TOP
Hebat pengemis ni
TOP
Irma Nur Naylie, Nama Anak Kedua Irma Hasmie
Pelakon Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer sepakat memberikan nama Irma Nur Naylie kepada cahaya mata kedua mereka yang lahir pada 19 Julai lalu.
Irma melahirkan anak keduanya di sebuah hospital swasta di ibu kota pada jam 4.10 petang.
Pelakon wanita manis berhijab ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2012 dan mempunyai seorang anak lelaki, Redza Syah Irfhan.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Dr Muhamad Akmal Akan Bantu Jakim Kebumi Jenazah
AMSTERDAM – Selepas selesai tugas sebagai penterjemah bahasa Rusia selama seminggu di Ukraine, khidmat doktor pediatrik dari Hospital Ampang, Dr Muhamad Akmal Saleh ditagih oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membantu menguruskan pengebumian jenazah mangsa MH17 di Belanda.
Lulusan Russian State Medical University di Moscow itu berkata pegawai Jakim memintanya berbuat demikian selepas beliau membantu mereka bertemu dengan beberapa pemimpin Islam Ukraine minggu lepas.
“Tugas saya sekarang menguruskan jasad mangsa, baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam,” kata anak muda berusia 26 tahun itu kepada Bernama di sini.
Dr Muhamad Akmal antara 133 anggota pasukan penyiasat khas Malaysia yang tiba di Ukraine pada 18 Julai lalu susulan nahas Penerbangan MH17 di Donetsk, timur Ukraine sehari sebelumnya.
Pasukan itu berlepas pulang ke ibu negara pada Jumaat selepas tugas mengeluarkan mayat mangsa dan mengambil semula kotak hitam pesawat selesai.
Menurutnya keinginan untuk berkhidmat kepada negara membuatkan beliau sanggup berkorban dan tidak pulang ke tanah air bagi meraikan Aidilfitri bersama isteri, Fatin Nadirah Idrus yang sedang hamil lima bulan.
“Ini kali pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa dia,” katanya.
Menurut Dr Muhamad Akmal beberapa anggota pasukan penyiasat khas itu masih berada di sini bagi urusan mengenal pasti jenazah dan pengebumian.
Katanya kumpulan terakhir jasad mangsa MH17 dari Kharkiv, Ukraine dijangka tiba di Eindhoven, dekat sini lewat petang Sabtu.
Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines itu yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Lagu Raya: Kolaborasi Segar Bunkface & Finalis Idola Kecil Ultra
Lagu Anugerah Syawal nyanyian band Bunkface menjadi lagu tema sambutan Aidilfitri tahun ini untuk saluran televisyen Media Prima.
Tahun lalu, lagu ini juga dimainkan di saluran-saluran tv tersebut, namun kali ini penampilan Bunkface dimeriahkan lagi penampilan finalis Idola Kecil Ultra yang turut sama menyanyi.
Memang best dan segar kolaborasi di antara mereka ni.
Yang paling best, muzik videonya yang kelakar dan boleh menyuntik mood raya yang ceria buat anda di luar sana.
Jom layan!
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
” Itu Beg Kakak Saya ” – Kata Adik Mangsa Nahas MH17
Petra Jaya – “Itu beg mereka. Saya kenal beg dia orang bawa ke sana (Kazakhstan),” kata Madzalina Ghazalee, 47, sambil menahan sebak ketika ditunjukkan gambar bagasi itu yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Madzalina yang juga kakak kepada Ariza, 46, yang terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur terhempas akibat ditembak di Ukraine, minggu Khamis lalu.
Selain Ariza turut terbunuh dalam tragedi paling buruk dalam sejarah penerbangan negara adalah suaminya Tambi Jiee, 48, serta empat anak mereka, Muhamad Afif, 19, Muhamad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhamad Afruz, 13.
Menurut Madzalina, sebelum berlepas ke Amsterdam dari Kazakhstan, adiknya ada menghubungi memaklumkan mereka sekeluarga membawa 10 beg dan meminta sesiapa menjemput mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada petang 18 Julai lalu.
“Malah, dia (Ariza) juga meminta supaya kami membawa kenderaan besar untuk mengangkut semua bagasi itu,” katanya.
Katanya, dia sekeluarga reda melihat keadaan barangan yang diselongkar sambil meminta pihak berkuasa menyimpan sekiranya menemui barangan masih elok. – Harian Metro
TOP
Luahan Hati Seorang Juruterbang MAS….
HATI saya sedikit gentar juga setelah dua insiden melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17 berlaku pada tahun ini. Tapi, saya cekalkan hati untuk kendalikan pesawat walaupun kemalangan udara semakin banyak terjadi.
Saya perlu sentiasa berfikir, saya bukan bawa nyawa saya sahaja, malah ada ratusan nyawa yang mahukan keselamatan tanpa ada apa-apa yang berlaku.
Setiap kali sebelum memulakan perjalanan, saya suka melihat wajah-wajah penumpang saya. Mereka sebenarnya nadi kekuatan saya.
Dengan dua insiden yang berlaku, tambahan melibatkan kawan-kawan sekerja, siapa tidak gerun, tidak gentar, takut dan macam-macam lagi.
Tapi, memandang wajah penumpang, saya tahu mereka bersandar harapan pada saya. Saya tidak boleh terlalu emosi. Itu bukan etika kami sebagai juruterbang.
Saya dilatih untuk melawan rasa takut. Saya perlu berani. Kalau saya mahu selamat, mereka (penumpang) juga mahukan perkara sama.
Doa dan zikir sudah menjadi amalan saya sejak dulu lagi. Itulah amanah ayah. Kalau nak buat sesuatu, mulakan dengan kalimah ALLAH SWT.
Memang kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku, tetapi dalam setiap penerbangan saya akan lakukan yang terbaik.
Ketika dalam penerbangan, saya akan sentiasa cuba bertenang selain berhati-hati dalam membuat keputusan sekiranya keadaan memerlukn.
Saya sendiri pernah menempuh detik mencemaskan terutama ketika menghadapi cuaca buruk dan cuba menghadapi keadaan itu sebaik mungkin.
Apa yang saya fikirkan pada ketika itu adalah nasib penumpang pesawat yang saya kendalikan dan saya cuba mengendalikan pesawat tersebut dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk terjadi.
Mujur latihan yang telah diberikan selain pengalaman pernah mengendalikan cuaca buruk ketika dalam penerbangan satu ketika dahulu.
Keadaan awan sememangnya satu keadaan yang tidak dapat diduga, kadang-kadang ada petir dan sebagainya, jadi sebagai seorang juruterbang, perlu sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Saya tidak mahu apa yang berlaku menjadi noktah pada kerjaya saya. Saya masih yakin dengan syarikat MAS, sejarahnya membuktikan MAS bukan calang-calang syarikat penerbangan.
Bertuahnya saya dapat berkhidmat di sini. Saya akan setia bersama MAS dan berharap masyarakat akan terus kekal dan percaya pada kami. – Sinar Harian
TOP
VIDEO: Lelaki Cina Nyanyi Lagu Raya, Hilang Terus Pelatnya…
SEBELUM ini, kami pernah kongsikan video nyanyian lagu ‘Selamat Hari Raya’ yang cukup merdu oleh gadis Cina, Elizabeth Tan.
Kali ini kami jamin anda akan lebih teruja mendengar kelunakan suara seorang lelaki Cina yang menyanyikan lagu ‘Air Mata Syawal’ yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza.
Uniknya, jika anda mendengar cara percakapannya yang pelat, pasti anda tidak menyangka pelat itu hilang tatkala dia menyanyikan lagu tersebut.
Tak percaya? Jom saksikan!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Tak percaya? Jom saksikan!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
‘Kapcai’ Pilihan Orang Muda Balik Beraya Di Kampung
KUALA LUMPUR – Walaupun banyak pengangkutan awam disediakan, segelintir golongan muda memilih untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri menunggang ‘kapcai’ atau motosikal berkuasa rendah.
Menurut mereka selain menjimatkan kos, menunggang beramai-ramai atau berkonvoi ke kampung halaman juga dapat mempererat silaturrahim sesama mereka.
Pekerja swasta, Mohd Syahrul Hafizan Wahid, 25, berkata berkonvoi 15 hingga 20 buah kapcai untuk pulang beraya sudah dilakukannya sejak tiga tahun lepas.
“Bukan tak nak guna pengangkutan awam, tapi kadang-kadang bila pergi ke terminal bas atau stesen kereta api, tiket telah habis dijual walaupun Ramadan belum menjengah.
“Justeru, saya berpakat dengan beberapa rakan untuk pulang ke kampung halaman menaiki motosikal walaupun terpaksa menunggang lebih 300 kilometer,” katanya.
Mohd Syahrul yang berasal dari Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan, berkata banyak kelebihan menaiki motosikal berbanding menggunakan kereta untuk pulang ke kampung halaman.
“Antaranya dapat mengelak kesesakan lalu lintas yang sering berlaku terutama dua hari menjelang lebaran kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman ketika itu.
“Kadang-kadang kasihan bila mendengar sanak-saudara terperangkap dalam kesesakan sehingga berbelas jam kerana tiada lebuh raya yang menghubungkan Pahang dan Kelantan,” katanya.
Rakannya, Mohd Akirul Abdullah, 24, dari Felda Paloh 3, Gua Musang, berkata sebelum memulakan perjalanan, motosikal perlu diselenggara agar kenderaan itu berada dalam keadaan baik.
Katanya, antara perkara penting ialah menukar minyak hitam selain brek dan tayar pula dipastikan dalam keadaan baik.
“Ketika pulang, peralatan membaiki motosikal seperti sepana dan tiub tayar juga mesti dibawa sebagai persediaan jika tayar motosikal pancit selain memastikan ada antara anggota konvoi yang pandai baiki motosikal,” katanya. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Inikah Wajah ‘Ketakutan’ Rakyat Israel?
MELALUI media barat, rakyat Israel digambarkan sedang mengalami ketakutan dan trauma akibat serangan roket pejuang Hamas.
Mereka juga dikatakan terpaksa berlindung di dalam bilik atau tempat khas bagi mengelakkan serangan bom.
Bagi menambahkan lagi rencah dalam ‘kisah sedih’ mereka, wujud satu trend yang dinamakan ‘Selfie Perlindungan Bom’.
Mereka menyifatkan ia sebagai cara untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka masih mempunyai semangat untuk tersenyum walaupun dalam keadaan ketakutan.
Hakikatnya, trend ini boleh dikatakan memakan diri apabila ramai yang mempersoalkan betapa berbezanya keadaan mereka dengan penduduk Gaza.
Jika dilihat pada gambar-gambar ini, mereka kelihatan cukup gembira bersama keluarga dan rakan-rakan sedangkan penduduk Gaza terseksa kehilangan insan-insan tersayang. Agak-agaknya, mampukah lagi mereka bergembira seperti ini jika ada ahli keluarga mereka yang terbunuh dalam pergolakan ini?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Daily Mail)

Perkeso Jamin Waris Penumpang MH17 Dapat Faedah Gaji Bulanan
MARAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan waris 15 kru Pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terkorban ketika bertugas akan mendapat faedah gaji bulanan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bayaran itu akan dilakukan sebaik sahaja segala urusan dokumentasi, yang sedang dilakukan, selesai.
Bagaimanapun, ia tertakluk pada jumlah gaji akhir mangsa.
Beliau berkata di bawah skim itu, jika mangsa memperoleh gaji bulanan RM3,000 dan ke atas mereka layak mendapat bayaran sehingga RM2,750 dan jika gaji di bawah RM3,000 kadar harian minimum adalah RM30 sehari.
“Kementerian akan memastikan urusan pembayaran faedah kepada waris dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisien sebagai tanda simpati kita terhadap waris, katanya.
Ismail, yang juga Anggota Parlimen Maran, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuih raya kepada perantau yang pulang ke kampung di Tol Maran hari ini.
Program anjuran Majlis Belia Daerah Maran itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi Datuk Shahaniza Shamsuddin serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Maran Khairul Amin Osman.
Ismail juga berkata Perkeso mentadbir skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada pekerja dalam beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan, termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.
Beliau berkata pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lepas.
Katanya, objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku sesuatu kejadian di luar jangka kepada pekerja terbabit. – BERNAMA
TOP
Malaysia Berusaha Keras Lindungi Tapak Nahas MH17
KUALA LUMPUR – Malaysia berusaha sedaya upaya untuk memastikan tempat pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Donetsk, di timur Ukraine, tidak diceroboh untuk melindungi bangkai pesawat berkenaan serta bukti yang terdapat di situ daripada diusik, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut beliau, langkah itu juga bagi membolehkan para penyiasat memasukinya dan menjalankan tugas mereka dengan selamat.
Liow berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghubungi beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Barack Obama dan Presiden Rusia Presiden Vladimir Putin dalam usaha melindungi kawasan itu.
“Seperti yang kita semua sedia maklum, akses kita ke tempat nahas masih terbatas, jadi kami merayu kepada para pemimpin dunia dan pihak berkuasa tempatan supaya membantu kami untuk memastikan kami mempunyai akses sepenuhnya ke tempat itu,” katanya kepada pemberita pada acara bersempena kempen keselamatan jalan raya bersempena Op Selamat 5/2014 di Plaza Tol Sungai Besi di sini hari ini.
Liow berkata kini tiga pakar Malaysia berada di tapak nahas dan mereka memberi banyak maklum balas, di samping mengumpul pelbagai data.
Mengenai kempen itu, Liow berharap Op Selamat 5/2014 yang bertemakan ‘Nyawa Dihargai, Keluarga Menanti, Selamat Ke Destinasi’ itu dapat mengurangkan kadar kemalangan yang meragut 258 nyawa sepanjang tempoh Op Selamat tahun lepas.
“Kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini turun daripada 4.51 bagi setiap 10,000 kenderaan pada 2004 kepada 2.9 tahun ini.
“Kita berharap kadar itu dapat diturunkan kepada dua kematian bagi setiap 10,000 kenderaan menjelang 2020,” katanya. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Lelaki Dapat ‘Tamparan Manja’ Kerana Cuba Lawan Polis
PADAN muka… Mungkin itulah ayat terbaik bagi menggambarkan ‘hadiah’ yang diterima oleh lelaki Cina ini kerana tidak menghormati anggota polis yang sedang bertugas.
Senang cerita, kalau dah salah tu, berilah kerjasama agar mereka dapat menyelesaikan tugas dengan sebaik-baiknya.
Ini tidak, siap buat kecoh dan mencabar pihak polis pula.
Sudahnya, bukan saja digari, tetapi turut mendapat ‘tamparan manja’ daripada dua anggota polis tersebut.
Bagi kami, tindakan anggota polis tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dianggap ganas, tetapi lebih kepada cara untuk menghentikan provokasi lelaki tersebut.
Jangan lupa, polis pun manusia dan mereka perlu mempertahankan maruah diri daripada dipijak sesuka hati, tak gitu?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Warga Emas Maut Ditetak Anak Kurang Siuman
KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut ditetak dengan senjata tajam oleh anaknya yang kurang siuman di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Sentul, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu mangsa berusia 74 tahun tersebut ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di atas tilam dengan kesan tetakan di bahagian kiri mukanya.
“Polis terima panggilan kecemasan daripada seorang wanita memberitahu bahawa kakaknya yang kurang siuman telah memukul ibunya sehingga mati.
“Terdapat kesan tetakan pada muka mangsa dipercayai ditetak menggunakan senjata tajam,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Katanya polis menahan suspek berusia 45 tahun itu di lokasi kejadian dan kini direman untuk siasatan lanjut.
Munusamy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
TOP
DBKL Palang Besi Di Bangku Elak Digunakan Gelandangan…
Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memasang palang besi di bangku orang awam sekitar ibu kota menimbulkan reaksi kurang senang sebilangan pihak.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, palang besi berkenaan dipasang bagi mengelakkan bangku orang awam tersebut menjadi tempat tidur golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Bagaimanapun katanya, tindakan itu dianggap tidak menyantuni golongan gelandangan yang menjadikan bangku tersebut sebagai tempat berehat.
“Mereka sewajarnya dibantu dan bukannya dilayan sebegini. Saya amat kecewa dengan tindakan yang dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.
Lip Eng berkata, lebih memilukan, ada di antara gelandangan sanggup tidur di celah palang besi yang dipasang itu pada waktu malam untuk berehat.
Jelas beliau, DBKL perlu bertolak ansur dengan golongan berkenaan.
“Mereka hanya tumpang untuk tidur buat beberapa jam dan DBKL perlu bertolak ansur dalam perkara ini,” katanya.
Lip Eng turut menggesa supaya DBKL menanggalkan semula besi-besi berkenaan dalam tempoh jangka masa yang terdekat.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menerangkan, tindakan DBKL memasang palang besi di bangku-bangku awam adalah sebagai langkah percubaan bagi mengelakkan kemudahan itu disalah guna golongan gelandangan.
Bagaimanapun menurutnya, meskipun begitu, golongan itu masih menggunakan bangku berkenaan sebagai tempat tidur dengan menjulurkan badan di bawah penghadang yang di pasang.
“Golongan ini ada yang bermasalah mental, berpenyakit berkaitan HIV dan ada juga antara mereka yang mengalami luka teruk sehingga menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai.
“Kita mahukan pastikan kemudahan itu dapat dimanfaatkan bersama warga kota seterusnya menjadikan bandaraya Kuala Lumpur lebih berimej bersih.
“Ini juga sebagai satu percubaan dan pemasangan hanya dibuat di kawasan protokol iaitu di Jalan Tunku Abdul Rahman,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya masih dalam rundingan menentukan bangunan yang akan dijadikan pusat aktiviti golongan gelandangan.
“Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga akan bekerjasama untuk kita menyediakan kemudahan ini, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat,” katanya.
Terdahulu, sebuah NGO yang menggelar diri mereka sebagai Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam kenyataannya kelmarin mengutuk sekeras-kerasnya pemasangan palang besi di bangku-bangku awam sekitar Kuala Lumpur oleh pihak DBK dan menganggap ia sebagai tindakan kejam dan tidak bertimbang rasa. – SInar Harian
TOP
Model Peragaan Lelaki Tukar Jantina Jadi Perempuan
Model peragaan lelaki beketurunan Bosnia, Andreja Pejic telah melakukan transformasi ekstrem apabila menukar jantinanya sebagai seorang wanita.
Dia kini mahu dikenali sebagai Andreja Pejic seiring dengan perubahan terbaharu itu.
Model berusia 22 tahun ini juga mahu memperjuangkan hak kaum mak nyah agar mereka diterima oleh semua masyarakat di luar sana. “Setiap manusia di luar sana berhak mendapat layanan yang sepatutnya tanpa mengira identiti dan jantina mereka. Perkara itu merupakan asas kepada hak asasi manusia yang diperjuangkan sebelum ini,” katanya memetik portal hiburan antarabangsa. – MYNEWSHUB.MY

