TOP
David Teo Tidak Campur Isu Kecurian Kereta Wawa Zainal
David tidak mahu mencampuri sebarang urusan berkaitan Wawa Zainal.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo enggan mencampuri sebarang urusan berkaitan isu kehilangan kereta milik aktres Wawa Zainal. David berkata, perkara tersebut berada diluar bidang kuasanya selepas Wawa mengambil tindakan untuk keluar daripada pengurusan syarikat tersebut. "Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian tersebut dan enggan mencampuri urusan Wawa kerana dia bukan lagi artis bawah pengurusan saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa. Terdahulu, Wawa menerusi laman Twitter miliknya memuat naik beberapa status sejak Jumaat lalu mempertikaikan kehilangan kereta jenis Suzuki Swift miliknya sejak setahun lalu.
Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafril.
Dalam beberapa entri yang ditulisnya Wawa mendesak si pencuri supaya tampil memohon maaf atas kejadian tersebut dan mendakwa ia perbuatan orang yang pernah rapat dengannya. Wawa turut menyindir 'pencuri' itu dengan kata-kata menggambarkan dia sememangnya mengenali individu terbabit. Dalam pada itu, ditanya mengenai status sindiran pelakon itu kepada siapa ditujukan David menegaskan ia bukan ditujukan kepada pihaknya. Jelas David lagi, pandangan tersebut hanya sekadar telahan dan ia mungkin ditujukan kepada pihak lain. "Mungkin sindiran itu dibuat untuk pengurus, keluarga atau teman rapatnya. Ia tiada kena mengena dengan MIG," tegasnya. Bagaimanapun David mengakui kereta berkenaan adalah milik MIG yang diberikan kepada Wawa semasa pelakon itu menjadi artis di bawah naungan syarikat tersebut. Sementara itu, David berkata, sejak Wawa mengambil keputusan untuk meninggalkan MIG selepas kontroversi perkahwinan rahsianya dengan aktor Airel Zafril tahun lalu mereka tidak pernah lagi berjumpa. Wawa dan Aeril gagal dihubungi mStar Online untuk menjelaskan tentang perkara itu dengan lebih mendalam.

Heliza Helmi Kagumi Felixia Yeap & Neelofa Dalami Ilmu Islam
Heliza Helmi. - foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star
KUALA LUMPUR: Penyanyi Heliza Helmi berasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan model Felixia Yeap dan pelakon Neelofa yang kini sudah berhijrah dan berusaha mendalami agama Islam. Heliza, 28, berkata, kedua-dua selebriti itui menunjukkan semangat mereka untuk menjadi muslim yang lebih baik berbanding sebelumnya. "Alhamdulillah pintu hati mereka terbuka untuk berhijrah sehingga saya sendiri rasa kagum dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh mahu mendalami Islam. "Felixia setiap minggu hadir kelas agama dan ada satu ketika dia datang dengan teksi kerana tidak tahu tempat usrah tersebut, begitu juga Neelofa yang tidak pernah ketinggalan menyertai kelas-kelas agama," ujarnya kepada mStar Online selepas majlis pengumuman Heliza Helmi sebagai duta terbaharu produk penjagaan rambut Sunsilk. Heliza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penghijrahan beberapa selebriti tempatan pada Ramadan ini. Tambah Heliza, kesungguhan mereka membuatkan dirinya berasa malu kerana sering memberi pelbagai alasan jika tidak hadir ke kelas-kelas agama. Katanya, dia sentiasa berharap agar lebih ramai lagi selebriti yang berhijrah menjadi lebih baik. "Saya lihat Felixia sangat rajin dan bila tidak dapat datang ke kelas belajar agama, dia rasa sedih dan saya pula jadi malu kerana sering bagi alasan jika tidak dapat hadir. "Saya bersyukur semakin ramai artis yang sudah berhijrah. Hijrah bukan sekadar menutup rambut tetapi jika seseorang itu belum bertudung tetapi dia melakukan sesuatu benda baik yang tidak dilakukan sebelum ini, hal itu juga boleh dikatakan berhijrah," ujarnya.
Heliza dilantik sebagai duta baharu produk penjagaan rambut Sunsilk. - foto IZZRAFIQ ALIAS /The Star.
Sementara itu, Heliza yang sibuk dengan aktiviti memberi bantuan kepada warga Palestin dan Syria mengakui belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga. Kata Heliza, dia menyerahkan urusan jodohnya kepada Allah. "Buat masa ini saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kerjaya hingga tiada masa untuk fikir soal jodoh. "Keluarga saya memahami tentang itu dan kakak saya pun belum lagi berkahwin, apa-apa pun saya hanya berdoa agar ditemukan dengan lelaki yang baik," ujanya. Sementaa itu, Heliza yang dilantik sebagai duta baharu syampo jenama Sunsilk ini mengakui sangat terkejut apabila menerima tawaran tersebut. Katanya, selepas hampir empat tahun bekerjasama dengan produk itu, dia akhirnya dipilih menjadi duta produk berkenaan. "Sebelum ini saya hanya jadi model iklan itu sahaja iaitu kira-kira empat tahun. Bila ditawarkan menjadi duta, saya rasa seperti macam nak pengsan. "Saya pengguna produk ini sejak dahulu dan ia satu-satunya produk yang menyokong wanita berhijab," katanya.

Jerman Ke Final Piala Dunia,Tewaskan Brazil 7-1
JERMAN mara ke final Piala Dunia 2014 selepas menang besar 7-1 ke atas Brazil pada saingan separuh akhir di Stadium Mineirao awal pagi Rabu.
Kali terakhir Jerman beraksi pada saingan akhir Piala Dunia pada tahun 2002, namun tewas 2-0 kepada Brazil.
Pada dua edisi sebelum ini (2006,2010) anak buah Joachim Low ini terkandas pada saingan ini dan menduduki tempat ketiga.
Thomas Mueller membuka jaringan pada minit ke-11 diikuti Klose m-23, Kroos m-24,26 sebelum Sami Khedira melengkapkan jaringan kelima pada babak pertama perlawanan.
Ketiadaan ayam tambatan Brazil, Neymar yang mengalami kecederaan membuatkan pasukan Felipe Scolari ini serba tidak menjadi.
Andre Schurrle menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua (m-69,79) untuk berpesta tujuh gol keseluruhan.
Minit terakhir permainan, Brazil mendapat gol saguhati melalui Oscar minit ke-90.
Jerman pernah merangkul gelaran juara Piala Dunia pada tahun 1954,1974 dan kali terakhir 1990.
Senarai pemain
Brazil: Julio Cesar; Maicon, Dante, David Luiz, Marcelo; Luiz Gustavo, Fernandinho; Hulk, Oscar, Bernard; Fred
Jerman: Neuer; Lahm, Boateng, Hummels, Howedes; Schweinsteiger, Khedira; Muller, Kroos, Ozil; Klose.

Jangan Terpedaya Panggilan Penyamar Dari Bukit Aman, Bank Negara
PETALING JAYA: Penyamaran atau penipuan olok-olok (scam scoofing) tidak boleh dijadikan bahan ketawa.
Ia adalah satu jenayah serius yang menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan puluhan juta ringgit setiap tahun.
Penipu kini memperdaya sesiapa sahaja rakyat Malaysia tanpa disangka-sangka dengan secara berani menyamar sebagai pegawai Bukit Aman dan Bank Negara dalam skim penipuan mereka.
Penipuan ini menjadi salah satu penipuan teknologi yang menyalahgunakan Voice over Internet Protocol (VoIP) - satu sistem untuk membuat panggilan suara melalui Internet - dengan meniru ID pemanggil sebenar.
Mereka membuat panggilan yang mana nombor yang tertera di skrin telefon kelihatan dari talian Bukit Aman atau Bank Negara, atau mana-mana agensi lain.
Sekurang-kurangnya 2,000 orang telah ditipu dengan cara ini sejak 2012, mengakibatkan jumlah kerugian lebih dari RM60 juta.
Dalam beberapa kes, kesemua wang simpanan mangsa lesap.
Penyangak terbabit akan membuat panggilan atau menghantar e-mel kepada mangsa yang berpotensi, memberi amaran kononnya akaun bank mereka telah dicerobohi.
Kemudian, mereka menasihati mereka untuk memindahkan wang mereka ke satu lagi akaun lain yang kononnya selamat.
Apabila mangsa memindahkan wang ke dalam akaun mereka yang melakukan penipuan, ia akan dikeluarkan dan kaki tipu terbabit menghilangkan diri.
Akaun ini biasanya dibuka menggunakan identiti palsu.
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata sindiket ini juga menggunakan taktik 'menakutkan-nakutkan' untuk menipu mangsa mereka.
Salah satu taktik ialah dengan memberitahu mangsa bahawa mereka membuat panggilan dari Bukit Aman dan memberitahu akaun bakal mangsa telah digunakan untuk aktiviti jenayah.
Taktik lain termasuklah memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah tetapi perlu membayar 'yuran' tertentu untuk menuntut hadiah tersebut.
"Nombor-nombor yang digunakan oleh penipu ini banyak dan pelbagai. Mereka mempunyai buku panduan untuk melakukan penipuan seperti ini," kata Mortadza.
Beliau berkata kes-kes seperti ini menunjukkan walaupun pihak polis, bank dan lain-lain pihak sering memberi amaran, orang ramai masih terjerat dengan penipuan tersebut.
Mortadza berkata, orang ramai perlu membuat semakan dengan Bukit Aman, Bank Negara atau bank-bank mereka sebelum memindahkan wang.
Beliau juga memberi amaran mengenai penipuan 'phishing' di mana mangsa ditipu dengan mengklik pautan internet yang dihantar kepada mereka melalui e-mel.
"Ini boleh membawa mereka ke laman web yang mencuri maklumat peribadi, seperti nombor akaun bank dan kata laluan, atau muat turun perisian berbahaya yang membolehkan penipu mengambil alih komputer mangsa.
"Satu helah biasa adalah dengan menghantar kepada mangsa laman olok-olok yang kelihatan sama seperti laman web rasmi bank yang sering digunakan mangsa, yang mengarahkan mangsa menaip butiran akaun dan kata laluan," katanya.
TOP
PLUS Bakal Tawar Lebih 10 Peratus Rebat Tol Sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka menikmati rebat tol lebih daripada 10 peratus pada hari terpilih sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata rebat tol yang akan diumumkan pada 21 Julai ini akan diberikan kepada pengguna yang membayar tol secara eletronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch 'n Go dan SmartTAG di lebuh raya kendalian PLUS.
"Dengan adanya rebat, memang banyak boleh jimat, khususnya masa musim raya ini orang melakukan perjalanan jarak jauh, jadi bila jarak jauh tol yang kita bayar lebih banyak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk kepada pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Subang, di sini, Isnin.
Noorizah juga berkata langkah itu adalah sebahagian daripada strategi pengurusan untuk melancarkan lalu lintas dan menggalakkan orang ramai supaya melakukan perjalanan pada hari tidak sesak.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihak penguat kuasa akan bekerjasama dengan pihak PLUS untuk membantu mengendalikan trafik dengan lebih lancar sepanjang musim perayaan.
"Pihak PLUS akan sentiasa bekerjasama dengan pihak polis, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat untuk sama-sama bantu dan mencari jalan supaya kita dapat memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya," katanya.
Dalam pada itu, Noorizah mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan balik kampung untuk berhari raya mereka berdasarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan yang akan dikeluarkan PLUS tidak lama lagi.
Sempena musim perayaan ini, PLUS menjangkakan lalu lintas di lebuh raya dalam rangkaiannya akan mencecah antara 1.5 hingga 1.6 juta kenderaan sehari, namun demikian pihak PLUS akan melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keadaan trafik lebih teratur dan tersusun.
Sementara itu, selain di Plaza Tol Subang, pihak PLUS turut mengagihkan 10,000 bungkus bubur lambuk Masjid Kampung Baru kepada pengguna lebuh raya menerusi Plaza Tol Jalan Duta, Sungai Besi dan Batu Tiga.
Pengedaran bubur lambuk itu sebagai penghargaan PLUS kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan lebuh raya kendalian syarikat itu.
TOP
Bapa Beyonce Diminta Bertanggungjawab Hamilkan Model Pakaian Dalam
BAPA penyanyi Beyonce Knowles iaitu Matthew Knowles sekali lagi diminta bertanggungjawab atas kelahiran seorang bayi perempuan yang dilahirkan oleh model pakaian dalam bernama TaQoya Branscomb.
Seperti dilapor Daily Mail, bayi perempuan itu dilahirkan pada 2010 di Harris Country, Texas.
Wanita itu turut mencabar Matthew untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan perkara tersebut.
TaQoya menuntut bayaran perbelanjaan harian terhadap anak tersebut termasuk ganti rugi dalam mengemukakan kes tersebut ke mahkamah.
Sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan yang dikeluarkan mana-mana pihak Beyonce dan keluarganya.
Kes ini berlaku beberapa tahun lalu apabila Matthew didakwa mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan sulitnya dengan Alexsandra Wright.
Disebabkan perkara itu, dia bercerai dengan isterinya Tina selepas hampir 31 tahun hidup bersama.
TOP
Amal Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan
KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mengamalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadan ini, iaitu dengan makanan yang manis serta mudah hadam sebaik berbuka puasa.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata makanan yang manis serta mudah dihadam seperti kurma, buah-buahan atau jus dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.
"Masyarakat juga dinasihatkan melewatkan waktu bersahur, sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak dengan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti mil penuh atau oat supaya berasa kenyang dalam tempoh masa yang lebih lama," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Beliau berkata kewujudan pelbagai juadah yang tersedia sepanjang Ramadan boleh mempengaruhi masyarakat untuk melupakan seketika amalan makan secara sihat.
"Antara amalan baik yang boleh dilakukan adalah menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktu Maghrib," katanya.
Dr Noor Hisham berkata selain mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh membekalkan serat, elakkan daripada makan masakan pedas dan berempah yang boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut sewaktu berpuasa.
Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak kerana kedua-dua jenis makanan ini segera dihadam dan menyebabkan cepat berasa lapar, katannya.
Beliau berkata masyarakat juga dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam yang tinggi untuk mengurangkan rasa haus dan minuman berkafein seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat yang boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.
Beliau berkata pilihlah snek yang ringkas semasa moreh, seperti sandwic, yogurt, roti dan biskut yang dimakan bersama segelas susu dan minum air kosong enam hingga lapan gelas sehari.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan makan secara sihat, sila layari laman sesawang bahagian pemakanan di nutrition.moh.gov.my atau portal MyHEALTH di www.myhealth.gov.my.
TOP
Soup Kitchen Boleh Beroperasi Hingga 16 Ogos - Tengku Adnan
Tengku Adnan Tengku Mansor.
KUALA LUMPUR: Semua badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti 'Soup Kitchen' hanya dibenarkan meneruskan aktiviti memberi makanan kepada gelandangan sehingga 16 Ogos ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tarikh itu telah dipersetujui sebagai tarikh baharu penguatkuasaan larangan memberi makanan kepada gelandangan selepas mengadakan perjumpaan dengan 12 NGO pada Selasa. "Mereka masih boleh mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan cuma tidak dibenarkan berada dalam kawasan 2km radius dari ibu kota," katanya dalam kenyataan, Selasa. Beliau berkata bagaimanapun NGO yang mempunyai premis yang sesuai seperti rumah ibadat atau bangunan sendiri dibenarkan mengagih makanan walaupun dalam lingkungan 2km radius. Menurut Tengku Adnan, antara hasil perbincangan lain yang dipersetujui adalah semua NGO akan bekerjasama dengan kerajaan bagi membanteras aktiviti sindiket yang menggunakan pengemis untuk meminta sedekah dan mewujudkan premis angkat Anjung Singgah. Katanya, satu lagi sesi perjumpaan bersama-sama golongan gelandangan dan pengemis juga akan diadakan dalam waktu terdekat bagi mendengar keluhan dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini, berkuat kuasa serta-merta. Beliau berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah dan gelandangan serta aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan dan mencemarkan imej bandar raya dari segi kebersihan. Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata faktor kurang pendidikan dan tidak mempunyai kelayakan mendorong peningkatan golongan gelandangan. "Satu kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menunjukkan bahawa punca peningkatan gelandangan adalah kerana mereka tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan pekerjaan," katanya dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pelajaran Pelajar Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), di sini. Dalam majlis yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu, seramai 257 orang pelajar menerima bantuan pelajaran YWP dengan jumlah keseluruhan bantuan RM188,620.

Tiada Lagi Rusuhan Kaum, Rakyat Malaysia Lebih Beradab - Samy Vellu
Samy Vellu.
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau tidak fikir bahawa rusuhan kaum boleh berulang di negara ini kerana rakyat Malaysia lebih bertamadun, bersatu padu dan hidup aman. "Secara jujur, saya memberitahu anda perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi kerana hari ini rakyat Malaysia begitu bersatu dan kita bekerja bersama-sama dan makan bersama-sama. Saya tidak fikir di negara ini, anda boleh bercakap mengenai kaum lagi. "Rakyat Malaysia lebih bertamadun sekarang...dan tidak ada kaum di negara ini tetapi satu, bangsa Malaysia. Apabila saya mati, saya tidak akan mati sebagai orang India tetapi saya akan mati sebagai rakyat Malaysia," kata beliau dalam sidang media di sini, Selasa. Samy Vellu diminta mengulas amaran oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bahawa insiden rusuhan kaum 13 Mei mungkin berulang jika hubungan antara kaum di negara ini terus tegang.

Lapan Cedera Dalam Kejadian Tembakan Awal Pagi Di Yala
YALA: Lapan orang cedera termasuk dua parah apabila sebuah kenderaan mengangkut penumpang yang menuju ke Bandar Yala diserang dua lelaki bersenjata pagi Selasa.
Kejadian 6.40 pagi itu berlaku berdekatan Kampung Berangan, Mukim Purung, Daerah Krong Pinang, ketika kenderaan itu sedang membawa 10 orang penumpang.
Menurut saksi yang berada dalam kenderaan berkenaan, dua orang lelaki pada mulanya melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang berdiri di tepi jalan dan apabila kenderaan tersebut sampai di situ mereka turut melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu.
Pemandunya dilaporkan terus memandu kereta tersebut ke Hospital Pusat Yala untuk memberi rawatan kepada mangsa.
Ketua Polis Wilayah Yala, Mej Jen Pol, Songkiat Wathakul berkata penumpang kenderaan itu kebanyakannya orang awam yang membawa buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dijual di pasar pagi di Bandar Yala.
TOP
Polis Selamatkan Wanita Mangsa Rogol Ditinggalkan Di Premis Berkunci
MELAKA: Polis pada Selasa menyelamatkan seorang wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata mangsa berusia 22 tahun ditemui di sebuah bilik bangunan pejabat lama DAP cawangan Krubong itu kira-kira 2.30 petang hasil maklumat orang awam.
Beliau berkata mangsa berasal dari Perak mendakwa dibawa ke premis itu oleh dua lelaki yang baru dikenali sebulan lepas dari rumah sewanya di Rembia, Alor Gajah dengan menaiki kereta sebelum dirogol tiga lelaki lain kira-kira 10 malam Isnin.
"Siasatan awal mendapati ketika dalam perjalanan ke premis tersebut, mangsa diberitahu akan dilacurkan namun dia tidak mahu tetapi sebaik tiba, wanita itu telah dirogol tiga lelaki lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya mangsa yang pernah berkahwin itu kemudian ditinggalkan di premis berkenaan.
Salehhudin berkata mangsa meminta pertolongan orang ramai kira-kira 2 petang Selasa setelah dia tidak dapat melarikan diri berikutan pintu pagar premis itu berkunci.
Beliau berkata mangsa yang berada dalam keadaan trauma dihantar ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan.
Katanya polis kini giat memburu kelima-lima lelaki terbabit yang berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati papan tanda pejabat DAP cawangan Krubong masih berada di bahagian pintu pagar utama premis itu.
Timbalan Pengerusi DAP Melaka Lim Jak Wong ketika dihubungi berkata cawangan itu telah dibubarkan dan pejabatnya ditutup sejak beberapa tahun lepas.
"Pejabat tersebut tidak digunakan lagi tetapi papan tandanya belum diturunkan," katanya.
TOP
Orang Ramai Diminta Waspada Macau Scam
Kamarul Zaman Mamat.
SHAH ALAM: Polis Klang mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon yang dikenali sebagai "Macau Scam". Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata modus operandi (MO) Macau Scam ini bermula apabila mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa pegawai bank yang menyatakan maklumat peribadi mangsa telah disalahgunakan untuk memohon kad kredit dan kad tersebut telah digunakan. Berkongsi taktik sindiket itu dalam kenyataan pada Selasa sebagai amaran kepada orang ramai, beliau berkata suspek akan meminta mangsa menghubungi nombor telefon kononnya dari Bank Negara yang diberikan untuk membuat laporan. Ia akan dijawab suspek lain yang meminta mangsa memberi butir-butir diri serta maklumat perbankan sebelum memaklumkan akaun bank mangsa dibekukan untuk siasatan. "Setelah mangsa membuat transaksi yang diarahkan, barulah mangsa sedar bahawa wang di dalam akaunnya telah dipindahkan ke akaun lain tanpa disedari," katanya. Kamarul Zaman berkata sindiket itu kini menyasarkan golongan profesional seperti jurutera, pengurus dan pengarah syarikat sebagai mangsa. Menurutnya, sebelum ini Macau Scam hanya memfokuskan masyarakat Cina tetapi sejak kebelakangan ini, kaum-kaum lain turut ditipu. "Dari Januari hingga Jun, 154 laporan diterima dan 19 daripadanya telah disiasat membabitkan kerugian RM686,198," katanya. Suspek yang terbabit dalam Macau Scam ini boleh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Polis Tumpaskan Kegiatan Pecah Rumah, Curi Kereta Di Johor Baru
Gambar hiasan.
JOHOR BARU: Polis berjaya menumpaskan kegiatan pecah rumah dan curi kereta di sekitar bandar raya ini berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Damai Jaya, di sini, Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata kedua-dua suspek berumur 28 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira 1.30 pagi selepas polis bertindak atas maklumat. "Polis menemui sebuah kereta Mitsubishi Lancer di hadapan rumah berkenaan yang dilaporkan hilang di kawasan Kangkar Pulai, di sini, 14 Jun lepas. "Pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu menemui pelbagai peralatan dipercayai untuk melakukan jenayah termasuk empat kunci, tiga parang, lapan anak kunci yang belum diukir dan enam alat kawalan jauh kereta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, Selasa. Noor Hashim berkata polis turt menemui lima topeng muka, dua komputer riba, pelbagai peralatan pecah rumah, dua keping cukai jalan serta lima telefon bimbit dalam rumah berkenaan. Beliau berkata kedua-dua suspek yang positif dadah itu turut mengaku terlibat dengan kes pecah rumah dan sekurang-kuranganya lima kecurian kereta di sekitar Nusajaya, Ulu Tiram dan Taman Johor Jaya, di sini. Katanya, kedua-dua mereka kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan. Dalam kes berasingan, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal selepas menahan lapan lelaki berumur 16 hingga 33 tahun di beberapa lokasi di bandar raya ini dan Kota Tinggi, hujung bulan lepas. Beliau berkata dua daripada mereka ditahan pada 3.20 pagi, 25 Jun lepas di Taman Nusa Indah manakala enam yang lain ditahan sejurus selepas itu di Taman Universiti dan Kempas serta di Kota Tinggi. "Polis merampas satu rangka dan empat motosikal pelbagai jenama, spanar, pemutar skru dan kunci yang ditajamkan hujungnya dalam serbuan terbabit," katanya. Berikutan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 21 kes kecurian kenderaan sejak tiga tahun lepas, katanya menambah polis kini giat memburu empat lagi rakan suspek bagi membantu siasatan.

Remaja Maut, Empat Rakan Parah Motosikal Bergesel Sesama Sendiri
KUANTAN: Seorang remaja maut manakala empat rakannya parah apabila motosikal mereka dikatakan bergesel sesama sendiri di Km 19, Jalan Chini-Kuantan dekat Pekan malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata, mangsa yang maut dalam kejadian 11.20 malam itu dikenali sebagai Mohd Sharif Hesyam Sulaiman, 20, dari Felda Chini 4, Pekan.
Mereka yang parah ialah Mohd Khairi Asraff, 16, Abu Zarin Mohd Anuar, 19, Muhd Adrie Najmi Mohd Shukri, 17, dan Mohd Johar, 19, yang kesemuanya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Seorang lagi yang cedera ringan yang dikenali sebagai Zul sedang dicari bagi membantu siasatan.
Yahaya berkata kesemua mereka serta beberapa yang lain sedang berkonvoi dari arah Chini menuju Kuantan.
"Motosikal yang dinaiki Mohd Sharif dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah motosikal yang masih belum dikenal pasti penunggangnya. Ekoran itu dia terbabas ke bahu jalan sebelum kepalanya terhantuk pada tiang elektrik dan meninggal di tempat kejadian," katanya.
Ekoran itu, lima lagi rakannya yang masing-masing menunggang motosikal turut bergesel sesama sendiri dan terjatuh.
Beberapa lagi motosikal dipercayai turut terbabit dalam kemalangan itu.
Sementara itu seorang penunggang motosikal Kamarul Ariffin Sudinman, 30, dari Desa Anggerik, Pekan maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah lori di Km 57, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai kira-kira 6.15 pagi Selasa.
TOP
Kes Bunuh TKP Kastam: Perintah Reman Empat Suspek Dilanjutkan
Shaharuddin Ibrahim.
PUTRAJAYA: Perintah reman terhadap empat suspek dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim dilanjutkan enam hari lagi bermula Selasa. Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Zaki Abd Rahman di sini selepas menerima permohonan polis bagi membantu siasatan kes tersebut. Suspek sebelum ini ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir Selasa. Pegawai Penyiasat DSP, Hamzah Buman memberitahu pemberita bahawa suspek yang berusia 21 hingga 35 tahun itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumah ke pejabatnya di Putrajaya pada April tahun lepas. Dalam insiden itu seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal, melepaskan tiga das tembakan jarak dekat ke arah Shaharuddin ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat Lebuh Sentosa, Putrajaya. Pada Ahad lepas, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap seorang suspek berusia 20 tahun bagi membantu siasatan kes sama.

Culik: Suspek Dipercayai Bocor Maklumat Dalaman Dikenal Pasti
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUANTAN: Pihak berkuasa sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai mungkin membocorkan maklumat dalaman pihak keselamatan susulan beberapa kes penculikan di perairan pantai timur Sabah kebelakangan ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengumpul bukti kukuh sebelum mereka itu ditahan. "Kami masih menyiasat dan kami tidak begitu 'selesa' dengan beberapa individu. Saya belum boleh menuduh sesiapa kerana kita perlu mendapatkan bukti kukuh bagi menahan personaliti-personaliti yang kita syaki ini. "Sebagaimana yang anda tahu pendirian saya, kita tidak akan berkompromi dengan perbuatan membocorkan maklumat dalaman kepada musuh," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan Restoran Hyderabad yang menyediakan masakan India, di sini malam Isnin. Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai pembabitan 'orang dalam' berhubung cubaan menculik seorang pemilik pusat ternakan ikan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna oleh tujuh lelaki awal pagi Isnin. Media sebelum ini melaporkan mengenai kemungkinan kumpulan penjenayah yang terbabit dalam beberapa kes penculikan menerima maklumat daripada sumber dalaman berhubung kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah bagi melancarkan kegiatan jenayah mereka di situ. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mengesahkan kejadian terbaharu itu membabitkan penjenayah dari selatan Filipina. "Saya sebutkan negara itu kerana kita ada bukti kukuh yang bolehkan mengaitkan suspek datang dari selatan Filipina," katanya. Ahmad Zahid turut menyifatkan kejadian semalam berjaya dibanteras hasil usaha berterusan oleh Polis Diraja Malaysia yang menyelaras operasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Dalam kejadian terbaharu itu tujuh lelaki bertopeng bersenjatakan sepucuk pistol dan parang menceroboh pusat ternakan ikan tersebut bagi menculik pemiliknya namun berputih mata apabila pengusaha berkenaan bermalam di pekan Semporna setelah diarah oleh pihak berkuasa.

Ahli Perniagaan Hong Kong Maut Kemalangan Tidak Bawa Wang Tebusan
Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan Hong Kong yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sandakan pada Sabtu lalu membawa wang untuk kegunaan peribadi, bukan membawanya bagi menjamin pembebasan pengurus sangkar ternakan ikan yang diculik. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, wang sejumlah RM3,000 dalam pelbagai mata wang ditemui di tempat kejadian di mana Kee Kwok Edien, 63, dan tiga yang lain di dalam teksi terbunuh dalam kemalangan di Batu 21, Jalan Labuk. "Kami percaya ia untuk kegunaan peribadi," kata beliau sambil menekankan dasar kerajaan yang tidak melayan tuntutan wang tebusan. Kee yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Lahad Datu dengan seorang ahli perniagaan Malaysia, Jaafar Kassim, 40, dari Langkawi, dan pekerja Filipina Pedro Jr Pajimola, 36, berada di dalam teksi yang merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Ketiga-tiga mereka, bersama-sama dengan pemandu teksi, Salah Ibno, 64, meninggal dunia selepas perlanggaran. Kee adalah pemilik Wonderful Terrace Fish Farm di Lahad Datu, di mana pengurusnya Yang Zau Lin, yang berusia 34 tahun, telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipina pada 6 Mei. Spekulasi bahawa Kee telah membawa sejumlah besar wang bagi pembebasan pengurusnya muncul apabila media Hong Kong berkata beliau sedang dalam perjalanan ke Lahad Datu untuk bertemu pengantara bagi berunding mengenai pembebasan Yang. Jalaluddin berkata setakat yang diketahui pihak polis, Yang masih ditahan penculik yang meminta wang tebusan di kawasan Sulu. Isteri Kee dan ahli-ahli keluarga yang lain serta keluarga Jaafar menuntut mayat-mayat di Hospital Duchess of Kent.

Dua Bekas Pegawai Bank Hadapi Tuduhan Pecah Amanah
SHAH ALAM: Dua bekas pegawai Bank RHB Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan melakukan pecah amanah menyebabkan kerugian berjumlah RM4,837.17, dua tahun lepas.
Robiatoladawiah Mohd Taib, 53, dan C. Sivakumar, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Jumirah Marjuki.
Kedua-dua tertuduh sebagai pegawai yang bertanggungjawab di kaunter urusan jual beli mata wang didakwa melakukan pecah amanah dengan cara menyalahgunakan keistimewaan kadar tukaran asing untuk kegunaan sendiri sehingga masing-masing menyebabkan kerugian berjumlah RM3,464.10 dan RM1,373.07 kepada bank itu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di RHB Bureau de Change, Balai Ketibaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini antara 2 Jan 2012 sehingga 24 Jun 2012.
Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
TOP
Pelajar Dari Arab Saudi Dapat RM280,000 Ganti Rugi Kes Saman Kematian Bayi
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti dari Arab Saudi dianugerahkan RM280,000 sebagai ganti rugi dalam kes saman kecuaian perubatan yang menyebabkan kematian bayinya berikutan penggunaan ubat yang dikatakan tidak digalakkan untuk kelahiran bayi.
Turkyah Abdul Rahman Assiri, 31, telah dianugerahkan RM200, 000 sebagai ganti rugi am dan RM80,000 bagi kesakitan dan penderitaannya.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop pada Selasa juga mengarahkan pakar sakit puan Dr Seri Suniza Sufian dan Prince Court Medical Centre Sdn Bhd membayar kos RM25,000 kepadanya.
Bercakap kepada pemberita di sini, peguamnya Abdul Razak Hashim berkata mahkamah membuat keputusan mengenai ganti rugi selepas defendan mengaku liabiliti kecuaian perubatan pada 28 Mei.
TOP
Kaji Selidik Paypal Dapati Pengguna Malaysia Bimbang Keselamatan Dalam Talian
KUALA LUMPUR: Walaupun membeli-belah dalam talian semakin digemari di Malaysia, masih ada kebimbangan terhadap keselamatannya dan terdapat tuntutan agar diwujudkan pembayaran dalam talian yang bereputasi dan dipercayai, demikian menurut satu kaji selidik oleh Paypal.
Kaji selidik dalam kalangan lebih 1,000 orang dewasa Malaysia itu juga menunjukkan bahawa 73 peratus daripada responden membeli dalam talian sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Mereka lebih suka melakukan ini dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.
Hampir separuh (46 peratus) daripada responden membeli menggunakan peranti-peranti ini sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Lebih 56 peratus pula membelanjakan lebih RM200 membeli-belah dalam talian dalam masa tiga bulan lalu.
Kebimbangan utama berkaitan keselamatan membeli dalam talian adalah butiran kewangan dicuri oleh penjenayah siber dan menjadi mangsa pemalsuan (58 peratus), terpaksa berkongsi butiran kad kredit dengan laman web yang tidak pernah dilayari sebelum ini (23 peratus), tidak mendapat apa yang ditempah (sembilan peratus) dan enam peratus pula menerima barang yang sudah rosak.
Tetapi hanya 11 peratus yang benar-benar berdepan dengan sebarang bentuk kegiatan penipuan apabila membeli-belah dalam talian.
Kaji selidik itu mendapati walaupun membeli-belah rentas sempadan menjadi semakin popular, responden lebih bimbang mengenai keselamatan apabila membeli daripada laman web luar negara.
TOP
PM: Caruman RM470 Juta Kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri 2016
Najib Tun Razak.
PUTRAJAYA: Majlis Kewangan Negara pada Selasa bersetuju supaya kerajaan persekutuan menyediakan caruman sebanyak RM470 juta kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri pada 2016, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah ini bagi membiayai caruman pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus sebanyak RM190 juta dan pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastuktur dan kesejahteraan hidup yang berjumlah RM280 juta. "Majlis Kewangan Negara juga meluluskan caruman tambahan bagi tahun 2015 sebanyak RM50 juta. "Mengambil kira caruman yang telah diluluskan terdahulu menjadikan caruman untuk 2015 yang disediakan oleh kerajaan persekutuan berjumlah RM480 juta," kata beliau kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2014 di sini, Selasa. Perdana Menteri berkata Majlis Kewangan Negara turut melihat terdapat ruang untuk memperbaiki prestasi Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (Pemberian MARRIS). "Walaupun prestasinya dilihat ada ruang untuk diperbaiki kerana prestasi pada 2012 telah mencapai tahap perbelanjaan 91.2 peratus (RM2.599 bilion) manakala pada 2013 telah memperlihatkan sedikit penurunan kepada 82.1 peratus atau sebanyak RM2.931 bilion," jelasnya. Najib berkata jawatankuasa Majlis itu juga mahu semua kerajaan negeri melihat semula kemampuan dan prestasi masing-masing supaya dapat menjamin tujuan MARRIS iaitu menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat. Perdana Menteri berkata kelemahan prestasi pada MARRIS dilihat pada proses pembahagian kerja oleh Majlis Tempatan serta faktor cuaca dan sebagainya. "Walau bagaimanapun kita memutuskan untuk setiap kerajaan negeri melihat semula proses pembahagian kerja di tiap-tiap negeri supaya pada masa akan datang kita akan dapat lihat kepada prestasi yang lebih menggalakkan," kata Najib. Majlis Kewangan Negara juga bersetuju supaya satu Jawatankuasa Hasil Negeri ditubuhkan, kata beliau. "Tujuan Jawatankuasa ini adalah bagi membantu negeri-negeri mengenal pasti sumber-sumber hasil baharu, meningkatkan kecekapaan kutipan hasil termasuk mengurangkan ketirisan dan menjadi platform negeri-negeri berkongsi amalan terbaik dalam kaedah meningkatkan kutipan hasil. "Cadangan ini merupakan tindakan proaktif kerajaan persekutuan demi membantu meningkatkan hasil negeri dan pendekatan ini juga selaras dengan agenda transformasi kerajaan. "Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan dianggotai oleh Ketua Audit Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Akauntan Negara Malaysia, pegawai-pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan," kata beliau. Beliau berkata Setiausaha kepada jawatankuasa ini adalah Pengarah Belanjawan Negara.

Penstrukturan Semula Esscom Mantapkan Kerjasama - Rashid
Abd Rashid Harun.
PUTRAJAYA: Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dapat memantapkan kerjasama agensi keselamatan dalam mempertingkat keselamatan di pantai timur Sabah, kata Komander Esscom yang baharu Datuk Abd Rashid Harun. Rashid yang akan mula bertugas pada 15 Julai ini yakin penstrukturan semula yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertingkat kerjasama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Beliau berkata perbincangan dengan pegawai Esscom akan diadakan untuk menambah baik keselamatan dan pertahanan di perairan pantai timur Sabah. "Kita akan terus bekerjasama erat dengan Pesuruhjaya Polis Sabah dan juga Panglima Briged 5. Selain itu, Esscom akan bekerjasama rapat dengan penduduk setempat, ketua kampung, Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK). "Kita akan mendapatkan penambahan anggota ke Esscom dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Sebelum itu, Najib mengumumkan penstrukturan semula Esscom dengan mewujudkan dua komponen utama iaitu pengurusan keselamatan dan pertahanan serta penguatkuasaan dan tindakan awam manakala Rashid dilantik sebagai Komander Esscom dan mengetuai semua perkara berkaitan keselamatan, operasi dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Rashid mengakui adalah satu cabaran kepada pasukan keselamatan untuk mengawasi zon tanggungjawab Esscom meliputi kawasan sepanjang 1,733 kilometer dan keluasannya sekitar 100,000km persegi, dari Kudat ke Tawau. Selain itu, beliau berkata terdapat lebih 30 pusat ternakan ikan dalam sangkar di pantai timur Sabah. Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik pelantikan Rashid sebagai Komander Esscom. "Saya yakin beliau boleh melakukan tanggungjawab seperti yang diamanahkan perdana menteri dan saya yakin banyak pertimbangan telah dibuat perdana menteri sebelum membuat keputusan," katanya. Shafie mengingatkan penduduk setempat agar terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mempertingkat keselamatan di perairan pantai timur Sabah agar pendapatan mereka tidak terjejas. Beliau berkata kejadian penculikan akan menjejaskan kehidupan penduduk setempat malah menjejaskan industri pelancongan negeri Sabah. "Jadi, penduduk setempat kena memainkan peranan dan perlu beri kerjasama kerana tempias kejadian penculikan akan kepada kita di kawasan-kawasan kampung. "Jadi jika masalah ini berlarutan sudah tentu akan menjejaskan kedatangan pelancong dan tidak ada apa yang dapat kita pasarkan dan resort-resort yang kita bina akan kosong," katanya. Pada tahun ini sahaja setakat ini, tiga kejadian penculikan berlaku di kawasan pantai timur Sabah.

Prasarana Perkenal Pasport Keselamatan Kontraktor, Pekerja
Amirudin Ma'aris
KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan memperkenalkan sistem pasport keselamatan kepada semua kontraktor dan pekerja di bawah syarikat itu sebagai langkah mempertingkat amalan keselamatan di tempat kerja. Pengarah Kumpulan Pembangunan Infrastruktur Prasarana Amirudin Ma'aris berkata di bawah sistem itu, hanya pemegang dokumen berkenaan dibenarkan mengakses kawasan projek. "Kontraktor dan pekerja mereka dikehendaki menghadiri taklimat keselamatan dan perlu lulus ujian yang diadakan pada akhir sesi sebelum layak menerima pasport keselamatan ini," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa. Untuk tujuan itu, Prasarana telah memeterai memorandum persefahaman (MoU)dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Kebangsaan (NIOSH). "Kumpulan Prasarana akan bekerjasama erat dengan NIOSH dalam pelaksanaan segala keperluan yang tercatat di bawah pasport keselamatan berkenaan dan semua program berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja," kata Amirudin. Modul bagi sistem pasport itu sedang dirangka kedua-dua pihak, menurut kenyataan itu. Prasarana merupakan pemilik beberapa projek infrastruktur pengangkutan awam khususnya di Lembah Klang.

Ops Qaseh Akan Dilancar Untuk Selesaikan Masalah Gelandangan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited untuk menyelamatkan golongan gelandangan melalui ‘Ops Qaseh’, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
“Tiada siapa yang patut tinggal di jalanan kerana ia mengundang banyak bahaya,” katanya.
Beliau berkata golongan itu seharusnya berada di rumah atau bersama keluarga.
“Di rumah, atau setidak-tidaknya, mereka boleh tinggi di institusi saya,” kata Rohani.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Negara di sini Selasa.
Rohani menafikan laporan beberapa media bahawa operasi itu sudah bermula malam tadi.
“Kita belum mula. Kita hendak selesaikan beberapa perkara dulu,” katanya.
Rohani berkata gelandangan yang ditemui semasa “Ops Qaseh’ itu akan disaring, di mana penagih dadah umpamanya akan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Mereka yang mempunyai masalah mental diserahkan kepada Kementerian Kesihatan dan rakyat asing pula kepada Jabatan Imigresen, kata beliau.
Bagi golongan orang tua, kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU) pula mereka akan dibawa ke Desa Bina Diri di Sungai Buloh, Selangor untuk dikenal pasti keluarga terdekat, katanya.
“Mereka akan diberi latihan, motivasi dan kaunseling sebelum dibenarkan pulang apabila keluarga terdekat datang menuntut mereka.
“Mereka yang tidak dituntut boleh tinggal di sana sehingga tiga tahun sambil mempelajari pelbagai perkara,” katanya.
Rohani berkata ramai daripada mereka yang tinggal di jalanan mempunyai kerja, namun tidak mampu untuk mendapatkan tempat tinggal.
“Kami rujuk mereka kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantu mereka,” katanya. – BERNAMA
TOP
Warga Nigeria Parah Tiang Lampu Tertusuk Perut Di LEKAS
Seorang lelaki warga Nigeria menderita kesakitan apabila tiang lampu jalan tertusuk di perutnya selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan senegara terbabit dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) di sini, pagi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga rakan senegaranya dipercayai terbabas sebelum merempuh tiang lampu itu.
Akibat rempuhan itu, tiang lampu menusuk bahagian perut mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan manakala pemandu dan dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban N Sundarum berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.31 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Kami tiba di lokasi dengan kekuatan 15 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin.
“Anggota kami memotong besi berkenaan untuk mengeluarkan mangsa dari kereta itu,” katanya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut. – Harian Metro
TOP
KDN: Mesyuarat Tertinggi Ke Arah Memasuki AS Tanpa Visa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi dengan kementerian dan agensi berkaitan yang terlibat bagi Program Pengecualian Visa selepas ia dipersetujui Presiden Barack Obama ketika mengadakan lawatan di Malaysia baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beberapa sistem yang bersesuaian dengan 37 negara yang diberikan pengecualian visa juga telah disusun.
“Ini disesuaikan juga dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditentukan oleh pemerintah Amerika Syarikat untuk melaksanakan antipemerdagangan manusia.
“Kami juga telah memperkukuh Majlis Antipemerdagangan Manusia. Datuk Paul Low Seng Kuan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan saya merupakan pengerusi bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sebuah restoren di sini Isnin malam yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pahang merupakan negeri keenam dalam program lawatannya bertemu dengan pegawai-pegawai KDN peringkat negeri serta pemimpin setempat untuk menjalinkan kombinasi yang baik.
Mengulas lanjut tentang isu itu, Zahid berkata untuk mengelakkan Malaysia terus diletakkan dalam kelompok negara yang terkenal dengan pemerdagangan manusia, beberapa perubahan dan langkah termasuk memberikan penekanan terhadap Advanced Passenger Screening System (APSS) (sistem pemeriksaan penumpang) juga dilakukan.
Katanya Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat dan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KDN (Datuk Wahab Mohd Yasin) juga akan mengadakan rundingan awal sebelum kehadiran beliau di Amerika Syarikat untuk memuktamadkan semua sistem yang harus diikuti oleh pihak Malaysia.
Pengecualian visa itu akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dimulakan dengan para pegawai dari Malaysia diikuti dengan ahli perniagaan dan rakyat biasa atau pelancong.
Dalam lawatan Obama April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada presiden Amerika itu kerana bersetuju menimbang penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa. Program Pengecualian Visa membenarkan warganegara negara peserta memasuki Amerika tanpa visa bagi tempoh selama 90 hari atau kurang.
Setakat ini, 37 negara adalah peserta program itu. Antara negara dari rantau Asia ialah Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun. – BERNAMA
TOP
50 Tahun Dirantai, Gajah Menangis Saat Dibebaskan
NEW DELHI – Ternyata bukan hanya manusia yang boleh menangis saat mendapatkan kebahagiaan, seekor gajah juga boleh menangis kala berbahagia. Seekor gajah bernama Raju dirantai selama 50 tahun, serta disiksa termasuk dipukul.
Kakinya terluka akibat terlalu lama dirantai. Ia menangis saat dibebaskan oleh satu pasukan penyelamat.
Raju bertahan hidup dari makanan yang diberikan para pelancong yang melewati di tempat ia dirantai di Uttar Pradesh, India.
Namun, makanan itu tak cukup bagi Raju sehingga dia perlu mengalas perutnya dengan memakan plastik dan kertas.
Namun, minggu lalu, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan Britain, Wildlife SOS-UK, melakukan operasi menyelamat pada tengah malam. Para pembantu Raju berkata, mereka melihat haiwan besar itu menitiskan air mata saat rantai yang mengekangnya selama setengah abad dilepaskan.
“Raju dirantai 24 jam setiap hari, sungguh perbuatan kejam. Pasukan kami sangat terkejut melihat air mata mengalir di wajah Raju saat penyelamatan dilakukan,” kata Pooja Binepal dari Wildlife SOS-UK.
“Keadaan itu sangat emosional. Di dalam hati, kami tahu, gajah itu sedar dia sedang dibebaskan,” tambah Pooja.
Lanjut Pooja, gajah adalah haiwan luar biasa dengan kecerdasan yang cukup tinggi. Tak ada yang tahu penderitaan seperti apa yang dirasakan Raju selama setengah abad terakhir.
“Hingga kami bebaskan, Raju tidak mengetahui seperti apa rasanya berjalan bebas. Namun, hari ini dia akan mengetahuinya dan akan mempelajari kenikmatan sebuah kebebasan,” ujar Pooja.
Seramai 10 doktor haiwan dan pakar kehidupan liar bergabung dalam operasi yang diadakan tengah malam itu. Selain itu, pasukan penyelamat juga dibantu 20 anggota Suruhanjaya Perhutanan dan dua polis.
Penyelamatan Raju dilakukan tengah malam untuk menghindarkan haiwan itu dari sengatan panas di kawasan Uttar Pradesh. Operasi ini dilakukan setahun selepas Wildlife SOS-UK mendapatkan maklumat dari Jabatan Perhutanan Uttar Pradesh.
Sebelum operasi pembebasan ini, mahkamah sudah memutuskan bahawa negara mengambil alih pemilikan Raju.
“Tak banyak yang boleh diketahui berkaitan masa-masa awal kehidupan Raju. Kami yakin dia diambil dari ibunya saat masih bayi,” kata Pooja.
Para pemburu, lanjut Pooja, kemungkinan membunuh ibu Raju atau menggiring kawanan gajah itu ke dalam perangkap yang khusus untuk menangkap bayi gajah.
“Anak gajah yang ditangkap biasanya dipukul hingga dia menuruti perintah pemilik barunya. Semangat mereka dipatahkan,” papar Pooja.
Khusus Raju, kata Pooja, kisahnya jauh lebih tragis. Gajah ini sudah dijual hingga 27 kali. Saat Wildlife SOS-UK menemui Raju, haiwan itu dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
“Dia tak mempunyai tempat berlindung pada malam hari dan digunakan sebagai alat mengemis dari pagi hingga petang. Dia tak diberi makan cukup dan dalam keadaan kelaparan serta keletihan,” ujar Pooja.
Selepas mahkamah memutuskan untuk “merampas” Raju, sebuah pasukan yang dipimpin pengasas Wildlife SOS, Kartick Satyanarayan, melakukan pengintipan selama dua hari kerana bimbang pemilik Raju akan melarikan diri.
“Kami perlu bertindak cepat kerana keadaan yang menimpa Raju sangat buruk dan penyiksaannya sangat ekstrem,” kata Kartick.
“Pemiliknya mencabuti bulu ekornya untuk dijual sebagai tangkal. Ekspolitasi ini harus dihentikan,” tambah Kartick.
Saat operasi menyelamat dilakukan, pemilik Raju masih berusaha untuk menghalang kerja pasukan. “Dia mula meneriakkan perintah untuk menakutkan Raju dan cuba untuk memprovokasi dia. Keadaan itu mengundang bahaya kerana seekor gajah boleh membunuh manusia dengan begitu mudah apabila merasa terancam,” papar Kartick.
“Dia (pemilik Raju) kemudian memasang rantai di kaki Raju untuk mencegah kami memindahkannya. Rantainya sangat kuat sehingga membuat kaki Raju terluka,” tambah Kartick.
Namun, pasukan penyelamat bertegas tidak akan berundur. Saat itulah ahli pasukan penyelamat melihat air mata mengalir di wajah Raju.
“Tak perlu diragukan lagi penderitaan yang dialami Raju. Namun pada masa yang sama, dia merasakan perubahan akan datang. Ini kali pertama dia merasakan sebuah harapan,” kata Kartick.
Pasukan akhirnya berjaya melepas Raju dan mengangkutnya ke dalam sebuah trak. Ia kemudian dibawa ke lokasi pemuliharaan dan pusat pemulihan gajah milik Wildlife SOS di Mathura, kira-kira 560 kilometer dari “rumah” lama Raju.
“Ini kali pertama Raju melangkah dengan bebas pada lepas tengah malam, 4 Julai lalu. Dua gajah lain di pusat konservasi bangun dan melihat kami datang bersama Raju. Sebuah momen yang luar biasa,” ujar Kartick.
Raju kemudian diberi makan pisang, daun pisang, mangga, roti, dan biskut, serta air yang melimpah. Para doktor kemudian masih memerlukan masa 45 minit untuk melepaskan sisa rantai di kaki Raju.
“Empat pawang memujuk Raju dengan lembut untuk duduk dan akhirnya kami boleh melepaskan semua rantai dari kaki gajah itu,” kata Kartick lagi.
Raju menjalani masa pengasingan selama seminggu sebelum bergabung dengan dua gajah lain, Rajesh dan Bhola, yang juga pernah bernasib sama.
Wildlife SOS yang bergantung derma untuk aktiviti kini tengah mengumpul dana sebanyak 10,000 pound untuk membantu Raju memulakan kehidupan baru. – kompas.com
TOP
Nora Danish Akui Kini Sedang Menyayangi Perangai Buruk Nedim
Rasanya kita semua boleh lihat menerusi gambar-gambar yang di kongsi di laman Instagram, bahwa hubungan antara pelakon Nora Danish, 32, dan kekasihnya Nedim Nazri, semakin hari semakin bahagia.
Menurut heroin filem 'Pengantin Malam' ini, mereka masih lagi mengukuhkan keserasian dan sekarang dalam fasa menyayangi perangai-perangai buruk masing-masing.
"Saya dan Nedim sekarang, kami sama-sama sedang menerima dan menyayangi perangai buruk masing-masing. Sebab tak cukup dengan hanya sifat yang baik-baik saja, kami juga perlu tahu dan terima apa yang buruk.
"Dia kena terima perangai buruk saya dan saya pun sedang menerima perangai buruk dia. Dari situlah ikatan kami boleh semakin kukuh. InsyaAllah, mudah-mudahan dipermudahkan jodoh kami ", kata Nora sambil tersenyum ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjjuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, dia berharap agar para peminat terus mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.- MD
TOP
Kedai Perabot & Jubin Terbakar, Kerugian RM500,000
KULIM – Sebuah kedai perabot dan sebuah kedai jubin musnah dijilat api dalam kebakaran di Kulim Square, Jalan Paya Besar, Lunas, dekat sini malam tadi.
Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan kebakaran itu daripada merebak ke sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 50 meter dari kedua-dua kedai itu.
Ketua Bomba dan Penyelamat 3 Zon (Baling, Kulim, Bandar Baharu) Kedah Mohd Firdaus Daud berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 9.11 malam dan tiba dengan dua jentera bersama 13 anggota dan lima pegawai di lokasi kejadian.
Katanya sebaik tiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati bangunan kedai berkenaan telah 80 peratus terbakar dan api menjulang tinggi.
“Selain itu terdapat lapan pasukan bomba sukarela dari sekitar daerah Kulim dan Seberang Perai dengan 60 anggota turut membantu dalam usaha memadam api kebakaran yang mengambil masa kira-kira 30 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun Mohd Firdaus berkata operasi itu hanya selesai pada 2 pagi untuk memastikan kebakaran itu padam sepenuhnya.
Katanya punca kebakaran masih disiasat tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan litar pintas menjadi penyebabnya kerana ketika anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi, api telah merebak dan bumbung di bahagian tengah bangunan seluas 100 meter x 30 meter itu telah terbakar dan api sedang marak.
Katanya jumlah kerugian menurut taksiran awal adalah RM500,000.
Sementara itu tinjauan Bernama di lokasi kebakaran pagi ini mendapati masih terdapat sebuah jentera bomba dan penyelamat bersama lima anggota sedang mengawal keadaan kerana masih terdapat tompok-tompok asap di kawasan kebakaran. – BERNAMA
TOP
Remaja Perempuan Ikut Rombongan Hilang
KUALA SELANGOR – Ramadan tahun ini tidak bererti buat seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya berusia 17 tahun sejak 26 Jun lalu, selepas dikatakan keluar mengikuti rombongan ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
Fatimah Jasin, 50, berkata, anaknya Siti Nor Asma Zaidi keluar rumah kira-kira pukul 8.30 pagi dengan berpakaian blaus merah, tudung hitam dan seluar coklat merah selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seseorang.
“Akak ingatkan itu program sekolah dan tidak fikir apa-apa sebab dia tidak sekolah Khamis itu kerana kena ikut hantar pelajar.
“Sehari sebelum itu dia sekolah seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang kelainan. Hati berdetik bila tidak dapat hubungi Asma, tapi malam Sabtu dia ada hubungi akak dan maklumkan akan pulang ke rumah pada pagi Ahad atau lepas berbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Fatimah berkata beliau mula bimbang selepas tidak dapat menghubungi Siti Nor Asma yang tidak pulang ke rumah selepas waktu berbuka puasa dan seterusnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 30 Jun kerana tidak mahu kejadian tidak diingini menimpa anak ketujuh daripada 11 beradik itu.
Seterusnya, wanita itu berkata selepas bertanyakan rakan-rakan anaknya yang mesra dengan panggilan As, mereka memberitahu anaknya telah mengikut abang angkatnya.
“Akak sendiri pun tidak kenal lelaki itu. Akak dapat tahu As kenal dia melalui aplikasi Wechat dan dikatakan terima ajakan untuk ke Port Dickson. Luluh hati akak bila mengenangkan As yang entah macam mana keadaannya di tempat orang.
“Akak tidak mahu kejadian buruk berlaku ke atasnya. Akak merayu kepada Asma pulanglah ke rumah lebih-lebih lagi sekarang ini Ramadan dan tidak lama lagi nak raya,” katanya sebak. – BERNAMA
TOP
Polis Marin Tahan 16 Pendatang Asing Di Pontian
PONTIAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Indonesia ketika cuba keluar daripada negara ini secara haram dalam Ops Cantas Khas petang semalam.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khoon Chiang berkata, turut ditangkap dalam operasi di kedudukan 4.5 batu nautika daripada Pantai Pontian semalam adalah tekong bot yang membawa mereka.
“Kesemua Pati terdiri daripada sembilan lelaki, enam perempuan dan seorang bayi perempuan berusia di antara 50 hari hingga 60 tahun itu ditemui bersembunyi di bawah jaring bot berkenaan,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau, tekong bot itu yang berusia 30 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdangan Orang dan Antipenyeludupuan Migran 2007 kerana kesalahan menyeludup pendatang asing tanpa izin.
Manakala bagi Pati terbabit pula katanya, mereka disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 diatas kesalahan keluar melalui laluan tidak diwartakan, tinggal melebihi tempoh masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Pontian untuk siasatan lanjut, katanya. – BERNAMA
TOP
Perhimpunan Haram: 15 Penyokong Anti-Lynas Didakwa
KUANTAN – Sebelas penyokong anti-Lynas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram di premis syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, Jun lepas manakala empat lagi didakwa melakukan kekerasan dalam perhimpunan itu.
Sebelas tertuduh itu ialah Wong Tack, 55, Raymond Ang, 45, Hew Keuan Yau, 44, Rapar Ahmad, 44, Tan Wang Sheng, 37, Wong Chee Wai, 35, Zamri Zainal, 26, Lee Hai Ming, 37, Tan Chee Hooi, 38, Thomas Wang, 52, dan Chong Kang Yuen, 64.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Empat lagi tertuduh, Foong Poh Choo, 36, Wong Che Wen, 44, Phua Kia Han, 43, dan Ho Kam Huat, 44, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kekerasan pada perhimpunan tersebut dengan merempuh halangan pihak polis.
Ho juga tidak mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dengan cara mencakar dan menyepak mangsa hingga menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kesemua mereka melakukan kesalahan itu antara 4 petang dan 5.30 petang di Jalan Bandaran, Gebeng menghala ke Syarikat Lynas di kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini, 22 Jun lepas.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin melepaskan kesemua tertuduh dengan ikat jamin RM2,500 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 September ini untuk
sebutan semula kes.
Mahkamah juga mengarahkan kesemua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebelum atau pada 5 hari bulan pada setiap bulan sehingga kes tersebut selesai.
Tertuduh juga diarahkan tidak mengulas atau memberi komen kepada pihak ketiga atau pihak yang tidak berkenaan mengenai kes itu bagi mengelak gangguan perjalanan kes tersebut.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Khalmizah Salleh manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Gobind Singh Deo, S. Prakash, Mohd Haijan Omar dan Ravin J. Kumar. – BERNAMA
TOP
Lelaki Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Tikaman
BUTTERWORTH – Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman dan tangan kanan terputus di belakang sebuah rumah di Jalan Baru, Perai di sini awal hari ini.
Mayat Aung Khin, 46, ditemui oleh seorang penduduk yang melalui kawasan berkenaan pada jam 1.10 pagi.
“Pergelangan tangan kanan mangsa terputus dipercayai ditetak dan terdapat satu kesan tikaman di belakang badan lelaki itu,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki itu diseret setelah ditikam kerana terdapat kesan seretan darah kira-kira 10 meter.
Rusli berkata polis menjumpai dua bilah pisau rambo, satu besi tajam berbentuk segi tiga tirus dan dua telefon bimbit tidak jauh dari mayat lelaki itu.
“Polis turut menemui sebilah parang panjang dengan kesan darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan dibuang di kawasan semak iaitu 50 meter dari tempat mayat ditemui,” katanya.
Beliau berkata dua penghuni rumah itu yang juga lelaki rakyat Myanmar, memberitahu mereka mendengar bunyi bising di luar rumah dan hanya menyedari terdapat mayat selepas polis berada di kawasan berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membatu siasatan, katanya. – BERNAMA
TOP
MAS Perkenal Daftar Masuk Kendiri Mandatori
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan syarat daftar masuk kendiri mandatori bagi semua penumpang kelas ekonomi yang membuat perjalanan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 15 Julai ini.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan-pelanggan boleh menjimatkan masa yang berharga dan mengurangkan kerumitan mendaftar masuk melalui pilihan daftar masuk kendiri ini.
Hingga 48 jam sebelum penerbangan, pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk sama ada mendaftar masuk melalui MHweb di alamat www.malaysiaairlines.com atau daftar masuk melalui MHmobile di flymas.mobi.
Mereka juga boleh menggunakan kiosk daftar masuk layan diri yang terletak di KLIA dan stesen Express Rail Link Putrajaya.
“Pada masa ini ada 34 kiosk yang disediakan di seluruh KLIA. Pengguna telefon pintar boleh juga memuat turun aplikasi MHmobile percuma untuk mendaftar masuk dengan mudah. Penumpang kelas satu dan kelas perniagaan yang memilih untuk mendaftar masuk sendiri, boleh berbuat demikian melalui mana-mana pilihan yang ada,” jelas MAS.
Pengarah Perkhidmatan Pelanggan, Datuk Salleh Ahmad Tabrani, berkata daftar masuk kendiri ini merupakan permulaan bagi pelaksanaan daftar masuk bagasi automatik dan pemasangan tag kendiri.
“Apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti, kiosk daftar masuk layan diri akan membolehkan penumpang mengambil alih pengalaman daftar masuk masing-masing dan menguruskan masa mereka sewajarnya.
“Penggunaan teknologi dan inovasi untuk mengautomasikan proses daftar masuk akan meredakan kesesakan di kaunter-kaunter daftar masuk.
“Pelanggan kami akan beroleh manfaat kerana ia memendekkan masa yang dihabiskan kerana menunggu dan beratur. Kami menggesa semua pelanggan MAS supaya memberikan perhatian kepada perkembangan baharu ini,” katanya.
Pelanggan hanya memerlukan rujukan tempahan mereka atau nombor e-tiket 13 angka mereka untuk melakukan daftar masuk kendiri. – BERNAMA
TOP
LHDN Berjaya Kesan 1,748 Syarikat Lari Cukai
KUALA LUMPUR – Kerajaan hampir-hampir kerugian sekitar RM2.02 bilion akibat perbuatan 1,748 syarikat pelbagai sektor yang dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cuba lari cukai dalam tempoh tiga tahun sejak 2011.
Pengarah Jabatan Siasatan LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi berkata, bagaimanapun hasil audit pematuhan cukai yang dijalankan oleh LHDN, kerajaan bukan sahaja memperoleh semula hasil itu tetapi juga bayaran penalti berjumlah RM1.3 bilion daripada syarikat terbabit.
Semua syarikat berkenaan melakukan pelarian cukai tidak nyata dan tindakan yang dikenakan terhadap mereka ialah secara sivil di luar mahkamah iaitu perlu membayar cukai taksiran tambahan serta penalti, katanya kepada Bernama di sini.
Menurut Mohd Nizom, LHDN juga mengambil tindakan jenayah jika terdapat bukti kukuh sesebuah syarikat melakukan pelarian cukai yang menuntut pembayaran cukai taksiran tambahan dan penalti, selain pemilik berdepan hukuman penjara.
Mohd Nizom berkata, antara modus operandi syarikat yang cuba lari daripada membayar cukai ialah membuat tuntutan pembelian dan perbelanjaan palsu, tidak melaporkan jualan atau mengurangkan jualan yang dilapor, selain tuntutan elaun berlebihan atau tuntutan elaun tidak layak.
“Ada yang cuba laporkan sebahagian sahaja daripada keuntungan… mungkin transaksi jualan tunai tanpa resit yang dilakukan tidak dimasukkan dalam akaun, serta meningkatkan perbelanjaan belian kononnya untuk perniagaan,” katanya.
Menurutnya ada juga antara syarikat terbabit menuntut potongan yang tidak sepatutnya atau secara berlebihan seperti elaun modal dan tuntutan insentif yang tidak layak.
Katanya bagi pembayar cukai yang tetap enggan melunaskan bayaran tambahan cukai dan penalti, LHDN akan menggunakan peruntukan menurut Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk menghalang mereka ke luar negara dan kaveat harta pembayar cukai bagi melunaskan tunggakan.
Mohd Nizom berkata, meskipun sukar untuk menentukan jumlah pelarian cukai yang tepat setiap tahun, LHDN sentiasa mempergiat usaha untuk memastikan jumlah cukai sebenar yang perlu dibayar dapat dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya susulan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat pada 2001, LHDN menguatkuasakan audit pematuhan.
“Selepas audit dilakukan dan kalau kita kesan ada berlakunya taksiran kurang, melaporkan tidak betul, atau tidak melaporkan yang dengan sengaja dilakukan untuk mengurangkan cukai yang dikenakan terhadapnya, kita akan betulkan semula dan taksirkan cukai tambahan berserta dengan penalti,” katanya.
Beliau berkata LHDN mempertingkat penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan fungsi dan peranannya disedari oleh pembayar cukai, sekali gus dapat menghindari kegiatan pelarian cukai.
Mohd Nizom berkata, orang ramai boleh melaporkan kegiatan pelarian cukai pendapatan kepada LHDN menerusi surat atau e-mel ke pelariancukai@hasil.gov.my, atau menghubungi talian 03-83138888, sambungan 20601/20607 atau hadir ke ibu pejabat LHDN di Cyberjaya atau mana-mana Pejabat Pengarah Negeri LHDN berhampiran.
Maklumat dan identiti pengadu adalah rahsia dan setiap aduan akan diteliti serta disiasat sewajarnya, katanya. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Masih Kaji Cadangan Mansuh Permit Import (AP)
KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengkaji cadangan untuk memansuhkan permit import (AP) kerana ia akan memberi kesan kepada pendapatan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata pemansuhan AP juga akan menjejaskan mata pencarian pekerja 100 syarikat pemegang AP.
“Apabila kita mendalami perkara ini, kita dapati bahawa ia agak rumit…ada kesan terhadap pekerjaan dan hasil kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian kerjasama antara Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB Malaysia) dan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (Biotech Corp) di sini hari ini.
Mustapa berkata sejak tiga tahun lepas, kerajaan telah mengutip kira-kira RM1 bilion daripada caj yang dikenakan bagi pengeluaran setiap AP.
Beliau berkata apa juga sistem yang akan diperkenalkan untuk menggantikan AP, ia perlu mampu untuk menampung kehilangan hasil kerajaan tersebut.
Pemansuhan AP turut akan menjejaskan pendapatan pekerja syarikat pemegang AP selain memberikan kesan yang tidak langsung kepada ekonomi negara, katanya.
Mustapa berkata kementeriannya masih lagi melakukan kajian terhadap AP dan masih terlalu awal bagi kerajaan untuk mempertimbangkan sebarang pilihan.
Sementara itu, mengenai pelaksanaan standard diesel Euro 4 di Malaysia, menteri itu berkata kerajaan masih belum memutuskan tarikh penukarannya.
Beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan pelbagai syarikat sejak dua tiga tahun lepas dan telah membuat keputusan tetapi tidak dapat melaksanakannya memandangkan kos yang terlibat agak terlalu tinggi kepada syarikat-syarikat minyak.
“Menurut syarikat-syarikat minyak, langkah itu akan melibatkan kos yang tinggi untuk mereka menaik taraf sistem, kilang dan loji mereka.
“Mereka meminta penangguhan, jadi kita (MITI) masih berbincang dengan mereka sebagai sebahagian daripada pasukan yang diketuai oleh Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan),” katanya.
Mustapa berkata, sektor automotif menunjukkan minat bagi kerajaan mengikut standard Euro 4.
“Ini amat penting kerana banyak negara telah beralih kepada Euro 4 dan ada yang sudah merancang untuk Euro 5, kita di belakang. Jika saya dalam sektor automotif, saya akan bimbang kerana tidak ada kepastian tentang bila Euro 4 akan digunakan dalam negara.
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ialah untuk mengimbangi kepentingan industri auto dan kepentingan penapis minyak,” katanya. – BERNAMA
TOP
Remaja Putus Semua Jari Akibat Main Mercun
KOTA BHARU – “Saya jumpa mercun itu di tepi jalan dan saya ambil untuk bakar. Tiba-tiba ia meletup di tangan saya,” kata seorang remaja yang hilang kesemua jari tangan kanannya akibat letupan mercun jenis bola Sabtu lalu.
Abu Bakar Nasir, 17, dari Kampung Berangan Apam, Pasir Mas kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Dia merupakan mangsa kedua akibat bermain mercun di Kelantan selepas kejadian pertama Jumaat lepas yang dialami seorang pelajar tingkatan dua di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang yang putus tiga jari tangan kanan apabila mercun botol yang dinyalakannya meletup.
Abu Bakar dikatakan terjumpa mercun itu ketika mahu ke masjid berdekatan rumahnya untuk solat tarawih, kira-kira 8.30 malam.
“Saya tidak menyangka mercun itu meletup sebaik sumbunya dibakar,” katanya kepada pemberita di hospital.
Ibunya Che Limah Harun, 53, berkata anaknya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas terlebih dulu oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam sebelum dirujuk ke HRPZII petang semalam.
“Dia hilang semua jari tangan kanan dan dia kini stabil,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kesatuan Sekerja Kecam CEO IDEAS
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI‐MLC) merujuk kenyataan yang dibuat oleh Encik Wan Saiful Wan Jan Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) di akhbar semalam.
Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS dianggap sebagai yang kurang adil dan berat sebelah dengan menuduh Kesatuan Sekerja sebagai penghalang utama melakukan pembaharuan atau penyusunan semula bagi mendapatkan semula keuntungan.
Beliau kurang arif dalam Hal Ehwal Perhubungan Perusahaan dan telah mengeluarkan kata‐kata yang boleh menyinggung Kesatuan Sekerja seolah‐olah Kesatuan Sekerja ini dianggap sebagai kumpulan pendesak.
Jika beliau ingin menulis sesuatu mengenai Kesatuan Sekerja beliau seharusnya mahir dan faham mengenai Perjuangan Kesatuan Sekerja dan juga peranan Kesatuan Sekerja yang sentiasa dianggap sebagai rakan perkongsian dengan pengurusan.
Jangan menuding jari kepada Kesatuan‐Kesatuan Sekerja apabila sesebuah Syarikat gagal meraih keuntungan, jika gagal jangan salahkan Kesatuan Sekerja semata‐mata. Peranan Pengurusan dalam perkara ini adalah penting untuk mengimbangkan antara peranan Kesatuan Sekerja dan Operasi Syarikat.
Sebagai contoh kata Sdra. Mohamed Shafie, dengan sokongan pemimpin‐pemimpin kesatuan sekerja serta ahli‐ahli kesatuan sekerja adalah kunci kejayaan semasa Era Penswastaan.
Semua Kesatuan‐Kesatuan Sekerja dalam GLC ketika itu telah memberi sokongan penuh kepada Kerajaan dan juga Pengurusan Syarikat dan hasilnya kebanyakan syarikat‐syarikat GLC berjaya.
Dalam konteks Perhubungan Perusahaan di lihat di Negara Malaysia ini, sistem Tripartite iaitu Kerajaan, Majikan dan Kesatuan Sekerja saling mempunyai sikap hormat‐menghormati dan percaya kepada falsafah “Win-Win Situation”.
Justeru itu kata Sdra. Mohamed Shafie, Encik Wan Saiful Wan Jan Pegawai Eksekutif IDEAS perlu berhati‐hati mengeluarkan Kenyataan tambahan pula Kenyataan yang dikeluarkannya bukan dapat membantu sebaliknya memburukkan keadaan.
Berbalik kepada kerugian MAS, Malaysia Airlines System Employees Union (MASEU), mereka sentiasa mempunyai fikiran terbuka dan sentiasa menyokong sebarang perubahan yang difikirkan tidak memudaratkan mana‐mana pihak.
TOP
PM Umum Penstrukturan Semula ESSCOM
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan mewujudkan dua komponen utama.
Perdana Menteri berkata, komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan; serta penguatkuasaan dan tindakan awam, diwujud di bawah penstrukturan semula ESSCOM.Pada sidang akhbar yang sama di pejabatnya, Perdana Menteri turut mengumumkan
Pengarah ESSCOM, Datuk Abd Rashid Harun sebagai Komander ESSCOM berkuatkuasa 15 Julai 2014.
Beliau berkata, Abd Rashid Harun akan menerajui komponen pengurusan keselamatan dan pertahanan. – BH Online
TOP
Piala Dunia: Loew Harap Neymar Cepat Sembuh
BELO HORIZONTE – Jurulatih Jerman, Joachim Loew meluahkan rasa kesal apabila bintang Brazil, Neymar tidak dapat beraksi pada perlawanan separuh akhir di antara kedua-dua pasukan, awal pagi esok.
Loew berkata, Neymar adalah “pemain hebat” dan “memang rasa pahit dan malang apabila dia tidak dapat beraksi untuk dirinya, pasukan dan negaranya”.
Neymar direhatkan selepas tulang belakangnya retak pada perlawanan suku akhir menentang Colombia.
Katanya, beliau mendoakan pemain Brazil itu cepat sembuh dan mahu melihatkan kembali beraksi.
Beliau berkata, memang malang apabila Brazil juga tidak dapat menurunkan kapten, Thiago Silva yang digantung perlawanan. – AP
TOP
Chef selebriti Nekad Ambil Tindakan Terhadap Penyebar Fitnah
Chef selebriti Nik Michael Imran, 24, naik angin dan cukup kesal apabila timbul dakwaan beliau kononnya tidak menghormati waktu berbuka puasa. Beliau yang juga merupakan pemilik restoran PickNik yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ini, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.
“Tuduhan yang mengatakan saya tidak sensitif terhadap waktu berbuka adalah sangat mengarut. Itu fitnah! Orang yang buat cerita itu sangatlah busuk hati dan sengaja cari pasal dengan menimbulkan isu ini.
“Pada hari tersebut ada ramai orang yang yang boleh jadi saksi bahawa tuduhan itu sama sekali tidak benar”, itu respon Nik Michael apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut, ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anuran Air Asia dan Air Asia X, bertempat di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, malam tadi.
Semalam, sebuah akhbar tempatan ada menyebut yang Nik Michael tidak sensitif akan waktu berbuka puasa. Kejadian berlaku pada 2 Ramadan lalu.
Pada hari tersebut, ada jemputan sebuah syarikat gergasi ke restoran milik Chef itu untuk memperkenalkan perkakasan masakan. Bila majlis bermula, Nik Michael dikatakan galak memperkenalkan perkakasan elektrik yang digunakan sehinggalah Azan Maghrib sudah berkumandang dia masih juga belum berhenti membuat demonstrasi.
Tetamu yang hadir hanya dihidangkan makanan pada pukul 8.15, iaitu ketika sudah hampir hendak masuk waktu Isyak. Lantas tindakan Nik Michael itu sifatkan sebagai tidak menghormati waktu berbuka dan juga para tetamu yang beragama Islam yang berada di majlis itu.
Ada Tatu?
Mengulas lanjut mengenai isu itu, tambah Nik Michael lagi, dia berasa terkilan. Malah jejaka berdarah kacukan Melayu-Australia ini tekad mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang sengaja menyebarkan fitnah tersebut. “Perkara ini sikit sebanyak telah menjejaskan nama saya dan juga restoran saya. Saya mahu mengambil tidakan terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah ini. “Bahkan tabah mengecewakan, ekoran laporan akhbar tersebut, ada pula komen mengatakan saya mempunyai tatu. Tuduhan tentang itu mengarut!”, katanya dengan nada tegas. Bagaimanapun dia mengaku yang makanan hidangan utama dihidangkan lewat 20 minit. Tetapi sementara menanti, para tamu telah dijamu dahulu dengan juadah ‘alas perut’ iaitu kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng. “Saya akui hidangan utama siap lewat 20 minit kerana saya sendiri yang mahu masakkan di hadapan mereka. Tetapi sementara menunggu, kami sediakan kurma, kuih buah melaka, kuih seri muka dan kentang goreng untuk mereka jamah dulu. “Saya terkilan bila dituduh tak bagi orang makan. Sedangkan sudah menjadi tugas saya untuk memberi makan kepada orang. Sudah dua tahun saya uruskan restoran saya, jadi semestinya saya sudah tahu bagaimana hendak melayan para pelanggan yang datang di restoran saya terutama ketika bulan Ramadan”, tuturnya. Ditanya sekiranya individu berkenaan tampil dan memohon maaf kepadanya, apakah dia tetap mahu mengambil tindakan? “Saya sudah pun mendapat kerjasama daripada pihak agensi yang menganjurkan acara berkenaan, tempoh hari. Saya akan tetap ambil tindakan terhadap individu itu kerana pada saya, kalau pun dia datang minta maaf, dia tidak ikhlas. “Saya buat semua ini untuk mempertahankan nama baik saya. Pada saya, orang seperti ini hanya berani cakap di belakang saja tetapi tidak berani untuk cakap depan-depan”, katanya. – Malaysian Digest

Sarah Kuruskan Badan Agar Suami Selesa Pandang
PETALING JAYA – Penyanyi Sarah Raisuddin mengakui cukup berdisiplin dalam menurunkan berat badan sebanyak 26 kilogram (kg) semata-mata mahu suaminya, Shuib (Sepah) senang melihatnya.
Sarah, 31, berkata, sebagai seorang isteri, dia enggan memiliki tubuh badan yang besar sehingga membuatkan suaminya itu kurang selesa dan kerana itu dia sanggup menurunkan berat dari 78kg hinggalah ke 48kg.
“Sebenarnya suami tidak kisah pun cuma saya yang rasa tak senang hati. Tetapi saya mahu apabila suami pulang daripada kerja, sedap sedikit mata memandang melihat saya.
“Bayangkan pernah sekali saya mencuba sepasang baju yang pernah dipakai sebelum ini dan ianya langsung tidak muat.
“Sejak dari hari itu saya meminta izin suami mahu menurunkan berat badan, dan Alhamdulillah, saya berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Sarah, dia juga mengamalkan pengambilan makanan sihat dengan mengelak makanan berminyak dan bergula selain mengambil buah avacado sebagai makanan tambahan.
Dalam perkembangan lain, Sarah berkata dia bakal merakamkan single lagu terbaharunya dan akan dilancarkan pada tahun ini.
“Ramai yang tanya bila nak ada lagu baru? Tetapi sekarang ini saya banyak menghabiskan masa dengan keluarga.
“Anak-anak pun makin membesar dan mereka perlu mendapat perhatian lebih daripada saya. InsyaAllah saya akan ke studio dalam tidak lama lagi bagi merakamkan single lagu baru saya,” tuturnya.
Sarah kini mempunyai dua orang anak iaitu Uwais Alqarni, 6 dan Dzahira Talita Zahra, setahun. - mStar Online
TOP
Jimmy Shanley Nafi Bermasalah Di Ultra FM
PETALING JAYA – Penyampai radio Ultra FM, Jimmy Shanley, menyifatkan tuduhan kononnya dia tidak memberikan komitmen terhadap kerjanya sehingga menyusahkan rakan setugas lain adalah gosip semata-mata.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, berkata, dia juga terkejut apabila dikatakan bakal menamatkan tugasnya di stesen radio berkenaan sedangkan dia tetap melaksanakan tugasnya.
“Sebenarnya saya kini berada di Korea dan tidak tahu menahu pun tentang gosip itu sehinggalah Pengurus Saluran Ultra FM, Mira Sakhia Shamsuddin menghubungi saya.
“Dia meminta saya tidak perlu mengambil serius dengan berita tersebut. Itu semua gosip. Semalam (Ahad) saya ke udara seperti biasa tanpa masalah, sebelum bertolak ke Korea,” katanya kepada mStar Online, menerusi aplikasi Whatsapp.
Jimmy mengendalikan segmen segmen Ultra 6-10 yang ke udara setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi bersama pasangannya Mamat (Sepah) di stesen radio berkenaan.
Pada Ahad lalu, sebuah akhbar minguan menerusi ruangan pojok melaporkan komitmen kerja Jimmy sebagai penyampai radio Ultra FM sejak kebelakangan ini semakin kurang memberangsangkan sehingga pasangan penyampai yang bertugas bersamanya berang kerana terpaksa melakukan kerja sendirian.
Dalam pada itu, Jimmy juga dikatakan bakal menamatkan tugasnya itu dalam masa terdekat ini.
Sementara itu, ditanya adakah dia sedang bercuti bersama isterinya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27 yang baru dikahwini pada 7 Jun lalu di Korea, dia enggan mengulas tentang perkara itu.
“Saya baru sampai (Korea) pagi tadi dan terus ke kelas. Sebab apa ke sini? Nanti-nanti saya ceritakan,” ujarnya. – mStar Online
TOP
Seorang Ibu Sanggup Mencagar Anaknya Demi Hutang di Kemboja
Kemboja: Seorang ibu telah mencagar anaknya demi meminjam wang dengan penduduk kampung di Kemarak Punim, Kemboja. Lebih menyedihkan kanak-kanak itu dirantai pada kaki selama lapan jam setiap hari selama tempoh dua tahun.
Bagaimanapun penderaan tersebut terbongkar apabila polis dan badan kebajikan mengunjungi kampung berkenaan dan budak itu telah ditempatkan di jabatan kebajikan.
Menurut polis, budak itu dicagar oleh ibunya kerana meminjam dengan penduduk kampung dan penduduk kampung berkenaan terpaksa merantai budak 8 jam sehari dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi dan 1 petang hingga 5 petang ketika bekerja di ladang yang terletak sebatu dengan rumahnya.
TOP
Amaran Taufan Neoguri Menghala Kepulauan Okinawa
TOKYO – Jepun hari ini memberi amaran kepada penduduknya mengenai angin kuat dan ombak besar yang dihasilkan oleh satu taufan yang kuat menghala ke Kepulauan Okinawa selepas melintasi Filipina.
Taufan Neoguri dijangka membadai Okinawa lewat hari ini dengan membawa kelajuan angin 198 kilometer sejam, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Agensi itu menyebut taufan berkenaan diramal menjadi bencana yang kuat melanda Jepun dalam abad ini dengan menghasilkan ombak setinggi 14 meter.
“Ini membawa risiko kepada angin yang kuat dan hujan lebat. Minta mereka yang berada zon ini mengelak daripada mengadakan aktiviti luar,” kata pegawai Agensi Meteorologi Jepun, Satoshi Ebihara dalam sidang media. – AP
TOP
ISIL halau 30,000 orang di timur Syria
Tentera ISIL meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Iraq-Syria. Foto: AFP
DAMSYIK - IRAQ. Serangan drastik Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) menyebabkan hampir 30,000 penduduk menjadi pelarian di bandar Shahel, wilayah timur, Syria sejak minggu lalu. Munurut Press TV, Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, ribuan penduduk terpaksa meminta bantuan perlindungan berhampiran wilayah Deir al-Zour selepas mereka dipaksa keluar dari kediaman masing-masing oleh anggota gerakan ISIL. “Shahel adalah kubu kuat kumpulan Nusra Front yang merupakan ahli pakatan ISIL di Syria. Hampir semua loji minyak di Deir al-Zour jatuh ke tangan ISIL kecuali satu loji terletak di kawasan luar bandar,” menurut laporan itu. Minggu lalu, ISIL mengisytiharkan pembentukan Negara Islam di bawah pentadbiran Khalifah Islam diketuai Abu Bakr al-Baghdadi. ─ Sinar Online

Hartawan China Derma Harta RM6.56 Bilion
Beijing – Seorang hartawan mendermakan seluruh harta kekayaannya bernilai £1.2 bilion (RM6.56 bilion) kepada badan kebajikan tanpa meninggalkan sesen untuk isteri dan anak-anaknya.
Ketika muda, Yu Pengnian (gambar) bekerja sebagai pemandu beca yang tidak berwang, namun hidupnya berubah menjadi orang paling kaya di China ketika usianya 88 tahun.
Tanpa pengetahuan keluarga, Yu mendedahkan mengenai harta yang didermakan kepada badan kebajikan melalui sidang media.
Seluruh harta kekayaan itu diberikan kepada pertubuhan miliknya yang diusahakannya lima tahun dulu.
Wang itu disalurkan sebagai bantuan kepada pelajar, biasiswa, kerja pembinaan semula gempa bumi Sichuan dan pembedahan pesakit katarak yang sama sepertinya.
Dermawan yang menetap di Panglin, hotel lima bintang di Shenzhen itu bernasib baik kerana keputusannya mendapat sokongan keluarga. – Agensi
TOP
Cerai Isteri Pada Malam Pertama
Riyadh – Seorang pengantin lelaki menceraikan isterinya pada malam perkahwinan mereka selepas menerima gambar intim wanita berkenaan daripada bekas kekasihnya.
Pasangan itu meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel apabila pengantin lelaki itu diberi bunga dan sampul mengandungi kad memori di samping nota yang menggesanya melihat gambar isterinya dalam kad itu.
Kerana terkejut selepas melihat gambar itu, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya ketika itu juga, lapor akhbar Sabq, memetik cerita seorang pendakwah, Shaikh Ghazi Bin Abdul Aziz Al Shammari.
Menurut laporan itu, pengantin perempuan dihubungi bekas kekasihnya empat hari sebelum majlis perkahwinannya.
Bekas kekasih wanita itu memaksa mereka bertemu malah mengancam mendedahkan hubungan mereka kepada bakal suaminya jika dia enggan berbuat demikian.
Wanita itu memberitahu bekas kekasihnya agar melupakan hubungan mereka kerana dia mahu menempuh hidup baru bersama suami dan mempunyai keluarga.
Rayuan wanita itu tidak diendahkan malah bekas kekasihnya yang tidak berpuas hati bertindak menghantar bunga bersama gambar pengantin perempuan yang mengakibatkan dia dicerai. – Agensi
TOP
Anak 9 Tahun Buat Laporan Polis Ibu dan Bapanya Tanam dan Hisap Ganja
Saint Paul (AS) – Sepasang suami isteri ditangkap kerana menanam dan menghisap ganja selepas anak mereka membongkar kegiatan ibu bapanya.
Budak perempuan berusia sembilan tahun itu membuat laporan di balai polis mengenai kegiatan ibu bapanya baru-baru ini.
Dia dengan tenang memasuki balai polis di Barnesville, Minnesota dan menceritakan kepada pegawai bahawa ibu bapanya menanam ganja di bawah rumah mereka.
Menurutnya, dia membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan selepas tidak tahan dengan bau asap ganja yang membuatnya sakit.
Dia juga bimbang dengan kesihatan anjingnya kerana ibu bapanya sering menghembus asap ganja ke dalam mulut haiwan kesayangannya itu.
“Dia sangat berani, bijak dan fasih. Dia memberi keterangan seperti orang dewasa,” kata jurucakap polis, Ryan Beattie.
Lebih mengagumkan, kata Beattie, budak itu lebih pintar berbanding kanak-kanak seusianya.
Dia menjelaskan dengan terperinci mengenai jenis dadah yang tidak mungkin diketahui kanak-kanak lain.
Pihak berkuasa menyerbu rumah terbabit dan polis menemui pokok ganja di tempat seperti yang diceritakan kanak-kanak berkenaan.
Turut ditemui ialah bahan yang diuji positif dadah jenis methamphetamine.
Setakat ini, polis belum menetapkan jenis tuduhan yang akan dikenakan ke atas pasangan suami isteri itu kerana masih menanti keputusan ujian makmal bagi mengesahkan tumbuhan dan bahan kimia yang ditemui di rumah itu.- AFP
TOP
Lebih 60 gadis, wanita Nigeria yang dilarikan pelampau berjaya lepaskan diri
MAIDUGURI: Lebih 60 gadis dan wanita Nigeria yang dilarikan puak pelampau dua minggu lalu oleh berjaya melepaskan diri, kata pegawai.
Kira-kira 200 gadis diculik pada April lalu pula masih hilang.
Pasukan keselamatan dan askar negara itu menafikan laporan laporan pada 22 Jun lalu bahawa kaum wanita diculik secara besar-besaran dari tiga perkampungan di timur laut wilayah Borno.
Pengerusi kerajaan Chibok, Pogu Bitrus berkata, kira-kira 60 orang wanita dan gadis berjaya melepaskan diri minggu lalu apabula seorang wakil kerajaan dihantar bertemu sebahagian mangsa dan keluarga mereka di hospital di Lassa. - AP
TOP
Serpihan Kayu Terpelanting Tembusi Dahi
GEMAS – Seorang pekerja kilang papan warga Nepal melalui detik ngeri apabila dahinya ditembusi sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter di sebuah kilang, d sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa, Basanta Limbu, 30, terpaksa menahan kesakitan selepas serpihan kayu terbang serta terpelanting menembusi dahinya ketika dia sedang memotong kayu di kilang berkenaan.
Menurut sumber, susulan insiden berkenaan, majikannya segera menghubungi Klinik Kesihatan Gemas bagi membantu menghantar mangsa mendapatkan rawatan lanjut di hospital terdekat.
“Bagaimanapun, sebaik bantuan tiba, mangsa sukar untuk dimasukkan ke dalam ambulans disebabkan kayu yang menembusi bahagian dahinya agak panjang serta terkena bahagian dalam ambulans berkenaan.
“Pihak klinik menghubungi bomba bagi membantu mereka memotong kayu berkenaan sebelum mangsa dapat dibawa ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1, Kamaruddin Salleh, dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 8.51 pagi.
Menurutnya, bomba terpaksa menggunakan alat khas bagi memotong kayu sepanjang 0.5 meter di sebelah kiri dahi mangsa.
“Manakala, di sebelah kanan kepala mangsa pula, kayu yang menembusinya adalah kira-kira 0.12 meter.
“Kita memotong kayu berkenaan dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko ke atas mangsa,” katanya. – Sinar Harian
TOP
Gambar : Pakar Bedah Plastik Melamar Pesakit Sendiri Kerana Terlalu Cantik
Korea - Huyn Jang Jin, 33 tahun tidak pernah mempunyai teman lelaki. Apabila dia berada di sekolah mengenah, dia juga dibuli kerana mukanya kelihatan seperti lelaki. Keajaiban terjadi setelah dia ditaja oleh Universitinya sendiri untuk menukar wajahnya menjadi lebih elok. Berikut adalah gambar Huyn Jang Jin sebelum dan selepas dibedah :
Yang lebih menarik, doktor yang melakukan pembedahan Huyn Jang Jin kini telah tertawan hati dengan kecantikan yang dimiliki oleh Huyn Jang Jin dan berkahwin dengan pesakitnya sendiri. Di bawah dikongsikan lagi beberapa gambar Huyn Jang Jin. Sebelum :
Selepas :
Sangat bertuah gadis ini. Dah la dapat tukar wajah secara percuma, dapat pula berkahwin dengan doktor. - SiakapKeli.com

Rupanya pencuri kereta Suzuki Swift Milik Wawa Zainal Orang Terdekat Sahaja?
Adakah pencuri kereta Wawa Zainal merupakan orang yang dekat dengan beliau?
Peminat-peminat setia Wawa Zainal tentu sudah tahu tentang status mengenai 'pencuri kereta' yang dimuatnaik oleh Wawa Zainal sejak 4 Julai yang lalu. Menurut Wawa Zainal, dia sudah berjaya mengumpul bukti tentang individu yang disyaki 'mencuri' kereta Suzuki Swift Biru miliknya yang bernombor pendaftara WWY 5833.
Tahun lepas, kecoh di Laman Facebook Aeril Zafrel FANS mengenai Kereta Suzuki Swift milik Wawa dan Aeril hilang. Jika penelitian dibuat kepada status tersebut, Wawa dan Aeril sebenarnya seperti sudah tahu siapa yang 'mencuri' kereta Suzuki Swift milik mereka. Di dalam status tersebut, Aeril seperti menyindir pencuri berkenaan. Sah-sah pencuri tersebut adalah orang terdekat sahaja.
Walau apapun, kita tunggu penjelesan dari pasangan ini dalam masa yang terdekat - SiakapKeli.com

Saman TV & Pengulas Sukan Kerana Rakam Gambar dan Hinanya Ketika Tidur.
Bronx: Seorang peminat baseball telah dimalukan seluruh dunia ketika perlawanan antara Yankees dan Red Sox pada April lalu apabila kemera ditujukan kepadanya yang sedang tidur ketika itu.
Selain itu penyampai sukan ESPN didakwa telah menggelarnya gemuk dan tidak cerdik ketika kamera dihalakan kearahnya yang sedang tidur.
Bagaimanapun, Andre Robert telah mengemukakan tuntusan saman keadas dua penyampai sukan ESPN diatas perkara itu. Dia telah menuntut USD10 juta diatas seluruh dunia menyaksikan dia dimalukan oleh penyampai sukan berkenaan.
Beliau telah mendakwa Shulman dan Kruk turut menggelarnya `lembu gemuk’ dan `tidak berbaloi’ sebagai peminat.
TOP
Budak Sekolah Rendah 11 Tahun Disyaki Dirogol Pakcik Sendiri
MIRI: Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun kerana didakwa merogol anak saudara berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata suspek ditahan berikutan laporan yang dibuat oleh guru mangsa pada pukul 7.30 pagi pada hari Isnin.
Mangsa, yang berada dalam Darjah Lima di sebuah sekolah rendah di Batu Niah, dipercayai tinggal dengan suspek sejak berusia lapan tahun- selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya terpaksa bekerja di Bintulu, katanya kepada Bernama Selasa.
Beliau berkata guru tersebut membuat laporan polis selepas mangsa mengadu kepada beliau tentang kejadian tersebut.
Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan perubatan dan seorang pegawai perubatan mengesahkan bahawa beliau telah dirogol, katanya. - SiakapKeli.Com
TOP
Hentikan Spekulasi Khalid Letak Jawatan
SHAH ALAM – Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata isu pertukaran Menteri Besar itu bukan keperluan dan agenda utama parti buat masa ini.
“Saya nasihatkan hentikan semua spekulasi, kita ajak pimpinan dan anggota parti untuk tumpu kerja membangunkan negeri Selangor.
“Di bulan Ramadan yang mulia ini jangan kita lontarkan fitnah, jangan buat serangan peribadi dan kita kerja sebagai satu pasukan untuk bantu rakyat,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BBC Selangor di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Berita peletakan jawatan Abdul Khalid mula tersebar sejak malam Ahad lepas melalui pelbagai aplikasi sosial termasuk Whatsapp.
Kandungan maklumat itu menyatakan Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meletak jawatan sebagai Menteri Besar.
Mengulas mengenai mesyuarat kelab itu yang didakwa turut mencapai kata sepakat bagi menyatakan undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), menafikannya.
“Pilihan raya sudah selesai, keputusan telah dibuat dan sekarang masa untuk kerja. Bila ada keperluan untuk membincangkan perkara (pertukaran MB) itu kita akan bincang secara kolektif,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kanak-Kanak 18 Bulan Maut, Alami Pendarahan Di Kepala
IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pagi tadi selepas mengalami pendarahan di bahagian kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata mangsa meninggal dunia pada pukul 11.15 pagi tadi selepas hampir lapan hari menerima rawatan di unit rawatan rapi, wad Pediatrik HRPB.
“Kanak-kanak tersebut dirujuk ke HRPB pada pukul 5.30 petang 1 Julai lepas apabila pengasuhnya membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran setelah kanak-kanak itu didapati tidak sihat dan mengalami kesesakan nafas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata apabila ditahan di wad Pediatrik, seorang pegawai perubatan yang bertugas membuat laporan kepada polis selepas mengesan berlaku pendarahan di bahagian kepala mangsa.
Polis kemudian menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.
“Sebelum kejadian, anak itu telah dihantar ibunya ke rumah pengasuh yang terletak berhampiran rumah mereka di Taman Lapangan Melodi. Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami seksa nafas,” katanya.
Ahmad Termizi berkata mengikut maklumat awal pendarahan di bahagian kepala mangsa adalah disebabkan terkena meja.
“Bagaimanapun kita turut menyiasat unsur kecuaian jika berlaku dalam kejadian ini selain tidak menolak unsur penderaan,” katanya.
Beliau berkata ibu dan bapa mangsa telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan manakala keterangan pengasuh juga akan diambil. – BERNAMA
TOP
Banjir Kilat Di Jln Sultan, Jln Petaling Bukan Salah MRT Corp
KUALA LUMPUR – MRT Corp hari ini menafikan dakwaan bahawa banjir kilat yang kerap berlaku di Jalan Sultan dan Jalan Petaling, di sini berpunca daripada pembinaan dua stesen Mass Rapid Transit (MRT) berdekatan.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awamnya Amir Mahmood Razak sebaliknya menjelaskan banjir itu mungkin berpunca akibat sistem peparitan awam tersumbat dengan mendapan, mungkin daripada tapak binaan lain bersebelahan tapak binaan MRT.
“Longkang yang mengalirkan air semasa hujan lebat, dipenuhi mendapan dan keladak dengan kebanyakannya hanya mengalirkan air pada kapasiti satu pertiga akibat purata dua pertiga longkang dipenuhi mendapan yang menyekat aliran air,” katanya selepas tinjauan media kira-kira dua jam di tapak pembinaan stesen MRT Merdeka dan Pasar Seni di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Perhubungan Awam dan Komunikasi MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd (MGKT) Dr Bhavani Krishna Iyer dan beberapa wakil MGKT.
Amir Mahmood berkata baru-baru ini beberapa individu mendakwa tapak binaan MRT merupakan punca masalah banjir di kawasan itu, termasuk ada individu menerusi twitter masing-masing mendesak pihak MRT menjawab dakwaan itu.
Dalam perkembangan sama, Dr Bhavani menegaskan tapak stesen MRT Merdeka terletak di tapak lebih tinggi dan bercerun menurun ke arah Jalan Hang Tuah dan bukannya ke arah Jalan Petaling dan Jalan Sultan, dengan itu tidak mungkin air dari tapak itu akan mengalir ke jalan berkenaan dan menyebabkan banjir.
“Sementara, tapak Pasar Seni teletak di bahagian bawah cerun di lokasi bertentangan iaitu tempat berlakunya banjir,” katanya.
Setakat ini, 61.5 peratus kerja binaan bawah tanah MRT sudah siap, manakala kerja pembinaan secara keseluruhannya, 45.6 peratus, kata Amir Mahmood.
Ditanya berhubung kerja membina terowong di kawasan Bukit Bintang, Amir Mahmood berkata ketika ini Mesin Mengorek Terowong atau Tunnel Boring Machine telah siap mengorek terowong sehingga ke Hotel JW Marriot untuk bahagian atas dan sehingga ke pusat beli-belah Farenheit bagi bahagian bawah. – BERNAMA
TOP
Kemuliaan Hati Kak Pah Yang Diketahui Selepas Pemergiannya
Pada kebiasannya, artis veteran hanya disanjung dan dihargai sumbangan beliau dalam dunia seni hanya selepas mereka meninggal dunia dan perkara tersebut tidak terkecuali kepada arwah Biduanita Negara, Sharifah Aini atau panggilan mesranya Kak Pah.
Tetapi apa yang berbeza antara Kak Pah dengan arwah-arwah atis veteran yang lain ialah bukan sahaja sumbangannya dalam bidang seni malah kemuliaan hatinya kini turut disanjung yang mana telah terbongkar selepas pemergiannya.
Antara kebaikan-kebaikan Kak Pah yang rama tidak tahu ialah beliau memelihara ramai anak yatim seperti anaknya sendiri dan dihantar belajar tahfiz. Anak tunggalnya juga yang mana seorang tahfiz itu sendiri membuktikan kejayaan beliau mendidik anak sehingga mampu mengimamkan solat jenazah untuk ibunya sendiri. - SiakapKeli.com
Selain daripada itu, menerusi status Facebook yang dikongsikan ini juga bukti yang beliau adalah seorang yang pemurah.
Selain daripada itu, menerusi status Facebook yang dikongsikan ini juga bukti yang beliau adalah seorang yang pemurah.
TOP
Video: Lagi Hero-Hero Malaysia Belasah Peragut Sehingga Berlumuran Darah
Seorang suspek ragut telah berjaya ditangkap dipercayai berlaku di Seremban. Seorang saksi ketika penangkapan tersebut oleh orang ramai telah merakam video yang kini turut tersebar di laman sosial.
Seperti biasa yang sudah menjadi budaya orang kita bila tangkap penjenayah sendiri dan sebelum kehadiran pihak polis lebih-lebih lagi jika penjenayah ragut sudah tentu dibelasah sehingga puas bagai dirasuk.
Dalam video ini suspek berkenaan telah dibelasah sehingga berlumuran darah. Bagaimanapun sebenarnya perkara ini patut dielakkan kerana seseorang itu belum disabitkan kesalahannya sehingga diputuskan oleh pihak mahkamah. Jika benar sekalipun suspek mengaku ataupun ditangkap ketika sedang melakukan jenayah mungkin ada kisah disebalik seperti paksaan dan sebagainya.
Masalahnya budaya kita ini masing-masing ingin menjadi hero dan penegak undang-undang. Namun jangan pula anda menjatuhkan hukuman dan selepas itu anda sendiri yang dihukum dengan undang-undang. Sekiranya tidak mahu mengambil risiko tersebut dalam kes seperti ini serahkan sahaja kepada pihak polis
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Rod Besi Melayang Dari Lori Nyaris Tusuk Ibu Dan Anak
Malang tidak berbau, jadi sentiasalah berhati-hati tidak kira dimana jua anda berada dan lebih-lebih lagi ketika sedang memandu kerana anda lebih berisiko.
Dinasihatkan kepada para pembaca SiakapKeli.com supaya tidak mengekori kenderaan berat tambah pula yang membawa batu bata, konkrit dan sebagainya yang boleh cenderung kepada perkara yang bahaya. Jika boleh potong sahaja kenderaan tersebut.
Hari ini satu kemalangan telah berlaku di lebuh raya NKVE yang mana menyebabkan besi cerucuk dari sebuah lori telah melayang dan tertusuk kepada sebuah kereta.
Bagaimanapun penumpang hadapan amat bernasib baik kerana tidak tertusuk besi tersebut sementara anaknya jugak yang tidur di tempat duduk belakang ketika itu juga terselamat.
Melihat kepada besi tersebut kedua-duanya memang nyaris mendapat musibah tersebut. Namun, Alhamdulillah semuanya selamat. Kepada pemandu-pemandu lori yang membawa muatan yang boleh memberi risiko tehadap perkara-perkara seperti ini diharap dapat mengambil langkah keselamatan yang lebih efektif - SiakapKeli.com

Bila McDonald’s Pertama Akhirnya Dibuka di Perlis.
Oh, rupa-rupanya tiada McDonald's di Perlis ya? Rasanya bukan SK sahaja yang tidak ketahui akan perkara ini. Namun pembukaan restoran McD ini telah lama dinanti-nantikan oleh rakyat Perlis. Apa tidaknya, sebelum ini mengidam McD terpaksa ke Alor Star.
Bagaimanapun impian mereka kini tercapai dengan pembukaan restoran McDonald’s pertama di Perlis. Tapi biasalah benda baru, maka sambutannya memang lain macam sikit. Maklumlah orang Perlis dah lama nak makan McD ye tak? Menerusi gambar yang dikongsikan di laman sosial, ramai orang kelihatan beratur panjang untuk makanan segera ini. Ini adalah normal sebenarnya jadi komen macam di bawah memang tak patut dan boleh mengguris perasaan orang Perlis! Menerusi satu gambar McD pertama di perlis, kelihatannya pada gambar tersebut panjang sungguh orang beratur ye. Dihara tiada pihak yang memberi komen-komen yang boleh mengguriskan hati orang Perlis.

Mengamuk Sakan Penyanyi Dafi AF dengan Celcom
Menerusi satu statu di Twitter miliknya beliau meluahkan rasa marahnya kepada peminat-peminat terhadap syarikat telekomunikasi Celcom. Turut diminta untuk sebarkan perkara ini kepada rakan-rakan serta keluarga.
Marah benar ya nampaknya Dafi AF kepada syarikat tersebut kerana mutu perkhidmatan mereka yang tidak memuaskan beliau.
Sebenarnya tidak hairan kalau Dafi amat marah dengan telco tersebut kerana sebelum ini juga banyak komen-komen negatif berkaitan pekhidmatan mereka. Selain itu, menerusi page RotiKaya juga ramai yang komen bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Dafi.
Semoga perkara ini sampai kepada pihak telco tersebut sebelum nama mereka lebih menjadi buruk. ─ SiakapKeli.com

Ziana Zain Akui Berhijab Kerana Nak Anak Ke Sekolah Agama Sahaja
KUALA LUMPUR, 8 JULAI 2014: Sejak tersiarnya gambar Ziana Zain berhijab seperti yang dimuatnaik di dalam laman instagram peribadinya, ramai yang tertanya-tanya adakah diva pop itu sudah pun berhijrah atau sebaliknya?
Namun, menerusi kirim SMS yang dihantar kepada wakil hlive!, Ziana Zain memberitahu bahawa sudah menjadi kelaziman untuknya berhijab apabila menghantar anak-anak ke sekolah agama demi menghormati bulan Ramadan.
"Inilah pesanan yang sering diterapkan oleh ibu saya Puan Robiah atau Mak Jah. Pakailah hijab demi menghormati bulan Ramadan," kata Ziana Zain mengenai pesanan ibunya itu.
Portal Murai berharap dengan penjelasan daripada kakak Anuar Zain ini, semua pembaca serta peminat tegar Ziana Zain akan lebih jelas dengan gambar hijab Ziana Zain yang sudah pun tersebar luas di laman sosial.
Dalam pada itu, Ziana Zain akui reda apabila konsert I AM Ziana Zain telah pun dibatalkan keran pihak penganjurnya berdepan dengan masalah dalaman. ─ Murai.com.my
TOP
Hampir 100 Peratus Penduduk Kg Langkabong, Tongod, Sandakan Dimurtadkan
Penulis sebenarnya tidak tahu macam-mana sebuah kampung yang dulunya Islam telah dimurtadkan hampir 100% tanpa menimbulkan sebarang isu seperti kes-kes lain yang berkaitan agama Islam.
Bagi penulis inilah pentingnya untuk setiap umat Islam berdakwah dan menjaga sesama kita dan bukan sekadar berharap kepada jabatan dan pertubuhan agama semata-mata. - SiakapKeli.com
Ikutilah kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew pada status Facebook beliau perihal sebuah kampung yang murtad di Tongod, Sabah akibat kesilapan dan kealpaan kita sebagai umat Islam:
“Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah.salah saya ni..ampun Ya Allah.
Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.
Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod.
Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid.Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun. Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu.Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian.
Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih. Setelah beredar dr masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam.Kami buat keputusan utk menziarahi mereka. Pakcik Awang yg berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun.Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yg bernama Abdul.Balik dr kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong. Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yg bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul. Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah. Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah. Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yg mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya ‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah’. Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i…… InsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah. Semasa saya di ke Sabah. Jabatan Agama Islam Sabah sangat banyak membantu dan membuat pelbagai pengisian. Membantu memberi zakat dan memberi bantuan kepada sukarelawan. Jemaah orang Islam tidak berhenti berdakwah di Sabah. Banyak orang yang berkorban tanpa dikenali. Sebenarnya bila kita mula beri masa untuk ziarah saudara Islam dan semua orang. Bukan di Sabah, di kawasan rumah kita juga ada orang yang hidup puluhan tahun dan sudah berada di pinggir kemurtadan. Saya banyak kali keluar dari surau sahaja jumpa orang yang jauh dari Allah. Oleh itu kita kita perLu buat dakwah secara istiqamah. Beri masa dakwah dalam rumah kita. Beri masa dakwah jiran dan juga kawasan kampung jiran. Dakwah kawan di pejabat. Beri masa dakwah dalam negeri. Juga luar negeri. Negara yang jauh. Seluruh dunia tanpa sempadan macam sahabah rhum. Jika tak, kita pun mungkin belum mengenal Allah.. Hargai semua orang berdakwah. Jangan halau orang berdakwah di Masjid kita iktikaf. Kita syok masjid hidup dengan ceramah dan kuliah sesama kita. Itu baik, tapi masih ramai orang yang belum pernah solat pun di keliling surau kita. Semoga Allah ampunkan saya. Setiap orang jadi Daie Allah istiqamah walaupun dikeji dan tidak dihargai kerana Redha Allah maksud usaha ini. Ya Allah bantulah mereka yang sedang berdakwah di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Ya Allah kembalikanlah seluruh kampung ini kepada Islam. Ya Allah bukakanlah malam ini semua penduduk kampung ini kembali pada Islam. Kasihanilah kami semua. Maafkanlah kerana kecuaian diriku dalam dakwah, korban , menangis untuk agama ini- ebit lew”

Ifa Raziah Selesai Jalani Pembedahan Payudara Selama 7 Jam
Setelah tujuh jam menjalani pembedahan, Ifa Raziah kini dalam keadaan stabil kata suami Ifa Raziah iaitu Mohd Yanu Abdul Rahman.
Ifa Raziah yang menjalani pembedahan membuang ketulan di payudaranya yang dibuat di Beverly Willshire Medical Centre kini dikatakan selamat. Ketulan tersebut dikatakan terjadi akibat jangkitan virus.
" Dia (Ifa) kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya. Kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang dalam tiga atau empat hari lagi.", kata Yan suami Ifa Raziah.
"Dia memang amat takut untuk menjalani pembedahan ini, saya pun pelik kerana dia sebelum ini adalah seorang yang berani, tapi syukur semuanya berjalan lancar."
- tambah Yan lagi.
Ifa mula dijangkiti virus pada tahun 2011. Ifa Raziah akhirnya setuju untuk membuat pembedahan setelah ketulan semakin sakit, ini kerana sejak tiga tahun lalu, kawasan payudaranya membengkak dan keras seperti ada ketulan.
Ifa kini berehat dari industri hiburan selama sebulan. - SiakapKeli.com
TOP
Akaun laman social Facebook Sharifah Aini ditutup.
PETALING JAYA: Akaun laman sosial Facebook yang dikendalikan oleh biduanita negara Datuk Sharifah Aini telah ditutup oleh anaknya iaitu Aliff Omar Ali.
Penutupan akaun itu dilakukan selepas pengebumian Allahyarham pada Sabtu lalu.
mStar Online difahamkan, Aliff bertindak sedemikian kerana tidak mahu segala memori yang dititipkan menerusi akaun berkenaan dikenang semula.
Terdahhulu Allahyarham pernah menjadikan akaun Facebook miliknya itu untuk meluahkan rasa hati kepada para peminatnya.
Menerusi laman sosial itu juga Sharifah Aini turut menggambarkan pengakhiran usianya apabila beliau meminta para peminat menghadiahkannya Al-Fatihah sekiranya beliau meninggal dunia. - mStar
Note : Marilah kita bersama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment