TOP
VIDEO: Reaksi Seekor Singa Pada Lelaki Yang Menyelamatkannya
TONTON video ini jika anda ingin tau apa yang singa itu lakukan apabila pagar itu dibuka. Jangan terkejut dan tutup mulut anda yang melopong itu
Anda sudah tonton? Apa perasaan anda? Sedih? Sebak? Seronok? Kagum?
Ketika kita dihimpit dengan kisah-kisah yang tidak berperikemanusian seolah-olah tiada lagi kasih sayang di dunia ini, klip video ini menafikan segalanya.
Ini adalah kisah yang menyentuh hati antara Valentin Gruener, Mikkel Legarth dan singa betinanya yang dipanggil Sirga. Visual ini dirakam sebagai bukti kasih sayang yang tercipta antara Valentin sejak Sirga diselamatkan kira-kira dua tahun lalu.
Ketika itu Sirga baru dilahirkan namun malangnya dia tidak dapat menyusu dari ibunya. Sirga ditemui oleh William De Graaff, yang kemudian diserahkan kepada Valentin Gruener untuk dibantu dalam keadaan dehidrasi. Ketika itu, Sirga hampir mati kerana kelaparan, tetapi Valentin enggan menyerah. Dengan bantuan nasihat dari doktor haiwan, Valentin berjaya memasang ‘drip’ air pada Sirga bagi mengembalikan tenaganya sebelum menyusukan Sirga menggunakan botol. Bantuan nasihat hanya melalui telefon!
Sejak dari itu, setiap malan Valentin akan tidur bersama Sirga bagi memastikan anak singa itu terus hidup. Bulan seterusnya Valentin dan Mikkel Legarth berjaya menghasilkan susu sendiri dari telur segar, krim, sus, vitamin, minyak bunga matahari dan kalsium- makanan mewah untuk seekor singa. Kesihatan Sirga makin baik dan terus membesar, bukan lagi seekor anak singa.
Tidak pernah timbul sebarang persoalan bilakah Sirga akan dilepaskan kembali ke dalam hutan selepas dijaga dengan kasih sayang oleh Valentin. Bagaimanapun, Sirga masih seekor singa liar. Haiwan itu perlu dilepaskan ke habitat asalnya di hutan. Kini Sirga di tempatkan di safari di Botswana, Afrika di bawah Projek Hidupan Liar Modisa yang membantu menyelamatkan binatang dari diburu petani.
Lihat video penuh Sirga dan Valentin…. Kita patut cemburu dengan kasih sayang mereka…!
-MYNEWSHUB

4 GAMBAR: Bomba Ke Hospital Potong Besi Tembusi Kaki Wanita
Nak sertai pasukan bomba dan penyelamat, jiwa mesti kental.
Hal ini kerana mereka akan berdepan dengan pelbagai kejadian yang tak semestinya boleh didepani oleh semua orang terutama bila melibatkan kemalangan.
Sebagai contoh usaha memotong besi yang tertusuk di kaki seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan di Hospital Kulim, Kedah semalam kelihatan begitu mengerikan dan mesti dilakukan dengan hati-hati.
Lihat sajalah gambar di bawah. Tak dapat dibayangkan kesakitan dialami wanita terbabit (kalau tak dibius).
Kaki mangsa dikatakan tertusuk dengan besi ceracak tersebut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Simpang Empat Keladi.
Semoga mangsa pulih dengan segera dan terima kasih diucapkan kepada semua abang bomba dari BBP Kulim Hi-Tech yang bertungkus lumus menjayakan khidmat khas semalam.
-MYNEWSHUB
TOP
Dato Terlajak Laris Bengang Dikata Pondan Dalam Pergaduhan Rita
KESIAN dengan pengasas D’Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena namanya dikaitkan dengan pergaduhan di antara aktres Rita Rudaini dengan seorang rakan kongsi perniagaannya.
Bengang namanya dikaitkan, Dato Aliff Syukri memuat naik komen Rita yang seakan-akan mengaibkan dirinya apabila perkataan pondan digunakan dalam kenyataan aktres yang penuh kontroversi itu.
Sebelum ini Rita membuat pengumuman bahawa perniagaan yang dijalankannya bersama rakan kongsinya, Siti Saleha telah dibubarkan selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.
Dan tak pasal-pasal Rita mendedahkan sikap buruk bekas rakan kongsinya itu yang pernah mengelarkan Dato Aliff sebagai pondan sebelum ini.
Rasanya mungkin Rita tak berniat nak mengaibkan Dato Aliff tapi memang benarlah orang kata lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan atau menulis kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum. Tak gitu?

Cara Ini Pasti Membantu Anda Ketika Di Dapur
Kepada akak-akak atau abang-abang yang suka memasak kuih atau kek, pasti masalah mengasingkan kuning telur dari putih telur membuatkan anda berasa leceh ketika berada di dapur.
Selain memakan masa, anda pasti akan rimas sekiranya di bahagian tersebut terdapat benda asing kecil yang merumitkan lagi proses pengasingan bukan?
Kali ini, kami kongsikan sebuah video cara kreatif mengasingkan telur dengan mudah dan pantas.
Tunggu apa lagi tu, jom cuba!
-mynewsub

Keluarga Tambi Jie ‘Lengkap’ Dibawa Pulang Ke Tanah Air
Mengenang tragedi MH 17 pasti timbul perasaan sayu dan menyayat hati dalam hati kita.
Lagi-lagi mendengar kisah sebuah keluarga Tambi Jiee, yang terkorban ketika mahu pulang ke tanah air setelah berkelana demi tugasan di bumi Kazakhstan selama 3 tahun.
Penantian demi penantian , akhirnya kesemua jenazah anggota keluarga Tambi Jiee selamat dibawa pulang ke Malaysia.
Hari ini, jenazah anak bongsu Tambi Jie,Muhammad Afruz Tambi, 13 selamat tiba Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ,Kuching tepat jam 11.55 pagi tadi.
Jenazah ,Muhammad Afruz, diterbangkan oleh pesawat Hercules C130 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.
Memetik sumber Harian Metro ,Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim turut menaiki pesawat mengiringi jenazah Allahyarham manakala Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof menunggu ketibaan di Pangkalan TUDM di sini bagi memberi penghormatan terakhir.
Seperti mangsa tragedi MH 17 yang lain, jenazah disambut dalam istiadat ketenteraan Armor Diraja kemudian dibawa ke Masjid Jamek di Petra Jaya dan akan dikebumikan di sebelah kubur lima ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat Jumaat.
Untuk makluman,jenazah ibunya, Ariza Ghazalee dan abang sulungnya Muhamad Afif dibawa pada 22 Ogos lalu, seterusnya diikuti jenazah bapanya, Tambi Jiee dibawa balik, diikuti jenazah abangnya, Muhamad Afzal pada 9 September dan kakaknya, Marsha Azmeena pada 19 September yang lalu.
Semoga roh kesemua mangsa dicucuri rahmat, Al-fatihah -mynewshub

Anak Sharifah Aini Selamat Bernikah Hari Ini
Akhirnya Haji Aliff Omar Ali iaitu anak tunggal Biduanita Negara ,Allahyarham Datuk Sharifah Aini telah sah dengan sekali lafaz menjadi suami kepada Sharifah Nur Athirah Datuk Syed Azmi.
Majlis nikah yang bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) menjadi saksi cintai mereka dimenterai pada kira-kira jam 11.20 pagi ini (Jumaat).
Pasangan ini dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan ,Datuk Syed Azmi Tan Sri Syed Othman.
Nur Athirah Datuk Syed Azmi,28 menerima mas kahwin RM300 dan hantaran sebanyak RM11,000.
Aliff turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Majlis ini disertai keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuk ayah Aliff, Ali Bakar.
Memetik ayat Harian Metro, Aliff bagaimanapun sejak awal lagi memohon agar perkahwinan beliau iti tidak disensasikan dan lebih selesa memilih cara kesederhanaan.
Khabarnya, Aliff bakal menamatkan pelajarannya dalam bidang Pengajian Islam di kota Madinah dan isterinya pula seorang doktor gigi yang berkhidmat di negara ini.
Semoga bahagia hingga ke syurga Aliff dan isteri-mynewshub

Nasihat Ustaz Mohd Kazim Elias atas kenaikan RON95
Jam kira-kira dalam 7 malam hampir seluruh stesen minyak di Kuala Lumpur menjadi padat dengan deretan kereta yang mula mengisi minyak. Ramai juga yang tidak tahu bahawa harga minyak akan naik lagi, tidak hairanlah kenapa stesen minyak penuh dengan kenderaan terutamanya kereta.
Ekoran itu ramai rakyat tidak senang duduk atas kenaikan harga minyak dan mula meyalahkan kerajaan. Beberapa artis tempatan juga turut merasa beban atas kenaikan harga minyak ini. Bagaimana kepada rakyat yang berpendapatan rendah, sudah tentu sangat membebankan. Namun itu Ustaz Mohd Kazim Elias telah memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan agar mencari jalan yang bagi mengurangkan kos. "Banyak benda lain yang tidak perlu dan patut dipotong pembelanjaannya." katanya. "Bukan dengan menaikan harga Ron95". "Saya rasa barisan penasihat patut lebih menyelami denyut nadi rakyat, bukan dengan membuat pelbagai alasan kenaikan," "Belum terlambat untuk kaji semula kenaikan ini, tak perlu bagi BRIM la kalau kos sara hidup naik, ekoran kenaikan bahan api." Ini antara luahan dan nasihat oleh Ustaz Mohd Kazim Elias.

Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah
KUALA LUMPUR – Pelakon Sherry Ibrahim tidak melihat jarak usia sebanyak tujuh tahun dengan teman lelakinya, aktor Abdul Fattah Amin, 24, sebagai satu halangan untuk kedua-duanya meneruskan hubungan.
Sherry, 31, berkata, kematangan Fattah membuatkan dia serasi dengan pemuda itu namun mengakui percintaan mereka masih di peringkat awal.
“Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.
“Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya,” katanya kepada mStar Online.
Sherry ditemui pada majlis Kempen ‘Feel Smooth Feel Confident Nivea’ di Kelab DiRaja Selangor Bukit Kiara di sini pada Khamis.
Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Anzalna Nasir dan Doris Hor.
Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan.
Dalam pada itu, Sherry berkata, dia mengenali Fattah sejak Jun lalu ketika bersama-sama menjayakan drama bersiri Cinta Ibadah.
Bagaimanapun kata Sherry, sepanjang berada di lokasi mereka tidak pernah bertegur sapa dan hanya mula rapat pada penghujung penggambaran.
“Ini bukan cinta lokasi kerana kami tidak pernah bertegur sapa kecuali ketika latihan dan apabila ada adegan bersama.
“Namun kami saling berkenalan ketika penggambaran hampir selesai dan ia semakin rapat sejak itu,” katanya.
Tambah Sherry lagi, biarpun dia berterus terang tentang hubungan mereka namun dia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan itu kerana ia masih baharu.
“Sekiranya ada jodoh saya terima tetapi sebagai pihak wanita saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu memandangkan hubungan kami juga masih baru,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, dia akan terus terlibat dalam beberapa siri kempen ‘Feel Smooth Feel Confident Nivea’ yang akan menjelajah ke beberapa buah negeri dengan pelbagai program menarik.
“Saya berbesar hati dapat menyertai kempen ini yang membawa mesej kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita.
“Pelbagai program telah diatur dan saya cukup teruja untuk bersama-sama menjayakan kempen ini,” katanya.
Sementara itu, Sherry berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Keluarga Karaoke sebanyak 60 episod untuk siaran Astro Mustika HD.
Drama itu turut dijayakan oleh Raja Ema, Elyana, Elfaeza Ul-Haq dan Dazrin Kamarudin. – mStar Online
TOP
`Dating’ 75 Lelaki Dari 22 Negara Demi Mencari Mr Right
Seperti filem klasik Musang Berjanggut, Seoarang wanita telah mengembara ke 22 negara dan keluar berdating dengan 75 lelaki selama 3 bulan semata-mata untuk mencari “Putera Idamannya”. Dia melakukan hal itu adalah untuk mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidupnya.
Sepanjang pengembaraannya ke seluruh dunia itu, Bambi Smyth, 55, bertermu dengan lelaki melalui “Blind Date”.
Antra lelaki-lelaki yang ditemuianya adalah termasuk putera raja Itali, gigolo dan juga paderi.
“Saya ingin mengenali ramai lelaki namun ada kalanya saya hanya mempunyai masa sehari di sesebuah negara jadi saya hanya bertemu dengan dua ada tiga lelaki sahaja.
“Ia agak sukar namun menarik,’’ katanya dengan lelaki ke-75 yang ditemuinya berasal dari Itali dan dikenali sebagai Stefano sebagai lelaki yang berada di kedudukan teratas dalam misi mencari Mr Right.
“Stefano merupakan lelaki yang paling menakjubkan yang pernah saya temui. Dia seorang arkitek dan baik hati, menarik serta amat memahami,’’ katanya.
Bagaimanapun ujarnya sepanjang pengembaraannya itu, ia bukan sesuatu yang mudah, seperti yang dijangkakannya.
“Ada seorang lelaki di Hungary yang menawarkan untuk memasak makan malam di apartmentnya yang kecil itu.
“Ketika dia sedang memotong ayam, dia memberitahu saya bahawa saya sesuai menjadi pembunuh upahan kerana saya pandai memotong ayam dengan kemas dan bersih.
“Ketika itu saya menggeletar kerana takut dan hanya Tuhan yang mengetahui perasaan itu,’’ katanya.
Meskipun Smyth masih belum bertemu pasangan hidupnya, tetapi dia tidak menyesal mengembara ke seluruh dunia dan bertemu 75 lelaki.
TOP
Wanita Rayu Pulang Seluar Dalam Di Zimbabwe
Bulawayo (Zimbabwe) – Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya.
Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu.
Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.
“Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. “Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya,” kata Ruth.
Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. – AFP
TOP
AS Tarik Balik Sekatan Senjata Api Kepada Vietnam
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) hari ini menarik balik pengharaman selama 40 tahun penjualan senjata kepada bekas musuhnya, Vietnam bagi membantu meningkatkan pertahanan negara itu menghadapi isu perairan di Laut China Selatan.
Keputusan itu disifatkan sebagai satu sejarah dalam hubungan dua hala serta bakal menimbulkan kemarahan kepada China yang turut terbabit dalam konflik di perairan.
Pengharaman yang dikuatkuasakan apabila Perang Vietnam tamat pada 1975, bagaimanapun hanya dilaksanakan untuk peralatan maritim saja, demikian menurut Jabatan Negara AS.
Penarikan balik sekatan itu dibuat berikutan perhubungan semakin erat antara Hanoi-Washington serta wujud peningkatan oleh pentadbiran Hanoi dalam melaksanakan hak asasi manusia.
“Ia bukannya satu keputusan untuk memindahkan peralatan tentera ke Vietnam dalam jumlah yang besar, tapi hanya keperluan spesifik yang diperlukan wilayah itu,” kata seorang pegawai Jabatan Negara AS.
Ini kerana menurut beliau, Vietnam mempunyai kekurangan dari segi kapasiti dalam menangani tuntutan membabitkan perairannya manakala Amerika pula perlu melaksanakan tanggungjawabnya dalam menjaga kepentingan keselamatan.
Setiausaha Negara AS, John Kerry sudah memberitahu rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Binh Min dalam satu pertemuan semalam bahawa tindakan Washington itu untuk menambah baik dasar semasa bagi membolehkan penghantaran peralatan pertahanan untuk tujuan keselamatan maritim sahaja,” kata serang pegawai kanan Jabatan Negara AS. – AFP
TOP
Australia Arah Siasatan Di Kem Pelarian Nauru
SYDNEY – Australia mengarahkan supaya siasatan dilakukan ke atas dakwaan salah laku seksual oleh kakitangan di kem pelarian Nauru, atau laporan itu sengaja direka oleh pekerja bantuan, kata Menteri Imigresen Scott Morrison hari ini.
Di bawah dasar imigresen yang tegas oleh Canberra, warga asing yang cuba mencari perlindungan di Australia dan tiba dengan bot, dihantar ke kem di Nauru dan Papua New Guinea.
Morrison menganggap laporan mengenai salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa terhadap wanita dan kanak-kanak di Nauru itu sebagai serius dan jijik sekiranya benar.
“Dakwaan itu tidak harus dipandang ringan,” tegasnya kepada pemberita di Canberra.
Katanya, beliau juga mendapat laporan bahawa kakitangan di pusat Nauru terbabit dalam kempen untuk memperlekehkan dasar imigresen kerajaan.
Katanya, ini termasuk dakwaan menyalah guna laporan rasmi, merancang aktiviti bantahan – termasuk menggunakan kanak-kanak dalam bantahan dan menyuruh
tahanan supaya mencederakan diri sendiri supaya mereka boleh dipindahkan ke Australia untuk rawatan.
Berikutan dakwaan itu beberapa pihak termasuk pembangkang dan Parti Green di Australia mahukan agar siasatan diadakan segera.
Senator Sarah Hanson-Youn daripada Parti Green berkata terdapat juga tuduhan bahawa kanak-kanak dipaksa mengadakan hubungan seks di depan pengawal di pusat berkenaan.
Morrison memberitahu pemberita satu penyiasatan bebas diketuai bekas Pesuruhjaya Integriti yang bekerja dengan kerajaan Nauru dilantik untuk menyiasat dakwaan itu.
“Jika ada orang hendak jadi aktivis politik, itu pilihan mereka, tetapi mereka tidak harus lakukannya ke atas sesuatu di mana wang rakyat dibelanjakan dan menyentuh tempat sensitif seperti Nauru,” tegasnya.
Katanya, dengan membuat dakwaan palsu dan paling teruk mendakwa menyuruh orang lain mencederakan diri sendiri dan menggunakan kanak-kanak dalam bantahan juga tidak boleh diterima, tidak kira apa pandangan atau agenda politik mereka. – AFP
TOP
16 Orang Dipercayai Masih Hilang Di Gunung Berapi
TOKYO – Kira-kira 16 orang masih lagi hilang berikutan kejadian gunung berapi meletus, yang setakat ini mengakibatkan 47 orang maut.
Pegawai dari wilayah Nagano, lokasi Gunung Ontake itu, mengesahkan bahawa terdapat sejumlah 16 orang dipercayai mendaki gunung itu Sabtu lalu apabila ia meletus. – AFP
TOP
Sam (Bunkface) Sedia Kahwin Aida Azira
KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam menjelaskan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya dengan seorang penerbit rancangan bernama Aida Azira jika perkara tersebut sudah benar-benar pasti.
Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia memang ada perancangan untuk berumah tangga, namun masih mencari masa yang sesuai.
“Saya hanya merancang tapi Allah yang akan menentukannya. Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki… adalah.
“Saya tidak mahu cakap apa-apa buat masa sekarang kerana takut kalau tidak jadi nanti orang akan bertanya. Seelok-eloknya biarlah kalau ianya benar-benar pasti baru saya akan beritahu kepada semua,” ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran album ketiga Bunkface berjudul Malam Ini Kita Punya, di The Bee, Publika, di sini, Khamis.
Dalam pada itu, Sam minta peminat mendoakan sesuatu yang terbaik untuk perhubungan tersebut.
Sementara itu, bercerita tentang album ketiganya itu, Sam berkata, keseluruhan lagu ini banyak berkisarkan tentang perjuangan Bunkface selama lapan tahun dalam industri muzik tanah air.
Katanya, pemilihan lagu berjudul Malam Ini Kita Punya sebagai tajuk album adalah kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri dan menunjukkan kematangan muzik Bunkface.
“Kami biasa akan buat lagu mengikut isu semasa, kali ini banyak lagu adalah tentang industri muzik kita yang sedang merudum sekarang dan tentang perjuangan kami sebagai anak seni.
“Seperti lagu Malam Ini Kita Punya adalah meluahkan tentang kepuasan kami selepas berusaha untuk melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya terutama dalam bidang nyanyian,” ujarnya.
Sementara itu, ketika ditanya bagaimana mereka mempertahankan ahli kumpulan tersebut agar terus kekal, Sam berkata ketiga-tiga mereka saling memerlukan dalam industri seni ini.
Katanya, persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka saling memahami antara satu sama lain.
“Kami sudah kenal lama ketiga zaman kecil lagi, jadi sudah dapat baca perangai masing-masing. Bohonglah kalau tidak pernah bergaduh tetapi ia tidak sampai menjejaskan kumpulan ini.
“Pada saya kami bertiga ini saling memerlukan untuk berada dalam industri,” ujarnya.
Album Malam Ini Kita Punya yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia ini memuatkan tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu bonus berjudul Anugerah Syawal.
Tujuan buah lagu tersebut ialah Malam Ini Kita Punya, Darah Muda, Orang Kita, Rentak Laguku, Kembali, Goyang dan Salam. – mStar Online - mstar
TOP
Penjawat Awam Dicekup Khalwat Di Perak
IPOH – Dua penjawat awam ditangkap khalwat ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Tasek, di sini, tengah malam, semalam.
Menurut sumber, Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menahan kedua-dua individu berusia lewat 20-an yang bekerja di jabatan sama itu pada kira-kira jam 12 malam.
Katanya, tangkapan tersebut dibuat setelah Jaipk mendapat maklumat daripada orang awam bahawa kedua-dua mereka berada dalam keadaan meragukan di kediaman itu.
Ketika diperiksa, didapati kedua-duanya berpakaian lengkap, namun gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Tiada alasan diberikan bagaimana mereka berada di rumah berkenaan, namun siasatan masih dijalankan dan kita akan panggil kedua-duanya untuk merakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya.
Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992. - Sinar Harian Online
TOP
Penguasa Kastam, Ahli Perniagaan Dituduh Rasuah Seludup Arak
KUALA LUMPUR – Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan rasuah membabitkan penyeludupan keluar arak dengan mengelakkan cukai eksais.
Penguasa Kastam, R Thevakumar didakwa menerima suapan berjumlah RM1,000 manakala ahli perniagaan, Ooi Geim Leong didakwa bersubahat dengan seorang pegawai kastam menggunakan akaunnya untuk menerima wang rasuah berjumlah RM10,000.
Kedua-dua tertuduh yang didakwa di dua mahkamah Sesyen berasingan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.
Mahkamah membenarkan Thevakumar diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Geim Leong dengan RM15,000 juga dengan seorang penjamin.
Pasport mereka diarahkan diserahkan kepada mahkamah. – BH Online
TOP
Lelaki Mahu Pulang Kampung Sempena Hari Raya Maut Digilis Keretapi
Kekecohan meletus di sebuah stesen keretapi Lapangan Terbang di Dhaka selepas seorang lelaki terjatuh dari keretapi yang penuh sesak dengan penumpang yang mahu pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidiladha.
Lelaki itu tercampak dari keretapi tersebut sebelum meninggal dunia akibat digilis.
Kejadian itu disaksikan oleh beribu-ribu penumpang termasuk kanak-kanak yang ketika itu berasak-asak untuk pulang bagi menyambut Aidiladha.
Meskipun timbul kekecohan akibat kejadian itu, namun ia tidak membantutkan perjalanan mereka untuk menyambut Hari Raya korban .
Namun persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidiladha di Bangladesh berdepan dengan kontroversi selepas pihak berkuasa memberi amaran bahawa ada lembu dan kambing yang akan dijadikan korban, disuntik dengan steroid untuk menggemukkannya.
Pakar perubatan bimbang binatang tersebut boleh menyebabkan kanser akibat suntikan steroid.
“Dianggarkan 20 peratus daripada binatang yang dijual sepanjang Aidiladha itu disuntik dengan steroid terlarang seperti dexamethasone.
“Lembu yang disuntik steroid ini membolehkan penternak mendapat tambahan $400-$1,000 bagi setiap ekor binatang namun ia menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada manusia,’’ kata Profesor Sains Binatang di Universiti Pertanian Bangladesh, Muzaffar Hossain. ─ Daily Mail

