TOP
Kotak hitam MH17 tidak diserahkan kepada Ukraine - Jurucakap
KIEV: Majlis Keselamatan Ukraine berkata, kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu tidak diserahkan kepada kerajaan Ukraine.
Jurucakapnya, Andriy Lysenko berkata setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.
“Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam. "Tiada salah seorang daripada mereka telah menyerahkan kotak hitam itu kepada Ukraine,” katanya.
Beliau juga mengulai pendirian Kiev bahawa pihaknya bersetuju mengadakan gencatan senjata jika pemberontak meletakkan senjata mereka, menyerahkan kawalan sempadan dan membenarkan pemantau antarabangsa untuk menyiasat tempat kejadian. - - REUTERS
TOP
UN Tuduh Negara Islam Laksana Pembunuhan, Rogol, Pemaksaan Askar Kanak-Kanak Di Iraq
BAGHDAD (Reuters) - UN menuduh pejuang Negara Islam di Iraq menjalankan pembunuhan, merogol dan memaksa pengambilan kanak-kanak dalam kempen untuk merebut utara Iraq, sebahagian daripada konflik yang telah membunuh hampir 5,600 orang awam pada tahun ini.
Dalam laporan itu, UN tertumpu kepada pelbagai pelanggaran yang dilakukan terhadap orang awam, terutamanya oleh Negara Islam, walaupun ia juga berkata tentera Iraq dan pejuang bersekutu tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi orang awam daripada keganasan.
"(Ini) ... boleh juga dianggap sebagai jenayah perang," katanya dalam laporannya yang berkait dengan Al-Qaeda dan ISIL.
TOP
Jenazah Perlu Dimandikan Sebelum Solat Jenazah Ghaib
KUALA LUMPUR – Jenazah mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang beragama Islam, masih perlu dimandikan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan solat jenazah ghaib.
Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad berkata sekalipun tidak dapat dibezakan sama ada mangsa beragama Islam atau tidak, namun soal mandikan jenazah tetap perlu dilakukan terlebih dahulu.
“(Selepas mandikan jenazah) barulah boleh dilakukan upacara solat jenazah ghaib,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sekiranya jenazah itu tidak dapat dimandikan, maka ia akan disembahyangkan jenazah seperti biasa.
Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur Khamis lepas.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Sementara itu, beberapa ketua agama turut menggesa kalangan rakyat Malaysia menzahirkan kesepakatan dengan bersama-sama berdoa bagi kesejahteraan keluarga dan mangsa pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17.
Ketua sami Buddhist Maha Vihara Venerable Datuk K. Sri Dhammaratana Maha Thera berkata rakyat Malaysia perlu terus bersatu dalam mengutuskan doa kepada keluarga mangsa dan mereka yang menanggung penderitaan berikutan tragedi ini.
“Tragedi ini dan beberapa perkara yang berlaku di negara ini sejak akhir-akhir ini amat mendukacitakan. Usahlah kita membenci sesiapapun atas perkara yang berlaku.
Ayuh kita bersatu dan berdoa selain mengekalkan keamanan serta keharmonian di negara ini dan di dunia,” katanya kepada Bernama.
Sambil menggesa rakyat Malaysia agar menggalakkan perpaduan dan keharmonian dalam semangat 1Malaysia, beliau berkata Buddhist Maha Vihara akan menganjurkan upacara sembahyang besar-besaran tidak lama lagi.
Presiden Malaysia Hindu Sangam Datuk R.S. Mohan Shan berkata banyak peristiwa buruk melanda negara ini sejak awal tahun ini.
“Marilah kita mendoakan agar negara ini terus makmur dan dijauhi daripada terus dilanda tragedi,” katanya. – BERNAMA
TOP
PM Dan Isteri Luang Masa Bertemu Waris Nahas MH17
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meluangkan masa kira-kira dua jam bertemu waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine.
Pertemuan dalam bilik taklimat di sebuah hotel di sini diselubungi suasana sayu dan menyentuh perasaan apabila beberapa waris tidak dapat menahan kesedihan dan menangis ketika bertemu pemimpin negara itu.
Najib dan Rosmah dilihat menemui waris setiap 24 keluarga yang ada di situ secara peribadi dan memberi perhatian penuh ketika mendengar kisah mereka.
Turut serta dalam pertemuan itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam sidang berita kemudian, Perdana Menteri menyifatkan pertemuan itu sebagai ‘membawa dimensi kemanusiaan yang menyentuh perasaan’.
“Bila saya jumpa dengan ahli keluarga, baru kita dapat perspektif dari sudut individu, dari sudut yang melibatkan unit keluarga dan ini membawa satu perspektif yang mana kita dapat melihat secara dekat pada peringkat individu.
“Jadi, ada yang menyentuh perasaan dan emosi saya bila saya jumpa ahli keluarga dan mendengar cerita mereka, betapa sedih pilu perasaan mereka,” katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. – BERNAMA
TOP
Bapa Pelajar Pintar Tuduh Putih Bunuh Anak
BAPA pelajar pintar matematik British iaitu Simon Mayne mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin membunuh anaknya yang merupakan penumpang MH17.
Anaknya, Richard, 20, terdiri daripada 10 rakyat British yang terkorban selepas puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh penerbangan MH17 milik MAS yang dalam perjalanan Dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Richard merupakan seorang pelajar pintar British dan pakar matematik bakal menerima ijazah kelas pertama dari Universiti Loughborough.
Dia juga kini sedang melanjutkan pelajaran di Univerisiti Leeds.
“Semua orang tahu bahawa apa yang sedang berlaku di timur Ukraine adalah tajaan Rusia. Putin fikir dia seorang pemimpin yang dikagumi tetapi sebenarnya dia telah membunuh anak saya.
“Semua orang juga tahu bahawa puak pemisah mendapatkan peluru daripada Rusia dan bukannya membeli dari kedai,” ujar Mayne. – mStar
TOP
Polis rampas 347 kotak mercun, bunga api
JITRA - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 347 kotak mercun serta bunga api bernilai RM7,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kodiang Lama dekat sini pukul 11 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai memperoleh bekalan mercun dan bunga api terbabit daripada seorang warga Thailand dikenali sebagai Abey, berusia 30-an.
"Suspek mempunyai lesen untuk menjual mercun jenis 'happy boom' dan 'pop-pop' sahaja, tetapi menyalah guna lesen itu dengan menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api berbahaya," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Menurutnya suspek mengaut keuntungan berganda dengan menjual barang terbabit secara terbuka di sekitar bazar Ramadan dan Aidilfitri sekitar Kodiang dan Jitra.
Suspek dipercayai mengupah Abey antara RM500 dan RM1,000 bagi membawa masuk barangan itu dari negara jiran menerusi pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, katanya.
"Kita sedang mengesan individu dikenali sebagai Abey itu yang menjadi pembekal kepada suspek. Antara mercun yang dibekalkan ialah mercun bola, 'magic sing', 'happy boob', 'double thunder glap' dan mercun ong," katanya.
Menurut Abd Rahim kes disiasat menurut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau tujuh tahun penjara atau kedua-duanya.
Beliau berkata sejak 2 Julai hingga semalam, sebanyak 12 kes berkaitan rampasan mercun dan bunga api telah dilakukan di daerah Kubang Pasu dengan nilai keseluruhan RM12,150.
Abd Rahim turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menjual mercun dan bunga api berbahaya di bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri kepada orang ramai.
Katanya pihaknya hanya mengeluarkan lesen menjual mercun dan bunga api yang dibenarkan seperti pop-pop dan happy boom.
"Mereka ini guna taktik dengan pamer lesen jual mercun yang dibenarkan sahaja tetapi sebaliknya dengan menjual mercun yang diseludup. Bila polis periksa mereka simpan mercun berbahaya bagi mengelak ditangkap," katanya. - Bernama
TOP
Terperangkap Atas Pokok Kelapa Lebih Sejam
IPOH - “Tolong saya mahu turun,” jerit seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang berada di atas pokok kelapa hampir sejam dalam kejadian di Taman Lim, di sini, semalam.
Lelaki itu dipercayai diupah rakan T Kandavaani, 78, untuk mengambil buah kelapa di rumahnya.
Kandavaani ketika ditemui di rumahnya berkata, ketika kejadian dia berada dalam rumah sebelum mendengar jeritan lelaki berkenaan.
“Saya hanya dengar dia minta tolong untuk turun, tetapi tidak tahu kenapa. Saya yang ketika itu panik, segera menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
"Apabila bomba tiba, mereka segera menyelamatkan lelaki terbabit dengan menurunkannya menggunakan tangga. Ketika ditanya, lelaki itu beritahu kakinya kejang," katanya.
Menurutnya, dia jarang mengambil buah kelapa namun sering menawarkan kepada rakan yang ingin mengambil buah itu.
“Rakan saya yang upah lelaki ini untuk memetik buah kelapa atas pokok.
“Nasib baik lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Arif Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 11.34 pagi.
“Sejurus menerima panggilan, kami segera ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki berada di pokok kelapa.
“Kami menggunakan tangga untuk membawa mangsa turun. Mangsa dipercayai mengalami kekejangan kaki semasa berada di atas pokok tersebut. Operasi selesai pada jam 12.50 tengah hari dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya.- Sinar Harian
TOP
Penumpang Dah Mati Sebelum Berlepas Dari Amsterdam lagi - Pemisah Pro-Rusia
PETALING JAYA: Seorang pemimpin atasan pemisah pro-Rusia telah mendakwa bahawa mangsa Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 mungkin telah pun mati sebelum pesawat berlepas dari Amsterdam pada Khamis.
Ketua pemberontak Igor Girkin dilaporkan berkata bahawa dia telah dimaklumkan oleh orang-orang di lokasi kemalangan bahawa "sejumlah besar badan-badan tidak segar".
Beliau dipetik sebagai berkata dalam siaran di laman rangkaian sosial Vkontakte, perkhidmatan rangkaian sosial kedua terbesar di Eropah selepas Facebook, yang badan-badan itu telah kekeringan darah dan dalam proses penguraian.
Girkin, seorang bekas ejen perisikan tentera Rusia bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mengesahkan maklumat.
Pesawat MH17 telah dilaporkan telah ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia pada Khamis lalu - SiakapKeli.com
TOP
Saham MAS dan yang berkaitan penerbangan jatuh
KUALA LUMPUR: Saham Penerbangan Malaysia (MAS) berdepan tekanan jualan hari ini susulan insiden pesawatnya, MH17 yang terhempas di Ukraine semalam.
Nahas itu menimbulkan kebimbangan pelabur mengenai prospek pemulihan syarikat penerbangan itu, sekali gus mendorong mereka menjual pegangan masing-masing.
Pada akhir dagangan di Bursa Malaysia, saham syarikat penerbangan kebangsaan itu ditutup pada 20 sen, jatuh 11.11 peratus atau 2.5 sen, selain muncul sebagai saham paling aktif diniagakan.
Sepanjang dagangan semalam, saham MAS bergerak antara 18.5 sen dan 20.5 sen, sekali gus mengakhiri momentum pemulihan sejak dua minggu lalu.
Insiden pesawat terhempas itu juga turut menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham syarikat berkaitan industri penerbangan yang mana saham Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) jatuh 41 sen kepada RM8.03, AirAsia Bhd susut lima sen kepada RM2.34 dan Brahim’s Holdings Bhd jatuh 12 sen kepada RM1.83.
Saham syarikat penerbangan antarabangsa lain juga turut mencatatkan kejatuhan susulan insiden itu yang mana Japan Airlines (JAL) jatuh 0.7 peratus, All Nippon Airways (ANA) susut 0.8 peratus, Cathay Pacific merosot 0.7 peratus dan Air New Zealand jatuh 2.5 peratus.
Insiden itu juga menyebabkan pasaran saham global juga menerima tekanan jualan kerana pelabur bimbang terhadap ketegangan geopolitik.
Dalam nota penyelidikannya semalam, Hong Leong Investment Bank (HLIB) melihat MAS akan menempuh perjalanan yang sukar untuk memulihkan semula imejnya susulan insiden terbaharu itu.
Ia berkata, sentimen pengguna bagi rekod keselamatan MAS akan terjejas teruk dengan dua insiden besar yang berlaku dalam tempoh enam bulan.
“Insiden ini akan menjejaskan lagi harapan syarikat penerbangan kebangsaan itu untuk pulih semula pada 2015. Kedudukan MAS dalam Oneworld Alliance mungkin terjejas berikutan rekod buruk ini,” katanya.
HLIB juga bimbang dengan kemapanan aliran tunai syarikat penerbangan kebangsaan itu.
Ia berkata, setakat akhir suku pertama tahun ini, MAS mempunyai RM3.2 bilion tunai dengan kerugian aliran tunai operasi sebanyak RM350 juta pada suku pertama saja.
“Dengan jangkaan jumlah penumpang dan hasil yang rendah untuk baki tahun ini, kami percaya MAS mungkin memerlukan modal baharu untuk syarikat penerbangan ini terus beroperasi menjelang 2015,” katanya.
“Kaunter MAS akan terus berdepan tekanan jualan susulan insiden ini dalam tempoh terdekat,” kata firma penyelidikan itu.- Berita Harian
TOP
Lelaki Tanpa Identiti Maut Di Johor
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tanpa pengenalan diri maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam, di Jalan Permas Selatan, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Sulaiman Salleh berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai warga asing.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berdasarkan pakaiannya, mati di tempat kejadian akibat dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Vios yang datang dari Kampung Danga menghala Pasir Gudang.
“Semasa kejadian, sebuah kereta Mercedes berjaya mengelak mangsa ke sebelah kiri laluan apabila mangsa dikatakan melintas secara tiba-tiba.
“Bagaimanapun, kereta Jenis Toyota Vios terbabit yang berada di sebelah kanan jalan gagal mengelak dan melanggar mangsa menyebabkan dia terhantuk pada cermin hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Sulaiman berkata, identiti pejalan kaki terbabit masih tidak diketahui berikutan tiada sebarang pengenalan diri ditemui di tempat kejadian.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama sesiapa orang ramai yang menyaksikan kemalangan terbabit untuk menghubungi talian hotline Polis Johor ditalian 07-223 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
“Setakat ini tiada mana-mana saksi tampil memberikan keterangan kes walaupun keadaan lalu lintas sibuk ketika kejadian,” katanya.
Katanya lagi, waris atau sesiapa yang mengenali mangsa atau mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga dinasihatkan menghubungi pihak polis untuk tujuan pengecaman dan membantu siasatan.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat. - Sinar Harian
TOP
Perjalanan Atlet Ke Glasgow Tidak Terjejas – Khairy
SEPANG – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa perjalanan kontinjen negara ke Glasgow, Scotland bagi menyertai Sukan Komanwel ke-20, tidak akan terjejas berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.
Beliau juga yakin insiden tragik itu tidak menggugat semangat baki atlet dan pegawai yang belum berlepas ke Glasgow bagi menyertai temasya sukan yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 3 Ogos ini.
“Saya percaya bahawa tidak akan ada apa-apa masalah dari segi keinginan mereka (atlet dan pegawai) untuk menaiki pesawat.
Semua tahu bahawa segala tindakan telah diambil oleh badan antarabangsa yang mengawal selia penerbangan awam setelah berlakunya insiden MH17.
“Walaupun insiden sedih ini telah berlaku tapi ia tidak menjejaskan dan mengganggu perjalanan atlet ke Glasgow dan sebahagian besar sudah sampai di sana,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Glasgow lewat malam Jumaat.
Khairy berkata setakat ini, sebanyak 109 daripada 269 atlet dan pegawai telah pun tiba di Glasgow manakala baki terdiri daripada atlet serta pegawai bagi acara renang, tinju dan beberapa sukan lain akan tiba pada Sabtu dan hari berikutnya.
Beliau turut mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH17 serta berharap Malaysia mengambil tindakan tegas dalam menyiasat insiden itu supaya pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
Pesawat MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Sementara itu, mengulas ‘perbahasan’ antara Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong dan Panel Penasihat Sukan (PPS) Datuk Mazlan Ahmad berhubung sasaran pingat di Sukan Komanwel, Khairy berkata perkara berkenaan mungkin tidak timbul jika beliau sendiri yang membuat pengumuman.
“Jika menteri yang umumkan sasaran pingat ini, mungkin tidak ada sesiapa akan pertikaikan. Tapi kali ini saya bagi penghormatan kepada ketua kontinjen untuk umumkan sasaran pingat.
“Sasaran tujuh pingat emas ini adalah berdasarkan perbincangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), MSN serta ketua kontinjen dan ini sasaran kita bersama dengan mengambil kira kedudukan atlet, sukan serta acara yang disertai selain kecederaan atlet seperti Datuk Lee Chong Wei,” katanya.
Khairy berkata sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam Sukan Komanwel, Mazlan yang pernah menyandang jawatan Ketua Pengarah MSN ketika Malaysia menjadi tuan rumah pada 1998, patut menyedari akan pencapaian ‘pasang surut’ atlet dalam temasya itu.
“Sebenarnya perkara ini biasa, kadang-kadang kita dapat pingat lebih tinggi dan kadang-kadang kita dapat lebih rendah. Contohnya ketika Sukom, Datuk Mazlan menjadi ketua pengarah ketika itu, negara mencapai 10 pingat emas tetapi kemudian turun kepada tujuh pingat emas di Manchester.
“Dia kena tahulah ada pasang surut dalam pencapaian kita. Tapi tujuh pingat emas ini adalah sasaran yang realistik dan saya hormati pandangan Datuk Mazlan dan saya sokong pendirian Datuk Zolkples yang sama-sama buat sasaran ini,” katanya.
Sepanjang penyertaan Malaysia dalam temasya Sukan Komanwel, kontinjen negara meraih dua pingat emas di Victoria, Kanada pada 1994; 10 emas di Kuala Lumpur (1998), tujuh emas di Manchester, England (2002) dan Melbourne, Australia (2006)dan yang terbaik iaitu 12 emas, di New Delhi, India (2010). – BERNAMA
TOP
Malaysia Airlines Akan Ketepikan Fi Bayaran
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) akan mengetepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang mahu membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke mana-mana destinasi MH.
MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguhkan atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik, termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapatkan bayaran balik.
Ia berkata penumpang Enrich juga diberikan manfaat yang sama ke atas jika membuat perubahan dalam jadual perjalanan masing-masing, selain pemulangan semula perbatuan jika mereka memilih untuk membatalkan tiket-tiket penebusan.
“Malaysia Airlines sedih atas kehilangan MH17, dan sesungguhnya syarikat itu menghargai sokongan para penumpang,” katanya.
Kenyataan itu menyebut bahawa bayaran balik hanya terpakai mulai 18 Julai hingga 24 Julai, bagi perjalanan dari 18 Julai 2014 hingga 31 Dis 2014.
Ia berkata penumpang yang mahu membuat perubahan ke atas jadual perjalanan masing-masing, boleh menghubungi pejabat tiket terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan Globalnya di 1-300-88-3000.
MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, dekat sempadan Rusia.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.
Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. – BERNAMA
TOP
Janda Anak Tiga Antara Dicekup Berkhalwat
ALOR SETAR – Seorang janda anak tiga antara dicekup berkhalwat bersama pasangannya, lelaki mualaf di sebuah hotel di Jalan Sultanah Sambungan, di sini, semalam.
Ketika diserbu, dia bersama pasangannya, duda anak tiga berusia 36 tahun memaklumkan mereka memiliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga nanti.
Malah, pengasuh kanak-kanak berusia 33 tahun berasal dari Mergong, memberikan alasan berehat kononnya berasa sedikit letih pada bulan Ramadan ini.
Turut dicekup dalam operasi, seorang penjawat awam, 25, berasal dari Melaka dan wanita berusia 26 tahun dari Klang dalam sebuah bilik di hotel bajet sama.
Pasangan tidak memiliki hubungan sah berkenaan memaklumkan, mereka kebetulannya baru dua minit mendaftarkan diri dalam hotel berkenaan sementara menunggu waktu siang.
Pasangan kekasih terbabit memberikan alasan menziarahi seorang kenalan mereka di Changloon, sementara menunggu waktu pulang ke tempat mereka keesokan harinya.
Namun, alasan sedemikian tidak diterima penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana pasangan berkenaan berada dalam bilik hotel berdua-dua tanpa ikatan muhrim.
Lebih mencurigakan, meskipun lelaki terbabit memberikan alasan hanya datang melihat keadaan pasangannya, namun ketika dicekup wanita berkenaan hanya memakai seluar dalam.
Manakala, seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun dicekup pula bersama wanita warga Thailand di bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini.
Sewaktu disoal, pelajar terbabit memaklumkan dia baru berkenalan wanita berusia 40 tahun itu di sebuah bar, sebelum keluar bersama ke hotel berkenaan.
Itulah sebahagian gelagat tiga pasangan dicekup hampir 40 penguatkuasa JAIK dalam Ops Ramadan selama lima jam di empat hotel bajet sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini, semalam.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang JAIK, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya mendapati segelintir individu mengambil kesempatan melakukan maksiat dalam bulan puasa ini.
“Sedangkan, mereka sepatutnya menjalankan ibadat. Malangnya, ada yang mengambil jalan mudah mengikut hawa nafsu mereka tanpa menghormati kesucian bulan Ramadan,” katanya. – Sinar Harian
TOP
Bukit Aman cekup dua penjenayah paling dikehendaki di Temerloh
KUANTAN: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman berjaya menumpaskan dua penjenayah paling dikehendaki di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh dalam satu operasi khas malam tadi.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam dan kejayaan Stafoc berkenaan diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitternya.
Difahamkan satu sidang media oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini untuk mengumumkan kejayaan pasukan berkenaan. ─ BH Online
TOP
Wartawan Letak Jawatan, Kecewa Dengan Liputan Berat Sebelah
Wartawan Letak Jawatan, Kecewa Dengan Liputan Berat Sebelah
MOSCOW: Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu. Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine. “Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth. Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”. “Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel. Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja. Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter. Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis. “Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya. “Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar. “Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya. Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi. Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu. Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine. Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu telah dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah. RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine. Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung. RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri. – Astro Awani

