TOP
Susilo Sampai Pesanan Kepada Bakal Presiden Indonesia
JAKARTA – Calon presiden, Joko Widodo mengakui sudah bertemu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono secara tertutup untuk membincangkan hal-hal berkaitan bangsa Indonesia.
“Sudah (bertemu Presiden Yudhoyono), hanya tertutup,” kata tokoh politik Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang lebih mesra dipanggil Jokowi selepas menghadiri majlis doa di Pondok Pesantren Al Baghdadi, Karawang pada Jumaat malam.
Jokowi berkata banyak pesanan yang disampaikan Presiden Indonesia itu dalam pertemuan tersebut, namun beliau tidak dapat mendedahkannya kepada masyarakat.
Sementara itu pada Jumaat malam juga, Susilo mengadakan pertemuan dengan seorang lagi calon presiden dan naib presiden, Prabowo Subianto-Hatta Rajasa.
Pada perjumpaan itu, Susilo menyampaikan lima pesanan kepada pasangan berkenaan sekiranya mereka diberi amanah untuk memimpin bangsa Indonesia dari 2014 hingga 2019.
“Saya mempunyai kewajiban moral untuk mengingatkan kembali (kepada bakal presiden dan naib presiden),” kata Susilo ketika menerima kunjungan pasangan Prabowo-Hatta di kediaman peribadinya di Cikeas, Jawa Barat, sepertimana disiarkan stesen televisyen TvOne, Jumaat malam.
Susilo berkata pesanan itu bukannya berniat agar mereka mengikut telunjuk beliau, sebaliknya hanya ingin berkongsi pengalaman dirinya sebagai presiden Indonesia selama dua penggal.
“Memimpin Indonesia selama 10 tahun penuh dengan suka duka. Apa yang saya sampaikan, Insyallah akan ada gunanya,” katanya.
Dalam pada itu, Prabowo mengucapkan terima kasih serta menyampaikan penghargaan dan rasa hormat kepada Susilo yang telah memimpin Indonesia dengan baik selama ini. – BERNAMA
TOP
Hentikan Pemberian Kepada Gelandangan, Itu Bukan Kejam
KUALA LUMPUR - Tindakan menghalang pemberian bantuan makanan kepada golongan gelandangan di pusat bandar bukan menggambarkan kerajaan bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, tetapi sebagai langkah membantu golongan gelandangan dan pengemis memperoleh kehidupan lebih baik.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenal pasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini.
Menurutnya, usaha berkenaan juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan di mana pemilihan lokasi ini juga mengambil kira aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.
“Sehingga kini, DBKL mengenal pasti 12 NGO yang aktif beri makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.
“Justeru lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini akan dikenal pasti dengan menyediakan bangunan seperti konsep ‘Anjung Singgah’ yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menambah, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) mengatasi masalah pengemis dan gelandangan secara berkesan.
“Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada 8 Julai depan bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna,” katanya.
Tengku Adnan berkata, pihaknya serius dalam menangani isu berkenaan ekoran beberapa masalah yang timbul disebabkan kewujudan golongan ini di pusat bandar.
Ujarnya, masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pelancong.
“Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.
“Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan di antara mereka;
“Kawasan ‘Hot Spot’ masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka,”katanya.
Justeru katanya, antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.
“Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses ‘pungutan’ terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.
“Pihak DBKL juga akan melaksanakan Perundangan di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2 KM radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan,” katanya.
Jelas beliau lagi, keberadaan pengemis juga tidak ada kurangnya dengan memberi imej buruk terhadap ibu kota.
Katanya, hasil siasatan oleh pihak berkuasa juga didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
“Aktiviti mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis.
Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing .
Antara Januari dan Mei lalu sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka pendatang asing. ─ Sinar Online
TOP
Almy Nadia Mengandung 4 Minggu
Almy Nadia dan Fizz Fairuz bertambah bahagia sejak mendapat tahu kehadiran bakal anak sulung mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia mengesahkan dia kini sedang hamil empat minggu iaitu anak pertamanya bersama aktor Fizz Fairuz. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh doktor ketika membuat pemeriksaan pada Ahad lalu. "Sebelum berjumpa dengan doktor memang saya selalu tidak sihat dan tak sangka pula rupa-rupanya saya mengandung. "Alhamdulillah, kami tidak merancang apa-apa pun tetapi saya anggap ini mungkin rezeki saya dan Fizz. Anak (angkat) saya, Nur Afrina Darwisya pun tidak sabar nak adik. Doakan yang terbaik buat saya. Lagipun kandungan pun masih baru," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat. Almy dan Fizz bernikah pada 26 Mei lalu. Sementara itu, Almy berkata, dia juga bersyukur walaupun kini sedang mengandung, dia masih lagi boleh berpuasa sehingga. "Doktor kata, kalau tak larat jangan puasa, tetapi sehingga kini Alhamdulillah saya masih lagi boleh bertahan. Tidak tahulah macam mana pada hari-hari mendatang. "Yelah, bukannya senang kerana inilah peluang saya untuk berpuasa penuh. Dan saya pun tak buat apa-apa sangat. Cuma berehat di rumah. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan saya fokus pada ibadah puasa," tuturnya. ─ mStar

Jerman Singkir Perancis Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia
PASUKAN Jerman mara ke separuh akhir selepas mengetepikan Perancis 1-0 pada saingan suku akhir yang berlangsung di Stadium Maracana awal pagi Sabtu.
Gol tunggal pada minit ke-12 oleh Mats Hummels selepas menerima hantaran Toni Kross di kawasan kotak penaltil, melepasi pemain pertahanan Perancis, Hugo Lloris.
Kedua-dua pasukan gagal mencari gol tambahan pada babak kedua sehingga ke wisel penamat.
Jerman yang dibimbing Joachim Loew tampil dengan formasi berlainan berbanding perlawanan sebelum ini.
Miroslav Klose mengetuai barisan depan disokong Thomas Muller, Sami Khedira di bahagian tengah serta Philip Lahm berpindah ke bahagian kanan pertahanan.
Jerman menyamakan rekod aksi Piala Dunia 2006 dan 2010 dengan mara ke separuh akhir dan berada di tempat ketiga pada kedua-dua edisi tersebut. ─ mStar
TOP
Ramadan Menginsafkan Banduan Terhadap Kesalahan Lalu
ALOR SETAR – “Ramadan kali ini menginsafkan saya agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang,” kata seorang banduan dari Penjara Alor Setar yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 32.
Dia adalah antara 50 banduan dari penjara tersebut yang diberi peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka malam tadi pada Program Imarah Ramadan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM).
Mohamad bersyukur kerana dapat berbuka puasa bersama ibunya selepas enam bulan merengkok dalam penjara atas kesalahan jenayah samun.
“Saya agak sedih apabila terpaksa menyambut Ramadan kali ini dalam penjara dan tidak bersama ibu dan tiga adik saya seperti sebelum ini,” katanya.
Anak sulung ini yang pernah melakukan kegiatan samun sebanyak tiga kali berazam untuk menjadi insan yang lebih berguna apabila dibebaskan kali ini.
Seorang banduan wanita Mila, 28, berkata ini kali pertama dia dapat berjumpa bapanya selepas dua tahun menjalani hukuman.
Dia yang mempunyai dua orang anak berusia tiga dan 11 tahun berkata sebelum ini dia hanya mampu melihat tanpa dapat menyentuh wajah bapanya yang sentiasa melawatnya.
“Saya rasa gembira dapat bersemuka dengan ayah walaupun agak sedih tidak dapat bersama anak-anak saya,” katanya yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah.
Ibu kepada seorang banduan, Zamfuza Saidin, 55, berkata ini kali pertama juga dia dapat bertemu dan berbuka puasa dengan anak lelakinya dan merasa gembira dapat makan semeja dengan anaknya.
Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata program tersebut diadakan pihaknya bersama Jabatan Penjara Malaysia untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota keluarga dan banduan. – BERNAMA
TOP
Kembar Siam Tak Sabar Cipta Rekod Paling Lama Hidup
BEAVERCREEK(Ohio) – Pasangan kembar siam dari Ohio kini menghitung hari untuk dinobatkan sebagai pasangan kembar siam yang hidup paling lama.
Donnie dan Ronnie Galyon akan berusia 62 tahun, lapan bulan dan tujuh hari pada hari ini, sekali gus mengatasi usia Eng dan Chang Bunker, kembar siam terkenal abad ke-19.
Adik pasangan itu, Jim Galyon berkata, kedua-dua abangnya sering bercakap mengenai perkara itu.
Dia sudah merancang untuk mengadakan sambutan paling meriah untuk meraikan kejayaan abangnya itu.
“Mereka sudah sekian lama menghitung hari, termasuk menanda kalendar, untuk meraikan saat bersejarah ini,” katanya ketika ditemui.
Menurutnya, apa yang mereka inginkan ialah pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness dan segala-galanya akan menjadi kenyataan pada bulan Oktober depan apabila mereka berusia 63 tahun, mengatasi rekod pasangan kembar siam yang berasal dari Itali, Giacomo and Giovanni Battista Tocci.
Ronnie ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini berkata, sudah menjadi impian mereka sejak kecil lagi untuk mengatasi rekod berkenaan di samping tidak sabar untuk melihatnya menjadi realiti.
Kembar berkenaan yang bercantum pada bahagian badan kini tinggal bersama adiknya Jim dan isteri di Beavercreek.
Pasangan berkenaan menjaga kedua-dua abangnya sejak empat tahun lalu.
Malah, penduduk tempatan turut sama membantu mengubah suai kediaman untuk memudahkan kehidupan keluarga itu.
Donnie dan Ronnie pernah menyertai pertunjukan sarkas sebelum bersara pada 1991 dan kini banyak menghabiskan masa di atas katil khas. ─ Agensi
TOP
Pemilu: Perkembangan Turut Diikuti Di Malaysia
KUALA LUMPUR – Kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia yang akan menentukan pemimpin Indonesia bagi pengggal 2014-2019 pada Rabu ini turut diikuti dengan penuh minat oleh warga Indonesia di sini.
Rata-rata warga Indonesia yang ditemui Bernama mengikuti perkembangan politik tanah air mereka melalui media massa dan laman sosial.
Mereka juga mengenali calon-calon Pemilu iaitu Prabowo Subianto bersama pasangannya Hatta Rajasa daripada Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dan Joko Widodo (Jokowi) bersama Jusuf Kalla daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
Menurut Kepala Sekolah (Guru Besar) Sekolah Indonesia Kuala Lumpur Banjir Sihite, 50, beliau turut mengikuti perkembangan Pemilu melalui surat khabar harian Indonesia yang dilanggannya setiap hari.
“Apa yang saya perhatikan, kedua-dua calon begitu dekat di hati rakyat. Melihat mereka turun padang menemui penduduk sehingga ke kampung-kampung semasa berkempen, jelas menunjukkan kesungguhan mereka untuk membela nasib rakyat Indonesia,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Banjir yang enggan mendedahkan siapa calon pilihannya berasa teruja kerana esok merupakan kali pertama beliau mengundi awal, di sekolahnya, memandangkan baru menetap di Malaysia selama dua tahun.
Warga Indonesia yang menetap di negara ini bakal mengundi dalam Pemilu Presiden Indonesia, di Sekolah Indonesia Kuala Lumpur dan di Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini, bermula 8 pagi hingga 6 petang, esok, lebih awal daripada pengundian di Indonesia.
Pemilu Presiden penggal 2014-2019 akan berlangsung pada Rabu ini dan ia merupakan Pemilu ke-11 sejak Republik Indonesia mencapai kemerdekaan.
Sementara itu, Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN), Perwakilan Republik Indonesia di Kuala Lumpur Tengku Adnan Tengku Azlan berkata warga Indonesia di sini berpeluang menyaksikan tayangan Debat Pemilu antara calon presiden pada 22 Jun lepas melalui paparan skrin yang disediakan pihak konsulat.
“Ini menggambarkan warga Indonesia di sini tidak sesekali dilupakan dan berpeluang untuk lebih mengenali calon-calonnya,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Adnan yang telah 12 tahun menetap di Malaysia berpendapat kedua-dua calon presiden itu bakal menghadapi saingan sengit dalam Pemilu kali ini memandangkan kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai.
Tambahnya, Jokowi mempunyai pengikut yang ramai daripada golongan bawah dan pertengahan manakala Prabowo lebih mempunyai pengikut daripada golongan atasan.
Bagi pelajar tahun pertama jurusan Ijazah Kejuruteraan Petroleum Universiti UCSI Achmad Fawzy Faridin, 19, walaupun berada jauh dari tanah air, dia tetap menunaikan kewajipannya sebagai rakyat Indonesia dengan turun mengundi di Kedutaan Indonesia, di sini esok.
Katanya, sepanjang tempoh berkempen, dia mengikuti perkembangan calon-calon yang bertanding melalui laman sosial dan saluran televisyen Indonesia yang dapat ditonton secara online.
Achmad Fawzy menyatakan harapannya terhadap Presiden Indonesia baharu nanti supaya dapat meningkatkan peluang keterbukaan dalam pendidikan antara Malaysia dan Indonesia.
Selain itu, rakannya Chaidir Syahid Kamaluddin, 21, berharap agar presiden baharu dapat mewujudkan sebuah klinik kesihatan khusus untuk warga Indonesia yang menetap di Malaysia.
Bagi buruh binaan Herianto, 32, yang berasal dari Jawa Timur berharap presiden baharu nanti dapat memenuhi harapan rakyat seperti mengimbangi antara gaji pekerja di sana dengan harga barangan.
“Dengan itu nasib keluarga saya di sana terutama dua anak saya akan lebih terbela,” katanya. – BERNAMA
TOP
Costa Rica Rayu Pengadil Teliti ‘Gelagat Terjun’ Robben
ALVADOR – Jurulatih Costa Rica, Jorge Luis Pinto menggesa pengadil, Ravshan Irmatov supaya memerhati bintang Belanda, Arjen Robben dengan lebih teliti ketika pertemuan suku akhir yang menemukan kedua-dua pasukan, awal pagi esok.
“Kami amat bimbang mengenai aksi merebahkan badan Robben,” kata Pinto. “Saya mahu meminta FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dan pengadil untuk memerhati dan lebih berhati-hati kerana ia amat penting dan ia boleh memberikan impak yang besar kepada keputusan.”
Robben yang menampilkan prestasi cemerlang di Brazil dan sudah meledak tiga gol mencetus kontroversi selepas mengakui dia sengaja menjatuhkan badan ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Mexico pada pusingan kedua.
“Saya fikir Robben adalah salah seorang daripada empat atau tiga pemain terbaik dunia. Begitupun, kami perlu mengatakan ada kesilapan pengadilan dan pengadil perlu lebih berhati-hati. Kami bimbang dengan aksi merebahkan badan Robben.
“Dia mengakui merebahkan badan jadi saya berharap pengadil dan pembantunya akan amat berhati-hati esok. Saya amat menghormati FIFA dan pengadil namun saya perlu memberitahu mereka, sila berhati-hati,” kata Pinto.
Costa Rica mencetus kejutan apabila mara selaku juara Kumpulan D yang dianggap kumpulan maut dengan menyingkirkan England, Itali dan Uruguay sebelum menundukkan Greece di pusingan kedua manakala Belanda mara selaku juara Kumpulan B dan menewaskan Mexico di pusingan kedua.
“Sudah tentu kami menghormati mereka. Namun kami sudah melepasi pasukan yang hebat. Kami tidak pernah takut, kami menghormati mereka namun perlu mengawal mereka,” kata Pinto yang memperoleh khabar gembira penjaga golnya, Keylor Navas cergas untuk beraksi selepas berdepan masalah bahu. – Reuters
TOP
Belmont Menangis Hilang Tiket Final Piala Dunia 2014
RIO DE JANEIRO – Seorang warga emas yang kesal tidak dapat menonton perlawanan akhir Piala Dunia pada 1950 dan menyumbangkan tiket yang masih dimiliki itu untuk ditempatkan di muzium Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini bersedih selepas kehilangan tiket percuma untuk menyaksikan final 2014 di Brazil.
Minggu lalu, Joedir Belmont, 85, dihadiahkan tiket berkenaan oleh Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke, minggu lalu sebagai satu tanda penghargaan kerana dia masih menyimpan tiket perlawanan berusia 64 tahun yang berlangsung di Stadium Maracana, di mana tuan rumah, Brazil kalah kepada Uruguay pada tahun berkenaan. Perlawanan akhir 2014 juga akan diadakan di gelanggang keramat yang sama itu.
Pada 1950 dia tidak dapat menghadiri perlawanan berkenaan kerana masalah kesihatan dialami anggota keluarganya.
Kini impian Belmon menghadiri perlawanan akhir pada 13 Julai ini mungkin musnah selepas dia tercicir tiket berkenaan ketika dalam perjalanan pulang selepas menerima tiket percuma itu.
“Saya simpan tiket itu (tiket perlawanan akhir 1950) selama 64 tahun, saya kehilangan tiket lain (tiket percuma itu) dalam enam jam saja,” katanya diiringi tangisan seperti dipetik akhbar O Estado de Sao Paulo, Jumaat lalu.
Beliau memaklumkan sudah melaporkan kehilangan tiket itu kepada FIFA dan badan itu menasihatkan untuk menunggu keputusan sama ada mahu mengeluarkan semula tiket atau dia dibenarkan membeli tiket baru.
“Jika saya tidak menyerahkan tiket, mereka telah berjanji untuk mengeluarkan semula, mereka mempunyai nama saya.
“Sepupu saya yang menyaksikan Brazil kalah (pada 1950) kini telah meninggal dunia, tetapi saya amat berharap saya akan melihat Brazil dinobatkan juara kali ini,” katanya. ─ Agensi.
TOP
105 Individu Ditahan Terbabit Dalam Aktiviti Pemalsuan MyKad
GEORGE TOWN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menahan 105 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pemalsuan MyKad sejak September tahun lepas hingga April ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka yang ditahan itu terdiri daripada anggota sindiket dan individu yang bergerak aktif menjalankan kegiatan berkenaan bagi mengaut keuntungan.
"Berdasarkan siasatan, kita mendapati mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga kategori utama iaitu sindiket yang menyasarkan warga asing yang berhajat menjadi warganegara Malaysia.
"Dua lagi ialah individu yang mengenakan bayaran tertentu kepada pihak yang mahukan kad pengenalan dan individu yang melaksanakan aktiviti itu secara berkala dengan menumpukan di kawasan tertentu terutama di ladang serta kawasan perumahan yang mempunyai warga asing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga KDN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang, di sini Jumaat. Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Ahmad Zahid berkata, antara yang ditahan sepanjang tempoh berkenaan adalah warga asing daripada beberapa negara yang dipercayai bertindak sebagai ejen.
Katanya, setakat ini tiada penjawat awam terutama daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ditahan dalam aktiviti pemalsuan MyKad.
Beliau berkata, MyKad palsu itu tidak mempunyai 13 ciri khas seperti yang terdapat pada kad tulen, malah tiada butiran maklumat dalam sistem berkomputer JPN yang boleh diimbas menerusi mesin pengimbas.
Ahmad Zahid turut menafikan KDN melantik ejen untuk memudahkan urusan bagi memohon MyKad kerana pihaknya mempunyai 41 pejabat JPN di seluruh negara.
"Saya minta orang ramai jangan terpedaya atau percaya dengan pihak yang cuba menawarkan kad pengenalan kerana kita tidak pernah lantik mana-mana ejen.
"Lagipun urusan pemprosesan MyKad hanya memakan masa 24 jam dan bukan berminggu seperti yang didakwa mereka (ejen)," katanya. ─ mStar online
TOP
Jaclyn Victor Promosi Lagu Di Amerika Syarikat
Jaclyn kini berada di Los Angeles bagi mempromosikan single terbaharunya, Remedy.
PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor akan melancarkan album terbaharunya berjudul Unleashed yang dihasilkan termasuk untuk pasaran antarabangsa. Ia dijangka berada di pasaran pada September depan. Jaclyn kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat sehingga 13 Julai ini untuk mempromosikan single pertama daripada album tersebut berjudul Remedy yang dicipta oleh Edry Abdul Halim. "Selain Los Angeles, Jaclyn akan ke California untuk memperkenalkan lagu tersebut menerusi pelbagai siri pertunjukan pentas serta temuramah media. "Program selama seminggu ini adalah siri promosi pertama aktiviti promosi susulan di peringkat antarabangsa yang dirancangkan oleh pihak pengurusan KRU Music," kata satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online pada Jumaat. Lagu terbaharu Jaclyn itu juga bakal dipasarkan menerusi 80 platform digital mulai 10 Julai ini. Dalam pada itu, untuk album terbaharu tersebut, Jaclyn bakal memperlihatkan perubahan hala tuju muziknya dengan menggabungkan susunan muzik EDM (electronic dance music) selain mengekalkan elemen pop. "Pelan komprehensif telah disusun rapi oleh KRU Music untuk memasarkan lagu ini dipersada antarabangsa dan yakin ia akan membawa dimensi baharu bagi hala tuju muzik Jaclyn," kata kenyataan itu lagi. Unleashed turut menampilkan empat buah lagi lagu iaitu Pinnacle, Sweeter Than A Dream, Over And Over dan Delirious yang dirakamkan sepenuhnya di Kuala Lumpur manakala proses mastering dibuat di Los Angeles. ─ mStar online

Pensyarah UM kena tindakan tatatertib
SHAH ALAM - Pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad atau Abu Hanzalah, 36, yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan militan, dikenakan tindakan tatatertib selepas gagal hadir bertugas.
Dalam kenyataan bersama, Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof dan Pengarah Akademi Pengajian Islam UM, Profesor Datuk Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff semalam berkata, pihak pengurusan UM sudah memulakan tindakan tatatertib itu selepas Mahmud gagal dihubungi sejak empat minggu lalu.
"Kita sekali lagi menegaskan sebarang aktiviti luar Dr Mahmud, termasuk dakwaan kegiatan subversif, adalah di bawah tanggungjawab beliau sendiri dan di luar pengetahuan pihak universiti.
"Bagaimanapun, kita (UM) sudah ambil tindakan seperti dinyatakan," katanya.
Dalam kenyataan sama, hasil semakan serta siasatan awal pengurusan UM mendapati Mahmud mematuhi prosedur dan keperluan dalam menjalankan tanggungjawab akademiknya sepanjang tiga tahun berkhidmat di UM.
Mahmud juga memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pensyarah di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam melalui proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) serta mengikuti penuh silibus pembelajaran ditetapkan.
"Sepanjang bertugas di UM, Mahmud tidak pernah diberikan sebarang jawatan berkaitan aktiviti pelajar di Akademi Pengajian Islam (Api) atau di Badan-Badan Pelajar peringkat universiti.
"Siasatan dalaman di peringkat Hal Ehwal Pelajar (HEP) menunjukkan beliau tidak pernah terlibat dalam mana-mana aktiviti Badan-Badan Pelajar ataupun sebagai penceramah jemputan dalam mana-mana program anjuran HEP," katanya.
Pihak Api dan UM, akan bekerjasama dengan polis membantu siasatan berkaitan Mahmud, selain pemantauan berterusan terhadap semua badan-badan pelajar yang berdaftar di bawah HEP bagi memastikan tiada anasir-anasir luar tersebar atau mempengaruhi pelajar. ─ Sinar online
TOP
Rakan Artis, Penggiat Industri Rakam Ucapan Takziah
KUALA LUMPUR: Rakan artis dan penggiat industri seni bertumpu ke laman media sosial bagi menyampaikan ucapan takziah mereka di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini.
Bintang legenda yang telah mencebur diri dalam bidang nyanyian itupergi mengadap Ilahipada 1.26 pagi Sabtu akibat fibrosis paru-paru.
Penyanyi kumpulan ELITE, Sasha Saidin mengimbas kenangannya sewaktu bersama-sama Allahyarham menyertai jelajah promosi ketika bersama syarikat rakaman EMI.
Jenazah penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara pada selepas solat Zohor.
Biduanita Negara, Sharifah Aini telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 1.26 pagi tadi akibat penyakit paru-paru (Lung Fibrosis), Al-Fatihah.
— Joe Flizzow (@flizzow)July 4, 2014
Al-fatihah buat Datuk Sharifah Aini yg telah pulang kerahmatullah dan takziah kpd seluruh ahli keluarga & sahabat handai.
— Bront Palarae (@Bront_Palarae)July 4, 2014
Innalilah. Al-Fatiha pada Allahyarhamah biduanita Sharifah Aini
— Aaron Aziz (@AaronDwiAziz)July 4, 2014
Goodbye Dato’ Sharifah Aini. You have given us decades of beautiful music. :( Al-Fatihah.
— Yuna Zarai (@yunamusic)July 4, 2014
Takziah kpd seluruh ahli keluarga, sahabat handai biduanita negara Allahyarham Datuk Sharifah Aini yg telah pulang kerahmatullah. Al-fateha
— Remy Ishak (@remy_ishak)July 4, 2014
Ramai betul lagenda2 meninggalkan kita tahun ini, Al- Fatihah, Biduanita Sharifah Aini :(
— monoloQue (@monoloQue)July 4, 2014
Innalilah. Al-Fatiha pada Allahyarhamah biduanita Sharifah Aini
— Aaron Aziz (@AaronDwiAziz)July 4, 2014
Alfatihah to Sharifah Aini…
— Megat Sharizal (@Megat_Sharizal)July 4, 2014
Al Fatihah – Datuk Sharifah Aini.
— redza minhat (@rdzaminhat)July 4, 2014
“Sungguh beruntung orang yang telah meninggal dunia, maka putuslah dosa-dosanya.” ~Imam Al Ghazali, Ihya’ Ulumuddin~ Alfatihah..
— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy)July 4, 2014
Al fatihah buat biduanita negara dato sharidah aini
— ahlee90210 (@ahmad_syazli)July 4, 2014
Datuk Sharifah Aini bintang lagenda. Salam takziah. Al-Fatihah.
— Rewan Ishak (@RewanIshak)July 4, 2014
I grew up listening to the original ‘Diva’ Allahyarham Datuk Sharifah Aini on piring hitam. Al-fateha
— Harith Iskander (@HarithIskander)July 4, 2014
Al-Fatihah, Sharifah Aini.
— Aizat Amdan (@MuhdAizatAmdan)July 4, 2014
I remember back in our early ELITE days, under EMI we’d always tour together with the late Sharifah Aini. What a honour that was!#AlFatihah
— Princess Sayang (@sashasaidin)July 4, 2014
Al Fatihah buat Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberkati ALLAH SWT di bulan ramadhan yg mulia ini.
— Nur Fazura (@missfazura)July 4, 2014
Takziah atas pemergian biduanita negara, dato Sharifah Aini. Al-fatihah
— Oh Chentaku (@xohchentakux)July 4, 2014
Al Fatihah.. Takziah diucapkan kepada keluarga biduanita negara, Datuk Sharifah Aini yang telah meninggal dunia… http://t.co/mvBmkMc1cW
— YasminHaniRichardson (@YasminHaniCLPT)July 4, 2014
Innalillahi wainnailaihirrojiun.. “@Bront_Palarae: Al-fatihah buat Datuk Sharifah Aini yg telah pulang kerahmatullah dan takziah kpd seluruh
— Alex Komang (@AlexKomang2000)July 4, 2014
Ralat dan sedih. Benar2 terkesan dgn berita pemergian arwah Sharifah Aini. Ya Allah tempatkanlah Allahyarham di sisi2 org yg beriman….
— Dean Musthafa (@Dean_Musthafa)July 4, 2014
Sumber: Astro Awani

Jenazah Sharifah Aini Selamat Dikebumikan
PETALING JAYA – Jenazah biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira pukul 12.10 tengah hari Sabtu.
Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan sebanyak tiga kali di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kira-kira pukul 10 pagi.
Sejak pukul 7 pagi, rakan- rakan artis sudah pun menunggu di masjid untuk memberi penghormatan terakhir.
Antara yang kelihatan, Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Siti Nurhaliza, Aznah Hamid, Habsah Hassan, Datuk Chef Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil, Datuk Hattan dan ramai lagi.
Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau ‘paru-paru berparut’.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.
Antara yang hadir pada majlis pengebumian jenayah Allahyarham Sharifah Aini.
Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.
Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.
Tulisan di FB itu menggambarkan seolah-olah beliau sudah merasakan bakal pergi buat selama-lamanya. ─ mStar online
TOP
Umi (Bonda Datuk Sharifah Aini): Sepatutnya Saya Yang Pergi Dulu!
KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2014: “Sepatutnya saya yang pergi dulunya…bukan dia…sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia,” kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.
Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!, Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.
Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.
Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.
“Saya terkilan… sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah….,” katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa sedihnya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta wanita tua tersebut supaya bersabar.
Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.
“Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada dia yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: “Umi sayang Ani…Dia anggukkan kepala.
“Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.
“Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah…memang sedih sangat” kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi. - Murai
TOP
Sharifah Aini Meninggal Dunia
PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.
Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.
Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.
Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.
Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, dekat sini pada Sabtu.
Terdahulu, Allahyarham menerusi status Facebook miliknya sebelum ini pernah meminta peminat-peminatnya mendoakan kesejahteraan beliau selain meminta mereka menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia.
Tulisan di FB itu menggambarkan seolah-olah beliau sudah merasakan bakal pergi buat selama-lamanya.
Sumber: mStar online
TOP
Biodata Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap Tersebar
Biodata Raja Zainal Badri kekasih Felixia Yeap tersebar. Pada 4 Julai 2014, pengguna laman sosial dikejutkan dengan pendedahan foto teman lelaki kepada bekas model Playboy iaitu Felixia Yeap. Lebih mengejutkan apabila kekasih Felixia Yeap merupakan seorang berbangsa Melayu dan mempunyai personaliti yang warak (alim dan beriman). Ternyata perbezaan bangsa bukanlah penghalang untuk pasangan ini bahagia. Terdahulu, Felixia Yeap atau nama islam Raisyyah Rania Yeap Chin Yee telah memeluk agama Islam secara rasmi setelah melafazkan dua kalimah Syahadah pada 3 Julai 2014.
Biodata Teman Lelaki Felixia Yeap
Nama Penuh: Raja Zainal Badri
Asal: Kuala Lumpur Malaysia
Bangsa: Melayu
Status: Anggota kerabat diraja Selangor dan anak saudara Raja Nong Chik/ Presiden Kelab Kuala Lumpur Drumline Corps (KLDC)
Hobi: Pelumba Kereta Mewah jenis Porsche
Pofil Facebook: https://www.facebook.com/raja.z.badri
Gambar Raja Zainal Badri Kekasih Felixia Yeap Tersebar
Sumber: Melvister.com

Brazil Mara Ke Separuh Akhir, Jumpa Jerman
Luiz melengkapkan gol kemenangan Brazil untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.
FORTALEZA: David Luiz muncul penyelamat Brazil selepas menjaringkan rembatan padu untuk membantu pasukan tuan rumah membenam Colombia 2-1, pada saingan suku akhir Piala Dunia, awal pagi Sabtu. Kemenangan itu membolehkan Brazil mara ke peringkat separuh akhir di mana pasukan itu akan bertemu dengan Jerman yang melangkah lebih awal selepas menewaskan Perancis 1-0. Namun, Brazil pastinya berdepan laluan sukar dalam memburu trofi Piala Dunia keenam. Brazil memperoleh gol seawal minit ketujuh menerusi jaringan kapten pasukan, Tiago Silva selepas menyempurnakan sepakan percuma yang diambil oleh Neymar. Pasukan kendalian pengurus Felipe Scolari itu tampak berada pada kedudukan selesa apabila Luiz menggandakan jaringan pada minit ke-69. Namun, Colombia bangkit untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Rodriguez pada minit ke-79. Ia merupakan gol keenam Rodriguez yang mengekalkan beliau sebagai penjaring terbanyak setakat ini. Disebalik kejayaan Brazil itu, penyokong tuan rumah kelihatan resah selepas ayam tambatan mereka, Neymar terpaksa diusung keluar padang selepas dikasari pemain lawan pada lewat babak permainan.
Neymar diusung keluar padang selepas dikasari pemain Colombia. Namun Brazil berjaya mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan. Sementara itu, Scolari mengesahkan Neymar akan terlepas aksi menentang Jerman selepas bergelut dengan kecederaan belakang. Neymar dilihat berlanggar dengan pemain Colombia, Juan Camilo Zuniga pada aksi suku akhir itu. "Kami kehilangan Neymar pada saat-saat akhir, berdasarkan pemerhatian saya, saya rasa agak sukar untuk dia beraksi di separuh akhir," kata Scolari. ─ mStar

Kisah Kucing yang Menyedihkan
Hati dan perasaan itu bukannya hadir dalam diri manusia sahaja, ia juga ada pada binatang. Sebab itulah kita dituntut untuk berbuat baik (ihsaan) pada binatang.
Disini ada beberapa gambar dari Group DKG yang mana seekor kucing jantan meratapi pemergian pasangannya yang dipercayai telah dilanggar kereta. Dia menemani jasab pasangannya itu sehingga dikuburkan.
Keterangan asal serta gambar-gambar yang menceritakan kisah dan peristiwa ini: “Dah 2 3 bulan ni ada seekor kucing betina kerap tumpang makan bersama kucing-kucing saya. Tak tau sama ada dia bertuan atau tidak. Saya panggil dia Sandy.. manja tapi tak suka disentuh. Sandy dah ada pakwe kaler hitam sejak 2 minggu lalu. Tapi subuh tadi saya nampak Sandy terbaring tepi jalan depan rumah saya dengan si hitam duduk di sebelahnya.. Saya perati kenapa Sandy tak bergerak? Rupanya Sandy kena langgar. Sedih saya tengok si hitam duduk mnjaga Sandy berjam-jam sampai la saya tanam Sandy pukul 9.30 tadi. Hayatilah erti disebalik gambar-gambar ini..”

2 Mayat Ditemui Dengan Kesan Tikaman Di Perai
BUTTERWORTH – Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan keretapi di Kampung Jawa, Perai di sini pagi tadi.
Jurucakap polis berkata mayat ditemui kira-kira pukul 9.15 pagi berdekatan antara satu sama lain.
“Satu mayat ditemui dengan lapan kesan tikaman di dada, perut, tangan, belakang serta bahu, manakala satu lagi terdapat kesan kelar di leher dan tikaman di dada, rusuk dengan perut terburai,” katanya.
Dua buah basikal turut ditemui berhampiran mayat yang dipercayai milik mangsa.
Pihak polis percaya kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari kilang tempat mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat.
“Kita sedang siasat motif kejadian dan kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Video: Suspek Wanita Pencuri Kereta Mewah Vellfire Dipukul
Dalam satu video ini, kelihatan seorang wanita dipukul bertubi-tubi dipercayai sindiket curi kereta mewah. Modus operandi dengan menyewa kenderaan mewah dan melesapkannya.
Suspek wanita ini bagaimanapun mengaku telah mencuri sebuah Vellfire dan juga kenderaan dari jenama Ford.
Situasi sebenar video tersebut tidak dapat dipastikan. Namun, berdasarkan komen ada yang mengatakan pemukul itu adalah anggota polis yang menyiasat penipuan itu dan ada yang menyatakan wakil pemikil kereta sewa yang pernah dicuri wanita itu.
Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah dan budaya kita, bila sudah kantoi mencuri, pencuri akan dibelasah terlebih dahulu sebelum dihantar ke balai polis. Namun dalam video ini tidaklah seteruk mana suspek dibelasah mungkin diatas faktor kaum wanita.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Konsert I Am Ziana Zain 27 September batal
Ziana Zain
KONSERT I Am Ziana Zain yang sepatutnya berlangsung di MiTC Melaka pada 27 September ini terpaksa dibatalkan. Menurut jurucakap penganjur, konsert tersebut terpaksa dibatalkan kerana menghadapi masalah dalaman yang serius berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsert yang tidak teratur dan lengkap. "Berkaitan dengan situasi ini beberapa individu yang telah. dipertanggungjawabkan oleh penganjur untuk mengurus dan menyelaras konsert telah ditamatkan perkhidmatan. "Justeru, bagi mengelak keadaan menjadi lebih rumit penganjur telah membuat pertemuan dengan Ziana Zain untuk memberitahu situasi sebenar dan mendapat kata sepakat untuk membubarkan perancangan mengadakan konsert pada tahun ini," kata jurucakap tersebut dalam satu kenyataan medianya hari ini. Oleh itu jelas jurucakap itu lagi, kepada sesiapa yang sudah membeli tiket konsert tersebut wang mereka akan dikembalikan kepada mereka semula. "Syarikat Gold dengan kerjasama Ticketpro akan pulangkan semula wang pembeli tiket konsert mulai 3 Julai 2014 sehingga 3 Ogos ini dengan syarat resit atau tiket mestilah dipulangkan semula kepada pihak mereka," katanya. ─ Sinar Online

Laluan Kontra Ke Putrajaya & UPM Di BESRAYA Dibuka
KUALA LUMPUR – Satu laluan kontra ke Putrajaya dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) akan dibuka pada Isnin ini bagi mengurangkan kesesakan.
Laluan itu akan dibuka di KM 5.3 hingga KM 3.8 lebuh raya itu bagi mengurangkan kesesakan selepas Plaza Tol Mines Selatan, menurut Besraya (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Laluan kontra itu akan dibuka bermula jam 3.30 petang hingga 8 malam.
Menurut kenyataan itu, pengguna lebuh raya itu yang ingin ke Putrajaya digalakkan untuk menggunakan laluan kontra berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Besline di talian 1-800-88-0999 atau layari laman web BESRAYA di www.besraya.com.my atau twitter BESRAYA di @BESRAYAtrafik. – BERNAMA
TOP
Hukuman Mati Menanti Sepasang Suami Isteri
KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam, atas dakwaan mengedar dadah jenis heroin.
Wan Amirul Mubin Wan Kamaruddin, 20, dari Kampung Teluk Bidara, Dungun dan isterinya berusia 17 tahun dari Jalan Masjid Sura Lama, Dungun, didakwa mengedar dadah berkenaan kira-kira jam 9 malam pada 20 Jun lalu.
Pasangan berkenaan yang memiliki seorang anak berusia 11 bulan didakwa bersama-sama mengedar dadah seberat 50 gram di rumah sewa mereka di Jalan Sekolah Intan Zaharah, Kampung Balai Besar, Dungun.
Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 B (2) akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, Wan Amirul Mubin turut didakwa mengedar heroin dengan anggaran berat kasar 400 gram di lokasi, pada hari dan waktu yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana R Azmi di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Nurunaim menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Dungun sementara menunggu laporan kimia, malah tiada sebarang jaminan ditawarkan.
Sinar Harian 23 Jun lalu melaporkan sepasang suami isteri ditahan kerana kesalahan memiliki dadah berbahaya selain turut disyaki menjadi pembekal kepada penagih sekitar.
Rahsia penglibatan pasangan terbabit terbongkar apabila rumah sewa mereka di Kampung Balai Besar, Dungun, diserbu sebelum hasil pemeriksaan menjumpai 10 botol plastik mengandungi serbuk putih disyaki heroin.
Turut dijumpai, sebanyak 70 botol dadah disembunyikan dalam tin yang ditanam di dalam tanah berhampiran kediaman mereka dan semua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM36,000 di pasaran.
Rampasan dadah berkenaan adalah rekod terbesar bagi Kontinjen Terengganu pada tahun ini dan sejak empat tahun lalu. – Sinar Harian Online
TOP
“Lola rindu nak jumpa anak, tapi malu nak keluar kerana takut dicemuh orang.”
Norfitri - Bekas pengasuh Muhamad Firdaus
SEREMBAN – “Lola rindu nak jumpa anak, tapi malu nak keluar kerana takut dicemuh orang." Itu kata Lolanopita Sadi, 40, ketika menghubungi bekas pengasuh Muhammad Firdaus Dullah, Norfitri Radius, 42. Menurut Norfitri, setiap dua hari sekali, Lolanopita atau Lola akan menghubunginya untuk bertanya khabar serta bercerita mengenai dirinya yang kini tinggal di suatu tempat tidak diketahui. Katanya, Lola memberitahu bahawa dia kini berada di sebuah rumah perlindungan yang jauh lebih selamat jika berada di rumahnya di Taman Semarak, Nilai. “Kali terakhir Lola telefon saya pada malam kelmarin melalui telefon awam, ketika itu saya bertanyakan di mana dia tinggal sekarang ini, namun Lola hanya memberitahu dia tinggal di sebuah tempat perlindungan di sekitar Seremban, dan berada dalam keadaan sihat. “Lola juga meluahkan hasrat hatinya ingin bertemu serta melihat Firdaus serta anak keduanya itu, namun belum berkesempatan berbuat demikian kerana bimbang dicemuh masyarakat, memandangkan Firdaus kini masih berada di hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Norfitri berkata, Lola mungkin akan bertemu dengan anak-anaknya setelah Firdaus dibenarkan keluar wad serta berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) nanti. “Lola memberitahu, sebaik sahaja dia dibebaskan pada 30 Jun lalu, dia memang berhasrat untuk melihat Firdaus, namun tidak berani kerana takut dihalang. Lagipun hospital adalah tempat awam sudah tentu ramai yang kenal dengannya akan bertindak menghinanya. “Lola juga adalah manusia biasa yang lemah dan naif, jadi tidak hairanlah jika dia masih belum mampu berdepan dengan masyarakat, sedangkan hendak pulang ke rumah sendiri pun Lola tidak berani,” katanya. Sehubungan itu, Norfitri berharap supaya kejadian menimpa Lola dapat dijadikan pengajaran buat dirinya, sekali gus memaafkan atas setiap kesilapan dilakukan. "Lola mungkin ada jawapan serta sebab tertentu mengapa dia bertindak sedemikian, memandangkan sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang penyayang," katanya.

Calon Presiden Jokowi Berang Dituduh Komunis
Bandung – Calon presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata dakwaan pihak musuh politiknya mendakwa dia adalah penganut fahaman komunis adalah penghinaan keterlaluan.
“Banyak kempen hitam menyebarkan berita bohong mengenai diri saya.
“Pada awalnya saya diamkan, tapi malah semakin menyebar ke serata tempat,” katanya kepada media selepas berkempen di Bandung semalam.
Seperti selalu kehadiran Jokowi ditemani regunya yang bersaing untuk jawatan naib presiden, Jusuf Kalla.
Turut hadir sebahagian anggota pasukan kempennya.
Kata Jokowi, selama ini dia cuma bersabar menghadapi pelbagai fitnah mengenai dirinya namun tuduhan demi tuduhan tetap datang.
“Kini muncul lagi tudingan komunis,” katanya.
“Ini penghinaan dan keterlaluan,” katanya.
Jokowi berkata, jika suatu hari nanti ada sukarelawan pasukannya yang marah dan bertindak di luar jangkaan, ia memang tidak boleh dipersalahkan.
Katanya, sukarelawan kem Jokowi – Jusuf berjumlah berjuta atau puluhan juta orang.
Pada masa sama Jokowi mengaku berkali-kali mengingatkan mereka supaya menjaga tingkah laku dan mengawal perasaan ketika berdepan kejahatan pasukan lawan.
“Tidak mungkin semuanya mampu menahan sabar,” katanya. – Agensi
TOP
Shakira Buat Persembahan Penutupan Piala Dunia
RIO DE JANEIRO – Penyanyi terkenal dari Colombia, Shakira (gambar) akan tampil buat kali ketiga pada persembahan penutupan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia di Stadium Maracana, Brazil kata Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kelmarin.
Menurut FIFA, persembahan itu akan berlangsung sebelum perlawanan akhir bermula pada 13 Julai depan.
Shakira akan menyanyikan lagu berjudul La la La (Brasil 2014) bersama seorang penyanyi Brazil, Carlinhos Brown.
“Saya mempunyai hubungan yang rumit dengan bola sepak atas sebab-sebab yang jelas dan saya amat memahami erti Piala Dunia dalam kebanyakan orang termasuk diri saya,” kata Shakira dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, pemain gitar terkemuka, Carlos Santana, pemuzik hip-hop, Wyclef Jean dan penyanyi Brazil, Alexandre Pires akan menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia 2014 berjudul Dar Um Jeito. – Reuters
TOP
Bom Meletup Dalam Kereta Api Di Mesir, 5 Cedera
KAHERAH – Letupan bom dalam kereta api di Iskandariah mencederakan lima orang ketika polis menyurai perhimpunan bantahan sempena ulang tahun penggulingan Presiden Mohamed Morsi.
Pihak militan pula meningkatkan serangan sejak penggulingan Morsi pada 3 Julai tahun lalu berikutan tindakan tegas polis terhadap penyokong beliau.
Dalam serangan lewat semalam di Iskandariah, lima orang cedera apabila sebutir bom yang disorok dalam beg dekat tempat duduk penumpang meletup. – AFP
TOP
PDRM Tekad Buru Militan – Bakri Zinin
KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk memburu mana-mana individu atau kumpulan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan militan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin.
Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan militan termasuk kumpulan Darul Islam yang berpusat di Sabah dan dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan.
Katanya PDRM memandang serius kegiatan militan ekoran beberapa siri tangkapan yang dilakukan di Kedah, Selangor, Perak dan negeri ini baru-baru ini.
“Kumpulan militan yang sedang kita pantau adalah kumpulan warga tempatan yang mendapat latihan di negara jiran, mereka kembali ke Malaysia sebelum bersedia berjihad.
“Kita memantau rapi kumpulan-kumpulan yang kita kenal pasti termasuk Darul Islam dan mengkaji tindakan susulan (penangkapan) berdasarkan peruntukan perundangan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2014 di sini Khamis.
Majlis penganugerahan melibatkan 201 bekas pegawai dan anggota polis yang berkhidmat pada zaman darurat antara tahun 1948 hingga 1974.
Ia disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi berkata PDRM perlu efisien dan bertindak berdasarkan maklumat yang cukup dan kukuh berhubung kegiatan militan dan keganasan walaupun PDRM mempunyai kemampuan risikan dan kerjasama serantau.
Jelasnya, PDRM hanya diperuntukkan 28 hari untuk menahan dan menyoal siasat suspek mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum pihak berkenaan dibawa ke mahkamah. – BERNAMA
TOP
1MDB Mulakan Kegiatan IPO Bagi Aset Tenaga
KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memulakan kegiatan bagi tawaran awam awal (IPO) aset tenaganya, yang dijadualkan dilaksanakan dalam suku keempat tahun ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata IPO itu disasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dengan saiz tawaran yang dijangkakan sebanyak lebih US$3 bilion.
“1MDB menjangka untuk menggunakan pendapatan ini untuk membiayai pertumbuhan perniagaan pada masa akan datang, bagi pembayaran sebahagian daripada hutang terkumpulnya dan bagi tujuan am korporat,” katanya.
1MDB berkata ia telah melantik Deutsche Bank dan Maybank sebagai penyelaras bersama globalnya bagi IPO itu.
“Maybank, bersama AmBank, telah dipilih sebagai penasihat utama bersama, manakala Goldman Sachs sebagai penasihat bagi IPO itu,” jelasnya.
Di bawah perniagaan tenaganya, 1MDB memiliki 16 loji kuasa dan penyahgaraman di enam negara, termasuk Mesir, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan dan Emiriyah Arab Bersatu.
Kumpulan itu mempunyai kapasiti penjanaan kuasa bersih sebanyak 5,570 megawatt (MW).
Di Malaysia, kumpulan itu merupakan pengeluar kuasa bebas kedua terbesar, dengan aset merangkumi Powertek, yang mengendalikan tiga loji kuasa di Melaka, Loji Kuasa Kuala Langat di Selangor dan loji kuasa Jimah Energy pengupayaan arang batu di Negeri Sembilan.
Pada Mac tahun ini, 1MDB dan rakan kongsinya, Mitsui Co memenangi bida Projek 3B untuk membina loji kuasa pengupayaan arang batu 2,000 MW. – BERNAMA
TOP
Si Kudung Memandu Tanpa Lesen Di China
Beijing – Seorang lelaki yang kudung kedua-dua tangan ditahan polis kerana memandu menggunakan kakinya tanpa lesen di Lebuh Raya Shanghai-Chongging.
Lelaki itu dikenali sebagai Guo, 45, sebelum ini mendakwa memandu kenderaannya sehingga 160,000 kilometer (km) tanpa pernah ditahan.
Guo ditahan ketika cuba mengelak pemeriksaan polis di hentian Xiantao di lebuh raya berkenaan dengan memasuki lorong tol yang lebih jauh.
Polis yang mengejarnya terkejut apabila menemu Guo memandu dengan kaki kirinya pada stereng.
Apabila diminta keluar dari kenderaan, Guo menggunakan ibu jari kaki kanan untuk menarik gear kepada neutral sebelum menggunakan kaki kanannya untuk memutarkan kunci dan mematikan enjin.
Difahamkan, Guo hilang kedua-dua tangannya pada usia tujuh tahun selepas tersentuh kabel voltan tinggi ketika memotong rumput.
Sejak kejadian, dia belajar menggunakan kakinya untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk membasuh muka dan menggosok gigi, menulis dan memandu.
Guo meraih pendapatan dengan menjual buah bersama-sama isterinya. Dia juga menyara ibu bapanya yang uzur serta anak lelakinya di universiti.
Guo belajar memandu dalam tempoh kurang seminggu namun gagal mendapatkan lesen mengikut undang-undang China.
Ketika disoal, Guo mengaku pemilik kereta berkenaan malah sudah memandu lebih 160,000km menggunakan kenderaan itu. Dia juga mendakwa tidak pernah kemalangan.
Dia kini disiasat polis kerana memandu tanpa lesen. Dia boleh didenda sehingga 2,000 RMB (RM1,028) dan dipenjara tidak lebih 15 hari jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, dia dilaporkan hanya mendapat amaran lisan dan didenda 500 RMB (RM257).
Menurut polis, Guo sebenarnya pemandu berhemah malah menghabiskan 4,000 RMB (RM2,057) untuk insurans kenderaannya.
“Kami amat menghormati orang kelainan upaya yang mampu berusaha keras demi mencari rezeki.
“Namun perbuatannya memandu tanpa lesen di lebuh raya amat berbahaya. Kami berharap dia tidak memandu lagi selepas ini,” kata polis.- Agensi
TOP
2 Maut Jejambat Runtuh Dekat Stadium Piala Dunia
BELO HORIZONTE, Brazil – Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menimpa beberapa kenderaan di bandaraya Belo Horizonte di tenggara Brazil, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 22 yang lain.
Imej yang disiarkan Globo TV menunjukkan bahagian depan sebuah bas kuning remuk di bawah satu bahagian besar lebuh raya yang jatuh itu, kira-kira lima kilometer dari stadium Piala Dunia dan sedang dibina sebagai sebahagian pembangunan prasarana untuk kejohanan itu tetapi tergendala.
“Ia seperti gempa bumi. Tanah bergegar kuat,” kata Daniel Magalhaes yang berada berhampiran tempat kejadian. “Saya dengar bunyi yang kuat. Saya lihat dan nampak jejambat runtuh.”
Menurut pegawai perubatan, dua orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera.
Pihak bomba sebelum ini menyatakan seorang maut dan 13 cedera. – AFP
TOP
Ladang Babi Positif JE Akan Dikuarantin
GEORGETOWN – Ladang babi di negeri ini yang menunjukkan keputusan positif virus Ensefalitis Jepun (JE) terhadap sampel darah haiwan itu akan dikuarantin, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin.
Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan satu pewartaan penyakit seperti termaktub dalam Ordinan Haiwan 1953 dan Perintah Haiwan (Kawalan Penyakit Viral Ensephalitis) 1999 yang akan diumum Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekiranya ujian sampel darah itu positif JE.
“Kerajaan negeri memandang serius terhadap pendedahan kes virus Ensefalitis Jepun (JE) yang melanda negara. Kami akan mengambil langkah pencegahan perlu bagi mencegah virus ini daripada tersebar.
“Kerajaan negeri akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk mengatasi masalah ini dan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kawalan vektor nyamuk telah dimulakan sejak pendedahan kes JE itu dan ia akan diteruskan.
Dr Afif berkata, kerajaan negeri turut bimbang dengan prosedur Kementerian Kesihatan yang tidak memaklumkan mengenai penularan jangkitan virus itu dari awal untuk tindakan pihak berkenaan.
“Saya menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk menyiasat perkara ini dan melakukan perubahan yang sewajarnya demi melindungi kepentingan kesihatan rakyat,” katanya.
Tiga kes JE dilapor di negeri ini melibatkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki.
Dua kanak-kanak itu ialah seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan, Norain Nasuha Shukri yang dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Dr Afif berkata, kes pertama melibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tinggal di Lorong Seratus Tahun, di sini dan sedang pulih, namun belum sihat sepenuhnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom seperti demam berpanjangan, loya, muntah atau pening kepala supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. – BERNAMA
TOP
Mahasiswa UM Protes Pemecatan Pengarah UMCedel
PETALING JAYA – Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) mengadakan protes berikutan pemecatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, baru-baru ini.
Tindakan terhadap Mohammad Redzuan yang juga Pengarah Kajian Pusat Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya atau Umcedel itu dikatakan mempunyai kaitan dengan hasil kajiannya yang tidak memihak kepada kerajaan.
Tidak berpuas hati dengan nasib yang menimpa Muhammad Redzuan yang didakwa dipaksa meletak jawatan, penuntut universiti itu berarak secara aman ke Bangunan Canselori untuk menyerahkan memorandum kepada Naib Canselor UM, Prof Dr Mohd Amin Jalaluddin.
Insiden yang berlaku akhir bulan lalu itu mendorong bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saiffuddin Abdullah turut meletakkan jawatan dengan segera sebagai Felo Penyelidik Kanan di UM.
Sebelum ini, UM mengeluarkan kenyataan menafikan tempoh perkhidmatan Muhammad Redzuan tidak dilanjutkan kerana campur tangan politik, sebaliknya memaklumkan ia proses biasa. - mStar Online
TOP
Berang Ditegur, Pemandu Lori Lepaskan Tembakan
MIRI – Sepasang suami isteri berdepan situasi menakutkan apabila seorang pemandu lori sampah melepaskan satu das tembakan ke arah mereka selepas berang kerana ditegur memandu dalam keadaan berbahaya.
Dalam kejadian pada kira-kira 3,30 petang semalam di Jalan Kubur, Sungai Rait Bakam di sini, suami isteri itu bernasib baik kerana tempakan itu hanya terkena cermin kereta bahagian pemandu.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek dipercayai menggunakan senapang angin buatan sendiri dan menggunakan guli sebagai peluru.
“Polis sedang memburu suspek dan berdasarkan gambaran mangsa, suspek berumur 20-an berambut panjang hingga bahu, bertatu di tangan dan lengan,” katanya
kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya berdasarkan laporan polis dibuat pasangan itu pada pukul 5.22 petang semalam, pengadu yang juga suami berumur 35 tahun mendakwa sebelum insiden tembakan berlaku suspek memandu lori dipercayai dalam keadaan mabuk dan laju sehingga hampir melanggar kereta pengadu dan menyebabkan kedua-dua kenderaan terhenti.
Beliau berkata, pengadu menegur sikap suspek yang memandu dalam berbahaya menyebabkan suspek naik berang lalu mengacukan senapang angin ke arah pengadu.
Tian Kee berkata, pengadu cuba menenangkan suspek dan pada masa sama cuba merampas senapang angin menyebabkan berlaku pergelutan.
“Sewaktu berlaku pergelutan isteri pengadu cuba meleraikan keadaan tetapi terkena tumbukan suspek menyebabkan dahi isteri pengadu lebam,” katanya.
Menurutnya tatkala pasangan suami itu melarikan diri dari tempat kejadian, pemandu lori telah melepaskan tembakan ka arah mereka dan terkena cermin depan bahagian pemandu dan hanya menyebabkan cermin itu calar.
Tian Kee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki senjata api tanpa permit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA
TOP
Pusat Sehenti Untuk Gelandangan Akan Dibina
PETALING JAYA – Pusat sehenti akan dibina di sekitar bandar raya Kuala Lumpur untuk menyediakan tempat perlindungan kepada golongan gelandangan dan miskin bandar.
Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, pihaknya telah bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengenal pasti lokasi sesuai untuk membina pusat sehenti tersebut.
“Pusat sehenti tersebut akan bertindak sebagai tempat perlindungan berkonsepkan ‘Anjung Singgah’ selain dijadikan pusat pendaftaran bersepadu untuk golongan gelandangan. Ia akan dilengkapi beberapa kemudahan lain seperti penjagaan kesihatan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu.
Kenyataan itu turut menyebut, kementerian dan DBKL tidak akan mengumumkan langkah-langkah seperti mengenakan denda terhadap pemberi dan peminta sedekah serta larangan kepada Soup Kitchens tanpa mengambil kira jalan penyelesaian yang sepatutnya.
“Tiada sebarang persoalan yang timbul mengatakan bahawa kementerian dan DBKL mahu menghentikan atau menghalang mana-mana pihak serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk terus menderma dan melakukan kerja-kerja amal seperti kebiasaaan.
“Cuma kaedah dan lokasi yang tidak sesuai perlu diambil kira. Ini bagi mengelakkan sebarang permasalahan akan datang timbul seperti keracunan makanan akibat kekotoran, kencing tikus, masalah kebersihan yang berlarutan dan kecacatan pemandangan kawasan tumpuan pelancong,” katanya.
Tengku Adnan menjelaskan pengumuman mengenai perkara tersebut yang dimuat naik dalam laman Facebooknya telah disalah ertikan pelbagai pihak.
Namun beliau berkata, segala pendapat berhubung perkara itu amat dialu-alukan.
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghalang mana-mana NGO untuk menjalankan kerja-kerja amal dan membantu golongan gelandangan dan miskin di ibu kota. Saya juga sedar pihak mengkritik saya berhubung isu ini,” katanya.
Tengku Adnan berkata, beliau berharap agar orang ramai mengambil sedikit masa untuk memahami apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk membersihkan bandar raya itu. – mStar Online
TOP
Mya Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Beyonce
Penyanyi Mya telah memberi respon kepada khabar angin bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Jay Z.
Bintang Lady Marmalade ditanya di Instagram mengenai khabar angin itu oleh peminat-penimatnya dan ini adalah jawapan beliau:
'Tidak pernah dan tidak akan (Berkenaan hubungan sulit bersama Jay Z)'.
Seorang peminat juga telah bertanya kepada Mya:
Dengar kata kamu sudah 11 tahun ada hubungan dengan Jay Z. Kemu perempuan simpanannya kah?
'Janga percaya kepada media yang menulis tanpa fakta yang betul'
Khabar angin bermula awal minggu ini apabila media online menyatakan penyanyi R&B, Mya mempunyai hubungan dengan Jay Z, 44. - SiakapKeli.com
TOP
Hadi Nafi Terbabit Komplot Singkir Khalid
Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan akan diambil alih oleh Dr Wan Azizah (kanan) selepas sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor. Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini. Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat. Menurut Samsuri, sama ada Anwar atau Abdul Hadi sendiri masing-masing tidak membangkitkan isu di Selangor termasuk kedudukan Menteri Besar. "Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan 'Selangor' atau 'Menteri Besar' pun tidak disebut langsung," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya Abdul Khalid akan disingkirkan dari kedudukannya selepas Aidilfitri atau pada Ogos ini. Laporan yang dimuatkan dalam ruangan komen oleh seorang kolumnis portal itu menyebut Anwar mengadakan perbincangan mengenai rancangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid ketika di IJN baru-baru ini. Tanpa memetik sumber maklumat tersebut, dikatakan Abdul Hadi akur dengan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid. Dilaporkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan menteri besar atau exco kanan.─ mStar online

Pengajar AADK Didenda Cederakan Isteri
SEREMBAN – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau enam bulan penjara ke atas seorang tenaga pengajar di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Sepang kerana mencederakan isterinya, tahun lalu.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Albaari Ghazali, 32, selepas dia mengaku bersalah di mahkamah, semalam.
Mohd Albaari dituduh dengan sengaja mencederakan isterinya, Malina Ismail, 34, di sebuah rumah di Sri Palma Villa, Mantin kira-kira 7.10 petang, pada 2 Mei tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, ketika mangsa berada di rumah, dia telah dipukul oleh tertuduh di bahagian muka, selain ditendang belakang badan.
Mangsa yang dalam proses penceraian dengan tertuduh telah mengalami lebam di pipi kiri dan cedera di belakang badan. Kejadian ini berpunca daripada keengganan mangsa menandatangani surat tukar hak milik kedai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zainudin.
Sumber: Sinar Harian Online
TOP
Pekerja Kolej Maut Digilis Lori Di Melaka
Alor Gajah – Seorang pekerja kolej matrikulasi maut apabila terjatuh dari motosikal ditunggang sebelum digilis lori muatan batu blok di Pengkalan Balak, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa, Hayarnisabi Ibrahim Shah, 45, maut di tempat kejadian di mana sebahagian tubuhnya bersepai.
Difahamkan kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa yang keluar dari simpang di situ merempuh bahagian tengah lori yang sedang bergerak.
Akibat rempuhan itu wanita berkenaan digilis menyebabkan sebahagian badannya bersepai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai keluar dari simpang sebuah sekolah selepas menghantar dua anaknya sebelum terbabit kemalangan.
Mayat dihantar ke bilik mayat Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online
TOP
RM16 Juta Untuk Kepala Zulkifli @ Marwan - FBI
Zulkifli Abd Hir.
KUALA LUMPUR: Pengganas antarabangsa yang juga rakyat Malaysia, Zulkifli Abd Hir masih belum meninggal dunia. Dia masih hidup dan menjadi individu paling dikehendaki di dunia dan pengganas yang sukar ditangkap. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menawarkan RM16 juta sebagai bayaran untuk mendapatkan kepala Zulkifli dan agensi keselamatan itu meningkatkan operasi mereka dalam menjejaki individu berbahaya ini, terutamanya selepas melihat insiden keganasan di Syria dan Iraq. Mereka khuatir dengan kebangkitan keganasan berikutan seruan Abu Bakar Baghdadi - kini dianggap sebagai pengganas paling berbahaya di dunia - kepada kumpulan radikal Islam di seluruh dunia untuk bangkit dan berjuang demi negara Islam. Agensi keselamatan serantau berkata mereka kini sedang meneliti semula pergerakan Zulkifli berikutan insiden di Timur Tengah dan kesannya terhadap Asia Tenggara. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan mengesahkan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Marwan masih hidup, walaupun laporan terdahulu mengatakan beliau terbunuh dalam serangan udara pada 2 Februari 2012. "Kami menyedari laporan yang mengatakan dia terbunuh beberapa tahun lalu. Itu tidak benar. Kami percaya dia masih bersembunyi di selatan Filipina," katanya pada Khamis. Ayob berkata, pasukannya kini sedang mengesan Marwan dan memantau individu yang rapat dengannya. Ketika ditanya sama ada Zulkifli mungkin terlibat dalam gerakan kumpulan militan di negara ini dan menghantar pejuang ke Syria dan Iraq, beliau berkata, polis tidak menolak sebarang kemungkinan. Difahamkan Zulkifli, anak jati Muar, Johor mempunyai seorang isteri di Malaysia tetapi berkahwin dengan tiga warga Filipina sepanjang tempoh persembunyiannya. Bekas jurutera berusia 48 tahun yang mendapat latihan di AS turut dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang kini aktif di Filipina. Beliau juga merupakan pakar dalam membuat bom. Sumber perisikan berkata, ketua Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) itu dianggap sebagai pembekal bom kepada kumpulan radikal dan juga seorang pelatih kepada ahli kumpulan tersebut. "Oleh itu penangkapannya amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan. Dia adalah sebahagian daripada kumpulan Jemaah Islamiyah yang bertanggungjawab dalam serangan bom di Bali yang menyebabkan 200 orang maut," kata seorang penganalisis. Adiknya, Rahmat Abdhir, seorang warga AS, kini ditahan di Guantanamo, berikutan penangkapannya di California kerana terlibat dalam konspirasi menyediakan bekalan sokongan kepada pengganas. Zulkifli, sama seperti ahli KMM yang lain, dilaporkan berlepas ke Afghanistan pada lewat 1980-an untuk menyertai misi menentang Rusia. Sekembalinya ke Malaysia, Zulkifli menubuhkan KMM bertujuan untuk membentuk negara Islam serantau melalui keganasan. Ahli KMM dikaitkan dengan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Dr Joe Fernandez pada 2002, penggeboman di sebuah gereja dan sebuah kuil Hindu serta serangan di balai polis Guar Chempedak pada 4 Februari 2001. Mereka yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri termasuk pemimpin PAS di peringkat akar umbi iaitu Zainon Ismail, Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin dan Nik Adli Nik Aziz, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan. Sumber: mStar online

Pusat Hiburan Keluarga Tempat Berjudi
Bahau – Seramai 11 pelanggan dan tiga penjaga premis ditahan dalam Ops Dadu di sebuah pusat hiburan keluarga disyaki menjalankan kegiatan mesin judi di di Jalan Casuarina 2, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, pihaknya membuat serbuan dan pemeriksaan serta mendapati ada beberapa mesin permainan hiburan sedang beroperasi, pada jam 10.05 malam.
Premis hiburan keluarga itu disyaki berselindung di sebalik lesen perniagaan sah dan menjalankan kegiatan mesin judi.
Beliau berkata, dua pegawai dan 10 anggota diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Jempol, Asisten Superintendan Mohd Yazed Mohd Serah terbabit dalam operasi itu.
“Kita merampas 11 mesin permainan hiburan, 117 kad baucar mata ganjaran dan tujuh patung beruang pelbagai jenis serta menahan 11 pemain berusia 20 hingga 40 tahun yang leka bermain ketika serbuan dibuat,” katanya.
Hamzah berkata, semua pemain dibebaskan dengan jaminan polis selepas direkodkan keterangan manakala tiga penjaga premis warga Bangladesh direman 14 hari untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 51 ( 1 ) Akta Imigresen.
Sumber: myMetro Online
TOP
Awie Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri
Gambar dari RotiKaya.com
KUALA LUMPUR – Penyanyi rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, atas pertuduhan memukul isterinya, baru-baru ini. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, hingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan. Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana Ampang, di sini, kira-kira jam 1.30 petang, pada 2 Jun lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Selsyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Akhbar sebelum ini melaporkan Awie yang juga vokalis kumpulan Wings dikatakan mencederakan isterinya di tempat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius. Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada 17 Jun lalu, kerana bimbang kejadian sama akan berulang. Ahad lalu, selepas tersebarnya beberapa keping gambar isterinya yang mengalami kecederaan di laman sosial, Awie mengaku dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Sumber: BH Online

Telefon Nokia Antik Menyelamatkan Nyawa Pendaki Sesat Di Taiwan
Sedekad yang lalu majoriti di kalangan kita menggunakan telefon bimbit buatan Nokia kerana ianya terkenal dengan ketahanan bateri dan sukar untuk dimusnahkan. Jutaan Meme boleh ditemui di internet mengenai ketahanan telefon Nokia terutamanya Nokia 3310 yang hampir mustahil untuk dimusnahkan. Sejak wujudnya telefon pintar, telefon kurang pintar keluaran Nokia semakin dilupakan. Nokia sendiri kini mementingkan telefon pintar dengan skrin sesentuh dari telefon kurang pintar mereka yang sudah terjual lebih daripada 1.5 billion unit.
Di Taiwan ada kejadian menarik yang mungkin akan membuatkan anda mahu menyimpan sebuah telefon kurang pintar Nokia untuk kegunaan ketika kecemasan. Liu Quanming (70) dilaporkan hilang selepas menyertai ekspidisi meredah hutan bersama beberapa orang teman 20 Jun yang lalu. Selepas hilang operasi menyelamat dijalankan dan beliau dapat diselamatkan selepas hilang selama 5 hari. Pihak polis mengesan kedudukan beliau menggunakan isyarat dari telefon Nokia beliau yang sudah digunakan selama 10 tahun. Jika beliau menggunakan telefon pintar kami yakin peranti tersebut sudah kehabisan bateri.
Kami masih menyimpan dua telefon Series 40 Nokia di rumah untuk kegunaan ketika kecemasan. Sebabnya ialah kami menonton siri TV Doomsday Preppers dan kebanyakan individu yang bersedia untuk “hari kiamat” menggunakan telefon Nokia kerana hayat bateri yang lama serta ianya lebih tahan lasak dari telefon pintar yang sering kami gunakan. Adakah dikalangan pembaca Amanz yang juga menyimpan sebuah telefon tidak pintar untuk kegunaan kecemasan seperti kami? Jika ya apakah jenama dan model yang anda simpan?
Sumber: NBC / Amanz.my
TOP
Mangsa Kebakaran Di Jinjang Petang Khamis
KUALA LUMPUR: Satu kebakaran yang mengerikan telah berlaku di sebuah rumah yang terletak berhampiran SMK La Salle, Jalan Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
Kira-kira jam 5.30, api telah marak dan anggota bomba dari Balai Bomba Jinjang, Hang Tuah, Sri Hartamas dan Taman Tun yang dikejarkan ke tempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran sekitar jam 5.48 petang.
Hari ini turut tersebar di laman sosial gambar-gambar berkenaan kejadian kebakaran tersebut termasuklah gambar seorang mangsa yang dalam keadaan yang parah akibat sebahagian dari badannya melecur.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Rakyat Boleh Tulis Surat Kepada PM
CYBERJAYA – Rakyat Malaysia berpeluang menulis surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyalurkan cadangan untuk meningkatkan industri pelancongan di negara ini melalui ‘Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2014′.
Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Che Azemi Haron berkata tema pelancongan dipilih bersempena Tahun Melawat Malaysia, dengan sasaran penyertaan yang lebih banyak pada tahun ini berbanding 79,875 tahun lalu.
Peserta boleh memilih satu daripada tiga tajuk iaitu ‘Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Pilihan Pelancong Asing’, ‘Pengalaman dan Keistimewaan Melancong di Malaysia’ dan ‘Cadangan Untuk Meningkatkan Industri Pelancongan di Kawasan Anda yang Berkonsepkan Pelancongan 1Malaysia’.
Selain kategori Sekolah Rendah (150-250 patah perkataan), Sekolah Menengah (350-500 patah perkataan) dan Terbuka untuk 18 tahun ke atas (550-700 patah perkataan), kategori baharu yang diperkenalkan adalah untuk orang kelainan upaya (OKU) dari 9 hingga 45 tahun (tidak melebihi 300 patah perkataan), katanya.
“Surat mesti bertulis tangan dan tidak boleh ditaip kecuali bagi kategori OKU (penglihatan) surat itu hendaklah menggunakan mesin taip braille dan karya yang dihantar disertakan dengan terjemahan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pertandingan edisi ke-5 itu yang merupakan anjuran bersama Pos Malaysia Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pendidikan, bermula 1 Julai hingga 31 Ogos.
“Kita juga telah membukukan 100 surat terbaik setiap tahun iaitu empat buku dalam empat tahun lalu dan ia akan diterbitkan untuk pembacaan umum dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka tidak lama lagi,” katanya.
Beliau berkata selain menggalakkan budaya menulis di kalangan generasi muda dan masyarakat Malaysia serta meningkatkan kecekapan penulisan, pertandingan itu juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan industri pelancongan.
Sepuluh pemenang dalam setiap kategori akan menerima wang tunai, album setem, sijil, netbook dan hadiah-hadiah lain bernilai RM72,800 yang dijangka disampaikan pada 9 Okt bersempena Sambutan Hari Pos Sedunia.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.pos.com.my, www.skmm.gov.my atau di laman Facebook www.facebook.com/surat2014 dan www.twitter.com/surat1malaysia. - BERNAMA
TOP
Shah X-Factor & Keluarga Nyaris Kemalangan
Ahli kumpulan X-Factor, Shah dan keluarga berdepan detik cemas apabila hampir ditimpa muatan besi untuk projek pembinaan MRT dari sebuah lori treler yang terjatuh di tengah jalan.
Menerusi emel yang dikongsikan kepada kami, kejadian tersebut berlaku pada jam 1.45 pagi, 1 Juali lalu bersebelahan Tol lebuhraya SPRINT (Jalan dalam) menuju ke TTDI atau Tropicana City Mall.
Shah turut menambah, lori tersebut turut membawa lebihan muatan dan tidak mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan. Malah, marshal yang mengiringi lori terbabit dilihat seperti tidak mempunyai fungsi apa-apa.
"Isteri saya sempat menekan 'break' kecemasan kereta yang dipandu dan lagi seinci untuk berlanggar dengan muatan yang jatuh di hadapan kereta dengan tiba-tiba.
"Syukur kereta kami tidak ditimpa atau berlanggar dengan muatan yang terjatuh di handapan kereta kami. Saya telah membuat laporan polis dan keluarga saya terutamanya isteri dan anak masih lagi truama dengan kejadian tersebut," ujar Shah dalam emelnya.
Perkara sebegini bukanlah pertama kali berlaku. Ianya harus dipandang serius dan tindakan sewajarnya perlu diambil sebelum berlaku kejadian yang lebih buruk berlaku sehingga boleh mengorbankan nyawa.
Sumber: Media Hiburan Krangkraf
Sumber: Media Hiburan Krangkraf
TOP
Ladang Babi Positif JE Akan Dikuarantin
GEORGETOWN – Ladang babi di negeri ini yang menunjukkan keputusan positif virus Ensefalitis Jepun (JE) terhadap sampel darah haiwan itu akan dikuarantin, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin.
Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang akan mengeluarkan satu pewartaan penyakit seperti termaktub dalam Ordinan Haiwan 1953 dan Perintah Haiwan (Kawalan Penyakit Viral Ensephalitis) 1999 yang akan diumum Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekiranya ujian sampel darah itu positif JE.
“Kerajaan negeri memandang serius terhadap pendedahan kes virus Ensefalitis Jepun (JE) yang melanda negara. Kami akan mengambil langkah pencegahan perlu bagi mencegah virus ini daripada tersebar.
“Kerajaan negeri akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk mengatasi masalah ini dan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kawalan vektor nyamuk telah dimulakan sejak pendedahan kes JE itu dan ia akan diteruskan.
Dr Afif berkata, kerajaan negeri turut bimbang dengan prosedur Kementerian Kesihatan yang tidak memaklumkan mengenai penularan jangkitan virus itu dari awal untuk tindakan pihak berkenaan.
“Saya menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam untuk menyiasat perkara ini dan melakukan perubahan yang sewajarnya demi melindungi kepentingan kesihatan rakyat,” katanya.
Tiga kes JE dilapor di negeri ini melibatkan dua kanak-kanak dan seorang remaja lelaki.
Dua kanak-kanak itu ialah seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lima bulan, Norain Nasuha Shukri yang dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Dr Afif berkata, kes pertama melibatkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tinggal di Lorong Seratus Tahun, di sini dan sedang pulih, namun belum sihat sepenuhnya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang mengalami simptom seperti demam berpanjangan, loya, muntah atau pening kepala supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. – BERNAMA
TOP
Rizalman Tidak Boleh Dibicara Di Malaysia
Peguam kanan di sini percaya kerajaan Malaysia tidak mempunyai pilihan tetapi membiarkan pegawai yang dituduh melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand dihantar balik ke negara itu dan dibicarakan di sana.
Ini kerana mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Di Luar Negeri 1976, kesalahan yang dilakukan oleh pegawai itu tidak terpakai dalam kes ini untuk mewajarkan dia dibicarakan di mahkamah di Malaysia.
Akta itu bertujuan menguruskan kesalahan tertentu di bawah undang-undang bertulis yang dilakukan di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia dan di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana pesawat yang didaftarkan di Malaysia atau selainnya, seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia.
Kebanyakan peguam kanan berkata amatlah sukar bagi Pegawai Waran II daripada Kementerian Pertahanan (Mindef) itu dan bertugas di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand untuk didakwa di negara ini kerana kesalahan itu tidak tertakluk di bawah akta itu dan juga kesalahan dilakukan di negara lain.
Bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata berdasarkan kesalahan, beliau tidak fikir pegawai terbabit boleh dibicarakan di negara ini.
“Menurut akta itu, jika seseorang melakukan kesalahan di luar negara di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi, dia boleh didakwa atau dibicarakan di negara ini. Saya tidak fikir kesalahan yang dilakukan oleh pegawai itu boleh dibicarakan di negara ini,” katanya kepada Bernama di sini.
Pada Selasa, Wisma Putra mengumumkan pegawai itu akan dihantar kembali ke Wellington selepas kerajaan New Zealand mendesak supaya tertuduh dibicarakan di sana.
Mohamed Yusof menjelaskan bahawa sebarang kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang perwakilan kuasa diperakui oleh Peguam negara sebagai boleh menjejaskan keselamatan negara, maka ia boleh dibicarakan di negara ini.
“Saya fikir di Perancis, negara itu mempunyai undang-undang yang meletakkan bidang kuasa umum berhubung jenayah yang dilakukan oleh, atau terhadap rakyat negara itu, tidak kira di mana kesalahan itu mungkin dilakukan tetapi di Malaysia, ia terbatas ” kata beliau.
Lagipun, Mohamed Yusof yang kini seorang peguam berkata jenayah itu dilakukan di New Zealand dan oleh itu, negara itu mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes.
Peguam kes jenayah, Edmund Bon berkata mahkamah Malaysia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu memandangkan jenayah dilakukan di luar negera.
“Amat sukar bagi pegawai itu untuk menjawab tuduhan di sini kerana jenayah itu dilakukan di New Zealand,” kata beliau.
Ketika ditanya tentang imuniti diplomatik pegawai berkenaan, beliau berkata mengikut Common Law, ia hanya terpakai dalam menjalankan tugas sebagai diplomat.
“Imuniti diplomatik tidak meliputi kesalahan seksual, jika anda melakukan jenayah, ia tidak terpakai,” kata peguam itu.
Pada 1 Julai, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian menyokong keputusan Wisma Putra untuk menarik balik imuniti diplomatik pegawai itu untuk membolehkannya didakwa mengikut undang-undang New Zealand.
Pegawai itu ditahan oleh polis New Zealand pada 9 Mei atas tuduhan melakukan pecah rumah dan melakukan serangan seksual ke atas wanita berusia 21 tahun.
Dia didakwa di mahkamah New Zealand sehari kemudian kerana melakukan pecah rumah dan melakukan serangan seksual dengan niat untuk merogol tetapi perintah dikenakan untuk melindungi identitinya.
Tertuduh ditangkap selepas dia dikatakan mengekori wanita itu ke rumahnya pada 9 Mei dan menyerangnya.
Sumber: BERNAMA
TOP
Empat Anggota Kanan LTTE Ditahan Polis Malaysia
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki warga Sri Lanka, dipercayai anggota kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) Sri Lanka dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat mereka ditahan kerana disyaki anggota kanan LTTE yang terbabit dalam melancarkan serangan di Sri Lanka serta merancang untuk mengaktifkan LTTE dengan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka.
"Suspek pertama yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) adalah pakar pembuat bahan letupan; suspek kedua terbabit dalam cubaan membunuh bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999.
"Suspek ketiga pula bersubahat dengan seorang warganegara Sri Lanka yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman pada 14 Mei lalu kerana merancang untuk melancarkan serangan ke atas pejabat konsulat asing di Chennai dan Banglore, India," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khalid berkata, suspek yang sama juga terbabit dalam aktiviti pemalsuan dokumen perjalanan, pas pelajar warga asing dan aktiviti penyuludupan manusia.
"Suspek keempat pula terbabit dalam pengumpulan dan penyaluran maklumat kepada LTTE untuk tujuan merancang serangan," katanya.
Beliau berkata, antara barangan yang dirampas dalam operasi berkenaan adalah sejumlah besar pasport palsu pelbagai negara dan cop rasmi palsu Jabatan Imigresen Malaysia dan kedutaan-kedutaan asing.
"Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Sumber: BH Online
TOP
Khairy Jamaluddin Temnpah 6 Baju Melayu Hipster!
Kredit Foto Instagram @ZeryZamry
KL, 3 JULAI 2014: Jika sebelum ini label pereka Zery Zamry sudah sinonim dengan busana indah buat persalinan raja sehari mahupun buat si gerangan cantik jelita mahu melaram dengan baju raya ilham daripadanya, tetapi untuk tahun ini Zery Zamry berubah angin. Kali pertama menghasilkan koleksi baju melayu sempena Aidilfitri yang asalnya hanya sekadar ingin mencuba telah membuahkan hasil apabila tidak menang tangan Zery menerima tempahan. Yang paling mengejutkannya apabila dia mendapat tempahan daripada seorang VVIP yang berstatus selebriti. Individu yang dimaksudkan adalah Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang menghubunginya sendiri untuk menempah koleksi “Baju Melayu Hipster by Zery Zamry” itu ketika tempahan bagi baju melayu itu hampir ditutup. “Mula-mula ketika terima mesej di Whatsapp, sama seperti pelanggan lain YB Khairy bertanyakan bagaimana jika ingin menempah. Setelah menerangkan semua, dia memberitahu bahawa di adalah YB Khairy Jamaluddin. “Pada mulanya saya tidak percaya kerana tidak sangka pula koleksi baju melayu hipster saya mendapat perhatian YB yang memberitahu melihatnya di Instagram. Setelah bersetuju kami bertemu dan YB Khairy telah menempah 6 pasang koleksi Baju Melayu Hipster by Zery Zamry,”cerita Zery ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam pada itu, Zery turut berkongsi rahsia koleksi baju rayanya hingga berjaya mencuri tumpuan individu seperti Menteri Belia & Sukan Malaysia itu. “Ia mungkin kerana potongan koleksi baju melayu saya telah dimodenkan agar nampak lebih terletak pada badan si pemakai disamping elemen gabungan fabrik yang menonjolkan kelainan. Setiap pasang akan didatangi dengan samping dan butang baju melayu. “Tempahan buat masa ini sudah ditutup tetapi jika ada yang mahu menggayakan ia selepas raya mereka boleh menghubungi saya untuk berunding mengenainya. Saya pun tidak sangka tak sampai seminggu sambutan begitu baik dan untuk tahun depan saya akan merancang lebih awal,”tambahnya lagi.
Bersesuaian dengan peranan YB Khairy yang menjadi barisan hadapan para remaja dan anak muda, pendekatan yang diambilnya ini menunjukkan sokongan serta mendekatkan lagi dia dengan bakat-bakat muda dinegara ini. Sumber: Murai

Ziana Zain Pun Dah Mula Berhijab
Baru-baru ini Neelofa telah menunjukkan yang beliau mula berhijab dan kini perkara yang sama dilakukan oleh Ziana Zain. Mungkin kerana ingin mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga mereka berdua akan terus kekal berhijab seperti mana yang dituntut oleh agam Islam.
Menerusi laman perkongsian gambar Instagram, Ziana Zain telah memuatnaikkan gambarnya terbarunya yang berhijab.
Bagaimanapun, manis juga ya beliau berhijab. Semoga imej ini kekal bersama Ziana Zain - SiakapKeli.com
TOP
Jais dikecam lagi, kali ini silap ‘tangkap basah’
Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.
Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.
"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.
"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.
Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid kerana kekeliruan status agamanya.
Hanisha berkata, mereka kemudiannya dibawa ke balai polis dan diarahkan datang ke pejabat Jais pada 23 Jun lalu.
"Di Jais kami diarah mengisi borang dan memberi nama penjamin. Kami juga diarahkan membawa wang sebanyak RM3,000 seorang ketika perbicaraan.
"Namun saya membantah, bagaimana mereka boleh minta kami membayar wang sedangkan kami tidak bersalah. Saya dalam rumah ketika itu dan Mukamil di luar," katanya.
Peguam Latheefa Koya yang mewakili empat mangsa berkenaan berkata, tindakan Jais membuktikan penyalahgunaan kuasa dan anak guamnya tidak diberikan hak membela diri.
Beliau berkata, melalui surat perjanjian dan jaminan tertulis peringatan untuk mangsa membawa wang sebanyak RM3,000 pada tarikh perbicaraan.
"Saya berpendapat Jais menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor .
"Perbuatan Jais ini amat memalukan dan mencemarkan nama Islam kerana kita tidak diajar untuk membuka aib orang, kita sepatutnya melindungi," katanya.
Katanya, dalam Islam tidak wujud istilah khalwat dan ia hanya dicipta bagi menangani isu maksiat di kalangan masyarakat Islam.
"Tidak ada istilah khalwat sebenarnya yang ada hanyalah berzina dan ia memerlukan empat saksi bagi mengesahkan perbuatan itu, langsung tiada elemen khalwat sebenarnya dalam Islam," katanya.
Latheefa berkata, beliau mewakili anak guamnya menuntut Jais membatalkan tuduhan berkenaan dan sekiranya gagal, mangsa akan bertindak memfailkan saman.
Beliau berkata, anak guamnya juga sudah membuat laporan polis agar siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais itu.
"Laporan polis dibuat pada 30 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di mana anak guam saya menuntut siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais iaitu Alfian Ahmad dan Mohd Zulfadli Mohd Noor yang membuat tangkapan kira-kira jam 12 malam, Ahad lalu.
"Insiden ini melibatkan maruah seseorang yang berlaku di kawasan berdekatan dengan jiran, kita tuntut Jais membuat permohonan maaf dan membatalkan pertuduhan, jika enggan kita akan failkan saman," katanya.
Latheefa turut menggesa Jais merombak semula sistem pelaksanaan jabatan agama itu.
"Saya percaya terdapat banyak lagi kes seperti anak guam saya berlaku namun tidak dibangkitkan, ia sudah berlarutan agak lama.
"Ini merupakan kali pertama mangsa tampil dengan lantang untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa badan agama," katanya.
"Kenapa mereka tidak buat serbuan di hotel mewah? Sekiranya mereka lakukan, kemudian ia boleh diselesaikan kerana kuasa dan wang apabila ada yang terlibat merupakan orang berpengaruh," katanya. – 4 Julai, 2014.
Sumber: The Malaysian Insider
TOP
Tuduhan Pukul Isteri, Ini dugaan Ramadan ─ Awie
Vokalis Kumpulan Wings, Awie didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun dua minggu lalu. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
"SAYA hadapi perkara ini dengan tabah, ini dugaan Ramadan," kata Awie kepada pemberita selepas mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun,36, di Mahkamah Majistret Ampang hari ini. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,46, berkata, perkara paling penting baginya sekarang adalah untuk terus membesarkan anak-anak. "Alhamdulillah, saya rasa tiada apa-apa. Kehidupan saya akan diteruskan seperti biasa, yang penting saya hendak menjaga anak-anak saya," katanya. Sementara itu, ketika ditanya mengenai kesahihan gambar yang menunjukkan Rozana dipukul, Awie enggan memberi sebarang komen. "Tiada komen, kita jumpa di mahkamah nanti dan kita akan tahu apa yang berlaku," ujar pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah itu. Terdahulu Awie didakwa di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, dua minggu lalu. Namun Awie mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman. Berdasarkan kertas pertuduhan, Awie didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di Jalan 9 USB 5, Taman Ukay Bestari, kira-kira jam 1.30 petang 2 Jun lalu. Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes. - Sinar Online

Cikgu Dikecam Muat Naik Video Lucu Anak Muridnya
Satu video yang dirakamkan oleh seorang guru di sekolah yang mana dalam rakaman terbebut, guru itu bertanya kepada seorang anak murid perempuannya berkenaan buku yang berada diatas meja murid itu yang mana amat sedih keadaan buku itu. Lalu guru itu bertanya, “Ini buku ke belacan?” dan dijawab anak muridnya itu “Buku boleh belacan pun boleh”.
Melihat kepada cara rakaman dan reaksi murid itu serta cara guru itu bertanya dengan suara seakan-akan melawak, video tersebut telah dinaikkan oleh guru tersebut bertujuan suka-suka dan juga disebabkan ileh kecomelan adik tersebut bergurau senda dengan gurunya.
Bagaimanapun, guru tersebut telah dikecam kerana video itu telah menjadi bahan ejekan oleh rakan-rakan sebaya dengan murid perempuan tersebut. Kepada kita orang dewasa mungkin seronok dan lucu menonton video tersebut tetapi bagi rakan sebaya murid tersebut lain pula ceritanya.
Jadi, selepas ini haruslah kita beringat dan lebih berhati-hati sebelum berbuat sesuatu yang melibatkan perkongsian di internet samada dari segi perkataan mahupun video ataupun gambar. Haruslah dipertimbangkan dalam beberapa sudut, buruk baik, serta kesannya kepada sesetengah pihak.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Suarez Sumber Niaga Di Beijing ─ Jadi Produk Pembuka Tudung Botol
Produk pembuka botol yang memaparkan aksi Suarez menggigit akan dipasarkan mulai minggu depan.
BEIJING: Pembuka botol memaparkan imej bintang Uruguay, Luiz Suarez yang menggigit bahu pemain pertahanan Itali tersebar luas di laman web di China untuk tempahan.
Ternyata insiden membabitkan Giorgio Chiellini itu kini bertukar menjadi peluang bisnes untuk golongan peniaga di negara ini.
Setakat ini, lebih 200 penjual di laman web Taobao menjual pembuka botol itu pada harga serendah 15 yuan.
Bagaimanapun, pembuka botol itu masih belum dihasilkan dan pengeluar berusaha menyiapkan tempahan sebelum ia mula dipasarkan minggu depan.
Penjual, yang dikenali sebagai Lin Mumu0393 memaklumkan dia menerima 108 tempahan dan masih berurusan dengan pengeluar untuk menghasilkan produk itu.
Dia mendakwa akan mempunyai bekalan yang terhad dalam tempoh dua minggu.
Sementara itu, pemilik kilang yang menghasilkan produk itu berkata, syarikatnya sudah menerima banyak tempahan daripada peniaga.
No comments:
Post a Comment