TOP
Jadual Baharu Perkhidmatan KTM Intercity Bagi Sektor Pantai Timur
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan KTM Intercity bagi sektor Pantai Timur dijadualkan semula serta merta berikutan arahan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
KTM Berhad dalam kenyataan pada Sabtu berkata, berikutan itu perkhidmatan tren hanya akan beroperasi dari pukul 9 malam hingga 9 pagi dan tidak lagi beroperasi pada pukul 9 pagi hingga 9 malam bagi memberi laluan kepada kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan landasan.
Menurut kenyataan itu, dua daripada 12 perkhidmatan tren yang beroperasi di Pantai Timur telah dibatalkan perkhidmatannya.
"Para penumpang yang telah membeli tiket untuk perkhidmatan tren yang dibatalkan boleh menukar jadual perjalanan dengan perkhidmatan tren yang masih beroperasi atau mendapatkan pemulangan tambang di kaunter-kaunter tiket KTM Intercity," katanya.
Susulan penjadualan semula itu, waktu perkhidmatan tren di sektor Pantai Timur, Express Senandung Timuran (Tren 26) dari Woodlands ke Tumpat akan berlepas pada pukul 8 malam dan tiba pada 12 tengah hari.
Express Senandung Timuran (Tren 27) dari Tumpat ke Woodlands pula akan berlepas pada pukul 8 malam dan tiba pada 12.30 tengah hari.
Express Senandung Wau (Tren 28) dari KL Sental ke Tumpat akan berlepas pada pukul 8.30 malam dan tiba pada 10.30 pagi manakala dari Tumpat Ke KL Sentral pula akan berlepas pada pukul 6 petang dan tiba pada 8 pagi.
Perkhidmatan Shuttle Sinaran Timur (Tren 91) dari Gemas ke Woodlands akan berlepas pada pukul 6 petang dan tiba pada 12 tengah malam manakala dari Woodlands ke Gemas akan berlepas pada pukul 6 pagi dan tiba pada 10.47 pagi.
Shuttle Keretapi Tempatan (Tren 81) dari Tumpat ke Gua Musang akan berlepas pada pukul 4 pagi dan tiba pada 9.36 pagi.
Shuttle Keretapi Tempatan (Tren 84) dari Gua Musang ke Tumpat akan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari dan tiba pada 7 malam dan dari Gua Musang ke Tumpat akan berlepas pada pukul 9.14 pagi dan tiba pada 2.30 petang.
Orang ramai boleh melayari www.ktmb.com.my atau menghubungi talian 1300-88-5862 bagi mendapatkan keterangan lanjut.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pegawai Operasi Ali Hanafiah Bujal juga boleh dihubungi di talian 011-12315229 atau Pegawai KTM Intercity, Nordin Kimi di talian 019-2291486.
TOP
'Hantu Pub' Merangkak Panjat Dinding
Imej putih yang dibulatkan dalam bulatan merah dirakamkan dalam CCTV.
PEMILIK sebuah pub terkejut apabila kamera litar tertutup (CCTV) di premis miliknya itu merakamkan imej lembaga putih yang secara tiba-tiba muncul dari permaidani, demikian lapor laman mirror.co.uk. David Langley Evans, 49, menyedari kewujudan rakaman imej berkenaan selepas dia memeriksa rakaman CCTV premisnya yang dikenali sebagai 'pub berhantu'. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan satu imej berwarna putih secara tiba-tiba muncul dari permaidani dan kemudiannya perlahan-lahan memanjat dindang menuju ke bahagian siling. Menurut David: "Saya sudah melihatnya sebelum ini dengan mata saya sendiri...namun kini saya mempunyai bukti mengenainya. "Sejak lebih sepuluh tahun saya berada di pub ini...saya sudah lihat semua jenis kejadian berhantu di sini." Tambah David, dia berharap kumpulan pakar paranormal boleh menjelaskan mengenai kejadian aneh tersebut.

PM Israel Janji Lebih Banyak Serangan Udara Ke Atas Gaza
TANPA menghiraukan tekanan supaya menghentikan serangan udara rejim Israel terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan pihak luar.
Benjamin Netanyahu
Sehingga kini media melaporkan sekurang-kurang 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera hasil serangan roket bertubi-tubi tentera rejim Israel terhadap Gaza. Bagaimanapun jumlah itu dipercayai sedang meningkat. Malah Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan'.

Pemuda Umno Jerlun Lapor Polis, Gesa Siasat 'Padi Jantn'
ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerlun membuat laporan polis berhubung ugutan seorang pemilik laman sosial Facebook untuk menembak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Ketuanya, Ahmad Azhar Abdullah berkata pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik Facebook menggunakan nama 'Padi Jantn" itu kerana ugutan berkenaan adalah sesuatu yang serius.
"Saya menyedari kenyataan mengancam Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah itu dalam Facebook semalam (Jumaat).
"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Padi Jantn sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Sabtu.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif dan lebih 30 anggota Umno Bahagian Jerlun.
TOP
Malaysia Masih Komited Cari Pesawat MH370 - Liow
Liow Tiong Lai. - foto NORAFIFI EHSAN/THE STAR
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan yang baharu Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan Malaysia masih komited dengan misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dan akan meneruskan misi itu. Liow berkata beliau akan ke China dan Australia bermula minggu depan untuk bertemu rakan sejawat beliau dan membincangkan misi mencari itu. "(Menteri Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah mengumumkan yang kami akan mengerahkan aset-aset baharu ke kawasan baharu pencarian, oleh itu saya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Yang Chuantang (Menteri Pengangkutan China) minggu depan untuk bincangkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Diploma 2014 Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) di sini, Sabtu. Liow berkata beliau akan berlepas ke China selepas mengumpulkan semua maklumat daripada pegawai relevan di sini dan kemudian akan melawat Australia untuk mengadakan pertemuan dengan wakil dari ketiga-tiga negara untuk membincangkan tindakan seterusnya bagi misi mencari. Pad 26 Jun, seorang pegawai Australia mengumumkan kawasan baharu misi pencarian pesawat MH370 akan dipindahkan lebih jauh ke selatan di selatan Lautan Hindi, dengan misi itu dijangka dijalankan bagi tempoh kira-kira setahun. Lokasi baharu itu, bagaimanapun masih dalam lingkungan kawasan pesawat Boeing 777-200 itu yang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, kali terakhir berhubung dengan satelit Inmarsat sebelum hilang pada 8 Mac, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Terdahulu, Liow yang juga Pengerusi Lembaga Gabenor dan Pemegang Amanah TARC menyampaikan diploma kepada sebahagian daripada 3,326 graduan TARC dengan 48 daripada mereka merupakan pemenang anugerah Book Prize Award. Menurutnya, TARC kini menawarkan program ijazah selepas dinaikkan status kepada kolej universiti pada Mei 2013 dan akan lebih fokus kepada pengajian teknikal dan vokasional. "Sebagai sebahagian pelan pendidikan MCA, kami berharap untuk membantu profesional dengan mengeluarkan lebih banyak graduan dalam bidang teknikal dan vokasional," katanya.

Tujuh Beranak Disamun Menjelang Sahur
ROMPIN: Tujuh beranak disamun tiga lelaki dipercayai warga asing bersenjatakan parang dan kayu di rumah mereka di Penempatan Rompin Utama Tebu Hitam di sini, awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu van ladang tembikai dan isteri, ibu mentua serta empat anaknya yang sedang tidur di bilik berasingan dikejutkan suspek sebelum dikumpulkan dalam satu bilik di tingkat bawah rumah dan diikat dengan dawai.
"Selepas menggeledah rumah mangsa, suspek kemudian melarikan beberapa barang milik mangsa," kata Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Kembara dan dua buah motosikal.
Kata Johari, mangsa kehilangan sebuah Samsung tab, tiga buah telefon bimbit jenama Nokia, sebuah laptop jenama Asus, tiga utas jam tangan, kamera digital, al-Quran digital, buku bank, barang kemas, dua pisau pemotong daging dan wang tunai RM1,700 dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM7,200.
Katanya suspek dipercayai masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil pintu belakang.
TOP
505 Kes Kesalahan Jualan Murah Dikenakan Tindakan - Hasan Malek
Jualan murah sempena musim perayaan adalah amalan biasa. Gambar Hiasan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil tindakan terhadap 505 kes kesalahan jualan murah dengan nilai rampasan sebanyak RM769,856 bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Menterinnya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kesalahan itu termasuk kegagalan peniaga menghantar notis kepada KPDNKK bagi mendapatkan permit untuk mengadakan jualan murah, penjualan barangan tiruan serta tidak mempamerkan tanda harga. "Peniaga yang ingin mengadakan jualan murah perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997. "Di bawah peraturan tersebut, mana-mana peniaga yang mahu mengadakan jualan murah perlu terlebih dahulu menghantar notis kepada KPDNKK dalam masa 14 hari sebelum tarikh tawaran jualan murah diadakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Bazar Ramadan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Sabtu. Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad. Hasan berkata, KPDNKK juga menerima sejumlah 5,363 notis jualan murah daripada peniaga di seluruh negara yang ingin mengadakan jualan seumpama itu bagi tempoh Januari hingga Julai. Katanya, ia meliputi permohonan bagi mengadakan jualan murah di tiga acara utama yang ditetapkan oleh KPDNKK iaitu Jualan Malaysia GP, Karnival Jualan Mega Malaysia dan Jualan Akhir Tahun Malaysia. Beliau juga berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,854 notis jualan murah bagi menyertai Karnival Jualan Mega yang bermula sejak 28 Jun hingga 1 September ini. "Jumlah jualan murah yang boleh diadakan dalam tempoh setahun adalah lapan kali iaitu tiga kali ditetapkan oleh kerajaan dan baki lima, atas pilihan peniaga," jelasnya.

Mapim Hantar Misi Kemanusiaan Ke Gaza
Timbunan al-Quran yang musnah dikumpul hasil kekejaman tentera Israel di Palestin.
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan menghantar satu pasukan khas ke Gaza, Palestin Selasa ini, dalam misi menyalurkan bantuan kepada penduduk di negara bergolak itu. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, selain menyalurkan bantuan, pemergian pasukan khas ini juga untuk meninjau situasi dan mengenal pasti keperluan sebenar penduduk di sana. "Kita sedang melaksanakan persiapan sebelum menghantar pasukan ke sana yang terdiri daripada Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim dan beberapa sukarelawan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, Sabtu. Turut hadir, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin; Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz; Pengerusi Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah), Datin Aminah Zakaria dan Timbalan Pengerusi Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri Perak (Jama'iy), Zulkifli Ibrahim. Sani Arabi berkata, pihaknya juga sedang mengumpul derma untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza. "Saya dan sukarelawan lain akan menyusul ke Gaza bagi membawa dana bantuan yang berjaya dikumpulkan. Kita berharap dalam tempoh beberapa hari ini, kita dapat mengumpul banyak dana untuk dibawa ke sana," kata Sani Arabi. Terdahulu Mapim, Teras, Salimah, Jama'iy dan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengadakan mesyuarat khas dan membangkitkan beberapa isu antaranya menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera meluluskan resolusi mengutuk dan menghentikan keganasan Israel dan serangan ke atas Gaza. NGO itu turut menuntut supaya sempadan Rafah dibuka dan membenarkan akses kepada orang ramai membawa masuk barangan ke Gaza dan menyeru agensi antarabangsa dan kerajaan memberikan sokongan moral dan material kepada perjuangan Palestin. Mengulas lanjut, Mohd Azmi menyeru orang ramai menyertai Mapim dan pelbagai NGO untuk turut serta dalam perhimpunan 'Pray For Gaza' di Dataran Kemanusiaan, Shah Alam, 18 Julai ini. "Perhimpunan ini yang akan bermula pada 3 petang, juga merupakan satu misi kemanusiaan NGO untuk mendoakan penduduk Gaza serta mengumpul dana melalui jualan amal yang akan diadakan," katanya. Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza dalam operasi yang digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan' sejak Selasa lepas. Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim Israel terhadap Gaza.

Polis Serbu 2 Premis Judi, Tahan 5 Orang Di Paya Terubong
GEORGE TOWN: Polis merampas 30 komputer yang telah diubah suai untuk permainan judi dan menahan lima orang termasuk dua wanita dalam serbuan serentak di dua premis di Paya Terubong di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi dua jam bermula pukul 11.30 malam tadi, pemilik kedua-dua premis yang terletak bersebelahan enggan memberi kerjasama menyebabkan polis terpaksa memecah masuk premis mereka.
"Mereka hanya membenarkan pelanggan tertentu sahaja masuk setelah melihat daripada CCTV (kamera litar tertutup)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya polis merampas masing-masing 18 dan 12 set komputer yang telah diubah suai beserta dua modem di kedua-dua premis dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM50,000.
Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 20-an dan 30-an terdiri daripada dua penjaga, tiga pemain judi termasuk seorang lelaki warga Indonesia.
Pemilik premis disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, kata Mior Faridalatrash.
Pemain judi pula boleh didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000.
TOP
Pendapatan Terkumpul 171 Koperasi Di Perlis Catat RM32.5 Juta
KANGAR: Pendapatan terkumpul 171 koperasi di Perlis bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini dianggarkan berjumlah RM32.5 juta, kata Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis, Amran Abdul Kadir.
Menurutnya, kebanyakan koperasi tersebut terbabit dalam sektor pertanian yang menjadi punca pendapatan utama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli bangunan dan pembayaran wang pendahuluan antara Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Berhad (Konsortium Koperasi) dengan pemaju projek perumahan Putra Height, Kok Klang, IMG Incorporated Sdn Bhd (IMG) di pejabat konsortium itu di Paya dekat sini, Sabtu.
Konsortium Koperasi diwakili pengerusinya, Othman Jaya manakala IMG oleh pengarahnya, Goh Kee Long.
Amran berkata, seramai 75,500 orang penduduk Perlis menjadi ahli 171 koperasi dengan modal terkumpul sebanyak RM67 juta dan aset bernilai lebih RM119.6 juta.
"Koperasi ini boleh menceburi bidang berpotensi yang belum diterokai sepenuhnya seperti perhotelan dan mengusahakan stesen minyak di Perlis selain tumpuan kepada estet padi dan ladang mempelam harumanis," katanya.
Beliau berkata, SKM sedia menimbang memberi bantuan modal sehingga RM10 juta kepada koperasi yang mempunyai perancangan melaksanakan projek berdaya maju.
Sementara itu, Othman berkata, Konsortium Koperasi menggabungkan 10 koperasi berasaskan tanaman padi di Perlis menggunakan pinjaman sebanyak RM1 juta daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk membeli dua unit rumah teres satu tingkat di Putra Height bernilai RM362,000.
Katanya, rumah-rumah itu telah siap dibina dan akan disewakan kepada sebuah syarikat untuk menempatkan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perlis.
Selain itu, Konsortium Koperasi juga memiliki dua jentera membajak sawah bernilai RM400,000 dan sedang merancang membeli sebuah jentera menuai padi tahun ini yang akan menjana pendapatan, tambahnya.
TOP
Kerajaan Tumpu Keterangkuman, Kelestarian Ke Arah Negara Maju
Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada keterangkuman dan kelestarian ke arah mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perancang Ekonomi), Datuk Seri Wahid Omar berkata, menjadi hasrat kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada satu pihak pun yang ketinggalan dalam mencapai matlamat itu. Ketika berucap pada sesi kelima program "Love My English" NRC11, beliau berkata, kelestarian bukan hanya semata-mata mengenai alam sekitar tetapi juga cara kewangan kerajaan diuruskan. "Ia akan diuruskan dengan cara yang kita akan hidup mengikut kemampuan kita untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi," katanya. Sementara itu, Wahid berkata, oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara dagangan utama di dunia, ia melibatkan banyak aktiviti rentas sempadan. "Justeru itu, mustahak untuk menguasai bahasa Inggeris kerana ia adalah bahasa antarabangsa," katanya. Beliau memuji inisiatif yang diambil oleh NRC11 dengan kerjasama Yayasan MyKasih dan BluBrick untuk membantu para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah menjadi lebih yakin ketika berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. NRC11 ialah sebuah kelab yang bercita-cita untuk memberi impak positif ke atas masyarakat dan individu di seluruh Malaysia dengan menyokong usaha-usaha dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemain Jerman Dominasi Senarai Pendek Anugerah Bola Emas
James Rodriguez
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan senarai pendek Pemain Terbaik Piala Dunia 2014 untuk menerima Anugerah 'Bola Emas'. Anugerah Bola Emas diberikan kepada pemain terbaik yang menang hasil daripada undian oleh wakil media. Pemain Argentina, Mario Kempes menerima anugerah ini buat kali pertama pada tahun 1978 dan seterusnya Diego Maradona, Ronaldo, Zinedine Zidane dan Diego Forlan. Bagi edisi kali ini, antara nama yang tersenarai termasuk pemain finalis Jerman Mats Hummels, Philipp Lahm, Toni Kroos dan Thomas Mueller yang kini menjaring lima gol. World Cup - FIFA announce nominees for Golden Ball
Dr kiri: Thomas Mueller, Mesut Ozil danToni Kroos
Bagi lawan mereka Isnin ini, Argentina diwakili Angel Di Maria, Javier Mascherano dan kapten pasukan yang kini mencetak empat gol, Lionel Messi. Pencalonan ini juga termasuk penyerang Colombia James Rodriguez yang kini melakar jumlah kutipan gol tertinggi dengan enam jaringan. Dua calon lagi dari pasukan Belanda, Arjen Robben dan pemain tuan rumah, Neymar. Pemenang akan diumumkan sebaik sahaja aksi akhir berakhir.
Selain itu, anugerah Sarung Tangan Emas bagi Penjaga Gol Terbaik diletakkan Manuel Neuer (Jerman), Sergio Romero (Argentina) dan Keylor Navas (Costa Rica).
Manakala Pemain Muda Terbaik di antara pemain perancis Raphael Varane dan Memphis Depay (Belanda).
SENARAI PENUH:
Bola Emas
Thomas Muller, Toni Kroos, Philipp Lahm, Mats Hummels (Jermany), Lionel Messi, Javier Mascherano, Angel Di Maria (all Argentina), Neymar (Brazil), Arjen Robben (Holland), James Rodriguez (Colombia) Pemain Muda Terbaik
Memphis Depay (Holland), Paul Pogba, Raphael Varane (Perancis)
Sarung Tangan Emas
Keylor Navas (Costa Rica), Sergio Romero (Argentina), Manuel Neuer (Jerman)

BAPA kepada penyerang Argentina Lionel Messi berkata anaknya itu berada dalam keadaan keletihan dan lesu ketika persiapan final Piala Dunia bertemu Jerman Isnin ini.
Ayam tambatan Barcelona ini berjaya membantu pasukan Argentina melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Dunia sebelum mara ke suku akhir bertemu Belgium dan menang separuh akhir menerusi penentuan penalti.
Bapanya, Jorge memeberitahu kepada akhbar Brazil Folha de S.Paulo bahawa Messi mengalami keletihan melampau.
"Leo (Messi) berkata kakinya berat seperti 100 kilogram. Dia sangat letih," jelas Jorge.
Dalam pada itu, Messi menghadiahkan kemenangan separuh akhir ke atas Belanda kepada wartawan Argentina Jorge Luis Lopez yang meninggal dunia selepas teksi yang dinaikinya dilanggar oleh sebuah kereta curi Sao Paulo.
"Pelukan sayang kepada semua orang Argentina dan istimewa kepada Jorge 'Top' Lopez. Kejayaan ini adalah untuk kamu, kawan. Juga untuk keluarga. Tabah," tulis Messi di laman sosial media.
TOP
Kami Akan Terima Ketiadaan Suarez - Pengurus Liverpool
PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers berpendirian kelab akan menerima keadaan skuad tanpa kelibat Luis Suarez musim depan.
The Reds menyerahkan Suarez kepada Barcelona dengan nilai rekod kelab 75 juta pound (RM409 juta) pada Jumaat lalu.
Pemain antarabangsa Uruguay itu kini sedang menjalani penggantungan empat bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak kerana didapati bersalah menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Suarez mencetak 82 gol dalam 133 penampilan keseluruhan dan memenangi Kasut Emas musim lalu dan dengan 31 gol dalam 33 perlawanan liga.
Suarez bersama Barcelona musim baharu ini.
Pastinya ketiadaan Suarez akan dirasai memandangkan dia antara pemain penting sepanjang dua tahun kebelakangan ini, namun Rodgers berkata apa yang berlaku itu di luar kawalannya.
"Jika ada satu sejarah yang berkaitan dengan kelab, ia adalah Liverpool FC bukan individu secara amnya.
"Saya yakin kami akan terus meningkat dan makin kuat untuk musim baharu nanti termasuk saingan liga tempatan serta Liga Juara-Juara.
"Kami fokus masa depan, berusaha untuk meneruskan aksi cemerlang yang dibuat musim lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
"Saya harap semua penyokong akan terus menaruh harapan dan percaya yang kami akan terus ke depan dan bersama-sama membawa kejayaan," jelasnya.
TOP
'Jutawan' Cina Kini Di Taiwan
PETALING JAYA: Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina yang didakwa mengendalikan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) haram di sini telah meninggalkan negara ini dan dikenalpasti berada di Taiwan.
Pihak berkuasa mempercayai bahawa dia sebenarnya berselindung menggunakan nama palsu bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, siasatan ke atas Zhang mendedahkan beliau enggan memberikan nama sebenarnya.
"Siasatan menunjukkan dia telah meninggalkan negara ini untuk ke Taiwan namun kami percaya dia akan kembali tidak lama lagi.
"Apabila dia kembali, kami bersedia untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Alias berkata pegawai penguatkuasa kementerian akan memperhebatkan serbuan di premis di mana skim pemasaran pelbagai peringkat beroperasi, dengan empat premis - di Puchong, Petaling Jaya, Skudai (Johor) dan Pulau Pinang - sudah disita dan barang-barangnya dirampas," katanya.
Kementerian itu mengisytiharkan skim pemasaran pelbagai peringkat yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.
Model perniagaan Zhang telah menimbulkan kening. Menurut iklan dalam talian syarikat, orang ramai boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.
Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.
Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.
Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.
Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.
Adalah dipercayai syarikat itu berjaya mengumpul pelaburan kira-kira RM300 juta sejak ia mula perniagaannya di Malaysia dikatakan kadang-kadang lewat tahun lepas.
TOP
Remaja Turki Wanita Tertinggi Dunia
Rumeysa bersama adiknya, Hilal (kiri) dan (kanan) bersama seorang pegawai Guinness World Records yang menyerahkan sijil pengiktirafan ketinggiannya di Safranbolu, Turki baru-baru ini.
SAFRANBOLU: Seorang remaja Turki di sini dengan ketinggian 213.6 sentimeter (sm) diiktiraf sebagai wanita paling tinggi di dunia. Guinness World Records menyampaikan sijil pengiktirafan kepada remaja berusia 17 tahun itu, Rumeysa Gelgi di rumahnya di Safranbolu, Karabuk baru-baru ini. "Saya gembira menjadi seseorang yang berbeza daripada orang lain," kata Gelgi.
Menghidap sindrom weaver yang menyebabkan tubuhnya menjadi besar, remaja itu terpaksa menggunakan alat bagi membantunya berjalan kerana sukar mengimbangi badan yang besar dan tinggi itu. Gelgi merupakan pelajar gred 11 dan tinggal di rumah bersama keluarga dan adik-beradiknya yang lain yang mempunyai ketinggian normal. Dia juga mempunyai sepasang kasut yang ditempah khas di Amerika Syarikat. Tubuh Gelgi tidak lagi membesar menyebabkan dia tidak akan mengatasi ketinggian lelaki paling tinggi di dunia dari Turki, Sultan Kosen yang setinggi 251sm.

Empat maut, 57 cedera bangunan runtuh di Maghribi
Gambar hiasan
RABAT: Sekurang-kurangnya empat maut dan 57 mengalami kecederaan apabila tiga bangunan runtuh di Casablanca, Maghribi semalam, lapor agensi berita rasmi negara itu, MAP. Anggota penyelamat menggunakan anjing pengesan bagi mencari mereka yang terselamat dan menarik keluar daripada sisa runtuhan. Bangunan kediaman, dengan ketinggian empat atau lima tingkat dan rapat antara satu sama lain runtuh sebelum Subuh di kawasan yang dibina pada sekitar 1960-an dan 1970-an. - Reuters

AS tawar jadi perantara gencatan senjata
Puluhan jenazah dikebumikan serentak semalam. - Foto AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa AS bersedia menjadi orang tengah bagi mencapai gencatan senjata untuk menamatkan keganasan. Pada 2012, gencatan senjata juga digunakan untuk menghentikan serangan Israel dalam peperangan lapan hari dan pengantara ketika itu adalah bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi Hasrat itu disuarakan Obama menerusi panggilan telefon semalam. Rumah Putih, melalui satu kenyataan berkata, Obama mengesahkan Israel berhak pertahankan diri daripada serangan roket oleh Hamas. "Tetapi AS mahu serangan balas itu dihentikan bagi melindungi nyawa orang awam," katanya dipetik AFP. Kelmarin, Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengadakan mesyuarat tergempar untuk mendesak Israel dan Palestin melakukan gencatan senjata dengan segera. Namun, permintaan itu tidak dilayan oleh mereka dan sehingga kini tiada sebarang tanda serangan akan dihentikan. ─ Sinar online

Israel takut kena boikot
Benjamin Netanyahu
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan. Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian. “Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan Jpost. Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin. “AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya. Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel. Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu. “Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya. Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius. “Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan,” katanya dipetik Jpost Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri. “Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini. "Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya. ─ Sinar Online

Palestin yang Dibom dilapornya Israel ─ ABC Minta Maaf
Gambar menunjukkan rakyat Palestin mengangkut barang-barang mereka yang mampu diselamatkan
selepas serangan udara Israel.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Agensi berita ABC meminta maaf atas kesilapan dalam satu laporan berita bergambar berhubung serangan tenteras Israel ke atas penduduk Gaza baru-baru ini. Kesilapan tersebut berlaku ketika agensi berita berkenaan menayangkan gambar yang dipetik dari Associated Press (AP) yang menggambarkan ‘rakyat Israel cuba menyelamatkan diri selepas serangan roket pejuang Palestin’. Sebaliknya, imej tersebut sebenarnya menggambarkan dua rakyat Palestin berjalan melalui runtuhan dengan harta benda mereka berikutan serangan udara Israel. Kesilapan itu dikenal pasti oleh wartawan pro-Palestin, Rania Khalek, lewat Rabu lalu. Kemudian, ABC membuat permohonan maaf secara rasmi menerusi Facebook oleh penyampai berita, Diane Sawyer. “Pada petang Selasa, kami melakukan kesilapan. Saya akan naikkan sekali lagi gambar ini kerana ketika menggambarkan serangan antara Israel dengan Palestin, saya silap mengenal pasti imej tersebut. “Orang yang di dalam gambar itu adalah rakyat Palestin selepas serangan udara Israel dan kami ingin anda tahu, kami benar-benar minta maaf atas kesilapan itu,” katanya yang dipetik dari video yang dimuatnaik di laman Facebook ABC World News with Diane Sawyer.

Tiada Lagi Kaunter Tunai Di Plaza Tol Batu Tiga Dan Tol Sungai Rasau Bermula 1 September
Sebagai salah satu inisiatif untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih lancar di Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau, semua transaksi tol di kedua-dua plaza tol tersebut akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG bermula 1 September yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol tersebut di Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.
Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, PLUS juga akan turut menyediakan lorong-lorong khas bagi mendapatkan dan menambah nilai kad elektronik Touch ‘n Go dan PLUSMiles di lorong paling kiri di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau bermula pada 19 Julai ini.
PLUS juga akan memberikan rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada waktu bukan puncak (di antara jam 10:00 pagi – 4:00 petang dan 10:00 malam – 6:00 pagi setiap hari) menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTAG selama 4 bulan bermula 1 September hingga 31 Disember ini.
Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 di kedua-dua plaza tol terbabit bermula 18 Ogos hingga 30 November 2014. Terdahulu, PLUS telah berjaya melaksanakan sistem tol elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Perling di Lebuh raya Linkedua dan Plaza Tol Kempas di Lebuhraya Utara-Selatan di Johor pada Januari 2014 lalu. - PLUS Media Release
TOP
Kesatuan sekerja laksana kempen boikot
Kumpulan Unite berhimpun di London mengutuk keras tindakan serangan Zionis ke atas Gaza.
LONDON - UNITED KINGDOM. Kesatuan sekerja terbesar Britain, Unite memutuskan melakukan kempen Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) terhadap Israel selama setahun. Mereka menggelar kempen itu sebagai ‘jenayah lebih hina daripada jenayah aparteid’. Tindakan yang jarang berlaku di Barat ini juga mengakui mereka menyokong proses keamanan dan mengutuk keras tindakan Zionis yang melakukan pencerobohan di penduduk Palestin. Menurut laporan Middle East Monitor, Unite akan mengemukakan dua usul berkaitan konflik Palestin-Israel pada persidangan tahunannya di Liverpool hujung minggu ini. “Usul utama adalah mengutuk pencabulan Israel terhadap undang-undang antarabangsa termasuk melakukan jenayah penganiayaan terhadap rakyat Palestin, tahanan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak Palestin. Ia juga disebut undang-undang perkauman. Usul kedua adalah menyatakan sokongan penuh terhadap pembentukan kerajaan Perpaduan selepas kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin,” kata laporan itu. Memetik laporan Middle EastMonitor, rundingan damai antara Palestin dan Israel terus menemui jalan buntu sejak 21 tahun lalu selepas Israel sering tampil dengan penipuan dan pembohongan. ─ Sinar online

Messi, Neymar antara 10 dicalon pemain terbaik Piala Dunia
RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyenaraikan Lionel Messi dan Neymar dalam 10 pemain yang dicalonkan sebagai pemain terbaik Piala Dunia.
Tujuh daripada 10 calon bagi merebut Bola Emas itu adalah dari skuad Argentina dan Jerman.
Messi dicalonkan bersama rakan sepasukan, Angel Di Maria dan Javier Mascherano.
Jerman pula mempunyai empat calon iaitu Mats Hummels, Toni Kroos, Philipp Lahm dan Thomas Mueller.
Neymar adalah calon tunggal dari Brazil yang disenaraikan oleh kumpulan pengkaji teknikal FIFA membabitkan analisis kejurulatihan.
Arjen Robben dari Belanda dan James Rodriquez dari Colombia yang menjaringkan enam gol melengkapkan senarai.
Pemenang akan diumumkan selepas perlawanan final nanti. - AP
TOP
Padah Tidak Mencuci Kanta Mata, Mata Buta Kerana DiMakan Sel Ameba
UK - Anak mata seorang pelajar disini telah dibedal oleh Ameba, sejenis haiwan satu sel yang boleh berubah bentuk, setelah dia gagal untuk mencuci kanta matanya.
Lian Kao, 23, yang tertekan kerana pembelajarannya di universiti, gagal membuang dan membasuh kanta matanya lebih dari 6 bulan.
Anak mata diselaputi Ameba
Apabila dia sampai ke hospital, pakar perubatan dengan terkejut mendapati anak matanya telah dimakan oleh Sel Ameba apabila kanta mata itu dibuka.Haiwan itu berada dalam kedudukan yang amat selesa untuk membiak diantara kanta mata dan mata. Akibatnya, Lian Kao kini telah buta. Sebagai maklumat tambahan, Wu Jian, seorang doktor berkata, kanta mata boleh menyebabkan mata terdedah kepada penyakit mata. Apabila pemakai kanta mata melekatkan kanta mata, mata akan kurang medapat oksigen menyebabkan mata menjadi luka dan menjadi habitat untuk kuman dan benda lain membiak. Kepada semua yang memakai kanta mata, pandai-pandai la jaga kebersihan kanta mata tersebut. Sudah tentu kita semua tidak mahu kehilangan nikmat melihat yang Tuhan kurniakan kepada kita ini - SiakapKeli.com

Piala Dunia: Rizzoli Jadi Pengadil Perlawanan Akhir
RIO DE JANEIRO: Pengadil dari Itali, Nicola Rizzoli akan mengadili perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina.
Dengan perlawanan akhir melibatkan pasukan dari Eropah dan Amerika Selatan, ramai menjangkakan FIFA akan melantik pengadil dari Asia untuk mengendalikan perlawanan Ahad ini.
Walau bagaimanapun, pengerusi jawatankuasa pengadilan FIFA, Jim Boyce berkata tugas tersebut akan diberikan kepada Rizzoli.
"Kami memilih pengadil yang terbaik untuk perlawanan yang terbaik, dan pengadil dari Itali akan mengadili perlawanan," kata Boyce. ─ mStar.com.my
TOP
Angka kematian bedilan Israel ke atas Gaza meningkat 112
Sebuah kawasan di tengah Gaza musnah selepas terkena roket. - Foto AFP
BANDARAYA GAZA: Tujuh rakyat Palestin terkorban dalam dua serangan udara Israel pada awal pagi ini sekali gus menjadikan angka kematian pada hari kelima keganasan rejim itu kepada 112, kata jurucakap Kementerian Kesihatan di sini, Ashraf al-Qudra. Qudra berkata, empat mati di in Jebaliya, utara Semenanjung Gaza dan dua lagi di selatan, Deir el Balah. Selepas itu, seorang remaja berusia 17 tahun maut dalam serangan di sini. Serangan terbaharu Israel itu menyebabkan angka kematian kepada 112 sejak rejim itu melancarkan serangan pada awal Selasa. - AFP

Video : Pintu Di Bom, Al-Aqsa diserang Israel
Video yang telah dimuatnaik pada 9 Julai 2014 ini menunjukkan Masjidil Aqsa telah diserang oleh Israel ketika orang islam masih lagi berada di dalam masjid berkenaan.
Di dalam video berkenaan, kelihatan percikan api di pintu masuk Al-Aqsa yang menyebabkan orang ramai yang berada di dalam masjid berkenaan panik.
Satu lagi tempat suci umat islam dikotori oleh Israel. Harapan SK agar, ada pihak yang datang menyerang dan melenyapkan terus Israel ni dari muka bumi Allah.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Blogger Padi Jantn ugut tembak Menteri Besar Kedah, Setiausaha Sulit Sultan
ALOR SETAR 11 Julai - Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook Padi Jantn yang telah membuat ugutan untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, laporan kepada pihak polis mengenai perkara tersebut telah dibuat di Balai Polis Padang Lalang, Langkawi hari ini atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah. "Kami menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya ketika dihubungi di sini hari ini - KedahKini

Kucing Ketuk Tingkap Jiran Minta Tolong Selamatkan Tuannya Yang Pengsan 5 Hari
UK, 11 Julai 2014 - Seekor kucing menyelamatkan nyawa tuannya dengan mengetuk cermin di pintu rumah jirannya setelah tuannya tidak sedarkan diri di rumah.
Tuan kucing tersebut, yang bernama Lancs yang merupakan seorang jururawat tidak sedarkan diri setelah mengambil ubat yang mengandungi dadah jenis morfin untuk sakit belakangnya.
Lancs menceritakan bagaimana kucing tersebut menarik perhatian jirannya :
"Slinky mundar mandir di atas pagar di luar, cuba untuk mendapatkan perhatian jiran '.
"Dia juga bergaduh dengan anjing mereka mendapatkan perhatian mereka.
"Mereka sedar mereka tidak melihat saya selama beberapa hari lalu bergegas mencari kunci simpanan saya di bawah karpet, tapi malangnya saya simpan kunci tersebut di dalam"
"Mereka akhirnya dapat masuk melalui pintu belakang. Ketika menemui saya, jiran saya kata dia fikir saya telah mati."
Tambah Lancs lagi :
"Sebelum ini, jika saya tidak sedarkan diri setelah mengambil ubat, Slinky akan mengetuk kaki dan lutut saya supaya saya sedar"
Kucing tersebut telah dicalonkan untuk menerima anugerah dalam satu Majlis Penganugerahan Kucing di London.- SiakapKeli.com

Pemburu Maut Tertembak Diri Sendiri Ketika Memburu Babi Hutan
Changlun - Seorang pemburu maut setelah tertembak diri sendiri ketika memburu babi hutan di Ladang Laka Selatan dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintenden Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian pada kira-kira 6 petang semalam, Teragi Anthony, 59, dari Pokok Sena sedang memburu bersama anak saudaranya, Jasbistih Anthony, 26 tahun sejak 3 petang.
Mangsa dipecayai tertarik picu senapang patah jenis Spanish miliknya semasa menunggang motosikal untuk mengesan lokasi babi hutan, katanya kepada pemberita.
Katanya, mangsa mati di tempat kejadian setelah tembakan mengenai bahagian kiri kepalanya.
"Difahamkan mangsa telah menyuruh anak saudaranya itu tunggu di atas bukit di kawasan itu sementara mangsa menunggang motosikal sambil membawa senapang sebelum mangsa tertarik picu senapang itu," katanya.
Abdul Rahim berkata keadaan jalan bukit yang berlopak-lopak berkemungkinan menyebabkan mangsa menunggang motosikal dalam keadaan yang sukar sambil memegang senapangnya.
Menurut Abdul Rahim mangsa memiliki lesen senjata api untuk memburu. - rtm.gov.my
TOP
Rakaman CCTV Rompakan Terancang di Butik Inspirasihana, Shah Alam
Butik Inspirasihana yang beroperasi di Shah Alam dirompak secara terancang. Berikut adalah rakaman CCTV rompakan tersebut. Rompakan ini berlaku pada Selasa lalu, 8 Julai 2014. Pemilik premis ini meminta Oh!Media dan orang ramai supaya menyebarkan video ini bagi memudahkan proses penangkapan perompak-perompak ini.
Harap perompak-perompak ini cepat tertangkap. Bulan puasa orang buat amal, diorang ni buat maksiat.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Dafi Nafi Statusnya di Twitter Untuk Sabotaj Syarikat Telco
KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2014 - Penyanyi kelahiran bintang realiti, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri dengan tegas mengatakan statusnya di twitter mengenai ketidakpuas hatinya dengan syarikat telco itu tiada unsur sabatoj cuma menegakkan haknya sebagai seorang pelanggan.
“Masalah ini berlaku dah lama, sejak bulan Mei yang lalu namun segala jawapan dan penerangan yang diberikan oleh wakil syarikat telco hanya klise dan tidak menambah baik mutu servisnya terutama dari segi penggunaan data internet,” katanya dihubungi Murai.
Menurutnya lagi, walaupun dia artis, Dafi mempunyai hak untuk sebagai seorang pelanggan dan dia juga percaya ramai lagi pelanggan syarikat telco itu alami masalah yang sama.
“Sebelum ini saya ada juga muat naik status di twitter mengenai servis syarikat telco itu tetapi kali ini ia mendapat perhatian yang luar biasa, ada juga ‘followers’ saya yang setuju dengan apa yang saya luah,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dafi juga menerima panggilan dari wakil syarikat telco itu untuk berbincang tetapi mereka memfokuskan kepada isu bil telefonnya yang mencecah RM9,000 kerana melebihi had yang ditetapkan.
“Saya pun pelik, sebab had yang ditetapkan sekitar RM3,000 tetapi atas alasan mereka memberitahu yang saya silap memilih ‘network line’ ketika berada di luar negara, saya ingatkan mereka akan berbincang mengenai penambahbaikan mutu dan servis tetapi lain pula isunya,” katanya hampa.
Dafi dikatakan tidak mahu lagi menggunakan perkhidmatan syarikat telco itu lagi dan bercadang untuk beralih ke perkhidmtan yang lain.- Murai.com.my
TOP
Gambar Sayu Warga Palestin Tidak Sempat Berbuka Puasa, Diserang Israel
Sayu admin melihat gambar yang telah di share di laman Twitter ini. Gambar ini menunjukkan seorang warga palestin, tidak sempat menjamah juadah berbuka puasa, diserang oleh roket Israel.
Terlihat sedikit juadah yang tidak seberapa yang terhidang sebagai juadah berbuka puasa. Bayangkan jika perkara yang sama terjadi kepada orang yang kita kenal. Memang akan bergenang air di kelopak mata.
Tapi, hamba Allah ini meninggal dalam keadaan berpuasa. Semoga di rahmati Allah dan mendapat tempat yang mulia di akhirat kelak. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara kita yang telah terkorban dan berjuang di Palestin Silakan share, supaya masyarakat lebih sedar akan realiti yang berlaku di Gaza, yang tidak seindah seperti yang disiarkan di televisyen - SiakapKeli.com

Jangan Terbeli Ayam Tebuk di Leher
Walaupun Malaysia adalah negara Islam, namun tidak terlepas dengan penjualan-penjualan produk makanan yang tidak halal.
Sebelum ini memang sudah kecoh dengan isu Cadbury dan Mee Hun Cap Masjid yang mana mendapat perhatian orang ramai. Namun sebenarnya banyak lagi produk yang tidak halal terjual kepada orang Islam kita di Malaysia yang tidak menjadi isu besar. Mungkin kerana tidak dilaporkan ataupun tidak diketengahkan oleh akhbar-akhbar atau media-media lain di Malaysia.
Bagaimanapun soal halal haram ini tidak boleh dipandang remeh. Oleh kerana itu apa sahaja isu yang melibatkan halal haram makanan ini SiakapKeli.com akan cuba ketengahkan selain itu aduan-aduan yang dianggap remeh bagi media-media lain juga kami akan cuba sampaikan kepada umum.
baru sahaja mendapat aduan daripada seorang pengguna yang mana membeli seekor ayam dalam pek, mungkin di pasar raya yang mana apabila dibawa pulang ke rumah dan hendak dimasak, kelihatan satu lubang ditebuk pada leher ayam tersebut. Tebukan pada leher ayam itu adalah satu kaedah untuk membunuh ayam dan ia tidak sah di sisi Islam.
tidak mendapat maklumat nama kedai bagaimanapun kita tetap boleh berhati-hati dan buat semakan sebelum membeli produk makanan seperti ini.
- SiakapKeli.com
- SiakapKeli.com
TOP
Luis Suarez Akhirnya Tinggalkan Liverpool Ke Barcelona
LUIS Suarez, seorang penyerang yang pernah digelar rasis, penipu dan suka menggigit akhirnya meninggalkan Liverpool menerusi perpindahan bernilai £75 juta ke Barcelona.
Liverpool secara rasmi menerima yuran perpindahan tersebut walaupun pada awalnya enggan bersetuju dengan jumlah berkenaan.
Rundingan awal untuk mendapatkan penyerang Uruguay itu tergendala apabila pemain pertukaran, Alexis Sanchez memilih untuk ke Arsenal.
Transaksi tunai oleh Barcelona untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu selesai dilakukan selepas kelab tersebut menjual Sanchez kepada Arsenal pada Rabu lalu.
Suarez kini dalam pergantungan selama empat bulan oleh Fifa selepas mengigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellin pada saingan Piala Dunia.
Suarez berkata, bermain di Sepanyol merupakan impiannya dan berharap penyokong Liverpool tidak marah akan tindakannya. "Saya dengan berat hati terpaksa meninggalkan Liverpool demi meneruskan hidup baru dan aksi lebih mencabar di Barcelona. "Keluarga saya juga amat mencintai kelab dan bandar yang terpaksa kami tinggalkan," jelasnya.

Bantahan Kekejaman Israel Terhadap Palestin
BERIKUT merupakan gambar reaksi bantahan masyarakat dunia terhadap kekejaman yang dilakukan Israel terhadap warga Pelatin.Bantahan di Bordeaux, Perancis, Bantahan di hadapan Kedutaan Israel di Athens, Greece. -
TOP
Michael Schumacher 'Semakin Pulih' - Corinna
Corinna bersama Michael Schumacher.
ISTERI juara dunia Michael Schumacher, Corinna mendedahkan pelumba F1 itu semakin pulih. Beliau berkata Michael telah pun dipindahkan daripada hospital di Grenoble, Perancis ke hospital yang berhampiran dengan rumahnya di Switzealand. Corrina yang menghabiskan masa selama berbulan-bulan disamping suaminya, Michael, 45, ketika dia berada dalam keadaan koma selepas mengalami pendarahan otak yang serius selepas juara dunia itu jatuh ketika bermain ski di Perancis. Dia memberitahu Neue Post: "Michael semakin sembuh, dalam apa jua keadaan dia tetap memperlihatkan perubahan. "Senyuman ini membayangkan takdir yang berlaku," katanya kepada akhbar Jerman Bild. Ini bermakna: "Kita akan teus melawan. Kita juga harus meraikan saat indah yang berlaku dalam kehidupan kita," katanya. Beberapa minggu yang lalu, Corinna melahirkan kebimbangan beliau mengenai masa depan suaminya, Michael, 45, yang bergelut untuk sedar daripada koma selepas enam bulan tidak sedarkan diri.

Dua Rakan Mengaku Bersalah Miliki Senjata Api Dan Peluru Tanpa Lesen
KUALA KANGSAR: Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing terhadap pertuduhan memiliki senjata api serta peluru tanpa lesen dan permit, pada Jun lepas.
Penoreh getah itu, Mohamad Amin Abdul Rahman, 29, dan Abdul Rahaman Ramli, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Johari Hassan.
Mohamad Amin didakwa memiliki sepucuk senjata api iaitu senapang buatan sendiri jenis 0.22 tanpa kebenaran sah selain memiliki 41 biji peluru jenis 0.22 dan tujuh biji peluru jenis 12 Gauge tanpa lesen dan permit, antara 1.45 tengah hari dan 2.15 petang di belakang rumah di No 54 Kampung Kelebor di sini, pada 18 Jun lepas.
Tertuduh juga didakwa memiliki sepucuk senjata api iaitu senapang patah buatan sendiri dan 23 biji peluru jenis 12 Gauge tanpa lesen dan permit antara 11.30 pagi dan 12 tengah hari di sebuah kebun getah di Kampung Kelebor di sini, pada 25 Jun lepas.
Bagi pertuduhan memiliki senjata api, dia boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan dikenakan sebatan rotan tidak kurang daripada enam sebatan manakala bagi pertuduhan memiliki peluru, boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Sementara, Abdul Rahaman didakwa memiliki 293 biji peluru jenis 0.22 tanpa lesen dan permit antara 6 petang dan 6.30 petang di belakang sebuah rumah beralamat di Lot 1547, di No 46 Kampung Sementa, Kuala Kenas di sini, pada 25 Jun lepas.
Dia juga didakwa memiliki 139 biji peluru jenis 0.22 serta sebutir peluru jenis SME 9mm tanpa lesen dan permit antara 8 malam dan 9 malam di sebuah kebun getah di Kampung Kelebor di sini, pada 25 Jun lepas.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar tidak membenarkan tertuduh diberi jaminan kerana mengambil kira tertuduh ditangkap kerana memiliki peluru hidup dan kepentingan awam perlu dititikberatkan.
Hakim tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin berikutan tiada peruntukan jaminan bagi kesalahanan itu dan menetapkan 25 Julai sebutan semula kes.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
TOP
PAC Sokong Maklumat Enam Projek Pembinaan Kampus UiTM Didedah Kepada Umum
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu kerajaan mendedahkan kepada umum enam projek konsesi pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang diberikan secara rundingan terus.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini untuk mengelakkan tanggapan negatif masyarakat bahawa kerajaan mengamalkan unsur kronisme dan salah guna kuasa dalam pemberian projek-projeknya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini ketika menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan yang mahukan pendedahan umum itu dibuat.
Nur Jazlan berkata walaupun penjelasan mengenai projek berkenaan telah diberikan, ia masih tidak menjawab pelbagai soalan terutamanya tentang sebab projek itu diberikan secara rundingan terus.
"Walaupun projek itu dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), ia masih boleh dilakukan secara tender terbuka bagi membolehkan kerajaan melihat keupayaan syarikat yang akan melaksanakannya secara keseluruhan terutamanya dari aspek kewangan dan pengalaman," katanya.
Selain itu, Nur Jazlan juga mahu kerajaan berhati-hati dengan pelaksanaan projek menggunakan kaedah PFI kerana telah beberapa kali kerajaan terpaksa menjadi penyelamat apabila syarikat swasta yang diberi tanggungjawab gagal melaksanakannya.
"Contoh terbaik ialah projek Mass Rapid Transit yang bernilai kira-kira RM40 bilion yang pada mulanya dilaksanakan secara PFI tetapi terpaksa diambil alih oleh kerajaan dengan menubuhkan MRT Corp," katanya.

Undang-Undang Pengganti Akta Hasutan 1948 Ditentukan Kabinet - Najib
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam dan Asrama Kuang pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat. Turut sama Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebaliknya kata beliau perkara itu akan ditentukan oleh kabinet. Justeru tegasnya, MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan perkara itu (penghasilan draf undang-undang baharu). "Sepatutnya perbincangan dan pendapat dibincangkan secara tertutup dan MKP Nbukan badan muktamad, sebaliknya kabinet," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) di bangunan PWTC di sini. Najib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu. Najib yang juga Presiden Umno berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk turut menyatakan pendirian serta menyumbangkan pendapat terhadap usaha penghasilan draf undang-undang itu. Oleh itu, beliau berkata Umno akan mewujudkan satu jawatankuasa kecil di bawah Biro Perlembagaan dan Undang-undang untuk mengkaji dan seterusnya membuat cadangan berhubung draf undang-undang tersebut untuk pertimbangan pihak kerajaan.

Anak Gajah Tiga Bulan Ditangkap Di Lanchang
TEMERLOH: Seekor anak gajah jantan berusia tiga bulan ditangkap oleh anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di tepi hutan berhampiran Ladang Lanchang, di sini, Khamis.
Menurut Ketua Unit Konservasi Gajah Kebangsaan Nasaruddin Othman, anak gajah dianggar seberat 98 kilogram itu ditangkap ketika sedang merayau di tepi hutan dekat ladang itu pada pukul 12.30 tengahari.
"Setelah mendapat maklumat, kita telah menghantar sepasukan anggota dan berjaya menangkap gajah itu sebelum dibawa ke Pusat Pemuliharan Gajah di Kampung Kuala Gandah, Lanchang kira-kira pukul 6.20 petang semalam menggunakan sebuah lori khas," katanya ketika dihubungi di sini.
Anak gajah berumur tiga bulan itu kata Nasaruddin dipercayai tersesat setelah terpisah dengan ibunya.
Beliau tidak menolak kemungkinan gajah itu daripada kumpulan lima ekor gajah liar yang pernah menceroboh masuk ke perkampungan Desa Bakti Batu Tujuh Jalan Karak minggu lepas.
"Anak gajah tersebut kini diasingkan dengan gajah-gajah lain dan dijaga khas oleh dua anggota pakar penjagaan dan pemuliharaan gajah secara bergilir gilir dengan diberi minum susu tepung sebanyak 16 liter sehari," katanya.
Nasaruddin berkata, tumpuan perlu diberikan kepada anak gajah itu kerana ia masih kecil.
TOP
Eksport Getah Asli Turun 7.8 Peratus
KUALA LUMPUR: Jumlah eksport getah asli pada Mei 2014 turun sebanyak 5,038 tan metrik atau 7.8 peratus kepada 59,486 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Statistik.
Dalam kenyataan pada Jumaat, jabatan itu berkata berbanding Mei tahun lepas, jumlah eksport menunjukkan penurunan sebanyak 6.2 peratus.
Katanya Getah Mutu Malaysia (SMR) menyumbang 92.2 peratus daripada jumlah eksport, dengan 54.5 peratus terdiri daripada SMR 20.
"Getah asli dieksport terutamanya ke China (37.3 peratus), diikuti Jerman (18.3 peratus), Amerika Syarikat (6.6 peratus), Brazil (2.3 peratus), Korea Selatan (3.8 peratus), Iran (3.8 peratus), Jepun (2.2 peratus) dan Portugal (2.8 peratus).
Jumlah import getah asli pada Mei 2014 meningkat sebanyak 1,472 tan metrik, atau 2.4 peratus kepada 62,243 tan metrik daripada April 2014.
Berbanding Mei 2013, jumlah import turun sebanyak 8,980 tan metrik, atau 12.6 peratus.
Jabatan itu berkata pengeluaran getah asli bagi bulan itu adalah sebanyak 43,751 tan metrik, turun 12.5 peratus tahun ke tahun, dengan sektor kebun kecil 91.8 peratus, manakala sektor estet menyumbang 8.2 peratus.
"Kedah merupakan pengeluar getah asli tertinggi dalam kalangan estet iaitu 23.6 peratus, diikuti Negeri Sembilan (20.3 peratus) dan Johor (14 peratus)," katanya.
Jumlah penggunaan domestik getah asli pada Mei naik sebanyak 2.3 peratus kepada 38,007 tan metrik, dengan industri sarung tangan getah menjadi sektor penggunaan getah asli terbesar pada 72.2 peratus, diikuti tayar dan tiub (7.5 peratus) dan benang getah (7.1 peratus).
Paras stok getah asli negara berjumlah 130,140 tan metrik pada akhir Mei 2014, turun 11.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Harga purata bulanan lateks pekat pada Mei 2014 dicatatkan sebanyak 457.78 sen, turun 3.5 peratus daripada bulan sebelumnya dan jatuh 21.6 peratus tahun ke tahun.
Produktiviti pengeluaran pada bulan tersebut dicatatkan pada 88.9 kilogram sehektar, meningkat 49.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dan 4.3 peratus tahun ke tahun.
TOP
Timbalan Ketua Polis Daerah Maut Ditembak
YALA: Timbalan Ketua Polis Daerah Krong Pinang, Lt Kol Pol, Adinan Ismail adalah antara tiga anggota polis yang maut diserang hendap 10 orang bersenjata di sini malam Khamis.
Jenazah mereka dikebumi pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 10.55 malam itu, mereka dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Tarawih di Kampung Ladu, Mukim Saed, Krong Pinang.
Timbalan Ketua Polis Wilayah Yala, Kol Pol Krisda Keawjandi berkata penyerang mereka bersembunyi dalam kebun getah di tepi jalan dan melepaskan ratusan das tembakan ke arah kereta mangsa.
"Sepasukam anggota polis yang meronda kawasan tersebut telah bertempur dengan penyerang selama 10 minit sebelum para penyerang meloloskan diri ke dalam hutan. Seorang awam turut tercedera," katanya.
Beliau berkata pihak polis percaya terdapat penyerang yang tercedera kerana terdapat kesan darah di kawasan persembunyian mereka.
Pihak polis dan tentera telah memburu para penyerang.
TOP
Lapan Kenderaan Rosak Dirempuh Bas Kilang
BATU KAWAN: Lapan kenderaan rosak teruk apabila dilanggar sebuah bas kilang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Tambun Indah, Jalan Bukit Tambun di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata ketika kejadian pukul 7.40 pagi itu, semua kenderaan terlibat dari arah Simpang Ampat ke Bukit Tambun dan dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada sistem brek bas yang rosak hingga menyebabkannya gagal dikawal dan bas itu melanggar deretan kenderaan di hadapannya yang ketika itu berhenti di lampu isyarat.
"Bas itu tidak membawa penumpang dan lapan pemandu kenderaan terlibat juga tidak cedera walaupun kereta mereka rosak teruk," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil keterangan daripada pemandu bas berusia lingkungan 40-an itu bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Shafien berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung seorang kanak-kanak lelaki nyaris diculik ketika diminta menunjuk arah jalan kepada seorang lelaki dalam kejadian 8 Julai seperti yang kini tersebar dalam laman sosial.
"Sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian itu malah di SPS juga tiada kes penculikan seperti itu berlaku," katanya.
Surat yang menggunakan kepala surat 'Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian Perak' itu mula tersebar dalam Facebook dan Whatsapp sejak semalam memaklumkan kejadian seorang kanak-kanak yang menunaikan solat Tarawih di sebuah masjid di Nibong Tebal, dekat sini nyaris diculik lelaki yang memujuk kanak-kanak itu menunjukkan arah jalan ke Parit Buntar, Perak.
Menurut surat itu, kanak-kanak berkenaan mengikut lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal sehingga ke Jalan Sekolah Parit Buntar. Kanak-kanak itu dikatakan berjaya melepaskan diri apabila menyedari bahawa dia sebenarnya akan diculik kerana lelaki itu membawanya menghampiri sebuah van berwarna putih.
Surat yang dialamatkan kepada semua pengerusi masjid dan surau dalam daerah Kerian, Bandar Bahru dan Nibong Tebal itu turut meminta pengurusan masjid memaklumkan kepada kanak-kanak yang menghadiri solat Tarawih supaya berhati- hati sekiranya didatangi orang yang tidak dikenali.
TOP
Mekanik Maut, Remaja Parah Motosikal Bertembung
DUNGUN: Seorang lelaki maut manakala seorang remaja parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan di Jalan Batu Tiong-Kampung Baru Kuala Abang dekat sini malam Khamis.
Nahas pukul 9 malam itu, menyebabkan mangsa Mohd Nasri Yahaya, 37, mekanik di sebuah syarikat swasta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian manakala remaja itu, Qurratu Aiman Mazlan, 19, mengalami kecederaan parah iaitu patah kaki kanan dan kedua-dua belah tangan.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata ketika kejadian Mohd Nasri yang menunggang motosikal jenis Yamaha 110 dalam perjalanan menjemput rakannya yang tinggal di Kuala Abang untuk memancing udang di sebuah sungai di situ.
"Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang remaja itu dari arah Kampung Baru menuju ke Dungun, hilang kawalan dan merempuh motosikal yang dinaiki Mohd Nasri," katanya.
Katanya remaja itu dihantar ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.
TOP
Ahli Umno Diingat Berhati-Hati Keluarkan Kenyataan - Najib
Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama wakil pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ahli Umno supaya sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan atau pendapat kerana pandangan mereka itu boleh memberi kesan terhadap pandangan pihak luar kepada parti itu. Sesuatu pandangan yang dibuat oleh Ahli Umno tidak sepatutnya menyentuh perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti, kata Najib yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini hari ini. Beliau berkata ini adalah kerana kenyataan yang mereka keluarkan itu sedikit sebanyak mencerminkan kepada orang luar mengenai Umno, Majlis Tertinggi Umno dan kedudukan seseorang pemimpin parti itu. "Sebagai contoh sekiranya kita Anggota Parlimen, apa yang kita suarakan itu mereka di luar akan melihat (sebagai) kewibawaan Anggota Parlimen Barisan Nasional," katanya. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang berkata dalam catatan Twitternya "Well done...Bravo...Long live Hitler.." sejurus selepas pasukan bola sepak Jerman menewaskan Brazil 7-1 pada perlawanan peringkat separuh akhir Piala Dunia, Rabu lepas. Najib berkata Umno tidak mempunyai perundangan spesifik bagi menghukum anggotanya yang mengeluarkan pandangan di laman sosial yang disifatkan bertentangan dengan prinsip parti. Bagaimanapun, beliau berkata setiap ahli Umno kini menyedari perkara itu, dan mereka tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan dan pandangan menyalahi prinsip dan dasar parti. "Sebab itu saya ambil keputusan cepat untuk menegur beliau (Bung Moktar), dan beliau telah minta maaf dan menarik semula kenyataan itu," katanya. Bung Moktar sebelum ini dikecam pelbagai pihak ekoran catatan Twitterya itu yang dianggap memuji atau menyatakan sokongan terhadap rejim fasis Adolf Hitler. Pada Khamis, Najib berkata di laman Twitternya bahawa komen-komen yang dibuat oleh Bung Moktar "tidak boleh diterima dan salah", dan Anggota Parlimen Kinabatangan itu "akan menarik balik" komennya itu.

No comments:
Post a Comment