TOP
Ayda Jebat beri penjelasan
Ayda Jebat
"SAYA dan Zul tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami tampak mesra sebegitu hanya sekadar memenuhi permintaan peminat yang datang dan sanggup berpanas kerana mahu berjumpa kami," jelas Ayda Jebat mengenai aksi mesranya bersama Zul yang dirakam peminat di sebuah majlis kereta kebangsaan, Proton, baru-baru ini. Menurut Ayda lagi, dia dan Zul hadir pada majlis berkenaan selepas di undang oleh Proton dan tidak menyangka ramai peminat drama Rindu Awak 200% berada di situ. "Drama itu sudah sebulan berakhir, tapi saya tidak sangka penangannya masih dirasai. Saya terharu melihat mereka sanggup beratur pajang di bawah bahang matahari semata-mata mahu bergambar dengan kami. "Dan 'pose' yang kami buat pada hari itu hanya kerana Zill Faezrul dan Armel Aisya. Bukan kerana saya dan Zul mempunyai hubungan istimewa," ujarnya kepada Zass. Ayda berkata, dia juga sedia maklum bahawa Zul kini sudah mempunyai kekasih dan tidak tegar untuk menjadi orang ketiga dalam perhubungan itu. "Saya akui ada peminat yang mahu kami menjadi kekasih, tapi bukan semua permintaan mereka dapat ditunaikan. "Bagi yang mengkritik saya kerana gambar itu, atau tampak terlalu mesra, saya minta maaf. Seperti saya katakan tadi, ia hanya sekadar memenuhi permintaan peminat sahaja," katanya yang akan tampil dalam sebuah telefilem bersama Zul iaitu, Lokum Untuk Mama. Dalam pada itu, Ayda berkata, dia akan ke Jakarta dua hari lagi bagi menjalani penggambaran telefilem produksi Indonesia berjudul 'From Haters To Lover'. Menerusi telefilem itu, Ayda akan bergandingan bersama pelakon Indonesia, Dimaz Aditiya. "Saya tak sangka memperoleh kesempatan seperti ini, ia bakal menjadi pengalaman bermakna buat saya. Selain itu, tidak lama lagi, saya juga akan terlibat dengan penggambaran drama muzikal terbitan syarikat produksi Afdlin Shauki. Sementara itu, di tebak mengenai karier nyanyiannya, Ayda berkata, dia merancang untuk mengeluarkan sebuah single, namun segalanya masih dalam perancangan. -sinar

Guna perisian lama punca mudah digodam
SHAH ALAM - Perisian lama yang sudah tidak boleh dinaiktarafkan oleh syarikat pengeluar menjadi punca mengapa mesin juruwang automatik (ATM) mudah untuk digodam.
Pakar teknologi maklumat, Rehan Ahmad percaya isu penggodaman ATM yang berlaku hingga mengakibatkan beberapa buah bank kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan sistem keselamatan yang berpunca daripada penggunaan perisian lama.
Menurutnya berdasarkan pengalaman, kebanyakan syarikat perbankan mahu mengurangkan kos menyebabkan mereka enggan menukarkan kepada perisian terkini.
“Sindiket ini tidak menggunakan virus, sebaliknya menggunakan program yang direka khusus untuk melakukan pengeluaran wang secara tidak sah. Ia hanya boleh dilakukan melibatkan ATM yang menggunakan perisian lama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Meissa Group Sdn Bhd berkata sindiket yang terbabit dalam kerja penggodaman ini benar-benar arif dan tahu seelok belok penggunaan dan kelemahan mesin berkenaan.
“Berdasarkan modus operandi mereka yang licik, saya yakin sindiket terbabit bukan sembarangan, mereka arif dan boleh memformat semula cakera keras ATM yang digodam sekali gus boleh menghilang semua data hingga menyebabkan ATM tidak berfungsi. Langkah ini dilakukan bagi menghapuskan bukti jika tertangkap.
Rehan berkata, sindiket yang kini diburu polis itu mempunyai pengetahuan luas tentang ATM dan mereka cukup profesional ketika menjalankan kegiatan.
“Selagi ATM tidak dilengkapi perisian terkini, selagi itu ianya boleh dicerobohi dengan mudah dan mengakibatkan kerugian lebih besar,” katanya.-sinar
TOP
Lelaki naik angin ugut mahu letupkan pesawat
Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa
KOTA BHARU - Penerbangan sebuah pesawat penumpang yang sepatutnya berlepas pada jam 9.45 malam kelmarin gempar, gara-gara tindakan seorang penumpang berkelakuan agresif dan mengugut mahu meletupkan pesawat itu, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa, di sini. Dalam kejadian itu, suspek berusia 29 tahun itu dipercayai berang apabila anggota polis yang bertugas di pintu masuk balai berlepas menegurnya kerana memakai topeng dan mengarahkan lelaki itu menanggalkannya. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, lelaki itu mengherdik anggota polis dan memarahi tindakan anggota itu. “Selepas memarahi anggota yang menegur dirinya, suspek mengeluarkan ugutan jika sesiapa yang naik kapal terbang bersamanya pada malam itu, dia akan letupkan kapal dan hilangkan mereka seperti MH370. “Disebabkan ugutan yang dibuat lelaki itu, dia terpaksa ditahan berdasarkan undang-undang penerbangan dan sekiranya mana-mana penumpang yang mengeluarkan ugutan berbaur jenayah seperti itu, perlu dikeluarkan daripada penerbangan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. “Melalui siasatan yang dilakukan, suspek yang dipercayai berasal dari Pendang, Kedah datang ke Kelantan untuk mengikuti sebuah majlis di negeri ini,” katanya ketika di hubungi, semalam. Rohaimi berkata, dalam keadaan kelam kabut itu, akhirnya suspek berjaya ditenangkan oleh salah seorang anggota dan mengakui menaiki pesawat berkenaan untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Rohaimi berkata, suspek mengakui pernah menjalani rawatan psikiatri sebelum ini. “Suspek direman selama empat hari bermula semalam (kelmarin) dan selepas menjalani rawatan di bahagian psikiatri, doktor sahkan suspek menghadapi masalah mental dan buat masa ini dia ditahan di wad psikiatri untuk tindakan lanjut. “Kes disiasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan,” katanya. -sinar

Wanita Briged Al-Qassam sanggup korban diri
Widyan S Shaat. Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH ABDULLAH
KOTA BHARU - Walaupun kurang ditonjolkan, namun peranan wanita Briged Al-Qassam tidak kurang hebatnya apabila ada dalam kalangan mereka tanpa menghiraukan keselamatan menjadi pengebom berani mati. Widyan S Shaat berkata, wanita akan mengenakan pakaian tentera dan membawa bom ke kawasan Yahudi sebelum diletupkan bersama diri mereka, malah beberapa kejadian melibatkan letupan bom, ia sebenarnya dilakukan tentera al-Qassam wanita. “Malah mereka, khususnya golongan ibu memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat perjuangan dalam diri anak sejak di alam kandungan. “Setiap ibu yang mempunyai semangat perjuangan, mereka akan menerapkan dalam diri anak mereka untuk mati syahid,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Beliau yang juga pengarah sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Al-Ithar yang berperanan membantu anak perempuan kecil di Selatan Gaza berkata, Zionis yang menyedari penglibatan wanita dalam Briged Al-Qassam menangkap dan memenjarakan mereka dengan pelbagai tuduhan. “Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka dibebaskan sebaik berlaku genjatan senjata,” katanya. Widyan berkata, bagi anak di Palestin, ibu mereka merupakan tentera al-Qassam kerana semangat yang dimiliki, selain peranan dimainkan dalam merangsang anak untuk berjuang, sekali gus mati syahid. Menurutnya, sebagai ibu, beliau juga mahu anaknya mati syahid dan sentiasa memberi rangsangan kepada anak-anak bahawa mereka akan syahid. Dalam pada itu, mengulas peranan Pusat Al-Ithar, Widyan berkata, pihaknya juga berperanan memulihkan kanak-kanak yang mengalami trauma, kesan kekejaman Zionis dalam hidup mereka. -sinar

Wanita OKU rentung dalam kebakaran
Anggota polis dan bomba mengangkat mayat seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) yang rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Baru, Blok A, Ampangan di Seremban, petang tadi, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata mangsa dikenali sebagai Irawati Malindo, 30, dijumpai di pintu depan rumah dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal. - Foto Bernama
SEREMBAN - Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Baru, Blok A, Ampangan di sini hari ini. Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata mayat Irawati Malindo, 30, dijumpai di pintu depan rumah dan dia dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal. Beliau berkata 30 anggota bersama tiga buah jentera iaitu dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang. Ketika kejadian, mangsa tinggal seorang diri manakala anggota keluarga yang lain tiada di rumah, kata Norazam kepada pemberita di sini. Beliau berkata siasatan awal mendapati api marak di bahagian tengah rumah dan merebak begitu cepat. "Api sedang marak ketika pasukan bomba sampai dan kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak. Turut musnah dalam kebakaran itu dua buah kereta. Kita juga berjaya menyelamatkan enam buah rumah berhampiran," katanya. Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat. Sementara itu, seorang adik mangsa, Nabila, 24, berkata dia baru balik kerja apabila mendapati jentera bomba di situ. "Saya mula merasa curiga dan apabila mendekati, saya dapati rumah emak saya terbakar. Saya cuba hendak menyelamatkan kakak saya, tetapi tidak mampu kerana api sedang marak. "Kami tinggal enam beradik di rumah itu, emak dan adik beradik yang lain tiada di rumah kerana pergi bekerja. Kakak tinggal seorang diri di rumah. Kali terakhir saya lihat kakak pagi tadi sebelum pergi kerja," katanya. Seorang jiran, Badrul Hisham Abdul Kadir, 45, pula berkata pada mulanya dia menyangkakan tayar terbakar namun sebaliknya mendapati rumah jirannya yang terbakar. "Saya kemudian terus panggil bomba. Saya dan beberapa jiran lain cuba membantu menyelamatkan kereta tetapi tidak berdaya kerana api sedang marak dan bahang api yang panas," katanya. - Bernama

Kunci pagar dengan mangga, elak kecurian
JOHOR BAHRU - Polis Johor menasihati orang ramai agar mengunci pintu pagar automatik dan pintu gril rumah mereka dengan menggunakan mangga yang lebih teguh selain menyimpan kunci kenderaan di tempat lebih selamat dan tersorok bagi mengelakkan kejadian pecah rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata ini berikutan terdapatnya kes pecah rumah melibatkan kehilangan kenderaan baru-baru ini.
"Daripada siasatan polis, modus operandi suspek adalah dengan mencari rumah-rumah tiada penghuni yang menggunakan pintu pagar automatik tanpa mangga sebelum mengumpil pin pengunci pintu pagar automatik itu menggunakan pemutar skru atau mengangkat pintu pagar dari treknya," kata beliau.
Penjenayah kemudiannya akan mencari kunci kenderaan yang biasanya disimpan di tempat simpanan kunci di ruang tamu dan melarikan kenderaan mangsa, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hasnan berkata usaha giat polis Johor dalam pembanterasan jenayah telah menunjukkan penurunan kes pecah rumah di negeri itu tahun ini.
Bagi tempoh Januari sehingga September tahun ini, sebanyak 1,221 kes pecah rumah dilaporkan berbanding sebanyak 1,458 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, menunjukkan penurunan sebanyak 237 kes atau 16.26 peratus.
Sejumlah 475 penjenayah yang melakukan pecah rumah ditahan dan sebanyak 539 kes berjaya diselesaikan. - Bernama
TOP
Eksport pertama Gaza selepas perang
Penduduk Palestin berkumpul di pasar di Gaza City dengan ternakan masing-masing menjelang Hari Raya Aidil Adha. - Foto AFP
GENTING GAZA - PALESTIN . Selepas hampir 50 hari menghadapi serangan berterusan rejim Zionis, Genting Gaza kini bangkit dan mengeksport hasil pertanian buat pertama kalinya ke pasaran asing terutamanya ke Kesatuan Eropah (EU). Pengarah Pemasaran di Kementerian Pertanian Gaza, Tahsin Al-Sakka berkata, 30 tan ubi keledek dieksport ke EU dan ia merupakan hasil eksport pertama selepas 8 Julai. "Hasil pertanian lain yang akan dieksport selepas ini termasuk bunga dan rempah,"katanya dalam satu temu bual menerusi telefon dengan agensi berita Anadolu. Sebelum perang berlaku, wilayah itu terkenal dengan hasil eskport seperti strawberi, bunga, tomato, kentang dan rempah melalui sempadan Kerem Shalom. Menurut Al-Sakka, terdapat lebih 480 hektar tanah kini digunakan untuk menanam ubi keledek, bagaimanapun eksport semasa adalah hanya sebahagian kecil daripada hasil tanaman. Katanya lgi, kebanyakan tanah pertanian mengalami kerosakan dan berdepan risiko beracun sepanjang serangan tentera Israel ke aras wilayah terbabit. Sementara itu, pasaran ternakan di Palestin kini menghadapi waktu paling sibuk dalam tahun ini berikutan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut seluruh umat Islam tidak lama lagi. Kebiasaannya, pasaran ternakan dibuka dua kali seminggu, namun semakin hampir musim Aidil Adha, ia dibuka setiap hari bagi memenuhi permintaan yang tinggi, menurut laporan Middle Esat Monitor. -sinar

Pemimpin Hong Kong gesa bantahan dihentikan segera
HONG KONG - CHINA . Pemimpin Hong Kong semalam menggesa supaya bantahan dihentikan segera berikutan puluhan ribu penunjuk perasaan menyertai protes yang memasuki hari ketiga.
Ketua Eksekutif Hong Kong Leung Chun-Ying berkata, amaran tindakan menyalahi undang-undang gagal membuatkan kerajaan pusat China menukar keputusannya mengenai peraturan pilihan raya Hong Kong.
"Pengasas kumpulan pro demokrasi, Occupy Central telah berulang kali mengatakan bahawa jika gerakannya semakin tidak terkawal, mereka akan berhenti.
"Kini saya meminta supaya mereka memenuhi janji yang telah dibuat terhadap masyarakat dan menghentikan kempen ini serta merta," katanya, dipetik dari laporan dpa.
Difahamkan, penunjuk perasaan terus menghalang laluan utama pengangkutan dan pelajar mengancam untuk meningkatkan bantahan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi termasuk peletakan jawatan Leung dan menarik balik pelan reformasi pilihan raya yang diumumkan Beijing.
Walaupun keletihan, kebanyakan penunjuk perasaan tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan kawasan bantahan.
Polis memaklumkan, sekurang-kurangnya 70 orang cedera sejak bantahan dimulakan Jumaat lalu.-sinar
TOP
Afghanistan tanda tangan perjanjian keselamatan
Ashraf beramah mesra dengan pelajar ketika lawatannya ke Pusat Pengajian Tinggi Amani di Kabul, semalam. - Foto AFP
KABUL - AFGHANISTAN. Afghanistan akhirnya menandatangani perjanjian keselamatan dua hala dengan Amerika Syarikat (AS) dan status perjanjian ketenteraan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato). Perjanjian dua hala itu membolehkan tentera AS untuk tinggal di negara tersebut selepas gabungan Nato menamatkan operasi tempur pada akhir tahun ini. Status perjanjian ketenteraan dengan Nato adalah sebuah rangka kerja undang-undang yang membenarkan tentera gabungan tinggal di Afghanistan dan sekutu mempunyai imuniti sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang di negara berkenaan. Penasihat Keselamatan Negara Afghanistan, Hanif Atmar menandatangani perjanjian dua hala dengan Duta AS ke Afghanistan James Cunningham di hadapan pegawai atasan Afghanistan termasuk Presiden Ashraf Ghani, dipetik dari laporan dpa. -sinar

Pengumpul koleksi Harry Potter terbanyak di dunia
Silva Vargas menjadi obses dengan siri fantasi nukilan penulis J.K. Rowling.
MEXICO CITY - MEXICO . Usaha seorang seorang lelaki mengumpul pelbagai koleksi Harry Potter selama hampir 15 tahun berhasil apabila dia diiktiraf Rekod Dunia Guinness. Menahem Asher Silva Vargas dari Mexico diiktiraf secara rasmi selepas berjaya mengumpul lebih 3,097 barangan siri fantasi itu sekali gus menewasakn rekod terdahulu iaitu sebanyak 807 item. Koleksinya memenuhi dua bilik dan antara barangan dikumpul termasuk kayu ajaib ahli sihir, watak filem dalam bentuk mainan hinggalah kepada skaf dipakai Gryffindor dan replika penyapu Quidditch. Menurutnya, dia tidak berhasrat mengumpul koleksi yang banyak, namun lama-kelamaan dia menjadi obses hingga sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan koleksi tersebut, dipetik dari laporan The Guardian. -sinar

2.706 juta pelancong lawat Thailand
BANGKOK - THAILAND. Industri pelancongan Thailand masih dalam keadaan menyusut namun mencatatkan sedikit peningkatan berdasarkan statistik bulan Ogos yang merekodkan 2.706 juta ketibaan.
Angka itu jatuh 11.9 peratus berbanding bulan sama tahun lepas, akan tetapi meningkat 3.7 peratus berbanding Julai tahun ini.
Pengarah Kanan Bank of Thailand Roong Mallikamas berkata sektor pelancongan pada Ogos meningkat beransur-ansur memandangkan pelancong China, iaitu pasaran utama, sudah kembali walaupun pasaran lain belum pulih secara signifikan.
Bagi tempoh Januari-Ogos, sebanyak 15.703 juta pelawat asing tiba di Thailand, merosot 10.66 peratus.
Angka itu meliputi 8.948 juta dari Asia Timur, 4.125 juta dari Eropah dan 720,352 pelancong Amerika, manakala dari Asia Selatan sebanyak 792,167 orang, Oceania (628,403), Timur Tengah (383,866) dan Afrika 104,689 orang.
Perbelanjaan pelancong bagi tempoh itu susut 7.8 peratus kepada 724.747 bilion baht, menurut Jabatan Pelancongan.
Tahun lepas, 26.547 juta pelancong melawat Thailand, namun tahun ini angka dijangka lebih rendah. - Bernama
TOP
Tiga individu mengaku bunuh bekas ratu cantik
Pasukan forensik mencari bahan bukti di sekitar kawasan pembunuhan. Gambar kecil: Berry dan Spear
TIGA lelaki dijatuhi hukuman penjara lebih 20 tahun setiap seorang selepas mengaku bersalah membunuh bekas ratu cantik Venezuela, Monica Spear, 29, dan bekas suaminya Thomas Berry, 39 di hadapan anak perempuan mereka berusia 5 tahun. Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut ditembak manakala anaknya, Maya Veliz terselemat selepas ditembak di bahagian kaki ketika kereta yang mereka naiki rosak di sebuah lebuh raya di negara terbabit. Menurut Mirror UK, Spear yang memenangi gelaran Ratu Cantik Venezuela 2014 tinggal di Amerika Syarikat, dan ketika kejadian mereka dikatakan sedang dalam perjalanan dari Puerto Cabello ke bandar ketiga terbesar di Venezuela, iaitu Valencia menaiki Toyota Corolla. Insiden berlaku di El Cambur, kira-kira 322 kilometer dari Caracas. Jean Carlos Colina, 19, Jose Ferreira Herrera, 18 dan Nelfrend Jimenez Alvarez, 21 mengaku terlibat dalam pembunuhan itu. Colina dihukum penjara 26 tahun manakala Herrera dan Alvarez masing-masing dipenjara 24 tahun. Spear dan Berry bercerai tahun lalu selepas empat tahun berkahwin. Namun, pasangan ini masih berkawan baik demi kepentingan anak tunggal mereka.

Curi kasut lebih RM425,000
Smith mula mencuri kasut di tempat dia bekerja sejak tujuh tahun lalu.
SEORANG lelaki di Netherfields, Middlesbrough, England berdepan hukuman penjara kerana didakwa mencuri kasut dari Charles Clinkard dan menjualnya di laman jual beli eBay. Kevin Smith, 33, bekerja di bahagian gudang dan mengaku mencuri pelbagai jenis kasut bernilai lebih 80,000 Pound (RM425,328) sejak tujuh tahun lalu bermula Februari 2007 hingga tahun ini. Menurut Mirror UK, pendakwa Jenny Haigh memberitahu Mahkamah Teesside Crown, ia jelas menunjukkan bahawa defendan terlibat dalam kesalahan itu sejak beberapa tahun lalu dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan. “Clinkard menuntut ganti rugi 80,000 Pound (RM425,328). Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui secara tepat tempoh sebenar berlakunya kecurian dan jumlah kerugian. “Smith telah bekerja dengan syarikat terbabit selama lebih 10 tahun. Ketika bertugas di cawangan, dia tidak mempunyai akses untuk masuk ke gudang sehinggalah pada 2011, apabila dia ditukarkan ke bahagian tersebut,” katanya. Difahamkan, Smith memperoleh keuntungan lebih 11,000 Pound (RM58,482) dari jualan di eBay sepanjang tahun lalu, dengan kira-kira enam pasang kasut dijual setiap minggu. -sinar

Pemberontak Houthi makin ganas
Petugas hospital meninjau beberapa bahagian di hospital selepas musnah akibat serangan bom nekad.
SANA'A - YAMAN. Sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam dua serangan berasingan menyasarkan kumpulan pemberontak, Houthi di selatan Yaman, semalam. Menurut sumber pemberontak, serangan pertama berlaku di bandar Majzar di wilayah Maarib, timur ibu negara Sanaa, manakala serangan kedua di wilayah selatan al-Bayda. Pada serangan pertama, seorang pengebom nekad yang dikaitkan dengan Al-Qaeda bertindak meletupkan kereta yang sarat dengan bahan letupan sebelum merempuh hospital yang dijadikan pangkalan oleh pergerakan kumpulan terbabit. Menurut Al Jazeera, serangan itu menyebabkan 15 orang maut dan lebih 50 lagi cedera. Dalam serangan kedua, pegawai tempatan memaklumkan, sekumpulan penyerang bertindak menyerang kenderaan dinaiki pemberontak Houthi lalu membunuh lima orang. Sehingga kini, pemberontak Houthi masih menawan Sana'a sejak 21 September lalu sungguh pun perjanjian damai dengan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi telah dimeterai. -sinar

Gaza bekukan program pekerjaan
Majoriti peluang pekerjaan yang disediakan di Genting Gaza adalah di bawah projek dibiayai agensi antarabangsa seperti UNRWA.
GENTING GAZA - PALESTIN. Kementerian Buruh Palestin di wilayah Gaza mengumumkan keputusan membekukan program pekerjaan secara sementara akibat kekurangan bajet operasi yang dianggarkan berjumlah AS$17 juta (RM56 juta). Pengarah di kementerian itu, Abdullah Kelab berkata, program Jedara yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 10,000 graduan itu terpaksa ditangguhkan sehingga mempunyai dana mencukupi. "Seramai 6,000 graduan masih menunggu giliran untuk menandatangani kontrak pekerjaan. Saya menggesa kerajaan perpaduan membiayai dana diperlukan untuk meneruskan program yang bertujuan mengatasi masalah pengangguran di Genting Gaza," jelasnya dipetik Middle East Monitor. Menurut Pusat Biro Statistik Palestin, hanya 25 peratus daripada kira-kira 30,000 graduan mempunyai pekerjaan dan selebihnya terpaksa menganggur akibat krisis ekonomi yang meruncing di Genting Gaza. Sekatan haram Israel sejak lebih tujuh tahun lalu turut menyumbang kepada masalah pengangguran di wilayah tersebut. -sinar

Kebebasan internet terancam
BERNERS-LEE
LONDON - BRITAIN. Pencipta jaringan sejagat (www) memberi amaran bahawa kebebasan internet kini semakin terancam selepas ada pihak berhasrat untuk mengawal pelayan web tersebut. Susulan itu, saintis komputer, Tim Berners-Lee, 59, yang menghasilkan jaringan sejagat tersebut kira-kira 25 tahun lalu bertindak menggesa satu rang undang-undang berhubung jaminan terhadap kebebasan internet dan hak privasi pengguna digubal untuk menangani ancaman itu. "Hidup pengguna boleh dikawal sepenuhnya jika ada pihak yang mengawal akses internet mereka. Ia boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa mengawal internet secara berleluasa," jelasnya dipetik AFP. Difahamkan, Berners-Lee menyuarakan kebimbangan itu selepas banyak negara dilaporkan melakukan pemantauan terhadap aktiviti dalam talian sejak akhir-akhir ini.-sinar

Netanyahu bidas Mahmoud Abbas
Netanyahu
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-69 'panas' selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu nekad membidas tuduhan Palestin terhadap negaranya berhubung serangan 50 hari di Gaza Jun dan Julai lalu. Sejurus tiba di New York semalam, Netanyahu membangkitkan usul itu yang dikatakan pembohongan terbesar Presiden Palestin Mahmoud Abas terhadap dunia. Jumaat lalu, Mahmoud menuduh Israel melakukan jenayah pembunuhan hingga meragut lebih 2,000 rakyat Palestin yang kebanyakannya orang awam termasuk kanak-kanak. "Beliau pembohong. Saya akan bentangkan tentang keberanian Pasukan Pertahanan Israel yang dianggap sebagai tentera paling bermoral di dunia," katanya dipetik Al Arabiya. Sementara itu, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menyifatkan tuduhan terbabit sebagai keganasan diplomatik dan punca kegagalan semua perjanjian diplomatik yang sepatutnya lancar. Perhimpunan kali ini dijangka hangat selepas hampir kesemua negara anggota PBB menyelar Israel kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. -sinar

Tangkapan terbesar 'Era Baru'
Teng Chuan (kanan) memeriksa bot nelayan Vietnam yang ditahan kerana menangkap ikan di perairan negara.
TOK BALI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) merekodkan 40 tangkapan dari Januari hingga 11 September lalu merangkumi 18 kes membabitkan nelayan asing Vietnam, enam kes bot kargo dan 17 kes nelayan tempatan. Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tok Bali (DM10), Komander Maritim Khoo Teng Chuan berkata, daripada kes tersebut, seramai 203 nelayan Vietnam dihadapkan ke mahkamah. Sepanjang tempoh tersebut juga katanya, sebanyak 557 pemeriksaan dilakukan ke atas bot yang berada di perairan negara. “Dari 2009 hingga 2013, tangkapan nelayan tempatan paling tinggi iaitu seramai 227 orang dengan diikuti nelayan Vietnam seramai 103 orang dan nelayan Thailand seramai 25 orang. “Tangkapan terbesar adalah bot kargo ‘Era Baru’ yang dalam perjalanan ke Songkhla, Thailand bersama muatan kira-kira 100 metrik tan ikan, yang kemudiannya dilelong pada harga RM163,500," katanya. Menurutnya, kes kedua terbesar adalah penahanan bot nelayan Vietnam bersama tujuh metrik tan sotong siap dikeringkan, kemudiannya dilelong pada harga RM134, 850. Teng Chuan berkata, DM10 sentiasa menjalankan operasi mengawasi dan memantau sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. “Kita berharap masyarakat terutamanya komuniti nelayan tempatan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di perairan negara," katanya. -sinar

Aliff Aziz curi 2 telefon bimbit, bakal dipenjara
Aliff Aziz
PENYANYI kelahiran Singapura Aliff Aziz berdepan hukuman penjara 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit. Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza. Akhbar terbitan Singapura itu turut melaporkan Aliff telah didakwa pada 16 ogos lalu atas kesalahan yang dilakukan.-sinar

Bela harimau untuk takutkan kera
Kehadiran patung harimau membolehkan hasil tanaman Azizah Saad sekeluarga tidak lagi dirosakkan oleh kera.
POKOK SENA - Setiap pengunjung yang datang ke rumah Azizah Saad, 52, di Kampung Pauh, dekat sini pasti akan terkejut dengan kewujudan seekor harimau di rumahnya itu. Harimau itu dikatakan sering berada di hadapan dan belakang rumah serta di bawah pokok hingga pengunjung terpaksa menelefonnya terlebih dahulu jika ada temu janji berikutan bimbang keselamatan mereka setiap kali sampai ke rumahnya itu. Difahamkan, harimau itu dikatakan menjadi penunggu rumahnya setiap kali dia dan suaminya, Johari Hanafiah, 56, bersama anak mereka keluar dan harimau itu menjaga hasil tanaman mereka agak tidak dicuri atau dirosakkan pihak tertentu. Azizah berkata, sejak mereka berpindah 15 tahun lalu, kawasan rumahnya itu dahulunya adalah hutan dan banyak kera yang sering merosakkan tanaman mereka serta orang kampung hingga memaksa mereka mencari pelbagai cara untuk menghalaunya tetapi tidak berjaya. “Sebenarnya harimau itu ialah patung yang digunakan untuk menghalau kera yang sering merosak dan mencuri hasil tanaman di rumah saya ini. Semenjak saya menggunakan teknik ini hasil tanaman kami tidak lagi dicuri oleh binatang perosak itu. "Dahulunya terdapat kira-kira 50 hingga 100 kera sering datang ke kampung kami merosakkan tanaman. Malah pernah juga turut memasuki rumah jika kami sekeluarga keluar dan binatang itu mengambil kesempatan memasukinya," katanya. Bagaimanapun sehingga kini, teknik yang digunakan itu telah memberi manfaat kepada keluarganya kerana semenjak itu binatang perosak tidak lagi berani mendekati halaman rumah mereka. Menurutnya, dia mendapat idea meletak patung harimau itu selepas melawat rumah saudaranya di Pantai Remis di kawasan kelapa sawit yang turut menghadapi masalah sama. "Teknik itu sangat berkesan hingga menyebabkan saya turut membeli anak patung harimau di Air Hitam, Johor Bahru dengan harga RM120 dan meletak di sekitar halaman rumah. “Alhamdulillah, semenjak saya meletak di sekitar halaman rumah, binatang seperti kera dan babi hutan tidak lagi berani menghampiri kawasan rumah kami," katanya. Malah katanya, bagi mengelirukan binatang perosak itu, dia turut sering mengubah patung harimau itu. "Apa yang menariknya, semasa kami meletakkan harimau di bawah pokok, kami tengok gelagat kera yang datang sekumpulan berteriakan seolah-olah bimbang akan menjadi mangsa harimau itu," katanya.-sinar

GST tingkatkan pendapatan negara
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti)
PELAKSANAAN Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan strategi yang menyokong ekonomi dan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan pendapatan negara dan mengurangkan pergantungan kepada dana antarabangsa. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Lee Chee Leong berkata, pelaksanaan GST meringankan beban kewangan ke atas syarikat kerana ia menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus dengan kadar GST standard enam peratus. “Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), apabila menjadi pembekal berdaftar GST, ia layak menuntut cukai yang dikenakan ke atas bahan mentah atau input yang digunakan dalam pembuatan bekalan atau barangan boleh cukai,” katanya ketika merasmikan Seminar Pengenalan dan Kefahaman GST Daerah Kampar dan Taklimat Pembiayaan Perniagaan kepada Usahawan, di Kampar, Perak, semalam. Menurutnya, bagi membantu usahawan PKS, kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM150 juta untuk memudahkan pembelian perisian perakaunan GST antara 2014 dan 2015. “Berdasarkan dana diperuntukkan, kerajaan menyasarkan 150,000 PKS layak mendapat manfaat daripada dana ini sebagai galakan mengguna pakai sistem perakaunan yang efektif dan patuh GST,” katanya. Sementara itu, bancian terkini dikeluarkan Jabatan Perangkaan merekodkan 97 peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pendaftaran perniagaan di negara ini membabitkan PKS. Katanya, daripada jumlah itu, 77 peratus melibatkan perusahaan mikro manakala selebihnya tertumpu kepada sektor perkhidmatan. “Daripada 60,028 syarikat PKS di negeri ini, 81.8 peratus membabitkan perkhidmatan, 6.3 peratus sektor pembuatan manakala 11.9 peratus dalam sektor pertanian,” katanya. - Bernama

Bank Rakyat ambil langkah pencegahan
KUALA LUMPUR - Bagi mengelak penggodaman Mesin Juruwang Automatik (ATM) seperti yang berlaku ke atas bank di negara ini sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM3 juta, Bank Rakyat mengambil beberapa langkah pencegahan bagi meningkatkan tahap keselamatan mesinnya.
Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak berkata walaupun tiada laporan kejadian sama berlaku ke atas bank itu setakat ini, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga-jaga demi meningkatkan tahap keyakinan pelanggan ke atas bank berkenaan.
"Antara langkah yang kita ambil dengan memastikan tiada objek-objek yang diletakkan pada mesin ATM kita dan kita akan meletakkan pengawal keselamatan di setiap mesin dalam tempoh tiga bulan ini.
"Mana ATM yang lama, yang pakai cakera padat (CD) tu, pada masa depan kami akan 'disable' (lumpuhkan)," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan 20 unit van oleh Bank Rakyat di sini, hari ini.
Sumbangan 19 unit van jenazah dan sebuah van penumpang disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Semalam, polis melaporkan satu sindiket dipercayai dari Amerika Latin melarikan wang tunai lebih RM3 juta, setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.
Dalam kejadian penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.
Sembilan belas unit van jenazah itu disumbangkan kepada 19 buah masjid terpilih di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor, Terengganu, Perak, Pahang, Melaka dan Kelantan serta sebuah lagi van penumpang kepada Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur.
Nilai keseluruhan sumbangan berjumlah RM1.6 juta dan ia merupakan sebahagian daripada peruntukan zakat Bank Rakyat bagi 2013.
Bagi 2013, nilai zakat Bank Rakyat adalah RM41 juta dengan RM15 juta diagih sendiri oleh bank menerusi kaedah sumbangan kenderaan jenazah atau bantuan lain.
Selain sumbangan kepada masjid yang memerlukan, Bank Rakyat juga menyalurkan bantuan kepada anak yatim, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), golongan kurang berkemampuan dan mereka yang ditimpa musibah alam akibat banjir, kebakaran, peperangan di Gaza, Palestin dan sebagainya. - Bernama
TOP
952 Peruncit Jual Rokok Seludup Ditahan
KUALA LUMPUR: Kastam Diraja Malaysia menahan 952 peruncit yang menjual rokok seludup dan merampas 190 juta batang rokok dalam Ops Outlet yang dijalankan di seluruh negara bermula 2 Januari hingga 12 Ogos tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata kesemua yang ditahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau didenda 20 kali nilai barangan yang diseludup atau kedua-duanya sekali.
"Dalam tempoh yang sama juga, 1,444 daripada 4,317 premis perniagaan yang diperiksa, didapati telah menjual rokok seludup," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Khazali berkata melalui Ops Outlet ini, pihaknya akan memohon perintah reman daripada mahkamah bagi tujuan siasatan ke atas individu yang disyaki terlibat dalam menyimpan, memiliki serta mengangkut rokok seludup. - mstar
TOP
Gosip Bakal Cerai Buat Vanidah Bengang
Vanidah menegaskan rumahtangganya bersama Rashidi masih kukuh.
PETALING JAYA: Pelakon Vanidah Imran terkilan apabila isu rumah tangganya dengan aktor Rashidi Ishak menjadi perhatian ramai selepas terdapat laporan mengatakah mereka bakal bercerai. Vanidah, 41, berkata, dia dan suaminya sehingga kini masih bahagia dan mana-mana pihak tidak sepatutnya menyebarkan gosip isu yang tidak benar itu. "Sampai sekarang saya tidak tahu daripada mana datangnya gosip itu dan ia membuatkan saya cukup bengang. "Tambah pula terdapat laporan di media yang membuat andaian kronologi mengenai 'keretakan' rumah tangga kami, ia sangat mengarut," katanya kepada mStar Online. Vanidah dan Rashidi sebelum ini pernah digosipkan kononnya sedang mempunyai krisis rumah tangga apabila pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur difahamkan bagi memfailkan cerai pada Januari 2011. Bagaimanapun Vanidah telah menyangkal dakwaan tersebut dan menegaskan perkahwinan mereka tidak mempunyai sebarang masalah. Terbaharu, nama pasangan itu sekali lagi menjadi bualan apabila dikatakan sudah berpisah lebih-lebih lagi mereka tidak lagi dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis yang membabitkan pasangan suami isteri itu. Sementara itu Vanidah mengakui ada majlis-majlis tertentu dia dan suami tidak boleh hadir bersama kerana salah seorang daripada mereka perlu menjaga anak-anak. "Kalau orang nampak saya seorang di mana-mana majlis, ertinya, suami jaga anak di rumah, dan begitu juga jika ada yang melihat suami tidak berteman di majlis, bermakna saya pula menjaga anak-anak. "Rasanya perkara seperti ini tidak perlu dibuat penjelasan kerana mana-mana ibu-bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah akan melakukan perkara sama seperti kami. "Takkanlah, setiap malam saya perlu memuat naik foto kami di Instagram untuk membuktikan kami masih sebumbung?," soalnya. Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mikail Aimran dan Mariyam Rashika yang masing-masing berusia 11 dan 10 tahun. - mstar

Isu Tambang: Pengusaha Bas Makin Tersepit
PETALING JAYA: Beberapa syarikat pengusaha bas ekspres mengakui terpaksa mengurangkan perkhidmatan sehingga 30 peratus berikutan peningkatan pelbagai kos, sedangkan kadar tambang masih tidak dinaikkan.
Akibat bimbang operasi syarikat 'gulung tikar' langkah lain turut dilaksanakan termasuk mencantumkan destinasi untuk mengelak penggunaan tenaga kerja dan kenderaan berlebihan yang boleh membebankan syarikat.
Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hashim berkata, kos yang tinggi menyebabkan syarikat tiada duit lebihan bagi perbelanjaan modal untuk membeli bas baharu.
"Tiada keuntungan, jadi syarikat tidak boleh beli bas baharu. Akibat ketiadaan bas (baharu), jadi secara automatiknya laluan perjalanan terpaksa dikurangkan," katanya kepada mStar Online.
Menurutnya, harga sebuah bas bagi kelas ekonomi (Plus Liner/Transnasional) yang menjadi pilihan penumpang di laluan popular iaitu Pantai Timur mencecah RM500,000.
Jelas beliau, syarikatnya hanya mempunyai 40 bas baharu sejak empat tahun lalu kerana tiada keuntungan positif.
"Kita hanya mampu beli 10 bas setiap tahun sejak empat tahun lalu berbanding 100 buah setiap tahun pada 2009 dan 2010," katanya.
Bagi mengelakkan peningkatan kos, Tengku Mohd Hasmadi berkata, syarikatnya terpaksa mengambil pendekatan pencantuman destinasi.
"Sebagai contoh, jika dulu ada laluan Kuala Lumpur - Tumpat tapi sekarang kita guna laluan Kuala Lumpur - Kota Baru - Tumpat. Sebuah bas terpaksa pergi ke dua destinasi," katanya.
Beliau berkata, syarikat tersebut hanya melakukan 700 pelepasan setiap hari berbanding 1,000 pelepasan sebelum ini.
"Ia satu penurunan yang drastik. Kita terpaksa (kurangkan laluan) melakukannya untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Justeru Tengku Mohd Hasmadi segera mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar tambang sebanyak lima peratus setiap tahun untuk menangani masalah tersebut.
"Tidak perlu kenaikan mendadak seperti mana pada 2008 lalu tetapi cukupnya sekiranya lima peratus setahun," katanya.
Sementara itu, Pengurus Utama Ekspres, Tajudin Mohamad Yunus turut mengakui hanya 21 daripada 26 bas milik syarikat itu beroperasi setiap hari kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat bas lain akibat kenaikan kos.
"Kita tak ada penambahan laluan. Kita hanya gerakkan 21 daripada 26 bas yang kita ada. Kita tak berani nak gerakkan banyak bas kerana takut rugi.
"Dengan tambang bas yang rendah tetapi kos perkhidmatan tinggi, kita juga tak ambil pekerja ramai kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kita tidak mahu berdepan risiko gulung tikar, jadi pendekatan tersebut diambil untuk terus beroperasi," katanya.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata adalah memadai jika tambang dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun bagi memastikan syarikat pengusaha bas meneruskan perkhidmatan.
"Kami hanya mahu 20 peratus setiap lima tahun, ia jumlah yang munasabah. Saya harap kerajaan pertimbangkan permohonan yang dikemukakan tahun lalu dalam masa terdekat demi kepentingan pengusaha bas di negara," katanya.
Sehingga kini, tiada perkembangan mengenai perkara itu walaupun terdapat 'cakap-cakap' menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini.
Tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008, dan sejak itu pengusaha bas mengalami kenaikan kos sehingga 36 peratus. - mstar
TOP
Keganasan Kembali Berlaku Di Selatan Thailand
PATTANI: Insiden keganasan terus berlaku di beberapa wilayah selatan Thailand walaupun kerajaan telah mengumumkan hasratnya mengadakan rundingan damai dengan kumpulan-kumpulan penentang.
Insiden itu, yang reda sejak beberapa bulan lepas, kembali membimbangkan penduduk apabila beberapa kejadian tembakan dilaporkan.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Pattanawut Angkavanich berkata beberapa kejadian tembak berlaku malam tadi dan hari ini hingga menyebabkan dua orang mati dan dua lagi cedera.
Kejadian pertama berlaku di daerah Srisakorn pada 7.11 malam yang menyaksikan pengawal keselamatan, Nai Chotdee Wannaro, 40, ditembak ketika dalam perjalanan pulang daripada memburu di hutan.
Kejadian kedua pada 7.20 malam pula membabitkan Nurhayati Mukdasawat, 27, yang ditembak ketika pulang ke rumah.
Pada 7.50 malam pula, guru sekolah pondok Darunsat Witya Saiburi, Ustaz Waesemae Sudeng, 67, mati ditembak ketika menunggang motosikal selepas pulang Masjid Palas, Panarek, Pattani.
Pattanawut berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek lelaki mengekori mangsa dan apabila tiba di pekan Palas, kira-kira 100 meter dari masjid itu, suspek melepaskan tembakan satu das di kepala mangsa.
Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jeneral Poth Suwaisuwang berkata pihaknya akan meneliti CCTV itu untuk mencari suspek dan sama ada ia ada kaitan dengan puak pemisah.
Pada 2.55 petang tadi, seorang peniaga kedai makanan, Asisah Dahasi, 41, mati ditembak di rumahnya di Kampung Tanjung, Mukim Batong, daerah Rusak Narathiwat. - mstar
TOP
Totti Pemain Paling Tua Jaring Gol, Ikat Man City
FRANCESCO Totti berjaya melakar rekod baharu sebagai pemain paling tua yang menjaringkan gol dalam Liga Juara-juara Eropah ketika membantu Roma mengikat Manchester City di Stadium Etihad pada Rabu.
Rekod jaringan oleh pemain paling tua dalam saingan tersebut sebelum ini dipegang oleh penolong jurulatih Manchester United, Ryan Giggs.
Francesco Totti lifts the ball over the body of Joe Hart to become the oldest Champions League scorer
Totti, 38, mengatasi rekod Giggs yang berjaya menjaringkan gol pada usia 37 tahun 289 hari ketika mewakili United.
Jaringan mudah Totti menewaskan Joe Hart dalam saingan kumpulan E itu merupakan gol ke-17 peribadinya bagi Liga Juara-juara Eropah.
Dalam perlawanan itu, City terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Sergio Aguero.
Harapan penyokong City untuk melihat pasukan terbabit bangkit memungut tiga mata menerusi kemasukan Frank Lampard bagaimanapun tidak kesampaian kerana permainan berakhir dengan keputusan 1-1. Kehadiran penyokong City juga dikritik oleh pemerhati kerana terdapat kekosongan lebih 10,000 tempat duduk manakala penonton yang hadir dianggarkan berjumlah 37,509. - mstar

Malaysia Akan Cabar Keputusan Tarik Balik Pingat Emas Atlit Wushu
Tai Cheau Xuen
KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Timbang Tara Sukan (CAS) di Incheon, Korea Selatan berhubung keputusan Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen pada Sukan Asia Ke-17, selepas gagal ujian dadah. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia perlu mencabar keputusan Melanggar Peraturan AntiDoping (ADRV) terhadap atlet itu kerana adanya kesangsian terhadap integriti proses menguji sampel air kencing (CoC). "Ini amanah dan tanggungjawab kita dalam memastikan kepentingan dan maruah sukan negara terus terpelihara. "Saya memandang serius tuduhan penggunaan dadah ke atas Cheau Xuen sehingga penyertaannya dibatalkan dan pingat emas yang dimenanginya ditarik balik," katanya menerusi kenyataan.
Khairy berkata Malaysia perlu mencabar keputusan Melanggar Peraturan Anti Doping (ADRV) terhadap Tai kerana adanya kesangsian.
Khairy berkata beliau difahamkan sampel air kencing itu dan empat sampel lain diambil pada 5.06 petang (waktu di Incheon) pada 20 September lepas di venue acara wushu dan dibawa keluar dari venue itu pada 7.15 malam hari sama ke Pusat Kawalan Doping (DCCC). "Dokumen CoC mencatatkan sampel itu tiba di DCCC pada 11.10 pagi, dengan anggapan tarikh 21 Sept, memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel itu. "Kemudian, sampel dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea Selatan (KIST) dan tiba di makmal institut itu pada 1.29 petang, sekali lagi dengan anggapan tarikh 21 September memandangkan tiada tarikh yang dicatatkan. "Ketiadaan catatan tarikh itu menimbulkan tanda tanya dan keraguan terhadap kronologi perjalanan sampel berkenaan," kata Khairy. Berdasarkan maklumat itu, katanya, sampel air kencing Cheau Xuen berada dalam simpanan hampir 16 jam. "Ini adalah sesuatu yang amat pelik dan menimbulkan kesangsian ke atas integriti CoC. Mengapa mengambil masa 16 jam? Jikapun kita mengambil kira masa dan jarak di antara venue, DCCC dan KIST, ia masih tidak masuk akal mengapa mengambil masa yang begitu lama," katanya. Khairy berkata turut menjadi persoalan ialah wujudnya pindaan dalam dokumen CoC, yang berbeza dengan butiran dalam laporan yang diterima secara rasmi sebelum itu. Versi dokumen yang dipinda tidak pernah dikemukakan kepada kontinjen Malaysia dan ini sesuatu yang di luar kelaziman memandangkan Malaysia berhak mendapat maklumat sepenuhnya mengenai sampel itu, katanya. - mstar

AS catat kes suspek Ebola
BEBERAPA petugas kesihatan mengeluarkan mayat seorang mangsa Ebola dari sebuah rumah di Monrovia, Liberia kelmarin.
DALLAS - Seorang pesakit di sebuah hospital di sini menunjukkan simptom jangkitan virus Ebola dan diasingkan sementara menunggu keputusan ujian kesihatan, kata beberapa pegawai kesihatan kelmarin. Hospital Kesihatan Presbyterian Texas di sini memberitahu, simptom dan maklumat perjalanan pesakit menunjukkan kes Ebola, wabak yang membunuh lebih 3,000 orang di Afrika Barat. Virus maut itu turut menjangkiti segelintir warga Amerika Syarikat (AS) yang berkunjung ke rantau berkenaan. Jurucakap hospital berkenaan, Candace White enggan menjawab sebarang soalan tentang pesakit atau lokasi yang pernah dilawatinya. Institut Kesihatan Kebangsaan AS baru-baru ini merawat seorang doktor AS yang dijangkiti Ebola semasa menjadi sukarelawan di Sierra Leone. Empat pesakit lain telah dirawat di beberapa buah hospital di Georgia dan Nebraska. Menurut pihak berkuasa AS, simptom Ebola termasuk demam, sakit otot, muntah, pendarahan dan berlarutan selama 21 hari selepas dijangkiti virus itu. - AP

Lelaki kumpul 750 kotak piza dari seluruh dunia
WEINER bersama sebahagian daripada kotak piza dari seluruh dunia yang dikumpulnya sejak 15 tahun yang lalu.
NEW YORK - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang juga peminat tegar makanan piza diiktiraf sebagai pengumpul kotak piza paling banyak di dunia apabila mempunyai koleksi sebanyak 750 kotak piza dari serata benua, lapor Mirror Online kelmarin. Lelaki itu, Scott Weiner dari New York telah mengumpul kotak piza sejak 15 tahun lalu dan dia juga memiliki satu kotak piza yang dipercayai terbesar di dunia. Weiner, 32, memiliki koleksi kotak piza dari 45 buah negara di seluruh dunia termasuk satu kotak piza yang ditandatangani oleh legenda pembuat piza terkenal, Ed Hardy. "Saya tidak pernah jemu dan bosan untuk merasai setiap jenis piza dan mampu memakan sehingga 15 keping piza pada setiap minggu," katanya. Ujarnya, kotak piza dari Brazil, Itali dan India mempunyai corak yang paling unik dan menarik. Weiner turut memiliki sebuah kotak pizza paling besar di dunia bersaiz 137 sentimeter persegi yang dibeli pada harga AS$200 (RM654). "Saya turut menerbitkan sebuah buku yang menceritakan tentang sejarah semua kotak piza ini dan saya juga merancang untuk membawa kira-kira 100 kotak piza saya untuk dipamerkan dalam satu pameran di London, Britain pada musim sejuk nanti," jelasnya. - Agensi

Lelaki bina luncur air di belakang rumah
ANAK perempuan Paul, Rachel berdiri di hadapan luncur air yang dibina di belakang rumahnya di Stonham Aspal, Britain.
SUFFOLK, Britain - Seorang lelaki membina sebuah terowong luncur air gergasi sepanjang 40 meter di sebuah taman di belakang rumahnya di Stonham Aspal di sini, lapor MailOnline kelmarin. Lelaki itu, Paul Betts mendapat idea untuk memasang luncur air tersebut selepas mendapat tahu peralatan rekreasi itu dijual pada harga serendah £50 (RM265). Paul yang dibantu anak lelakinya, Shaun mengambil masa tiga hari untuk membawa luncur air itu ke rumahnya dan memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk memasangnya semula. "Saya merancang membina sebuah rumah di atas pokok bagi memudahkan sesiapa masuk ke dalam gelung air ini dan meluncur ke bawah. "Kami mahu luncur air ini disiapkan sebelum musim panas ini supaya semua rakan-rakan kami boleh merasai pengalaman meluncur di belakang rumah saya," katanya. - Agensi

Operasi menyelamat mangsa Ontake dibatalkan
ASAP keluar dari gunung berapi Ontake di tengah Jepun semalam.
TOKYO - Operasi menyelamat di atas sebuah gunung berapi di Jepun ditangguhkan semalam ekoran kebimbangan berlaku letusan baharu, kata beberapa pegawai. Pihak berkuasa percaya, masih terdapat 24 mayat di atas gunung berapi Ontake. Beberapa buah helikopter kekal di pangkalan begitu juga sejumlah askar, anggota bomba dan polis sejak operasi menyelamat digantung kelmarin ekoran gas beracun masih melitupi sekitar puncak Ontake. "Kedua-dua operasi menyelamat di darat dan udara dibatalkan hari ini (semalam)," kata seorang pegawai pengurusan bencana wilayah Nagano. Sekurang-kurangnya 36 orang maut selepas gunung berapi itu meletus Sabtu lepas. Namun, mereka diarahkan untuk tidak meneruskan pendakian selepas pihak berkuasa mengesan beberapa gempa bumi berlaku di gunung berapi setinggi 3,067 meter itu sekali gus meningkatkan risiko ia mungkin meletus lagi. Sementara itu di Tokyo, Perdana Menteri Shinzo Abe menjanjikan usaha menyelamat dan pencegahan bencana akan ditingkatkan secara maksimum. "Kerajaan akan meneruskan usaha menyelamat dengan kerjasama daripada semua organisasi yang terlibat," kata Abe. - AFP

Militan IS mara ke bandar sempadan Turki
SEORANG askar Turki berkawal di hadapan beribu-ribu penduduk Kurdis yang menunggu kebenaran untuk masuk ke sempadan negara itu di bandar Suruc pada 27 September lalu.
DAMSYIK - Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria semakin menghampiri bandar Kobane yang terletak berhampiran sempadan Turki walaupun tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan itu sejak beberapa hari lalu. Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah mengerahkan kereta kebal ke sempadan Syria dan parlimen negara itu juga akan membincangkan kemungkinan menyertai tentera bersekutu bagi memerangi IS. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria berkata, militan IS masih meneruskan kemaraan dan kini berada hampir lima kilometer dari bandar Kobane yang diduduki penduduk Kurdis walaupun tentera bersekutu terus melancarkan serangan udara terhadap mereka. Kata badan itu lagi, kumpulan itu semakin menghampiri Kobane selepas melancarkan serangan hampir dua minggu lalu sekali gus menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke sempadan Turki. Militan IS turut melancarkan sekurang-kurangnya 15 bedilan roket yang mengenai tengah Kobane menyebabkan seorang maut manakala beberapa serangan roket tersasar sehingga ke sempadan. Sementara itu, tentera Turki dilihat mula menghantar kereta kebal dan kereta perisai di bandar Mursitpinar di sempadan Syria selepas peluru sesat serta beberapa serangan mortar mengenai kampung berhampiran. Speaker Parlimen Turki, Cemil Cicek dilaporkan berkata, satu usul yang mencadangkan Turki menyertai tentera bersekutu mungkin dicadangkan oleh ahli parlimen semalam. Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, usul itu akan didebatkan esok. Ankara sebelum ini enggan menyertai tentera bersekutu selepas berpuluh-puluh rakyatnya termasuk diplomat dan kanak-kanak dijadikan tebusan oleh IS selepas mereka diculik di Iraq. - AFP

Bayi tiga bulan mati di taska
PUTRAJAYA 30 Sept. - Seorang bapa, Muhamad Zamri Anuar, 34, begitu gembira menerima kehadiran 'orang' baharu dalam keluarganya. Begitu juga isteri dan dua lagi anaknya.
Namun Muhamad Zamri langsung tidak menduga kegembiraannya menerima Nur Imna Khalisa hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia di sebuah taska di Presint 11 di sini, semalam.
Lebih menyedihkan Nur Imna Khalisa ditemuinya dan isteri sendiri dalam keadaan kaku dan kebiruan di premis tersebut ketika hendak menjemput pulang pada pukul 5.45 petang.
Bahagian mata, belakang badan serta telinga pula mempunyai kesan gigitan semut.
Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di dalam katil bayi kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa langsung tidak menjenguk mangsa.
Bapa mangsa yang merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) mendakwa, bayinya berada dalam keadaan sihat ketika isterinya, Nafisah Ahmad Jauhari, 32, menghantar anak mereka itu ke taska berkenaan pada pukul 7.05 pagi.
"Ketika hendak ambil Nur Imna, Nafisah dan seorang lagi anak saya, Muhamad Zikri Rayyan, 5, pergi ke taska manakala saya dan anak perempuan, Nur Airis Khadijah, 4, tunggu di dalam kereta kira-kira 10 meter dari premis.
Tidak lama kemudian, Nafisah bergegas ke arah saya mengatakan anak saya sudah tiada. Saya pula sangka anak saya diculik sebelum berlari ke taska berkenaan.
"Sebaik sahaja masuk, luluh hati saya apabila lihat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam tempat bayi dengan wajah dan badannya kebiruan, kaku. Semut juga ada di leher dan dadanya," dakwanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini.
Muhamad Zamri mendakwa, pada ketika itu, terdapat dua pengasuh yang sedang menunggu kedatangan ibu bapa mengambil anak masing-masing dan mereka hanya menangis serta mengatakan tidak tahu apa sebenarnya berlaku.
Difahamkan, anaknya dihurung semut kerana telah meninggal dunia antara dan hingga tiga jam sebelum ditemui hingga mengakibatkan belakang telinga, mata dan belakang badan mempunyai kesan gigitan.
"Saya reda dengan ketentuan Ilahi namun terkilan kerana pihak taska langsung tidak menghubungi saya antara pukul 3 hingga 5.45 petang itu," dakwanya.
Dia berkata, biasanya Nur Imna Khalisa telah siap dimandikan pengasuh ketika dia datang untuk mengambilnya pada waktu berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman berkata, taska tersebut mempunyai lima pengasuh namun pada hari kejadian seorang daripadanya cuti sakit.
"Taska itu menjaga 33 kanak-kanak termasuk sembilan bayi dan enam transit selepas sekolah. Taska itu telah beroperasi lebih dua tahun," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengasuh untuk membantu siasatan semalam.
Jelasnya, kes tersebut masih belum diklasifikasikan kerana keputusan bedah siasat tidak dikeluarkan lagi. ─ Utusan online
TOP
Bunuh: Mahkamah Persekutuan Kekalkan Hukuman Mati Suri Rumah, Sepupu
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman mati terhadap seorang suri rumah dan sepupunya kerana membunuh suami wanita itu yang mayatnya dijumpai ditanam di belakang rumah pasangan berkenaan.
Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan akhir warga India Shamim Bano Mohammed Farooque, 46, dan sepupunya Javeed Akhtar Abdul Waheed, 44.
Raus berkata, keterangan terhadap kedua-dua mereka adalah sangat besar dan mahkamah mendapati sabitan terhadap mereka adalah kukuh.
"Kami mencapai keputusan sebulat suara. Tiada merit berhubung isu yang dibangkitkan oleh peguam bagi pihak perayu (Shamim Bano dan Javeed Akhtar). Kami dapati tiada sebab untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan," katanya.
Bersidang dalam panel itu bersama-sama Raus adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Ramly Ali serta Datuk Azahar Mohamed.
Pada 14 Mei 2009, Mahkamah Tinggi di Shah Alam menjatuhi hukuman mati selepas mendapati kedua-dua mereka bersalah membunuh Reyaz Ahamed Maruf, 39, pengarah urusan sebuah syarikat kitar semula plastik di rumah pasangan itu di Bandar Baru Bangi antara 3 pagi dan 5 pagi pada 8 November 2008.
Dua anak Shamim memberi keterangan di mahkamah bahawa mereka melihat Javeed mencekik bapa mereka manakala ibu mereka pula berada di tepi katil dan menekan dengan kuat tangan Reyaz.
Kedua-dua gadis itu turut memberi keterangan bahawa mereka melihat Javeed dan Shahmin menggali lubang di taman untuk menanam mayat bapa mereka.
Laporan awal menyebut Reyaz menikmati kari semasa makan malam yang dipercayai dicampur ubat tidur sebelum dia dibunuh.
Bagaimanapun, semasa perbicaraan, keterangan yang dikemukakan menerusi laporan bedah siasat menunjukkan tiada kesan ubat tidur atau dadah ditemui di dalam perut Reyaz.
Shamim Bano diwakili peguam T Vijay dan Javeed oleh peguam J Kuldeep Kumar, manakala Timbalan Pendakwa Raya Asmah Musa bagi pihak pendakwaan.- mstar online
TOP
Inventori Tanah Terbiar Nilai RM7 Bilion Diwarta Untuk Pertanian
Gambar Hiasan
IPOH: Kira-kira RM7 bilion nilai inventori tanah terbiar pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri diwartakan sebagai kawasan pertanian di seluruh negara. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memaklumkan inventori mengenai keluasan dan nilai sebenar tanah yang dijangka siap sepenuhnya hujung bulan depan. "Setakat ini, nilai tanah berkenaan yang ada pada saya dianggarkan mencecah RM7 bilion. RM7 bilion itu tanah terbiar yang melibatkan seluruh negara, ada yang tanah kosong sampai 100 ekar, ada 50 ekar, lapan ekar pun ada," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-38 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak 2014 bagi mewakili Ismail Sabri di sini, Selasa. Katanya, kementeriannya telah berbincang dengan semua kerajaan negeri sekiranya terdapat usahawan tani yang mahu membangunkan tanah terbiar itu. Sementara itu, Mohd Arif berkata, mesyuarat antara Menteri Besar dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah membangkitkan agar tanah yang diwartakan untuk pertanian dikekalkan. "Kadang-kadang tanah yang diwartakan telah dibiarkan begitu lama sehingga orang lain seperti pemaju yang melihat tanah terbiar itu dan mengambil tanah itu dengan membangunkan projek-projek lain," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta jabatan di bawah kementerian itu menyediakan inventori tanah terbiar untuk diserahkan kepada pihaknya.- mstar online

Rangkaian Perbankan Negara Masih Selamat - Wan Junaidi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
MELAKA: Rangkaian perbankan terutamanya perbankan internet di negara ini masih berada dalam keadaan selamat kerana kes menggodam mesin juruwang automatik (ATM) yang berlaku pada masa ini hanya membabitkan pencerobohan secara fizikal. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes itu hanya melibatkan pencerobohan terhadap sesebuah mesin ATM sahaja dan tidak membabitkan pencerobohan terhadap sistem rangkaian komputer bank terbabit. "Saya cukup yakin sistem rangkaian perbankan kita masih selamat, orang ramai tidak perlu bimbang," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini, Selasa.
GAMBAR fail menunjukkan dua anggota polis memeriksa Mesin Teler Automatik milik Bank Al Rajhi yang digodam di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 29 September lalu.
Sebanyak 70 bekas polis dan anggota pasukan 'Home Guard' menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di majlis itu. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Sebanyak 17 ATM dipercayai digodam sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas. Wan Junaidi berkata polis juga telah mengenal pasti hanya sejenis mesin ATM yang terlibat dalam kes itu dan akan meminta pihak bank bagi menggantikan mesin tersebut. "Kita percaya kumpulan ini mensasarkan hanya mesin jenis ini yang mudah digodam dan dimasukkan virus...identiti mesin ini kita rahsiakan untuk tujuan keselamatan," katanya. Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat melalui rakaman kamera litar tertutup di bank terbabit, namun sehingga kini tiada lagi tangkapan dibuat. "Kita cukup yakin suspek masih berada di Malaysia dan akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk imigresen bagi mengesan suspek," katanya. Wan Junaidi berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu dilakukan antara dua hingga tiga kumpulan yang berasingan dan siasatan masih dijalankan sama ada kumpulan terbabit beroperasi di bawah satu sindiket yang sama. Katanya jenayah terbabit juga mirip dengan kes godam mesin ATM yang berlaku di kawasan lapangan terbang pada akhir tahun 90an.- mstar online

Tindakan Alvin Tan Melampau - Ka Siong
Alvin Tan.
KUALA LUMPUR: MCA menyifatkan tindakan penulis blog Alvin Tan yang menghina pemimpin negara di laman sosial Facebook sebagai perbuatan melampau yang cuba menjatuhkan imej negara. Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata perbuatan itu dilihat boleh mempengaruhi dan merosakkan akhlak masyarakat di negara ini. "Saya tidak faham mengapa Alvin (Tan) perlu berbuat demikian, saya difahamkan gambar-gambar pemimpin dirosakkan dan dipaparkan di laman Facebooknya itu. "Kami berasa kesal terhadap perbuatan kejinya itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuen Cheng 1 di sini, Selasa. Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata hukuman berat patut dikenakan terhadap Tan kerana dia telah memalukan nama negara. Tan sebelum ini mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemimpin negara dan mengakui tidak gentar dengan Akta Hasutan melalui akaun Facebooknya, yang turut menyatakan dia sudah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlindungan politik. Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Wee berkata peranan sekolah vernakular di negara ini tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak kerana ia terbukti memberi sumbangan besar dalam pendidikan negara. "Negara kita merupakan satu-satunya negara yang mengamalkan pendidikan vernakular dan rakyat di negara ini boleh bertutur lebih daripada tiga bahasa. Ini sekali gus memberikan peluang kepada rakyat di negara ini untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya. Beliau berkata pendidikan Cina bukan lagi terhad kepada masyarakat Cina sahaja tetapi juga merupakan pendidikan kepada semua bangsa di negara ini. "Terdapat 1,295 buah sekolah aliran Cina di seluruh negara dan 15 peratus daripada jumlah muridnya terdiri daripada murid bukan Cina.- mstar online

Isu Cermin Gelap Selesai Dengan Pengenalan Peraturan Baharu
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan. Tan, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa. "Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik," katanya. Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang. Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya. Pada Isnin, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr Tam Weng Wah berkata keputusan penetapan kadar cermin gelap itu diperoleh hasil perbincangan antara pihak terlibat dalam Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan yang berlangsung Jun lepas. "Dari segi signifikannya, penetapan kadar cermin gelap ini dibuat berdasarkan permohonan daripada pengguna selain mengambil kira faktor keselamatan," katanya. Beliau berkata penetapan terbaharu ini adalah keputusan terbaik yang dapat dicapai dan sebarang maklum balas yang diterima selepas ini masih lagi boleh dipertimbangkan pihak JPJ untuk memperbaiki kelemahan di masa akan datang.- mstar online

Pembangunan Kota Mekah, Khidmat TH Beri Keselesaan Kepada Jemaah - Muhyiddin
Muhyiddin menziarahi jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Aziziah iaitu salah sebuah daripada tiga pusat rawatan yang disediakan TH. Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan).
MEKAH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangunan Kota Mekah dan Masjidilharam serta peningkatan perkhidmatan haji yang diberikan Tabung Haji (TH) telah memberi banyak keselesaaan kepada jemaah haji. Beliau berkata demikian apabila ditanya media Malaysia mengenai perbezaan pengalamannya mengerjakan haji buat pertama kali tiga dekad lepas dan masa kini setelah menziarah jemah haji Malaysia yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Tabung Haji Aziziah di sini Selasa. Beliau tiba di sini Ahad untuk mengerjakan haji bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, empat orang anaknya dan dua lagi anggota keluarga yang lain. Muhyiddin, yang mengerjakan haji pertamanya dengan muassasah Tabung Haji pada 1980an berkata: "Banyak yang berbeza. "Saya rasa agak istimewa (kali ini) terutama melihat keadaan di Mekah dan Masjidilharam sekarang dan 30 tahun lepas, agak berbeza," katanya. "Waktu saya solat (di Masjidilharam), saya lihat kerajaan Arab Saudi telah mengambil inisiatif agak besar untuk memperluaskan ruang untuk jemaah haji, dan bertingkat-tingkat. Saya tidak dapat bersolat di bawah, telah dapat naik ke atas (untuk beribadah)," katanya. Beliau juga berkata, sistem pengangkutan di Mekah kini lebih tersusun dan kurang sesak seperti tahun 1980an, dan begitu juga tahap kebersihan Kota Mekah yang jauh baik daripada masa dahulu. "Seronok mengerjakan ibadah haji, amat terasa sekali," katanya. Menyentuh mengenai TH, Muhyiddin berkata, kemudahan penginapan, pengangkutan dan perkhidmatan yang disediakan jauh lebih baik berbanding 30 tahun dahulu. Malah perkhidmatan TH sebagai sebuah badan yang mengurus jemaah haji Malaysia amat terkenal di dunia, malah diakui sendiri oleh Raja Arab Saudi Raja Abdullah dalam setiap mesyuarat dengan menteri-menteri haji, katanya. Muhyiddin berkata: "Setiap tahun banyak negara ingin mencontohi TH. Kita beri bimbingan dan sumbangan dalam urusan haji (kepada negara-negara lain) supaya pengurusan haji dunia lebih baik atau setara (dengan TH) pada masa akan datang, dan ia menjadi satu kebanggaan bagi Malaysia." Beliau juga berharap semua 22,320 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini dapat menyelesaikan ibadah haji mereka sebaik mungkin. Muhyiddin juga turut mengucapkan tahniah kepada pengurusan tertinggi dan petugas TH yang setiap tahun mengorbankan masa dengan meninggalkan tanah air untuk berada di Tanah Suci untuk mengendalikan jemaah haji dengan layanan yang sebaik mungkin, dan telah menjadi satu institusi contoh. Menurut media tempatan baru-baru ini, Raja Arab Saudi mengarahkan kawasan Masjidilharam yang baru diperbesarkan, dibuka untuk tujuan ibadah bagi menampung dua juta jemaah haji tahun ini. Dengan titah diraja, jemaah haji kini boleh beribadah di dalam kawasan masjid dan halamannya di sebelah barat, selatan dan timur dalam projek pembesaran itu yang kini sudah siap 67 peratus. Baginda juga mengarahkan pegawai membuka kawasan mataf atau laluan tawaf yang diperbesarkan di sekitar Kaabah. Tindakan itu bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam masjid dan membantu jemaah haji mengerjakan ibadah dengan selesa. Projek pembesaran Masjidilharam itu akan meningkatkan kapasiti masjid bagi menampung dua juta jemaah haji dan mataf daripada 52,000 kepada 130,000 jemaah haji setiap jam.- mstar online

SPRM Sahkan Ahli Politik Sabah Ditahan Atas Dakwaan Rasuah
Mohd Jamidan Abdullah.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan seorang ahli politik dari Sabah berhubung dakwaan rasuah melibatkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri tersebut. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, ahli politik itu ditahan pada Jumaat lalu selepas tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberikan keterangan. Ini bertentangan dengan laporan terdahulu yang memberitahu bahawa ahli politik itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis. "Kami masih melakukan siasatan terhadap individu tersebut dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dia terlibat menerima rasuah membabitkan bayaran pampasan terhadap pemilik tanah di negeri itu. "Sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, individu tersebut dibebaskan," kata Jamidan dalam satu kenyataan pada Selasa. Terdahulu, sebuah akhbar di Sabah melaporkan seorang pemimpin Umno Sabah ditahan berkaitan dakwaan Pecah Amanah (CBT) membabitkan wang sebanyak RM300 juta. Menurut akhbar tersebut, ahli politik berkenaan adalah bekas Timbalan Pengerusi di sebuah agensi kerajaan dan salah seorang daripada 25 ketua bahagian Umno di negeri itu.- mstar online

Jessica Tinggalkan Kumpulan Girls Generation
Jessica mahu melancarkan karier solo dan memulakan perniagaan dalam bidang fesyen.
SELEPAS timbul beberapa spekulasi mengenai kedudukan Jessica dalam Girls Generation akhirnya pihak pengurusannya mengesahkan penyanyi itu mengambil keputusan keluar daripada kumpualan itu. Allkpop melaporkan, Jessica membuat keputusan berkenaan kerana alasan peribadi selain ingin meneruskan karier solo dan terlibat dalam dunia perniagaan berkaitan fesyen. "Sepatutnya Jessica akan bersama dengan Girls Generation untuk sebuah album lagi namun atas masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan kami mengumumkan, berita pengundurannya adalah benar. "Kami di SM Entertainment akan sentiasa menyokong kerjaya Jessica dan berharap dia akan berjaya dalam apa juga bidang diceburinya," kata kenyataan itu. Kenyataan itu turut menyebut, biarpun telah meninggalkan Girls Generation namun kerjaya Jessica akan tetap diuruskan oleh SM Entertainment. Jessica sebelum ini sempat mengumumkan sendiri keputusannya itu menerusi akaun Weibo miliknya pada Isnin.- mstar online

Nicole Kidman Sedih Kematian Bapa
Gambar kenangan Nicole Kidman (kanan) dan mendiang bapanya.
AKTRES Nicole Kidman, 47, meluahkan rasa sebak akibat kematian ayahnya Dr Anthony Kidman pada awal bulan lalu. Nicole bagaimanapun berkata, jiwanya menjadi kuat selepas mendapat sokongan daripada peminat-peminatnya. Nicole dan suaminya Keith Urban meluahkan rasa sedih pada status Facebook miliknya pada Rabu lalu sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat atas doa dan semangat yang diberikan akibat kejadian itu. “Kami ingin menzahirkan rasa terima kasih atas doa dan sokongan semua terhadap tragedi menyedihkan yang menimpa kami beberapa minggu lalu,” kata mereka. Dr Kidman yang berasal dari Australia telah disemadikan di gereja St Francis Xavier di Lavender Bay, Sydney, Australia. Nicole turut menulis satu sajak penuh emosi yang antara lain penghargaan kepada ayahnya itu kerana bersamanya ketika susah dan senang terutama ketika perceraiannya dengan Tom Cruise pada 2001. “Dia adalah ayah yang begitu sempurna. Beberapa jam selepas perceraian saya (dengan Tom Cruice) dia datang untuk menjaga saya, tinggal bersama saya beberapa minggu, beberapa lama yang saya inginkan. “Dia juga bapa yang akan berkata, ‘ia akan kembali okey’ setiap kali saya menitiskan air mata,” luahnya. Dr Kidman seorang pakar psikologi, meninggal dunia di Singapura pada 12 September lalu di sebuah hotel akibat serangan jantung semasa melawat salah seorang anak perempuannya, Andrea.- mstar online

Tiga Lagi ATM Digodam Di KL, Melaka
Mohd Kamarudin Md Din.
KUALA LUMPUR: Kes menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terus menggemparkan negara ini apabila tiga lagi bank pada petang Selasa dilaporkan menjadi mangsa terbaharu didalangi sindiket warga Amerika Latin itu. Di ibu negara, United Overseas Bank (UOB) cawangan Jalan Imbi dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM92,900. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata pengurus bank tersebut membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang Selasa setelah mendapati baki audit di salah sebuah ATM lesap. "Dia kemudiannya meneliti kamera litar tertutup (CCTV) pada 28 September lalu dan mendapati seorang suspek yang memasuki bank tersebut kira-kira pukul 9.20 pagi hari yang sama dan mengeluarkan wang menggunakan modus operandi dalam kes terdahulu. "Dia (suspek) kemudiannya memasuki bank sebanyak empat kali, memakai pakaian berlainan setiap masa. Di mesin tersebut, dia mengambil telefon dan dapat mengeluarkan wang tanpa menekan sebarang butang di mesin," katanya. Di Melaka, Pengurus Affin Bank dan Al Rajhi Bank cawangan Taman Melaka Raya membuat laporan polis pada Selasa mengatakan sebanyak RM355,570 wang di mesin ATM di kedua-dua bank itu lesap. Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kedua-dua pengurus bank terbabit membuat laporan selepas rakaman CCTV mendedahkan gambar dua daripada tiga suspek yang menggunakan modus operandi yang sama untuk menggodam duit dari ATM. Al Rajhi Bank dilaporkan menanggung kerugian RM233, 770 selepas dikeluarkan dua suspek manakala Affin Bank kehilangan RM122, 800 dipercayai dilakukan oleh tiga suspek. "Ia perkara sama seperti yang berlaku di negeri lain. Siasatan akan dilakukan dengan kerjasama Bukit Aman," katanya kepada The Star. Jumlah terbaharu itu menjadikan sebanyak 17 mesin ATM digodam dengan kerugian lebih RM3 juta membabitkan wang dari Affin Bank, Al Rajhi, Bank Islam dan UOB.- mstar online

Pakatan Akan Bincang Isu PAS - Azmin
Azmin Ali.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi pakatan rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang itu. Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera. "Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin PAS telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat. Memorandum itu diserahkan kepada wakil PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi Selasa. Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang. Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat. "Saya akan tengok laporan penuh mengenainya...saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri pada Rabu bagi mencari jalan penyelesaian," katanya. Hujan lebat yang bermula sejak pukul 4 petang Isnin menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat. Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu.- mstar online

Polis Tahan Lima Lelaki, Selamatkan 28 Warga Myanmar
Gambar hiasan.
NIBONG TEBAL: Polis menahan lima lelaki Myanmar yang dipercayai anggota sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan 28 orang warga negara yang sama selepas menyerbu sebuah rumah kedai di Sungai Bakap, di sini Isnin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad berkata dalam serbuan pada pukul 6 petang itu, polis menahan 33 orang warga Myanmar termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun di bangunan dua tingkat berkenaan. "Serbuan dengan kerjasama Polis SPS, Kontinjen Pulau Pinang dan Bukit Aman itu susulan laporan polis yang dibuat seorang lelaki yang juga warga Myanmar mendakwa kakak dan abang ipar serta anak mereka berusia empat tahun ditahan anggota sindiket berkenaan. "Sindiket terbabit meminta wang daripada lelaki berusia 27 tahun itu jika mahu tiga anggota keluarganya itu dibebaskan dengan selamat dan kerana bimbang keselamatan mereka dia membuat laporan polis," katanya. Katanya semasa serbuan lima lelaki dipercayai anggota sindiket pemerdagangan orang yang berusia 26 hingga 48 tahun itu berada di dalam premis tersebut bagi mengawasi pergerakan yang lain. Wan Hassan berkata 28 orang yang diselamatkan itu dalam keadaan lemah setelah tidak diberi makanan. "Berdasarkan maklumat awal, mereka (28 orang) telah masuk ke negara ini sejak dua minggu lepas dan dikurung di premis berkenaan sementara menunggu anggota keluarga atau majikan membayar wang," katanya. Katanya siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan beberapa lagi anggota sindiket pemerdagangan orang yang terlibat dalam kes berkenaan.- mstar online

Abdul Rahman Nafi Janji Dedah Dokumen Tender Cadangan Pembinaan WTE
Abdul Rahman Dahlan.
KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pada Selasa menafikan pernah berjanji untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender berkenaan cadangan pembinaan sebuah loji Sisa kepada Tenaga (WtE) di Kepong. Katanya kenyataan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming pada 24 Sept lepas yang mendakwa beliau berjanji untuk berbuat demikian adalah tidak tepat dan hanya mahu mengelirukan orang ramai. "Beliau (Ong) tidak sepatutnya mempolitikkan isu ini kerana projek ini jelas akan memanfaatkan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa. Kenyataan Ong bertajuk "Adakah Abdul Rahman Dahlan akan mengotakan janji beliau di Parlimen untuk mendedahkan dokumen tender projek Sisa kepada Tenaga (WtE) di Taman Beringin, Kepong atau dibongkar sebagai penipu?" itu disiarkan menerusi laman facebook Ong. Abdul Rahman berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam hal cadangan pembinaan loji terbabit memandangkan kepentingannya kepada rakyat dan alam sekitar. Sementara itu, beliau berkata Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) bagi projek itu akan dilaksanakan pada Jun 2015, berdasarkan empat teknologi yang telah dikenal pasti untuk pertimbangan termasuk Pirolisis dan Gabungan Teknologi.- mstar online

Silap Pengambilan Antibiotik, Timbulkan Risiko AMR
PUTRAJAYA: Tidak semua penyakit memerlukan pengambilan antibiotik khususnya yang disebabkan virus kerana jika salah penggunaannya akan menimbulkan risiko kes 'Antimicrobial Resistance'(AMR).
Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata akibat AMR, ada pesakit yang sukar sembuh selepas mengambil antibiotik tertentu kerana tubuhnya sudah imun terhadap antibiotik itu yang diambil pada ketika penyakitnya tidak memerlukan pengambilan antibiotik.
Sehubungan itu, katanya, pesakit tidak perlu mendesak doktor yang merawatnya memberikan antibiotik dan menganggap doktor itu 'tidak bagus' hanya kerana tidak memberi antibiotik.
"Sebagai contoh kadang-kadang kita tengok demam sedikit pun nak guna antibiotik. Tetapi saya rasa tidak perlu kerana kebanyakan demam yang kita alami ini ialah virus. Pakai antibiotik apa pun tak mujarab kerana ia ada proses semula jadi sendiri.
"Kita akan pastikan kalau tak perlu (antibiotik), kemungkinan kita bagi ubat demam, selesema atau ubat batuk sahaja dan pesakit memerlukan rehat secukupnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Tahunan mengenai Rintangan Antimikrobial 2014 di sini, Selasa.
Dr Azman berkata AMR bukan sahaja berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital, malah turut menular kepada pesakit luar yang menerima rawatan di klinik.
Beliau meminta pengamal perubatan supaya memberikan antibiotik hanya kepada penyakit yang perlu sahaja dan mengikut peringkat yang ditetapkan.
"Kalau boleh jangan terus bagi antiobitik yang terbaharu. Guna dahulu langkah demi langkah. Kalau ini tak boleh baru kita pakai nombor dua, tiga atau 'paling kuat'," kata Dr Azman.
Sementara itu Pakar Perunding Kanan Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Datuk Dr Christopher Lee berkata tahap AMR di negara ini masih dalam keadaan terkawal berbanding negara lain, namun ia tetap perlu diberi perhatian serius.
"Ada yang bawa maut akibat AMR ini kerana tiada ubat yang kita boleh bagi kerana antibiotik itu tidak boleh guna kerana ia sudah lali. Itu yang boleh membawa maut terutamanya di ICU kerana 'rintangan rendah'," katanya.
Beliau berkata dahulu, terdapat banyak antibiotik berbanding pada masa kini.
"Apabila antibiotik lama tidak berkesan lagi ada ubat-ubat baharu datang. Tetapi 10 tahun kebelakangan ini jumlah ubat antibiotik baharu yang mula masuk pasaran sangat kurang. Dalam masa 10 tahun lepas di Amerika Syarikat, mereka hanya ada dua antibiotik baharu," kata beliau.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Dr Salmah Bahri pula berkata jika pesakit menerima antibiotik, mereka perlu menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan.
"Jika tidak habiskan, ini menjadikan ia satu faktor rintangan sebab ia tak dapat dos optimal untuk membunuh bakteria-bakteria itu," katanya.- mstar online
TOP
Tidak Benar BN Guna Golongan Konservatif Agama Untuk Kekal Kuasa - Khairy
Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA: Pandangan atau dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) menggunakan golongan konservatif agama untuk terus berkuasa adalah tidak berasas, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan apa yang dilakukan BN selaku parti yang memerintah ialah mempertahankan kedudukan dan kesucian agama serta nilai ketimuran yang tidak melanggar syariat Islam. Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Pendekatan Wasatiyyah peringkat kementeriannya di sini Selasa, beliau berkata mereka yang menuduh BN berbuat sedemikian sebenarnya yang membawa suara ekstrem cauvinis dan liberal yang tidak konsisten dengan agama dan cara hidup masyarakat di negara ini. Beliau mengulas kenyataan Anggota Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang mendakwa BN menggunakan golongan konservatif agama, antara lain untuk memastikan orang Melayu terus bergantung kepada perlindungan Putrajaya melalui tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap ideologi sekular dan liberal. Mengenai dakwaan Zairil bahawa sekularisme dan liberalisme sebenarnya falsafah yang boleh mengukuhkan Islam tetapi diberikan perspektif negatif oleh BN, Khairy menjelaskan sekuralisme jelas tidak boleh diamalkan di Malaysia kerana Islam merupakan agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan. Beliau berkata amalan sekularisme bermaksud ada pemisahan antara agama dan kerajaan dan di Malaysia tidak mengamalkan perkara sedemikian. "Kita bukan negara seperti Perancis atau Turki yang tidak disebut agama dalam perlembagaan negara mereka. Jadi, kita harus kembali kepada isu pokok dalam Perlembagaan dan kita tidak boleh lari daripada apa yang disebut di dalamnya," katanya. Dalam perkembangan lain, Khairy sekali lagi menegaskan Umno merupakan sebuah parti yang paling terbuka dalam menerima kritikan daripada kalangan anggotanya termasuk ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti. "Dalam Umno, kita tak pernah halang sesiapa untuk mengkritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, dalam perhimpunan kita sentiasa beri pandangan kepada kepimpinan. "...dan saya kenal Presiden Umno sebagai seorang yang amat terbuka sekali dan tak pernah tutup ruang untuk ahli beri teguran dan pandangan kepada beliau. Jadi, tak betul ada tanggapan bahawa dalam Umno, tidak boleh mengkritik," katanya. Khairy mengulas pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani, bukannya disokong tanpa dipersoal.- mstar online

Polis Perlu Perkukuh Jabatan Hal Ehwal Dalaman
Johan Jaaffar
KUALA LUMPUR: Panel Perundingan dan Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu polis memperkukuhkan Jabatan Siasatan Dalamannya (IAD) bagi memerangi rasuah di dalam pasukan itu. Panel itu, yang dipengerusikan Tan Sri Johan Jaaffar, berkata walaupun polis telah mempunyai Unit Penguatkuasaan Undang-undang Hal Ehwal Dalamannya dan bagi menjadikannya lebih berkesan, ia perlu dipertingkatkan dengan mempunyai lebih banyak pegawai dan diberikan kuasa dan sokongan yang mencukupi. Dalam satu kenyataan, panel itu berkata, IAD boleh memainkan peranan penting bagi memantau dan menyiasat syak wasangka yang munasabah mengenai pelanggaran undang-undang dan salah laku profesional termasuk rasuah di kalangan polis. Panel itu juga menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kementeriannya akan mengikut "New York Way" untuk memerangi rasuah. Jabatan Polis Bandaraya New York (NYPD) telah melakukan usaha terpuji bagi membersihkan imejnya selama ini, kata kenyataan itu. Panel itu bersetuju bahawa 'New York Way' adalah cara yang ke hadapan bagi polis untuk menghapuskan mereka yang bermoral buruk dalam pasukan. Menurut kenyataan itu, panel berkenaan dan SPRM sentiasa bersedia untuk berkongsi beberapa inisiatif bagi memerangi rasuah dengan polis. Kenyataan itu turut mencadangkan, di antara lain, mengadakan program Jabatan Angkat untuk mengenal pasti bidang-bidang masalah dalam agensi penguatkuasaan undang-undang. "Ideanya ialah bagi memupuk nilai-nilai murni, tadbir urus dan amalan-amalan baik dalam unit-unit kumpulan atau agensi penguatkuasaan undang-undang. Program itu akan membabitkan penyeleiaan, kaunseling dan bantuan daripada SPRM., kata kenyataan itu.- mstar online

Chong Wei Mahu Berehat Selepas Terbuka Denmark
Lee Chong Wei.
SEPANG: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, menyuarakan hasratnya untuk berehat selepas Kejohanan Terbuka Denmark pertengahan bulan ini, sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia tahun hadapan. Beliau akan membincangkan perkara itu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pulang daripada kejohanan itu nanti. "Saya perlu berehat agak panjang untuk bersedia (menghadapi Kejohanan Seluruh England dan Terbuka Malaysia). Saya akan bincang dengan BAM selepas Terbuka Denmark," katanya kepada media sejurus tiba dari Incheon, Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Selasa. Chong Wei dijadualkan menyertai Terbuka Denmark, satu daripada kejohanan Siri Super Premier Persekutuan Badminton Dunia (BWF), dari 18 hingga 23 Oktober ini. Menurutnya keputusan untuk berehat itu wajar berikutan tiadanya kejohanan yang perlu disertainya pada Januari dan Februari depan. "Awal tahun depan tidak ada kejohanan besar, ia agak baik untuk saya berehat sebelum memulakan latihan dan tingkatkan prestasi bagi menghadapi All England dan Terbuka Malaysia," katanya. Chong Wei juga mengakui prestasinya agak menurun selepas Kejohanan Dunia Denmark bulan lepas, namun menganggap pencapaiannya sehingga ke peringkat separuh akhir pada Sukan Asia Incheon adalah cukup bagus. Mengenai kerjayanya dalam badminton, beliau berharap dapat terus bertahan untuk dua tahun lagi. Ditanya mengenai kemungkinan BAM mengambil jurulatih baharu dari China untuk membantunya dan skuad badminton negara, Chong Wei berkata beliau menerima apa sahaja keputusan BAM. BAM dilaporkan bakal melantik beberapa jurulatih baharu termasuk He Guo Quan, iaitu bekas jurulatih pemain perseorang lelaki Lin Dan dan pemain perseorangan wanita Li Xueriu. Sementara itu, jurulatih perseorangan lelaki Tey Seu Bock berkata langkah BAM membawa jurulatih mungkin memberi kebaikan kepada Chong Wei. "Ia akan wujudkan satu perubahan ke arah kebaikan kepada Chong Wei...saya fikir, kita perlu buat perubahan atau sesuatu yang lain untuk Chong Wei (khususnya dalam menghadapi Sukan Olimpik)," katanya. Menurutnya beliau tidak menghalang jika BAM mahu Chong Wei dikendalikan seorang jurulatih baharu. "Jika perubahan itu penting dan untuk kebaikan Chong Wei, saya tidak kisah. Kita perlu cari formula untuk bantu kecemerlangan beliau. Saya nampak beliau begitu kecewa bila tewas kepada Lin Dan di Sukan Asia," katanya.- mstar online

Skuad Hoki Berputih Mata Terlepas Slot Perlawanan Akhir
Pemain Malaysia Muhammad Firhan Ashaari cuba melepasi asakan pemain Pakistan Muhammad Irfan dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Hoki Seonhak, Incheon pada Selasa.
INCHEON: Skuad hoki negara terpaksa berputih mata apabila terlepas slot ke perlawanan akhir acara hoki lelaki Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan. Malaysia tewas tipis kepada Pakistan 5-6 pada perlawanan separuh akhir yang berlarutan kepada penentuan 'penalty shoot out' di Seonhak Hockey Stadium pada Selasa. Gol-gol Pakistan dijaringkan oleh Muhammad Waqas (dua gol), Abdul Haseem Khan (dua gol) dan Rashid Mehmood (dua gol). Gol-gol Malaysia pula diperoleh menerusi Muhammad Marhan Mohd Jalil, Mohd Fitri Saari (dua gol) dan Muhammad Shahril Saabah (dua gol). "Secara peribadi, saya sangat yakin kita dapat tewaskan mereka kerana secara taktikal kita bermain lebih baik. Kita susun perlawanan dengan baik, kita dapat tiga sudut penalti. Kami dah putuskan dalam mesyuarat antara saya dengan tiga 'flicker'. "Kami membuat keputusan itu kerana ia telah berjaya sebelum ini tetapi ia tidak berlaku. Kami juga mempunyai peluang kedua dan ketiga tetapi tidak berjaya," kata jurulatih sementara skuad kebangsaan Arul Selvaraj kepada pemberita di sini. Dalam pada itu, Arul berbangga dengan persembahan anak buahnya yang berjaya menghalang Pakistan daripada memperoleh sebarang pukulan sudut penalti pada dua suku pertama perlawanan. "Saya sangat berbangga dengan pasukan ini. Saya mempunyai 35 hari untuk menyediakan pasukan ini. Saya telah capai matlamat peribadi saya iaitu setiap perlawanan kita bermain dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat. Semoga mereka dapat teruskan semangat ini ketika bertemu Korea Selatan untuk pingat gangsa," katanya. Pada babak pertama perlawanan, Pakistan memulakan permainan dengan melakukan asakan ke arah kubu Malaysia, namun gagal memasuki kawasan D ekoran kawalan pertahanan yang kemas. S. Kumar ternyata cemerlang apabila berjaya mematahkan beberapa percubaan berbahaya ke arah pintu gol Malaysia termasuk pukulan sudut penalti 'berbisa' Pakistan pada minit ke-66. Kedua-dua pasukan 'memanaskan' perlawanan apabila masing-masing melakukan serangan bertali arus bagi mencari gol pendahuluan. Malaysia bagaimanapun hampir berpeluang membolosi gawang Pakistan menerusi tiga pukulan sudut penalti namun gagal disempurnakan dengan baik oleh Muhammad Razie Abdul Rahim. Sementara itu, penjaga gol skuad kebangsaan, S. Kumar berkata agak sukar untuk menerima kekalahan dalam penentuan 'penalty shoot out' hari ini, namun mereka masih berpeluang untuk menebus kekalahan itu dengan perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Korea Selatan pada Khamis. "Saya pun tidak suka kalah di shoot out. Saya sudah merasakan bahawa perlawanan dengan Pakistan akan berlanjutan kepada penalty shoot out. "Kami cuba melakukan latihan khas penalty shoot out namun perkara ini sebenarnya tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Dan kita terpaksa akur, kita terlepas beberapa peluang ketika penalty shoot out," katanya. Beliau turut mengakui bahawa pasukan ini adalah yang terbaik dan menampakkan semangat sepasukan yang luar biasa pada temasya kali ini. "Kami akan bermain bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat gangsa," katanya.- mstar online

Misi Malaysia Buru Emas Tidak Terjejas Akibat Kontroversi
Pelayar negara Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz meraih pingat emas dalam acara 420 duo lelaki di Wangsan Sailing Marina di Incheon pada Selasa. - fotoBERNAMA
INCHEON: Misi Malaysia memburu sasaran lapan pingat emas tetap diteruskan walaupun kontinjen negara dikejutkan dengan tindakan Majlis Olimpik Asia (OCA) menarik balik pingat emas pertama negara selepas atlet wushu Tai Cheau Xuen didakwa menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan Asia Ke-17 di sini. Ketua Kontinjen Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung tindakan OCA kerana mendapati 'ada yang tidak kena' dalam pengendalian ujian terhadap sampel air kencing atlet itu. Namun, kontroversi yang melanda kontinjen negara tidak menghalang atlet lain untuk terus menyumbang pingat kepada Malaysia. Sebutir pingat emas dan tiga pingat perak dihadiahkan oleh skuad pelayaran yang menyertai acara di Wangsan Sailing Marina pada Selasa. Mohamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz meraih pingat emas dengan mengungguli acara 420 Lelaki Dinghy manakala tiga pingat perak dimenangi Khairulnizam Afendy dalam acara Laser Lelaki, Dhiauddin Rozaini (Optimist Lelaki) dan Nuraisyah Jamal-Umi Norwahidah Sallahuddin (420 Wanita). Turut menyumbang dua pingat perak pada Selasa ialah atlet boling negara Sin Li Jane dalam acara All Event Wanita manakala Zulmazran Zulkifli, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Adrian Ang, Alex Liew Kien Liang, Rafiq Ismail dan Tan Chye Chern dalam acara Lelaki Lima Berpasukan. Skuad terjun negara menyumbang satu pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki menerusi Ahmad Amsyar Azman dan Ooi Tze Liang serta pingat gangsa menerusi Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara 10m platform seirama wanita. Walaupun masih berbaki empat hari sebelum temasya Sukan Asia melabuhkan tirai, Daniyal tetap menaruh harapan agar kontinjen negara mampu menambah pungutan emas negara. Beliau berkata atlet negara masih belum mahu mengalah dengan berbaki beberapa acara sukan yang tidak pernah mengecewakan kontinjen negara. Dalam pada itu, skuad hoki lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan pukulan penalti 'shoot out' yang dimiliki Pakistan. Malaysia dinafikan peluang ke perlawanan akhir selepas tewas 5-6 kepada Pakistan dalam perlawanan separuh akhir yang ditentukan menerusi 'penalty shoot out' selepas 60 minit perlawanan tamat. Pasukan kriket lelaki juga terlepas peluang merebut slot ke separuh akhir apabila tunduk kepada Hong Kong dalam perlawanan suku akhir hari ini.- mstar online

JobStreet Janji Tiada Pemberhentian Pekerja
KUALA LUMPUR: JobStreet.com Sdn Bhd berjanji tidak akan ada pemberhentian pekerja susulan perbincangan kemungkinan pembelian syarikat pekerjaan dalam talian itu oleh SEEK Asia Investment Pte Ltd.
Ketua Pegawai Eksekutif JobStreet, Mark Chang berkata, beliau membangkitkan isu tersebut semasa perbincangan dengan pihak pengurusan SEEK pada Februari tahun ini, dan laman pekerjaan Australia itu tidak mempunyai hasrat untuk memberhentikan pekerja.
"CEO SEEK tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memberhentikan kakitangan JobStreet, malahan sebaliknya mereka merancang mengembangkan syarikat tersebut.
"Beliau memberikan komitmen secara lisan, tetapi apa yang berlaku kemudiannya terserah kepada pemilik baharu," kata Chang kepada pemberita pada pelancaran Soukai.my di sini, Selasa.
Kakitangan Job Street melahirkan kebimbangan mereka tentang kemungkinan pemberhentian pekerja susulan rundingan pembelian portal pekerjaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu, yang sekarang ini bernilai RM1.8 bilion, oleh SEEK.
Chang berkata, SEEK masih sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Singapura untuk memuktamadkan janji niaga itu.
"Mereka (SEEK) perlu mendapatkan kelulusan daripada Competition Commission Singapore yang meminta lebih banyak maklumat daripada mereka," katanya.
Pada Februari, SEEK mengumumkan bahawa ia akan membeli JobStreet yang beroperasi di pasaran sedang pesat membangun seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam.
SEEK menjangka menggabungkan operasi JobStreet dan JobsDB, perniagaan pekerjaan dalam talian miliknya yang lain untuk mewujudkan pasaran pekerjaan dalam talian yang menambat perhatian di Asia. - mstar online
TOP
HSBC Malaysia Menang Anugerah Pengurusan Tunai Domestik Terbaik 2014
KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC Malaysia) dinamakan sebagai Bank Pengurusan Tunai Domestik Terbaik 2014 di Malaysia bagi perniagaan Bayaran Global dan Pengurusan Tunai dalam Kajian Pengurusan Tunai Euromoney.
HSBC Malaysia dalam kenyataan pada Selasa berkata, ia merupakan anugerah tertinggi yang diterima oleh penyedia dalam industri.
Ia juga merupakan tahun kelapan berturut-turut apabila bank itu diiktiraf bagi perkhidmatan cemerlang dalam industri yang sama di Malaysia.
HSBC Malaysia turut dinamakan sebagai Bank Pengurusan Tunai Global Terbaik dan Bank Pengurusan Tunai Serantau Terbaik di Asia bagi institusi korporat dan kewangan berdasarkan kajian terhadap lebih 27,000 eksekutif kewangan kanan, pengurus tunai dan bendahari di seluruh dunia.
Ketua Bayaran Global dan Pengurusan Tunai Shirley Leong berkata, anugerah ini merupakan bukti kepada profail baik sebagai peneraju pasaran yang tidak dapat dipertikaikan di peringkat global dan di seluruh Asia.
"Kami sekali lagi gembira apabila kepakaran dalam pengurusan tunai dan pembayaran kami di Malaysia diiktiraf. Kami komited untuk melabur dalam produk dan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami," katanya. - mstar online
TOP
RM10 Juta Bantu 2,000 Penerima ASB Sejahtera
SARIKEI: Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu 2,000 penerima ASB Sejahtera yang layak di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, Sarawak mendapat RM2.215 juta bagi membantu 443 orang.
Beliau berkata demikian ketika mewakili timbalan ketua menteri Tan Sri Alfred Jabu di majlis majlis penyampaian bantuan kepada 135 penerima dari Sarikei, Mukah, Sibu dan Kapit di Pusat Sivik di sini, Selasa.
"Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan untuk memberi pendapatan tambahan kepada golongan miskin tegar.
"Adalah menjadi harapan kita melalui program ini, yang bermula pada 2004, anggota masyarakat terutama penerimanya akan berminat untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional bagi mendapat bonus dan dividen tahunan," katanya.
Alexander berkata, selain bantuan kewangan, kementeriannya juga memberi tumpuan bagi melaksanakan projek infrastruktur luar bandar, bekalan air dan bekalan elektrik dan dalam program pembangunan sumber manusia.
Sebelum itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, bantuan itu adalah bukti kerajaan meneruskan komitmennya bagi menjaga kebajikan golongan miskin tegar di negeri ini.
Katanya, mereka termasuk ibu-ibu tunggal dan golongan miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.
Beliau berkata, mereka perlu membalas usaha sedemikian dengan memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada sepanjang masa.- mstar online
TOP
PKS Eropah Di Malaysia Raih Manfaat Portal Baharu EUMCCI
KUALA LUMPUR: Portal Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kesatuan Eropah-Malaysia (EUMCCI) yang baru dilancarkan, dijangka membantu memacu pertumbuhan berganda dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjalankan perniagaan di Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Hamim Samuri berkata, portal itu umpama meja bantuan yang memberi tumpuan terhadap usaha membantu PKS Eropah untuk memperoleh maklumat serta kemudahan yang disediakan di negara ini.
"Kita dapati minat yang semakin meningkat daripada PKS Eropah untuk datang ke Malaysia. Portal ini merupakan hubungan pertama dan kita akan tingkatkan, menggunakan teknologi Internet dan pegawai kami sendiri untuk membantu mereka berhubung dengan pakar tempatan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran portal itu di sini, Selasa.
Turut hadir Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) dan Ketua Delegasi ke Malaysia Luc Vandebon.
Portal itu adalah hasil daripada projek 'Sokongan untuk Perniagaan Eropah di Pasaran Asia Tenggara, Komponen Malaysia', dengan EUMCCI menjalin usaha sama dengan 11 rakan organisasi di Malaysia dan Eropah.
Ia juga merupakan projek nasional pertama yang disokong oleh EU.
Ia berperanan sebagai pusat sehenti bagi menyediakan PKS EU dengan maklumat dan kepakaran mengenai kaedah memudahkan kejayaan penerokaan mereka dalam pasaran Malaysia dan Asean.
Vandebon berkata portal itu merupakan platform bijak untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan kepada PKS EU dengan memanfaatkan kejayaan syarikat EU sedia ada di Malaysia.
Beliau berkata, kini terdapat lebih 2,000 syarikat Eropah beroperasi di seluruh Malaysia.
"Pada asasnya publisiti terbaik yang boleh kita peroleh ialah pengalaman 2,000 syarikat di Malaysia ini.
"Mereka gembira dan mencatat keuntungan. Ini bukti kehadiran dan kejayaan mereka di Malaysia, semuanya hasil daripada persekitaran yang disediakan oleh kerajaan," kata Vandebon.
Vandebon berkata, hubungan perdagangan Malaysia dan EU sentiasa baik dan berkembang tahun demi tahun.
"Walaupun wujud kesukaran di Eropah, ia tidak mematahkan semangat kami untuk meluaskan perdagangan dengan Malaysia," katanya.
"Kami berharap dapat memperkukuh hubungan dan meneruskan usaha ini," katanya.- mstar online
TOP
Mogsec 2014 Catat Jualan RM722 Juta
Mogsec 2014 mendapat sambutan di kalangan pengusaha industri minyak dan gas.
KUALA LUMPUR: Misi Menarik Pembeli (MMP) yang diadakan sempena Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (Mogsec) 2014 baru-baru ini berjaya mencatat jualan RM722 juta. Acara itu dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini pada 23 dan 24 September lalu. Dalam satu kenyataan pada Selasa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, maklum balas positif diterima daripada pembeli asing serta syarikat Malaysia terhadap program MMP itu. "Jualan yang diperolehi mencerminkan keyakinan pembeli asing terhadap kepakaran dan keupayaan Malaysia dalam sektor minyak dan gas," tambahnya. Menurut Matrade, jualan itu merangkumi potensi kerjasama dalam kerja pembinaan bioethanol dan loji perintis, ujian bukan pemusnah (NDT), akses tali NDT, sistem proses automatik, perundingan dan perkhidmatan latihan serta produk minyak dan gas seperti penapis, paip, bolt dan pengikat. Semasa acara itu, 119 pertemuan di antara 12 pembeli dari Jepun, Myanmar, Norway, Pakistan, Indonesia, Kenya, Korea dan Qatar diadakan dengan 74 penggiat minyak dan gas Malaysia.- mstar online

Tan & Tan, MJRI Akan Bangunkan Apartmen Dengan GDV RM617 Juta
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR:Tan & Tan Developments Bhd dan MJR Investment Pte Ltd (MJRI), sebuah syarikat ditubuhkan Mitsubishi Jisho Residence, akan secara bersama membangunkan sebidang tanah di Kuala Lumpur City Centre dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM617 juta. Syarikat terbabit memetrai perjanjian usaha sama melalui penyertaan ekuiti dalam Cipta Klasik (M) Sdn Bhd, jentera tujuan tunggal yang ditubuhkan bagi projek pembangunan ini, dengan Tan & Tan memiliki 70 peratus pegangan dan MJRI memiliki baki 30 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Tan & Tan Developments, Tan Boon Lee berkata, tanah seluas 688 kaki persegi hingga 1,313 kaki persegi akan dibangunkan sebagai kediaman mewah 41 tingkat merangkumi 400 unit apartmen perkhidmatan. Projek itu dijadual dilancar pertengahan tahun depan dan siap pada 2018, katanya. "Kami menjangka dapat menarik 30 peratus pembeli asing dan selebihnya pembeli tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani usaha sama berkenaan di sini, Selasa. Perjanjian itu ditandatangani oleh Tan, Pengarah Eksekutif Tan & Tan, Teh Boon Ghee, Pegawai Eksekutif Kanan MJRI, Katsuaki Mori manakala Mitsubishi Estate Asia diwakili Shojiro Kojima. Tan berkata, kedua-dua syarikat menyasarkan hubungan jangka panjang dan kerjasama di masa depan selepas projek pembangunan semasa. Perjanjian itu juga menandakan langkah penting Mitsubishi Estate Group kerana ini adalah pembabitan pertamanya di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang bagi mempercepatkan pertumbuhan di pasaran pesat membangun di Asia.- mstar online

Video - Cara-Cara Yang Mungkin Digunakan Untuk Hack Mesin ATM
ANGGOTA Forensik Selangor membuat pemerikaan keatas mesin ATM Al Rajhi Bank jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A yang telah di godam. - Foto Mohd Asri Saifuddin
KUALA LUMPUR: Sejenis virus dikenali sebagai Backdoor.Padpin dipercayai digunakan sindiket penggodam Mesin Juruwang Automatik (ATM) bagi menyempurnakan misi mereka mengeluarkan wang secara haram. Backdoor.Padpin adalah sejenis virus yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas. Virus itu yang mula dikesan Mei lalu itu turut berupaya memadam failnya sendiri jika gagal menguasai kawalan pad kekunci ATM untuk mengelak dikesan. Menurut syarikat keselamatan internet terkemuka, Symantec Corporation, Backdoor.Padpin adalah sejenis Trojan yang menyasarkan ATM. Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan pad kekunci ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan. "Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM. Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula "Penggodam kemudian memberi arahan menerusi pad kekunci tadi untuk membuat pengeluaran wang dan menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan. Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang," menurut kenyataan Symantec Corporation.
Polis semalam mengenal pasti sindiket menggodam ATM yang dikesan sejak Jumaat lalu menggunakan virus sama iaitu ulssm.exe untuk mengeluarkan wang. Difahamkan, kumpulan berkenaan juga mensasarkan ATM model lama jenis NCR yang mudah digodam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene, berkata virus itu akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam. Beliau berkata, suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM. Sehingga malam tadi, anggaran nilai wang tunai yang berjaya dicuri oleh kumpulan penggodam dari beberapa bank tempatan di empat negeri ialah RM30.5 juta. Polis juga sudah mengenalpasti beberapa suspek menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), dipercayai dilakukan warga asing berasal daripada Amerika Latin. ─ BH Online

KJ Tidak Berpuas Hati dengan Ujian Doping Sehingga Pingat Emas Ditarik Balik
Hari ini penganjur Sukan Asia hari ini menarik balik pingat emas peserta wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen selepas dia gagal dalam ujian doping, menurut pihak penganjur.
Tai didapati mengambil ubat stimulan jenis sibutramine, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Asia.
Tai merupakan atlit ketiga yang didapati positif dadah dalam temasya tersebut.
Bagaimanapun menerusi Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya telah menyangkal dakwaan yang mengatakan Tai Cheau Xuen gagal dalam ujian doping.
“Saya percaya proses itu dikompromi. Atlet kami dilucutkan pingat emas secara tidak adil. Kami akan mencabar keputusan ini sepanjang jalan.”, kata Khairy.
Selain itu beliau juga berkata yang jawatankuasa Olimpik Asia telah gagal untuk menjawab pertanyaannya berkenaan ujian doping.
Melihat kepada maklumbalas terhadap tweet dari Khairy, rata-rata dari mereka menyokong kenyataan tersebut.
─ Siakapkeli.com

Godam ATM: Polis Pantau Warga Latin
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memantau kehadiran warga Amerika Latin ke negeri ini sebagai langkah mengelak sindiket menggodam mesin teler automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini daripada merebak ke Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata walaupun tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden itu di negeri ini namun pihaknya mengambil pendekatan awal sebagai langkah pencegahan.
“Kita telah meminta seluruh daerah di negeri ini mempertingkatkan pemantauan di lokasi yang terdapat mesin ATM selain memantau kemasukan warga negara Latin ke negeri ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan sepuluh lagi mesin ATM diserang penggodam bagi mencuri wang daripada bank menjadikan keseluruhan 16 ATM digodam di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur dalam tempoh 72 jam. – BERNAMA
TOP
Ketua UMNO Pensiangan Akui Beri Keterangan Kepada SPRM
KUALA LUMPUR – Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas untuk memberi keterangan berhubung satu kes.
Namun beliau, yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan atas sebab apa beliau dipanggil memberi keterangan.
“Saya mendapat panggilan telefon daripada SPRM pada pagi Rabu lepas, namun ketika itu saya sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak saya. Dan saya mendapat satu lagi panggilan telefon pada petang hari yang sama bertanyakan bila saya boleh hadir.
“Dan pada hari Jumaat, saya secara sukarela pergi berjumpa dengan mereka (pegawai SPRM) di Kota Kinabalu (untuk memberi keterangan),” katanya.
Pada Selasa, Daily Express di Sabah melaporkan seorang Ketua Umno bahagian di negeri itu ditangkap SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lepas berhubung kes pecah amanah (CBT) melibatkan wang berjumlah RM300 juta.
Namun Abdul Ghani menafikan beliau ditangkap, sebaliknya beliau menekankan bahawa keterangan diberi secara sukarela dan kerjasama penuh diberikan kepada pegawai SPRM.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes ini masih di peringkat awal, dan meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi liar kerana dikhuatiri mengganggu kelancaran siasatan. – BERNAMA
TOP
62,000 Peserta Sertai Maraton Jambatan Pulau Pinang
GEORGE TOWN – Seramai 62,000 orang mendaftar untuk menyertai Asics Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2014 (APBIM) yang dijadual berlangsung di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) pada 16 November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan negeri, Danny Law Heng Kiang berkata dengan sambutan amat menggalakkan itu, beliau yakin sasaran 70,000 pelari dapat dicapai – sekali gus mengatasi rekod tahun lalu iaitu seramai 50,000 peserta.
“APBIM tahun ini juga dijangka mencipta rekod dunia iaitu maraton terpanjang di jambatan iaitu sejauh 24 kilometer.
“Berdasarkan penyertaan yang kami peroleh, lebih 30,000 pelari yang mendaftar adalah peserta dari luar Pulau Pinang dan penyertaan dari luar negara juga meningkat,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima penajaan di sini, hari ini.
Acara maraton itu dibahagi kepada lima kategori iaitu maraton penuh lelaki dan wanita (42.195km); separuh maraton lelaki dan wanita (21km); 10km lelaki dan wanita; 10km remaja lelaki dan perempuan dan ‘Fun Run’.
Law yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan itu berkata tarikh tutup asal penyertaan bagi semua kategori ialah hari ini tetapi dilanjutkan lagi bagi membolehkan lebih ramai pelari menyertainya.
Maklumat lanjut mengenai perlumbaan itu boleh diperoleh di www.penangmarathon.gov.my. – BERNAMA
TOP
Kontinjen Malaysia Akan Merayu Kes Pingat Emas Wushu
INCHEON – Kontinjen negara masih belum hilang emas pertama yang diraih menerusi atlet wushu Tai Cheau Xuen dalam kategori gabungan nanquan dan nandao pada Sukan Asia ke-17 di sini.
Ketua kontinjen negara Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung dakwaan Majlis Olimpik Asia (OCA) bahawa atlet terbabit gagal ujian doping.
Beliau berkata beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kerana timbul keraguan terhadap ujian air kencing yang dijalankan terhadap atlet berkenaan.
“Dari awal kita telah pertikaikan cara sampel itu dikendalikan. Kita akan kemukakan rayuan kepada CAS secepat mungkin, pada hari ini juga.
“Saya akan jumpa Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) dan pihak ISN dan buat satu rayuan menerusi CAS,” katanya.
Menurut Daniyal, terdapat lima sampel atlet termasuk sampel atlet Malaysia yang dibawa bersama dan beliau tidak menafikan sekiranya berlaku kekeliruan atau kesilapan terhadap keputusan ujian yang dibuat.
“Ia adalah kelewatan yang terlalu lama bermula dengan sampel diambil hingga diserahkan kepada makmal.
“Mereka bagi alasan untuk kumpul sekali, baru hendak dibawa ke makmal untuk dibuat ujian. Kita akan merayu. Kita sudah menemuduga atlet terbabit dan kita dapati beliau tidak bersalah,” katanya.
OCA hari ini memutuskan untuk menarik balik pingat yang dimenangi Cheau Xuen kerana beliau didapati gagal ujian dadah.
Menurut kenyataan pihak penganjur, ujian sampel air kencingnya yang dilakukan selepas pertandingan pada 20 Sept mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Anti Doping Sedunia (WADA). - BERNAMA
TOP
Dua Bekas Pemain Hoki Gagal Saman Malay Mail
KUALA LUMPUR – Dua bekas pemain hoki kebangsaan hari ini gagal dalam saman fitnah mereka terhadap Malay Mail Sdn Bhd dan dua editor berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar itu dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop menolak saman itu yang difailkan dua beradik, Kevinder Singh dan Harvinder Singh, selepas memutuskan bahawa plaintif gagal membuktikan dakwaan mereka terhadap defendan.
Rosilah memerintahkan mereka berdua membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Malay Mail Sdn Bhd, editor Malay Mail Sdn Bhd dan editor sukan Malay Mail Johnson Fernandez.
Kevinder Singh dan Harvinder Singh memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan berhubung artikel yang disiarkan Malay Mail pada 9 Okt 2012, dengan mendakwa artikel itu membawa maksud mereka sebagai pemabuk, melanggar undang-undang dan suka bergaduh serta membawa masalah kepada pasukan hoki kebangsaan.
Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa perkataan dalam artikel itu merujuk kepada mereka kerana hanya plaintif yang merupakan adik-beradik Sikh dalam pasukan hoki Malaysia dan berada dalam penerbangan ke Sydney untuk menyertai Kejohanan Sikh Australia pada April 2012.
Kevinder Singh dan Harvinder Singh menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah. – BERNAMA
TOP
Ada Tiga Sebab Utama Atlet Gagal Ujian Doping – M Jegathesan
Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA), Tan Sri Dr M Jegathesan
INCHEON: Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA), Tan Sri Dr M Jegathesan berkata terdapat tiga jenis punca kegagalan utama seseorang atlet itu dalam ujian doping.
Menurut Jegathesan yang juga bekas jaguh olahraga negara di era 60-an dengan gelaran 'Flying Doctor', sebanyak 1,900 ujian doping sudah dijalankan ke atas atlet yang bertanding di edisi ke-17 Sukan Asia di sini setakat ini.
Hasilnya sehingga hari ini, tiga atlet dan terbaru atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen sudah pun 'tertangkap' kerana gagal melepasi ujian yang dianggap biasa buat ahli sukan bagi mengesan mereka melakukan penipuan.
Jegathesan berkata, ada kes yang membabitkan penipuan serius dengan menggunakan 'pil magis' kerana menjangka ia akan membantu mereka mencatat kemenangan.
"Selain itu, ada juga atlet yang dipaksa oleh jurulatih mereka untuk menggunakan bahan perangsang.
"Dan ketiga ada atlet yang terperangkap kerana 'kedegilan' mereka untuk mengambil ubat dan rawatan untuk kecantikan tubuh badan," katanya.
Dua atlet yang turut gagal ujian doping ialah pemain bola sepak Tajikistan, Khurshed Beknazarov dan pemain soft tenis Kemboja, Yi Sophany.
Sophany dalam pada itu membuat pengakuan kepada OCA dia mengambil sibutramine sebagai salah satu rawatan untuk kecantikan, kata pegawai rasmi sukan di negara itu.
Begitupun, kata Jegathesan , OCA dikatakan tidak akan terpengaruh dengan sebarang alasan dan mematuhi sepenuhnya peraturan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) dan senarai bahan perangsang terlarang.
Jegathesan berkata dalam dua kes sebelum ini, mereka dilaporkan tidak mengambil bahan itu dengan niat.
"Saya tidak fikir ada sebarang niat untuk menggunakan dadah ini untuk menipu," katanya.
"Begitupun, kami tidak boleh membuat pengecualian kepada peraturan ini atas dasar simpati. Kami memiliki kerja untuk dibuat iaitu melindungi atlet yang bersih," katanya.
Menurut OCA, sampel yang diambil daripada Cheau Xuen selepas atlet berusia 24 tahun itu memenangi emas pertama Malaysia diuji mengandungi bahan terlarang iaitu sibutramine.
Sehubungan dengan itu, pingat emas yang dimenangi Cheau Xuen ditarik balik kerana penyertaannya secara serta merta dibatalkan.
Begitupun, Ketua Kontinjen Negara di Incheon, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata pihaknya akan membuat rayuan ke atas keputusan itu. - AFP
TOP
Tidak gentar dengan Akta Hasutan, Aziz Bari hanya jawab soalan
Dr Abdul Aziz Bari tidak terganggu dengan siasatan polis terhadapnya mengikut Akta Hasutan, dan menegaskan beliau hanya menjawab soalan yang dikemukakan hadirin kepadanya semasa sebuah forum mengenai kes menteri besar Selangor.
Profesor undang-undang yang juga pakar perlembagaan itu berkata, beliau menerima panggilan daripada polis hari ini mengarahkannya hadir di Balai Polis Sabak Bernam pada 11 pagi esok untuk direkodkan kenyataan.
Hampir 100 laporan polis dibuat terhadap Aziz ekoran kenyataannya dalam forum itu seperti disiarkan melalui dua artikel berita di The Malaysian Insider.
Artikel berkenaan, "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari" disiarkan pada 1 September dan "Only God, not Sultan, has absolute powers, says legal expert" disiarkan pada 9 September lalu.
Aziz berkata, beliau pernah melalui situasi sama pada 2011 kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu serbuan kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang disifatkannya 'luar biasa dan tidak konsisten'.
Laporan awal The Malaysian Insider menyatakan Aziz bakal menjadi pensyarah undang-undang kedua yang disiasat mengikut Akta Hasutan selepas profesor daripada Universiti Malaya (UM) Dr Azmi Sharom.
"Saya dimaklumkan oleh polis laporan dibuat terhadap saya berhubung beberapa artikel yang memetik kenyataan saya, namun tidak menyatakan secara spesifik," katanya ketika ditemui semasa menghadiri "4th National Conference on Non-Discrimination; Unity and Social Cohesion in Malaysia – Making It Possible" sebagai penceramah di Kuala Lumpur.
Beliau mengakui tidak sedar tentang laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana cuma menjawab soalan audiens semasa forum itu.
"Saya ada kerja dan tugas, saya dianugerahkan keistimewaan ilmu tentang Perlembagaan Persekutuan. Ilmu itu perlu dikongsi bersama," katanya.
Ditanya dirinya akan disiasat lagi mengikut Akta Hasutan, Aziz cuma mengangkat bahunya dan menegaskan semua kenyataannya itu berlandaskan undang-undang.
"Saya ditanya sama ada Sultan Selangor berkuasa mutlak membuat keputusan semasa krisis menteri besar dan saya jawab tidak.
"Saya tidak fikir itu perbuatan jenayah," katanya merujuk isu Sultan Kelantan pada 1991 yang mengkritik dan menyalahkan pemimpin Umno kerana menyebabkan negeri jatuh ke tangan PAS semasa Pilihan Raya Umum (PRU).
"Saya tidak nampak mana-mana wakil atau pemimpin Umno disiasat mengikut Akta Hasutan dari dulu sehingga sekarang," katanya yang pernah menyeru supaya kuasa raja-raja Melayu dihadkan.
Beliau turut menyifatkan siasatan kes terhadapnya merupakan dakwaan berat sebelah kerana tidak pernah mencadangkan supaya kuasa raja-raja Melayu dikurang atau dihapuskan.
"Cara penafsiran undang-undang tidak konsisten, saya tidak pernah panggi Melayu malas," katanya merujuk kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
Dalam artikel "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari", Aziz memberitahu The Malaysian Insider, Sultan terikat dengan Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992 yang menetapkan peraturan bagi Sultan, termasuk menjelaskan peranan kerabat diraja dalam politik.
Artikel kedua "Only God, not Sultan, has absolute powers" pula berdasarkan ucapan Aziz semasa forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) pada 8 September bertajuk "PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju".
Beliau memberitahu hadirin mengikut Perlembagaan, kuasa budi bicara Sultan dalam melantik menteri besar terhad kepada kes Parlimen tergantung.
Aziz berkata, ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes Selangor kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Siasatan polis dijangka tamat hujung minggu ini selepas kenyataan pengadu dan Aziz direkodkan.
Jika didakwa, beliau boleh dipenjarakan 3 tahun dan didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.
Pada 2 September lalu, Azmi didakwa mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya dalam satu portal online tentang krisis Perlembagaan Perak.
Aziz kini menyertai sekumpulan ahli politik pembangkang, aktivis sosial, pensyarah undang-undang, portal berita Malaysiakini dan wartawannya, seorang ustaz yang sama ada didakwa kerana menghasut, berdepan dengan perbicaraan atau sedang disiasat.
Awal bulan ini aktivis Safwan Anang dan Adam Adli Abdul Halim dijatuhkan hukuman 10 bulan dan 12 bulan penjara, kerana kenyataan dibuat dalam sebuah forum pada 13 Mei tahun lepas yang menyeru orang ramai turun ke jalan raya jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Seorang lagi aktivis Ali Abd Jalil berdepan 3 dakwaan menghasut kerana dikatakan menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor di Facebook. Ali dibebaskan semalam selepas ditahan lebih 20 hari.
Jumaat lepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dirakamkan kenyataan oleh polis berhubung laporan polis dilakukan terhadapnya pada 2011, di mana beliau didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat keduanya.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Latheefa Koya mendakwa peguam negara dan ketua polis negara (KPN) memulakan tangkapan dan dakwaan selepas mengadakan pertemuan dengan 60 Ketua Umno Bahagian pada 14 Ogos lalu.
Latheefa mendakwa, KPN dan peguam negara diarahkan Umno berbuat demikian terhadap mana-mana individu yang mengkritik kerajaan. – The Malaysian Insider
TOP
Pemuda Maut Kereta Dipandu Rempuh Pokok
KUANTAN – Seorang pemuda maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya terbabas melanggar sebatang pokok kelapa sawit di Jalan Besar Jengka 23 dekat Maran, malam tadi.
Mangsa, Ning Shi Quan, 22, beralamat di Taman Seroja, Jerantut dan bekerja sendiri itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, nahas pukul 10 malam itu berlaku semasa mangsa memandu dari arah Jerantut menghala ke simpang Temerloh.
“Mangsa yang memandu sendirian itu menuju ke destinasi yang tidak diketahui dan sampai di tempat kejadian dalam keadaan hujan lebat menyebabkan keretanya tiba-tiba hilang kawalan,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, kereta mangsa kemudiannya terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
TOP
Thailand edar gelung tangan untuk jamin keselamatan pelancong
BANGKOK: Menteri Pelancongan Thailand berkata gelung tangan pengenalan diri akan diedarkan kepada pelancong berikutan pembunuhan dua warga Britain awal bulan ini yang menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan.
Menteri Pelancongan dan Sukan Kobkarn Wattanavrangkul berkata beliau sudah mengadakan pertemuan dengan pihak hotel berhubung pengedaran gelung tangan itu bagi membantu pelancong yang hilang atau menghadapi masalah.
"Ketika pelancong daftar masuk ke hotel, mereka akan diberikan gelung tangan dengan nombor siri yang sepadan dengan pengenalan diri mereka dan menunjukkan maklumat tempat penginapan untuk dihubungi sekiranya mereka balik lewat dan sebagai contoh, mabuk atau hilang, mereka boleh dibantu dengan mudah," kata Kobkarn.
MENTERI Pelancongan dan Sukan Kobkarn Wattanavrangkul
Katanya, langkah berikutnya ialah penggunaan peranti pengesan elektronik tetapi ia belum dibincang dengan terperinci. Tambahnya, satu 'sistem buddy', yang meregukan pelancong dengan penjaga tempatan di destinasi pelancongan, juga turut dibincang. Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, dijumpai mati di pantai di pulau selatan Thai, Koh Tao pada 15 September lalu. Kobkarn mengakui idea gelung tangan itu turut mendapat bantahan. "Kebanyakan orang menyambut baik idea itu tapi sesetengah hotel bimbang ada pelancong enggan memakai gelung itu," katanya. - REUTERS

2 Penjual Besi Buruk Didakwa Tipu Lebih RM1.8 Juta
SHAH ALAM – Dua penjual besi buruk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengarah urusan sebuah syarikat untuk menyerahkan cek bernilai lebih RM1.8 juta bagi bayaran bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mac lepas.
S.Mahendran, 35, dan P.Krishnamoorthy, 48, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim G.Ramesh.
Mereka didakwa bersubahat dengan pemilik Syarikat Eagle Services & Solutions, Wan Mahrom Shah Wan Musa menipu pengarah urusan Syarikat Mettube Sdn Bhd, Sukhvinder Singh untuk mempercayai bahawa Syarikat Eagle boleh mendapatkan diskaun dua peratus daripada TNB bagi bil elektrik Syarikat Mettube.
Ini mendorong Sukhvinder Singh menyerahkan sekeping cek bernilai RM1,847,573.18 sebagai bayaran bil elektrik itu kepada Eagle Services.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat Mettube di No. 2, Persiaran Kuala Langat, Seksyen 27 di sini 29 Mac lepas dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Hakim menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dan tarikh sebutan kes pada 17 Okt depan.
Pendakwaan dikendalikan Mohd Raimi Mohd Ramli manakala Mahendran diwakili peguam Suzana Norlihan Alias dan Krishnamoorthy diwakili peguam V.Kumar. – BERNAMA
TOP
Video: Apakah Tujuan Wanita Ini Melanggarkan Dirinya Dengan Kereta?
KOREA SELATAN: Sebuah kereta yang dipasang dengan kamera dashboard telah berjaya merakam satu kemalangan yang cukup aneh yang mana pejalan kaki dengan secara tiba-tiba datang menghempap kepalanya kepada cermin hadapan kereta tersebut.
Melihat kepada video, lelaki tersebut pada asalnya seperti sengaja untuk dilanggar oleh kereta namun apabila kereta tersebut berjaya menekan break maka dia pun berlari dan melanggar pula kereta tersebut.
Kejadian ini dipercayai adalah satu taktik untuk mengugut pemandu kereta dengan mengatakan dia dilanggar ataupun untuk menuntut wang dari syarikat insurans. Bagaimanapun pemandu kereta tersebut amat bernasib baik kerana ada bukti yang bukan dia melanggar lelaki tersebut. ─ Siakapkeli.com

Bank Perlu Kemas Kini Sistem Pengkomputeran ATM
KUALA LUMPUR – Institusi kewangan perlu mengambil inisiatif untuk sentiasa memperkemas sistem pengkomputeran mesin juruwang automatik (ATM) mereka bagi mengelak penjenayah siber melarikan wang di dalamnya dengan mudah.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata sepatutnya pihak bank menyedari keperluan perkembangan teknologi semasa yang sentiasa pesat berubah dan menjadikan sistem pengkomputeran lama mudah rapuh dan diceroboh.
“Terlalu banyak bijak pandai dalam IT (teknologi maklumat) sekarang, maka kita perlu adakan sistem keselamatan mantap bagi mengelak kejadian ini berulang,” katanya yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) kepada Bernama.
Beliau diminta mengulas laporan mengenai sindiket yang dipercayai dari Amerika Latin yang melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta setelah menggodam 17 mesin ATM di Selangor, Melaka dan Johor.
Namun dalam penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka.
Musa berkata kesediaan untuk menaik taraf sistem pengkomputeran adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh diambil lewa.
Katanya pihak bank juga wajar memantau setiap pegawainya kerana dikhuatiri mereka turut terbabit dalam memberi kerjasama kepada sindiket.
“Bagi pihak bank, mereka perlu mengawasi setiap pegawai yang telah diambil bekerja. Sebagai contoh, awasi data kakitangan dan latar belakang mereka,” katanya.
Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar mencadangkan perlu wujud perisian baharu yang boleh mengesan sebarang kecurigaan dalam perisian sedia ada.
“Sebagai contoh, jika terdapat sesuatu transaksi pengeluaran yang kerap berlaku dalam jumlah yang banyak, tanda amaran akan keluar dari sistem berkenaan untuk memaklumkan kepada pihak bank,” katanya.
Akhbar juga mencadangkan agar pihak bank mewujudkan sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat mesin ATM ditempatkan dan dibuat secara tersorok serta rakamannya secara siaran langsung dan dipantau pihak bank.
Baginya kejadian rompakan boleh dielak jika institusi kewangan mengambil inisiatif untuk sentiasa memantau sistem keselamatan terkini bagi mengelak bank daripada mudah diceroboh.
“Apabila sesuatu perisian diperkenalkan, kita perlu lebih ‘tujuh langkah ke hadapan’ bagi mencegah kemungkinan sistem diceroboh.
“Bank-bank tempatan khususnya yang terlibat di bahagian IT, perlu peka apa juga maklumat dan perkembangan IT yang berlaku bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tragedi MH370, MH17 Tarik Perhatian Penerbit Filem
BAIK para penggiat seni tempatan dan luar negara mahupun teater, masing-masing menunjukkan minat untuk mengabdikan memori tragedi pesawat MH370, yang masih hilang, dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, ke dalam hasil karya mereka untuk tontonan umum.
Apatah lagi, perkara berhubung fakta dan misteri yang masih menyelubungi kedua-dua tragedi yang jarak berlakunya hanya tiga bulan sahaja, menjadi perkara utama penerbit dan pengarah akan paparkan untuk menarik penonton menyaksikan hasil kreatif mereka.
Satu treler untuk filem mengenai kehilangan pesawat MH370, “The Vanishing Act: The Untold Story of the Missing Malaysian Plane” disiarkan pada festival filem Cannes. Filem itu dikatakan akan dihasilkan oleh pengarah India, Rupesh Paul, yang dikatakan mendapat ilham daripada tragedi itu, yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Meskipun ramai yang menganggap filem Paul yang menyorot andaian kejadian dalam pesawat MH370 adalah tidak menarik dan masih terlalu awal kerana pesawat itu masih belum dijumpai serta punca kemalangan masih belum dipastikan, sejarah menunjukkan bahawa para penerbit mengambil kesempatan terhadap tragedi yang berlaku untuk menarik penonton ke layar perak atau pentas.
Penerbit mengambil kesempatan keatas tragedi
Sejarah penerbitan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin sekitar 1980-an serta pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 memperlihatkan kisah kehidupan sebenar yang berlaku dalam masyarakat dan berjaya dipersembahkan ke layar perak. Misalnya, teater kisah Natrah arahan Erma Fatima pada 2010 adalah satu lagi hasil sejarah yang kemudian berjaya dialihkan ke sebuah lakonan layar. Natrah memaparkan peristiwa seorang budak perempuan bernama Natrah yang dibela satu keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang warganegara Belanda sehingga mengakibatkan 18 nyawa melayang dan 200 cedera akibat Rusuhan Natrah di Singapura pada 1950. Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif Mohd Rosli berkata tragedi pesawat MH370 dan MH17 tidak mustahil dapat difilemkan oleh pengkarya sekiranya mereka bijak mengolah insiden itu menjadi sebuah fiksyen yang menarik.
Apapun ada had
Menurut beliau, realiti sebenar yang berlaku boleh divisualkan asalkan mendapat kebenaran daripada ahli keluarga, kerajaan atau syarikat penerbangan itu sendiri. “Saya tidak menafikan ramai karyawan yang berminat namun mereka bimbang dengan halangan yang wujud seperti sensitiviti keluarga mangsa tragedi, mengganggu siasatan dan memburukkan nama negara”, katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini. Jurey berkata kerajaan harus memberi galakan yang positif kepada setiap penggiat seni dengan membenarkan tragedi MH370 dan MH17 dilihat dari sudut kemanusiaan supaya penterjemahan kisah benar itu dipersembahkan dari sudut yang menarik. “Contohnya, pengarah boleh menggambarkan keikhlasan sukarelewan yang bekerja siang dan malam, peranan kerajaan yang bersikap positif ketika berdepan dengan keluarga mangsa nahas serta media asing ataupun istiadat penerimaan mayat mangsa yang dilaksanakan dengan penuh tertib”, katanya. Jelas beliau, walau apa bentuk medium yang bakal dipaparkan, namun cerita keperitan, rintihan dan kesedihan ahli keluarga mangsa boleh divisualkan asalkan jalan ceritanya tidak lari daripada kisah sebenar.
Fiksyen
“Bagaimanapun, perlu diingat, pengkarya hanya mengambil 10 peratus daripada kisah sebenar manakala selebihnya adalah melalui fiksyen yang lahir daripada kreativiti pengarah dan pelakon”, katanya. Jurey menegaskan walaupun melibatkan kos yang tinggi namun beliau yakin hasil kerja mengenai tragedi MH370 dan MH17 mampu diangkat sebagai naskah agung serta tidak mustahil mampu menyertai Festival Filem di peringkat antarabangsa pada masa hadapan. Pengarah teater, Khusiary Mahayuddin berkata beliau berminat untuk memindahkan tragedi MH370 dan MH17 ke pentas teater namun memahami kesukaran yang bakal dilalui untuk pementasan itu direalisasikan. Khusairy berkata kualiti skrip yang telah dinilai oleh pihak berwajib perlu dititikberatkan sebelum berani mengambil risiko mementaskan tragedi MH370 dan MH17 dalam konsep ‘monodrama’. Jelas beliau, elemen kemanusiaan dalam tragedi MH370 dan MH17 akan dapat diketengahkan supaya mesej positif dalam kisah itu dapat diluahkan dengan baik.
Teater
“Ini akan dibantu melalui aspek visual, audio, pencahayaan serta kekuatan pelakon itu sendiri menterjemahkan setiap watak dalam teater berkonsepkan kesedihan ini”, katanya. Khusiary berkata menghasilkan teater daripada kisah benar memerlukan kos yang agak tinggi iaitu antara RM30,000 hingga RM50,000 bagi memastikan konsep teater bercorak diingini mencapai matlamat. Pelakon yang sering memegang watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Musly Amir Mohammed Ramli atau Musly Ramlee berkata beliau bersetuju sekiranya tragedi yang menimpa syarikat penerbangan negara divisualkan namun hendaklah dilakukan dalam tempoh lima tahun lagi. Menurut beliau, tempoh itu cukup bagi mengembalikan semula ingatan kepada masyarakat terhadap peristiwa yang meninggalkan detik hitam kepada rakyat negara ini. “Tidak sesuai jika pembikinan filem, drama atau teater dilakukan sekarang, kerana waris mangsa masih bersedih atas kehilangan orang yang tersayang, biarlah ketika ini situasi waris diutamakan”, katanya. Musly, yang sudah 20 tahun ‘menjelmakan’ watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di dalam dirinya, berkata, menghidupkan watak individu yang telah meninggal dunia memerlukan cabaran dari segi mental kerana tidak semua orang akan menyukainya. – BERNAMA

Warga Singapura Dipenjara Sehari Kerana Rasuah
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Singapura dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah cuba merasuah seorang pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tahun lalu.
Tan Choon Kiat, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Pada 7 Mei tahun lalu, tertuduh didakwa cuba memberi rasuah kepada pegawai SPAD, Asmadi Mat sebanyak 1,250 dolar Singapura (RM3,216) di sebuah restoran di Taman Daya di sini pada pukul 4.10 petang sebagai dorongan untuk melepaskan dan tidak dikenakan tindakan mahkamah terhadap sebuah bas persiaran yang disita suruhanjaya itu.
Bas berkenaan telah disita SPAD selepas menurunkan penumpang di Tuas pada 25 April tahun lalu atas kesalahan menjalankan pengangkutan awam tanpa permit dan mempamerkan permit palsu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama. – BERNAMA
TOP
Tikus Ditemui di Celah Sayur di Aeon Mid Valley
Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Chiah Yoke Fong baru-baru ini telah memuat naik status bersama dengan dua keping gambar tikus yang dilihat bersembunyi dicelah-celah sayuran di sebuah pasaraya Aeon Di Mid Valley.
Menurut apa yang dikatakan oleh Chiah Yoke Fong, dia telah memberitahu perkara itu kepada salah seorang pekerja Bangladesh di sana. Dia kemudiannya berkeras supaya pekerja itu menelefon pegurusnya. Tetapi pekerja Bangladesh itu cuma menyuruh seorang pekerja melayu perempuan di kaunter untuk melihat tikus tersebut.
Tambah Chiah Yoke Fong lagi, pekerja-pekerja itu tidak kelihatan seperti terkejut melihat tikus terbabit dan tidak meminta maaf pun atas isu kebersihan di situ.
Jika benar apa yang didakwa Chiah Yoke Fong ini, rasaya pihak berwajib perlu diambil tindakan tegas! Maklumlah, tikus ni air kencingnya sangat merbahaya. Entah berapa ramai dah 'terkongsi' sayur dengan tikus-tikus dalam Aeon tu
- SiakapKeli.com

Video: Rakaman Kejadian Curi Motosikal di Gombak pada 27 September
SELANGOR: Sebuah motosikal telah dicuri oleh sekumpulan lelaki di kawasan parkir yang terletak di hadapan sebuah hotel, Batu Cave berhampiran dengan pasaraya Giant berhadapan dengan lebuh raya MRR2 pada 27 September lalu.
Kejadian tersebut bagaimanapun telah berjaya dirakam oleh CCTV hotel berkenaan. Kejadian tersebut yang dilakukan oleh 4 orang lelaki bermotosikal telah mengambil masa 4 minit untuk mencuri motosikal berkenaan.
Berdasarkan video, kumpulan pencuri tersebut telah datang dengan peralatan yang lengkap yang dipercayai sudah bertujuan untuk mencari kenderaan yang akan dicuri.
Video di bawah telah dihantar oleh keluar mangsa kepada Siakapkeli.com mudahan-mudahan ada diantara pembaca yang kenal ataupun mempunyai maklumat kecurian berkenaan dan boleh membuat laporan di balai polis berdekatan. ─ Siakapkeli.com
Post by Siakap Keli.

Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM Bukan Untuk Kursus Jangka Panjang
Idris Jusoh (dua, kanan) melancarkan Sekolah SONO Pusat Perubatan Universiti Malaya-Samsung di Petaling Jaya pada Rabu. -fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan tidak pernah membenarkan mana-mana institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan kursus jangka panjang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata keputusan peperiksaan percubaan SPM itu hanya boleh diguna untuk kursus jangka pendek seperti muzik dan Bahasa Inggeris. "Kementerian tidak pernah halang IPTS guna keputusan peperiksaan percubaan itu untuk kursus jangka pendek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sekolah SONO Pusat Perubatan Universiti Malaya-Samsung (UMMC-Samsung SONO School) di pusat perubatan itu di sini, Selasa. Beliau mengulas laporan media mengenai rungutan ibu bapa berhubung tindakan kementerian yang melarang penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program pra-universiti dan asasi di IPTS bermula 2015. Idris berkata rasional melarang IPTS menggunakan keputusan percubaan SPM adalah untuk memastikan kursus yang ditawarkan berkualiti serta mematuhi piawaian ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). "Ini penting kerana kita mahukan IPTS dan kursus yang ditawarkan mempratik amalan terbaik, kerana MQA ini berkolaborasi dengan agensi berkaitan di seluruh dunia," kata Idris. Menjelas lanjut, beliau berkata surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua IPTS pada 23 Mei lepas, sekali gus menafikan dakwaan segelitir pihak bahawa kementerian telah membuat keputusan secara terburu-buru berhubung isu berkenaan. "Ia bukan kejutan atau perkara baharu kepada IPTS kerana mereka sudah tahu lebih awal dan sangat faham tentang larangan menggunakan keputusan percubaan peperiksaan SPM untuk kursus jangka panjang. "Saya tak faham kenapa perlu ada polemik dalam isu ini," tegasnya. Mengenai UMMC-Samsung SONO School, Idris berkata ia merupakan satu contoh kerjasama terbaik antara pihak industri dengan universiti bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran kerja. "Mereka yang ada di dalam industri mempunyai lebih banyak pengetahuan berbanding pihak universiti termasuk daripada segi keperluan. Perkembangan teknologi telah menyebabkan ada rasional universiti mencipta jalinan kerjasama dengan industri supaya tidak ketinggalan dan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa," kata menteri itu. Idris berharap konsep pembelajaran di universiti dapat dikaji semula dengan menekankan kepada pendekatan "dua campur dua" iaitu dua tahun pengajian di IPT dan dua tahun lagi bagi latihan dalam industri. Ini bagi memastikan apabila pelajar menamatkan pengajian, mereka mempunyai daya saing yang relevan dan memenuhi keperluan pasaran kerja sama ada dalam atau luar negara, katanya. - mstar

Tiada Militan IS Ke Iraq Melalui Malaysia - Duta Iraq
Pejuang Kurdis berkawal berhadapan dengan kedudukan kumpulan militan IS di Kirkuk, 290 kilometer utara Baghdad, Iraq.
KUALA LUMPUR: Tiada 'pejuang jihad' Negara Islam (IS) yang memasuki Iraq secara terus menerusi Malaysia, kata Duta Iraq ke Malaysia, Prof Dr Basim Hattab Al-Tumma. Beliau berkata, ini kerana kedutaan tersebut mengenakan protokol memproses visa yang sangat ketat bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang memasuki negara tersebut dan menyertai pejuang IS. Visa hanya dikeluarkan kepada pegawai kerajaan dan kakitangan Petronas yang bekerja dalam industri minyak dan gas di Iraq, katanya kepada Bernama. Dr Basim berkata Iraq juga merasa prihatin sebagaimana kerajaan Malaysia dan tidak mahu melihat pemuda Malaysia diseleweng untuk menyertai pergerakan jihad yang bertentang dengan Islam. Beliau berkata, ia dapat membantu sekiranya Malaysia membuka semula kedutaan di Baghdad, agar boleh memantau rakyat Malaysia di Iraq. Kini kedutaan Malaysia di Jordan turut meliputi Iraq. Dr Basim berkata, bertentangan dengan laporan media, kerajaan Iraq menguasai penuh keadaan di utara negara itu dan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) hanya terbatas di kawasan kecil berdekatan Mosul. "Kemaraan mereka menuju Baghdad telah dapat disekat," katanya. Beliau berkata, polisi negaranya kini ialah mengeratkan hubungan dengan semua negara dunia. "Perlembagaan baharu kami tidak mendiskriminasi golongan syiah, sunah, kristian dan yahudi serta membenarkan rakyt kami bebas beragama," katanya. Dr Basim berkata, Iraq akan memainkan peranan penting dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membantu menyatutupadukan masyarakat Islam. Beliau berkata negaranya turut menggalakkan syarikat Malaysia menyertai pembangunan di Iraq. "Kami mahu melaksanakan projek pembangunan infrastruktur besar dan syarikat Malaysia boleh mengambil manfaat daripadanya," tambah beliau. Kini hanya Petronas yang aktif menyertai sektor petro-gas di Iraq. - mstar

Seorang Maut Kren Tumbang Di Genting Highlands
Lokasi kejadian yang mengakibatkan warga Myanmar maut di tapak binaan di Genting Highlands.
PETALING JAYA: Seorang buruh warga asing maut apabila kren yang mengangkut besi perancah terbalik di tapak pembinaan di Genting Highlands, pada petang Isnin. Menurut Twitter Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kren yang sedang beroperasi di tapak pembinaan hotel dan taman tema itu sedang mengangkat alatan 'scaffolding' dan terbalik. "Besi 'scaffolding' menimpa pekerja binaan yang maut," tulis CIDB di laman Twitternya. Warga asing yang mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan itu dikenali sebagai Shonah Ahmad Zafar. Mangsa yang berada pada kedudukan berhampiran jentera berat itu maut akibat kejadian itu. Ketika kejadian, kren itu dikendalikan warga tempatan yang kompeten dan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta memiliki kad hijau. "Kontraktor utama, Bluebros sah sebagai kontraktor G7. Sub kontraktor yang terlibat sedang dalam siasatan kerana disyaki tidak berdaftar dengan CIDB." Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menerusi Twitter berkata, telah mengarahkan siasatan lanjut dijalankan terhadap insiden tersebut. Sementara itu, polis pihak berkuasa ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan masih menjalankan siasatan kejadian itu. - mstar

30 Anggota PPS Dilanjutkan Tempoh Ikat Jamin
-foto Chan Boon Kai/THE STAR
GEORGE TOWN: Kira-kira 30 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang pada Selasa untuk dilanjutkan tempoh ikat jamin. Mereka adalah antara 157 orang yang ditahan semasa perarakan Hari Kemerdekaan di Esplanade bulan lepas. Tempoh jaminan telah dilanjutkan sehingga 29 Oktober. - mstar

Penternak Ikan Dalam Bahaya Jika Wang Tebusan Tidak Dibayar Segera
Chin Pek Nyen (kanan) isteri kepada mangsa culik, Chan Sai Chiun memegang anak saudaranya di Kunak.
KOTA KINABALU: Isteri kepada penternak ikan yang diculik, bimbang nyawa suaminya Chan Sai Chuin kini dalam bahaya. Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang menahan lelaki berusia 32 tahun itu di lokasi yang tidak didedahkan di pulau Jolo semakin tidak sabar dan menuntut wang tebusan dibayar serta-merta untuk dia dibebaskan atau berdepan kemungkinan mati. Lelaki bersenjata memberitahu isterinya Chin Pek Nyen, 42, bahawa masa yang cukup telah diberikan kepadanya untuk menyediakan wang tebusan sejumlah RM3 juta dan sebarang kelewatan akan meletakkan suaminya dalam bahaya. "Mereka beritahu suami saya sedang sakit dan hampir mati. "Saya tak tahu adakah ia benar tetapi saya sangat takut," kata Pek Nyen, sambil menambah kumpulan lelaki bersenjata telah membenarkan suaminya menghubunginya beberapa kali. "Ia seperti meletakkan pertaruhan terhadap kehidupan suami saya," katanya, sambil menambah dia sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan orang ramai bagi mendapatkan wang pembebasan suaminya. "Saya hanya mampu meminjam kira-kira RM100,000 daripada rakan-rakan dan saudara-mara setakat ini. Saya tidak boleh mendapatkan lebih daripada itu," kata Chin ketika dihubungi. Bagaimanapun, Pek Nyen berharap kerajaan Malaysia dan Filipina akan membantu dalam mendapatkan pembebasan suaminya. Sai Chuin telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf dari sebuah sangkar ikan di Kunak pada 16 Jun. Anggota polis marin Konstabel Zakiah Aleip, 26, telah diculik kira-kira sebulan kemudian di Semporna. Difahamkan lelaki bersenjata yang menculik Zakiah menuntut sehingga RM5 juta untuk pembebasannya. Rundingan melalui pengantara menghadapi jalan buntu kerana tuntutan wang tebusan yang tinggi.- mstar

No comments:
Post a Comment