Anak-Anak Norazita Tiada Mood Nak Beraya Tanpa Ibu
Suami kepada pegawai AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak, Irwan Kamaruddin tidak menafikan fikirannya sedikit bercelaru untuk menyambut lebaran kali ini.
Memetik Bernama, “tidak dapat dinafikan fikiran saya sering bercelaru untuk menyambut Hari Raya ini kerana buat pertama kalinya saya terpaksa mengurus semua persiapan untuk anak-anak”.
Norazita maut akibat ditembak pengawal keselamatan bank tempatnya bertugas di Subang Jaya pada 23 Oktober tahun lalu.
Menurutnya lagi, kedua-dua anaknya, Nurnisa Nabila, 13, dan Muhammad Hazimi, 9, juga tidak ada mood untuk menyambut Aidilfitri kali ini memandangkan pertama kali beraya tanpa ibu mereka.
“Sambutan Aidilfitri kali ini lebih sunyi dan tiada keceriaan tanpa isteri saya di sisi, anak saya seperti tidak ada mood untuk menyambutnya.
“Mereka tidak tanya kepada saya soal untuk memiliki baju raya yang baharu, anak saya Nurnisa cakap pakai apa sahaja yang ada,” katanya.
Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek yang juga seorang pengawal keselamatan di bank itu. – MYNEWSHUB.MY
TOP
SEGERA: Najib Ke Belanda Rabu Ini Bincang MH17
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berlepas ke Netherlands pada Rabu untuk berbincang tentang insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai.
Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari Sabtu, Najib akan menemui rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague, untuk membincangkan sama ada ahli pathologi Malaysia dapat membantu bagi mempercepatkan proses pengecaman mayat mangsa.
“Kedua-dua perdana menteri juga akan membincangkan tentang memperoleh akses penuh ke tapak nahas supaya pasukan antarabangsa dapat menjalankan penyiasatan yang komprehensif bagi menentukan punca nahas, dan siapa yang bertangggungjawab’” kata kenyataan itu.
Pada 21 Julai, Malaysia memperoleh persetujuan bagi penyerahan mayat mangsa dan kotak hitam serta bagi para penyiasat antarabangsa mendapat akses ke tapak nahas di Grabove di timur Ukraine.
Keputusan ini dicapai ekoran persetujuan yang dicapai oleh Najib dengan ketua kumpulan pemisah di tapak nahas, Alexander Borodai.
Najib menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai oleh Malaysia dengan pihak-pihak yang menguasai tapak nahas mempunyai tiga elemen utama iaitu penyerahan kotak hitam kepada Malaysia, menyerahkan mayat mangsa dan akses penuh ke tapak nahas diberikan kepada para penyiasat antarabangsa.
Dua syarat pertama telah dipenuhi dan keutamaan sekarang ialah memastikan penyiasat antarabangsa mendapat akses penuh ke tapak nahas.
“Ini memerlukan kerjasama mereka yang menguasai tapak nahas dan angkaten tentera Ukraine,” kata beliau.
Menurut kenyataan yang sama, sejak perjanjian dicapai, sekumpulan tiga penyiasat Malaysia telah meninjau tapak nahas sebanyak tiga kali masing-masing pada 22 Julai, 23 Julai dan 24 Julai.
“Setiap lawatan mengambil masa kira-kira tiga jam. Para penyiasat sempat memerhati beberapa tapak nahas dan membuat catatan dan mengambil gambar. Bagaimanapun, oleh kerana bangkai pesawat bertaburan di kawasan yang luas, mereka tidak dapat melawat ke seluruh tapak nahas,” kata kenyataan itu.
Pasukan penyiasat Malaysia percaya ia memerlukan sekurang-kurangnya 30 penyiasat untuk meliputi keseluruhan kawasan bersama tiga penyiasat Belanda dan seorang wakil dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Malangnya, perkembangan di daratan termasuk pertempuran yang meletus sekarang antara tentera Ukraine dan puak pemisah menghalang penghantaran kontinjen terbesar penyiasat,” kata kenyataan itu.
Penyiasat Malaysia sedang mengumpulkan laporan awal mengenai penemuan mereka dan apabila laporan itu siap, mereka bercadang untuk kembali ke tapak nahas, mungkin dengan pasukan penyiasat yang lebih besar dan dalam keadaan yang lebih terjamin.
Semasa lawatan Najib ke Netherlands, perdana menteri juga akan melawat pusat forensik yang menempatkan mayat-mayat mangsa nahas selepas dipindahkan ke sana dan menandatangani buku takziah.
Pesawat Boeing 777-200 itu terhempas di bahagian timur Ukraine yang bergolak pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – berada dalam pesawat.
Pasukan penyiasat khas Malaysia yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di Ukraine Sabtu lepas.
– BERNAMA
TOP
Jalan TAR, Masjid India – Paling Happening Shopping Raya!
Kalau anda duduk di Kuala Lumpur, anda hampir pasti pernah membeli-belah persiapan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) atau Jalan Masjid India.
Kalau tak pernah, paling tidak mesti pernah dengar betapa sibuknya dua jalan itu sepanjang Ramadan.
Orang dari luar Kuala Lumpur pun pasti tahu situasi itu.
Namun nak kata apa, kedua jalan berkenaan memang menarik terutama kalau hendak mencari kain, tudung, kuih-muih dan pelbagai macam benda lain untuk menyambut ketibaan Syawal.
Menariknya, semakin ke penghujung Ramadan, semakin la ia sesak.
Dahulu, kedua jalan berkenaan akan sunyi pada malam raya sehinggalah para peniaga di situ mendapat idea yakni membuat jualan lelong pada malam terakhir.
Dah padat balik… tujuan jualan lelong tu dua… satu nak habiskan saki baki stok …kedua nak pastikan pelanggan terus datang dan untung terus ada. Percayalah… ramai warga kota yang sanggup tunggu malam jualan murah di Jalan TAR dan Masjid India. Apa pun, kedua jalan itu padat dengan rencah kehidupan yang mewarnai lagi kehebatan bulan mulia. Kehadiran artis-artis jalanan ala-ala di bandar Eropah menambah lagi kerancakan dan kemeriahan kedua jalan berkenaan. Di bawah ini kami kongsikan beberapa gambar kemeriahan kedua jalan terkenal di ibu kota di malam-malam akhir Ramadan tahun ini. – Mynewshub
Oleh: AK-47
Foto: Riza Razak

Siasatan Diteruskan Walau PM Letak Jawatan – Duta Ukraine
Kerajaan Ukraine hari Sabtu memberi jaminan penyiasatan terhadap tragedi yang menimpa Penerbangan MH17 Malaysia Airlines akan diteruskan, walaupun perdana menterinya Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan Khamis lepas.
Duta Ukraine di Malaysia Ihor V. Humennyi berkata siasatan diteruskan dan kerajaan negaranya berikrar ‘tidak akan berehat’ selagi pembunuh terbabit tidak dikesan dan diheret ke muka pengadilan.
Pihak berkuasa Ukraine terus menghulurkan segala bantuan yang termampu kepada pasukan penyiasat antarabangsa, termasuk menyediakan kelengkapan teknikal dan petugas serta semua perkara yang diperlukan bagi menghantar pulang mayat mangsa tragedi itu ke negara asal masing-masing, katanya kepada Bernama.
“Kami (Kerajaan Ukraine) beri jaminan kepada anda bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan. Kami bekerja keras untuk membantu pasukan antarabangsa dan mengheret mereka yang menjadi punca berlakunya tragedi MH17 ke muka pengadilan.
“Malah, semalam, Presiden Ukraine Petro Poroshenko berhubung dengan Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri) Najib (Tun) Razak untuk memaklumkan kepada beliau perkembangan terkini berkaitan tragedi itu dengan harapan ia dapat diselesaikan dengan secepat mungkin,” katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang, termasuk 15 anak kapal, sedang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di wilayah Donetsk, di utara Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.
Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis (17 Julai) dan dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada 18 Julai.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh. Malaysia berikrar menjalankan siasatan rapi tentang punca keadian itu dan pasukan penyiasat khasnya tiba di Ukraine Sabtu lepas.
Dua hari lepas, Yatsenyuk meletak jawatan apabila parti nasionalis, Svoboda, dan parti Udar, menarik diri daripada gabungan yang memerintah Ukraine.
Mengenai butiran data mentah daripada radar tentera, Humennyi berkata kerajaan Ukraine bersedia berkongsinya dengan pakar daripada suruhanjaya antarabangsa yang menyiasat kejadian itu.
– BERNAMA
TOP
Tak Sangka…Pemandu Dan Penumpang Kereta Ini Masih Hidup
MELIHAT keadaan kereta yang kemek akibat dihempap kontena di Qingdao, China ini, pasti anda tidak percaya jika kami katakan pemandu dan penumpangnya masih hidup.
Dengan bentuknya yang sudah menipis, pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian membuat kesimpulan bahawa tiada siapa yang terselamat.
Dalam kejadian itu, kereta tersebut telah dihempap oleh sebuah kontena yang jatuh dari sebuah lori.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bantuan kren seberat 100 tan bagi mengangkat kontena tersebut.
Sebaik sahaja diangkat, mereka mendengar jeritan penumpang wanita dan mendapati dia hanya mengalami cedera ringan.
Sementara itu, pemandunya cedera parah namun keadaannya kini stabil.
Tak Sangka...Pemandu Dan Penumpang Kereta Ini Masih Hidup
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY (Sumber: Mirror UK)
Tak Sangka...Pemandu Dan Penumpang Kereta Ini Masih Hidup
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY (Sumber: Mirror UK)
TOP
Puak Pemisah Beri Kerjasama Baik- Mejar Mustafa
SEPANG – Penerima kotak hitam MH17, Mejar Muhamad Mustafa Omar tidak menyangka kedatangan pasukan penyiasat khas Malaysia ke timur Ukraine diterima baik oleh anggota puak pemisah.
“Kami pun terkejut dengan kerjasama yang diberikan pihak pemisah, mereka menanti kedatangan kami untuk meneruskan proses rundingan,” katanya yang ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini.
Mejar Muhamad Mustafa merupakan antara 65 anggota pasukan penyiasat khas Malaysia yang pulang ke tanah air pada kira-kira pukul 10.52 pagi ini setelah berada di Ukraine selama lapan hari untuk mengumpul bahan bukti, mencari kotak hitam dan membawa pulang mayat mangsa terlibat.
Gambar Mejar Muhamad Mustapa menerima kotak hitam itu daripada puak pemisah dirakamkan oleh media seluruh dunia.
Beliau berkata perjumpaan dengan ketua pihak pemisah Alexander Borodai juga berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.
“Walaupun Borodai adalah ketua kumpulan pemisah, tapi beliau layan kami dengan baik, “katanya yang enggan mengulas lanjut tentang butiran rundingan dengan Borodai.
Mejar Muhamad Mustafa berkata sepanjang melakukan proses penyiasatan, satu daripada cabaran yang dilalui beliau dan pasukannya adalah sekatan jalan yang banyak sama ada yang diadakan oleh pihak tentera Ukraine ataupun puak pemisah.
“Sebenarnya tugas saya adalah untuk mengiringi pasukan ini, kebetulan saya juga mempunyai latar belakang teknikal untuk pastikan kotak hitam yang kami terima adalah kotak hitam yang betul dan mempunyai nombor siri yang berpadanan dengan pesawat itu, dan tugas saya diberikan secara spontan di situ.
“Saya berbangga sebab dapat pikul tanggungjawab saya dan ia juga tugas saya dalam memastikan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya semasa menceritakan semula pengalamannya ketika kotak hitam diserahkan buat pertama kalinya kepadanya.
Sementara itu, bagi seorang daripada anggota Pasukan Penyelamat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada Tentera Udara Diraja Malaysia, Koperal Constatine Anji, 29, tugas memindahkan mayat-mayat mangsa MH17 daripada kereta api ke dalam pesawat di Karkhiv merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakannya seumur hidup.
“Tiada satu mayat pun yang saya lihat sempurna, kebanyakannya terpisah, dan hancur dengan bau kurang menyenangkan, dalam hati sebak, tetapi demi tugas untuk negara saya cekalkan hati memindahkan mayat berkenaan bersama anggota pasukan lain,” katanya.
Beliau yang telah dua tahun menyertai SMART berkata ini adalah pengalaman pertama beliau mengendalikan bencana di luar negara dan melibatkan nahas kapal terbang.
Bagaimanapun, katanya, kawasan tempat memindahkan mayat itu merupakan kawasan selamat dan proses pemindahan yang mengambil masa tiga jam berlaku dalam keadaan lancar dengan kerjasama baik puak pemisah.
Bagi seorang daripada doktor Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut terlibat dengan pasukan itu Kapten Dr Mohd Zainizam Zainal, 31, beliau tidak akan lupa pengalaman mengiringi mayat-mayat mangsa dalam gerabak kereta api sambil dikawal ketat anggota puak pemisah.
“Kelibat anggota puak pemisah itu boleh dilihat di mana-mana sahaja tetapi mereka tidak mengapa-apakan kami. Mereka berjaga untuk keselamatan…maklumlah itu memang zon peperangan,” katanya.
Zainizam, bapa kepada seorang anak berlepas ke Kiev, Ukraine pada 18 Julai dan sepanjang tempoh itu keluarganya termasuk isteri banyak berdoa bagi keselamatannya dan selamat pulang ke tanah air.
“Memang terdetik rasa takut tetapi diketepikan. Mujur juga isteri memahami dan sentiasa menasihati saya agar tabah menjalankan tugas dan kami sebenarnya baru menimang cahaya mata pada Jun,” katanya yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan ATM.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk, Timur Ukraine pada Khamis lepas.
Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh tetapi setakat ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab. – BERNAMA
TOP
Cuti Raya – Bukan Setakat Jalan Sesak, Tandas R&R Pun Sesak…
DALAM tempoh berbaki dua hari lagi sebelum sambutan Aidilfitri, jutaan rakyat Malaysia mungkin sedang memandu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing pada masa ini.
Natijahnya, bukan sahaja jalan raya turut sesak, malah tandas di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) juga mengalami ‘kesesakan’!
Gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini merupakan suasana di R&R Ladang Bikam, Perak, sebentar tadi.
Aduhai, tak dapat dibayangkan macam mana kalau perut sudah memulas-mulas, memang naya dibuatnya.
Apa boleh buat, redha sajalah…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Ragam Selebriti Tempatan Menjelang Hari Lebaran
Kemeriahan Syawal semakin dirasai bila ibu kota, Kuala Lumpur semakin lenggang apabila ramai penghuninya sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing.
Selebriti tempatan turut tidak ketinggalan menyambut lebaran kali ini dengan penuh rasa bersyukur dan gembira dikelilingi insan tersayang di sisi mereka.
Antara yang sudah pulang ke kampung ialah penyampai radio sambilan, Nana Mahazan yang selamat tiba ke kediaman ibu bapanya di Muar, Johor bersama-sama suami, Raqeem Brian dan anak-anak, Althea dan Aaqib.
Sementara itu, aktres comel, Nora Danish pula mengambil kesempatan mengabdikan gambar kenangannya bersama putera tunggal, Putra Rayqal Ramli untuk dijadikan sampul duit raya yang akan diberikannya kepada tetamu kanak-kanak yang mungkin berkunjung ke rumahnya kelak. Cantik!
Sambutan raya tidak lengkap tanpa pelbagai jenis kuih untuk dijadikan santapan buat tetamu. Pelakon jelita, Fazura turut tidak ketinggalan membeli biskut raya dan antara yang menjadi kegemarannya ialah biskut kacang hijau yang dijual oleh pengurus peribadinya, Badler.
Selain kuih raya, duit raya juga menjadi satu kewajipan untuk diberi kepada tamu cilik yang datang beraya ke rumah. Pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha sudah pun memperuntukkan sejumlah wang berserta sampul raya yang berwarna-warni untuk tujuan tersebut.
Pelakon Dynas Mokhtar pula berkongsi busana raya keluaran butiknya yang boleh digayakan ibu mengandung serta ibu yang menyusukan anak mereka. Koleksi yang direka khas oleh Dynas itu boleh didapati di kedai miliknya yang terletak di The Curve dan Setia City Mall. – MYNEWSHUB.MY

Lallana beri Liverpool tamparan hebat
LONDON: Liverpool menerima tamparan hebat, semalam apabila pemain tengah England, Adam Lallana terpaksa disisihkan kira-kira enam minggu kerana kecederaan lutut.
Lallana yang perpindahan ke Anfield dari Southampton dengan nilai £25 juta (RM110 juta) awal bulan ini terlanggar ketika sesi latihan Reds di kem latihan Universiti Harvard di Boston.Pemain berusia 26 taun yang menjadi anggota pasukan skuad England di Piala Dunia 2014 diperiksa pegawai perubatan kelab tapi dikatakan ia tidak memerlukan pembedahan.
Lallana sudah pasti tidak dapat beraksi apabila Liga Perdana Inggeris bermula 16 Ogos ini.
Ketiadaannya menyentap persiapan pengurus pasukan, Brendan Rodgers yang terdahulu berharap dia akan menjadi perancang utama pasukan tanpa Luis Suarez yang sudah berpindah ke Barcelona.
Fokus Lallana adalah untuk kembali cergas bagi cabaran Liverpool dalam Liga Juara-Juara Eropah September ini. - AFP
TOP
Nenek diragut rugi RM8,000
KAMPUNG RAJA - Seorang nenek kerugian kira-kira 8,000 apabila rantai tangan emas yang dipakainya diragut pencuri dalam kejadian, awal minggu ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Wan Limah Kadir, 73, berada di halaman rumahnya sebelum datang seorang lelaki turun daripada kereta Perodua Myvi berwarna putih.
Menurutnya, suspek berpura-pura bertanyakan tempat sebelum secara tiba-tiba menarik rantai tangan emas yang dipakai mangsa.
“Suspek dipercayai berseorangan dan bercakap loghat tempatan sebelum melarikan diri dengan kereta tersebut.
"Akibat diragut secara kasar, mangsa lebam di pergelangan tangan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Besut," katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja.
Noorzainy berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dan memburu suspek.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun dan mendatangkan kecederaan.
Beliau nasihatkan orang ramai berhati-hati jika ada individu yang mencurigakan datang menghampiri mereka, terutama ketika berseorangan. - Sinar Harian
TOP
Sukan Komanwel: Nicol tunjuk garang layak suku akhir
RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ketika beraksi menentang pemain New Zealand, Craig Megan pada pusingan kedua skuasy perseorangan di Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow. Nicol memenangi perlawanan dengan 11-7, 11-6 dan 11-5. - Foto Rosli Ahmad
GLASGOW: Pilihan pertama, Nicol David dan Laura Massaro masing-masing berjaya mara ke suku akhir acara skuasy Sukan Komanwel, semalam tetapi dengan cara berbeza.
Sambil Nicol tidak banyak memerah keringat ketika menewaskan Megan Craig dari New Zealand 11-7, 11-6, 11-5 cabaran mencengkam Massaro yang mendapati lawan dari Guyana, Nicolette Fernandes begitu liat.
Massaro menang 11-7, 7-11, 11-4, 15-13 tetapi akur lawannya memberi saingan sengit.
“Memang sukar bagi saya hari ini,” kata Massaro yang akan bertemu pemain Malaysia, Low Wee Wern.
Nicol akan menentang pemain England, Jenny Duncalf dalam suku akhir, hari ini dan dia terasa seperti beraksi di laman sendiri di Glasgow.
“Anda meningkat pada setiap perlawanan di kejohanan ini. Saya rasa selesa ketika ini dan saingan suku akhir nanti pasti hebat. Saya mahu meningkatkan permainan saya ke tahap lebih tinggi nanti,” katanya.
Turut mara ke suku akhir adalah pemain New Zealand, Joelle King selepas mengatasi pemain India, Joshana Chinappa. - AFP, Berita Harian
TOP
Raya Aaron Aziz Tidak lengkap tanpa isteri, anak
KEDATANGAN Syawal pastinya menggembirakan seluruh umat Islam di dunia, tidak terkecuali aktor popular kelahiran Singapura ini.
Menurut bapa kepada tiga anak ini, Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa, tiada apa yang lebih istimewa apabila meraikan hari mulia itu bersama isteri dan anak tercinta.
Yang pasti, Aidilfitri yang diraikan cukup berbeza jika dibandingkan ketika zaman bujangnya dahulu.
"Sebelum kahwin memang saya tak pernah kisah nak pakai baju apa, warna apa dan sebagainya.
"Malah, saya sendiri lebih selesa mengenakan baju Melayu dan jean sahaja," kata empunya nama Aaron Mustapha Aziz ini.
Lebih dikenali sebagai Aaron Aziz, baginya, sama seperti selebriti lain yang sudah berkahwin, segalanya sangat berbeza selepas bergelar suami dan ayah.
"Lebih-lebih lagi bila ada anak ramai, ada ketika saya perlu berpakaian sedondon dengan mereka dan isteri pula memang gemar menggunakan warna yang sama untuk kami semua setiap kali raya," katanya anak-anak adalah paling sibuk setiap kali menjelang Aidilfitri.
Pelakon KL Gangster ini mengakui apa yang dimiliki tidak bermakna jika tidak dikongsi bersama keluarga tercinta.
"Kemeriahan Syawal tidak akan lengkap tanpa mereka. Lagipun apa yang saya ada hanya untuk mereka.
"Saya yakin, mana-mana keluarga pun akan berasa tidak sempurna tanpa insan tersayang di sisi," katanya.
Berkongsi mengenai persiapan rayanya tahun ini, jelas Aaron, setiap tahun persiapan akan diserahnya kepada isterinya, Diyana Halik.
"Untuk persiapan saya akan serahkan semua kepada dia, ini termasuklah daripada kelengkapan baju raya anak-anak, duit raya dan lain-lain," katanya mempunyai tiga pasang baju untuk isteri dan anaknya, Dwi.
Manakala baginya dan Danish pula, baju Melayu mereka dibeli dari Jakel.
"Saya bertuah kerana ini tahun kedua saya ditaja Jakel, untuk tahun ini sahaja mereka sudah sediakan 12 pasang baju Melayu dari pelbagai warna," katanya.
Sibuk di malam raya
Bercerita rutin hari rayanya, pelakon berusia 38 tahun ini memberitahu, dia akan mula sibuk bermula malam raya lagi. "Biasanya saya akan membeli kek-kek kegemaran malam tersebut dan membeli capal untuk anak-anak. "Manakala Dwi pula akan menolong masukkan duit raya ke dalam sampul. Boleh dikatakan malam tersebut pelbagai aktiviti akan dilakukan," katanya menjadi aktiviti wajib dia dan Danish menunaikan solat raya setiap tahun. Katanya, selepas solat barulah dia dan keluarga akan ke rumah nenek isterinya. "Tahun lalu adalah giliran beraya di rumah keluarga saya, jadi tahun ini giliran Diyana pula. "Kami mengamalkan sistem giliran supaya masing-masing berpuas hati dan tidak timbul salah faham antara kedua pihak," katanya. Tambahnya, dia seronok beraya bersama keluarga sebelah Diyana memandangkan isterinya itu mempunyai keluarga yang besar. "Keluarganya lebih kecoh berbanding keluarga saya yang kecil, sebab itulah kemeriahan lebih dirasai apabila bersama mereka," katanya.
Pindah rumah baru
Dalam pada itu, Aaron memberitahu, dia dan isteri tidak membuat persiapan lain di rumah kerana mereka akan berpindah ke rumah baharu Oktober nanti, "Setakat ini kami hanya selesaikan kelengkapan raya seperti pakaian dan keperluan untuk pulang ke Singapura sahaja. "Lagipun kalau buat persiapan lebih di rumah sekarang, bimbang pula sukar hendak berpindah nanti," katanya akan membuat majlis rumah terbuka di kafe barunya, Kids & Creme Cafe yang terletak di Setia Alam.| Berkenaan bajet raya pula, Aaron berkata, dia tidak pernah mempunyai bajet yang tetap. "Walaupun tidak mempunyai sebarang bajet tetapi saya dan isteri tetap akan berjimat cermat. "Sebagai contoh, Diyana akan memakai baju baru pada tiga hari raya dan selepas itu dia akan memakai baju tahun sebelumnya memandangkan masih ada yang belum digunakan," ujarnya wajib hidangkan juadah seperti lodeh, serunding dan rendang setiap kali Aidilfitri. - Sinar Harian

Tapak Nahas Pesawat Adalah Selamat - Ketua Pemberontak Ukraine
DONETSK: Kami berada di tingkat atas bangunan ibu pejabat pemberontak, apabila serangan bermula. Sekali, dua kali, dan berkali ganda lebih jauh dari jarak serangan yang sememangnya jauh.
Kami bergegas ke tingkap, mencari tanda-tanda pertempuran yang sedang berlaku di rantau ini.
Mungkin penduduk Ukraine telah menembak peluru meriam atau roket Grad mereka ke dalam sebuah lagi bahagian bandar.
Asap hitam berkepul dan dapat dilihat beberapa kilometer pada jarak yang jauh, tetapi ia adalah terlalu jauh untuk memastikan apakah yang menjadi sasaran tembakan. Tidak lama kemudian, sekumpulan askar pemberontak berjalan masuk ke dalam bilik. Ahli majlis keselamatan Republik Rakyat Donetsk (DPR) Sergei Kavtaradze, berjalan masuk, memegang apa yang kelihatan seperti pistol AK74. Seorang pengawal bermuka masam juga dapat dilihat. "Maaf, maaf," katanya, meminta maaf kerana kelewatannya. Saya, dan beberapa wartawan lain telah menunggu untuk bercakap dengannya, atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab soalan-soalan kami. Australia dan Belanda telah menggesa pasukan polis untuk memasuki lokasi kemalangan, dan jawapan-jawapan adalah diperlukan. "Duduk, duduk," kata Kavtaradze, menunjuk kerusi-kerusi di meja persidangan dalam bilik yang sebelum itu telah digunakan oleh Perdana Menteri DPR Alexander Borodai untuk menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Malaysia. Dia meletakkan pistolnya di atas kerusi tidak jauh dari tempatnya duduk, sebelum duduk di meja dengan kami. Dengan berhati-hati, dia membawa keluar sekotak rokok Dunhill Blues dengan label Rusia. Dia menyalakan rokok dan turut menawarkannya kepada kami. Walaupun dia kelihatan tergesa-gesa, dia kelihatan seolah-olah tenang dan selesa dengan media. Lelaki berkaca mata itu tidak kelihatan seperti seorang yang mengetuai pasukan tentera, tetapi kita boleh memikirkan bahawa dia adalah orang yang penting di sebalik mana-mana operasi. Kami memulakan dengan bertanya kepadanya tentang lokasi kemalangan, dan sejauh manakah ia selamat. Sesiapa sahaja boleh pergi ke bangkai pesawat dan mencuri barang-barang kepunyaan mangsa memandangkan kad kredit yang ditemui di kawasan itu telah digunakan, dan orang yang membuat panggilan kepada telefon bimbit orang yang tersayang mereka hanya dapat mendengar suara-suara asing. Dia menjawab dalam bahasa Rusia, sambil menggunakan pengetahuan cetek bahasa Inggeris yang dicampur adukkan menyebabkan kami sama-sama terpaksa memahami antara satu sama lain. "Kami mempunyai 'checkpoint' rahsia di bawah pokok," katanya. "Kami mempunyai penembak tepat. Zon ini adalah selamat," katanya. Kemudian kami bertanya kepadanya apa yang akan berlaku jika terdapat orang yang merompak lokasi kemalangan. Adakah penembak tepat akan melepaskan tembakan? "Pekerja-pekerja lombong," kata Kavtaradze, sambil menambah jika pemberontak melihat kawasan itu diceroboh sesiapa, mereka akan memanggil orang yang bekerja di lombong arang batu berdekatan untuk menangkap mereka. Sepanjang temu bual itu, dia sering bercakap tentang kerajaan Ukraine, dengan menyalahkan mereka yang menyebabkan siasatan terhadap pesawat terhempas telah goyah. Ditanya mengenai satu pasukan polis antarabangsa yang sedang merancang untuk mengawasi tapak nahas, dia berkata masih tidak pernah mendengar berita itu yang dilaporkan beberapa jam lebih awal. "Kita perlu membuat keputusan kepada soalan ini di peringkat komuniti dunia. Kita perlu bercakap dengan pakar-pakar dunia dan OSCE ." Dia kelihatan seolah-olah terbuka dengan idea itu, walaupun berkata sesuatu boleh berlaku hanya jika Australia dan Belanda bercakap secara rasmi kepada pemberontak. "Oleh kerana ia adalah wilayah Republik Rakyat Donetsk, jika kedua-dua pihak bersetuju ... mereka (perlu) mendapatkan kontrak daripada semua pihak," katanya. Kami baru sahaja mahu bertanya tentang urusan dengan Malaysia apabila perbualan kami diganggu, 20 minit selepas itu. Seorang pengawal berjalan masuk ke dalam, bercakap bahasa Rusia dalam keadaan tergesa-gesa. "Saya perlu pergi," katanya, mengambil pistolnya dan menuju ke keluar. "Borodai...Maaf, selamat tinggal," katanya, sambil berjalan keluar. - mStar.com.my

Mourinho jadi pendorong Drogba kembali ke Chelsea
LONDON: Gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea mengumumkan, semalam bekas penyerang mereka, Didier Drogba sudah kembali ke kelab berkenaan atas kontrak setahun.
Kepulangan pemain Ivory Coast itu difahamkan lebih kepada dorongan pengurus, Jose Mourinho yang terus melabelkan penyerang itu sebagai antara terbaik.
“Didier akan kembali ke Chelsea kerana dia adalah antara penyerang terbaik di Eropah,” kata Mourinho.
Bintang tersohor itu sudah menyumbat 157 gol untuk Chelsea dalam tempoh lapan tahun dan meninggalkan kelab pada 2012 selepas menjaringkan sepakan penalti membantu The Blues menewaskan Bayern Munich dalam final Liga Juara-Juara.
“Semua tahu hubungan istimewa saya dengan kelab ini dan saya sentiasa berasa seperti di rumah sendiri. Semangat saya untuk menang tetap sama dan mahu menggunakan tempoh saya di sini membantu pasukan lama saya,” kata Drogba.
Drogba, 36, adalah ejen bebas selepas meninggalkan Galatasaray akhir musim lalu. - AFP
TOP
SESB Usaha Minimumkan Gangguan Sepanjang Aidilfitri
KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengerahkan lebih 500 warga kerjanya bertugas 24 jam sehari mengikut syif sepanjang Aidilfitri ini bagi meminimumkan gangguan bekalan elektrik.
SESB, dalam kenyataan hari ini, berkata 400 daripada mereka adalah pekerja di bahagian pembahagian.
“Dengan adanya pemantauan dan persediaan ini maka sebarang gangguan akan dapat dikurangkan ke tahap yang paling minimum,” menurut kenyataan berkenaan.
SESB juga yakin beberapa inisiatif yang diambil sebelum ini akan memberi impak positif terhadap sistem bekalan elektrik di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
SESB meminta pengguna menghubungi talian Hotline SESB di 15454 ataupun 088-515000 jika kawasan mereka terputus bekalan elektrik. – BERNAMA
TOP
PKR Batalkan Semua Rumah Terbuka Cabang
SHAH ALAM – PKR hari ini memutuskan untuk membatalkan sambutan rasmi rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di semua cabang parti itu ketika negara diselubungi kesedihan selepas nahas pesawat MH17 telah mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal serta serangan tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, keputusan pembatalan dibuat selepas mendapat persetujuan daripada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengambil kira situasi semasa termasuk tragedi berdarah penerbangan Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini.
“Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah telah mengarahkan agar sambutan rasmi rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bagi kesemua cabang PKR di seluruh negara dibatalkan.
“Bagaimanapun, majlis rumah terbuka peringkat persendirian di kediaman anggota-anggota PKR masih boleh diadakan,” katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Pembatalan majlis perayaan itu selaras dengan keputusan kerajaan Malaysia yang menangguhkan masjlid rumah terbuka itu bagi tahun ini.
Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri semalam.
Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.
Dalam pada itu, katanya pimpinan PKR meminta agar setiap cabang parti itu menubuhkan tabung untuk mengumpul sumbangan supaya boleh disalurkan kepada penduduk Palestin.
“Pada masa yang sama, Ketua Umum dan Presiden turut meminta setiap cabang PKR untuk menubuhkan tabung untuk mengumpul derma ikhlas yang akan disalurkan ke warga Palestin di Gaza,” katanya lagi. – Sinar Harian
TOP
Hati2 di jalan raya terutama di musim perayaan ini
Hati2 di jalan raya terutama di musim perayaan ini
Hati-hati di Jalan Raya.
Video ini dari rakaman cctv di Kampung Sireh Kota Bharu Kelantan.
Hati-hati di Jalan Raya.
Video ini dari rakaman cctv di Kampung Sireh Kota Bharu Kelantan.
Post by Sukan Star TV.
TOP
Bayi Maut Tercampak Dari Kereta Di Dungun
KUALA TERENGGANU – Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya di Km 110, Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun tengah hari tadi.
Muhammad Ammar Mohd Sobri parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritenden Ahmad Zailani Yaacub berkata bayi terbabit dipangku neneknya di bahagian belakang kereta yang turut dinaiki ibunya.
“Insiden dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik,” katanya ketika dihubungi.
Ibu saudara bayi itu, Noor Aini Abu Bakar, 30, patah tangan kiri dan nenek bayi tersebut yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun.
Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Nor Asikin Abu Bakar cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu di Kemaman, seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Km 115, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Baru Kerteh pagi tadi.
Mohd Jamal Musa, 39, dari Kemasek meninggal ditempat kejadian dalam kemalangan 7.15 pagi itu.
Jurucakap polis berkata mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Petroleum, Kerteh sementara pemandu kereta itu dari Kuala Lumpur mahu pulang beraya ke Dungun. – BERNAMA
TOP
Misteri Sungai Di China Bertukar Menjadi Warna Merah
Satu laluan air di timur China secara misteri bertukar warna merah darah.
Penduduk di wilayah Zhejiang berkata sungai itu kelihatan normal pada 5 pagi waktu Beijing pada hari Khamis. Dalam masa satu jam, seluruh sungai menjadi merah. Penduduk juga berkata bau pelik tersebar melalui udara.
"Perkara yang benar-benar pelik ialah sebelum ini kita dapat untuk menangkap ikan di sungai tersebut kerana air di sungai tersebut biasanya begitu jelas," kata seorang penduduk kampung tempatan memberi komen di laman microblogging China Weibo.
Inspektor dari Biro Perlindungan Alam Sekitar Wenzhou berkata, mereka belum menemui punca kejadian itu, walaupun sampel air seolah-olah menunjukkan warna yang mencurigakan adalah hasil daripada sisa lambakan haram dalam sungai itu.
"Kami mengesyaki bahawa seseorang telah membuang pewarna tiruan di dalam air kerana dia berfikir ribut semalam akan menyebabkan hujan lebat, dan tiada siapa akan perasan warna tersebut," Jianfeng Xiao, Ketua biro memberitahu China News. "Rupa-rupanya tidak ada hujan lebat semalam, jadi warna itu masih ada," kata Xiao. - SiakapKeli.com

Hamas setuju gencatan senjata 12 jam di Gaza
GAZA: Hamas bersetuju kepada gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bagi menghentikan pertempuran di Gaza bermula jam 0500 GMT (1 tengah hari waktu Malaysia) hari ini, jurucakap kumpulan itu memberitahu Reuters.
Sami Abu Zuhri berkata, Hamas dan semua kumpulan pejuang lain bersetuju kepada gencatan senjata sementara itu yang diatur Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sebelum ini, seorang pegawai Amerika Syarikat berkata Israel bersetuju kepada pemberhentian pertempuran selama 12 jam itu walaupun belum disahkan Israel - Reuters
TOP
Maut Dilanggar Sebelum Sempat Membeli Tembikai
BESUT – Tindakan seorang warga emas yang melintas jalan secara tiba-tiba bagi membeli buah tembikai berakhir dengan tragedi apabila dia maut dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Batu Tumbuh, Alur Lintang di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian 4 petang itu, Limah Che Mat, 72, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut setengah jam kemudian.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan pinggang, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Noorzainy warga emas itu dipercayai melintas secara tiba-tiba untuk ke gerai menjual tembikai di seberang jalan, menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut tidak sempat mengelak dan melanggarnya.
Pemandu kereta jenis Proton Iswara itu yang dikenali sebagai Hafizul Hussain, 34, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – BERNAMA
TOP
Berhati-Hati Semasa Pulang Berhari Raya – Najib
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai berhati-hati ketika memandu pulang berhari raya di kampung masing-masing.
“Hati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung masing-masing. Ambil kesempatan ini untuk luangkan masa bersama yang tersayang,” kata Perdana Menteri dalam laman twitternya hari ini.
Puluhan ribu warga kota meninggalkan bandar raya ini sejak semalam dengan memenuhi segenap lebuh raya dan jalan persekutuan untuk pulang berhari raya bersama keluarga.
Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri ialah pada petang esok bersamaan 29 Ramadan. – BERNAMA
TOP
Pengusaha Kasut Bundle Putih Mata
RAWANG – Pengusaha kasut bundle yang menjadikan kaki lima sebuah bank di sini sebagai tempat berniaga berputih mata apabila barang jualan mereka disita penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan malam kelmarin.
Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, sebelum ini penjaja tersebut hanya berniaga pada hujung minggu sahaja, namun sambutan yang memberangsangkan menjelang musim perayaan menyebabkannya berani berniaga pada hari biasa.
Menurutnya, menjadikan kawasan itu sebagai tempat menjaja membawa kepada gangguan dan halangan trafik di pinggir jalan apabila pembeli meletakkan kenderaan di kawasan tidak sepatutnya.
“Bertindak hasil aduan awam, sepasukan penguat kuasa MPS terdiri dua pegawai dan 16 anggota dari zon Rawang serta unit khas telah menyerbu tapak kerana berniaga tanpa permit di kawasan larangan.
“Sebelum ini amaran tidak dibenarkan berniaga di kawasan larangan telah dibuat malahan kita telah beri peluang kepada peniaga tersebut mengemaskan jualan, namun mereka berdegil dan ingkar arahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam operasi itu katanya, sebanyak 14 guni mengandungi lebih 1,000 pasang kasut pelbagai jenama dirampas.
“Tindakan adalah di bawah undang-undang kecil 3 penjaja (MPS) 2007 kerana menjaja tanpa permit dan perlu menjelaskan RM1,000 untuk menuntut kembali barangan tersebut.
“Pihak jabatan akan sentiasa memantau aktiviti trending kasut bundle di tempat awam yang semakin menjadi-jadi, terutama di hadapan bank,” katanya.
Sebelum ini katanya, hanya di pasar dan dalam kedai sahaja mereka berniaga, namun sambutan menggalakkan di tempat terbuka mendorong mereka berani berniaga di situ. – Sinar Harian
TOP
Pujuk Orang Islam Masuk Kristian
SEREMBAN – Terdapat sekumpulan individu didakwa beroperasi di sekitar bandar ini, cuba memujuk umat Islam bertukar agama kepada Kristian.
Mereka (umat Islam) bukan sahaja ditawarkan wang ribuan ringgit, malah orang Islam yang sudi menukar agama akan diberi elaun hidup, selain menjanjikan syurga buat mereka di akhirat kelak.
Kejadian ini didedahkan sekumpulan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang semalam tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, bagi mendesak supaya tindakan segara diambil.
Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah, Mohd Rasul Badar, yang mewakili kira-kira enam NGO Islam yang lain, desakan dibuat supaya pihak berwajib bertindak segera dalam mengawal keadaan ini dari terus berlarutan.
Sementara itu, salah seorang mangsa, Mohd Akbar Abu Bakar, 45, menceritakan dia dan keluarganya dipujuk jirannya sendiri untuk meninggalkan Islam, dan mengikutnya menganuti Kristian.
Katanya, lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 55 tahun, cuba menawarkan sejumlah duit dan elaun jika mereka bersetuju menganuti Kristian.
“Katanya saya tak perlu tukar nama, dan boleh meneruskan amalan Islam seperti biasa, namun dengan syarat hati perlu sentiasa ingat kepada Jesus dan perlu tandatangani borang khas yang mengiktiraf seseorang itu telah keluar Islam dan menganuti Kristian,” katanya yang tinggal di Taman Sri Carcosa.
Disebabkan kejadian itu, Akbar kemudiannya membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang diambil terhadap individu tersebut.
Turut serta dalam piket aman itu adalah Majlis Ayahanda Malaysia Negeri Sembilan, Wira Perkasa negeri dan Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Umah Malaysia. - Sinar Harian
TOP
Bayi Berjaya Diselamatkan Dari Rahim Ibu Yang Terbunuh - Gaza, sedihnya...
BANDARAYA GAZA – Suatu keajaiban berlaku apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh dalam serangan udara Israel awal pagi Sabtu.
Suasana di hospital penuh emosi apabila seluruh kakitangan berdoa dan mengharapkan bayi itu selamat.
Menurut BBC, bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan.
Ketika ini, pihak hospital masih berusaha untuk memastikan bayi itu dapat meneruskan hidup dengan normal.
Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital.
“Saya sangat-sangat marah! Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku.
“Saya merasakan bayi ini milik saya,” kata seorang doktor Palestin ketika diwawancara BBC.
Media tempatan melaporkan, serangan udara yang menyebabkan ibu bayi itu maut berlaku di kawasan perumahan orang awam.
Sehingga kini, 848 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam di Gaza sejak Israel melancarkan serangan pada 8 Julai lalu, bagaimanapun hanya 36 orang Israel maut sejak serangan yang dilancarkan zionis sebagai protes tindakan Hamas yang didakwa melancaran serangan roket ke atas Israel. – mStar.com.my
TOP
Kes pecah kereta
TOP
Boikot Israhell di dalam gelanggang basketball ketika game sedang berlangsung...terbaikk!!!
Boikot Israhell di dalam gelanggang basketball ketika game sedang berlangsung...terbaikk!!!
Post by Sukan Star TV.
TOP
Ibu dipisahkan dari anak yang tidak berdosa. Laknat ke atas kamu zionist!
Sedih melihat video ini. Bisa membuatkan Amran mengalirkan air matanya. Ibu dipisahkan dari anak yang tidak berdosa. Laknat ke atas kamu zionist!
Post by Sukan Star TV.
TOP
Perkhidmatan Udara Masih Selamat Walaupun Berlaku
Tragedi
TOP
Uncle Selebet Berhati Mulia – ‘Jangan Rasa Rugi Memberi’ untuk Gaza
Pengalaman yang menarik yang dialami oleh Bintu Mahzir dikongsinya oleh beliau menerusi laman sosial facebook miliknya.
Menurut Bintu, dia bersama rakan-rakannya membuat kutipan untuk Tabung Gaza di salah sebuah bazar di Tanah Merah Jitra kelmarin. Sedang leka membuat tugasnya itu, dia didatangi seorang lelaki India yang tidak terurus. Sekali tengok, kebanyakan orang akan berkata dia ni orang gila.
Perassan yang ketika itu gusar kerana dikhuatiri akan diapa-apakan oleh lelaki tidak terurus tadi bertukar menjadi malu kerana rupanya lelaki tidak terurus tadi sebenarnya mempunyai niat yang sangat mulia.
Berikut merupakan status yang ditulis oleh Bintu Mahzir:
“Semalam buat kutipan utk Tabung Gaza di bazar Tanah Merah,Jitra.
Dijadikan cerita,group kami didatangi sorg uncle india. Fizikal dia nampak seolah-olah kurang waras,kurang terurus..melilau sekeliling bazar.
Awal2 dia datang pd kami sekadar bersembang. Kemudian datang sekali lagi dgn tangan disimpan dalam poket seluar sambil tengok2 tabung. Dalam hati rasa risau kot2 uncle nak seluk tangan dlm tabung ambil duit or ambil tabung(astaghfirullah!suudzhon!)
Tengah uncle tengok2 dlm lubang tabung,a.Fadhli cakap,
“Uncle..lubang tu utk masukkan duit.”
Uncle tengok dia.
“Duit..orang letak dalam lubang tu nanti .” …
“Owh,kena masukkan duit dalam ni?”
“Ya uncle. Sumbangan utk Gaza”. So,uncle td pusing skit gaya mcm nak tinggalkan tempat tu.
Tiba2,uncle pusing balik..keluarkan tangan dr poket seluar dan masukkan 20sen dalam tabung Gaza. MasyaAllah!
Dalam hati,”uncle ni xdak duit nak makan..tapi sanggup bg 20sen yg ada dlm tangan” (suudzhon lagi maya!!)
Paling terharu,uncle kata,”saya ada yg itu saja..saya bagi. Kalau saya ada RM50,saya bagi semua..masukkan dalam ni,”sambil tunjuk tabung.
Uncle jalan skit,patah balik..jalan patah balik sambil ulang ayat yang sama. Then uncle cakap lagi,
“saya nak jalan2 cari orang yg ada RM50,bawak mari sini..suruh masukkan duit dalam ni”.
Jalan dan patah balik semula. Ayat yang paling tak sangka akan keluar dr mulut orang yang dilihat tidak waras..”JANGAN RASA RUGI MEMBERI!”
Secara fizikal dia kelihatan terbiar,kurang terurus,tidak waras..hakikatnya dia memiliki hati yang baik. Malah bicaranya juga menyentap hati walaupun ringkas.
Inilah dia,Uncle.”
Memang mulia hati lelaki ini. Betul kata pepatah inggeris "Don't judge a book by its cover". - SiakapKeli.com
Memang mulia hati lelaki ini. Betul kata pepatah inggeris "Don't judge a book by its cover". - SiakapKeli.com
TOP
Laman Utama Utama Cuaca Pagi Raya Diramal Baik – Jabatan Meteorologi
KUALA LUMPUR – Cuaca di seluruh negara pada keseluruhannya diramalkan baik pada waktu pagi Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut Isnin ini.
Bagaimanapun, hujan diramalkan berlaku di beberapa tempat di kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak dan Kedah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini.
Pada sebelah petang hujan sementara dijangka berlaku di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur serta Perak dan keadaan sama turut berlaku di Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.
Menurut kenyataan itu ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Sandakan, Sabah, manakala bahagian-bahagian lain di negeri itu diramalkan hujan sementara.
Pada waktu malam pula beberapa kawasan di Pahang, Johor serta Miri dan Limbang di Sarawak selain Sandakan dan Tawau di Sabah dijangka mengalami hujan, manakala cuaca di negeri-negeri dan bahagian lain adalah baik.
Kenyataan itu juga menyebut semua bahagian di Sarawak dijangka meraikan hari kedua Aidilfitri dalam cuaca baik pada sebelah pagi kecuali beberapa kawasan pantai di Perak, Selangor, Kudat dan Pantai Barat Sabah serta Labuan dijangka hujan.
Sementara itu, ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak, manakala Kedah, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dijangka mengalami hujan sementara di beberapa kawasan.
Ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Bintulu, Kapit serta Limbang dan keadaan sama juga diramal berlaku di Sandakan dan Tawau di Sabah.
Pada waktu malam pula beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor selain Kapit dan Miri di Sarawak serta Sandakan dan Tawau di Sabah dijangka mengalami hujan.
Cuaca di negeri-negeri serta bahagian-bahagian lain adalah baik, menurut kenyataan itu. – BERNAMA
TOP
Nak Terjun Dari Jejambat PLUS Sebab Bergaduh Dengan Kekasih
Hanya kerana berselisih faham dengan teman lelaki, seorang wanita bertindak memanjat papan iklan gergasi pada jejambat di Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) berhampiran tol Jelapang, Bandar Meru Raya di sini dan mengugut untuk terjun, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, wanita itu membatalkan niatnya itu selepas berjaya dipujuk oleh anggota bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru, Norazlina Robak’aee berkata, lima anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 6.48 petang dan mendapati seorang wanita berusia awal 30-an duduk di atas papan iklan berkenaan.
“Wanita yang dipercayai warga Thailand itu hanya pakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek. Dia menangis sambil menjerit memarahi teman lelakinya yang turut berada di tempat kejadian.
“Ketika dipujuk, wanita berkenaan bertindak berdiri dan sekali sekala mengugut mahu terjun dari papan iklan terbabit dengan banyak kenderaan lalu lalang di bawah jejambat berkenaan,” katanya di sini.
Beliau berkata, pada mulanya pihaknya sukar meminta mangsa turun daripada papan iklan tersebut kerana emosinya yang tidak stabil namun selepas sejam dia berjaya ditenangkan.
“Selepas hampir sejam, akhirnya kita berjaya menenangkannya dan berjaya membawa turun mangsa dari papan iklan terbabit.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar UNTUK mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya. – Sinar Harian
TOP
VIDEO: Bertudung Tetapi Tangan Licik Mencuri Telefon Pintar
Sudah hampir sebulan berpuasa, tetapi hati sesetengah manusia ni masih kotor dan jijik.
Lihatlah seperti video dibawah, seorang wanita yang bertudung elok, bertindak mencuri telefon pintar di sebuah kedai telefon.
Perempuan ini pandai memanipulasi situasi apabila bertindak semasa pekerja kedai sibuk melayan pelanggan lain.
Memang licik tangan perempuan ni. Walaupun sekarang ni bulan puasa, ada juga yang berpuasa sekadar rupa sahaja.
- SiakapKeli.com
Post by Sukan Star TV.
- SiakapKeli.com
TOP
Syarikat Perjelas Isu Bekas Biskut Kosong Di Tengah
Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi. Pasti banyak yang perlu dilakukan oleh tuan rumah bagi mempersiapkan rumah mereka untuk menyambut tetamu yang akan bertamu di rumah mereka, termasuklah bisku raya.
Malang bagi seorang pelanggan sebuah pasaraya di Puchong, dia terasa dirinya seperti ditipu setelah membeli biskut di pasaraya berkenaan tetapi kosong di tengah-tengah, lapornya Oh! Media.
Biskut yang dibelinya kelihatan hanya disusun pada bahagian tepi bekas tetapi ruangan tengah ditinggalkan kosong. Jika dilihat dari luar, tentu sekali bekas biskut itu kelihatan penuh.
Bagaimanapun, syarikat pengeluar biskut berkenaann telah menjelaskan kenapa perkara itu terjadi. Menerusi ruangan komen, Noraini Cookies telah menyatakan syarikatnya menjual biskut mengikut berat, bukan bilangan.
Memanglah menjual barang guna timbangan lebih tepat dan adil, tetapi mungkin kalau guna bekas yang sepadan dengan isi kandungannya boleh mencegah dari isu-isu sebegini dari timbul. - SiakapKeli.com

Diana Danielle Buat Kejutan Sediakan 5 Baju Melayu Untuk Farid Kamil
Diana Danielle berjaya membuat kejutan untuk Farid Kamil sempena hari raya ini. Farid Kamil dikatakan terkejut setelah Diana Danielle menyediakan sebanyak lima pasang baju buatnya.
“Rasanya, tahun ini adalah tahun paling dahsyat kerana saya ada lima pasang baju raya! Semuanya Diana yang uruskan. Walaupun nampak macam hebat persiapan raya tahun ini, tetapi sebenarnya saya sekeluarga menyambut secara sederhana sahaja tetapi tetap meriah,” katanya kepada mStar.
Tahun ini, mereka berdua berhari raya di kampung halaman Farid Kamil di Sungai Petani Kedah, bersama-sama Muhammad, anak tunggal mereka yang kini berusia satu tahun. - SiakapKeli.com
TOP
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Ziarah Waris Mangsa MH17
PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini mencemar duli menziarahi keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Hotel Marriot di sini.
Suasana pilu menyelubungi suasana sepanjang 45 minit baginda berdua meluangkan masa bertemu dengan waris mangsa untuk bertanya khabar serta menyampaikan ucapan takziah.
Pertemuan itu melibatkan 100 orang daripada 30 keluarga penumpang dan juga kru pesawat tersebut.
Terdahulu Seri Paduka Baginda berdua mendengar taklimat mengenai nahas Penerbangan MH17 itu yang disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Pelanggan MAS Datuk Mohd Salleh Tabrani.
Sementara itu jurucakap MAS memberitahu kebanyakan keluarga terbabit akan pulang ke rumah masing-masing sempena Aidilfitri manakala yang lain dijangka terus menetap di hotel tersebut bagi menunggu perkembangan terkini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas.
Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – BERNAMA
TOP
Usahawan lapor polis Fizz gagal lunas hutang
Kuala Lumpur: “Nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya.”
Demikian luahan seorang usahawan dikenali sebagai Linda, 36, yang kesal dengan sikap lepas tangan pelakon popular, Fizz Fairuz kerana gagal membayar semula wang berjumlah RM15,000 yang dipinjam pada Oktober tahun lalu.
Linda berkata, keputusan membuat laporan polis dan mendedahkan perkara itu adalah jalan terakhir untuk mendapatkan semula wangnya selepas pelbagai usaha dan rundingan dibuat dengan pelakon filem Mat Tudung itu menemui kegagalan.
“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat.
Sekarang, bayar saja semula hutang saya.
“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak.
“Saya sudah bagi peluang kepadanya secara baik tapi nampaknya dia yang nak perkara ini dibesarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, petang semalam.
Difahamkan, Fizz meminjam RM15,000 daripada Linda akhir Oktober tahun lalu dengan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Pahang.
Atas hubungan persahabatan dan memahami kesempitan wang dihadapi Fizz, Linda bersetuju meminjamkan wang itu.
Suami kepada pelakon Almy Nadia itu berjanji membayar semula wang Linda April hingga Jun lalu selepas dia menerima bayarannya sebagai pengajar di Akademi Fantasia 2013, namun sehingga minggu lalu Fizz berdiam diri.
Minggu lalu, Fizz menerusi pesanan mesej kepada Linda mendakwa dia sudah memulangkan semua duit itu kepada pihak ketiga yang juga rakan Linda dan tidak mahu diganggu lagi.
Linda yang masih tidak menerima wang dijanjikan itu mengesyaki satu pakatan berlaku antara Fizz dengan pihak ketiga, sekali gus membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, Ahad lalu.
Difahamkan juga, Linda yang juga seorang usahawan terkenal sering membantu golongan artis yang kesempitan wang, namun tidak pernah menghadapi masalah mendapatkan semula wangnya kecuali daripada Fizz.
Katanya, sikap pelakon itu yang mendiamkan diri dan sukar dihubungi menimbulkan syak wasangka kepadanya untuk membawa perkara itu ke tengah.
“Sebenarnya saya pun tak nak kecoh hal ini sebab niat ketika itu membantu dia ubah suai rumah emaknya.
Tapi, bila jadi macam ini, saya terkilan dengan sikapnya.
“Saya bagi peluang kalau tak mampu bayar sekali gus, boleh ansur-ansur, tapi itu pun dia perdaya saya.
Tak berkatlah dia buat rumah emaknya dan canang itu dan ini, tapi wang saya dia mengelak nak bayar,” katanya.
Bagaimanapun, Fizz yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen dan tidak mahu ambil melayan dakwaan itu. - myMetro.com.my
TOP
Perkhidmatan Udara Masih Selamat Walaupun Berlaku Tragedi
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menegaskan bahawa perkhidmatan udara adalah selamat dan keselamatan menjadi keutamaan nombor satu walaupun berlaku tiga tragedi berturut-turut dalam tempoh tujuh hari lalu.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA,
Tony Tyler berkata, setiap hari, kira-kira 100,000 penerbangan berlepas dan
mendarat tanpa sebarang insiden.
“Pada tahun 2013, lebih tiga bilion orang menggunakan perkhidmatan udara dan terdapat 210 kematian.
“Malangnya, kita telah melepasi bilangan itu pada tahun ini,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, menaiki kapal terbang masih antara aktiviti paling
selamat yang seseorang boleh lakukan berikutan melindungi pelanggan daripada bahaya semasa perjalanan di seluruh dunia merupakan misi teras industri penerbangan.
“Langkah itu telah dilaksanakan sepanjang pembangunan kami sejak abad lepas.
“Kami akan terus melakukan segala-galanya yang kami mampu untuk menjadikan penerbangan lebih selamat,” katanya.
Tyler turut mengucapkan takziah kepada anggota keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, pesawat Penerbangan Taiwan TransAsia GE222 dan pesawat Algeria Air Algerie AH5017. – BERNAMA
TOP
MH17: Banyak Barangan Mangsa, Serpihan Pesawat Dah Kena Curi?
Selain kes maskara dari Amsterdam yang dikutip di ‘padang’ lalu dikongsikan di Instagram, terdapat bukti lain menunjukkan berlaku kes kecurian pada barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas di sebuah tanah lapang berhampiran perkampungan di Grabove, Donetsk, Timur Ukraine 17 Julai lalu.
Isteri kepada Cameron Dalziel, salah seorang penumpang yang terkorban dalam nahas tersebut mendedahkan dia terpaksa membatalkan kad kredit suaminya selepas mendapat tahu ia telah digunakan beberapa kali di Ukraine.
Selain kes maskara dari Amsterdam yang dikutip di 'padang' lalu dikongsikan di Instagram, terdapat bukti lain menunjukkan berlaku kes kecurian pada barangan peribadi milik mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas, 17 Julai lalu. Isteri kepada Cameron Dalziel, salah seorang penumpang yang terkorban dalam nahas tersebut mendedahkan dia terpaksa membatalkan kad kredit suaminya selepas mendapat tahu ia telah digunakan seseorang di Ukraine sejak hari nahas berlaku. Reine Dalziel yang baru sahaja berpindah ke Malaysia sebelum nahas berlaku menyifatkan perbuatan ini amat mengejutkan dan pada masa sama membuatkannya berasa sedih dan marah. Dalam kes lain yang dilaporkan, terdapat waris mendakwa telefon bimbit milik mangsa nahas yang dihubungi diangkat oleh orang asing berbahasa Ukraine. Manakala dalam rakaman yang tersebar, kelihatan puak pemisah mengutip cincin emas dan barangan berharga lain daripada lokasi nahas. Bagaimana pun menurut forensik, pihak pemisah hanya menyerahkan kepada mereka 200 mayat dan beberapa ceraian anggota badan manusia dari lokasi nahas tanpa sebarang barangan peribadi mangsa. Terdapat kebimbangan bahawa sebahagian besar bukti dari lokasi nahas sudah disabotaj apabila bukan sahaja barangan mangsa yang dicuri tetapi serpihan pesawat termasuk kokpit dikatakan telah dialih dan dicuri untuk dijual sebagai barangan lusuh. Manakala serpihan mayat yang tidak dikutip dilaporkan dibiar begitu sahaja hingga membusuk dan dimakan binatang liar. Pakar Forensik yang mengetuai siasatan Belanda, Jan Tuinder berkata apa yang berlaku di lokasi nahas adalah satu kesalahan jenayah di mana terdapat sebilangan 'orang gila' menghalang mereka daripada mendapatkan saki baki mayat mangsa.
Reine Dalziel yang baru sahaja berpindah ke Malaysia sebelum nahas berlaku menyifatkan perbuatan ini amat mengejutkan dan pada masa sama membuatkannya berasa sedih dan marah. Dalam kes lain yang dilaporkan, terdapat waris mendakwa telefon bimbit milik mangsa nahas yang dihubungi diangkat oleh orang asing berbahasa Ukraine. Manakala dalam rakaman yang tersebar, kelihatan puak pemisah mengutip cincin emas dan barangan berharga lain dari lokasi nahas. Bagaimana pun menurut forensik, apa yang diserahkan kepada mereka cuma 200 mayat dan beberapa ceraian anggota badan manusia tanpa barangan peribadi mangsa. MH17: Barangan Mangsa Dicuri, Serpihan Pesawat Dijual Sebagai Besi Buruk Terdapat kebimbangan bahawa sebahagian besar bukti dari lokasi nahas sudah hilang dan tercemar apabila bukan sahaja barangan mangsa yang dicuri tetapi serpihan pesawat termasuk kokpit dikatakan telah dialih dan dicuri untuk dijual sebagai barangan lusuh.
Manakala serpihan mayat yang tidak habis dikutip dilaporkan dibiar begitu sahaja hingga membusuk dan dimakan binatang liar.
Pakar Forensik yang mengetuai siasatan Belanda, Jan Tuinder berkata apa yang berlaku di lokasi nahas adalah satu kesalahan jenayah di mana terdapat sebilangan ‘orang gila’ menghalang mereka daripada mendapatkan saki baki mayat mangsa. - MYNEWSHUB.MY
Oleh: REM RAMZI
Sumber: The Daily Mail

Hafiz Suip Kemalangan, Patah Tulang Selangka?
Jika tadi ada ahli keluarga pelakon Fizo Omar yang terlibat dengan kemalangan jalan raya, seorang lagi selebriti tempatan turut dikhabarkan sedang berehat berikutan terlibat dengan kemalangan, baru-baru ini.
Penyanyi, Hafiz Suip kini dilaporkan sedang berehat di kampung halamannya di Sarawak disebabkan insiden tersebut.
Menerusi portal Murai, Hafiz dikatakan telah terjatuh daripada motosikal yang ditunggangnya.
Akibat daripada kecelakaan itu, tulang selangkanya patah dan doktor telah menasihatkan penyanyi berusia 25 tahun itu berehat daripada sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.
Semoga Hafiz cepat sembuh dan selepas ini akan lebih berhati-hati kerana memang tidak dapat dinafikan nisbah untuk penunggang motosikal mengalami kemalangan adalah lebih tinggi jika hendak dibandingkan dari mereka yang menaiki kenderaan empat roda.
- MYNEWSHUB.MY
- MYNEWSHUB.MY
TOP
Gadis Ukraine Kantoi Curi Maskara Milik Mangsa Nahas MH17
Terdapat banyak dakwaan menyatakan barangan mangsa nahas pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu telah dicuri oleh puak pemisah dan penduduk tempatan.
Terbaru, gambar sebatang maskara yang dikongsikan di laman sosial Instagram membuktikan perkara ini memang berlaku.
Seorang remaja tempatan sana menggunakan nama “Zolotasya” dikesan memuat naik gambar alat solek dari Eropah berjenama Catrice. Berdasarkan lokasi yang dikongsikan pada sesetengah gambar gadis ini tinggal di Torez, sebuah bandar di Timur Ukraine yang terletak berdekatan lokasi nahas MH17.
Dalam komen di Instagram yang diterjemahkan, Zolotasya memberitahu maskara itu diberikan kepadanya oleh seorang rakan.
Apa yang membuatkan dia kantoi maskara itu milik mangsa nahas MH17 adalah dalam komen lain dia menyebut bahawa ‘ada banyak lagi barangan telah diagihkan termasuk pakaian’ dan ‘maskara ini datang dari Amsterdam, atau, padang… faham kan’. Apabila perkara ini tersebar di laman sosial, Zolotasya dikecam ramai rakyat Ukraine. Gadis ini kemudiannya dikatakan mengaku dia berpihak pada puak pemisah pro-Rusia yang turut dikaitkan sebagai pihak yang bertanggung jawab menembak jatuh MH17. Apa pun, kes kecurian barangan milik mangsa nahas pesawat MAS ini sebenarnya sudah mula disedari oleh banyak pihak termasuk keluarga mangsa. Antara bukti lain adalah laporan The Daily Mail tentang penggunaan kad kredit milik salah seorang penumpang MH17 yang terkorban didapati telah dilakukan di Ukraine sejak hari nahas berlaku. - MYNEWSHUB.MY

Sedih… Surat Kanak-Kanak Bernama Nia Untuk Allah SWT
Ramadan adalah bulan rahmat yang mempunyai banyak hikmah buat semua orang.
Antaranya buat kanak-kanak yang akan melalui banyak pengalaman menggembirakan seperti bermain bunga api, merasa banyak makanan lazat sewaktu berbuka puasa, dibawa ibu bapa membeli baju raya dan banyak lagi yang pasti jadi kenangan bila sudah dewasa kelak.
Bagi seorang kanak-kanak perempuan bernama Puteri Rania (Nia), rahmat Ramadan buatnya adalah dapat makan dan solat bersama ibu bapa yang akan pulang awal dari kerja berbanding hari biasa.
Mengetahui Ramadan sudah hampir ke penghujung dan ibu bapanya akan kembali pada rutin asal, anak kecil ini menulis sepucuk surat kepada Allah SWT agar tidak menamatkan bulan ini kerana dia tidak mahu kembali makan dan solat sendirian.
Tidak kisahlah jika surat ini cuma satu rekaan yang disebarkan di laman-laman sosial atau memang benar ditulis seorang kanak-kanak, ia sebenarnya adalah doa ramai anak di luar sana yang hauskan kasih sayang.
Kepada para ibu bapa, luangkanlah masa sekali sekala untuk berbual dan memahami apa yang terpendam dalam hati anak agar mereka tidak menyimpan rasa sedih seperti Nia. - MYNEWSHUB.MY
Kepada para ibu bapa, luangkanlah masa sekali sekala untuk berbual dan memahami apa yang terpendam dalam hati anak agar mereka tidak menyimpan rasa sedih seperti Nia. - MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Remaja Rakam Bukti Sikap Perkauman Pekerja Kedai
RAMAI yang tidak tahu bahawa sebenarnya sikap perkauman masih menebal di negara barat terutamanya di kalangan orang kulit putih dan kulit hitam.
Video yang dirakamkan oleh remaja berkulit hitam bernama Rashid Polo ini adalah antara buktinya.
Dalam rakaman di dua buah kedai serbaneka itu, pekerjanya dilihat mengekori ke mana saja dia pergi seolah-olah dia seorang pencuri.
Bagaimanapun, apabila menyedari Rashid sedang merakam perlakuan mereka, pekerja itu segera beredar dan berpura-pura sedang sibuk menyusun barang.
“Mereka mengekori saya sepanjang masa. Itu dia! Dia ingat saya mencuri,” katanya menerusi video itu.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
McDonalds Malaysia Nafi Biaya Dana Kewangan Untuk Israel
Jika kita perhatikan di mana-mana cawangan rangkaian makanan segera popular, McDonalds di seluruh Malaysia sekarang, kebanyakan lenggang berikutan usaha boikot yang dijalankan masyarakat kita mula mendapat perhatian.
Ini kerana McDonalds sebelum ini diwar-warkan sebagai bersubahat dan bersengkongkol dengan negara Israel yang kini sedang membedil umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.
Namun, menerusi kenyataan di akhbar, McDonalds Malaysia tampil memberikan penjelasan yang mereka langsung tidak menyumbang kepada dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuklah Israel.
“Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia,” memetik kenyataan akhbar mereka.
Menurut mereka, lagi disebabkan perbuatan memboikot McDonalds, mangsa yang sebenar dan terhimpit dengan keadaan ini adalah pekerja mereka yang berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarga mereka. Sekali lagi, McDonalds menegaskan mereka tidak terlibat atau menyokong mana-mana kegiatan politik, keganasan atau penindasan di seluruh dunia. Selain itu, mereka turut menyampaikan perasaan simpati terhadap mangsa-mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. – MYNEWSHUB.MY

Seronok Kambing-kambing ni - Video
TOP
Remaja Cantik, Curi Perhatian Ramai Sebabkan Rakan Iri Hati
Taiwan – Seorang pemain bola tampar dari Kazakhstan kini dipinggirkan oleh ahli pasukannya kerana wajah cantiknya itu menyebabkan dia menjadi tumpuan setiap kali perlawanan diadakan.
Sabina Altynbekova, 18, dan menyertai pertandingan Bola Tampar bawah 19 tahun untuk Kazakhstan di Taiwan.
Namun disebabkan kecantikannya itu, media tempatan lebih banyak menulis mengenai dirinya berbanding dengan perlawanan tersebut.
Keadaan itu mengakibatkan teman-teman seperjuangannya berasa tidak puas hati, malah media di negaranya juga telah mengkritik pihak lain yang obses dengan kecantikan Sabina.
“Penonton hanya merenung dia dan mereka tidak lagi berminat dengan pertandingan,’’ demikian lapor seorang wartawan , Vesti dari akhbar terkenal Kazakhstan iaitu Kazakh.
Malah jurulatih Sabina turut merungut mengenai keadaan tersebut.
“Ia menyukarkan kita untuk beraksi. Hanya dia seolah-olah pemain di situ,’’ kata Nurlan Sadikov. Setiap gambar yan disiarkan dalam Facebook mendapat perhatian beribu-ribu pengikutnya dengan kebanyakannya adalah dari China, Vietnam, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina.

