TOP
Arsenal Sudah Ikat David Ospina – Puel
LONDON – Arsenal sudah melengkapkan usaha mendapatkan tanda tangan penjaga gol Colombia, David Ospina, menurut jurulatih Nice, Claude Puel.
Penjaga gawang berusia 25 tahun itu sudah mewakili kelab Perancis dalam Ligue 1 itu sejak 2008 dan membantu pasukan negara layak ke suku akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.
“Ia sah, ya…. Ia pembelian baik untuk Arsenal kerana dia pemain yang hebat.”
Tanpa mengesahkan tawaran itu, pengurus Arsenal berkata: “Saya berasa dia bermain dengan baik di Piala Dunia.”
Terdahulu, pengendali itu beranggapan Ospina mampu menggantikan Wojciech Szczesny selaku penjaga gol pertama kelab selepas perjanjian perpindahan itu dibereskan.
Wenger juga berkata penjaga gol Colombia itu sudah membuktikan nilainya di Nice selepas menggantikan Hugo Lloris yang kini beraksi di Tottenham. – BBC Sports
TOP
MiG-29 Russia Terhempas, Juruterbang Maut
MOSCOW – Sebuah jet pejuang MiG-29 terhempas di selatan Russia, membunuh juruterbangnya, kata Ketua Turus Tentera Udara kepada agensi berita dan menyalahkan kerosakan teknikal sebagai punca nahas.
“Kemalangan berlaku dan juruterbang mati,” kata Jeneral Viktor Bondarev seperti dipetik agensi berita Interfax.
“Kami sedang menyiasat apa yang berlaku. Menurut data awal, sebab nahas itu ialah kegagalan peralatan penerbangan,” katanya. – AFP
TOP
Lafaz Maaf Lebih Afdal Berbanding ‘Kosong-Kosong’
KUALA LUMPUR – “Maafkan saya…kosong-kosong ya”. Itulah ungkapan yang sering kita dengar dewasa ini setiap kali Syawal menjelma.
Walaupun ungkapan yang dianggap mengikut peredaran masa itu tidak menjadi satu kesalahan untuk diucapkan, namun ia dianggap sebagai satu ‘amalan’ yang longgar jika mengikut syariat Islam sebenar.
Mufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata adalah lebih afdal jika umat Islam bersalaman pada hari raya sambil melafazkan ucapan ‘maafkan saya zahir dan batin’ berbanding hanya’ kosong-kosong’ kerana tidak melambangkan keikhlasan dalam memohon kemaafan.
“Dalam Islam kita panggil musafaha iaitu berjabat tangan sambil kita lafazkan kata meminta maaf dan memohon agar semua kesilapan serta kesalahan kita pada individu tertentu dimaafkan.
“Perkataan maaf itu sebaiknya dilafazkan sebagai tanda kita minta lupakan peristiwa lampau, jangan ada parut sekalipun dan buka lembaran baharu,” katanya kepada Bernama.
Muhammad menarik perhatian apabila berkata memohon dan memberi kemaafan bukan hanya ketika Hari Raya, sebaliknya amalan mulia itu wajar dilakukan pada setiap masa.
Nabi Muhammad SAW sendiri meminta ampun daripada Allah SWT sebanyak 70 kali setiap hari, kata Mufti Kelantan itu.
Sementara itu, pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam apabila berkata ungkapan ‘kosong-kosong’ itu ibarat merosakkan nilai serta budaya masyarakat Melayu yang cantik dan indah.
“Tamadun yang dibina patut lebih baik dan bukan dirosakkan. Bukankah indah dan cantik ungkapan maaf zahir dan batin.
“Orang Inggeris misalnya cakap ‘sorry’ atau ‘please forgive me’, tapi kenapa kita nak ucap kosong-kosong yang hanya sementara dan berubah-ubah,” kata Ramlah yang juga Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Ramlah berkata menghulurkan tangan dan melafazkan kata memohon maaf merupakan satu akad yang betul berbanding dengan hanya mengucapkan ‘kosong-kosong’ yang menurutnya langsung tidak menunjukkan keikhlasan memohon kemaafan.
“Itu mungkin sekadar budaya baharu, tapi ia tak gambarkan tentang minta maaf.
“Kita mungkin salah pada individu tertentu, tapi tak semestinya orang itu bersalah pada kita. Jadi macam mana kita boleh kata ‘kosong-kosong’,” jelas Ramlah.
Bagaimanapun, pandangan berbeza dinyatakan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara Prof Dr Kamaruddin M.Said apabila berkata ungkapan ‘kosong-kosong’ merupakan satu budaya baharu yang tidak dapat ditolak bagi menghidupkan lagi suasana sambutan Hari Raya.
“Tidak ada masalah dengan ucapan itu, sebab masyarakat sekarang dah faham ia merujuk kepada permohonan maaf.
“Implikasinya tetap sama walaupun tanpa ucapan maaf zahir dan batin, tidak mengucapkan ungkapan itu bukanlah satu kesalahan,” katanya.- BERNAMA
TOP
“Lemang Perantau” Pengubat Rindu Anak Malaysia Di Jepun
KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri akan lebih bermakna jika hidangan tradisional seperti “ketupat, lemang dan rendang” dapat disediakan untuk sajian keluarga dan juga tetamu yang berkunjung.
Namun, bagi anak Malaysia di perantauan, tiada lagi ketupat dengan daun palas dianyam terlebih dahulu sebelum disumbat dengan pulut yang telah dimasak seterusnya dikukus.
Tiada juga lemang yang diperbuat daripada beras pulut dan santan, dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.
Bagi Aida Norfaliesa Yusof, 29, yang tinggal di Nagaoka Niigata, Jepun, keterujaan terhadap keenakan rasa ketupat palas dan lemang mendorongnya menjadi lebih kreatif mencipta lemang sendiri untuk dimakan bersama rendang di pagi Syawal.
Walaupun rasanya sedikit berbeza, namun suri rumah yang tinggal di negara matahari terbit itu sejak April tahun lepas itu berpendapat penyediaan lemang yang dikenali sebagai “lemang perantau” sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa rindu kepada menu tradisional lebaran itu.
“Sewaktu menyambut hari raya tahun lepas, saya pergi ke majlis rumah terbuka seorang kenalan di Nagaoka Niigata dan di situ saya mula tertarik dengan lemang yang dihidangkan.
“Bentuknya saling tidak tumpah seperti lemang di Malaysia. Bermula daripada situ saya cuba mencari resepi untuk memasak lemang diinternet serta bagaimana boleh dimasak tanpa menggunakan buluh,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.
Menurut wanita yang berasal dari negeri Jelapang Padi itu, cara penyediaan “lemang perantau” agak mudah, tidak serumit seperti lemang yang dimasak di Malaysia.
Ibu kepada Muhammad Farris Faisal, 6, dan Nur Faizatul Aisyah Faisal, 3, itu berkata beras pulut yang telah dibersihkan perlu dicampur santan, sedikit garam dan satu sudu besar minyak masak sebelum dikukus selama 30 minit dengan api bersuhu sederhana menggunakan periuk kukus.
Seterusnya pulut itu akan dibentuk seperti lemang dengan cara memasukkannya ke dalam botol air mineral bersaiz 500 milimeter yang telah dipotong separuh dan pastikan pulut itu benar-benar padat di dalam botol, katanya.
“Selepas itu, pulut dikeluarkan daripada acuan (botol), dibalut dengan daun pisang yang telah dilayur dan dikukus semula selama lima minit sebelum dipotong nipis seperti lemang biasa setelah disejukkan seketika,” katanya.
Aida Norfaliesa berkata beliau tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan beras pulut dan santan kerana bahan utama itu mudah diperoleh di mana-mana pasar raya di sekitar kawasan kediamannya.
Namun, untuk bekalan daun pisang beliau terpaksa membelinya secara dalam talian di baticrom.com dan pada kebiasaan belian yang dibuat akan diterima dalam tempoh dua hari, katanya.
Mengenai persiapan raya di tempat orang, Aida Norfaliesa yang mengikut suaminya, Faisal Ariffin, 33, menyambung pengajian di Nagaoka University of Technology berkata sambutan hari raya mereka tidaklah semeriah seperti menyambutnya di kampung halaman sendiri.
Aida Norfaliesa berkata lazimnya beliau sekeluarga menyertai pelajar Malaysia yang lain berkumpul beramai-ramai untuk sama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di surau yang terletak berhampiran kediaman mereka di International Students House, Nagaoka University.
