TOP
Melaka Sasar Penembusan Jalur Lebar 75% Tahun Depan
MELAKA – Melaka menyasarkan penembusan jalur lebar pada tahap 75 peratus menjelang akhir tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata penembusan jalur lebar kini pada tahap 65 peratus dan percaya sasaran itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan pesat sektor teknologi maklumat di negeri itu.
“Hasrat saya ialah seorang ibu di dapur rumahnya boleh memantau gerak-geri anaknya di sekolah selain berinteraksi secara terus dengan guru hasil kemajuan telekomunikasi dinikmati rakyat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.
Idris berkata semua jabatan kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini diarah meluaskan liputan internet tanpa wayar (wi-fi) mereka dan tidak terhad di dalam bangunan semata-mata.
“Saya mahu liputan wi-fi hingga ke kawasan tempat letak kereta jabatan itu ataupun sehingga sempadan sesebuah IPT, jadi bila masuk kawasan jabatan atau IPT berkenaan terus dapat liputan wi-fi,” katanya.
Beliau berharap semua kemudahan wi-fi serta jalur lebar di negeri ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dan bukan disalah guna bagi menghasilkan sesuatu yang negatif. – BERNAMA
TOP
Jakoa Pantau Kumpulan Cuba Perdaya Orang Asli
KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memandang serius kumpulan tertentu yang cuba memperdaya masyarakat Orang Asli yang baharu memeluk Islam di beberapa perkampungan di Kelantan dengan menjual barangan perhiasan yang mempunyai unsur tahyul dan khurafat.
Ketua Pengarah jabatan berkenaan, Datuk Mohd Sani Mistam berkata mereka dipaksa membeli barangan yang mempunyai motif alam pada harga tidak munasabah dengan menakutkan mereka dengan dakwaan jika tidak membeli dan memakainya, mala petaka akan menyusul.
“Kita kesan kumpulan ini yang menjual rantai dan gelang dengan motif alam bagi tujuan memperdayakan masyarakat itu.
“Harga sebenar barang yang dijual hanya RM2 tetapi mereka sanggup menipu sehingga mencecah harga RM600 dengan cara menakut-nakutkan kononnya jika tidak memakainya, mereka akan mendapat kemurkaan alam,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat Orang Asli di sini malam tadi.
Turut hadir Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu Faridah Mat.
Menurut Mohd Sani, masyarakat itu masih dalam proses belajar agama Islam dan iman yang masih lemah mungkin menyebabkan mereka mudah termakan dengan penipuan seumpama itu.
Beliau berkata mengikut statistik, bilangan Orang Asli yang memeluk Islam sekitar 20 peratus daripada kira-kira 180,000 Orang Asli di seluruh negara. – BERNAMA
TOP
KPWKM Teliti Pandangan Pelbagai Pihak Selesai Isu Pengemis
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi jaminan untuk meneliti setiap pandangan sebelum memuktamadkan keputusan mengenai kaedah menangani isu golongan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Timbalan Menterinya Datuk Azizah Mohd Dun berkata keputusan itu juga tidak akan bersifat semata-mata menghukum golongan peminta dan pemberi sedekah.
“Kita perlu mendengar pandangan daripada pelbagai pihak seterusnya bincangkan sama ada ini merupakan langkah betul yang akan dilakukan.
“Contohnya, mungkin kita akan tengok sama ada terdapat negara lain yang pernah ambil langkah seperti ini dan jika ada kita akan lihat dari segi hasil dan keberkesanannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian World Islamic Economi Forum Social Entrepreneurship Challenge 2014 di sini, hari ini.
Azizah berkata pihak yang berhasrat membantu golongan berkenaan perlu melakukannya mengikut saluran dan kaedah yang betul.
“Kita tidak mahu sekat orang yang mahu memberi bantuan kerana itu adalah sesuatu yang baik, namun perlu ada keputusan ikut prinsip ‘win-win situation’ agar semua pihak dapat manfaat,” jelasnya.
Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.
Tengku Adnan berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Jumaat lepas satu mesyuarat antara KPWKM bersama agensi-agensi berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diadakan di Putrajaya bagi membincangkan langkah mengatasi masalah peminta sedekah. – BERNAMA
TOP
Pemalsuan MyKad: 150 Individu Ditahan
GEORGE TOWN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan 105 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pemalsuan MyKad sejak September tahun lepas hingga April ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada anggota sindiket dan individu yang bergerak aktif menjalankan kegiatan berkenaan bagi mengaut keuntungan.
“Berdasarkan siasatan, kita mendapati mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga kategori utama iaitu sindiket yang menyasarkan warga asing yang berhajat menjadi warganegara Malaysia.
“Dua lagi ialah individu yang mengenakan bayaran tertentu kepada pihak yang mahukan kad pengenalan dan individu yang melaksanakan aktiviti itu secara berkala dengan menumpukan di kawasan tertentu terutama di ladang serta kawasan perumahan yang mempunyai warga asing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga KDN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang, di sini hari ini. Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Ahmad Zahid berkata antara yang ditahan sepanjang tempoh berkenaan adalah warga asing daripada beberapa negara yang dipercayai bertindak sebagai ejen.
Katanya setakat ini tiada penjawat awam terutama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditahan dalam aktiviti pemalsuan MyKad.
Beliau berkata MyKad palsu itu tidak mempunyai 13 ciri khas seperti yang terdapat pada kad tulen, malah tiada butiran maklumat dalam sistem berkomputer JPN yang boleh diimbas menerusi mesin pengimbas.
Ahmad Zahid turut menafikan KDN melantik ejen untuk memudahkan urusan bagi memohon MyKad kerana pihaknya mempunyai 41 pejabat JPN di seluruh negara.
“Saya minta orang ramai jangan terpedaya atau percaya dengan pihak yang cuba menawarkan kad pengenalan kerana kita tidak pernah lantik mana-mana ejen.
“Lagipun urusan pemprosesan MyKad hanya memakan masa 24 jam dan bukan berminggu seperti yang didakwa mereka (ejen),” katanya.
Sumber: mStar Online
TOP
Xiaomi Malaysia Menjual 5,000 Unit Redmi 1S Esok – RM 419
Selepas sebelum ini mengumumkan kemasukan dua model baru ke pasaran Malaysia, Xiaomi Malaysia akan mula menjual salah satu model telefon pintar tersebut mulai esok. Model yang disebut adalah Redmi 1S yang akan ditawarkan pada harga RM 419 dan seperti kebiasaanya unit yang ditawarkan adalah terhad iaitu hanya 5,000 unit.
Redmi 1S hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 4.7-inci yang mempunyai kepadatan piksel 312ppi, pemproses Qualcomm MSM8228 Snapdragon berkelajuan 1.6GHz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman ( menyokong kad memori microSD sehingga 32GB), kamera belakang 8MP, kamera hadapan 1.3MP dan dilengkapi bateri berkapasiti 2,000 mAh.
Selain Redmi 1S, Xiaomi Malaysia juga akan menawarkan 8,000 unit telefon pintar Mi 3 pada harga RM 769, 10,000 unit powerbank 10,400mAh ( RM 36) dan 5,000 unit powerbank 5,400mAh ( RM 25).
Satu lagi model yang akan memasuki pasaran Malaysia, iaitu Redmi Note akan mula dijual pada 22 Julai ini pada harga RM 509.
Penjualan akan bermula pada pukul 12 tengahari esok dan akan habis didalam masa beberapa saat sahaja. Kami mencadangkan anda membaca tips pembelian khas ini sebagai persediaan untuk melakukan pembelian dengan lebih efisen dan pantas.
Sumber: mobile88.com
TOP
MH370: Keluarga Tidak Pernah & Tidak Akan Lupa
Dia tercari-cari gambar bapanya di pameran itu.
Satu pameran foto yang berlangsung di pusat membeli-belah Publika di Solaris Dutamas menjadi tumpuan apabila memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Ia mempamerkan koleksi foto yang diambil oleh jurugambar tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan tragedi MH370 sejak pesawat itu hilang. Maira Elizabeth tersenyum sebaik sahaja dia ternampak gambar ketua pramugari penerbangan Andrew Nari, di kalangan gambar 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu. Senyumannya kemudian bertukar kesedihan apabila disedari yang ayahnya dan keseluruhan penumpang kapal terbang itu masih belum ditemui. Setelah hampir 121 hari sejak misteri kehilangan pesawat MH370, dia masih berharap agar ayahnya pulang. Walaupun dia cuba untuk melindungi kesedihannya di hadapan orang ramai, pelajar jurusan komunikasi yang baru berusia 18 tahun itu berkata ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. “Kami cuba untuk menerima hakikat. Pada mulanya kita tidak pernah terfikir ia akan berlarutan sampai sekarang. Kini ia telah mencecah empat bulan dan kami masih tidak boleh menerima hakikat tersebut,” katanya. Pameran itu telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Ahad. “Kami cenderung untuk bersedih sejak kebelakangan ini. Kami terus berharap dengan berdoa dan cuba untuk kekal positif tetapi ia semakin sukar. Cubalah anda lalui pengalaman ini. Ia tidak mudah sama sekali. Ia sukar,” katanya. Sebagai anak perempuan sulung Nari dan Melanie Antonio, dia juga merasakan bertanggungjawab untuk kekal kuat dan menjaga ibu dan adiknya, Malcolm yang berusia 14 tahun. Maira yang bercita-cita mahu menjadi seorang wartawan satu hari kelak berkata ibunya adalah sumber kekuatannya. Sementara itu, Maira turut kelihatan mendukung seorang budak lelaki yang cuba untuk melihat lebih dekat foto pada pameran itu. Rafael yang berusia dua tahun menunjukkan foto datuknya, Gomes, yang turut berada dalam gambar yang sama dengan bapa Maira. Difahamkan bahawa Maira dan seluruh ahli keluarga penumpang MH370 dan anak-anak kapal tidak akan berhenti berharap sehingga kapal terbang yang hilang dijumpai. “Perkara yang paling penting, saya berharap mereka tidak berhenti mencari. Saya mahu mereka (pihak berkuasa) untuk mencari di mana mereka berada. Sama ada mereka sudah mati atau masih hidup, ia tidak penting, asalkan mereka kembali,” katanya.
Buat Jacquita Gomes, isteri kepada penyelia penerbangan MH370, Patrick Gomes pula, dia masih berharap agar penumpang dan anak kapal selamat mendarat. “Kami hanya meneruskan kehidupan pada masa ini, kami tidak mahu ia (kejadian) dilupakan, semua pihak perlu terus diingatkan bahawa mereka masih berada di luar sana. 239 daripada mereka dan pasangan mereka tidak pernah dilupakan. Setiap hari kami mengenangkan mereka, setiap hari kami bercakap mengenai mereka,” katanya. Pesawat Boeing 777-200 Beijing yang membawa 239 penumpang hilang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Penganggur Miliki Syabu Ditahan Di Sarawak
MIRI – Seorang penganggur ditahan polis Miri disyaki mengedar dan menyalahgunakan dadah dalam serbuan di sebuah hotel bajet malam semalam.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki rakyat tempatan, berumur 37 tahun, ditahan pada 9.50 malam, di dalam sebuah bilik di hotel itu dan turut dirampas 25 paket plastik dipercayai syabu dengan berat keseluruhan 16.75 gram.
“Harga pasaran syabu sekarang dianggar antara RM180 hingga RM280 bergantung kepada kualiti namun berat hanya 16.75 gram, anggaran kasar nilai rampasan ialah RM4,690,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Tian Kee berkata, suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine setelah ujian saringan awal air kencing dilakukan malam tadi.
“Suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan kes ini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pertimbang Beri Vaksin JE Di Kawasan Berisiko
BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan mempertimbangkan pemberian vaksin di kawasan berisiko terdedah jangkitan Ensefalitis Jepun (JE) sebagai langkah untuk mengawal penularan virus itu.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pemberian vaksin melibatkan kos tinggi dan kementerian perlu menilai pelbagai aspek sebelum melaksanakan pendekatan itu.
“Terdapat dua cara untuk kawal JE, satu dengan menghapuskan perumahnya yang telah dikenal pasti, satu lagi dengan pemberian vaksin. Memandangkan ujian sampel darah babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor baru-baru ini didapati negatif, kita boleh pertimbangkan kaedah kedua.
“Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar dan kerajaan negeri akan berbincang tindakan lanjut yang sesuai dengan keperluan semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelantikan Watikah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penyerahan sumbangan kewangan kepada kariah masjid serta surau peringkat Parlimen Balik Pulau, di sini malam tadi.
Katanya buat masa ini tumpuan diberi terhadap usaha pengawalan pembiakan nyamuk dengan melakukan semburan kabus bukan sahaja melibatkan ladang babi malah haiwan ternakan lain.
Dr Hilmi turut menasihati masyarakat agar memainkan peranan aktif dalam menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk di sekitar kediaman mereka sebagai langkah mengelak penyakit lain bawaan vektor itu termasuk denggi.
Rabu lepas, Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.
Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli disahkan dijangkiti virus yang sama dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.
Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, di sini, yang kini dalam proses pemulihan. – BERNAMA
TOP
Galaxy Core 2 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM599
Beberapa hari yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan Galaxy Core 2 secara rasminya. Kini, selang beberapa hari selepasnya, beberapa pengedar tempatan telah mula menjual telefon pintar tersebut, dimana ia membawakan tanda harga RM599 dan ditujukan bersempena dengan musim Raya yang menjelang tiba.
Samsung Galaxy Core 2 hadir dengan skrin bersaiz 4.5-inci dengan resolusi 800×480 pixel, cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, memori sebanyak 768MB RAM, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan VGA.
Telefon pintar ini hadir dengan Android 4.4 KitKat dan turut menggunakan antaramuka khusus daripada Samsung, iaitu TouchWiz. Disamping itu, peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, membolehkan anda menggunakan dua talian telefon padanya.
Jadi, pada harga RM599, adakah Samsung Galaxy Core 2 ini berbaloi untuk dimiliki? Sumber: Amanz.my

Korea Utara Gandakan Pakar Siber Elit
Seoul – Korea Utara menggandakan jumlah pakar siber elitnya sejak dua tahun lalu dan menubuhkan pangkalan luar negara untuk menggodam kata satu laporan semalam.
Unit perang siber Utara itu kini mempunyai 5,900 kakitangan, berbanding 3,000 dua tahun lalu, kata agensi berita Yonhap Korea Selatan.
“Negara komunis itu mengendalikan unit penggodaman di bawah Biro Umum Pemerhatian Strategik Musuh yang menempatkan 1,200 penggodam profesional,” menurut sumber tentera.
Lancar serangan siber
Sumber itu menyatakan penggodam Korea Utara sudah melancarkan serangan siber menerusi pangkalan luar negara seperti China. Beberapa tahun kebelakangan ini, penggodam menghantar perisian negatif dan emel pembawa virus untuk serangan siber istitusi tentera Korea Selatan, bank komersil, agensi kerajaan, penyiar televisyen dan laman web media. Siasatan terhadap serangan siber besar-besaran mendapati ia berasal dari Korea Utara. Utara menolak sebarang pembabitan dan menuduh Seoul memalsukan insiden untuk meningkatkan ketegangan merentas sempadan. Korea Selatan sudah menaikkan bajet keselamatan internet untuk pakar sejak ia menubuhkan pemerintahan siber khas pada 2010, ketika peningkatan kebimbangan ia menjadi sasaran. – AFP

Ghazali Angkat Sumpah SU Politik Najib
PUTRAJAYA – Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.
Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri.
Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Ghazali, 60, sebelum ini pernah menjadi Exco Negeri Kedah (1995-1999) dan anggota Parlimen Padang Terap (2004-2008). – BERNAMA
TOP
Angkasa, MOSTI anjur pertandingan lukis poster Futuristik
KUALA LUMPUR 17 Julai - Pelajar sekolah di seluruh negara dipelawa menyertai pertandingan melukis poster bertemakan Space and Me (Angkasa dan Saya) anjuran Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.
Peraduan itu diadakan sempena Program Cabaran Angkasa Kebangsaan Piala Perdana Menteri 2013 pada Oktober.
Menurut Angkasa dalam kenyataannya hari ini, tarikh tutup pertandingan ialah pada 6 September dan pemenang akan dimaklumkan melalui surat dan laman web Angkasa.
Tiga lukisan pemenang bagi kategori sekolah rendah berpeluang menyertai pertandingan yang sama di peringkat Asia Pasifik di Vietnam pada Oktober.
Untuk maklumat lanjut, guru-guru dan pelajar boleh menghubungi Jong Tze Kian atau Asmidar Zainol, di talian 03-22734303.
Sumber: Utusan
TOP
Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah
IPOH – Seorang bekas kerani sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM23,155.60 pada Mei lalu.
Noor Hairani Basaruddin, 33, didakwa melakukan pecah amanah itu melalui invois nombor 280863 berjumlah RM5,307, invois nombor 280864 (RM5,780), invois nombor 280866 (RM4,825), invois nombor 280896 (RM3,363.60) dan invois nombor 280897 (RM3,880).
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis syarikat tempat dia bekerja di Syarikat D&U Distributor Sdn Bhd di No 19A, Jalan Medan Ipoh 1E, Medan Ipoh Bestari, antara pukul 1.22 tengah hari hingga 4.47 petang pada 2 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Rushan Lutfi Mohamad membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Peguam Ram Kumar, yang mewakili tertuduh, memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak akan melarikan diri ke luar negara kerana keluarganya tinggal di Taiping selain tertuduh masih menyusukan anaknya yang berusia sembilan bulan. – BERNAMA
TOP
Pemandu Lori Maut Langgar Belakang Treler
NILAI – Seorang pemandu lori surat khabar maut selepas lorinya melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 266.6, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian 3.45 pagi itu, mangsa Sheikh Fahid Amjid, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami cedera parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang memandu bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban untuk menghantar surat khabar.
Katanya, sejurus sampai di lokasi kejadian, lori tiga tan dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah treler.
Kejadian itu mengakibatkan bahagian depan lori remuk teruk dan mangsa tersepit serta meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, di sini, untuk bedah siasat.
Operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan enam anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Nilai. – BERNAMA
TOP
Pelbagai Pihak Bantu Keluarga Remaja Dipukul
MELAKA – Pelbagai pihak pada Isnin tampil bagi memberi bantuan kepada keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul bapanya sendiri hanya kerana menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga.
Ketua Pergerakan Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin berkata pergerakan itu akan mendapatkan rawatan psikologi untuk ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, dan sembilan lagi anaknya yang kini trauma.
“Keluarga ini bukan sahaja hadapi tekanan kerana kejadian ini malah mereka semua trauma akibat hidup dengan seorang ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan kematian anak sulung keluarga ini.
“Selain itu, kita juga akan memberikan bantuan kewangan awal sebanyak RM1,000 kepada keluarga ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini.
Dalam kejadian 5 petang Sabtu lepas, Muhamad Hafiz dilaporkan bertengkar dengan bapanya Abdul Ghani Sapuan, 52, kerana menyatakan hasrat ingin bekerja membantu keluarga, di rumah mereka di Kampung Jawa, Alor Gajah sebelum dipukul sehingga pengsan oleh bapanya.
Mas Ermieyati berkata pergerakan itu juga akan membantu dalam usaha mendaftarkan sembilan anak keluarga itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan dokumentasi dan sijil pengenalan yang sah.
“Anak-anak ini tiada pengenalan diri yang menyukarkan mereka untuk bersekolah dan urusan lain pada masa hadapan, kita akan pastikan perkara ini diselesaikan supaya anak-anak ini dapat belajar di sekolah nanti,” kata Mas Ermieyati.
Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz berkata pusat itu akan membantu Siti Habibah mendapatkan rumah bantuan kerajaan dengan sewa paling minimum selain membantu untuk mendapatkan pekerjaan sesuaisekiranya beliau membuat keputusan kekal menetap di Melaka.
“Pembela BN juga akan menguruskan segala belanja pengurusan jenazah Allahyarham (Muhamad Hafiz) dan kita akan pastikan nasib anak-anak lain terbela,” katanya.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka akan memastikan nasib keluarga itu akan terjaga.
“Sekiranya keluarga ini mengambil keputusan untuk tinggal di Klang, Selangor JKM Melaka akan bekerjasama dengan JKM Selangor bagi memastikan keluarga ini mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Elak Jadi Mangsa Penipuan Peniaga Online
KUALA LUMPUR – Keseronokan membeli barang di atas talian atau ‘online’, membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan, yang dianggap mudah, cepat dan menjimatkan, bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan.
Lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini, pembelian secara online meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini.
Trend pembelian melalui online, yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju.
Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim berkata trend itu semakin ketara sejak tiga tahun lepas, apabila jumlah pengeposan barangan meningkat dalam tempoh itu.
Pada tahun 2011 sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 40 juta pada tahun lepas.
Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25 hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya.
PEMBELI TEGAR ONLINE
Sebut sahaja apa yang diinginkan, produk pakaian dan tudung, barangan bayi, makanan, pakej percutian, barangan elektronik segala-galanya ada. Tidak perlu bersesak di pusat membeli-belah dan meredah kesesakan di jalan raya, semuanya boleh dibeli di hujung jari dan akan sampai terus ke tangan pembeli. Selain mudah dan menjimatkan masa, pengguna juga mempunyai banyak pilihan untuk “mencuci mata” mencari barangan yang diperlukan dengan lambakan laman-laman sosial yang digunakan peniaga seperti Facebook, Twitter, Blog, Instagram mahupun WhatsApp. “Masalah mencari tempat letak kereta dan kesesakan jalan raya antara sebab saya lebih suka membeli barang melalui online”, menurut Maznah Abu Bakar, 40an yang juga pembeli tegar di dalam talian. Beliau, yang bertugas sebagai penjawat awam berkata, kebiasaannya beliau hanya ke kedai untuk membeli barangan dapur manakala untuk produk lain, lebih selesa membeli melalui online. “Bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu fikir duit minyak, tol mahupun parking. Kalau ke kedai atau pusat membeli-belah biasanya mesti akan terbeli barang-barang yang tidak diperlukan, katanya yang turut membuat persiapan hari raya dengan membeli pakaian secara online. Ujar Maznah, membeli secara online membuatkan beliau lebih fokus terutama untuk membuat pilihan terbaik dalam setiap pembelian. Antara perkara yang diberi keutamaan ialah memilih peniaga yang diyakini dengan mengkaji latar belakang perniagaan serta barangan yang dijual setelah membaca maklum balas daripada pembeli lain. “Selepas melihat barang-barang yang dijual sama ada di blog dan laman sosial, jika ada yang disukai, saya akan buat perbandingan harga dahulu dan setelah puas hati baharulah saya membuat transaksi”, katanya. Sejak aktif membeli secara online setahun yang lepas, beliau mengakui tidak pernah ditipu kecuali pernah merasa tidak puas hati dengan barang yang diterima kerana tidak mencapai kualiti seperti yang diharapkan. Bagi mengelakkan kejadian yang sama, beliau lebih berhati-hati ketika membeli dengan menghubungi peniaga untuk kepastian bagi setiap barangan yang dipesan. “Penting untuk pembeli membaca setiap aturan pembelian dan ketahui dahulu jenis, kualiti dan bahan sesuatu barangan sebelum membuat pengesahan pembelian dan bayaran”, katanya.
KES DI TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA
Walaupun ada segelintir mengambil sikap berhati-hati ketika membeli secara online, masih ramai dalam kalangan pengguna yang mengambil mudah ketika berbelanja dek keghairahan mendapatkan sesuatu barang yang diinginkan. Banyak perkara yang sering terlepas pandang oleh pengguna sehingga menjadi mangsa penipuan peniaga online. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) merekodkan 30 kes tuntutan yang difailkan melibatkan transaksi pembelian secara online dari Januari hingga Mei tahun ini. Ia menunjukkan peningkatan kerana 61 kes tuntutan difailkan sepanjang tahun lepas. Kes-kes yang dilaporkan melibatkan lebih 40 jenis produk dan perkhidmatan yang antaranya baucar percutian, barangan elektronik, telefon, perkhidmatan percetakan, pakaian, eksesori wanita, ubat-ubatan dan kereta terpakai. Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan menjadi tiga negeri tertinggi merekodkan kes tuntutan yang difailkan berkaitan pembelian dan perkhidmatan melalui online. Untuk rekod, sejak 2011 hingga pertengahan tahun ini, sebanyak 137 kes tuntutan melibatkan pembelian secara online yang dibuat pengguna.
PERATURAN PENIAGA ONLINE
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggariskan Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang dikuatkuasakan pada 1 Julai, 2013. Tujuannya bagi meningkatkan keyakinan pengguna yang menjalankan transaksi secara online dengan memberi perlindungan yang menyeluruh. Namun berapa ramai peniaga dan pengguna yang mengetahui perkara ini?. Antara peraturan yang diwajibkan kepada peniaga, mereka perlu mendedahkan maklumat pada tapak web di mana perniagaan dijalankan iaitu nama peniaga online, nombor pendaftaran perniagaan dan syarikat dan alamat e-mel, nombor telefon atau alamat penjual online. Harus memaklumkan ciri utama barang dan perkhidmatan, harga penuh termasuk kos pengangkutan, cukai dan kos lain, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran kepada pembeli. Peniaga juga harus menyediakan ruang untuk pembeli membetulkan sebarang kesilapan sebelum mengesahkan pesanan dan segera memaklumkan kepada pembeli setelah menerima pesanan. Di bawah peraturan-peraturan itu, sekiranya peniaga gagal mematuhinya, denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan bagi individu dan denda maksimum sebanyak RM100,000 bagi pertubuhan perbadanan. Untuk kesalahan kedua dan berikutnya, denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun boleh dikenakan atau kedua-duanya untuk individu , manakala bagi pertubuhan perbadanan denda maksimum ialah RM200,000.
PANDUAN PENGGUNA
Pengguna sendiri harus memainkan peranan masing-masing bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan antaranya tidak terburu-buru membuat pembelian dan harus memastikan peniaga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sehingga kini, sebanyak 616 syarikat dan 19,198 peniaga yang menjalankan aktiviti atau perniagaan melalui internet berdaftar dengan SSM.
Beberapa panduan juga boleh diambil pengguna sebelum menjalankan transaksi melalui online yang disarankan KPDNKK bagi mengelak menjadi mangsa penipuan dengan:
1)Buat perbandingan harga terlebih dahulu dan peka dengan harga pasaran serta jangan mudah terpedaya dengan penawaran harga murah.
2)Semak latar belakang syarikat atau perniagaan di Malaysia yang menawarkan produk di internet dengan membuat pengesahan alamat pernigaan dan lesen perniagaan dengan (SSM) bagi mengesahkan ketulenan perniagaan.
3) Untuk lebih kepastian, buat kajian dengan membaca maklum balas yang dibuat oleh orang yang pernah membeli barang daripada syarikat atau individu yang sama bagi mendapatkan idea terbaik.
4)Lakukan transaksi hanya melalui laman web yang selamat dan boleh dipercayai. Seelok-eloknya pastikan pemilik laman web itu memiliki ikon yang menunjukkan ia mengambil pendekatan program keselamatan tertentu.
5) Sekiranya membeli dari laman web asing atau syarikat luar negara, elok difikirkan kos dan nilai barangan mengikut matawang tempatan termasuk kos yang perlu ditanggung untuk proses penghantaran ke rumah kerana kebiasaannya kos penghantaran lebih mahal daripada yang disangkakan.
6) Dapatkan butiran peribadi penjual dengan menghubungi terlebih dahulu bagi sahkan barangan yang hendak dibeli termasuk tempoh masa barangan akan sampai.
7) Pastikan kaedah pembayaran yang dilakukan dalam pembelian itu dan elak daripada mendepositkan wang ke pemegang akaun selain daripada nama penjual.
8)Baca dan fahami terma dan syarat pembelian, sekiranya boleh memulangkan barang jika tidak berpuas hati terutama produk berbeza yang dihantar ke rumah anda.
9) Cetak resit atau bukti pembayaran untuk disimpan sehingga produk yang dibeli sampai ke tangan anda. – BERNAMA

Isteri Maut, Suami Cedera Kereta Terbabas
KUANTAN – Seorang suri rumah maut sementara suaminya cedera selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Besar Chenor, dekat Maran semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, semasa kejadian, Rozmah Fozi, 45, bersama suaminya berusia 40-an dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Bor, Chenor.
“Kejadian berlaku pada 9.22 pagi dan pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah dari Pekan Awah.
“Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, kereta Proton Iswara yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang tiang lampu di situ,” katanya di sini hari ini.
Akibat rempuhan itu, kenderaan yang mereka dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh manakala suaminya hanya kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama. – BERNAMA
TOP
Warga Nepal Parah Dahi Ditembusi Serpihan Kayu
GEMAS – Seorang warga Nepal yang bekerja di kilang papan parah apabila dahinya ditembusi serpihan kayu sepanjang 1.5 meter di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.51 pagi itu, serpihan kayu berkenaan dipercayai terpelanting daripada mesin pemotong kayu dan terkena kepala mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang sedang bekerja tidak jauh dari situ.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penguasa Bomba Kanan I, Kamaruddin Salleh, berkata kayu itu menembusi bahagian tengah dahi mangsa dan keluar di bahagian kanan kepalanya.
“Bomba mengambil masa tujuh minit untuk memotong kayu itu menggunakan mesin pemotong khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan, selain mengelak kecederaan lebih serius,” katanya.
Katanya, kakitangan Klinik Kesihatan Gemas turut membantu pasukannya ketika operasi memotong kayu itu, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan lanjut. – BH Online
TOP
Khalid Letak Jawatan MB Selangor Adalah Berita Palsu
Laporan berita yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor adalah berita palsu, lapor Selangorkini.
Menurut laman rasmi Kerajaan Negeri Selangor itu, penyebaran maklumat palsu itu disalur melalui aplikasi Whatsapp dengan menggunakan identiti berita dari ‘Bernama’.
Penyebaran SMS palsu itu berbunyi, “Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyerahkan surat perletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kepada paduka Sultan Selangor.
“Exco Kerajaan Negeri Iskandar Abdul Saman telah diperkenan sebagai Menteri Besar baru bagi menggantikan Abdul Khalid dan dijangka akan mengangkat sumpah jawatan pada pukul 2 petang ini,” kata SMS itu yang dikatakan dikeluarkan ‘Bernama’.
Namun media rasmi Kerajaan Negeri Selangor menafikan ‘berita’ tersebut. “Mesej palsu itu dinafikan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor. “Sejak malam Ahad, sistem Whatsapp pengamal media dipenuhi dengan maklumat palsu mengenai kononnya Abdul Khalid akan mengadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya. “Kesan daripada penyebaran berita ini, para wartawan berkumpul di hadapan Istana Mestika, Shah Alam dan Istana Alam Shah, Klang hari ini lantaran penyebaran khabar angin Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan,” lapor Selangorkini. Menurut Sinar Harian, khabar angin yang bertiup kencang kononnya Khalid bakal meletakkan jawatan hari ini, terus bertebaran dan masih menjadi teka-teki. Namun menerusi Twitter Setiausaha Akhbarnya, Arfa’eza Aziz, Abdul Khalid nampaknya masih menjalankan tugas seperti biasa. “Bersama MB Selangor @Khalid_Ibrahim mempengerusi mesyuarat Jabatan Perancang Bandar dan Desa di SUK 2, Shah Alam,” tulisnya di laman mikro Twitter kira-kira jam 12 tengah hari. Bernama dalam satu kenyataan hari ini memberitahu pihaknya telah mengesan ada pihak tertentu menggunakan namanya untuk menyebarkan berita palsu mengenai peletakan jawatan MB Selangor itu. Sementara itu, wakil media turut berkumpul di bangunan Darul Ehsan menantikan Khalid yang sedang bermesyuarat bagi menjawab desas-desus yang bertebaran ini. Sumber: anwaraidc.com

Awal Ashaari Sukar Bersama 2 Pengacara Baharu ‘Melodi’
PETALING JAYA – Pengacara Awal Ashaari mengakui agak sukar apabila bergandingan dengan dua pengacara baharu yang mengantikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz dalam rancangan Melodi terbitan TV3.
Awal berkata, pada peringkat permulaan ini ada banyak berlaku situasi yang agak janggal antara ketiga-tiga mereka ketika bercakap tentang sesuatu topik.
“Saya akui agak sukar untuk saya serasikan diri dengan kedua-dua mereka, kadang-kadang apa yang saya cakap mereka tidak sambut begitu juga sebaliknya hingga timbul masa-masa yang saya rasa agak janggal.
“Lagi pula gandingan mereka berdua iaitu Sherry dan Zulin memang sudah kuat membuatkan saya sentiasa fikir dimana untuk mencelah,” ujarnya kepada mStar Online, pada sidang media memperkenalkan pengacara baharu rancangan itu di Sri Pentas, di sini pada Ahad.
Melodi keudara secara langsung di TV3 pada setiap Ahad selama sejam bermula pukul 12.30 tengah hari.
Bagaimanapun, Awal berkata, dia perlu sedikit masa untuk mencari keserasian tersebut dan mengkaji tentang cara pengacaraan kedua-dua mereka.
Tambahnya, dia yakin gandingan tersebut merupakan percubaan yang baik dilakukan oleh pihak produksi rancangan itu.
“Ketika dengan Zizan dulu pun saya ambil masa selama setahun untuk betul-betul serasi, pada awal-awal kami digandingangkan dulu juga ada masalah yang mana apabila dia buat lawak saya tidak rasa kelakar.
“Saya lihat Sherry dan Zulin ada kekuatan mereka sendiri yang mana Sherry lebih kepada suka melayan dan Zulin suka bercakap pedas,” katanya.
Sementara itu, Sherry dan Zulin berkata, pemilihan mereka dalam rancangan hiburan popular ini diibaratkan seperti mimpi menjadi kenyataan.
Kata mereka, mengendalikan rancangan ini merupakan impian setiap pengacara terutama pendatang baharu seperti mereka.
“Kami rasa ia seperti angan-angan Mat Jenin yang menjadi kenyataan. Dulu sewaktu kecil kami hanya main-main jadi pengacara Melodi sahaja dan tidak sangka ia benar-benar terjadi.
“Selain itu, sudah tentu kami rasa gementar untuk memikul tanggung jawab yang berat ini kerana pengacara sebelum ini kesemuannya hebat-hebat belaka,” ujar Sherry.
Manakala bagi penerbit, Michelle Wee Abdullah, penukaran perantara merupakan salah satu strategi memastikan rancangan tersebut terus segar dan baharu.
Katanya, pemilihan Sherry dan Zulin juga adalah melihat prestasi kedua-dua bintang baharu ini yang sudah membuktikan potensi mereka untuk layak mengendalikan program hiburan ini.
“Pertukaran hos merupakan perubahan yang perlu dilakukan demi memastikan penjenamaan Melodi dan pengisian kandungannya akan terus relevan. Kekuatan rancangan ini adalah terletak kepada pengisiannya dan populariti hos hanya membantu sahaja.
Penguguran Zizan Razak Bukan Kerana Kontroversi
Dalam pada itu, Michelle juga menepis dakwaan penguguran Zizan Razak adalah disebabkan kontroversi-kontroversi yang terjadi terhadap diri pelawak tersebut. Katanya, tempoh selama empat tahun mengacarakan rancangan itu sudah agak panjang bagi seseorang pengacara mengendalikan program yang mencecah rating 1.7 juta itu. “Zizan sudah tamat kontrak pada Jun lalu dan ia tidak ada kena mengena dengan kontroversi yang dilaluinya malah kami gembira dengan rezeki dia yang kini menyertai pengurusan Astro. “Sepanjang empat tahun dia mengacarakan Melodi tidak ada sebarang masalah dan telah memberikan prestasi yang sangat cemerlang, cuma tempoh empat tahun itu sudah cukup untuk pihak kami beri peluang kepada muka baru. “Sementara kita masih mengekalkan Awal berikutan dia baru dua tahun dengan Melodi dan kami masih memerlukan khidmat dia sebagai pengacara senior,” ujarnya. – mStar Online

Rumah Datuk Yusof Haslam Dipecah Masuk
Kuala Lumpur – Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.
Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.
Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.
Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti. – myMetro Online
TOP
Umie Aida Selesa Berhijab, Tidak Mahu Hebah Soal Berhijrah
Berkat bulan mulia Ramadhan, kita dapat lihat ramai selebriti tempatan menemui ketenangan dan diri mereka sendiri dalam tuntutan agama Islam. Jika sebelum ini Neelofa mengambil keputusan untuk berhijrah dan bertudung penuh, seorang lagi kini mengikut jejak.
Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Umie Aida berkata beliau kini sudah berhijrah dan lebih tenang memakai hijab secara penuh selain ianya lebih selesa & seronok.
“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa. Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal”
Umir Aida turut menambah yang Ramadhan menjadi satu dorongan kuat buat dirinya untuk terus bertudung dan tidak takut akan rezeki apabila tampil dengan imej baru ini.
“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus”
“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” tambah Umie Aida lagi. ─ RotiKaya.com
TOP
Gambar: Solat Dua Imam Serentak Di Masjid
Wujud dua kumpulan (duduk dan berdiri) sebelum menunaikan solat.
Kedudukan antara jemaah kumpulan 1 dan 2
RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam. Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih. Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam. Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat. Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang. Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.
Pengakuan kumpulan satu
Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini. Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini. “Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu. “Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya. Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani. Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah. Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini. “Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya. Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara. Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.
Kumpulan kedua beri penjelasan
Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu. Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria. Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu. Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan. Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini. Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan kejadian solat dua imam serentak. Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan. Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih. “Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat. “Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya. Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan. Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa. Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan. Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan. Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini. Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan. “Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya. Sumber: Sinar Online

Tukar Mykad Baru Dapat Subsidi Petrol?
Maklumat kononnya orang ramai perlu menukar MyKad bagi melayakkan mereka menerima subsidi petrol tidak benar.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Sulaiman Keling berkata, pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“JPN menafikan perkara itu. Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan penukaran MyKad baharu untuk tujuan mendapatkan subsidi petrol,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sulaiman berkata, maklumat palsu itu didapati disebarkan secara meluas menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Whatsapp dan Facebook.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana khabar angin seperti itu.
Sumber: wowberita.org
TOP
Restoran Tawar Berbuka Puasa Disamping Arak
KUALA LUMPUR – Sebuah restoran yang menyajikan arak secara terbuka kepada pelanggan di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan turut mengadakan promosi bufet Ramadan kepada masyarakat Islam.
Promosi restoran atau bar itu terbongkar selepas premis tersebut diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Operasi pertama bagi tahun ini bermula pada pukul 11.30 pagi di sekitar segit tiga emas ibu negara sebelum pemeriksaan lanjut diteruskan ke setiap premis dan hotel yang mempromosikan bufet Ramadan.
Difahamkan, restoran yang menyediakan masakan Melayu dan Arab pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak) itu aktif dengan penjualan arak pada waktu malam serta tidak mempunyai sijil halal.
Operasi yang diketuai oleh Penolong Pengarah Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman turut meneliti barangan asas yang digunakan dalam makanan bufet Ramadan. - mStar Online
TOP
Jakarta Globe dakwa Bernama plagiat berita kempen pilihan raya Indonesia
Dua pakar undang-undang kewartawanan Indonesia mengecam Bernama selepas akhbar Jakarta Globe mendedahkan agensi berita nasional itu memuat naik dua artikel "ayat demi ayat" dan memadam nama penulis asalnya.
"Mereka tukar nama wartawan (Globe)," kata Hikmahanto Juwana, pakar antarabangsa undang-undang dari Universiti of Indonesia, berkata kepada Jakarta Globe, yang mendakwa dua laporan mereka berkenaan kempen pilihan raya di Indonesia diplagiat.
"Mungkin wartawan (Bernama) sudah habis berita, sebab itu ambil berita (Globe)," kata Hikmahanto.
Akhbar itu berkata, artikel yang dimuat naik Bernama "perkataan demi perkataan" dan nama penulis asalnya diganti dengan Elmi Rizal Alias, yang dipercayai wartawan Bernama.
Akhbar berkenaan berkata, dua artikel, yang diterbitkan pada 1 dan 5 Julai dengan tajuk artikel asal "Hatta Says Indonesia Should Take Advantage of its Demographic Bonus", dan “In Closing Debate, Joko Promises Bureaucratic Breakthrough, While Prabowo Strives for A Dignified Nation”.
Kedua-dua artikel berkenaan, kata akhbar tersebut ditukar tajuk oleh Bernama kepada, "Indonesia Should Take Advantage of its Demographic Bonus — Hatta", dan "Joko Promises Bureaucratic Breakthrough, while Prabowo Strives for a Dignified Nation".
Anggota Majlis Akhbar Indonesia berkata, tindakan itu "amat serius melanggar etika kewartawanan" dan wartawan Bernama itu bertanggungjawab kerana melakukan plagiat.
"Bagi kes seperti ini, jika pihak yang terkesan tidak memfailkan laporan polis, pihak polis masih boleh mengambil tindakan," kata Jakarta Globe, memetik Wina Armanda, yang merupakan pakar undang-undang akhbar dari Universiti of Indonesia.
"Jika benar (wartawan Bernama) plagiat (artikel Jakarta Globe), menurut undang-undang Indonesia, wartawan Malaysia itu boleh (didakwa) dan dipenjarakan," katanya.
Dalam akhbar edisi online, Jakarta Globe turut memuat naik gambar laporan asal termasuk juga laporan Bernama dan menunjukkan persamaan.
Sementara itu, pegawai dari Indonesia berkata, Bernama harus dibawa ke mahkamah berhubung perkara itu.
"Tindakan undang-undang harus diambil terhadap wakil mereka di Indonesia," kata Ruhut Sitompul, pengamal undang-undang dan anggota Suruhanjaya Hal Ehwal Undang-undang di Dewan Indonesia, lapor akhbar berkenaan. – 7 Julai, 2014.\
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Taktik licik si peragut
BESUT - Seorang wanita warga emas kerugian seutas rantai emas bernilai RM3,000 setelah diragut oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kampung Apal, Jabi dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengahari, semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, sebelum kejadian itu mangsa Habsah Awang Ngah, 76, telah didatangi seorang lelaki yang berpura-pura meminta air daripadanya kononnya untuk membasuh muka dan kepala.
Katanya, mangsa kemudiannya menunjukkan sebatang paip di luar rumahnya untuk lelaki berkenaan membasuh muka dan kepala sebelum beliau meneruskan kerjanya memotong buah pinang.
"Ketika sedang leka memotong pinang, lelaki berkenaan telah datang dan memegang leher mangsa dan terus meragut rantai yang dipakainya sebelum melarikan diri kerana mangsa menjerit meminta tolong," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya suspek telah melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Perdana berwarna hitam dengan plat pendaftaran WMX 4064 yang dipandu rakannya yang
menunggu di tepi jalan.
Justeru pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap pelbagai helah penjenayah. - Bernama
TOP
Remaja dibunuh: Rakyat Palestin, polis bertempur
JERUSALEM - Puluhan cedera dalam satu pertempuran terbesar yang berlaku kali ini di Timur Jerusalem apabila warga Palestin bergaduh dengan polis setelah mayat seorang remaja ditemui dalam sebuah hutan, semalam.
Mayat remaja lelaki, Mohammed Abu Khdair, 17 daripada Shuafat ditemui awal pagi semalam.
Polis memberitahu sedang menyiasat motif sebenar kematian sama ada kerana balas dendam ekoran tiga remaja Israel yang diculik awal minggu ini ditemui mati.
Jurucakap polis berkata, Mohammed dilaporkan hilang awal Rabu dan saksi memberitahu melihat mangsa diculik sekitar 3.45 pagi ketika dalam perjalanan ke masjid dan dipaksa masuk ke dalam kereta oleh dua atau tiga lelaki.
"Saya dengar orang menjerit di luar yang menyatakan Mohammed telah diculik.
"Ketika saya berlari keluar, dia sudah tiada dan orang-orang disitu memberitahu dia dibawa pergi oleh sebuah kereta," kata sepupu mangsa, Abu Moussa Abu Khdair yang ketika itu berada di dalam masjid.
Mayat tersebut telah dibakar sehingga menyukarkan pengecaman.
Menurut keluarga terdekat, bapa mangsa menanti di balai polis.
Kejadian itu menyebabkan pertempuran lebih 12 jam di Shuafat, semalam.
Mereka mula membaling batu kepada polis dan kemudiannya polis menempak gas pemedih mata dan peluru getah.
Menurut Palestinian Red Crescent, lebih 50 cedera sepanjang hari itu termasuk empat wartawan dan tiada kecederaan bagi polis.
Penculikan Mohammed berlaku beberapa jam selepas pengembumian tiga remaja Israel yang ditemui mati Isnin lalu berhampiran Hebron.
TOP
Jual bayi sendiri RM1,900
SEOUL - KOREA SELATAN. Gara-gara menjual bayi perempuannya dengan harga serendah 600,000 won (RM1,900) seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dikecam banyak pihak di Korea Selatan.
Susulan daripada itu, Agensi Polis Cheongju memaklumkan pihaknya telah meminta mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek kerana didakwa menjual bayinya berumur enam bulan kepada seorang wanita secara tidak sah melalui sebuah laman sesawang laporan dipetik daripada Straits Times.
Difahamkan, suspek mengambil keputusan mengiklankan anaknya di internet selepas bayi itu dilahirkan, Oktober lalu .
TOP
Harga minyak, elektrik Mesir naik
KAHERAH - MESIR. Mesir telah memperkenalkan peningkatan tarif elektrik dan harga minyak dalam rangka menyekat subsidi dan mengurangkan defisit bajet, lapor BBC.
Harga minyak dilaporkan akan meningkat 78 peratus sementara harga elektrik dijangka meningkat dua kali ganda dalam lima tahun.
Menurut pihak berkuasa, kos subsidi yang tinggi telah menyebabkan penyenggaraan dan pengembangan kapasiti diabaikan.
Khamis lalu, Menteri Bekalan, Khalid Hanafi menjangkakan akan berlaku sedikit peningkatan harga barangan keperluan.
TOP
Pengakuan: Rumah tangga hancur punca jadi pelacur
Gambar Hiasan.
SUDAH 10 tahun saya berada di Malaysia. Saya pernah berkahwin dengan orang Malaysia dan mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan. Saya dan suami bertemu jodoh ketika saya bekerja di kedai runcit milik keluarga suami. Ketika itu saya masih muda. Kerana sering menghabiskan masa bersama-sama di kedai runcit, kami telah terlanjur. Saya hamil. Keluarga suami akhirnya menikahkan kami supaya tidak menjadi umpat keji masyarakat. Di awal perkahwinan, hidup kami bahagia sehinggalah lahir anak kedua. Bermula detik itu perangai suami mula berubah. Mungkin kerana saya warga asing, ibu mentua selalu mengungkit perihal latar belakang saya yang dia tidak tahu. Akibatnya, saya dan suami selalu bertengkar dan suami sudah mula memukul saya. Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, saya akhirnya bertindak merlarikan diri ke Kuala Lumpur. Di sini, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang berjanji mahu menjaga saya. Tapi saya ditipu dan dirogol sebelum diserahkan ke rumah pelacuran. Selepas beberapa lama saya akhirnya berjaya larikan diri tapi apa lagi kerja yang mampu saya buat di luar sana selain melacur juga? Tidak tahu ke mana hendak dituju, saya kembali semula ke tempat kerja asal dan bekerja dengan majikan di tempat pelacuran ini. Kalau tanya mengenai anak-anak, bohonglah jika saya katakan saya tidak rindukan mereka. Saya amat rindukan mereka. Tapi suami langsung tidak mencari saya setelah sekian lama.
Hefni, 35, mangsa

Lebih ruang solat di Masjidil Haram
Jemaah dilarang menempah ruang untuk individu lain di Masjidil Haram.
MAKKAH - ARAB SAUDI. Pihak berkuasa tempatan membuka beberapa ruang di bangunan tambahan sekitar Masjidil Haram bagi memudahkan jemaah beribadah sepanjang Ramadan ini. Pengarah komunikasi Mejar Abdul Rahman Al-Qahtani berkata, ruangan itu bagi memenuhi kapasiti 625,000 jemaah. “Seramai 40,000 jemaah akan memenuhi kawasan Tawaf di sekitar masjid ini dan hampir dua juta jemaah tempatan dan luar negara akan melakukan solat Tarawih,” katanya. Menurutnya, lebih 1,250 kamera dipasang di dalam dan di luar masjid untuk memantau pergerakan jemaah dan menjaga keselamatan mereka. “Kami memantau jemaah melalui 270 skrin televisyen dan jika ada kecurigaan kami akan salurkan kepada pihak keselamatan,” katanya. Naib pengerusi jawatankuasa perunding agama Yusuf Al-Wabil berkata, orang awam tidak dibenarkan menempah ruang untuk orang lain ketika berada di dalam masjid itu. “Perkara ini biasa berlaku kerana terdapat beberapa jemaah yang menempah ruang untuk kumpulan jemaah lain,” katanya dipetik dari Arab News.

Perintah berkurung di Mandalay
Keadaan kembali terkawal selepas keganasan etnik tercetus di Mandalay sejak Selasa lalu.
YANGON - BURMA. Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung di Mandalay, kelmarin selepas insiden keganasan etnik tercetus di bandar bersejarah tersebut, Selasa lalu. Pegawai kanan polis, Zaw Min Oo memaklumkan tempoh perintah berkurung itu akan berkuatkuasa dari jam 9 malam hingga 5 pagi. "Ia adalah sebagai langkah keselamatan kerana kami tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk. "Kami juga sedang melakukan siasatan terhadap kejadian itu dan mana-mana individu yang terlibat dalam insiden itu akan dikenakan tindakan tegas," katanya. Media tempatan melaporkan kepada AFP, dua terkorban manakala 14 lagi cedera dalam pertempuran antara pelampau Buddha dan penduduk Islam di bandar kedua terbesar di Myanmar itu. "Polis terpaksa melepaskan tembakan peluru getah selepas rusuhan tersebut bertukar ganas," jelas satu laporan. Difahamkan, kekacauan di bandar itu tercetus selepas khabar angin yang mendakwa kononnya seorang wanita Buddha dirogol tersebar di internet. Susulan daripada itu, lebih 100 pelampau Buddha bersenjatakan pisau dan kayu bertindak melancarkan serangan beramai-ramai serta turut merosakkan harta benda milik penduduk Islam di bandar terbabit.

Lagi negara EU boikot Israel
Kesan kemusnahan akibat bedilan rejim Zionis di Genting Gaza, kelmarin.
BRUSSELS - Sebanyak 12 negara anggota Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran keras kepada rakyat mereka yang terlibat secara langsung dengan projek penempatan haram Israel. Media tempatan melaporkan kepada Press TV, kesemua negara itu termasuk Denmark, Belgium dan Portugal membantah projek penempatan haram tersebut kerana ia melanggar undang-undang antarabangsa. Dalam satu kenyataan, jurucakap EU menegaskan sebarang bentuk urus niaga dan aktiviti ekonomi yang menyumbang atau memberi manfaat kepada projek kontroversi tersebut bakal memberi kesan besar terhadap reputasi pihak terlibat. "Kita mesti bersepakat menyertai kempen antarabangsa untuk memboikot kesemua produk dan projek penempatan haram Israel," katanya. Dalam perkembangan lain, ribuan penduduk Israel mengadakan protes membantah gelombang keganasan terbaharu yang dilancarkan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Bantahan anjuran Peace Now itu turut melaungkan slogan mengecam tindakan Israel melancarkan serangan balas kononnya untuk menuntut bela di atas kematian tiga remaja Israel, awal minggu lalu.

Orang Islam diancam bunuh di Yangon
Ratusan pelampau Buddha yang menaiki motosikal dan bersenjata mengancam membunuh orang Islam di Mandalay. Foto: Reuters
YANGON - MYANMAR. Ratusan pelampau Buddha dilihat sengaja mahu meningkatkan ketegangan etnik di Mandalay walaupun perintah berkurung masih dikuatkuasakan di bandar itu. Kira-kira 300 ekstremis bersenjatakan pisau dan kayu mengancam membunuh orang Islam sehari selepas seorang penduduk dipukul hingga mati ketika dalam perjalanan ke masjid. Rabu lalu, dua maut manakala 19 lagi cedera selepas rusuhan ganas tercetus di bandar kedua terbesar di Myanmar tersebut. Susulan daripada itu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang sengaja mahu mencetuskan keganasan di negara terbabit. "Saya menggesa semua rakyat supaya tidak melakukan provokasi jika tidak mahu dikenakan hukuman berat," tegasnya. Pada 2012, kira-kira 240 penduduk Islam Rohingya dibunuh dan seramai 140,000 menjadi pelarian akibat insiden keganasan etnik yang didalangi pelampau Buddha di Rakhine. Difahamkan, menurut laporan Press TV, kegagalan kerajaan Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian bagi melindungi keselamatan etnik minoriti Islam hingga kini turut dikritik kumpulan hak asasi manusia dan masyarakat antarabangsa.

Pengakuan: Tergoda gaji tinggi
Gambar Hiasan.
SAYA tidak sangka hidup berakhir sebagai mangsa pemerdagangan manusia. Saya ditempatkan di rumah perlindungan ini sejak beberapa bulan lepas. Tujuan saya ke Malaysia adalah untuk cari pekerjaan. Saya hidup susah di Indonesia. Saya lari dari rumah ketika umur 16 tahun dan bertemu kawan yang berjanji akan bawa saya jumpa agensi pekerjaan di Malaysia. Ketika itu, saya memang kerap mendengar cerita kawan-kawan yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Mereka boleh kirim duit banyak kepada keluarga di kampung. Ada juga yang baru balik dari Malaysia selepas tiga tahun bekerja di sebuah kilang di Malaysia. Mendengar cerita itu saya jadi bersemangat untuk pergi ke Malaysia. Soal umur mereka kata tidak jadi masalah kerana boleh ditipu dalam dokumen dan itu semua akan diuruskan oleh ejen. Ketika bertemu ejen, saya tidak dikehendaki membayar apa-apa kerana kata mereka, bayaran akan dipotong daripada gaji saya selepas saya mendapat pekerjaan kelak. Saya lega dan gembira dengan janji ejen itu. Apa yang saya tahu saya nak segera lari dari kemiskinan. Ejen pekerjaan menjanjikan gaji lumayan jika bekerja di luar negara. Ketika itu saya tidak tahu akan dibawa ke negara mana sebab saya tidak peduli lagi. Asalkan saya dapat lari dari kemiskinan. Sebaik dimaklumkan Malaysia, saya jadi lega sebab saya tahu kawan-kawan yang bekerja di sini kebanyakannya gembira. Sampai di Klang, saya bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM600 sebulan iaitu kira-kira dua juta rupiah. Pada awalnya majikan saya baik, tapi lama kelamaan layanan majikan bertambah teruk. Selama empat tahun saya tidak dibayar gaji langsung. Saya juga pernah dipukul, didera dan dikurung dalam stor tanpa diberikan makanan. Saya juga dapat tahu akan diserahkan kepada majikan lain di Thailand. Disebabkan takut, saya melarikan diri ke balai polis dan diselamatkan kerajaan Malaysia. Sekarang saya takut nak keluar dari pusat perlindungan ini. Saya hanya minta dihantar balik ke Indonesia. Saya rindukan keluarga dan rasa bersalah kepada ibu bapa. Akibat tergoda gaji tinggi dan kehidupan lebih baik, saya akhirnya tertipu dan pulang dengan tangan kosong.
Surya, 20, Indonesia

Berjaya rakam visual ‘toyol’
Kanak-kanak lelaki itu masuk ke dalam kedai runcit melalui lubang kecil pada dinding kayu yang reput.
PETALING JAYA - Tiga kali premis dipecah masuk membuatkan seorang pemilik kedai runcit di Kampung Sungai Kayu Ara memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek. Huzaifah Mohd Yatim, 25, terkejut selepas CCTV itu berjaya merakam visual seorang kanak-kanak sedang menggeledah barangan dan mencuri wang yang disimpan dalam kedai jam 2.50 pagi 20 Jun lalu. “Kanak-kanak itu mengaku masuk ke dalam kedai melalui lubang kecil celah dinding papan kedai yang reput,” katanya. Menurutnya, perangkap itu sengaja dibuat bagi mengesan pencuri yang menjadi buah mulut penduduk kampung itu selama ini. “Saya kerugian besar selepas kedai dipecah masuk. Malah selepas ditangkap budak itu masih cuba pecah masuk kedai saya,” katanya. Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata, dia kerugian RM4,000 selepas rumahnya dimasuki akhir bulan lalu. “Dompet yang mengandungi wang saya letak di dalam poket seluar yang digantung di dalam bilik lesap dan kejadian itu disedari ketika saya bangun waktu pagi. “Anehnya tiada kesan rumah dipecah masuk, tapi ada saksi yang nampak kelibat kanak-kanak merayau di sekitar rumah saya pada waktu malam,” katanya. Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Damansara.

Geng toreh dan seluk berkeliaran di Puchong
Razimi (tengah) ketika bertanya sesuatu kepada pengunjung pasar pagi Puchong Jaya, pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh NUR FARHANA ABDUL MANAN
PUCHONG – Geng toreh dan seluk yang bergiat aktif melakukan jenayah menyeluk saku menjadikan beberapa pasar pagi sekitar kawasan ini dan Serdang sebagai sasarannya. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad, sindiket terbabit dipercayai dianggotai beberapa wanita warga Vietnam yang mensasarkan wanita sebagai mangsanya. Menurutnya, suspek akan menoreh beg dibawa mangsa menggunakan pisau sebelum melarikan dompet serta telefon bimbit tanpa disedari sesiapa. Perbuatan suspek katanya sungguh licik dan profesional menyebabkan mangsa hanya menyedari wang tunai dan barang berharga hilang ketika hendak membuat bayaran kepada peniaga di pasar. “Bila nak bayar barulah mangsa menyedari dompet mereka sudah hilang dan terdapat lubang kesan torehan di beg dibawa,” katanya ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Pasar Pagi Puchong Jaya bersama Adun Kinrara, Ng Sze Han. Sindiket terbabit katanya dipercayai bergerak antara lima hingga enam orang di pasar pagi yang sesak serta mempunyai ramai pengunjung bagi memudahkan kegiatan jenayah dilakukan. Sebanyak tiga laporan diterima pihaknya bersabit kes itu bagi bulan Jun sahaja. Satu pasukan khas akan dibentuk bagi membanteras kegiatan yang menimbulkan kebimbangan kepada pengunjung pasar itu. “Saya nasihatkan pengunjung terutama wanita supaya sandang beg mereka di bahagian depan dan lebih berhati-hati ketika berada di pasar. Sesiapa yang ada maklumat mengenai suspek diminta menyalurkannya kepada polis,”katanya. Sementara itu Sinar Harian difahamkan, suspek mempunyai iras wajah seperti warga tempatan menyebabkan kehadiran mereka langsung tidak menimbulkan sebarang curiga kepada pengunjung. Seorang daripada mereka akan mendekati mangsanya di tempat sesak dan terus memotong beg menggunakan pisau sebelum seorang lagi rakan akan menyeluk beg dibawa mangsa untuk mengambil dompet dan barang berharga termasuk telefon bimbit. Difahamkan, ada mangsa pernah kehilangan wang tunai sebanyak RM3,000 apabila dompetnya dilarikan menggunakan kaedah sama. Sindiket terbabit dikatakan akan ‘berpindah’ ke pasar pagi berlainan bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa dan pengunjung.