Status Singapore Airlines Di Laman Facebook Dikecam
PETALING JAYA: Satu status kemas kini yang dibuat oleh Singapore Airlines (SIA) di laman Facebook milik syarikat penerbangan itu yang mengatakan mereka tidak melalui ruang udara Ukraine dikecam oleh ramai pengguna yang menganggap ianya sesuatu yang tidak baik.
Dakwaan itu juga turut dipersoalkan bersama laporan yang menyatakan bahawa Penerbangan SQ351 berada kira-kira 25 kilometer dari MH17 yang malang.
Pengguna Facebook merasakan kenyataan yang dimuat naik awal Jumaat oleh SIA itu sebagai " bertujuan mengambil kesempatan daripada tragedi."
Posting: 'Pelanggan mungkin berharap bahawa penerbangan Singapore Airlines tidak menggunakan ruang udara Ukraine' telah menarik lebih daripada 500 komen selepas ia dimuat naik di Facebook rasmi syarikat penerbangan itu. (https://www.facebook.com/singaporeair).
"Betul, Singapore Airlines, itu sahaja? Classy update, " tulis seorang pengguna yang menggunakan nama Michael Reit.
"Bagaimana pula jika sekurang-kurangnya mengambil tahu mengenai peristiwa dahsyat itu menghantar ucapan takziah kepada keluarga serta rakan-rakan yang terlibat dan bukannya status dingin,yang tiada 'kelas' ini," tambah Reit.
"Ucapan takziah terlebih dahulu sebelum memberitahu dunia yang anda tidak terbang di jalan yang sama .... ini adalah satu kenyataan yang paling teruk omg," tulis Vivian Wong Siu Ming.
Singapore Straits Times pada Jumaat terpaksa merujuk flightradar24.com dan melaporkan bahawa Singapore Airlines SQ351, Boeing 777, dan Air India A113, Boeing 787, berada dalam jarak 15 batu (25km) dari MH17 apabila ia hilang dan terhempas selepas ditembak.
Bagaimanapun ada juga yang mempertahankan posting itu dengan berkata, ia tidak dilakukan dengan niat jahat.
"Saya tidak melihat bagaimana status ini adalah tidak sensitif. Saya nampak ia lebih kepada keyakinan bukannya beberapa helah perniagaan, " tulis Eng Su Yee Aeth.
"Saya pasti terdapat ramai penumpang yang sedang menunggu kemas kini status seperti ini supaya mereka boleh menenangkan fikiran. Mengapa tidak berdoa untuk mangsa terlebih dahulu daripada membuat kecoh seperti ini? " tambah pengguna.
SIA kemudian mengemaskini status baharu di laman Facebook mereka dengan menyatakan takziah ke atas tragedi itu.
"Fikiran kami bersama penumpang-penumpang, anak kapal MH17, dan keluarga mereka," jelas status baharu di laman Facebook itu.
Laporan maklumat pengesanan penerbangan flightradar24.com. (http://www.straitstimes.com/news/asia/south-east-asia/story/malaysia-airlines-mh17-crash-singapore-airlines-plane-sq351-was-abou).
Singapore Airlines masih belum memberi maklum balas kepada soalan yang dikemukakan oleh The Star mengenai posting itu. ─ mStar.com.my
TOP
MH17: Kehilangan Amat Besar Kepada Pergerakan HIV & AIDS Gobal - MAM
KUALA LUMPUR: Majlis AIDS Malaysia (MAM) menyifatkan kematian sebilangan besar penyelidik Aids dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine, Khamis lepas, sebagai satu kehilangan amat besar kepada pergerakan HIV/AIDS global.
Selain itu, majlis itu berkata pemergian banyak pakar, yang sedang dalam perjalanan ke Persidangan Aids Antarabangsa ke-20 (AIDS 2014) di Melbourne, Australia, adalah satu kehilangan yang tidak ternilai kepada kehidupan manusia sejagat.
Presiden MAM Datuk Dr Raj Karim berkata antara 298 mangsa nahas tersebut adalah termasuk bilangan besar penyelidik yang dijadual menghadiri Persidangan AIDS 2014 selama lima hari itu, mulai esok.
"Pakar penyelidik HIV terkemuka dunia Prof Dr Joep Lange, antara penumpang pesawat itu, merupakan seorang saintis yang cemerlang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Beliau merupakan pejuang kemanusiaan yang luar biasa yang berjuang tanpa mengenal penat lelah untuk meningkatkan akses kepada rawatan antiretroviral, yang menyelamatkan nyawa pengidap HIV di negara-negara membangun," katanya.
Dr Lange, seorang warganegara Belanda, merupakan bekas presiden Persatuan AIDS Antarabangsa dan telah menceburi dunia penyelidikan penyakit HIV selama 30 tahun serta menulis lebih 350 jurnal.
Dr Raj berkata mangsa-mangsa ini menampilkan suatu suara kolektif, semangat dan dedikasi kepada perjuangan memerangi HIV dan AIDS di peringkat global.
Menurut laporan media sosial sebelum ini, lebih 100 peserta Persidangan AIDS 2014 termasuk isteri Lange, Jacqueline van Tongeren, pekerja kesihatan, aktivis dan staf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dilaporkan bersama-sama dalam perjalanan ke persidangan tersebut.
MAM menghantar delegasi lima anggota ke persidangan tersebut yang dijangka disertai oleh 14,000 peserta daripada 200 buah negara.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan terkorban selepas pesawat tersebut dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah, kira-kira 50km dari sempadan Rusia. ─ BERNAMA
TOP
Presiden S'pura Ucap Takziah Kepada Yang di-Pertuan Agong
SINGAPURA: Presiden Tony Tan Keng Yam mengutuskan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17.
Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura, Tan berkata beliau amat sedih dengan nasib yang menimpa pesawat malang itu.
"Saya turut berdukacita dengan nasib anggota keluarga yang kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba. Ingatan dan doa saya bersama mereka dan saya harap mereka akan tabah menghadapi saat getir ini.
"Saya dan seluruh rakyat Singapura bersimpati dan mengucapkan takziah," katanya.
Kenyataan itu menyebut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong turut mengutus ucapan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lee, yang terkejut dan amat sedih dengan tragedi itu, turut menyatakan kesediaan Singapura membantu Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, MFA berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan membabitkan mangsa warga Singapura. ─ BERNAMA
TOP
Harap Mayat Ariza Sekeluarga Dijumpai - Sepupu
Asfarina Kartika menunjukkan gambar ahli keluarga - Foto Bernama
SEPANG: "Kami harap mayat Ariza Ghazalee, 46, suaminya Tambi Jiee, 49, dan keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17, yang terhempas di Ukraine semalam, dapat dijumpai," kata Noraini Mohd Hol, 52, sepupu kepada Ariza. Dengan nada sebak, beliau berkata pihaknya perlu melihat sendiri mayat Ariza sekeluarga sebelum memaklumkan keluarga mangsa yang masih berada di Bintulu, Sarawak. "Saya amat sayangkan dia dan keluarganya dan dia amat rapat dengan saya meskipun dia jauh di Kazakstan bersama suami dan anak-anaknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat. Noraini berkata beliau tidak menyalahkan Malaysia Airlines (MAS) malah mengganggap ini merupakan satu tragedi yang berlaku di atas kehendak dan ketentuan Ilahi. Beliau juga berkata Ariza mengikuti Tambi yang bertugas di sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami sepupunya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur. Katanya, Ariza sempat memuat naik status '17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah', pada 5.29 petang (waktu Malaysia) semalam dalam laman sosial Facebook ketika berada di Lapangan Terbang Amsterdam. Zulrusdi Mohammad Hol, 46, pula melahirkan rasa sedih terhadap insiden yang menimpa keluarga sepupunya itu, lebih-lebih lagi ia berlaku menjelang Hari Raya Puasa. "Kali terakhir kami berjumpa pada Mac lepas kerana dia datang melawat arwah ibu saya di hospital, dan setiap tahun, Ariza dan keluarga pasti datang beraya di rumah kami." katanya. Katanya, mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak dan hanya fokus kepada menguruskan jenazah serta proses pengecaman mayat. Ariza bersama suami dan anak mereka iaitu Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi Jumaat sebelum berlepas ke Kuching pada tengah hari. Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine pada Khamis. ─ BERNAMA

Ukraine Adakan Mesyuarat Pertama J/k Siasatan MH17 Hari Ini
KUALA LUMPUR: Kerajaan Ukraine telah mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di bahagian timur negara itu, Khamis.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Konsular, Kementerian Luar Ukraine, Andril Sybiga berkata semasa mesyuarat itu, tindakan telah dirangka untuk menyelaras kerja-kerja pelbagai agensi kerajaan terbabit dalam siasatan tersebut.
Kerajaan Ukraine memilih Kharkiv, bandar raya kedua terbesar di bahagian timur laut negara itu, sebagai pangkalan untuk jawatankuasa tersebut.
"Siasatan ini akan merangkumi dimensi antarabangsa berikutan mangsa pesawat terdiri daripada rakyat asing," kata Sybiga dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Ukraine di sini Jumaat.
Kenyataan itu menyebut setakat ini sebanyak 181 mayat telah ditemui.
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk di timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia.
Pesawat, yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia hari ini.
Menurut kenyataan itu, pakar-pakar Ukraine daripada Kementerian Kecemasan sedang bekerjasama dengan pakar-pakar antarabangsa di lokasi kejadian selepas dibenarkan masuk ke kawasan itu hari ini oleh kumpulan pemisah yang menguasai wilayah itu.
Adalah dirancangkan supaya mayat-mayat mangsa dibawa ke bandaraya Kharkiv di mana kemudahan untuk mengenal pasti identiti mangsa akan ditubuhkan, menurut kenyataan itu.
Ia menyebut bantuan akan dihulurkan kepada keluarga mangsa bagi mendapatkan visa untuk memasuki wilayah Ukraine selain kemudahan khas untuk keluarga dan waris mangsa disediakan di Lapangan Terbang Boryspil, iaitu lapangan terbang utama Kiev.
Sukarelawan juga akan disediakan untuk memberi sokongan psikologi kepada keluarga dan waris mangsa, menurut kenyataan itu.
Kerajaan Ukraine juga sudah menubuhkan bilik operasi utama dengan nombor telefon: +38044 279 62 06, 238 16 57, faksimile: +380 44 serta E-mel beralamat cons_vor2@mfa.gov.ua.
Unit respons krisis juga ditubuhkan di Kedutaan Ukraine di Malaysia dengan nombor telefon: +603 21669552, +6016 2614707, faksimile: +603 21664371; E-mel: emb_my@mfa.gov.ua.
Unit sama turut ditubuhkan di Kedutaan Ukraine di Netherlands dengan nombor telefon: +31 (70) 3626095; faksimile: +31 (70) 3615565; E-mel: emb_nl@mfa.gov.ua, embukr@wxs. ─ BERNAMA
TOP
Proses Siasatan MH17 Perlu Penglibatan Badan Bebas - Ahli Akademik
Serpihan pesawat MH17 selepas terhempas di timur Ukraine pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Badan penyiasat bebas perlu menyertai proses penyiasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine, Khamis, kata seorang ahli akademik. Ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Kapt Dr Mohd Harridon Mohd Suffian berkata selain pihak berkuasa Malaysia dan Ukraine, hasil siasatan punca kejadian itu akan lebih tepat dengan penglibatan badan penyiasat bebas. "Perlu adanya pandangan kedua dari badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak bagi memastikan ketepatan keputusannya," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Maruah Malaysia dan MAS' terbitan BernamaTV di sini, Jumaat. Selain itu, katanya, Malaysia juga berhak untuk turut serta dalam penyiasatan data kotak hitam pesawat MH17 yang dilaporkan telah ditemui oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah itu. "Juga, analisis daripada pelbagai pihak mengenai data kotak hitam juga perlu bagi memastikan keputusan yang diperolehi tepat dan kita dapat membuktikan apa sebenarnya yang berlaku dalam pesawat tersebut sebelum ia terhempas," katanya. Mohd Harridon juga berkata proses siasatan tragedi MH17, yang mengorbankan 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, adalah rumit dan akan mengambil masa sehingga tiga tahun untuk diselesaikan berikutan komponen pesawat telah berkecai. Dalam pada itu, Mohd Harridon menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan pesawat tersebut telah disalah tembak oleh peluru berpandu. Katanya, setiap pelancar peluru berpandu dilengkapi dengan sistem radar yang dapat mengesan sama ada sesebuah pesawat yang berada di udara adalah pesawat tentera atau pesawat komersil. Penerbangan MH17 terhempas ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah, kira-kira 50km dari sempadan Rusia. Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. ─ mStar.com.my

Muhyiddin Yassin Lawat Pusat Operasi Tragedi MH17
SEPANG, 18 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat malam melawat pusat operasi tragedi MH17 di Bangunan Pengurusan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Beliau yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman tiba di bangunan itu pada pukul 9.55 malam.
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit di pusat itu yang ditubuhkan pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai tragedi.
Muhyiddin kemudian ke Hotel Marriot Putrajaya bagi menziarahi keluarga penumpang dan kru pesawat malang berkenaan.
Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777 membawa 298 orang termasuk 16 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, dipercayai akibat ditembak.
Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.-- BERNAMA
TOP
Perintah berkurung: Rakyat Sabah jangan panik
SEMPORNA - Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri, Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin.
Katanya masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.
"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka Puasa di Pulau Bumbum dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, perintah berkurung yang akan diumumkan itu bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja.
Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh. - Sinar Harian
TOP
43 Mesin Judi Dirampas, Enam Lelaki Di George Town Ditahan
Gambar Hiasan
George Town, 19 Julai - Polis merampas 43 komputer yang telah diubah suai menjadi alat permainan judi dan menahan enam lelaki dalam serbuan di dua premis di Jalan Sungai Pinang dan Jalan Tengku, Jelutong di sini, awal hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang ditahan dalam operasi tiga jam berakhir pukul 2 pagi itu merupakan pekerja di premis terbabit termasuk empat warga Pakistan, berusia antara 19 dan 26 tahun. "Dalam serbuan pertama di Jalan Sungai Pinang, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun serta seorang lelaki warga Pakistan dipercayai penjaga premis berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemukan tiga lagi warga Pakistan sedang tidur di bilik belakang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Katanya kesemua warga asing itu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan polis merampas 13 set komputer berserta dua modem dari premis berkenaan. Beliau berkata dalam serbuan kedua di Jalan Tengku, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai penjaga premis dan merampas 30 set komputer. Katanya pemilik premis disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mior Faridalatrash berkata kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Datuk saudara Iqram Dinzly mangsa tragedi MH17
IQRAM Dinzly mengakui datuk saudaranya adalah antara 15 anak kapal yang bertugas dalam pesawat malang itu. Iqram berkata, Kapten pesawat MH17, Wan Amran Wan Hussin adalah mempunyai pertalian di sebelah ibunya.
"Opah saya (emak kepada ibu Iqram) dan Tok Ran (Wan Amran) adalah adik beradik. Kami ada berjumpa baru-baru ini semasa saya menjalani penggambaran di Shah Alam dan dia ada menjemput saya ke rumahnya.
"Malah hujung tahun lalu kami turut menyertai perjumpaan keluarga beramai-ramai di Perak.
"Selepas MH370, saya tidak sangka kejadian hampir sama menimpa Tok Ran," katanya yang menyifatkan Wan Amran sebagai seorang yang sangat baik dan merendah diri. ─ Sinar Online
TOP
Padah cabul gadis di bazar Ramadan
KUANTAN - Seorang buruh warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas dua tuduhan mencabul gadis ketika berada di tapak Bazar Ramadan Jalan Mahkota di sini, 15 Julai lalu.
Tertuduh, Malik Sarman, 46, mengaku bersalah bagi kedua-dua tuduhan sebelum dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu dan didenda RM1,000 atau penjara tiga minggu bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, hukuman penjara yang dihadapi berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap.
Berdasarkan pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah mencabul dua gadis berusia 24 dan 18 tahun dengan menyiku buah dada mangsa tanpa kerelaan.
Perbuatan nakal yang dilakukan terhadap kedua-dua gadis itu berlaku serentak kira-kira jam 7.15 petang.
Tertuduh dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebatan atau dua daripada hukuman tersebut. ─ Sinar Online
TOP
Nahas MH17: China tuntut siasatan 'adil dan objektif'
BUENOS AIRES: Presiden China, Xi Jinping hari ini mahu siasatan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, diadakan dengan 'adil dan objektif'.
“Kami terkejut dengan nahas yang menimpa pesawat Malaysia yang terhempas di wilayah Ukraine dan kami merakamkan takziah kepada mangsa dan ahli keluarga mereka," kata Xi selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Argentina, Cristina Kirchner.
Pemimpin China itu berkata, beliau amat mengharapkan siasatan 'adil dan objektif' terhadap nahas yang mengorbankan nyawa semua 298 penumpang dan anak kapal di dalamnnya. - AFP
TOP
Israel Serang Hospital di Timur Gaza
GENTING GAZA - PALESTIN. Tentera Israel terus meningkatkan serangan ke kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi seperti hospital, masjid dan penempatan.
Kelmarin, rejim Zionis bertindak membedil sebuah hospital di kejiranan Shuja’iyya di timur Gaza.
Pengarah Hospital Al-Wafa, Basam Ashi berkata, serangan itu menyebabkan kemusnahan teruk dan telah mencetuskan panik dalam kalangan pesakit dan kakitangan hospital.
“Sebelum kejadian itu, tentera Israel ada mengarahkan pengurusan hospital berpindah, namun kami enggan berbuat demikian dan terus merawat mangsa yang cedera akibat kekejaman rejim Zionis,” katanya dipetik Middle East Monitor.
Menurutnya, sebanyak lapan aktivis dari Amerika Syarikat, Venezuela, Perancis, Britain, Sweden dan Sepanyol berada di hospital itu sejak minggu lalu untuk memberikan bantuan kepada pesakit warga emas. ─ Sinar Online
TOP
Rumah “Dikunjungi” Tiga Perompak Bertopeng
Ahmad (kanan) menunjukkan barang kes yang dirampas daripada penjenayah bertopeng yang melakukan rompakan di Jalan Santong. - Foto Sinar Harian
PAKA – Seorang suri rumah berdepan detik cemas apabila menerima 'kunjungan' tiga penjenayah bertopeng sebelum berjaya melarikan barangan berharga miliknya dalam satu kejadian pecah rumah dekat sini, minggu lalu. Namun, tindakan bijak jiran mangsa yang mencatat nombor plat kenderaan dinaiki suspek selepas mengesyaki kehadiran kenderaan mencurigakan itu, sebelum memaklumkan kepada polis berjaya membawa kepada penahanan tiga remaja yang terlibat melakukan jenayah terancang tersebut. Sebaik menerima laporan kes pecah rumah di Jalan Santong kira-kira jam 10 malam itu, polis yang bertindak berdasarkan nombor plat Perodua Myvi dinaiki suspek ketika melakukan jenayah tersebut terus melancarkan operasi khas. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, hasil siasatan polis mendapati kereta yang digunakan suspek adalah kereta sewa. Menurutnya, kesemua suspek berjaya ditahan di Kemaman ketika ingin menghantar kereta berkenaan. “Hasil siasatan, suspek yang menutup muka serta mengacukan parang kepada pengadu ketika melakukan jenayah itu dikatakan sudah menjual barang kemas yang dirompak kepada seorang peniaga emas di Kuantan, selain barangan elektrik hasil rompakan kepada seorang lagi rakan subahatnya,” katanya. Menurut Ahmad, susulan penahanan dua rakan kepada kumpulan penjenayah terbabit, polis berjaya merampas emas yang sudah dilebur selain televisyen, telefon bimbit serta komputer riba milik mangsa. “Dua rakan suspek yang membeli barang curi itu kini ditahan dan didakwa di mahkamah. Manakala, tiga suspek yang terbabit dalam jenayah samun berkumpulan itu juga didakwa mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan,” katanya. ─ Sinar Harian Online