OTAI: Perang meriam kampung - Video
TOP
Terbaik!! Siapa berani buat macam ni dekat Malaysia.. Video
TOP
Video Lawak - Habis semua kereta kebal kena bedil dengan meriam buluh
TOP
Azizulhasni Diberi Amaran, Diarah Buka Sarung Tangan ‘Save Gaza’
TERNYATA tindakan berani penunggang lumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang menggunakan sarung tangan bertulis ‘Save Gaza’ sewaktu beraksi di Sukan Komanwel semalam mengundang rasa tidak senang pada pihak penganjur.
Justeru, dia telah diberi amaran dan tidak dibenarkan menggunakan sarung tangan tersebut untuk acara seterusnya hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Azizulhasni menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi.
Menurutnya, mesej tersebut hanya luahannya dari segi kemanusiaan dan bukannya berbaur politik. Pada masa yang sama, dia turut berterima kasih pada mereka yang menyokong tindakannya dan memohon maaf jika ada pihak yang merasakan perbuatannya itu sebagai satu kesalahan. Azizulhasni merupakan satu-satunya wakil Malaysia ke suku akhir acara berbasikal pecut individu lelaki semalam dan berjaya menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketujuh daripada 12 peserta dengan catatan masa 10.158s. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Nasib Baik…Bayi Nyaris Digilis Tayar Kenderaan
SELEPAS menonton video ini, kami boleh andaikan yang bayi ini sememangnya sangat bernasib baik.
Dek kerana cuai, bayi tersebut telah keluar dari rumah dan merangkak hingga ke belakang kenderaan ibu-bapanya yang sedang diundurkan.
Mujurlah ada individu yang menyedari kejadian itu sekaligus membuatkan ibu bapanya segera keluar untuk memeriksa.
Nasib baiklah bayi itu tidak digilis oleh tayar dan berjaya dikeluarkan dari bawah kenderaan.
Moralnya, periksa terlebih dahulu bawah kenderaan anda sebelum mengundurkannya kerana sudah terlalu banyak kes kematian kanak-kanak akibat kejadian sebegini.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Audio: Maki Pemanggil Lepas Kantoi Menipu Sindiket Kad Bank
Penipuan melibatkan sindiket nombor kad debit bukanlah perkara asing di kalangan masyarakat Malaysia.
Malah, ada sahaja individu yang bijak memanipulasi keadaan dengan menyalah gunakan kepakaran mereka dalam bidang tersebut untuk menipu orang ramai di luar sana.
Seperti mana yang didengari dalam audio ini, dapat didengar seorang wanita pada mulanya bercakap sopan dengan lelaki yang dihubunginya.
Wanita tersebut malah berlagak seolah-olah pekerja bank yang mahukan nombor yang tertera di kad bank si pemanggil tadi.
Ragu-ragu dan sudah mengetahui taktik wanita tersebut, pemanggil tadi terus mengikut rentak wanita penipu itu dengan memberikan nombor rekaannya untuk melihat sejauh mana kelicikan wanita terbabit.
Selepas perbuatannya kantoi, tak semena-mena pemanggil itu pula dimaki ‘bodoh’ oleh si penyamar tersebut.
Hai, nasiblah abang ni pandai, tak tertipu dengan sindiket macam ni..
Lain kali, hati-hati kerana pihak bank tidak pernah menjalankan operasi di mana meminta pelanggan mereka memberikan nombor pengesahan kad bank mahupun akaun mereka melalui panggilan telefon.
Jadi, sebelum terkena, lebih baik anda berhati-hati ya!
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
PAS Kutip Zakat Fitrah Sendiri Di Selangor, Siapa Beri Kuasa?
Parti PAS kini dilihat sudah menjalankan satu peranan baru tatkala menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini apabila mereka didakwa mengutip zakat fitrah secara sendiri.
Diketahui, sebuah parti politik tidak mempunyai kuasa mengutip apa sahaja zakat kerana ia adalah hak dan kuasa dalam kerajaan negeri.
Tersebar di laman internet gambar sekeping resit dari parti PAS tetapi ia diubah menjadi resit penerimaan zakat fitrah dibuat oleh seorang wanita dengan bayaran RM7 seorang.
Secara jelasnya, PAS sudah pun melangkaui peranan jabatan agama kerajaan negeri untuk mengutip zakat fitrah melalui amil-amil yang dilantik oleh pihak kerajaan negeri.
Adakah zakat fitrah yang dikutip oleh PAS ini digunakan untuk diberikan kepada para asnaf yang lapan atau ia akan digunakan juga untuk membiayai aktiviti politik parti itu.
Cubaan mendapatkan reaksi daripada pemimpin PAS berkenaan isu ini gagal apabila mesej dan panggilan kepada Naib Presiden PAS Mahfuz Omar tidak mendapat jawapan.
Persoalannya, telah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang kerajaan negeri mengutip wang zakat fitrah tanpa kebenaran dan kuasa yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Menurut beberapa laman blog, kutipan zakat itu dikatakan berlaku di Sabak Bernam, Selangor. - MYNEWSHUB.MY
TOP
Rusia Hantar Lebih 15,000 Askar Ke Sempadan Rusia-Ukrain
Rusia kini telah mengumpul kira-kira 15,000 tentera di sepanjang sempadannya dengan Ukraine, Duta AS ke NATO berkata pada hari Jumaat, menyatakan angka yang lebih tinggi daripada yang dinyatakan oleh Pentagon, lapor Reuters.
Duta AS ke NATO Douglas Lute menyatakan anggaran semasa forum keselamatan di Colorado, berkata kini terdapat kira-kira lebih daripada 15,000 tentera Rusia berkumpul di sepanjang sempadan dengan Ukraine."
Perisikan AS juga menunjukkan bahawa Rusia merancang untuk segera menyediakan persenjataan yang lebih berat dan lebih canggih untuk pemisah Ukraine.
"Kami mempunyai tanda-tanda bahawa Rusia berniat untuk membekalkan pelbagai sistem pelancaran roket yang lebih berat dan lebih canggih dalam masa terdekat," kata Tentera Kolonel Steve Warren, jurucakap Pentagon.
Warren menyatakan senjata telah dilihat semakin hampir ke sempadan dan Pentagon percaya pemindahan adalah pasti dan bakal berlaku hari ini. - SiakapKeli.com
TOP
Warga Emas Tinggal Dengan Pepijat Lebih 20 Tahun
Seorang lelaki berusia 80 tahun dipercayai telah pun hidup bersama pepijat di rumahnya selama lebih 20 tahun dan beliau tidak berasa gatal biarpun tidak selesa, menurut sebuah akhbar cina Singapura Lianhe Wanbao.
Untuk membantunya membersihkan rumahnya dari semua pepijat itu, lebih 10 anggota sukarelawan meghabiskan masa lapan jam menyelesaikan kerja-kerja berkenaan.
Warga emas itu tinggal seorang diri di sebuah unit rumah sewa di Redhill dan rumahnya dipenuhi pepijat daripada lantai hingga ke siling dan kelihatan kotor.
Seorang daripada anggota sukarela itu Ms Pan, 44, berkata dia telah menyusunkan tugas 10 sukarelawan itu untuk kerja mengecat dan menggunakan bahan kimia dan peralatan lain untuk memastikan rumahnya bebas pepijat.
Difahamkan terdapat lebih 10,000 ekor pepijat hidup bersama dengan warga emas itu.
Para sukarelawan terpaksa mengikis cat lama dan dicat dengan yang baru bagi memastikan pepijat tidak kembali membiak.
Selain pepijat, seorang lagi sukarelawan berkata terdapat ulat atau larva lalat di atas meja makannya.
Dia cuba menggunakan air panas untuk menghilangkan ulat itu tetapi warga emas itu tidak memiliki cerek air untuk memasak air panas sehingga ia terpaksa dipinjam dari jiran.
Menceritakan kisah kali pertama melawat rumah itu, ia kelihatan seperti ‘rumah hantu’ dan apabila mereka menyapu siling pepijat itu jatuh dan menimpa mereka.
Ms Pan yang juga seorang usahawan berkata, pepijat di rumah bukanlah suatu isu yang luar biasa tetapi apa yang terjadi di rumah warga tua itu merupakan satu kes yang serius.
Ketika rumah lelaki itu dilawati oleh wartawan Wanbao, ia kelihatan lebih selesa dan bersih serta mempunyai ruang yang banyak untuk penghuninya bergerak.
Menurut seorang Pakar Perubatan Dr Cho, pepijat tidak boleh membawa sebarang penyakit tetapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif ia boleh mengakibatkan kegatalan.
“Jika kawasan gatal itu digaru dan ia menjadi luka, seseorang itu boleh dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan berkemungkinan turut diberi suntikan.
“Untuk menghalang pembiakan pepijat, ada dua cara yang boleh diikuti oleh orang ramai.
“Pertama, bantal dan tilam yang digunakan bolehlah dijemur secara kerap dan kedua, setiap bahagian penjuru rumah perlu disembur dengan racun pembunuh serangga,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Polwan Dara Intan Ikon Polis Wanita Di Indonesia
Kalau di Ukraine, heboh tentang peguamnya yang cantik, di Indonesia pula, ada Polwan Dara Intan, seorang gadis yang cantik, yang bekerja sebagai polis di sana. Rupa parasnya yang comel molek dan uniform polis ini seakan-akan kena dengan perwatakan Dara.
Di indonesia, Polwan Dara Intan boleh disamakan dengan artis. Walaupun bergelar polis, dia banyak keluar di kaca televisyen dalam segmen-segmen yang berkaitan dengan polis.
Kalau macam ni la polis kat Malaysia, bukan setakat 'mesra pelanggan', 'mesra penjenayah' pun boleh. Pencuri kalau kena kejar dengan Dara ni pun boleh 'surrender'.
Tapi agak-agak kalau la ini satu 'benchmark' atau imej yang dibawa oleh polis Indonesia, adakah tujuan asal menjadi seorang polis tu akan kekal?. Tapi jika dilihat dari sudut positifnya, tentu sekali ramai kaum lelaki gemar untuk berkhidmat sebagai polis nanti.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Astro Pertahan Tindakan Bagi Kontrak Kepada Syarikat Yahudi Laknaktullah, demi keuntungan..
Astro pertahankan tindakannya menyerahkan kontrak yang lumayan kepada Israel. Dakwaan Astro memberi kontrak kepada syarikat Israel ini berikutan kenyataan YADIM, Datuk Dr Asyraf Wajdi yang dibuat di akaun Facebooknya yang mendedahkan Astro telah menganugerahkan satu kontrak kepada syarikat Israel, Amdocs.
Tindakan Astro ini dipandang sebagai satu perbuatan yang tidak sensitif dengan isu semasa masyarakat global dan juga islam.
Astro kemudiannya mempertahankan perbuatan mereka menyerahkan kontrak lumayan tersebut kepada Amdocs.
Berikut adalah kenyataan ringkas yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Koorporat Astro;
Amdocs merupakan peneraju pasaran global bagi perisian serta perkhidmatan untuk penyedia perkhidmatan dalam industri komunikasi, media dan hiburan. Ibu pejabat utama syarikat ini terletak di Amerika Syarikat dan ia tersenarai di Bursa Saham NASDAQ. Ia mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 70 negara. Syarikat tersebut juga mempunyai pejabat dan operasi penyelidikan di seluruh dunia dan seperti kebanyakan syarikat antarabangsa lain, mempunyai anak syarikat di beberapa negara. Astro melantik Amdocs untuk menyediakan perisian serta perkhidmatan bagi pengurusan perhubungan pelanggan dan sistem bil. Anak-anak syarikat Amdocs yang dilantik telah diperbadankan di Ireland dan Malaysia. – Astro Corporate Comm Dept. - SiakapKeli.com

ISU DOA: Reezal Merican Tuntut Ramasamy Beri Penjelasan
Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy diminta memberi penjelasan sama ada amalan berdoa mengikut kepercayaan pelbagai agama menjadi kebiasaan dalam program yang dihadiri pemimpin kerajaan Pulau Pinang.
Anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perkara itu didedahkan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini berhubung isu doa yang dipimpin paderi Kristian, sami Hindu dan Imam Masjid Negeri dalam satu acara pecah tanah anjuran Persatuan India Pulau Pinang oleh Ramasamy pada Februari lepas.
Reezal Merican menyifatkan pendedahan itu sebagai mengejutkan dan menyalahi perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Kebimbangan Tun (Abdul) Hamid berasas dari aspek kerangka undang-undang. Saya ingin tanya adakah perkara ini praktis biasa di Pulau Pinang dan adakah perkara ini akan berulang lagi dalam program lain yang dianjurkan di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Rabu lepas Ramasamy dilapor Malaysiakini sebagai berkata majlis seperti itu seharusnya dipuji kerana mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar.
Beliau juga menyifatkan ia adalah perkara yang terbaik dan tiada apa yang salah mengenainya.
Reezal Merican berkata perbuatan itu boleh mendorong kepada amalan pluralisme dalam agama dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana Islam mempunyai kedudukan tersendiri dalam perlembagaan negara. – BERNAMA
TOP
Tempoh Berkurung Demi Keselamatan Negara – Shafie
Aspek keselamatan negara perlu diutamakan semasa perintah berkurung bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan tanpa sebarang kekangan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata kerajaan mengetahui perintah berkurung menjejaskan aktiviti masyarakat terutama golongan nelayan, namun ia perlu diterima bagi mengekang kemasukan anasir jahat seperti penceroboh yang boleh mengancam keselamatan negara.
“Kita tahu dan faham pelaksanaan perintah berkurung menjejaskan masyarakat khususnya nelayan. Namun keselamatan negara mesti kita utamakan dan saya percaya pelaksanaan perintah berkurung adalah langkah terbaik untuk mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara,” katanya kepada pemberita semasa melawat anggota pasukan keselamatan yang bertugas di pos kawalan Polis Gerakan Am di Pulau Mabul, Kapalai dan Singamata dekat sini hari ini.
Beliau berkata pihak keselamatan juga perlu tegas dan tidak berkompromi dengan pihak yang enggan mematuhi arahan perintah berkurung yang bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.
“Kita tahu bukannya mudah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai perintah berkurung. Tetapi saya yakin pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mempunyai kaedah yang terbaik untuk mengatasi masalah itu,” katanya.
Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga Jeti Tawau.
Ia bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika yang meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.
Mengenai lawatannya, Mohd Shafie berkata ia bertujuan meninjau anggota keselamatan yang bertugas semasa musim perayaan di pulau-pulau berkenaan.
“Dalam lawatan ini saya turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan dan mengingatkan agar mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah,” katanya.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Semporna turut bertemu penduduk Pulau Mabul dan mengingatkan mereka agar bekerjasama dengan mematuhi peraturan perintah berkurung selain meminta mereka menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan.
Turut serta dalam lawatan itu Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong. – BERNAMA
TOP
Israel Bedil Wanita Mengandung, Kematian Meningkat 815 Orang
Seorang wanita mengandung dan pemimpin kanan Islamic Jihad terbunuh menjadikan jumlah korban Palestin sejak serangan Israel 18 hari lalu sebanyak 815 kematian.
Doktor berusaha sedaya upaya menyelamatkan bayi dalam kandungan ibu berusia 23 tahun selepas rumahnya di Deir al-Balah dibedil tentera udara Israel kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Satu lagi serangan udara membunuh jurucakap kanan Islamic Jihad, kumpulan jihad kedua terbesar di Gaza selepas Hamas.
Dua anak Salah Hasanein berusia 12 dan 15 tahun turut terkorban dalam serangan di Selatan Rafah. – AFP

Tiada Lagi Sambal Kacang Perut Lembu – Ibu Pramugara
“Tahun ini, tidak ada hias-hias, tidak ada kuih. Kita sambut ala kadar dengan apa yang ada sahaja,” kata Amna Mohd Sharif, 65, ibu kepada pramugara Shaikh Mohd Noor Shaikh yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas.
Menurutnya anaknya yang mesra dengan panggilan Mad Noor itu sepatutnya beraya dengan mereka di Klang tahun ini.
“Dia amat menggemari sambal kacang dan akan meminta saya memasak sambal kacang bersama perut lembu setiap kali Aidilfitri.
“Kalau tidak ada benda itu, arwah kata tidak sah beraya dan dia kalau makan sambal kacang, semangkuk penuh mesti habis.
“Kalau setiap kali beraya, selepas berjumpa dengan mak cik, pak cik dan adik-beradik, dia akan ambil bantal dan tidur. Bila diajak untuk beraya ke rumah saudara-mara, dia kata lain kali lah, sebab dia nak rehat,” katanya kepada Bernama mengimbas kenangan bersama anak sulungnya itu.
Shaikh Mohd Noor yang mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak tiri juga dikatakan sempat meninggalkan klip suara nyanyiannya lagu ‘Dendang Perantau’ menerusi aplikasi WhatsApp, dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
“Bila mak cik hayati balik lirik lagu tu, mak cik reda dengan ketentuan Allah. Dia pergi dalam bulan yang baik,” kata Amna.
Mereka sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas usaha dan kerja kerasnya untuk membawa pulang jenazah rakyat Malaysia.
“Walau dalam keadaan apa sekali pun, mak cik harap sangat jenazah anak mak cik dapat dibawa pulang supaya nanti mak cik dapat ziarah kubur arwah selalu,” kata Amna.
Shaikh Mohd Noor adalah antara 43 warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine. – BERNAMA
TOP
GAMBAR: Hatyai Dibom, 3 Maut Manakala 36 Cedera
HATYAI: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 36 lagi cedera susulan letupan bom kereta di daerah komersial di selatan Thailand.
Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta itu meletup di depan Hotel Holiday kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan).
Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan.
Sophon berkata, daripada 36 yang cedera, tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri seberat 100kg.
Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan letupan bom kereta itu.
Kira-kira 60-70 peratus penduduk di Betong beragama Islam.
TOP
(GAMBAR) MH17: Hiba Di Majlis Bacaan Doa Antara Agama
Suasana sayu dan hiba menyelubungi majlis khas bacaan doa antara agama bagi penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17 di Akademi Malaysia Airlines (MAS) Kelana Jaya hari ini.
Majlis memperingati mangsa MH17 itu dimulakan dengan tayangan video anak kapal dan penumpang, membuatkan hampir kesemua yang hadir termasuk keluarga mangsa, pemimpin agama, kakitangan MAS serta orang awam menitiskan air mata.
Majlis yang dianjurkan MAS itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Majlis itu kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa agama Islam, Kristian, Sikh, Buddha, Tao dan Hindu.
Penerbangan MH17 membawa 298 orang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, Timur Ukraine Khamis lepas.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
- BERNAMA
- BERNAMA
TOP
Ibu Firdaus Perlu Diberi Kaunseling, Khidmat Psikiatri – Peguam
Lolanopita bersama Hanif ketika hadir ke mahkamah.
SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan sebutan semula kes ibu remaja orang kurang upaya (OKU) yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai Jun lalu pada 3 September depan. Hakim, Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu selepas peguam Lolanopita iaitu Hanif Hassan memohon satu tarikh lain bagi mengemukakan baki dokumen representasi kepada pihak pendakwaan. Malah, hakim turut menetapkan 5 dan 6 November depan sebagai tarikh perbicaraan bagi dua pertuduhan disabitkan terhadap Lolanopita iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan. Lolanopita sebelum itu kelihatan hadir ke mahkamah memakai baju kurung dan bertudung biru kira-kira jam 9.15 pagi. Sementara itu Hanif ketika ditemui berkata, dia membuat permohonan tarikh baru berkenaan bagi tujuan penyerahan baki dokumen representasi kepada pihak pendakwaan. “Saya bercadang untuk menghantar anak guam saya mendapatkan khidmat kaunseling dan jika perlu saya akan dapatkan khidmat psikiatri bagi tujuan representasi,” katanya. Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan hak perintah sementara diberi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menempatkan Firdaus di rumah kebajikan di Taman Sinar Harapan, Tuanku Ampuan Najihah di sini. Difahamkan hak penjagaan itu bermula semalam hingga 20 Ogos depan. - Sinar Online

Seorang Rakyat Malaysia Cedera Dalam Kejadian Letupan Bom Di Yala
KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia cedera dalam kejadian letupan bom kereta di luar sebuah hotel di Yala, selatan Thailand pada Jumaat.
Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama, pihak Kementerian Luar masih menunggu laporan dari kedutaan Malaysia di Thailand mengenai kejadian itu.
"Kita masih menunggu laporan lanjut mengenai identiti individu tersebut. Kita akan sentiasa memaklumkannya," katanya.
Saluran media antarabangsa dan tempatan di Thailand melapor dengan memetik pihak polis sebagai berkata tiga orang terbunuh sementara 40 orang cedera dalam letupan itu.
Polis Thailand dipetik sebagai berkata sebuah bom yang diletak di dalam kereta meletup di hadapan hotel Holiday Hill kira-kira 4 petang waktu tempatan di kawasan yang dipenuhi pelancong dan orang ramai. Siasatan kejadian sedang dilakukan.
Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.
Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang
Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.
Penduduk tempatan berkata bom tersebut meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.
Ia dipasang dalam sebuah trak pikap dan diletak serta diletupkan di hadapan Hotel Holiday Hill di pekan pelancongan Betong.
Ia merosakkan empat premis perniagaan serta berpuluh buah motosikal dan kereta.
Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah sebelum ini.
Menurut maklumat pejabat pelancongan Daerah Betong, sekitar 80 peratus daripada ribuan pelancong yang datang ke situ merupakan rakyat Malaysia yang datang untuk berhibur. - Astro Awani
TOP
MH17: Gani Patail, Tiga Pegawai Penyiasat Polis Ke Denmark
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail bersama tiga pegawai penyiasat polis akan berlepas ke Belanda Sabtu bagi membantu dalam penyiasatan insiden penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Gani dan pasukan penyiasat itu akan mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa di Belanda.
“Mereka akan membantu operasi pasukan Malaysia yang sudah berada di sana untuk memudahkan pergerakan pasukan penyiasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat dan pelancaran jabatan baharu PDRM, di ibu negara, Jumaat.
Khalid berkata sebelum itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar 21 anggota forensik untuk membuat siasatan mengenai nahas pesawat itu di Kharkiv dan Netherlands.
Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas.
Laporan media asing menyebut pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Di majlis itu, Khalid berkata dua jabatan baharu yang dilancarkannya itu adalah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).
“JPJKK ditubuhkan untuk mengurangkan jenayah menerusi sistem pencegahan dan pembanterasan yang berkesan manakala JIPS memfokus ke arah pemantapan integriti warga polis selain meningkatkan imej pasukan keselamatan itu terutama di mata masyarakat,” katanya.
–BERNAMA
TOP
Portal Zionis Laknatullah, Fitnah Tengku Mahkota Selangor Murtad
Gempar di Media Sosial apabila satu berita mengejutkan iaitu Putera kepada Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah murtad. Berita itu yang dikeluarkan oleh laman sesawang antarabangsa, WorldNewsDailyReport tersebar dan menjadi viral kini telah mendapat perhatian umum.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah didakwa dibaptis ke Agama Kristian kerana mahu mengahwini dengan seorang Super Model dari Sepanyol, Cristina Gomez 16 tahun.
Tetapi setelah disiasat, ternyata laman sesawang itu adalah sebuah laman sesawang yang memang berniat jahat menyebarkan berita-berita palsu. Memang berita disitu banyak yang palsu.
Malah, seorang dari pengguna laman sosial Twitter yang peka terhadap isu ini telah memuatnaik status menyatakan dia ternampak Tengku Mahkota sembahnyang terawih sebelum isu itu keluar. Tidak munasabah secara tiba-tiba dia murtad
Selain itu, terdapat juga satu gambar yang telah dimuatnaik yang menunjukkan Tengku Mahkota bersolat jumaat pada hari ini.
Gambar Tengku Mahkota menunaikan sembahyang jumaat hari ini.
Setelah disiasat asal usul laman sesawang berkenaan di ruangan ‘Tentang Kami’ , dapat disahkan yang ianya adalah sebuah laman sesawang milik Amerika Yahudi dan Zionis yang berpangkalan di Tel Aviv. Ternyata israel ni suka sebar fitnah dan pecah belahkan umat islam - SiakapKeli.com

McDonalds Malaysia Nafi Salur Dana Kewangan Kepada Israel
Usaha boikot yang digerakkan secara tidak langsung oleh rakyat Malaysia terhadap McDonalds semakin menampakkan hasil. McDonalds telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang bertajuk "Yang Rata Dikatakan Bukit, Yang Busut Dikatakan Gunung" di surat khabar mengenai perkara tersebut.
Hasil daripada usaha boikot itu juga, McDonalds yang dulunya penuh bagaikan tin sardin kini lengang sedikit. Perkara ini terjadi setelah McDonalds telah diwar-warkan bersubahat dengan Israel yang sedang menyerang umat Islam di Palestin sejak dua minggu lalu.
Melalui kenyataan rasmi McDonalds melalui akhbar itu, mereka menjelaskan tidak menyumbang sebarang dana kewangan kepada mana-mana negara, termasuk Israel.
Kami ingin menekankan bahawa McDonalds TIDAK menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau royalti daripada restoran-restoran kami untuk menyokong SEBARANG bentuk kempen bersifat politik atau konflik yang berlaku di mana-mana negara di dunia - petik kenyataan rasmi McDonald
Menurut kenyataan rasmi McDonald lagi, perbuatan memboikot ini sebenarnya hanya akan menghimpit mereka yang bekerja dengan McDonald yang mencari rezeki untuk menyara ahli keluarga.
McDonald juga menegaskann mereka juga menghulurkan tangan dengan memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan individu yang memerlukan.
Pada akhir kenyataan itu, McDonald menegaskan sekali lagi mereka tidak terbabit dengan mana-mana pihak dalam keganasan dan menyampaikan simpati kepada mangsa yang tidak bersalah dalam mana-mana tragedi kemanusiaan. - SiakapKeli.com

10 Tahun Alat Mainan Seks Dalam Kemalluan
Scotland – Seorang wanita membuat pakar di sebuah hospital terkejut kerana mendapati mainan seks berada di dalam kemaluan wanita itu.
Mainan seks itu yang mempunyai kepanjangan sebanyak lima inci dikatakan sudah berada di dalam kemaluan wanita berkenaan selama 10 tahun.
Wanita yang berusia 38 tahun berkata dia tidak mengetahui tentang perkara itu tetapi mengakui yang dia pernah melakukan seks bersama pasangannya menggunakan alat itu 10 tahun yang lepas. Tetapi disebabkan mabuk, dia tidak sedar sama ada alat itu sudah dikeluarkan ataupun tidak.
Akibat dari hal itu dia mengalami, kemerosotan berat badan, badan menggigil dan masalah kawalan kencing. Pembedahan telah dilakukan untuk membuang alat seks berkenaan dari kemaluan perempuan itu. - SiakapKeli.com
TOP
Tukar MB: Ketiga-Tiga Parti Perlu Setuju
KAJANG – Persetujuan ketiga-tiga parti dalam PR penting dalam menentukan calon menteri besar kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil kira perkara berkenaan sebelum memberi perkenan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya salah satu parti tidak bersetuju maka calon yang dipilih tidak dapat memegang jawatan berkenaan.
“Untuk kefahaman masyarakat, semasa saya dicadangkan untuk dilantik menjadi menteri besar pada 2008, saya telah diminta oleh tuanku Sultan untuk bawa tiga surat dari PR.
“Tiap-tiap surat itu ditandatangani oleh Presiden PKR, Pas dan DAP. Selepas PRU13, saya juga menghadap Sultan Sharafuddin dan baginda menerima pelantikan saya bersama dengan surat dari Pas, PKR dan DAP,” katanya selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri 2014 Peringkat Selangor di Plaza Tol, Sungai Balak, semalam.
Beliau berkata, pelantikan menteri besar ini bukan dibuat oleh satu parti saja tetapi oleh pakatan.
Abdul Khalid juga mengulangi pendirian bahawa pelantikan atau pengguguran menteri besar perlu dilakukan mengikut tatacara seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Apa pun, untuk mendapat jawatan menteri besar, ada peraturan dan enakmen yang perlu diikuti supaya pelantikan atau pengunduran menteri besar itu dapat dilakukan dengan tertib dan cermat,” katanya.
Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad dan Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi membantah keputusan PKR yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.
Menurut Iskandar, Pas Selangor mahupun Pusat tidak pernah memutuskan pertukaran Abdul Khalid dengan Wan Azizah.
Sidang media Majlis Presiden PR kelmarin memaklumkan menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor yang mencalonkan Wan Azizah.
Pas dan DAP juga akan membawa cadangan ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan keputusan akan dimuktamadkan selepas Aidilfitri. – Sinar Harian Online -mstar
TOP
Balik Kampung: KL Sentral Jadi Tumpuan Warga Kota
KUALA LUMPUR – Balik kampung menjelang Aidilfitri adalah suatu kemestian dan menjadi tradisi kepada setiap perantau terutamanya yang berkhidmat serta bermastautin di kota raya seperti Kuala Lumpur.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang ketibaan 1 Syawal, kebanyakan warga kota sibuk membuat persiapan dan antara yang menarik perhatian adalah Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral), lokasi tumpuan warga kota untuk pulang ke desa.
Amirul Mukmin Abas, 23, yang berasal dari Pulau Pinang, berkata suasana kemeriahan Aidilfitri dapat dilihat di KL Sentral sepanjang tempoh musim balik kampung dan pada tahun ini keadaan lebih sesak berbanding tahun sebelumnya.
“Tiket bas dibeli sejak awal Ramadan kerana kebiasaannya, tiket bas bagi perjalanan ke utara tanah air cepat habis dan kebanyakan yang memilih untuk menaiki kenderaan awam adalah atas faktor penjimatan kos,” katanya.
Seorang pekerja swasta, Isma Izzati Ismail, 26, berpendapat pulang berhari raya dengan pengangkutan awam adalah satu cara untuk menikmati kemeriahan lebaran bersama warga kota yang lain.
“Kebanyakan kawan yang berasal dari pantai timur dan merantau ke Kuala Lumpur ini lebih memilih untuk pulang beraya dengan pengangkutan awam. Saya menempah tiket bas sejak minggu pertama berpuasa kerana risau tidak dapat pulang beraya jika saya tidak beli tiket awal-awal,” katanya kepada Bernama.
Bagi Medelina Kong, 21, pulang ke kampung dengan pengangkutan awam dari KL Sentral adalah satu kebiasaan baginya dan kemeriahan di situ memberikan rasa serta suasana hari raya.
“KL Sentral adalah permulaan perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke kampung dengan menaiki KTM Intercity dan setiap kali saya bercuti. Saya memilih untuk memulakan perjalanan dengan pengangkutan awam di sini,” kata Medelina yang berasal dari Taiping, Perak.
Tinjauan Bernama mendapati, rata-rata warga kota yang pulang ke kampung, yang memulakan perjalanan dari KL Sentral terdiri daripada pekerja am dan pelajar. – BERNAMA
TOP
JPJ Pantau 10 Laluan Maut Di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan memantau 10 laluan yang sering berlaku kemalangan maut pada musim perayaan.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata usaha itu dilakukan dalam operasi dua minggu bermula Isnin yang disertai 126 anggota dan pegawai untuk mengingatkan pengguna supaya berhati-hati semasa menggunakan laluan terbabit.
Menurutnya, antara laluan berkenaan adalah beberapa jalan Persekutuan dan negeri di Kemaman, Dungun, Setiu, Marang.
“Antara lokasi terlibat adalah kilometer (KM)87 dan KM70 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (laluan pantai); KM107 Kampung Labohan, Kemaman; hadapan Stesen Penguatkuasaan Air Sejuk, Setiu; KM68.9 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Tanjung Jara).
“Turut terlibat adalah KM26 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu; KM87 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dan KM30 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, JPJ negeri turut melakukan rondaan di beberapa lokasi mengikut kesesuaian masa serta keadaan selain menumpukan kepada kesalahan lalu lintas.
Beliau berkata, pihaknya akan memberikan fokus kepada kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan iaitu memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, memandu dalam keadaan berbahaya, menggunakan laluan kecemasan, memotong barisan ketika memandu dan mengikuti kenderaan dengan terlalu rapat.
Abdul Rahman juga berkata pihaknya akan menempatkan anggota secara statik bagi mengesan pesalah trafik yang melakukan kesalahan di beberapa jalan utama
“Kita juga turut menempatkan anggota di beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai laluan berpotensi kemalangan bagi memastikan orang ramai lebih berhati-hati dan beringat kerana ia memang dikenal sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Pengarah Syarikat Tidak Mengaku Cederakan Isteri
KUALA LUMPUR – Seorang pengarah sebuah syarikat minyak dan gas hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan isterinya di rumah mereka di Jalan Ampang, awal bulan ini.
Behrang Baghernejad, 37, dituduh mencederakan isterinya Negar Mirzaaliakbar, 33, di Cendana Condo, Jalan Ampang di sini jam 9.30 malam, 8 Julai lalu.
Lelaki yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Britain dan Iran didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling tidak menawarkan jaminan bagaimanapun menyerahkan budi bicara mahkamah untuk memberikan jaminan terhadap tertuduh dan memohon mahkamah agar tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Peguam Gurmukh Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya itu diikat jamin atas alasan tertuduh masih perlu meneruskan tugasnya bagi menyara isteri serta anak mereka yang berusia enam tahun.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia dan melaporkan diri di balai polis terdekat dua minggu sekali manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan 4 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Gurmukh Singh sendiri membayar jaminan tersebut kerana bapa tertuduh yang hadir ke mahkamah hari ini juga seorang warganegara Britain dan Iran.
Isterinya diwakili peguam pemerhati, Mohd Rifahmi Abd Musikim. – BERNAMA
TOP
Tukang Cuci Hospital Maut Motosikal Terbabas
KUANTAN – Seorang wanita maut selepas selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Kilometer 109.2 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa, Punirah Selamat, 56, mati semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Muadzam Shah kira-kira dua jam selepas kejadian.
“Sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal secara sendirian dalam perjalanan dari arah Jalan Segamat menghala ke Kuantan untuk ke tempat kerjanya di Hospital Muadzam Shah.
Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan selepas sebuah kenderaan berat memotongnya menyebabkan mangsa terjatuh ke kanan jalan,” katanya di sini hari ini.
Pada masa yang sama, katanya polis percaya mangsa telah dilanggar dengan sebuah motosikal lain menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa itu tidak memiliki lesen memandu yang sah serta tidak memakai topi keledar semasa kejadian.
Sehubungan itu, beliau meminta bantuan orang awam yang menyaksikan kemalangan itu agar bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan.
Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
Malindo Air Tambah 6 Lagi Pesawat Sebelum Akhir Tahun
KUANTAN – Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air merancang untuk menambah enam lagi pesawat, iaitu dari jenis Boeing dan ATR sebelum hujung tahun ini bagi memperkukuhkan lagi operasi syarikat.
Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Malindo Air, Raja Sa’adi Raja Amrin berkata, syarikat itu telah pun mempunyai 15 buah pesawat walaupun baru beroperasi selama setahun empat bulan.
“Tambahan pesawat ini adalah penting untuk kami terus mengembangkan operasi dan pada hari ini kami memulakan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Kuantan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Kuantan membabitkan 45 penumpang di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah.
Turut hadir bagi menyambut penerbangan pertama itu Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Pengurus Besar Tourism Pahang, Ishak Mokhtar dan Pengarah Pejabat Pelancongan Pahang, Idrus Yahya.
Raja Sa’adi berkata, syarikat itu akan melakukan penerbangan empat kali seminggu dari Subang ke Kuantan, iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
“Hasrat kami juga adalah untuk memberi pilihan kepada pengguna. Kami mengutamakan keselesaan dan penjimatan masa untuk perjalanan mereka terutama menjelang musim perayaan apabila lebuh raya mengalami kesesakan.
“Sehubungan itu, penerbangan baru ini akan mendekatkan penduduk Kuala Lumpur dengan destinasi pelancongan di Pahang sperti Cherating dan Pulau Tioman,” katanya.
Sementara itu, Mohd Sharkar melahirkan penghargaan kerajaan negeri kepada Malindo Air kerana menawarkan penerbangan dari Subang ke Kuantan dan yakin usaha tersebut akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Pahang. – BERNAMA
TOP
Mesej Penting Di Sebalik Batal Rumah Terbuka
PUTRAJAYA – Pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 merupakan mesej penting kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu dan berkongsi kesedihan bersama anggota keluarga mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
“Ia satu isyarat yang kita berikan kepada dunia bahawa ia peristiwa yang besar dan begitu malang bukan sahaja kepada mangsa rakyat Malaysia tetapi juga seluruh rakyat Malaysia.
“Tidak sesuai untuk kita masih bergelak ketawa, merayakan secara biasa, sedangkan mereka di peringkat untuk mengadakan bedah siasat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan perkembangan terbaru mengenai Ekonomi Digital di sini hari ini.
Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Aidilfitri 2014 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.
Kabinet juga dilaporkan bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.
Ahmad Shabery turut menyeru rakyat Malaysia agar hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Sepang atau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang apabila jenazah dibawa pulang dari Belanda nanti sebagai tanda melahirkan kesedihan.
“Kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu, bersedih, sama-sama merasakan kepedihan daripada kehilangan ini ke tahap yang tertinggi sekali.
“Dunia mesti tahu dan tidak membenarkan mereka yang bertanggungjawab terlepas begitu sahaja,” katanya.
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.
Ia membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.
Ahmad Shabery berkata kerajaan juga belum membuat sebarang keputusan berhubung sambutan Merdeka tahun ini ekoran insiden MH17 itu. – BERNAMA
TOP
Wanita Thailand Dipercayai Keldai Dadah Ditahan
ALOR SETAR – Kastam Kedah menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu dari Thailand seberat 2.352 kilogram bernilai hampir RM450,000 di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, Rabu lepas.
Timbalan Pengarahnya Mohd Noor Yusoff berkata, seorang wanita berumur 34 tahun yang berasal dari Bangkok, Thailand dan dipercayai keldai dadah turut ditahan.
Beliau berkata, dadah tersebut dikesan oleh anggota bertugas ketika melakukan imbasan ke atas beg galas berwarna hitam wanita terbabit pada kira-kira 12.40 tengah hari dan terdapat imej mencurigakan sebelum menemukan dua bungkusan dibalut dengan karbon biru yang mengandungi hablur putih dipercayai syabu.
“Penggunaan karbon biru bertujuan mengelak dikesan pihak berkuasa ketika melakukan imbasan imej dan ini merupakan taktik yang digunakan sindiket untuk menyeludup masuk dadah ke negara ini.
“Dua bungkusan tersebut diletakkan pada dinding bahagian dalam beg pakaian tersebut bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di pejabat Kastam negeri di sini hari ini.
Mohd Noor berkata, bekalan syabu yang diperoleh dari Bangkok itu dipercayai untuk dihantar kepada sindiket yang menunggu di Pulau Pinang.
Katanya, wanita yang mempunyai seorang anak itu masuk ke negara ini sebagai pelancong dan menggunakan van dari negara itu untuk ke Pulau Pinang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa yang sebelum ini hanya tertumpu kepada keldai dadah yang menaiki bas sahaja.
Beliau berkata, suspek kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu bermula semalam hingga 30 Julai ini untuk siasatan.
Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah berbahaya dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – BERNAMA
TOP
PERKASA Simpati Pada Kiki, Bantu Bayar Denda Mahkamah
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.
“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh,” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.
Petubuhan itu turut berkata, tabung tersebut dilancarkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh Kiki.
Kiki turut dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 240 jam selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki pada minggu lalu menerusi video yang menjadi viral di Facebook dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya. - ASTRO AWANI -mstar

Keluarga Cina Biar Budak Lelaki Berak Dalam Kapal Terbang
Satu gambar pada April lepas, seorang budak di cina buang air di tepi jalan
Satu keluarga dari Cina membiarkan anak kecil mereka membuang air besar dalam kabin penerbangan Delta Air Lines dari Beijing ke Detroit, mendorong kemarahan orang ramai terutamnya di laman sosial, Lapor Hong Kong Economic Times, semalam. Budak lelaki itu berjalan dengan ibu bapa dan datuk nenek beliau, yang sambil bodoh sahaja membiarkan budak lelaki itu membuang air besar walaupun bantahan daripada penumpang lain dan krew penerbangan. Seorang penumpang yang dipetik oleh akhbar itu berkata, ibu bapa menghampar surat khabar di tempat duduk supaya budak itu dapat membuang air besar. Bau busuk tersebar di seluruh kabin. - SiakapKeli.com -mstar

