TOP
Kawal Lokasi Nahas MH17 Elak Bukti Dicemari Dalam Proses Pengadilan
Abdul Aziz Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengawal ketat lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine, agar bahan bukti di kawasan terbabit tidak dicemari bagi digunakan sebagai keterangan bukti di mahkamah kelak. Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata sekiranya kes itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ia boleh menolak bahan bukti yang tercemar atau "diusik" sekali gus menjejaskan proses perbicaraan dan penyelesaian tragedi itu. "Ikut undang-undang dan aturan PBB, selain perlu ambil bahagian dalam siasatan kes ini, PBB juga bertanggungjawab memastikan kawasan itu selamat supaya bahan bukti boleh diterima sebagai keterangan sahih di mahkamah," kata Abdul Aziz, yang merupakan bekas penasihat undang-undang Persekutuan. Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program BernamaTV, Bernama Today di sini, Jumaat. Selain bahan bukti di lokasi kejadian, Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Majlis Institut Pengangkutan Berkanun Antarabangsa berkata, kotak hitam pesawat itu juga berperanan untuk menentukan punca nahas tersebut, termasuk menjawab persoalan pihak mana yang menembak pesawat itu. Penerbangan Boeing 777-200 MAS yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine, pada 17 Julai lepas. Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Siasatan insiden itu dilakukan oleh kumpulan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat. Sementara itu, Abdul Aziz yakin kapten dan juruterbang pesawat malang berkenaan mengikut rancangan penerbangan yang telah diluluskan oleh badan keselamatan penerbangan dunia, Persauan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabanga (ICAO). "Sudah tentu sebelum berlepas, mereka telah ada flight plan dan mengambil kira semua aspek, termasuk sebarang nasihat berkaitan laluan berisiko kerana keselamatan menjadi keutamaan. Mengulas lanjut mengenai usaha pemulihan syarikat penerbangan negara itu, Abdul Aziz yang menyertai MAS sejak 1971 hingga menjawat jawatan Pengarah Urusannya pada 1988 berkata MAS perlu meneruskan operasinya seperti biasa walaupun terkesan dengan insiden MH17. "Kita perlu mengembalikan keyakinan bahawa MAS adalah sebuah badan yang cekap dan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. "Bukan membuat perubahan dengan memulangkan bayaran balik tiket penumpang ekoran 'kehilangan' MH17," kata Abdul Aziz berhubung kenyataan MAS yang akan membayar balik kepada penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan penerbangan mereka. Sabtu lepas, MAS berkata ia akan mengenepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke mana-mana destinasi MH. Berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapat perjalanan balik. -mstar

Malko Kilang Ke-4 Dunia Keluarkan Produk Terkini Industri Minyak Dan Gas
KEMAMAN: Malko Flanges & Fittings (M) Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk paip untuk industri minyak dan gas milik Bumiputera yang beroperasi dekat Chukai di sini, berjaya mengeluarkan produk 'Misalignment Swivel Flange'.
Pengarah Urusannya, Datuk Wan Marzuki Wan Sembok berkata, produk baharu syarikat itu yang dihasilkan menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama Universiti Tenaga Nasional (Uniten), mula diguna pakai di tiga pelantar minyak di Malaysia sejak Januari lalu.
"Lebih membanggakan kejayaan ini menjadikan kami sebagai syarikat pertama di Malaysia, dan keempat di dunia, selepas dua kilang di Itali dan sebuah dari United Kingdom mengeluarkan produk berkenaan.
"Kami akan mengeluarkan lebih banyak produk baharu pada masa akan datang memandangkan kami mempunyai Jabatan R&D yang bertanggungjawab dalam penghasilan produk baharu untuk memenuhi permintaan industri dalam sektor minyak dan gas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Yatim dan Warga Emas Daerah Kemaman bersama Warga Kerja Syarikat Malko Flanges & Fittings di sini malam Khamis.
Pada majlis itu, seramai 50 warga emas menerima duit raya sebanyak RM300 seorang dan barang keperluan dapur, manakala 50 anak yatim menerima duit raya sebanyak RM100 serta barang keperluan dapur.
Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat itu juga akan mula membina kilang baharu yang lebih besar di atas tanah seluas enam ekar di Mak Lagam dekat Chukai, tidak jauh dari kilang induk sedia ada, sebelum akhir tahun ini.
"Pembinaan kilang baharu itu yang dijangka menelan belanja antara RM5 juta dan RM8 juta, dijadual siap pada hujung 2015.
"Apabila siap, kilang itu dijangka mampu menghasilkan produk kelengkapan paip, termasuk produk baharu pada kadar tiga kali ganda berbanding kapasiti pengeluaran kilang sedia ada," katanya.
Wan Marzuki berkata, dengan peningkatan kapasiti pengeluaran itu, kilang baharunya itu dijangka mengambil 50 hingga 60 lagi tenaga kerja mahir, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Malko Flanges & Fittings juga menembusi pasaran baharu Januari lepas apabila produk kilangnya turut dipasarkan di Turkmenistan selain pasaran sedia ada di Timur Tengah, Asia Tenggara termasuk Malaysia.
"Penghasilan produk baharu dan penerokaan pasaran baharu mempengaruhi jualan yang dicatatkan syarikat untuk tempoh Januari sehingga 19 Julai lalu, dengan jualan bernilai RM48 juta berbanding RM32 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas," katanya. -mstar
TOP
Raja Muda Perlis Mohon Kerajaan Pusat Bina Lapangan Terbang Di Perlis
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
PADANG BESAR: Kerajaan pusat diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah lapangan terbang di Perlis kerana ia bakal menjadi daya penarik dan memberi impak positif untuk menarik pelaburan asing. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Lembah Chuping di sini adalah lokasi yang sesuai kerana bersempadan dengan Thailand. "Kita meminta lapangan terbang ini bukan kerana Perlis belum memilikinya tetapi kerana faktor geografi dan ekonomi," titah baginda pada majlis penyerahan kuih raya kepada anggota agensi pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia/Thailand di sini pada Aidilfitri ini. Berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar dan anggota Exco kerajaan negeri. Menurut baginda, projek lapangan terbang itu boleh dilaksanakan berkonsep "Sharing Airport" bersama-sama Thailand baik dari segi penggunaan tanah, kos pembinaan, pendapatan, penggunaan terminal dan landasan. Baginda menambah konsep ini dipraktikkan oleh Switzerland dan Perancis sejak berdekad lamanya iaitu di Cointrin, Geneva (GVA) dan antara Switzerland, Perancis dan Jerman di Euro Airport Basel (BSL) Mulhouse Freiburg walaupun tapaknya berada di kawasan Saint-Louis Perancis. "Jika kerajaan pusat boleh menimbang membina sebuah lapangan terbang baharu di Kulim (Kedah) atau menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang, tiada salah untuk membina satu di Perlis," titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin bertitah pembinaan lapangan terbang di Padang Besar bakal memberi kesan terhadap pembangunan Kuala Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan selatan Thailand. Baginda menambah landasan kereta api elektrik dari Padang Besar ke Johor Baharu yang dijangka beroperasi tidak lama lagi di samping Pelabuhan Darat tercanggih dirancang dibina di Padang Besar oleh kerajaan negeri akan menggalakkan aktiviti import dan eksport di kawasan terbabit. Azlan semasa ditemui pemberita berkata kerajaan negeri turut menyenaraikan cadangan pembinaan "Lapangan Terbang Kecil" atau "Air Strip" di Padang Besar sebagai antara projek dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbang dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. "Kita mempunyai kawasan yang sesuai di Lembah Chuping untuk dijadikan Air Strip namun jika kerajaan pusat merasakan lapangan terbang lebih sesuai kita menerimanya dengan hati terbuka," katanya. -mstar

MB Selangor: Abdul Hadi Sokong Abdul Khalid Kekal
Pertemuan Abdul Hadi (dua dari kiri) dan Abdul Khalid (dua dari kanan)yang menimbulkan pelbagai persoalan baru-baru ini.
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. "Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza. "Saya telahpun dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini, Jumaat. Menurut Abdul Hadi, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor. Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu. Abdul Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul Khalid tidak terlibat masalah besar. "Kalau beliau (Abdul Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. "Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," tegasnya. Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata: "Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dahulu lagi". Apabila diajukan soalan bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat. Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian. "Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),' katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa. Abdul Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas. Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). -mstar

Laluan Trafik Di Jalan Imbi Akan Dibuka Semula Hujung Oktober
Ahmad Phesal (kiri) mengadakan lawatan kerja ke lokasi kerja-kerja pembaikan akibat mendapan tanah dan runtuhan di persimpangan Jalan Pudu-Jalan Imbi-Jalan Hang Tuah di Kuala Lumpur pada Jumaat.-fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan akibat mendapan tanah dan runtuhan di persimpangan Jalan Pudu baru-baru ini semakin pulih dan dijangka laluan trafik akan dibuka sepenuhnya hujung Oktober. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pembukaan jalan itu akan dibuka secara berperingkat mengikut status kerja-kerja pembaikan. "Kita dapati strukturnya tidak membimbangkan, malah kita perkukuhkan lagi dengan kerja-kerja penuangan konkrit di dalam kawasan mendapan," katanya semasa melawat tapak berkenaan pada Jumaat. Beliau berkata konsep projek pembinaan laluan bawah tanah di kawasan itu akan dilaksanakan secara 'open-cut' dan tidak lagi menggunakan konsep asal secara 'micro-tunneling' atas faktor keselamatan kepada utiliti dan struktur tiang monorel. Katanya sekiranya projek berkenaan berjalan dengan lancar, keseluruhan projek pembinaan terowong itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini. Pada 2 Julai lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat Jalan Imbi runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah yang dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah. -mstar

Krisis MB Selangor: Rundingan Sulit Anwar - Kem Khalid Giat Dijalankan
Abdul Khalid Ibrahim.
PETALING JAYA: Rundingan sulit diantara pegawai-pegawai mewakili Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang dijalankan untuk menentukan masa depan kepimpinan negeri itu. Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin yang bertindak sebagai perantara, memberitahu The Star Online bahawa Khalid tidak perlu melepaskan kedudukannya jika dia memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan pucuk pimpinan PKR. "Kami masih dalam proses rundingan. Terdapat beberapa syarat yang Anwar mahu Khalid penuhi. Jika beliau bersetuju, Khalid mungkin kekal sehingga penggalnya tamat," katanya ketika dihubungi. Namun, Azman enggan mendedahkan secara terperinci syarat-syarat tersebut kerana ia 'sulit dan persendirian' tetapi menegaskan ia tiada kaitan dengan projek di negeri itu. Beliau juga mengakui terdapat beberapa syarat yang sukar dipenuhi oleh Khalid. "Ia rundingan yang sukar tetapi ia bergantung kepada Khalid untuk bersetuju atau tidak," katanya. Difahamkan, antara syarat-syarat itu termasuk penyingkiran bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI). Azman berkata, sekiranya rundingan itu tidak berjaya, Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang tidak pilihan melainkan berundur dan memberi laluan kepada peralihan kuasa. Terdahulu, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid dengan calon pilihan mereka iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Adun Kajang. Bagaimanapun, menurut Azman, keputusan belum muktamad walaupun hampir pasti akan berlaku perubahan pucuk pimpinan di negeri itu. "Khalid mempunyai tempoh sehingga 10 atau 11 Ogos untuk membuat keputusan kerana ia adalah tarikh akhir DAP dan PAS mengumumkan pendirian mereka," katanya. Azman juga berkata, beliau yakin Khalid tidak akan menasihati Istana untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun beliau sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. "Beliau tidak akan melakukan perkara seperti itu, beliau enggan menamatkan karier politiknya dengan memusnahkan parti. Beliau mahu penyelesaian secara baik terhadap krisis ini," katanya. Khalid kini terus menerima tekanan dari dalam parti yang mahu beliau melepaskan jawatannya sebagai menteri besar. DAP dan PAS pada dasarkanya bersetuju supaya Khalid memberi laluan kepada Dr Wan Azizah untuk mengambil alih jawatannya. Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid dan mahu beliau mengekalkan jawatannya. -mstar

MH17: Peguam Negara, Tiga pegawai JSJ Ke Belanda
Penduduk Belanda yang berkabung berikutan tragedi MH17 memberi penghormatan kepada mangsa nahas pesawat itu.
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga pegawai Jabatan Siasatan Jenayah akan berlepas ke Belanda bagi membantu tugas berkaitan nahas pesawat MH17. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini 21 anggota penyiasat sudah berada di Belanda dan Kiev di Ukraine untuk tujuan sama. “Tiga anggota yang akan berangkat esok bersama Tan Sri Abdul Gani Patail bagi membuat rundingan mengenai perkara yang berkaitan aspek perundangan,” jelas Khalid mengenai perkembangan penglibatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Belanda dan Kiev, Ukraine. Dalam kejadian 17 Julai lalu, pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine hingga mengakibatkan 298 nyawa terkorban, termasuk 43 rakyat Malaysia. Dalam pada itu, Khalid turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau perairan pantai timur Sabah yang diisytiharkan perintah berkurung sehingga 2 Ogos ini. “Tempoh kita akan tamat pada 3 Ogos ini dan saya sedang meneliti keadaan di sana. Jika keadaan memerlukan kita akan teruskan arahan itu," katanya. Perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa pada jarak tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika. Arahan bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi. -mstar

Aliran Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Mula Perlahan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara menuju utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mula dilaporkan sesak di beberapa kawasan setakat pukul 4 petang.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan ke pantai timur, trafik agak perlahan dari Tol Gombak terutama dari Km 52 hingga Km 55 iaitu dari Lentang ke Bentong dan dari Karak ke Plaza Tol Jabur.
"Bagi laluan ke utara, trafik perlahan dari Slim River menghala Sungkai dan dari Gua Tempurung menuju Sungai Petani.
"Bagi Lembah Klang, kesesakan trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), dari Shah Alam ke Bukit Lanjan. Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
"Manakala bagi laluan ke selatan, kesesakan mula meningkat dari Nilai ke Seremban di Km 269.2 kerana terdapat kemalangan yang melibatkan dua buah kereta," katanya.
Jurucakap itu berkata di sekitar Lembah Klang, aliran trafik mulai perlahan terutama di Bandar Sunway menuju Damansara Utama, Penchala ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Puchong Jaya ke Bandar Sunway dan Lebuhraya Elite bermula dari Putrajaya menuju USJ.
Sementara itu Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata keadaan trafik masih lancar di kedua-dua arah Shah Alam ke Subang dan laluan utara ke selatan.
"Cuma keadaan trafik agak perlahan di Km 109 dari Sungai Petani menghala Bertam disebabkan berlaku kemalangan," katanya. -mstar
TOP
MAHB Cadang Jadikan LCCT Gudang Kargo
SEPANG: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini mengkaji rancangan untuk menjadikan Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) sebagai gudang kargo, kata Ketua Pegawai Kewangannya, Faizal Mansor.
"LCCT terletak di kawasan gudang kargo. Semasa LCCT dibina, ia untuk sementara sahaja dan mudahlah untuk menukarkannya kepada gudang kargo," katanya selepas taklimat media mengenai prestasi kewangan suku kedua pengendali lapangan terbang itu.
Faizal berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai sama ada LCCT lama akan dijadikan kemudahan gudang kargo.
MAHB merancang untuk menjadikan LCCT sebagai gudang kargo apabila AirAsia berpindah pada September tahun depan, katanya.
"Sudah tentu, AirAsia perlu berpindah ke klia2, jika tidak ia tidak akan beroperasi dengan cekap kerana mereka perlu beroperasi jauh," kata Faizal.
Beliau berkata, MAHB meninjau semua kemungkinan yang akan meningkatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur secara keseluruhan.
"Pertumbuhan kargo di Malaysia agak perlahan dalam beberapa tahun lepas berbanding pergerakan penumpang. Kami cuba untuk membuat penilaian untuk melihat bagaimana dapat merangsang pertumbuhan kargo di Malaysia," katanya.
MAHB melaporkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM37.73 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2014 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM132.06 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
Perolehan, bagaimanapun, meningkat kepada RM1.18 bilion pada suku berkenaan daripada RM978.10 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. -mstar
TOP
MRCB Akan Beli 51 Peratus Pegangan PPSB Bernilai RM50.75 Juta
KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah memetrai perjanjian menjual saham dengan Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) untuk membeli semua kepentingan ekuiti 51 peratus PHB dalam Penang Sentral Sdn Bhd (PSSB) bernilai RM50.751 juta.
Pembelian itu akan meningkatkan pegangan MRCB dalam PSSB kepada 100 peratus.
Pembelian itu akan dibiayai melalui dana dalaman dan/atau pinjaman bank, kata MRCB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
"Pembelian itu akan membolehkan MRCB menguruskan dengan lebih baik operasi PSSB di samping meningkatkan kecekapan melalui struktur pengurusan tunggal dan dengan itu meningkatkan profil dan prospek pendapatan kumpulan," katanya.
Cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun ini. -mstar
TOP
Bank Islam Menang Tiga Anugerah Perbankan Antarabangsa
Zukri Samat
KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd memenangi tiga anugerah pada majlis anugerah Tahunan International Banker yang berlangsung di London. Dalam satu kenyataan pada Khamis, bank itu berkata, Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Terbaik. "Anugerah kedua ialah Penyedia Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Asia dan ketiga, Bank Islam Malaysia terbaik," katanya. International Banker ialah anak syarikat Finance Publishing, sumber utama dunia bagi analisis kewangan, perbankan antarabangsa dan hal ehwal dunia, yang dipercayai. -mstar

RM139 Juta Kos Boustead Ambil Alih Hyde Park Hotel London
Hotel Hyde Park London
KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd (BHB) meluaskan bahagian hartanahnya dengan cadangan mengambil alih Hyde Park Hotel di London dengan pertimbangan RM138.98 juta. Dalam satu kenyataannya, syarikat itu berkata, satu perjanjian jual beli dimeterai dengan Pastel Estate Limited untuk mengambil alih hotel pegangan bebas 68 bilik itu yang terletak di kawasan strategik, Bayswater, London. "Terletak di lokasi utama di Pusat London, hotel itu memberi peluang terbaik untuk kumpulan ini menjadikannya modal dalam pasaran hotel dan industri hospitaliti yang berkembang di London," kata Timbalan Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin. Beliau berkata, pengambilalihan strategik itu bertujuan mengukuhkan portfolio pelaburan hartanah selain membuka peluang untuk mengembangkan perniagaan hospitaliti syarikat ke luar Malaysia. Hyde Park Hotel kini dipajakkan kepada seorang pengendali dan akan dibeli bersama pajakkan itu, kata BHB. -mstar

Lampard Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama New York City FC
BEKAS pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menandatangani kontrak baharu bersama kelab Major League Soccer (MLS), New York City FC.
Lampard 36 tahun meninggalkan Chelsea pda Jun lalu selepas 13 tahun bersama kelab di London ini yang menyaksikan dia membantu The Blues menjulang tiga kali gelaran juara Liga Perdana, empat Piala FA, dua Piala Liga, Liga Europa dan Liga Juara-Juara.
“Ia merupakan satu perjalanan hidup yang menarik. Saya melalui 13 tahun bersama Chelsea yang amat membanggakan.
“Di sini pula terbayang visi yang panjang, dan ingin menjadi sebahagian daripadanya.
“Saya mahu membawa cabaran yang maksimum di atas padang,” jelas Lampard.
Lampard telah beraksi 106 perlawanan bersama Engand dan merupakan sebahagian pemain Piala Dunia 2014 sehinga aksi terakhir peringkat kumpulan bertemu Costa Rica. -mstar
TOP
Pinto Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Costa Rica
JORGE Luis Pinto mengambil keputusan meletak jawatan sebagai jurulatih Costa Rica kerana bercanggah pendapat dengan pihak persatuan.
“Saya menyedari tidak boleh menerima syarat yang diberikan bagi meneruskan tugas saya ini,” jelas jurulatih kelahiran Colombia di laman website (www.jorgeluispinto.com) pada Khamis.
“Jadi ia gagal mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak saya.”
Costa Rica mencatat rekod terbaik dalam aksi Piala Dunia selepas mara ke suku akhir buat kali pertama di Brazil bulan lalu, namun tewas kepada Belanda dalam penentuan penalti. -mstar
TOP
Saya Tidak Akan Pergi Ke Manchester United - Vidal
ARTURO Vidal menegaskan dia tidak akan berpindah ke Manchester United musim ini.
Pemain antarabangsa Chile ini dikaitkan bakal memecah rekod perpindahan pemain tengah ini ke Old Trafford dari Juventus.
Bagaimanapun, Vidal menjelaskan dia akan berbincang dengan bos baharu Bianconeri, Massimiliano Allegri pada Isnin ini dan mendedahkan dia tidak akan menjadi anak buah Louis van Gaal.
“Masa depan? Pada Isnin ini saya akan berbincang dengan jurulatih.
“Saya berasa gembira dan tidak akan pergi ke Manchester United,” jelasnya. -mstar
TOP
Bayi Antara 15 Maut Dalam Serangan Israel Ke Atas Sekolah Di Gaza
Seorang lelaki rakyat Palestin membawa mayat seorang bayi berusia setahun yang merupakan antara 15 terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah di Beit Hanoun di utara Gaza pada Khamis. Foto AP
BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza pada Khamis. Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian itu. Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa serangan, tetapi seorang wartawan AFP yang berada dekat rumah mayat berkata, mayat-mayat yang tiba dari tempat kejadian termasuk seorang ibu dan bayinya yang berusia setahun. Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih 770 orang. Sementara itu, seorang pegawai PBB mengesahkan beberapa orang maut dan cedera di sekolah di Beit Hanun, yang digunakan sebagai pusat perlindungan beratus-ratus rakyat Palestin. - AFP -mstar

20 Maut Kereta Api Rempuh Bas Sekolah Di India
Bas sekolah yang dirempuh sebuah kereta api penumpang ketika melintas landasan dalam perjalanan ke sekolah. Foto AP
HYDERABAD (India): Seramai 20 orang kebanyakannya kanak-kanak maut selepas sebuah kereta api penumpang merempuh bas sekolah di Telangana, India pada Khamis. Kereta api berlanggar dengan sebuah bas yang membawa kira-kira 30 kanak-kanak apabila ia melintasi landasan tanpa pengawasan di Telangana, sehingga menyebabkan kenderaan itu diseret dan remuk teruk.
Keadaan bas yang remuk teruk dalam kemalangan yang mengorbankan seramai 20 orang di mana kebanyakannya adalah kanak-kanak. Foto EPA
"Seramai 20 orang disahkan terbunuh dalam kemalangan di landasan kereta api itu. Ramai orang cedera parah dan dihantar ke beberapa hospital," kata jurucakap bagi Keretapi Selatan Tengah, K. Samba Siva Rao kepada AFP. Bas itu dalam perjalanan ke sekolah ketika kejadian yang berlaku di kampung Masaipet, kira-kira 62 kilometer dari ibu negeri Hyderabad. - AFP -mstar

Kotak Hitam Nahas Pesawat TransAsia Airways Ditemui
Seorang penyiasat sedang membuat pemeriksaan di lokasi nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di Pulau Penghu, Taiwan. Foto XINHUA
MAGONG (Taiwan): Kotak hitam milik pesawat Taiwan yang terhempas di Magong pada Rabu sehingga mengorbankan 48 orang ditemui, kata kumpulan penyelamat pada Khamis. Pasukan itu menjumpai dua kotak hitam iaitu perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan, yang akan membantu mendapatkan jawapan punca nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas Magong di Pulau Penghu, Taiwan berikutan cuaca buruk. Hanya 10 orang yang terselamat dalam nahas itu. Pesawat ATR 72-500 membawa seramai 54 penumpang dan empat anak kapal itu terhempas di kawasan perumahan di Magong dalam penerbangannya dari Kaohsiung di barat daya Taiwan, yang turut mengakibatkan lima orang awam terbunuh di tempat kejadian. Pesawat GE222 berkenaan cuba untuk mendarat buat kali kedua selepas cubaan pertama gagal berikutan hujan lebat dan ribut petir yang disebabkan Taufan Matmo yang melanda Taiwan. Kumpulan penyiasat sedang menyiasat punca nahas termasuk bagaimana pesawat itu dibenarkan melakukan penerbangan ketika cuaca buruk. - AFP -mstar

Pakar Britain Periksa Kotak Hitam kedua MH17
LONDON: Kumpulan penyiasat Britain memulakan pemeriksaan terhadap kotak hitam kedua milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukrain, kata Kementerian Pengangkutan pada Khamis.
Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) United Kingdom di Farnborogh, barat daya London sedang membuat pemeriksaan terhadap perakam data penerbangan yang merekodkan maklumat daripada instrumen-instrumen di dalam pesawat itu.
Pakar-pakar AAIB pada Rabu memuat turutn "data yang sahih" daripada kotak hitam pertama, yang merupakan perakam suara kokpit, yang merakamkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.
"Mereka mula memeriksa Perakam Data Penerbangan," kata jurucakap Jabatan Pengangkutan kepada AFP pada Khamis.
"Analisis mana-mana data akan dilakukan oleh pasukan antarabangsa yang diketuai Belanda," katanya. - AFP -mstar
TOP
Ribut Akibat Taufan Matmo Dipercayai Punca Nahas Pesawat Taiwan
TAIPEI: Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan terhempas sehingga mengorbankan 48 orang, menurut syarikat penerbangan berkenaan.
Nahas pesawat dalam penerbangan dari Kaohsiung di selatan Taiwan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan.
Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan kru itu terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan yang terletak antara negara itu dengan China, malam Rabu.
“Mengikut apa yang kami faham setakat ini, kejadian itu berlaku akibat cuaca buruk yang dipengaruhi taufan berkenaan," kata wakil TransAsia, Phoebe Lu.
Mangsa yang maut termasuk 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan.
Terdahulu, kira-kira 200 penerbangan di Lapangan Terbang Taiwan terpaksa dibatalkan berikutan hujan lebat dan angin kuat.
Biro Kajicuaca Pusat Taiwan memberi amaran mengenai hujan lebat melanda negara itu walaupun selepas Taufan Matmo membadai dan menghala ke barat China.
-mstar
TOP
Gara-Gara Jokowi, Prabowo, Rakyat Indonesia Rela Apa Sahaja
Petikan berita mengenai hasrat Debby Rhoma berhijrah jika Jokowi menang jawatan Presiden Indonesia.
JIKA dahulu ada pepatah berbunyi: "Kerana mulut badan binasa", kini di zaman teknologi maklumat yang membolehkan pelbagai informasi beredar dengan pantas menimbulkan ungkapan baru, seperti "Terlajak tweet buruk padahnya." Baru-baru ini, ketika persaingan merebut jawatan Presiden Indonesia berlangsung ramai selebriti Indonesia mempamerkan keyakinan masing-masing kepada calon kegemaran mereka. Disebabkan keyakinan itu, mereka membuat pelbagai ikrar dan janji. Ketua kumpulan Dewa19 yang terkenal sering mencetuskan kontroversi, Ahmad Dhani, misalnya berjanji memotong kemaluan jika Joko Widodo (Jokowi) dapat mengatasi calon pilihannya, Prabowo Subianto. Namun beberapa hari lalu ketika keputusan menunjukkan memang Jokowi memenangi pemilihan itu, Ahmad Dhani tampil menafikan dia pernah membuat janji berkenaan. Anak perempuan Raja Dangdut Rhoma Irama, Debby Rhoma pula berjanji untuk berhijrah ke negara lain selepas kecewa bapanya tidak dicalonkan mencabar Jokowi. Melalui akaun Facebooknya, Debby menulis: “Jika Joko Widodo terpilih menjadi presiden 2014 maka saya bertekad untuk PINDAH NEGARA.” Pemilik akaun Sherlyn Rudianz dan Mitta Pecintadamai pula berjanji untuk berlari di tempat terbuka tanpa berpakaian. Bukan itu sahaja, beberapa komen menerusi laman sosial yang begitu keterlaluan turut diberi sebagai tanda sokongan terhadap calon pilihan masing-masing. Jika ada yang rela berlari keliling Jakarta tanpa berpakaian, ada pemilik akaun yang berikrar mahu menamatkan hidupnya dengan cara yang begitu tragis. Lebih mengejutkan apabila, rakyat republik itu sedia memperjudikan akidah dalam persaingan Prabowo - Jokowi apabila menyatakan kesediaan murtad jika Prabowo tewas. -mstar

Pasukan Keselamatan Di Sabah Dalam Keadaan Berjaga-Jaga Ketika Aidilfitri
KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia telah mengambil kedudukan di lokasi strategik di sepanjang pantai timur Sabah untuk memastikan Hari Raya Aidilfitri disambut tanpa rasa takut.
Semua unit keselamatan, masing-masing berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak serangan pada 12 JUlai yang mengakibatkan kematian anggota polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan penculikan Konstabel Zakiah Aleip, 26.
Berikutan laporan berterusan mengenai kumpulan bersenjata Filipina cuba memasuki Sabah, pasukan keselamatan telah melakukan pengawasan yang mana mereka dapat dilihat di Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak serta berdekatan dengan kampung-kampung air.
Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin semasa sambutan Hari Raya memandangkan pasukan keselamatan telah bersiap sedia untuk mempertahankan negara.
"Semua orang boleh menikmati Hari Raya mereka tanpa sebarang rasa takut atau bimbang," kata Abdul Rashid.
Satu perintah berkurung telah dijalankan bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi, yang berkuat kuasa pada 19 Julai di Daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, sehingga 2 Ogos. -mstar
TOP
Bot Karam: Tiga Mayat Wanita Warga Indonesia Ditemui, 13 Lagi Selamat
-Gambar hiasan.
BATU PAHAT: Tiga mayat wanita warga Indonesia ditemui, manakala 13 lagi diselamatkan dalam kejadian bot pancung karam di 15 batu nautika barat daya, muara Sungai Muar dekat Selat Melaka awal pagi Khamis. Sehingga 9 malam Khamis, 16 orang daripada 21 penumpang termasuk tekong dan pembantunya telah ditemui (16 termasuk tiga mayat), kata Ketua Penguat Kuasa Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Batu Pahat, Leftenan Komander Iskandar Ishak. Beliau berkata mereka yang selamat berusia antara 19 dan 41 tahun terdiri daripada seorang perempuan dan 12 lelaki. "Bilangan tersebut termasuk yang baru diselamatkan oleh bot pukat tunda yang melalui kawasan itu lewat petang tadi dan mereka semua dibawa ke jeti APMM Batu Pahat. "Ketiga-tiga mayat mangsa pula diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya," kata beliau kepada pemberita di pejabat APMM Batu Pahat, Jalan Minyak Beku, dekat sini, Khamis malam. Iskandar berkata gerakan mencari dan menyelamat yang melibatkan dua aset maritim, Kilat 43 dan Petir 84 masih diteruskan, walaupun keadaan laut di lokasi terbabit begitu bergelora. Kata beliau tekong dan pembantunya yang berusia 30 tahun itu yang terselamat, diserahkan kepada polis untuk disoal siasat. Dalam kejadian 5 pagi tadi, bot pancung jenis fiber yang berukuran enam meter itu berlepas dari laluan tikus di Parit Bunga, Ledang dengan menggunakan enjin 75 kuasa kuda menuju ke Bengkalis, Indonesia untuk pulang berhari raya di kampung halaman mereka. Iskandar berkata setibanya di tempat kejadian, bot mereka karam akibat dipukul ombak besar menyebabkan mereka terpaksa berenang sebelum sebahagian daripada mereka berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dalam perjalanan ke Singapura pada 11.30 pagi. Hasil siasatan mendapati setiap penumpang membayar tambang antara RM600 hingga RM2,500. Sementara itu, mangsa wanita tunggal yang terselamat, Asrawati Abd Majid berkata dia tenggelam timbul selama lebih enam jam dalam laut bergelora itu sebelum diselamatkan oleh kapal dagang tersebut. Ibu tunggal berusia 45 tahun itu, yang mahu pulang berhari raya dengan tiga orang anaknya di Jambi, Indonesia, merasa bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Seorang lagi penumpang yang terselamat, Mohd Norbiati, 22, berkata dia baru sebulan bekerja sebagai buruh binaan di Parit Sakai, Muar, dan kali pertama menggunakan khidmat bot pengangkutan haram. Katanya, dia bernasib baik kerana berpaut pada sebuah tong sebelum berjaya diselamatkan bersama rakan-rakan yang lain oleh kapal dagang yang dalam perjalanan ke Singapura itu. Kesemua mangsa yang terselamat disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tekong dan pembantunya pula disiasat mengikut Seksyen 26(7) Akta Pemerdagangan Orang yang membawa hukuman penjara lima tahun dan denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -mstar

Ahli Perniagaan Dakwa Dirompak Wang Gaji RM100,000
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berusia 30-an mendakwa beliau dirompak wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 di Bandar Sri Damansara pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, wang itu baru sahaja dikeluarkannya dari sebuah bank di Kota Kemuning, Shah Alam.
"Mangsa kemudiannya pergi pula ke sebuah bank lain di Bandar Sri Damansara. Apabila dia kembali ke keretanya, dia mendapati cermin tingkap penumpang di bahagian hadapan telah dipecahkan dan beg berisi wang itu telah dilarikan," katanya kepada Bernama.
Azmi berkata, menurut mangsa, tiada sebarang saksi ketika kejadian 2 petang itu.
Mangsa memberitahu wang itu adalah untuk membayar gaji pekerjanya. -mstar
TOP
IATA: Kadar Pulangan Penumpang Syarikat Penerbangan Pulih Selepas 12 Bulan
KUALA LUMPUR: Kadar pulangan penumpang syarikat penerbangan dijangka meningkat dalam tempoh 12 bulan akan datang, selepas merosot pada suku kedua tahun ini, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Berdasarkan keputusan kajian Julai, 42 peratus daripada responden menjangkakan unjuran menjurus kepada pusingan corak yang positif.
"Unjuran ini disokong oleh peningkatan permintaan terhadap pengangkutan udara dan potensi daripada kapasiti pengurusan, memandangkan ia bertujuan memulihkan kadar penumpang akan datang," kata kajian itu.
Unjuran untuk nilai kargo bagi 12 bulan akan datang menunjukkan pemulihan, disokong oleh permintaan yang semakin konsisten.
Kata IATA, trafik penumpang naik pada suku kedua 2014 berbanding setahun lepas, dengan kadar pemulihan dalam Julai agak perlahan daripada April.
"Ini mungkin mencerminkan keadaan pertumbuhan pengguna pesawat udara yang agak hambar bulan-bulan lebih awal disebabkan beberapa kelembapan dalam pemulihan faktor penentu berbanding akhir 2013.
"Data terbaru bagaimanapun menunjukkan pemulihan dalam kedua-dua pertumbuhan perjalanan udara dan corak yang positif dalam pemacu permintaan," kata kajian itu. -mstar
TOP
Usaha Mencari MH370 Tidak Dilupakan - TPM Australia
MELBOURNE: Usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas tidak dibayangi oleh tragedi MH17 yang terhempas pada minggu lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss.
"Saya mahu memberi jaminan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 bahawa kami tidak lupa akan pentingnya meneruskan usaha mencari pesawat itu; kami meneruskan misi mencari tanpa sebarang penangguhan," Truss dipetik berkata demikian kepada pemberita di Darwin pada Jumaat oleh Australian Associated Press (AAP).
MH370, membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac lepas dan kedudukan terakhirnya dipercayai di selatan Lautan Hindi.
Dunia mengikuti perkembangan nahas MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai yang dipercayai ditembak jatuh menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.
APP memetik Truss sebagai berkata kapal China dan Australia sedang membuat pemetaan permukaan laut di kawasan yang akan dilakukan misi mencari di Lautan Hindi.
Menurutnya Canberra dalam masa terdekat akan mengeluarkan tender bagi penggunaan alat sonar bagi misi pencarian peringkat seterusnya membabitkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi. -mstar
TOP
Tabung Gaza: Polis Pantau Aktiviti Minta Derma Tanpa Permit
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau kegiatan individu atau pertubuhan yang meminta derma untuk tabung kemanusiaan tanpa permit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebarang kegiatan untuk mengutip derma untuk sesuatu kempen kemanusiaan perlu memohon dan mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Adalah salah jika mereka yang tidak memohon dan tidak mempunyai permit untuk menjalankan aktiviti itu kepada orang awam. Mereka boleh ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan terdapat sindiket yang cuba mengaut untung dengan mengutip derma tabung kemanusiaan untuk Palestin/Gaza.
Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi berkata orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dalam memberi derma kepada pusat derma bergerak di sekitar ibu kota.
"Ini dikhuatiri pusat derma bergerak itu hanya menggunakan gambar mangsa Palestin untuk mendapat simpati sebaliknya ia digunakan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan.
"Sebelum menderma seeloknya minta mereka tunjukkan permit kebenaran yang dikeluarkan polis terlebih dahulu dan barulah menderma," katanya ketika dihubungi.
Kamal menyarankan orang ramai menderma kepada tabung kemanusiaan yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Amal Palestin.
"Ini kerana mereka mempunyai permit kebenaran serta terjamin dari segi pengurusan," katanya. -mstar
TOP
MH17: ICAO Adakan Mesyuarat Keselamatan Minggu Depan
MONTREAL: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mengadakan mesyuarat lembaga antarabangsa bagi membincangkan mengenai isu keselamatan dalam industri penerbangan, demikian menurut dua sumber rapat mengenai isu tersebut.
Mesyuarat itu difahamkan merupakan susulan kepada insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di Ukraine 17 Julai lalu.
Mesyuarat ICAO dan pegawai-pegawai tinggi dari industri penerbangan dan kawalan trafik udara yang akan diadakan di Montreal minggu depan bertujuan bagi mencari penyelesaian mengelakkan kejadian malang MH17 berulang.
Bagaimanapun kedua-dua sumber itu berkata, tidak diketahui apakah tindakan terhadap keputusan mesyuarat itu nanti.
Sebelum ini ICAO tidak mengeluarkan amaran mengenai bahaya yang dikaitkan dengan konflik di Ukraine.
MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh.
MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. -mstar
TOP
Video - Bangkai Pesawat Air Algerie Ditemui Di Mali
OUAGADOUGOU: Bangkai sebuah pesawat Air Algerie yang hilang bersama 116 orang penumpang dan kru ditemui di Mali berhampiran sempadan Burkina Faso, demikian menurut penyelaras tentera di Ouagadougou.
"Kami telah menemui pesawat Algeria. Bangkai kapal ini telah terletak 50 kilometer (30 batu) ke utara sempadan Burkina Faso," kata Jeneral Gilbert Diendiere. "Pada masa ini kita tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai (nasib) penumpang tetapi pasukan kami sedang bekerja keras," katanya. Diendiere bagaimana tidak memberi sebarang petunjuk mengenai punca pesawat malang itu terhempas. -mstar

Tujuh Jam Pakar 'Buang' 232 Gigi Remaja
Gavai ketika melalui prosedur selama tujuh jam untuk membuang 232 giginya.
MUMBAI: Seorang remaja lelaki mengejutkan ramai apabila 232 giginya dibuang menerusi prosedur selama tujuh jam yang dilakukan pakar bedah di bandaraya ini, sekali gus mencatat rekod dunia. Pada mulanya, Ashik Gavai, 17, mendapatkan rawatan perubatan kerana rahang bawah sebelah kanannya semakin bengkak. Bagaimanapun, kes itu dirujuk ke Hospital JJ di sini. Kata Ketua Unit Pergigian hospital itu, Sunanda Dhivare-Palwankar berkata, selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati beliau berdepan keadaan dikenali sebagai ‘complex odontoma’. “Kami membuat pembedahan Isnin lalu dan mengambil masa hampir tujuh jam. Mulanya, kami menyangka ia pembedahan mudah tetapi sebaik prosedur itu dilakukan, kami dapati banyak gigi yang kelihatan seperti mutiara di dalam tulang rahangnya,” katanya. Selepas mencabutnya, mereka menemui struktur lebih besar seperti marmar hingga memaksa mereka untuk mengalihkannya. Bagaimanapun, ia hanya dapat dikeluarkan dengan ‘memahat’ dan keluar dalam keadaan pecah. Bapa remaja itu, Suresh Gavai, berkata keluarganya bimbang bengkak itu petanda barah. “Saya bimbang ia menjadi barah, sebab itu saya bawa anak saya ke Mumbai,” kata Gavai kepada akhbar Mumbai Mirror. Dhivare-Palwankar berkata, mereka berdepan keadaan menunjukkan maksimum 37 batang gigi dibuang dalam prosedur itu, sedangkan beliau dan pasukannya mengira lebih 232 gigi dikeluarkan daripada mulut Gavai. -mstar

MH17: Pasukan Penyiasat Malaysia Tinggalkan Lokasi Nahas
Pasukan penyiasat Malaysian bersama anggota OSCE melakukan pemeriksaan di lokasi nahas MH17.
DONETSK: Tiga anggota pasukan penyiasat Malaysia berhubung tragedi MH17 meninggalkan lokasi nahas selepas tiga hari melakukan pemeriksaan di sini. Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, pasukan itu yang tiba pada Selasa lalu meninggalkan lokasi pada petang Khamis. "Saya percaya pasukan Malaysia sudah selesai jalankan tugas mereka buat masa sekarang dan mereka akan kembali ke Kiev," katanya kepada pemberita di sini. Apabila ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia akan menghantar lebih penyiasat, Bociurkiw berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Beliau bagaimanapun berkata, pasukan tiga rakyat Malaysia "amat gembira" dengan kawalan keselamatan ketika mereka berada di lokasi nahas.-mstar

Astro Oasis Sahkan Gambar Mayat Dililit Ular Rakaman 'Tanah Kubur'
Namanzee Harris
PETALING JAYA: Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai. "Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan. "Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet. Gambar yang didakwa kejadian benar yang berlaku di utara tanah air itu telah menimbulkan kebimbangkan masyarakat.
Gambar yang tersebar di internet menimbulkan keresahan masyarakat.
Menurut Namanzee, dia pada awalnya turut terkejut apabila menerima kiriman gambar-gambar tersebut daripada rakan-rakannya yang bertanyakan hal itu. "Beberapa hari lalu ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran. "Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya. Dalam pada itu, katanya, drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12. Drama tersebut merupakan inspirasi daripada kisah yang diambil pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular. -mstar

MH17: Kerajaan Negeri Batal Rumah Terbuka Aidilfitri
Kerajaan negeri turut mengambil keputusan membatalkan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri. Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri turut membatalkan atau menangguhkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri 2014, ketika negara diselubungi kesedihan dengan nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat tempatan. Pembatalan atau penangguhan itu juga selaras dengan keputusan pembatalan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri Aidilfitri 2014 yang diumumkan pejabat Perdana Menteri, Khamis. Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan. Walaupun seluruh negara sedang bersedih atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi. Majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi perlulah bersederhana dan penuh tertib. Pesawat MH17, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai. Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. Di JOHOR BAHARU, rumah terbuka Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang sepatutnya diadakan pada 1 Syawal di kediaman rasminya di Saujana telah ditangguhkan ke 3 Ogos. Mohamed Khaled menerusi twitternya berkata majlis itu diadakan di Stadium Tertutup Pasir Gudang mulai 11 pagi hingga 3 petang. "Keputusan ini dibuat bagi menghormati kejadian yang menimpa pesawat MH17," katanya. Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengumumkan kerajaan negeri telah mengambil keputusan menangguhkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dijadualkan pada 1 Syawal di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka. Sebaliknya, beliau menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, majlis itu akan diadakan pada 9 Ogos di tempat yang sama bermula pukul 10.30 pagi hingga 4 petang. Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi Seri Iman yang dijadualkan 1 Syawal turut dibatalkan. Di LABUAN, Anggota Parlimen Labuan, Datuk Rosman Isli berkata, Rumah Terbuka Aidilfitri Labuan dibatalkan atas arahan Kementerian Wilayah Persekutuan selaras dengan keputusan Kabinet. Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan setiap tahun oleh Perbadanan Labuan dengan dihadiri semua lapisan masyarakat. Di SEREMBAN, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dijadualkan pada 1 Syawal di perkarangan Dewan Undangan Negeri dibatalkan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Bagaimanapun, katanya rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, pada 2 Ogos akan diadakan mengikut jadual dari 10 pagi hingga 5 petang. -mstar

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Dalam Kejadian Pesawat Air Algerie - Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers pada Khamis.
Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.
"Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu," katanya di sini, Jumaat.
Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers, Algeria.
Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.
Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali.
-mstar
TOP
Aidilfitri: 36,000 Banduan Islam Berpeluang Jumpa Keluarga
Banduan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga selepas pertemuan sempena Aidilfitri. Gambar Hiasan
PETALING JAYA: Seramai 36,000 banduan beragama Islam di seluruh negara berpeluang bertemu ahli keluarga masing-masing pada hari raya ketiga dan keempat tahun ini. Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata, lawatan khas Aidilfitri itu meliputi banduan di semua penjara, pusat pemulihan akhlak, Sekolah Henry Gurney dan pusat pemulihan kemasyarakatan. "Kami mengalu-alukan semua keluarga kepada banduan beragama Islam untuk datang melawat pada sesi lawatan khas sempena Hari Raya ini. "Waktu lawatan bermula pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan pelawat diminta membawa kad lawatan serta kad pengenalan bagi memudahkan urusan lawatan," katanya kepada mStar Online pada Jumaat. Setakat ini, jumlah banduan di seluruh negara seramai 48,605 orang. Terdapat 35 penjara, empat pusat pemulihan akhlak, tiga Sekolah Henry Gurney dan lima pusat pemulihan kemasyarakatan seluruh negara. Supri berkata, pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni manakala makanan dan minuman untuk mereka hanya boleh dibeli di kantin penjara. "Pelawat juga tidak digalakkan memberi wang kepada banduan kecuali jika berkaitan dengan urusan tertentu seperti pembayaran yuran peperiksaan," katanya. Sementara itu, Supri memberitahu kira-kira 10,000 banduan dibebaskan sepanjang Ramadan kali ini yang melibatkan banduan pelbagai agama dan kaum, termasuk warga asing. "Bagi banduan yang akan dibebaskan pada cuti umum sempena Hari Raya Aidilfitri, mereka akan dibebaskan sehari lebih awal," katanya. -mstar

Pengumuman hari raya diselaras seluruh negara sejak 31 tahun lalu
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.
KUALA LUMPUR: Bagi umat Islam di negara ini terutamanya kanak-kanak, malam 29 Ramadan amat ditunggu-tunggu kerana pada malam itu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh 1 Syawal menandakan Aidilfitri. Pengumuman itu yang dibuat bagi seluruh negara disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 31 tahun lalu. Dalam temu bual dengan Bernama di sini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata sebelum 1983, perisytiharan tarikh-tarikh penting umat Islam termasuk penentuan Ramadan dan Syawal tidak diselaraskan. "Pernah berlaku sebuah negeri mengumumkan tarikh raya sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain," katanya menambah pada era tersebut tarikh berkenaan ditentukan menerusi pencerapan anak bulan di beberapa lokasi. Bagi menangani masalah itu, beliau berkata pada 1983 raja-raja Melayu selaku ketua agama Islam negeri memutuskan penentuan tarikh-tarikh penting umat Islam dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan terpakai untuk semua negeri. "Titah demikian bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan di bawah Perkara 38 Fasal (2) perenggan (b) iaitu Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama (Islam) diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh", katanya. Jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja diwujudkan pada 1948 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Syed Danial merupakan penyandang ke-16 sejak 2011. Syed Danial juga Setiausaha Majlis Raja-Raja yang berperanan mengurus dan menyelaras mesyuarat Majlis Raja-Raja. - BERNAMA -mstar

Fuad Masum presiden baru Iraq
Fuad Masum
BAGHDAD: Ahli politik Kurdis, Fuad Masum dipilih sebagai presiden Iraq baru ke arah pembentukan sebuah kerajaan inklusif. Serangan di kawasan Sunnah Arab di utara dan barat Baghdad oleh pergerakan jihad Negara Islam (IS) bulan lalu mengugat keamanan dan mengancam kestabilan negara berkenaan, justeru amat penting baginya membentuk kerajaan kukuh . Parlimen yang bersidang semalam memberi sokongan majoriti kepada Masum, yang pernah menjadi perdana menteri pertama di kawasan autonomi Kurdis Iraq selama lebih dua dekad. Di bawah perjanjian perkongsian kuasa tidak rasmi, golongan Kurdis Iraq secara tradisinya diberikan jawatan presiden. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menemui Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, yang menekan kepada beliau betapa pentingnya kerajaan lebih inklusif ditubuhkan bagi menyelamatkan negara berkenaan daripada runtuh. “Iraq menghadapi ancaman besar yang boleh diatasi dengan pembentukan kerajaan inklusif,” kata Ban pada sidang bersama dengan Maliki. - AFP -mstar

Dua kilang di Desa Tun Razak hangus dalam kebakaran
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Dua buah kilang melibatkan kilang pembuat pakaian dan barangan alat gantian kenderaan di Desa Tun Razak di sini kerugian jutaan ringgit apabila hangus dijilat api dalam satu kebakaran, malam tadi. Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhd Izwan Arief Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 10.24 malam semalam dan tiba di lokasi lima minit kemudian. Katanya, lebih dari 100 anggota dari sembilan balai bomba termasuk dari Kajang dan Jalan Hang Tuah di sini dikerah ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dari terus merebak ke kawasan kilang lain berhampiran. "Kebakaran itu bermula dari tingkat atas kilang pakaian dua tingkat itu sebelum merebak ke kilang pembuat alat gantian kenderaan yang terletak bersebelahan," kata beliau. Beliau berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran tiada orang bekerja ketika kejadian. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. - BERNAMA -mstar

Zulhilmi Pisol sumbang pingat pertama Malaysia di Glasgow
GLASGOW: Atlet angkat berat, Zulhilmi Pisol menang pingat perak iaitu pingat pertama Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow, di sini hari ini.
Kejayaan itu dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang kini bersama kontinjen negara di Glasgow menerusi posting Twitternya, sebentar tadi. - BH Online -mstar
TOP
Jamil Khir, Joseph Kurup Dilantik Kendali Proses Jenazah MH17
Kerajaan bersetuju melantik dua menteri bagi mengendalikan proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lepas.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dua menteri berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah Islam manakala Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam.
Selain itu katanya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula dilantik bagi menguruskan waris jenazah berkenaan.
“Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan menteri ini akan bermesyuarat untuk membincangkan kaedah sesuai dalam pengurusan jenazah. Ini tidak termasuk menteri lain seperti (Menteri Luar) Datuk Seri Anifah Aman dan (Menteri Pengangkutan) Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut sama menyumbang dalam isu ini.
“Angkatan Tentera Malaysia pula diberi tanggungjawab dari sudut adat istiadat ketenteraan untuk menyambut jenazah tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama Pegawai Kanan ATM dan warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di Pelabuhan Klang hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.
Khamis lepas, pesawat Boeing 777-200 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dilaporkan terhempas di kawasan timur Ukraine.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Pesawat itu dilaporkan berlepas pada 12.15 tengah hari waktu Belanda dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi Jumaat.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata walaupun negara sedang dihimpit tragedi pesawat MH17, namun usaha mencari serta mengesan kehilangan pesawat MH370 yang sejak Mac lepas masih diteruskan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerjasama kerajaan dengan negara China dan Australia dalam pencarian pesawat MH370 masih diberi perhatian khusus sehingga ia berjaya ditemui semula. – BERNAMA -mstar
TOP
Ahli Perniagaan Terima Padah Rasuah Seks
Singapura – Seorang ahli perniagaan dihukum penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan merasuah tiga pengadil warga Lubnan menggunakan pelacur dalam cubaan untuk mengatur keputusan perlawanan bola sepak.
Pemilik kelab malam Eric Ding Si Yang, 32, dipenjara atas kesalahan rasuah dalam pendedahan aktiviti sindiket judi dan mengatur perlawanan yang menjangkau sehingga ke Eropah.
Ding didapati bersalah pada 1 Julai lalu kerana merasuah pengadil Ali Sabbagh, 35, pembantu pengadil Ali Eid, 34 dan Abdallah Taleb, 38 sebelum perlawanan berlangsung di Singapura.
Hakim Toh Yung Cheong dalam penghakimannya berkata, reputasi Singapura semakin ‘hanyut’ dan dicemari sindiket perjudian mengatur perlawanan.
Selepas perbicaraan, Toh berkata, pendakwa berjaya membuktikan kes itu melangkau keraguan munasabah bahawa Ding mempengaruhi ketiga-tiga pengadil terbabit untuk bersekongkol mengatur keputusan perlawanan bola sepak.
“Matlamat akhir Ding ialah memujuk pengadil membuat keputusan salah di padang bagi memberi keuntungan kepada kaki judi,” katanya. Ketika siasatan kes ini berjalan, pihak berkuasa turut menangkap ketiga-tiga pengadil terbabit pada April 2013 sebelum diberi tugas mengendalikan perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia di antara kelab Tampines Rovers dengan East Bengal dari India.
Ketiga-tiga suspek kemudian mengaku bersalah. Sabbagh dihukum penjara enam bulan, manakala Ali Eid dan Abdallah Taleb dikenakan tiga bulan.
Dalam kenyataan membela diri, Ding mendakwa dia bukan pihak yang bertanggungjawab mengatur keputusan perlawanan, sebaliknya cuma wartawan sambilan sebuah akhbar tabloid tempatan yang kononnya berminat membuat laporan sindiket perjudian. – AFP
TOP
Nasib Malang Budak Kucing Di China
Beijing: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam.
Namun, itu bukan satu-satunya masalah Zhao Xinrui.
Sejak menunjukkan tanda-tanda mengalami keadaan kulit pelik itu tahun lalu, dia ditinggalkan ibunya.
Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.
Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.
Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar Luzhou di wilayah Sichuan.
Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.
Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.
“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,” katanya.
Ayah Zhao, Lai, 45, berkata, mereka merayu sesiapa saja yang mampu memberi bantuan perubatan untuk mengawal pertumbuhan tompokan itu.
“Kasihan anak saya. Luluh hati kami melihat penderitaannya. Kami dimaklumkan dia tidak boleh dibedah sehingga berusia lima tahun.
“Kini dia sudah cukup besar, namun kami pula tiada wang walaupun kami menabung sejak tahun lalu,” katanya. Menurutnya, walaupun ditinggal isteri, dia berazam untuk membesarkan anaknya itu dengan bantuan ibu bapanya. - myMetro online
TOP
Pejuang Pemisah Akui Ada Peluru Berpandu Buk
DONETSK – Seorang ketua pemisah Ukraine yang berpengaruh, Alexander Khodakovsky mengesahkan kumpulan pejuang pemisah pro-Rusia memiliki peluru berpandu anti-pesawat seperti yang didakwa Amerika Syarikat (AS) telah digunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).
Dalam satu temu bual dengan agensi berita Reuters, Khodakovsky yang merupakan komander kumpulan Vostok Battalion membuat pengakuan itu buat kali pertama sejak pesawat tersebut ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu.
Menurutnya, kumpulan pemisah pro-Rusia memiliki sistem peluru berpandu Buk.
Peluru berpandu itu telah dihantar kembali ke Rusia sebagai usaha memadamkan bukti-bukti yang menunjukkan ia digunakan untuk menembak pesawat MH17.
Sebelum pesawat Malaysia itu ditembak jatuh, kumpulan pemisah pro-Rusia itu bercakap dengan bangganya untuk memperoleh peluru berpandu Buk yang boleh menembak pesawat pada ketinggian 10,000 meter.
Namun, sejak tragedi nahas itu berlaku, kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Rusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Republik Rakyat Donetsk telah membuat penafian ia memiliki senjata itu.
Sejak pesawat MAS itu terhempas bersama 298 penumpang dan kru, isu yang dibincangkan kini ialah siapa yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu sehingga mengakibatkan pesawat MH17 terhempas di kawasan kumpulan pemisah pro-Rusia sedang bertempur dengan tentera kerajaan Ukraine.
Khodakovsky menuduh pihak berkuasa Ukraine membuat hasutan dengan menyatakan terdapat peluru berpandu yang memusnahkan pesawat tersebut dengan menyatakan Kiev telah melancarkan serangan udara di kawasan yang menempatkan sistem peluru berpandu itu
“Saya tahu, sistem peluru berpandu Buk datang dari Luhansk. Ketika itu, saya diberitahu bahawa sistem peluru berpandu Buk di Luhansk datang dari Republik Penduduk Luhansk yang merupakan kumpulan pemisah pro-Rusia yang beroperasi di Luhansk, sebuah daripada dua wilayah pemisah bersama Donetsk iaitu wilayah yang menjadi lokasi pesawat itu terhempas.
“Itu adalah sistem peluru berpandu Buk yang saya dengari. Saya berpendapat, mereka (kumpulan pemisah) telah menghantarnya pulang (ke Rusia). Mereka (anggota-anggota kumpulan pemisah) telah dihantar pulang untuk menghapuskan bukti-bukti kewujudannya,” katanya.
Menurut Khodakovsky, persolannya kini adalah Ukraine menerima bukti anggota-anggota sukarelawan itu mempunyai teknologi tersebut menerusi kelemahan Rusia.
“Ia (Ukraine) tidak melakukan apa-apa untuk melindungi keselamatan tetapi menghasut tentang penggunaan jenis senjata ke atas sebuah pesawat yang terbang bersama orang awam,” katanya.
Khodakovsky berkata, kerajaan Ukraine tahu mengenai kewujudan Buk dan ia menuju ke Snezhnoye.
Snezhnoye merupakan sebuah kampung yang terletak 10 kilometer ke barat lokasi nahas pesawat MH17.
Seorang jurucakap Jabatan Pertahanan Negara AS, Eileen Lainez berkata, kenyataan Khodakovsky itu mengesahkan kumpulan pemisah pro-Rusia menerima latihan, senjata api dan sokongan dari Rusia. – Reuters
TOP
Pesawat Diterbangkan Remaja Terhempas Di Samoa Amerika
PAGO PAGO (Samoa Amerika) – Sebuah pesawat yang diterbangkan oleh remaja dari Amerika Syarikat terhempas mengakibatkan dia dan bapanya maut.
Saksi, Bert Thompson dari Matuu, Samao Amerika berkata dia ternampak pesawat terbabit terbang rendah tetapi tidak menunjukkan masalah sebelum ia terhempas di kawasan laut.
“Tidak ada kebakaran, letupan ataupun lampu kecemasan,” katanya. Kejadian itu mengorbankan Haris Suleman, 17 dan bapanya, Babar Suleman, 58 yang lahir di Pakistan.
“Ia terjatuh dan tenggelam di dalam laut,” kata Thompson, yang ternampak pesawat terbabit ketika sedang duduk di perhentian bas berdekatan.
Mayat Haris dijumpai tidak lama selepas kejadian dan pihak berkuasa masih mencari mayat bapanya.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata mereka sudah menemui serpihan pesawat itu, yang terhempas tidak lama selepas ia berlepas dari Pago-Pago di Samoa Amerika. – AP
TOP
Lebih 800 Orang Terkorban Dalam Konflik Israel-Gaza
BANDARAYA GAZA – Israel membedil sebuah rumah di Gaza hari ini, mengakibatkan seorang terbunuh, menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang berikutan konflik selama 18 hari itu.
Bedilan kereta kebal itu terkena di rumah berkenaan di Khan Yunis, kata jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Hampir 100 rakyat Palestin terkorban semalam, menurut angka daripada perkhidmatan kecemasan itu.
Tembakan projektil ke Israel hanya mengakibatkan tiga orang awam terbunuh – dua rakyat Israel dan seorang pekerja Thai serta 32 askar rejim berkenaan setakat ini. – AFP
TOP
Erra Fazira Tidak Kisah Peminat Imbau Semula Sejarah Cinta Dengan Awie
Erra Fazira tidak kisah jika sejarah cintanya dengan Awie dibangkitkan semula. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI
PETALING JAYA: Pelakon Erra Fazira berharap gandingannya bersama Awie menerusi filem Warna Cinta Impian tidak akan menimbulkan spekulasi secara berlebih-lebihan dengan mengaitkan kisah cinta mereka dahulu. Erra tau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, ia dilihat tidak manis memandangkan kedua-dua mereka sudah mempunyai haluan hidup sendiri, namun tidak mempunya masalah jika peminat-peminat sekadar mengimbas kenangan sejarah cinta mereka. "Saya bersetuju untuk berlakon semula dengan Awie kerana mahu mengubat rindu kepada peminat yang ingin melihat kami beraksi bersama seperti pada tahun 1990-an. "Tetapi janganlah peminat-peminat membayangkan lebih jauh. Kalau setakat imbas kembali cerita-cerita lama kami, tidak apa. Saya tidak kisah. Cuma saya harap jangan ada spekulasi lain pula yang timbul," katanya. Tambah Erra, dengan usia mereka yang sudah semakin dewasa, gosip cinta dianggap seperti tidak sesuai lagi memandangkan perhubungannya dengan Awie tidak lebih sebagai rakan kerja. Terdahulu, Erra dan Awie pernah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun dan sempat bertunang. Namun ikatan pertunangan itu terlerai pada tahun 1998. Sementara itu, Erra berkata, dia menerima tawaran membintangi Warna Cinta Impian terbitan Touch Tronics Entertainment Sdn Bhd selepas melihat skripnya yang menarik. "Apabila membaca skripnya, saya tertarik tambah pula sudah lama industri perfileman tempatan kita tidak disajikan dengan cerita-cerita cinta. "Tambah pula, tiga bulan lalu saya dan Awie terlibat dalam pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita, saya percaya kami masih lagi ada keserasian dalam lakonan," ujarnya. Filem mengenai kisah masalah cinta daripada empat pasangan berbeza itu bakal memulakan pengambaran pada Ogos depan di sekitar Kuala Lumpur, Brisbane, Australia dan Jaipur, India Selain Erra dan Awie, filem yang menelan belanja sebanyak RM2.5juta itu turut dibintangi pelakon Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal dan Erwin Shah Dawson. - mStar.com.my

Separuh daripada penumpang dalam pesawat Air Algeria yang terhempas adalah rakyat Perancis
PESAWAT penerbangan Air Algerie.
ALGIERS: Pihak berkuasa menjumpai serpihan penerbangan Air Algerie yang membawa 116 penumpang dan anggota kru, selepas ia terhempas di utara Mali. Separuh daripada penumpang di dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algeria itu adalah rakyat Perancis. Pegawai penerbangan serantau berkata perhubungan dengan penerbangan AH5017 itu terputus pada kira-kira 1.55 GMT (kira-kira 9.55 malam Malaysia) semalam, kurang sejak selepas ia berlepas, berikutan permintaan daripada juruterbang untuk menukar haluan kerana cuaca buruk. Dua jet pejuang Mirage Perancis dan helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dihantar untuk mencari serpihan pesawat McDonnell Douglas MD-83 itu di kawasan terpencil di utara Mali, kawasan militan dan pejuang pemisah Tuareg. Stesen televisyen kerajaan menyatakan serpihan itu dijumpai antara bandar Gossi dan sempadan Burkina Faso. Ia menyatakan Presiden Algeria, Ibrahima Boubacar Keita akan melawat tempat kejadian hari ini. Jeneral Glibert Diendere, anggota unit krisis di Burkina Faso, berkata pasukan penyiasatnya sudah memeriksa serpihan itu berhampiran kawasan perkampungan Boulikessi, kira-kira 50 kilometer dari sempadan. “Pasukan ini menegsahkan mereka ternampak serpihan pesawat terbabit, hangus sama sekali dan berkecai di atas tanah,” kata Diendere. Mereka juga menjumpai mayat dan cebisan mayat di kawasan berkenaan. “Adalah menyedihkan mereka tidak lihat ada sesiapa di situ. Tiada ada sesiapapun yang terselamat,” katanya. Menteri Komunikasi, Alain Edouard Traore berkata nahas itu adalah yang terburuk dalam sejarah penerbangan Burkina Faso. President Burkina Faso, Blaise Compaore mengisytiharkan hari berkabung selama dua hari mulai hari ini. Pihak berkuasa Burkina Faso berkata senarai penumpang meliputi 51 rakyat Perancis, 27 Burkina Faso, lapan Lubnan, enam Algeria, lima Kanada, empat Jerman, dua Luxembourg, satu Cameroon, satu Belgium, satu Mesir, satu Ukraine, satu Switzerland, satu Nigeria dan satu Mali. - Reuters

Kereta Mewah Fizo Kemalangan, Remuk Bahagian Hadapan
Kereta bernombor pendaftaran MF120 yang dipercayai milik Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, dan isterinya Mawar Abdul Karim, 25, telah terlibat dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.
Namun difahamkan, Fizo dan Mawar ketika kejadian tidak memandu kereta Audi terbabit. Ia telah dipandu oleh pembantunya. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.
Sumber: myArtis.com
Sumber: myArtis.com
TOP
Gambar Viral Mayat Dililit Ular itu adalah Rakaman 'Tanah Kubur'
Gambar yang tersebar di internet menimbulkan keresahan masyarakat.
PETALING JAYA: Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan. Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai. "Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan. "Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet. Gambar yang didakwa kejadian benar yang berlaku di utara tanah air itu telah menimbulkan kebimbangkan masyarakat. Menurut Namenzee, dia pada awalnya turut terkejut apabila menerima kiriman gambar-gambar tersebut daripada rakan-rakannya yang bertanyakan hal itu. "Beberapa hari lalu mereka ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran. "Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini," katanya. Dalam pada itu, katanya, drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12. Drama tersebut merupakan inspirasi daripada kisah yang diambil pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular. - mStar.com.my

Data Kotak Hitam MH17 dimuat turun, Tiada Bukti ia Diusik
THE HAGUE: Penyiasat Belanda berkata mereka sudah memuat turun data daripada perakam kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dan mendapatinya tidak diusik.
“Tiada bukti atau petanda manipulasi alat perakam yang ditemui itu,” kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dalam satu kenyataan.
“Data berjaya dimuat turun dan perakam itu mengandungi data sah daripada penerbangan berkenaan,” katanya.
Rabu lalu OVV berkata ia sudah berjaya memuat turun rakaman daripada alat perakam suara kokpit itu
Alat perakam berkenaan, yang diperoleh daripada serpihan di timur Ukraine, kini dianalisa di ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB)di Farnborough, di barat daya London.
Pakar AAIB ditugaskan mendapatkan maklumat daripada perakam suara kokpit itu, yang mendedahkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.
Kotak hitam itu - yang sebenarnya berwarna oren - dihantar ke Farnborough oleh OVV, yang mengetuai penyiasatan antarabangsa berhubung pesawat yang terhempas itu, yang mengakibatkan 298 orang maut, 193 daripada mereka warga Belanda.
OVV menyelaraskan pasukan penyiasatan dari lapan negara, termasuk Russia. Pemberontak pro-Russia yang mengawal kawasan terbabit menyerahkan kotak hitam itu kepada pegawai Malaysia Selasa lalu, berikutan bantahan antarabangsa mengenai cara mereka mengendalikan kawasan serpihan berkenaan serta mayat mangsa.
Kerajaan Barat menyatakan segala bukti kini menjurus kepada andaian bahawa pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh pemisah pro-Russia. - AFP
TOP
Bangkai pesawat Air Algerie ditemui di utara Mali
Ouagadougou: Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso.
Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou, sebentar tadi. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya...50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso. - AFP
TOP
GAMBAR: Israel Bom Sekolah, 15 Mati Dan 200 Cedera
Gaza City: Lima belas terbunuh apabila bedilan bom tentera Israel meledak sebuah sekolah yang dijadikan sebagai pusat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza, awal hari ini.
Kejadian di pusat perlindungan itu di mana ratusan penduduk Palestin di Gaza yang melarikan diri akibat kempen serangan Israel dua minggu lalu itu kini meningkat angka kematian menghampiri 800 orang.
Serangan terbaharu itu mengenai sebuah sekolah PBB yang didami sebahagian 100,000 orang awam Palestian yang meninggalkan rumah mereka bagi mencari tempat selamat daripada setangan udara Israel.
Bedilan berkenaan terkena kawasan gelanggang apabila penduduk Palestin menggunakannya untuk membina khemah.
Perkhidmatan Kecemasan Gaza berkata sekurang-kurangnya 15 tee korban dan lebih 200 lagi cedera dalam serangan yang masuk hari ke-17 itu, menjadikan angka korban kini 798 orang.
- AP
- AP
TOP
Operator Hospital Swasta Di Sibu Dipecat
Sibu – Seorang operator wanita kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta di Jalan Pedada, di sini, yang didakwa bersikap biadap terhadap seorang lelaki ketika meminta bantuan merawat tiga beranak yang cedera dalam kemalangan Isnin lalu, sudah dipecat.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipecat berikutan kisah memalukan itu tersebar luas dan menjadi ‘viral’ dalam Facebook, menyebabkan ramai mengutuk dan mencaci kisah hospital berkenaan.
Jurucakap hospital swasta ketika dihubungi sebentar tadi berkata, operator wanita terbabit dipecat kerana tindakan dilakukan amat memalukan.
“Tindakan ini adalah terbaik untuk mengelak kejadian sama berulang. Kami amat kesal dengan perkara seperti ini,” katanya.
Kejadian berlaku pada jam 5 petang itu menyebabkan tiga sekeluarga parah selepas dirempuh pacuan empat roda jenis Land Cruiser sebelum pemandunya melarikan diri, meninggalkan mangsa bergelimpangan atas jalan raya. Ketiga-tiga mangsa berusia tiga tahun, 17 tahun dan 61 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat parah sebelum seorang lelaki menghubungi hopsital berkenaan meminta menghantar ambulans ke tempat kejadian. Bagaimanapun, apabila operator bertugas menyambut panggilan ketika itu, dia menjawab,: “Jika ambulans pergi ambil, siapa yang nak (mahu) bayar bil nanti?. Melihat keadaan itu orang ramai tidak puas hati terus ke kauntar pertanyaan hospital swasta terbabit untuk meminta bantuan agar menyelamatkan tiga mangsa langgar lari itu. Namun jawapannya tetap sama dan enggan menghulurkan bantuan kerana mahu mendapat jaminan seseorang untuk mahu membayar segala kos itu. – myMetro online

Gimnas Malaysia raih gangsa acara berpasukan
GLASGOW: Pasukan gimrama Malaysia meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di SSE Hydro Arena di sini, semalam.
Pasukan itu dibarisi Amy Kwan Dict Weng, Wong Poh San dan Fatin Zakirah Zain Jalany, mengumpul 135.825 mata, mengatasi pasukan pilihan England untuk pingat gangsa.
Acara itu dimenangi Kanada dengan 141.450 mata manakala pingat perak menjadi milik Wales dengan 136.625 mata.
Walaupun gembira dengan pingat gangsa, trio itu mengaku mereka menyasarkan pingat emas.
"Kami telah membuat persembahan terbaik dan agak kecewa. Sebenarnya kami menyasarkan pingat emas tetapi memenangi pingat gangsa juga okay. Kami gembira dengan apa yang kami capai," kata Amy, 19.
Bagi Poh San, pertandingan yang memakan masa yang lama dan memenatkan itu membuahkan hasil buat mereka.
Pertandingan bermula 10.30 pagi dan berakhir kira-kira 10.30 malam (pukul 5.30 pagi waktu 5.30 Malaysia).
Beliau berharap mereka bertiga akan dapat cukup rehat untuk meneruskan pertandingan dalam acara all-around individu pada Jumaat. - BERNAMA
TOP
Kastam tahan wanita bawa beg berisi syabu setengah juta ringgit
ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah tahan seorang wanita Thailand selepas beg galas dibawa mengandungi 2.352 kilogram syabu bernilai hampir setengah juta ringgit yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui KIK Bukit Kayu Hitam kelmarin.
Timbalan Pengarah JKDM negeri, Mohd Noor Yusoff, berkata wanita berusia 34 tahun dan bekerja sebagai tukang urut itu ditahan selepas dadah yang dibalut dengan karbon biru itu ditemui dalam ruang rahsia pada beg galas dibawa, yang dikesan mesin pengimbas di laluan pejalan kaki KIK.
adalah rampasan keempat dilakukan JKDM Kedah tahun ini dengan tiga kes membabitkan modus operandi sama menggunakan keldai dadah. - BH Online
TOP
Ternakan Percuma Punca Orang Kampung Berkelahi
Buki, Sulawesi Selatan – Tindakan jabatan pertanian setempat mengagih-agih haiwan ternakan kepada orang ramai pada awalnya diharap dapat meningkatkan kesejahteraan mereka.
Namun, sebaliknya yang berlaku.
Kambing dan lembu percuma itu kini menjadi punca penduduk Kampung Lalang Bata berkelahi sesama sendiri apabila haiwan berkenaan berkeliaran dan merosakkan tanaman orang kampung. Masalah itu kemudian mencetuskan perbalahan antara pengusaha terbabit.
Orang ramai juga mempertikaikan perancangan pihak kerajaan sebelum mengedar haiwan berkenaan. Kata mereka, kemudahan yang ada tidak mencukupi atau sesuai. Menurut pemimpin kampung Buki, Abd Rahman, penternak sudah dinasihati berulang-kali supaya mengambil langkah sewajarnya. – Agensi
TOP
Wanita mencuri telefon bimbit
TOP
Telephone murah pun kena curi
TOP
Semakan Pelatih PLKN Siri 11 Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR – Semakan pemilihan dan penempatan bagi bakal pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 Siri 11/2014 boleh dilakukan menerusi laman web www.khidmatnegara.gov.my mulai hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), kumpulan itu akan menjalani latihan mulai 16 Ogos hingga 9 November ini.
Ia berkata sekiranya bakal pelatih tidak menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) yang dihantar melalui pos sejak 14 Julai lepas, mereka boleh memuat turun NPP itu melalui laman web khidmat negara.
Bakal pelatih juga boleh membuat semakan melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip PLKN (JARAK) KEM (JARAK) NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. – BERNAMA
TOP
Denggi Ragut Nyawa Pertama Di Pahang
KUANTAN – Seorang warga emas merupakan mangsa pertama kes demam denggi di Pahang.
Mangsa meninggal pada 16 Jun lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.
Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kes demam denggi di negeri ini membimbangkan apabila meningkat 140 peratus dalam tempoh Januari hingga 22 Julai lepas berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Terdapat 742 kes dilapor, meningkat 433 kes (140 peratus) berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu 309 kes.
“Daerah Kuantan mencatat kes tertinggi iaitu 378 kes (50.9 peratus), diikuti Temerloh (98 kes), Jerantut (83 kes), Maran (51 kes), Raub (46), Bentong (28), Bera (20), Pekan (13), Lipis (13), Rompin (sembilan) dan Cameron Highlands (3),” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kini tujuh lokaliti wabak dikenal pasti iaitu lima dalam daerah Kuantan di Apartmen Bailey Court (4 kes), Perumahan Sungai Isap 2 (3 kes), Felda Bukit Sagu 1 (7 kes), Taman Tas Selatan (4 kes) dan Sungai Isap 2 (2 kes).
Dua lagi lokaliti ialah di daerah Jerantut iaitu F
TOP
AirAsia Hubungkan Semula Laluan Kuala Lumpur Ke Cebu
KUALA LUMPUR – AirAsia menghubungkan semula Kuala Lumpur ke Cebu di Filipina.
Penerbangan ke bandar tertua di negara itu, berlepas hari ini dengan 70 peratus muatan penumpang.
Sektor Kuala Lumpur-Cebu sebelum ini dioperasi oleh AirAsia Philippines dan ditamatkan pada Disember tahun lepas.
AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang beroperasi tiga kali seminggu dengan penerbangan terus antara dua bandar itu.
AirAsia dalam kenyataan berkata sempena penyambungan semula perkhidmatan itu, ia menawarkan promosi istimewa bagi laluan itu dengan tambang termasuk semua bermula dari serendah RM169 sehala.
Cebu merupakan destinasi ketiga AirAsia di Filipina dengan penerbangan terus juga boleh didapati dari Kota Kinabalu. – BERNAMA
TOP
Juruterbang Muda Cuba Kelilingi Dunia Maut, Pesawat Terhempas
Hari ini sahaja, dua berita nahas pesawat diterima dunia apabila sebuah pesawat terhempas di Taiwan. Terbaru juruterbang muda yang cuba mencipta rekod dunia dengan terbang mengelilingi dunia maut selepas pesawat mereka terhempad di Lautan Pasifik.
Pesawat yang diterbangkan Haris Suleman, 17 dan bapanya Babar terhempas selepas berlepas dari Pago Pago di American Samoa pada malam Selasa, memetik laporan laman web The Guardian.
Serpihan pesawat dan mayat kedua-dua mereka sudah pun ditemui oleh pihak berkuasa.
Haris dan Babar, meninggalkan Indiana pada 19 Jun dengan harapan untuk mencipta rekod berkenaan dalam masa hanya 30 hari untuk penerbangan mengelilingi dunia menggunakan pesawat berenjin tunggal.
Rekod juga ingin dilakar untuk juruterbang paling muda untuk melakukannya iaitu berusia 17 tahun.
Penerbangan itu dilakukan untuk meraih kutipan dana untuk Yayasan Penduduk, sebuah badan tidak berasaskan keuntungan yang membina sekolah di Pakistan.
Mereka pada asasnya sudah pun terlepas sasaran selama 30 hari kerana beberapa masalah kesihatan, dan merancang untuk kembali pada Ahad depan.
Kakak Haris, Hiba Suleman berkata penerbangan rekod itu merupakan impian bapanya sejak bertahun lamanya dan adiknya itu juga terlalu teruja untuk melakukannya.
Haris, baru sahaja menerima pengiktirafan lesen juruterbangnya yang meluluskannya untuk terbang di atas kawasan lautan dan merancang untuk menjadi juruterbang selain waktu kecemasan.
Laporan The Guardian, turut melaporkan bahawa kedua-duanya sudah menghadiri latihan mengandalikan keadaan kecemasan termasuk melakukan pendaratan di atas permukaan air.
“Dengan penerbangan seperti ini, sentiasa wujud risiko dan mereka berdua bersedia untuk menghadapi risiko berkenaan.
“Anda boleh merancang segala-galanya dengan baik, tetapi kadangkala perancangan kita tidak berlaku seperti apa yang kita rancangkan,” kata Hiba.
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerik Syarikat (AS); Ian Gregor di Los Angeles berkata pesawat Hawker Beechcraft yang digunakan terhempas di lautan itu tanpa diketahu sebabnya.
Pasukan Pengawal Pantai AS melalui jurucakapnya Petty Officer Melissa McKenzie berkata saksi melaporkan melihat pesawat yang menghala ke Honolulu, Hawaii itu terhempas kira-kira sebatu dari kawasan pantai tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pago Pago.
Kedua-dua, Barbar dan Haris telah melakukan beberapa persinggahan antaranya di Eropah, Afrika, Asia dan Pasifik Selatan.
Remaja itu turut memberitahu media Indianapolis Star awal bulan ini bahawa dia memang menyukai setiap lokasi persinggahan yang dilalui.
“Terlalu banyak keindahan budaya di setiap negara yang saya singgah dan tidak banyak yang dapat diketahui mengenai sesebuah negara jika kami hanya singgah selama dua hari sahaja,” katanya dalam emel kepada akhbar berkenaan. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Menteri ASEAN, EU Kutuk Serangan Pesawat MH17
BANGKOK – Menteri ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di Donetsk Oblast, timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN-EU ke-20 di Brussels, Rabu, para menteri mengalu-alukan ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Resolusi 2166 yang dikeluarkan pada Isnin, mengenai pesawat MAS MH17 dan menggesa ia dilaksanakan sepenuhnya.
Menteri turut melahirkan rasa terkejut dan marah atas kematian tragis 298 orang dari pelbagai negara yang menaiki pesawat berkenaan, menurut kenyataan bersama yang dihantar kepada Sekretariat ASEAN, berpangkalan di Jakarta.
Menteri berkenaan menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada anggota keluarga dan rakan penumpang dan kru MH17 dan serta kepada kerajaan dan rakyat negara yang terlibat.
Mereka juga menggesa siasatan antarabangsa yang menyeluruh, telus dan bebas terhadap serangan pesawat itu mengikut garis panduan penerbangan awam antarabangsa.
Menurut kenyataan itu, mereka menuntut semua pihak dalam lokasi kemalangan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk bantuan serta akses yang selamat, menyeluruh, serta-merta dan tidak terbatas kepada kawasan tapak nahas malah kawasan sekitar selain sokongan kepada kumpulan penyiasat.
“Menteri-menteri itu menuntut bahawa kumpulan bersenjata yang berkawal di lokasi kemalangan dan kawasan sekitarnya agar tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menjejaskan sebarang bukti di lokasi nahas,” menurut kenyataan itu.
Mereka juga bersetuju bahawa pihak yang bertangungjawab sama ada secara langsung ataupun tidak mesti dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Menteri-menteri itu juga bersetuju bahawa tragedi MH17 itu adalah satu lagi contoh nyata bagaimana pertikaian boleh menjadi ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa yang mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Iklan Raya FINAS Ajak Penonton Hargai Insan Tersayang
BERDEBAR-DEBAR rasanya menonton iklan raya 2014 yang bertajuk ‘Kuih Raya’ terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini.
Ia mengisahkan si ayah yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga tidak ada masa untuk bersama keluarga termasuklah ketika berbuka.
Bagaimanapun, sekeping kertas yang diletakkan oleh si anak di dalam balang biskut menyedarkan si ayah betapa dia terlupa perkara yang lebih penting dalam hidupnya.
Apakah kesudahan iklan ini? Jom saksikan…
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Orang Sibuk Boikot Israel, Tapi Astro Bagi Kontrak Lumayan?
Tindakan kejam tentera Zionis di Israel membedil dan membunuh masyarakat Islam Palestin di Gaza sekarang amat menyakitkan hati umat Islam termasuk di negara ini.
Kekejaman dilakukan Zionis secara terang-terangan ini turut dikecam masyarakat dunia lain termasuk sebilangan penganut Yahudi sendiri.
Di negara ini, antara cara umat Islam menunjukkan kebencian terhadap kekejaman Zionis adalah memboikot produk keluaran syarikat Israel yang sedikit sebanyak, pasti mempunyai ‘saham’ dalam senjata digunakan negara tersebut untuk membunuh rakyat Gaza. Untuk rekod, Israel tidak diiktiraf oleh kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia. Malah rakyat negara ini tidak dibenarkan berkunjung ke sana dan begitulah sebaliknya kecuali atas beberapa ‘kes istimewa’. Bagaimanapun, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dato’ Dr Asyraf Wajdi menerusi akaun Facebook beliau hari ini mendedahkan bahawa syarikat televisyen satelit swasta Astro telah menganugerahkan satu kontrak lumayan kepada sebuah syarikat Israel, Amdocs.
Justeru Asyraf yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno meminta supaya Astro memberikan penjelasan berhubung perkara ini.
Sekiranya benar kontrak ‘Subscriber Management System’ yang bernilai jutaan ringgit telah diberikan kepada syarikat Amdocs milik Israel, maka ini adalah satu tindakan yang boleh dikatakan kurang sensitif. Apa yang terbaik, pihak Astro harus memberikan jawapan terhadap isu ini termasuk membuat penafian jika ia tidak benar. Harus diingat, kesedaran memboikot barangan Israel yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat Islam tidak mustahil mampu memberi kesan pada mana-mana perniagaan termasuk yang berstatus konglomerat sekali pun. - MYNEWSHUB.MY

Baju Raya Keluaran Jakel Hanya Indah Khabar Dari Rupa?
ADUHAI…ramai pula yang merungut mengenai kualiti baju raya Aaron Aziz dan Zizan Razak keluaran Jakel.
Beberapa aduan oleh pelanggan di laman Facebook mengenai perkara itu telah dikongsikan menerusi blog Apahell.
Ia termasuklah dari segi jahitan yang tidak kemas, harga yang terlalu mahal dan juga keadaan baju yang kotor.
Jika terbukti benar aduan-aduan ini, memang tidak wajarlah Jakel memperlakukan pelanggan sedemikian rupa. Apa tidaknya, promosi di kaca televisyen bukan main gempak, tapi hakikatnya indah khabar dari rupa! Diharap pihak Jakel akan memandang serius perkara ini sebelum orang ramai hilang kepercayaan terhadap gedung tekstil terbesar di Malaysia itu. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Rakyat Belanda Berbaris Sambut Ketibaan Mayat Nahas MH17
Kerajaan Belanda memberikan penghormatan tertinggi ketika menyambut ketibaan 40 mayat pertama mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Lapangan Terbang Eindhoven, semalam.
Penghormatan bukan sahaja dizahirkan oleh kerajaan negara itu, malahan oleh ribuan rakyatnya yang berbaris di sepanjang jalan raya yang menjadi laluan deretan panjang kereta membawa mayat sebaik tiba di negara itu.
Visual laman portal Belanda, nieuws.vtm.be turut memaparkan visual dari helikopter menunjukkan kenderaan yang membawa keranda melalui jalan-jalan raya dengan ribuan rakyat berada di tepi jalan.
Penghormatan itu turut ditunjukkan dengan penerimaan mayat dengan penuh adat istiadat penghormatan tentera dengan Raja Belanda Willem-Alexander turut hadir bersama Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.
Belanda memberikan penghormatan terakhir sebegitu rupa sebagai menghormati mangsa nahas pesawat MH17 itu yang dipercayai menjadi mangsa tembakan peluru berpandu jenis BUK di sempadan Russia-Ukraine di daerah Grobovo.
Terkini, pihak pemisah pro-Russia di kawasan nahas telah pun mengaku bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 kerana mereka tersilap dengan menyangka sudah menembak satu pesawat tentera Ukraine.
Pesawat MH17 pada masa itu, sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada hari kejadian 17 Julai lepas.
Dalam nahas itu, 192 orang penumpang kesemuanya dari Belanda manakala 43 penumpang iaitu 15 orang anak kapal dan dua orang bayi adalah penumpang dari Malaysia.
Beberapa negara dari Eropah turut mempunyai penumpang warganegara mereka di dalam pesawat malang itu antaranya dari Belgium, United Kingdom dan Jerman.
Kesemua 298 mayat berjaya dibawa keluar daripada kawasan nahas hasil rundingan rahsia antara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pemimpin Puak Pemisah Republik Rakyat Donetsk Alexander Borodai.
Bekijk meer video’s van vtmnieuws op
Hasil rundingan itu, Borodai bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam pesawat kepada pasukan penyiasat Malaysia dan membenarkan kesemua mayat dibawa keluar segera untuk dilakukan proses pengecaman dan forensik. – MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Iklan Raya Proton 2014 Paparkan ‘Teaser’ Model Terbaru
NAMPAKNYA, syarikat automotif pertama Malaysia, Proton punya cara yang berbeza dalam menghasilkan iklan khas sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Menggunakan lagu iklan hari raya EON nyanyian Jamal Abdillah dan Raja Ema yang cukup popular pada penghujung tahun 80-an, ia sememangnya menggamit memori mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan Proton Saga suatu ketika dulu.
Penyanyi Yusry KRU turut muncul dalam iklan tersebut dengan memandu Satria GTi keluaran 1997.
Menariknya, di penghujung iklan,’teaser’ model terbaru Proton telah ditayangkan sekaligus membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk rekaan kali ini.
Sama-sama kita nantikan ya…!
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO : Syahdu…Ketibaan Mayat Mangsa MH17 Di Belanda
Dereta kenderaan hitam membawa keranda dan suasana sugul menyelubungi Lapangan Terbang Eindhoven apabila Belanda menyambut ketibaan 40 mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Mayat-mayat disambut oleh Raja Belanda Raja Willem-Alexander dan Perdana Menteri Belanda Mark Rutte serta ahli keluarga mangsa.
Tiupan trompet dengan lagu “The Last Post” menghiasi suasana hiba di kawasan dataran lapangan terbang sebaik dua buah pesawat mendarat dan keranda membawa mayat dibawa dengan penuh penghormatan tertinggi tentera diberikan oleh kerajaan Belanda.
Selepas itu, deretan kereta membawa jenazah masuk ke dalam ruang dataran dalam satu barisan panjang dan disusun untuk memudahkan proses mengeluarkan dan meletakkan mayat ke dalam kereta berkenaan.
Sementara itu, proses menyaring dan melabelkan mayat mangsa nahas MH17 dijangka akan selesai menjelang esok.
Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Lt Kol Mohd Sakri Hussain berkata pakar forensik dari Malaysia, Belanda dan Australia telah menyaring mayat di dalam lebih dua gerabak sejuk beku Rabu lepas.
Di Ukraine, ada empat gerabak sejuk beku yang membawa 282 mayat daripada timur Ukraine berhampiran sempadan Russia ke Kharkiv untuk dilabel sebelum diterbangkan keluar ke Eindhoven.
Pesawat MH17 terhempas ditembak jatuh oleh peluru berpandu di Grobovo, Timur Ukraine berhampiran sempadan Russia mengorbankan kesemua 298 orang termasuk anak kapal.
TOP
Azwan Ali Pergi Umrah Pun Gigih Nak Bawa Monopod?
Pengacara seorang ini memang tak pernah lekang daripada kontroversi dan kisah panas.
Walaupun pada ketika ini sedang menunaikan ibadat umrah pun nama Azwan Ali terus meniti di bibir-bibir pemerhati industri hiburan tempatan.
Yang terbaharu, kebanyakan peminatnya berharap agar pemergian kali ketujuh Azwan ke sana dapat membuka hatinya untuk berubah daripada segi perangainya yang gemar mencetuskan kontroversi.
Tetapi mengenali sikap Azwan, kami pasti tidak akan langsung mengambil peduli cakap-cakap orang terhadap dirinya, malah Azwan juga popular dengan perkataan ‘why bother, why bother, why bother’ yang sering kali diungkapkannya sebelum ini.
Namun, yang menarik perhatian kami ialah tindakan Azwan yang sempat juga membawa monopod (batang pemegang kamera untuk selfie) dalam sibuk-sibuk beribadat pada Allah SWT.
Tapi, bersangka baiklah, mungkin dia pergi seorang, tu yang bawa monopod, lagipun apa salahnya Azwan nak mengabadikan gambarnya di Tanah Suci buat kenang-kenangan. Tak gitu? – MYNEWSHUB.MY
TOP
Wanita Perasan Sangka Paparazzi Rakam Gambar, Kini Terkenal
New York –Kara Dudley menjadi terkenal secara tidak sengaja. Semuanya selepas dia tersalah sangka bahawa paparazzi mahu merakamkan gambarnya.
Hakikatnya paparazzi tersebut mahu mengambil gambar supermodel Karlie Kloss, yang ketika itu berada di belakang Dudley, tanpa disedarinya.
Dudley hanya menyedari bahawa dia menjadi terkenal selepas keesokannya menyaksikan gambarnya yang sedang berposing sakan itu disiarkan dalam sebuah akhbar.
Namun Dudley menyatakan dia tidak malu dengan kejadian yang menimpanya itu.
“Saya tidak tahu apa yang paparazzi itu lakukan tetapi saya membuat keputusan untuk berposing ketika mereka mengambil gambar,’’ katanya yang langsung tidak menyedari bahawa Kloss berada di belakangnya.
Dudley yang baru berpindah ke New York untuk mengembangkan kariernya dalam bidang peragaan dan lakonan itu berkata, dia memasuki pusat beli belah berkenaan selepas melihat penyanyi Taylor Swift berada di dalamnya.
Selepas melihat Swift meninggalkan pusat beli belah itu, dia melihat paparazzi di depannya, namun menyangka mereka sedang mengikut Swift.
“Saya sempat menghubungi kawan-kawan saya untuk memberitahu bahawa saya melihat Swift dan terkejut apabila saya melihat gambar saya itu pada keesokannya,’’ kata Dudley.
TOP
Hati-Hati Video Wanita Tanggal Pakaian, Ia Adalah PALSU
Los Angeles – Berhati-hati apabila anda menerima video menunjukkan seorang wanita yang menanggalkan seluar dalam melalui Facebook, kerana ia merupakan video palsu, yang akan membolehkan penggodam memasuki komputer.
Video palsu itu akan menggalakkan penerima untuk menekan butang bagi melihat aksi selebihnya melalui YouTube. Ia boleh menyebabkan penggodam mencuri data peribadi pengguna.
Penggodam itu dilaporkan bermula di Albania.
Jurucakap firma keselamatan dalam talian Bitdefender, Catalin Cosoi berkata, pelbagai cara digunakan oleh penggodam untuk mencuri data pengguna.
“Salah satunya adalah dengan menumpukan kepada kaum lelaki agar mereka berminat dengan video wanita menanggalkan pakaian.
“Video itu akan dimainkan selama beberapa saat dan ia telah ditonton oleh berjuta-juta pengguna Facebook,’’ katanya.
TOP
Rozita Che Wan, Zain Saidin Bakal Timang Anak Perempuan
Pastinya semua peminat dah tak sabar nak lihat wajah cahaya mata sulung pasangan pelakon Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin kan..
Menurut sumber Rotikaya, lebih menggembirakan buat pelakon wanita berusia 40-an ini ialah apabila mengetahui dirinya sedang hamil anak perempuan seperti yang diidam-idamkannya sebelum ini.
Sebelum ini Che Ta sudah mempunyai dua anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil perkahwinan terdahulu.
Tahniah Che Ta dan Zain, semoga dengan kelahiran sang puteri itu kelak dapat menguatkan lagi kasih sayang di antara mereka berdua dalam melayari bahtera perkahwinan. - MYNEWSHUB.MY
TOP
74 Lagi Keranda Mangsa Nahas MH17 Tiba Di Belanda
THE HAGUE: Pesawat membawa lebih banyak mayat mangsa nahas MH17 di timur Ukraine tiba Belanda hari ini, sehari selepas 40 daripada 298 yang terkorban dibawa ke sini.
Dua pesawat membawa 74 keranda mendarat di Eindhoven di selatan Belanda di mana mayat berkenaan akan dibawa ke berek tentera di Hilversum, berhampiran Amsterdam, untuk pemeriksaan forensik dan pengecaman.
Polis Belanda menyatakan, 80 pakar forensik dari Jerman, Belgium, Britain, Australia, Indonesia, New Zealand dan Malaysia akan membantu 120 pakar Belanda dalam tugasan yang boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan. – AFP
(Kredit: Berita Harian)
TOP
Dua Jet Pejuang Mirage 2000 Dikerah Cari Pesawat AH5017
Pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas malam ini membawa penumpang kebanyakannya dari Perancis dan warganegara Burkina Faso.
Dua jet jenis Mirage 2000 dari Tentera Udara Perancis telah dikerahkan untuk mencari pesawat berkenaan jenis MD-83 milik syarikat penerbangan swasta Swift Air yang menyewakannya kepada Air Algerie.
“Dua jet telah dikerahkan untuk cuba mengesan lokasi pesawat itu,” kata jurucakap Tentera Perancis Gilles Jaron, memetik laporan agensi berita Reuters.
Pesawat pejuang itu akan melakukan pencarian di lokasi terakhir pesawat itu diketahui dan sepanjang laluan penerbangannya ke Algiers.
Kesemua enam anak kapal merupakan warganegara Sepanyol, kata seorang juruterbang dari Kesatuan Juruterbang Penerbangan Sepanyol (SEPLA).
Menteri Pengangkutan Burkina Faso; Jean Bertin Ouedraogo berkata, 50 orang penumpang merupakan warganegara Perancis, 24 dari Burkina Fasi, enam dari Lebanon, lima Kanada, empat dari Algeria, dua dari Luxembourg, dua masing-masing satu dari Nigeria dan satu dari Cameroon serta seorang penumpag dari Mali.
Menurut Ouedraogo, pesawat AH5017 menghantar mesej akhirnya pada pukul 1.30 pagi GMT, meminta pihak kawalan trafik udara Nigeria menukar laluan penerbangan berikutan hujan lebat.
Menteri Pengangkutan Perancis, Frederic Cuvillier berkata satu mesyuarat tergempar di antara pihak berkuasa penerbangan Perancis akan diadakan dan bilik gerakan krisis akan turut diwujudkan.
Para wartawan ketika ini dilaporkan sudah pun tiba di pejabat syarikat Swift Air di Madrid, Sepanyol untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini berkaitan pesawat itu.
Dalam laporan laman web sama, pesawat itu dikatakan hilang di kawasan Gao di dalam negara Mali kira-kira 500km dari sempadan Algeria, demikian kata Perdana Menteri Algeria Abdelmalek Sellal. – MYNEWSHUB.MY
TOP
KEMASKINI : Pihak Berkuasa Algeria Sahkan AH5017 Terhempas
KEMASKINI Pukul 9.33 malam
Pesawat Air Algerie yang kira-kira enam jam tadi terputus hubungan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Algeria dilaporkan terhempas. Agensi berita Reuters memetik sumber dari pihak berkuasa berkenaan yang mengesahkan kejadian itu. “Saya boleh mengesahkan bahawa pesawat itu sudah terhempas,” katanya sumber memetik laporan Reuters. Bagaimanapun, pihak Algeria enggan mendedahkan lokasi pesawat berkenaan terhempas mahupun punca nahas itu. Pesawat berkenaan membawa 110 orang penumpang dan enam anak kapal sedang dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers.
KEMASKINI Pukul 6.44 petang
Sebuah syarikat penerbangan swasta Swiftair hari ini turut memaklumkan bahawa pihaknya terputus hubungan radar dengan sebuah pesawatnya yang digunakan oleh syarikat penerbangan Air Algerie yang membawa 110 orang penumpang dan enam anak kapal. Dalam satu notis dipaparkan di laman webnya, syarikat itu berkata pesawat itu berlepas dari Burkina Faso pada pukul 1.17 pagi waktu tempatan dan sepatutnya mendarat di Algiers, Algeria pada pukul 5.10 pagi tetapi pesawat itu tidak tiba.
Menurut laman twitter AirLiveNet, pesawat AH5017 merupakan jenis pesawat buatan syarikat McDonnell Douglas jenis MD-83 dan diangarkan berumur 18 tahun pada tahun ini. Terdapat laporan bahawa kawasan Burkina Faso ketika pesawat Air Algerie itu hilang mengalami cuaca buruk. Pesawat MD-83 itu menggunakan nombor pendaftaran ekor EC-LTV dan ia disewakan oleh syarikat penerbangan swasta SwiftAir kepada Air Algerie.
Laporan Awal
Pihak berkuasa penerbangan Algeria mendakwa telah terputus hubungan dengan pesawat Air Alegrie yang sedang dalam penerbangan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers. Pesawat itu dilaporkan hilang kira-kira 50 minit berlepas, memetik laporan media Reuters. Sementara itu, agensi berita APS yang turut melaporkan kejadian itu memaklumkan tiada jumlah penumpang yang diberikan yang menaiki pesawat AH5017 itu. – MYNEWSHUB.MY

Spekulasi Timbul Pesawat AH5017 Turut Ditembak Jatuh?
Belum pun diketahui nasib pesawat Air Algerie yang ketika ini masih hilang daripada sebarang hubungan, sudah timbul beberapa spekulasi berkenaan kesudahannya.
Memetik laporan Hufftingonpost.com, ketika ini syarikat penerbangan itu sudah pun mengaktifkan perancangan kecemasannya bagi mengesan lokasi pesawat berkenaan.
Pesawat berkenaan berlepas dari Ougadougou, Burkina Faso yang merupakan sebuah bandar terletak di barat benua Afrika ke Algiers tidaklah laluan yang lancar.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat itu mungkin akan melalui ruang udara Mali di mana berlakunya konflik di kawasan utara.
Bagaimanapun, seorang sumber kanan dari Perancis berkata kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana militan di Mali tidak mempunyai keupayaan senjata untuk menembak jatuh pesawat.
Sumber berkenaan yang enggan didedahkan, berkata militan di sana banyak menggunakan senjata pelancar roket jenis yang diletakkan di bahu dan mustahil boleh menembak sebuah pesawat yang sedang berada di altitut tinggi.
Sehingga laporan ini ditulis, pesawat itu telah hilang dari hubungan selama enam jam. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Tweet Dua Pemimpin Pembangkang Tersebar Di Internet
Hari ini di laman sosial tersebar ke seluruh buana siber tweet yang dikatakan dibuat oleh Naib Presiden PAS; Mahfuz Omar berkenaan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Sekali pandang, tweet berkenaan memang berbunyi terlalu cetek akal, tetapi apabila hadir daripada pihak pembangkang yang sentiasa bangkang apa sahaja usaha kerajaan, mulalah minda bertanya sekali lagi.
Ia adalah kerana, pada sebelum ini pun ada kritikan pembangkang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adakalanya nampak juga kebodohannya.
Dalam hal ini tweet yang dikatakan dibuat Mahfuz ini lebih teruk bunyinya.
“Najib ditipu oleh rebels Donetsk, kata serahkan kotak hitam tapi kaler oren (jingga),” kata Mahfuz dalam ‘tweet’nya itu.
Alasan yang paling mudah untuk Mahfuz menjawab isu tweet ini ialah ia adalah fitnah dan palsu dicipta oleh orang-orang tertentu dalam usaha memalukannya.
Ada benarnya dakwaan itu, bagaimanapun difahamkan Mahfuz masih belum tampil menjawab apa-apa pun berdasarkan sebaran tweet bodoh ini. Itu kisah tweet didakwa dibuat oleh Mahfuz, apa kata kita lihat pula tweet yang didakwa dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang menyebabkan Dewan Rakyat kecoh semalam. “Jangan guna duit rakyat untuk rasuah militan Ukraine serah kotak hitam, PBB kena siasat @UN,” kata tweet berkenaan yang didakwa oleh Rafizi.
Kekecohan bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong menempelak Rafizi ekoran tweet berkenaan.
Rafizi bingkas bangun dan menafikan sekeras-kerasnya menulis tweet itu dan mengatakan akan membuat laporan polis berkaitan dengannya. Selain bangun menafikannya, Rafizi juga menuntut Wee agar menarik balik dakwaannya itu berkaitan tweet berkenaan yang disifatkan palsu. Semua ini dilihat berlaku apabila sifat pembangkang itu sendiri gemar menyerang keperibadian orang lain khususnya dari BN tanpa usul periksa dan juga tuduhan yang agak melampau. Tidak mustahil akan lahir ramai lagi pihak yang akan membenci golongan pembangkang ini seterusnya kes-kes seperti ini akan berlaku lagi dan lagi. – MYNEWSHUB.MY

VIDEO: Apek Tua Gaduh Di Kedai Mamak
Bila perasaan marah menguasai diri, manusia mudah hilang pedoman tanpa mengira usia.
Contohnya dua apek Cina di bawah yang bergaduh sakan di sebuah kedai mamak tanpa mempedulikan jeritan pelanggan lain supaya menghentikannya.
Dalam rakaman pergaduhan yang tidak diketahui puncanya ini, seorang memegang objek yang kelihatan seperti parang panjang manakala seorang lagi memegang kerusi.
Masing-masing kemudiannya mengacah satu sama lain.
Pelanggan lain hanya mampu memekik dari jauh dan tidak berani menghampiri, mungkin kerana senjata yang dipegang salah seorang mereka.
Rakaman berakhir apabila salah seorang apek memegang dahinya yang mungkin cedera jadi tak dapat dipastikan bagaimana sudahnya pergaduhan ini.
Nasihat kami kalau lain kali anda melihat keadaan seperti ini, telefonlah pihak polis dengan segera. Takkan bila ada nyawa melayang baru nak bertindak kan? Masa tu tak guna dah. - MYNEWSHUB.MY
Nasihat kami kalau lain kali anda melihat keadaan seperti ini, telefonlah pihak polis dengan segera. Takkan bila ada nyawa melayang baru nak bertindak kan? Masa tu tak guna dah. - MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Best Gila.. Awek Cina Nyanyi Lagu Raya
Menjelang lebaran antara perkara paling indah adalah mendengar lagu raya yang mampu membangkitkan perasaan gembira dan teruja menanti kedatangan Syawal.
Kami percaya di sebalik banyak lagu raya yang dicipta untuk penyanyi sekarang kebanyakan kita tetap terbuai perasaan apabila mendengar lagu-lagu raya lama nyanyian penyanyi veteran.
Lagu-lagu raya ciptaan terbaharu bukan tak sedap tapi sesetengahnya tak berjaya menyentuh perasaan nak sambut raya langsung.
Daripada buat lagu semacam itu, kami sarankan lebih baik kalau penyanyi bawa saja lagu-lagu lama sebagai cover song. Kalau kena gaya ia tetap mampu menarik perhatian pendengar.
Contohnya, lagu Selamat Hari Raya dendangan Saloma yang dinyanyikan semula oleh Elizabeth Tan yang sangat memikat hati walaupun dibawa dengan gaya tersendiri.
Bagi yang tidak mengenali Elizabeth, dia sebenarnya sudah lama mengumpul peminat di saluran YouTube kerana kemampuannya menyampaikan lagu-lagu cover dengan baik. Antara nyanyian Elizabeth yang paling mendapat sambutan dan view tertinggi di YouTube adalah lagu cover Havoc yang dimuat naik olehnya sekitar penghujung tahun lepas. - MYNEWSHUB.MY

Sedihnya.. Kad Ucapan Hari Raya Ditemui Di Lokasi Nahas MH17
Nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh hingga mengorbankan kesemua 298 nyawa di dalamnya pasti menjadi kenyataan pahit buat semua waris mangsa.
Bagi yang beragama Islam, kesedihan pasti lebih dirasai kerana kejadian ini berlaku menjelang Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya menjadi medan pertemuan seluruh keluarga.
Apa yang menyentuh perasaan, salah seorang korban dipercayai rakyat Malaysia turut membawa bersamanya sekeping kad hari raya yang ditemui oleh tentera Ukraine ketika membersihkan lokasi nahas.
Bagaimana pun oleh kerana tulisan pada kad hari raya tersebut kurang jelas untuk dibaca, tidak dapat dipastikan sama ada kad ini diterima mangsa atau dibawa bersama untuk diberikan kepada seseorang. Takziah kami ucapkan pada seluruh keluarga mangsa nahas MH17, sesungguhnya rakyat Malaysia turut berasa amat sedih dengan tragedi ini. - MYNEWSHUB.MY

Abby Abadi Berniqab, Akui ‘Pakai-Buka’ Sebab Masih Belajar
SEJAK kes perceraiannya bulan lalu, tiada lagi cerita terbaru mengenai pelakon Abby Abadi.
Bagaimanapun, jika anda mengikuti perkembangannya di akaun Instagram, pasti anda tahu yang pelakon itu kini sudahpun berpurdah atau berniqab sejak seminggu lalu.
Perkembangan terbaru ini ternyata mengundang persoalan daripada para peminat, adakah Abby mengenakan niqab secara kekal atau sekadar on-off sahaja?
Ini jawapannya:
Jadi, jangan hairan kalau selepas ini Abby dilihat tidak memakai niqab kerana dia masih lagi dalam tempoh belajar.
Apapun, setahu kami niqab bukanlah sesuatu yang wajib dalam Islam dan kami tabik jika pelakon ini dapat meneruskannya kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan tanpa sokongan ramai, tak gitu?
Dalam pada itu, satu perkara yang tidak dapat disembunyikan walaupun sudah berniqab ialah isu bulu keningnya yang dikatakan dicukur.
Semalam, menerusi akaun yang sama, Abby memberikan penjelasan berikut:
“Assalamualaikum… Dah nak titun ka? Hehe.. Sy mata takleh lelap ni… banyak yg nk di kongsi tak kesampaian lagi… tp sblm tu, Sy dengan sukacitanya nk tunjuk kening Sy dgn lebih dekat lagi.. Inilah kening turun temurun dr Makcik Hasnah aka Mak Sy.. (rujuk la gmbr Mak Sy… tenung dalam2 k hehe.. )
“Mak Sy ni anak cina.. Org ISLAM jaga dari kecik. Jadi bila asalnya cina, yg jelas Sy nampak bulu2 nya tak berapa nk ada… lain la mamak ye tak? Hehe.. Dah ulang 888x dah, ada juga lagi yg timbulkan… Bukan kata dalam insta ni je… kt FB, dekat twitter.. kening Sy jadi igauan hehe..
“Ada yg jumpa, sembang baik2 depan mata dekat Masjid pun tanya jugak pasal kening ni.. adehhh! Siap tanya Sy hukum cukur kening lagi……… Tajuk lain buleh tak? Ataupunnnnn.. dari risaukan kening Sy… baik tolong carikan Sy jodoh… Ada gak faedahnyaaa haha… @eveusun @nurdinakamalia @leinsufyana Help! Helpppp! Hehe.. Carikan yg buleh jaga Sy & anak3 sebaiknya k.. Beriman yg paling penting, satu lagi..bertanggungjawab.. ok? Hehe.. Lupakan kening Sy. Usahakan yg ni pulakkkkk..kikiki okbaiiiii….”
Ha, panjang lebar penjelasan itu ya!
Apapun, jom lihat gambar-gambar terbaru Abby dengan niqabnya:

Kerajaan Perlu Dakwa Penembak MH17 Di Malaysia
Kejadian pesawat MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak dengan peluru berpandu di Timur Ukraine hingga mengorbankan kesemua 298 nyawa di dalamnya adalah satu tragedi hitam dalam sejarah negara.
Pihak yang bertanggung jawab dalam insiden ini jelas melakukan jenayah apabila menembak sebuah pesawat komersial hingga mengorbankan ratusan nyawa orang awam yang tidak berdosa.
Walaupun berlaku tuduh menuduh antara dua negara dalam mengenal pasti dalang kejadian ini, adalah menjadi harapan rakyat Malaysia terutama keluarga mangsa agar proses pengadilan berjalan lancar seterusnya hukuman setimpal dapat dilaksanakan.
Mengikut Akta 307 (Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 1984) sebarang tindakan menyalahi undang-undang terhadap keselamatan penerbangan awam termasuk memusnah, merosak atau membahayakan harus dihukum di bawah undang-undang Malaysia yang terpakai kepadanya tidak kira di mana jua tindakan keganasan itu telah dilakukan, begitu juga kerakyatan atau kewarganegaraan pihak yang melakukannya.
Justeru, tertuduh kes MH17 seharusnya diadili di negara ini sebagai mana dipraktikkan Malaysia ketika mengadili tujuh lanun Somalia yang ditangkap Angkatan Tentera Malaysia kerana merampas kapal dagang Malaysia, MT Bunga Laurel di Teluk Aden, timur Oman pada 21 Januari 2011.
Bukan tidak mempercayai Mahkamah Antarabangsa namun akta yang ditandatangani di Montreal pada 23 September 1971 ini diyakini sudah cukup kuat untuk mendapatkan keadilan.
Apatah lagi, kes ini mewakili maruah negara dan mendapat perhatian dunia. Lebih daripada itu, perbicaraan yang berlangsung di Malaysia sudah tentu lebih meyakinkan buat waris dan keluarga mangsa yang terpaksa menerima hakikat insan kesayangan mereka dibunuh secara tragis.
Walaupun negara tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Ukraine atau Rusia, proses pengadilan masih boleh diusahakan di Malaysia atas dasar kerjasama.
Dalam konteks ini, pihak Pejabat Peguam Negara diharap dapat segera membentuk pasukan terbaik bagi memastikan proses pendakwaan menjadi kenyataan. Sesungguhnya proses mendapatkan keadilan buat mangsa nahas MH17 perlu dilakukan habis-habisan kerana maruah negara turut terpalit padanya. -MYNEWSHUB

Sepuluh Koleksi Iklan Raya Terbaik 2014
Setiap tahun, kita akan disajikan dengan pelbagai iklan Hari Raya yang menarik. Setiap syarikat besar akan menghasilkan sebuah iklan Hari Raya untuk menyampaikan sebuah mesej tersirat dan memeriahkan lagi suasana Hari Raya.
Selain itu, mesej yang disampaikan begitu mendalam sehingga mampu membuat seseorang mengalirkan air mata. Berikut adalah koleksi iklan hari raya aidilfitri untuk tahun 2014.
Nissan – Atuk
Seronok tengok atuk bersiar-siar dengan nenek. Tapi ada ‘twist’ sedikit. Kesian atuk.
Petronas – Ke Pangkuan Bonda
Ternyata mengimbau kembali sambutan raya zaman kanak-kanak dulu di kampung.
Telekom Malaysia – ADIK.
Celoteh adik kecil ini memang comel dan tak jemu untuk dilihat berulang kali.
RTM – Ini Baru Raya!
Memaparkan gaya hidup orang zaman sekarang yang terlalu sibuk dengan gajet, tetapi adengan selfie yang akhir sekali memang cool.
Media Prima – Anugerah Syawal
Berat hati atuk dengan nenek nak lepaskan anaknya balik ke rumah. Sampai sanggup lakukan macam-macam helah.
TV AlHijrah – Kemuliaan Syawal
Pesanan ayah buat anak perempuannya beserta babak-babak ketika membesar memang meruntun jiwa. Latar belakang lagu Fynn Jamal lagi menambahkan ‘feel’ sedih.
RTM – ANUGERAH
Hidup mempunyai seorang abang yang kurang upaya memang mencabar. Namun walaupun kurang upaya, hatinya lebih mulia daripada kebanyakan orang yang cukup sifat.
FINAS – Kuih Raya
Mengisahkan si ayah yang terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga tidak ada masa untuk bersama keluarga termasuklah ketika berbuka.
Astro- Jiranku Musuhku
Video yang berdurasi selama satu minit ini mengisarkan kejiranan dan persahabatan diantara kedua sahabat dan akhirnya berbaik semula setelah bergaduh.
JKKN Sabah – Kuih Ibuku
Kasih ibu tiada penghujungnya. Ibu tidak pernah jemu membesarkan anak-anak. Hargailah ibu selagi dia masih bernafas
TNB – Sentiasa Bersamamu
Pekerja TNB komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan. Kerja tetap kerja, Raya tetap Raya.
Oleh: hzqahmd

Pemain Bola Israel Diserang Penyokong Pro Palestin
Perlawanan persahabatan di antara kelab bola sepak dari Israel, Maccabi Haifa dan kelab dari Perancis, Lille terpaksa dihentikan kerana penyokong pro-Palestin telah menceroboh masuk ke kawasan padang dan membelasah pemain Maccabi Haifa di Austria, semalam.
Penyokong tersebut dikatakan berlari ke arah padang dan terus meluru ke arah pemain Israel sekali gus tercetus insiden pergaduhan sehingga memaksa perlawanan diberhentikan.
Menurut laporan Daily Mail, sebilangan besar pemain Maccabi Haifa sempat meninggalkan stadium tanpa sebarang kecederaan serius.
Insiden ini menunjukkan sokongan masyarakat dunia yang terus-terusan mengutuk serangan tentera Israel ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang dimulakan sejak dua minggu lalu. Setakat ini dilaporkan seramai 350 rakyat Palestin telah terkorban atas kekejaman yang dilakukan tentera zionis di tanah air mereka sendiri.
- MYNEWSHUB.MY

Gambar : Keadaan Terkini Wartawan Mazidul Akmal
Sudah lebih sebulan, wartawan Mazidul Akmal Sidik menerima rawatan akibat serangan angin ahmar di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
Pada 25 Jun lepas, Mynewshub.my ada menulis laporan berkenaan serangan angin ahmar yang dialami Mazidul beberapa hari sebelum itu.
BACA – Mazidul Akmal Koma Sementara Akibat Serangan Angin Ahmar - 25 Jun 2014
Kejadian yang menimpa Mazidul yang sebelum ini menjadi wartawan rancangan jenayah 999, dimaklumkan oleh rakannya penganalisis jenayah Dr Kamal Affendi Hashim.
Hari ini menerusi laman mediarfm.blogspot.com, ia memaparkan gambar terkini Maziul yang masih dilihat seperti separa sedar di hospital.
Menurut artikel di laman berkenaan, pembedahan membuang darah beku di dalam kepalanya.
Diharapkan semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Mazidul agar dapat kembali seperti sediakala dan kembali menghasilkan berita untuk tatapan orang ramai. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Isteri Nabil Ahmad Mengandung Anak Kedua?
Sekarang ni memang musim menimang cahaya mata/ ‘baby’ di kalangan para selebriti tempatan, di mana semalam pasangan pelakon popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya baharu sahaja menimang anak sulung perempuan yang masih belum diberikan nama.
Terbaharu, pelakon dan pelawak Nabil Ahmad pula dikhabarkan bakal mendapat seorang lagi anak selepas isteri menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua, baru-baru ini.
Namun, Nabil tidak dapat memberi pengesahan berhubung perkara tersebut kerana isterinya, Nazirah Ayub masih belum melakukan ujian kehamilan.
Kalau positif, memang betullah Naira Mikayla bakal menerima adik malah Nabil turut mengimpikan anak lelaki pula kali ini bagi melengkapkan keluarga bahagianya. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Rosmah Tak Cakap 3 Hari Dgn Najib Kerana MH17… WHY?
SEMUA orang tahu betapa sibuknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak berlakunya insiden nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Namun, tidak ramai yang tahu kejadian itu menyebabkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bercakap dengan Najib selama tiga hari.
Bukan kerana salah faham atau bergaduh, sebaliknya dia tidak mahu mengganggu suaminya yang sedang mengendalikan isu berat tersebut.
“Tiga hari saya tidak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17.
“Beliau lalu tepi saya pun beliau tidak tegur saya. Tapi tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang.
“Ramai yang cakap dengan saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya.
“Saya cakap ini bukan kerana saya isteri Perdana tetapi naluri sebagai seorang wanita,” ujar Rosmah, memetik Malaysia Gazette.
Apapun, mungkin pengorbanan itu cukup berbaloi kerana berkat kesungguhan Najib, Malaysia berjaya memperoleh kotak hitam pesawat tersebut selepas berunding dengan ketua pemimpin pemisah, Alexander Borodai.
Mereka juga turut bersetuju untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa pesawat dan membuka laluan bagi kemasukan penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Penduduk Mahu Anak Perempuan Putin Dihalau Keluar Dari Belanda
Anak kepada presiden Rusia, Maria Putin,28, kini dalam tekanan setelah diganggu oleh penduduk The Hague, satu bandar di Belanda. Dia menetap bersama kekasihnya yang bewarganegara Belanda, Jorrit Faassen, 34 tahun.
Maria Putin terkena tempias setelah ayahnya, Vladimir Putih dituduh mempunyai kaitan dengan nahas MH17 baru-baru ini.
Datuk Bandar Hilversum sebelum ini pernah membuat satu kenyataan yang mahukan anak kepada Vladimir Putin itu dihalau dari Belanda kerana insiden MH17 yang terhempas di Ukrain pada Khamis lepas.
Datuk Bandar berkenaan kemudiannya membuat permohonan maaf atas kenyataannya namun beliau tidak menafikan yang beliau geram dengan Rusia atas insiden tersebut - SiakapKeli.com
TOP
Najib Yakin Indonesia Terus Maju Bawah Kepimpinan Jokowi
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Indonesia akan terus maju dan makmur di bawah kepimpinan Joko Widowo dan gandingannya Jusuf Kalla.
Najib dalam satu kenyataan hari ini turut mengucapkan tahniah kepada gandingan itu atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Presiden yang diadakan pada 9 Julai lepas.
“Dengan keakraban serta kerjasama erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, saya yakin hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuhkan lagi demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat kita bersama,” katanya.
Jokowi, gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla menang pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.
Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa hanya memperoleh 62,576,444 undi atau 46.85 peratus. – BERNAMA
TOP
Mohamad Hasan, Anggota Tentera Di Majlis Solat Hajat Perdana
PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menyertai kira-kira 4,000 pegawai dan anggota tentera serta orang awam di majlis solat hajat Perdana di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini.
Majlis itu turut dihadiri Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima 1 Briged Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar dan Mufti Kerajaan Negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Solat hajat itu diimamkan Pengarah Pengurusan Kor Agama Tentera Darat (Kagat) Kol Nawawi Daud.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamad berkata solat hajat itu diadakan untuk memohon ke hadrat Allah SWT agar melimpahkan kesejahteraan dan keselamatan kepada Malaysia amnya dan pasukan keselamatan khasnya supaya sentiasa terpelihara daripada sebarang gangguan.
Di samping itu, katanya ia juga untuk memohon agar dipermudahkan segala usaha dalam mencari kebenaran di sebalik insiden pesawat MH17 manakala mereka yang bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
“Selain itu, kita memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat dan memberi kemenangan kepada rakyat Palestin di Gaza yang memperjuangkan tanah air mereka.
Kita juga memohon supaya segala bantuan kemanusiaan, mudah sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita buat masa ini akibat tindakan kejam tentera Isreal mengebom penempatan mereka,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lagi Bot Pancung Bawa Penumpang Karam
JOHOR BAHRU – Sebuah bot pancung membawa 28 penumpang karam di kedudukan 15 batu nautika barat daya Tanjung Ketapang, Muar pagi tadi, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan.
Ketua Pengarah Operasi Maritim APMM, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh VTS Klang, Bahagian Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia di Pelabuhan Klang.
“Menurut maklumat awal VTS Klang, sebuah kapal kargo MSC Valeria yang melalui kawasan tersebut telah memaklumkan mereka sedang menyelamat dua mangsa yang sedang terapung,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan tetapi berdasarkan maklumat awal ia dipercayai sebanyak 28 orang.
Ibrahim berkata operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan dengan dua bot laju APMM telah digerakkan ke tempat kejadian.
Kejadian kira-kira 11.20 pagi itu merupakan susulan kejadian bot pancung membawa pendatang asing tanpa izin yang karam di perairan Tanjung Piai pada 14 Julai lepas dan mengorbankan 12 nyawa. – BERNAMA
TOP
Pengacara TV Jordan Bakar Dan Ludah Bendera Israel Di Televisyen
Serangan yang dilakukan oleh Israel keatas Gaza baru-baru ini mendapat kritikan hebat oleh dunia. Kini angka korban rakyat Palestin telah meningkat kepada 770.
Serangan ini telah banyak mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa terutamanya kanak-kanak.
Marah dengan serangan tersebut, seorang pengacara televisyen di Jordan, secara siaran langsung, dengan beraninya membakar imej bendera Israel.
“Inilah musuh yang patut kita tentang sepanjang waktu demi Palestin dan anak-anak mereka.
“Izinkan saya membakar bendera kotor Zionis ini agar satu dunia dapat melihatnya,” kata beliau ketika bersiaran langsung.
Di akhir siaran, dia turut bertindak meludah ke bendera itu. Satu tindakan yang amat berani.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Perdana Menteri Ukraine Umum Letak Jawatan Hari Ini
KIEV(AP) - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk telah mengumumkan peletakan jawatannya berikutan kemelut yang melanda kerajaan yang berlaku baru-baru ini.
Yatsenyuk membuat pengumuman itu di parlimen selepas kedua-dua pihak (Parti Nasionalis dan Pergerakan UDAR) berkata, mereka akan menarik diri daripada parti pemerintah. "Saya mengumumkan peletakan jawatan saya berikutan dengan pemecahan gabungan ini," kata Yatsenyuk.
Beliau berkata Parlimen tidak lagi boleh melakukan kerja dan meluluskan undang-undang.
Parti nasionalis Svoboda dan pergerakan UDAR yang diketuai oleh bekas peninju Vladimir Klitscho menarik diri daripada kumpulan penggubal undang-undang selepas mengambil alih jawatan bekas Presiden Viktor Yanukovich yang telah disingkirkan - AP
Persoalannya sekarang, adakah kes MH17 akan tergantung sementara menunggu pemilihan presiden baru? - SiakapKeli.com
TOP
MH17: Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Menteri Dibatalkan
KUALA LUMPUR – Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Aidilfitri 2014 dibatalkan bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.
Majlis itu pada asalnya dijadual berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam satu mesyuarat yang diadakan hari ini.
Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.
Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang, termasuk 43 warga Malaysia, terhempas dipercayai ditembak di Wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Khamis lepas.
“Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.
“Wajarlah rakyat berbilang kaum meneruskan tradisi ziarah-menziarahi demi mengeratkan perhubungan dan perpaduan sesama kita,” kata kenyataan itu.
Justeru, majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi dengan kesederhanaan dan penuh tertib.
Ia termasuk majlis sambutan oleh anggota Jemaah Menteri, para anggota Parlimen serta Dewan Undangan Negeri bersama rakyat di kawasan masing-masing.
Selain itu, sambutan di peringkat kementerian juga boleh diadakan untuk mengeratkan silaturahim warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar, menurut kenyataan itu. – BERNAMA
TOP
Kapal Terbang Algeria AH5017 Sah Terhempas
Syarikat penerbangan negara Algeria, Air Algerie, berkata ia telah terputus hubungan dengan salah satu pesawat yang terbang dari Burkina Faso ke Algiers melalui jalan Sahara.
Kapal terbang itu disahkan terhempas oleh pegawai penerbangan rasmi Algeria. Dia berkata "Saya boleh sahkan yang ianya terhempas", namun tidak mahu mengeluarkan sebarang butiran tentang apa yang terjadi. Beliau berkata demikian kepada Reuters.
Komunikasi telah terputus kira-kira 50 minit selepas berlepas dari Ouagadougou, katanya. Pesawat itu kali terakhir dilihat pada 0155 GMT.
Penerbangan AH5017 membawa110 penumpang dan enam anak kapal. Ini merupakan nahas ketiga yang melibatkan kapal terbang penumpang dalam minggu ini. - SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment