TOP
Pemilihan Naib Presiden PKR, Rafizi Ditolak Ahli
PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang petah dalam sesuatu isu akhirnya disingkirkan oleh ahli parti sendiri apabila terkeluar daripada senarai empat calon yang memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan jawatan naib presiden.
Ahli Parlimen Pandan itu ketinggalan sebanyak 126 undi di belakang Dr Xavier Jayakumar yang berada pada kedudukan keempat apabila mendapat 17,461 undi.
Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas mendapat 17,587 undi.
Menerusi beberapa siri pengumuman keputusan pemilihan sejak tiga bulan lalu, Mohd Rafizi secara konsisten berada pada tangga ketiga namun terpaksa akur dengan kedudukan terkini yang membabitkan keputusan 195 daripada 198 cabang yang selesai menjalankan proses pemilihan dan pengiraan undi.
Bagaimanapun masih terdapat tiga lagi cabang yang belum menyelesaikan pemilihan dan pengiraan undi iaitu Kelana Jaya, Puchong dan Pensiangan.
Sementara itu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin turut memberi kejutan apabila berada pada tangga ketiga pemilihan Naib Presiden apabila mendapat 18,777 undi.
Selain itu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua kekal menguasai pemilihan jawatan Naib Presiden.
Nurul Izzah memperoleh 27,031 undi manakala Tian Chua mendapat 20,490 undi.
TOP
Pemilihan PKR: Kerusi Timbalan Presiden, Azmin Kekal Dahului Abdul Khalid
PETALING JAYA: Hasrat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menafikan penguasaan Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir musnah apabila musuh politiknya itu kekal mendahului keputusan terkini pemilihan.
Menteri Besar itu terpaksa berpuas hati apabila hanya memperoleh 17,608 undi iaitu ketinggalan sebanyak 3,458 undi di belakang Azmin.
Berdasarkan keputusan terkini sehingga 28 Jun lalu, Azmin yang juga penyandang jawatan timbalan presiden PKR berada pada kedudukan selesa apabila mendapat 21,066 undi.
Sementara itu seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden, Datuk Saiffuddin Nasution Ismail memperoleh 9,944 undi.
Keputusan terkini ini melibatkan 195 daripada 198 cabang di seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul menerusi sidang medianya pada Rabu berkata tiga lagi cabang yang belum selesai proses pemilihan dan pengiraan undi ialah Kelana Jaya, Puchong dan Pensiangan.
"Bagi Kelana Jaya dan Puchong, pemilihan semula akan diadakan pada 10 Ogos depan. Manakala bagi Cabang Pensiangan, kita hanya tunggu keputusan rasmi untuk disahkan.
"Semua keputusan penuh termasuk melibatkan tiga cabang ini akan diumumkan di Kongres Nasional pada 22 hingga 24 Ogos nanti," katanya.
TOP
11 Senator Mexico Lawat Malaysia Sempena 40 Tahun Hubungan Diplomatik
Abu Zahar (right) menerima kunjungan hormat Duta Mexico ke Malaysia, Carlos Isauro di pejabatnya di Parlimen.
KUALA LUMPUR: Seramai 11 Senator Republik Mexico akan melawat Malaysia pada Ogos depan sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara dua negara sejak 1974. Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, hasrat itu dimaklumkan oleh Duta Besar Republik Mexico di sini Carlos Isauro Felix Corona pada pertemuan mereka selama sejam di Parlimen di sini, Rabu. Beliau berkata, delegasi itu akan diketuai Presiden Hubungan Luar republik itu dan mereka dijadual berada di sini selama tiga hari bermula 7 Ogos. "Felix Corona turut memberitahu deligasi itu berhasrat mahu bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed semasa berada di sini. "Mereka juga berhasrat untuk melawat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana reputasi syarikat minyak negara kita di peringkat antarabangsa selain mahu berkunjung ke ikon pelancongan negara iaitu Batu Caves dan Melaka," katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu. Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata, beliau dimaklumkan bahawa Mexico kagum dengan pencapaian Malaysia yang cemerlang dalam pembangunan ekonomi, sehingga menjadi rakan dagangan nombor satu Mexico bagi rantau Asia Tenggara. "Bagi rantau Asia pula, Malaysia menduduki ranking keenam dan berada di kedudukan nombor 15 untuk seluruh dunia," katanya. Felix Corona juga memuji kemampuan Malaysia mengekalkan keamanan sehingga menarik minat ramai warga asing, termasuk sekitar 300 warganegaranya yang terdiri daripada golongan profesional, ahli perniagaan dan pelajar untuk datang ke sini.

1,748 Syarikat Lari Cukai, Kerajaan Rugi RM2.02 Bilion
KUALA LUMPUR: Kerajaan hampir-hampir kerugian sekitar RM2.02 bilion akibat perbuatan 1,748 syarikat pelbagai sektor yang dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cuba lari cukai dalam tempoh tiga tahun sejak 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan LHDN Datuk Mohd Nizom Sairi berkata bagaimanapun hasil audit pematuhan cukai yang dijalankan oleh LHDN, kerajaan bukan sahaja memperoleh semula hasil itu tetapi juga bayaran penalti berjumlah RM1.3 bilion daripada syarikat terbabit.
Semua syarikat berkenaan melakukan pelarian cukai tidak nyata dan tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah secara sivil di luar mahkamah iaitu perlu membayar cukai taksiran tambahan serta penalti, katanya.
Menurut Mohd Nizom LHDN juga mengambil tindakan jenayah jika terdapat bukti kukuh sesebuah syarikat melakukan pelarian cukai yang menuntut pembayaran cukai taksiran tambahan dan penalti, selain pemilik berdepan hukuman penjara.
Mohd Nizom berkata antara modus operandi syarikat yang cuba lari daripada membayar cukai ialah membuat tuntutan pembelian dan perbelanjaan palsu, tidak melaporkan jualan atau mengurangkan jualan yang dilapor, selain tuntutan elaun berlebihan atau tuntutan elaun tidak layak.
"Ada yang cuba laporkan sebahagian sahaja daripada keuntungan... mungkin transaksi jualan tunai tanpa resit yang dilakukan tidak dimasukkan dalam akaun, serta meningkatkan perbelanjaan belian kononnya untuk perniagaan," katanya.
Menurutnya ada juga antara syarikat terbabit menuntut potongan yang tidak sepatutnya atau secara berlebihan seperti elaun modal dan tuntutan insentif yang tidak layak.
Katanya bagi pembayar cukai yang tetap enggan melunaskan bayaran tambahan cukai dan penalti, LHDN akan menggunakan peruntukan menurut Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk menghalang mereka ke luar negara dan kaveat harta pembayar cukai bagi melunaskan tunggakan.
Mohd Nizom berkata meskipun sukar untuk menentukan jumlah pelarian cukai yang tepat setiap tahun, LHDN sentiasa mempergiat usaha untuk memastikan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar dapat dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya susulan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat pada 2001, LHDN menguatkuasakan audit pematuhan.
"Selepas audit dilakukan dan kalau kita kesan ada berlakunya taksiran kurang, melaporkan tidak betul, atau tidak melaporkan yang dengan sengaja dilakukan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan terhadapnya, kita akan betulkan semula dan taksirkan cukai tambahan berserta dengan penalti," katanya.
Beliau berkata LHDN mempertingkat penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan fungsi dan peranannya disedari oleh pembayar cukai, sekali gus dapat menghindari kegiatan pelarian cukai.
Mohd Nizom berkata orang ramai boleh melaporkan kegiatan pelarian cukai pendapatan kepada LHDN menerusi surat atau e-mel ke pelariancukai
TOP
Gempur Skim-Anti Piramid
PETALING JAYA: Sehari selepas operasi skim anti-piramid yang dikendalikan oleh seorang jutawan Cina, yang mendakwa dirinya individu terkaya di dunia, Zhang Jian diharamkan kini dua premis mereka pula diserbu pihak berkuasa.
Operasi yang dijalankan semalam melihatkan ibu pejabat mereka di Setia-Walk, Puchong, di sini dan pejabat mereka di George Town.
Lebih daripada 10 pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyerbu pejabat di Puchong pada pukul 11.30 pagi semalam dan merampas dua buah motosikal, mesin menguruskan badan, komputer riba, kemeja-T dan beberapa barangan yang mempunyai pelekat yang memaparkan wajah Zhang Jian.
Pegawai berkenaan turut merekodkan kenyataan daripada mereka yang berada di premis berkenaan termasuk tiga pekerja Myanmar dan beberapa ahli baru menyertai skim berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata kementerian telah menyiasat syarikat tersebut dan mendapati ia bertentangan dengan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
Pemilik skim berkenaan hanya mahu mendapat keuntungan semata-mata, tambahyna.
Di bawah Akta tersebut, jika didapati bersalah, seorang individu atau syarikat berdepan dengan denda maksimum RM10 juta atau lima tahun penjara.
Hasan turut memberi amaran agar syarikat lain yang menawarkan skim yang serupa segera menghentikan operasi mereka, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang masih berdegil.
Pada Isnin, Ketua Setiausaha Kementerian KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad bahawa skim tersebut telah diharamkan dan pihak berkuasa akan bertindak dengan menyita premis berkenaan. Di George Town, pihak penguatkuasa daripada dua agensi kerajaan telah menyerbu premis syarikat yang terletak di Jalan Tayvoy, namun mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana pejabat berkenaan telah ditutup. Pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) yang pertama tiba di lokasi kejadian diikuti dengan Jabatan Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Mereka mahu menyemak sama ada premis tersebut mempunyai lesen yang sah. Rosli Abdullah daripada MPPP berkata mereka dapat untuk memeriksa dan melihat sama ada pengusaha mempunyai permit yang sah. "Permit diperlukan sekiranya pemilik rumah mahu menjadikan premis mereka untuk kegunaan komersil. Kami di sini untuk menyemak sama ada mereka mempunyai dokumen yang sah," katanya.

'Pengembara' Mampu Sewa Bilik
Asiah Md Ariff.
JOHOR BARU: Kebanyakan golongan 'pengembara' ini sanggup tidur di atas kerusi di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru kerana mereka tidak mampu menyewa bilik di seberang tambak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Asiah Md Ariff, berkata secara puratanya golongan berkenaan memperoleh gaji sekitar S$1,000 (RM2,561) dan S$2,000 (RM5,123). Walaupun mampu untuk menyewa bilik, kumpulan 'pengembara' ini sanggup tidur dalam Kompleks CIQ dan JB Sentral. Kadar sewa bilik di Singapura ialah antara S$350 (RM890) sebulan sedangkan di JB Sentral sewanya sekitar RM350. "Kerajaan negeri sentiasa cuba untuk membantu golongan seperti ini, namun agak sukar apabila mereka memilih untuk hidup dengan cara seperti itu," kata Asiah kepada The Star. Asiah merasakan kumpulan tersebut lebih suka untuk tinggal di CIQ dan JB Sentral kerana selain daripada menjimatkan kos, mereka juga tidak perlu beratur panjang pada setiap pagi untuk masuk ke Singapura. "Kebanyakan mereka dibayar gaji mengikut jam dan ada juga yang bekerja lebih masa, oleh yang demikian mereka hanya memerlukan sedikit masa untuk rehat," katanya. Asiah berkata terdapat tawaran tempat tinggal percuma di Anjung Kasih, di Bangunan MCA, Jalan Segget di sini. Bagaimanapun kumpulan tersebut hanya boleh tinggal selama dua minggu sahaja. Exco Kerajaan Negeri itu berkata setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengadakan 69 operasi bagi membanteras kumpulan pengembara dan peminta sedekah. Tambahnya, tahun lalu seramai 75 gelandangan ditahan ketika 262 operasi yang diadakan di sekitar bandar raya itu.

'Pengembara' Sanggup Tidur di CIQ
Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru dibuka sebagai hab pengangkutan pada 2008. Bagaimanapun kini ia dijadikan kompleks untuk 'pengembara' tinggal sebelum pergi bekerja di seberang tambak.
JOHOR BARU: Setiap hari golongan 'pengembara' ini sanggup bersesak-sesak dengan orang ramai yang ingin masuk ke seberang tambak di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen ( CIQ) Johor Bahru di sini. Kumpulan 'pengembara' dari Malaysia ini selalunya tiba tepat pada masanya dan ada yang sanggup beratur seawal pukul 5 pagi. Sebaik sahaja melepasi semakan kastam dan imigresen, mereka akan menaiki bas dan bergerak ke Singapura.
Memalukan: Sebahagian daripada gelandangan ini tidur di kawasan menunggu di JB Sentral. Kebanyakan daripada kumpulan ini bekerja sebagai pekerja kilang dan tukang bersih pejabat. Tamat sahaja waktu bekerja mereka akan pulang dan kembali ke kompleks CIQ bersama-sama pekerja Malaysia yang lain. Ini rutin kehidupan mereka pada setiap hari. Kumpulan 'pengembara' ini tidak akan meninggal Kompleks CIQ mereka menghabiskan masa daripada siang hingga ke malam di sini dan JB Sentral. Terdapat kira-kira 100 orang daripada kumpulan ini yangbekerja di Singapura telah berkali-kali dihalau daripada oleh pengawal keselamatan dan pihak berkuasa. JB Sentral yang mempunyai keluasan 89, 417 kaki persegi merupakan satu-satunya pintu keluar masuk ke kompleks tersebut dengan kira-kira 300, 000 pengguna setiap hari. Dengan sebahagian daripada pekerja berulang alik menggunakan kompleks tersebut, kumpulan ini tetap berdegil dan tinggal di CIQ. Bagi mereka makanan tidak langsung menjadi masalah kerana terdapat 15 gerai makanan yang buka 24 jam sehari. Terdapat juga beberapa mesin ATM disediakan.
Seorang polis bantuan mengejut 'pengembara' yang tidur di surau. Kompleks CIQ Sultan Iskandar dibuka pada 2008 menjadikannya sebagai pintu keluar masuk bagi memproses dokumen yang baru. Kompleks berkenaan dan JB Sentral dijadikan sebagai hub pengangkutan bersepadu selatan. Ketika pihak media cuba mendekati mereka bagaimanapun enggan bekerjasama. Salah seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Sally, mendakwa dia sedang menunggu pasportnya dikeluarkan. "Saya tidak tinggal di sini, Saya hanya tunggu dokumen saya siap," katanya sebelum bergerak ke satu sudut di mana barangan peribadi seperti radio transitor, selipar, bedak disimpan. Beberapa pekerja kedai serbaneka dalam JB Sentral mengesahkan bahawa wanita berkenaan telah tinggal di bangunan tersebut sejak dua minggu lalu. Seorang 'pengembara' lelaki menafikan dia mempunyai niat untuk tinggal di sana. Lelaki tersebut yang dilihat dalam keadaan tergesa-gesa dengan cepat meninggalkan kami dan pergi menyambung tidurnya.

Garis Panduan 'Dapur Jalanan' Diumum 2 Minggu Lagi
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengumumkan garis panduan bagi Dapur Jalanan bergerak, yang mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan, dalam masa dua minggu lagi.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata garis panduan itu tidak melibatkan aktiviti Dapur Jalanan di premis tertentu seperti rumah ibadat dan kedai.
Katanya garis panduan itu bertujuan memastikan Dapur Jalanan bergerak yang menggunakan lori, van dan kenderaan lain memastikan aspek kebersihan diutamakan dalam aktiviti mereka.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif Sukan Malaysia Ke-17 dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama persatuan-persatuan sukan Wilayah Persekutuan di sini, Rabu.
Beliau mengulas mengenai peraturan Dapur Jalanan yang tidak dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini.
"Kementerian mungkin mencadangkan tempat bagi aktviti Dapur Jalanan bergerak seperti di dewan-dewan yang terdapat Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"Kita mungkin mencarikan tempat untuk mereka mengagihkan (makanan percuma). Kita tidak mahu (Kuala Lumpur) kelihatan seperti bandar raya pengemis," katanya.
Minggu lepas, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Dapur Jalanan tidak lagi dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini berkuat kuasa serta-merta.
Namun, semalam Tengku Adnan mengumumkan semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti Dapur Jalanan hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidil Fitri.
TOP
Jabatan Penjara Sasar Jualan Kuih Raya RM1.5 Juta
Sebahagian daripada banduan di Penjara Kajang yang sedang menyiapkan kuih raya. Foto S.S.KANESAN / THE STAR
KAJANG: Jabatan Penjara menyasarkan peningkatan jualan produk kuih raya keluarannya yang dihasilkan banduan seluruh negara mencecah RM1.5 juta tahun ini. Timbalan Komisioner Penjara Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Jabatan Penjara, Datuk Mohd Sakeri Dollah berkata, tahun lalu penghasilan produk itu mencatatkan RM1 juta. Katanya, produk kuih raya itu dihasilkan menerusi komitmen sebahagian daripada 11,000 banduan yang mengikuti latihan kemahiran di 12 penjara di seluruh negara. “Terdapat 40 jenis kuih raya, 18 makanan ringan dan tujuh makanan sejuk beku,” katanya pada sidang media dalam Lawatan Media Sempena Ramadan dan Sambutan Aidilfitri oleh Penghuni Penjara di Penjara Kajang di sini, Rabu. Antara penjara yang melaksanakan latihan kemahiran itu ialah Alor Setar, Seberang Prai, Tapah, Kluang dan Pengkalan Chepa, selain Penjara Wanita Kajang dan Kota Kinabalu.
Mohd Sakeri Dollah.
Sebelum ini, jabatan itu menyasarkan jualan pelbagai produk keluarannya mencapai RM25 juta tahun ini, berbanding RM21.5 juta tahun lalu. Semua produk keluaran penjara akan dipasarkan dan dijual berdasarkan permintaan, pameran dan laman web rasmi jabatan. Mohd Sakeri berkata, produk makanan itu diperakui Kementerian Kesihatan dan memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Katanya, setiap banduan yang menghasilkan produk itu akan diberi insentif dalam bentuk kewangan selepas dibebaskan. “Bagi banduan baharu belajar di dalam latihan akan dibayar dari 60 sen sehingga 80 sen sehari. Mereka yang mahir akan diberi minimum RM2.50 sehari,” katanya. Mengenai cadangan menaikkan kadar insentif bantuan, Mohd Sakeri berkata, ia kini dalam peringkat kajian untuk mempertimbangkan cadangan itu. “Kita sudah membincangkannya dalam perancangan kerana harga barang semakin tinggi dan kos sara hidup juga tinggi,” katanya.

Masa Sukar Bagi semua Doktor
Dr Mahendran: Penutupan 500 klinik merugikan negara.
SEJAK berdekad lalu, kursus perubatan sememangnya pilihan yang popular dengan kelahiran lebih ramai doktor baru menyebabkan klinik tumbuh bak cendawan selepas hujan terutamanya di bandar. Tetapi kini sejak 2004, lebih 500 buah klinik telah ditutup operasinya di sekitar di ibu kota sahaja. Di seluruh negara pula terdapat lebih 8,500 klinik swasta namun kini jumlah tersebut semakin berkurangan. Dr Rajamohan Anamalai, 65 tahun, seorang pengamal perubatan berkata, beliau mula membuka Klinik Desa di kilometer 4 Jalan Klang Lama, pada 1984. Klinik beliau dibuka enam hari seminggu, dan dia mampu merawat kira-kira 30 orang setiap hari. "Pada 1980-an, klinik saya satu-satunya klinik yang terdapat di kilometer 4 Jalan Klang Lama. Ketika saya menutup klinik tersebut pada 2006, hanya terdapat 10 orang pesakit yang saya rawat setiap hari. "Situasi ini menjadi lebih buruk hari ini kerana semakin banyak klinik dibuka di kawasan berhampiran," katanya lagi. Dr Rajamohan, yang kini bekerja sebagai pegawai perubatan di Jabatan Penjara berkata, membuka klinik di bandar adalah satu tindakan yang tidak berdaya saing kerana terdapat ramai doktor yang membuka klinik di kawasan yang sama. Beliau berkata, kebanyakan pesakit kini sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam di klinik kesihatan ekoran kenaikan kos. Justeru, Dr Rajamohan berharap memperkenalkan Sistem Pembiayaan Perubatan Nasional yang dapat memberikan manfaat kepada pesakit dan pengamal perubatan swasta. Menurut beliau, sistem tersebut membolehkan pesakit mendapat akses penjagaan yang berkualiti, tanpa mengira umur dan kondisi fizikal. Beliau menjelaskan bahawa di bawah sistem berkenaan, pesakit boleh memilih doktor, dan apa yang boleh ditukar. Bagaimanapun, sistem berkenaan masih belum dapat dilaksanakan. "Saya akan menimbangkan untuk membuka semula klinik swasta sekiranya sistem ini berkuat kuasa. "Apabila sistem penjagaan kesihatan ini dilaksanakan, akan ada garis panduan yang lebih baik dan pesakit akan menerima rawatan yang lebih sempurna," katanya. Seorang lagi doktor yang enggan dikenali berkata dia telah menutup klinik yang terletak di Bandar Utama kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Beliau kini bekerja di klinik rakannya dan turut melakukan kerja sambilan dalam jualan langsung, yang telah dijamin memberi keuntungan. "Premis yang terletak di lokasi utama menelan belanja sekitar RM20,000 setiap bulan. Menjalankan klinik persendirian tidak lagi memberi keuntungan," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Organisasi Doktor Primary Care, Dr Mahendran Markandoo berkata 500 buah klinik yang telah ditutup itu dapat digabungkan dengan klinik kerajaan sekiranya Sistem Pembiayaan Perubatan dan Kesihatan Kebangsaan dilaksanakan terlebih awal. "Sekiranya sistem ini dikuatkuasakan, klinik swasta akan dapat mengendalikan kes kronik dan pesakit tidak perlu menunggu giliran di hospital kerajaan," katanya. Beliau berkata penutupan 500 buah klinik itu merupakan satu kerugian pada negara. Beliau turut menggesa kerajaan melaksanakan sistem kupon kepada pesakit yang melawat klinik swasta sementara menunggu Sistem Pembiayaan Perubatan Kebangsaan masih dibincangkan. Dr Mahendran berkata, pesakit yang berdaftar di primary care akan diambil oleh klinik swasta sementra hospital kerajaan dan swasta akan menjadi pilihan kedua dan ketiga sahaja. "Kebimbangan kerajaan adalah kenaikan kos. Saya fikir klinik swasta akan dapat membantu kerajaan menjimatkan dan memberikan khidmat yang lebih mesra pelanggan," katanya lagi.

Tweet 'Hitler' Tidak Serius - Bung Mokhtar
Bung Mokhtar Radin.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mempertahankan 'tweet' Hitler sambil menambah mereka yang menyerangnya di laman sosial itu bertindakn secara sengaja memandangkan diriya seorang wakil rakyat. Bung berkata sebagai peminat pasukan Jerman beliau sangat gembira dengan kekalahan 7-1 yang dialami Brazil pada saingan separuh akhir Piala Dunia dan tidak salah untuknya membuat perbandingan dengan Adolf Hitler. "Saya tidak tahu apa yang salah dengan masyarakat seperti ini. Hitler adalah sebahagian daripada sejarah pasukan Jerman untuk bangkit dan menang besar seperti beliau," katanya kepada The Star Online pada Rabu. Pada pagi Rabu, sebaik sahaja berakhir perlawanan Jerman menentang Brazil yang menyaksikan negara tembok Berlin itu berjaya menyingkirkan Brazil 7-1 dalam saingan Piala Dunia, Bung menghantar tweet yang berbunyi, "Tahniah! Panjang Umur Hitler." Hitler merupakam pemimpin Nazi Jerman sejak 1933 hingga 1945, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam perang yang menghancurkan jutaan pengikut Yahudi. Tweet Bung tersebar meluas menyebabkan warga sosial mengutuk tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan beliau didakwa 'tidak sensitif dan tidak berakal'. "Saya fikir masyarakat hari ini perlu menukar tahap pemikiran mereka. Apa juga yang saya 'tweet' mereka akan menghentam saya. "Mereka tidak hanya menghentam saya kerana Hitler, tapi hanya kerana saya Bung Mokhtar," katanya.

