TOP
JE: Syarat Baharu Terhadap Penternak Babi Lebih Ketat
Kes jangkitan JE menyebabkan dua kanak-kanak mengalami masalah kesihatan.
BERA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menguatkuasakan peraturan baharu yang lebih ketat terhadap penternak babi bagi mengekang penularan wabak Ensefalitis Jepun (JE). Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu itu akan diumum dalam waktu terdekat. "Kita mahu ladang babi mempunyai 'buffer zone' yang lebih selamat seperti jarak kandang babi dengan kawasan kampung atau petempatan manusia, berapa jauh atau berapa kilometer mereka boleh bina kandang babi. "Jika kandang babi dibina dalam radius berkenaan kita tak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan menutup kandang terbabit," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan zakat dan berbuka puasa bersama penduduk Felda Rentam di sini semalam. Ismail Sabri berkata, penternak juga dicadang membina kandang secara tertutup selain mempunyai sistem kumbahan lebih sistematik. Mengulas mengenai kes ikan patin yang didakwa diberi makan bangkai babi di Ipoh, beliau berkata pihaknya masih lagi menunggu laporan Jabatan Perikanan Perak bagi menentukan kebenaran dakwaan itu. Katanya, pihaknya juga akan mengkaji beberapa peraturan menurut Akta Perikanan bagi mengambil tindakan terhadap pengusaha kolam ikan yang didapati berbuat demikian. "Beberapa perkara perlu diteliti sebelum kita nak ambil tindakan...buat masa ini kita hanya bagi nasihat kepada pengusaha-pengusaha lain agar tidak berbuat demikian (memberi makan bangkai babi) kepada ternakan ikan mereka," katanya.

Serangan Seksual: Kerajaan M'sia Tanggung Tambang Pergi Balik, Lapor NZ Herald
Muhammad Rizalman Ismail.
PETALING JAYA: Kerajaan akan menanggung tambang penerbangan pergi balik untuk pegawai diplomatik yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di New Zealand pada Mei lalu, lapor New Zealand Herald. Wisma Putra telah bersetuju untuk menghantar Muhammad Rizalman Ismail, 38, ke New Zealand untuk membantu penyiasatan kes itu dan menurut laporan itu, perbelanjaan pulangnya akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia. Rizalman merupakan pembantu staf atase pertahanan, yang menguruskan hal keselamatan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington. Beliau kini menjalani penilaian psikiatrik di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur. Pada 9 Mei lalu, beliau ditahan kerana didakwa melakukan serangan terhadap Tania Billingsley, 21, di kediaman wanita itu di Brooklyn, Wellington. Rizalman didakwa di sebuah mahkamah di New Zealand pada 10 Mei lalu kerana pecah masuk rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk merogol, tetapi diketepikan selepas menggunakan kekebalan diplomatiknya. Beliau dan keluarganya dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu.

Polis Johor Lancar Peranti S.O.S Bantu Mangsa Jenayah
Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
JOHOR BAHRU: Polis Johor melancarkan peranti yang dinamakan S.O.S bagi membantu mangsa jenayah. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, peranti yang mesra pengguna itu merupakan alat untuk menghubungkan orang awam dengan pihak polis ketika berlaku kecemasan. "Dalam dunia hari ini, polis perlu bergerak lebih ke hadapan bagi menangani penjenayah dan kita perlu menggunakan teknologi untuk memerangi jenayah," katanya kepada para pemberita di sini, Ahad. Mohd Mokhtar berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran butang penggera ResQ yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, peranti itu merupakan inisiatif daripada penggunaan aplikasi telefon pintar, CommAlert yang dilancarkan pada Mac tahun lepas, yang membolehkan orang awam dapat berhubung dengan polis secara terus apabila berlaku kejadian yang tidak diingini.

Aidilfitri: Kenderaan Berat Dilarang Guna Jalan Raya Pada 26/27 Julai, 2/3 Ogos
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan larangan terhadap tiga kategori kenderaan berat daripada menggunakan jalan raya dalam tempoh empat hari dan masa terpilih semasa Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh-tarikh sekatan ialah pada 26 Julai dan 27 Julai, yang dijangka menjadi waktu pucak bagi orang ramai untuk pulang ke kampung, dan pada 2 Ogos dan 3 Ogos, apabila orang ramai mula pulang ke kota selepas bercuti.
Sekatan itu bertujuan untuk mengurangkan kemalangan dan mahu memastikan kelancaran trafik semasa tempoh berkenaan.
Berdasarkan sumber JPJ kepada The Star, kategori pertama kenderaan itu yang dilarang berada di jalan raya adalah lori muatan rendah yang membawa kayu balak dan bahan binaan, seperti simen, pasir, besi dan batu. Ia termasuk lori penggaul konkrit.
Antara dalam kategori ini adalah treler yang membawa muatan kenderaan dengan berat lebih 5,000 kilogram (kg), lori membawa bahan mineral seperti logam dan batu arang serta traktor bukan kecemeasan dan trak tunda.
Kategori kedua yang dilarang berada di jalan raya dari pukul 6 pagi sehingga tengah malam adalah lori kargo dan kontena yang membawa barangan elektrik dan elektronik.
Bagi kategori ketiga, di mana larangan dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang adalah kren mudah alih yang melibatkan jarak tidak lebih 25 kilometer (km) dari mana-mana tapak pembinaan di Lembah Klang, Johor Bahru, Kuantan dan Ipoh.
Tiada larangan untuk kenderaan lain menggunakan jalan raya pada mana-mana hari, termasuk lori kontena yang beroperasi antara pelabuhan dan lapangan terbang ke kawasan perindustrian dan tangki minyak.
Ini termasuk lori-lori yang membawa barangan harian, silinder gas dan bahan-bahan kimia untuk tujuan perubatan dan industri kimia, serta perkhidmatan kurier dan kenderaan bagi operasi menyelamat.
TOP
33,000 Tentera Israel Siap Sedia Lancar Serangan Darat
Kereta kebal dan perisai tentera Israel bersiap sedia di sempadan untuk melancarkan serangan darat.
BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 33,000 tentera Israel, peralatan perang termasuk kereta kebal dan perisai bersiap sedia serta ditempatkan di sepanjang sempadan untuk melancarkan serangan melalui darat di Semenanjung Gaza. Perancangan terbaharu ini membuktikan kekejaman Israel tidak pernah padam selepas serangan yang masuk hari kelima dan mengorbankan 127 orang. Ketika ini juga, sekurang-kurangnya 16 lagi kawasan penduduk Palestin menjadi sasaran dalam serangan ganas Israel. Pada masa sama, Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu bertegas untuk tidak tunduk dengan tekanan antarabangsa bagi menghentikan pengeboman, manakala Menteri Luar, Avigdor Lieberman pula memaklumkan keputusan akan dibuat mengenai serangan darat, selepas melancarkan fasa pertama melalui udara sebelum ini.
Anggota Israel diberi penerangan mengenai operasi yang bakal dilancarkan di Semenanjung Gaza di lokasi yang dirahsiakan.
Bagaimanapun, jurucakap tentera Jeneral Moti Almoz berkata, beliau menjangkakan serangan udara akan berterusan untuk beberapa hari kerana ‘terdapat banyak lagi sasaran untuk diserang’. Serangan terbaharu semalam membunuh tiga penduduk di timur kejiranan Tufah di Bandaraya Gaza, kata jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra. Pesuruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pilay menyuarakan kebimbangan berhubung jumlah kematian orang awam akibat serangan itu. Rejim Zionis turut mengebom dua buah masjid di Gaza semalaman. "Pengeboman dua buah masjid di Gaza itu menunjukkan betapa tidak bertamadun musuh itu," kata jurucakap Hamas di Doha, Qatar, Husam Badran. "Keganasan tersebut memberikan kami hak untuk meluaskan lagi tindak balas bagi menghalang tindakan Israel itu," tambahnya. Pihak tentera Israel menyiarkan gambar masjid yang diserang itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan roket. Tentera Israel menyatakan, pergerakan Hamas, Jihad Islam dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin menggunakan taktik itu untuk menyalahgunakan masjid dengan menyembunyikan senjata api.

Pakar Malaysia Ketuai Pembedahan Wajah Budak Lelaki Filipina
Jhonny sebelum dan selepas dibedah.
MELBOURNE: Pakar bedah Malaysia mengetuai pasukan empat pakar bedah untuk membuang ketumbuhan yang mencacatkan wajah seoang budak lelaki Filipina berusia tujuh tahun di Monash Children's Hospital di sini. Pakar bedah plastik, Dr James Leong Chin Sek, anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan berkata, Jhonny Lameon mengalami ketumbuhan di wajah yang membesar menerusi saraf di tengkorak. Pakar bedah berkenaan yang berkerja secara pro bono atau percuma, melakukan pembedahan selama lapan jam untuk membuang ketumbuhan itu dan membetulkan wajah Jhonny secara keseluruhan pada Mac lalu. "Saya menerima e-mel berserta gambar dan kisah Jhonny yang mengalami kecacatan teruk dan kami segera memutuskan untuk membantunya. "Pasukan kami di Monash Health menggerakkan semua sumber kami untuk membawa Jhonny ke Melbourne", kata Dr Leong, 48, kepada Bernama, di sini. Budak lelaki itu menjalani rawatan pemulihan di Monash Children's Hospital dan di ladang pemulihan Children First Foundation's di Kilmore, 40km utara Melbourne. Dr Leong, alumni University of Melbourne berkata, kecacatan seumpama itu jarang berlaku, dengan kira-kira seorang dalam 10,000 bayi dilahirkan dengan kecacatan itu. Jhonny kini lebih ceria dengan wajah baharunya. Beliau berkata, kebanyakan kes seumpama itu sepatutnya dirawat pada peringkat awal iaitu selepas dikesan melalui pemeriksaan 'ultrasound'. Tetapi dalam kes Jhonny, dia tinggal di kawasan amat miskin dan sudah hampir berusia tujuh tahun. Dr Leong berkata, disebabkan tiada kemudahan berhampiran rumah Jhonny, keluaranya tidak mampu mendapatkan rawatan intervensi di Filipina, pembedahan terpaksa dilakukan di Australia. Jhonny telah dinilai oleh pasukan daripada Interplast, badan bukan berasaskan keuntungan yang dibantu Rotary dan Royal Australasian College of Surgeons yang melakukan lawatan ke Filipina. Interplast kemudian menghubungi Dr Leong yang bersedia membantu kanak-kanak malang itu.
Jhonny yang buta sebelah mata akibat ketumbuhan itu kini makin pulih.
Dr Leong membenarkan Jhonny, yang ditemani ibunya Chochi, untuk pulang ke kampung halamannya di Mindanao. Bapanya seorang nelayan dan dia mempunyai 10 beradik. "Ada orang baharu dalam keluarga itu kerana semasa di Australia, Puan Lameon melahirkan anak diberi nama Jack pada Mac. Ini memang tidak dijangka dan benar-benar satu kejutan," katanya. Pada majlis bersama media, Chochi Lameon berkata: "Dr James melakukan kerja amat baik membuat hidung Jhonny. Jutaan terima kasih kepada Dr James. Saya berasa gembira kami boleh pulang ke rumah sekarang," katanya. Dr Leong membesar di beberapa negeri di Malaysia, kerana bapanya Leong Teng Boon adalah kakitangan awam sebagai jurukur tanah.

Beli Basikal Sampai RM 30,000, Duit Zakat Diseleweng Di Majlis Agama Islam Johor?
Hari ini, portal Ameno Word telah menimbulkan satu isu yang agak panas mengenai pengurusan duit zakat dari Majlis Agama Islam Johor kepada kanak-kanak miskin di Johor.
Intipati berita tersebut adalah, seseorang telah mengadu bahawa MAIJ telah membeli basikal untuk 60 orang kanak-kanak miskin di Johor dengan bayaran sebanyak RM 30,000. Ini bermakna basikal tersebut berharga RM 500 setiap satu.
Hasil kajian SK di Mudah.my mendapati harga paling mahal model basikal Schwin Candy berkenaan adalah RM 250 manakala yang paling murah adalah RM 190. Jelas sekali sesuatu yang tidak kena disitu. Duit zakat tidak elok diserongkan untuk kepentingan diri sendiri. Kalau dah lapar sangat nak makan duit haram, pergilah berjudi, teka nombor ekor ke. Sampai nak songlap amanah Allah ni dah melampau.- SiakapKeli.com

Sangka Langgar Hantu, Pemandu Cabut Lari
KUCHING: Menyangka melanggar hantu, seorang pemandu kereta melarikan diri selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Moyan di sini, malam kelmarin.
Menurut sumber, lelaki berusia sekitar 30-an itu semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Matang di sini sekitar jam 9 malam.
Bagaimanapun, semasa tiba di Jalan Sungai Moyan, dia dikatakan melanggar sebuah motosikal dari arah bertentangan selepas dipercayai mamasuki laluannya secara tiba-tiba.
“Menyedari perkara tersebut, dia terus berhenti dan selepas meninjau kawasan sekeliling, dia tidak melihat apaapa termasuk motosikal, seterusnya menimbulkan perasaan takut kerana menyangkakan dia telah melanggar hantu.
“Disebabkan itu, dia terus beredar dari tempat kejadian,” katanya.
Difahamkan, beberapa penduduk di kawasan berkenaan yang mendengar dentuman kuat bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menemui seorang lelaki serta sebuah motosikal di dalam parit.
“Mereka kemudian segera membantu mangsa selain turut menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.
“Selang beberapa minit kemudian, lelaki yang melanggar mangsa juga tiba di tempat kejadian dan menceritakan perkara tersebut kepada pihak polis,” katanya.
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa yang berusia sekitar 20-an dan berasal dari Malihah, Matang dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS). - TheBorneoPost.com
TOP
Kanak-Kanak Setahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Lima
SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat lima rumahnya di Flat PKNS Seksyen 24, dekat sini, kelmarin.
Menurut sumber, kejadian jam 2 petang itu berlaku apabila mangsa, Muhamad Iman Qayyum@Abdullah dikatakan cuba mengambil alat permainan di atas bumbung balkoni, sebelum besi penghadang itu tiba-tiba patah menyebabkan dia menggelongsor jatuh ke bawah.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama ibunya di rumah.
“Mangsa jatuh dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah. Kejadian hanya disedari oleh salah seorang penghuni tingkat bawah yang terkejut selepas terdengar bunyi benda jatuh di hadapan rumahnya.
Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Jenazah kemudiannya dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, semalam.
Sumber polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan. – Sinar Harian
TOP
Kalimah Allah Di Cetak Di Kotak French Fries McDonald Malaysia?
Produk McDonalds sememangnya mendapat tentangan hebat hasil dari kempen boikat yang dijalan oleh masyarakat di Malaysia tanda bantahan atas serangan Israel terhadap Gaza. Ini kerana, banyak sumber mengatakan yang McDonalds menyalurkan dana kepada Israel untuk menyerang Gaza.
Terkini, seorang pelanggan menyatakan bahawa pembungkus kotak kentang edisi Piala Dunia 2014 seakan-akan mengandungi kalimah Allah. Walaupun tidak seratus peratus sama, sekilas pandang, lukisan tersebut seakan-akan menyerupai kalimah Allah. Adakah ini kebetulan atau sesuatu yang sengaja dilakukan?
TOP
Kronologi Kejadian Serangan Pengganas Di Semporna Sabah
Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH.
Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing. ─ bharian.com.my
Anggota polis yang meninggal dalam kejadian tersebut ─ Al-Fatihah
KRONOLOGI KEJADIAN (Sumber komentar, Samsudin Dahalan di FP SiakapKeli)
PADA 12 JUL 2014 JAM LKURANG 2300 ANGGOTA MARIN SEMPORNA TERIMA MAKLUMAT DARIPADA PGR 12 MENGATAKAN ADA KES PENCULIKAN DI RESORT BILABONG.
SEMASA PANGGILAN DIBUAT PGR 12 SEDANG BERBALAS TEMBAKAN DENGAN BOT PENCULIK DAN PANGGILAN TERPUTUS.
SETAKAT INI DISKRIPSI PENCULIK / MANGSA TERLIBAT BELUM DAPAT DISAHKAN.
ANGGOTA UTK TELAH BERGERAK KE KAWASAN KEJADIAN DAN KEADAAN AIR SURUT DIPERCAYAI BOT PENJENAYAH TERSANGKUT.
DISKRIPSI MAKLUMAT PENCULIK MASIH BELUM DIPEROLEHI DAN 2 ANGGOTA POLIS DILAPORKAN HILANG IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN DAN KONST 176543 ZAKIA B. ALEIP.
DIPERCAYAI TELAH DICULIK/DITANGKAP SERTA 1 M16 HILANG.
KUMPULAN PENCULIK SERAMAI L/K 8 ORG BERPAKAIN SELUAR CELORENG BAJU HITAM DAN SENJATA MESINGUN.
SATU MAYAT ANGGOTA MERIN YG HILANG TELAH DITEMUI IAITU KPL 15279 ABDUL RAJAH B JAMUAN,
As Salam Ydh Tan Sri IGP, Tan Sri DIGP , Dato'Sri2 , DW , DP dan Dato2.
Pada 12/07/2014 jam lkurang 2310hrs Asp Safardi Samad , Pegawai Marin Semporna terima maklumat awal drpd Ketua Botronda RH40 Sjn Jeffridin Bin Harun berlaku serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang ke atas kedai makan dan pejabat reception di Jeti Smart Water Bungalow, Resort, Pulau Mabul, Semporna. Saspek disyaki 8 org yang berpakaian gelap, seluar celoring ,muka bertutup dan bersenjatapi jenis Calibrre 7.62 ( kelongsong peluru yg bertaburan) .
Maklumat mendapati (2) anggota Polis Marin ESSZONE Nama : (1) Kpl Rajah Bin Jamuan (2) Konst Zakiah Bin Alip pada ketika itu sedang makan di tempat kejadian dimana serang hendap berlaku.Manakala sebuah bot ronda Polis Marin RH 40 berada dijeti yang berhampiran dengan tempat kejadian juga menjadi sasaran. 2 anggota termasuk Sjn Jeffridin yg berada di botronda RH40 sempat mengambil perlindungan.
Kumpulan saspek di syaki datang daripada arah Filipina yang bergerak secara perlahan dari arah belakang ke lokasi dan mungkin naik kepelantar atau berada diair yang surut dan terus serang hendap dengan melepaskan tembakan secara rambang.
Semasa kejadian saspek telah melepaskan sekurang-kurangnya (10) das tembakan rambang ke arah jeti, bot ronda RH 40 termasuk kedai makan dan pejabat reception.
Apabila keadaan reda pemeriksaan dibuat oleh Sjn Jeffridin yang berada dibot pada waktu kejadian mendapati 2 anggota Polis Marin spt nama diatas telah hilang . Usaha-usaha mengesan dilaksanakan dan menjumpai mayat Kpl Rajah bin Jamuan berada dibawah jeti tempat kejadian. Manakala seorang lagi hilang sama ada di culik atau masih dicari.
Tindakan PPM (operasi) Semporna :
1. Botronda RH45 dan PGR 12 Bersama PPMO Semporna ke lokasi kejadian utk memberi bantuan ,
2. Botronda PSC58 telah diarahkan utk buat cut-off di Pulau Adal,
3. Botronda RH46 telah diarahkan utk area-scanning di sekitar Laut Pu Mabul, dan
4. Usaha mengesan mangsa sedang dilaksanak bersama KD Lekiu (Helicopyer Super-Link ).
Rumusan
8 orang suspek berlatarbelakangkan komando atau militan tidak boleh dipandang rendah ataupun ringan dan mereka akan senantiasa masuk keperairan juga pulau-pulau atau daratan untuk membalas dendam kepada penguatkuasa kita atau mencari mangsa untuk mendapatkan wang (ransom).
Kemungkinan terdapat kelemahan kita dan leka atau tidak siapsiaga mendorong pihak musuh mencari kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak bolih dijangkakan.
Saya akan berbincang dengan Pengarah Operasi Esscom dan perkara2 kelemahan akan dikaji dan dijadikan iktibar supaya usaha2 memantapkan lagi penugasan secara total akan dibuat tanpa kompromi. Urusan keatas mangsa (aruah) akan dibuat dengan penuh penghormatan dan terbaik.
T.kasih dan salam hormat dari CP Sabah. - Apahell

Biodata Anggota Polis Yang Terkorban dan Hilang di Semporna Sabah
SABAH- Bumi Sabah digegar sekali lagi dengan serangan dipercayai daripada Pengganas Sulu lewat tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul dibawah kawalan ESScom,telah mengorbankan seorang Anggota Polis yang ditembak Pengganas Sulu selepas Anggota Polis yang membuat rondaan berjaya mengesan pengganas tersebut.
Sekali lagi bumi Sabah dikejutkan dengan serangan yang dipercayai dari pengganas sulu pada tengah malam tadi. Kejadian berlaku berhampiran Pulau Mabul. Seorang anggota polis telah terkorban manakala seorang lagi dipercayai diculik.
Menurut saksi kejadian, polis melepaskan tembakan amaran namun tidak diendahkan oleh pengganas, malah tembakan tersebut dibalas tanda serangan balas. Tembakan tersebut mengorbankan nyawa anggota polis tersebut.
Sumber juga menyatakan seorang lagi anggota polis yang diculik berada di pulau-pulau sekitar pulau berkenaan dan pihak ESScom sedang menggiatkan usaha mencari anggota terbabit. Keadaan di Pulau Mabul kembali tenang pada ketika ini.
Berikut adalah biodata anggota polis yang terkorban dan di culik : .
Ab. Rajah b. Jamuan
01). Kpl 151279 Ab.Rajah b. Jamuan ( di tembak )
32 tahun
Islam
Berkhwin
Isteri – Salamah bti Amad
Tempat betugas sblm – ppm kg acheh
Jwtn k63 skrg – jurumudi kpl rondaan air 1, (6) balai polis Pulau Mabul
alamat – Kg Bubul batu 2 Semporna Sabah.
Zakiah Bin Aleip (kiri)
02. Konst 176543 Zakiah Bin Aleip ( hilang)
26 tahun
bajau
islam
berkhwin ( 1 anak )
isteri – Sharifah Erna Bti Berson
tempat betugas sblm – ppm w1 p.pinang
Jwtn skrg konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) Balai Polis Pulau Mabul.
alamat Kg. Sambah Tengilan Tamparuli Sabah.
Semoga Konst Zakiah selamat dijumpai kelak. Alfatihah kepada Kpl Ab.Rajah.

Nelydia Senrose Mengaku Ada Selisih Faham Dengan Qi Razali
Senyap sebentar nama Nelydia Rose dan kekasihnya Qi Razali selepas kecohnya tentang isu cemburu Qi terhadap sikap Sharnaaz Ahmad yang terlalu mesra dengan Nelydia. Walaupun begitu, hubungan mereka masih teguh hingga sekarang.
Terkini, Nelydia Senrose mengakui sedang terdapat sedikit salah faham antara mereka berdua sehingga menyebabkan mereka bergaduh di sebuah pusat membeli belah dan paling menarik, ianya telah disaksikan para peminat yang terus tertanya tanya apakah puncanya.
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujarnya yang kelihatan bersedia.
Khabarnya pasangan ini bergaduh sehingga Nelydia Senrose dilihat menangis di khalayak ramai namun pelakon ini berkata hubungannya dengan Qi Razali baik-baik sahaja dan harap peminat tidak memikirkan yang bukan-bukan melihat kejadian itu. - MyArtis.my
TOP
Dua Rakyat Malaysia 'Berbahaya', 'Berharga', 'Digeruni' Di Teluk Guantanamo
Masih di dalam tahanan di Teluk Guantanamo: (Dari kiri) Mohamad Nazir, Mohd Farik dan Hambali.
KUALA LUMPUR: Mereka bukan sahaja rakyat Malaysia yang ditahan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sejak lapan tahun lalu, malahan kedua-duanya digeruni di pusat itu. Mohamad Nazir Lep, yang dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin, turut dipanggil Yazid Zubair, dikategorikan sebagai pengganas "amat berbahaya" dan antara 14 'tahanan berharga' di pusat itu. Menurut dokumen yang diperoleh daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), mereka tidak dibenarkan untuk pembebasan segera dan nasib mereka belum dapat dipastikan. Kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan pada 2003 apabila Mohamad Nazir, 38, ditahan di Thailand dan Mohd Farik, 39, di Kemboja. Mereka kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006. Sumber risikan AS percaya bahawa mereka merupakan sebahagian daripada rancangan berani mati melibatkan pesawat komersial yang dirampas dalam gelombangan serangan kedua selepas kejadian 11 September 2001. Mohamad Nazir, yang menghadiri sekolah latihan penerbangan, merupakan seorang tahanan yang merancang untuk mengendalikan rampasan pesawat. Dia turut merancang serangan terhadap kedutaan AS, termasuk melakukan perpindahan wang dan senjata kepada anggota kumpulan radikal lain. Mohd Farik pula didakwa sebagai anggota kanan kepada JI dan al-Qaeda. Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, yang turut dirujuk sebagai Guantanamo atau Gitmo, merupakan penjara tentera AS di sebuah pangkalan tentera laut yang menghadap Teluk Guantanamo di Cuba. Ditubuhkan pada 2002, pusat tahanan itu disifatkan amat berbahaya, dan menempatkan tahanan dari Afghanistan, Iraq, Afrika dan Asia Tenggara. Menurut seorang jurucakap Kedutaan AS di sini, "kedua-dua rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo telah dirujuk sebagai berpotensi untuk pendakwaan." Pegawai itu berkata, sehingga pertuduhan dikenakan terhadap mereka, kes mereka boleh dikaji semula oleh Lembaga Penilaian Berkala. "Lembaga itu akan menentukan sama ada penahanan mereka perlu diteruskan bagi melindungi ancaman terhadap Amerika Syarikat," tambah pegawai itu. Pakar Kriminologi USM, Profesor Madya Dr P. Sundramoorthy berkata, tiada petunjuk bahawa kedua-dua mereka akan dibebaskan kerana AS masih melihat mereka sebagai individu berbahaya dengan kemungkinan akan kembali menyertai dalam militan sekiranya dibebaskan. "Ia akan menjadi penahanan yang panjang buat mereka," tambahnya. Difahamkan kedua-dua mereka dibenarkan untuk menghantar surat termasuk gambar, yang akan diperiksa terlebih dahulu, kepada ahli keluarga menerusi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. Dipercayai kedua-dua rakyat Malaysia itu boleh memberikan maklumat berguna kepada AS mengenai kumpulan radikal dan operasinya. Dikatakan mereka disoal siasat oleh Agensi Perisikan Jenayah (CIA) di sebuah kawasan yang tidak diketahui, sebelum dihantar ke Guantanamo. Laporan menyatakan bahawa Mohamad Nazir dan Mohd Farik disoal siasat di Pulau Diego Garcia, yang merupakan pusat operasi CIA di kawasan terpencil di Lautan Hindi. Selain mereka, seorang rakyat Indonesia, Hambali, 50, yang pernah memiliki taraf permaustatin tetap, turut ditahan di Teluk Guantanamo. Hambali atau Riduan Isamuddin, merupakan seorang anggota Jemaah Islamiyyah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Osama bin Laden dan dikatakan sebagai orang kanannya di Asia Tenggara. Hambali terlibat dalam kejadian bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang. Isterinya, yang merupakan rakyat Malaysia juga seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

'Regina Gembira Bercuti Di Pulau Rawa'
Regina Soosalu.
JOHOR BAHRU: Model warga Estonia, Regina Soosalu, yang ditemui mati di sebuah pantai di Pulau Rawa pada 1 Julai lalu, dikatakan gembira untuk bercuti di pulau itu, kata keluarganya. Seorang ahli keluarganya berkata, Soosalu kali terakhir menghubungi mereka pada 27 Jun lalu. "Regina bercakap dengan ibunya dan dia kedengaran sangat gembira pada hari itu. "Dia beritahu kami mengenai kunjungannya ke Pulau Rawa dan gembira untuk pergi menghabiskan cuti pendek di pulau itu," kata seorang ahli keluarga dari Estonia yang enggan dikenali, menerusi satu kiriman emel pada Sabtu. Beliau yang rapat dengan model itu berkata, keluarganya begitu sedih apabila mendapat tahun mengenai kematian model itu dan berharap mayatnya dapat dihantar pulang ke Estonia secepat mungkin. Polis menahan seramai tujuh orang untuk disoal siasat berkaitan kematian wanita yang sebelum itu dikatakan mati lemas. Bagaimanapun, kesan kecederaan pada badannya telah memberi petunjuk bahawa kematiannya kerana dibunuh. Antara ditahan adalah teman lelaki Soosalu, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, yang dilaporkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Johor. Ahli keluarga Regina berkata, keluarga Soosalu di Estonia cuba untuk 'mengunci mulut' apabila banyak persoalan dibangkitkan berhubung kematian model itu. Keluarganya berkata, mereka menghargai pegawai di kedutaan Estonia di Beijing kerana sering memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan. "Kami juga turut menghargai rakan-rakan Regina yang menghantar mesej dan membuat panggilan kepada kami selepas mendengar tentang kematiannya," katanya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan ketika dihubungi berkata, tiada tangkapan baharu dan mereka yang ditahan masih disoal siasat.

Serangan Di Pulau Mabul: Operasi Besar-Besaran Buru Lelaki Bersenjata
Abdul Rajah Jamuan (kiri) dan Zakia Aleip.
SEMPORNA: Satu operasi besar-besaran di udara dan laut diadakan bagi memburu kumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang mungkin menculik seorang anggota polis marin berpangkat konstabel, dengan semua laluan keluar untuk melarikan diri dari Semporna disekat. Menurut sumber, bot peronda dari pelbagai pasukan keselamatan termasuk helikopter tentera laut mengawasi kawasan Semporna di mana berlakunya seorang anggota polis marin berpangkat koperal berusia 32 tahun ditembak mati. Polis Marin, Koperal Abdul Rajah Jamuan maut manakala konstabel yang dikenal pasti sebagai Zakia Aleip, 26, masih hilang selepas kejadian tembakan bersama kumpulan lelaki bersenjata itu dalam satu serangan hendap di Mabul Water Bungalows Resort di pulau Mabul pada kira-kira pukul 11 malam Sabtu.
Petunjuk awal mendapati kumpulan lelaki bersenjata itu mungkin menyeberangi kawasan itu menggunakan bot mereka sebelum memanjat ke arah jeti resort melalui belakang bangunan berkenaan. Sebaik sahaja kumpulan lelaki bersenjata memasuki kawasan itu, mereka mula melepaskan tembakan secara rawak ke arah restoran, ruang menyambut tetamu dan jeti, sebelum melarikan diri. Dua polis lain berjaya untuk mendapatkan perlindungan ketika kejadian tembak-menembak berlaku. Salah seorang anggota polis terbabit, Sarjan Jeffridin yang berada di atas bot berhampiran, mendengar bunyi tembakan dan membuat siasatan, yang kemudiannya mendapati dua rakannya hilang. Mayat Rajah kemudiannya ditemui di bawah jeti. Difahamkan, penyerang disyaki merupakan anggota kumpulan militan atau komando.

GST: Kenaikan Harga Hanya Bersifat 'One-Off' - KP Kastam
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan hanya bersifat 'one-off' dan akan kembali stabil dalam masa setahun.
Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, berdasarkan kajian, kadar kenaikan juga agak kecil iaitu sekitar 1.4 hingga 1.8 peratus.
"Bukannya tiada peningkatan langsung. Berdasarkan kajian ada sedikit peningkatan dan peningkatan ini kembali stabil dalam masa setahun," katanya di sini.
Khazali ditemui Bernama selepas menyampaikan ucapan menutup Persidangan GST Kebangsaan anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata sehubungan itu gaya hidup pengguna tidak akan berubah dengan pelaksanaan GST tersebut.
"Jabatan Kastam telah melakukan simulasi untuk menguji impak GST terhadap orang ramai dan mendapati peniaga tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga secara melampau," katanya.
Ini kerana katanya, peniaga boleh menuntut kembali cukai enam peratus yang dibayar itu daripada kerajaan.
Beliau juga mengingatkan peniaga bahawa mereka boleh didakwa menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan jika menaikkan harga barangan dengan sewenang-wenangnya.
Dalam sidang Dewan Negara pada 5 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memaklumkan daripada 689 barangan yang dikategorikan sebagai barangan dikenakan GST, sebanyak 287 mengalami penurunan harga, 329 kekal, 255 sedang disemak dan hanya 73 mengalami kenaikan.
Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lalu, bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
TOP
Man United Dalam Peringkat Akhir Perjanjian Dapatkan Arturo Vidal
Arturo Vidal. Foto EPA
MANCHESTER United kini dalam peringkat akhir perjanjian bersama Juventus untuk perpindahan pemain tengah Arturo Vidal. United telah pun mengadakan rundingan bersama ejen Vida sejak beberapa hari lalu dan sebuah akhbar Chile, La Tercera melaporkan bahawa perjanjian itu kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan pemain itu. Akhbar berkenaan melaporkan bahawa perjanjian bernilai £32 juta (RM174.54 juta) termasuk dengan perpindahan Patrice Evra ke Juventus, akan dimuktamadkan selepas Piala Dunia. Louis van Gaal akan menjadikan Vidal sebagai perpindahan masuk ke pasukannya yang pertama selepas dilantik sebagai pengurus Manchester United. Vidal ketika ini sedang bercuti tetapi dilaporkan sudah bersedia untuk ke England. - metro.co.uk

Palsu Tempoh Pas Lawatan: Chef Harap Teman Wanita Dibebaskan
Siaw menunjukkan gambar teman wanitanya.
IPOH: Harapan seorang chef untuk mengahwini kekasihnya warga Vietnam yang kini mengandung tujuh bulan mungkin tidak kesampaian kerana wanita tersebut dihantar ke pusat tahanan atas kesalahan memalsukan tempoh lanjutan pas lawatan sosial miliknya. Siaw Yong Chuong, 33, berkata, dia sepatutnya berkahwin dengan Nguyen Thi Tuyen, 24, pada Rabu di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Manjung. Namun, kekasihnya kini berada dalam jagaan polis sejak 3 Julai lalu. Siaw mendakwa Nguyen telah pergi ke pejabat Jabatan Imigresen Daerah Manjung pada 2 Julai untuk melanjutkan tempoh pas lawatan sosialnya tetapi diarahkan untuk kembali semula ke sana keesokan harinya. Namun, apabila tiba di pejabat itu, dia ditahan kerana pegawai mendakwa berlaku penipuan membabitkan tempoh lanjutan pas miliknya itu. "Saya membayar seorang ejen dengan nama 'Siau Yu' RM350 untuk memperbaharui pas lawatan sosial teman wanita saya itu," katanya. "Bagaimana kami sepatutnya tahu dia telah menipu kami? Kini, pegawai tersebut enggan menyiasat ejen tersebut dan menegaskan kekasih saya perlu dihantar pulang ke Vietnam," katanya dalam satu sidang media yang diadakan oleh penasihat DAP negeri dan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di ibu pejabat DAP negeri di sini, Sabtu. Siaw berkata, dia dimaklumkan teman wanitanya dihantar ke pusat tahanan Langkap pada Jumaat dan seterusnya dihantar pulang ke Vietnam. "Saya akan berdepan pelbagai masalah pada masa hadapan sekiranya anak saya dilahirkan di Vietnam. "Saya berharap agar polis dan jabatan berkaitan akan menyiasat ejen terbabit sebelum mengambil tindakan drastik dengan menghantar teman wanita saya balik ke Vietnam," katanya. Ngeh mendakwa pegawai di Jabatan Imigresen enggan menyiasat ejen terbabit. "Ejen itu boleh dikesan dengan mudah kerana Siaw Yong tahu dimana dia tinggal," katanya. Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Ahmad Syam Che Kub berkata setem pas lawatan sosial pada pasport wanita tersebut adalah palsu dan wanita itu boleh didakwa dibawah undang-undang imigresen. Beliau berkata wanita itu bagaimanapun akan dihantar pulang atas dasar kemanusiaan.

Video: Korea Utara Umum Skuad Kebangsaannya Mara Ke Akhir Piala Dunia
Kim Jong-un yang kononnya berada di Brazil diberikan tepukan gemurah oleh para peminat bola sepak negara itu. Foto YouTube
SEBUAH video yang dimuat naik secara dalam talian mendakwa bahawa media Korea Utara memberitahu para peminat bola sepak negara itu bahawa skuad kebangsaannya berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Dunia di Brazil.
Umum mengetahui bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengawal penyebaran maklumat kepada rakyatnya, dengan saluran televisyen di negara itu hanya menyiarkan laporan-laporan yang positif mengenai negara berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi satu laporan tidak benar yang disiarkan di YouTube, media negara itu dilihat memaklumkan bahawa Korea Utara sedang mendahului bagi merebut gelaran juara dalam Piala Dunia, sedangkan ia sebenarnya tidak layak untuk memasuki temasya sukan tersebut.
Laporan itu menyatakan bahawa Korea Utara dengan beraninya mengungguli perlawanan bersama Jepun dengan 7-0, Amerika Syarikat (4-0) dan China (2-0) menerusi perlawanan dalam kumpulan sebelum layak ke peringkat akhir bagi menentang Portugal.
Bagaimanapun, sudah tentu perlawanan akhir Piala Dunia yang bakal berlangsung pada awal pagi Isnin, adalah antara Jerman dan Argentina.
Turut dimasukkan dalam liputan itu adalah beberapa sorotan penting daripada beberapa perlawanan, yang menunjukkan pasukan negara itu menjaringkan gol dan bersorak kemenangan, meskipun kesemua klip video itu kelihatan sudah terlalu lama.
- metro.co.uk
- metro.co.uk
TOP
Dua Masjid di Jebaliya dan Deir el Balah Musnah Terkena Roket Zionis
Bedilan roket Israel memusnahkan sebahagian besar bandar berhampiran Rafa. - Foto: AFP
GAZA - Awal pagi semalam, dua masjid di Jebaliya dan Deir el Balah musnah terkena bedilan roket Zionis, dalam serangan digelar Operasi Perlindungan Sempadan yang memasuki hari kelima. Perbuatan itu dianggap makin kurang ajar dan kejam. Tidak terhenti di situ, semalam sahaja, Zionis meragut 16 lagi nyawa termasuk sembilan kanak-kanak di Deir el Balah dan di Beit Lahiya. Mungkinkah Zionis menggandakan serangan udara sebagai test market sebelum serangan darat dan laut dilancarkan, bagi melihat reaksi negara dunia. Jurucakap Hamas di Qatar Husam Badran berkata, ini adalah kali pertama Zionis menyasarkan masjid dalam serangan mereka sejak bermusuhan lebih berabad. “Pengeboman dua buah masjid di Gaza semalaman menunjukkan bagaimana kejamnya Zionis terhadap umat Islam. Serangan ini dapat membuka mata negara Islam antarabangsa supaya tampil membantu menghentikan serangan dan kekejaman ini,” katanya. Semalam, media tempatan melaporkan, tentera Israel ada menyiarkan beberapa gambar masjid untuk dibedil menerusi laman media sosial. Mereka mendakwa kumpulan pejuang Hamas biasanya akan menggunakan masjid sebagai tempat bersembunyi dan menyembunyikan senjata melalui terowong bawah tanah. Sementara itu, jurucakap tentera Israel Leftenan Kolonel Peter Lerner mendakwa, pejuang Hamas biasanya akan meletakkan penduduk Palestin di hadapan masjid bagi mengelakkan dibedil. “Taktik ini sudah dapat dibaca. Kini, apa juga cara sekali pun kami akan pastikan Gaza musnah seluruhnya. kami hanya menanti arahan pihak atasan untuk melakukan gempuran,” katanya. Difahamkan sehingga semalam, Hamas sudah melepaskan 700 roket ke Israel dengan 130 daripadanya dapat dipintas oleh Iron Dome milik Israel. Israel mula meningkatkan tumpuan sasaran di 1,100 kawasan dalam Gaza setiap minit sepanjang tempoh 24 jam sejak lima hari lalu. Serangan makin sengit itu tidak menunjukkan tanda untuk ia dihentikan dan jauh sekali untuk mengisytiharkan gencatan senjata. ─ Sinar Online

Video: Bayi Terperangkap dalam Runtuhan Selama 16 Jam Selamat
DAMSYIK - SYRIA. Seorang bayi berusia dua bulan selamat dikeluarkan daripada celah runtuhan bangunan di Aleppo selepas terperangkap selama 16 jam, menurut pihak berkuasa, kelmarin.
Menurut laporan AFP, anggota Pasukan Pertahanan Awam Aleppo turut merakamkan detik cemas bagaimana bayi perempuan yang diliputi debu tersebut dibawa keluar oleh seorang penduduk tempatan.
"Ia adalah satu keajaiban dan bukti kekuasaan ALLAH SWT!" kata seorang daripada anggota pasukan penyelamat terbabit.
Difahamkan, ibu bayi perempuan tersebut yang cedera akibat bedilan tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad juga berjaya diselamatkan dalam insiden itu.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kesahihan video berdurasi 30 saat itu masih belum dapat dipastikan.
─ Sinar online
─ Sinar online
TOP
Scolari Serahkan Kepada CBF Putuskan Masa Depannya
BRASILIA – Luiz Felipe Scolari kini menyerahkan masa depannya selaku jurulatih skuad kebangsaan kepada Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) untuk memutuskan.
Brazil menanggung aib lagi apabila tewas kepada Belanda 3-0 dalam penentuan tempat ketiga Piala Dunia, pagi tadi dan menyudahkan kempen dengan pencapaian paling buruk dalam sejarah bola sepak negara.
“Terserah kepada presiden persekutuan membuat keputusan. Kami akan menyerahkan laporan terakhir dan membiarkan dia membuat analisis apa yang harus dilakukan,” kata Scolari.
Dia menambah: “Saya tidak mahu berbincang mengenai masa depannya dengan anda (media). Menang atau kalah itu yang apa kami sudah lakukan.”
Kontrak Scolari berakhir selepas tamat Piala Dunia tetapi wujud spekulasi dia akan kekal sehingga akhir tahun ini. – AFP
TOP
Bajet 2015: MH370 punyai bajet berasingan
KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan berlepas ke China minggu depan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Yang Chuangtang bagi membincangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang kini memasuki fasa kedua.
Beliau berkata walaupun perbelanjaan operasi SAR itu tidak termasuk dalam Bajet 2015 yang akan diumumkan pada Oktober ini, namun kerajaan tetap menyediakan bajet khas bagi menyelesaikan insiden itu.
"Saya rasa bajet itu lain, MH370 adalah satu insiden yang kita ambil berat dan bagaimana kita dapat selesaikan dengan secepat mungkin.
"Sebelum ini pun kita telah mengumumkan aset-aset yang baru yang dihantar kepada Australia untuk membantu dalam operasi ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Bajet 2015 di ibu pejabat MCA, di sini, hari ini.
Selain itu katanya, beliau kemudiannya akan berlepas ke Australia pada Ogos ini untuk tujuan sama.
"Kita akan pastikan kerjasama Australia, China dan 26 negara ini terus komited mencari pesawat MH370 yang hilang itu.
Sementara itu, Tiong Lai berkata kementeriannya akan memainkan peranan yang lebih penting dalam Bajet 2015 untuk merangsang pembangunan ekonomi negara.
"Kementerian Pengangkutan adalah kementerian ekonomi, kita perlu merangsang pembangunan lebih banyak di Pelabuhan dan Lapangan Terbang dan ia telah mengikat ekonomi kita antara lebih 7.5 hingga 11 kali ganda.
"Jadi pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang adalah satu pembangunan penting untuk majukan ekonomi negara kita," katanya lagi. ─ Sinar online
TOP
Tentera Israel arah penduduk di utara Gaza tinggalkan rumah
BAITULMAQDIS: Tentera Israel memberi amaran kepada penduduk Palestin di utara Semenanjung Gaza supaya "meninggalkan rumah demi keselamatan", menurut pihak tentera dalam satu kenyataan malam tadi.
“Malam ini kami akan menghantar mesej kepada penduduk di utara Gaza menggesa mereka meninggalkan rumah demi keselamatan mereka," menurut kenyataan itu.
Amaran itu bukan kali pertama Israel menggesa rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka tetapi kali ini ia dibuat ketika negara Yahudi itu meningkatkan serangan udara ke atas Gaza. - AFP
TOP
Minyak senjata utama lawan Israel
Sekatan penjualan minyak oleh negara Arab kepada AS pada 1973 membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam.
ISRAEL, yang kini sedang menyembelih rakyat Palestin di bumi Gaza mungkin terkenal dengan pelbagai senjata canggih ciptaan orang bijak pandai Yahudi, selain mendapat sokongan kuat ketenteraan daripada Amerika Syarikat (AS).
Tetapi, negara Islam, walaupun mungkin tidak memiliki kecanggihan teknologi ketenteraan seperti Israel dan sekutunya, mereka dikurniakan ALLAH dengan sumber paling berharga di muka bumi, iaitu minyak.
Dengan perang ekonomi inilah Israel dapat dikalahkan, jika negara Islam pengeluar minyak menyekat eksport minyak kepada AS.
Sekatan ke atas AS dan sekutunya ini seterusnya dapat memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin.
Kaedah ini, yang membuktikan kekuatan ekonomi negara Islam pernah digunakan pada 1973.
Waktu itu, semasa Perang Yom Kippur, negara-negara Arab yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenakan sekatan minyak terhadap AS sebagai tindak balas kepada keputusan AS memberikan bekalan ketenteraan kepada Israel dalam perang rejim Zionis itu dengan Mesir dan Syria.
Sekatan turut dikenakan kepada negara penyokong Israel lain termasuk Belanda, Portugal dan Afrika Selatan.
Embargo itu mengharamkan eksport petroleum kepada negara yang disasarkan tersebut.
Terjejas teruk dengan sekatan itu, AS terpaksa tunduk dan berunding supaya Israel meninggalkan kawasan milik Syria dan hanya selepas rundingan itu berjaya, sekatan itu ditamatkan pada Mac 1974.
Sekatan itu menyebabkan kemerosotan ekonomi kepada AS dan negara pengimport minyak yang lain, serta mengukuhkan pengaruh negara-negara Arab dalam arena politik antarabangsa.
Dunia Islam kuasai simpanan minyak
Menurut statistik Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) bagi April 2014, sebanyak 110 juta daripada 287 juta tong minyak sebulan diimport oleh AS dari negara OPEC, dan daripada jumlah itu, 48 juta tong diimport dari Arab Saudi sahaja. Adakah adil untuk menyasarkan sekatan ke atas AS?
Jawapan pendek: Ya.
Laporan Perkhidmatan Penyelidikan Kongres AS berhubung bantuan kepada Israel bertarikh 11 April 2014 menunjukkan Israel ialah penerima bantuan luar AS terbesar sejak Perang Dunia Kedua. Sehingga tarikh laporan itu, AS telah memberikan Israel AS$121 bilion (RM385 bilion) bantuan kewangan. "Hampir kesemua bantuan dua hala kepada Israel ialah dalam bentuk bantuan ketenteraan," menurut laporan itu. Pada 2007, AS bersetuju memberi pakej bantuan ketenteraan AS$30 bilion (RM95 bilion) kepada Israel untuk tempoh 10 tahun dari 2009 hingga 2018, dan semasa lawatannya ke Israel pada Mac 2013, Presiden AS Barack Obama berjanji AS akan terus memberikan Israel bantuan ketenteraan. Benar, kuasa OPEC semakin berkurangan kerana sejak sekatan itu, negara Barat berusaha mengeluarkan minyak mereka sendiri. Namun dengan simpanan minyak di negara Islam mencecah kira-kira 55.7 peratus daripada jumlah keseluruhan di seluruh dunia, mengikut statistik EIA bagi 2013, kita masih mampu menggoncang dunia. Malangnya, negara Islam, dengan kekayaan sumber alam yang diberikan ALLAH, masih belum bangun daripada tidur selepas 66 tahun bumi Gaza diratah dengan rakus oleh bangsa pendatang Yahudi. ─ Sinar Online

Ahmad Idham Pertaruh Pelakon Tiga Negara Dalam 'Tembus'
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Ahmad Idham menggabungkan nama-nama besar tiga negara iaitu Aaron Aziz, Luna Maya dan Fazura sebagai pertaruhan kepada filem terbaharunya berjudul Tembus.
Ahmad Idham berkata, ketiga-tiga pelakon popular itu mampu menjadikan jalan cerita filem tersebut bertaraf antarabangsa.
"Pelakon-pelakon ini mewakili tiga negara iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia yang mana pemilihan ini dibuat bagi mengangkat jalan cerita Tembus ini kepada peringkat antarabangsa kerana isu penculikan kanak-kanak yang diketengahkan adalah isu dunia.
"Kalau saya ambil pelakon-pelakon Malaysia ia secara langsung akan dilihat sebagai isu negara sahaja," katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, kehadiran Luna Maya bakal menjadi perhatian kerana wataknya adalah mewakili komuniti Indonesia yang bekerja di negara ini. Sementara itu, Ahmad Idham berkata, idea menghasilkan filem berat ini berikutan pemerhatian terhadap isu penculikkan kanak-kanak yang menjadi hangat sekitar tahun lalu. Selain itu katanya, ia merupakan salah satu proses percubaan yang dilakukan sebagai kajian terhadap trend cita rasa penonton untuk datang ke pawagam. "Saya kini sedang mencuba membuat kajian terhadap tren citarasa penonton, apa yang mereka inginkan. "Empat buah filem saya sebelum ini juga sebagai kajian sama ada penonton mahu genre yang bagaimana, Hantu Nan Sempit iaitu genre seram komedi saya lihat tidak lagi diterima, begitu juga Cindarella iaitu romantik drama juga buka tren lagi. ─ mstar.com.my

Festival Ramadan Putrajaya Yakin Capai 1 Juta Pengunjung
PETALING JAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) yakin sasaran sehingga satu juta pengunjung Festival Ramadan Putrajaya tahun ini tercapai berdasarkan sambutan setakat minggu ke dua penganjurannya.
Tahun lalu, seramai 500,000 mengunjungi festival berkenaan.
Pengunjung ke festival itu juga berpeluang berbuka puasa dengan air zam-zam yang diedarkan PPj sehingga 27 Julai ini. Ia turut diagihkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Kompleks PPj dan Kiblat Walk.
Pada masa sama, PPj turut mengedarkan 1,000 pek kurma secara percuma setiap hari, selain menaja program berbuka puasa untuk anak yatim di sekitar Putrajaya dalam usaha menggabungkan kegiatan membeli barangan raya, juadah berbuka dan moreh dengan santapan rohani seperti ceramah agama dan persembahan bercirikan Islam.
Kenyataan yang dikeluarkan PPj memaklumkan, pengunjung turut berkongsi pengalaman unik mereka kerana dapat bersolat tarawih berimamkan Imam Samy Ahmed Abd Rahman El-Fekry dari Mesir dan tazkirah selepas tarawih bersama Mufti Islami Musa Menk dari Zimbabwe.
Bagi memeriahkan lagi festival tahun ini, Pasar Ramadan Putrajaya dipindahkan dari lokasi asal di Presint 2 ke tapak bersebelahan festival itu yang menyediakan 250 lot niaga juadah berbuka puasa.
Selain itu, 86 lot niaga dan gerai jualan di sepanjang Kiblat Walk dan di hadapan Kompleks PPJ yang menawarkan pelbagai jenis barangan persiapan menyambut Aidilfitri turut mendapat sambutan menggalakkan.
Sebanyak 215 lot niaga di Lobi Blok C dan D Kompleks PPj yang menjual produk perusahaan kecil dan sederhana yang dibimbing Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) turut mendapat sambutan.
Penganjuran festival itu adalah kerjasama strategik antara PPj dengan MTMZA, Miti dalam jualan barangan raya serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi jualan terus dari kilang.
TOP
Anggota Polis Dibunuh Pengganas di Semporna, Seorang Hilang
KOTA KINABALU: Seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.
Difahamkan, ketika kejadian dua anggota polis terbabit sedang makan menyebabkan mereka tidak sempat mencari perlindungan walaupun dapat membalas tembakan.
Menurut sumber, sebuah bot ronda polis marin yang cuba memberi bantuan turut diserang, namun anggota terbabit dapat berlindung daripada tembakan.
Pulau Mabul.
Pasukan keselamatan sedang menjalankan gerakan besar-besaran bagi mengesan kumpulan bersenjata terbabit di sekitar perairan Semporna hingga ke sempadan selatan Filipina," katanya ketika dihubungi BH. Difahamkan, tiada pelancong resort berkenaan mengalami kecederaan kerana ketika kejadian kebanyakan mereka berada dalam bilik penginapan masing-masing. ─ bharian.com.my

Kerajaan Pusat Komited Tambah Sumbangan Pembangunan Untuk Sabah - PM
Najib Tun Razak.
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kerajaan Pusat amat komited untuk menambah sumbangan kepada Sabah melalui kaedah yang difikirkan sesuai tanpa menjejaskan pembangunan industri minyak di negeri ini. Sebagai langkah serta merta, beliau mengumumkan bahawa Petronas bersetuju menambah sumbangan Tanjungjawab Sosial Korporatnya (CSR) kepada Sabah terutama dalam bidang pendidikan termasuk menyediakan kemudahan sekolah luar bandar, penyediaan latihan kemahiran teknikal serta bantuan biasiswa kepada pelajar universiti. "Kalau kita nak berjaya secara berterusan, kita mesti ada keupayaan. Soalnya bukan untuk mendapatkan kontrak kerajaan semata-mata. Ia bukan tentang memberi kontrak tetapi tentang memberi nilai. "Dalam persaingan ekonomi hari ini, nilai kreatif menentukan kejayaan kita secara berterusan. Kita akan menambahkan keupayaan rakyat Sabah," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini malam Sabtu. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Najib berkata hubungan erat kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Sabah selain sumbangan Sabah bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) menang pada setiap pilihan raya memudahkan kedua-dua pihak membincangkan isu-isu berbangkit termasuk tuntutan tambahan royalti minyak. Beliau berkata Musa juga tidak pernah berdiam diri berhubung isu royalti minyak untuk Sabah dan sering bertanya kepada beliau bagaimana Sabah boleh memperoleh lebih banyak daripada pembangunan industri minyak dan gas. "Oleh itu, kalau ada apa-apa perkara berbangkit dari semasa ke semasa, tentu sekali kita boleh merundingkan perkara ini. Tidak semestinya kita bertempik di luar, tidak semestinya kita bawa usul ke Dewan Undangan Nageri. "Atas isu royalti minyak, kerajaan negeri Sabah tetap prihatin dalam hal ini. Saya boleh sahkan perkara ini," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahkan Presiden Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas memberi taklimat khas kepada kerajaan negeri Sabah dan menteri-menteri kerajaan Persekutuan dari Sabah berhubung isu itu bagi membolehkan mereka memahaminya dari sudut penambahan pendapatan untuk Sabah. "Percayalah kita melakukan yang terbaik untuk Sabah. Hakikatnya yang perlu kita fahami ialah peruntukan yang diterima Sabah melalui kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan jika dicampur perbelanjaan pembangunan dan operasi, ia adalah tiga kali ganda daripada 20 peratus royalti minyak yang disebut-sebut dan dicanang oleh parti-parti pembangkang," jelas beliau. Najib berkata kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah juga sedang menimbang usaha dan bentuk bantuan untuk negeri ini dan akan mengumumkannya kelak. Sementara itu, Najib yang juga Pengerusi BN mengingatkan semua pemimpin dan anggota parti komponen BN di Sabah supaya tetap berpegang kepada konsep perkongsian kuasa dan semangat BN serta membuat keputusan secara konsensus bagi memastikan BN terus utuh di negeri ini. Beliau berkata pemimpin parti-parti komponen BN perlu sedia duduk semeja dan mendengar pendapat mengenai sebarang permasalahan manakala wakil rakyat BN sama ada di peringkat negeri atau Parlimen haruslah adil dalam soal pengagihan bantuan. Sekiranya pemimpin parti-parti komponen BN bersifat adil dan inklusif dalama soal pengagihan bantuan, katanya keadaan itu akan memberi kekuatan berterusan kepada BN di Sabah. Mengenai masa depan Sabah, Najib berkata beliau yakin Sabah yang diterajui BN mempunyai masa depan yang cerah dan cukup baik untuk terus maju.

Aaron Aziz Terkilan Jenama Disalah Guna Di Pakaian Tiruan
KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengambil jalan mudah dengan meniru jenama Baju Melayu Aaron Aziz yang dikeluarkan oleh Jakel.
Aaron berkata, tindakan itu boleh menjejaskan jenama Baju Melayu itu yang asli berikutan kualiti yang digunakan oleh baju tiruan tidak memuaskan.
“Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.
“Saya ada lihat mereka menggunakan nama 'Aaron Jakel' atau 'Zizan Jakel' dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jom Beraya bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Wisma Jakel, di sini, Sabtu.
Sementara itu, Aaron yang dilantik menjadi duta bagi tahun kedua jenama pakaian itu berharap agar peminat-peminatnya tidak terpedaya dengan jenama tiruan tersebut.
Katanya, perkara tidak bertanggungjawab itu seharusnya tidak mendapat sokongan daripada pembeli terutamanya peminat-peminatnya.
“Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan,” katanya. - cari.com.my
TOP
Brazil Dimalukan Lagi, Belanda Duduki Tempat Ketiga
Kekecewaan jelas terpancar di wajah para pemain Brazil apabila sekali lagi dimalukan dalam Piala Dunia 2014 apabila ditewaskan Belanda dengan mudah 0-3 menerusi perlawanan penentuan tempat ketiga di Stadium Nasional di Brasilia, Brazil. Foto AFP
BRAZIL dimalukan sekali lagi apabila ditewaskan Belanda dengan 0-3 dalam Piala Dunia 2014 menerusi perlawanan penentuan tempat ketiga pada awal pagi Ahad. Belanda yang menang dengan mudah sekali gus menduduki tempat ketiga dalam temasya sukan itu. Brazil sebelum ini dibelasah Jerman dengan 1-7 pada perlawanan separuh akhir.
Dua gol kemenangan Belanda diraih oleh Robin van Persie dan Daley Blind, pada babak pertama perlawanan. Georginio Wijnaldum turut memusnahkan hasrat pasukan tuan rumah untuk menembus kekalahan di tangan Jerman apabila memperoleh jaringan ketiga buat Belanda pada waktu kecederaan. Wijnaldum memperoleh jaringan sebaik sahaja memasuki seminit waktu kecederaan, manakala gol Van Persie dan Blind, masing-masing seawal minit ke-3 dan ke-17. ─ mstar.com.my

Brazil Gagal Tebus Maruah, Kalah Di Tangan Belanda 3 - 0
Robin Van Persie dan Daley Blind menjaringkan gol awal untuk menolong belanda mengalahkan Brazil 3 - 0 untuk muncul di tempat ketiga pagi Piala Dunia 2014.
Van Persie menjaringkan gol seawal minit ke 3 manakala Blind menjaringkan gol pada minit ke 19. Kesedihan peminat Brazil ditambah lagi dengan gol Georginio Wijnaldum pada masa tambahan.
Kekalahan Brazil dilihat satu kegagalan untuk menebus maruah mereka setelah Brazil tewas secara mengejut kepada Jerman 7-1.
TOP
Mahkamah Tetapkan 8 Ogos Tarikh Pengurusan Kes Rayuan Liwat Anwar
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.
Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.
Pada 3 Mac lepas,Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.
Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya hari ini, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.
Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa. Sementara itu, Ram Karpal Singh berkata tarikh yang ditetapkan itu adalah untuk mengisih tiga rayuan berkenaan.
Katanya pihak pembela memaklumkan kepada pendaftar bahawa terdapat isu tertentu yang perlu diselesaikan sebelum tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan.
Sementara itu, Surendran memberitahu media bahawa ada tanda-tanda mahkamah ingin menetapkan rayuan itu didengar pada September.
"Tak perlulah tergesa-gesa secara luar biasa untuk mendengar rayuan ini," katanya.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di sini mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin.
TOP
Malaysia Hantar 50 Doktor Pakar Ke Gaza
Abdul Azeez (kiri) bersama Idris Haron (dua, kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan pada majlis Sumbangan Zakat Projek Ehsan TH peringkat Melaka pada Sabtu. - fotoBERNAMA
MELAKA: Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi 'Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza'. Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza. Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu, Jumaat. "Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal...setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan. "Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis sumbangan zakat Projek Ehsan Tabung Haji (TH) peringkat negeri Melaka di sini, Sabtu. Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Pada majlis tersebut TH menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM100,000 kepada 200 penerima. Beliau berkata sehingga Sabtu, seramai 43 sukarelawan termasuk 10 doktor telah menyatakan hasrat untuk menyertai misi tersebut. Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk menghantar kira-kira 10 tan bantuan terdiri daripada peralatan perubatan dan makanan ke Gaza. Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan atau sumbangan pakaian boleh menghubungi talian 03-22736004 atau menghantarnya ke bilik gerakan misi tersebut di No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. Sementara itu, katanya, TH mensasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta melibatkan 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara melalui Projek Ehsan pada tahun ini.

Johor Belum Persembah Enakmen Kepada Sultan Untuk Ditandatangani
Mohamed Khaled Nordin.
JOHOR BARU: Johor belum mempersembah Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 9 Jun lepas, kepada Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk ditandatangani. Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kerajaan negeri perlu memperincikan semua butiran di dalam enakmen itu terlebih dahulu, dan tidak terburu-buru untuk menguatkuasakannya. "Buat waktu ini, enakmen itu belum dipersembahkan kepada baginda kerana masih ada beberapa perkara yang belum selesai. Jadi, saya rasa tidak ada gunanya jika kita terburu-buru dalam soal ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Timur, Masai, di sini, Sabtu. Mohamed Khaled berkata enakmen itu memerlukan kerajaan negeri menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan pentadbiran dan penstrukturan semula jawatan kakitangan kerajaan sebelum dilaksanakan tahun depan.

Jakim Nafi Pasar Raya Jual Ayam Tebuk Leher
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan sebuah pasar raya di sini menjual ayam yang ditebuk leher dan disembelih tidak mengikut kaedah Islam.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah memeriksa pasar raya berkenaan dan mendapati ayam yang diperoleh dan dijualnya adalah halal dan mematuhi syarak.
"Kita mendapati pembekal ayam ke pasar raya ini kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul.
"Justeru Jakim ingin menasihati orang ramai supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya ini kerana ia mempunyai sijil dan logo halal yang disahkan Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di pasar raya berkenaan, Sabtu.
Beliau berkata pemeriksaan dibuat setelah pihaknya menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook Jumaat, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.
TOP
Kapal Bunga MAS 5 Ditempatkan Di Perairan Sempadan Negara
Najib bersalaman dengan orang ramai selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada Sabtu. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan bakal menempatkan Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) di perairan pantai Timur Sabah yang bersempadan dengan Filipina, bagi memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kapal itu berperanan sebagai kapal induk dan dilengkapi pasukan anggota keselamatam dan bot-bot laju bagi menangani jenayah rentas sempadan. "Saya fikir kerjasama rakyat juga penting. Kalau kita beri maklumat kepada musuh, maka musuh dapat membolosi sistem pertahanan negeri ini...saya harap ini dapat dielakkan, jika tak, apa jua sistem pertahanan canggih pun boleh ditembusi jika ada yang beri maklumat," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan makan malam bersama Perdana Menteri dan Isteri di sini, malam Sabtu. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan serta beberapa menteri Kabinet negeri. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata dua pelantar minyak Petronas akan ditempatkan di perairan Semporna dan Lahad Datu sebagai barisan pertahanan terakhir dengan dilengkapi sistem radar yang dapat memantau pergerakan di perairan berkenaan. Perkara itu akan dilakukan enam bulan lagi sebagai langkah meyakinkan rakyat Sabah terhadap peranan Esscom sejajar penstrukturan semula ESScom yang dipimpin seorang Komander. Sebagai Pengarah Keselamatan Negara, Najib berkata beliau akan kembali melakukan lawatan kerja ke Sabah dalam masa terdekat bagi mengumumkan lebih banyak bentuk insiatif dalam soal pembangunan dan keselamatan negeri ini khususnya Esscom. Penstrukturan semula Esscom mewujudkan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam, bertujuan menggembleng sumber agensi-agensi keselamatan bagi mempertingkat keberkesanan operasi. Pelantikan Abd Rashid sebagai Komander Esscom berkuat kuasa Selasa ini. Najib dan Rosmah turut menyampaikan sumbangan duit raya dari Pusat Zakat Sabah kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga emas di sekitar Kota Kinabalu. Terdahulu, Najib menghadiri taklimat khas Pembangunan Sabah oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah sebelum menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah di sini.

Kelab Putera 1Malaysia Buka Bilik Gerakan Bantu Rakyat Gaza
Abdul Azeez Abdul Rahim.
SEREMBAN: Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bertempat di Sekretariat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau berkata orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan serta barangan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan dan peralatan lain boleh berbuat demikian melalui sekretariat itu yang terletak di Kampung Attap. Kelab Putera 1Malaysia boleh dihubungi di talian 03-27736004. Beliau mengagihkan buah kurma, air zam zam dan pakaian kepada imam dan anggota jawatankuasa masjid di Negeri Sembilan di sini Sabtu. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Abdul Azeez juga berkata Biro Kebajikan Umno dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa. Bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah, katanya. "Saya juga menjemput doktor pakar pelbagai bidang perkhidmatan dari negara ini untuk ke Gaza," katanya.

APMM Tahan Empat Lelaki Indonesia Ceroboh Masuk Perairan Negara
PELABUHAN KLANG: Empat lelaki warga Indonesia termasuk seorang tekong bot gentian kaca ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika menceroboh masuk negara ini melalui perairan pantai Morib malam Jumaat.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata mereka ditahan kira-kira 11.40 malam dalam Ops Tumpas, yang dilancarkan 1 Julai lepas bagi membendung jenayah maritim di perairan negara pada musim perayaan ini.
Beliau berkata bot peronda APMM yang menjalankan operasi di sekitar perairan Morib, mengesan sebuah bot gentian kaca berwarna biru berkelajuan 120 kuasa kuda dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya kira-kira satu batu nautika dari perairan itu.
"Pada mulanya, bot APMM menghampiri dan mengarahkan bot itu berhenti, namun tidak diendahkan malah ia dipecut laju menuju ke Pantai Morib," katanya dalam sidang media di pejabat Maritim Pelabuhan Utara di sini, Sabtu.
Berikutan itu, APMM mengejar bot tanpa plat pendaftaran itu kira-kira 15 minit sehingga ke pantai Morib.
Mohd Aliyas berkata berlaku pelanggaran antara bot APMM dengan bot suspek ketika menahan bot itu menyebabkan tekong bot suspek cedera di tangan kanannya.
Dia kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.
"Siasatan awal mendapati kesemua lelaki itu berumur antara 30 dan 42 tahun, dan menuju ke perairan negara dari Pantai Dumai ataupun Pulau Bengkalis, Indonesia," katanya.
Mereka dibawa ke Jeti Daerah Maritim Klang untuk siasatan mengikut Akta AntiPenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.
TOP
Anak Ancam Bunuh Ibu Bapa Dengan Senapang Ditahan
MIRI: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis pada Sabtu setelah bapanya melaporkan kepada pihak berkuasa tindakan anaknya mengancam untuk membunuh ibu bapa kandung sendiri petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Miri Gan Tian Kee ketika mengesahkan tangkapan itu berkata suspek telah ditahan pukul 11.20 pagi Sabtu di Pondok Kebun, Ladang South Wind di sini dan turut dirampas selaras senapang buatan sendiri dan lima peluru yang dipercayai digunakan untuk mengancam kedua-dua mangsa.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan berdasarkan maklumat daripada bapanya, anaknya sering bertindak agresif apabila mabuk," katany.
Suspek yang dipercayai mabuk pada mulanya hanya bertengkar dengan ibu bapanya di sebuah kebun berhampiran sebuah rumah panjang dikenali Rumah Wing, Sungai Poh Suai Niah pukul 4 petang Jumaat.
Bagaimanapun setibanya di rumah suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah serta mengancam hendak membakar rumah dan mengancam kedua orang tuanya menggunakan senapang buatan sendiri memaksa bapa mangsa yang berusia 58 tahun membuat laporan polis.
Pada 9 Julai lepas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman dipetik berkata masalah kewujudan senjata api buatan sendiri di Sarawak kini membimbangkan pihak polis berdasarkan jumlah rampasan yang tinggi semasa Ops Cantas di negeri ini dengan kes tertinggi berlaku di Sibu dan Miri.
TOP
PM Puji Esscom Berjaya Selamatkan Warganegara China
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) kerana berjaya menyelamatkan seorang warganegara China yang dijadikan tebusan selama dua bulan di selatan Filipina.
“Syabas Esscom! Saya rasa lega kerana kita berjaya membebaskan warganegara China Yang Zai Lin, yang diculik lelaki bersenjata Abu Sayyaf,” kata Perdana Menteri dalam laman Twitter beliau Jumaat malam.
Beliau berkata warganegara China itu dibebaskan hasil tindakan pihak berkuasa berpandukan maklumat risikan dan tiada wang tebusan dibayar kepada penculik.
Yang, 34, dari Guangzhao, China, diculik lima lelaki bersenjata dari Wonderful Terrace Fish Farm di Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah tempat dia bekerja sebagai pengurus pada pukul 2.45 pagi 6 Mei lepas.
Pembebasan beliau diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam.
Khalid bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut tentang operasi menyelamatkan Yang, selain berkata siasatan akan dijalankan mengenai kes penculikan itu. – BERNAMA
TOP
Bukan ‘Budak Penyu’ Lagi Di London
London – Kehidupan seorang kanak-kanak berubah tiga tahun lalu selepas doktor berjaya membuang tahi lalat besar di belakang badannya.
Didier Montalvo, lapan, pernah digelar ‘budak penyu’ kerana mempunyai ketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya.
Dia disahkan menghidap Congenital Melanocytic Nevus (CMN) pada 2011.
Didier diterbangkan dari bandar asalnya di Colombia ke Britain semalam untuk bertemu dengan kanak-kanak yang senasib dengannya.
Menceritakan keadaan anaknya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen ITV, ibu Didier, Luz berkata, anaknya begitu sedih kerana digelar ‘budak penyu.’
“Dia sering memberitahu saya mengapa nasib dia begitu. Sukar untuk menjawab soalannya.
“Keadaan itu menghalangnya melakukan pelbagai aktiviti yang digemarinya,” kata Luz.
Tetapi mujur ada pakar bedah plastik, Neil Bulstrode yang sanggup menjalankan pembedahan percuma selepas mendengar nasib Didier.
Dia kini boleh menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.
Bulstrode berlepas ke Bogota untuk membantu sepasukan pakar bedah membuang tanda lahir Didier yang tumbuh begitu besar sehingga membahayakan nyawanya.
Doktor kemudian menjalani beberapa sisi pembedahan secara berperingkat-peringkat.
Menurut Bulstrode, kes Didier adalah yang paling teruk pernah ditemuinya.
“Dia umpama berjalan dengan membawa seguni kentang di belakangnya,” kata Bulstrode. – Agensi
TOP
Dukun Wanita Mahu Berkahwin Empat
Harare – Seorang wanita yang sudah mempunyai suami, berhasrat berkahwin dengan dua lagi lelaki.
Dukun wanita yang berusia 57 tahun itu, Emma Chaleka berkata, memang menjadi impiannya untuk mempunyai empat suami.
Menurutnya, dia akan menambah bilangan suaminya itu jika mereka sanggup hidup dengan aman di bawah satu bumbung dan menghormati apa yang dianggapnya sebagai ‘tugas’ masing-masing.
Emma mendakwa suami pertamanya, Never Mudenda yang memperkenalkan dia kepada suami keduanya, Sikabenga Pendasi, 55.
Disebabkan amalan luar biasa yang diamalkannya, perkahwinannya menjadi ‘buah mulut’ masyarakat di bandar di Gadzema.
Pendasi berkahwin dengan Emma di hadapan saksi yang juga jiran mereka dengan membawa seekor ayam sebagai hantaran.
Bagaimanapun, keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila suami pertamanya mula cemburu terhadap suami baru isterinya itu.
Mudenda dan anaknya kemudian menyerang Pendasi. Kerana tidak mahu anak-anaknya dipenjara, Emma memujuk suami keduanya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis. Emma sebelum itu mempunyai 11 anak hasil perkahwinan dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, selain dua lagi dengan Mudenda. – Agensi
TOP
Dadah Bernilai RM64,000 Dirampas Polis
TANAH MERAH – Polis berjaya merampas 4,000 pil disyaki dadah jenis yaba dianggarkan bernilai RM64,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Chat Rimau, dekat sini, Khamis lalu.
Rampasan dadah jenis itu yang terbesar di daerah ini pada tahun ini dibuat pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11.15 pagi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun.
“Ketika ditahan, lelaki terbabit berada di ruang tamu rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan badan, polis menemui satu beg silang yang disilang di bahu kiri suspek.
“Pemeriksaan dalam beg itu menemui satu plastik hijau yang mengandungi dua bungkusan berpita pelekat berwarna kekuningan dan di dalam setiap bungkusan itu terdapat 10 paket plastik biru,” katanya, hari ini.
Menurutnya, selain suspek, dua lelaki dan tiga perempuan yang berada dalam rumah itu turut ditahan dan kesemua tahanan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.
“Pemeriksaan lanjut ke atas barang rampasan mendapati, setiap satu plastik berwarna biru mengandungi 198 pil berwarna kemerahan dan dua pil berwarna kehijauan.
“Jumlah keseluruhan adalah 3,960 pil berwarna kemerahan dan 40 pil berwarna kehijauan disyaki dadah jenis yaba. Suspek utama dipercayai mendapat bekalan dadah ini dari Tok Uban, Pasir Mas,” kata Abdul Aziz.
Beliau berkata, suspek utama berasal Kampung Telok Sawa, Tok Uban, Pasir Mas itu ditahan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
“Dua lelaki dan tiga perempuan yang ditahan bersama suspek dibebaskan.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua yang ditahan termasuk suspek negatif dadah,” katanya lagi. – Sinar Harian Online
TOP
Premis Judi ‘Pilih’ Pelanggan Melalui CCTV
GEORGETOWN – Polis merampas 30 komputer yang telah diubah suai untuk permainan judi dan menahan lima orang termasuk dua wanita dalam serbuan serentak di dua premis di Paya Terubong di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam operasi dua jam bermula pukul 11.30 malam tadi, pemilik kedua-dua premis yang terletak bersebelahan enggan memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk premis mereka.
“Mereka hanya membenarkan pelanggan tertentu sahaja masuk setelah melihat daripada CCTV (kamera litar tertutup),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya polis merampas masing-masing 18 dan 12 set komputer yang telah diubah suai beserta dua modem di kedua-dua premis dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM50,000.
Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 20-an dan 30-an terdiri daripada dua penjaga, tiga pemain judi termasuk seorang lelaki warga Indonesia.
Pemilik premis disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, kata Mior Faridalatrash.
Pemain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000. – BERNAMA
TOP
“Selamat Hari Jadi Tun Dr Siti Hasmah” – Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik bersempena dengan hari kelahiran beliau pada Sabtu.
“Selamat hari jadi Tun Dr Siti Hasmah! Semoga sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik. Insya-Allah,” kata beliau dalam tweet terbaharunya.
Dr Siti Hasmah menyambut ulang tahun kelahiran ke-88 hari ini.
Suaminya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menyambut ulang tahun kelahiran ke-89 pada 10 Julai lepas. – BERNAMA
TOP
Abdul Khalid Hadir Majlis PM Demi Jawatan?
SHAH ALAM – Penganalisis politik menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Umno hanya untuk mempertahankan jawatan sebagai pemimpin nombor satu di negeri ini.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Jayum Jawan berkata, Abdul Khalid semakin terdesak dan terpaksa bertindak sedemikian demi kedudukannya.
“Sebab itu dia (Abdul Khalid) sanggup tinggalkan prinsip sedia ada untuk bekerjasama dengan pihak lawan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Dr Jayum berpendapat PKR perlu menyingkirkan Abdul Khalid daripada parti kerana beliau hanya memperjuangkan kedudukan dan pangkat bukan kepentingan rakyat serta perjuangan parti.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mengandaikan pertemuan Abdul Khalid dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu jaringan kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat.
“Walaupun ada rakyat yang melihat Abdul Khalid cuba mempertahankan kedudukannya meskipun berhadapan dengan masalah dalam parti, tetapi lagi penting dari pelaksanaan dasar.
“Rakyat mahu pelaksanaan dasar bukan kepentingan politik yang dimanipulasi segelintir pihak yang mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya,” katanya.
Beliau percaya kerjasama antara Kerajaan Pusat dan negeri penting untuk masa depan, walaupun berbeza ideologi politik.
Kelmarin, Abdul Khalid mengunjungi program berbuka puasa dan solat terawih bersama Najib di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.
Hasrat ‘Langkah Kajang’ yang gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusi sebagai ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini. – Sinar Harian Online
TOP
Pengurus Ladang Putus Tangan Kanan
GUA MUSANG – Seorang pengurus ladang putus tangan kanan setelah tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda dipandunya selepas terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 41.9 Jalan Aring-Kuala Berang, di Felda Aring, jam 7.30 pagi, kelmarin.
Ketua Polis daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, mangsa, Hairul Naim Ab Muhid, 31, kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Menurutnya, mangsa yang bekerja dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sawit dalam perjalanan ke ladang di Aring.
“Ketika dalam perjalanan, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik beberapa kali menyebabkannya tercampak keluar.
“Tangan mangsa yang bergesel dengan dawai penghadang jalan terputus paras bahu dan ia turut dijumpai ada dekat situ,” katanya.
Saiful Bahri berkata, mangsa yang terbaring dalam keadaan separuh sedar ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan.
“Kita masih menunggu laporan rasmi daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya. – Sinar Online
TOP
Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Bas
HULU LANGAT – Keriangan seorang kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolahnya berakhir dengan insiden mengerikan apabila dia maut dilanggar bas di Taman Perkasa, di sini, semalam.
Ketua Trafik Kajang, Deputi Superintendan Zainudin Mahdi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Adriana Natasha Mazlan, 6, sedang menuruni bas yang dinaikinya ketika bas yang sama menggilis tubuhnya.
“Sedang mangsa menuruni bas, mangsa tiba-tiba dilanggar bas itu dan tergilis,” katanya.
Menurutnya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Zainudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
“Kes ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Peluang Memiliki Nombor Plat G1M Dengan Harga Serendah RM210
Kini para pengguna jalan raya boleh memiliki plat G1M dengan harga serendah RM210 sahaja. Dalam satu kenyataan dari Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), nombor pendaftaran G1M kini dalam rangka promosi.
KE7B diberikan mandat untuk mengendalikan jualan promosi bagi nombor plat G1M bertujuan untuk membiayai projek penjelajahan dan eksplorasi di seluruh dunia.
Sebelum ini, nombor pat G1M dijual bertujual bagi mengumpul dana bagi projek Ekspedisi Tujuh Puncak, Tujuh Benua Tujuh Nilai sebagai menaikkan nama malaysia didalam bidang pendakian.
Projek berkenaan merangkumi beberapa misi bagi membiayai pasukan malaysia untuk menawan puncak-puncak benua di serata dunia.
Selain itu, hasil dana jualan no plat G1M ini juga telah disumbangkan kepada 3 buah yayasan iaitu Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia (YHKM) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan sumbangan berjumlah RM200,000.00
Kini, hasil penjualan G1M akan digunakan untuk mengumpul dana bagi projek lain KE7B yang dijangka akan diteruskan hingga ke tahun 2020.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai G1M sila Setiausaha KE7B, Zulaikha di 016-9035130 atau Siti Mariam di 017-2842643. - SiakapKeli.com
TOP
Operasi PDRM Bukan Hanya Hangat-Hangat Tahi Ayam! – Zahid
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras sindiket perjudian, dadah, kongsi gelap dan militan melalui pelbagai operasi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Justeru itu, beliau meminta pihak tertentu supaya tidak memperlekehkan usaha PDRM dengan menyifatkan operasi pihak berkuasa sebagai ‘hangat-hangat tahi ayam’.
“Jangan ingat bila kenyataan (media) agak berkurangan, operasi ini tidak berjalan…kami maklumkan hasil kejayaan operasi dari semasa ke semasa.
“Pihak tertentu juga tidak wajar melemparkan tuduhan kepada polis termasuk Ketua Polis Negara dengan menyifatkan operasi mereka sebagai ‘hangat-hangat tahi ayam’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di Dewan Wisma Umno di sini, hari Sabtu.
Beliau turut mengingatkan pihak berkenaan serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak merendahkan usaha PDRM dengan pelbagai dakwaan kononnya berkompromi dalam menjalankan tindakan.
“Jika menuduh ada pegawai atau anggota polis bersekongkol dengan sindiket perjudian, berikan kami bukti, dan kami tidak akan menoleh ke belakang untuk mengambil tindakan disiplin dan undang-undang terhadap pihak terlibat,” katanya.
Ahmad Zahid berkata pihaknya tidak mahu anggota dan pegawai polis terbabit dalam perbuatan seperti itu yang dianggapnya sebagai ‘tali barut’ atau ‘pagar makan padi’.
Sementara itu, beliau berkata polis mempergiat usahanya menjejaki mereka yang tersenarai sebagai suspek dalam kegiatan kumpulan militan di negara ini.
Beliau memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus mengesan suspek sama ada yang melatih, dilatih atau mendapat latihan di luar negara.– BERNAMA
TOP
Bekas Guru Meninggal Waktu Sedang Sujud Di Jasin
Jasin – Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba.
Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu.
“Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya.
“Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini.
Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan.
“Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya.
“Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan,” katanya.
Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju. – Harian Metro
TOP
Kes bunuh model: Ada Kesan luka akibat calar
JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan luka yang mencurigakan pada mayat model sambilan Estonia yang ditemui mati di Pulau Rawa, Mersing, 1 Julai lalu adalah kesan lebam dan calar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian Regina Soosalu, 29.
“Kita masih menunggu keputusan makmal untuk memperolehi jawapan punca kesan lebam dan calar pada mayat mangsa,” katanya namun enggan mengulas lanjut.
Terdahulu media melaporkan Regina dipercayai dibunuh pada hari sama dia tiba di pulau berkenaan. Mangsa menetap di Kuala Lumpur dikatakan ke Pulau Rawa untuk bercuti.
Mayat mangsa dikatakan ditemui terapung oleh beberapa tetamu pusat peranginan terbabit sebelum dibawa menggunakan sebuah bot ke hospital berhampiran.
Pada peringkat awal, polis menyiasat kematian mangsa sebagai mati lemas namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan kecederaan pada badan mangsa sekali gus mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hasnan berkata, mayat Regina yang kini berada di Hospital Sultan Ismail (HSI) dipercayai akan dituntut keluarganya dalam tempoh terdekat.
Beliau juga sedang menyiasat sama ada kematian Regina mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Setakat ini, Hasnan mengesahkan polis telah menahan tujuh suspek bagi membantu siasatan termasuk teman lelaki mangsa. - Sinar Harian
TOP
Penonton Bertempiaran Lari Pawagam Terbakar Di Sandakan
SANDAKAN – Sebuah pawagam di kompleks beli-belah di bandar ini, terbakar sebentar tadi.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, ada mangsa mengalami kecederaan namun belum dapat disahkan jumlahnya.
Lebih 100 pengunjung pawagam One Kapital Plaza yang sedang menonton wayang bertempiaran lari apabila panggung wayang itu terbakar dan dipenuhi asap di Jalan Tanah Merah, Bandar Lela, di sini, semalam.
Dalam insiden kira-kira jam 3.30 petang itu, sebahagian besar pengunjung pawagam itu panik sehingga ada yang memecahkan tingkap untuk menyelamatkan diri kerana bimbang terperangkap didalamnya.
Menurut pengunjung beberapa bunyi letupan turut kedengaran menyebabkan orang ramai bertambah panik.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, ekoran keadaan tidak terkawal itu dua orang pengunjung mengalami cedera ringan kerana bertindak memecahkan cermin.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Harian Metro
TOP
McDonald’s M’sia Nafi Salurkan Hasil Jualan Untuk Keganasan
Menurut Laporan BERNAMA
McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini. “Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya,” menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my. Kenyataan McDonald’s Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel. Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu. “Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini,” menurutnya. “Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik,” kata McDonald’s. Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald’s Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya. Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam ‘Operasi Perlindungan Sempadan’ sejak Selasa lepas. Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza. ─ BERNAMA

Guan Eng Main Wayang Menangis Di Rumah Kebajikan?
Perhatian yang diberikan kepada golongan gelandangan kini menjadi modal politik di antara BN dan Pakatan Rakyat apabila kedua-duanya menuduh pihak lagi satu cuba mengambil keuntungan politik dari masalah tersebut.
Jika kelmarin MP DAP mendakwa lawatan turun padang PM tidak akan menyelesaikan masalah itu, kini giliran BN pula menempelak DAP.
GERAKAN mendakwa air mata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sewaktu melawat dan menyerahkan cek sebanyak RM20,000 kepada rumah kebajikan The Lighthouse yang memberi makan kepada gelandangan sebagai "wayang" semata-mata. Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong menyifatkan Lim sebagai seorang "pelakon" yang hebat. Pada lawatan itu, Lim tersentuh melihat golongan gelandangan makan dan mengelap air matanya - dan mengumumkan menerusi akaun Twitter miliknya yang beliau berasa "emosional" pada masa itu. Gambar Lim berpakaian batik hitam putih sambil menangis diterbitkan dalam akhbar dan dikongsi orang ramai menerusi laman media sosial. "Wayang sebegitu rupa oleh beliau tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan," kata Oh kepada Malaysiakini. ─ Malaysiakini.com

Johor Dalam Bahaya, Warga Asing Beli Hartanah Tanpa Kawalan
Kegiatan warga asing membeli hartanah di Johor dikesan semakin berleluasa terutama dengan kemasukan lebih 10 pemaju dari China yang membangunkan beberapa kawasan elit sekitar pesisir Selat Johor menimbulkan kebimbangan awam.
Berikutan masalah yang semakin membarah itu kerajaan negeri terpaksa mengambil langkah drastik dengan memperkenalkan zon antarabangsa selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kawasan sesuai untuk membina zon berkenaan dan ia akan mengenakan cukai tanah dan harta yang tinggi terhadap warga asing.
“Kemungkinan zon antarabangsa akan ditempatkan di kawasan tambak dan Iskandar Malaysia. Kita akan kenakan cukai tanah dan cukai harta yang lebih tinggi di zon itu bagi membezakan mereka (orang asing) dan rakyat tempatan,” katanya.
Selepas zon antarabangsa diperkenalkan, kerajaan negeri juga akan menyekat atau menghadkan pembelian hartanah oleh warga asing di luar zon ini bagi memberi lebih banyak peluang kepada rakyat tempatan.
“Kita (kerajaan) akan hadkan warga asing daripada membeli rumah di luar zon, mungkin ada kadar tertentu tapi itu belum ditetapkan lagi,” kata Khaled yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).
Menurutnya, pihaknya perlu melaksanakan perancangan rapi, jika tidak rakyat asing akan membeli rumah di merata tempat di Johor dan ia akan menjejaskan peluang rakyat tempatan kerana harga pasaran rumah menjadi tidak stabil.
Justeru itu, beliau berkata ini adalah menjadi tanggung jawab kerajaan negeri mengimbangi keperluan rumah mampu milik kepada rakyat tempatan dan pada masa yang sama memenuhi permintaan semasa yang bakal menyumbang kepada ekonomi Johor.
Menerusi zon antarabangsa, difahamkan hasil cukai tersebut akan turut digunakan bagi pembangunan di kawasan luar daerah Johor Baharu.
Selain itu, Khaled berkata kerajaan negeri juga akan menambah bilangan tanah rizab Melayu di negeri ini dan mewujudkan lingkaran Melayu di bandar sebagai salah satu usaha untuk mengimbangkan populasi pelbagai kaum.
Beliau berkata, selain usaha kerajaan untuk terus komited menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat, pihaknya juga membuat persiapan bagi menampung permintaan pekerja asing yang dijangka meningkat disebabkan pertambahan pelaburan asing ke Iskandar Malaysia.
Iskandar Malaysia dilaporkan mengunjurkan pelaburan baharu bernilai RM22 bilion tahun ini berbanding RM21 bilion pada tahun lepas.
Johor dalam bahaya, hartanah diburu warga asing
Johor dalam bahaya, hartanah diburu warga asing
Mengenai kebimbangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kepesatan pembangunan Johor dan kebanjiran pendatang asing yang boleh mengakibatkan hak rakyat tempatan terjejas, Khaled berkata kerajaan negeri sedar mengenai perkara itu. “Kita hargai pandangan beliau. Kita sedar mengenai perkara itu dan kewujudan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) adalah salah satu daripada usaha kita untuk merangka dan merancang (serta mengatasi cabaran itu),” katanya. Pada 8 Julai lalu, Dr Mahathir, menerusi blognya, bimbang akan kepesatan pembangunan di Johor yang mengundang kebanjiran pendatang asing serta mengakibatkan sebilangan harga hartanah naik mendadak yang boleh mengurangkan peluang rakyat tempatan memiliki kediaman sendiri. Menyifatkan isu LPHJ adalah antara cabaran terhebat yang dihadapinya sejak memegang tampuk pimpinan kerajaan negeri sejak Mei tahun lepas, Khaled berkata isu itu kurang difahami oleh masyarakat terutamanya yang tinggal di luar Johor. “Jadi, hendak betulkan persepsi mereka yang seolah-olah tujuan enakmen tu untuk memberi kuasa yang mutlak kepada raja, padahal ia tidak bermaksud sedemikian dan soal nak betulkan persepsi tu dan untuk mengatasi kebimbangan pihak-pihak tersebut, merupakan cabaran terhebat,” kata beliau. Khaled berkata LPHJ diwujudkan bagi mengatasi cabaran utama di Johor iaitu bagaimana mahu memenuhi permintaan rakyat berkaitan perumahan. “Rakyat hendak supaya mereka memiliki rumah yang mereka mampu beli. Tujuan lembaga ini adalah agar perkara ini dapat direalisasikan dan dapat dipermudahkan,” kata beliau. Kerajaan negeri menyasar untuk membina sebanyak 28,000 rumah mampu milik dalam masa lima tahun. Selain itu, katanya, tindakan tegas turut diambil dengan menyenaraihitamkan 28 pemaju tahun ini kerana gagal membina lebih 30,000 unit rumah kos rendah terutama di kawasan Iskandar Malaysia dalam tempoh ditetapkan.- bnbbc.my

Perompak Pulang Dengan Perasaan Hampa
Klang – Dua lelaki yang mahu menyamun sebuah kedai emas di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, petang kelmarin terpaksa pulang hampa apabila cermin ruang pameran premis berkenaan tidak pecah walaupun dihentak beberapa kali.
Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu meluru masuk ke dalam kedai emas berkenaan sambil mengacukan pisau ke arah pengawal keselamatan.
Sumber berkata, suspek kemudian mengarahkan pengawal keselamatan berusia 60-an itu untuk duduk di satu sudut kedai berkenaan selain meminta tiga pekerja kedai berkenaan untuk diam dan tidak melakukan apa-apa.
Menurutnya, seorang lagi suspek yang membawa tukul besi kemudian menghentak cermin ruang pameran yang mempunyai pelbagai barang kemas beberapa kali dengan harapan ia pecah dan seterusnya membolehkan mereka melarikan barang kemas itu.
Menurut sumber, selepas beberapa minit menghentak cermin itu, suspek bertambah berang kerana cermin ruang pameran hanya retak, namun tidak pecah sekali gus menyebabkan hasrat mereka untuk mendapatkan barang kemas tidak berjaya. - myMetro Online
TOP
Militan: IPT Dalam Pemerhatian – Zahid
PETALING JAYA – Universiti dan kolej di Malaysia yang kini dikenalpasti sebagai sarang merekrut anggota militan menjadi sasaran siasatan anti pegganas.
Terbaharu, penglibatan pensyarah Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, dalam senarai terbaru individu yang dikehendaki disyaki sebagai anggota militan meletakkan institusi pengajian tinggi IPT) kini berada di bawah pemantauan rapi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Cawangan Khas Bahagian Anti Keganasan melakukan pemantauan terhadap aktiviti merekrut anggota militan yang mungkin tidak disedari pihak universiti.
Beliau berkata, kerajaan sedar rakyat asing menggunakan institusi pengajian tinggi sebagai medan merekrut dan memberi pendedahan asas kepada anggota militan.
“Kita tidak hanya memeriksa visa pelajar tetapi juga pas lain termasuk permit kerja. Malah mereka yang mempunyai status pelarian juga tidak akan dikecualikan daripada pengawasan,” katanya pada Jumaat.
Ahmad Zahid berkata kumpulan ini juga menjadi sasaran dan sedang dikenalpasti melalui kerjasama dengan agensi-agensi lain-lain.
“Kami berhadapan trend baharu aktiviti keganasan dengan penggunaan teknologi moden dan gesaan untuk berjihad oleh kumpulan pengganas antarabangsa,” katanya.
Tambah beliau Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) atau kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Syria (ISIS) cuba menarik minat belia Malaysia untuk berjihad yang bakal membawa kepada ganjaran syurga.
Beliau berkata langkah radikal ini mensasarkan golongan belia dengan menyebarkan idea-idea melampau di ruang siber termasuk media sosial.
“Cara tradisional seperti pengesanan bakat juga masih digunakan termasuk ketika perhimpunan agama dan usrah,” katanya.
Menurut Ahmad Zahid, Kementerian Dalam Negeri menghantar pulang 67 warga asing dari pelbagai negara yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan di Malaysia dan di luar negara sejak 2009.
Dr Ahmad Zahid berkata kebanyakan daripada mereka beroperasi di secata tertutup dengan menjadi pelajar di institusi pengajian tinggi.
“Ada juga anggota militan yang bekerja di industri tempatan dan kalangan ahli perniagaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Mahkamah Akan Putuskan Siapa Presiden Indonesia
JAKARTA – Ketua Polis Jakarta, Mejar Jeneral Dwi Priyatno memberi jaminan akan menghalang sebarang gerakan bagi meraikan kemenangan di jalanan.
Beliau membuat jaminan itu ekoran proses pengundian pilihan raya Presiden yang ketika ini masih gagal memberi petunjuk jelas mengenai calon yang bakal memenangi jawatan tersebut.
Pada pilihan raya yang berlangsung dengan lancar pada Rabu lalu, timbul kebimbangan bahawa akan berlaku pergolakan selepas dua calon pilihan raya Presiden iaitu Gabenor Jakarta, Joko Widodo dan bekas jeneral Tentera, Prabowo Subianto masing-masing mengisytiharkan kemenangan berdasarkan keputusan proses pengiraan undi cepat.
Situasi itu akan mencetuskan kebimbangan mengenai kestabilan politik di negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia dan negara yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.
Ia bukan sahaja boleh menghalang pertumbuhan ekonomi di negara tersebut, malah boleh menjejaskan perjalanan sistem demokrasi selepas beberapa dekad dibelenggu dengan pemerintahan autoritarian.
Widodo, 53, yang dikenali sebagai Jokowi kini mendahului dengan kelebihan 52 peratus undi, menurut tiga agensi pengiraan undi cepat tidak rasmi yang boleh dipercayai.
Prabowo bagaimanapun mendakwa beliau mendahului keputusan pilihan raya itu.
Beliau turut bersedia menerima sebarang pengumuman rasmi daripada suruhanjaya pilihan raya dalam masa dua minggu lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia telah memulakan pengiraan undi dan akan mengeluarkan keputusan rasmi pada 22 Julai depan.
Namun, jika calon pilihan raya Presiden itu mengemukakan bukti penipuan, Mahkamah Perlembagaan akan membuat keputusan siapa yang akan menjadi Presiden.
Hakim mahkamah itu akan mempunyai masa selama dua minggu untuk membuat keputusan selepas beliau menerima aduan tersebut.
Jokowi merupakan calon daripada Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) yang tidak mempunyai kaitan dengan bekas Presiden Indonesia, Suharto yang memerintah selama 30 tahun sebelum meletakkan jawatan pada tahun 1998.
Prabowo, 62, berasal dari keluarga yang kaya dan berkahwin dengan anak perempuan Suharto.
Beliau dilihat sebagai lelaki yang mesra dengan penduduk dan mengetuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra). – AP
No comments:
Post a Comment