PKR ataupun Anwar,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Keng Liang melahirkan rasa kesal ke atas Anwar melanggar prinsip Perlembagaan Selangor dan membuat suatu perkara yang biadap ke atas Sultan Selangor.
“Pemuda Gerakan menggesa PKR dan Anwar menghormati prinsip Perlembagaan Selangor,” katanya.
Media kelmarin melaporkan PKR menamakan Wan Azizah yang juga Presiden parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.
Keputusan itu diumumkan pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti. – mynewshub.my
TOP
Teks Penuh Ucapan Usul MH17 Perdana Menteri Di Parlimen
Pembentangan Usul Mengenai Tragedi Malang Yang Menimpa Pesawat MAS, MH17 Pada 17 Julai 2014, Di Bawah Peraturan 27(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat
Tuan Yang Dipertua,
1. Kira-kira jam 11 malam, pada hari Khamis 17 Julai 2014, bersamaan 19 Ramadan 1435 Hijrah, satu tarikh yang tidak akan luput dalam ingatan, apabila saya menerima panggilan daripada Pengerusi Malaysian Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof, berkaitan MH17.
2. Ternyata, belum pun reda tragedi MH370, kini peristiwa tragik MH17 berlaku tanpa diundang.
3. Bahawa, atas ketentuan Ilahi jua, satu peristiwa tragik telah berlaku. Dunia secara umum dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak terduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur diberitakan terhempas.
4. Dalam tempoh kurang 2 jam, saya telah tiba di bilik operasi MAS KLIA, bersama beberapa orang Menteri. Kami diberi taklimat daripada pihak pengurusan MAS tentang apa yang berlaku. Setelah itu, tanpa berlengah, saya tidak putus-putus menghubungi dan dihubungi oleh beberapa pemimpin dunia antaranya Presiden Obama dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Mark Rutte dari negara Belanda dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko tentang musibah yang terjadi.
5. Selepas itu, lebih kurang pukul 2 pagi, saya telah membuat keputusan segera untuk menghantar pasukan khas ke kawasan bencana tersebut.
6. Akhirnya, sekitar jam 5 pagi, saya telah mengadakan sidang akhbar khas, untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku pada ketika itu.
7. Untuk makluman dewan yang mulia ini, penerbangan tersebut berlepas kira-kira jam 12.15 tengahari waktu tempatan, dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat itu membawa sejumlah 298 orang, yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Seramai 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.
8. Pihak Malaysian Airlines turut mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
Pernyataan Takziah dan Belasungkawa
Tuan Yang Dipertua,
9. Justeru, bagi mewakili pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya menzahirkan perasaan amat dukacita, rasa sangat sedih dan kepiluan yang amat sangat terhadap tragedi yang menimpa penumpang-penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17.
10. Lanjutan itu, ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang sangat mendalam juga, terutama kepada kepada seluruh anggota keluarga, rakan taulan dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Adalah diharapkan semoga mereka semua terus cekal dan tabah dalam menempuh dugaan yang amat berat lagi mencabar ini.
11. Dalam hal ini, kita juga telah memutuskan pada 18 hingga 21 Julai 2014 lalu, Kerajaan telah mengisytiharkan panji-panji negara yakni jalur gemilang, dikibarkan separuh tiang di seluruh negara.
12. Kepada yang beragama Islam, marilah kita sedekahkan Ummul Kitab Al-fatihah dan kepada yang beragama lain, kita bertafakur sejenak.
Fakta-Fakta Mustahak
Tuan Yang Dipertua,
13. Beberapa fakta penting yang perlu diperincikan dalam dewan yang mulia ini.
14. Fakta pertama: Jumlah mangsa yang terkorban. Bagi makluman semua, Malaysia Airlines telah menyenaraikan kewarganegaraan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang terlibat dengan insiden ini. Senarai kemaskini pada 18 Julai 2014 berdasarkan pecahan warganegara yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
Belanda- 192 orang
Malaysia- 43 orang (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia- 27 orang
Indonesia- 12 orang (termasuk seorang bayi)
United Kingdom- 10 orang (termasuk 1 dwi-kerakyatan UK/Afrika selatan)
Jerman- 4 orang
Belgium- 4 orang
Filipina- 3 orang
Amerika- 1 orang (dwi kerakyatan Amerika/Belanda)
Kanada- 1 orang
New Zealand- 1 orang
Ini menjadikan kesemua mangsa yang terkorban berjumlah 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ini termasuk 83 orang kanak-kanak dan 3 bayi yang tidak berdosa.
Tuan Yang Dipertua,
15. Fakta kedua: Laluan Penerbangan MAS diperakui selamat. Berkaitan laluan penerbangan yang digunakan oleh MAS pula, perlu saya jelaskan, bahawa laluan penerbangan yang direntasi pesawat MH17 ini merupakan laluan yang diperakui selamat dan diluluskan oleh International Civil Aviation Organization atau Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO, serta negara Ukraine yang ruang udaranya turut dijadikan laluan penerbangan. Tambahan lagi, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa atau IATA juga telah menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu adalah laluan udara yang selamat.
16. Sebagai contoh, lima belas daripada 16 syarikat penerbangan dalam Persatuan Penerbangan Asia Pasifik turut menggunakan laluan ini untuk ke Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan sama dan merentasi ruang udara yang sama. Malah, beberapa jam sebelum nahas, beberapa pesawat penumpang syarikat penerbangan dari beberapa negara Asia turut menggunakan laluan yang sama.
17. Untuk makluman juga, menurut Wall Street Journal, yang memetik laporan dari Eurocontrol, terdapat 400 penerbangan komersial, termasuk 150 penerbangan antarabangsa dilaporkan merentasi ruang udara Timur Ukraine setiap hari. Malah, 2 hari sebelum berlakunya tragedi ini, sebanyak 75 penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang berbeza turut menggunakan laluan yang sama, sepertimana laluan yang digunakan oleh Pesawat MH17. Lagi pula, ketika pada hari kejadian itu juga, juruterbang Pesawat MH17 tidak menerima sebarang arahan untuk menukar laluan penerbangan.
18. Fakta ketiga: Fizikal dan Teknikal Pesawat MAS berkeadaan baik. Berkait soal keadaan fizikal serta teknikal pesawat pula, pada awal pagi 18 Julai 2014 lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa pesawat MH17 berada dalam keadaan baik. MAS turut mengesahkan semua sistem pesawat berfungsi seperti biasa, terutamanya Aircraft Communications Addressing And Reporting System (ACARS) dan transponder pesawat.
19. Fakta keempat: Undang-Undang Antarabangsa. Tindakan menembak jatuh pesawat ini, bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa melalui Convention on International Civil Aviation atau lebih dikenali sebagai Chicago Convention dan diiktiraf oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB dalam Resolusi 1067 (1996).
20. Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine. Ia juga mendesak agar semua kegiatan ketenteraan, termasuk oleh kumpulan bersenjata, dihentikan serta-merta di sekeliling kawasan terbabit dengan insiden berkenaan, bagi membolehkan penyiasatan antarabangsa dilakukan dengan selamat.
21. Sehubungan itu, saya juga telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam dan teliti, bagi memastikan sebarang tindakan yang akan diambil oleh Malaysia kelak, berlandaskan serta selaras dengan undang-undang antarabangsa yang terpakai dalam hal keadaan sebegini.
Tuntutan dan Gesaan Malaysia
Tuan Yang Dipertua,
22. Sebagai makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pada 17 Julai 2014, iaitu beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas, pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine mendakwa pesawat tersebut telah ditembak jatuh di Timur Ukraine.
23. Jika benar dakwaan tersebut berlaku, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadap dan bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat malang MH17.
24. Namun demikian, buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diperolehi.
25. Saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, telah dikuasai serta dikawal oleh kumpulan pemisah. Namun demikian, saya merasa agak marah dan kecewa disebabkan oleh dua perkara iaitu:
Perkara pertama: Apabila saya dimaklumkan bahawa mereka tidak menghormati kawasan tragedi kemalangan itu sebagai kawasan larangan serta tidak mengikut atau mematuhi piawai amalan antarabangsa untuk mempastikan bahan-bahan bukti tidak hilang dan tidak tercemar.
Perkara kedua: Kelewatan dalam mengendalikan tragedi itu, yang menyebabkan kegagalan memberi penghormatan dan menjaga maruah mayat-mayat mangsa yang sepatutnya mereka terima.
26. Di samping itu juga, Malaysia menggesa ICAO, selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia, untuk mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat MH17, sebagaimana yang telah dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.
27. Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat zalim dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas.
Tuan Yang Dipertua,
28. Seperti yang dinyatakan dalam Annex 13, Konvensyen ICAO, Kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan yang membawa kepada berlakunya nahas itu. Laporan kemaskini siasatan perlu diberikan kepada keluarga terdekat sepertimana tertakluk di dalam garis panduan ICAO.
29. Semestinya, Malaysia akan menawarkan sokongan penuh tidak berbelah bahagi untuk terlibat sama dalam siasatan ini. Untuk makluman, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman antara yang telahpun berada di Kiev, Ukraine.
30. Oleh yang demikian, Malaysia juga mengalu-alukan gesaan untuk siasatan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu, dan mendesak semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan. Kita menuntut dan menyokong siasatan antarabangsa yang bebas dalam tragedi ini. Pihak yang bertanggungjawab terhadap berlakunya tragedi ini perlu dibawa dan dihadapkan ke muka pengadilan.
31. Berkait dengan itu, pada jumaat lalu, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa satu pasukan khas sejumlah 133 orang, terdiri daripada pasukan SMART, pegawai-pegawai teknikal, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana. Satu Pasukan Penyiasatan Khas juga terdiri daripada wakil dari Malaysia, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat telah dibentuk.
32. Kepada ahli keluarga dan waris mangsa nahas pula, MAS telah pun menghantar seramai 40 kakitangannya ke Amsterdam untuk memberi bantuan dan sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.
33. Selanjutnya, saya juga telah menerima banyak panggilan daripada pemimpin-pemimpin dunia yang memberi sokongan dan simpati serta berjanji akan menghulurkan pertolongan dalam apa jua bentuk yang terdaya. Tentunya, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan mereka dan masyarakat dunia kepada Malaysia.
Tuan Yang Dipertua,
Kejayaan Tiga Persetujuan
34. Ketahuilah, secara prinsipnya apa telah dilakukan ke atas mayat mangsa adalah perbuatan yang salah, namun, setidak-tidaknya hasil perundingan dengan ketua kumpulan pemisah, kita berjaya mengurangkan kerosakan yang lebih besar.
35. Lantas, tidak semua tindakan perlu kita hebahkan. Dengan izin, “sometimes we must work quietly in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu.
36. Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku.
37. Dalam hal ini, saya telah berunding dengan Alexander Borodai, iaitu Ketua Pemisah Pro-Rusia, kerana kawasan berkenaan dikuasai oleh mereka. Hasil rundingan tersebut telah berjaya mencapai tiga persetujuan iaitu:
i) Pertama: Kesemua mayat mangsa MH17 yang ditemui, yang dianggarkan berjumlah 282, telah dibawa dari Torev ke bandar Kharkiv di Ukraine dengan menaiki keretapi, sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan diiringi oleh enam anggota pasukan penyelamat Malaysia pada jam 1 pagi, hari Selasa 22 Julai 2014 dan telah sampai pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan. Selepas kerja-kerja forensik yang akan dilakukan di Amsterdam, kesemua mayat rakyat Malaysia akan dibawa pulang ke tanahair dengan seberapa segera. Saya lakukan perkara-perkara ini dan akan berusaha sedaya mungkin, sebab saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, seboleh-bolehnya menjelang syawal ini, semua mayat mangsa dapat disemadikan dengan selamat. Barulah damai dan tenteram hati-hati pihak keluarga korban tragedi.
ii) Kedua: Dua kotak hitam pesawat MH17 telah diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, pada pukul 9 malam, hari Isnin 21 Julai 2014, waktu Ukraine, untuk dijadikan hak milik Malaysia. Tanpanya, agak sukar untuk kita meneruskan siasatan. Kotak hitam tersebut telah diserahkan kepada pasukan penyiasat yang diketuai oleh negara Belanda dan akan dihantar ke London untuk siasatan lanjut.
iii) Ketiga: Semua anggota penyiasat bebas antarabangsa diberi akses masuk dan jaminan keselamatan ke lokasi nahas untuk melakukan siasatan komprehensif terhadap tragedi MH17. Namun begitu, perkara tersebut belum lagi menjadi kenyataan sepenuhnya.
Solidariti dan Perpaduan
Tuan Yang Dipertua,
38. Hakikatnya, inilah takwim yang sungguh bertragis bagi kita. Meskipun begitu, pada saat dan detik-detik sukar lagi amat menduga di bulan Ramadan inilah kita semestinya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi semuanya ini. Insya Allah.
39. Tiada kata-kata yang dapat melukiskan kesedihan. Tiada umpama yang dapat menjadi ganti kehilangan insan yang dikasihi. Maka itu, demi menghadapi waktu-waktu sukar ini, tidak kira apa latar belakang politik dan agama, kita sewajibnya bersatu hati sebagai satu negara, 1Malaysia.
40. Sehubungan itu, janganlah membuat spekulasi yang boleh mengaibkan mangsa dan keluarga mangsa. Ini bukan masanya untuk kita berwenang-wenang di sosial media menceritakan sesuatu yang barangkali faktanya tidak tepat atau tidak sahih.
41. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang dan Ahli Yang Berhormat Gelang Patah serta ketua-ketua parti lain, kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17, seumpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mestilah dibawa ke muka pengadilan.
42. Meskipun begitu, dalam masa kita masih diselubungi perasaan dukacita dan kesedihan yang amat sangat, kita sesekali tidak pernah lupa tentang nasib buruk yang menimpa saudara seakidah kita rakyat Palestin di bumi Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa, akibat kekejaman serta kezaliman. Oleh itu, kita mendesak supaya gencatan senjata dilakukan serta merta.
Penutup
Tuan Yang Dipertua,
43. Jelasnya, walaupun banyak ikhtiar yang telah kita lakukan, namun masih ada lagi tugasan yang perlu diselesaikan. Walaupun masih getir dan mencabar serta menempuh pelbagai rintangan, kita tidak sekali-kali akan berhenti separuh jalan.
44. Lantaran itu, kita menggesa penyiasatan mestilah dilakukan oleh sebuah pasukan bebas bagi menyiasat punca-punca pesawat MH17 terhempas. Beberapa persoalan yang inginkan jawapan segera seperti adakah ia ditembak dengan peluru berpandu, angkara siapa, siapa bekalkan persenjataan, apa motif mereka sebenarnya?
45. Lanjutan, adakah ia ditembak secara terancang, dengan niat menjatuhkan pesawat komersial atau kesilapan yang tidak disengajakan? Pasti semuanya ini, perlukan bukti yang jelas dan benar-benar sahih.
46. Walau apa pun yang dilakukan, ini tidak akan dapat mengembalikan apa yang telah hilang. Bayangkan bagaimana anak yang berusia setahun membesar tanpa kasih sayang ayahnya iaitu Ahmad Hakimi Hanapi, seorang pembantu juruterbang, yang menjadi mangsa korban dalam tragedi ini. Tambah memilukan, ibunya pula telah kehilangan suami.
47. Bagaimana pula nasib dan masa depan Amarpal Singh, alangkah gundah hatinya sebagai seorang pelajar perubatan, di mana kos pengajian selama ini, telah ditanggung oleh ayahnya yang menjadi mangsa tragedi ini?
48. Cuba fikirkan betapa leburnya hati seorang nenek, Jamillah Noriah Abang Anuar, dari Kuching, Sarawak yang kehilangan 6 ahli keluarga tersayangnya.
49. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Secara peribadi, saya merasai apa yang mereka alami apabila nenek tiri saya sendiri merupakan salah seorang daripada mangsa tersebut.
50. Berkait insiden itu juga, tambah memilukan, dunia telah kehilangan sekumpulan pakar saintis yang terlibat dalam penyelidikan berkaitan AIDS dan HIV, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa di Australia.
51. Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah yang tidak dapat saya utarakan di sini. Sebagai contoh, negara Belanda telah kehilangan sejumlah 192 rakyatnya dalam tragedi MH17. Jumlah ini sangat besar berdasarkan nisbah peratusan penduduk negaranya.
52. Sebab itu, saya berpendirian bahawa pergolakan geo-politik ini tidak menguntungkan sesiapa. Ini hanya menyebabkan manusia semakin menderita apabila kehilangan orang tersayang dan dunia pula kehilangan insan-insan berwibawa.
53. Justeru, kepada keluarga mangsa tragedi MH17, usahlah merasa bimbang, kerana selagi jawapan belum ketemu, selagi itulah kita tidak berhenti mencari kebenarannya. Sesukar dan sepayah mana pun, keadilan yang dituntut, pasti akan kita kembalikan kepada keluarga mangsa.
Tuan Yang Dipertua,
54. Sesungguhnya jua, let us walk through this difficult time together. Marilah kita jalani tempoh-tempoh dan waktu-waktu yang payah ini bersama-sama, bersatu dalam kesedihan. Moga-moga yang Maha Berkuasa memberi bantuan dan pencerahannya agar ada cahaya penyelesaian di hujung.
55. Atas segalanya, sempena keberkatan dan hari-hari akhir ramadan al-mubarak ini, banyakkanlah berdoa dan berharap agar Allah SWT memberi bantuan serta pertolongan, dalam ikhtiar-ikhtiar kita mencari penyelesaian. Mengambil iktibar mafhum pengertian surah Al-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah menanti yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta. Dalam segala kudrat manusia, kepada Allah kita membuat segala penyerahan dan mengembalikan segala urusan.
Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
Sekian, terima kasih.

Bangganya.. Orang Hong Kong Puji Malaysia Hebat
Siapa tak bangga bila tanah air tercinta dipuji orang negara luar bukan?
Atas sebab itu pengguna Facebook Hafidz HM berkongsi kenyataan yang amat membanggakan daripada rakannya di Hong Kong yang mengikuti perkembangan semasa Malaysia.
Rakan Hafidz dikatakan telah meluah kekagumannya pada negara kita kerana begitu gagah menyelesaikan satu persatu isu besar yang menimpa negara termasuk melibatkan pesawat MAS dan pemisah Moro.
Sebagaimana kita tahu, kejayaan terbaru negara kita menerusi usaha Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah meyakinkan puak pemisah di Ukraine untuk memberikan kotak hitam pesawat MH17 untuk siasatan dan mengembalikan mayat mangsa nahas pesawat kepada Malaysia.
Rakan Hafidz turut memuji Malaysia kerana lantang memperjuangkan keadilan sejagat di Palestin dan Syria selain menjadi pemimpin negara Islam.
Lihatlah, warga negara luar pun tahu menghargai dan mengagumi usaha serta kejayaan Malaysia sedangkan di sini, ada pula puak yang kerjanya asyik mencari kelemahan negara untuk diuar-uarkan kepada orang luar. Sedih kan? - MYNEWSHUB.MY
TOP
Russia Yang Bekal Senjata, Ajar Cara Tembak Pesawat – Perisik AS
Pegawai Perisik Amerika Syarikat mendedahkan, Moscow bertanggung jawab mencipta keadaan yang menyumbang kepada insiden pesawat MH17 ditembak jatuh puak pemisah di Timur Ukraine 17 Julai lalu.
Russia didakwa memberikan latihan ketenteraan kepada puak pemisah termasuk cara menggunakan peluru berpandu yang telah digunakan untuk menembak hampir dua belas pesawat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Sedangkan tentera Ukraine yang memerangi puak pemisah pro Russia ini, dikatakan tidak pernah melakukan serangan ke udara memandangkan peperangan mereka dengan puak pemisah hanya melibatkan pertempuran di darat.
Antara bukti dibentangkan pihak perisik AS bagi menyokong kenyataan mereka termasuk status di Facebook yang sudah dipadamkan puak pemisah berkaitan pelancaran peluru berpandu Buk (SA-11) dan tembakan yang dilepaskan pada pesawat oleh mereka pada hari kejadian.
Malah di saat tumpuan dunia tertumpu pada kaitan hubungan antara Moscow dan puak pemisah di Ukraine, perisik AS mendakwa negara ini masih terus menyalurkan senjata termasuk pelancar roket dan kereta kebal selain latihan ketenteraan.
MH17: Perisik AS Dakwa Russia Ajar Puak Pemisah Cara Tembak Pesawat
Begitu pun pihak kedutaan AS dilihat cuba menghentikan kritikan terbuka perisik mereka terhadap Russia apabila mengeluarkan satu kenyataan rasmi semalam bahawa laporan penyiasatan mendapati pesawat MAS kemungkinan ditembak jatuh tanpa disengajakan. Dari segi lain, kenyataan dikeluarkan ini mengesahkan maklumat diberi duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Samantha Power, Jumaat lalu bahawa peluru berpandu anti-pesawat Buk (SA-11) adalah senjata yang digunakan puak pemisah untuk menembak jatuh MH17 adalah sahih. (MYNEWSHUB.MY / REM RAMZI) Sumber: The Guardian

Selamat Hari Jadi Ke-61 Datuk Seri Najib!
HARI ini 23 Julai 2014 adalah hari ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke 61.
Sejak menyandang jawatan Perdana Menteri, beliau menempuh cabaran dan rintangan yang bukan sedikit.
Insiden berganda pesawat MAS menambahkan lagi ujian getir yang terpaksa beliau tempuh.
Itu belum campur cabaran dunia politik tanah air, fitnah, caci maki yang sangat hebat.
Namun nampaknya semua itu setakat ini berjaya diatasinya dengan tenang dan tabah.
Ø£َÙ…ْ ØَسِبْتُÙ…ْ Ø£َÙ† تَدْØ®ُÙ„ُواْ الْجَÙ†َّØ©َ ÙˆَÙ„َÙ…َّا ÙŠَØ£ْتِÙƒُÙ… Ù…َّØ«َÙ„ُ الَّØ°ِينَ Ø®َÙ„َÙˆْاْ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ… Ù…َّسَّتْÙ‡ُÙ…ُ الْبَØ£ْسَاء Ùˆَالضَّرَّاء ÙˆَزُÙ„ْزِÙ„ُواْ ØَتَّÙ‰ ÙŠَÙ‚ُولَ الرَّسُولُ ÙˆَالَّØ°ِينَ آمَÙ†ُواْ Ù…َعَÙ‡ُ Ù…َتَÙ‰ Ù†َصْرُ اللّÙ‡ِ Ø£َلا Ø¥ِÙ†َّ Ù†َصْرَ اللّÙ‡ِ Ù‚َرِيبٌ
” Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” – Al Baqarah Ayat 214
Najib cukup ‘cool’, tidak mudah melatah, tidak mudah emosi berbanding pemimpin lain yang ada sekarang, baik dari kerajaan mahupun parti lawan. Menariknya, dalam tenang-tenangnya itu, beliau banyak kali membuat satu keputusan yang ‘tidak terfikir’ oleh orang lain. Kami tak perlu berkata banyak mengenai beliau. Sejarah akan menilai apa yang beliau buat semalam, hari ini dan hari esok. Sebagai rakyat Malaysia, kami hanya boleh berdoa agar beliau diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk mengemudi negara yang tercinta ini. Happy Birthday to you Sir! – SAK (mynewshub.my)

(Tahniah) Scha Al-Yahya Selamat Melahirkan Bayi Perempuan
Tahniah buat pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari yang telah bergelar bapa apabila isterinya yang juga seorang pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan semalam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Awal Ashaari melalui laman sosial Instagram miliknya.
"Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love" - Awal Ashaari
Bayi perempuan seberat 3.17kg dilahirkan secara normal di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur pada jam 5.50petang semalam.
Tahniah buat Awal dan Scha. Semoga anak dididik dengan ajaran agama yang sempurna dan jadi anak yang soleh. - Oh Media!