Hampir 500 Kanak-Kanak Ibarat Dipenjarakan dan Didera di Pusat Perlindungan
Gambar menunjukkan keadaan tempat perlindungan kanak-kanak -The Big Family
MEKSIKO (CNN): Pihak berkuasa Meksiko masih lagi merasakan kengerian yang didakwa telah dilakukan kepada hampir 500 orang kanak-kanak yang berada di pusat perlindungan “La Gran Familia” (The Big Family) barat Michoacan. Di tempat perlindungan tersebut yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan antaranya yang paling muda adalah berumur 2 bulan. Ibu bapa mereka juga tidak dibenarkan untuk melawat anak-anak mereka di situ. Mereka seakan-akan dipenjarakan di kuarter berkenaan yang kotor penuh dengan kutu dan hama serta dilakukan penderaan seksual, psikologi, dan fizikal. Bagaimanapun pihak berkuasa telah mnyerbu pusat perlindungan berkenaan berikut aduan daripada ibu bapa yang mengatakan mereka tidak dibenarkan melawat anak-anak mereka. “Kami mendapati hampir 500 kanak-kanak dalam keadaan yang sangat-sangat teruk”, kata penguam Meksiko kepada pemberita. ─ SiakapKeli.com

Pramugara Hasrat Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang
Shaikh Mohd Noor (kiri) bersama anaknya Zulaika dan isteri Madiani Mahadi serta anak tiri Zulhilmi (kanan). - foto BERNAMA
PELABUHAN KLANG: "Kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang," kata pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood kepada adiknya.
Siti Noradziah, 29, berkata abang sulungnya melahirkan hasrat itu selepas insiden kehilangan pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.
"Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain.
"Waktu dia cakap nak meninggal dalam kapal terbang memang kita marah, ya lah siapa yang nak tengok ahli keluarga meninggal dalam insiden kapal terbang tetapi kami sekeluarga anggap itu gurauan sebab dia memang suka bergurau," katanya di kediaman ibu bapanya di Taman Chi Liung, Pandamaran, Jumaat.
Pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.
Siti Noradziah, anak ketiga daripada lima beradik, berkata sebelum bertolak ke Amsterdam, Shaikh Mohd Noor sempat pulang ke kediaman ibu bapanya untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka selain berbuka puasa bersama keluarga.
Beliau berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.
"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.
Sementara itu, ibu Shaikh Mohd Noor, Amna Mohd Sharif, 65, pula berkata beliau pernah menyuarakan hasrat agar anak sulungnya itu, yang mesra dipanggil 'Mad Noor' berhenti menjadi pramugara selepas tragedi MH370.
"Makcik pernah cakap pada Mad Noor, berhentilah kerja takut kejadian macam ni tetapi kata Mad Noor, kalau nak mati, mana-mana pun boleh mati," katanya.
Amna juga berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Shaikh Mohd Noor yang disifatkan seorang anak paling rapat dengannya.
Shaikh Mohd Noor meninggalkan seorang balu, Madiani Mahani, 42, yang juga pramugari MAS, serta lima anak berusia lingkungan 2 hingga 13 tahun, termasuk seorang anak tiri. ─ BERNAMA
TOP
MH17: Malaysia Desak Siasatan Antarabangsa Yang Menyeluruh, Bebas & Telus
Hussein Haniff.
KUALA LUMPUR: Malaysia mendesak agar satu siasatan antarabangsa dilakukan secara menyeluruh, bebas dan telus berkaitan insiden tragik membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis. Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata siasatan itu perlu membabitkan pihak berkuasa antarabangsa yang relevan termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi khas PBB. "Malaysia terkejut dan dukacita dengan kejadian menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17. Butiran lanjut masih belum diketahui pada peringkat ini, namun fakta bahawa pesawat itu mungkin ditembak jatuh menjadikan perkara ini lebih menyakitkan kepada kami. "Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan sedemikian kerana ia adalah satu pencabulan secara terang-terangan ke atas undang-undang antarabangsa dan tatasusila," katanya dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan mengenai Ukraine di New York pada Jumaat.
Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini Jumaat.
MAS pada Jumaat mengesahkan menerima makluman dari pusat kawalan trafik udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.
Pesawat itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Hussein berkata Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan petugas pasukan penyiasat dan bantuan kemanusiaan di lokasi kejadian. "Kami menggesa pihak yang terlibat dalam konflik di lokasi kejadian memberi kerjasama sepenuhnya termasuk memudahkan akses kepada petugas pasukan penyiasat dan bantuan kemanusiaan untuk menjalankan misi mereka seperti mengumpul data yang relevan, bukti, mayat serta barangan peribadi mangsa," katanya. Hussein berkata ini termasuk tiada gangguan di lokasi kejadian atau pengalihan serpihan dari kawasan berkenaan seperti perakam data atau kotak hitam. "Integriti lokasi kejadian perlu dipelihara," katanya. Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan mempertingkat peranannya dalam rundingan damai bagi konflik antara Rusia dan Ukraine untuk mengelak insiden tragik yang menimpa MH17 berulang. Hussein berkata insiden itu adalah peringatan serius bagaimana pergolakan yang berlaku mampu mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa sehingga meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dalam cara yang amat tragik dan tidak masuk akal. Beliau juga berkata Malaysia amat terharu dengan ucapan takziah, simpati dan sokongan yang diterima daripada seluruh dunia. "Pada waktu yang sukar ini, kami ingin melahirkan kesedihan yang mendalam dan mengucapkan simpati serta takziah kepada anggota keluarga serta rakan mangsa," katanya. ─ BERNAMA

PM Panggil Sidang Tergempar Parlimen, Bendera Separuh Tiang
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
1. Semalam, hari Khamis, 17 haribulan Julai 2014, dunia secara am dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-222 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.
2. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.
3. Pihak Malaysian Airlines telah mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.
4. Justeru, bagi pihak Kerajaan, saya menzahirkan perasaan sangat dukacita dan pilu terhadap peristiwa tragik yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal tersebut.
5. Jadinya, Kerajaan ingin merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa juga simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Makanya, diharapkan kepada semua, agar cekalkan semangat dan tabah menempuh dugaan amat berat ini.
Rakyat Malaysia Yang Kasihi Sekalian,
6. Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atas perbuatan itu sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diabsahkan.
7. Walau apapun, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.
8. Selanjutnya, sebagai menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia, maka saya selaku Perdana Menteri, memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
9. Hendaknya, dalam menghadapi situasi yang sangat mencabar ini, bersempena pula dengan keberkatan dan kelebihan hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan yang mulia, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, terutama bagi yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat, terus bermunajat serta berdoa kepada Allah SWT, agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara.
10. Kepada rakyat Malaysia yang menganut agama-agama lain pula, digalakkan untuk mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing.
11. Dalam perkara ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengisytiharkan bermula pada malam ini sehingga hari Isnin, 21 Julai 2014, bendera negara dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Saya juga telah menyembah maklum perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
12. Perlu diketahui juga, saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, dikuasai serta dikawal oleh pasukan pemberontak. Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha, termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan Negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar.
13. Pertama, Kerajaan Malaysia menuntut agar pihak-pihak yang terbabit, mestilah menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyiasat sepanjang operasi ini dijalankan.
14. Kedua, Kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti ditempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.
15. Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 tersebut ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan.
16. Ketiga-tiga tuntutan ini telah saya maklumkan hari ini, kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon. Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut.
17. Malah, pada petang tadi, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa pasukan khas, terdiri daripada pasukan SMART, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana.
Rakyat Malaysia Yang dikasihi Sekalian,
18. Kesimpulannya, pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi kejadian yang menyayatkan ini. Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya.

Pegawai Washington Sahkan Peluru Berpandu Dilancar Dari Sistem Buatan Rusia
WASHINGTON - Amerika Syarikat kini percaya bahawa pemisah pro-Rusia bertanggungjawab untuk menembak peluru berpandu yang dijatuhkan sebuah pesawat jet Malaysia Airlines, kata seorang pegawai pertahanan Washington.
Pegawai-pegawai di Washington juga mengesahkan bahawa peluru berpandu itu dilancarkan dari SA-11 , atau Buk, adalah sistem buatan Rusia, pegawai pertahanan tersebut menyebut.
Pegawai itu memberi amaran bahawa laporan masih belum selesai dan siasatan masih lagi berjalan.
Biro Penyiasatan Persekutuan akan menghantar sekurang-kurangnya seorang untuk membantu dalam siasatan, kata seorang pegawai. Bilangan anggota FBI yang terlibat akan bertamah bergantung kepada sama ada terdapat rakyat Amerika disahkan mati dalam kemalangan itu, apa-apa permintaan khusus untuk bantuan penyiasatan yang dibuat oleh pegawai-pegawai Ukraine, dan jika nahas ini disahkan satu jenayah. - SiakapKeli.com
TOP
Diplomat US salahkan Rusia Tembak Pesawat MH17
Kiev, Ukraine (CNN) - Seorang diplomat kanan Amerika Syarikat menunding jari kepada pemberontak pro-Rusia dalam nahas yang melibatkan pesawat MH17 di Ukraine.
Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Samantha Power memberitahu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB bahawa pesawat itu “mungkin dijatuhkan oleh peluru berpandu permukaan-ke-udara beroperasi dari lokasi yang dipegang oleh pemisah di timur Ukraine.”
Jika pemisah pro-Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat dengan peluru berpandu, penyiasat tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Rusia menawarkan bantuan untuk mengendalikan sistem itu, katanya.
Power juga berkata Rusia perlu mengambil langkah-langkah untuk meleraikan ketegangan di Ukraine.
“Rusia boleh menamatkan perang ini,” katanya. “Rusia mesti menamatkan peperangan ini.” -SiakapKeli.com
TOP
Dua Lelaki Dikehendaki Polis Ditembak Mati
TEMERLOH – Dua lelaki dikehendaki polis ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis pada Jumaat.
Suspek masing-masing berusia 24 dan 28 tahun mati serta-merta di tempat kejadian.
Polis menjumpai sebilah parang dan sepucuk revolver di tempat kejadian.
Insiden berlaku kira-kira pukul 10 malam di Kampung Bangau Tanjung dekat sini.
Polis peronda ternampak dua suspek berkelakuan mencurigakan di dalam sebuah kereta dan bertindak memintas kenderaan mereka untuk melakukan pemeriksaan.
Namun, pemandu kemudiannya memecut laju dan merempuh kereta polis peronda sebelum melarikan diri.
Polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta terbabit untuk menghalang mereka daripada melarikan diri sebelum berlakunya adegan kejar-mengejar.
Selepas adegan kejar-mengejar sejauh 1 kilometer, kereta kedua-dua suspek tiba-tiba berhenti.
Polis mengarahkan mereka menyerah diri tetapi salah seorang suspek ingin melarikan diri sehingga memaksa tembakan dilepaskan.
Insiden berbalas tembakan menyaksikan kedua-dua suspek ditembak mati di tempat kejadian.
Pemeriksaan mendapati pemandu kereta itu yang berasal dari Kluang, Johor mempunyai 17 rekod jenayah lampau dan antara penjenayah paling dikehendaki polis.
Rakannya dari Paya Pulai di sini mempunyai empat rekod jenayah. – mStar.com.my
TOP
10 Maut Dalam Serangan Terbaharu Di Gaza
Serangan yang dilancarkan Israel menyebabkan 306 rakyat Palestin yang tidak berdosa maut setakat ini.
GAZA CITY: Serangan udara tentera Israel awal pagi ini mengorbankan 10 nyawa, iaitu memasuki hari ke-12 serangan terhadap Gaza. Serangan pertama hari ini mengorbankan tujuh orang di luar sebuah masjid di Khan Yunis, di selatan Gaza, demikian menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra. Beliau berkata, tiga daripada mangsa berkenaan adalah dalam satu keluarga dan seorang wanita antara yang terkorban. Tiga lagi yang terbunuh dalam tiga serangan berasingan di Beit Hanun di utara, Deir al-Balah di tengah Gaza dan satu lagi di Khan Yunis. Ini menjadikan angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 306, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Di pihak Israel, hanya seorang orang awam dan seorang askarnya maut sejak kempen serangan bermula 8 Julai lalu. - AFP

Noorshila Amin Bakal Buka Kilang Rempah
Noorshila Amin aktif berniaga rempah resipi turun temurun keluarga mertuanya.
PETALING JAYA: Penyanyi Noorshila Amin berhasrat untuk membina sebuah kilang memproses rempah menggunakan duit simpanan peribadi dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suaminya pada tahun depan.
Noorshila berkata, dia serik dan kecewa setelah permohonannya untuk mendapatkan pinjaman perniagaan bagi mengembangkan bisnes Rempah Diraja Rendang Mak Mertuo Den beberapa kali tidak berjaya.
"Saya sudah penat buat permohonan di beberapa agensi pinjaman perniagaan tetapi tidak berjaya, saya tidak tahu apa syarat yang saya tidak penuhi lagi kerana mereka sendiri tidak memberitahu kenapa ia gagal.
"Ada yang kata pihak agensi hanya beri kepada usahawan yang sudah sedia beroperasi, kalau begitu bagaimana dengan kami usahawan baru yang ingin menceburi bidang ini.
"Saya nekad tahun depan kalau tidak dapat juga kami tetap akan bina sebuah kilang menggunakan duit simpanan peribadi dan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami saya," katanya kepada mStar Online.
Rempah Di Raja yang diusahakan oleh Noorshila Amin.
Noorshila kini mengusahakan beberapa jenis rempah masakan dan pes daripada resipi turun-temurun keluarga sejak setahun lalu. Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan itu melalui secara dalam talian dan beberapa bazaar di sekitar Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan. Tambahnya, buat masa ini segala urusan dan pemprosesan rempah dilakukan di rumah sahaja. "Sekarang ini beroperasi di rumah sahaja, masa awal-awal dulu kita buat secara online tetapi lepas banyak permintaan kita buka gerai terutama di Mydin Mall di Seremban. "Dulu saya proses hanya lima kilogram seminggu tetapi sekarang sudah 30 kilogram seminggu dan memerlukan lebih tenaga kerja serta kawasan operasi," katanya. Sementara itu, bercerita tentang rempah tersebut, Noorshila berkata, dia menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang sudah mencuba resipi tersebut. Katanya, dia percaya perniagaan tersebut mampu berkembang jika dilakukan secara serius. "Sebelum ini saya banyak cuba pelbagai jenis perniagaan tetapi semuanya seperti tidak bersesuaian, saya rasa semua artis jual produk yang sama. "Rempah ini berbeza dan ia merupakan produk hasil tangan saya sendiri daripada resipi keluarga," katanya. ─ mStar.com.my

Obama Percaya MH17 Ditembak Jatuh SAM
Barack Obama.
PETALING JAYA: Bukti menunjukkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh peluru berpandu darat ke udara (SAM) dari kawasan yang dikawal oleh puak pemisah pro-Rusia di Ukraine, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama. Obama berkata, insiden itu bukan yang pertama kali berlaku kerana mereka telah menembak jatuh sebuah pesawat pengangkut Ukraine dan sebuah helikopter sebelum ini. Malah, menurut Obama, puak pemisah itu mendakwa mereka berjaya menembak jatuh jet pejuang. "Puak pemisah ini menerima sokongan daripada Rusia dari segi latihan ketenteraan, senjata api dan senjata anti-pesawat," katanya pada sidang media Jumaat. Obama menegaskan nahas MH17 merupakan tragedi global kerana pemberontak menembak jatuh sebuah pesawat dari negara Asia yang membawa penumpang dari pelbagai negara di ruang udara Eropah. "Adalah penting untuk menjalankan siasatan antarabangsa yang telus seperti yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Oleh itu, semua ahli termasuk, Rusia dan puak pemisah pro-Rusia dan Ukraine perlu melakukan gencatan senjata dengan serta-merta," katanya. ─ mStar.com.my

Gambar Rakyat Palestin Sedang Tidur Kepenatan Melarikan Diri Dari Serangan Israel
Hari ini sudah masuk hari ke-2 tentera Israel melancarkan serangan darat terhadap Gaza. Disini turut dikongsikan beberapa keping gambar rakyat palestin yang sedang tidur kepenatan di kawasan sekolah setelah melarikan diri daripada serangan Israel di Utara Gaza. ─ SiakapKeli.com
Sumber gambar: Twitter.com
Sumber gambar: Twitter.com
TOP
MH17: Luahan Hati KJ
Malam ini saya berlepas ke UK untuk menghadiri Sukan Komanwel di Glasgow. Inil gambar saya bersama anak2 kapal pesawat MH1 ke London.
Perasaan sedih dan marah masih tidak hilang. Pesawat MH17 menjadi mangsa pihak pengganas. Ya, pengganas. Tiada lagi perkataan yang susuai bagi mereka yang bertanggungjawab ke atas pemusnahan MH17.
Saya betul2 harap kita dapat membawa pengganas ke muka pengadilan secepat mungkin. Kotak hitam mesti dipulangkan kepada Malaysia dan tidak disimpan oleh Russia atau Ukraine. Dua negara ini berkepentingan. Mereka tidak boleh simpan kotak hitam itu. Berita ada sebut Russia sudah miliki kotak hitam. Kalau betul, Presiden Putin mesti kembalikan kotak itu dengan segera.
Saya juga sedih ada yang cuba salahkan pihak MAS. Mereka kata MAS telah mengambil laluan yang bahaya. Sudah dijelaskan, laluan yang diambil MH17 juga diterbang oleh banyak pesawat2 yang lain. Badan Antarabangsa yang mengawal selia laluan pesawat awam, ICAO, juga telah memberi kebenaran kepada syarikat2 penerbangan untuk menggunakan laluan tersebut sebelum insiden ini berlaku. Jadi, jangan salahkan MAS. MH17 musnah bukan sebab pilihan laluan pesawat. MH17 musnah sebab diserang oleh pengganas.
Sekarang kita harus bersolidariti dengan keluarga mangsa dan juga MAS. MAS tetap menjadi kebanggaan negara kita. MAS tetap menjadi pilihan saya.
JUSTICE FOR MH17! ─ Khairy Jamaluddin
TOP
MH17: Sidang Khas Dewan Rakyat 23 Julai
Pandikar Amin Mulia.
PETALING JAYA: Dewan Rakyat akan mengadakan persidangan khas pada 23 Julai ini bagi membahaskan usul mengenai insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau menerima surat pemakluman memanggil sidang khas berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat. "Perkara ini selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. "Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat telah mengeluarkan surat pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua Ahli Dewan mulai hari ini (Jumaat) juga," katanya menerusi kenyataan media pada tengah malam Jumaat di sini. Sebelum itu menerusi perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di RTM1, Najib turut mengumumkan perkara berkenaan bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu. Katanya, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu. MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. Pesawat terhempas di ladang jagung di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah, menyaksikan serpihan dan mayat bertaburan di sekitar beberapa kilometer. ─ mStar.com.my

Ada Pihak Guna Nama Izzue Islam Burukkan MH17
Izzue kesal ada pihak guna namanya untuk kepentingan peribadi.
PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam terkejut dan kesal dengan tindakan individu yang menggunakan namanya di laman sosial Twitter dengan mempersoalkan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine malam Khamis lalu.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24, berkata, perkara tersebut membuatkan dirinya dikecam dan dituduh sebagai tidak sensitif terhadap isu yang masih menjadi perhatian negara itu.
"Saya masih lagi terkejut dan hampir tidak percaya dengan kejadian yang menimpa negara kita dan MH17, saya tidak sangka pula ada pihak ambil kesempatan untuk menjadikan perkara ini sebagai sindiran lebih-lebih lagi menggunakan nama saya pula. Kali terakhir saya muat naik status laman sosial Instagram dan Twitter ialah mengucapkan takziah pagi tadi (Jumaat).
"Saya harap semua peminat tidak terpedaya dan percaya dengan apa yang ditulisnya itu, kerana akaun Twitter saya sebenar ialah @Izzueislam bukan @IzzueIslamMY," katanya ketika dihubngi mStar Online, di sini, Jumaat.
Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas tentang sebuah laman Twitter palsu yang menggunakan namanya telah memuat naik status mencadangkan agar pramugari syarikat penerbangan menutup aurat dan tidak lagi menghidangkan arak. Posting pada akaun palsu yang dibuat pada pukul 6.25 pagi Jumaat itu menerima lebih 1,400 retweet daripada pengikutnya yang mencecah 8,142. Dalam pada itu, ramai pengikutnya mengkritik status tersebut dengan menganggap tindakan itu tidak menghormati kejadian tersebut. Sementara itu, Izzue berharap agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang tidak pasti berkaitan kejadian MH12. Akaun sebenar mililk Izzue Islam. "Saya sangat sedih dengan kejadian ini, di mana negara baru masih dalam kesedihan kehilangan MH370 kita ditimpa sekali lagi kesedihan MH17. "Saya harap peminat dan orang ramai terus mendoakan yang terbaik untuk keluarga mangsa yang terlibat dengan tragidi tersebut agar semuanya berjalan lancar. "Orang ramai juga janganlah menyebarkan maklumat yang tidak tahu kesahihannya pada ketika ini yang boleh mengundang huru-hara pada orang lain," ujarnya. ─ mStar.com.my

Obama Sokong Tindakan Israel Serang Gaza
(Reuters) - Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Jumaat berkata, beliau bercakap kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengenai konflik di Gaza, menekankan sokongan AS untuk Israel untuk mempertahankan dirinya.
Sebuah keluarga melarikan diri setelah Israel memulakan operasi ground attack - Gambar BBC
Obama, bercakap kepada pemberita di White House, berkata Amerika Syarikat dan sekutunya bimbang tentang risiko peningkatan dalam konflik dan dia berharap Israel akan terus bertindak dengan cara yang meminimumkan pengorbanan orang awam. - SiakapKeli.com

Sistem Pelancar Peluru Berpandu Tembak MH17 Berjaya Dirakam
SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.
Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.
Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.
Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17. Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk. Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia. Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut.
Sumber: DailyMail / mStar.com.my

Laluan MH17 Rentasi Ukraine Diluluskan Badan Penerbangan
SEPANG – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 menggunakan laluan merentasi Ukraine yang sedang bergolak kerana laluan itu diisytiharkan selamat dan diluluskan oleh badan penerbangan antarabangsa, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, hari ini.
“Kami telah menggunakan laluan ini banyak, banyak kali. Malah, 15 daripada 16 syarikat penerbangan di Asia Pasifik menggunakan laluan ini. Syarikat penerbangan Eropah pun menggunakan laluan ini.
“Kami tidak akan menggunakan laluan itu, kecuali jika ada notis saat akhir untuk mengubah laluan berkenaan tetapi…tidak ada sebarang notis,” katanya pada sidang berita di Hotel Sama-Sama di sini.
Liow berkata MAS memutuskan untuk menggunakan laluan lain selepas Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) menutup laluan itu dan menyediakan laluan penerbangan alternatif berikutan nahas MH17 malam tadi.
MH17 adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.
Pesawat itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal. – BERNAMA
TOP
AS Tekankan Peranan Russia dalam Nahas MH17
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Duta Amerika Syarikat (AS), Samantha Power memberitahu sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB hari ini bahawa AS tidak boleh mengetepikan bantuan Russia dalam melancarkan peluru berpandu permukaan darat ke udara ke atas pesawat MH17 di timur Ukraine, Khamis lalu.
Power berkata, AS percaya pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh roket jenis SA-11 yang dilepaskan di satu kawasan di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Russia.
Beliau berkata, Russia membekalkan SA-11 selama ini dan beberapa senjata berat kepada kumpulan pemisah berkenaan.
Duta Britain ke PBB, Mark Lyall Grant, pula mahu sidang tergempar itu agar memberi lebih tumpuan bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab dalam nahas berkenaan.
“Ia adalah jelas siapa yang bertanggungjawab, dengan keganasan yang dilakukan oleh kumpulan pemisah bersenjata dan siapa yang membantu mereka, melengkapkan mereka dan yang menasihatkan mereka," katanya.
“Majlis ini perlu bersatu dalam mengutuk serangan seperti ini dan menuntut agar kumpulan ini meletakkan senjata, meninggalkan keganasan dan berunding menerusi kaedah demokrasi kepada mereka," katanya. - AP
TOP
MH17: ATM Siap Sedia Hantar Dua Pesawat C-130 Hercules
Sebahagian daripada peserta delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi yang terdiri daripada 149 anggota termasuk Smart Team seramai 24 orang menunggu untuk mendaftar masuk sebelum berlepas ke Kiev, Ukraine menggunakan penerbangan khas di KLIA, malam Jumaat. - foto BERNAMA
KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia untuk menghantar dua pesawat C-130 Hercules dalam tempoh terdekat bagi membantu operasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis. Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkefli Mohd Zin, berkata pihaknya sudah menghantar satu pasukan perubatan yang terdiri daripada 15 anggota tentera dalam operasi berkenaan. "Kita mempunyai persediaan yang secukupnya untuk membantu semampu yang mungkin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama warga Markas Briged Kelapan Infantri di Masjid An-Nur Kem Desa Pahlawan di sini, malam tadi. Delegasi Pasukan Siasatan dan Pengurusan Pasca Tragedi berlepas ke Kiev jam 8 malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak jatuh. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - BERNAMA

Keluarga Mangsa Di Amsterdam Diberi Bayaran Awal AS$5,000
Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, bercakap pada sidang media di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.
AMSTERDAM: Malaysia Airlines (MAS) akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal sementara waris dan ahli keluarga menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. Syarikat penerbangan itu juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine, kata Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, pada sidang akhbar, Jumaat. "Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters.- mstar

Laporan Kotak Hitam Telah Dihantar Ke Moscow Belum Sah
Datuk Seri Liow Tiong Lai
SEPANG: Laporan bahawa kotak hitam dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang terhempas telah ditemui oleh kumpulan pemisah pro-Rusia dan dihantar ke Moscow masih belum disahkan secara rasmi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. "Saya telah mendengar tentang hal itu, tetapi ia masih belum disahkan. Semua ini akan disahkan, tetapi setakat ini kita tidak menerima apa-apa nota rasmi daripada pihak berkuasa Ukraine," kata Liow. Beliau berkata demikian ketika ditanya pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama Hotel di sini, malam Jumaat. Menurut agensi berita Interfax Rusia, berita penemuan kotak hitam datangnya daripada pegawai-pegawai dari Republik Donestsk. "Sudah tentu, kita kemungkinan besar akan memberikannya kepada Jawatankuasa Penerbangan Negara (IAC), ke Moscow. Mereka adalah pakar-pakar yang berkelayakan yang dapat menentukan dengan tepat punca bencana itu, walaupun ia begitu jelas," laporan itu memetik Timbalan Perdana Menteri Pertama Republik Donestsk, Andriy Purgin sebagai berkata. MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT pada Khamis, beberapa jam selepas Boeing 777 berlepas ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam. Ia dipercayai secara tidak sengaja telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia. Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.- mstar - mstar

Jakim Hantar 10 Imam Ke Kiev Bantu Pengurusan Jenazah
Datuk Othman Mustapha
PUTRAJAYA: Jakim menghantar 10 imam ke Kiev, Ukraine untuk membantu dari aspek pengurusan jenazah dan bimbingan berkaitan agama ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas, Khamis. Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berkata perwakilan Jakim itu diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat. "Bagi tujuan mengadakan solat jenazah ghaib pula, kita akan memaklumkan kepada seluruh masyarakat sebaik urusan pengurusan jenazah dimandi dan dikafankan selesai," katanya. Malam ini katanya, Jakim turut menghantar pegawainya ke Hotel Marriot, Putrajaya bagi mengepalai solat tarawih, bacaan tahlil dan yasin serta bimbingan kerohanian khusus kepada keluarga mangsa yang ditempatkan di hotel tersebut. Beliau juga meminta semua masjid dan surau di seluruh negara sama-sama mengadakan bacaan tahlil khusus kepada mangsa yang terlibat. Selain itu, masjid-masjid utama di bawah seliaan Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan solat hajat pada 10 malam terakhir Ramadan, khusus untuk mendoakan kemudahan, keselamatan, keamanan dan keampunan bagi negara. MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu telah ditembak. Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi Jumaat. - mstar

Kerajaan Beri Jaminan Bela Nasib Mangsa, Keluarga MH17
Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan menuntut keadilan terhadap nasib malang yang menimpa mangsa dan keluarga mangsa terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembelaan itu termasuk melakukan siasatan menyeluruh dan memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa. "Perdana Menteri sudahpun memberi jaminan kepada keluarga mangsa yang berada dalam keadaan cemas sekarang untuk membantu mereka. "Ketika ini kerajaan telah menghantar satu pesawat dalam tempoh singkat ke sana bagi mempercepatkan siasatan terhadap insiden tersebut", katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Beliau ditemui pada Majlis Penyampaian sumbangan oleh Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad (MPB) bernilai RM315,000. Sumbangan disampaikan Presiden yayasan itu, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas kepada Penasihat Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Ahmad A Talib, yang turut dihadiri pengerusi MPB Tan Sri Johan Jaafar. MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak. Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - mstar

Ukraine Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Nahas MH17
Liow Tiong Lai
SEPANG: Ukraine menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dilaporkan ditembak jatuh, dan terhempas di Ukraine pada Khamis. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata suruhanjaya itu bertanggungjawab menjalankan siasatan nahas itu dan mengemas kini maklumat kepada waris mangsa. Beliau berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang berhubung dengan Menteri Luar Ukraine Pavlo Klimkin diberitahu bahawa kerajaan Ukraine menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk memastikan siasatan itu dijalankan dengan telus tanpa sebarang halangan. "Malaysia telah dipelawa untuk terlibat dalam siasatan itu dan kami akan menghantar dua orang pakar bagi membantu Ukraine dalam siasatan itu. Suruhanjaya itu juga melibatkan pakar-pakar asing," katanya pada sidang berita mengenai tragedi MH17 di Hotel Sama-Sama, Jumaat. Pesawat MH17 adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Awal hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 telah ditembak jatuh. Pesawat MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. Mengikut Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), Liow berkata kerajaan Ukraine akan memulakan siasatan mengenai keadaan nahas itu dan akan bertanggungjawab terhadap perjalanan siasatan itu. "Maklumat terkini mengenai siasatan itu akan disampaikan kepada waris oleh pihak berkuasa siasatan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan ICAO," kata beliau. Menurutnya Malaysia juag menawarkan sokongan penuh dan tanpa syarat kepada siasatan itu. - mstar

MH17: Malaysia Nafi Guna Laluan Konflik Untuk Jimat Kos
SEPANG: Malaysia menafikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine sengaja mengambil risiko dengan menggunakan laluan di zon konflik bagi menjimatkan kos operasi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laluan yang digunakan pesawat MH17 mendapat kebenaran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Dakwaan itu (jimatkan kos) adalah tidak betul. Saya ingin tekankan bahawa laluan itu telah dilalui berpuluh tahun oleh MAS serta pesawat negara lain.
"Sebanyak 15 daripada 16 negara Asia Pacific menggunakan laluan itu. Memang itu laluan yang ditentukan oleh ICAO," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan bahawa MAS sengaja mahu menjimatkan minyak dengan menggunakan laluan di zon bergolak walaupun dinasihatkan pihak berkuasa supaya menggunakan laluan alternatif.
Mengulas lanjut Liow berkata, MAS tidak menerima sebarang notis daripada ICAO supaya mengubah laluan.
"Kita tidak dapat apa-apa maklumat bahawa laluan itu tidak boleh dilalui. MAS tak diberi notis bahawa ia tak selamat," katanya.
Ditanya mengapa MAS mengumumkan bahawa syarikat itu tidak lagi akan menggunakan laluan berkenaan, Liow berkata: "Selepas insiden ini ICAO cadangkan kita ubah laluan kerana laluan itu sudah ditutup."
Beberapa negara Asia sebelum ini dilaporkan berhenti menggunakan laluan penerbangan MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.
Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.
Penerbangan MH17 yang menggunakan Boeing 777-200 disahkan ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.
MAS mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.
Setakat ini pihaknya mengesahkan kesemua 298 penumpang terkorban; 173 daripadanya warga Belanda.
Penumpang yang lain melibatkan 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12) United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1).
Liow berkata, 20 indentiti mangsa lagi masih sedang dikenalpasti. - mstar
TOP
MH17: Ukraine- Rusia Saling Tuding Jari
Petro Poroshenko.
PETALING JAYA: Kerajaan Ukraine mendakwa kumpulan pemisah pro-Moscow yang mendapat bantuan pegawai perisikan tentera Rusia menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada Khamis. Sementara itu, Rusia turut menyalahkan Kiev sebagai punca nahas tersebut. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko yang mempertingkatkan operasi ke bahagian timur, bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan cuba mendapat sokongan pemimpin lain. "Pencerobohan pihak luar terhadap Ukraine bukan hanya masalah kita tetapi ancaman kepada Eropah dan keselamatan global," katanya. Selepas berjaya menembak jatuh beberapa pesawat tentera Ukraine di kawasan tersebut beberapa bulan lalu, termasuk dua minggu ini, Kiev mendakwa tentera Rusia merupakan dalang di sebalik insiden itu. Kumpulan pemisah dipetik dalam media Rusia pada bulan lalu sebagai berkata, mereka mempunyai sistem anti-pesawat SA-11 jarak jauh. Sementara itu, Rusia yang menuduh kuasa-kuasa Barat cuba menjejaskan kestabilan Ukraine untuk mengekalkan pengaruhnya ke atas bekas negara Kesatuan Soviet itu, mendakwa pemimpin Kiew merancang melakukan rampasan kuasa. - mstar

Pensyarah UMS Antara Mangsa Pesawat MH17
Ng Shi Ing
KOTA KINABALU: Seorang kakitangan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menghadiri persidangan antarabangsa adalah antara mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis. Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, mangsa ialah Ng Shi Ing, 33, pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan jurusan Teaching English as a Second Language (Tesl). Ng yang berasal dari Johor berada di luar negara kerana membentangkan kertas kerja pada Persidangan Antwerp CALL 2014 di Universiti Antwerp, Belgium. "Pensyarah tersebut yang sepatutnya dijadual kembali bertugas pada Isnin depan turut ditemani anaknya yang berusia satu tahun serta adik perempuannya yang dipercayai sama-sama berada dalam pesawat itu," katanya dalam satu kenyataan. Suaminya, Lt Komander Lee Vee Weng, 35, merupakan Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia berpangkalan di Sepanggar. Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.- mstar

Aidilfitri: 1,800 Anggota JPJ Pantau 1.5 Juta Kenderaan
SETIU: Sebanyak 1,800 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara akan ditugaskan untuk kempen keselamatan jalan raya yang bermula 21 Julai sempena perayaan Aidilfitri.
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelbagai format akan digunakan pihaknya sepanjang kempen 16 hari itu bagi mengurangkan kemalangan dan kadar kematian di musim perayaan.
Katanya, JPJ akan menempatkan anggotanya di 107 lokasi yang telah dikenal pasti secara statik bagi memastikan kelancaran serta keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
"Kita juga akan menempatkan anggota di setiap 30 kilometer di jalan persekutuan dan jalan negeri sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.
"Setiap kali menjelang musim perayaan kira-kira 1.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya dan kita akan menggerakkan anggota agar dapat mengurangkan kadar kemalangan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Selain itu, pihaknya juga akan menempatkan anggota di 28 hentian rehat dan rawat (R&R) di seluruh negara dengan dibantu 500 anggota Skuad Muda 1JPJ.
Menurut Ismail, anggota tersebut juga melakukan pemeriksaan ke atas bas ekspres dan bas persiaran yang berhenti di kawasan tersebut dengan melakukan pemeriksaan fizikal seperti memastikan tayar dan brek berada dalam keadaan baik.
Anggota skuad ini akan membantu kempen keselamatan jalan raya dengan mengedarkan risalah keselamatan di R&R selain memberi maklumat berhubung salah laku pengguna kepada anggota JPJ.
Selain itu JPJ juga melakukan pemeriksaan bas di depoh serta terminal seluruh negara bagi memastikan bas dalam keadaan baik sehingga tiba ke destinasi yang dituju.
"Bagi pemeriksaan di 31 terminal seluruh negara kita akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian saringan air kencing bagi memastikan pemandu serta pemandu kedua bebas daripada pengaruh dadah," katanya.
Ismail menambah pihaknya juga meneruskan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres bagi mengesan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya.
Katanya, pasukan penyamaran ini ditingkatkan kepada 16 pasukan berbanding lapan pasukan sebelum ini dan kaedah yang dilakukan ini amat berkesan serta dapat mendidik pemandu bas lebih berhati-hati di jalan raya.
"Seramai dua anggota akan menyamar sebagai penumpang bagi memastikan pemandu dan pengusaha bas ekspres mematuhi peraturan ditetapkan dalam usaha kita mengurangkan risiko berlakunya kemalangan melibatkan bas ekspres. - mstar
TOP
Rekod Penyenggaraan MH17 Baik - MAS
KUALA LUMPUR: Pesawat B777-200 dengan nombor pendaftaran 9M-MRD untuk penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 mempunyai rekod penyenggaraan yang baik, menurut Penerbangan Malaysia (MAS) pada Jumaat.
Dalam kenyataan di sini, syarikat penerbangan negara itu menjelaskan bahawa pemeriksaan penyenggaraan terakhir pesawat itu ialah pada Jumaat lepas iaitu 11 Julai 2014 dan pemeriksaan seterusnya dijadualkan pada 27 Ogos ini.
"Penyenggaraan itu dijalankan di hangar MAS di Lapangan Terbang Antarabangssa KL (KLIA). Pesawat itu dalam keadaan baik," katanya.
Penerbangan MAS MH17, yang dalam jadual penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis, terhempas di timur Ukraine.
Ia dijadual mendarat pada pukul 6.10 pagi Jumaat (hari ini) di KLIA.
Menurut MAS, pesawat itu dikeluarkan pada Julai 1997, dan telah memberi perkhidmatan selama 17 tahun.
"Ia merekodkan 75,322 jam dengan jumlah pusingan 11434. Semua sistem komunikasi di atas pesawat itu berfungsi seperti biasa, " katanya.- mstar
TOP
Pakar Curi Kereta Malaysia Ditahan Di Singapura
KUALA LUMPUR: Pakar curi kereta negara ini, Nyo Ah Hai atau Robin Hai kini ditahan di Penjara Changi Singapura berkaitan kesalahan mencuri kenderaan.
Robin merupakan orang dikehendaki Interpol ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi selepas tiba dari Bangkok dengan menaiki penerbangan Thai Airways pada 14 Mei lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditahan suspek menggunakan pasport Malaysia palsu untuk memasuki negara jiran.
"Robin dibenarkan ikat jamin sebanyak SGD1.5 juta (RM3.9 juta) namun akibat tidak mampu berbuat demikian dia telah ditahan di penjara Singapura sementara menunggu tarikh perbicaraan.
"Sebaik sahaja menahan suspek, polis Singapura terus memaklumkan kepada kita kerana PDRM memang berkerjasama dengan pihak berkuasa di sana.
"Kita juga masih berbincang dengan pihak berkuasa Singapura bagi membolehkan dia dibawa balik ke Malaysia untuk membantu beberapa kes kecurian yang dilaporkan," jelas Mohmad pada sidang media di Bukit Aman, Jumaat.
Robin bukan sahaja pakar mencuri kereta, malah dia juga turut melupuskan kenderaan curi ke luar negara.
Di Singapura, Robin Hai bakal dituduh atas kesalahan menyimpan dan melupuskan kenderaan curi serta memiliki pasport palsu.
Jika disabitkan dengan dedua-dua kesalahan, Robin boleh dikenakan penjara sehingga 15 tahun. - mstar
TOP
PDRM Akan Terus Pantau Sindiket Judi Bola
Mohmad (kanan) menunjukkan peralatan judi yang digunakan ketika perlawanan akhir Piala Dunia baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap 424 individu yang terlibat dengan sindiket judi bola sepanjang kojohanan Piala Dunia 2014 berlangsung. Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat menerusi 828 serbuan dibuat oleh semua kontinjen termasuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam operasi 'Ops Soga V' sejak bermulanya Piala Dunia pada 12 Jun lalu. "Daripada jumlah serbuan itu, 346 kes berjaya diselesaikan dengan melibatkan tangkapan terhadap 414 lelaki serta 10 orang wanita. "Manakala anggaran nilai pertaruhan keseluruhan berjumlah RM 120,544,587. "Suspek dikesan menjalankan operasi di pelbagai lokasi termasuk restoran, rumah, bilik khas serta siber kafe bergantung kepada jumlah judi masing-masing," jelasnya pada sidang media khas di Bukit Aman, Jumaat. Sementara itu, Selangor mencatat jumlah perjudian tertinggi dengan 116 serbuan berjaya daripada 189 kes manakala Perlis hanya satu serbuan, melibatkan tujuh tangkapan tanpa sebarang wang tunai. Polis turut merampas pelbagai peralatan judi termasuk komputer, komputer riba , telefon bimbit, Ipad, peralatan penyambungan internet serta wang tunai bernilai RM454,088. Operasi seperti ini turut dijalankan di beberapa buah negara lain termasuk Vietnam, Hong Kong, Macau, China, Singapura dah Thailand. Selain itu Mohmad berkata, pihaknya akan terus pantau aktiviti bookie bola sepak ini memandangkan Liga Perdana Inggeris dan Liga Eropah akan bermula Ogos depan. - mstar

Sindiket Seludup Kereta Tumpas
Sebahagian kereta yang diserah kepada PDRM di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kedah.
KUALA LUMPUR: Satu sindiket curi kenderaan berjaya dipatahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam 'Ops Mewah Klang Selatan' pada 3 Julai lalu. Dalam serbuan di Taman Klang Jaya oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Risikan/Operasi (D4), dua lelaki berusia 20-an ditahan ketika cuba melarikan diri, dan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. "Pemeriksaan ke atas gudang itu telah membawa kepada penemuan empat kenderaan iaitu dua jenis Toyota Vellfire dan dua jenis Toyota Fortune yang dilaporklan curi sebelum ini. "Kami percaya semua kenderaan ini sedang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam kontena sebelum diseludup keluar dari Malaysia. "Polis juga menemui sebuah kontena kosong dalam kawasan gudang itu. "Hasil soal siasat, suspek mengaku berperanan sebagai joki mengambil dan menghantar kenderaan dalam kontena. "Siasatan lanjut juga mendapati kemungkinan dua kontena yang berisi kenderaan curi telah diseludup keluar dari Malaysia," jelas Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohmad Salleh pada sidang media pada Jumaat. Selain itu Polis Diraja Thailand menyerah kenderaan curi kepada Bahagian Risikan/Operasi/rekod (D4) di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 5 Julai lalu. Sebanyak lapan buah kenderaan jenis BMW, Honda Accord, Mercedes, Toyota Camry, Mini Cooper, Toyota Estima, Honda Civic, dan Toyota Harrier. Semua kenderaan ini dipercayai diseludup masuk ke negara jiran melalui jalan darat dengan mengaburi mata pihak berkuasa Malaysia dan Thailand. - mstar

MH17: Saksi Nampak Pesawat Jatuh Berkecai
BEBERAPA saksi berkongsi pengalaman bagaimana mereka melihat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 “meletup” di ruang udara timur Ukraine, selepas ia dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
Pesawat itu membawa 298 orang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas dekat kampung Grabovo.
Bagaimanapun, tiada kumpulan yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Saksi berkongsi pengalaman mereka melihat pesawat itu terhempas dalam keadaan yang digambarkan begitu ‘dahsyat’.
Penduduk tempatan memberitahu “semuanya meletup di udara, dengan mayat dan badan pesawat jatuh berkecai. Masing-masing fikir pesawat itu diletupkan.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Vladimir berkata: “Saya ketika itu sedang bekerja menggunakan traktor saya di ladang ketika mendengar bunyi sebuah pesawat dan kemudian terdengar bunyi tembakan dan letupan. Selepas itu, saya melihat pesawat terhempas dan asap tebal berkepul-kepul.”
Seorang pemberontak pemisah dari kawasan berhampiran di Krasnyi Luch yang hanya dikenali sebagai Sergei berkata: “Dari balkoni, saya dapat melihat sebuah pesawat mula menuruni dari paras yang tinggi dan kemudiannya mendengar dua letupan.”
Dia bagaimanapun menafikan kumpulan pemberontaknya didakwa menembak jatuh pesawat itu.
“Ia (menembak jatuh) hanya berlaku sekiranya membabitkan pesawat pejuang dan peluru berpandu permukaan ke udara,” katanya kepada Reuters.
Katanya, kumpulan pemberontak berkenaan tidak mempunyai kelengkapan senjata untuk menembak jatuh sebuah pesawat pada ketinggian itu (33,000 kaki). - mirror.co.uk - mstar
TOP
MH17 Terbang Di Ruang Udara Tanpa Sekatan - IATA
Kepulan asap hitam dari pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.
SINGAPURA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, dipercayai terbang di ruang udara tanpa sekatan. Dalam kenyataan dari Geneva, persatuan syarikat penerbangan itu menyatakan: "Berdasarkan maklumat semasa yang diperoleh, adalah dipercayai ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan." "Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan penumpang serta anak kapal MH17," kata IATA. Media asing melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya. - mstar

Gurauan Penumpang Pesawat Akan 'Hilang' Jadi Kenyataan
Cor Pan (kiri) bersama pasangannya, Neeltje Tol.
THE HAGUE: Gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan. Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku." Pan, yang merancang untuk menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk senagaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu. Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan juga hilang daripada radar dan mengorbankan 297 penumpang selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur. Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor, yang berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, berada di dalam pesawat, gambarnya itu dipercayai diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir. Gambarnya itu disertakan dengan keterangan 'di Lapangan terbang Schipol'. Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat. Gambar Cor sehingga tengah malam Khamis sudah dikongsi lebih 10,000 kali di dalam media sosial itu. Sebelum itu, Cor memuat naik beberapa gambar pantai tropikal yang cantik di dalam laman Facebooknya dan berkata: Hanya menunggu beberapa hari lagi..."- mstar

India Simpati Nasib Keluarga Penumpang, Kru Pesawat MH17
Narendra Modi.
NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi melahirkan rasa simpati dan sokongan kepada keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis. "Ingatan dan doa kami di atas kehilangan keluarga pesawat MH17. Kami bersama-sama mereka ketika saat sedih ini," katanya dalam Twitter. Pesawat MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terjatuh di Ukraine. Ia membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 telah ditembak. MH17 meninggalkan Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. - mstar

Pekerja Kargo Dakwa Dirinya Individu Terakhir Lihat Penumpang MH17
SEORANG pekerja kargo menyifatkan tragedi nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebagai “salah satu hari paling gelap dalam hidupnya” apabila dia mendakwa dirinya antara yang terakhir melihat kesemua penumpang sebelum pesawat itu memulakan penerbangan.
Dalam satu ucapan penghormatannya dengan penuh emosi yang diluahkan di Facebook, Martin Hoebee berkata, dia sedang bertugas ketika kejadian pesawat itu dipercayai ditembak jatuh.
Katanya, dia sebelum itu telah berbual dengan kru pesawat sebelum ia berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam untuk ke Kuala Lumpur.
Hoebee berkata, kejadian itu menyebabkan dia mengalami “sakit kepala teramat sangat”.
Perasaannya itu dikongsi oleh rakannya Fatmir Jusufi di Twitter, yang menyifatkan pengalaman pahit itu sebagai sesuatu yang amat mendukacitakan.
Sementara itu, gurauan seorang penumpang warga Belanda dengan memuat naik gambar di laman Facebooknya beberapa minit selepas menaiki pesawat penerbangan MH17 bahawa ia akan 'hilang', akhirnya bertukar menjadi kenyataan.
Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku."
Pan, yang merancang untuk menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk senagaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu.
Gambarnya itu dipercayai diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir. Gambar berkenaan itu disertakan dengan keterangan 'di Lapangan terbang Schipol'.- mstar
TOP
PM Hadapi Krisis MH17 Bersama Pemimpin Dunia
Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memberi fokus kepada usaha untuk bersama pemimpin-pemimpin dunia dalam menghadapi krisis pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis. Dalam catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini, perdana menteri turut menghargai sokongan para pemimpin dunia dalam menghadapi krisis MH17. "Saya telah batalkan semua program-program pagi saya hari ini. Hari ini saya fokus kepada usaha untuk bersama pemimpin-pemimpin dunia dalam menghadapi krisis ini. "Saya juga telah bercakap dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan sampaikan ucapan takziah," jelas beliau. Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Perdana Menteri dalam sidang media awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - mstar

MH17 Diarah Terbang Rendah - MAS
SEPANG: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 diarah terbang pada ketinggian 33,000 kaki ketika memasuki ruang udara Ukraine sebelum ditembak jatuh pada Khamis.
Pengurus Perhubungan Media dan Komunikasi MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, arahan terbang pada ketinggalan tersebut ditentukan oleh pusat kawalan udara negara berkenaan.
"MH17 memfailkan rancangan penerbangan bagi meminta kebenaran untuk terbang di ruang udara pada ketinggian 35,000 kaki. Ia berhampiran dengan ketinggian 'optimum'.
"Walau bagaimanapun apabila MH17 memasuki ruang udara Ukraine, pesawat itu diarahkan oleh pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada 33,000ft," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Berhubung dakwaan pesawat MH17 yang dikatakan terbang memasuki zon konflik, MAS sekali lagi menafikan perkara tersebut.
"Pada April lalu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenal pasti Semenanjung Crimean sebagai zon berisiko.
"Namun tidak ada pada mana-mana ketika MH17 memasuki kawasan itu. MH17 pada setiap masa menggunakan laluan yang diluluskan oleh ICAO," katanya.
Tambah Khairunnisak, selepas insiden MH17 ditembak jatuh, MAS kini mengubah laluan tanpa melalui ruang udara Ukraine namun terbang lebih jauh ke selatan Turki. - mstar
TOP
OCBC Bank PKS Terbaik
KUALA LUMPUR: OCBC Bank (M) Bhd telah dipilih sebagai Bank PKS Malaysia Terbaik Tahun ini oleh majalah berpangkalan di Singapura, Asian Banking and Finance.
Penerbit dan Ketua Pengarangnya, Tim Charlton, berkata bagi 2014, OCBC Bank mencapai prestasi yang sangat baik di Malaysia mahupun di seluruh rantau ini. Ia juga meraih gelaran Bank PKS Terbaik Asean buat tahun keempat berturut-turut.
"Kejayaan OCBC Bank pada asasnya terletak pada cara ia mencungkil peringkat-peringkat kitaran hidup yang memerlukan penyelesaian perniagaan yang pelbagai.
"Ini membantu mereka membangunkan suite produk yang boleh membantu perniagaan dalam pertumbuhan melalui kitaran hayat masing-masing," kata Charlton.
Pemenang-pemenang diadili berdasarkan tahap inovasi, keberkesanan dan dinamisme masing-masing untuk bertindak balas terhadap perubahan dalam pasaran dan merebut peluang-peluang untuk maju. - mstar
TOP
Harimau B Bertanding Kejohanan Hassanal Bolkiah
Skuad Harimau B Malaysia.
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 21 Tahun negara akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah dari 9 hingga 23 Ogos. Kejohanan remaja Asean itu melibatkan lima negara iaitu Malaysia, Vietnam, Kemboja, Singapura dan tuan rumah Brunei, menurut laman web Persatuan Bolasepak Malaysia FAM) www.fam.org.my. Presiden Persatuan Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam, Putera Sufri Bolkiah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datuk Paduka Awang Hazair Abdullah serta wakil dari kedutaan negara berkenaan menyaksikan acara undian yang dijalankan awal Julai. Harimau Muda B di bawah kendalian Mohamed Razip Ismail akan memulakan kempen menentang Vietnam pada 11 Ogos diikuti Kemboja (13 Ogos), Singapura (16 Ogos) sebelum menamatkan perlawanan menentang Brunei dua hari kemudian. Acara separuh akhir dan akhir dijadual pada 20 dan 23 Ogos. - mstar

Liverpool Belanja £100 Juta Cari Pengganti Luis Suarez
LIVERPOOL, buat pertama kali dalam sejarah bersedia berbelanja sebanyak £100 juta dalam tingkap perpindahan sebagai usaha meneruskan rombakan yang dilakukan Brendan Rodgers.
Rodgers ketika ini telah membelanja sebanyak £57 juta untuk mendapatkan Rickie Lambert, Adam Lallana, Lazar Markovic dan Emre Can.
Bagaimanapun, kelab tersebut masih mempunyai baki perbelanjaan £75 juta selepas menjual bintangnya Luis Suarez kepada Barcelona dan dijangka akan menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan empat pemain lagi.
Pengurus Liverpool itu berhasrat untuk membawa kelab berkenaan ke kelas tersendiri yang lebih maju dan berdaya saing selain menjadi pasukan yang diminati pemain dunia.
Hasrat itu timbul selepas Rodgers dikatakan tercabar dengan tindakan Alexis Sanchez yang menolak tawaran mereka dan memilih Arsenal.
"Kami gagal menjadi juara musim lalu tetapi berjaya berada dalam Liga Juara-juara Eropah.
"Oleh itu, kami perlu membina sebuah skuad yang benar-benar kuat untuk mencabar pasukan lain," katanya.
Kesebelasan utama Liverpool yang bakal memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris. - mstar
Kesebelasan utama Liverpool yang bakal memberi saingan dalam Liga Perdana Inggeris. - mstar
TOP
PM Terima Panggilan Ban Ki Moon, Putin Ketika Berbuka Puasa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika hadir di majlis Berbuka Puasa bersama Media di Angkasapuri, malam Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian, dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine. Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri di sini, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon. Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib. Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula. Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu. Terdahulu, ketibaan Najib disambut warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh. Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.- mstar

MH17: PM Ukraine Jamin Siasatan Adil
Arseniy Yatsenyuk
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine akan memastikan siasatan mencari punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) di Ukraine pada Khamis, dilaksanakan secara adil dan menyeluruh. Menurut portal Kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua , Yatsenyuk juga memberi jaminan akan membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan. "Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine berusaha memastikan siasatan yang adil dan menyeluruh terhadap punca nahas pesawat dan membawa pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan," kata portal itu. Yatsenyuk turut menyampaikan ucapan takziahnya berikutan nahas itu. Beliau berkata rakyat Ukraine juga amat terkejut dengan tragedi itu. Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan Rusia. MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. - mstar

Deejay Sinar FM, Najman Dipecat
Najman
PETALING JAYA: Berita memeranjatkan apabila penyampai radio Sinar FM iaitu Najman Mohamed telah dipecat daripada stesen radio itu berkuatkuasa 11 Julai lalu. Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya. "Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu. "Mereka hanya memberi alasan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang dalam stesen itu sedangkan sudah 10 tahun saya bersama Sinar FM," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat. Dalam pada itu, Najman berkata rakan-rakan seangkatannya juga terkejut dengan perkara tersebut dan dia kini sedang mencari punca kenapa pihak pengurusan stesen radio itu bertindak sedemikian. "Setakat ini , ada beberapa rakan yang memberikan cadangan untuk saya cari sebab saya diberhentikan. Kalau boleh saya akan usahakan sebelum sambutan Aidilfitri ini. "Tidak kisahlah apa hasilnya nanti, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapatkan semula pekerjaan saya. "Saya pun tidak pasti adakah perlu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Seharusnya pihak pengurusan berbincang dahulu dengan saya sekiranya reputasi kerja saya tidak mencapai piawaian yang ditentukan," ujarnya. Sementara itu, Najman menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini mungkin mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun berasa risau kerana isterinya kini sedang hamil dua bulan. "Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Mungkin Tuhan beri rezeki anak, Dia tarik rezeki lain. Mujurlah saya dan isteri ada pendapatan lain dengan menjalani perniagaan secara kecil-kecilan," tuturnya. Najman memulakan karier separuh masa sebagai penyampai radio di stesen Best 104 FM pada tahun 1989 dan diserap sebagai penyampai tetap pada 1991. Setelah berkhidmat lebih kurang lapan tahun, Najman telah ke saluran radio Era FM dan kemudian dipindahkan ke Sinar FM pada tahun 2004. Najman mengendalikan segmen Senandung Malam (8 malam hingga 12 tengah malam) bersama deejay Jamal Jamaluddin. Sementara itu Pengurus Saluran Sinar FM, Rizal Sahimy yang dihubungi mStar Online> tidak dapat memberi jawapan berhubung perkara itu.- mstar

Tiada Kejadian Tembak-menembak Di ESScom - Zahid Hamidi
PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat menafikan berlakunya kejadian tembak-menembak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi ini.
Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.
"Janganlah terlalu seronok untuk menyebarkan khabar angin dan berita palsu melalui media sosial yang boleh mewujudkan kebimbangan rakyat.
"Jangan suka mengeruhkan keadaan kerana pihak keselamatan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keadaan di kawasan itu selamat," katanya kepada pemberita selepas rakaman ucapan Aidilfitri di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik sepatutnya bersatu hati demi keselamatan negara.
Terdahulu Bernama melaporkan Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun turut menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina di kawasan itu.
Abdul Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terkawal.
Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di ESSZone.- BERNAMA
TOP
Petronas Tubuh Dana Awal Bagi MH17 Dengan Sumbangan RM10 Juta
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Petronas telah menubuhkan dana awal berjumlah RM10 juta untuk membantu kerajaan memberikan sokongan kepada keluarga mereka yang berada dalam penerbangan malang, MH17.
Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu juga menyeru semua syarikat perniagaan, baik di dalam mahupun di luar industri minyak dan gas menggembleng tenaga bagi dana yang diberi nama "Care for MH017" itu.
Pertanyaan berhubung dana itu boleh disalurkan melalui e-mel kepada careforMH017@petro nas.com.my.
Petronas berkata pengurusan dan kakitangannya amat sedih dengan tragedi itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.
Pesawat MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia terhempas di Ukraine. Ia membawa 298 orang, terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Sebelum ini, pada Jumaat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh. - BERNAMA
TOP
MH17 : Kenyataan Rasmi Menteri Pengangkutan Malaysia 18 Julai 2014
KUALA LUMPUR: Tuan-tuan dan puan-puan, saya kini akan memberikan kenyataan ringkas mengenai kehilangan Malaysia Airlines Penerbangan MH17.
Bagi pihak kerajaan Malaysia, dan rakyat Malaysia, saya ingin menyampaikan takziah dan simpati saya kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa yang tersayang.. Hati kita bersama mereka yang terjejas oleh tragedi ini.
Dalam jam baru-baru ini, pegawai-pegawai di Amerika Syarikat dan Ukraine telah menyatakan bahawa Malaysia Airlines Penerbangan MH17 telah ditembak jatuh. Sekiranya ini disahkan, ianya melanggar undang-undang antarabangsa, dan adalah satu kekejaman terhadap tatatusila manusia.
Malaysia mengutuk keras tidakan tersebut, dan menyeru mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.
PENYIASATAN
Seperti yang dinyatakan dalam International Civil Aviation Organization ini Lampiran 13, kerajaan Ukraine akan memulakan siasatan ke dalam keadaan kemalangan tersebut, dan bertanggungjawab bagi menjalankan siasatan.
Maklumat Terbaru siasatan akan diberikan kepada keluarga terdekat oleh pihak berkuasa menyiasat, sebagai satu garis panduan ICAO.
Malaysia menawarkan sokongan penuh dan tidak berkelayakan untuk siasatan. Malaysia telah secara rasmi dijemput untuk mengambil bahagian, dan akan menghantar dua orang wakil kanan bertauliah untuk membantu.
Malaysia juga mengalu-alukan panggilan untuk siasatan bebas antarabangsa dalam kejadian itu dan menggesa semua pihak untuk bekerjasama untuk memastikan penyiasatan sedemikian dapat diselesaikan.
Ia adalah penting bahawa integriti lokasi kemalangan dipelihara, bagi memberi laluan kepada siasatan dan bagi menghormati mereka yang telah meninggal dunia.
NEXT-OF-KIN
Malaysia Airlines mengambil tanggungjawabnya kepada WARIS secara serius. Syarikat penerbangan itu telah mengatur 40 kakitangan yang akan diterbangkan ke Amsterdam, untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.
Secara berasingan, seperti diumumkan Perdana Menteri pagi ini, Malaysia hari ini akan menghantar Bantuan Bencana Khas Malaysia dan Pasukan Penyelamat ke Kiev.
Secara keseluruhan, 62 orang - 30 ahli pasukan SMART, 15 kakitangan perubatan, 10 wakil Tentera Udara Diraja Malaysia, 5 kakitangan Malaysia Airlines, 2 kakitangan Jabatan Penerbangan Awam - dalam perjalanan ke Kiev.
PENUMPANG
Awal hari ini, Malaysia Airlines mengeluarkan senarai mereka di atas kapal penerbangan dan kewarganegaraan mereka. Senarai itu termasuk 41 penumpang yang kewarganegaraan tidak dapat disahkan pada masa itu, kerana mereka dalam perjalanan dari penerbangan sebelum ini, dan tidak memasuki kawalan pasport di Amsterdam.
21 daripada bangsa ini penumpang kini telah disahkan, dan 20 kekal untuk disahkan. Pecahan terbaru kewarganegaraan diketahui mereka di atas kapal adalah seperti berikut:
• 44 rakyat Malaysia
• 27 warga Australia
• 12 Indonesia
• 9 dari United Kingdom
• 4 Jerman
• 4 Belgium
• 3 rakyat Filipina
• 1 Kanada
• 1 New Zealand
Malaysia Airlines dalam proses memberitahu keluarga terdekat mangsa. Setelah semua keluarga telah dihubungi, senaraipenumpang akan dikeluarkan. Di samping itu, Malaysia Airlines akan melepaskan senarai kargo lewat hari ini.
Tanggungjawab untuk melepaskan maklumat lanjut mengenai siasatan adalah terletak kepada pihak berkuasa yang menyiasat, yang dalam kes ini ialah Biro Kemalangan Udara dan Penyiasatan Insiden Pesawat Awam Ukrain.
LALUAN PENERBANGAN
Laluan penerbangan diambil oleh MH17 telah diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, dan oleh negara-negara yang terlibat dengan laluan tersebut. Dan Persatuan Pengangkutan Udara juga telah menyatakan bahawa ruang udara pesawat itu menyeberangi adalah tidak terbatas.
15 daripada 16 syarikat penerbangan di Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik terbang menggunakan laluan melalui Ukraine. Syarikat penerbangan Eropah juga menggunakan laluan yang sama, dan merentasi ruang udara yang sama. Dalam jam sebelum kejadian itu, beberapa pesawat penumpang lain daripada syarikat penerbangan yang berbeza menggunakan jalan yang sama.
Tiada arahan istimewa diberikan kepada juruterbang MH17 untuk mengubah laluan penerbangan.
Awal hari ini, Malaysia Airlines mengeluarkan satu kenyataan pada rekod perkhidmatan pesawat, yang menunjukkan pesawat itu tidak mempunyai sebarang masalah. Mereka juga telah mengesahkan bahawa semua sistem pesawat telah berfungsi secara normal. ACARS dan transponder pesawat bekerja dan menghantar data seperti biasa.
Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sebelum saya mengambil soalan anda, saya ingin mengulangi kutukan Malaysia dengan apa-apa serangan ke atas orang awam yang tidak bersalah; sokongan untuk siasatan antarabangsa yang bebas; dan yang paling penting, simpati dengan mereka yang terlibat dengan tragedi ini.
MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal. Pemikiran dan doa kami adalah bersama keluarga mereka dan ini sememangnya masa yang sukar.
Liow Tiong Lai,
MENTERI PENGANGKUTAN, MALAYSIA
FRIDAY, 18 JULY 2014

Pemberontak Pro Rusia Mengaku Mempunyai Sistem Peluru Berpandu 'BUK'
KIEV, Ukraine - Hampir 24 jam selepas Penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh di timur Ukraine, pemberontak pro-Rusia yang mempunyai kubu kuat di kawasan itu untuk mengakui mereka mempunyai jenis senjata yang mampu menjatuhkan sebuah Boeing 777.
Laporan tersebut pertama kali dilaporkan oleh AP Nataliya Vasilyeva. Menurut Nataliya, Pavel Gubarev, Gabenor Republik Rakyat Donetsk('self-proclaimed') , kata militia memang mempunyai Sistem peluru berpandu "Buk", tetapi ia rosak. - SiakapKeli.com
TOP
181 Mayat Telah Ditemui Dalam Nahas MH17
Pasukan penyelamat setakat ini menemui 181 mayat di tempat kejadian nahas pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di timur Ukraine, lapor Reuters hari ini.
Menteri Luar Kiev, Andriy Sibiga berkata mayat terbabit akan dibawa ke bandar Kharkiv yang dikawal kerajaan pusat.
Pesawat Boeing 777 ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia pada malam Khamis waktu Malaysia, di kawasan konflik antara pihak pemisah pro-Rusia menentang kerajaan Ukraine sejak April lalu.
Kesemua 283 penumpang dan 15 kru pesawat MH17 disahkan mati ditempat kejadian.
Kumpulan pemisah dikatakan bersetuju untuk membantu siasatan dan menjamin keselamatan pasukan antarabangsa menyiasat di tempat kejadian, kata Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE). – 18 Julai, 2014 - Reuters
TOP
Haiwan Eksotik Antara Mangsa Nahas MH17
Haiwan eksotic antara yang menjadi mangsa mangsa kejadian nahas MH17 yang terjadi semalam. Melaui gambar yang dimuat naik oleh Life News, beberapa bangkai burung kakak tua dan merpati dapat dilihat disamping bangkai pesawat MH17 yang bertaburan sehingga 15km.
Agensi berita terbabit melaporkan 20 burung eksotik termasuk burung merak, burung kakak tua dan merpati terbabit dalam nahas. Sangkar burung-burung tersebut juga boleh dijumpai yang dipercayai untuk dibawa dari Eropah ke Asia Tenggara. - SiakapKeli.com

Gadis gembira bapa mati dalam MH17
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Ketika seluruh dunia bersedih atas tragedi yang menimpa pesawat MH17, seorang gadis yang mendakwa dirinya anak kepada salah seorang penumpang pula bergembira dengan berita itu.
Melalui akaun Twitternya, Lisa Hasyim menggunakan hashtag #MH17 untuk meluahkan kegembiraannya, apabila menerima berita pesawat berkenaan telah terhempas di timur Ukraine.
Dalam mesej tweetnya, gadis berkenaan mendakwa, dia tidak perlu lagi bersusah payah membunuh ayahnya, dengan berlakunya tragedi itu.
Lisa Hasyim mendakwa, dia benci bapanya, kerana pernah menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.
Katanya, dia tidak kisah bapanya mati dalam insiden tragis berkenaan, kerana selama ini, bukan bapanya yang menyara kehidupannya, selain mengibaratkan bapanya seperti haruan makan anak.
Bagaimanapun, pengguna laman Twitter lain berasa sangsi dengan akaun itu, kerana ia baru diwujudkan beberapa jam, selepas tragedi MH17 tersebar.
Pengguna Twitter @IzzahSulaiman berkata, mungkin akaun itu sengaja diwujudkan bagi mendapat publisiti murahan, selain dakwaan gadis itu kononnya bapanya salah seorang penumpang juga direka-reka.
“Kalau betul ayahnya salah seorang penumpang MH17, kenapa tidak dedahkan sahaja namanya?” soalnya dalam mesej twitter. - TheRakyatPost
TOP
Keluarga Australia Kehilangan Saudara dari Dua Nahas MAS pada Tahun Ini, Marah Dengan MAS
Rodney dan Mary hilang dalam inside MH370
SYDNEY: Satu keluarga Australia telah terkesan dari kedua-dua tragedi MAS, setelah kehilangan tiga ahli keluarga mereka masing-masing dari nahas MH17 dan MH370. Irene dan George Burrows, from Bileola, Queensland,yang masih dalam kesedihan selepas abangnya, Rodney dan isterinya Mary hilang dalam insiden MH370 Mac lepas. Kini, anak tiri pasangan tersebut, Maree dan Albert Rizk, yang pulang ke Melbourne selepas bercuti selama sebulan di Eropah, meninggal dunia Khamis apabila MH17 terhempas di timur Ukraine, lapor media Australia. Burrows berkata beliau tidak mahu membuat kenyataan bagi pihak keluarga Rizk, tetapi berkata: ". Kami punya perasaan sakit hati dengan MAS" "Kami masih menunggu jawapan pada yang pertama." - SiakapKeli.com

Pasukan Siasatan Khas Malaysia Berlepas Ke Kiev Malam Ini
SEPANG, 18 Julai (Bernama) -- Satu pasukan siasatan khas dengan 116 anggota akan berlepas ke Kiev, Ukraine Jumaat malam bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas pada Khamis.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pasukan itu disertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.
Pegawai dan anggota pelbagai jabatan kerajaan termasuk tentera, Jabatan Pertahanan Awam, Forensik Polis, Jabatan Kimia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Penerbangan Awam dan media rasmi turut menyertai pasukan itu yang akan berlepas ke ibu negara Ukraine itu dengan pesawat khas pada 8 malam ini, katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.
Awal pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat MH17 terhempas di Ukraine.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersil itu telah ditembak jatuh.
Hari ini, MAS mengesahkan bahawa MH17 membawa 283 penumpang pelbagai warganegara dan 15 anak kapal Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).- BERNAMA
TOP
Guna Akaun Palsu Hina Kapten MH17, Gelar Arwah Kambing
Dalam kita bersedih diatas nahas yang baru menimpa MH17, ada juga yang 'biadap' dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap juruterbang pesawat berkenaan.
Hari ini, ada menerima aduan dari seorang pengunjung page SiakapKeli yang memuat naik satu gambar 'screenshot' satu komen daripada pengguna laman social Facebook.
Di dalam gambar berkenaan, kelihat pengomen tersebut, seorang wanita berkata “Juruterbang Islam Melayu Bodoh. Kalau dia dah makan, mesti dia lebih fokus untuk tidak terbang dalam zon larangan! Apa yang kambing rumput tu fikir?”
Setelah siasatan lanjut dijalankan oleh SK, wanita berkenaan didapati berasal dari Tawau Sabah.
Lagi kajian terperinci dibuat, profil tersebut adalah profil palsu. Jelas sekali apabila pemilik sebenar nama dan gambar berkenaan marah kerana pemilik akaun palsu kerana menggunakan gambar beliau.
Ayat menghina berkenaan sememangnya membuatkan umat islam berderau darah apa lagi di bulan puasa dimana adalah kewajipan umat islam berpuasa. Pemilik akaun palsu berkenaan sememangnya tiada hati perut dengan menggelar kapten MH17 sebagai kambing. Sebaiknya selepas kejadian MH17 ini, kita banyakkan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa bukan kata hinaan dan cacian. Kalau ingin salahkan seseorang, salahkan penembak pesawat terbabit. Kepada pengguna laman sosial, berhati-hati dengan informasi yang diperoleh kerana banyak informasi yang tidak benar berlegar-legar secara bebas di laman sosial - SiakapKeli.com

No comments:
Post a Comment