TOP
Yusof sentiasa bersedia
KEJADIAN perompak menceroboh rumah mewahnya ini merupakan kali pertama selepas 13 tahun Yusof mendiaminya.
INI bukan adegan drama bersiri popular terbitannya, Gerak Khas tetapi benar-benar berlaku. Pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam terpaksa melepaskan tiga das tembakan – satu ke arah dinding rumahnya dan dua lagi ke arah hutan apabila mendapat tahu rumah banglo mewah empat tingkat miliknya di Taman Melawati dipecah masuk oleh perompak.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Kosmo! segera menghubungi Yusof bagi mendapatkan gambaran kejadian secara lebih terperinci. Ikuti temu bual berikut bersama beliau.
Ikuti lanjut temu bual Kosmo! bersama Yusof.
Kosmo!: Boleh Datuk ceritakan kejadian yang berlaku?
YUSOF: Kejadian pecah rumah itu berlaku dalam pukul 2.30 pagi. Ketika itu saya sedang menonton TV di ruang atas rumah. Tiba-tiba dua orang gaji saya yang duduk di bahagian paling bawah rumah menjerit ketakutan. Saya juga dengar pergelutan berlaku. Saya tanya “siapa itu?” tetapi tiada jawapan. Jadi, saya dapat agak rumah saya dimasuki perompak. Saya terus mencapai pistol di dalam bilik dan melepaskan tembakan ke arah dinding tangga rumah. Selepas itu saya dapat tahu perompak-perompak tersebut melarikan diri ke arah hutan dan seterusnya saya menghubungi Balai Polis Taman Melawati.
Bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku?
Saya dapat tahu daripada orang gaji ada tiga orang perompak memakai topeng mengumpil pintu belakang rumah saya. Mereka sempat menggeledah bilik Syafiq (anak) dan isteri (menantu) yang berada di tingkat paling bawah rumah. Nasib baik Syafiq dan isteri tiada pada hari kejadian itu kerana mereka berada di pejabat.
Bagaimanakah sistem keselamatan di rumah anda?
Rumah saya memang terletak di atas bukit dan ia berada di kawasan terpencil. Saya mempunyai pengawal keselamatan dan sistem keselamatan 24 jam. Selama 13 tahun tinggal di sini, kejadian rompakan ini adalah yang pertama kali terjadi. Saya memang sentiasa membiarkan sebanyak 60 peratus lampu rumah terpasang. Kalau gelap, lagi banyak jenayah akan berlaku.
Adakah anda trauma?
Pada mulanya memang terkejut selepas mendengar orang gaji menjerit, namun saya memang sentiasa bersedia dengan kejadian seperti ini (pecah masuk). Sebenarnya, banyak kali saya bermimpi rumah dimasuki perompak dan saya sentiasa berdoa jika ia berlaku biarlah ketika itu saya dalam keadaan berjaga. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan berlaku. Ketika kejadian isteri saya, Syamsul dan Sarah sedang tidur. Saya pula memang selalu tidur lewat.
Berapakah anggaran kerugian yang ditanggung?
Perompak hanya sempat menggeledah bilik Syafiq. Antara barangan yang hilang seperti cincin kahwin milik isteri Syafiq iaitu Aeisyah Zainal, jam tangan dan cermin mata hitam milik Syafiq. Anggaran dalam RM10,000.
Apakah tindakan anda selepas kejadian yang berlaku?
Saya akan memperketatkan kawalan pintu belakang dan sentiasa membiarkan belakang rumah sentiasa diterangi lampu.

Tujuh pejuang Hamas terbunuh
ASAP kelihatan selepas Tentera Israel melancarkan serangan udara di Bandar Gaza, Palestin semalam. - AFP
BAITULMUQADDIS - Pergerakan Hamas menyatakan, tujuh anggotanya terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Israel di Semenanjung Gaza. Menurut pergerakan itu dalam satu kenyataan, enam daripada tujuh anggota itu terbunuh hanya di sebuah lokasi. Ia menyatakan, seorang lagi pejuang meninggal dunia selepas dibom tengah malam semalam. Kenyataan itu memberitahu, dalam serangan udara semalaman, sebanyak sembilan orang pejuang Palestin yang terbunuh. Jumlah kematian yang paling tinggi itu menjadikan semalam sebagai hari paling buruk untuk para pejuang Hamas selepas pertempuran meletus sejak tiga minggu lalu. Pergerakan Hamas berkata, pihak musuh akan membayar harga yang besar ekoran kematian itu. Tentera Israel menyatakan, beberapa serangan itu dilancarkan bagi membalas serangan roket yang dilancarkan dari Gaza. - Agensi

190 juta pengundi Indonesia mengundi esok
SEORANG pegawai Indonesia memegang poster yang mengandungi gambar Jokowi dan regu Naib Presidennya, Jusuf Kalla (kiri) serta Prabowo (kanan) bersama dengan regu Naib Presiden, Hatta Rajasa di Jakarta semalam.
JAKARTA - Para pengundi akan memilih Presiden baharu Indonesia pada pilihan raya yang akan berlangsung esok dengan melibatkan dua calon yang mempunyai visi berbeza dalam menentukan masa depan negara. Lebih 190 juta rakyat layak untuk mengundi dalam negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu selepas India dan Amerika Syarikat. Bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto yang merupakan menantu kepada bekas diktator Suharto dilihat sebagai calon yang mewakili golongan elit dan tentera. Bagaimanapun, Gabenor Jakarta, Joko Widodo yang berusia sembilan tahun lebih muda daripada Prabowo dan merupakan calon Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dianggap sebagai tokoh yang boleh membawa pembaharuan kepada sistem demokrasi Indonesia. Satu tinjauan pendapat mendapati saingan antara Joko, 53, dan Prabowo, 62, amat rapat tetapi pada awal tahun ini keputusan itu menjadi sebaliknya. Tinjauan pendapat itu mendapati, Joko yang lebih mesra dengan panggilan Jokowi mengatasi Prabowo dengan kelebihan 30 peratus sebelum pilihan raya Parlimen pada April lalu. Namun, sokongan ke atas Jokowi itu menurun di bawah lima peratus manakala Prabowo pula menunjukkan peningkatan sokongan. "Rakyat Indonesia berhadapan dengan pilihan yang sukar untuk memastikan keutuhan sistem demokrasi serta keupayaan untuk terus bertahan dengan sistem yang ada," kata pengkaji politik Indonesia di Universiti Nasional Australia, Edward Aspinall. "Dua orang calon... yang mempunyai dua aspek dan latar belakang berbeza dan mereka menjanjikan hala tuju negara yang sangat berbeza," katanya. - dpa

Arnab peliharaan Chu miliki bulu terlalu tebal
SEEKOR arnab baka Angora yang dipelihara Chu memiliki bulu yang terlalu tebal sehingga muka haiwan itu sukar untuk dilihat.
TOP
Buffet Ramadhan Jual Arak
Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang mempromosi bufet Ramadan, dikesan turut menjual minuman keras kepada pengunjung. Pengusahanya juga menawarkan bufet Ramadan walaupun tanpa sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang boleh mengelirukan umat Islam. Kegiatan itu terbongkar selepas Bahagian Hab Halal JAKIM menerima aduan orang ramai dan anggota penguat kuasa yang diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Muhammad Khalid Othman, melakukan pemeriksaan mengejut di restoran itu pagi semalam. ─ BH Online

Helikopter Terhempas di Vietnam ─ 16 Maut
HANOI - VIETNAM. Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala lima yang lain cedera selepas helikopter tentera Vietnam terhempas di ibu negara ketika sesi latihan, awal pagi semalam.
Menurut AFP, Timbalan Komander Tentera Jeneral Vo Van Tuan berkata, ketika kejadian pesawat membawa 21 orang dan dipercayai terhempas semasa latihan payung terjun.
"Kesemua mangsa maut dan cedera adalah anggota tentera. Siasatan awal mendapati, kemalangan disebabkan masalah teknikal," katanya.
Helikopter buatan Rusia Mi-171 terhempas di daerah Thach That, iaitu sebuah kawasan di pinggir bandar yang tidak mempunyai ramai penduduk.
Sementara itu, saksi memberitahu dia ternampak pesawat terbang rendah dengan bunyi bising sebelum meletup dan terbakar. ─ Sinar Online
TOP
Susulan Masjid Dua Imam ─ Buku wirid, zikir yang diragui jadi rujukan jemaah
KOTA BHARU – Jemaah salah satu dalam kumpulan yang terlibat dalam insiden solat dua imam di Masjid Pondok Banggol Stol didakwa menggunakan sebuah buku mengandungi wirid dan zikir yang diragui sebagai rujukan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, penyiasatan awal pihaknya mendapati kumpulan tersebut melakukan ibadah dan sebagainya berpandukan buku berkenaan.
Kita dapati kumpulan tersebut mengikut amalan buku yang bertajuk “Meniti Jalan Hidayah Menuju Tarekat Khatmul Auliak” karya Mohd Bakri yang mana kandungannya mengandungi fahaman yang meragukan.
“Kita tidak memfatwakan Tarekat Tijani atau sebagainya, kita hanya fatwakan wirid-wirid yang ada dalam buku tersebut kepada sebarang penggunaan tanpa kawalan kerana bukan semuanya tidak boleh digunakan, tetapi ada di antara kandungannya diragui,” katanya semalam.
Menurutnya, wakil-wakil kumpulan itu juga telah disiasat namun mereka mengaku tidak mengamalkan dakwah mengikut Tarekat Tijani sebagaimana yang didakwa sebelum ini.
Beliau juga berkata, umat Islam sepatutnya harus lebih berhati-hati dalam memilih pegangan dan ikutan untuk menjadi Islam yang sebenar, bukan hanya berpandukan buku atau kitab yang tidak sahih dan sebagainya.
“Saya amat kesal dengan insiden tersebut, ia berlaku di bulan Ramadan, bulan yang menyatukan ummah, ini salah satu caranya menjatuhkan imej orang Islam sendiri. Saya harap selepas ini semua pihak akan lebih profesional bukannya dengan emosional dalam menyelesaikan sebarang masalah.
“Saya berharap agar umat Islam tidak mengamalkan atau melibatkan diri dengan pegangan-pegangan diragui, sebaliknya carilah ustaz atau imam-imam yang betul-betul sahih ajarannya, cabaran umat Islam semakin banyak, langkah-langkah penjagaan seperti inilah yang perlu dilakukan semua pihak,” katanya.
TOP
Serangan Udara Israel, 9 Rakyat Palestin Maut
TEBING BARAT - PALESTIN. Sekurang-kurangnya sembilan pejuang Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serangan udara di tengah dan selatan Semenanjung Gaza, tengah malam semalam.
Menurut Al Jazeera, Rejim Zionis menyasarkan tapak milik Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas yang menguasai kawasan Genting Gaza di sekitar kawasan tinggalan lapangan terbang di luar bandar Rafah, berhampiran sempadan Israel.
Dua pejuang dari pasukan Al Hussinin, kumpulan tentera milik Fatah maut ketika serangan menyasarkan kem pelarian Bureij di tengah Gaza, manakala tujuh pejuang dari pasukan Al Qassam, sayap bersenjata Hamas terbunuh apabila serangan udara melanda terowong Rafah, di selatan Gaza.
Difahamkan, serangan tercetus selepas pembunuhan remaja berumur 16 tahun, Mohammed Abu Khdeir pada 2 Julai lalu yang menyebabkan pertempuran selama empat hari di Baitulmuqaddis dan puluhan bandar di Israel. ─ Sinar Online
TOP
Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah
IPOH: Seorang bekas kerani sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM23,155.60 pada Mei lepas.
Noor Hairani Basaruddin, 33, didakwa melakukan pecah amanah itu melalui invois nombor 280863 berjumlah RM5,307, invois nombor 280864 (RM5,780), invois nombor 280866 (RM4,825), invois nombor 280896 (RM3,363.60) dan invois nombor 280897 (RM3,880).
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis syarikat tempat dia bekerja di Syarikat D&U Distributor Sdn Bhd di No 19A, Jalan Medan Ipoh 1E, Medan Ipoh Bestari, antara pukul 1.22 tengah hari hingga 4.47 petang pada 2 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Rushan Lutfi Mohamad membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Peguam Ram Kumar, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak akan melarikan diri ke luar negara kerana keluarganya tinggal di Taiping selain tertuduh masih menyusukan anaknya yang berusia sembilan bulan.
TOP
Tiada Keperluan Hapus Ladang Babi, Jangkitan JE Perlu Dikawal
PUTRAJAYA: Tiada keperluan untuk menghapuskan ladang babi di Pulau Pinang berikutan jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) di negeri itu tetapi jangkitan virus itu perlu dikawal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata ini kerana melalui ujian sampel darah yang dilakukan terhadap 181 sampel darah yang diambil dari 20 buah ladang babi di sekitar kawasan Kampung Selamat, Tasik Gelugor, Pulau Pinang, didapati negatif virus itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah perkara yang sama harus dilakukan sebagaimana kira-kira 1,700 babi dihapuskan pada tahun 1998 kerana virus Nipah yang mengakibatkan lebih 100 orang yang dijangkiti virus itu meninggal dunia.
"Virus ini berbeza dengan virus Nipah iaitu epidemik (sekali sekala) manakala JE adalah endemik iaitu sentiasa ada cuma yang beza menular atau tidak dan kita juga perlu kawal virus tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dengan penggantinya Datuk Mohd Arif Ab Rahman, bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) kementerian.
Ismail Sabri berkata bagaimanapun kawalan serta pemantauan masih dijalankan bukan hanya kepada ladang babi tetapi kesemua ladang haiwan yang terdapat di Pulau Pinang serta seluruh Malaysia.
"Walaupun babi paling banyak dikaitkan dengan virus ini tetapi kementerian tidak menolak virus ini boleh datang dari haiwan lain," katanya.
Rabu lepas, Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.
Sebelum itu, seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, turut disahkan dijangkiti virus yang sama dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Lepas.
Terdahulu dalam majlis itu Mohd Hashim, 60 yang bersara wajib hari ini menyerahkan tugasan tersebut kepada Mohd Arif, 57 dan yakin KSU baru ini mampu melaksanakan tugas yang diberikan dengan cemerlang.
Sementara itu, Mohd Arif berkata antara perkara yang akan diteliti ialah mengenai kewangan kementerian sebagai contoh akan mendapatkan laporan daripada semua ketua agensi berhubung peruntukan projek yang tidak digunakan.
"Jabatan yang tidak melaksanakan perbelanjaan ikut program kena akui kegagalan dan menyerahkan kembali peruntukan tersebut kepada Kementerian Kewangan," katanya.
TOP
Jais Tubuh Jawatankuasa Bebas Siasat Penahanan Wanita Kes Khalwat
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat sama ada pegawai terlibat dalam kes penahanan seorang wanita berusia 29 tahun yang didakwa melakukan kesalahan khalwat, mematuhi tatacara siasatan.
Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata Jais akan mengeluarkan kenyataan maaf secara terbuka sekiranya terbukti pegawai berkenaan tidak melaksanakan tugas mengikut undang-undang dan peraturan semasa proses penahanan itu.
"Jais memandang serius hal ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana pegawai yang tidak mengikuti tatacara diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ahmad Zaharin mengulas laporan media yang mendakwa terdapat penyalahgunaan kuasa berhubung penahanan wanita itu atas kes khalwat oleh penguat kuasa Jais pada Jun 22 lepas di rumahnya di Salak Tinggi, Selangor.
Beliau berkata kesudahan kes itu bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dilakukan serta keputusan pihak pendakwa raya setelah meneliti keterangan yang diambil.
"Berkenaan isu kes ini, harus diingatkan bahawa buat masa ini kes hanya wujud atas syak," katanya.
TOP
Kerajaan Jalankan Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Loji Tenaga Nuklear - Mah
Mah Siew Keong.
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan membina loji tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong. Menteri yang baharu dilantik dan bertanggungjawab menyelia Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia (MNPC) itu berkata kajian komprehensif termasuk penerimaan masyarakat, adalah perlu selain mendapatkan input daripada pakar dan pertubuhan bukan kerajaan. "MNPC akan mengkaji dan mengetuai usaha membina loji tenaga nuklear di Malaysia untuk menyediakan tenaga dalam tempoh jangka panjang dan mapan pada masa depan. "Kerajaan akan mengkaji semuanya daripada aspek keselamatan bagi pembinaan loji tenaga nuklear. Kajian keblehlaksanaan itu juga termasuk penerimaan masyarakat dan menggubal kerangka kerja peraturan. "Kami akan menjadikan semuanya telus. Kami akan memaklumkan kepada masyarakat," kata beliau pada sidang media di pejabat beliau di Menara Usahawan di sini, Isnin. Mah berkata kajian kebolehlaksanaan itu akan dibentangkan kepada Kabinet. Kerajaan dilaporkan berkata pada Disember 2010 bahawa ia bercadang untuk membina dua buah loji tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat, dengan sebuah loji dibina menjelang 2021 dan loji kedua setahun kemudian. Insiden letupan di loji nuklear Fukushima di Jepun pada 2011, yang menyebabkan pencemaran radiasi telah menimbulkan kebimbangan masyarakat mengenai risiko tenaga nuklear.

Rizalman Masih Dirawat Di Hospital
Muhammad Rizalman Ismail.
KUALA LUMPUR: Bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand yang dituduh melakukan jenayah, masih lagi menerima rawatan di hospital dan tidak akan dihantar ke sana dalam masa terdekat. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika mengesahkan perkara itu berkata anggota itu masih lagi menerima rawatan psikiatrik di sebuah hospital di sini dan hanya akan dihantar apabila keadaannya sesuai. "Buat masa ini dia masih di hospital," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan bungkusan Hari Raya kepada Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 850-1) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan, Isnin. Sumbangan berupa pakaian dan makanan disampaikan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. Zulkifeli mengulas kes melibatkan Muhammad Rizalman Ismail, bekas Pembantu Staff Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat merogol. Muhammad Rizalman, 38, ditahan di New Zealand pada 9 Mei lepas dan dibawa ke mahkamah pada keesokan harinya untuk didakwa. Rabu lepas, Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar Rizalman balik ke New Zealand untuk membantu siasatan kes itu, tetapi tiada tarikh ditetapkan. Pada Ahad, dilaporkan Peguam Negara sedang berurusan dengan pihak berkuasa New Zealand untuk menentukan tarikh penghantaran balik anggota terbabit ke negara berkenaan. Mengulas saranan sesetengah pihak supaya anggota terbabit diadili di mahkamah tentera dan bukannya mahkamah awam, Zulkifeli berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum sesuatu keputusan diambil. "Itu adalah pandangan peribadi masing-masing. Permohonan New Zealand (hantar balik anggota) perlu dipertimbang menerusi Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara," katanya. Laporan Bernama menyebut, dua bekas Panglima Angkatan Tentera berpendapat kes pertama kali dalam sejarah pertahanan negara ini perlu diadili di mahkamah tentera kerana anggota tersebut bukan orang awam. Sementara itu, mengulas mengenai majlis tersebut, Zulkifeli berkata Malbatt 850-1 ini diletakkan di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat Unifil, Shama yang telah dibentuk berteraskan kontingen dari Itali dan menduduki empat buah pangkalan tetap iaitu di Kem Tibnin, Kem Harress, Bara'ashit dan Ma'rakah. Kumpulan ini dengan kekuatan 850 orang, turut disertai 26 orang anggota dan pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan akan berkhidmat setahun sebelum digantikan dengan kumpulan lain Oktober ini.

Skim Cepat Kaya Zhang Jian Tarik Pelaburan RM300 Juta
Poster mempromosi kegiatan skim cepat kaya Zhang Jian di Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Skim cepat kaya yang dipelopori individu dikenali sebagai Zhang Jian dipercayai menarik pelaburan mencecah RM300 juta di seluruh negara. Difahamkan, jumlah pelaburan itu diperolehi sejak skim itu diperkenalkan kepada orang ramai menerusi iklan di Internet pada akhir tahun lalu. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jumlah pelaburan RM300 juta itu adalah berdasarkan sumber tidak rasmi. "Aduan orang ramai mengenai skim ini mula diterima KPDNKK sejak dua bulan lalu," katanya pada sidang media khas di sini, Isnin. Beliau mengulas mengenai skim cepat kaya yang diiklankan di Internet melibatkan Zhang Jian yang mendakwa dirinya sebagai 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' menerusi papan iklan gergasi di jambatan Pulau Pinang. Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan. Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan. Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan. "Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh, tidak tertipu dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat ini," kata Alias.

Pelancong Turut Beratur Dapatkan Makanan Percuma - Rohani
Rohani Abdul Karim.
PUTRAJAYA: Pelancong turut mengambil makanan percuma yang disediakan oleh Soup Kitchens, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Beliau berkata, pelancong menyertai golongan gelandangan yang beratur (untuk mendapatkan makanan) kerana mereka tidak tahu makanan tersebut disediakan untuk golongan berkenaan. "Mereka fikir Malaysia begitu murah hati dalam memberi makanan (percuma) kepada semua orang," katanya selepas mesyuarat mengenai program latihan kemahiran untuk belia wanita di sini. Rohani berkata, beliau mencadangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan Soup Kitchens supaya mengagihkan makanan tersebut di tempat yang lebih sesuai berbanding di jalanan. "Walaupun saya bersyukur kerana mereka memberikan makanan kepada golongan gelandangan, saya memberitahu mereka dengan melakukannya di jalanan, orang lain turut beratur untuk mendapatkan makanan itu. "Ini menggagalkan tujuan itu," katanya. Pada minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan larangan terhadap Soup Kitchens berada dalam lingkungan 2 kilometer dari kawasan Lot 10 di Bukit Bintang.

OKU Nasitah Diserahkan Kepada JKM
Nasitah diselamatkan oleh kakitangan JKM di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat.
KOTA BARU: Wanita kurang upaya yang ditemui dikurung di dalam sebuah bilik kecil di bawah rumah di Tumpat, Jun lalu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata Nasitah Yahya, 44, yang sebelum ini ditempatkan di Wad Psikiatri HRPZII di sini disahkan sebagai lembam. "Dia telah stabil dan kami akan serahkan beliau kepada JKM untuk penempatan sebab dia merupakan OKU, kita tak tahu dia akan ditempatkan di mana, ia atas JKM dan ahli keluarga," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Pada 27 Jun lepas, kakitangan JKM dan polis menemui Nasitah dikurung di dalam sebuah bilik berukuran 5.8 meter persegi dan setinggi lebih dua meter di Kampung Pasir, Pekan Hulu, Tumpat. Wanita itu dipercayai berada dalam keadaan demikian sejak 10 tahun lalu selepas kematian ibu bapanya.

Tindakan Polis Israel Pukul Remaja Palestin Didedah
POLIS Israel dilaporkan akan meneliti rakaman video yang menunjukkan dua anggotanya bertindak kejam terhadap remaja Palestin.
Kenyataan itu muncul selepas rakaman tersebut dilaporkan oleh saluran berita BBC dan mendapat perhatian banyak pihak.
Mangsa, Tariq Khdair, 15, dari Florida, merupakan sepupu kepada Mohammed Abu Khdair, 16, yang dibunuh kejam oleh rejim Israel sehingga mencetuskan rusuhan.
Dalam usaha melindungi tindakan kejam itu, polis Israel mendakwa Tariq terdiri daripada sekumpulan rakyat Palestin yang menyerang pegawai mereka.
Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh keluarga mangsa.
TOP
Junta Tentera Thai Setuju Promosi PKS Agenda Negara
Jeneral Prayuth Chan-ocha.
BANGKOK: Junta tentera Thailand bersetuju untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai agenda negara. Dalam hal ini, terdapat empat sektor yang akan mendapat perhatian iaitu pembuatan, perdagangan, perkhidmatan dan pertanian. Perkara ini diumumkan selepas mesyuarat pertama jawatankuasa itu untuk menyokong PKS yang dipengerusikan oleh ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha, yang juga ketua Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Kebangsaan (NCPO). PKS menjadi agenda nasional kerana ia merupakan asas kepada ekonomi domestik.

NGO Buat Laporan Polis Berita Palsu MB Selangor Letak Jawatan
Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu berhubung peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dua pertubuhan itu ialah Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) dan Road to Putrajaya (RTPJ). Presiden Pasmeb, Mazli Saring berkata penyebaran maklumat palsu tentang peletakan jawatan Abdul Khalid itu diterimanya pagi Isnin melalui pelbagai aplikasi sosial termasuk WhatsApp, Twitter dan Facebook kononnya laporan itu didakwa dikeluarkan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). "Kami membuat laporan polis supaya siasatan terhadap perkara ini dapat dibuat, kerana berita ini bukan sahaja menyentuh perasaan rakyat Selangor tetapi juga Institusi Diraja Selangor," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Shah Alam di sini. Bernama bagaimanapun mengeluarkan kenyataan ia telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu berhubung peletakan jawatan Menteri Besar Selangor.

Seorang Wanita Antara Lima Warga Vietnam Ditahan Pecah Masuk Kilang
IPOH: Polis menahan lima warganegara Vietnam termasuk seorang wanita di kediaman mereka di Lengkok Bercham Timur kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah masuk kilang di Ipoh sejak tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan pada pukul 1.30 pagi Isnin selepas polis menjalankan risikan dan memperoleh maklumat daripada orang awam.
Pemeriksaan di rumah berkenaan menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk merompak antaranya satu alat pemecah batu, satu alat pengukur besi, satu beg galas berwarna biru gelap dan alat pencucuh gas oxy warna kuning, katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.
Beliau berkata modus operandi kumpulan ini ialah memecah masuk ke premis yang mempunyai aspek keselamatan yang rendah sebelum menebuk peti besi di dalam kilang itu.
"Suspek bertindak menebuk lubang yang memuatkan tangan mereka untuk mengambil barangan berharga di dalam peti besi tersebut," katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kumpulan itu dipercayai terlibat dalam dua kejadian pecah masuk kilang di Bercham pada minggu lepas.
Katanya kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan mereka ditahan reman selama empat hari bermula Isnin.
TOP
Suspek Pukul Remaja Hingga Mati Ditahan
MELAKA: Polis pada Isnin berjaya menahan lelaki yang disyaki memukul seorang remaja hingga maut di sebuah rumah di Kampung Jawa, Alor Gajah dekat sini pada petang Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohamad Laham berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Padang, Alor Gajah kira-kira 2.30 pagi hasil maklumat orang awam.
"Suspek berasal dari Sungai Pelek, Selangor ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin bagi membantu siasatan," katanya.
Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati di dalam biliknya di rumah sewa mereka dipercayai dipukul anggota keluarga terdekat menggunakan sebatang kayu, selepas dia menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga.
Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail, 38, membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah pagi semalam selepas anak sulung dari 10 beradik itu tidak memberi respons bila dikejutkan.
Sementara itu, Siti Habibah melahirkan rasa reda apabila dimaklumkan bahawa polis berjaya menahan suspek.
"Biar dia (suspek) bertanggungjawab dengan apa yang telah dia lakukan sendiri...permintaan arwah bukan besar mana pun, niatnya hanya untuk bantu keluarga dan adik-adiknya," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Besar Melaka di sini.
Katanya, suspek merupakan seorang yang panas baran dan kerap memukul 10 orang anaknya berusia empat hingga 17 tahun menggunakan tali pinggang.
Dalam pada itu, bapa saudara kepada mangsa, Azhar Muhamad, 44, dari Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor terkejut menerima berita kematian Muhamad Hafiz melalui ibunya malam Ahad.
Azhar berkata mangsa seorang pelajar lembam.
TOP
APMM Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 17 Pati Warga Indonesia
BATU PAHAT: Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia di perairan Parit Jawa, Muar, Ahad.
Ketua Penguatkuasa Maritim Pangkalan Batu Pahat Leftenan Komander Maritim Iskandar Ishak berkata kesemua mereka termasuk seorang tekong dan dua pembantu bot ditahan kira-kira pukul 2.15 pagi.
Katanya anggota APMM menjumpai sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Parit Jawa menuju ke perairan sempadan Malaysia-Indonesia dan menahannya untuk pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan kemudian menemui 15 lelaki dan wanita dewasa serta dua kanak-kanak warga Indonesia. Kami turut menahan tekong berserta dua pembantunya di dalam bot tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Kesemua mereka berumur antara tiga hingga 61 tahun dan kini ditahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63.
Jika disabit kesalahan, mereka berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak melebihi 6 kali, kata beliau.
Bagi tekong pula, kata Iskandar, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM250,000 jika disabitkan.
Pihak Maritim Malaysia, menurutnya, akan meningkatkan rondaan di kawasan yang dipercayai menjadi tapak pelancaran kegiatan penyeludupan pendatang ini terutama menjelang perayaan Aildilfitri.
Beliau menjangkakan masih ramai warga Indonesia yang akan menggunakan laluan tidak sah ini untuk pulang ke Indonesia.
TOP
Penunggang Motosikal Maut Rempuh Belakang Lori Tangki
SETIU: Seorang penunggang maut selepas motosikalnya merempuh belakang sebuah lori tangki minyak di Kilometer 57 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Chalok Kedai di sini, Isnin.
Dalam kejadian pada pukul 9.20 pagi itu, Ahmad Shah bin Samat, 24, yang berasal dari Kampung Sungai Tong Setiu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata mangsa yang menunggang motosikal Honda Ex5 dipercayai cuba memotong lori berkenaan namun gagal sebelum melanggar bahagian kanan belakang lori berkenaan.
"Susulan rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah pada anggota badan," katanya.
Pemandu lori yang berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat.
TOP
28 Soalan Undang-Undang Oleh Gereja Katolik Gagal Penuhi Keperluan Asas
KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan di sini memutuskan bahawa 28 soalan tentang undang-undang pentadbiran, undang-undang perlembagaan dan soalan am dikemukakan pihak Gereja Katolik gagal memenuhi keperluan asas di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 untuk diberikan kebenaran merayu.
"Sebanyak 28 soalan bagi kebenaran dikemukakan oleh pemohon yang terbahagi kepada tiga bahagian di bawah tajuk soalan undang-undang pentadbiran, soalan undang-undang perlembagaan dan soalan am.
"Untuk kebenaran diberikan, bebanan terletak pada pemohon untuk memuaskan hati Mahkamah ini bahawa soalan dikemukakan melepasi asas ditetapkan dalam Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 (CJA)," kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh anggota yang membuat keputusan majoriti 4-3 terhadap gereja itu pada 23 Jun.
Penghakiman bertulis itu dimuat turun pada Isnin daripada laman web rasmi Mahkamah Persekutuan.
"Kuasa Menteri untuk memberikan permit untuk mencetak dan menerbitkan surat khabar di Malaysia terkandung dalam Seksyen 6 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, manakala Seksyen 12 akta sama memberikan Menteri budi bicara untuk mengenakan mana-mana syarat bagi permit itu yang beliau fikirkan wajar.
"Dalam melaksanakan budi bicara itu, Menteri dalam kes ini telah melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam Herald. Ia tidak mempertikaikan ciri-ciri syarat yang mungkin dikuatkuasakan oleh Menteri yang tertakluk dalam budi bicara beliau.
"Isu di hadapan kami adalah sama ada penguatkuasaan syarat itu dalam melaksanakan budi bicara beliau di bawah Akta itu adalah tertakluk kepada penelitian kehakiman atau sebaliknya," katanya.
Dalam menimbangkan isu sama ada Mahkamah Rayuan telah mengguna pakai ujian yang betul atau tidak, Ariffin berkata beliau mengambil kira seluruh penghakiman oleh Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dan bukan sekadar melihat kepada terma yang digunakan dalam penghakiman berkenaan.
"Lagipun, intipati penghakiman berbanding terma yang digunakan patut digunakan sebagai ukuran," katanya.
Hakim Arifin juga berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya melayani cabaran pihak gereja terhadap kesahihan atau perlembagaan enakmen beberapa negeri yang menetapkan untuk mengawal dan melarang pengembangan doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.
Beliau berkata soalan perlembagaan dikemukakan pihak gereja berhubung hak mereka yang termaktub dalam Perkara 3, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipertimbangkan secara terpencil tanpa mengambil kira enakmen-enakmen negeri.
Pada 23 Jun, dalam keputusan majoriti 4-3, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pihak gereja bagi kebenaran untuk membatalkan larangan kerajaan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' yang merujuk kepada 'God' dalam penerbitan mingguan The Herald versi Bahasa Malaysia.
Penghakiman Arifin dipersetujui oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang tidak memihak kepada penghakiman itu memutuskan Gereja Katolik berhak diberikan kebenaran untuk merayu kerana terdapat isu penting di sisi undang-undang yang telah dibangkitkan oleh pihak gereka untuk diselesaikan oleh Mahkamah Persekutuan.
Dalam penghakiman bertulis setebal 69 muka surat, Hakim Malanjum memutuskan pihak gereja telah memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman untuk diberikan kebenaran merayu.
"Wajar ditekankan bahawa selain daripada keperluan itu, satu faktor yang perlu diberikan pertimbangan serius adalah tahap kepentingan awam dalam isu undang-undang yang dibangkitkan oleh pemohon (pihak gereja) dan tentang keperluan ia diselesaikan secara muktamad oleh Mahkamah Persekutuan," katanya.
Katanya isu serius berhubung langkah Menteri Dalam Negeri dalam melaksanakan budi bicaranya melarang kalimah 'Allah' dalam Herald adalah berhubung fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Herald telah diedarkan selama 14 tahun sebelum penguatkuasaan larangan itu.
Dua lagi hakim yang mempunyai pendapat bertentangan ialah Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.
TOP
Ahmad Zahid Kekal Menangi Kerusi Bagan Datoh
Ahmad Zahid Hamidi.
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan kemenangan bagi kerusi Bagan Datoh di Perak apabila Mahkamah Persekutuan di sini Isnin menolak dua rayuan untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen itu. Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mempengerusikan panel lima hakim, sebulat suara menolak rayuan dikemukakan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Madhi Hassan dan seorang pemilih berdaftar, Azmi Sulaiman. Beliau berkata kedua-dua perayu menyatakan 19 April, 2013, sebagai tarikh Ahmad Zahid didakwa melakukan rasuah sebagai seorang calon pilihan raya. Bagaimanapun, 19 April adalah tarikh menjelang penamaan calon bagi pilihan raya umum pada 2013 dan Ahmad Zahid masih belum menjadi calon pada tarikh berkenaan, katanya. Madhi mendakwa Ahmad Zahid terlibat dalam rasuah dengan memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras yang tertera loga BN menerusi seorang bernama R. Supramaniam dan seorang lagi bernama Mustofa Saifudin, pemilih berdaftar di kawasan itu. Azmi mendakwa Ahmad Zahid telah melantik kira-kira 24,000 pekerja menerusi pembayaran wang tunai di samping memberi beras kepada individu yang bertugas dalam kawasan itu semasa pilihan raya. Panel Mahkamah Persekutuan turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. Hakim Arifin juga memerintahkan Madhi dan Azmi, masing-masing membayar RM25,000 sebagai kos perundangan kepada Ahmad Zahid. Pada 19 Februari tahun ini, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen difailkan oleh Mahdi dan Azmi selepas memutuskan mereka tidak mempunyai fakta mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa Ahmad Zahid terlibat dalam amalan rasuah. Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi untuk mengalahkan Madhi dalam pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas. Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin; Madhi oleh peguam Edmund Bon dan Azmi oleh peguam New Sin Yew.

Wanita Dipenjara Tujuh Bulan Curi Telefon Bimbit, Gagal Tunjuk MyKad
KUALA LUMPUR: Seorang wanita pada Isnin dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah mencuri telefon bimbit milik pelancong warga Afrika dan gagal menunjukkan kad pengenalan, minggu lepas.
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Samsiah Md Isa, 30, bagi kesalahan mencuri dan penjara sebulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan bermula tarikh dia ditangkap 4 Julai lepas.
Tertuduh yang tidak bekerja didakwa mencuri telefon bimbit milik Mohamed Sorie Kargbo di Jalan Tun H.S. Lee di sini pada 4 pagi, 4 Julai lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan dibuat mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000.
Mengikut fakta kes, Samsiah ditangkap sendiri oleh pengadu sebelum diserahkan kepada anggota polis dan pemeriksaan yang dilakukan menemukan telefon bimbit di dalam poket seluar tertuduh.
Di mahkamah sama, seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan serpihan kaca bulan lepas.
Abdul Aziz Isa, 58, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap Kustina Aziz, 49, di sebuah unit di Flat Sri Kelantan, Jalan Sentul Pasar, di sini pada 6.45 petang, 27 Jun lepas.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Majistret Ashraf Rezal menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling.
TOP
Manchester United Perkenal Jersi Baharu Musim 2014/2015
Jersi baharu Manchester United.
MANCHESTER United buat pertama kalinya memperkenalkan jersi baharu pasukan itu bagi musim 2014/2015.
Jersi rekaan baharu itu turut memaparkan logo Chevrolet sebagai penaja. Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu merupakan nama besar baharu yang menghiasi jersi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut selepas Sharp, Vodafone, AIG dan Aon. Ia boleh didapati untuk pra tempahan di United Direct dan Nike.com sebelum memasuki pasaran seluruh negara pada 16 Julai ini. Jersi tersebut akan digunakan Red Devils ketika bertemu LA Galaxy pada siri Jelajah 2014.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.

MLM Skim Cepat Kaya Zhang Jian Haram - KPDNKK
Antara bahan yang digunakan Zhang Jian untuk mempromosi syarikat MLM miliknya yang menjalankan kegiatan skim cepat kaya.
KUALA LUMPUR: Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang dikendalikan individu dikenali sebagai Zhang Jian dipercayai menjalankan operasi skim cepat kaya secara haram. Pemeriksaan mendapati, peserta skim itu hanya perlu melabur sebanyak RM300 dan dijamin memperoleh pendapatan antara RM2,700 hingga RM6,800 sebulan. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, syarikat itu didapati tidak berdaftar mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Beliau berkata, kementerian memandang serius terhadap pelanggaran undang-undang dan peraturan yang dilakukan syarikat berkenaan. "Syarikat yang ingin menjalankan perniagaan jualan langsung perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan kementerian untuk memastikan aktiviti yang dijalankan adalah telus serta tidak menjurus kepada skim piramid yang merugikan pengguna. "Siasatan sedang dijalankan ke atas syarikat ini di bawah Seksyen 27 (b) Skim Anti Piramid dan sebuah syarikat jualan langsung tempatan di bawah Seksyen 6(4) Pelanggaran Syarat Lesen mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993," katanya pada sidang media khas di sini, Isnin. Beliau mengulas mengenai skim cepat kaya yang diiklankan di internet melibatkan Zhang Jian yang mendakwa dirinya sebagai 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia' menerusi papan iklan gergasi di Pulau Pinang. Tambah Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual sebarang produk atau perkhidmatan. "Malah peserta skim ini juga digalakkan mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan," katanya. Ditanya mengenai siasatan, Alias berkata, dua kertas siasatan dibuka terhadap syarikat milik warga China itu dan kaitannya dengan sebuah syarikat tempatan sejak 7 Februari lalu. Bagaimanapun katanya, syarikat tempatan itu berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung. "Kita sedang menyiasat dan mendapatkan bukti sebelum diserahkan hasil siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya. Menurut Alias, bagi kesalahan kali pertama di bawah Seksyen 27(b), hukuman akan dikenakan adalah denda tidak kurang daripada RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau kedua-duanya. "Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(4), hukuman adalah pembatalan lesen jualan langsung," katanya.

Pelbagai Pihak Bantu Keluarga Remaja Dipukul Bapa Hingga Mati
MELAKA: Pelbagai pihak pada Isnin tampil bagi memberi bantuan kepada keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul bapanya sendiri hanya kerana menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin berkata pergerakan itu akan mendapatkan rawatan psikologi untuk ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, dan sembilan lagi anaknya yang kini trauma.
"Keluarga ini bukan sahaja hadapi tekanan kerana kejadian ini malah mereka semua trauma akibat hidup dengan seorang ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan kematian anak sulung keluarga ini.
"Selain itu, kita juga akan memberikan bantuan kewangan awal sebanyak RM1,000 kepada keluarga ini," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini.
Dalam kejadian 5 petang Sabtu lepas, Muhamad Hafiz dilaporkan bertengkar dengan bapanya Abdul Ghani Sapuan, 52, kerana menyatakan hasrat ingin bekerja membantu keluarga, di rumah mereka di Kampung Jawa, Alor Gajah sebelum dipukul sehingga pengsan oleh bapanya.
Mas Ermieyati berkata pergerakan itu juga akan membantu dalam usaha mendaftarkan sembilan anak keluarga itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan dokumentasi dan sijil pengenalan yang sah.
"Anak-anak ini tiada pengenalan diri yang menyukarkan mereka untuk bersekolah dan urusan lain pada masa hadapan, kita akan pastikan perkara ini diselesaikan supaya anak-anak ini dapat belajar di sekolah nanti," kata Mas Ermieyati.
Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata pusat itu akan membantu Siti Habibah mendapatkan rumah bantuan kerajaan dengan sewa paling minimum selain membantu untuk mendapatkan pekerjaan sesuaisekiranya beliau membuat keputusan kekal menetap di Melaka.
"Pembela BN juga akan menguruskan segala belanja pengurusan jenazah Allahyarham (Muhamad Hafiz) dan kita akan pastikan nasib anak-anak lain terbela," katanya.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka akan memastikan nasib keluarga itu akan terjaga.
"Sekiranya keluarga ini mengambil keputusan untuk tinggal di Klang, Selangor JKM Melaka akan bekerjasama dengan JKM Selangor bagi memastikan keluarga ini mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.
TOP
Bimbang Kes Culik Di Semporna, Polis Arah Pengusaha Ikan Sangkar Pindah
Gambar hiasan.
KOTA KINABALU: Pihak berkuasa mengarahkan pemilik dan pengurus ikan dalam sangkar di Semporna untuk meninggalkan kawasan tersebut buat sementara waktu berikutan cubaan untuk menculik dekat Kampung Bangau-Bangau pada Isnin tidak berhasil. "Kami telah mengarahkan semua pemilik ikan untuk berpindah dalam usaha untuk mengelak daripada berlakunya cubaan menculik pada masa hadapan," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. Kesemua laluan keluar dari Semporna juga ditutup dalam usaha memburu tujuh lelaki bersenjata yang disyaki warga Filipina yang merompak sebuah sangkar ternakan ikan selepas gagal menjumpai pemiliknya dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi Isnin. Jalaluddin berkata, pihak berkuasa dibawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah(Esscom) sedang menyelaraskan semua agensi untuk memburu kumpulan bersenjata itu. Polis turut menahan lapan pekerja berusia antara 12 hingga 43 tahun dari sebuah sangkar ternakan ikan untuk membantu siasatan walaupun hanya dua pekerja menyaksikan insiden itu. "Semua tetapi seorang daripada tujuh lelaki itu bertopeng," katanya. Polis turut merampas dua telefon bimbit milik syarikat itu yang digunakan pekerja terbabit.

Sekumpulan Lelaki Bertopeng Cuba Culik Pemilik Sangkar Ikan Di Semporna
Kampung Bangau-Bangau, tempat sekumpulan penculik mendarat untuk menculik pasangan berbangsa Cina dari Kelantan yang mengusahakan sangkar ternakan ikan.
SEMPORNA: Polis sedang giat memburu tujuh lelaki mengunakan topeng di Semporna selepas satu laporan mengesahkan mereka dikesan berada di sebuah sangkar ternakan ikan kira-kira 200 meter dari Kampung Bangau-Bangau. Seorang pekerja dari sangkar ternakan ikan Ah Chai itu memaklumkan kepada polis bahawa sekumpulan lelaki itu mencari pemiliknya, pasangan berbangsa Cina dari Kelantan pada tengah malam Isnin. Namun, pasangan itu tidak tinggal di dalam sangkar ternakan ikan itu kerana mereka telah berpindah ke Semporna berikutan kes penculikan yang semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut. Menurut sumber, lelaki bertopeng itu membawa senjata rifle semi-automatik selain pistol tiba di sangkar ternakan ikan itu menggunakan bot laju berwarna biru untuk mencari pasangan tersebut. Kelima-lima mereka memasuki kawasan ternakan ikan itu manakala dua lagi menunggu di dalam bot laju. Lelaki tersebut mengacukan pistol ke arah seorang pekerja apabila bertanya mengenai pasangan tersebut, kata sumber. Pekerja tersebut memberitahu polis bahawa salah seorang lelaki bersenjata itu mahir bertutur dalam Bahasa Melayu tetapi mengubah percakapannya ke dialek Suluk selepas mereka mendapati dia juga dari kaum Suluk. Lelaki bersenjata itu pergi ke masuk ke dalam rumah pekerja terbabit dan melarikan sebuah televisyen bersama 'dua beg' selepas mendapati pasangan tersebut tidak berada di sana, kata sumber. Ketua Polis Semporna, Superintendan Mazlan Lazim berkata, polis sedang menyiasat kes itu dan mempergiatkan usaha memburu sekumpulan lelaki tersebut. "Kami bekerjasama dengan polis marin, tentera dan beberapa lagi agensi lain dibawah Kawasan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam operasi memburu mereka," katanya. Mazlan berkata, mereka sedang menumpukan pencarian di sekitar Kampung Bangau-Bangau, Pulau Mataking dan kawasan berdekatan. "Beberapa keterangan turut direkodkan dari saksi bagi membantu siasatan," katanya

Rakan Kongsi Mangsa Culik Di Silam Maut Dalam Kemalangan
Kee maut dalam kemalangan yang membabitkan teksi yang dinaiki dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, petang Sabtu.
KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan warganegara Hong Kong yang dalam perjalanan ke Sandakan untuk berbincang mengenai syarat pembebasan rakan kongsinya yang diculik dari sangkar ternakan ikan di Silam, terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu. Tiga lagi yang lain turut terbunuh dalam kemalangan yang membabitkan sebuah teksi dengan kenderaan pacuan empat roda di KM21, Jalan Lubuk di Sandakan kira-kira pukul 5.30 petang. Ahli perniagaan itu yang dikenal pasti sebagai Kee Kwok Edien, 63, pemilik Wonderful Terrace Fish Farm, lokasi Yang Zau Lin, warga China berusia 34 tahun diculik sekumpulan lelaki bersenjata dari Filipina pada 6 Mei lalu. Laporan tidak rasmi mendakwa Kee membawa sejumlah wang dipercayai wang tebusan untuk membebaskan rakan kongsinya itu. Kee berada di dalam teksi tersebut bersama dua penumpang lain, Jaafar Kassim, 40, dan warga Filipina, Pedro Jr Pajimola, 36, dan pemandu teksi Salah Ibno, 64. Dua orang maut di tempat kejadian manakala dua lagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Duchess of Kent di Sandakan. Pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 24 tahun itu dan dua wanita masing-masing berusia 24 dan 32 tahun hanya mengalami kecederaan ringan. Laporan tersebut turut menyebut keluarga Kee dalam perjalanan ke Sandakan untuk menuntut mayatnya. Kee difahamkan dihubungi oleh wakil kumpulan bersenjata warga Filipina itu untuk urusan pembebasan rakan kongsinya yang ditahan di kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf di Kepulauan Jolo, selatan Filipina.

Jessica Simpson Akhirnya Kahwini Eric Johnson
Eric dan Jessica berkahwin pada 4 Julai lalu.
PENYANYI Jessica Simpson akhirnya mengahwini Eric Johnson pada 4 Julai lalu di San Ysidro, Monecito Calif. Majalah People melaporkan pasangan itu kelihatan cukup gembira pada hari bahagia berkenaan yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat mereka. "Kami sangat terharu dan gembira dengan perkahwinan ini kerana ia melengkapkan kehidupan kami berdua.
Pasangan itu mempunyai dua orang anak.
"Berkahwin dihadapan ahli keluarga dan teman rapat dan paling penting anak-anak kami melalui hari yang cukup menggembirakan," kata Jessica. Jessica, 33, sebelum ini pernah berkahwin dengan Nick Lachey pada tahun 2002 sebelum bercerai selepas empat tahun berkahwin manakala Eric, 34, pernah berkahwin dengan Keri Johnson selama lima tahun. Jessica dan Eric mempunyai dua orang anak; Maxwell, 2 tahun dan Ace 12 bulan.

Yusof Haslam Lepaskan 3 Das Tembakan, Penjenayah Larikan Barang Hantaran
Yusof Haslam dan isterinya Patimah
PETALING JAYA: Produser filem Datuk Yusof Haslam melepaskan tiga das tembakan selepas banglo mewahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur dekat sini dipecah masuk dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin. Sumber polis berkata, semasa kejadian Yusof, 60, sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar jeritan orang gaji di tingkat bawah yang menyebabkan beliau bergegas ke biliknya untuk mengambil pistol. Ujar sumber itu, Yusof melepaskan satu das tembakan pertama sebagai amaran ke arah tangga rumah dan melepaskan lagi dua das tembakan ke kawasan hutan kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke arah berkenaan. Polis berkata, pengadu turut mendapati pintu rumahnya terdapat kesan umpilan manakala bilik di tingkat empat rumahnya itu berselerak akibat digeledah. Pihak polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penjenayah berkenaan dan dipercayai tiga orang terlibat dalam kegiatan itu. Tambah sumber itu, semasa kejadian terdapat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas namun dia tidak menyedari kejadiaan tersebut. Sementara itu, isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya dengan bantuan polis sedang meneliti rakaman CCTV rumah mereka bagi mengenal pasti ketiga-tiga perompak tersebut.
Banglo mewah Yusof Haslam terletak di lereng bukit.
Bagaimanapun kata Patimah, penjenayah berkenaan sukar dikesan identiti mereka kerana ketika kejadian masing-masing memakai topeng bagi menutup wajah. "CCTV di rumah berjaya merakamkan kelibat penjenayah sebelum lensa kamera itu dialihkan bagi mengelak di kesan namun keadaan mereka yang bertopeng menyukarkan kami untuk mengesan wajah mereka," katanya. Patimah turut memberitahu, dua pembantu rumahnya turut dicederakan oleh penjenayah berkenaan ketika kejadian namun bersyukur keadaan mereka selamat. Bagaimanapun katanya, barangan hantaran perkahwinan anak lelakinya, Syafiq Yusof lesap dan berjaya dibawa lari oleh penjenayah itu. "Kesemua penjenayah berkenaan mengacukan pisau kepada pembantu rumah saya namun bersyukur mereka tidak diapa-apakan cuma mereka berjaya mencuri barangan milik Syafiq seperti cincin perkahwinan dan jam tangan berjenama," katanya. Tambah Patimah lagi, tindakan pantas suaminya yang melepaskan beberapa das tembakan amaran kepada penjenayah tersebut berjaya menakutkan mereka namun kesemua perompak itu berjaya melarikan diri. "Apabila terdengar sahaja jeritan daripada pembantu rumah, suami (Yusof) segera mengambil pistol dan melepaskan tembakan amaran dan mereka melarikan diri," katanya.

Zizan Razak Beri Penjelasan Status Kecewa Emma Maembong
Zizan menyangkal hubungannya dengan Emma sedang bergolak.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan Emma Maembong kini bergolak ekoran tindakan aktres itu memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah percintaan mereka sedang dilanda badai. Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Abdul Razak, 30, berkata, luahan Emma itu langsung tiada kena mengena dengannya kerana hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. "Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.
Luahan Emma menerusi sekeping foto di laman Instagram miliknya yang mengundang pelbagai presepsi daripada peminat mereka.
"Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Emma dalam status di Intagramnya pada Ahad menggambarkan seolah-olah hatinya sedang kecewa apabila menulis status dia akan mencari lelaki lain yang boleh mengambil berat terhadapnya. Luahan perasaan Emma itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang mengandaikan hubungannya dengan Zizan Razak sedang dilanda masalah. Malah peminat turut meminta Emma supaya bersabar dengan dugaan dalam perhubungan cinta dan berharap kemelut yang berlaku diantara mereka dapat diselesaikan secara baik. Dalam pada itu, Zizan berkata, dia dan Emma baharu sahaja menjayakan sebuah majlis di ibu negara pada malam Ahad lalu.
Hubungan Emma dan Zizan tiada masalah.
Malah kata Zizan, dia tidak melihat sebarang keperluan supaya gambar itu dipadam kerana ia mungkin ditujukan kepada individu tertentu yang sedang mempunyai perasaan sedemikian. "Tidak perlu buang kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian. "Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama," ujarnya.

Perkhidmatan Tren Perantara Stesen Hang Tuah - Imbi Diteruskan
KUALA LUMPUR: RapidKL Monorail akan meneruskan perkhidmatan tren perantaranya sehingga diberitahu kelak dan tidak akan mengadakan perkhidmatan tren antara Stesen Hang Tuah dan Stesen Imbi, demi keselamatan penumpang.
"Kami akan sediakan tren perantara dari KL Sentral ke stesen Hang Tuah, dan antara Titiwangsa dan Imbi, seperti yang kami lakukan beberapa hari lepas berikutan kejadian lubang benam," kata Ketua Pegawai Operasinya Abdul Hadi Amran dalam kenyataan di sini Isnin.
Beliau berkata juruperunding yang diambil syarikat pengendali perkhidmatan rel itu membuat keputusan mereka tidak perlu melakukan lebih banyak pemeriksaan terhadap keadaan tanah dan kekukuhan dua tiang monorel di kawasan terjejas.
"Setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk terus beroperasi dalam "degraded mode" sehingga diberitahu kelak," katanya.
TOP
SMS Berdarah Subuh Ramadan
Shah Jahan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari ahli keluarga di Mandalay memaklumkan mengenai kematian abangnya minggu lalu.
KUALA LUMPUR: Ramadan tiba lagi dan tiap kali terkenangkan nasib keluarga yang ditindas di tanah kelahiran mereka pasti mengundang resah serta sayu bagi warga Myanmar yang menjadi pelarian ke negara ini. Terkini, perbalahan berdarah antara etnik Buddha dan Islam yang berlaku di bulan mulia ini, minggu lalu mengorbankan dua nyawa ketika umat Islam di Mandalay, bandar ke dua terbesar Myanmar sibuk menunaikan ibadah puasa. Tragedi menyayat hati itu turut dirasai warga Myanmar di sini, Shah Jahan Hashim yang ditemui mStar Online baru-baru ini apabila menerima perkhabaran sedih menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengenai kejadian di satu subuh Ramadan yang menyebabkan beliau kehilangan orang tersayang di saat umat Islam menghitung hari untuk meraikan Syawal. Kata pemuda berusia 27 tahun itu, abangnya adalah salah seorang mangsa yang terkorban dalam pemberontakan di kampung halamannya. "Abang saya seorang yang baik, nasib kami menjadi minoriti islam di sana, kami tidak punya apa-apa hak untuk bersuara dan mempertahankan nasib kami sendiri," kata dia ketika di temui di Pasar Borong Selayang baru-baru ini.
Sambil bergenang air mata, Shah Jahan menunjukkan foto jenazah abangnya yang dihantar oleh keluarga mereka dari Myanmar. Kata bakal ustaz itu, pertembungan antara dua etnik di Myanmar itu sejak sekian lama sering berakhir dengan kesedihan. Malahan, situasi itu juga yang menyebabkan beliau terpaksa menjadi pelarian dan sudah lapan tahun menetap di Malaysia. "Saya menjadi pelarian dan keluarga saya masih di sana memperjuangkan hidup dan meneruskan kehidupan dalam keadaan ketakutan. "Bagi saya, kedatangan ke sini untuk mengejar ilmu agama dengan menghafal al-Quran bagi mencapai cita-cita menjadi ustaz," katanya yang sebak apabila menceritakan nasib keluarganya di kampung. Rabu lalu, seorang mangsa beragama Islam dipercayai diserang ketika berjalan ke masjid untuk solat Subuh, manakala kematian mangsa kedua yang beragama Buddha masih disiasat. Kejadian itu disifatkan rusuhan paling teruk di Mandalay apabila perusuh bertindak membaling batu ke arah masjid dan kedai milik masyarakat Islam. Setiausaha Pusat Konvensyen Agama Belia Myanmar, Khin Maung Oo berkata, pertelingkahan itu bermula berikutan khabar angin menyatakan seorang pemilik kedai minum Islam merogol seorang wanita Buddha. Insiden itu menyebabkan ratusan anggota polis terpaksa mengawal keadaan selepas lebih 300 pelampau Buddha yang menyanyikan lagu kebangsaan berarak ke arah kedai berkenaan.

Kementerian Pendidikan Tidak Campur Tangan Singkir Dekan UM - Idris
Idris Jusoh.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh menafikan kementeriannya campur tangan dalam penyingkiran dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman. Idris berkata beliau percaya terdapat 'pihak luar' yang sengaja memperbesar perkara itu dan menjadikannya isu supaya rakyat menentang kerajaan. "Saya percaya adanya 'pihak luar', parti pembangkang yang cuba menghasut pihak tertentu agar menentang kerajaan apabila memperbesar isu ini. "Bagi saya tiada apa yang luar biasa kerana dekan berkenaan hampir tamat tempoh perkhidmatan dan seperti biasa dekan lain akan dilantik menggantikan tempat dia," katanya kepada pemberita di majlis Iftar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Antarabangsa Malaya-Wales (IUMW) di sini, Isnin. Turut hadir Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin. Idris turut mempersoalkan mengapa tiada pihak mempertikaikan tindakan kerajaan Selangor yang menyingkirkan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) beberapa tahun lalu. "Mereka (kerajaan negeri) pecat seorang VC (naib canselor), tapi kenapa tiada siapa-siapa nak kecoh, tapi bila dean (dekan) yang hampir tamat perkhidmatan tidak dilanjutkan jawatan, kenapa semua blog, media nak tulis?," katanya. Idris juga menekankan bahawa amalan pengundian ini adalah satu proses biasa untuk memilih dekan bagi penggal akan datang selepas tempoh perkhidmatan mereka tamat. Isnin lalu berita penyingkiran Redzuan mendapat perhatian beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang membidas kementerian yang didakwa campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti tersebut. Sementara itu, Mohd Amin berkata pihak UM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa terhadap seorang pensyarahnya yang disyaki terbabit dengan aktiviti militan. Beliau berkata pensyarah terbabit Dr Mahmud Ahmad telah empat minggu tidak datang menjalankan tugasnya. "Jika menurut peraturan biasa kita akan mengambil tindakan terhadap ketidakhadiran tersebut bergantung pada alasan serta bukti sokongan seperti sijil cuti sakit dan sebagainya, namun bagi dakwaan terlibat kegiatan militan kita serahkan sepenuhnya siasatan pada pihak berkuasa," katanya. Rabu lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahmud yang merupakan pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merupakan seorang daripada lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan militan. Dr Mahmud bersama empat suspek yang lain dikatakan telah meninggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.

Rusuhan Little India: Singapura Terima Pakai Syor COI
SINGAPURA: Kerajaan Singapura menerima pakai semua syor Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai rusuhan Little India dan akan melaksanakannya secara tegas, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean.
Beliau berkata laporan COI itu, yang dikeluarkan pada 30 Jun, mengemukakan beberapa syor dan pemerhatian penting bagi menambah baik pengurusan kejadian sedemikian, di samping mengurangkan risiko ia berlaku lagi pada masa akan datang.
"Dengan melaksanakan syor COI itu, kami akan lebih bersedia dan Home Team, kerajaan serta Singapura akan menjadi lebih bersiap sedia serta kuat berikutan kejadian itu," katanya pada akhir kenyataan mengenai respons kerajaan terhadap laporan COI di Parlimen di sini Isnin.
Pada 8 Disember 2013, satu rusuhan tercetus berikutan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian di Race Course Road di Little India.
Rusuhan itu merupakan gangguan terhadap ketenteraman awam paling buruk yng pernah berlaku di Singapura sejak lebih empat dekad sebelumnya.
Teo berkata Home Team dan agensi kerajaan lain, mendapat pengajaran yang sangat berguna daripada kejadian itu.
TOP
Simpanan TH RM50 Bilion Daripada 8.4 Juta Pendeposit
KUALA TERENGGANU: Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai kira-kira RM50 bilion jumlah simpanan daripada keseluruhan 8.4 juta pendepositnya di seluruh negara.
Ahli Lembaga Pengarah TH Ghazali Awang berkata simpanan yang diterima TH setiap tahun daripada pendeposit baharu ialah kira-kira RM5 juta di 120 cawangannya.
TH menerima banyak penyimpan baharu setiap kali selepas pengumuman dividen setiap tahun, katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan Zakat Program Ehsan TH bagi kawasan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Seberang Takir dekat sini, Isnin.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus TH negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani Mukhtar.
Mengenai Program Ehsan TH, Ghazali berkata TH menyasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta kepada sebanyak 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara pada tahun ini.
Katanya bagi negeri Terengganu, sebanyak 320 orang terdiri daripada golongan miskin menerima sumbangan masing-masing RM500 melibatkan jumlah keseluruhan RM160,000.
Ghazali berkata program berkenaan merupakan tanggungjawab sosial tahunan TH yang diadakan pada bulan Ramadan bertujuan meringankan beban kewangan golongan itu.
"Walaupun sumbangan kita tidak begitu besar, namun diharap ia mampu meringan sedikit beban golongan itu yang sangat memerlukan," katanya.
Sementara itu Mohammad Mokhzani berkata kira-kira 1,000 bakal haji dari Terengganu dan sebahagian dari Kelantan akan berkumpul di Hotel Tabung Haji dan Pusat Konvensyen di sini sebelum berlepas menunaikan fardu haji bermula 8 Sept dengan lima penerbangan terus ke tanah suci dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.
Justeru itu TH telah membuat persiapan untuk bakal-bakal haji berkenaan dan persiapan terakhir ialah Kursus Haji Perdana yang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos bertempat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini.
TOP
PIDM Umum Pelantikan Semula Pengerusi, Lembaga Pengarah
KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) hari ini mengumumkan lima pelantikan semula oleh Menteri Kewangan.
Perbadanan itu melantik semula Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad Alias sebagai pengerusinya dengan George Anthony David Dass, Alex Foong Soo Hah, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff dan Mohamad Abdul Halim Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah.
"PIDM sebagai perbadanan telah mendapat manfaat daripada pengalaman dan kemahiran ahli-ahli Lembaga Pengarahnya. Pelantikan semula ini akan memastikan kesinambungan, kestabilan serta kepelbagaian pada lembaga pengarah kami dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata Abdul Samad dalam kenyataan pada Isnin.
Perbadanan itu turut mengumumkan pelantikan semula Jean Pierre Sabourin, dengan tempoh perkhidmatan beliau dilanjutkan untuk tiga tahun lagi dari 28 Ogos 2014 hingga 27 Ogos 2017 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
"Sabourin mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam insurans deposit. Kemahiran dan sumbangan beliau kepada PIDM sejak penubuhannya adalah tidak ternilai dan kami menantikan kepimpinan beliau serta pemindahan kemahiran dan pengetahuan yang berterusan," katanya.
TOP
IBBM Ditukar Kepada Nama Kepada IBBBA
KUALA LUMPUR: Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM) telah ditukar nama kepada Institut Bank-Bank Berkanun Asia (IBBBA) berikutan usaha untuk menyusun semula IBBM dan mendefinasikan peranannya sebagai sebuah badan profesional untuk bank.
Matlamat utama IBBBA untuk memprofesionalkan kerjaya perbankan dengan meningkatkan standard dan kualiti keanggotaannya, kata IBBBM dalam satu kenyataan hari ini.
Intitut berusia 37 tahun itu memperkenalkan rangka kerja keanggotaan baharu bagi mempertahankan standard profesional dan memastikan pengiktirafan sewajarnya status keanggotaan berprestijnya melalui program bank berkanun, menguatkuasa kod etika dan kelakuan, memperkukuh kualiti anugerah dan peperiksaannya.
"Standard profesionalisme yang tinggi perlu ditanam di dalam kurikulum kursus bagi mewujudkan bakat berkualiti lebih tinggi yang mesti diuji secukupnya dan dicapai bagi memastikan kepercayaan orang ramai.
"Kami juga perlu memikirkan semula peranan bagi mendidik pelajar kami dan untuk melihat semula keupayaan kapasiti pendidikan profesional untuk abad baharu yang inklusif," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tay Kay Luan.
TOP
Firefly Lancar Promosi Ramadan
SUBANG: Firefly Bhd melancarkan promosi Ramadan dengan dua peringkat tambang berbeza - tambang pergi balik termasuk semua pada RM69 untuk semua penerbangan di dalam Semenanjung dan RM149 bagi pergi balik untuk semua destinasi antarabangsa.
Tambang itu dijual mulai Isnin hingga 20 Julai, 2014 bagi penerbangan dari 14 Julai, 2014 hingga 28 Mac, 2015.
Ketua Pegawai Eksekutif Ignatius Ong berkata tambang yang pasti mampu dibayar untuk semua penerbangan Firefly akan membolehkan lebih ramai pengembara menikmati percutian selesa yang murah.
Di samping itu, Firefly akan melancarkan perkhidmatan daftar masuk automatik untuk semua penerbangan domestik dan ke Singapura.
"Firefly telah mula menawarkan ciri daftar masuk automatik dalam sistem tempahan kami, syarikat penerbangan pertama di negara ini menawarkan ciri itu," kata Ong.
Perkhidmatan mesra penumpang itu mengamalkan konsep "tempah, cetak dan terbang" yang membolehkan penumpang sibuk mendaftar masuk selain menempah tiket dalam talian.
TOP
Op Warta Khas: Selangor Kumpul Waran Tangkap Saman Tertunggak Tertinggi
Ketua Trafik Pasukan PDRM Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff
KUALA LUMPUR: Selangor mendahului negeri-negeri lain dalam jumlah waran tangkap tertunggak dengan sebanyak 441,000 direkodkan daripada 1.75 juta waran tangkap saman trafik yang masih belum dijelaskan di negara ini. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata jumlah tersebut merupakan baki yang terkini selepas Op Warta Khas dijalankan selama 12 hari bermula 16 hingga 27 Jun lalu. "Selangor mencatatkan jumlah saman tertunggak paling banyak iaitu 441,000 diikuti Kuala Lumpur (261,000), Pulau Pinang (215,000), Perak (146,000) dan Negeri Sembilan (108,000). "Dalam tempoh 12 hari Op Warta Khas dijalankan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara keseluruhan telah dapat menahan dan menyelesaikan sebanyak 16,486 kes waran tangkap saman trafik," katanya pada sidang media Op Warta Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Isnin. Menurut Mohd Fuad Op Warta Khas yang dijalankan selama 12 itu hari telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah penyelesaian berbanding tempoh yang sama sebelum operasi khas tersebut dijalankan. Katanya, Op Warta Khas adalah mirip dengan Op Warta yang dimulakan Februari lalu tetapi dijalankan dengan lebih tegas untuk memburu Orang Kena Saman (OKS) yang telah dikeluarkan waran tangkap. Mohd Fuad berkata, 12 hari sebelum Op Warta Khas dijalankan, waran tangkap yang telah dijelaskan adalah sebanyak 9,698 berbanding 16,486 yang dilunaskan dalam tempoh ia dilaksanakan. "Kita tidak menyatakan ini sebagai satu kejayaan tetapi kita dapat lihat peningkatan dalam penyelesaian waran tangkap iaitu kira-kira 60 peratus apabila Op Warta Khas dilakukan. "Baki waran tangkap 1.75 juta dilihat sebagai satu jumlah yang besar," katanya. Mohd Fuad berkata sejak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan baki waran tangkap berjumlah 1.9 juta yang belum dijelaskan pada Februari lalu, kira-kira 250,000 daripadanya telah diselesaikan sehingga tamatnya Op Warta Khas 27 Jun lalu. Tambahnya, Op Warta dan Op Warta Khas akan diteruskan dari masa ke semasa memandangkan saman dan waran tangkap sentiasa dikeluarkan oleh mahkamah. Beliau menjelaskan, tangkapan menerusi Op Warta dan Op Warta Khas dibuat terhadap mereka yang mempunyai saman trafik seperti terbabit kemalangan jalanraya, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, tidak memakai tali pinggang keledar dan ditahan kerana memandu melebihi had laju ditetapkan. Beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai saman trafik dan waran tangkap supaya menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menjelaskan saman yang dikeluarkan terhadap mereka. "Kita minta mereka tampil dan bertanggungjawab. Kesalahan telah direkodkan dalam sistem dan ia tidak dapat dipadam melainkan saman telah dijelaskan," katanya.

VIDEO : Ketua Kumpulan ISIS, Abu Bakr Al-Baghdadi muncul buat pertama kalinya.
Ketua Kumpulan ISIS, Abu Bakr Al-Baghdadi muncul buat pertama kalinya kepada umum. Dengar apa yang ingin diperkatakan oleh beliau.
Abu Bakr Al-Baghdadi merupakan ketua Kumpulan ISIS, satu kumpulan yang memerangi puak syiah dan ramai orang Malaysia telah bersama-sama beliau untuk berjuang dengannya.
Pihak media massa melabel ISIS sebagai kumpulan militan dan pengganas. Terpulang kepada anda untuk menilai sendiri kumpulan ISIS ini samada pengganas atau pejuang agama.

Hazama Belum Sedia Kahwin Kekasih Kerana Agama
Hazama tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berkahwin.
PETALING JAYA: Juara program Akademi Fantasia musim kesembilan Hazama masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya, Genervie Kam kerana perbezaan agama. Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, mereka berdua memerlukan lebih masa kerana banyak perkara perlu diberi pertimbangan sebelum membuat sebarang keputusan. "Harus saya akui perbezaan agama di antara kami menjadi faktor utama kenapa kami belum bersedia ke arah itu buat masa ini kerana ia isu yang sensitif. "Insya-Allah jika ada jodoh di antara kami pasti suatu hari nanti kami akan disatukan juga sebagai suami-isteri," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Hazama berkata, dia mahu memastikan pengetahuan agamanya mencukupi sebelum berkahwin kerana sedar bukan mudah untuk membimbing seorang saudara baharu. Jelas Hazama lagi, pertanyaan teman wanitanya kepadanya mengenai Islam adakalanya membuatkannya tersedar bahawa perlu mendalami ilmu agama dengan lebih baik. "Perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dipanang rinngan dan persediaan dari segi mental dan rohani sangat penting dalam menjadi ketua keluarga," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Hazama berkata sepanjang bulan Ramadan dia akan terlibat dengan beberapa majlis berbuka puasa bersama peminat selain beberapa persembahan istimewa sempena Syawal.

Tidak Mengaku Salah Angkut Enam Migran
TEMERLOH – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas tuduhan mengangkut enam orang migran warga Myanmar yang diseludup ke negara ini pada 16 Jun lepas.
Che Mohd Azuwan Che Hashim, 30, dari Tanah Merah, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 20J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya.
Hakim Habibah Mohamed Yusof menetapkan 12 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu Habibah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Jumlah jaminan itu dipohon Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiah Soupy atas alasan jaminan yang dikenakan itu berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan Che Mohd Azuwan.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Mengikut kertas pertuduhan, pada 16 Jun lalu kira-kira jam 4 pagi di Km134.2 Lebuhraya Pantai Timur arah Kuala Lumpur, tertuduh mengangkut enam lelaki warga Myanmar iaitu Tan Khan Kim, Kyaw San Mim, Oo Shawe Then, Oo Cha Tun, Maung Pu Shanu dan Kyaw Deih Piang yang diseludup ke negara ini dengan menggunakan sebuah kereta.
Che Mohd Azuwan didakwa memasukkan 10 lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an ke dalam kereta berkenaan dari Rantau Panjang, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu tertuduh terbabas menyebabkan empat daripada migran itu maut.
Tertuduh dan enam warga Myanmar yang terselamat, tetapi mengalami cedera ringan, dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah) di sini.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Khas (Pati) di sini, Hakim Jamaludin Mat menangguhkan pendakwaan ke atas keenam-enam migran berkenaan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 kepada 7 Ogos berikutan tiada jurubahasa mahkamah. – BERNAMA
TOP
Kes Samun: Dua Lelaki Menyamar Polis Dicari
GEORGETOWN – Polis sedang mengesan dua lelaki yang menggunakan kereta jenis Perodua Alza berwarna putih kerana disyaki menyamun pelancong warga Hong Kong di Lebuh Pantai, di sini semalam.
Jurucakap polis berkata pada kejadian jam 2.45 petang itu lelaki berumur 50 tahun bersama isterinya sedang bersiar-siar di lokasi kejadian sebelum kereta yang dinaiki suspek menyekat perjalanan mereka.
“Suspek yang berada di tempat duduk penumpang kemudiannya bertanya mangsa orang tempatan atau bukan sebelum menunjukkan kad bertulis ‘Polis Malaysia’ dan meminta pasport mangsa untuk diperiksa,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata suspek selepas itu meminta dompet milik mangsa dengan memberi alasan mahu memeriksa wang yang dibawanya sebelum melarikan pelbagai mata wang asing dianggar bernilai RM5,910.
Katanya pelancong yang sedar dirinya terpedaya cuba merebut kembali dompetnya tetapi suspek pantas memecut kenderaannya menyebabkan mangsa jatuh dan mengalami kecederaan ringan di lutut, tangan kanan dan pipi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Mior Faridalatrash Wahid dalam kenyataan menerusi sistem pesanan ringkas mengesahkan kejadian itu.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kenderaan berkenaan membuat laporan di balai polis berdekatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394/170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan menyamun. – BERNAMA
TOP
Jururawat Kena Pecat Rakam Video Neymar
Sao Carlos – Kecederaan Neymar Jr. menjadi topik utama Piala Dunia di Brazil selepas doktor pakar yang merawat beliau mengesahkan Neymar terpaksa direhatkan akibat patah tulang vertebra.
Namun disebalik tragedi yang menimpa Selecao selepas kehilangan bintang harapan pasukan mereka, kontroversi tercetus apabila video Neymar yang di bawa masuk di pintu masuk Hospital Sao Carlos tersebar luas.
Seorang jururawat yang hanya dikenali sebagai Cinthia, merakam video ketibaan Neymar di hospital itu sekaligus membuatkan peminat-peminat Neymar berang serta mengecam tindakannya mengambil video kesakitan Neymar dengan senyuman dan menunjukkan tanda ‘V’ pada akhir video berdurasi 25 saat itu.
Menurut laporan laman bola sepak Brazilan UOL, akibat perbuatan itu, jururawat tersebut bakal dipecat.
Dalam temu bual bersama pihak pengurusan hospital, Marcia Real berkata, jururawat itu tidak hadir bekerja hari ini dan berkemungkinan akan dipecat. – Agensi
TOP
Video: Penjelajahan Empat Buah Negara Dalam Masa 2 Minggu
Pepatah ada mengatakan “Jauh Penjalanan Luas Mata Memandang”. Bumi tuhan ini bukan Malaysia sahaja dan takkan la seumur hidup kita hanya ingin mengenali tanah yang bergelar Malaysia.
Jika mampu dan ada kelapangan masa kita boleh merancang untuk melancong ke tempat-tempat yang menarik dan jauh dari budaya-budaya kita Malaysia. Tidak salah untuk kita mengetahui apakah budaya-budaya mereka di luar sana secara langsung. Yang baik dijadikan amalan, yang buruk kita jadikan sempadan.
Di sini saudara kita Isyraf Syafizul Hadidi bersama rakan-rakannya telah berkongsi satu video yang cukup hebat untuk kita tonton bersama berkenaan penjelahan di 6 buah bandar merentasi 4 buah negara dalam tempoh masa 2 minggu. Antara bandar-banda yang dilawat mereka ialah. London & Bath (UK) Paris (Perancis), Venice & Rome (Itali) dan Dublin (Ireland).
TOP
Emma Maembong dedah sikap sebenar Zizan Raja Lawak di Instagram?
Hubungan cinta di antara Emma Maembong dan Zizan Razak yang baru berputik kini sudah bergolak?
Isu ini timbul setelah Emma berkongsi satu gambar di Instagram yang mungkin ada kaitan dengan percintaan diantara dia dan juga sikap Zizan Raja Lawak.
Emma juga dikaitkan dengan konflik yang berlaku antara Zizan dan juga Marina Juki, rakan kongsi Zizan untuk syarikat WireFame Entertainment dimana Emma dikatakan menjadi penyebab Zizan membekukan akaun syarikat tersebut.
Di dalam gambar yang dikongsi oleh Emma di Instagramnya, Emma seakan-akan meluahkan bahawa dia merasa dirinya tidak diberi perhatian oleh Zizan dan sekiranya keadaan itu berterusan, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan lari dari perhubungan itu. - SiakapKeli.com

Pesawat Air Asia Terbabas Di Lapangan Terbang Brunei
KUALA LUMPUR: Penerbangan AK278 Air Asia tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei, petang tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, pesawat berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk selepas juruterbang berjaya memberhentikan pesawat dengan selamat di landasan yang licin selepas hujan.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 1.10 petang.
Air Asia melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman Facebook syarikat penerbangan itu tadi, mengesahkan satu insiden menimpa pesawat berkenaan sehingga memaksa 103 penumpang dan tujuh anak kapal diarahkan keluar dari pesawat. Bagaimanapun, semua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Sumber: BH Online

Cedera Dipukul, Johan Raja Lawak Dapat Gantirugi RM170,000
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai ‘Johan Raja Lawak’ dan isterinya.
Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.
Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.
Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
“Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon,” katanya.
Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.
Pada 7 Jan lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif.
Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai ‘Halim’.
Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.
Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.
Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.
– BERNAMA
TOP
Remaja OKU Firdaus Keluar Hospital Jumaat Ini
Remaja orang kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lepas dibenarkan keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) Jumaat ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata remaja itu akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan melalui perintah sementara daripada mahkamah.
“Alhamdulilah tahun ini adik Muhammad Firdaus boleh berhari raya dengan kami selain kami sedang mengesan warisnya yang lain supaya mereka boleh melawat beliau,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan di pejabatnya di sini.
Rohani berkata berat Muhammad Firdaus juga kini telah bertambah kepada 17.3 kg berbanding 14 kg ketika ditemui dikurung di sebuah rumah pangsa oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu di rumah berkenaan.
Mengulas kejadian seorang remaja yang maut dibelasah bapanya di Melaka, Rohani berkata pihaknya telah memberikan perkhidmatan kaunseling kepada ibu mangsa untuk berhadapan dengan kejadian tersebut.
“Kita telah memberikan sedikit bantuan iaitu sebanyak RM300 kepada keluarga tersebut dan akan menimbangkan untuk memberi bantuan berterusan kepada mereka,” katanya.
Dalam kejadian 5 petang Sabtu lepas, mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17 dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang berusia 52 tahun di rumah mereka di Kampung Jawa Alor Gajah selepas Muhamad Hafiz menyatakan hasrat untuk bekerja kepada ayahnya namun tidak dipersetujui.
Ayah mangsa bertindak ganas dengan mengambil sebatang kayu lalu memukul anak sulung daripada 10 beradik itu bertubi-tubi sehingga Muhamad Hafiz rebah sebelum ibu mangsa, Siti Habibah Ismail menyedari kematian anaknya kira-kira 4 pagi semalam.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment