TOP
Angka Korban Gaza Meningkat 307 Orang
TOP
Jurucakap WHO Antara Penumpang Pesawat MH17
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata jurucakapnya, Glenn Thomas berada di dalam pesawat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh di timur Ukraine, malam tadi.
Gregory Hartl, jurucakap WHO di Geneva berkata, rakannya berusia 49 yang juga rakyat Britain itu menaiki pesawat berkenaan untuk ke Melbourne, Australia, bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa AIDS ke-20 yang akan bermula Ahad iini.
Hartl berkata, Thomas, yang tugasnya sering memberi taklimat kepada wartawan serta mengendalikan permohonan media untuk sesi temubual dan memberi ulasan, sudah berkhidmat dengan WHO sejak sedekad lalu. – AP
TOP
Sidang Tergempar Parlimen: Solidariti Demi MH17
KUALA LUMPUR – Sidang Parlimen tergempar Rabu ini bakal menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia yang pastinya terkesan dengan tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, pada Khamis.
Bukan hanya Malaysia, malah seluruh dunia mengutuk keras tindakan ganas dan tidak berhati perut yang telah meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang terdiri daripada pelbagai warganegara.
Kesatuan serupa dijangka ditunjukkan 222 anggota Dewan Rakyat untuk mengetepikan perbezaan politik dan menzahirkan solidariti rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat malang itu.
Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah, ini merupakan kali pertama sidang Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu kemanusiaan membabitkan Malaysia dan kali kedua selepas usul mengecam serangan Rejim Zionis Israel di Gaza, diadakan pada 12 Jan 2009.
Roosme berkata semua anggota Parlimen telahpun dimaklumkan mengenai sidang tergempar itu melalui pelbagai medium komunikasi. Bagaimanapun, setakat ini Majlis belum menerima usul rasmi yang akan dikemukakan kerajaan, katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas mengenai nahas MH17 yang disiarkan secara langsung di RTM1 pada Jumaat, mengumumkan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat itu dan bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang berkenaan.
Najib turut membayangkan tiga usul utama akan dibahaskan antaranya menuntut pihak terbabit menjamin keselamatan pasukan penyelamat dan penyiasat sepanjang operasi dijalankan selain memastikan urusan pengurusan mangsa berjalan lancar.
Kerajaan juga katanya mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti di tempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.
“Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan,” katanya. Dalam pada itu beberapa anggota Parlimen menyambut baik keputusan mengadakan sidang Parlimen khas itu, malah menyifatkannya sebagai langkah perlu.
Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) Sekijang, Annuar Abdul Manaf berharap pendirian dan ketegasan Malaysia yang akan disampaikan melalui sidang khas itu akan mendapat perhatian dunia.
“Kita mahu mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaku badan yang bertanggungjawab untuk keselamatan dunia memberi komitmen jitu untuk mencari jalan penyelesaian dan dalang di sebalik tragedi berkenaan,” katanya.
Beliau berkata Malaysia juga tidak mahu isu itu diambil kesempatan oleh negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Rusia untuk kepentingan masing-masing.
“Kita tidak mahu ada pihak yang sengaja menggunakan isu ini untuk mengalihkan perhatian dunia daripada isu Palestin dan Israel,” katanya yang berharap anggota Parlimen menunjukkan kata sepakat dalam isu itu. Ketua Whip Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata parti itu telah mengarahkan semua anggota Parlimennya untuk hadir.
“Kita harap untuk turut memberi pendapat dan pandangan mengenai langkah-langkah yang harus dilakukan,” katanya.
Katanya kerajaan diharap berlapang dada untuk mendengar pendapat anggota Parlimen daripada pelbagai latar belakang parti yang dipercayai ingin turut sama berkongsi pendapat.
Selain itu, PAS katanya turut menyambut baik keputusan kerajaan agar bendera negara dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam ini sehingga Isnin depan (21 Julai) berikutan tragedi itu.
Anggota Parlimen DAP Dr Tan Seng Giaw pula berkata Malaysia perlu tahu punca sebenar tragedi dan menyifatkan pasukan siasatan antarabangsa yang bebas perlu dibenar membuat siasatan terperinci tanpa sebarang sekatan.
Sidang Parlimen tergempar itu akan bermula 10 pagi. – BERNAMA
TOP
Angin Kencang, Laut Bergelora Ekoran Taufan Matmo
KUALA LUMPUR – Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan hari ini berikutan Taufan Matmo yang dikesan kira-kira 1,487 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada pukul 5 pagi Ahad.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan satu kenyataan yang berkata taufan itu dikesan pada Latitud 12.1 U dan Longitud 130.0 T dan bergerak ke arah Barat Laut dengan pelahan.
Ekoran daripada itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang kini berlaku di kawasan perairan Palawan, Reef North, Condore, Kudat dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Khamis.
Sementara itu, kawasan perairan Perlis dan Kedah juga dijangka mengalami keadaan yang sama manakala di kawasan perairan Phuket, angin kencang dijangka berterusan sehingga esok.
Menurut kenyataan itu, ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah juga dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut. – BERNAMA
TOP
Terbeli Buku Anak Ada Kisah Homoseksual
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa diminta lebih peka dan mengambil tindakan segera bagi memantau kemasukan buku untuk bacaan kanak-kanak yang menjurus kepada mempromosikan perlakuan negatif yang boleh merosakkan norma masyarakat di negara ini seperti homoseksual kerana ia bukan melambangkan budaya hidup di Malaysia.
Apa yang lebih dikesalkan, buku sedemikian boleh dibeli di pesta buku antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun di negara ini, menunjukkan tiada sebarang pemantauan atau tapisan dibuat terhadap kemasukan buku kanak-kanak seperti itu, sama ada ia sesuai atau tidak dengan sensitiviti masyarakat. - Berita Harian
TOP
MAS tukar kod penerbangan MH17 kepada MH19
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan menukar kod penerbangan Amsterdam (AMS) - Kuala Lumpur (KUL), MH17 kepada MH19 berkuatkuasa 25 Julai ini.
MAS berkata, ia bagi menghormati penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas berkenaan.
“Bagaimanapun, tiada perubahan kepada kekerapan penerbangan dan kami akan terus mengendalikan perkhidmatan harian antara Amsterdam dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Berita Harian
TOP
3 Pejabat Exco Negeri Sembilan Dipecah Masuk
SEREMBAN – Tiga pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) dan sebuah setor di Bangunan Wisma Negeri di sini, dipecah masuk petang Sabtu.
Ketiga-tiga pejabat berkenaan yang terletak berhampiran ialah pejabat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri Abd Razak Ab. Said dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Tun Hairudin Abu Bakar.
Ketiga-tiga pejabat dan setor berkenaan didapati berselerak setelah diselongkar individu yang tidak dikenali.
Jalaludin berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang daripada kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada 6 petang Sabtu.
“Kejadian itu disedari seorang kakitangan pejabat SUK yang membuat kerja lebih masa pada 3 petang. Saya kehilangan iPad jenis Apple dan tab jenis Samsung, manakala setakat ini saya belum pasti adakah terdapat dokumen yang hilang,” katanya ketika dihubungi, pada Ahad.
Jalaludin berkata laporan polis telah dibuat oleh unit keselamatan pejabat SUK semalam dan polis kini sedang menjalankan siasatan.
Sebelum ini, pada 25 Sept 2013, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli di bangunan yang sama dilaporkan dipecah masuk. – BERNAMA
TOP
MH17: Anifah & Pasukan Akan Berangkat Ke Ukraine
PETALING JAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pasukan dari Wisma Putra akan berlepas ke Ukraine malam Ahad.
“Datuk Sri Anifah Hj Aman akan bertemu Presiden Ukraine, Naib Presiden Ukraine dan Menteri Luar Ukraine esok (Isnin) mengenai MH17,” kata setiausaha akhbar Datin Nirvana Jalil Ghani dalam satu kenyataan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berlepas ke Kiev pada Sabtu.
MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine pada hari Khamis, beberapa jam selepas berlepas dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777 dipercayai telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban. - BERNAMA
TOP
Wanita Warga Emas Maut Dirempuh Kereta
PUCHONG – Malang tidak berbau apabila seorang wanita warga emas maut dirempuh kereta dipandu suaminya sendiri di depan sebuah restoran di Puchong Jaya, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa sebelumnya dikatakan memapah suaminya yang dipercayai menghidap strok ke bahagian tempat duduk bahagian pemandu kereta jenis Proton Saga milik mereka.
Kedua-duanya dikatakan baru selesai mendapat rawatan di sebuah pusat kesihatan terletak berhampiran.
Selepas suami duduk di kerusi pemandu, mangsa kemudian berjalan melalui bahagian depan kereta menuju ke tempat duduk penumpang.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Tan berkata, secara tiba-tiba kereta dipandu lelaki tersebut berbunyi kuat dan terus merempuh wanita berkenaan.
Akibat rempuhan, wanita terbabit terperosok di bawah kereta dan diseret beberapa meter.
Kereta tersebut kemudian terus merempuh dua meja makan terdapat dalam restoran dan berhenti selepas melanggar dinding.
“Saya jerit dengan kuat menyebabkan kesemua pelanggan dalam restoran lari bertempiaran bagi mengelak dari dilanggar.
“Wanita berusia lingkungan 70-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi manakala suaminya terus kelihatan trauma,” katanya.
Tan berkata, biasanya dia nampak ada orang membantu lelaki tersebut mengundurkan kereta dari tempat letak kenderaan OKU selepas berkunjung ke sebuah pusat kesihatan.
Namun pada hari berkenaan katanya, lelaki tersebut memandu kereta bersendirian.
“Kejadian berlaku dengan pantas sekali sebelum sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas dihubungi,” katanya.
Ketua Polis Derah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad mengesahkan kejadian. – Sinar Harian Online
TOP
Masih Awal Untuk Nilai Pelaburan Di Ukraine & Rusia
KOTA BHARU – Masih terlalu awal untuk menilai kesan iklim pelaburan negara di Ukraine dan Rusia berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kesannya hanya akan mengambil tempoh masa tertentu, khususnya membabitkan hubungan dagang antara Malaysia dengan kedua-dua negara terbabit.
“Macam MH370 dahulu, yang terjejas ialah sektor pelancongan, namun untuk MH17 ini, terlalu awal untuk kita buat satu penilaian.
“Kita akan pantau keadaan dan lihat macam mana ia berakhir, namun setakat ini kita belum jelas lagi kesannya kepada ekonomi negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media di sini, malam tadi.
Tahun lepas, nilai eksport antara Malaysia dan Rusia kira-kira RM2 bilion dan nilai import RM3.7 bilion manakala nilai eksport Malaysia dan Ukraine sebanyak RM1.2 bilion manakala nilai import RM513.7 juta.
Sementara itu, Mustapa berkata, rakyat Malaysia kini perlu bersatu hati dalam menangani tragedi yang memilukan negara dengan tidak membuat perkara yang boleh memburukkan keadaan dan menimbulkan keresahan kepada keluarga mangsa terlibat.
“Satu sidang khas Parlimen pertama akan diadakan Rabu ini dan diharap menerusi sidang khas ini, rakyat Malaysia akan bersatu melalui tragedi itu.
“Selain itu, ia di harap dapat memberi tekanan kepada pihak antarabangsa untuk menjalankan siasatan yang telus dan rapi,” katanya.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – BERNAMA
TOP
176 Nelayan, Pembantu Pelantar Warga Asing Dicekup
HUTAN MELINTANG – Polis berjaya menahan 176 warga asng, termasuk 26 wanita dalam satu serbuan di Pelantar Ikan, Jalan Tepi Sungai, di sini, kira-kira jam 7 pagi, semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, daripada jumlah itu, seramai 67 pendatang asing tanpa izin (Pati), termasuk 56 lelaki ditahan kerana tinggal melebihi tempoh masa dan tiada dokumen perjalanan sah.
“Segelintir warga asing sanggup terjun dalam sungai untuk meloloskan diri, namun gagal dan terpaksa menyerah selepas gagal berenang kerana arus deras.
“Semua yang ditahan bekerja sebagai nelayan dan pembantu di pelantar ikan,” katanya.
Difahamkan, seramai 34 pegawai dan 118 anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak terlibat dalam serbuan itu.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Hutan Melintang untuk dokumentasi sebelum di bawa ke lokap IPD Hilir Perak untuk siasatan mengikut Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen.
“Majikan yang dikesan menggaji Pati boleh didakwa mengikut Seksyen 55A akta sama kerana membawa masuk Pati secara tidak sah.
“Majikan juga boleh disiasat mengikut Seksyen 55B kerana menggaji Pati, Seksyen 55E kerana membenarkan masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56(1)(d) kerana melindungi Pati,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
MH17: Hampir 200 Mayat Ditemui - SES
Anggota SES mengangkat mayat mangsa yang terkorban dalam nahas melibatkan pesawat Boeing 777, MH17 milik Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis - Foto EPA.
PETALING JAYA: Pasukan mencari yang diketuai oleh kerajaan Ukraine telah menemui 198 mayat di tapak nahas pesawat MH17 terhempas, menurut sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine (SES) pada Ahad. SES berkata seramai 380 anggotanya terlibat dalam operasi mencari dengan keluasan carian menjangkau hingga 34 kilometer persegi di timur Ukraine. Bagaimanapun, kumpulan tersebut berkata pencarian yang dijalankan agak rumit kerana puak pemisah menghalang kerja mencari yang dilakukan oleh unit SES di tapak nahas. Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) berkata mereka mempunyai keraguan terhadap bilangan mayat yang ditemui daripada pesawat MH17 yang terhempas. Hal ini kerana mereka merasakan ada pihak tertentu telah mengalihkan mayat berkenaan. Michael Bociurkiw memberitahu CNN, sebuah kumpulan telah pergi ke tapak nahas di kawasan terpencil di timur Ukraine pada Sabtu dan mereka melihat seorang lelaki sedang mengalihkan beberapa beg mayat. Bociurkiw bekata agak sukar untuk mempercayai maklumat berkenaan beberapa kumpulan puak pemisah pro-Rusia yang berada di situ sukar dikenalpasti. Hal ini kerana sebahagian daripada mereka yang mengawal tapak nahas memakai topeng muka, katanya. "Bagaimanapun ini tidak bermakna mereka salah seorang komander yang bertanggungjawab," katanya. Terdapat tiga orang penyiasat nahas udara daripada Ukraine turut bersama dengan pasukan pemantau OSCE berada tempat kejadian. Namun kumpulan ini tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalanakan kerja-kerja mereka. "Mereka memerlukan lebih banyak masa dan kebebasan untuk keluar dan masuk ke tapak nahas," kata Bociurkiw. Bociurkiw memberitahu Pusat Media Krisis Ukraine pada Sabtu bahawa OSCE melihat ramai anggota puak pemisah memegang senjata berada di tapak nahas. "Matlamat utama kami adalah mengumpulkan fakta untuk dikongsi dengan OSCE dan pihak media. Kami sedang melihat tahap keselamatan di tapak nahas, keadaan bangkai dan serpihan pesawat, barangan peribadi milik mangsa dan mayat yang berada di tapak nahas," katanya. Lebih banyak kuasa besar dunia telah mendesak Presiden Vladimir Putin untuk menggunakan kuasanya mempengaruhi puak pemisah. "Semalam (Jumaat), OSCE hanya dibenarkan berada di tapak nahas selama 75 minit," kata Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam Sabtu. "Hari ini, kumpulan itu dibenarkan berada di tempat kejadian tidak lebih daripada tiga jam. Tapak nahas tidak mempunyai tahap keselamatan, beberapa laporan mendakwa ada mayat yang telah dialihkan dan bahagian serpihan pesawat dikeluarkan daripada tempat kejadian dan ini boleh menggangu siasatan dalam kes berkenaan. Beliau berkata ia tidak boleh diterima kerana ia melibatkan maruah mangsa dan ini merupakan satu penghinaan kepada mereka yang kehilangan orang tersayang." Perdana Menteri Britain, David Cameron telah menulis pada Sunday Times Op-Ed menggesa Putin agar menjadikan lokasi nahas diberikan tanpa syarat dan meminta beliau menenangkan persengketaan antara Ukraine dan puak pemisah. Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte turut mengeluarkan kenyataan yang serupa. "Saya mahu akses untuk masuk ke tapak nahas diberikan tanpa halangan dan ini dapat membantu tempoh pemulihan yang cepat," kata Rutte pada sidang media. Rutte berkata imej yang memaparkan aksi orang berlari-lari berhampiran dengan serpihan pesawat dan barangan kepuanyaan mangsa 'benar-benar menjijikkan." MH17 hilang daripada skrin radar di timur Ukraine pada pukul 1415 GMT pada Khamis, selepas dua jam berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak kira-kira 50 kilometer di sempadan Ukraine-Rusia. Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia dipercayai terkorban dalam nahas tersebut.

Pengganas Pimpinan Rusia Pindah Mayat Untuk 'Jalankan Autopsi' - Ukraine
KUALA LUMPUR: Kerajaan Ukraine mendakwa pengganas yang dipimpin Rusia memindahkan 38 mayat mangsa nahas MH17 ke rumah mayat di Donetsk.
Menurut 'posting' terkini mengenainya di laman web kerajaan Ukraine, pengganas pimpinan Rusia telah menghalang siasatan dilancarkan terhadap kemalangan pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine.
"Mereka menghalang akses oleh masyarakat antarabangsa dan kerajaan asing ke lokasi kemalangan.
"Kerajaan telah dimaklumkan bahawa pengganas telah meindahkan 38 mayat mangsa ke rumah mayat di Donetsk, di mana 'pakar' dengan loghat Rusia mendakwa bahawa mereka berhasrat untuk menjalankan autopsi.
"Kumpulan-kumpulan pengganas juga cuba untuk mendapatkan pengangkutan kargo besar untuk menggerakkan sisa-sisa pesawat ke Rusia," katanya.
Laman web itu berkata: Pengganas, yang mendapat sokongan Rusia telah cuba untuk memusnahkan bukti jenayah antarabangsa ini.
"Kami menggesa masyarakat antarabangsa memaksa Rusia untuk membawa pulang pengganas dari Ukraine dan untuk membolehkan pakar-pakar Ukraine dan antarabangsa untuk mengadakan siasatan menyeluruh mengenai tragedi itu," katanya.
"Kerajaan (Ukraine) menyediakan semua peralatan teknikal dan kakitangan yang diperlukan untuk mengadakan penyiasatan dan pemeriksaan forensik, serta segala cara untuk menghantar pulang mayat mangsa ke negara-negara masing-masing.
"Tetapi pada peringkat ini, kumpulan-kumpulan pengganas yang dipimpin Rusia mengelakkan ini daripada berlaku," kata laman web itu.
Penerbangan MH17 adalah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Ia dilaporkan telah ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia.
TOP
Puak Pemisah Jamin Keselamatan Tapak Nahas Sekiranya Kiev Setuju Berdamai
DONETSK (Ukraine): Seorang pemimpin puak pemisah pada Ahad berkata penentang pro-Rusia berjanji akan memantau keselamatan di tapak nahas pesawat Malaysia sekiranya Kiev setuju untuk berdamai.
"Kami mengisytiharkan bahawa kami akan memastikan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik sahaja Kiev bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata," kata Andrei Purgin yang mendakwa dirinya timbalan perdana menteri Republik Donestk dalam satu kenyataan.
Dia turut menggesa Kiev 'segera menyelesaikan perjanjian' tersebut dengan puak pemisah.
Kegagalan untuk berbuat demikian akan memberikan tanggapan bahawa kerajaan telah melakukan keganasan dan mereka sangat dahagakan darah. Hal seperti ini bukan sahaja membahayakan penduduk Donbass malah masyarakat dunia, Purgin memberi amaran.
Kenyataan Purgin itu dikeluarkan selepas komuniti antarabangsa meningkatkan tekanan ke atas Rusia.
Mereka mendesak puak pemisah pro-Rusia memberikan akses penuh kepada pasukan penyiasat untuk masuk lokasi kemalangan pesawat MH17.
TOP
MH17: Keluarga Mahu Mayat Dibawa Pulang
PUTRAJAYA: Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas mahu supaya mayat mangsa dibawa pulang dalam apa jua keadaan.
Hasrat itu diluahkan keluarga Noor Rahimah Md Noor, Puan Seri Siti Amirah Prawira Kusuma serta Ariza Ghazalee semasa pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Ahad.
Rohani berkata mereka mahu supaya mayat dari nahas tersebut dapat disemadikan dengan sempurna mengikut ritual serta agama masing-masing.
"Saya jumpa tiga famili, hasrat mereka satu sahaja untuk bawa balik mayat dalam apa jua keadaan supaya dapat disempurnakan mengikut ritual masing-masing," katanya dalam sidang media selepas kira-kira sejam pertemuan itu.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sementara itu Rohani berkata, selepas tiga hari insiden tersebut berlaku emosi anggota keluarga kini dikategorikan dalam fasa 'semakin terganggu' (breakdown) berbanding sebelum ini, namun mereka mendapat sokongan moral dari saudara mara.
Justeru itu pihaknya telah menyediakan 24 orang pegawai psikologi yang bertugas dalam empat syif dan setiap syif lima pegawai akan bertugas sejak dua hari lepas di bilik gerakan di hotel tersebut.
"Ada di antara mereka yang telah mula mendapatkan khidmat kaunseling. Kita memberikan kaunseling di mana sahaja mereka selesa," katanya.
Sebanyak 10 keluarga dari 24 penumpang pesawat malang tersebut ditempatkan di hotel ini sejak Jumaat lepas bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden itu.
Sementara itu, Syuhada Daud, 29, anggota keluarga Ariza, seorang daripada mangsa nahas berkenaan, berkata selepas empat hari berlalu, keutamaan perlu diberikan kepada usaha membawa pulang mayat mangsa bagi membolehkan ahli keluarga menyempurnakan pengkebumian jenazah mereka.
"Kami memahami kerajaan sedang berusaha sedaya upaya tetapi kalau boleh mayat dibawa pulang secepat mungkin. Itu yang keluarganya di Kuching mahu," katanya.
Beliau juga bersimpati dengan ibu Ariza, Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, di Kuching, Sarawak yang semakin kurang sihat selepas mendapat berita tragedi itu beberapa hari lalu.
Ariza, 46; dan suaminya Tambi Jiee, 49; bersama keempat-empat anak mereka Muhammad Afif, 19; Muhammad Afzal, 19; Marsha Azmeena, 15; dan Muhammad Afruz, 13; antara 43 penumpang serta anak kapal warga Malaysia yang berada di dalam pesawat malang itu.
TOP
Malaysia Hargai Sokongan Pemimpin Dunia - Najib
Najib Razak
KUALA LUMPUR: Malaysia amat menghargai sokongan pemimpin-pemimpin dunia yang menyatakan simpati dan menghulur tangan persahabatan sejak berlaku nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, Khamis lepas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejak krisis bermula, beliau telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko yang mendesak siasatan menyeluruh ke atas tragedi MH17 dijalankan segera. Najib juga menekankan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin akan kepentingan pasukan penyiasat antarabangsa diberi kebenaran memasuki lokasi kejadian. "Presiden Putin menegaskan bahawa beliau akan menggunakan pengaruhnya untuk membenarkan pasukan penyiasat memulakan kerja-kerja mereka. "Beliau juga berharap Presiden Ukraine akan bersetuju kepada satu tempoh genjatan senjata sementara," kata Najib dalam laman Facebook beliau hari ini. Najib berkata Presiden Amerika Syarikat Barack Obama turut menelefonnya untuk menyampaikan takziah dan mereka bersetuju bahawa sebuah pasukan antarabangsa harus dibenarkan memasuki lokasi kejadian, dan tiada siapa patut menganggu sebarang bukti termasuk kotak hitam pesawat. Obama juga menawarkan bantuan segera untuk penubuhan pasukan penyiasat antarabangsa dan mengulangi pendirian beliau terhadap hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat, kata Najib. Beliau berkata Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu, melalui Presidennya Eugène-Richard Gasana turut mendesak penyiasatan penuh dan bebas berdasarkan undang-undang penerbangan sivil antarabangsa. "Majlis Keselamatan juga menekankan kepada pihak-pihak terbabit agar membenarkan pasukan penyiasat memasuki lokasi kejadian untuk mengenalpasti punca tragedi ini," katanya yang juga sudah menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Australia Tony Abbott atas kehilangan rakyat Australia dalam tragedi itu. Najib berkata rakyat Malaysia harus kekal tabah dan bersatu dalam menghadapi krisis itu, dan terus berdoa agar negara dijauhkan dari malapetaka. MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Netherlands Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia, hari berikutnya.

