TOP
Permaidani Bersalib Dalam Masjid Di Kuantan
Kuantan: Kontraktor yang bertanggungjawab membina Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail, di sini, akan menukar permaidani ruang utama solat di masjid berkenaan yang tertera kalimah Allah selain lambang salib.
Ia susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.
Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian itu bagi membolehkan JAIP mengeluarkan sijil layak menggunakan masjid berkenaan.
Beliau berkata, siasatan sebelum ini mendapati permaidani di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan Allah selain lambang salib.
“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua permaidani dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya. – HARIAN METRO
TOP
“Saya Tak Izin Ahli Pas Terlibat Kumpulan Radikal” - Hadi
MARANG – Pas tidak mengizinkan ahlinya terlibat kumpulan radikal, sama ada dalam mahu pun di luar negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas meneliti penuh berhati-hati perkembangan terkini yang di Iraq dan Syria serta meminta ahli, penyokong dan seluruh rakyat memahami percaturan yang sedang berlaku.
Menurutnya, Pas juga menegaskan akan tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihan raya dan itulah pendekatan diperkenalkan parti itu kepada semua rakan dalam gerakan Islam di seluruh dunia.
“Ini jugalah yang saya tekankan dalam ucapan kepada kepimpinan parti berteraskan Islam di negara lain dalam persidangan anjuran Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial di Turki, bulan lalu.
“Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Oleh itu, Abdul Hadi berkata, Pas tidak bersetuju dengan pendekatan yang berlaku di Syria dan Iraq yang mengambil cara perang untuk menyelesaikan masalah dalaman negara umat Islam.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, cara itu bercanggah dengan konsep jihad dalam al-Quran dan sunnah diamalkan khalifah di sepanjang zaman.
“Bagi Khulafa ar-Rasyidin, zaman Amawiyah, zaman Abbasiyah dan zaman Uthmaniyyah, mereka semua menyelesaikan masalah dalaman umat dan pendekatan perang adalah terakhir serta sangat berhemah.
“Saidina Ali Abi Talib RA hanya bertindak mengangkat senjata kepada golongan Khawarij.
"Begitulah kaedah kita menghadapi kerajaan yang zalim sepanjang zaman dalam krisis dalaman umat Islam,” katanya.
Abdul Hadi berkata, kerajaan Uthmaniyyah sendiri semasa pemerintahan mereka meletakkan kumpulan Druze yang dianggap kumpulan serpihan umat di luar daripada Islam ke satu kawasan di Lubnan, dan kumpulan Yazidiyah diletakkan di Iraq tanpa pendekatan bersenjata. ─ Sinar Online
TOP
Israel diserang balas dari Lubnan, Dua Roket ditembak ke Israel
Roket berkenaan menyebabkan sebuah stesen minyak terbakar di israel
GAZA - Sebuah roket telah ditembak ke utara Israel dari selatan Lebanon, dan tentera Israel bertindak balas dengan serangan meriam, jurucakap Pasukan Pertahanan Israel pada Jumaat. Roket berkenaan mendarat berhampiran bandar Metula, Israel, yang berada betul-betul di sempadan Lubnan, dan tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan. Belum dapat dipastikan lagi siapa yang melepaskan roket tersebut. Jurucakap IDF berkata bahawa Israel percaya kerajaan Lubnan bertanggungjawab akan serangan ini. Dua roket telah dilancarkan dari bandar Mari di selatan Lebanon, agensi berita rasmi Lubnan NNA melaporkan, manakala roket ketiga gagal untuk memulakan. Israel membuat tindak balas susulan dengan serangan meriam dari Israel ke pinggir Kfarshouba, tambah agensi berita.

Video: Teknik Unik dan Pantas Melembutkan Daging Beku dalam 5 Minit
Daging beku sememangnya mengambil masa untuk lembut. Teknik melembutkan daging dengan cepat ini yang bakal dikongsi akan menjadi amat berguna di bulan puasa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerjaya tapi masih ingin keluarga menjamah masakan di rumah.
Petua ini dikongsi oleh sebuah stesen TV di Taiwan. Caranya cukup mudah dan anda hanya perlu dua periuk jenis steel (besi). Tekniknya seperti berikut.
1. Terbalikkan periuk pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Berikut adalah video bagaimana untuk menggunakan teknik berikut :
Selamat mencuba semua. Semoga bermanfaat ;)

Pasaraya One Utama Terbakar - 5 Gambar
Pagi ini, beberapa keping gambar telah dikongsikan oleh pengguna laman social berkaitan Pasaray One Utama yang telah diselebungi asap tebal pada jam 9.30pagi tadi.
Walaubagaimanapun, setelah lebih satu jam diselebungi asap, pasaraya itu kembali normal menyebabkan pengguna menyangka gambar tersebut telah diedit.
Walaubagaimananpun, ini kejadian yang sebenarnya berlaku : -
Jawapan dari pihak One Utama:
Apapun, nasib baik semuanya ok. Nasib baik ade sistem water sprinkler tu. Kalau tak, tak tau la apa dah jadi dengan One Utama sekarang

Tempat Sembelih Ayam Halal Berpusat Diwujud
GEORGETOWN – Tempat penyembelihan dan pemprosesan ayam halal berpusat akan diwujudkan di Pulau Pinang bagi meningkatkan kebersihan serta kualiti ayam yang diproses.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk dijadikan pusat penyembelihan dan pemprosesan ayam halal.
“Pada mesyuarat exco Rabu lepas, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyediakan tempat penyembelihan dan pemprosesan ayam berpusat sebagai usaha memantau kebersihan premis pemprosesan ternakan berkenaan.
“Majlis Perbandaraan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya (tempat penyembelihan dan pemprosesan ayam halal),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pembekal ayam dan pemilik restoran di negeri ini, di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini lapan rumah sembelihan melibatkan 360 pemegang sijil tauliah membekalkan 54,000 ayam halal beroperasi di seluruh Pulau Pinang.
Dalam perkembangan lain, Abdul Malik berkata kerajaan negeri pimpinan DAP dalam Mesyuarat Exco pada Rabu juga bersetuju untuk membenarkan restoran dan premis makanan di negeri ini beroperasi sebelum 3 petang pada bulan Ramadan ini.
“Ia bukan bermakna kami tidak menghormati bulan Ramadan sebaliknya kerana ia tidak menyalahi aspek hukum agama terutama jika dijual kepada orang bukan Islam dan golongan tertentu yang dikecualikan berpuasa seperti orang sakit,kanak-kanak dan wanita haid,” katanya.
Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap orang Islam yang makan di tempat awam, restoran dan khalayak terbuka kerana ia menyalahi undang-undang sedia ada iaitu Seksyen 15 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.
“Pada perjumpaan hari ini dengan pemilik restoran dan premis makanan, mereka juga bersetuju untuk tidak membenarkan orang Islam makan di restoran mereka (sebelum waktu berbuka) dan hanya menjual untuk bawa pulang,” katanya. – BERNAMA
TOP
Video: Kejadian Ragut Dalam Lif ─ Sila Berwaspada
Satu kejadian ragut telah berjaya dirakam dalam sebuah lif. Bag tangan seorang wanita telah ditarik ketika wanita berkenaan keluar dari lif serta ditolak ketika suspek itu cuba melarikan diri juga menggunakan Lif berkenaan.
Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja cuma risiko itu yang berbeza. Jadi elaklah dari berada dalam situasi yang berisiko seperti seorang diri, dan tempat yang sunyi.
Sumber Video: Facebook Friends of BN
Sumber Video: Facebook Friends of BN
TOP
Nigeria Digantung Kerana Campurtangan Pihak Ketiga
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menggantung Persekutuan Bola Sepak Nigeria (NFF) daripada terlibat dalam sebarang kejohanan bola sepak berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat Jawatankuasa Kecemasan Fifa selepas mendapati kerajaan negara tersebut mencampuri urusan NFF.
Ia juga merupakan tindakan susulan daripada keputusan Mahkamah Nigeria yang mendapati menteri sukannya telah memecat keanggotaan NFF dan kerajaan negara itu kemudian dilantik sebagai pentadbir tunggal bola sepak, tidak lama selepas pasukan kebangsaan mereka kembali daripada saingan Piala Dunia di Brazil.
“Mengikut Perkara 13 dan 17 Statut Fifa mendapati sesebuah persatuan bola sepak perlu diuruskan secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga atau kerajaan,” katanya.
Perkembangan terbaru itu menyebabkan pasukan Nigeria tidak akan dapat beraksi dalam mana-mana kejohanan di bawah Fifa.
Pertandingan paling hampir adalah kejohanan Piala Dunia Wanita dijadualkan pada 5 hingga 24 Ogos ini.
Untuk rekod, skuad bola sepak Nigeria pada saingan Piala Dunia di Brazil sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 pasukan selepas kalah kepada Perancis, 2-0 dalam perlawanan kalah mati itu. – Sinar Harian
TOP
Maya Karin Tidak Setuju Dengan Harga Buffet Ramadan Yang Mahal
KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Maya Karin akui tidak gemar sikap manusia yang suka membazir di bulan Ramadan iaitu ketika waktu berbuka puasa.
Malah, Maya Karin berkata dia sendiri menentang tawaran buffet di hotel-hotel yang menawarkan dengan harga yang sangat mahal.
“Kadang-kadang manusia seronok dan terlalu hendak meraikan bulan Ramadan, jadi mereka sanggup berhabis duit untuk ke hotel yang menawarkan makanan mewah dan banyak dengan harga buffet yang sangat mahal.
“Manusia akan ada sikap membazir dan tamak kerana bila mereka tempah buffet yang mahal mereka akan membaloikan harga tu dan makan sampai seperti esok tak ada pula.
“Pada saya bila jadi macam ini, ianya sudah bertentang dengan falsafah berpuasa itu sendiri kerana rasanya tak semestinya bila kita dah berpuasa seharian, kita boleh berbuka dengan begitu banyak sekali,” katanya kepada murai.com.my
Maya ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Astro di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur kelmarin.
Apabila ditanya bagaimana pula cara Maya berbuka puasa bila di rumah, dia memberitahu dia lebih suka berbuka puasa dengan makanan yang ringkas dan paling penting haruslah bersama air yang sejuk.
“Saya suka berbuka puasa yang ringkas sahaja, seperti makan roti atau lauk yang pedas seperti sambal atau makan sahaja apa yang ada lebihan dari sahur pagi tadi.
“Tapi yang penting setiap kali berbuka air sejuk mesti ada, kalau tak ada bandung ais pun yang penting mesti ada ais,” ceritanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Maya kini muncul dengan lagu raya berjudul Pulang yang dicipta oleh Omar K. ─ Murai.com.my
TOP
Pemisah Tembak Mati 3 Pegawai Polis Di Yala
BANGKOK – Sekumpulan penyerang yang disyaki pemisah menembak mati tiga pegawai polis dalam satu serbuan di selatan Thai hari ini.
Mereka melepaskan tembakan ke arah sebuah trak yang membawa tiga pegawai polis terbabit di daerah Krong Penang di wilayah Yala, kata Kolonel Polis Pairot Meunklaharn.
Seorang pemimpin Muslim tempatan yang secara kebetulan sedang berdiri di hadapan sebuah masjid berdekatan tempat kejadian turut tercedera, kata Pairot.
Mangsa termasuk timbalan komander polis dan dua pegawai, katanya. Lebih 5,000 orang terkorban di tiga wilayah selatan itu sejka kekacauan meletus pada 2004. – AP
TOP
Gesa Masyarakat Beri Tekanan Kepada Israel
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) hari ini menggesa masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Kerajaan Israel bagi menamatkan serangan baharu ke atas rakyat Palestin.
PCOM dalam satu kenyataan di sini berkata, sudah tiba masanya untuk masyarakat antarabangsa mendakwa pemimpin Israel kerana jenayah perang mereka.
“Kami percaya kerajaan Israel melancarkan serangan ini dengan mengeksploitasi tempoh bertenang dalam keadaan serantau untuk melarikan diri daripada krisis politik dalaman serta untuk menggagalkan perdamaian Palestin yang dicapai baru-baru ini,” menurut kenyataan itu.
PCOM juga menyeru semua puak Palestin untuk bersatu menentang serangan Israel demi menggagalkan percubaan untuk melemahkan negara Palestin yang bersatu.
“Hak mana-mana individu yang dijajah untuk menentang kependudukan asing adalah hak yang sah dan dijamin undang-undang dan norma-norma antarabangsa. Rintangan daripada Rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun, tidak terkecuali daripada tujuan ini,” menurut kenyataan itu.
PCOM turut menggesa pihak media agar secara objektif membuat liputan mengenai serangan dan mendedahkan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.
Bersandarkan dalil yang lemah, Israel telah melancarkan serangan ke atas rakyat Palestin dan membunuh lebih 85 orang awam rakyat Palestin serta mencederakan lebih 700 orang sejak Ramadan dan jumlah berkenaan terus meningkat. – BERNAMA
TOP
Mercy Malaysia Hantar Pasukan Ke Semenanjung Gaza
KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia bersedia menghantar pasukan ke Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan ekoran serangan udara besar-besaran oleh rejim Israel, sejak awal minggu ini.
Pasukan itu akan menyediakan bekalan perubatan termasuk ubat-ubatan penting, peralatan jahitan pembedahan, peralatan pakai buang perubatan ke hospital tempatan dan pusat perubatan.
"MERCY Malaysia akan bekerjasama dengan rakan kongsi jangka panjang tempatan Al-Emaar Society, El-Wafa Rehabilitation Team dan Palestinian Orphans Home Association untuk memberi bantuan perubatan yang diperlukan serta menilai keperluan lain penduduk yang terjejas, seperti makanan dan makanan.
"Penyelaras Negara MERCY Malaysia Dr Khamis Elessi telah menyaksikan bedilan bertubi-tubi dan serangan udara yang semakin meningkat sejak Isnin dan tiada tanda berhenti," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Oleh kerana, keadaan semakin meruncing, MERCY Malaysia memaklumkan ia juga telah mengaktifkan "Palestin Relief Fund" dan akan bekerjasama dengan Media Prima Bhd untuk mengutip dana buat penduduk yang terjejas di Semenanjung Gaza. Ia juga menggesa rakyat Malaysia untuk menyokong usaha menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Penduduk Palestin dianggarkan sebanyak 1,816,379, kini sedang diserang Israel sejak Isnin (7 Julai 2014). 'Operation Protective Edge' dilancarkan oleh Angkatan Pertahanan Israel terhadap Semenanjung Gaza.
"... lebih daripada 440 serangan udara, meriam dan roket dalam tempoh 24 jam yang telah membunuh rakyat Palestin (2/3 daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun) dan lebih 500 orang telah cedera," menurut Mercy Malaysia.
Mereka yang ingin menderma dinasihatkan menulis cek atau mendepositkan wang ke dalam akaun bank atas nama MERCY Malaysia seperti berikut.
BANK: Maybank
Nama Akaun: MERCY Humanitarian Fund
Nombor Akaun: 5621 7950 4126
Swift Code: MBBEMYKLA
BANK: CIMB
Nama Akaun: MERCY Malaysia
Nombor Akaun: 1424 0006561 05 3
Swift Code: CIBBMYKL
BANK: RHB Bank
Nama Akaun: Malaysian Medical Relief Society
Nombor Akaun: 2122 730 000 9257
Swift Code: RHBBMYKL

Gaza: Serangan Israel Jejas Bantuan Kemanusiaan NGO Tempatan
Gaza terus dihujani bedilan roket.
KUALA LUMPUR: Serangan udara bertalu-talu rejim Israel terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas menyukarkan misi bantuan kemanusiaan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dalam membantu penduduk Palestin pada bulan Ramadan. Dua NGO, Aman Palestine dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia memberitahu Bernama usaha mereka menghantar barang keperluan seperti makanan, pakaian dan perubatan terjejas ekoran serangan itu dari segi logistik dan pengangkutan selain masalah komunikasi. Sambil mengecam dan mengutuk serangan itu, dua NGO itu menyifatkan usaha bantuan kemanusiaan yang telah dirancang selama ini perlu diubah dan memerlukan pelan tindakan lain. Presiden GPM Mohamad Raimi Abd Rahim berkata pihaknya sebelum ini telah menghantar bantuan untuk persiapan Ramadan bagi kira-kira 1,000 penduduk Gaza dan bantuan fasa kedua dijadual dihantar dalam masa terdekat. "Projek kita dengan rakan hubungan di sana adalah berterusan, tidak bermusim namun apa yang berlaku sekarang memberi kesan memandangkan keadaan getir dan situasi tidak menentu. "Kita telah menyiapkan bantuan untuk fasa kedua ini, sepatutnya dijangka dihantar pada 15 Julai ini. Kita harap keadaan kembali stabil untuk memudahkan proses penghantaran," katanya. Dilaporkan ratusan serangan udara dilancarkan rejim Israel sejak beberapa hari lepas ke Gaza mengorbankan dan mencederakan ratusan individu dan orang awam termasuk kanak-kanak. Mengulas jaringan kerjasama antara NGO tempatan dan di Gaza, Mohamad Raimi berkata kebersamaan mereka semakin kukuh serta baik menerusi projek jangka panjang seperti pembinaan infrastruktur untuk kemudahan penduduk Palestin. "Setakat ini sudah ada hampir 10 NGO tempatan yang betul-betul berada dan bekerja di lapangan setiap waktu termasuk untuk krisis di Afganistan, Bosnia dan Syria," katanya. Dalam pada itu, Pengarah Media Aman Palestine, Anas Abdul Wahab berkata serangan udara rejim Israel ini sememangnya telah dijangkakan berdasarkan pengalaman dan sejarah lepas. "Kita ada maklumat dari rakan kita di sana. Dalam keadaan sekarang, keadaan sangat terdesak dan mereka memerlukan bantuan kita secepat mungkin. Apa yang kita boleh buat adalah salurkan dana untuk pembelian perubatan, makanan dan pakaian. "Kita telah menghantar dana sebanyak RM500,000 ke sana baru-baru ini untuk persiapan Ramadan dan melihat pada serangan terbaru, kita sasar untuk dapatkan RM5 juta menerusi Tabung Kecemasan Gaza yang telah dilancarkan sebelum ini," katanya. Jelasnya, untuk maklumat lanjut, pihaknya boleh dihubungi menerusi www.amanpalestine.net selain orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai krisis tersebut atau menderma bagi membantu penduduk Palestin tersebut.

Warga Emas Sebabkan 4 Kematian Di MRR2 Beraya Di Penjara
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas terpaksa menyambut Aidilfitri di belakang tirai besi apabila dijatuhi hukuman penjara 48 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana memandu dengan cuai dan menyebabkan empat orang maut dalam nahas di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tahun lepas.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman juga memerintahkan Masrufi Sain, 67, membayar denda RM10,000 atau penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu mula dibicarakan pada Jumaat.
Tertuduh yang juga hilang kelayakan untuk memegang lesen memandu selama tiga tahun bermula hari ini diarah menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 20 Mei 2013.
Masrufi yang ketika kejadian bekerja sebagai buruh binaan didakwa memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri Hasbullah Abdul Ghani, 25; dan Nurul Intan Syahida Nordin, 21; sepupu Hasbullah, Tengku Ahmad Faiz Tengku Mohmad, 27; dan Asma Ismail, 22, di MRR2, pukul 5.40 petang, 19 Mei 2013.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 dan lesen memandu boleh digantung.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kereta yang dipandu tertuduh sedang menuruni bukit di Jalan Bukit Antarabangsa untuk masuk ke MRR2 telah mengalami masalah brek sehingga menyebabkan keretanya melanggar pembahagi tengah jalan, lalu masuk ke laluan bertentangan di MRR2 dan melanggar kereta yang dinaiki mangsa.
Sementara itu, ibu kepada arwah Nurul Intan Syahida, Wan Lili Marsila Wan Jaafar, 45, ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes tersebut berkata beliau bersyukur kerana akhirnya kes itu dapat diselesaikan, namun tetap bersedih mengenangkan arwah anaknya.
"Bukan senang untuk saya terima kenyataan bahawa saya telah kehilangan seorang anak dan saya percaya bukan semua ibu dapat menerima kenyataan anak yang selama ini mereka jaga, akhirnya pergi meninggalkan mereka".
"Arwah adalah anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan harapan keluarga kerana beliau yang banyak membantu saya," katanya.
Ditanya mengenai persiapan untuk menyambut Aidilfitri, wanita yang berasal dari Terengganu itu hanya berkata: "Kemeriahan raya sudah tiada selepas anak saya meninggalkan saya."
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Purnima manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
TOP
Pengawal Keselamatan Dituduh Cuba Bunuh Isteri
Gambar Hiasan.
BUTTERWORTH: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan cubaan membunuh isterinya, dua tahun lepas. N.Premananth, 43, didakwa cuba membunuh R.Saraswathy, 39, dengan cara mengelar leher isterinya itu di rumah No 67, Lorong 15/SS2 Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, dekat sini pada pukul 7.30 pagi, 1 Ogos 2012. Premananth didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan didenda serta hukuman penjara maksimum 20 tahun jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada mangsa, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Premananth kerana berkemungkinan tertuduh akan mengganggu saksi dan melarikan diri. "Tertuduh mengenali saksi dan ada kemungkinan dia boleh mengganggu saksi. Selain itu, tertuduh hanya berjaya ditangkap pada 29 Jun tahun ini, malah dia langsung tidak menghubungi polis untuk siasatan. Sepatutnya tertuduh terus menyerah diri. Jadi, saya bantah tertuduh diikat jamin," katanya. Bagaimanapun, peguam R.S.N Rayer yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan kerana Premananth masih bekerja dan menanggung ibu bapa serta dua anaknya. "Sekiranya tertuduh diikat jamin, tertuduh juga bersedia mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan mahkamah. Jika terdapat aduan daripada isteri tertuduh, menjadi bidang kuasa mahkamah untuk membatalkan jaminan ini. "Saya juga memohon mahkamah mempertimbangkan jumlah wang jaminan yang mampu dibayar oleh tertuduh," katanya. Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Premananth diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Ops Dadu: Polis Selangor Berkas 1,739 Individu
Abdul Samah Mat.
KUALA LUMPUR: Polis menahan 1,739 penjaga premis mesin judi selain menyita wang tunai RM162,368 dalam Ops Dadu bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini di Selangor. Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata sepanjang tempoh itu juga polis merampas 27,980 mesin judi. Jumlah tangkapan itu meningkat 98 peratus berbanding 877 orang bagi tempoh sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan di sini Khamis. Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh 12 hari lepas sejak 29 Jun, polis menahan 305 penjaga premis kafe siber serta 30 pelanggan yang sedang berjudi menerusi 379 serbuan yang dilakukan di seluruh negeri. Polis juga merampas wang tunai berjumlah RM29,037 serta 6,077 mesin judi, katanya. Beliau berkata dalam operasi khas terhadap enam kafe siber di Ampang Jaya malam ini pula, polis menahan enam lelaki warga tempatan. Lima daripada premis itu didapati tidak berlesen dan polis menyita 108 set komputer dan tujuh modem selain wang tunai RM382. Kes disiasat menurut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 3 Enakmen Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor. Abdul Samah berkata polis Selangor sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan pembanterasan terhadap kegiatuan perjudian bagi mencapai matlamat negeri Selangor zon 'sifar' perjudian.

Enam Lagi Maut Terkena Bedilan Peluru Israel
Enam maut dalam serangan di Rafah.
GAZA CITY: Bedilan peluru yang dilancar tentera Israel pada Jumaat mengorbankan enam rakyat Palestin. Serangan itu turut dilancarkan ke rumah seorang pejuang jihad Islam, Abdel Razzaq al-Ghannam. Enam rakyat Palestin termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berusia tujuh tahun antara yang maut dalam serangan yang dilancarkan di Rafah, selatan Gaza. Manakala, 15 orang lagi dilaporkan cedera parah. Saksi berkata, Abdel Razzaq tiada dirumahnya ketika serangan berlaku. Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza, Ashraf al-Qudra, kira-kira 95 orang maut dalam serangan yang dilancarkan Israel sejak Selasa lalu. Tentera Isreal telah melancarkan 407 roket dan bom mortar dalam seranga yang dikenali sebagai operasi perlindungan sempadan Israel itu.

Obama Bimbang Keadaan Lebih Buruk Di Gaza
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada Jumaat memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa beliau bimbang pertelangahan Israel dengan Hamas di Gaza bertukar menjadi lebih buruk.
Sehubungan itu, AS menurut Obama menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mencapai gencatan senjata bagi kedua-dua pihak.
Obama memberitahu pemimpin Israel itu selepas pesawat tentera negara itu berterusan membedil Palestin sehingga mengusarkan dunia yang akan membawa lebih banyak pertumpahan darah di Palestin.
“Presiden melahirkan kebimbangan mengenai risiko pada masa depan yang boleh mencetuskan ketegangan.
"Beliau menekankan pentingnya semua pihak berbuat sesuatu untuk melindungi nyawa orang awam dan mengembalikan semula keamanan," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, AS turut bersedia memberi pertolongan ke arah gencatan senjata, termasuk kembali kepada perjanjian gencatan pada November 2012.
Menerusi gencatan senjata pada 2012, ia diketuai bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton dan Mesir sehingga menamatkan lapan hari serangan udara Israel terhadap Hamas.
Dalam kenyataan Rumah Putih itu, Obama juga memberitahu Netanyahu bahawa beliau memahami bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri.
Sehubungan itu beliau turut mengutuk serangan oleh Hamas dan kumpulan militan lain dari Gaza.
TOP
Neymar Menangis Kerana Nyaris Lumpuh
BINTANG Brazil, Neymar menitiskan air mata ketika mendedahkan bahawa dia nyaris lumpuh akibat kecederaan yang dialami ketika menetang Colombia pada suku akhir Piala Dunia.
Pada masa sama, Neymar yang pertama kali hadir di hadapan media selepas mengalami keretakan tulang belakang turut mempertahankan jurulatih negara itu, Luiz Felipe Scolari yang dikritik pelbagai pihak.
Neymar ketika menemui rakan sepasukan yang sedang menjalani latihan. Pemain berusia 22 tahun itu juga mendedahkan bahawa pemain Colombia, Juan Zuniga telah menelefonnya dan meminta maaf ekoran insiden tersebut. "Zuniga telah menghubungi beberapa hari lepas untuk meminta maaf dan memberitahu dia tidak sengaja mencederakan saya. "Saya terima maaf itu tetapi tidak dapat menerima tindakan itu sebagai sesuatu yang biasa berlaku. "Saya berterima kasih kepada tuhan kerana terselamat daripada terus lumpuh kerana jarak keretakan berlaku satu inci daripada kawasan bahaya," katanya.

Fifa Tolak Rayuan Suarez
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) menolak rayuan penyerang Uruguay dan Liverpool Luis Suarez terhadap hukuman bersalah menggigit pemain Itali Giorgio Chiellini.
Suarez digantung sembilan perlawanan antarabangsa selepas insiden di Piala Dunia itu.
Persatuan Bola Sepak Uruguay menyifatkan keputusan Fifa itu melampau kerana tidak ada bukti kukuh.
Bagaimanapun Suarez kini boleh membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Dalam pada itu, Suazrez bukan sahaja digantung perlawanan, malah dia dilarang melibatkan diri selama empat bulan dalam sebarang aktiviti bola sepak.
TOP
Kecewa Brazil Tewas, Remaja 15 Tahun Gantung Diri
SEORANG gadis berusia 15 tahun membunuh diri kerana kecewa pasukan pilihannya Brazil tewas 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir Piala Dunia Rabu lalu.
Polis mengesahkan Pragya Thapa,15, dari Sunsari, Timur Nepal menggantung dirinya selepas menonton perlawanan tersebut.
Menurut pegawai polis Nepal Sharad berkata: "Dia terlalu mahu melihat Brazil bermain pada aksi final, namun Jerman yang memenangi perlawanan itu.
"Sesetangah kawan-kawan Pragya mengusiknya kerana menyokong Brazil. Selepas itu, dia mengambil jalan singkat menggantung diri di dalam biliknya."
Pragya tinggal bersama ibu dan datuknya, manakala bapanya bekerja di luar bandar.
TOP
Kenaikan OPR Tidak Beri Kesan Kepada Pelabur
KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang diumumkan pada Khamis tidak akan banyak memberi kesan kepada sentimen dan keyakinan pelaburan atau pelabur, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Malaysia akan terus menjadi destinasi menarik bagi pelaburan dan menarik bukan hanya kepada mereka dari luar negara tetapi juga di dalam negara.
"Kenaikan OPR adalah minimum dan ia mempunyai kaitan dengan gambaran lebih besar dari segi kedudukan ekonomi, seperti kenaikan kecil kadar inflasi dan hutang domestik," katanya kepada pemberita pada pelancaran laporan 2013 kementeriannya, di sini, Jumaat.
Bank Negara Malaysia mengumumkan kenaikan 25 mata asas OPR kepada 3.25 peratus.
Mustapa berkata perlu ada sedikit pelarasan dibuat kerana terdapat kebimbangan kebelakangan ini tentang saiz hutang isi rumah dan beliau percaya ini telah diambil kira.
"Langkah ini (kenaikan OPR) akan mengurangkan sedikit peningkatan hutang isi rumah.
"Mungkin ada sedikit kesan kecil kepada penggunaan domestik. Tetapi pada pandangan saya, ia tidak banyak.
"Dalam pada itu, rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dari segi penggunaan," katanya.
TOP
Saham JCorp Dalam KFC Meningkat Kepada 51% - MB
PETALING JAYA: Pegangan saham Johor Corporation (JCorp) dalam KFC Holdings Malaysia Bhd (KFCH) meningkat kepada 51 peratus, berbanding 24 peratus tahun lalu.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi laman Facebooknya baru-baru ini.
"Alhamdulillah, di bulan Ramadan yang mulia ini, ingin saya umumkan pada Mei lalu Johor Corporation kembali memegang saham majoriti KFC sebanyak 51 peratus berbanding hanya 24 peratus sahaja sebelum ini.
"Ia bermakna KFC kini kembali menjadi milik kita dan anak Johor seharusnya berbangga dengan pencapaian ini," katanya.
Selain itu Khaled yang juga Pengerusi JCorp memberi jaminan bahawa setiap keuntungan dan dividen yang diperoleh kerajaan negeri menerusi anak-anak syarikat dibawah perbadanan itu akan digunakan untuk pembangunan Johor.
"Ia akan digunakan untuk pembangunan Johor yang sudah pasti akan memberi manfaat kepada setiap anak Johor terutama merancakkan program pembangunan usahawan dan menyediakan peluang pekerjaan," katanya.
TOP
CIMB, RHB, MBSB Dapat Kebenaran Bank Negara Mula Rundingan Penggabungan
KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) menerima kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan perbincangan bagi penggabungan serta membentuk sebuah bank Islam mega.
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga pihak itu berkata perbincangan itu bagi menggabungkan perniagaan RHB Capital dan CIMB di samping membentuk sebuah francais perbankan Islam lebih besar melalui MBSB.
Berikutan ini, ketiga-tiga pihak itu bersetuju agar jangka masa 90 hari diberikan khusus untuk berunding dan memuktamadkan harga, struktur dan syarat serta terma berkaitan yang perlu bagi cadangan penggabungan dan pembentukan sebuah bank Islam yang besar, kata kenyataan itu.
Saham-saham CIMB Group, RHB Capital dan MBSB akan menyambung semula dagangan di Bursa Malaysia pada 11 Julai, 2014.
"Terdapat kes prima facie untuk penggabungan mewujudkan nilai antara ketiga-tiga entiti ini dan kami mahu terus berunding secara terperinci untuk mengesahkannya," kata Datuk Seri Nazir Razak, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group.
Pengarah Urusan RHB Capital, Kellee Kam berkata bank itu yakin wujud nilai dan akan terdapat banyak peluang berikutan penggabungan itu.
Mengenai prospek pembentukan sebuah bank Islam mega, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata: "Peluang menjadi sebahagian daripada sebuah bank Islam mega amat mengujakan kami dan kami mahu ia diteruskan."
Affin Investment Bank Research berkata jika berlaku penggabungan dan pengambilalihan, ia akan membuka jalan bagi pembentukan kumpulan perbankan terbesar di Malaysia, dengan gabungan saiz aset sebanyak RM613.7 bilion, melebihi saiz Maybank dengan aset RM578 bilion pada Mac 2014.
"Kemungkinan penggabungan ketiga-tiga entiti ini mungkin disebabkan oleh keperluan untuk memperkukuh bahagian pasaran memandangkan persaingan sengit dalam persekitaran perbankan domestik yang tepu," katanya dalam satu nota hari ini.
TOP
Teraju Salur RM20 Juta Bantu Syarikat Bumiputera Sarawak
KUCHING: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), melalui unit koridornya, Teraju Sarawak, menyalurkan peruntukan hampir RM20 juta daripada Tabung Kemudahan kepada empat syarikat Bumiputera berprestasi tinggi di bawah program Teras.
Dalam kenyataan kepada media pada Khamis, Teraju berkata bayaran itu adalah sebahagian daripada dana RM100 juta yang diperuntukkannya melalui Tabung Kemudahan bagi menjayakan inisiatif di Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju Husni Salleh menyerahkan cek berkenaan kepada Amalgamated Plant Engineering Sdn Bhd (RM1,035,388), Bunga Tenaga Sdn Bhd (RM6,600,000), Petra Resources Sdn Bhd (RM6,450,000) dan Serba Dinamik Sdn Bhd (RM4,428,000) pada satu majlis di pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia di sini.
Upacara penyerahan cek itu disaksikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Empat syarikat itu, yang wujud sejak lebih 10 tahun lepas, kini menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, struktur, membaiki dan menyenggara kapal, operasi pelabuhan, perkhidmatan dan agensi perkapalan, penyenggaraan bersepadu dan pengedaran peralatan.
Pemberian dana itu akan digunakan syarikat terbabit untuk meningkatkan operasi masing-masing, termasuk membiayai kerja pembinaan dan pengubahsuaian bangunan serta membeli jentera dan kelengkapan.
TOP
Syarikat Digesa Patuh GST Secepat Mungkin
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menggesa syarikat dan perniagaan mendaftar dan menjadi patuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) secepat mungkin.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sri Khazali Ahmad, berkata perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), harus mendaftar awal untuk mengambil kesempatan daripada program Subsidi E-Baucar.
Syarikat dan perniagaan yang mendaftar awal akan diberikan subsidi E-Baucar bernilai RM1,000 untuk membeli perisian perakaunan patuh GST daripada pembekal yang telah disahkan oleh Jabatan Kastam.
"Daftar sekarang, sementara masih lengang ini. Jangan tunggu sampai semua orang datang (berpusu-pusu) mendaftar.
"Pada masa itu nanti, anda mungkin menghadapi masalah mendapatkan tindak balas daripada Jabatan Kastam," tegas beliau dalam ucapan penutupannya pada Persidangan GST Kebangsaan 2014 di sini, Jumaat.
Persidangan dua hari itu yang berakhir hari ini dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory And Management Services Sdn Bhd.
Perniagaan yang menawarkan barang dan perkhidmatan perlu mendaftar bagi GST jika perolehan jualan tahunannya melebihi RM500,000 yang ditetapkan.
Pendaftaran secara sukarela dibenarkan tetapi mestilah kekal berdaftar selama sekurang-kurangnya dua tahun.
TOP
Pemilik Lamborghini Gallardo Lihat Kereta Rempuh Tembok
SEORANG pemilik kereta sukan, Lamborghini Gallardo hanya mampu melihat keretanya yang sedang dipandu oleh pemandu kenderaan tetamu sebuah hotel merempuh simen konkrit sehingga menyebabkan kerosakan bernilai RM818,000.
Kejadian itu berlaku di hadapan lobi Hotel Le Meridien, New Delhi ketika pemiliknya, Nipun Miglani sedang menunggu keretanya untuk pulang.
Millionaire's nightmare: Valet crashes prize Lamborghini
Mengikut kemalangan yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) hotel, kereta sukan itu gagal dikawal pemandu ketika kawasan tersebut sesak dengan kenderaan lain.
Lamborghini Gallardo itu tiba-tiba bergerak laju melanggar belakang sebuah kereta sebelum merempuh tembok konkrit hotel hingga pecah.
Akibatnya, kereta mewah itu mengalami kerosakan teruk di bahagian depan.
Pemiliknya, Miglani memberitahu bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hotel berikutan kerosakan kereta tersebut.
Harga sebuah kereta import dan kos mendapatkan alat ganti di India lebih mahal daripada negara lain kerana duti import.
TOP
3 'Budak Pailang' Dihantar Ke Sekolah Tunas Bakti
Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya, Kuching, yang menggelar diri mereka sebagai ‘pailang’ (samseng)memasuki pejabat pendaftar mahkamah selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret di Kota Samarahan pada Jumaat. - fotoBERNAMA
SAMARAHAN: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa, Jumaat. Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri. Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti. Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas. Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam.

Soosalu, Teman Lelaki Pernah Dibawa Ke Mahkamah Mei Lalu
Regina Soosalu.
JOHOR BARU: Model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, yang kematiannya amat mengejutkan seluruh dunia, dan teman lelakinya terlibat dalam kes dadah pada Januari lalu serta pernah dibawa ke mahkamah pada Mei lalu. Model berusia 29 tahun itu dan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, yang juga kerabat diraja, didakwa di Mahkamah Majistret kerana memiliki 5.84 gram kanabis di Jalan Serigala dekat Taman Century di sini kira-kira pukul 11 malam pada 11 Januari lalu. Mereka mengaku tidak bersalah pada 12 Mei dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM7,000. Peguam mereka, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon, berkata, kes tersebut masih berjalan dan disebut kali terakhir pada 25 Mei lalu. Sementara itu, polis menahan Tunku Alang Reza untuk membantu siasatan berhubung kes kematian model sambilan tersebut. Tunku Alang Reza, 28, ditahan reman selama seminggu bersama dengan seorang rakan yang hanya dikenali sebagai Augustine, 30, dengan perintah reman yang diperoleh dari Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, pagi Khamis. Penahanan mereka menjadikan jumlah yang ditahan berkaitan kes pembunuhan Soosalu yang ditemui mati di Pulau Rawa, Mersing dekat sini pada 1 Julai lalu. kepada tujuh orang. Sumber berkata, mereka yang ditahan lebih awal bertugas sebagai pelayan bar, dua pengendali bot, seorang pengurus resort dan seorang rakan kepada Tunku Alang Reza. Kesemua mereka berada di Pulau Rawa semasa Soosalu ditemui mati. Soosalu dilaporkan bersiar-siar di sepanjang pantai di Pulau Rawa dekat sini pada 1 Julai ketika tragedi itu berlaku. Mayatnya ditemui tidak lama kemudian di pantai tersebut dan rakan rapat model tersebut hanya mengetahui mengenai kematiannya enam hari kemudian. Soosalu pada awalnya dikatakan mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai tersebut beberapa jam selepas dia tiba di pulau berkenaan. Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan "mencurigakan" pada badannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan yang mengesahkan penahanan teman lelaki Soosalu berkata, bedah siasat ke atas mayat sedang dilakukan. "Sampel dari mayat Soosalu telah dihantar ke makmal untuk diuji. Butir-butir lain tidak boleh didedahkan sehingga ujian selesai," katanya.

