TOP
Notis Putusan Hubungan Bapa ─ Anak-anak di akhbar
Menerusi sebuah akhbar, seoarang lelaki berbangsa Cina telah memutuskan hubungan dengan keluarganya. Dalam akhbar berkenaan disertakan dengan nama serta nombor kad pengenalan ahli keluarga.
Kesahihan akhbar ini tidak dapat dikenalpasi tetapi berdasarkan kualiti ia memang cetakan akhbar cuma tidak diketahui akhbar keluaran mana.
Tidak tahulah mengapa lelaki berkenaan berbuat perkara sebegini samada kerana pertengkaran ataupun sebab lain. Jika pergaduhan dalam keluarga atau perselisihan faham sekalipun tidak sepatutnya seorang anak atau bapa memutuskan hubungan dengan ahli-ahli keluar lain.
Bagaimanapun ia mungkin juga sekadar pengumuman palsu yang mana untuk mengelakkan daripada ancaman Ah Long terhadap ahli-ahli keluar terdekat. - SiakapKeli.com
TOP
Penduduk Dakwa ‘Diserang’ Kutu Kucing
GEORGETOWN – Penduduk dan pengunjung Taman Lalu Lintas di sini mendakwa ‘diserang’ kutu kucing sehingga menyebabkan badan mereka mengalami simptom kegatalan melampau dipercayai berpunca dari taman rekreasi berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Lalulintas, Ong Lin Teong berkata, pihaknya menerima lebih 100 aduan daripada pengunjung dan penduduk di sekitar taman rekreasi terbabit berhubung perkara itu sejak 25 Jun lepas.
“Biasanya bahagian kulit yang terkena gigitan akan menjadi bengkak, berwarna merah serta gatal dan kadangkala meninggalkan parut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kutu kucing itu dipercayai menjadikan bangkai haiwan sebagai perumah sebelum berterbangan dan melekat pada pakaian manusia terutama sarung kaki.
“Hairan juga kerana kawasan di sini tidak banyak anjing atau kucing liar berkeliaran. Tapi baru-baru ini kami ada jumpa anak anjing mati, badannya dipenuhi kutu itu. Bangkainya terlindung di sebalik kontena mungkin ia telah mati beberapa hari,” katanya.
Seorang mangsa Wong Yuee Harng, 26, berkata bekas gigitan serangga vektor itu mengambil masa lebih seminggu untuk pulih dan beliau hanya menyapu krim pada bahagian badan terlibat untuk mengurangkan kegatalan.
“Saya tidak tinggal di sini tetapi ada berkunjung ke taman berkenaan dua minggu lepas. Saya kena gigit di tangan dan badan. Rimas juga terpaksa tergaru-garu tanpa mengira masa,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata, Bahagian Landskap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan negeri melakukan semburan kabus pada Rabu serta Jumaat lepas.
“Aktiviti semburan kabus akan diteruskan sehingga kawasan terlibat bebas daripada kutu kucing itu,” katanya selepas melawat taman berkenaan.
Wei Aik menasihati orang ramai supaya mengelak daripada melakukan kegiatan riadah di Taman Lalu Lintas buat sementara waktu namun setakat ini tiada arahan penutupan dikeluarkan kerana keadaan masih terkawal. – BERNAMA
TOP
Pembinaan Semula Pekan Rabu November Ini
ALOR SETAR – Pembinaan semula Kompleks Pekan Rabu bernilai RM53 juta di sini akan bermula mengikut jadual pada November ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek.
Hasan berkata, projek membina semula Pekan Rabu merupakan inisiatif Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB) untuk menyediakan sebuah kompleks perniagaan moden bagi keselesaan para peniaga serta pengunjung.
“Ciri-ciri keunikan konsep asal Pekan Rabu akan dikekalkan dan pihak kami memberi jaminan peniaga asal akan dapat masuk semula ke kompleks baharu, malah ruang niaga akan bertambah, jadi akan ada peniaga baharu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pekan Rabu, di sini hari ini.
Beliau berkata, terdapat 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).
“Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan ruang niaga yang mencukupi dan selesa bagi peniaga-peniaga dan pengunjung Pekan Rabu serta kemudahan pentadbiran koperasi. Ruang letak kereta bawah tanah yang mempunyai 216 lot akan dibina,” katanya.
Hasan berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah meluluskan permohonan tanah daripada koperasi seluas 5,062 meter persegi di tapak lama di Jalan Tunku Ibrahim, di sini untuk pembinaan kompleks berkenaan.
Beliau berkata, pembinaan semula kompleks Pekan Rabu dijangka meningkatkan purata perolehan koperasi sebanyak 6 peratus iaitu RM720,000 setahun sekarang kepada RM760,000 setahun.
“Peningkatan purata sebanyak 20 peratus jumlah jualan harian peniaga-peniaga, sekarang RM280,000 sehari kepada RM336,000 dan jumlah pengunjung juga dijangka meningkat 30 peratus (hari biasa: 300 orang, cuti/perayaan: 1,000 orang),” katanya.
Beliau berkata, jumlah bilangan kedai dalam kompleks baharu adalah 183 unit kedai besar, kedai kecil (100), kedai makan (24) dan kiosk (48).
Sementara menunggu pembinaannya siap, peniaga sedia ada akan ditempatkan di bangunan Ukir Mall di sini dan mereka dijangka berpindah pada 1 Ogos ini, kata Hasan.
“Pembinaan semula kompleks Pekan Rabu adalah sesuatu yang sensitif kerana ia menyentuh sensitiviti rakyat Kedah, tapi kita lakukan ini untuk kebaikan semua, kita akan uruskan sebaik mungkin,” katanya. – BERNAMA
TOP
Puasa Tidak Jejas Kempen ‘Pagi Bebas Kenderaan’ Di KL
KUALA LUMPUR – Berpuasa bukanlah penghalang untuk melakukan aktiviti senaman pagi di bulan Ramadan apabila kira-kira 30 peratus daripada 3,000 peserta kempen “Pagi Bebas Kenderaan” anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, hari ini adalah masyarakat Islam.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, penyertaan umat Islam itu adalah sesuatu yang membanggakan kerana kempen berkenaan bertujuan memupuk warga kota untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
“Dalam perjalanan ke sini, saya fikir ini mungkin bulan puasa dan mungkin penyertaan hari ini tidak begitu ramai tetapi nampaknya walaupun bulan puasa, sambutannya cukup baik malah yang datang itu terdiri daripada pelbagai kaum.
“Saya nampak sambutan ini masih lagi hangat dan saya merasakan ia sudah menjadi satu budaya rakyat Kuala Lumpur sekarang,” katanya selepas menyertai kempen itu di sini.
Sementara itu, salah seorang peserta, Haliza Mad Daud, 43, menggalakan keluarganya untuk menyertai kempen itu sebagai aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan keluarganya.
“Pada saya, puasa ini nak melakukan aktiviti berbasikal ini tiada masalah, malah saya galakkan keluarga untuk lakukan aktiviti senaman dalam bulan Ramadan ini,” katanya.
Kempen ‘Pagi Bebas Kenderaan’ merupakan antara acara yang tersenarai dalam Festival Kuala Lumpur Extravaganza sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Acara bulanan itu diadakan setiap hari Ahad pertama bertujuan mengurangkan kadar pelepasan gas karbon dioksida di kota raya berkenaan selain mengalakkan gaya hidup sihat.
DBKL turut bercadang memperbanyakkan laluan basikal di sepanjang sungai di ibu negara menerusi Projek ‘River Of Life’ bagi mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan rekreasi. – BERNAMA
TOP
Judi Haram: 2 warga Emas Antara Ditahan
IPOH – Dua warga emas antara lapan lelaki yang ditahan dalam Ops Bersepadu membanteras kegiatan judi haram di Taman Cempaka di sini Sabtu malam.
Pegawai Turus Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak DSP Zailani Mohd Yussof berkata dalam operasi selama empat jam bermula 9.30 malam itu, tiga premis kafe siber diserbu.
“Sebanyak 63 set komputer dan wang tunai RM260 turut dirampas melibatkan nilai RM126,000,” katanya kepada pemberita di sini, awal pagi Ahad.
Menurut Zailani, kebanyakan pintu masuk utama premis berkenaan dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menghidu kehadiran pihak berkuasa.
“Pintu belakang premis berkenaan mempunyai sistem kawalan untuk memudahkan mereka melarikan diri sekiranya diserbu pihak berkuasa,” katanya.
Mereka yang ditahan berusia antara 30-an dan 60-an.
Zailani berkata premis terbabit pernah diserbu sebelum ini, namun pemiliknya masih berdegil menjalankan kegiatan yang sama.
Beliau berkata operasi itu membabitkan 25 anggota polis dari cawangan D7 dan 24 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan.
Sementara itu, Pengarah Perlesenan dan Penguatkuasaan Bandaraya Zulkifle Jaafar Sidek berkata ketiga-tiga premis berkenaan didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.
“Pihak majlis memandang berat hal ini. Kita akan terus membanteras kegiatan judi haram agar ia tidak berleluasa di Perak,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rumah Terbakar Ketika Tonton Bola Sepak Piala Dunia
PARIT BUNTAR – Bau asap yang pada mulanya disangka berpunca daripada air dijerang atas dapur rupa-rupanya datang dari bilik tidur yang sedang terbakar.
Kejadian awal pagi semalam di Lorong Kiambang 3, Taman Kerian, di sini itu memusnahkan rumah teres didiami empat beranak.
Pemilik rumah, Ali Bakar, 57, berkata, ketika insiden pada jam 5 pagi tersebut, dia sedang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia bersama anak lelakinya di ruang tamu.
Menurutnya, dia terhidu bau asap yang kuat dan menyangka isterinya, Azizah Awang Khamis, 54, sedang memasak air di dapur.
“Saya segera jengah bilik tidur ketiga dan terkejut lihat api sedang marak di bilik itu.
“Tanpa melengahkan masa, saya suruh isteri dan dua anak keluar dari bilik masing-masing dan keluar dari rumah. Saya juga kejutkan jiran-jiran untuk maklumkan kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
Ali berkata, dia segera menghubungi bomba dan cuba mengawal api daripada merebak dengan bantuan jiran-jirannya.
Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan bahagian dapur dan bilik belakang rumahnya musnah, termasuk kelengkapan dan pakaian seragam polis miliknya.
“Mujurlah isteri yang sedang menyediakan juadah sahur dan anak-anak sempat lari, jika tidak saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada mereka.
“Kejadian ini menyebabkan kami sekeluarga kerugian lebih RM10,000,” katanya.
Sementara itu, Azizah berkata, dia tidak menyedari bau kepulan asap ketika sedang sibuk menyediakan juadah sahur.
“Saya hanya tersedar setelah suami jerit suruh kami semua beredar dari rumah.
“Meskipun semua ahli keluarga selamat, kami sekeluarga buntu untuk menghadapi kedatangan Syawal kerana kini tiada tempat berteduh sementara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.14 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 5.30 pagi.
Menurutnya, dengan kekuatan sebuah jentera bomba 26 minit diambil untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran rumah mangsa.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati kebakaran sudah capai tahap 50 peratus dan memusnahkan dapur, bilik air dan bilik tidur belakang.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak kami menganggarkan kerugian dialami tuan rumah melebihi RM50,000,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
Karnival Teratak Glam Raya 2014 Diserbu Ribuan Pengunjung
Hanis bergambar bersama peminat di bazaar anjurannya, Karnival Teratak Glam Raya. Foto S.S.KANESAN
SHAH ALAM: Karnival Teratak Glam Raya 2014 yang turut disertai 12 orang selebriti terkenal di Stadium Malawati Shah Alam, di sini pada Sabtu diserbu ribuan pengunjung. Seawal pukul 10 pagi pengunjung yang juga kebanyakannya datang untuk melihat dan bergambar dengan artis kegemaran mereka berniaga telah bersedia di luar perkarangan stadium menanti acara bermula. Acara yang berlangsung selama dua hari sehingga Ahad itu dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Selain artis, seramai 300 peniaga mengambil bahagian dengan menjual pelbagai produk seperti pakaian, biskut, barangan perhiasan dan barangan terpakai. Menurut penganjur yang juga pelakon Hanis Zalikha, sambutan daripada pengunjung pada hari pertama sangat mengalakkan dan mereka terpaksa beratur untuk memasuki pintu utama stadium. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, kalau nak diikutkan ramai lagi perniaga yang ingin sertai tetapi kuota saya hanya 300 peniaga sahaja. "Kita mahu bagi ruang untuk pengunjung berjalan kalau terlalu ramai susah pula untuk bergerak, manakala beberapa artis sudah datang awal pagi lagi," katanya. Antara artis yang kelihatan berada digerai masing-masing pada awal pagi Sabtu ialah Awal Ashaari, Elfira Loy, Diana Danielle dan Neelofa.
Ribuan pengunjung memenuhi Stadium Malawati Shah Alam.
Beberapa artis lain seperti Emma Maembong, Liyana Jasmay, Zara Zya, Achey, Hairul Azreen dan Lisa Surihani akan hadir sebelah petang dan malam. Sementara itu, pengacara Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menjual pelbagai produk seperti pakaian, beg, dan aksesori dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Kata Awal, barangan tersebut diambil terus daripada pemborong dan dijual semula dengan separuh harga sahaja. "Saya buat persiapan untuk berniaga di sini agak lama juga, malam tadi pun sempat ke Ikea beli beberapa barang bagi menghias kedai ini. "Semua barang-barang saya jual secara murah sahaja iaitu separuh harga daripada harga pasaran," ujarnya. Berlainan pula dengan Diana Danielle yang menjual baju-baju rekaannya daripada butik Melinda Looi. Selain pakaian, dia turut menjual barang perhiasan, beg tangan dan biskut raya. "Saya akan berada di sini menjual hingga pukul 10 malam ini, bagi peminat atau pengunjung yang ingin datang membeli pakaian rekaan saya boleh datang hari ini dan esok (Ahad). "Semuanya dengan harga yang berpatutan sahaja dan bilangannya terhad," katanya. Manakala, pelakon Elfira Loy menjual barang-barang eksklusif rekaannya berjenama Twinkle by Elfira iaitu pakaian dan skaf. Katanya, skaf atau tudung yang dijual berharga RM90 itu merupakan hasil lukisannya sendiri. "Semua barang yang saya jual ini adalah yang saya reka sendiri seperti skaf ini corak-coraknya ada yang hasil lukisan saya," ujarnya.

Elaun Bulanan JKM Tidak Mencukupi Paksa Golongan Kurang Bernasib Baik Mengemis
KUALA LUMPUR: Elaun bulanan sara hidup Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang tidak mencukupi memaksa golongan kurang bernasib baik seperti Orang Kurang Upaya (OKU) 'mengemis' dan menjual tisu di jalanan.
Tinjauan Bernama di sekitar kawasan Masjid India dan Jalan Chow Kit, mendapati rata-rata peminta sedekah atau penjual tisu terdiri daripada golongan OKU yang tidak mampu bekerja dan hanya bergantung kepada sumber jualan tisu mahupun pemberian sedekah daripada orang ramai.
Seorang OKU, dikenali sebagai Fatimah, 50, berkata beliau dan suaminya, Ahmad, 53, terpaksa menjual tisu bagi menampung keperluan harian dan bayaran utiliti rumahnya setiap bulan kerana elaun bulanan sebanyak RM300 diterimanya daripada JKM masih tidak mencukupi.
"Walaupun bayaran sewa rumah ditanggung separuh oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setiap bulan, tapi kami masih lagi perlu menanggung kos lain seperti bil api (elektrik), bil air dan makanan harian yang memerlukan bayaran yang tinggi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selain itu, Fatimah juga tidak bersetuju dengan cara pihak JKM menarik semula elaun bulanan diberikan kepada golongan OKU lain atas alasan tidak munasabah seperti anak yang ditanggung sudah meningkat dewasa dan mampu bekerja.
"Oleh itu, saya harap agar JKM lebih telus dan dapat mengagihkan peruntukan dengan sempurna kepada pihak yang benar-benar layak," katanya.
Sementara itu, seorang OKU iaitu Choo (bukan nama sebenar), 61, berkata hasil penjualan tisu hanya mampu diperoleh sekitar RM20 sehari.
Katanya, beliau juga menerima elaun bulanan yang sama daripada JKM, namun ia hanya mencukupi untuk membayar sewa bilik sahaja.
Menurut penjual-penjual tisu berkenaan, mereka membeli tisu menggunakan modal sendiri.
Sementara itu, Mohamad, 68, yang menghidapi penyakit untut selama hampir dua tahun terpaksa mengemis di jalanan untuk membiayai kos sara hidup dan rawatannya kerana masih belum menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak bertanggungjawab.
Seorang lagi pengemis, Mohamed Shakir, 40, pula berkata JKM tidak memberi sebarang bantuan kepadanya atas alasan fizikalnya yang sempurna dan tidak berstatus OKU.
"Walaupun saya tidak cacat tetapi saya ada masalah kesihatan dan tidak mampu dapat sebarang pekerjaan.
"Pihak majikan tidak mahu mengambil saya bekerja kerana latar belakang kesihatan saya yang pernah mengalami 'sakit jiwa' beberapa tahun lalu," katanya.
Katanya JKM sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan kepada golongan OKU sahaja, tapi perlu memantau lebih luas kepada golongan kurang bernasib baik yang lain seperti gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan dan disisihkan keluarga serta masyarakat.
Sementara itu, seorang OKU, warga Myammar, dikenali sebagai Abedah, 58, berkata beliau tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Saya berada di Malaysia selama hampir 20 tahun, dan sudah 12 tahun tidak dapat bekerja kerana menghidap kencing manis dan terpaksa dipotong sebelah tangan.
"Oleh itu, bagi menampung kehidupan saya dan anak saya yang juga OKU, saya terpaksa mengemis di jalanan dengan mengharapkan simpati orang ramai," katanya.
TOP
Kesatuan Sekerja Halangan Utama Pemulihan MAS
Wan Saiful Wan Jan
KUALA LUMPUR: Halangan utama bagi Malaysia Airlines (MAS) untuk kembali meraih keuntungan adalah kesatuan sekerjanya, kata sebuah kumpulan pemikir utama, Ahad. Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata setiap kali usaha dibuat untuk melakukan pembaharuan atau penyusunan semula syarikat penerbangan itu bagi mendapatkan semula keuntungan, kesatuan sekerja akan bangkit menentang kebanyakan daripada cadangan-cadangan yang diusulkan. "Jadi saya rasa apa yang kita perlu lakukan untuk menjadikan MAS syarikat yang menguntungkan adalah dengan menjinakkan pengaruh kesatuan sekerjanya. Mereka agak terlalu berpengaruh, terlalu lantang, terlalu berkuasa. Ya, harus menghormati hak pekerja kerana hak mereka amat perlu dihormati. "Tetapi kuasa kesatuan sekerja kadang-kadang tidak selari dengan kepentingan syarikat itu sendiri. Ironinya jumlah kakitangan MAS terlalu besar sedangkan syarikat itu sendiri mengalami kerugian. Biasanya, sesebuah syarikat akan mengurangkan kos apabila ia tidak mencatatkan prestasi yang baik," katanya kepada Bernama. Wan Saiful juga mengkritik kesatuan sekerja itu kerana keengganannya untuk berubah, sambil menambah mereka harus menerima perubahan agar syarikat penerbangan tersebut boleh diselamatkan. Beliau berkata untuk menyelamatkan keseluruhan syarikat, beberapa keputusan yang sukar perlu diambil dan sekiranya kesatuan sekerja berterusan menentang, tidak ada apa yang boleh dicapai. Apabila diminta pandangannya tentang apakah pokok masalah MAS, Wan Saiful berkata syarikat penerbangan nasional itu setanding dari segi menyediakan perkhidmatan terbaik walaupun jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan utama seperti Emirates atau American Airlines tetapi ia tidak dapat bersaing dari segi harga. Menyebut satu contoh, beliau berkata bagi penerbangan selama 45 minit ke Pulau Pinang dari sini, penumpang lebih memilih pilihan yang lebih murah berbanding MAS kerana mereka tidak kisah jika dihidangkan dengan sandwic sekalipun kerana mereka boleh bertahan walaupun tanpa meminum air semasa penerbangan. Begitu juga, terdapat perbezaan besar beberapa ribu ringgit tambahan bagi penumpang yang menaiki MAS ke Dubai dari sini berbanding menaiki Emirates. "Jadi terdapat kos yang besar, berlakunya persaingan kos yang sengit dan MAS perlu benar-benar berusaha menanganinya. Saya rasa ini adalah masalah paling besar, mereka perlu mengurangkan kos dengan ketara tetapi atas sebab-sebab tertentu ini tidak berlaku," kata Wan Saiful. "Juga salah satu daripada perbelanjaan terbesar adalah bagi kos kakitangan dan dengan kesatuan sekerja menentang keras perubahan itu, ianya tidak akan berlaku." Wan Saiful juga menggesa hubungan antara MAS sebagai sebuah syarikat atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan. "Ia perlu diputuskan. Apabila anda putuskan, barulah MAS perlu beroperasi sendiri. Ia tidak boleh lagi bergantung kepada bantuan menyelamat. Jika anda perlu ditutup, anda perlu ditutup dan barulah kakitangan akan dapat melihat realiti sebenar dan kesatuan sekerja tidak lagi boleh bermain politik kerana anda kini hanya sebuah syarikat sama seperti yang lain dan tidak ada orang yang akan melindungi anda lagi. "Jika anda putuskan hubungan itu, saya rasa akan ada berlaku beberapa perubahan besar," katanya. Beliau berkata selagi MAS kekal sebagai GLC, kakitangannya akan merasakan mereka selamat kerana apa juga yang akan berlaku kerajaan akan sentiasa menyelamatkan mereka. Wan Saiful berkata isu dalam MAS bukan lagi tentang apa model yang perlu diguna pakai tetapi sama ada atau tidak terdapat kesungguhan politik untuk berubah. "Dan seperti semua yang lain di Malaysia, apabila tiba kepada kesungguhan politik untuk membuat keputusan sukar, ia tidak akan berlaku," katanya.

Tangkapan Individu Terbabit Militan Bukti Kerajaan Peka Kegiatan Pelampau
Datuk Dr Wan Junaidi
KUALA LUMPUR: Usaha menangkap individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini bukan sesuatu yang baharu malah ia merupakan bukti betapa kerajaan peka dengan kegiatan pelampau, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Bagaimanapun, katanya, sejak pendedahan mengenai tangkapan individu disyaki terbabit kegiatan militan dilaporkan media, ia seolah-olah menggambarkan kegiatan itu baharu sahaja dapat dibongkar. "Adalah tidak benar bahawa kerajaan hanya bertindak sekarang, kerajaan memang ada mengambil langkah risikan, tindakan dan tangkapan dari dahulu lagi (yang merupakan) bukti kerajaan peka dengan aktiviti pelampau ini", katanya kepada Bernama di sini Ahad. Katanya, dakwaan sesetengah pihak kononnya keupayaan risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lemah juga tidak benar apabila menyatakan mereka yang terbabit baharu sahaja ditangkap. "KDN dan khususnya PDRM mempunyai keupayaan membuat risikan...Sekarang risikan dari Cawangan Khas telah dipertingkatkan untuk menjaring kerjasama serantau dan badan risikan negara-negara antarabangsa," katanya. Beliau berkata pendedahan yang berlaku sekarang disebabkan keadaan semasa dan minat media kepada perkara berkenaan yang menjadi perbincangan umum. Wan Junaidi menjelaskan berdasarkan undang-undang sedia ada polis tidak boleh membuat penahanan untuk pencegahan sebaliknya perlu mengumpul bukti mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk dituduh di mahkamah. Katanya kegiatan militan dan keganasan seperti ini mampu memberi ancaman kepada negara sekiranya tiada tindakan tegas, pemantauan rapi dan kerjasama rakyat keseluruhannya. "Ini bukan lagi masalah KDN dan polis semata-mata tetapi ia merupakan masalah negara yang perlu penglibatan semua pihak sama ada dalam Kerajaan atau tidak. "Aktiviti pelajar-pelajar sama ada di sekolah atau di universiti mestilah di pantau... sebarang aktiviti yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya. Ditanya mengenai pembabitan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan, Junaidi berkata kumpulan itu sebenarnya tidak membuat penilaian terperinci berhubung perjuangan pihak mana yang mendapat bantuan dan sokongan mereka dan sama ada ia akan mendatangkan kebaikan kepada ummah keseluruhannya. Menurut Junaidi, apa yang menjadi kebimbangan adalah individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan militan ini telah mendapat latihan berperang dan pengetahuan ini akan dibawa ke negara ini. "Kita risau kerana pemikiran mereka ini boleh membawa satu ancaman terbesar kepada negara, ini termasuk mempengaruhi belia-belia kita. "Jadi apa yang penting sekarang kita pantau bukan sahaja yang kita syaki tetapi melalui risikan-risikan daripada agensi keselamatan luar negara sendiri," katanya. Sambil melahirkan rasa hairan berhubung tindakan individu terpelajar terbabit dalam kegiatan militan, Junaidi berkata: "Ini apa yang kita panggil sebagai kecenderungan, di mana mereka cenderung dan mudah terpengaruh dengan apa yang mereka mahu". Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada tahun ini, polis menahan 19 rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan yang mempunyai hubungan dengan militan di Selatan Filipina dan negara Timur Tengah. Terbaru, lima individu diburu disyaki terbabit kegiatan militan iaitu Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, pemilik kedai photostat dan alat tulis yang dikatakan beroperasi di UM, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan dua penduduk Tawau, Sabah, iaitu Mohd Amin Baco, 30, dan Jeknal Adil. Usaha membanteras militan kian mencabar bagi polis setelah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi kesan kepada pihak penguat kuasa membanteras kegiatan itu di negara ini. Ini kerana di bawah SOSMA, individu hanya boleh ditahan selama 28 hari dan perlu dituduh di mahkamah selepas tempoh itu.

Amerika Cadang Ahmad Zahid Ketuai Perbincangan Program Pengecualian Visa
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
ROMPIN: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini menunggu kedatangan wakil kerajaan Malaysia bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai Program Pengecualian Visa selepas ia dipersetujui Presiden Barack Obama ketika mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini. Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berkata pentadbiran Amerika juga mencadangkan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai lawatan ke Amerika bagi tujuan berkenaan. "Saya berjumpa dengan anggota pentadbiran (Amerika) di sana, mereka memang menunggu dan memandang baik usaha yang diumumkan oleh Presiden Amerika supaya satu usaha, satu kaedah (dapat) diwujudkan untuk mengecualikan rakyat Malaysia mendapat visa bagi melawat Amerika," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota kariah Masjid Al-Hikmah di sini, malam Sabtu. Jamaluddin berharap agar lawatan berkenaan turut disertai beberapa pegawai kerajaan seperti Jabatan Imigresen bagi memulakan proses untuk menentukan kaedah yang sesuai agar rakyat Malaysia yang ingin ke Amerika atas pelbagai urusan mendapat pengecualian visa. Dalam lawatan Obama, April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika kerana bersetuju menimbang penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa. Obama berkata Amerika komited untuk memberikan taklimat teknikal berhubung syarat keselamatan dan perjanjian perkongsian maklumat mengenai perkara itu pada tahun ini. Program Pengecualian Visa membenarkan warganegara negara peserta memasuki Amerika tanpa visa bagi tempoh selama 90 hari atau kurang. Setakat ini, 37 negara adalah peserta program itu. Antara negara dari rantau Asia ialah Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun.

Kementerian Kenalpasti Penceroboh Cameron Highland
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) hari ini mengarahkan semua agensi-agensinya untuk bekerjasama bagi mengenal pasti dalang di sebalik aktiviti pencerobohan tanah dan hutan yang berleluasa di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata beliau juga telah mengarahkan pegawai daerah serta pegawai tanah di kawasan berkenaan untuk memberi kerjasama mengenai aktiviti pencerobohan itu.
Beliau berkata aktiviti pencerobohan didapati semakin berleluasa hingga menyebabkan kawasan itu menghadapi pelbagai risiko berlakunya tanah runtuh dan banjir kilat.
"Aktiviti pencerobohan haram ini dilakukan sepanjang masa dan menjadi satu masalah besar di sana. Saya tidak tahu apa punca masalah ini dan ia sukar untuk dikawal.
"Walaupun pemantauan sentiasa dijalankan dan saya sendiri ada buat tinjauan udara tapi kita tidak tahu siapa yang ceroboh untuk dijadikan kawasan pertanian," katanya selepas merasmikan Pesta Majalah Kuil di sini, pada Ahad.
KAWASAN Hutan Simpan Kekal Lentang di Bentong turut tidak terkecuali daripada aktiviti penggondolan hutan.
Menolak kemungkinan pencerobohan dilakukan masyarakat Orang Asli, Palanivel berkata kementerian bersama 12 agensi dibawahnya akan menjalankan kerjasama berterusan serta pemantauan rapi sebelum keadaan tersebut bertambah teruk. Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata setakat ini keadaan jerebu yang melanda negara sekarang semakin pulih berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan penurunan di kebanyakan kawasan. Katanya, beliau akan bertemu rakan sejawatannya di Indonesia bagi mencari jalan penyelesaian masalah jerebu yang melanda negara saban tahun akibat pembakaran di Sumatera Tengah, Indonesia. Dalam pada itu, Palanivel berkata aktiviti pembakaran terbuka di negara ini masih berada terkawal malah kementerian akan menyiasat dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya.

Perkhidmatan Monorel Jalan Imbi-Jalan Hang Tuah Dijamin Selamat - DBKL
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd pada Ahad memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.
Beliau berkata setelah melakukan beberapa ujian, DBKL berpuas hati dengan keadaan keselamatannya dan kini terserahlah kepada Rapid Rail Sdn Bhd untuk membuat penilaian muktamad tentang keselamatan laluan itu sebelum menyambung kembali perkhidmatan monorel.
"Kami telah membuat ujian terhadap kekuatan tiang monorel dan selepas ini, DBKL akan memberi fokus terhadap ujian struktur bawah tanah pula," katanya apabila dihubungi Bernama, Ahad.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan susulan berikutan kejadian dua lubang benam di persimpangan Jalan Imbi pada Rabu.
Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, sebahagian daripada terowong bawah tanah sepanjang 35 meter dengan empat lorong yang dibina bagi mengurangkan kesesakan di persimpangan Jalan Imbi, runtuh sedalam lima meter akibat pergerakan tanah.
Berikutan kejadian itu, perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah digantung.

Penghantaran Rizalman Ke New Zealand Mungkin Ditangguh
Muhammad Rizalman
PETALING JAYA: Bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail mungkin tidak berada dalam keadaan cukup baik dan sihat untuk diterbangkan ke New Zealand pada Isnin bagi menghadapi pertuduhan seks. Akhbar harian New Zealand Herald pada Ahad melaporkan bahawa doktor yang merawatnya di Hospital Tentera Tuanku Mizan, telah memberi amaran bahawa dia mungkin tidak layak untuk diterbangkan. Memetik sumber dari hospital, laporan itu menyatakan bahawa Muhammad Rizalman, 38, 'nampak tidak berada dalam keadaan baik' dan mungkin memerlukan ujian lanjut. Dalam laporan itu, kakitangan hospital dilaporkan berkata Rizalman seolah-olah memencilkan diri dan tertekan. Seorang doktor kanan juga mengesahkan bahawa dia mungkin memerlukan penilaian psikiatri selanjutnya. Rizalman, didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita berusia 21 tahun di rumahnya di Wellington. Dia dilaporkan mengikut wanita muda itu kembali ke rumahnya di Brooklyn pada malam 9 Mei dan didakwa menyerang wanita itu dengan niat untuk merogol.

Impak Fenomena El Nino Dijangka Kurangkan Banjir Musim Tengkujuh
KUALA LUMPUR: Impak fenomena cuaca El Nino yang boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering, yang dijangka melanda negara pertengahan tahun ini, dijangka memberi kesan dalam mengurangkan taburan hujan di negara ini ketika musim tengkujuh, dan mengelakkan banjir yang ekstrem.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata: "Jika fenomena ini melanda negara, dianggarkan jangka hayat musim tengkujuh akan lebih panjang sehingga ke 190 hari.
"Ini akan dapat membantu mengurangkan taburan hujan dan mengelak banjir yang ekstrem melanda ketika musim tengkujuh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Beliau berkata keadaan ini akan memberi kesan kepada musim banjir yang sering melanda negara ini, terutamanya di kawasan Pantai Timur bermula November hingga Januari setiap tahun.
Beliau berkata, tempoh normal jangka hayat musim tengkujuh adalah 130 hari, di mana hujan lebat akan menyebabkan kejadian banjir besar terjadi setiap tahun.
Sementara itu, mengulas fenomena El Nino, Che Gayah berkata, cuaca panas dan kering itu boleh melanda sehingga 18 bulan lamanya dan bagi mengenal pasti kejadiannya, Jabatan Meteorologi memerlukan tempoh lima bulan untuk menganalisis peningkatan suhu di Lautan Pasifik tengah dan timur.
"El Nino akan dikenal pasti melanda jika suhu di lautan itu melebihi 37.5 darjah Celsius selama lima bulan berturut-turut, dengan peningkatan suhu sebanyak 0.5 darjah Celsius setiap bulan.
"Jika negara kita dilanda El nino, kemungkinan intensitinya lemah namun 60 peratus jangkaan negara ini bakal dilanda cuaca panas dan kering itu," katanya.
Beliau berkata, fenomena yang bakal melanda itu banyak mendatangkan kesan yang buruk terhadap pertumbuhan pelbagai sektor, namun ia juga mendatangkan kesan yang baik terhadap musim tengkujuh.
TOP
Kerajaan Disaran Beri Insentif Pasang Jaring, Bendung Denggi
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberi insentif kepada orang ramai yang memasang jaring nyamuk di kediaman atau premis milik mereka bagi membendung nyamuk Aedes yang membawa demam denggi.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Penyakit Berjangkit Tropikal (TIDREC) Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, insentif tersebut akan menggalakkan orang ramai memasang jaring berkenaan yang dilihat lebih efektif dalam membendung nyamuk berbanding kaedah semburan asap.
"Kaedah semburan hanya berkesan untuk tempoh ketika semburan itu dilakukan dan 30 minit hingga satu jam kemudian nyamuk akan kembali semula.
"Tetapi jika jaring nyamuk dipasang, ia akan menghalang kemasukan nyamuk ke dalam kediaman sekali gus membendung penularan Aedes dan demam denggi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.
Katanya, kos pemasangan jaring tersebut agak tinggi namun jika sesuatu insentif seperti pemotongan cukai diperkenalkan ia akan menarik orang ramai untuk melaksanakannya.
Bagaimanapun, katanya, kaedah semburan asap tetap perlu dilakukan secara berkala di sesuatu kawasan kerana ia membantu mengehadkan aktiviti nyamuk untuk tempoh tertentu.
Katanya, kaedah yang paling efektif dalam membendung penularan denggi adalah dengan memastikan tiada individu digigit nyamuk dan ia boleh berlaku jika orang ramai mengubah cara hidup dan sentiasa berwaspada dengan kehadiran nyamuk.
"Nyamuk sangat aktif pada waktu pagi dan senja, ini adalah waktu makan untuk nyamuk. Oleh itu, kita perlu mengelak berada di luar pada waktu itu atau memakai pakaian yang sesuai jika perlu berada di luar pada waktu itu," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, peningkatan kes demam denggi terutama di kawasan bandar berlaku disebabkan peningkatan jumlah penduduk dan ia akan terus meningkat jika tiada kaedah preventif berkesan dilakukan.
Sazaly berkata Universiti Malaya telah berjaya menghasilkan lingkaran nyamuk yang mampu membunuh nyamuk dengan cara yang berkesan.
Katanya, lingkaran nyamuk itu yang diberi nama 'Spokojan' mengandungi gabungan bahan organik yang bertindak menarik perhatian nyamuk dan membunuhnya berbanding lingkaran nyamuk biasa di pasaran yang bersifat menghalau nyamuk.
"Kita telah menjalankan kajian di sebuah perkampungan orang Asli di Jelebu, Negeri Sembilan di mana kita membekalkan sebanyak 50 buah rumah di kampung itu denga Spokojan yang boleh digunakan untuk tempoh sebulan.
"Hasilnya, selepas sebulan nyamuk di kampung tersebut telah berkurangan walaupun pada waktu senja sedangkan kampung itu terletak di kawasan hutan," katanya.
Sazaly berkata pada masa ini pihak universiti sedang mempatenkan produk itu dan berusaha mendapatkan dana dari kerajaan untuk mengkomersialkannya.
Untuk rekod, bagi tempoh Januari hingga 28 Jun lalu, sebanyak 44,518 kes denggi dilaporkan iaitu meningkat 246 peratus atau 31,660 kes berbanding tempoh yang sama tahun 2013 iaitu 12,858 kes.
Dalam tempoh itu juga, sebanyak 85 kematian dilaporkan di seluruh negara berbanding hanya 27 kematian bagi tempoh yang sama 2013, peningkatan sebanyak 215 peratus atau 58 kematian.
Setakat ini, belum ada penawar atau vaksin ditemui yang mampu menyekat peningkatan kes demam denggi dan jumlah kematian akibat jangkitan Aedes.
TOP
'Malware' Berleluasa Menerusi Aplikasi Piala Dunia, Mampu Curi Data
PETALING JAYA: Perisian berniat jahat (Malware) akan mencuri maklumat apabila anda memuat turunnya melalui telefon pintar dan demam Piala Dunia adalah masa yang terbaik untuk memerangkap mangsa.
Ramai peminat bola sepak kini menerima masuk semua jenis berita, gambar dan video Piala Dunia melalui telefon pintar mereka dan terdapat juga sejumlah besar aplikasi mudah alih yang ditawarkan untuk menarik perhatian jutaan peminat bola sepak di seluruh dunia.
Sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna, beberapa aplikasi dikatakan mempunyai program tersembunyi yang mampu mencuri data peribadi pengguna sebaik sahaja aplikasi tersebut dimuat turun pada telefon, terutamanya yang tidak dikawal perisian pihak ketiga.
Syarikat keselamatan internet, Trend Micro telah mengesan 375 aplikasi Piala Dunia berniat jahat yang boleh membaca SMS dalam telefon anda, menentukan lokasi anda, mendapatkan senarai nombor telefon kenalan anda, dan menghidupkan kamera tanpa pengetahuan anda.
Pengarah Perundingan Serantau di Trend Micro, Victor Lo berkata 'malware' ini yang akan mencuri maklumat anda tanpa disedari dan penggodam boleh cuba untuk mengakses akaun bank anda atau menyamar sebagai pemilik telefon.
"Tidak ada mesej pop-up yang memberitahu anda tentang salinan senarai kenalan anda atau apa-apa tindakan seperti itu sedang dilakukan," tegasnya. "Satu-satunya cara untuk mengetahui jika 'malware' ada pada telefon anda ialah dengan menggunakan perisian keselamatan telefon mudah alih untuk mengesannya." Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab, memberi amaran bahawa sesetengah perisian berniat jahat ini boleh mengambil alih kawalan telefon anda untuk menghantar SMSnya sendiri atau secara automatik memasang aplikasi berniat jahat yang lain pada peranti. "Aplikasi telefon mudah alih adalah cara yang paling mudah untuk seorang penggodam memerangkap mangsa," katanya. Beliau berkata CyberSecurity memantau beberapa aplikasi untuk telefon bimbit berasaskan Android yang didapati telah mengeksploitasi faedah yang besar melalui Piala Dunia. Tetapi menurut beliau, Piala Dunia bukan satu-satunya tempoh yang digunakan penggodam untuk menipu pengguna supaya memuat turun program yang ditawarkan mereka. Katanya, kebiasaannya, mana-mana acara atau peristiwa besar yang menarik minat orang ramai boleh dieksploitasikan, seperti kehilangan pesawat MH370, Piala Thomas atau pertandingan American Idol di Amerika Syarikat. Agensi itu telah menerima 532 laporan mengenai kebimbangan 'malware' daripada pengguna di Malaysia dan merekodkan 1,295,728 'jangkitan malware' sehingga Mei, katanya. CyberSecurity dan Trend Micro menasihatkan pengguna telefon pintar untuk lebih berhati-hati terhadap aplikasi yang dimuat turun.

Bazar Ramadan Satukan Rakyat Malaysia
Masyarakat berbilang bangsa dan agama berkunjung ke bazar Ramadan seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Selain menjadi tempat menjual makanan, kuih-muih dan minuman untuk berbuka puasa, bazar Ramadan di seluruh negara kini menjadi tempat menyatukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat, khususnya dari segi makanan. Ia menjadi tempat untuk orang Islam dan bukan Islam, kaya dan terkenal, malah perdana menteri dan bekas perdana menteri mendapatkan juadah kegemaran mereka di tempat jualan yang hanya muncul sekali dalam setahun. Antara Bazar Ramadan yang popular di ibu negara adalah di Kampung Baru, Taman Tun Dr Ismail dan Bandar Sri Permaisuri. Penasihat Komunikasi Strategik Northport Malaysia Berhad, Ravindran Raman Kutty berkata, bazar Ramadan membolehkannya menikmati lauk dan kuih masyarakat Melayu. "Hamparan pelbagai jenis kuih Melayu di Bazar Ramadan amat mengasyikkan kerana anda tidak akan berpeluang melihat begitu banyak makanan dan kuih-muih Melayu pada masa lain sepanjang tahun," katanya. "Makanan di Bazar Ramadan pelbagai aneka dan jenis dengan bermacam-macam warna, reka bentuk, tekstur, rasa dan aroma. "Ia juga memberikan saya rasa 'perpaduan' apabila saya pergi ke bazar Ramadan untuk membeli-belah. Suasana Aidilfitri di bazar membuatkan saya rasa teruja untuk menyambut Hari Raya bersama-sama rakan Melayu saya," kata Ravindran. Sementara itu, seorang pekerja syarikat swasta, James Chong menyifatkan Ramadan sebagai masa yang istimewa buat dirinya terutama dari segi makanan. Juadah kegemarannya di Bazar Ramadan ialah rendang tok dan sotong sumbat yang biasanya dibeli di bazar Ramadan USJ. "Saya juga suka berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman tentang makanan sedap dan enak yang kami beli di bazar Ramadan. Dengan adanya sosial media sekarang, lagi mudah untuk berbuat demikian," katanya dan menurutnya beliau akan mengunjungi beberapa bazar Ramadan sepanjang bulan puasa.

Festival Ramadan Putrajaya Terus Menggamit Pengunjung
Najib beramah mesra dengan peniaga di Festival Ramadan Putrajaya 2014.
PUTRAJAYA: Festival Ramadan Putrajaya 2014 yang dirasmikan seminggu lalu terus mendapat sambutan ramai apabila pengunjung hadir tanpa henti sebaik operasi bermula pada tengah hari hingga 12 tengah malam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan festival yang bertempat di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) pada Isnin lalu. Selain sekitar Kompleks PPj, lokasi festival itu termasuk Kiblat Walk dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini di mana ia dibuka daripada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Festival itu dianjurkan dengan kerjasama PPj, Kementerian Perdagangangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Perdagangangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang festival yang akan berakhir 27 Julai ini adalah jualan juadah makanan, jualan barang keperluan Hari Raya dan aktiviti keagamaan termasuk ceramah agama yang menampilkan penceramah popular seperti Ustaz Kazim Elias. Selain itu, PPj turut akan mengedarkan kurma, air zam zam serta jamuan berbuka dan moreh secara percuma kepada pengunjung. Festival itu turut dimeriahkan dengan pertandingan 'Panjut Komuniti', persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid popular seperti Kumpulan Inteam, Saujana dan Nowseeheart serta selawat dan qasidah.

Umat Islam Elak Terjebak Militan Dan Sikap Keterlaluan - PM
Najib menyampaikan sumbangan kepada warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal selepas menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Muhajirin, Batu Lapan, Lepar di Pekan, malam Sabtu. Foto BERNAMA
PEKAN: Umat Islam di negara ini dinasihat agar tidak terjebak dengan kegiatan militan dan kefahaman yang keterlaluan kerana hanya akan memburukkan imej agama Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sikap militan dan keterlaluan dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai atas nama agama adalah ditegah sama sekali. "Sedangkan dalam peperangan pun kita tidak dibenar membunuh nyawa orang awam apatah lagi mengambil nyawa sendiri dan orang yang tidak berdosa. Sudah tentu perbuatan itu akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada keluarga tetapi agama Islam sendiri," katanya ketika berucap di majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal di Masjid Al-Muhajirin, Batu 8, Lepar pada Sabtu. Terdahulu, beliau menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah bersama-sama penduduk kampung. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata Islam sentiasa mengalakkan umatnya bersederhana dalam segala aspek kehidupan dan ummah di negara ini seharusnya bersyukur kerana mampu hidup dalam keadaan aman selain memiliki kerajaan yang mampu melakukan perubahan menyeluruh. Beliau berkata, apabila keadaan aman dan stabil, kerajaan mampu merencana pertumbuhan negara. Selain itu, katanya, kesederhaan yang diamalkan Malaysia mendapat pujian negara Islam lain, termasuk Arab Saudi, seperti jemaah haji Malaysia adalah antara yang terbaik dan harus dicontohi. "Ia mencerminkan kefahaman kita terhadap agama Islam amat baik kerana mampu mematuhi undang-undang dan peraturan serta saling menghormati. "Jika kita mengamalkan Islam sedemikian, maka orang akan lebih hormati kita," katanya.

Tujuh Lokasi Titik Panas Dikesan Dalam Negara - Palanivel
Imej satelit menunjukkan titik panas yang terdapat di kawasan Sumatera, Indoensia. -Gambar Ihsan Jabatan Meteorologi Malaysia.
KUALA LUMPUR: Tujuh lokasi di negara ini dikesan masih mempunyai titik panas (hotspot) sehingga semalam. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata, imej satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA)-18 itu menunjukkan lima lokasi titik panas di Sarawak dan masing-masing satu di Pahang dan Selangor. Dalam satu kenyataan medianya di sini, beliau berkata turut dikesan ialah 12 titik panas di Sumatera, Indonesia. Bagaimanapun, satelit tidak dapat memaparkan jumlah sebenar titik panas berikutan terdapat litupan awan tebal, katanya. Mengenai kes pembakaran terbuka pula beliau berkata 294 kes daripada 4,007 kes yang dilaporkan pada tahun ini sehingga semalam telah dikenakan tindakan kompaun manakala 94 lagi diberi notis amaran. "Selain itu, 43 kertas siasatan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka telah dibuka bagi tindakan pendakwaan di mahkamah," katanya. Palanivel berkata demi menjaga kepentingan dan kesihatan awam, terutamanya dalam keadaan berjerebu, perintah larangan pembakaran terbuka juga masih berkuatkuasa di negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain memastikan pemantauan serta prosedur pencegahan dijalankan di seluruh negara. Beliau berkata peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) menangkap penjenayah alam sekitar yang disyaki tanpa waran juga akan terus diguna pakai.

Ketua Isis, Abu Bakr Masih Hidup, Dakwaan Dibunuh Tidak Benar
KHABAR angin yang mendakwa ketua kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Abu Bakr al-Baghdadi telah dibunuh adalah tidak benar apabila dia muncul dalam satu rakaman khutbah Jumaat.
Rakaman yang dibuat di Masjid al-Nouri di Mosul, utara Iraq dimuat naik selepas 24 jam Abu Bakr didakwa telah meninggal dunia dalam serangan.
Abu Bakr dilantik sebagai ketua Isis iaitu sebuah kumpulan jihad yang telah berjaya merampas beberapa kawasan di Iraq dan Syria.
Dalam khutbah tersebut Abu Bakr dilaporkan telah meminta umat Islam supaya taat kepadanya dan berjihad.
Menurutnya, dalam perjuangan Isis, dia tidak mencari kedudukan sebagai ketua, atau pemimpin, yang disifatkan sebagai "beban".
"Saya ketua anda, walaupun saya bukan yang terbaik di antara kamu. Jadi jika anda melihat bahawa saya betul, sokonglah saya dan jika anda melihat bahawa saya salah, menasihatilah saya," katanya kepada jemaah.
TOP
Pengunjung Marah Restoran Ayam 'Tiada Ayam'
Gambar restoran di Grandby Street yang berdepan waktu sibuk sehingga kehabisan stok ayam.
PENGGEMAR makanan berasaskan ayam panggang di Leicester resah apabila restoran Nando's cawangan di tempat mereka mereka kehabisan ayam. Cawangan restoran popular bertemakan Potugis di Grandby Street tidak dapat menyediakan hidangan utama mereka kepada pengunjungnya berikutan hujung minggu yang sibuk, di mana pelanggan bergegas ke restoran itu untuk menggunakan kad kesetiaan mereka yang hampir tamat tempohnya. Berita itu tercetus apabila pelanggan yang kecewa telah menulis di Twitter bahawa kakitangan restoran telah memberitahu mereka banyak menu tidak dapat disediakan. Nandos bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka. "Restoran kami di Granby Street, Leicester mengalami hujung minggu yang amat sibuk," kata seorang jurucakap. "Ramai pelanggan telah bergegas ke restoran untuk menggunakan kad kesetiaan yang hampir tamat tempoh bagi mendapatkan ganjaran mereka dan kami juga telah melancarkan penghantaran ke rumah secara dalam talian. "Malangnya restoran ini kehabisan beberapa pilihan ayam, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Kami ingin memohon maaf kepada beberapa pelanggan yang tidak mendapat makanan yang menjadi pilihan mereka."

Waspada Sindiket Penipuan Bayaran Bil TNB
KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan agar berhati-hati terhadap sindiket penipuan pembayaran bil elektrik TNB melalui individu yang kononnya mewakili ejen persendirian.
Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir berkata TNB tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen persendirian untuk menghubungi atau mendekati pengguna secara terus mengenai pembayaran bil elektrik.
"Kami ingin mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sindiket untuk mendapatkan bayaran daripada pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Kamaliah berkata sebagai organisasi yang sentiasa mengutamakan pelanggan, TNB menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan urusan pembayaran dan sentiasa memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat berkaitan pembayaran bil elektrik bulanan mereka.
Bayaran boleh dijelaskan di kaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB, perkhidmatan online serta di institusi kewangan, Jabatan/Agensi Kerajaan dan syarikat pihak ketiga yang menjalankan operasi kutipan bil dari lain-lain utiliti dan pembekal perkhidmatan.
"Ingin diingatkan ejen kutipan TNB tidak akan menghubungi atau mendekati pengguna bagi memaklumkan pengguna bil elektrik yang perlu dibayar dan seterusnya mengambil bayaran terus daripada pengguna," katanya.
Kamaliah berkata, ejen kutipan bil elektrik TNB yang sah hanya menerima bayaran dalam bentuk tunai (kaunter pembayaran, kiosk layan diri dan mesin deposit tunai), debit terus kad kredit (online, autopay, phone banking) dan iDebit terus akaun simpanan & akaun semasa (online, autopay, direct debit, phone banking, mesin ATM).
Beliau menambah ejen kutipan juga tidak menerima sebarang pembayaran melalui Cek/Draf Bank.
"Pengguna akan dihubungi ejen kutipan hutang TNB sekiranya mereka mempunyai tunggakan bil elektrik yang telah tamat tempoh kredit. Namun, pengguna tidak akan diminta membuat bayaran terus kepada ejen berkenaan," katanya.
Orang ramai boleh melayari laman web http://www.tnb.com.my untuk mengetahui senarai saluran pembayaran bil elektrik TNB.
TOP
Pasangan Bulan Madu Hilang Di Bukit Bintang
Jonathan Kemp
KUALA LUMPUR: Bulan madu di Malaysia untuk pasangan pengantin Jonathan Kemp dan Alyson Jackson yang sepatutnya indah bertukar menjadi sebaliknya apabila Jonathan hilang dari hotel tempat mereka menginap di Bukit Bintang. Alyson, 24, berkata Jonathan, 28, meluru keluar dari hotel selepas mereka bergaduh kira-kira pukul 11 malam Jumaat. Dia cuba menghubungi suaminya itu di telefon bimbitnya dan Facebook tetapi tidak berjaya. Menurut Alyson Jonathan telah berhalusinasi sebelum meninggalkan hotel. "Dia tidak dapat berfikir dia berada di Kuala Lumpur. Dia rasa seperti sudah balik ke rumahnya di Maryport, England. "Saya terpaksa mengingatkannya di mana kami berada," tambahnya. Alyson berkata suaminya telah melihat 'orang-orang yang sebenarnya tidak berada di situ'. Dia kali terakhir dilihat memakai seluar hitam dan kemeja putih dengan jalur ungu. Pasangan itu baru sahaja tiba di Kuala Lumpur pada Khamis dan akan terbang ke Bali, Indonesia pada Isnin. Alyson memberitahu The Star bahawa mereka telah berkahwin selama kira-kira seminggu. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang di mana Jonathan berada boleh menghubungi 03-2332-9888 (ext: 6907) atau ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di 03-2600-2222.

53 Pelacur Warga Asing Dicekup
KUALA LUMPUR: Sebanyak 53 pelacur warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat refleksologi di ibu kota di sini, malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata, dalam serbuan 10.45 malam tadi, kebanyakan mereka yang berusia antara 18 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang melayan dan mengurut pelanggan.
SEBAHAGIAN GRO yang diberkas dalam serbuan di Seasons Tower di Jalan Changkat Thambi Dollah di Kuala Lumpur malam kelmarin.
Mereka terdiri daripada 22 wanita warga Vietnam, China (12), Thailand (10), Indonesia (7) dan masing-masing seorang wanita Laos dan Mongolia. "Polis juga menahan 10 pekerja premis berkenaan dipercayai warga tempatan untuk membantu siasatan. "Mereka (pelacur) dipercayai dibekal dan dikawal oleh sindiket tertentu namun ia masih dalam siasatan," katanya. Katanya, kebanyakan wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah dan kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membantu siasatan.

Suspek Bunuh TKP Kastam Direman Enam Hari
Suspek berusia 20 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk tahanan reman selama enam hari bermula Ahad berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, April lalu.
PUTRAJAYA: Seorang suspek berusia 20 tahun ditahan reman selama enam hari mulai Ahad berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya di sini. Pegawai Penyiasat DSP Hamzah Buman berkata suspek yang merupakan seorang juruteknik pendawaian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, suspek sebelum ini ditahan reman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana kes samun, sejak 24 Jun lalu. "Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.
Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di sini pada 26 April tahun lepas. Dalam kejadian 8.15 pagi itu, dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, Putrajaya.

Rezaimen Sempat Agihkan Permainan Kepada Adik-Beradik : Diana Rafar
Gambar Rezaimen Kiflin Kifli, 12, yang dimuat naik di akaun Instagram Linda Rafar, petang Sabtu.
PETALING JAYA: Anak kedua kepada penyanyi dan pelakon Linda Rafar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, pada petang Sabtu. Adik kepada penyanyi tersebut, Diana Rafar mengesahkan mengenai kematian anak saudaranya, Rezaimen Kiflin Kifli, 12 akibat penyakit kanser perut. "Allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang Sabtu selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal dan tidak bercakap. "Jenazah kini berada dan disembahyangkan di kediaman Linda sendiri di Seksyen 6, Shah Alam" katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Ahad. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 22, Shah Alam kira-kira pukul 10 pagi Ahad. Sementara itu, Diana berkata, Allahyarham dikesan menghidap penyakit tersebut sejak lima bulan lalu apabila sering mengadu sakit perut. Bagaimanapun, Diana menyifatkan Rezaimen sebagai seorang kanak-kanak yang kuat kerana masih mampu bermain dan bergurau biarpun bertarung dengan penyakit tersebut. "Kita dapat kesan dia menghidap kanser pada lima bulan lalu selepas sering mengadu sakit perut, namun ketika itu kanser tersebut sudah pada tahap empat. "Namun sepanjang lima bulan ini dia seperti kanak-kanak lain yang mampu untuk bercakap dan bergurau senda dengan kami semua," ujarnya. Tambah Diana, Rezaimen sempat memberi pesanan dan menyerahkan barang-barang kepunyaannya kepada adik-beradiknya. "Dia seperti tahu akan meninggalkan kami semua, malah sempat memberi barang-barang yang dia sayang kepada adik-adiknya. "Dia beri telefon bimbit serta permainan lain dan berkata bahawa dia tidak mahu lagi harta dunia," katanya. Sementara itu, Diana berkata, kakaknya Linda masih lagi dalam keadaan bersedih dengan pemergian tersebut. Rezaimen yang merupakan anak kedua Linda hasil daripada perkahwinan pertama bersama bekas suami Keifli Othman dimasukkan ke wad HUKM sekitar Mac lalu.

Kematian Sharifah Aini Satu Kehilangan Besar
Allahyarham Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pagi Sabtu.
PETALING JAYA: Pemergian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang menghembus nafas terakhirnya pada Sabtu ternyata memberi kesan yang mendalam buat industri muzik tanah air. Rakan artis kepada Allahyarham iaitu Datuk Hattan berkata, ia bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara dan industri tetapi juga buat pendatang baharu di bidang muzik. "Kehebatannya tiada pengganti. Hanya arwah yang boleh menyanyi dengan sebutan yang jelas dan nyanyiannya cukup merdu. "Dan kenapa saya katakan ia satu kehilangan besar buat penggiat muzik baru? Ini kerana tidak ramai yang sempat mengambil ilmu muzik daripada dia. "Bukan itu sahaja, ketegasan arwah membuatkan tidak ada yang berani cuba mengambil kesempatan terhadap beliau," katanya.
Datuk Hattan
Penyanyi yang pernah berduet dengan Allahyarham menerusi lagu Serampang Laut iaitu Herman Tino memberitahu, sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, mereka sempat berbual dan bergurau senda walaupun ketika itu Allahyarham sedang nazak. "Sebenarnya Kak Pah (Allahyarham) yang meminta saya bertemu dengannya pada Jumaat lalu. Tak sangka pula ketika itu dia sedang sakit tenat. "Tetapi walaupun berkeadaan begitu, dia sempat juga bergurau ketika saya mengurut bahunya. "Kata dia 'sedapnya Man urut, sepatutnya kamu jadi suami aku'. Gurauannya itu juga mengingatkan saya ketika awal-awal berduet dengannya untuk lagu Serampang Laut. "Pada mulanya dia tidak percaya yang saya boleh berduet dengannya. Tetapi sejak lagu itu popular, barulah dia yakin baha kami serasi untuk bekerjasama. Dan sejak itu kami berkawan baik sehinggalah sekarang," ujarnya.
Hermantino
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) iaitu Datuk M Daud berkata, Allahyarham juga seorang yang pemurah dan tidak pernah kedekut dalam memberi bantuan kepada rakan-rakan. "Kalau nak tahu, Kak Pah seorang yang mulia hatinya dan cukup pemurah kerana selalu membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah kewangan. "Saya masih ingat lagi, beliau pernah memberikan saya wang sebanyak RM2,000 ketika saya dalam kesusahan. "Selain itu dia juga suka dengan masakan isteri saya iaitu nasi beriyani. Selepas ini, kami pasti akan merinduinya. Sementara itu, penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim pula berlata, dia sedih kerana hasrat dia bersama Allahyarham untuk mengadakan konsert bersama nampaknya tidak akan terlaksana selepas pemergian beliau. Justeru itu, dia merancang untuk mengadakan sebuah konsert penghormatan kepada beliau dengan membawakan lagu-lagu popularnya. "Allahyarham mempunyai koleksi lagu evergreen yang sangat banyak. Memandangkan hasrat kami untuk mengadakan konsert bersama tidak tercapai, saya mahu membuat konsert khas bagi memperi penghormatan kepadanya. "Bukan senang untuk negara kita memiliki biduanita yang hebat sepertinya. Sekurangnya menerusi konsert tersebut, kita juga dapat memperingati jasa-jasanya kepada industri muzik tanah air kita," tuturnya.
Datuk Khatijah Ibrahim
Allahyarham telah meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain terkena virus Influenza A H1N1. Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali. Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil. Anak kelahiran Nee Soon, Singapura itu mula disunting sebagai penyanyi rakaman EMI selepas menjuarai pertandingan RTS 1968 di Singapura. Sepanjang 38 tahun menjadi artis rakaman syarikat itu, beliau telah merakamkan sebanyak 93 buah album termasuk 7 album Inggeris dan antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru. Selain Herman Tino, penyanyi itu juga pernah berduet dengan Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad. Kehebatannya dalam dunia seni muzik membuahkan hasil apabila Allahyarham mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama bernaung di satu syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Mengenai kisah peribadinya pula, Allahyarham sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981. Bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas melahirkan anaknya, Aliff omar, 32. Kemudian, Allahyarham telah mengahwini dengan seorang ahli korporat, namun perkahwinan kali kedua yang dibina juga gagal bertahan dan beliau telah bercerai pada tahun 1992.

Tiket Raya Ke Pantai Timur Habis, Tempat Lain Masih Dijual
Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
KUALA LUMPUR: Jualan tiket raya sama ada bas ekspres mahupun keretapi ke semua destinasi di negara bermula sejak awal Jun lepas, namun seperti kelaziman kebanyakan tiket bas ke Pantai Timur telah habis dijual, walaupun sambutan Aidilfitri masih jauh. Tinjauan Bernama di Hentian Putra mendapati, kebanyakan tiket bas ekspres ke Pantai Timur, khususnya Kelantan laris 'bak goreng pisang panas' sejak hari pertama penjualannya, pada 20 Jun lalu. Kerani kaunter syarikat bas Sani Express, Nor Haslieza Mohd Noor, 27, berkata pembelian tiket tahun ini amat memberangsangkan jika dibandingkan tahun sebelumnya. "Semua tiket perjalanan ke Kelantan mulai 25 hingga 27 Julai telah habis dijual dan buat masa ini tiada penambahan tiket perjalanan ke sana," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Tinjauan di Pudu Sentral pula mendapati tiket ke Utara sudah mula dijual sejak bulan lepas namun, masih kurang mendapat sambutan. Menurut seorang kerani syarikat bas, Suzizana Sulaiman, 36, tiket bas telah mula djual namun sehingga kini jumlah penumpang yang membeli tiket adalah rendah. "Mungkin ramai menggunakan pengangkutan sendiri atau perkhidmatan pengangkutan yang lain untuk pulang ke kampung halaman pada tahun ini," katanya. Sementara itu, tinjuan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati keadaan masih lengang dan penjualan tiket bas raya masih kurang mendapat sambutan. Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata menurut rekod hanya lapan peratus penjualan tiket dicatatkan setakat ini dan ia dijangka meningkat sekitar minggu ketiga Ramadan. "Kebanyakan pelanggan menunggu sehingga saat akhir untuk membeli tiket, jadi kita minta rakyat Malaysia yang ingin beraya di kampung halaman supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan masalah kehabisan tiket. "Penjualan tiket telah bermula sebulan awal menggunakan sistem tiket bersepadu dan semua syarikat bas telah memuat naik semua jadual perjalanan bagi memudahkan pengguna," katanya. Seorang pelajar jurusan Teknologi Maklumat universiti swasta, Muhammad Yahya Ali, 22, ketika ditemui di sini berkata beliau telah pun membeli tiket ke Muar, Johor bagi mengelak kesesakan menjelang Aidilfitri. "Bagaimanapun, melalui pemerhatian saya, tiket ke Selatan masih ada dan saya berharap tidak timbul masalah kekurangan bas pada musim perayaan ini," katanya baru-baru ini. Menurut seorang penjual tiket bas, Sharulnizam Ali, 32, penjualan tiket agak perlahan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. "Kami masih mempunyai banyak lagi tiket dan tahun ini sambutan agak kurang berbanding tahun lepas," katanya. Secara purata, TBS yang menguruskan perjalanan bas ke selatan merekodkan sebanyak 120,000 keping jualan tiket apabila tiba musim perayaan. Dalam pada itu, tiket bagi perkhidmatan kereta api ke Pantai Timur bermula 20 hingga 27 Julai telah habis dijual. Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antara Bandar, Mohd Noordin Kimi berkata sebanyak 11,000 tiket ke pantai timur telah habis dijual setakat ini namun masih terdapat 1,824 tiket perjalanan bagi tarikh sebelum 20 Julai. Katanya, sejumlah 17,571 daripada keseluruhan 26,808 tiket untuk tren berjadual ke seluruh negara telah habis dijual setakat ini. "Perkhidmatan tambahan akan disediakan ke semua destinasi namun ia akan diumumkan kemudian," katanya.

Meter Air Individu Di Rumah Bertingkat Hujung Tahun Ini
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM: Semua rumah tinggi dan bertingkat di Selangor akan mempunyai meter air persendirian pada akhir tahun ini, membolehkan penduduk menikmati janji kerajaan negeri untuk memberikan air percuma. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan membantu penduduk yang tidak mampu membayar meter air pukal mereka bagi menggantikannya dengan meter individu. Katanya, Selangor akan membincangkan perkara ini dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenai cara untuk membantu dari segi kos pemasangan yang dianggarkan berharga kira-kira RM70 setiap satu. "Syabas menggaji kontraktor dan kontraktor perlu dibayar. Kerajaan negeri akan duduk bersama dengan Syabas bagi membincangkan jaminan kos," kata Khalid pada konvensyen mengenai meter air anjuran Syabas di sini, Sabtu. Pertukaran itu katanya, melibatkan rumah bertingkat tinggi yang dibina sebelum tahun 2010, memandangkan pembinaan selepas tempoh tersebut sudah dipasang dengan meter individu. Penduduk yang kini membayar RM50 sebulan berdasarkan meter pukal, jelas sekali hanya akan membayar jumlah yang kurang selepas bertukar kepada meter individu dan menikmati air percuma, katanya. Walau bagaimanapun, Abdul Khalid berkata terdapat beberapa masalah, seperti bil air tertunggak, yang terpaksa diberi perhatian. "70 peratus (penduduk) telah membayarnya manakala yang lain tidak. Kita perlu menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu," katanya. Katanya, beliau juga telah meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberikan penjelasan terhadap dakwaan salah tangkap khalwat di Salak Tinggi pada 22 Jun. "Saya telah meminta Jais memberi penjelasan dan mereka mungkin memberikan penjelasan pada Isnin," kata Khalid sambil menambah Jais hanya perlu memberitahunya mengenai operasi yang melibatkan orang bukan Islam. "Jika operasi mereka melibatkan orang Islam, saya tidak meminta mereka untuk mendapatkan pandangan saya kerana saya tahu mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya," katanya.

Anak Kelahiran Malaysia Bakal Buka Restoran Di Pejabat Twitter
PETALING JAYA: Seorang penjual jalanan, kelahiran Malaysia yang pernah hidup dalam serba kemiskinan kini bersedia untuk membuka restoran dengan keluasan 15,000 kaki persegi di ibu pejabat Twitter di Bay Area, San Francisco.
Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan 'mamak', Azalina Eusope pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang, menjual pencuci mulut, sehinggalah beliau bertemu dengan suaminya dari Amerika dan berpindah ke San Francisco, tempat di mana beliau kini berjaya dalam perniagaannya.
"Membesar sebagai seorang 'gadis mamak' bukan fantasi bagi sesiapa. 'Mamak' biasanya berada di bahagian bawah sistem kasta di Malaysia suatu masa dahulu," katanya dalam temu bual bersama majalah dalam talian yang dikendalikan oleh Whole Foods, Dark Rye.
"Oleh kerana sistem kasta, golongan 'mamak' hanya dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara tertentu sebagai profesion," katanya.
Azalina berkata dia mahu membebaskan diri dari acuan yang diperkatakan, jadi beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor.
Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak.
Selepas mendapat berita buruk itu, beliau mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya beliau belajar memasak dengan lebih baik.
"Cukup aneh, apabila dia mencadangkan 'Mengapa tidak awak pergi ke sekolah masakan," Azalina mengimbas pengalamannya.
Apabila Azalina berkahwin dengan suaminya dan mengikutnya kembali ke Amerika Syarikat, beliau bergelut untuk mengatasi satu kejutan budaya yang amat besar sebaik sahaja tiba di sana.
"Saya membesar di sebuah kampung, kami berjalan apabila mahu ke mana-mana, kami tidak mempunyai televisyen, dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk peti sejuk.
"Kali pertama saya menyentuh komputer ketika saya baru melahirkan anak lelaki saya iaitu pada tahun 2002," kata Azalina dalam temu bual dengan Mashable.
Azalina berkata untuk mengatasi kerinduan dan kejutan budaya itu, dia akan memasak makanan yang beliau makan sewaktu membesar.
Hobi beliau akhirnya bertukar menjadi satu perniagaan pada tahun 2010 apabila beliau membuka sebuah kedai di pasar tani di San Francisco.
"Saya meminjam USD500 dan mula menjual makanan di pasar tani. Saya akan mengejutkan anak-anak saya pada pukul 3 pagi dan kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta untuk kami pergi menjualnya," kata Azalina.
Tetapi dalam tempoh enam minggu pertama, tiada siapa yang datang makan makanan yang dijualnya.
Perniagaan beliau kemudian mula mendapat perhatian apabila penulis terkemuka makanan, Andrew Knowlton menyenaraikan kedainya sebagai salah sebuah daripada 10 kedai makan jalanan terbaik di San Francisco dalam majalah 'Bon Appetit' pada tahun 2010. Azalina kemudiannya bertukar ke bidang katering, majlis dan acara, dan bertemu dengan seorang pembeli yang menawarkannya untuk menjual sendiri aneka sosnya di Whole Foods Market, sebuah rangkaian pasar raya di Amerika. "Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak dan siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya," kata Azalina. "Ini adalah jenis makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan saya. "Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa anda. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun," katanya. Di sebalik kejayaan beliau, Azalina berkata kerjanya tidak mudah yang menuntut beliau bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua hingga tiga jam. Beliau berkata dua orang anaknya yang memberikannya kekuatan untuk beliau terus menjalankan urusan perniagaan.

Pelajar Tingkatan Dua Hilang Dua Jari Akibat Mercun
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim (dua, kiri) melihat keadaan pelajar tingkatan dua yang putus dua jari tangan kanan setelah mercun jenis botol yang dipasangnya meletup ketika bermain mercun itu di rumahnya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang Jumaat lalu, ketika melawat mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu pada Ahad. -fotoBERNAMA
KOTA BAHARU: Seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan, putus dua jari tangan kanan apabila mercun jenis botol yang dipasangnya, meletup di tangan. Dalam kejadian Jumaat lepas di rumahnya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Mohd Idham Shafiq Mohd Tahar, 14, yang putus ibu jari dan jari tengah itu dikatakan mangsa pertama akibat bermain mercun di Kelantan. Datuk kepada mangsa, Mohd Rasid Ibrahim, 59, berkata kemalangan berlaku dalam kejadian kira-kira 2 petang selepas solat Jumaat ketika mangsa bermain bersama rakan-rakannya. "Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya. "Lepas kena mercun tu dia terus dibawa kawan-kawannya ke Hospital Pasir Mas kerana kecederaan itu termasuk sedikit di bahagian pipi," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim yang turut melawat mangsa berkata kes berkenaan merupakan kes pertama di Kelantan untuk tahun ini. "Saya nasihat semua masyarakat di luar sana supaya tidak bermain mercun kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan parah. "Ia juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 jadi saya harap orang ramai dapat mengambil iktibar," katanya.

Tentera Uganda Tembak Mati 41 Lelaki Bersenjata Dalam Pertempuran
KAMPALA: Tentera Uganda membunuh sekurang-kurangnya 41 lelaki bersenjata dalam pertempuran besar-besaran di daerah barat Bundibuguyo berdekatan sempadan Republik Demokratik Congo.
"Satu serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjata tercetus di berek kami di Bundibugyo dan dalam serangan balas itu, seramai 41 orang maut. Operasi ini masih diteruskan,” kata jurucakap tentera, Paddy Ankunda hari ini.
"Kami kehilangan sembilan senapang kepada kumpulan pemberontak,” katanya, namun tidak mendedahkan jika terdapat anggota tentera yang terkorban ketika pertempuran.
Sementara itu, menurut laporan media tempatan, seorang askar dan tiga anaknya antara mangsa yang terkorban.
Jurucakap polis Uganda, Fred Enanga, berkata, seorang pegawai terbunuh di wilayah jiran Kasese awal pagi semalam apabila lelaki bersenjata yang tidak dikenali menyerang sebuah pusat pemeriksaan polis.
TOP
Ahli Perniagaan Maut Ketika Cuba Halang Kenderaan Daripada Dilarikan
maut, kereta dilarikan
KOTA KINABALU: Seorang ahli perniagaan yang cuba menghalang kenderaannya daripada dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali maut selepas terseret dari kenderaan itu sejauh kira-kira 20 meter di Taman Golden City, Luyang di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 66 tahun difahamkan baharu pulang dari pasar dan memberhentikan kenderaannya di hadapan rumahnya di taman itu. Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan kesan geseran di belakang badan, siku dan kesan hentakan di dahi kanan dipercayai akibat terjatuh.
Seorang anggota polis memerhatikan ahli keluarga Peng melihat mayatnya yang di atas jalan selepas bergelut dengan penjenayah yang melarikan kereta mangsa di Luyong.
"Mangsa didatangi seorang lelaki sebaik membuka pagar rumahnya yang cuba untuk membawa lari kenderaannya. Mangsa cuba menghalang suspek dengan memegang tombol pintu kenderaan di bahagian pemandu namun tidak diendahkan suspek dan terus membawa lari kereta itu. Mangsa yang terseret telah jatuh di atas jalan dalam keadaan terbaring dengan jarak kira-kira 20 meter," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Jauteh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat. Menurutnya, polis giat memburu suspek berkenaan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tahanan Meninggal Dunia Di Lokap IPD Maran
KUANTAN: Seorang tahanan lelaki disahkan meninggal dunia selepas pengsan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran tengah hari Sabtu.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata tahanan berusia 40 tahun itu dikatakan pengsan di dalam lokap kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum polis menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Jengka.
Beliau berkata sebaik ambulans sampai, lelaki terbabit didapati sudah tidak bernafas dan pasukan paramedik yang datang memberi bantuan mengesahkan tahanan itu sudah mati.
"Tahanan itu dipercayai menghidap penyakit kencing manis yang kronik dan pernah dibawa beberapa kali menerima rawatan di hospital sebelum ini," katanya.
Beliau berkata tahanan yang didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penyalahgunaan Dadah 1983 itu ditahan polis pada 16 Jun lepas.
Kata Sulaiman, tahanan itu juga dalam proses untuk dihantar ke Pusat Pemulihan Gambang dekat sini bagi menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan itu selama dua tahun.
TOP
Lebih 30,000 Warga Indonesia Di Beberapa Negeri Mengundi Awal
Rakyat Indonesia mengundi dalam pengundian awal bagi Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia yang ke-11 di Konsulat Jeneral Republik Indonesia Pulau Pinang, Ahad. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih 300,000 warga Indonesia di beberapa buah negeri dijangka menunaikan kewajipan mengundi awal dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden Indonesia ke-11, Ahad. Semalam, lebih 50,000 pengundi yang layak mengundi di Kuala Lumpur mengundi awal di Kedutaan Besar Repblik Indonesia di Jalan Tun Razak dan Sekolah Indonesia Kuala Lumpur di Lorong Tun Ismail. Sebelum ini, Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata lebih 400,000 warga Indonesia yang menetap di negara ini mendaftar sebagai pemilih. Di KUCHING, Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) menjangka kira-kira 30 peratus daripada 1,500 pengundi yang layak mengundi di sekitar Kuching keluar mengundi awal untuk Pemilu di Pejabat Konsul Jeneral Republik Indonesia Kuching. Ketua PPLN Sarawak Fathan Sutrisno berkata ini berikutan 103,955 pengundi yang didaftarkan di Sarawak mengundi menerusi "drop box" yang sudah dilakukan sejak 30 Jun hingga 3 Julai lalu. "Setakat 10 pagi tadi kira-kira 200 pengundi sudah menunaikan kewajipan masing-masing di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini. Pusat pengundian awal di Pejabat Konsul Jeneral Republik Indonesia Kuching mula dibuka jam 9 pagi dengan Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching Djoko Hardjanto dan isteri Rosa Triana menjadi pengundi pertama. Proses pengundian berjalan lancar. Mengulas pengundi yang menggunakan kaedah "drop box", Fathan berkata PPL Nmelaksanakan kaedah itu sejak 30 Jun hingga 3 Julai di 246 kilang dan ladang di seluruh Sarawak. "Kaedah "Drop Box" melibatkan penghantaran kertas-kertas undi oleh petugas Pemilu ke lokasi penempatan warga republik yang memohon untuk melaksanakan kewajipan mereka menerusi kaedah itu. Pengiraan undi akan dibuat di Pejabat Konsul Jeneral Republik Indonesia Kuching dari 9 hingga 14 Julai sebelum keputusan dihantar kepada Komisi Pemilihan Umum atau Suruhanjaya Pilihan Raya Republik Indonesia pada 15 Julai, kata Fathan. Di KOTA KINABALU, kira-kira 160,000 warga Indonesia di Sabah dijangka menunaikan kewajipan mengundi awal dalam Pemilu di Konsulat Republik itu, yang dibuka sejak 9 pagi. Pemangku Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, M. Fauzi Eko Nugroho berkata jumlah itu termasuk 11,200 pengundi di Kota Kinabalu, 56,000 di Tawau, Semporna dan Lahad Datu dan selebihnya yang menggunakan kaedah "drop box" serta mereka yang mengundi di Tempat Pungutan Suara (TPS) dan 47 pusat mengundi di ladang-ladang di seluruh Sabah. "Kita mengharapkan lebih separuh warga Indonesia keluar mengundi kerana kita ada TPS bergerak atau keliling yang menggunakan mobil (kereta) di sekitar Penampang, Inanam, Papar dan Tuaran serta pusat sendiri di Tawau yang telah berlangsung tanggal 4,5 dan 6 Julai," katanya kepada pemberita di Konsulat Jenderal. Beliau berharap proses pengundian berjalan lancar sempena mengambil keberkatan di bulan Ramadan selain kerjasama baik daripada agensi keselamatan negara termasuk Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Ketua Panitia Pemilu Luar Negara Konsulat Jenderal Indonesia Kota Kinabalu Harun Tafsir berkata warga republik itu mempunyai masa sehingga 6 petang ini untuk menunaikan kewajipan mereka mengundi di pejabat konsulat di Kota Kinabalu. Katanya 250 kakitangan terdiri daripada kakitangan Konsulat Jeneral Indonesia di Kota Kinabalu dan sukarelawan di kalangan masyarakat serta warga republik itu terlibat di dalam proses Pemilu Presiden 2014 di Sabah. Menurutnya, proses pengiraan undi akan dilakukan pada 9 sehingga 13 Julai. Sementara itu, Ketua Konsulat Republik Indonesia di Tawau, Muhammad Soleh yakin lebih 80 peratus daripada lebih 5,000 pengundi warga Indonesia berdaftar di Tawau dijangka keluar mengundi berdasarkan pilihan raya umum Indonesia baru-baru ini. "Walaupun umat Islam sedang berpuasa, saya tetap yakin rakyat Indonesia tetap akan turun untuk menunaikan kewajipan mereka. Pejabat Konsulat Tawau telah menyediakan beberapa bas untuk mengangkut mereka dari ladang-ladang untuk memudahkan mereka datang menunaikan kewajipan," katanya kepada Bernama. Muhammad yang turut mengundi di pusat itu berkata 43,116 pengundi yang mendaftar di Lahad Datu, Kunak dan Semporna telah menunaikan kewajipan mereka di tempat kerja masing-masing. Pada masa sama, Muhammad juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan para majikan yang memberi kerjasama dalam melicinkan perjalanan pilihan raya kali ini. Dalam pada itu, isteri M. Fauzi, Rika Sari Fauzi yang pertama kali mengundi awal itu melahirkan rasa teruja dan bangga dapat menunaikan tanggungjawab melaksanakan sistem demokrasi untuk tanah airnya. "Kita suka mengundi di Malaysia kerana kerajaan (Malaysia) mendokong demokrasi seperti izin mengundi agar rakyat Indonesia berbuat sesuatu pada negaranya," katanya kepada Bernama. Bagi suri rumah sepenuh masa, Noraini Muhammad Saing, 43, yang kali kedua mengundi di Malaysia sejak menetap 17 tahun di sini berkata kita mengundi mudah-mudahan Indonesia makmur dan sebagai warga Indonesia kita mahu negara yang lebih maju. Kita juga gembira dengan hubungan janji Indonesia-Malaysia yang sangat akrab," katanya. Di GEORGE TOWN, sebanyak 43,913 warga Indonesia di wilayah utara dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di Konsulat Jenderal Republik Indonesia, yang dibuka 9.10 pagi tadi. Konsul Jenderal Republik Indonesia di Pulau Pinang, Ronald JP Manik berkata daripada jumlah itu, 13,287 adalah lelaki manakala 30,626 wanita. Beliau berkata 206 warga Indonesia menunaikan tanggungjawab di Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Jalan Burmah setakat 11 pagi sebelum ia ditutup 7 malam nanti. "Kita menjangkakan 1,786 warga Indonesia yang tinggal di sekitar Pulau Pinang mengundi di TPS manakala 41,289 lagi yang tersebar di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mengundi melalui pos," katanya. Ronald berkata 838 pengundi yang tidak dapat hadir ke TPS atau tidak dapat dihubungi secara pos telah membuat pengundian melalui sistem 'drop box' pada 4 Julai di empat lokasi iaitu Kulim (Kedah) Tanjung Tokong, Sungai Ara dan Alma (Pulau Pinang). Beliau berkata kehadiran positif di Konsulat Jenderal sejak pagi tadi menunjukkan warga Indonesia menggunakan hak bersuara dengan baik bagi memilih Presiden Indonesia yang ke-11. Katanya warga Indonesia harus berfikir yang terbaik ketika mengundi dan berharap pemerintahan baharu nanti dapat membangunkan sosial, ekonomi dan mensejahterakan masyarakat. Ronald berkata pengiraan undi akan dilakukan pada 9 Julai nanti di Konsulat Jenderal itu. Tinjauan Bernama mendapati proses pengundian di Konsulat Jenderal berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan empat saluran mengundi disediakan untuk mengelakkan kesesakan. Pemilu Presiden Indonesia penggal 2014-2019 bakal menyaksikan pertembungan antara Prabowo Subianto bersama pasangannya Hatta Rajasa yang dinamakan sebagai calon presiden dan naib presiden oleh pakatan yang diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) dan Joko Widodo (Jokowi) bersama Jusuf Kalla daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

11 terkorban nahas kapal terbang di Poland
WARSAW: Sebelas orang terkorban dan seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas sebuah kapal terbang dari kelab payung terjun terhempas di selatan Poland.
Media tempatan melaporkan kapal terbang itu mungkin membawa terlalu ramai penumpang.
"Seramai 12 orang menaiki pesawat itu dan mangsa tunggal yang terselamat dibawa ke hospital dan dalam keadaan kritikal," kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Justyna Sochacka.
Pesawat ringan, Piper Navajo itu berlepas dari lapangan terbang di Rudniki dekat Czestochowa dengan 11 ahli payung terjun dan seorang juruterbang.
Punca nahas belum dapat dipastikan tetapi media Poland melaporkan bahawa enjin pesawat itu mungkin gagal berfungsi berikutan terlalu ramai penumpang. - AFP
TOP
Victoria & David Beckham Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15
Pasangan Victoria dan David Beckham sudah 15 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
PASANGAN Victoria dan David Beckham sering menjadi perhatian ramai apabila mereka dianggap menjalani kehidupan sempurna. Terbaharu, kehidupan pasangan itu dilihat lebih bahagia apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-15 pada 7 Julai lalu. Victoria telah meluahkan perasaan bahagianya di akaun Twitter dengan memuat naik foto lama ketika mereka berkahwin pada 15 tahun lalu. "Terima kasih atas mesej-mesej indah yang diberi. Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat kita berdua. Cinta dan sokongan darimu sangat bererti buatku," katanya. Sepanjang 15 tahun hidup bersama, pasangan itu juga tidak pernah lari daripada gosip-gosip panas. Malah David pernah dilaporkan menjalinkan hubungan skandal dengan ramai wanita, namun hubungan pasangan suami isteri itu masih lagi bertahan sehingga kini. Pasangan itu turut mempunyai empat orang anak iaitu Brooklyn Joseph, 15, Romeo James, 12, Cruz David, 9 dan Harper Seven, 3.

Piala Dunia: Pinto tabik semangat juang Costa Rica
Jorge Luis Pinto
SALVADOR: Jurulatih Costa Rica, Jorge Luis Pinto akur pasukannya kecewa namun kekalahan kepada Belanda dalam saingan suku akhir, awal pagi tadi tidak sama sekali mencalar maruah mereka. “Kami kecewa tapi gembira. Apabila kami hadir di Brazil ramai tidak yakin kemampuan kami tapi dalam Piala Dunia kali ini kami sudah membutikan sesuatu,” kata Pinto seperti dilaporkan dalam FIFA.com. Costa Rica juga boleh berbangga kerana mereka tidak tewas dalam lima perlawanan untuk tempoh 90 minit perlawanan, malah mereka mengheret Belanda ke masa tambahan sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti 4-3. “Saya fikir kami mengimbangi cabaran Belanda hari ini. Kami sudah menunjukkan kemajuan dan masih boleh meningkatkan tahap permainan kami. “Kami juga ada taktik yang baik dan bermain bola sepak menandingi pasukan gergasi lain,” katanya merujuk kepada kejayaan menewaskan Uruguay 3-1 dan Itali 1-0 dalam saingan peringkat kumpulan. - Agensi

Tidak Halang Anak-Anak Fokus Budang Seni Muzik
PETALING JAYA – Penyanyi Nora tidak akan menghalang ketiga-tiga orang anaknya melibatkan diri dalam bidang muzik tempatan sekiranya mereka benar-benar ingin memberi fokus dengan kerjaya tersebut.
Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah binti Ariffin, 41, berkata, dia dapat melihat tiga anaknya iaitu Mohd Syakir Iman, 22, Mohd Syakir Alif, 16, dan Putri Nor Dahlia, 11, mempunyai bakat seni yang tersendiri dan mampu pergi jauh.
“Alhamdulillah, semua anak-anak saya boleh menyanyi tanpa diajar. Bagi yang sulung, dia boleh main gitar, anak kedua pula boleh menyanyi dan yang ketiga pula boleh bermain alat muzik dan menyanyi. Kalau melihat Dahlia menyanyi, dia mempunyai faktor X apabila membuat persembahan.
“Dan sebagai ibu, rasa sayang pula apabila bakat mereka ini tidak didedahkan. Tetapi terpulang pada mereka,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Nora yang turut mempunyai seorang lagi anak, Putri Nur fatihah, 2, anak-anaknya juga mengimpikan untuk memiliki sebuah album sendiri.
Namun menyedari keadaan pasaran album yang kurang memberangsangkan rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.
Sementara itu, Nora bersyukur single lagu terbaharu dia bersama anak-anak iaitu Selamanya Bahagia yang mengisahkan tentang kasih sayang kekeluargaan mendapat respons baik oleh pendengar-pendengar radio.
“Alhamdulillah, lagu ini amat bermakna buat saya dan anak-anak kerana kami bekerjasama dalam penghasilan lagu ini. Jika ia benar-benar mendapat tempat di hati peminat, kami akan meneruskan untuk muncul dengan single seterusnya pula,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora kini sibuk menerima tempahan pelbagai jenis biskut raya sepanjang bulan Ramadan ini secara online di norasecukuprasa.blogspot.com.
Beritahu Nora, antara biskut raya yang popular ditempah termasuklah Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan Chocolate Almond Shortbread. ─ mStar online
TOP
Madonna Timbul Kontroversi Pakai Niqab
California – Madonna sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila berani tampil menyiarkan gambar terbaru pakaian pilihannya niqab.
Ratu Pop berusia 55 tahun itu berkongsi gambarnya dengan peminat Instagram menunjukkannya memakai niqab minggu lalu, membuatkan 1.6 pengikut bingung dengan penampilan yang dianggap baru itu.
Gambar itu disiarkan dengan ‘hashtag’ yang tidak langsung menjelaskan perbuatannya malah seolah-olah seakan tidak mempedulikan apa difikirkan peminatnya.
Penyanyi lagu Material Girl itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam apabila membuat kemunculan tahun lalu memakai topeng rantai besi seperti purdah dengan keterangan ‘Revolusi cinta bermula, Insya-Allah.’
Pada 1998, Madonna pernah memakai pakaian Geisha ketika membuat video muziknya yang menimbulkan kemarahan peminat dari Asia.
Sikap Madonna yang acuh tidak acuh itu dilihat disebabkan tidak mempunyai pemahaman sewajarnya mengenai adat dan budaya negara lain, malah dia dikatakan memandang remeh prinsip serta nilai di sebalik pemakaian niqab sebagai simbol kesopanan wanita Islam.
Bagaimanapun, Ratu Pop itu tidak memberikan ulasan lanjut mengenai gambar berkenaan. – Agensi
TOP
Remaja Palestin Dibakar Hidup-Hidup
RAMALLAH – Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup, peguam negara Palestin dipetik sebagai berkata.
“Punca kematian adalah terbakar dan komplikasinya,” kata Mohammed Al-A’wewy dipetik sebagai berkata oleh agensi berita rasmi Palestin, Wafa, lewat kelmarin.
Ketegangan Israel-Palestin memuncak mendadak selepas tiga remaja Israel diculik pada 12 Jun dan kemudian ditemui mati di Tebing Barat. Ia diikuti dengan penculikan Mohammed Abu Khudair, 16, Rabu lalu di kawasan penempatan di Baitulmaqdis Timur. Mayatnya yang rentung ditemui beberapa jam kemudian dalam hutan di pinggir bandar raya itu.
Pengarah institut forensik Palestin, Saber Al-Aloul, menghadiri bedah siasat yang dilakukan doktor Israel di Tel Aviv.
Al-A’wewy berkata, Al-Aloul melaporkan debu kebakaran ditemui dalam saluran pernafasan Khudair bermakna mangsa menghidu bahan itu ketika dibakar hidup-hidup.
Kesan kebakaran sehingga 90 peratus dikesan pada mayat. Kepalanya luka. Contoh seperti cecair dan tisu diambil untuk pemeriksaan makmal lebih lanjut untuk melengkapkan laporan perubatan.
Pada majlis pengebumian Khudair kelmarin, penduduk Palestin yang marah melaungkan ‘Intifada! Intifada!’, menggesa kebangkitan baru menentang Israel. Batu dibaling ke arah polis Israel dibalas dengan gas pemedih mata dan peluru getah. – Reuters
TOP
Bangkai Ikan Paus Jadi Daya Tarikan
Foto DailyMail
NEW PLYMOUTH, New Zealand – Bangkai seekor ikan paus biru yang seberat 100 tan menjadi daya tarikan baharu para pelancong di Pulau Utara di sini sejak Isnin lalu. Ikan yang dikenali sebagai yang terbesar dan terberat pernah wujud itu ditemui mati di pantai Taranaki, dekat sini. Gambar mamalia itu dirakamkan oleh seorang jurugambar video, Stefan Nagel yang kemudian memuat naik ke laman YouTube. Imej di laman tersebut menunjukkan bapa Nagel berdiri dan berjalan di atas badan ikan tersebut. Setakat ini, para saintis tidak mengetahui punca kematian ikan tersebut. Namun, mereka percaya ikan itu mati kerana sebab-sebab semula jadi. Renjer Kanan Jabatan Pemuliharaan Taranaki, Callum Lilley berkata, masih sukar untuk menentukan punca yang menyebabkan ikan tersebut mati kerana organ dalaman mamalia itu rosak teruk. Namun, katanya, kematian ikan itu bukan berpunca daripada serangan ikan jerung. Nagel memberitahu Daily Mail Australia, dia memandu kenderaan ke pantai Taranaki dan berjalan sejauh dua kilometer sebelum menemui bangkai ikan berkenaan. – Agensi

Pekida nafi ada kaitan militan
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, bagi menolak tohmahan mengatakan ada ahli pertubuhan berkenaan menganggotai kumpulan militan di negara ini.
Ia susulan dakwaan sebuah laman sosial Facebook milik ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu’ yang mengatakan ada ahli Pekida yang ber'baiah’ dengan kumpulan militan yang berada di rantau ini dan sedang merancang untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta anggota polis yang lain.
Ketua Penerangan Pekida, Syahril Abdul Aziz berkata, ini adalah satu fitnah besar kepada seluruh anggota persatuan terbabit.
“Apabila kita sebut baiah, ia mesti berkait dengan Pekida. Perkara itu jelas tidak benar sama sekali,” katanya kepada media ketika ditemui media di IPD tersebut.
Beliau kesal dengan fitnah tersebut dan menafikan dakwaan adanya penglibatan ahli persatuan tersebut dengan kumpulan militan.
Syahril juga mengesahkan, lima lelaki yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit dengan kegiatan militan bukan ahli Pekida.
“Sekiranya ada anggota Pekida yang menyertai kumpulan militan, kami akan mencari individu tersebut dan menyerahkannya kepada PDRM,” katanya.
Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat perkara ini serta meminta polis mengesan pemilik Facebook berkenaan secepat mungkin. ─ Sinar Online
TOP
Piala Dunia: Dua Penyokong Bola Sepak Mati Ditikam Kerana Pertengkaran
MIGORI COUNTY - KENYA. Gara-gara hanya kerana Piala Dunia 2014, dua penyokong bola sepak Kenya mati ditikam selepas bertengkar sesama sendiri.
Insiden berlaku ketika dua sahabat itu menonton perlawanan suku akhir antara Brazil dan Colombia, awal pagi semalam.
Pada mulanya, kedua-duanya dilihat saling bertikam lidah ketika menonton perlawanan bola sepak di televisyen di sebuah bar di bandar Awendo.
Pertengkaran itu akhirnya berakhir dengan pergelutan sejurus Brazil menjaringkan gol pertama, lapor The Counties.
Menurut pengurus bar, Abel Odondi, sebaik pergelutan tercetus, mereka diarah keluar oleh pengawal keselamatan bar sebelum dimaklumkan salah seorangnya terbunuh ketika bergaduh di luar kelab malam itu.
“Ketika itu bar dipenuhi penyokong bola sepak yang sedang menonton perlawanan Piala Dunia.
"Mereka diarah keluar kemudian kami dimaklumkan salah seorang yang bertengkar itu meninggal dunia,” katanya.
Laporan itu dipetik, mangsa pertama yang dikenali Maurice Otieno terbunuh selepas ditikam rakannya sendiri.
Manakala rakannya pula dibelasah penyokong lain yang berang dengan tindakannya dan kemudian turut meninggal dunia, selang beberapa jam selepas itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Awendo, Kipsang Changach berkata, selepas membunuh Otieno, mangsa kedua dikenali Johnston Okum melarikan diri.
Okum kemudiannya ditemui mati di tempat menunggu bas di bandar berkenaan.
Bagaimanapun, Changach berkata, motif sebenar pembunuhan itu masih dalam siasatan pihaknya, sambil memaklumkan terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan cuba menimbulkan huru-hara dan bergaduh di bar ketika menyaksikan perlawanan itu, dipercayai berpunca daripada perbezaan pendapat. ─ Sinar Online
TOP
4 maut serangan bom kereta di Somalia
MOGADISHU: Empat orang maut apabila sebuah kereta yang sarat dengan bom meletup dekat bangunan Parlimen di ibu negara Somalia, kata polis semalam.
Kumpulan pengganas Somali, al-Shabab mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.
Kapten Mohammed Hussein berkata, kereta itu meletup di tempat pemeriksaan apabila diarah berhenti oleh askar Somali.
Empat yang mati ialah askar dan pelarian dari khemah penempatan dekat pusat pemeriksaan terbabit.
Katanya, askar Somali mengarahkan pemandu kereta itu supaya keluar daripada kenderaan bagi membuat pemeriksaan apabila suspek meletupkan bom berkenaan.
Sementara itu, tujuh kanak-kanak dari khemah berkenaan mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan. Al-Shabab tidak menyatakan sasaran bom itu tetapi mereka melancarkan siri serangan terhadap Ahli Parlimen.
Ketika kejadian, Ahli Parlimen sedang mengadakan mesyuarat di bangunan Parlimen berkenaan. - AP
TOP
Tiga sekeluarga terbunuh dalam kemalangan ngeri di lebuh raya PLUS
Rembau: Tiga sekeluarga terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 240 lebuh raya PLUS arah utara, dekat sini, lewat petang semalam.
Selain itu, tiga penumpang turut parah dalam kejadian membabitkan enam sekeluarga pada kira-kira 4.30 petang.
Mangsa yang terbunuh adalah pemandu, Mohd Fauzan Salleh, 28; Yunus Salem Angran, 21; dan Muhammad Firas Mohd Fauzan.
Seorang wanita dan dua kanak-kanak yang parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, dekat sini, untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif, berkata hasil siasatan kereta berkenaan terbabas, merempuh papan tanda dan tiang lampu menyebabkan ketiga-tiganya terbunuh di lokasi kejadian.
Keadaan kereta yang tersepit di papan tanda penunjuk arah di KM240, Lebuhraya Utara-Selatan, menghala ke utara dekat Rembau pada petang Sabtu.
Menurutnya, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tampin, dekat sini, untuk bedah siasat. Ibrahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. ─ hmetro.com.my

Piala Dunia: Argentina Bertemu Belanda Di Separuh Akhir
ARGENTINA akan bertemu Belanda di pentas separuh akhir Piala Dunia mengikut jejak Brazil dan Jerman.
Argentina mara menerusi kemenangan tipis 1-0 menentang Belgium hasil rembatan Gonzalo Higuain pada minit kelapan perlawanan. Kali terakhir Argentina beraksi di pentas separuh akhir adalah pada tahun 1990 namun tewas kepada Jerman pada peringkat akhir. Sementara itu, saingan di antara Belanda dan Costa Rica menjadi satu-satunya perlawanan suku akhir Piala Dunia edisi ini yang terpaksa diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa. Dalam perlawanan di Arena Fonte Nova awal pagi Ahad, Belanda memperolehi banyak peluang menjaringkan gol, termasuklah pada minit ke-92 menerusi sepakan Van Persie di hadapan gawang namun berjaya ditepis keluar oleh pemain Costa Rica. Costa Rica nyata tidak banyak menguasai bola, malah hampir tidak melakukan serangan namun kehebatan penjaga golnya, Keylor Navas banyak membantu menyelamatkan gol Costa Rica daripada bolos. Kedudukan 0-0 bagaimanapun masih tidak berjaya dileraikan apabila perlawanan terpaksa diheret ke tendangan penalti. Belanda akhirnya menempah tiket ke separuh akhir menentang Argentina apabila menang penalti 4-3. ─ mStar online

Jangan Terpedaya Papan Tanda Gergasi Promosi Skim Cepat Kaya
Papan tanda gergasi di Jambatan Pulau Pinang yang mendakwa Zhang Jian bakal menjadi orang paling kaya di dunia. -foto THE STAR
PETALING JAYA: Mengapa seorang ahli perniagaan yang 'berjaya' dari sebuah pasaran yang besar dan luas seperti China datang ke pasaran yang kecil seperti Malaysia? Kedutaan China di sini berkata syarikat milik ahli perniagaan itu telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali. Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke sini, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya. Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja. Ia juga menunjukkan bahawa ramai jutawan telah dilahirkan di seluruh dunia. Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan. Sumber polis percaya mungkin ada unsur-unsur jenayah dalam skim itu, yang jatuh di bawah bidang kuasa Bank Negara. Satu pemeriksaan ke atas beberapa laman web di China menunjukkan bahawa pengguna laman sosial di negara itu telah mencatatkan petikan rencana mengenai 10 kes sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dari laman web Biro Keselamatan Awam dan Pentadbiran Negeri bagi Industri dan Perdagangan China, memetik bahawa pengendali laman web Yun Shu Mao telah mengerah pembayaran yuran daripada peserta baharu (downliners) yang dikatakan akan menerima ganjaran yang besar sebagai balasan. Artikel ini melaporkan bahawa pihak berkuasa di China berkata skim itu telah berkembang di 28 wilayah yang melibatkan 190,000 orang dan pada Ogos tahun lalu, polis di lapan wilayah telah menahan 33 orang yang terlibat dalam skim ini. Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid. Pengguna lain juga mendakwa bahawa pengasas Yun Shu Mao menukar namanya kepada Zhang Jian apabila melarikan diri ke Malaysia. Satu portal berita dalam talian telah memetik Gabungan Sukarelawan 1Malaysia (GS1M) Datuk Ng Bong Ching sebagai berkata terdapat laporan polis yang dibuat terhadap skim ini. Katanya, beliau telah membuat pemeriksaan laporan itu dengan kedutaan China. Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa pada bulan Januari tahun ini, penipuan melalui skim cepat kaya yang dikendalikan oleh lelaki warganegara China itu juga telah memperlihatkan kira-kira 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta. Mangsa tertarik dengan skim ini kerana ia menjanjikan kereta-kereta mewah dan wang tunai dalam tempoh yang singkat. Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar. Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam. Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah. Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan. Sementara itu, klip video 15 minit di YouTube menunjukkan ahli perniagaan itu memberitahu penemuramah bahawa Malaysia dipilih kerana penduduknya yang terdiri pelbagai bangsa dan bahasa. Katanya, dia akan menjalankan model perniagaannya melalui skim MLM, sambil menambah bahawa 10 peratus lelaki terkaya di China mendapat kekayaan secara dalam talian. "Tahun lepas, kami mengambil masa hanya sembilan bulan untuk mendapatkan seramai 30 juta ahli. Tahun ini, kami telah memecahkan rekod, dengan angka mencecah 100 juta. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan orang ramai. Tanpa orang ramai, bagaimana anda akan mahu membuat pengendalian dan memperoleh pendapatan?," katanya dalam temu bual itu yang dikeluarkan pada 19 Mac tahun ini. Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang sebelum ini berkata bahawa kedutaan China sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang timbul daripada apa yang dikenali sebagai skim cepat kaya ini. Beliau mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan. Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa Selangor Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor telah mula menyiasat Yun Shu Mao di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 lima bulan lalu. ─ mStar online

'Raja Toyol' berumur 10 tahun terlibat 23 kes kecurian
PETALING JAYA - Dia bukan anggota geng kongsi gelap, bukan penyamun, jauh sekali perompak. Kalau dilihat dari luaran dia hanyalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
Namun, siapa sangka dalam usia semuda itu dia mendapat gelaran Raja Toyol selepas terbabit dalam tidak kurang daripada 23 kes kecurian membabitkan kes pecah rumah, kecurian tabung masjid dan kedai runcit di kawasan Kampung Sungai Ara, Damansara, di sini, sejak setahun lalu.
Meskipun sudah acap kali ditangkap penduduk kampung kerana mencuri, bahkan pernah dibelasah kerana perbuatannya itu, budak lelaki yang sudah tidak bersekolah ini tidak serik, malah bertambah aktif seolah-olah mencuri menjadi kerjaya sepenuh masanya.
Difahamkan kanak-kanak ini hanya memerlukan tempoh yang singkat untuk melarikan wang yang disimpan di dalam rumah tanpa disedari oleh pemiliknya. Sudah beribu ringgit masuk ke sakunya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Kayu Ara, Ramli Daud berkata, kanak-kanak itu pernah diserahkan kepada polis tetapi dibebaskan semula kerana dia di bawah umur.
“Dia bergerak seorang diri di dalam kampung dan sasaran utamanya adalah wang.
“Baru-baru ini dia pernah ditangkap dan apabila ditanya ke mana wang curi itu dibelanjakan, dia dengan selamba memberitahu wang itu digunakan untuk berhibur di pusat siber. Saya yakin dia berkawan dengan budak yang lebih besar dan di situlah wang itu dibelanjakan,” katanya.
Menurut Ramli, kanak-kanak ini melakukan kerja tidak kira siang ataupun malam. Jika ada peluang dia akan masuk ke dalam rumah sesiapa sahaja tanpa disedari.
“Dia akan sasarkan wang yang disimpan di dalam rumah, tidak kira di dalam poket seluar, almari mahupun laci.
“Peliknya dia boleh tahu di mana wang itu disimpan dan dengan tubuhnya yang kecil dia boleh masuk ikut lubang kecil selain tahu membuka gril pintu rumah,” katanya.
Jelas Ramli lagi, masalah itu sukar diselesaikan kerana keluarga kanak-kanak ini langsung tidak mengambil berat terhadapnya.
“Dia anak ketujuh daripada lapan adik-beradik dan tinggal bersama ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarganya sudah lali dengan cerita kanak-kanak itu ditangkap.
“Ramai yang nasihat ayahnya supaya tidak membiarkan anaknya terus begitu, tetapi tidak diendahkan,” katanya. ─ Sinar Online
TOP
Ku Nan Bincang Dengan Soup Kitchen Cari Penyelesaian
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan mengadakan perbincangan dengan pengendali ‘Soup Kitchen’ yang memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Perbincangan itu bertujuan mencari penyelesaian bersama yang boleh diterima semua pihak, kata Najib menerusi tweet terkini beliau.
Katanya, kerajaan amat prihatin terhadap nasib golongan miskin dan gelandangan serta menghargai peranan yang dilaksanakan sukarelawan seperti pengendali Soup Kitchen ini.
Pada Khamis, Tengku Adnan berkata aktiviti Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi di sekitar 2km radius dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, langkah itu adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka mencemarkan imej bandar raya, terutamanya dari segi kebersihan.
Bagaimanapun, pengendali Soup Kitchen menyangkal dakwaan itu. – mStar online
TOP
Restoran beroperasi sebelum 3 petang akan ditarik balik lesen - EXCO Kedah
Gambar hiasan
KUALA NERANG: Restoran atau premis makanan di Kedah yang beroperasi sebelum 3 petang dalam bulan Ramadan ini, bakal dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim berkata undang-undang berkaitan operasi premis perniagaan pada bulan Ramadan membenarkan restoran memulakan perniagaan mulai 3 petang kecuali, restoran francais makanan segera. Katanya bagi premis makanan lain mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan, namun Restoran Hameed di Jeti Kuah, Langkawi dibenarkan beroperasi seperti biasa atas faktor pelancongan. "Restoran ini (Hameed) banyak melibatkan pelancong dan terletak di jeti. Para pengusaha restoran diminta tidak melanggar syarat yang diberikan. Jika ada tindakan tegas akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Santai Sahur Jom Tengok Bola di Kampung Baru Tualak di sini awal, pagi ini. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa terutama pejabat agama supaya memantau restoran di negeri ini agar perniaga berkenaan mematuhi peraturan ditetapkan. "Banyak tindakan perundangan yang boleh kenakan. Kena tengok aduan..kalau ada ambil tindakan," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau meminta masyarakat supaya membuat laporan jika terdapat premis kediaman dijadikan lokasi operasi aktiviti perjudian haram. "Saya rayu kepada masyarakat jika ada premis kediaman digunakan untuk perkara seperti itu, supaya beri maklumat kepada pihak berwajib. Kadang-kadang pihak berkuasa tak tahu," katanya. Beliau juga berharap lesen hiburan tidak dikeluarkan sewenang-wenangnya kerana banyak premis hiburan dikesan mengadakan permainan simulator mesin judi haram. "Ingin saya jelaskan lesen hiburan dikeluarkan pejabat daerah dan bukan pihak berkuasa tempatan (PBT). Isu ini (mesin judi haram) kini menjadi kerisauan masyarakat terutama di kawasan majoriti orang Islam," katanya. - BERNAMA

Video: Sweet! Lihatlah Budak Lelaki Comel ini Tenangkan Kawannya Pada Hari Pertama Persekolahan
Setiap manusia adalah unik dan mempunyai sikap, sifat dan kelebihan masing-masing tidak kira usia tua ataupun muda mahupun masih kanak-kanak.
Antara sifat yang paling manusia gemar adalah sifat penyayang contohnya yang ada pada budak yang berumur 4 tahun ini. Walaupun masih kanak-kanak tetapi caranya itu cukup menunjukkan yang dia seorang penyayang dan mengambil berat. Sudah tentu ini adalah sifat paling dicari-cari oleh para wanita dari seorang lelaki.
Video ini telah dirakamkan pada hari pertama persekolahan (mungkin tadika) di china yang mana seorang murid perempuan sangat bimbang dan risau akan ketiadaan ibu menemaninya. Mengambil berat terhadap budak perempuan itu lihatlah apa yang budak lelaki ni lakukan. Pandai juga dia berkata-kata mengurangkan dan melegakan kerisauan budak perempuan itu.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Penunggang Basikal Kudung Disaman Kerana Satu Brek
COLOGNE – Seorang penunggang basikal yang kudung sebelah tangan mengubah brek yang tidak boleh digunakannya pada hendal dan menggantikannya dengan brek kaki.
Bagaimanapun, apabila Bogdan Ionescu menunggang di Cologne, dia ditahan polis yang tidak mahu bertolak ansur.
“Basikal kamu tidak selamat, kamu tidak mempunyai brek kanan,” kata Ionescu, memetik kata-kata polis berkenaan.
“Saya tahu, tetapi saya mempunyai brek kiri dan kaki supaya saya boleh menghentikan roda belakang,” katanya kepada polis terbabit.
Polis berkenaan bagaimanapun enggan menerima alasan itu, sebaliknya menyaman Ionescu sebanyak kira-kira AS$34 (RM104).
Menurut media, basikal itu bagaimanapun didapati tidak melanggar undang-undang dan polis terpaksa mengembalikan wang saman berkenaan.
Ia bagaimanapun tidak berakhir di situ. Polis hanya memulangkan wang sebanyak AS$7 (RM22) dengan alasan lampu basikal berkenaan rosak.
Tetapi setelah diperiksa, dakwaan polis itu didapati tidak benar dan polis akhirnya memulangkan baki wang Ionescu.
“Kami berharap perkara ini tidak berlaku lagi,” kata polis kepada media.
Selain itu, ketua polis Cologne Wolfgang Albers dilapor merancang akan memohon maaf kepada Ionescu.
“Ini berita hebat, dan saya gembira,” kata Ionescu. – Agensi
TOP
Tengku Adnan Nafinya Rumahnya Terbakar
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan laporan yang menyatakan rumah beliau terbakar.
“Mana ada rumah saya terbakar. Ya Allah… satu lagi fitnah kenapa suka fitnah saya? Ramai yang telefon saya, saya terkejut, saya baru pulang dari KB (Kota Bharu),” katanya menerusi tulisannya di Twitter pada Sabtu.
Tengku Adnan dalam satu kenyataan di Facebook pula berkata, laporan seperti itu bukan perkara yang boleh dijadikan sebagai gurauan.
“Ini bukan perkara yang boleh dibawa main. Sudah-sudahlah, kita cari jalan penyelesaian bukan dengan cara begini,” katanya.
Laporan yang disebarkan di blog dan media sosial itu mengelirukan ramai berikutan insiden rumah Setiausaha Agung Umno itu di Taman Duta, Kuala Lumpur yang nyaris musnah terbakar apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar, sebenarnya berlaku tiga tahun lalu pada 2011.
Khabar angin itu timbul selepas Tengku Adnan mengumumkan bahawa Soup Kitchens yang menyediakan makanan dan minuman kepada golongan gelandangan tidak lagi dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10 di Kuala Lumpur.
Tengku Adnan bagaimanapun menafikan sekerasnya-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan apabila melarang masyarakat awam memberi makan dan menderma kepada golongan gelandangan.
Sebaliknya beliau berkata, kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’. – Mstar.com.my
TOP
Majlis Agama Islam Perlu Pantau Kedai Makan Operasi Awal
YAN – Majlis Agama Islam negeri perlu lebih kerap melakukan penguatkuasaan terhadap pemilik premis perniagaan yang menjual makanan kepada individu ponteng puasa tanpa alasan kukuh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum berkata penguatkuasaan yang kerap dan teratur akan memastikan tiada premis melanggar peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Agama serta hanya menjual makanan selepas pukul 3 petang pada bulan Ramadan.
Beliau berkata pelanggaran peraturan itu adalah disebabkan sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda pada bulan Ramadan.
“Penjual makanan perlu faham nak cari rezeki biarlah diyakini halal kepada keluarga, dan ia boleh menjadi haram apabila menjual makanan itu kepada orang yang tidak berpuasa (tanpa alasan kukuh).
“Mereka perlu mengikut peraturan bagi memastikan tiada penjualan makanan sebelum pukul 3 petang,” katanya.
Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyerahan sumbangan untuk 44 masjid dalam Parlimen Jerai hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Majlis Agama negeri perlu menggunakan enakmen sedia ada bagi membanteras kegiatan mesin perjudian dalam kalangan orang Islam, terutama dalam bulan Ramadan.
Katanya, selain jabatan agama, polis dan agensi lain perlu bersama-sama membanteras aktiviti itu.
Pada majlis itu, Umno Bahagian Jerai mengagihkan sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada imam masjid berupa kurma, air zam zam dan pakaian. – BERNAMA
TOP
Hishammuddin Minta Media, Umum Tak Adili Rizalman
MELAKA – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di ‘mahkamah media dan umum.’
Beliau berkata tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan.
“Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.
“Ini berkaitan keadilan… keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Hishammuddin juga berkata kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.
“Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara,” katanya.
Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.
Pada majlis itu, Hishammuddin menyampaikan sumbangan baju kurung dan wang tunai kepada 48 penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah. – BERNAMA
TOP
160,000 Pekebun Kecil Getah Terima Bantuan RM500
PEKAN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) setakat ini telah membayar Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah sebanyak RM500 seorang kepada lebih 160,000 orang pekebun kecil getah yang terjejas ekoran kejatuhan harga getah di pasaran dunia.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata proses pembayaran itu dijangka selesai dalam masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebelum sambutan Aidilfitri.
“Pemberian Bantuan Khas ini merupakan langkah segera yang telah diambil untuk meringankan beban kos sara hidup pekebun kecil getah dan penoreh yang terjejas akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada masa ini,” katanya.
Beliu berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dividen Risda yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
Pada majlis itu Najib turut menyampaikan bantuan khas tersebut kepada kira-kira 30,000 pekebun kecil getah dan penoreh bukan pemilik yang terjejas di negeri Pahang.
Dalam pada itu Shafie berkata dalam usaha meningkatkan produktiviti pekebun getah, Risda menggalakkan pekebun getah memfokuskan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP) kepada pekebun getah menerusi gerakan membaja, kempen penggunaan bahan rangsangan dan kempen penorehan yang betul.
“Menerusi amalan ini, produktiviti dapat ditingkatkan dan ini dapat mengimbangi pendapatan pekebun kecil walaupun harga getah menurun,” katanya.
Beliau juga turut mengingatkan kepada pekebun kecil agar tidak terpengaruh dengan tohmahan pihak pembangkang yang mendakwa pemberian bantuan itu hanya bersifat sementara.
“Kerajaan akan terus komited membantu para pekebun kecil getah tidak kira dalam waktu susah atau senang kerana kita menghargai usaha pekebun kecil ini yang merupakan penyumbang utama kepada peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya.
Sementara itu rata-rata penerima Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah kepada pekebun kecil dan penoreh bukan pemilik yang dibayar sekali sahaja sebanyak RM500 daripada kerajaan hari ini menarik nafas lega dengan bantuan yang diberikan.
Nariah Mohd, 56, dari Kampung Paya Bungor berkata dengan bantuan itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian dan membuat persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.
“Sejak harga getah jatuh, hidup saya sekeluarga agak susah, saya terpaksa mencari pendapatan sampingan dengan membuat kuih raya moden dan tradisional untuk menampung kos seharian.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada kerajaan dengan pemberian RM500 boleh lah saya buat simpanan sikit untuk menyambut Hari Raya nanti,” katanya kepada Bernama.
Bagi Mahat Awang Nama, 59, dari Kampung Belimbing, Pekan berkata buat pertama kalinya pada tahun ini beliau mendapat bantuan RM500 itu selepas kerajaan mengumumkan untuk turut memberikan bantuan tersebut kepada penoreh yang menoreh di tanah orang lain.
“Saya bersyukur tahun ini kerajaan tidak mengetepikan kami golongan yang menoreh di tanah milik orang lain. Jika tiada bantuan seperti ini mungkin sambutan Hari Raya tahun ini agak suram,” katanya yang mempunyai masalah pendengaran. – BERNAMA
TOP
Anak Penyanyi Kumpulan Elite, Linda Rafar Meninggal Dunia
Sumber foto bm.therakyatpost.com
Takziah diucapkan kepada bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar kerana kehilangan orang tersayang sebentar tadi.
Anaknya yang kini berusia 12 tahun meninggal dunia akibat daripada ketumbuan kronik pada perutnya yang telah dikesan awal april lalu yang mana sehingga kini masih menjalani rawatan lanjutan.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Linda Raafar sengdiri menerusi Instagram bersama-sama dengan gambar anaknnya itu. - SiakapKeli.com

Susulan Kepada Wanita Dipukul Kerana Mencuri Kereta Mewah, Dia Dicucuh Besi Panas dan Disamun
Baru sahaja petang tadi SiakapKeli.com berkongsi satu video yang mana seorang wanita dipukul dalam kereta kerana mencuri kereta mewah Vellfire.
Lelaki yang memukul wanita itu sebenarnya adalah seoarang lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penyewa kereta yang mana kini telah menghilangkan diri.
Menurut maklumat yang SK perolehi, wanita yang menjadi mangsa hukuman diluar undang-undang itu telah parah dibelasah. Bukan setakat dipukul dan diterajang malah dia juga telah dicucuh besi panas pada lengan berkali-kali.
Selain daripada keganasan fizikal, wanita itu juga turut disamun. Tablet dan juga wang dalam akaun bank wanita tersebut telah diambil oleh lelaki berkenaan. Bagaimanapun mangsa telah membuat laporan polis dan suspek utama telahpun dikenalpasti dan kini dalam siasatan pihak polis. Menurut sumber, wanita berkenaan telah melakukan jenayah mencuri kereta kerana dipaksa oleh seorang lelaki berbangsa cina bagi menjelaskan hutang bekas suaminya. - SiakapKeli.com

Jewel & Ty Murray Bercerai Selepas 16 Tahun Kahwin
Jewel dan Ty akhirnya memutuskan untuk bercerai selepas 26 tahun bersama.
SELEPAS 16 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan Jewel dan Ty Murray membuat keputusan untuk bercerai. Menurut laporan Huffington Post, perkara itu dimaklumkan menerusi blog milik Jewel, 40, yang dimuat naik pada Rabu lalu dan berita itu benar-benar mengejutkan ramai pihak. "Saya dan suami sudah bersama selama 16 tahun tetapi kami memutuskan mahu bercerai. "Kami selalu cuba memperbaiki rumah tangga kami tetapi gagal. Demi menjaga perhubungan bersama, lebih baik kami berpisah. "Sekurang-kurangnya masih ada rasa kasih sayang di antara saya dan Ty. Semua ini adalah demi anak kami, Kase yang masih lagi kecil," katanya. Pasangan ini telah berkahwin di Bahamas pada tahun 2008 selepas menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun.

Dua Ditahan Terlibat Sindiket Jual Pasport Malaysia
Aloyah Mamat
PUTRAJAYA: Dua lelaki rakyat tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket menjual pasport Malaysia kepada warganegara asing, pada Khamis. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat berkata, tangkapan itu dilakukan menerusi satu operasi khas dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Puchong, Selangor. Beliau berkata, kedua-dua individu terbabit masing-masing berusia 29 tahun ditahan antara pukul 10 malam dan 12 tengah malam. "Sindiket mula dijejaki hasil daripada tangkapan empat lelaki warga Sri Lanka dan tiga wanita rakyat Malaysia pada 1 Januari lalu yang mahu berlepas ke Tehran melalui KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur). "Sindiket dikesan mempunyai rangkaian antarabangsa yang menguruskan dokumen perjalanan untuk ke negara tertentu," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, Jumaat. Aloyah berkata, seorang daripada individu yang ditahan ketika sedang cuba memberi rasuah bagi tujuan mendapatkan pasport Malaysia untuk kegunaan warga asing. Katanya, Jabatan Imigresen turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM70,000 yang dipercayai merupakan bayaran untuk mendapatkan pasport berkenaan. “Tangkapan dibuat bersama SPRM maka kita serahkan kepada mereka untuk menjalankan siasatan,” katanya. Menurut Aloyah, ia merupakan salah satu langkah proaktif dalam menangani isu sindiket yang menggunakan maklumat warga tempatan untuk tujuan mendapatkan pasport Malaysia bagi warga asing berhijrah ke negara tertentu. “Saya ingin menyeru kepada semua warga Malaysia supaya berhati-hati dengan dokumen pengenalan diri dan ada pihak yang cuba untuk menghubungi bagi mendapatkan maklumat peribadi. “Pasport kita mengikut standard ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) dan diiktiraf serta diperakui oleh antarabangsa. Warga Malaysia masih lagi bebas (menggunakan pasport) tanpa diragui,” katanya.

Padah Cederakan Pekerja Asing, Pengawal Keselamatan Dipenjara, Denda
KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dipenjara enam hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kilang, minggu lepas.
Majistret Saifulakmal Said menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Salehuddin Abd Raoh, 25, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, Selasa lepas.
Mohd Salehuddin didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan sebatang besi terhadap Shahrul Nizam Shahimin, 29, di satu alamat di Jalan Taman Sri Sentosa, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama dekat sini pada 9 malam, 28 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.
Sebelum menjatuhi hukuman, Saifulakmal sempat memberi amaran kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam supaya bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah peribadi.
Hukuman penjara enam bulan dikenakan jika gagal mebayar denda.
Berdasarkan fakta kes, Mohd Salehuddin bersama dua lagi rakannya pergi ke rumah Shahrul Nizam dan memukul mangsa di bahagian kepala dan badan dengan batang besi sehingga mengalami kecederaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping.
Dalam pada itu, seorang pengumpul barang kitar semula dijatuhi hukuman denda RM2,000 kerana memiliki sebilah pisau pemotong kertas di tempat awam.
Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhi hukuman itu terhadap Mohamad Rostan Mohamad Airah, 35, selepas dia mengaku bersalah memiliki pisau berukuran 23 cm itu.
Dia melakukan kesalahan itu di belakang sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada 3.45 petang, 2 Julai lepas.
TOP
Umat Islam Elak Terjebak Militan Dan Sikap Keterlaluan - PM
Najib menyampaikan sumbangan kepada warga emas, fakir miskin dan ibu tunggal selepas menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Muhajirin, Batu Lapan, Lepar di Pekan, malam Sabtu. Foto BERNAMA
PEKAN: Umat Islam di negara ini dinasihat agar tidak terjebak dengan kegiatan militan dan kefahaman yang keterlaluan kerana hanya akan memburukkan imej agama Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sikap militan dan keterlaluan dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai atas nama agama adalah ditegah sama sekali. "Sedangkan dalam peperangan pun kita tidak dibenar membunuh nyawa orang awam apatah lagi mengambil nyawa sendiri dan orang yang tidak berdosa. Sudah tentu perbuatan itu akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada keluarga tetapi agama Islam sendiri," katanya ketika berucap di majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal di Masjid Al-Muhajirin, Batu 8, Lepar pada Sabtu. Terdahulu, beliau menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah bersama-sama penduduk kampung. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata Islam sentiasa mengalakkan umatnya bersederhana dalam segala aspek kehidupan dan ummah di negara ini seharusnya bersyukur kerana mampu hidup dalam keadaan aman selain memiliki kerajaan yang mampu melakukan perubahan menyeluruh. Beliau berkata, apabila keadaan aman dan stabil, kerajaan mampu merencana pertumbuhan negara. Selain itu, katanya, kesederhaan yang diamalkan Malaysia mendapat pujian negara Islam lain, termasuk Arab Saudi, seperti jemaah haji Malaysia adalah antara yang terbaik dan harus dicontohi. "Ia mencerminkan kefahaman kita terhadap agama Islam amat baik kerana mampu mematuhi undang-undang dan peraturan serta saling menghormati. "Jika kita mengamalkan Islam sedemikian, maka orang akan lebih hormati kita," katanya.
PEKAN: Umat Islam di negara ini dinasihat agar tidak terjebak dengan kegiatan militan dan kefahaman yang keterlaluan kerana hanya akan memburukkan imej agama Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sikap militan dan keterlaluan dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai atas nama agama adalah ditegah sama sekali. "Sedangkan dalam peperangan pun kita tidak dibenar membunuh nyawa orang awam apatah lagi mengambil nyawa sendiri dan orang yang tidak berdosa. Sudah tentu perbuatan itu akan memberi kesan buruk bukan sahaja kepada keluarga tetapi agama Islam sendiri," katanya ketika berucap di majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal di Masjid Al-Muhajirin, Batu 8, Lepar pada Sabtu. Terdahulu, beliau menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah bersama-sama penduduk kampung. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim. Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata Islam sentiasa mengalakkan umatnya bersederhana dalam segala aspek kehidupan dan ummah di negara ini seharusnya bersyukur kerana mampu hidup dalam keadaan aman selain memiliki kerajaan yang mampu melakukan perubahan menyeluruh. Beliau berkata, apabila keadaan aman dan stabil, kerajaan mampu merencana pertumbuhan negara. Selain itu, katanya, kesederhaan yang diamalkan Malaysia mendapat pujian negara Islam lain, termasuk Arab Saudi, seperti jemaah haji Malaysia adalah antara yang terbaik dan harus dicontohi. "Ia mencerminkan kefahaman kita terhadap agama Islam amat baik kerana mampu mematuhi undang-undang dan peraturan serta saling menghormati. "Jika kita mengamalkan Islam sedemikian, maka orang akan lebih hormati kita," katanya.
TOP
Pesakit JE Muhammad Ammar Bertambah Baik
Muhammad Ammar ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Bayan Lepas pada Isnin lalu.
KEPALA BATAS: Keadaan kesihatan Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) menunjukkan perkembangan baik apabila kurang diserang sawan berbanding sebelum ini. Menurut ibunya Haniza Ayub, 40, sejak Jumaat anak sulungnya itu tidak kerap diserang sawan malah memberi respons apabila dipanggil. "Alhamdulillah, Ammar menunjukkan perkembangan yang baik walaupun keadaannya belum stabil dan masih dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) sebuah hospital swasta di Bayan Lepas tetapi dia mampu memberi respons. "Menurut doktor yang merawatnya, keadaan perubatan Ammar juga menunjukkan perubahan positif dan petang tadi hospital sekali lagi melakukan imbasan (X-ray) untuk melihat perkembangannya dan saya difahamkan keputusan akan diketahui malam ini," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Umno Bahagian Kepala Batas yang turut dihadiri anggota Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di sini malam Sabtu. Pada majlis itu, Umno Bahagian Kepala Batas mengadakan majlis solat hajat untuk Muhammad Ammar Muqrish dan turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Haniza yang akan digunakan untuk membayar rawatan perubatan. Haniza yang bekerja kilang berkata serangan virus JE itu juga menyebabkan anaknya yang dijadual menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September nanti terpaksa ditangguhkan. "Dia seorang murid yang bijak dan saya tahu beliau telah membuat persiapan dan mengulang kaji pelajaran untuk menduduki UPSR, jadi saya berdoa agar Ammar dapat sembuh dengan segera," katanya sebak. Katanya, mereka sekeluarga juga berasa sebak menyambut Ramadan pada tahun ini kerana terkenangkan anaknya yang masih tidak sedarkan diri akibat virus berkenaan. Beliau berkata, Muhammad Ammar Muqrish mula belajar berpuasa sejak berusia lima tahun dan tidak pernah ketinggalan berpuasa serta sangat gembira setiap kali bulan Ramadan. Isnin lepas, akhbar melaporkan seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqnish disahkan dijangkiti virus JE dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Lepas, dekat sini. Dua hari kemudian seorang kanak-kanak perempuan Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan turut disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.