Monty, Kucing Istimewa Dengan Personaliti Istimewa
Monty. Itulah nama yang diberikan oleh pasangan Mikala dan Micheal dari Denmark kepada seekor kucing yang diambil oleh mereka dari pusat perlindungan haiwan.
"Lebih kurang setahun lepas, kami mengambil Monthy dari pusat jagaan haiwan ketika ia masih kecil". Tuannya yang sebelum ini menjaga terlalu banyak kucing sehingga terpaksa melepaskan beberapa kucing belaannya, ini termasuklah Monty.", kata Mikala dan Michael melalui Facebook.
"Kali pertama kami bertemu dengan Monty, sudah tidak dapat disangkal lagi yang Monty akan tinggal bersama kami.
Penampilannya yang sedikit berbeza membuatkannya tersangat-sangat comel, tapi personaliti yang ditunjukkan oleh Monty sangat jarang untuk ditemui di kucing lain."
Menurut Micheal dan Mikala lagi, Monty kini berkongsi bilik dengan dua ekor kucingnya yang lain dan walaupun mereka bertindak agressif terhadap Monty, Monty cuma duduk dengan tenang dan senyap, seperti tidak mahu bergaduh.
Monty, si kucing istimewa.
Monty dilahirkan tanpa tulang hidung ini menyebabkan dia sering terbersin
Monty suka tidur di atas tangan dan pada waktu malam, dia akan sentiasa menemani anda sehingga anda bangun!
Page Monty di Facebook telah mendapat 20,000 likes dan Micheal dan Mikala berharap agar Monty dapat dijadikan 'duta' kepada kucing-kucing yang tidak sempurna yang lain
- SiakapKeli.com
TOP
Jurukamera NBC Dijangkiti Ebola Di Liberia
NEW YORK – Seorang jurukamera yang membantu membuat liputan penularan wabak Ebola di Liberia untuk NBC News diuji positif bagi virus berkenaan dan akan diterbangkan balik ke Amerika Syarikat untuk rawatan.
Presiden NBC News Deborah Turness berkata semua kru NBC News termasuk wakil perubatan Dr Nancy Snyderman akan diterbangkan balik ke Amerika Syarikat dan diletakkan di bawah kuarantin selama 21 hari.
Jurukamera terbabit bekerja di Liberia selama tiga tahun dan membuat liputan wabak Ebola. Dia mula membuat rakaman untuk rangkaian stesen televisyen itu Selasa lalu.
Dia berasa letih dan sakit badan kelmarin dan demam. Semalam dia mendapatkan rawatan dan menjalani ujian.
Turness berkata tiada kakitangan NBC lain yang menunjukkan simptom atau petanda jangkitan Ebola. – AP / BH Online
TOP
MH17: Belanda, Australia Tentukan Masuk Atau Tidak Ke Tapak Nahas
SEPANG - Belanda dan Australia akan membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk masuk semula ke tapak nahas pesawat MH17 di timur Ukraine, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
“Kita serahkan kepada kedua-dua negara berkenaan untuk mempertimbangkan sama ada wajar atau tidak untuk mengambil risiko masuk semula di tapak nahas.
“Tapi mesti dilakukan bersama dengan pihak Belanda dan Australia dan lagi pun jumlah mangsa korban dari kedua-dua negara itu lebih ramai,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penghormatan kepada lima jenazah MH17 yang tiba dari Belanda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi Jumaat.
Hishammuddin berkata, memandangkan hanya dua lagi warga negara Malaysia yang belum dikenal pasti atau dijumpai, bermakna agensi yang hendak masuk ke kawasan nahas sebelum musim sejuk tidak terdesak seperti dahulu.
Dua lagi mangsa terbabit yang masih belum dikenal pasti ialah nenek tiri Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Siti Amirah Parawira yang berusia 83 tahun dan Shaliza Zaini Dewa, 45.
“Biar mereka (Australia dan Belanda) membuat keputusan bersama kita, bila agaknya kita boleh kembali ke lokasi nahas memandangkan risiko kawasan pertempuran sekarang ini boleh menjejaskan pasukan keselamatan ketiga-tiga negara ini.
“Risikonya bukan sekadar di kawasan nahas tapi perjalanan ke kawasan nahas itu pun masih bergolak,” katanya. - mStar Online
TOP
Kertas Peperiksaan UPSR Berjawab Dikendalikan Secara Sistematik - Idris
Idris Jusoh.
PUTRAJAYA: Prosedur pengendalian kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah dijawab, dilakukan secara sistematik, tersusun dan terperinci, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya beliau sendiri telah menyaksikan prosedur pengendalian kertas peperiksaan yang dijawab itu bersama Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam ketika mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu di Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini, Jumaat. Idris berkongsi pengalaman itu dalam ucapan spontannya ketika menghadiri majlis pelancaran pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke Kejohanan Fira Roboworld Cup China dan Kejohanan Robot World Korea 2014 di sini, sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu. "Tadi dalam perjumpaan dengan jawatankuasa UPSR, semua mendapat penjelasan terperinci mengenai cara mana kertas UPSR ditanda, keluar kotak, disisih, sampailah masuk ke bilik kebal dan scanning dibuat. "Semuanya dilakukan secara sistematik dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk bilik kebal itu," jelasnya. Dalam ucapan itu beliau memohon maaf kerana terlewat hadir ke majlis pelancaran berkenaan sebab pertemuan dengan jawatankuasa itu mengambil masa. Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang diedarkan pada majlis pelancaran itu, Idris mengumumkan pelantikan dua anggota tambahan jawatankuasa bebas tersebut. Mereka ialah Datuk Kee Mustafa, bekas setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Chan Kim Kuay @ Christopher Tan, bekas Pengetua Cemerlang Sarawak. Idris berkata, pelantikan dua anggota tambahan itu yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu dan menyumbang kepakaran mereka dalam jawatankuasa bebas berkenaan. - mstar

Tambang Bas Sekolah Fleksi Januari 2015 - SPAD
KUALA LUMPUR: Bermula Januari tahun depan, kadar tambang bas sekolah baharu yang lebih fleksibel akan ditetapkan menerusi rundingan bersama antara pengendali bas sekolah dan ibu bapa.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan itu dibuat bagi menjadikan industri ini lebih mapan dan mutu perkhidmatan dipertingkat dari aspek keselamatan dan keselesaan anak-anak.
"Pendekatan tersebut diambil setelah mendapat maklum balas dari pihak berkepentingan dan penilaian terhadap kenaikan kos operasi seperti bahan api, penyelenggaraan, baik pulih dan alat ganti bas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPAD di sini, Jumaat.
Susulan pengumuman itu, jelas beliau, tambang bas sekolah yang ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sejak lima tahun tidak lagi diguna pakai bermula awal tahun depan.
Sistem baharu ini akan melibatkan kira-kira 15,000 pengendali bas sekolah di seluruh negara.
Berdasarkan sistem kadar tambang ditetapkan LPKP sebelum ini Syed Hamid berkata, caj bagi kilometer pertama yang dikenakan di kawasan bandar adalah sebanyak RM27.43 dan RM2.02 untuk kilometer (km) seterusnya, manakala bagi kawasan luar bandar, caj ditetapkan RM20.62 bagi km pertama dan RM2.02 untuk setiap km seterusnya.
"Walaupun harga siling tambang bas sekolah ditetapkan oleh LPKP sejak 2009, kita dapati pengendali bas sekolah tidak mengikut kadar tersebut.
"Jadi kita beri kebebasan kepada ibu bapa dan pengendali bas untuk sama-sama berunding terhadap tambang yang dipersetuju demi kebaikan bersama," katanya.
Ketika ditanya sistem baharu itu menyebabkan kadar tambang akan ditetapkan sesuka hati, Syed Hamid berkata, beliau yakin pengendali bas sekolah tidak akan meletakkan harga yang melampau kerana mereka lebih prihatin dengan kedudukan anak-anak.
"Saya rasa mereka tidak akan berbuat demikian kerana kebanyakan yang memberi perkhidmatan ini terdiri daripada orang biasa... ibu tunggal. Mereka bukan mencari keuntungan tetapi ingin mendapatkan pendapatan segera," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, SPAD akan membuat pemantauan dari segi harga dan aspek keselamatan terutama penumpang.
"Sekiranya kita terima aduan daripada ibu bapa mengenai tambang yang dikenakan terlalu tinggi, pengendali bas sekolah akan dikenakan tindakan tegas," katanya.
Jelas beliau, pengendali boleh dikenakan tindakan seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan lesen perkhidmatan mereka digantung.
Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaan sistem baharu ini akan meransang pengendali bas untuk bersaing sengit dalam menawarkan perkhidmatan terbaik pada harga berpatutan kepada ibu bapa.
"Pendekatan ini juga dijangka menarik lebih ramai pengendali bas 'sapu' untuk mendaftar dengan SPAD. Kita tidak menetapkan jumlah (sasaran) tertentu tetapi mengalu-alukan permohonan daripada golongan itu mengikut permintaan semasa," katanya.
Syed Hamid berkata, setakat ini kira-kira 30,000 bas tidak berdaftar menjalankan perkhidmatan ini di seluruh negara. - mstar
TOP
Azmin Ali Umum Potong Gaji MB, Exco, Speaker Dan Timbalan
GOMBAK: Gaji menteri besar dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor akan dipotong di bawah pentadbiran menteri besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali.
Azmin berkata, kenaikan elaun pada 2013 adalah terlalu tinggi dan ia perlu dibincangkan semula.
"Saya mengambil pendirian awal bahawa gaji menteri besar, ahli MMKN, Speaker dan Timbalan Speaker akan dipotong ke satu tahap yang munasabah.
"Kenaikan pada 2013 itu terlalu tinggi dan saya tak boleh berdepan dengan rakyat yang berdepan masalah kos kenaikan," katanya kepada pemberita ketika melawat Pejabat Daerah dan Tanah GOmbak di sini, Jumaat.
Menurut Azmin, pendirian itu adalah selaras dengan perancangan Belanjawan 2015 yang bermatlamat mengurangkan belanja pengurusan sebaliknya meningkatkan belanja pembangunan.
Jelasnya, kekayaan Selangor perlu dibelanjakan untuk pembangunan mengikut teras seperti pendidikan, perumahan di samping kebajikan.
"Pertambahan peruntukan mesti dalam bentuk pembangunan, bukan dalam bentuk keraian, elaun atau gaji," katanya.
Katanya strategi itu berbeza dengan belanjawan peringkat Persekutuan di mana 80 peratus dibelanjakan untuk tujuan mengurus dan 20 peratus untuk pembangunan.
Bagaimanapun, Azmin berkata, nisbahnya masih dalam perbincangan dan akan diumumkan tidak lama lagi. - mstar
TOP
Siapa Faekah? - Azmin
Azmin Ali
GOMBAK: Kenyataan media yang dibuat bekas Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor tidak boleh diambil kira. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana, keputusan beliau mengekalkan Anwar dalam jawatan itu dibuat berdasarkan mesyuarat terakhir Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Katanya, ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan menteri besar. "Siapa Faekah? Dia siapa...tanya dialah. "Saya (buat keputusan) berdasarkan minit mesyuarat pada 22 September yang dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim...bukan Faekah Husin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Faekah bahawa mesyuarat terakhir MMKN bukan sahaja memutuskan pejabat Penasihat Ekonomi yang diduduki Anwar ditutup, tetapi khidmat Anwar sebagai Penasihat Ekonomi juga ditamatkan. Faekah dalam kenyataannya turut mendakwa bahawa keputusan menamatkan khidmat Anwar adalah keputusan bersama dan beliau menerima arahan Khalid untuk mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu kerana pejabat Penasihat Ekonomi berada di bawah MBI. - mstar