MAS Kena Beli, Ambil Alih Air Asia Jika Mahu Buat Untung
Bekas Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mencadangkan syarikat penerbangan bermasalah itu mengambil alih AirAsia Bhd sebagai satu strategi bagi mengatasi krisis kewangannya dan kembali mencatat keuntungan dalam jangka panjang.
“Tidak perlu bergabung dengan AirAsia X. MAS yang sepatutnya membeli AirAsia dan jadikan anak syarikatnya. MAS sebagai syarikat penerbangan nasional yang perlu meneraju, bukan sebaliknya.
“MAS hanya perlu diurus dengan baik berdasarkan permintaan pasaran,” katanya di sini hari ini selepas muncul dalam program ‘Bernama Today’ di Bernama TV dan dihoskan Gerard Ratnam.
Abdul Aziz juga mencadangkan syarikat penerbangan nasional itu yang dimiliki 69 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd, dinyahsenarai daripada pasaran saham.
“Nyahsenarai akan menjadikan kerja pengurusan lebih mudah kerana tidak perlu mengikut prosedur yang ditetapkan bursa. Tetapi mereka yang membeli saham MAS pada harga RM3 atau RM5 akan menjadi tidak gembira,” katanya.
Pengambilalihan akan membolehkan kumpulan yang digabungkan itu memberi tumpuan kepada pasaran tambang rendah yang meliputi 80 peratus di Asia Tenggara, di samping pasaran premium yang kompetitif, iaitu tindakan yang jauh lebih baik daripada bersaing di antara satu sama lain.
Cadangan untuk menyelamatkan MAS mendapat perhatian berikutan kerugian bersih syarikat itu dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2014 meningkat kepada RM443.39 juta berbanding RM278.83 juta setahun lalu.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu telah mewujudkan pelan pemulihan hingga ia digagalkan oleh kehilangan penerbangan MH370 pada Mac lalu dan ia menjadi semakin teruk apabila Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine minggu lepas.
Saham MAS di Bursa Malaysia telah susut hampir 35 peratus tahun ini dan diniagakan 22 sen hari ini.-BERNAMA -mstar
TOP
Anak Yatim Dianiaya, Ditipu Dapat Tidur Hotel Di Johor
Kejam. Itu sahaja yang boleh dilafazkan terhadap individu yang dikenalpasti sebagai Faiz yang menipu 75 orang miskin dan anak yatim di Johor Bharu.
Faiz dikatakan membuat janji palsu kepada anak-anak yatim ini dengan menipu untuk memberi mereka penginapan percuma dan juadah berbuka puasa beserta sumbangan di sebuah hotel. Anak-anak yatim ini terpaksa menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer untuk ke Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, kelmarin.
“Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, salah seorang pengiring anak yatim tersebut, 47, semalam.
Kesemua 75 peserta rombongan berkenaan berusia antara 5 hingga 18 tahun. Mereka adalah anak yatim dan keluarga kurang mampu dari Jalan Pahang Lama, Gombak Selangor. Rombongan ini diuruskan oleh Surau Silaturrahim kampung berkenaan setelah lelaki bernama Faiz berkenaan menyatakan dia mahu meraikan anak-anak yatim berkenaan.
“Lelaki bergelar Faiz menghubungi saya Isnin lalu (21 Julai) meminta kerjasama mengumpul 75 anak dari keluarga miskin dan anak yatim untuk dibawa ke Johor Bahru di mana majlis itu dikatakan bakal diadakan pada 23 Julai (kelmarin).
“Saya dan sukarelawan surau bersyukur lelaki itu menyatakan niat murni pengurusan hotel menaja kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan,” katanya.
“Kali terakhir kami menghubungi Faiz ketika dalam perjalanan iaitu jam 11 pagi kelmarin dan kami pelik kerana selepas dua jam, dia mematikan telefon.
“Sebaik tiba di lobi hotel pada 2.30 petang, saya dimaklumkan tiada tempahan bilik hotel atau penganjuran majlis.
“Kami buntu kerana tidak memiliki sumber kewangan menguruskan penginapan dan makanan peserta hingga terpaksa memaklumkan kejadian kepada pihak hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang bertolak pulang ke Gombak jam 12 tengah hari, semalam.
Sementara itu, salah seorang peserta rombongan, Muhammad Hishamuddin, 17, berkata, dia dan rakannya tidak menyangka diperdaya pihak tertentu.
“Ini kali pertama saya menjejak kaki ke hotel. Saya berterima kasih kerana pengurusan hotel bersimpati dengan nasib kami dan menawarkan penginapan sehari, makanan serta kemudahan bas untuk pulang,” katanya.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Tiga Maut, 36 Cedera Dalam Letupan Bom Di Hatyai
Anggota bomba bertungkus-lumus untuk memadam kebakaran disebabkan letupan bom kereta.
HATYAI: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 36 lagi cedera susulan letupan bom kereta di daerah komersial di selatan Thailand. Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta itu meletup di depan Hotel Holiday kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan). Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan. Sophon berkata, daripada 36 yang cedera, tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri seberat 100kg. Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan letupan bom kereta itu. Kira-kira 60-70 peratus penduduk di Betong beragama Islam. -mstar

Tiga Rakan Didakwa Miliki Kontena Berisi Cakera Keras
KLANG: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat atas pertuduhan memiliki sebuah kontena mengandungi cakera keras bernilai AS$1.5 juta (RM4.77 juta) pada minggu lepas.
Mohd Khairul Nizam Halimin, 28, Zaireen Irwan Yahaya, 39, dan Mohd Ferdaus Yusoff, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.
Ketiga-tiga lelaki itu didakwa memiliki sebuah kontena mengandungi cakera keras milik Western Digital di Jalan Sellathevan Off Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36 di sini, pada pukul 10 malam, 18 Julai lepas.
Mohd Khairul Nizam, pemandu lori, Zaireen Irwan, jurulatih memandu dan Mohd Ferdaus, sub kontraktor, didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Nor yang mengendalikan pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh memandangkan barangan curi yang mereka miliki mempunyai nilai tinggi.
Ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon supaya mahkamah membenarkan mereka dibebaskan dengan ikat jamin yang rendah atas alasan masing-masing mempunyai anak serta berpendapatan kecil.
Tasnim kemudian membenarkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM17,000 serta seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Beliau turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menyerahkan pasport mereka kepada mahkamah selain melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu pertama setiap bulan. -mstar
TOP
Khalid Hargai Sokongan Presiden PAS
KAPAR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan penghargaan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan supaya beliau terus menerajui kerajaan Selangor sehingga akhir penggal pentadbirannya.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata sokongan Abdul Hadi terhadapnya dilihat amat bermakna dalam memastikan keperluan negeri Selangor untuk mempunyai suasana politik yang stabil.
Katanya, beliau dan barisan pemimpin negeri akan terus memastikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat dapat dilaksana menerusi kecemerlangan pentadbirannya menerajui negeri maju itu.
Abdul Hadi pada Jumaat mempertahankan Abdul Khalid supaya kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
Beliau berkata kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.
Katanya alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar itu adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar.
Baru-baru ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. -mstar
TOP
Bas Ekspres Terbakar Dekat Simpang Pulai
Keadaan trafik di plaza tol Jalan Duta mulai sesak ekoran warga kota ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aildilfitri. - fotoBERNAMA
IPOH: Sebuah bas ekspres menghala ke Kuala Lumpur dari Butterworth terbakar dekat KM287 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Simpang Pulai, kira-kira pukul 6 petang Jumaat. Beberapa penumpang menyedari asap keluar dari bahagian belakang bas dan segera memaklumkan kepada pemandu. Bas terbabit berhenti di laluan kecemasan dekat Simpang Pulai. Kesemua 32 penumpang berjaya dikeluarkan tetapi beberapa bagasi musnah. Mereka dibawa menaiki bas dari syarikat lain untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui. Berikut adalah beberapa laporan keadaan lalu lintas di beberapa lebuhraya utama: KARAK: Sesak dari tol Gombak dan Genting Sepah - Bukit Tinggi. PLUS: Mulai sibuk sebelum terowong Menora-Sg Perak-Bukit Berapit dan dari Slim River-Sungkai. PLUS: Trafik kembali normal tetapi sibuk di R&R Seremban menuju ke Seremban selepas kemalangan di KM257 menghala ke selatan dialihkan. PLUS Utara: Trafik masih sesak sepanjang 1KM dari Kuala Kangsar ke Ipoh disebabkan kemalangan di KM266.3. -mstar

Pasukan Penyiasat Malaysia Serah Laporan Kepada Belanda
Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) memindahkan mayat-mayat mangsa MH17 untuk tugasan forensik di Kharkiv, Ukraine. - fotoBERNAMA
KIEV: Pasukan penyiasat Malaysia mengenai pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Torez, wilayah Donetsk, di timur Ukraine, telah mengemukakan laporannya kepada Belanda, yang mengetuai penyiasatan nahas itu. Pengarah Kejuruteraan dan Penyenggaraan Malaysia Airlines (MAS) Azhari Mohd Dahlan, 53, seorang daripada tiga rakyat Malaysia, yang ditauliahkan menjalankan penyiasatan tentang kejadian itu di Torez, memberitahu Bernama: "Kini kami lega...Semua laporan penyiasatan telah diserah kepada Belanda kerana merekalah yang mengetuai siasatan." Beliau berkata demikian sejurus tiba di Kiev, kira-kira 800 kilometer dari Torez, dengan kereta api pada Jumaat pagi. Azhari bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang penyiasatan selama empat hari yang dilakukan beliau bersama dua lagi penyiasat Malaysia terdiri daripada penolong pengarah kanan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Kapt Philip Joseph Selvaraju, 42, juga bekas juruterbang, dan seorang lagi penolong pengarah kanan jabatan itu Mohd Naemy Fahmy Mustapa, 38. Pesawat Boeing 777-200 itu, yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - sedang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. Walaupun media melaporkan pesawat itu ditembak jatuh, namun hingga kini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab mengenainya. Azhari dan kesemua 133 anggota pasukan khas Malaysia, yang diterajui Majlis Keselamatan Negara (MKN), dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada tengah hari Jumaat (waktu tempatan). Sementara itu, menurut MKN, 60 lagi mayat mangsa tragedi MH17 akan diterbangkan ke Belanda. Hingga Khamis, 114 mayat telah diterbangkan ke sana, katanya. Sebanyak empat koc peti sejuk digunakan bagi membawa 282 mayat mangsa kejadian itu dari Donetsk ke Kharkiv (Ukraine) pada Selasa untuk ditanda (tag), sebelum diangkut dengan pesawat ke Eindhoven, Belanda. -mstar

Bayi Maut Tercampak Dari Kereta
KUALA TERENGGANU: Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya di Km 110, Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun tengah hari Jumaat.
Muhammad Ammar Mohd Sobri parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata bayi terbabit dipangku neneknya di bahagian belakang kereta yang turut dinaiki ibunya.
"Insiden dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik," katanya ketika dihubungi.
Ibu saudara bayi itu, Noor Aini Abu Bakar, 30, patah tangan kiri dan nenek bayi tersebut yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun.
Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Nor Asikin Abu Bakar cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu di Kemaman, seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Km 115, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Baru Kerteh pagi Jumaat.
Mohd Jamal Musa, 39, dari Kemasek meninggal ditempat kejadian dalam kemalangan 7.15 pagi itu.
Jurucakap polis berkata mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Petroleum, Kerteh sementara pemandu kereta itu dari Kuala Lumpur mahu pulang beraya ke Dungun. -mstar
TOP
MH17: Ujian Forensik Untuk Kumpul Bukti - Subramaniam
S. Subramaniam.
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja forensik ke atas mangsa tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines dilakukan bukan sahaja untuk tujuan pengecaman identiti tetapi juga untuk mengumpul bukti bagi mengheret mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata tugas itu yang diketuai pasukan penyiasat Belanda adalah lebih rumit dan memakan masa berminggu-minggu. "Kalau cuma untuk pengecaman mayat proses lebih senang. Tapi untuk kes ini dibawa ke mahkamah kita perlu sediakan bukti yang kukuh," katanya kepada media selepas melancarkan program Sindhi Sammelan Antarabangsa ke-21, di sini Jumaat. Beliau berkata antara bukti yang boleh digunakan untuk tujuan pendakwaan adalah serpihan logam yang mungkin ditemui di dalam mayat mangsa. Kata Subramaniam, proses mengumpul data daripada 45 anggota keluarga mangsa yang berada di negara ini untuk membentuk profil DNA telah selesai dan dihantar ke Belanda untuk proses 'penjodohan' DNA antara waris dan mangsa. Pesawat MH17 Boeing 777-200 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, timur Ukraine Khamis lepas. Ia membawa 298 penumpang serta anak kapal dan dipercayai ditembak jatuh. -mstar

Tempoh Perintah Berkurung Di Sabah Dilanjutkan - KPN
Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia melakukan rondaan keselamatan di perairan Semporna, Sabah dalam usaha menangani kemasukan penceroboh kumpulan bersenjata dari negara jiran Filipina. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. "Saya sedang meneliti keadaan di perairan Sabah. Secara umumnya atas semakan yang saya lakukan, kita (polis) perlu melanjutkan tempoh perintah berkurung. "Pihak polis juga mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada anggota masyarakat. Saya berharap penduduk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada majlis pemakaian pangkat dan pelancaran jabatan baharu Polis Diraja Malaysia di sini Jumaat. Sabtu lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga jeti Tawau sehingga 2 Ogos. Mengenai status anggota Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resot di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, Khalid berkata pihaknya masih berusaha untuk menyelamatkannya. Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut ditembak manakala Zakiah diculik ketika pasukan mereka menjalankan tugas rondaan di kawasan resot berkenaan. -mstar

Elak Kunjungi Betong - KPN
Skuad pemusnah bom sedang meneliti kawasan letupan.
KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menuju ke wilayah Betong, dalam masa terdekat, berikutan insiden pengeboman di sana, petang Jumaat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya berkata, keadaan di Betong, Thailand, yang terletak bersempadan dengan Pangkalan Hulu, Perak, pada masa ini adalah amat merbahaya dan tidak menentu. "Saya ingin nasihatkan semua rakyat Malaysia supaya mengelak berkunjung ke selatan Thailand. "Situasi di sana agak merbahaya dan tidak menentu," tulisnya dalam Twitter. Terdahulu, sekurang-kurangnya tiga maut manakala 36 lagi cedera susulan letupan bom kereta di daerah komersial di selatan Thailand. Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta itu meletup di depan Hotel Holiday kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan). Letupan tersebut turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan. Sophon berkata, daripada 36 yang cedera, tiga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan letupan bom kereta itu. -mstar

Rakyat Malaysia Antara Yang Cedera Dalam Letupan Bom Di Betong
YALA: Seorang rakyat Malaysia adalah antara mangsa letupan bom di Betong yang terletak di wilayah Yala, selatan Thailand, yang mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan berpuluh mangsa lain.
Daripada senarai di hospital Betong, warga Malaysia itu ialah seorang pemuda berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Jeemihan dan dipercayai berketurunan India sementara mangsa-mangsa lain adalah rakyat Thai.
Menurut pihak hospital ada 24 orang yang cedera tetapi sumber lain dan laporan media tempatan ada menyebutkan sehingga hampir 40 orang.
Menurut maklumat sumber kakitangan di Hospital Betong, empat orang yang cedera parah dan dalam keadaan kritikal dihantar menggunakan helikopter untuk menerima rawatan di Hospital Pusat Yala.
Penduduk tempatan berkata bom tersebut meletup sekitar jam 4.45 petang waktu tempatan.
Ia dipasang dalam sebuah trak pikap dan diletak serta diletupkan di hadapan Hotel Holiday Hill di pekan pelancongan Betong.
Ia merosakkan empat premis perniagaan serta berpuluh buah motosikal dan kereta.
Betong pada amnya adalah bandar yang aman dan bukan sasaran serangan puak pemisah sebelum ini.
Menurut maklumat pejabat pelancongan Daerah Betong, sekitar 80 peratus daripada ribuan pelancong yang datang ke situ merupakan rakyat Malaysia yang datang untuk berhibur. -mstar
TOP
Masyarakat Islam Thai Lancar Bantahan Di Depan Kedutaan Israel
Rakyat Thailand berarak di depan kedutaan Israel sebagai membantah tindakan kejam ke atas penduduk di Gaza.
BANGKOK: Beratus-ratus masyarakat Islam di Thailand berkumpul di hadapan Kedutaan Israel di Bangkok hari ini dalam demonstrasi secara aman menuntut bagi "menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Palestin" dan "Bebaskan Gaza". Presiden Majlis Antarabangsa Al Quds Thailand Stinerapab Suksamran berkata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) harus bertindak terhadap apa yang berlaku di Gaza dan Palestin pada masa ini. "Kira-kira 700 rakyat Palestin telah terbunuh dan 80 peratus daripada mereka terdiri daripada kanak-kanak dan wanita," kata beliau. Majlis itu juga mengutuk kekejaman itu dan menggesa Israel menghentikan operasi ketenteraan dan dengan segera menghentikan "pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin". Ia juga meminta PBB menamatkan konflik bagi membawa keamanan di Semenanjung Gaza serta menggesa OIC membantu mangsa-mangsa konflik. Demonstrasi selama dua jam itu berlangsung pukul 2 petang di Asok, kawasan yang menjadi pusat perniagaan di Bangkok. Para penunjuk perasaan juga mengibarkan bendera Palestin dan membakar bendera Israel sebelum bersurai. Beberapa anggota polis ditempatkan di depan kedutaan sementara pusat pemeriksaan ditubuhkan untuk memeriksa barang-barang kepunyaan penunjuk perasaan sebelum memasuki bahagian hadapan kedutaan. -mstar

Plenitude, KWSP Meterai Perjanjian Beli Hotel
KUALA LUMPUR: Plenitude International Sdn Bhd menandatangani perjanjian jual beli dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengambil alih sebuah hotel mewah 259 bilik di Pulau Pinang pada harga RM160 juta tunai.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, ia berkata, pengambilalihan itu termasuk hotel dikenali sebagai Gurney Resort Hotel & Residences, unit runcit di tingkat bawah hingga tingkat dua dan 551 lot tempat letak kereta.
"Pengambilalihan itu adalah satu peluang untuk Plenitude mengembangkan perniagaan hotelnya, termasuk Four Points Sheraton Pulau Pinang dan ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan.
"Urus niaga itu dijangka dapat diselesaikan pada suku keempat 2014," katanya. -mstar
No comments:
Post a Comment