TOP
Pemilik Kedai Runcit Cedera Dipukul Penyamun
ROMPIN – Seorang pemilik kedai runcit cedera di kepala selepas dipukul dengan kayu oleh dua lelaki yang cuba merompaknya di Kampung Petoh Lama dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam kejadian pukul 2.40 pagi itu mangsa, 69, bersama isterinya, 55, sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik belakang kedai runcitnya itu.
“Mangsa yang terkejut apabila terdengar bunyi bising di belakang kedainya itu bingkas bangun untuk membuat pemeriksaan. Namun belum sempat berbuat apa-apa, mangsa terus diserang dan kepalanya diketuk dengan sebatang kayu sehingga cedera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek kemudian mengugut mangsa supaya menyerahkan wang jika tidak mahu dicederakan lebih teruk.
Bagaimanapun, kedua-dua perompak itu dipercayai warga asing berusia lingkungan 20-an dan menutup separuh muka dengan kain melarikan diri tanpa sebarang hasil rompakan setelah mendengar ketibaan anak lelaki dan menantu mangsa yang tinggal berhampiran, katanya.
Warga emas itu menerima beberapa jahitan di kepalanya dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – BERNAMA
TOP
Neelofa Sudah Berhijrah, Kini Berhijab?
Jurugambar popular, Annas Easkey menerusi akaun Instagram beliau petang ini kongsikan satu screenshot menunjukkan perbualan beliau dengan Neelofa yang kami difahamkan berkaitan keputusan pelakon juga pengacara itu untuk berhijrah.
Dalam perbualan ringkas itu, Annas Easkey bertanyakan kepada Neelofa sama ada benar beliau kini memang benar benar sudah bertudung dan serius untuk kekal dengan imej itu.
“Yes Annas, I‘ve been praying to God to give me that strong hint for me to always istiqamah and alhamdulillah Allah answered me,” balas Neelofa terhadap soalan itu.
Satu berita baik buat semua peminat Neelofa yang sentiasa mendoakan selebriti ini untuk terus berubah apabila sering melihat beliau mengenakan tudung atau hijab lebih lebih lagi dengan perniagaan pakaian muslimah beliau yang mendapat sambutan. ─ RotiKaya.com

Agen Pemerdagangan Orang kini Menyamar sebagai KPM
Viral di laman sosial pada masa kini gambar seorang lelaki yang dikatakan amat merbahaya dan sangat dikehendaki oleh pihak polis.
Berbalik kepada tajuk asal, orang ini telah menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM). Bagaimanapun penyamarannya itu agak bijak dengan borang berlogo KPM dan sebagainya. Katanya dia ditugaskan untuk menguruskan pengambilan pelajar ke sekolah sukan Malaysia.
Info gambar tersebut
KPM kini telah membuat satu kenyataan akhbar susulan kes ini. KPM menafikan yang pihak mereka menghantar ada menghantar wakilnya ke sekolah diatas urusan pengambilan untuk sekolah sukan.
Kenyataan Akhbar
Semoga ibu-bapa dan guru-guru lebih peka dengan setiap perkara kerana seja kebelakangan ini bermacam-macam kes berlaku berkaitan keselamatan terutamanya kanak-kanak. ─ SiakapKeli.com

Skandal Seks 30 minit dalam tandas, Paparazzi Tunggu di Luar
Pelakon TVB, Coffee Lam hampir musnah kerjayanya selepas skandal seks dalam tandas awam beliau dengan saudaranya berusia 31 tahun Will Lam.
Sekumpulan Paparazzi dapat menghidu aktiviti beliau dan berjaya merakam visual di luar tandas selain itu bunyi suara ketika mereka sedang beraksi dalam tandas.
Sejak kejadian itu berlaku, Coffee telah didakwa menangis di rumah kawannya dan tidak berani untuk menghadap ibu bapanya kerana malu. Sebaliknya, Will Lam segera meninggalkan Hong Kong ke Hangzhou untuk mengelakkan paparazzi.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Kanak-Kanak Dikelar Bapa Saudara Guna Parang Pemotong Daging!
TELUPID – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati selepas lehernya dikelar bapa saudaranya dengan parang di restoran milik ibu mangsa di Kampung Gambaron dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt V. Sivanathan berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang dipercayai sakit mental menggunakan parang memotong daging untuk mengelar leher Mohamad Khairul Aize Abdullah.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang.
Beliau berkata suspek yang merupakan adik kepada bapa mangsa telah memanggil mangsa yang sedang bermain di dalam restoran itu lalu membawanya ke belakang restoran sebelum mengelar leher mangsa.
“Mangsa yang cedera parah telah menjerit kesakitan yang jeritannya disedari keluarganya. Mereka kemudiannya membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Telupid, namun mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya kepada Bernama.
Sivanathan berkata suspek yang tidak melarikan diri selepas kejadian telah ditahan oleh anggota keluarga mangsa sebelum dia diserahkan kepada polis.
Katanya polis turut menemui sebilah parang yang digunakan untuk mengelar mangsa.
Beliau berkata tidak diketahui punca lelaki itu bertindak demikian dan dia kini direman. – BERNAMA
TOP
Aidil Dimaki Hamun Kerana Gambar Peluk Isteri Baru Di Masjid Nabawi
Rasmanya ramai yang tahu kisah Aidil Zafuan pemain bola sepak yang bercerai dengan Rita Rudaini dan sekarang bersama isteri barunya, Zarema. Bagaimanapun tidak behenti di situ sahaja kontroversi rumah tangga mereka kerana isu Nafkah Zafuan terhadap Rita pula menjadi topik hangat.
Semalam di page facebook RotiKaya ada memuat naik sebuah gambar yang lagi menghangatkan topik Zafuan ini. Gambar tersebut adalah gambar Zafuan dengan Isterinya Zarema di masjid Nabawi, Madinah. Apa tidaknya, betimbun-timbun komen maki hamun dan ada yang berbentuk nasihat membanjiri gambar berkenaan.
Antara nasihat yang diberikan adalah supaya Zafuan membazar nafkah Rita selain itu posisi gambar ini yang sedang berpelukan itu juga turut menjadi isu.
TOP
Wanita bakar perempuan simpanan suami
Yunnan: Seorang wanita menyimbah petrol dan membakar perempuan simpanan suaminya sebelum cuba membunuh diri.
Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar sebuah warung kopi.
Wanita itu mendakwa perempuan simpanan suaminya memaksa dia bercerai.
Rakaman video menunjukkan seorang wanita terbakar dengan bunyi jeritan yang menakutkan.
Mangsa kemudian rebah dan mati di tempat kejadian.
Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali.
Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital.
Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol.
Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang mendampingi suami saya?”
Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita berkenaan dan membakarnya.
Sumber: myMetro online
TOP
Kes Seksual: Dia Tidak Akan Terlepas Walau Diplomat
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks dan pecah rumah di New Zealand.
Anifah turut mengesahkan lelaki berkenaan telah dipanggil pulang, namun memberi jaminan suspek akan dihantar kembali ke Wellington untuk berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan warga Malaysia itu akan mendapat perbicaraan yang keadilan selain hidupnya tidak berada dalam bahaya di sana.
Sambil menegaskan bahawa Wisma Putra tidak akan “melindungi” diplomat terbabit, Anifah berkata beliau telah meminta polis New Zealand dibenar meneruskan siasatan demi menegakkan keadilan.
Beliau juga memberitahu telah bercakap mengenai perkara itu dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.
“Hanya kerana dia seorang diplomat tidak bermakna dia akan terlepas begitu sahaja.
“Imuniti (kekebalan) diplomatik bukan bermakna seseorang diberikan lesen untuk melakukan jenayah,” tegas Anifah memaklumkan akhbar The Star ketika dihubungi.
Mengenai soalan kenapa diplomat terbabit dipanggil pulang, Anifah hanya menjawap kemungkinan ada salah tafsir terhadap kandungan e-mel yang dihantar oleh Kementerian Luar Negara dan Perdagangan New Zealand kepada Wisma Putra.
Anifah dijadual akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskkan lebih lanjut mengenai isu itu, di Putrajaya, Selasa.
Agensi berita antarabangsa Associated Press (AP) melaporkan, polis menahan diplomat itu 9 Mei lalu dan mendakwanya atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan seksual dengan niat untuk merogol.
Kedua-dua pertuduhan itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun di bawah undang-undang New Zealand jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, lelaki itu yang mendapat imuniti diplomatik selaku pegawai diplomat sudah meninggalkan negara itu.
Perdana Menteri New Zealand, John Key semalam berkata, bahawa kerajaannya sudah menuntut agar imuniti diplomatik lelaki itu dibatalkan bulan lepas tetapi ditolak.
Sumber: bbnc.my
TOP
Wisma Putra sahkan diplomat Malaysia suspek kes pencabulan seks di New Zealand
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Julai, 2014.
Wisma Putra mengesahkan seorang diplomat Malaysia merupakan suspek kepada kes pencabulan seks di New Zealand, mengatakan beliau akan berdepan dengan perbicaraan jika diberikan jaminan keadilan.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu The Star semalam, tertuduh adalah diplomat Malaysia dan beliau sudah dihantar pulang.
Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Bagaimanapun, lelaki itu mendapat imuniti diplomatik dan sudah meninggalkan negara itu.
Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan semalam bahawa kerajaannya sudah menuntut imuniti diplomatik lelaki yang dituduh melakukan "pencabulan seks dengan niat merogol" di Wellington bulan lepas agar dibatalkan, tetapi ditolak.
Apabila ditanya tentang sebab mengapa diplomat tersebut dipanggil kembali, Anifah memberitahu The Star mungkin terdapat salah faham emel yang dihantar ke Wisma Putra oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan New Zealand.
Anifah yang akan mengadakan sidang media tentang isu tersebut pada hari ini berkata diplomat tersebut akan dikembalikan ke Wellington hanya jika dijanjikan perbicaraan yang adil dan nyawanya tidak terancam di sana.
New Zealand (NZ) mendedahkan bahawa ia sedang mengejar pemindahan diplomat tersebut yang dituduh 'memecah rumah dengan tujuan merogol' di Wellington bulan lepas.
Diplomat tersebut yang dalam linkungan 30-an ditahan kerana didakwa mengikuti wanita 21 tahun ke rumahnya kemudian mencabulnya. Beliau juga didakwa dengan rompakan dalam insiden yang sama.
Bagaimanapun, beliau 'lari' daripada New Zealand dan pulang ke negaranya apabila menggunakan imuniti diplomatik selepas penahanannya pada 9 Mei.
Identiti serta kewarganegaraan diplomat tersebut masih belum didedahkan media di New Zealand selepas hakim di sana mengeluarkan arahan sekatan atas butir-butir dirinya.
Perdana Menteri NZ John Key memberitahu media pagi semalam bahawa pentadbiran beliau menuntut supaya imuniti diplomatik lelaki tersebut dibatalkan, namun ditolak.
"Adalah keutamaan bagi kami untuk orang ini bertanggungjawab di New Zealand, namun ini ditolak pihak negara lain," Keys dipetik dari media, menambah – beliau diberi jaminan diplomat tersebut akan bertanggungjawab dalam negaranya sendiri.
Sementara itu, Menteri Luar NZ Murray McCully hari ini memberi amaran sekiranya diplomat tersebut tidak didakwa di mahkamah, ia akan memburukkan perhubungan negara yang terlibat dengan New Zealand.
"Ia akan menjejaskan cara kita mengendalikan negara yang terlibat," kata McCulluy kepada akhbar harian New Zealand, The Dominion Post.
Beliau juga dipetik berkata pegawai daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) berkata dengan jelasnya New Zealand mahukan diplomat tersebut, yang kini sudah berada di negara asalnya, akan menghadapi keadilan. – 1 Julai, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Bulan Ni Pun Yana Kongsi Gambar Hampir Nampak Buah Dada!
Kalau nak diikutkan aurat wajib ditutup bukan pada bulan puasa sahaja tapi sekurang-kurangnya hormatilah Ramadan dengan berpakaian lebih sopan kan?
Atas sebab itu teruk Yana Samsudin dikritik peminat gara-gara gambar seksinya di laman Facebook.
Rata-rata peminat menasihatkan supaya Yana memperbanyakkan amalan di bulan mulia ini, tak kurang juga yang beristighfar melihat gambar tersebut.
Sumber: marigosip.blogspot.com
Sumber: marigosip.blogspot.com
TOP
Tiada Syarat Untuk Ambil Diana Danielle Berlakon
PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle tidak meletakkan sebarang syarat tertentu kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon dalam filem terbitan mereka.
Diana, 24, berkata, biarpun lebih selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya namun itu tidak bererti dia meletakkan syarat tertentu bagi menyesuaikan dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.
“Setakat ini saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat tertentu pada mana-mana produksi yang ingin saya membintangi filem terbitan mereka.
“Ini kerana sekiranya ia sesuatu peranan yang ditawarkan tidak bersesuaian dengan status saya kini, saya akan tolak,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Diana berkata, dia dan suaminya, Farid Kamil tidak merancang untuk mengadakan parti hari jadi bagi menyambut ulang tahun pertama anak mereka iaitu Muhammad yang jatuh pada Rabu ini.
Kata Diana, selain menghormati bulan Ramadan dia tidak melihat sambutan itu suatu keperluan kerana Muhammad terlalu kecil untuk memahami majlis yang bakal diadakan untuknya.
“Saya dan Farid mungkin akan buat majlis kecil-kecilan bersama keluarga sahaja dan tidak akan mengadakan parti besar-besaran bagi meraikan Muhammad.
“Tunggulah dia besar sikit dan sudah boleh memahami perkara yang berlaku disekelilingnya, barulah seronok,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Diana berkata, sepanjang bulan Ramadan ini dia akan lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersamanya keluarga dan akan menghadkan aktiviti seni.
Bagaimanapun kata Diana, dia bakal muncul dengan sebuah filem televisyen berjudul Perempuan Lindungan Kaabah di Astro Mustika HD pada 12 Julai ini.
Sumber: mStar online
TOP
Lisa Surihani Mohon Maaf Isu Seksi Dan Berkemban Di KL Fashion Week
Minggu lalu, melalui akaun Facebook beliau Lisa Surihani ada memuat naik beberapa keping gambar beliau di sekitar acara KL Fashion Week 2014 yang pastinya menampilkan fesyen terkini buat tatapan para peminat dunia peragaan dan fesyen.
Pakaian Lisa Surihani yang dikenakan menjadi tumpuan ramai peminaty apabila ianya dikatakan menyerupai imej berkemban dan terlalu seksi untuk pelakon itu.
“Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tetapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf,” jelas Lisa Surihani kepada Harian Metro apabila diminta mengulas tentang isu ini.
Lisa Surihani turut menambah yang ianya adalah perkara biasa jika penampilan beliau mendapat tentangan peminat dan ada juga antara mereka yang menyokong.
“Apa yang saya boleh kata adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya. Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” tambahnya lagi.
Sumber: RotiKaya
TOP
Kontrak Dr. Redzuan Tak Sambung BUKAN Sebab Politik – UM
SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan kontrak bekas Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial tidak disambung kerana campur tangan politik.
Dalam satu kenyataan semalam, UM berkata, kontrak Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman tidak dilanjutkan berikutan keputusan pemilihan yang dibuat secara telus.
“Bertentangan dengan laporan media, keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Mohammad Redzuan itu adalah berdasarkan proses pemilihan yang demokratik dan telus.
“Pemilihan tersebut telah dijalankan selaras dengan Perlembagaan UM 2010,” lapor kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut, Perlembagaan menyatakan bahawa Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan atau Pengarah daripada tiga calon yang disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.
Menurut kenyataan itu lagi, pemilihan telah diadakan di antara 10 dan 12 Jun dan sesi temu bual telah diadakan dengan tiga calon antara 17 dan 20 Jun lalu.
Mohammad Redzuan merupakan salah seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek. Calon lain yang tersenarai termasuk Profesor Dr Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.
Terdahulu memetik laporan sebuah portal, Mohammad Redzuan diarahkan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Umcedel oleh KPM atas ‘campur tangan politik’.
Menurut laporan itu lagi, walaupun Mohammad Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.
Dalam perkembangan berkaitan, UM menyatakan, selepas mengadakan perbincangan yang panjang, pihak pengurusan memutuskan untuk melantik Md Sidin sebagai dekan baharu untuk Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Sumber: Sinar Online
TOP
PUKUL: Maaf Isteri Ringankan Hukuman Suami
KOTA BHARU – Keberkatan bulan Ramadan dimanfaatkan seorang wanita apabila memaafkan perbuatan suami yang memukulnya sehingga lelaki itu dikenakan hukuman ringan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Zailani Kari, 30, hanya didenda RM1,000 dan diperintah membayar pampasan berjumlah RM2,000 bagi kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya itu, manakala kompaun RM100 lagi dikenakan akibat kesalahan mendatangkan cedera kepada mangsa.
Mohd Zailani mengaku bersalah pada tuduhan pertama mendatangkan cedera ke atas Aaina Azura Rosli, 30, dengan tangan di alamat Kampung Alor Mas, di sini, pada jam 7 pagi, 25 Mei 2014.
Bagi tuduhan kedua pula, dia mengaku menakutkan secara jenayah dengan hendak mendatangkan cedera kepada Aaina Azura pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Pada prosiding semalam, Azura yang memberi keterangan secara lisan menyatakan dia sudah memaafkan perbuatan suaminya itu dan membayar kompaun tersebut di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.
Nik Habri juga mengingatkan tertuduh yang akan dikenakan hukuman penjara jika kesilapan sama itu diulang.
Azura ketika ditemui di luar mahkamah berkata dia masih sayangkan suaminya yang dinikahi sejak 10 tahun lalu itu.
“Suami saya bukanlah berperangai macam itu (ugut dan pukul) dan perlakuannya tempoh hari mungkin disebabkan pengaruh daripada rakan-rakannya. Demi keluarga dan enam anak kami, saya memaafkannya serta memberi peluang supaya dia dapat berubah,” katanya.
Sumber: Sinar Online
TOP
PKS Digesa Daftar Perniagaan Sebelum Pelaksanaan GST
KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) digesa mendaftarkan perniagaan mereka dengan kerajaan sebelum cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Membuat gesaan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata PKS boleh mendaftarkan perniagaan mereka dalam talian.
“PKS yang tidak terdapat dalam sistem mungkin akan kehilangan penguasaan pasaran mereka dari semasa ke semasa jika syarikat yang lebih besar memutuskan untuk membeli barangan daripada perniagaan yang berdaftar di bawah GST dan mendapat manfaat daripada kredit cukai ke atas input,” katanya kepada pemberita selepas perbincangan meja bulat dengan wakil-wakil daripada persatuan dan dewan perniagaan kebangsaan hari ini.
Mustapa berkata dianggarkan hampir 25 peratus daripada PKS (kira-kira 160,000 perniagaan) akan termasuk dalam sistem GST pada nilai jualan pendaftaran sebanyak RM500,000 setahun.
“Bagi yang tidak termasuk, PKS dinasihatkan supaya menilai keadaan dengan berhati-hati dan sukarela untuk berada dalam sistem GST berikutan banyak kelebihan dalam tempoh jangka panjang,” katanya.
Pada suku pertama 2014, kajian yang dijalankan oleh SME Corp Malaysia ke atas 2,079 responden, 84 peratus daripadanya menunjukkan mereka memerlukan latihan mengenai GST, 26 peratus berkata mereka memerlukan akses kepada perisian patuh GST, dan 25 peratus meminta insentif cukai untuk menaik taraf perkakasan teknologi komunikasi dan maklumat serta peralatan, kata Mustapa.
Di bawah Bajet 2014, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST atau menaik taraf perisian sedia ada supaya mematuhi GST.
Mustapa berkata rundingan dengan peserta industri sedang berjalan untuk memastikan mereka mengikuti perkembangan GST.
“Perbincangan dilaksanakan pada setiap minggu untuk mengenal pasti isu yang dihadapi perniagaan, sejajar dengan matlamat komunikasi,” katanya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Empat Termasuk Ketua Geng Apan Diberkas
IPOH – Satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai ‘Geng Apan’ yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu di daerah itu sejak setahun lalu, tumpas selepas pihak polis memberkas empat individu termasuk ketuanya di sebuah bengkel, di Jalan Silibin, 18 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, hasil penahanan terbabit telah membongkar aktiviti menjual motosikal curi dan komponen-komponennya kepada pembeli di Kuala Kangsar.
“Hasil penahanan ketua kumpulan terbabit di bengkel berkenaan, pihaknya berjaya menahan tiga lagi lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun berasal dari Kuala Kangsar.
“Kita turut merampas dua motosikal jenis Honda EX5 dan menemui tiga rangka motosikal yang ditanam untuk menyembunyikan kesalahan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.
Chang Keong berkata, suspek mengakui terlibat dalam tujuh kes curi motosikal di Ipoh dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dan menerima harta curi.
Pada masa sama, polis turut berjaya menyelesaikan kes samun pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Dmax dengan menahan dua lelaki dalam satu serbuan di Kampung Ulu Chemor.
Chang Keong berkata, serbuan dibuat setelah menerima maklumat terdapat kejadian samun bersenjatakan parang dan melarikan kereta milik mangsa berusia 40-an kira-kira jam 9 malam di Kampung Tawas.
“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai mekanik kereta bersama remaja berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pencuci kereta mengakui telah melakukan lima kes samun 4WD di Ipoh,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman sehingga 3 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
“Hasil soal siasat mendapati suspek mencuri kereta berkenaan untuk dijual kepada orang tengah,” katanya.
Sumber: Sinar Online
TOP
Pemilik Anjing Serang 3 Orang Didenda RM4,000
SEREMBAN – Pemilik anjing yang menyerang tiga orang di Lenggeng dekat sini, 23 April lalu, didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membuat keputusan itu terhadap Lam Soon Seng, 52, yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Bagaimanapun, satu lagi pertuduhan membabitkan mangsa pembantu rumah warga Indonesia yang kulit kepalanya tercabut, ditangguhkan kepada 7 Julai ini, bagi menunggu laporan perubatan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan cuai meninggalkan dua anjingnya sehingga menyebabkan kecederaan kepada ketiga-tiga mangsa.
Sumber: BH Online
TOP
Polis Tumpas Sindiket Penipuan Guna ‘Macau Scam’
JOHOR BAHRU – Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa menggunakan Internet atau ‘Macau Scam’ dengan penahanan dua lelaki warga Taiwan dalam serbuan di sebuah hotel di Kluang, Sabtu lalu.
Sindiket itu dipercayai sudah aktif dan beroperasi beberapa bulan selain menjadikan hotel berkenaan sebagai pusat operasi apabila menyewa sebanyak 20 bilik di hotel berkenaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam serbuan itu turut dirampas antaranya 47 unit modem, pencetak, komputer riba, empat unit broadband, 16 telefon tanpa wayar dan empat kad bank.
Sumber: BH Online
TOP
Rakyat Iraq Tetap Tonton Piala Dunia Tanpa Kira Bahaya
BAGHDAD – Raad Abdulhussein duduk terpaku di hadapan televisyen di sebuah kafe di Baghdad dengan dua perasaan berlainan – teruja kerana prestasi pasukan kegemarannya dalam perlawanan Piala Dunia, dan cemas kerana bahaya pengebomanyang boleh berlaku pada bila-bila masa.
Laungan dan tepukan yang mengiringi kemaraan pasukan Belanda ke pintu gol Mexico sekali sekala memecahkan kesunyian di kafe ‘Facebook’ itu.
“Bolasepak membawa kita bersama,” kata Raad, pemandu teksi berusia 30 tahun, yang mengunjungi kafe berkenaan setiap hari dengan rakannya untuk menonton perlawanan, yang disiarkan pada waktu malam di Iraq. “Hanya ini cara bagi kami melupakan mengenai ketegangan dan ketakutan yang berlaku di sekeliling,” katanya.
“Sebuah kereta boleh meletup pada bila-bila masa, atau sebutir bom, atau orang tertentu akan masuk ke kafe dan meletupkan dirinya,” kata Raad.
Piala Dunia tahun ini berlangsung ketika Iraq menghadapi masalah keselamatan dengan ancaman daripada militan Sunnah diketuai pergerakan jihad Negara Islam (SI).
Namun ancaman sedemikian bukanlah dialami buat pertama kalinya oleh penduduk di Baghdad ketika menyaksikan perlawanan bolasepak. Ini kerana ibu kota Iraq itu sudah lama diancam dengan keganasan dan pengeboman sejak beberapa tahun lalu lagi.
Kafe adalah tempat merbahaya kerana pihak militan selalunya menjadikannya sasaran, seperti tempat lain di mana terdapat orang ramai termasuk pasar dan masjid.
Tahun lalu, pegawai ksealamtan Baghdad mengadakan seminar untuk pemilik kafe untuk menunjukkan cara bagaimana untuk menghalang dan menghentikan tindakan pengebom bunuh diri, berikutan kejadian di mana hampir 50 kafe dibom di seluruh negara dalam tempoh tidak sampai enam bulan pun.
Dalam masyarakat Iraq yang berbelah bahagi, bolasepak adalah sesuatu yang boleh menyatukan mereka. Ini ternyata benar pada 2007 apabila seluruh negara menyorak ketika pasukan kebangsaan menang Piala Asia, di tengah kemelut peperangan puak sedang memuncak, yang mengakibatkan berpuluh ribu maut.
Piala Dunia “adalah sesuatu yang paling indah. Seluruh dunia menyaksikannya, dan orang ramai di sini begitu teruja dan sering mengunjungi kafe ini untuk menontonnya hingga lewat malam,” kata Ali Hussein, pekerja di Kafe Facebook itu.
“Bolasepak adalah kehidupan untuk rakyat Iraq, dan kami masih ingat pada 2007, ketika orang ramai keluar ke jalan raya, tiada Sunnah dan tiada Syiah dan tiada Kurdis – semuanya berada di belakang pasukan.
“Kalau Iraq layak ke Piala Dunia, mungkin ia akan menyatukan kami semula,” katanya. – AFP
TOP
Ditetak Rakan Di Bazar Ramadan Di Terengganu
BESUT – Seorang lelaki cedera parah di muka selepas ditetak rakannya yang bersenjatakan pedang dalam kejadian di bazar Ramadan dekat Pekan Jabi, di sini, petang kelmarin.
Mangsa yang berusia 34 tahun itu diserang suspek selepas dikatakan tercetus pergaduhan antara mereka sebelum itu sekitar jam 6 petang kelmarin.
Difahamkan, pada awalnya telah tercetus pergelutan antara mangsa dengan suspek di kawasan bazar Ramadan itu selepas berlaku pertengkaran mulut antara mereka.
Menurut sumber, suspek yang belum berpuas hati dikatakan pulang ke rumahnya di Kampung Gong Dasar tidak jauh dari situ untuk mengambil sebilah pedang.
“Suspek yang berusia 26 tahun datang semula ke bazar tersebut lalu mencari mangsa kemudian bertindak menetak mangsa yang mengenai bahagian mukanya.
“Selepas kejadian itu suspek kemudian melarikan diri, manakala mangsa dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan akibat kecederaan parah di muka,” katanya.
Katanya, akibat tetakan itu, mangsa turut mengalami kecederaan parah di hidung.
Abang mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Jertih pada jam 11 malam kelmarin.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, suspek berjaya ditangkap oleh sepasukan polis yang menyerbu rumahnya di Kampung Gong Dasar pada jam 2.45 pagi semalam.
“Motif awal kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati kerana berlaku masalah dalam jualan kayu yang dipotong mereka berdua sebelum itu,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam.
Sumber: Sinar Online
TOP
Diplomat Akan Dihantar Ke NZ - Anifah
Anifah Aman.
PUTRAJAYA: Diplomat Malaysia yang disyaki terlibat dalam kes serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand akan dihantar ke negara berkenaan. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah itu akan diambil jika pihaknya mendapat permohonan daripada kerajaan New Zealand. "Jika perlu dan ada permohonan daripada New Zealand terutama jika siasatan masih belum dijalankan sepenuhnya," katanya pada sidang media di sini, Selasa. Anifah berkata, tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, bertugas sebagai pembantu kakitangan pertahanan berpangkat Pegawai Warran Dua di Kementerian Pertahanan. Pada Selasa, Mahkamah Tinggi Wellington menarik balik sekatan untuk mendedahkan identiti diplomat terbabit. Selain itu, Anifah berkata, diplomat itu kini disiasat daripada aspek kesihatan mentalnya. Beliau berkata, jika didapati bersalah, pegawai kementerian berkenaan boleh didakwa di Mahkamah Tentera. "Kementerian Pertahanan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa New Zealand untuk lakukan siasatan. "Kes ini telah dilaporkan berlaku pada 9 Mei lalu. Pegawai ini telah bertugas selama setahun dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi di New Zealand,'' katanya. Ekoran kejadian itu, kerajaan New Zealand juga menuntut supaya kekebalan diplomatik lelaki terbabit dibatalkan. Diplomat tersebut turut dilaporkan sudah kembali ke Malaysia. -mstar

Jadikan Masjid Pusat Ilmu, Budaya & Pembangunan Masyarakat - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah sebak ketika menyampaikan titah ucapan mengenai penglibatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah dalam pembinaan semula Masjid Toh Puan Besar Hatijah yang sebelum ini merupakan Masjid Daerah Batu Gajah. - fotoBERNAMA
BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mahu masjid tidak hanya dijadikan pusat ibadah solat sebaliknya peranan institusi itu perlu diperkukuh sebagai pusat perkembangan ilmu, budaya dan pembangunan masyarakat. Baginda bertitah institusi masjid perlu terus berperanan sebagai tapak semaian mencanai minda berilmu dan membina sahsiah insan solihin selain terus berfungsi sebagai penjana tamadun Islam yang agung. "Sebaik bertapak di Madinah semasa peristiwa hijrah, Nabi Muhammad bersama-sama rombongan bergotong-royong membina masjid. "Baginda tidak sekadar membina masjid tetapi telah membangunkan sebuah pusat kegiatan untuk usaha menyebar dan mengembangkan risalah Islam," titah baginda ketika berkenan mengisytiharkan nama dan merasmikan Masjid Toh Puan Besar Hatijah, yang sebelum ini merupakan Masjid Daerah Batu Gajah, di sini baru-baru ini. Masjid yang dirasmikan itu, titah baginda, mempunyai sejarah panjang sejak 1930-an kerana pada mulanya, ia sebuah masjid yang dibina daripada kayu di tanah tapak asal milik dan diwakaf oleh nenda baginda Toh Puan Besar Hatijah. Ketika menyentuh pembabitan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah terhadap pembinaan masjid itu, Sultan Nazrin Shah kelihatan sebak dan sesekali mengesat air mata baginda. Baginda bertitah pada akhir 2006, Sultan Azlan Shah menitahkan agar masjid itu dibina semula dan
kerja-kerja berkenaan dimulakan pada 9 Oktober 2008 di bawah perhatian serta pemantauan langsung Almarhum.
Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan majlis berbuka puasa di masjid tersebut.
Pembinaan masjid itu merupakan projek terakhir yang diberi tumpuan dan menyaksikan pembabitan secara langsung Sultan Azlan Shah. "Sejauh mana Almarhum merantau dan setinggi mana Almarhum mencapai kejayaan, Almarhum senantiasa mencari masa untuk kembali memijakkan kaki di bumi Batu Gajah untuk menyedut udara daripada atmosfera Batu Gajah. "Rumah Allah ini adalah hadiah kenangan daripada Almarhum kepada masyarakat Batu Gajah yang sangat nostalgik dalam ingatan Almarhum," titah baginda. Baginda bertitah Almarhum telah berkenan menamakan masjid itu sebagai Masjid Toh Puan Besar Hatijah, yang melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada bondanya. "Almarhum tidak sempat untuk bersolat di masjid yang telah dibina semula ini. "Almarhum telah meninggalkan wasiat agar masjid ini dirasmikan bersempena Ramadan 1435 Hijrah dan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat pada tahun ini hendaklah diadakan di masjid ini," titah baginda. Sultan Nazrin Shah kemudian berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama-sama umat Islam di masjid itu. Terdahulu, Sultan Nazrin Shah bersama-sama adinda baginda iaitu Raja Datuk Seri Azureen dan Raja Datuk Seri Eleena serta kerabat diraja yang lain menziarahi makam Toh Puan Besar Hatijah di Tanah Perkuburan Islam Segedup.-mstar

Amar Baharin Kesal Fitnahnya Dengan Izreen Azminda Masih Tersebar
Amar kesal hubungannya dengan Izreen disalah erti sehingga menimbulkan fitnah dan pandangan negatif daripada sesetengah pihak.
PETALING JAYA: Pelakon Amar Baharin kesal apabila masih ada pihak yang menyebarkan fitnah mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda apabila mereka dikatakan sedang hangat bercinta sejak sama-sama terlibat dalam drama bersiri, Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR). Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 29, berkata, perkara itu tidak sepatutnya diperbesarkan kerana hubungan mereka hanya sekadar teman biasa seperti mana diperjelaskan oleh Izreen sebelum ini. "Saya tidak nafi kami bercinta tetapi cuma dalam KTAR sahaja dan di luar kami sekadar kawan baik dan saya kesal dengan tindakan sesetangah pihak yang menyebarkan fakta-fakta yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya. "Saya harap di bulan baik ini (Ramadan) hentikanlah daripada terus bercakap tentang perkara tidak benar dan saya berharap pihak berkenaan insaf," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Drama bersiri yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof itu sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.
Kerana Terpaksa Aku Relakan sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3. Dalam pada itu, Amar berkata, pandangan negatif sesetengah pihak selepas mereka memuat naik gambar bersama bagi tujuan mempromosikan drama berkenaan di laman sosial Instagram turut menjadi faktor mereka dipandang serong. Kata Amar, biarpun sudah dijelaskan tentang tujuan berkenaan namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan melemparkan kata-kata negatif. "Bagi yang memandang negatif terhadap tindakan memuat naik gambar kami di laman Instagram untuk tujuan promosi, maka jadi negatif la ia. "Bagaimanapun majoriti peminat yang mengecam tindakan itu adalah sebahagian sahaja kerana selebihnya menyukai dengan cara kami mempromosikan drama ini," ujarnya.
Amar akan terlibat dalam aktviti amal bersama keluarga dan peminat sepanjang Ramadan tahun ini. Sementara itu, Amar berkata, dia tidak terkejut sekiranya namanya kembali suram apabila gosip melandanya itu reda kerana itu adalah hakikat dunia hiburan. "Saya rasa terkejut juga apabila nama 'Amar Baharin' menjadi tumpuan kerana gosip berkenaan sedangkan sebelum ini nama saya hendak keluar setahun sekali pun susah. "Tapi itu adalah hakikat dunia hiburan dan saya sudah terbiasa dengan kehidupan seperti ini dan andai kata lagi sebulan dua nama saya kembali suram, saya tidak terkejut pun," katanya. Dalam perkembangan lain, Amar berkata, sepanjang bulan Ramadan tahun ini dia akan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti amal bersama keluarga dan peminatnya. Malah dia akan meluangkan masa untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur dan Singapura bersama peminatnya. Dalam pada itu Izreen kini masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Muhammad Riza pada 10 Jun lalu. Pasangan berkenaan berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adrian Umar yang kini berumur 11 bulan.-mstar

Hakim Wellington Benar Dedah Identiti Diplomat Malaysia
Mahkamah Tinggi Wellington.
PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Wellington telah membatalkan arahan untuk tidak didedahkan identiti diplomat Malaysia yang didakwa terlibat dengan serangan seksual terhadap wanita warga New Zealand. Berikutan itu, sebaik sahaja mendapat kebenaran pihak kehakiman, media New Zealand telah mengumumkan nama warga Malaysia yang memegang portfolio pertahanan di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand. Wisma Putra turut mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu. Menurut laporan, lelaki yang berusia 30-an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas. Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun. Nama lelaki dan butiran kes itu enggan didedahkan oleh Hakim Mahkamah Daerah Wellington atas alasan bagi melindungi identiti mangsa. Polis New Zealand mendakwa warga Malaysia itu atas tuduhan merompak dan menyerang mangsa dengan cubaan merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum selama 10 tahun.-mstar

Perang Rokok Haram
Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (kanan), Dr Chong Chee Keong bersama dengan Ketua Unit Vektor Kawalan Penyakit, Dr B. Venugopalan (kiri).
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan bersama agensi berkaitan mengeluarkan sebanyak 17,139 saman terhadap pihak yang didapati terlibat dalam penjualan, pembelian dan pemilikan rokok secara haram di seluruh negara. Berkuat kuasa 1 Januari lalu, Peraturan 15(4A) di bawah di bawah pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 menyatakan, menjual atau menawarkan untuk menjual, membeli atau memiliki sebarang kotak atau karton rokok yang tidak dicetak dengan amaran kesihatan bergambar adalah dilarang. Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Chong Chee Kheong berkata, notis saman itu dikeluarkan melalui 3,493 operasi penguatkuasaan sehingga Mei tahun ini. “Notis yang dikeluarkan itu meliputi pelbagai jenis kesalahan, termasuk membeli dan menjual rokok tidak sah. “Kementerian bersama agensi lain melakukan operasi secara besar-besaran bagi menangani penjualan dan pembelian rokok berkenaan,” katanya kepada The Star. Tambah Dr Chong, Peraturan 15 merupakan keperluan untuk pelabelan dan pembungkusan pada paket atau karton rokok. Sebarang paket atau karton rokok yang tidak memenuhi keperluan itu dianggap sebagai tidak sah atau melanggar undang-undang. “Peraturan itu selari dengan Akta Kastam 1967 dalam usaha untuk membanteras rokok haram di negara ini. “Penguatkuasaan peraturan ini sentiasa dilaksanakan agensi lain yang menumpukan kepada peraturan kawalan tembakau,” katanya. Dr Chong berkata, selain penguatkuasaan dalam melaksanakan tindakan undang-undang, kesedaran awam turut memainkan peranan penting dalam menangani isu itu. “Bersama Jabatan Kastam, kita turut meningkatkan kesedaran awam mengenai perkara ini dan berharap perokok faham bahawa membeli atau memiliki walaupun hanya sebatang rokok tidak sah merupakan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. Mengenai penglibatan antara agensi termasuk Jabatan Kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Dr Chong berkata, kerjasama berkenaan memperkukuhkan lagi gerakan penguat kuasa dalam menangani isu rokok haram. “Kementerian mempunyai kawalan yang terhad terhadap rokok di bawah peruntukan PPKHT 2004 yang hanya melibatkan peringkat penjual dan pengguna, maka kerjasama antara agensi berkaitan membolehkan kerajaan mengenal pasti dan membanteras rangkaian rokok haram secara menyeluruh dari pembekal kepada pengguna. “Polis dan pihak berkuasa tempatan juga membantu kementerian dalam menguatkuasakan peraturan di bawah PPKHT 2004, termasuk membanteras rokok haram dan kerjasama itu akan berterusan,” katanya. Dalam pada itu, mengenai bekalan barangan berkenaan, Jabatan Kastam telah merampas rokok haram bernilai lebih RM7 juta dengan cukai tidak dibayar berjumlah RM66.57 juta di bawah operasi khas yang dinamakan “Ops Outlet”. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, menerusi Ops Outlet, pihak yang ditahan kerana menjual barang larangan itu akan berhadapan hukuman maksimum tiga tahun atau denda sehingga 20 kali ganda daripada nilai rampasan atau kedua-duanya sekali, di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. Pesalah berulang pula akan berhadapan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda 40 kali ganda nilai rampasan. “Setakat Mei tahun ini, kita telah melakukan serbuan terhadap 2,618 premis di seluruh negara dan menahan seramai 686 suspek sejak operasi itu dilancarkan pada Mac. “Pada masa ini, 35 peratus daripada jumlah rokok yang dijual di negara ini adalah tidak sah. Di bawah Ops Outlet, kita menyasarkan untuk mengurangkan bilangan itu kepada sekurang-kurangnya 30 peratus tahun ini,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penjualan rokok haram boleh menghubungi jabatan di talian 1-800-888-855. Kajian mendapati rokok haram mengandungi kadar logam toksik yang lebih tinggi berbanding rokok yang dibenarkan. Tahap kadmium turut meningkat 6.5 kali lebih tinggi berbanding jenama tulen. Ia turut mengandungi talium (4.9 kali ganda) dan plumbum (13.8 kali ganda).-mstar

Tiada Jangkitan Baharu JE - Dr Lailanor
Pegawai Veterinar Pulau Pinang, Dr Nabilah Abdul Talib mengambil sampel darah babi di salah satu ladang ternakan haiwan itu.
TASEK GELUGOR: Tiada kes baharu virus Ensefalitis Jepun (JE) dikesan di Kampung Selamat di sini selepas seorang kanak-kanak lelaki di kampung berkenaan disyaki dijangkiti virus itu, kata Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar tidak bimbang dan Jabatan Kesihatan negeri telah menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan di kawasan itu. "Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Veterinar bekerjasama rapat untuk memantau dan melakukan usaha pencegahan di kawasan terlibat antaranya memberikan pendidikan kesihatan kepada penduduk dan pengesanan kes aktif secara berterusan. "Orang ramai juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan jika ada simptom demam, sakit kepala, loya dan muntah yang berlarutan, saya menyarankan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa. Semalam, media melaporkan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini koma disyaki dijangkiti virus JE dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru dekat sini. Dr Lailanor berkata, pihaknya belum mendapat laporan penuh berhubung keadaan pesakit itu daripada hospital itu. "Hari ini pegawai saya akan mendapatkan laporan lengkap perubatan pesakit itu daripasda hospital swasta berkenaan dan jawatankuasa khas yang ditubuhkan akan bermesyuarat bagi membolehkan keputusan mengenainya dibuat," katanya. Beliau berkata, pihaknya juga bersedia menerima murid tahun enam itu untuk dirawat di hospital kerajaan jika anggota keluarganya mahu memindahkan pesakit berkenaan. "Tiada masalah jika keluarganya mahu memindahkan pesakit itu untuk menerima rawatan di hospital kerajaan dan saya bersedia menguruskanya serta berjanji memberikan rawatan yang terbaik," katanya. Sementara itu, Pegawai Veterinar Jabatan Veterinar Pulau Pinang, Dr Nabilah Abdul Talib berkata, pasukan veterinar yang dibantu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) hari ini mengambil sampel darah daripada populasi babi di sekitar kawasan Kampung Selamat. Beliau berkata, pihaknya telah mengambil sampel darah babi daripada 20 ladang babi di kawasaan berkenaan bagi menjalankan ujian sama ada ia positif atau negatif JE. "Sampel darah itu kami ambil dari ladang yang satu kilometer radius dari sekolah itu bagi mengetahui dengan lebih jelas sekiranya terdapat jangkitan JE. "Keputusan sama ada positif atau sebaliknya akan diketahui Jumaat ini selepas ujian berkenaan dilakukan di Jabatan Veterinar Perak di Ipoh," katanya kepada pemberita selepas mengambil sampel darah babi di Kampung Selamat, di sini.-mstar

Singapura Naikkan Caj Masuk Kenderaan Asing Mulai 1 Ogos
Kenderaan beratur memasuki Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen (CIQ) Johor Bahru untuk ke republik itu.
SINGAPURA: Bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik ini akan dinaikkan dari S$20 kepada S$35 sehari, demikian menurut Lembaga Pengangkutan Darat (LTA). Dalam kenyataan di sini, LTA juga memaklumkan kenaikan bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP) untuk kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 berbanding S$10 sebulan. Kenaikkan itu, bagaimanapun dikecualikan terhadap bas atau teksi. Menurut LTA, waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja semasa Jun dan Disember, cuti sekolah di Singapura dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan. Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 setiap hari. Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain (waktu VEP ini dilanjut untuk bermula pada 12 tengah hari dan bukan pada 5 petang semasa cuti sekolah pada Jun dan Disember di Singapura). Lembaga itu memaklumkan kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10, mulai Julai 2014. Bagaimanapun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 sebulan. Maklumat lanjut berhubung caj baharu VEP dan GVP untuk kenderaan asing berdaftar boleh diperoleh di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas. Pengguna juga boleh melayari www.lta.gov.sg> 'Roads & Motoring' > 'Driving In and Out of Singapore' atau menghubungi LTA di 1800-2255 582 (1800-CALL LTA) jika di Singapura atau 65-62255 582, jika membuat panggilan dari negara lain.-mstar

Suarez Mohon Maaf Kepada Giorgio Chiellini
PENYERANG Uruguay, Luis Suarez akhirnya memohon maaf kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini minggu lalu.
Gara-gara kelakuan tersebut, Suarez digantung sembilan perlawanan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak selama empat bulan dan dia berjanji insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi.
"Sebenarnya kawan saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal selepas saya menggigitnya," jelas Suarez di laman Twitternya.
"Saya sesungguhnya sangat menyesal. Saya minta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh keluarga bola sepak. "Saya berjanji kepada semua orang yang perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi". Sejurus selepas itu, Chiellini membalas tweet Suarez: "Semuanya sudah dilupakan. Saya harap FIFA akan mengurangkan denda kamu." -mstar

Jurulatih Nigeria Letak Jawatan, Yobo Bersara Arena Antarabangsa
Keshi (kiri) dan Yobo.
STEPHEN Keshi mengumum perletakan jawatan sebagai jurulatih Nigeria selepas pasukannya tewas 2-0 kepada Perancis pada aksi pusingan kalah mati awal pagi Selasa. Pengendali berusia 52 tahun itu dikaitkan dengan pasukan baharu, Afrika Selatan. "Sudah tiba masanya saya kembali kepada keluarga dan bertemu cabaran baharu," jelas Keshi yang menguruskan pasukan ini sejak 2011. Keshi pernah cuba meletak jawatan sebelum ini, sehari selepas menjuarai Piala Negara-Negara Afrika, namun dipujuk untuk kekal bersama Nigeria. Sementara itu, bekas pemain pertahanan Everton, Joseph Yobo turut membuat keputusan untuk bersara daripada aksi antarabangsa. Yobo menjadi pemain pertahanan pertama Nigeria yang mencatat 100 kap ketika aksi bertemu Perancis. "Ini sahaja. Apabila saya mengimbas kembali detik karier saya, ia sangat membanggakan. "Saya mahu meninggalkan kenangan manis buat negara.Tewas kepada Perancis bukanlah sesuatu yang betul, tetapi saya tetap gembira dengan apa yang telah dilakukan untuk pasukan kebangsaan. "Sudah tiba masanya memberi peluang kepada orang lain. Pasukan bola sepak kami mempunyai masa depan yang cerah dan saya yakin kejayaan besar akan dikecapi," jelas pemain pertahanan Fenerbahce ini.-mstar

Chelsea Tawar Kontrak Kepada Penyerang Nigeria, Ikat Mendes
Emmanuel Emenike
KELAB Chelsea menawarkan perjanjian bernilai £15 juta (RM82.27 juta) kepada penyerang Nigeria Emmanuel Emenike dari kelab Fenerbahce. Emenike merupakan ayam tambatan Nigeria yang membantu pasukan negaranya beraksi dalam kelompok 16 pasukan Piala Dunia, namun tewas 2-0 di tangan Perancis awal pagi Selasa. Pemain berusia 27 tahun itu juga turut membantu kelabnya meraih trofi Liga Super Turki musim lalu dengan mengumpul 12 gol dalam 28 penampilan liga. Dalam masa itu, Chelsea juga dilaporkan bersetuju mengikat Tiago Mendes dengan kontrak selama dua tahun. Pemain berusia 33 tahun itu bebas selepas kontraknya bersama Atletico Madrid tamat musim lalu. Sebelum ini, pemain Portugis itu pernah bersama Chelsea pada tahun 2005 sebelum berpindah ke Lyon. Ketika bersama The Blues, Mendes turut membantu kelab ini dengan menjulang tiga trofi - Piala Perisai Komuniti, Piala Liga dan Liga Perdana dengan menjaringkan empat gol dalam 34 penampilan.-mstar

Piala Dunia: Klinsmann tanya FIFA kenapa pilih pengadil Algeria
Jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann. - Foto Reuters
SALVADOR: Jurulatih Amerika Syarikat, Jurgen Klinsmann mempersoal pemilihan pengadil dari Algeria menjelang pertembungan pusingan kedua membabitkan pasukan bimbingannya menentang Belgium, awal pagi esok. “Pengadil dari Algeria ini (Djamel Haimoudi) mampu untuk bertutur dalam bahasa Perancis dengan pemain (Belgium) di atas padang dan bukannya dengan kami,” katanya ketika sidang media. “Dan dia adalah rakyat (Algeria), negara yang kami tumbangkan di pusingan kedua pada Piala Dunia sebelum ini. “Saya sedar sukar untuk FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) untuk memilih pengadil yang baik pada perlawanan yang baik dan ia sentiasa sesuatu yang menyulitkan buat mereka namun inilah yang berlaku. Begitupun, kami menghormati keputusan itu dan berharap semuanya berjalan dengan baik. Rakan sejawatannya di Belgium, Marc Wilmots begitupun tidak begitu bersimpati terhadap kebimbangan Klinsmann. “Saya juga boleh membantah mengenai pelantikan ini kerana kami sudah menewaskan Algeria di peringkat kumpulan,” kata jurulatih berusia 45 tahun. “Saya tidak mahu terbabit dengan perlawanan seperti ini. Dalam banyak kes, saya tidak banyak bercakap dengan pengadil. “Secara keseluruhan, mereka melakukan kerja yang baik pada pusingan terakhir ini. (Howard) Webb menakjubkan ketika pertembungan Brazil dan Chile pada pusingan kedua. - AFP

Askar bunuh 22 individu dalam pertempuran di tengah Mexico
BANDARAYA MEXICO: Askar membunuh 22 orang di sebuah gudang di tengah negeri Mexico dalam pertempuran yang turut mencederakan seorang askar, menurut Jabatan Pertahanan.
Dalam satu kenyataan ringkas, jabatan itu menyatakan pasukan askar berkenaan sedang meronda di bandar Tlataya apabila mereka menemui gudang yang dikawal lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan.
Seramai 21 orang lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam insiden itu dan askar menyelamatkan tiga wanita yang mendakwa mereka diculik.
Askar turut merampas 22 raifal automatik, dua senapang patah, sebutir bom tangan dan berpuluh peluru.
Pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada mereka yang dibunuh itu adalah anggota kumpulan penjenayah.
Bandar Tlataya di kawasan pergunungan dekat negeri Guerrero adalah kawasan yang terkenal dengan penanaman ganja. - AP
TOP
Jerman layak suku akhir atasi Algeria selepas masa tambahan
PORTO ALEGRE: Jerman menamatkan badi kekalahan kepada Algeria hasil kemenangan sukar 2-1 yang dicatat selepas masa tambahan aksi pusingan kedua di Stadium Beira-Rio untuk mara ke suku akhir dengan ketiga-tiga gol dijaringkan pada masa tambahan.
Hadir dengan status pilihan dan juara tiga kali, Jerman begitupun terpaksa bergelut terutama pada babak pertama sebelum diikat tanpa jaringan oleh Algeria yang kali pertama beraksi di pusingan kedua Piala Dunia.
Malah, Algeria lebih banyak mencipta peluang pada babak pertama dan sekalipun Jerman berjaya menampilkan aksi lebih tersusun selepas rehat, mereka terus buntu untuk merobek gawang lawan sekalipun memperoleh rentetan peluang terbaik menjaringkan gol.
Jerman seharusnya mendahului pada minit ke-80 selepas Sami Khadira berjaya melepaskan hantaran tepat ke kepala Thomas Mueller namun tandukan di depan gawang Algeria berjaya diselamatkan penjaga gol, Rais M’bolhi yang menonjolkan aksi menakjubkan.
Mueller sekali lagi memperoleh peluang seminit kemudian namun kuisannya pula tersasar ke kiri gawang Algeria.
Jerman kemudian mendapat sepakan percuma di depan gawang Algeria pada minit ke-87 namun tindakan untuk mengelirukan pertahanan lawan tidak berjaya menyaksikan Muller terjatuh ketika mahu mengambil sepakan.
Gawang Algeria terus diuji ketika perlawanan berbaki seminit namun M’bolhi sekali lagi menampilkan magis untuk menyelamatkan usaha Bastian Schweinsteiger yang juga tepat di depan gawang.
Dan ketika ramai yang menjangka perlawanan akan sekali lagi ditentukan menerusi penalti, Jerman meledak gol pertama menerusi Andre Schurrle yang meledak masuk bola hantaran cantik Mueller hanya dua minit masa tambahan bermula.
Gol kedua Jerman disumbang Mesut Ozil ketika masa tambahan tamat dengan bijak memanfaat kelemahan pertahanan Algeria di depan gawang yang kemudian meledak gol pertama menerusi Abdelmoumene Djabou namun ia sudah terlewat.
Untuk rekod, Jerman sebelum ini tumbang dalam kedua-dua perlawanan menentang Algeria sebelum ini termasuk di Piala Dunia 1982 yang berakhir dengan keputusan 2-1.
Lawan Jerman di suku akhir nanti adalah bekas juara 1998, Perancis. - Agensi
TOP
Perancis, Jerman Mara Ke Suku Akhir
Pemain-pemain Perancis meraikan kejayaan mara ke suku akhir.
PERANCIS mara ke suku akhir selepas menewaskan Nigeria 2-0 pada aksi kalah mati Piala Dunia di Stadium National Brasilia, awal pagi Selasa. Permainan babak pertama menyaksikan tanpa sebarang gol biarpun Nigeria membuka jaringan pada minit ke-20, namun dibatalkan kerana Emmanuel Emenike berada dalam posisi off-side. Pada separuh masa kedua,Paul Pogba berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-79 melalui tandukan tepat ke gawang. Manakala jaringan kedua melalui gol sendiri Joseph Yobo pada minit terakhir permainan. Sementara itu, satu lagi aksi perlawanan kalah mati menyaksikan Jerman menumpaskan Algeria 2-1. Kedua-dua pasukan gagal mencatat sebarang jaringan pada masa sebenar permainan sehingga memaksa beraksi ke masa tambahan. Andre Schurrle meletakkan Jerman di depan dengan jaringan pertama permainan pada minit ke-93. Mesut Ozil berjaya menambah satu lagi jaringan buat Jerman pada minit terakhir masa tambahan minit ke-120 sekaligus mengukuhkan kedudukan mara ke suku akhir. Namun Algeria tidak berputus asa cuba menggunakan masa-masa terakhir mencari gol melalui tendangan kencang Djabou pada minit ke-121. Sumber: mStar online
TOP
Gagal Lompat Longkang, Maut di Bazar Ramadhan
PUTRAJAYA: Seorang penjawat awam maut di Bazar Ramadhan, Presint 3, Putrajaya jam 5.45 petang semalam.
Kejadian itu berlaku apabila mangsa Muhammad Kamal bin Salleh Hodin 37, dikatakan memanjat cerun untuk ke Bazaar Ramadhan dan melompat sebuah longkang besar. Tetapi malangnya dia telah terjatuh dan terhantuk pada tebing longkang tersebut.
Berdasarkan maklumat, mangsa berasal daripada Kluang Johor dan bertugas di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Polis telah mengesahkan yang beliau telah meninggal dunia di tempat kejadian.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Video: Cara pakai seluar yang legend habis!
Melihat pada tajuk, mesti anda terngiang-ngiang, apa cara pakai seluar yang kita tidak tahu ye? dan apa yang hebat sangat tu?
Sebenarnya tiada apa yang hebat, tetapi amat menarik bila cara pemakaiannya itu seperti sedang menari tambahan pula dikenakan dengan lagu “The Final Countdown” membuatkan SK rasa nak cuba juga.
Bagaimanapun, pesanan SK kepada anda, jangan tiru aksi ini di rumah dan jangan tanya kenapa.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Diplomat Kita Terlibat Kes Seksual Di New Zealand?
Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington.
PETALING JAYA – Wisma Putra akan mengadakan sidang media pada Selasa bagi menangani “isu penting” ketika seorang pegawai diplomat dilaporkan dituduh melakukan serangan seksual di New Zealand. Menurut laporan, lelaki yang berusia 30an itu didakwa mengikut seorang wanita berusia 21 tahun dan melakukan serangan ke atasnya pada bulan lepas. Dia didakwa oleh polis New Zealand kerana merompak dan menyerang dengan cubaan untuk merogol, di mana setiap kesalahan itu membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun. Nama lelaki dan butiran kes itu yang boleh mengenal pasti identitinya telah disembunyikan oleh seorang hakim New Zealand. Perdana Menteri New Zealand, John Key dilaporkan berkata pada Isnin bahawa “keutamaan paling kuat” adalah lelaki itu berhadapan dengan perbicaraan di negara itu. Key berkata, majikan pegawai diplomat itu di New Zealand telah disaman oleh para pegawai menunjukkan betapa seriusnya New Zealand melihat situasi itu. Mahkamah New Zealand kadang-kadang menyembunyikan butiran mereka yang tertuduh dalam jenayah seksual bagi melindungi identiti mangsa. Dilaporkan bahawa para pegawai New Zealand tidak dapat memberikan alasan berhubung perintah sekatan terhadap kes berkenaan. Sumber: mStar

Van Polis Tergantung Celah Bangunan 3 Tingkat
Weihai (China) – Seorang pegawai polis terselamat daripada dikenakan tindakan disiplin selepas gagal mengawal van yang dipandunya, mengakibatkan ia tergantung di sebuah bangunan tiga tingkat.
Park He, 35, dalam perjalanan pulang ke balai polis di bandar Weihai, wilayah Shandong, di timur China selepas menyertai operasi ketika kemalangan berlaku.
Penyelia Park berkata, dia membelok ke kiri selepas melihat sebuah kenderaan lain berada di laluannya.
“Dia mempunyai pilihan untuk membelok ke kiri atau kanan. Dia mengambil keputusan yang salah apabila bertindak membelok ke kiri kerana ia bumbung sebuah bangunan kediaman tiga tingkat yang berada di atas jalan raya.
”Jika dia membelok ke kanan, sudah tentu cerita ini tidak berakhir sebegini hebat. Bagaimanapun, dia tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana dia bertindak demikian untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan meletakkan dirinya sendiri dalam bahaya,” kata jurucakap polis.
Semua orang melakukan kesilapan. Namun, dia pelu menjalani kursus memandu selanjutnya sebelum kami membenarkan dia memandu van lain.
Van itu terpaksa diangkat dengan mengguna kren bagi mengelak ia terhempas ke bawah. – Agensi
TOP
ISIL isytihar pemerintahan khalifah
ISIL mengisytiharkan pemerintahan khalifah di wilayah Syria dan Iraq.
BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) mengisytiharkan pemerintahan khalifah di wilayah milik Iraq dan Syria menerusi rakaman audio yang disiarkan menerusi laman web mereka.
Kelmarin, jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani memaklumkan, Abu Bakr al-Baghdadi dilantik sebagai pemimpin mereka.
"Majlis Syura telah berbincang mengenai perkara itu dan memutuskan untuk mewujudkan pemerintahan khalifah di kawasan meliputi wilayah Aleppo di utara Syria hingga Diyala di Iraq," katanya.
Menurut Press TV, keputusan itu dibuat selepas ISIL menawan Mosul di wilayah Nineveh dan Tikrit terletak 140 kilometer di barat laut Baghdad.
Sejak beberapa hari lalu, pertempuran tercetus antara tentera kerajaan dan ISIL selepas kumpulan tersebut semakin mara menuju ke ibu negara.
Dalam perkembangan lain, kerajaan Iraq dilaporkan menerima beberapa jet pejuang Sukhoi dari Rusia untuk melancarkan serangan balas terhadap ISIL.
Difahamkan, pembelian itu dibuat di bawah perjanjian bernilai AS$500 juta (RM1.5 bilion) yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Nouri al-Maliki.
Sumber: Sinar Online
TOP
Gadis Jatuh dari Bumbung, 3 Batang Besi Tertusuk Badan
Patna (India) – Seorang gadis berusia 17 tahun terselamat walaupun selepas anggota tubuhnya tertusuk besi setelah jatuh dari bumbung sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan.
Tiga batang besi tertusuk menembusi badannya mengakibatkan mangsa cedera teruk.
Dia bagaimanapun tidak cemas dan terselamat walaupun dengan besi menembusi perut dan pahanya dan terpaksa menahan sakit selama hampir 12 jam.
Lovely yang berasal dari kampung Basantpur di daerah Saran mengalami kemalangan itu selepas jatuh pada tiang simen ketika hendak tidur.
Kejadian dikatakan berlaku ketika ramai tetamu berada di rumahnya kerana menghadiri satu majlis perkahwinan.
Anggota keluarganya memotong batang besi berkenaan dan membawa mangsa ke Hospital Ruban di Patna.
Pakar bedah berjaya mengeluarkan besi dari badan mangsa selepas pembedahan selama lima jam.
Keadaan Lovely kini dilapor stabil.
“Kami berjaya menyelamatkannya kerana dia menunjukkan keberaniannya dan tidak sedikitpun cemas. Ia sangat menakjubkan,” kata Dr KN Sinha.
Menurut doktor berkenaan, sebelum diselamatkan, mangsa dalam keadaan serius.
“Dia selamat kerana keberaniannya. Ramai pesakit lain akan panik,” tambahnya. - Agensi
TOP
Russia gesa PBB halang jualan minyak 'pengganas' Syria
PBB: Russia menggesa Majlis Keselamatan PBB menyokong draf kenyataan bagi menyekat penjualan minyak mentah oleh "kumpulan pengganas" di Syria, termasuk ISIL.
Kenyataan itu menyuarakan kebimbangan majlis itu berhubung penawanan lapangan minyak di Syria oleh kumpulan militan.
Draf kenyataan yang boleh dibincangkan dalam beberapa hari akan datang, perlu diterima sebulat suara semua 15 anggota majlis.
Sebagai kenyataan, ia juga tidak terikat berbanding resolusi. - AFP
TOP
16 Kes Jangkitan Virus JE dan Empat Kematian Dilaporkan - Dr Subramaniam
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian dilaporkan sehingga hari ini.
Beliau berkata kes kematian itu melibatkan dua mangsa di Sabah dan masing-masing seorang di Kelantan dan Selangor.
Mangsa terbaru disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun di Pulau Pinang pada Jumaat lepas, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa itu terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April lepas.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Kedah telah menjalankan siasatan kes dan melakukan aktiviti kawalan di sekolah kanak-kanak itu di Seberang Perai Utara, dan kediamannya di Padang Serai, Kedah.
Antara aktiviti kawalan yang dilaksanakan adalah mengesan penduduk dan pelajar jika mempunyai simptom JE, melaksanakan semburan kabus, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan terhadap penduduk di sekitar kediaman, termasuk pelajar di sekolah berkenaan.
Dr Subramaniam berkata tiada penduduk atau pelajar yang mengalami tanda-tanda JE tetapi pemantauan ini tetap akan dilakukan sehingga tiada transmisi jangkitan berlaku.
Justeru, pihak sekolah diminta mendapatkan khidmat nasihat daripada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan atau aktiviti malam di kawasan sekolah yang terletak dalam lingkungan dua kilometer radius daripada ladang khinzir.
"Pekerja ladang ternakan khinzir dan penduduk yang tinggal berhampiran juga perlu mengambil langkah perlindungan diri dengan mengurangkan aktiviti luar di waktu senja hingga awal pagi, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika di luar rumah atau semasa bekerja, serta menggunakan aerosol membunuh nyamuk dewasa terutama pada waktu malam hingga awal pagi," katanya.
Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mengalami demam perlu mendapatkan rawatan segera daripada klinik atau hospital berhampiran.
TOP
Lufya Kesal Dikecam Kerana Muat Naik Artikel Salah Lapor
Lutfya muat naik status kerana tidak mahu dianggap berangan.
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Lufya Omar kesal tindakannya memuat naik satu artikel mengenai dirinya yang didakwa sebagai salah lapor dianggap sebagai tidak matang oleh pengikut laman Instagram miliknya. Lufya, 29, berkata, tindakan itu dibuat bagi memberi penjelasan kepada peminatnya serta orang ramai yang berkemungkinan tersalah tafsir dengan artikel yang ditulis itu. "Saya ada memuat naik artikel itu dalam Instagram saya kerana tidak mahu orang baca dan salah faham kenyataan saya di artikel itu. "Apa yang saya cuba betulkan ialah ayat berbunga-bunga yang digunakan dalam artikel itu mengambarkan seperti saya sedang berangan untuk menjadi puteri raja, walhal ayat saya ringkas sahaja," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Lutfya diminta mengulas teguran sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu tentang tindakannya menafikan kenyataan yang dibuatnya di akhbar berkenaan. Laporan tersebut turut menyebut pelakon drama Ramadan Jangan Pergi itu seharusnya merujuk kepada pihak akhbar berkenaan terlebih dahulu tentang aktikel yang dianggap sebagai salah lapor itu. Sementara itu, Lutfya berkata, dia ada menghubungi pihak tertentu yang bertanggungjawab dengan perkara berkenaan namun tidak mendapat kerjasama. "Dalam ruangan pojok semalam mereka kata saya tidak cuba hubungi untuk selesaikan cara baik, sebaliknya saya sudah hubungi mereka namun banyak alasan diberikan. "Tidak mengapalah ia bukan sesuatu perkara yang baharu, cuma saya tidak mahu terus dikecam tentang perkara sebegini," katanya. Jelasnya, perkara tersebut menjadi pengajaran buat dirinya agar lebih berhati-hati dalam mengulas isu yang sensitif seperti itu. Dalam pada itu, menjelaskan tentang hubungannya dengan seorang kerabat Johor, Lufya berkata hubungan tersebut hanya sekadar kawan biasa sahaja. Sumber: mStar online

3 mayat ditemui, Hamas yang bertanggungjawab ─ Israel
HALHUL, Wilayah Palestin: Israel sudah menemui mayat tiga remaja yang hilang dan menuduh Hamas membunuh mereka dan berikrar akan menghukum pergerakan itu.
“Petang ini kami menemui tiga mayat dan semua tanda-tanda menunjukkan mereka adalah mayat tiga remaja yang diculik," kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kepada jemaah menteri pada permulaan sesi tergempar Kabinet keselamatannya.
“Mereka dibunuh...Hamas bertanggungjawab dan Hamas akan menerima padahnya," katanya.
Selepas beberapa jam, sesi Kabinet itu berakhir tanpa sebarang kenyataan dan radio awam melaporkan mereka akan menyambung semula mesyuarat petang ini.
Seorang pegawai kanan Hamas memberi amaran kepada Israel bahawa sebarang tindak balas akan membuka "pintu neraka".
Penemuan mayat tiga itu di sebuah lapangan di selatan Tebing Barat itu berlaku 17 hari selepas remaja berkenaan hilang dan menjurus kepada usaha mencari yang menyebabkan lima rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi ditahan. - AFP
TOP
Pertahanan Belanda, Stefan de Vrij Bakal Jadi Milik Man United
De Vrij
FEYENOORD percaya Stefan de Vrij akan menjadi milik Manchester United dalam tempoh beberapa minggu lagi. Pemain pertahanan tengah Belanda berusia 22 tahun itu dijangka akan menolak tawaran Lazio bagi membuka peluangnya ke United. Pemain itu juga dilaporkan telah menerima tawaran rasmi United bernilai £7 juta. Selain De Vrij, United turut menyatakan minatnya terhadap seorang lagi pemain Feyenoord iaitu Daryl Janmaat, namun perbincangan masih belum dimuktamadkan oleh kelab berkenaan. Kedua-dua pemain pertahanan itu kini sedang membantu skuad Belanda yang dibimbing Louis van Gaal yang juga pengurus United.-mstar

Tawar Seks: Tukang Urut Dipenjara 5 Bulan
KUALA LUMPUR: Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada anggota polis, seorang tukang urut wanita berusia 52 tahun dikenakan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.
Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheong Lai Peng bermula dari tarikh tangkap selepas tertuduh mengaku bersalah menawarkan perkhidmatan seks kepada seorang anggota polis berpangkat koperal.
Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di tepi Hotel Eastern, Jalan Raja Laut di sini pada pukul 9.50 malam, 12 Jun lepas.
"Saya mengaku buat itu tapi kalau saya tahu dia polis, saya tak akan tawarkan perkhidmatan seks kepadanya," katanya yang didakwa mengikut Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang penganggur Dahalan Abdul Ghani, 29, dipenjara lima bulan selepas mengaku bersalah mengugut sambil mengacukan sebilah parang terhadap B. Prathish Kumar, 24, dan adiknya, Premkumar, Balasamy, 22.
Nurul'Ain turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Jun lepas.
Dahalan didakwa mengugut adik beradik itu di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Sentul di sini pada pukul 6.50 petang, 26 Jun lepas, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan alasan dia hanya mempertahankan diri ketika diserang oleh mangsa dan rakan-rakannya.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian Dahlan mengacukan parang terhadap kedua-dua mangsa sambil berkata "You jangan fikir saya lepaskan you, you keluar saya mesti potong you" setelah beberapa kali diganggu oleh mangsa dan rakan-rakan, serta pernah dilanggar ketika menunggang motosikal.
Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang penghantar surat, Premkumar Rajandran, 24, dikenakan hukuman denda RM1,500 selepas mengaku bersalah melakukan ugutan bunuh terhadap abang iparnya berusia 33 tahun, R. Perabagaran.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika dia gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun dia membayar denda itu.
Premkumar, yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Sentul dekat sini, pada 2.15 petang, 8 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes dikendalikan oleh Joy Jothi.-mstar
TOP
Edar Dadah: Rakyat Singapura Dihukum Mati
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin mengekalkan keputusan bersalah dan hukuman mati ke atas seorang rakyat Singapura kerana mengedar 2164.9 gram methamphetamin.
Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Ang Kok San terhadap keputusan bersalah dan hukuman tersebut.
Hakim Raus berkata keputusan itu adalah tepat dan mahkamah tidak mempunyai sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Ang, dalam usia 50an, didakwa mengedar dadah itu di sebuah bilik di Hotel Continental, Pulau Pinang pada kira-kira 6 petang 15 Mac, 2006.
Menurut fakta kes, satu pasukan polis melakukan intipan ke atas Ang yang menaiki bas di Stesen Pudu Raya, membawa beg selempang di bahunya.
Ang turun di Stesen Bas Sungai Nibong dan bersama seorang lelaki, mengambil teksi ke hotel berkenaan dan mendaftar di hotel itu.
Polis kemudian menyerbu dan menggeledah bilik berkenaan dan menemui sampul surat mengandungi serbuk putih dan bahan seperti kristal dalam beg hitam samsonite yang selepas dianalisis oleh ahli kimia mendapati mengandungi methamphetamin.
Pada 9 Mac, 2010, Mahkamah Tinggi di Georgetown, Pulau Pinang mendapati Ang bersalah mengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati.
Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ang dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Ang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik sementara timbalan pendakwa raya Awang Amardajaya Awang Mahmud bertindak bagi pihak pendakwa. -mstar
TOP
Indira Gandhi Buat Permohonan Mahkamah Memaksa KPN Tangkap Bekas Suaminya
Mohd Rizduan Abdullah bersama anak perempuannya, Prasana Diksa.
IPOH: Guru tadika M. Indira Gandhi membuat permohonan di Mahkamah Tinggi di sini memaksa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap bekas suaminya, yang merupakan seorang mualaf dan mencari anak bongsunya. Indira Gandhi memfailkan permohonan terhadap pemimpin tertinggi polis di negara ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 2 petang. Dalam pernyataan tuntutannya, Indira Gandhi meminta satu perintah mandamus untuk memaksa Khalid untuk mengenakan waran tangkap terhadap Mohd Rizduan Abdullah. Mahkamah Tinggi di sini telah mengarahkan Mohd Ridzuan ditangkap selepas dia berulang kali gagal mengembalikan anak perempuannya, Prasana Diksa kepada bekas isterinya. Pada April 2009, Mohd Ridzuan dilaporkan telah mengambil Prasana Diksa dan menukar agama anaknya itu dan adik-beradiknya, Tevi Darsiny dan Karan Dinish kepada Islam kononnya tanpa pengetahuan Indira Gandhi. Mohd Ridzuan, sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, juga telah berjaya mendapatkan hak penjagaan ketiga-tiga kanak-kanak daripada Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Tinggi di sini kemudian memberikan Indira Gandhi penjagaan anak-anak dan pada Mac 2010 memerintahkan Mohd Ridzuan untuk mengembalikan Prasana Diksa kepada ibunya.-mstar

Penghantar Surat Terima 56 Tuduhan Subahat Tipu
SHAH ALAM: Seorang penghantar surat pada Isnin menghadapi 56 pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu bagi tujuan menipu duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyebabkan kerugian RM106,183, dua tahun lepas.
Mohd Safie Md Sharif, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa bersubahat dengan Mohd Farid Dakoit, 31, dan Shahrul Farid Mohammad Yusop, 35, melakukan perbuatan berkenaan melalui dokumen yang mempunyai duti setem LHDN menggunakan Sistem Franking Digital berjumlah RM106,183.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Tetuan Desmond Chan & Co Advocates & Solicitors, Jalan Batu Tiga, Klang, dekat sini antara Februari 2012 hingga April 2012.
Mohd Safie didakwa mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Bagaimanapun, peguam Farah Idayu Nusi yang mewakili Mohd Safie memohon mahkamah menetapkan ikat jamin antara RM6,000 sehingga RM10,000.
Hakim Noradidah kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM25,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes.-mstar
TOP
Polis Dibenar Gantung Perintah Bantu Mualaf - Mahkamah Tinggi Syariah
Izwan ketika mahkamah memutuskan hak penjagaan anaknya diserahkan kepada bekas isteri pada April lalu.
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menggantung perintah terdahulu yang mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi bantuan sewajarnya kepada mualaf, Izwan Abdullah untuk mengesan dan mendapatkan semula anaknya. Mahkamah sama juga membenarkan permohonan Khalid untuk menjadi pencelah dalam prosiding hak penjagaan anak pasangan Izwan atau sebelum ini dikenali sebagai N Viran, 31 dan bekas isteri, S. Deepa, 30. Hakim Syarie, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin membuat keputusan itu dalam kamar pada Isnin selepas mendengar permohonan yang difailkan Zulkifli Che Yong dan Azmi Rais yang dilantik mewakili Khalid. Khamis lalu, Khalid memfailkan permohonan untuk menjadi pencelah dalam prosiding hak penjagaan anak Izwan yang sebelum ini kenali sebagai N Viran, 31 dan Deepa, 30. Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 7 Oktober lalu memerintahkan bahawa polis perlu memberi bantuan sewajarnya kepada Izwan untuk mengesan dan mendapatkan kedua anaknya, Nur Nabila Izwan @ V. Sharmila dan Muhammad Nabil Izwan @ V.Mithran yang masing-masing berusia lapan dan lima tahun. Peguam Negara juga pada 26 Jun mengemukakan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Seremban di mana pada April lalu menyerahkan hak penjagaan kedua kanak-kanak berkenaan kepada Deepa. Peguam Syarie, Zulkifli Che Yong berkata, perintah itu bagi membolehkan Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan memutuskan sama ada mengikut kuasa sivil dan Syariah kes hak penjagaan di mana seorang daripada ibu bapa kanak-kanak itu memeluk Islam.-mstar

Tiada Syarikat Keselamatan Asing Beroperasi Di Negara Ini - Zahid
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor pada majlis iftar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersama warga KDN Johor di Komleks KDN Setia Tropika, Johor pada Isnin.
JOHOR BAHARU: Siasatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati tiada syarikat luar yang memiliki atau mengendalikan mana-mana syarikat kawalan keselamatan di negara ini khususnya di Johor, kata menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sekiranya wujud mana-mana syarikat kawalan keselamatan asing menggunakan namaan, pihak kementerian berhak membatalkan lesen mereka. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas cadangan sebuah syarikat keselamatan asing, Soverus Group, yang berpangkalan di Singapura untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia. Sebelum itu, Zahid menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga KDN Johor di sini pada Isnin. Mac lepas, syarikat itu yang dimiliki oleh bilionair Singapura, Peter Lim menandatangani perjanjian persefahaman dengan anakanda Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dengan tujuan untuk menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan di Iskandar Malaysia. Cadangan syarikat republik itu bersama rakan kongsinya itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada ahli politik tempatan yang mengatakan langkah itu akan menjejaskan keselamatan negara ini.-mstar

Syabas Adakan Operasi Bil Tertunggak
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Selangor Sdn Bhd (Syabas) menasihatkan pengguna supaya menjelaskan bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera bagi mengelak tindakan pemotongan bekalan air.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata operasi bil tertunggak sedang dijalankan di Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Selangor dan Sabak Bernam sehingga 31 Julai ini.
"Pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM35 dan caj penyambungan semula sebanyak RM35 sebelum penyambungan semula dibuat jika pemotongan dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata caj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air.
Jelas beliau, caj itu seperti yang diwartakan oleh kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini.
Orang ramai yang mahu mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak> <aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222.
Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web Twitter dan Facebook Syabas.-mstar
TOP
Ramai Keliru Pengambilan Ubat Pada Ramadan
KOTA BAHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati ramai pesakit yang masih keliru mengenai cara pengambilan ubat pada bulan puasa ini.
Penolong Pengarahnya Mohammad Aswady Adenan berkata langkah terbaik ialah mereka merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk mengetahui cara pengambilan ubat yang betul.
"Pengambilan ubat pada bulan puasa dibolehkan, cuma ia terhad. Jadi pesakit perlu membuat perubahan terhadap masa pengambilan ubat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau berkata kekeliruan tersebut timbul bagi pesakit yang kebiasaanya mengambil ubat dua hingga empat kali sehari.
Katanya pesakit yang dibekalkan dengan ubat-ubatan sebegitu perlu berbincang dengan doktor atau ahli farmasi supaya diberikan ubat alternatif.
"Contohnya, jika pesakit diberikan 'antibiotic calxacilin' yang perlu diambil empat kali sehari, pesakit boleh berbincang dengan doktor untuk diberikan antibiotik dalam kumpulan yang sama seperti amoxicillin yang perlu diambil tiga kali sehari atau augmentin yang perlu diambil dua kali sehari.
Bagi pesakit yang perlu mengambil ubat tiga kali sehari, masa pengambilannya ialah sebelum makan iaitu sebelum bersahur dan selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama) dan sebelum tidur," katanya.
Beliau berkata masa pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu makan dua kali sehari biasanya sebelum bersahur dan selepas berbuka iaitu sebelum mengambil menu utama.-mstar
TOP
Negara Huru-Hara Jika Akta Hasutan Dimansuhkan - Tun M
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara sekiranya kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang berbagai-bagai hasutan yang akan berlaku.
"Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau http://chedet.cc, pada Isnin.
Dr Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri telah menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.
"Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas," katanya.-mstar
TOP
Stok Darah Tidak Akan Cukup Tanpa Sokongan Semua
Bekalan darah berterusan penting untuk membantu pesakit yang memerlukan.
PETALING JAYA: Bekalan darah tidak akan bertahan lama tanpa sokongan semua pihak, walaupun ia mencukupi untuk kegunaan ramai menjelang Ramadan ini. Pakar Perubatan Transfusi, Pusat Darah Negara (PDN), Dr Noorasrina Ishak berkata, setakat ini, pihaknya tidak menghadapi masalah kekurangan stok yang serius. "Jumlah stok darah yang mencukupi tidak bermakna ia mampu menampung bagi kegunaan jangka panjang. "Kami tidak hanya bergantung kepada stok yang ada sahaja, tetapi dari masa ke semasa meminta orang ramai datang ke PDN atau ke kempen derma darah untuk menderma darah," jelasnya kepada mStar Online. Kata Dr Noorasrina lagi, pihaknya sentiasa memastikan stok darah mencukupi dengan mengadakan kempen derma darah berterusan, kita mampu mengelakkan masalah stok kekurangan darah berlaku. "Bagi PDN, saya gembira kerana kesedaran orang ramai dalam aktiviti menderma darah ini semakin menggalakkan," katanya, terutama pada Hari Penderma Darah Sedunia pada Jun lalu. Mengenai darah jenis ganjil atau Bombay, Dr Noorasrina berkata, jenis darah ini memang jarang ditemui. "Darah ganjil sangat kritikal memandangkan hanya satu peratus daripada populasi penduduk negara ini mempunyai kumpulan darah jenis itu. "Sesetangah orang keliru mengenai jenis darah ganjil ini. Ia seperti kumpulan darah lain, cuma jenis darah jarang di temui di sini," jelasnya. Pemantauan rapi PDN mendapati, Malaysia perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1.4 juta jumlah penderma tetap untuk mencapai sasaran lima peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi negara maju. Bagaimanapun, ketika ini hanya ada 2.5 peratus penderma darah di Malaysia. Tahun lalu, 653,124 unit darah dikutip di seluruh negara dan pada tahun sama seramai 332,877 pesakit menerima bekalan darah, manakala di Wilayah Persekutuan, sebanyak 166,787 unit darah dikumpul tahun lalu dengan 100 peratus penderma sukarela dan jumlah ini adalah 25 peratus daripada jumlah kutipan dalam negara.-mstar

Koperal Cedera Bergelut Tangkap Pencuri Kabel
IPOH: Seorang koperal polis cedera di tangan akibat terkena pisau 'rambo' ketika bergelut dengan seorang suspek yang dipercayai mencuri kabel di Taman Seri Botani di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata suspek itu berusia 31 tahun yang dipercayai anggota kumpulan 'Spiderman' ditangkap ketika memanjat tangga menara pencawang telekomunikasi milik sebuah syarikat di kawasan berkenaan pada pukul 11.45 malam, 26 Jun lepas.
"Suspek tidak bekerja dari Chenderiang itu mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau iaitu dua kes curi, satu kes ugutan dan tiga kes melibatkan dadah," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Beliau berkata polis menahan seorang lagi suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Kelantan di Pekan Razaki di sini pada keesokan harinya susulan penangkapan suspek pertama.
Suspek kedua juga mempunyai rekod jenayah lampau iaitu satu kes curi dan empat kes dadah, katanya.
Sum berkata kedua-dua suspek mengaku terlibat lebih 20 kes curi kabel di sekitar Ipoh dan kabel yang dicuri akan dibakar bagi mendapatkan wayar tembaga sebelum dijual kepada seorang wanita yang menetap di Kampung Kepayang di sini.
Katanya wanita berusia 57 tahun itu turut ditahan pada 27 Jun lepas kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Bagi kes tersebut, polis merampas antaranya dua pasang sarung tangan, dua bilah pisau 'rambo', sebilah parang, sebuah pemotong kecil, sebuah gergaji kecil serta sebuah tong plastik mengandungi beberapa komponen kabel telekomunikasi yang dipotong dan dibakar.
Dalam perkembangan lain, Sum berkata polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 28 tahun pada pertengahan bulan ini, yang dipercayai anggota kumpulan 'Apan' di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar kerana disyaki mencuri motosikal.
"Siasatan mendapati kumpulan ini terlibat dengan tujuh kes kecurian motosikal di sekitar Ipoh dan dijual kepada rakan mereka di Kuala Kangsar," katanya.
Polis turut merampas dua buah motosikal jenis Honda EX5, tiga buah rangka motosikal jenis EX5 berwarna merah yang ditanam di dalam tanah dan sebatang besi tajam berbentuk 'Y', katanya.
Terdahulu Sum menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah Ipoh ASP Zulkarnain Samsudin dilantik sebagai pemangku menggantikan DSP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff yang akan bertugas sebagai penasihat keselamatan di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.-mstar
TOP
Kes Pukul: Suami Dibebaskan Mahkamah Selepas Isteri Beri Kemaafan
KOTA BAHARU: Demi kasih kepada anak-anak, seorang wanita sanggup memaafkan suami yang memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata pada bulan lepas.
Tindakan Aaina Azura Rosli, 30, menyebabkan Majistret Nik Habri Muhamad membuat keputusan untuk melepas serta membebaskan Mohd Zailani Kari, 30, daripada pertuduhan selepas tertuduh membayar kompaun RM100 kepada isterinya.
Mohd Zailani, yang bekerja sendiri, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Aaina Azura di rumah mereka di Kampung Alor Mas di sini pada 7 pagi 25 Mei lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Dia turut didakwa mengancam untuk mencederakan isterinya di tempat dan waktu sama mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 dan memerintahkan tertuduh membayar pampasan sebanyak RM2,000 kepada mangsa.
Jika gagal, tertuduh berdepan hukuman penjara selama lapan bulan.
Mohd Zailani kemudian membayar kompaun, denda dan pampasan berkenaan di depan Nik Habri.
Aaina Azura, yang ditemui pemberita selepas itu, berkata dia memaafkan suaminya demi keluarga.
"Ini demi anak-anak. Kami berkahwin sudah 10 tahun dan ada enam orang anak berusia antara empat bulan hingga 10 tahun," katanya.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa ASP Saiful Nizam Mislah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-mstar
TOP
Presiden Uruguay Gelar Fifa 'Anak Haram Tua'
Jose Mujica
PRESIDEN Uruguay, Jose Mujica menggelar Fifa sebagai 'sekumpulan anak haram tua' dalam serangan terhadap badan bola sepak dunia itu yang menghukum penyerang negara tersebut, Luis Suarez. Suarez digantung pembabitannya dalam bola sepak selama empat bulan selepas mengigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. Mujica, 79, menggelar Fifa sedemikian selepas ditanya pemberita mengenai nasib Uruguay yang tewas kepada Colombia pada saingan kalah mati. Sejurus berkata demikian, kumpulan wartawan bertanya kepada Mujica adakah ingin menarik semula kenyataan itu. Bagaimanapun, dengan ringkas Mujica menjawab, "Siarkannya." Reaksi wajahnya kelihatan marah ketika mengeluarkan kenyataan tersebut
-mstar

Salah Guna Kuasa: Bekas Pengarah JKR Kena Setahun Penjara, Denda RM1.15 juta
Abd Rahim ketika dihadapkan ke mahkamah pada 2013.
JOHOR BAHRU: Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Datuk Abd Rahim Ahmad, dihukum penjara setahun dan denda RM1.154 juta kerana didapati bersalah menyalah gunakan kuasa, dua tahun lalu. Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 58 tahun yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan JKR Putrajaya. Tertuduh berhadapan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan dalam tempoh sebulan. Hukuman dijatuhkan Hakim Muhammad Jamil Hussin selepas meneliti hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. Kesalahan itu dilakukan ketika mengendalikan projek Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral di Bukit Chagar apabila abangnya memperoleh projek penyelenggaraan penyaman udara. Abd Rahim didakwa meminta Pengarah Operasi Advanced Maintenance Precision Management Sdn Bhd, Saipolyazan M. Yusop untuk melantik YBA Technology Sdn Bhd, syarikat milik abangnya untuk menjalankan kerja bernilai RM196,000 bagi membekal, memasang, memeriksa dan menyediakan injap khusus untuk sistem air panas dan sejuk bernilai RM34,800 pada bangunan itu. Tertuduh melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 1.30 petang di Bangunan Sultan Iskandar pada 5 Januari 2011.-mstar

Masyarakat Taiwan Pelik Apabila Soo Wincci Berpuasa
Soo Wincci berkongsi gambarnya ketika berbuka puasa sendirian di Taiwan.
PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci yang kini menetap di Tawian memberitahu tindakannya berpuasa pada bulan Ramadan kali ini dipandang sebagai sesuatu yang pelik oleh rakan-rakan berbangsa Cina di negara itu. Bagaimanapun, Soo Wincci, 28, berkata, ia adalah salah satu perkara yang cuba ditunjukkan kepada rakan-rakannya tentang kelebihan berpuasa yang diamalkan oleh umat Islam setiap kali menjelangnya Ramadan. "Ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa setiap kali bulan Ramadan, namun tahun ini saya berpuasa bersendirian di Taiwan. “Ramai kawan saya bertanya tentang amalan berpuasa dan kenapa saya berpuasa? Mereka semua pelik, ketika saya menunggu waktu berbuka di sebuah restoran di Taiwan, beberapa pelayan datang bertanya mengapa saya tidak makan sedangkan makanan sudah tersedia. “Walhal saya sedang menunggu waktu berbuka,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp di sini, Isnin. Tambah Wincci, cabaran berpuasa tahun ini berbeza terutamanya daripada segi masa di negara itu lebih panjang berbanding di Malaysia. Malah, katanya, jadual kerja dan penggambaran sepanjang bulan ini agak padat. “Saya kunci jam untuk bersahur pada pukul 3 pagi kerana di sini Subuh pada pukul 3.38 pagi dan waktu berpuasa lebih sejam daripada Malaysia. “Jika di Malaysia saya ada rakan-rakan Melayu untuk berbuka dan berpuasa, tetapi di sini lebih mencabar kerana masyarakat beragama Islam tidak ramai. “Jadual saya pula agak padat kerana bakal menjalani penggambaran mini filem antarabangsa dan muzik video pada bulan ini, namun saya yakin saya dapat menjalani puasa ini dengan baik,” katanya. Sementara itu, Soo Wincci turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menganggap dia berpuasa kerana sedang bercinta dengan lelaki beragama Islam atau Melayu. Pada awalnya dia cuba telah berpuasa kerana berjanji dengan peminat-peminat, namun disebabkan kelebihan yang didapati sepanjang berpuasa, dia meneruskan niat untuk terus berpuasa setiap kali Ramadan. "Ada spekulasi kata saya ada kekasih beragama Islam yang menyebabkan saya berpuasa setiap tahun namun sebenarnya tidak. Pada awalnya saya hanya berjanji dengan peminat-peminat Melayu, namun bila saya lihat banyak kelebihan apabila berpuasa saya teruskan untuk berpuasa setiap kali Ramadan. “Saya dapati banyak kelebihan terutama daripada segi kesihatan dan mental saya lebih kuat apabila berpuasa,” katanya yang berazam untuk berpuasa penuh selama sebulan.-mstar

Thailand Teruskan Rundingan Dengan Puak Pemisah
BANGKOK: Tentera junta Thailand mengumumkan pihaknya akan meneruskan rundingan damai dengan puak pemisah di bahagian selatan negara ini.
Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Kebangsaan (NCPO) akan memastikan rundingan damai antara kerajaan Thailand dan puak pemisah Islam di bahagian selatan yang diketuai Barisan Revolusi Nasional (BRN) akan diteruskan, kata Setiausaha Agung NCPO Udomdej Sitabutr.
Pemudah cara rundingan masih Malaysia, katanya kepada media sebelum menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional (NSC) di Parlimen pada Isnin.
Ini adalah mesyuarat pertama NSC sejak tentera melakukan rampasan kuasa pada 22 Mei.
Udomdej berkata pihak berkuasa diarah oleh Ketua NCPO merangkap Panglima Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha memantau dan menangani situasi di kawasan konflik.
Ini termasuk dalam bulan Ramadan yang bermula pada Ahad.
Katanya, pegawai akan memberi penerangan kepada penduduk di kawasan selatan Thailand bahawa sesetengah pihak menggunakan bulan Ramadan yang mulia kepada orang Islam untuk melakukan perkara salah. -mstar
TOP
Jusuf Kalla Dikejarkan Ke Hospital Selepas Debat
JAKARTA: Calon naib presiden, Jusuf Kalla dimasukkan ke Hospital Abdi Waluyo di Jakarta Pusat sebaik selesai acara debat pada malam Ahad.
Jusuf, 72, dipercayai dimasukkan ke hospital itu kerana keletihan berikutan aktiviti kempen yang padat menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.
Selepas berakhir acara debat yang hanya membabitkan calon naib presiden, Jusuf ke Hospital Abdi Waluyo bagi memeriksa keadaan kesihatannya, namun doktor yang merawat gandingan calon presiden Joko Widodo itu memutuskan untuk menahannya di hospital ekoran tahap kesihatan yang terus merosot.
Pada Isnin, sejumlah rakan dan pemimpin pasukan kempen pasangan Jokowi-Jusuf melawat bekas naib presiden Indonesia itu, antaranya bekas Menteri Perindustrian, Fahmi Idris.
Ketika ditemui pemberita, Fahmi berkata Jusuf dimasukkan ke hospital tersebut kerana keletihan berikutan jadual kempennya yang padat.
"Berangkat jam 5 pagi, pulang ke rumah jam 12 malam. Itu setiap hari, siapa saja boleh jatuh sakit kalau terus begini. Saya juga dulu pernah begini. Siapa saja boleh seperti ini akibat keletihan," kata Fahmi.
Beliau berkata doktor menasihatkan Jusuf agar berehat sehingga keadaan kesihatannya pulih.
Pada Ahad malam, Jusuf dan lawannya, Hatta Rajasa, menyertai debat yang menyentuh pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi.
Debat itu yang hanya menampilkan calon naib presiden adalah yang keempat daripada lima sesi yang dianjurkan oleh Komiti Pemilihan Umum (KPU) bagi menghadapi Pemilu Presiden tersebut.-mstar
TOP
Lelaki Bersenjata Serang Masjid Di Pattani
PATTANI: Beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah masjid di Pattani pada awal pagi hari kedua Ramadan, mengorbankan seorang jemaah.
Mereka melepaskan tembakan rambang ke arah Masjid Nuruddin, Kampung Thamuang, Daerah Panarek, Pattani, ketika umat Islam sedang menuju ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Menurut saksi, Umar Salaemae, 66, iaitu bapa imam masjid tersebut, meninggal dunia di tempat mengambil wuduk manakala seorang lelaki dikenali sebagai Raning Tokhuamuang, 47, cedera parah.
Mereka berkata beberapa suspek yang bersembunyi dalam hutan di sebelah jalan berhadapan masjid melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah orang ramai yang hendak menunaikan solat menyebabkan keadaan kelam-kabut dengan orang ramai lari menyelamatkan diri.
Jurucakap tentera, Kolonel Pramoth Prom-in, berkata pihak tentera mengucapkan takziah kepada mangsa kejadian.
"Kami mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap orang awam di bulan Ramadan yang mulia. Di bulan ini juga Islam melarang melakukan kejahatan dan keganasan. Kami menentang segala keganasan yang berlaku pada bulan ini," kata beliau ketika mengulas kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Panarek, Kolonel Polis Panyawat Phecchom berkata senjata yang diguna oleh penyerang ialah AK47 dan pistol.
Beliau berkata polis akan menyiasat motif kejadian iaitu sama ada berpunca daripada konflik atau bersifat peribadi.
Kira-kira jam 5.35 petang semalam, seorang awam dikenali sebagai Aphichat Kaso, 34, ditembak di daerah Saiburi, Pattani manakala dalam kejadian pada 5.50 petang pula, seorang penolong ketua kampong di Kampung Luangjan, daerah Khokpho, Pattani ditembak ketika sedang mengajar anaknya menunggang motosikal.
Di Yala pula, Razuan Benae, 28, ditembak di hadapan kilang di Kampung Benangkuwae, Daerah Benangsetar, pada jam 5 petang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.-mstar
TOP
Umat Islam Filipina Diancam Pengganas Pada Hari Pertama Puasa
Tentera Filipina mempertingkatkan kawalan selepas menerima ancaman pengganas.
MANILA: Ancaman keganasan yang diterima ketika umat Islam mula berpuasa mendorong kerajaan Filipina meningkatkan kawalan di bahagian selatan negara itu. Polis negara itu berkata, pihaknya menerima maklumat yang boleh dipercayai di mana akan berlaku ancaman pengganas di pulau selatan Mindanao. “Kami menerima maklumat terdapat serangan pengganas di Davao iaitu bandar ketiga terbesar di negara ini dengan jumlah penduduk lebih dua juta. "Ketika ini, semua pasukan polis sudah dimaklumkan bagi mengekang penyusupan pengganas,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad. Jurucakap polis itu berkata, maklumat itu tidak menyebut cara serangan yang mungkin dilakukan dan tidak mengenal pasti mana-mana kumpulan pengganas. “Kami menjalankan pemeriksaan dan rondaan di terminal pengangkutan, pusat perdagangan dan kawasan tumpuan awam,” katanya.-mstar

Kes Pukau Tertinggi Sepanjang Ramadan - Polis Indonesia
Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.
JAKARTA: Polis Metropolitan Jakarta Raya mendapati kejadian rompakan menggunakan cara pukau adalah kes jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan. Peningkatan kadar jenayah itu didorong kerana keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa. Sehubungan itu, pihak keselamatan terbabit mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dalan menjalani kegiatan harian. Seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya, jenayah yang berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi. "Berhati-hati dan tidak menjadikan diri mangsa dengan tidak memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam," katanya jurucakap polis itu. Melalui data yang diperoleh, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan dan ia biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam.-mstar

Azad Jazmin & Eira Syazira Lupakan Lakonan dalam Ramadhan
Pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira merancang untuk berehat daripada aktiviti lakonan buat sementara waktu bagi menumpukan perhatian pada perniagaan ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing.
Jelas Azad, keutamaan mereka buat masa ini adalah mengembangkan perniagaan tersebut kerana 80 peratus pendapatan mereka berpunca daripada perniagaan.
“Berlakon tu minat. Pendapatan kami daripada bidang lakonan hanya sebanyak 20 peratus. Selebihnya kami kena berkerja-keras dalam perniagaan. InsyaAllah saya dan Eira akan berehat dari dunia lakonan sehingga bulan Disember tahun ini,” katanya yang masih lagi mendapat tawaran berlakon terutamanya untuk program raya.
“Sepanjang bulan Ramadhan, kami masih berlakon tapi kami bersifat selektif kerana perniagaan adalah keutamaan kami. Saya bakal menjalankan penggambaran untuk ‘Suatu Malam Kubur Berasap 3’, manakala Eira pula sibuk dengan penggambaran drama raya,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan Ramadhan pasangan ini bersama anak yatim, anak istimewa dan pelajar tahfiz di kediaman Azad dan Eira.
Selain itu, Eira juga sibuk dengan perniagaan baju raya seperti baju kurung, baju melayu, jubbah dan baju kanak-kanak, Aira Closet By ES.
Sumber: Gua.com.my
TOP
Maxis Lancar Pelan Internet Berbual Dan Teks Tanpa Had
KUALA LUMPUR – Pelan MaxisONE yang baharu dilancarkan membawa kejayaan besar ke atas Maxis, satu-satunya pelan Internet yang menawarkan pelan berbual dan teks tanpa had, pengalaman ‘Sentiasa Berinternet’ dan perayauan tanpa rasa bimbang.
Dalam usaha mempercepat penggunaan dalam kalangan pelanggan, Maxis menawarkan rangkaian peranti baharu, empat daripadanya boleh diperoleh secara percuma, termasuk HTC Desire 310, Huawei Y530 dan Samsung Galaxy Ace 3 dengan pelan MaxisONE, di samping Huawei Y330 dengan Pelan MaxisONE lite.
Peranti lain yang ditawarkan pada nilai menarik termasuk Sony Xperia Z2 & M2, Xiaomi Mi3 dan HTC Desire 816.
Dalam satu kenyataan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis Dushyan Vaithiyanathan berkata pelan itu sejajar dengan keperluan pelanggan di rantau ini, dengan suara dan SMS kekal cara penting berkomunikasi.
“Menerusi pelan MaxisONE, kami mahu pelanggan di Sabah dan Sarawak tidak bimbang apabila semasa berhubungan antara satu sama lain, sama ada melalui panggilan, SMS, melayari Internet atau sentiasa bergerak,” kata Dushan. – BERNAMA
TOP
Penguasaan BI Pelajar Terengganu Masih Rendah
KUALA TERENGGANU – Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di Terengganu masih lemah dan boleh dikategorikan sebagai kritikal, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib.
Katanya, sebagai bahasa utama dunia, keperluan untuk menguasai Bahasa Inggeris adalah sangat mendesak dan kemampuan pelajar untuk menguasainya akan memastikan mereka tidak bermasalah dalam mata pelajaran lain, terutama yang berteraskan sains dan teknologi.
“Kerajaan negeri sedar masalah ini dan pelbagai program telah dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk mengukuhkan penguasaannya di kalangan pelajar.
“Namun, kita masih belum berpuas hati dengan prestasi Bahasa Inggeris ini dan meminta kerjasama dari semua pihak terutama ibu bapa untuk menanam minat kepada anak mereka untuk menguasai bahasa ini dan mempraktikkannya di dalam rutin harian,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, media tempatan turut diminta memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk berkomunikasi dalam bahasa itu agar generasi akan datang tidak akan terus keciciran.
Ghazali berkata, penerimaan masyarakat di Terengganu untuk menggunakan bahasa itu dalam pertuturan harian juga sangat kritikal berbanding dengan negeri di sebelah Pantai Barat.
“Kadang-kadang, terdapat budaya tidak sihat di kalangan orang ramai yang suka memperlekehkan sesiapa sahaja yang cuba bertutur dalam bahasa itu sedangkan di Pantai Barat penggunaannya adalah meluas.
“Selain mengambil kira indikator keputusan peperiksaan awam, kita juga merujuk kepada penglibatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah dan rumusannya mendapati penggunaan Bahasa Inggeris ini boleh ditingkatkan sekiranya asas yang kukuh telah dilakukan sejak kecil lagi,” katanya.
Tumpuan kini diberi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di mana bahasa Inggeris dijadikan sebagai antara mata pelajaran yang wajib lulus menjelang 2016 nanti. – BERNAMA
TOP
MH370: Hisham Akan Bantu Tiong Lai, Termasuk Dalam PC
Bekas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein komited untuk terus bersama membantu menteri baharu kementerian itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam memastikan kelancaran operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370.
Hishamuddin, yang memangku jawatan itu selama lebih setahun, berkata: “Kami sudah membahagikan tanggungjawab kami secara seimbang.”
“Saya akan terus membantu dan memastikan hubungan yang telah saya wujudkan dengan pemimpin-pemimpin negara berkaitan berterusan sehingga Liow selesa memimpinnya,” kata Menteri Pertahanan itu.
“Kalau perlukan saya di sidang-sidang media (PC) dan ia ada kaitan dengan saya, saya tidak keberatan,” katanya dalam sidang media bersama selepas majlis serah terima tugas di sini hari ini.
Rabu lepas, Najib mengumumkan pelantikan tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri baharu daripada MCA dan Gerakan dalam Kabinet dan antaranya Liow, yang juga presiden MCA.
Hishammuddin berkata beliau dan Liow akan mendengar satu taklimat mengenai perkembangan terkini daripada empat jawatankuasa Kabinet iaitu Jawatankuasa Waris Penumpang, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pergerakan Aset dan Jawatankuasa Perhubungan, Komunikasi dan Media, di Parlimen, esok.
Beliau berkata mereka akan memastikan peralihan yang lancar dalam fasa baharu pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.
“Saya akan memperkenalkan Liow kepada semua pihak berkuasa berkaitan dan juga pemegang kepentingan di China dan Australia bagi memastikan peralihan peranan yang lancar,” katanya.
Selain berkongsi pengalaman, Hishamuddin berkata banyak isu telah dibincangkan dalam pertemuan dengan Liow dan antaranya termasuk cabaran dan isu dihadapi Kementerian Pengangkutan dan juga misi pencarian MH370.
Liow pula berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin luar negara yang mempunyai kaitan dengan misi pencarian MH370 untuk memastikan isu MH370 dapat diselesaikan sepenuhnya.
“Saya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam kementerian ini…terutama dalam hal MH370 untuk mengetahui butiran terperinci, mendengar beberapa laporan jawatankuasa serta mesyuarat dengan beberapa menteri dari Australia dan China.
“Saya akan pergi ke Australia tidak lama lagi untuk menemui ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston bagi mendapatkan butiran terkini,” katanya.
Liow berkata beliau akan menghubungi Menteri Pengangkutan China, Yang Chuangtang, malam ini untuk memaklumkan pelantikannya dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Ditanya adakah beliau bersedia dengan pelbagai persoalan mengenai MH370, Liow berkata beliau yakin dan akan terus bekerjasama dengan Hishammuddin dan kementerian lain demi memastikan pengendalian isu MH370 berjalan lancar.
Sementara itu, Hishammuddin berkata laporan mengenai penumpang dan kru dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi masih belum mendapat pengesahan daripada pakar.
“Apa jua perkara yang dibangkitkan saya akan komen apabila ianya mendapat pengesahan dari pakar dan juga persefahaman dari tiga negara,” katanya.
Dalam laporan terbaru setebal 55 muka surat pihak berkuasa Australia yang disiarkan 27 Jun, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia mendakwa semua penumpang dan kru MH370 dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas.
Kesimpulan itu dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbezaan senario dalam pesawat berbanding dengan insiden-insiden sebelum ini namun tiada bukti baharu dikemukakan berhubung keadaan dalam pesawat tersebut, kata Hishammuddin.
– BERNAMA
TOP
McDonald’s Malaysia Siasat Petugasnya Rompak OKU
KUALA LUMPUR – Pihak McDonald’s Malaysia sedang melakukan siasatan susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang merupakan Presiden Muscleteer Malaysia Fadzli Fadhilah, baru-baru ini.
“Kami telah mengenal pasti penghantar berkenaan dan telah mengarahkan rakan perniagaan yang bertanggungjawab atas khidmat penghantaran McDelivery untuk menggantung beliau daripada tugasannya sementara menunggu siasatan kami.
“Tindakan sewajarnya akan diambil setelah siasatan dalaman kami selesai. Kami menyedari satu laporan polis telah dibuat oleh En. Fadzli dan hasrat kami adalah untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa dalam siasatan mereka,” kata jurucakap McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai kepada Astro AWANI menerusi emel.
Beliau turut berkata McDonald’s Malaysia tidak akan membiarkan apa-apa tingkah laku yang menyalahi undang-undang untuk berlaku.
“Kami telah berhubung dengan Fadzli mengenai kejadian ini dan akan terus berkomunikasi dengan beliau dari semasa ke semasa,” tambah Melati.
Pada 17 Jun lalu, seorang lelaki penghantar makanan segera telah membuat penghantaran palsu sebelum Fadzli dirompak sebanyak RM100 di rumahnya.
Beliau memberitahu bahawa lelaki berkenaan merupakan orang yang sama yang menghantar makanan ketika membuat pesanan pada 3 Jun.
“Dia tidak melarikan diri. Dia cuma berjalan ke lif sebab dia tahu saya tidak boleh kejarnya,” ujar Fadzli ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah beliau, undang-undang dan akta baru perlu diperkenalkan untuk melindungi OKU kerana golongan OKU tidak berdaya melindungi diri sendiri dan mempunyai banyak batasan.
Sumber: Astro Awani
TOP
Lola bebas dengan jaminan oleh Majikan
LOLANOPITA dibebaskan selepas wakil syarikat majikannya hadir membayar ikat jamin. FOTO Hazreen Mohamad
Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, dibebaskan dengan jaminan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim's Airline Catering (BAC) membayar wang jaminan berjumlah RM7,000 di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, hari ini. Terdahulu, wanita terbabit mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu didakwa sengaja mengabaikan anaknya dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi serta dengan sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan dalam keadaan tidak berpatutan. Lolanopita berdepan dua tuduhan itu pada Jumaat lalu dan mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan terbabit. Dua wakil syarikat itu kelihatan masuk ke kompleks mahkamah pada jam 3.30 petang dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Innova sebelum ke kaunter bayaran. Turut hadir peguam Lolanopita, Hanif Hassan. Dia perlu hadir semula ke Mahkamah Sesyen, di sini, pada 24 Julai ini untuk sebutan semula kes. Sumber: mStar online

Poligami Ekspres Dikesan Aktif Di Utara Semenanjung
ALOR SETAR – Walaupun amaran dan penguatkuasaan dilakukan, namun sindiket nikah poligami ekspres masih dikesan bergiat aktif dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada orang ramai di beberapa negeri, termasuk Kedah.
Dengan tag line ‘untuk yang berani sahaja’, bagi menarik perhatian, sindiket tersebut dipercayai turut menyediakan pakej lengkap pernikahan yang berlangsung di Songkhla, Thailand.
Difahamkan, sindiket berkenaan sedia membantu pasangan yang bermasalah untuk berpoligami kerana faktor kewangan, undang-undang dan halangan keluarga.
Dengan tawaran harga serendah RM2,500, sudah pasti ia membuatkan pasangan berkenaan mendapatkan pakej tersebut.
Bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah pasangan untuk poligami, malah sindiket tersebut turut mendakwa jurunikah dan sijil nikah yang dikeluarkan adalah mendapat pengesahan Jabatan-jabatan Agama Islam di Malaysia.
Sindiket terbabit dilihat seolah-olah cuba menyediakan ruang untuk pasangan berpoligami secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertama mahupun mendapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu.
Selain itu, pengangkutan pergi dan balik dari Alor Setar ke Thailand bagi urusan pernikahan juga disediakan sindiket terbabit.
Sejurus selesai pernikahan itu, mereka turut disediakan tempat penginapan di sebuah hotel mewah sekitar Alor Setar selama tiga hari, dua malam.
Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang wanita mendedahkan tidak sanggup bersekongkol dengan perbuatan salah suaminya berkahwin dengan isteri kedua menggunakan khidmat sindiket di Alor Setar.
Pernikahan poligami menerusi sindiket terbabit diketahui wanita tersebut selepas sijil nikah berkenaan dikesan palsu dan disahkan oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar.
Pasangan poligami itu kemudiannya mengakui telah berkahwin di sebuah bilik hotel sekitar Alor Setar menerusi sindiket sebagai jalan mudah.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, demi merahsiakan perkahwinan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir individu dikesan menggunakan sindiket penjualan sijil nikah poligami yang menyerupai sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).
Menurut laporan itu, proses akad nikah pasangan tersebut dilakukan tanpa melibatkan wali terdekat pengantin perempuan.
Sindiket berkenaan juga dipercayai aktif sejak beberapa tahun lalu dengan mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM3,000 dan dikatakan mendapat sambutan hangat mereka yang mahu berpoligami.
Pada masa sama, mereka juga bijak memancing pasangan berkenaan dengan mempercepatkan pengeluaran sijil nikah poligami beberapa hari sebelum akad nikah berlangsung. – SINAR HARIAN
TOP
Tukang Urut Tradisional Cedera Ditembak Di Kajang
KUALA LUMPUR – Seorang tukang urut tradisional cedera di punggung akibat terkena satu das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali di rumahnya di Jalan 3, Taman Reko, Kajang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 8.24 pagi itu, Phang Kon Sook, 53, sedang mengurut seorang pelanggan lelaki warga tempatan sebelum didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata melihat kelibat suspek, mangsa keluar bertemu mereka.
“Selepas berjumpa mereka, mangsa masuk semula ke dalam rumah untuk menyambung urutan dan ketika itulah, seorang suspek mengekorinya sebelum melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa.
“Sejurus selepas itu, suspek melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama rakannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan dilaporkan stabil setelah menjalani pembedahan. – BERNAMA
TOP
Murid Koma Disyaki Dijangkiti JE : Pengarah Kesihatan P.Pinang
TASEK GELUGOR – Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat di sini koma disyaki dijangkiti virus ensefalitis Jepun (JE).
Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim ketika mengesahkan perkara itu, berkata murid itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Bayan Baru dekat sini.
“Kami telah menerima laporan kesihatan pesakit dan hasil pemeriksaan atau ujian cecair tulang belakang pesakit itu oleh hospital swasta berkenaan mendapati ia mendorong positif JE,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Semalam, sebuah stesen televisyen swasta melaporkan murid terbabit berada dalam keadaan kritikal dan koma selepas dijangkiti JE.
Murid itu dikatakan mengalami demam panas sejak 18 Mei dan dirawat di Hospital Kepala Batas sebelum dipindahkan ke hospital swasta berkenaan.
Dr Lailanor berkata pihaknya akan mengikut tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dalam menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.
“Kami akan membuat siasatan secara terperinci antaranya menjalankan temu bual dan pemeriksaan dengan keluarga pesakit, rakan-rakan pesakit termasuk pergi ke sekolahnya untuk menyiasat bagaimana pesakit boleh dijangkiti JE,” katanya.
Beliau berkata satu satu jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan laporan lengkap berhubung kes itu akan dihantar ke Kementerian Kesihatan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata Jabatan
Veterinar Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel di kawasan ladang babi yang terdapat di Kampung Selamat untuk ujian.
“Sebagai langkah awal, kami akan ‘fogging’ kawasan berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada pesakit itu dijangkiti JE disebabkan ternakan di kawasan berkenaan atau sebaliknya,” katanya.
Kerajaan negeri akan mengimbil tindakan selanjutnya berhubung penyakit JE selepas menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Veterinar, kata Dr Afif.
Guru Besar SK Kampung Selamat, Hawa Mat Yazid yang ditemui pula berkata beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi memantau penyakit itu kerana sekolah berkenaan terletak kira-kira dua kilometer daripada ladang babi.
Beliau berkata selain sekolah itu, terdapat beberapa sekolah lagi yang berhampiran kawasan ladang ternakan berkenaan.
“Saya sendiri telah melawat murid itu dan keadaannya kritikal jadi pihak sekolah telah tubuhkan tabung bantuan khas bagi membantu murid berkenaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bekas Kerani Wanita Dipenjara 39 Bulan
SHAH ALAM – Seorang bekas kerani wanita dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 39 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM20,949.17, tiga tahun lepas.
Hakim G. Ramesh menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan R. Birunthavathy, 31, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah melibatkan nilai RM5,577 di Syarikat E-Title Services Sdn Bhd, Menara Maxisegar, Pandan Indah dekat sini, antara 25 Mac 2011 dan 5 Dis 2011.
Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah membabitkan nilai RM15,372.17 di tempat sama, antara 18 April 2012 dan 12 Dis 2012.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Hakim Ramesh menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan untuk pertuduhan pertama dan 24 bulan bagi pertuduhan kedua yang diperintahkan dijalankan secara berasingan, berkuat kuasa hari ini.
Sebanyak 16 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Raimi Mohd Ramli manakala wanita itu diwakili peguam B. Jayamurugan. – BERNAMA
TOP
Salah Orang Memang Senang Nampak, Salah Sendiri Orang Lain yang Gelak!
Kalau dilihat pada gambar diatas memang SK pun nak gelak. Apa pulak kambing, itukan harimau.
Itulah, memang seronok kita gelakkan kesilapan orang. Seperti seorang adik ini, dialah yang memuat naikkan gambar tersebut dengan caption gelak bagai ketawakan jawapan budak ini.
Melalui status facebooknya itu, gelak sakan dia kepada jawapan seorang budak yang menjawab “Kambing” sebagai jawapan pada gambar tersebut tetapi yang membuatkan SK lagi ketawa terbahak-bahak dia sendiri pun salah. Iya lah, apa tidaknya, kalau kita sekali tengok pun sudah tahu yang inikan gambar harimau tapi boleh pulak dia sebut “Lipas”. - SiakapKeli.com

No comments:
Post a Comment