TOP
Ismail Sabri Kongsi Kisah Lucu Sambut Aidilfitri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
MENTERI Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi satu kisah lucu yang tidak dapat dilupakannya sepanjang hayat iaitu terpaksa ke pekan Temerloh di pagi Syawal gara-gara masalah baju raya. - mstar

Pengacara Baharu Melodi Tersinggung Dikritik
Sherry ambil kritikan untuk perbaiki diri.
PETALING JAYA: Pengacara Melodi yang baharu iaitu Sherry Alhadad meminta agar penonton tidak terus memberi kritikan negatif selepas dia dan Zulin Aziz terlibat megendalikan rancangan itu bersama Awal Ashaari. Sherry, 30, berkata, mereka masih lagi mencari keserasian bersama Awal dan berusaha memastikan kehadiran mereka berjaya memenuhi selera penonton. "Tipulah kalau saya kata tidak kecil hati dengan komen dan kritikan penonton terhadap kami, sehingga saya fikir teruk sangatkah saya mengacara? "Bagilah kami masa dan peluang untuk memperbaiki diri, ini baru tiga minggu kami bersama dan saya yakin lama kelamaan ia akan lebih baik," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Gandingan baharu Melodi Awal Ashaari (kiri), Sherry (kanan) dan Zulin.
Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan di media sosial tentang gandingan baharu program Melodi bagi menggatikan Zizan Razak iaitu Sherry Al-Hadad dan Zulin Aziz. Selain itu kedua-dua mereka turut bersama Awal Ashaari yang masih dikekalkan sebagai pengacara berkenaan. Gandingan ini diperkenalkan pada 6 Julai lalu. Sementara itu, Sherry mengakui gandingan mereka memberi cabaran besar apabila negara digemparkan dengan pemergian Biduanita Datuk Sharifah Aini dan nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH17. Katanya, episod itu memerlukan mereka sentiasa berhati-hati agar tidak terlepas cakap yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. "Dua episod awal ini sangat mencabar apabila berhadapan situasi yang sangat sensitif, kami perlu jaga percakapan dan tidak boleh terlepas lawak yang tidak kena tempat. "Jadi pada episod MH17 Ahad lalu, kami memang tidak banyak cakap kerana sentiasa fikir apa yang perlu dicakap yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak sehingga akhirnya tidak terkeluar apa yang hendak dicakap itu. "Nasib baik Awal banyak pengalaman tentang itu, saya tahu ada yang komen kata kami tidak banyak cakap dan tiada fungsi pada minggu itu," katanya. Sherry berkata, dia akui seorang pengacara yang baik perlu bersedia untuk berhadapan dengan sebarang situasi sekalipun. Katanya, biarpun agak kecewa dengan kritikan yang diberikan, namun dia mengambil perkara itu sebagai cara untuk memperbaiki diri. "Kalau boleh saya tidak mahu baca komen mereka sebab ia beri unsur negatif tetapi bila fikir balik, saya kena baca juga untuk saya perbaiki diri menjadi lebih baik," katanya. - mstar

MH17: Mayat Mangsa Akan Segera Dibawa Pulang - PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mayat mangsa pesawat MH17 akan diserahkan kepada wakil Belanda dan diterbangkan ke Amsterdam, sebelum dibawa pulang ke negara masing-masing.
Beliau berkata, terdahulu, enam anggota pasukan penyelamat Malaysia akan mengiringi mayat mangsa terbabit ke bandar Kharkiv di Ukraine.
Najib berkata, tindakan berjaya dicapai hasil perbincangan beliau bersama Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai petang ini yang bersetuju mengenai tiga perkara utama.
"Perkara pertama ialah kesemua mayat mangsa MH17 akan dibawa dengan keretapi ke Kharkiv, Ukraine dan diserahkan kepada wakil dari Belanda dengan ditemani enam wakil pasukan penyelamat Malaysia.
"Mayat kemudiannya diterbangkan menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda dan selepas menjalankan kerja-kerja forensik, mayat warga Malaysia kemudiannya akan dibawa pulang negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini, awal pagi ini.
Perdana Menteri berkata, pada pukul 9 malam pada Isnin pula, kedua-dua kotak hitam pesawat malang itu akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, manakala pasukan siasatan bebas pula akan dibernarkan masuk ke kawasan itu.
Dalam kejadian Khamis lalu, pesawat penerbangan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu dari darat ke udara pada ketinggian 33,000 kaki di sempadan antara Ukraine dan Rusia.
Kejadian itu mengakibatkan semua 298 penumpang dan anak kapal terkorban. - mstar
TOP
Yang Mana Satu Pilihan Kita: Negara Maju Atau Pendapatan Tinggi
Perjalanan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju masih jauh.
APAKAH yang dimaksudkan dengan Wawasan 2020? Tanya pada pelajar sekolah, anda akan lihat sebuah lukisan di mana ada kereta terbang dan bangunan pencakar langit dan kereta api berkelajuan tinggi.
Tanya pada PEMANDU, jawapan yang diperolehi adalah pendapatan per kapita RM45,000 setahun, RM1.5 trilion pendapatan kasar negara dan ekonomi berpendapatan tinggi.
Bilakah Wawasan 2020 boleh dicapai? Tanya pada pencetus wawasan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkemungkinan besar ia tidak akan capai status negara maju menjelang tahun 2020.
Tanya pada Menteri PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala, Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi seawal 2018.
Apakah yang menyebabkan perbezaan ini? Jawapannya adalah yang pertama berkisar mengenai kemajuan dari segi sains dan teknologi manakala yang kedua menumpu soal pendapatan tinggi semata-mata. Dalam bahasa mudah, ia adalah pertembungan di antara negara maju dan negara berpendapatan tinggi.
Untuk memahami perkara ini, sila lihat contoh berikut:
Qatar mempunyai pendapatan per kapita paling tinggi di dunia dengan purata setiap rakyatnya memperolehi RM330,000 setahun. Manakala Brunei adalah negara kelima tertinggi pendapatan per kapitanya dengan RM160,000 setahun. Kedua-dua negara ini lebih kaya berbanding Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan Norway.
Adakah bermakna kedua-dua negara ini adalah negara maju dan lebih maju daripada negara-negara tersebut?
Tidak dinafikan negara yang maju adalah negara yang rakyatnya berpendapatan tinggi. Tetapi negara yang berpendapatan tinggi tidak semestinya merupakan negara yang maju.
Adakah Malaysia sedang menuju ke arah negara maju atau sedang menjadi negara berpendapatan tinggi?
Sebagai permulaan, kerajaan Malaysia begitu jelas bahawa ekonomi Malaysia sedang terperangkap di dalam ekonomi berpendapatan sederhana tinggi atau lebih popular disebut sebagai ‘middle income trap’. Untuk mengatasi sindrom ini, kerajaan telah membelanjakan RM7.2 bilion bagi mendapatkan khidmat para konsultan.
Segala macam program dengan pelbagai akronim seperti ETP, GTP, MKRA, NKRA, NKEA diwujudkan. Kita diberitahu semenjak 2009, pendapatan per kapita telah meningkat sebanyak 42%. Secara puratanya, rakyat Malaysia telah menjadi RM3,000 lebih kaya dalam empat tahun kebelakangan ini. Sebanyak 196 projek di bawah NKEA akan menyumbang sebanyak RM144 bilion kepada negara menjelang 2020. Noktah sebentar.
Adakah ini bermakna Malaysia sebuah negara yang kaya dan berpendapatan tinggi?
Jawapannya Ya.
Adakah ini bermakna ekonomi Malaysia mula menjadi sebuah ekonomi berasaskan teknologi tinggi dan pekerja berkemahiran tinggi?
Tidak semestinya.
Adakah ini bermakna Malaysia sedang menjadi sebuah negara maju?
Tidak.
Hakikatnya ekonomi Malaysia masih lagi ‘ketagih’ terhadap tenaga buruh yang murah terutama tenaga buruh asing. Sebuah syarikat tekstil terbesar di Malaysia mempunyai ratusan pekerja asing untuk memotong, menjahit dan membungkus kain yang seterusnya dijual pada harga yang murah di kedai-kedai di seluruh negara. Amalan ini turut diguna pakai oleh ribuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia.
Malaysia juga masih terlalu bergantung untuk merangsang ekonomi dengan projek-projek hartanah dan infrastruktur. Berapa banyak projek raksasa ‘city centre’ yang dilancarkan hanya di Kuala Lumpur sejak kebelakangan ini?
Setiap pembangunan pelbagai guna (mix-development) sahaja mempunyai ribuan unit kediaman, ruang pejabat dan ratusan ribu kaki persegi pusat membeli-belah. Ini tidak dicampur lagi dengan kepesatan pembangunan hartanah di Johor Baharu.
Memang benar, projek-projek ini mewujudkan peluang pekerjaan, memberikan kontrak kepada pembekal bahan, kontraktor dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan kerajaan. Tetapi apakah teknologi tinggi yang diperolehi daripada kesemua projek ini? Paling penting, apakah kesan berganda (multiplier effect) selepas projek-projek hartanah dan infrastruktur ini siap?
Kesemua projek ini sememangnya menjadikan syarikat-syarikat Malaysia (khususnya pemaju hartanah dan bank) lebih kaya. Fakta bahawa 10 orang terkaya di Malaysia adalah 12% lebih kaya berbanding dengan 10 orang terkaya di Singapura menunjukkan bahawa tidak susah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
Kita wujudkan dua tiga orang ‘bilionaire’ dan kekayaan mereka dicampur bersama dan dibahagikan dengan kesemua rakyat Malaysia - hasilnya sudah pastilah pendapatan per kapita negara meningkat. Ini sebenarnya menjelaskan mengapa negara-negara dolar petrol seperti Qatar, Brunei, Kuwait dan Bahrain dikatakan sebagai negara yang berpendapatan tinggi. Ia hanya kerana hasil minyak. Dari segi teknologi dan struktur ekonomi? Mereka tidak maju.
Kurang dari lima tahun, kita akan sampai ke tahun 2020, tahun yang sepatutnya kita mencapai Wawasan 2020.
Kita boleh menjadi negara kaya dan berpendapatan tinggi dengan cepat. Syarikat-syarikat akan menjadi lebih kaya. Kerajaan juga pastilah menjadi kaya hasil daripada cukai yang dikutip. Lagi tiga tahun, pendapatan per kapita negara akan menjadi RM45,000 setahun.
Tetapi adakah ini yang kita impikan sewaktu melukis lukisan Wawasan 2020 di bangku sekolah? Tanpa mempunyai ekonomi yang berasaskan teknologi tinggi dan pengetahuan, kita tidak boleh mendakwa bahawa kita sudah maju. Hakikatnya tidak ada satu pun produk buatan Malaysia yang benar-benar berkelas dunia.
Kita pernah dan sedang cuba dengan Proton. Malangnya ramai yang tidak melihat projek kereta nasional ini sebagai usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Kita tidak ada sebuah syarikat global di mana produknya diperlukan oleh satu per lima daripada populasi dunia seperti Samsung.
Kita juga tidak ada sebuah syarikat IT yang pendapatannya 10 kali ganda berbanding dengan syarikat terbesar negara kita, Petronas.
Kita masih jauh dalam menghasilkan filem yang ditonton oleh 300 juta manusia seperti Transformers. Walaupun mempunyai kemahiran bertukang dan sumber asli, kita gagal mewujudkan syarikat perabot yang bertapak di 43 buah negara seperti IKEA.
Hakikatnya, perjalanan Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju, masih jauh, lebih jauh daripada tahun 2020.
Malaysia berada di persimpangan. Adakah kita ingin menjadi sebuah negara yang kaya tetapi tidak maju atau negara yang maju tetapi mengambil masa yang lama, perubahan yang menyakitkan dan usaha yang berterusan?
Tanya pada diri.
> Mat Rodi adalah seorang penulis bebas. Ini adalah artikelnya yang pertama untuk mStar Online.
- mstar

MH17: Puak Pemisah Setuju Serah Kotak Hitam Selepas Bercakap Dengan Najib
PUTRAJAYA: Malaysia telah berjaya mencapai persetujuan dengan kumpulan pemisah Ukraine pro-Rusia untuk memperolehi semula kotak hitam yang dipercayai berada dalam tangan mereka buat masa ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, persetujuan itu termasuklah akses untuk memasuki ke kawasan nahas pesawat MH17 itu.
"Pada lebih kurang jam 9 malam Isnin, waktu Ukraine (Selasa, 2 pagi waktu Malaysia), dua buah kotak hitam akan diserahkan kepada pasukan Malaysia yang kini telah berada di Donetsk," kata perdana menteri dalam satu kenyataan di Seri Perdana.
Najib berkata, beliau sendiri telah bercakap dengan pemimpin pemberontak itu, Alexander Borodai pada awal petang Isnin berhubung persetujuan tersebut.
Borodai adalah pegawai pemberontak yang memimpin wilayah bergolak itu di mana nahas tersebut berlaku.
Perdana Menteri juga menambah yang badan penyiasat bebas antarabangsa telah diberi jaminan akses untuk ke kawasan nahas untuk membolehkan mereka memulakan siasatan.
Sementara itu kesemua 282 mayat yang telah ditemui dan ditempatkan di dalam gerabak-gerabak kereta api berhawa dingin dan kini sedang berada di pekan Torez berhampiran tempat kejadian akan bergerak ke Kharkiv, di mana kesemuanya akan diserahkan kepada wakil daripada negeri Belanda.
"Kereta api tersebut akan bertolak pada petang ini dan akan diiringi oleh enam wakil dari Malaysia. Kesemua mayat mangsa akan diterbangkan ke Amsterdam menggunakan pesawat Hercules C130 milik Belanda bersama-sama pasukan kita," jelas Najib lagi.
Selepas melalui proses forensik, mayat-mayat warganegara Malaysia akan terus dibawa pulang ke tanah air dengan segera.
Menurut Najib, Borodai dan para pengikutnya telah memberikan kerjasama mereka setakat ini.
Najib berkata, walaupun tiada apa yang dapat mengembalikan kesemua 298 nyawa yang terkorban dalam nahas itu tetapi beliau berharap persetujuan yang telah dicapai dengan kumpulan pemisah itu akan membantu negara membawa pulang jenazah dan juga warganegara yang terkorban untuk disemadikan oleh keluarga masing-masing.
"Kadang-kala kita perlu bekerja secara senyap dan diam-diam dengan harapan ia akan membawa hasil yang lebih baik kepada kita. Hati dan jiwa tetap bersama-sama sanak keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi ini," kata Najib. - mstar
TOP
Pembekal Samsung Ditutup Kerana Guna Tenaga Buruh Kanak-Kanak
Pembekal bagi komponen telefon mudah alih telah dihentikan selama-lamanya dari pembekal China untuk Samsung Electronics Co Ltd selepas kilang itu disyaki menggunakan tenaga buruh kanak-kanak.
Samsung, pembuat telefon pintar terbesar di dunia, berkata minggu lepas, ia telah berhenti menjalankan perniagaan dengan kilang Dongguan Shinyang Elektronik, anak syarikat milik Shinyang Engineering Co Ltd dari Korea Selatan, selepas proses pengauditan menunjukkan syarikat tersebut menggunakan tenaga buruh kanak-kanak.
Pihak pengurusan dari Dongguan Shinyang enggan bertemu atau bercakap dengan pemberita Reuters yang baru-baru ini telah melawat kilang pembuatannya.
Kerajaan tempatan sedang menjalankan siasatan ke atas kilangnya, menurut satu kenyataan di laman web samsung bertarikh 16 Julai, dua hari selepas Samsung menggantung perniagaannya - SiakapKeli.com
TOP
Sony Z3x Bakal Dilengkapi Dengan Kamera 22 Megapiksel
Sony baru-baru ini telah mengumumkan satu telefon pintar baru yang akan memfokuskan kepada kepada kamera, Sony Xperia Z3x, telefon bimbit yang dikatakan akan didatangkan dengan kamera Sony Exmor RS 22 megapiksel.
Sekarang, beberapa maklumat mengenai telefon 22 megapixel ini telah bertebaran di seluruh internet. Yang paling menarik, telefon ini akan dilengkapi dengan Sony Xmor RS yang datang dengan 22 megapiksel dengn kanta yang melengkung.
Screenshoot spesifikasi dibawah memberi sedikit perincian tentang kanta kamera yang bakal menggantikan kamera 20.7 megapiksel yang digunakan di dalam Z1 dan Z2 sekarang. Selain dari kamera, beberapa spesifikasi lain turut berlegar di internet. Telefon bimbit ini dikatakan akan mempunyai paparan 6,14 inci dengan resolusi HD penuh 1920 x 1080 piksel, peranti ini dikatakan akan dikuasakan dengan 64-bit Qualcomm Snapdragon 810 2.86GHz, dan ia juga akan datang dengan 2GB RAM dan simpanan 16GB. Daripada apa yang kita dengar sebelum ini Sony akan melancarkan pelbagai aksesori kamera untuk Xperia Z3x, ini termasuk kanta dan flash, ditambah mikrofon. Telefon bimbit yang dikhabarkan akan dilancarkan pada awal tahun depan akan datang dengan Android 5.0 L. - SiakapKeli.com

Wan Azizah Dinamakan Sebagai Menteri Besar Selangor Baru
PETALING JAYA: PKR malam tadi menamakan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR yang juga suami Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini selepas mesyuarat majlis pimpinan pusatnya.
PKR akan membawa perkara itu untuk persetujuan pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Presiden, esok. - Berita Harian
TOP
Hari Yang Sunat, Makruh Dan Haram Berpuasa
KUALA LUMPUR: Puasa Sunat yang elok diamalkan
Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).
Puasa tiga hari setiap bulan
Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)
Puasa hari ini, esok tak puasa
Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.
Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)
Puasa pada hari Arafah
Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)
Hari kelapan Zulhijjah
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.
Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah
Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.
Sabda Nabi s.a.w maksudnya: “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)
Puasa bulan Syaaban
Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)
Puasa ‘Asyura
Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.
‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.
Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan) Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan) Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
Hari haram berpuasa sunat
Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu
kedatangan Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
Petikan dengan izin daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir. - AstroAwani

"Jangan Menjawab!" - Apa Maksudnya Tu?
Kalau kita perhatikan dalam percakapan seharian, kita sering terdengar ayat-ayat seperti "Dah pandai menjawab!", "Menjawab engkau bila orang tua bercakap!".
Rasanya memang semua orang tahu apa itu maksud menjawab tetapi rasanya masih ramai lagi yang tidak tahu apa itu maksud menjawab dalam situasi-situasi tersebut. Perkataan menjawab itu bukan seperti ketika menjawab dalam peperiksaan ataupun dijawab bila ditujukan soalan.
"Dah pandai menjawab!"
"Menjawab engkau bila orang tua bercakap!"
Jika diperhatikan lagi ayat-ayat diatas biasanya digunakan dalam situasi marah dan pada pangkat yang berbeza seperti ibu dan anak dan ada lagi antara pangkat-pangkat lain seperti guru dan murid. Kadang-kadang kita juga hairan apabila seseorang atau kita sendiri dimarahi bila menjawab. Apa perlu buat? Sudah ditanya ataupun disalahfaham mestilah kita mahu menjawab atau jelaskan situasi dengan alasan-alasan.
Ya, menjawab itu tidak salah jika tidak melibatkan pangkat-pangkat seperti yang dinyatakan. Tetapi bila melibatkan pangkat-pangkat tersebut haruslah ditunjukkan rasa hormat. Selain itu dengan menjawab kita telah menunjukkan yang kita sudah mengatasi si pemarah yang mana pangkatnya lebih tinggi daripada kita dan sekaligus membuatkan mereka rasa kecewa kerana setiap manusia sedikit sebanyak memiliki sifat tidak mahu kalah ataupun salah.
Kalau diperhatikan pada pangkat-pangkat yang dinyatakan tersebut disitu timbul soal keberkatan baik ibu bapa mahupun guru. Membuatkan mereka berasa tersinggung ataupun kecewa dan direndahkan sekaligus akan membuatkan kita tidak mendapat berkat.
Jadi apa perlu dibuat bila dimarahi? Kita jangan menjawab. Kita sebenarnya hanya perlu memohon maaf dan mengaku diatas kesilapan kita walaupun kita tahu yang kita benar sekalipun ataupun itu hanyalah satu perselisihan fahaman sahaja. Biarkan mereka rasa yang mereka betul, sentiasa diatas, dan rasa dihormati serta tidak dijatuhkan maruah dengan jawapan kita InsyaAllah keberkatan mereka akan mengalir kapada kita. - SiakapKeli.com

Rusia Akan Bantu Kerajaan Malaysia Berhubung Kes MH17
KUALA LUMPUR – Rusia akan bekerjasama dengan apa cara yang mungkin untuk membantu kerajaan Malaysia menangani kes pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine.
Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva berkata negaranya menghargai hasrat kerajaan Malaysia untuk mengetahui bagaimana tragedi dahsyat itu berlaku dan tidak semata-mata menuding jari kepada mana-mana pihak.
“Di Rusia, kami berasa amat simpati dengan Malaysia, keluarga mangsa dan mereka yang kehilangan saudara-mara dan orang tersayang. Kami juga amat menghargai pendirian kerajaan Malaysia yang tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menuding jari dan cuba untuk mencari fakta.
“Oleh itu, Rusia akan memberi kerjasama kepada kerajaan Malaysia dan kami akan melakukan semua yang yang termampu untuk membantu kerajaan dalam keadaan yang sukar ini,” kata beliau kepada Bernama selepas temuramah eksklusif dengan BernamaTV dalam program ‘Bernama Today’.
Vorobyeva ditemu bual mengenai insiden pesawat Boeing 777-200ER MAS terhempas di kawasan Donetsk di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur Khamis lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata pada Jumaat bahawa pihak berkuasa Ukraine percaya Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 kru, telah ditembak jatuh.
Dalam temuramah dengan BernamaTV, Vorobyeva berkata pada masa ini, kerajaan Rusia sedang berunding dengan beberapa pihak untuk menyediakan langkah-langkah keselamatan di tempat kejadian.
“Kami meminta kerajaan Kiev dan pemimpin kawasan (Donetsk) ini memastikan bahawa semua langkah keselamatan dilaksanakan supaya pasukan pakar boleh sampai ke tempat kejadian,” kata beliau dan menambah bahawa pengaruh Rusia terbatas memandangkan peswat itu terhempas di wilayah Ukraine.
Beliau bagaimanapun berkata penglibatan suruhanjaya antarabangsa yang diketuai Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) amatlah penting bagi menyiasat tragedi itu.
“Menurut pemerhati Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OCSE) di tempat kejadian, puak pemberontak memberi kerjasama secara positif dengan menyediakan segala keperluan untuk membolehkan pasukan asing dan antarabangsa
memasuki kawasan berkenaan.
“Bagaimanapun, yang lain bergantung kepada pihak berkuasa Kiev,” kata beliau.
Ketika ditanya tentang reaksi Rusia apabila kesalahan dilemparkan oleh masyarakat dunia, Vorobyeva berkata tuduhan tidak harus dibuat sehingga fakta sebenar didedahkan melalui penyiasatan.
“Fakta-fakta hanya boleh ditentukan melalui penyiasatan oleh kumpulan pakar antarabangsa. Itulah yang diminta oleh Rusia. Hanya selepas penyiasatan, barulah
tuduhan boleh dibuat,” katanya.
Vorobyeva mendakwa krisis dalaman di Ukraine sekarang berkemungkinan menjadi punca tragedi.
Beliau berkata adalah penting bagi puak-puak bertelagah di Ukraine mencari penyelesaian secara aman seperti ditegaskan Presiden Rusia Vladimir Putin semalam.
“Jika perbalahan dan pertumpahan darah pada 28 Jun (antara puak pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan Ukraine dihentikan, tragedi (MH17) tidak akan berlaku,” kata beliau.
Beliau menegaskan bahawa tragedi itu tidak seharusnya memecah-belahkan rakyat, sebaliknya menyatukan rakyat untuk mencari penyelesaian demi mengelakkan insiden yang serupa daripada berulang.
Duta itu juga merakamkan ucapan takzaih kepada keluarga para penumpang pesawat. – BERNAMA
TOP
Tips Mengasingkan Kuning Telur Dari Putih Telur
Kuning telur dan putih telur memang susah sangat nak dipisahkan. Salah tekan kuat sikit, mesti yang kuning tu akan pecah. Kalau elok-elok ada angin untuk buat kek, sebab kuning telur pecah, boleh jadi 'kitchen rage' nanti.
Satu video dari laman youtube ada menunjukkan satu cara yang bagus dan lembut untuk asingkan kuning telur dari putihnya. Dengan cara ini, risiko kuning telur pasti dapat diasingkan dengan sempurna. Untuk menggunakan teknik ini, anda hanya memerlukan satu botol kosong sahaja.
Dengan teknik ini, botol kosong tersebut akan digunakan sebagai 'penarik' kuning telur. Botol tersebut cuma perlu ditekan untuk membuat tekanan di dalam botol, kemudiannya diletakkan di atas kuning telur supaya botol itu dapat menyedut keluar kuning telur dari putihnya.
Berikut adalah video yang menunjukkan bagaimana untuk menarik kuning telur tersebut dari putihnya dengan menggunakan botol.
Semoga video ini dapat membantu kakak-kakak di dapur. Selamat mencuba - SiakapKeli.com
Semoga video ini dapat membantu kakak-kakak di dapur. Selamat mencuba - SiakapKeli.com
TOP
Kotak Hitam MH17 Kini Selamat Berada Di Tangan Malaysia
Setelah Najib mengumumkan kotak hitam MH17 akan diserahkan pada malam ini, sebentar tadi pada satu sidang media, pihak Rusia telah pun menyerahkan kotak hitam tersebut disaksikan oleh media-media antarabangsa.
Gambar yang dikongsi oleh seorang wartawan di sidang media tersebut, Antony Seagart menunjukkan pihak Rusia sedang mengeluarkan kedua-dua kotak hitam kepada umum. Tahniah Malaysia kerana dapat menyelesaikan isu kotak hitam MH17 dengan tangkas dan berhemah tanpa sebarang pertumpahan darah - SiakapKeli.com

McDonald, KFC Di Cina Guna Daging 'Expired'
BEIJING (AP) - McDonald dan KFC di China menghadapi baru menakutkan keselamatan makanan Isnin selepas sebuah stesen televisyen di Shanghai melaporkan pembekal membekal daging lembu dan ayam yang telah tamat tempoh kepada mereka.
Kedua-dua syarikat terbabit berkata mereka dengan serta-merta berhenti menggunakan daging dari pembekal Husi Food Co, Ltd. Pejabat Agensi Makanan dan Dadah Cina yang beribu pejabat di Shanghai berkata ia sedang menyiasat dan memberitahu pelanggan untuk memberhentikan penggunaan produk dari pembekal berkenaan.
Dragon TV semalam berkata Husi, yang dimiliki oleh Kumpulan OSI Group Of Aurora, Illinois, memekej semula daging lembu dan ayam lama dan meletakkan tarikh luput yang baru pada mereka. Stesen TV berkenaan berkata produk lembu dan daging tersebut telah dijual kepada McDonald, KFC dan Pizza Hut.
Laporan itu menambah lagi ketakutan orang ramai terhadap isu makanan di China yang sebelum ini memang membimbangkan.
McDonald's Corp dan Yum Brands Inc, yang memiliki KFC, Pizza Hut dan Taco Bell, berkata mereka menjalankan siasatan mereka tersendiri.
"Keselamatan makanan adalah keutamaan bagi McDonald," kata syarikat itu dalam akaun microblognya. Syarikat itu berkata ia mengejar "syarat ketat" undang-undang dan peraturan-peraturan keselamatan pengguna dan tidak akan "bertolak ansur terhadap tingkah laku yang menyalahi undang-undang." - SiakapKeli.com
TOP
MB: Anwar Umumkan Khalid Gugur, Diganti Isterinya Dr. W. Azizah
Akhirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.
Kerusi panas Abdul Khalid itu bakal digantikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismial.
Pengumuman itu dilakukan suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu sebentar tadi.
“Selepas mendapatkan konsensus daripada pemimpin semua peringkat di Selangor…kita putuskan hanya satu nama yang akan dicadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
“Nama itu ialah Presiden sendiri iaitu Datuk Seri Wan Azizah,” katanya.
Pada Isnin, drama komplot untuk menjatuhkan Abdul Khalid semakin serius apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor itu.
Mesyuarat yang bermula tepat pukul 10 malam ini dihadiri majoriti ahli MPP termasuk Dr Wan Azizah serta Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanun kelibat Abdul Khalid yang juga ahli MPP tidak kelihatan pada mesyuarat tersebut.
Mesyuarat malam ini dilihat penting kepada PKR dalam menetapkan pendirian parti itu mengenai masa depan Abdul Khalid sebelum sebarang keputusan mengenainya dibentangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Pada pukul 11.25 malam, Dr Wan Azizah dilihat meninggalkan mesyuarat dan bangunan ibu pejabat parti itu. – mstar.com.my
TOP
MH17: Tahniah PM…Puak Pemisah AKUR Permintaan Malaysia!
Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.
“Kita sudah menjalin kerjasama dengan semua pihak yang yang bertanggungjawab dengan kemalangan ini.
“Masalah juga sudah dikenal pasti selain menetapkan perjanjian bersama untuk melakukan tindakan susulan,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.
Ujar Najib, perbualan telefon dengan ketua pemberontak Alexander Borodai juga sudah dibuat sebelum tiga kata sepakat itu diperoleh.
“Pertama, mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.
“Mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya,” ujarnya.
Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.
Sementara ketiga katanya, penyiasat antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.
“Saya perlu menegaskan bahawa walaupun perjanjian telah dicapai, masih terdapat beberapa langkah-langkah yang diperlukan sebelum ia selesai.
“Saya meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama dan memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya,” jelasnya.
Najib turut melahirkan simpati dan kesedihan rakyat negara ini terhadap insiden berkenaan. (sumber Astroawani.com)
TOP
Jakim Akan Terus Beri Kerjasama Urus Jenazah Mangsa MH17
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan sehingga dibenar menguruskan jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha itu akan diteruskan meskipun belum mendapat kebenaran untuk memasuki lokasi nahas.
“Kita berharap dapat menyempurnakan urusan ini secepat mungkin. Oleh itu kita juga menghubungi masjid-masjid setempat untuk mohon bantuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM11.84 juta di Masjid Putra.
Jamil Khir berkata segala persiapan untuk menguruskan jenazah telah disediakan misalnya kain kapan dan sebagainya.
Jakim menghantar 10 pegawainya termasuk dua ustazah ke Kiev, ibu negara Ukraine, bagi menguruskan keperluan jenazah mangsa Islam.
Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.
Sementara itu Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP turut menyampaikan bantuan Aidilfitri Baitulmal MAIWP kepada 20,269 asnaf fakir miskin dan mualaf bernilai RM10.13 juta, RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan RM50,000 kepada 100 pendakwah. – BERNAMA
TOP
Sultan Tolak Khalid Menghadap Ekoran Surat Mengguris Hati
SURAT yang dikemukakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bukanlah sebagai memohon maaf atas kenyataannya yang lalu tetapi dilihat lebih mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sehubungan itu permohonannya untuk menghadap Sultan Sharafuddin ditolak oleh baginda.
Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamd Bunir Bani bahawa surat tersebut bukanlah surat untuk memohon ampun atas tindakannya itu, sebaliknya adalah surat untuk memohon memberi penjelasan atas cadangannya itu yang telah mengguris hati baginda.
Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Abdul Khalid.
“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.
“Titah tuanku kepada Abdul Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya memetik laporan The Rakyat Post (TRP) pada Isnin.
Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan maka sultan menolaknya.
Abdul Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.
Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Abdul Khalid sebagai biadab.
Mengenai tarikh pertemuan yang diminta Abdul Khalid untuk bertemu sultan, Mohamad Munir berkata, baginda terlalu sibuk untuk melayan permohanan Ahli PAS itu. -bnbbc.my
TOP
Penyiasat Belanda Mula Periksa Mayat Penumpang MH17
Pasukan penyiasat Belanda sudah mula menjalankan pemeriksaan terhadap mayat penumpang Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang disimpan di dalam kereta api di bawah kawalan tentera pemberontak pro-Russia.
Menurut laporan AFP, gerabak kereta api yang membawa lebih 200 mayat itu dibuka dan diperiksa oleh dua lelaki yang lengkap dengan topeng berikutan mayat-mayat berkenaan sudah mula mereput.
“Saya fikir penyimpanan ini adalah terdiri daripada mayat yang masih baik,” kata Peter Van Vliet, pakar forensik terkemuka pasukan Belanda selepas memeriksa mayat-mayat terbabit.
Pakar itu berkata, lebih 50 pemberontak bersenjata kelihatan mengawal kawasan itu dan memberitahu pasukannya akan menuju ke lokasi kemalangan utama kira-kira 15 kilometer dari tempat penyimpanan.
Para penyiasat berkenaan disertai oleh satu pasukan pemantau antarabangsa daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) yang sudah melawat kawasan kemalangan sejak beberapa hari lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte berkata, keutamaan ketika ini adalah untuk memindahkan mayat ke wilayah kawalan Kiev.
“Matlamat utama adalah untuk mendapatkan kereta api itu keluar dari kawasan itu dan dihantar ke wilayah yang dikawal Ukraine, sebaik-baiknya di kawasan Kharkiv,” kata Rutte, merujuk kepada sebuah bandar kira-kira 300 kilometer dari kawasan itu yang masih kekal di tangan Kiev.
“Kumpulan tentera pemberontak pro-Russia berkata pemerhati antarabangsa perlu hadir di lokasi semasa kereta api itu digerakkan dan pakar-pakar Belanda akan menjadi pemerhati antarabangsa. Mereka akan dapat memainkan peranan itu,” kata Rutte.
“Kita mahu rakyat kita kembali,” tegasnya lagi. – AFP
TOP
Kesungguhan Luar Biasa PM Menangani Insiden MH17
DALAM merungkai misteri kehilangan pesawat Mas MH370 tempoh hari, kita lihat bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak bekerja keras dalam mencari apa juga solusi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kini apabila terjadi pula insiden MH17, Perdana Menteri sekali lagi menunjukkan komitmen luar biasanya.
Semalam beliau mengakui tidak berpeluang melelapkan matanya sejak terjadinya nahas MH17 di Ukraine pada Khamis lalu kerana sibuk menghubungi pemimpin negara lain.
Katanya, beliau sibuk berusaha mendesak pemimpin dunia supaya tidak membiarkan penjenayah terlepas tanpa dikenakan hukuman berat dan supaya mayat mangsa dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.
“Kita hendak sebelum Raya ini, mangsa itu dapat dibawa keluar. Dan mereka yang sudah dikenalpasti indentitinya, kerajaan Malaysia akan membawa mereka pulang ke tanah air dan boleh disemadi di bumi Malaysia,” katanya.
Mungkin ramai tertanya-tanya, siapa agaknya pemimpin dunia yang dihubungi Najib.
Menurut sumber Mynewshub.my, antara pemimpin dunia yang telah dihubungi Perdana Menteri ialah;
1) Presiden Ukraine (Petro Poroshenko)
2) Presiden Rusia (Vladimir Putin)
3) Setiausaha Agung PBB (Ban Ki Moon)
4) Presiden Amerika (Barrack Obama)
5) Perdana Menteri Britain (David Cameron)
6)Perdana Menteri Belanda (Mark Rutte)
7) Perdana Menteri Australia (Tony Abbott)
8) Presiden Indonesia (SBY)
9) Perdana Menteri New Zeland (John Key)
10) Perdana Menteri SIngapura (Hsein Loong)
11) Putera Mahkota Abu Dhabi dan Bahrain
Semoga Allah memberi kekuatan kepada beliau untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang mencabar ini – Mynewshub.my

Video-Auntie Cina Mengamuk Lepas Kantoi Mencuri Di Pasaraya
Lepas seantero Malaysia kecoh dengan kisah biadap pemandu wanita bernama Kiki terhadap seorang warga emas berketurunan Cina, kali ini tersebar pula video seorang wanita Cina pertengahan usia, mengamuk sakan dalam sebuah pasaraya besar yang dipercayai berlaku di Johor.
Wanita tersebt dikatakan telah ‘kantoi’ mencuri dan apabila ditahan pengawal keselamatan, dia terus mengamuk sakan malah hampir mencederakan pengawal keselamatan yang bertugas.
Hai, macam-macam hal..
Mungkin auntie ni ada sikit wayar putus kot, tu yang tak mahu mengalah biarpun perbuatannya mencuri dah kantoi.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Wajarkah Kongsi Gelap Melayu Belasah Dua Remaja Tak Puasa?
BANGGA sungguh pengendali akaun Facebook Persatuan Kongsi Gelap Melayu memuatnaik gambar dua remaja Melayu yang cedera akibat dibelasah oleh salah seorang ahli mereka, Abang Long Rafi kerana tidak berpuasa.
Menurutnya, ia terjadi di sebuah pondok kosong di Jerlun.
Bagaimanapun, tindakan itu tidak mendapat pujian daripada pengguna Facebook yang lain, sebaliknya mereka mengecam perbuatan kejam itu.
Setahu kami, agama Islam tidak mengajar umatnya untuk mengasari orang lain yang jauh lebih lemah walaupun mereka melakukan kesalahan. Bukankah ada cara lain yang lebih baik seperti menegur ataupun melaporkannya kepada pihak berkuasa? Hakikatnya, ini bukannya cara hendak menyedarkan orang Melayu, tetapi lebih kepada memalukan bangsa Melayu itu sendiri… Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Mengarut…Baju Melayu Dijampi Dengan 30 Juzuk Al-Quran!
AMBOI, mentang-mentanglah Aidilfitri semakin menghampiri, ada pula pihak yang mengambil kesempatan itu untuk mengaut keuntungan dengan menggunakan nama agama!
Beberapa hari lalu, tersebar gambar iklan baju Melayu yang dikatakan sudah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran di laman sosial.
Tertanya-tanya juga kami apakah kesannya terhadap di pemakai apabila disarungkan ke tubuh? Hai…tak tahulah jika ada yang masih percaya dengan taktik iklan seumpama ini. Nasihat kami, hentikanlah menyokong pihak yang menjual produk-produk dengan menggunakan nama Al-Quran bagi mendapatkan untung. Jadikan peringatan Rasulullah s.a.w ini sebagai panduan: “Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Video-Puisi Meruntun Jiwa Mengenang 15 Anak Kapal MH17
Klik di sini
Belum lagi diketahui nasib penumpang dan anak kapal penerbangan pesawat MH370, syarikat penerbangan Malaysia (MAS) kini berdepan dengan satu lagi musibah, apabila pesawat Boeing 777 MH17 telah ditembak jatuh oleh pihak militan yang bertelagah timur Ukraine.
Pastinya rakan sekerja anak-anak kapal MAS lebih terasa dengan pemergian tragis rakan-rakan mereka selain ahli keluarga mangsa yang terlibat.
Berkongsi perasaan sedihnya, bekas pramugara MAS, Ferry Anugerah Makmur, telah mencipta sebuah puisi khas bagi mengenang 15 krew anak kapal yang terbunuh akibat insiden tersebut
Hayatilah bait-bait puisi yang mampu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya…
Sejurus selesai ujian-Mu Allah, kepedihan dulu belum pun reda
Luka lama masih bernanah, bernoda, mendadak terhunus lagi di dada, menembusi nadi, memuntahkan panas darah merah, berbaur di air mata kepiluan
Apa lagi yang tersisa bila gajah dengan gajah bertempur gila, pelanduk mati tersepit di celah jeritan parah
Namun dipatuk dua kali ular di lubang yang sama adalah kejadian maha aneh, hanya Allah yang bisa merungkai
Apakah tersirat dan tersurat di sebalik noda
Apa lagi yang tersisa apabila Aidilfitri mengintai lagi Perlukah jiwa ini berpesta merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa, senyuman di atas tangisan keluarga dan anak isteri ditinggalkan Matahari kau masih terbit lagi Biarkanlah alam sudah semakin uzur, nazak menampung dosa umat yang bertambah berat Ayuh kita meniti jalan ke syurga. – MYNEWSHUB.MY

Jangan Jadikan Mayat Sebagai Bahan Rundingan- Julie Bishop
KUALA LUMPUR: Jangan menggunakan mayat mangsa nahas pesawat MH17 sebagai bahan rundingan desak Menteri Luar Australia Julie Bishop yang menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong draf resolusi yang ditaja Australia bagi menuntut laluan penuh pasukan penyiasat ke lokasi nahas.
Menurut laporan ABC News itu sehingga kini, kumpulan pemberontak Ukraine masih tidak membenarkan pasukan penyiasat mendapat akses penuh ke lokasi nahas dan telah memindahkan mayat ke gerabak keretapi yang dilengkapi dengan peti sejuk ke satu lokasi yang tidak didedahkan.
Seorang wartawan ABC berkata kira-kira 200 mayat telah dilihat diangkut ke sebuah keretapi yang pemandunya mendakwa tidak mengetahui ke manakah destinasinya.
Bishop juga berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan masa undian paling awal.”Semua negara mesti menyokong resolusi ini agar mayat mereka dipulangkan kepada insan tersayang.
“Saya tidak dapat membayangkan ada situasi kemalangan udara dalam sejarah di mana mayat masih berada di lokasi nahas sehari selepas hari kejadian” kata Bishop dipetik oleh ABC News.Moscow sebelum ini menafikan sebarang penglibatannya dengan insiden menembak jatuh pesawat MH17 dan sebaliknya menunding jari kepada tentera Ukraine.
Sementara itu Perdana Menteri Australia, Tony Abbott telah menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin buat pertama kali sejak nahas itu berlaku pada Ahad.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kremlin, kedua-dua pemimpin bercakap mengenai keperluan untuk mengelakkan kenyataan politik berkaitan dengan tragedi itu.
Pesawat Boeing 777 yang sedang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di timur Ukraine Khamis lalu. – Astro Awani
TOP
Unifi, Streamyx Mungkin Mengalami Masalah Hari Ini
Telekom Malaysia, melalui akaun Twitter mereka hari ini berkongsi mengatakan yang mana sebahagian daripada pelanggan UniFi dan Steamyx mungkin mengalami masalah untuk mengakses rangkaian internet, disebabkan oleh masalah berkenaan pelayan DNS (sistem yang menyimpan informasi tentang nama domain dalam bentuk nombor).
Melalui apa yang dikongsikan pihak Telekom Malaysia, DNS yang mengalami masalah kesesakkan buat masa ini adalah 202.188.0.13 dan juga 202.188.1.5.
Masalah kesesakkan DNS ini diperlihatkan sebagai semua pengguna mencuba untuk mengakses melalui suatu sambungan yang terhad, sekaligus membuatkan sambungan internet tersebut menjadi perlahan berbanding kebiasaan.
Pihak Telekom Malaysia mengatakan mereka sedang mengusahakan untuk mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.
Oleh: hzqahmd
Oleh: hzqahmd
TOP
Sedih : Barangan Peribadi Penumpang MH17 Di Lokasi Nahas
Sehingga kini dilaporkan sebanyak 196 mayat nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 telah berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat antarabangsa.
Kesemua mayat yang dikumpulkan itu kemudiannya telah dialih ke lima gerabak kereta api yang dilengkapi peti sejuk untuk menempatkan mayat-mayat tersebut.
Selain gambar-gambar menyayat hati kematian tragis 283 penumpang dan 15 anak kapal ini, barang-barang peribadi yang turut dibawa bersama oleh sebahagian penumpang MH17 turut menyimpan seribu satu kisah yang pastinya meruntun hati kita yang melihatnya.
Antaranya terdapat buku katalog percutian di Bali dan Lombok, Indonesia yang pastinya mahu dijadikan sebagai rujukan oleh mangsa-mangsa MH17 yang tidak berkesampaian sampai ke destinasi yang dituju.
Selain itu, barangan elektronik seperti komputer riba juga turut ditemui dengan kesan pecah serta beg-beg ‘backpack’ milik mangsa yang telah dikumpulkan di satu tempat di sekitar lokasi nahas di timur Ukraine, Donetsk.
Seperti yang kita juga sedia maklum, seramai lebih kurang 80 mangsa MH17 terdiri daripada kanak-kanak, dan tidak hairanlah banyak buku-buku kanak-kanak selain anak patung yang ditemui di antara barang-barang peribadi yang dibawa penumpang penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbabit.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Penumpang Islam Dalam MH17 Dapat Syahid Akhirat – Mufti
Umat Islam yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis lalu mendapat Syahid Akhirat.
Perkara itu dijelaskan Mufti Kedah, Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin yang berkata, walaupun pesawat itu terhempas ia di kategorikan sebagai syahid akhirat kerana ditimpa kemalangan.
Sehubungan itu, mayat mangsa yang meninggal dunia jikalau masih sempurna boleh dimandi dan dikafankan seperti biasa d lakukan tetapi tetap mendapat pahala syahid akhirat.
Bagaimanapun ia tidak sama dengan rakyat Palestin yang meninggal ketika berperang memerangi tentera rejim Zionis bagi mempertahankan agama dan tanah air yang mendapat Syahid Dunia dan Syahid Akhirat.
Walaupun begitu katanya, iktibar yang boleh diambil umat Islam dari kejadian itu ialah untuk bersama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah agar negara ini tidak lagi ditimpa musibah dan dikekalkan dalam keselamatan.
“Syahid Akhirat bermakna hukuman kalau mayat mereka itu dapat dikenalpasti kita kena buat macam orang mati biasa kita sembahyang kita kafan kita mandi tetapi di akhirat mereka akan diberi pahala oleh Allah semacam mana orang mati Syahid Akhirat. Ada pun orang yang mati Syahid kerana memperjuangkan agama Allah seperti penduduk Palestin menentang Yahudi mereka itu Syahid Dunia dan Akhirat. Yang jatuh kapal terbang, jatuh pokok tenggelam air (lemas) dipanggil Syahid Akhirat bukan Syahid Dunia. Di dunia di buat semacam orang biasa tapi di akhirat kedudukan orang mati Syahid,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Moreh Ampun Kurnia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Masjid Zahir, Alor Setar, malam tadi.
TOP
Tipu Rakyat Sendiri!! Korea Utara Dakwa Menang Piala Dunia
Biarpun pasukan bola sepak Jerman sudah pun menikmati kemenangan trofi Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil baru-baru ini, tetapi pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un masih tidak puas menipu.
Dalam satu laporan berita negara itu, mereka mendakwa negara mereka memenangi Piala Dunia dengan menewaskan Brazil pada perlawanan akhir dengan jaringan 8-1.
Menggunakan teknik suntingan, mereka menipu rakyat mereka sendiri dengan mencantumkan beberapa visual termasuk visual pemain Brazil David Luiz yang menangis selepas kekalahan 1-7 dengan Jerman pada separuh akhir.
Visual itu dikatakan sebagai tangisan Brazil selepas kalah dengan Korea Utara 1-8.
Petikan berita itu dimuatnaik di laman YouTube, Korea News Backup pada 15 Julai lepas. Sebelum ini, mereka menipu dengan mengatakan pasukan Korea Utara layak ke peringkat kalah mati selepas menewaskan China, Amerika Syarikat dan Jepun.
Berita itu turut memaparkan senarai jaringan pada peringkat kalah mati yang tidak disiarkan pun di negara itu dengan jumlah jaringan yang pelik dan kelakar. Mari kita lihat keputusan yang direka-reka oleh puak penipu ini. Pada perlawanan pertama mereka menewaskan Jepun 7-0, perlawanan kedua tewaskan Amerika Syarikat 4-0 dan perlawanan ketiga tewaskan China 3-0. Pada peringkat kalah mati pula, konon-konon mereka menewaskan Portugal 7-0 dan peringkat suku akhir menewaskan Jerman 2-1 dan di separuh akhir menewaskan musuh tradisi Korea Selatan 3-0. Penipuan di bahagian terakhir ialah apabila memaparkan keputusan perlawanan akhir ciptaan mereka iaitu menentang Brazil dan mereka menang dengan jaringan besar 8-1. Biarpun mereka menghalang rakyatnya daripada menerima maklumat daripada luar tetapi Korea Utara mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berjaya pada segala segi dan menjadi yang terbaik di dunia. Tetapi dengan cara menipu sebegini, ia adalah namanya kerja bodoh secara yang amat melampau. – MYNEWSHUB.MY

MAS Diuji Apabila Kehilangan Juruterbang Berpengalaman
Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) terus diuji apabila tahun ini sahaja mereka sudah kehilangan tiga juruterbang berpengalaman dan tiga pembantu juruterbang yang berdedikasi terhadap tugas mereka.
Menurut pakar penerbangan yang dipetik menerusi Rakyat Post, kehilangan ini pastinya memberi tamparan hebat kepada MAS memandangkan juruterbang pesawat MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussin merupakan salah seorang tenaga pengajar untuk pesawat Boeing 777-200 ER manakala Kapten Eugene Choo Jin Leong merupakan juruterbang yang sangat berpengalaman dalam mengendalikan pesawat jenis tersebut.
Tragedi MH17 turut mengorbankan dua pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhamad Firdaus Abdul Rahim.
Sebelum ini, MAS telah kehilangan tenaga pengajar, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid yang kehilangan mereka sehingga kini menjadi misteri yang masih belum dapat dirungkai.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 orang dilaporkan telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Udara (ATC) di Vietnam pada 8 Mac lalu. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Pasukan Malaysia Solat Hajat Agar Dibenar Masuk Lokasi
Pasukan siasatan khas Malaysia mengadakan solat hajat bagi memperoleh laluan mudah untuk memasuki kawasan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.
Solat diketuai Imam Besar Masjid Putrajaya, Abdul Manaf Mat selepas berbuka puasa semalam.
Pasukan itu yang terdiri daripada 130 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Kementerian Kesihatan, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia, pihak tentera dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tiba di Kiev pada Sabtu.
Sehingga hari ini, usaha mereka untuk memasuki kawasan nahas menerusi usaha rundingan antara kerajaan Ukraine dan pemberontak pro-Rusia masih belum berhasil.
Tekanan antarabangsa semakin memuncak bagi mendesak puak pemberontak memberi laluan kepada pasukan siastan antarabangsa termasuk dari Malaysia untuk melakukan siasatan dan segera membawa keluar mayat penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) malang itu.
Pesawat Boeing 777 tersebut dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Ia membawa 298 termasuk 15 anak kapal.
Media asing melaporkan pesawat ditembak namun sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
TOP
PLUS – Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Sempena Aidilfitri
SEMPENA cuti Hari Raya Aidilfitri nanti, sebanyak 1.5 juta kenderaan dijangka akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada hari-hari puncak iaitu 25, 26, dan 27 Julai serta 1, 2, dan 3 Ogos setiap hari.
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari biasa.
“Oleh itu, kami menggesa orang ramai digesa supaya merancang perjalanan balik kampung mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS,” tambah Noorizah.
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Ia bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak.
PLUS Keluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Sempena Aidilfitri
Pada masa yang sama, PLUS turut memaklumkan akan membuka sementara beberapa laluan tertentu di lokasi projek Pelebaran Lorong Keempat yang sedang giat dijalankan bagi membolehkan orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar. Laluan-laluan tersebut adalah KM16.3 – KM14.7 (Arah Selatan) di laluan Damansara – Subang, KM13.3 – KM9.65 (Arah Selatan) di laluan Subang – Shah Alam, KM25.0 – KM28.5 (Arah Selatan) di laluan arca DBKL – Jambatan Segambut, KM445.26 – KM447.63 (Arah Selatan) di laluan Persimpangan Bertingkat Rawang – Rawang Selatan, KM282.2 – KM280.4 (Arah Selatan) di laluan Bandar Baru Nilai – Kilang Recron dan KM280.4 – KM268.6 (Arah Selatan) di antara Kilang Recron – Persimpangan Bertingkat Baru Seremban. Pembukaan sementara laluan-laluan tertentu tersebut akan berkuatkuasa pada 23 Julai ini. – Mynewshub.my

Wajah Sebahagian Kanak-Kanak Mangsa Korban MH17
Wajah-wajah kegembiraan kanak-kanak ini terhenti pada Khamis lalu apabila tanpa disangka-sangka pesawat yang dinaiki mereka akan ditembak jatuh sehingga mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal, Khamis lalu.
Ada yang nak pergi bercuti dan ada yang nak balik kampung menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri, berjumpa datuk nenek yang sudah lama tidak bertemu..
Namun, kepulangan yang dinanti akhirnya tak kunjung tiba apabila nyawa mereka terkorban sia-sia hanya disebabkan konflik dalaman yang berlaku di dua negara, Ukraine dan Rusia.
Antara yang terkorban ialah empat beradik dari Malaysia, Afif Thambi, 19, dan adik-adiknya, Afzal, 17, Marsha, 15 dan Afruz, 13, yang mahu memulakan penghijrahan baru selepas bapanya kembali ditugaskan di Kuala Lumpur selepas tiga tahun menetap di Kazakhstan.
Selain itu, tiga beradik warga Australia, Mo Maslin, 12, Evie, 10, Otis, 8, yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti dengan datuk mereka, turut terkorban dalam nahas tersebut.
Dan ini merupakan sebahagian wajah-wajah ‘innocent souls’ yang terkorban dalam nahas tersebut yang disifatkan oleh kebanyakan masyarakat dunia sebagai satu tindakan pengganas yang tidak berhati perut. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Palestin Bersorak, Al-Qassam Berjaya Tawan Askar Israel
Pejuang Hamas melalui Briged al-Qassam hari ini membuat pengumuman paling mengejutkan dan mengecutkan kerajaan rejim Israel apabila berjaya menangkap dan menawan seorang tentera rejim laknat itu.
Berita tawanan itu turut dilaporkan di agensi berita antarabangsa seperti CNN dan menyifatkannya sebagai satu pengumuman yang mencalarkan maruah Israel di peringkat antarabangsa.
Di pihak Zionis bagaimanapun, mereka menafikan bahawa ada askar mereka telah menjadi tawanan. Biasalah, kalau dah kantoi, mana nak mengaku bagaimanapun kebenaran pastinya ada pada pihak yang menawan askar berkenaan.
Menurut laporan laman Facebook Aqsa Syarif, rakyat Palestin dilihat seperti sudah menyambut ketibaan Aidilfitri lebih awal ekoran kejayaan Al-Qassam itu.
Briged berkenaan mengumumkan kejayaan itu dengan turut disertakan dengan nama askar berkenaan Sha’ul Aron dan juga nombor perkhidmatan tenteranya juga turut didedahkan.
Pada kejayaan sebelum ini, askar Israel, Ghilad Shalit yang juga ditawan merupakan kunci kepada bebasnya 1027 tahanan Palestin. Kita tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan Al-Qassam dengan tawanan ini. Teriakan takbir bergema di masjid-masjid, manisan dibahagi-bahagikan, seolah-olah Hari Raya sudah tiba. Sementara itu, CNN melaporan kejayaan itu berlaku semalam ketika satu pertempuran hebat antara Israel dan Hamas berlaku di Gaza. Wakil Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ron Prosor menafikan laporan itu. “Tiada askar Israel yang diculik dan ditawan, segala khabar angin berkenaan adalah tidak benar,” katanya. Menurut jurucakap al-Qassam; Abu Obeida askar Israel itu ditawan ketika operasi pada awal pagi. “Dia adalah tawanan kami sekarang ini, jika Zionis terus menipu berkenaan anggota mereka yang meninggal dunia dan cedera, maka nasib tentera yang ditawan ini adalah tanggungjawab mereka,” katanya Abu Obeida. Menurut sumber dari tentera Israel, mereka sedang melakukan siasatan ke atas pengumuman yang memalukan mereka itu. “Kejayaan itu memang mengejutkan Israel, ia akan mengubah cara Israel dalam menyerang Gaza kerana mereka akan mula cuba mencari askar berkenaan,” kata penganalisis ketenteraan CNN Leftenan Kolonel Rick Francona. Askar Israel yang ditawan sebelum ini pada 2006, Gilad, dibebaskan lima tahun kemudian dengan pertukaran lebih 1,000 tawanan Palestin. – MYNEWSHUB.MY

Hakimi Terselamat Tragedi MH370, Terkorban Jua Dalam MH17
Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah SWT, kalau dah begitu tertulis ajal seseorang, tidak ada lambat atau cepat perancanganNya.
Begitu juga yang menimpa pembantu juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang terkorban dalam insiden MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, Khamis lalu.
Difahamkan, Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas dalam pesawat MH370 pada 8 Mac lalu namun di saat-saat akhir tugasnya telah digantikan dengan Fariq Abdul Hamid yang kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini.
Menurut datuknya, Daud Ahmad, 80, mengetahui cucunya tidak terlibat dengan penerbangan MH370, hatinya begitu lega pada saat itu namun takdir menentukan segalanya apabila Hakimi akhirnya terkorban jua dalam penerbangan MH17 yang memulakan perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
“Takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17. Semua ini ketentuan Ilahi,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Ahmad Hakimi yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
JIBO: Robot Yang Ingin Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Anda
Kita sedia melihat pelbagai filem dan animasi yang memperlihatkan manusia dan robot tinggal bersama. Projek untuk merealisasikan telah diusahakan oleh beberapa pihak, dan kini sebuah projek baru hadir dinamakan JIBO, dan pembangunnya sedang mengumpulkan dana melalui IndieGogo.
JIBO dipasarkan sebagai robot untuk keluarga, dimana ia boleh membuat beberapa perkara dan mengenal-pasti wajah setiap ahli keluarga melalui sokongan pengecaman wajah.
Menggunakan perkara tersebut, ia boleh menawarkan setiap ahli keluarga informasi yang berkaitan menggunakan algoritmanya tersendiri.
Melalui halaman IndieGogo, pembangunnya berkongsi, dimana JIBO dilengkapi dengan dua kamera resolusi tinggi untuk mengecam dan turut digunakan untuk merakamkan gambar serta membuat panggilan video.
Ia turut hadir dengan sokongan mikrofon 360-darjah untuk memudahkan pengguna berhubung dan berkomunikasi dengan JIBO dari mana-mana tanpa masalah.
Ia juga turut hadir dengan algoritma pembelajaran pintar, untuk membolehkan ia mempelajari gaya hidup pengguna dan menawarkan informasi berkaitan bersesuaian dengan sesuatu keluarga.
Disamping itu, ia juga turut boleh digunakan sebagai pembantu peribadi, dan membolehkan ia membuat beberapa tugasan seperti membaca, berkomunikasi dan beberapa perkara lain.
Daripada video demonstrasi berbentuk promosi, robot JIBO ini kelihatan amat menarik sekali, dan mengikut halaman IndieGogo, ia telah sedia mencapai matlamat dan ramai yang telah membuat tempahan untuk robot tersebut.
Pembangunnya turut mengatakan yang mana JIBO akan hadir dengan platform terbuka, membolehkan pelbagai pembangun membangunkan aplikasi untuknya – dan membawa penggunaannya setapak lagi kehadapan.
Robot JIBO pertama dijangka akan mula dihantar kepada penyumbang bermula September 2015 kelak. JIBO ditawarkan pada harga USD499 (RM1588) melalui halaman IndieGogo.
TOP
VIDEO : Budak-Budak Main Meriam Paip, Tak Sayang Nyawa
Lumrah apabila semakin hampir menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, para remaja dan kanak-kanak bermain mercun dan meriam kononnya untuk memeriahkan lagi sambutan.
Perbuatan itu jika tersilap langkah, alamatnya para remaja dan kanak-kanak ini akan berhari raya di hospital lah atau lebih buruk kehilangan anggota badan seperti tangan dan jari.
Setiap tahun dan setiap kali Aidilfitri, golongan remaja ini tidak pernah ada yang betul-betul serik dan masih berani seperti empat orang remaja ini yang bermain dengan meriam batang paip.
Meriam jenis ini dilihat semakin popular pada beberapa tahun kebelakangan ini kerana dikatakan ia sukar untuk hancur biarpun digunakan beberapa kali.
Dalam satu video ini, remaja-remaja ini memekik Israel, Palestin dan Gaza ketika meletupkan meriam paip itu.
Letupan yang dihasilkan agak kuat juga bunyinya dan sudah pasti ia boleh didengari seluruh kampung akan letupannya itu.
Kalaulah meletup batang paip itu, entah apa nasib yang akan menimpa ketiga-tiga budak yang memegangnya. Bagi si tukang cucuh api tu, sudah pasti dia akan menyelamatkan dirinya dahulu kerana dia hanya mencucuh apinya sahaja.
Buat kanak-kanak dan remaja yang masih belum terjebak dalam kegilaan terhadap mercun dan meriam ini, eloklah jangan dicuba langsung kerana jika tersilap langkah buruk padahnya dan kesannya boleh kekal lama sampai ke tua.
Lihatlah sahaja laporan berita sejak berpuluh-puluh tahun lepas, berkenaan nasib kanak-kanak yang putus jari, putus tangan dan tidak kurang yang melecur badan akibat bermain mercun.
Kebanyakan kes yang berlaku disebabkan hendak menunjuk pandai, dan cuba menghasilkan mercun atau meriam buatan sendiri yang meletup belum pun sempat proses menghasilkannya sendiri selesai.
Lebih baik tak payahlah main mercun ya adik-adik. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Isteri Maut Dalam Kejadian Langgar Lari
MIRI – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera apabila motosikal mereka dipercayai dilanggar sebuah kereta di Jalan Gunung Subis, Batu Niah semalam.
Cathrine Kalaw, 44, maut ketika tiba di Klinik Niah manakala suaminya Dinggai Acjai, 42, masih dirawat di Hospital Miri.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Gee berkata, polis sedang mengesan pemilik Perodua Myvi tersebut yang ditinggalkan di tepi jalan dalam kemalangan 9 malam itu.
Mangsa dari Rumah Mangun Sungai Sebatuk Suai sedang dalam perjalanan dari Batu Niah ke Sepupuk apabila kemalangan berlaku.
Beliau berkata, sejak 1 Januari lalu sehingga semalam, 33 kes kemalangan maut dilapor di Miri. – BERNAMA
TOP
Tragedi MH17 Tidak Jejas Sektor Pelancongan
KUALA LUMPUR – Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) jatuh dan berkecai dipercayai ditembak peluru berpandu sewaktu melintasi ruang udara Ukraine pada 17 Julai lalu tidak menjejaskan sektor pelancongan negara ini.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan berkata, meskipun telah beberapa hari peristiwa itu berlaku, tiada mana-mana pelancong asing membatalkan pakej pelancongan mereka ke Malaysia.
“Tourism Malaysia tidak menerima sebarang maklumat berhubung pembatalan pakej pelancongan ke Malaysia oleh mana-mana pelancong asing.
“Bagaimanapun kami akan terus memantau reaksi pasaran (berikutan kejadian MH17) secara dekat,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Malaysia menerima seramai 427,995 pelancong dari Eropah pada tahun lalu dengan 83,955 mereka daripada Belanda.
Kata kenyataan itu, seramai 32,945 pelancong dari Belanda melawat Malaysia dari Januari hingga April lalu meningkat 13.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Tourism Malaysia dalam pada itu memaklumkan, pelancong daripada Eropah, Rusia termasuk Scandinavian dan Benelux menggunakan pesawat MAS bukan sahaja ke Malaysia tetapi untuk ke Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.
Tambah kenyataan itu, sekarang adalah waktu sibuk kerana ramai pelancong dari negara berkenaan sedang bercuti dan kebiasaannya menggunakan pesawat MAS untuk destinasi terbabit. – mynewshub.my
TOP
Fakta Mengenai Duit Kertas Malaysia
Memberi duit raya sudah menjadi satu tradisi yang telah lama wujud dan terus diamalkan hingga ke hari ini. Jika dahulu nilai duit raya kecil, mungkin RM1 atau RM2 yang terhad hanya untuk kanak-kanak.
Namun hari ini nilai duit raya yang diberi semakin meningkat dari RM5, RM10, RM20 dan ada juga RM50 bergantung kepada kemampuan seseorang.
Tahukah anda setiap wang kertas itu mempunyai maksud dan nilai estetik yang tersendiri? Berikut adalah beberapa gambar dan fakta menarik tentang duit kertas Malaysia.
Wang Kertas RM100 – Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adalah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.
Wang Kertas RM50 – Pertanian dan Teknologi
Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Wang Kertas RM20 – Hidupan Laut
Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Wang Kertas RM10 – Flora
Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang Kertas RM5 – Hidupan Liar
Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.
Wang Kertas RM1 – Sukan Tradisional
Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Sumber: Bank Negara Malaysia

VIDEO : Israel Pengecut! Menyorok Dalam Bilik Dan Kena Halau
Bukti demi bukti bahawa tentera rejim Israel sedang dalam ketakutan semakin terserlah apabila ada video yang menunjukkan ketakutan mereka tersebar di internet.
Di laman Facebook, hari ini dikongsikan sekumpulan penduduk kawasan perumahan di Palestin bertindak menyerbu sebuah rumah dan menemui kira-kira 10 orang askar rejim Zionis bersembunyi ketakutan di dalam sebuah bilik.
Para penduduk kemudian bertindak menghalau kesemua askar rejim laknat berkenaan supaya keluar dari rumah itu.
Askar-askar berkenaan pastinya kecut akibat serangan dan tekanan oleh pejuang Hamas melalui briged al-Qassam yang memerangi mereka habis-habisan.
Sehingga kini dilaporkan sebanyak 18 orang tentera Israel sudah pun terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera.
Masakan tidak kumpulan tentera ini dalam ketakutan, kerana sebelum ini mereka boleh menembak dengan sesuka hati tanpa ada penduduk Palestin yang melawan, tetapi kali ini mereka kembali ditentang habis-habisan.
Tambahan pula apabila mendengar rakan-rakan mereka ada yang sudah mati ditembak, pasti ketakutan semakin menyelubungi para anggota tentera Israel ini sehingga melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan. Jika begini semangat askar rejim Zionis yang konon-konon kuat, pastinya Hamas boleh memberi tekanan hebat kepada Israel dan seterusnya memenangi pertempuran menuntut bela di atas kekejaman Zionis ke atas penduduk Palestin selama ini. – MYNEWSHUB.MY

Raja Ilya Hilang Kawan Baik Yang Turut Terlibat Nahas MH17
Kematian 298 nyawa yang tidak berdosa dalam pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 pastinya meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terlibat.
Pelakon Raja Ilya turut bersedih di atas insiden tidak dijangkakan ini kerana dia kehilangan seorang sahabat baik yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu iaitu, Subashini J Retnam atau lebih dikenali sebagai Shuba Jay.
Apa yang lebih memilukan, turut bersama Shuba dalam penerbangan tersebut ialah suaminya, warganegara Belanda, Paul Goes dan anak tunggal pasangan itu, Kaela, 1.
Mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah ibu bapa Goes yang menetap di Belanda dan ingin mempertemukan Kaela dengan datuk dan neneknya di sana.
Memang tragis dan menyayat hati…
Menceritakan detik-detik mengetahui nasib yang menimpa sahabatnya itu, Raja Ilya berkata, “hanya Tuhan saja yang tahu perasan saya ketika itu. Hati saya hancur luluh dan air mata terus menitis tanpa henti. Demi tugas saya tetap teruskan penggambaran dengan menahan sebak pada petang itu”.
“Sebaik babak lakonan selesai, saya terus berlari dengan telefon bimbit untuk menghantar WhatsApp sambil menangis bagai nak gila. Saya juga tidak dapat membayangkan perasaan ahli keluarga Shuba yang masih terkejut dengan kehilangan anak, menantu dan cucu sekali gus,” katanya memetik Harian Metro.
Raja Ilya turut menyatakan mereka mula berkawan rapat sejak terlibat dengan penggambaran sebuah drama Tamil berjudul Sugamana Sumaigal arahon Along Kamaludin pada 2008.
Malah, Raja Ilya sempat berkongsi salinan WhatsApp terakhirnya dengan Shuba yang mana rakannya itu dikatakan mahu menyambung pengajian pendek dalam bidang lakonan di Australia.
Namun ternyata kini semua impian dan cita-cita Shuba tidak kesampaian apabila menjadi di antara korban nahas pesawat MH17 pada Khamis lalu. – MYNEWSHUB.MY
Namun ternyata kini semua impian dan cita-cita Shuba tidak kesampaian apabila menjadi di antara korban nahas pesawat MH17 pada Khamis lalu. – MYNEWSHUB.MY
TOP
MH17: Putin Janji Bantu Keluarkan Mayat, Kotak Hitam
Vladimir Putin.
THE HAGUE: Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17 yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine. Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD. “Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu,” kata jurucakap itu. Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda. Kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa. Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. - AFP - mstar

MH17: Kami Temui Kotak Hitam - Pemimpin Puak Pemisah
Seorang lelaki didakwa memegang kotak hitam pesawat MH17 yang ditemui tapak nahas pesawat Malaysia Airlines itu terhempas. - Foto NBC.
DONETSK, Ukraine: Puak pemisah Pro-Rusia di timur Ukraine menemui objek yang didakwa kotak hitam milik pesawat Malaysian Airline MH17 yang terhempas dan kumpulan tersebut bersedia untuk menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa. "Serpihan daripada pesawat yang dilihat seperti kotak hitam ditemui di tapak nahas," kata Alexander Borodai, yang mendakwa dirinya sebagai perdana menteri Republik Donestk sambil menambah mereka akan memberikan barangan berkenaan kepada pakar antarabangsa yang dilantik sebaik sahaja mereka tiba. Borodai berkata mayat yang dialihkan daripada tapak nahas akan disimpan di dalam peti sejuk dalam gerabak kereta api yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian sehinggalah pasukan yang terdiri daripada pakar tiba. "Kami tidak boleh menunggu lebih lama, kerana cuaca panas dan terlalu banyak anjing dan binatang buas di kawasan tersebut," katanya. - mstar

SPAD Pantau Dua Kumpulan Pengendali Teksi Haram - Syed Hamid
Syed Hamid Albar.
JOHOR BAHRU: Dua kumpulan pengendali perkhidmatan teksi yang dipercayai beroperasi secara haram kini dipantau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar. Beroperasi secara tempahan menggunakan aplikasi dalam talian, perkhidmatan teksi yang menggunakan kenderaan persendirian itu dipercayai dikendalikan oleh sesetengah pihak dari luar negara, katanya. "Perkhidmatan teksi yang mereka berikan ini kononnya mengatasi mana-mana sistem dan mendakwa tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD. "Kalau mengambil penumpang dan menerima bayaran, ini berada di bawah sistem pengangkutan awam dan tertakluk kepada undang-undang pengangkutan awam darat," katanya kepada pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengusaha Pengangkutan Awam di sini, Ahad. Beliau mengingatkan pengguna yang menggunakan perkhidmatan itu bahawa mereka berdepan risiko tiada perlindungan insurans sekiranya teksi yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan. Sementara itu, Syed Hamid berkata, satu skim baharu akan diwujudkan bagi menggantikan Skim Dana Sementara, bertujuan membantu pengendali bas henti-henti di kawasan luar bandar yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan operasi mereka. Skim baharu itu dijangka dilaksanakan di di Kota Tinggi dan Kluang pada akhir tahun ini sebelum diperluas ke tempat lain, katanya. Beliau berkata, menerusi skim baharu itu pengendali perkhidmatan bas tidak perlu bimbang untuk mengutip bayaran tiket kerana penumpang akan menggunakan kad bayaran yang akan direkodkan sistem berkomputer yang dipasang pada bas terbabit. "Kita akan semak rekod itu, kemudian membuat bayaran penuh kepada pengendali bas mengikut perjalanan yang dibuat oleh penumpang," katanya. Menurut beliau, SPAD yang menerima peruntukan RM400 juta daripada kerajaan telah membantu 150 syarikat bas henti-henti di Semenanjung dan juga termasuk syarikat di Sabah dan Sarawak yang tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD. Beliau berkata ini merupakan tahun ketiga SPAD melaksanakan skim tersebut. - mstar

MH17:MAS Tawar AS$5,000 Kepada Keluarga Penumpang
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan bantuan kewangan AS$5,000 kepada keluarga setiap penumpang pesawat penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MAS, pada Isnin, syarikat itu menyatakan dana yang ditawarkan sebagai tanda muhibah dan membantu keluarga terdekat penumpang meringankan keperluan ekonomi mereka.
"Dana untuk tujuan ini sudah disediakan. Citibank telah membantu MAS dengan aturan logistik bagi pemindahan dana.
"Bantuan kewangan ini tidak akan diimbangi dalam bayaran ganti rugi muktamad atau menjejas hak tuntutan sah keluarga berkenaan," jelas kenyataan itu.
Menerusi kenyataan itu, MAS menyatakan, fokus utamanya ialah keprihatinan terhadap anggota keluarga yang terjejas akibat tragedi MH17.
MAS akan membantu keluarga itu pada saat penuh dugaan ini dan akan menyediakan mereka penginapan hotel, makan dan bantuan pengangkutan.
"Pada masa sama, syarikat penerbangan itu telah menugaskan penjaga kebajikan (yang dilatih MAS) bagi setiap anggota keluarga untuk memberi sokongan emosi dan keperluan asas.
"Hingga kini, 79 penjaga kebajikan dan kakitangan sokongan lain berada di Amsterdam, sementara 43 berpangkalan di Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.
MAS berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan KLM dalam usaha membantu anggota keluarga berkenaan dari permulaan lagi.
MAS akan juga menganjurkan sesi doa pelbagai agama untuk kakitangan dan orang ramai pada masa yang akan diberitahu kemudian.
Selain itu, syarikat itu juga meminta kerjasama anggota media supaya menghormati privasi keluarga yang bersedih.
"Keutamaan MAS kekal untuk menyediakan kebajikan dan bantuan kepada keluarga penumpang serta kru dan sebarang maklumat berhubung keadaan peribadi mereka tidak akan diumumkan," menurut kenyataan itu. - mstar
TOP
Di Sinilah Mayat-Mayat Mangsa Nahas MH17 Disimpan
Di dalam gerabak kereta api inilah mayat-mayat mangsa nahas MH17 kini disimpan oleh puak pemisah Ukraine yang pro-Rusia. Foto: Reuters.
KIEV: Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu. Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau. Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar. Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api. Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine. Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian. Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu. Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez. - mstar

Gambar Selfie Pertama Di Angkasa Curi Tumpuan
HARI ini, 21 Julai menyaksikan ulang tahun ke-45 lelaki pertama menjejakkan kaki ke bulan tetapi mungkinkah sesuatu yang lain lebih penting untuk disambut apabila timbulnya gambar ‘selfie’ pertama di angkasa?
Walaupun angkasawan, Buzz Aldrin merupakan lelaki kedua yang menjejaki bulan selepas Neil Armstrong, tetapi Aldrin dilihat mencuri tumpuan ramai terhadap Armstrong kerana gambar selfienya.
Beliau memuat naik sekeping gambar ‘selfie’nya di Twitter dan menyifatkan sebagai ‘Gambar Selfie Yang Pernah Ada’.
Gambar ‘Selfie’ itu dirakamkan dalam satu misi pada 1966, tiga tahun sebelum Armstrong menjejakkan kaki ke bulan. Di Twitter milik Aldrin @TheRealBuzz, beliau berkata: “Did you know I took the first space selfie during Gemini 12 mission in 1966? BEST SELFIE EVER. (Adakah anda tahu saya pernah mengambil ‘selfie’ di angkasa yang pertama semasa misi Gemini 12 pada 1966? SELFIE TERBAIK PERNAH ADA.” – metro.co.uk - mstar

EssCom Tahan 69 Nelayan, 11 Bot Hari Kedua Perintah Berkurung
LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (EssCom) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu.
Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin.
"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.
"Majoriti yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.
Sehubungan itu, Abdul Rashid mengingatkan orang ramai agar mematuhi perintah berkurung yang bertujuan membendung jenayah rentas sempadan, terutama aktiviti penculikan dan penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Sabtu lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang 19 Julai hingga 2 Ogos ini.
Jalaluddin berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.
Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Jalaluddin berkata apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan yang hukumannya adalah gantung sampai mati atau penjara seumur berada di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan. - mstar
TOP
PAS Nafi Setuju Azizah Ganti Khalid
PETALING JAYA: PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah bersetuju sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, parti itu masih belum mencapai kata sepakat mengenai perkara berkenaan namun menegaskan bahawa beliau berkongsi pendirian yang sama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi dilaporkan memihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga tempohnya berakhir.
"PAS Selangor tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah... kita masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini," demikian menurut Iskandar melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Bagaimanapun Adun Chempaka itu juga mengelak ketika ditanya sama ada parti itu memihak kepada Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.
"Kami berkongsi pendirian yang sama dengan Presiden PAS. Itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang. Kami telah diarahkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya. - mstar
TOP
MH17: Singapore Airlines Guna Laluan Sama 75 Kali, Lapor Spiegel Online
KETIKA banyak pihak menunding jari kepada Penerbangan Malaysia (MAS) kerana membenarkan pesawat MH17 melalui ‘zon perang’, majalah mingguan Jerman mendedahkan bahawa Singapore Airlines (SIA) menggunakan laluan yang sama di timur Ukraine sebanyak 75 kali pada minggu lepas.
Sebaliknya, MAS hanya menerbangkan pesawatnya di kawasan pemberontak di Donetsk sebanyak 48 kali dalam tempoh sama, lapor Spiegel Online yang merujuk kepada laman web pengesanan penerbangan, flightradar24.com.
Ia berkata, syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot menggunakan laluan itu 86 kali dalam tempoh tujuha hari lepas, Ukraine International Airlines (62 kali) dan syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa (56 kali).
“Lintas terbang direkodkan di kawasan itu dalam tempoh tujuh hari lalu dalam lingkungan hampir 240km (kilometre) ke bandar perindustrian Ukraine.
“Dalam kedudukan syarikat penerbangan di laluan berkenaan, MAS berada di tempat kelima dengan 48 lintas penerbangan, di mana data menunjukkan ruang udara di wilayah Donetsk begitu aktif.
“Sama ada serangan (terhadap MH17) adalah secara rawak atau satu kesilapan, ia mungkin boleh berlaku kepada pesawat syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu," menurut laporan itu.
Nahas MH17 mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.
Hanya beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu, SIA membuat kemas kini di Facebook dan Twitter mereka, menyatakan BAHAWA penerbangan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine.
Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman di media sosial kerana membuat kenyataan yang dianggap 'sensitif' berkaitan nahas itu, SIA pada sabtu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan solidariti terhadap keluarga yang terjejas akibat tragedi udara itu. - mstar
TOP
Penyokong Sunderland Kumpul Dana Buat Penyokong Newcastle Mangsa Nahas MH17
Kalungan bunga diletakkan di atas jersi sebagai tanda penghormatan buat John Alder dan Liam Sweeney yang maut dalam nahas MH17, di St James Park, London.
PENYOKONG Sunderland melupakan seketika mengenai persaingannya dengan penyokong pasukan lain apabila mereka mengambil keputusan mengumpul dana untuk dua penyokong Newcastle, John Adler, 63, dan Liam Sweeney, 28, yang maut dalam nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ketika dalam perjalanan untuk menonton perlawanan pasukan itu di New Zealand. Para penyokong pada mulanya mahu mengumpul dana hanya £100 (RM543.19) untuk membeli bunga sebagai tanda penghormatan menerusi halaman GoFundMe. Bagaimanapun, jumlah itu mencatatkan kira-kira £22,000 (RM119,511.74) pada malam Ahad. Gary Ferguson yang mencipta halaman itu berkata: "Kami mungkin penyokong Sunderland, yang secara tradisi bersaing dengan Newcastle, tetapi terdapat perkara yang jauh lebih penting dari mana-mana perlawanan bola sepak. "Berita itu amat menyedihkan apabila dua penyokong Newcastle maut (dalam nahas MH17) pada minggu ini benar-benar mengejutkan dan mendukacitakan. Sumbangan di sini akan membantu untuk membuat bayaran bunga sebagai tanda penghormatan kepada mereka dan mengeratkan perpaduan antara kedua-dua kelab. "Sebarang lebihan wang akan didermakan ke sebuah badan kebajikan yang masih belum ditetapkan lagi. Terima kasih di atas masa, usaha dan sumbangan anda. "RIP (bersemadi dengan aman) buat John Alder dan Liam Sweeney," katanya. - mirror.co.uk - mstar

No comments:
Post a Comment