“Setelah solat, kami akan ke Dewan Makan International Students House atau “Kaigi Shitsu” bagi menikmati pelbagai jenis hidangan seperti ketupat, aneka kuih raya, termasuk “lemang perantau” hasil air tangan saya,” katanya yang amat merindui ketupat palas yang dibuat ibunya di tanah air. – BERNAMA
TOP
Telekung Berwarna Trend Terkini Muslimah Ke Masjid
KUALA LUMPUR – Sambutan Aidilfitri bukan sahaja diserikan sajian juadah pelbagai dan tradisi kunjung-mengunjung, tetapi turut diwarnai penampilan individu termasuk ketika menunaikan solat sunat Hari Raya.
Ini termasuk penampilan muslimah yang mengenakan telekung berwarna dan bercorak berbanding telekung konvensional berwarna putih.
Sekalipun ada yang menganggap pemakaian telekung berwarna boleh mengganggu khusyuk jemaah lain, bagi Jazlina Ahmad, 32, perkara itu tidak salah asalkan bukan niat untuk menunjuk-nunjuk.
“Pada pendapat saya, kebersihan pakaian semasa menunaikan solat lebih penting selain telekung itu tidak nipis serta menutup aurat sepenuhnya,” katanya kepada Bernama.
Penjawat awam itu juga memilih telekung berwarna kerana lebih mudah dijaga berbanding warna putih.
Bagi guru dari Perak, Siti Zabedah Ali, 27, memakai telekung selain warna putih boleh sedikit sebanyak menganggu perhatian jemaah lain.
“Kita sedang solat memanglah tidak perasan perkara itu… tetapi jemaah lain mungkin ada yang terdetik di hati mereka ketika sedang solat dengan mengatakan telekung kita cantiklah, berwarna-warnilah dan mungkin ada yang tertanya mahalkah telekung itu,” katanya.
Penceramah bebas Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata pemakaian telekung berwarna dan bercorak tidak mendatangkan masalah ketika mengerjakan solat.
“Yang penting, telekung itu menepati syarat sah solat iaitu menutup aurat dan bersih daripada najis. Warna apapun sesuatu pakaian itu tidak menjadi masalah dan dibolehkan dalam solat,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum Hawa khususnya tidak terlalu bermewah dengan penampilan ketika ke masjid sehingga menimbulkan perasaan riak yang ditegah dalam Islam. – BERNAMA
TOP
Russia Tidak Harus Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2018
LONDON – Timbalan Perdana Menteri Britain, Nick Clegg menyertai desakan pihak lain, hari ini meminta supaya hak Russia selaku tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2018 ditarik balik berikutan insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, baru-baru ini.
Pemimpin Liberal Democrat itu berkata acara sukan harus menjadi sebahagian daripada pakej baru sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas Moscow.
“Anda tidak boleh adakan permainan cantik ini selepas ia dicemari secara agresif oleh Russia atas konflik sempadan Russia-Ukraine itu,” kata Clegg kepada kepada akhbar Sunday Times.
“Bukan sahaja Vladimir Putin akan mengeksploitasi, saya rasa ia akan menampakkan seluruh dunia seperti lemah dan tidak ikhlas mengenai bantahan kita ke atas Vladimir Putin jika kita tidak bersedia menyekatnya.”
Semalam, EU bersetuju dengan sekatan baru ke atas Russia berikutan insiden pesawat MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine pada 17 Julai lalu yang membunuh semua 298 penumpang. – AFP
TOP
Nik Aziz Sokong Kenyataan Abdul Hadi Isu MB Selangor
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu.
"Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.
Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden.
"PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden.
"Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.
Berikut kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya
Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.
Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.
Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?
Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.
PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini.
Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.
Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.
Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.
Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.
NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Sumber: Harakah

2 Lelaki Didakwa Bunuh Pemilik Kilang Plastik
JOHOR BHARU – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemilik kilang plastik di Jalan Skudai-Danga Bay dekat sini, pada 4 Julai lalu.
Tertuduh, Izwanuddin Kassim, 34, dan warga Singapura, Noriskandar Zainal Yahya, 37, yang tidak diwakili peguam mengangguk faham apabila pertuduhan membunuh mangsa, Yong Boon Cheong, 54, dibacakan kepada mereka.
Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias kemudian menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Farhana Adham. – BERNAMA
TOP
Ketokohan Najib Kendali Isu Nahas MH17 Dipuji
TEMERLOH – Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menggunakan cara diplomasi berunding dengan pemimpin kumpulan pemisah di Donetsk, Alexander Borodai, dalam isu MH17 menjadikan Malaysia kini makin disegani negara besar lain.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohd Said, berkata kewibawaan Najib itu secara langsung membuka mata dunia tentang keupayaan negara menangani isu berkenaan sehingga berjaya membawa keluar mayat mangsa tragedi MH17 dan kotak hitam dari kawasan nahas.
“Cabaran yang ditanggung kerajaan akibat nahas pesawat MH17 ini memerlukan sokongan padu semua lapisan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran negara.
“Kecaman keras Ahli Parlimen terhadap penjenayah yang menembak jatuh pesawat MAS MH17 dalam Persidangan Khas Tergempar Parlimen Rabu lalu, membuktikan kita bersatu dalam hal itu dan ia juga melambangkan kemarahan rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengagihkan kira-kira 4,000 batang lemang kepada penduduk dan perantau balik kampung di simpang Kampung Peragap, Tol Chenur dan Bandar Kuala Krau hari ini.
Sehubungan itu, Ismail berharap rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau pegangan politik terus memberi sokongan padu kepada Najib dan kerajaan agar mereka yang bertanggungjawab dalam nahas berkenaan dapat diheret ke muka pengadilan. – BERNAMA
TOP
Selangor Dakwa Ada Pihak Cuba Sabotaj Bekalan Air Mentah
Berikut adalah kenyataan media daripada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yanus Hairi.
KENYATAAN MEDIA
27 JULAI 2014
SELANGOR KECAM CUBAAN SABOTAJ BEKALAN AIR MENTAH
Kerajaan Negeri mengecam percubaan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata. Atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.
Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama 5 jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala.
Ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.
Dalam masa yang sama, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bestari Jaya. Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan petugas yang terlibat dalam mengendali pam di HORAS Bestari Jaya dan menghargai pengorbanan mereka meninggalkan keluarga dan bertugas semasa musim perayaan.
Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat.
YB DR AHMAD YUNUS HAIRI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP BELIA DAN SUKAN, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Identiti Mangsa Pertama Nahas MH17 Dikenalpasti Berasal Dari Belanda
Kerajaan Belanda telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakar forensik telah berjaya mengenalpasti mangsa pertama yang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 yang berlaku di timur Ukraine ialah rakyat negara itu.
Tanggungjawab untuk mengenalpasti mangsa nahas MH17 telah dipertanggungjawabkan kepada Belanda memandangkan angka korban nahas terbanyak adalah dari negara tersebut.
“Hari ini mayat mangsa nahas pesawat MH17 telah dikenalpasti
“Mangsa merupakan rakyat Belanda dan keluarga mangsa telah dihubungi,” katanya dalam kenyataan itu.
Walaupun telah membuat kenyataan tersebut, tetapi pihak Belanda tidak mendedahkan butiran mangsa berkenaan.
“Pasukan yang terdiri daripada 200 pakar kini sedang dalam proses mengenalpasti mangsa yang berkemungkinan besar mengambil masa sehingga beberapa bulan,” kata kenyataan itu.
Kini, masih terdapat beberapa mayat yang belum dikeluarkan dari kawasan nahas. Setakat ini sebanyak 227 mayat mangsa nahas yang terdiri dari 17 negara telah diterbangkan ke Belanda untuk proses pengecaman mayat. - SiakapKeli.com
TOP
Bekas Adun Tanjung Dawai Meninggal Dunia
BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai, Datuk Arzmi Hamid meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 4.50 pagi Ahad.
Berita kematian Arzmi turut dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui posting terbaharunya di laman Twitter.
“Takziah kepada keluarga Datuk Arzmi Hamid. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah,” demikian tulis Najib.
Sebelum itu berita kematian Arzmi disahkan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad menerusi laman Facebook rasminya.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Bukit Selambau.
Arzmi, 58, juga merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Merbok.
Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Allahyarham turut pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok pada 1995 hingga 1998 selain Setiausaha Pemuda Umno Malaysia sejak 1994 hingga 1996. - mStar
TOP
Pesta Mantai Unik, 300 Ekor Lembu Dan Kerbau Tumbang
BERANANG – Lebih 300 ekor lembu dan kerbau dijual selama 48 jam tanpa henti bermula pada Jumaat malam sehingga Ahad di dalam Pesta Mantai di Beranang.
Ia merupakan acara tradisi yang mencecah lebih 50 tahun selain terkenal di seluruh Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
Dalam dialek Minang, mantai bererti kenduri atau acara makan-makan sebelum menyambut Syawal.
Menariknya setiap tahun, lembu dan kerbau yang dijual merupakan hasil penternak di kampung itu sendiri.
Menurut peniaga daging, Daud Kassim, pesta memantai itu merupakan acara tradisi keluarganya yang bermula daripada arwah bapanya.
“Sebenarnya pesta memantai ini merupakan acara tradisional yang bermula daripada arwah bapa. Apa yang seronok dan meriahnya apabila penternak lembu dan kerbau bersama-sama di satu lokasi dan mejual daging sampai malam hari raya.
“Kita sebagai generasi seterusnya mengambil tanggungjawab untuk meneruskan tradisi itu,” katanya.
Katanya, paling penting, pembeli dapat menikmati daging segar kepada penduduk tempatan dan mereka yang dalam perjalanan pulang ke kempung di bahagian Selatan.
Dalam pada itu, Ketua Kampung Sesapan Kelubi, Norhamdan Nordin berkata, kira-kira 15 penternak membuka gerai di satu kawasan tradisi di Pekan Beranang.
“Kalau ikut tahun ke tahun, memang sentiasa penggemar daging akan datang di sini merupakan dari seluruh Selangor.
“Menariknya di sini, semua yang dijual adalah daging lembu tempatan asli, kebanyakannya lembu liar yang dibela di kandang penternak di kawasan ini,” jelasnya.
Sementara itu, pengunjung, Shamsul Muhardzi mengakui akan ke Beranang setiap kali menjelang hari raya untuk mendapatkan bekalan daging segar.
“Sebenarnya saya datang ke sini kerana dua sebab, satu kerana mengikut kawan dan kita semua tahu kemeriahan Pesta Mantai setiap tahun di sini…yang keduanya kerana dagingnya segar,” katanya.
Kemeriahan mantai turut diakui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz.
“Saya dapat lihat respon Pesta Mantai ini cukup lama terkesan bukan sahaja kepada penduduk tempatan di sini malahan kita dapati penduduk Johor yang ingin balik ke kampung turut menggunakan jalan lama untuk ke sini,” jelasnya.
Pesta Mantai dikatakan tradisi turun menurun yang diwarisi masyarakat Negeri Sembilan. – Astro Awani
TOP
Cari Kaedah Mantap Kurang Kemalangan Jalan Raya
KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mencari kaedah lebih berkesan mengurangkan kes kemalangan jalan raya, terutama pada musim perayaan yang sering kali mencatatkan angka korban yang agak tinggi.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, statistik menunjukkan tiada penurunan drastik jumlah kemalangan dan kematian walaupun pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan.
“Sebagai contoh sepanjang tahun lalu, sejumlah 6,915 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan iaitu menurun sedikit berbanding 6,917 kematian pada 2012.
“Walaupun ada penurunan tetapi ia amat kecil dan angka kematian sejak dua tahun lalu iaitu melebihi 6,000 orang adalah angka yang masih tinggi,” katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini.
Justeru, Lee mencadangkan agar kerajaan memperketat lagi pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan jalan raya bagi memberi impak lebih berkesan terhadap sikap pengguna jalan raya.
Lee berkata, sikap pengguna adalah penyumbang utama kepada statistik kemalangan yang tinggi dan mereka perlu sentiasa dididik dan diingatkan tentang tanggungjawab mereka semasa berada atas jalan raya.
“Kempen-kempen kesedaran perlu diperhebat dan dipergiat dan dilaksana secara berterusan dan bukannya bermusim bagi mengingatkan orang ramai seterusnya mengubah sikap mereka supaya menjadi pengguna yang lebih bersopan santun dan mematuhi peraturan jalan raya,” katanya.
Menurut Buku Statistik Kemalangan Jalan Raya yang disediakan Jabatan Keselamatan Jalan Raya, sejumlah 477,204 kemalangan dicatatkan pada tahun lalu, meningkat berbanding 462,423 pada 2012 dan 449,040 pada 2011.
Sejumlah 34,118 kemalangan tahun lalu terjadi sewaktu musim perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri yang mengorbankan 486 nyawa. – BERNAMA
TOP
Anak-Anak OKU Perlu Daftar Dengan JKM Elak Pengabaian
PUTRAJAYA – Ibu bapa atau penjaga diseru mendaftarkan anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan golongan itu tidak diabaikan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mereka yang berdaftar dengan JKM akan diberikan Kad OKU bagi membolehkan mereka menikmati 25 jenis kemudahan disediakan oleh kerajaan.
Antaranya rawatan perubatan percuma, pengecualian duti import bagi membeli peralatan sokongan, elaun RM50 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan serta pengecualian cukai jalan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Rohani berkata bagaimanapun saringan akan dibuat ke atas setiap permohonan bantuan peruntukan bulanan OKU untuk memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja mendapat bantuan bulanan berkenaan.
“Tetapi sekiranya ada yang berkata bantuan JKM ada yang ditarik balik kita tengok keadaan. Misalnya EPC (Elaun Pekerja Cacat) yang mana pendapatan pemohon hendaklah tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak temasuk pendapatan keluarga.
“Apabila pendapatan OKU ini sudah melebihi RM1,200 dia sudah tidak layak untuk mendapat EPC dan ini akan membuka ruang lagi kepada OKU lain yang lebih layak mendapat bantuan bulanan EPC sebanyak RM300 ini,” katanya.
Justeru, Rohani berharap selain ibu bapa atau penjaga, pemimpin masyarakat, komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) NGO atau individu boleh membantu golongan OKU mendaftar dengan JKM di kawasan masing-masing.
Rohani berkata kerjasama semua pihak termasuk agensi kerajaan lain dengan JKM amat diperlukan dalam usaha membantu menyediakan perkhidmatan bagi meningkatkan kesejahteraan golongan OKU.
Mengulas mengenai dakwaan pegawai JKM tidak membuat kerja sebaik mungkin membantu golongan OKU, Rohani berkata dakwaan itu tidak tepat sekali.
“Sudah tentunya pegawai kebajikan menggalas tanggungjawab yang penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berkesan,” katanya.
Rohani berkata sekiranya dibuat perbandingan jumlah golongan sasar yang memerlukan perkhidmatan JKM dengan bilangan kakitangan JKM sememangnya tidak mencukupi memandangkan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat perlu mengendalikan antara 300 kes sehingga 1,000 kes.
Beliau berkata masyarakat tidak boleh menunding jari terhadap JKM semata-mata sebaliknya tampil membuat sebarang aduan dan memberi cadangan untuk kementeriannya ambil perhatian bagi memperbaiki mutu perkhidmatan. – BERNAMA
TOP
Panduan Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mengikut Sunnah
Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.” – Surah al-Maaidah: 3.
Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkara seperti adab masuk ke tandas dan beristinjak.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa).
Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.
1. Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32 Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.
2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
3. Meneruskan qiamullail
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud.
Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadan.
4. Mandi pada pagi hari raya
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.
5. Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.
Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri.
Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.
6. Memakai pakaian yang indah
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.
7. Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
8. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.
Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya).
Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.
9. Tempat perlaksanaan solat hari raya
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun.
Semua orang dari seluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas.
Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka.
Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.
10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat.
Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah.
Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.
11. Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan.
Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.
Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.
12. Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama.
Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h.
Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahu pun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
PENUTUP
Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Kemas Sasar 50,000 Penduduk Kelantan Sertai Kospen
KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) cawangan Kelantan menyasarkan 50,000 rakyat negeri itu menyertai program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) dalam tempoh tiga tahun mulai tahun ini.
Pengarahnya Anuar Mat Zain berkata golongan sasar terutama ibu bapa akan digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan terutama bagi penyakit tidak berjangkit selain melakukan aktiviti lain yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
“Kita sentiasa adakan program melibatkan masyarakat di setiap pusat Kemas seperti Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika), kelas memasak, dan Pusat Sumber untuk menarik masyarakat menyertai aktiviti tersebut,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di sini.
Inisiatif Kospen adalah satu usaha kolaborasi antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Kesihatan.
Anuar berkata sejak Kospen diperkenalkan di Kelantan awal tahun ini, sambutan masyarakat amat menggalakkan terutama bagi kempen pemeriksaan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser dan penyakit respiratori kronik.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan 10,000 orang menyertai program itu tahun ini dan orang ramai digalakkan menjadi sukarelawan kesihatan bagi menjayakan program berkenaan. – BERNAMA
TOP
Fama Terengganu Derma RM30,000 Untuk Tabung Palestin
KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu menyumbangkan RM30,000 kepada tabung Palestin semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri Nawi Mohamad berkata sumbangan itu dikutip di dua pasar tani anjuran Fama sehingga lewat petang semalam.
“Kutipan tersebut melibatkan pasar tani Kerteh di Kemaman dan pasar tani Padang Hiliran di Kuala Terengganu,” katanya kepada Bernama di sini.
Menurut Nawi inisiatif Fama Terengganu mengutip sumbangan orang ramai itu bertujuan memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama meringankan penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin. – BERNAMA
TOP
3 Rakyat Palestin Maut Sejurus Israel Sambung Serangan
BANDARAYA GAZA – Tiga rakyat Palestin terbunuh akibat bedilan apabila tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza, menurut anggota perubatan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata dua lelaki terbunuh berhampiran sempadan di tengah Gaza, manakala lelaki ketiga terbunuh berhampiran Khan Yunis di selatan. – AFP
TOP
3 Beranak Maut Nahas Ketika Pulang Beraya
IPOH – Seorang bayi berusia 10 bulan bergelar yatim piatu setelah kedua ibu bapanya serta kakak berusia tiga tahun maut dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Km 40 Jalan Raya Timur Barat, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Manab Beharum berkata bayi itu, Nur Umairah Uzma Farizul, turut cedera dalam nahas tersebut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
Kejadian pukul 2.40 pagi itu meragut nyawa pasangan suami isteri Farizul Ahmad, 29; dan Suraida Che Hashim, 29; serta seorang lagi anak mereka Nur Fatiha Uzma, 3, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Mengulas nahas itu, Abdul Manab berkata keluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila kereta yang dipandu Farizul bertembung dengan bas ekspres di laluan bertentangan.
“Kereta Proton Pesona yang dipandu Farizul mahu memotong kenderaan di hadapannya namun tidak sempat kembali ke laluan asal lalu bertembung dengan bas yang membawa beberapa penumpang,” katanya.
Beliau berkata kejadian menyebabkan Farizul dan Nur Fatiha yang duduk di dalam kerusi bayi di tempat duduk hadapan tersepit selepas kereta mereka terperosok di bawah bas.
Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Menurut Abdul Manab pasangan suami isteri itu merupakan warga kerja imigresen yang bertugas di Depoh Tahanan Sik, Kedah dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke Felda Jerangau, Ajil, Terengganu. – BERNAMA
TOP
2 Remaja Maut, Teksi Dinaiki Langgar Pokok
SEREMBAN – Tindakan remaja berusia 13 tahun memandu teksi milik bapanya tanpa pengetahuan keluarga berakhir dengan tragedi yang meragut nyawanya dan rakan berusia 15, apabila teksi itu terbabas dan melanggar pokok getah dalam kejadian di Jalan Gadong-LBJ dekat sini malam tadi.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian 11 malam itu, Muhammad Nazrin Aziz, 13, dan Muhamad Alif Mohamed Zabri, 15, dari Taman Gadong Jaya, maut di tempat kejadian.
Akibat rempuhan yang kuat kedua-duanya tercampak keluar dari teksi dan mengalami kecederaan parah pada badan dan kepala, kata jurucakap itu kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya siasatan awal polis mendapati Muhammad Nazrin bertindak memandu teksi bapanya untuk bersiar-siar bersama Muhamad Ali ketika keluarganya keluar membeli persiapan raya.
Mayat kedua-dua remaja itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
Sementara itu Ketua Polis Trafik negeri Supt Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment