TOP
Jangan biar Ukraine, Rusia sentuh kotak hitam MH17
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 perlu diserahkan terus kepada Malaysia tanpa disentuh oleh mana-mana pihak.
"Saya sangat-sangat berharap kotak hitam MH17 tidak diperiksa Rusia mahupun Ukraine.
"Ia harus kembali ke Malaysia," katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.
Pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam malam tadi (waktu tempatan) dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini.
Pesawat tersebut yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan peluru berpandu sistem anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.
Terdahulu, Khairy berkata bahawa Malaysia tidak akan berhenti mencari dalang nahas MH17.
"Rusia menyalahkan Ukraine. Ukraine menyalahkan pemisah pro-Rusia.
"Kami tidak akan berhenti mencari pihak yang bertanggungjawab terhadap nahas MH17," tambahnya.MH17 - Sinar Harian
TOP
Lebih 100 Pakar Penyelidik HIV Dalam Penerbangan MH17
Penerbangan MH17 yang membawa lebih dari 100 pakar penyelidik Aids yang sedang dalam perjalanan ke persidangan antarabangsa di Melbourne, termasuk seorang pakar penyelidik HIV dan pejuang kemanusiaan, Joep Lange.
Mangsa meninggalkan pusat penyelidikan antarabangsa HIV bersama-sama beberapa staf dari World Health Organisation dan penyelidikan kesihatan, pekerja kesihatan dan aktivis yang dilaporkan bersama-sama dalam perjalanan ke persidangan yang sama.
Dr Lange, dari Belanda, yang di atas kapal bersama isterinya Jacqueline van Tongeren, merupakan bekas presiden Persatuan Aids Antarabangsa dan telah menyelidik HIV selama 30 tahun. Beliau telah mengarang lebih daripada 350 kertas kerja dan membantu perjuangan untuk rawatan HIV yang mampu dimiliki di seluruh Asia dan Afrika.
Dr Lange, a Dutchman, who was on board with his wife Jacqueline van Tongeren, was a former president of the International Aids Society and has been researching HIV for 30 years. He has authored more than 350 papers and helped lead the fight for the availability of affordable treatments across Asia and Africa.
TOP
Datin Siti Dina Hiba, 5 Anggota Keluarganya Mungkin Dalam MH17
Sungguh memilukan untuk seorang ibu apabila mengetahui anak perempuan dan empat anggota keluarganya mungkin merupakan antara penumpang penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia, lewat malam tadi.
Ibu itu yang dikenali sebagai Datin Siti Dina berkata anak perempuannya Sherliza Zaini, 45 menaiki penerbangan itu bersama suami dan tiga anak berumur antara lapan hingga 15 tahun.
“Saya terkejut, saya mengetahui berita itu apabila dihubungi seorang rakan, lantas saya membuka televisyen untuk menonton berita CNN pada pukul 12.30 tengah malam.
Hanya selepas itu, saya menyedari ia adalah penerbangan MH17 Malaysia Airlines,” kata ibu yang kesedihan itu ketika ditemui di Anjung Tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Siti Dina berkata, keluarga itu akan singgah di Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Melbourne, Australia.
“Suaminya seorang warganegara Belanda dan mereka bercuti bersama di Netherlands sebelum insiden itu,” katanya kepada wartawan.
Siti Dina berkata abang ipar Sherliza di Netherlands mengesahkan keluarga itu menaiki pesawat itu selepas menghantar mereka di Lapangan Terbang Amsterdam pada Khamis.
Tidak seperti keluarga lain, Siti Dina datang ke KLIA bersendirian dengan harapan mendapat maklumat terkini mengenai MH17.
Sejak pukul 7 pagi tadi, beberapa anggota keluarga penumpang telah berada di anjung tinjau KLIA tetapi enggan ditemu bual oleh wartawan.
Laporan sebuah media asing berkata penerbangan MH17 telah “ditembak jatuh” semasa terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, malam tadi (waktu Malaysia).
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal.
MH17 telah terputus hubungan dengan MAS kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu tempatan) dari Tamak , kira-kira 50 km dari sempadan antara Ukraine dan Rusia.
– BERNAMA
TOP
Nenek Tiri Najib, Hishammuddin Antara Mangsa Nahas
SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.
Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.
Mohd Noad adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. – mstar.com.my
Mohd Noad adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. – mstar.com.my
TOP
Sepupu Hattan Pramugari Dalam Pesawat MH17
PUTRAJAYA – Sepupu kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Hattan antara mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat MH17 yang terhempas di di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia, awal pagi tadi.
“Saya terkejut menerima berita mengenai nahas itu. Tetapi menjadi lebih terkejut apabila melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut, nama sepupu saya iaitu seorang pramugari MAS, Dora Shahila Kassim, termasuk dalam kru pesawat berkenaan,” katanya ketika ditemui di Hotel Marriot di sini, hari ini.
Mohd Shukri Shahabudin atau lebih dikenali sebagai Datuk Hattan, berkata beliau mengetahui kejadian nahas itu melalui aplikasi WhatsApp yang diterima oleh isterinya, yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS), Datin Arianie Abidin.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.10 pagi tadi. Ia yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal disahkan terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Russia. – BH Online
TOP
Sengal.. Apa Kena Mengena Lubang Hidung Dia Dengan MH17?
Fungsi hashtag(#) pada laman sosial seperti Instagram adalah meletakkan gambar pada kumpulannya yang mempunyai kaitan dengan hashtag digunakan.
Namun tak dapat dinafikan, menggunakan hashtag untuk berlawak selain menaikkan jumlah view gambar yang dikongsikan adalah perkara biasa.
Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram dianggap keterlaluan apabila menggunakan hashtag #prayforgaza #prayforMH370 dan #prayforMH17 untuk membuat kelakar di saat insiden ini menyentuh hati kebanyakan rakyat Malaysia. Apatah lagi tragedi yang berlaku di Gaza, kehilangan pesawat MH370 sampai ke hari ini dan nahas udara MH17 semalam adalah sesuatu yang serius dan bukan perkara main-main kerana melibatkan nyawa manusia yang sangat ramai. Akibatnya dia ditegur oleh ramai pengguna Instagram lain kerana meletakkan ‘lubang hidungnya’ sebaris dengan tragedi menyedihkan ini. Semoga pengguna Instagram terbabit insaf atas ketelanjurannya dan perbuatan ini diambil pengajaran buat yang lain agar lebih sensitif dan tidak main-main dengan peristiwa sedih selepas ini. - MYNEWSHUB.MY

Nahas MH17: Sedih.. Anak Kecil Yang Comel Ini Kini Anak Yatim
Apabila berlaku tragedi seperti nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, pihak paling sedih tentulah ahli keluarga mangsa.
Salah seorang mangsa terlibat adalah Pembantu Juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi – seorang suami dan bapa kepada anak yang masih kecil.
Di atas adalah wajah comel anak Allahyarham Ahmad Hakimi yang masih belum mengerti bahawa hidupnya kini sudah bergelar anak yatim apabila bapanya disahkan salah seorang yang meninggal dunia dalam tragedi semalam. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat bapanya dan kesemua mangsa nahas MH17 yang beragama Islam. Kepada semua keluarga mangsa, semoga mereka diberikan ketabahan menempuh dugaan hebat ini. – MYNEWSHUB.MY

MH17 – Pasangan Terselamat Kerana Tempat Duduk Penuh
BERPANTANG maut sebelum ajal. Mungkin itulah peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib pasangan dari Scotland, Barry dan Izzy Sim serta anak mereka yang terselamat daripada menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.
Niat mereka tertangguh apabila diberitahu pesawat tersebut sudah penuh dan tiada tempat duduk kosong lagi sekaligus memaksa mereka menukar penerbangan lain.
Mengakui terlalu terkejut dengan insiden itu, Izzy berkata mereka sememangnya penumpang setia penerbangan MAS berbanding penerbangan lain.
“Jantung saya berdegup kencang ketika menerima berita tersebut. Kali ini kami rasa bertuah kerana tidak menaikinya,” ujarnya.
Pesawat MH17 yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu terhempas berdekatan Kampung Grabovo di Ukraine dekat sempadan Rusia, semalam.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
TOP
Kami Dinasihat Tidak Ke Lokasi Nahas, Ia Zon Bahaya – Waris
Keluarga mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airliens (MAS) MH17 yang terhempas Ukraine dinasihatkan agar tidak ke kawasan kejadian buat masa ini, kata seorang daripada waris penumpang, Norimah Dewa.
Beliau yang merupakan ibu saudara kepada seorang mangsa nahas pesawat itu, Sherliza Zaini, berkata ini kerana kawasan tersebut merupakan zon bahaya dan keselamatan mereka tidak dapat dijamin.
“Malaysia Airlines (MAS) akan menghantar satu pasukan mereka ke sana petang ini. Buat masa ini, keluarga akan diberikan bilik dan menetap di sini sehingga perkembangan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat yang diadakan oleh MAS di sebuah hotel di sini pada Jumaat.
Norimah berkata dalam taklimat itu MAS turut menerangkan pelan mereka dalam mengendalikan insiden itu.
MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi ini.
– BERNAMA
TOP
Calon Pensyarah USM Antara Penumpang Pesawat MH17
GEORGE TOWN – Calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Muar Johor, adalah antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.
Mohd Ali Md Salim, 30, yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus university Rotterdam di Belanda, dalam perjalanan pulang untuk bercuti di Kampung Jayor, Pagoh.
Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata USM menzahirkan perasan sedih dan takziah serta duka cita yang teramat kepada keluarga Mohd Ali dan semua kru serta penumpang pesawat berkenaan.
“Kepada keluarga Mohd Ali, saya ingin rakamkan takziah dan kesedihan dari seluruh warga USM dan saya secara peribadi turut merasai kehilangan yang amat sangat apatah lagi Allahyarham adalah pelajar cemerlang dan calon pensyarah di universiti ini nanti.
“USM juga sedia membantu apa jua yang boleh untuk meringankan tanggungan keluarga Mohd Ali dan akan sentiasa menghubungi keluarganya yang tinggal di Kampung Payor untuk mengikuti perkembangan,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
TOP
Facebook Pramugari MH17 Dihujani Pertanyaan Dan Doa Rakan-Rakan
NAMA Angeline Premila Rajandaran adalah antara yang terpampang dalam senarai 15 krew penerbangan dalam pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine sewaktu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, semalam.
Hasil tinjauan kami di akaun Facebooknya, ia dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan doa daripada rakan-rakan dan kaum keluarganya. Rata-rata mereka pada awalnya tidak mempercayai apa yang berlaku sehinggalah laporan demi laporan yang disampaikan menerusi media massa yang mengesahkan bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas dipercayai ditembak jatuh.
Penerbangan MH17 turut membawa 280 orang penumpang.

Imej Sedih Detik Akhir 4 Bersaudara Sebelum Dibunuh Yahudi
GAZA – Gambar di atas mempunyai cerita yang tersendiri kerana ia merupakan imej terakhir dirakam sebelum kanak-kanak malang berkenaan terkorban akibat bedilan peluru tentera zionis.
Ia merupakan detik terakhir bagi Ahed Bakr, 10, Zakaria, 10 dan dua lagi sepupu mereka Mohammad, 11 serta seorang lagi yang juga bernama Mohammad dan berusia sembilan tahun, bermain, sebelum nyawa mereka melayang di tangan zionis.
Keempat-empatnya merupakan anak kepada keluarga nelayan yang dikenali di situ.
Malang menimpa mereka apabila mereka dibunuh ketika sedang melarikan diri daripada serangan tentera zionis.
Menurut bapa saudara mereka, Abdel Kareem Baker, 41, kejadian itu membuktikan Israel sememangnya pembunuh yang tidak mempunyai hati perut.
Abdel Kareem turut menyindir zionis kerana gagal mengenalpasti kanak-kanak yang sedang bermain dengan mereka yang dikatakan sebagai pengganas meskipun mempunyai senjata serba canggih.
Keempat mereka maut ketika lebih 100,000 penduduk Palestin diberi amaran supaya berpindah dan mengosongkan kediaman masing-masing oleh zionis yang merancang lebih banyak serangan udara.
TOP
Pelakon Jason Biggs Dikecam Buat Lawak Bodoh Insiden MH17
Los Angeles – Aktor Jason Biggs dikecam selepas membuat lawak bodoh dalam twitternya berhubung tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17.
Dia dikecam selepas memuatnaik ‘Anyone wanna buy my Malaysian Airlines frequent flier miles?’
Sebaik sahaja pengikutnya melihat tweet tersebut mereka telah memaki dan mengecamnya.
“Kamu ni memang cari perhatian.
“Kamu ketawa ke jika anak kamu yang terkorban dalam nahas pesawat itu,” itu antara kecaman yang diterimanya oleh pelakon American Pie itu.
Namun malang, Biggs bukannya mahu meminta maaf sebaliknya membelasah semula pengikut twitternya dengan menyifatkan mereka sebagai tidak boleh dibawa bergurau. (Mynewshub)
TOP
PM: Bawa Ke Muka Pengadilan Jika MH17 Ditembak!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Jika didapati ia benar-benar ditembak jatuh, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan”, katanya dalam sidang media pagi ini.
Katanya, pihak kerajaan Ukraine percaya bahawa pesawat itu ditembak jatuh, tetapi perkara itu masih belum dapat disahkan.
“Buat masa ini, Malaysia masih belum dapat memastikan punca tragedi ini tetapi kita perlu mengesahkannya, dan kita akan berbuat demikian,” katanya.
Tambahnya, beliau telah berhubung dengan rakan sejawat di Ukraine yang memberi jaminan untuk berunding dengan “kumpulan pemberontak” bagi membolehkan operasi menyelamat diteruskan.
“Ukraine akan berunding dengan pemberontkan bagi menubuhkan koridor kemanusiaan di kawasan pesawat terhempas.
“Siasatan tidak boleh dihalang dalam apa jua cara. Kita mesti mendapat akses sepenuhnya ke kawasan pesawat terhempas dan tiada siapa boleh campur tangan atau mengalihkan apa-apa serpihan, termasuk kotak hitam,” katanya.
Ia merujuk pada keadaan di kawasan bencana, yang melibatkan konflik di antara pasukan keselamatan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia.
Laporan awal menyebut, operasi mencari dan menyelamat diganggu oleh kumpulan “pengganas bersenjata”.
Menurut Najib, pesawat tersebut tidak membuat sebarang panggilan kecemasan dan pesawat itu juga disahkan selamat untuk membuat penerbangan oleh pihak berkuasa antarabangsa.
Kawasan yang dilalui MH17 juga tidak tertakluk kepada sekatan penerbangan, katanya.
TOP
Bila Nafsu Menguasai Akal… Seks Atas Jalan Pun Jadi!
Belfast – Apabila nafsu menguasai diri, maka hilang la segala rasa malu.
Malah lebih dahsyat di atas jalan di kawasan letak kereta pun boleh dijadikan tempat pemuas nafsu.
Itu yang berlaku di sebuah kelab malam, El Divido apabila dua pasangan yang mabuk memilih untuk melakukan seks di tempat terbuka dan di atas jalan.
Aksi menjijikkan itu kemudiannya dirakamkan dan ia tersebar luas, dan hanya dalam masa beberapa jam sahaja, orang ramai sudah mengecam pasangan tersebut.
“Manusia tiada malu, ini memang traumatik, jijik’’ merupakan cacian yang dihamun pada dua pasangan berkenaan.
El Divino yang merupakan tempat popular di kalangan pelajar, menjadi tempat clubbing terkenal di Belfast.
Beberapa minggu lalu ia menjadi kecoh apabila imej seorang gadis melakukan oral seks dengan 24 lelaki di situ tersebar luas. (Mynewshub)
TOP
Sedih.. Krew MAS Terlibat Nahas MH17 Baru Seminggu Kahwin!
Salah seorang anak kapal pesawat MH17, pegawai penerbangan Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim dilaporkan baru seminggu mendirikan rumah tangga.
Perkara ini dimaklumkan satu sumber kepada penulis. Difahamkan, seluruh ahli keluarganya kini sedang bersedih menerima berita mengejutkan yang mengorbankan seluruh nyawa penumpang dan anak kapal, semalam. Kami doakan isteri dan keluarga Muhamad Firdaus tabah menghadapi dugaan besar ini. Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook yang mempunyai nama sama seperti Muhamad Firdaus terkejut apabila menerima ucapan takziah bertalu-talu.
Kemungkinan besar, dia disalah faham sebagai salah seorang mangsa kerana mempunyai nama dan rupa lebih kurang serupa. Selain menerima ucapan takziah, pengguna Facebook terbabit turut mendapat mesej daripada seorang wartawan CNN yang berhasrat untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian ini daripadanya.
Daripada sini dapat dilihat betapa pantasnya media asing menjalankan tugas mengorek setiap maklumat apabila berlaku satu-satu insiden besar seperti ini. Apa pun kepada ahli keluarga penumpang dan krew MH17, takziah diucapkan atas dugaan hebat di bulan mulia ini. - MYNEWSHUB.MY

Penumpang Belanda Muatnaik Gambar Pesawat MH17
Seorang individu yang dipercayai penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, telah memuatnaik gambar pesawat berkenaan di laman Facebook sebelum ia berlepas di Amsterdam, Belanda.
Gambar tersebut dirakamankan individu itu melalui akaun Facebooknya dengan nama Cor Pan ketika para penumpang berada di ruangan menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol.
Dengan hanya satu muatnaik itu, gambar tersebut telah dikongsikan lebih 12,000 kali disertakan dengan pertanyaan pengguna Facebook lain di ruangan komen termasuk doa kepadanya.
Dalam bahasa Belanda, Cor Pan memuatnaik gambar dengan kapsyen yang begitu menyentuh hati, “Mocht hij verdwijnen, zo ziet hij d’r uit (Jika pesawat ini hilang, inilah rupanya,”.
Melalui perbualannya di laman Facebook, Cor Pan merancang untuk bercuti di Bali, Indonesia sebelum meneruskan percutian di Gili Trawangan, Lombok juga di Indonesia.
Pengguna media sosial turut membuka laman khas mengenang Cor Pan setelah perkongsian gambar dan cerita mengenai Cor Pan menjadi viral di media sosial.
Pesawat MH17 jenis Boeing 777 terhempas dipercayai ditembak jatuh kira-kira 60km dari sempadan Rusia ketika dalam penerbangan dari Amsterdam menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada awal pagi tadi mengesahkan bahawa pesawat yang terhempas d Ukraine telah disahkan oleh MAS sebagai pesawat milik syarikat penerbangan negara itu.
Menurut Najib dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan dijadual mendarat di KLIA pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia.
“Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
“Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan,” kata Najib.
Menurut beliau, MAS juga mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.
Penerbangan itu membawa sejumlah 298 orang – merangkumi 283 penumpang dan 15 anak kapal. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Saham MAS Jatuh 13.33% Pada Awal Dagangan
KUALA LUMPUR – Saham Penerbangan Malaysia (MAS) adalah antara yang paling aktif pagi ini tetapi sudah turun 13.33 peratus pada awal sesi dagangan selepas pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine-Russia.
Pada jam 9.58 pagi, saham MAS turun kepada 19.5 sen dengan sejumlah 281.162 juta saham diniagakan. Ia mencecah paras terendah dalam tiga minggu apabila dibuka pagi ini pada 19 sen.
Penerbangan MH17 hilang daripada radar di timur Ukraine pada kira-kira 1415 GMT, beberapa jam selepas pesawat Boeing 777 itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.
MAS mengesahkan ada 298 penumpang dalam pesawat itu dan tidak ada yang terselamat.- BERNAMA
TOP
Menteri: Pesawat MH17 Guna Laluan Yang Betul
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan.
Beliau berkata, laluan sama telah digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan “spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar.”
“Saya boleh sahkan bahawa laluan yang digunakan pesawat MH17 itu bukanlah ruang angkasa yang tidak dibenarkan oleh negara terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat ke istiadat tersebut.
Hishammuddin berkata, beliau difahamkan beberapa pesawat MAS serta penerbangan lain termasuk Thai Airways dan Pakistan International Airlines telah menggunakan lalulan sama selepas insiden tersebut.
“(Oleh itu) masalah laluan salah yang dihebahkan tidak boleh diterima,” tegasnya.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.
Hishammuddin berkata Malaysia komited untuk bawa pesalah ke muka pengadilan jika benar pesawat MH17 ditembak jatuh.
“Kita akan buat apa sahaja untuk memastikan penjenayah yang bertanggungjawab itu akan dibawa ke muka pengadilan. Buat masa ni, penting untuk kita pastikan bahawa tidak ada tuduhan sebelum mendapat jawapan yang tepat,” katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran sebarang spekulasi yang akan menjejaskan kelancaran penyiasatan tragedi tersebut.
“Apa sahaja perkara yang timbul perlu mendapat pengesahan. Yang penting kita ikut prosedur telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan saya percaya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai,” katanya.
Ditanya tentang bantuan logistik, beliau berkata kementerian tidak dapat membuat sebarang keputusan selagi siasatan masih dijalankan dan akan menghantar sebarang keperluan yang diperlukan kelak. – BERNAMA
TOP
Menyingkap Sejarah Nahas Udara Membabitkan MAS
KUALA LUMPUR – Insiden pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine pada Khamis menjadi sejarah hitam kedua untuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tahun ini, iaitu lebih empat bulan selepas insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lepas.
Pada 8 Mac lepas penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 12.41 tengah malam selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam penerbangan ke Beijing.
Namun selain dua insiden tahun ini, MAS turut mempunyai beberapa insiden nahas udara lain sejak syarikat itu ditubuhkan pada 1937. Berikut antara kes lain membabitkan syarikat penerbangan itu:-
*Nahas udara Tanjung Kupang – Pada Disember 1977 penerbangan domestik MH653 dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan pesawat Boeing 737-2H6, terhempas di Tanjung Kupang, Johor dan mengorbankan 100 nyawa dalam apa yang didakwa kes rampasan pesawat pertama di negara ini.
Pesawat dikatakan dirampas individu tidak dikenali, memaksa juruterbang mengalih laluan ke Singapura sebelum ditembak mati oleh individu tersebut, menyebabkan pesawat hilang kawalan. Kes masih tidak berjaya diselesaikan sehingga kini.
Kejadian itu bagaimanapun mencetuskan penubuhan Unit Keselamatan Penerbangan.
*Nahas udara Tawau – Pada September 1995, 34 terkorban daripada 53 penumpang dan anak kapal apabila penerbangan MH2133 dari Kota Kinabalu ke Tawau, Sabah gagal mendarat dengan selamat.
Laporan hasil siasatan mendapati insiden mungkin disebabkan kegagalan juruterbang mengikut prosedur operasi standard selain pembantu juruterbang yang gagal memberi amaran mengenai pengendalian tidak selamat kepada juruterbang dan mengambil alih penerbangan itu.
Faktor lain yang turut menyumbang kepada insiden itu juga dikatakan berpunca daripada kegagalan pegawai kawalan trafik udara memberikan servis yang baik hari itu.
Terbaharu, penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine dipercayai ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal. – BERNAMA
TOP
VIDEO: Pasport Pramugara MH17 Antara Ditemui Di Lokasi Nahas
Disebabkan pesawat MH17 terhempas di tanah rata berhampiran sebuah perkampungan di Ukraine, penduduk setempat bergegas ke tempat kejadian sebaik mendengar bunyi letupan.
Justeru, mereka antara saksi dan individu terawal menyaksikan kejadian yang menggemparkan seluruh dunia ini.
Dalam satu rakaman dipercayai antara yang terawal di muat naik di YouTube, ada antara penduduk merakam kawasan kejadian di mana petugas keselamatan masih berusaha memadam saki baki kebakaran.
Di sebalik serpihan nahas, antara yang ditemui adalah pasport pelbagai negara termasuk Malaysia.
Individu yang merakam kejadian ini sempat menyelak beberapa pasport antaranya milik dua warganegara Belanda iaitu Sophie Charlotte dan Allard Tomas, begitu pasport milik warganegara Malaysia, Sanjid Singh Sandhu Jijar Singh.
Sanjid merupakan salah seorang krew MAS yang berkhidmat sebagai pramugara dalam penerbangan MH17 ini. >> BACA KISAH SANJID DI SINI.
Takziah diucapkan kepada semua keluarga penumpang dan krew MH17.
Jika benar tewasnya pesawat ini bersama seluruh isi disebabkan peluru berpandu puak pemisah dalam konflik Ukraine-Rusia, diharapkan keadilan akan tertegak buat semua mangsa. - MYNEWSHUB.MY

Ketua Pemberontak Umum Tembak Pesawat Ukraine, Tapi Tersilap
Seorang pemimpin puak pemisah yang berpihak pada Rusia Igor Girkin pada mulanya membuat pengumuman bahawa pihaknya sudah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat didakwa pesawat tentera Ukraine.
Pengumuman itu yang dibuat di laman VK (Facebook versi Rusia) oleh Igor yang turut dikenali dengan nama Strelkov tetapi memadamkan penguman itu tidak lama selepas itu. Dia turut mendakwa dirinya sebagai seorang pemimpin Republik Rakyat Donetsk.
“Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26, dekat Torez, ia jatuh terhempas dekat lombong di Ukraine,” menurut kemaskini berkenaan yang kemudiannya dipadamkan.
Bagaimanapun petikan skrin pengumuman itu sempat diambil dan ia disebarkan agensi dan pertubuhan media.
Berkemungkinan mereka memadamkan pengumuman itu selepas menyedari kesilapan besar yang dilakukan apabila pesawat yang ditembaknya merupakan sebuah pesawat penumpang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Pada laman sama, Igor juga pernah memberi amaran untuk tidak terbang di ruang udara mereka atau ia akan ditembak.
“Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di ‘langit kami’.
“Dan ini video yang mengesahkan ‘burung (pesawat) itu jatuh’,” katanya dalam satu pos lain, memetik laporan AFP.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Kumpulan pemberontak yang sama pada 29 Jun turut mendakwa telah berjaya menguasai sebuah pangkalan tentera Ukraine yang mempunyai simpanan peluru berpandu BUK, permukaan ke udara.
Pesawat MH17 terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia ketika dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, Belanda dengan membawa 298 orang termasuk anak kapal. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Video Youtube Seorang Penumpang MH17 Sebelum Berlepas
KUALA LUMPUR – Seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine, Md Ali Md Salim, 30, sempat memuat naik video terakhir dalam akaun laman sosial Instagram miliknya ketika berada di tempat duduk pesawat itu sebelum berlepas.
Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: “Bismillah…#hatiadasikitgentar”.
TOP
MH17: Timur Ukraine Diisytihar Zon Larangan Terbang
Pihak berkuasa Ukraine pada Khamis mengisytiharkan kawasan timur negara itu sebagai zon larangan terbang selepas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) membawa 298 penumpang terhempas di wilayah itu, kata Badan Keselamatan Penerbangan Eropah, Eurocontrol.
Syarikat penerbangan Eropah dan Amerika Syarikat mengubah laluan penerbangan mereka selepas Kiev mengesahkan pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pada Khamis.
Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata penganalisis perisikan percaya ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara.
"Sejak insiden itu, pihak berkuasa Ukraine memaklumkan Eurocontrol mengenai penutupan laluan dari kawasan itu sehingga ke altitud di Timur Ukraine.
"Kesemua pesawat yang merancang untuk terbang menggunakan laluan itu kini disekat oleh Eurocontrol. Laluan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak," menurut satu kenyataan.''
Menurut maklumat Eurocontrol, pesawat tersebut terbang pada kedudukan 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.
sumber: kacamataview.com / mStar.com.my
TOP
Misil itu Adalah untuk Pesawat Putin yang Terbang Di Laluan Sama Sebelum Nahas?
Kejadian malang yang menimpa MH17 telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya siapakah yang bertanggungjawab diatas apa yang telah berlaku dan mengapa?.
Bagaimanapun terdapat juga laporan yang menyatakan peluru berpandu itu telah tersalah sasaran dan sebenarnya ia bertujuan untuk menembak pesawat yang membawa Presiden Rusia, Vladimir Putin. Dakwaan ini adalah berikutan dengan reka bentuk dan corak antara kedua-dua pesawat tersebut seakan-akan sama.
Selain daripada itu memetik laporan RT.com, pesawat kenamaan Rusia itu terbang pada laluan penerbangan yang hampir sama dengan jet Putin. Jet Presiden Rusia itu terbang hanya beberapa minit sebelum nahas malang itu berlaku.
Pesawat IL-96 itu berada di ruang udara sama pada pukul 3.44 petang waktu Moscow dan pesawat MH17 berada di ruang udara berkenaan selepas itu pada pukul 4.21 petang waktu Moscow.
“Saya boleh katakan, pesawat Putin dan MAS berada di tempat sama dan pada ketinggian yang sama iaitu pada ketinggian 10,100 meter,” kata sumber menerusi RT.com.
Pada masa sama, terdapat laporan bahawa pesawat Presiden Rusia itu tidak terbang di ruang udara Ukraine ketika kejadian berlaku. ─ SiakapKeli.com
TOP
MH17: Pramugara Tukar Syif Kerja Dengan Rakan
BUKIT MERTAJAM – Sanjid Singh Sandhu, 41, pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine sepatutnya tidak bertugas dalam pesawat itu, tetapi beliau telah menukar syif kerja dengan rakan setugasnya.
Bapanya Jijar Singh, 71, berkata beliau dihubungi anaknya pada Selasa yang memaklumkan dia menukar syif dengan rakannya untuk ke Amsterdam.
“Sepatutnya dia tidak berada dalam pesawat itu tetapi dia menukar syif dengan kawannya. Sanjid hanya beritahu dia menukar syif tanpa memberitahu sebabnya.
“Dia juga beritahu akan pulang melawat saya dan isteri saya hari ini dan ibunya sudah pun memasak makanan kegemarannya,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini hari ini.
Sanjid adalah antara 15 anak kapal pesawat itu yang terputus hubungan kira-kira 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Ukraine dan Rusia.
Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.
Jijar yang merupakan pesara kerajaan berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya di Itali.
Walaupun sedih, pasangan suami isteri berkenaan menerima berita itu dengan hati yang tenang.
“Apa yang berlaku sudah berlaku. Seluruh badan saya menggeletar ketika menerima berita ini 4 pagi tadi,” katanya yang baru sahaja menjalani dua pembedahan pintasan jantung.
Jijar berkata kali terakhir anak lelaki tunggalnya itu yang tinggal bersama isteri dan anaknya di Selangor pulang melawatnya bulan lepas. – BERNAMA
TOP
Korban Keganasan Israel Meningkat Kepada 248
BANDARAYA GAZA – Angka kematian di Gaza mencecah 248 orang awal hari ini ketika Israel melancarkan serangan darat pada hari ke-11 operasi besar-besaran terhadap pejuang Hamas.
Korban terbaharu itu membabitkan seorang lelaki di Shejaiyeh, di timur Bandaraya Gaza, sekali gus meningkatkan angka kematian hari ini kepada tujuh orang.
Terdahulu, empat orang, termasuk bayi berusia lima bulan, terbunuh dalam serangan Israel dalam beberapa insiden di Rafah.
Sekurang-kurangnya 1,920 rakyat Palestin cedera. – AFP
TOP
Zul Huzaimy Masih Kunci Mulut Tentang Kekasih
Sejak membuat kenyataan bahawa kekasihnya bukan isteri orang seperti yang digembar-gemburkan sekitar April lalu, nama pelakon ini agak kurang diperkatakan. Tambahan Zul Huzaimy memang jarang muncul di acara-acara hiburan tempatan.
Namun semalam, MD berkesempatan bertemu dengan pelakon dan pengarah berkaliber ini di Pelancaran Ini Baru Raya RTM dan Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Menara KL.
Selain bertanyakan tentang perkembangan karier, sempat juga ditanya kepada Zul tentang perkembangan hubungan percintaannya.
Menurutnya, kontroversi yang mendakwa buah hatinya itu adalah isteri orang sikit pun tidak menjejaskan hubungan mereka. Malah hubungan mereka bertambah baik. Zul bagaimanapun enggan bercerita lanjut mengenai teman wanitanya itu kerana bimbang kenyataannya disalah erti olehh segelintir pihak.
“Hubungan kami okay. Saya tak mahu lah bercerita lebih. Kalau saya buka mulut, takut disalah tafsir pula.
“Nanti bila saya sudah sedia, saya akan kongsikan.. Sekarang ni saya belum ada apa-apa nak cakap lagi”, katanya ringkas.
Namun Zul memberitahu raya Aidilfitri ini dia cuba untuk mencari masa beraya ke rumah kekasihnya yang dipanggilnya dengan panggilan “sayang” itu.
Sementara mengenai perkembangan karier, Zul kini sedang sibuk mengarahkan drama bersiri 26 pisod berjudul ‘Kerambit’. Dalam masa yang sama dia juga merupakan salah seorang pelakon untuk drama aksi yang akan disiarkan di saluran RTM itu.
“Saya sedang mengarah drama episod, ala–ala Gerak Khas tapi yang ini tentang bekas komando. Drama ni terbitan Suhan Movies. Saya pun turut berlakon dalam drama ni”, katanya.
Ditanya mengenai cabaran menjalani penggambaran di bulan Ramadan, kata Zul, ia tidak menjadi masalah besar baginya dan kru produksi untuk meneruskan penggambaran kerana kebanyakan babak aksi dilakukan di waktu malam.
Selain itu, Zul juga bakal menjalani penggambaran dokumentari tentang tokoh-tokoh seniman negara. – Malaysian Digest
TOP
Bedilan Kereta Kebal Israel Bunuh Bayi Palestin
BANDARAYA GAZA – Bedilan kereta kebal Israel membunuh lima orang di Semenanjung gaza, termasuk seorang bayi berusia lima bulan awal hari ini, menurut pegawai perubatan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra mengumumkan kematian terbaharu itu ketika Israel melancarkan operasi darat selepas 10 hari konflik dengan Hamas.
Mangsa termasuk seorang bayi berusia lima bulan dan orang dewasa berusia 22 tahun dalam insiden bedilan kereta kebal berasingan di selatan Rafah.
Qudra turut mrlaporkan dua lelaki terbunuh akibat dibedil kereta kebal di utara Beit Hanun manakala seorang lagi di Rafah. – AFP
TOP
Serangan Darat Israel Akan Gagal – Hamas
DOHA – Ketua Hamas, Khaled Meshaal berkata serangan darat Israel di Gaza akan gagal.
“Apa yang gagal dicapai Israel menerusi serangan udara dan laut, ia juga tidak akan capai dengan serangan udara,” kata Meshaal yang hidup dalam buangan di Doha.
Jurucakap Hamas di Gaza menyatakan bahawa “Israel akan menanggung akibatnya” kerana melancarkan operasi di darat dan pergerakan Islam Palestin “bersedia untuk bertempur”.
Meshaal berkata, Hamas mempunyai “tuntutan jelas”, termasuk penamatan “kekerasan” dan hukuman kolektif terhadap rakyat kami di Gaza dan Tebing Barat.
Beliau menegaskan “punca segala masalah ialah pendudukan Israel dan pembinaan penempatan. – AFP
TOP
Israel Perlu Henti Serangan Darat Di Gaza
KAHERAH – Presiden Palestin, Mahmud Abbas menggesa Israel menghentikan serangan darat di Semenanjung Gaza kerana ia akan menyebabkan lagi pertumpahan darah dan menyulitkan usaha bagi menamatkan konflik, menurut agensi berita rasmi MENA.
Kenyataan Abbas itu dibuat beberapa jam selepas Israel melancarkan serangan darat ketika angka korban di Gaza mencecah 247 orang awal hari ini.
“Israel perlu menamatkan operasi di Semenanjung Gaza,” kata Abbas.
Semalam, Abbas menemui Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi ketika usaha diplomatik dipertingkatkan bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hamas. – AFP
TOP
Bilangan Tentera Di Esscom Akan Ditambah
KOTA KINABALU – Panglima Pemerintahan Wilayah Timur (Sabah/Sarawak) Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata bilangan anggota tentera di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) akan ditambah bagi memperkukuhkan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata penambahan anggota itu adalah sebagai persiapan untuk membantu anggota keselamatan lain seperti polis dalam menghadapi sebarang
kemungkinan di kawasan pantai timur Sabah.
“Pihak Tentera Darat sedang merancang dan berusaha untuk menambah bilangan anggota di kawasan ESSCom sejak tamatnya Ops Daulat lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga 5 Briged Infantri, di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi, malam tadi.
Katanya, selain menambah bilangan anggota tentera, aset yang telah sedia di kawasan ESScom juga akan ditambah bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi aspek keselamatan.
“Mereka (anggota tentera) sentiasa bersiap siaga dan mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu pihak polis menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.
Turut hadir Panglima Task Force 450 Mejar Jen Datuk Ranjit Singh Ramday dan Panglima Markas 5 Briged Jalaluddin Manan.
Mohd Zaki turut meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat yang tersebar di laman sosial dan perlu merujuk kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengetahui keadaan sebenar.
Pada majlis itu, sebanyak 28 saudara baharu menerima sumbangan termasuk lima orang menerima sumbangan khas. – BERNAMA
TOP
5 Maut Helikopter Terhempas Di Bandar Gwangju
SEOUL – Lima anggota bomba terkorban selepas sebuah helikopter yang dinaiki mereka terhempas semalam berhampiran sebuah apartmen dan sekolah di bandar Gwangju, kata beberapa pegawai.
Seorang pegawai berkata, kejadian tersebut menyebabkan seorang pelajar perempuan yang berada di bangunan sekolah cedera ringan.
Ujarnya, helikopter berkenaan dalam penerbangan pulang ke ibu pejabat selepas menyertai operasi mencari 11 mangsa yang masih hilang dalam tragedi feri karam yang menyebabkan 290 penumpang maut pada April lalu.
Seorang lagi pegawai berkata, kelima-lima anggota bomba tersebut menaiki helikopter itu bagi menyertai operasi mencari mangsa feri karam pada Isnin lalu.
Imej televisyen menunjukkan helikopter itu terbakar dan kepulan asap hitam di udara kelihatan berhampiran bangunan berkenaan.
Ramai mangsa tragedi feri karam berkenaan adalah pelajar sekolah dan kejadian tersebut turut meningkatkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan feri di negara ini. – AP
TOP
Wanita Pandu SUV Masuk Ke Dalam Kolam
COLUMBUS, Ohio – Seorang wanita di sini didakwa cuai selepas dia memandu keretanya ke dalam sebuah kolam yang dipenuhi sekumpulan penduduk yang sedang berparti.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, wanita tersebut yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar pagar sebuah rumah sebelum ia jatuh ke dalam sebuah kolam renang.
Seorang saksi, Christopher Sanford berkata, ketika kejadian dia berada di dalam kolam sebelum terdengar bunyi yang kuat.
“Apabila saya menoleh saya melihat sebuah kenderaan berada di dalam kolam,” katanya.
Katanya, ketika kejadian terdapat beberapa orang sedang berparti di tepi kolam tetapi tiada mangsa yang cedera.
Dalam pada itu, pihak polis berkata, pemandu tersebut, Cheryl Chapman, 46, didakwa kerana memandu dengan cuai.
Bagaimanapun, punca yang menyebabkan wanita tersebut gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas ke dalam kolam berkenaan masih belum diketahui. – Agensi
TOP
Obama Akan Cari Penyelesaian Krisis Di Gaza
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menyatakan kelmarin negaranya akan menggunakan segala sumber diplomatik dan hubungannya untuk memastikan persetujuan gencatan senjata dapat dicapai bagi menamatkan keganasan antara Israel dan Hamas di Genting Gaza.
Obama berkata, AS menyokong usaha berterusan Mesir untuk menghidupkan semula gencatan senjata yang dipersetujui pada tahun 2012.
Menurutnya, AS sedang berusaha bersama sekutunya di Asia Barat untuk mencapai persetujuan satu gencatan senjata akan dicapai.
Kata Obama, Israel berhak mempertahankan diri daripada serangan roket Hamas tetapi beliau juga kesal dengan kematian orang awam di Gaza.
Beliau memberi penekanan mengenai keperluan untuk melindungi orang awam di Gaza dan Israel serta mengelak krisis itu daripada menjadi bertambah buruk.
“Tiada penduduk negara di bumi yang boleh menjalani kehidupan apabila ia berdepan bedilan roket pada setiap hari,” kata Obama di White House di sini.
“Namun, sejak dua minggu lalu, kita semua sedih berhubung keganasan terutamanya kematian dan kecederaan sebegitu ramai orang awam di Gaza,” tambahnya. – AP
TOP
Piala Dunia: Bosque Mahu Kekal Jawatan
BARCELONA – Penyingkiran awal memalukan di Piala Dunia, Brazil, awal bulan lalu tidak menggugat kedudukan jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque yang mengakui merancang untuk mengemudi pasukannya ke saingan Euro 2016 di Perancis.
Del Bosque yang memperoleh sokongan kuat Kesatuan Bola Sepak Sepanyol akhirnya membuka mulut mengenai masa depannya dan berkata mahu mengekalkan tugasnya malah menyifatkan pasukannya tidak memerlukan perubahan besar untuk mencabar di Kejuaraan Eropah itu pada 2016.
Sepanyol yang mengharungi era gemilang dengan menjuarai Piala Dunia 2010 selain dua kejuaraan Eropah berturut-turut pada 2008 dan 2012 tersingkir awal di peringkat kumpulan di Brazil apabila tewas dua perlawanan awal kepada Belanda dan Chile.
“Kita boleh melakukan sesuatu yang lebih baik dan bangkit kembali ke laluan yang sebenar. Kami akan cuba mempertahankan kejuaraan pada Kejuaraan Eropah selepas ini,” kata Del Bosque.
“Perubahan yang drastik tidak diperlukan, sebaliknya kami perlu meneruskan perjalanan kami di laluan sama dengan beberapa perubahan kecil.”
Kontrak pengendali berusia 63 tahun itu dijadualkan tamat pada 2016 selepas gah membimbing Sepanyol dalam era paling gemilang bola sepak negara itu bermula dengan kejayaan Euro 2008.
“Saya masih berhubung dengan persatuan ketika ini dan mereka mengatakan enam tahun sebelum ini lebih penting berbanding dua perlawanan yang buruk. Persatuan positif dan menilai kerja saya. Kami merasa amat kuat dan meneruskan kerja kami seperti sebelum ini,” katanya. – Reuters
TOP
MH17: MAS Betulkan Jumlah Penumpang Kepada 298 Orang
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia.
Syarikat penerbangan itu dalam kenyataan sebelum ini berkata bahawa pesawat malang penerbangan MH17 itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
Sesetengah warganegara penumpang masih belum dikenal pasti, kata MAS.
Syarikat penerbangan itu menyenaraikan jumlah penumpang dan anak kapal mengikut warganegara iaitu Belanda 154; Malaysia 43 (termasuk 15 anak kapal dan dua bayi); Australia, 27; Indonesia, 12 (termasuk seorang bayi), United Kingdom, sembilan; Jerman, empat; Belgium, empat; Filipina, tiga; Kanada, satu; dan yang tidak disahkan 41.
Menurut Malaysia Airlines, syarikat itu sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat penumpang dan anak kapal.
“Fokus kami sekarang adalah bekerjasama dengan pasukan bantuan kecemasan dan pihak berkuasa dan menggerakkan sepenuh sokongannya bagi menyediakan bantuan penjagaan sebaik mungkin kepada waris terdekat,” kata kenyataan itu.
MAS mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Malaysia Airlines juga menggerakkan “Go Team” ke Amsterdam dengan sekumpulan penjaga dan sukarelawan membantu anggota keluarga penumpang.
“Doa dan harapan kami bersama dengan penumpang dan anak kapal yang terlibat dan anggota keluarga mereka,” kata syarikat penerbangan itu.
Syarikat itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.
Anggota keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi talian +603 7884 1234 (Malaysia) atau +31703487770 (Netherlands). – BERNAMA
TOP
Laluan Kapal Terbang Berubah Setelah MH17 Terhempas Ditembak
Melihat kepada peta laluan kapal terbang secara langsung kelihatannya tiada pesawat yang berasa di kawasan Ukraine. Semua pesawat telah mengubah laluan kepada sekitarnya.
Situasi ini sudah pasti berlaku berikutan MH17 terhempas ditembak. Maklumat ini diperolehi dari NewsWeek. ─ SiakapKeli.com
TOP
Boeing Bersedia Salur Bantuan Bagi MH17
KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung dengan MH17.
“Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang,” kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis.
Terdahulu, Malaysia Airlines mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
Penerbangan MH17 yang menggunakan pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikut.
Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. – BERNAMA
TOP
Adik Begitu Teruja Untuk Pulang Beraya Di Kampung
SEPANG – Abang kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis berkata adiknya Md Ali Md Salim, 30, begitu teruja untuk pulang beraya di kampung mereka di Muar, Johor.
Menurut Md Zaki, seminggu sebelum kejadian adiknya sempat berbual di laman sosial Facebook dan menyatakan hasrat untuk membeli seluar dan kasut untuk semua anggota keluarganya.
“Dia sempat bertanya kepada kami meminta saiz seluar dan kasut untuk dibelinya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.
Md Ali yang merupakan anak keenam daripada lapan beradik itu sedang melanjutkan pelajaran dan menyiapkan tesisnya dalam kajian psikologi peringkat Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti di Armsterdam.
“Setelah mendapat berita dari kakak, saya bergegas ke lapangan terbang ini dan pihak MAS sahkan adik saya adalah salah seorang penumpang pesawat itu,” kata Md Zaki.
Penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya. – BERNAMA
TOP
Setiausaha Agung PBB Gesa Siasat Insiden MH17
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon merakamkan takziah dengan tragedi pesawat MAS terhempas di Ukraine, dan menggesa penyiasatan penuh dilakukan terhadap tragedi itu.
“Saya memantau dan mengikuti perkembangan laporan-laporan, bersama-sama dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PBB di New York pada Khamis, seperti dipetik oleh laman web PBB www.un.org.
Beliau berkata tidak perlu bagi penyiasatan penuh dan telus peringkat antarabangsa.
“Dengan ini, saya merakamkan takziah kepada keluarga dan orang tercinta mangsa dan rakyat Malaysia,” katanya.
Pesawat MAS, MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.
Tragedi MH17 berlaku kira-kira lebih empat bulan selepas sebuah lagi pesawat MAS, MH370 hilang setelah kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing, China bersma-sama 239 penumpang dan anak kapal. Pesawat itu masih belum dijumpai. – BERNAMA
TOP
Hati Saya Luluh Lihat Cebisan Kapal Terbang Berselerak
KUCHING – Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk becerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Beliau berkata anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Beliau yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti.
Menurutnya pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperolehnya awal pagi ini dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen.
Kediamannya di sini sudah mula dipenuhi sanak saudara, termasuk daripada keluarga menantunya sejak awal pagi dan suasana pilu memang tidak dapat digambarkan, susulan tragedi berkenaan.
Ariza merupakan anak kedua daripada lima beradik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu untuk bersama suaminya di Kazakhstan.
Kakak Ariza, Madzalina Ghazalee, 47, berkata keluarganya mulai kecoh mengenai kemungkinan Ariza bersama keluarganya menaiki kapal terbang yang dilaporkan terhempas selepas ditembak, tengah malam tadi, namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya.
Beliau berkata pada awal pagi ini, keluarnya mendapat maklumat dan pengesahan daripada Penerbangan Malaysia (MAS) mengenai adiknya bersama keluarga adalah penumpang pesawat malang berkenaan.
Madzalina berkata, Ariza bersama suami dan anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi ini dan berlepas ke Kuching tengah hari, untuk sampai di sini kira-kira 2 petang ini. – BERNAMA
TOP
Rakaman Perbualan Kumpulan Pemisah Akui Tembak Jatuh MH17
PETALING JAYA – Dakwaan terbaharu bahawa penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan militan tersebar, dengan rakaman yang didakwa perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan anggota kumpulan pemisah sebagai bukti, lapor sebuah akhbar Ukraine berbahasa Inggeris.
Dalam perbualan yang didakwa dipintas dan dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine (SBU), seorang anggota militan memaklumkan bahawa pesawat itu adalah ’100% persawat komersial’.
Rakaman itu yang diterjemahkan oleh The Kyiv Post menunjukkan Iglor Bezler – seorang komander utama Republik Rakyat Donetsk – berbual dengan seseorang yang dipercayai kolonel bersama Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.
Bezler berkata, mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.
Selepas itu, kedua-duanya didengar berbincang mengenai serangan tersebut dengan salah seorang daripada mereka berkata pesawat tersebut berkecai di udara.
“Kami telah menemui mayat pertama iaitu orang awam.
“Pendek kata, ia 100 peratus pesawat komersial,” katanya.
Dia berkata, serpihan pesawat berkecai di sekitar kawasan perumahan dan tiada apa yang tinggal melainkan mayat, kerusi pesawat dan barangan penumpang seperti peralatan perubatan, tuala dan tisu tandas.
Katanya, mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez, ia adalah pesawat komersial dan terhempas berhampiran Grabove.
“Terdapat banyak mayat wanita dan kanak-kanak,” katanya.
Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 dipercayai ditembak jatuh.
– BERNAMA
– BERNAMA
TOP
MH17: Keluarga Mangsa Diberi Taklimat Di Marriot Putrajaya
SEPANG – Keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini berhubung nahas MH17 di Hotel Marriot Putrajaya.
Sementara itu MAS turut membuka pusat operasinya di Hotel Shangrila Putrajaya bertujuan menyalurkan maklumat kepada keluarga krew MH17 mengenai tragedi malang itu.
Maklumat daripada sumber dalaman MAS itu bagaimanapun tidak menyatakan mengenai waktu taklimat berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan. – mStar.com.my
TOP
Video (CNN) ─ Pendatang Israel Bersorak Apabila Roket Dilancarkan Memusnahkan Gaza
Seperti yang kita sedia maklum pada ketika ini Israel telah melancar serangan terhadap Gaza dari semua senjata mereka. Bermula dari serangan udara kini berserta serangan darat dan laut.
Disaat kita di sini sedang bersedih mengenangkan nasib Gaza dan tertanya-tanya berapa ramai lagikan yang akan terkorban dalam serangan Israel terhadap Gaza, Tetapi mereka bagaikan berpesta diatas serangan ini.
Melihat pada video yang dimuatnaikkan oleh CNN ini yang mana menunjukkan serangan roket dari gaza diikuti dengan sorakan pendatang Israel.
─ SiakapKeli.com
─ SiakapKeli.com
TOP
Perdana Menteri Zahir Rasa Terkejut Terhadap Nahas MH17
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menzahirkan perasaan terkejut beliau terhadap perkhabaran yang baru diterima mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Perdana Menteri menerusi twit terbaru di akaun rasmi Twitternya berkata: “Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas. Kita sedang lakukan siasatan dengan segera.”
Dipercayai kesemua 295 penumpang dan anak kapal pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai maut.
Ketika berita ini ditulis, Najib sudah dalam perjalan menuju ke bilik operasi MAS di KLIA. - Berita Harian
TOP
Harga Minyak Dunia Melonjak Naik Ekoran Insiden MH17
NEW YORK- Harga minyak dunia melonjak naik pada Khamis 18/7, setelah pesawat Malaysia, MH17 ditembak jatuh di timur Ukrain baru-baru ini.
Di US, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan Ogos, naik 1.99 dolar AS menjadikan harganya ditutup pada 103,19 dolar AS per barel di New York Mercantile Exchange.
Di Eropah pula, minyak mentah Brent North Sea untuk bulan September, di hari pertama kontrak September diperdagangkan, berakhir dengan keuntungan sebesar 72 sen menjadi 107,89 dolar AS per barel di London.
Pasaran terkejut oleh berita bahwa pesawat Malaysia Airlines dengan kod penerbangan MH 17, membawa 295 orang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di tembak jatuh lalu terhempas di Shaktarsk di wilayah Donetsk.
TOP
Kenyataan Rasmi Perdana Menteri DS Najib Berkenaan Nahas MH17
Kenyataan rasmi perdana menteri mengenai nahas MH17
Petang semalam, saya telah dimaklumkan mengenai berita dahsyat dan amat mengejutkan bahawa jet Malaysia Airlines turun di timur Ukraine. Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa jet flight Malaysia Airlines 17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Penerbangan ini berangkat Amsterdam pada 12:15, waktu tempatan. Ia dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada 06:10, tempatan, waktu Malaysia. Pesawat itu adalah Boeing 777-200. Laluan penerbangan pesawat telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara pesawat itu menyeberangi tidak tertakluk kepada sekatan. Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat tidak membuat panggilan kecemasan. Penerbangan itu membawa seramai 295 orang - yang terdiri daripada 280 penumpang dan 15 anak kapal. Malaysia Airlines adalah dalam proses memberitahu seterusnya kadim para penumpang dan anak kapal. Semua penjagaan yang sesuai akan diberikan kepada saudara mangsa. Kerajaan Malaysia adalah menghantar satu penerbangan khas ke Kiev, membawa Bantuan Khas Malaysia Bencana dan Pasukan Penyelamat, serta pasukan perubatan. Menurut maklumat yang diberikan oleh Kiev Kawalan Trafik Udara, lokasi pencari kecemasan beacon pesawat adalah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 saat Timur. Pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa pesawat itu ditembak jatuh. Pada peringkat awal ini, namun, Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi ini. Tetapi kita mesti - dan kami akan - mengetahui dengan tepat apa yang berlaku kepada penerbangan ini. Batu tidak boleh dibiarkan unturned. Jika ternyata bahawa pesawat itu memang ditembak jatuh, kita berkeras bahawa pelaku mesti pantas dibawa ke muka pengadilan. Pusat-pusat operasi kecemasan telah ditubuhkan. Dalam beberapa jam terakhir, pegawai Malaysia telah sentiasa berhubung dengan rakan-rakan mereka di Ukraine dan di tempat lain. Dan saya akan bercakap kepada beberapa pemimpin-pemimpin dunia ke atas jam yang akan datang. Saya telah mengikuti beberapa perbualan dengan Perdana Menteri Belanda. Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau telah berjanji bahawa akan ada suatu penyiasatan sepenuhnya, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput untuk mengambil bahagian. Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara ini, dalam usaha untuk mewujudkan satu koridor kemanusiaan ke lokasi kemalangan. Tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. Dia dan saya kedua-duanya bersetuju bahawa siasatan tidak terhalang dalam apa jua cara. Satu pasukan antarabangsa mesti mempunyai akses penuh ke lokasi kemalangan. Dan tidak patut mengganggu kawasan itu, atau memindahkan apa-apa sampah, termasuk kotak hitam. Ini adalah hari yang tragis, dalam apa yang telah menjadi tahun yang tragis, untuk Malaysia. Seperti yang kita berusaha untuk memahami apa yang berlaku, pemikiran dan doa-doa kita adalah dengan keluarga dan rakan-rakan mereka di atas kapal penerbangan. Saya tidak boleh bayangkan apa yang mereka perlu melalui pada masa ini menyakitkan. Penumpang penerbangan dan anak-anak kapal datang dari pelbagai negara. Tetapi hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan. - Dipetik dari Berita Harian

Pecahan Penumpang MH17 Mengikut Warga Negara
Berikut adalah pecahan penumpang MH17 yang dipercayai telah terhempas ditembak dengan menggunakan BUK di sempadan Rusia.
Malaysia (termasuk krew) – 38
154 – Belanda
27 – Australia
11 – Indonesia
6 – United Kingdom
4 – Jerman
4- Belgium
3- Filipina
1 – Kanada
Bagaimanapun 47 masih belum dapat disahkan. Namun kesemua 295 penumpang dan kru pesawat tersebut disahkan terkorban.

Kronologi Kejadian Malang Pesawat MH17
Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat.
Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah “ditembak” namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
17 Julai (Khamis)
* 12.15 Tengah Hari – (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam.
* 10.15 MALAM – (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
18 Julai (Jumaat)
* 12.00 TENGAH MALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta.” - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu.
* 2.07 PAGI – Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu.
* 2.30 PAGI – Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu “tragedi dasyat” dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

Pesawat Rusia Seakan Sama dengan Pesawat MAS Punca MH17 Ditembak?
Seperti biasa bila berlakunya kejadian seperti ini mulalah timbul pelbagai teori. Bagaimanapun SK turut akan berkongsi satu teori yang mana mungkin punca pesawat MAS MH17 ditembak. Sekalipun punca itu sendiri belum dipastikan lagi kesahihannya.
Jika dilhat pada bendera Rusia ia terdiri daripada 3 warna jalur iaitu Putih, Biru, dan Merah yang mana warna itu wujud pada pesawat MAS.
Bagaimanapun ini hanya satu teori semata-mata. Jika betul ia ditembak kerana salah faham pada logo tersebut maka musuh Rusia yang menembak itu memang buta huruf kerana sudah tertera pada pesawat nama negara Malaysia. Selain itu jika dilihat, pesawat Rusia juga seakan akan sama dengan pesawat MAS.
Setakat ini belum diketahui pihak mana yang dipercayai telah menembak pesawat tersebut namun banyak pihak yang menunding jari kepada pihak tentera Ikraine yang dikatakan menggunakan Sistem Peluru Berpandu BUK dalam kejadian ini dan kebetulan pula pihak tentera Kiev telah memasang sistem itu sehari sebelum kejadian ini. ─ SiakapKeli.com

MH17 Dipercayai Ditembak Dengan Sistem Peluru Berpandu BUK
Gambar hiasan - BUK Rocket Launcher
Persawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah terhempas di Ukriane berhampiran dengan sempadan Rusia pada lewat 17 Julai 2014 dipercayai telah ditembak jatuh dengan menggunakan Sistem Peluru Berpandu BUK yang dibangunkan pada era Soviet Union. Menurut sumber, peluru berpandu BUK dapat mencapai sehingga jarak 30 Kilometer dengan kelajuan 830 meter sesaat. Bagaimanapun tidak diketahui BUK versi mana digunakan yang dipercayai telah menembak jatuh MH17. Menurut tweet yang disampaikan oleh MAS berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. ─ SiakapKeli.com

Juruterbang Pesawat MH17 Hasrat Tunai Haji Selepas Aidilfitri
Bangkai pesawat MH17 terbakar selepas dipercayai "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.
KEMAMAN: Juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Wan Amran Wan Hussin, 50, berhasrat menunaikan fardu haji bersama kakaknya pada musim haji bulan depan. Menurut anak saudaranya, Amaluddin Noorshah, 48, hasrat itu dinyatakan ketika Wan Amran pulang ke kampungnya untuk berbuka puasa bersama sanak saudaranya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, minggu lepas. "Dia menyatakan hendak menunaikan rukun Islam yang kelima itu bersama kakaknya Wan Aini, ketika itu saya merasakan ada kelainan dari nada suaranya," katanya. Amaluddin berkata beliau tidak menjangka itulah kali terakhir bertemu bapa saudaranya setelah mendapat berita tragedi MH17 itu lewat malam Khamis. "Saya mengetahuinya melalui aplikasi 'Whatsapp' yang memang disertai oleh ahli keluarga, lemah seluruh tubuh ahli keluarga kami setelah mendapat tahu Wan Amran memandu pesawat terbabit,"katanya. Amaluddin tidak menyangka tragedi buruk itu akan menimpa bapa saudaranya kerana dalam pengetahuannya Wan Amran telah memandu pesawat Boeing lebih 20 tahun lalu. "Dia sangat rapat dengan adik beradiknya dan suka bersedekah, isteri dan dua anak lelaki tinggal di Shah Alam,"katanya. Amaluddin mengakui hubungannya dengan bapa saudaranya itu memang rapat sejak daripada kecil lagi. Pada sidang media khas di Hotel Sama-Sama, Sepang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine. Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis. Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu tempatan. - mstar

MH17: Bapa Pramugari Terkejut Pesawat Ditembak
Ibu salah seorang anak kapal Penerbangan MH17, Sharom Ibrahim, 57, tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang gambar anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, semasa ditemuramah di kediamannya di Mayang Pasir, Bayan Baru, Pualau Pinang pada Khamis.
GEORGE TOWN: Keluarga pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31,(gambar) yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalam pesawat berkenaan.
Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana selain pihak MAS yang turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam Khamis. Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baru sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp. "Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkan gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria. "Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di sini.
Sharom Ibrahim, 57, memegang gambar anaknya Nur Shazana yang turut terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine. Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalam pesawat MH17 yang terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine. Mohamed Salleh berkata beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas. Beliau berkata keluarganya akan menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak. Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil. - mstar

MH17: MAS Sekali Lagi Jadi Tajuk Utama Akhbar Dan Portal Dunia
PETALING JAYA: MAS sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar dan portal berita dunia apabila penerbangan MH17 yang membawa 295 penumpang dan anak kapal ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
Pada 8 Mac lalu, MAS mula dikenali masyarakat dunia apabila sebuah pesawat milik syarikat penerbangan itu hilang dari radar dan tidak ditemui hingga kini.
Dalam kejadian itu penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar selepas berlepas pada pukul 12.41 pagi.
Pesawat itu dilaporkan mengakhiri penerbangannya di Lautan Hindi dan usaha mencari masih diterus sehingga hari ini. Bagaimanapun, pada Khamis dunia sekali lagi dikejutkan dengan berita nahas penerbangan apabila sebuah lagi pesawat milik MAS terhempas kerana ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Pesawat itu didakwa ditembak jatuh kerana terbang di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.
- mstar

Tragedi MH17: Malaysia Tuntut Keadilan - PM
Najib pada sidang media sulung susulan tragedi MH17 terhempas di Ukraine, pada awal pagi Jumaat.
SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine hingga mengorban kesemua 295 penumpang dan anak kapal tidak melalui ruang udara di kawasan konflik negara itu. Perdana Menteri berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), pesawat Boeing 777-200 itu tidak melintasi zon sekatan. Tambah Najib, Penerbangan Malaysia (MAS) turut mengesahkan bahawa pesawat malang itu tidak melakukan sebarang panggilan kecemasan. "Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak jatuh. "Bagaimanapun pada peringkat ini, Malaysia masih belum dapat mengesahkan punca tragedi ini. "Jika ternyata bahawa pesawat itu memang ditembak jatuh, kita berkeras bahawa pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di sini, awal pagi Jumaat. Sidang media kira-kira pukul 4.30 pagi itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Luar, Datuk Seri Hanifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Najib memaklumkan, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh dan bebas akan dilakukan dengan disertai wakil Malaysia. "Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu dalam usaha untuk mewujudkan satu koridor kemanusiaan ke lokasi kemalangan," katanya. Menurut Najib, beliau turut menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung insiden tersebut. "Kami bersetuju bahawa siasatan mengenainya tidak boleh dihalang. "Satu pasukan antarabangsa mestilah mempunyai akses penuh ke lokasi kejadian dan tidak ada mana-mana pihak boleh mengganggu kawasan itu, atau memindahkan apa-apa serpihan termasuk kotak hitam," katanya. Selain itu Najib berkata, MAS sedang mengenal pasti ahli keluarga penumpang dan krew. "Semua bantuan yang perlu akan diberikan. Kerajaan Malaysia menghantar penerbangan khas ke Kiev, membawa pasukan bantuan khas dan pasukan penyelamat, serta pasukan perubatan," katanya. - mstar

Pasport Antarabangsa Termasuk Malaysia Ditemui Bertaburan
Antara pasport pelbagai negara termasuk Malaysia yang ditemui di tempat kejadian pesawat Malaysia MH17 jatuh terhempas di Timur Ukraine pada petang Khamis.
LONDON: Antara lima hingga 10 penumpang pesawat malang Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Timur Ukraine pada petang Khamis adalah terdiri daripada warga Britain demikian menurut media massa negara itu. Keseluruhannya pesawat itu membawa 295 penumpang termasuk 15 kakitangan kabin.
Juga dipercayai sekurang-kurangnya 23 warga Amerika Syarikat turut menaiki pesawat berkenaan yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Antara yang turut menaiki pesawat itu ialah seorang penumpang dari Belanda yang sempat merakamkan pesawat itu dan memuatnaikkannya di dalam laman Facebooknya sebelum mereka berlepas.
Sementara itu terdapat foto yang diambil di tempat kejadian menunjukkan pasport antarabangsa British, Amerika dan juga Malaysia antara yang ditemui bertaburan. Pesawat MAS itu dikatakan ditembak jatuh menggunakan peluru torpedo buatan Rusia.

MH17: Presiden Rusia Ucap Takziah Kepada PM
KUALA LUMPUR: Presiden Rusia Vladimir Putin menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines terhempas di wilayah Ukraine.
Laman web Presiden Rusia, http://eng.kremlin.ru , menyatakan nahas itu telah menyebabkan banyak kehilangan nyawa.
"Presiden Rusia meminta Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan ucapan takziah dan sokongan beliau kepada keluarga mangsa," lapor laman web itu.
Dalam tweet beliau, Najib berkata beliau terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas.
Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.
MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine. - mstar
TOP
Menteri Pengangkutan Di Beijing Ketika MH17 Terhempas
Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai
PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengendalikan isu MH17 yang terhempas di Ukraine sebaik sahaja beliau tiba dari Beijing, China. Liow berkata beliau akan tiba di Kuala Lumpur pada awal pagi Jumaat dan akan mengendalikan isu ini. Beliau yang baru sahaja dilantik sebagai menteri pengangkutan yang baru berada di Beijing kerana mengendalikan urusan satu lagi kes MAS yang melibatkan pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi kurang lebih empat bulan yang lalu. - mstar

Syarikat Penerbangan Awam Rusia Aeroflot Batal Laluan Ruang Udara Ukraine
Salah satu serpihan dari bangkai pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine ditemui penduduk kawasan sekitar.
MOSCOW: Syarikat Penerbangan Aeroflot, milik Rusia memutuskan untuk mengelak melintasi ruang udara Ukraine ekoran tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang mengorbankan 295 nyawa. Beberapa jam selepas kejadian itu, Aeroflot mengeluarkan kenyataan bahawa mereka kini memutuskan untuk tidak melintasi ruang udara Ukraine lagi. Sebelum itu, sebuah lagi syarikat penerbangan awam Rusia, Transaero Airlines turut membuat keputusan yang sama. Manakala syarikat penerbangan utama Kazakhstan, Air Astana telah mengantungkan kesemua penerbangannya dari Almaty ke ibu negara Ukraine, Kiev ekoran kejadian ini. MH17 yang menggunakan model Boeing-777 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas dari ketinggian 10,000 meter berhampiran bandar Donetsk di Timur Ukraine. Kawasan itu kini sedang bergolak dengan konflik dalaman yang menyaksikan puak pemisah dari etnik Rusia berjuang menentang kerajaan pusat Ukraine dengan bantuan dan sokongan moral Rusia. Pesawat malang itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Ia dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru torpedo darat ke udara buatan Rusia. - mstar

Selepas Hewlett-Packart Cadang Buang 50,000 Staf Kini Giliran Microsoft Pecat 18,000 Pekerja
SEATTLE (AS): Pengeluar perisian komputer, Microsoft pada Khamis mengumumkan yang mereka akan memberhentikan sekurang-kurangnya 18,000 pekerja dalam tempoh setahun dari sekarang dalam usaha untuk berfungsi secara lebih efisien dan berdaya saing di pasaran.
Langkah pemberhentian besar-besaran itu adalah yang terbesar dalam sejarah 39 tahun firma tersebut.
Jumlah yang dicadangkan itu mewakili 14 peratus daripada keseluruhan tenaga kerjanya.
Yang akan terjejas teruk ialah unit Nokia Microsoft yang akan menyaksikan sekurang-kurangnya 12,500 daripada tenaga kerja yang akan dibuang itu adalah dari unit tersebut.
Menurut Microsoft, 1,100 pemberhentian kakitangan akan melibatkan unit mereka di Finland manakala 1,800 lagi dari kilang Nokia di Hungary.
Jumlah itu merupakan separuh daripada pekerja yang menyertai Microsoft dari Nokia hanya beberapa bulan lalu - iaitu sebaik sahaja Microsoft selesai menjalankan proses mengambil alih bisnes telefon bimbit Nokia beberapa bulan lalu.
Microsoft mengesahkan yang mereka terpaksa membelanjakan antara AS$1.1 bilion hingga AS$1.6 bilion untuk menguruskan proses pemberhentian pekerja mereka itu dalam tempoh berkenaan.
Tahun ini sahaja telah menyaksikan pelbagai syarikat telekomunikasi dan perisian komputer melaksanakan pelan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai antara yang terbesar ialah Hewlett-Packart yang merancang untuk menamatkan khidmat 50,000 kakitangannya di seluruh dunia.
Intel pula membuang lebih 5,000 kakitangan manakala IBM seramai 12,000.
Sementara itu Microsoft turut mengumumkan yang mereka tidak akan lagi menghasilkan telefon bimbit Nokia berasaskan sistem operasi Android dan akan berpindah kepada sistem perisian Windows Microsoft. - mstar
TOP
Pengeluaran i-Kad Pekerja Asing Tidak Capai Sasaran?
Seorang model memegang i-kad pada ketika ia dilancarkan Januari lalu.
PUTRAJAYA: Prestasi pengeluaran Kad Akuan Diri Pekerja Asing (i-Kad) yang perlahan boleh menyebabkan sasaran untuk mengeluarkan sebanyak 2.3 juta kad itu menjelang akhir tahun ini tidak dapat dicapai Kad pengenalan i-Kad diperkenalkan kerajaan untuk membanteras masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dilantik untuk membekalkan kad berkenaan. Jabatan Imigresen mendedahkan, setakat Mei lalu hampir 500,000 i-Kad telah diproses, namun hanya separuh daripadanya sahaja dikeluarkan untuk pekerja asing. Jumlah itu agak kecil jika dibandingkan dengan 2.3 juta pekerja asing yang mempunyai permit dan wajib memiliki kad berkenaan menjelang akhir tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, kira-kira 250,0000 i-Kad lagi yang belum dapat dikeluarkan akan diedarkan secara berperingkat. “Setakat awal Jun lalu, Bahagian Pekerja Asing Jabatan Imigresen telah mengeluarkan sebanyak 254,823 i-Kad untuk pekerja asing. “Jika dilihat, purata pengeluaran i-Kad adalah 100,000 unit sebulan, tetapi jumlah itu tidak mampu mencapai sasaran 2.3 juta sekiranya kadar pengeluaran masih sama,” katanya kepada mStar Online dalam temuramah di sini, baru-baru ini. Penggunaan i-Kad berkuat kuasa sejak 15 November lalu untuk memudahkan pihak berkuasa membezakan pekerja asing dengan rakyat tempatan melalui sistem dokumen diri lebih bersistematik. Ia mempunyai kod bar yang mengandungi segala butiran diri serta biometrik bagi merekodkan cap jari pekerja asing. Setiap kad dikenakan caj sebanyak RM110 dan bayaran ditanggung majikan. Pengeluaran i-Kad mengikut enam sektor pekerjaan dan warna meliputi perladangan (jingga), pembinaan (kelabu), perkilangan (merah manggis), perkhidmatan (kuning) dan pembantu rumah asing (coklat). Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan selewat-lewatnya akhir tahun ini, i-Kad wajib dimiliki 2.3 juta pekerja asing di negara ini dan tidak akan berkompromi jika mereka tidak mempunyai kad berkenaan. Bagaimanapun, timbul dakwaan pelbagai pihak, terutama dalam kalangan majikan pekerja asing yang mengadu masih tidak menerima kad tersebut untuk pekerja mereka. Sakib berkata, jika pengeluaran perlu dipertingkatkan lagi, maka jumlahnya perlu sekali ganda atau lebih kepada 200,000 unit sebulan. Difahamkan, unjuran pengeluaran yang dibuat adalah purata antara 200,000 dan 240,000 i-Kad sebulan, bermula separuh kedua tahun ini. Jabatan Imigresen sering mengadakan mesyuarat bersama PNMB berhubung pengeluaran i-Kad dan mengenal pasti mekanisme yang dapat membantu melancarkan proses itu. Menurut Sakib, menerusi pembentangan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal i-Kad sebelum ini, PNMB optimis mencapai sasaran 2.3 juta unit i-Kad menjelang akhir tahun. “Mereka optimis kerana terdapat penambahan peralatan seperti mesin pencetak di mana pengeluarannya akan dipertingkatkan mulai bulan ini,” katanya. Selain mesyuarat Jawatankuasa Teknikal i-Kad yang dipengerusikan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat, isu sama juga dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu i-Kad dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff. Sakib berkata, kedua-dua jawatankuasa berkenaan akan memantau aspek teknikal dan perkembangan pengeluaran i-Kad di mana Jawatankuasa Teknikal akan memastikan sama ada peralatan untuk mengeluarkan i-Kad mencukupi serta keperluan kontrak dipenuhi. Selain itu, Jawatankuasa Pemandu pula menumpukan pemantauan secara menyeluruh dan membuat keputusan berdasarkan kepada perakuan Jawatankuasa Teknikal. “Bagi mengatasi kebimbangan ini, kita bekerjasama dan membantu pihak vendor mempertingkatkan pengeluaran. Bagaimana untuk mempertingkatkannya adalah dengan menambah peralatan dan tenaga kerja,” kata Sakib. Beliau juga memaklumkan, terdapat cadangan penambahan cawangan pejabat pengeluaran i-Kad supaya prosesnya lebih mudah. - mstar

BiotechCorp Lancar Operasi Runcit BioShoppe Pertama Di Malaysia
Dr Ewon Ebin (kiri) melancarkan perniagaan runcit BioShoppe yang pertama di negara ini, Khamis.
KUALA LUMPUR: Malaysian Biotechnology Corp (BiotechCorp) melancarkan perniagaan runcit BioShoppe pertamanya yang pada asasnya menampilkan produk kesihatan dan kecantikan dari kumpulan syarikatnya berstatus BioNexus. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin, merasmikan upacara itu di sini, Khamis. Ketua Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata, kemunculan sains dalam ekonomi penting bagi faedah negara dan rakyatnya. "BioShoppe ialah satu pendekatan penting yang diambil oleh BiotechCorp untuk memberi laluan yang lebih luas untuk mendapatkan produk bioteknologi tempatan," kata Nazlee dalam satu kenyataan. Beliau berkata, lebih 80 jenis produk dari minuman, kosmetik dan penjagaan diri hinggalah kepada makanan tambahan herba dipilih daripada 13 syarikat BioNexus. "Kami menjangkakan lebih banyak kerjasama yang serupa pada masa akan datang," katanya. Mohd Nazlee berkata, syarikat-syarikat berstatus BioNexus masih merupakan teras bioekonomi Malaysia, yang menyumbang pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion kepada ekonomi Malaysia. - mstar

Fama, TH Bantu Orang Miskin Jadi Usahawan Tani
Badruddin (kanan) percaya kerjasama dengan TH dapat melahirkan usahawan tani dalam kalangan golongan miskin. Gambar Hiasan.
KANGAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan bekerjasama dengan Tabung Haji (TH) bagi membantu golongan miskin menjadi usahawan tani dan mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Pengerusi Fama, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang juga Anggota Lembaga Pengarah TH berkata, zakat TH kepada golongan asnaf fakir miskin akan dijadikan modal dan Fama pula menyediakan tempat berniaga. "Saya juga mencadangkan penerima zakat menabung RM100 dalam akaun TH daripada RM500 yang diterima hari ini," katanya kepada pemberita selepas penyampaian zakat di bawah projek ehsan TH kepada 80 asnaf miskin dan fakir dari seluruh Perlis, di sini, Khamis. Katanya, penerima zakat yang berminat boleh mendaftar nama di pejabat Fama di seluruh negara. "Mereka boleh menjadi petani dengan menanam sayur atau menternak ayam dan menjualnya di pasar tani Fama atau membekalkannya kepada hotel milik TH di seluruh negara," katanya. Beliau berkata, secara tidak langsung juga penglibatan golongan ini dapat menampung bekalan kepada 1,000 pasar tani yang dirancang oleh Fama dengan 585 daripadanya sudah beroperasi. Menyentuh pemberian zakat TH kepada asnaf di seluruh negara, Badruddin berkata, TH memperuntukan RM1.7 juta untuk tujuan itu merangkumi 3,424 asnaf miskin dan fakir. - mstar

Teraju Agih RM14 Juta Kepada 28 Penerima Superb
Najib dan Muhyiddin bersama penerima sijil geran Superb pada majlis pengumuman pemenang Superb Bizpitch siri 2 2014 di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu.
PUTRAJAYA: Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah mengagihkan geran berjumlah RM14 juta setakat ini kepada 28 penerima untuk merealisasikan idea inovatif mereka menjadi satu perniagaan yang berjaya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan geran Superb berjumlah RM7.5 juta kepada 15 penerima manakala pada April lalu, 13 penerima lain telah menerima geran berjumlah RM6.5 juta. Setiap penerima memperoleh geran Superb berjumlah sehingga RM500,000. Najib berkata, kerjasama Teraju dengan agensi kerajaan yang terlibat dalam Superb akan terus membantu perniagaan dan menyediakan khidmat perundingan bagi membolehkan usahawan Bumiputera mendapat dana lanjutan seterusnya. "Saya ingin menyeru agar lebih ramai usahawan muda Bumiputera menyertai program Superb, termasuk dari Sabah dan Sarawak. "Saya berharap geran SUPERB ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk mengkomersialkan idea anda sehingga ke tahap seterusnya," kata beliau pada majlis pengumuman pemenang SUPERB BizPitch Siri Kedua 2014 di Bangunan Perdana Putra di sini, Khamis. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar dan Datuk Seri Idris Jala; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Superb siri ketiga akan bermula pada 18 Julai ini. Sementara itu, Teraju dalam kenyataannya berkata, ia akan terus mempergiatkan usaha bagi menarik lebih banyak penyertaan usahawan Bumiputera di peringkat negeri dengan mengadakan sesi saringan Superb BizPitch di setiap koridor ekonomi pada SUPERB siri ketiga. Antara penerima geran Superb siri kedua ialah STI Tech Resources yang melaksanakan sistem komputer untuk pembekal kuasa utiliti, Tanya Technology Services Sdn Bhd (sistem penyejuk rig), Tuah Majumas Sdn Bhd (modul suntikan air mudah alih), Ayam Kampung Akar Putra (pengkomersilan baka baru ayam), Kemuda Bio Agro Tech Sdn Bhd (pembuatan makanan ruminan). Penerima lain termasuklah Thinking Green Sdn Bhd yang melaksanakan projek kiosk tenaga solar, Revolusi Tani Sdn Bhd (arang-bio dari tempurung kelapa), PH Petro Sdn Bhd (pemerolehan minyak tertingkat kimia), Travel Travel Sdn Bhd (enjin pencarian hotel metasearch), Taxi Monger Sdn Bhd (aplikasi tempahan teksi dalam talian), ISKF FM Services (Sistem Inventori Penyenggaraan Pokok) dan WWW 1337 Tech Sdn Bhd (aplikasi perniagaan dalam talian-pengiklanan interaktif). Siri kedua permohonan geran SUPERB yang bermula pada 1-16 Mei menerima hampir 2,000 idea perniagaan dari seluruh negara dan 30 peserta akhir telah dipilih melalui satu proses 'business pitching' berlandaskan dua kriteria utama iaitu inovasi dan kreativiti. - mstar

Van Gaal Diperkenalkan Secara Rasmi Sambil Ikrar Kegemilangan United Akan Dikembalikan
Louis Van Gaal diperkenalkan secara rasmi kepada media massa oleh ahli Lembaga Pengarah Manchester United, Sir Bobby Chalton di Old Trafford pada lewat Khamis sambil dipersembahkan dengan jersi baru United bernombor '1'.
LOUIS van Gaal pada malam Khamis diperkenalkan secara rasmi sebagai pengurus baru Manchester United dengan ikrar yang beliau akan mengembalikan kegemilangan kelab itu sebagai salah sebuah kelab terhebat di dunia. Selepas diperkenalkan kepada media massa, Van Gaal kemudiannya mengendalikan sidang akhbarnya yang pertama selaku pengurus United dengan menjawab pelbagai soalan daripada pelan jangka pendek dan jangka panjangnya sehinggalah kepada persoalan tentang isu sama ada beliau akan memberi tempat kepada bekas-bekas pemain kelab itu seperti Paul Schole dan Phil Neville di dalam pasukan kejurulatihannya. "Musim lalu, kelab ini berada di tangga ketujuh jadi ia tidak lagi boleh mendabik dada sebagai sebuah kelab terbaik jadi kelab ini harus berusaha keras untuk buktikan yang ia adalah yang terbesar dan terbaik," katanya. Tetapi tambah Van Gaal, walaupun demikian orang masih bercakap tentang Manchester United dan itulah keistimewaan kelab ini. "Itulah juga sebab mengapa saya memilih untuk datang ke kelab ini," ujarnya lagi. Menurut Van Gaal, sepanjang kariernya, dia telah mengurus Barcelona, Ajax dan Bayern Munich - kesemuanya adalah kelab juara di negara masing-masing. "Sekarang saya berada di Manchester United yang juga merupakan kelab nombor satu di England. "Tetapi saya tidak pernah bekerja di Liga Perdana Inggeris dan itulah cabaran terbesar saya," ujarnya lagi. Setelah dibawa meninjau kem latihan United di Carrington, Van Gaal hanya ada satu rungutan sahaja; "Tempat ini terlalu berangin..." Kepada satu pertanyaan, Van Gaal mengesahkan yang pembelian dua bintang baru iaitu pemain pertahanan England berusia 18 tahun, Luke Shaw dan pemain tengah Sepanyol, Ander Herrera adalah atas persetujuannya. "Saya memberi persetujuan kerana saya suka dengan corak permainan kedua-dua pemain itu," katanya. Mengenai cara latihannya, Van Gaal menegaskan yang cara yang dia gunakan adalah sentiasa sama. Selama ini katanya para pemain United bermain menggunakan gaya Moyes, Ferguson atau Hodgson (pengurus England). "Tetapi kini saya ingin melihat bagaimana mereka bermain dengan gaya dan filosofi saya. Beri saya masa sebulan sebelum saya dapat memutuskan sama ada skuad ini memerlukan pemain baru atau tidak," ujar Van Gaal. Van Gaal juga menerima hakikat yang ramai pemain telah keletihan kerana temasya Piala Dunia yang panjang dan oleh yang demikian dia harus berhati-hati agar mereka tidak menjadi terlalu letih menerusi latihan yang berpanjangan. Dalam pada itu Van Gaal turut mengesahkan bahawa pemain tengahnya, Michael Carrick telah mengalami kecederaan serius yang akan menyaksinya terpaksa diketepikan selama lebih 10 minggu. Ditanya mengenai jangkaan kejayaannya di sini, Van Gaal berkata semua orang tahu sejarah perjalanan kariernya dan tahu apa yang telah dimenanginya. "Sejarah dan masa depan akan menjadi saksi sama ada saya masih boleh menghasilkan kejayaan lagi," katanya sambil tersenyum. Ditanya mengenai masa depan Paul Scholes dan Phil Neville, Van Gaal berkata yang kedua-dua bekas pemain United itu akan diberi peranan di bawah bimbingannya. "Ryan Giggs adalah penolong saya dan Nicky Butt sudah pun berada di dalam pasukan kejurulatihan United. Saya akan mencari jalan untuk memastikan Paul Scholes dan Phil Neville juga turut bersama-sama kami di kelab ini. Itulah apa yang kami semua mahukan," katanya. Tetapi ada satu lagi keputusan yang Van Gaal sendiri tidak dapat tentukan iaitu siapakah yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai kapten. Robin van Persie adalah pilihannya dalam skuad kebangsaan Belanda tetapi Wayne Rooney juga adalah pilihan yang sesuai. Van Gaal berkata: "Kesemua pemain saya berpotensi dilantik sebagai kapten." Pengurus itu juga mendedahkan yang dia telah menerima panggilan telefon daripada bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson untuk merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang ke Old Trafford. "Kami telah berjanji untuk duduk minum bersama nanti..." ujar van Gaal lagi. Mengenai kritikan tidak adil yang mengatakan dia adalah seorang yang autokratik, Van Gaal sambil tersenyum menegaskan yang media memang suka menampilkan perwatakannya yang kelihatan seperti itu. "Tapi ketika saya dilantik sebagai pengurus Ajax pada usia 39 tahun sehingga sekarang, personaliti saya tidak pernah berubah. Kadang kala orang tidak dapat memisahkan antara autokratik dan personaliti yang kukuh. Ada orang berpendapat ia adalah dua perkataan yang membawa maksud yang sama tetapi hakikatnya tidak. "Sir Alex juga seorang yang memiliki filosofi dan pesonaliti yang kuat. Saya berharap saya dapat memulakan era baru saya di sini dengan filosofi yang serupa. "Saya adalah seorang yang demokratik...saya juga adalah seorang yang . I am empatetik kepada manusia yang lain dan ya saya mempunyai pesonaliti yang kukuh," jelas Van Gaal. Van Gaal juga menyatakan rasa kagumnya kepada ikon United Sir Bobby Charlton yang hadir untuk menyerahkan jersi nombor 1 kepadanya. - mstar

Selepas Beli Toni Kroos, Real Madrid Beli James Rodriguez Pula
Permata yang menjadi rebutan ramai...James Rodriguez kini akan menuju ke Real Madrid.
SELEPAS berjaya membawa masuk satu bakat paling besar dalam dunia bolasepak iaitu Toni Kroos dari Bayern Munich, Real Madrid kini sedang berunding dengan pemenang kasut emas Piala Dunia, James Rodriguez dari AS Monaco pula. Pada pagi Khamis, Bayern Munich sendiri mengumumkan yang mereka telah mencapai persetujuan dengan Madrid untuk menjual Toni Kroos pada harga £24 juta. Seolah-olah tidak cukup dengan kejayaan itu, Madrid dikatakan telah berjaya mencapai persetujuan mulut dengan James Rodriguez dan hanya perlu berunding dengan Monaco tentang harga perpindahannya. Monaco dikatakan meminta £63 juta untuk pemain antarabangsa Colombia itu. Rodriguez adalah salah seorang permata muda paling menyerlah yang dilahirkan hasil daripada temasya Piala Dunia yang baru sahaja selesai 14 Julai lalu. Dia muncul sebagai penjaring gol terbanyak dengan enam gol. Untuk membolehkan mereka membawa masuk Rodriguez, Madrid perlu menjual bintang Argentina, Angel Di Maria yang dibida oleh juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG). PSG sanggup membayar £47 juta untuk pemain itu. Jika urusan penjualan Di Maria kepada PSG dapat dimeteraikan minggu ini, Rodriguez sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Monaco paling lewat pun Isnin depan. - mstar

TERKINI: Toni Kroos Sah Milik Real Madrid
Pemain yang menjadi rebutan ramai...Toni Kroos kini sah menjadi milik Real Madrid
PERANCANG utama jentera tengah Jerman, Toni Kroos akhirnya berjaya dimiliki oleh juara Eropah, Real Madrid pada harga perpindahan £24 juta dari Bayern Munich pada Khamis. Perpindahan itu diumumkan secara rasmi oleh Bayern. Kroos yang merupakan salah seorang pemain terbaik Jerman pada temasya Piala Dunia dan akan tamat kontrak bersama Bayern menjelang musim panas depan, telah menandatangani kontrak jangka panjang selama enam tahun bersama Madrid. Sepanjang empat musim bersama Bayern Munich, Kroos telah memenangi tiga kejuaraan liga termasuk piala Liga Juara-Juara Eropah. Sebelum ini Kroos, 24, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Bekas pengurus United, David Moyes telah dirakamkan beberapa pergi menyaksikan Kroos beraksi di Allianz Arena ketika dia masih lagi memimpin United. Bagaimanapun, selepas Moyes dipecat oleh United, usaha itu terhenti buat seketika. Tetapi kini, Kroos telah disahkan milik Real Madrid. - mstar

Anak Nafi Datuk Nik Aziz Meninggal Dunia
SK baru sahaja menerima laporan meminta untuk mengesahkan satu SMS yang turut tersebar mendakwa Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia. SMS tersebut berbunyi:
RM0.UM.18/07: TERKINI - AL FATIHAH. YB Datuk Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka meninggal dunia sebentar tadi akibat komplikasi jantung - Agensi
Dengan menggunakan nama Agensi, pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan berita palsu tersebut. Bagaimanapun menerusi laporan Astro Awani, Anaknya sendiri telah menafikan berita tersebut. ─ SiakapKeli.com Laporan dari Astro Awani Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan berita yang mengatakan bapanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia. – astroawani.com Nik Mohamad Abduh menerusi akaun twitternya menjelaskan bapanya berada dalam keadaan sihat dan meminta semua pihak mendoakan Lailatulqadr untuk Nik Abdul Aziz. “Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua,” tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya. Awal pagi hari ini, ketika tumpuan diberikan kepada berita mengenai pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, tersebar berita di internet yang mengatakan keadaan Nik Abdul Aziz dikatakan sedang nazak.

Israel Mulakan Serangan Secara Besar-Besaran Terhadap Palestin
Disaat dunia mengalihkan pandangan kepada MH17, Israel Mulakan Serangan Secara Besar-Besaran Terhadap Palestin. Tadahlah tangan anda sekarang dan mari kita baca:
“Ya Allah ya Tuhanku, Lindungilah saudara kami di Palestin. Cucurilah rahmat kepada mereka yang terkorban dalam MH17. Amin ya rabbal alamin.”
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari ini mengarahkan tenteranya untuk memulakan serangan darat di Gaza, kata satu kenyataan rasmi dari pejabatnya.
Saksi dari Reuters dan penduduk Gaza melaporkan senjata berat, ketenteraan laut dan serangan helikopter boleh dilihat di sepanjang sempadan Gaza.
"Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah mengarahkan IDF untuk memulakan operasi darat malam ini untuk menyerang pengganas dari Gaza ke Israel," kata kenyataan itu.
Kepulan asap kelihatan setelah Israel mengumumkan serangan darat - Gambar BBC
Dia berkata matlamatnya adalah untuk "mewujudkan satu realiti di mana penduduk Israel boleh hidup dalam keadaan selamat dan aman tanpa keganasan berleluasa yang berterusan, manakala memberi satu tamparan yang hebat kepada infrastruktur keganasan Hamas". Serangan itu adalah selepas 10 hari Israel melancarkan serangan udara ke bumi Gaza yang mengorbankan ratusan nyawa rakyat Palestin. Tentera Israel berkata Gaza telah melepaskan lebih 1,300 roket ke Israel, dan pegawai-pegawai kesihatan Palestin berkata 233 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tentera laut Israel. Seorang awam Israel telah dibunuh oleh serangan dari Gaza. - SiakapKeli.com

Pesawat MAS disangkakan pengangkut tentera Ukraine
Kiev : Media sosial komander pemberontak Ukraine mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut tentera tidak jauh dari lokasi pesawat Malaysia Airlines yang terhempas dekat sempadan Russia.
Komen daripada komander tertinggi "Republik Rakyat Donetsk" itu mengaku puak pemisah telah menembak jatuh pesawat MH17 yang disangkakan sebuah pesawat pengangkut Ukraine yang besar.
"Kami baru menjatuhkan sebuah (pesawat) An-26 dekat Torez. Ia jatuh dekat lombong di Progress (Ukraine)," kata laman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik oleh media Ukraine, menurut kenyataannya.
Puak pemberotak itu pernah menembak jatuh sebuah pesawat An-26 di kawasan timur Ukraine yang dikuasai mereka pada 14 Jun lalu membunuh 49 kakitangan kerajaan.
"Kami telah memberi amaran (pada tentera Ukraine) jangan terbang di 'langit kami'," kata Strelkov dalam satu pos.
"Dan ini video yang mengesahkan 'burung itu jatuh'," katanya dalam satu pos lain. - Harian Metro
TOP
MH17 : 'Mahu baca Yassin di kubur'
Georgetown: "Nurshazana ada hubungi saya melalui kiriman Whatsapp dan meminta foto anak saudaranya kerana rindu," kata Mohamed Salleh Samsuddin, 54, bapa kepada seorang pramugari yang maut selapas pesawat MH17 terhempas di Timur Ukraine.
Menurutnya, kiriman Whatsapp itu dihantar 24 jam sebelum pesawat dinaiki anaknya berlepas dari Amsterdam.
Mohamed Salleh berkata, anaknya turut meminta dia dan isteri menghantar salinan foto kad pengenalan mereka namun tidak memberitahu apa yang mahu dilakukannya.
"Anak juga memberitahu dia akan pulang pada hari raya pertama dan meminta kami menunggunya untuk menziarahi kubur sanak saudara.
"Dia juga turut memberitahu akan membaca Yassin di kubur dan berkeras mahu kami sekeluarga menunggunya," katanya yang ditemui di rumahnya di Bayan Baru di sini, sebantar tadi.
Menurutnya, anaknya itu anak sulung dari empat beradik dan bekerja sebagai pramugari sejak sembilan tahun lalu. - Harian Metro
TOP
Kotak Hitam MH17 Telah Dijumpai 60KM dari Sempadan Rusia
KIEV, 18 Julai - Interfax hari ini melaporkan bahawa Kumpulan Pemisah pro-Rusia di Timur Ukraine berkata mereka telah menemui 'kotak hitam' perakam penerbangan yang telah dijatuhkan oleh pesawat Malaysia Penerbangan MH17 - Lapor Reuters
Operasi mengambil kotak hitam dari bangkai pesawat MH17.
Kotak hitam milik pesawat Boeing 777 itu telah dijumpai sejauh 60km dari sempadan Rusia. - SiakapKeli.com
Operasi mengambil kotak hitam dari bangkai pesawat MH17.
Kotak hitam milik pesawat Boeing 777 itu telah dijumpai sejauh 60km dari sempadan Rusia. - SiakapKeli.com
TOP
MH17 – 100 Lebih Mayat Bergelimpangan Di Sekitar Lokasi
Ukraine : Puluhan mayat bergelimpangan di sekitar kawasan serpihan pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine, lapor Reuters.
Seorang pekerja menyelamat dan perkhidmatan kecemasan berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui sehingga kini di tempat kejadian, berhampiran Kampung Grabovo, dan serpihan pesawat berkenaan ditemui di kawasan sekitar 15 kilometer.
Pecahan sayap bertanda biru dan merah cat iaitu warna yang sama mewakili lambang syarikat penerbangan Malaysia di mana pesawatnya jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
“Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua. Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal,” kata seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Vladimir.
Seorang pemberontak pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei berkata, dia nampak dari balkoni rumahnya melihat kapal terbang turun dari ketinggian yang besar dan kemudian mendengar dua letupan.
Bagaimanapun, dia menafikan pemberontak menembak pesawat berkenaan.
“Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah),” katanya kepada Reuters, berkata pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian. – Reuters
TOP
Gambar-Gambar Kejadian Dan Mangsa MH17
Berikut adalah beberapa keping gambar yang memperlihatkan kejadian MH17 ditembak.
Turut disertakan adalah beberapa gambar yang dikatakan merupakan mangsa kejadian.
MH17 ditembak malam tadi di sempada Ukraine dan Russia.
(Tidak semua gambar dapat disahkan sumbernya – harap maklum)
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

VIDEO: Penghinaan Cina Terhadap Melayu – Tidak Pula Viral
Video penghinaan Cina terhadap Melayu, apa tindakan semua pihak?
Kenapa video Cina maki Polis Melayu Tidak ‘Viral’ dan ‘Trending’ ???
Kita sedang kecoh selepas menonton dan memberi komen video seorang perempuan di Pahang mengherdik seorang lelaki tua yang melanggarnya.
Namun kenapa apabila polis dimaki dan diprovokasi tiada siapa yang sudi membela mereka?
Berikut koleksi video Cina biadap dengan anggota polis
Jika semua menghebahkan video ini rasanya mustahil Astro Awani, Malaysiakini,Mstar akan memejamkan mata melihat ia tersebar di kalangan pengguna media sosial tanpa membuat liputan mengenainya. Seperti mana mereka menyiarkan berita kebiadapan perempuan Melayu Islam bertudung bernama Kiki Kamaruddin yang mengherdik Cina yang melanggar keretanya Kecuali mereka juga anti dengan polis kita dan bersetuju dengan kebiadapan Cina kepada polis yang mana polis lah yang bekerja keras menegakkan Perlembagaan demi keamanan dan keselamatan rakyat. Fikirkan sekali lagi kenapa video ini tidak ‘viral? Terpulang kepada anda samada mahu forward dan share bahan ini. Jangan sampai ada berkata betapa senangnya kita terikut dengan pendekatan RBA yang mana melagakan kita dan mahu menjadikan orang Melayu Islam sebagai bahan utama. Penguasaan siber oleh tentera upahan DAP menyebabkan bahan-bahan bersifat anti Melayu cepat tersebar.
Apa tindakan kita? Jom viralkan. Kalau mereka boleh bahawa Melayu kurang ajar, kita pun boleh tunjukkan betapa biadabnya mereka. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Gambar: Awek Seksi Kemalangan, Masuk Longkang Besar…
KAMI rasa bukan sahaja mangsa-mangsa kemalangan ini yang bertuah kerana berjaya diselamatkan, tetapi juga para penyelamat mereka.
Apa tidaknya, ketiga-tiga wanita ini berpakaian cukup seksi sekali.
Harapnya, para penyelamat yang terdiri daripada kaum lelaki tak ambil kesempatan ‘cuci mata’ ya…
Kejadian ini berlaku berhampiran Open Universiti, Kota Kinabalu, pagi semalam.
Menerusi satu ‘screenshot’ yang tersebar di Facebook, ada pihak yang mendakwa mangsa ini mabuk sebelum kemalangan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat itu dan mungkin juga mereka bukan beragama Islam. Apapun, jika benar mereka mabuk, ia tetap dikira sebagai satu kesalahan jalan raya kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Kredit foto: Facebook Daily Traffic Report)

Ibu Luah Kekesalan Anak Tak Dijaga Dengan Baik Di Taska
KES pengabaian kanak-kanak di pusat asuhan bukanlah perkara baru, malah begitu kerap didengar sehingga ada yang membawa kepada kematian.
Kebanyakan ibu-bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan bukan kerana suka-suka, tetapi kerana tidak mempunyai pilihan lain kerana bekerja.
Terbaru, satu lagi pendedahan telah dibuat oleh seorang ibu mengenai Taska Temanku di Menara PJD, Kuala Lumpur.
Agak panjang sebenarnya luahan isi hati si ibu yang dikenali sebagai Puan Nurulizzah menerusi akaun Facebooknya, tetapi ia boleh dijadikan panduan dalam memilih pusat asuhan terbaik untuk anak anda nanti:
Perkara yang aku ingin kongsikan berkenaan Taska ni.. Mohon ibu bapa yang hantar ank2 ke taska..selalu la wat spotcheck. X kisah la taska mana pon. Tgk keadaan ank anda. Jangan mudah percaya kepada pihak taska walaupon penuh dinding taska dengan sijil2 dr JKM. Ni yang terjadi pada ank aku. Muhammad Ammar Farish, 3bulan. Bkn niat nk aibkan mana2 pihak tp jd kan sbgai pengajaran. Kat sini aku cite detail skt.
Saya booking Taska ni dr sy hamil 5 bulan g. Dgr2 cite taska ni sgt tip top. Buka facebook taska ni pon sampai leh jatuh hati. X kisah la kena byr rm380/m pon janji jgaannya okey kan. Yang ptg ank kita selamat.
22 mei 2014 – g ke taska tersebut untuk lihat keadaan taska. Masa dtg ni kul 3pm cmtu. Diorg tgh mandikan budak2. Masa melawat bilik baby, terpandang pengasuh A ni tgh bg bb mkn atas riba..then ade 1 baby g tgh menangis dlm keadaan telentang atas tilam x jauh dr pengasuh A. Tetiba pengasuh A ni tarik je tangan bb yg menangis tu ke arah dia. Depan mata aku. Terkejut aku sbb main tarik2 gitu je. Bkn nak bangun n dukung bb tu. Tp aku wat2 x nampak. Dlm hati aku masih think +ve g.
30 mei 2014 – aku n suami g wat bayaran kat taska. Rm160(pendaftaran) + rm380(byrn bln jun). Total rm540.
2 jun 14 – sepatutnya kami anta ammar ke taska..tp sbb ammar demam n dr kata ammar kena demam campak, aku tangguhkan dl selama 2 mggu. Mertua n adik ipar aku jaga ammar kat umah. 16 jun 14 – 1st day anta ammar ke taska. Bekalkan susu badan tuk ammar. Ptg tu papa dia amik, diorg ckp ammar xnk minum susu. Suh aku tukarkan ke botol MAM. Alasan diorg puting mam lembut. Budak2 kat taska tu semua guna botol MAM. Bkn aku xnk bg..botol mam tu ade je kat umah, tp ammar rejek botol tu. Aku bg puting dr baby..rasanya lagi lembut dr puting MAM kan. Lagi pon aku siap2 letak semua susu dlm 5 storage botol. Diorg cuma perlu tukar puting je. Nk kata amar rejek dr baby, adik ipar aku yg belum kwen n xde sijil jkm tu leh je bg dia susu..habis je pon. Kena la sabar. Lain la kes klu sendal bantal atas dada biar je bb susu sendiri. Yg tu mmg x blh la..sbb ammar suka tolak puting dengan lidah. Balik tu aku tgk 4 botol susu dh kosong. 1 botol g dia letak poket tepi beg..susu yg dh dipanaskan tp x abis 17 jun 14 – hari ke 2 anta ammar, pengasuh dia yg bernama ZAN( klu x silap la, sbb aku tgk nama ni yg tulis dlm buku harian ammar) ckp g pasal ammar xnk susu. Nk jgk suh aku tukar ke botol MAM. Aku tgk buku laporan ammar dia minum 3x je susu. Aku rasa pelik lak..bg 5 botol..mana g susu lagi 1 botol? Aku tye Zan ni..dia cam alih2 cite..then ckp oo kami bg skit2. Aku diamkan dl. Then aku g keje. Kul 3pm aku bw kakak ammar appointment ngn dr pakar kulit kat hosp pusrawi. Mula2 xnk amik ammar..tp aku tergerak hati nk amik awal. Tkt kng jmpa dr lambat plak. So sejam sblm amik aku dh call pihak taska ckp aku nk amik ammar. Kul 2.30pm aku sampai taska masuk bilik bb, aku cr mana la ammar ni..sekali aku tgk ammar ni tgh tdo sambil di bedung ngn selimut yg aku bekalkan. Ok lagi la klu bedungkan. Tp bedung tu sampai tutup separuh muka ammar. Nampak mata ke rambut je. Aku cpt2 buka kain bedung tu. Nak kata ank aku tarik selimut sampai ke muka, aku tgk tangan dia berbedung kat sisi. Cmne lak dia nk tolak selimut tu kan. Aku tgk kepala dia ade bintik2 merah. Aku tye kat pengasuh kat situ, dia ckp nyamuk gigit. Kat taska banyak nyamuk. Sejuk2 pon nyamuk ade kat sini..kami pon pakai ubat nyamuk letrik je la. Dh tu masa nk balik, aku terpegang tepi beg. Panas ya amat. Aku amik le benda yg panas tu, Ya Allah susu ank aku. Sepanas2 nya. Panas macam kita bancuh air panas tu. Klu tuang dlm mulut pengasuh tu kompom leh melecur. Yg paling aku sedih tu susu badan. Habis la zat2 susu tu rosak..ibarat anak aku minum air kosong je la. Aku pulun bgun 4.30am setiap hari wat power pumping sbb nk ank aku dpt zat dr susu ibu. Sampai taska sesuka hati je rosakkan susu aku tu n bg ank aku minum. Aku terus jmpa penyelia taska, k.ani. then aku bg dia pegang botol tu. Botol tu pon rasa lembik..sbb terlampau panas. Aku : kak, mmg cm ni ke taska panaskan susu? K.ani: eh, panas sgt ni. Salah dh ni. Rosak dh susu ni. Xleh panas cmni. Ni susu diorg panaskan tuk minum pas mandi la ni. Aku: panas sgt ni kak. Sama je cm sy bg air kosong kat anak sy. ( masa ni aku sebak sgt rasa). T akak tolong ye pesan kat pengasuh bg susu suam2 je. K.ani: ok2..t akak bgtau diorg. Aku pon g kat kete n gerak ke hosp pusrawi. Sampai kat parking pusrawi..aku amik susu td bg suami aku pegang..masih panas lagi. Bkn suam ye..tp PANAS. aku mula terpikir..klu la ank aku nk susu tetiba..cmne diaorg nk bg susu yg tgh panas sgt tu kat ammar. Ptut la duk ckp ammar xnk susu. Dh bg susu panas..sapa nk minumkan? 18 jun 14 – aku anta ammar cam biasa. Tgk buku harian ammar..susu ari isnin tu dia tulis ammar minum 3 sesi. Tp hari ni aku tgk dia tambah kat bwh tu jd 4 sesi sbb aku pertikaikan mana g susu lagi 1 botol tu. Pandaikan diorg. Main ubah2 rekod. Aku pakaikan siap2 sweater. Taska tu sejuk. So dh pakai sweater..xperlula selimutkan dia lagi. Tkt jd cm smlm. Selimut tutup sampai hidung. Aku sampai2..tgk muka si ZAN ni bkn main ketat. Pastu aku ckp kat dia, kak xyh selimut la..smlm dh sampai tutup idung. Zan ni diam je terus amik selimut ammar, lipat n terus blah dr bilik bb. Mmg kurang adab betul. Aku ckp lembut je. Dia leh wat parent cmtu. Aku syak mesti sbb penyelia diorg tegur pasal susu smlm tu. Tp klu ikut adab..dia minta maaf la kan kat parent. Ni x..dia.lak wat muka ngan kita. Aku saba g sbb pk amar duk situ..tkt diorg buat pape kat dia. Balik tu suami amik ammar, zan ni buat gak muka ketat kat suami aku. 19 jun 14 – aku anta ammar, nampak si zan ni suh kawan dia layan aku. aku letak je, ammar terus menangis. Lain mcm plak aku rasa.Cm biasa skt2 bab amar xnk botol tu..siap ckp kat aku klu mck dia jg ok..xde mslah la dia nk minum susu kat sini. Aih..cam aku menipu dia plak. Mmg la ammar x bpe nk minum susu dlm botol…tp klu ko bersabar skt..dia minum la. Aku dh xde mood dh.so aku ckp try la dlu.. Ptg suami aku amik, diorg bising lak kat dia pasal botol susu g. Siap cakap kat taska ni ade time2 minum susu. Bkn setiap masa. Agak2 la kan bb kot bkn toddler. Bb ni susu on demand. Klu time susu tu bb kenyang g..xkn nk paksa gak dia minum. Klu lom sampai masa nyusu n bb dh lapar..kena tggu la ye time nyusu. Bodohnya peraturan. Dh tu ckp ammar tdo kejap2. Pastu nangis. Ammar ni kuat berak..aku dh maklumkan. Setiap hari aku bekalkan 8 keping pampers.tp aku tgk yg luak 3 keping. Nampak sgt dibiar je pampers penuh br tukar..aku kenal ank aku. Sehari berak dekat 10x. Cmne nk tdo nyenyak klu dh bontot bertahi. Aku decide xnk anta dh..sakit ati sgt2. Then otw blik amar berak g. Suami aku tukar pampers dia. Buka2 pampers tgk ade mitten amar dlm tu. Mmg biadap sgt2. Logik ke benda besar tu xperasan ade dlm pampers. Bg aku ni khianat. Sj nk cabar aku. Mlm tu ammar demam. Sejak dr duk taska tgh2 tdo ammar mengigau nanges2..tdo pon terkejut2. aku syak mesti diorg de wat pape kat dia.
20 jun 14 – aku call owner taska en hussin, bgtau semuanya. Tp owner dia ckp kat aku cmne leh jd cmtu? Diorg dh lama keje ngn sy. Dr bilik bb xpnh ade parent yg repot..gaya dia cm aku reka2 cita la..pekerja cam hampeh..lagi ko nk ckp diorg okey. Puihh. Dh tu aku tye pasal byrn. Dia minta aku wat surat n ckp kata aku akan siasat perkara ni n akan amik tindakan. Siap.ckp. taska ni rekod beesih kat JKM
20 jun 14 – aku anta surat keluarkan ammar dr taska. Aku bw ammar ke opis.
25 jun 14 – aku call JKM KL n cite pasal taska ni. Xingat aku ckp ngn sapa. Tp perempuan. Dia tye aku pe nama taska ni. Aku ckp xpe la..xperlu sy bgtau. Xlama pastu dia ckp ni taska tempat keje kan. Under JKR ye?taska kat menara PJD kan. Aku tye cmne puan leh teka taska ni. Dia ckp dh ade beberapa org parent yg ngadu x puas ati ngn taska ni. Haaa.amik kau..rekod bersih konon. Pirahh. Dh tu ade jgk beberapa bekas parent bgtau taska ni mmg ade xpuas ati. Ank diorg x mandi la. Kebersihan x dijaga la. Baru la aku tau. 14 jul 14 – baru aku dpt blik duit ank aku. Tu pon setelah menunggu bpe lama. Janji nk setel mggu lepas. Tp haram. Aku msg tye..xlama pastu dpt msg dr mybnk bgtau de transaction dr taska temanku ni rm224. Pye byk dia amik dr rm540. Ank aku just duk 4 hari je. Dh tu owner langsung x bls msg aku minta maaf lewat byr ke apa. No wonder la kan pekerja xde adab. Bos pon cmtu. Xpe la. Dia nk kaya cara cmtu. Mmg aku sumpah aku xhalalkan dunia akhirat. Apa yg pekerja2 dia wat kat ank aku..khianat diaorg pada ank aku..mmg aku x halalkan sampai mati. Korang merangkak la cr ank aku kat akhirat t..minta maaf ngn dia. Setiap titis susu aku yg korang rosakkan..aku x halalkan dunia akhirat..hak ank aku korng rosakkan.
Alhamdulillah ammar dpt pengasuh yg baik. Walau mck tu xde sijil dr JKM..dia boleh jg ammar ngn baik. Ammar minum susu pon abis..xde masalh langsung siap mck tu suh tambah bekal susu sbb dia dh kuat nyusu. Berbeza kan org yg jaga budak penuh kasih syg disamping cr rezeki ngn org yg keje jg budak semata2 kerana duit. Walaupon org rasa ni perkara kecil..bg aku x..aku kecewa sgt2 bila ank aku di wat cmtu. Harap2 ibu bapa lain g la tgk2 ank korg. Kesian mak2 perah susu tuk ank tp ank minum susu yg dh rosak khasiatnya. Jgn percaya 100% pada pihak taska. Tp Taskadarulhannan Masjid Wilayah mmg terbaik. Aku bersumpah demi Allah apa yg aku coretkan ni adelah perkara yg benar. Bkn rekaan aku tuk jatuhkan mana2 pihak. Dalam kes ini, si ibu sebenarnya telah melihat perlakuan pengasuh yang menarik tangan salah seorang bayi yang menangis sewaktu mula-mula datang ke situ. Namun, dia masih cuba bersangka baik dengan apa yang dilihatnya. Kesimpulannya, jangan ambil ringan dengan apa jua situasi yang berlaku kerana tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku kepada anak anda nanti. Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

Anak Polis Kantoi Meragut, Dipukul Orang Awam
Betullah orang kata, tak semestinya kalau bapanya seorang anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara, anaknya akan ‘turned out’ jadi orang yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam hidupnya.
Menerusi video yang dikongsikan ini dapat dilihat anak kepada seorang anggota polis telah kantoi mencuri yang kemudiannya dipukul oleh seorang lelaki yang menangkapnya melakukan kesalahan tersebut.
Namun, orang awam pula janganlah terlalu ikutkan emosi dengan memukul sebarangan, kang tak pasal-pasal dengan awak-awak sekali masuk lokap.
Negara kita ada undang-undang, serahkan saja kepada pihak polis untuk uruskan budak itu. – MYNEWSHUB.MY
TOP
Teknologi Baru Memanjangkan Jangka Hayat Bateri
Sepasukan penyelidik di syarikat teknologi storan tenaga AdvEn Solutions membangunkan teknologi baru bateri yang melibatkan penggunaan karbon sebagai katod dalam bateri lithium-ion.
Pasukan yang diketuai Xinwei Cui itu mendapati bahawa penggunaa karbon bukan sahaja menjimatkan kos dan selamat digunakan, malah mempunyai output tenaga 8 kali ganda lebih tinggi daripada bateri lithium ion sedia ada di pasaran.
Ia juga mempunyai prestasi lebih tinggi dari bateri lithium-sulfur dan lithium-udara, iaitu dua teknologi yang sedang dalam pembangunan.
Bateri karbon keluaran AdvEn Solution ini bukan sahaja mempunyai output tenaga yang lebih tinggi, malah ia juga boleh dicas dengan lebih cepat dan tahan lebih lama berbanding bateri sedia ada dan syarikat tersebut juga menyasarkan untuk pengeluaran prototaip menjelang penghujung tahun ini.
Namun, ia tidak dijangka digunakan dalam telefon pintar atau peranti komersial lain dalam masa terdekat.
Menurut Cui, masih banyak lagi yang perlu dilakukan, namun mereka berada di landasan yang betul.
Sumber: Beacons News
TOP
672 Juta Tweet Dihantar Berkaitan Piala Dunia FIFA
Selain daripada Facebook, hari ini pihak Twitter telah mengeluarkan data berkaitan dengan Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung sepanjang tempoh sebulan yang lepas.
Melaluinya, pihak Twitter mengatakan sebanyak lebih 627 juta Tweet telah dihantar berkaitan dengannya sepanjang tempoh tersebut.
Perkara ini sekaligus menjadikannya sebagai salah satu rekod baru untuk Tweet yang dihantar ketika sesuatu acara.
Jikalau dilihat dari segi perlawanan, perlawanan Brazil dan Jerman ketika separuh akhir mendapat angka Tweet tertinggi, iaitu sebanyak lebih daripada 35.6 juta Tweet.
Twitter turut mengatakan yang mana ketika kemenangan Jerman di Piala Dunia FIFA 2014, sebanyak lebih 618,725 Tweet telah dihantar seminit, sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu detik bersejarah.
Pihak Twitter turut menyediakan sebuah gambaran peta khusus, memperlihatkan bagaimana Twitter digunakan sepanjang Piala Dunia FIFA 2014 ini diseluruh dunia.
-Blog Mazeer
-Blog Mazeer
TOP
Hos TV Dibunuh Kerana Pencuri Marah Dia Tiada Wang
China – Seluruh penduduk di China dikejutkan dengan kematian seorang hos popular program TV akibat dirompak dan dibunuh oleh perompak dalam kejadian ngeri yang berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah.
Pengacara glamor rancangan ‘Home in the Countryside’ itu, Chen Xia, 26, dirompak dan ditikam dua lelaki selepas mereka mengamuk kerana dia tidak membawa wang yang banyak seperti jangkaan mereka.
Dua perompak kejam itu kemudiannya mencampakkan Chen yang telah ditikam itu ke dalam sungai.
Chen masih hidup ketika dicampak dalam sungai dan dia sempat menjerit. Kebetulan ketika itu terdapat anggota polis dan mereka kemudiannya menahan dua lelaki tidak berhati perut itu.
Menurut polis, Chen masih hidup ketika berada dalam sungai namun ketika pasukan penyelamat menariknya keluar, dia sudah meninggal dunia.
Kematiannya menyedihkan peminat kerana ia merupakan sesuatu yang mengejutkan. -Blog Mazeer
TOP
Majlis Aqiqah Anak Tomok Bakal Disiarkan Di Saluran TV Oprah!
Wah memang berbangga jugaklah dengan berita yang dikongsikan Tomok menerusi laman Instagramnya, baru-baru ini.
Tomok berkongsi cerita bahawa terdapat produksi tv popular luar negara, yang dinaungi oleh pengacara selebriti terkenal, Oprah Winfrey telah berminat untuk mendapatkan hak siaran sebuah video majlis aqiqah anak sulung Tomok iaitu Arrianshah Akid untuk satu program kelolaan saluran tv tersebut.
Oprah mempunyai saluran tv Oprah Winfrey Network (OWN) yang mana salah satu daripada program tersebut menayangkan dokumentari mengenai ritual keagamaan serta budaya dari seluruh dunia.
Kalau Tomok bersetuju untuk berkongsikan video tersebut, wah makin glamorlah Arrian dan ayahnya selepas ini!
Secara tak langsung, video majlis aqiqah Arrian boleh memperkenalkan budaya serta adat resam kaum Melayu kepada semua lapisan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
Proton Akan Lancar Model Baharu Pada Akhir Tahun
KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd bakal memperkenalkan model yang sama sekali baharu pada akhir tahun ini, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata pelanggan mengharapkan Proton menambah baik kualitinya dan ia menelan kos yang tinggi kerana semuanya perlu diperiksa bagi memastikan ia menggunakan bahan-bahan terbaik.
“Harga model baharu itu dijangka lebih murah berbanding model-model lain dalam segmen yang sama, kerana itulah yang sepatutnya bagi kereta Proton.
“Bagaimanapun, ia perlu naik sedikit kerana pelanggan membayar untuk sesuatu yang lebih baik,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran ‘Drive for Gaza’, inisiatif pengumpulan dana Proton secara kerjasama dengan Yayasan Aman Global Perdana bagi membantu mangsa perang di Palestin.
Beliau berkata bagi model baharu itu, Proton menggunakan sepenuhnya dana dalamannya, terutamanya bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Dr Mahathir berkata Proton menggunakan wangnya sendiri sejak sekian lama bagi R&D dan kerajaan seharusnya membayar balik perbelanjaan itu.
“Di Korea Selatan dan Jepun kerajaan menyokong sektor swasta dan hasilnya mereka memperoleh daripada cukai yang dikutip.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengeluar kereta tersebut akan terus memperkenalkan model baharu, harapnya sebuah setahun, bagi memastikan kelangsungan hidup berterusannya. – BERNAMA
TOP
Gambar Pra Perkahwinan Bekas Pemain Man U, Park Ji Sung
Gambar pra perkahwinan bekas pemain bola sepak pasukan Manchester United yang berasal dari Korea Selatan, Park Ji Sung telah didedahkan oleh jurugambar rasmi majlis perkahwinannya yang akan diadakan pada 27 Julai ini.
KAMA Studio membidik gambar Park dan pasangannya, pengacara popular, Kim Min Ji di mana Park kelihatan kacak mengenakan sut hitam putih manakala Kim pula menggayakan gaun pengantin berwarna putih gading.
Park yang telah bersara daripada arena sukan bola sepak bakal mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan baiknya.
Pada Mei lalu, Park mengumumkan persaraannya dan akan memulakan kehidupan baharu di Eropah bersama isterinya selepas melangsungkan perkahwinan kelak
– MYNEWSHUB.MY
– MYNEWSHUB.MY
TOP
VIDEO: Bacaan Al-Fatihah Paling Tepat Makhraj Di Dunia
Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin Umar berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu didahulukan mereka yang banyak mengingati al-Quran dan paling baik bacaannya.
Imam sebenarnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut antaranya berilmu, memiliki bacaan yang baik selain prihatin terhadap keadaan makmum di belakangnya.
Dalam menentukan baik bacaan seorang imam, surah al-Fatihah sendiri sangat penting dan perlu dipandang serius seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin solat.
Jika meninggalkan atau tersilap melakukan salah satu daripadanya, maka terbatal solat.
Sebab itu, salah satu rukun solat yang perlu diberi perhatian adalah bacaan al-Fatihah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: dari Ubadah bin as-Somit menyatakan hadis ini marfu’ kepada Rasulullah SAW: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah. (Hadis sahih Muslim, bab solat, 595).
Justeru imam yang salah bacaan Fatihah, bukan saja solatnya batal, tetapi makmum di belakangnya pun turut terbatal. Antara kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama, kesalahan besar yang membatalkan solat si pembaca dan yang kedua, kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat si pembaca. Bagi mengenal pasti dan mengetahui ia kesalahan besar atau kecil dua unsur ilmu diperlukan iaitu ilmu tajwid dan tatabahasa Arab.
Bagi kesalahan bacaan Al-Fatihah yang membatalkan solat adalah menukar makhraj huruf asal kepada huruf lain, berubah baris yang mengubah sama sekali maknanya dan meninggalkan tasydid (tanda sabdu).
Penting sekali buat imam memelihara bacaan Al-Fatihah supaya tidak berlaku kesalahan yang menyebabkan batalnya solat dan iman seseorang.
Berikut adalah bacaan Al-Fatihah oleh Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih Hafizahullah, yang diiktiraf paling tepat makhrajnya.
Beliau memegang sanad tertinggi Al-Quran yang bersambung kepada Rasulullah SAW, diiktiraf oleh semua Ulama’ dunia.
-Blog Mazeer
-Blog Mazeer
TOP
Senarai Krew Penerbangan MH17 Yang Terbabit Nahas
Setelah dikejutkan dengan peristiwa MH17, kini salah seorang pekerja dari MAS telah mengambil screenshot krew-krew yang terlibat dalam penerbangan tersebut.
Diharap agar semua keluarga mangsa bersabar dan ucapan takziah dari SK - SiakapKeli.com
Berikut adalah senarai-senarai kru MH17 berdasarkan gambar screen tersebut:
1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA
2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA
3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA
4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA
5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA
6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA
7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA
8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA
9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA
10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA
11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA
12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA
13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - PEREMPUAN / MALAYSIA
14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA
15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN PEREMPUAN / MALAYSIA

Dua lelaki ditahan miliki pelbagai senjata api, bahan letupan
KUANTAN: Polis menemui senjata api, bahan letupan dan senjata tajam milik dua lelaki yang dipercayai penjenayah selepas melakukan serbuan di sebuah rumah di Lorong Sri Kuantan, Taman Galing Kecil di sini, pada Rabu malam.
Menurut sumber polis kedua-dua suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan jam 11 malam.
Dalam serbuan itu polis menemui beberapa laras senjata api, sepucuk pistol angin, peluru, bahan letupan, bom buatan sendiri, kelongsong peluru tajam, beberapa bilah parang dan pisau, buku lima dan barangan berbahaya lain yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati bahan letupan yang ditemui itu disahkan boleh dibuat bom.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh ketika ditemui mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian berkenaan.
"Polis masih lagi menyiasat kes ini, bagi kita selesaikannya dahulu kemudian kita akan adakan sidang akhbar berkenaan tangkapan ini," katanya.
Abdul Aziz berkata kedua-dua suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau. - Bernama
TOP
PM Terkejut Laporan Pesawat MAS Terhempas, Lancar Siasatan Segera
Datuk Seri Najib Tun Razak
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa terkejutnya berhubung pesawat MAS MH17 yang dilaporkan ditembak jatuh dan terhempas. Dalam Twitternya, beliau berkata akan melancarkan siasatan segera. Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis.
MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine. Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk turut mengarahkan siasatan terhadap kemalangan pesawat MH17, menurut Reuters. - mstar

MAS Terputus Hubungan Dengan Pesawat MH17 Dari Amsterdam
KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia Pada lewat malam Khamis.
MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.
"Butiran lanjut akan menyusul," katanya.
Sementara itu, jurucakap MAS berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.
"Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media," katanya.
Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Ia berkata pesawat Beoing itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - mstar
TOP
Rakaman Video Pesawat Milik Penerbangan Malaysia Terhempas
PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan. Menurut laporan, ia terhempas di kawasan konflik berhampiran Donets. Sumber MAS berkata kapal terbang itu tidak memasuki ruang udara Rusia. Tambah sumber, pesawat itu "ditembak jatuh" ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki. Sementara itu, Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat milik MAS telah trerhempas di Ukraine.
Contoh sistem peluru berpandu darat ke udara yang dipercayai digunakan oleh kumpulan yang menembak jatuh pesawat milik MAS di Ukraine. - mstar
TOP
Kemaskini 12:55pm: Pesawat Penumpang Malaysia MH17 Terhempas di Sempadan Rusia
UPDATE:
12 : 55p.m : DS Najib kini dalam perjalanan ke tapak nahas MH17
12 : 50p.m : Gambar diambil oleh BBC
12 : 46p.m : Lagi gambar oleh saksi
12 : 39p.m : Gambar diambil oleh saksi
12 : 30p.m : Kesemua anak penumpang maut- Awani
12 : 30p.m : Putin sedang berbincang kejadian nahas dengan Obama- RIA
12 : 25p.m : Obama arah pegawai kanan AS berhubung rapat dengan pegawai-pegawai Ukraine mengenai pesawat dijatuhkan- Reuters
12 : 20p.m : Pegawai Kementerian Kecemasan berkata serpihan kapal berselerak di sekitar sehingga 15 km dari tapak kemalangan, sekurang-kurangnya 100 mayat kelihatan- Reuters
12 : 15p.m : Perdana Menteri Ukraine, Areseny Yatseniuk arah siasatan segera terhadap nahas." - NST
12 : 07p.m : Perdana Menteri, DS Najib - "Saya terkejut dengan laporan kapal terbang MH terhempas. Kami sedang melancarkan penyisiatan segera." - Twitter
12 : 04p.m : Kawasan berkenaan terlibat dengan peperangan antara pasukan Ukrain dan pemisah Rusia - AP
11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki
Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.
Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.
Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi.
- SiakapKeli.com

Lelaki Didakwa Rogol, Liwat Gadis 15 Tahun Di Gopeng
IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Gopeng, pada Februari hingga Julai lepas.
Liew Kar Chuan, 29, dari Taman Gopeng Jaya, Gopeng dekat sini mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.
Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Gopeng pada pukul 11 malam, 1 Februari lepas dan meliwat remaja itu di sebuah rumah lain juga di Gopeng antara 1 Februari hingga 6 Julai lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim membenarkan Liew diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa manakala tertuduh diwakili peguam Meor Shaazizi Meor Shaari. - mstar
TOP
Lelaki Keluarkan Pistol Di Hadapan Staf SEB Ditahan
MIRI: Akibat mengeluarkan pistol di hadapan tiga staf Sarawak Energy Berhad (SEB) dan seorang anggota polis bantuan bulan lepas, seorang lelaki diberkas polis pada Rabu yang turut merampas sepucuk pistol dan lima butir peluru.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata penangkapan suspek berusia 39 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa selepas kejadian pada 9.40 pagi, 26 Jun lepas di hadapan sebuah rumah di Lorong 3 Krokop.
"Suspek hanya dapat ditahan semalam kerana sebelum ini dia berada di luar negara," katanya.
Mengulas insiden itu, Gan berkata sebelum mengeluarkan pistol, suspek dipercayai memarahi dan mempertikai tindakan kakitangan SEB yang membuat pemeriksaan meter elektrik di rumah tersebut.
Suspek yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudian bertindak mengeluarkan pistol selain mempersoal kehadiran polis bantuan yang dikatakannya bukan polis sebenar kerana tiada gari atau pistol, kata Gan.
Beliau berkata suspek kemudian dapat ditenangkan oleh kakitangan SEB terbabit yang berkata pemeriksaan meter itu hanya untuk tujuan keselamatan.
Kes disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Menurut Gan polis juga menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai permit senjata api. - mstar
TOP
Taikun Media Rupert Murdoch Cuba Beli Time Warner Pada Harga AS$80 Bilion
Taikun media global, Rupert Murdoch cuba membida sebuah lagi gergasi media Time Warner pada harga AS$80 bilion
LONDON: Taikun media, Rupert Murdoch kini membuat bidaan berjumlah berbilion dolar dalam usahanya untuk muncul sebagai pemilik stesen televisyen dan studio filem terbesar dunia dengan mengambil alih Kumpulan Media Time Warner. Time Warner telah mengesahkan pada Rabu bahawa mereka menerima pelawaan tawaran daripada syarikat pegangan utama Rupert Murdoch, iaitu 21st Century Fox, bulan lalu berjumlah AS$80 bilion atau (£46.7 bilion) dalam bentuk tunai dan tawaran saham untuk membeli syarikat media Amerika itu. Bagaimanapun Time Warner telah menolak pelawaan tersebut dan menegaskan yang mereka enggan mengadakan rundingan lanjut. Keputusan ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Murdoch, 83, akan menggunakan 'jalan belakang' untuk mencapai hasratnya itu. Akhbar Britain, The Telegraph memetik sumber-sumber sebagai berkata, Murdoch percaya dengan menyatukan pendapatan kedua-dua syarikat ini di bawah satu bumbung, mereka akan dapat menjana sehingga AS$65 bilion dan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk berunding dengan dengan gergasi teknologi seperti Apple serta Google dalam memasarkan produk filem dan sebagainya. Apa yang akan dilakukan oleh kem Murdoch kini ialah melobi melalui proksi, anggota-anggota lembaga pengarah dan pemegang saham utama Time Warner bahawa mereka akan berada dalam kedudukan yang lebih menguntungkan jika penggabungan berlaku. Time Warner, yang merupakan pemilik studio filem Warner Brothers dan juga saluran kabel HBO, yang mengkhusus dalam penerbitan drama-drama berbajet tinggi seperti Game of Thrones, menolak mentah-mentah cadangan yang dikemukakan oleh Murdoch awal bulan ini. Ketua Pegawai Eksekutif Time Warner, Jeff Bewkes berkata: “Anggota lembaga, selepas mengadakan rundingan dengan penasihat kewangan dan perundangan bersetuju bahawa cadangan yang dikemukakan itu buat masa ini tidak memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan dan memutuskan tidak akan memanjangkan rundingan lanjutan dengan Fox." Time Warner menegaskan yang mereka berkeyakinan penuh pelan strategik mereka jauh lebih baik dari segi pulangan pelaburan berbanding dengan tawaran yang dikemukakan oleh Fox itu. Mereka juga yakin, dari segi nilai, adalah lebih sesuai jika Time Warner kekal sebagai sebuah entiti media bebas dan pada masa yang sama turut khuatir jika penggabungan itu berlaku, mereka ragu-ragu sama ada Fox mampu mengendalikan sebuah konglomerat yang begitu besar. Mereka juga bimbang, jika penggabungan ini berlaku, keluarga Murdoch akan menjadi pihak tunggal yang menguasai dan mengawal perjalanan konglomerat gergasi ini nanti. Sebagai kontras, Time Warner tidak dimiliki oleh mana-mana pihak dengan kuasa tunggal. Fox pada masa yang sama turut mengesahkan yang mereka telah mengemukakan cadangan pengambilalihan itu tetapi kini tidak lagi berada dalam posisi untuk meneruskan rundingan lanjutan. Antara lain, bidaan tersebut termasuklah rancangan untuk menjual stesen televisyen kabel, CNN, iaitu rangkaian berita Time Warner yang ke udara 24 jam sehari. CNN adalah pesaing utama Fox News. - mstar

Thailand Mansuhkan Yuran Visa Bagi Pelancong China, Taiwan
BANGKOK: Thailand memansuhkan yuran visa bagi pelancong China dan Taiwan selama tiga bulan sebagai langkah merangsang industri pelancongannya yang terjejas teruk akibat ketidakstabilan politik di negara ini pada separuh pertama tahun ini.
Junta tentera yang ketika ini mentadbir Thailand meluluskan pemansuhan itu dari 1 Ogos hingga 31 Oktober tempoh sebelum musim kemuncak, untuk merangsang industri pelancongan.
Piyaman Tejapaibul, Presiden Majlis Pelancongan Thailand berkata junta meluluskan langkah itu sebagai penghargaan kepada pelancong dari China dan Taiwan, yang sentiasa menyokong dan melawat negara itu, walau apa pun yang berlaku di negara tersebut.
Beliau berkata jumlah ketibaan pelancong dari China turun 20 peratus, dan yakin dasar baharu itu akan meningkatkan bilangannya.
Sebanyak 4.5 juta pelancong China dan 600,000 pelancong dari Taiwan pada tahun lepas, katanya pada sidang media di sini semalam selepas mesyuarat jawatankuasa bersama sektor awam-swasta bagi menyelesaikan masalah ekonomi.
Piyaman mengunjurkan jumlah ketibaan pelancong pada tahun ini sebanyak 26.8 juta, sama seperti tahun lepas, walaupun pergolakan politik yang berpanjangan. - mstar
TOP
4 Budak Lelaki Palestin Terkorban, Bayi 3 Hari Terselamat
Kematian empat bersaudara yang terkorban dalam serangan tentera Israel diratapi ahli keluarga mereka di Rumah Mayat Hospital al-Shifa hospital, Gaza City pada Rabu.
GAZA: Empat kanak-kanak lelaki Palestin menjadi mangsa korban terbaharu dalam serangan tentera Israel di kawasan pantai wilayah itu, Rabu. Mereka dikatakan mempunyai pertalian keluarga itu terkorban dalam serangan yang turut mencederakan seorang lagi remaja, kata saksi kejadian, Ashraf al-Qidra dari Kementerian Kesihatan Gaza. Dalam insiden itu, serangan tentera Israel yang menaiki bot di perairan Mediterranean di wilayah itu membunuh dua budak lelaki berusia 10 tahun, manakala dua lagi masing-masing sembilan dan 11 tahun. Pada masa sama, militan Palestin melancarkan lebih 130 roket ke arah tentera Zionis itu pada hari ke sembilan pertempuran yang hingga kini mengakibatkan 216 nyawa terkorban, termasuk enam dalam serangan udara. Majoriti yang terkorban dan cedera dalam kalangan orang awam kata pasukan petugas kesihatan di Gaza, manakala di Israel pula, seorang penduduknya terbunuh akibat terkena bedilan satu daripada lebih 1,000 roket yang dilancarkan. Serangan yang hingga kini tiada penghujungnya itu, Israel dikatakan sedang berusaha untuk memperluaskan skop dengan menyasarkan militan Hamas menerusi laluan darat apabila kira-kira 30,000 anggota tentera simpanan dikerah terbabit dalam misi ini. "Arahan ketika ini adalah untuk melancarkan serangan udara dan jika perlu disusuli dengan serangan pasukan darat menggunakan pendekatan taktikal," kata pegawai Israel sehari selepas mesyuarat keselamatan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Netanyahu memberitahu pihaknya akan terus menjalankan kempen serangan sehingga mencapai matlamat. Bagaimanapun, tempoh gencatan senjata selama lima jam atas dasar perikemanusiaan dipersetujui untuk memberi ruang kepada penduduk Palestin membeli keperluan makanan dan mendapatkan rawatan kesihatan. Sementara itu, bayi perempuan berusia tiga hari dan ibunya, Nada terselamat dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarga mereka di Genting Gaza.
Nada yang baharu melahirkan Nour hanya cedera dan bayinya dilaporkan stabil.
“Syukur kepada Allah Swt, saya tidak kehilangan Nour. Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpa bayi pertama kami kerana kelahiran ini amat dinantikan sejak sekian lama,” katanya. Sumainya, Hayel Issa berkata, pada mulanya tidak percaya bahawa bayi dan isterinya masih hidup selepas melihat keadaan mereka yang berlumuran darah di bawah runtuhan. “Saya tidak menyangka bayi ini tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya sangka mereka akan meninggal dunia kerana bedilan itu sangat kuat,” katanya. - mstar

Muslim AS Boikot Majlis Iftar Rumah Putih
Walaupun ada pihak yang memboikot majlis iftar Rumah Putih, tetapi masih ada umat Islam yang menghadirinya untuk berinteraksi dengan Obama.
KUMPULAN Muslim Amerika Syarikat (AS) dan individu beragama Islam di negara itu memulaukan majlis berbuka puasa anjuran Presiden Barack Obama sebagai bantahan terhadap dasar anti-Islam Rumah Putih. Sebaliknya, sejumlah besar Muslim menyertai protes di luar Rumah Putih dengan mengecam polisi kerajaan semasa. Media AS melaporkan, jemputan Rumah Putih untuk menyertai majlis berbuka puasa itu ditolak kerana mendapati dasar kerajaan terhadap Islam dan umatnya semakin hari dilihat kian membimbangkan. Laporan menyatakan, lebih 100 aktivis dan pemimpin Islam turut menandatangani surat terbuka menyatakan mengapa mereka menganggap tindakan memboikot acara itu wajar diambil.
Sebahagian umat Islam yang memboikot majlis iftar itu menunaikan solat di luar Rumah Putih.
Bagaimanapun segelintir pemimpin Islam AS tetap menghadiri majlis berkenaan kelmarin. Sebelum ini, Rumah Putih memang mengadakan majlis berbuka puasa bagi memberi ruang kepada Obama dan pemimpin Muslim AS berinteraksi secara langsung, selain cuba menjalin persefahaman lebih erat. Media dalam talian melaporkan, pemimpin Muslim berpendapat majlis berbuka puasa kali ini tidak lebih daripada cubaan kerajaan AS membersihkan imej mereka yang gagal membela Islam dan umatnya di negara itu. Lebih penting, kata mereka, pemulauan itu dibuat sebagai mesej kepada Rumah Putih terhadap sokongan diberi Washington kepada keganasan Israel ke atas Gaza ketika ini. Lebih 200 orang terbunuh sejak rejim Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza beberapa hari lalu dengan kebanyakan korban terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Turut mendapat perhatian pemimpin serta aktivis Islam AS ialah penahanan berterusan suspek militan di penjara Teluk Guantanamo. Seorang daripada penganjur boikot itu, Ramah Kudaimi berkata, alasan utama mereka memulaukan jemputan Obama kerana menganggap majlis berkenaan digunakan Rumah Putih sebagai bahan publisiti mengaburi tindakan mereka melakukan jenayah ke atas umat Islam. “Fokus bantahan kami ialah nasib tahanan di Guantanamo serta menyedari ketika majlis berbuka puasa tahun lepas, tahanan di sana dipaksa makan ketika mereka melakukan mogok lapar," katanya. Jawatankuasa Antidiskriminasi Arab Amerika pula berkata, mereka tidak menghadiri majlis itu dan menggesa Muslim lain turut menyertai langkah itu. “Ia sebagai bantahan terhadap sokongan Washington kepada pembunuhan berterusan umat Palestin di Gaza ketika ini, serta aktiviti pengintipan berterusan kerajaan ke atas penganut Islam di AS,” kata pertubuhan itu. - mstar

Penduduk Venezuela Cuba Fahami Ibadah Puasa
Penduduk Venezuela dikatakan mula mendekati umat Islam dan mengagumi kesabaran menahan lapar serta dahaga seharian.
KEDATANGAN Ramadan mendorong lebih ramai penduduk Venezuela mendekati penganut Islam dan cuba memahami ibadah itu. Media melaporkan, sikap penduduk setempat juga semakin pemurah kerana mereka mengagumi kesabaran penganut Islam menahan lapar dan dahaga seharian. Sesetengah pihak seperti dilaporkan media, mula mendekati penganut Islam bagi mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai agama itu serta amalannya. Duta Iran di Venezuela, Hojatolah Soltani berkata, di ibu negara Venezuela, Caracas orang ramai daripada pelbagai kepercayaan dan agama kelihatan berminat mengetahui lebih banyak maklumat mengenai Islam. “Mereka bertanya kepada cendekiawan yang ada dan meminta supaya diajar mengenai al-Quran serta nilai Islam,” katanya. Data kerajaan menunjukkan ada hampir 300,000 orang penganut Islam menetap di Venezuela. Sejak beberapa dekad lalu ribuan Muslim dari Timur Tengah, termasuk dari Syria, Lubnan dan Iran berpindah ke Venezuela. - mstar

3 Produk Jenama Popular Kek & Kuih Salah Guna Logo Halal
Pegawai Jakim dan KPDNKK menyerbu premis yang menyalahgunakan logo halal pada produk kek dan kuih di ibu negara, Khamis.
KUALA LUMPUR: Tiga jenama popular produk membuat kek dan kuih dikenal pasti menyalahgunakan logo halal pada label dan pembungkusan produk mereka. Perkara itu terbongkar apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan serbuan di tiga premis secara berasingan, pada Khamis. Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini yang menjalankan kerja-kerja melabel dan pembungkusan semula, manakala serbuan kedua dan ketiga membabitkan dua pasaraya borong dan runcit khusus menjual barangan membuat kek dan pastri di cawangan Cheras dan Semenyih. Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Hab Halal Jakim, Mazlina Jalani berkata, hasil serbuan mendapati ketiga-tiga premis terbabit menjual dan mengedarkan produk membuat kek dan kuih tanpa menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain). "Di premis pertama yang diserbu, kita dapati mereka membungkus bahan-bahan membuat kek dan kuih dan kemudian melabelkannya menggunakan logo halal tanpa mempunyai sijil halal Jakim atau Jain. Ia membabitkan dua jenama popular. "Bagi serbuan kedua, pasaraya berkenaan bukan pemegang sijil halal tetapi mengeluarkan banyak produk menggunakan jenama yang sama dengan nama pasarayanya menggunakan logo halal seolah-olah ia dikeluarkan oleh Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan tiga serbuan, di sini, Khamis.
Salah seorang pekerja premis pembungkusan dan pelabelan menjalankan tugas-tugasnya seperti biasa ketika serbuan dijalankan.
Menurut Mazlina operasi bersepadu secara besar-besaran menjelang Aidilfitri itu dilakukan setelah risikan dibuat kira-kira dua minggu yang lalu. Kesemua produk berkenaan, yang menggunakan jenama dengan ciri 'kemelayuan' dan 'keislaman' itu telah disita dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Antara produk yang disita termasuk serbuk penaik, shortening, gelatin, krim tartar, kekacang dan mentega. "Kita anggarkan nilai sitaan di ketiga-tiga premis ini sebanyak RM500,000 dan jumlah produk yang disita adalah 300 . "Semua produk yang disita akan disiasat dan sampelnya akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, dua jenama produk tanpa logo halal sah yang dikenal pasti hasil serbuan pertama diedarkan di pasaraya besar dan popular di seluruh negara yang dikunjungi pengguna Muslim. "Kita tidak mahu pengguna, terutamanya umat Islam keliru atau dikelirukan dengan logo halal tidak sah. "Apabila mereka memilih bahan membuat kek dan kuih, pastikan logo halal pada label atau bungkusan dikeluarkan oleh pemegang sijil halal Jakim," katanya. Beliau berkata, Jakim dan KPDNKK juga akan menyita produk terbabit yang berada di pasaran. Dalam pada itu, serbuan ini juga berjaya mengesan taktik peniaga yang menggunakan logo halal dari luar negara seperti Singapura dan Indonesia walaupun nama syarikat didaftarkan di Malaysia, tetapi bukan pemegang sijil halal yang sah. Terdapat juga produk bakeri yang langsung tiada logo halal, menggunakan logo halal generik atau mempunyai logo halal tetapi nama syarikat atau kilangnya dipotong. - mstar

Khalid Samad Sedia Letak Jawatan Jika Sultan Selangor Terus Murka
Khalid Samad
SHAH ALAM: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sedia meletak jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terus murka terhadap beliau berikutan tindakannya mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan supaya ia dihapuskan. Beliau berkata, perletakan jawatan itu terserah kepada parti sekiranya Sultan Selangor terus murka meskipun setelah beliau memberi penjelasan apabila diperkenan menghadap baginda nanti. "Jika mereka kata, okay Khalid... kamu kena letak jawatan, untuk kepentingan parti, saya akan letak jawatanlah. "Bagi saya, saya berada di sini (sebagai wakil rakyat) atas sebab parti. Parti yang melantik saya sebagai calon. "Selagi mana ia akan mendatangkan kebaikan kepada parti, saya akan terus berkhidmat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis. Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya isu kemurkaan Sultan Selangor terhadap beliau menyebabkan tindakan supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Khalid bagaimanapun berharap perkara yang berlaku dapat diperjelaskan kepada Sultan Selangor. "InsyaAllah salah faham dan salah maklumat yang saya syaki punca di sebalik peristiwa ini dapat diatasi," katanya. Beliau berharap agar Sultan Selangor akan memperkenan beliau menghadap bagi memperjelaskan keadaan. "Saya sudah tulis (surat) kepada pejabat Sultan dan telah dihantar petang semalam untuk memperjelaskan lebih lanjut lagi. Tunggulah respons daripada Sultan," katanya. Sultan Sharafuddin pada Selasa melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu. Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. - mstar

Mohon Maaf, Saya Tiada Niat Cabar Sultan Selangor - Khalid Samad
Khalid Samad
SHAH ALAM: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakannya mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan supaya ia dihapuskan. Beliau berkata, cadangan itu sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan institusi raja berperlembagaan daripada tercemar. "Saya bukan cabar Sultan atau derhaka atau bertindak derhaka atau bertindak biadab kepada Sultan. "Saya minta supaya mengkaji semula enakmen kuasa eksekutif Mais dan melakukan pindaan sekiranya perlu. "Saya minta maaf dan mohon ampun sekiranya tulisan, kenyataan saya beri sedemikian rupa. Tiada niat walaupun sebesar zarah sekalipun, apatah lagi mencabar Sultan. Saya percaya, ini adalah salah faham," katanya pada sidang media khas di pejabatnya di sini, Shah Alam. Sultan Sharafuddin pada Selasa melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu. Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor. Khalid berkata, cadangan yang dikemukakan itu bukan mencabar kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam di Selangor atau Mais sebagai penasihat kepada Sultan dalam menjalankan tugas baginda. Jelasnya, kedudukan baginda dan Mais tetap tidak berubah sebagai pihak berkuasa atas agama Islam apabila bertindak sebagai penggubal dasar dalam semua urusan berhubung agama Islam di Selangor. "Perubahan yang dicadangkan hanya dari sudut pelaksanaan di mana dasar yang ditentukan baginda melalui Mais diserahkan kepada Kerajaan Negeri di bawah portfolio exco agama untuk dilaksanakan," katanya. Menurut Khalid, isu menerusi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di bawah Mais mencetuskan kritikan pelbagai pihak seperti rampasan naskhah Bible versi bahasa Melayu, pegawai Jais tersalah membuat tangkapan atas tuduhan khalwat ketika sedang berurusan pindah rumah dan serbuan di majlis perkahwinan di kuil Hindu, baru-baru ini. Tambahnya, kritikan itu bukan sahaja melibatkan Jais di bawah Mais tetapi memberi kesan kepada Sultan sebagai ketua agama Islam negeri. "Cadangan yang saya kemukakan bertujuan untuk menyelamatkan Tuanku dari cemuhan, yang terbuka atau tertutup dan sekiranya cadangan ini tidak diterima sekalipun, lebih-lebih lagi oleh Sultan, maka ia hanya cadangan yang berniat baik terhadap peribadi Sultan sendiri," katanya. Khalid sekali lagi menegaskan bahawa kemurkaan Sultan Selangor terhadap beliau berpunca daripada salah faham dan maklumat. Beliau berharap agar Sultan Selangor akan memperkenan memberikan kebenaran untuk beliau menghadap bagi memperjelaskan keadaan. "Saya sudah tulis (surat) kepada pejabat Sultan dan telah dihantar petang semalam untuk memperjelaskan lebih lanjut lagi. Tunggulah respons daripada Sultan untuk perkenan bagi saya menghadap," katanya. Kemurkaan Sultan Selangor itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada sidang media di Parlimen, 17 Jun lalu yang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais. - mstar

Saman Maksimum RM300 Kepada Pengguna Laluan Kecemasan Di Lebuh Raya
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata kesalahan itu antara yang akan diutamakan oleh pihak berkuasa. "Berdasarkan pengalaman, (apabila ada pemandu guna laluan kecemasan) kami mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri, di sini Khamis. Sementara itu, Khalid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama agensi lain akan membuat rondaan di 60 lokasi 'hotspot' iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan serta menguatkuasakan undang-undang jalan raya. Johor telah dikenal pasti mempunyai paling banyak 'hotspot' (17), diikuti oleh Perak (12), Kelantan (tujuh), Selangor (enam) dan Negeri Sembilan (enam). Op Selamat 5/ 2014 Sempena Aidilfitri akan berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai 2014. Bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi', Op Selamat itu memfokuskan keselesaan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. - mstar

Mayat Reput Ditemui Di Bawah Jambatan
BALING: Mayat seorang lelaki yang telah reput ditemui di bawah jambatan di Kampung Luar, Mukim Siong di sini bersama seguni pucuk paku, Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling DSP Wari Kiew berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Tarmizi Desa, 31, ditemui hanya tinggal beberapa kerat tulang tangan dan kaki itu oleh seorang pemancing pada pukul 4.30 petang.
Beliau berkata pemancing itu yang melalui kawasan berkenaan terhidu bau busuk dan menyiasatnya sehinggga terjumpa mayat yang telah reput, sebelum membuat laporan polis di Pondok Polis Pekan Kampung Lalang.
"Mangsa mungkin meninggal dunia seminggu lalu berpandukan keadaan mayat yang telah reput dengan keadaan hanya tinggal beberapa ketul tulang tangan dan kaki serta tengkorak kepala," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Katanya seguni pucuk paku yang ditemui bersama mayat mungkin dikutip mangsa untuk dijual di pekan Kampung Lalang.
Katanya mangsa pernah ditahan polis beberapa kali kerana terbabit dengan penagihan dadah.
Wari berkata mayat berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat dan punca kematian masih belum diketahui.
Bapa saudara mangsa Jamrus Yaakob, 59, mengesahkan mayat berkenaan adalah anak saudaranya yang tinggal seorang diri di kampung itu setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. - mstar
TOP
Wang Pertaruhan Hampir RM1 Juta Lesap
IPOH: Kehidupan selepas berakhirnya Piala Dunia bertukar ngeri terutamanya kepada peminat fanatik bola sepak yang mencagarkan rumah dan kereta mereka sebagai pertaruhan dengan bookie.
Ada diantara mereka turut mendapat sokongan daripada saudara mara untuk berkongsi wang pertaruhan yang mereka yakini boleh membawa pulangan lumayan.
Mereka hilang wang pertaruhan apabila keputusan diluar jangkaan, malah lebih mengejutkan ketika Jerman menewaskan Brazil 7-1.
Peminat bola sepak kini perlu berurusan dengan Ah Long dan pemberi pinjaman wang yang mahu mereka membayar balik wang tersebut.
Tindakan itu menyebabkan beberapa saudara mara mereka turut bimbang.
Di Ipoh, enam peminat bola sepak dalam keadaan terdesak datang ke Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Perak untuk mendapatkan bantuan.
Mereka berjaya mengumpul wang pertaruhan sebanyak RM1 juta dan kesemuanya lesap begitu sahaja.
Ketua Urus Setianya, Mohd Rawi Abdullah berkata, enam lelaki berusia diantara 35 dan 60 tahun, mula bertemu dengan beliau selepas kejohanan berprestij tersebut bermula dengan terbaharu pada Isnin lalu selepas aksi final antara Jerman dan Argentina.
"Jumlah wang yang mereka hilang adalah mencecah sejuta ringgit," katanya.
Mohd Rawi berkata pertaruhan itu dibuat menerusi bookie dan laman web di Internet.
Katanya, seorang lelaki berusia 60 tahun yang juga merupakan bekas guru hilang hampir RM100,000.
Mereka menanggung kerugian apabila Jerman menang besar ke atas Brazil di separuh akhir.
Antara perlawanan lain yang tidak berpihak kepada peminat bola sepak adalah Argentina - Holland, Amerika Syarikat - Jerman, Argentina - Iran dan Jerman - Portugal.
"Peminat bola sepak memberitahu saya mereka bertaruh terhadap pasukan-pasukan hebat dan sebaliknya tindakan itu memakan diri. Kebanyakan mereka menangis dan merayu untuk mendapatkan bantuan.
"Mereka meminta saya untuk bertemu dengan Ah Long supaya memberikan mereka masa selama enam bulan hingga setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut," katanya.
Polis menegaskan agak sukar untuk menentukan jumlah sebenar mereka yang hilang wang akibat pertaruhan dalam kejohanan tersebut.
"Adalah mustahil peminat fanatik bola sepak akan membuat laporan terhadap bookie kerana mereka tahu judi adalah haram.
"Kami merampas wang tunai sebanyak RM454,088 dan S$11,698 (RM29,944.07). Bookie meraih lebih daripada RM120 juta dan HK $ 528,292 (RM217, 407,50) dalam pertaruhan itu," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslee Chik.
Pada tahun ini, jumlah penahanan meningkat berbanding 2010, di mana seramai 227 individu ditahan termasuk ahli sindiket dan mereka yang terlibat dengan pertaruhan haram Piala Dunia menerusi operasi yang dikenali sebagai Ops Soga.
Empat warga Malaysia antara lapan yang ditahan di Los Angeles terlibat dalam pertaruhan haram Piala Dunia yang membabitkan wang pertaruhan berjuta-juta dolar, seperti yang dilaporkan pada Rabu.
Beliau berkata, kira-kira 454 ditahan sepanjang serbuan Ops Soga yang dijalankan antara 26 Jun hingga 14 Julai kerana terlibat dalam pertaruhan haram. - mstar
TOP
Kes Baling Kasut: Ibu Bapa Kanak-Kanak 8 Tahun Saman Guru
Sivaraajh memeriksa luka di kepala Sharmini akibat terkena kasut yang didakwa dibaling oleh seorang guru di sekolahnya.
KUALA LUMPUR: Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang membaling kasut ke arah anak mereka kerana bermain di dalam bilik darjah. Kakitangan Majlis Perbandaran Port Dickson, K Muthtu, 35, dan isterinya, R.Siyamala, 32, dibantu oleh Pemuda MIC untuk mengemukakan saman sivil terhadap guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan. "Anak perempuan saya, M.Sharmini masih mengadu kesakitan dan takut untuk pergi ke sekolah," katanya pada sidang media di sini, Rabu. Muthtu sedang bekerja apabila guru besar menghubunginya pada Khamis lalu memaklumkan anak perempuannya mengalami kecederaan. "Saya dalam perjalanan ke sekolah apabila menerima satu panggilan telefon daripada seorang guru yang menyuruh saya pergi ke klinik. Saya bergegas ke sana dan melihat anak perempuan saya dalam keadaan terbaring dengan balutan di kepala. "Saya diberitahu oleh guru besar bahawa ada guru membaling kasut ke arah anak perempuannya itu," kata Muthtu. Mereka kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Port Dickson pada hari yang sama. Siyamala mendakwa, walaupun guru besar dan beberapa guru datang ke rumah untuk meminta maaf, guru terbabit tidak pernah cuba untuk meminta maaf. Guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral dikatakan gagal mengawal kemarahannya apabila Sharmini dan dua lagi rakannya bermain di dalam kelas. Guru itu didakwa menjerti dan membuka kasutnya sebelum membaling kasut tersebut ke arah Sharmini sehingga menyebabkan kecederaan di kepala mangsa. Namun, guru itu didakwa meneruskan pengajarannya walaupun kanak-kanak tersebut mengalami pendarahan di kepala. Sejak itu, guru tersebut dipindahkan ke sekolah lain sementara menunggu siasatan. Ketua Pemuda MIC, C. Sivaraajh berkata, mereka membawa kes tersebut ke mahkamah untuk menjadikan ia sebagai pengajaran kepada orang lain. "Kami mahu memastikan guru-guru yang lain tidak melakukan perkara sama kepada mana-mana pelajar," katanya. - mstar

Pendengar Marah Era FM Temubual Wanita 'Stereng Lock'
Deejay Era FM iaitu Ray, bersama Kiki Kamaruddin. Gambar daripada laman web Era FM.
PETALING JAYA: Stesen Radio Era FM ditegur oleh para pendengar gara-gara menjemput wanita yang gelar 'gadis stereng lock' iaitu Kiki Kamaruddin atau nama sebenar Siti Fairrah Ashykin untuk menjadi tetamu undangan menerusi segmen Johara Pagi Era. Kebanyakan pengunjung laman sosial Facebook rasmi milik Era FM mempersoalkan tindakan stesen radio itu yang dikatakan memberi publisiti murahan kepada wanita yang bersikap kurang ajar terhadap seorang warga tua yang dikenali sebagai Uncle Sim dalam satu kemalangan kecil di Kuantan Pahang pada petang Isnin lalu. Sehingga kira-kira pukul 1 petang Khamis, laman sosial Facebook Era FM yang mempunyai 1,432,046 likes itu menerima lebih 700 komen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap stesen itu selepas mereka memuat naik posting dan rakaman video wanita berkenaan membuat permohonan maaf selain perbualannya dengan Uncle Sim yang dilakukan menerusi panggilan telefon.
Antara komen daripada pengunjung laman sosial Facebook Era FM.
Salah seorang pengunjung Facebook Nur Fatin berkata: "Stop making immoral & ignorant person into some famous instant artist. She Doesnt deserve this Era FM". Manakala Hani Amir berkata: "Amboi dah jadi viral baru nak minta maaf... I dont understand why Era invites this girl just for her to say sorry... lepas ni siapa sahaja buat salah dan jadi viral bolehlah Era jemput khas untuk cakap 'sorry'". Bagi Mohd Faisal Rahmat: "Pihak rangkaian TV dan radio sangat gemar mengangkat martabat orang yang tengah dalam kes. Sah-sah nak kaut populariti. Cuba fokus pada kerja sedia ada,". Pada segmen Johara Pagi Era yang dikendalikan oleh Hanif, Ray dan Elfira Loy itu, personaliti berkenaan telah menemubual Kiki Kamaruddin dengan tujuan memberi penjelasan dan memberi peluang membuat permohonan maaf secara terbuka secara eksklusif. Sementara itu, Pengurus Saluran Era FM, Nazri Noran yang dihubungi berkata, pihaknya tidak dapat memberi sebarang komen buat sementara waktu kerana satu mesyuarat sedang dijalankan berhubung perkara berkenaan. Selain Era FM, sebuah saluran radio berbahasa inggeris iaitu Hits FM juga turut menemubual wanita tersebut. Rakaman video yang menyaksikan Kiki Kamarudin memaki hamun seorang warga emas iaitu Sin Siak Hong, 68, (Uncle Sim) gara-gara kemalangan kecil menjadi viral di laman-laman sosial apabila insiden itu dikecam oleh orang ramai yang menganggap wanita berkenaan bersifat kurang ajar terhadap individu yang lebih tua. Dalam rakaman itu Kiki dilihat mengambil pengunci steren milik Uncle Sim lalu memukul kenderaan warga emas itu selain mengeluarkan kata-kata kesat termasuklah menuntut wang ganti rugi RM2,000.

Trend Wanita Berkelakuan Agresif Meningkat - Pakar Psikologi
KUALA LUMPUR: Wanita berkelakuan agresif di negara ini kini menunjukkan trend meningkat, demikitan menurut pakar psikologi.
Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, pakar psikologi sosial, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata ada di antara golongan wanita itu cuba memupuk nilai dalaman diri untuk menjadi seperti 'super woman'.
Ada juga segelintir golongan wanita berasa kekok dengan imej feminin dan ini membuat mereka berusaha untuk mengubah konsep kendiri, katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Mohamed Fadzil berkata perubahan nilai itu juga seolah-olah mendapat sokongan masyarakat apabila ada pemimpin wanita tempatan yang berkelakuan agresif ketika berkempen dan berdemonstrasi.
Beliau mengulas mengenai satu rakaman video klip yang tersebar luas di media sosial memaparkan seorang wanita yang berang apabila keretanya bergesel dengan kereta dipandu seorang warga emas.
Video itu merakam perbuatan wanita itu mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng dan mendesaknya membayar ganti rugi.
Sementara itu, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata pembuli jalan raya dapat diketegorikan kepada pembuli pasif dan pembuli aktif.
Pembuli pasif, katanya adalah seperti pemandu yang memotong barisan, enggan beratur dan tidak menghormati pengguna jalan raya yang lain.
"Yang berbahaya adalah pembuli aktif...mereka agresif, bertindak menyerang atau memukul pemandu lain sama ada menggunakan senjata atau tidak, jika berlaku sesuatu insiden," katanya.
Beliau menasihatkan mangsa supaya tidak keluar dari kereta kerana kereta merupakan pelindung atau perisai terbaik untuk melindungi diri dari dicederakan.
Jika seseorang yang menjadi sasaran pembuli jalan raya itu ialah penunggang motosikal, mereka harus berlindung di rumah ibadat, balai polis atau tempat yang mempunyai ramai orang, katanya. - mstar
TOP
SEGERA: Pesawat Penumpang Malaysia Terhempas di Sempadan Rusia Dipercayai Ditembak
UPDATE :
11 : 45p.m : AP melaporkan kapal terbang ditempak misil pada ketinggian 33,000 kaki
11 : 47p.m : MAS mengesahkan hilang komunikasi dengan pesawat
11 : 50p.m : Misil dilepaskan oleh puak pemisah :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
11 : 57p.m : 280 penumpang, 15 krew tidak terselamat :Penasihat Ukraine Kementerian Dalam Negeri - Reuters
Satu pesawat penumpang Malaysia baru sahaja terhempas di Ukraine, lapor agensi berita Rusia Interfax.
Pesawat tersebut yang dilaporkan dalam perjalanan dari Amsteredam ke Kuala Lumpur dengan seramai 295 penumpang telah terhempas di sempadan Rusia.
Jurucakap Malaysia Airlines telah mengesahkan "insiden" berkenaan dan dijangka untuk membuat satu kenyataan tidak lama lagi. - SiakapKeli.com

Ragut, Dua Sahabat Dijatuhi Hukuman 8 Tahun Penjara
Kuala Terengganu: Dua sahabat terpaksa akur dengan hukuman penjara lapan tahun diputuskan Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku salah meragut beg galas milik seorang penuntut di sebuah perhentian bas pada 3 Julai lalu.
Hakim Mohd Azhar Othman membuat keputusan itu selepas Tengku Taufik Hidayat Tengku Abdullah, 30, dari Bukit Payong, Marang dan Tengku Azhar Tengku Ismail, 29, dari Manir, di sini mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta Wan Nur Safiah Wan Ahmad, 23, dengan meragut beg galas yang mengandungi kad pengenalan, sebuah telefon bimbit model BlackBerry jenama 9800, sebuah telefon bimbit model Nokia 302 Asha, satu pengecas telefon bimbit, seutas jam tangan jenama Bonia dan wang tunai RM50.
Dua sahabat yang masing-masing bekerja sebagai mekanik dan peniaga mengaku salah melakukan kesalahan itu di tempat menunggu bas, Kampung Pengadang Baru, di sini, jam 6.45 petang pada 3 Julai lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Hafizah Mohd Sokran.
Mengikut fakta kes, ketika mangsa menunggu bas di kawasan berkenaan sebelum dihampiri sebuah motosikal Honda EX5 dinaiki dua tertuduh yang bertopi keledar.
Dua tertuduh kemudian memberhentikan motosikal berhampiran tempat mangsa menunggu bas sebelum seorang daripadanya menghampiri mangsa dan meragut beg galas yang ada di tangan mangsa dari arah belakang.
Sebaik mendapatkan beg galas itu, dua tertuduh melarikan diri sebelum satu laporan polis dibuat mangsa.
Sumber: myMetro online
TOP
Polis akan Mengumumkan Perintah Berkurung di Empat Daerah
Kuala Lumpur: Polis bakal mengumumkan perintah berkurung di empat daerah sepanjang 1,400 kilometer (km) di Pantai Timur Sabah dalam tempoh 48 jam kelak bagi mengekang kemasukan penceroboh asing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, langkah segera akan diambil dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah khususnya di kawasan panas seperti di Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan, Sabah.
Beliau berkata, pihaknya akan menambah 330 anggota polis dan 350 anggota tentera khususnya di pusat peranginan dan kawasan ternakan sangkar ikan bagi meningkatkan keselamatan dan keamanan di kawasan berkenaan.
Katanya, aset air bagi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), serta aset udara bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan ditambah dan di kawasan strategik.
“Laluan laut juga akan ditetapkan membabitkan perairan antarabangsa ke perairan Sabah bagi memastikan semua pergerakan kapal mengikut laluan ditetapkan. ─ myMetro online
TOP
Kiki Wanita Peugeot Putih Mohon Maaf
PETALING JAYA: Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.
Permohonan maaf terhadap pesara berumur 67 tahun yang menjadi mangsa makiannya di khalayak ramai serta seluruh rakyat Malaysia itu dimuat naik di laman Facebook rasmi, Kiki Kerja Kahwin.
"Please spread the words of my sincere apologies to all Malaysian about my actions. (Tolong sebarkan permohonan maaf ikhlas saya ini kepada semua rakyat Malaysia mengenai tindakan saya)," tulis Kiki.
Selain itu Kiki berharap tindakan kasarnya termasuk mengugut warga emas tersebut dengan pengunci stereng tidak dikaitkan dengan syarikat perunding perkahwinan miliknya.
"That's not my intention. That's my personal mistakes and anger. Kerja Kahwin Sdn Bhd had nothing to do with my actions. I'm alone to be blame in this event. (Itu bukan niat saya. Ia adalah kesilapan peribadi dan kemarahan saya. Kerja Kahwin Sdn Bhd tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan saya. Saya sahaja perlu dipersalahkan dalam hal ini)," katanya. Kiki secara tiba-tiba menjadi terkenal apabila rakaman video berdurasi 2.33 minit yang memaparkan dia dikatakan sedang mengamuk terhadap seorang warga emas mula tersebar di Internet sejak Selasa. Dia dikatakan mengamuk selepas menyedari keretanya jenis Peugeot 208 dilanggar secara tidak sengaja oleh warga emas itu dari arah belakang. Wanita itu juga dikatakan mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng serta mengeluarkan kata-kata kesat dan mendesaknya membayar ganti rugi sebanyak RM2,000. Bagaimanapun menerusi status lain, Kiki berkata tindakannya tidak salah di sisi undang-undang kerana lelaki warga emas itu tidak membuat laporan polis berhubung kelakuan kasarnya. "Uncle already forgive me. Uncle did not lodge any police report. I haven't been interrogate by any police officer. (Pakcik sudah memaafkan saya. Pakcik tidak membuat apa-apa laporan polis. Saya tidak disol-siasat oleh mana-mana pegawai polis). "Semunya tak ada apa-apa. Saya harap tindakan saya tidak salah di sisi undang-undang. Saya mohon maaf!" katanya. ─ mStar.com.my

EPL: Liverpool catat kekalahan pertama tanpa Suarez
PEMAIN Brondby, Simon Makienok (kiri) bersaing dengan pemain Liverpool, Martin Skrtel dalam perlawanan pra-musim di Stadium Broendby, awal pagi tadi. Liverpool kalah 1-2.- Foto AF
LONDON: Liverpool membuka kempen pra-musim tanpa khidmat Luis Suarez dengan kekalahan 2-1 kepada kelab Denmark, Brondby, awal pagi tadi. Christian Norgaard membuka tirai jaringan buat tuan rumah menerusi satu sepakan percuma sebelum pemain Liverpool dari Sweden, Kristoffer Peterson menyamakan kedudukan pada awal babak kedua. Dan ketika The Reds kebuntuan gol, Ferhan Hasani meledak jaringan kemenangan Brondby pada masa tambahan. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers begitupun tidak mahu menyalahkan kekalahan itu dengan ketiadaan Suarez yang berhijrah ke Barcelona dengan nilai 128 juta dolar (RM408.06 juta) dan mengakui tumpuannya lebih terarah untuk mencabar musim baru Liga Perdana Inggeris yang bermula 16 Ogos depan. “Tahun ini, kami tahu kami akan menjadi amat kompetitif. Semua pasukan akan menambah kekuatan dan kami juga sama. Namun apa yang menarik tentang kami ialah kami adalah kumpulan pemain muda dan kami membawa masuk pemain muda yang dahagakan kemenangan. “Kami akan meningkat sekali lagi berbanding musim lalu. Ia akan menjadi musim yang amat menarik. Saya dapat melihat pembangunan beberapa pemain dalam masa yang singkat sejak kami kembali. Musim ini kami percaya dengan kualiti yang kami ada. “Kami mahu terus meningkat dan meneruskan peningkatan. Kami bekerja amat keras tanpa orang lain mengetahuinya, kami sentiasa melakukannya untuk mencari pemain berkualiti ke dalam kelab,” kata Rodgers. Dalam pada itu, Chelsea menewaskan kelab divisyen empat, Wycombe Wanderers 5-0 menerusi jaringan Patrick Bamford, Izzy Brown (2), John Terry dan Branislav Ivanovic. - AFP

Brazil terus dikritik, desak pengurusan tertinggi CBF berundur
RIO DE JANEIRO: Legenda bola sepak Brazil yang kini bergelar ahli politik, Romario meneruskan kritikan terhadap Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) dan menggesa pengurusan tertinggi badan induk itu supaya meletakkan jawatan.
Ketika Piala Dunia yang berakhir baru-baru ini, Brazil selaku tuan rumah dan juara dunia lima kali dimalukan Jerman di separuh akhir dengan kekalahan 7-1 selain turut gagal menebus hampa penentuan tempat ketiga.
Dan Romario yang juga wira Piala Dunia Brazil pada 1994 dan kini bergelar penggubal undang-undang menyifatkan pengurusan persatuan itu korup dan menyeru rakan sejawatannya untuk melakukan sesuatu.
“Marco Polo del Nero akan mengetuai CBF selepas ini dalam jangka masa empat
tahun. Adakah kamu fikir lelaki ini mampu membuat perubahan? Saya yakin di tidak mampu,” kata Romario.
Del Nero akan mengambil alih tampuk kepimpinan CBF daripada Jose Maria Marin tahun depan namun Romario berfikir tiada apa yang berubah kerana dia sudah pun berusia 73 tahun.
“Pemilihan yang kabur dan sulit perlu dibatalkan," kata Romario yang mengumumkan tahun lalu De Nero akan mengisi kerusi panas presiden CBF yang baharu.
“Bola sepak Brazil tidak layak untuk dijalankan oleh mereka yang sudah pun membuktikan mereka tidak layak... yang hanya mengaut wang dan kerana itu, mereka tidak layak untuk bola sepak kita,” katanya.
Romario meneruskan ancaman sekiranya tiada perubahan besar-besar dalam CBF, Brazil akan terus berdepan risiko seperti yang berlaku di Stadium Mineiro - lokasi mereka dimalukan kepada Jerman. - AFP
TOP
Real Madrid, Barcelona Kelab Sukan Terkaya Dunia
NEW YORK – Selaku penyandang juara dunia, Sepanyol mungkin dimalukan di Brazil namun dua kelab gergasinya, Real Madrid dan Barcelona masih lagi juara dalam sudut menjana keuntungan selepas dinamakan francais sukan terkaya dunia.
Buat kali kedua berturut-turut, majalah ekonomi terkemuka Forbes menyenaraikan juara Eropah, Real Madrid, kelab di mana Cristiano Ronaldo beraksi sebagai pasukan sukan terkaya dunia dengan nilai AS$3.44 bilion (RM10.95 bilion).
Barcelona yang memiliki bintang Argentina, Lionel Messi selain Brazil, Neymar dan terbaru penyerang sensasi Luis Suarez, berada di kedudukan kedua dengan nilai AS$3.2 bilion (RM10.18 bilion) manakala gergasi Inggeris, Manchester United di ranking ketiga dengan nilai AS$2.81 bilion (RM8.94 bilion) sekalipun mengharungi kempen penuh bencana, musim lalu.
Satu-satunya kelab bola sepak yang berada di kedudukan 10 teratas ialah jaguh Jerman, Bayern Munich yang dianggarkan bernilai AS$1.85 bilion (RM5.89 bilion) untuk mengisi kedudukan ketujuh.
Manakala enam tempat lagi diisi pasukan daripada Major League Baseball dan National Football League dari Amerika.
Pasukan baseball, New York Yankees mengisi kedudukan keempat dengan nilai AS$2.5 bilion (RM7.96 bilion) manakala Dallas Cowboys yang dinilaikan AS$2.3 bilion (RM7.32 bilion) berada di kedudukan kelima.
Secara purata, nilai keseluruhan 50 pasukan terkaya dunia adalah AS$1.34 bilion (RM4.15 bilion), peningkatan lapan peratus berbanding tahun lalu. – AFP
Senarai 10 kelab sukan terkaya dunia:
1 Real Madrid – RM10.95 bilion
2 Barcelona – RM10.18 bilion
3 Manchester United – RM8.94 bilion
4 New York Yankees – RM7.96 bilion
5 Dallas Cowboys – RM7.32 bilion
6 Los Angeles Dodgers – RM6.36 bilion
7 Bayern Munich – RM5.89 bilion
8 New England Patriots – RM5.73 bilion
9 Washington Redskins – RM5.41 bilion
10 New York Giants – RM4.93 bilion
Senarai 10 kelab sukan terkaya dunia:
1 Real Madrid – RM10.95 bilion
2 Barcelona – RM10.18 bilion
3 Manchester United – RM8.94 bilion
4 New York Yankees – RM7.96 bilion
5 Dallas Cowboys – RM7.32 bilion
6 Los Angeles Dodgers – RM6.36 bilion
7 Bayern Munich – RM5.89 bilion
8 New England Patriots – RM5.73 bilion
9 Washington Redskins – RM5.41 bilion
10 New York Giants – RM4.93 bilion
TOP
Israel Halau 100,000 Penduduk Gaza
Gambar hiasan
BAITULMUQADDIS – Tentera Israel memberi amaran kepada kira-kira 100,000 penduduk Palestin yang tinggal di timur Semenanjung Gaza supaya meninggalkan rumah mereka, menurut sumber tentera semalam. Koresponden agensi berita AFP menemui risalah amaran itu yang disebarkan di kawasan kejiranan Zeitun di selatan Bandar Gaza. Penduduk tempatan turut melaporkan mereka menerima panggilan melalui rakaman telefon dan teks mesej yang menggesa supaya berpindah pada pukul 5 pagi waktu tempatan. Risalah itu antara lain memberitahu, tentera rejim Zionis akan melancarkan serangan udara ke atas pusat operasi pejuang-pejuang Palestin di Zeitun dan Shujaiya. Kedua-dua kawasan itu mencatatkan jumlah bilangan roket paling banyak dilancarkan ke atas Israel. Mesej amaran yang sama juga diterima oleh penduduk Beit Lahiya di selatan Gaza. “Pemindahan tersebut adalah untuk memastikan keselamatan diri anda sendiri,” menurut risalah itu yang turut memberi amaran kepada penduduk supaya tidak pulang ke rumah mereka sehingga menerima notis terbaharu. Mesej itu yang sebelum ini dihantar kepada penduduk di Beit Lahiya supaya berpindah pada Ahad lalu menyebabkan lebih 17,000 penduduk berlindung di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Amaran itu dikeluarkan pada hari kesembilan Operasi Perlindungan Sempadan Israel yang didakwa bagi membendung serangan roket yang dilancarkan oleh para pejuang Gaza. Sejak 8 Julai lalu, para pejuang Palestin melancarkan hampir 1,000 serangan roket dan mortar ke atas kawasan rejim Zionis manakala Israel membalas dengan melakukan lebih 1,500 serangan ke atas Semenanjung Gaza. Sumber pasukan perubatan Palestin memberitahu, sebanyak 205 penduduk Palestin terbunuh sejak serangan Israel dilancarkan pada minggu lalu. Kelmarin, seorang rakyat Israel terbunuh apabila terkena serangan roket yang dilancarkan dari Gaza ke kawasan lintasan sempadan Erez. – AFP

Kilang Kimpalan Hampir Musnah Terbakar Di Tampin
TAMPIN – Sebuah kilang kimpalan di kawasan industri kecil Taman Gunung Mas dekat sini hampir musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi Khamis.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tampin Roslan Sahrani berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran kilang itu pada pukul 2.23 pagi dan sebuah jentera bersama lima anggota dan pegawai dari balai itu tiba ke tempat kejadian dua minit kemudian.
“Kita turut mendapat bantuan sepasukan enam pegawai dan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau. Sebaik tiba api sedang marak, namun api dapat dikawal daripada merebak di kilang bersebelahan 12 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi.
Api berjaya dipadamkan keseluruhannya dalam tempoh 30 minit dan 70 peratus bangunan kilang itu musnah terbakar .
Katanya kebakaran itu turut memusnahkan peralatan kimpalan, besi dan mesin pemotong.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran dan kerugian sedang disiasat,” katanya. – BERNAMA
TOP
Lapangan terbang Kabul diserang lelaki bersenjata
File photo of Kabul airport. (AFP/Roberto Schmidt)
KABUL: Pihak tentera Afghanistan mengesahkan bahawa lapangan terbang Kabul kini diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata. Pegawai tentera, Afzan Aman berkata dua bangunan di bahagian utara lapangan terbang berkenaan diambil alih oleh sekumpulan lelaki bersenjata, yang menggunakannya sebagai pangkalan untuk menembak roket dan senjata api ke arah lapangan terbang serta jet pejuang ISAF. Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi berkata lelaki bersenjata terbabit yang menawan bangunan itu kini dikepung oleh polis. Beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai sesiapa yang mengalami kecederaan. - AP

Israel-Hamas setuju gencatan senjata 5 jam
GAZA CITY: Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata sementara selama lima jam hari ini bagi membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Gencatan senjata itu dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan Gaza. - CNN
"Kumpulan yang ada bersetuju untuk menerima tawaran PBB berhubung tempoh bertenang selama lima jam itu untuk keperluan kemanusiaan," kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zhuri.
Israel sebelum itu menerima cadangan PBB itu namun memberi amaran tenteranya akan bertimdak jika diserang. - CNN
TOP
Presiden Nigeria mohon AS$1 bilion pinjaman asing perangi pemberontak
Foto - Reuters
ABUJA: Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan hari ini mengemukan usul memohon kelulusan Parlimen untuk meminjam lebih AS$1 bilion (RM3.1 bilion) daripada dana asing untuk memerangi kumpulan pemberontak Boko Haram yang keganasannya sudah meragut ribuan nyawa sejak lima tahun lalu. Dalam surat permohonan yang berasingan di dewan negara, Jonathan berkata, terdapat kesegeraan untuk meningkatkan peralatan, latihan dan logistik bagi angkatan tentera dan polis dalam memerangi ancaman serius berkenaan. Katanya, keganasan dan ancaman berterusan yang dilakukan kumpulan Islam Boko Haram, negara itu perlu membuat pinjaman asing sehingga AS1 bilion. Tarikh untuk perdebatan usul presiden itu belum lagi ditetapkan dan tiada petanda di mana Nigeria akan meminjam dana berkenaan. Pada Februari lalu, Gabenor Negeri Borno, Kashim Shettima berkata, Boko Haram mempunyai kelengkapan senjata yang lebih baik dan bermotivasi tinggi berbanding tentera kerajaan. Namun kenyataan Kashim berkenaan dinafikan tentera kerajaan. Borno yang terletak di utara masih lagi diletakkan dalam perintah darurat selain negeri jirannya, Yobe dan Adamawa sejak Mei tahun lalu berikutan ancaman kumpulan pemberontak berkenaan. Tiga bulan lalu, Boko Haram melarikan 276 pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Pekan Chibok, Borno sebelum 57 berjaya melarikan diri manakala 219 masih hilang. - AFP

Pengemis Warga Bangladesh Miliki RM26,000
Khorfakkan – Seorang pengemis warga Bangladesh yang ditahan oleh pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) didakwa memiliki wang sebanyak Dh30,000 (RM26,000) ) ketika ditahan dalam satu operasi membanteras peminta sedekah.
Dia adalah antara beberapa pengemis yang ditangkap dalam operasi berasingan di seluruh timur UAE sejak Ramadan bermula.
Apabila polis memeriksanya, mereka menemui hampir Dh30,000 yang dikumpulnya hasil aktiviti mengemis yang di bandar itu.
Polis turut menemui laporan kesihatan palsu yang digunakan lelaki berkenaan bagi menarik simpati orang ramai.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada wang berkenaan dikumpulkannya dalam masa sehari. – Agensi
TOP
Luiz Suarez Sah Milik Barca 100 Peratus
LUIZ Suarez kini menjadi milik Barcelona seratus peratus, jelas kelab Sepanyol itu.
Persetujuan dengan Liverpool bernilai 75 juta pund (RM409.80 juta) telah dilakukan sejak minggu lalu.
Pun begitu, naib juara kelab liga Sepanyol ini tidak boleh memperkenalkan Suzrez kepada peminat-peminatnya memandang dia digantung empat bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak gara-gara menggigit pemain pertahanan itali, Giorgio Chiellini pada aksi Piala Dunia bulan lalu.
“Dia kini menjadi milik kami 100 peratus,” jelas pengarah kelab Barca, Andoni Zubizarreta.
Penyerang ini hanya boleh bersama-sama pasukan pada hujung November ini, kecuali rayuan yang dibuat kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan berjaya.
Tambah Zubizarreta, kelab ini percaya bekas pemain Ajax ini akan lebih berfikiran positif.
“Kami menerima semua orang di sini, tidak sempurna dan sebagainya. Saya pasti Suarez akan menjadi orang yang lebih positif bagi kami untuk masa depan.” – mStar.com.my
TOP
KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid
KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memperincikan perintah berkurung di Sabah dan akan mewartakannya secepat mungkin.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara perkara adalah membabitkan tempoh masa dan garis panduan penguatkuasa.
Beliau bercakap kepada penberita pada majlis berbuka puasa bersama warga KDN di Kem Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, Kuala Terengganu, di sini, sebentar tadi. - Berita Harian
TOP
KPN : KEBOCORAN MAKLUMAT GANGGU TUGAS KAWAL SEMPADAN NEGARA
Kuala Lumpur, 17 Julai – “Kepesatan aplikasi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan ‘Whatsapp’ antara punca kebocoran maklumat operasi yang dilakukan pasukan keselamatan ketika bertugas di Sabah,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dalam ucapan sempena majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Maktab PDRM Cheras, pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Negara, kebocoran maklumat ke tangan pihak luar dan media merumitkan penugasan para petugas yang mengawal keselamatan sempadan negara.
Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua warga dan kakitangan PDRM umumnya, supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang melibatkan keselamatan negara.
Dalam perkembangan lain, turut disentuh isu jenayah siber yang tidak akan dapat dibendung sepenuhnya dalam arus perubahan ICT yang rancak berkembang namun masyarakat harus sentiasa relevan dan responsif terhadap kehendak semasa.
Menurut beliau lagi, ancaman jenayah siber kini datang dalam pelbagai bentuk dan saluran di mana ia tidak hanya wujud dalam kes-kes komersil, tetapi juga wujud di dalam siasatan beberapa kes konvensional seperti fitnah, hasutan, culik, rogol dan bunuh.
‘Oleh yang demikian ‘Police Cyber Investigation Response Centre’ (PCIRC) yang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 akan terus diperkasa melalui penambahan kelengkapan terkini serta peningkatan kemahiran pegawai dan anggota selaras dengan penugasan yang dijalankan’, tambah Ketua Polis Negara.
Majlis turut menyaksikan penyampaian surat penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam PDRM dan sumbangan kepada beberapa balu dan anak-anak yatim warga PDRM serta kepada lapan buah masjid di bawah kelolaan PDRM.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah dan warga kerja PDRM - rmp.gov.my
TOP
"Semua Ibu-Ibu Di Palestin Harus Dibunuh" - Ahli Parlimen Israel
KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan konytroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.
Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.
“Mereka harus dibunuh dan rumah-rumah mereka harus dimusnahkan supaya mereka tidak lagi melahirkan pengganas.
“Mereka musuh kita dan darah mereka perlu melekat di tangan kita. Ibu-ibu kepada pengganas yang sudah mati juga harus dibunuh," dia dengan angkuhnya diungkap sebagai berkata.
Kenyataannya tidak disambut baik oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menyifatkan pemikirannya sama seperti pemikiran Hitler.
“Adakah wanita itu seorang ahli Parlimen Israel? Apa perbezaan antara pemikiran dia dan pemikiran Hitler?” tanya Erdogan.
Konflik Israel-Gaza telah dikutuk oleh banyak negara termasuk Malaysia, yang inginkan ia ditamatkan segera. - AstroAwani
TOP
Pihak Junta Benarkan Yingluck Melancong Ke Eropah
BANGKOK – Kerajaan tentera Thai memberi kebenaran kepada bekas perdana menteri, Yingluck Shinawatra untuk ke luar negara buat pertama kali sejak mereka menggulingkan kerajaannya.
Jurucakap tentera, Kol. Winthai Suvaree berkata pihak junta bersetuju dengan permintaan Yingluck untuk meninggalkan Thailand dan melancong secara peribadi ke Eropah pada penghujung Julai hingga awal Ogos.
Katanya, Yingluck memberi kerjasama dengan junta dan mematuhi arahan yang melarangnya membabitkan diri dalam kegiatan politik.
Yingluck, perdana menteri wanita pertama, disingkir pada Mei lalu dalam kes mahkamah yang mensabitkannya dengan penyalahgunaan kuasa, beberapa minggu sebelum rampasan kuasa oleh tentera.
Beliau kini menghadapi tuduhan kecuaian dalam memantau program subsidi padi. – AP
TOP
Buruh Bakal Sambut Aidilfitri Dalam Penjara
IPOH – Seorang buruh bakal menyambut Aidilfitri di penjara selepas mahkamah tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun setelah didapati bersalah menyebabkan kematian seorang wanita sehingga dibiarkan reput dalam sebuah kebun jagung berhampiran Kampung Tawas, tahun lalu.
Mior Sharul Nizam Mior Khas, 45, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan. Sebelum ini, dia didakwa mengikut Seksyen 302 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori berbanding hukuman penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh tanpa niat.
Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badarudin memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada Januari 2013.
Noorin dalam penghakimannya berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan faktor kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman walaupun tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah dengan mengaku bersalah.
“Tertuduh bertindak di luar batasan kemanusiaan menyebabkan kematian kepada seorang isteri dan ibu. Tertuduh hilang pertimbangan dengan hentak bertubi-tubi dengan menggunakan objek tumpul dan keras berdasarkan laporan bedah siasat,” katanya.
Mior Sharul Nizam mengaku bersalah menyebabkan kematian Nur Amrah Ahmad, 44, di Taman Bertuah dekat sini, antara jam 12 malam hingga 4 pagi pada 10 Januari 2013.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan pendakwa raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili peguam, V Santhiran.
Akhbar sebelum ini melaporkan mangsa, Nor Amrah hilang pada 9 Januari 2013 ketika keluar bekerja di kilang sarung tangan sebelum mayatnya dijumpai di kebun terbabit kira-kira lima hari kemudian.
Suami mangsa yang berusia 49 tahun telah mengecam mangsa yang mempunyai kesan parut di bahagian siku dan peha pada 18 Januari 2013. – Sinar Harian Online
TOP
Budak Hidap Tumor Sebesar 2 Biji Bola Berjaya Dibedah
China – Selepas melalui perjalanan sejauh 2,500 batu, seorang budak berusia 11 tahun, Han Bingbing, akhirnya berjaya menjalani pembedahan membuang tumor sebesar dua biji bola di dalam perutnya.
Bingbing, terpaksa dibedah selama lapan jam, dengan kos pembedahan sebanyak RM60,000 ditanggung oleh The Xukecheng Health Care Corporation.
Dia mula menghidap tumor itu pada 2009 dan sejak empat tahun ,tumor berkenaan semakin membesar.
Pada 18 Jun lalu, tumor itu telah membesar seberat 33 paun dan memenuhi lima per enam daripada bahagian perutnya, menyebabkan organ dalamannya yang lain rosak.
Sejak dia disahkan menghidap tumor itu, ibu bapanya terpaksa meminjam duit untuk rawatannya.
TOP
RM5 Untuk Juadah 'Berbuka Puasa' Separuh Hari
SUNGAI PETANI – RM4 untuk satu hidangan lengkap; nasi, kuah gulai, telur goreng dan ikan. Ditambah pula dengan air semurah RM1, hidangan bagi mereka yang ingin memonteng puasa serendah RM5. Juadah 'berbuka puasa' berkenaan di sediakan di sebuah gerai dimana pemiliknya sibuk memasak dan membungkus makanan tanpa sebarang rasa segan silu di bulan Ramadan ini.
Ketika diserbu, pemilik kedai berkenaan bersama dua orang pembantunya sedang sibuk menyediakan lauk tambahan kerana makanan yang sedia ada telah berkurangan. 10 bungkus nasi beserta air dimasukkan ke dalam plastik bersedia untuk diambil oleh pelanggan bila-bila masa sedangkan jam masih lagi menunjukkan 1.30 petang.
Kedudukan gerai berkenaan hanyalah 50 meter dari sekolah rendah dan menengah dikhuatirkan menjadi tarikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Apabila diserbu, pemilik gerai mengaku membungkus makanan untuk anaknya yang belum makan. Selain itu, dia juga mengaku suaminya yang berada di tempat kejadian tidak berpuasa kerana terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan. - SiakapKeli.com
TOP
Iklan Petronas 2014 : Ke Pangkuan Bonda
KUALA LUMPUR: Setiap kali raya, Petronas tidak akan ketinggalan untuk menyajikan kita dengan iklan-iklan yang menyentuh perasaan. Bukan setakat hari raya puasa, raya-raya lain juga Petronas tidak akan ketinggalan untuk 'turut serta' dalam perayaan tersebut.
Hari ini, Petronas telah melancarkan sebuah lagi kempen bagi Hari Raya Aidilfitri 2014. Video selama tiga minit itu menceritakan seorang kanak-kanak kampung serta persiapannya untuk menyambut Hari Raya.
Video bertajuk "Ke Pangkuan Bonda" itu akan disiarkan di kaca televisyen seluruh Malaysia dengan ringkasan selama 60 saat bermula 10 Ogos ini
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Jerman Duduki Tangga Teratas FIFA Selepas Tumpaskan Argentina
ZURICH - Jerman kini berada di tempat teratas didalam carta FIFA pada hari Khamis setelah memenangi Piala Dunia yang lepas.
Jerman telah mengalahkan Argentina 1-0 pada Ahad lepas untuk memenangi Piala Dunia, seterusnya mengganti Sepanyol di tempat teratas carta. Argentina pula kii berada di tangga yang kedua disusuli dengan Belanda di tempat ketiga.
Colombia pula menduduki tempat yang keempat diikuti Belgium. Kesemua 64 kejohanan Piala Dunia diambil kira dalam carta FIFA ini.
TOP
Dua Remaja Curi 8 Tabung Masjid Di Jasin
Jasin: Kariah Masjid Al-Khauthar, Umbai, di sini, dikejutkan dengan kecurian lapan tabung milik masjid itu oleh dua remaja lelaki awal pagi tadi.
Dalam kejadian 2.30 pagi, dua remaja lelaki itu dipercayai menggunakan laluan belakang masjid dengan meletakkan motosikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Umbai sebelum masuk melalui ke ruangan solat wanita dan mengumpil pintu jeriji.
Kejadian itu disedari jemaah yang datang ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat subuh dan sebelum ini memang pernah ada kejadian kecurian seperti ini dan pihak masjid sepakat memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan.
Berdasarkan rakaman CCTV dapati dua remaja lelaki mengambil masa selama satu jam untuk melarikan wang daripada tabung tabung masjid.
Sementara itu, Ketua Polis Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan menerusi CCTV yang diserahkan oleh jawatankuasa masjid.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan. - myMetro
TOP
Tabur Bunga Atas Kubur Diharuskan, Tidak Haram
ALOR SETAR - Menurut Islam, hukumnya harus untuk menabur bunga atas kubur sempena Aidilfitri.
Pendakwah, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa menabur bunga di tanah perkuburan adalah menyerupai amalan Nasrani dan Yahudi adalah satu kesilapan.
Beliau mengakui tersalah cakap mengenai hukum itu dalam satu ceramah di Perlis baru-baru ini.
“Saya tarik balik kenyataan itu kerana tersalah cakap. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah membuat kalungan bunga dan diletakkan di keranda serta mengusungnya bersama mayat ke tanah perkuburan.
“Perkara itu adalah bidaah dan haram kerana menyerupai amalan orang kafir dan membazir. Perkara ini juga saya rujuk dalam kitab Al-Muktamad,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, kesilapan itu adalah amat dikesali dan berharap penceramah lain juga mengambil sikap memperbetulkan semula kenyataan jika tersalah cakap.
“Sepatutnya bunga itu dikaitkan dengan membuat kalungan dan dibawanya bersama keranda, bukannya menabur di tanah perkuburan.
“Saya mohon maaf atas kesilapan itu kerana saya pun manusia biasa yang tak sunyi daripada salah dan silap,” katanya.
Ahmad Faisol berkata, amalan menabur bunga atau meletak bunga di atas tanah perkuburan adalah diharuskan dan hendaklah berpaksikan kepada niat.
“Sekiranya bunga itu ditabur atas tanah perkuburan supaya bunga yang masih basah (hidup) itu bertasbih kerana ALLAH, maka ia adalah dibolehkan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan beberapa laman sosial dan blog yang mengatakannya sebagai wahabi.
“Berhentilah mengaitkan saya seperti itu kerana saya masih pengikut setia Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpegang kepada Mazhab Syafie,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di tanah perkuburan kerana ia amalan Nasrani dan Yahudi.
Ahmad Faisol berkata, perbuatan itu adalah menyalahi ajaran Islam. - SinarHarian
TOP
Pelajar Tingkatan 5 diugut sebelum dirogol teman lelaki
Gambar Hiasan
MIRI: Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lalu, menurut polis. Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu. Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama. Katanya, pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan polis sedang memburu suspek. Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek. Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol. - BERNAMA

Kerajaan tak akan tunduk tuntutan wang tebusan daripada penculik - Zahid
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan tunduk atau melayan terhadap sebarang tuntutan wang tebusan oleh kumpulan yang menculik anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep dalam serangan hendap di Pulau Mabul di Sabah Sabtu lepas.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memenuhi permintaan daripada pihak penculik kerana ia dilihat akan menggalakkan usaha kumpulan itu memperoleh wang dengan melakukan kegiatan penculikan.
Beliau turut menjelaskan pihak berkuasa ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang mendakwa melarikan Zakiah dan meminta wang tebusan bernilai 10 juta.
"Ada panggilan telefon dibuat oleh kumpulan penculik kepada anggota polis Marin bertugas di Sabah dan mereka meminta wang sebanyak 10 juta namun tidak dinyatakan jenis mata wang sama ada Peso, US Dollar mahupun Ringgit Malaysia.
"Kita, kerajaan tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan bagi program TV3 Wanita Hari Ini dalam segmen 'Mesej Dari Penjara'.
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, Koperal Ab.Rajah Jamuan, 32, mati ditembak sementara Zakia, 26, diculik kumpulan berkenaan ketika mereka sedang bertugas membuat rondaan di kawasan resort berkenaan.
Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.
Ahmad Zahid berkata kerajaan komited meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah dengan menambah sebanyak 680 anggota pasukan keselamatan iaitu 330 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).
"Kita tidak akan nyatakan strategi dan apa tindakan yang akan kita lakukan ... ketika ini pendirian kita ialah ofensif dan bukannya defensif," katanya.
Ahmad Zahid berkata berdasarkan siasatan terhadap motif kejadian serangan hendap yang turut mengorbankan nyawa Ab. Rajah itu, ia dilakukan pada awalnya bertujuan untuk menculik pengusaha resort tetapi memandangkan pasukan keselamatan telah menjadi benteng kepada laluan mereka, maka sasaran dialihkan kepada pasukan keselamatan.
Mengenai isu Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang didakwa terbabit melakukan penculikan dan pencerobohan di Sabah, beliau berkata penculikan itu dilakukan oleh orang bawahan pemimpin MNLF itu.
"Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, Nur Misuari ini sedang uzur tetapi orang di belakangnya mempunyai cita-cita tinggi dan ingin menubuhkan ketumbukan ketenteraan upahan MNLF, ini satu langkah yang silap," katanya. - BERNAMA
TOP
Ozil Tidak Derma Kepada Palestin, Tetapi Brazil
KUALA LUMPUR: Ejen kepada bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil menafikan bintang bolasepak itu telah menggunakan wang bonus yang diterimanya setelah menolong Jerman menjadi juara piala dunia sebagai derma kepada Palestin, lapor AP.
Laporang oleh AP berkenaan mendakwa desas desus Ozil telah menyumbang derma kepada Gaza bermula dari media berbahasa Arab.
Rolad Eitel, ejen kepada Mesut Ozil berkata "Dakwaan mengatakan Mesut mendermakan wang kepada Gaza adalah tidak benar. Pada masa depan, mungkin, siapa tahu? Dia mendermakan wang kepada pihak-pihak tertentu di Brazil dan dia sekarang sedang bercuti".
Ozil dilihat menulis sendiri tentang dermanya kepada kanak-kanak di Brazi bagi membiayai kos pembedahan mereka. - SiakapKeli.com
Ozil dilihat menulis sendiri tentang dermanya kepada kanak-kanak di Brazi bagi membiayai kos pembedahan mereka. - SiakapKeli.com
TOP
Kiki Kini Ditangkap, Disabitkan Kesalahan Merosak Harta Benda
Kuantan: Polis menahan wanita yang bertindak keterlaluan terhadap seorang warga emas selepas terbabit dalam kemalangan di parkir kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Isnin lalu, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Saleh berkata, tempoh penahanan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, yang lebih dikenali sebagai Kiki, bergantung kepada hasil siasatan.
"Kita menahannya berhubung tindakannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan kita juga berkemungkinan untuk memanggil beberapa saksi lain untuk membantu siasatan," katanya.
Siti Fairrah tiba di IPD kira-kira jam 4 petang untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu dengan memakai baju kemeja biru dan bertudung hitam sambil ditemani ibu, bapa serta adiknya. - myMetro
TOP
Kiki bukti pemandu wanita panas baran, tweet Bung Mokhtar
KUALA LUMPUR: Baru lebih seminggu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mencetuskan kontroversi dengan kenyataan "Hidup Hitler"nya, dia kembali tunjuk belangnya di laman sosial Twitter.
Kali ini, subjek yang menarik minatnya ialah wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, Siti Fairrah Ashykin atau lebih dikenali sebagai Kiki.
Bung menulis beliau pernah berkata pemandu wanita adalah panas baran dan kenyataan itu yang dikritik ramai, telah dibuktikan oleh Kiki.
Pada tahun 2011, Bung mendakwa cara pemanduan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus mengundang kemalangan.
Beliau berkata, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah kepada risiko kemalangan.
Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup menunjukkan isyarat tangan sekiranya pemandu lain membunyikan hon.
‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.
‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup tunjukkan isyarat tangan,” katanya di Dewan Rakyat.
Kenyataan itu mendapat kritikan hebat daripada kaum wanita.
Baru-baru ini, Bung yang menulis tweet "Hidup Hitler" selepas kemenangan Jerman di dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014, dikecam masyarakat Malaysia dan dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tweet yang ditulis oleh Bung “tidak boleh diterima dan salah”.
Bung kemudiannya memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan memadamkan tweet itu. - AstroAwani
TOP
Lelaki Terima Padah Ambil Jalan Dekat
Beijing – Seorang lelaki berusia 30 tahun di Wuhan tersangkut pada pagar besi seperti daging kebab apabila tertusuk ketika cuba memanjat pagar berkenaan.
Mangsa dikenali sebagai Wu itu bagaimanapun terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, Wu melalui sebuah lorong kecil untuk pulang ke rumahnya namun mendapati pintu pagar di hujung jalan itu terkunci.
Dia dan beberapa rakannya kemudian memutuskan untuk memanjat pagar tetapi malangnya lengan serta bahu kiri Wu tersangkut serta tertusuk pada pagar itu ketika cuba melompat.
Wu pengsan akibat kecederaan itu dan rakannya segera menghubungi pasukan kecemasan.
Anggota bomba terpaksa menggunakan alat pemotong untuk menurunkan Wu sebelum alat pemotong hidraulik pula digunakan untuk memotong pasak pada pagar besi itu.
Akhirnya, bomba menggunakan gergaji bulat untuk membuang besi yang menusuk bahu Wu.
Keseluruhan proses mengambil masa lima minit sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.
Wu bernasib baik kerana tulang dan organ dalamannya tidak rosak dan kini beransur pulih. – Agensi
TOP
Kanak-Kanak Maut Tersedak Biji Rambutan
Bangi – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas tercekik biji rambutan ketika sedang mengunyah buah berkenaan di rumahnya di Bangi Perdana, semalam.
Dalam insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa Muhammad Rayyan Iman Asri dikatakan tercekik ketika sedang menjamu selera ditemani pembantu rumahnya.
Kakak mangsa, Sorfina Batrisyia, 13, berkata, dia yang sedang bersiap di dalam bilik untuk ke sekolah pada sesi petang terkejut apabila pembantu rumahnya itu menjerit memberitahu keadaan menimpa Rayyan Iman.
Katanya, dia terus bergegas melihat keadaan adiknya itu yang didapati terbaring dalam keadaan sesak nafas.
“Saya segera menelefon bapa yang ketika itu keluar bekerja. - myMetro
No comments:
Post a Comment