Suri Rumah, Warga Vietnam Maut Kemalangan
Mayat lelaki warga Vietnam, Le Ngoc Toan tercampak kira-kira 35 meter selepas bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan yang menyebabkan dua maut di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kelulut di Marang, malam Selasa.
MARANG: Seorang wanita tempatan dan seorang buruh warga Vietnam maut manakala dua lagi parah setelah terlibat dalam nahas melibatkan dua kereta serta sebuah motosikal dalam kemalangan di KM21.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kelulut, di sini malam Selasa. Dalam kejadian 9 malam itu, suri rumah, Zuraiha Zainal Abidin, 33, dan Le Ngoc Toan, 30, mati di tempat kejadian setelah masing-masing mengalami kecederaan parah pada anggota badan. Menurut jurucakap polis Marang, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang warga Vietnam itu dari arah Kuala Terengganu ke Dungun, cuba memotong sebuah kereta Proton Iswara. Bagaimanapun lelaki Vietnam berkenaan gagal memotong kereta yang dinaiki Zuraiha bersama suami serta empat anaknya lalu merempuh sebuah Mercedes Benz yang datang dari arah bertentangan. Katanya susulan rempuhan itu, Mercedes Benz yang dipandu Tengku Nasruddin Tengku Mahmud, 41, hilang kawalan lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki keluarga berkenaan. Menurut jurucakap polis itu, rempuhan kuat tersebut mengakibatkan warga asing berkenaan tercampak kira-kira 35 meter dan putus kaki kanan serta tangan kanan hampir putus. Suami Zuraiha, Badrul Hisham Bakar, 39, yang merupakan pemandu kereta Proton Iswara juga parah serta patah kaki kiri dan anak lelakinya Muhammad Adam Muamzar, 6, parah di kepala. Tiga lagi anaknya, Muhammad Adam Wazif, 8, Nur Nia Dzaira, 4, dan Qaseh Eva Qaizara, 1, cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dua penumpang kereta Mercedes Benz itu, Tengku Yusof Tengku Mahmud, 58, yang merupakan bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dan Penolong Pendaftar UiTM Dungun, Mohd Nasrul Nizam Mohd Nasir, 33, tidak mengalami sebarang kecederaan. Sementara itu ibu saudara Zuraiha, Rosmaliza Kadir, 41, berkata beliau difahamkan anak saudaranya itu dalam perjalanan dari Kampung Palekbang, Kelantan menuju ke rumah kakak iparnya yang tinggal di Paka, Dungun. "Saya terkejut selepas terima panggilan telefon mengatakan anak saudara saya terlibat dalam kemalangan dan saya terus bergegas ke hospital," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Ketua Polis Daerah Marang DSP Risikin Satiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke HSNZ untuk bedah siasat manakala kesemua mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Lima Lelaki Ditahan, Geng Samun Kargo Tumpas
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Datuk Hasnan Hassan (kanan) dan pegawainya menunjukkan gambar treler dengan muatan besi kargo yang berjaya ditemui dengan penahanan pemandu treler berkenaan dan empat lelaki di Tampoi dan Skudai pada sidang media di Stor Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor pada Rabu.
JOHOR BAHARU: Polis Johor menyelesaikan dua kes samun kargo termasuk satu dengan muatan besi bernilai RM300,000 selepas menangkap lima lelaki termasuk seorang pemandu treler di Nusajaya, Khamis lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata polis bertindak menahan pemandu treler berusia 30-an itu selepas siasatan mendapati dia membuat laporan palsu mengenai trelernya disamun pada 3 Julai lepas. "Pemandu itu menerusi laporan polis pada 3 Julai mendakwa treler bermuatan besi yang dipandunya disamun di Kawasan Industri Lima Kedai dekat Gelang Patah di sini. "Siasatan mendapati dia berbohong dan dia ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu. Hasnan berkata susulan soal siasat terhadap suspek, polis menahan empat lagi yang berusia 23 hingga 36 tahun di Tampoi dan Skudai. Katanya polis kemudian merampas sebuah treler bernilai RM200,000 selain tiga keping surat penghantaran daripada suspek yang dipercayai turut terbabit dalam satu lagi kes samun kargo di Nusajaya. Menurut Hasnan siasatan polis mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi positif dadah. Kelima-limanya ditahan reman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaaan, katanya. Mengulas kes lain, Hasnan berkata polis sedang memantau 57 pusat hiburan keluarga dan 60 premis yang beroperasi seakan-akan pusat hiburan keluarga tidak berlesen atau lesen tamat tempoh, serta dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian. Ini kerana katanya siasatan mendapati ada pengendali premis memanipulasi sesetengah permainan video di dalam premis mereka untuk tujuan perjudian dengan kaedah pertukaran mata terkumpul kepada wang tunai. Beliau berkata sejak tahun lepas hinga Jun lalu, pihaknya melakukan 929 serbuan dan menahan 1,955 individu selain merampas 2,824 unit mesin di pusat hiburan keluarga, dalam usaha membanteras perjudian.

Anggota Polis Maut, Empat Orang Awam Cedera Dalam Kemalangan
Keadaan kereta jenis Perodua Viva (kiri) yang dinaiki mangsa Noor Aziemah Mat Ruki, 28, yang maut bersama ibunya Azizah Deraman, 49, selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Tok Kenali, Pulau Hilir, Kubang Kerian kira-kira pukul 10.45 malam dekat sini malam tadi. Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat. -Foto BERNAMA.
GUA MUSANG: Seorang anggota polis maut manakala empat orang awam cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di KM10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam. Sarjan Sharudin Mohd Shah, 54, pemandu kereta polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang meninggal dunia di Hospital Gua Musang pada 7.15 malam selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 3.45 petang itu. Mereka yang cedera ialah pemandu kereta Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, 27, dan tiga penumpang - Mohd Zaki Ramli, 31, Che Mohd Faizul Che Abdullah, 29, dan Mohd Nuhairi Mat Jusoh, 30. Kesemuanya dirawat di hospital yang sama. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian itu berlaku ketika Sharudin memandu kereta polis jenis Proton Preve berseorangan dalam perjalanan dari IPD Gua Musang ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh di sini. Kereta yang dipandu Sharudin dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua kereta menghala ke Gua Musang. Sharudin meninggalkan seorang isteri dan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 11 Ketereh, Kota Baharu hari ini.

Tiada Kemalangan Maut Di Genting Highlands Sejak Tragedi Bas Ogos Lalu
KUALA LUMPUR: Tiada kemalangan maut direkodkan di laluan Genting Highlands sejak berlakunya nahas bas yang mengorbankan 37 nyawa pada Ogos tahun lalu.
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, menerusi Operasi Bersama khas yang diketuai PDRM bersama agensi-agensi lain sejak berlakunya kemalangan ngeri tersebut, hanya satu kemalangan ringan direkodkan di sepanjang laluan ke pusat peranginan tanah tinggi itu.
"Sejak kemalangan bas pada Ogos lalu, jumlah kemalangan yang berlaku di laluan ke Genting Highlands hampir sifar dengan hanya satu sahaja kemalangan yang menyebabkan kecederaan ringan.
"Ini merupakan hasil tindakan operasi pencegahan dengan mengadakan sekatan, pemeriksaan alkohol dan dadah, pemeriksaan kenderaan dan terhadap atas pemandu bas di terminal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Rabu.
Mohd Fuad berkata, Operasi Bersama Khas ini melibatkan agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Puspakom, Jabatan Alam Sekitar, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Resort World Genting.
"Operasi ini menampakkan hasil dan sekurang-kurangnya ia boleh mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan jalanraya dan badan-badan penguatkuasa jalan raya ," katanya.
Menurut Mohd Fuad, operasi yang dijalankan pada Februari, Mac dan April tahun ini melibatkan empat lokasi utama iaitu di susur Genting Sempah, susur Gombak Genting dan Batang Kali serta di Terminal Bas Genting.
Katanya, sebanyak 2,668 saman melibatkan kesalahan seperti kesalahan nombor pendaftaran, lampu brek, lesen tamat tempoh, tiada lesen memandu dan tidak memakai tali keledar telah dikeluarkan sepanjang operasi dijalankan.
"Daripada jumlah saman tersebut, sebanyak 210 saman dikeluarkan terhadap kenderaan jenis bas.
"Walaupun tiada kesalahan dicatatkan terhadap pemandu bas hasil pemeriksaan dadah di terminal, sekurang-kurangnya tindakan pencegahan telah diambil dan operasi ini akan tetap diteruskan," katanya.
Pada 21 Ogos lalu kemalangan bas yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands yang dinaiki 53 penumpang terjunam ke dalam gaung di KM 3.5 Jalan Genting Highlands yang menyebabkan 37 orang maut.
Kejadian berlaku ketika bas tersebut sedang menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke Kuala Lumpur.
TOP
Penganggur Dipenjara 20 Hari Curi Beg Tangan
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara 20 hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beg tangan seorang pelancong wanita dari Korea Selatan membabitkan kerugian kira-kira RM2,000.
Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Lim Kok Boon dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada Sabtu lepas.
Lim, 46, didakwa mencuri beg tangan jenama Gucci milik Kim Min Joo yang mengandungi pelbagai barangan berharga termasuk tiga keping kad kredit, telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S3 dan wang tunai berjumlah USD100 (RM316.90) di Wei Zhen Gong Guan Yin Temple Jalan Stadium, Dang Wangi di sini pada 12 tengah hari.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Nithia memohon hukuman setimpal dengan alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan memburukkan imej negara kerana ia melibatkan pelancong asing, namun Lim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana dia tidak bekerja dan tidak mempunyai tempat tinggal.
Di mahkamah sama, seorang juruteknik komputer M.F. John Decroocq, 28, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Thalif Mahaf, 45, dengan menampar dan menumbuk muka mangsa di hadapan pasar raya KK Mart, Jalan Raja Laut, Dang Wangi di sini pada 10.30 pagi pada Sabtu lepas.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM600 dan menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Nithia.
TOP
Edar Dadah: Dua Sahabat Ke Tali Gantung
ALOR SETAR: Dua sahabat hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 17.7 gram dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine kira-kira dua tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Iswandi Din, 26, dan Ahmad Azizuddin Mohd Radzi, 27, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
"Kedua-dua tertuduh dalam pembelaan telah menafikan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Saya telah mempertimbangkan keterangan tertuduh...keterangan kedua-dua tertuduh diada-adakan.
"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes dadah ini adalah melampaui keraguan munasabah," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.
Beliau berkata pihaknya tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati mandatori kerana hanya itu hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan.
Kedua-dua tertuduh yang merupakan penganggur dituduh mengedar dadah berbahaya seberat 17.7 gram iaitu 15.1 gram heroin dan 2.6 gram monoacetylmorphine di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan kaunter feri, Jeti Point Kuah, Langkawi pada 7 malam, 3 Sept 2012.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.
TOP
Lelaki Ditahan Bantu Kes Pemilik Pusat Karaoke Parah Ditetak
NIBONG TEBAL: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemilik pusat karaoke cedera parah diserang tiga lelaki bersenjatakan parang di hadapan premis hiburan itu di Simpang Ampat, di sini awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Bukit Tambun, dekat sini pada pukul 1.30 tengah hari Rabu.
"Lelaki yang ditahan dan bekerja sebagai peniaga itu bukan seorang daripada yang menyerang mangsa tetapi kami percaya kejadian itu akibat perselisihan faham antara mangsa dan lelaki yang ditahan itu melibatkan masalah hutang," katanya.
Beliau berkata lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan menyebabkan kecederaan parah itu kini direman bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian pukul 3.20 pagi itu, seorang pemilik pusat karaoke berusia 56 tahun cedera selepas ditetak di beberapa bahagian badan termasuk kepala dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
Shafien berkata usaha mengesan tiga lelaki yang menyerang mangsa masih giat dijalankan dan polis percaya mereka diupah untuk bertindak sedemikian.
"Kami percaya mereka masih berada di sekitar negeri ini dan siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali tiga lelaki yang menyerangnya," katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau mengenai tiga lelaki berusia 20 hingga 30 tahun yang menyerang pemilik pusat karaoke itu, supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu, polis mencari seorang lelaki rakyat Myanmar yang dikenali sebagai Tang Jing, 30-an, bagi membantu siasatan kes bunuh pembekal ayam di Jalan Changkat, di sini pada 20 Jun lepas.
Shafien berkata polis telah mendapat lakaran wajah lelaki itu yang bekerja dengan mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik kejadian itu.
"Lelaki itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dan kami percaya dia yang bekerja di negeri ini sejak beberapa tahun lepas masih berada di Pulau Pinang dan bersembunyi bagi mengelak dikesan polis," katanya.
Dalam kejadian itu, mayat Tan Chye Sian, 41, ditemui abangnya yang datang ke premis berkenaan pada pukul 10 pagi selepas mangsa tidak menjawab panggilan telefonnya.
Sementara itu, Shafien berkata polis turut mencari seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan S.Vijaindran, 24, di hadapan sebuah kedai di Bandar Tasek Mutiara, di sini pada 7 Jun 2011.
Lelaki yang dikenali sebagai M.Sundaresan, 26, dan alamat terakhir di 24A, Jalan Tasek SS 1, Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini merupakan saksi utama kes itu.
"Kes itu telah didakwa di mahkamah hari ini selepas seorang lelaki menyerah diri pada 25 Jun lepas dan polis memang mencari dia dan Sundaresan sejak tiga tahun lepas bagi membantu kes itu," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki Myanmar dan Sundaresan boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP M.Govindarajan di talian 019-5663040 atau balai polis berhampiran.
TOP
Rogol Dan Kurung Mangsa: Enam Lelaki Ditahan
MELAKA: Pasangan suami isteri antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata suami isteri berusia 32 dan 26 tahun yang dipercayai dalang kes terbabit ditahan di dua lokasi berasingan bermula 6.40 petang Rabu.
"Lelaki tersebut ditahan di pekan Rembia, Alor Gajah manakala isterinya menyerah diri di Balai Polis Rembia beberapa jam selepas penahanan suaminya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki dua rekod jenayah lampau melibatkan ugutan jenayah dan dadah.
Katanya empat lagi lelaki berusia 55 hingga 62 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan dengan dua daripadanya masing-masing menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Rembia manakala dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Seri Krubong dan Durian Tunggal.
Salehhudin berkata kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Dalam kejadian itu, mangsa bertindak meminta pertolongan orang awam setelah dia tidak dapat melarikan diri berikutan pintu pagar premis itu berkunci.
Mangsa yang berasal dari Perak dibawa ke premis itu oleh dua lelaki yang baru dikenali sebulan lepas dari rumah sewanya di Rembia dengan menaiki kereta sebelum dirogol tiga lelaki lain kira-kira 10 malam Isnin.
TOP
Maybank Buka Cawangan Ke-17 Di Kemboja
KUALA LUMPUR: Maybank Cambodia plc melancarkan cawangannya yang ke-17 di Ta Khmao, Wilayah Kandal untuk memperluas kedudukannya di seluruh negara dan menyediakan akses kepada perkhidmatan perbankan yang mudah kepada masyarakat.
Dalam kenyataan pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Maybank Cambodia, Lee Tien Poh, berkata minat pelabur yang mendalam di Ta Khmao menyebabkan peningkatan pelanggan dan aktiviti komersil.
"Pembukaan cawangan itu mencerminkan misi bank untuk memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan dan komitmen jangka panjangnya untuk menyokong pembangunan ekonomi negara," katanya.
Lee berkata bank itu telah membuka empat cawangan pada tahun lepas dan telah meningkatkan lagi pertumbuhan deposit yang menunjukkan pertumbuhan sihat sebanyak 40 peratus tahun ke tahun.
TOP
Album: Wajah Kekecewaan Kekalahan Brazil 1- 7 Kepada Jerman
DALAM perlawanan peringkat separuh akhir Piala Dunia pada pagi Rabu menyaksikan pasukan tuan rumah, Brazil dimalukan Jerman dengan jaringan 7-1.
Kekalahan itu bukan sahaja menyedihkan penyokong yang terdiri daripada warga negara Brazil tetapi dari seluruh dunia.
Berikut merupakan antara gambar kekecewaan Brazil yang berjaya disenaraikan oleh mStar Online.
TOP
40 Peratus Muka Baharu Dalam Skuad Kebangsaan - Dollah
PETALING JAYA: Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkemungkinan besar akan mengambil beberapa pemain daripada pasukan lamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai barisan skuad kebangsaan.
Katanya beliau sudah mempunyai senarai pemain yang akan dipanggil namun ianya akan diumumkan selewat-lewatnya awal minggu depan sebelum berangkat menunaikan umrah, Isnin ini.
Pada 28 Jun lepas, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah telah mengumumkan pelantikan ketua jurulatih skuad Liga Perdana PDRM itu sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.
"Kemungkinan besar saya akan membawa pemain pertahanan PDRM Mohd Muslim Ahmad dan beberapa muka baharu lagi untuk menyertai skuad baharu Harimau Malaya," katanya kepada Bernama di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini pada Rabu.
Beliau berkata Mohd Muslim adalah seorang pemain yang berbakat dan telah membuktikan beberapa kejayaan ketika beraksi bersama PDRM dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Mohd Muslim pernah menyertai skuad kebangsaan pada tahun 2009 dan pernah menjadi kapten pasukan Harimau Muda A pada 2011 sebelum menyertai pasukan Terengganu pada 2012.
Menurut Dollah, beliau telah membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian besar pemain lama skuad Harimau Malaya dan hanya akan membawa masuk 40 peratus muka baharu.
Dalam pada itu, Dollah turut menyuarakan hasratnya untuk memastikan skuad kebangsaan berjaya ke peringkat akhir dalam Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 Nov hingga 20 Disember ini.
Walaupun kini tinggal kurang daripada lima bulan sahaja, beliau yakin skuad Harimau Malaya dapat beraksi dengan baik.
"Kita akan cuba yang terbaik, ialah memang sukar sebab masa begitu singkat, tapi saya akan lakukan yang terbaik...lagipun sekarang kita ada Piala Malaysia pada bulan Ogos ini, mungkin dalam bulan September baru kita boleh mulakan latihan," katanya.
Katanya, walaupun memikul tugas yang berat, beliau tidak akan menghampakan peminat, malah beliau akan cuba menggunakan pendekatan baharu dan tidak akan meniru pendekatan yang digunakan oleh mana-mana jurulatih terdahulu.
Menjelang Piala Suzuki AFF, beliau akan mencorakkan strategi pemain dalam perlawan persahabatan antarabangsa dengan Tajikistan pada 6 Ogos ini dan Jordan (11 Oktober) serta Singapura dan New Zealand yang masih dalam perbincangan.
Sementara itu, pengurus baharu pasukan Harimau Malaya, Datuk Sudarsono Osman turut yakin dengan bimbingan Dollah selaku jurulatih baharu, mampu membawa skuad negara ke peringkat akhir.
"Kita tahu harapan peminat-peminat dan penyokong kita memang sangat tinggi dan sudah tentu menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi memenuhi harapan ini," katanya.
Malaysia sebelum ini pernah menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010 dan pada edisi 2012 yang berlangsung di Malaysia dan Thailand, skuad Harimau Malaya sekadar mara ke peringkat separuh akhir sahaja.
TOP
Pesta Bola Merdeka Batal - FAM
Hamidin Mohd Amin
PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa membatalkan Pesta Bola Merdeka pada tahun ini bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Muda menghadapi Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, bermula 19 September ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee akan berlepas ke China pada awal September ini bagi menjalani latihan persiapan dan perlawanan persahabatan di sana sebelum ke Incheon. "Pasukan perlawanan persahabatan akan diketahui dalam masa terdekat," katanya pada sidang media bagi memperkenalkan jurulatih baharu Harimau Malaya, Dollah Salleh, di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini, Rabu. Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata semua perlawanan Piala Malaysia yang bertindih dengan tarikh perlawanan persahabatan antarabangsa akan ditunda bagi membolehkan skuad Harimau Malaya memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember ini. Beliau berkata pihaknya telah membuat pengesahan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa membabitkan pasukan Tajikistan pada 6 Ogos dan Jordan (11 Oktober) manakala perlawanan persahabatan dengan pasukan Singapura dan New Zealand masih dalam peringkat perbincangan. Hamidin berkata perlawanan persahabatan dengan Korea Selatan terpaksa dibatalkan apabila pasukan negara itu tidak dapat beraksi pada tarikh yang dicadangkan oleh FAM. Ditanya mengenai status kontrak Dollah, Hamidin berkata FAM dan bekas majikan Dollah iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah mencapai persetujuan. Dollah, selaku ketua jurulatih skuad Liga Perdana PDRM, mempunyai kontrak bersama PDRM sehingga 30 November ini. "FAM memberi kelonggaran kepada Dollah untuk membimbing pasukan lamanya pada saingan Piala Malaysia yang bermula Ogos ini sebelum mereka menerima jurulatih baharu," katanya. Penaung pasukan bola sepak PDRM, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini meletakan dua syarat iaitu hanya akan melepaskan Dollah selepas mendapat jurulatih gantian dan ganti rugi.

Jokowi Menang Tipis Presiden Indonesia
KUALA LUMPUR: Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan gandingannya Jusuf Kalla (JK) didapati mendahului pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia 2014 di republik itu pada Rabu.
AntaraNews.com melaporkan berdasarkan laporan Lingkaran Survei Indonesia (LSI), Jokowi dan Jusuf daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menang di lima wilayah besar di republik itu.
Berdasarkan kiraan pantas portal agensi berita itu memetik petugas (peneliti) LSI Ardian Sopa sebagai berkata bahawa berdasarkan kiraan pantas undi membabitkan tujuh wilayah, Jokowi dan Jusuf menang di Jakarta (54.71 peratus undi), Jawa Tengah (53.65 peratus), Jawa Timur (59.77 peratus), Sumatera Utara (59.77 peratus) serta Sulawesi Selatan (71.82 peratus).
Sementara pencabar Jokowi, Prabowo Subianto dan pasangannya Hatta Rajasa dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dilaporkan menang di wilayah Jawa Barat apabila meraih 59.80 peratus undi dan 58.73 peratus undi di Banten.
"Jokowi menang besar di kubu kuat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) seperti Jawa Tengah, Jawa Timur, Sulawesi Selatan," kata Ardian kepada AntaraNews.com.
"Jawa Tengah memang kubu PDIP. Kemudian Jawa Timur adalah kubu Parti Kebangkitan Bangsa yang menjadi penyokong utama Jokowi-JK, dan Sulawesi Selatan adalah kubu terbesar Jokowi," katanya kepada AntaraNews.com.
Ardian berkata wilayah Jawa Barat dan Banten merupakan kubu terbesar Prabowo-Hatta dalam pemilihan presiden dan wakil presiden 2014.
Kiraan pantas LSI selepas 98.05 peratus kertas undi diterima setakat 3 petang waktu tempatan (Waktu Indonesia Barat) mendapati gandingan Joko Widodo dan Jusuf Kalla mendahului Pemilu Presiden 2014 apabila meraih 53.37 peratus undi, manakala pencabar mereka Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa sekadar memperoleh 46.63 peratus undi.
Menurut AntaraNews.com kiraan pantas LSI berdasarkan kepada 8,000 responden di 2,000 tempat penjumlahan undi (TPS) yang dipilih secara rawak daripada 188,246,645 pemilih berdaftar dan 478,833 TPS di seluruh Indonesia.
TOP
Bufet Ramadan: Jakim Beri Amaran Kepada Restoran Ingkar
Laman web restoran yang diserbu pihak berkuasa pada Isnin lalu masih lagi menawarkan promosi bufet Ramadan.
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Rabu menghantar surat amaran kepada sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng yang didapati tidak mempunyai sijil halal masih mengingkari larangan menawarkan promosi bufet Ramadan. Restoran yang menggunakan nama dan elemen kemelayuan itu dikesan masih menerima tempahan daripada pelanggan bagi hidangan berbuka puasa menerusi panggilan telefon. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal, Muhammad Khalid Osman berkata, pihaknya menghantar emel kepada pihak pengurus restoran berkenaan pada pukul 11 pagi bagi mengarahkan sebarang promosi bufet Ramadan ditarik balik. Katanya, emel tersebut turut diberikan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk penelitian. “Kita mendapati promosi bufet Ramadan mereka di laman sosial Facebook sudah pun dikeluarkan pada hari ini. Bagaimanapun kita masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurus restoran itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Mstar Online pada Rabu membongkarkan kedegilan restoran itu yang masih menawarkan bufet Ramadan selepas menyamar sebagai pelanggan untuk membuat tempahan meja bagi sesi berbuka puasa. Sehingga berita ini ditulis, bahagian promosi di laman web rasmi restoran itu masih lagi memaparkan poster tawaran bufet Ramadan. Malah restoran berkenaan masih menjalankan operasi bufet Ramadan apabila mStar Online sekali lagi membuat panggilan pada kira-kira pukul 3.30 petang berhubung tempahan berbuka puasa. Muhammad Khalid berkata, sekiranya restoran itu masih ingkar mematuhi peraturan, ia akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan perakuan dan penandaan halal. “Saya akan berbincang dengan pihak berkuasa lain dalam Ops Bufet Ramadan mengenai sebarang tindakan selanjutnya. Setakat ini, kita masih menyiasat terhadap operasi yang dilakukan terhadap restoran itu Isnin lalu,” katanya. Beliau menasihatkan kepada umat Islam supaya memeriksa sijil halal yang diperakui oleh Jakim atau Majlis Agama Islam terhadap mana-mana premis yang menawarkan bufet Ramadan untuk mereka berbuka puasa. Tambahnya, pemeriksaan sijil halal premis juga boleh dilakukan di laman web www.halal.gov.my dan sebarang aduan boleh menghubungi talian aduan halal di 03-88925048 dan 03-88925051. Pada Isnin lalu, restoran itu diserbu dalam Ops Bufet Ramadan melibatkan Jakim, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Restoran berkenaan yang dikesan tidak mempunyai sijil halal dan menjual minuman keras diarahkan menghentingkan sebarang promosi dan tawaran bufet Ramadan serta-merta.

NS, Perak, Terengganu Umum Bonus Raya RM500 Kepada Penjawat Awam
SEREMBAN: Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu mengikuti langkah Kerajaan Pusat dalam melaksanakan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemberian bantuan khas itu melibatkan lebih 4,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dengan peruntukan sebanyak RM2.2 juta.
"Kerajaan negeri mengikut seperti apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembayaran tersebut," katanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini, Isnin.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Baitumal Negeri Sembilan dijangka mengagihkan bantuan berjumlah antara RM8 dan RM9 juta untuk golongan fakir miskin dan anak-anak yatim sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Mohamad berkata umat Islam berpeluang membeli barang keperluan dapur termasuk daging dan pelbagai jenis sayur-sayuran bagi persiapan Aidilfitri sempena program Mantai Perdana di Paroi, pada 25 Julai ini mulai pukul 10.30 malam.
"Pada program ini kita ada sebanyak 250 ekor lembu, 25 ekor kerbau dan beribu ekor ayam dan sebagainya," katanya.
Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebanyak 15,000 penjawat awam negeri akan diberikan bayaran bantuan khas itu.
"Pemberian bantuan itu membabitkan peruntukan hampir RM8 juta dan akan dibayar pada pertengahan bulan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini.
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut mengumumkan bayaran yang sama kepada 6,754 penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.337 juta bagi tujuan itu dan pemberian akan diagihkan sebelum Aidilfitri, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini.
Minggu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 dan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta.
TOP
Perkhidmatan Monorel Ditutup Lebih Awal Pada Jumaat
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel RapidKL akan ditutup sejam lebih awal daripada biasa pada 11 malam, Jumaat ini, untuk kerja-kerja operasi penuh sistem semboyan yang baharu.
Perkhidmatan monorel untuk hari berikut pada Sabtu akan bermula lewat sejam pada 7 pagi dan bukan 6 pagi seperti biasa.
Ketua Pegawai Operasi Monorel, Abdul Hadi Amran berkata penutupan itu perlu untuk membolehkan sistem semboyan yang baharu mula beroperasi kerana sistem semboyan itu perlu untuk permudahkan operasi tren empat koc yang baharu.
"Pada pukul 7 pagi Sabtu ini, perkhidmatan monorel akan beroperasi menggunakan sistem semboyan baharu yang menggabungkan operasi tren dua koc dan tren empat koc yang akan memulakan perkhidmatan pada suku ketiga tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.
Abdul Hadi berkata susulan pemberhentian perkhidmatan monorel selama satu jam pada malam Sabtu, perkhidmatan bas pengantara akan disediakan bagi penumpang dengan bayaran RM1 bagi perjalanan sehala.
"Sebanyak enam buah bas pengantara disediakan dengan melalui tiga laluan yang serupa seperti pada April termasuk perkhidmatan terus dari KL Sentral ke Titiwangsa.
Dua lagi laluan ialah antara KL Sentral dan Bukit Bintang, dan antara Bukit Bintang dan Titiwangsa, kata beliau.
"Kami memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan ini dan dengan tulus berharap pengguna memahaminya. Ini untuk penambahbaikan perkhidmatan monorel pada masa depan," kata Abdul Hadi.
TOP
Kami Tak Sabar Jumpa Ayah - Aisyah
KOTA BAHARU: "Saya tak sabar untuk berjumpa ayah dan sering memikirkan apa yang akan dilakukan apabila berjumpa ayah nanti," kata Aishah, anak sulung Azizul Raheem Awalludin iaitu pegawai Tourism Malaysia di Sweden yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya.
Aishah berkata beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ayahnya telahpun dibebaskan dari penjara.
"Saya macam fikir apa yang berlaku bila jumpa ayah selain sering membayangkan situasi itu dan saya tak sabar.
"Bila jumpa dia, rasa nak peluk dan ucap kami terlalu rindukan ayah," katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini, Rabu.
Azizul Raheem dihukum penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010 dan telahpun menjalani hukuman penjara tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.
Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal.
Bagaimanapun, mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh itu selepas mahkamah mengurangkan hukuman penjara berkenaan.
Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi manakala anak mereka iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7, yang pada mulanya diletak di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam susulan kes itu, kemudian diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Sweden pada 30 Januari lepas.
Anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan.
Sementara itu, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, berkata dia dan kesemua anak pasangan berkenaan akan bertolak ke Kuala Lumpur Isnin ini bagi menyambut ketibaan Azizul, yang dijangka tiba di tanah air pada 15 Julai.
"Saya dapat berita yang pihak kedutaan akan jemput dia (Azizul) setelah dia dibebaskan pada pukul 5 petang tadi.
"Jadi, kami semua akan bertolak dan akan menyambut dia (Azizul) di Kuala Lumpur tetapi tidak dapat dipastikan lagi adakah dia akan ke Kota Baharu selepas itu," katanya.
Shaleena berkata anak pasangan itu gembira apabila mendapat tahu yang ayah mereka sudah dibebaskan.
"Mereka gembira, terutama sekali Adam, yang menyambut hari lahirnya semalam (8 Julai) dan dia cakap itu merupakan hadiah terbaik dalam hidupnya," katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata Azizul dijangka pulang ke Malaysia pada 15 Julai ini.
TOP
91 Lesen Syarikat MLM Dibatal Sejak 2003
KUALA PILAH: Sebanyak 91 lesen syarikat yang terbabit dalam skim pemasaran pelbagai peringkat (MLM) telah dibatalkan atas kesalahan Akta Jualan Langsung dan Skim AntiPiramid 1993 dari 2003 hingga 1 Julai lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata antara kesalahan tersebut ialah mengubah maklumat syarikat tanpa kebenaran dan mengemukakan maklumat palsu, mengelirukan dan tidak tepat.
"Oleh kerana perniagaan jualan langsung semkin popular dengan pengguna, maka sudah tentu adalah pihak yang tidak bermoral cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah dan cepat melalui penipuan," katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa di Masjid Kariah Kampung Galau, Seri Menanti, dekat sini, Rabu.
Hasan, yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah, berkata sebanyak 335 kes penipuan dengan nilai rampasan berjumlah RM7.99 juta dicatatkan bagi tempoh 2008 hingga 1 Julai lepas.
Beliau berkata industri jualan langsung di negara ini dijangka terus berkembang dengan sasaran sumbangan sebanyak RM54.5 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-10 (2011-2015).
Katanya, jumlah jumlah pemegang lesen jualan langsung telah bertambah sejak lima tahun ini dan kini terdapat 452 syarikat yang berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim AntiPiramid 1993.
"Berdasarkan pelan pembangunan jualan langsung (2013-2020), industri ini menyasarkan sebanyak RM12 bilion pada tahun 2014 dengan jualan menokok dari enam peratus kepada 12 peratus setahun.
"Menjelang tahun 2020, keseluruhan sumbangan disasarkan berjumlah RM20 bilion," katanya.
TOP
Malaysia Kutuk Serangan Udara Israel - Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan udara oleh Pasukan Pertahanan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan menggesa supaya operasi ketenteraan itu dihentikan.
Najib, dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook hari ini, menegaskan bahawa Malaysia kesal terhadap kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan menyeru semua pihak bertenang.
"Keamanan hanya boleh wujud melalui penyelesaian dua negara dan semua pihak harus mematuhi prinsip ini," kata beliau.
Menurut perkhidmatan kecemasan di Bandaraya Gaza, seramai 11 wanita dan kanak-kanak ialah antara 17 rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan udara Israel ke atas wilayah Palestin itu pada Rabu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 38 orang dalam masa dua hari.
Selain itu, lebih 300 orang cedera dalam serangan itu.
TOP
Lagi Restoran Jual Arak Tawar Bufet Ramadan Dikesan
Premis yang menjual arak dan mengadakan promosi bufet Ramadan akan disiasat dan dikenakan tindakan oleh Jakim.
PETALING JAYA: Sebuah lagi restoran yang menjual arak dikesan menyediakan sajian dan promosi bufet Ramadan seperti sebuah premis yang telah diserbu pada Isnin lalu. Penolong pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Saidi Jaafar berkata, helah restoran yang tidak mempunyai sijil halal itu terbongkar selepas Jakim melakukan serbuan di premis-premis makanan di pusat beli-belah di The Curve, di sini, Rabu. "Ini merupakan restoran kedua yang dikesan oleh Jakim yang tidak mempunyai sijil halal tetapi menawarkan bufet Ramadan kepada pelanggannya. "Selain menawarkan promosi bufet Ramadan melalui flyers dan poster, kita juga mendapati restoran tersebut mempunyai bar arak dan menjual arak...kita melihat ini sebagai kritikal," katanya ketika ditemui selepas melakukan serbuan yang turut disertai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor. Mohamad Saidi berkata Jakim telah merampas flyers dan poster promosi Ramadan yang ditawarkan restoran terbabit dan mengarahkan supaya promosi itu dihentikan. Beliau berkata mana-mana premis yang tidak mempunyai sijil halal tidak dibenarkan melakukan promosi berbuka puasa menggunakan 'perbahasaan halal' melalui bunting, kain rentang dan sebagainya. "Kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap premis ini dan jika sabit kesalahan mereka akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. "Kita tidak mahu umat Islam dikelirukan dan diperdaya dengan bentuk promosi dengan perbahasaan halal seperti ini," tegasnya.
Menurut Mohamad Saidi, restoran makanan barat yang mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang itu tidak menunjukkan minat memohon mendapatkan sijil halal Jakim. "Ketika serbuan, pengurus restoran beritahu kita jika sijil halal Jakim dipohon, ia tetap tidak akan diluluskan kerana mereka menjual arak. "Memang betul kerana Jakim memang tidak akan memberikan sijil halal kepada premis yang menjual arak," katanya. Mengulas lanjut mengenai operasi hari ini, beliau berkata dua premis lain juga telah diberikan amaran keras kerana menawarkan promosi Ramadan tetapi tidak mempunyai sijil halal. Katanya, pemilik premis berkenaan bagaimanapun telah menyatakan minat untuk memohon sijil halal Jakim selepas serbuan dilakukan. Beliau menasihatkan umat Islam di negara ini supaya berbuka di premis yang mempunyai logo halal dan memastikan logo tersebut yang benar-benar disahkan oleh Jakim.

Piala Dunia: Klose Cipta Rekod Baharu Penjaring Terbanyak
BELO HORIZONTE – Penyerang Jerman, Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke-16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao, sebentar tadi.
Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod lama iaitu 15 gol ciptaan Ronaldo dari ketika meledak satu ketika menentang Ghana dalam saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu.
Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol pada empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan untuk skuad negara. Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan dia menjaringkan gol.
INFO:
Berikut pecahan gol jaringan Miroslav Klose
Piala Dunia 2002 – 5 gol
Piala Dunia 2006 – 5 gol
Piala Dunia 2010 – 4 gol
Piala Dunia 2014 – 2 gol
Lima penjaring terbanyak Piala Dunia
16 – Miroslav Klose (Jerman)
15 – Ronaldo (Brazil)
14 – Gerd Muller (Jerman)
13 – Just Fontaine (Perancis)
12 – Pele (Brazil)
Sumber: BH Online

MAS Perkenal Daftar Masuk Kendiri Mandatori
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) memperkenalkan syarat daftar masuk kendiri mandatori bagi semua penumpang kelas ekonomi yang membuat perjalanan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 15 Julai ini.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan-pelanggan boleh menjimatkan masa yang berharga dan mengurangkan kerumitan mendaftar masuk melalui pilihan daftar masuk kendiri ini.
Hingga 48 jam sebelum penerbangan, pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk sama ada mendaftar masuk melalui MHweb di alamat www.malaysiaairlines.com atau daftar masuk melalui MHmobile di flymas.mobi.
Mereka juga boleh menggunakan kiosk daftar masuk layan diri yang terletak di KLIA dan stesen Express Rail Link Putrajaya.
"Pada masa ini ada 34 kiosk yang disediakan di seluruh KLIA. Pengguna telefon pintar boleh juga memuat turun aplikasi MHmobile percuma untuk mendaftar masuk dengan mudah. Penumpang kelas satu dan kelas perniagaan yang memilih untuk mendaftar masuk sendiri, boleh berbuat demikian melalui mana-mana pilihan yang ada," jelas MAS.
Pengarah Perkhidmatan Pelanggan, Datuk Salleh Ahmad Tabrani, berkata daftar masuk kendiri ini merupakan permulaan bagi pelaksanaan daftar masuk bagasi automatik dan pemasangan tag kendiri.
"Apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti, kiosk daftar masuk layan diri akan membolehkan penumpang mengambil alih pengalaman daftar masuk masing-masing dan menguruskan masa mereka sewajarnya.
"Penggunaan teknologi dan inovasi untuk mengautomasikan proses daftar masuk akan meredakan kesesakan di kaunter-kaunter daftar masuk.
"Pelanggan kami akan beroleh manfaat kerana ia memendekkan masa yang dihabiskan kerana menunggu dan beratur. Kami menggesa semua pelanggan MAS supaya memberikan perhatian kepada perkembangan baharu ini," katanya.
Pelanggan hanya memerlukan rujukan tempahan mereka atau nombor e-tiket 13 angka mereka untuk melakukan daftar masuk kendiri. ─ mStar.com.my
TOP
Raja Azmi Impikan Hasrat Mahu Meninggal Dunia Seperti Sharifah Aini
PETALING JAYA: Kematian biduanita negara Datuk Sharifah Aini menjadi inspirasi kepada penerbit filem sensasi Raja Azmi yang ingin meninggal dunia dalam keadaan tenang.
Sehubungan itu, Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, mengambil tindakan membuang lebih 300 keping gambar-gambar lamanya tidak bertudung yang dimuat naik di laman Instagram.
"Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untuk membuang gambar-gambar lama yang tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untuk dipertontonkan lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.
"Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalam keadaan yang dia sudah bersedia untuk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalam bulan Ramadan dan Allah permudahkan segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yang soleh," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara di sini pada Sabtu lalu pada usia 61 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.
Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status terbaharu di laman sosial tersebut yang mengakui tenang selepas membuang gambar-gambar lama tersebut.
Bagaimanapun, Raja Azmi berkata, dia tidak mempunyai halangan jika gambar-gambar tidak bertudungnya keluar daripada simpanan pihak lain terutama media.
Dalam pada itu, katanya, sebagai insan yang baharu sahaja berhijrah, dia sentiasa mencari dan berusaha untuk membetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yang tidak betul lagi dalam diri saya.
"Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yang patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yang lebih baik," katanya.
Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, Raja Azmi berkata dia banyak menolak undangan berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini.
Katanya, dia mengambil peluang bulan puasa ini untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah dan melakukan solat terawih.
"Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih.
"Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkan keberkatan," katanya. ─ mStar online
TOP
Scolari Mohon Maaf Kepada Rakyat Brazil
BELO HORIZONTE: Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negara itu selepas skuad bimbingannya menanggung derita kekalahan memalukan apabila dibaham Jerman 7-1, awal pagi Rabu.
"Saya ingin mohon maaf. Kepada semua rakyat Brazil, saya mohon kemaafan kerana kesilapan negatif ini," kata Scolari, 65 selepas menyaksikan pasukannya dimalukan teruk Jerman pada saingan separuh akhir di laman sendiri.
Scolari sebelum ini pernah membimbing Brazil menjuarai Piala Dunia pada 2002 turut berkata akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada prestasi hambar skuad bimbingannya.
"Saya bertanggungjawab atas apa yang pasukan saya lakukan di dalam dan luar padang dan saya yang perlu dipersalahkan dengan keputusan ini. Saya minta maaf kerana kami tidak mampu mencapai sasaran kami.
"Peminat masih lagi menyokong kami sekalipun kami sudah dibolosi lima, enam atau tujuh gol kepada Jerman.
"Bukan sesuatu yang normal kamu melepaskan empat gol dalam masa enam minit namun ia boleh berlaku. Malah Jerman juga seakan-akan tidak percaya ia boleh berlaku,” kata Scolari yang turut menggambarkan kekalahan itu sebagai hari terburuk buatnya.
"Saya fikir ini hari terburuk saya, namun hidup perlu diteruskan. Saya akan sentiasa dikenang sebagai jurulatih yang tewas 7-1 namun saya sedar itulah risikonya ketika mengambil alih tugas ini.
"Mesej saya kepada seluruh rakyat Brazil dan peminatnya ialah kami sudah lakukan yang termampu dan kami fikir kami melakukan yang terbaik." ─ mStar.com.my
TOP
PRESIDEN INDONESIA: Dua-Dua Calon Dakwa Mereka Menang!
JAKARTA – Kedua-dua calon dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres), Joko Widodo dan Prabowo Subianto masing-masing mengisytiharkan diri sebagai pemenang berdasarkan kiraan undi awal setakat petang ini.
“Pada masa ini, undi awal itu menunjukkan gabungan Jokowi-Kalla adalah pemenangnya,” kata Widodo pada sidang akhbar, sambil merujuk kepada regunya, Jusuf Kalla.
Serentak dengan itu Prabowo pula mengumumkan kepada satu perhimpunan politik bahawa gabungan beliau dan Hatta Rajasa mendapat sokongan dan mandat daripada rakyat Indonesia dalam pemilihan 2014 itu.
Laporan agensi berita sebelum ini menyatakan keputusan awal tidak rasmi mendapati Widodo mendahuli dengan kira-kira 52 peratus, manakala Subianto memperoleh 48 peratus.
Keputusan daripada kiraan undi awal itu adalah satu petanda undi rasmi yang bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu.
Ketua Kempen Subianto, Mohammad Mahfud, juga berkata keputusan kiraan awal menunjukkan calon mereka mendahului. Beliau menggesa penyokong supaya bertenang ketika undi terus dikira.
Pertandingan itu adalah yang ketiga selepas berakhirnya pemerintahan Suharto pada 1988. – AP
TOP
6 Terkorban Di Gaza Dalam Serangan Udara Terbaru Israel
BANDARAYA GAZA – Serangan udara yang dilancarkan oleh Israel di utara Gaza mengorbankan enam orang, termasuk dua wanita dan dua kanak-kanak, kata pegawai medik hari ini.
Serangan itu terkena rumah Komander Briged Al-Quds, sayap bersenjata Pergerakan Jihad Islam Palestin di Beit Hanoun di utara bandaraya Gaza, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Kejadian yang masuk hari kedua serangan Israel di Palestin mengorbankan komander terbabit dan lima anggota keluarganya termasuk ibu bapanya, seorang wanita dan dua kanak-kanak. – AFP
TOP
Rakyat Malaysia Simpan Pasport Dalam Kereta, Bawah Bantal - Imigresen
PUTRAJAYA: Masih ramai rakyat Malaysia yang mengambil sikap sambil lewa terhadap kepentingan menjaga keselamatan dokumen peribadi apabila ada yang menyimpan pasport di dalam kereta, malah di bawah bantal.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi, tabiat negatif itu menggambarkan seolah-olah pasport sesuatu yang tidak berharga.
Beliau berkata, sikap itu juga yang menyebabkan jabatan itu merekodkan sebanyak 83,015 pasport Malaysia hilang sejak 2010 sehingga Mei tahun ini.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 7,098 kes kehilangan kerana menyimpan pasport di tempat tidak selamat.
“Berdasarkan keterangan pengadu, ada yang menyimpan pasport di dalam kereta, malah ada juga yang hanya meletakkannya di bawah bantal, selain atas meja, dalam laci dan atas almari,” katanya kepada mStar Online di sini, baru-baru ini.
Bagaimanapun, kata Sakib, apa yang lebih membimbangkan apabila kecuaian itu menyebabkan kehilangan dokumen tersebut jika kenderaan atau kediaman dipecah masuk.
“Sebanyak 29,700 kes kehilangan pasport disebabkan kecurian atau rompakan bagi tempoh sama,” katanya.
Menurut Sakib, situasi ketika berada di luar negara juga membimbangkan apabila pemilik pasport tidak menjaga dokumen peribadi itu dengan baik.
“Sebagai contoh ketika di hotel, mereka tahu peti keselamatan disediakan untuk menyimpan barang berharga seperti pasport, tetapi mereka masih menyimpannya di dalam bagasi.
“Walapun bagasi itu mungkin dikunci, tetapi ada kebarangkalian ia dipecahkan dan barang berharga di curi, begitu juga jika hanya meletakkan pasport di atas meja atau katil,” katanya.
Beliau menambah, alasan tidak disengajakan sering kali diberi apabila pengadu membuat laporan kehilangan pasport.
“Perbuatan pengadu yang tidak mengutamakan keselamatan dan mendorong kepada kejadian kecurian, ia boleh dianggap sebagai tindakan yang disengajakan,” katanya.
Selain itu, Sakib berkata, alasan tidak ingat di mana menyimpan pasport juga antara yang tinggi direkodkan iaitu 24,622 kes sejak 2010 sehingga Mei tahun ini.
“Pemilik pasport perlu memikirkan tempat yang dirasakan selamat untuk menyimpan pasport. Seelok-eloknya ia disimpan di tempat selamat seperti mana menyimpan kad pengenalan dan wang,” katanya. - mStar
TOP
Loew Faham Derita Brazil, Imbau Detik Duka 2006
BELO HORIZONTE – Jurulatih Jerman, Joachim Loew memahami ‘kejutan dan keperitan’ yang dirasai Brazil selepas kekalahan besar 7-1 di laman sendiri dengan mengimbau detik duka ketika Jerman tewas kepada Itali di peringkat sama pada 2006.
“Kami juga terkejut dan merasai perkara yang sama pada 2006. Mereka terkejut dan tidak menyangka terlalu jauh ketinggalan. Dan selepas itu, ia perlawanan yang mudah buat kami,” kata Loew yang bergelar pembantu jurulatih Jerman kepada Juergen Klinsmann ketika itu.
Jerman tewas 2-0 ketika perlawanan diheret ke masa tambahan pada perlawanan itu dan Loew berkata, tekanan yang tinggi diletakkan kepada tuan rumah boleh menjadi beban.
“Kami mempunyai harapan yang tinggi juga pada 2006 dan kami boleh merasakan tekanan yang dihadapi tuan rumah pada perlawanan seperti ini. Semua 200 juta penduduk di sini mahu kamu layak ke final. Ia mampu memberikan ketegangan kepada pemain kamu.
“Saya merasa simpati kepadanya (jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari). Saya fikir saya tahu bagaimana dia rasa,” kata Loew yang gembira dengan persembahan dilakukan anak buahnya selepas beraksi goyah ketika pusingan kedua menentang Algeria.
“Lima gol dalam 18 minit. Ia jelas yang kami juga terkejut dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Semua orang melakukan kerja mereka dengan baik hari ini dan penuh tumpuan. Namun ia perlu diteruskan. Kami perlu kekal merendah diri. Kami perlu kekal fokus sehingga Ahad (Pagi Isnin).”
Loew berkata, dia tidak kisah sama ada bertemu Argentina mahupun Belanda di final. – Reuters
TOP
Mee Goreng Telur Lipas di Bazar Ramadhan
“Mee goreng telur lipas”, itulah yang diungkapkan oleh seorang pengguna Bazar Ramadhan di Taman Tasik Permaisuri yang mana mengharapkan dapat berbuka puasa dengan penuh selera. Tetapi malangnya setelah menjamah makanan tersebut beliau terpandang sebiji telur lipas di dalam Mee yang dimakannya tersebut.
Tidak tahulah bagaimana telur lipas itu boleh berada di situ. Jangan pula sebab telur ayam mahal digantinya dengan telur lipas. Mustahillah perkara itu dan sudah tentu ini adalah disebabkan kecuaian peniaga.
Menurut pengguna tersebut, beliau juga mengalami cirit-birit dan sakit perut setelah menjamah Mee goreng telur lipas itu walaupun tidak kesemua habis dimakan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan antara kelebihannya ialah kemurahan rezeki bagi peniaga-peniaga makanan. Tetapi berniaga itu biarlah ikhlas. Sediakanlah sebaik-baik makanan kepada mereka yang akan berbuka puasa nanti dan bukannya dengan makanan yang kotor lagi menjijikkan seperti ini.
Kepada para peniaga makanan janganlah hanya tahu mengambil untung sahaja. Berniaga itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan janganlah cemarkan sunnah itu. Selain itu para pengguna juga mestilah bijak memilih gerai-gerai makanan. Pihak berkuasa juga sepatutnya memberikan gred kebersihan kepada gerai-gerai makanan di bazar Ramadhan supaya lebih senang pengguna memilih yang terbaik buat mereka. - SiakapKeli.com
TOP
Kes Pukul Anak Di Sweden: Azizul Raheem Dibebaskan Petang Ini
KUALA LUMPUR – Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya, akan dibebaskan pada 5 petang ini (waktu Malaysia).
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.
“Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan kita di sana. Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya Azizul dapat bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin.
“Ini kerana dijangkakan pada 15 Julai ini, Azizul akan pulang ke Malaysia,” katanya.
Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lalu.
Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu.
Bagaimanapun mahkamah mengurangkan hukuman penjara apabila masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu. Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.
Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Januari lalu.
Mereka pulang ke Malaysia pada 31 Januari lalu dan kini dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan.
Hamzah berkata, kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh antara kedua-dua negara. – BERNAMA
TOP
Pakai kopiah ketika bekerja, pemandu bas diminta memberi surat tunjuk sebab
Diskriminasi wanita bertudung di tempat kerja biasa kita dengar, tapi kali ini lain pula kesnya, seorang pemandu bas diminta memberi surat tunjuk sebab untuk memakai kopiah semasa bekerja.
berkopiah semasa bekerja. Pemandu bas terbabit mendapat surat tunjuk sebab yang berbunyi seperti berikut:
Merujuk kepada laporan yang diterima, saudara telah melakukan perbuatan yang bercanggah dengan terma-terma kerja saudara:
Saudara didapati mengingkari arahan masih memakai kopiah walaupun sudah ditegur.
Adakah ini bermakna memakai kopiah satu adab yang kurang sopan atau disenangi oleh pihak majikan pemandu bas berkenaan? Malaysia sebuah negara islam. Adakah salah rakyatnya mempraktikan apa disunnahkan oleh agama islam?
Bagaimana pula kesnya jika pemandu bas berkenaan seorang yang beragama Singh? Adakah dia terpaksa membuang serbanya semata-mata hanya untuk memandu bas? Banyak yang perlu dijawab oleh majikan pemandu bas tersebut. Apa pun, diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan saksama oleh pihak majikan tersebut. - SiakapKeli.com

Tudung Pakai Dah Elok, Tapi Pakai Baju Nampak Isi Dalam Pula.
Jika tadi kita dihidangkan dengan kisah berkemban ke bazar ramadan, kini ada pula kisah yang seakan-akan menyerupai kisah berkemban tadi, tapi yang ini berpakaian, tapi nampak 'isi kat dalam'.
Lebih menyedihkan, wanita ini dilihat memimpin tangan seorang kanak-kanak yang masih kecil manakala sebelah lagi tangan kanak-kanak tersebut dipimpin oleh orang lain. Jalan sebelah-sebelah takkan tak perasan baju jarang yang teramat tu.
Kepada kaum hawa di luar sana marilah kita sama-sama menjaga adab ketika berpuasa. Apa guna puasa kalau cuma dapat lapar dengan dahaga saja? SiakapKeli.com
TOP
Status Biadap Remaja Islam ‘Buka Puasa Dengan Tiger’ Tersebar
Semenjak dua menjak ini, satu status Facebook yang dimuatnaik oleh seorang remaja lelaki tersebar melalui laman sosial dan juga Whatsapp sehingga mencetus kontroversi. Status tersebut menjadi bualan ramai kerana dianggap menghina orang islam, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Status remaja berkenaan berbunyi seperti berikut:
“Alhamdulillah.. awal-awal pagi.. buka posa bersama menu kegemaran aku.. TIGER.. syukur pada Allah SWT.”
Memang budak remaja ni tak takut azab Tuhan agaknya. Ada kemungkinan juga akaun Facebook budak ini digodam ataupun akaun Facebook ini adalah akaun palsu yang sengaja diadakan bagi tujuan untuk melaga-lagakan umat Islam. Walau apapun, status budak ini di bulan puasa yang mana sepatutnya amal jariah yang diperbanyakkan memang mengundang marah pelbagai pihak. Diharap pihak yang bertanggungjawab boleh mengambil tindakan lanjutan bagi memberi pengajaran kepada pihak yang terlibat. Lebih-lebih lagi di bulan puasa yang penuh barakah ini - SiakapKeli.com

Surat Nikah Awie Dan Rozana Misbun Tak Berdaftar
Salinan sijil nikah antara Rozana Misbun dan Ahmad Azhar Othman atau nama komersialnya Awie sukar didapatkan dan dikatakan tidak berdaftar.
Sijil nikah ini dipercayai dikeluarkan dari Thailand oleh Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) bertarikh 20 Jun 2005.
Segala usaha yang telah dilakukan akhirnya menemui jalan buntu berikutan MAIS yang dikatakan tidak mempunyai sistem pengkomputeran itu membayangkan kesukaran untuk mengesan sijil berkenaan.
Dikatakan banyak dokumen penting yang hilang atau tidak tahu dimana letaknya, apabila mereka berpindah ke pejabat sekarang beberapa tahun yang lalu.
Kerana masalah ini, keluarga Rozana memohon campur tangan dari pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia selain Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi membolehkan surat nikah asli dapat diperolehi dan dikenal pasti kesahihannya.
Untuk pengetahuan tanpa surat nikah yang dikeluarkan oleh MAIS serta pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla, Thailand, pernikahan tersebut tidak dapat didaftarkan di Malaysia.
Hasrat bagi memohon Interim Custody (hak penjagaan sementara) terhadap Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha terbantut di tengah jalan.
Sementara itu Nombor Daftar Kahwin yang digunapakai di dalam Sijil Kelahiran anak-anak Awie dan Rozana terbukti dari sindiket palsu.
Awie kini melarang Rozana Misbun dari berjumpa dengan anak-anaknya. Dikatakan hubungan dari telefon juga tidak boleh. Rozana Misbun pula berada di bawah perlindungan pihak polis.
Sumber: hotlips-yuya.blogspot.com
TOP
Gambar: Pejabat YSLM Diserbu
Pada 8 Julai 2014, pihak berkuasa KPDNKK telah melakukan serbuan ke atas salah satu pejabat syarikat MLM terkenal di Malaysia iaitu YSLM cawangan Puchong.
Skim YSLM dibawah syarikat CDTUP International SDN BHD mula diperkenalkan di Malaysia pada awal Januari 2014 dan kini menjadi ikutan ramai terutamanya golongan Melayu dan Bumiputera.
Bertindak hasil daripada laporan awam, serbuan KPDNKK mendapati perniagaan YSLM berunsur skim cepat kaya dan turut mempunyai unsur penipuan.
Terdahulu, program YSLM yang diasaskan oleh Mr Zhang Jian telah diharamkan di China sebelum skim ini menular ke negara Malaysia.
Sumber: Melvister.com
Sumber: Melvister.com
TOP
Berkemban Tuala Mandi Pergi Bazar Ramadan?
Yang ini sempadan kita. Melihat kepada rupa dan cara seperti orang asing. Iyalah, mana ada tempat kita orang buat kerja gila macam ni kan? Dengan hanya berkemban dan muka tak mandi boleh pula ke bazar Ramadhan.
Kalau orang asing sekalipun setahu SK tidak pernah pula berkemban tuala mandi itu dijadikan fesyen untuk keluar ke tempat orang awam seperti ini. Bagaimanapun sudah tentu dia pada ketika itu menjadi perhatian orang ramai, bukan sebab seksi tetapi sebab tuala mandi tersebut. Kalau bab seksi orang kita pun tidak kurangnya juga bukan? Lebih tu ada... ─ SiakapKeli.com

Bunuh Pelancong Di Tioman, Peniaga Ke Tali Gantung
Seorang pekedai pada Rabu dijatuhi hukuman mati selepas mahkamah mendapati beliau bersalah membunuh seorang pelancong Perancis di sebuah pulau peranginan.
Mendiang Stephanie Foray, 30, hilang di Pulau Tioman, Pahang pada Mei 2011.
Mayat mangsa yang telah separa diawet ditemui kira-kira tiga bulan kemudian dan ditanam di dalam sebuah gua di pulau itu.
Keputusan itu dibuat hanya beberapa minggu selepas seorang lagi pelancong asing dari Britain, Gareth Huntley hilang di pulau yang sama dalam keadaan yang masih belum ada diketahui puncanya.
Mahkamah di Kuantan mendapati Asni Omar, 39, yang mengendalikan kedai menjual pakaian mandi di pulau itu, bersalah membunuh Foray.
Selepas hukuman mati dijatuhkan, ibu Foray, Irene Mortel, dilihat bangun sambil melihat Asni dan menangis.
“Saya tidak berharap untuk apa-apa lagi. Itu sahaja … Saya tahu ia tidak boleh mengubah apa-apa,” katanya sebagai reaksi kepada keputusan itu sewaktu meninggalkan mahkamah bersama bapa Foray, Joel.
Dalam menyampaikan keputusan itu, hakim Mariana Yahya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, sambil menambah Asni telah “melemahkan pembelaannya sendiri” dengan hanya menyampaikan “cerita yang telah diatur” untuk menafikan kesalahannya.
“Oleh itu saya mendapati defendan bersalah sebagaimana yang dituduh. Terdapat hanya satu hukuman … iaitu mati dengan digantung,” katanya.
Asni, yang duduk di kandang tertuduh dengan rambut dicukur pendek dan memakai baju biru gelap dengan jalur putih dan seluar jeans, dipeluk oleh ahli keluarga yang menangis sebelum dibawa keluar dari mahkamah oleh polis.
Peguam Asni berkata mereka akan merayu hukuman itu.
Asni dituduh membunuh Foray, seorang pekerja perkhidmatan awam Perancis, selepas dia dikatakan menolak cinta Asni.
Pembunuhan Foray mengejutkan ramai orang di negara ini di mana jenayah kekerasan terhadap pelancong jarang berlaku.
Foray tiba di Malaysia pada Mei 2011 selepas berhenti berkerja dan menghabiskan beberapa bulan di India dan Sri Lanka. Mendiang kemudiannya ke Pulau Tioman sebelum hilang. ─ Astroawani
TOP
PIALA DUNIA: Bung Mokhtar Buat Hal….
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi apabila mengaitkan pasukan Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir bolasepak Piala Dunia 2014 awal pagi tadi dengan Adolf Hitler.
Tidak lama selepas Jerman memalukan pasukan tuan rumah itu yang bermain di hadapan puluhan ribu penontonnya sendiri, Bung Mokhtar menulis seperti ini di akaun Twitternya.
Kenyataan itu mendapat reaksi negatif daripada pengguna Twitter yang lain. Bung Mokhtar bagaimanapun menyelar mereka yang mengkritiknya itu.
Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.
Beberapa orang pengguna Twitter turut menyebarkan kenyataan Bung Mokhtar itu kepada beberapa akaun Twitter media antarabangsa termasuk BBC, CNN dan AlJazeera.
Kenyataan Bung Mokhtar itu dipercayai bukan satu-satunya komen yang mengaitkan perlawanan separuh akhir itu dengan Hitler.
Seorang pembantu kepada menteri kabinet di Nigeria juga membuat kenyataan dengan nada yang sama tetapi kemudian menariknya balik.
Semakan di Twitter menunjukkan beberapa pengguna Twitter di luar Malaysia turut mengecam dan mengeluh tentang sikap beberapa pihak yang mengaitkan kemenangan Jerman itu dengan Hitler dan Nazi.
Hitler memimpin Nazi antara 1933 hingga 1945 dan bertanggungjawab ke atas pembantaian ke atas jutaan orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Bung Mokhtar jadi ahli parlimen sejak 1999. Ini bukan kali pertama kenyataannya mencetuskan kontroversi. Beliau sebelum ini dikecam kerana membuat kenyataan kurang sensitif tentang wanita, perkauman dan beberapa hal lain. – Astroawani.com
TOP
Indonesia Mula Mengundi Dalam Pilihan Raya Presiden Hari Ini
JAKARTA – Rakyat Indonesia mula mengundi hari ini untuk memilih presiden baru, antara calon baru, Gabenor Jakarta, Joko Widodo dan bekas jeneral pada era pemerintahan Suharto, Prabowo Subianto.
Agensi berita antarabangsa menjangka Widodo akan membawa stail kepemimpinan baru dan memperkukuhkan demokrasi oleh kerana beliau datang daripada latar belakang orang kebiasaan dan tiada kaitan dengan pimpinan zaman lampau.
Prabowo, selain bekas jeneral, pernah mengarahkan aktivis demokrasi ditahan sebelum kejatuhan Suharto pada 1998 dan menjanjikan kepemimpinan tegas jika menang pilihan raya ini.
Sebahagian besar pusat mengundi di wilayah timurnya di Papua dibuka seawal jam 7 pagi tetapi cuaca kurang baik dengan hujan dan angin kuat sejak beberapa hari lalu menjejaskan penghantaran kertas undi ke kawasan pedalaman.
Katharina Utomo, 38, dilaporkan oleh agensi sebagai orang pertama yang mengundi di pusat mengundi kecil di Papua.
“Saya pilih Jokowi kerana beliau mendekatkan dirinya dengan orang ramai dan datang ke sini untuk berkempen,” kata Utomo, seorang suri rumah.
Beberapa ulan lalu, Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, kelihatan berada pada landasan mudah untuk menang tetapi selepas kempen yang memburukkan namanya, sokongan terhadapnya mulai berkurangan.
Gabenor Jakarta itu dilemparkan dengan pelbagai tohmahan termasuk dakwaan yang menyatakan yang beliau adalah daripada keturunan Cina Kristian dan bukan seorang Muslim. Beliau menafikannya sekeras-kerasnya.
Prabowo, 62, adalah seorang usahawan kaya dan menggunakan latar belakangnya sebagai pegawai tentera ketika berkempen bagi meraih sokongan daripada golongan yang masih mahukan negara berkenaan kembali kepada pemerintahan kukuh seperti pada zaman Suharto.
Sejumlah 190 juta pengundi layak mengundi untuk memilih presiden hari ini. – AFP
TOP
Lihatlah Kekejaman Israel Ketika Umat Islam Berpuasa
Ini adalah antara gambar-gambar dan video kekejaman Israel. Ya, memang mereka tidak putus-putus melakukan kekejaman terhadap orang Islam.
Sebenarnya sudah beribu-ribu gambar, video tersebar yang mana menunjukkan kekejaman mereka. Tetapi supaya kita tidak lupa akan musuh utama umat Islam maka kita akan terus sebarkan dan kongsikan gambar-gambar serta video kekejaman mereka.
Lagi hari ini menurut laporan AFP, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh apabila pesawat tempur tentera Israel melepaskan bedilan roket ke Semenanjung Gaza bermula awal pagi semalam dalam kempen terbaru rejim Zionis di wilayah itu. - SiakapKeli.com
Di tengah Gaza seorang lelaki terbunuh berhampiran kem pelarian Nusseirat. Sejurus kemudian empat orang di dalam sebuah kereta maut selepas terkena bedilan roket Israel. Tujuh orang lagi terkorban dan 25 yang lain cedera apabila bedilan roket Israel terkena sebuah rumah di Khan Younis di selatan Gaza. Identiti mereka bagaimanapun belum dikenal pasti. Presiden Mahmus Abbas mendesak Israel menghentikan segera kempen serangannya dan menggesa dunia mengenakan tekanan ke atas kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Bagaimanapun, Kabinet Israel dijangka memanggil kira-kira 40,000 anggota pasukan simpanannya untuk meningkatkan serangan ke wilayah terbabit. Pesawat tempur Israel membedil lebih 50 sasaran di Gaza awal semalam selepas pejuang Hamas melancarkan roket merentasi sempadan, sekali gus menjerumuskan kedua-dua pihak ke arah konflik lebih besar.

Bila Punk Berdakwah Di Indonesia
Puasa bukan alasan untuk seseorang mengehadkan aktiviti dan ia dibuktikan oleh 60 aktivis Komuniti Punk Muslim yang menyertai program Punksantren di Bogor sejak 4 Julai lalu.
Punksantren adalah aktiviti bersama Komuniti Punk Muslim dengan pertubuhan Dompet Dhuafa yang giat mengajak golongan muda yang meminati irama punk supaya kembali mendekatkan diri kepada nilai Islam.
Pengurus Pembangunan Sosial Dompet Dhuafa, Nugroho Indera Warman berkata, Ramadan adalah kesempatan terbaik untuk mereka memperluaskan kegiatan kebajikan, terutama ke atas golongan kurang bernasib baik, daif dan terpinggir.
“Sasaran kami termasuk anak jalanan yang lebih banyak meluangkan masa mencari rezeki dan penghidupan walaupun sebenarnya mereka wajar masih bersekolah,” katanya.
Selain diberi pendedahan mengenai ajaran Islam, Nugorho berkata, peserta program Punksantres juga diajar teknik menyelamat dalam keadaan darurat.
Kata Nugorho, mereka diajar supaya menjadi sukarelawan yang mampu membantu jika bencana menimpa.
“Latihan menghadapi bencana itu dikendali Pusat Pengurusan Bencana Dompet Dhuafa,” katanya.
Sementara itu, pemimpin Komuniti Punk Muslim, Ahmad Zaki, berkata, tahap pendidikan anak-anak punk jalanan masih rendah dan mereka perlu dibantu untuk meningkatkan kualiti diri.
“Melalui Punksantren ini, kami berharap mereka dapat menggunakan masa terluang dengan kegiatan bermanfaat.
“Alhamdulillah, setakat ini mereka gembira dengan program yang dianjurkan dan meminta kami melanjutkan aktiviti ini sehingga selepas Ramadan,” katanya.
Ahmad Zaki berkata, persepsi buruk yang dikaitkan pada anak punk tidak mematahkan semangat Komuniti Punk Muslim untuk berusaha mengubah nasib mereka.
“Kadang-kadang persepsi buruk itulah yang menghalang mereka untuk melakukan kebaikan dan berubah,” katanya. ─ mStar online
TOP
Model Warga Estonia Disahkan Mati Dibunuh Di Pulau Rawa, Mersing
Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama.
“Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu,” katanya kepada pemberita di Johor Baharu hari ini.
Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan. Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital dan polis Johor menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian. Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya. – BERNAMA

Bolehkah Wanita Menjadi Menteri Besar?
KUALA LUMPUR – Sejak pertukaran Menteri Besar Terengganu pada Mei lepas, cakap-cakap mengenai pertukaran Menteri Besar akan berlaku di beberapa negeri dengan yang terkini di Selangor menarik minat banyak pihak, khususnya pemimpin parti dan pemerhati politik.
Pergolakan dalaman yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang memimpin kerajaan Selangor, semakin memuncak. Desas-desus kuat bertiup kononnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan digantikan.
Gesaan terbuka datang daripada dua anggota Parlimen PKR mahukan Abdul Khalid berundur daripada terus menerajui Selangor ekoran kekalahan beliau dalam pemilihan ketua cabang PKR di Kuala Selangor.
Anggota Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin dilapor berkata kekalahan Abdul Khalid membuktikan penolakan daripada akar umbi yang memberi isyarat politik supaya beliau tidak terus mengetuai pentadbiran negeri.
Anggota Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid pula meminta Abdul Khalid akur dengan desakan akar umbi demi kepentingan parti.
Pada Ahad malam lepas, berita palsu tersebar di aplikasi laman sosial bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di istana pagi Isnin bagi menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar.
SIAPA LAYAK TERAJUI SELANGOR?
Persoalan yang timbul, siapakah yang layak menerajui Selangor sebagai Menteri Besar selepas Abdul Khalid?
Antara nama yang disebut-sebut, adakah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, atau Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali iaitu ADUN Bukit Antarabangsa?
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata sama ada Abdul Khalid, Dr Wan Azizah atau Mohamed Azmin yang dipilih menjadi Menteri Besar, ia bergantung kepada perkenan Sultan Selangor. “Kalau Sultan masih mahukan Abdul Khalid, kemungkinan beliau akan pegang jawatan Menteri Besar secara sementara sahaja kerana Sultan akan melihat sokongan yang diterima Abdul Khalid. Katakan sokongan kepada beliau semakin merosot, sudah tentu ia mencetuskan krisis dan baginda sudah tentu akan bertindak,” katanya kepada Bernama. Ahmad Atory bagaimanapun menegaskan bahawa perkenan Sultan bukanlah suatu bentuk jaminan mutlak kepada mana-mana pemimpin kerana yang penting adalah sokongan rakyat, akhirnya akan menentukan sama ada seseorang itu terus kekal berkuasa atau sebaliknya. Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding 36 pada 2008 di mana PKR menang 14 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi. BN hanya menang 12 kerusi.
BOLEHKAH WANITA JADI MENTERI BESAR?
Jika diimbau kembali, episod pilihan raya kecil DUN Kajang atau ‘Kajang Move’ pada 23 Mac lepas, antara lain bertujuan membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri besar. Bagaimanapun, hasrat Anwar tidak kesampaian apabila Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya, kira-kira enam tahun lepas dan tempat beliau digantikan dengan isterinya, Wan Azizah. Penganalisis politik melihat sama ada Abdul Khalid atau Mohamed Azmin, kedua-dua mereka tidak mendapat sokongan kuat di dalam parti, maka dalam situasi ‘menang-menang’ Dr Wan Azizah mungkin dipilih sebagai Menteri Besar yang baharu.
Bolehkah seorang wanita dipilih menjadi Menteri Besar?
Mengulas persoalan itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tidak menjadi halangan untuk seorang pemimpin wanita dilantik menjadi Menteri Besar. “Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak menyatakan secara terperinci soal jantina bagi seseorang pemimpin dilantik ke jawatan Menteri Besar cuma yang disebut adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. “Menteri Besar perlulah seorang yang berwibawa, mendapat sokongan majoriti ADUN dan juga diperkenan oleh Sultan,” katanya. Pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Di bawah Perkara 55 (2) (a) undang-undang itu, dinyatakan Baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.
SANGGAH AMALAN
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz, yang sependapat dengan Mohamed Mustafa, berkata meskipun ia tidak mensyaratkan jantina dalam soal pemilihan Menteri Besar, secara konvensyennya ia didominasi oleh lelaki. “Tiada kesalahan daripada segi undang-undang, tetapi ia menyanggahi amalan selama ini di mana kaum lelaki yang menjadi Menteri Besar. Tidak salah wanita menjadi Menteri Besar, yang pentingnya merit dan keupayaan mentadbir. “Walaupun tiada sekatan undang-undang, dalam hal-hal yang berat, di situlah pentingnya kewibawaan seorang lelaki untuk menerajui negeri,” katanya. Pada ketika ini, belum lagi tercatat dalam sejarah di mana jawatan Menteri Besar di negara ini pernah disandang oleh kaum hawa. Sekiranya wanita dipilih menjadi Menteri Besar, mungkinkah terdapat halangan yang menjejaskan peranannya sebagai Menteri Besar dalam menasihati Sultan dan merasmikan majlis-majlis berbentuk keagamaan?
HALANGAN
Mohamed Mustafa menjelaskan memandangkan belum ada kes duluan sebelum ini, agak sukar untuk menyatakan bahawa sekiranya wanita menjadi Menteri Besar, kelak akan menimbulkan masalah. “Mungkin halangannya seorang Menteri Besar wanita ialah beliau terpaksa duduk berasingan dengan Sultan, selaku Ketua Agama bagi negeri dalam acara-acara keagamaan seperti merasmikan masjid atau majlis berbuka puasa atau mungkin terpaksa menghantar seorang Exco untuk mengambil alih peranan mewakili Menteri Besar. “Itu antara kesulitan yang bakal dihadapi dan untuk menasihati Sultan, saya fikir ia tidak menjadi masalah,” katanya. Dr Shamrahayu turut berpandangan ia tidak sesuai dengan budaya timur di mana pucuk pimpinan tertinggi negara dipegang oleh kaum lelaki. “Memang tidak boleh dinafikan dan tidak mustahil wanita mampu laksanakan tugas Menteri Besar cuma ia bukanlah amalan tradisi dan akan berlaku kekangan dalam nature of work,” katanya. Selain Selangor, Perak, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Negeri Sembilan dalam undang-undang tubuh masing-masing menyatakan Menteri Besar mesti di kalangan mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dan ada yang menyatakan anggota majlis kerajaan negeri mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. – BERNAMA

ALOR SETAR – Dua sahabat hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 17.7 gram dadah jenis heroin dan monoacetylmorphine kira-kira dua tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Iswandi Din, 26, dan Ahmad Azizuddin Mohd Radzi, 27, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Kedua-dua tertuduh dalam pembelaan telah menafikan keterangan saksi-saksi pendakwaan. Saya telah mempertimbangkan keterangan tertuduh…keterangan kedua-dua tertuduh diada-adakan.
“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes dadah ini adalah melampaui keraguan munasabah,” kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.
Beliau berkata pihaknya tiada pilihan selain menjatuhkan hukuman mati mandatori kerana hanya itu hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan.
Kedua-dua tertuduh yang merupakan penganggur dituduh mengedar dadah berbahaya seberat 17.7 gram iaitu 15.1 gram heroin dan 2.6 gram
monoacetylmorphine di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan kaunter feri, Jeti Point Kuah, Langkawi pada 7 malam, 3 Sept 2012.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam RSN Rayer. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment