TOP
Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan Perlu Penglibatan Semua Kaum - Muhyiddin
Muhyiddin hadir ke pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa.
PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu seluruh masyarakat supaya sama-sama menjayakan Dasar Bahasa Kebangsaan bagi mamastikan hasrat kerajaan menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan tercapai. "Tahun demi tahun saya perhatikan bahawa nilai bahasa kebangsaan berbeza-beza pada golongan tertentu sehingga hasrat kita (kerajaan) untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan belum benar-benar berjaya." kata timbalan perdana menteri. Beliau berkata keadaan itu berlaku disebabkan ada perbezaan nilai bahasa kebangsaan antara golongan tertentu. "Justeru itu, saya menyeru semua warganegara tanpa mengira asal keturunan supaya memberi nilai yang tinggi kepada bahasa kebangsaan dan bersama-sama memajukan bahasa dan persuratan kebangsaan," katanya ketika berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa. Hadir sama ialah Penasihat Sosiobudaya kepada kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Awang Sariyan. Bagi memastikan bahasa kebangsaan benar-benar menjadi milik seluruh warganegara, Muhyiddin menyarankan supaya sinergi DBP dengan pelbagai persatuan dan institusi pelbagai keturunan terus ditingkatkan, sekaligus menyumbang kepada pemerkasaan bahasa. Timbalan perdana menteri turut menarik perhatian bahawa penggunaan bahasa kebangsaan di kementerian-kementerian dan kerajaan negeri juga perlu terus dipertingkatkan, khususnya dalam aspek mutu bahasa. Muhyiddin berkata walaupun secara umum penggunaannya adalah meluas, namun laporan awal Program Audit Bahasa Melayu yang dijalankan DBP sejak tahun lepas menyimpulkan penggunaannya dalam urusan rasmi masih perlu ditingkatkan. Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan penggunaan nama tidak bersifat kebangsaan bagi taman perumahan, gedung perniagaan atau institusi dalam konteks pembinaan citra kebangsaan. Untuk itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih bersungguh-sungguh menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pengiklanan yang antara lain mewajibkan keutamaan bahasa kebangsaan pada iklan, nama perniagaan, nama tempat, nama bangunan dan paparan yang lain, katanya. Muhyiddin berkata, saranan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 4 Mac lepas yang memutuskan sesuatu paparan di tempat awam, baik oleh pihak swasta atau agensi kerajaan, hendaklah mendapat pengesahan dan sijil kelulusan daripada DBP terlebih dahulu, khasnya dalam aspek bahasa. Timbalan Perdana Menteri berkata, cabaran untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang mewakili ilmu dan pemikiran menjadi semakin sukar dengan kewujudan media baharu yang cenderung untuk bebas daripada norma adab, akhlak dan bentuk bahasa yang tidak terkawal. Selain memupuk budaya berbahasa yang santun, media juga perlu memainkan peranan sebagai agen masyarakat atau sosialisasi melalui penggunaan bahasa yang bermutu dan teratur. Menyentuh peranan utama bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan, Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata kerajaan telah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), yang antara lain menekankan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penyampaian dalam pengajaran. Beliau berkata, dalam memastikan bahasa kebangsaan dikuasai dengan baik dan setara antara pelajar Melayu dan bukan Melayu, penyelarasan sukatan pelajaran dan bahan pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan telah dimulakan. "Untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kerajaan telah melancarkan Pelan Memperkasa Bahasa Kebangsaan di IPT pada 2011, di mana audit dari segi peratusan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar kuliah dilakukan Kementerin Pendidikan, DBP dan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) bagi memastikan semua IPT memperkasa bahasa kebangsaan seperti yang digariskan dalam PPPM," katanya. - mstar

Kim Jong Muncul Semula Setelah Lima Minggu Hilang
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang sebelum ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana tidak kelihatan di banyak majlis negara atau di pandangan rakyat negara itu selama lebih sebulan, kembali muncul di khalayak ramai, lapor media tempatan.
Agensi Berita Korea Utara (KCNA) hari ini melaporkan tentang kemunculan Jong Un yang sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehilangannya. Dalam gambar yang disiarkan, pemimpin itu kelihatan memakai tongkat dan daripada riak wajahnya tidak menampakkan sebarang unsur ‘sedang menanggung kesakitan’
Berita tersebut menyiarkan gambar Jong Un yang sedang meninjau kawasan kediaman yang baru dibangunkan dan kemudiannya melaporkan tentang lawatan beliau ke Institut Tenaga Semulajadi, Akademi Sains Negara.
‘Misteri’ kehilangan Jong Un bermula selepas tidak kelihatan sejak kali akhir dilihat menghadiri sebuah konsert bersama isterinya pada 3 September lalu.
Sebelum kehilangannya selama kira-kira lima minggu, Jong Un dilaporkan berjalan terhincut-hincut hingga menguatkan andaian ramai yang mengaitkannya dengan masalah berat badan ataupun gout.
Kemuncak tanda tanya mengenai ketiadaan Jong Un adalah apabila kelibatnya tidak kelihatan dalam acara penting Jumaat lalu iaitu sambutan ulang tahun ke-65 Parti Buruh Korea Utara. Dia juga tidak muncul di Istana Kamsusan di Pyongyang untuk memberi penghormatan kepada ayah dan juga datuknya.
Antara spekulasi yang kuat berhembus semenjak Jong Un menyepi tanpa khabar itu adalah mengenai perubahan kuasa dalam hierarki dan juga isu kesihatan.
Dr. Kim So-Yeon, yang merupakan bekas doktor peribadi kepada datuk Jong Un, Kim Il Sung, berkata bahawa Jong Un mewarisi beberapa gangguan kesihatan termasuk masalah psikologi dan sejarah obesiti.
Dalam pendedahan So-Yeon kepada CNN, kedua-dua Kim Il Sung dan bapa Jong Un, Kim Jong Il, pernah menderita penyakit diabetes, jantung dan tekanan.
Melalui gambar terbaru yang disiarkan KCNA itu, So-Yeon memberitahu bahawa bengkak pada wajah pemimpij itu berpunca daripada pengambilan ubat penahan sakit. Dia juga berspekulasi bahawa Jong Un mengambil suntikan hormon. - Astro Awani
TOP
Harga Menakjubkan Bagi Kereta Elektrik Pertama Malaysia
CYBERJAYA: Kereta elektrik(EV) pertama Malaysia bakal dilancarkan pada 2017, sama ada oleh Proton Holdings Bhd atau pembuat kereta tempatan yang lain, dengan harga yang amat menakjubkan iaitu kurang dari RM100,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) , Madani Sahari berkata harga sebegitu rendah tidak mustahil kerana keseluruhan projek, termasuk pembinaan infrastruktur dan pengeluaran bateri lithium-ion boleh dihasilkan secara tempatan.
Beliau berkata Proton kini sedang membangunkan EV mereka dan akan menghasilkan prototaip menjelang akhir tahun depan.
"Proton dijangka memperkenalkan EV pertama pada akhir 2016 atau awal 2017 kerana ia biasanya mengambil masa kira-kira setahun untuk menguji prototaip sebelum kereta itu memasuki fasa pengeluaran," kata Madani selepas sidang akhbar di 2015 Automechanika Kuala Lumpur, di sini , semalam. - SiakapKeli.com
TOP
Penoreh getah mengaku tidak salah liwat isteri
Tertuduh dibawa keluar dari perkarangan mahkamah selepas dituduh meliwat isteri sendiri.
TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meliwat isteri sendiri. Tertuduh dituduh meliwat isterinya di rumah mereka kira-kira jam 2 pagi 7 Oktober lalu. Tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Lelaki terbabit yang berusia 48 tahun dan mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama isteri ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh selepas isterinya membuat laporan polis. Berdasarkan laporan, kejadian itu bukan kali pertama sebaliknya sudah beberapa kali berlaku tanpa kerelaan isteri. Mangsa bekerja sebagai buruh am membuat laporan polis selepas mendakwa mengalami tekanan akibat kejadian itu. Hakim Jamaludin Mat memerintahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 selepas tertuduh merayu wang jaminan dikurangkan sebelum menetapkan 13 November depan sebagai sebutan semula kes. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. - sinar

Anak dalam pelukan mayat bapa
Jenazah Ellyas dituntut oleh ahli keluarganya untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Cahaya Masai
JOHOR BAHRU – Malang tidak berbau apabila seorang lelaki dan anak tirinya berusia empat tahun, maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas di Kilometer 7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, di sini, kira-kira 5 pagi semalam.
Lebih tragis di lokasi, Ellyas Salleh, 33 yang meninggal dunia serta merta di tempat kejadian masih mendakap erat anak tirinya, Julia Alfiana Nasyirah Agi Kasumi yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal. Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang masak kantin mahu melintas jalan bersama anak tirinya dari arah Kampung Dato Sulaiman Menteri, namun dilanggar sebuah kereta. “Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak kira-kira lima meter ke lorong tiga dari pembahagi jalan dan si bapa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian. “Manakala anak tirinya yang turut mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah pada jam 12 tengahari,” katanya. Sulaiman berkata, pemandu kereta turut mengalami kecederaan kecil di bahagian tangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Pejalan kaki perlu lebih prihatin dan tidak melintas jalan sesuka hati terutamanya di persimpangan yang mempunyai lampu isyarat. “Pejalan kaki dinasihatkan menggunakan laluan pejalan kaki atau n lintasan yang dikhaskan bagi mengelakkan kemalangan berlaku,” katanya. Sementara itu, ibu mangsa, Zuraina Hashim, 50, berkata, dalam kejadian itu anaknya bersama isteri, Wati Damam, 29, dan anak mereka ingin menaiki teksi untuk bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah di Pasir Gudang. “Makcik dapat panggilan telefon dari menantu pada kira-kira jam 5.10 pagi dan beritahu suaminya maut selepas dilanggar kereta manakala Julia kritikal dan telah di bawa ke hospital. “Sebelum kejadian itu, Wati terlebih dahulu sudah melintas jalan, namun terkejut apabila mendapati suami dan anak yang didukungnya sudah tidak sedarkan diri. “Pada ketika itu Elyas masih memeluk Julia yang masih nyawa-nyawa ikan,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan Klinik Waqaf Annur Pasir Gudang di sini. - Sinar

BNM perkenal reformasi kad pembayaran
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan kertas konsep mengenai Rangka Kerja Pembaharuan Kad Bayaran untuk perundingan awam, bagi menyediakan industri kad pembayaran yang cekap, telus dan berdaya saing.
Ini sejajar dengan mandat berkanun BNM mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, serta cadangan-cadangan yang digariskan dalam pelan induk sektor kewangan.
Rangka kerja ini bermatlamat memastikan sebarang peningkatan dalam kos penerimaan daripada kad-kad pembayaran adalah munasabah dengan mewujudkan mekanisme yang objektif dan telus untuk pemulangan yuran dalam kalangan peserta dalam industri kad pembayaran.
Bagi melengkapkan mekanisme, rangka kerja itu antara lain turut memperkenal langkah-langkah bagi menggalakkan penggunaan dan penerimaan meluas kad pembayaran berkos efektif melalui penggunaan isyarat harga yang betul dan mengupayakan pedagang.
Orang ramai, penggiat industri dan pihak berkepentingan, dipelawa memberikan ulasan bertulis mengenai kertas konsep itu kepada payment@bnm.gov.my sebelum 10 November 2014. - Bernama
TOP
Pertempuran tercetus di al-Aqsa
Rejim Zionis mengasari seorang wanita yang cuba memasuki al-Aqsa, semalam. Foto: AFP
< 1 / 1 >
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Satu pertempuran tercetus antara penduduk Palestin dan polis Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa, menurut pihak berkuasa, semalam.
Insiden terbaharu itu dipercayai berlaku selepas sekumpulan pemuda Palestin membantah rancangan rejim Zionis yang membenarkan penganut Yahudi Ortodoks memasuki al-Aqsa untuk melakukan upacara keagamaan mereka.
Mereka berpendapat tindakan biadab itu sebagai cubaan mencemari kesucian masjid tersebut yang pernah menjadi kiblat pertama orang Islam.
Saksi mendakwa pihak berkuasa Israel turut menggunakan bom tangan pegun dan peluru getah serta melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan protes terbabit.
Difahamkan, orang bukan Islam dibenarkan untuk melawat al-Aqsa, namun penganut Yahudi tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang upacara keagamaan kerana dikhuatiri akan mencetuskan konflik lebih besar di Baitulmaqdis Timur.
Menurut Press TV, Tel Aviv mengumumkan rancangan baharu mereka untuk merampas tanah milik penduduk Palestin di kampung al-Khader di Baitulaham, Tebing Barat.
Susulan daripada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bertindak mengecam keputusan itu yang disifatkan sebagai provokasi untuk membangkitkan kemarahan penduduk Palestin.
- Sinar
TOP
Pelancongan angkasa lepas
INDUSTRI pelancongan kini melangkah setapak lagi dengan menawarkan percutian ke angkasa lepas selepas angkasawan Rusia, Yuri Gagari menjadi manusia pertama menyertai penerbangan bersejarah yang menjadi lambang kemajuan sains dan teknologi pada 1961.
Sejajar dengan usaha itu, firma swasta kini berlumba-lumba menyediakan perkhidmatan terbaik kepada mana-mana individu berkemampuan yang mahu merasai pengalaman melancong ke angkasa lepas dengan menaiki pesawat komersial yang berkelajuan seperti roket.
Mereka akan dibawa menaiki pesawat suborbital sehingga berada pada ketinggian kira-kira 100 kilometer (Garisan Karman) sebelum kembali ke bumi.
Ia turut memberi peluang kepada pelancong merasai keajaiban angkasa lepas termasuk pengalaman graviti kosong dalam tempoh beberapa minit.
Pakej pelancongan yang bernilai jutaan ringgit pula memberi peluang kepada individu untuk terbang lebih tinggi ke orbit rendah bumi dan berkunjung ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Perkembangan rancak industri pelancongan angkasa tersebut dilihat bakal memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat kerana kos percutian terbabit dikatakan akan menjadi lebih murah berbanding sebelum ini. - Sinar
TOP
Trek atas bumbung
SEBUAH sekolah rendah di Tintai di wilayah Zhejiang, China terpaksa membina trek olahraga di atas bumbung kerana kekurangan tanah di sekitar sekolah itu.
Guru Besar sekolah tersebut, Qiu Tianguo berkata, pembinaan trek 200 meter itu adalah untuk memenuhi keperluan 1,600 pelajar untuk subjek pendidikan jasmani lapor Daily Mail.
Bagi memastikan keselamatan pelajar, ia dibina dengan tiga lapisan pelindung di mana lapisan paling luar adalah dinding kaca setinggi 1.8 meter, dan bahagian paling dalam berdekatan trek setinggi 1.2 meter.
Selain itu, terdapat juga beberapa kamera pengawasan bagi memantau aktiviti pelajar.
Menurut ketua arkitek Ruan Hao, keadaan atas tanah yang terhad tidak memberi ruang cukup kepada pelajar untuk membuat latihan di luar kelas. Justeru pihaknya memilih untuk mencuba konsep baharu iaitu taman permainan dan trek tidak semestinya berada di atas tanah.
Reka bentuk berkenaan telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia setelah mewakili China ke Pameran Senibina Vanice ke-14 tahun ini. - Sinar
TOP
Cakera bibir terbesar dunia
KETIKA sekumpulan kru filem dari Australia diketuai sinematografer Abrahem Joffe membuat penggambaran di sebuah kawasan terpencil selatan Ethiopia, mereka menemui seorang gadis yang mempunyai cakera bibir terbesar di dunia.
“Ketika kami sedang membuat lawatan bersama beberapa pemandu tempatan, kami menemui gadis yang sangat aneh. Saya adalah seorang peminat Rekod Dunia Guinness dan saya tahu apa yang dilihat adalah sesuatu yang luar biasa,”katanya kepada Mail Online .
Ataye Eligidagne, 20, memiliki cakera bibir dengan ukur lilit 60 sentimeter (cm) dan diameter 20 cm, iaitu dua kali lebih besar daripada saiz purata cakera bibir. Ukuran tersebut sekali gus mengalahkan Rekod Dunia Guinness sebelum ini dengan diameter 15 cm.
Difahamkan, baru-baru ini kerajaan Ethiopia mengambil langkah untuk mengharamkan penggunaan cakera dan kekerapan generasi muda yang menggunakan cakera tersebut juga semakin berkurangan. - Sinar
TOP
Bekas pesakit kanser tulang jadi model
SEORANG bekas pesakit kanser tulang dari Hastings di Timur Essex, England berjaya mendapatkan kontrak sebagai model.
Elesha Turner, 20, dikesan menghidap kanser pada 2013 dan doktor memberi amaran bahawa kakinya mungkin terpaksa dipotong.
Bagaimanapun, kecekalan Turner berjaya menyelamatkan kakinya dan kini beberapa tulang di bahagian paha termasuk lutut terpaksa dibuang dan digantikan dengan titanium.
Elesha berkata, ketika dia mula-mula didiagnosis menghidap kanser, hidupnya umpama sudah berakhir.
Namun, selepas melakukan pembedahan hidupnya kembali ceria apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit itu.
"Bukan mudah bagi saya berhadapan dengan situasi ini. Selepas pembedahan, saya terpaksa menunggu selama dua minggu sebelum doktor mengesahkan saya bebas daripada kanser," katanya kepada Daily Mail .
Menurut Elesha, impiannya memang mahu menjadi seorang model namun tidak memiliki ketinggian yang mencukupi.
Tuah gadis cantik ini akhirnya menjelma apabila dia terbaca satu artikel mengenai sebuah syarikat yang mencari model daripada kalangan orang kurang upaya.
"Selepas membaca artikel itu, saya terus menghubungi syarikat itu dan lulus uji bakat.
"Kini, saya bakal menjadi penghias dan model kepada kempen syarikat tersebut," katanya.
Kata Elesha lagi, dia mahu menjadi contoh dan inspirasi kepada bekas pesakit kanser untuk menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. - Sinar
TOP
Datuk letak bom palsu
Bom palsu yang diletakkan oleh William James Harkin di hadapan pejabat Jabatan Tenaga Kerja dan Pencen Britain (DWP) di Middleton.
GARA-gara berang kerana wang pencen dipotong, seorang lelaki warga emas bertindak meletakkan bom palsu di hadapan pejabat Jabatan Tenaga Kerja dan Pencen Britain (DWP) di Middleton. William James Harkin, 54, melakukan perbuatan itu sebagai tindakan membalas dendam kerana tidak berpuas hati selepas DWP memotong dan membekukan akaun miliknya lapor Mirror . Selepas itu, Harkin menghubungi balai polis berhampiran dan tidak lama kemudian unit pemusnah bom dihantar ke tempat kejadian. Selepas mengetahui bom berkenaan palsu, Harkin dipanggil bagi memberi keterangan sebagai saksi bagaimanapun ketika disoal-siasat, polis mendapati kenyataannya meragukan. Akibat perbuatannya itu, Harkin berdepan hukuman penjara dua tahun dan didakwa cuba mencetuskan panik dan terlibat dalam aktiviti keganasan. Insiden tersebut berlaku sehari selepas ulang tahun memperingati mangsa pengeboman Manchester pada 1996. - Sinar

Goncang bayi sampai mati
Kacey mati selepas digoncang teman lelaki ibunya.
TIDAK berhati perut dan berhati binatang. Itulah gelaran sesuai diberikan kepada seorang lelaki selepas dia menggoncang bayi teman wanitanya sehingga mati dalam satu kejadian di Blackpool, England, baru-baru ini. Connor Gibson, 23, didapati bersalah selepas membunuh Kacey Hambleton yang baharu berusia dua bulan. Hasil bedah siasat mendapati, kecederaan dialami bayi malang itu menyamai impak kemalangan kereta. Menurut fakta kes, Gibson menyerang Kacey selepas dipercayai berselisih faham dengan teman wanitanya, Louise. Selepas menyerang mangsa, Gibson menghubungi talian kecemasan dan mereka cerita bahawa bayi itu terjatuh ketika dia mahu memandikannya lapor Mirror . "Saya meninggalkan Kacey di dalam bilik mandi buat seketika, kemudian saya terdengar bunyi dentuman. Apabila saya masuk semula, dia sudah berada di atas lantai dan sukar bernafas," kata Gibson kepada petugas paramedik. Kacey koma selama beberapa bulan sebelum disahkan meninggal dunia, Sabtu lalu. Sementara itu, bapa kandung Kacey, Russell Hambleton, 27, dalam satu kenyataan berkata seluruh keluarga meratapi kehilangan puteri kesayangannya. "Hati saya seperti dirobek. Kacey pergi meninggalkan kami dalam waktu yang cukup singkat," katanya. Atas kesalahannya itu, Gibson dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun. - Sinar

Euro 2016: Martin Odegaard Catat Rekod Pemain Paling Muda Wakili Negara Pada Usia 15 Tahun
Martin bersiap sedia untuk masuk ke padang sebagai pemain gantian dalam perlawanan Norway menentang Bulgaria yang berlangsung awal pagi Selasa, 14 Oktober 2014 dalam pusingan kelayakan Euro 2016.
> Pemain Norway, Martin Odegaard catat sejarah baru Eropah apabila dia masuk sebagai pemain gantian
> Dia hanya berusia 15 tahun 300 hari
> Pemain remaja ini pernah menerima latihan di akademi Manchester United
> Bayern Munich, Barcelona and Real Madrid mengetuai saingan untuk dapatkannya
PEMAIN remaja berusia 15 tahun, Martin Odegaard mencatat rekod baru Kejohanan Negara-Negara Eropah apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian dalam perlawanan pusingan kelayakan menentang Bulgaria yang menyaksikan Norway menang 2-1 awal pagi tadi.
Odegaard yang pernah berlatih di akademi bolasepak Manchester United, hanya berusia 15 tahun 300 hari ketika dia dimasukkan untuk mengantikan Mats Moller Daelhi pada minit ke-63 perlawanan sekaligus mencatat sejarah sebagai pemain termuda yang pernah diturunkan dalam kejohanan ini yang bermula pada tahun 1960. Rekod sebelum ini disandang oleh pemain Iceland, Sigurdur Jonsson yang bermain dalam Euro 1984 pada usia 16 tahun dan 251 hari. Odegaard kini menjadi pemain paling muda yang mewakili skuad senior negara di benua Eropah. Dia kini dilabelkan sebagai Lionel Messi baru dan menjadi buruan Bayern Munich, Barcelona dan Real Madrid. Selain pernah berlatih di Manchester United, dia juga pernah menjalani latihan di Bayern, Stuttgart dan Borussia Dortmund. Kini dia bermain untuk skuad remaja kelab Norway Stromsgodset. Sebelum ini Odegaard membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang UAE pada 27 Ogos lalu. Norway kini menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan H di bawah Itali dan Croatia dengan memungut 6 mata. Mereka telah bermain tiga perlawanan dengan menang dua dan kalah satu. - mstar

Lewis Hamilton, Nico Rosberg Dan 700 Staf F1 Mercedes Terima Bonus RM50,000 Seorang
> Pasukan Mercedes-Petronas merangkul kejuaraan pasukan bagi musim 2014
> Kejayaan itu dicatat selepas Lewis Hamilton, Nico Rosberg menang di GP Rusia
> Mereka dan 700 staf F1 pasukan itu akan menerima bonus sehingga £10,000 (RM50,000) seorang
> Ini adalah kemenangan Mercedes yang pertama
KEJAYAAN pasukan Formula 1 Mercedes-Petronas merangkul kejuaraan dunia bagi musim ini selepas GP Rusia Ahad lalu membawa durian runtuh kepada semua kakitangan apabila mereka dijangka menerima habuan bonus sehingga £10,000 (RM50,000) seorang.
Ini termasuklah tukang cuci dan lain-lain kakitangan sokongan.
Portal berita Britain, Mail Online dalam laporan eksklusif mereka pada Selasa menyebut, sehingga 700 orang kakitangan akan menerima bonus itu nanti.
Ini adalah kejayaan pasukan Mercedes yang pertama dalam sejarah F1 dan mereka melakukannya dengan penuh bergaya musim ini dengan memenangi sembilan perlumbaan tempat satu dan kedua.
Hanya pasukan McLaren pada 1988 sahaja yang menyandang rekod terbanyak iaitu memenangi 13 daripada 16 perlumbaan dalam satu kalendar. Pesaing terdekat Mercedes, Red Bull, yang turut memberi bonus sehingga £10,000 kepada setiap kakitangan ketika memenangi kejuaraan pasukan sebelum ini, berada jauh di belakang Mercedes walaupun masih ada baki tiga perlumbaan lagi bagi musim ini. Selepas 16 perlumbaan, Mercedes berjaya mengumpul 565 mata manakala Red Bull hanya 342 mata. Hadiah kemenangan sebagai juara pasukan dunia bernilai £40 juta (RM200 juta). Pengarah Mercedes Motorsport, Toto Wolff dan Pengerusi Niki Lauda dilaporkan memberi taklimat kepada seluruh anggota pasukan itu di Ibu Pejabat pasukan di Brackley, England pada Isnin ketika mereka meraikan kemenangan satu-dua Hamilton dan Rosberg dalam GP Rusia yang berlangsung Ahad lalu. Kemenangan Mercedes, menurut Mail Online adalah contoh unik kerjasama teknologi Inggeris-Jerman di mana Mercedes menyediakan enjin manakala jurutera Inggeris menyediakan rekabentuk kereta dan lain-lain keperluan teknologi. Pasukan ini dibentuk oleh Ross Brawn yang pada 2009 mengejutkan semua pasukan dengan memenangi juara dunia F1 atas jenamanya sendiri iaitu Brawn GP sebelum pasukannya itu dibeli oleh Mercedes-Petronas setahun kemudian. Brawn bagaimanapun meninggalkan pasukan Mercedes selepas berlakunya pergelutan kuasa hujung musim lalu. Walaupun Brawn meninggalkan pasukan Mercedes dengan perasaan luka yang mendalam tetapi Wolff tetap memuji apa yang telah dirintis oleh jurutera tersebut sehingga membawa kejayaan besar kepada mereka. "Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini tetapi tapak asas pasukan ini dibina oleh Ross Brawn dan dia telah memainkan peranan utama yang membawa kita semua ke tahap ini," kata Wolff dalam ucapannya di hadapan semua staf pasukan tersebut. Ironinya, Wolff adalah orang yang bertanggungjawab memaksa Brawn menarik diri dari pasukan Mercedes. Namun menurut Wolff, dia telah mengirim sms kepada Brawn menjemput bekas ketua pasukan Mercedes itu ke majlis meraikan sambutan Krismas pasukan tersebut hujung tahun ini. - mstar