PAS Tak Setuju Wan Azizah, Drama Tukar MB Panjang Lagi
23 JUL: Jika PKR berpendapat Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, elok tunggu dahulu.
Ini kerana PAS Selangor dan Pusat sebelum ini tidak pernah mencapai apa-apa persetujuan menggantikan Adun Kajang itu dengan Khalid.
“Kita tak pernah setuju,” itu ditegaskan Pesuruhajaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad sebagai mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memilih Wan Azizah selepas mengugurkan Khalid.
iskandar samadMenurut Iskandar, PKR perlu menghormati keputusan PAS Selangor dan Pusat sebelum ini yang mahu Khalid dikekalkan.
Untuk rekod, PAS sebelum ini setuju menyokong Langkah Kajang dan PRK Dun Kajang beberapa bulan lalu asalkan tiada kaitan dengan proses menggantikan Khalid.
Iskandar yang juga Adun Cempaka dan anggota Exco menjelaskan, menggantikan Khalid dengan Wan Azizah adalah keputusan PKR.
Katanya, segala keputusan pimpinan negeri mengikut pendirian Pakatan Rakyat (PR) yang akan ditetapkan melalui majlis presiden dalam minggu ini.
“PKR sepatutnya bertanyakan pendapat kami dahulu,” tegas ketika ditemui media di majlis berbuka puasa di sebuah masjid di Kuang, Selasa.
Sementara itu Khalid menjelaskan, walaupun menghormati keputusan parti, PKR juga perlu mengikuti lunas enakmen negeri jika mahu mengemukakan permohonan untuk pertukaran.
“Kalau diganti, penggantiannya mesti diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
Khalid berkata beliau tidak berkecil hati apabila “digantikan” oleh partinya sendiri.
Menteri besar itu berkata beliau hanya bekerja untuk rakyat selagi diperlukan oleh rakyat Selangor.
Menurut Khalid, ini adalah politik dan beliau masuk PKR kerana reformasi.
“Saya juga sangat seronok perkara ini . Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya,” kata beliau di majlis sama.
Berdasarkan penjelasan Iskandar, drama PKR untuk menggantikan Khalid perlu skrip lebih panjang untuk digarap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. – bnbbc.my
TOP
MH17: Anwar Ibrahim Puji Kejayaan Najib
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine bagi mendapatkan akses penuh ke lokasi pesawat MH17 terhempas.
Tambah Ahli Parlimen Permatang pauh itu, Perdana Menteri bertindak dengan penuh bertanggungjawab terutama dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang turut terkorban.
“Saya memilih untuk memahami dan sokong (tindakan Najib) sebab saya rasa mana-mana pemimpin memilih menjaga kepentingan rakyat terkorban.
“Saya fikir tiada jalan keluar melainkan merujuk kepada kumpulan pemisah yang menjaga kawasan berkenaan,” katanya pada persidangan khas Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Menerusi perbahasannya, Anwar turut menyokong usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu.
Selain itu Anwar turut mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut supaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebelum ini pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 kru.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - mStar Online
TOP
4 Lelaki Ditahan Bantu Siasat Kes Culik
GEORGE TOWN – Polis memberkas empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan culik empat sekeluarga dalam kejadian di Taman Hutching di sini awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, keempat-empat lelaki berusia 21 hingga 42 tahun itu diberkas menerusi tiga serbuan di sekitar Sungai Petani, Kedah, pada Sabtu lalu.
Dua daripada mereka ditahan kerana membeli barangan samun daripada suspek yang berusia 32 tahun itu, manakala seorang lagi rakan serumah suspek, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas kes tersebut, Mior Faridalathrash berkata, dalam kejadian 4.30 pagi pada 3 Julai lalu, mangsa bersama isteri dan dua anak perempuan mereka dilarikan oleh dua suspek bersenjatakan parang yang sebelum itu menyamun rumahnya.
Katanya, mangsa yang juga ahli perniagaan bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika disuruh turun dari kereta untuk mengeluarkan wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik di Perai.
Isteri dan dua anak mangsa pula ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Tikam Batu, Kedah kira-kira setengah jam kemudian, katanya.
Menurut Mior Faridalathrash kereta jenis Mercedes Benz milik mangsa ditemui di belakang sebuah bengkel kenderaan di Bandar Perdana, Sungai Petani sehari selepas kejadian.
Katanya, polis kini menjejaki seorang lagi lelaki yang dipercayai rakan subahat suspek pertama dalam kejadian samun dan culik itu.
Dua lelaki ini dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes samun dan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah, katanya. – BERNAMA
TOP
Nyaris Maut Kena Rempuh Ketika Sahur
Georgetown – Beberapa pelanggan yang sedang bersahur nyaris maut apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai makan di astaka medan selera Jelutong, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pemandu kereta Proton Waja berusia lingkungan 30-an dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh gerai makan di situ.
Rempuhan itu menyebabkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang makan bertempiaran lari.
Difahamkan, lelaki terbabit memandu dalam keadaan mabuk dan orang ramai yang berang dengan kejadian itu membelasahnya sebelum ia dileraikan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP). – myMetro Online
TOP
Kotak hitam diserah kepada penyiasat Belanda
THE HAGUE 23 Julai - Pegawai Malaysia menyerahkan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 kepada penyiasat Belanda yang mengetuai siasatan ke atas tragedi pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine, kata kerajaan Belanda.
Kementerian Luar Belanda berkata, kotak hitam itu telah diserahkan kepada Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) yang mengetuai siasatan antarabangsa di atas kejadian itu.
``Pakar dari beberapa negara termasuk OVV akan bersama membawa kotak hitam itu ke Farnborough bagi membantu siasatan,'' kata kementerian itu dalam satu kenyataan. - AFP, Utusan Malaysia
TOP
Bolatelli Hidup Dalam Dunianya Sendiri - Jurulatih Itali
BEKAS jurulatih Itali, Cesare Prandelli berkata Mario Balotelli hidup dalam dunianya sendiri dan jauh daripada realiti.
Situasi itu menurut Prandelli antara punca kemerosotan Balotelli sebagai peledak disegani.
Dalam kempen Piala Dunia 2014, penyerang AC Milan itu berjaya menyumbat satu gol ketika Azzuri berdepan England, namun dia sekadar jadi 'penumpang' ketika pasukannya tewas kepada Costa Rica dan Uruguay.
"Balotelli budak yang baik, namun dia sudah jauh daripada realiti. Kalau berterusan, kariernya akan musnah.
"Dia baru berusia 24 tahun dan ada banyak masa belajar daripada kesilapan," kata Prandelli.
Balotelli menerima kritikan sebaik sahaja Itali terkeluar daripada saingan Piala Dunia di Brazil.
Ketika beraksi buat Manchester City di England, dia lebih banyak mencipta kontroversi daripada menjaringkan gol. - Sinar Harian
TOP
Warga Emas Dibunuh Sebelum Samun
KOTA TINGGI – Hasrat seorang anak pulang beraya di kampung halaman di Felda Lok Heng Barat di sini, bertukar kepada majlis pengebumian ibunya.
Warga emas tersebut ditemui anaknya dalam keadaan tidak bernyawa, malam kelmarin, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di kediaman mangsa.
Jariah Abu Bakar, 62, ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah oleh anaknya yang kebetulan baru balik dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya bersamanya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mangsa seorang ibu tunggal tiga anak tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Menurutnya, polis berjaya menahan lima suspek termasuklah sepasang suami isteri di beberapa lokasi berhampiran dalam tempoh tidak sampai 24 jam, dan suspek utama dalam kes ini adalah remaja berusia 15 tahun dan tidak bersekolah.
“Polis turut menemui barang mangsa yang dicuri iaitu dua telefon bimbit dan seutas rantai emas. Siasatan awal mendapati, suspek utama cuba melakukan pecah rumah dan telah masuk ke kediaman tersebut melalui bumbung.
“Supek juga bertindak memecahkan syiling rumah tersebut dan mangsa yang menyedari kehadiran suspek telah menjerit, menyebabkan suspek memukul mangsa dengan sebatang kayu di bahagian kepala sehingga menyebabkan mangsa maut,” katanya.
Rahmat berkata, semakan rekod jenayah ke atas semua suspek mendapati semuanya tiada rekod kesalahan lampau.
Semua suspek berusia lingkungan 15 hingga 28 tahun itu, direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, jiran mangsa, Jaliah Md Salleh, 58, berkata, mangsa yang bekerja membuat kuih raya dengannya sejak awal Ramadan lalu, ada memberitahu rumahnya dimasuki orang melalui tingkap bahagian belakang, Khamis lalu.
Namun, ketika kejadian itu mangsa kebetulan tiada dirumah kerana tidur di rumah anaknya.
“Ketika arwah datang kerja pada pagi Jumaat, dia bercerita tentang rumahnya yang dimasuki orang. Malah, kejadian tersebut bukanlah kali pertama berlaku kerana beberapa tahun lalu rumahnya juga pernah dimasuki pencuri.
“Pada hari sama, arwah juga ada memberitahu dia hendak buat kuih raya di rumahnya pada Sabtu. Sejak itu, saya tidak melihat arwah keluar rumah dan menyangka dia sibuk menyiapkan kuih raya,” katanya kepada Sinar Harian di kediaman mangsa di Felda Lok Heng Barat, dekat sini.
Dalam pada itu, Adun Sedili, Rasman Ithnain, menyeru agar masyarakat dapat mengambil langkah berwaspada terutama pada musim perayaan ini berikutan kejadian yang berlaku itu. – Sinar Harian Online
TOP
Orang Kaya Pun Mengemis Di Arab Saudi
Yanbu (Arab Saudi) – Polis di sini semalam menangkap seorang lelaki Arab kerana mengemis walaupun dia mempunyai wang simpanan SR1.2 juta (RM1.01 juta) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mahal.
Polis berkata, lelaki itu yang namanya tidak disiarkan, warga negara Teluk, melawat Saudi dengan menggguna visa pelancong bersama-sama isteri dan tiga anaknya. Mereka didapati menginap di sebuah apartmen mewah di Yanbu, bandar di barat Saudi.
“Kami menemui sejumlah besar wang padanya dan resit deposit wang. Jumlah yang dimilikinya lebih SR1.2 juta (RM1.1 juta) dan sebuah kenderaan mahal.
“Kami juga mendapati dia tinggal bersama-sama keluarganya di sebuah apartmen mewah. Dia ditangkap kerana mengemis di jalan raya,” kata jurucakap polis, Kolonel Fahd Al Ghannam. – AFP
TOP
Kenali Siapakah Kumpulan Pemberontak Pro-Russia Di Ukraine.
Pemberontak Pro-Rusia kini menjadi satu nama yang tidak asing lagi di segenap penjuru dunia atas keterlibatan mereka dalam nahas MH17. Mereka juga telah ditunding jari oleh Amerika Syarikat sebagai kumpulan yang bertanggungjawab menembak jatuh MH17. Tetapi siapakah mereka ini?
Dimanakah Kumpulan Ini Berada
Kumpulan pemberontak ini beroperasi di Timur Ukrain di kawasan Donetsk dan Luhansk yang bersebelahan dengan Rusia. MH17 telah terhempas ke dalam kawasan-kawasan yang dikuasai oleh mereka
Lokasi Donetsk dan Luhansk
Siapakah Ketua Mereka
Alexander Borodai, warganegara Rusia, yang telah melantik dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk. Dialah yang bercakap dengan DS Najib untuk menyerahkan Kotak Hitam MH17.
Alexander Borodai
Apakah Reaksi Kumpulan Ini Setelah Di Tuduh Menembak MH17
Mereka menafikan menembak jatuh MH17 dan sebaliknya mendakwa ia adalah satu provokasi yang dibuat oleh pihak berkuasa Ukraine di Kiev. Ramai daripada mereka mendakwa mereka tidak mempunyai peralatan yang boleh menembak jatuh pesawat.
Mampukah Kumpulan Ini Menembak Jatuh MH17
Rusia menafikan mereka memberi latihan kepada kumpulan pemberontak terbabit. Tetapi baru-baru ini kumpulan ini telah menembak jatuh beberapa pesawat ketenteraan dari Ukrain. Bagaimana pun, pihak US dan Ukrain percaya kumpulan ini mendapat latihan dari Rusia untuk menggunakan sistem BUK, yang mana memerlukan latihan khas.
Sistem Buk yang dipercayai menembak jatuh MH17
Senjata Apakah Yang Dimiliki Kumpulan Ini
Kumpulan ini telah menembak jatuh pesawat tentera Ukrain sebelum ini dari altitud yang rendah(tidak tinggi). Senjata yang mungkin digunakan adalah misil SA-7 dan penembak anti-pesawat ZU 23-2.
Sistem Anti-pesawat ZU 23-2
Misil SA-7
Video yang disebarkan oleh Ukrain menunjukkan ada sistem BUK di kawasan pemberontak manakala Borodai menafikan mereka mempunyai senjata tersebut.
Apa Kata Rusia
Rusia menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan kumpulan pemberontak ini. Rusia juga menafikan keterlibatan mereka dalam nahas MH17 Rusia menyatakan pihak tentera Ukrain sendiri yang menembak jatuh MH17. Jika disimpulkan, kumpulan pemberontak ini tidak mempunyai sebarang senjata untuk menembak jatuh MH17, sekiranya tiada campur tangan dari Rusia. Pihak Rusia bagaimanapun menafikan mereka terlibat dalam hal ini malah menunding jari kearah Ukrain. Walau apapun marilah sama-sama berdoa agar data yang terdapat dalam kotak hitam MH17 yang telah berada di tangan yang sepatutnya dapat menjawab siapa yang bertanggungjawab diatas nahas MH17. - SiakapKeli.com

Nasihat MAS Mansuh Hidangan Arak dan Menilai Pakaian Pramugari
ALOR SETAR – Syarikat penerbangan negara, Penerbangan Malaysia (MAS) disaran memansuhkan hidangan arak dalam pesawat serta menilai semula pakaian pramugari yang dikatakan terkeluar dari landasan syarak.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, perkara itu wajar diberi perhatian oleh pengurusan tertingginya dengan melihat kepada aspek peringatan ALLAH SWT ekoran nahas membabitkan dua pesawat MH370 pada Mac lalu dan terkini MH17.
Beliau berkata, tragedi dan musibah yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT namun kerajaan atau MAS perlu menilai kepada aspek keagamaan, kemungkinan ada unsur peringatan-Nya berhubung apa yang berlaku dalam pesawat.
“Sebagai syarikat penerbangan sebuah negara Islam, saya kesal kerana hidangan arak tidak pernah cuba dimansuhkan termasuk aspek Islamik seperti aurat pekerja wanita serta pakaian yang disifatkan tidak mengikut landasan syarak.
“Apabila kita menaiki pesawat MAS, penumpang tidak merasai seperti pesawat itu dikendalikan sebuah negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam taranum.
Perkara ini amat mengecewakan kerana ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan ALLAH SWT,” katanya.
Ahmad Tarmizi turut memetik Firman ALLAH: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (QS Al-Baqarah 208)
“Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al- Quran. Firman ALLAH, “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. ALLAH tidak lengah dari apa yang kamu lakukan (QS Al-Baqarah 85),” katanya.
Ia menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH370 berhubung jualan arak dalam pesawat MAS.
“Teguran ini adalah daripada suara rakyat yang cintakan Islam. Mac lalu kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, kini pesawat MH17 pula dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ sama ada Rusia mahupun Ukraine,” katanya.
Beliau juga tidak berhasrat mempersenda insiden itu namun aspek keagamaan perlu diberi penelitian.
“Kami berasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa. Sudah tiba masanya kerajaan dan MAS melihat yang menimpa mutakhir ini dari sudut paling asas iaitu unsur ketuhanan dan kehambaan,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Lelaki Maut Terkena 3 Das Tembakan Di Miri
MIRI – Seorang lelaki maut selepas ditembak dua lelaki dalam kejadian di Kampung Lusut, Taman Tunku, di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa, Chiong Siong Yu, 45, dari Jalan Pujut 1, meninggal dunia di hospital selepas terkena tiga das tembakan di bahagian kanan muka dan bahu kiri.
“Mangsa ditembak di sebuah kawasan yang dipercayai lokasi aktiviti sabung ayam dan siasatan polis di situ menemukan sembilan kelongsong peluru .45 milimeter serta sebutir peluru hidup,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tambahnya, siasatan awal polis juga mendapati mangsa ditembak oleh dua suspek bertopeng yang masing-masing membawa pistol. – BERNAMA
TOP
Pemuzik Main Lagu Raya Untuk Penumpang LRT
Hari Raya Aidilfitri kini hampir tiba. Kalau terdengar lagu-lagu raya dalam televisyen ataupun radio sudah memadai untuk kita merasakan kesyahduan hari raya nanti. Apatah lagi yang datang mainkan lagu raya secara live seperti ini. Lebih-lebih lagi ketika kita masih lagi berada di perantauan. Sudah tentu ia mampu mengubah emosi seseorang.
Itulah yang dirasai oleh penumpang-penumpang LRT apabila mereka tiba-tiba dimainkan lagu raya oleh sekumpulan anak-anak muda yang ketika itu membawa alat-alat musik.
Pada mula-mula salah seorang daripada kumpulan tersebut secara spontan memainkan musik hari raya dengan violanya. Tetapi lama kelamaan ahli-ahli yang lain turut sama mendendangkan lagu raya bersama-sama.
Terima kasih kepada kumpulan tersebut kerana dapat menghiburkan sekalian penumpang. Anda memang seorang penghibur.
Post by Kelantan Story & Jj Stall Story.
TOP
"Saya terpaksa ambil keputusan berisiko" - Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan berisiko demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi ketika
mengadakan rundingan dengan Ketua Pemisah Pro-Russia, Alexander Borodai, kelmarin.
"Alhamdulillah, pada hari Isnin 21 haribulan Julai 2014 yang lalu, dalam keadaan yang sukar, saya terpaksa mengambil keputusan berisiko, demi kepentingan mayat-mayat mangsa tragedi dan untuk mendapatkan kepastian serta realiti sebenar tentang apa yang telah berlaku," katanya ketika membentangkan usul khas mengenai MH17 kepada Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, tidak semua tindakan perlu dihebahkan.
"Sometimes we must work quitely in the service of a better outcome” yakni, adakalanya kita mesti bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik, terutama ketika berhubung dengan ketua kumpulan pemisah, dengan nawaitu dan hasrat murni bagi memastikan mangsa-mangsa dapat dikembalikan serta diberi penghormatan untuk disemadikan, meskipun masanya sudah berlalu," katanya. - BH Online
TOP
Punca Lori Di Plaza Tol Sunway Kesas Terbakar 22 Julai 2014
Pada petang semalam kita dikejutkan dengan berita sebuah lori terbakar di Plaza Tol Sunway (USJ) Lebuhraya Kesas pada jam 4.00 petang.
Kejadian itu adalah berpunca apabila sebuah lori merempuh penghadang plaza tol berkenaan dan sekaligus menyebabkan lori tersebut terbakar.
Selain itu, api yang marak itu juga telah memusnahkan dua buah lagi kenderaan yang berhampiran iaitu Proton Saga dan kereta jenis MPV.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa tilaporkan.
Untuk melihat gambar-gambar serta video tersebut sila ke laporan kejadian semalam.
TOP
Manfaatkan Sidang Tergempar Bahas Isu MH17 Hari Ini
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa mahu semua anggota Parlimen memanfaatkan masa yang ada bagi membahaskan usul tergempar esok mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
“Persidangan (tergempar) ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyampaikan suara rakyat mengenai insiden MH17 yang telah mengorbankan hampir 300 nyawa, lagipun masa yang diperuntukkan hanya satu hari sahaja iaitu dari 10 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.
Persidangan itu juga turut akan disiarkan secara langsung di TV1 bermula 10 pagi, katanya mengulas persediaan Dewan Rakyat dalam membahaskan usul tergempar.
Sementara itu, beliau mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) supaya mewujudkan kabinet bayangan bagi melancarkan sesi perbahasan ketika persidangan.
Katanya cadangan ini bagi memudahkan PR memilih mana-mana anggota parlimen yang pakar dalam bidang masing-masing membahaskan sesuatu isu dengan lebih efektif.
“Di kebanyakan negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi berparlimen, walaupun satu pihak yang telah kalah dalam pilihan raya umum, namun mereka tetap wujudkan kabinet bayangan untuk membahaskan isu berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.
“Cara ini juga boleh membantu melahirkan idea-idea yang bernas daripada pihak PR ketika sesi perbahasan kerana mereka sudah diaturkan untuk menguruskan sesuatu bidang melalui kabinet bayangan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.
– BERNAMA
TOP
Najib Bentang Usul Kutuk Insiden MH17
KUALA LUMPUR – Kerajaan pada Rabu membentangkan usul bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul berkenaan pada persidangan khas Dewan Rakyat berkata, Malaysia menggesa siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas berkenaan.
“Dewan yang mulia ini juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Selain itu menerusi usul tersebut, Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 kru.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. – mStar Online
TOP
Jumlah Kematian Denggi Meningkat 224%
KUALA LUMPUR – Jumlah kematian kerana kes denggi di seluruh negara sehingga Ahad lepas ialah sebanyak 94 orang, meningkat 224 peratus berbanding 29 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kementerian Kesihatan berkata, Selangor merekod kes kematian paling tinggi iaitu 38 orang berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Johor mencatat 14 kematian berbanding tujuh orang tahun lepas.
Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatat lapan kematian berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang kematian, katanya dalan satu kenyataan.
Ia berkata, jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilapor setakat ini tahun ini ialah 51,987 kes berbanding 14,755 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,518 kes atau 30 peratus dari 51,987 kes yang dilapor setakat ini.
Kementerian Kesihatan berkata, 32 pasukan terdiri daripada 95 anggota telah digerakkan bagi menjalankan aktiviti kawalan di Daerah Petaling sejak Isnin lepas. – BERNAMA
TOP
Mayat Disahkan Pemilik Feri Terbalik
Suncheon – Mayat yang dijumpai lebih sebulan lalu dalam sebuah ladang asam Korea Selatan sudah dikenal pasti pihak berkuasa dan ia adalah ahli perniagaan yang juga ketua keluarga pemilik pengendali feri terbalik April lalu, yang mengorbankan lebih 300 orang.
Polis memaklumkan semalam bahawa DNA dan cap jari dari mayat yang ditemui pada 12 Jun di selatan negara itu menunjukkan ia milik Yoo Byung-un, sasaran pencarian terbesar Korea Selatan yang dilakukan selama lebih dua bulan.
Kegagalan pihak berkuasa menahan Yoo menjadi beban politik kepada Presiden Park Geun-hye. Kerajaannya dikritik hebat kerana tidak mengendalikan bencana feri berkenaan yang kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, dengan baik.
Lima belas kru Sewol yang terselamat, termasuk kapten kapal itu kini dibicarakan atas tuduhan membunuh dan kelalaian. Bencana itu mencetuskan kesedihan dan kemarahan apabila beberapa krew didapati meninggalkan kapal, selepas mengarahkan penumpang tunggu dalam kabin.
Yoo, 73, dituduh menyalahgunakan dana, lalai dan mengelak daripada membayar cukai. Pihak berkuasa menawarkan ganjaran kira-kira AS$500,000 (RM1.58 juta) untuk penahanan beberapa ahli keluarga Yoo.
Ketua polis Suncheon, Woo Hyung-ho memaklumkan sidang media bahawa sebuah buku milik Yoo ditemui di kawasan itu bersama botol kosong produk minyak hati jerung yang dikilangkan keluarga Yoo.
Beliau berkata, polis mungkin akan melakukan ujian forensik lebih cepat, jika mereka mengenalpasti dua barangan itu. Kami tidak mengetahui bahawa buku itu ditulis Yoo, kata Woo. Kami mengakui kami tidak melakukannya dengan sempurna.
Seorang pegawai polis lain berkata pengumuman itu ditangguhkan kerana siasatan forensik DNA memerlukan tempoh 40 hari. Waktu kematian masih tidak pasti kerana mayat itu sebuah reput 80 peratus. Mayat dipindahkan semalam dari Suncheon ke Perkhidmatan Forensik Kebangsaan di Seoul.- AGENSI
TOP
Taufan Matmo Membadai Taiwan, Seorang Terbunuh
TAIPEI – Taufan Matmo membadai Taiwan hari ini dengan hujan lebat dan angin kuat, menyebabkan sekolah dan pasaran kewangan ditutup dan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.
Taufan berkenaan, kategori dua berdasarkan skala satu hingga lima Ribut Tropikal Berisiko, membadai dengan kelajuan 155 kilometer sejam, kata pejabat kaji cuaca hari ini.
Seorang lelaki di utara Taiwan maut selepas terjatuh ke dalam kolam di ladangnya. Laporan juga menyatakan seorang pelancong hilang ketika sedang merakam gambar di tepi pantai.
Pejabat kaji cuaca menyatakan taufan Matmo dijangka menuju ke utara menghala ke China di sebelah petang hari ini.
Matmo melanda seminggu selepas taufan Rammasun yang mengorbankan 97 orang di Filipina dan 46 orang di China, dan 25 masih dilaporkan hilang.
Pusat Meterologikal China berkata Rammasun adalah ribut paling kuat yang pernah melanda selatan China sejak 1973. – Reuters
TOP
Vladimir Putin Janji Siasatan Penuh MH17
MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam berjanji akan cuba sedaya upaya memujuk kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine bagi memastikan siasatan penuh nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dapat dijalankan.
Beliau bagaimanapun berkata, usaha tersebut belum mencukupi ekoran sikap degil Kiev meneruskan operasi ketenteraan terhadap kumpulan pemisah itu.
Putin berkata, Barat sepatutnya memainkan peranan untuk memberi tekanan ke atas Ukraine supaya mengisytiharkan gencatan senjata.
“Rusia akan melakukan segala yang termampu bagi memastikan satu siasatan penuh, menyeluruh dan telus (berhubung nahas MH17) dapat dilaksanakan,” kata Putin pada mesyuarat majlis keselamatan negara menurut petikan ucapannya yang disiarkan oleh stesen televisyen Rusia.
“Kami diminta menggunakan pengaruh kami terhadap militan Ukraine. Sudah tentu kami akan menggunakan segala kuasa yang kami ada.
“Namun, semua ini belum mencukupi berikutan tindakan tentera Ukraine yang berdegil dan melancarkan serangan baharu,” kata Putin.
Menurutnya, pihak berkuasa Ukraine perlu diberi tekanan supaya mengadakan satu gencatan senjata, sekurang-kurangnya untuk tempoh siasatan dijalankan, tambahnya. – AFP
TOP
Rundingan PM Dengan Borodai Hanya Diketahui Orang Tertentu
KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin Barat kian hebat menuding jari kepada kumpulan pemisah pro-Russia dan juga Moscow berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh, kerajaan Malaysia tidak banyak bersuara.
Sebab sikap berdiam diri ini – yang menimbulkan kritikan di tanah air – menjadi jelas hari ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan selepas tengah malam tadi bahawa kerajaannya sudah merundingkan pemulangan mayat hampir 300 mangsa Penerbangan MH17 dari wilayah yang dikuasai pemisah.
Najib yang berusaha menerusi orang tengah bagi menghubungi pemimpin pemberontak, Alexander Borodai, adalah pemain utama dalam mencapai persetujuan itu, menurut dua sumber di Malaysia yang mengetahui mengenai rundingan itu.
Rundingan itu tidak dihebahkan dan Najib hanya membabitkan beberapa orang kepercayaannya sahaja dalam usaha itu.
“Rundingan itu tidak dimulakan oleh Malaysia tetapi ia adalah projek Perdana Menteri,” kata satu daripada sumber itu.
“Beliau adalah pemain utama dan hanya membabitkan kalangan orang kepercayaannya. Malah beberapa penasihat rapatnya juga bukan sebahagian daripada mereka.”
Menerusi persetujuan itu, Malaysia akan menerima kotak hitam pesawat dan perakam data penerbangan yang berada dalam tangan pemberontak selepas ditemui di tapak pesawat itu terhempas di sempadan Russia.
Mayat mangsa pula akan dibawa keluar dari wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah supaya penyiasat antarabangsa dapat melakukan ujian DNA dengan selamat dan mengembalikan kepada keluarga.
Orang tengah yang sumber itu enggan nyatakan, mengatur sekurang-kurangnya satu perbincangan melalui telefon antara Najib dan Borodai menerusi penterjemah.
Malaysia mahukan tiga perkara daripada kumpulan pemisah: pemulangan mayat mangsa, penyerahan kotak hitam dan jaminan akses dengan selamat ke kawasan pesawat terhempas.
Menurut sumber kedua, pengikut Borodai mahukan dokumen yang ditandatangan yang memperakui bahawa kotak hitam itu tidak diusik.
Mereka juga mahukan penyerahan kotak hitam itu kepada pihak Malaysia kerana tidak mahu alat itu jatuh ke tangan kerajaan Ukraine.
Perakam suara dan data itu penting untuk penyiasat merumuskan apa yang menyebabkan pesawat berkenaan terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Ketika rundingan mencapai kemajuan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan wakil syarikat penerbangan dan kerajaan terbang ke Kiev hujung minggu lalu.
Menurut sumber pertama, persetujuan asas dicapai semalam dan Najib kemudian memberitahu sekumpulan kecil pegawai bahawa persetujuan sudah dicapai.
Sidang media yang dijadualkan pada jam 5.30 petang dibatalkan secara tiba-tiba. Pada jam 10 malam, Najib menghimpunkan penasihat dan pegawai media di kediaman rasminya untuk satu taklimat.
Pengumuman dibuat sejurus selepas tengah malam. Menjelang pagi di Malaysia hari ini, kotak hitam berkenaan berada dalam tangan Malaysia dan kereta api yang membawa mayat mangsa bertolak keluar dari wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah. – Reuters
TOP
Pengecaman Mayat MH17 Mungkin Berbulan – PM Belanda
Perdana Menteri Netherlands, Mark Rutte membayangkan proses pengecaman identiti mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 mungkin mengambil masa berbulan-bulan, lapor agensi berita AFP.
Katanya, penerbangan pertama membawa mayat itu akan berlepas dari Kharkiv, Ukraine ke Eindhoven, Netherlands pada Rabu dan proses pengecaman itu akan diusahakan secepat mungkin.
“Persiapan akan dibuat di Kharkiv supaya pengecaman boleh dibuat di Netherland secepat mungkin.
“Sebaik saja seseorang mangsa dikenal pasti, ahli keluarganya yang pertama dan utama yang akan dimaklumkan dan bukan orang lain. Itu mungkin mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan,” katanya kepada wartawan di The Hague.
Netherlands diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan pengecaman identiti 298 korban nahas itu. Daripada jumlah korban itu, 193 adalah rakyat Netherlands. Negara itu juga akan mengetuai proses siasatan nahas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas mahu semua mayat 44 warga Malaysia yang telah dikenalpasti dibawa pulang dan disemadikan di negara ini sebelum Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya itu dijangka jatuh Isnin ini.
Kementerian Pertahanan Netherland sebelum ini memaklumkan mayat-mayat itu akan dibawa dengan pesawat C-130 Hercules milik negara itu dan sebuah pesawat C-17 milik Australia. Sebaik tiba di Eindhoven, mayat-mayat itu akan dibawa ke berek tentera di Hilversum, kira-kira 100 kilometer dari sana.
Semua negara terlibat termasuk Malaysia, Australia, Britain dan Jerman telah mengirimkan pakar forensik ke Ukraine dan Netherlands untuk proses pengecaman tersebut.
Dalam perkembangan lain, Rutte enggan membincangkan kemungkinan sekatan tambahan ke atas Rusia. Katanya, perkara itu sedang dibincangkan oleh menteri-menteri luar Kesatuan Eropah di Brussels.
Netherlands bagaimanapun, katanya, tidak membantah sebarang sekatan ke atas Rusia.
Rusia didakwa terlibat dalam nahas ini kerana ia mendukung kumpulan pemberontak di timur Ukraine yang sedang berperang dengan tentera kerajaan Ukraine.
Kumpulan itu diketuai oleh Alexander Borodai yang mendakwa dirinya perdana menteri wilayah yang digelar sebagai Republik Rakyat Donetsk yang menggerakkan kempen keluar dari Ukraine.
Ukraine menuduh kumpulan pemberontak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines itu. Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh kumpulan tersebut yang sebaliknya menuduh Ukraine terlibat.
Rusia dalam pada itu menafikan tuduhan sama. Ia sebaliknya menimbulkan beberapa persoalan termasuk adanya pesawat tentera udara Ukraine yang dikatakan terbang dekat pesawat penerbangan MH17 semasa kejadian. – astroawani.com
TOP
MH17: Hishamuddin Rais Puji Najib, Kritik Anwar
Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdiplomasi dengan kumpulan pemisah Ukraine mendapat pujian ramai pihak.
Antaranya, bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais yang sebelum ini sering mengkritik pentadbiran Najib dan Barisan Nasional (BN).
“Najib dilihat sebagai pemimpin dunia yang berjaya berunding dengan pemberontak,” katanya dalam satu SMS kepada Astro AWANI.
Hishamuddin turut mengkritik kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuduh Rusia membantu pemberontak di ukraine menembak penerbangan MH17.
“Anwar tanpa sebarang bukti menuduh Rusia membantu pemberontak di Ukraine menembak MH17. Dia salah. China, India, Jerman, Belgium dan lain-lain tidak membuat sebarang kenyataan.
“Persoalannya, siapa nasihatkan Anwar?” katanya.
Pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian dari parti pembangkang DAP dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.
“DAP bersetuju dengan Najib bahawa di kawasan konflik dengan pihak berkuasa bertelagah, menggunakan saluran diplomatik secara senyap adalah cara yang baik demi mencapai keputusan yang dikehendaki,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. – astroawani.com
TOP
JAKIM Bertemu Timb. Mufti Ukraine Bincang Urus Jenazah
Petugas JAKIM membuat kunjungan ke Masjid Ar Rahmah untuk mengadakan perbincangan dgn Syeikh Khusameddin Khalavani iaitu Timbalan Mufti Ukraine juga dari The Religious Administration Of Muslim Ukrainian.
Ini bagi membincangkan kemungkinan menguruskan jenazah di Masjid tersebut, mengadakan solat jenazah dan meminta kerjasama untuk membantu apa juga keperluan yang diperlukan.
InsyaAllah jenazah yang beragama Islam akan dikafan di masjid ini.
TOP
” Saya Lega Dua Syarat Utama Dipenuhi Pemberontak ” – PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam perjanjian yang diatur Malaysia bersama pemimpin pemberontak berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Perdana Menteri turut memuji pasukan Malaysia berikutan usaha mereka dalam memastikan jasad mangsa dibawa pulang dan kotak hitam dijaga dengan selamat.
“Malam semalam, saya mencapai persetujuan dengan (pemimpin yang menguasai kawasan nahas) Alexander Borodai untuk menamatkan kebuntuan berhubung kawasan nahas MH17. Perjanjian kami bersandarkan kepada tiga syarat, jasad mereka yang terkoban dihantar pulang; penyerahan kotak hitam; dan akses penuh ke kawasan nahas supaya penyiasatan dapat dimulakan.
“Saya gembira untuk mengesahkan bahawa dua syarat pertama telahpun dipenuhi. Kereta api membawa jasad mangsa yang terkorban telah tiba di Kharkhiv, dan urusan sedang dibuat untuk memindahkan mereka ke Amsterdam,” katanya.
Najib berkata kotak hitam itu, yang berkeadaan baik, akan berada dalam jagaan Malaysia pada masa pasukan penyiasatan antarabangsa sedang ditubuhkan secara rasmi.
“Pada ketika itu, kami akan menyerahkan kotak hitam itu kepada pasukan penyiasatan antarabangsa untuk menjalankan analisis selanjutnya,” katanya.
Perdana Menteri berkata ini adalah keadaan luar biasa yang menghendaki langkah luar biasa dan terdapat risiko dalam melaksanakan perjanjian berkenaan.
“Namun begitu kami merasa bertanggungjawab untuk meneroka semua peluang dalam usaha memecah kebuntuan, dan menjamin jasad serta kotak hitam dibawa pulang. Selepas bertemu keluarga (mangsa), saya berasa kita bertanggungjawab kepada mereka untuk bertindak,” katanya.
Najib berkata Malaysia memohon kerjasama ini diteruskan dan pasukan penyiasatan dibenarkan sepenuh akses ke kawasan yang dipersetujui.
“Saya berasa lega kerana kita berjaya melepasi halangan untuk membolehkan kita terus mara.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Malaysia di lapangan, yang bekerja keras untuk menyokong operasi ini. Berkat usaha mereka, kita semakin hampir untuk mengetahu apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat ini, memenuhi tanggungjawab bersama kita terhadap mereka yang kehilangan nyawa,” katanya.
– BERNAMA
TOP
18 Petugas DVI M’sia Bantu Proses Penghantaran Mayat
Malaysia menghantar 18 petugas pengecaman mangsa bencana (DVI) ke Kharkiv, Ukraine bagi membantu proses penghantaran mayat korban nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ke Amsterdam, Belanda.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka akan membantu proses penandaan dan pemindahan mayat ke pesawat tentera Belanda, C130 Hercules.
“Saya dimaklumkan bahawa pasukan forensik dan pasukan sokongan yang relevan kini terpaksa melakukan proses yang memakan masa beberapa jam sebelum mayat terbabit diterbangkan ke Amsterdam.
“Kita masih perlu tahu apa yang sebenarnya terjadi dan kita harap penyiasat akan menjalankan tugas mereka di lokasi nahas bagi menentukan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mayat penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dibawa ke Kharkiv oleh sebuah kereta api dari Torez dan selamat tiba pukul 11 pagi waktu Ukraine (4 petang waktu Malaysia) pada Selasa.
Petugas DVI dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam bahawa 282 mayat akan dipindahkan oleh kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya berunding dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah bergolak di Ukraine di mana nahas itu berlaku.
Pesawat MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Dipercayai pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga hari ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan.
– BERNAMA
TOP
Pasukan Siasatan Malaysia Mula Terima Mayat MH17
Beberapa anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia menerima mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
Kesemua 282 mayat terbabit tiba di Kharkiv, kira-kira 500 kilometer dari Kiev, pukul 12 tengah hari (waktu tempatan).
Ketua Pasukan Siasatan Khas Malaysia Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Bagaimanapun, petugas media rasmi tidak dibenar memasuki kawasan operasi di mana mayat terbabit akan dikenal pasti dan dipindah daripada kereta api yang dilengkapi bilik penyejuk meskipun menunggu lebih enam jam sejak pukul 6 pagi.
Seorang pegawai kerajaan Kharkiv berkata kesemua mayat itu dibawa ke pangkalan tentera sebelum dihantar balik ke negara asal.
Kumpulan itu dihantar ke Kharkiv berikutan pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Isnin malam, bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah Ukraine yang bergolak, lokasi pesawat itu terhempas.
Tapak kemalangan berhampiran Torez adalah kira-kira 300 kilometer dari Kharkiv.
Najib berkata mayat terbabit akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda bersama-sama anggota Pasukan Siasatan Khas Malaysia.
Mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan ke tanah air selepas selesai semua kerja forensik.
Pasukan itu terdiri daripada 23 petugas daripada Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART), 12 anggota forensik polis dan pegawai Kementerian Pengangkutan. Sembilan pemberita turut menyertai mereka.
Mereka berlepas dari Kiev pada 10.30 malam Isnin (3.30 pagi Selasa waktu Malaysia) dan tiba di tempat pertemuan pada 6 pagi semalam (11 pagi waktu Malaysia).
Semalam, pasukan itu turut menerima dua kotak hitam di Donetsk.
Susulan kejayaan mendapatkan mayat serta kotak hitam itu, pasukan penyiasat Malaysia akan memindahkan operasinya ke Belanda dan mereka akan berlepas ke Amsterdam malam ini.
Pesawat MAS Penerbangan MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine yang terletak berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Ia dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab menyebabkan nahas itu.
– BERNAMA
TOP
KKM, PDRM Ambil Sampel DNA Waris Penumpang MH17
Waris dan anggota keluarga penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat Malaysia Airline (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas memberikan sampel Asid Deoksiribonukliek (DNA) kepada pihak berkuasa hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil 29 sampel DNA daripada waris penumpang yang berada di Hotel Marriot di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/DNA) SAC T.Narenasagaran berkata 16 kumpulan petugas terlibat dalam proses pengambilan sampel darah atau ‘buccal swap’ daripada anggota keluarga.
Katanya sampel DNA melibatkan waris mangsa di negeri-negeri lain yang tidak dapat hadir ke Putrajaya akan diuruskan wakil KKM dan PDRM di negeri-negeri.
“Kita menjangkakan proses pengambilan DNA ini selesai selewat-lewatnya Khamis ini supaya analisis sampel berkenaan dapat dihantar segera ke Amsterdam, Belanda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai proses pengambilan DNA di sini hari ini.
Sementara itu adik kepada penumpang pesawat malang itu, Noor Rahimah Mohd Noor, yang hanya ingin dikenali sebagai Akma, 55, berkata setakat ini pihak KKM hanya mengambil sampel DNA beliau sahaja.
“Mereka hanya mengambil sampel kulit pipi serta darah saya sahaja dan mereka kata itu telah mencukupi. Tambahan lagi hanya saya anggota keluarga terdekat yang berada di sini,” katanya.
Akma sekeluarga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana hasil rundingan Perdana Menteri akan membolehkan mayat-mayat insiden nahas dibawa pulang.
Sementara itu, sepupu Ariza Ghazalee, Zulrusdi Mohamad, 46, berkata pengambilan sampel DNA akan dilakukan terhadap ibu Ariza, Jamilah Noriah Abang Anuar, 72, di rumahnya di Kuching esok.
Beliau juga difahamkan kakitangan KKM akan mengambil sampel DNA milik adik beradik suami Ariza, Tambi Jiee yang berada di Goebilt, Kuching esok, katanya ketika dihubungi.
Anak saudara penumpang Puan Sri Siti Amirah Prawira Kesuma, Shahadat Edid Bey, 56, berkata beliau akan menghantar sampel rambut yang terdapat pada sikat yang digunakan ibu saudaranya ke Jabatan Forensik dalam masa terdekat.
Shahadat yang berada di Kuala Lumpur berkata untuk sampel darah mereka perlu mengambilnya daripada anak kandung Siti Amirah yang kini berada di Belanda.
Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya lewat malam Isnin berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah tempat tragedi itu berlaku, dan telah mencapai persetujuan berkaitan pengurusan mayat mangsa-mangsa MH17, hak penjagaan kotak hitam dan akses kepada para penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan lokasi nahas.
Antara yang dipersetujui ialah 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis lepas dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
– BERNAMA
TOP
Jokowi Menang Pilihanraya Presiden Indonesia
Jakarta – Dia dibesarkan dalam rumah diperbuat daripada buluh di tebing sungai di kawasan kotor di Pulau Jawa.
Beberapa dekad kemudian budak dari kawasan terpinggir itu diangkat rakyat Indonesia menjadi presiden mereka iaitu yang ketujuh sejak merdeka.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi bermula sebagai tokoh merendah diri yang aktif di luar lingkaran politik ketika Indonesia dicengkam amalan penguasaan melalui dinasti dan golongan elit daripada era Suharto.
Keputusan muktamad diumum hari ini, mengesahkan Jokowi memenangi persaingan sengit dalam pemilihan pada 9 Julai lalu.
Jokowi mengalahkan bekas jeneral era Suharto, Prabowo Subianto dengan perbezaan enam peratus.
Bekas Datuk Bandar Solo itu memperoleh 53 peratus (atau 70,997,895 undi) berbanding Prabowo 47 peratus (62,576,444 undi).
Menjelang pengumuman rasmi, Prabowo – bekas menantu Suhato– mengumumkan menarik diri daripada persaingan itu atas alasan berlaku banyak penyelewengan walaupun penganalisis bebas berkata, secara umumnya proses kali ini berlangsung dengan bersih dan adil.
Jokowi juga gemar membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan pegawainya menjalankan tugas dengan betul.
Pendekatannya yang secara langsung dan praktikal amat popular di kalangan rakyat ketika mereka sudah muak dengan amalan rasuah serta memencilkan ahli politik.
Dia sering melawat kawasan terpinggir di Jakarta dengan cuma berpakaian biasa dan mengetepikan segala prosedur sebagai gabenor.
Walaupun dibebani tugasan yang berat, bapa kepada tiga anak itu masih memperuntukkan masa melayani minatnya terhadap muzik heavy metal.
Pada kesempatan tertentu Jokowi pernah dilihat menghadiri konsert di Jakarta. – AFP
Keputusan penuh pilihan raya di 33 eilayah Indonesia adalah seperti berikut:
1. Aceh Prabowo-Hatta: 1,089,290 undi Jokowi-JK: 913,309 undi 2. Sumatera Utara Prabowo-Hatta: 2,831,154 undi Jokowi-JK: 3,494,825 undi 3. Riau Prabowo-Hatta: 1,349,338 undi Jokowi-JK: 1,342,817 undi 4. Sumatera Barat Prabowo-Hatta: 1,797,505 undi Jokowi-JK: 539,308 undi 5. Jambi Prabowo-Hatta: 871,316 undi Jokowi-JK: 897,787 undi 6. Bengkulu Prabowo-Hatta: 433,173 undi Jokowi-JK: 523,669 undi 7. Sumatera Selatan Prabowo-Hatta: 2,132,163 undi Jokowi-JK: 2,027,049 undi 8. Lampung Prabowo-Hatta: 2,033,924 undi Jokowi-JK: 2,299,889 undi 9. Bangka Belitung Prabowo-Hatta: 200,706 undi Jokowi-JK: 412,359 undi 10. Kepulauan Riau Prabowo-Hatta: 332,908 undi Jokowi-JK: 491,819 undi 11. Kalimantan Barat Prabowo-Hatta: 1,032,354 undi Jokowi-JK: 1,573,046 undi 12. Central Kalimantan Prabowo-Hatta: 468,277 undi Jokowi-JK: 696,199 undi 13. Kalimantan Selatan Prabowo-Hatta: 941,809 undi Jokowi-JK: 939,748 undi 14. Kalimantan Timur Prabowo-Hatta: 687,734 undi Jokowi-JK: 1,190,156 undi 15. Banten Prabowo-Hatta: 3,192,671 undi Jokowi-JK: 2,398,631 undi 16. Jakarta Prabowo-Hatta: 2,528,064 undi Jokowi-JK: 2,859,894 undi 17. Jawa Barat Prabowo-Hatta: 14,167,381 undi Jokowi-JK: 9,530,315 undi 18. Jawa tengah Prabowo-Hatta: 6,485,720 undi Jokowi-JK: 12,959,540 undi 19. Yogyakarta Prabowo-Hatta: 977,342 undi Jokowi-JK: 1,234,249 undi 20. Jawa Timur Prabowo-Hatta: 10,277,088 undi Jokowi-JK: 2,026,735 undi 21. Bali Prabowo-Hatta: 614,241 undi Jokowi-JK: 1,535,110 undi 22. Nusa Tenggara Barat Prabowo-Hatta 1,844,178 undi Jokowi-JK: 701,238 undi 23. Nusa Tenggara Timur Prabowo-Hatta: 769,391 undi Jokowi-JK: 1,488,076 undi 24. Sulawesi Barat Prabowo-Hatta: 165,494 undi Jokowi-JK: 456,021 undi 25. Sulawesi Selatan Prabowo-Hatta: 1,214,857 undi Jokowi-JK: 3,037,026 undi 26. Sulawesi Tenggara Prabowo-Hatta: 511,134 undi Jokowi-JK: 622,217 undi 27. Sulawesi tengah Prabowo-Hatta: 632,009 undi Jokowi-JK: 767,151 undi 28. Gorontalo Prabowo-Hatta: 378,735 undi Jokowi-JK: 221,497 undi 29. Sulawesi Utara Prabowo-Hatta: 620,095 undi Jokowi-JK: 724,553 undi 30. Maluku Utara Prabowo Hatta: 306,792 undi Jokowi-JK: 256,601 undi 31. Maluku Prabowo-Hatta: 433,981 undi Jokowi-JK: 443,040 undi 32. Papua Barat Prabowo-Hatta: 172,528 undi Jokowi-JK: 360,379 undi 33. Papua Prabowo-Hatta: 769,132 undi Jokowi-JK: 2,026,735 undi 34. PPLN (Panitia Pemilihan Luar Negeri) Prabowo Subianto: 313,600 undi Joko Widodo-JK: 364,257 undi - BERNAMA

Kerajaan Rusia Puji Malaysia Kerana Bersikap Berkecuali
Kerajaan Rusia mengucapkan terima kasih dan memuji kerajaan Malaysia kerana bersikap berkecuali sementara menunggu sehingga selesai siasatan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.
Duta Rusia di Malaysia Lyudmila Vorobyeva berkata ketika banyak negara saling menuding jari dan menyalahkan Rusia berikutan insiden berkenaan, Malaysia terus bersikap tidak memihak dan memberi tumpuan kepada keputusan akhir siasatan itu.
“Kami amat menghargai pendirian berkecuali kerajaan Malaysia, tidak menyalahkan sesiapa sebelum sebarang bukti nyata dapat dikemukakan hasil keputusan siasatan antarabangsa.
“Kami sangat menghargai, kami sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di kedutaan itu di sini, Selasa.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 kru.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Menjelaskan lebih lanjut tentang hubungan antara Rusia dan Malaysia, Vorobyeva berkata insiden tragik itu tidak menjejaskan hubungan yang diwujudkan dalam cara yang positif selama bertahun-tahun.
“Banyak bidang, daripada dialog politik sehinggalah perdagangan, mencatatkan peningkatan sebanyak 60 peratus tahun lepas. Di Rusia juga terdapat kira-kira 6,000 pelajar Malaysia.
“Harapan ikhlas kami adalah kita akan kekalkan hubungan dua hala yang positif dan dinamik ini,” katanya.
Vorobyeva berkata tidak adil untuk terus menyalahkan Rusia atau puak pemisah yang didakwa disokong Rusia di Ukraine yang menembak jatuh jet berkenaan memandangkan sehingga kini belum ada bukti dikemukakan bagi menyokong dakwaan itu.
Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali disebabkan bukti yang didakwa itu dalam bentuk rakaman audio dan gambar yang disediakan Ukraine adalah palsu dan pita itu mengemukakan kompilasi dalam tempoh berlainan.
“Ia telah dianalisis pakar, ia adalah kompilasi rakaman, ada yang dibuat sebelum nahas…gambar, rakaman, adalah palsu,” katanya.
Vorobyeva berkata pemberontak hanya mempunyai sistem pertahanan udara mudah alih, dengan keupayaan sekitar 5 kilometer, dan ia ditawan daripada tentera Ukraine.
“Tentera Ukraine, bagaimanapun, memang ada sistem peluru berpandu yang diatur kedudukannya di wilayah itu, menurut angkatan tentera Rusia. Pemberontak (malah) tidak mempunyai kapal terbang atau jet pejuang.
“Jika anda tanya saya, saya yakin tiada cara untuk mereka melakukannya. Mereka tidak mempunyai sumber untuk melakukannya. Pemberontak tidak mempunyai kemahiran atau kelayakan untuk mengendalikannya (sistem peluru berpandu Buk), tetapi tentera Ukraine memilikinya,” katanya.
Bagaimanapun, Vorobyeva menegaskan kerajaan Rusia tidak mahu membuat tuduhan tanpa bukti kukuh.
Oleh itu, beliau berkata kerajaan Rusia berulang kali menggesa supaya siasatan menyeluruh dilakukan sehingga membawa kepada bukti pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu.
– BERNAMA
TOP
MH17: Keluarga Harap Mayat Dibawa Balik Sebelum Raya
Anggota keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 berharap mayat saudara mereka yang terlibat dalam tragedi itu dapat dibawa pulang ke tanah air sebelum sambutan Aidilfitri.
Bapa saudara kepada Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, Ahmad Reza Abdullah berkata mereka sekeluarga juga mahu jenazah pramugari itu dikebumikan di kampung halaman mereka di Pulau Pinang.
Beliau berkata sebagai seorang daripada anggota keluarga mangsa, beliau berterima kasih kepada kerajaan atas kesungguhan menunaikan permintaan anggota keluarga yang ingin mayat warganegara Malaysia dikebumikan di negara sendiri.
“Kami berharap urusan seterusnya akan berjalan lancar dan semoga mayat Nur Shazana akan dapat dibawa pulang ke tanah air sebelum sambutan Aidilfitri ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.
Ibu kepada Nur Shazana, Sharom Ibrahim pula masih risau dengan keadaan jenazah yang masih berada di luar negara itu.
Sharom, 57 berkata mereka sekeluarga masih gusar dan susah hati memandangkan jumlah mayat yang dijumpai ketika ini masih tidak mencukupi jumlah sebenar keseluruhan penumpang pesawat.
“Saya tidak pasti sama ada mereka telah menemui mayat Shazana atau tidak sebab jumlah yang ditemui hanya 282 mayat sahaja berbanding 298 penumpang. Selagi tidak jumpa kesemua mayat memang saya risau, susah hati,” katanya.
Sharom berkata wakil MAS hari ini telah mengambil sampel DNA dan telah dihantar untuk urusan selanjutnya.
“Sampel darah telah diambil daripada saya, bapa Shazana dan adiknya. Kami difahamkan oleh pihak berkenaan bahawa keputusan ujian darah itu akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya.
Sehubungan itu, Sharom meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kerajaan Malaysia dan berharap mayat anaknya dapat dibawa pulang tanpa sebarang masalah.
Ibu kepada penyelia dalam penerbangan Mohamad Ghafar Abu Bakar, 54, Maimon Sarpan juga menaruh harapan agar urusan membawa pulang mayat anaknya berjalan lancar.
Sebagai seorang ibu, Maimon, 74, berharap agar dapat melihat pusara anak sulungnya itu dikebumikan di negara ini.
“Biarlah jenazahnya dikebumikan di sini kerana apa yang paling penting buat saya adalah dapat melihat pusaranya,” katanya.
Awal hari ini, Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat itu dan telah mencapai persetujuan penting beberapa perkara dengan pemimpin yang menguasai lokasi nahas pesawat itu.
Di antara persetujuan itu, 282 mayat yang ketika ini berada di Torez akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C-130 Hercules milik Belanda. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.
Nur Shazana dan Mohamad Ghafar adalah antara 15 anak kapal yang bertugas dalam pesawat penerbangan MH17 dari Amsterdam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lepas.
– BERNAMA
TOP
PANASSS….Prabowo- Hatta TARIK DIRI Pemilihan Presiden Indonesia!
KUALA LUMPUR – Calon presiden dan naib presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa mengumumkan menarik diri daripada proses Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014.
Ia dikatakan berpunca dakwaan Pilpres 2014 yang disifatkan memiliki kecacatan hukum dan tidak demokrasi
“Terdapatnya penyelewengan yang besar, terancang dan sistematik pada pemilihan presiden tahun ini,” kata Probowo kepada wartawan.
Dalam proses Pilpres 2014 pada Selasa, setelah pesaingnya Joko Widodo dijangka diumumkan sebagai pemenang.
Prabowo dan Hatta turut mengumumkan penarikan diri dalam proses akhir kiraan kertas undi yang diselenggarakan Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) Indonesia pada masa ini.
Serentak itu, pasukan saksi kubu Prabowo – Hatta yang sedang meneliti proses kiraan akhir keputusan Pilpres 2014 diarahkan untuk meninggalkan sidang pleno serta-merta.
Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia memperketat kawalan keselamatan di sekitar Jakarta menjelang pengumuman rasmi pilihan raya tersebut.
Lebih 3,400 anggota keselamatan dikerah di sekitar bangunan Suruhanjaya Pilihan Raya ketika pengiraan akhir undi di lima daripada 33 wilayah terbabit dalam proses demokrasi kali ini.
Proses kiraan akhir dilaksanakan wakil suruhanjaya dan dipantau saksi yang mewakili kedua-dua pihak.
Sebanyak 32,000 anggota pula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Keputusan rasmi sehingga kini menunjukkan Gabenor Jakarta, Joko Widodo mendahului kiraan dengan 53.15 peratus berbanding pencabarnya, Prabowo.
Lebih 130 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab dalam pengundian pada 9 Julai lalu. – astroawani.com
TOP
Saya Akan Terus Jalankan Amanah Sebagai MB – Khalid
Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.
Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.
Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Gerabak Bawa Mayat Nahas MH17 Selamat Tiba Di Kharkiv
Gerabak kereta api yang menempatkan sejumlah 282 mayat dan 87 anggota badan mangsa-mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah selamat sampai di Kharkiv, jam 4.00 petang tadi waktu Malaysia (jam 11 pagi waktu Ukraine).
Gerabak berhawa dingin yang menempatkan semua mangsa nahas itu akan dihantar ke Belanda untuk tujuan pengecaman dan tuntutan membawa pulang jenazah oleh ahli keluarga serta waris masing-masing.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau berasa lega dengan perkembangan tersebut dan menyatakan mayat-mayat itu akan disaring terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam pesawat sebagai mematuhi syarat-syarat wajib keselamatan.
“Ini merupakan perkembangan yang paling penting berikutan tragedi MH17. Pasukan forensik Malaysia akan melakukan tugasan secepat mungkin untuk mengecam identiti warganegara Malaysia sebaik sahaja mereka (pasukan forensik) tiba ke Amsterdam,” katanya memetik The Star.
Mayat-mayat itu akhinya berjaya dialihkan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat rundingan bersama dengan ketua puak pemisah, Alexander Borodai.
Tiong Lai juga berkata, beliau turut akan berlepas ke Amsterdam hanya selepas kesemua mayat-mayat tersebut dimasukkan ke dalam badan pesawat C-130 Hercules milik negara Belanda. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Bila Najib Berfikir ‘Di Luar Kotak Pemikiran’…Hebat!
ALHAMDULILLAH…akhirnya segala usaha dan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pegawainya dalam menangani isu MH17 telah mula menampakkan sinarnya.
Seperti yang kita semua maklum, mereka telah berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas.
Malam tadi, Najib sendiri telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku.
Mereka berdua akhirnya telah mencapai persetujuan.
Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.
Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.
Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.
Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.
Menurut Najib, adakalanya beliau berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berpendapat, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.
Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) menyifatkan Najib telah menggunakan “diplomasi rahsia” dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan tersebut.
Kata pengarangnya, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan “yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.”
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri cukup membanggakan.
Ini kerana beliau telah berfikir ‘di luar kotak’ atau di luar kaedah biasa yang digunakan pemimpin dunia bila berhadapan dengan krisis seperti ini.
Inilah kualiti kepimpinan kelas pertama yang ada pada beliau.
Kalau dilihat, semenjak akhir-akhir ini, Najib telah diduga dan diuji dengan pelbagai masalah dan ujian yang cukup berat.
Namun Najib tak pernah melatah, beliau seperti biasa, tetap tenang walaupun adakalanya airmatanya mengalir terutama ketika menemui waris mangsa baik MH370 mahupun MH17.
Tetapi disebalik ketenangannya itu, beliau telah bertindak lebih dahsyat dari seekor harimau yang luka.
Sebagai contoh sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa MH17, Najib tidak tidur hampir dua hari berturut-turut.
Beliau menghubungi pakar-pakar keselamatan dan penerbangan, pemimpin-pemimpin dunia, rakan sejawatnya dari seantero benua demi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dikeluarkan segera dari lokasi nahas dan kotak hitam pesawat MAS itu dapat diambil dari tangan pemberontak.
Antara pemimpin dunia yang telah dihubungi Perdana Menteri ialah Presiden Ukraine (Petro Poroshenko), Presiden Rusia (Vladimir Putin), Setiausaha Agung PBB (Ban Ki Moon), Presiden Amerika (Barrack Obama), Perdana Menteri Britain (David Cameron) Perdana Menteri Belanda (Mark Rutte), Perdana Menteri Australia (Tony Abbott), Presiden Indonesia (SBY), Perdana Menteri New Zeland (John Key), Perdana Menteri Singapura (Hsein Loong) dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Bahrain.
Hari ini segala penat lelah dan usaha beliau telah mendatangkan hasil yang cukup membanggakan.
Sebab itu bukan mudah untuk menjadi pemimpin, ia tidak semudah memberi kata-kata manis dan pidato yang berapi-api.
Jawatan pemimpin juga satu bentuk ujian Allah.
Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya itu.
Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.
Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah” (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Apa yang pasti, tindakan dan perancangan Najib dalam isu ini sesuatu yang cukup membanggakan.
Najib bukan sekadar seorang bos, tetapi juga seorang pemimpin yang hebat.
Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt;
” People ask the difference between a leader and a boss. The leader leads, and the boss drives.”
Syabas Datuk Seri! – SAK (mynewshub.my)

“Berhenti Salahkan MAS, Segera Cari Pembunuh Penumpang MH17″
Memetik laporan Daily Mail UK, terdapat dua anak kapal kabin pesawat MH17 yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan itu bertindak menukar syif kerja mereka dengan rakan sekerja lain kerana bimbang akan laluan yang dipilih pesawat itu yang merentasi zon perang.
Ia berikutan konflik yang berlaku antara Russia dan Ukraine sebelum ini.
Dakwaan mengenai tindakan dua anak kapal iaitu kru kabin Malaysia Airlines (MAS) yang dikatakan menukar syif bekerja sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk menyalahkan syarikat penerbangan itu.
Pelbagai pihak ketika ini dilihat tidak berhenti menyalahkan MAS dalam insiden melibatkan pesawat Boeing 777-222 yang terhempas di Grobovo, Ukraine Khamis lepas.
Pesawat MAS, MH17 terhempas dipercayai akibat ditembak peluru berpandu dari darat ke udara membunuh kesemua 298 orang penumpang termasuk 15 orang anak kapal.
Lokasi nahas ialah di sebuah perkampungan di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia dan ia dikuasai puak pemberontak yang pro-Russia.
Kononnya Dakwaan Kakitangan MAS Tidak Dilayan
Menurut Daily Mail, beberapa juruterbang yang bimbang turut memaklumkan perkara itu kepada pihak kawalan trafik udara di Malaysia dan pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berkenaan isu itu. Pihak MAS menafikan ada kakitangan mereka yang membangkitkan isu laluan merentasi Ukraine itu. Menurut jurucakap MAS, pertukaran syif antara pekerja dan anak kapal merupakan perkara biasa dan disebabkan pelbagai faktor. “Anak kapal pesawat menukar syif kerana pelbagai sebab, kita tidak boleh membincangkan corak bekerja sesetengah kakitangan,” kata jurucakap itu. Menurut laporan tabloid itu, sebelum tragedi pada Khamis lepas, beberapa orang juruterbang kanan MAS mengemukakan kebimbangan berkenaan laluan penerbangan MAS itu yang merentasi zon konflik peperangan di timur Ukraine. Pesawat MH17 dikatakan telah pun ditembak jatuh oleh peluru berpandu jenis BUK yang dimiliki Russia tetapi dibekalkan kepada pemberontak pro-Russia yang mampu menembak sehingga jarak 25km. Perkara itu disokong oleh penganalisis penerbangan awam Chris Yates yang mengatakan laluan udara merentasi kawasan konflik mesti segera ditutup. “Kenapa perlu mengambil risiko itu, asasnya ialah pesawat komersial perlu jadi lebih selamat,” katanya. Biarpun mengikut peraturan selepas laluan itu memang diiktiraf dan diluluskan badan pengurusan penerbangan dunia seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan ia dikatakan selamat untuk dilalui, MAS sehingga kini terpaksa menjawab dakwaan mengatakan mereka mengambil risiko membahayakan nyawa anak kapal. Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Tony Tyler berkata perbuatan menembak jatuh pesawat MH17, sebagai sebuah jet komersial, telah jelas mencabuli undang-undang, standard dan konvensyen antarabangsa. “Pesawat Boeing 777 itu diletupkan di udara setelah memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat.” Menurut beliau, Ukraine bertanggungjawap terhadap tragedi MH17 kerana sebagai kerajaan dan penyedia perkhidmatan pandu arah memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang laluan yang boleh dilalui mereka dan juga sekatan yang ada dan syarikat penerbangan pula akan mematuhi panduan berikut.
Siasatan Dapati Banyak Pesawat Lain Guna Laluan Sama
Satu siasatan yang dijalankan oleh laman web mashable.com, menunjukkan banyak lagi penerbangan dari negara lain seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah menggunakan laluan sama dan juga merentasi laluan konflik lain pada ketinggian tinggi. Antara laluan konflik yang digunakan ialah merentasi Syria, Ukraine, Iraq dan Afghanistan. Menurut laman web itu, ketika pesawat MH17 dikatakan ditembak ia tidak terbang berseorangan di laluan itu. Menurut syarikat yang mengendalikan sistem menjejak pesawat; FlightRadar24, terdapat 55 buah pesawat yang terbang merentasi timur Ukraine berhampiran pesawat MH17 ketika kejadian. Antara pesawat itu ialah dari Qatar Airlines, Emirates, Etihad, Austrian Airlines, Thai Airways, Jet Airways dan Pakistan International Airways. Pesawat Singapore Airlines penerbangan dari Copenhagen, Denmark ke Singapura berada dalam jarak 15 batu nautika ketika MH17 ditembak jatuh.
Dakwaan Daily Mail UK Tidak Berasas
Jadi, dakwaan Daily Mail UK bahawa syarikat penerbangan lain sebenarnya mengelak laluan berkenaan dilihat tidak mempunyai asas langsung kerana pada kejadian itu, masih banyak penerbangan menggunakan laluan yang sama. Tindakan Daily Mail UK, menggunakan alasan pertukaran syif dua anak kapal MAS untuk menguatkan dakwaan bahawa syarikat itu mengambil risiko membahayakan nyawa kakitangan demi keuntungan amatlah tidak sesuai dan melampau. Tambahan pula, pihak kawalan trafik udara di Eropah, Eurocontrol sendiri telah membenarkan laluan pesawat merentasi timur Ukraine itu pada ketinggian 35,000 kaki. Bagaimanapun, pihak kawalan trafik udara di Ukraine menghadkan ketinggian MH17 kepada hanya 33,000 kaki. Pada beberapa minggu sebelum itu, Ukraine pernah memaklumkan bahawa puak pemberontak telah berjaya menembak jatuh beberapa buah pesawat termasuk sebuah pengangkut jenis IL-76, pesawat pejuang Sukhoi Su-25 dan pengangkut ketenteraan AN-26. Kenapa ICAO tiada mengeluarkan amaran seperti yang dibuat April lalu mengenai laluan udara Crimea? Sejak kejadian melibatkan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac, media antarabangsa cenderung meletakkan kesalahan di pihak MAS biarpun bukti yang ada menunjukkan tidak ada cacat celanya syarikat penerbangan itu.
Fokus Utama Cari Siapa Yang Bertanggungjawab
MAS merupakan syarikat penerbangan antara yang terbaik di dunia dengan rekod penerbangan yang cemerlang.

Nenek Umur 62 Tahun Kahwini Budak Berusia 9 Tahun
Seorang wanita berusia 62 tahun, yang boleh digelar nenek bergelar isteri kepada suaminya yang baru berusia sembilan tahun!
Wanita warga emas tersebut, Helen Shabangu yang berasal dari Afrika Selatan dan suaminya, Saneie Masilela sebenarnya sudah bernikah tahun lalu, kali ini mereka mengadakan majlis bagi memperbaharui ikrar perkahwinan.
Majlis tersebut berlangsung di rumah pengantin perempuan di Ximhungwe di hadapan 100 tetamu yang hadir.
Tahun lalu perkahwinan mereka mencetuskan kontroversi di kalangan penduduk kampung, namun pengantin lelaki mempertahankan penyatuan mereka kerana mendapat mimpi daripada nenek moyangnya supaya berkahwin dengan wanita yang kini sudah genap setahun bergelar isterinya.
- MYNEWSHUB.MY
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Video Parodi ‘Bukan Nasir’ Sindir Pekerja McDonalds
Seperti yang kita semua tahu hasil keuntungan rangkaian makanan segera McDonalds merupakan penyumbang terbesar dana kewangan kepada Israel.
Kebanyakan rangkaian McDonalds di Malaysia kini kelihatan semakin lenggang berikutan tindakan boikot rakyat Malaysia terhadap perniagaan yang mempunyai ‘link’ kepada Israel.
Namun, tindakan seorang lelaki ini lagi berani.. tanpa segan silu memaparkan wajahnya dalam sebuah video parodi di mana ‘Bukan Nasir’ terang-terangan menyindir rangkaian makanan segera popular itu yang bersekongkol dengan rejim Zionis di Gaza.
Penulis kepilkan dua video tersebut, satu yang asal, satu pula yang parodi.. Anda tengok dan nilaikanlah sendiri.. Ada betulnya fakta-fakta yang diberikan oleh ‘Bukan Nasir’ ni, tapi takut-takut, kang tak pasal-pasal pihak McDonalds boleh pula menyamannya disebabkan video parodi ini. – MYNEWSHUB.MY

AUDIO: Sedih.. Pramugara MH17 Nyanyi Lagu Dendang Perantau
Salah seorang mangsa nahas pesawat MAS MH17 adalah pramugara, Shaikh Mohd Noor.
Pemergiannya meninggalkan impak yang besar kepada keluarga apatah lagi allahyarham sempat menitipkan suara menyanyikan lagu Dendang Perantau sebagai kenangan terakhir.
Sudah pasti, suaranya mendendangkan lagu raya yang tidak sempat diraikan pada tahun ini akan menjadi kenangan paling bermakna buat semua individu yang rapat dan mengenali allahyarham.
Menurut adik allahyarham, Siti Noradziah kepada akhbar Sinar Harian abangnya itu sempat berkongsikan suaranya itu kepada mereka adik beradik menerusi aplikasi mesej WhatsApp sebelum berlepas ke Amsterdam untuk bertugas tempoh hari.
Manakala 14 Julai lalu, allahyarham turut mengirim suaranya menyanyikan lagu Happy Birthday sempena ulang tahun kelahiran ibu mereka.
Di bawah adalah suara allahyarham Shaikh Mohd Noor mendengangkan lagu Dendang Perantau.
Kami mohon, sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya yang terkorban ketika sedang berkhidmat. - MYNEWSHUB.MY Oleh: REM RAMZI (Sumber)
Kami mohon, sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya yang terkorban ketika sedang berkhidmat. - MYNEWSHUB.MY Oleh: REM RAMZI (Sumber)
TOP
Berhati-Hati Dengan Aplikasi MH17 Di Google Play Store
Menangguk di air yang keruh ialah taktik biasa yang kami lihat di kalangan pembangun aplikasi permainan mobil.
Sebelum ini, permainan aplikasi CDM25 dan Shaman Mr Bomoh yang kedua-duanya merupakan aplikasi oleh pembangun yang sepatutnya tidak diluluskan oleh pihak PlayStore telah pun berada dan sedia dimuat turun.
Berpuluh klon permainan yang seumpamanya muncul secara pukal di Google Play, dan hadir dengan pengiklanan ekstrim dan juga berbentuk malware. Kini, perkara tersebut berulang dengan menggunakan isu-isu terkini yang popular didunia. Hari ini kami terkejut apabila menemui beberapa aplikasi memfokuskan MH17 dan ‘MH370 Flying Games Free’ yang muncul di Google Play Store.
Ada yang hanya memaparkan gambar dan ada juga yang langsung tidak mempunyai kandungan yang kena mengena dengan tragedi pesawat MH17 berkenaan. Terdapat juga sebuah permainan teka teki menyusun gambar. Beberapa gambar yang digunakan sebagai teka-teki kami rasakan kurang sensitif terhadap keluarga mangsa tragedi keganasan ini. Sebagai contoh terdapat gambar seorang askar menembak peluru berpandu bergalas. Kami rasakan tidak perlu anda memuat turun aplikasi-aplikasi ini dan memberi keuntungan kepada pembangun. Dari menghabiskan kredit telefon memuat turun, kami sarankan anda gunakan wang yang dijimatkan untuk menderma kepada keluarga mangsa. Anda juga turut dinasihatkan untuk menyemak senarai kebenaran yang diberikan kepada sesuatu aplikasi sebelum memuat-turunnya, disamping membaca ulasan yang ditinggalkan oleh pengguna berkaitan dengan sesuatu aplikasi. Sumber: Google Play Store

Lim Kit Siang Akui Najib Wajar Dapat Pujian
KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipuji kerana berjaya meminta pemberontak pro-Rusia menyerahkan kotak hitam pesawat MH17 kepada wakil Malaysia di Ukraine.
Sehubungan itu, katanya, semua rakyat Malaysia mesti bersatu menyokong Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia bagi menuntut pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah MH17 dibawa ke muda pengadilan.
“Bagaimanapun rakyat Malaysia perlu bersiap sedia untuk tempoh yang lama sebelum tragedi itu dapat diuraikan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Berkat kesungguhan Najib sejak beberapa hari lalu, Malaysia awal pagi ini berhasil memperoleh kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine baru-baru ini.
Penyerahan kedua-dua kotak hitam itu dilakukan kepada wakil Malaysia di sebuah bangunan kerajaan di bandar Donetsk dalam tempoh satu jam yang lalu.
Kejayaan itu dicapai selepas rundingan lanjut selamat hampir 3 jam setengah diadakan antara puak pemisah dengan delegasi Malaysia. – mynewshub.my
TOP
Kelakar…10 Sebab Utama Wan Azizah Layak Ganti Khalid Ibrahim
Hari ini, media tempatan melaporkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar (MB) Selangor.
Beliau bakal digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mendapat konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor.
Pastinya penumuman ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa kelebihan Wan Azizah berbanding Abdul Khalid?
Menerusi status seorang pengguna Facebook, Asrul Samad, dia memberikan 10 sebab mengapa isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih layak memegang jawatan MB:
Kelakar...10 Sebab Utama Wan Azizah Layak Ganti Khalid Ibrahim
Jelas bukan? Haha…
– mynewshub.my
Jelas bukan? Haha…
– mynewshub.my
TOP
Kayanya Rakyat Malaysia – 4,274 BMW Dijual Dalam 6 Bulan
KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia merekod pencapaian memberangsangkan apabila merekodkan jualan sebanyak 4,274 kenderaan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
BMW Group Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, sebanyak 3,724 BMW dijual dari Januari hingga Jun lalu, 296 (MINI) dn 254 (BMW Motorrads).
Kata kenyataan itu, ia merupakan peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 3,795 kenderaan.
“Pencapaian jualan kami yang mantap ini satu bukti sokongan berterusan pengguna di Malaysia terhadap BMW.
“Pencapaian yang sekali lagi membenarkan BMW Group Malaysia untuk muncul sebagai nombor satu dalam segmen automotif premium negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Dr. Gerhard Pils dalam kenyataan itu.
Menurut beliau, pencapaian jualan itu disokong melalui peningkatan penjualan BMW 3 Series dan BMW 5 Series.
Katanya, pada June lalu sahaja, sebanyak 328 unit BMW 3 dan 115 BMW 5 dijual menyaksikan peningkatan sehingga 50 peratus pada tempoh sama tahun lalu.
“BMW 3 Series dan 5 Series terus menjadi penyumbang utama meliputi 66 peratus daripada jualan keseluruhan di Malaysia iaitu masing-masing sebanyak 2,056 unit and 792 unit hingga pertengahan tahun ini,” katanya. – mynewshub.my
TOP
Anak Tunggal Ketua Pramugari Gelar Ibunya Sebagai Superwoman
Anak tunggal kepada ketua pramugari yang terkorban dalam nahas pesawat MH17, Diyana Yazeera, 15, menyifatkan ibunya, Dora Shahila Kassim sebagai seorang wanita serba boleh atau ‘superwoman’.
“Ibu merupakan seorang wanita yang tabah. Dia dah banyak laluan pelbagai cabaran dalam hidup ini. Ibu mengajar saya sentiasa menjadi kuat, dia merupakan seorang ‘survivor’,” katanya memetik laporan sebuah portal.
Selain itu, Diyana turut menyifatkan ibunya sebagai seorang rakan baik kepada dirinya selain seorang yang tegas dalam memastikan dirinya sentiasa menyiapkan kerja sekolah dan mendapatkan markah yang baik dalam ujian.
Dora, 47, merupakan seorang ibu tunggal yang telah berkhidmat selama 29 tahun dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Ketua pramugari ini juga merupakan sepupu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Hattan.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Muhyiddin Terima Darjah Kebesaran Kedah
ALOR SETAR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) di Istana Anak Bukit di sini.
Beliau menerima anugerah itu, yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja, daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah.
Berkenan berangkat menyaksikan majlis itu ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Hadir sama dua anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tuanku Abdul Hamid Thani dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.
Isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, turut hadir pada istiad at ringkas pengurniaan darjah kebesaran itu bersempena hari keputeraan ke-86 Sultan Kedah.
Turut sama pada majlis itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir serta isteri Tok Puan Norzieta Zakaria, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Md Rozai Safian, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderuddin Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohd Puat Mohd Ali.
Kesemua yang hadir pada majlis pengurniaan darjah kebesaran itu kemudian menghadiri majlis berbuka puasa dengan disertai Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri Kedah. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Dilanggar Van
KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Bukit Sekilau dekat sini petang tadi.
Mangsa, Muhammad Haikal Khamram, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Asisten Superitenden Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa dikatakan ke sebuah pasar raya di Bukit Sekilau dengan ibunya.
“Siasatan awal mendapati mangsa telah keluar tanpa pengetahuan ibunya lalu cuba melintas jalan di depan pasar raya itu.
“Pada masa yang sama, van terbabit yang datang dari arah Jalan Bukit Sekilau telah melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Katanya, polis telah menahan pemandu van, Shi Tuck Yew, 48, dan menghantar kenderaan terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan untuk siasatan lanjut.
Zainalabidin juga berkata pihak polis kini cuba mengesan saksi yang berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA
TOP
Malaysia Miliki Kekuatan Diplomasi – Hishamuddin
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan kekuatan Malaysia dari aspek diplomasi apabila puak pemisah Ukraine bersetuju memenuhi tuntutan Malaysia berhubung insiden pesawat MH17 yang terhempas di negara itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi kekuatan diplomasi, kumpulan pemisah Ukraine bersetuju menyerahkan mayat penumpang dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 secara langsung kepada Malaysia.
“Saya agak kagum dengan keberanian Perdana Menteri untuk tidak terikut-ikut dengan landskap geopolitik di kawasan terbabit dan kita hanya fokus terhadap objektif kita sahaja iaitu untuk membawa pulang mayat penumpang negara kita, memiliki kotak hitam pesawat itu dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Jadi apabila Perdana Menteri mengumumkan semalam bahawa puak pemisah terbabit telah bersetuju maka ini menunjukkan bahawa ia satu kejayaan yang memerlukan kepimpinan yang bijaksana,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan hari raya Aidilfitri untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini hari ini yang turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam sidang media tengah malam tadi, Najib berkata, kerajaan telah mencapai persetujuan dengan Alexander Borodai yang bersetuju untuk memindahkan 282 mayat ke Kharkiv sebelum diserahkan kepada para wakil dari Belanda untuk siasatan forensik.
Borodai juga bersedia menyerahkan kotak hitam pesawat MH17 kepada pasukan Malaysia di Donetsk, selain memberi jaminan keselamatan kepada para penyiasat bebas antarabangsa yang akan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.
Hishammuddin berkata, kebijaksanaan Najib itu bukan hanya menguntungkan negara ini, tetapi negara lain yang berkepentingan seperti Belanda, Ukraine dan negara lain yang mempunyai penumpang dalam pesawat itu.
Katanya, persetujuan yang ditunjukkan oleh kumpulan pemisah itu yang tiada hubung kait dengan negara ini membuktikan Malaysia dihormati pelbagai pihak di seluruh dunia.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata mayat penumpang MH17 dari Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air menggunakan pesawat MAS.
Katanya, ATM sebelum ini telah bersiap sedia dengan asetnya iaitu dua buah pesawat C130 untuk membawa pulang semua mayat tersebut, namun keadaan berubah apabila mayat itu dibawa ke Belanda terlebih dahulu untuk siasatan forensik.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Seramai 43 orang dalam pesawat itu adalah rakyat Malaysia.
Pesawat Boeing 777 itu dipercayai telah ditembak jatuh. – BERNAMA
TOP
Polis Tahan Lelaki Disyaki Terbabit 10 Kes Tipu, Samun
KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam 10 kes penipuan dan samun sejak Januari di sekitar daerah Kota Baharu, Ahad lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan di Taman Uda Murni di sini pada 1 pagi.
“Suspek dipercayai sedang menunggu mangsa terbaru di kawasan berkenaan, berlaku sedikit pergelutan ketika anggota polis cuba menahannya namun suspek berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati modus operandi kes itu didalangi dua individu yang menggunakan laman sesawang mudah.my untuk mencari mangsa sebelum bertemu dengan tujuan membeli telefon bimbit.
“Apabila bertemu dengan mangsa, suspek akan mengacukan sepucuk pistol tiruan dan merampas kesemua barang berharga yang ada pada mangsa,” katanya.
Mazlan berkata suspek dipercayai aktif melakukan aktiviti itu sejak awal tahun ini.
“Kita masih menjalankan operasi bagi mengesan seorang lagi rakan suspek dan kita dapati jumlah kerugian yang dialami kesemua mangsa adalah antara RM3,000 dan RM5,000,” katanya.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman tujuh hari.
Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 kerana menunjukkan senjata api tiruan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.- BERNAMA
TOP
Ana Raffali Umum Kehamilan Menerusi Akaun Instagram
TAHNIAH kami ucapkan kepada penyanyi Ana Raffali kerana bakal bergelar seorang ibu selepas dua tahun mendirikan rumahtangga.
Khabar gembira itu dimaklumkannya menerusi gambar ‘scan’ yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.
Ana Raffali Umum Kehamilan Menerusi Akaun Instagram
Bagaimanapun, Ana tidak menyatakan berapa usia kandungannya itu. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki di bulan Ramadhan, tak gitu? Untuk makluman, Ana mendirikan rumahtangga dengan pengurus peribadinya, Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari 2012. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Nahas MH17 – Kemurkaan Atau Ujian Daripada Allah S.W.T?
SETIAP kali berlakunya insiden atau musibah besar, pelbagai pendapat akan timbul bukan sahaja daripada orang ramai, tetapi juga para pemimpin dan ahli agama.
Dalam nahas MH17, kami pasti anda kerap terlihat komen-komen daripada pihak tertentu yang cuba mengaitkan ia sebagai balasan atau hukuman Allah S.W.T ke atas kealpaan manusia.
Mungkin pengetahuan agama kami tidak setinggi mana, tetapi kami yakin tidak semua musibah yang berlaku itu adalah hukuman daripada-Nya.
Adakalanya, ia merupakan ujian atau ketentuan bagi menguji sejauh mana tahap kesabaran dan ketakwaan manusia dalam menghadapinya.
Sebagaimana firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah [2]: 155- 156).”
Berikut merupakan pandangan berbeza dua individu yang tinggi pengetahuan agamanya mengenai insiden ini.
Agak-agaknya, pendapat mana yang lebih menenangkan hati ahli keluarga mangsa?
Nahas MH17 - Kemurkaan Atau Ujian Daripada Allah S.W.T?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Nahas MH17 - Kemurkaan Atau Ujian Daripada Allah S.W.T?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Pemilihan Wan Azizah Sebagai MB S’gor Sudah Diduga
KUALA LUMPUR – Desas-desus sebelum ini bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digugurkan daripada menerajui kerajaan negeri, akhirnya terjawab dengan pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.
Ramai pihak termasuk pemerhati politik sebelum ini sudah pun menduga bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac lalu sememangnya sengaja diadakan dan digunakan sebagai platform untuk menukar Menteri Besar Selangor.
Penganalisis politik melihat DUN Kajang terpaksa dijadikan korban politik kepada cita-cita individu tertentu demi mendapatkan ‘kuasa dan habuan’ sehingga meminggirkan amalan demokrasi yang diamalkan negara ini sejak sekian lama.
Tragedi malang nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas, dipercayai akibat ditembak jatuh, di timur Ukraine pada 17 Julai lalu ternyata tidak dapat ‘menangguhkan’ isu pertukaran Menteri Besar di Selangor.
Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Dr Wan Azizah yang juga presiden parti sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008.
Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.
Penamaan Dr Wan Azizah itu kemudiannya akan dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat untuk diputuskan.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu Che Hamdan Che Mohd Razali berkata isu pertukaran Menteri Besar sebenarnya berpunca daripada krisis dalaman PKR di Selangor yang kian meruncing.
“Ini termasuklah krisis perebutan kuasa Menteri Besar yang menjadi idaman individu tertentu dan saya melihat alasan menggugurkan Abdul Khalid kerana gagal mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor hanyalah suatu helah. Saya melihat Abdul Khalid telah mentadbir Selangor dengan agak baik.
“DAP dan PAS tidak wajar untuk mengikut sama rentak PKR dalam menentukan hala tuju Selangor dan perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan. Dr Wan Azizah cuma ADUN di Selangor dan sebagai Presiden di dalam PKR tetapi bukan ketua cabang mana-mana kawasan pun. Ini adalah alasan yang tidak logik dan tidak boleh diterima,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, pakatan DAP-PAS-PKR memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding 36 pada 2008 dengan PKR menang 14 kerusi, manakala PAS dan DAP amsing-masing menang 15 kerusi. BN hanya memperoleh 12 kerusi.
Perkembangan mutakhir ini, kata Che Hamdan jelas menunjukkan hakikat wujudnya amalan nepotisme dan kronisme di dalam PKR.
“Apabila Dr Wan Azizah yang diumumkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, ia seolah-olah menafikan hak PAS dan DAP untuk bersuara dan menentukan siapa yang layak menerajui kerajaan negeri dan ia mengambarkan bahawa seolah-olah jawatan Menteri Besar itu status quo PKR.
“Perkara ini bukanlah suatu yang baharu kerana ia telah berlaku sejak sekian lama. Tengok sahaja kepada hieraki parti siapa yang teratas dan siapa pula di bawahnya,” katanya
Dr Wan Azizah sebelum ini dilihat ramai pihak sebagai boneka di dalam PKR kerana peranan mentadbir parti banyak direncanakan sepenuhnya oleh Anwar.
Pensyarah kanan itu tidak menolak bahawa peranan yang dimainkan oleh ADUN Kajang akan mirip sepertimana beliau mentadbir parti dengan kebanyakan keputusan dan perjalanan parti diuruskan oleh Anwar.
Mengulas sekiranya pemilihan Dr Wan Azizah memperoleh perkenan istana dan sokongan padu ADUN di negeri itu sekaligus menempa sejarah sebagai Menteri Besar Wanita yang pertama di Selangor dan Malaysia, Che Hamdan berkata daripada segi pembangunan politik ia adalah amat baik dan tidak memilih jantina.
“Sebelum ini beliau telah mencipta sejarah sebagai presiden parti politik wanita yang pertama di Malaysia,” katanya. – BERNAMA
TOP
Dah Tak Puasa Bertaruh Judi Sabung Ayam Pula
Gombak – Lapan lelaki beragama Islam bukan hanya tidak berpuasa malah ditahan polis ketika leka bertaruh judi sabung ayam di kawasan Hutan Simpan Kampung Tengah Tambahan di sini.
Semua lelaki terbabit dikepung sebelum diberkas sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dalam serbuan mengejut jam 4 petang semalam.
Sumber polis berkata, kumpulan kaki judi itu dikesan sengaja mengikat pisau kecil pada taji ayam bagi memastikan seekor ayam yang bertarung mati akibat cedera.
Menurutnya, lapan lelaki membabitkan empat lelaki warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia 27 hingga 48 tahun ditahan ketika sedang leka bertaruh sabung ayam.
“Setiap mereka datang ke lokasi itu dengan ayam sabung masing-masing. Pihak polis turut berjaya merampas lapan ekor ayam yang dijadikan modal pertaruhan. – myMetro Online
TOP
Iklan Ceria TNB – ‘Kerja Tetap Kerja, Raya Tetap Raya’
JIKA sebelum ini kami sajikan anda dengan iklan-iklan istimewa sempena Aidilfitri 2014 oleh syarikat Petronas, Telekom Malaysia dan juga stesen televisyen RTM, kali ini kami kongsikan pula video iklan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Dengan tagline ‘Kerja tetap kerja. Raya tetap raya’, iklan ini boleh dikatakan agak menarik dan menceriakan.
Ia memaparkan para kakitangan TNB yang bertugas di saat orang lain sedang bergembira menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
Yalah, bayangkan kalau tak ada yang bertugas, jangan haraplah lampu raya berkelip-kelip di rumah anda.
Apapun, jom layan video ini!
TOP
Apa itu Songkok?
Terdapat berbagai andaian mengenai asal usul songkok. Ada yang berpendapat songkok itu berasal dari India, Arab dan Pakistan yang seterusnya di popularkan oleh orang Indonesia yang beragama Islam.
Dikatakan bentuk songkok adalah di dalam bentuk tarbus atau ‘fez’ yang dipakai di Ottoman Turki.
Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi terkenal menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di alam melayu.
Di Indonesia songkok digelar peci. Orang Melayu di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, dan selatan Thailand, dan sebahagian Indonesia menggelarkan songkok.
Menurut Rozan Yunos dalam “The Origin of the Songkok or Kopiah” dalam The Brunei Times, 23 September 2007, songkok diperkenalkan para pedagang Arab, yang juga menyebarkan agama Islam.
Pada saat yang sama, dikenal pula serban atau turban. Namun, serban dipakai oleh para cendekiawan Islam atau ulama, bukanya orang biasa.
“Menurut para ahli, songkok menjadi pemandangan umum di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13, disaat Islam mulai mengakar,” tulis Rozan.
Asal songkok menimbulkan spekulasi karana ia tidak lagi dipakai oleh orang-orang Arab. Di beberapa negara Islam, sesuatu yang mirip kepada bentuk songkok tetap akan dipakai.
Di Turki, songkok digelar fez dan di Mesir disebut tarboosh. Fez berasal dari Yunani Kuno dan diadopsi oleh Turki Ottoman. Di Istanbul sendiri, topi fez ini juga dikenal dengan nama fezzi atau phecy.
Di Asia Selatan India, Pakistan, dan Bangladesh fez dikenal sebagai ‘Roman Cap’ (Topi Romawi) atau Rumi Cap (Topi Rumi).
Ini menjadi simbol identiti Islam dan menunjukkan dukungan Muslim India atas kekhalifahan yang dipimpin Kekaisaran Ottoman.
Songkok mula menjadi antara pakaian pengikat kepala di dalam dunia peradaban Melayu nusantara sewal abad ke 20 kerana lebih selesa berbanding setanjak, semutar dan tengkolok.
Songkok dipakai sebagai pelengkap baju melayu bagi menghadiri majlis-majlis keramaian atau keagamaan serta sangat popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan di Selatan Thailand.
Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala rasmi yang pada awalnya dipopularkan oleh Presiden Sukarno. Songkok ini akan dipakai oleh rakyat Malaysia dan Indonesia bagi menghadiri majlis-majlis perkahwinan atau majlis keagamaan seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.
Di kalangan masyarakat Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri upacara-upacara rasmi seperti majlis perkahwinan, solat jumaat, upacara keagamaan dan perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Songkok juga turut dipakai oleh pasukan tentera dan polis di Malaysia dan Brunei untuk upacara-upacara tertentu.
Ia terdiri daripada berbagai-bagai saiz mengikut ukuran kepala si pemakai. Songkok boleh dipakai kosong (warna hitam) atau diberi hiasan iaitu lilit yang boleh dipasang atau dibuka.
Untuk mengetahui saiz songkok yang dipakai. kita perlu mengukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci. Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22″, makan saiz sebenar songkok si pemakai adalah 22 1/4″. Tujuan saiz songkok dibesarkan 1/4″ adalah bagi memastikan pemakaian songkok yang selesa. Sumber: WIKI

Jumpa Mayat Reput Dalam Ladang Sawit
KLUANG – Seorang pekerja ladang yang sedang membersihkan kawasan dikejutkan dengan penemuan satu mayat reput di Ladang Sembrong, dekat Layang-Layang, kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.
Pekerja ladang yang enggan dikenali itu, berkata, mayat yang ditemui itu berada di kawasan semak yang sudah diracun.
“Pada mulanya, saya tidak perasan tetapi selepas berpindah ke barisan anak pokok kelapa seterusnya, saya bersama rakan terkejut apabila melihat satu mayat manusia yang reput diletakkan tersembunyi berdekatan pokok kelapa sawit yang baharu ditanam tiga bulan lalu.
“Tanpa membuang masa, saya terus menghubungi Balai Polis Layang-Layang bagi memaklumkan penemuan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Mohd Roze Shaari yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, mayat yang ditemui itu dipercayai sudah lebih daripada dua minggu berdasarkan keadaan mayat tersebut.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, mayat itu adalah seorang lelaki tempatan dipercayai diletakkan di kawasan ladang ketika mangsa sudah tidak bernyawa.
Jelasnya, maklumat berkaitan mayat berkenaan diketahui apabila pekerja ladang berkenaan memaklumkan kepada pihak polis yang terus bertindak menyiasat.
“Bagaimanapun, ketika ini kita masih belum mengetahui punca kejadian kerana ia masih dalam siasatan.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksesaan yang merujuk kepada mati mengejut. Namun, setakat ini pihak forensik masih menjalankan siasatan ke atas mayat itu,” katanya.
Mohd Roze berkata, ketika mayat ditemui di sekitar kawasan berkenaan tidak ditemui sebarang dokumen pengenalan diri namun, pihaknya akan menyiasat berdasarkan laporan orang hilang bagi memastikan identiti mayat berkenaan.
Beliau berkata, ketika ini mayat telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk dibedah siasat bagi mengecam identiti mayat tersebut. – Sinar Harian Online
TOP
Motorola Moto E, Dilancarkan 13 Ogos Ini
Apabila Motorola melancarkan Moto G awal tahun lepas, ia dikatakan menawarkan peranti mampu milik bagi mereka yang tidak kisahkan spesifikasi dan bentuk asalkan mempunyai ciri-ciri yang ada pada kebanyakan peranti pintar.
Kini, Motorola Moto E yang merupakan ‘adik kecil’ Moto G disahkan akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan melalui Lazada dengan harga penjualan kurang daripada RM 400.
Moto E, yang merupakan satu lagi model budget dari Motorola hadir dengan skrin paparan qHD berukuran 4.3-inci dengan resolusi 960×540 yang mempunyai kepadatan piksel sebanyak 256ppi.
Harga penjualan sekitar RM 400 ini pasti akan mengugat kedudukan banyak telefon pintar budget.
Motorola Moto E hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 200 berkelajuan 1.2GHz yang disertakan dengan 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman menyokong kad microSD sehingga 32GB, kamera belakang 5MP dan mempunyai bateri berkapasiti 1,980mAh. Moto E juga merupakan model yang menyokong Dwi-SIM.
Motorola Moto E akan hadir dengan versi Android 4.4 KitKat dan sebagai model telefon pintar dari syarikat utama kepada Google, Moto E juga mungkin ditawarkan kemaskini Android 4.4.4 apabila model ini mula dijual 13 Ogos ini. Walaupun mendedahkan harga penjualan kurang daripada RM 400, harga penjualan sebenar akan didedahkan beberapa hari sebelum penjualan bermula. Sebagai rekod, Motorola Moto E sudah mula dijual di India pada harga sekitar RM 380 dan sebanyak satu juta unit model ini dijual didalam masa 5 bulan. Sumber: pocket-lint

Suami Belasah Isteri Kerana Telefon Bimbit
Kuwait – Seorang isteri menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila diserang suaminya kerana enggan menyerahkan telefon bimbitnya.
Si suami meminta telefon bimbit berkenaan bagi memeriksa dengan siapa dia berbual.
Menurut sumber, lelaki itu memasuki rumahnya dan mendapati isterinya asyik berbual dalam telefon.
Kerana marah, dia meminta isterinya menyerahkan telefon itu.
Bagaimanapun, isterinya enggan berbuat demikian menyebabkan suaminya memukul dia hingga berdarah.
Wanita itu kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan. Si suami, dalam kenyataannya kepada polis mendakwa telefon pintar kini sering menimbulkan perbalahan antara suami isteri kerana wanita banyak menghabiskan masa dengannya. – Agensi
TOP
Lelaki Sengaja Tikam Kanak-Kanak Di China
Beijing – Seorang lelaki yang bersenjatakan pisau membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dan mencederakan dua kanak-kanak lain.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, lelaki berusia 23 tahun berkenaan menyerang kanak-kanak terbabit di dalam sebuah bilik sewa di bandar Zhongshan.
Yang cedera ialah budak perempuan berusia 10 tahun dan budak lelaki, enam tahun.
Bagaimanapun, sumber tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai serangan kejam itu.
Laporan berkenaan tidak memberi butir terperinci mengenai kejadian berkenaan. – AP
TOP
VIDEO: Pemandu Cina ‘Goyang’ Dimaki Hamun Mangsa
INI satu lagi ‘koleksi‘ video rakaman oleh pemandu Cina selepas terjadinya kemalangan jalan raya.
Bak kata orang, tak sah kalau tak rakam walaupun ia berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.
Biasanya video yang dimuatnaik memaparkan keberanian mereka melawan anggota polis yang sedang bertugas.
Namun, versi ini pula memperlihatkan ‘ketenangan’ si pemandu yang kami andaikan mungkin sedang menahan ketakutan.
Sebelum menonton, ingin kami berpesan supaya menjauhkan anak-anak kecil daripada menonton video ini bersama-sama kerana terlalu banyak perkataan kesat yang keluar dari mulut lelaki India yang menjadi ‘mangsa’ kemalangan ini.
Mendengar perbualan mereka, ia mungkin terjadi kerana pemandu Cina itu masuk ke laluannya secara mengejut walaupun dia mendakwa sudah memberikan lampu signal sekaligus menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berlanggar.
Ingat ya, beri lampu signal bukan bermakna anda boleh meluru masuk tanpa melihat jarak dengan kenderaan lain.
Jom saksikan video ini!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
FB Perkenalkan Fungsi “Save” : Menyimpan Sesuatu P’kongsian Untuk Bacaan
Facebook mengumumkan sebuah fungsi baru dinamakan “Save”, yang mana membolehkan pengguna menyimpan sesuatu perkongsian di Facebook, dan melayari dan membacanya pada kemudian masa menggunakan desktop ataupun peranti mudah-alih anda.
Secara kasarnya, ia berfungsi seperti fungsi “Read-It-Later”, tetapi buat masa ini ia hanya meliputi perkongsian di laman Facebook sahaja.
Untuk menyimpan sesuatu perkongsian, pengguna hanya perlu klik pada butang anak panah disesuatu perkongsian status, gambar, pautan dan sebagainya yang seterusnya klik pada “Save”. Setiap perkara yang disimpan akan disimpan pada halaman “Save” yang terletak di menu bahagian kiri di web. Pengguna turut boleh mengaksesnya di bahagian Favorites pada aplikasi mudah-alih mereka. Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan pada web, aplikasi iPhone dan Android dalam beberapa hari lagi. Ia juga mungkin tidak mustahil untuk Facebook memperkenalkan butang “Save” untuk keseluruhan web seperti mana mereka telah buat untuk butang “Like” dan “Share”. Facebook juga mengatakan mereka akan menambah peringatan pada NewsFeed untuk pengguna menyemak pautan-pautan yang disimpan mereka pada.
Sumber: FACEBOOK

Warga Asing Terjatuh Dari Tingkat Dua Pangsapuri
Kuala Lumpur: Gara-gara terkejut dengan operasi pemeriksaan, seorang wanita warga asing ditemui terlantar kesakitan di atas jalan selepas terjatuh dari rumahnya di tingkat dua di pangsapuri Mentari Court, sebentar tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, wanita yang dikenali sebagai Meldawati berusia lingkungan 30-an, mendakwa sedang tidur sebelum terkejut oleh bunyi ketukan pintu semasa pemeriksaan Operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.
Dia yang mengaku seperti bermimpi terus membuka tingkap biliknya sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta pangsapurinya.
Pasukan polis yang berada dilokasi kejadian terus menghubungi ambulan untuk memberikan rawatan kepada wanita berkenaan.
Wanita terbabit dipercayai cedera parah di kaki dan pinggang akibat daripada insiden berkenaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan.
TOP
Ahmad Dhani Enggan Potong Kemaluan
JAKARTA – Menjelang pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengenai keputusan pemilihan presiden negara itu, Ahmad Dhani tampil menafikan dia pernah berjanji memotong kemaluannya jika Joko Widodo muncul sebagai pemenang.
Pada Isnin, penyanyi dan pengasas kumpulan Dewa19 itu berkata, dia tidak pernah menulis mengenai perkara itu di twitter sebelum ini seperti digembar-gembur sesetengah pihak.
Malah, Ahmad Dhani mendakwa dia sendiri hairan bagaimana isu itu dihebohkan orang ramai.
“Tweet mengenai janji saya memotong kemaluan itu memang cerdas, tetapi bukan saya yang menulisnya,” katanya kepada media semalam.
Pada Jun lalu beredar berita mendakwa bos Republik Cinta Management itu berjanji untuk memotong kemaluannya jika Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau Jokowi berjaya mengalahkan calon disokong Ahmad Dhani, Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia ketujuh.
Bagaimanapun tweet itu kemudian didapati dipadamkan selepas ia menarik perhatian ramai dan diulang siar pelbagai pihak.
Pemilihan presiden dilangsungkan pada 9 Julai lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia akan membuat pengumuman rasmi mengenai pemenang pada Selasa.
Beberapa akhbar dan agensi pemantau mendakwa Joko Widodo berjaya menewaskan Prabowo dengan majoriti kira-kira lima peratus.
Ahmad Dhani berkata, dia sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai tindakan beberapa media dalam talian yang membuat pemberitaan tidak tepat mengenai dirinya. - mStar Online
TOP
Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah
Intan anggap status luahan rasa bukan kerana hubungan cinta.
PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli menafikan percintaannya dengan pelakon Intan Ladyana kini bergolak ekoran tindakan wanita itu memuat naik dua keping foto di laman Instagram miliknya pada Isnin. Kamal, 29, berkata, dia tiada kena mengena dan tidak tahu tentang status dan foto yang menggambarkan seolah-olah percintaan mereka berhadapan masalah. "Hubungan kami tiada masalah dan ia berjalan seperti biasa, namun saya akui memang sepanjang puasa ini saya agak sibuk dengan penggambaran di Taiping dan sudah dua minggu kami tidak berjumpa. "Tapi kami hantar mesej seperti biasa sahaja, mungkin status tersebut berkaitan perkara lain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini Selasa. Kamal diminta mengulas tentang status intagram milik Intan Ladyana pada Isnin yang menggambarkan seolah-olah dia tidak mahu berhadapan dengan kenyataan yang dilaluinya sekarang dan ingin menganggap sesuatu yang berlaku sebagai sebuah mimpi sahaja.
Foto yang dimuat naik oleh Intan menimbulkan pertanyaan banyak pihak
Selain itu dia juga mengambarkan seperti sedang bertahan dengan sesuatu yang agak berat untuk dilaluinya waktu ini. Luahan perasaan itu mendapat perhatian daripada pengikut-pengikutnya di laman sosial itu sehingga ada yang mengandaikan ia tentang hubungan percintaan mereka sedang bergolak. Malah rata-rata peminat memberi sokongan dan meminta Intan supaya bersabar dengan apa juga dugaan yang sedang dilaluinya sekarang.
Foto ini turut menarik perhatian pengikutnya yang meminta dia bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang datang.
Sementara itu, Intan yang dihubungi tidak mahu mengulas panjang tentang status tersebut dan berkata tidak ada apa yang berlaku dengan hubungan mereka. "Tidak ada apa-apa lah ia hanya status biasa, saya malas nak cakap pasal itu, hubungan kami baik-baik sahaja," katanya. - mstar

Pelakon Ijoy Tegaskan Tidak Ditanggung Isteri
Ijoy dan Shira masih lagi bahagia walaupun menerima pelbagai spekulasi negatif daripada pihak luar.
PETALING JAYA: Pelakon Ijoy nafikan kehidupannya ditanggung oleh isterinya, aktres Sharifah Shahira (Shira) seperti yang diperkatakan beberapa pihak sebelum ini. Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifli Azhari, 40, berkata, dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut memandangkan orang ramai hanya melihat Shira di televisyen berbanding dirinya yang banyak melakukan kerja-kerja di belakang tabir. "Saya tahu orang selalu cakap Shira tanggung suami dan keluarga sehingga terpaksa bekerja keras kononnya kerana saya tidak ada tawaran lakonan "Tetapi saya tidak kisah atau terkejut dengan dakwaan itu dan tak marah pun kepada siapa-siapa yang menuduh saya begitu kerana apa yang diperkatakan itu tidak betul," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 39, dikatakan menanggung perbelanjaan keluarga memandangkan Ijoy tidak aktif berlakon lagi. Keadaan itu juga membuatkan Shira terpaksa bekerja keras siang malam agar dapat menanggung segala perbelanjaan rumah dan keluarga termasuk bekerja secara kontrak sebagai deejay di Ultra FM. Sementara itu, kata Ijoy, dia mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilemparkan sebaliknya lebih senang tidak menonjol diri di khalayak. Malah katanya, ramai yang tidak tahu bahawa dia kini banyak menghabiskan masanya dengan kerja-kerja produksi di belakang tabir. "Memang kalau anda perasan saya jarang muncul di khalayak. Bagi saya cukuplah isteri seorang sahaja yang didedahkan kepada umum dan saya pula selesa tidak menonjolkan diri. "Lagipun saya sudah merasa zaman kemuncak dahulu, biarlah orang lain pula merasai zaman itu. Tetapi saya masih lagi belum berhenti berlakon, cuma lebih memilih skrip sebelum menerima sesebuah tawaran," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Ijoy berkata, dia kini juga sibuk menguruskan kedai makan berbentuk food court di Taman Melawati sejak dua bulan lalu. Ijoy dan Shira telah mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2003 setelah menjalin cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Mat Despatch'. Hasil dari perkahwinan itu mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Allisya, 15, Airell, 9, Airra, 6, dan Auddra, 4. - mstar

Saksikan Video Dr. Muhaya Imbas Zaman Remaja
Prof. Dr Muhaya Mohamad
PAKAR motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad seorang yang suka bergaya pada zaman remajanya serta gemar melayan tetamu. Beliau juga membawa penonton melihat hubungan akrabnya bersama keluarga.
- mstar
PAKAR motivasi, Prof. Dr. Muhaya Mohamad seorang yang suka bergaya pada zaman remajanya serta gemar melayan tetamu. Beliau juga membawa penonton melihat hubungan akrabnya bersama keluarga.
- mstar
TOP
Ops Selamat 5: Sabar, Elak Guna Lorong Kecemasan - Mohd Fuad
PETALING JAYA: Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff menegaskan kepada pengguna jalan raya supaya banyak bersabar dan tidak menggunakan lorong kecemasan ketika pulang berhari raya.
Hujung minggu ini, semua lebuhraya serta jalan di bandar utama dijangka sesak dengan pengguna yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
“Kami telah melancarkan Operasi Selamat 5 di seluruh negara bermula Isnin (21 Julai) sehingga 4 Ogos ini dan tumpuan utama di semua lebuhraya dan juga jalan-jalan bandar.
“Dalam masa sama juga, pegawai trafik akan membuat rondaan seperti biasa di jalan-jalan lain bagi memastikan tidak ada sebarang peraturan jalan raya dilanggar pengguna,” jelasnya kepada mStar Online.
Mohd Fuad menasihatkan kepada semua pengguna yang bakal balik ke kampung agar bersabar dengan aliran trafik yang dijangka sesak.
“Saman akan dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.
“Apa yang paling penting, dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan. Selain berbahaya ia juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.
Mohd Fuad juga meminta kerjasama semua pihak supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan bagi memastikan perjalanan ke destinasi masing-masing lancar.- mstar
TOP
Pelumba Basikal Negara Terselamat, Pemandu Lori Maut Dalam Nahas Lebuhraya Plus
SEREMBAN: Pelumba basikal negara yang akan menyertai Sukan Komenwel di Glasgow, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dipandunya merempuh sebuah lori di KM247, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran hentian sebelah Senawang dekat sini, malam Isnin.
Pemandu lori berkenaan, Abas Baharom, 44, bagaimanapun terbunuh di tempat kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu setelah mengalami kecederaan serius dan putus betis kanan.
Lori 'bonded' 3 tan yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ekoran tayar belakangnya pancit lalu terbalik dan melintang di tengah-tengah lebuh raya.
"Ketika kejadian saya sedang memandu di lorong tengah dan tidak menyedari sebuah lori terbalik di hadapan berikutan keadaan lebuh raya yang gelap.
"Saya tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa setelah dia keluar dari lorinya yang melintang di tengah lebuh raya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.
Ekoran kejadian itu, Muhammad Fauzan, 28, berkata, isterinya Norasikin Omar, 31, turut mengalami kecederaan di muka serta badan, manakala keretanya mengalami kerosakan teruk.
"Bagaimanapun saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur saya dan isterinya terselamat," katanya menambah ketika kejadian dia dan isteri sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pasukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Melaka.
Mohd Fauzan dijadualkan berlepas ke Glasgow, pada Selasa.
Sementara itu, di lokasi sama, bahagian kaki mangsa yang terputus itu telah tercampak ke seberang lebuhraya sebelum menembusi cermin hadapan kereta Proton Inspira yang dinaiki Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Datuk Mohamad Muda yang dalam perjalanan ke Melaka bersama pemandunya, Mat Reeza Mat Jusuh.
Menurut Mat Reeza, bahagian kaki yang terputus itu telah mengenai bahu kanan Mohamad dan beliau berjaya mengawal kenderaan daripada terbabas sebelum berhenti di tepi lebuh raya.
Mayat mangsa dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat dan menerima rawatan.
Ketua Polis Trafik Negeri Supt Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih disiasat. - mstar
TOP
Mayat Jutawan Sewol Ditemui Reput
SEOUL: Polis Korea Selatan dipercayai menemui mayat jutawan yang dikehendaki sejak beberapa bulan lalu berikutan tragedi feri Sewol yang meragut 300 nyawa, April lalu.
Jika mayat itu seperti yang dijangka, ia akan menamatkan pemburuan untuk mencari jutawan, Yoo Byung-Eun, 73, yang keluarganya memiliki syarikat yang mengendalikan feri Sewol, Chonghaejin Marine Co.
Mayat yang sudah reput itu dijumpai dalam keadaan terbaring dan berpakaian jaket musim sejuk serta topi pada 12 Jun lalu di sebuah ladang plum di Suncheon, kira-kira 300 kilometer di selatan Seoul.
Bagaimanapun, setakat ini, polis belum menemui sebarang petanda yang menunjukkan punca kematian.
Keadaan reputnya teruk hinggakan pihak polis perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan identitinya, lapor agensi berita Yonhap.
Ujian DNA yang dipadankan dengan abang Yoo menjurus kepada keyakinan bahawa mayat itu adalah jutawan terbabit.
Mayat itu dibawa ke Seoul untuk ujian lanjut forensik. Jutawan itu melarikan diri selepas feri Sewol tenggelam pada 16 April lalu dengan 476 penumpang, termasuk 325 pelajar sekolah.
Jumlah kematian yang disahkan ialah 294 orang, dan 10 mangsa lagi masih belum dijumpai.
Kapten feri itu dan 14 anggota krunya kini sedang menghadapi perbicaraan mahkamah. Satu perintah saman dikenakan ke atas Yoo selepas kejadian itu, tetapi dia enggan menyerah diri kepada polis dan melarikan diri. - mstar
TOP
Kemenangan Jokowi Bakal Diumum Hari Ini
JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia dijangka mengumumkan kemenangan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dalam pemilihan presiden republik itu, pada Selasa.
Pengiraan undi oleh KPU di peringkat wilayah menunjukkan Gabenor Jakarta, Joko Widodo meraih 53.17 peratus undi, manakala Prabowo 46.83 peratus.
“Kami akan menyiarkannya pada tarikh yang ditetapkan,” kata pesuruhjaya KPU, Arief Budiman kepada portal berita Indonesia, JPNN.com.
Arief berkata, bahawa sehingga kini pengiraan dilakukan mengikut jadual dan kiraan undi di peringkat kebangsaan diadakan pada 20 hingga 22 Julai.
Pesuruhjaya KPU, Sigit Pamungkas dipetik Reuters berkata: “Setakat ini kami tidak berhadapan dengan apa-apa yang akan menangguhkan pengumuman keputusan rasmi atau proses pengiraan semula.”
Sebelum ini, pencabar Jokowi, Prabowo Subianto meminta supaya pengumumman rasmi itu ditangguhkan.
Pengurus kempen Prabowo, Fadli Zon dalam satu sidang media menggesa KPU untuk menangguhkan pengumuman kerana mendakwa berlaku penyelewengan di sebilangan besar pusat undi.
“Kami mendapati adanya penipuan struktur, besar-besaran dan dilakukan secara sistematik,” kata Fadli yang dipetik JPNN.com.
Habiburokhman, seorang ahli pasukan perundangan Prabowo dan calon naib presiden, Hatta Rajasa pula mendakwa bahawa kira-kira 5,800 pusat undi disyaki melakukan penyelewengan dalam pilihan raya. - mstar
TOP
MH17: Kejayaan PM Capai Persetujuan Dengan Pemisah Ukraine Dipuji
Najib Tun Razak. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
NEW York Times melaporkan kejayaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat persetujuan bersama menerusi rundingan yang dibuat dengan pemisah Ukraine supaya menyerahkan mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dan dua kotak hitam milik pesawat itu disifatkan melebihi kemampuan kuasa besar. Malaysia telah mencapai tiga persetujuan penting dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi nahas berhubung pesawat malang MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu. Selain pengurusan mayat mangsa-mangsa MH17 dan hak penjagaan kotak hitam, rundingan berkenaan turut bersetuju memberi akses kepada para penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan lokasi nahas. Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana pada lewat malam Isnin berkata, beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku dan telah bersetuju dengan perkara-perkara berikut. - mstar

Debaran Berdepan Konflik Ukraine
DONETSK: Kedatangan kami ke bandar ini penuh dengan rasa bimbang, mungkin sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Tambah gusar apabila kami diberitahu mengenai pertempuran yang berterusan, rusuhan dan ketegangan yang berlaku di sini.
Sememangnya ada kebenaran kata-kata amaran itu. Kedengaran gema bunyi tembakan sebaik sahaja kami tiba di stesen kereta api Donetsk selepas melalui perjalanan selama empat jam ke timur Ukraine. Kelihatan orang awam bertempiaran lari mencari perlindungan. Apabila tiba di sini, kami berdepan dengan konflik yang semakin meruncing, satu keadaan yang mungkin menyukarkan bagi kumpulan penyiasat untuk memasuki lokasi nahas MH17 di mana tentera Ukraine memulakan serangan baharu terhadap pemberontak pro-Rusia. Tidak lama selepas itu, kereta api tiba di stesen Donetsk dan tentera dari Republik Rakyat Donetsk (DPR) berlari mengiringi kami dan penumpang lain ke terowong bawah tanah berdekatan. Lebih 100 orang awam berada di situ, berdiri ketakutan mendekati dinding apabila bunyi tembakan kedengaran dari luar. Tentera DPR berdiri dekat dan menjerit kepada orang awam supaya bertenang sementara penembak hendap memeriksa bangunan untuk mengesan tanda kehadiran anggota tentera. Kami tidak melihat lelaki bersenjata lain. Berdasarkan perbualan dengan penduduk tempatan, lelaki bersenjata itu adalah dari pasukan tentera Ukraine.
Tentera DPR berdiri mengawal di mana penumpang kereta api menunggu di dalam terowong bawah tanah di stesen kereta api Donetsk bagi menunggu keadaan reda tanpa bunyi tembakan. Foto KAMARUL ARIFFIN / THE STAR
Kemudian, tentera DPR menyediakan bas untuk orang awam, menjerit dengan menyatakan wanita dan kanak-kanak perlu menaiki kenderaan itu terlebih dahulu. Sewaktu kumpulan pertama bergegas ke arah bas, kami dapat mendengar lagi gema bunyi tembakan, menyebabkan ramai kembali berlari ke arah terowong bawah tanah. Beberapa minit kemudian, keadaan reda seketika dan lebih banyak bas tiba di stesen kereta api. Kami berlari pantas ke arah bas dan menaiki kenderaan itu yang kemudiannya membawa kami ke hotel penginapan di pusat bandar. Ketika diturunkan di satu simpang, kelihatan tentera DPR membawa kereta kebal dan kenderaan berperisai untuk bertempur. Ia merupakan suasana berbeza dari Dnepropetrovsk, sebuah bandar yang paling hampir dengan lapangan terbang antarabangsa ke Donetsk, kira-kira 300 kilometer dari sini. Di sana, dalam wilayah yang dikuasai kerajaan Ukraine, keadaan lebih aman, dengan tiada pertempuran yang berlaku seperti yang dialami di sini. Rakyat di Dnepropetrovsk bagaimanapun dilihat tidak mempunyai sentimen yang sama seperti saudara mereka di Donetsk.
Penduduk Ukraine bersembunyi di terowong bawah tanah dekat stesen kereta api Donetsk.
Kami kini dalam perjalanan ke lokasi nahas di mana pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di sebuah bandar kecil, Grabovo pada 17 Julai lalu. Untuk ke kawasan itu, kami perlu pergi jauh ke kawasan Donbass di Ukraine, sebuah wilayah yang menjadi perebutan antara tentera Ukraine dan beberapa kumpulan pemberontak. Sebelum meninggalkan Dnepropetrovsk, kami bertemu dengan Raed, pelajar warga Syria yang menuntut di Ukraine selama lima tahun. Dia kemudian berbicara mengenai kawasan yang menjadi pertikaian kedua-dua pihak itu. “Di sana, mereka berpihak kepada Rusia. Mereka fikir mereka adalah sebuah negara berbeza. Apabila anda pergi ke sana, ia merupakan sebuah negara yang lain,” katanya. Ia benar-benar menjadi perbalahan dua wilayah di mana pesawat malang MH17 menjadi mangsa keadaan, dan penyiasat masih terlalu jauh untuk menyiasat punca sebenar insiden berkenaan. - mstar

Justice4MH17 Desak Bawa Pembunuh Ke Muka Pengadilan
KUALA LUMPUR: Lebih kurang 2000 orang berarak menuju ke Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kedutaan Rusia dan Kedutaan Ukraine bagi menyerah memorandum #Justice4MH17 pada Selasa.
Ketiga-tiga memorandum ini diserahkan oleh koordinator program yang juga Timbalan Ketua Pemudan Barisan Nasional, Khairul Azwan Harun kepada wakil duta masing-masing.
“Saya gembira dengan sokongan rakyat Malaysia pada program ini yang membuktikan kita semua perlukan keadilan terhadap mangsa tragedi MH17 serta ahli keluarga mereka.
“Dalam memorandum itu, kami menyatakan pendirian Pemuda BN serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta kumpulan belia negara terhadap keadilan.
“Kita akan terus mendesak agar keadilan dapat ditegakkan walaupun tahu kawasan nahas itu merupakan lokasi konflik peperangan, namun itu bukan alasan untuk menghalang siasatan dilakukan.
“Dalam memorandum itu juga, turut dinyatakan keperluan untuk memastikan kumpulan penyiasatan antarabangsa perlu dilantik secara bebas dan mendapat persetujuan dari negara-negara bebas,” jelasnya kepada media selepas menyerahkan memorandum terakhir di Kedutaan Ukraine.
Khairul azwan berkata, persetujuan membenarkan pemulangan mayat-mayat mangsa dan penyerahan kotak hitam kepada Malaysia masih belum mencukupi.
“Ia masih belum mencukupi selagi pembunuh ini tidak dibawa ke muka pengadilan,” tambahnya.
Penerbangan MH17 MAS sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - mstar
TOP
Kotak Hitam Dianalisa Di UK - Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR: Kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tidak akan dibawa balik ke Malaysia untuk dianalisa.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, mengikut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mana-mana kotak hitam yang ditemui perlu dibuka dan dianalisa secepat mungkin.
"Mengikut peraturan ia perlu dibuka secepat yang boleh. Tak wajar untuk kita simpan untuk bawa balik Malaysia dan kemudian nak hantar semula ke luar negara.
"Itu melanggar peraturan yang ditetapakan ICAO. Ia mesti dibuka dengan segera," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini, Selasa.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, lokasi paling hampir untuk menganalisa kotak hitam ialah di United Kingdom (UK).
"Hanya ada beberapa negara yang memiliki kepakaran untuk membaca kotak hitam. Paling dekat adalah di UK.
"Oleh kerana ia berlaku di Eropah, jadi sewajarnya UK adalah salah satu lokasi sesuai untuk dibuat bacaan dengan penglibatan penyiasat antarabangsa. Malah pakar kita juga boleh sama-sama turut serta memantau proses analisa," katanya.
Ditanya sama ada Russia boleh menyertai pasukan siasatan bagi menganalisa kotak hitam MH17, Ab Aziz berkata, perkara itu akan ditentukan oleh panel siasatan antarabangsa yang dibentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Awal hari ini dilaporkan puak pemisah Ukraine sudah menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia.
Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - mstar
TOP
Tarik Diri Pilpres: Prabowo Boleh Dipenjara
Prabowo Subinato
TINDAKAN Prabowo Subinato "menarik diri" daripada persaingan merebut jawatan Presiden Indonesia mungkin menyebabkan dia berdepan masalah yang tidak dijangka. Menjelang pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia pada Selasa, bekas jeneral tentera itu menyatakan keputusannya "menarik diri" dan secara tidak langsung memudahkan Joko Widodo memenangi persaingan berkenaan. Prabowo memberi alasan enggan menerima keputusan rasmi diurus suruhanjaya pilihan raya berkenaan kerana "cacat." "Justeru kami menarik diri daripada proses yang sedang berlangsung," katanya. Namun pengumuman itu tidak dihadiri regu Prabowo untuk jawatan naib presiden, Hatta Rajasa. Namun, tindakan Prabowo itu bercanggah dengan peruntukan undang-undang pilihan raya Indonesia. Pada fasal 246 peruntukan perjalanan pilihan raya presiden, ada dinyatakan bahawa seseorang calon presiden atau naib presiden yang mengundur diri dengan sengaja selepas pemilihan pusingan pertama boleh dipenjara minimum 36 bulan sehingga 72 bulan. Calon terbabit juga boleh dikenakan denda Rp50 bilion (RM13,678,204) hingga Rp100 bilion (RM27,356,409). Pengumuman Prabowo itu segera mendapat perhatian ramai. Antaranya penulis dan budayawan terkenal Goenawan Mohamad yang memberi reaksi melalui akaun Twitternya @gm_gm: "Apakah Prabowo tak ada yang menasihati?" Bekas pegawai kanan skuad elit tentera era Suharto itu berkata, pihaknya enggan mengorbankan mandat diberi rakyat dipermainkan dan diselewengkan. "Kami bersedia menang atau kalah, tetapi dengan cara demokratis dan terhormat," katanya. Semalam pelbagai pihak yang sebelum ini menyokong Prabowo sudah mengaku kalah dan menyampaikan ucapan tahniah kepada lawannya, Joko Widodo. Antaranya bekas pemimpin Parti Amanat Nasional (PAN) Amien Rais dan ketua kempennya, Mahfud MD. Hatta Rajasa ialah Ketua Umum PAN. - mstar

Berlumba Antara Punca Kemalangan Menjelang Aidilfitri - Liow
Kempen Keselamatan Jalan Raya JKJR sempena Aidilfitri untuk memastikan pengguna selamat tiba ke destinasi masing-masing.
PUTRAJAYA: Punca utama kemalangan jalan raya, khususnya semasa musim perayaan ialah kecuaian seperti berlumba, melebihi had dan melanggar lampu isyarat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, walaupun pelbagai usaha dibuat bagi menangani isu itu namun masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mengambil iktibar daripada nahas yang berlaku. "Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kemalangan semasa Op Selamat 3 pada Aidilfitri tahun lepas ialah seramai 258 berbanding 226 pada 2012 iaitu meningkat 14.2 peratus," katanya dalam ucapan semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya (JKJR) peringkat kebangsaan bertema 'Nyawa Dihargai, Keluarga Menanti, Selamat Ke Destinasi' di sini, Selasa. Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah JKJR, Datuk Dr Tam Weng Mah. Liow berkata, sempena Aidilfitri tahun ini, mulai semalam PDRM melancarkan Op Selamat 5 manakala dan JPJ melancarkan Ops Bersepadu, yang masing-masing berakhir pada 4 dan 5 Ogos. Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksana pelbagai program berdasarkan advokasi dan penguatkuasaan seperti kempen dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat swasta dan badan bukan kerajaan. - mstar

Perasaan Sukar Siti Nurhaliza Jaga Datuk K Dikongsi Dalam Lagu
Siti kongsi perasaan dalam lagu 'Jaga Dia Untukku'.<br />
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu lagu terbaharunya berjudul Jaga Dia Untukku merupakan perkongsian tentang perasaannya melalui waktu-waktu sukar ketika suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.
Siti, 35, berkata, ia bercerita tentang pelbagai perasaan yang dipendam dan sukar untuk digambarkan ketika kejadian itu yang hanya dirasai oleh dirinya seorang.
"Lagu ini adalah tentang pengalaman setahun lalu ketika suami saya terlibat dengan kemalangan jalan raya, ia berkongsi tentang perasaan hiba, sedih dan berkecamuk ketika itu sehingga saya membuat untuk berhenti menyanyi selama empat bulan bagi menumpukan perhatian sepenuhnya mengaja dia.
"Ketika itu orang ramai tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, jadi saya minta Aubrey Suwito (komposer) dan kakak ipar saya, Rozi yang tahu tentang keadaan itu mencipta sebuah lagu dan lirik tentang kejadian itu," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Fragmen, di Hotel Le Maridien, di sini, malam Isnin.
Album yang memuatkan sebanyak sembilan buah lagu itu turut menerima Anugerah Platinum apabila jualan album mencecah 5,000 unit dalam masa seminggu dikeluarkan.
Sementara itu, Siti turut mengakui agak kecewa dan geram apabila masyarakat memberi pelbagai spekulasi terhadap keadaan suaminya selepas kemalangan tersebut.
Bagaimanapun, dia enggan mengambil peduli tentang perkara itu dan menganggap ia sebagai satu cabaran sebagai seorang isteri yang perlu ditempuhinya.
Siti Nurhaliza lima dari kiri ketika pelancaran albumnya.
"Memang geramlah bila macam-macam cerita keluar tentang Datuk K ketika itu, tetapi saya sabar dan faham ia adalah kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar suami saya. "Kami tidak benarkan ramai orang datang melawat kerana Datuk K perlukan rehat dan menjalani rawatan fisioterapi setiap hari, mungkin disebabkan itu banyak spekulasi tidak betul timbul," katanya. Dalam pada itu, Siti berkata, kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri yang menguji kesabarannya sebagai seorang isteri. Sementara itu, bercerita tentang album Fragmen ini, Siti berkata ia sarat dengan nilai kasih sayang, semangat dan juga rasa kecintaan dalam perspektif yang lebih meluas. Tambahnya, dia mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar muzik dan lagunya tetapi turut menghayati lirik-lirik yang ditampilkan. Fragmen turut memuatkan lagu seperti Aku, Mula dan Akhir, Kau Sangat Bererti, Sanubari, Terbaik Bagimu, Warna Dunia dan Membunuh Benci. - mstar

Scarlett Johanson Kahwin Wartawan Bulan Depan
Scarlett dan Romain bakal menimang cahaya mata pertama.
PELAKON Scarlett Johanson dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Romain Dauriac yang juga seorang wartawan berasal dari Perancis pada bulan depan. Portal Daily Mail melaporkan pasangan itu mengambil keputusan untuk berkahwin selepas Scarlett, 29, disahkan hamil dan Romain mahu perkahwinan mereka disegerakan. "Romain tidak mahu tunggu Scarlett bersalin dan dia mahu mereka segera berkahwin," kata sumber. Bagaimanapun jurucakap pasangan itu masih belum mengeluarkan butiran penuh mengenai perkahwinan tersebut namun ada pihak mendakwa mereka akan disatukan di Perancis. Pasangan ini bertunang pada September tahun lalu selepas hampir setahun bercinta. Scarlett sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds tetapi rumah tangga mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2010. - mstar

Anggota Parlimen Perlu Manfaatkan Sidang Tergempar Bahas Isu MH17 Esok
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu semua anggota Parlimen memanfaatkan masa yang ada bagi membahaskan usul tergempar esok mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.
"Persidangan (tergempar) ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyampaikan suara rakyat mengenai insiden MH17 yang telah mengorbankan hampir 300 nyawa, lagipun masa yang diperuntukkan hanya satu hari sahaja iaitu dari 10 pagi hingga 5.30 petang," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.
"Persidangan itu juga turut akan disiarkan secara langsung di TV1 bermula 10 pagi esok," katanya mengulas persediaan Dewan Rakyat dalam membahaskan usul tergempar.
Sementara itu, beliau mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) supaya mewujudkan kabinet bayangan bagi melancarkan sesi perbahasan ketika persidangan.
Katanya, cadangan ini bagi memudahkan PR memilih mana-mana anggota Parlimen yang pakar dalam bidang masing-masing membahaskan sesuatu isu dengan lebih efektif.
"Di kebanyakan negara maju yang mengamalkan demokrasi berparlimen, walaupun satu pihak yang telah kalah dalam pilihan raya umum, namun mereka tetap wujudkan kabinet bayangan untuk membahaskan isu berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.
"Cara ini juga boleh membantu melahirkan idea yang bernas daripada pihak PR ketika sesi perbahasan kerana mereka sudah diaturkan untuk menguruskan sesuatu bidang melalui kabinet bayangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, Selasa. - mstar
TOP
Tukar MB: PKR Perlu Ikut Undang-Undang - Khalid
PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Khalid, PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian Menteri Besar.
"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.
"Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Penyandang jawatan Menteri Besar itu berkata demikian bagi mengulas mengenai nasib dan kedudukannya dalam kerajaan negeri selepas komplot terancang untuk menjatuhkannya berjaya mencapai kata putus.
Menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlansung pada Isnin malam, parti itu sebulat suara melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid sebagai kesinambungan kepada 'Langkah Kajang'.
Abdul Khalid yang menghormati keputusan tersebut bagaimanapun menasihatkan rakyat Selangor supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat tidak tepat dan berunsur fitnah yang disebarkan berkaitan peralihan kuasa tersebut.
"Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Pada masa sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri," katanya. - mstar
TOP
Khalid Dinasihat Mohon Maaf Secara Terbuka
PETALING JAYA: Akibat terlalu lantang mengkritik Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dinasihat supaya mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat di negeri ini.
Nasihat berkenaan disampaikan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang berharap supaya Khalid berani berhadapan dengan rakyat berhubung tindakannya yang menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Kalau beliau nak minta maaf pun, mintalah maaf secara terbuka kepada umum kerana bukan tuanku sahaja yang tersinggung," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
Selain itu, Mohamad Munir berkata, sehingga kini Sultan Sharafuddin masih belum memberi perkenan terhadap permohonan Khalid untuk menghadap baginda bagi memberi penjelasan mengenai kenyataannya tentang Mais.
"Sultan belum beritahu sama ada tolak atau terima permohonan beliau untuk menghadap.
"Pada masa ini tuanku tengah sibuk," katanya.
Mengulas mengenai kandungan sebenar surat permohonan Khalid, Mohamad Munir berkata, ia hanya menyatakan hasratnya untuk menjelaskan kepada Sultan Selangor mengenai maksud kenyataannya.
"Komen saya...mengapa nak bagi penjelasan lagi kerana semua (pihak) sudah tahu dan jelas.
"Kalau nak bagi penjelasan juga, bagilah kepada umum kerana beliau sebelum ini buat kenyataan terbuka," katanya.
Sebelum ini Sultan Sharafuddin melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid Samad yang mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersifat biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
- mstar
TOP
MB Selangor: PAS Bakal Umum Pendirian
PETALING JAYA: Sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS akan mengadakan mesyuarat khas parti itu bagi membincangkan perkembangan terkini komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Menerusi mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang akan diadakan malam ini, parti itu akan membuat ketetapan mengenai pendirian mereka berhubung keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu bakal dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PAS perlu mencapai kata sepakat mengenai pendirian parti itu sebelum ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan pada Rabu berhubung nasib Abdul Khalid di Selangor.
Menerusi sidang media Ketua Umum Pakatan Rakyat awal pagi Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa PAS sudah menyatakan persetujuan supaya hasrat 'langkah Kajang' perlu diteruskan dengan pengguguran Abdul Khalid.
Bagaimanapun sebelum ini dilaporkan bahawa PAS Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu tidak pernah bersetuju agar kedudukan Abdul Khalid digantikan dengan Dr Wan Azizah. - mstar
TOP
Tiga Beradik Cedera Akibat Sifat Panas Baran Abang Sulung
BESUT: Tiga beradik cedera selepas terbabit dalam pergelutan berikutan sikap panas baran seorang daripada mereka.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, abang sulung daripada tiga beradik itu telah menyerang dua adik lelakinya selepas marah dengan tindakan mereka yang mahu membawa isterinya menziarahi anaknya yang sakit di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kota Baharu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata, abang sulung berusia 40-an telah memaki hamun dan menyerang adiknya masing-masing berumur 37 dan 30-an menggunakan batang besi hingga menyebabkan pergelutan berlaku.
"Ketiga-tiga beradik itu yang cedera di kepala dan badan dibawa oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut," katanya dalam sidang media di sini, Selasa berhubung kejadian yang berlaku di Kampung Tok Motong di sini pada Ahad lepas.
Noorzainy berkata, siasatan awal mendapati abang sulung daripada tiga beradik merupakan seorang yang panas baran yang sering memukul anak dan isterinya.
"Kita tidak menolak pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada masalah keluarga yang telah lama berlaku antara mereka," katanya. - mstar
TOP
IPU Lebih 200, 15 Sekolah Di Manjung Diarah Tutup
Pemandangan George Town kabur akibat dilanda jerebu di mana IPU pada pukul 11 pagi Selasa di kawasan Perai ialah 103, Seberang Jaya dan Perai - 115, manakala USM - 102 berada di tahap tidak sihat.
IPOH: Sebanyak 15 sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang Selasa berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 247. Bacaan tahap sangat tidak sihat itu dicatat di Seri Manjung pada pukul 1 petang ini. Pengarah Pendidikan Negeri Perak Mohd Idris Ramli berkata, penutupan itu melibatkan enam sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah dengan jumlah pelajar sebanyak 5,945 orang. "Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manjung, SK Kampung Dato Seri Kamarudin, SK Methodist (ACS), SK Methodist, SK Convent dan SK Simpang Empat. "Sementara sekolah menengah melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung, SMK Ahmad Boestamam, SMK Seri Samudera, SMK Nan Hwa, SMK Methodist, SMK Methodist (ACS), SMK Tok Perdana, SMK Ambrose dan SMK Dato Idris," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Selasa. Mohd Idris berkata, beliau telah memaklumkan kepada pegawai pendidikan daerah untuk menutup sesi petang persekolahan sehingga dimaklumkan kemudian. "Sesi persekolahan pada pagi esok juga akan ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 200," jelasnya. Mengikut laman web Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kawasan lain yang merekodkan kualiti udara sederhana setakat 1 petang ini ialah Jalan Tasek, Ipoh (92) manakala kualiti udara tidak sihat direkodkan di Kampung Air Putih, Taiping (117), Jalan Pegoh, Ipoh (114) dan Tanjung Malim (115). Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - mstar

Syukur Usaha Bawa Balik Mayat Penumpang, Kru MH17 Berhasil - Muhyiddin
Muhyiddin (tengah) melihat kerja baik pulih telaga sambil diberi penerangan oleh Nazir Masjid Ar-Rahman, Rozaimi Roslan semasa meninjau kawasan masjid tersebut sempena Majlis Ihya Ramadan Khas di Sungai Manggis, Banting di sini, Selasa.
KUALA LANGAT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur apabila usaha membawa pulang jasad penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine membuahkan hasil. Beliau berkata, inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mencapai persetujuan dengan Alexander Borodai, individu yang berkuasa di wilayah pesawat itu terhempas pada Khamis lepas jelas memberi khabar gembira kepada seluruh rakyat Malaysia. "Kita bersyukur atas inisiatif dan usaha Perdana Menteri yang secara peribadi berhubung dengan Alexander Borodai. Hasrat kita untuk bawa balik jenazah penumpang dan anak kapal nampaknya sudah menampakkan hasil. "Yang penting Malaysia nak lihat mayat dibawa (balik) sini, diselesai, diuruskan dan disempurnakan mengikut adat kaum masing-masing," katanya ketika berucap pada Program Ihya Ramadan anjuran badan sukarelawan, iM4U di Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Manggis, Banting di sini, Selasa. Awal pagi Selasa, Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya mengumumkan bahawa 282 mayat akan dipindahkan dengan kereta api dari Torez ke Kharkiv selepas beliau berjaya mengadakan rundingan dengan Borodai. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Dipercayai pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab. Timbalan Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini juga pasti disambut secara bersederhana berikutan negara sedang bersedih dengan tragedi itu. "Tahun ini kita semua rakyat Malaysia rasa cukup sedih dan hiba apabila sebelum ini negara dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 dan sekarang tragedi MH17," katanya. Pada 8 Mac lepas, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada skrin radar ketika terbang merentasi Laut China Selatan semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Penerbangan pesawat itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi, di barat Perth, Australia dan operasi mencari diteruskan, namun sehingga kini belum berhasil. - mstar

BSN Sasar RM240 Juta Transaksi Perbelanjaan Runcit Menjelang Akhir 2014
KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) Bhd menyasarkan pertumbuhan transaksi perbelanjaan runcit lebih 100 peratus kepada hampir RM240 juta berbanding RM100 juta pada tahun lalu.
Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, BSN mencatatkan peningkatan perbelanjaan runcit sebanyak 45 peratus.
Naib Presiden dan Ketua Bahagian Perniagaan Kad BSN, Mohd Sofian Amirudin berkata, sasaran itu dipacu peningkatan pemegang kad Visa Debit BSN sebanyak satu juta.
"Kami akan memperhebat promosi bagi menarik lebih ramai pemegang akaun deposit dan kami yakin dapat memenuhi sasaran tersebut," kata Mohd Sofian kepada wartawan selepas mengumumkan senarai pemenang bagi Kempen Guna Lebih dan Menang Lebih, Isnin.
Menurutnya, sejak kempen itu dilancarkan pada Disember tahun lalu, BSN berjaya menarik lebih 500,000 pemilik akaun deposit untuk memiliki kad debit tersebut.
"Secara keseluruhan BSN mempunyai hampir lima juta pemegang kad BSN dan jumlah ini akan terus meningkat berikutan saranan Bank Negara Malaysia yang menggalakkan rakyat untuk berbelanja mengikut kemampuan.
"Berbeza dengan kad kredit, kad debit adalah berdasarkan jumlah wang yang dimiliki pengguna," katanya lagi.
BSN mempunyai lebih 8.9 juta pemegang akaun di seluruh negara dengan simpanan runcit bernilai RM12.91 bilion
- mstar
TOP
Pengeksport Dinasihat Teliti Garis Panduan Baharu Halal Kanada - Matrade
KUALA LUMPUR: Pengeksport Malaysia dinasihat supaya meneliti garis panduan baharu Halal di Kanada, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Menerusi kenyataannya, Matrade berkata, kerajaan Kanada memperkenal garis panduan baharu bagi pelabelan produk makanan Halal yang akan dikuatkuasakan mulai April 2016.
"Antara lain, garis panduan itu menetapkan label makanan, pembungkusan atau bahan iklan produk Halal perlu memasukkan nama penuh badan atau orang yang mengesahkan sijil Halal terbabit," katanya.
Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Toronto Norzihan Mohd Zain berkata, menerusi pelaksanaan garis panduan baharu itu, pengguna dijamin bahawa makanan Halal terbabit sesungguhnya memenuhi piawaian badan pengesahan, selain membolehkan mereka memperoleh maklumat khusus mengenai sejauh mana makanan berkenaan memenuhi standard yang ditetapkan.
"Perubahan itu juga membolehkan industri lebih konsisten selain membantu mencegah amalan salah label dan tuntutan membabitkan produk makanan Halal," katanya.
Norzihan berkata, Kanada menawarkan pasaran produk Halal bernilai US$1 bilion.
"Oleh itu, pengeksport produk Halal Malaysia wajar meneroka pasaran ini dan memanfaatkan perakuan Kanada ke atas Malaysia sebagai pengeluar produk Halal yang boleh dipercayai, selain pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya.
Mengikut peraturan baharu itu, seseorang tidak boleh menggunakan perkataan Halal atau mana-mana abjad Arab, atau mana-mana perkataan lain, gambar, tanda atau bentuk lain yang menunjukkan atau dipercayai akan mewujudkan tanggapan bahawa makanan itu halal, dalam pelabelan, pembungkusan, pengiklanan atau jualan makanan, kecuali orang itu atau agensi yang mengesahkan makanan itu sebagai Halal seperti yang dinyatakan.
Pengeluar makanan juga diberi pilihan untuk mencetak maklumat tambahan seperti laman web badan-badan pengesahan ke atas label produk, katanya.
- mstar
TOP
MH17: (Video) Russia Bentang Bukti Data dan Imej Satelit Hari Kejadian
Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.
Ikuti video tersebut dibawah:
Sumber: GuaTv.com / FB Sukan Star TV
Ikuti video tersebut dibawah:
Sumber: GuaTv.com / FB Sukan Star TV
TOP
Kereta Api Bawa Mayat Mangsa MH17 Dalam Perjalanan Ke Kharkiv
Kereta api yang membawa mayat nahas MH17. Foto AFP
KUALA LUMPUR: Kereta api yang membawa mayat mereka yang maut dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.
Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.
"Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.
Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu.
Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.
Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine. - BERNAMA
TOP
Perbuatan Tembak Jatuh MH17 Cabuli Undang-Undang Antarabangsa - IATA
Tony Tyler. Foto AP
KUALA LUMPUR: Perbuatan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dikenal pasti sebagai sebuah jet komersial, merupakan tindakan yang secara jelas mencabuli undang-undang, standard dan konvensyen antarabangsa, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutifnya Tony Tyler berkata pesawat Boeing 777 itu diletupkan di udara ketika memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat.
Menurut beliau, kerajaan dan penyedia perkhidmatan pandu arah memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang laluan yang boleh dilalui mereka serta sekatan yang ada, manakala syarikat penerbangan pula akan mematuhi panduan yang diberi itu.
"Itulah yang terjadi kepada MH17," katanya dalam kenyataan mengenai penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, yang dipercayai ditembak jatuh oleh misil permukaan bumi ke udara Khamis lepas ketika terbang di ruang udara wilayah Donetsk di timur Ukraine.
Pesawat Malaysia itu membawa 298 penumpang dan anak kapal.
Tyler berkata segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan "pencabulan seperti ini tidak berulang".
Kerajaan, katanya, perlu menerajui usaha untuk menilai kembali cara risiko ruang udara dilakukan selama ini.
"Dan industri pula akan berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada kerajaan melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dalam tugas rumit yang akan dihadapi itu," katanya. - BERNAMA
TOP
Tok Pa Naik Teksi Je, Bersifat Sederhana
Kalau dilihat sekilas pandang, nampak macam orang kampung naik teksi dari bandar pulang ke kampung. Tapi kalau diperhatikan betul-betul, bukan calang-calang orang kampung tersebut. Mana taknya, orang kampung tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato Sri Mustapa Mohamed atau Tok pa.
Tok Pa ni memang terkenal dengan sikapnya yang berserdahana dan tawaduk. Ahli Parlimen Jeli ini memang amat disegani rakyat atas sikap beliau itu. Dan setiap kali pilihanraya, Tok Pa akan menang besar.
Baru-bar ini, Tok Pa di puji oleh orang ramai apabila beliau berkongsi satu gambar beliau menaiki teksi dari Air Puteh ke Bandar Jeli. Walaupun beliau mampu menggunakan kenderaan yang lebih selesa, beliau lebih suka menggunakan kenderaan awam kerana lebih nampak sederhana.
Jika dilihat kepada komen-komen di laman sosial, rata-rata pengguna memuji perilaku Tok Pa tersebut. Tetapi ada juga yang melabel beliau sebagai berpura-pura. Walau apa pun, tahniah kepada wakil rakyat ini kerana dapat bersama dengan rakyat walaupun berada di atas. - SiakapKeli.com

Orang ramai boleh saksikan Hujan Meteor Delta Aquarids, 28 dan 29 Julai
KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan orang ramai untuk menyaksikan pancuran Hujan Meteor Delta Aquarids pada malam 28 dan 29 Julai 2014, dalam sebuah kenyataan akhbar.
Pancuran ini adalah daripada buruj Aquarius yang dapat dilihat dilangit malam bermula sekitar 10.00 malam sehingga subuh.
Dijangkakan sebanyak 20 juraian meteor dapat disaksikan dalam masa sejam bagi kedua-dua malam tersebut.
Peluang menyaksikan meteor ini adalah tinggi kerana pada ketika itu, langit berada dalam keadaan gelap memandangkan Bulan masih berada di dalam fasa Bulan baru. Namun harus dipastikan kawasan yang cerapan juga tidak berawan dan jauh dari sumber cahaya yang terang.
Sebagai makluman, ANGKASA tidak menganjurkan sebarang program khas bagi pencerapan hujan meteor ini
Tips untuk menyaksikan juraian meteor:
1. Pilih kawasan yang lapang, tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok
2. Pilih kawasan yang kurang gangguan pencemaran cahaya
3. Membawa tikar, sleeping bag, ubat nyamuk, makanan & minuman
4. Laporkan kepada pihak berkuasa tentang lokasi keberadaan anda
5. Elakkan dari pergi seorang diri. Sebaiknya pergi secara berkumpulan
6. Sekiranya keadaan langit berawan anda mungkin tidak akan nampak kemunculan juraian meteor tersebut
7. Kawasan yang paling sesuai untuk melihat juraian meteor adalah di kawasan lapang seperti tepian pantai
Sumber: Astro Awani

Pertempuran Berlaku 60km Dari Lokasi Nahas
DONETSK, Ukraine – Pertempuran berlaku dekat sebuah stesen kereta api di Donetsk, timur Ukraine semalam dengan tembakan artileri kedengaran dan asap menjulang tinggi di langit.
Kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa, tentera Ukraine berusaha untuk memasuki bandar Donetsk yang terletak 60 kilometer (km) dari lokasi nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia ditembak jatuh.
“Adalah berbahaya jika berada dekat stesen kereta api,” kata Majlis Perbandaran Dontesk dalam satu kenyataan di laman web.
Sebuah bangunan sembilan tingkat musnah akibat dibedil manakala pengangkutan kereta api dihentikan di bandar tersebut. – Reuters
TOP
Usah Persoalkan Zara Zya Jual Tudung
PETALING JAYA – Pelakon Zara Zya menganggap bisnes tudung yang diusahakannya iaitu Zyabyzarazya bukanlah sesuatu yang pelik dan ia tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Zara berkata, tidak ada sebarang masalah untuk dia menjual produk tersebut biarpun dia belum lagi berhijab.
“Saya rasa tidak ada masalah untuk saya jual tudung walaupun saya belum bertudung. Peminat-peminat saya ramai yang bertudung, manakala saya sendiri banyak membawa watak sebagai perempuan bertudung.
“Saya malas ambil peduli mereka yang beri komen negatif kerana kita buat baik ke tidak ke… ada sahaja komen-komen negatif ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Zara berkata demikian sebagai mengulas tentang komen segelintir pihak terhadap bisnes tersebut yang dikatakan tidak sesuai diusahakannya kerana dia tidak bertudung.
Tambah Zara, dia mula berkecimpung dalam bisnes tudung sejak dua bulan lalu dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada peminatnya.
Katanya, buat masa ini dia menjalankan operasi secara dalam talian dan di sebuah butik milik rakannya di Sri Hartamas dekat sini.
“Alhamdulillah, sambutan baik setakat dua bulan ini, saya banyak turun promosi di bazar-bazar sepanjang Ramadan ini. Selepas ini memang ada perancangan untuk kembangkan bisnes kepada baju dan skrit pula,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zara turut terkilan apabila terdapat segelintir pengikut laman sosialnya menuduhnya sebagai seorang yang sombong.
Katanya, sebagai manusia biasa, ada masa yang dia mungkin terlepas pandang untuk memberi dan membalas senyuman daripada peminat.
“Hari ini (Isnin) ramai yang komen di Instagram saya beritahu saya ini sombong, entah bila mereka jumpa saya pun saya tidak tahu.
“Bagi saya mereka yang cakap saya begitu ialah mereka yang tidak mengenali saya secara dekat, saya mungkin tidak boleh senyum sepanjang masa,” ujarnya.
Dia juga mengakui raut wajahnya yang agak garang kadang-kala membuat persepsi buruk orang yang berfikir bahawa dia seorang yang sombong.
Bagaimanapun, dia meminta agar orang ramai tidak mengadilinya sebelum menegur dan mengenalinya terlebih dahulu.
“Muka saya kalau tidak senyum memang agak garang dan sombong, tetapi mereka kena tegurlah saya dulu sebelum menilai perangai saya.
“Saya yakin bila mereka kenal saya mereka tahu sapa saya sebenarnya,” katanya. – mStar Online
TOP
3 Wakil M’sia Dalam Pasukan Penyiasat Antarabangsa MH17
KIEV – Malaysia kini mempunyai tiga wakil dalam pasukan penyiasat antarabangsa yang akan menjalankan siasatan terhadap nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine minggu lalu selepas dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara yang canggih.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tiga wakil profesional Malaysia itu ialah dua dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) iaitu Kapten Philip Joseph Selvaraju, 42 dan Mohd Naemy Fahimy Mustapa, 38 manakala yang ketiga ialah Pengarah Kejuruteraan MAS, Azahari Dahlan, 53.
Liow berkata, ketiga-tiga mereka dipilih selepas Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE) yang kini mengetuai pasukan siasatan awal nahas memohon Malaysia menamakan tiga pakar.
Mereka akan melaporkan terus Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Kesemua mereka telah berlepas ke Kharkiv menggunakan pesawat pada jam 8 malam waktu Ukraine (1 pagi Selasa waktu Malaysia).
Mereka kemudiannya akan bergerak menggunakan kenderaan berperisai ke sebuah pekan yang terletak dua setengah jam perjalanan dari Kharkiv, yang mana mereka kemudian akan diserahkan kepada wakil kumpulan pemisah pro-Rusia di Donetsk yang kemudiannya akan membawa mereka ke Torez iaitu bandar yang paling hampir dengan tempat nahas.
Di sana mereka akan disertai oleh tiga lagi wakil dari Belanda dan lain-lain wakil badan penyiasat antarabangsa. – BERNAMA
TOP
Pegawai Imigresen Diburu Terlibat Pemalsuan Dokumen Pekerja Asing
Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukkan uniform dan lencana pegawai Imigresen yang digunakan oleh sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI / THE STAR
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Imigresen antara yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing membabitkan kerugian RM3 juta. Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang pada Ahad, suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan diri. Turut diburu, seorang individu awam berusia 39 tahun dipercayai tinggal di Seksyen 15, Shah Alam. "Dalam operasi semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia lingkungan 28 hingga 56 tahun. "Antara barang yang dirampas ialah lapan unit telefon bimbit, dua unit komputer riba, 223 buku pasport dan wang tunai," kata Abdul Jalil kepada pemberita di sini, Isnin. Abdul Jalil, berkata sindiket menggunakan modus operandi dengan menawarkan perkhidmatan bagi menguruskan permit pekerja asing kepada syarikat-syarikat di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor dan Pahang. Katanya, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu bertindak sebagai 'runner' itu telah memperdaya syarikat-syarikat berkenaan setelah menerima bayaran sebelum mengeluarkan dokumen kelulusan palsu.
Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat-syarikat terbabit hanya menyedari dokumen yang dikemukakan palsu setelah pembayaran levi dibuat bagi tujuan memperbaharui permit pekerja mereka di Jabatan Imigresen. Sejak hujung tahun lepas hingga semalam, sebanyak lapan laporan polis telah dibuat oleh individu dan syarikat yang menjadi mangsa penipuan ini dengan nilai kerugian dianggarkan RM3 juta. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sehubungan itu, polis menasihati syarikat yang ingin menguruskan permit pekerja asing mereka, menggunakan perkhidmatan sah di Jabatan Imigresen bagi mengelakkan penipuan. - BERNAMA

MH17: Genjatan Senjata di Kawasan Siasatan MH17
Satu genjatan senjata telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak Puak pemisah wilayah Donetsk dan kerajaan Ukraine. Hal ini adalah bertujuan membolehkan siasatan behubung MH17 yang terhempas di wilayah tersebut tanpa gangguan. Genjatan senjata ini dilaksanakan dalam 10 kilometer radius.
Tahniah kepaa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya menghubungi dan minta bantaun Ketua Pemisah, Alexander Borodai dalam menyelesaikan kebuntuan berhubung dengan penyiasatan ke atas MH17 yang dipercayai telah ditembak. - SiakapKeli.com
TOP
Ketua Pemisah – Alexander Borodai Tetap Kata Ia Perbuatan Ukraine
Walaupun pelbagai bukti yang telah didedahkan kepada dunia yang menunjukkan kejadian MH17 terhempas ditembak dilakukan oleh Puak Pemisah wilayah Donetsk, General Alexander Borodai tetap menafikan yang perkara tersebut dilakukan oleh pasukannya.
Menerusi pihak CNN, beliau berkata “Pada pendapat saya, semua maklumat yang berpunca pada internet adalah penipuan,” .
Beliau juga menafikan yang pasukannya memiliki Sistem Peluru Berpandu BUK yang dipercayai telah menembak MH17.
Tidak cukup dengan bukti Tweet dan Rakaman Suara, timbul pula bukti bergambar dan video yang mendakwa BUK dibawa balik ke Rusia selepas MH17 ditembak jatuh.
Bagaimanapun beliau tetap menafikan semua itu secara terang-terangan.
Dalam perkembangan terkini, Rusia juga telah membuat perbentangan mengenai Bukti Data dan Imej Satelit Hari Kejadian. - SiakapKeli.com
TOP
Britain gesa EU kenakan sekatan lebih ketat ke atas Russia
LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron menggesa Kesatuan Eropah (EU) supaya mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Russia berhubung kejadian membabitkan pesawat Penerbangan Malaysia, MH17.
Beliau juga mahukan agar diharamkan perjualan ketenteraan dan mengecam perjanjian Perancis untuk membina dua kapal perang untuk Moscow.
Menteri Luar EU akan mengadakan mesyuarat hari ini untuk memutuskan sama ada untuk memperketatkan langkah sekatan yang ada sekarang ke atas Russia, termasuk larangan perjalanan dan pembekuan aset berikutan kekacauan di Ukraine.
“Kita tidak boleh mengadakan hubungan biasa dengan negara yang bersikap sedemikian,” kata Cameron dalam kenyataannya di parlimen berhubung penerbangan MH17 yang terhempas dan mengakibatkan 298 orang maut.
“Saya berpendapat sudah sampai masanya untuk kita masuk ke fasa ketiga sekatan, sebagai contoh menghentikan jualan ketenteraan dari Eropah. Britain sudah menghentikannya,” kata Cameron.
Britain sudah lama mendesak agar Russia dikenakan sekatan fasa ketiga berhubung krisis di Ukraine. - AFP
TOP
Majlis Keselamatan PBB Kutuk Serangan Pesawat MAS
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 'dengan kerasnya' mengutuk serangan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di timur Ukraine minggu lepas yang telah menyebabkan 298 nyawa terkorban.
Menggesa agar siasatan antarabangsa mengenai kejadian itu dijalankan, Majlis berkenaan menuntut kumpulan bersenjata di kawasan itu membenarkan akses penuh ke lokasi kemalangan dan memastikan integriti itu dikekalkan.
Dalam resolusi yang diterima sebulat suara, badan antarabangsa itu menyokong usaha untuk menubuhkan siasatan antarabangsa yang lengkap, menyeluruh dan bebas mengenai nahas berkenaan mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.
Ahli-ahli Majlis juga berkeras agar pemindahan mayat-mayat mangsa nahas diperlakukan secara 'bermaruah, dihormati dan profesional' menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Berita PBB.
Di samping itu, mereka menuntut bahawa semua aktiviti ketenteraan, termasuk kumpulan bersenjata dihentikan segera di kawasan sekitar lokasi kemalangan untuk menjamin keselamatan penyiasatan antarabangsa.
Majlis Keselamatan PBB juga menekankan keperluan agar kumpulan bersenjata yang berkawal di lokasi kemalangan dan kawasan sekitarnya agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan sebarang bukti di lokasi nahas.
Pihak bertanggungjawab menyebabkan kemalangan itu mesti dibawa ke muka pengadilan dan semua negara mesti bekerjasama sepenuhnya dan berusaha untuk mewujudkan akauntabiliti, tambahnya.
Pesawat Boeing 777-200 MAS penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.
Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine. - mStar.com.my
TOP
Peminat Kutuk Imej Baru Yuna, Samakan Dengan Ribena
Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuni baru-baru ini tampil dalam sebulah majalah tempatan, Cosmopolitan. Namun penampilannya itu mendapat kritikann ramai pihak yang tidak berapa senang dengan imej yang ditampilkan dalam majalah tersebut.
Yuna menggayakan persalinan berwarna ungu bersama turbannya yang boleh dilihat di muka hadapan majalah berkenaan. Dengan tersebarnya gambar itu, peminat mengkritik imej baru Yuna itu dan berkata mereka lebih menyukai imej Yuna yang lama. Mereka lebih menggemari Yuna memakai tudung bawal ketika Yuna baru popular dengan lagu "Gadis Semasa". Lagi teruk ada yang menyamakan Yuna dengan Air Ribena. - SiakapKeli.com

Lagi Budak Sekolah Buat Hal, Di Bulan Puasa Pulak Tu
Kini heboh gambar di laman sosial yang menunjukkan duo orang pelajar sekolah berselfie sambil bercium mulut. Dah lama tidak dikejutkan dengan isu-isu sebegini, tiba-tiba di bulan Ramadhan kita dikejutkan dengan perbuatan dua orang remaja ni.
Mungkin mereka cuma mahu ambil gambar sebagai kenangan sahaja tapi malang buat mereka, gambar tersebut sudah tersebar dan mendapat kritikan ramai. Kalau tak tersebar pun, perkara ini tetap salah.
Tambah menyedihkan perempuan di dalam gambar tersebut masih lagi memakai uniform sekolah lengkap dengan bertudung.
Peringatan kepada remaja-remaja di luar sana, berfikir lah sebelum melakukan apa-apa sekalipun kerana setiap benda yang kita buat akan mempengaruhi sekitar kita, bukan diri kita sahaja. Contohnya, adik kita dalam gambar tadi dah memalukan ibubapa, agama, sekolah, adik beradik dan etc. - SiakapKeli.com

Kiki didenda RM5,000, buat kerja komuniti 240 jam
Kuantan: Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Hukuman itu diputuskan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu. - Berita Harian

Nad Zainal Terima Khidmat Jaga Kucing Sempena Musim Perayaan
PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal bersama ibunya Faridah Mohd Nor mengambil kesempatan sempena cuti sambutan Hari Raya ini dengan membuka perniagaan iaitu mengendalikan tempat penjagaan kucing.
Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, perniagaan itu merupakan cadangan ibunya memandangkan mereka beraya di Kuala Lumpur (KL) sahaja kerana tiada kampung halaman.
"Sebenarnya saya sudah lama lihat pemilik kucing sering bermasalah untuk menghantar haiwan peliharaan mereka setiap kali perlu pulang ke kampung atau bercuti ke luar KL.
"Malah ada juga yang risau dengan keselamatan kucing-kucing mereka memandangkan banyak kes haiwan peliharaan di pusat penjagaan tidak terjaga.
"Jadi memandangkan kami beraya di KL sahaja, ibu bercadang untuk membuka perniagaan ini dan sebagai permulaan, servis penjagaan kucing akan dibuat di rumah sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online.
Tambah Nad, selain kucing, dia dan ibunya turut mengambil perkhidmatan penjagaan arnab.
Dalam pada itu, Nad berkata, rasa cinta terhadap kucing juga membuatkan dia bersama ibu nekad melakukan perniagaan itu dan yakin pelanggan akan berpuas hati dengan servis yang diberikan.
"Ibu seorang pencinta kucing yang serba tahu berkaitan dengan haiwan itu, begitu juga dengan saya yang mempunyai enam ekor kucing.
"InsyaAllah, saya memberi jaminan bahawa kucing-kucing yang dihantar akan dijaga sebaik-baik. Malah kami juga akan melepaskan kucing-kucung pada masa-masa tertentu agar ia tidak tertekan akibat dikurung," ujarnya.
Bagi yang ingin menghantar kucing atau arnab peliharaan boleh menghubungi talian 017-2544331 untuk membuat tempahan membabitkan kawasan Taman Dagang, Ampang sahaja. - mStar
TOP
Jadual Waktu Cadangan Perjalanan PLUS Bagi Hari Raya 2014
Seperti sedia maklum, tarikh hari raya pada tahun ini jatuh pada 28 Julai 2014. Orang ramai dijangka akan mula balik ke kampung halaman mulai Jumaat hingga Ahad 25-27 Julai 2014.
Berikut adalah jadual waktu cadangan perjalanan PLUS bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di musim perayaan.
Rancang perjalanan anda dan pastikan anda sampai ke kampung halaman dengan selamat. - SiakapKeli.com
Rancang perjalanan anda dan pastikan anda sampai ke kampung halaman dengan selamat. - SiakapKeli.com
TOP
Data Memori Kad Kotak Hitam Tidak Boleh Diubah
KUALA LUMPUR – Data dalam kad memori kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis lalu, tidak boleh diubah atau ditambah.
Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Kapt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian, berkata data hanya boleh disembunyikan dengan mengasingkan beberapa data tertentu, namun ia masih boleh dikesan jika perkara itu berlaku.
“Sembunyikan data bukan bermaksud memadam maklumat di dalam memori kad tersebut, bagaimanapun apa yang boleh berlaku ialah sebahagian data telah diasingkan, disembunyikan.
“Kad memori juga tidak boleh ditukar kerana ia mempunyai nombor siri tersendiri yang sama dengan nombor pada kotak hitam tersebut dan boleh dikenal pasti melalui kilang yang mengeluarkannya,” katanya kepada Bernama.
Mohd Harridon berkata kotak hitam diletakkan dalam satu perkakasan khas iaitu ‘Crash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.
Mengulas lanjut beliau turut memberitahu walaupun maklumat analisis daripada kotak hitam diperoleh, namun ia hanya akan memberikan 50 peratus gambaran untuk merungkai nahas pesawat MH17, manakala separuh lagi melalui analisis serpihan kapal terbang.
“Kita perlu analisis dua perkara, kotak hitam dan serpihan kapal terbang yang jatuh ke tanah perlu dikumpul, diukur dan laporan juga perlu dibua… proses analisis akan menjadi sukar jika serpihan-serpihan kapal terbang MH17 yang jatuh mempunyai banyak saiz kecil dan besar berselerakan, diubah dan dipindahkan daripada tempat asalnya.
Sementara itu, Pensyarah Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Kamarul Arifin Ahmad berkata kotak hitam mempunyai dua komponen penting iaitu Voice Data Recorder (VDR) yang merupakan rakaman suara antara juruterbang dan pembantu juruterbang dan Flight Data Recorder (FDR) iaitu rakaman data-data pesawat.
“VDR dapat merakam perbualan juruterbang bersama pembantu juruterbang selama dua jam sebelum ia terhempas dan data FDR pula direkodkan sejak pesawat tersebut berlepas”, katanya.
Kamarul Arifin berkata kemungkinan bunyi impak peluru jika betul MH17 ditembak pasti dapat dirakam oleh kotak hitam pesawat tersebut.
Beliau berkata Malaysia wajar mendapatkan kepakaran dari luar negara untuk mengendalikan siasatan terhadap kotak hitam pesawat MH17 kerana memerlukan instrumen serta orang berpengalaman dalam bidang tersebut.
Data kotak hitam berkemungkinan akan rosak jika komponen elektronik itu disalahgunakan, katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata di Putrajaya malam tadi bahawa kotak hitam itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia pada 9 malam (2 pagi di Malaysia) selepas beliau berhubung dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah bergolak tempat pesawat itu terhempas.
Pesawat MAS, MH17, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, utara Ukraine, dekat sempadan Russia pada Khamis malam.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dipercayai telah ditembak jatuh. – BERNAMA
TOP
Mayat Rakyat Malaysia Akan Diterbangkan Dgn C130 Hercules
PUTRAJAYA: Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.
“Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.”Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.
Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.
“Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.
“Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya,” ujarnya.
Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.
Sementara ketiga katanya, penyiasat antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.
“Saya perlu menegaskan bahawa walaupun perjanjian telah dicapai, masih terdapat beberapa langkah-langkah yang diperlukan sebelum ia selesai.
“Saya meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama dan memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya,” jelasnya.
Najib turut melahirkan simpati dan kesedihan rakyat negara ini terhadap insiden berkenaan. – Astro Awani
TOP
Gambar adik perempuan Nabila Huda yang cantik jelita
Tak siapa yang sangka, Nabila Huda rupanya mempunyai seorang adik perempuan yang ernama Myra Suhaimi yang cantik jelita. Gadis berkenaan kini tinggal bersama ibunya di Texas dan berumur 16 tahun.
Mengikut sumber, Myra hanya tiga kali bertemu bapanya, Amy Search itupun ketika dia masih kecil. Amy Search difahamkan bercerai dengan ibu Myra ketika Myra berumur 3 tahun.
Untuk maklumat, Shasha dan Nabila Huda adalah adik beradik tiri. Berikut beberapa gambar Myra:
Myra nampaknya ada iras kakaknya. Agak-agak ni kalau balik Malaysia boleh jadi retis tak ni? - SiakapKeli.com
Myra nampaknya ada iras kakaknya. Agak-agak ni kalau balik Malaysia boleh jadi retis tak ni? - SiakapKeli.com
TOP
Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah
KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.
“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.
“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.
“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.
Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.
Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.
Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.
Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya. - Sinar Harian
TOP
Saksikan Keindahan Hujan Meteor Di Malam Hari Raya
KUALA LUMPUR 22 Julai - Fenomena pancuran hujan Meteor Delta Aquarids daripada buruj Aquarius dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia pada 28 dan 29 Julai ini sekitar pukul 10 malam sehingga subuh.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 20 juraian meteor dijangka dapat disaksikan dalam tempoh satu jam bagi kedua-dua malam tersebut.
Agensi itu berkata, peluang menyaksikan meteor berkenaan adalah tinggi kerana pada ketika itu langit gelap berikutan bulan masih berada dalam fasa bulan baharu. - Utusan Malaysia
TOP
Gaza: Angka kematian menghampiri 600
Gaza (Palestin): Serangan udara Israel memusnahkan kebanyakan kawasan di Semenanjung Gaza hari ini dalam pertempuran yang berlanjutan selama dua minggu dan mengorbankan sekurang-kurangnya 570 rakyat Palestin dan 29 rakyat Israel.
Menurut polis Gaza, tentera Israel mengebom lima masjid, kompleks sukan dan rumah bekas ketua tentera Hamas, semalam.
Tentera Israel mengumumkan bahawa dua orang anggota tenteranya maut, satu daripadanya terkena tembakan sniper semalam dan seorang lagi anggota sebab-sebabnya masih tidak dapat dijelaskan, menjadikan jumlah kematian tentera Israel 27 orang.
Ia merupakan jumlah kematian tentera Israel paling banyak selepas peperangan Lebanon pada 2006. - myMetro
TOP
Hospital Swasta Tak Berhati Perut, Biar Tiga Beranak Terlantar Tepi Jalan
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update.
Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.
Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab.
Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah bukak hospital. - SiakapKeli.com
TOP
Jason Biggs Mohon Maaf Atas Lawak Bodohnya Berkaitan MH17
Pelakon filem American Pie, Jason Biggs membuat permohonan maaf selepas membuat satu lawak bodoh mengenai nahas pesawat MAS, MH17.
Sejurus selepas mendapat tahu tentang insiden tersebut, pelakon filem tersebut telah menulis di laman twitter nya, yang berbunyi " Ada sesiap nak beli tiket penerbangan kerap MAS saya". Tweet tersebut mendapat kritikan dari pelbagai pihak seluruh dunia.
Semalam, dalam satu program The View, Biggs telah menyatakan kekesalannya terhadap tweetnya tersebut. Dia menyatakan " Sata tidak bermaksud apa-apa, saya kurang bijak, kerana benda itu sangat sensitif dan lawa saya tidak kena pada tempat".
"Saya bersimpati dengan nasib mangsa nahas MH17 dan keluarga mereka", katanya lagi.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Gambar & Video : Lori Terbakar Langgar Tembok Plaza Tol USJ
Kuala Lumpur: Sebuah lori yang membawa muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang Plaza Tol USJ, Lebuhraya Kesas kira- kira jam 4 petang tadi.
Dalam kejadian itu, dua kenderaan yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori berkenaan.
Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer. - myMetro
Pemandu Lori dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian terbabit dan kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang hampir satu kilometer. - myMetro
TOP
Ezany Kongsi Gambar Skandal Isteri Di Facebook
Kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui umum sekarang lebih-lebih lagi apabila berita tersebut disiarkan oleh media massa.
Kes tersebut menjadi lebih panas apabila Ezany membuat laporan polis berkaitan isterinya. Isteri beliau, Lizda Nuryanti Abidin didakwa lari mengikut lelaki lain dan beliau hanya sedar perkara tersebut setelah beberapa hari lalu ketika bangun bersahur.
Ezany ada berkongsi perkembangan kesnya di laman sosial Facebook. Malah hari ini sahaja Ezany telah memuat naik beberapa gambar isterinya yang bersama skandalnya. - SiakapKeli.com
Ezany ada berkongsi perkembangan kesnya di laman sosial Facebook. Malah hari ini sahaja Ezany telah memuat naik beberapa gambar isterinya yang bersama skandalnya. - SiakapKeli.com
TOP
'Kajol' Dipenjara Kerana Berpakaian Seperti Wanita
Gua Musang: Penyanyi dikir barat terkenal Kelantan Kajol dipenjara enam minggu dan denda RM1,000 di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, sebentar tadi, terhadap tuduhan berpakaian wanita dua bulan lalu.
Hakim Syarie Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri, 28, mengaku bersalah terhadap tuduhan.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa berlagak seperti perempuan dengan berambut panjang berwarna coklat, bibir bergincu, berpakaian wanita berwarna hitam serta memakai coli, bersubang dan memakai beg tangan perempuan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Perumahan Felda Aring Enam, Gua Musang pada jam 11.45 malam, 7 Mei 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan. - Harian Metro
No comments:
Post a Comment