Tiada Tangkapan Hari Pertama Perintah Berkurung di Esszone - Komander Esscom
SEMPORNA: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) semalam berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata tiada tangkapan dibuat pada hari pertama perintah berkurung itu yang bermula 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.
"Setakat ini keadaan terkawal. Semua pihak terutama nelayan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kita harap keadaan ini berterusan sehinggalah perintah berkurung ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rashid mengingatkan orang ramai khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di daerah terbabit supaya sentiasa mematuhi arahan perintah berkurung itu bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang semalam hingga 2 Ogos ini.
Jalaluddin berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.
"Memandangkan keselamatan di perairan di beberapa daerah di Sabah dalam keadaan terancam dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta mengganggu kehidupan ekonomi masyarakat setempat berikutan berlakunya pencerobohan pengganas Sulu, maka pihak polis memutuskan untuk menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan terlibat," katanya.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Jalaluddin berkata apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.
TOP
Pemberontak Ambil Semua Mayat Mangsa MH17 - Ukraine
HRABOVE, Ukraine (AP) - Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah telah mengambil kesemua 196 badan yang telah dikumpul dari nahas MH17 di tapak nahas berkenaan.
Wartawan AP melihat pemberontak meletakkan badan mayat ke dalam trak dan membawa mereka pergi pada hari Sabtu. Pada hari Ahad, wartawan AP mendapati tiada badan-badan mayat di lokasi kemalangan.
Jurucakap Ukraine Nataliya Bystro semalam berkata pekerja kecemasan telah bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberi badan-badan kepada pihak pemberontak bersenjata. Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang klu di mana mayat-mayat itu dibawa. - SiakapKeli.com
TOP
MH17: Rusia kantoi ubah maklumat Wikipedia
KERAJAAN Rusia dikatakan telah mengubah beberapa maklumat di Wikipedia mengenai kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang berlaku di timur Ukraine pada Khamis.
'Twitter Bot' yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.
Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".
Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits
Khamis lepas, pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.
Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat yang mengatakan ia ditembak jatuh namun kerajaan Ukraine mendakwa, insiden didalangi puak pemisah pro-Rusia. - Sinar Harian
TOP
MH17: Agong, Permaisuri Rakam Ucapan Takziah
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa amat dukacita yang tidak terhingga atas insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu yang terhempas di Ukraine Khamis lalu.
“Sesungguhnya negara Malaysia pada ketika ini sedang bersedih dengan tragedi ini,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baginda berdua menyeru rakyat Malaysia agar berdoa supaya anggota keluarga mangsa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi situasi yang amat sukar ini.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia atas segala usaha yang dilakukan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merungkai punca kejadian itu.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, pada Khamis lepas. – BERNAMA
TOP
MH17: SIA Mohon Maaf ‘Posting’ Di Media Sosial
SINGAPURA – Selepas mendapat kecaman di media sosial kerana membuat kenyataan yang dianggap ‘sensitif’ berkaitan pesawat penerbangan MH17 yang terhempas, Singapore Airlines Ltd (SIA) pada sabtu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan solidariti terhadap keluarga yang terjejas akibat tragedi udara itu.
Beberapa jam selepas pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis yang membunuh seramai 298 orang, SIA membuat kemas kini di Facebook dan Twitter mereka, menyatakan penerbangan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine.
Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai yang mengecam SIA kerana tidak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan dianggap oleh sesetengah orang sebagai sebagai mencari publisiti dan mengambil kesempatan semasa krisis yang melibatkan syarikat penerbangan utama negara jirannya.
“Lebih baik meletakkan status yang lebih sensitif dan bertimbang rasa, diplomatik sebelum anda kehilangan pelanggan,” kata Edwin Lim yang menulis ‘post’ pada laman Facebook SIA.
“Sangat, sangat tidak sesuai dan status yang mengecewakan.”
SIA, jenama yang paling terkenal di Singapura, kemudian turut menjelaskan bahawa penerbangannya telah menukar semula laluannya ke laluan alternatif yang jauh dari ruang udara Ukraine selepas MH17 ditembak.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, seorang jurucakap dari SIA berkata, “Kami menyedari bahawa kemas kini pada Facebook dan Twitter kami pada pagi Jumaat mungkin telah dilihat sebagai tidak sensitif bagi sesetengah orang.”
Kenyataan itu bagaimanapun berkata SIA telah menerima banyak permintaan daripada pelanggan yang mahukan maklumat mengenai laluan penerbangan mereka yang akan datang.
“Kami mengakui bahawa maklumat tersebut mungkin dapat disampaikan dengan lebih baik dan kami memohon maaf jika ia menyinggung pelanggan dan sesiapa sahaja dalam komuniti dalam talian.”
Menurut Flightradar24, perkhidmatan pengesanan penerbangan dalam talian, 66 syarikat penerbangan lain terbang beratus-ratus kali di kawasan di mana MH17 telah ditembak jatuh, pada minggu lepas. - REUTERS
TOP
Van Gaal uji semua pemain ke Amerika
Manchester, United Kingdom: Janji Louis van Gaal untuk menilai semua pemain utama Manchester United tampak jelas apabila pengurus yang baru dilantik itu mengumumkan barisan besar 25 pemain dalam skuad itu kelmarin untuk jelajah kelab itu ke Amerika Syarikat.
Van Gaal, yang tiba di Old Trafford minggu ini selepas membimbing Belanda untuk persembahan cemerlang tempat ketiga pada Piala Dunia, menamakan beberapa pemain terpinggir dan remaja dalam skuad utamanya selain Ander Herrera dari Athletic Bilbao dan Luke Shaw dari Southampton.
Ashley Young, Wilfried Zaha dan Shinji Kagawa juga berjaya mengikuti kunjungan itu bersama pertahanan berusia 20 tahun, Tyler Blackett dan Reece James selain pemain kembar berusia 21 tahun, penyerang Will Keane dan abangnya Michael, seorang pertahanan.
Tiga perlawanan
Senarai penuh skuad itu diumumkan dalam laman web United (www.manutd.com), juga menyenaraikan Wayne Rooney dan Danny Welbeck. Pemain yang tidak hadir termasuk Robin van Persie, yang berkata dia kepenatan selepas Piala Dunia dan perlukan rehat, Michael Carrick, yang mengalami kecederaan pergelangan kaki yang menyebabkan dia tidak boleh bermain sehingga tiga bulan serta Anderson, yang mengalami ketegangan pada betis ketika latihan pra-musim. Ketika jelajah Amerika Syarikat, United akan bermain menentang LA Galaxy (23 Julai), AS Roma (26 Julai), Inter Milan (29 Julai) dan Real Madrid (2 Ogos). REUTERS

MH17: Miti Pastikan Nilai Dagangan Negara Tidak Terganggu
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lalu tidak menjejaskan nilai dagangan Malaysia dengan pihak luar.
Timbalan Menterinya Datuk Ir Hamim Samuri berkata ketika ini nilai dagangan negara mencatatkan jumlah melebihi RM100 bilion setiap bulan dan pihaknya percaya tragedi itu tidak akan menjejaskan nilai dagangan.
"Kita kehilangan pesawat MH370 dalam empat bulan dan sehingga ini apa yang kita lihat ialah nilai dagangan negara setiap bulan melebihi RM100 bilion seperti tahun lepas dan ia mencapai sasaran kementerian.
"Jadi bersandarkan keadaan itu saya percaya kejadian berkenaan (MH17 terhempas) tidak akan menjejaskan nilai dagangan, bagaimanapun kementerian akan terus memantau keadaan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Aidilfitri anjuran Nasmir Holdings Sdn Bhd, di sini malam Sabtu.
Pada majlis itu sebanyak 1,000 penerima terdiri daripada keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan.
Hamim berkata nilai dagangan negara mencecah RM1.4 trilion pada tahun lepas dan pihaknya berharap jumlah yang sama dapat dicapai pada tahun ini.
"Berdasarkan nilai dagangan sehingga Jun lepas, jumlahnya sangat proaktif dan memang mencapai sasaran iaitu lebih RM100 bilion setiap bulan, jadi kita yakin dapat mencapai sasarannya tahun ini.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, Khamis lepas.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. - mstar
TOP
Jose Mourinho Mula Perang Psikologi Serang Arsene Wenger
LIGA Perdana Inggeris (EPL) belum membuka tirai saingan ketika ini, namun Jose Mourinho telah memulakan perang psikologi.
Pengurus Chelsea itu menjadikan Arsenal sebagai kelab pertama untuk 'diserang' dengan menggunakan isu pemindahan Cesc Fabregas.
Jelasnya, Fabregas sebelum ini tidak pernah terfikir untuk kembali ke Arsenal dan ia memudahkan urusan Chelsea untuk menandatangani pemain Barcelona terbabit.
Kenyataan Mourinho itu seolah-oleh mendakwa pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah menipu bahawa Fabregas ada membuat permintaan untuk kembali ke Arsenal sebelum ini.
"Saya bercakap dengan Fabregas selama 20 minit. Ketika itu dia memang mahu bersama kami (Chelsea).
"Seperti yang anda tahu Arsenal ingin masuk campur dalam urusan ini tetapi tidak berdaya. Sebab itu kami dengan mudah boleh mendapatkan Fabregas," katanya. - mstar
TOP
Stefan De Vrij Pilihan Pertahanan Tengah Man United
PERTAHANAN Feyenoord, Stefan de Vrij dijangka menolak tawaran ke Lazio bagi membolehkan dia menyertai Manchester United.
Pertahanan tengah Belanda itu juga dijangka akan menjadi pemain pertama ditandatangani Louis van Gaal sebaik sahaja bersama skuad United pada Rabu lepas.
Bintang Feyenoord berusia 22 tahun itu telah bersedia untuk menerima bidaan bernilai £10 juta daripada Van Gaal.
Lazio sebelum ini telah bersedia untuk membida De Vrij, tetapi pemain terbabit terdesak untuk ke United.
De Vrij dilihat tidak begitu cemerlang jika dibandingkan dengan sasaran pertama United iaitu Mats Hummels yang tidak mungkin meninggalkan Borussia Dortmund. - mstar
TOP
Iker Casillas Mahu Ke Arsenal
IKER Casillas mahu Real Madrid melepaskannya bagi membolehkan penjaga gol Sepanyol itu menyertai Arsenal secara percuma, lapor media Sepanyol.
Bekas penjaga gol utama Madrid itu kini hilang posisi asal apabila tugasnya diambil alih oleh Diego Lopez sejak dua musim lalu.
Keududukan Casillas semakin tercabar apabila Madrid menandatangani penjaga gol Chile, Keylor Navas dan bersedia memberikan tugas penting kepadanya.
Arsenal yang meminati penjaga gol berusia 33 tahun itu sejak sekian lama kini telah mengadakan hubungan lebih rapat dengan pemain tersebut.
Hasrat Casillas untuk menjadi penjaga gol utama di Arsenal juga sedikit terhalang pada awalnya apabila kelab itu menandatanagani pemain Colombia, David Ospina.
Bagaimanapun pemergian Lukasz Fabianski ke Swansea membuka peluang kepada Casillas untuk menjadi penjaga gol utama Arsenal sekiranya berhijrah ke kelab berkenaan pada musim panas ini. - mstar
TOP
Penumpang Nyaris Maut Bas Ekspres Terbabas Berhampiran R & R Gurun
Bas ekspress yang dalam perjalanan dari Kuantan, Pahang ke Perlis terbabas di Kilometer 82.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas tayar depan sebelah kirinya meletup di Gurun, Sabtu. -fotoBERNAMA
GURUN: Sebanyak 18 penumpang nyaris maut apabila bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju Perlis terbabas di Km 82.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun awal pagi Sabtu. Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, tayar sebelah kiri bahagian hadapan bas itu tiba-tiba meletup menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan hampir memasuki kebun kelapa sawit. Pemandu bas berkenaan Lazzuan Ishak, 39, berkata seorang penumpang yang duduk di kerusi hadapan cedera pada muka akibat terhantuk. Dia berkata setelah bas hilang kawalan, dia cuba menekan brek dan mengendalikan bas tetapi bas terus merempuh penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya. "Saya dapat mengawal bas daripada merempuh beberapa batang pokok ketika bas menuruni kawasan berbukit menghala kebun kelapa sawit," katanya di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Arifin mengesahkan kejadian itu dan berkata keterangan pemandu bas tersebut telah diambil. - mstar

Pasangan Warga Emas Mati Tergantung
SEREMBAN: Pasangan warga emas ditemui mati tergantung di bilik berasingan di rumah mereka di Flat Rasah Jaya dekat sini malam Sabtu.
Jurucakap polis berkata pihak polis mendapat panggilan daripada jiran pasangan itu pada pukul 9.30 malam yang memaklumkan terhidu bau busuk dari kediaman warga emas tersebut.
"Warga emas itu ditemui tergantung di dalam bilik hadapan dan di bilik bahagian dapur. Difahamkan kali terakhir warga emas tersebut dilihat pada Khamis lepas oleh jiran-jiran," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Katanya polis masih menyiasat punca kematian warga emas berkenaan.
Mayat kedua-dua warga emas itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya. - mstar
TOP
MH17: Pelumba Belanda Dua Kali 'Terlepas' Kematian
Maarten de Jonge. Gambar diambil dari Twitter.
PETALING JAYA: Pelumba basikal Belanda Maarten de Jonge dua kali terlepas daripada kematian selepas dia membuat perubahan saat akhir untuk tiket penerbangan MH370 dan MH17. Pelumba berusia 29 tahun yang merupakan ahli Kelab Berbasikal Terengganu (TSG) memberitahu stesen televison Belanda RTV Oost bahawa dia telah menukar tiket MH17 ke tarikh lain kerana mahu menjimatkan wang dengan mendapatkan tiket menaiki pesawat murah. De Jonge, yang berasal dari Oldenzaal, juga berkata dia sepatutnya menaiki penerbangan MH370 pada 8 Mac untuk pertandingan di Taiwan tetapi bertukar kepada penerbangan lain untuk mengelakkan transit. "Sukar untuk percaya. Saya berdukacita untuk penumpang dan keluarga mereka tetapi saya bersyukur kerana saya terlepas daripada penerbangan itu," menurut laman web itu. Katanya, dia akan menaiki pesawat MAS untuk kembali ke Malaysia melalui Frankfurt dan tidak mempunyai kebimbangan mengenainya. De Jonge berkata dia terharu dengan respons yang diterima selepas tersiarnya berita bahawa dia telah mengubah penerbangannya. "Apa yang berlaku adalah sesuatu yang buruk, begitu ramai mangsa, itu satu perkara yang dahsyat. "Saya gembira untuk diri saya dan keluarga saya selepas kedua-dua kejadian. Walau bagaimanapun, cerita saya pada dasarnya tiada apa-apa berbanding dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh keluarga dalam kejadian tragis ini. "Perhatian harus diberikan kepada keluarga-keluarga ini. Saya ingin semua orang yang terlibat dengan bencana ini supaya tabah," katanya. Penerbangan MH17, membawa 298 penumpang dan anak kapal, terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine. Pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa pesawat telah ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia. Penerbangan MH370 berlepas ke Beijing dari KLIA dengan 239 orang di atas pesawat kali terakhir berhubung dengan satelit Inmarsat sebelum ia hilang pada 8 Mac. - mstar

MH17: Jika Pemberontak Didapati Bertanggungjawab, Rusia Harus Dipersalahkan
David Cameron
LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron pada Ahad berkata jika terbukti pemisah Ukraine adalah dalang yang menyebabkan pesawat Malaysia yang membawa 298 penumpang terhempas, Rusia harus dipersalahkan kerana menyebabkan ketidakstabilan negara itu. "Jika ini berlaku maka kita hendaklah jelas apa maksudnya: Ini adalah hasil langsung daripada ketidakstabilan Rusia sebuah negara berdaulat, melanggar integriti wilayahnya, menyokong kekejaman militan, melatih dan menyiapkan mereka dengan senjata," tulis beliau dalam akhbar The Sunday Times. Cameron juga mengkritik ahli-ahli Kesatuan Eropah kerana lambat bertindak terhadap Kremlin. "Sudah terlalu lama terdapat keengganan di kebanyakan negara-negara Eropah untuk berdepan implikasi terhadap apa yang berlaku di timur Ukraine," katanya. "Sudah tiba masanya untuk menjadikan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber kita diambil kira. Ekonomi kita adalah kukuh dan berkembang pesat. "Namun kita kadang-kadang berkelakuan seolah-olah kita memerlukan Rusia lebih daripada Rusia memerlukan kita." - mstar

MH17: Malaysia Kehilangan Bakal Saintis
Mohd Ali Salim
KOTA BAHARU: Mohd Ali Salim, seorang daripada mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diibarat bakal permata buat negara, kata bekas pensyarahnya di sini. Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains Universiti Sains Malaysia Prof Dr Jafri Malin Abdullah berkata bekas pelajarnya itu merupakan bakal pensyarah dalam bidang "Development Neuropsychopathology".. "Saya rasa kita telah kehilangan bakal saintis yang dapat membantu rakyat Malaysia, beliau ada enam bulan lagi untuk habiskan pengajiannya itu di Universiti Erasmus di Rotterdam, Belanda. "Beliau merupakan pelatih yang saya sayang selepas mengenalinya sejak lima tahun lepas dan beliau merupakan anak Melayu yang bijak mengikuti pengajian dalam bidang yang begitu sukar," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. Jafri Malin berkata beliau sedih dengan apa yang berlaku dan mengangap ia merupakan ketentuan ilahi. "Dia seorang yang mempunyai wawasan, rajin dan berdedikasi serta ingin membantu anak muda dalam bidang yang di pelajarinya," kata beliau. Kali terakhir beliau berhubung dengan pelajarnya itu adalah dua hari sebelum kejadian itu. "Kami berhubung melalui e-mel dan beliau menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya," katanya dan menambah kata Mohd Ali sudah dua tahun tidak pulang ke kampung. Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, Wilayah Timur Ukraine, pada Khamis lepas. - mstar

Kedah Cadang Kutip Bayaran Permit Terhadap Kenderaan Negara Jiran
SUNGAI PETANI: Kerajaan Kedah bercadang untuk mengenakan bayaran permit bagi setiap kenderaan dari Thailand yang memasuki negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata bayaran permit itu secara tidak langsung akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan negeri, selain membolehkan pemandu asing yang melanggar peraturan jalan raya di negara ini dikompaun.
"Sekarang ini, kenderaan dari Thailand yang memasuki negara ini boleh mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang jika melanggar peraturan, malah kes akan ditutup sekiranya kenderaan mereka dibawa balik ke negara mereka.
"Dengan sistem bayaran permit, semua maklumat mengenai kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya, akan dicatatkan secara 'online' dan pemandu akan dikenakan kompaun sebelum keluar dari negara ini," katanya ketika ditemui pada program Jelajah Sahur anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah di Balai Polis Bukit Selambau, dekat sini, awal pagi Ahad.
Tajul berkata, cadangan itu bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dan akan diperhalusi dengan semua agensi berkenaan termasuk polis dan JPJ. - mstar
TOP
MH17: PM Belanda Beri Amaran Putin Punya 'Peluang Terakhir' Bantu Mangsa
Mark Rutte
AMSTERDAM: Presiden Rusia Vladimir Putin mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan beliau serius mahu membantu penyelamat mencari mayat-mayat mangsa kemalangan pesawat penerbangan MH17, kata Perdana Menteri Belanda, Sabtu. Lebih daripada separuh penumpang di atas kapal yang terhempas berhampiran sebuah kampung di timur Ukraine, adalah rakyat Belanda, dan gambar-gambar barangan peribadi dan pasport bertaburan, dikenalpasti milik penumpang Belanda digeledah di lokasi kemalangan telah mengejutkan rakyat Belanda. "Saya terkejut dengan gambar-gambar yang menunjukkan kelakuan yang benar-benar 'tidak menghormati' di kawasan tragis ini. Ia memualkan," kata Mark Rutte, merujuk kepada dakwaan bahawa mayat-mayat penumpang, termasuk 193 daripada negaranya, telah diseret dan dibiarkan reput di tempat kejadian. "Dia mempunyai satu peluang terakhir untuk menunjukkan dia memang bermaksud untuk membantu," kata Rutte mengenai Putin, beberapa minit selepas perbualan dengan pemimpin Rusia itu yang disifatkan sebagai perbualan 'penuh perasaan'. Tambahnya, pemimpin Jerman, Britain dan Australia turut berkongsi pandangan beliau. Menteri Luar Frans Timmermans, yang berada di Kiev dengan pasukan pakar-pakar forensik Belanda cuba untuk mendapat akses selamat di lokasi kemalangan dengan berkata akses setakat ini adalah terlalu terhad bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mengenal pasti mangsa dan membawa mereka pulang. Sebuah akhbar Belanda mencetak gambar komander pemberontak yang dikatakan telah menembak jatuh pesawat Boeing 777 di muka depan dengan tajuk utama 'Pembunuh-pembunuh'. Akhbar harian De Telegraaf menggesa kerajaan Belanda untuk memikirkan semula dasar kekangan ke arah Rusia. "Kerajaan mesti menjelaskan kepada dunia bahawa kita berada di pihak kita dengan kemarahan," kata akhbar itu. Disebabkan tanda-tanda risiko yang ditunjukkan untuk mengakses bangkai pesawat, Malaysia Airlines yang sebelum ini telah berjanji untuk membawa saudara-mara mangsa ke lokasi kemalangan, memberitahu televisyen nasional ia tidak dapat lagi berbuat demikian kerana ia tidak dapat menjamin keselamatan saudara-mara mangsa. - mstar