Separuh akhir Piala Dunia terhebat
LOEW menyifatkan pertemuan Jerman dan Brazil yang merupakan tuan rumah Piala Dunia sebagai yang terindah dalam bola sepak.
SANTO ANDRE, BRAZIL - Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, pasukannya akan memanfaatkan peluang bertemu tuan rumah, Brazil pada pusingan separuh akhir Piala Dunia sebagaimana mereka kini dalam usaha mencari gelaran dunia buat kali keempat. "Apa yang boleh menjadi lebih indah dalam bola sepak apabila dapat bertemu dengan tuan rumah. "Ia akan menjadi satu permainan terhebat di Stadium Mineirao, Belo Horizonte Rabu ini," kata Loew. Jerman menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Perancis 1-0 pada peringkat suku akhir di Stadium Maracana, Rio de Janeiro awal pagi kelmarin. Pada perlawanan separuh akhir nanti, Brazil tidak dapat menurunkan penyerang sensasi, Neymar ekoran kecederaan tulang belakang ketika perlawanan menentang Colombia kelmarin juga kapten pasukannya, Thiago Silva yang digantung. Bekas kapten pasukan Jerman, Lothar Matthaeus yang menjuarai Piala Dunia 1990 berkata, skuad bimbingan Loew menghadapi saingan sukar menentang Brazil tetapi yakin Jerman tidak gentar menghadapi cabaran tuan rumah. Beliau memberitahu, kecederaan dialami Neymar adalah satu bonus untuk Jerman tetapi tidak kepada bola sepak. "Neymar adalah seorang pemain yang menonjol kali ini," ujar Mattheus. Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Jerman menganggap pertembungan separuh akhir dengan Jerman ini menjadi peluang bagi mereka membalas dendam selepas ditewaskan Brazil 2-0 pada final Piala Dunia 2002. "Saya mengingatkan pasukan untuk menebus semula kekalahan pasukan pada tahun 2002 dahulu," jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Wolfgang Niersbach. Penyerang sensasi mereka, Miroslav Klose yang menjadi penjaring terbanyak pada tahun 2002 lalu berkata, pasukannya mempunyai peluang cerah untuk meraih kejuaraan kali ini. "Saya fikir kita mempunyai peluang besar untuk memenanginya tetapi kita tidak boleh terus kepada langkah kedua sekiranya tidak melepasi fasa pertama," kata Klose. - AFP.

Pesanan Kak Pah
DUNIA seni Malaysia kini kehilangan sebutir bintang yang penuh prestij ini.
CUMA kira-kira tiga tahun lalu. Itu tempoh masa saya mengenali legenda dunia hiburan tanah air ini secara peribadi. Jadi, rasanya belum layak untuk saya menulis artikel tentang perjalananan hidup beliau. Namun, posisi jawatan sekarang ini sebagai Pengarang Hiburan harian akhbar Kosmo! memerlukan saya untuk turut merealisasikan coretan yang tidak seberapa ini tentang Allahyarham Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar. Beliau yang mesra dikenali dengan panggilan ringkas Kak Pah atau Kak Ani telah pergi meninggalkan kita semua pada hari Sabtu, 5 Julai lalu, pukul 1.26 pagi – tiga hari selepas hari jadinya yang ke-61 pada 2 Julai. Jenazah Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Damansara itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Sebenarnya, saya dan Kak Pah mulai berkenalan dengan lebih rapat pada tahun 2011 menerusi satu majlis khas di kediaman mewah beliau di Petaling Jaya, Selangor. Semuanya atas usaha Pengarang Hiburan akhbar Mingguan Malaysia ketika itu, Muzlina Abu Bakar atau mesra dipanggil Kak Lin. Kak Lin yang merupakan wartawan hiburan senior yang berpengaruh itu sebenarnya membantu merealisasikan hasrat Kak Pah untuk mengumpulkan wartawan hiburan Kosmo! dan Kosmo! Ahad, selain Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. “Kak Pah mahu berkenalan terutama dengan para wartawan generasi baharu,” ujar Kak Lin. Majlis pertemuan itu ternyata membuatkan saya lebih mengenali Kak Pah secara peribadi. Beliau ternyata seorang yang lemah lembut dan sangat keibuan. Hiba, kecewa Namun, siapa sangka di sebalik wajah ceria beliau tersembunyi kisah duka. Bukan kisah peribadi tetapi berkaitan dengan karier seni beliau. Hal itu terserlah selepas kebetulan Kosmo! bekerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menganjurkan majlis Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 pada 25 Jun 2012.
PENULIS (tengah) bersama Kak Lin (dua dari kiri) serta wartawan Kosmo! (dari kiri) Haryati Karim, Syalmizi Hamid, Roni Hidayat Ridwan dan Nik Khairul Amri Nik Hassan bergambar kenangan bersama Kak Pah di Royal Lake Garden Kuala Lumpur pada majlis sambutanhari jadinya yang ke-59 pada tahun 2012.
Acara yang berlangsung di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu bermatlamat memaklumkan kepada kalangan karyawan seni mengenai perkembangan terkini Akta Hak Cipta 1987 (Pindaan) 2012. Ia juga mahu menjelaskan tentang hak-hak golongan itu di bawah akta tersebut terutama yang membabitkan karya intelek masing-masing. Sudah berkecimpung dalam dunia seni sejak 45 tahun lalu dan dikatakan merupakan antara artis tempatan yang meraih bayaran royalti album tertinggi seperti Anita Sarawak, Datuk Shiela Majid, Datuk Siti Nurhaliza, Ella dan Ziana Zain, siapa sangka lain pula luahan Kak Pah. Kebetulan Kosmo! berjaya menggandingkan beliau untuk sesi fotografi khas dan eksklusif bersama pelakon jelita, Rozita Che Wan dan pelakon Pekin Ibrahim untuk penghias muka hadapan ruangan hiburan akhbar ini, Hab-Hib. Dalam sesi temu bual bersama beliau, Kak Pah telah meluahkan sesuatu yang mengejutkan umum. Beliau meluahkan kekecewaan apabila mengakui dirinya turut berhadapan dengan masalah royalti. “Kekecewaan ini tidak pernah saya luahkan dengan sesiapa pun tetapi bersempena Hari Himpunan Bintang MyIPO-Kosmo! 2012 ini memberi peluang untuk saya meluahkan apa yang terpendam selama ini,” ujar Kak Pah.
SELEPAS lama tidak menghadiri sesi fotografi, Kosmo! berjaya menggandingkan Biduanita Negara ini dengan Rozita Che Wan dan Pekin Ibrahim.
Menurut beliau, bermula tahun 2000 sehingga artikel yang berjudul Dilema Anak Seni itu diterbitkan pada 27 Jun 2012, Kak Pah menegaskan, beliau langsung tidak pernah meraih royalti daripada lagu-lagu nyanyiannya. Akui beliau: “Boleh dikatakan setiap tahun kebanyakan lagu-lagu saya telah diterbitkan semula dalam bentuk kompilasi, namun saya tidak pernah meraih satu sen pun royalti. Ia sangat membuatkan saya terkilan.” Kak Pah juga kecewa dengan Badan Pelindung Hakcipta Muzik Malaysia (MACP) tentang pengagihan royalti. “Setiap kali mendapat royalti daripada MACP saban tahun, saya berasa hiba kerana jumlah bayaran yang diterima seakan tidak berbaloi memandangkan banyak lagu-lagu nyanyian saya itu dimainkan stesen-stesen radio,” tegas beliau. Ternyata itulah luahan anak seni yang sebenarnya bergelut dengan dilema yang tidak pernah berkesudahan itu. Di samping itu, Allahyarham juga tidak lokek bercerita tentang kisah peribadinya yang belum ditulis dalam media. Kisah tentang bagaimana dia dan suami keduanya yang hanya dikenali umum sebagai Datuk S mula berkenalan sebelum berkahwin dan kenapa dia mengambil keputusan untuk bercerai, semuanya diceritakan kepada saya. Malah ada yang lebih mengejutkan tentang Datuk S, beliau ceritakan tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami sebagai pihak media. Cuma, apa yang sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga ialah pesanan Kak Pah kepada saya. Ia cukup membuatkan saya tersentuh, terkedu dan berasa diri ini cukup kerdil. Bisik Kak Pah: “Yusman, jadilah wartawan yang ‘glamor’ tulisan, bukan setakat wartawan glamor dan tulis tentang gosip semata-mata.” Apabila saya tanya apakah yang dimaksudkan beliau tentang tulisan yang glamor itu, jawab beliau: “Tulisan yang bermutu tinggi. Sememangnya glamor itu penting terutama dalam dunia hiburan. Namun, apa ada pada glamor jika tanpa dilengkapi prestij. Glamor tanpa mutu, semuanya adalah kosong.”

Empat mati tersepit dalam teksi
KEADAAN teksi yang remuk teruk selepas bertembung dengan Toyota Hilux dalam kemalangan di Batu 21, Jalan Labuk, Sandakan kelmarin.
SANDAKAN – Empat terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga buah kenderaan di Batu 21, Jalan Labuk dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, mangsa-mangsa yang maut ialah pemandu teksi, Salah Ibno, 64, dan tiga penumpangnya iaitu Kee Kwok Edein, 63, Jaafar Kasim, 40, serta Pedro Jr. Pajimola, 36.
Pemandu teksi, Kwok Edein dan Jaafar mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta seluruh badan.
TOP
Mengaku tikam anak saudara
Bakri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Kelantan semalam atas tuduhan menikam anak saudaranya berumur lima tahun di Paya Rambai pada Selasa lalu.
KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menikam anak saudaranya berumur lima tahun dalam kejadian di Paya Rambai di sini Selasa lalu. Majistret Nik Habri Muhamad bagaimanapun menetapkan 20 Ogos depan untuk pembentangan fakta dan hukuman terhadap tertuduh, Bakri Awang, 44, bagi mendapatkan keterangan impak mangsa terlebih dulu. Berdasarkan pertuduhan, Bakri didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Danish Aidid Yahaya dengan menggunakan suatu alat untuk menikam iaitu pisau.

Sabella puji Messi
BRASILIA - Jurulatih Argentina, Alejandro Sabella mengumpamakan bintangnya, Lionel Messi sebagai setitik air di padang pasir selepas menyaksikan pasukannya berjaya menewaskan Belgium 1-0 untuk layak ke peringkat separuh akhir, semalam.
Pemenang empat kali pemain terbaik dunia, Messi gagal menjaringkan gol termasuk mensia-siakan satu peluang pada masa kecederaan untuk pasukannya layak dengan jumlah jaringan paling minimum buat kali pertama sejak 1990.
Bagaimanapun, kehadiran di padang menyebabkan para pemain Belgium memberikan tumpuan eksklusif sehingga membolehkan rakannya, Gonzalo Higuain meloloskan diri untuk menjaringkan gol.
"Saya fikir Messi beraksi dengan sangat baik, ia bukan semata-mata mengenai jaringan tetapi bagaimana beliau mencari posisi, menarik tiga pemain pertahanan dan melakukan hantaran kepada rakan yang berada pada kedudukan lebih baik.
"Setiap kali dia bersama bola, dia juga membawa harapan kami dan memberi ancaman kepada lawan. Sama ada ia menjaring atau tidak, pengaruhnya dalam pasukan tetap besar.
"Apabila anda memiliki pemain seperti Messi yang mana tidak pernah atau hampir mustahil kehilangan bola, ia seperti setitik air di padang pasir bukan hanya apabila dia menjaringkan gol sahaja," ujar Sabella.
Tambahnya, beliau dan seluruh peminat Argentina begitu gembira meraikan kejayaan tersebut selepas menunggu hampir 24 tahun untuk berada pada kelompok empat pasukan terbaik.
"Tetapi, kami perlu memulihkan semula tenaga. Kami bermain pada masa tambahan ketika menentang Switzerland dan empat perlawanan berturut-turut berlangsung pada waktu tengah hari.
"Kami akan menumpukan proses pemulihan terlebih dahulu dan kemudian kami akan melihat kepada keseluruhan pasukan," katanya.
Sementara itu, Messi berkata, perlawanan tersebut merupakan suatu yang luar biasa kepadanya.
"Kami bermain dengan baik terutama barisan pertahanan, mereka hampir sempurna. Saya fikir ini merupakan perlawanan terbaik kami.
"Ia agak ganjil kepada saya kerana saya perlu turun ke bawah, berlari, naik semula ke atas dan cuba menyekat pemain lawan namun, kami sangat kukuh sebagai satu pasukan.
"Kami sudah memenuhi impian pertama kami untuk berada di kelompok empat terbaik. Kami sudah menghapuskan semua badi dan layak ke separuh akhir selepas sekian lama," jelasnya. - Reuters
TOP
Empat gergasi berentap
EMPAT gergasi bola sepak, Brazil, Argentina, Jerman dan Belanda akan berentap pada pusingan separuh akhir Piala Dunia 2014.
Belanda muncul pasukan terakhir layak ke separuh akhir selepas menewaskan Costa Rica 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi suku akhir di Arena Fonte Nova, Salvador awal pagi semalam.
Sebelum ini, Jerman terlebih dahulu mara selepas menewaskan Perancis 1-0 pada suku akhir pada Sabtu lalu diikuti kejayaan Brazil yang menewaskan Colombia 2-1.
Argentina pula mara selepas menyekat kemaraan Belgium dengan kemenangan 1-0 semalam sebelum Belanda melengkapkan empat pasukan ke separuh akhir hasil kemenangan 4-3 ke atas Costa Rica menerusi penentuan sepakan penalti.
Menariknya, saingan separuh akhir yang akan bermula pada awal pagi Rabu ini bakal menyaksikan pertembungan dua gergasi dari benua Eropah dan dua dari Amerika Latin.
Jerman dan Belanda akan menggalas cabaran Eropah manakala Brazil dan Argentina menjadi taruhan Amerika Latin untuk melakar kejutan.
Pada aksi separuh akhir pertama Rabu ini, Brazil akan menentang Jerman manakala separuh akhir kedua bakal menemukan Argentina dengan Belanda awal pagi Khamis.
Andai Jerman dan Belanda mampu melepasi halangan separuh akhir, maka sejarah baharu bakal tercipta apabila pasukan dari benua Eropah berjaya mengakhiri penguasaan negara-negara Amerika Latin apabila Piala Dunia dianjurkan di benua Latin.
TOP
Pesawat bawa penerjun terhempas
BEBERAPA petugas kecemasan berada di lokasi sebuah pesawat ringan terhempas di Topolow, dekat Czestochowa di selatan Poland kelmarin.
WARSAW - Seramai 11 orang terbunuh dan seorang parah selepas pesawat sebuah kelab payung terjun terhempas di selatan Poland. Media tempatan melaporkan, pesawat malang itu dipercayai membawa terlalu ramai penumpang. "Seramai 12 orang menaiki pesawat tersebut manakala satu-satunya mangsa yang terselamat dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal," kata seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan, Justyna Sochacka.
Nahas berlaku tidak lama selepas pesawat berlepas. - Foto BBC
Menurutnya, pesawat enjin berkembar jenis Piper Navajo itu berlepas dari sebuah lapangan terbang kecil di Rudniki, dekat Czestochowa bersama 11 penerjun udara dan seorang juruterbang. Punca nahas pula masih belum dapat dipastikan tetapi media Poland melaporkan enjin kapal terbang itu mungkin terhenti kerana bebanan terlalu ramai penumpang. "Cuaca panas juga dipercayai menyumbang kepada kegagalan enjin pesawat," kata satu sumber kepada agensi berita tempatan, PAP. Beberapa saksi berkata, enjin pesawat mengeluarkan bunyi deruman pelik sebelum ia menjunam dari udara. "Kapal terbang itu kemudian terbang amat rendah sehingga mencecah bumbung-bumbung rumah di sebuah kampung sebelum ia senget sebelah manakala sayapnya terbakar," kata seorang saksi, Barbara Minczykiewicz. Menurutnya, penduduk kampung menemui seorang mangsa yang masih hidup dan dua mayat di luar pesawat berkenaan yang terhempas dan terbakar. - AFP

Tiga ditikam ketika saksi perlawanan Costa Rica-Belanda
SEORANG penyokong Costa Rica terbaring setelah ditikam dalam insiden pergaduhan semasa menonton perlawanan Costa Rica menentang Belanda di San Jose semalam.
SAN JOSE, Costa Rica - Tiga penyokong pasukan Costa Rica cedera parah selepas ditikam dalam satu pergaduhan semasa bersama-sama ribuan rakyat negara itu menyaksikan siaran langsung Piala Dunia di sini semalam. Tragedi itu berlaku semasa beribu-ribu peminat Costa Rica berhimpun di ibu kota negara berkenaan di sini untuk menonton pasukan mereka menentang Belanda pada peringkat suku akhir yang menyaksikan pasukan Oranje menang melalui sepakan penalti 4-3. Dalam kejadian di Dataran Demokrasi itu seorang lelaki kelihatan terbaring dengan belakangnya ditusuk sebilah pisau. Lokasi tersebut dibanjiri beribu-ribu peminat bola sepak yang hadir untuk menonton perlawanan penting tersebut. Pihak berkuasa menayangkan pertemuan Costa Rica menentang Belanda itu di sebuah skrin gergasi. Pasukan polis segera membentuk tembok manusia bagi menghalang situasi daripada menjadi semakin buruk. - Agensi

Seorang Maut, Empat Pegawai Kastam Parah Dalam Nahas di Marang
Gambar hiasan.
MARANG: Seorang lelaki maut selepas kenderaannya bertembung kereta Proton Waja yang dinaiki empat pegawai Kastam dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Pasir Puteh dekat sini, petang ini.
Zulkepli Mohd Nor, 50, dari Kampung Pasir Puteh, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah manakala pemandu Proton Waja Baharim Ibrahim, 35, Noorah Mohamad, 46, Wan Nurul Zarina Ahmad, 25, dan Shamsuri Osman, 40, patah tangan, kaki serta cedera di kepala dan muka.
Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, empat pegawai berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menghadiri tugas rasmi di Kemaman.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu Zulkepli dari arah Marang ke Dungun dipercayai terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung kereta dinaiki pegawai kastam berkenaan, yang datang dari arah bertentangan.
Seorang saksi, Zulkifli Deraman, 49, berkata dia bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar satu dentuman yang kuat dan melihat kedua-kedua kenderaan remuk.
"Saya bersama beberapa penduduk berusaha memadamkan kebakaran kereta Proton Waja yang dinaiki empat anggota Kastam terbabit dengan menggunakan pasir selepas enjin kereta terbabit terbakar.
"Nasib baik kami pantas... kalau tidak, sudah tentu kereta itu akan terbakar dan mungkin keempat-empat anggota Kastam itu akan rentung," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Zulkifli berkata dalam suasana kelam-kabut itu, beliau sempat menjenguk ke dalam kereta Perodua Viva terbabit dan melihat pemandunya cedera parah di seluruh anggota badan serta kelihatan seperti sudah tidak bernyawa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah DSP Risikin Satiman, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Beliau berkata pegawai Kastam terbabit dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan manakala mangsa yang maut untuk bedah siasat.
TOP
Baju Raya Siap 24 Jam
KUALA LUMPUR: Orang ramai yang inginkan pakaian raya mereka siap dalam tempoh 24 jam, boleh berbuat demikan pada program 'Warna-Warni Aidilfitri' anjuran Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf di Jalan Conlay di sini mulai Sabtu depan hingga 23 Julai.
Pada program itu, mereka juga boleh mengubah suai pakaian raya, membuat jahitan manik, jahitan langsir dan tudung kepala.
Selain itu, Kraftangan Malaysia dalam satu kenyataan berkata pertandingan seni kreatif jahitan, sulaman, hiasan kusyen, jahitan tulang belut leher baju kurung dan baju Melayu turut diadakan.
Warna-Warni Aidilfitri akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam yang disertai 300 usahawan.
Jualan bazar kraf, juadah antarabangsa dan 'car boot sales' akan turut diadakan.
Tidak ketinggalan ialah program tazkirah yang menampilkan antara lain Imam Muda Asyraf, Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood) dan Uztaz Kazim Elias.
TOP
Kesilapan Ucapan Takziah Carmen Soo Melucukan
Carmen Soo. Foto daripada laman web rasmi miliknya.
PETALING JAYA: Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang mahu mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu. Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu pelakon Sharifah Amani. "RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad. Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).
Inilah status Twitter Carmen Soo yang diperkatakan.
Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini. Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan. Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan. Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan. Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.

Jokowi Janjikan Kemajuan Besar Birokrasi, Prabowo Ikrar Lahirkan Bangsa Bermaruah
Jokowi (kiri), Prabowo (kanan). - Foto Ihsan batamtoday.com.
JAKARTA: Perbahasan calon presiden Indonesia sampai kepada penghujungnya hari ini.
Ketika menutup perbahasannya, calon presiden Joko Widodo atau Jokowi berjanji akan membawa pembaharuan dan kemajuan besar terhadap birokrasi negara ini untuk memastikan kepentingan Indonesia tidak menguntungkan golongan tertentu semata-mata. Pesaing beliau, Prabowo Subianto pula dalam perbahasan akhirnya berikrar akan mengubah Indonesia menjadi sebuah negara bermaruah. Jokowi berkata sejak gandingan beliau mula ditubuhkan, beliau tidak pernah terlibat dengan politik transaksional, yang bermaksud beliau tidak pernah menjanjikan jawatan atau wang sebagai tukaran dengan sokongan yang diterimanya daripada parti politik lain. Kata calon presiden ini, gandingan beliau merupakan suatu 'kerjasama tanpa syarat'. "Negara kita...ada banyak masalah. Tetapi, kami yakin, setiap masalah ada penyelesaiannya. Nah, kehadiran kami di sini adalah untuk membuat perubahan...kami berada di sini untuk memberi kepada anda, pendekatan yang realistik," kata Jokowi seperti yang dipetik Jakarta Globe pada Ahad. Jokowi memberi penekanan khusus kepada keIndonesiaan rakyat negara ini, mungkin sebagai respons terhadap kempen kotor yang mempertikaikan status etnik dan agama beliau. "Kami, Jokowi-JK (Jusuf Kalla), akan hanya tunduk kepada perlembagaan," kata Jokowi bagi merujuk kepada Jusuf Kalla yang menjadi regunya. Jokowi seterusnya berkata gandingan Jokowi-JK akan sentiasa setia kepada rakyat Republik Indonesia. Jokowi mengakhiri kenyatannya dengan berdoa kepada Allah SWT agar memberi rahmat kepada seluruh rakyat Indonesia. Prabowo pula berkata beliau berazam untuk membina sebuah demokrasi kukuh dan berjanji sekiranya dipilih, beliau akan memberi keutamaan terhadap usaha menambah baik kebajikan rakyat Indonesia. Kata Prabowo, beliau juga ingin mewujudkan negara 'pengeluar', iaitu negara yang bukan sahaja membeli barangan dari negara lain. Sebagai penutup, beliau berkata 'malam ini (Sabtu malam) akan berakhirlah satu kempen politik yang agak panjang'. "Kami mahu membina sebuah demokrasi yang kukuh. Kami, Prabowo-Hatta dan gabungan yang menyokong kami, berjanji sekiranya kami mendapat mandat negara, kami akan berusaha dengan sedaya upaya memberi keutamaan kepada kedaulatan, kemakmuran Indonesia kita," katanya merujuk kepada regunya yang bertanding sebagai naib presiden, Hatta Rajasa. Prabowo berkata biar apapun keputusan pemilihan itu kelak, beliau akan 'menghormati keputusan rakyat Indonesia demi kebaikan negara dan bangsa yang kita cintai ini'. Kempen itu, yang bermula dengan kekurangan besar di pihak Prabowo, seorang bekas jeneral tentera, kemudiannya bertukar menjadi persaingan sengit untuk jawatan presiden Indonesia. Rakyat Indonesia akan mengundi Rabu ini (9 Julai) untuk memilih pengganti Susilo Bambang Yudhoyono, yang penggal kedua lima tahunnya berakhir Oktober ini.

Warga Emas Maut Ditikam Dan Ditetak di Gua Musang
Gambar hiasan.
KOTA BAHARU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai ditikam dan ditetak dalam satu pergaduhan di rumahnya di Kampung Jerek Luar, Bertam, Gua Musang. Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa Isa Hamad, 64, dijumpai dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman di badan serta tetakan di bahagian kepala pada pukul 8 pagi semalam. "Mangsa ditemui oleh menantunya selepas mendapat maklumat daripada jiran berhubung kejadian itu. Mangsa yang dihantar ke Hospital Gua Musang, meninggal dunia jam 7.15 malam tadi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Isa Hamad
Mazlan berkata polis telah menahan seorang lelaki berumur 36 tahun untuk membantu siasatan. "Suspek telah direman selama seminggu bermula hari ini dan kita masih meneruskan siasatan berhubung kes itu. Kita percaya berlakunya pergaduhan," katanya. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sementara itu isteri mangsa, Che Eshah Hamid, 58, ketika ditemui di rumahnya di Gua Musang itu berkata, ketika kejadian beliau baru tiba di rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari situ. Dia kemudiannya bergegas pulang sebaik menerima berita berhubung kejadian itu. Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati suaminya dalam keadaan berlumuran darah.

Dua Beranak Maut Motosikal Dirempuh Kereta Terbabas
Gambar hiasan.
KEPALA BATAS: Dua beranak yang dalam perjalanan ke Padang Lalang, Kedah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Lembah Raja, Ekor Kucing di sini hari ini. Mangsa Zarina Husin, 42, dan ibunya Mariam Ismail, 60, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala seorang lagi iaitu anak Zarina, Nurul Ain Anuar, enam tahun cedera ringan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 8.30 pagi ketika motosikal yang ditunggang Zarina dari arah Pinang Tunggal menuju Ekor Kucing dilanggar sebuah kereta. "Kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan itu dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki mereka. "Akibat perlanggaran itu, dua wanita berkenaan terpelanting ke jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala seorang kanak-kanak perempuan yang turut menaiki motosikal itu terpelanting ke dalam semak berhampiran serta mengalami kecederaan ringan," katanya di sini hari ini. Katanya pemandu kereta berusia 27 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Abdul Rahman berkata mayat dua wanita berkenaan dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk dibedah siasat manakala kanak-kanak perempuan itu turut dibawa ke hospital yang sama. Sementara itu, suami Zarina, Anuar Sudin, 35, yang ditemui di perkarangan bilik mayat HKB berkata isteri dan ibu mertuanya serta anak bongsu mereka dalam perjalanan menziarah adik bongsu Zarina di Padang Lalang. "Kira-kira pukul 8 pagi tadi mereka keluar dari rumah kami di Kampung Setol dengan menaiki motosikal untuk ke rumah adik ipar saya di Padang Lalang kerana emak rindukan cucunya di sana," katanya. Beliau sebak mengenangkan empat orang anaknya berumur 6 hingga 14 tahun yang bakal menyambut Aidulfitri tanpa ibu tersayang. "Nurul Ain kelihatan trauma dan sehingga sekarang dia masih belum mengetahui ibunya sudah tiada," katanya yang reda dengan pemergian isterinya itu. Jenazah dua beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pinang Tunggal di sini selepas Asar hari ini.

Simpan Mercun: Peniaga Kedai Makan Dipenjara Lima Hari, Denda RM2,000
KOTA BAHARU: Seorang peniaga kedai makan dihukum penjara lima hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyimpan mercun dan bunga api bernilai RM189.40.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Zulkefli Ab Rahman, 47, mengaku melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Lot 31, Jalan Pasir Puteh, Kampung Pasir Tumboh di sini pada 6.30 petang 2 Julai lepas.
Nik Habri juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Zulkefli didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda 20 kali nilai mercun dan bunga api, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Karthy Gasedev dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
TOP
Laporan Media Bolehkan Perjuangan Palestin Diteruskan
KUALA LUMPUR: Laporan media yang berterusan terutama di Malaysia mengenai penindasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah bukti terhadap sokongan untuk membebaskan negara Palestin dan rakyatnya daripada kezaliman.
"Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Muslim Abu Umar berkata laporan seumpama itu juga akan membangkitkan kemarahan global, terutama dari negara Islam, untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin dalam pelbagai bentuk sama ada kewangan atau material.
"Ia juga mengenakan tekanan ke atas Israel supaya menghentikan penindasan terhadap rakyat Palestin," kata beliau ketika merasmikan Iftar Agung Tahunan keempat PCOM bersama masyarakat Palestin di Malaysia, di sini hari ini.
Iftar Agung PCOM ialah acara tahunan anjuran PCOM sejak empat tahun lalu bertujuan menghimpunkan masyarakat Palestin di Malaysia bersama rakan mereka rakyat Malaysia.
Beliau menyifatkan penyiaran laporan media seperti itu sebagai satu bentuk jihad, perjuangan kesatriaan dan menggesa pengamal media supaya tidak melupakan rakyat Palestin dan perjuangan untuk membebaskan tanah air mereka.
Muslim berkata laporan seperti itu juga akan membangkitkan semangat rakyat Palestin supaya jangan berputus asa dan meneruskan perjuangan untuk generasi akan datang ke arah mencapai matlamat perjuangan.
Sementara itu, ahli Majlis Pemegang Amanah PCOM Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata Malaysia, sebagai negara Islam yang aman, harus bersatu untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang sebarang penindasan oleh Israel.
"Kita telah bersama dengan rakan di negara lain untuk merealisasikan perjuangan membebaskan Palestin daripada rejim Israel," kata beliau.
Beliau juga berkata pertubuhan itu telah membuka pejabatnya di Palestin untuk mengumpul dana antarabangsa bagi tujuan itu.
TOP
Utamakan Perpaduan Elak Keadaan Kucar-Kacir - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya serta baju raya kepada anak yatim ketika majlis berbuka puasa di kediaman Ketua Menteri di sini hari ini. Turut sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Fadillah Abdullah (dua, kanan).-fotoBERNAMA
MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam mengutamakan perpaduan bagi mengelak perpecahan yang boleh membawa negara ke arah keadaan kucar-kacir. Beliau berkata umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa negara Islam di Timur Tengah seperti Libya, Syria, Iraq dan Mesir yang menjadi lemah akibat berlakunya perpecahan. Beliau berkata perang saudara yang tercetus di negara berkenaan menyebabkan keadaan kucar-kacir dengan masyarakatnya hidup dalam ketakutan dan kemiskinan. "Di Syria, hampir 11 juta orang hilang tempat tinggal dan harta benda, enam juta menjadi pelarian serta ratusan ribu kehilangan nyawa termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Timbalan Perdana Menteri di Seri Bendahara di sini, hari ini. Turut hadir bersama kira-kira 2,000 tetamu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Muhyiddin berkata berbeza di Malaysia, umat Islam masih hidup dalam suasana harmoni malah menikmati kemajuan pembangunan dan ekonomi yang didukung kestabilan politik. Bagaimanapun, katanya telah timbul bibit perpecahan di kalangan umat Islam negara ini disebabkan perbezaan pandangan dalam hal berkaitan agama Islam. Perpecahan ini, katanya, diambil kesempatan oleh pihak luar untuk mengancam kedudukan Islam malahan pihak dalam negara juga cuba menangguk di air keruh. "Dari itu, akhir-akhir ini wujud tekanan demi tekanan daripada pelbagai pihak di atas kedudukan Islam seperti ada yang mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan pelaksanaan undang-undang oleh Mahkamah Syariah," katanya. Justeru, katanya, pada bulan Ramadan ini, selain meningkatkan ketakwaan kepada Allah, umat Islam perlu memperkukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh. Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan duit dan baju raya kepada 100 anak yatim dari rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Lembaga Pengurusan dan Kebajikan Anak Yatim Miskin Sungai Udang.

Anggota Keluarga Masih Menaruh Harapan Orang Tersayang Pulang Ke Pangkuan Mereka - MH370
Sebahagian daripada ahli keluarga pesawat MH370 yang hilang selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
KUALA LUMPUR: Walaupun hampir 121 hari sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, anggota keluarga masih menaruh harapan bagi kepulangan orang yang tersayang ke pangkuan mereka walaupun mengetahui penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Jacquita Gomes, isteri kepada penyelia penerbangan MH370, Patrick Gomes berkata harapan masih ada bahawa mereka berada di daratan untuk menjadikan peluang untuk mereka kembali lebih tinggi. "Kami masih meneruskan kehidupan hari demi hari, kami hanya menjalani kehidupan buat masa ini, kami cuma tidak mahu ia berlalu dengan sepi, orang masih perlu ingat bahawa masih ada orang di luar sana," kata beliau ketika ditemui pada perasmian Pameran Foto Penghargaan MH370 oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini. Sementara itu, beliau memuji Hishammuddin kerana meneruskan gerakan mencari dan menyelamat yang beliau sendiri akan memantau perkembangannya dari dekat. "Ia satu kelegaan untuk beliau lihat sehingga akhir, jadi kita bergantung kepada mereka dan kita perlu menunggu mereka untuk melakukan semua itu dan mereka mula mencari lagi, sama ada mereka menjumpainya atau tidak, itu soal lain. "Kita perlu bersikap sedikit realistik dan memastikan bahawa apabila mereka berkata pada Ogos mereka akan memulakannya sekali lagi, mereka memulakannya semula. Mereka berjanji mereka akan berbuat demikian ," kata beliau kepada pemberita. Pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan ke Beijing bersama 239 orang hilang pada 8 Mac, sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. Dalam pada itu, Maira Elizabeth, anak kepada ketua pramugara Penerbangan MH370, Andrew Nari, yang juga menghadiri pameran foto menaruh harapan tinggi bahawa pihak-pihak berkaitan menunaikan janji dan berharap mereka dapat menemui pesawat tidak lama lagi. "Semua orang dalam pesawat sama ada mereka mati atau hidup, ia tidak penting tetapi yang penting ialah mereka kembali, katanya. Pameran Foto Penghargaan MH370 ialah anjuran Kelab Koresponden Asing Malaysia, yang mempamerkan empat puluh foto sentimental yang dirakam oleh jurugambar tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan mengenai tragedi kehilangan MH370. Pameran itu yang akan berlangsung hingga 21 Julai di Publika Mall yang mempamerkan hasil kerja jurugambar dari pelbagai pertubuhan berita termasuk The Associated Press, Reuters, The Sun, Xinhua, The Malaysian Insider dan China Press.

Pelbagai Pihak Gesa Tindakan Sewajarnya Diambil Ke Atas Individu Hina Nabi Muhammad
Status akaun Facebook milik David Orok yang menunjukkan tindakannya menghina Nabi Muhammad.
KOTA KINABALU: Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota Parti Reformasi Negeri (Star) David Orok kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam. Azizah yang juga Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) berkata perbuatan menghina nabi itu boleh mencetuskan rasa benci serta marah di kalangan rakyat di negara ini dan di Sabah amnya. "Di Sabah terdapat lebih 30 suku kaum yang menganuti pelbagai agama namun kita hidup dalam perpaduan dan keharmonian, malah dalam sesebuah keluarga itu juga terdiri daripada pelbagai agama tetapi mampu hidup dalam keadaan rukun dan damai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Azizah berkata tindakan David itu boleh memecah-belahkan anggota masyarakat dan sekiranya tidak ditangani dengan serius boleh mengganggu-gugat keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini khususnya di Sabah. David, yang juga calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu, mencetus kontroversi apabila menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di laman Facebook baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sepanggar Ramlan Awal berkata tindakan David itu jelas tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam di negeri ini. Beliau berkata lebih menyedihkan, David turut melontarkan kata-kata cacian terhadap mereka yang berbuat laporan polis berhubung isu itu, misalnya Pemuda Umno Tuaran, NGO dan pertubuhan politik yang lain. "Ia secara tidak langsung menunjukkan individu ini sengaja mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan terbuka di Facebooknya termasuk bersikap biadab terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W," katanya. Ramlan berkata pihaknya turut membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan dan berharap tindakan wajar segera diambil terhadap individu itu. Semalam, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) membuat laporan polis terhadap David berhubung isu itu. Di SHAH ALAM, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor membuat laporan polis terhadap David kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial itu baru-baru ini. Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata laporan polis itu dibuat supaya pihak berkuasa dapat menyiasat tujuan David mengeluarkan kenyataan sedemikian sehingga mengguris perasaan umat Islam di negara ini. "Ayat-ayat yang ditulis David di Facebook amat mengguris hati umat Islam. Sebagai bukan Islam, tidak sepatutnya mana-mana pihak bercakap tentang Islam jika tidak tahu menjaga sensitiviti orang lain. "Kita gesa polis siasat individu ini supaya tindakan boleh diambil terhadapnya sama ada kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh dia atau ada pula desakan pihak tidak bertanggungjawab mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini. Menurutnya, beberapa lagi cawangan Perkasa di seluruh Selangor antaranya Klang, Kapar, Serdang, Selayang, dan Kelana Jaya turut membuat laporan polis sebagai gesaan supaya tindakan tegas dikenakan terhadap David. Abu Bakar berkata biarpun David telah meminta maaf kepada seluruh umat Islam berikutan kenyataannya itu menerusi Facebook, namun pihak berkuasa tetap didesak melakukan siasatan terhadapnya sebagai peringatan supaya tiada lagi pihak lain cuba mengulangi perbuatan sama.

Bersatu Tolak Ekstremis -Liow
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Azran Osman Rani hadir melancarkan penerbangan Airasia X dari Kuala Lumpur ke Xi'an di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Ahad. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru rakyat negara ini supaya bersatu dan menolak semua bentuk ekstremisme tanpa mengira kaum dan agama. Liow, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata mungkin ada kumpulan ekstremis yang mengambil peluang untuk menggugat kestabilan Malaysia yang kini melangkah ke arah menjadi negara yang lebih hebat. "Malaysia bukan pangkalan bagi latihan militan, tidak ada tempat langsung bagi mereka. Kita adalah sebuah negara yang harmoni dan bersatu. Bersatu dan berjuang dan memastikan ekstremis ini ditentang," kata beliau ketika ditemui pemberita pada pelancaran Pameran Foto Penghargaan MH370 di sini, hari ini. Pameran Foto itu dilancarkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Liow diminta mengulas dakwaan bahawa Malaysia menjadi pangkalan bagi latihan militan susulan lima rakyat Malaysia yang kini diburu polis untuk membantu siasatan berhubung dengan kegiatan militan. "Oleh itu, amatlah penting untuk terus menjadi negara yang sederhana. Adalah penting untuk berhati-hati dan kita tidak boleh mengambil mudah perkara ini," kata beliau.

Lelaki Britain Hilang Ditemui
KUALA LUMPUR: Warga Britain yang dilaporkan hilang semalam selepas dikatakan bertengkar dengan isterinya ketika sedang berbulan madu di negara ini, ditemui selamat.
Jonathan Kemp, 27, ditemui di Salak South dekat sini dan kini dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dipercayai akibat mabuk keterlaluan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan warga Britain itu, namun tidak memberi butiran lengkap.
SAAT-SAAT bahagia Jonathan dan isterinya, Alyson yang berada di Malaysia untuk berbulan madu.
Semalam, Kemp dilaporkan menghilangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya Alyson Jackson, 24, di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada jam 12.30 tengah malam. Selepas itu, Alyson gagal menghubungi suaminya menerusi telefon. Pasangan yang baru seminggu berkahwin itu berada di ibu negara untuk berbulan madu.

Remaja Maut Dipercayai Dipukul Bapa Kerana Ingin Bekerja Bantu Keluarga
Gambar hiasan.
MELAKA: Seorang remaja ditemui mati di dalam biliknya hari ini, dipercayai dipukul bapa sendiri hanya kerana menyatakan hasrat untuk bekerja membantu keluarga. Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Abd Rahman Jid berkata sebelum itu mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, dilaporkan bertengkar dengan bapanya yang berusia 52 tahun di rumah mereka di Kampung Jawa Alor Gajah, kira-kira pukul 5 petang semalam. "Mangsa menyatakan hasrat untuk bekerja kepada ayahnya tapi tidak dipersetujui...mangsa yang dikatakan tidak pernah melawan cakap ayahnya itu berdegil untuk meneruskan hasratnya sebelum berlaku pertengkaran antara kedua beranak itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata mangsa kemudian dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkannya pengsan. Abd Rahman berkata ibu Muhamad Hafiz mahu menghantar anak sulung daripada 10 beradik itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tidak dibenarkan bapa mangsa dengan alasan ia tidak serius. Beliau berkata ibu mangsa yang berusia 38 tahun itu mengejutkan anaknya untuk bersahur namun Muhamad Hafiz tidak bangun dan mengejutkannya semula kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum mengesyaki sesuatu berlaku. "Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Alor Gajah sebelum polis ke rumah mangsa dan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati mangsa menghadapi kecederaan di lengan kiri selain kesan lebam di badan. Katanya polis kini sedang memburu bapa mangsa yang melarikan diri untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isu Judi Haram: Zahid Akan Bertemu MB, Ketua Menteri
Ahmad Zahid Hamidi.
ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan menteri besar dan ketua menteri bagi membincangkan mengenai masalah judi haram yang semakin berleluasa. Katanya tindakan melawat negeri-negeri itu bagi mendapatkan sokongan terhadap usaha kementerian itu memerangi judi haram, antaranya dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak lagi mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga (PHK). "Saya yakin mereka (menteri besar dan ketua menteri), termasuk yang dikuasai pembangkang, akan memberi sokongan kepada KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membanteras judi haram yang akhirnya akan merosakkan akhlak penduduk di negeri berkenaan. "Masalah (judi haram) ini terlalu serius. Dan saya fikir Selangor yang paling 'hebat'," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini. Hadir sama Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Sharif, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim. Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata pasukan petugas yang diwujudkan bagi menangani kegiatan judi haram itu akan mengadakan kerjasama dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri selain Jabatan Peguam Negara, PBT, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). "Ini semua bagi membanteras judi haram termasuk penyitaan premis perjudian, aset perjudian, perkakasan perjudian dan harta benda dipunyai oleh mereka yang menjalankan kegiatan perjudian haram," katanya. Beliau berkata ada undang-undang berkaitan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi beberapa pindaan tambahan diperlukan untuk memperkuatkan pelaksanaan pencegahan dan pembanterasan. "KDN amat mengalu-alukan usaha Jabatan Peguam Negara untuk membantu membentangkan pindaan itu. Kita harap akan dapat dilakukan dalam sidang Parlimen pada Oktober depan," katanya. Beliau berkata iltizam politik dan komitmen kerajaan amat jelas dalam membendung serta membanteras kegiatan judi haram dan beberapa mesyuarat penyelarasan antara agensi persekutuan yang terlibat telah diadakan dan akan diperluaskan di peringkat negeri. "Ada yang mencadangkan supaya KPI (petunjuk prestasi utama) ditekankan bagi menentukan penguatkuasaan ini dilaksanakan. KPI ini adalah prestasi yang akan diukur bukan hanya untuk KDN dan PDRM tetapi juga mengukur pencapaian semua agensi pusat dan negeri apabila pelaksanaan penuh dilakukan kelak," katanya.

Peneroka Felda Terima Bayaran Dividen FGV RM72.9 Juta Mulai Jumaat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) menyampaikan replika cek duit raya Felda kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Samsudin Osman pada Majlis Berbuka Puasa Felda Kebangsaan di Kompleks Pejabat Felda Wilayah Terengganu pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (kanan) dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (kiri). -Foto BERNAMA.
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kepada peneroka Felda berjumlah RM72.9 juta. Sehubungan itu, semua 112,635 warga peneroka seluruh negara akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 seorang. Pembayaran dividen akhir FGV ini membabitkan jumlah 10 sen sesaham yang mana ia akan dibayar menerusi Tabung Amanah pada Jumaat ini (11 Julai). Perdana Menteri yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga peneroka di Pejabat Felda Wilayah Terengganu ketika berucap turut mengumumkan pemberian duit raya kepada peneroka Felda dengan jumlah keselurahan sebanyak RM30.5 juta. Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka. "Kita juga menyerahkan duit raya sebanyak RM300 bagi setiap keluarga peneroka bagi meringankan lagi beban kewangan peneroka dan keluarga mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
NAJIB bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis berbuka puasa sempena Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Peringkat Kebangsaan 2014 di Kuala Terengganu semalam.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Harlina Zakaria, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Di majlis itu juga, Najib turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan Felda berjumlah RM22.02 juta. Katanya, jumlah bayaran zakat tersebut bersempena keuntungan FGV yang dicatatkan pada tahun kewangan 2013 iaitu sebanyak RM8.6 juta, Koperasi Permodalan Felda (KPF) RM12.8 Juta, Felda D'Saji RM321,200 dan koperasi kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) RM297,985.97. Zakat perniagaan ini dibayar kepada 14 Pusat Zakat Negeri iaitu bagi negeri-negeri dimana kumpulan Felda menjalankan operasi perniagaannya. Sementara itu bersempena majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 orang, kumpulan Felda turut memberikan sumbangan amal dan saguhati kepada masjid Felda yang melibatkan jumlah sebanyak RM927,500 yang akan diagihkan kepada Pengerusi Masjid, Imam, Bilal dan Siak. Selepas majlis ini, Najib dijadual bersolat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Seberang Takir di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara. Sementara itu, rata-rata peneroka Felda melahirkan rasa terharu dengan pengumuman dan sumbangan itu oleh Perdana Menteri. Wakil peneroka Samsudin Othman, 62, bersyukur dengan pengumuman Najib yang sudi memberi sumbangan hari raya sebagai persiapan menyambut lebaran. "Walaupun jumlah itu tak besar namun ia sedikit-sebanyak menolong dan mampu meringankan beban kami," kata Samsudin yang berasal dari Johor. Seorang lagi peneroka Ismail Mohamad, 66, dari Felda Neram Satu Kemaman berkata beliau berharap golongan Felda akan terus dilimpahi faedah pada masa akan datang dan usah percaya kata-kata negatif dilemparkan kepada Felda. "Para peneroka usahlah mendengar kata-kata tidak sahih kerana ia akan mendatangkan rasa kurang senang kepada kita sendiri. "Kerajaan kita sudah cukup baik, apa lagi kita masih tidak puas hati?," katanya.

Neymar Yakin Brazil Juara Piala Dunia 2014
IMPIAN penyerang Brazil, Neymar untuk memastikan negaranya muncul juara Piala Dunia masih belum berakhir walaupun dia perlu direhatkan akibat keretakkan tulang belakang.
Pemain berusia 22 tahun itu mengalami keretakkan tulang belakang selepas dirempuh oleh pertahanan Colombia, Juan Zuninga ketika pasukan tuan rumah menang 2-1.
Pemain Barcelona itu berkata, "(hasratnya) terganggu, tetapi ia masih diteruskan.
Neymar was 'one inch away' from being paralysed by Zuniga tackle
Kekasaran dan imbasan x keretakkan tulang belakang yang dialami Neymar.
"Saya yakin rakan sepasukan akan melakukan seperti impian saya, iaitu untuk menjadi juara, ia akan menjadi kenyataan." Dalam kenyataan Neymar yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Brazil itu, dia turut memberitahu, "Impiannya juga adalah untuk beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia, tetai kali ini ia tidak berlaku. "Saya pasti kami akan memenangi piala dan menjadi juara. Saya akan bersama mereka dan penyokong Brazil lain untuk meraikannya nanti. Sementara itu, ketua pasukan perubatan, Dr Rodrigo Lasmar mengesahkan bahawa Neymar perlu direhatkan sehingga tamat saingan Piala Dunia akibat keretakkan tulang belakang.

Ramadan Vs Piala Dunia
BULAN Ramadan bermula ketika pertandingan Piala Dunia memasuki peringkat kalah mati bagi 16 pasukan yang terbaik demi merebut gelaran juara bagi acara bolasepak paling berprestij di muka bumi ini.
Maka ramailah yang bangun untuk bersahur dan pada masa yang sama mencuri kesempatan itu untuk turut menyaksikan perlawanan-perlawanan yang ditayangkan secara langsung di awal pagi hingga pertandingan mencapai kemuncaknya pada 14 Jun nanti.
Dan kira-kira dua minggu selepas itu,umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kehadiran Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, keriangan dan kebahagiaan.
Sebelum berbincang lebih lanjut mengenai Piala Dunia, penulis ingin menarik perhatian pembaca kepada trend yang membimbangkan setiap kali Ramadan menjelma.
Bulan di mana Al Quran di wahyukan kepada Nabi Muhamad s.a.w semakin menjadi suatu pesta jualan dan perbelanjaan berlebih-lebihan.
Kedai perabot pun turut serta mempromosikan sambutan kedatangan Ramadan, begitu juga pusat spa dan kecantikan, taman tema, butik fesyen dan toko-toko barangan kemas.
Seperti biasa, setiap bulan Ramadan, hotel-hotel besar dan pusat-pusat peranginan juga menggamit pelanggan dengan apa yang dikatakan tawaran istimewa bulan Ramadan.
Unsur-unsur komersial seperti ini telah menghakiskan kemurnian Ramadan, bulan ke-9 di takwim Islam dan yang paling penting dalam kalendar umat Islam.
TIADA ADA KAITAN
Beberapa tahun dulu, dalam keghairahan menggunakan Ramadan sebagai gimik untuk mempromosikan restorannya, sebuah hotel terkemuka di ibu kota mengadakan ‘makan tengah hari‘ Ramadan. Promosi itu dihentikan serta merta bila hotel tersebut menerima kritikan dan teguran pelbagai pertubuhan badan Islam, media Melayu dan pihak berkuasa. Juga, sebuah stesen radio yang kononnya berteraskan dakwah Islamiah, telah juga dituduh beraksi keterlaluan bila ia bertanya kepada pendengarnya, mana lebih penting: berpuasa atau menyambut Aidilfitri? Puasa, salah satu dari lima Rukun Islam, tidak boleh di soal atau kemurniannya dijadikan bahan berdebat. Maka, radio tersebut ditegur dan juruhebah berkenaan dikenakan tindakan oleh pihak majikannya. Puasa bukan semata-mata menghindarkan diri dari makan dan minum. Ia merupakan suatu ibadah yang menghendaki umatnya menepis secara mutlak perkara-perkara duniawi yang boleh menyebabkan kita lalai, cuai, riak dan angkuh. Orang Islam berpuasa semata-mata menuruti perintah Allah, bukan kerana rakan-ranan mencabarnya untuk berbuat demikian.
DAYA KETAHANAN KENTAL
Berbalik kepada perbincangan fasal Piala Dunia tadi; tahun ini ia telah menarik ribuan peminat dari negara Islam kerana pasukan-pasukan dari Algeria, Bosnia Herzegovina, Iran dan Nigeria turut menyertainya di samping ramai bintang bola beragama Islam dari pasukan-pasukan lain. Ramadan adalah masa untuk menjauhkan diri daripada nafsu duniawi mulai mentari terbit hingga terbenam, disamping mengenegahkan banyak aktiviti berunsur ibadah, solat, pemberian zakat dan fitrah serta tazkirah. Sudah tentu ia amat mencabar bagi pemain-pemain Islam dalam pertandingan seperti Piala Dunia. Misalnya, penyerang Perancis, Karim Benzema dan pemain Jerman, Mesut Ozil yang satu dunia tahu mereka beragama Islam. Difahamkan, berbulan-bulan sebelum pertandingan bermula, pihak FIFA, iaitu Persatuan Bola Sepak Antarabangsa, telah mengarahkan pelbagai kajian dibuat untuk mengenalpasti risiko dan kesan kepada pemain-pemain yang berpuasa. Dibantu pakar perubatan dari beberapa negara Islam yang bertanding, FIFA mendapati tiada maklumbalas yang negatif asalkan isu itu dikendalikan secara bijak dan menuruti nas-nas yang ditentukan oleh agama Islam sendiri. Misalnya, sebelum fajar menyinsing, mereka terlebih dulu sudah bersahur dan punyai tenaga dan bendalir jasmani yang cukup untuk bertahan selama kira-kira 12 jam hingga iftar, iaitu waktu berbuka puasa. Kita dapat bayangkan betapa kuatnya iman seorang atlet yang mesti mempertahankan daya tenaganya di gelanggang stadium ketika berdepan dengan pesaing-pesaing yang tidak perlu berpuasa sepertinya. Dilaporkan di Brazil ketika ini, cuacanya amat panas. Kalau haus atau letih, pemain yang berpuasa mungkin cuma berupaya membasahi mulut dengan air atau lap badannya dengan tuala basah. Dua tahun lalu di London, ketika ibu kota British itu menjadi tuan rumah Sukan Olimpik – juga di musim Ramadan – atlet-atlet Islam mengkagumkan pesaing bukan Muslim dengan menunjukkan daya ketahanan diri yang kental walaupun menyertai acara-acara lasak seperti larian marathon. Pasukan bola sepak Emiret Arab Bersatu di Sukan Olimpik dibenarkan oleh pihak berkuasanya untuk qadhor atau gantikan hari mereka tidak berpuasa ke tarikh lain. Alasan yang diberi ialah Islam punyai kelonggaran bagi keadaan-keadaan tertentu, seperti dalam keuzuran atau perjalanan. Namun, tindakan tersebut dianggap oleh pasukan yang lain sebagai tidak menepati syarat kerana pasukan Arab itu bukan dalam keadaan darurat. Di gelanggang Piala Dunia, impak ke atas pemain-pemain Islam belum dapat diketahui hinggalah juara akhirnya dinobatkan dan pertandingan selesai. Kita berdoa agar semua pemain Islam dapat megharungi dugaan dengan tabah dan jaya. In sya Allah. Penulis mengucapkan kepada para pembaca “Selamat beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.”

Lelaki Pecah Masuk Kereta juga Menyerang Pemilik Kereta Ditahan di Seksyen 19, Shah Alam
Stadium Bola Tampar Seksyen 19, Sham Alam: Seorang pemain bola tampar bernasib baik kerana terselamat setelah keretanya dipecah masuk oleh seseorang dan juga selepas itu turut menyerangnya kelmarin.
Menurut maklumat yang dikongsikan oleh City Rangers Volleyball Club (CRVC), pada mulanya seoarang pemain bola tampar telah kembali ke keretanya untuk menganbil botol. Sesampainya dia disitu dia terkejut melihat ada seorang lelaki India dalam keretanya yang dipercayai sedang menggeledah mencari barang berharga.
Terkejut dengan perkara itu lantas mangsa pun menutup pintu kereta tersebut dari luar. Namun, suspek berkenaan keluar dari kereta dan terus menyerang dan menumbuknya.
Mangsa bertindak melawan dan menjerit meminta tolong sebelum beberapa pemain lain keluar.
Suspek berkenaan dikatakan dalam keadaan mabuk telah berjaya diberkas oleh pihak polis.
Dinasihatkan kepada pemandu kereta agak tidak meninggalkan barangan yang berharga dalam kereta. Tidak mengira barang berharga anda disorok ataupun tidak selagi ia berada dalam kereta ianya tidak selamat. ─ SiakapKeli.com
TOP
VIDEO: Cikgu Gaduh di Sekolah ─ Dikatakan Cikgu Berbaju Hijau itu Memang Suka Mencari Gaduh?
Sehari dua ini agak heboh juga di laman sosial berkenaan satu video yang dirakamkan dalam sekolah yang mana seoarang cikgu menengking-nengking cikgu lain dengan suara yang lantang.
Menurut info yang diperolehi oleh Sukan Star TV, Cikgu yang berbaju hijau itu memang suka mencari gaduh.
Info perkenaan:
Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009.
Sblm tu kt sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu.
Guru besar skrg adalah yg ke-3.
Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas.
Ppd penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak.
Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti.
Pentadbir tu gb n gpk. Ayah dia penah buat repot kt ppd kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa.
Sumber Video: Facebook Sukan Star TV

Khairy: NGO agih makanan tak kotorkan KL
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.
Khairy berkata, beliau pernah melihat sendiri operasi satu NGO, PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.
Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook.
"NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.
"Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan," katanya lagi.
Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan.
"Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.
"Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas penjelasan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.
“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.
Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut "menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong."
"Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit," katanya. - Malaysia Kini
TOP
“Transformers Cacat” ─ Versi Filem Transformers yang mana pula ni?
Agak hairan juga penulis melihat pada gambar diatas. “Transformers Cacat” ini versi filem Transformer s yang mana pula ya? Mungkin keluaran China kerana ia menurut laporan dari China yang mengatakan mendapat jumlah kutipan tiket sebanyak USD134 juta.
Jenuh juga penulis buat carian google untuk tajuk filem ini tetapi tidak mendapat sebarang info mengenai filem bertajuk seperti yang tertera pada berita di TV9 itu kemudian barulah penulis perasan yang ia adalah satu kesilapan menulis oleh berita TV9 tesebut yang mana sebenarnya ingin menyebut “Catat”.
Tergelak juga penulis berkenaan tajuk ini bukan kerana kesilapan mereka tetapi teringatkan penulis ini yang jenuh mencari info berdasarkan tajuk berkenaan. Mengenai kesilapan itu adalah perkara biasa sebenarnya kerana secara saintifiknya kita mempunyai memori otot atau dalam bahasa inggerisnya adalah “Muscle Memory” yang mana seperti kesilapan ketika menulis ini jari jemari kita akan cenderun kearah perkataan yang biasa kita taip sekiranya ia mempunyai paten yang seakan sama.
Bagaimanapun selaku penyiar berita bertaraf tinggi seperti TV9 itu sepatutnya membuat semakan dengan lebih terperinci terhadap setiap apa yang ditulis, namun kita manusia sememangnya tidak terlepas dari melakukan kesilapan ─ SiakapKeli.com
TOP
Lagi Status Facebook Hina Azan Seruan Solat
Rupa-rupanya masih ada segelintir manusia yang tidak menghormati agama lain di Malaysia ini. Kalau tidak suka sekalipun tidak usahlah dihebahkan kepada umum dan menunjukkan akan kekurangan ajarannya dia itu.
Menerusi satu status di laman sosial Facebook, tanpa mengetahui fungsi azan yang sebenarnya bagi umat Islam dia terus mencemuh azan yang kononnya dilaungkan untuk memanggil tuhan setiap kali umat Islam hendak menunaikan solat.
“Need to relax at a peaceful environment, dalam hutan lagi bagus. dekat luar bunyi bising melayu mahu panggil tuhan, evertime they need to pray harus panggil tuhan?”
Itulah dia tanpa sebarang pengetahuan mahunya menghentam azan yang dilaungkan. Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam yang tidak tahu kenapa orang Islam melaungkan azan sebelum menunaikan solat, ia adalah bertujuan memberitahu yang sudah masuknya waktu untuk menunaikan solat tersebut selain itu laungan azan itu juga untuk memanggil umat Islam datang solat.
Jika anda berasa terganggu sekalipun, laungan azan itu bukannya lama, paling lama pun 5 minit sahaja. Kita sepatutnya lebih peka terhadap perasaan orang lain sebelum berkata sesuatu yang buruk tehadap kepercayaan mereka lebih-lebih lagi kita di Malaysia yang mana hidup berbilang bangsa dan juga pelbagai agama. - SiakapKeli.com
TOP
Wanita Dibakar Suami Kerana Cemburu di Kangar
KANGAR – Seorang wanita berusia 23 tahun parah selepas dibakar suaminya dalam kejadian di Kampung Abi Batas Paip, di sini,kira-kira jam 10 pagi tadi.
Mangsa yang terbakar lebih 85 peratus itu disimbah petrol sebelum dicucuh dengan api ketika berada di dalam sebuah bilik di rumah mertuanya di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis, Superintendan Tengku Zailah Tengku Ahmad Shah berkata, mangsa dipercayai dibakar suaminya berusia 23 angkara cemburu.
“Mangsa dikatakan mempunyai teman lelaki lain sebelum menimbulkan rasa marah suaminya sebelum dia dibakar.
“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mendapatkan rawatan,” katanya. – BH Online
No comments:
Post a Comment