Kakitangan APMM Jual Maklumat Akan Dibuang Kerja
TAWAU: Anggota dan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan berdepan tindakan tegas termasuk dibuang kerja jika didapati menjual maklumat negara kepada pihak luar, katanya Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish.
Beliau berkata tindakan sama juga akan dikenakan kepada anggota dan pegawai yang melakukan sebarang perkara menyalahi undang-undang dengan menyebelahi pihak berkepentingan sendiri.
"Kita sentiasa memberi perhatian khusus mengenai perkara ini. Sekiranya kita dapat buktikan penglibatan mana-mana anggota atau pegawai dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," katanya pada sidang media sempena majlis berbuka puasa bersama warga APMM Tawau malam Jumaat.
Beliau berkata pihaknya juga telah membari arahan kepada ketua wilayah, daerah dan pangkalan APMM agar sentiasa memantau anggota mereka agar tidak terlibat dalam aktiviti seperti itu.
TOP
Empat Disyaki Anggota Kanan LTTE Ditahan
Pegawai Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman menahan tiga daripada empat individu yang disyaki anggota kanan LTTE di Lembah Klang pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu yang disyaki anggota kanan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam tiga serbuan di Lembah Klang pada Khamis lalu. Suspek dikatakan merancang untuk mengaktifkan semula kumpulan pengganas itu dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan baharu untuk operasi mereka. Penangkapan keempat-empat suspek di Serdang, Sentul, Sungai Besi dan Kuala Lumpur pada Khamis menjadikan jumlah warganegara Sri Lanka yang ditahan di sini sejak dua bulan lalu kepada tujuh orang. Tiga suspek berjaya ditahan pada 15 Mei lalu. Penangkapan itu dilakukan dalam usaha memburu anggota militan yang dikaitkan dengan kumpulan Abu Sayyaf dan Isil. Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman masih merahsiakan nama keempat-empat suspek tetapi mengesahkan salah seorang anggotanya pakar dalam membuat bom. Seorang lagi anggota kanan itu dilaporkan terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999. Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 32, 37, 43 dan 45 tahun dan dipercayai terlibat dalam beberapa siri keganasan di Sri Lanka. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keempat-empat suspek juga dipercayai cuba mengaktifkan semula kumpulan pengganas itu. "Pakar membuat bom itu turut memegang kad UNHCR. Seorang lagi suspek berjaya ditahan bersama rakannya pada pada Mei lalu. Mereka terlibat dalam serangan yang berjaya digagalkan di Chennai dan Bangalore, India baru-baru ini. Namun seorang lagi suspek didakwa mengumpul dan menyebarkan maklumat kepada rangkaikan LTTE," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Sumber mendedahkan semua suspek berada di dalam negara sejak 2009 dan mereka sangkat dihormati di kalangan anggota LTTE. "Keempat-empat suspek merupakan ahli LTTE sejak awal 1990-an. Salah seorang daripadanya menyertai kumpulan tersebut sejak remaja. "Mereka datang ke Malaysia berikutan tindakan keras tentera Sri Lanka memerangi kumpulan tersebut dan merancang serangan dari Malaysia sambil berusaha mengaktifkan gerakan tersebut," kata sumber. Khalid mengesahkan antara barangan yang dirampas adalah sejumlah besar pasport Malaysia yang dipalsukan bersama-sama dengan setem palsu dari Jabatan Imigresen dan beberapa kedutaan asing. Difahamkan salah seorang suspek yang diberkas turut terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia berikutan penemuan sejumlah pasport palsu yang ditemui dari salah satu tempat persembunyian mereka. "Permit pekerjaan Perancis dan beberapa permit dari negara lain turut dirampas dari salah satu tempat persembunyian mereka. "Polis percaya suspek sedang bekerjasama dengan sindiket pemalsuan di dalam negara," kata sumber itu. Menurut Khalid, daripada 14 anggota LTTE yang ditahan pada tahun ini, tujuh daripada adalah pemegang kad UNHCR. "Kami memandang serius perkara ini kerana ada segelintir pihak cuba menjadikan Malaysia, lokasi transit, persembunyian dan pangkalan baharu untuk operasi mereka. "Adalah lebih mengejutkan segelintir mereka mengeksploitasi status pelarian UNHCR untuk mengelak daripada ditahan. "Negara ini bukan tempat selamat untuk pengganas," katanya.

Jenazah Koperal Che Mohamad Fatanah Dikebumi Di Pasir Putih
Kejadian kereta perisai ATM terbalik di Kuala Kangsar yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu.
BESUT: Jenazah Koperal Che Mohamad Fatanah Che Ismail yang maut akibat kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beliau naiki terbalik dekat bandar Kuala Kangsar, Perak petang semalam dikebumikan, Jumaat. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Telaga Papan dekat Semerak, Pasir Putih, Kelantan tengah hari tadi. Jenazah Allahyarham yang dibawa dengan kereta jenazah dari Kuala Kangsar dimandi dan disembahyangkan di rumah neneknya Setawa Awang, 70. Turut hadir, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Ab Rahman dan Panglima 8 Briged, Brig Jen Datuk Azmy Yahya. Allahyarham adalah antara dua anggota ATM yang maut dalam kejadian kira-kira 6.35 petang itu di Km 232 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan. Koperal Che Mohamad Fatanah, 32, meninggal ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar. sementara rakan setugasnya, Sarjan Bayong Burma maut ditempat kejadian. Dua lagi rakan mereka cedera. Difahamkan mereka sedang berkonvoi dalam perjalanan dari Kem Rejimen Ke-3 Kor Armor Diraja, Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah menuju Gemas, Negeri Sembilan. Isteri Allahyarham, Fatihah Ismail, 28, berkata, beliau kali terakhir bertemu suamainya sebelum arwah keluar rumah untuk menjalani latihan ke Gemas, kira-kira pukul 6.30 pagi selepas bersahur pada Khamis. Seterusnya, beliau bercakap dengan suaminya menerusi telefon bimbit kira-kira pukul 5.30 petang ketika suaminya dalam perjalanan ke Gemas. "Dia berpesan kepada saya supaya berhati-hati ketika memandu untuk pergi mengajar," katanya yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani.

Hina Nabi: Gabungan NGO Islam Sabah Buat Laporan Polis
KOTA KINABALU: Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Islam Sabah (Concerns) pada Sabtu membuat laporan polis terhadap seorang anggota Parti Reformasi Negeri (Star) kerana mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW serta agama Islam.
Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Concerns, Sainuri Yahmin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10.30 pagi terhadap anggota parti berkenaan, David Orok.
"Kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh individu tidak bertanggungjawab ini adalah serius dan sengaja dibuat untuk membangkitkan kemarahan umat Islam selain kekecohan dan perpecahan kaum," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
David juga merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Sulaman pada pilihan raya umum lalu.
Sainuri berkata beliau mewakili gabungan itu dan umat Islam meminta agar polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan segera serta tegas ke atas David.
Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno Putatan turut membuat laporan polis berhubung insiden sama.
Ketuanya Ir Shahelmey Yahya berkata tindakan David itu dikhuatiri akan mencetus perbalahan antara masyarakat berlainan kaum dan agama.
TOP
Jurukimpal Bunuh Pemandu Teksi Ditahan
KUALA LUMPUR: Tindak balas pantas daripada orang ramai dan polis membawa kepada penangkapan seorang jurukimpal yang juga pemandu teksi berusia 39 tahun kerana didakwa mengelar seorang pemandu teksi sehingga mati dekat Jalan Pudu Ulu Cheras di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata polis dikejarkan ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh orang awam mengenai insiden yang berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi Sabtu.
"Kami menjumpai seorang pemandu teksi berusia 63 tahun terbaring berlumuran darah di tepi jalan raya, tidak jauh dari tempat suspek ditahan.
"Siasatan awal mendapati jurukimpal itu adalah penumpang teksi mangsa. Kami pecaya pergelutan tercetus antara kedua-dua lelaki itu berhubung tambang," katanya ketika dihubungi.
Mohan berkata polis tidak menolak kemungkinan bahawa jurukimpal itu cuba merompak pemandu teksi yang sedang memandu.
Dalam perkembangan berasingan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata jurukimpal itu sebelum ini dikehendaki kerana memiliki ketamin dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tetapi keputusan ujian dadah ke atasnya negatif.
"Kami berjaya menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakannya untuk membunuh pemandu teksi itu.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat," katanya.
TOP
Dua Mayat Ditemui Dengan Kesan Tikaman
BUTTERWORTH: Dua mayat dipercayai warga asing ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi landasan keretapi di Kampung Jawa, Perai di sini pagi Sabtu.
Jurucakap polis berkata mayat ditemui kira-kira pukul 9.15 pagi berdekatan antara satu sama lain.
"Satu mayat ditemui dengan lapan kesan tikaman di dada, perut, tangan, belakang serta bahu, manakala satu lagi terdapat kesan kelar di leher dan tikaman di dada, rusuk dengan perut terburai," katanya.
Dua buah basikal turut ditemui berhampiran mayat yang dipercayai milik mangsa.
Pihak polis percaya kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari kilang tempat mereka bekerja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-dua mayat.
"Kita sedang siasat motif kejadian dan kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.
TOP
2 Warga Filipina Lemas Dalam Minyak Sawit
BINTULU: Dua pekerja warga Filipina mati lemas dalam tangki simpanan minyak di sebuah kilang kelapa sawit di zon perindustrian Kidurong pada Jumaat.
Jermie Onggolan Otat, 24, dan Rudolfo Jr Bation, 30, terjatuh dalam tangki itu, yang mengandungi air ketika melakukan kerja-kerja kimpalan.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.16 malam dan mengambil masa 15 minit mengeluarkan kedua-dua mangsa.
"Kedua-dua mayat sudah dihantar ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat," katanya.
TOP
Ubat RM12.4 Juta Dirampas Di KLIA
KUALA LUMPUR: Cawangan Penguat kuasa Farmasi Selangor dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas 181 jenis ubat-ubatan bernilai RM12.4 juta dalam serbuan di sebuah gudang penyimpanan di Hab Antarabangsa Kawasan Perdagangan Bebas, KLIA, Sepang, bulan lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata serbuan pada 6 Jun lalu dijalankan selepas gudang itu didapati mengendalikan ubat-ubatan perangsang seks tidak berdaftar dan ubat-ubatan preskripsi untuk pasaran antarabangsa.
Kebanyakan yang dirampas adalah ubat generik bagi rawatan mati pucuk, seperti sildenafil, tadalafil, dan juga ubat lain seperti ubat generik untuk darah tinggi, antikolestrol dan antibiotik," katanya pada Sabtu.
Katanya pengedaran ubat-ubatan itu didalangi sindiket yang membabitkan syarikat-syarikat yang beroperasi di India, Singapura dan Malaysia.
Pesanan pelanggan dibuat secara online dengan domain yang berpusat di London. Ubat-ubatan ini dihantar oleh pengilang di India melalui pesanan sebuah syarikat di Singapura dan maklumat pelanggan serta alamat hantaran, kebanyakan di Amerika Syarikat dihantar oleh syarikat di India kepada ejen di Malaysia melalui e-mel, katanya.
Gudang yang diserbu di Malaysia bertindak sebagai hab penyimpanan dan pembungkusan ubat-ubatan sebelum ia dihantar kepada pelanggan di Amerika Syarikat melalui pos bungkusan yang diikrarkan sebagai 'Health Supplement', katanya.
Dr Noor Hisham berkata, sindiket itu beroperasi di Malaysia sejak pertengahan Mac tahun ini dengan bilangan bungkusan yang dihantar melebihi 1,000 bungkusan sehari.
Beliau berkata, syarikat yang beroperasi di Malaysia menyediakan pekerja yang terlatih untuk memberikan perkhidmatan menyemak e-mel, memilih, melabel ubat dan membuat tugas-tugas pembungkusan dan penghantaran.
Dr Noor Hisham berkata, ubat-ubatan yang dirampas bukan sahaja melanggar Akta Racun 1952, Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, tetapi juga melanggar Akta Hak Cipta 1987 kerana beberapa ubat-ubatan untuk rawatan mati pucuk masih berpaten.
"Siasatan lanjut akan dijalankan dan orang perseorangan dan syarikat yang didapati bersalah akan dituduh di mahkamah," katanya.
TOP
46 Jururawat India Terperangkap Di Iraq Dibebaskan
SERAMAI 46 jururawat warga India yang terperangkap dalam pertempuran antara pejuang jihad dan tentera kerajaan Iraq telah dibebaskan pada Jumaat.
Pihak berkuasa India berkata, mereka yang terperangkap di Bandar Kurdis Irbil itu telah diserahkan kepada wakil kerajaan India untuk dibawa pulang pada Sabtu.
Kesemua 46 jururawat terbabit terperangkap di dalam hospital selama seminggu di utara Tikrit iaitu sebuah bandar yang telah dirampas oleh pejuang jihad. "Semua 46 jururawat di Iraq telah selamat," kata Ketua Menteri Kerala, Oommen Chandy. Tambahnya, dia membuat pengumuman itu selepas memastikan kesemua mereka telah selamat berada di lapangan terbang untuk dibawa ke India.

Felda Keluarkan Graphene Akhir Tahun
JEMPOL: Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) akan memulakan pengeluaran 'graphene' apabila kilangnya yang dalam pembinaan di Cambridge, London siap Oktober depan.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata pengeluaran produk nano karbon 'graphene' ini dijangka bermula hujung tahun ini atau awal tahun depan.
"Kita telah wujudkan syarikat di mana FGV memiliki 70 peratus sahamnya. Kita juga telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan beberapa syarikat untuk penjualan bahan ini. Ia melibatkan pelaburan sebanyak 20 juta pound," katanya kepada pemberita di sini, malam Jumaat.
Beliau ditemui selepas majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Felda dan Parlimen Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berangkat ke majlis itu.
Mohd Isa mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala semalam bahawa kerajaan menyasarkan untuk menjana pendapatan sebanyak RM9 bilion dan mewujudkan 9,000 peluang pekerjaan hasil daripada penggunaan produk nano karbon 'graphene' menjelang 2020.
Mohd Isa yang juga anggota Parlimen Jempol berkata, Felda melibatkan diri dalam pengeluaran produk nano karbon 'graphene' ini kerana pulangannya sangat baik memandangkan harganya tinggi.
Graphene dikenal pasti sebagai bahan yang dapat menawarkan prestasi terbaik dalam pelbagai aspek kerana ia merupakan sebatian terkuat, paling nipis dan kristal anjal serta dapat membawa arus elektrik lebih baik daripada bahan sedia ada.
TOP
Hishammuddin Minta Rizalman Tak Diadili Sebelum Keputusan Mahkamah
Hishammuddin (kanan) bersalaman dengan tetamu ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan, anak yatim serta warga emas di kediaman Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron di Melaka, Sabtu. Foto BERNAMA
MELAKA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.' Beliau berkata, tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan. "Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala. "Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara pada Sabtu. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Hishammuddin juga berkata, kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil. "Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya. Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas. Pada majlis itu, Hishammuddin menyampaikan sumbangan baju kurung dan wang tunai kepada 48 penghuni Kompleks Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah.

Nazir Akan Lepaskan Jawatan CEO Untuk Jadi Pengerusi CIMB
Nazir Razak akan dilantik sebagai pengerusi baru Kumpulan CIMB mulai September ini.
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak akan melepaskan jawatannya untuk mengambil alih kerusi pengerusi kumpulan perbankan itu berkuatkuasa 1 September depan. Walaupun telah menerajui CIMB selama 15 tahun tetapi pada usia 48 tahun, beliau bakal mencatat sejarah sebagai salah seorang peneraju bank termuda di rantau ini. Nazir menyertai CIMB pada September 1989 sebagai eksekutif di Jabatan Hal Ehwal Korporat dan pada 1999 menjadi ketua pegawai eksekutifnya sehinggalah sekarang. Beliau kini akan mengantikan Tan Sri Md Nor Yusof yang akan bersara sebagai pengerusi kumpulan untuk menyertai Panel Penasihat Antarabangsa CIMB. Md Nor yang disifatkan oleh Nazir sendiri sebagai peneraju kepada pemodenan Kumpulan CIMB sebelum ini adalah ketua pegawai eksekutif Bank of Commerce dari 1986 hingga 2000 dan selepas itu sebagai pengerusi Kumpulan CIMB sejak Julai 2006. Bank of Commerce adalah merupakan salah satu daripada bank utama yang bergabung dan membentuk Kumpulan CIMB hari ini. CIMB dalam satu kenyataan menjelaskan yang CEO baru akan diumumkan sebaik sahaja urusan memperolehi kelulusan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara nama yang disebut-sebut bakal mengantikan tempat Nazir ialah Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz yang kini merupakan CEO CIMB Investment Bank. Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada langkah pembaharuan, satu jawatankuasa eksekutif yang terdiri daripada anggota-anggota lembaga pengarah akan dibentuk. Selaku pengerusi kumpulan, Nazir juga dijangka akan mempengerusikan jawatankuasa eksekutif ini yang akan memberi fokus kepada hal ehwal strategik utama. Nazir sendiri berpendapat selepas menerajui kumpulan perbankan itu selama 15 tahun, kini tiba masanya untuk muka baru mengambil alih dan menyuntik idea-idea baru dalam urus tadbir bank berkenaan. Nazir juga turut memberi penghormatan kepada Md Nor yang dianggapnya sebagai seorang mentor. "Banyak yang telah saya pelajari daripada beliau selama menerajui bank ini dan CIMB sangat bertuah kerana masih menerima bimbingannya atas kapasiti sebagai anggota panel penasihat antarabangsa," kata Nazir. Nazir juga memberi jaminan kepada kakitangan bank berkenaan yang beliau tidak berhasrat untuk meninggalkan CIMB sebaliknya akan terus memberi kerjasama kepada CEO yang baru nanti.

Jumlah Dagangan Januari-Mei Naik 10.2 Peratus Kepada RM597.22 Bilion
KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia bagi lima bulan pertama 2014 meningkat 10.2 peratus kepada RM597.22 bilion, berbanding tempoh yang sama setahun lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan pada Jumaat.
Ia berkata, eksport bagi tempoh itu juga naik sebanyak 13.5 peratus kepada RM319 bilion, manakala import berkembang 6.7 peratus kepada RM278.21 bilion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM40.79 bilion dicatatkan dalam tempoh tersebut.
Jabatan itu berkata, peningkatan ketara perdagangan dicatat dengan semua pasaran utama dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
"Pertambahan perdagangan dengan negara-negara Asean, Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat menyokong pertumbuhan dagangan itu.
"Eksport barangan pembuatan bagi tempoh berkenaan meningkat sebanyak 14.3 peratus kepada RM242.86 bilion, merangkumi 76.1 peratus daripada jumlah eksport," katanya.
Peningkatan eksport barangan pembuatan disumbangkan terutamanya oleh barangan elektrik dan elektronik sebanyak 14.4 peratus, khasnya litar bersepadu elektronik.
Eksport Malaysia ke negara Asean kekal kukuh, berkembang sebanyak 14.7 peratus kepada RM17.81 bilion merangkumi 27.4 peratus daripada jumlah eksport negara pada Mei tahun ini.
Penyumbang utama pertambahan itu adalah keluaran petroleum, barangan elektrik dan elektronik; minyak mentah, minyak sawit, makanan diproses, peralatan optik dan saintifik, produk plastik, peralatan mesin untuk industri khusus dan bahagian penting bagi litar bersepadu elektronik.
Jabatan itu berkata, eksport pada Mei berkembang sebanyak 16.3 peratus tahun ke tahun mencapai RM64.91 bilion dan import meningkat 11.9 peratus kepada M59.19 bilion daripada Mei, 2013, manakala lebihan dagangan meningkat dua kali ganda kepada RM5.72 bilion.
Jumlah import pada Mei 2014 bertambah 11.9 peratus kepada RM59.19 bilion daripada Mei tahun lalu.
"Ia disumbangkan oleh import barang perantara bernilai RM34.57 bilion, barang modal(RM8.39 bilion) dan barang pengguna(RM4.25 bilion).
"Barangan elektrik dan elektronik merupakan produk import utama di samping produk petroleum dan kimia," kata jabatan itu.
TOP
PKS Digesa Kembangkan Perniagaan Ke Luar Negara
KUALA LUMPUR: Usahawan tempatan digesa mengembangkan perniagaan mereka di luar negara dan tidak terlalu selesa dengan operasi domestik mereka.
Taikun hartanah, Tan Sri Liew Kee Sin, yang juga Pengerusi hakim Cabaran Inovasi PKS 2014 berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia cenderong untuk terlalu selesa dengan tahap perniagaan mereka berikutan pelbagai jenis bantuan yang diberikan kerajaan.
"Mereka mudah berasa puas dengan memiliki modal pasaran RM5 juta manakala modal pasaran PKS di Singapura dan Hong Kong pula berjuta-juta dolar Singapura atau dolar AS.
"Apabila anda ingin membeli sebidang tanah di London, anda terpaksa membelanjaka 500 juta pound dan dengan modal pasaran RM5 juta, anda tidak akan mampu membuat belian itu," katanya kepada pemberita pada pelancaran cabaran berkenaan di sini, Sabtu.
Liew yang juga Pengarah Eco World Development Group Bhd, menggesa golongan usahawan meningkatkan perniagaan mereka bagi memacu ekonomi serta membantu Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Peraduan yang dianjurkan Alliance Bank Malaysia Bhd itu bermula hari ini sempena Persidangan Usahawan Muda 2014, di mana 20 finalis akan menerima bimbingan daripada pemimpin perniagaan terkemuka serta peluang untuk memenangi hadiah sehingga RM600,000.
Sementara itu, penjual kasut secara dalam talian, Christy Ng, yang memenangi hadiah utama RM250,000 dalam peraduan itu tahun lalu, menggesa PKS menggunakan persaingan sebagai batu loncatan dalam industri.
"Tiada ada apa yang rugi jika PKS menyertainya. Selain itu ia adalah platform yang baik untuk mengenali diri serta berjumpa dengan usahawan terkemuka lain," katanya.
Ng berkata, jualan dan tempahan syarikatnya meningkat dua kali ganda dengan sebahagian besarnya dari seberang laut seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.
"Kami yakin prestasi kami tahun ini akan menjadi lebih baik, bukan sahaja disebabkan dana itu, tetapi juga daripada bimbingan, panduan dan publisiti yang diterima.
"Tidak penting sama ada anda menang atau tidak kerana banyak yang anda perolehi dengan menyertainya," katanya.
TOP
Gadis Liar Buat Seks Oral Kepada 24 Lelaki Demi Sebotol Minuman £2
Antara rakaman video menunjukkan seorang wanita melakukan seks oral bagi mendapatkan sebotol minuman secara percuma. Foto mallorcadiario
SATU rakaman video menunjukkan seorang pelancong wanita di resort percutian di Magaluf, Sepanyol melakukan seks oral kepada 24 lelaki, semata-mata mahu mendapatkan sebotol minuman beralkohol berharga £2.30 (RM12.57) secara percuma kini tersebar meluas di Internet. Aksi gadis liar yang dipercayai merupakan warga British di atas pentas menari itu meraih perhatian ramai termasuk deejay di sebuah kelab antara yang dipaparkan di dalam video terbabit. Sekumpulan lelaki muda dengan kebanyakan mereka melondehkan seluar untuk aksi seks oral itu. Reece Martini, yang mula memuat naik video berkenaan di Facebook berkata, dia tidak mempercayai terhadap sambutan yang diterima apabila video itu tersebar secara meluas dengan cepat. "Selepas memuat naik video itu semalam, saya menerima permintaan daripada 3,400 orang yang mahu menjadi rakan say dan, menerima 147 mesej dalam tempoh sejam," katanya dalam satu kenyataan. Beberapa sumber berkata, gadis liar itu mengambil bahagian dalam satu cabaran yang menawarkan sebotol minuman beralkohol. -metro.co.uk

TMJ Bakal Kahwini Gadis Dari Gombak
Gambar Tunku Ismail bersama Cik Khaleeda (kanan) diambil dari Facebook.
RUANG siber kecoh dengan berita perkahwinan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air. Difahamkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menamatkan zaman bujang baginda dengan seorang gadis dari Gombak, Selangor. Gadis yang berjaya mencuri hati Tunku Ismail dikenali sebagai Cik Khaleeda Bustaman dan pasangan tersebut dikatakan bertemu pada tahun lalu.
Cik Khaleeda Bustaman.
Walaupun spekulasi mengenai perkahwinan tersebut tersebar sejak beberapa bulan lalu, ia diperkukuhkan lagi dengan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan pada Khamis untuk membincangkan persiapan hari bahagia itu. Tunku Ismail dan Cik Khaleeda dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini. Cik Khaleeda yang berusia awal 20-an dikatakan menemani Tunku Ismail, 30, dalam beberapa acara rasmi yang dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Bagaimanapun Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta menunggu pengumuman rasmi.

Sebak Siti Nurhaliza, Tiada Dendam Terhadap Sharifah Aini
Siti terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham Sharifah Aini.
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menjelaskan dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap biduanita negara Datuk Sharifah Aini, 61, walaupun pernah terjadi krisis diantara mereka sebelum ini. Siti, 35, berkata, dia tetap menghormati biduanita tersebut sebagai seorang kakak yang banyak mengajarnya mengenai dunia muzik selain memberi jasa besar terhadap industri seni tanah air. "Yang dah lepas itu lepaslah. Saya tak simpan dalam hati dengan apa yang telah berlaku. Kali terakhir saya bertemu dengannya ketika beliau muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan imej bertudung," katanya. Siti ditemui di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sharifah Aini. Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain virus Influenza A H1N1. Siti dan Sharifah Aini sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai krisis sehingga membuatkan mereka tidak bertegur sapa.
salah satu foto Siti dan Allahyarham yang dirakamkan ketika sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010.
Bagaimanapun hubungan mereka kembali jernih selepas beberapa wartawan hiburan memainkan peranan untuk mejernihkan kembali hubungan mereka dan detik itu dirakamkan untuk satu sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010. Sementara itu, Siti yang ditemubual media selepas dia membacakan surah Yasin kepada Allahyarham dengan reaksi wajah yang cukup sedih sehingga membuatkan beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila bercakap mengenai biduanita itu. "Sejak disatukan bersama dalam sebuah sesi fotografi sebelum ini, hubungan kami seperti adik beradik. "Subhanallah, dia pergi ketika di bulan Ramadan dan ia berlaku hanya kepada insan-insan yang terpilih. "Terlalu banyak kebaikan beliau lakukan membuatkan saya begitu kagum dengannya. Bukan hanya saya, arwah ayah saya juga menyanjunginya," ujar Siti. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini sebelum solat Zohor pada Sabtu.

DBKL Akan Wujudkan Rumah Perlindungan Gelandangan - Ku Nan
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini, Sabtu.
Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.
"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.
"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.
Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan.
TOP
Rizalman Dijangka Diekstradisi Pada Isnin, Lapor NZ Herald
PETALING JAYA: Pegawai diplomatik, Muhammad Rizalman Ismail yang berhadapan dengan dakwaan kerana melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol di New Zealand akan dihantar ke negara itu pada Isnin.
Menurut New Zealand Herald, Pegawai Waran II itu dikatakan menjalani penilaian akhir pskiatrik pada Jumaat dan boleh dikeluarkan dari hospital pada hujung minggu.
"Kita hanya perlu mendapatkan keputusannya dan menunggu laporan doktor, dan dia boleh dibenarkan keluar dari hospital," kata seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan.
Doktor itu turut berkata, Rizalman akan dihantar semula ke New Zealand secepat mungkin sebaik sahaja penilaian kesihatannya selesai.
Herald turut melaporkan satu sumber sebagai berkata bahawa sebanyak empat tempat duduk telah ditempah untuk penerbangan ke Auckland pada malam Isnin walaupun tiada nama yang diberikan untuk tempahan berkenaan.
TOP
Najib Sedih Pemergian Sharifah Aini
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal pagi Sabtu.
"Saya sedih atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. al-Fatihah," katanya menerusi akaun Twitternya di sini.
Sharifah Aini yang menyambut hari lahir ke-61 pada Rabu lepas, meninggal dunia kira-kira pukul 1.26 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini kerana jangkitan paru-paru.
Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara sejak Selasa lalu setelah menghadapi kesukaran untuk bernafas.
TOP
Misha Omar Kerap Sakit Sejak Berkahwin
Misha Omar semakin bahagia sejak mendirikan rumah tangga bersama Firos. Foto AIZUDDIN AFIQ FIRABERI
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengakui sering jatuh sakit sejak bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly, 32, pada 2 Mei lalu. Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 32, berkata, dia berasa pelik dengan situasi itu namun menyifatkan ia mungkin sebahagian daripada dugaan daripada Tuhan dalam melayari kehidupan berumahtangga. "Pelik rasanya, sejak berkahwin, saya kerap sakit. Mungkin ini adalah ujian Allah supaya kita beringat-ingat atau mungkin juga gemuruh kahwin belum hilang lagi. "Sekarang ini saya mudah alah terhadap habuk sehinggakan mengalami masalah semput. Jadi bila tidak bekerja, saya banyak berehat di rumah sahaja," katanya kepada mStar Online. Ditanya mungkin rasa sakit itu berpunca daripada dirinya yang berkemungkinan besar sudah mengandung, Misha menafikannya. "Ishhh mana ada! Kami serahkan semua itu kepada Allah. Kalau ada, adalah. Kalau belum ada lagi, kami menikmati waktu bersama-sama sebelum kehadiran orang baru dalam keluarga kami," ujarnya. Sementara itu, Misha turut mengakui, sejak berkahwin, dia dan Fiross masing-masing mula menunjukkan sikap yang belum diketahui dan ia membuatkan mereka teruja untuk lebih mengenali antara satu sama lain. "Biasalah sebelum dan selepas kahwin lain situasinya. Lepas kahwin, macam-macam sikap buruk dan baik terkeluar. "Kadang-kami kami gelak dengan sikap baru itu, tetapi kami juga cuba bertolak ansur memperbaikinya agar masing-masing selesa hidup bersama. Tetapi saya tidak bolehlah nak dedahkan apa sikap buruk kami. Malulah," selorohnya. Dalam perkembangan lain, Misha bakal memulakan rakaman lagu untuk dimuatkan dalam album terbaharunya pada bulan ini.

Wanita Dakwa Dihubungi Mendiang Nenek Menerusi Gambar Selfie
Mihai percaya dia dihubungi mendiang neneknya dari 'alam lain' menerusi gambar selfie yang ditemui di dalam telefon bimbitnya. Foto CEN
SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari 'kubur' dengan mengirimkan gambar selfie. Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum 'di dalam kehidupan lain'. "Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal dunia di dalam telefon bimbit," katanya. Mihai berkata, di dalam gambar itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara yang hidup dan yang mati. Tambahnya: "Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana melakukan dosa. Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. - metro.co.uk

Chong Wei Cedera, Mungkin Tarik Diri Sukan Komanwel
PASIR MAS – Jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk mengetuai skuad badminton negara ke Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, bermula 23 Julai ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau menerima berita yang pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan yang menyebabkannya mungkin tidak dapat menyertai skuad negara ke Scotland.
“Saya ada terima berita dari Institut Sukan Negara (ISN) bahawa kecederaan yang dialami Chong Wei mungkin tidak dapat mengizinkan dia bermain di temasya Sukan Komanwel itu,” katanya kepada pemberita sebelum Majlis Pengagihan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Jias di sini, Jumaat.
Beliau berkata jika perkara berkenaan disahkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memikirkan strategi terbaik bagi menggantikan Chong Wei.
“Saya harap BAM akan dapat buat pilihan terbaik untuk menggantikan beliau dan pemain yang lain mestilah menunjukkan prestasi baik untuk menampung kehilangan Chong Wei terutama dalam acara berpasukan.
“Jika perkara ini betul dan disahkan ia merupakan kehilangan besar buat kita sebab kita harapkan beliau untuk dapat satu atau dua pingat emas,” katanya.
Adalah difahamkan pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan pangkal peha ketika beraksi pada Kejohanan Terbuka Indonesia di Jakarta bulan lepas dan kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan.
Adalah dipercayai pihak ISN telah memaklumkan kepada pemain itu bahawa penyertaannya dalam Sukan Komanwel kali ini merupakan ‘keputusan yang tidak bijak’ kerana beliau memerlukan rawatan secara terperinci.
Selepas Sukan Komanwel, Chong Wei juga dijadual menyertai Kejohanan Dunia di Denmark pada 25-31 Ogos ini sebelum menyertai Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, September ini. – BERNAMA
TOP
PUKUL BINI: Haliza Misbun Berdoa Adiknya Tabah Hadapi Ujian
Meskipun vokalis Awie Wings mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun, namun sebagai seorang kakak, pelakon Haliza Misbun percaya bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut.
“Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah.
“Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif,” katanya kepada Portal Murai.
Dalam pada itu, Haliza yang juga pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) juga turut melemparkan pandangan peribadi dari sisi seorang wanita mengenai isu ini.
Katanya, wanita perlu tahu hak mereka sebagai isteri SEBELUM mengambil keputusan untuk berkahwin.
“Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam ‘deklarasi harta sepencarian’ disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu.
“Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda,” katanya. – murai.com.my
TOP
Video: Jual Nasi Lauk Ayam dan Telur Untuk Orang Tak Puasa
Bulan Ramadhan banyak memberi rezeki-rezeki kepada peiaga makanaan. Jika ikhlas meniaga, pahala puasa pun dapat, pahala meniaga pun kita dapat.
Biasanya gerai-gerai makan akan dibuka seawal jam 3 petang dimana peniaga akan mula bersiap sedia dengan segala macam makanan. Bagaimanapun ada yang mengambil kesempatan memulakan perniagaan lebih awal dan untuk orang Islam yang tidak berpuasa.
Di Kedah, TV9 telah membongkarkan satu aktiviti perniaga makanan untuk orang Islam yang tidak berpuasa. Aktiviti tersebut dimulakan seawal jam 7.30 dengan menggunakan sebuah kereta diisi dengan makanan dalam bonet dan dijual di tepi jalan.
Menurut laporan itu sesiapa sahaja yang ingin membeli hanya perlu berhentikan kenderaan berhampiran dengan kereta peniaga berkenaan. Bagi penunggang motosikal biasanya dengan helmet dengan penutup muka yang gelap. Bagi pemandu kereta pula mereka hanya perlu membuka tingkap.
Siasatan menuntukkan yang perniagaan itu sangat laris sehingga hanya nasi bungkus lauk telur dan ayam sahaja yang tinggal menjelang tengah hari.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Ku Nan perlu bersih KL dari maksiat, judi dahulu
SHAH ALAM – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini menggesa agar kerajaan lebih mengutamakan operasi membanteras kegiatan judi dan maksiat di ibu kota dan bukannya menghalang mana-mana NGO yang ingin membantu golongan miskin di Kuala Lumpur.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, tindakan menyekat operasi badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi makan percuma kepada golongan miskin dan gelandangan itu hanya mendedahkan kelemahan kerajaan.
“Kenyataan menteri seolah-olah menunjukkan kelemahan unit penguatkuasaan jabatan-jabatan tertentu seperti Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas.
“Lebih baik menteri membasmi kegiatan kedai mesin judi, pelacuran dan perniagaan haram yang terbukti berleluasa di Kuala Lumpur sebelum membuat arahan kurang cerdik bagi menghalang mana-mana NGO juga sukarelawan yang ingin membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, bagi merealisasikan saranan Perkara, satu laporan polis telah dibuat terhadap pengusaha premis judi.
“Sebagai permulaan, kami ingin memaklumkan di sini, Wira Perkasa Negeri Sembilan telah pun membuat laporan polis agar tindakan lebih tegas diambil untuk pengusaha-pengusaha premis judi mesin di Negeri Sembilan.
“Ini bukti kami serius dalam isu ini dan kami harap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga serius seperti kami dalam membendung masalah ini yang banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat,” katanya.
Irwan berkata demikian bagi merujuk kepada arahan Tengku Adnan untuk menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan dari beroperasi dalam lingkungan dua kilometer dari pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.
Ku Nan dalam kenyataan tersebut berkata, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong, yang dibimbangkan akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.
Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap golongan pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.
Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan dari aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan bahawa kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenal pasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan.
Dalam masa yang sama, Tengku Adnan memberi penjelasan bahawa niatnya adalah untuk memperbetulkan keadaan dan membantu golongan tersebut mendapat kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Sinar Online
TOP
Tauke Mustika Ratu Sokong Jokowi
Pengarah Utama PT Mustika Ratu, Putri Kuswisnu Wardani punya cara tersendiri untuk menyokong calon presiden pilihannya Joko Widodo.
Putri rela meminjamkan rumah ibunya, Mooryati Soedibyo di Jalan Ki Mangunsarkoro, Menteng, di sini, untuk memenangkan Joko Widodo atau Jokowi.
“Dipakai sejak pemilihan (Jokowi sebagai) Gabenor (Jakarta) sehingga sekarang,” katanya seperti dipetik Tempo.com pada Sabtu.
Bukan itu sahaja, beliau berkata keluarganya juga menyediakan beberapa premis di daerah-daerah dalam usaha menarik sokongan terhadap Gabenor Jakarta itu.
Premis-premis itu, kata Putri, juga menghasilkan cenderahati untuk diagihkan kepada sukarelawan pasukan kempen Jokowi.
Beliau berkata beberapa bekas model Indonesia turut sama dilibatkan dalam kempen itu.
“Hasilnya cukup baik kerana Jokowi turut disokong oleh kalangan perempuan,” katanya.
Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan. ─ BERNAMA
TOP
Gambar Pengebumian Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia
Seperti sedia maklum, Datuk Sharifah Aini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat menghidap Fibrosis Paru-Paru sejak 2 tahun lalu.
Jenazah telah disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir di Masjid Taqwa TTDI sebelum dikebumikan pada jam 11.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Sumber: Melvister.com
Sumber: Melvister.com
TOP
Terowong Runtuh: Tindakan Terhadap Kontraktor Jika Cuai
KUCHING – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia boleh mengambil tindakan terhadap kontraktor terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Imbi yang runtuh jika didapati mereka cuai.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sekiranya ada kecuaian, kita minta CIDB ambil tindakan.
CIDB merupakan badan yang mengawal selia syarikat-syarikat kontraktor pembinaan dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tersebut.
Fadillah bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Geran Aktiviti/Ramadan Surau Dun Semariang, di sini hari ini.
Sementara itu, Fadillah berkata kementeriannya bersedia menawarkan kepakaran teknikal bagi membantu DBKL melakukan siasatan punca runtuhan itu.
“Saya sudah arahkan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk bincang melawat tapak kejadian dan lihat apa yang kita boleh bantu DBKL,” katanya.
Dalam kejadian Rabu lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat jalan itu runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah. – BERNAMA
TOP
Anak Dan Ibu Maut Dalam Nahas Dekat Semanggol
IPOH – Seorang bayi dan ibunya antara tiga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Km 202 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara dekat Semanggol awal pagi tadi.
Bayi berkenaan maut di tempat kejadian akibat tersepit manakala ibunya meninggal dunia di Hospital Taiping.
Kedua-duanya menumpang lori membawa tong gas yag dipandu suami wanita berkenaan, yang patah kakinya dalam kemalangan kira-kira 4.30 pagi itu.
Seorang lagi yang maut ialah kelindan sebuah lori simen.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila lori gas itu yang datang dari arah selatan melanggar bahagian belakang lori simen sehingga menyebabkan tong-tong gas bertaburan di atas jalan.
“Apabila terdengar bunyi dentuman kuat, pemandu lori simen memberhentikan kenderaannya sementara kelindannya turun untuk melihat apa yang berlaku apablia dia dilanggar sebuah kenderaan lain dan mati di tempat kejadian,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sementara itu sebuah kereta Proton Exora yang melalui jalan itu terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas setelah melanggar tong-tong gas yang bertaburan.
Pada masa yang sama sebuah kereta Toyota Wish yang dinaiki sebuah keluarga turut melanggar tong gas dan penghadang jalan, katanya.
Sementara sebuah kereta Mercedes yang dinaiki sepasang suami isteri pula melanggar pembahagi jalan.- BERNAMA
No comments:
Post a Comment