Pemantau Dibenar Lihat Kawasan Nahas, Dinafi Akses Ke Beberapa Bangkai Pesawat
Alexander Hug (dua, kanan) ketika berada di salah satu kawasan nahas MH17.
DONETSK: Pemantau antarabangsa pada Ahad berkata mereka telah dibenarkan untuk melihat lebih banyak tapak nahas pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine, walaupun kumpulan lelaki bersenjata masih menghalang mereka daripada menghampiri beberapa bangkai pesawat. Dalam adegan yang kadangkala tegang bersama pemberontak pro-Rusia yang jelas tidak selesa dengan kehadiran pemantau dan media pada masa kini, seorang pegawai tertinggi di Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah berkata akses memasuki kawasan nahas adalah bertambah baik sejak mereka tiba pada Jumaat. Mengawal tapak dan memelihara bukti adalah penting bagi penyelidik untuk cuba membuat kesimpulan, dan siapa yang menyebabkan pesawat terhempas, tetapi beberapa pegawai telah mencadangkan bahawa tempat kejadian telah dikompromi. "Kami kini mempunyai kemungkinan untuk melihat lebih banyak tempat kejadian yang besar ini. Kami telah membuat pemerhatian keadaan di sini apabila ia ditunjukkan kepada kami," kata Timbalan Ketua Misi Pemantauanan Khas OSCE ke Ukraine, Alexander Hug. "Kami juga mempunyai kemungkinan untuk bercakap dengan orang-orang yang bertanggungjawab di sini dan ... untuk bercakap dengan penduduk kampung tempatan." Beliau memberitahu pemberita: "Dalam mana-mana tugas, kerjasama diperolehi dari masa ke masa ... kami mempunyai akses yang lebih baik hari ini." Pada Jumaat, tugas sekumpulan pemantau telah terjejas dengan adanya anggota bersenjata yang bertindak dengan cara yang kurang sopan dan tidak profesional. Ada di antaranya yang kelihatan sedikit mabuk, menurut seorang jurucakap OSCE. Pada Sabtu, lelaki bersenjata membentuk barisan di sepanjang pinggir kawasan padang di mana pesawat itu terhempas, membunuh semua 298 orang di atas kapal, kononnya bagi menunjukkan mereka mengawal kawasan tersebut. Pemberontak pro-Rusia, yang inginkan kemerdekaan di wilayah Donbass timur Ukraine, mengatakan mereka tidak menyentuh kawasan nahas, tetapi sekurang-kurangnya beberapa orang daripada mereka di tempat kejadian berkata, beberapa mayat telah diangkut dengan trak. Pemimpin-pemimpin dunia telah menggesa siasatan segera terhadap bencana pesawat, Khamis, yang berkemungkinan menandakan detik penting hubungan antara Rusia dan Barat semakin merosot. Beberapa pegawai bimbang kesuntukan masa bagi memastikan siasatan menyeluruh dan forensik dijalankan. "Saya tidak fikir ia terlalu lewat. Tetapi dengan setiap hari yang berlalu anda kehilangan peluang untuk melindungi dan menjamin tempat kejadian dan mayat," kata Michael Bociurkiw, seorang jurucakap OSCE, sambil menambah dia berpandangan petugas keselamatan diletakkan di kawasan nahas apabila mereka datang ke situ. "Ini kawasan yang besar. Anda perlu ramai orang untuk melindungi mayat dan memberikan mereka penghormatan yang sepatutnya." Beliau pada sidang media kemudiannya memberitahu buat kali pertama pemantau melihat pekerja penyelamat mengalihkan mayat-mayat dari tapak dan memasukkannya ke dalam beg. "Biasanya beg-beg ini diletakkan di kedua-dua belah jalan yang ditutup. Beberapa beg dibiar terbuka dan terdedah kepada unsur-unsur. Kami tidak tahu mengapa. Kami mengira hari ini ada 55 beg mayat dan 50 lokasi yang ditandakan 'mempunyai mayat'," katanya . - mstar

MH17: Galeri Gambar Nahas
APABILA dipandang dari jauh, kibaran reben putih di celah-celah rumput di ladang jagung yang luas di timur Ukraine menjadikan ia suasana yang indah dan tenang.
Tetapi apabila didekati, keadaan itu akan menitiskan air mata kerana ribon putih tersebut menandakan kedudukan mayat mangsa MH17 yang dikenalpasti oleh anggota tentera puak pemisah.
Kesedihan pula akan menjadi lebih hiba dengan keadaan kecederaan mayat serta memikirkan nasib pesawat mereka yang telah diletupkan pada ketinggian 10,000 meter, lapor Dailymail.
Berita yang menjadi tajuk utama Mailonline itu turut mendedahkan bahawa kawasan nahas kini dimasuki orang awam yang merakam gambar serta meninggalkan bunga kepada mangsa.
Terdapat dikalangan orang awam yang hadir cuba menyusun barangan mangsa bersama bunga untuk memberi penghormatan dan akhirnya mereka pulang bersama linangan air mata mengenangkan nasib mangsa.
Pada masa sama juga, mayat-mayat yang terbiar sebelum ini mula dikumpul sementara menunggu pasukan penyiasat antarabangsa.
Penerbangan MH17 milik MAS yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis telah ditembak jatuh di kawasan konflik di timur Ukraine.
Puak Pemisah pro-Rusia didakwa bertanggungjawab menembak pesawat awam berkenaan.
- mstar
- mstar
TOP
MH17: Misi Malaysia Dapatkan Bantuan Akses Penuh Ke Kawasan Nahas
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berlepas ke Ukraine malam Sabtu. Turut bersamanya Datuk Azaharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof. -foto THE STAR
SEPANG: Malaysia dengan perasaan berbaur kebimbangan cuba untuk mendapatkan bantuan memasuki kawasan di mana pesawat penerbangan MH17 terhempas, walaupun pemberontak merampas barang-barang, 'merompak' mayat-mayat dan menghalang penyiasat daripada memasuki kawasan tersebut. Seorang ahli pemantau pasukan antarabangsa menyifatkan kawasan kemalangan itu sebagai 'tempat kejadian jenayah paling besar di dunia'. Beliau juga menegaskan keperluan supaya ramai 'petugas profesional' dapat berada di tapak nahas dalam tempoh yang 'sangat segera'. Memahami keperluan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berlepas ke Ukraine malam Sabtu untuk menyertai Bantuan Bencana Malaysia dan Pasukan Penyelamat serta bertemu rakan sejawatannya Maksym Burbak untuk mendapatkan bantuan akses ke kawasan terbabit. Pada sidang media beberapa jam sebelum berlepas, beliau menegaskan kepentingan untuk memelihara kawasan nahas. Liow berulang kali berkata Malaysia amat bimbang dengan kerja yang dilakukan di kawasan kemalangan memandangkan pasukan penyiasatan Malaysia masih belum mendapat kebenaran untuk memasuki kawasan itu. "Sebab itulah kami merayu sokongan dunia untuk memastikan bahawa kawasan kemalangan dan bukti yang ada tidak diusik agar keadilan dapat ditegakkan. "Kami harap kami dapat memasuki kawasan itu seperti yang dijanjikan kerajaan Ukraine," katanya. Turut bersama beliau termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman, Pengerusi Malaysia Airlines, Tan Sri Md Nor Yusof. Liow berkata sebarang tindakan untuk tidak membenarkan pasukan penyiasatan khas Malaysia daripada memasuki kawasan kemalangan Malaysia Airlines penerbangan MH17, adalah tidak berperikemanusiaan. Beliau berkata ini disebabkan Malaysia masuk ke kawasan itu atas alasan kemanusiaan, dan itulah sebabnya negara ini membuat gesaan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. "Kami juga meminta pihak berkuasa Ukraine untuk menyediakan kepada kami koridor selamat dan ini mesti dilakukan dengan pantas untuk mendapatkan mayat mangsa. "Perkara ini sangat penting dan itulah sebabnya kerajaan Malaysia menghantar saya ke Ukraine untuk mempercepatkan kerja sepantas mungkin," katanya. Beliau menambah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil beberapa tindakan proaktif supaya semua mayat mangsa dan kotak hitam segera ditemui. "Beliau (Najib) menghubungi banyak pemimpin termasuk Presiden Ukraine, Putin (Presiden Rusia), David Cameron (Perdana Menteri United Kingdom) dan Ban Ki-moon (Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan merayu kepada dunia agar kami memperoleh laluan selamat untuk memasuki kawasan kemalangan. "Putin telah memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik bagi membantu kami," katanya. Liow berkata rakyat Malaysia berasa amat marah dan sedih berhubung tragedi ini dan menggesa supaya keganasan dihentikan dan kehidupan dihormati. "MH17 telah menjadi isu geopolitik. Namun begitu kita tidak harus lupa bahawa ini adalah tragedi kemanusiaan. Beberapa hari selepas pesawat ini terhempas, mayat 298 orang di dalam pesawat ini masih belum ditemui. "Warganegara dari sebelas negara - tidak seorangpun daripada mereka terlibat dalam konflik di Timur Ukraine - tidak dapat disemadikan. Kehidupan mereka diragut oleh keganasan; kini keganasan juga menghalang mereka daripada diberi penghormatan terakhir. Ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Pesawat MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine. Kapal terbang itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru. - mstar

Beg Mayat Tanpa Diketahui Bilangannya Telah Dialihkan - CNN
PETALING JAYA: Soalan yang kekal tidak terjawab adalah bilangan mayat-mayat yang ditemui selepas pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 ditembak jatuh dan terhempas atau di mana mereka telah dibawa, dan siapa yang mengalihkan mayat-mayat di sana.
Jurucakap bagi Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Michael Bociurkiwmemberitahu CNN bahawa kumpulan itu pergi ke lokasi kemalangan di bahagian terpencil di timur Ukraine pada Sabtu dan melihat petugas-petugas mengalihkan mayat-mayat yang tidak diketahui bilangannya.
Bociurkiw berkata adalah sukar untuk mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai kerana beberapa kumpulan pemisah pro-Rusia yang sebahagian daripada mereka bertopeng mengawal kawasan itu, katanya.
"Tetapi di situ tidak nampak seperti hanya seorang komander yang bertanggungjawab," katanya.
Tiga penyiasat nahas udara dari Ukraine menemani pemantau OSCE tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja-kerja mereka, katanya.
"Mereka memerlukan masa yang lebih banyak dan akses yang lebih bebas," kata Bociurkiw.
Bociurkiw memberitahu Pusat Media Krisis Ukraine pada Sabtu bahawa OSCE telah melihat ramai petugas keselamatan dilengkapi senjata di lokasi kemalangan.
"Tujuan utama kami adalah untuk mengumpul fakta-fakta untuk dikongsikan dengan negara-negara yang turut serta dalam OSCE dan melaporkannya kepada media. Kami meninjau keselamatan perimeter lokasi kemalangan, keadaan dan status runtuhan, mayat-mayat dan barangan peribadi, "katanya.
Lebih banyak kuasa-kuasa dunia kesal dengan keadaan itu dan meminta Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menggunakan pengaruhnya ke atas puak pemisah.
"Semalam (Jumaat), pemantau (OSCE) hanya dibenarkan masuk selama 75 minit ke kawasan itu," kata Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Sabtu.
"Hari ini, mereka dibenarkan kurang daripada tiga jam.
"Kawasan ini tidak dikawal dengan selamat, dan terdapat beberapa laporan mayat-mayat yang keluarkan, bahagian-bahagian kapal terbang dan serpihan lain diheret dari sini, dan bukti ia berpotensi diganggu. Ini tidak boleh diterima dan satu penghinaan kepada semua mereka yang kehilangan orang tersayang dan kepada maruah mangsa."
Perdana Menteri Britain, David Cameron menulis di Sunday Times menggesa Putin tidak kira dengan cara apa memudahkan akses ke lokasi nahas dan menenangkan persengketaan antara Ukraine dan puak pemisah.
Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte juga bersuara.
"Saya mahu melihat hasil dalam bentuk akses tanpa halangan dan pemulihan segera," kata Rutte pada taklimat akhbar. - mstar
TOP
MH17: Australia Beri Tekanan Kepada PBB Mahu Siasatan Penuh
MELBOURNE: Menteri Luar Australia Julie Bishop akan berlepas ke Amerika Syarikat malam Ahad untuk berkempen bagi siasatan antarabangsa mengenai nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penebangan MH17, yang turut mengorbankan 28 warga Australia dalam kalangan 298 penumpang dan anak kapal yang terbunuh.
Bishop akan mengetuai usaha Australia untuk mendesak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapatkan akses yang bebas dan terbuka di lokasi kemalangan MH17, menurut laporan ABC News.
Pesawat penumpang dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemukaan bumi ke udara yang menyaksikan tubuh-tubuh dan serpihan yang terbakar bertaburan di seluruh padang kawasan bergolak Ukraine.
Enam pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri Australia dan Perdagangan telah dihantar ke Kiev dan banyak lagi sedang dalam perjalanan termasuk lima anggota pasukan tindakan kecemasan dan juga pasukan penyiasat Polis Persekutuan Australia.
Bishop berkata rayuan Kerajaan Australia akan dikemukakan kepada PBB.
"Saya telah bercakap dengan wakil kami di PBB dan saya faham bahawa gesaan kami resolusi terpakai akan dibahaskan dalam minggu depan," kata Bishop sebagaimana dipetik ABC News.
"Saya juga akan ke Washington untuk bertemu dengan pakar-pakar keselamatan dan perisikan untuk memastikan bahawa Australia diberi taklimat penuh mengenai perisikan antarabangsa yang boleh didapati berhubung perkara ini kerana kita berazam untuk memastikan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan siapa yang bertanggungjawab," Menteri Luar itu dilaporkan sebagai berkata. - mstar
TOP
Dr Subramaniam Kecam Pihak Berkuasa Rusia, Ukraine Tidak Sokong Pasukan SMART
Datuk Seri S. Subramaniam
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam mengecam pihak berkuasa Rusia dan Ukraine kerana tidak memberikan sokongan yang cukup terhadap pasukan SMART. "Saya marah kerana pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) kita tidak mendapat sokongan yang diperlukan dan akses kepada lokasi kemalangan untuk membantu dalam operasi pemulihan," katanya dalam satu kenyataan tegas yang dihantar ke laman Facebook beliau, Ahad. "Pihak berkuasa Ukraine dan Rusia berhutang kepada kita untuk memberi sokongan terhadap penyertaan pasukan penyelamat," kata Subramaniam. Beliau mengutuk sebarang gangguan oleh pemberontak pro-Rusia yang menafikan kemasukan ke lokasi kemalangan. "Sebagai sebuah negara kita akan menunjukkan tekad kita untuk sampai di sana dan mendapatkan keadilan bagi masyarakat global yang menjadi mangsa perbuatan jenayah pencerobohan ini," katanya. - mstar

Air Terputus 3 Bulan, Penduduk Guna Air Parit Kotor
GUA MUSANG: Hampir 300 orang penduduk di Kampung Mentara Lama di sini kecewa apabila kemudahan bekalan air yang terputus sejak tiga bulan lalu masih belum dibaik pulih oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Ini menyebabkan mereka terpaksa menggunakan air parit yang kotor bagi keperluan harian termasuk untuk memasak.
Mereka juga telah jemu membuat aduan berhubung masalah itu kepada AKSB kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak mengambil perhatian serius bagi pembaikian segera.
Malah, menurut seorang penduduk, Norsaziera Mohamad, 22, pihak AKSB tidak pernah menjenguk masalah yang dihadapi penduduk kampung terbabit hingga keadaannya bertambah buruk.
Beliau sebelum ini hampir setiap hari menghubungi AKSB bagi menyatakan kesulitan yang dihadapi namun aduan itu diibarat seperti 'mencurah ke daun keladi'.
"Kami cukup kecewa dengan apa yang berlaku itu kerana sekarang di bulan Ramadan dan kami berdepan dengan masalah itu yang belum ada kesudahannya.
"Tidak lama lagi akan menyambut Aidilfitri pula, terpaksa juga mandi dan membuat kuih raya menggunakan air parit yang tidak terjamin kebersihannya," katanya.
Wan Maisarah Wan Harun, 30, pula mendesak pihak pengurusan tertinggi AKSB agar turun padang untuk melihat sendiri apa yang dihadapi penduduk mengenai masalah air itu.
Boleh dikatakan sepanjang hari penduduk berkumpul di parit tidak jauh dari situ untuk mengangkut air bagi kegunaan penduduk.
"Sepatutnya AKSB menghantar air dengan lori tangki bagi keperluan penduduk jika keadaan itu berlarutan, tetapi mereka tidak pernah berbuat demikian," katanya. - mstar
TOP
Dadah: Ibu Bapa Dipenjara, Empat Beradik Hilang Tempat Bergantung
GURUN: Empat beradik di Kampung Gajah Putih, Jeneri dekat sini pilu mengenangkan nasib mereka pada Aidilfitri ini dan hari-hari mendatang setelah ibu bapa mereka dipenjarakan kerana terlibat dengan dadah.
Bapa mereka yang berusia 39 tahun dipenjarakan sejak September tahun lepas kerana terlibat dalam kes dadah dan kes pukul manakala ibu mereka, juga berusia 39 tahun, dipenjarakan sejak Januari lalu kerana kes dadah.
Kini empat kanak-kanak tersebut berusia 10 hingga 16 tahun terpaksa menguruskan kehidupan mereka sendiri setelah hilang tempat bergantung. Kesempitan hidup menyebabkan dua daripada mereka yang berusia 14 dan 16 tahun tidak dapat meneruskan persekolahan bagi memberi peluang kepada dua adik mereka untuk meneruskan pelajaran.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata sejak kedua-dua ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara, dia terpaksa menguruskan adik-adiknya.
Gadis itu berkata dia dan adik-adiknya kini hanya bergantung kepada wang zakat RM400 sebulan yang sebelum ini di bawah nama ibu mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.
"Kalau ikutkan raya macam ni dah biasa. Mak dan ayah pun dah dua kali masuk penjara. Walaupun susah saya tak nak berpisah dengan adik-beradik. Kami tetap nak bersama. Saudara mara lain jauh, dan ramai juga susah. Hanya harap seorang datuk saudara yang jenguk kami. Rasa sedih ada tetapi takde rasa apa sebab dah biasa," katanya.
Katanya sebelum ini, dia dan adik perempuannya berusia 14 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri tetapi diberhentikan tahun lepas dengan alasan kerap ponteng sekolah.
"Macam mana kami nak pergi sekolah kalau kami tak mampu sebab takde pengangkutan. Sekarang ni dua adik saya (berusia 10 dan 12 tahun) masih dapat bersekolah sebab sekolah dekat dengan rumah," katanya.
Adik lelakinya yang berumur 12 tahun dan adik perempuan berumur 10 tahun itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri.
"Sekarang ini, kalau ada orang nak tolong saya untuk sekolah semula pun saya tak minat. Tetapi saya berharap sangat, kalau orang nak tolong, mintak tolong adik-adik saya supaya mereka dapat bersekolah dengan baik," katanya.
Sementara itu, adik perempuannya yang berumur 14 tahun itu berkata dia masih berminat untuk ke sekolah.
"Kalau ada orang nak tolong, saya nak pergi sekolah. Sekarang ni saya duduk rumah je, uruskan adik-adik," katanya.
Keperitan hidup empat beradik itu mendapat perhatian Umno Bahagian Sik dengan ketuanya Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata empat beradik itu akan dijadikan anak angkat Umno Bahagian.
Katanya pihaknya akan berusaha untuk empat beradik itu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai tambahan kepada bantuan zakat.
"Saya juga akan pastikan mereka dapat ke sekolah dan mendapat segala bantuan persekolahan supaya mereka dapat belajar dengan baik," kata Mohd Tajudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah. - mstar
TOP
MUTAKHIR Ribuan penduduk tinggalkan timur Gaza, Israel terus lancar serangan
Letupan yang berlaku di Gaza semalam
BANDARAYA GAZA: Ribuan penduduk dilapor meninggalkan daerah Shejaiya di timur Gaza, awal hari ini, selepas serangan rejim Zionis menyebabkan beberapa mangsa terbaring di atas jalan raya. Ambulans tidak dapat sampai di kebanyakan kawasan di sepanjang sempadan kerana pertempuran besar-besaran sedang berlaku. Sementara itu, anggota perkhidmatan kecemasan berkata terdapat laporan bahawa penduduk tempatan terkorban dan cedera selepas terperangkap dalam letupan akibat bedilan bom roket oleh tentera Israel. - AFP

Lintas Langsung Serangan Israel Ke Gaza (SkyView)
Telegraph.co.uk menyediakan siaran langsung serangan Israel terhadap Gaza. Lintas langsung tersebut diambil menggunakan 'SkyView' iaitu satu kaedah kamera di atas bangunan.
TOP
Sekurang-kuranya 59 Kanak-Kanak Terbunuh dan 500 Lagi cedera di Gaza
KUALA LUMPUR - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menyuarakan kebimbangan berhubung keganasan di Gaza, menyatakan ia telah meragut nyawa lebih banyak kanak-kanak dan perkhidmatan asas untuk kanak-kanak turut diserang.
Sekurang-kurangnya 59 kanak-kanak telah terbunuh dan 500 lagi cedera di Gaza, dan empat kanak-kanak Israel cedera di Israel, katanya dalam kenyataan dikeluarkan di New York.
"Lebih 1,780 keluarga di Gaza telah menyaksikan rumah mereka dimusnahkan dan ribuan orang lagi kehilangan tempat tinggal dan lebih 80 sekolah rosak akibat serangan itu," kata Unicef.
Ia juga menyatakan infrastruktur pembersihan air yang daif di Gaza turut rosak, meningkatkan risiko penyakit bawaan air.
Separuh daripada sistem pembetungan dan rawatan air sisa tidak lagi berfungsi, dan kira-kira 900,000 orang terbiar tanpa mendapat bekalan air, menurutnya.
Unicef menggesa semua pihak memenuhi tanggungjawab undang-undang dan moral mereka untuk melindungi orang awam, termasuk kanak-kanak daripada bahaya dan ancaman.
Menurut kenyataan itu, Unicef dan rakan-rakannya sedang berusaha memperoleh ubat-ubatan paediatrik yang perlu untuk hospital dan kemudahan kesihatan, manakala pasukan perlindungan kanak-kanak membantu kanak-kanak dan penjaga mereka dalam menghadapi tekanan psikologi.
Ia juga menyatakan kanak-kanak dan keluarga juga diberi amaran tentang bahaya bom yang tidak meletup. - Bernama
TOP
KJ Sempat Menyertai Perarakan Sokong Palestin Di London
Berikut adalah status yang dikongsikan oleh Kahiry Jamaluddin di Facebooknya yang mana beliau sempat menyertai perarakan Sokong Palestin di London. ─ SiakapKeli.com
Dalam perjalanan ke Glasgow, Scotland untuk menghadiri Sukan Komawel, sempat singgah kota London. Kebetulan hari ini di London ada perarakan besar untuk menyokong Gaza dan mengecam Israel.
Saya juga telah menyertai perarakan tersebut yang terdiri dari ribuan orang pelbagai bangsa dan agama. Kami cuba menuju ke kedutaan Israel tetapi jalan ke situ ditutup oleh polis London. Peserta semua telah berhenti berhampiran kedutaan tersebut di High Street Kensington dan mendengar ucapan dari para aktivis.
Walaupun cuaca panas, semua peserta begitu bersemangat membawa mesej Free Palestine! Saya cukup kagum dengan masyarakat UK yang mana tak kira Muslim atau non-Muslim membanjiri jalanraya kota London. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat bukan hanya isu umat Islam.
Pengalaman puasa di sini pula merupakan pengalaman baru. Sebab saya berada dalam pesawat semalam, saya berhenti makan pada jam 12 tengah malam waktu UK. Buka puasa pula jam 9 malam. Bermakna saya akan berpuasa 21 jam hari ini.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang tidak dapat dilupa kerana dapat juga berjalan bersama warga London bersolidariti untuk Gaza!
TOP
Petugas Kumpul Mayat Di Kawasan Pesawat Terhempas
Petugas di kawasan pesawat terhempas mengusung mayat yang dibungkus dalam beg plastik hitam.
GRABOVE (Ukraine): Bau busuk akibat kematian kini hampir tidak tertanggung di kawasan bangkai penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, mengorbankan semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat. Dua hari selepas pesawat penumpang itu dikatakan ditembak jatuh di wilayah pemberontak, serpihan bangkai dan bahagian-bahagian badan mangsa yang bertebaran di kawasan sekitar sejauh beberapa kilometer menjadi tumpuan pekerja kecemasan dan pemantau antarabangsa di tempat kejadian untuk mencari dan mengumpul 298 mayat. Selepas tersadai selama berjam-jam di bawah matahari musim panas, beberapa mayat dilihat telah menjadi hitam dan kembung. Anggota bomba yang berpakaian seragam biru memakai sarung tangan mereka sebaik sahaja memasuki ladang gandum di mana terdapat penanda yang menunjukkan lokasi mayat. Di situ, mereka mula membungkus mayat mangsa dengan memasukkannya ke dalam beg badan hitam besar sebelum meletakkannya di atas pengusung dan dibawa ke arah bas yang menunggu. Semua ini dilakukan di bawah pemerhatian tentera pemberontak pro-Rusia yang mengawal ketat akses ke lokasi kemalangan yang terletak jauh di dalam wilayah mereka dan melepaskan tembakan amaran ke udara supaya wartawan berundur. "Kami sedang menjaga keselamatan zon di mana pakar-pakar melakukan tugas mereka. Ia adalah prosedur standard di kawasan seperti ini," kata komander pemberontak yang menjaga keselamatan di kawasan ini kepada AFP tetapi enggan memberikan namanya. Katanya, dari sini sahaja sebanyak 27 mayat pada pagi Sabtu telah dibawa ke rumah mayat di bandar pemberontak di Donetsk, kira-kira 50 kilometer dari kawasan terbabit. Di luar bilik mayat, seorang lagi wartawan AFP diberi amaran oleh dua pemberontak yang memegang tampuk pemerintahan Kalashnikov dan pekerja enggan mengulas mengenai di mana mayat-mayat berada. Apakah yang akan berlaku kepada mayat mencetuskan kebimbangan, dengan saudara-mara mangsa dari Amsterdam hingga Australia terdesak untuk mendapatkan kembali mayat-mayat orang yang tersayang. Kerajaan Ukraine menuduh pemberontak memusnahkan bukti tetapi pemimpin pemisah telah berikrar untuk membolehkan akses kepada penyelidik dan petugas pencari. Tetapi pemantau antarabangsa setakat ini hanya dapat melalui sebahagian kecil kawasan selepas berdepan dengan pemberontak bersenjata. "Adakah anda mempunyai apa-apa dalam peti sejuk khemah?," salah seorang pemantau bertanya kepada salah seorang pasukan penyelamatan yang berdiri di antara kumpulan bersenjata yang berkerumun. Pekerja hanya menggelengkan kepalanya. Di kawasan berdekatan dapat dilihat barangan mangsa bertaburan dengan beg pakaian koyak dan terbuka, pasport, buku dan mainan kanak-kanak. Hanya selepas satu jam setengah kemudian ketika pemerhati sudah dalam perjalanan kembali ke pangkalan, mereka sekali lagi dihalang untuk mengkaji seluruh kawasan dan yang paling penting tapak utama. "Kami mempunyai peluang untuk bercakap dengan orang-orang yang bertanggungjawab, penduduk tempatan dan orang-orang yang mengumpul mayat," kata ketua delegasi, kata Alexander Hug. Tidak lama selepas meninggalkan kawasan itu, dua bas yang membawa kira-kira 50 orang muncul di tempat kejadian. Mereka terdiri daripada jururawat dari hospital tempatan dan pelombong, memakai pakaian seragam yang datang untuk membantu. "Ini kali kedua saya datang untuk membantu tetapi saya benci berada di sini," kata Zhenya, 21. "Semalam mereka telah mengambil kami di lombong tetapi apa yang menyeramkan adalah semua mayat adalah tidak sempurna dan reput." ─ mStar.com.my

MH17: Himpunan Kata-Kata Sengal Dari Mereka Mereka Yang Bebal
Susulan daripada peristiwa MH17, jika kita perhatikan pelbagai reaksi masyakat kita berkaitan perkara ini. Masing-masing sibuk memuat naik status Facebook, Twitter dan sebagainya menyatakan padangan masing-masing.
Apa yang SK ingin kongsikan di sini adalah beberapa status yang agak viral di laman-laman sosial.
─ SiakapKeli.com
─ SiakapKeli.com
TOP
Tak Sempat Langgan Mak Nyah Di Bulan Ramadan
ALOR SETAR – Ketika umat Islam rancak mengerjakan solat tarawih, masih ada lelaki bernafsu songsang tergamak melanggan mak nyah di Lorong Kereta Api, dekat sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, tiga mak nyah bersama seorang pelanggan dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam Ops Nyah ketika leka berurus niaga.
Manakala beberapa mak nyah lain bertempiaran lari menyelamatkan diri menaiki motosikal pelanggan, ada juga menyorok dalam semak berhampiran landasan keretapi berkenaan.
Malah seorang pelanggan berusia 26 tahun juga tidak sempat melanggan mak nyah berusia 29 tahun.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-Undang Jaik, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki bujang terbabit dicekup bersama seorang mak nyah.
“Turut ditahan dua mak nyah bukan beragama Islam manakala seorang mak nyah dikenali sebagai Nik dikatakan kerap keluar masuk dari negeri ini dengan Thailand untuk bersosial.
“Meskipun sudah ditahan anggota penguat kuasa sebanyak tiga kali, namun mak nyah berkenaan dilihat tidak serik melakukan kesalahan sama,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Roshidi berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati kegiatan mak nyah di lorong berkenaan tidak pernah berhenti sebaliknya rancak berlangsung meskipun di bulan puasa.
Katanya, mereka mengambil kesempatan semasa waktu solat tarawih untuk melakukan kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kesucian Ramadan ini.
“Kegiatan mak nyah didapati tetap mendapat sambutan hangat terutamanya geng motosikal apabila mereka dilihat asyik berurus niaga pada bulan puasa ini.
“Sebelum dilepaskan, beberapa mak nyah dan pelanggan terbabit diberi nasihat supaya menyedari kesilapan mereka dengan harapan pulang ke pangkal jalan,” katanya.
Katanya, jika sabit kesalahan, mereka yang terbabit akan dikenakan denda RM1,000 ataupun enam bulan penjara di bawah Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah. - Sinar Harian Online
TOP
Iklan Raya RTM 2014 : Sindir 'Mat Gadget', Penuh Pengajaran
RTM tidak ketinggalan menyajikan rakyat Malaysia dengan iklan rayanya yang mencuit hati kebanyakan. Iklan itu dilihat sedikit menyindir rakyat Malaysia yang leka dengan telefon mudah alih dan gadget.
Mesej yang ingin disampaikan oleh RTM boleh dikira 'sampai' dalam video ini. Ini boleh dilihat setelah banyak komen positif yang diberi oleh pengguna laman youtube kepada video berkenaa.
Video berdurasi 4 minit 31 saat itu menceritakan bagaimana orang zaman kini beraya di kampung dan sebuah keluarga mengambil inisiatif untuk 'menyahkan semua gadget' yang menghambarkan suasana raya tersebut.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Pasukan Penyiasat Malaysia Belum Dapat Laksana Tugas
Khairil Hilmi (kiri) bersama Duta Malaysia ke Ukraine Chuah Teong Ban (kanan) setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Borispol, Kiev.
KUALA LUMPUR: Pasukan Penyiasat Malaysia yang ditugaskan menyiasat kemalangan tragis pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah tiba di Kiev, Ukraine awal hari Sabtu. Bagaimanapun, pasukan itu tidak dapat melaksanakan tugas berikutan lokasi kemalangan tidak selamat untuk dimasuki. Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata belum ada laluan selamat untuk pasukan berkenaan melawat lokasi kemalangan di Grabovo, kira-kira 750 kilometer dari Kiev dan Kerajaan Ukraine sedang memudahkan urusan buat pasukan berkenaan. "Kami akan sentiasa mematuhi keperluan Kerajaan Ukraine kerana mereka juga berusaha memastikan keselamatan kita dalam melaksanakan misi ini," kata Khairil Hilmi kepada wartawan Malaysia di Kiev, Ahad. Pasukan itu terdiri daripada 131 anggota, termasuk 24 anggota Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai forensik polis. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di RTM1, berkata kerajaan Malaysia menuntut pihak-pihak yang berkaitan untuk menjamin dan memastikan keselamatan pasukan siasatan sepanjang tempoh operasi dijalankan. Najib juga menggesa pihak yang berkenaan untuk tidak mengganggu atau menjejaskan bukti di tempat kejadian bagi membolehkan siasatan telus dan berkesan dan jika siasatan membuktikan bahawa pesawat MH17 sememangnya ditembak jatuh, Malaysia menuntut mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. "Saya menyampaikan ketiga-tiga tuntutan hari ini kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon. Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberikan kerjasama penuh bagi membantu mencapai matlamat ini," kata Najib. Meskipun pesawat MH17 dipercayai telah ditembak jatuh, Najib berkata kerajaan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehingga bukti disahkan. Pesawat MH17 yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine. Pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa Boeing 777 telah ditembak jatuh. Penerbangan MH17 telah berlepas dari Amsterdam pada 12.15 (waktu Belanda) pada Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat. Di Putrajaya hari ini, Najib berkata Malaysia, sebagai pemilik kapal terbang MAS MH17 yang terhempas di Ukraine akan memastikan bahawa kota hitam pesawat berkenaan tidak dikuasai pihak yang tidak relevan dengan insiden itu. Mengikut peraturan antarabangsa, pemilik pesawat berhak ke atas kotak hitam itu, katanya. "Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa dan mereka yang tidak berhak, tidak boleh menguasai dan mengambil alih kotak hitam itu," kata Najib. Media asing melaporkan bahawa kotak hitam pesawat MH17 telah ditemui dan dibawa keluar dari lokasi kemalangan, tetapi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong menolak kenyataan itu dan berkata laporan itu adalah berita yang belum disahkan dan masih perlu disahkan. Liow terbang ke Kiev, Ukraine, malam Sabtu bagi melicinkan pasukan penyiasat Khas Malaysia untuk mendapatkan akses kepada lokasi kemalangan pesawat MH17.

Taufan Rammasun Koran 16 Nyawa Di Cina, 94 di Filipina.
Penduduk tempatan terpaksa melalui tiang elektrik yang tumbang.
BEIJING: Taufan terkuat yang membadai selatan China dalam tempoh empat dekad, meragut 16 nyawa selepas mengorbankan sekurang-kurangnya 94 orang di Filipina, kata pegawai hari ini. Taufan Rammasun yang membadai pulau Hainan, pesisir pantai selatan China pada Jumaat lalu meragut tujuh nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain, lapor agensi berita Xinhua. Sementara itu, sembilan orang dilaporkan terkorban di wilayah Guangxi ketika taufan berkenaan dalam perjalanan merentasi utara ke Vietnam. Pentadbiran Meteorologi China berkata, taufan berkenaan adalah yang paling ganas melanda selatan China dalam tempoh 41 tahun. Kelajuan angin mencapai sehingga 216 kilometer per jam, dengan ribut kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan merosakkan beberapa struktur bangunan. - AP
BEIJING: Taufan terkuat yang membadai selatan China dalam tempoh empat dekad, meragut 16 nyawa selepas mengorbankan sekurang-kurangnya 94 orang di Filipina, kata pegawai hari ini. Taufan Rammasun yang membadai pulau Hainan, pesisir pantai selatan China pada Jumaat lalu meragut tujuh nyawa dan mencederakan berpuluh yang lain, lapor agensi berita Xinhua. Sementara itu, sembilan orang dilaporkan terkorban di wilayah Guangxi ketika taufan berkenaan dalam perjalanan merentasi utara ke Vietnam. Pentadbiran Meteorologi China berkata, taufan berkenaan adalah yang paling ganas melanda selatan China dalam tempoh 41 tahun. Kelajuan angin mencapai sehingga 216 kilometer per jam, dengan ribut kuat menyebabkan bekalan elektrik terputus dan merosakkan beberapa struktur bangunan. - AP
TOP
Petugas Kumpul Mayat Di Kawasan Pesawat Terhempas
Petugas di kawasan pesawat terhempas mengusung mayat yang dibungkus dalam beg plastik hitam.
GRABOVE (Ukraine): Bau busuk akibat kematian kini hampir tidak tertanggung di kawasan bangkai penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, mengorbankan semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat. Dua hari selepas pesawat penumpang itu dikatakan ditembak jatuh di wilayah pemberontak, serpihan bangkai dan bahagian-bahagian badan mangsa yang bertebaran di kawasan sekitar sejauh beberapa kilometer menjadi tumpuan pekerja kecemasan dan pemantau antarabangsa di tempat kejadian untuk mencari dan mengumpul 298 mayat. Selepas tersadai selama berjam-jam di bawah matahari musim panas, beberapa mayat dilihat telah menjadi hitam dan kembung. Anggota bomba yang berpakaian seragam biru memakai sarung tangan mereka sebaik sahaja memasuki ladang gandum di mana terdapat penanda yang menunjukkan lokasi mayat. Di situ, mereka mula membungkus mayat mangsa dengan memasukkannya ke dalam beg badan hitam besar sebelum meletakkannya di atas pengusung dan dibawa ke arah bas yang menunggu. Semua ini dilakukan di bawah pemerhatian tentera pemberontak pro-Rusia yang mengawal ketat akses ke lokasi kemalangan yang terletak jauh di dalam wilayah mereka dan melepaskan tembakan amaran ke udara supaya wartawan berundur. "Kami sedang menjaga keselamatan zon di mana pakar-pakar melakukan tugas mereka. Ia adalah prosedur standard di kawasan seperti ini," kata komander pemberontak yang menjaga keselamatan di kawasan ini kepada AFP tetapi enggan memberikan namanya. Katanya, dari sini sahaja sebanyak 27 mayat pada pagi Sabtu telah dibawa ke rumah mayat di bandar pemberontak di Donetsk, kira-kira 50 kilometer dari kawasan terbabit. Di luar bilik mayat, seorang lagi wartawan AFP diberi amaran oleh dua pemberontak yang memegang tampuk pemerintahan Kalashnikov dan pekerja enggan mengulas mengenai di mana mayat-mayat berada. Apakah yang akan berlaku kepada mayat mencetuskan kebimbangan, dengan saudara-mara mangsa dari Amsterdam hingga Australia terdesak untuk mendapatkan kembali mayat-mayat orang yang tersayang. Kerajaan Ukraine menuduh pemberontak memusnahkan bukti tetapi pemimpin pemisah telah berikrar untuk membolehkan akses kepada penyelidik dan petugas pencari. Tetapi pemantau antarabangsa setakat ini hanya dapat melalui sebahagian kecil kawasan selepas berdepan dengan pemberontak bersenjata. "Adakah anda mempunyai apa-apa dalam peti sejuk khemah?," salah seorang pemantau bertanya kepada salah seorang pasukan penyelamatan yang berdiri di antara kumpulan bersenjata yang berkerumun. Pekerja hanya menggelengkan kepalanya. Di kawasan berdekatan dapat dilihat barangan mangsa bertaburan dengan beg pakaian koyak dan terbuka, pasport, buku dan mainan kanak-kanak. Hanya selepas satu jam setengah kemudian ketika pemerhati sudah dalam perjalanan kembali ke pangkalan, mereka sekali lagi dihalang untuk mengkaji seluruh kawasan dan yang paling penting tapak utama. "Kami mempunyai peluang untuk bercakap dengan orang-orang yang bertanggungjawab, penduduk tempatan dan orang-orang yang mengumpul mayat," kata ketua delegasi, kata Alexander Hug. Tidak lama selepas meninggalkan kawasan itu, dua bas yang membawa kira-kira 50 orang muncul di tempat kejadian. Mereka terdiri daripada jururawat dari hospital tempatan dan pelombong, memakai pakaian seragam yang datang untuk membantu. "Ini kali kedua saya datang untuk membantu tetapi saya benci berada di sini," kata Zhenya, 21. "Semalam mereka telah mengambil kami di lombong tetapi apa yang menyeramkan adalah semua mayat adalah tidak sempurna dan reput." ─ mStar.com.my
GRABOVE (Ukraine): Bau busuk akibat kematian kini hampir tidak tertanggung di kawasan bangkai penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine, mengorbankan semua penumpang dan anak kapal di atas pesawat. Dua hari selepas pesawat penumpang itu dikatakan ditembak jatuh di wilayah pemberontak, serpihan bangkai dan bahagian-bahagian badan mangsa yang bertebaran di kawasan sekitar sejauh beberapa kilometer menjadi tumpuan pekerja kecemasan dan pemantau antarabangsa di tempat kejadian untuk mencari dan mengumpul 298 mayat. Selepas tersadai selama berjam-jam di bawah matahari musim panas, beberapa mayat dilihat telah menjadi hitam dan kembung. Anggota bomba yang berpakaian seragam biru memakai sarung tangan mereka sebaik sahaja memasuki ladang gandum di mana terdapat penanda yang menunjukkan lokasi mayat. Di situ, mereka mula membungkus mayat mangsa dengan memasukkannya ke dalam beg badan hitam besar sebelum meletakkannya di atas pengusung dan dibawa ke arah bas yang menunggu. Semua ini dilakukan di bawah pemerhatian tentera pemberontak pro-Rusia yang mengawal ketat akses ke lokasi kemalangan yang terletak jauh di dalam wilayah mereka dan melepaskan tembakan amaran ke udara supaya wartawan berundur. "Kami sedang menjaga keselamatan zon di mana pakar-pakar melakukan tugas mereka. Ia adalah prosedur standard di kawasan seperti ini," kata komander pemberontak yang menjaga keselamatan di kawasan ini kepada AFP tetapi enggan memberikan namanya. Katanya, dari sini sahaja sebanyak 27 mayat pada pagi Sabtu telah dibawa ke rumah mayat di bandar pemberontak di Donetsk, kira-kira 50 kilometer dari kawasan terbabit. Di luar bilik mayat, seorang lagi wartawan AFP diberi amaran oleh dua pemberontak yang memegang tampuk pemerintahan Kalashnikov dan pekerja enggan mengulas mengenai di mana mayat-mayat berada. Apakah yang akan berlaku kepada mayat mencetuskan kebimbangan, dengan saudara-mara mangsa dari Amsterdam hingga Australia terdesak untuk mendapatkan kembali mayat-mayat orang yang tersayang. Kerajaan Ukraine menuduh pemberontak memusnahkan bukti tetapi pemimpin pemisah telah berikrar untuk membolehkan akses kepada penyelidik dan petugas pencari. Tetapi pemantau antarabangsa setakat ini hanya dapat melalui sebahagian kecil kawasan selepas berdepan dengan pemberontak bersenjata. "Adakah anda mempunyai apa-apa dalam peti sejuk khemah?," salah seorang pemantau bertanya kepada salah seorang pasukan penyelamatan yang berdiri di antara kumpulan bersenjata yang berkerumun. Pekerja hanya menggelengkan kepalanya. Di kawasan berdekatan dapat dilihat barangan mangsa bertaburan dengan beg pakaian koyak dan terbuka, pasport, buku dan mainan kanak-kanak. Hanya selepas satu jam setengah kemudian ketika pemerhati sudah dalam perjalanan kembali ke pangkalan, mereka sekali lagi dihalang untuk mengkaji seluruh kawasan dan yang paling penting tapak utama. "Kami mempunyai peluang untuk bercakap dengan orang-orang yang bertanggungjawab, penduduk tempatan dan orang-orang yang mengumpul mayat," kata ketua delegasi, kata Alexander Hug. Tidak lama selepas meninggalkan kawasan itu, dua bas yang membawa kira-kira 50 orang muncul di tempat kejadian. Mereka terdiri daripada jururawat dari hospital tempatan dan pelombong, memakai pakaian seragam yang datang untuk membantu. "Ini kali kedua saya datang untuk membantu tetapi saya benci berada di sini," kata Zhenya, 21. "Semalam mereka telah mengambil kami di lombong tetapi apa yang menyeramkan adalah semua mayat adalah tidak sempurna dan reput." ─ mStar.com.my
TOP
Kerajaan Akan Lakukan Yang Terbaik Untuk Bawa Pulang Mangsa Ke Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keluarga dan waris mangsa serta membawa balik jasad rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, Khamis lepas.
Perdana Menteri berkata pasukan penyiasat Malaysia telah tiba di Kiev dan sedang mengurus aturan untuk memperoleh akses ke lokasi kemalangan, kira-kira 400km daripada ibu negara Ukraine.
"Beberapa pendekatan holistik perlu diambil dan difahamkan puak pemisah telah bersetuju mewujudkan satu laluan selamat untuk pasukan penyiasat menjalankan tugas di tapak nahas.
"Kami harap mereka akan berbuat demikian kerana ini adalah perkara serius dan mereka semua perlu menunjukkan belas kasihan kepada negara-negara yang terbabit serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah," kata Najib dalam kiriman terbaru di akaun Facebooknya, Sabtu.
Perdana Menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk pergi ke Kiev secepat mungkin bagi memastikan pasukan penyiasat boleh melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.
"Mereka (Liow dan Anifah) akan menyelaras dan memastikan tuntutan kami dipenuhi. Selain daripada logistik, ini adalah satu perkara geopolitik," katanya.
Najib berkata pengendalian kotak hitam penerbangan MH17 mesti mengikut undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan proses mengambil alih kotak hitam mesti dilakukan oleh Malaysia selaku pemilik pesawat berkenaan.
"Apabila menemui waris dan ahli keluarga mangsa, kami memahami perspektif masing-masing sebagai satu unit keluarga. Ia merupakan sesi pertemuan yang penuh emosi dan saya meminta orang ramai sentiasa mendoakan semua yang terbabit dengan tragedi dahysat ini," katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Mengikut senarai penuh penumpang dan anak kapal, majoriti penumpang adalah warga negara Netherlands (193 penumpang) manakala 43 termasuk 15 anak kapal adalah warganegara Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Netherlands Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia, hari berikutnya. ─ BERNAMA
TOP
Keluar Beli Belah Pakai Baju Hina Quran
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Tindakan seorang wanita yang dipercayai berbangsa Cina memakai baju bertulisan ayat suci al Quran tersebar luas di laman sosial Facebook.
Ia dikatakan berlaku di sebuah pasar raya di Ampang, Selangor.
Berdasarkan gambar yang disiarkan, wanita itu dilihat ditegur seorang lelaki Arab yang berada berhampiran.
Motif sebenar wanita berkenaan menayang baju berkenaan menjadi tanda tanya.
Apakah dia tidak sensitif dengan persekitaran masyarakat majmuk di negara ini, ataupun undang-undang sedia ada belum cukup tegas untuk membendung kejadian sama daripada berulang.
Pada 15 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Akta Percetakan Teks al Quran 1986 akan dipinda, bagi mengatasi masalah penyalahgunaan ayat suci al Quran. Di bawah pindaan itu, ia akan mencadangkan hukuman terhadap beberapa kesalahan yang tidak melebihi denda RM50,000 dan 50 tahun penjara.

Tweet Dari Pengawal Udara Keiv - MH17 Ditembak Jatuh Oleh Jet Pejuang Ukrain
Gambar hiasan
Satu laporan kini berlegar di Internet mengenai siapa sebenarnya yang menembak pesawat MH17. Maklumat itu adalah dari seorang pegawal trafik udara di Kiev yang bernama Carlos.
Mengikut laporan tersebut, Carlos didakwa memuatnaik tweet perihal MH17 ketika kejadian berlaku menggunakan akaun bernama @spainbuca (akaun telah ditutup) tetapi malangnya akaun tersebut telah pun dibuang.
TETAPI Merungkai kebenaran kesahihan akaun tersebut, SK cuba memeriksa kewujudan akaun itu di waybackmachine dan mendapati salinan pertama yang ada disitu bertarikh 16 Mac 2014. Ini bermakna akaun berkenaan benar wujud dan telah didelete dari Twitter.
Screenshoot Twiiter Carlos di WayBackMachine
Setelah itu, SK pergi ke salinan bertarikh 17 Julai 2014 dan memang benar tweet-tweet laporan oleh Carlos wujud sepertimana yang dilaporkan oleh laporan tersebut.
Sedikit pengenalan mengenai Kiev, beliau adalah seorang pengawal trafik udara berwarganegara sepanyol yang bertugas bersama-sama dengan pegawai asing yang lain di Kiev Ukraine.
Berdasarkan tweet-tweet beliau di laman twitternya, dia memberitahu bahawa kerajaan Ukraine yang menembak jatuh kapal MH17, dan yang lebih menarik, pesawat MH17 ditembak oleh jet pejuang, bukannya misil seperti yang diberitahu media.
Berikut kronologi twitter @spainbuca, diharap pembaca dapat membaca satu-satu. Bagi siapa yang tidak berpuas hati dengan terjemahan, boleh dapatkan sebagaimana asal dari link di bawah artikel.
Kronologi Twitter @spainbuca’s
-------------------------------------------------------------
10:21 – 17 July 2014 "Kiev pihak berkuasa, cuba untuk membuat kelihatan seperti serangan oleh pro-Rusia"
10:24 – 17 July 2014 "Amaran! Ia boleh menjadi terhempas, Malaysia Airlines B777 di ukraine, 280 penumpang "
10:25 – 17 July 2014 "Amaran! Kiev mendadpat apa yang mereka mahu "
10:25 – 17 July 2014 [Miitary] telah mengambil kawalan ATC di Kiev"
10:27 – 17 July 2014 "Pesawat Malaysia Airlines B777 hilang dari radar, tidak ada mana-mana komunikasi anomali, disahkan"
10:30 – 17 July 2014 "Kapal terbang ditembak jatuh, ditembak jatuh, ditembak jatuh, bukan kemalangan"
10:31 – 17 July 2014 "Kiev mendapat apa yang mereka mahu, saya berkata dalam tw pertama [Tweet], Kiev bertanggungjawab @ ActualidadRT"
10:35 – 17 July 2014 "Kemalangan itu bukan perkara biasa, mereka mengancam kami di menara yang sama di lapangan terbang Kiev"
10:35 – 17 July 2014 "Mereka akan mengambil telefon kami dan barangan lain pada bila-bila masa"
10:38 – 17 July 2014 "Sebelum Mereka mengambtelefon bimbit saya atau mereka memecahkan kepala saya, ditembak jatuh oleh Kiev"
11:12 – 17 July 2014 "Kami mempunyai pengesahan. Pesawat dijatuhkan, Kiev pihak berkuasa dimaklumkan, dijatuhkan, kami tenang sekarang "
11:13 – 17 July 2014 "Apa yang orang asing lakukan dengan Pihak Berkuasa kiev di menara? Mengumpul semua maklumat"
11:15 – 17 July 2014 "Jika berkesempatan saya akan menulis"
11:48 – 17 July 2014 B777 itu terbang pesawat diiringi oleh jet pejuang Ukraine sehingga 2 minit sebelum hilang dari radar
12:00 – 17 July 2014 "Kapal terbang Malaysia Airlines B777 baru hilang dan pihak tentera Kiev mengkhabarkan kepada kami, Bagaimana mereka tahu?"
12:00 – 17 July 2014 "7:00 minit selepas [pesawat hilang], kejadian itu diberitahu, menara kami kemudiannya diambil alih oleh kakitangan asing, mereka 'masih di sini'
12:01 – 17 July 2014 "Semua ini dirakam dalam radar, susah untuk percaya, ditembak jatuh oleh kiev, di sini kami tahu dan tentera kawalan trafik udara juga"
13:15 – 17 July 2014 "Di sini para komander tentera mengurus dan menyokong boleh jadi arahan dari pihak lain, tetapi tidak, pro-Rusia"
13:29 – 17 July 2014 "Menteri Dalam Negeri Tahu apa yang dilakukan oleh jet pejuang di kawasan itu, Menteri Pertahanan tidak tahu."
13:31 – 17 July 2014 "Pihak tentera mengesahkan Tentera Ukraine, tetapi masih tidak tahu dari mana perintah itu datang "
13:36 – 17 July 2014 "Hari-hari yang lalu, saya nyatakan di sini, tentera Kiev mahu bangkit melawan presiden sekarang, ini mungkin caranya, diperintahkan oleh Timoshenko [perintah timishenko ]"
13:38 – 17 July 2014 "Jet pejuang terbang berdekatan dengan 777, sehingga 3 minit sebelum hilang dari radar, hanya 3 minit."
13:43 – 17 July 2014 “Ruangan udara ditutup”
13:45 – 17 July 2014 "Ruang Udara ditutup, dikhuatiri lebih banyak serangan"
15:17 – 17 July 2014 "Pihak Tentera kini secara rasmi [mengatakan] pesawat telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu"
15:23 – 17 July 2014 "Kerajaan telah menandatangani laporan rasmi oleh Pihak Berkuasa Kawalan di Kiev tentera,,,, [kapal terbang ditembak jatuh]"
15:26 – 17 July 2014 "Laporan itu Menunjukkan di mana peluru berpandu TELAH keluar [dari], dan tidak dinyatakan dari kawasan pemberontak"
15:34 – 17 July 2014 "Data dari radar tentera dikumpulkan dari peluru berpandu ditembak ke kapal terbang, tidak radar awam"
---------------------------------------------------------------
Jika benar apa yang dilaporkan, benarlah kerajaan Ukrain yang menembak MH17. Laporan dari negara luar juga ada mengatakan bahawa orang awam ternampak jet pejuang Ukrain berada di ruang udara beberapa minit sebelum nahas MH17.
Carlos kini dikhabarkan diberi cuti oleh majikannya.
Bagi yang inginkan transkrip asal dan lengkap, dapatkan disini. - SiakapKeli.com

Senarai Lengkap Penumpang Dan Anak Kapal MH17
Pihak MAS telah mengeluarkan senarai lengkap anak kapal dan penumpang yang terlibat dalam nahas MH17.
Senarai Penumpang
Senarai Anak Kapal
Senarai Penumpang
Senarai Anak Kapal
TOP
BUKTI PEROKOK MELAYU PENYUMBANG DANA ISRAEL
Perokok beragama Islam yang menghisap rokok keluaran syarikat Israel juga bersubahat dalam pembunuhan orang Palestin, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Pulau Pinang (PPPM). Presidennya, Koris Atan mendakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok ini menyumbang 10 peratus keuntungan kepada Israel untuk menentang jiran-jiran negara itu.
Koris, yang juga naib presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberitahu dia memiliki ‘dokumen industri’ untuk membuktikan dakwaannya. Koris memberitahu orang Islam yang mengutuk serangan Israel terhadap penduduk Palestin:-
"Kenapa nak suruh orang lain boikot produk itu ini dan produk Israel yang yang lain. Boikotlah sendiri dan mulakan dengan memboikot rokok keluaran syarikat rokok milik orang Yahudi."
Dalam perang yang sudah berlangsung selama hampir 50 tahun, Israel telah dikritik oleh seluruh dunia dan baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Gaza, yang dilaporkan telah menyebabkan lebih 150 terbunuh.
"Ini juga waktu yang tepat untuk mengumumkan boikot, bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya. Jika orang Islam boleh berhenti merokok semasa puasa, kenapa tak berhenti terus selamanya?"
Koris yang merupakan bekas pengerusi Majlis Kawalan Tembakau Malaysia berkata, dokumen industri menunjukkan yang lebih 70 % perokok di Malaysia berbangsa Melayu.
Dia menyeru orang Islam yang bekerja di syarikat milik usahawan Yahudi yang setia kepada Israel untuk berhenti kerja serta merta dan berhenti bersikap ‘hipokrit’.
Dia juga mengkritik Putrajaya kerana menerima cukai jualan rokok dari syarikat-syarikat tersebut. Katanya, wang itu ‘haram’ dan ia hanya patut digunakan untuk orang bukan Islam, jadi satu akaun yang berasingan patut dibuat untuk cukai seperti itu.
"Berhenti letakkannya sekali dengan cukai halal. Wang ini mungkin boleh digunakan untuk menaik taraf sekolah atau menampung kebajikan yang berkaitan dengan orang bukan Islam."
Sementara itu, dia mengingatkan bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan yang merokok adalah tidak Islamik dan mempersoalkan mengapa orang Islam tidak mematuhi keputusan itu.
Memandangkan merokok tidak Islamik Koris menyarankan agar kerajaan membantu petani yang bekerja di ladang tembakau di Kelantan, Perlis dan Sabah untuk menukar tanaman memandangkan kebanyakan petani adalah orang Islam.
Dia mencadangkan kerajaan membantu mereka tanam tomato, cili dan tanaman lain.
Langkah seperti itu akan membantu petani yang miskin agar terus dapat bekalan makanan dan bekerja, kerana kebanyakan mereka tinggal di pedalaman.
"Ini ialah masa yang tepat untuk membantu mereka selari dengan semangat Ramadan. Tak ada orang bukan Islam akan membantah kerajaan membantu petani miskin.
Mengapa Malaysia tidak boleh jadi negara bebas tanaman tembakau?"
Tegas Koris yang juga pengerusi promosi, pubisiti dan penerangan zon Warisan George Town bebas-rokok:-
"Kesimpulannya, jika Malaysia tidak membuat langkah untuk memberhentikan kegiatan merokok atau mengimport rokok dari syarikat milik orang Yahudi, maka kerajaan juga menyokong pembunuhan orang Palestin.
Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mula serius tentang perkara ini untuk menunjukkan keikhlasan mereka memandangkan mereka berkata menyokong orang Palestin" lapor Yahoo Malaysia. - Blog Mazeer
TOP
KENAPA MENTERI BIMBANG RAKYAT BOIKOT BARANGAN ISRAEL?
KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot produk yang dikaitkan dengan Israel didakwa tidak memberi kesan kepada negara itu.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan memboikot itu boleh menyebabkan pekerja di kilang-kilang yang memproses di Malaysia kehilangan pekerjaan.
"Boikot produk sangat susah. Kalau kita nak boikot produk Israel, kita tak tahu produk itu datang dari Israel ke atau datang dari mana.
"Sebagai contoh, ada yang kata boikot produk-produk Nestle. Produk Nestle yang dijual di Malaysia ini dibuat di kilang Nestle di Rembau. Kalau kita boikot Nestle, ramai pekerja di sana kehilangan pekerjaan di kawasan saya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno di sini, hari ini.
Menurutnya, keputusan memboikot barangan itu boleh dilaksanakan sekiranya syarikat tersebut jelas menyokong Israel.
"Jadi, kita kena fikir betul-betul. Kalau boikot sesetengah produk, yang rasa kesannya bukan Israel tapi orang kita, pekerja kita, rakyat kita dan sebagainya.
"Kecuali jelas bahawa syarikat itu menyokong (Israel) dan tidak ada kena mengena dengan pekerja di sini dan sebagainya," katanya lapor Sinar Harian.
Dunia ini adalah ujian semata-mata
"Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
Anda Hilang Pekerjaan kerana orang boikot barangan yang dibuat dikilang tempat anda berkerja. Tetapi tahukah anda, ada orang lain Hilang Nyawa kerana sumbangan yang diberikan oleh tempat anda bekerja?
Rasanya kalau Allah tukarkan kedudukan kita ditempat orang yang hilang nyawa dan orang yang hilang nyawa ditempat orang yang hilang kerja. Masa itu mungkin barulah sel otak-otak boleh berhubung. - Blog Mazeer
TOP
KENAPA TIDAK BOLEH SEBUT SEBUT ISRAEL LAKNATULLAH?, TAPI ZIONIS LAKNATULLAH
"Jangan sebut Israel laknatullah, tapi sebutlah Zionis laknatullah. Ini adalah kerana Israel adalah antara nama timangan kepada Nabi Yaakub"
Kenapa tidak boleh sebut Israel laknatullah? Saya cuba mencari jawapannya dan saya kira kenyataan ini memang betul.
Sumber dari Wilkipedia:
Bani Israil (bahasa Arab: بنو إسرائيل, Banū Isräīl) adalah sebutan untuk kaum keturunan Israil yakni kaum Israel. Sebutan ini juga merupakan sebutan yang digunakan dalam Al Qur'an saat merujuk hal yang sama, Allah kerap memanggil Yaqub (Bahasa Inggris Jacob) dengan nama Israel, maka anak-cucunya disebut Bani Israil.
Sebuah surat dalam Al Qur'an yakni surat Al Israa' juga memiliki nama lain yang banyak dikenal sebagai surat Bani Israil. Adapun keturunan Ishaq dari putra pertamanya Esau disebut sebagai Bani Ishaq.
Kalimat Bani Israel berasal dari Bani dalam bahasa Arab artinya keturunan dan Israel adalah kalimat yang terdiri dan dua kata Isra berarti hamba/ teman dekat dan El berarti Tuhan.
Maka arti Israel adalah hamba Tuhan atau teman dekat Tuhan. Dan dalam kebanyakan bahasa Semit, bukan hanya dalam bahasa Ibrani, kata El selalu bermakna Tuhan.
Di dalam sumber lain mengatakan bahwa Israil memiliki arti "berjalan di malan hari." Karena menurut beberapa sumber kisah, Yaqub sering melakukan perjalanan diwaktu malam hari (untuk tujuan keselamatan).
Dari keempat orang istrinya Ya'qub memiliki 12 putra, yakni Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin.[2]
Putra-putra Ya'qub inilah yang merupakan cikal bakal lahirnya istilah Bani Israil. Mereka dan keturunannya disebut sebagai Al-Asbath, yang berarti cucu-cucu.
Sibith dalam bangsa Yahudi adalah seperti suku bagi bangsa Arab dan mereka yang berada dalam satu sibith berasal dari satu bapak.
Masing-masing anak Ya'qub kemudian menjadi bapak bagi sibith Bani Israil. Maka seluruh Bani Israil berasal dari putra-putra Ya'qub yang berjumlah 12 orang.
Dalam sibith-sibith ini diturunkan para nabi-nabi yang lain, di antaranya adalah:
Lewi, di keturunannya terdapat Musa, Harun, Ilyas, dan Ilyasa.
Yahuda, di keturunannya terdapat Daud, Sulaiman, Zakaria, Yahya, Isa.
Bunyamin, di keturunannya terdapat Yunus.
Kepada yang ingin terus tahu latar belakang Bani Israel....bacalah lagi sumber rujukan yang lain.
Wallahu a’lam. - Blog Mazeer

GAMBAR FAZURA TANPA MAKE UP
mungkin sebelum ini kita hanya pernah melihat bagaimana wajah sebenar beberapa selebriti wanita tempatan tanpa mekap seperti Rozita Che Wan, Raja Ema, Hanez Suraya, Datuk Siti Nurhaliza dan Almy Nadia namun bukan semua.
Bagaimana pula dengan wajah sebenar Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 30, jika tidak mengenakan sebarang mekap? Ramai peminat percaya beliau lebih cantik tanpa mekap memandangkan Fazura memiliki aura kejelitaan semulajadi.
Di laman Instagram pelakon dan model kecantikan itu, beliau telah memuatnaik sekeping foto santai yang tidak memakai sebarang mekap.
Foto tersebut menerima pujian melambung dari kebanyakkan pengikutnya kerana tetap cantik dan anggun meskipun hanya tampil biasa.
- Blog Mazeer
- Blog Mazeer
TOP
MH17: RAKAMAN LOKASI TERHEMPAS DARI JARAK DEKAT
#MH17: NGERI, LAGI VIDEO DI TAPAK TERHEMPAS PESAWAT SECARA DEKAT | Video terkini di tapak lokasi terhempasnya pesawat Malaysia Airlines MH17. 295 orang berada di dalam kapal terbang tersebut termasuk anak kapal.
Takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.
- Blog Mazeer
- Blog Mazeer
TOP
Pensyarah Mati Terlangkup Dalam Rumah
ALOR GAJAH – Seorang pensyarah Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di sini, ditemui mati di rumahnya di sebuah taman perumahan elit di Durian Tunggal, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa, Muzalina Mohd Jusoh, 34, yang masih bujang ditemui dalam keadaan terlangkup di hadapan bilik air di bilik tidur utama rumah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, mangsa dipercayai mati kurang 24 jam selepas ahli keluarganya yang gagal menghubungi telefon bimbitnya sejak pagi semalam lalu meminta rakan sekerja pensyarah itu pergi ke rumahnya malam tadi.
“Malangnya rumah mangsa berkunci dari dalam sebelum rakan mangsa minta bantuan bomba dan penyelamat Ayer Keroh memecah pintu hadapan rumah sebelum menemui mayat wanita itu,” katanya.
Mohamad berkata, mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - Harian Metro
TOP
Pengguna Facebook Cina Hina Juruterbang MH17 Dan Melayu
**Bangsa Cina penyokong DAP ni semua dah lupa asal-usul pendatang diaorang? Diberikan kerakyatan dan hak untuk tinggal di Malaysia dengan syarat bumiputera menerima hak tertentu dan keistimewaan.
Kalau hak bumiputera ingin dipersoalkan, maka hak kerakyatan juga perlu dipersoalkan – tak mahu hak itu wujud, sila la pulang ke tanah nenek moyang.
Dan kalau setalat berniaga rumah urut, jual dadah, judi haram, ceti dan sebagainya nak perasan pandai… tak tahulah nak kata apa. – Mynewshub
TINDAKAN seorang pengguna Facebook yang menghina ibadah puasa juruterbang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu nyata menimbulkan kemarahan orang ramai.
Penghinaan oleh wanita bernama Sim Kwang Yung Sim menerusi laman Facebook itu juga turut mengheret isu hak keistimewaan bumiputera yang dikatakan lebih beruntung berbanding kaum lain.
Hasil tinjauan kami mendapati, dia telah mengubah nama akaunnya kepada Sim Kwang Yung.
Mungkin kerana takut selepas menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai.
Bagaimanapun, jika dilihat pada kes seumpamanya sebelum ini, rata-rata individu sebegini akan memberitahu bahawa akaun mereka sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Persoalannya, adakah kes seperti ini akan disiasat secara serius oleh pihak berkuasa sebagaimana kes ‘Kiki CDM25?
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit: Tengok TV Online)

Pasukan Penyiasat Antarabangsa Diganggu Pemberontak
GRABOVE, Ukraine: Pasukan pemantau antarabangsa pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas, berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas.
Ia berikutan kekangan dan larangan dari pasukan pemisah pro Rusia.
Pasukan dari Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, OSCE, terdiri daripada 30 anggota itu hanya dibenarkan melakukan pemeriksaan awal.
Namun sebelum melaksanakan tugas-tugas khusus mereka, pasukan pemisah bertindak menghalau pasukan itu.
Pemisah mendakwa pasukan OSCE berada di Republik Rakyat Donetsk dan mereka dikehendaki melakukan tugasan berdasarkan kebenaran kerajaan.
Timbalan ketua misi, Alexander Hug memaklumkan, pasukannya tiba di lokasi untuk memastikan perimeter nahas dikawal.
Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO dalam kenyataan sebelum ini turut memaklumkan akan menghantar pasukan ke Ukraine, untuk membantu siasatan nahas.
Sementara itu nasib kotak hitam pesawat sehingga kini masih menjadi tanda tanya dengan kedua-dua belah pihak, kerajaan Ukraine dan pemberontak mengaku memilikinya.
Kumpulan pemberontak juga sedang bertelagah sesama sendiri sama ada untuk membenarkan genjatan senjata dilaksanakan sementara pasukan penyiasat antarabangsa menjalankan tugas mereka dan mayat korban insidenitu dibawa keluar untuk dikebumikan.
Pemimpin kumpulan pemisah itu sebelum ini berjanji tidak akan mengusik lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan mengenai punca pesawat terhempas dijalankan.
Ini kerana katanya kumpulan itu tidak mempunyai sebarang perkara yang mahu dilindungi.
Dalam perkemangan lain, kerajaan Ukraine menyiarkan petikan sebuah video yang dikatakan memaparkan kenderaan peluru berpandu BUK dalam perjalanan keluar dari kawasan pemberontak menuju ke sempadan Rusia pada Jumaat.
Video yang tidak dapat dipastikan kesahihannya itu turut menunjukkan satu dari peluru berpandunya hilang. – Astro Awani
TOP
Pemimpin Dunia Kecam Rusia Di Atas Insiden Pesawat MH17
Sehingga ke hari ini pihak pemisah pro Rusia yang didakwa bertanggungjawab melakukan tembakan ke atas pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 masih menuding jari menyalahkan negara Ukraine di atas nahas udara yang mengorbankan sebanyak 298 nyawa, pada Khamis lalu.
Menerusi laporan kebanyakan media antarabangsa, semua masyarakat di seluruh dunia menagih jawapan daripada kerajaan Rusia berhubung insiden tersebut.
Menerusi laporan The Guardian, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton percaya perbuatan tidak berperikemanusiaan ini didalangi oleh militan Rusia.
Malah, Hillary dengan tegas menyatakan pendirian bahawa kerajaan Rusia di bawah pimpinan Vladimir Putin harus diberi tekanan di atas perbuatan tersebut malah turut mengkritik cara Rusia dalam menguruskan perkara terbabit. Hillary turut menyarankan negara-negara di Kesatuan Eropah agar meningkatkan tekanan ke atas Rusia agar mereka tidak boleh terlepas dengan sewenang-wenangnya di atas kesalahan jenayah meragut nyawa 298 orang yang tidak berdosa. Selain itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott turut memaksa Rusia untuk tampil memberikan penjelasan bagaimana puak pemisah yang terlibat boleh tersilap menembak pesawat komersial MAS.
Angela Merkel, Perdana Menteri Jerman pula berkata penubuhan badan penyiasatan bebas dan berkecuali perlu ditubuhkan agar proses penyiasatan berjalan dalam keadaan tidak mendapat tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan dan dalam perkara ini pihak-pihak yang berkepentingan tersebut ialah Ukraine dan Rusia yang kini sedang berdepan dengan konflik dalaman di antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE

Pelajar IPTA Turut Buat Liputan Tragedi Pesawat MH17
SEPANG – Tragedi menimpa pesawat malang MH17 yang mendapat liputan meluas media dari dalam dan luar negara turut menarik perhatian sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi untuk membuat liputan berkaitan nahas ini bagi tujuan ilmiah.
Kesungguhan sekumpulan lapan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu, Melaka mendokumentasi tragedi ini terzahir apabila mereka sanggup berkampung di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus mendapat berita mengenai tragedi ini, sejak Jumaat pagi lepas.
Pelajar jurusan Diploma Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Muhammad Shafwan Mohd Zaidon, 20, berkata dia bersama rakan sekuliahnya tiba di KLIA pukul 3 pagi Jumaat dan sudah berkampung lebih 24 jam semata-mata mahu mempelajari dengan lebih dekat bagaimana pihak media membuat liputan tentang tragedi itu.
Ketika ditemui di Anjung Tinjau KLIA, di sini, Nurul Hayani Mohd Basir, 20, berkata beliau mahu menimba pengalaman baru dengan menyertai kumpulan media membuat liputan.
“Satu pengalaman yang cukup berharga buat kami di mana saya dan rakan-rakan dapat merasai betapa mencabarnya golongan media mendapatkan maklumat yang tepat berhubung sesuatu kejadian untuk disalurkan kepada masyarakat,” kata Nurul Hayani.
Pesawat Boeing 777 membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, selepas dipercayai ditembak jatuh.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis waktu tempatan dan dijadual tiba di KLIA pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. – BERNAMA
TOP
Lelong Pingat Piala Malaysia Demi Gaza, Syria
BEKAS penjaga gol yang mencipta sejarah bersama skuad Olimpik 2000, MPPJ FC dan Selangor, Jamsari Sabian amat tersentuh dengan penderitaan dialami penduduk Gaza dan Syria akibat peperangan.
Bagi tujuan itu, beliau sedia melelongkan pingat Piala Malaysia yang diperolehnya ketika beraksi untuk MPPJ pada 2003.
“Untuk Gaza dan Syria. Pingat kedua yang saya nak lelong untuk tabung Gaza dan Syria…. Very special to me.. tetapi saya berharap duit yang dapat terus ke tabung Gaza dan Syria 100% mereka mampu membeli ubat dan makanan. itu lebih berharga untuk saya dan famili saya. Sila pm saya untuk bid harga,” itu antara tulisan Jamsari menerusi Facebooknya hari ini.
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Rusia, malam semalam.
Jamsari berharap semua pihak supaya tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut. – Sinar Harian
TOP
MH17: Status Facebook Terakhir Tiga Beranak Sebelum Maut
Sebagai mana diketahui ramai, satu keluarga terdiri daripada enam beranak merupakan antara mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.
Mereka adalah pasangan suami isteri, Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee serta empat anak mereka iaitu Marsha Azmeena, Muhammad Afzal, Muhammad Afif dan Muhammad Afruz.
MH17: Status Facebook Terakhir 3 Beranak Sebelum Maut
Satu keluarga ini sebenarnya dalam kegembiraan kerana bakal kembali ke tanah air selepas dua tahun menetap di Atyrau, Kazakhstan.
Bagaimana pun seakan memberi petanda bakal memejam mata selama-lamanya, tiga beranak dalam keluarga ini meninggalkan status Facebook yang pasti menjadi kenangan kepada orang terapat dengan mereka.
Berikut adalah status si ibu dan dua anak lelakinya yang pasti mengalirkan air mata keluarga dan kawan-kawan mereka yang membacanya…
Ini pula status Muhammad Azfal. Daripada komen guru dan rakan-rakan, Afzal adalah seorang pelajar yang pintar dan disenangi ramai.
Sementara si adik, Muhammad Afruz pula dilaporkan memuat naik status terakhir berbunyi:
I’ve changed…….. A LOT!
Goodbye Atyrau, Kazakhstan…… Goodbye friends, Nice knowing u guys…Goodbye cats, Hope u’ll get a new kind owner.. pls dont die….. Jan 4 2012 – July 4 2014 has been the greatest years of my life…. hope i’ll see u guys in the future….. BYE.
- REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY

Hentikan Sandiwara, Rusia Harus Pikul Tanggungjawab Nahas MH17
Ketika siasatan terperinci nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam tadi (waktu Malaysia) sedang dimulakan, kerajaan Russia dan Ukraine kini dilihat menuding jari sesama sendiri.
Mereka saling menuduh satu sama lain sebagai pihak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat komersial berkenaan yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.
Presiden Rusia; Vladimir Putin menyalahkan Ukraine sebagai punca MH17 ditembak jatuh.
Memetik laman web Business Insider, Putin berkata perkata itu tidak akan berlaku jika Ukraine tidak melancarkan kempen menentang kumpulan pemisah pro Russia di negara berkenaan.
“Tanpa keraguan, kerajaan yang menguasai kawasan berkenaan sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan tragedi yang menakutkan ini,” kata Putin menurut laporan Reuters.
Lokasi Nahas Dikuasai Pemberontak
Pesawat MH17 terhempas di dalam kawasan yang dikuasi puak pemberontak dalam wilayah Donetsk, kira-kira 40km dari sempadan Rusia.
Perisik Amerika Syarikat juga sudah mengesahkan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu permukaan ke udara yang meranapkan terus pesawat Boeing 777-200 itu.
Menurut para penganalisis pula, Rusia dikatakan membantu kumpulan pemisah ini dengan membekalkan kelengkapan peluru berpandu jenis BUK-M1 yang hanya dimiliki Rusia.
Peluru jenis itu mampu menembak sejauh 25km lebih tinggi daripada ketinggian peswat MH17 yang ketika itu terbang kira-kira 10,100 meter pada masa kejadian.
Maklumat Baru Dilihat Menjurus Kepada Rusia
Dakwaan demi dakwaan lebih menghala kepada kerajaan Rusia yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan persenjataan kepada kumpulan pemberontak yang menguasai kawasan sempadan. Bulan lepas, Jabatan Negara Amerika Syarikat menuduh Moscow menghantar kelengkapan kereta perisai, senjata berat dan juga pelancar roket serta pelbagai kenderaan tentera lain kepada pemberontak. Bagi pihak Ukraine, mereka mengatakan pesawat MH17 telah ditembak oleh kumpulan pemberontak yang dibiayai Rusia. Berasaskan kepada dakwaan ini, tekanan demi tekanan kini diterima Presiden Putin supaya menghentikan sandiwara menuduh pihak Ukraine sebaliknya mengambil sepenuh tanggungjawab dalam nahas pesawat melibatkan pesawat milik Malaysia itu.
Tekanan Berganda Buat Presiden Putin
Tekanan kepada Rusia pastinya lebih hebat apabila Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan peringatan jelas kepada kedua-dua pihak Rusia dan Ukraine supaya kawasan nahas tidak diganggu dan bahan-bahan bukti tidak diusik. Obama telah pun berbincang dengan Presiden Ukraine Petro Poroshenko di telefon dan telah menawarkan segala jenis bantuan yang ada untuk menjalankan siasatan. Poroshenko mengalu-alukan bantuan daripada pasukan penyiasat antarabangsa untuk masuk ke lokasi nahas dan menjalankan siasatan menyeluruh. Obama membuat panggilan itu daripada pesawat rasminya Air Force One ketika dalam penerbangan ke New York City. Beliau turut menelefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan nahas itu.
Pesawat MH17 Ditembak Senjata Berteknologi Rusia
Menurut laporan CNBC.com pula, kini analisis pakar semakin kuat menunjukkan Rusia terlibat paling tidak secara tidak langsung dalam tragedi yang mengorbankan 298 orang yang berada dalam pesawat berkenaan. Kritikan dan tuduhan dilihat bertubi-tubi hadir dari seluruh dunia menuduh Rusia yang menyebabkan MH17 terhempas. Seorang penganalisis, Rakan Kongsi Pengurusan Kumpulan Myrmidon; Adrian Karatnycky berkata dalam laporan CNBC bahawa ketika kejadian, pesawat itu sedang berada pada ketinggian 33,000 kaki (10,100m). “Peralatan yang dilihat memusnahkan pesawat itu kini dilihat menjurus kepada pemberontak pro-Russian dan teknologi Russia,” katanya. Naib Presiden Analisis Taktikal di Stratfor; Scott Stewart pula, laluan penerbangan MH17 menyamai laluan penerbangan dua pesawat yang turut ditembak jatuh pada minggu-minggu sebelumnya. Ukraine dilihat tidak mungkin menyebabkan pesawat MH17 terhempas kerana sistem radar negara itu lebih sofistikated dan canggih serta ia mampu mengesan pesawat berkenaan sebelum ia ditembak. Seperti yang didesak, Rusia harus menghentikan sandiwara dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam kehilangan ratusa nyawa penumpang-penumpang MH17 ini. – MYNEWSHUB.MY Oleh : KUMBANG WIRA

Mayat Mangsa MH17 Jatuh Dalam Rumah Penduduk Setempat
Seorang mangsa korban pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah rumah penduduk di timur Ukraine, di mana lokasi pesawat itu jatuh menyembah bumi, Khamis lalu.
Menurut penduduk tersebut, Irina Tipunova, dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu meletup di udara dan kemudiannya melihat objek jatuh menyembah bumi.
“Saya mendengar bunyi yang sangat kuat dan melihat banyak objek yang mula jatuh dari udara dan kemudian saya mendengar bunyi orang mengerang kesakitan dan dia jatuh betul-betul dalam bilik tidur rumah, yang menyebabkan bumbung rumah saya rosak teruk,” katanya memetik laporan Reuters.
Mayat penumpang wanita itu ditemui dalam keadaan bogel, masih lagi berada dalam rumah Irina kerana dia masih menunggu kehadiran pihak berkuasa untuk datang dan mengutip mayat tersebut.
Selain itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali menceritakan bagaimana dia berlari keluar dari rumah selepas terdengar bunyi pesawat terbabit meletup.
“Saya buka pintu rumah dan lihat beberapa orang jatuh dari pesawat dan salah seorangnya jatuh dalam kawasan tanaman yang ditanam saya,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
TOP
Akhbar Rusia Tak Anggap Nahas Pesawat MH17 Sebagai Isu Panas?
DI saat akhbar di seluruh dunia menjadikan isu nahas pesawat MH17 di Ukraine sebagai berita panas di muka depan, berbeza pula dengan Rusia.
Akhbar utamanya, Rossiyskaya Gazeta lebih berminat menjadikan isu tabiat makan rakyat Rusia sebagai isu utama berbanding kisah pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa penumpang dan anak kapal, memetik The Guardian.
Sementara itu, akhbar-akhbar lain termasuk Vedomosti lebih menekankan berita tentang sekatan yang dikenakan oleh Amerika ke atas Rusia.
Agak pelik sebenarnya kerana ketika ini, Rusia sedang dikaitkan dengan nahas yang cukup besar dan ramai yang mula menunding jari ke arah negara itu.
Mungkinkah kerajaan negara itu sudah memberi ‘amaran’ kepada media mereka supaya tidak memperbesarkan isu tersebut?
Biarpun berita nahas ini disiarkan di stesen televisyen Rusia, mereka mendakwa ia merupakan angkara tentera Ukraine.
Bagaimanapun, tindakan seorang wartawan Rusia, Sara Firth meletakkan jawatan dari stesen televisyen Russian Today dengan alasan ‘berpegang pada kebenaran’ mungkin sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kerajaan negara itu.
Wartawan itu menyifatkan cara liputan nahas MH17 yang disiarkan oleh majikannya sebagai ‘sangat mengecewakan’.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Singapore Airlines Guna Laluan Ukraine Sebanyak 75 Kali – MAS 48
Insiden nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine dua hari yang lalu telah mengundang pelbagai spekulasi dan persoalan.
Antara yang paling kerap diajukan adalah, mengapa pesawat itu menggunakan laluan yang berisiko dan berbahaya?
Hakikatnya, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sudah mengesahkan bahawa laluan tersebut selamat dilalui.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi sidang media sebelum ini juga pernah memberitahu ia menjadi laluan utama kepada 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik dan turut digunakan oleh syarikat penerbangan Eropah yang lain.
Laporan infografik yang kami kongsikan di atas ternyata membuktikan perkara tersebut.
Pesawat MAS sebelum ini sudah melaluinya sebanyak 48 kali tanpa sebarang masalah.
Sementara itu, syarikat penerbangan negara jiran seperti Thai Airways dan Singapore Airlines turut menjadikan ia sebagai laluan utama, masing-masing sebanyak 34 kali dan 75 kali.
Pesawat syarikat penerbangan Rusia, Aeroloft pula disenaraikan sebagai pengguna laluan yang paling banyak sekali iaitu 86 kali.
Ia sekaligus membuktikan bahawa ia bukanlah laluan terpencil, sebaliknya laluan yang menjadi pilihan ramai.
Justeru, adalah tidak adil untuk menuduh MAS sengaja menggunakan laluan bergolak bagi menjimatkan minyak sehingga menyebabkan ia ditembak jatuh.
Bagaimanapun, susulan kejadian ini, semua penerbangan ke Eropah di bawah kendalian MAS akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuatkuasa serta merta.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Inilah Wajah-Wajah Pemberontak Yang Telah Membunuh 298 Nyawa!
Insiden yang menimpa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 pastinya menjadi memori yang paling pahit pada tahun ini untuk dikenang oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa di seluruh dunia.
Seramai 298 orang terkorban dalam keadaan yang penuh tragik dan ngeri hanya disebabkan kesilapan dan keangkuhan pihak pemisah Pro Rusia yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Sehingga kini MAS telah mengesahkan sebanyak 189 penumpang berasal dari Belanda, Australia (27), Malaysia (44), Indonesia (12), United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1), New Zealand (1) dan 4 lagi masih belum disahkan.
Tindakan tidak berperikemanusian pihak yang terlibat telah dikecam oleh seluruh masyarakt dunia termasuklah pimpinan tertinggi negara-negara besar dunia.
Di bawah ini merupakan gambar-gambar pemberontak yang telah meragut 298 nyawa yang tidak berdosa malah dengan angkuhnya pula mengancam keselamatan pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas MH17. – MYNEWSHUB.MY
Oleh: AUDREY LEE
Oleh: AUDREY LEE
TOP
Kiki Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
KUANTAN – Selepas lebih lima jam ditahan untuk soal siasat, wanita yang mencetuskan kontroversi kerana membuli seorang warga emas di parkir kenderaan berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini, pada Isnin lalu dibebaskan dengan jaminan polis.
Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, dibebaskan lewat malam kelmarin selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis membebaskannya selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan dan dia memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses berkenaan.
“Kita berpuas hati dengan keterangan diberikannya dan dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam semalam (kelmarin).
“Siasatan kes ini dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta benda dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Siti Fairrah hadir bersama ibu bapa dan ahli keluarganya di IPD Kuantan pada jam 4 petang kelmarin bagi memberikan kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Abdul Aziz berkata, polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan dengan mengambil keterangan beberapa saksi lagi termasuk orang awam dan anggota polis.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, tetapi buat masa ini, kita membebaskan dulu wanita terbabit selepas berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.
“Namun, kita akan merujuk kepada kepada timbalan pendakwa raya untuk sebarang perubahan seksyen berikutan tindakan wanita itu membuang pengunci stereng yang menjadi bahan bukti dalam kes terbabit,” katanya. – Harian Metro
TOP
Penerbangan Lain Elak Ruang Udara Ukraine
KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat penerbangan lain mengelak dari terbang di ruang udara Ukraine berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.
Dilaporkan syarikat penerbangan Belanda, KLM Royal Dutch Airlines (KLM), rakan kongsi kod MAS adalah antara yang pertama mengumumkan mengelak daripada terbang di kawasan berkenaan sejak berlaku tragedi itu.
Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Jumaat mengesahkan kesemua syarikat penerbangan China telah diberi amaran untuk melencong dari ruang udara Ukraine.
Penerbangan India iaitu Air India dan Jet Airways turut melencong penerbangan mereka dari zon konflik Ukraine selepas kejadian MH17 terhempas.
Sementara itu Reuters melaporkan Air France Airlines, Singapore Airlines dan Turkish Airlines turut mengelak ruang udara Ukraine.
Bristish Airways turut sama berbuat demikian kecuali bagi perkhidmatan sehari sekali antara Heathrow dan Kiev sementara Lufthansa Airlines turut mengelak ruang udara timur Ukraine dengan serta merta. - mstar
TOP
Yingluck Nafi Larikan Diri Ke Luar Negara
BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra menafikan dakwaan beliau mahu melarikan diri ke luar negara bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang berhubung cuai tugas dalam skim subsidi beras yang kini sudah dihentikan.
"Hari ini saya hanya rakyat biasa dan seharusnya mempunyai hak serta kebebasan seperti semua rakyat Thai. Saya dengan ini menegaskan tidak akan meninggalkan rakyat dan akan kembali ke Thailand," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Yingluck berkata beliau merancang perjalanannya ke Eropah dari 20 Julai hingga 10 Ogos ini sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC)
membuat keputusan untuk mendakwa beliau atas kesalahan cuai tugas dalam skim subsidi beras.
Beliau dijadual ke Eropah bersama anak lelakinya dan ini perjalanan ke luar negara pertamanya sejak disingkirkan menerusi rampasan kuasa oleh tentera pada 20 Mei lalu.
Susulan berita tentang perjalanannya ke Eropah dan juga pendakwaan oleh NACC, timbul spekulasi beliau akan hidup dalam buangan di luar negara seperti abangnya Thaksin yang juga bekas Perdana Menteri Thailand.
NACC pada Jumaat memutuskan untuk mengusulkan Yingluck didakwa dan jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Skim subsidi beras sangat popular dalam kalangan petani namun menyebabkan negara berbelanja besar iaitu dianggar lebih 500 bilion baht. - mstar
TOP
Tragedi Pesawat Malaysia Petanda Krisis Ukraine Perlu Diselesai Segera
NEW YORK: Semua anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertafakur sejenak sebelum bersidang pada Jumaat untuk memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, Khamis.
Seorang anggota memaklumkan UNSC bahawa tragedi itu menanda terdapat keperluan mendesak untuk menyelesaikan krisis di Ukraine dengan mengadakan gencatan senjata serta-merta dan meningkatkan usaha menamatkan krisis itu.
Pesawat malang itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, kebanyakannya warga Belanda, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu berhampiran sempadan Rusia.
Menurut kenyataan tegas Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Politik PBB Jeffrey Feltman, meskipun pada saat ini tiada pengesahan bebas berhubung keadaan yang mendorong kepada tragedi itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon "berasa cemas" dengan pelbagai laporan yang mencadangkan peluru berpandu dari darat ke udara digunakan untuk menjatuhkan pesawat penumpang berkenaan.
"Setiausaha Agung mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sengaja menjatuhkan sebuah pesawat awam," kata Feltman, yang menyifatkan insiden dahsyat ini menjadi peringatan betapa terdesaknya situasi di timur Ukraine dan bagaimana keadaan itu telah melangkaui sempadan negara itu sehingga menjejaskan negara lain dan keluarga mangsa.
Justeru, Ban dan UNSC menggesa supaya satu siasatan antarabangsa diadakan serta semua pihak diberi akses serta-merta agar kumpulan penyiasat boleh memasuki lokasi nahas yang dikawal oleh puak pemisah.
Feltman berkata PBB sentiasa berhubung dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), yang telah menawarkan bantuan bagi membentuk sebuah pasukan antarabangsa bagi menyiasat nahas itu.
Sambil mengakui situasi di Ukraine adalah rumit, Feltmann berharap tragedi MH17 akan mendorong kepada usaha-usaha serius bagi menamatkan pergolakan di wilayah itu. - mstar
TOP
MH17: Presiden UAE Utus Ucapan Takziah
Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan
KUALA LUMPUR: Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan mengutuskan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17. Beliau juga menzahirkan perasan simpati terhadap keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu, yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis, kata kedutaan UAE di Malaysia dalam kenyataan pada Sabtu. Naib presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum dan Putera Mahkota Abu Dhabi serta Timbalan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE Jen Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, juga mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat yang membawa 298 itu - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - mstar

Senarai Rasmi Mangsa MH17 Mengikut Kewarganegaraan
PETALING JAYA: Identiti kewarganegaraan semua penumpang yang berada di dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah disahkan.
Dalam satu kenyataan pada hari Sabtu, MAS berkata, mereka kini sedang bekerjasama rapat dengan kedutaan masing-masing bagi menyampaikan berita tersebut.
Senarai penumpang dan anak kapal mengikut kewarganegaraan adalah seperti berikut:
Belanda 192 (termasuk satu pasangan Belanda dan kewarganegaraan Amerika Syarikat )
Malaysia 44 (termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi)
Australia 27
Indonesia 12 (termasuk 1 bayi)
United Kingdom 10 (termasuk pasangan dari UK dan kewarganegaraan Afrika Selatan)
Jerman 4
Belgium 4
Filipina 3
Kanada 1
New Zealand 1
"Tumpuan kami sekarang ialah untuk bekerjasama pihak kecemasan serta pihak berkuasa dan menggerakkan sokongan penuh kepada keluarga mangsa.
"Fikiran dan doa kami bersama dengan semua penumpang yang terjejas dan anak-anak kapal serta ahli keluarga mereka.
"Syarikat penerbangan ini akan menyediakan maklumat dari masa ke semasa mengikut situasi," jelas MAS.
Untuk maklumat lanjut, keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi +603 7884 1234 (Malaysia) atau 31703487770 (Belanda). - mstar

MH17: MAS Beri Pengecualian Caj Batal, Tangguh Perjalanan
PETALING JAYA: Susulan insiden pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengecualikan yuran perubahan kepada penumpang yang ingin menukar jadual perjalanan bagi mana-mana destinasi syarikat penerbangan itu.
Malah MAS juga akan membuat pembayaran balik kepada penumpang yang mahu menangguhkan atau membatalkan perjalanan mereka termasuk kepada pemilik tiket yang berada dalam kategori 'tiada bayaran balik'.
"Penumpang Enrich kami juga akan menerima pengecualian bayaran bagi apa-apa perubahan kepada jadual perjalanan mereka, serta pulangan balik kiraan perbatuan yang sepatutnya jika memilih untuk membatalkan penebusan tiket mereka," kata MAS menerusi kenyataan pada Sabtu.
Tambah syarikat penerbangan negara itu, tawaran pengecualian itu hanya sah pada 18 hingga 24 Julai bagi tempoh berjalanan antara 18 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
Penumpang yang ingin membuat perubahan kepada rancangan perjalanan mereka boleh menghubungi pejabat kaunter tiket MAS yang terdekat atau hubungi Pusat Panggilan global di talian 1-300-88-3000.
MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.
Pesawat terhempas di ladang jagung di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah, menyaksikan serpihan dan mayat bertaburan di sekitar beberapa kilometer.- mstar
TOP
Keadaan Di Lokasi Nahas MH17 Mengerikan - Wartawan
Keadaan pesawat MAS MH17 yang musnah teruk selepas dipercayai ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine pada Khamis.
PETALING JAYA: Beberapa wartawan menyifatkan keadaan di lokasi nahas membabitkan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis terlalu mengerikan. "Ini merupakan satu bencana yang nyata. Mustahil untuk difahami," tulis Noah Sneider, seorang wartawan bebas yang berada di lokasi nahas dalam Twitternya. Menerusi Twitternya @NoahSneider, beliau menyifatkan suasana awal pagi di lokasi nahas amat menyayat hati dengan banyak mayat bergelimpangan dan serpihan pesawat yang berkecai. Malah, penduduk setempat menyifatkan insiden itu sebagai amat menakutkan kerana 'segalanya berkecai di udara'. Mereka pada mulanya menjangkakan kawasan penempatan mereka dibom. "Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini," kata seorang pemberontak di wilayah itu kepada Noah. "Anda boleh lihat tangan, telinga dan tulang berselerakan di kawasan nahas," tulisnya. Sementara itu, seorang lagi wartawan bebas, Harriet Salem berkata lebih menyedihkan apabila anggota bomba menandakan lokasi mayat penumpang yang ditemui di sekitar kawasan ladang jagung dengan kayu atau reben putih. "Anggota bomba bekerja sehingga ke malam di tapak nahas #MH17 sementara pemberontak bersenjata mengawal kawasan tersebut. "Penduduk berkata mereka berada dalam ketakutan," tulisnya menerusi akaun Twitter @HarrietSalem. Sabrina Tevernese menerusi laporannya dalam New York Times berkata, terdapat beberapa mayat yang masih sempurna tetapi dengan kesan luka di muka dan badan yang berada disebalik serpihan pesawat walaupun ia terjatuh dari jarak 30,000 kaki. Beberapa penduduk setempat mendakwa terlihat mayat mangsa terjatuh dari udara sebelum pesawat itu terhempas di ladang jagung berhampiran penempatan mereka. - mstar

Penjawat awam Sarawak terima RM500
KUCHING - Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada penjawat awam negeri.
Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat Jabatan Ketua Menteri dalam satu kenyataan berkata bayaran bantuan khas kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 itu akan dibuat sebelum sambutan hari raya.
Pada 2 Julai, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54 sebagai persiapan hari raya, dan RM250 kepada pesara kerajaan. - Bernama - mstar
TOP
Malaysia Akan Pastikan Kotak Hitam Tidak Diambil Alih Pihak Tidak Berkenaan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sebagai pemilik kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine akan memastikan bahawa kotak hitamnya tidak dikuasai pihak yang tidak ada kena mengena dengan insiden itu.
Mengikut peraturan antarabangsa, pemilik pesawat berhak ke atas kotak hitam itu, katanya.
"Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa dan mereka yang tidak berhak, tidak boleh menguasai dan mengambil alih kotak hitam itu," katanya kepada media selepas meluangkan masa bertemu dengan keluarga mangsa nahas pesawat MH17 di sini hari ini.
Turut bersama bertemu secara peribadi dengan keluarga tersebut ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.
Melahirkan rasa sedih bagi pihak kerajaan di atas tragedi itu, Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan akan melakukan yang terbaik terutama untuk membawa balik mangsa-mangsa tragedi terbabit.
"Sehubungan dengan ini pasukan kita telah pun sampai di Kiev, dan kita sedang mengatur supaya kita dapat masuk ke kawasan kejadian, kawasan ini lebih kurang 400km jauh jadi ada beberapa kaedah yang kita tentukan sebelum mereka boleh masuk ke kawasan tersebut," katanya.
Najib berkata difahamkan pihak pemberontak bersetuju untuk mewujudkan koridor yang selamat kepada pasukan 'recovery' dan juga pasukan penyiasat.
"Saya harap mereka akan menunaikan apa yang telah mereka nyatakan sebab ini merupakan satu kejadian yang bersifat amat serius dan begitu ramai yang terlibat dalam kejadian ini. Mereka perlu menunjukkan rasa simpati dan nilai kemanusiaan yang sepatutnya ditunjukkan kepada Malaysia dan negara-negara lain sebab mereka semua ini tidak berdosa sama sekali," kata Najib. - mstar
TOP
Kerajaan Berusaha Bawa Pulang Mayat Rakyat Malaysia - Jamil Khir
Jamil Khir Baharom.
SUNGAI PETANI: Kerajaan akan berusaha membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 ke tanah air, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata namun keputusan akhir mengenainya akan dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor berkaitan. "Dalam keadaan sekarang, proses (bawa balik mayat) bergantung kepada maklumat yang akan disampaikan dan ini akan diputuskan oleh kerajaan. Kita akan berusaha sedaya mungkin," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Amal Jariah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sempena Ihya' Ramadhan di sini, hari ini. Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga menghantar 10 pegawainya termasuk dua ustazah ke Kiev, ibu negara Ukraine, bagi menguruskan keperluan jenazah mangsa Islam. "Mereka telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar mengenai (pengurusan) jenazah termasuk daripada Bahagian Penyelidikan Jakim yang membuat penyelidikan dan persiapan awal. Mengulas mengenai solat sunat ghaib, Jamil Khir berkata ia akan dilakukan selepas jenazah selesai diuruskan. Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan bantuan YaPEIM sebanyak RM45,000 kepada 300 anak yatim dan miskin selain sumbangan RM73,000 diagihkan kepada 47 masjid dan 151 surau sekitar daerah Kuala Muda dan Yan. Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. - mstar

Terbang Pada Ketinggian 33,000 Kaki Arahan ATC Ukraine - Izham
SEPANG: Pengarah Operasi Malaysia Airlines (MAS)Kapten Izham Ismail hari ini berkata menara kawalan trafik udara (ATC) Ukraine tidak membenarkan Penerbangan MH17 terbang pada ketinggian 35,000 kaki.
Ini kerana katanya menurut ATC Ukraine, laluan yang dipohon oleh MH17 itu sedang diguna dan mengarahkan pesawat tersebut terbang pada ketinggian kedua terbaik iaitu 33,000 kaki yang sebenarnya di atas altitud larangan terbang.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai tragedi MH17 di Hotel Sama-Sama di sini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Liow pula juruterbang perlu mematuhi arahan ATC Ukraine kerana laluan itu berada di bawah bidang kuasa ATC berkenaan.
Beliau juga berkata laluan itu terletak 100 kilometer jaraknya dari kawasan larangan.
"Kawasan larangan terletak di bahagian selatan sementara laluan MH17 100 km di utara dari kawasan itu," kata Liow.
Ditanya mengenai laporan bahawa MH17 melencong daripada laluan asal untuk mengelak taufan, Izham berkata perkara itu tidak benar dan tidak ada taufan berlaku di kawasan tersebut.
"Kami sedar tentang maklumat yang tersebar menerusi media sosial berhubung juruterbang melaporkan kepada kami tentang perubahan laluan dan maklumat itu palsu. Tidak ada laporan daripada juruterbang kami.
"MAS terbang di seluruh dunia dan aspek keselamatan amat penting bagi kami. Laluan tersebut sudah disahkan selamat untuk penerbangan," kata Izham.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang turut hadir pula berkata Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) merupakan badan pembuat dasar tertinggi dalam sektor penerbangan awam.
Katanya ICAO menggubal amalan standard dalam industri penerbangan sejak 1996 yang dibuat di bawah Konvensyen Chicago.
"Justeru, jika ada konflik atau situasi berbahaya di mana-mana negara, mereka yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan notis bagi memberi amaran kepada industri berhubung kawasan terbabit. Negara ini pula mesti mematuhi protokol ICAO," katanya.
Isu altitud Penerbangan MH17 antara yang diperkatakan selepas pesawat itu terhempas dipercayai akibat ditembak di Ukraine.
Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 283 penumpang dari pelbagai negara serta 15 anak kapal ketika terhempas pada Khamis.
Pesawat Boeing 777 milik MAS itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. - mstar
TOP
MH17: Tidak Pernah Sentuh Kawasan Nahas - Dakwa Puak Pemisah
Gambar fail menunjukkan Borodai tiba di tapak nahas pesawat MH17 bersama pengawal keselamatannya.
DONETSK: Puak pemisah di selatan Ukraine tidak pernah menyentuh kawasan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 yang terhempas. Bagaimanapun puak pemisah berkenaan risau mengenai situasi kemanusiaan di mana mayat yang dijumpai semakin mereput akibat cuaca panas, kata ketua puak pemisah, Aleksander Borodai pada Sabtu. "Mayat mereka yang tidak bersalah ditemui bergelimpangan di bawah cuaca panas terik. Kami mempunyai hak, sekiranya masih tiada apa yang dilakukan...kami akan memulakan langkah mengalihkan mayat ini. "Kami telah memberitahu pihak Rusia untuk membantu kami dengan menghantar pakar dalam menyelesaikan isu ini," kata Borodai, yang mengaku dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Donestk. Menurutnya, beliau tidak tahu mengapa tiada pakar yang dihantar ke kawasan nahas, katanya pada satu sidang media di sini. "Mungkin disebabkan pihak berkuasa Ukraine tidak berminat dengan objektif penyiasatan," katanya. Borodai juga mendakwa kotak hitam pesawat juga belum ditemui. "Kotak hitam pesawat tidak ditemui dan kami tidak langsung tidak menyentuh tempat nahas," katanya. Beliau berkata setakat ini tiada perbincangan dijalankan untuk mewujudkan zon selamat di kawasan nasihat. - mstar

Pasukan Malaysia Belum Berpeluang Memasuki Kawasan Pesawat Terhempas
KIEV: Pasukan siasatan khas Malaysia belum diberi laluan untuk memasuki kawasan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17 terhempas di Grabovo, kira-kira 750 kilometer dari sini.
Namun kerajaan Ukraine memberi kerjasama baik kepada delegasi Malaysia.
Menyifatkan keadaan di kawasan nahas sebagai masih 'zon perang' ekoran konflik antara pemberontak pro Rusia dan tentera Ukraine, ketua delegasi Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar berkata ia belum pasti bila mereka dapat ke kawasan nahas.
"Kita masih mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine dan mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan kita," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata Duta Malaysia ke Ukraine, Chuah Teong akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Ukraine untuk mendapat maklumat semasa mengenai situasi.
"Kita sentiasa mematuhi keperluan kerajaan Ukraine kerana mereka juga cuba memastikan keselamatan kita dalam melaksanakan misi kita," katanya.
TerdahuluKhairil Hilmi mengadakan perbincngan selama tiga jam sejak 10 pagi yang turut dihadiri Chuah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.
Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh.
MH17 meninggalkan Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).
Di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sebagai pemilik MH17 akan memastikan kotak hitam pesawat tidak berada dibawah kawalan pihak yang tidak berkaitan. - mstar
TOP
Fama Johor Sasar Jualan RM1.2 Juta Menerusi Pasar Tani Aidilfitri
JOHOR BAHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Johor menyasarkan jualan bernilai RM1.2 juta menerusi Program Pasar Tani Khas Menjelang Aidilfitri yang akan diadakan selama dua hari bermula 26 Julai ini.
Pengarahnya Faridulatrash Md Mokri berkata sebanyak 18 pasar tani utama di seluruh negeri akan menyertai program terbabit, melibatkan lebih 670 peserta.
Beliau juga berkata Fama Johor yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan respons positif pada program-program sebelum ini.
"Kami jamin, bekalan barangan keperluan yang dijual di semua pasar tani khas ini mencukupi dan dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar biasa," katanya selepas merasmikan program terbabit di Pasar Tani Mega Larkin, di sini, Sabtu.
Katanya sebanyak 2.7 tan metrik kacang panjang; 1.8 tan cili merah; 2.7 tan kobis bulat; 9,010 biji kelapa parut; 17,350 ekor bekalan ayam daging segar serta 161 ekor lembu dijangka disediakan sepanjang dua hari program.
Beliau juga memberi jaminan harga barangan di pasar tani terbabit benar-benar murah berbanding pasar biasa.
"Kami telah sediakan panduan harga di setiap pasar tani khas dan jika ada antara pembeli yang rasa tertipu ataupun tidak puas hati, mereka boleh berjumpa dengan urusetia yang ada di setiap lokasi," katanya.
Kesemua pasar tani khas akan beroperasi bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari kecuali Pasar Tani Kekal Bukit Gambir, Ledang yang akan beroperasi sehingga pukul 6 petang.
Lokasi lain termasuklah di Dataran Niaga Pontian, Sanggar Kota di Kota Tinggi, Bandar Baru Uda di Johor Baharu dan Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Mersing.
Pada majlis itu Faridulatrash turut melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza yang akan diletak di semua pasar tani di negeri ini bagi mengumpul sumbangan masyarakat. - mstar
TOP
Van Gaal Bawa Manchester United Jelajah Amerika Syarikat
MANCHESTER United memulakan misi untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan latihan pra-musim di Amerika Syarikat (AS).
Skuad itu yang diketuai pengurus baharunya, Louis van Gaal bertolak ke AS pada Jumaat bersama pemain-pemain utama seperti Wayne Rooney.
Selain membawa misi dan perubahan besar terhadap United, Van Gaal juga mengarahkan kelab berkenaan menukar rumput di kem latihan Carrington sepanjang ketiadaan skuad.
Jurulatih dari Belanda itu mahu kem latihan berkenaan menggunakan rumput jenis Desso seperti di Old Trafford dan Wembley.
Trip: Van Gaal arrived at Manchester airport on Friday afternoon with his new Red Devils squad Trip: Van Gaal arrived at Manchester airport on Friday afternoon with his new Red Devils squad
Van Gaal tiba di Lapangan Terbang Manchester bersama skuadnya untuk ke Amerika Syarikat.
New boys: New signings Ander Herrera and Luke Shaw will both play for United in America New boys: New signings Ander Herrera and Luke Shaw will both play for United in America Pemain baharu United, Ander Herrera dan Luke Shaw. Team effort: Juan Mata takes a selfie with David De Gea, Ander Herrera and Rafael
Juan Mata berselfie dengan David De Gea, Ander Herrera dan Rafael ketika berada dalam pesawat. Besties: Ashley Young takes new boy Ander Herrera under his arm in Manchester airport
Ashley Young bersama Herrera. Sementara itu, dua pemain iaitu Bebe dan Anderson tidak dibawa ke AS kerana kedua-duanya tidak akan bersama United pada musim akan datang. Bebe kini berharap akan berhijrah ke Benefica manakala Anderson telah dipinjamkan ke Fiorentina sejak musim lalu. Injured: Anderson, pictured arriving at training with Bebe, is missing the trip with a calf injury
Kenderaan yang dinaiki Bebe dan Anderson meninggalkan Carrington selepas pemain lain ke AS.
Bagaimanapun, Van Gaal turut membawa pemain muda untuk digilap sepanjang latihan berkenaan di AS. Mereka ialah Tom Lawrence, Davide Petrucci, Tom Thorpe, Andreas Pereira dan Nick Powell. - mstar

Kapten Jerman Cium Trofi Piala Dunia Buat Kali Terakhir
Lahm (tengah) menjulang trofi Piala Dunia 2014 sambil diperhatikan Mats Hummels (kiri)Erik Durm.
KAPTEN Jerman, Philip Lahm membuat keputusan mengakhiri aksi antarabangsanya selepas lima hari pasukan itu bergelar Piala Dunia 2014. Pemain berusia 30 tahun itu membuat keputusan untuk bersara dari arena antarabangsa dengan penuh perasaan bangga dan puas hati. Lahm mencatat 113 kap bersama Jerman dan turut bermain dalam tiga edisi Piala Dunia. "Bagi saya inilah masa yang paling sesuai. Saya meninggalkan Jerman dengan penuh harmoni. "Sejak dari musim lalu lagi saya sudah terlintas bahawa aksi Piala Dunia di Brazil itu adalah penampilan terakhir saya," katanya. Lahm antara pemain luar biasa ketika di Brazil sebagai pemain tengah dan pertahanan pada final bertemu Argentina. Dia juga merupakan calon senarai pendek untuk meraih trofi Bola Emas (Pemain Terbaik Piala Dunia), namun impiannya itu musnah selepas pemain Argentina Lionel Messi menjadi pilihan biarpun tewas 1-0 pada perlawanan penuh dramatik Isnin lalu. Bintang Bayern Munich ini turut menyertai perarakan Piala Dunia di hadapan 400,000 orang penyokong Jerman. Dalam pada itu, pembantu kapten Bastian Schweinsteiger yang mencatat 100 kap dilihat paling layak menggantikan tempat Lahm. Pasukan kendalian Joachim Low tidak perlu bimbang untuk mempertahankan trofi itu pada tahun 2018 memandang rata-rata pemainnya masih muda seperti Mario Goetze (22 tahun) Andre Schuerrle (23), Toni Kroos (24), Thomas Mueller (24) dan Manuel Nuer (28). - mstar

Penyokong 3 Kelab EPL Bergabung Ucap Selamat Tinggal Kepada Demba Ba
PENYOKONG tiga kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea, Manchester United dan Manchester City bergabung mengucapkan selamat tinggal kepada Demba Ba yang berhijrah ke Besiktas.
Penyerang itu meninggalkan Chelsea selepas 18 bulan bersama kelab berkenaan serta mendapat ramai peminat setia apabila mengubah kedudukan EPL pada akhir musim lalu.
Penyerang Senegal itu diminati penyokong tiga kelab utama EPL apabila berjaya mengambil kesempatan atas kesilapan ketua Pasukan Liverpool, Steven Gerrard sekaligus membawa kemenangan kepada skuadnya.
Kemenangan 2-0 Chelsea pada penghujung musim lalu meranapkan impian Liverpool untuk muncul juara EPL sejak lebih 20 tahun lalu. Malah penyokong kelab-kelab utama itu juga berkata, perana Ba tidak akan dilupakan kerana dia telah mengubah perjalanan skuad yang menghampiri kejuaraan ketika itu. - mstar

Filipe Luis Pakai Jersi No 5 Di Chelsea
Luis mengikat perjanjian kontrak tiga tahun bersama The Blues.
CHELSEA mengumumkan pemain pertahanan Atletico Madrid, Filipe Luis menjadi miliknya dengan tiga tahun kontrak. "Kelab Bola Sepak Chelsea teruja mengalu-alukan kedatangan Filipe Luis dari Atletico Madrid", jelas satu kenyataan di laman web The Blues. Luis akan memakai jersi bernombor lima di Stamford Bridge nanti. Pemain berusia 28 tahun ini menjadi salah seorang pemain yang membantu Atletico Madrid menjuarai liga Sepanyol musim lalau sekaligus layak ke Liga Juara-Juara. Pun begitu Luis kelahiran Brazil mahu perubahan angin baharu dengan beraksi di kelab England. "Perpindahan ini seperti mimpi menjadi kenyataan. Kini saya berpeluang bermain untuk Chelsea dan juga dalam Liga Perdana Inggeris. "Saya sangat gembira serta dan tidak sabar untuk bermain serta akan cuba memberi yang terbaik untuk kelab musim baharu nanti," kata Luis. Luis mula menyertai Atleti Deportiva pada tahun 2010 dan mencatat 98 penampilan dalam semua perlawanan untuk Madrid, menjuarai Liga Europa 2012 dan Copa del Rey 2013 sebelum menjulang trofi liga. Dia mempunyai empat kap bersama Brazil yang meraih tempat keempat pada aksi Piala Dunia minggu lalu dan turut menjadi pemain standby bagi skuad negaranya itu. - mstar

Warga Indonesia Maut Dibelasah Di Miri
MIRI – Seorang warga Indonesia yang dianggap berbahaya kerana sering bertindak agresif tanpa sebab, maut dibelasah setelah dia mengamuk dengan senapang dan pedang.
Dalam kejadian kira-kira 10.05 pagi tadi, Rijal yang berusia 30-an dikatakan telah dipukul dengan benda tumpul.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata sebelum itu mangsa telah mengamuk dengan melepaskan dua das tembakan ke arah pekerja ladang dan menetak mereka di Ladang Sawit Sungai Tangit, Jalan Miri-Bintulu di sini.
“Pekerja-pekerja ladang terbabit sedang mengambil buah sawit dan tiba-tiba mangsa membawa senapang patah buatan sendiri dan melepaskan dua tembakan menyebabkan mereka bertempiaran lari.
“Suspek yang dipercayai kurang waras juga menetak kepala seorang pekerja ladang yang dikenali dengan nama Baharudin,” katanya.
Gan berkata pada satu ketika, ketika mangsa cuba untuk mengisi peluru senapangya, seorang rakannya mengambil sebatang dahan sawit dan terus memukul kepalanya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh sebelum dia dipukul para pekerja ladang sehingga mati.
Beliau berkata pihak polis menemui senapang itu dan sebilah pedang di lokasi kejadian.
Kes diklasifikasi sebagai bunuh, katanya.
Mangsa sebelum ini pernah menyerang rakannya sehingga cedera. – BERNAMA
TOP
Budak Lelaki Melecur Tapak Tangan Angkara Mercun Bola
CHUKAI – “Maksu tolong! tangan saya berdarah,” itulah laungan kesakitan seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bandi II, Mohd Kamarulnizam Razak, kepada ibu saudaranya, Rasida Jusop, 17, apabila sebiji mercun bola meletup di tangannya.
Dalam kejadian kira- kira jam 7.45 malam Khamis lalu, di rumahnya di Kampung Seri Bandi di sini, mangsa berusia lapan tahun itu keluar dari rumah selepas berbuka puasa apabila diajak rakan-rakan bermain bunga api dan mercun.
Akibat letupan kuat mercun bola yang dipegangnya itu, menyebabkan tiga jari dan tapak tangan kanannya melecur teruk. – Berita Harian
TOP
TPM Lawat Kg. Pdg. Jawa, Lokaliti Bintik Panas Denggi Di Selangor
SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan lawatan kerja ke Kampung Padang Jawa, Jalan Tegas di sini berikutan ia antara lokaliti bintik panas denggi di Selangor.
Beliau meluangkan masa hampir sejam melawat beberapa tempat di dalam kampung itu termasuk dua rumah penduduk bagi meninjau sendiri tahap kebersihan persekitaran kawasan tersebut.
Lawatan kerja satu hari Muhyiddin ke Selangor adalah bagi meninjau situasi sebenar peningkatan kes denggi di situ yang turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam serta Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.
Muhyiddin turut beramah mesra dengan penduduk kampung berkenaan bagi mendengar sendiri masalah berkaitan demam denggi selain menasihatkan masyarakat supaya sentiasa mengambil langkah sewajarnya membendung penularan wabak berkenaan.
Beliau kemudiannya melawat kawasan tapak pembinaan kondominium di I-City, Seksyen 7 kira-kira 13 kilometer dari kampung berkenaan.
Menurut sumber data Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia bermula Januari sehingga 17 Julai lepas, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi bagi kes terkumpul demam denggi iaitu sebanyak 28,006 kes dengan 38 kematian.
Jumlah tersebut meningkat dengan mendadak berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 6,428 kes dengan tujuh kematian. – BERNAMA
TOP
Hampir 10,000 Anggota Bomba Siap Sedia Sempena Aidilfitri
ACHOK – Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia dengan 9,700 anggotanya yang akan ditempatkan di seluruh negara, bagi membantu usaha menyelamat dalam sebarang kecelakaan termasuk mangsa kemalangan jalan raya dan kebakaran semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan itu akan memulakan Ops Raya selama 14 hari bermula Isnin ini dengan tumpuan kepada 16 lokasi di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan.
“16 lokasi ini merupakan kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya dan ini yang kita beri tumpuan selain rondaan berkala di tempat-tempat yang lain,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
Sebelum itu, Wan Mohd Nor menyempurnakan penyerahan kunci rumah melalui Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) kepada keluarga Zainun Donik, 61, di Kampung Gelong Badak Hulu, Jelawat di sini.
Beliau berkata pada musim perayaan lazimnya berlaku peningkatan kemalangan jalan raya sehingga 10 peratus daripada hari-hari biasa, dan berharap pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
Wan Mohd Nor juga berkata selain itu pihaknya akan membuat pemeriksaan di premis membeli belah di seluruh negara bagi melihat sama ada premis berkenaan menitikberatkan soal keselamatan sempena hari raya ini.
“Selalunya premis ini akan menempatkan jumlah barangan yang banyak dan ditempatkan di tangga-tangga kecemasan dan ini sangat berbahaya apabila berlaku kebakaran,” katanya. – BERNAMA
TOP
Maut Memisahkan Pasangan Kekasih Malaysia, Belanda
KUALA LUMPUR – Bekas pelajar Melbourne University, Elaine Teoh, dan teman lelakinya Emiel Mahler, yang terkorban dalam tragedi MH17 merupakan pasangan kekasih yang amat menghormati satu sama lain hingga ke akhir hayat mereka, kata rakan baik mereka Tan Sook Theng.
“Melihatnya begitu bahagia di alam percintaan membuat saya, sebagai seorang kawan, berasa sungguh bersyukur kerana nasib mempertemukan mereka dan alangkah baiknya jika semua orang mempunyai hubungan baik seperti yang terjalin antara mereka.
“Mereka menjadikan kehidupan satu sama lain begitu bahagia, sambil mempamerkan kebaikan masing-masing. Sesungguhnya, mereka saling melengkapi kehidupan satu sama lain,” katanya kepada Bernama melalui e-mel.
Tan, 27, yang berkawan rapat dengan Elaine sejak 13 tahun lepas, bercadang menjemput rakannya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi hari berkenaan, sebelum mengetahui bahawa pesawat yang dinaiki pasangan itu terhempas di Ukraine.
“Kali terkahir kami berhubung melalui Whatsapp ialah pada hari dia menaiki pesawat berkenaan dan kami tidak sabar untuk bertemu kembali setelah berjumpa kali terakhir pada Januari tahun ini.
“Kami merancang mengisi hujung minggu ini bersama-sama dan selama ini, kami saling berhubung setiap minggu. Sekarang, tak ada lagi semua itu,” kata Tan dengan nada sedih.
Sambil menyifatkan Elaine sebagai seorang yang pintar, kelakar dan manis, Tan berkata rakannya itu sering menjadi tempatnya berkongsi pelbagai perkara dan meminta pertolongan.
“Dia baik hati, bersemangat tinggi dan penyayang. Dia ibarat anggota kelurga saya sendiri,” kata Tan.
Elaine, yang berasal dari Pulau Pinang, dan Mahler, warganegara Belanda, kedua-duanya berusia 27 tahun, tinggal di Melbourne dan bertugas dalam bidang kewangan. Pasangan yang mula menjalin ikatan pada 2012 ini bercuti di Portugal dan Belanda sebelum menaiki Penerbangan MH17 pada tengah hari Khamis dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Hingga kini, laman Facebook Elaine dan Mahler dibanjiri mesej oleh anggota keluarga dan rakan mereka untuk mengucapkan takziah tentang pemergian pasangan itu.
Tulisan terbaru dalam Facebook Elaine berbunyi: “Pergimu terlalu awal, antara manusia paling baik, mesra dan berhemah yang pernah saya jumpa. Wanita yang tidak lokek dengan senyuman dan berjiwa besar.”
Rakan Mahler bernama Jee Wok Jung pula menulis dalam laman Facebooknya: “Kami akan amat merinduimu. Lelaki yang amat baik, kami tidak akan lupa semua saat indah ketika bersamamu dulu. Tenanglah kamu di sana, duhai sahabat!”
Sementara itu, saudara lelaki Elaine bernama David Teoh menulis dalam laman Facebooknya: “Walaupun kami faham terdapat pelbagai pendapat dan komen tentang MH17, tetapi saya meminta semua kawan saya supaya terus bersikap bijak dan tenang apabila membicarakan tentangnya dan berdoalah untuk keluarga saya ketika kami menghadapi detik-detik yang mencabar ini. Doa dan ingatan anda amat kami hargai.”
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, terhempas di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis. – BERNAMA
TOP
Aktivitis Minta Gelandangan Dilepaskan Dari Pusat Sehenti
KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan aktivis yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan untuk golongan gelandangan meminta supaya gelandangan yang ditempatkan di Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh dilepaskan dari pusat tersebut.
Mereka mendakwa, gelandangan lelaki dan wanita yang ditahan di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 itu telah dinafikan kebebasan peribadi, kemandirian dan sokongan sosial yang diperlukan daripada rakan-rakannya dalam komuniti gelandangan.
“Mereka yang tidak memiliki tempat tinggal tetap ini sebenarnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk keluar daripada kemiskinan dan kehidupan tanpa rumah.
“Misalnya, banyak majikan mengelak daripada mengambil orang yang telah kehilangan kad pengenalan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menolak bantuan yang layak kepada mereka dengan alasan ketiadaan kad pengenalan dan alamat tetap,” dakwa pertubuhan terbabit dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Antara pertubuhan aktivis itu adalah The Nasi Lemak Project, Brickfields Stakeholders Association, Need to Feed the Need (NFN), CFC, Pax Romana ICMICA, Dapur Jalanan, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor, Dignity International, Food Not Bombs Kuala Lumpur, Reach Out Malaysia, KL Urban Fellowship, Region of Love, Institut Rakyat dan SALT Movement.
Pertubuhan terbabit mendakwa, kerajaan sepatutnya menjalankan penyiasatan terperinci bagi mencari punca sebenar individu menjadi gelandangan
perbuatan menahan mereka bukan penyelesaian terbaik.
“Kerajaan perlu menangani isu-isu orang tanpa rumah dan kemiskinan dengan bersifat membina dan melalui cara perbincangan antara komuniti,” dakwa mereka.
TOP
Biro Kebajikan Umno Tangguh Ke Gaza
KOTA KINABALU – Biro Kebajikan Umno menangguhkan penghantaran kumpulan misi bantuannya ke Gaza, Palestin buat sementara waktu berikutan keadaan yang berbahaya dan genting di sana.
Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata sepatutnya mereka bertolak ke Gaza melalui Rafa pada 24 Julai ini namun terpaksa menangguhkan misi atas nasihat Wisma Putra.
“Tadi kita mendapat maklumat yang mengatakan keadaan di Gaza begitu tegang. Tentera Israel sudah hantar kereta kebal ke dalam kawasan Gaza,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan sumbangan kepada Salamah Amat, balu kepada anggota polis marin allahyarham Koperal Ab Rajah Jamuan yang terkorban dalam insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, 12 Julai lalu. – BERNAMA
TOP
PDRM Mahu 34,000 Anggotanya Sertai Koperasi PDRM
KOTA KINABALU – Kira-kira 34,000 daripada 124,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum menjadi anggota Koperasi PDRM disaran berbuat demikian.
Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata perkara itu sebenarnya perlu sebagai satu bentuk perlindungan kepada mereka dan juga keluarga jika ditimpa bencana.
“Kita amat bimbang dengan perkembangan ini. Mereka sebenarnya digalak menjadi anggota koperasi PDRM sebaik menyertai pasukan,” katanya kepad pemberita selepas penyampaian sumbangan dan sijil ‘posthumous’ kepada balu anggota PDRM, di sini hari ini.
Beliau juga berkata secara purata 32 anggota PDRM meninggal dunia setiap bulan ketika bertugas.
Pada bulan ini sahaja setakat Khamis lepas, 19 anggota PDRM meninggal dunia ketika bertugas, katanya.
Dalam majlis hari ini, balu Allahyarham Koperal Ab Rajah Jamuan, Salamah Amat menerima pampasan insurans sebanyak RM30,000 serta sumbangan Tabung Kebajikan Umno pusat berjumlah RM20,000.
Beliau turut menerima sumbangan RM5,000 daripada Rinari serta masing-masing RM1,000 daripada tabung kebajikan dan khairat kematian PDRM.
Ab Rajah terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul pada 12 Julai lepas.
Sementara itu Lini Marlina, balu Konstabel Jucille Juin yang terkorban di Johor pada 27 Okt tahun lepas menerima sijil posthomous suaminya yang dinaikkan pangkat kepada koperal. – BERNAMA
TOP
'Kiki Stering Lock' akan dituduh di mahkamah pada Isnin
TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lepas akan dituduh di mahkamah Isnin ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis.
"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama. Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).
Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.
Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube. - Astro Awani
TOP
Tiong Lai Ke Kiev Pantau Pasukan Malaysia
SEPANG – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan terbang ke Kiev, Ukraine Sabtu malam bagi memastikan pasukan Malaysia mempunyai akses untuk berada di lokasi kemalangan penerbangan MH17.
Beliau berkata pasukan Malaysia telah pun tiba di Kiev dan kementerian mahu memastikan pasukan itu dalam koridor yang selamat.
“Saya akan berlepas ke Kiev pada malam ini bagi memastikan kami mempunyai akses di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di Ops Centre Hotel Sama-Sama, Sabtu.
Ditanya mengenai siapa yang mempunyai kotak hitam pesawat, Tiong Lai berkata kementerian perlu memeriksa berkali-kali berita yang disebarkan itu.
“Berita itu masih belum sah … kami perlukan pengesahan terlebih dahulu.
“Kita perlu meneliti apa sahaja berita yang tersebar,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keutamaan adalah untuk masuk ke kawasan itu.
“Kita perlu pastikan semua pasukan penyiasat mendapat ciri-ciri keselamatan yang betul.
“Mana-mana serpihan mesti tidak diganggu,” katanya sambil menambah, ia adalah penting untuk mempunyai satu penyiasatan yang menyeluruh dan telus.
Beliau berkata kementerian itu tidak mempunyai hak untuk mengisytiharkan sehingga semua fakta-fakta lengkap telah disahkan.
“Ia perlu disahkan sama ada pesawat itu telah benar-benar ditembak, bagaimana ia terhempas, dan siapa yang menjatuhkannya” katanya. – mStar
TOP
Kekeliruan Kotak Hitam MH17, Hilang Atau Disembunyikan?
Ia tidak jelas sama ada data dan perakam suara kokpit dari penerbangan Malaysia Airline 17 telah ditemui..
Menurut AP, Pemimpin pemisah Donetsk, Aleksandr Borodai berkata "tiada 'kotak hitam' yang telah dijumpai," walaupun sebelum itu, seorang pembantu kepada pemimpin tentera kumpulan Borodai berkata pihak berkuasa telah temui lapan daripada 12 peranti rakaman dari pesawat. Oleh kerana kapal terbang biasanya mempunyai dua perakam, ia tidak jelas apa sebenarnya pembantu tersebut merujuk kepada peranti apa.
Menteri Perdagangan dan Ekonomi Ukraine, Pavlo Sheremeta berkata kepada CNN bahawa kotak hitam "berada di Ukraine", tetapi tidak menjelaskan jika ia berada di bawah kawalan kerajaan Ukraine.
"Mereka di wilayah Ukraine. Saya tidak tahu kotak hitam ada dengan kita(Ukraine) atau bersama pasukan antarabangsa," kata beliau.
TOP
Gelandangan maut di stesen bas Tapah Dipercayai Dibunuh
Gambar Hiasan
IPOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui maut di stesen bas pekan Tapah dengan kesan kelar di leher dipercayai akibat dibunuh tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa K Singaram Chetiar, 37, yang beralamat di Pekan Getah, Jalan Tapah ditemui orang awam pada pukul 12 tengah malam. "Siasatan mendapati selain kesan kelar di leher mangsa, terdapat juga kesan simbahan minyak hitam di bahagian mukanya. Kita percaya mangsa telah dikelar dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, selain itu tidak terdapat sebarang tanda pergelutan di tempat kejadian dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa. Mangsa ditemui dalam keadaan berdarah dan tidak sedarkan diri, katanya. Som Sak berkata, mangsa sering tidur di sekitar kawasan perhentian bas dan bawah jambatan. Mangsa juga didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau selain pernah dibuang daerah, katanya. Beliau berkata, pihak polis telah menangkap tiga orang suspek lelaki berusia antara 36 dan 42 tahun bagi membantu siasatan. "Ketiga-tiga suspek ditangkap di sekitar Tapah, masing-masing merupakan rakan mangsa dan pengawal keselamatan stesen bas tersebut," katanya. Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian dibantu unit anjing pengesan polis serta unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Mayat mangsa telah dituntut abangnya selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Tapah, katanya.- Bernama

Bukan Tugas Kami Beri Amaran Bahaya Roket – ICAO
OTTAWA – Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menegaskan hari ini bahawa bukan tugas agensi itu mengeluarkan amaran mengenai ancaman bahaya seperti konflik tentera kepada syarikat penerbangan.
Sebaliknya ICAO yang di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia sebaliknya adalah tanggungjawab yang dipikul setiap negara.
Peranan ICAO menjadi kritikan hebat selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan ditembak jatuh oleh peluru berpandu di timur Ukraine, Khamis lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.
ICAO yang berpusat di Montreal, Kanada menolak cadangan bahawa agensi itu sepatutnya yang mengeluarkan amaran mengenai bahaya kepada syarikat penerbangan sekiranya pesawat terbang di kawasan terbabit.
“ICAO tidak mengisytiharkan ruang udara itu selamat atau tidak selamat atau menanggung sebarang tanggungjawab secara terus berkaitan khidmat penerbangan udara awam,” kata jurucakapnya, Anthony Philbin.
“Ia sepatutnya tanggungjawab negara anggota untuk menasihatkan negara lain mengenai soal keselamatan,” katanya.
Ditanya sama ada ICAO pernah mengeluarkan amaran mengenai bahaya serangan misil atau roket, beliau berkata: ” Ia bukannya kerja kami.”
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ICAO sudah pun menutup laluan udara di timur Ukraine selepas nahas pesawat Malaysia itu.
ICAO bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuka atau menutup laluan udara.
ICAO pernah mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan pada April lalu mengenai laluan di ruang udara Crimea ketika krisis dengan Russia namun ia mencetuskan masalah kepada kawalan udara trafik, bukannya risiko daripada keadaan konflik berkenaan.
Amaran itu bukannya berbentuk satu arahan tetapi lebih kepada ‘pertimbangan diberikan untuk mengelak daripada ruang udara berkenaan’. – REUTERS
TOP
Barangan Mangsa Nahas MH17 Dicuri Penduduk Tempatan
Keiv (Russia): Wang dan barang berharga mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di utara Ukraine dipercayai menjadi tumpuan pencuri.
Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama.
Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal.
Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.
“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraine atau Rusia.
“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” katanya ketika dihubungi.
Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - Agensi
TOP
Waris Anak Kapal MAS Dapat Pampasan Sepatutnya
KUANTAN – Kementerian Sumber Manusia akan memastikan waris-waris anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 mendapat pampasan sepatutnya terutamanya daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Timbalan menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata agensi yang terlibat telah diminta untuk meneliti peraturan dan undang-undang yang berkaitan dan mempercepatkan proses membantu mereka.
“Tidak seperti insiden MH370, pesawat MH17 disahkan terhempas dan mengorbankan semua anak kapal yang ketika itu menjalankan tugas.
“Jadi, mereka berhak mendapat pampasan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan berbuka puasa di kilang Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd di sini, malam tadi.
Beliau berkata kementerian akan mendapatkan maklumat semua anak kapal berkenaan sebelum Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem membuat pengumuman rasmi mengenai pampasan itu.
Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur Khamis lepas.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. – BERNAMA
TOP
Beri Kerjasama Perlaksanaan Perintah Berkurung
SANDAKAN – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman meminta penduduk di kawasan perintah berkurung memberi kerjasama kepada Pasukan keselamatan.
Menurut beliau penduduk tidak perlu cemas dan panik termasuk membeli barangan keperluan.
“Bagi kerjasama dan jangan cemas serta panik membeli barang keperluan. Jika ada melihat orang tidak dikenali di kawasan mereka, beritahu pihak berkuasa.
“Jangan sesekali berkompromi dengan orang tidak dikenali dan sentiasa berwaspada dengan keadaan semasa,” katanya pada majlis penyampaian bantuan Ramadan di Masjid Al-Qudus Kampung Peringkat 3 dekat sini hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa hari ini hingga 2 Ogos ini.
Ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.
Kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
Musa turut mengingatkan penduduk supaya tidak melindungi anasir yang mahu membuat kacau bilau. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment