TOP
MH17: Perang di Ukraine terus halang usaha penyiasat antarabangsa masuk
THE HAGUE: Pertempuran antara tentera Kiev dan kumpulan pemisah, hari ini sekali lagi menghalang pasukan penyiasat antarabangsa untuk masuk ke kawasan pesawat MH17 yang jatuh ditembak di Ukraine, menurut kementerian kehakiman Belanda.
“Kumpulan pakar dari Belanda dan Australia tidak meninggalkan Donetsk ke kawasan kejadian itu di timur Ukraine.
“Ketika ini pertempuran kian memuncak di sekitar perjalanan ke kawasan pesawat terhempas itu,” kata kementerian berkenaan dalam kenyataannya. - AFP
TOP
50 rumah terbakar di Kampung Gentisan, Sepanggar
KOTA KINABALU: Kira-kira 50 buah rumah di Kampung Gentisan, Sepanggar, dekat sini, musnah terbakar dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah, berkata operasi memadam api masih dilakukan. Katanya, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.37 petang. - BH Online
TOP
Sepupu Hamid Karzai maut diserang penyerang bunuh diri
KANDAHAR: Sepupu kepada Presiden Afghanistan, Hamid Karzai maut selepas diserang seorang penyerang bunuh diri berhampiran bandar bergolak di selatan Kandahar hari ini, sekali gus meningkatkan ketegangan ketika menunggu keputusan pilihan raya.
Hashmat Karzai adalah pengurus kempen di Kandahar kepada Ashraf Ghani, seorang daripada dua calon presiden yang terbabit dalam kemelut penipuan yang mengancam Afghanistan ke kancah tidak stabil.
Hashmat Karzai yang terkenal kerana membela seekor singa dibunuh oleh seorang pengebom berani mati ketika pengunjung hadir ke rumah beliau bagi menyambut Aidilfitri.
Jurucakap gabenor wilayah Kandahar, Dawa Khan Minapal, berkata seorang pengebom berani mati menyamar sebagai tetamu ketika datang ke rumah beliau.
“Selepas memeluk Hashmat, pengebom meletupkan bahan peledak yang disembunyikan di dalam serbannya,” katanya.- BH Online
TOP
DAP 'Serang', Kutuk PAS
Anthony Loke
PETALING Jaya: PAS terus diserang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila wakilnya dengan lantang mencadangkan supaya parti itu membatalkan kerjasama politik antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Lebih memburukkan keadaan, apabila pemimpin DAP itu mengutuk saranan supaya PAS bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan di peringkat Selangor. "Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar daripada PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan Umno dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat yang jelas kepada PR dalam PRU-13. "Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk sekeras-kerasnya," kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada Selasa. Tegas Loke, kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu 'menjentik' DAP dan bukan Islam sekiranya PAS sudah berkuasa juga disifatkan sebagai sangat tidak bertanggungjawab. "DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Dr Mohd Zuhdi. Analisis sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS Pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur membelot kepercayaan rakyat. "Lebih mendukacitakan apabila beliau yang sepatutnya diamanahkan sebagai think tank kepada PAS boleh mengimaginasikan untuk 'menjentik' DAP, gereja dan bukan Islam apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan PAS for All?" soalnya. Mengulas lanjut Loke berkata, DAP mahu pimpinan PAS Pusat supaya mengambil pendirian tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Mohd Zuhdi. Sejak Isnin, pengguna media sosial dikejutkan dengan satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat yang dibocorkan mengenai maklumat kononnya PAS sedang mempertimbangkan untuk keluar daripada PR.- mStar.com.my

Risau isu tukar MB jejas penstrukturan semula air
MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan isu penukaran Menteri Besar Selangor akan menjejaskan rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di negeri itu yang kini sudah di peringkat akhir.
Beliau berkata, jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar, persoalan besar yang timbul ialah sama ada rundingan itu akan diteruskan atau dibatalkan.
Jika dibatalkan, katanya, ia bukan sahaja menjejaskan bekalan air kepada rakyat Selangor malah penduduk di kawasan Lembah Klang.
"Soal yang boleh timbul, yang rakyat Selangor harus tanya, kalau berlaku perubahan Menteri Besar, (adakah) kontrak yang telah dipersetujui ini terbatal ataupun tidak diteruskan, langkah-langkah untuk mengambil alih konsesi yang telah dirunding oleh kerajaan Selangor yang sedia ada ini juga terbatal?" katanya.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu Air Selangor berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Media di kediamannya di sini, hari ini.
Beliau berkata, Kerajaan Pusat sedang memerhati keadaan di Selangor dengan rapi kerana semua pihak, khususnya rakyat, mahu politik di negeri itu stabil dan
kerajaan pusat juga tidak mahu pelaksanaan projek Empangan Langat 2 terganggu.
Muhyiddin juga berharap hubungan baik yang dijalin Abdul Khalid dengan Kerajaan Pusat dapat diteruskan.
Selain itu, beliau berkata, isu berkenaan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berkaitan hala tuju kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.
"Apa akan jadi lepas ni? Abdul Khalid disokong oleh Pas tetapi tak disokong oleh pemimpin parti dia sendiri.
"Apakah (jawatan) MB Selangor itu hak milik PKR sahaja ataupun ia diputuskan atas muafakat PR?" soal beliau lagi. - BERNAMA
TOP
Kadar baharu tol di Tambak Johor tidak membebankan
Muhyiddin Yassin
MUAR - Kerajaan akan memastikan kenaikan kadar tol di Kompleks Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, tidak membebankan penduduk tempatan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri itu berkata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof telah diminta mengenal pasti dan menangani sebarang isu yang timbul berikutan kenaikan kadar tol di CIQ mulai 1 Ogos ini. "Kita tidak mahu meletakan bebanan tambahan kepada pengguna jalan tempatan," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Media di kediamannya di sini hari ini. Muhyiddin berkata tol tersebut hanya dikenakan bagi kenderaan masuk dan keluar melalui CIQ sahaja. Bagaimanapun, pengguna Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) sepanjang lapan kilometer tidak perlu membayar tol dan lebuh raya ini akan kekal percuma bagi penduduk Johor Bahru. Sabtu lepas, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh, mengumumkan kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks CIQ itu. Kadar baharu tol arah masuk Malaysia bagi kenderaan daripada kelas 1 hingga 5 masing-masing adalah RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50.- Sinar Online

(Video) Dia Dahulunya Seorang Gangster dan Tahukah anda Apakah yang Dia Lakukan Sekarang?
Tahukah anda yang lelaki ini pada dahulunya seorang gangster di Denmark? Bagaimanapun itu adalah sejarah lampaunya. Abderozzack Benarabe kini sedang berjihad di Syiria. Di sini SK kongsikan satu video dokumentari mentari menarik beliau yang sedang berjihad di Syiria.
Inilah yang dikatan berani pada masa dan tempat yang betul. Daripada membazir keberaniannya untuk kumpulan gangster yang boleh menyebabkan mati katak ketika pergaduhan lebih baik beliau mati syahid.
Ikuti dokumentari beliau.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Najib alu-alukan langkah UNSC usahakan gencatan senjata di Gaza
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalu-alukan gencatan senjata selama 12 jam yang diusahakan Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) di Gaza untuk membolehkan sukarelawan menghantar bantuan kemanusiaan.
"Saya menyambut baik gesaan UNSC bagi gencatan senjata dengan segera dan berkekalan di Gaza. Terlalu banyak nyawa yang tidak berdosa terkorban. Kami memerlukan komitmen ke arah keamanan," kata dalam Najib dalam laman Tweeter hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, yang kembali selepas lawatan enam hari ke beberapa negara di Timur Tengah, juga mengulangi gesaannya kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik supaya mematuhi gencatan senjata selama seminggu untuk membolehkan rundingan disambung semula.
Ban juga mengingatkan bahawa sebarang usaha ke arah keamanan yang tidak menangani punca konflik tidak akan berkesan, malahan hanya menjadi pentas bagi kitaran keganasan selanjutnya.
Menurut Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA), serangan terbaharu tentera Israel di Gaza, yang menjadi tempat tinggal bagi 1.8 juta rakyat Palestin, mengorbankan beratus-ratus orang dan beribu-ribu cedera.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang lain berkata angka kematian orang awam Palestin dalam serangan Israel telah melebihi 1,000 orang. - BERNAMA
TOP
Video: Gelandangan Ini Buat Sesuatu Diluar Jangkaan Setelah Menang Pertandingan Gusti lengan
Youtuber Model Pranksters telah merekod satu video yang mana mereka mengajak dua orang gelandangan untuk berlawan gusti lengan antara gelandangan. Gelandangan yang menang akan diberikan hadiah wang tunai.
Tetapi apa yang dilakukan oleh seorang gelanngan yang memenangi perlawanan gusti lengan tersebut adalah diluar jangkaan dan pasti akan mengupah tanggapan anda terhadap mereka.
- SiakapKeli.com
Post by Siakap Keli.
- SiakapKeli.com
TOP
MH17: 12 negara terbabit nahas setuju tubuh pasukan pendakwaan bersama
Foto - AFP
THE HAGUE: Ukraine dan 11 negara yang kehilangan warga dalam nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 bersetuju menubuhkan pasukan pendakwaan bersama bagi meneliti kemungkinan tuduhan jenayah. Pasukan itu turut merangkumi beberapa aspek lain termasuk meneliti punca nahas, siapa yang dipersalahkan dan mengecam identiti mayat mangsa. Semua negara berkenaan bertemu dalam mesyuarat di bawah Agensi Kehakiman Bersama Eropah (Eurojust) di The Hague, hari ini bagi membincangkan strategi bersama. Eurojust dalam satu kenyataan berkata, Belanda, Australia, Malaysia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, Kanada, New Zealand, Indonesia, Amerika Syarikat dan Ukraine bersetuju membentuk satu pasukan siasatan bersama. Bagaimanapun, perjanjian rasmi masih belum ditandatangani. Turut hadir pada mesyuarat itu adalah agensi polis antarabangsa (INTERPOL) dan polis serantau (EUROPOL). - AFP

'Pengkhianat' Porak-Perandakan PAS
PETALING JAYA: Pembocoran maklumat sulit berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai perbuatan khianat di saat banyak pihak meramalkan perpecahan bakal berlaku dalam pakatan pembangkang selepas Aidilfitri.
Kesal dengan kebocoran maklumat rahsia berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan individu yang menjadi dalang dalam parti itu jelas dibuat dengan niat jahat.
Penjelasan Nik Abduh berhubung kebocoran perbualan AJK PAS Pusat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jelas beliau, paparan skrin aplikasi WhatsApp yang seolah-olah menggambarkan seorang AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebagai penggerak disebalik cadangan berkenaan diambil dalam konteks yang tidak menyeluruh. "Itu pengkhianatan terbesar dalam PAS Pusat. Print screen perbincangan yang paling sulit dah rahsia. "Ayat Dr Zuhdi itu adalah dalam nada senario dan apabila diambil sekerat, maka jadi jahat maksudnya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu merupakan penjelasan berbentuk edaran dalaman mengenai kedudukan sebenar berhubung cadangan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, Mohd Zuhdi sendiri menerusi kenyataannya mengakui bahawa AJK PAS Pusat sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Paparan skrin perbincangan AJK PAS Pusat yang bocor kepada umum.
Akuinya, senario kemungkinan PAS bertekad untuk kembali bergerak tanpa sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dibincangkan secara terpeinci oleh Jawatankuasa PAS Pusat. Dedah Mohd Zuhdi, cadangan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat mula diusulkan oleh seorang pemimpin kanan mereka yang tidak dinamakan. Katanya lagi, cadangan berkenaan turut disokong oleh tidak kurang 10 AJK PAS Pusat yang dikatakan 'rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim'. Pendedahan ini merupakan penjelasan Mohd Zuhdi mengenai dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merangka strategi PAS di Selangor khususnya membabitkan krisis Menteri Besar negeri itu. Menerusi mesej itu, Mohd Zuhdi turut mencadangkan supaya PAS bergabung dengan Umno. Mohd Zuhdi yang secara tidak langsung mengakui kesahihan paparan skrin itu bagaimanapun menafikan beliau termasuk dalam senarai pimpinan PAS yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. "Ia (maklumat bocor) dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor. "Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Tambah Mohd Zuhdi, mesejnya dalam aplikasi itu hanyalah imaginasi beliau mengenai senario jika PAS benar-benar mahu meninggalkan Pakatan Rakyat. "Disebabkan permintaan tersebut (buat analisis senario) saya pun mula melakukan analisis ringkas dengan meramalkan senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR. "Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya. Dedah Mohd Marzuki lagi, kumpulan yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu turut mengusulkan supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini memberi fokus kepada isu masa depan parti. "Mereka menyambut usul keluar Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dengan ada yang menambah supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu Menteri Besar Selangor. "Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini," katanya. - mStar.com.my

PKR tuntut Hadi jawab dua perkara
Rafizi
SHAH ALAM - PKR hari ini meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian sama ada akan mengenakan tindakan disiplin ke atas Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki kerana mengutarakan cadangan yang didakwa mengkhianat PR. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan turut mempersoalan, berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat Pas yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti Dr Zuhdi supaya PR tahu pendirian mereka. "Kita mahu tahu dan bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada PR dalam perbincangan tertutup seperti ini? "Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan Pas di dalam PR yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam. "Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui PR, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam," katanya. Terdahulu, analisis senario politik PR di Selangor yang ditulis Dr Zuhdi di komunikasi Whatsapp grup AJK Pas Pusat bocor kepada umum. Menurut Rafizi, antara perkara yang dinyatakan Dr Zuhdi termasuklah supaya Pas mempertimbangkan untuk keluar PR dan bersama-sama Umno dengan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Malah, beliau mempertimbangkan juga supaya seorang Adun PKR melompat bersama-sama Pas keluar PR untuk bergabung dengan Umno demi mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Selain itu, dr Zuhdi turut didakwa menyatakan perancangan bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk menekan bukan Melayu. "Ayat yang digunakan olehnya bukanlah ayat yang membicarakan kemungkinan (atau senario), tetapi melambangkan sentimen kebencian dan semangat perkaumannya. "Dia juga secara tidak langsung menyatakan persetujuan kepada tindakan-tindakan yang diambil Jais terhadap penganut agama lain setakat ini," ujar Rafizi lagi. Selain itu, Dr Zuhdi turut didakwa merancang bagaimana menggunakan kuasa di Selangor hasil dari penggabungan dengan Umno dan Pas itu untuk mengubah persempadanan pilihan raya agar berat sebelah dan mengenepikan orang bukan Melayu. "Cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh Pas – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain," katanya. Tambah Rafizi lagi, lebih dikesali, Dr Zuhdi sedikit pun tidak menafikan menulis mesej itu malah cuba memberi pelbagai alasan. "Tidak kiralah apa alasan yang diberikan oleh Dr Zuhdi, kenyataan-kenyataan beliau yang berikut seperti di dalam komunikasi Whatsapp tidak boleh dinafikan lagi," katanya lagi. - Sinar Online

Bank di Bukit Sentosa Dibom Sekumpulan Penjenayah
Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai dibom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.
"Siasatan awal polis mendapati dua bom dipasang di kawasan kaunter pengeluaran wang yang mana salah satu bom itu telah meletup manakala satu lagi tidak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Katanya, bagaimanapun wang tunai di mesin ATM terbabit dipercayai tidak dilarikan penjen
Roslan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kumpulan suspek.
Sumber: myMetro online
Sumber: myMetro online
TOP
(Video) Polis traffik Ini Dituduh dan Diprovok Meminta Rasuah Tetapi Lihatlah Apa Reaksi Beliau
Tidak dapat dinafikan ramai di kalangan kita yang sering menuduh polis traffik menerima rasuah. Bagaimanapun sebelum ini SK sudahpun berkongsi beberapa video dan gambar yang memperlihatkan polis traffik tegas dan telus dalam menjalankan tugas mereka dan hal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada polis traffik.
Kali ini SK juga akan berkongsikan satu video yang mana memperlihatkan polis traffik yang boleh dibanggakan yang mana beliau telus dalam menjalankan tugas walaupun dituduh dan diprovok meminta rasuah oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.
TOP
Zayn Malik One Direction Terima Ugutan Bunuh Isu 'Tweet' Konflik Gaza
AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik menerima ugutan bunuh daripada peminatnya yang kecewa terhadap beliau kerana menulis tentang isu klonflik di Gaza di Twitter.
Penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi hastag #FreePalestine (#BebasPalestin) di akaun Twitternya yang mempunyai seramai 13 juta pengikut.
Tweet Zayn Malik diulang tweet (retweet) sehingga 130,000 kali.
Sebaik sahaja dia memuat naik status itu di Twitter, peminat-peminatnya di Israel mula menyerangnya dengan memberitahu dia "kill himself" (bunuh diri anda sendiri) malah terdapat kenyataan berbaur ugutan "Let me kill you." (Biarkan saya bunuh anda).
Seorang pengikutnya menulis: "Zayn should say what he said I mean if we're such a terrorists like he said why wouldn't we kill him for saying that @ zaynmalik." (Zayn tidak mengatakan apa yang dia katakan, maksud saya jika kita umpama pengganas seperti yang dia katakan, kenapa tidak kita membunuh dia kerana berkata begitu @zaynmalik.)
Manakala yang lain menyatakan bahawa dia akan kehilangan semua peminatnya dari Israel.
Zayn bagaimanapun bukan merupakan selebriti pertama yang dikritik kerana menunjukkan sokongan buat rakyat Palestin. Penyanyi pop, Rihanna turut pernah dikritik kerana menulis #FreePalestine di akaun Twitternya yang diikuti seramai 36.4 juta pengikut, beberapa minggu lalu.
Rihanna turut mengalami nasib yang sama seperti Zayn apabila dikritik kerana mengeluarkan status berkenaan di Twitter. - mirror.co.uk
TOP
Cucuk Cebisan Daging Mangsa MH17 Dengan Kayu Ditegur Menteri
KUALA LUMPUR — Pengamal media perlu bertanggungjawab ketika membuat liputan tragedi MH17 dan mengelak sebarang perbuatan yang boleh menggores hati anggota keluarga mangsa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sebagai mengulas kritikan warga siber terhadap seorang wartawan portal berita Malaysia yang dikatakan mencucuk cebisan dipercayai kulit mangsa tragedi MH17 di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine.
“Tak semestinya apabila media jumpa sesuatu di lokasi dikatakan itu adalah bahagian anggota mangsa dan sebagainya…,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan Aidilfitri di Wisma Bernama hari ini.
Beliau juga berkata media sepatutnya berkongsi kesukaran yang dialami pasukan penyiasat untuk mencari bukti terutama apabila lokasi kejadian terletak dalam kawasan yang dilanda konflik.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai dan mengorbankan kesemua 298 penumpang serta anak kapal. — BERNAMA
TOP
Ayat Al-Quran Ditampal Dibawah Gambar Dewa Hindu Perbuatan Biadap
Ayat Al-Quran yang digunakan sebagai hiasan dinding biasa dijual oleh penjaja yang datang dari rumah ke rumah. Biasanya, mereka yang menjual Ayat Al-Quran ini akan memaki kopiah dan akan menyapa anda bagaikan dia seorang yang alim.
Tetapi, ada kes dimana mereka hanyalah indah luar tetapi di dalam busuk dan berulat. Antaranya adalah mereka hanya melekatkan ayat Al-Quran yang di cetak dalam bentuk sticker dan menampal sticker tersebut di bawah poster dewa agama hindu.
Tindakan yang sememangnya biadap itu menunjukkan ada di antara penjaja-penjaja ini hanya ingin mengaut keuntungan dengan hanya menggunakan sticker dan berhati busuk dengan menampal sticker tersebut di bawah gambar tuhan agama lain.
Perkara ini bukan sahaja membuatkan orang Islam marah, tetapi juga penganut agama hindu. Diharap pihak yang berwajib akan menyiasat perkara ini kerana ia adalah perkara yang membabitkan kemungkaran dan jika berleluasa, ia boleh mengundang bahaya. - SiakapKeli.com
TOP
Nicol David Hadiahkan Emas Kedua Negara
Pemain skuasy wanita nombor satu dunia Datuk Nicol David meraih pingat emas kedua Malaysia selepas menewaskan Laura Massaro dari England pada perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel ke 20 di Glasgow, Scotland. - BERNAMA
TOP
CycloCable, Teknologi Unik Bantu Penunggang Basikal
Satu teknologi yang dipasang di bandar di Norway, dikenali sebagai Trondheim, sangat unik kerana telah memasang CycloCable, satu teknologi yang menjadi ibarat lif kepada mereka yang berbasikal untuk menaiki bukit.
Dengan CycloCable, mereka yang berbasikal tidak perlu mengayuh sepanjang perjalanan mereka ke atas bukit berkenaan. Sebelum ini,teknologi yang hampir sama dikenali sebagai Trampe juga pernah dipasang disana menjadikan bandar berkenaan menjadi tumpuan penunggang basikal.
Dengan teknologi tersebut, lebih 200,000 penunggang basikal berjaya menaiki bukit setinggi 130 meter tanpa ada sebarang kemalangan. Pada 2012, Trample telah digantikan dengan CycloCable.
Menyelami lebih mendalam teknologi CycloCable ini, ianya boleh disamakan dengan lif yang digunakan untuk mengangkat pemain ski ke puncak gunung salji. Peralatan itu tidak bercantum dengan jalan raya, yang mana ianya diletakkan dibawah permukaan jalan.
Mengenai penggunaan CycloCable pula, pengguna hanya perlu memasukkan kad dan perlu menekan butang hijau di tempat mula CycloCable. Kemudian, peggalas kaki akan tiba, dan pengguna hanya perlu meletakkan kaki di atas penggalas dan basikal akan bergerak.
CycloCale bergerak pada kelajuan 1.5m dalam satu saat. CycloCable boleh mengendalikan 300 orang penunggang basikal setiap jam. Setakat ini, hanya bandar Trondheim yang mempunyai sistem yang unik ini. Kumpulan POMA yang mencipta teknologi ini bercita-cita ingin memperkenalkan sistem kepada bandar-bandar lain di Eropah. - SiakapKeli.com

Proses Penelitian Bahagian Tubuh Mayat Rumit, Ambil Masa
UTRECHT — Pasukan Pengecaman Mayat Mangsa Bencana (DVI) Malaysia perlu membuat penelitian yang rumit dan mengambil masa lebih lama untuk pemprofilan cebisan tubuh mayat mangsa penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS).
Ketuanya Dr Mohd Shah Mahmud berkata adalah satu cabaran kepada pasukan 21 anggota itu untuk mengenal pasti identiti setiap mangsa yang memerlukan ketelitian di fasiliti ketenteraan Belanda di Hilversum.
“Dalam satu kes kami terpaksa memeriksa satu rahang manusia dan prosesnya mengambil masa berjam-jam,” beliau berkata kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.
Penerbangan MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia 17 Julai, lepas.
Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal – dipercayai telah ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak
yang mengaku bertanggungjawab.
Dr Mohd Shah, perunding patologi Hospital Kuala Lumpur berkata terdapat dua kumpulan utama, satu kumpulan DVI terdiri daripada 200 anggota termasuk pasukan dari Malaysia dan satu lagi kumpulan siasatan jenayah.
Beliau berkata mayat akan diperiksa oleh kumpulan siasatan jenayah terlebih dahulu untuk mencari bukti seperti serpihan peluru berpandu menggunakan x-ray.
“Mayat boleh jadi seluruh tubuh atau bahagian-bahagian tubuh yang terkandung di dalam keranda dan mereka akan memeriksa satu demi satu,” katanya.
Kemudian, mayat akan dibawa ke kumpulan DVI untuk diperiksa dan terdapat tiga proses pengenalan utama yang perlu dilaksanakan mereka.
“Proses itu adalah mengenal pasti cap jari, rekod pergigian atau Odontologi dan DNA, iaitu kami akan memotong satu cebisan tulang untuk diuji. Kami juga perlu mengambil gambar mayat sebagai sebahagian daripada laporan kami,” katanya sambil menambah prosedur itu adalah menurut standard antarabangsa DVI.
Beliau berkata pasukan antarabangsa lain turut terlibat termasuk dari Belgium, Jerman, Australia, Indonesia, New Zealand yang diketuai Belanda.
Anggota lain daripada Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen Datuk Dr Mohd Ilham Haron berkata setiap mayat atau cebisan mayat dianggap sebagai satu kes dan akan ditandakan dengan angka.
“Untuk mempercepatkan proses, 200 anggota pasukan itu dibahagikan kepada lima kumpulan untuk memeriksa kes-kes itu dalam barisan.
Tubuh atau cebisan manusia tidak akan dibedah siasat, kami memeriksa mayat sebagaimana keadaannya diterima. Jumlah keranda tidak bersamaan dengan jumlah individu,” katanya.
Beliau berkata kumpulan itu turut diberikan sejarah perubatan, laporan Odontologi dan data DNA penumpang MH17 untuk diteliti dan dibandingkan dengan mayat dan proses itu dipanggil ante-mortem.
Beliau berkata pasukan itu juga memeriksa corak dan kesan kecederaan seperti tulang yang patah, kesan melecur akibat letupan, luka melecet dan unsur lain pada mayat kerana dipercayai pesawat ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu.
Dr Mohd Ilham berkata dalam proses itu akan ada petugas yang mengaudit penemuan bagi memastikan tiada yang terlepas perhatian atau tertinggal oleh pasukan DVI itu.
Beliau berkata setelah pengauditan selesai, laporan penemuan itu akan diserahkan kepada sebuah pasukan petugas khas pusat, termasuk Interpol yang berpangkalan di The Hague untuk pengesahan lanjut pengenalan mangsa termasuk keputusan DNA.
“Kumpulan DVI tidak betul-betul mengetahui identiti sebenar mangsa,” katanya.
Beliau berkata pasukan itu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 7 malam sebelum mereka berehat di kuarters tentera di situ.
Beliau berkata proses forensik dan DVI bermula sejak tiga hari lepas dan secara purata mereka memeriksa 20 ke 25 kes mayat.
Dr Mohd Shah berkata bagi memastikan kehormatan mayat terpelihara, pihak berkuasa tidak boleh mendedahkan pengenalan mangsa sehingga jika boleh kesemua bahagian tubuh mayat ditemui menjadi satu jasad lengkap.
Beliau berkata pasukan DVI Malaysia berpengalaman melaksanakan proses itu seperti yang dilakukan dalam Ops Daulat semasa sekumpulan militan dari Selatan Filipina menyusup masuk di sebuah kampung di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, Malaysia Februari tahun lepas.
“Kami melaksanakan proses DVI di sana tetapi kali ini di Belanda skalanya besar dan melibatkan sejumlah besar mayat,” katanya.– BERNAMA
TOP
Kelab Malam Panik Dihujani Ulat
Sebuah kelab malam yang sepatutnya diserikan dengan gelak ketawa apabila menyajikan peresmbahan lawak bertukar dengan jeritan dari pengunjug apabila ulat tiba-tiba jatuh dari siling kelab tersebut dan jatuh ke dalam minuman mereka.
Kelab malang yang terletak di Nottingham itu mencetuskan keributan sehingga pengunjung memutuskan pengunjung mengambil keputusan untuk beredar apabila ulat keluar dari penghawa dingin. Persembahan lawak yang diadakan turut dihentikan dengan serta merta. Insiden ini dipercayai terjadi kerana berpunca dari najis merpati yang membiak di dalam sistem penghawa dingin kelab tersebut.

Selatan Thai Dicemari Pelbagai Insiden Keganasan Di Hari Raya
NARATHIWAT — Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.
Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.
Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.
Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.
Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.
Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.
Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.
Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.
Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas ditembak di depan rumahnya.
Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.
Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampung Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.
Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.
Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera.– BERNAMA
TOP
Skuad Hoki Lelaki Negara Diaibkan England 1-8
GLASGOW — Skuad hoki lelaki negara diaibkan dengan kekalahan besar 1-8 kepada England pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Hoki Nasional, Glasgow di sini pada Ahad.
Ashley Jackson muncul wira pasukan England selepas menghasilkan empat gol iaitu pada minit ketiga, minit ke-43, minit ke-55 dan minit ke-60.
Baki empat lagi jaringan disumbangkan oleh Adam Dixion pada minit ke-49, Mark Gleghorne minit ke-64, Phil Roper minit ke-67 dan Alastair Brogdon melengkapkan pesta gol England pada minit ke-69.
Manakala jaringan saguhati negara hadir menerusi Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-25.
Pada perlawanan pembukaan skuad hoki negara mencatat kemenangan 2-0 menentang Kanada.
Penolong jurulatih skuad hoki lelaki negara K.Gobinathan menyifatkan keputusan itu sudah seperti dijangka sebagaimana beliau mengakui kehebatan pasukan nombor lima dunia tersebut.
“Inilah pasukan lawan paling kuat skuad negara hadapi…yang pasti kita kena mempertingkatkan lagi benteng pertahanan negara. Pemain England mempunyai kelebihan dari aspek fizikal,” katanya kepada pemberita.
Malaysia dijadualkan bertemu Trinidad and Tobago pada Selasa, pukul 11 pagi waktu tempatan atau 6 petang waktu Malaysia dan New Zealand pada 31 Julai bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan.– BERNAMA
TOP
Pemimpin negeri di Sarawak adakan Rumah Terbuka Aidilfitri
KUCHING: Pemimpin negeri di Sarawak mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri hari ini dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengadakannya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mulai jam 10.30 pagi hingga jam 4 petang ini.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib pula mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Astana Negeri, Petra Jaya mulai jam 10.30 pagi hingga 5 petang ini.
Sebelum itu, kedua-dua pemimpin itu bersolat jemaah Aidilfitri di Masjid Jamek, Petra Jaya.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah, pula mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Desa Guru, Jalan Ilmu, Petra Jaya mulai jam 10 pagi hingga jam 5 petang.
Hari kedua Aidilfitri esok pula, Adenan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di BCCK mulai jam 10.30 pagi hingga jam 1.30 tengahari.
Abdul Taib pula mengadakan rumah terbuka di Astana Negeri mulai jam 10.30 pagi hingga jam 1 tengahari.
Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Jalan Matang Baru mulai jam 10 pagi hingga jam 6 petang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula mengadakan rumah terbuka untuk tetamu kenamaan sahaja di Dewan Santapan, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama selama sejam mulai jam 10.45 pagi hingga 11.45 pagi.
TOP
Azizulhasni Raih Gangsa Acara Keirin
GLASGOW: Jaguh berbasikal trek Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat gangsa bagi acara keirin sebagai pengubat rindu kepada anak sempena sambutan 1 Syawal, Isnin.
Bagaimanapun beliau terkilan tidak dapat merealisasikan impian pingat emas di temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini dan berharap seluruh keluarga serta rakyat Malaysia gembira dengan pencapaiannya di Velodrom Sir Chris Hoy pada Ahad.
Pingat emas acara itu dimenangi oleh Matthew Glaetzer dari Australia dan pingat perak pula menjadi milik Sam Webster dari New Zealand.
"Sasaran saya mahu meraih pingat emas namun mungkin pingat gangsa ini adalah rezeki saya di sini, saya berharap semua rakyat Malaysia gembira dengan pencapaian di sini.
"Memang saya membuat henjutan pada pusingan terakhir, saya yakin boleh meraih pingat emas atau perak, selepas lihat paparan keputusan di papan markah, saya di tempat ketiga. Kecewa juga sebab sasaran saya adalah lebih baik dari itu," kata Mohd Azizulhasni kepada pemberita di sini.
Mohd Azizuhasni berkata semangat dan sokongan keluarga mendorong beliau untuk meraih pingat buat kontinjen negara walaupun mengakui berasa sedih tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama anak perempuannya, Amna Maryam, yang berusia dua tahun.
"Saya sangat rindukan anak saya, memang sedih juga tidak dapat beraya dengan mereka, selepas ini skuad basikal akan terus ke Jerman, jadi saya akan jumpa anak dan isteri semasa Sukan Asia di Korea Selatan, September ini.
"Saya sempat 'facetime' (panggilan video) dengan anak dan keluarga sebelum perlumbaan tadi," katanya. - mStar.com.my
TOP
MH17: Selaraskan Operasi Elak Hilang Maklumat - ICRC
DONETSK: Usaha mencari maklumat di lokasi nahas MH17 secara tidak selaras hanya akan menyebabkan kegagalan, demikian amaran oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).
Timbalan Ketua Jabatan Forensik ICRC, Oran Finegan yang berpengkalan di Switzerland, berkata maklumat penting mengenai bencana itu boleh hilang jika operasi pemulihan tapak tidak dijalankan dengan cara yang terselaras.
"Ia sudah tentu boleh menyebabkan masalah. Kekurangan penyelarasan pada masa lalu dalam situasi lain yang serupa boleh menyebabkan maklumat penting hilang.
"Saya tidak tahu mengapa ada tidak diselaraskan dalam kerja-kerja mengambil badan manga," katanya dalam satu temu bual di sini. - mStar.com.my
TOP
Pemuda Lemas Ketika Mandi Di Pantai Teluk Chempedak
KUANTAN – Seorang lelaki mati lemas selepas mandi bersama rakannya di Pantai Teluk Chempedak petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat M.Jeghatis, 22, dari Taman Sentosa, Klang Selangor ditemui orang awam di kawasan kejadian pada kira-kira 1.40 petang.
“Mangsa sebelum itu dilaporkan mandi bersama rakan-rakannya di pantai rekreasi berkenaan sebelum tiba-tiba didapati tenggelam.
“Rakan mangsa cuba untuk menyelamatkannya namun gagal sebelum bergegas ke daratan untuk meminta bantuan orang awam,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata orang awam yang berada berhampiran mangsa kemudian berjaya menghalang Jeghatis daripada dihanyutkan ombak dan membawanya ke daratan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Ambil Iktibar Tragedi Yang Melanda Negara – Najib (Teks Penuh Ucapan Aidilfitri)
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di Malaysia mengambil iktibar daripada beberapa tragedi yang melanda Malaysia mutakhir ini, termasuk nasib malang yang menimpa rakyat Palestin.
Najib berkata semua ujian dan rintangan yang kebetulan berlaku dalam bulan Ramadan itu memberi pengajaran berguna tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam negara ini dalam menempuh pelbagai cabaran.
Malah, katanya, ia juga penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.
Perdana Menteri ketika menyampaikan Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2014 malam ini mengingatkan umat Islam akan kepentingan kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam.
“Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain,” katanya.
Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.
Najib turut melahirkan rasa syukur kerana usul mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuk pembangkang pada persidangan khas Dewan Rakyat Rabu lepas.
“Keputusan ini merupakan satu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri juga menyeru umat Islam mengambil iktibar akan ikhtiar yang telah diambil dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar agama, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Beliau menarik perhatian bahawa di Malaysia, amalan Islam dipraktikkan dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yang sekali gus menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Beliau mengambil contoh penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam, selain institusi dan lembaga zakat di negeri-negeri sebagai antara langkah Malaysia menuruti syariat Islam.
Najib dalam pada itu menekankan kepentingan membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat Islam di negara ini.
“Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain.
“Antara nilai-nilai kejayaan tersebut seperti itqan yakni tekun, taa’wun iaitu budaya tolong menolong, berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020,” katanya.
Justeru, beliau turut menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan dan membina harapan demi kemakmuran bersama.
Sementara itu, perdana menteri sekali lagi merakamkan takziah dan belasungkawa serta kesedihan yang amat mendalam kepada semua mangsa korban tragedi MH17 termasuk anggota keluarga mereka.
“Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapa luluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yang tersayang.
“Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan reda dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini,” katanya.
Bagi pihak kerajaan Malaysia, Najib juga merakamkan penghargaan atas sokongan para pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulur bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.
Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga tidak sesekali melupakan segala jasa dan anggota pasukan keselamatan sama ada yang masih bertugas di perbatasan, mahupun yang telah meninggal dunia.
“Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila,” katanya.
Sempena Hari Raya Aidilfitri, beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya menghentikan segala sengketa dan menggalakkan amalan ziarah-menziarahi.
Sebelum mengakhiri perutusannya, Najib mengambil kesempatan memohon ampun bagi pihak diri, isteri dan seisi keluarga atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan, selain mendoakan kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia supaya dapat menyambut lebaran dengan penuh gembira bersama orang-orang tersayang.– BERNAMA
Teks Penuh Perutusan PM Sempena Raya Aidilfitri 2014
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Berikut adalah teks penuh Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2014 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan malam ini.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam
1Malaysia,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.
2. Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.
3. Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.
4. Peri pentingnya, yang perlu diketahui oleh semua rakyat bahawa, kenikmatan ini bukanlah satu kemestian yang pasti dikecapi, apatah lagi menjadi kelaziman bagi negara-negara lain di dunia ini. Sesetengah negara seperti di Afrika, Timur Tengah hatta di benua Eropah dan Amerika yang berada di kelompok negara maju sekalipun, sama ada sedang ditimpa bala bencana, konflik permusuhan yang tiada berkesudahan, krisis ekonomi yang meruncing dan pergolakan politik yang berpanjangan. Sebenarnya, kesemua petaka ini, perlukan kepada pengurusan dan pentadbiran serta kepemimpinan yang cekap lagi berkesan.
Saudara dan Saudari,
5. Pada 19 Ramadan 1435 Hijrah yang lalu, satu tarikh yang tidak akan hilang dalam ingatan saya, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.
6. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuklah 43 orang dan 2 bayi, yang merupakan warganegara Malaysia.
7. Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit itu. Sehinggalah saya berjaya mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut iaitu:
Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, yang dianggarkan berjumlah 282 dari kawasan nahas.
Kedua: Memperoleh dua kotak hitam yang menjadi hak milik Malaysia.
Ketiga: Mendapat jaminan keselamatan bagi anggota penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas untuk melakukan penyiasatan terperinci.
8. Tambahan lagi, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan ini, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, demi mencapai kejayaan yang diingini, termasuklah adakalanya, saya bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik.
9. Sementara sebelumnya pula, pada 10 Ramadan, umat Islam digemparkan dengan serangan kejam oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengharapkan keamanan dapat diwujudkan semula sebagai penyelesaian antara kedua belah pihak. Tentunya, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin dan simpati serta doa kita sentiasa bersama dengan mereka.
Saudara dan Saudari,
10. Semua ujian dan rintangan itu, kebetulan berlaku di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam di negara ini, bagi menempuh cabaran dalam semua bidang, supaya menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.
11. Justeru, beberapa iktibar yang perlu diambil daripada tragedi-tragedi mutakhir yang menimpa Malaysia dan saudara seakidah kita di Palestin iaitu:
12. Pengiktibaran pertama: Kepentingan kepada kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam. Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain.
13. Dalam hal ini, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana usul tentang tragedi pesawat MH17, telah diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuklah mereka yang mewakili pembangkang, di persidangan khas Dewan Rakyat, pada 23 haribulan Julai 2014. Keputusan ini merupakan suatu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia.
14. Pengiktibaran kedua: Ikhtiar kita dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Kita juga telah mempraktikkan Islam dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yakni kesederhanaan, sepertimana suruhan Allah bahawa Islam itu adalah Ad-din yang syumul sebagai cara hidup. Sekali gus, kita menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.
15. Nyatanya, Islam di Malaysia dalam keizinan dan kehendak-Nya jua telah kita ikut syariatnya, setapak demi setapak dalam pelbagai bidang termasuk fizikal, iktisad, budaya, sosial dan spiritual. Penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam, institusi serta lembaga zakat di tiap-tiap negeri adalah antara sekian banyak langkah kita ke arah itu.
16. Pengiktibaran ketiga: Membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat. Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Antara nilai-nilai kejayaan tersebut seperti itqan yakni tekun, taa’wun iaitu budaya tolong menolong, berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
17. Jelasnya, saya juga menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan, membina harapan demi kemakmuran bersama.
Saudara dan Saudari,
18. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, semestinya, saya cukup bersimpati dan ingin merakamkan takziah serta belasungkawa, kesedihan yang amat mendalam, kepada semua mangsa dan keluarga mangsa korban tragedi MH17. Simpati ini turut dipanjangkan kepada anggota keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapa luluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yang tersayang.
19. Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini. Seperti semua sedia maklum, saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, akan melakukan sedaya mungkin untuk membawa pulang kesemua mayat rakyat Malaysia ke tanah air, seberapa segera yang mampu, supaya dapat disemadikan dengan selamat.
20. Lanjutan itu, tidak sesekali saya lupakan, segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, baik yang sedang bertugas di perbatasan mahupun di mana-mana ceruk rantau di bumi bertuah ini, termasuklah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila.
Saudara dan Saudari,
21. Bersempena hari baik di Aidilfitri yang mulia ini, hentikanlah semua sengketa. Buangkan segala yang masih keruh, perbetulkan mana yang silap, jernihkanlah apa yang kusut selama ini. Walaupun kita tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi pada tahun ini kerana menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, tetapi saya menggalakkan amalan ziarah-menziarahi dapat terus berjalan sesama kita. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati serta gerbang silaturahim 1Malaysia, dengan mengajak rakan taulan berbilang bangsa serta agama ke kediaman masing-masing. Kepada mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai secara berkenderaan pula, pandulah kereta dengan cermat serta selamat sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
22. Di samping itu, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.
23. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, ingin menyusun jari nan sepuluh memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.
24. Akhirul kalam, kepada umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya, marilah kita menempuhi detik-detik sukar ini bersama-sama, dengan memperkuat tekad, mengukuhkan silaturahim dan bersatu dalam suasana kesedihan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. – BERNAMA

Hanis Zalikha Tidak Teruja Balik Kampung
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui kemeriahan beraya di kampung sudah tidak lagi dirasai selepas pemergian datuk dan neneknya kedua-dua belah orang tuanya.
Bagaimanapun, Hanis berkata, dia akan menangis setiap kali pagi Syawal bila teringatkan suasana di kampung halamannya.
"Sudah hampir tiga tahun saya tidak balik beraya di kampung Johor dan Kedah kerana datuk dan nenek sebelah kedua-dua orang tua saya sudah meninggal dunia.
"Saya dan keluarga hanya beraya di Shah Alam sahaja. Memang agak sedih juga sehinggakan saya menangis apabila terkenang suasana beraya di kampung dahulu," ujarnya.
TOP
Malaysia Mahu Proses Bedah Siasat Mangsa MH17 Dipercepat
PUTRAJAYA – Malaysia akan berbincang dengan Belanda bagi mempercepatkan proses mengecam dan bedah siasat mayat mangsa nahas MH17, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau yang akan mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Belanda pada Rabu ini, berkata langkah itu bagi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin.
Malaysia bersedia menawarkan pegawai forensik dan bantuan lain bagi tujuan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
“Kita juga akan memantau proses yang sedang dijalankan untuk memastikan segala pemeriksaan dan penghantaran mayat selesai secara cepat dan dapat dibawa ke negara ini seberapa segera,” katanya yang ditemui semasa mengadakan lawatan di Hospital Putrajaya sempena Aidilfitri di sini.
Pada masa sama, Dr Subramaniam berkata proses bedah siasat mengambil masa agar semua bukti dapat dikumpul bagi membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan.
“Oleh itu segala proses mesti menerusi kaedah yang betul tanpa jalan singkat,” katanya.
Dalam kejadian 17 Julai lalu, pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine dipercayai akibat ditembak.
Nahas itu mengorbankan kesemua 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal. – BERNAMA
TOP
Setiap Malam Anak Menangis Kerana Rindu Bapa
Putrajaya: “Setiap malam anak bongsu saya menangis kerana terlalu merindui dan menginginkan bapanya. Dia memang sangat berharap suami saya pulang ke rumah,” kata Norazlinda Ayob, 39, iaitu isteri Junaidi Mohd Kassim, seorang daripada anak kapal pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
Menurutnya, anak bongsunya Hani Daleeya berusia lapan tahun akan bertanyakan kepadanya setiap hari perkara yang sama selain meluahkan kerinduan terhadap Junaidi.
“Hampir setiap hari dia menangis mahukan bapanya pulang ke rumah dan saya cuba pelbagai cara dan idea supaya dia tidak lagi menangis serta tidak bertanyakan mengenai Junaidi.
“Pernah dia menangis dan mahu memeluk bapanya.
Saya minta dia peluk saya dan luahkan segala-galanya mengenai kerinduan terhadap bapanya,” katanya.
Ibu kepada dua anak itu berkata, dia juga cuba sedaya upaya supaya Hani Daleeya tidak terlalu memikirkan bapanya kerana mahu memastikan anak kedua itu sentiasa gembira.
“Dia memang rapat dengan suami saya, malah anak saya yang sulung juga sangat rapat dengan Junaidi.
Setiap kali cuti panjang, mereka akan menghabiskan masa bersama.
“Jadi, seboleh-bolehnya saya cuba sedaya upaya supaya Hani Daleeya menjadikan saya sebagai tempat luahan perasaan apa yang tersurat dan tersirat dalam hatinya,” katanya Ditanya mengenai perkembangan terkini, Norazlinda yang bekerja sebagai perunding kewangan berkata, dia akan terus tabah dan memberi tumpuan untuk membesarkan dua anaknya biarpun belum ada sebarang berita penemuan mengenai MH370.
“Saya akan terus tabah dan tidak mahu menangis kerana jika saya bersedih dan hilang semangat, bagaimana pula dengan anak-anak saya.
“Anak sulung kami, Hareez Danni, 11, dapat memahami situasi yang kami hadapi sekarang ini berbanding Hani Daleeya disebabkan dia masih kecil,” katanya.
Katanya, kedua-dua anaknya adalah faktor yang menyebabkan dia terus tabah dan kuat untuk menghadapi kehidupan mendatang. - Harian Metro
TOP
ZOPO Mobile Memperkenalkan Empat Telefon Pintar Baru
ZOPO Mobile merupakan salah satu syarikat pengeluar telefon pintar dari China, dan kini mereka secara rasminya turut telah memasuki pasaran Malaysia, serta memperkenalkan sehingga empat telefon pintar baru untuk pasaran tempatan.
Empat model yang diperkenalkan merangkumi daripada berspesifikasi rendah sehinggalah berspesifikasi tinggi – dimana kesemuanya menggunakan cip pemprosesan MediaTek.
Telefon pintar yang menjadi fokus utama ketika pengenalan adalah ZOPO ZP998, yang mana hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan lapan-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM,, ruangan storan sebesar 16GB dilengkapi kamera belakang 14-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan gambar yang baik, selain turut menawarkan fungsi Dual Yamaha Audio Efficacy. Skrinnya turut menyokong input ketika tangan basah. Segala fungsi ini ditawarkan oleh ZOPO melalui peranti ini pada harga RM1098.
ZOPO ZP1000 pulak walaupun membawakan angka versi lagi tinggi, sebaliknya ia hadir dengan penggunaan memori sedikit rendah berbanding ZP998. ZP1000 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan lapan-teras 1.7Ghz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 16GB, kamera belakang 14-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia membawa tanda harga RM998 untuk pasaran Malaysia.
ZOPO ZP780 pula membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan qHD, cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Peranti berspesifikasi pertengahan ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM598.
Dan akhir sekali, telefon pintar dengan saiz skrin sedikit kecil, ZOPO ZP700 pula ditawarkan pada harga RM498 di Malaysia. Ia membawakan skrin bersaiz 4.7-inci qHD, cip empat-teras 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan sebesar 4GB, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-SIM – sama seperti ZP780. Kesemua peranti yang ditawarkan ini menjalankan sistem operasi berasaskan Android, dan hadir dengan antaramukanya tersendiri. Bagi kami sendiri, kemasukkan peranti daripada ZOPO Mobile ini adalah sesuatu yang menarik. Salah satunya adalah disebabkan mereka pernah dikatakan akan hadir dengan peranti berasaskan Sailfish, dan sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat peranti tersebut hadir ke pasaran Malaysia – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan telefon pintar berasaskan sistem operasi Sailfish. Apa pun, buat masa ini, pihak ZOPO Mobile hanya menawarkan telefon pintar berasaskan Android sahaja untuk pasaran tempatan. Sama-sama kita nantikan perkembangan syarikat telefon baru ini, dan lihat apakah promosi yang akan diadakan mereka dalam memenangi hati pengguna tempatan. Sumber: Amanz.my

(Video) 'Pako Raya' - Aksi Parkour Bertemakan Hari Raya oleh Parkour Malaysia
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 2014 kali ini amat meriah sekali kerana ramai diantara kita yang menyiapkan video-video menarik sempena hari raya.
Antara mereka yang cuba meriahkan lagi suasana Hari Raya kita pada tahun ini adalah Parkour Malaysia yang berjaya menyiapkan video berjudul Pako Raya.
Dalam videonya itu mereka melakukan aksi-aksi parkour dengan mengenakan pakaian tradisi orang Melayu iaitu baju melayu sempena Hari Raya.
Saksikan aksi-aksi mereka.
Terima kasih kepada saudara Abdullah Keyrana diatas video ini. Maju Parkour Malaysia! - SiakapKeli.com
Terima kasih kepada saudara Abdullah Keyrana diatas video ini. Maju Parkour Malaysia! - SiakapKeli.com
TOP
Staff Astro Angkuh, Cabar Pengguna Boikot Astro
Ketika orang ramai mengecam tindakan Astro memberikan kontrak yang lumayan kepada salah satu syarikat Yahudi, ada yang berfikiran kurang cerdik dengan mencabar pengguna Astro untuk memboikot servis penyiaran itu.
Staff Astro yang menggunakan nama Facebook Finaz Othman itu berkata di satu komen dalam satu status di Facebook " Naik boikot konon..SILAKAN! jgn nnti sebulan dua call astro nak sambung balik" jelas memperlekehkan boikot yang sedang dilakukan orang ramai setelah isu Astro ini timbul.
Keratan komen beliau telah dikongsi di laman Facebook dengan tujuan untuk menyahut cabaran angkuh yang telah ditujukan kepada pengguna Astro yang rasa kurang senang dengan kontrak yang diberikan oleh Astro tersebut. Rasanya, perbuatan melekehkan boikot oleh orang ramai ini memang tidak patut. Jika merasakan aktiviti memboikot Astro ini tidak akan menjadi sekalipun, tidak perlulah mengeluarkan kata-kata angkuh sedemikian rupa. Lebih baik diam dari mengutuk orang lain - SiakapKeli.com

Dyana Sofya Kesal Guru Kena Tukar Sekolah
KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud menyelar tindakan Kementerian Pendidikan menukar seorang guru wanita ke sekolah lain kerana didakwa menyiarkan poster beliau semasa Pilihan raya kecil Teluk Intan pada bulan Mei yang lalu.
Beliau berkata, tindakan keatas guru yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu adalah tidak patut kerana setiap individu ada hak masing-masing untuk berkongsi pandangan ke atas politik. Ini termasuk di laman sosial.
“Menyiarkan poster saya dalam akaun Facebook beliau bukan membawa politik ke dalam sekolah. Hukuman menukar ke sekolah yang jauh kepada ibu tunggal itu hanya beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri perlu ditarik balik serta merta.
“Insiden ini juga menimbulkan perhatian ke atas campur tangan Kementerian Pendidikan terhadap hal peribadi guru. Bukankah guru juga rakyat yang mempunyai kebebasan untuk berfikir terutama dalam ruang lingkup peribadi mereka,” beliau di petik dari satu media.
Dyana Sofya berkata, Kementerian Pendidikan seperti menggunakan golongan guru seperti 'robot' kerana menginginkan mereka menurut perintah. - SiakapKeli.com
TOP
MH17: M’sia Capai Persetujuan Tempatkan Polis A’bangsa
PUTRAJAYA — Malaysia telah mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine, yang menguasai kawasan sekitar tapak nahas MH17 di timur Ukraine, untuk membenarkan sekumpulan anggota polis antarabangsa memasuki lokasi itu bagi memberi perlindungan kepada penyiasat antarabangsa.
Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Alexander Borodai, pemimpin puak pemisah, hari ini bersetuju membenarkan anggota polis antarabangsa memasuki kawasan nahas.
Menurut kenyataan itu, Najib telah menghubungi rakan sejawatannya dari Belanda serta Australia dan ketiga-tiga negara bersetuju bekerjasama rapat dalam urusan penempatan anggota polis di kawasan nahas.
Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan sejumlah 68 anggota polis Malaysia akan berlepas dari Kuala Lumpur ke kawasan nahas pada Rabu.
Di bawah persetujuan asal tiga perkara yang dicapai antara Najib dan Borodai pada 22 Julai, puak pemisah Ukrainie bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua kotak hitam kepada Malaysia; menyerahkan mayat mangsa kepada pegawai antarabangsa; dan memberi akses penuh ke kawasan nahas kepada penyiasat antarabangsa.
Kenyataan itu menyebut sebelum ini penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar ke tapak nahas yang meliputi kawasan yang luas di timur Ukraine dan mengumpul bukti ekoran kebimbangan mengenai keselamatan, termasuk aktiviti ketenteraan yang berterusan.
Oleh itu, Malaysia menggesa agar semua aktiviti ketenteraan di sekitar kawasan nahas dihentikan.
“Malaysia khuatir kebimbangan terhadap aspek keselamatan menghalang akses penuh ke kawasan nahas dan penyiasatan secara bebas tidak dapat dijalankan.
Dalam pada itu, Malaysia bimbang mungkin ada lagi mayat mangsa di kawasan nahas,” katanya.
Kenyataan itu menyebut Najib sebagai berkata amat penting sekumpulan lengkap penyiasat dihantar bagi memastikan semua mayat mangsa dipindah, dikenal pasti dan dihantar pulang ke negara asal kerana penumpang serta anak kapal MH17 perlu diberi penghormatan yang sewajarnya.
“Saya amat bimbang penyiasat antarabangsa tidak dapat dihantar ke kawasan nahas dengan sempurna berikutan keadaan keselamatan yang meruncing.
“Kami juga perlu menghantar penyiasat yang mempunyai akses tidak terhad di kawasan nahas agar kami dapat memahami apa yang berlaku kepada MH17. Saya berharap persetujuan ini dengan Borodai akan menjamin keselamatan di kawasan berkenaan supaya penyiasat antarabangsa dapat menjalankan tugas mereka,” katanya.
Najib juga berkata tiga negara iaitu Belanda, Australia dan Malaysia mewujudkan satu gabungan bagi memperoleh akses ke kawasan nahas serta menjalin kerjasama untuk memberi keadilan kepada mangsa.
Menurut kenyataan itu, pegawai Malaysia sedang membincangkan butiran mengenai penghantaran polis antarabangsa dengan Belanda dan Australia.
“Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah menghubungi rakan sejawatannya serta pegawai kerajaan Ukraine mengenai kerangka perundangan dan diplomatik berhubung perkara itu,” katanya.
Selain itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengetuai siasatan MH17 dan bekerjasama rapat dengan ketua penyiasat Belanda.
Pesawat Boeing 777-200 milik MAS, yang membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, di timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai, dipercayai ditembak jatuh.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab. — BERNAMA
TOP
Beberapa Laluan Di PLUS Bergerak Perlahan Susulan Kemalangan
KUALA LUMPUR — Aliran trafik di semua lebuhraya utama bergerak lancar sehingga pukul 8 malam ini kecuali di beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang bergerak perlahan kerana kemalangan.
Jurucakap pusat trafik Lebuhraya PLUS berkata di Johor trafik bergerak perlahan dari Yong Peng menghala ke Ayer Hitam, Sedenak menghala ke Kulai dan di Kedah dari Alor Setar menghala ke Pendang.
“Aliran trafik juga perlahan di Linkedua di Johor. Sementara itu, terdapat pertambahan trafik dari Johor Baharu menghala ke Sungai Besi namun masih bergerak lancar,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik ketika ini masih bergerak lancar.
“Di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) iaitu dari Shah Alam ke Subang trafik bergerak perlahan selepas berlaku kemalangan di KM10.4.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini trafik menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman sesawang www.twitter.com/plustrafik atau talian bebas tol LLM 1800-88-7752 dan www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA
TOP
Suasana Muram Di Seri Perdana Pada Sambutan Aidilfitri Tahun Ini
Oleh Yong Soo Heong
PUTRAJAYA — Pada 1 Syawal, sudah menjadi kebiasaan melihat sebilangan besar rakyat daripada pelbagai kaum membanjiri Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, bagi sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri. Jumlah pelawat kadang-kala mencecah lebih 100,000 orang pada satu-satu masa. Walaupun cuaca panas dan jaraknya kira-kira 35 km dari pusat bandar raya, orang ramai yang biasanya membanjiri Seri Perdana nampaknya tidak kisah. Lagipun, bagi pelawat termasuk anggota pembangkang dan rakyat biasa, inilah peluang keemasan untuk mereka untuk bersalaman dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet yang lain secara bersemuka. Namun tahun ini, tiada kemeriahan kecuali bagi sekumpulan kecil individu yang diundang khas bagi pertemuan tertutup di kediaman rasmi itu. Mereka termasuk sanak-saudara yang kehilangan orang tersayang dalam insiden MH370 dan MH17. Walaupun ramai yang bersedih bahawa tradisi Rumah Terbuka Aidilfitri dibatalkan bagi menghormati mangsa yang terkorban dalam tragedi MH370 dan insiden MH17, mereka secara umum bersetuju bahawa pembatalan rumah terbuka besar-besaran di Seri Perdana adalah amat sesuai. Selain majlis di Seri Perdana, Pejabat Perdana Menteri juga mengumumkan pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di Rembau, Negeri Sembilan pada 17 Ogos. Bagaimanapun, sesetengah orang langsung tidak tahu tentang pengumuman pembatalan majlis itu dan masih berbaris di Seri Perdana pagi tadi, menurut beberapa orang saksi. Tan Sri Robert Phang, Pengerusi Yayasan Kebajikan Sosial berkata pembatalan majlis rumah terbuka menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin terhadap perasaan sebilangan besar rakyat. Beliau menyifatkan perdana menteri sebagai seorang yang amat bersimpati dan memahami perasaan anggota keluarga yang masih berdukacita atas kehilangan orang tersayang. “Anda benar-benar seorang pemimpin yang amat memahami, bertimbang rasa, penyayang dan mesra yang sentiasa menawan hati rakyat. Keputusan yang amat tepat pada masanya dan dihargai,” kata Phang dalam surat kepada perdana menteri meminta beliau mengadakan sambutan hanya secara kecil-kecilan dan kerajaan berbuat demikian. “Pengulas yang kerap-kali membuat komentari mengenai perkembangan semasa, Rueben Dudley dari Petaling Jaya berkata, 2014 tercatat sebagai tahun yang malang bagi Malaysia dan dua tragedi yang menimpa Malaysia Airlines telah memberi alasan kepada rakyat Malaysia “untuk melupakan perayaan yang biasanya disambut untuk berkongsi kesedihan orang lain yang berkabung.” “Itu bukan untuk mengetepikan kesucian dan kepentingan adat dan amalan mana-mana perayaan. Tetapi, ia adalah sebagai menghormati mereka yang terkorban dan kehilangan orang tersayang,” kata beliau. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata adalah tidak sesuai untuk rakyat Malaysia berada dalam suasana riang seperti masa lalu ketika mayat mangsa tragedi MH17 masih disiasat. “Kami hendak memberitahu dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu dan bersama dalam menghadapi saat-saat kesedihan akibat kehilangan orang tersayang,” kata beliau dan menambah umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa hendaklah menyambutnya secara sederhana ekoran keadaan. Apa yang Malaysia lakukan hari ini sudah tentu memberikan kesan positif kepada kehidupan mereka yang terjejas akibat tragedi MH17 dan MH370. Syabas Malaysia! — BERNAMA

Tuanku Abdul Halim Solat Aidilfitri Di Masjid Negara
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama lebih 14,000 jemaah bersempena sambutan 1 Syawal.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat tiba di masjid itu pada kira-kira 8.30 pagi.
Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing Datin Seri Rosmah Mansor dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat serta perwakilan asing.
Tuanku Abdul Halim dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib.
Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Tuanku Abdul Halim kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menerima menghadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta isteri masing-masing dan Anggota Jemaah Menteri bersempena Aidilfitri di Istana Negara.
Sementara itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah selepas solat sunat Aidilfitri yang bertajuk ‘Idulfitri: Kembali Kepada Fitrah’ mengingatkan para jemaah akan ujian yang dihadapi negara ketika ini iaitu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17.
Beliau berkata di sebalik kegembiraan sebahagian besar rakyat Malaysia meraikan Aidilfitri, anggota keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat menyambut ketibaan hari lebaran kali ini tanpa orang tersayang.
“Perlu diingatkan bahawa ada anak-anak yang tidak dapat bersalaman dengan bapa atau ibunya di pagi hari raya ini, ada isteri yang mungkin tidak dapat mencium tangan suaminya pada Aidilfitri ini,” katanya.
Jamil Khir berkata atas dasar keprihatinan akibat tragedi berkenaan, kerajaan memutuskan untuk membatalkan acara rumah terbuka Aidilfitri yang sepatutnya berlangsung hari ini dan mengajak rakyat menyambut hari raya dalam kesederhanaan.
Katanya, Perdana Menteri sendiri turut melupakan seketika kegembiraan menyambut Aidilfitri dan akan berlepas ke Belanda Rabu ini bagi membincangkan perkara berkaitan pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan jemaah agar menginsafi betapa bertuahnya rakyat Malaysia yang dapat menyambut Ramadan dan Syawal berbanding umat Islam di negara lain, terutama Palestin.
“Ketika kita di Malaysia memakaikan pakaian baharu dan cantik untuk anak-anak kita, anak-anak di Palestin memakai pakaian yang berlumuran darah dan berlari ke sana ke sini mencari perlindungan.
“Ketika kita dapat makan makanan kegemaran kita setiap kali tibanya hari raya, mereka di sana berhempas-pulas mencari secebis makanan dan tiada rumah untuk menyambut Aidilfitri selepas dimusnahkan tentera Israel,” katanya.
Justeru, Jamil Khir berkata bersempena hari yang mulia ini, jemaah perlu terus mendoakan perlindungan untuk rakyat Palestin dan meminta pertolongan Allah bagi penyelesaian tragedi MH370 dan MH17. – BERNAMA
TOP
Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Menghadap Aidilfitri
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Aidilfitri di Istana Negara di sini.
Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat tiba di Dewan Santapan Utama Istana Negara pada 10 pagi.
Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan bersalaman dengan para hadirin, termasuk tetamu asing wanita yang memakai baju kurung.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan ke Malaysia Thami Mseleku berkata meskipun sambutan Aidilfitri di Malaysia disambut secara sederhana berikutan tragedi MH17, namun berharap rakyat di negara ini sentiasa tabah.- BERNAMA
TOP
Insiden MH17 – Sama Seperti Jenayah Perang – PBB
KUALA LUMPUR — Insiden penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17 ‘mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang’, kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi
Manusia, Navi Pillay.
Agence France-Presse (AFP) memetik Pillay sebagai berkata PBB mengutuk “penembakan dasyat” pesawat penumpang Malaysia di wilayah yang dikuasai pemberontak yang mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat dan mendesak penyiasatan “yang menyeluruh, berkesan, bebas dan tidak berat sebelah”
dijalankan.
“Pencabulan undang-undang antarabangsa ini, dalam keadaan sekarang, mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang.
Setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan sesiapa yang melakukan pencabulan serius undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang akan di bawa ke muka pengadilan, tidak kira siapa mereka,” kata Pillay dalam satu kenyataan.
Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine yang menghadapi pergolakan, 17 Julai lepas semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang – 283 penumpang dan 15 krew. Pesawat itu dipercayai telah ditembak jatuh.
Menurut AFP, Palang Merah secara rasmi menyatakan pada minggu lepas bahawa Ukraine kini berada dalam kancah perang saudara dan pengelasan ini bermakna pihak-pihak yang terlibat dalam konflik boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang.– BERNAMA
TOP
Kedai Barang Lusuh Musnah Dijilat Api Di Georgetown
GEORGE TOWN – Sebuah kedai barangan lusuh musnah, manakala bengkel kereta yang terletak bersebelahan pula rosak teruk dalam kebakaran di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, di sini tengah hari ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, M. Vijayan berkata pihak bomba menerima panggilan pada 1.52 tengah hari dan tiba di tempat kejadian pada lapan minit kemudian.
Setiba di tempat kejadian, fokus 29 anggota serta pegawai bomba dengan tiga jentera dari Balai Bomba Jalan Perak dan Paya Terubong ialah mengawal kebakaran daripada merebak ke stesen minyak yang terletak kira-kira 15 meter dari premis terbabit, katanya kepada pemberita, di lokasi di sini.
Beliau berkata api dapat dikawal dalam masa 20 minit dan dipadamkan sepenuhnya pada 2.45 petang tadi.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. – BERNAMA
TOP
Semak Resit Jualan, Elak Peniaga Ambil Kesempatan
KUALA LUMPUR – Pengguna hendaklah menyemak resit jualan apabila selesai melakukan transaksi perniagaan bagi menentukan sama ada mereka dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau tidak, apabila cukai itu dikuatkuasakan mulai April tahun depan.
Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Subromaniam Tholasy berkata nombor GST akan tertera pada resit jualan bagi syarikat atau perniagaan yang telah berdaftar untuk mendapatkan lesen GST.
“Pengguna boleh membuat semakan dengan memasukkan nombor GST melalui portal GST atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Call Centre) untuk mendapat kepastian sama ada syarikat tersebut memilik lesen GST atau tidak.
“Dalam hal ini, peranan pengguna amat penting untuk memastikan para peniaga tidak akan mengambil kesempatan ke atas pelanggan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
GST akan dikuatkuasakan pada kadar enam peratus mulai bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan berkadar keseluruhan 16 peratus, sekarang ini.
GST tidak dikenakan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu dan belacan.
Perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, rawatan kesihatan, pembelajaran di sekolah; perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan turut tidak dikenakan cukai.
Beliau berkata sejak Jun lebih 4,000 syarikat telah berdaftar dengan JKDM untuk mendapatkan lesen GST.
Subromaniam berkata syarikat atau perniagaan yang tidak mempunyai lesen GST tidak boleh mengenakan GST kepada pengguna dan menjadi satu kesalahan jika mereka mengenakan cukai tersebut.
“Jika tidak berdaftar kita mempunyai peruntukan undang-undang untuk mendakwa mereka ke mahkamah. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM30,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
“Mereka juga boleh dikenakan kompaun sehingga RM15,000 jika tidak dibawa ke mahkamah,” katanya.
Beliau berkata kelewatan pendaftaran akan dikenakan denda sebanyak RM1,500 bagi setiap 30 hari sehingga maksimum RM20,000.
“Semua syarikat dan perniagaan perlu berdaftar dengan JKDM untuk pelaksanaan GST sebelum 31 Disember depan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Siasatan Akan Tentukan Pihak Terlibat Nahas MH17 – Tun M
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap tidak ada mana-mana pihak yang menuding jari antara satu sama lain berhubung tragedi MH17.
Beliau berkata siasatan lanjut akan menentukan pihak sebenar yang terlibat dalam nahas membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
“Saya rasa kecewa kerana tanpa penyelesaiannya, Amerika dan Eropah sudah mengenakan sekatan terhadap Rusia seolah-olah mereka mencari sebab untuk bertindak terhadap Rusia dan guna pristiwa malang ini untuk tujuan politik,” katanya.
Sambil mengakui sangat sedih dengan kejadian MH370 dan MH17, Dr Mahathir berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat komersial MAS.
“Kejadian MH17 merupakan jenayah sama ada dirancang atau tidak. Kita tak boleh terima salah tembak sebagai alasan”, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri di Istana Negara di sini, hari ini.
Dr Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil pendekatan untuk berunding dengan pemimpin puak pemisah pro-Rusia Alexander Borodai dalam menangani tragedi MH17.
Katanya, usaha Najib itu menunjukkan Malaysia sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sekalipun.
Penerbangan MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Mengulas mengenai Gaza, Dr Mahathir berharap masyarakat dunia sedar bahawa tindakan Israel ke atas rakyat Palestin adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.
Beliau yang juga presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) berkata yayasan itu turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan kewangan dan ubat-ubatan untuk disalurkan ke Gaza selain bekerjasama dengan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) dan Viva Palestina. – BERNAMA
TOP
Komanwel: Nicol jumpa Laura Tentukan Emas
GLASGOW 28 Julai - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David berada di landasan yang betul untuk mempertahankan pingat emasnya selepas melangkah ke final pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Ahad.
Dalam saingan separuh akhir, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan pemain New Zealand, Joelle King, dengan kemenangan straight-set 11-6, 11-8 dan 11-5.
"Saya terpaksa memperagakan permainan yang terbaik selepas Joelle memberi tentangan sengit pada dua set pertama.
"Saya terpaksa bekerja keras dan mengawal perlawanan apabila melihat dia begitu berazam dan yakin," kata Nicol kepada pemberita selepas pertarungan selama 39 minit itu.
Nicol akan berdepan dengan pemain England, Laura Massaro, pada final esok. - BERNAMA
TOP
Kemungkinan Pakatan Rakyat Berpecah Selepas Aidilfitri Tinggi - Penganalisis
Hadi awang tegas dengan menyokong khalid sebagai mb selangor
KUALA LUMPUR: Kemelut dalam Pakatan Rakyat dilihat banyak pihak semakin meruncing dan tarikh 10 Ogos nanti akan menjadi penentu kesudahan kerjasama PAS, DAP dan PKR. Penganalisis politik, Ibrahim Suffian berpendapat, gabungan parti pembangkang itu bergantung nasib kepada keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti. Katanya, keputusan sama ada PAS akan menyokong pendirian PKR untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat. "Isu Tan Sri Khalid ini bukan hanya sekadar isu menukar menteri besar tetapi ia juga melibatkan kerjasama antara PAS, DAP dan PKR. "Kemungkinan akan berpecah itu ada dan sangat besar kerana PAS dilihat tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. "Jika dalam mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos nanti PAS kekal dengan pendirian mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor, besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah," katanya kepada Astro AWANI. Katanya, biarpun ada pandangan dalam PAS yang mahu supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya, namun pada akhirnya ia akan bergantung kepada keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Jelas beliau, disiplin dalam parti itu sangat tinggi, setiap ahli telah dididik supaya patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh pemimpinnya terutama presiden. "Untuk memastikan keputusan PAS selari dengan kemahuan Pakatan Rakyat, maka perlu ada pihak yang terpaksa memujuk Hadi Awang supaya bersetuju dengan cadangan menukar Tan Sri Khalid. "Jika tidak, kita akan melihat PAS kembali seperti duhulu menjadi parti yang kuat di Pantai Timur terutama di Kelantan," katanya. Pandangan sama diberikan oleh beberapa pemimpin PAS yang melihat parti itu semakin menunjukkan sikap sukar untuk bekerjasama. Portal berita The Malaysia Insider sebelum ini melaporkan terdapat pemimpin PAS yang menjangkakan Pakatan Rakyat munkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan Abdul Hadi menidakkan keputusan Majlis Pimpinan gabungan pembangkang itu yang sudah bersetuju supaya Abdul Khalid digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor. Laporan itu memetik sumber yang didakwa pemimpin tertinggi PAS yang dilaporan sebagai berkata kumpulan yang menyokong keputusan Pakatan Rakyat dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu. "Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," The Malaysian Insider memetik sumber yang didakwa pemimpin kanan PAS. - Astro Awani

Inikah Kualiti Baju Melayu Zizan Razak oleh Jakel?
Menerusi laman Twitter, seorang pengguna memuat naik satu gambar yang memperlihatkan Baju Melayu Zizan Razak dari butik Jakel. Bagaimanapun ternyata berdasarkan gambar tersebut tag Baju Melayu tersebut hanyalah double tagging yang mana tag Jakel ditindang diatas tag asal.
Jika benar Baju Melayu Zizan Razak oleh Jakel itu sebenarnya hanyalah double tagging memang tidak menghairankanlah sebelum ini ada terbaca beberapa rungutan pengguna berkenaan kualiti baju melayu tersebut. - SiakapKeli.com

Kaedah Psikologi Untuk Kurangkan Perbelanjaan Ketika Membeli-belah
Seperti yang kita sedia tahu kebanyakan wanita amat susah untuk mengawal nafsu membeli. Jika kita perhatikan sekeliling kita pun banyak kedai-kedai adalah yang menjual barangan wanita kerana mereka tahu yang kaum ini lebih cenderung untuk membeli berbanding kaum lelaki.
Kepada wanita-wanita yang tergolong daripada mereka yang suka membeli-belah harus diingatkan supaya tidak berlakunya pembaziran. Maka di sini SK ingin berkongsi beberapa tips untuk mengurangkan pembelanjaan harian anda yang dipetik dari Majalah Eh!
1. Pakai Kasut Tinggi Ketika Shopping
Kajian dari Bringham Young University mendapati bahawa jika wanita keluar membeli-belah dengan memakai kasut tumit tinggi, mereka lebih akan membeli barnagan yang jauh lebih menjimatkan dan murah. Ini kerana fikiran mereka di saat membeli-belah akan terganggu.
2. Fikir Seketika
Ambil seketika waktu untuk anda fikirkan sama asda beli atau tidak sebelum anda membayarnya. Fikirkan sama ada ia adalah kehendak atau keperluan. Beli sahaja jika anda pasti yang ia adalah satu keperluan dan mampu untuk membelinya. Ingat, ukur baju di badan sendiri.
3. Hadkan Bilangan Persinggahan Ke Kedai-Kedai
Secara psikologinya, lebih banyak kedai atau butik yang anda singgah, lebih banyak anda membeli. Mungkin anda fikir anda boleh membuat perbandingan harga, tetapi sebenarnya lebih banyak anda berjalan dan usaha untuk sampai ke butik tersebut, anda akan rasa anda berhak berikan ganjaran ke atas usaha yang anda lakukan untuk sampai ke situ.
4. Abaikan Jurujual
Lebih banyak anda berinteraksi dengan penjual atau promoter, lebih tinggi risiko anda menghabiskan wang. Ini kerana pastinya ada terputik perasaan tidak mahu membuatkan mereka si penjual kecewa setelah mereka membantu anda. Sebaiknya, hanya gunakan pertolongan mereka apabila anda betul-betul yakin untuk membeli atas dasar keperluan.
5. Tinggalkan Kad Kredit Di Rumah
Kaedah ini bukan hanya dapat mengurangkan hutang, malah menyelamatkan anda dari terus membeli barangan yang tidak diperlukan. Wanita lebih mudah berbelanja jika punya kad kredit kerana jumlah wang yang dibelanjakan tidak nampak secara zahir.

No comments:
Post a Comment