"Van Gaal Buka Pintu Kepada Pemain-Pemain Muda Sepertimana Saya Lakukan," - Alex Ferguson
Sir Alex Ferguson menjulang trofi Liga Perdana Inggeris yang terakhir dimenanginya sebelum mengundurkan diri sebagai pengurus pada musim 2012/13.
BEKAS Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata, keputusan Louis van Gaal untuk memberi peluang kepada sekurang-kurangnya tujuh pemain muda beraksi buat pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris dan lain-lain perlawanan adalah satu langkah yang menurut tradisi kelab tersebut. Sejak mengambil alih jawatan pengurus, Van Gaal telah memberi peluang kepada pemain-pemain remaja dan akademi untuk turun sebagai pilihan utama seperti Tyler Blackett, Paddy McNair, Tom Thorpe, Saidy Janko, Reece James, Jesse Lingard dan Andreas Pereira sama sepertimana Ferguson membuka peluang kepada Ryan Giggs, Phil dan Gary Neville, Nicky Butt, Paul Scholes dan David Beckham pada tahun 1992. Menurut Ferguson, tradisi itu kini kekal di bawah jagaan Van Gaal. "Walaupun United bermula lembab tetapi apa yang dilakukan oleh Van Gaal adalah sesuatu yang betul mengikut tradisi kelab ini dan itu yang membuat saya berasa selesa dan saya percaya, itulah juga apa yang Louis van Gaal percaya juga iaitu untuk melabur dan memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda. Contoh yang paling nyata ialah bagaimana dia melahirkan generasi pemain muda yang berkaliber ketika di Ajax Amsterdam seperti Edwin van der Sar, Edgar Davids dan Patrick Kluivert dan mereka ini memenangi Piala Eropah untuknya,” ujar Ferguson dalam satu temuramah bersama stesen televisyen Manchester United, MUTV. Ferguson yang dianggap sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah bolasepak British turut menegaskan yang dia berasa rimas dikata sentiasa mengawasi Van Gaal. United hanya mampu menduduki tangga ketujuh musim lalu di bawah kendalian penganti Ferguson iaitu David Moyes yang kemudiannya dipecat pada April dan diganti buat sementara waktu oleh Ryan Giggs sebelum United melantik Van Gaal sebagai pengurus tetap. Pelantikan Van Gaal yang merupakan bekas pengurus skuad kebangsaan Belanda hanya diumum secara rasmi oleh United sebaik sahaja temasya Piala Dunia selesai Julai lalu. Dalam temuramah tersebut, Ferguson berkata: “Memang benar, dia (Van Gaal) belum lagi mencapai keputusan sepertimana yang kita inginkan tetapi barang diingat ketika saya mula-mula sertai kelab ini pada November 1986, saya juga tidak memperolehi sasaran yang ditetapkan. Apa yang saya perlukan pada masa itu ialah untuk Sir Bobby Charlton, Martin Edwards (pengerusi) dan lembaga pengarah menaruh sepenuh kepercayaan ke atas saya dan selepas itu sebaik sahaja saya mula berasa selesa, semuanya berjalan lancar." Menurut Ferguson lagi, Van Gaal kini sedang melalui proses penyesuaian diri dan proses yang sama sepertimana dirinya dahulu dan tanpa ragu-ragu, pengurus berpengalaman itu akan dapat atasi apa jua rintangan yang ada sekarang. Pada masa yang sama, Ferguson juga bersetuju dengan keputusan kelab itu untuk memecah rekod perpindahan British melalui pembelian pemain sayap Real Madrid, Angel di MarÃa. "Jika anda tengok jumlah yang dibayar untuk mendapatkan pemain seperti Gareth Bale (£85 juta - rekod dunia) anda akan dapati jumlah yang dibayar untuk untuk Di Maria iaitu £59.7 juta adalah sesuatu yang wajar kerana kemampuan yang dapat dipersembahkannya setiap minggu di atas padang. Manchester United mempunyai kemampuan untuk membayar harga tersebut," katanya lagi. Begitu juga dengan Anders Herrera (£28.5 juta), kata Ferguson, yang bermain menentang United ketika mewakili Atletico Bilbao tiga tahun lalu. Jelas Ferguson, pemain tersebut mempunyai bakat semulajadi dan sangat agresif walaupun berbadan kecil dan United meninjau perkembangannya sejak zaman dia memimpin kelab itu lagi. “Saya juga turut melihat Marcos Rojo (£16juta) bermain ketika di temasya Piala Dunia dan saya berpendapat dia adalah seorang pemain bek/sayap kiri atau pemain pertahanan tengah yang berkualiti. Dan tentang Daley Blind (£14 juta) pula dia adalah seorang pemain berpasukan yang mantap dan baik. Gaya permainannya mengingatkan saya kepada Darren Fletcher beberapa tahun dahulu. Blind bermain dengan gaya yang mudah tetapi berkeyakinan. Dia bagus sebagai pelindung kepada barisan pertahanan dan pada masa yang sama bergerak pantas ke hadapan,” ujar Ferguson tentang bintang-bintang baru United. - mstar

Dua Ditahan, Dadah RM2.76 Juta Dirampas
Paramasivam (dua dari kanan) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam serbuan di Taman Lim, Selasa.
IPOH: Polis menahan dua individu termasuk seorang warga asing serta merampas dadah jenis methamphetamine seberat 32.8 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.76 juta di sini, Ahad lepas. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, dadah berkenaan ditemui di sebuah banglo satu tingkat yang menjalankan perusahaan katering di Taman Lim di sini. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati rumah berkenaan dijadikan makmal dadah sejak enam bulan lepas. "Hasil serbuan di rumah yang tidak berpenghuni itu membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di sekitar Ipoh pada hari yang sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, Selasa. Beliau berkata suspek warga tempatan yang bekerja sebagai pengusaha katering berusia 42 tahun manakala warga asing itu berusia 34 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. "Dalam serbuan itu juga, kita turut merampas sebuah van, dua motosikal, wang tunai dan barang kemas bernilai RM35,200," katanya. Paramasivam berkata kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian air kencing mendapati mereka tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Beliau tidak menolak kemungkinan kes berkenaan melibatkan satu sindiket pengedaran dadah, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Katanya, dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 32,000 orang dan kedua-dua suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - mstar

Selepas Hubungan Musnah, Hefny Sahad Dedah Nad Zainal Kekasihnya
Hefny Sahad
PETALING JAYA: Pelakon Hefny Sahad akhirnya mendedahkan Nad Zainal merupakan cinta pertamanya sejak dia berkecimpung dalam industri hiburan tempatan sejak dua tahun lalu sehinggalah hubungan mereka putus. Hefny, 27, bagaimanapun terpaksa akur percintaan mereka tidak dapat diteruskan selepas berlakunya satu perselisihan faham diantara mereka kira-kira dua bulan lalu. "Benar Nad adalah cinta pertama saya sepanjang berada dalam industri seni. Walaupun sekejap, saya anggap apa yang telah berlaku adalah takdir kami. "Saya pun tak salahkan sesiapa terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Cuma saya hanya mampu menjadikan pengalaman lama itu sebagai pengajaran untuk kita terus hidup di masa hadapan," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, Nad, 24, dikatakan menyerang Hefny di satu lokasi penggambaran drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna terbitan Zeel Productions di Jalan P.Ramlee dekat sini pada Ogos lalu.
Hefny dan nad hanya sempat menjalinkan hubungn cinta untuk beberapa bulan sahaja.
Kejadian yang berlaku dikatakan turut disaksikan oleh kru drama berkenaan apabila Nad dipercayai meluru ke kereta milik Hefny sebaik sahaja pelakon itu tiba untuk menjalani penggambaran drama berkenaan. Pergaduhan kecil yang berlaku terhadap pasangan itu memaksa mereka memutuskan hubungan walaupun selama ini mereka menafikan mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain. Sementara itu, Hefny akhirnya mengakui, keretakan hubungan mereka berkait dengan perselisihan faham yang berlaku di lokasi tersebut. Memang betul ketika di lokasi Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Nad datang pada saya kerana mahu menyelesaikan masalah perselisihan faham antara kami, tetapi tidaklah sampai dia menyerang saya. "Dan saya memberitahu dia ketika itu untuk berbincang masalah berkenaan pada waktu lain memandangkan saya sedang bekerja. Itu saja. Orang lain pula menokok tambah kejadian itu." ujarnya. Sementara itu, Hefny berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya dia dan Nad digandingkan bersama dalam sesebuah projek lakonan. Namun, dia akan menolak jika diminta untuk bergambar bersama aktres itu. "Jangan salah faham pula. Memang sebelum ini pun sebarang permintaan media yang ingin menggandingkan kami dalam sebuah fotografi, kami tolak cara baik. Jadi sampailah sekarang, saya masih berpendirian begitu. "Saya tidak mahu nanti orang kata saya nak tumpang populariti dia pula," tuturnya. Dalam pada itu Nad yang selama ini menafikan hubungan itu tidak lagi menyimpan gambar-gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya yang mengukuhkan lagi hubungan berkenaan sudah hancur. - mstar

Isu YB Kecam Negaraku Cetus Suasana Tegang Di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Tindakan biadab Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching, Chong Chieng Jen yang mengecam lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Hari Kemerdekaan Negara Ke-57 dan Hari Malaysia mencetuskan suasana tegang di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dilihat bersorak dan menepuk meja tanda memberi sokongan ketika Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membangkitkan tindakan Chieng Jen di laman Facebook miliknya mengenai lagu kebangsaan.
Lebih menghangatkan suasana apabila Ahmad Shabery turut mempersoalkan tahap patriotisme wakil rakyat terbabit dan DAP terhadap negara ini.
"Sebelum ini Yang Berhormat (YB) Bandar Kuching membuat kecaman apabila kementerian memperkenalkan supaya lagu Negaraku dimainkan di panggung wayang.
"YB Bandar Kuching tulis apabila beliau nak masuk panggung wayang, beliau malu. Beliau tanya apa nak jawab kepada kawan-kawannya dari luar negara. Ini reaksi beliau bila lagu Negaraku dimainkan dalam panggung wayang," katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
Sebelum ini Chieng Jen di laman sosial Facebooknya antara lain menganggap tindakan memainkan lagu kebangsaan di panggung wayang sebagai 'absolute disgrace and ridiculous' (amat memalukan dan tidak masuk akal).
Ahli Parlimen itu juga mempersoal sama ada negara menuju ke era komunis.
Catatan itu dikongsi dan diulang twit oleh netizen yang majoritinya mengutuk kenyataannya.
Bagaimanapun, catatan itu dipadam daripada akaun Facebook Chieng Jen.
Mendengar kata-kata Ahmad Shabery itu beberapa wakil rakyat pembangkang bangkit menyangkal kenyataannya dengan mengatakan bahawa Chieng Jen sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka berhubung tindakannya.
"Ya beliau tarik balik (kenyataan) sebab mendapat ribuan kecaman daripada seluruh rakyat negara ini," kata Ahmad Shabery sambil disambut sokongan wakil rakyat BN.
Terdahulu Ahmad Shabery menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang mempersoalkan tahap kebebasan media di negara ini.
Namun Ahmad Shabery menjelaskan bahawa Malaysia sebenarnya mengamalkan kebebasan bersuara namun tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
"Sebab amalan kebebasan bersuaralah, akhirnya mencerminkan tahap patriotik YB Bandar Kuching dan parti YB sendiri," katanya.
Sementara itu, ketika sesi perbahasan Bajet 2015 di peringkat dasar, Chieng Jen sekali lagi dikecam di atas tindakannya itu.
Kali ini, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin DAP itu.
"Saya terguris hati dengan sikap Bandar Kuching. Saya tak sangka rakan saya ini tak patriotik langsung.
"Memang salah orang Kuching pilih pemimpin DAP seperti ini," katanya.
- mstar
TOP
Syarikat Pembinaan Didenda RM35,000 Ingkar Tutup Premis
KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan Maran Econ Build Sdn Bhd didenda RM35,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mengingkari perintah penutupan premis yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KK) berhubung pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Majistret Zura Syazween Hamizan menjatuhkan hukuman denda itu terhadap syarikat berkenaan selepas pengarahnya, yang namanya tidak didedahkan, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Zura Syazween menjatuhkan hukuman denda RM8,500 dan denda tambahan RM500 setiap hari bermula 23 Ogos lepas sehingga Selasa.
Mahkamah juga memerintahkan wakil syarikat berkenaan dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan, syarikat tersebut didapati mengingkari perintah penutupan premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Mohd Asri Muda bertarikh 23 Ogos 2014 di premis tapak binaan di Lot 28368, Jalan 24/26, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini pada 10.25 pagi 28 Ogos lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8(8) dibaca bersama Seksyen 8(3)(aa) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta sama yang membawa hukuman tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, hasil pemantauan pegawai Pejabat Kesihatan Titiwangsa Shumizan Siron mendapati kerja pembinaan di tapak berkenaan tidak mematuhi perintah penutupan premis yang dikeluarkan kepada kontraktor tapak pembinaan itu pada 23 Ogos lepas, bagi menjalankan kerja-kerja pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan KKM Ideris Mohamed manakala syarikat itu diwakili R.Rameswaran. - mstar
TOP
Gadis Diumpan Sertai Militan IS - Polis
PETALING JAYA: Perekrut kumpulan militan Negara Islam (IS) menyasarkan golongan belia Malaysia dan pelajar sekolah terutama gadis menerusi media sosial untuk berjuang atau menyediakan "khidmat domestik" di Syria dan Iraq.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan KhasBukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan berkata, remaja perempuan diumpan untuk menyertai kumpulan militan kerana mereka lebih mudah terpengaruh.
"Kumpulan militan dikesan cuba untuk menarik mereka yang berumur antara 14 dan 30 tahun, dengan menggunakan teks yang sama digunakan mengenai mengapa jihad menjadi kewajipan dalam Islam.
"Dengan cara seperti itu, pelajar sekolah pun menunjukkan minat mereka untuk menyertai IS," katanya kepada The Star.
Beliau berkata, proses untuk merekrut golongan muda kebiasaannya mengambil kira-kira tiga bulan.
Tambahnya, setakat ini sasaran termuda buat kumpulan militan itu adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. - mstar
TOP
Kerajaan Kelantan Akui Peranan Pusat Rancakkan Iklim Ekonomi Negeri
KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mengakui peranan kerajaan pusat membangunkan negeri ini terutama dalam membawa masuk pelaburan asing.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan pusat sebenarnya sentiasa membantu merancakkan iklim ekonomi di negeri ini.
"Kita berterima kasih kepada kerajaan pusat sebab berusaha membawa pelabur asing ke Kelantan terutama pelabur dari Korea sebelum ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
Sebelum itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bangun menjelaskan bahawa kerajaan pusat sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri menarik pelabur asing ke Kelantan.
Ahmad kemudiannya berkata jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri perlu diteruskan demi kepentingan rakyat Kelantan.
"Kita harap jalinan antara kerajaan Pusat dan negeri dapat terus dilaksanakan khusus untuk rakyat terutama umat Islam di Kelantan.
"Ruang antara kerajaan pusat dan negeri perlu diberi perhatian khusus agar peluang baharu dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini," kata Ahmad.
Sebelum ini, Mustapa dilaporkan kesal kerana kerajaan negeri langsung tidak menyebut sumbangan kerajaan pusat dalam bajet 2015 yang dibentangkan Ahmad.
Mustapa berkata, kerajaan Kelantan seolah-olah menyembunyikan fakta sebenar daripada pengetahuan rakyat sedangkan peranan kerajaan pusat adalah besar dalam program pembangunan di negeri ini.
Ketika ditemui di luar dewan, Mustapa berkata beliau sentiasa melakukan yang terbaik demi pembangunan negeri Kelantan.
"Kita mahu rakyat di negeri ini dapat yang terbaik dan kita sentiasa berjuang habis-habisan, dan terbaru dari segi pelaburan, semalam saya membawa masuk 20 pelabur dari Singapura," katanya. - mstar
TOP
Lintah Sepangjang 3 Inci 'Berumah' Di Dalam Hidung
Edinburgh, 14 Okt - Daniella Liverani, 24, dari Edinburgh yang menganggap hidungnya yang mengalami pendarahan selama berminggu-minggu adalah berdarah kerana kemalangan motosikal terkejut besar apabila mendapati sebab sebenar hidungnya berdarah adalah kerana seekor lintah yang berumah di dalam hidungnya.
"Ketika saya sedang mandi, ia keluar hingga ke bibir bawah saya dan saya boleh melihat ianya melekat pada hujung hidung saya", kata Liverani.
"Jadi ketika menyedari kejadian pada Khamis lepas, saya keluar dari tempat mandi untuk melihat dengan jarak dekat di cermin dan saya ternampak bentuk seperti cacing. Barulah saya sedar ianya adalah seekor binatang!", sambung Liveranni yang sebelum ini menyangka objek hitam itu adalah darah beku di dalam hidungnya. Setelah ke hospital, objek tersebut, seekor lintah sepanjang tiga inci, dikeluarkan dari hidung Leverani oleh staf di hospital. Menurut doktor, lintah itu sudah berada selama satu bulan di dalam tempat persembunyiannya itu. Lebih teruk, jika Liveranni tidak membuat pemeriksaan kesihatan, lintah itu mungkin boleh masuk ke dalam otaknya. Liverani percaya lintah itu masuk kedalam hidungnya ketika dia berada di Vietnam atau Cambodia. Seorang pakar lintah memberitahu lintah itu mungkin masuk kedalam hidung Liveranni ketika dia sedang berenang atau minum air
sumber : bbc, complex

"Datanglah Tangkap Saya, Dah Tua Berjanggut Putih Saya Tunggu" - Alvin
PETALING JAYA: Jika sebelum ini Malaysia kecoh dengan kenyataan dari Alvin Tan yang mengutuk-ngutuk pemimpin negara, kali ini, dia sekali membuat kecoh dengan mencabar dan memperlekehkan IGP Khalid Abu Bakar untuk menangkapnya.
Di dalam kenyataan Facebooknya itu, Alvin memanggil IGP sebagai "bodoh" selain melemparkan cabaran kepada Khalid untuk mencarinya.
- SiakapKeli.com

Isu Israel: Pembangkang Gagal Cetus Provokasi
KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk mencetuskan provokasi di Dewan Rakyat berhubung pendirian kerajaan berkaitan dasar hubungan diplomatik dengan Israel tidak kesampaian.
Menyedari wujud cubaan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan wakil kerajaan supaya mengabaikan soalan provokasi M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).
"Soalan pertama jawab, soalan yang kedua tak payah," demikian arahan Pandikar Amin kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Terdahulu, ketika diberikan peluang mengajukan soalan tambahan, Kulasegaran bertanya sama ada kerajaan mengamalkan dua dasar berbeza dengan Israel khususnya membabitkan hubungan dagangan.
"Walaupun kita tak ada hubungan (diplomatk) dengan Israel, macam mana (wujud aliran wang) berjuta-juta ringgit.
"Adakah wujud hubungan perniagaan dengan Israel secara terus menerus atau secara tak langsung? Dan adakah ini persetujuan (kerajaan) untuk jalin hubungan demi wang," katanya.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), Hamzah sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel dan dasar itu jelas serta tidak berubah sejak dulu.
"Malaysia juga adalah sebuah negara yang menitikberatkan prinsip kemanusiaan dan amat prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.
"Status ini tidak pernah berubah dan masih kekal. Lebih-lebih lagi selepas serangan ketenteraan Israel ke atas Gaza selama lebih kurang 50 hari," katanya. - mstar
TOP
Tiga Mati Lemas Bot Bawa Pati Karam
Gambar hiasan.
JOHOR BAHRU: Tiga ditemui mati lemas apabila sebuah bot yang membawa sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) karam di perairan Sungai Tengah di Bandar Penawar dekat sini, awal pagi Selasa. Polis mengesahkan kematian itu yang membabitkan dua wanita dan seorang lelaki, kesemuanya warga Indonesia. Ketiga-tiga mereka bersama penumpang lain sedang menaiki bot, dipercayai menyeludup keluar ke Batam, Indonesia ketika kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.56 pagi. Pihak berkuasa turut mengesahkan terdapat 26 penumpang lagi yang terselamat dalam nahas itu ditahan untuk membantu siasatan. - mstar

Lima Rumah Dilempar Molotov Cocktail, Dipercayai 'Kerja' Along
JOHOR BAHARU: Lima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau 'molotov cocktail' dalam kejadian dua hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.
"Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Selasa.
Ismail berkata, kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.
Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
"Kita memberi amaran kepada para peminjam wang bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang," katanya.
Orang ramai dalam masa yang sama juga dinasihatkan supaya tidak meminjam wang daripada along bagi mengelakkan implikasi buruk, katanya. - mstar
TOP
E-Rokok Meletup: Kaki Berlubang, Rumah Rosak
Aspinall menahan kesakitan sebaik dibawa ke hospital untuk menerima rawatan akibat letupan e-rokok.
TINDAKAN seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya. Kejadian itu berlaku selepas David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya. Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu. Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital. Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan. "Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya. Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun. Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem. Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'. Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak. Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok. - mstar

Hadi: Bukan Islam Boleh Minum Arak, Tetapi Perlu Penguatkuasaan Tegas
PETALING JAYA: Penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan meskipun penganut bukan Islam tidak sepatutnya dilarang meminum arak, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut beberapa laporan berita dalam talian, Presiden PAS itu dilaporkan sebagai berkata pada Isnin bahawa parti tersebut tidak menghalang sesuatu yang dibenarkan oleh agama lain, tetapi kawalan diperlukan.
Beliau bagaimanapun berkata, garis panduan diperlukan supaya tidak menyentuh sensitiviti orang Islam.
"Sebagai contoh apabila mereka dibenarkan melakukan sesuatu perkara dalam agama mereka, terdapat keperluan untuk mengadakan kawalan supaya ia tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam juga agama-agama lain yang tidak bersetuju dengan apa yang mereka lakukan," katanya sambil menambah bahawa agama-agama lain seperti Islam, tidak membenarkan penganutnya untuk melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
"Tanya sami, tanya paderi, saya rasa mereka pun tidak bersetuju. Sebab itu perlu tapis semua ini," kata Abdul Hadi.
PAS Presiden menjawab persoalan mengenai penganjuran pesta Oktoberfest yang menerima tentangan kuat daripada banyak pihak dan pertubuhan, termasuk ahli-ahli politik dari PAS yang mahu acara itu dibatalkan apabila penganjur tidak mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Islam.
Sabtu lalu, Ahli Parlimen Seputeh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara telah memuat naik gambar-gambar parti Oktoberfest yang diadakan di One Utama, yang turut dihadiri oleh Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Ean Yong Hian Wah, serta Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Di dalam satu kenyataan di Facebook, Kok menulis bahawa beliau memutuskan untuk menghadiri parti itu selepas "pihak tertentu" cuba untuk membantah penganjuran majlis itu.
PAS Selangor pada minggu lalu menggesa supaya Kerajaan Selangor mengubah lokasi atau membatalkan acara itu, yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat Islam.
Festival itu, yang diadakan pada Jumaat lalu, telah berpindah lokasi dari tempat letak kereta terbuka di aras bawah pusat membeli-belah itu kepada sebuah kawasan di tempat letak kereta di aras empat. - mstar
TOP
Mahkamah Tinggi Dengar Kes Hasutan Azmi Shahrom 5 November Ini
Dr Azmi Shahrom.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan kes melibatkan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Shahrom untuk mencabar Akta Hasutan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan pada 5 November depan. Pendengaran kes akan dibuat selama dua hari dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Kamardin Hashim. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noor Aini Yusof menetapkan tarikh tersebut dengan dihadapan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim dan peguam bela yang mewakili Dr Azmi, Gobind Singh Deo pada Isnin. Pada 1 Oktober lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Zanol Rashid Hussain membenarkan permohonan Dr Azmi. - mstar

Peminjam PTPTN Antara 1.14 Juta Dalam Senarai Hitam Imigresen
PUTRAJAYA: Satu sekatan secara meluas oleh Jabatan Imigresen dikenakan ke atas mereka daripada meninggalkan negara ini.
Bukan sahaja pesalah cukai malah mereka yang mempunyai rekod jenayah turut berhadapan dengan sekatan di pemeriksaan di pintu sempadan atau di lapangan terbang.
Perangkaan terbaharu menunjukkan kira-kira 85,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar semula pinajaman mereka berada di dalam senarai hitam Jabatan Imigresen.
Mereka merupakan antara 1.14 juta orang di dalam senarai hitam Imigresen termasuk 701,266 rakyat Malaysia.
Jabatan Imigresen menasihatkan rakyat Malaysia untuk membuat semakan status perjalanan terlebih dahulu sekiranya mereka tiada halangan untuk meninggalkan negara ini.
"Tidak kira sama ada anda merancang untuk meninggalkan negara menerusi kapal terbang, jalan raya, kereta api atau perjalanan laut.
"Selagi anda berada di dalam senarai hitam, anda tidak akan dibenarkan melepasi pemeriksaan Imigresen, meskipun anda mempunyai tiket penerbangan yang sah," kata Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, Ibrahim Abdullah kepada The Star.
Setakat 3 September lalu, sekatan ke luar negara yang dilakukan oleh jabatan itu termasuk mereka yang diisytiharkan bankrap. Seramai 277,693 rakyat Malaysia telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Insolvensi.
Rakyat Malaysia yang tidak mematuhi undang-undang imigresen negara asing seperti tinggal lebih masa atau menyalahgunakan visa perjalanan mereka turut disenaraihitamkan.
Ibrahim berkata, sekatan itu mungkin menghalang pesalah tersebut untuk memasuki semula ke negara berkenaan dan maklumat ini akan dikongsikan dengan jabatan imigresen tempatan, seperti Malaysia di mana ia kemudian akan meletakkan pesalah dalam senarai pemerhatian.
Seramai 32,516 rakyat Malaysia di dalam kategori ini kerana tinggal lebih masa di negara lain, serta 115,803 warga asing yang mempunyai kesalahan yang sama dengan menetap lebih masa di Malaysia dan mereka turut dikenakan sekatan daripada meninggalkan negara ini.
"Jika mana-mana rakyat Malaysia yang berada dalam senarai pemerhatian cuba untuk meninggalkan negara ini, mereka akan dihalang dan di bawa untuk siasatan sehingga diyakinkan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan yang sama di negara lain lagi," kata Ibrahim.
Pesalah cukai yang degil juga menunjukkan jumlah yang ramai dalam senarai hitam perjalanan ke luar negara di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan 135,111 orang.
The Star pada 26 Ogos lalu melaporkan bahawa pesalah cukai tidak akan dibenarkan ke luar negara sehingga mereka membayar cukai yang diwajibkan.
Sekatan yang sama turut dikenakan terhadap mereka yang mempunyai isu tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mereka yang gagal untuk memfailkan potongan KWSP.
Seramai 10.219 rakyat Malaysia dan 532 warga asing disenaraikan di bawah kategori ini.
Manakala 133,314 bukan warganegara dihalang daripada meninggalkan negara ini kerana taraf kerakyatan mereka ditarik balik atau permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Daripada jumlah itu, 88,830 telah memasuki negara ini secara haram dan telah diklasifikasikan di bawah Kes Tanpa Izin oleh Jabatan Imigresen.
Menurut Ibrahim, seramai 210 rakyat Malaysia turut berada di dalam kategori ini, yang merujuk kepada mereka yang dikenal pasti oleh Kementerian Dalam Negeri kerana terlibat dengan aktiviti membabitkan pekerja asing tanpa izin.
Beberapa kategori lain berkaitan jenayah turut disenaraihitamkan, termasuk mereka di bawah pemerhatian polis (15,699 kes), dakwaan berkaitan dadah (7,673 kes) dan jenayah (5,090 kes).
Terdapat juga 4,953 rakyat Malaysia yang disekat ke luar negara kerana tidak mematuhi peraturan Kastam.
Bagi memastikan sekiranya anda dikena sekatan ke luar negara, anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal semakan status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/
"Jika mereka telah dikenakan sekatan, mereka perlu tampil sendiri ke bahagian keselamatan dan pasport Imigresen berdekatan, dan mereka akan diberitahu kenapa mereka tidak dibenarkan meninggalkan negara ini.
"Ia bagi mengelakkan daripada penyalahgunaan identiti oleh pihak ketiga kerana kita tidak mahu maklumat sulit didedahkan kepada mereka yang menyamar," kata Ibrahim. - mstar
TOP
Kelayakan Euro 2016: Dua Gol Sigurdsson Tundukkan Belanda
Gylfi Sigurdsson (bawah) selepas membuat jaringan dalam perlawanan Kelayakan Euro 2016 antara Iceland dan Belanda di Reykjavik, Iceland, awal pagi Selasa. Foto AFP
ICELAND membuat kejutan apabila menewaskan pasukan yang memasuki separuh akhir Piala Dunia 2014 lalu, Belanda menerusi dua jaringan pada aksi kelayakan Euro 2016 di Reykjavik, Iceland awal pagi Selasa. Pasukan tuan rumah memperoleh kemenangan menerusi dua gol aksi cemerlang pemain Gylfi Sigurdsson. Iceland memperlihatkan pemainan yang impresif dan menampilkan perlawanan yang baik. Sigurdsson pula benar-benar menjadi pencabar buat Belanda dalam perlawanan ini. Pemain tengah Swansea City itu menghasilkan gol pembukaan menerusi tendangan penalti pada minit kesepuluh. Beberapa minit sebelum perlawanan tamat, Sigurdsson sekali lagi memberikan gol buat Iceland pada minit ke-42. - mstar

Kerajaan Umum Senarai Penuh Barangan Dikecualikan GST
PETALING JAYA: Kerajaan telah mendedahkan senarai nama barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.
Terdapat lebih 900 barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST.
Antara perkhidmatan yang dikecualikan cukai ialah pendidikan swasta dan perkhidmatan kesihatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa kategori barangan yang dikecualikan daripada GST dalam ucapan pembentangan Bajet 2015 Jumaat lalu.
Senarai penuh barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST telah digazetkan dan kini boleh diketahui dengan melayari laman web, e-Warta Persekutuan. - mstar
TOP
Ebola: 5 Penumpang Penerbangan Dubai-Boston Diperiksa
Seorang pegawai Hazmat membawa keluar seorang penumpang dari sebuah pesawat Emirates yang tiba di Lapangan Terbang Logan, Boston dari Dubai bagi pemeriksaan kesihatan berkaitan wabak Ebola. Foto cbsboston
BOSTON: Satu pemeriksaan kesihatan berkaitan wabak Ebola dilakukan terhadap lima penumpang yang mempunyai simptom seperti selesema, yang dipindahkan dari sebuah pesawat komersial di Boston pada Isnin, kata pegawai kesihatan Boston. Pesawat itu dikuarantinkan selama kira-kira dua jam selepas ia mendarat dari Dubai. Sekurang-kurangnya terdapat tiga insiden cemas berkaitan wabak Ebola yang melibatkan penerbangan komersial di Amerika Syarikat (AS) berlaku dalam masa hanya beberapa hari. Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang dibawa ke hospital tempatan itu dipercayai telah berkunjung dari Afrika Barat. Pegawai kesihatan Boston berkata, lima penumpang disahkan tidak dijangkiti Ebola, Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) atau jangkitan 'meningococcal'. "Pesakit-pesakit yang tiba.. di Lapangan Terbang Antarabangsa Logan tidak memenuhi kriteria terhadap mana-mana jangkitan yang menjadikan kebimbangan kesihatan awam," kata unit penyakit berjangkit Suruhanjaya Kesihatan Awam Boston dalam satu kenyataan. Pesawat Emirates EK 237 tiba di Lapangan Terbang Logan di Boston pada pukul 2.30 petang waktu tempatan selepas penerbangan 14 jam dari Dubai. Ia berada di landasan terbang (tarmac) tanpa sebarang pemindahan sehingga sekumpulan pegawai yang berpakaian sut Hazmat (pasukan tindakan khas bahan berbahaya) memasuki pesawat itu dan mengeluarkan lima penumpang terbabit. - AFP - mstar

Lebih 40 Didakwa Bakar Enam Sekolah Di Pattani
PATTANI: Sekumpulan lebih 40 orang berpakaian tentera didakwa terlibat membakar enam buah sekolah di Pattani, malam Isnin.
Komander Tentera Bahagian ke-4 Thailand, Leftenan Jeneral Prakarn Chonlayuth berkata anggota tentera sebelum itu telah diarahkan berjaga-jaga setelah menerima maklumat mengenai rancangan kejadian itu.
Pada Isnin, Prakarn, Timbalan Gabenor Wilayah Pattani Khuanchart Wongsuparanan bersama pegawai pejabat daerah, polis, tentera dan ketua kampung bermesyuarat selama tiga jam di Balai Polis Daerah Tung-yang-daeng untuk mencari jalan bagi menjaga keselamatan sekolah selepas enam sekolah dibakar Ahad.
Prakarn berkata. buat masa ini pasukan keselamatan telah mengetatkan kawalan di sekolah-sekolah.
Pada ketika ini sekolah-sekolah dalam membuat persiapan untuk pembelajaran pada semester dua yang bermula pada awal November ini, dan bagi menggantikan bangunan sekolah yang dibakar maka bangunan sementara untuk menjadi kelas belajar dan peralatan persekolahan mesti disediakan. - mstar
TOP
Bekas Adun Bukit Lada Meninggal Dunia
Ahmad Izzat Mohamad Shauki
ALOR SETAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Ahmad Izzat Mohamad Shauki meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 11.10 malam Isnin. Allahyarham yang berusia 35 tahun adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri. Susulan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah itu menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya. Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada pukul 10.00 pagi sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. - mstar

Dagangan Haram Hidupan Liar Berleluasa Menerusi Iklan Di Internet
Kura-kura jenis 'Radiated Tortoise' merupakan antara spesis hidupan liar terancam yang diiklankan penjualannya di Internet.
PETALING JAYA: Internet menjadi medium perdagangan hidupan liar terancam di Malaysia, yang membolehkan pembelian secara haram haiwan berkenaan sehingga boleh diperoleh dalam masa sehari. Satu semakan oleh The Star terhadap laman web pengiklanan utama menunjukkan terdapat tawaran haiwan terancam, dari spesis kura-kura sehingga kepada harimau, untuk dijual menerusi transaksi dalam talian yang mudah. Pembeli hanya perlu membuat carian terhadap haiwan berkenaan menerusi pelbagai tawaran, menghubungi penjual dan berunding mengenai harga dan cara penghantaran. Satu pertanyaan yang dibuat oleh The Star untuk kura-kura jenis Radiated Tortoise di laman web iklan kecil tempatan menunjukkan kebanyakan penjual memberi maklum balas berhubung pertanyaan itu menerusi aplikasi Whatsapp dalam masa sehari. Malah penjual bersedia untuk meneruskan jualan dan bersetuju untuk menghantar kura-kura tersebut menerusi kiriman pos selepas pembayaran dibuat ke dalam akaun mereka. Pengarah Serantau Traffic bagi Asia Tenggara, Dr Chris R. Shepherd berkata, terdapat bilangan penjual yang banyak bagi melakukan dagangan haram itu menerusi media sosial, halaman iklan kecil dan laman web. "Disebabkan tawaran yang banyak itu menyebabkan perdagangan dalam talian itu diwakili oleh pedagang hidupan liar haram, yang menjadi kebimbangan buat ejen-ejen penguatkuasaan. "Pedagang-pedagang menjual semua yang anda fikirkannya boleh didapati secara dalam talian dan memperolehinya," dakwa Dr Shepherd. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Dr. Zaaba Zainol Abidin berkata, kebanyakan pedagang hidupan liar haram merupakan sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang. "Ini menyukarkan aktiviti mereka dibanteras," katanya. Bagaimanapun, Dr Zaaba mengakui bahawa siasatan terhadap perdagangan haram dijalankan secara reaktif pada masa ini, apabila terdapat sesuatu berlaku atau laporan mengenai aktiviti itu dibuat. "Selepas laporan difailkan, kita akan menjejaki laman web atau halaman-halaman lain. Dalam beberapa kes, kita melakukan penyamaran untuk menyiasat berhubung laporan itu," katanya. Menurut laporan Dana Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan 2013 terhadap "Jenayah Alam Semula Jadi", dagangan haram global bernilai kira-kira RM62 bilion setahun. - mstar

Laluan Lebuh Raya Sprint Ditutup Mulai Malam Rabu
KUALA LUMPUR: Lebuh Raya Sprint (arah KL) dari Persimpangan Bertingkat Kiara ke simpang Jalan Setiapuspa (dekat Restoran Victoria Station) akan ditutup selama dua malam bermula Rabu ini.
Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd pada Isnin, penutupan jalan itu bermula dari 9 malam hingga 6 pagi bertujuan memudahkan kerja pembinaan portal di median Lebuh Raya Sprint.
Ekoran penutupan itu, aliran kontra akan dilaksanakan bagi pengguna dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur dengan pengguna dilencongkan ke jalan bertentangan.
Pengguna dari pusat bandar raya ke Petaling Jaya akan dilencongkan ke jalan bebas tol menuju Jalan Datuk Abu Bakar dan Petaling Jaya.
Sementara itu, pengguna dari Mont Kiara menuju ke pusat bandar raya akan dilencongkan ke jalan bebas tol di arah Petaling Jaya.
Pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Mont Kiara dan Jalan Setiapuspa menuju ke pusat bandar raya tidak terjejas dengan aliran itu. - mstar
TOP
Abaikan Khabar Angin Ribut Kuat di Klang - Meteorologi
Jabatan Meteorologi Malaysia.
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin kononnya ribut kuat akan melanda Klang, Selangor pada 12 tengah malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataannya malam ini menyatakan khabar angin itu tersebar menerusi aplikasi "Whatsapp" dan media sosial. Justeru itu, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat tepat diminta melayari laman web www.met.gov.my. Berdasarkan ramalan cuaca dalam laman web METMalaysia, cuaca di seluruh Selangor diramalkan mendung malam ini. - mstar

Keputusan Aksi Persahabatan Antarabangsa
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa:
Oman 0 - 3 Uruguay - mstar
TOP
Keputusan Kelayakan Euro 2016
BERIKUT adalah keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016:
Latvia 1 - 1 Turki
Iceland 2 - 0 Belanda
Bosnia-Herzegovina 1 - 1 Belgium
Wales 2 - 1 Cyprus
Andorra 1 - 4 Israel
Croatia 6 - 0 Azerbaijan
Norway 2 - 1 Bulgaria
Malta 0 - 1 Itali
Kazakhstan 2 - 4 Republik Czech
- mstar
Latvia 1 - 1 Turki
Iceland 2 - 0 Belanda
Bosnia-Herzegovina 1 - 1 Belgium
Wales 2 - 1 Cyprus
Andorra 1 - 4 Israel
Croatia 6 - 0 Azerbaijan
Norway 2 - 1 Bulgaria
Malta 0 - 1 Itali
Kazakhstan 2 - 4 Republik Czech
- mstar
TOP
Malaysia Seri 1-1 Dengan New Zealand
Penjaga gol New Zealand Andrew Lock berusaha keras menampan bola daripada pukulan pemain Malaysia pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor kali ke-4 di Stadium Taman Daya Johor Baharu, Johor pada Isnin. -Foto BERNAMA.
JOHOR BAHARU: Malaysia masih lagi belum mendapat kemenangan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2014 yang masuk pusingan kedua di sini hari ini apabila sekadar seri 1-1 dengan New Zealand. Anak-anak buah Arul Selvaraj itu pada mulanya dijangka sudah dapat mengatasi perasaan gementar mereka semasa perlawanan menentang Australia semalam apabila mendahului dengan 1-0 melalui pukulan sudut penalti yang diambil Mohd Najmi Jazlan pada minit ke-12. Namun jangkaan bahawa mereka akan bangkit meleset apabila tidak dapat menambah bilangan gol sehingga tamat separuh masa pertama. New Zealand yang dibimbing jurulatih Bryce Collins juga gagal menghasilkan sebarang gol meskipun mendapat dua pukulan sudut penalti. Pasukan itu yang tewas kepada India 1-2 semalam menyamakan kedudukan pada minit ke-46 melalui jaringan gol padang oleh Ben Radovonich pada minit ke-46. Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan walaupun kedua-dua pasukan mendapat dua lagi peluang terbaik melalui pukulan sudut penalti. Dengan keputusan itu, Malaysia terpaksa bekerja lebih keras ketika menentang Great Britain pada Rabu nanti. Dalam perlawanan sebelum itu, Great Britain yang menjadi pasukan pilihan selepas menewaskan Pakistan 5-0 semalam, menewaskan India 2-0 hari ini. Gol padang diperolehi melalui Benjamin Boon pada minit ke-28 dan oleh Samuel French pada minit ke 49. Sementara itu, Pakistan yang cuba membuat kebangkitan hanya mampu menyekat Australia dengan keputusan 1-1. Gol diperolehi Pakistan selepas pemainnya Muhammad Naveed dengan bijak melepasi tiga pemain pertahanan Australia di dalam kawasan D sebelum meledakkan bola ke dalam gawang pada minit ke-52. Namun kegembiraan Pakistan itu hanya bertahan lapan minit sahaja apabila Andrew Scanlon menjaringkan gol penyamaan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.- mstar

Nasib PKBM Diketahui Minggu Ini - Khairy
Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan mengetahui nasib mereka minggu ini berhubung salah urus dana tahunan bernilai RM1.5 juta. Angka berkenaan diperuntukkan kerajaan untuk membangunkan sukan berbasikal terutama bagi acara lebuh raya. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Panel Khas Penasihat Sukan yang dipengerusikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sudah menyiapkan siasatan mereka dan menyerahkan laporan akhir kepada beliau. "Ya, saya akan menangani isu ini minggu ini. Laporan akhir sudah diserahkan kepada saya tetapi saya perlu membetulkan beberapa isu sebelum saya boleh membuat pengumuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Laureus Sports for Good Summit 2014 di sini selama tiga hari bermula, hari ini. Sebelum ini beliau mengarahkan Suruhanjaya Sukan supaya menggantung PKBM sehingga panel sukan siap siasatan mereka. Audit ke atas perbelanjaan persatuan itu dibuat berikutan aduan bahawa laporan program berbasikal lebuh raya dan perbelanjaan PKBM didapati terlalu umum. - mstar

Eksport Getah Asli Ogos Turun 16 Peratus
KUALA LUMPUR: Eksport getah asli pada Ogos 2014 turun sebanyak 9,644 tan metrik atau 16 peratus kepada 50,467 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata berbanding Ogos tahun lepas, eksport menunjukkan penurunan sebanyak 28.0 peratus.
Ia berkata, Getah Standard Malaysia (SMR) menyumbang 93.6 peratus daripada jumlah eksport, dengan 47.4 peratus terdiri daripada SMR 20.
"Getah Asli dieksport terutamanya ke China (37.2 peratus), disusuli Jerman (18.8 peratus), AS (5.7 peratus), Iran (4.8 peratus) Korea Selatan (3.6 peratus), Portugal (3.0 peratus), Brazil (2.3 peratus), Finland (2.0 peratus) dan Turki (2.0 peratus).
Import Getah Asli pada Ogos 2014 susut 4,166 tan metrik, atau 2.4 peratus, daripada Julai 2014 kepada 78,412 tan metrik.
Berbanding Ogos 2013, import turun sebanyak 8,928 tan metrik, atau 10.2 peratus.
Jabatan itu berkata pengeluaran bagi bulan tersebut berjumlah 50,467 tan metrik, turun 28 peratus tahun ke tahun dengan sektor pekebun kecil sebanyak 89.5 peratus manakala sektor estet menyumbang 10.5 peratus.
Jumlah Getah Asli bagi penggunaan domestik pada Ogos meningkat sebanyak 10.5 peratus kepada 40,251 tan metrik dengan industri sarung tangan getah menjadi sektor pengguna terbesar pada 69.7 peratus, diikuti tayar dan tiub (6.5 peratus) dan benang getah (9.9 peratus).
Stok Getah Asli negara berjumlah 141,438 tan metrik pada akhir Ogos 2014, susut 3.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Harga purata bulanan lateks pekat pada Mei 2014 ialah 426.69 sen, turun 6.0 peratus daripada bulan sebelumnya dan susut 19.0 peratus tahun ke tahun.
Produktiviti bagi bulan tersebut ialah sebanyak 130.1 kilogram sehektar, turun 0.5 peratus daripada bulan sebelumnya dan 8.8 peratus tahun ke tahun. - mstar
TOP
Operasi Cari Baki Cebisan Mangsa MH17 Disambung
AMSTERDAM – Pasukan pencari Ukraine akan kembali menggeledah lokasi nahas Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu untuk mengembalikan baki cebisan mayat dan barangan milik mangsa kepada kerajaan Belanda, lapor stesen televisyen negara itu semalam.
Media Belanda, Nieuwsuur melaporkan kelmarin bahawa satu persetujuan telah dicapai antara pegawai Belanda dan Ukraine, manakala pasukan berkenaan dijadual memulakan tugas mereka semalam.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu ditembak jatuh hampir empat bulan lalu di timur Ukraine yang menyebabkan semua 298 kru dan penumpang terbunuh dengan dua pertiga daripada mereka merupakan warga Belanda.
Setakat ini, pasukan forensik di Belanda telah mengenal pasti identiti 272 mangsa nahas MH17 tetapi masih terdapat saki baki mayat yang masih belum dikeluarkan dari lokasi nahas.
Sebelum ini, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, beliau berang kerana pasukan penyiasat Belanda belum dapat mengeluarkan kesemua mayat mangsa dari lokasi nahas ekoran pertempuran sengit antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Pakar-pakar Belanda berada dalam situasi siap siaga tetapi setakat ini mereka hanya dapat memasuki sebahagian kecil lokasi nahas dekat bandar Donetsk di timur Ukraine.
“Pihak berkuasa Ukraine akan menyerahkan sebarang penemuan kepada pasukan pihak berkuasa Belanda di bandar Kharkiv,” lapor Nieuwsuur.
Pesawat MH17 yang berlepas dari bandar raya Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemisah pro-Rusia. – Reuters
TOP
Bergaduh Berebut Air Orang Mati Di Zimbabwe
Lobengula (Zimbabwe) – Dua penjaja jalanan cedera selepas bergaduh berebut air mayat.
Menurut saksi, Viola Tshima dan Molene Hadebe yang sebelum ini berkawan baik, bertengkar selepas Tshima menuduh rakannya mengambil lebih banyak air berkenaan di sebuah rumah mayat sebelum dia tiba.
Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan sengit.
Kedua-dua peniaga itu sering ke rumah mayat berkenaan untuk mengambil air dari mayat yang dibersihkan di situ.
Mereka menggunakannya sebagai pelaris perniagaan.
Air berkenaan biasanya digunakan penduduk Zimbabwe yang taksub dengan kepercayaan karut.
Kebanyakan penjaja membelinya untuk melariskan perniagaan sementara dalam kalangan wanita, air itu digunakan untuk ‘menjinakkan’ suami masing-masing.
Peniaga yang ditemubual juga mendedahkan, air mayat itu diambil dari mayat yang dimandikan, turut digunakan untuk membasuh buah seperti epal dan tomato kerana dipercayai dapat menarik ramai pelanggan, seramai yang datang untuk menghadiri majlis pengebumian.
Menurut mereka lagi, sesetengah penggali kubur meraih keuntungan lumayan dengan menjual air mayat. – Agensi
TOP
Wanita Bawa Beruang Kutub Di Tengah Bandar Tokyo
TOKYO – Satu klip video yang memaparkan seorang wanita bersama seekor beruang kutub berjalan dan melintas sebatang jalan yang sibuk di bandar ini mencetuskan persoalan kepada orang ramai di Jepun.
Video berkenaan yang dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini mencetuskan perdebatan sama ada haiwan ganas berkenaan adalah benar atau palsu serta tujuan video berkenaan dimuat naik.
Beberapa pengguna laman sosial berpendapatan haiwan itu bukan beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak menghiraukan orang ramai yang berdekatan.
Banyak pengguna percaya video berkenaan merupakan satu promosi untuk satu persembahan oleh satu kumpulan dari Rusia yang dikenali sebagai Lalsh.
Dapatkan Toyota Pilihan Anda Dengan Lebih Kepuasan
“Mustahil haiwan itu adalah beruang kutub sebenar kerana kelihatan jinak dan tidak berinteraksi dengan orang ramai di sekelilingnya,” kata seorang pengguna Facebook. – Agensi
TOP
Malaysia Calon Kerusi Majlis Keselamatan PBB
NEW YORK – Beberapa buah negara termasuk Malaysia antara negara yang bakal menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) apabila pengundian bagi memilih negara yang layak menduduki kerusi berkenaan berlangsung pada Khamis ini.
Sebanyak lima kerusi perlu diisi bagi melengkapkan keanggotaan 15 anggota majlis itu sekali gus menyertai lima negara kuasa tetap dunia iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat (AS).
Negara yang akan terpilih menduduki kerusi itu sering membuat keputusan besar dunia seperti sekatan, peperangan atau perdamaian.
Kerusi berkenaan dianggap sebagai hadiah diplomatik paling berharga kerana ia meningkatkan profil sesebuah negara sekali gus meningkatkan pengaruh dalam pelbagai bentuk termasuk hubungan dua hala antara negara.
Kerajaan di sesebuah negara bertahun-tahun berkempen dan melobi bagi merayu undi daripada 193 negara anggota Perhimpunan Agung PBB.
Pada pusingan kali ini tiga daripada lima kerusi sudah dipilih oleh negara serantau yang membuat pilihan.
Negara tersebut ialah Angola yang dipilih oleh negara-negara Afrika, Venezuela dipilih oleh negara-negara Amerika Latin dan Caribbean serta Malaysia pula dipilih oleh negara di Asia.
Bagaimanapun, tiga negara tersebut yang kali pertama berada dalam Majlis Keselamatan PBB perlu memperolehi undi dua pertiga untuk disahkan menduduki kerusi berkenaan.
Tiga negara itu bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Argentina, Rwanda dan Korea Selatan yang tamat penggal dua tahun di majlis itu.
Baki dua lagi kerusi bakal direbut tiga buah negara iaitu Sepanyol, Turki dan New Zealand. – AFP
TOP
Dua Maut Pesawat Tentera Algeria Terhempas
ALGIERS – Sebuah pesawat pengebom yang menjalani latihan di ibu negara Algeria, terhempas menyebabkan dua terkorban, kata Kementerian Pertahanan Algeria hari ini.
Pesawat SU-24 itu terhempas petang semalam menyebabkan juruterbang dan pembantunya terkorban dalam kejadian dekat Pangkalan Tentera Hassi Bahbah, kira-kira 240 kilometer selatan Algiers.
Sejumlah pesawat terhempas tahun ini dan terbaharu kapal terbang Air Algerie yang dalam perjalanan dari Burkina Faso terhempas ketika cuaca buruk di utara Mali mengakibatkan 116 terkorban pada Julai lalu.
Pada Februari lalu pula, sebuah pesawat tentera terhempas di kawasan pergunungan sehingga menyebabkan 77 orang di dalamnya maut kebanyakannya askar. – AP
TOP
Kelayakan Euro 2016: Itali Perlu Jadi Lebih Baik – Pelle
MDINA (Malta) – Penyerang Southampton, Graziano Pelle yang meledak gol tunggal kemenangan 1-0 Itali ke atas Malta pada penampilan sulungnya bersama Azzurri dalam kempen Kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi mengakui juara 1968 itu perlu tampil lebih baik.
Sekalipun mendominasi perlawanan di Stadium Ta’Qal itu, Itali gagal menghasilkan tambahan gol sekalipun Malta terpaksa beraksi 10 pemain apabila Michael Mifsud diarah keluar padang seawal babak pertama sebelum menampilkan corak bertahan sepenuhnya.
Pelle yang beraksi cemerlang bersama Southampton di England musim ini sentiasa memberi ancaman kepada kubu Malta dan tandukannya pada minit ke-24 perlawanan merobek gawang tuan rumah namun menjadi satu-satunya gol pada perlawanan itu.
Sekalipun pulang dengan meraih tiga mata penuh dalam Kumpulan G, Pelle menyifatkan ia bukanlah keraian yang perlu disambut oleh kem Itali.
“Saya gembira berjaya menjaringkan gol dalam kami meraih tiga mata namun kami perlu menjadi lebih baik,” kata Pelle kepada Sky Sport Italia.
“Saya sudah biasa bermain di England di mana kami bermain untuk menjaringkan gol,” katanya Pelle yang digandingkan jurulatih, Antonio Conte bersama penyerang Borrusia Dortmund, Ciro Immobile.
Meskipun gembira dengan kemenangan ketiganya selepas kejayaan menewaskan Norway 2-0 dan Azerbaijan 2-1, Conte mengharapkan anak buahnya mampu meningkatkan permainan ketika menanti kunjungan Croatia di Milan, bulan depan.
“Perlawanan besar menentang Croatia akan memberitahu kami betapa bagus kami selepas dua bulan ini. Kami perlu bekerja dengan keras jika kami mahukan kejayaan,” kata Conte. – AFP
TOP
Harta Karun Viking Berusia 1000 Tahun Dijumpai di Scotland
LONDON (Reuters) - Seorang pemburu harta karun telah berjaya menemui emas dan juga perak yang dipercayai milik Viking yang sudah berusia 1,000 tahun. Penemuan di Scotland itu telah diakui oleh pakar sebagai salah satu penemuan yang paling penting di negara itu.
Derek McLennan, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, menemui 100 barangan dalam di Dumfriesshire, barat daya Scotland, pada bulan September lepas.
Antara objek yang dijumpai adalah sebatang salib yang diperbuat daripada perak dipercayai dibuat pada abad ke-9 atau ke-10, sebuah bekas perak yang berasal dari barat eropah dan juga beberapa objek emas yang lain - SiakapKeli.com
TOP
Dua militan Taliban serang ibu pejabat polis
MAZAR-I-SHARIF 13 Okt. - Sekurang-kurangnya dua terkorban manakala 18 yang lain cedera apabila dua lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam polis menyerang ibu pejabat polis Mazar-i-Sharif, utara negara ini, semalam.
Kumpulan yang dipercayai anggota militan Taliban meningkatkan serangan ke atas pasukan keselamatan negara ini sejak pertempuran musim panas lalu kerana mengambil kesempatan selepas pengunduran tentera asing bagi merampas semula wilayah di seluruh negara.
"Ini merupakan serangan pertama di wilayah ini, dan polis bertindak balas dengan cepat lalu berjaya membunuh kedua-dua anggota militan tersebut," kata Abdul Razaq Qaderi yang memetik ketua polis Balkh. - REUTERS/ Utusan
TOP
3 Lemas, 10 Masih Hilang Bot Karam Di Perairan Kota Tinggi
KOTA TINGGI – Tiga dijumpai lemas, manakala sekurang-kurangnya 10 masih hilang apabila bot dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) karam di perairan pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar, dekat sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, 29 lagi PATI ditahan ketika bersembunyi di hutan berhampiran pantai berkenaan.
Jurucakap polis berkata, kejadian disedari sekumpulan anggota tentera yang sedang meronda pantai berkenaan apabila mendengar suara orang meminta tolong.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, mereka berjaya menahan beberapa PATI sebelum dimaklumkan bahawa bot yang dinaiki kumpulan berkenaan untuk pulang ke Batam, Indonesia, karam.
“PATI itu memaklumkan bahawa bot itu dinaiki antara 40 hingga 45 orang,” katanya.
Jurucakap polis berkata, pemeriksaan lanjut menemui mayat dua wanita dan seorang lelaki terdampar di pantai terbabit.
Susulan itu, katanya, seramai 29 PATI ditahan di kawasan hutan berhampiran pantai dan usaha masih dijalankan bagi mengesan baki penumpang bot berkenaan. – BH Online
TOP
Pembinaan semula Gaza perlu campurtangan Israel - Avigdor
Avigdor Lieberman
KAHERAH 13 Okt. - Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, yang tidak dijemput menghadiri persidangan antarabangsa di sini, kelmarin, berkata sebarang usaha untuk membina semula Gaza perlu mendapat persetujuan dari Israel. "Gaza tidak boleh dibangunkan semula tanpa kerjasama dan penyertaan Israel," kata Avigdor dalam temu bual dengan laman web berita Ynet. Israel yang menguatkuasakan sekatan terhadap Genting Gaza sejak 2006 boleh menyekat kemasukan bahan-bahan binaan atau dana ke wilayah Palestin. - REUTERS / Utusan

Bapa Menteri Besar Perak Meninggal Dunia
IPOH: Abdul Kadir Muhammad, 73, telah meninggal dunia pada jam 1.10 pagi di Desa Pangkor Pulau Pangkor akibat daripada serangan jantung.
Allahyarham yang merupakan bapa kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadi akan disemadikan selepas solat zohor di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor.
Abdul Kadir Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Karim meninggalkan tujuh anak termasuklah menteri Besar perak datuk Seri Dr Zambri. - Siakapkeli.com
TOP
Aidil Zafuan Sokong Rita Rudaini Lapor Ugutan Bunuh
PETALING JAYA – Bintang bola sepak Aidil Zafuan berkata, adalah wajar untuk Rita Rudaini mengambil tindakan terhadap pengikut Instagram bernama ‘Hanifhafizul’ yang telah mengugut agar bekas isterinya itu dibunuh.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata perbuatan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pengikut laman sosial artis kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.
“Bagi saya, tindakan Rita membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap pengikut laman Instagram saya itu adalah patut kerana ia boleh mengancam keselamatan dia dan anak-anak,” kata Aidil kepada mStar Online pada Isnin.
Pada Sabtu lalu, Rita telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak dekat sini berhubung komen pengikut Aidil yang menulis cadangan meminta Aidil agar mengupah orang untuk membunuh Rita bagi menyelesaikan masalah mereka berdua.
Ia berikutan Aidil memuat naik paparan skrin slip pembayaran nafkah anak kepada Rita sebagai bukti dia tidak mengabaikan anak-anaknya selepas bercerai.
Dalam pada itu Aidil berkata, dia terkilan apabila aktres itu menuduhnya tidak mengambil serius tentang ugutan bunuh itu disebabkan dia tidak menyekat komen berkenaan.
“Saya sibuk dengan kerja, tak mungkin saya ada masa untuk membaca kesemua komen di Instagram. Cuma apabila saya terbaca, diakui memang saya terkejut kerana individu itu berani memberi komen seperti itu. Dan baru-baru ini saya telah buang komen berkenaan.
“Tetapi takkanlah perkara ini pun jadi salah saya? Hanya kerana saya tidak membuang komen itu?” soalnya.
Sementara itu, Aidil mendedahkan dakwaan Rita kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Jumaat lalu yang dia tidak pernah menuntut cerai terhadap Aidil adalah tidak benar.
Katanya, semasa mereka bergelar suami-isteri, Rita kerap kali meminta untuk dilepaskan.
“Saya tidak faham dengan permainan dia. Kenapa dia tidak sudah-sudah mahu mencari kesalahan dan mengaibkan saya. Apa lagi yang dia mahu?
“Kalau nak diikutkan, ketika kami masih suami-isteri, sudah lebih dua kali dia minta cerai daripada saya. Semakin saya diam, semakin menjadi-jadi pula tuduhan dia. Jangan sampai saya bersikap tegas dengan mengambil tindakan terhadap setiap tuduhannya itu,” ujarnya.
Rita dan Aidil bernikah pada 25 Februari 2008 di Selatan Thailand dan disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2013 iaitu selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun.
Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kemudiannya bernikah dengan Zarema Zainal, 28, pada 14 Mac lalu. - mstar
TOP
Kemudahan KLIA2 ditingkatkan
SEPANG - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang mengendalikan 24 juta penumpang melalui pintunya dalam tempoh lima bulan beroperasi, telah menjalani beberapa peningkatan kemudahan baru-baru ini.
Langkah itu bagi meningkatkan kemudahan dan pengalaman pelanggan di lapangan terbang hibrid itu.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata antara kemudahan terkini di KLIA2 ialah perkhidmatan buggy percuma bagi penumpang untuk menangani jarak berjalan kaki yang jauh di dewan ketibaan dan berlepas antarabangsa dan domestik.
"Menjelang akhir 2014, akan ada tiga laluan gerak tambahan dipasang di Skybridge. Dua, di kawasan berlepas antarabangsa, dan satu lagi di ketibaan antarabangsa.
"Sebanyak 16 lagi laluan gerak akan dipasang menjelang 2015," katanya kepada pemberita semasa lawatan media ke KLIA2 di sini hari ini.
Badlisham berkata KLIA2 mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun dengan 68 pintu.
Kemudahan lain di KLIA2 termasuk kedai-kedai bebas cukai yang dibuka pada 15 September dan Sama-Sama Express Hotel.
"Di kedai-kedai bebas cukai, penumpang boleh membeli pelbagai barang bebas cukai manakala Sama-Sama Express mempunyai 70 bilik yang menyediakan kemudahan penginapan untuk penumpang transit," kata Badlisham.
Selain medan selera yang beroperasi berdasarkan konsep gerai itu, KLIA2 kini mempunyai lounge kanak-kanak, sukan dan filem untuk dinikmati penumpang sementara menunggu penerbangan. - Bernama
TOP
Palestin ambil alih kawal sempadan
Dua lintasan sempadan kini berada di bawah kawalan kerajaan perpaduan Palestin.
RAMALLAH - PALESTIN. Kerajaan perpaduan Palestin dilaporkan akan mengambil alih kawalan di dua lintasan sempadan yang menghubungkan Genting Gaza bagi memastikan proses penghantaran bahan binaan ke wilayah itu berjalan lancar. Timbalan Perdana Menteri, Mohamed Mustafa memaklumkan perkiraan logistik telah dibuat untuk menguruskan laluan Kerem Shalom dan Erez. Difahamkan, pegawai di Ramallah sudah mula memantau penghantaran bahan binaan dan pergerakan keluar dan masuk individu di kedua-dua lintasan itu sejak semalam. Tindakan itu dibuat selepas Israel sekali lagi melanggar perjanjian bersama Palestin dengan menghalang beberapa trak yang membawa bahan binaan daripada memasuki Gaza, 8 Oktober lalu. Dalam perkembangan lain, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengumumkan Washington bersetuju menyalurkan dana bantuan AS$212 juta (RM691 juta) untuk membaik pulih Genting Gaza dalam satu persidangan di Kaherah. "Penduduk Palestin memerlukan bantuan segera memandangkan krisis kemanusiaan semakin meruncing di Gaza," katanya dipetik Press TV. Sebelum ini, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pernah meminta bantuan kewangan berjumlah AS$4 bilion (RM13 bilion) untuk pembinaan semula wilayah itu yang musnah teruk akibat serangan Israel, 8 Julai lalu. - sinar

Bom kereta ragut 34 nyawa di Iraq
Penduduk tempatan menyaksikan kemusnahan akibat serangan bom kereta di barat laut Baghdad.
BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 34 orang awam terbunuh manakala 54 yang lain cedera akibat letupan bom kereta di dua buah kejiranan berasingan di ibu negara Iraq, semalam. Sumber polis berkata, bom pertama diletupkan berhampiran tempat pemeriksaan polis di Kadhimiyah iaitu di barat laut Baghdad. Insiden itu berlaku dalam kawasan kejiranan Syiah dan mengorbankan 10 nyawa. Sementara bom kedua diletupkan di kawasan tumpuan di wilayah Shoala yang membunuh 24 orang dan menurut petugas paramedik, angka kematian dijangka meningkat. Menurut AFP, minggu lalu, 12 orang maut dalam satu lagi serangan bom kereta yang disasarkan di kawasan setinggan di bandar Sadr. Menurut laporan rasmi dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB), lebih 1,110 orang maut dalam siri keganasan di seluruh Iraq sepanjang bulan September, tahun ini. - sinar

Vladimir Putin arah tentera berundur dari sempadan
Putin memanggil pulang ribuan tenteranya menjelang pertemuan bersama Poroshenko, Jumaat ini.
MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan seramai 17, 600 tenteranya yang ditempatkan berhampiran sempadan Ukraine supaya berundur dan kembali ke pangkalan mereka masing-masing. Jurucakap Kremlin memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapat pengesahan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu bahawa latihan ketenteraan di Rostov telah tamat. Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengesahkan satu mesyuarat akan diadakan bersama Putin di Milan pada Jumaat ini. Menurutnya, tujuan utama pertemuan itu adalah untuk membincangkan usaha pelan damai dan gencatan senjata yang dimeterai bersama kumpulan pemisah pro-Rusia pada 5 September lalu. "Saya tidak menjangkakan ia akan menjadi satu rundingan mudah, namun ia bertujuan untuk menyelesaikan beberapa isu termasuk pertikaian gas dengan Rusia," jelasnya. - Press TV - sinar

Hati-hati dengan pendakwah media maya
Jailani Johari
HULU TERENGGANU - Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah menerima ajaran agama melalui media maya dan pendakwah dari luar negara yang mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, umat Islam di negara ini harus berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba menyebarkan fahaman Islam liberal di negara ini. "Pada masa sama umat Islam juga dinasihatkan tidak mudah menerima pengajaran agama menerusi internet yang tidak diketahui sumber sebenarnya dan mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. "Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dipaparkan dalam internet, jika merasa sangsi, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dewan serbaguna Masjid Kampung Menerong, Ajil di sini. Jailani berkata, sejak kebelakangan ini semakin banyak bahan agama dipaparkan melalui internet yang tidak diketahui sejauh mana kesahihan dan kebenarannya. Mengenai pendakwah luar Jailani berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati kerana semakin ramai pihak yang menyamar sebagai pendakwah tetapi mereka sebenarnya oportunis Islam yang mempunyai kepentigan dengan berselindung sebagai pendakwah. Semalam akhbar melaporkan tokoh Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla dilarang memasuki negara ini kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau dan seterusnya menghalang kehadiran Ulil yang dijadualkan mengadakan ceramah di negara ini pada 15 Oktober ini yang mendapat jemputan beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) di sini. - Bernama

Nasib peniaga Melayu tidak terbela
KIRA-kira 40 tahun lalu, Wisma Yakin begitu popular kerana bangunan 11 tingkat di Jalan Masjid India itu terkenal sebagai ruang rezeki peniaga Melayu.
Bangunan itu bukti bertapaknya kuasa perniagaan Melayu di tengah bandar raya khususnya tekstil dan dianggap syurga membeli-belah suatu ketika dulu.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lepas kemeriahan Jalan TAR hanya dirasai ketika Ramadan dan Syawal.
Kompleks yang menempatkan 30 unit kedai di tingkat bawah yang selama ini menjadi kebanggaan warga kota membeli baju Melayu kian hilang serinya.
Sebaliknya bazar moden di depan Wisma Yakin dan kehadiran pusat membeli-belah serta gedung tekstil yang banyak telah ‘mengancam’ mata pencarian peniaga asal di wisma berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, aktiviti peniagaan peniaga Melayu di Wisma Yakin masih seperti biasa tetapi berdasarkan wajah redup mereka, adakah perniagaan itu membawa untung?
Dilema peniaga di Wisma Yakin, Kuala Lumpur bukanlah isu baharu apabila berlanjutan sejak 10 tahun lalu, akibat penubuhan 'bazar moden' yang pada awalnya bertujuan memberikan 'situasi menang-menang' kepada peniaga Melayu.
Entah di mana silapnya kini bangunan itu umpama tidak wujud di kalangan pelanggan generasi baharu. Di mana silapnya?
Pengerusi Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Datuk Maideen Kadir Shah berkata, pada 1970- an, pedagang mengadakan kerjasama dengan badan berkanun iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam membangunkan bazar berbentuk gerai kecil kepada satu bangunan 11 tingkat.
Katanya, di tingkat bawah bangunan itu diberikan pemilikan kepada peniaga asal tapak di situ manakala tingkat dua dan ke atas milik PKNS.
“Pada ketika itu, kebanyakan peniaga menjual pakaian Muslim dan Muslimah seperti songkok, baju Melayu, samping, samping songket, telekung, capal dan sebagainya.
“Oleh itu, tempat ini terkenal. Pada 1990-an, transit aliran ringan (LRT) dibangunkan menyebabkan kawasan ini popular sekali gus beri impak besar kepada peniaga di Wisma Yakin,” katanya.
Namun sekitar tahun 2000, kawasan itu mula dibanjiri penjaja haram.
“Kami buat bantahan mengenai masalah dihadapi. Langkah diambil oleh PBT ialah membina bazar yang kononnya untuk memberikan situasi menang- menang kepada peniaga Wisma Yakin dan penjaja-penjaja sekitar,” katanya.
Maideen berkata, sepanjang 10 tahun, pelbagai usaha telah dilakukan oleh peniaga Wisma Yakin termasuklah menghantar buku laporan dan surat kepada pihak berkenaan namun masih tidak berubah.
“Kami bimbang, Wisma Yakin sebagai mercu tanda perniagaan Melayu di Kuala Lumpur akan hilang. Bukti Melayu berdagang di sini (Kuala Lumpur) sudah lama dan Wisma Yakin menunjukkan peniaga Melayu masih berada di sini,” katanya.- sinar
TOP
Bajet 2015: Firma penyelidikan sambut baik
KUALA LUMPUR - Firma penyelidikan menyambut baik Bajet 2015 yang mengetengahkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan fiskal dan pada masa sama menjaga kebajikan rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan bajet bertemakan 'Ekonomi Keperluan Rakyat' di Parlimen, Jumaat lepas.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut membentangkan inisiatif-inisiatif lain termasuk pengurangan cukai pendapatan individu antara satu dan tiga mata peratusan.
“Ini akan membantu menangani kesan inflasi akibat tekanan kos serta cukai barang dan perkhidmatan (CBP) terhadap pendapatan boleh guna isi rumah,” katanya.
RHB Research dalam nota hari ini, berkata pengumuman kerajaan untuk melaksanakan CBP bagi memperluas asas percukaian dan rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus akan membantu kerajaan mencapai bajet seimbang menjelang 2020.
"Ini akan mencegah penurunan penarafan negara untuk penggal semerta," kata firma itu.
Firma penyelidikan lain seperti Hong Leong Investment Bank Research dan AllianceDBS Research juga bersetuju dengan pelaksanaan CBP dan menyifatkan langkah itu sebagai positif dalam memastikan kelestarian pertumbuhan perbelanjaan pengguna.
Sementara itu, Maybank IB Research yang mengekalkan saranan 'prestasi tinggi' terhadap sektor pembinaan dan gas, berkata langkah kerajaan harus menyokong penilaian ekuiti bagi membolehkan KLCI terus meningkat.
Firma itu mengekalkan sasaran akhir tahun 2014 KLCI pada 1,940 dan 2015 pada 2,040. – Bernama
TOP
Silap langkah bantu keluarga guna kad kredit
BAHAGIA bersama isteri dan tiga orang anak, Roslan, 40, merupakan seorang bapa dan suami yang bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya sebagai seorang pengurus di syarikat multinasional.
Sebagai tempat bergantung kepada keluarganya, Roslan mempunyai pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan dan kos hidup keluarganya.
Lebih kurang dua tahun lalu, kakak ipar Roslan telah disahkan menghidap kanser.
Memandangkan kakak iparnya tidak berkahwin dan tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan perubatannya, Roslan telah membantu dengan membiayai separuh daripada perbelanjaan perubatan kakak iparnya dengan menggunakan kad kredit. Di sini bermulalah kesilapan Roslan dalam menguruskan kewangannya apabila dia telah menangguhkan pembayaran bulanan rumahnya untuk membayar bil kakak iparnya.
Roslan sedar dia tidak mampu untuk menampung perbelanjaan kakak iparnya kerana pada masa sama ada komitmen lain yang perlu dibayar setiap bulan.
Di saat itu, Roslan telah mula memohon lebih banyak kad kredit dan pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan tersebut.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila ayah mertua Roslan pula diserang penyakit angin ahmar dan menyebabkan dia juga terpaksa menanggung perbelanjaan ayah mertuanya yang tidak bekerja.
Ini bermakna, di samping menanggung keluarganya, Roslan terpaksa menanggung perbelanjaan bil perubatan kakak ipar dan ayah mertuanya.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Ditakdirkan kakak ipar Roslan meninggal dunia akibat dari penyakit kanser yang dihadapinya. Walaupun sudah banyak wang yang dibelanjakan oleh Roslan untuk bil perubatan, namun kakak iparnya masih tidak dapat diselamatkan. Namun begitu, Roslan masih lagi dibelenggu hutang kad kredit yang digunakannya untuk membayar bil perubatan kakak iparnya itu.
Roslan sedar masalah kewangan yang dihadapinya dan bertekad untuk menyelesaikannya sebelum menjadi lebih parah. Apabila mendapat tahu tentang perkhidmatan percuma yang ditawarkan AKPK, Roslan terus datang ke pejabat AKPK dan berjumpa dengan kaunselor AKPK.
Kaunselor tersebut membuat jadual penstrukturan semula pembayaran bulanan pinjaman Roslan kepada bank yang dipersetujui oleh pihak bank dan Roslan. Dengan ini, Roslan mampu untuk membayar balik pinjaman dari pihak bank dan juga menanggung perbelanjaan keluarganya tanpa masalah.
Kisah benar ini menunjukkan bahawa keadaan di luar kawalan kita mungkin timbul dan di luar kawalan. Dengan adanya AKPK yang merupakan agensi di bawah Bank Negara Malaysia, kita dapat menangani masalah tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai AKPK, anda boleh layari laman web www.akpk.org.my atau menghubungi talian bebas tol POWER! AKPK Infoline di 1-800-88-2575.
Individu yang memerlukan khidmat nasihat kewangan secara percuma boleh hubungi AKPK di nombor telefon 1-800-88-2575 atau layari laman web www.akpk.org.my
- sinar
TOP
Perbankan halal kurang disedari?
Halim M Dzin
STATUS halal memang dititikberatkan umat Islam terutama jika melibatkan soal makanan dan minuman. Namun, apabila bercakap mengenai kewangan dan institusi perbankan, pernahkah anda terfikir bagaimana hendak mengetahui sistem yang digunakan perbankan itu benar-benar halal dan mengikut syariat Islam? Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (As Salam Capital), Halim M Dzin berkata, perbankan Islam yang benar-benar halal akan menggunakan konsep Tawarruq dalam kemudahan pembiayaannya. “Konsep Tawarruq ini memerlukan komoditi sebagai satu sandaran aset jual belinya ketika membuat pinjaman. Contohnya, si A mahu membeli kereta dan tiada duit. Jadi dia buat pinjaman daripada bank. “Bank membelikan kereta pada harga RM30,000 dan si A diminta membayar semula RM40,000 dalam tempoh lima tahun secara ansuran setiap bulan. Dalam kes ini, komoditinya adalah kereta. Si A bayar lebih RM10,000 sebab ia dikira sebagai keuntungan kepada bank yang membelikan kereta itu bagi pihak peminjam. Ia bukan faedah pinjaman seperti mana sistem konvensional,” katanya. Jika pinjaman perumahan dibuat, katanya, maka komoditi yang terlibat adalah rumah. Namun, apabila ia berkaitan pembiayaan peribadi, Halim berkata, bank tidak boleh memberikan wang begitu sahaja kerana duit bukan dikategorikan sebagai barang. Ini kerana, dalam konsep perbankan Islam, beliau berkata, teras untuk pembiayaan tetap sama iaitu memerlukan komoditi sebagai cagaran bagi mengelakkan riba. “Disebabkan itu, konsep Tawarruq dikeluarkan oleh sarjana-sarjana dan penasihat syariah Islam itu untuk mewujudkan proses transaksi yang ada komoditi. “Contohnya, anda mahu pinjam RM50,000 daripada bank. Berdasarkan konsep perbankan Islam, bank perlu ada komoditi untuk berurusan dengan anda dan untuk itu, pihak bank perlu beli komoditi (barang) bernilai RM50,000 dan menjualnya sebelum diberikan kepada anda,” katanya.
Komoditi zaman Rasulullah guna kurma
Pada zaman Rasulullah, Halim berkata, komoditi yang digunakan untuk pemohon yang meminjam wang daripada bank ialah buah kurma. “Kurma ini disimpan di dalam gudang. Pemohon yang ingin membuat pinjaman daripada bank akan menerima dokumen dan membawanya ke gudang tersebut. “Katakan dia mahu pinjam tunai RM100,000, maka dia kena ambil buah kurma bernilai RM100,000 di gudang itu dan mencari pembeli yang sanggup membeli kurma itu untuk digantikan dengan duit, kemudian barulah wang itu boleh digunakan,” katanya. Menurutnya, tidak ramai orang tahu mengenai konsep itu walaupun sedia maklum bahawa riba itu haram dalam perbankan Islam. “Mungkin ramai kurang ambil kisah tentang perkara ini kerana tidak tahu ada alternatif perbankan yang halal. “Lagipun, ia diguna pakai oleh perbankan Islam saja. Jadi pelanggan tidak tahu semua proses-proses ini dan apa yang ada di belakang sistem itu. Mereka hanya tahu prosesnya sudah selesai bila berurusan dengan perbankan Islam dan menandatangani perjanjian akad,” katanya. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sedania Group, Firoz Mohd Noor berkata, institusi perbankan Islam dibenarkan mengguna pakai konsep Bai' Inah. "Konsep Bai' Inah, contohnya si A mahu pinjam RM50,000 dari saya. Katakan kita jadikan sebuah meja sebagai komoditi dengan menganggap nilainya RM50,000, ia sudah jadi akad. Si A hendak beli meja ini dan saya belikan meja ini dengan harga RM50,000 dan si A berjanji untuk membayar semula RM60,000 secara ansuran. "Namun konsep ini menjadi isu bila ia masuk dalam konsep Tawarruq kerana Tawarruq tidak membenarkan kita menzalimi peminjam. Katakan di tengah-tengah jalan, tiba-tiba penjualnya meninggal, si A mungkin dapat meja itu, tetapi benarkah harga meja itu RM50,000?," katanya. Firoz berkata, konsep Bai' Inah berbeza dengan Tawarruq kerana konsep Tawarruq lebih jelas transaksinya iaitu ada akad, komoditi, transaksi pembelian dan penjualan.
Sedania As Salam tawar produk As-Sidq
Dengan menggunakan konsep Tawarruq, beliau berkata, Sedania As Salam Capital menawarkan produk perbankan halal dikenali sebagai As-Sidq. As-Sidq bertindak sebagai platform memperdagangkan kredit pelan prabayar untuk dijadikan komoditi bagi meluluskan pembiayaan seperti pinjaman peribadi dan perumahan, deposit-i serta Akaun Semasa dan Akaun Simpanan (Casa). Firoz berkata, pemilihan kredit pelan prabayar sebagai komoditi dibuat memandangkan barang itu mempunyai harga yang tetap. Sementara itu, kembali mengenai produk As-Sidq, Halim berkata, sebagai penyedia perkhidmatan perbankan halal, syarikat itu menyediakan kemudahan seperti penjual dan pembeli sedia ada. “Tugas bank adalah memberikan pinjaman, tetapi pihak bank tidak boleh berurusan dengan pemohon pinjaman sekiranya dia tiada komoditi yang dipegangnya, berdasarkan konsep perbankan Islam. “Sebab itu Sedania As Salam Capital sediakan platform penjual dan pembeli sedia ada iaitu untuk komoditi kredit pelan prabayar bagi mudahkan bank mempunyai komoditi dan menjualnya semula untuk menguruskan pembiayaan tersebut,” katanya. Pada masa ini, beberapa institusi kewangan menggunakan produk As-Sidq antaranya RHB Islamic Banking, Affin Islamic Bank, Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Bank Simpanan Nasional, Agrobank, Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad dan Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad. As-Sidq juga menawarkan kemudahan akad menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai akad untuk mengesahkan pembiayaan bagi memudahkan pelanggan. Ia turut mendapat pengiktirafan Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM) serta Organisasi Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI). - sinar

Prospek pasaran pesat membangun lebih positif
Dr Zeti Akhtar Aziz
KUALA LUMPUR - Prospek bagi pasaran sedang pesat membangun kelihatan lebih positif dengan ekonomi-ekonominya disokong oleh asas yang kukuh dan sistem kewangan yang berdaya tahan bagi mencatatkan pertumbuhan. Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, walaupun mengalami pertumbuhan yang sederhana, ia adalah disebabkan oleh faktor-faktor sementara penyusunan semula dan pengimbangan semula. "Justeru itu, kami melihat potensi pertumbuhan dalam tahun-tahun berikutnya," katanya pada program CNN Debate on the Global Economy, bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan IMF 2014 di Washington, yang berlangsung dari 10-12 Oktokber. Zeti merupakan ahli panel dalam program CNN Debate itu. Transkrip pembentangan beliau dikeluarkan oleh BNM di sini, hari ini. Beliau berkata pasaran sedang pesat membangun terutamanya di Asia, kini mampu menangani sebarang kemudahruapan kerana ekonomi mempunyai sistem kewangan yang lebih kukuh dan pasaran kewangan yang lebih maju. - Bernama

Kojadi sedia bantu rakyat berpendapatan rendah
Liow Tiong Lai
KOPERASI Jayadiri Malaysia Berhad (Kojadi) bersedia memperluas peranan dan skop operasi mengurus program sosio ekonomi bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Justeru, beliau mencadangkan supaya kerajaan menyalurkan tambahan modal RM200 juta untuk koperasi itu melancarkan skim pinjaman khas bagi membantu rakyat pelbagai kaum berpendapatan rendah menceburi bidang perniagaan. Langkah itu, kata Liow, akan membolehkan program latihan di bawah Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dilaksanakan dan pada masa sama menggalakkan kerjasama antara kaum dalam kalangan SME, peruncit dan penjaja. Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCA kali ke-61, di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata kemahiran pengurusan risiko Kojadi amat membanggakan selain mempunyai rekod pencapaian cemerlang dan tersenarai sebagai antara 100 buah koperasi terbaik seluruh negara. "Misalnya, di bawah Skim Mikro Kredit 1MCA untuk Pemuda, kadar NPL atau pinjaman tidak berbayar jauh lebih rendah berbanding banyak bank dan institusi kewangan lain," katanya pada majlis itu yang dirasmikan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama

Suami bercinta dengan janda
Hindari daripada sikap mengislamikkan cinta sebelum nikah sehingga menghalalkan aktiviti yang dilarang dalam Islam. - Gambar hiasan
[SOALAN]
SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar untuk meleraikan segala kekusutan di hati yang kian sarat seakan tidak tertanggung lagi.
Saya dan suami telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan sempurna sifatnya.
Kami berdua terpaksa hidup berjauhan dan tinggal berasingan kerana tuntutan kerja sejak berkahwin. Saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala suami bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaannya.
Pada awal perkahwinan suami tidak pernah berungut untuk tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan saya. Selepas empat bulan bernikah saya disahkan hamil, lalu bermulalah episod hitam dalam hidup saya.
Sepanjang mengandung dan menjaga diri sendiri di fikiran saya suami di sana mencari rezeki untuk kebahagiaan saya dan anak yang bakal lahir nanti. Itu hanyalah kata-kata manis untuk saya memujuk diri dan hati yang derita.
Suami berubah sikap dari seorang yang mengambil berat dan selalu menghubungi menerusi panggilan telefon atau mesej, kini semakin sepi.
Sejak kebelakangan itu dia lupa akan kehadiran saya dalam hidupnya, hinggakan pada suatu hari saya menghantar sms pun dia tidak balas. Kadang-kadang jam 3 pagi saya bangun dari tidur saya akan belek telefon bimbit melihat kalau-kalau ada mesej dan panggilan daripada suami.
ALLAH itu maha adil dan pada suatu hari suami tertinggal telefon bimbit di rumah dan pada masa yang sama ada sms daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang saya membaca sms tersebut. Hancur luluh hati saya membaca SMS berbunyi “SEHARIAN U TAK CALL, SMS I, MCM I NI TAK WUJUD DLM HIDUP U”.
Pada malam tersebut saya menangis. Perempuan mengandung sangat sensitif dan perlukan kasih sayang seorang suami. Selepas peristiwa tersebut suami terus membuat kata kunci telefon bimbit dengan alasan tidak mahu saya tahu apa-apa mengenai dia. Saya benar-benar kecewa.
Sewaktu kandungan saya sembilan bulan, saya didatangi perempuan tersebut yang mengakui telah menjalin hubungan dengan suami malah hubungan mereka sudah lebih dari suami isteri.
Menggeletar tubuh yang sarat mengandung ini. Suami saya juga telah pun mengaku dengan alasan kami berjauhan.
Kenapa dia tak beritahu dari awal? Bukankah hubungan kami boleh diselamatkan tanpa perlu dia berlaku curang?
Pada saya, ini hanya alasan suami membenarkan kesalahan yang dia buat. Saya amat kecewa dengan perbuatannya. Saya bersalin seorang diri di hospital. Saya sedih dengan pengorbanan yang tidak dihargai.
Saya tidak minta pengorbanan saya dibayar cukuplah sekadar menghargai. Sering kali saya meminta penceraian daripada suami tetapi bila memandangkan wajah anak kecil, saya jadi kasihan kepadanya yang membesar tanpa seorang bapa. Suami saya pernah berkata tidak akan menceraikan saya selagi saya tidak serahkan anak kepadanya.
Suami sekarang sedang teruskan hubungan dengan janda tersebut manakala saya terlontar sepi seorang diri menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal kami. Saya telah ke pejabat agama mendapatkan nasihat dengan membawa segala bukti-bukti. Alhamdulillah hati sedikit tenang.
Malah saya juga bercadang untuk berpindah tempat kerja agar dapat duduk sebumbung dengan suami.
Tetapi, soalannya adakah suami akan berubah hati? Dan kembali kepada saya dan anak?
Bagaimana saya mahu menambat hatinya semula sedang hati saya sakit? Saya masih sayangkan suami dan rumah tangga ini dan selalu berdoa suami kembali ke pangkal jalan. - Su, Johor.
Apa Kata Pakar oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Motivator
Cari kekuatan diri, tawan suami
Memang benar, apabila berjauhan kebanyakan suami akan ‘terlupa’, apatah lagi jika ia digoda. Dalam kes ini, meskipun suami anda bersalah, janda yang menggoda suami anda itu lebih bersalah. Perbuatan dia menyerahkan diri telah menyebabkan suami anda lebih terlena.
Mungkin juga dia tidak tahu lelaki yang dikenalinya pada masa itu adalah suami orang dan bakal bergelar ayah. Membina sebab ‘luar kotak’ membantu anda positifkan minda, memanglah hati sakit tetapi kita kena cari sebanyak-banyak sebab untuk memujuk hati kita sendiri bukan?
Saat begini siapalah yang akan kisahkan diri kita?
Kalau kita bercerita pada orang pun belum tentu orang itu bersimpati kepada kita, apalagi hendak memberikan pertolongan.
Memujuk hati sendiri dengan mempositifkan minda ini sangat baik untuk kesan kesihatan yang berpanjangan, sebab apabila mental sakit, ia mengakibatkan spiritual turut sakit, akhirnya melarat kepada fizikal turut mendapat kesannya.
Silalah berpindah tempat kerja supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum melarat menjadi lebih kronik.
Andainya suami mampu sememangnya anda tidak perlu bekerja pun. Bukankah tugas mencari rezeki adalah kewajipan suami? Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi andainya disebabkan bekerja itulah timbul macam-macam masalah, ia bukanlah bijak lagi.
Jika anda tanya bolehkah suami berubah hati, tiada siapa yang dapat menjawabnya secara tepat kecuali diri suami itu sendiri serta ALLAH yang Maha Mengetahui, namun sebagai insan yang mahukan yang terbaik dalam hidup, ia adalah salah satu usaha yang paling utama untuk diberikan perhatian.
Mengikut pengalaman saya menangani kes-kes seperti ini, seseorang suami yang sudah terkalih itu boleh ditawan semula melalui;
-Kembali hidup sebumbung. Maklumlah orang yang sudah terkalih tentulah yang dekat lebih diingatinya berbanding yang jauh walaupun yang jauh itu nyata lebih baik dan lebih cantik. Ini bermakna keputusan anda mengasingkan diri hidup berdua bersama anak adalah silap kerana tanggungjawab membesarkan anak bukan sepenuhnya tertanggung ke atas bahu anda sahaja, suami anda turut bertanggungjawab.
-Bertekadlah memberikan layanan A1. Mengapa agaknya dia terpikat kepada janda berkenaan, tentunya sebab janda itu dilihatnya lebih menarik. Seorang janda tentu sudah hilang seri pada wajah dan bentuk badan, tetapi kelakuan yang manja-manja juga adalah antara sebab-sebabnya mengapa seseorang itu tunduk. Bagaimana anda hendak bermanja-manja jika berjauhan?
- Memang boleh menghantar SMS atau Whatapps suara, tapi tentu tidak sama dengan berdepan sahaja.
-Hubungan seksual yang luar biasa mestilah dipersembahkan dalam setiap proses-proses ‘keintiman’. Seorang suami bukan hanya terpikat oleh apa yang sedia ada pada isterinya, juga bakat-bakat terpendam yang boleh menyebabkannya tersenyum dan riang serta sering teringat-ingat. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan.
-Anak adalah pengikat kasih, jika tinggal satu rumah keletah anak akan membuatkan hati terhibur lantas kasih sayang suami isteri dapat diterapkan.

Jenazah Shaliza dibawa ke Australia
KUALA LUMPUR - Jenazah Shaliza Zaini Dewa, rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu akan diterbangkan ke Australia pada Selasa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diminta oleh keluarga beliau.
"Mayatnya dijangka dibawa ke Australia pada 14 Oktober," katanya yang juga Presiden MCA kepada pemberita selepas tamat perhimpunan agung MCA ke-61 di sini hari ini.
Shaliza, 45, adalah antara 44 orang orang rakat Malaysia yang maut dalam nahas itu yang pesawatnya terhempas di timur Ukraine akibat ditembak.
Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Shaliza terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka Australians Piers, 15, Marnix, 12, dan Margaux van den Hende, 8.
Mereka pulang dari Amsterdam untuk menyambut Aidilfitri di Kajang, Selangor sebelum kembali ke Melbourne.
Liow berkata jenazah terakhir rakyat Malaysia iaitu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma, nenek tiri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein belum ditemui. - Bernama
TOP
Kesungguhan suami buka pintu hati
PERKENALAN antara saya dan suami hanya sebulan sebelum kami ambil keputusan untuk berkahwin. Ia berlaku secara tidak sengaja di Stesen Bas Bukit Jalil. Suami menolong saya yang sedang menghadapi masalah ketika itu dan dari situ kami mula berkawan sehingga secara tiba-tiba suami ajak saya kahwin.
Saya tidak menolak sebaliknya memberitahu suami jika dia benar-benar ikhlas, lakukanlah. Saya tidak sangka dia betul-betul melakukan urusan perkahwinan. Saya hanya diminta hadir kursus kahwin sahaja yang turut diuruskannya.
Saya juga perkenalkan dia kepada ibu. Untuk pengetahuan saya juga pernah berkawan dengan lelaki bukan Melayu sebelum bertemu jodoh. Ibu tahu mengenai hubungan kami tapi bila sebut soal kahwin teman lelaki selalu mengelak sehingga ibu kata, selepas ini kawanlah dengan sesiapa pun. Ibu terima asalkan dengan niat untuk berkahwin.
Jadi bila saya beritahu ibu yang saya akan berkahwin dengan lelaki Afrika ibu tidak terkejut tapi mahu berjumpa dengan bakal suami terlebih dahulu. Kami berkahwin pada 2010 dan kini memiliki seorang anak bernama Qistina Maisarah.
Saya bekerja sebagai kerani insurans di Setapak dan sebelah malam saya bekerja sambilan di salon di Taman Connought Cheras. Selepas bernikah kami terus pindah dan saya berhenti kerja untuk beri tumpuan kepada suami. Kebetulan, saya memang menunggu seorang lelaki yang nak berkawan atas sebab ingin berkahwin.
Saya tidak mahu buang masa kecewa bercinta lama-lama. Masa majlis kenduri di kampung barulah kawan-kawan tahu pilihan hati saya dan mereka memang terkejut. Inilah jodoh dan saya bahagia dengannya.
Apa yang saya boleh banggakan adalah kesungguhan suami dalam perniagaan. Suami warga Afrika ini seorang yang cekal dan bersungguh-sungguh mencari rezeki. Di tempat mereka tiada peluang seperti di negara kita. Suami mendidik saya walaupun di negara kita birokrasinya tinggi untuk mendapatkan kelulusan perniagaan dan sebagainya (bagi warga negara Afrika) tetapi rezeki murah. Jadi saya banyak belajar dengan dia untuk sentiasa bersyukur dan berusaha sehingga berjaya.
Soal penjagaan makanan suami saya tidak rasa susah kerana suami lebih suka masak makanannya sendiri. Mereka tidak makan seperti kita. Tetapi selalunya kalau saya masak dia pasti makan. Cuma jangan makanan berasaskan durian dan petai. Itu dia tak makan. Untungnya sebab dia suka memasak sendiri dan tidak cerewet.
Mardiah Ali Mokhtar, 26, Peniaga- sinar
TOP
Siklon Hudhud badai India
OMBAK besar menghempas pantai di bandar Visakhapatnam, timur India menjelang ketibaan siklon Hudhud kelmarin.
VISAKHAPATNAM – Siklon Hudhud membadai pantai timur India dengan tiupan angin mencecah kelajuan 195 kilometer sejam (km/j) yang menyebabkan sejumlah pokok tercabut, bangunan rosak dan membunuh sekurang-kurangnya tiga orang semalam. Bandar pelabuhan ini yang dihuni dua juta orang dan sebuah pangkalan tentera laut teruk dipukul Hudhud yang meningkatkan kekuatan ketika berada di Teluk Bengal. Pokok tumbang dan serpihan bertaburan di jalan-jalan raya di sini. Kebanyakan penduduk mencari tempat berlindung selepas mereka diberi amaran awal mengenai bencana tersebut. Namun, dua orang terbunuh masing-masing akibat dihempap pokok tumbang dan tembok runtuh. “Situasi di bandar ini amat serius,” kata pesuruhjaya khas hal ehwal pengurusan bencana negeri Andhra Pradesh, K. Hymavathi. “Sistem telekomunikasi terputus malah pusat kawalan kami turut terjejas. Orang ramai yang berlindung di apartmen mereka mula panik dan menelefon kami,” katanya. Menurut Hymavathi, Hudhud melanda daratan di timur India menjelang tengah hari semalam. Terdahulu, Agensi Bantuan Bencana India (IMD) telah memindahkan lebih 150,000 orang kelmarin untuk meminimum angka kematian bencana itu “Bunyi tiupan angin menakutkan, ada ketika ia berbunyi seperti letupan,” kata seorang wartawan Reuters di lokasi kejadian. Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menutup lapangan terbang dan menggantung perkhidmatan kereta api di bandar ini. IMD mengkategorikan Hudhud sebagai ribut siklon amat kuat dengan tiupan angin 195 km/j dan lambakan hujan lebih 24.5 sentimeter. Namun, Sistem Amaran dan Koordinasi Global (GDACS) kendalian Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah meramalkan tiupan angin lebih kencang mencecah 212 km/j sekali gus meletakkan Hudhud sebagai ribut Kategori 4 yang berisiko membawa kemusnahan teruk serta meluas. – Reuters

Pelantikan Rafizi Tak Bertentangan Perlembagaan - Anwar
KUALA LUMPUR: Kedudukan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baharu tidak bertentangan dengan perlembagaan parti itu.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu yakin tidak wujud isu pertindihan kuasa walaupun Rafizi kini turut menjawat jawatan Naib Presiden selepas pemilihan parti itu baru-baru ini.
"Itu keputusan Presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) melantik saudara Rafizi sebagai Setiausaha Agung...saya ingat ia satu keputusan yang baik.
"Tidak ada peraturan yang menghalang (pegang dua jawatan)," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Keputusan melantik Rafizi menggantikan penyandang jawatan itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dibuat dalam mesyuarat Biro Politik parti itu pada Ahad malam.
Selain itu, menurut Anwar, Saifuddin kini dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR bersama seorang lagi Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.
Jawatan itu sebelum ini disandang oleh Timbalan Presiden yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
"Azmin kini tertumpu banyak perkara di Selangor jadi beliau minta (lepas jawatan), tetapi saya sudah minta Azmin mengawasi sebab pengalamannya sudah lama," katanya.- mstar online
TOP
Gantung 2 Adun: PKR Tak Masuk Campur
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian untuk tidak campur tangan berkaitan isu dalaman PAS khususnya membabitkan masalah disiplin ahli dan pemimpin sekutu Pakatan Rakyat itu.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, parti itu menghormati keputusan PAS menggantung keahlian dua wakil rakyatnya yang bertindak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
"Itu adalah proses dalaman PAS dan saya rasa setiap parti mempunyai hak untuk menjalankan proses dalaman.
"Kalau proses itu berlaku dalam PKR, kita menghargai. Kalau rakan-rakan, kita tidak campur tangan, saya rasa tidak wajar kalau parti lain di dalam Pakatan Rakyat cuba campur tangan," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Beliau mengulas mengenai keputusan PAS pada Ahad menggantung selama setahun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin digantung selama setahun berkuat kuasa Ahad.
Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberi tempoh 15 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar ketika Selangor dilanda krisis jawatan tersebut.
Kedua-dua Adun itu kemudiannya dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat bagi memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyokong pencalonan Wan Azizah dan membuat kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti.- mstar online
TOP
Tutup Hentian Putra Januari 2015
Hentian Putra bakal ditamatkan operasi Januari 2015
KUALA LUMPUR: Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan ke lokasi baharu selewat-lewatnya Januari 2015. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J Loga Balan Mohan bagaimana berkata, lokasi baharu hentian bas bagi laluan pantai timur itu masih belum ditentukan. Menurut beliau, pada masa ini perkhidmatan bas di Hentian Putra hanya beroperasi di luar terminal kecuali kaunter tiket. "Hentian Putra yang digunakan sebagai hentian bas ekspres pantai timur mengalami kerosakan struktur paip air buat kali kedua. Oleh itu operasi bas dari terminal itu dihentikan mulai 8 Ogos lalu. "Pada masa ini operasi bas adalah di luar terminal kecuali kaunter tiket dan ruang menunggu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin. Beliau menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan berhasrat untuk menaik taraf kemudahan Hentian Putra yang sudah lama dan uzur. "Memandangkan terminal akan dipindahkan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menaik taraf kemudahan di terminal ini. "Bagaimanapun penyelenggaraan biasa seperti tandas, penghawa dingin, lampu, surau dan kebersihan kawasan akan dilakukan seperti biasa sehingga tarikh pemindahan," katanya.- mstar online

Jawatankuasa Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan Kaji Hukum Hudud
KOTA BARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Isnin diberitahu beberapa langkah telah diambil untuk merealisasikan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II iaitu hukum Hudud di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata beberapa jawatankuasa tertentu membabitkan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan juga telah ditubuhkan untuk mengkajinya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang mempersoalkan kerajaan negeri kerana masih mempolitikkan isu itu pada sesi soal jawab.
"Kanun ini telahpun diluluskan dalam dewan ini lebih 20 tahun lalu ... saya ingin bertanya apakah kerajaan negeri lebih takutkan DAP atau siapa sebenarnya untuk melaksanakan undang-undang ini," soal Mohd Adhan.
Sementara itu persidangan dewan juga dimaklumkan sebanyak 17 kes kematian akibat demam denggi dilaporkan di negeri ini dengan 12 lagi masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sebanyak 13,200 orang telah dijangkiti demam denggi itu sejak Januari lalu.
Katanya pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan negeri antaranya mengadakan gotong royong perdana di lokaliti wabak selain mengadakan khutbah khas Jumaat tentang aspek kebersihan untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi.
"Kerajaan negeri bekerjasama dengan semua pihak demi menyedarkan rakyat untuk menjaga kebersihan," katanya ketika menjawab soalan Dr Md Yusnan Yusof (PAS-Melor).- mstar online
TOP
Kualiti Udara Baik Di Seluruh Negara
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di kebanyakan kawasan seluruh negara adalah baik pagi ini dengan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi Isnin.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 22 kawasan mencatatkan IPU sederhana manakala 28 kawasan mencatatkan IPU baik.
Bacaan IPU sederhana tertinggi dicatatkan di Port Klang, Selangor (77), Nilai, Negeri Sembilan (73) dan Petaling Jaya (73).
Kuala Terengganu mencatatkan bacaan IPU terbaik iaitu 16.
Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik; antara 51 hingga 100 (sederhana), antara 101 hingga 200 (tidak sihat), antara 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetuai bacaan IPU di kawasan mereka.- mstar online
TOP
Malaysia Bakal Bina Jalan Bercampur Getah
KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka dapat membina jalan daripada getah pada Jun tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah berkata, banyak negara telah menjalankan kajian mengenai pelbagai kegunaan getah terutama untuk sektor pembinaan.
"Sesetengah negara menggunakan getah asli (NR) untuk membina jalan. Malaysia juga akan menjadi antara negara berkenaan," katanya dalam taklimat media di sini, Isnin selepas merasmikan Persidangan Getah Tahunan Ketujuh anjuran Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli, bertemakan 'Kelestarian Ekonomi NR yang Saksama'.
Uggah berkata, jika harga terus bergerak pada kadar perlahan, ada kemungkinan getah asli akan diguna untuk membina jalan.
Katanya, Thailand yang telah menjalankan ujian, mendapati walaupun pelaburan awal tinggi, kos penyelenggaraan adalah rendah untuk jangka panjang.
"Jalan daripada getah juga sebagus jalan tar atau bitumen. Thailand menggunakan 3.3 tan getah asli sekilometer untuk pembinaan jalan," katanya.
Uggah berkata, antara langkah segera yang diambil bagi menyokong industri getah asli ialah menanam semula pokok getah di kawasan seluas 50,000 hektar bagi menggantikan pokok berusia lebih 20 tahun.
Terdahulu dalam ucapannya, Uggah berkata kerajaan menyambut baik cadangan persatuan pengeluar getah Thailand, Indonesia dan Malaysia baru-baru ini untuk tidak menjual di bawah harga RM1.50 sekilogram.
"Jadikan ini ujian yang mengukur keazaman dan persaudaraan kita dalam menyelesaikan krisis harga sekarang," katanya.- mstar online
TOP
Anggota Polis Maut Dihempap Pokok Disemadi Di Kampung Halaman
Pondok yang remuk akibat dihempap pokok tumbang yang mengorbankan dua anggota polis pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Jenazah dua anggota polis yang maut dalam kejadian pokok tumbang, di sini malam tadi, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kedua-dua jenazah dibawa ke Masjid Bukit Aman di sini kira-kira 10.15 pagi untuk dimandikan dan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zuhur. "Jenazah Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinchi, Desa Aman, di sini. "Jenazah Allahyarham Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diterbangkan ke Tambunan, Sabah dan dijangka sampai kira-kira jam 4 petang hari ini (Isnin)," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, keputusan laporan bedah siasat terhadap kedua-dua anggota polis itu mendapati punca kematian adalah akibat sesak nafas. Malam tadi semasa hujan lebat melanda ibu negara, dua anggota polis itu maut setelah sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap mereka ketika berada di dalam sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang kes di Jalan Bellfield, Kampung Attap, di sini. Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.- mstar online

Harga Barang Jenama 1Malaysia Kekal Sejak KR1M Diwujudkan
KUALA LUMPUR: Harga barang keperluan isi rumah jenama 1Malaysia tidak pernah dinaikkan sejak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan pada 2011, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Menurutnya, setakat ini, KR1M menawarkan sebanyak 378 pilihan barang berkualiti dengan harga sehingga 50 peratus lebih rendah berbanding jenama terkenal.
"Pihak yang ingin membuat perbandingan bagi barang yang sama berjenama lain perlu mempunyai persamaan spesifikasi dan bahan yang digunakan agar perbandingan yang dibuat adil bagi semua pihak," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengapa sesetengah barang 1Malaysia lebih mahal berbanding pesaing lain dengan membandingkan harga tisu Cutie Soft yang dijual di Mydin Kuala Terengganu pada harga RM6.50 dan tisu YiFa RM4.50 dengan tisu 1Malaysia yang berharga RM6.90.
Ahmad Bashah berkata, semakan harga yang dibuat oleh KPDNKK mendapati, perbandingan yang dibuat oleh Tian Chua adalah tidak tepat dan tidak memperincikan maklumat tisu yang dinyatakan.
"Tisu muka 1Malaysia (80 helai x 4 kotak) dengan harga RM3.70 dan tisu tandas 1Malaysia (200 helai x 10 gulung) berharga RM5.90. Manakala tisu Cutie Soft (200 helai x 10 gulung) berharga RM6.50 dan tisu YiFa (180 helai x 10 gulung) berharga RM4.50.
"Berdasarkan maklumat itu, harga yang dimaklumkan adalah tidak tepat dan perincian juga tidak dinyatakan," kata Ahmad Bashah.
Menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) mengenai pemantauan kualiti barangan KR1M, beliau berkata KPDNKK mempunyai pegawai di peringkat negeri untuk memantau operasi KR1M.
"Kementerian juga telah menubuhkan jawatankuasa bagi memastikan setiap kedai mematuhi harga ditetapkan, selain menjalankan pengauditan berkala bagi memastikan kualiti barangan terjamin," jelasnya.- mstar online
TOP
Lebih 450,000 Calon Duduki Ujian Bertulis PT3 Hari Ini
Pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Seri Pagi sedang menduduki PT# yang bermula pada Isnin sambil di awasi oleh guru sekolah itu di Seremban. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 453,413 calon menduduki Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang julung kali diadakan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula Isnin hingga Khamis (16 Oktober). Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, ujian bertulis bagi peperiksaan yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu meliputi 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Mata pelajaran selebihnya ialah Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Iban dan Bahasa Punjabi. "Pengurusan dan pemeriksaan skrip jawapan calon bagi Ujian Bertulis PT3 adalah di bawah tanggungjawab pengetua sekolah. "Bagaimanapun, Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan menjalankan moderasi pemeriksaaan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor calon," menurut kenyataan itu. Pelaporan pencapaian murid bagi PT3 diberikan dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F, jelas kenyataan itu. PT3 dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 6 hingga 29 Ogos dan ujian bertulis dari 13 hingga 16 Oktober. Sementara itu, di SEREMBAN, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Kalsom Khalid berkata sebanyak 18,437 orang calon menduduki Ujian Bertulis PT3 di 120 pusat peperiksaan di negeri ini. Katanya PT3 diuruskan 100 peratus dan dilaksanakan dengan penuh integriti oleh pihak sekolah daripada peringkat pemilihan soalan, mengeluarkan soalan, menyediakan petugas sehingga ke penandaan. "Prosedur operasi standard (SOP) disediakan dengan ketat, semua pegawai dan guru yang terlibat telah menandatangani Akta Rahsia Rasmi. Hanya pihak tertentu yang dipilih oleh pihak sekolah sahaja akan melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, di sini. Di MELAKA, sebanyak 14,520 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 82 sekolah di tiga daerah negeri ini, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin. Md Yunos berkata daripada jumlah itu sebanyak 8,102 orang merupakan calon daripada sekolah di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (3,757) dan Jasin (2,661). "Sebanyak 34 pelajar merupakan calon berkeperluan khas manakala seorang adalah calon persendirian yang menumpang di sebuah sekolah menduduki PT3," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek di sini. Beliau berkata PT3 di negeri ini melibatkan pelajar daripada 73 sekolah menengah kerajaan, enam sekolah swasta, dua Maktab Rendah Sains Mara dan satu sekolah integriti. Di PULAU PINANG, sebanyak 22,781 calon Ujian Bertulis PT3 di 130 pusat peperiksaan, kata Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nur Azri Kamarudin. Beliau berkata sebanyak 155 calon persendirian turut menduduki peperiksaan sama yang berlangsung selama empat hari bermula pada Isnin.- mstar online

Nik Aziz Sokong Penggantungan Dua Adun PAS Selangor
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong penggantungan keahlian dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dari parti itu atas kesalahan mengkhianati keputusan Majlis Ulama PAS.
Majlis itu mengambil pendirian menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor semasa berlaku kemelut jawatan itu.
Namun mereka berdua membuat pendirian bercanggah menyokong presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.
Nik Abdul Aziz berkata penggantungan itu selama setahun berkuat kuasa semalam terhadap Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin adalah tepat dan bersesuaian dengan kesalahan.
"Mana-mana persatuan berbentuk politik, dalam sekolah dan kerajaan sekalipun, mesti patuh pada peraturan, tidak boleh suka-suka hati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, Isnin.
Ditanya tentang kemungkinan kedua-dua Adun itu keluar parti ekoran penggantungan itu, bekas menteri besar Kelantan itu berkata itu adalah hak individu untuk berbuat demikian.
"Kalau dia nak keluar parti, itu dia punya pasal lah, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat. Dulunya dia berkempen PAS, lepas tu parti lain pula, ini orang yang tidak siuman. Orang yang akil baligh, mesti jaga lidah," katanya.
Pengumuman mengenai penggantungan keahlian itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam.
"Kedua-dua Adun itu masih lagi ahli parti dan mereka bukanlah dipecat malah masih menjadi Adun kita," katanya. - mstar online
TOP
Kerajaan Melaka & PBT Tidak Terima Permohonan Anjur Octoberfest
MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah menerima permohonan bagi penganjuran pesta Octoberfest 2014 yang dijadual berlangsung di Jonker Street di sini Sabtu ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan daripada syarikat swasta ataupun badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.
"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas ke atas umat Islam yang terlibat dalam mana-mana kegiatan berstatuskan maksiat.
"Premis-premis yang menjual arak hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam sahaja," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.- mstar online
TOP
KPDNKK Senarai 14 Jenis Barang Harga Kawalan Sempena Deepavali
Cili merah antara 14 barang kawalan sempena musim perayaan Deepavali tahun ini.
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan 14 jenis barangan diletakkan bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut 22 Oktober ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, skim kawalan harga itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, bermula 18 hingga 27 Oktober ini. Beliau berkata, 14 barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, B dan C, tomato, bawang merah kecil dari India, ubi kentang dari China dan kacang dhal dari Australia. "Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga ini bertujuan mengelakkan peniaga dan pekedai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkenaan, selain memastikan bekalan barangan terkawal itu mencukupi di pasaran," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Isnin. Katanya, harga maksimum ditentukan bagi 14 barangan tersebut di 89 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan. Hasan berkata, peniaga perlu memastikan barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum ditentukan serta meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal tersebut. Tanda harga hendaklah jelas, mudah dibaca, menggunakan unit sukatan atau timbangan yang telah ditentukan dan memaparkan harga yang tepat serta tidak mengelirukan, katanya. Katanya, aduan berkenaan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berhubung skim itu boleh disalurkan kepada pihak kementerian menerusi talian bebas tol 1800-886-800 atau di mana-mana pejabat PDNKK di seluruh negara. Dalam pada itu, Hasan berkata, kementerian telah melakukan 75,851 pemeriksaan terhadap premis perniagaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang, sejak penyelarasan subsidi minyak sebanyak 20 sen berkuat kuasa 2 Okt lepas. Beliau berkata, daripada pemeriksaan itu, pihaknya menerima 37 aduan membabitkan 47 kes, dengan kebanyakan aduan berkenaan peniaga tidak meletakkan tanda harga. "Walaupun ada yang membangkitkan mengenai tindakan peniaga menaikkan harga barang susulan penyelarasan subsidi minyak, namun jumlahnya adalah kecil," katanya dan menambah 24 daripada keseluruhan kes sedang diambil tindakan.- mstar online

Mahkamah Perintah Jurujual Kereta Bela Diri Pertuduhan Membunuh
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin membatalkan pembebasan seorang jurujual kereta dan memerintahkannya untuk membela diri atas pertuduhan membunuh seorang eksekutif wanita pada 2006.
Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Linton Albert sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk memerintahkan Shahril Jaafar membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Albert yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Abdul Rahman Sebli juga memerintahkan Shahril, 34, direman sementara menunggu perbicaraan bela dirinya di Mahkamah Tinggi di Alor Setar, Kedah. Dia akan direman di penjara Alor Setar.
Albert juga menetapkan 19 Oktober bagi sebutan kes di Mahkamah Tinggi dan menurutnya mahkamah mahu perbicaraan diadakan secepat mungkin.
Pihak pendakwa raya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 25 Jun tahun lepas yang melepas dan membebaskan Shahril daripada pertuduhan membunuh tanpa memanggilnya membela diri.
Shahril dituduh membunuh eksekutif pemasaran Chee Gaip Yap, 25, di perkarangan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, antara 5.30 petang pada 14 Januari, 2006 dan 3.05 pagi hari berikutnya.
Chee sedang berjoging dengan adik perempuannya di Kelab Cinta Sayang apabila dia diculik.
Sembilan jam kemudian, mayatnya dalam keadaan separuh bogel dijumpai dalam semak berdekatan trek joging pada 15 Januari, 2006.
Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Lee mati akibat kesan tikaman pada sebelah kiri lehernya dan bukan kerana kecederaan dalaman di bahagian kemaluannya.
Adalah diilaporkan pada tahun lepas bahawa Shahril, yang melarikan diri sejak 2006, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, sekembalinya dari Perth, Australia.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Awang Amardajaya Awang Mahmud berhujah bahawa empat calitan air mani dan darah yang diambil daripada kemaluan mangsa didapati 100 peratus sepadan dengan DNA Shahril.
Beliau berkata adalah mustahil orang ketiga terlibat dan menambah tindakan Shahril melarikan diri ke Australia, tiga hari selepas DNAnya diambil membayangkan bahawa dia bersalah dan cuba melarikan diri daripada sesuatu.
Awang Amardajaya berkata calitan kelima diambil daripada si mati didapati mempunyai "loci asing" yang mungkin berpunca daripada pencemaran kerana mayat mangsa dijumpai dalam semak.
Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Shahril bagaimanapun berhujah bahawa walaupun jika DNA terbukti milik Shahril, ia tidak membuktikan bahawa dia telah membunuh Chee kerana tiada bukti menunjukkan berlaku hubungan seks tanpa kerelaan.
Beliau berkata tiada apa-apa untuk mengandaikan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan mangsa adalah pembunuhnya kerana kecederaan di bahagian kemaluannya mungkin disebabkan persetubuhan secara rela dan bukan kerana dia diserang secara seksual.
Beliau berkata Shahril tidak dituduh merogol mangsa.- mstar online
TOP
Hishamuddin Rais Diarah Bela Diri Pertuduhan Menghasut
Hishamuddin Rais.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin memerintahkan aktivis Hishamuddin Md Rais membela diri terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei tahun lepas. Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu setelah mendapati Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu selepas mendengar keterangan empat saksi. Mahkamah kemudian menetapkan 13 November sebagai tarikh bela diri. Dalam prosiding itu, peguam Syahredzan Johan mewakili Hishamuddin, 63, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Pada 29 Mei tahun lepas, Hishamuddin bersama lima aktivis lain didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- mstar online

Sebutan Semula Kes Presiden Isma Ditetapkan 22 Disember
Abdullah Zaik Abdul Rahman.
KAJANG: Perbicaraan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini. Penangguhan itu diperintahkan oleh Hakim Nor Hazani Hamzah pada Isnin sementara menunggu permohonan Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM) Profesor Dr Azmi Shahrom untuk mencabar pendakwaan Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya bagi melihat sama ada ia selari dengan Perlembagaan. Hakim Mahkamah Sesyen Nor Hazani Hamzah menangguhkan kes itu selepas peguam yang mewakili Abdullah, Salim Bashir memohon penangguhan itu. Nor Hazani kemudiannya menetapkan 22 Disember ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan permohonan Dr Azmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abas tidak membantah permohonan tersebut. Abdullah didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di No.25-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Bandar Baru Bangi, Seksyen 9 paa pukul 10 pagi, 6 Mei lalu.- mstar online

Syarikat Pengusaha Stesen Minyak Didakwa Simpan Diesel
Gambar hiasan.
JOHOR BARU: Sebuah syarikat pengusaha stesen minyak dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin atas tuduhan menyimpan barang kawalan iaitu 309,525 liter diesel di premis tidak dibenarkan di perairan Sungai Kong Kong, Pasir Gudang, Jun lepas. Syarikat Great Future Petroleum Sdn Bhd, didakwa menyimpan diesel itu di premis yang tidak dibenarkan oleh Pengawal Bekalan untuk penyimpanan iaitu di atas kapal MT Hui Cai di perairan sungai berkenaan pada kira-kira 6 petang, 6 Jun lepas. Syarikat beralamat di Puchong, Selangor itu yang diwakili dua pengarahnya, Datuk Lokman Mustafa, 56, dan M.Kaniappan, 68, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum bawah Seksyen 22(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 dan bagi kesalahan kedua denda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan. Selain itu, Lokman dan Kaniappan atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat pula, masing-masing turut dituduh melakukan kesalahan yang sama di tempat, masa dan tarikh yang sama. Mereka didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 22(4) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya denda maksimum RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang lagi pengarah syarikat itu, K.Alagendra, 27, yang gagal hadir di mahkamah pada Isnin walaupun notis saman telah dikeluarkan terhadapnya. Beliau juga memohon supaya Lokman dan Kaniappan tidak dibenarkan jaminan. Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, bagaimanapun membenarkan Lokman dan Kaniappan, masing-masing diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar alasan dan rayuan dikemukakan mereka. Mohamad Haldar menetapkan 27 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan mengarahkan pasport antarabangsa kedua-duanya diserah kepada mahkamah.- mstar online

Wanita Warga Nepal Didakwa Gugur Janin
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga Nepal didakwa menggugurkan janin di sebuah poliklinik di sini.
Pekerja kilang, Thapa Nirmala, 24, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah poliklinik di Taman Ciku di sini kira-kira pukul 3 petang, 9 Oktober lalu.
Kesalahan dibawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan dilakukan dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan kematian selepas dilahirkan membawa hukum penjara maksimum 10 tahun.
Tiada pengakuan direkodkan apabila Thapa didakwa pada Isnin kerana dia tidak faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Malaysia.
Hakim Mahkamah Sesyen Musyiri Peet menetapkan 12 November ini untuk mendapatkan khidmat jurubahasa Nepal.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Saw Sim.- mstar online
TOP
Jurujual Kereta Diarah Bela Diri Kes Bunuh Bekas Penuntut UUM
PUTRAJAYA: Lelaki yang didakwa menyebabkan kematian Chee Gaik Yap yang mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di Alor Setar, lapan tahun lalu akan menjalani perbicaraan penuh di hadapan Mahkamah Tinggi di sana.
Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert sebulat suara mengetepikan pelepasan dan pembebasan seorang jurujual kereta, Shahril Jaafar dan meminta tertuduh membela dirinya.
"Kami memerintahkan dia (Shahril) turut diletakkan dalam reman dengan serta-merta," kata Linton pada Isnin.
Panel tiga hakim itu yang turut disertai Hakim Moktar Sidin dan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menetapkan 19 Oktober ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Bapa Gaik Yap, Chee Ah Sau yang menghadiri prosiding itu memberitahu wartawan bahawa dia berasa lega akhirnya kes itu dibicarakan secara penuh.
Pada 25 Jun, Mahkamah Tinggi Alor Setar melepas dan membebaskan Sharil daripada tuduhan membunuh Gaik Yap selepas mendapati tiada kes prima facie terhadapnya diakhir kes pendakwaan.
Shahril,33, didakwa membunuh Gaik Yap dekat Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani antara pukul 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan pukul 3.05 pagi, keesokannya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mangsa yang merupakan bekas penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) dibunuh dengan kejam selepas dipercayai dirogol dan mayatnya ditemui pada awal pagi 15 Januari 2006 dalam keadaan separuh bogel di Jalan Kelab Cinta Sayang.- mstar online
TOP
Wanita, Teman Lelaki Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki
Mayat kanak-kanak lelaki ditemui polis di dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit.
BUKIT MERTAJAM: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mayatnya ditemui berhampiran ladang kelapa sawit, T. Gayathry, 30 pada Isnin didakwa atas tuduhan membunuh oleh Mahkamah Sesyen di sini. Turut didakwa atas pertuduhan sama adalah teman wanita tersebut, R.Saravanan Kumar, 24, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Pasangan tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Ladang, Permatang Serai di Bukit Tengah di sini antara pukul 8 pagi pada 20 September dan 11.25 pagi, 29 September lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak ditawarkan ikat jamin. Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan ikat jamin tidak dibenarkan untuk kesalahan itu. Kanak-kanak tersebut dikatakan dibunuh secara tidak sengaja oleh ibunya di rumah mereka di Kulim sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak di ladang sawit berhampiran Permatang Tinggi, Bukit Tengah bulan lalu. Mayatnya ditemui oleh polis tujuh hari kemudian selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang. Ibu mangsa dilaporkan membuat laporan polis mendakwa anak lelakinya hilang ketika bersiar-siar dekat Esplanade pada 23 September lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Musyiri Peet menetapkan sebutan semula kes pada 15 Disember ini.- mstar online

Pemandu Lori Parah Di Tembak Di Bayan Lepas
GEORGE TOWN: Seorang pemandu lori yang mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah cedera parah ditembak dari jarak dekat di Mukim 12, Sungai Tiram, Bayan Lepas dekat sini malam Ahad.
Jurucakap polis berkata, kejadian pukul 11.20 malam di perkarangan rumah lelaki berusia 27 tahun itu berlaku ketika dia berada di dalam lorinya untuk keluar bekerja.
"Tembakan itu mengenai bahu kiri lelaki berkenaan. Dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil," katanya di sini, Isnin.
Beliau berkata, lelaki yang cedera ditembak itu kemudiannya berlari ke dalam rumah dan memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya.
Polis menemui sebutir peluru 9mm jenis luger berhampiran bahagian tayar hadapan lori mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori itu tidak mengenali lelaki yang menembaknya.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian itu mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.
"Berdasarkan rekod, mangsa juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah," katanya.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- mstar online
TOP
Dua Raja Dadah Kena Cekup
BUKIT AMAN: Polis berjaya melumpuhkan sindiket dadah warga Nigeria dengan penangkapan 11 suspek termasuk dua 'kingpin' atau raja dadah dalam tujuh serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata suspek masing-masing berusia antara 24 dan 54 tahun itu ditahan selepas pemantauan selama lebih setahun.
"Dua raja dadah itu ditahan dalam dua unit kondominium mewah di Bangsar.
"Mereka amat aktif dalam menyeludup dadah untuk diedarkan ke sekitar Asia Tenggara.
"Antara 11 yang ditahan itu, seorang daripada adalah wanita tempatan dari Sarawak dan seorang wanita dari Tanzania.
"Kami mengenal pasti wanita tempatan itu sebagai keldai dadah yang digunakan oleh sindiket tersebut," katanya pada sidang media di sini Isnin.- mstar online
TOP
Identiti Dua Penjenayah Elak Sekatan Polis Dikenal Pasti
Kenderaan yang dinaiki dua lelaki dipercayai penjenayah remuk teruk dan terbakar selepas merempuh sebuah jengkaut ketika cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya polis di Jalan Syed Abdul Aziz dekat Limbongan di Melaka, Ahad lalu. - fotoBERNAMA
MELAKA: Polis telah mengenal pasti identiti dua penjenayah yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya polis sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut di Jalan Syed Abdul Aziz dekat Limbongan di sini Ahad. Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata penjenayah yang maut itu berasal dari Lorong Pandan di sini dan mempunyai lapan rekod jenayah melibatkan dadah dan curi sejak tahun 1995. Beliau berkata lelaki berumur 41 tahun itu yang juga penumpang kereta dalam insiden itu merupakan bekas tahanan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) berhubung kes dadah. Katanya suspek kedua berusia 23 tahun yang juga pemandu kereta itu berasal dari Pantai Peringgit di sini dan mempunyai dua rekod jenayah melibatkan pecah rumah di Pandamaran, Klang, Selangor dan curi di Bandar Baharu, Kedah pada 2004. "Kita masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini daripada semua aspek," katanya. Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang Ahad, kereta dinaiki dua penjenayah itu yang cuba melarikan diri dengan memecut ke arah Limbongan telah terbabas dan merempuh sebuah jentolak yang sedang menjalankan kerja pembesaran jalan dan parit di kiri jalan. Seorang daripada penjenayah itu maut akibat tersepit dalam kereta dan seorang lagi cedera parah dan kini dirawat di Hospital Melaka. Seorang anggota polis yang menaiki motosikal peronda turut cedera dalam insiden itu dan turut dirawat di hospital sama. Polis menemukan beberapa bungkusan serbuk putih dipercayai dadah dan beberapa peralatan seperti kapak, parang, pemutar skru dan pemotong kabel disyaki digunakan untuk jenayah pecah rumah dalam kereta itu.- mstar online

Kemalangan Bas: 30 Maut di Mesir
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam nahas bas di selatan Mesir awal pagi Isnin.
Sumber keselamatan berkata lebih 12 orang cedera apabila dua bas berlanggar di lebuh raya padang pasir di pinggir bandar Edfu, di utara Aswan. Bas ketiga kemudian merempuh kedua-dua bas terbabit.- mstar online
TOP
Kakitangan Kesihatan UK Mogok Buat Pertama Kali Sejak 1982
Isu penolakan kenaikan gaji menyebabkan ribuan pekerja perkhidmatan kesihatan di UK mengadakan mogok yang pertama kali sejak 1982.
LONDON: Beribu kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS) melancarkan mogok pada Isnin iaitu yang pertama sejak 1982 berikutan keputusan kerajaan untuk menolak kenaikkan gaji mereka. Kakitangan NHS dari jururawat, krew ambulans sehinggalah kepada bidan berhenti bekerja selama empat jam bermula pukul 7 pagi waktu tempatan. Perkhidmatan Jabatan Kecemasan bagaimanapun tidak terlibat dengan mogok ini tetapi pihak kesatuan menyeru para pesakit membatalkan temujanji mereka sekiranya boleh. Tindakan mogok ini adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan khususnya Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt, yang dengan mentah-mentah menolak syor pihak kesatuan agar dibentuk sebuah panel bebas bagi mengkaji permintaan kenaikan gaji minimum satu peratus. Hunt bersetuju untuk melaksanakan kenaikan gaji satu peratus itu tetapi terhad kepada empat pekerja dari kalangan setiap 10 orang yang tidak berpeluang mendapat kenaikan gaji sebelum ini. "Majoriti kakitangan NHS memperolehi kenaikan gaji secara automatik sebanyak tiga peratus tetapi kerajaan tidak berupaya untuk memberi kenaikan satu peratus kepada mereka yang telah memperolehi kenaikan automatik ini," kata Hunt. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja (TUC), Frances O'Grady, menegaskan moral kakitangan NHS kini jatuh merudum. Pihak kesatuan berhujah, kenaikan gaji tahunan yang rendah campur inflasi bermakna nilai bayaran gaji kakitangan NHS jatuh sebanyak 12 peratus sejak 2011. Di antara pihak kesatuan yang terlibat dalam mogok ini termasuklah kakitangan Kolej Diraja Perbidanan yang akan mencatat sejarah menyertai mogok buat pertama kalinya sepanjang 133 tahun kewujudan kolej ini. Anggota kesatuan yang mengambil bahagian dalam mogok ini melibatkan 400,000 pekerja dari kalangan 1.3 juta staf NHS di seluruh United Kingdom dan Ireland Utara. NHS merupakan salah satu daripada majikan terbesar di dunia. Menakjubkan, hanya angkatan tentera Republik Rakyat China, Jabatan Kereta Api India dan rangkaian pasar raya Amerika, Wal-Mart yang memiliki kakitangan melebihi NHS. Dibentuk pada 1948 dan dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai, NHS menawarkan perkhidmatan kesihatan universal secara percuma pada saat seseorang itu dilahirkan. Mogok yang dilancarkan ini hanya muncul tujuh bulan sebelum Britain berhadapan dengan pilihan raya umum pada Mei tahun depan. Parti pembangkang yang diketuai oleh Parti Buruh mendakwa, kerajaan Konservatif yang memerintah sekarang berhasrat untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan yang kemudiannya dinafikan oleh Perdana Menteri David Cameron.- mstar online

Polis Tahan 11 Anggota Sindiket Asing, Rampas Syabu RM3 Juta
KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 anggota sindiket dadah antarabangsa termasuk dua ketuanya dan merampas dadah jenis syabu seberat 30.3 kilogram dianggarkan bernilai RM3 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka yang ditahan Sabtu lepas, terdiri daripada sembilan warga Nigeria, seorang wanita warga Tanzania dan seorang wanita tempatan dari Sarawak.
"Sindiket dadah itu didalangi warganegara Nigeria yang menyeludup dadah dalam kuantiti besar menggunakan perkhidmatan kargo untuk pasaran Malaysia dan negara jiran.
"Dadah ini dirampas di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada hari sama (11 Okt), yang diletakkan di dalam 24 paket makanan bijiran segera dengan setiap satunya dianggarkan antara 1 kilogram hingga 1.5 kilogram," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Noor Rashid berkata susulan itu, beberapa serbuan dilakukan di sekitar Lembah Klang kira-kira 1.30 petang pada hari sama dan menahan dua ketua sindiket Nigeria itu yang berusia dalam lingkungan 30-an dan semua anggotanya yang berusia antara 24 dan 54 tahun.
"Kita tahan dalang sindiket ini, seorang di sebuah kondominium mewah di Bangsar dan seorang lagi di kawasan sama, manakala anggota sindiket lain ditahan di sekitar Lembah Klang.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua dalang sindiket ini tidak menetap di Malaysia sebaliknya keluar dan masuk (Malaysia) mengikut keperluan manakala anggota sindiket pula menggunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar," katanya.
Beliau percaya sindiket itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah tempatan.
Selain itu, katanya sindiket berkenaan adalah besar dan terancang berdasarkan kualiti syabu yang dirampas.
"Berdasarkn pemantauan setahun terhadap sindiket itu, mereka dikesan menyeludup dadah secara kecil-kecilan antaranya menggunakan bungkusan, keldai dadah dan sebagainya," katanya.
Noor Rashid juga meminta wanita tempatan supaya lebih berhati-hati semasa berkenalan dengan warganegara Nigeria memandangkan mereka menyasarkan wanita tempatan untuk dijadikan keldai dadah bagi memudahkan kegiatan penyeludupan.
Sambil berkata polis akan mengesan saki baki sindiket itu, polis akan menyiasat semua anggota itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dengan tangkapan itu, sebanyak 39 warganegara Nigeria ditahan kerana dipercayai menyeludup dan mengedar dadah sepanjang Oktober ini, katanya.- mstar online
TOP
Beberapa Kapal Induk Bakal Ditempatkan Di Perairan Esszone
Khalid bertanya khabar anggota PGA Batalion 14 Mabul ketika mengadakan lawatan kerja ke kem di Semporna, Ahad.
LAHAD DATU: Beberapa buah kapal bakal ditempatkan di pesisiran pantai timur Sabah yang bersempadan dengan Filipina untuk dijadikan pos kawalan bagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kapal berkenaan akan ditempatkan di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti bagi memperkukuh lagi pertahanan sedia ada di perairan pantai timur Sabah. "Kapal-kapal itu kini sedang dibaik pulih di Semenanjung dan apabila siap, ia akan dihantar ke lokasi yang telah dikenal pasti di perairan pantai timur Sabah. Kapal itu akan berfungsi sebagai kapal induk seperti Kapal Bunga Mas 5 yang dilengkapi pasukan anggota keselamatan dan bot-bot laju bagi menangani jenayah rentas sempadan," katanya selepas melawat pasukan keselamatan yang bertugas di beberapa pos kawalan di kawasan pantai timur Sabah. Sebelum ini kerajaan telah menempatkan Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) di perairan pantai Timur Sabah. Ditanya mengenai perintah berkurung yang dilaksanakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), Khalid berkata ia sangat berkesan dalam membantu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di zon itu. "Kita tiada perancangan untuk mengekalkan perintah berkurung itu, namun kita akan terus laksanakannya mengikut keperluan, sehingga situasi keselamatan di Esszone benar-benar memuaskan. Pada 5 Oktober lepas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman telah mengumumkan pelanjutan perintah berkurung sehingga 21 Okt ini yang dikuatkuasakan di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. Perintah berkurung itu yang dilaksanakan sejak 19 Julai kini memasuki fasa keenam. Mengulas mengenai Bajet 2015 yang diperuntukkan kepada Esscom, Khalid berkata beliau yakin peruntukan sebanyak RM660 juta itu dapat memantapkan lagi keupayaan Esscom menjaga keselamatan di Sabah khususnya di Esszone. "Peruntukan itu dapat digunakan untuk membeli kelengkapan peralatan aset seperti radar dan bot berkuasa tinggi...dengan adanya peralatan itu, maka kawalan keselamatan di Sabah dapat terus dipertingkatkan," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan itu dalam pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat Jumaat lepas dan peruntukan itu termasuk penambahan satu batalion Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia dan satu batalion Tentera Darat dengan jumlah anggota baharu yang telah diluluskan berjumlah 1,280 orang. Esscom yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Esszone. Esszone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Semporna.- mstar online

"PAS Marilah Duduk Bersama BN"
Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Konflik dalaman Pakatan Rakyat berhubung krisis politik Selangor terus menghangatkan sesi perbahasan Dewan Rakyat pada Isnin. Kali ini, wakil rakyat Barisan Nasional (BN) secara berseloroh mengajak PAS yang menjadi sekutu pakatan pembangkang itu supaya meninggalkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. "PAS marilah duduk bersama BN. "PKR dan DAP buli PAS...mereka turut buli bekas MB Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim)," kata Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) ketika sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat. Selain itu, Annuar turut memuji PAS yang disifatkannya sebagai 'tulang belakang' Pakatan Rakyat. "PKR dan DAP mencabar PAS (keluar Pakatan Rakyat) kononya tanpa mereka PAS akan hancur. "Mereka lupa kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS. PAS tidak akan hancur, sebab PAS istiqamah dalam perjuangan mereka, yang hancur parti lain," katanya. Kenyataan Annuar itu akhirnya mengundang reaksi Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang secara terbuka menegaskan komitmen parti itu untuk terus bersama PKR dan DAP. "Ucapan Ketereh (Annuar) amat melucukan, macam nak cuba beri umpan. Minta maaf Ketereh, kita tidak termakan umpan," katanya. Sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz secara terbuka mengakui PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR rentetan isu di Selangor dan pemecatan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang baru-baru ini. Nik Abduh berkata jika dahulu PAS menjadi mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat.- mstar online

Perhilitan Sekat Cubaan Menjual Haiwan Dilindungi
Beruang Matahari antara spesies haiwan yang berjaya diselamatkan Perhilitan.
SHAH ALAM: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor dan Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan beberapa spesies haiwan yang hampir pupus daripada dijual secara atas talian pada 10 Oktober lalu. Jampok Kubur (Barn Owl) turut berjaya diselamatkan.
Pengarah Perhilitan Selangor, Rahim Ahmad berkata dua beradik berusia 20 dan 29 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
"Mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan dan tindakan selanjutnya," kata Rahim pada sidang media yang diadakan di sini, Isnin.
Kucing Batu.
Antara haiwan yang berjaya diselamatkan ialah Beruang Matahari, 24 Jampok Kubur (Barn Owl), Musang Pandan, Kucing Batu, Kubung dan Landak Raya. Bagaimanapun Landak Raya telah mati ketika ditemui. Rahim berkata usaha menyelamat dan menahan suspek agak mengambil masa kerana mereka memperolehi maklumat daripada orang awam. - mstar online

Anwar Melenting Gara-Gara Calon MB Selangor
KUALA LUMPUR: Gara-gara disindir kerana gagal meyelesaikan segera krisis politik membabitkan kedudukan menteri besar Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil membersihkan imej Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menggunakan sesi perbahasan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin, ketua pembangkang itu melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat dimurkai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis politik negeri itu.
"Saya tak mahu istilah murka digunakan. Perkataan murka ini (sesuai digunakan) bila kita langgar, tak hormat raja.
"Tapi saya belum keluar kenyataan yang mempertikai kedudukan raja-raja Melayu sama ada dalam atau luar dewan (Dewan Rakyat)," katanya pada sesi perbahasan peringkat dasar di Parlimen.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 menyindir pembangkang kerana membiarkan krisis politik Selangor berlarutan selama beberapa bulan.
Menurut Najib, tidak seperti pihak pembangkang yang sibuk bertelingkah kerana mabuk kuasa hingga dimurkai Istana, kerajaan Barisan Nasional tetap konsisten dalam membangunkan taraf kehidupan rakyat.
Pada sesi pagi Isnin itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh turut melenting apabila diajukan dengan soalan mengapa PKR enggan mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar seperti yang dititahkan Sultan Selangor.
"Saya nak tanya Permatang Pauh (Anwar) mengapa susah sangat nak beri lebih daripada dua nama? Mengapa tak ikut permintaan?," demikian soal Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) ketika mencelah sesi perbahasan Anwar.
Tidak senang dengan soalan berkenaan, Anwar berkali-kali mempertahankan keputusan PKR untuk hanya mengemukakan nama Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan kontroversi itu.
"Apa masalah hantar satu nama? Itu keputusan parti. Ditolak dan dikemukakan satu nama ganti. Jadi apa masalahnya?
"Tak setuju? Ok, kita bagi nama lain. Yang nak sibuk suruh bagi tiga nama kenapa?," katanya.- mstar online
TOP
Anak-Anak Terkenang Hidangan Nasi Ayam Koperal Dzulkhairi
Balu Koperal Dzulkhairi, Shaira Afna Nordin ditenangkan oleh ahli keluarga semasa menunggu jenazah suaminya di Masjid Bukit Aman di sini, Isnin.
KUALALUMPUR: Memasak nasi ayam kepada anak-anaknya merupakan memori terakhir bagi keluarga Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad yang meninggal dunia akibat dihempap pokok diJalan Bellfield, Kampung Attap disini malam Ahad. Hidangan tengah hari itu masih terpahat dalam ingatan Nur Khairyshyah Rina, 22, Khairunisha, 18, Nur Khairy Shazwana, 16, dan Dzulkarnain Dzulkhairi, 11, sebelum bapa mereka keluar bertugas pada pukul 2 petang. "Ia satu kemalangan yang tidak kami jangka dan masih terkejut dengan pemergian ayah," kata Nur Khairyshyah Rina, pelajar kolej swasta. Bapa mereka bersama seorang lagi rakan maut apabila sebatang pokok besar tumbang dan menghempap mereka ketika berada di dalam sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang kes sewaktu hujan lebat. Dzulkhairi, 48, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur sementara Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, meninggal di tempat kejadian. Dzulkhairi dari Banting, Selangor, meninggalkan isteri dan empat orang anak. Adik ipar Dzulkhairi, Shaiful Nordin,42, menyifatkan arwah sebagai seorang yang rajin dan suka memasak. "Dia seorang yang berkebolehan memasak dan ringan tulang untuk menjamu sanak saudara dengan masakannya," katanya. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, jenazah dua anggota itu dikebumikan di kampung halaman masing-masing. "Jenazah Allahyarham Koperal Dzulkhairi akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinchi, Desa Aman di sini, sementara jenazah Allahyarham Mohd Sharil akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diterbangkan ke Tambunan, Sabah dan dijangka sampai kira-kira jam 4 petang hari ini," katanya.- mstar online

Warga Nepal Dibunuh Memadu Kasih Dengan Isteri Orang
KULIM: Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi Isnin.
Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.
"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi Isnin.
Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.
"Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.
"Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah," katanya.
Katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.
"Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat," katanya.
Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
"Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh," katanya.- mstar online
TOP
Tiket Konsert Mariah Carey RM150 Habis Dijual
Mariah Carey
PETALING JAYA: Tiket bernilai RM150 bagi menyaksikan konsert Mariah Carey di Stadium Merdeka dekat sini pada 22 Oktober ini sudah habis dijual. Jurucakap IME Productions Sdn Bhd dalam satu kenyataannya keapda mStar Online menjelaskan, ia berikutan keterujaan orang ramai bangi menyaksikan persembahan artis berkenaan. Bagaimanapun penjualan tiket untuk lain-lain harga iaitu RM680, RM580, RM480 dan RM380 masih lagi dibuka yang boleh didapati menerusi ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi TicketCharge ditalian 03-9222-8811. Konsert yang diberi nama Mariah Carey ‘The Elusive Chanteuse Show’ Tour In Malaysia 2014 adalah anjuran IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. - mstar online

Eina Azman Dinasihati Tidak Lagi Berimej Seksi
Eina Azman lebih matang sejak mendirikan rumah tangga.
PETALING JAYA: Pelakon Eina Azman memberitahu, suaminya, Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh, 35, menasihatinya agar tidak lagi berpakaian seksi ataupun terdedah selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos lalu. Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, berkata, suaminya begitu peka soal imejnya sejak bergelar mualaf selain mereka juga mula mempelajari ilmu agama Islam dengan lebih mendalam. "Suami memang ada meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu terdedah. "Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga," katanya kepada mStar Online. Tambah Eina, dia juga bersyukur melihat perubahan suaminya yang bersungguh-sungguh mahu mendalami agama Islam walaupun baru beberapa bulan bergelar mualaf.
Eina dan suaminya, Gmix.
Sehubungan itu mereka bersama-sama mempelajari agama Islam sekurang-kurangnya sekali seminggu. "Saya faham, tidak boleh paksa dia buat macam-macam kerana dia masih lagi baru dalam Islam. Biar satu demi satu dia belajar. "Tetapi apa yang saya lihat, dia yang bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat. "Lebih mengharukan, dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia," ujarnya. Sementara itu, Eina mengakui, sejak mendirikan rumah tangga, dia mula berubah kepada seorang wanita yang lebih matang. "Mungkin kerana pergaulan saya dengan suami serta rakan-rakannya, membuatkan saya lebih matang. Dan saya pun kena kurangkan sikap kebudak-budakan saya, selari dengan status isteri yang dibawa," tuturnya.- mstar online

Kredibiliti SPAD Dipertikai
Mohamad Ashfar Ali.
PETALING JAYA: Kredibiliti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai sebuah badan bebas yang sepatutnya mampu membuat keputusan segera dipertikai selepas didakwa gagal menangani isu tambang bas ekspres. Kewibawaan suruhanjaya itu menjadi tanda tanya apabila Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali sendiri hairan mengapa SPAD mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai perkara saranan untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres. "Saya hairan... enam tahun adalah tempoh yang terlalu lama... paling lama dalam sejarah untuk buat keputusan, sedangkan SPAD boleh buat keputusan sendiri," katanya kepada mStar Online. Jelas Mohamad Ashfar, proses permohonan untuk mempertimbangkan agar tambang bas ekspres dinaikkan sepatutnya lebih mudah dan pantas kerana SPAD merupakan sebuah badan bebas yang mampu membuat keputusan sendiri. Bagaimanapun, beliau berkata, tiada apa-apa perkembangan 'menggembirakan' mengenai perkara itu sehingga hari ini, sebaliknya syarikat pengusaha bas hanya diminta supaya bersabar. "Sampai bila kita mahu bersabar... adakah sehingga semua syaikat pengusaha bas yang kebanyakannya dikendalikan oleh golongan Bumiputera ini lingkup. Tolonglah fahami nasib mereka," katanya. Menurut Mohd Ashfar, semasa perkhidmatan bas ekspres dibawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), keputusan yang tergantung begitu lama seperti ini tidak berlaku. "Walapun LPKP dibawah kerajaan dan melibatkan pelbagai birokrasi, kami hanya menunggu dua tiga bulan sahaja untuk mereka buat keputusan. Tidaklah lama seperti sekarang," katanya. Beliau berkata, kali terakhir tambang bas ekspres dibenarkan naik sebanyak 30 peratus ialah pada 2008. "Selepas itu tiada kenaikan sehingga hari ini. Oleh sebab itu, kita terpaksa menanggung kenaikan kos sehingga 35 peratus," katanya. Justeru, beliau meminta agar kerajaan mempertimbangkan beberapa cadangan dalam memorandum yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Kewangan pada 5 September lalu sekiranya tidak mahu menaikkan tambang bas ekspres buat masa ini. Katanya, antara cadangan itu adalah meminta kerajaan supaya meletakkan pengusaha bas di bawah status 'kadar sifar' dalam Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). "Ia bagi memudahkan pengusaha menuntut kembali GST yang dibayar, selain kos pembelian yang berkaitan. "Ini termasuklah pembinaan badan bas, pembelian casis, tayar, bateri dan peralatan ganti bas dan perkhidmatan servis," katanya. Cadangan lain termasuklah permohonan supaya kerajaan menubuhkan dasar nasional untuk Pengangkutan Awam Darat Nasional, melantik lebih ramai pemandu bas dan mengurang atau menghapuskan bayaran tol di lebuh raya. "Jadi kita harap agar kerajaan membuat pertimbangan segera terhadap cadangan ini bagi menggantikan permohonan untuk menaikkan tambang bas," katanya.- mstar online

Lelaki Cuba Curi Peralatan TNB Melecur Hampir Seluruh Badan
Seorang lelaki melecur hampir 80 peratus anggota badannya selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan di sebuah pencawang milik TNB di Bachang, Batu Berendam di sini, kira-kira pukul 1 tengah hari Isnin.
MELAKA: Seorang lelaki melecur hampir seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri peralatan di sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bachang di sini, Isnin. Pengurus Besar TNB Melaka Datuk Baderul Sham Saad berkata tindakan lelaki berusia 39 tahun itu mengakibatkan dirinya terkena renjatan elektrik dan berlaku letupan serta menyebabkan berlaku gangguan elektrik hampir satu jam di kawasan sekitar Bachang. Beliau berkata kejadian kira-kira pukul 1 petang tadi menyebabkan gangguan terhadap 12 pencawang elektrik di kawasan itu dan TNB turut mengalami kerugian kira-kira RM200,000 bagi menggantikan peralatan serta suis pencawang yang rosak. "Lelaki berkenaan dipercayai menceroboh masuk ke pencawang tersebut dengan memecahkan kunci mangga pada pintu untuk mencuri peralatan milik TNB," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Malim di sini dan meminta orang awam menyalurkan maklumat ke talian 15454 sekiranya melihat individu atau kumpulan mencurigakan di kawasan pencawang TNB.
Sementara itu Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Low Liang Seong berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.16 petang dan sembilan anggota dengan satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) kemudian bergegas ke lokasi. Beliau berkata ketika tiba lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian, lelaki berkenaan terbaring di sebuah warung berhampiran dalam keadaan 80 peratus badannya melecur akibat renjatan eletrik berkenaan. "Mangsa dilaporkan keluar sendiri dari kawasan pencawang dan kemudian dibantu orang awam yang berada di kawasan berhampiran," katanya. Beliau berkata pasukan EMRS telah memberi rawatan awal kepada lelaki itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut. - mstar online

KUIS Pandang Serius Pembabitan Penuntut Dalam Aktiviti Militan
KUALA LUMPUR: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memandang serius pembabitan penuntut kolej itu dalam aktiviti yang bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak diiktiraf kerajaan.
Pejabat Timbalan Rektor, Pembangunan Mahasiswa & Alumni kolej itu, dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak kolej akan memberhentikan mana-mana penuntut yang didapati terbabit dengan perkara seumpama itu.
Semalam, polis mengesahkan Syamimi Faiqah, 20, bekas penuntut KUIS telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 11.55 malam ke Syria, 4 Oktober lepas, dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Sebuah akhbar tempatan melaporkan Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang dia dikenali menerusi laman sosial Facebook.
KUIS mengesahkan Syamimi adalah bekas pelajar Program Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Sunnah) Sesi II 2012/2013 melalui surat tawaran bertarikh 27 November 2012.
Bagaimanapun pelajar terbabit telahpun diberhentikan kerana gagal mencapai syarat minima Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).
"Syamimi secara rasmi diberhetikan dari KUIS melalui Bahagian Pengurusan Akademik, Kuis pada 10 Jun tahun lepas kerana mencapai CGPA kurang dari 2.00 selaras dengan Peraturan Akademik KUIS," katanya- mstar online
TOP
Adun BN Akan Dedah Bantuan Kerajaan Pusat Dalam Bajet
Mustapa Mohamed.
KOTA BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akan memperincikan setiap perkara mengenai bajet defisit yang diumumkan kerajaan Kelantan dalam perbahasan mereka esok. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana rakyat perlu mengetahui bajet berkenaan yang langsung tidak menyebut peranan kerajaan persekutuan dalam bajet berkenaan. "Kerajaan negeri perlu berlaku adil kepada kerajaan pusat. Dalam bajet sebelum ini ada dia menyentuh mengenai peranan kerajaan pusat dan kali ini tidak menyebut langsung. "Maka esok ADUN BN akan mengupas secara terperinci supaya rakyat faham mengenai maklumat tepat. Kita rasa ada maklumat yang tidak tepat yang sengaja diputar belitkan," katanya kepada pemberita selepas pembentangan bajet kerajaan Kelantan bagi 2015 di Kota Darul Naim di sini, petang Isnin. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini membentangkan bajet bagi negeri itu untuk tahun hadapan dengan defisit berjumlah RM70.69 juta. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan Persekutuan sebenarnya banyak membantu Kelantan dalam mengurangkan defisit tetapi ia masih tidak dihargai kerajaan negeri. "Kalau kita tengok di setiap tahun maka kerajaan Pusat membantu untuk membiayai defisit itu tetapi itu tidak diberi pengiktirafan oleh kerajaan Kelantan. "Saya rasa kerajaan negeri dalam konteks kerjasama perlu berlaku adil dengan memberi maklumat yang tepat," katanya.- mstar online

Wanita Maut Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda
IPOH: Seorang pemandu kereta maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Lumut dekat Menglembu di sini, Isnin.
Mangsa Nur Shuhaida Wahab, 25, berasal dari Kampung Gunung Panjang, Gopeng di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala manakala pemandu Hilux mengalami kecederaan ringan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih Ramli Lot berkata dalam kejadian pada pukul 1.27 petang itu, kereta yang dipandu Nur Shuhaida dalam perjalanan dari Batu Gajah ke Jelapang.
"Nur Shuhaidah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama. - mstar online
TOP
Pengawas Hutan Cedera Ditoreh Dengan Pisau Lipat
ROMPIN: Seorang Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Muadzam Shah di sini cedera di tangan, bahu dan punggung akibat ditoreh dengan sebilah pisau lipat oleh seorang lelaki awal pagi Isnin.
Tidak cukup dengan itu, Azri Jamaluddin, 44, turut dipukul dengan 'spanner' oleh seorang lagi suspek sebelum mereka berdua melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 pagi di pondok sementara Jabatan Hutan di Canis, Muadzam Shah iaitu di kawasan jalan ladang kelapa sawit dan tanah merah kira-kira tujuh kilometer ke jalan utama dekat sini.
"Sebelum kejadian mangsa sedang memeriksa kayu-kayu balak dari lori untuk bayaran cukai bersama seorang lagi rakan setugasnya.
"Tiba-tiba dua lelaki tidak dikenali datang dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Ranger berwarna hitam tanpa nombor pendaftaran dengan berpura-pura bertanya sesuatu kepada mangsa.
"Suspek bertanya adakah kereta yang diletakkan di situ milik mangsa dan selepas mangsa menjawab kenderaan itu miliknya tiba-tiba salah seorang lelaki bertindak menumbuk mukanya," katanya di sini, Isnin.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu mangsa telah terjatuh sebelum suspek mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluarnya lalu bertindak melibas dan menoreh mangsa sebanyak lima kali.
"Pada masa yang sama seorang lagi suspek memukul mangsa dengan 'spanner' sebelum mereka berdua melarikan diri," katanya.
Johari berkata, akibat torehan itu mangsa mengalami dua kesan kecederaan luka di tangan kiri dan kanannya serta di bahagian punggung dan di bahu kanan.
Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah dan menerima beberapa jahitan akibat luka itu.
Keadaannya kini dilaporkan stabil. - mstar online
TOP
Pakar IAEA Jalankan Misi Susulan di Loji Lynas
KUALA LUMPUR: Satu delegasi terdiri daripada pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan berada di Malaysia dari 13 hingga 17 Oktober untuk membuat susulan status pelaksanaan saranan 10+1 ke atas Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat Kuantan, Pahang.
Saranan itu dibuat semasa lawatan pertama IAEA pada 2011, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.
"Misi pascakajian semula itu akan meliputi isu keselamatan radiasi, aspek pengurusan sisa dan persekitaran, sejajar dengan standard keselamatan antarabangsa dan amalan baik," kata MITI.
Pakar IAEA itu kelak akan menyediakan kenyataan bebas pihak ketiga selepas menyelesaikan melakukan siasatan dan penilaian di kilang itu.- mstar online
TOP
Tengku Abdullah Belum Umum Pengganti Presiden PHM
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
JOHOR BAHARU: Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak mahu mempertahankan jawatan itu masih belum mengumumkan pengganti baginda. Baginda bertitah baginda perlu menyelesaikan pindaan perlembagaan PHM terlebih dahulu sebelum meninggalkan jawatan. "Saya berharap untuk mengumumkannya hari ini tetapi memandangkan ada perubahan, mungkin berlaku sedikit kelewatan. Saya menangguhkan pengumuman saya. "Saya sudah tentu akan namakan orang yang perlu dipertimbangkan untuk mengambil alih jawatan saya tidak lama lagi," titah baginda. Apabila dikatakan semua orang sudah tahu siapa pengganti baginda, baginda bertitah: "Bagus, mereka boleh tulis, mereka boleh bercakap, tetapi biar saya cari masa yang sesuai (untuk umum)". Ditanya sama ada pemilihan akan ditangguhkan sehingga Januari tahun depan, Tengku Abdullah berharap ia tidak begitu. "Saya harap tidak...tetapi kita mahu perlembagaan dululuskan dengan pihak berkuasa...suruhanjaya sukan, FIH (persekutuan hoki antarabangsa), kemudian kita akan tetapkan tarikh," titah baginda dan menambah mungkin berlaku pemanjangan masa tetapi PHM akan telitinya. Presiden Persatuan Hoki Selangor Datuk Seri Subahan Kamal dilaporkan telah dikenal pasti sebagai pengganti baginda. Dilaporkan baginda telah bercakap dengan Subahan yang dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan presiden. Baginda mengambil alih jawatan presiden Persekutuan Hoki Asia pada 31 Ogos menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah. Mengenai kedudukan Arul Selvaraj sebagai jurulatih kebangsaaan, Tengku Abdullah berpendapat jurulatih itu perlu kekal dengan pasukan remaja kerana "sasaran kita ialah untuk layak ke Piala Dunia Remaja". Sementara itu sekiranya PHM tidak boleh mencari pengganti yang sesuai bagi pasukan kebangsaan, Arul yang telah melakukan tugas yang baik boleh melatih pasukan kebangsaan sehingga Liga Dunia pusingan kedua di Singapura pada Januari tahun depan. "Kita akan menggunakan khidmatnya sehingga itu," titah baginda. PHM mahu mencari jurulatih asing untuk pasukan kebangsaan dan Tengku Abdullah mengesahkan baginda mempunyai dua nama ketika ini. Ditanya sama ada ia jurulatih dari Australia, baginda bertitah: "Boleh jadi. Kita bukakan pilihan".- mstar online

Luxembourg 0-4 Sepanyol: Diego Costa Akhirnya Sumbatkan Gol Antarabangsanya Yang Pertama
Diego Costa (kiri) akhirnya berjaya menjaringkan gol sulungnya untuk Sepanyol dalam perlawanan menentang Luxembourg pada awal pagi Isnin, 13 Oktober 2014 (waktu Malaysia).
> Ia adalah gol antarabangsa yang pertama selepas bertarung 515 minit
> Paco Alcacer jaringkan gol ketiganya untuk Sepanyol
> David de Gea bermain buat pertama kali dalam kesebelasan utama gantikan Casillas
TIDAK ada penyerang antarabangsa Sepanyol yang mengambil masa yang begitu lama iaitu sehingga 515 minit untuk menjaringkan gol pertama mereka untuk pasukan kebangsaan tetapi itulah hakikatnya buat Diego Costa yang akhirnya berjaya melakukannya pada percubaan yang ke-7.
Dalam perlawanan kelayakan Kejohanan Negara-Negara Eropah yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia, Sepanyol menang selesa 4-0 ke atas pasukan kerdil Luxembourg.
Ironinya dalam saingan Liga Perdana Inggeris, yang mana Costa bermain untuk Chelsea, dia adalah penjaring terbanyak buat masa ini dengan sembilan gol tetapi nasib sentiasa tidak menyebelahinya ketika menyarung jersi kebangsaan.
Costa, 26, yang dilahirkan di Brazil telah mengambil kerakyatan Sepanyol sebaik sahaja dia berpindah ke Atletico Madrid dari Brazil.
Dengan reputasinya di Atletico dan Chelsea, tidak ada sebab mengapa dia tidak terpilih membarisi kesebelasan utama skuad kebangsaan buat masa ini.
Tetapi dia tidak dapat mentransformasikan kecemerlangannya di peringkat kelab ke peringkat antarabangsa sehinggalah tuahnya tiba dalam perlawanan menentang Luxembourg.
Lain-lain bintang Sepanyol, seperti Fernando Morientes menjaringkan gol dua minit selepas beraksi untuk Sepanyol, Alfredo Di Stefano melakukannya dalam tempoh 47 minit, Alvaro Negredo dalam 77 minit, David Villa selepas 210 minit dan yang terburuk sebelum ini, iaitu Fernando Torres selepas 220 minit.
Kegagalannya untuk menjaringkan gol di peringkat antarabangsa menyebabkan Costa disamakan dengan Torres ketika bermain untuk Chelsea dahulu.
Tetapi nasib benar-benar menyebelahinya apabila Costa berjaya menjaringkan gol peribadinya yang pertama untuk Sepanyol dari dalam kotak penalti dan apabila dia digantikan oleh penyerang Valencia, Rodrigo ketika perlawanan hanya berbaki 10 minit sahaja lagi, satu stadium merasakan seolah-olah satu bebanan besar berjaya diangkat dari atas bahunya. Costa sebenarnya hampir-hampir berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 apabila tandukannya hasil hantaran silang David Silva berjaya diselamatkan penjaga gol Luxembourg, Jonathan Joubert. Vicente del Bosque merehatkan perancang tengah Cesc Fabregas dalam perlawanan ini. Dia juga telah menguggurkan Iker Casillas dan memberi peluang kepada penjaga gol Manchester United, De Gea bermain buat pertama kalinya dalam barisan kesebelasan utama buat pertama kalinya dalam satu perlawanan kompetatif. Tetapi ketiadaan Fabregas tidak menjejaskan rentak perancangan Sepanyol dengan Silva, Koke dan Andres Iniesta mengawal kawasan tengah padang dengan baik hanya hantaran-hantaran mereka gagal disempurnakan oleh Costa dan penyerang muda Paco Alcacer. Namun Silva sendiri akhirnya menjaringkan gol pertama Sepanyol yang juga gol peribadinya yang ke-22. Hanya Fernando Hierro merupakan pemain tengah yang menjaringkan gol paling banyak dalam sejarah skuad kebangsaan. Gol itu berjaya mententeramkan skuad Sepanyol.
Alcacer kemudiannya menjaringkan gol yang kedua dan yang ketiga dalam tiga perlawanan pertamanya untuk Sepanyol - menjadikannya penyerang sensasi terkini yang dilahirkan oleh negara itu.
Dan akhirnya Costa menambah gol ketiga Sepanyol yang juga golnya yang pertama sebelum pemain gantian, Juan Bernat menyumbat gol terakhir dan keempat.
Ini adalah gol pertama pemain bek Bayern Munich itu dalam permainannya yang pertama untuk Sepanyol.
SENARAI PENUH PEMAIN:
Luxembourg: Joubert, Mutsch, Chanot, Martins Pereira (Turpel, 60), Philipps, Janisch, Jans, Gerson, Holter, Da Mota Alves (Payal, 75), Bensi. Simpanan: Moris, Hoffmann, Schnell, Martins Santos, Laterza, Joachim, Deville, Luisi. Gol: Tiada.
Sepanyol: De Gea, Pique, Bartra, Jordi Alba, Carvajal, Busquets, Iniesta (Bernat, 72), Koke, Silva (Pedro, 71), Alcacer, Costa (Rodrigo, 83). Simpanan: Casillas, Albiol, Azpilicueta, Raul Garcia, Fabregas, Iturraspe, Juanfran, Cazorla, Casilla. Gol: Silva (27), Alcacer (42), Costa (69), Bernat (88).
- mstar online

Mercedes Juara Dunia: Lewis Hamilton Bangga Jadi Sebahagian Dari Sejarah
Pelumba pasukan Mercedes-Petronas, Lewis Hamilton dengan bangganya mempamerkan kemeja-T yang tertulis "Juara Dunia 2014". Pasukan Mercedes kini muncul juara dunia selepas dua pelumbanya iaitu Hamilton dan Nico Rosberg memenangi tempat pertama dan kedua GP Rusia yang berlangsung di Sochi, Rusia pada Ahad, 13 Oktober 2014.
> Sebaik tamat GP Rusia pasukan Mercedes muncul juara dunia
> Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Rusia diikuti oleh rakan sepasukan Nico Rosberg
> Mercedes memenangi kejuaraan yang pertama sejak sekian lama dikuasai Red Bull-Infiniti
PENDAHULU Formula 1 musim ini, Lewis Hamilton berkata dia kini berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara apatah lagi ia adalah yang pertama untuk Mercedes sebagai penyedia enjin.
Pelumba berusia 29 tahun dari Britain itu memenangi GP Rusia yang berlangsung di Sochi dan kemudian diikuti oleh rakan sepasukan dan pesaing utama Nico Rosberg di tempat kedua. Kemenangan mereka berdua sudah memadai untuk membolehkan Mercedes merampas kejuaraan dunia dari tangan pasukan Red Bull.
"Ini adalah saat yang bersejarah untuk pasukan kami dan saya berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah itu," kata Hamilton yang kini berlumba untuk musim kedua bersama pasukan tersebut.
Kemenangan berganda Hamilton dan Mercedes lebih bermakna kerana GP Rusia ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh republik itu dalam sejarah F1.
Ini adalah kemenangan kesembilan Hamilton musim ini dan meletakkannya 17 mata di hadapan Rosberg.
Masih terdapat baki tiga perlumbaan lagi bagi kalendar musim ini iaitu di Austin, Amerika Syarikat pada 2 November diikuti GP Brazil di Sao Paolo pada 9 November dan yang terakhir dan penutup musim, GP Abu Dhabi di Yas Marina pada 23 November.
Ini bermakna secara matematik, Rosberg masih berpeluang menyaingi Hamilton untuk gelaran juara pemandu dunia menerusi tiga baki perlumbaan lagi.
Juara musim lalu, Sebastian Vettel berada di kedudukan kelima senarai pungutan mata pemandu dengan hanya 143 mata.
KEJUARAAN PEMBUAT ENJIN/PASUKAN F1:
1. Mercedes 565 mata - (muncul juara dunia selepas GP Rusia)
2. Red Bull 342
3. Williams 216
4. Ferrari 188
5. McLaren 143
6. Force India 123
7. Toro Rosso 29
8. Lotus 8
9. Marussia 2
10/11 Sauber/Caterham 0
SEJARAH KEJUARAAN PEMBUAT ENJIN/PASUKAN F1:
2014 - Mercedes
2013 - Red Bull
2012 - Red Bull
2011 - Red Bull
2010 - Red Bull
2009 - Brawn GP
2008 - Ferrari
2007 - Ferrari
2006 - Renault
2005 - Renault
KEDUDUKAN PEMANDU SELEPAS 16 DARIPADA 19 PUSINGAN MUSIM INI:
1. Lewis Hamilton (Mercedes, GB) 291 mata
2. Nico Rosberg (Mercedes, Jer) 274
3. D Ricciardo (Red Bull, Aus) 199
4. V Bottas (Williams, Fin) 145
5. S Vettel (Red Bull, Jer) 143
6. F Alonso (Ferrari, Sp) 141
7. J Button (McLaren, GB) 94
8. N Hulkenberg (Force India, Jer) 76
9. F Massa (Williams, Brz) 71
10.K Magnussen (McLaren, Den) 49
- mstar online
> Sebaik tamat GP Rusia pasukan Mercedes muncul juara dunia
> Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Rusia diikuti oleh rakan sepasukan Nico Rosberg
> Mercedes memenangi kejuaraan yang pertama sejak sekian lama dikuasai Red Bull-Infiniti
PENDAHULU Formula 1 musim ini, Lewis Hamilton berkata dia kini berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya muncul sebagai juara apatah lagi ia adalah yang pertama untuk Mercedes sebagai penyedia enjin.
Pelumba berusia 29 tahun dari Britain itu memenangi GP Rusia yang berlangsung di Sochi dan kemudian diikuti oleh rakan sepasukan dan pesaing utama Nico Rosberg di tempat kedua. Kemenangan mereka berdua sudah memadai untuk membolehkan Mercedes merampas kejuaraan dunia dari tangan pasukan Red Bull.
"Ini adalah saat yang bersejarah untuk pasukan kami dan saya berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah itu," kata Hamilton yang kini berlumba untuk musim kedua bersama pasukan tersebut.
Kemenangan berganda Hamilton dan Mercedes lebih bermakna kerana GP Rusia ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh republik itu dalam sejarah F1.
Ini adalah kemenangan kesembilan Hamilton musim ini dan meletakkannya 17 mata di hadapan Rosberg.
Masih terdapat baki tiga perlumbaan lagi bagi kalendar musim ini iaitu di Austin, Amerika Syarikat pada 2 November diikuti GP Brazil di Sao Paolo pada 9 November dan yang terakhir dan penutup musim, GP Abu Dhabi di Yas Marina pada 23 November.
Ini bermakna secara matematik, Rosberg masih berpeluang menyaingi Hamilton untuk gelaran juara pemandu dunia menerusi tiga baki perlumbaan lagi.
Juara musim lalu, Sebastian Vettel berada di kedudukan kelima senarai pungutan mata pemandu dengan hanya 143 mata.
KEJUARAAN PEMBUAT ENJIN/PASUKAN F1:
1. Mercedes 565 mata - (muncul juara dunia selepas GP Rusia)
2. Red Bull 342
3. Williams 216
4. Ferrari 188
5. McLaren 143
6. Force India 123
7. Toro Rosso 29
8. Lotus 8
9. Marussia 2
10/11 Sauber/Caterham 0
SEJARAH KEJUARAAN PEMBUAT ENJIN/PASUKAN F1:
2014 - Mercedes
2013 - Red Bull
2012 - Red Bull
2011 - Red Bull
2010 - Red Bull
2009 - Brawn GP
2008 - Ferrari
2007 - Ferrari
2006 - Renault
2005 - Renault
KEDUDUKAN PEMANDU SELEPAS 16 DARIPADA 19 PUSINGAN MUSIM INI:
1. Lewis Hamilton (Mercedes, GB) 291 mata
2. Nico Rosberg (Mercedes, Jer) 274
3. D Ricciardo (Red Bull, Aus) 199
4. V Bottas (Williams, Fin) 145
5. S Vettel (Red Bull, Jer) 143
6. F Alonso (Ferrari, Sp) 141
7. J Button (McLaren, GB) 94
8. N Hulkenberg (Force India, Jer) 76
9. F Massa (Williams, Brz) 71
10.K Magnussen (McLaren, Den) 49
- mstar online
TOP
Eksport Getah Asli Ogos Turun 16 Peratus
KUALA LUMPUR: Eksport getah asli pada Ogos 2014 turun sebanyak 9,644 tan metrik atau 16 peratus kepada 50,467 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.
Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata berbanding Ogos tahun lepas, eksport menunjukkan penurunan sebanyak 28.0 peratus.
Ia berkata, Getah Standard Malaysia (SMR) menyumbang 93.6 peratus daripada jumlah eksport, dengan 47.4 peratus terdiri daripada SMR 20.
"Getah Asli dieksport terutamanya ke China (37.2 peratus), disusuli Jerman (18.8 peratus), AS (5.7 peratus), Iran (4.8 peratus) Korea Selatan (3.6 peratus), Portugal (3.0 peratus), Brazil (2.3 peratus), Finland (2.0 peratus) dan Turki (2.0 peratus).
Import Getah Asli pada Ogos 2014 susut 4,166 tan metrik, atau 2.4 peratus, daripada Julai 2014 kepada 78,412 tan metrik.
Berbanding Ogos 2013, import turun sebanyak 8,928 tan metrik, atau 10.2 peratus.
Jabatan itu berkata pengeluaran bagi bulan tersebut berjumlah 50,467 tan metrik, turun 28 peratus tahun ke tahun dengan sektor pekebun kecil sebanyak 89.5 peratus manakala sektor estet menyumbang 10.5 peratus.
Jumlah Getah Asli bagi penggunaan domestik pada Ogos meningkat sebanyak 10.5 peratus kepada 40,251 tan metrik dengan industri sarung tangan getah menjadi sektor pengguna terbesar pada 69.7 peratus, diikuti tayar dan tiub (6.5 peratus) dan benang getah (9.9 peratus).
Stok Getah Asli negara berjumlah 141,438 tan metrik pada akhir Ogos 2014, susut 3.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Harga purata bulanan lateks pekat pada Mei 2014 ialah 426.69 sen, turun 6.0 peratus daripada bulan sebelumnya dan susut 19.0 peratus tahun ke tahun.
Produktiviti bagi bulan tersebut ialah sebanyak 130.1 kilogram sehektar, turun 0.5 peratus daripada bulan sebelumnya dan 8.8 peratus tahun ke tahun. - mstar online
TOP
AirAsia Terima Anugerah 'Asia's Leading Low Cost Airline' Kali Ketiga
Mittu Chandilya menerima anugerah tersebut pada majlis Gala World Travel Awards (Asia & Australasia) 2014 di New Delhi, India, malam Ahad.
PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia sekali lagi menerima anugerah ‘Asia’s Leading Low Cost Airline’ di anugerah berprestij di majlis Gala World Travel Awards (Asia & Australasia) 2014, yang diadakan di New Delhi, India pada malam Ahad. Menurut satu kenyataan dikeluarkan AirAsia pada Isnin, ini adalah tahun ketiga berturut-turut bagi syarikat itu menyandang gelaran dan anugerah tersebut. "AirAsia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia India, Mittu Chandilya yang menerima anugerah tersebut di majlis itu. "AirAsia muncul sebagai pemenang dalam kategori ‘Asia’s Leading Low Cost Airline’, menerima undian tertinggi dari golongan professional industri perlancongan di rantau ini, mendahului calon-calon dari kategori yang sama seperti Air India Express, Firefly, Go Air, JetKonnect, Jetstar Airways dan Nok Air," kata kenyataan itu. Syarikat penerbangan itu turut tercalon bagi kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia bagi tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah World Travel Awards 2014 yang akan diadakan pada November 2014 ini. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez berkata, pihaknya sangat berbangga kerana dapat mengekalkan kedudukan teratas dalam kategori ini sejak pengenalannya pada tahun 2012. "Perjalanan AirAsia lebih bermakna sejak beberapa tahun ini, dan kami sangat berbesar hati apabila usaha kami dalam memberikan yang terbaik dihargai para tetamu kami. "Setinggi penghargaan kepada lebih dari 15,000 orang kakitangan AirAsia (Allstars) dari serata benua yang telah menyumbang kepada kejayaan AirAsia dari pelbagai sudut," katanya. Sementara itu, Tony berkata, pihaknya akan menambah 700 laluan sambungan Fly-Thru dalam jaringannya selain melancarkan servis Premium Flex yang menyasarkan golongan pelancong bisnes dengan kemudahan fleksibiliti penerbangan. Selain itu, AirAsia juga turut memulakan percubaan wi-fi kos rendah dalam pesawat yang akan di lancarkan tidak lama lagi dan ia adalah antara usaha inovasi yang berterusan. AirAsia juga telah dinamakan sebagai Terbaik di Asia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax bagi tahun keenam berturut-turut dari tahun 2009 – 2014.- mstar online

Hutang 1MDB cecah RM36 bilion, kenapa tak petik hadith? – Anwar
KUALA LUMPUR 13 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai hutang terkini mencecah RM36.25 bilion.
Beliau mempersoalkan bagaimana 1MDB diberikan projek untuk diuruskan sebanyak RM 11 bilion sedangkan hutang masih tinggi. Malah terdapat dakwaan sebuah janakuasa gas di Melaka diberikan secara rundingan langsung dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Walaupun dibebani hutang, 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di Asia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM 16.5 bilion (IPO terbesar Asia) pada Januari 2015.
“Adakah ini bertujuan untuk menjana dana bagi membayar hutang-hutang awalnya (bail-out)?” bahasnya dalam Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menekankan bahawa kerajaan perlu menangani masalah ini dengan kadar segera supaya tiada pertambahan kos akan berlaku.
“Ini masalah berterusan, kita bicara soal tranformasi ekonomi, tetapi tatakelola tidak diperbaiki.
“Apa bezanya bidaan dengan rundingan langsung, kita tak dapat nilai kos, ini hanya persetujuan menteri dan ‘technical report’, kalau tidak ditangani kos akan meningkat,” ujarnya.
Katanya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memetik hadis mengenai hukum berhutang terhadap peminjam Tabung Perbadanan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal menjelaskan pinjaman.
“Perdana Menteri ada sebut soal hadis sekiranya PTPTN tak dibayar tetapi dia kena tahu dalam hadis riwayat Muslim (menyebut) ‘‘Diampuni bagi orang yang syahid semua dosa kecuali hutang,” bidasnya merujuk ucapan Najib. - KeadilanDaily
TOP
Dirogol Rakan Baru Kenal Melalui "WeChat"
Kuching : Seorang gadis dari Baram telah dirogol dari 'rakan' barunya yang dikenali melalui aplikasi WeChat pada 'first date' mereka.
Memetik laporan dari The Borneo Post, kejadian berlaku di dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang jam 11 malam semalam.
"Pada mulanya, suspek hanya meminta mangsa untuk menemaninya berjalan-jalan tapi suspek mengambil mangsa ke Jalan Astana. Kemudian, suspek membuka seluarnya dan merogol mangsa di bahagian tempat duduk belakang kereta", lapor TheBorneoPost.
Mengikut laporan juga, selepas kejadian, mangsa dihantar balik kerumahnya. - SiakapKeli.com
TOP
Maklumat IS, Syria Dalam Tangan KDN - Wan Junaidi
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui mempunyai maklumat terkini berhubung jumlah rakyat Malaysia yang berada di Syria untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Malah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya turut mengetahui jumlah terkini mangsa korban membabitkan rakyat negara ini.
"Tapi oleh kerana kita tiada pengesahan rasmi dengan pihak bertelagah, jadi kita tidak dapat buat apa-apa pengumuman rasmi.
"Saya ada dalam tangan saya (maklumat) tapi tak akan dibaca pada semua. Kita tahu siapa yang ada di sana, siapa yang terkorban dan sebagainya, kita tahu," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.
Pada Ahad, polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Syamimi Faiqah berlepas ke Syria, 4 Oktober lalu dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan IS.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, berkata Syamimi, 20, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada jam 11.55 malam.
Media sebelum ini melaporkan Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang beliau kenali menerusi laman sosial Facebook.
Akel Zainal difahamkan adalah bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an dan kini berada di Syria untuk menyertai perang. - mStar
TOP
Saya tak perlu tunjuk bukti di Instagram - Rita Rudaini
KUALA LUMPUR: Kemelut dan persengketaan antara Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan bukan suatu perkara baharu sejak pasangan ini bercerai setahun yang lalu.
Malah keadaan semakin teruk apabila Aidil bertindak menggunakan laman sosial Instagram untuk berkongsi ceritanya mengenai Rita.
Rita ketika dihubungi Astro Gempak berkata, dia tidak akan melakukan perkara sama seperti Aidil untuk membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.
“Kalau dia tidak puas hati dan rasa diri tidak salah, tak perlulah gunakan laman sosial untuk bersuara.
"Lawan saja di mahkamah. Kes kami pun masih dibicarakan di mahkamah. Tak payah nak tunjuk di Instagram dan marah-marah tak tentu fasal.
“Saya sendiri ada bukti banyak tapi tak pernah ditunjuk di Instagram. Semua bukti saya serahkan ke mahkamah.
"Instagram ini bukan boleh buat keputusan siapa betul tanpa salah. Hanya mahkamah yang akan menentukan segala-galanya,” katanya.
Mengulas mengenai foto transaksi wang berjumlah RM2,000 yang dimuat naik Aidil dengan tujuan membuktikan nafkah ada diberikan kepadanya, kata Rita selama ini dia tidak pernah menuduh bekas suaminya itu tidak memberikan nafkah.
“Selama ini saya tak pernah cakap dia tak pernah bagi nafkah. Cuma nafkah yang dia bagi selama ini tak mencukupi. Itu saja.
"Jika dia bapa yang baik kepada anak saya, tak perlu dia menafikan apa yang kami minta dan tuntut untuk anak. Jika dia anggap RM2,000 itu satu nilai yang besar dan dia sudah boleh lepas tanggung jawab, memang dia silap," katanya.,” jawabnya ringkas.
Apabila ditanya mengenai dakwaan Aidil mengenai kiriman mesej yang tidak pernah dijawab, Rita memberitahu ada menerima amaran daripada telefon bimbit bekas suaminya itu.
“Macam mana nak jawab kalau saya pernah tiba-tiba dapat mesej ‘Jangan Gatal’ daripada telefon Aidil? Sedangkan malam sebelumnya elok sahaja Aidil mesej dan telefon saya.
“Sejak itu saya tidak membalas mesejnya kerana bimbang dituduh pengacau rumah tangga orang pula. Lagipun saya rasa dia macam tidak terima mesej yang dihantar kerana bila saya membalas mesej dia pula akan senyap.
"Keesokannya dia akan mesej bertanyakan soalan yang sama seolah-olah saya tak menjawab soalannya sebelum itu. Saya kurang pasti jika ada orang yang memadamkan mesejnya termasuk menulis khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi Jangan Gatal itu.
“Bukti jelas di sini, selalunya dia akan balas membahasakan diri awak kepada saya. Tetapi mesej ‘Jangan Gatal’ itu menggunakan ganti diri ‘I’,” katanya.
Tambah Rita lagi, dia mempunyai bukti bertulis ketika suaminya bermain kayu tiga dengan isterinya sekarang beberapa bulan lalu sebelum mereka berkahwin.
"Saya memang ada bukti mereka bersandiwara dengan saya selepas enam bulan dia keluar dari rumah. Tapi saya simpan saja bukti itu.
“Saya pernah tunjuk kepada dia dan dia sendiri tertunduk malu. Saya tak mahu cakap kosong," katanya.
Berkenaan dakwaan Aidil mengenai Rita berbohong tidak pernah menuntut cerai dan berbohong kepada wartawan, Rita mempersoalkan bukti yang Aidil ada.
"Ada ke bukti di mana-mana mahkamah yang mengatakan saya pernah buat permohonan cerai daripada dia? Sebelum ini pun mahkamah dah buktikan saya tak pernah nusyus. Kalau permohonan cerai daripada dia adalah saya terima," katanya.
Bagaimanapun kata Rita, dia kecewa kerana perkara ini berlaku hanya disebabkan dia mahu menuntut hak dirinya dan anak-anak.
"Sedih jadinya apabila penat lelah saya seorang diri menjaga anak tidak dihargai langsung. Mana nak jaga anak, bekerja, naik turun mahkamah lagi.
Saya cuba terbaik untuk jadi ibu dan bapa yang sempurna untuk anak. Saya melebihkan anak daripada segala-galanya.
“Saya percaya ada orang seronok melihat Aidil benci saya. Walaupun kami cuba berbaik kerana anak, tapi ada orang akan cuba lagakan kami supaya kami berdua tidak boleh berbaik sampai bila-bila,” luahnya kesal. -- Astro Gempak
No comments:
Post a Comment