Kementerian Sumber Manusia Tawar Latihan Kepada Gelandangan
Beberapa gelandangan mengambil makanan yang diedarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur baru-baru ini. - fotoBERNAMA
MARAN: Kementerian Sumber Manusia bersedia menawarkan latihan kemahiran kepada golongan gelandangan di pusat-pusat latihan kerajaan di seluruh negara bagi menjamin masa depan golongan terbabit. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mengadakan program latihan kemahiran kepada golongan tersebut sedikit masa dahulu tetapi kurang mendapat sambutan. "Kementerian bersedia membimbing serta memberi latihan kemahiran kepada golongan terbabit kerana yakin ada kalangan mereka mempunyai kemahiran asas yang boleh digilap dengan diberikan latihan supaya masa depan lebih terjamin. "Namun apa yang menyedihkan, ada mereka lebih berminat dengan tawaran golongan manipulasi manusia yang menawarkan pelbagai tawaran pendapatan lumayan tetapi sebenarnya palsu menyebabkan golongan gelandangan ini kekal di takuk yang sama," katanya. Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis berbuka puasa 60 anggota Pasukan Latihan Perisikan Tentera (PULARIS) Temerloh bersama-sama penduduk kampung di Masjid Kampung Pantai Seberang Chenur, di sini malam Khamis. Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin serta Pegawai Pemerintah Pularis, Temerloh, Left Kol Abu Hashim Jamaluddin. Ismail yang juga anggota Parlimen Maran berkata, terdapat lebih 1,100 buah pusat latihan awam dan swasta di seluruh negara yang menyediakan pelbagai bidang latihan kemahiran. Pada masa kini, katanya terdapat kira kira 7,000 golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang mengikuti pelbagai latihan kemahiran di pusat-pusat latihan tersebut. Beliau berkata, kebanyakan mereka yang menamat latihan di pusat-pusat latihan berkenaan berjaya mendapat pekerjaan di jabatan kerajaan dan swasta, dan ada yang telah menjalankan perniagaan sendiri. Menurutnya, selain golongan gelandangan, OKU dan ibu tunggal, latihan juga terbuka kepada golongan belia dan mereka yang berminat boleh berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan maklumat. Ismail berkata, negara memerlukan sekurang-kurangnya lima juta pekerja menjelang tahun 2020 dengan separuh daripadanya memerlukan pekerja mahir dan negara akan kerugian besar jika peluang pekerjaan itu berterusan diisi oleh pekerja asing.

Anggota TLDM Disyaki Militan Dibebaskan
Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan polis 13 Jun lepas kerana disyaki terlibat dengan kegiatan militan, dibebaskan tanpa syarat pada Khamis. Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata anggota terbabit dibebaskan dari Balai Polis Sandakan dan akan memulakan perkhidmatannya tidak lama lagi. "Buat masa ini dia berada di Unit KD Sri Sandakan (Unit Tumpangan Sementara) kerana kapalnya sedang beroperasi di laut, ini merupakan berita gembira yang secara langsung telah mengembalikan imej dan nama baik TLDM," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai merakamkan ucapan Hari Raya untuk seluruh kakitangan TLDM di Wisma Pertahanan di sini pada Khamis. Menurutnya, beliau telah meminta PDRM khususnya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Abdul Aziz berkata sejurus dimaklumkan dua anggotanya terlibat dalam kegiatan militan, pihakya menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki kedua-dua anggota itu dan telah melakukan pemantauan terperinci terutama di unit-unit kawasan Sabah. TLDM banyak mempunyai unit di Sabah seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Semporna, katanya. TLDM dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan seorang anggotanya yang berpangkat Laskar Kanan ditahan polis di Sandakan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan militan. Anggota TLDM itu itu ditahan bersama-sama seorang lagi anggota berpangkat Laskar Kelas Satu kerana disyaki membantu anggota militan menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya. Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau memberitahu Kapal Auxiliary TLDM Bunga Mas 5 (BM5) dari Pelabuhan Kelang akan digerakkan ke kawasan Sabah Timur pada 3 petang ini bagi mengatasi masalah pencerobohan dan penculikan di perairan Sabah. "BM5 akan menjadi satu daripada komponen atau elemen 'Sea-Basing' dan saya yakin ia akan dapat memperkukuh pengawasan di perairan Sabah," katanya.

Warga Australia Dipenjara 15 Bulan Kerana menipu
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Australia dipenjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat selepas mengaku menipu seorang pengarah sebuah syarikat berhubung pelaburan jual beli saham pada Oktober tahun lepas.
Hakim Norsharidah Awang yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Robert Alexander Dowling, 67, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes disebut semula hari ini, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman tersebut bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 14 Mei lepas.
Dowling yang juga pesara didakwa menipu dengan memperdaya Lai Pui Weng, 40, untuk mempercayai wujudnya urusan pelaburan jual beli saham dari Amerika Syarikat sehingga mendorong mangsa menyerahkan sekeping cek Standard Chartered Bank bernilai RM157,000 kepadanya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Tun Dr Ismail pada 3.39 petang, 7 Okt 2013.
Lelaki itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa bersama seorang rakannya bernama Pansy Low menyerahkan cek bernilai RM157,000 selepas tertuduh memberi jaminan untuk membantu mangsa melabur agar tidak mengalami kerugian ketika pasaran saham Amerika Syarikat merundum pada September tahun lalu.
Mangsa mengenali tertuduh ketika tertuduh menjadi mentor dalam program pelaburan dalam satu bengkel hartanah pada Julai 2003.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius dengan mengambil kira kepentingan awam.
Bagaimanapun, tertuduh memohon mahkamah memberikan hukuman minimum terhadapnya dengan mengambil kira usianya yang sudah lanjut.
Di mahkamah sama seorang pelancong wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara setahun selepas dia mengaku bersalah kerana menggunakan dan memiliki wang kertas US$100 palsu, Jun lepas.
Hakim Norsharidah menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Quach Thi Lan, 34, bagi kesalahan menggunakan sekeping wang kertas US$100 palsu manakala penjara setahun bagi kesalahan memiliki sekeping mata US$100 palsu.
Mahkamah memerintahkan Quach menjalani hukuman itu secara serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Quach didakwa menggunakan sekeping wang palsu sebagai tulen di Prince Hotel & Residence di Jalan Conlay di sini antara 2 petang hingga 5 petang, 20 Jun lepas mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa memiliki sekeping wang palsu di hotel sama pada 7 petang hari yang sama mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Mengikut fakta kes, Quach menggunakan wang palsu itu dalam urusan pendaftaran masuk ke hotel dan transaksi penukaran wang tunai USD ke Ringgit Malaysia.
TOP
Menteri Dalam Negeri Ajak Rakyat Bersatu Kecam Kekejaman Israel
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu mengecam tindakan tentera rejim Israel yang menyerang rakyat Palestin di Gaza.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, turut mendoakan mangsa penindasan itu diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan terutama dalam bulan Ramadan ini.
"Dalam semangat kemanusiaan, dalam bulan Ramadan Al Mubarak yang penuh kemuliaan, marilah kita bersatu mengecam keganasan terhadap saudara-mara kita di Gaza. Semoga mereka diberi kekuatan untuk berhadapan dengan dugaan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera hasil serangan roket bertubi-tubi tentera rejim Israel terhadap Gaza.
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata pihaknya telah mengerahkan 40,000 tentera bagi melancarkan serangan darat ke Gaza dalam satu operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan'.
Sementara itu, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) turut menyelar tindakan rejim Israel yang melakukan serangan ketika umat Islam Gaza sedang menjalani ibadah puasa.
Ketua Umumnya Dr Mohammad Nawar Ariffin berkata perbuatan Israel itu mengesahkan lagi bahawa mereka adalah puak yang keji dan sentiasa mencari jalan provokasi dan permusuhan dengan umat Islam di Palestin khususnya, dan umat Islam seluruh dunia amnya.
"Pemuda Masjid menyeru agar umat Islam di Malaysia bersatu hati dan suara untuk menyatakan bantahan terhadap apa yang berlaku di Gaza saat ini.
"Pemuda Masjid meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar dapat segera menghantar nota diplomatik kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk meminta negara itu selaku negara mentor dan sekutu utama Israel untuk menghalang serangan itu daripada berterusan," katanya.
Selain itu, Pemuda Masjid memohon rakyat Malaysia supaya memperuntukkan sejumlah wang untuk disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang akan melancarkan misi bantuan ke Gaza.
TOP
Polis tahan 'Adam Daniel' peniaga mercun di Facebook
KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki yang mempromosi serta menjual mercun melalui laman sosial Facebook dalam satu serbuan di rumahnya di Beserah di sini petang Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata akaun Facebook yang menggunakan nama 'Adam Danial' itu dikesan mempromosi bahan terlarang berkenaan pada 8 Julai lepas.
"Susulan itu polis telah menjalankan siasatan sebelum berjaya menahan suspek, 29, di rumahnya kira-kira 1.15 petang Khamis.
"Hasil serbuan itu juga polis merampas 16 kotak pelbagai jenis mercun dan empat kotak bunga api yang bernilai RM1,000," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Katanya polis percaya suspek belum sempat menjual barang terlarang itu dan kini sedang menyiasat sumber yang membekalkan bahan terbabit kepada suspek.
"Orang ramai dilarang menjual mercun atau bunga api tanpa permit dan permit jualan itu hanya boleh didapati melalui ketua polis daerah kira-kira dua minggu sebelum hari perayaan," katanya.
Beliau berkata suspek yang bekerja sebagai peniaga baju di pasar malam dan sudah berkahwin itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1967.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
TOP
Kes Rizalman: NZ Tubuh Siasatan Ministerial
Murray McCully.
PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Perbendaharaan New Zealand, John Whitehead diumumkan untuk mengetuai siasatan terhadap diplomat Malaysia yang bertugas di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di Wellington. Menteri Luar New Zealand, Murray McCully yang membawa siasatan itu ke peringkat tindakan ministerial, mengeluarkan terma rujukan pada pagi Jumaat, lapor The New Zealand Herald. "Siasatan menyeluruh dan telus amat penting, memandangkan mereka yang menguruskan isu kekebalan diplomatik itu perlu menyelesaikan kes itu dengan keyakinan tanpa dibelenggu di kalangan rakyat New Zealand," kata McCully. Siasatan itu akan memberikan tumpuan terhadap beberapa perkara berikut:
- Kesesuaian dan kekukuhan prosedur untuk menangani keadaan dimana penepian kekebalan diplomatik diminta oleh kerajaan New Zealand, dan;
- Peristiwa yang berlaku dalam kes diplomat Malaysia dan pengurusan permintaan untuk penepian kekebalan diplomatik. Hasil siasatan akan didedahkan kepada umum.
"Laporan siasatan akan mengesyorkan cara-cara untuk mengatasi kelemahan dan mengukuhkan proses untuk pengurusan kes kekebalan diplomatik pada masa hadapan.
"Insiden ini memberi kesan kepada seorang wanita muda dan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kredibiliti Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT).
"Saya tidak mahu berkompromi sama ada terhadap siasatan atau prosiding jenayah dengan mengulas lanjut," kata McCully.

RM511,00 Untuk Cari Isteri ‘Suci, Asli’ Di China
Beijing – Seorang jutawan di Wuhan dilaporkan menghabiskan sejuta yuan (RM511,992) kepada sebuah syarikat pengurusan perkahwinan untuk mencarinya seorang isteri yang ‘suci dan asli’, lapor akhbar Jingchu Daily.
Jutawan yang masih bujang bernama Rong itu dikatakan ‘gila bekerja’ sehingga jarang mempunyai masa untuk aktiviti sosial, malah tidak merokok atau minum arak.
Ketika ditanya kenapa dia memilih khidmat ejen untuk mencari isteri, Rong berkata: “Saya mahu menggembirakan ibu saya dan kerjaya saya juga kini lebih stabil jadi saya mempunyai lebih masa untuk menikmati kehidupan bersama isteri dan keluarga.
“Di tempat kerja saya memang tidak sesuai untuk memikirkan percintaan.
“Memang ramai wanita yang saya temui tetapi tidak seorang pun sesuai untuk dijadikan isteri. Bakal isteri saya mestilah ‘suci dan asli’ kalau tidak nanti saya akan cepat jemu.
“Namun pada masa sama saya mahu memastikan dia bahagia dan tidak kisah sama ada dia mahu menjadi suri rumah atau memulakan perniagaannya sendiri,” katanya. – Agensi
TOP
Padah Pesta Larian Lembu Di Sepanyol
Pamplona, Sepanyol – Seekor lembu menanduk dua warga tempatan dan menghumban beberapa yang lain ke udara ketika larian lembu di pesta San Fermin, di sini.
Mengikut kenyataan kerajaan tempatan Navarra, dua lelaki itu ditanduk di kaki manakala lima lain dibawa ke hospital kerana cedera ringan dalam kejadian jam 8 pagi itu.
Kejadian berlaku selepas seekor lembu terpisah dari kumpulannya dan merempuh orang ramai, mengakibatkan keadaan menjadi panik.
Larian lembu adalah acara kemuncak bagi setiap daripada sembilan hari pesta yang diadakan di jalanan Pamplona itu dan disertai ribuan pelancong setiap tahun.
Puluhan orang sering cedera sepanjang festival itu setiap tahun, kebanyakannya akibat terjatuh ketika melarikan diri.
Malah 15 orang mati ditanduk sejak pihak berkuasa mula menyimpan rekod festival berkenaan pada 1924.
Dalam pesta tahun ini, empat rakyat tempatan dan seorang warga Amerika dilaporkan ditanduk setakat ini, namun hanya seorang lelaki Sepanyol dilaporkan parah.
Enam lembu jantan yang dimasukkan dalam larian itu selalunya dibunuh selepas acara lawan lembu pada sebelah petang. – AP
TOP
Perketat Proses Pemberian Sijil Halal
PADANG BESAR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah proses pemberian Sijil Halal hendaklah diperketat dengan memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan.
Baginda bertitah aspek kandungan ramuan, proses sembelihan, pengeluaran, kebersihan premis, persekitaran dan rantaian pergerakan produk akan membuatkan industri berlumba-lumba memberikan kualiti terbaik untuk memenuhi tuntutan halal.
Titah baginda, sijil pengesahan halal merupakan indikator yang memberi jaminan bahawa produk bukan sahaja halal bahkan menepati kriteria bersih, selamat dan mencapai objektif 'Halalan Toyyiban.'
"Peranan kita memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kekal sebagai paling dihormati sangat besar kerana banyak negara termasuk negara bukan Islam kini cuba menjadi pelopor industri halal.
"Negara akan rugi jika tiada usaha ke arah itu dilaksanakan dengan tegas kerana produk yang mendapat Sijil Halal boleh menembusi pasaran seluruh dunia," titah Syed Faizuddin ketika merasmikan masjid Al-Mustaghfirin dan penyampaian sumbangan asnaf Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) 2014/1435H, Bukit Chabang di sini malam Khamis.
Baginda mahu isu halal diberikan fokus dan kedudukan negara sebagai hab halal diperkukuhkan seiring dengan isu halal yang menjadi topik dalam dunia Islam masa kini.
Menurut Syed Faizuddin, Malaysia merupakan hab dan perintis sijil halal di dunia menyebabkan segala piawaian berkaitan Pensijilan Halal Malaysia diterima dan diguna pakai oleh negara-negara Islam dan bukan Islam.
Produk halal yang ada masih tidak mampu memenuhi permintaan 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia dan ini membuka peluang luas untuk usahawan Malaysia meneroka pasaran antarabangsa, titah baginda.
Berhubung industri halal di Perlis, baginda gembira kerana ia semakin berkembang dan terdapat pengusaha dalam industri halal sektor Multinasional, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Industri Kecil serta Industri Mikro.
Dalam pada itu, baginda melahirkan syukur dan terima kasih dengan Takaful Ikhlas Berhad yang menyumbangkan RM50,000 bagi program-program kemasyarakatan di Perlis tahun ini.
Sumber: mStar online
TOP
Angka Korban Serangan Israel Meningkat 83 Orang
GAZA CITY: Bedilan bertubi-tubi tentera udara Israel ke atas Semenanjung Gaza yang memasuki hari keempat pada Jumaat menyaksikan angka kematian mencecah 83 orang.
Angka kematian pada Khamis pula mencecah 32 orang.
Kebanyakan yang terkorban dalam tempoh 24 jam lalu adalah di Khan Yunis, di selatan Gaza apabila Israel melancarkan serangan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Serangan itu disasarkan ke sebuah kafe ketika peminat bola sepak menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Argentina dan Holland.
Sembilan orang maut manakala sekurang-kurangnya 15 lagi cedera.
Beberapa jam kemudian, pesawat perang Israel membedil dua rumah di bandar itu, menyebabkan empat wanita dan empat kanak-kanak terbunuh.
Satu lagi serangan membunuh seorang lelaki berusia 19 tahun dan ayahnya berusia 75 tahun.
Di tengah Gaza, seorang lelaki maut dalam serangan udara terhadap sebuah kem pelarian di Nusseirat.
Di Zeitun, timur Gaza City, serangan roket membunuh seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal pada lewat petang. ─ mStar.com.my
TOP
Kecewa Dan Marah, Isteri Dedah Sikap Sebenar Shahrukh Khan
Selama ini Shahrukh Khan dikenali sebagai seorang aktor yang jarang mencetuskan kontroversi sejak lakonan pertamanya dalam filem Deewana pada tahun 1992. Malah rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta, Gauri Khan sentiasa bahagia tanpa sebarang masalah.
Namun baru-baru ini Gauri secara terbuka mengungkap pengakuan yang cukup mengejutkan. Wanita berusia 43 tahun itu secara terbuka mendedahkan sikap buruk Shahrukh Khan kepada pihak media.
“Dia terlalu sibuk dengan kerja. Ada sahaja meeting dan pertemuan penting yang harus dihadirinya. Apa yang kurang menyenangkan, dia tidak pandai membahagikan masa terutamanya untuk kami sekeluarga. Sebab itu kami sering terlambat jika ingin ke destinasi yang ingin dituju.
“Tindakannya itu membuat setiap perancangan akan tergendala kerana masalah pengurusan yang tidak bijak. Dan akhirnya ianya membuatkan saya kecewa dan marah,” ujar Gauri seperti dipetik menerusi One India.
Sedia maklum, Shahrukh Khan antara selebriti terkenal di India yang sering terlambat jika menghadiri majlis atau acara rasmi di Bollywood. Kebiasaannya aktor kelahiran New Delhi ini akan lewat tiba sehingga satu jam dan ianya membuatkan ramai pihak sedikit kesal dengan pengurusan masanya.
Terbaru Shahrukh Khan dikatakan lewat tiba dua jam sewaktu dijemput menghadiri majlis penghargaan darjat Knight Of The Legion of Honor oleh kerajaan Perancis. Kelewatannya itu mendapat kritikan pihak pengurusan majlis mahupun pihak media yang membuat liputan.- astrogempak.com.my
TOP
Cikgu Naik Angin Baling Kasut Kepada Murid
PORT DICKSON – Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa. Namun lain jadinya di sebuah sekolah kebangsaan di sini apabila seorang guru yang naik angin didakwa membaling kasut kepada pelajar sehingga cedera ketika mengajar subjek itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semalam menyebabkan M Sharmini, 8, murid tahun dua sekolah itu luka di dahi dan menerima tiga jahitan.
Ia berpunca daripada tindakan Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar subjek pendidikan moral.
Bapa murid terbabit, K Muthu, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada guru besar, memintanya datang ke sekolah.
“Ketika itu sekitar 9.45 pagi. Saya agak hairan kenapa guru besar mahu jumpa saya dan saya tertanya-tanya adakah anak saya melakukan kesalahan serius.
“Tapi, sampai di sekolah, saya menerima panggilan telefon daripada seorang guru sekolah pula yang meminta saya terus datang ke Klinik Kesihatan Port Dickson,” katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba di klinik itu, dia terkejut melihat dahi kanan Sharmini luka seperti terkena pisau, malah darah masih mengalir.
“Saya dimaklumkan oleh guru besar bahawa ia dilakukan oleh seorang guru lelaki. Saya mendapat tahu guru itu membaling kasut kepada anak saya. Saya sangat kesal dengan kejadian itu. Cuba bayangkan kalau terkena mata anak saya, sudah tentu keadaannya lebih teruk,” katanya.
Pembantu awam di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu berkata, dia tidak menyangka kerana bermain dalam kelas anaknya dihukum sedemikian.
“Jika benar anak saya bermain di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar, adalah tidak wajar bertindak membaling kasut, lebih-lebih lagi cikgu itu sedang mengajar subjek pendidikan moral,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Muthu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Port Dickson.
Sementara itu, Sharmini berkata, dia terkejut apabila ada objek keras terkena pada dahinya, sebelum rasa sakit dan darah banyak keluar,
“Walaupun saya cedera, guru itu seperti tidak mempedulikan saya. Dia terus mengajar dan saya pergi ke kelas sebelah meminta bantuan guru lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Siasatan sedang dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Vaksin Sanofi Mampu Kurangkan Kes Demam Denggi
PETALING JAYA – Demam denggi bakal ada penawarnya kerana kajian keberkesanan vaksin bagi virus itu sedang dijalankan.
Selepas penyelidikan secara intensif selama lebih 20 tahun, sebuah syarikat farmaseutikal Perancis mengumumkan vaksin demam denggi miliknya boleh mengurangkan kes demam denggi berdarah sebanyak 88.5 peratus.
Vaksin tersebut juga menunjukkan pengurangan yang memberangsangkan dari aspek risiko penghospitalan bagi kes demam denggi kepada dua pertiga.
Mereka yang mengambil vaksin ini akan dilindungi daripada empat serotip umum virus denggi dengan kesan perlindungan dianggarkan dari 34.7 peratus hingga 72.4 peratus, bergantung kepada setotip tersebut.
Ini adalah keputusan terbaharu yang didedahkan kepada umum pada Khamis dari Syarikat Sanofi Pasteur, Fasa III yang dijalankan di Asia Tenggara pada 2011 – 2013.
Pada April lalu, vaksin itu dilaporkan mampu mengurangkan ancaman penyakit itu dalam 56 peratus kes membabitkan kanak-kanak berusia dua hingga 14 tahun yang menerima tiga dos vaksin tersebut.
Sanofi Pasteur melaporkan vaksin tersebut didapati selamat dan tidak memberi sebarang kesan sampingan.
Ketua unit vaksin Sanofi Pasteur, Guillaume Leroy berkata, syarikat tersebut akan mula memohon lesen awal tahun depan.
“Bagi melengkapkan Fasa III keputusan di Asia, percubaan berskala besar kedua sedang dijalankan di Amerika Latin, membabitkan lebih 20,000 sukarelawan yang akan menyediakan maklumat tambahan untuk menghantar lesen kita pada awal 2015,” katanya.
Leroy berkata, tapak pemprosesan vaksin itu di Lyons telah menghasilkan vaksin tersebut sejak tahun lepas dan mampu membekalkan 100 juta dos vaksin setahun.
Ketua Kumpulan Penyelidikan Denggi dari Institut Penyelidikan Perubatan Tropika di Filipina, Dr. Maria Rosario Capeding berkata, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam – lima negara yang terlibat dalam percubaan klinikal itu – mencatat kira-kira 70 peratus daripada kes denggi di seluruh dunia. – BERNAMA
TOP
Luna Maya Akui Kekok Dengan Aaron Aziz
Aktres popular Indonesia, Luna Maya mengakui berasa kekok ketika mula-mula mahu berlakon dengan aktor popular Aaron Aziz dalam filem terbaru arahan pengarah prolifik, Ahmad Idham yang berjudul ‘Tembus’.
Luna Maya yang ditemui pada sesi previu filem tersebut bersama media semalam berkata, sebelum ini dia pernah mendengar nama Aaron menerusi filem ‘KL Gangster’ dan tahu serba sedikit akan latar belakang aktor itu menerusi program E Channel yang ditontonnya tahun lalu.
“Sebelum ini saya hanya dengar saja namanya dan tahu popularitinya sangat besar di Malaysia. Saya tahu dia berlakon dalam filem KL Gangster dan saya pernah menonton dia di E Channel.
“Jadi mana mungkin saya menolak saat ditawarkan belakon filem ini apatah lagi saya dimaklumkan akan berlakon bersama dia. Walaupun pada awal penggambaran kami sangat kekok, mungkin kerana belum saling kenal. Tapi lama-kelamaan semuanya okay dan penggambaran berjalan lancar”, katanya ketika ditemui di e@Curve, malam tadi.
Filem tersebut turut membariskan barisan pelakon seperti Khir Rahman, adik Mia Sara dan Fazura.
Psiko
Tambah Maya lagi dia tertarik untuk menerima tawaran Ahmad Idham kerana ingin mencuba sesuatu yang baru disamping menimba pengalaman baru berkerja dengan produksi Malaysia. “Kalau di Indonesia, saya sering membawakan watak-watak perempuan baik dalam sinetron-sinetron. Saya sudah mulai bosan dengan karakter seperti itu. Tapi saat ditawarkan untuk filem ini, saya terus tidak fikir panjang kerana watak saya kali ini berbeza. Saya seorang perempuan psiko dan enggan di tinggalkan teman lelaki. “Dari segi cara kerja, memang berbeza antara produksi di Indonesia dengan produksi di Malaysia. Sepanjang penggambaran, saya seronok kerana kru-kru di sini semuanya melayan saya dengan baik”, katanya. ‘Tembus’ mengisahkan Hari, seorang lelaki yang memengan tanggungawabb besar dalam mengotakan janjinya untuk melihat rumahtangganya semakin dilimpahi kemewahan dengan mengizinkan isterinya, Izza (lakonan Fazura) menguruskan syarikat. Sedangkan dia menjalankan tanggungawab menjaga anaknya, Zara (lakonan Mia Sara). Dimata masyarakat, Hari dan Izza adalah pasangan ideal yang sukses dalam rumahtangga dan kerjaya. Pasangan suami isteri ini tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa gosip. Pendek kata, tiada apa yang mampu menembusi dunia peribadi mereka. Namun detik cemas bermula apabila Zara diculik. Dan penculikan misteri itu yang membongkar dan terluahnya segala konflik dalaman yang selama ini dipendam baik Hari, Izza sendiri juga dari orang sekeliling yang rapat dengan mereka. Adakah Zara dapat ditemui atau dia menadi mangsa kes penculikan kanak-kanak? Adakah mampu Hari dan Izza menembusi benteng yan mereka bina sendiri? Adakah yang salah menerima akibat rasa dendamnya dengan hukuman yang sepatutnya? Semuanya akan terjawab dalam ‘Tembus’ yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 Julai ini, bersamaan sambutan Aidil Fitri 2014. Sumber: Malaysian Digest

Kebakaran Di Medan Selera 1 Utama Sebabkan Kesesakan
Medan selera di 1 Utama terbakar kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat.
PETALING JAYA: Kebakaran di medan selera di pusat membeli-belah 1 Utama di sini, pagi Jumaat menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya Damansara-Puchong kerana pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat insiden itu.
Seorang jurucakap 1 Utama ketika dihubungi mengesahkan berlaku kebakaran kecil di medan selera Food Republic di sayap baharu, pusat membeli-belah itu.
"Kami boleh mengesahkan terdapat kebakaran kecil yang bermula dari dapur sebuah kedai di dalam Food Republic. Kebakaran itu tidak merebak dan berjaya dipadamkan," katanya.
Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran itu kerana pusat membeli-belah itu mula dibuka kepada orang ramai pada pukul 10 pagi.
"Pihak pengurusan sedang menunggu laporan punca kebakaran itu dan akan menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan," katanya.
Seorang jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Damansara Utama berkata, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh kakitangan pusat membeli-belah terbabit sebaik bomba tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi.
"Kebakaran bermula daripada kipas pengudaraan yang tidak dapat menyerap api sepenuhnya daripada gril milik sebuah kedai," katanya. ─ mStar.com.my
TOP
Luahan hati anak Linda Rafar sebelum meninggal dunia
Rasa sayu apabila membaca luahan hati anak Linda Rafar, allahyarham Rezaimen Keifli yang meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat kanser perut.
Coretan kata yang ditulis di atas kertas sudah cukup menggambar ketabahan anak kecil berusia 12 tahun itu menanggung derita sejak enam bulan lalu.
Seperti yang kita tahu, anak kecil akan jujur dengan perasaan mereka. Kalau benar, benarlah yang diluahkan atau diperkatakan.
Begitulah pengalaman Rezaimen yang mesra dipanggil Memen apabila mengakui sakit ketika menerima rawatan apabila dicucuk sana sini di bahagian tertentu tubuh badan.
Itu belum lagi rawatan cuci darah dan buah pinggang yang perlu dilalui anak kecil ini. Lebih menyayat hati, Memen sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan selama ini. Baiknya hati anak kecil yang masih menghargai budi orang lain walaupun diri sedang berperang dengan penderitaan. Selain itu, Memen juga sempat menceritakan gelagat abang dan adik-adik yang menjadi penghibur hatinya selama ini. Buat adik Memen, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah. - MalaysiaGazette

Sanchez Sarung Jersi Arsenal
ALEXIS Sanchez bersetuju untuk berhijrah ke Arsenal dari Barcelona dengan menandatangani kontrak jangka panjang The Gunners.
Bagaimanapun, nilai perpindahan pemain tersebut tidak didedahkan.
Bintang kebangsaan Chile berusia 25 tahun itu menjalani pemeriksaan perubatannya di London pada Khamis.
Beliau akan menyertai pasukan baharunya pada hujung bulan ini.
Bekas pemain Barcelona itu akan berehat beberapa minggu selepas beraksi pada Piala Dunia.
Sanchez akan membuat kemunculan pertama di Stadium Emirates pada 2-3 Ogos depan.
Nilai perpindahannya dipercayai sekitar 30 juta pound (RM163.3 juta).
The Gunners turut dijangka membawa masuk pemain pertahanan Perancis, Mathieu Debuchy dari Newcastle kerana pengurus Arsene Wenger ingin memperkukuhkan jenteranya pada musim ini. ─ mStar.com.my
TOP
Perintah Reman Tiga Suspek Pembunuhan TKP Kastam Disambung
PUTRAJAYA: Perintah reman bagi tiga suspek kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim dilanjutkan tujuh hari lagi bermula Sabtu.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di Mahkamah Majistret di sini.
Pegawai Penyiasat DSP Hamzah Buman berkata dua daripada suspek itu adalah adik-beradik, masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, dan bekerja sebagai pengimpal dan pengawal keselamatan.
Beliau berkata mereka sebelum ini ditahan reman sejak Sabtu lalu sehingga Jumaat.
"Seorang lagi suspek yang merupakan juruteknik pendawaian berusia 20 tahun ditahan reman sejak Ahad lalu," katanya.
Ketiga-tiga mereka disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada April tahun lalu, Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumah ke pejabatnya di sini.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal, melepaskan tiga das tembakan jarak dekat ke arah Shaharuddin ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa.
Selasa lalu, perintah reman terhadap empat lagi suspek kes sama turut dilanjutkan selama enam hari. ─ mStar.com.my
TOP
Cahaya Aneh di Langit Australia Muncul Lebih 10 Saat
MELBOURNE— Sejumlah juruterbang, petugas lalu lintas udara, dan penduduk Australia melihat cahaya terang di langit di Australia timur, Khamis (10/7/2014) sekitar pukul 22.00.
Namun, Dr Tanya Hill, astronomi terkemuka di Melbourne, mengatakan, benda bersinar tersebut bukan meteor, melainkan sampah angkasa(space junk).
"Yang menarik, benda itu begitu bercahaya dan orang-orang yang menyaksikan ianya boleh dilihat selama lebih dari 10 saat," katanya.
"Itu bererti, benda tersebut mungkin bukan sekadar meteor kecil, batu angkasa yang kecil, atau benda angkasa lain. Tapi lebih kepada sampah angkasa."
Jurucakap Airservices Australia, Paul Sadler, mengatakan, rakan sekerjanya yang melukiskan benda bersinar itu sebagai suatu pemandangan yang menakjubkan.
"Beberapa petugas lalu lintas udara yang kebetulan sedang melihat keluar ke landasan telah berpeluang menyaksikannya," katanya.
Sadler mengatakan, sejumlah orang yang melihat cahaya yang aneh itu mengandaikan ianya adalah pesawat yang bermasalah. Tapi setelah diperiksa semula, cahaya tersebut bukan berasal dari sebarang mesin ciptaan manusia.- SiakapKeli.com
TOP
Video: Menara Kuala Lumpur diserang Lebah
Video yang agak viral di media sosial yang mana beratus-ratus mungkin beribu ekor lebah cuba menyerbu masuk ke tingkat-14 menara KL. Kejadian ini disaksikan oleh ramai pengunjung pada ketika itu.
Bagaimanapun, tingkap menara telah menghalang lebah-lebah dari menyerbu masuk dan mungkin boleh mencederakan para pengungjung.
Kebiasaannya perkara seperti ini berlaku apabila sarang mereka dimusnahkan yang mana mungkin sebelum itu berada pada menara tersebut.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Doktor Lemparkan Kata-Kata Kesat Terhadap Enot Yang Merana Kanser Usus
PETALING JAYA: Pelakon Enot membuat keputusan untuk tidak mendapatkan rawatan susulan penyakit kanser ususnya di sebuah hospital berikutan keceluparan dan sikap biadap seorang doktor yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, berkata, perkara tersebut terjadi selepas dia enggan melakukan rawatan kemoterapi dan radioterapi yang disaran bagi mengubati penyakit tersebut.
"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.
"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Enot turut mengakui kejadian tersebut terjadi berikutan emosinya yang kini tidak begitu stabil dan mudah tersinggung.
Sementara itu, Enot berkata, dia enggan membuat rawatan berkenaan berikutan kegagalan kaedah rawatan tersebut terhadap ahli keluarganya yang turut mengalami penyakit kanser.
Sehubungan itu dia memilih untuk melakukan rawatan tradisional dan mengambil beberapa pil untuk kesihatan tambahan.
"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.
"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga," katanya.
Sementara itu, Enot mengakui kini bekerja keras bagi menyimpan duit sebanyak mungkin untuk bekalan kepada anak-anaknya.
Dia juga menyimpan impian untuk menunaikan umrah bersama anak-anaknya sebelum meninggal dunia.
"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti.
"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," ujarnya. - mStar
TOP
Pamela Anderson Mahu Cerai Selepas Enam Bulan Kahwin
Rumah tangga Pamela dan Rick hanya bertahan selama enam bulan.
PELAKON drama bersiri Baywatch Pamela Anderson dilaporkan nekad mahu bercerai dengan suaminya, Rick Salomon biarpun rumah tangga yang dibina baharu sahaja berusia enam bulan. Portal E! Online bagaimanapun melaporkan punca sebenar Pamela ingin bertindak sedemikian tidak diketahui kerana pasangan itu kelihatan bahagia sebelum ini. Pasangan tersebut pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua bulan. Pamela dan Rick berkahwin buat kali kedua pada Januari lalu. Berita tersebut turut mengejutkan banyak pihak kerana Mei lalu, pasangan itu kelihatan cukup bahagia ketika menghadiri Festival Filem Cannes. Sepanjang berada di Perancis juga, kedua-dua mereka sempat bercuti dan gambar yang berjaya dirakamkan paparazzi memperlihatkan pasangan itu cukup romantik.

Mesir Membuka Sempadan Untuk Penduduk Gaza Yang Tercedera
Kaherah - Mesir mula membuka sempadannya pada hari ini untuk menerima rakyat Palestin yang cedera dalam serangan bertubi-tubi ke atas Gaza akhir-akhir ini.
Hospital di utara Sinai, yang bersempadan dengan Gaza dan Israel, telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk menerima rakyat Palestin - lapor agensi berita MENA dari Mesir.
Rafah adalah sempadan lintasan hanya Gaza yang memintas Israel, yang telah dibelasah jalur pantai sebagai tindak balas kepada serangan roket Palestin.
Rafah adalah satu-satunya sempadan yang boleh dilalui oleh penduduk Gaza untuk meloloskan diri daripada Israel. Serangan udara telah membunuh sekurang-kurangnya 70 orang sejak operasi itu bermula pada hari Selasa lalu, termasuk 11 wanita dan 18 kanak-kanak.
Alhamdulillah, akhirnya ada pihak yang membantu. Syabas Mesir diatas tindakan anda.-SiakapKeli.com
TOP
Rakyat Zionis Laknatullah Bertepuk Tangan Melihat Gaza Di Bom, Ibarat Menonton Wayang
Memang tiada hati perut! Lihat bagaimana terujanya mereka setiap kali melihat Gaza di Bom oleh kerajaan mereka. Gambar ini dimuat naik oleh warga Israel yang menunjukkan mereka sedang bergembira melihat Gaza di bom. Kini gambar tersebut mendapat tentangan hebat di Twitter.
Umpama menonton wayang, mereka bersorak gembira setiap kali dapat melihat percikan api yang kelihatan di Gaza. Siap bawa kerusi lagi. Mereka ni memang patut di laknat dan di rejam hidup-hidup. Marilah sama-sama kita berdoa agar penduduk Gaza selamat dari kekejaman mereka ini. Sesungguhnya doa adalah senjata utama umat islam. Silakan share artikel ini bagi menyedarkan dunia betapa zalimnya bukan sahaja kerajaan, malah rakyat mereka sendiri.

Guru Disiplin tiba-tiba tumbuk perut,pipi pelajar di dalam surau
KULAIJAYA – "Cikgu disiplin secara tiba-tiba masuk ke surau dan mendengar suara saya, lalu bertindak menumbuk perut serta menampar pipi saya."
Demikian penjelasan seorang pelajar yang sebelum ini didakwa menumbuk gurunya selepas ditegur kerana membuat bising di dalam surau sekolah itu, 22 Mei lalu.
Sebelum ini, kecoh di laman sosial berikutan tersebar gambar guru lelaki berusia 30-an yang cedera di muka akibat dipukul remaja terbabit. Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali mendakwa, guru disiplin itu terlebih dahulu bertindak menumbuk dan menamparnya. Pada awalnya, kata Ali, dia terkejut lalu meninggikan suara setelah ditolak oleh beberapa rakan sebelum kejadian. “Selesai solat saya cari guru itu dan berlaku pertengkaran antara kami. Disebabkan terlalu marah, saya menumbuknya. Kemudian saya dibawa masuk ke pejabat," katanya. Ali berkata, ketika dalam pejabat, datang seorang guru lain dan seorang kakitangan sekolah yang bertindak kasar terhadap dirinya. “Saya ditarik ke satu tempat lain pula dan guru tersebut bertindak mencekik leher saya serta kepala saya ditolak ke dinding. Kakitangan sekolah itu pula bertindak menyenggol bahu saya dan naikkan pehanya ke perut saya. “Selepas itu, enam anggota polis datang dan saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya untuk siasatan hingga tamat jam 10 malam. "Saya memberitahu dua rakan saya yang lain turut menjadi saksi kerana melihat kejadian itu,” katanya ketika memberi aduan di Pejabat Adun Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse, semalam. Sementara itu, ibu Ali berkata, selepas insiden, dia dipanggil pihak sekolah dan ketika perbincangan, dia mengetahui anaknya turut dicekik. “Saya tidak tahu bagaimana gambar dan berita berkenaan tersebar keesokan harinya. Kemudian, isu ini turut menjadi bahan berita di akhbar, pelbagai komen negatif diterima. “Ketika perbincangan kali kedua bersama pihak sekolah, Jabatan Pendidikan negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Pejabat Pendidikan daerah, saya minta perkara ini diberi penjelasan. "Mereka janji buat sidang media untuk menceritakan perkara sebenar, namun hingga kini tiada tindakan," katanya. Tambahnya, lebih mengecewakan, anaknya yang digantung sekolah dua hari tetapi kemudian menerima surat dibuang sekolah mulai 29 Mei. "Saya sedar anak saya bersalah, cuma kesal dia tidak diberi keadilan dan peluang membela diri,” katanya yang dalam proses memohon sekolah madrasah bagi meneruskan persekolahan anaknya. Dalam pada itu, Jimmy berkata, pihaknya telah menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan lanjut perkara ini, namun hingga kini tiada maklum balas dan penyelesaian diambil. “Remaja ini baru berumur 14 tahun dan kami risau masa hadapannya. Sepatutnya dia diberi peluang membela diri. Kita mahu tindakan diambil mengikut prosedur betul,” katanya. Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Johor, Md Hasidin Zaini berkata, tindakan sewajarnya telah diambil pihak sekolah berhubung isu berkenaan mengikut tatacara disiplin diperuntukkan. “Ibu bapa pelajar terbabit telah dipanggil pihak sekolah untuk membincangkan perkara ini. Selepas diberi surat berhenti, ibu bapa boleh buat rayuan kepada jawatankuasa sekolah,” katanya.-SinarHarian

Hentikan pengambilan majun burung unta - Kementerian Kesihatan
KUALA LUMPUR 10 Julai - Kementerian Kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya menghentikan pengambilan produk kesihatan, Majun Burung Unta.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang awam dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar itu yang didakwa boleh merawat lemah tenaga batin, sakit saraf, sakit pinggang, sendi lutut, sakit jantung dan sebagainya.
"Melalui satu kajian oleh Pusat Permonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, majun ini dikesan mengandungi Dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, orang ramai yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera mendapatkan nasihat doktor serta rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
Beliau berkata, antara kesan advers penggunaan produk ini termasuk peningkatan berat badan, peningkatan paras gula dalam darah dan sindrom cushing, yang mempunyai simptom muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah-olah mengecil.
Justeru, peniaga dinasihatkan segera menghentikan penjualan majun ini atau boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM25,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - BERNAMA
TOP
Pelajar Mengaku Tidak Bersalah Miliki Barang Curi
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan gagal menjelaskan bagaimana beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) dan beberapa barang lain berada dalam milikannya, yang disyaki barangan curi.
Muhammad Asnawi Fahmi, 19, didakwa memiliki beg LV itu, beg sandang berwarna hitam, beg kecil berwarna merah jambu yang mengandungi sarung tangan kain berkait dan besi pembuka skru dan sekeping nombor pendaftaran kenderaan WXY3280, di Lorong Pasar, Jalan Gombak, di sini pada 11.45 malam, 3 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil No 3 Tahun 1955 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi setahun dan denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Asnawi didakwa memiliki harta curi iaitu telefon bimbit Samsung GalaxyS4 di Perkarangan IPD Sentul pada 5.40 petang, 8 Julai lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Mohd Norehan menetapkan 13 Ogos untuk perbicaraan.
Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh mewakili tertuduh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vasugi Krishnan.
TOP
'Geng Pak Tam' Aktif Curi Motosikal Tumpas
NIBONG TEBAL: Polis menumpaskan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai 'Geng Pak Tam' apabila menahan lima lelaki dalam operasi di sini pada Selasa dan Rabu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supt Shafien Mamat berkata seorang daripada mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Nibong Tebal pada Selasa manakala empat lagi diberkas dalam operasi susulan di sekitar daerah ini.
"Geng Pak Tam itu baru bergiat aktif mencuri motosikal sepanjang bulan Ramadan ini dengan menyasarkan motosikal di kawasan masjid ketika jemaah solat tarawih," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata siasatan awal terhadap kesemua suspek berusia 18 hingga 25 tahun itu mendapati mereka mengaku mencuri motosikal serta meleraikan komponennya dan dijual kepada pihak tertentu.
Rangka motosikal itu dibuang di beberapa sungai di sekitar SPS dan Bandar Baharu, Kedah dekat sini, katanya sambil memberitahu ada juga motosikal yang dicuri itu diubah suai dan digunakan untuk lumba haram.
Shafien berkata dengan penahanan lima lelaki terbabit, polis percaya dapat menyelesaikan 18 kes curi motosikal yang dilapor di daerah SPS sepanjang bulan puasa ini.
Beliau berkata polis kini mengesan tiga lagi anggota geng berkenaan dan percaya mereka masih berada di sekitar daerah ini.
TOP
Pekerja Kelab Malam Parah Ditetak
IPOH: Seorang pekerja kelab malam di bandar raya ini cedera di dahi akibat ditetak dua lelaki dalam pergaduhan di luar kawasan kelab malam itu awal pagi Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata suspek berumur 22 dan 23 tahun berjaya ditahan polis di Greentown di sini pada pukul 4.35 pagi sejurus selepas kejadian hasil maklumat orang awam.
"Berlaku pergaduhan di antara suspek dan mangsa yang berumur 29 tahun di luar kelab malam. Dua lelaki yang membawa pedang samurai serta sebilah parang itu bertindak agresif terhadap mangsa dengan menetak mangsa di bahagian dahi," katanya kepada pemberita.
Katanya kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan.
Mangsa yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini menerima lapan jahitan di dahi, katanya.
TOP
Gadis Dalam Perjalanan Hadiri Temuduga Digilis Treler
ALOR SETAR: Seorang wanita yang dalam perjalanan menghadiri satu temuduga, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler di Batu 2, Jalan Langgar, di sini, Khamis.
Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa Azah Syazwani Mohamad Dianuddin, 23, menunggang motosikal Modenas Kriss menuju ke arah pusat bandar apabila motosikalnya bergesel dengan treler dari arah yang sama di sebelah kanan jalan.
Berikutan kejadian itu badan mangsa termasuk di bawah treler lalu diseret ke hadapan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.
Rakan mangsa, Naili Syuhartini Mohd Zain, 24, berkata dia dan mangsa ingin menghadiri temuduga itu di Bangunan Tabung Haji di sini dan merancang untuk pergi bersama menaiki motosikal masing-masing.
"Saya menunggunya di hadapan Pasar Raya Giant, tapi sudah lama menunggu dia tidak datang lagi. Saya pun menelefonnya tapi pihak hospital yang mengangkat panggilan itu dan memberitahu berita kemalangannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSB.
Naili berkata mangsa sebelum itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya dan menyatakan tidak sedap hati.
"Saya tak menyangka yang dia terlibat dengan kemalangan sehingga saya menelefonnya pihak hospital yang angkat telefon dan beritahu kepada saya," katanya.
Abang ipar mangsa, Mohd Nizam Ahmad, 45, berkata mangsa tinggal bersama ibu bapa di Kampung Bonggol Lalang, Guar Chempedak tetapi menetap sementara di rumahnya di Taman Seridik di sini.
"Selepas mengetahui dia ada temuduga di Alor Setar, saya dan isteri memintanya untuk tinggal di rumah kami supaya mudah untuknya pergi kerja setiap hari nanti sebab jarak rumah kami dengan tempat temuduga itu tidak terlalu jauh," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian itu.
Katanya siasatan kes itu dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
TOP
Kumpulan Cuba Culik Pemilik Sangkar Ikan Lari Ke Selatan Filipina
Jalaluddin Abdul Rahman.
KOTA KINABALU: Polis percaya tujuh lelaki bersenjata warga Filipina yang disyaki terlibat dalam cubaan menculik di sebuah pusat ternakan ikan di Semporna telah melarikan diri ke Tawi-Tawi di selatan Filipina. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka percaya kesemua suspek melarikan diri ke Tawi-Tawi berdasarkan siasatan awal setakat ini. "Kita akan bekerjasama dengan rakan sejawat kita di Filipina," katanya selepas menerima sumbangan kuih raya dari Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Ibu Pejabat Polis di Kepayan dekat sini pada Khamis. Sekumpulan lelaki bertopeng bersenjata pergi ke Ah Chai Fish Farm, kira-kira 200 meter dari Kampung Bangau-Bangau dekat Semporna pada kira-kira pukul 1 pagi Isnin dalam cubaannya untuk menculik pemilik premis itu tetapi gagal apabila pemilik tersebut telah berpindah ke tanah besar berikutan beberapa kejadian penculikan di kawasan itu. Pasukan keselamatan di kawasan itu terus mengawasi dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran insiden itu.

Mahkamah Kurangkan Ganti Rugi Kepada Bekas Pelajar AF
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM250,000 kepada RM80,000 untuk dibayar oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan empat yang lain kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi dan suaminya berhubung laporan berunsur fitnah dalam rancangan Melodi, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, yang mempengerusikan panel tiga hakim, hari ini membenarkan sebahagian daripada rayuan oleh pihak perayu mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.
Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mencapai keputusan itu selepas memutuskan bahawa aduan pernyataan fitnah oleh Nurullah, 32 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad, 31, hanya membentuk sebahagian kecil dalam program hiburan yang disiarkan oleh stesen televisyen itu.
Zaharah berkata hakim Mahkamah Tinggi juga telah mendapati tiada niat jahat dalam laporan program tersebut.
Pasangan itu, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 September 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.
Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurullah, Bustamam Zawawi sebagai defendan.
Pada 20 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pihak perayu membayar ganti rugi RM250,000 kepada pasangan itu.
Pihak perayu diwakili peguam T.H. Liew manakala Nadzarin Wok Nordin mewakili pasangan tersebut.
TOP
Najib Beri Sokongan Moral Kepada Khalid, Akui Boleh Bekerjasama
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."
Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, Khamis malam.
Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
"(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.
Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu.
TOP
SOP Esscom Dinilai Semula - Zahid
KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan dinilai semula bagi memperbaiki sebarang kelemahan yang ada.
Ahmad Zahid berkata penilaian semula SOP ESSCom perlu dilakukan kerana percaya tidak ada SOP yang sempurna dan masih ada ruang untuk memperbaiki SOP berkenaan atas faktor perubahan keadaan semasa serta atas permintaan masyarakat.
"Kami ingin melihat semula tentang SOP dan juga sebarang tugas yang selama ini telah berjalan. Tentu masyarakat mempertikaikan mengapa masih berlaku pencerobohan, kenapa masih berlaku penculikan?," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.
Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Beliau berkata selain kelengkapan aset dan tenaga manusia, ESSCom juga akan memberi perhatian serius kepada aspek risikan atau pengumpulan maklumat dan ia akan dilakukan melalui kerjasama antara bahagian risikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ahmad Zahid berkata bahagian risikan pasukan keselamatan Malaysia juga akan bekerjasama dengan bahagian risikan tentera Filipina dan unit pengumpulan maklumat polis negara berkenaan.
"Ia untuk menjaga kepentingan negara ini dan pada masa sama menjaga kepentingan rakyat dan kerajaan Filipina sendiri kerana masalah yang dihadapi kini datang dari Wilayah Selatan negara itu.
"Jadi mudah-mudahan dengan jalinan ini akan merupakan sebagai era baharu kepada kepimpinan pengoperasian ESSCom yang akan diambil alih secara rasmi oleh PDRM pada 15 Julai ini," katanya.
Mengenai pengambilalihan sepenuhnya pengoperasian ESSCom oleh PDRM, Ahmad Zahid berkata pihak KDN dan PDRM mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada agensi kementeriannya mengendalikan sepenuhnya pengoperasian ESSCom.
Katanya meskipun tanggungjawab yang bakal dipikul PDRM adalah berat namun yakin dengan kerjasama yang diberikan oleh ATM serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan merealisasikan operasi yang cukup terkini.
Mengenai kedudukan Ketua Pengarah ESSCom Datuk Mohammad Mentek, Ahmad Zahid berkata ia akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Perdana Menteri.
Mengulas pembebasan pengurus pusat ternakan ikan warga China, Yang Zai Lin, 34, yang culik dari Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas dan diselamatkan awal pagi ini, Ahmad Zahid berkata kejayaan menyelamatkan mangsa adalah berdasarkan hasil maklumat yang diterima.
TOP
Kekasaran Pelatih Perubatan Punca Pesakit Meninggal Dunia
IPOH: Seorang anak pada Khamisi mendakwa tindakan tergesa-gesa seorang pelatih perubatan di sebuah hospital di sini mencabut beberapa wayar termasuk wayar ECG pada badan ibunya telah menyebabkan ibunya meninggal dunia.
Dakwaan itu dibuat Wong Kok Yew, 48, berhubung kematian ibunya Agnes Liu Soo Thye, 76, yang dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 malam pada 15 Mac lalu akibat jangkitan paru-paru bernanah.
Ibunya meninggal keesokan harinya.
"Kira-kira pukul 5 pagi, seorang daripada empat pelatih yang datang ke katil ibu saya telah mencabut beberapa wayar dalam keadaan kelam-kabut. Ibu saya yang sedang lena ketika itu terkejut dan badannya menggigil kerana menahan kesakitan.
"Semua meter pada mesin yang ditempat di sekeliling katil ibu saya turut terjejas bacaannya. Namun doktor mengesahkan ibu saya mati mengejut," katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional di sini.
Beliau mendakwa pelatih berkenaan mencabut wayar ibunya kerana pesakit di katil sebelah ibunya berada dalam keadaan kecemasan dan memerlukan wayar tersebut.
"Ibu saya sudah tua dan mempunyai kulit nipis dan sensitif, sudah tentu dia terkejut apabila wayar pada badannya ditarik secara kasar.
"Saya juga tidak berpuas hati dengan cara mereka mengambil sampel darah ibu saya sehingga menyebabkan dia menjerit kesakitan," katanya.
Wong berkata beliau telah meminta penjelasan daripada pihak hospital berkenaan namun tidak mendapat maklum balas.
Pengerusi pusat khidmat berkenaan, Mohd Rawi Abdullah berkata pihaknya juga menghantar surat kepada pihak hospital untuk meminta penjelasan"Pihak kami banyak menerima aduan berkaitan perkhidmatan tidak memuaskan hospital itu termasuk layanan kasar kepada pesakit," katanya.
TOP
Keluarga Dibenar Melawat Banduan Raya Ke-3, 4
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menetapkan tarikh lawatan keluarga penghuni penjara sempena Aidilfitri tahun ini ialah pada Hari Raya ketiga dan keempat.
Menurut kenyataan Jabatan Penjara Malaysia, lawatan ini meliputi banduan di semua penjara, pusat pemulihan akhlak dan Sekolah Henry Gurney.
Waktu lawatan bermula 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan.
Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni dan makanan dan minuman untuk mereka hanya boleh dibeli di kantin penjara.
Pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada banduan kecuali jika berkaitan dengan urusan tertentu seperti pembayaran yuran peperiksaan, menurut kenyataan itu.
TOP
Dahulu Pekerja Abang, Kini Tauke Enam Gerai
KULIM: Bermula dengan hanya sekadar membantu perniagaan menjual kebab, roti John dan burger milik abangnya, Zulkifli Ramli, 29, kini boleh berbangga dengan usahanya apabila memiliki enam gerai sendiri.
Atas usaha dan kerja keras, Syarikat Zul Original Recipe yang dimilikinya kini mampu membuka cawangan Zul's Kebab di beberapa lokasi sekitar daerah Kulim, Kedah dan Parit Buntar, Perak.
Beliau mula terlibat dengan penghasilan makanan itu sejak berusia 15 tahun ketika membantu abangnya Mohd Azrul Azmi, 38, dan telah memulakan perniagaan sendiri enam tahun lepas.
"Ketika itu saya cuma membantu abang saya bekerja secara sambilan di gerainya yang terletak bersebelahan bangunan lama Umno Kedah Selatan di Jalan Tunku Abidah. Saya cuma tumpukan minat berniaga makanan ini selepas saya tamat pengajian dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim sejak 2008.
Ketika itu (mula-mula berniaga) inti daging kebab dan burger saya perolehi daripada wakil yang menyediakan adunan-adunan berkenaan dan setelah lebih lima tahun barulah saya mampu membeli sebuah mesin memproses daging secara kecil-kecilan," katanya.
Beliau kini memiliki sebuah mesin memproses daging kebab dan burger hasil bantuan Risda bernilai RM10,000 untuk kemudahan kerja pihaknya dan kini sebanyak 300 kg daging lembu dan lebih 200 kg ayam mampu diproses sebulan.
Zulkifli yang memiliki diploma dalam bidang perakaunan berkata untuk menguruskan gerai-gerai berkenaan, beliau kini menggaji 21 pekerja, selain dibantu isterinya Nurul Misarah Osman, 30.
Katanya gerai-gerai berkenaan mencatatkan jualan kira-kira RM300 sehari bagi setiap gerai.
Setelah memiliki mesin pengisar daging besar dan kecil serta mesin pemotong daging, Zulkifli berhasrat untuk menambahkan produknya dengan membekalkan daging yang telah diproses kepada gerai menjual kebab dan burger sekitar daerah Kulim.
"Kini terdapat tiga gerai yang menjadi pelanggan daging yang diproses dan sebuah kedai yang menjual produk sejuk beku turut menjadi ejen penjual pihak kami," katanya.
Zulkifli berkata syarikatnya juga turut menerima tempahan untuk majlis jamuan kenduri atau perjumpaan daripada syarikat swasta dan individu.
Mereka yang berminat bolehlah menghubungi beliau melalui talian 019-5419961 atau menerusi Facebook Zul's Kebab dan blognya zuloriginalrecipe.blogspot.com.
TOP
Tiga Suspek Bunuh Remaja Palestin Akan Dibebaskan
Penunjuk perasaan yang melakukan bantahan terhadap pembunuhan Mohammed Abu Khder (gambar latar belakang).
BAITULMAQDIS: Tiga daripada enam rakyat Israel yang ditahan kerana kes culik dan bunuh seorang remaja Palestin minggu lalu akan dibebaskan, menurut media Israel, Rabu. "Tiga daripada enam suspek dalam kes pembunuhan remaja Palestin Mohammed Abu Khder akan dibebaskan pada Khamis," kata harian Haaretz. "Jika tidak ada perkembangan baharu terhadap tiga daripada enam suspek... mereka dijangka akan dibebaskan esok," lapor laman web berita, Nana. Israel menahan enam pelampau Yahudi pada Ahad berkaitan pembunuhan Abu Khder, 16, pada 2 Julai dalam serangan mengerikan yang mencetuskan pertempuran berhari-hari di timur Jerusalem dan bandar-bandar Arab Israel. Keesokan harinya sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata, tiga daripada suspek telah mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu. Palestin berkata mereka mempunyai harapan yang rendah bahawa Israel akan membawa pembunuh pelajar berkenaan ke muka pengadilan dan melepaskan mana-mana suspek mungkin mencetuskan pergolakan.

BNM Naikkan OPR Sebanyak 25 Mata Asas
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Khamis.
BNM berkata berikutan keputusan itu, kadar terendah dan kadar tertinggi koridor OPR masing-masing dinaikkan kepada 3.00 peratus dan 3.50 peratus.
Pada kadar OPR baharu ini, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi negara, kata bank pusat dalam satu kenyataan.
OPR tidak dinaikkan dalam tiga tahun lepas, sejak Mei 2011.
Menurut BNM, selepas menjadi sederhana pada suku pertama, ekonomi global telah kembali pulih secara beransur-ansur.
"Aktiviti ekonomi di negara-negara maju utama terus berkembang pada kadar yang sederhana.
"Di Asia, pertumbuhan disokong oleh sektor luaran yang bertambah baik di samping keadaan permintaan dalam negeri yang terus berkembang. Dalam persekitaran ini, pasaran kewangan antarabangsa telah secara relatif kekal stabil, " katanya.
Bank pusat berkata bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan eksport dan aktiviti sektor swasta terus kukuh.
"Pada masa hadapan, momentum pertumbuhan secara keseluruhan dijangka berterusan," katanya.
BNM berkata eksport akan terus mendapat manfaat daripada pemulihan dalam ekonomi maju dan permintaan serantau.
"Aktiviti pelaburan dijangka kekal teguh, didorong oleh sektor swasta," katanya.
Menurut bank pusat, penggunaan swasta akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan.
"Oleh itu, prospek ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada landasan pertumbuhan yang stabil," katanya.
Bank pusat berkata inflasi secara relatif adalah stabil disebabkan kesan daripada pelarasan harga bagi utiliti dan tenaga terus menjadi sederhana.
"Inflasi yang didorong permintaan terus terkawal.
"Pada masa hadapan, inflasi bagaimanapun dijangka terus melebihi kadar purata jangka panjangnya disebabkan oleh faktor kos domestik yang lebih tinggi," katanya.
"Dalam keadaan prospek pertumbuhan yang kukuh dan inflasi yang kekal melebihi kadar purata jangka panjangnya, MPC mengambil keputusan untuk menyelaraskan tahap akomodasi monetari," katanya.
TOP
Tumor Terbesar Di Dunia Berjaya Dibedah
TUMOR terbesar di dunia telah berjaya dikeluarkan daripada badan seorang lelaki melalui pembedahan.
Yang Jianbin, 37, dari China, dilahirkan dengan tanda lahir di belakang yang lama-kelamaan membesar kepada ketumbuhan seberat 110kg, dua pertiga daripada berat badannya.
Ketumbuhan yang begitu besar itu menyebabkan Yang hanya dapat berbaring atau duduk di atas katil sepanjang hari.
Keadaan perubatan itu dipanggil 'neurofibromatosis' yang merupakan satu gangguan genetik yang menjejaskan pertumbuhan normal tisu sel.
Dia menjalani pembedahan pertama apabila dia berusia 12 tahun di mana pada masa itu tumornya telah membesar kepada saiz genggaman.
Ketua pakar bedah Chen Minliang berkata: "Kami telah melihat pesakit neurofibromatosis sebelum ini, tetapi ini adalah tumor saraf terbesar yang kami pernah kami lihat."
Yang telah ditempatkan di dua buah katil hospital semasa pembedahan yang berjalan selama 16 jam.
Dia telah diberikan 5,000 ml darah, yang merupakan jumlah darah yang lebih daripada jumlah keseluruhan badan orang dewasa.
TOP
Mayat Pendaki Gunung Mont Blanc Ditemui Selepas 32 Tahun
MAYAT seorang pendaki muda Perancis yang hilang di gunung Mont Blanc telah dijumpai; selepas 32 tahun.
Polis di bandar pergunungan Chamonix di wilayah Haute-Savoie Perancis mengenal pasti mayat yang ditemui oleh sekumpulan pendaki sebagai Patrice Hyvert, yang telah hilang pada tahun 1982 ketika berusia 23 tahun. Hyvert, pendaki gunung yang bercita-cita tinggi, meninggalkan rumahnya pada 1 Mac 1982 untuk melakukan pendakian solo di kawasan pergunungan mencabar, Nant Blanc, Mont Blanc di sebelah Perancis, tetapi tidak pernah kembali selepas cuaca tiba-tiba bertukar buruk dan dia terkandas. Pasukan penyelamat helikopter terpaksa menangguhkan pencarian selama dua hari kerana cuaca buruk dan tidak dapat menemuinya. Bapa Hyvert, Gerard, 82 tahun, terkejut apabila mendapat berita mayat anaknya telah ditemui. "Saya seorang 'lelaki gunung', dan saya lebih suka dia 'tinggal' di atas sana," katanya kepada radio RTL. "Dia lebih baik berada di atas sebuah gunung berbanding dalam keranda." Kumpulan pendaki yang menemui mayat Hyvert telah mendaki kawasan pergunungan ais Talefre yang merupakan gunung tertinggi di Eropah yang telah mengalami pencairan ais minggu lepas.

Salahkan Bulan Mengambang Penuh Jika Tidak Tidur Nyenyak
LONDON: Jika anda bergelut untuk tidur nyenyak setiap malam, cuba selak jendela dan lihat sama ada di atas langit bulan mengambang atau tidak.
Ini kerana, bulan harus dipersalahkan sebagai punca mengapa manusia berhadapan dengan malam yang gundah gulana, resah dan tidak dapat lena, demikian hasil satu kajian saintifik mendedahkan.
Kajian itu juga mendapati, pada waktu malam ketika sekumpulan manusia yang menjalani ujian ini ditempat di sebuah bilik yang tidak mempunyai tingkap dan tidak tahu yang di luar bulan sedang mengambang penuh, mereka tidak dapat lena sekurang-kurangnya selama 25 minit.
Hasil penemuan saintifik itu seolah-olah membuktikan kepercayaan berabad lamanya yang bulan ketika mengambang mempunyai pengaruh ke atas tingkah laku manusia adalah benar dan ada kaitan.
Walaupun kajian ini tidak mengaitkan bulan mengambang dengan serigala jadian, yang merupakan cerita rakyat paling popular dalam boleh dikatakan semua budaya dan masyarakat dunia, tetapi penemuan ini menimbulkan tanda tanya tentang hubungan tingkah laku manusia dengan pergerakan bulan.
Tetapi saintis kini telah berjaya membuktikan bahawa cara badan manusia berfungsi adalah selaras dengan pergerakan bulan dan juga bumi.
Michael Smith, seorang pelajar kedoktoran falsafah di University of Gothenburg yang mengetuai kajian ini berkata: "Hasil kajian kami mendapati, ada kemungkinan besar bahawa badan dan tingkah laku manusia ada kaitan dengan pergerakan bulan dan bumi."
Katanya lagi, secara evolusinya, manusia menjadi lebih aktif ketika bulan mengambang kerana pada waktu ini mereka lebih mudah berburu dan menjadi lebih bersiap-siaga terhadap ancaman.
Penemuan itu yang diterbitkan dalam majalah Current Biology, adalah bersandarkan kajian yang telah dijalankan ke atas 47 orang yang diletakkan di sebuah makmal tidur selama enam malam.
Kajian itu memberi tumpuan kepada bagaimana manusia respon kepada bunyi bising ketika sedang tidur dan kemudian keputusan itu dibandingkan dengan fasa pergerakan bulan.
Smith dan para penyelidiknya mendapati, subjek yang menjalani ujian ini menghadapi gangguan tidur ketika bulan mengambang penuh dan kebanyakkan mereka secara puratanya tidur tidak cukup 25 minit.
Keseluruhan paten tidur 47 orang yang menyertai kajian tersebut didapati dipengaruhi oleh pergerakan bulan dan tidur kurang 50 minit.
Kesemua mereka juga didapati lebih sensitif kepada bunyi bising pada waktu bulan mengambang penuh.
Makmal yang dijadikan bilik ujian tersebut tidak dilengkapi dengan tingkap, sekaligus membuktikan mereka tidak dipengaruhi oleh cahaya bulan mengambang penuh atau menyedari yang bulan sedang mengambang.
Smith bagaimanapun mengakui yang mereka memerlukan kajian lanjut yang lebih mendalam untuk membuktikan penemuan mereka itu adalah benar dan berasas.
Katanya, oleh kerana sampel yang dijalankan itu berskala kecil, ada kemungkinan juga segala apa yang ditemui itu adalah satu kebetulan semata-mata.
Hujah ini disokong oleh profesor Russell Foster, seorang pensyarah neurosains di University of Oxford.
"Kita masih tidak tahu lagi secara pasti sama ada pantulan cahaja daripada permukaan bulan mengambang mempunyai kesan ke atas otak manusia atau menjadikan otak lebih cergas dan menghasilkan kelakuan-kelakuan tertentu pada fasa-fasa tertentu.
"Kita juga tidak pasti dengan nyata sama ada tidak dapat tidur dengan nyenyak telah menyebabkan berlakunya tindak balas ke atas paten tidur kita," ujarnya lagi.
Kajian terdahulu oleh para saintis British mendapati, manusia mengalami mimpi yang lebih jelas ketika bulan sedang mengambang.
Kajian itu yang dijalankan pada Mac tahun ini oleh profesor psikologi Universiti Hertfordshire, Richard Wiseman mendapati bahawa apa yang terkandung di dalam mimpi manusia tidak berbeza dengan musim atau hari-hari tertentu dalam minggu berkenaan.
Tetapi mimpi ketika bulan sedang mengambang adalah amat jelas sekali lebih ‘pelik dan aneh."
TOP
Isu Bikini, Maria Farida Tegur Peminat Kaitkan Agama
Maria menganggap kontroversi bikini melibatkannya adalah isu kecil dan tidak patut diperbesarkan.
PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida memberitahu ada pengikut di Instagram miliknya meminta agar dia melakukan solat sunat Istikarah ekoran dia memuat naik gambar koleksi bikini yang mendapat kritikan ramai. Maria, 44, berkata, pihak yang memintanya menunaikan solat itu seolah-olah mempermainkan agama kerana tidak mengetahui tujuan sebenar ibadat tersebut perlu dilakukan. "Dalam banyak-banyak kritikan yang saya terima, ada peminat yang meminta saya buat solat sunat Istikarah dan adakah individu itu faham apa tujuan solat itu? "Bagi saya ada sesetengah pengikut ini memberikan kritikan secara kurang bijak dan begitu berani mempersendakan hal berkaitan soal agama," katanya kepada mStar Online. Maria sebelum ini memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm). Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.
Maria berehat daripda dunia lakonan sepanjang Ramadan.
Bagaimanapun kata Maria, disebalik dia dihentam teruk kerana gambar berkenaan, dia juga bersyukur apabila masih ramai yang memberikan kata-kata teguran membina dan positif kepadanya. "Mana-mana komen yang melampau saya padam tetapi yang tegur secara baik saya kekalkan kerana saya tahu mereka ikhlas dalam menegur saya dengan cara berhemah. "Saya bukannya seorang yang ego sehingga tidak boleh menerima kritikan dan pandangan orang lain tetapi biarlah dengan cara yang betul," katanya. Sementara itu, Maria berkata, kontroversi bikini tersebut tidak sepatutnya timbul kerana gambar itu bukan menampilkan dirinya mengayakan pakaian berkenaan untuk dipertontonkan kepada peminat di Instagram. Kata Mariah, sebagai seorang wanita dia masih tahu menjaga batasan berpakaian tambahan pula usianya kini sudah mencecah 40-an. Dalam perkembangan lain, Maria berkata, sepanjang bulan Ramadan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan kerana ingin menggunakan kesempatan ini untuk melakukan solat Terawih. "Alhamdulillah puasa tahun ini cukup tenang dan dapat menghabiskan masa dengan buat solat Terawih bersama anak saya dan persiapan untuk Aidilfitri juga dibuat secara sederhana sahaja," katanya.

Malaysia Terus Sokong Perjuangan Rakyat Palestin - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada Khamis. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Noh Omar.
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian Malaysia untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin. Beliau berkata Malaysia juga akan memberikan sokongan dan bantuan kepada Palestin sehinggalah ia menjadi sebuah negara berdaulat. "Kita tahu saudara kita di Gaza sedang diserang dengan zalim sekali dan kebetulan Duta Palestin baharu (Dr Anwar Hamadto Kassem AL-Agha) jumpa saya tengah hari tadi menceritakan kesengsaraan rakyat Palestin. "Perdana Menteri Palestin Mahmoud Abbas juga telah mengutus surat kepada saya meminta saya membuat lawatan di Tebing Barat. Walaupun secara prinsipnya saya telah pergi ke bumi Gaza tetapi saya belum sampai di Tebing Barat. "Saya kata selagi Palestin tidak menjadi negara berdaulat, selagi itu kita bantu perjuangan Palestin dan kita berdoa suatu hari perjuangan mereka akan kesampaian juga," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di sini. Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar. Najib berkata antara sebab mengapa bumi Islam begitu mudah dijajah dan ditindas oleh pihak lain ialah kerana dunia Islam sendiri tidak dapat memantapkan perpaduan ummah mereka. Malah, katanya konflik dalam dunia Islam lebih dasyat apabila ramai umat Islam terkorban di tangan umat Islam yang lain. "Misalnya di Syria, seramai 150,000 umat Islam sudah terkorban dan hampir 10 juta orang sudah menjadi pelarian. Di bumi Iraq umpamanya, umat Islam dibunuh, diikat tangan dan diletakkan bom...kenapa konflik Sunni dan Syiah tidak dapat diatasi? "Saya gunakan analogi mudah tentang orang Syiah dan Sunni ibarat kita berada atas landasan lebuh raya yang sama, destinasi sama, yang berbeza cuma kita dalam laluan lain...selagi kita tak tukar laluan untuk menolak orang lain sehingga berlaku kemalangan, maka kita akan sampai ke destinasi dengan selamat," katanya. Perdana Menteri berkata situasi konflik di bumi Islam yang begitu serius turut menyukarkan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan perbincangan dan persidangan. Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam di negara ini supaya menumpukan kepada kekuatan dari segi fizikal, rohani dan mental yang akan menjadi asas untuk membina masa depan yang lebih terjamin. "Bila kita dah bina kekuatan dalam semua bidang, maka umat Islam di Malaysia akan menjadi contoh dan model...biarlah kita jadikan Malaysia negara Islam contoh yang berjaya, progresif dan maju dari segi akidah berdasarkan kepada Maqasid Syariah yang bertunjangkan kepada lima asas iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. "Inilah dasar yang diamalkan oleh kerajaan kita," kata beliau. Terdahulu, Najib menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada setiap 100 buah sekolah Tahfiz di seluruh Selangor.

Hajat Van Gaal Guna Krul Tak Kesampaian
SAO PAULO – Jurulatih Belanda, Louis van Gaal mengakui mahu menggunakan penjaga gol gantian, Tim Krul pada penentuan sepakan penalti yang berakhir dengan kekalahan 4-2 kepada Argentina namun sudah menggunakan semua pemain gantian dibenarkan.
Van Gaal berkata dia mahu membawa keluar Jasper Cillessen untuk digantikan Krul – mengulangi percaturan bijaknya ketika aksi suku akhir menentang Costa Rica namun peraturan perlawanan menghalangnya.
“Saya pasti akan melakukannya namun saya sudah pun menggunakan ketiga-tiga pemain gantian jadi saya tidak dibenarkan melakukannya,” kata van Gaal.
Keputusan itu menyaksikan Krul yang cemerlang menyelamatkan dua sepakan penalti ketika menentang Costa Rica hanya bergelar penonton pada penentuan penalti terbabit yang berakhir dengan duka buat Belanda.
Tiada aksi menyelamat berjaya dilakukan Cillessen yang melepaskan keempat-empat sepakan berbanding penjaga gol Argentina, Sergio Romero yang berjaya menyelamatkan dua penalti Belanda.
Ironinya, Van Gaal pernah melatih Romero ketika mengendali kelab Belanda, AZ Alkmaar.
“Saya yang mengajar Romero bagaimana untuk menyelamatkan penalti, jadi ia lebih menyakitkan,” jenaka pengurus baru kelab Inggeris, Manchester United itu. – AFP
TOP
Tania Billingsley Luah Rasa Simpati Terhadap Keluarga Rizalman Ismail
KUALA LUMPUR, 9 Julai -Tanis Billingsley hari ini menyatakan rasa simpati terhadap keluar Rizalman Ismail yang terpaksa menghadapi tekanan antarabangsa terhadap mereka diatas kes yang melibatkan Rizalman yang mana telah dituduh memecah masuk rumah Tania Billingsley dan cuba untuk merogol Tania.
Dalam satu temu bual di televisyen New Zealand hari ini, wanita berusia 21 tahun itu menekankan bahawa dia bukan seorang sahaja orang yang telah menderita dalam perhatian antarabangsa berikutan serangan yang didakwa beliau, malah keluarga Rizalman juga menderita keadaan yang sama.
Simpati Tania ditujukan kepada keluarga Rizalman, seorang penolong tentera, yang sebelum ini bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, yang mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.
"Mereka mungkin tidak menonton rancangan ini tetapi saya berharap mesej ini akan sampai kepada mereka untuk menyatakan bahawa saya bersimpati terhadap mereka dan berharap mereka mendapat sokongan di mana jua mereka berada kerana saya berfikir bahawa orang lain tidak merasakan bahawa keadaan ini lebih dahsyat dari apa yang disangkakan dan akan mengubah kehidupan mereka dan juga saya, " beliau dipetik berkata di laman web agensi berita New Zealand. - SiakapKeli.com
TOP
Lagi Dikecam, Lagi Kami Murah Rezeki – Eira & Azad
Pasangan selebriti Eira Syazira dan suaminya Azad Jazmin tidak berputus asa menjalankan perniagaan online meskipun sebelum ini mereka pernah dikecam hebat oleh segelintir pihak gara-gara mereka memilih bidang perniagaan berkonsepkan networking.
Menurut Eira, kecaman yang dilemparkan kepada dia dan suaminya itu sikit sebanyak dijadikan penyuntik semangat untuk mereka meneruskan kerjaya sampingan mereka itu.
“Sejak beberapa tahun dulu saya sudah menceburi bidang perniagaan online secara samping. Macam-macam jenis bisnes saya buat. Saya rasa saya antara artis pertama yang buat bisnes online sehingga pernah saya dikecam teruk. Ada pihak yang kata saya buat bisnes macam ni nampak yang kami ni sengaja merendahkan status artis dan sebagainya.
“Tapi bagi saya, kecaman itu bagus sebenarnya kerana lagi kami dikecam lagi rezeki kami murah. Alhamdulillah say rancang nak buka butik tak lama lagi. Sekarang ni pun saya sudah punya bazaar di Mara”, kata Eira Syazira ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Astro, bertempat di hotel Royal Chulan, semalam
Berkongsi tentang perkembangan terkini, Eira memberitahu dia dan suaminya kini sibuk mengembangkan perniagaan ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing, yang baru mereka ceburi sejak beberapa bulan lalu.
Kerana mahu menumpukan pada perniagaan tersebut, buat masa ini Eira memperlahankan aktiviti lakonannya. Bagaimanapun selepas Aidilfitri nanti, ibu kepada Amarra Sofea Rose ini akan kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama bersiri 26 episod.
“Saya ingin jelaskan disini yang kami tidak tinggalkan bidang lakonan. Kami masih sayangkan kerjaya lakonan kami. Cuma buat sementara waktu ini kami berehat dari berlakon untuk tumpukan pada bisnes. – Malaysian Digest
Sementara itu, Azad yang turut berada di sini Eira ketika sesi temubual pula berkata, perniagaan yang mereka jalankan itu lebih kepada membantu masyarakat Melayu dalam menjana keewangan.
Tambahnya lagi, dia yakin dengan perniagaan ini memandangkan syarikat tersebut adalah sebuah syarikat yang kukuh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam industri.
“Kita semua sedia maklum, bila orang kita dengar saja tentang MLM mereka terus menunjukkan reaksi kurang minat. Tapi apa yang oleh saya katakan, perniagaan yang kami ceburi ini lebih kepada membantu orang-orang Melayu dalam menjana keewangan. Akan ada satu pelancaran khas memperkenalkan perniagaan ini pada umum sekitar November nanti.
“Lagipun syarikat yang menjalankan perniagaan ini adalah sebuah syarikat berpengaruh dan sudah hampir 15 tahun bertapak dalam dunia perniagaan. Sebab itu saya yakin untuk menyertainya.
“Bayangkan lah, dalam masa dua minggu saja Allhadulillah saya sudah mampu membeli motosikal Ducati Diavel. Dan Eira sekarang ni sedang menunggu pinjamannya diluluskan untuk beli Evo”, kata Azad yang sudah berehat dari berlakon sejak Mei lalu.
Lebih menggembirakan Azad, dia telah berjaya meyakinkan 10 selebriti popular tempatan untuk turut sama menyertai perniagaan tersebut antaranya seperti Shaheizy Sam dan Keith Foo. – Malaysian Digest
TOP
Terima Padah! Parang Makan Tuan Sendiri
Muar – Seorang penjenayah mengalami nasib malang kerana bukan saja dibelasah, termasuk dengan kerusi, malah cedera parah ditetak mangsanya dengan parangnya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Tanjung Selabu, Sungai Raya, Bukit Pasir di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, sendirian dalam rumah apabila mendengar pintu depan diketuk dan menyangka rakannya datang untuk membetulkan paip bocor menyebabkan dia membukanya.
“Secara kebetulan saya tidak mengunci jeriji besi sebaliknya hanya mengunci pintu kayu dan sebaik membuka pintu, tiba-tiba kepala ditetak menyebabkan darah mengalir di dahi hingga menutup penglihatan saya.
“Saya mencapai kerusi kayu dan memukul lelaki di depan saya beberapa kali hingga kerusi itu patah sebelum mencapai parang dipegangnya dan menetak lelaki itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, semalam.
Menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas kerana penglihatannya terganggu dengan darah namun terus memukul penyerangnya bertalu-talu sehingga semua tiga kerusi digunakan patah. – myMetro Online
TOP
Rumah Dirompak Ketika Solat Subuh
BESUT – Sepasang suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM16,000 selepas barang kemas milik mereka dicuri dalam kejadian pecah rumah di Kampung Seberang Limbongan dekat Kampung Raja, pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6.15 pagi ketika mangsa, Zakaria Samad, 74, dan isteri, Rokiah Said, 69, pergi menunaikan solat Subuh di Masjid Kampung Pengkalan Nyireh, kira-kira 500 meter dari rumah mereka.
Rokiah berkata, dia dan suami menyedari rumah mereka dimasuki pencuri selepas pulang dari masjid apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain terdapat kesan diumpil.
“Waktu keluar rumah, semua pintu sudah berkunci, tapi bila kami pulang ketika hendak buka pintu, pintu dah tak berkunci, malah ada kesan orang pecahkan bahagian kunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Rokiah berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, dia mendapati empat bilik tidur berselerak dipercayai digeledah pencuri yang mencari barang berharga.
Katanya, setelah diperiksa, kesemua barang kemas miliknya iaitu seutas gelang dan rantai emas serta tiga bentuk cincin yang disembunyikan di dalam bilik tidur hilang.
“Pencuri pecahkan pintu bilik tidur makcik dan selongkar semua pakaian dalam almari.
“Habis semua barang kemas makcik dan sejumlah wang syiling mereka ambil, adalah dalam kira-kira RM16,000 semuanya,” katanya.
Biarpun sedih, Rokiah tetap reda dengan kejadian menimpanya walaupun dia terpaksa mengumpul wang untuk tempoh lama bagi membeli setiap barangan kemas tersebut memandangkan suaminya hanya bekerja kampung.
“Makcik percaya pencuri masuk melalui pintu depan rumah ketika kami ke masjid untuk solat Subuh.
“Ini kali pertama rumah kami dimasuki pencuri, tahun lepas sebuah motosikal Honda EX5 yang diletakkan di depan rumah dicuri pada waktu malam,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek terlibat. – Sinar Harian Online
TOP
Empat Tahun Gendong Rakan Ke Sekolah
Hunan (China) – Seorang murid mendapat pujian melangit daripada pengguna Internet di China apabila kisahnya menggendong rakan sekelasnya yang lumpuh akibat penyakit polio sekolah selama empat tahun tersebar.
Sejak berusia sembilan tahun, murid berkenaan, He Qin-jiao, 13 menggendong rakan sekelasnya, He Ying-hui setiap hari ke sekolah.
He bertindak demikian kerana keluarga Hui tidak berupaya untuk berbuat demikian.
Tanggungjawab berkenaan dilaksanakan He sehingga akhir tahun lalu apabila rakan sekelasnya menerima kerusi roda daripada kerajaan tempatan.
Walaupun selepas Hui menerima kerusi roda itu, He masih bangun seawal enam pagi setiap hari dan bergegas ke rumah rakannya untuk membantunya duduk di atas kerusi roda dan menolaknya ke sekolah.
Apabila tiba di sekolah, He akan menggendong Hui di belakangnya untuk naik ke kelas mereka yang berada di tingkat dua.
Kedua-dua pelajar ini akan menamatkan sekolah rendah tidak lama lagi.
Bagaimanapun, menurut He, dia akan tetap menjaga rakannya itu apabila mereka memulakan sekolah menengah tahun depan. – Agensi
TOP
Piala Dunia: Video - Iklan Antijudi Bola Sepak Dikritik
SINGAPURA – Satu iklan anti perjudian yang memaparkan seorang lelaki meletakkan wang simpanan anaknya sebagai wang pertaruhan dengan memilih skuad bola sepak Jerman sebagai juara Piala Dunia telah mendapat kritikan para pengguna dalam di laman sosial.
Kecaman dibuat apabila iklan itu ditayangkan semasa Brazil tewas dalam perlawanan separuh akhir menentang Jerman, kelmarin dengan keputusan 7-1.
Iklan yang disiarkan oleh Majlis Kebangsaan Singapura (NCPG) tentang perjudian itu telah memaparkan sekumpulan lelaki sedang membincangkan pasukan yang akan menjuarai pusingan akhir bola sepak Piala Dunia.
Mesej iklan itu bagaimanapun tidak dihiraukan penduduk di Singapura apabila Jerman berjaya menundukkan Brazil 7-1 kelmarin, yang disifatkan sebagai perlawanan separuh akhir terburuk dalam sejarah Piala Dunia. “Kelihatan seperti bapa kanak-kanak itu yang telah mempertaruhkan kesemua wang anaknya akan ketawa sepanjang jalan menuju ke bank,” kata Menteri Tenaga Kerja Singapura, Tan Chuan-Jin dalam kenyataannya di akaun Facebook miliknya. “Sekurang-kurangnya budak lelaki itu boleh mendapatkan wang simpanannya semula,” kata Menteri Muda Perdagangan, Teo Ser Luck. – AFP

Bil Cecah RM9000, Dafi Mengamuk di Twitter
Baru baru ini, Dafi mengamuk dengan syarikat telekomukasi gergasi Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.
“Bayangkan selama ini mereka selelu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan. “Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.
“Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram,”
Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.
Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time… service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family! Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.
Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. “Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?”
Sumber : Mstar
TOP
Kereta kebal Israel sudah kelihatan di sempadan Gaza, lagi 40,000 askar dipanggil
Gaza : Israel mengesahkan sedang melakukan persiapan bagi melancarkan serangan darat di Semenanjung Gaza.
Persediaan itu dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia mengadakan mesyuarat gempar membincangkan isu keganasan yang semakin meningkat di kawasan itu.
Presiden Israel Shimon Peres memberitahu CNN serangan boleh berlaku dalam masa terdekat.
"Jika pelancaran roket berterusan, kita tidak akan menolak kemungkinan serangan darat," katanya.
Kereta kebal Israel sudah kelihatan berkumpul di sempadan Gaza dan Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya.
Menurut penganalisa, tentera Israel yang memasuki Gaza berkemungkinan besar menghadapi senjata pembinasa kereta kebal oleh Hamas termasuk peluru Kornet yang diguna oleh Hezbollah ketika perang Lebanon 2006 selain bahan letupan buatan sendiri.
Kemungkinan juga anggota tentera Israel akan ditangkap bagi pertukaran tawanan perang.
Sekurangnya 74 warga Gaza terbunuh sejak Israel melancarkan Operasi ‘Protective Edge’ awal Selasa lalu untuk menghalang pelancaran roket.
Sehingga kini, tiada warga Israel yang maut.
Mesir juga telah membuka sempadannya di Rafah dan hospital di utara Sinai bersiap sedia merawat mangsa serangan itu, menurut agensi berita Mesir MENA.
Sementara itu, Ketua PBB Ban Ki-moon memberi amaran krisis ini boleh bertambah buruk dan menjadi tidak terkawal dalam sekelip mata dan berkata, risiko keganasan akan berleluasa menjadi semakin nyata.
"Kawasan Gaza tidak mampu terlibat dalam satu lagi peperangan besar," katanya.
Ban sudah bercakap dengan Peres, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengenai krisis ini.
Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
krisis ini, malam ini.
Keganasan kali ini adalah yang paling buruk di Gaza sejak November 2012 dengan 750 serangan udara Israel dalam tempoh 48 jam. - AFP
TOP
16 Pengalaman Pahit Berbuka Dengan Juadah dari Bazar Ramadhan 2014
Apa yang paling meriah ketika Ramadhan adalah ketika solat terawih bersama-sama dan juga mencari juadah berbuka pada waktu petang.
Kalau kita pergi sahaja ke Bazar Ramadhan semua perkara nampak sedap. Tapi harus beringat kerana sedap dimata, basi di mulut, poket pun kering. Nak tahu kenapa? Ikuti 16 kisah yang dikongsikan di blog KatakComel berkenaan juadah makanan Bazar Ramadhan 2014.
1. Ada la seorang makcik ni jual nasi daging. Kira dah nak habis dah nasi tu. Akulah pelanggan last dia, dia kata dia bagi nasi lebih la sebab nak habiskan terus nasi tu. Daging, kuah & sambal semua tu, 2 set dia buat untuk aku. Bila time nak bayar, harga pun dia lebih kan. Padahal bukan aku mintak semua tu lebih. Dah dia yang cakap dia nak bagi nasi tu lebih, aku ingat dia nak sedekah. – Ezul82
2. Rasa paling mahal kat pekan Nilai. Murtabak RM3 tapi nipis macam roti canai. Popia basah, satu seringgit. Ayam golek RM18/seekor tetapi besar macam anak ayam jer. Roti John RM5.50. Makanan kat pasar ramadan sini standard untuk orang kaya-kaya jer. – MaMuk
3. Beli nasi beriani + lauk kambing + ayam 2 ketul + daging masak kicap = RM20.00. Tapi nasi beriani sebungkus boleh dimakan 4 orang (2 dewasa + 2 kanak2) Lokasi Pinggiran Batu Caves. Orang yang duduk Sri Gombak, tahu nasi beriani pakcik ni. Tahun lepas RM7.00 sebungkus ayam dalam. Tahun ni tak sure sebab bini pergi beli. Baru beli last sunday. Yang teraniaya beli air tembikai (katanya) RM3.00 tapi berasa sirap. – Miloais
4. Pasar ramadhan Puncak Alam, popia goreng nampak macam sedap. 5pc RM3, sekali masa berbuka baru tau keras dia macam kayu. Inti dah berbau, ke tong sampah peginya. – Wulf888
5. Ini kes minggu lepas. Beli juadah berbuka siap2 utk ready berbuka dalam perjalanan dari kampung balik ke rumah. Beli putu piring RM3 5 keping je. Dari awal duk depan kedai die ade terbau macam bau masam. Tapi tak nak la berburuk sangka kat penjual. Beli jela sebungkus. Balik2 sampai kat rumah, berbuka puasa try 1 keping, suap je kat mulut terus terjuak. Memang dah basi rupanya. Rasa sume putu piring kat kedai die dah basi. Macam ini punya orang pun ada ke? Puuiihh! – Zfa85
6. Pasar Ramadhan Tanah Rata, Cameron Highlands.
Saya: kak bagi saya Sambal Bilis ni RM3.
Kakak tu ambiklah Sambal Bilis tu 1/2 sudu besar, lebih kurang 4 ekor bilis kat dalam tu.
Saya: kakak, saya nak RM3 sambal tu.
Kakak tu: Ini RM3 lah dik oi. Kata nak RM3 kan?
Saya: Takkan 3,4 ekor bilis jer kak? Saya nak makan dua orang. Tak apalah kak, saya tak jadi belilah. Maaf ya kak.
Kakak tu: Kalau tak nak beli sudahlah.
Itulah ceritanya. – Niks
7. Aku plak beli murtabak RM3. Nampak tebal tapi masa makan, bau cam longkang dan bau taik kucing. Beli plak ABC tapi isi takde, banyak ais je. Beli air bandung cincau dan katira rasa sepesen je. Beli onde2 tapi liat cam getah. Beli nasik kukus tapi nasik cam bubur. Last2 aku pergi bazar ramadan beli durian. 5 bijik RM10. Berbuka dengan durian je. Tak selera makan lepas banyak kali terkena. Memang sampah la. Aku sokong kata2 Azwan. – Tidusz 8. 1) Lokasi: Segambut SPPK
Kedai: Kedai air depan nasi briyani
Hal: Air tembikai tapi rase sebijik mcm sirap Tesco.Untuk tidak berlaku adil aku bancuh sirap tesco dan mmg pasti rase air tembikai.
2) Lokasi: Jalan Kuching
Hal: Ayam percik seketul RM6.
Mau tak tergezut aku..ho3. Kedai: Tak ingat sangat. Kat belah tengah bazar Jalan Kuching tu – Chesnatezs
9. Kadangkala terpikir dari tolong beli at bazar yg entah apa2 baik beli kat makcik2 jual juadah berbuka kat tepi2 jalan. Orang tua buat lagi ikhlas dari orang muda yg pikir untung jer.. Kat tempat saya nie, makcik jual tepi jalan kuih semua RM1 4 biji. Sedap lak tu. Kena bazar Ramadhan RM1 3 biji. Ada yang jual RM2 5 biji. Adeh. Rasa entah apa2. Hakikatnya Allah mmg saja uji kita bulan Ramadhan nie – Miejoo
10. Puasa kedua. Beli ayam masak merah kat bazaar ramadhan. Rasa lauk recycle. Lokasi dirahsiakan. Conclusion, masak sendiri. Tetapi bila muhasabah diri semula. Maybe ada benda yang tak kena dgn diri sendiri. Kena check and balance. Sepatutnya kena ada rasa kenikmatan dalam berbuka puasa. – Jaws Am
11. (a) Bazar Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Beli murtabak daging, RM5. Rasa macam haram, daging ciput, taruk lada hitam bebanyak plak tu. (b) Bazar Pasar Tani Bukit Gambir Ledang, Johor. Beli Roti John ayam dengan harga RM4. Rasa macam haram gak, macam makan roti john telur je. Sepotong daging ayam pun takde. Kucing aku yang kebulur nak makan pun takde selera. Jilat 2 3 kali dah tak nak makan.
12. Pasar Ramadhan Nilai (depan masjid baru). Murtabak nampak sedap time dia goreng. Balik makan, punyalah masin. Beli mee dan kuaw teaw talam. Campur. Bila balik mee ok. Kuew teaw basi, macam semalam punya. Harga plak standard hotel 5 bintang. – Zerodecibal
13. Aku harini tak puasa, gara-gara semalam keracunan makanan, malam semalam dah la perut memulas, buang air sembelit pulak tu, keras terus perut, bangun pagi demam. entahla racun apa yang aku beli kat bazar ni si peniaga jual. aku ni jenis makan tak tengok apa dah, kalau ada telur lalat ke, ulat lalat ke, aku telan je – The One
14. Bazar Sepang, murtabak daging dgn ayam xde beza. telur je semua. harga 3hinggit sekeping. beli 3 keping. tawar hebey… mengomel aku depan rezeki. Pada sape2 yg agak2 nak sakit perut tu, makan charcoal 2 bijik. insyaallah boleh meredakan keracunan yg dialami. ingat ye, disebabkan keracunan, bukan terlebih makan. – Youjinn
15. Hari pertama berbuka dengan sup dari bazaar ramadhan. Rasa sup tawar kemain. Rasa air jer. Hari kedua berbuka pula dengan ayam golek. Sama jugak tawar, rasa macam ayam dibakar tanpa rempah apa-apa. Hari ketiga, cuba beli sup dari gerai lain pula. Sama juga, cuma ada sikit rasa sup dan daging lebih walau pun murah dari yang 1st day. Hari ke-empat, goreng ayam sendiri. Puas hati. Hari ke-5, gi pasar malam. Beli makanan dari pasar malam sedap lagi. Lepas tu, walau simple macam mana pun, masak sendiri lagi best. – Qwerty79
16. Baru2 ni beli nasi pataya…cilakak tol nasi tu sejuk..telur selaput tu je yg panas. Bau dari peti ais… Air pulak sgt kelakar, air jual kat bazar ni rasa mcm nak buang je…tawar + gula pon xde rasa..ni semua kes nak jimat cost dan tambahkan keuntungan…salah majlis Perbandaran gak sebab letak hrga tapak tinggi.. – Vadeh

Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Sungai
IPOH – Mayat seorang wanita lengkap berpakaian tanpa pengenalan diri ditemui terapung di Sungai Pinji, berhampiran kawasan Taman Desa Pelancongan, Simpang Pulai, di sini, petang semalam.
Jurucakap polis berkata, mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 40 tahun itu ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira jam 2 petang.
Katanya, polis meminta bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai untuk mengeluarkan mayat ke tebing sungai.
Menurut sumber, hanya luka-luka kecil ditemui pada mayat tersebut dipercayai akibat terkena serpihan batu.
“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada kecederaan serius ditemui pada mayat wanita terbabit. Selain itu, mangsa turut memakai pelindung lutut (knee guard) di kakinya,” katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan akan dibedah siasat pada 10 Julai ini.
“Berikutan itu, beliau sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau rakan diminta tampil ke balai polis berhampiran dengan segera,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Serangan Udara Israel Masuk Hari Ke-3, 70 Maut
GAZA: Serangan udara Israel di selatan dan tengah Semenanjung Gaza meragut 20 lagi nyawa pada Khamis termasuk tujuh wanita dan kanak-kanak menjadikan jumlah korban sejak tiga hari lalu kepada 70 orang.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra memaklumkan bahawa serangan pertama hari ini disasarkan ke atas sebuah kedai kopi di bandar Khan Yunis di mana enam lelaki terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 yang lain cedera dalam serangan itu.
Serangan kedua pula dilancarkan keatas kem pelarian Nusseirat di tengah Gaza.
Serangan seterusnya di dua buah rumah di Khan Yunis mengorbankan tujuh orang, yakni tiga wanita dan empat kanak-kanak, katanya.
Berpuluh-puluh serangan kedengaran dan dilihat menghujani wilayah Palestin yang dikepung pada waktu awal Khamis, dalam operasi yang diberi jolokan Operasi Perlindungan Sempadan Israel, kempen ketenteraan yang terbesar terhadap Gaza sejak 2012, yang kini memasuki hari ketiga.
Pada Rabu, 29 penduduk Palestin terbunuh, dan jumlah keseluruhan pada hari Selasa adalah seramai 21 – CNN.
TOP
2 Lagi Ditahan Kes Bunuh Model Estonia
JOHOR BAHRU – Dua lelaki ditahan tengah malam tadi berhubung kes pembunuhan model sambilan warga Estonia di Mersing.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata kedua-duanya yang berumur 27 dan 30 tahun tinggal di Kuala Lumpur.
“Kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman dan ditahan sehingga 16 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Hasnan berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam laut di Pulau Rawa dekat Mersing awal bulan ini, pada mulanya dipercayai mati akibat lemas.
Regina Soosalu, 30, tiba di pulau itu pada 1 Julai sebelum ditemui lemas pada hari yang sama.
Sehingga semalam polis menahan enam individu di pulau berkenaan untuk membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Fizz Fairuz Panas Baran Sejak Isteri Mengandung
KUALA LUMPUR – Pelakon Fizz Fairuz mengakui sejak isterinya Almy Nadia disahkan hamil dia tiba-tiba bertukar sifat menjadi seorang yang panas baran dan sensitif terhadap perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya.
Fizz, 35, berkata, dia tidak pasti sekiranya perubahan emosi itu sebagai satu simptom ‘pembawakan budak’ namun bimbang akan ada pihak terasa hati dengan sikapnya itu yang sukar dikawal sejak akhir-akhir ini.
“Sejak Almy mengandung saya menjadi seorang yang sensitif dan panas baran secara tiba-tiba dan adakalanya gagal mengawal sifat tersebut yang mungkin akan membuatkan pihak lain terasa hati dengan saya.
“Jika ini salah satu simptom ‘pembawakan budak’ yang terkena pada suami, saya harap ia tidak akan kekal lama,” katanya kepada mStar Online.
Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Mat Tudung di Wangsa Walk, Wangsa Maju di pada Rabu.
Selain Fizz, filem arahan Wan Hafiz itu turut menampilkan Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.
Ia bakal ditayangkan bermula 28 Julai ini.
Dalam pada itu, Fizz enggan melayan kata-kata fitnah yang mempertikaikan tentang kehamilan dan usia kandungan isterinya dan mengambil pendekatan berdiam diri terhadap tohmahan sesetengah pihak.
Jelas Fizz, dia tidak mahu Almy tertekan dengan cerita-cerita buruk yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang akan memberi kesan kepada kandungan itu nanti.
“Pihak yang mempertikaikan tentang kehamilan Almy mungkin patut semak kembali bila kami bernikah dan bukan terus membuat tuduhan tidak berasas seperti ini.
“Saya sering pesan dengan Almy jika ada orang cerita yang bukan-bukan jangan layan kerana ia akan merebak menjadi besar. Lebih baik diam dan senyum sahaja,” jelasnya.
Sementara itu, Almy yang sedang hamil lima minggu mengakui perubahan sikap suaminya itu dan mengambil pendekatan sentiasa bersabar bagi mengelakkan masalah lain.
Jelas Almy, dia tidak terasa hati sekiranya Fizz ada melepaskan kemarahan kepadanya kerana dia tahu ia bukan disengajakan selain berharap fasa tersebut tidak berpanjangan.
“Mula-mula geram jugak tetapi ibu dan ibu mertua saya sering berpesan supaya bersabar kerana perubahan itu hanyalah sementara dan sekarang ini jika dia marah-marah saya akan diam sahaja.
“Sejak saya mengandung, Fizz juga mengidam pelbagai makanan dan ada sekali dia ingin makan telur itik lemak cili api untuk sahur selain beberapa makanan pelik lain,” ujarnya. – mStar Online
TOP
Velfire bernilai lebih RM300,000 milik Ning Baizura lesap
KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi popular, Ning Baizura menerima dugaan besar di bulan Ramadan ini apabila difahamkan dia telah kehilangan kereta jenis MPV di Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.
Murai Batu difahamkan, Kereta MPV itu adalah milik pengurusnya Aylwin Santiagoi, iaitu model Toyota Velfire yang berharga lebih RM300,000 dan mempunyai 7 tempat duduk serta buatan sepenuhnya dari negara Jepun.
Gambar kehilangan keretanya itu juga telah disebarkan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram sebagai platform kepada orang ramai sekiranya terjumpa, boleh hubungi ditalian yang tertera.
Murai batu cuba nak dapatkan komen Ning mengenai kehilangan kereta ini namun atas sebab-sebab tertentu dia tidak mahu mengulas lanjut. Kemungkinan serahkan sahaja pihak berkuasa seperti polis menyiasat kes ini sehingga selesai.
Apa-apa pun, Murai Batu simpati dengan kehilangan kereta MPV itu dan diharapkan Ning Baizura bersabar dengan ujian ini. Murai Batu doakan agar kereta itu ditemui secepat yang mungkin. – Murai
TOP
Ancaman Tanah Runtuh di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Ikon pelancongan negara, Cameron Highlands bakal berdepan bencana tanah runtuh dan banjir kilat jika pencerobohan tanah dan hutan di kawasan tersebut terus berleluasa.
Pakar Geologi dari Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin berkata pencerobohan di kawasan tanah tinggi itu boleh membahayakan memandangkan ia terletak pada ketinggian 1,829 meter dari aras laut dan merupakan kawasan cerun berbukit yang mudah mengalami hakisan tanah.
"Kawasan ini adalah kawasan cerun jadi kebarangkalian untuk berlaku hakisan tanah atau tanah runtuh sangat tinggi sekiranya penebangan pokok secara haram dilakukan secara berterusan.
"Ia kerana tiada lagi tumbuhan sebagai pengikat tanah di kawasan tersebut bagi mengukuhkan kedudukan tanah di kawasan itu", katanya kepada Bernama ketika dihubungi Khamis.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel yang berusaha membendung aktiviti pencerobohan tanah dan hutan yang didakwa berleluasa di kawasan terbabit sehingga menyebabkan kawasan itu berdepan risiko tanah runtuh dan banjir kilat.
Menurut Tajul Anuar, akar tumbuhan di sesuatu kawasan berperanan untuk menstabilkan cerun dengan mengikat zarah-zarah tanah kawasan tersebut dan proses evapotranspirasi yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan ini boleh mengurangkan tekanan liang dalam jangka masa tertentu dengan menyingkir air tanah.
Oleh itu, jelas beliau pemindahan pokok dan tumbuh-tumbuhan akibat aktiviti pencerobohan hutan akan menyebabkan kestabilan alam sekitar terganggu sekali gus mengundang bencana alam.
Menjelas lanjut, beliau berkata pencerobohan tanah pula akan menyebabkan tanah menjadi mendap sehingga menyebabkan sungai semakin cetek dan mengalami banjir kilat.
Katanya, geografi kawasan tersebut juga boleh berubah akibat pencerobohan kerana iklim mikro bagi kawasan tersebut dikawal oleh kepadatan tumbuh-tumbuhan.
Tajul Anuar berkata topografi Cameron Highlands adalah rencam kerana bentuk muka bumi kawasan tersebut dipenuhi bukit-bukau dan tanah beralun.
Oleh itu, katanya pencerobohan tanah di kawasan berkenaan sering terjadi tanahnya sangat sesuai untuk penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
"Penceroboh tahu kalau dia dapat mengusahakan tanah di kawasan itu pasti dia dapat mengaut keuntungan yang lumayan," tambah beliau.
Menurut beliau, pembukaan tanah pertanian di tanah tinggi itu seharusnya dirancang dengan betul kerana ia boleh menjejaskan keindahan dan kehijauan persekitaran itu.
Justeru, katanya, penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat adalah antara langkah terbaik bagi membendung masalah ini yang akan menjadi lebih buruk jika terus dibiarkan berterusan.
-- BERNAMA
TOP
Azwan Ali Dedah Dibayar Ribuan Ringgit untuk Tugas Memaki Hamun
Siapa yang tak kenal Azwan Ali? Seorang Diva yang bermulut laser yang tak lekang dengan ayat-ayat yang panas dan carutan yang menambahkan kepanasan ayat-ayatnya bila memaki hamun selebriti-selebriti lain secara terbuka.Walaupun berjaya mengumpul ramai musuh hasil dari caci maki beliau, Azwan Ali tetap gah dengan kerjanya.
Terbaru, pelakon dan pengacara itu membuat satu lagi pengakuan berkenaan tindakannya yang sering melemparkan kata-kata yang kurang enak kepada orang lain terutamanya dalam program MasterChef Selebriti 2 pada tahun lalu.
Dalam pengakuan tersebut, Azwan Ali berkata sebenarnya dibayar ribuan ringgit oleh pihak ASTRO untuk melakukan tugas mengkritik secara pedas setiap peserta MasterChef Selebriti 2. - SiakapKeli.com
Berikut adalah pengakuan Azwan Ali tentang perkara tersebut :
TOP
Isu 'Long Live Hitler', Bung Mokhtar Minta Maaf
Bung Mokhtar Radin, ahli parlimen Kinabatangan akhirnya memohon maaf diatas tweet kontroversinya yang berbunyi ' Long Live Hitler' yang mengundang kontroversi baru-baru ini.
Dalam permohonan maafnya di twitter, Bung Mokhtar menulis, “bila Jerman dibelasah Brazil, saya dengan secara tidak sengaja telah menyatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati penduduk Jerman. Jadi, saya memohon maaf seikhlas hati (berhubung tweet tersebut). Long live Bung”.
Tweet kontroversi Bung sebelum ini berbunyi, “Well done..Bravo..Long Live Hitler..” sebaik Jerman membelasah Brazil 7-1 pada peringkat separuh akhir sekali gus menempah slot ke peringkat akhir Piala Dunia 2014.
Kebanyakan pengguna Twitter mengeluarkan komen yang kurang sedap dan sinis terhadap tweet 'Long Live Hitler' Bung sebelum ini sehingga ada yang menyatakan tweet itu mencerminkan tahap pemikiran Bung - SiakapKeli.com

Propaganda Romeo dan Juliet di Timur Tengah Dikecam Rakyat Malaysia
Kecaman demi kecaman diberikan kepad Projek Dialog yang telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan seorang lelaki israel mencium seorang perempuan palestin. Lebih menambahkan kontroversi lagi apabila mereka bercium di antara dinding yang mana mungkin simbolik kepada percintaan terhalang seperti dalam cerita 'Romeo and Juliet'.
Gambar tersebut dikongsi dengan menggunakan tag #Love dan #happyramadhan yang agak sedikit mencalar kejatian umat islam lebih-lebih lagi kekejaman demi kekejaman yang dilakukan oleh israel dalam sehari dua ini.
Berikut adalah komen-komen yang diberikan oleh pengguna laman social terhadap perkongsian gambar tersebut :
Rata-rata pengguna laman social memberi kecaman terhadap gambar tersebut. Mungkin niat Projek Dialog ini lain, tapi berfikir dahulu sebelum berkongsi gambar di laman social, bukan main taram je. Projek Dialog adalah suatu ruang wacana sosial yang ingin memajukan debat dan persefahaman antara pelbagai suku kaum dan agama di Malaysia. - SiakapKeli.com

JPAM Tangkap Ular Sawa 130 Kg Di Perak
PADANG RENGAS – Gara-gara saiz terlalu besar, ular sawa seberat 130 kilogram (kg) yang berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Kangsar semalam, tidak dapat dimasukkan dalam guni dan terpaksa diletakkan dalam kenderaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, ular sawa sepanjang enam meter berkenaan dikatakan berlegar berhampiran rumah penduduk di Kampung Kuala Dal, di sini.
Seramai empat anggota JPAM bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam.
Seorang anggota, Ahmad Salihim Razali berkata, mereka menghadapi kesukaran untuk menangkap haiwan itu kerana saiznya yang besar dan agresif.
“Kami terpaksa minta bantuan orang kampung kerana ular itu terlalu agresif. Selepas bergelut hampir 30 minit, akhirnya kami berjaya menangkap haiwan tersebut.
“Guni yang kami bawa juga tidak cukup besar untuk memuatkan ular tersebut dan kami terpaksa meletakkannya dalam kenderaan bersama peralatan untuk mengelakkannya terlepas,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Daerah Kuala Kangsar, Mohd Haspi Hamzah memaklumkan, sebanyak sembilan kes tangkapan ular direkodkan jabatan itu sepanjang minggu lepas.
Menurutnya, jumlah itu meningkat berbanding minggu lain dan beliau mengingatkan orang awam supaya berhati-hati dengan kewujudan reptilia itu.
“Saya menasihatkan orang awam supaya bersedia untuk sebarang kemungkinan dan jika terserempak dengan haiwan berbisa, terus hubungi JPAM Kuala Kangsar,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
“Penulis Blog Tu Dah Macam Tidur Sebantal Dengan Isteri Saya” - Awie
Tahukah anda bahawa sekarang ini sedang tersebar satu tulisan mengenai tragedi yang sedang menimpa Awie dan isterinya, Rozana Misbun. Ditulis menggunakan nama pena Sangkalajari9, penceritaan si penulis memang agak terperinci dan seolah-olah kenal rapat dengan Rozana kerana jelas tulisannya membela isteri Awie .
Antara tulisan Sangkalajari9 yang menarik ialah penggunaan wang RM250,000 yang dikatakan menjadi punca Rozana Misbun dipukul oleh Awie. Sedikit petikan tulisan tersebut untuk anda:-
Bercakap menerusi portal Murai.com.my, Awie mempersoalkan identiti Sangkalajari9 yang seolah-olah tidur sebantal dengan isterinya. Kata Awie:-
Hmmmm. Kita tunggu sahajalah perbicaraan kes ini di mahkamah kelak - beautifulnara

Pengurus ternakan ikan warga China diculik berjaya diselamatkan - KPN
Yang Zai Lin.
KOTA KINABALU: Pengurus ternakan ikan warga China yang diculik di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lalu berjaya diselamatkan, awal pagi tadi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan mangsa, Yang Zai Lin sudah berada di Sandakan dan akan dibawa ke ibu negara petang ini sebelum dihantar balik ke China. - BH Online
TOP
Amar Taufiq Nama Anak Sulung Amar Asyraf
Jika semalam Media Hiburan Online ada kongsikan berita pelakon Amar Asyraf yang telah menimang cahaya mata sulungnya, kini pelakon ini telah berkongsi bersama pengikut di Instagramnya wajah serta nama anak kesayangannya itu.
Amar dan isteri, Arna Salleh nampaknya telah sepakat memilih Amar Taufiq sebagai nama untuk anak mereka.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini. Semoga Amar Taufiq membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. ─ Media Hiburan Karangkraf
TOP
Atlet Perlu Bersedia Bukan Sekadar Jadi Penumpang
ATLET yang menyertai kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland diingatkan perlu berada dalam keadaan bersedia untuk menggalas cabaran dan harapan yang dipertanggungjawabkan dan bukan sekadar mahu menjadi ‘penumpang’.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan prestasi Malaysia di temasya yang lepas, penyertaan kontinjen negara adalah untuk meraih kemenangan dan juga memungut pingat emas dalam acara yang dipertandingkan.
“Jangan kita melihat kepada atlet lawan seolah-olah mereka tidak boleh ditumbangkan. Ambil pengajaran daripada juara Piala Dunia sebanyak lima kali Brazil yang mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri tapi telah diaibkan.
“Kalau kita lihat pasukan Jerman pula, mereka satu pasukan lengkap dari segi individu, kekuatan dan juga mental secara berpasukan yang akhirnya membolehkan mereka meraih kemenangan besar.
“Jadi setiap atlet perlu bersedia sama ada bertanding secara individu atau berpasukan supaya tidak ada yang jadi penumpang sehingga kehadiran tidak dirasai. Bila bersedia, tidak mustahil kita boleh menang,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kontinjen negara ke Sukan Komanwel di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Menurut Khairy, setakat ini persiapan atlet berjalan lancar kecuali kecederaan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang menyebabkan beliau yang berpotensi meraih pingat emas menarik diri pada saat akhir.
Namun demikian, beliau berkata tanpa kehadiran Chong Wei tidak bermakna skuad badminton tidak boleh menyumbang pingat emas negara, kerana skuad badminton mempunyai pemain lain yang berpotensi.
Mengenai sasaran pungutan pingat pada temasya kali ini pula, Khairy berkata agak sukar untuk menyamai rekod terbaik negara iaitu 12 pingat di New Delhi, India pada 2010 kerana beberapa faktor namun beliau menerima dan bersetuju dengan sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang dianggap amat realistik.
MOM meletakkan sasaran tujuh pingat emas pada temasya Sukan Komanwel kali ini yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 3 Ogos.
Dalam pada itu, Khairy meminta agar rakyat faham sekiranya atlet terpaksa meninggalkan ibadah puasa demi perjuangan di pentas sukan antarabangsa agar prestasi tidak terjejas.
“Sukan Komanwel kali ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan ia satu cabaran besar kepada atlet beragama Islam. Namun, saya galakkan atlet yang berpeluang dan mampu (berpuasa) agar dapat menjalani ibadah ini dengan sempurna selagi mana tidak memudaratkan.
“Saya juga berharap rakyat faham dengan pengorbanan atlet negara kali ini yang terpaksa menyambut Aidilfitri di perantauan, jauh daripada keluarga dan sahabat,” katanya.
Kontinjen negara sebanyak 269 orang atlet dan pegawai, diketuai Ketua Kontinjen Datuk Ong Poh Eng. Malaysia menyertai 14 daripada 17 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, boling padang, gimnastik, hoki, judo, menembak, olahraga, ping pong, ragbi, skuasy dan tinju.
Pencapaian Malaysia dalam tempoh 20 tahun di Sukan Komanwel ialah dua pingat emas di Victoria 1994, 10 pingat emas di Kuala Lumpur 1998, tujuh pingat emas masing-masing di Manchester 2002 dan Melbourne 2006. Pencapaian terbaik ialah di New Delhi sebanyak 12 pingat emas pada 2010. – BERNAMA
TOP
Geng Curi Motosikal Jemaah Lumpuh
Nibong Tebal – Kumpulan curi motosikal dikenali sebagai Geng Pak Tam lumpuh selepas lima ahli kumpulan itu berusia 18 hingga 25 tahun dicekup polis dalam beberapa siri serbuan sekitar Nibong Tebal bermula 6 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata, kumpulan berkenaan dipercayai mula aktif mencuri motosikal sejak Ramadan bermula.
“Walaupun baru sahaja aktif kumpulan ini dipercayai sudah mencuri lebih 18 buah motosikal kemudian dileraikan bagi mendapatkan komponen alat ganti sebelum rangkanya dibuang ke dalam sungai.
“Sasaran utama kumpulan ini lokasi seperti masjid dan surau dengan mencuri motosikal milik jemaah yang sedang khusyuk menunaikan solat Tarawih dan beribadat,” katanya.
Shafien berkata, gerakan sedang dijalankan untuk mengesan beberapa lagi ahli kumpulan berkenaan masih bebas. - myMetro Online
TOP
Polis Maut, Empat Lagi Cedera Di Kelantan
GUA MUSANG – Seorang anggota polis maut, empat cedera, manakala tiga lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.
Mangsa yang juga pemandu kereta polis terbabit, Sarjan Sharudin Mohd Shah, 54, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM), jam 7.15 petang kerana mengalami kecederaan dalaman.
Empat lagi yang cedera menerima rawatan di hospital sama ialah pemandu kenderaan jenis Wolkswagen Passat, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, 27; penumpang, Mohd Zaki Ramli, 31; Che Mohd Faizul Che Abdullah, 29, dan Mohd Nuhairi Mat Jusoh, 30.
Tiga sekeluarga dari Taman Wangi Gua Musang yang terselamat ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi, Razlan Mohamad, 37; isterinya, Roziani Md Razali, 30, dan adik lelakinya, Syakiran Md Razaki, 22.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, untuk urusan rasmi.
Menurutnya, semasa dalam perjalanan itu, kenderaan Proton Preve milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua kereta yang menghala ke Gua Musang.
“Kereta mangsa dan Wolkswagen Passat remuk teruk, manakala Perodua Myvi hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya.
Saiful Bahri berkata, Allahyarham Sharudin berkhidmat sejak 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Jenayah IPD Gua Musang, meninggalkan seorang balu dan empat anak, masing-masing dua lelaki dan dua perempuan.
“Mayat mangsa dibedah siasat di HGM, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 11 Ketereh, Kota Bharu, petang semalam,” katanya. – Sinar Harian Online
No comments:
Post a Comment