MH17: Hanya Dua Lagi Rakyat Malaysia Belum 'Pulang'
SEPANG: Hanya dua lagi warga Malaysia yang terbabit dalam tragedi pesawat MH17 belum dikenal pasti atau dijumpai, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Kedua-duanya ialah nenek tiri Hishammuddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Puan Sri Siti Amirah Parawira yang berusia 83 tahun dan Shaliza Zaini Dewa, 45.
Menteri Pertahanan berkata, memandangkan hanya dua lagi warga negara Malaysia yang belum dikenal pasti atau dijumpai, bermakna agensi yang hendak masuk ke kawasan nahas sebelum musim sejuk tidak terdesak seperti dulu.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia menyerahkan kepada Belanda dan Australia untuk membuat keputusan sama ada sesuai atau tidak untuk masuk semula ke tapak nahas di timur Ukraine.
"Kita serahkan kepada kedua-dua negara berkenaan untuk mempertimbangkan sama ada wajar atau tidak untuk mengambil risiko masuk semula di tapak nahas.
"Tapi mesti dilakukan bersama dengan pihak Belanda dan Australia dan lagi pun jumlah mangsa korban dari kedua-dua negara itu lebih ramai," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas upacara penghormatan kepada lima jenazah MH17 yang tiba dari Belanda di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini, beliau berkata ini kerana usaha memasuki lokasi nahas tidak boleh dilakukan secara unilateral.
Hishammuddin berkata, risikonya bukan sekadar di kawasan tapi perjalanan ke kawasan nahas itu pun masih bergolak.
"Biar mereka (Australia dan Belanda) membuat keputusan bersama kita, bila agaknya kita boleh kembali ke lokasi nahas memandangkan risiko kawasan pertempuran sekarang ini boleh menjejaskan pasukan keselamatan ketiga-tiga negara ini," katanya. - mstar
TOP
Remaja Tanam Barang Kemas Ibu, Sebelum Menipu Dirompak
Abdul Rashid Abdul Wahab
KAJANG: Remaja perempuan berusia 16 tahun menanam barang kemas ibunya di pekarangan pangsapuri keluarganya, sebelum mendakwa kediaman itu dirompak. Bagaimanapun, polis mengesyaki dia menipu apabila dia mendakwa perompak juga mengambil RM20,000 daripadanya ketika berada di rumah mereka Bandar Baru Bangi dekat sini. Remaja itu yang pernah melarikan diri dari rumah kemudiannya ditahan polis. Ibu berusia 51 tahun yang tidak tahu mengenai perbuatan anaknya menanam barang kemasnya membuat laporan polis mendakwa dua orang merompak kediaman mereka. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, remaja itu mendakwa dua orang memasuki rumah mereka dengan bersenjatakan pisau pada pukul 3.30 petang, Selasa. "Dia mendakwa dua perompak itu memaksanya memberitahu dimana ibunya menyimpan barang kemas, wang tunai RM20,000 dan beberapa barang berharga. "Kami mengesyaki sesuatu yang tidak kena terutama berkaitan wang tunai yang banyak di simpan di rumah," katanya kepada pemberita pada Khamis. Abdul Rashid berkata, polis kemudiannya menyoal siasat remaja itu dan akhirnya mendapat tahu mengenai barang kemas yang ditanam di pekarangan kediaman mereka. Katanya, gadis yang ditahan pada Rabu itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan kes berkenaan. - mstar

Gangguan Seksual: Gagal Kawal Nafsu, Persekitaran Jadi Punca
PETALING JAYA: Gagal mengawal nafsu menyebabkan ada di kalangan majikan atau rakan sekerja yang terbabit kes gangguan seksual di tempat kerja.
Pegawai Pemulihan Kesihatan Mental, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Nurhijjah Zain berkata, kes seumpama ini turut dipengaruhi faktor sekeliling.
"Persekitaran juga memainkan peranan penting. Kadang-kadang mangsa sendiri yang menyebabkan kes gangguan ini berlaku seperti berpakaian yang seksi, tingkah lalu atau percakapan yang berbaur 'double meaning'.
"Selain itu, kebebasan internet yang menyediakan bahan lucah turut menyumbang kepada gangguan ini," katanya kepada mStar Online.
Nurhijjah berkata, lebih malang apabila ada majikan atau rakan sekerja yang tidak tahu di mana untuk melepaskan nafsu tanpa berfikir panjang menjadikan rakan sekerja mangsa.
"Jika kelakuan ini tidak dibendung, pelaku boleh menjadi lebih obses untuk melakukan perbuatan yang lebih teruk," jelasnya.
Berdasarkan pengendalian kes gangguan seksual, sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor utama berlakunya kes rogol dan cabul di tempat kerja yang membabitkan majikan dan rakan sekerja.
Perlakuan yang disifatkan gangguan seksual ini boleh berlaku sama ada secara lisan dan bukan lisan, visual atau fizikal.
Selain itu, statistik kes gangguan seksual yang dikeluarkan Bukit Aman merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan tahun lalu keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan, manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes.
Daripada jumlah itu, kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27, manakala 48 kes untuk cabul dicatatkan, manakala kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dicatatkan, manakala cabul sebanyak 114 kes.
- mstar
TOP
Jerebu: 200 Tompok Panas Baharu Di Kalimantan
PETALING JAYA: Peningkatan drastik sehingga hampir 200 tompok panas dikesan di Kalimantan, Indonesia dalam tempoh 24 jam, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.
Beliau berkata, 170 tompok panas dikesan pada 30 September dan jumlah itu meningkat sehingga 367 pada Rabu.
Beliau menambah, tompok panas itu dikesan Pusat Pakar Meteorologi Asean berpangkalan di Singapura menerusi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional.
"Dalam tempoh sama, 76 tompok panas ditemui di Sumatera walaupun kedudukan awan menyukarkan proses mengesan jumlah sebenar kawasan panas itu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.
Palanivel berkata, tompok panas itu menyebabkan berlakunya jerebu yang dikesan di beberapa kawasan di sekitar Kalimantan.
Dilaporkan setakat ini, Malaysia dan Indonesia sedang merangka memorandum persefahaman untuk menangani masalah jerebu antara sempadan.
Kerajaan juga mengemukakan dokumen bertulis kepada Indonesia menyuarakan keprihatinan terhadap isu peningkatan tompok panas di selatan Sumatera dan Kalimantan yang menyebabkan berlakunya jerebu di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Palanivel juga memaklumkan, Jabatan Alam Sekitar mengesan dua tompok panas di Sarawak dan satu di Pahang.
"Semua tompok panas yang dikesan itu akan diteliti dan pihak berkuasa berkaitan akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Katanya lagi, jabatan berkenaan juga merekodkan 4,751 kes pembakaran terbuka di seluruh negara dengan jumlah tertinggi membabitkan kawasan pertanian iaitu 1,475 kes, pembakaran terbuka kecil (1,054); bakar semak (1,033); tapak pembinaan (162); kawasan hutan (907); tapak sampah (86) dan kawasan perindustrian sebanyak 34 kes. - mstar
TOP
Kes Pelajar Sekolah Keracunan Makanan Meningkat Tiap Tahun
Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan disaran menyenaraihitamkan pengusaha kantin dan dewan makan asrama sekolah yang terlibat dengan kes keracunan makanan sebagai tindakan tegas kerana cuai. Saranan itu kerana sebanyak 5,265 kes keracunan makanan di negara ini membabitkan makanan yang disediakan di kantin atau dewan makan asrama sekolah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, jumlah itu adalah 43 peratus daripada 12,122 kes keracunan makanan yang berlaku di seluruh negara. Sehubungan itu, katanya, peningkatan kes keracunan makanan setiap tahun melibatkan pelajar sekolah perlu dilihat secara lebih serius dalam memastikan makanan yang disediakan kepada generasi muda sentiasa bersih, selamat dan sihat. Jelas beliau, sebagai pihak bertanggungjawab dalam pelantikan penyedia makanan itu, Kementerian Pendidikan diharap mengenakan syarat lebih ketat termasuk membatalkan kontrak serta tidak melantik semula pengusaha kantin yang mempunyai rekod kes seumpama itu. “Kebanyakan insiden (keracunan makanan) berlaku kerana mereka (pengusaha kantin) tidak mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan dan tak beri tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam penyediaan makanan,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Dr Subramaniam sebelum itu menghadiri majlis anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat peringkat kebangsaan 2014. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P Kamalanathan. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes keracunan makanan sejak beberapa tahun lepas dengan 3,822 kes pada 2010, 3,959 kes (2011), 4,305 kes (2012) dan 5,017 kes pada 2013. Dr Subramaniam berkata, data juga menunjukkan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, 9,780 kantin dan dapur asrama diperiksa, 98 daripadanya diarah tutup kerana tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Menurut Dr Subramaniam, walaupun kini terdapat sekolah yang mempunyai guru dan jawatankuasa khas kantin, namun skop tugasan guru itu dicadang diperluas dengan melantik guru bagi memantau hal ehwal kesihatan pelajar. “Kita akan bantu untuk beri latihan kepada guru-guru ini supaya mereka boleh jadi ejen pemantau secara lebih dekat kerana Kementerian Kesihatan sendiri tidak cukup kakitangan untuk melakukannya secara kerap di semua sekolah,” katanya. Pada majlis itu, kantin Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dinobatkan juara keseluruhan menewaskan 95 kantin lain yang terpilih mewakili negeri masing-masing meliputi kategori sekolah menengah bandar, luar bandar dan dewan makan asrama. - mstar

MH17: Keputusan Masuk Semula Ke Lokasi Nahas Ditentukan Australia, Belanda - Hishammuddin
Hishammuddin Hussein.
SEPANG: Malaysia menyerahkan kepada pihak berkuasa Australia dan Belanda bagi memutuskan masa sesuai untuk memasuki semula lokasi kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bilangan besar mangsa adalah dari dua negara itu serta risiko yang perlu diambil pasukan keselamatan untuk ke lokasi kejadian yang masih bergolak. "Saya dah bincang dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, oleh kerana jumlah penumpang terbesar adalah dari Australia dan Belanda, maka kita memutus membenarkan mereka membuat keputusan bila kita boleh masuk semula ke tempat kejadian," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas istiadat penghormatan lima jenazah mangsa tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini Jumaat, Hishammuddin menjelaskan keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi berbahaya di lokasi nahas yang boleh menjejaskan pasukan keselamatan ketiga-tiga negara. Berhubung jangkaan bila pasukan keselamatan boleh kembali semula ke lokasi kejadian, beliau menegaskan bahawa tiada tempoh masa ditetapkan untuk berbuat demikian. Beliau juga tidak menolak kemungkinan baki dua lagi mayat warganegara Malaysia, termasuk dalam kumpulan mayat yang sedang dikenal pasti di Amsterdam, Belanda. "Jika mayat-mayat itu adalah warganegara Malaysia, maka kita tidak perlu lagi turun ke lokasi nahas untuk mencari dan membawa pulang mayat," katanya. Berkaitan pemilihan dan penempatan penasihat pertahanan di Kiev, Ukraine, Hishammuddin berkata perkara itu akan diumumkan kemudian. "Senarai nama telah ada, cuma kita sedang kenal pasti mereka yang benar-benar sesuai," katanya sambil menambah penempatan itu bakal memantapkan jalinan kerjasama antara dua negara susulan insiden MH17. Sementara itu, Liow berkata setakat ini sebanyak 262 identiti mangsa daripada 298 penumpang dan anak kapal tragedi MH17 telah dikenal pasti. Beliau berharap dua jenazah rakyat Malaysia yang belum dikenal pasti termasuk dalam 27 jenazah yang dalam proses identifikasi di Pusat Perubatan Tentera Hilversum, Amsterdam. Mengenai siasatan tragedi MH17, Liow berkata siasatan dari Malaysia akan diteruskan dalam aspek teknikal dan jenayah. Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan pasukan penyiasat Belanda telah mengadakan perbincangan mendalam untuk menganalisas laporan awal yang dikeluarkan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB). "Kita berharap laporan itu dapat membantu siasatan untuk dapatkan bukti kukuh untuk membawa penjenayah ke mahkamah antarabangsa," katanya. Pesawat Boeing 777-200 penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Namun, sehingga kini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab. Selain 44 warga Malaysia termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, penumpang pesawat itu terdiri daripada 193 warga Belanda dan 38 warga Australia. Penumpang lain adalah dari Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. Laporan awal DSB pada 9 September lepas, antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek bertenaga tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal, selain pesawat itu disahkan 'layak terbang'. - mstar

Wisma Putra - New Zealand Kerjasama Hantar Balik Rizalman
PETALING JAYA: Kementerian Luar sedang berurusan dengan kerajaan New Zealand untuk menghantar balik Pegawai Warran II Muhammad Rizalman Ismail.
"Proses mengekstradisi Rizalman dilaksanakan berlandaskan semangat kerjasama rapat yang sedia terjalin dalam hal perundangan antara Malaysia dan New Zealand, selain mengambil kira tiadanya perjanjian ekstradisi antara kedua negara.
“Malaysia and New Zealand komited untuk menyokong amalan adil dan menjunjung kedaulatan undang-undang bagi memastikan Rizalman melalui perbicaraan yang saksama terhadap pertuduhan ke atasnya," kata kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu pada Jumaat.
Sebelum ini dilaporkan Malaysia dan New Zealand berbincang tentang prosedur perundangan yang diperlukan untuk membolehkan Muhammad Rizalman berdepan pertuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat merogol dan ini akan dilakukan sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta dalam negeri.
Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei tahun ini dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.
Bagaimanapun, beliau sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu sidang akhbar di Putrajaya pada 1 Julai bahawa Muhammad Rizalman dan keluarganya pulang ke Malaysia dengan persetujuan pihak New Zealand.
Malahan, persetujuan juga dibuat untuk menghantar Muhammad Rizalman balik ke negara berkenaan untuk membantu siasatan, bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.
Anifah berkata, dalam perbincangan tentang perkara itu antara pegawai Malaysia dan New Zealand pada 12 Mei, pihak New Zealand menawarkan pilihan bagi tertuduh untuk dibawa pulang ke Malaysia.
- mstar
TOP
Haji: Jambatan Jamrah Baharu Untuk Keselesaan Jemaah
Jambatan Jamrah setinggi lima tingkat untuk memudahkan jemaah melakukan ibadah melontar.
MEKAH: Kerajaan Arab Saudi yang membina jambatan Jamrah baharu berkapasiti sehingga 500,000 jemaah dalam satu masa merancang memperluaskan laluan di Mina. Menteri Hal Ehwal Perbandaran dan Luar Bandar, Putera Mansour bin Miteb berkata, langkah itu untuk memberi keselesaan kepada jemaah haji pada masa depan. "Kita juga menempatkan anggota keselamatan di sekitar jambatan Jamrah untuk memantau pergerakan jemaah sepanjang ibadat melontar," katanya dalam laporan Arab News. Sementara itu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah memaklumkan pihaknya bersiap sedia menerima kedatangan jemaah dan setakat ini semuanya berjalan lancar. Sehingga kini, pihak Meteorologi dan Alam Sekitar negara itu melaporkan cuaca di Mekah, Madinah dan kawasan sekitarnya dalam keadaan sederhana dengan suhu kurang wah 36 darjah Celsius. - mstar

Tafakur Untuk Lima Jenazah Tragedi MH17
Istiadat penuh penghormatan negara diberikan kepada lima lagi mangsa tragedi MH17 yang tiba pagi Jumaat.
SEPANG: Tafakur selama seminit berlangsung pada istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kali ini untuk lima jenazah yang tiba pagi Jumaat. Selain hadirin di kalangan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa, penghormatan yang diberi pada jam 8.58 pagi itu turut membabitkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim. Kumpulan keenam mangsa tragedi MH17 yang dibawa pulang dari Belanda adalah ahli keluarga terakhir keluarga Allahyarham Tambi Jiee, Allahyarham Muhammad Afruz Tambi, Liew Yaw Chee, Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam. Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke KLIA ditembak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia terkorban. - mstar

Nicol Calon MPV Sukan Asia
Nicol David
RATU skuasy negara, Datuk Nicol David muncul pemain pertama Malaysia dalam sejarah dicalonkan untuk anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP). Selain Nicol, tujuh lagi atlet yang menyertai kejohanan di Incheon, Korea Selatan itu turut disenaraikan untuk pertimbangan bagi anugerah itu. Nicol merangkul dua emas dalam kategori individu dan berkumpulan baru-baru ini, yang juga pingat emas kelimanya dalam sukan berkenaan. Saingan juara dunia tujuh kali itu adalah perenang Jepun, Kosuke Hagino, pemain pedang Korea Selatan, Nam Hyun-hee, atlet gimnas China, Yao Jinna, bintang sepak takraw Thailand, Peachan Suriyan, penembak China, Cao YiFei, Judo Korea Selatan, Kim Jae-bum dan atlet angkat berat Korea Utara, Kim Un-Guk. Pengumuman pemenang MVP akan dibuat pada majlis penutup kejohanan itu pada Sabtu. Sejak diperkenalkan pada 1998, tiada atlet negara yang pernah dicalonkan - mstar

Syakilla Salni Lupakan Kesakitan Untuk Raih Emas
Syakilla Salni ceria sebaik dinobatkan sebagai juara acara karate pada penyertaan pertamanya di Sukan Asia.
INCHEON: Atlet karate wanita negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan melupakan kesakitan daripada kecederaan pangkal paha yang dialaminya untuk menang dalam acara kumite dan menghadiahkan emas kelima buat kontinjen Malaysia pada Jumaat. Kemenangan pada temasya Sukan Asia yang pertama kali disertainya adalah pencapaian terbaik Syakilla Salni selepas meraih emas pada Sukan SEA Myanmar. Syakilla Salni, 22, menang emas dalam acara kumite bawah 61 kilogram (kg) wanita selepas menewaskan lawannya dari Uzbekistan, Barno Mirzawa. Anak kelahiran Klang, Selangor itu mengutip 10 mata untuk menewaskan lawannya Barno yang sekadar meraih dua mata walaupun dilihat agak agresif menyerang lawan. "Saya lupakan kecederaan saya tadi. Saya tidak fikir sakit langsung...cuma fikir untuk buat yang terbaik," katanya. Syakilla Salni mengalami kecederaan hamstring atau pangkal paha berulang ketika berdepan lawannya dari China Yin Xiaoyan pada separuh akhir selepas diasak keras di bahagian kaki. Terdahulu, pada pusingan pertama Syakilla Salni menewaskan lawannya dari Filipina Princess Diane Sicangco 3-1 untuk mara ke suku akhir menewaskan lawannya dari Vietnam Bui Thi Ngoc Han 4-1. Pada perlawanan separuh akhir pula, Syakilla Salni menang 2-0 ke atas Yin Xiaoyan dari China untuk mara ke peringkat akhir. Bagaimanapun, nasib berbeza kepada seorang lagi pemenang pingat emas Sukan SEA Myanmar, S Senthil Kumaran apabila terpaksa akur dengan pingat gangsa selepas terlepas aksi akhir apabila tewas kepada lawan dari Arab Saudi Imubarak Abdullah Alharbi dengan 0-8. Pada perlawanan penentuan pingat gangsa acara kumite bawah 55kg lelaki, Senthil menundukkan lawan dari Indonesia Suryadi selepas undian juri berpihak kepada atlet negara semasa kedudukan terikat 4-4. "Saya target untuk dapatkan pingat emas namun saya tetap bersyukur dengan pingat gangsa sebab ini kali pertama menyertai Sukan Asia," katanya. Senthil, 22, kelahiran Dengkil, bermula dengan baik apabila menewaskan lawan dari tuan rumah Korea Selatan Gu Juyeong pada pusingan pertama 3-1, sebelum menang 7-0 dengan peserta Nepal Bijay Lama untuk ke separuh akhir. - mstar

Terbuka China: Nadal Mara Ke Suku Akhir
Nadal meneruskan saingan ke suku akhir selepas menewaskan pemain Jerman, Peter Gojowczyk di Beijing, Khamis.
BEIJING: Rafa Nadal meneruskan saingan ke peringkat suku akhir Terbuka China - kejohanan tenis pertamanya dengan mencatatkan kemenangan 6-3 6-4 ke atas pemain Jerman, Peter Gojowczyk dalam masa sejam 45 minit. Jaguh Sepanyol yang berehat tiga bulan berikutan kecederaan pergelangan tangan menang apabila mendapat kelebihan membuat pukulan servis. Nadal akan bertemu pilihan kelapan, Martin Klizan pada kejohanan ATP 500 itu. Kecederaan bahu yang dialami pemain pilihan ketujuh, Ernests Gulbis menyebabkan dia menarik diri dan memberi kemenangan kepada Klizan, pemain Slovakia yang ketika itu sedang mendahului 6-2 3-0. Pilihan ketiga kejohanan, Tomas Berdych juga mara ke suku akhir dan meletakkan dirinya di kedudukan ketujuh dalam perlumbaan ke kejohanan Final ATP di London. Berdych menang 6-3 6-4 ke atas Viktor Troickike sekalipun beraksi di bawah prestasi. Dalam pada itu, pemain Bulgaria, Grigor Dimitrov menewaskan Pablo Andujar 6-4 6-4 untuk menempah aksi suku akhir sukar menentang pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic manakala pilihan keenam, Andy Murray menewaskan Pablo Cuevas 6-2 6-2. - Reuters - mstar

AS kritik projek penempatan haram baharu Israel
AFP - OBAMA (kanan) berbual dengan Netanyahu ketika mengadakan pertemuan di White House kelmarin.
WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) kelmarin secara terbuka mengecam rancangan Israel membina sebuah penempatan haram Yahudi di timur Bailtulmuqaddis. Jurucakap Obama, Josh Earnest berkata, rancangan tersebut bakal menyebabkan sekutu paling rapat Israel semakin menjauhkan diri dan menimbulkan persoalan berhubung komitmen untuk berdamai dengan Palestin. Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertemu di White House. Kata Earnest, Obama secara peribadi menyatakan kebimbangannya kepada Netanyahu walaupun kedua-dua pemimpin tersebut tidak memberi sebarang komen kepada wartawan selepas pertemuan itu. “Pembangunan ini hanya menyebabkan kecaman daripada komuniti antarabangsa. Ia juga menimbulkan persoalan berhubung komitmen Israel dalam rundingan damai mengenai penempatan semula penduduk dengan Palestin,” katanya. Projek pembinaan 2,500 buah rumah itu menjadi pertikaian kerana bakal melengkapan satu kawasan penempatan haram Yahudi di satu lokasi yang memisahkan Bailtulmuqaddis dengan Baitulaham. AS mengkritik projek penempatan haram Israel di timur Bailtulmuqaddis kerana bimbang memberi kesan terhadap rundingan damai dengan Palestin. White House juga mengecam pendatang haram Yahudi yang merampas beberapa rumah penduduk Palestin di Silwan di timur Bailtulmuqaddis baru-baru ini. – AP

Remaja 17 tahun ketuai revolusi Hong Kong
Reuters - WONG memberikan ucapan di hadapan berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan yang berhimpun di luar ibu pejabat kerajaan di Hong Kong kelmarin.
HONG KONG – Seorang remaja berusia 17 tahun kini menjadi antara penggerak utama Revolusi Payung di Hong Kong yang menggegarkan kerajaan China dengan ucapan penuh semangat bagi menuntut demokrasi di pulau berkenaan, lapor The New York Times kelmarin. Remaja berkenaan, Joshua Wong (gambar kecil) yang sering memakai cermin mata besar menggerakkan berpuluh-puluh ribu pelajar yang membanjiri Hong Kong bagi menuntut demokrasi yang lebih meluas di tanah bekas jajahan British tersebut. “Apabila saya mendengar lagu kebangsaan mula dimainkan saya tidak berasa teruja tetapi berasa sangat marah. “Lagu ini memberitahu supaya kita bangun kerana kita sudah merdeka tetapi mengapa layanan yang kita terima ini tidak jauh bezanya seperti hamba,” katanya dalam satu perhimpunan kelmarin sempena Hari Kebangsaan China. Remaja berbadan kurus tersebut mula menjadi aktivis terkenal di Hong Kong sejak dua tahun lalu apabila dia menggerakkan beribu-ribu pelajar bagi membantah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan mata pelajaran patriotik di sekolah-sekolah di Hong Kong. Wong juga menjadi pemimpin utama yang menggerakkan berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan sejak beberapa minggu lalu di Hong Kong yang menyebabkan dia ditangkap. Beberapa media yang mempunyai hubungan rapat dengan Beijing telah melabelkan remaja itu sebagai alat Amerika Syarikat. Revolusi Payung tercetus selepas beberapa kumpulan aktivis demokrasi membantah tindakan China yang menetapkan setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya di Hong Kong mendapat kelulusan Beijing. Hong Kong merupakan tanah jajahan Britain sebelum diserahkan semula kepada China pada tahun 1997. – Agensi

Mangsa letusan gunung berapi Ontake mati tersepit di celah batu
Reuters - ANGGOTA bomba membawa mayat seorang mangsa letusan gunung berapi Ontake di tengah Jepun pada 28 September lalu.
TOKYO – Pasukan penyelamat menemui beberapa mayat pendaki tersepit di celah batu besar dengan separuh badan mereka tertanam di dalam abu letusan gunung berapi Ontake, menurut beberapa laporan semalam. Sekurang-kurangnya 48 orang dikenal pasti terbunuh dalam bencana gunung berapi itu yang paling dahsyat di Jepun dalam tempoh hampir 90 tahun. Namun, sebilangan mangsa masih belum ditemui selepas Ontake meletus pada Sabtu lepas. Hujan lebat memaksa anggota polis, bomba dan askar menangguhkan operasi mencari di atas gunung berapi setinggi 3,067 meter itu semalam yang berterusan mengeluarkan wap dan gas beracun. Terdahulu, pasukan polis menemui sebilangan mangsa separuh tertanam di dalam abu gunung berapi setebal 40 hingga 50 sentimeter di sebuah kuil di puncak Ontake, lapor akhbar Mainichi. Lima mayat tersepit di celah bongkah batu sebesar tiga meter sekali gus memaksa anggota penyelamat menggunakan peralatan memecah batu untuk mengeluarkan mereka. Seorang anggota penyelamat memberitahu akhbar Nikkan Sports bahawa lapisan abu bercampur wap air itu menyebabkan mereka sukar bergerak. “Kami seperti berjalan dalam konkrit lembap,” katanya. Dalam pada itu, bedah siasat mendapati kebanyakan pendaki meninggal dunia akibat terkena batu-batan yang dihamburkan oleh Ontake semasa gunung berapi itu mula meletus. Batu-batan itu bergerak pada kelajuan mencecah 300 kilometer sejam. – AFP

Ratusan ribu jemaah bergerak ke Mina
JEMAAH haji mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di kota suci Mekah kelmarin.
MEKAH – Beratus-ratus ribu jemaah haji mula bergerak ke luar dari kota suci ini menuju ke Mina di Arab Saudi semalam pada permulaan ibadat haji. Ibadat haji yang merupakan antara perhimpunan manusia terbesar di dunia berlangsung tahun ini ketika pihak berkuasa berusaha untuk melindungi jemaah daripada dua virus maut iaitu Ebola dan MERS. Pihak berkuasa berkata, hampir 1.4 juta jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan seruan haji tahun ini. “Ia (mengerjakan haji) satu perasaan yang indah,” kata jemaah haji dari Algeria Aziza Yousfy, 60. “Saya mengimpikan untuk melihat Mina dan Padang Arafah,” tambahnya. Jemaah haji akan bergerak sejauh beberapa kilometer dari Mekah menuju ke Mina dengan memakai ihram sebagai simbol penyatuan tanpa mengira status sosial atau warganegara. Pergerakan ke Mina menandakan permulaan ibadat haji pada 8 Zulhijjah. Jemaah haji akan bermalam di Mina sebelum menuju ke padang Arafah untuk melakukan wukuf hari ini. – AFP

41 kanak-kanak maut dalam serangan bom di Homs
AFP - BEBERAPA pegawai perubatan sedang memberi bantuan kepada seorang kanak-kanak yang cedera dalam satu serangan bom di sebuah sekolah di Homs.
HOMS, Syria – Seramai 41 kanak-kanak terbunuh dalam satu serangan bom di sebuah sekolah milik kerajaan di bandar ini kelmarin. Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria berkata, semua kanak-kanak berusia bawah 12 tahun itu merupakan antara 48 mangsa yang maut dalam serangan bom di kawasan kejiranan Akrameh di sini. “Sekurang-kurangnya 41 kanak-kanak maut selepas dua butir bom meletup di Sekolah al-Makhzumi dan jumlah itu mungkin meningkat kerana ramai lagi masih hilang. “Tujuh lelaki dewasa yang terdiri daripada empat orang awam dan tiga askar antara mangsa yang terkorban,” kata pegarah kumpulan berkenaan, Rami Abdel Rahman. Menurutnya, serangan tersebut dilancarkan oleh seorang lelaki yang meletupkan sebutir bom di satu bahagian sekolah berkenaan sebelum meletupkan dirinya di bahagian lain. Satu laman Facebook prokerajaan memaparkan beberapa gambar selepas serangan tersebut yang menunjukkan mayat beberapa kanak-kanak dan beg-beg sekolah bertaburan di lokasi kejadian. Beberapa penduduk juga dilihat membantu mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan. Seramai 191,000 penduduk di Syria dilaporkan terbunuh dalam perang saudara di negara itu yang tercetus selepas rakyat bangun menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad. – AFP

Ebola cetus kebimbangan di Dallas
AFP - SEORANG lelaki berdiri di luar sebuah Pangsapuri Ivy di mana pesakit Ebola pertama di AS menginap di Dallas, Texas kelmarin.
DALLAS – Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) kelmarin terpaksa mengerahkan anggotanya untuk mengesan beberapa orang termasuk kanak-kanak yang berhubungan dengan seorang pesakit Ebola dari Liberia. Lebih ramai orang dipercayai terdedah kepada pesakit itu yang dibenarkan pulang selepas mengunjungi sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan 25 September lalu, kata beberapa pegawai hospital Texas. Pesakit itu kemudian bergaul dengan sekurang-kurangnya 18 orang selama beberapa hari sebelum keadaannya kesihatannya menjadi semakin teruk. Dia kemudian dirawat di sebuah hospital di sini kerana menghidap demam Ebola. Ebola merebak melalui sentuhan cecair badan seperti darah orang yang dijangkiti virus berkenaan. Seorang penduduk mengenal pasti identiti lelaki itu sebagai Thomas Eric Duncan berusia dalam lingkungan 40-an. Duncan yang merupakan orang pertama disahkan menghidap Ebola di AS, berlepas dari Liberia dan tiba di Texas 20 September lalu. Dia jatuh sakit pada 24 September. “Dia pergi ke hospital pada 25 September lepas tetapi diarah pulang kerana mengalami demam virus yang tidak teruk,” kata Timbalan Presiden Sumber Kesihatan Texas, Mark Lester. Pesakit tersebut kini dalam keadaan serius tetapi stabil. Dia dikatakan berhubung dengan lima kanak-kanak sekolah sebelum dibawa ke Hospital Kesihatan Prebysterian Texas pada 28 September lalu. Susulan itu, pihak berkuasa AS mengenal pasti beberapa kanak-kanak yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan. “Kanak-kanak ini telah dikenal pasti dan mereka kini dipantau, manakala penyakit ini tidak boleh berjangkit selagi penghidapnya tidak menunjukkan sebarang simptom,” kata Gabenor Negeri Texas, Rick Perry. – AFP

Chun-ying Enggan Letak Jawatan
Chun-ying (kanan) ketika berucap pada sidang media malam Khamis.
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Leung Chun-ying menegaskan tidak akan tunduk dengan desakan kumpulan penunjuk perasan yang menuntut beliau meletak jawatan. Bagaimanapun, beliau meminta pegawai tertinggi kerajaan negara itu untuk mengadakan perbincangan dengan kumpulan tersebut. Leung berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.45 malam, 15 minit sebelum tempoh akhir ditetapkan kumpulan tersebut yang menggesa beliau meletak jawatan. Kumpulan berkenaan mengugut untuk menceroboh bangunan kerajaan pada tengah malam. Sementara itu, pasukan keselamatan telah bersiap sedia dengan gas pemedih mata dan peluru getah dalam menghadapi sebarang kemungkinan. - mstar

Isu Keputusan Percubaan SPM: Semua Pendapat Akan Diambil Kira - Idris
Dr Wee Ka Siong.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan pelajar lepasan SPM menggunakan keputusan percubaan mereka bagi memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bersetuju untuk mengkaji semula keputusan tersebut. "Saya bangkitkan isu ini di dalam Kabinet pada Rabu dan selepas perbincangan yang panjang, mereka bersetuju untuk meneliti perkara itu," kata Ka Siong pada Khamis. Di Johor Baru, Idris berkata, kementerian akan mengambil kira semua pandangan dan pendapat daripada ibu bapa, pelajar, kolej dan universiti swasta. "Kami akan mengumumkan keputusan mengenai perkara itu yang pastinya memuaskan hati semua pihak. "Sila bersabar, kami akan mencari penyelesaian terbaik. Pegawai-pegawai kami bekerja sehingga tengah malam pada Rabu untuk membincangkan perkara ini," katanya. Ka Siong mengucapkan terima kasih kepada Idris kerana mendengar pandangan semua menteri Kabinet dan bersetuju untuk mengkaji semula perkara itu. Beliau berkata, ia adalah amalan di seluruh dunia menggunakan keputusan percubaan untuk kemasukan ke kolej dan universiti. Di Malaysia, ia diamalkan sejak lebih tiga dekad lalu, katanya. Sekiranya ia dihentikan, Ka Siong berkata, keputusan terseut akan menjejaskan rancangan negara untuk menjadi hab pendidikan serantau. "Kebanyakan pelajar boleh pergi menyambung pengajian ke tempat lain. Mereka boleh mendaftar pengajian di Australia atau London untuk peringkat A-Level. "Untuk tempoh jangka masa panjang, kita akan kerugian," katanya. Beliau berkata, ia akan memberi kesan kepada industri pendidikan swasta yang menerima seramai 30,000 pemohon setiap tahun. Keputusan untuk mengkaji semula syarat baharu itu dialu-alukan institusi pengajian tinggi swasta, ibu bapa dan para pelajar. Terdahulu, kementerian memaklumkan kepada institusi pengajian tinggi swasta bahawa keputusan percubaan SPM tidak lagi diguna pakai untuk kemasukan ke kolej atau universiti swasta bermula Januari. - mstar

Lima Jenazah Selamat Tiba Di Tanah Air
PETALING JAYA: Lima lagi jenazah mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selamat tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.40 pagi Jumaat.
Lima jenazah tersebut adalah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Muhammad Afruz Tambi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir untuk memberikan penghormatan ketenteraan kepada lima jenazah tersebut seperti sebelum ini.
Daripada lima jenazah ini, tiga jenazah akan diterima dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri-Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen)
akan dibawa dalam bekas abu.
Bekas abu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam pula akan dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields.
Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu.
Dengan lima lagi jenazah yang tiba pada Jumaat, maka seramai 42 jenazah rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dari Belanda.
Ini bermakna hanya dua lagi jenazah warganegara Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti.
Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - mstar
TOP
Gol Saat Akhir Ba Bantu Besiktas Ikat Spurs
Ba (kanan) menjaringkan sepakan penalti pada minit ke-89.
DEMBA Ba menjaringkan sepakan penalti pada saat akhir untuk membantu Besiktas mengikat Tottenham Hotspur 1-1 dalam saingan Liga Europa di White Hart Lane, awal pagi Jumaat. Bekas penyerang Chelsea itu menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Besiktas selepas bola terkena tangan Vlad Chiriches. Pasukan tuan rumah pada mulanya dilihat mampu menguasai perlawanan sehingga wisel penamat apabila mendahului seawal minit ke-27 menerusi jaringan Harry Kane. Namun, keputusan itu memberi satu lagi tamparan hebat buat skuad kendalian pengurus Mauricio Pochettino yang turut terikat seri 1-1 dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu. Besiktas bangkit memberi saingan sengit tetapi percubaan Ba terkena palang manakala percubaan Olcay Sahan berjaya dipatahkan penjaga gawang SPurs, Hugo Lloris. Keputusan itu menyaksikan Spur menduduki tempat ketiga di dalam kumpulan, berkongsi dua mata dengan Besiktas. Pemain Spurs kini bergelut dengan masalah keyakinan selepas hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terdahulu. - mstar

Terpedaya Janji Manis Punca Berlaku Ganggguan Seksual
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor utama berlakunya kes rogol dan cabul di tempat kerja yang membabitkan majikan dan rakan sekerja. Perlakuan yang disifatkan gangguan seksual ini boleh berlaku sama ada secara lisan dan bukan lisan, visual atau fizikal. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes gangguan seksual yang merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan tahun lalu keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan, manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes. Daripada jumlah itu, kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27, manakala 48 kes untuk cabul dicatatkan, manakala kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dicatatkan, manakala cabul sebanyak 114 kes. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kes seumpama ini kerap berlaku kerana mangsa terlalu mudah percaya selepas suspek menabur janji manis serta pujian. "Apabila mangsa mudah diperdaya, suspek pastinya akan mengambil peluang atau kesempatan, selain sikap suspek yang ingin menunjuk kehebatan diri. "Lebih penting, pihak terbabit kurang pengetahuan undang-undang dan penghayatan agama, sekaligus tidak menghormati hak dan kehormatan mangsa," jelasnya kepada mStar Online.
Asisten Komisioner Hamidah Yunus
Tambah Hamidah lagi, antara gangguan seksual yang sering dilaporkan termasuk secara lisan seperti komen, gurauan, usikan, bunyi atau soalan berbentuk ancaman atau cadangan seksual. "Ada juga secara bukan lisan seperti pandangan, kerlingan, menjilat bibir, memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau tingkah laku mengurat. "Jenis gangguan secara visual pula berlaku apabila mangsa ditunjukkan dengan bahan lucah, melukis gambar lucah dan pujuk rayu yang berterusan. "Dan gangguan secara fizikal pula melibatakan sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk dan mencium serta serangan seksual," jelasnya. Bagaimanapun, kata Hamidah, ada kejadian gangguan seksual yang berpunca daripada mangsa sendiri, selain sikap ibu bapa. "Mereka (ibu bapa) tiada masa untuk berkomunikasi dalam keluarga serta tidak mamantau aktiviti anak-anak. Paling jelas kerapuhan institusi kekeluargaan menyumbang kepada pelbagai anasir negatif. "Selain itu, kes ini juga berlaku disebabkan pengaruh filem lucah yang boleh ditonton menerusi internet atau VCD," jelasnya.
Katanya lagi, mangsa yang mengalami gangguan seksual ini perlu berani tampil membuat laporan bagi mencegah kes cabul atau rogol terus berlaku di kalangan majikan dan rakan sekerja. - mstar

Julien Kang Mohon Maaf Insiden Separuh Bogel, Mabuk
Julien memohon maaf atas kejadian dia mabuk dalam keadaan separuh bogel sehingga ditahan pihak berkuasa.
PELAKON dan model Julien Kang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para peminatnya selepas insiden dia ditahan pihak polis dalam keadaan mabuk dan hanya memakai pakaian dalam di Gangnam pada pertengahan bulan lalu. Portal Soompi melaporkan, Julien yang berdarah kacukan Korea dan Perancis itu berjanji tidak akan mengulangi kejadian disifatkan sebagai memalukan. "Saya mohon maaf atas tindakan yang memalukan itu sehingga dikritik oleh banyak pihak dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan tidak akan melakukan kesalahan sama," katanya.
Julien ditahan pihak berkuasa.
Ketika ditahan pihak berkuasa, polis turut membuat ujian air kencing terhadap Julien untuk memastikan dia bebas daripada penggunaan dadah dan mereka mengesahkan pelakon drama bersiri To The Beautiful You itu tidak mengambil sebarang benda terlarang. Julien ditemui oleh orang ramai yang melalui tempat dia dilihat terbaring dalam keadaan mabuk selain hanya memakai pakaian dalam sebelum mereka membuat laporan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, syarikat pengurusan selebriti itu enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan dan menganggap ia sudah selesai. - mstar

Rihanna Bakal Muncul Dalam Filem James Bond
- mstar
TOP
Drama Lakonan Anzalna Bakal Disiarkan Luar Negara
Anzalna
KUALA LUMPUR: Impian pelakon Anzalna Nasir untuk mengembangkan kerjaya seninya di peringkat antarabangsa bakal tercapai apabila drama lakonannya berjudul A Love To Remember bakal disiarkan di beberapa negara luar. Anzalna, 26, berkata, lebih membanggakan drama adaptasi daripada telenovela popular Mexico itu akan disiarkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia selain penggambaran turut diadakan di negara ini. "Alhamdulillah salah satu cita-cita saya bakal tercapai kerana drama terbaharu saya akan disiarkan di seluruh dunia. "Saya sangat teruja dan gementar apabila memikirkan penerimaan penonton nanti dan ini adalah satu peluang keemasan untuk saya mencipta nama di peringkat antarabangsa," katanya kepada mStar Online. Anzalna ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara di sini pada Khamis. Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Sherry Ibrahim dan Doris Hor. Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan. Dalam pada itu, Anzalna berkata, penggambaran drama bersiri tersebut yang baharu sahaja dilakukan iaitu sejak dua minggu lalu dan dijangka akan berlanjutan selama setahun. Jelas Anzalna, bagi memberikan komitmen penuh terhadap projek tersebut dia terpaksa menolak tawaran lain yang datang kerana jadual penggambaran yang padat. "Secara keseluruhannya A Love To Remember mempunyai 148 episod dan demi memberikan tumpuan sepenuhnya saya menolak tawaran lain untuk jangka masa setahun. "Bukan berlagak tetapi tidak mahu bersikap tamal yang akhirnya saya tahu akan memakan diri sendiri," ujarnya. Tambah Anzalna drama berkenaan adalah terbitan kerjasama di antara Global Station Sdn Bhd, Astro dan TV Asteca yang berpangkalan di Mexico. Selain Anzalna, drama itu turut diterajui oleh Hisyam Hamid, Liza Abdullah, Diana Rossa dan Afiq Muiz. Sementara itu, Anzalna berkata, sebagai persediaan dia turut menonton drama asal bagi menjiwai wataknya sebagai Suraya. "Ini peluang saya dan tekanan itu memang ada kerana ia bakal ditayangkan di seluruh dunia dan sebagai persediaan saya sudah menonton drama asal malah saya sudah pun masuk ke set penggambaran untuk blok pertama," katanya. Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, penglibatannya dalam kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' akan lebih kepada memberi kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita menggunakan laman sosial. Katanya, sebagai selebriti dia akan menggunakan pengaruh yang ada bagi meningkatkan keyakinan dalam diri wanita menerusi rangkaian produk Nivea. "Ini adalah sebuah kempen yang bagus kerana ramai wanita yang tidak mempunyai keyakinan dalam diri mereka. "Saya akan gunakan medium sosial untuk berinteraksi secara langsung selain memberikan tips untuk tampil yakin kepada mereka," ujarnya. - mstar

Chun Ying Adakan Sidang Media Pukul 11.30 Malam
Leung Chun-Ying.
HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Leung Chun-Ying akan mengadakan sidang media setengah jam sebelum kumpulan penunjuk perasaan pro-demokrasi menetapkan 'tempoh akhir' menggesa beliau meletakkan jawatannya, kata pihak berkuasa bandar pada Khamis. Chun-Ying, Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran Hong Kong akan mengadakan sidang media tersebut bersama-sama dengan Ketua Setiausaha, Carrie Lim, pada pukul 11.30 malam, menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Maklumat. Pasukan penunjuk perasaan pro-demokrasi menuntut, Chun-Ying meletakkan jawatan dan membantah tindakannya untuk menyerahkan jawatan yang disandangnya kepada pengganti beliau. Kumpulan berkenaan mengugut untuk menceroboh bangunan kerajaan pada tengah malam. Sementara itu, pasukan keselamatan telah bersiap sedia dengan gas pemedih mata dan peluru getah dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Kumpulan penunjuk perasaan itu menentang keputusan Beijing bulan lalu bahawa calon dalam pilihan raya 2017 perlu disahkan terlebih dulu oleh jawatankuasa yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan elit pro-Beijing. Payung menjadi simbol pergerakan bantahan awam di Hong Kong di mana penunjuk perasaan menggunakan payung untuk mengelakkan semburan gas pemedih mata daripada pihak polis. Selain itu protes berkenan turut diadakan di luar Hong Kong termasuk di beberapa lokasi seperti New York, Paris serta Sweden bagi menyokong penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong. - mstar

Jemaah Haji Malaysia Bergerak Ke Arafah
MAKKAH: Pengiraan detik sejak berada di tanah suci bagi kebanyakan jemaah haji ialah menunggu ketibaan Hari Wukuf, untuk berkumpul bersama jutaan umat Islam di Arafah dan melaksanakan kemuncak ibadah haji.
Pada Khamis pagi, kumpulan jemaah haji Malaysia dengan berpakaian ihram mula bergerak secara berperingkat ke Arafah, kira-kira 22km dari sini.
Kumpulan pertama bergerak pada pukul 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia), kumpulan kedua pada 2 petang waktu tempatan dan kumpulan ketiga pada pukul 4 petang, dengan menaiki bas untuk menyertai lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia berwukuf di Arafah.
Mereka akan bermalam di Arafah bagi menunggu waktu Wukuf yang akan bermula daripada gelincir matahari (masuk waktu Zuhur di Arab Saudi) hari ke-9 Zulhijah (Jumaat), Antara waktu itu sehingga terbenam matahari, adalah waktu yang dinantikan para jemaah, kerana merupakan waktu mustajab doa di bawah langit terbuka.
Wukuf merupakan rukun haji utama, yang bermaksud berhenti dan berada di di bumi Arafah sebentar atau seketika.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Haji itu adalah wukuf di Arafah."
Antara yang berada dalam rombongan awal jemaah Malaysia ke Arafah ialah Suati Silikon, 96, dari Air Hitam, Johor, jemaah tertua Tabung Haji bagi musim haji kali ini, yang diiringi menantunya Halimah Puteh, 60.
Suati, walaupun terpaksa menolak dua kali untuk menjadi tetamu Allah sebelum ini kerana kedudukan kewangannya yang tidak stabil, kini amat bersyukur akhirnya dapat bersama jutaaan umat Islam sedunia untuk berwukuf di Arafah.
Ibu kepada enam orang anak itu tidak pernah lekang mengucapkan syukur terhadap Allah kerana dapat mengerjakan ibadah haji, Rukun Islam kelima ini, walaupun pada usia yang lewat.
Selain Suati, sebanyak 53 lagi jemaah warga emas, yang terdiri daripada 24 lelaki dan 29 wanita, uzur dan perlukan bimbingan, terpilih untuk menyertai program Warga Emas Tabung Haji iaitu untuk jemaah yang berumur 65 tahun ke atas, yang dibawa menaiki dua bas dengan pengiring masing-masing ke Arafah.
Pengurus Unit Kaunseling TH Fauziah Ahmad berkata di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH itu, jemaah lelaki dijaga oleh petugas ambilan musim (PAM) dan jemaah wanita pula oleh petugas wanita TH, secara bergilir 24 jam sehari bermula Khamis.
Mereka dijaga bukan hanya daripada segi menjalankan ibadah, makan minum dan ke bilik air, tetapi juga ditemani sepanjang masa, katanya.
Antara yang terpilih untuk menyertai program itu ialah Imam Masjid Kampung Kenangan Tun Dr Ismail Bakri, Johor, Hussein Md Said, 82. Sejak tiba di Makkah, beliau demam, hinggakan tidak mempunyai selera untuk menjamah makanan.
Beliau adalah antara jemaah haji di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jemaah paling tua di bawah program itu ialah Mek Pandak, 95, dari Kelantan dan yang paling muda ialah bekas pensyarah bidang Seni Bina Universiti Teknologai Mara, Zaidi Abu Yazit, 43, yang buta sejak November tahun lepas.
Zaidi yang ditemani isterinya, Hamidah, menghadapi masalah penglihatan sejak lima tahun lepas hingga buta pada penghujung tahun lalu.
Fauziah berkata jemaah yang terpilih berdasarkan kesihatan mereka, tahap kefahaman mengenai ibadah haji, biasanya berseorangan dan memerlukan bantuan.
Jemaah haji yang sakit di hospital turut dibawa menaiki ambulans bersama doktor dan petugas kesihatan bagi menyempurnakan wukuf di Arafah.
Masuknya waktu Zohor pada Jumaat, yang menandakan bermulanya wukuf, Khutbah Arafah akan diadakan di setiap maktab, dan antara yang turut menyampaikan khutbah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Selepas khutbah, jemaah akan solat berjemaah Zuhur jamak taqdim secara tamam dengan solat Asar, dan diikuti dengan zikir dan doa Arafah.
Padang Arafah, yang sebelum ini sebuah padang pasir, adalah tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah 200 tahun terpisah apabila diturunkan dari syurga kerana melanggar perintah Allah, dan di sinilah setelah bertahun-tahun bertaubat, akhirnya taubat mereka diterima.
Di sini jugalah tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya, semasa mengerjakan ibadah haji sebelum baginda wafat.
Sekarang ini padang Arafah menghijau dengan usaha kerajaan Arab Saudi menanam pelbagai pokok, termasuk pokok "neem" (daun bambu), untuk meneduhi para jemaah.
Suasana di Arafah diumpamakan sebagai padang Mahsyar, tempat berhimpunnya semua manusia, bagi menghadapi hari pengadilan kelak.- mstar online
TOP
Rakyat Perlu Kuasai Matematik & Sains Dalam Bahasa Inggeris
Tun Dr Mahathir.
KOTA BAHARU: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata penguasaan Bahasa Inggeris dalam bidang sains dan matematik dalam kalangan rakyat penting untuk mengelakkan negara daripada ketinggalan dalam bidang yang semakin berkembang itu. "Kalau kita nak ilmu terutama dalam bidang sains dan Matematik kita mesti guna bahasa Inggeris kerana kebanyakan ilmu adalah dalam bahasa ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital" di Wadi Sofea College (WaSC) di sini, Khamis. "Kita akan jadi bangsa yang tidak mampu mencipta apa-apa jika gagal menguasai ilmu sains dan matematik yang kebanyakan ilmunya adalah dalam bahasa Inggeris," katanya lagi. Mahathir berkata terdapat banyak kaedah yang boleh diguna pakai untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Wadi Sofea College Datuk Hassan Harun.- mstar online

MH17: Lima Lagi Jenazah Turut Diberi Penghormatan Ketenteraan Esok
Hishammuddin Hussein.
KUALA LUMPUR: Lima lagi jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 akan tiba di tanah air esok dari Amsterdam dan diberikan penghormatan ketenteraan seperti sebelum ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia melibatkan seorang beragama Islam dan empat bukan beragama Islam. Jenazah itu ialah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Muhammad Afruz Tambi dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) jam 8.30 pagi. "Daripada lima jenazah ini, tiga jenazah akan diterima dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri-Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen) akan dibawa dalam bekas abu. "Bagaimanapun, dua bekas abu tersebut akan dibawa dalam satu kenderaan jenazah sahaja atas permintaan keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Hishammuddin berkata bekas abu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam pula akan dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields. Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu. Hishammuddin berkata sehubungan itu pihak kerajaan amat mengharapkan semua pihak termasuk media supaya menghormati kesedihan yang dirasai keluarga mangsa tragedi MH17 sekali gus bersama-sama menjaga privasi dan sensitiviti mereka. Katanya, setakat ini kerajaan berjaya membawa pulang 37 jenazah rakyat Malaysia dari Belanda termasuk seorang yang memiliki dua kewarganegaraan Malaysia dan Belanda iaitu Loh Yan Hwa. "Jumlah 37 jenazah ini melibatkan 24 orang beragama Islam dan 13 bukan Islam. Jumlah ini juga melibatkan 22 penumpang serta 15 anak kapal. "Dengan lima lagi jenazah dijangka dibawa pulang esok, maka kita telah membawa pulang 42 jenazah rakyat Malaysia dari Belanda. Ini bermakna hanya dua lagi jenazah warganegara Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti," katanya. Dalam pada itu, Hishammuddin berkata kerajaan konsisten bahawa pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat MH17 harus dibawa ke muka pengadilan dan seterusnya menerima hukuman yang setimpal atas jenayah atau pembunuhan yang mereka lakukan. Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - mstar online

Kerajaan Akan Bantu Shalwati Dapatkan Kembali Hak Penjagaan Anak - Rohani
Rohani Abdul Karim.
JOHOR BAHARU: Kerajaan akan membantu untuk mengembalikan semula hak penjagaan anak untuk pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Norshal yang sudah selesai menjalani hukuman penjara masing-masing di Sweden. Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sehubungan dengan itu, kementeriannya dan jabatan yang berkaitan akan bekerjasama dengan kerajaan Sweden sepenuhnya. Buat masa ini, keempat-empat anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif ,8, berada dalam jagaan ibu saudara mereka di Kota Baharu, Kelantan. "Sehingga kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar sebanyak 23 laporan kepada kerajaan Sweden sejak pasangan itu ditahan pada 29 Mac tahun ini. "Kita masih mengikuti perkembangan keluarga itu untuk diberikan laporan kepada kerajaan Sweden sehinggalah mereka berpuas hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2014 di sini, hari ini. Rohani berkata jika kerajaan Sweden berpuas hati dengan laporan yang JKM berikan sekali setiap sebulan itu, hak penjagaan semula anak-anak itu akan dikembalikan kepada ibu bapa mereka. Katanya hak penjagaan itu hanya akan dikembalikan selepas anak pasangan terbabit berumur 18 tahun atau lebih cepat, dengan persetujuan kerajaan Sweden. Semalam, Shalwati, 46, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden, pada Isnin. Pada 29 Mac, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap suaminya yang ketika itu Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm selepas didapati bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak mereka. Bagaimanapun, hukuman itu dikurangkan dan kedua-dua mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman yang telah ditetapkan. Azizul Raheem, 38, dibebaskan pada 9 Julai lepas. Sementara itu, Rohani berharap bajet yang akan dibentangkan pada 10 Okt ini akan menawarkan kemudahan yang terbaik untuk masyarakat. Beliau berkata pihaknya meminta dana sebanyak RM100 juta khusus untuk membantu wanita yang tidak boleh atau layak membuat pinjaman di bank supaya dapat diberikan bantuan melalui dana itu nanti. "Kita tidak mahu wanita yang tersebut membuat keputusan untuk mencari jalan mudah dengan meminjam daripada 'Along' (peminjam wang tanpa lesen) atau membuat kerja sosial yang tidak baik bagi mendapatkan wang dengan mudah. "Pastinya nanti masalah akan timbul jika mereka tidak dapat membayar kembali wang tersebut dengan jangka waktu yang ditetapkan oleh 'Along' atau mereka nanti terjebak dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.- mstar online

Rayuan Malaysia Ditolak, Pingat Emas Wushu Perlu Dikembalikan
Tai Cheau Xuen harus memulangkan pingat emas yang dimenanginya dalam acara nandao dan nanquan
INCHEON: Kontinjen negara di Temasya Sukan Asia ke-17 di sini tidak mempunyai pilihan lain selain menerima keputusan penarikan balik pingat emas pertama negara yang diperoleh menerusi acara wushu selepas Jawatankuasa Sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan yang dibuat sebelum ini. Ketua kontinjen negara, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata beliau akur dengan keputusan tersebut kerana percaya CAS merupakan badan yang bersifat berkecuali dan tidak berat sebelah dalam membuat keputusan itu. "Sudah pasti saya sebagai rakyat Malaysia saya kecewa dengan keputusan tersebut, namun dalam hal seperti ini, kita terpaksa menerima keputusan CAS dan tidak ada guna untuk kita melawan mereka," katanya kepada Bernama hari ini. Daniyal berkata beliau meminta agar CAS segera mengemukakan butiran fakta sebab mereka menolak rayuan Malaysia dan mereka akan menghantar butiran tersebut selewat-lewatnya esok. "Berasaskan prosedur, saya difahamkan CAS akan mengemukakan pandangan kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) untuk menarik balik pingat emas pertama negara dan kita tidak boleh berbuat apa-apa bagi membantah keputusan tersebut," katanya. Daniyal berkata kontinjen negara masih menyokong atlet wushu tersebut Cheau Xuen, namun pada masa sama beliau tidak ingin Malaysia dilabel oleh masyarakat sukan antarabangsa sebagai pemenang pingat dengan cara yang salah. "Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai keputusan CAS. Apa-apa pun kita perlu lihat apa alasan yang bakal diberikan oleh OCA selepas ini," katanya. Pada Selasa lepas, OCA memutuskan untuk menarik balik pingat emas Cheau Xuen yang dimenangi dalam acara gabungan nanquan dan nandao selepas atlet berkenaan gagal dalam ujian doping. Menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur sebelum ini, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dibuat pada 20 Sept selepas pertandingan mendapati ia mengandungi 'Sibutramine' iaitu bahan terlarang dalam senarai larangan Agensi Antidoping Sedunia (WADA). Pagi Khamis, sesi pendengaran CAS diadakan di Hotel Oakwood dekat sini yang dihadiri Daniyal serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz untuk memberi pandangan secara lisan dan bertulis kepada pihak CAS. Sebagai rekod, pada Sukan Asia Busan 2002, atlet Malaysia turut didapati positif dadah apabila tiga pemain sepak takraw Firdaus Abdul Ghani, Hanif Azman dan Aznan Raslan dihantar pulang selepas didapati positif morfin dan mereka digantung dua tahun.- mstar online

Kementerian Cari Penyelesaian Terbaik Isu Keputusan Percubaan SPM - Idris
Idris Jusoh
JOHOR BAHARU: Kementerian Pendidikan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan pelajar menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi memohon kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak kementerian akan terus mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit sebelum sebarang keputusan dibuat. "Kita mahu mengambil jalan tengah (tentang perkara ini) dan berharap dapat mencapai penyelesaian terbaik bagi semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran hasil penyelidikan universiti-universiti penyelidikan seluruh Malaysia di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Khamis. Dua hari lalu, Idris dilaporkan sebagai berkata kementerian itu tidak pernah membenarkan mana-mana IPTS menawarkan kursus jangka panjang kepada pelajar lepasan SPM dengan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan. Beliau sebaliknya berkata keputusan peperiksaan itu hanya boleh digunakan untuk memohon kursus jangka pendek seperti muzik dan Bahasa Inggeris. Tindakan kementerian yang melarang penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program prauniversiti dan asasi di IPTS bagi sesi bermula 2015 itu telah menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa di negara ini. Idris berkata, rasional larangan tersebut adalah untuk memastikan kursus yang ditawarkan berkualiti serta mematuhi piawaian ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau berkata, surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua IPTS pada 23 Mei lepas, sekali gus menafikan dakwaan segelitir pihak bahawa kementerian telah membuat keputusan secara terburu-buru berhubung isu berkenaan.- mstar

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Protes Di Tamil Nadu - Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Konsul Jeneral Malaysia di Chennai, India mengesahkan tiada laporan rakyat Malaysia termasuk pelajar yang cedera atau terjejas dengan protes yang berlaku di negeri Tamil Nadu.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, walaupun keadaan di Tamil Nadu secara am kembali normal dengan pengangkutan awam dan perniagaan beroperasi seperti biasa, namun suasana masih kekal tegang dengan laporan protes berterusan di beberapa bahagian Chennai dan seluruh negeri berkenaan.
"Kementerian menasihati semua rakyat Malaysia di Tamil Nadu agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah perlu demi keselamatan mereka dan mengelak kawasan berlaku protes dan perhimpunan besar-besaran," katanya.
Kenyataan Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang mahu ke Tamil Nadu dinasihati untuk memaklumkan kehadiran mereka kepada konsul jeneral Malaysia di Chennai.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi konsul jeneral di talian +091-44-24334434/35/36 atau e-mel di mwchennai@kln.gov.my.
Protes berlaku di negeri selatan India itu selepas ketua menteri wanitanya J. Jayalalithaa, 66, didapati bersalah dalam kes pemilikan harta secara haram dan dihukum penjara empat tahun dan denda berat.- mstar
TOP
Polis Tahan Empat Lelaki Disyaki Tanam Pokok Ganja
SHAH ALAM: Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Md Tahir Kasim berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
"Serbuan dibuat selepas kami menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan di dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah terbabit.
"Ketika ditahan kesemua suspek sedang khayal menghisap ganja di dalam rumah itu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata setelah mengeledah rumah itu, polis menemui 622 gram daun dan biji ganja serta beberapa alatan untuk menghisap ganja.
Polis juga merampas 292 gram ganja mampat yang disembunyikan di dalam sebuah kereta di kediaman itu.
"Hasil semakan lanjut mendapati seorang daripada empat suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah," katanya.
Beliau berkata siasatan awal turut menunjukkan pokok ganja yang dirampas itu dianggarkan berusia antara tujuh dan lapan bulan.
Semua suspek kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk disiasat mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39B ADB 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Sementara itu dalam kes berasingan, dua lelaki berumur 50 dan 57 tahun ditahan di sebuah pusat beli belah di Sunway, Petaling Jaya, Selasa lepas dan sebanyak 2.24 kilogram dadah heroin dirampas.
Md Tahir berkata kedua-dua suspek itu diberkas pada 10.30 malam di kawasan terbabit sebelum melakukan urusan jual-beli dadah.
"Mereka dipercayai mahu menyerahkan dadah berkenaan kepada pelanggan dan heroin yang bernilai RM47,000 itu disorokkan di dalam beg sandang yang digalas seorang daripada suspek terbabit," katanya.
Kedua-dua suspek itu direman enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.- mstar
TOP
Kerajaan Sedia Pelan Strategik Tangani Ebola - Subramaniam
Ebola.
SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan telah mempunyai pelan strategik untuk membendung wabak Ebola sebagai persediaan awal jika terdapat kes penyakit itu dikesan di negara ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pelan strategik itu meliputi kaedah menangani dan mengendalikan kes penyakit itu termasuklah garis panduan kepada Jabatan Imigresen, pihak lapangan terbang dan juga kementerian berkaitan. "Semalam kita mendapat maklumat bahawa Amerika Syarikat dilapor mengesan satu kes berkaitan wabak tersebut dan sebab itu kita mesti bersedia dengan sistem yang betul supaya kita dapat membendungnya. "Untuk mencegahnya daripada masuk ke negara ini sehingga 100 peratus, kita akan cuba sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, Khamis. Beliau berkata sebagai langkah awal, pelancong yang datang atau pernah melawat 'Negara Demam Kuning' akan dikuarantin terlebih dahulu di lapangan terbang sebelum mengisi borang di pejabat Imigresen bagi mengumpulkan data mengenai kemasukan mereka ke negara ini. Subramaniam berkata pelancong terlibat juga akan diminta berjumpa doktor perubatan sekiranya mengalami demam dan perlu menyatakan latar belakang perjalanan mereka. "Semua pengamal perubatan disaran sentiasa mengambil kira latar belakang perjalanan mana-mana individu terutamanya jika melihat mereka berkemungkinan datang daripada 'Yellow Fever Country'. "Kita perlu kumpul maklumat itu sebagai persediaan untuk membendungnya terutama jika melihat ada simptom seperti wabak tersebut," katanya.- mstar

Loji Rawatan Air di Cheras Dicemari Diesel, 45,000 Pengguna Terjejas
KUALA LUMPUR: Bekalan air mentah di loji rawatan air di Cheras dicemari oleh diesel. Kesan pencemaran tersebut menyebabkan lebih 45,0000 pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor akan mengalami gangguan bekalan air.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Priscilla Alfred berkata pengguna di beberapa kawasan seperti Balakong hingga Impian Ehsan yang terletak di daerah Hulu Langat, akan mengalami gangguan bekalan air ekoran penutupan loji rawatan air tersebut.
Priscilla berkata, penyambungan semula bekalan air bergantung kepada tahap pencemaran yang berlaku di sungai.
Kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air:
1. Cheras Jaya Industrial Area
2. Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
3. Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
4. Kampung Baru Balakong
5. Taman Kasturi Cheras
6. Taman Sri Indah Cheras
7. Taman Bukit Emas
8. Taman Cheras Jaya
9. Taman Impian Indah
10. Taman Taming Indah
11. Taman Sejati
12. Taman Seri Sungai Long
13. Taman Bukit Sungai Long
14. Rumah Kenangan Cheras
15. Taman Dutamas
16. Taman Setia Kasturi Cheras
17. Aeon Cheras Selatan
18. Taman Industri Balakong Jaya
19. Taman Setia Balakong
20. Taman Sinaran
21. Desaria Business Area Seri Kembangan
22. Dataran C180 Balakong

Kerajaan Selangor Mohon Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Air Didedah Kepada Umum
Azmin Ali.
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan memohon kepada kerajaan persekutuan untuk membolehkan perjanjian penstrukturan semula industri air negeri itu yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) didedahkan kepada umum. Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata tindakan itu adalah berikutan pihaknya sebelum ini pernah mencadangkan kepada bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya semua perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri tidak tertakluk kepada OSA. "Masalahnya adalah perjanjian itu tertakluk bawah OSA ... semasa persidangan DUN (Dewan Undangan Negeri) lepas, saya cadangkan kepada Khalid bahawa setiap perjanjian yang perlu ditandatangani dengan kerajaan persekutuan tidak boleh tertakluk bawah OSA. "Malangnya MoU, 'Heads of Agreement' dan 'Master Agreement' semuanya ditandatangani oleh kerajaan negeri tanpa memberi perhatian kepada permintaan ini, jadi saya akan tulis surat dalam masa seminggu ini kepada kerajaan persekutuan supaya perjanjian itu dibuka kepada umum," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) di sini, hari ini. Katanya anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) hari ini memberikan penjelasan dan taklimat berhubung proses penstrukturan itu yang dilakukan pentadbiran sebelum ini. Bagaimanapun, Azmin berkata pihaknya dan barisan anggota Exco kerajaan negeri yang baharu masih belum diberi salinan perjanjian terbabit. Menyentuh mengenai projek pembinaan empangan Langat 2, beliau berkata pihaknya akan memastikan kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menentukan proses tender dibuat secara terbuka. "Kita mahu kos pembangunan dan kos operasi Langat 2 tidak bebankan rakyat Selangor ... kita juga tegaskan bahawa kita mahu pastikan kepentingan pengguna dan rakyat Selangor dijamin dalam perjanjian yang telah ditandatangani kerajaan negeri sebelum ini dengan kerajaan pusat," katanya. Ketika diminta mengulas kenyataan pegawai khas Abdul Khalid, Faekah Hussin yang mendakwa beliau membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang, Azmin menafikan perkara tersebut. Jelasnya, beliau tidak mengetahui berhubung isu berkenaan malah menyifatkan tindakan itu dilakukan pentadbiran kerajaan negeri dan bukan atas arahannya. "Saya tak tahu tentang perkara itu ... ia diuruskan pentadbiran, program itu masih diteruskan, penerima yang layak menerima bantuan mengikut garis panduan tetap terima bantuan," kata Azmin. Semalam, Faekah dalam satu kenyataan mendakwa Azmin mengeluarkan arahan kepada Bendahari Negeri pada 25 Sept lepas untuk membekukan akaun SMUE di kedua-dua kawasan tersebut yang diwakili Abdul Khalid. Faekah turut menyifatkan Azmin bertindak 'keras' dan menghukum bukan sahaja Abdul Khalid tetapi seluruh rakyat di kawasan tersebut.- mstar

Pelajar Tahun Enam SK Ansip Koma Terjatuh Dari Siling Sekolah
Di Sekolah Kebangsaan Ansip, Keningau inilah lokasi di mana pelajar tahun enam jatuh dari siling luar bilik darjah hingga menyebabkan dia koma.
KOTA KINABALU: Seorang murid Tahun 6 koma, selepas dipercayai terjatuh dari siling bahagian luar sebuah bilik darjah di tingkat dua salah satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan Ansip, Keningau kira-kira 131 km dari sini pagi Khamis. Sebelum kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, pelajar lelaki yang dikenali sebagai Dylause Dionel dikatakan telah meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pergi ke tandas. Bagaimanapun, selepas mendapati murid berkenaan lambat masuk semula ke kelas, guru kelasnya keluar untuk mencarinya dan mendapati murid itu terjatuh di lantai tingkat bawah bangunan serta mengalami kecederaan. Dengan bantuan guru-guru lain, mangsa segera dihantar ke Hospital Keningau dan pihak sekolah serta merta memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa Dylause. Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata pihak Guru Besar sekolah berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau. Katanya pihak polis Keningau juga sudah mengambil keterangan daripada tujuh rakan mangsa untuk membantu siasatan. "Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Sabah masih menunggu laporan lengkap dari pihak polis dan hospital," katanya dalam kenyataan di sini. Jame juga mahu pentadbiran sekolah agar sentiasa mengingatkan pelajar mereka untuk sentiasa menjaga dan mengutamakan keselamatan sama ada berada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, ASP Merbin Lisa ketika dihubungi Bernama berkata pelajar berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Keningau dan belum sedarkan diri. "Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan siasatan akan dilaksanakan dari semua sudut," katanya.- mstar

Hendrawan Ganti Seu Bock Hanya Spekulasi - Norza
Norza Zakaria.
KUALA LUMPUR: Desas-desus bahawa jurulatih pelapis skuad badminton negara Hendrawan bakal menggantikan Tey Seu Bock sebagai jurulatih kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya merupakan spekulasi semata-mata. Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata BAM sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan berhubung isu tersebut. "Saya tidak dapat memberi sebarang keputusan kerana kita perlu mendapatkan nasihat presiden BAM (Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff) sendiri. Lagipun pemain baru sahaja pulang daripada Temasya Sukan Asia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Media tempatan melaporkan bahawa Hendrawan bakal 'dinaikkan pangkat' untuk membantu ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek bagi mempersiapkan Chong Wei menghadapi Sukan Olimpik 2016 Rio de Janeiro, Brazil. Seu Bock dikatakan bersedia mengundur diri daripada melatih Chong Wei berikutan kegagalannya membantu jaguh dunia itu mara ke final Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan. Chong Wei tersingkir pada pusingan separuh akhir di tangan musuh ketatnya Lin Dan dari China, 22-20, 12-21 dan 9-21. Norza seterusnya berkata BAM bakal mengadakan mesyuarat bagi membincang dan merangka pelan masa hadapan untuk skuad badminton negara. Hendrawan, yang melatih skuad pelapis kebangsaan sejak 2009, sehingga kini dilihat masih belum berhasil melahirkan pemain yang boleh menyamai atau sekurang-kurangnya hampir sama dengan prestasi dipamerkan Chong Wei.- mstar

Sukan Negara Perlu Dana Mencukupi Menerusi Bajet 2015 - Khairy
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman diantara Penaung Purple League (M) Sdn Bhd, Datuk Jack Koh (kiri) dengan Pengurus Kumpulan Inbisco Marketing and Sales Sdn Bhd bagi negara Malaysia, Singapura, Brunei dan Taiwan, Ng Kin Kok (kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Purple League (M) Sdn Bhd dengan Inbisco Marketing and Sales Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Bidang sukan negara diharap tetap memproleh peruntukan mencukupi di bawah Bajet 2015. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata walaupun atlet negara gagal menyerlah di dua kejohanan besar tahun ini iaitu Sukan Komanwel di Scotland dan Sukan Asia di Korea Selatan, sukan negara tetap memerlukan suntikan dana untuk kembali bersaing di pentas antarabangsa. "Mungkin selepas pengalaman di Incheon dan Glasgow, orang cakap tidak payah bagi duit lagi kepada sukan negara, tapi saya rasa itu tindakan yang akan menghukum masa depan sukan kita. "Kita harus anggap pengalaman di Incheon dan Glasgow sebagai isyarat bahawa legasi kita selepas Sukan Komanwel 1998 sudah tamat dan mulai hari ini sukan kita perlu membina legasi baru untuk masa depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan liga profesional badminton pertama di Malaysia, Kopiko Purple League. Kopiko Purple League bakal berlangsung di Sports Arena di Taman Sentosa, Kuala Lumpur bermula 25 Oktober ini sehingga 1 Februari tahun hadapan yang disertai 12 pasukan. Mengenai bajet bagi belia pula, Khairy berharap terdapat sesuatu yang akan dilaksanakan bagi membantu golongan muda terutama dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Beliau berkata pihaknya telah mencadangkan supaya dibina satu kawasan perumahan bandar bagi belia di pinggir bandar berdekatan ibu kota.- mstar

Kaspersky Lab, Interpol, Europol Meterai Perjanjian Perangi Jenayah Siber
Kaspersky (kanan) bersama Noble selepas menandatangani perjanjian bagi memerangi jenayah siber.
PETALING JAYA: Syarikat keselamatan komputer, Kaspersky Lab menandatangani dua perjanjian, masing-masing dengan Interpol dan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Europol untuk mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi memerangi jenayah siber. Menyedari pentingnya usaha ke arah itu, Kaspersky Lab mengambil insiatif dengan membentuk hubungan dengan kedua-dua pihak berkenaan menerusi pemeteraian dokumen berkenaan. Majlis diadakan pada Selasa lalu itu turut dihadiri Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eugene Kaspersky dan Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble yang mewakili syarikat dan agensi masing-masing. Menerusi jalinan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyediakan produk, risikan dan sokongan berterusn kepada Kompleks Inovasi Global Interpol (IGCI) di Singapura. Pada hari berikutnya, Kaspersky bersama Penolong Pengarah Europol, Troels Oerting dan Ketua Pusat Jenayah Siber Erupah (EC3) menandatangani MoU antara Makmal Kaspersky dan agensi penguatkuasaan undang-undang Kesatuan Eropah. Majlis berkenaan berlangsung di Singapura, yang turut menjadi hos Persidangan Jenayah Siber Interpol-Europol yang akan berlangung antara 1 hingga 3 Oktober ini. Kaspersky berkata, perjanjian ini adalah antara langkah yang diambil untuk memerangi jenayah siber di peringkat dunia. "Kerjasama kami dengan Interpol dan Europol adalah pencapaian awal bagi keseluruhan industri keselamatan siber kerana kerjasama antara sektor swasta dan awam sememangnya penting untuk meningkatkan aspek keselamatan alam siber. "Perkongsian bersama ini seiring dengan misi untuk menyelamatkan dunia daripada ancaman siber yang sentiasa ke hadapan dan berkembang dengan pantas. Berikutan itu jugalah kami berganding bahu dengan badan penguatkuasaan undang-undang dalam dan luar negara untuk memastikan usaha membanteras kegiatan ini berkesan," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini. Menerusi perjanjian dengan Interpol, syarikat berkenaan akan menyediakan perisian dan perkakasan untuk mewujudkan dan membantu operasi makmal forensik digital IGCI serta pusat lain yang baru dibangunkan. Sehubungan itu, Makmal Kaspersky akan menganjurkan beberapa sesi latihan untuk pegawai Interpol supaya kepakaran mereka dalam, analisis malware forensik digital dan penyelidikan ancaman kewangan. Makmal sama mula bekerjasama dengan Interpol sejak April 2013, dimana satu daripada analisis malware terkemuka syarikat akan ditempatkan di IGCI. Sementara itu, Noble berkata, perubahan lanskap ancaman siber memerlukan pakar teknikal berkemahiran tinggi, selain mewujudkan kerjasama dengan penguatkuasa undang-undang untuk memerangi jenayah siber dan meningkatkan aspek keselamatan digital. "Perjanjian Interpol dengan Kaspersky Lab adalah signifikan kerana ia langkah ke depan untuk memerangi jenayah siber global dan memastikan negara yang bekerjsama dengan kita memperoleh sokongan sepenuhnya bagi menangani ancaman ini," katanya. Selain itu, Oerting yang turut berucap pada majlis itu menganggap MoU yang dimeterai adalah asas yang baik untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dengan Kaspersky Lab dalan usaha yang sama untuk memerangi jenayah siber di Eropah dan kawasan lain. "Usaha membentuk kerjasama ini penting kerana ia membabitkan perkongsian kepakaran dan pengetahuan, selain untuk mencapai objektif sama iaitu memiliki alam siber yang terkawal, telus dan bebas," katanya. Kaspersky Lab diasaskan pada Julai 1997 untuk membekalkan keluaran anti-virus, anti-perisik, anti-spam, dan anti-perejahan. Ia adalah syarikat persendirian yang berpusat di Moscow, Rusia, dengan pejabat wilayahnya di Amerika Syarikat, Belanda, China, Jepun, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Poland, Romania, dan United Kingdom.- mstar

Pelbagai Insentif Kurangkan Beban Rakyat Dalam Bajet 2015 - Hasan Malek
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek (tengah) bergambar bersama para pemenang anugerah harta intelek pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2014 di Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek membayangkan terdapat pelbagai mekanisme bagi mengurangkan beban rakyat yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan. Beliau berkata, ia termasuk peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian lain. "Kerajaan jamin dalam kenaikan harga minyak, beban rakyat diambil kira. Jadi kita minta rakyat bersabar dan melihat kenaikan ini secara positif. Selain itu, tunggu pembentangan Bajet kerana perdana menteri akan umum beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek di sini. Beliau diminta mengulas pengumuman pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi yang menjadikan harga runcit baharu untuk petrol RON95 RM2.30 seliter dan harga diesel RM2.20 seliter. Dalam pada itu, katanya, kementerian akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan 24 jam bagi memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya berikutan pengurangan subsidi minyak. Beliau menegaskan kerajaan juga tidak akan bertolak ansur untuk menghukum mana-mana peniaga terbabit sama ada rakyat tempatan atau luar negara. Ditanya rasional disebalik pengumuman pengurangan subsidi, Hasan berkata kadar kenaikan adalah minimum dan keputusan itu telah lama dibuat perdana menteri. "Kita mahu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab. Bukan niat kita untuk membebankan rakyat sebaliknya mengukuhkan kewangan negara supaya akhirnya pada 2020 kita berjaya mengurangkan defisit negara ke tahap sifar," jelasnya. Mengulas lanjut, beliau berkata pengurangan subsidi bahan bakar itu membantu kerajaan berjimat dengan lebih banyak dan dapat menyalurkan wang untuk mengadakan program dan infrastruktur lain untuk kebajikan rakyat. Dalam perkembangan sama, Hasan berkata kenaikan harga minyak itu juga mungkin memberi impak minimum terhadap kadar inflasi, namun tidak dapat memberi jaminan tiada kenaikan petrol pada masa akan datang kerana ia berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Beliau juga enggan mendedahkan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bakal dilaksanakan April tahun depan akan melibatkan petrol dan diesel. Terdahulu, Hasan menyampaikan Anugerah Harta Intelek kepada pemenang enam kategori iaitu organisasi, paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan perekacipta muda harta intelek.- mstar

MH17: Jenazah Meling Mula Disemadikan Sabtu Ini
BINTULU: Jenazah seorang daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17, Meling Mula yang akan tiba di Bintulu pada Jumaat akan disemadikan di tanah perkuburan Batu 2, Jalan Bintulu-Miri, Sabtu ini.
Isteri mendiang, Simbut Kedit berkata, sejurus selepas tiba di sini, jenazahnya akan dibawa ke kediaman mereka di Flat Sungai Plan, Tanjung Kidurong dan seterusnya ke Dewan Sungai Plan untuk urusan penghormatan terakhir.
"Saya belum lagi dimaklumkan waktu sebenar jenazah suami saya akan tiba di Lapangan Terbang Bintulu tetapi setelah menanti sekian lama saya bersyukur akhirnya jenazah dapat dibawa kembali ke Bintulu," katanya.
Simbut meminta kerjasama semua media untuk menghormati privasi keluarga apabila jenazah dibawa ke kediaman mereka dengan tidak membuat sebarang liputan di sana nanti.
"Saya memohon kerjasama media untuk menghormati privasi keluarga kami tetapi media boleh membuat liputan di Dewan Sungai Plan," katanya.
Simbut berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat sama ada mahu kembali ke kampung halaman sendiri atau mencari pekerjaan untuk menyara hidup.
"Tumpuan kini ialah untuk memastikan anak-anak saya terus bersekolah," katanya sambil menambah setakat ini beliau belum menerima sebarang bantuan daripada kerajaan setelah suaminya disahkan meninggal dunia.
Mendiang Meling ialah pekerja luar pantai untuk syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur dan telah bertugas dua tahun enam bulan di luar negara.
Beliau berasal dari Betong manakala Simbut berasal dari Sungai Arip Balingian mempunyai tiga orang anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8.
Pada Rabu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata jenazah Meling bersama dengan empat lagi jenazah mangsa MH17 akan tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.30 pagi Jumaat.- mstar
TOP
Ketua Kartel Dadah Beltran Leyva Ditahan Tentera Mexico
Hector Beltran Leyva
MEXICO CITY: Tentera negara ini berjaya menahan ketua kartel dadah merbahaya iaitu Hector Beltran Leyva yang merupakan lelaki paling dikehendaki di Mexico. Hector merupakan individu yang bertanggungjawab bagi menjalankan operasi kartel Beltran Leyva selepas bekas ketuanya dibunuh pihak berkuasa sebelum ini. Jurucakap penyiasat, Tomas Zeron memberitahu pemberita, suspek ditahan di bandar San Miguel de Allende pada Rabu. Pihak berkuasa yang memburu Hector sejak 11 bulan lalu turut menawarkan ganjaran sebanyak AS$2.2 juta kepada mereka yang berjaya menahan individu terbabit dalam keadaan sempurna tanpa dipukul. Kartel Beltran Leyva merupakan antara kumpulan pengedar dadah di Mexico yang membuat pengedaran kokain sehingga ke tengah Amerika Syarikat. Industri dadah Mexico yang aktif sejak 2006 telah membunuh seramai lebih 80,000 orang manakala baki 22,000 lagi dilaporkan hilang sejak tahun sama. Bagaimanapun sejak Presiden Enrique Pena Nieto mengambil alih pemerintahan negara itu pada 2012, pihak berkuasa berjaya menahan dan membunuh beberapa ketua kartel dadah yang dikehendaki dunia.- mstar

Ribuan Sertai Protes 'Revolusi Payung' Di Hong Kong
Penyokong pro-demokrasi berkumpul di sekitar bangunan kerajaan di Hong Kong.
(Ubah saiz teks)
HONG KONG: Ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi berkumpul di luar bangunan kerajaan mendesak Ketua Eksekutif Hong Kong berundur.
Kira-kira 200 anggota polis yang dilengkapi dengan topi keledar rusuhan, topeng gas dan perisai bersiap sedia untuk berhadapan pelbagai kemungkinan.
Difahamkan kumpulan penunjuk perasaan itu akan menyerbu dan menduduki bangunan kerajaan sebagai sebahagian daripada misi protes.
"Kami cuba untuk mengepung kompleks kerajaan secara keseluruhan dan tunggu CY (Leung) untuk kembali bekerja pada hari Jumaat (selepas cuti umum pada Khamis).
"Kami mahu bercakap dengan beliau secara bersemuka," kata salah seorang penunjuk perasaan, Thomas Choi kepada AFP.
Perhimpunan menyokong 'Revolusi Payung' Hong Kong turut diadakan di Times Square, New Yowk.
Penunjuk perasaan itu menentang keputusan Beijing bulan lalu bahawa calon dalam pilihan raya 2017 perlu disahkan terlebih dulu oleh jawatankuasa yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan elit pro-Beijing. Payung menjadi simbol pergerakan bantahan awam di Hong Kong di mana penunjuk perasaan menggunakan payung untuk mengelakkan semburan lada polis. Selain itu protes berkenan turut diadakan di luar Hong Kong termasuk di beberapa lokasi seperti New York, Paris serta Sweden bagi menyokong penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.- mstar

Video: Pelacur Lari Lintang-Pukang Takut Ditahan Polis
KUALA LUMPUR: Gara-gara takut ditahan pihak berkuasa, sekumpulan pelacur warga China bertindak lari lintang-pukang sehingga sanggup membahayakan diri di Jalan Gelang di sini, Rabu malam.
Kumpulan pelacur tersebut merupakan antara wanita yang memperagakan diri dengan tarian ghairah di pentas sebuah medan selera untuk mendapatkan pelanggan. Bagaimanapun ketika sedang memikat pelanggan, pelacur berkenaan dikejutkan dengan serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12 tengah malam. Serbuan tersebut diketuai oleh Deputi Supritendan, Shahrulnizam Jaafar bersama dua pegawai dan 25 anggota. Hasil tindakan pantas polis, seramai 35 wanita warga asing yang menawarkan diri untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu berjaya ditahan. Daripada jumlah itu, seramai 24 wanita merupakan warga China manakala 11 lagi rakyat Vietnam. Turut ditahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus medan selera berkenaan. Pemeriksaan lanjut di sebuah bangunan yang dijadikan bilik tumpangan wanita-wanita terbabit menemui sejumlah kondom dan pelbagai peralatan seks. Kesemua 35 wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. - mstar

Mengejutkan: 90 Orang Menghuni Sebuah Rumah Pangsapuri
PETALING JAYA: Bagaimanakah kehidupan seramai 90 orang di dalam sebuah rumah pangsapuri berkongsi dua tandas dan tiga bilik tidur?
Persoalan itu antara yang diajukan kepada sekumpulan 90 warga asing daripada etnik Uighur selepas mereka ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di Bukit Jalil pada Rabu malam. Seramai 90 warga asing itu antara 155 etnik Uighur yang ditahan dalam serbuan pada pukul 11 malam di dua unit pangsapuri. Dalam sebuah lagi rumah pangsapuri, seramai 65 orang ditemui sedang tidur dalam keadaan sempit dan berbau. Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Kuala Lumpur, Basri Hassan berkata, siasatan awal mendapati warga asing terbabit terdiri daripada etnik Uighur yang mencari perlindungan politik. "Mereka dikesan memasuki negara ini dari selatan semenanjung. Sebahagian besarnya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. "Kita percaya etnik itu yang beragama Islam dan berasal dari barat laut Xinjiang, China merupakan mangsa sindiket pemerdagangan manusia," katanya. Tambahanya, warga asing itu kemudian dibawa ke pejabat Imigresen untuk urusan dokumentasi. Basri memberitahu, pihaknya juga terkejut dengan keadaan kediaman itu yang dihuni seramai 90 individu dalam satu masa.- mstar

Azmin Nafi Dendam Terhadap Khalid
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali merujuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'kawan' walaupun kerajaan negeri bertindak memotong peruntukan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili bekas menteri besar itu.
"Beliau adalah kawan saya dan tidak ada dendam terhadap beliau. Tindakan memotong peruntukan yang diuruskan beliau adalah amalan pentadbiran negeri sebelum ini.
"Apabila (bekas wakil rakyat Pelabuhan Klang dan ahli PKR) Badrul (Hisham) dipecat pada tahun 2008, Tan Sri Khalid melakukan perkara yang sama.
"Bagaimanapun, mereka yang masih layak untuk menerima skim ini akan mendapat manfaatnya," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada hari Khamis.
Mengenai penstrukturan semula air, Azmin berkata beliau akan menulis surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk membenarkan semua dokumen yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan didedahkan kepada rakyat.
"Pada masa ini semua dokumen termasuk MoU dilindungi oleh OSA (Akta Rahsia Rasmi)," katanya.- mstar
TOP
"Diana Johor Berbohong" - Freddie Fernandez
Diana masih lagi belum menghubungi pihak Karyawan untuk selesaikan kemelut produksi filem tersebut.
PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menganggap pemilik syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd iaitu Diana Johor dan adiknya Lina Johor berbohong dan cuba melepaskan diri daripada menjelaskan hutang selain kemelut lain dalam produksi terbabit. Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, sehingga kini pihak produksi milik artis tersebut belum menghubungi persatuan bagi menyelesaikan isu berkaitan wang bayaran tertunggak kepada pelakon dan kru penggambaran secara baik. "Kenyataan dia (Diana Johor) pada sebuah akhbar kononnya tidak pernah mematikan talian telefon adalah bohong sama sekali. "Pihak kami sudah beberapa kali cuba hubungi dia sebelum ini sehingga saya meninggalkan mesej agar dia hubungi saya kembali, namun sampai sekarang tiada apa-apa reaksi untuk dia selesaikan isu ini, dia memang tidak menjawab panggilan telefon darpada kami. "Mungkin dia hanya bercakap dengan wartawan yang baik dan mengenalinya sahaja," ujar Freddie ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis. Freddie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status perkembangan tuntutan bayaran oleh pelakon dan organisasi yang telibat dengan penggambaran filem Rentap yang bernilai hampir RM100,000.
Freddie Fernandez
Diana pernah membuat kenyataan dalam sebuah akhbar yang antara lain kecewa dengan Karyawan kerana mendedahkan perkara berkenaan kepada pihak media tanpa berusaha untuk menghubunginya terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah. Sementara itu, Freddie mengakui kesal dengan tuduhan pelakon itu yang menganggap Karyawan tidak profesional dan mengaibkan dirinya. Jelas Freddie, sidang media yang dilakukan minggu lalu bagi mendedahkan perkara tersebut merupakan jalan terakhir selepas usaha menghubungi mereka yang berkenaan gagal. "Kita bukan sengaja mahu mengaibkan dia, pihak kami sudah cuba selesaikan perkara ini secara baik terlebih dahulu, namun gagal. Bagi saya, dia yang tidak profesional dan tidak layak untuk menjadi penerbit dalam menghasilkan sebuah filem," ujarnya. Dalam pada itu, Freddie memberi tempoh seminggu sahaja lagi untuk pelakon tersebut menghubunginya sebelum perkara ini dibawa kepada tindakan undang-undang. Sementara itu, pengarah filem tersebut, Hashim Rejap yang dihubungi tidak dapat memberikan sebarang komen berikutan masih menunggu perkara tersebut diselesaikan oleh pihak pengurusannya iaitu Metrowealth. "Maaf sangat saya tidak boleh beri komen sehingga pihak pengurusan saya selesaikan perkara ini dengan produksi tersebut. Insya-Allah lepas dapat persetujuan daripada pengurusan nanti baru saya buka mulut," ujarnya yang turut didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pengarah filem itu sehingga mengakibatkan kerugian. Terdahulu pada 25 September lalu, tiga individu yang terlibat dengan filem Rentap tampil dalam satu sidang media anjuran Karyawan mengenai soal kewangan yang perlu dijelaskan produksi terbabit. Manakala, pelakon tersebut turut membuat penjelasan di sebuah akhbar bahawa tindakan persatuan Karyawan membuat sidang media tersebut hanya mengaibkan dirinya dan tidak profesional. Usaha mStar Online untuk menghubungi Diana Johor gagal apabila panggilan telefon yang dibuat tidak dijawab.- mstar

SKMM Minta Facebook Padam Akaun Blogger Seks
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat aduan kepada Facebook dan meminta supaya laman peribadi blogger seks, Alvin Tan segera dipadam.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi berkata, tindakan Alvin itu juga dipercayai menyalahi terma dan syarat Facebook.
"Kami mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin Tan di FB dan merasakan ianya perbuatan yang tidak wajar.
"Kami juga mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi kandungan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain," katanya menerusi kenyataan yang dipetik daripada laman Facebook SKMM.
Sebelum ini Alvin dan bekas kekasihnya, Vivial Lee yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi.
Mereka menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.
Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.
Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.
Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California.- mstar
TOP
Pengusaha Stesen Minyak Tidak Dapat Manfaat Pengurangan Subsidi
Hashim Othman.
PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) tidak mendapat sebarang manfaat daripada kenaikan harga minyak berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam Rabu. Presidennya, Datuk Hashim Othman menegaskan, tanggapan orang ramai bahawa pengusaha stesen minyak akan mendapat keuntungan akibat kenaikan tersebut adalah tidak benar sama sekali. "Kita tidak bersetuju dengan persepsi sebegitu. Tiada istilah keuntungan.. kami tidak mendapat sebarang manfaat daripadanya (kenaikan harga)," katanya ketika dihubungi mStar Online. Beliau berkata, kadar keuntungan (komisen) untuk setiap liter petrol (RON95, RON97) dan diesel yang dijual masih ditetapkan oleh kerajaan. "Walaupun harga minyak naik RM10 seliter pun, kita tetap dapat komisen yang sama. Ia (komisen) sudah ditetapkan oleh kerajaan dan tidak berubah," katanya. Jelas beliau, untuk petrol RON95 dan RON97, pengusaha stesen minyak hanya mendapat komisen sebanyak 12.19 sen seliter manakala 7 sen seliter untuk diesel. "Apa yang boleh saya katakan, pengusaha juga turut terbeban akibat kenaikan itu kerana kita terpaksa keluarkan pelaburan yang tinggi. "Apabila harga naik, kos operasi pun akan meningkat tetapi keuntungan kita turun," katanya. Bagaimanapun, Hashim menyokong usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi minyak kerana harga minyak di negara ini jauh lebih murah sehingga mendorong kepada peningkatan kegiatan penyeludupan minyak. "Saya sokong usaha (kerajaan) ini demi membanteras kegiatan penyeludupan minyak tetapi kerajaan perlu melakukan sesuatu agar semua pihak mendapat manfaatnya," katanya. Menurut beliau, kerajaan perlu mencari kaedah yang efektif untuk mencegah penyelewengan dan penyeludupan bahan api itu dengan mengambil kira pelbagai aspek. "Jika kaedah itu berjaya, ia satu yang positif tetapi kementerian bertanggungjawab perlu turun padang dan meneliti sedalam-dalamnya masalah dan keperluan pengusaha stesen minyak. "Kita tidak mahu apabila dilaksanakan kelak, timbul pelbagai masalah yang perlu ditanggung pengusaha stesen minyak," katanya. Malah, beliau turut mengalu-alukan kerajaan supaya mengadakan perjumpaan dengan pengusaha stesen minyak di seluruh negara bagi mendapatkan pandangan dan cadangan pelaksanaan terbaik agar situasi menang-menang antara kerajaan dan pengusaha dapat dicapai.- mstar

Kaji Semula Pengurangan Subsidi, Kenaikan Bebankan Rakyat
PETALING JAYA: Kerajaan didesak mengkaji semula harga baharu petrol RON95 dan diesel yang masing-masing naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam Rabu akibat pengurangan subsidi kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Desakan tersebut dibuat kerana orang ramai menjangkakan kenaikan harga petrol dan diesel akan menyebabkan harga barangan keperluan, kos perkhidmatan dan tambang pengangkutan awam akan bertambah mahal.
Orang ramai yang ditemui mStar Online pada Khamis menghargai langkah kerajaan yang masih memberikan subsidi bahan api itu kepada rakyat tetapi berharap harga tersebut dikaji semula kerana kenaikan itu memberi impak besar untuk tempoh jangka masa panjang.
Pada Rabu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Terkejut dengan pengurangan subsidi tersebut, seorang jurutera, Mohd Azman Othman, 45, berkata, keputusan untuk mengurangkan subsidi tidak dilakukan pada waktu yang sesuai kerana umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.
"Pengumuman tersebut menyebabkan beberapa peniaga akan menggunakan faktor kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barangan terutamanya barangan keperluan asas untuk menyambut Aidiladha.
"Dahlah nak balik kampung... kena keluar duit pula untuk beli barang yang harganya pasti akan naik... orang yang akan terbeban adalah rakyat, kerajaan patut fikir" katanya.
Deretan kenderaan memenuhi stesen minyak di ibu negara selepas kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam Rabu.
Eksekutif Francais , Zulaikha Zahid, 29, pula mencadangkan agar pemberian insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan bagi menampung pengurangan subsidi minyak supaya semua lapisan masyarakat boleh menikmati faedahnya. "Pemberian BR1M hanya disalurkan kepada golongan yang dikelaskan berpendapatan rendah tapi apa nasib golongan berpendapatan sederhana yang semakin tertekan apatah lagi kebanyakan mereka tinggal di bandar-bandar besar di negara ini," katanya. Zulaikha berkata, kerajaan perlu mencari jalan untuk menangkis beban kenaikan ini bukan memberi pujukan berbentuk BR1M untuk meredakan kemarahan rakyat. Sementara itu, pemandu lori, Sivalingam Ramasamy, 50, berkata, dia tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan caj perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan disebabkan kenaikan harga minyak. "Jika dulu perjalanan ke Sungai Buloh dengan menggunakan lori 1 tan hanya sekitar RM300, kini kita terpaksa menaikkan kadar sewa lori sebanyak RM80 hingga RM100. Ia untuk menampung bayaran bulanan lori dan juga kos petrol," katanya. Walaupun pelanggan akan merungut dengan bayaran sewa lori yang jauh lebih mahal, Sivalingam berkata, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kos yang ditanggung juga meningkat. "Apabila harga minyak naik, kos juga meningkat, jadi kami terpaksa naikkan caj perkhidmatan bagi menampung kos pengangkutan," katanya. Eksekutif Jualan, Carmen Wong berkata, kenaikan sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel akan dirasai sepenuhnya apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan berkuat kuasa April depan. "Mungkin sekarang impak itu belum jelas lagi, tapi dalam tempoh enam bulan akan datang, rakyat akan mula merasai bebanannya. Saya minta kerajaan perhalusi harga baharu itu supaya rakyat tidak akan merasa tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya. Suri rumah, Bori Ellen, 28, berkata pengurangan subsidi minyak itu turut memberi kesan kepada perbelanjaan dapur. "Suri rumah terlibat secara langsung menguruskan perbelanjaan keluarga dan apabila berlaku kenaikan harga barangan, kami perlu mengurus secara bijak selain berjimat cermat. "Walaupun hakikatnya, suami mencari rezeki tetapi perancangan ekonomi keluarga adalah tanggungjawab suri rumah. Kami amat terasa perbezaan berbelanja sekarang dengan dahulu terutamanya perbelanjaan dapur,” katanya.- mstar

Pengurangan Subsidi Minyak Mampu Tangani Ketirisan - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad
KOTA BAHARU: Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan. "Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital' di Kolej Wadi Sofea di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi Khamis. Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup. "Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya. Sementara itu ketika diminta mengulas pergolakan politik di Selangor, Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu bangkit semula dan perlu berbuat sesuatu. Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sedih terdapat pergolakan dalam Pakatan (Rakyat) namun tidak nampak Umno dapat nikmat. "Apa jadi pada Umno? Umno pun lemah dan tidak boleh nak pulih semula, nak jadi kerajaan di Selangor. Apa jadi? Dulu kita menguasai Selangor tetapi orang berpecah pun kita tidak ada peluang," katanya.- mstar

Kanak-Kanak Enam Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 13
Megat Irwan Mohd Alias, 32, memangku jenazah anaknya Megat Arif Hussein, 6, yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartmen kuarters kakitangan awam di Presint 5 malam tadi ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya pada Khamis.
Megat Arif Hussein Megat Irwan, 6, disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi di Hospital Putrajaya.
Mangsa yang terjatuh dari tingkat 13 kira-kira jam 11 malam itu dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya sebelum disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian. -Foto BERNAMA.
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini Rabu. Dalam insiden kira-kira pukul 11 malam itu, Megat Arif Hussein Megat Irwan dipercayai terjatuh ketika bapanya berada di bahagian bawah pangsapuri untuk mengambil dan menguruskan ibunya seorang Orang Kelainan Upaya untuk naik ke rumah mereka. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata sebelum kejadian, mangsa bersama ayah serta ibunya baru pulang dari makan malam di kawasan berhampiran. "Mangsa didukung oleh ayahnya untuk di bawa naik ke rumah kerana beliau sedang tidur manakala ibunya yang menggunakan kerusi roda menunggu di bawah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata selepas menghantar dan mengunci rumah, ayah mangsa turun semula ke bawah untuk mengambil ibunya yang lumpuh sebelum dimaklumkan jiran yang menemui mangsa di kawasan bawah perumahan terbabit. Ayah mangsa terus membawa anaknya ke Hospital Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian, katanya. Katanya hasil bedah siasat yang dilakukan hari ini mendapati mangsa mengalami kecederaan dalaman kerana terjatuh dari tempat tinggi. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- mstar

Lagi Makmal Dadah Di P Pinang Diserbu
GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah apartment di Lorong Bidor, di sini, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata polis turut merampas pelbagai dadah bernilai RM50,000 dan wang tunai RM1,150 dalam serbuan pada 12 tengah hari itu.
"Lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia 44 dan 55 tahun dan hasil pemeriksaan, kami mendapati sebuah bilik di rumah itu dijadikan makmal dadah.
"Dadah-dadah yang dirampas ialah 877 gram ketamin, serbuk dadah (530 gram), heroin (18.5 gram), serbuk kafein (5,700 gram), pil erimin 5 (tiga biji) dan sejumlah bahan kimia dan kami turut merampas peralatan memproses dadah," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, dua lelaki yang bekerja sebagai buruh kasar itu menjalankan kegiatan pemprosesan dadah di rumah berkenaan sejak tiga bulan lepas untuk diedar di sekitar Pulau Pinang.
Guan berkata kedua-dua lelaki terbabit yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, kini direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan Guan berkata dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru pada 26 Sept lepas, polis merampas sepucuk pistol, satu kelopak peluru dan 50 butir peluru jenis S&B.
"Kami mendapat maklumat rumah berkenaan dijadikan tempat memproses dadah, bagaimanapun dalam serbuan pada 10.10 malam itu, polis tidak menemui barang berkenaan sebaliknya menemui sepucuk pistol jenis CZ 75D, kelopak peluru dan peluru," katanya.
Beliau berkata tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan pemilik rumah berkenaan giat dijalankan.- mstar
TOP
Peniaga Ikan Kena Samun RM43,000
KUANTAN: Seorang wanita peniaga ikan kerugian wang tunai RM43,000 dan barangan berharga selepas rumahnya di Desa Perpat, Kuala Rompin, disamun tiga lelaki bersenjatakan parang awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, mangsa, seorang ibu tunggal berusia 47 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun, turut diikat dengan dawai oleh suspek yang memecah masuk ke rumahnya.
Selepas mengikat dua beranak itu, suspek yang berpakaian gelap dan menutup muka dengan baju, menggeledah rumah mangsa dan mengambil barangan berharga lalu melarikan diri, katanya.
Johari berkata sejurus kemudian, anak mangsa berjaya melepaskan ikatan dan membuat polis laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin.
Katanya mangsa kerugian wang tunai RM43,000 yang disimpan di dalam sebuah beg, sebuah komputer riba, telefon bimbit dan barangan kemas.
Beliau berkata berdasarkan keterangan mangsa, polis percaya dua daripada suspek merupakan warga asing berdasarkan percakapan mereka manakala seorang lagi adalah penduduk tempatan. - mstar
TOP
Penyelia Hotel Mengaku Tidak Bersalah Hina Mamak, Kimma
SUNGAI PETANI: Seorang penyelia hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya, yang menghina kaum mamak dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Ogos lalu.
A.Rajaretinam, 52, dituduh melakukan perbuatan itu di kedai makan sebelah Kuil Kottumalai Vinayagar Jalan Persiaran Maybank, Kuala Lumpur pada 25 Ogos pukul 10.34 pagi.
Dia dituduh dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dalam Facebook yang dianggap menghina itu.
Rajaretinam yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Ahmad Zaki Mohd Daud di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S.Ganeson.
Ahmad Zaki menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - mstar
TOP
Azmin Tidak Beku Skim Mesra Usia Emas
PETALING JAYA: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Bandar Tun Razak akan diteruskan di bawah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, demikian menurut Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin pada Khamis.
"Dakwaan bahawa kerajaan negeri membekukan peruntukan itu di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak benar.
"Bendahari negeri memberitahu wakil dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak bahawa Tan Sri Khalid kini merupakan wakil rakyat bebas dan bukan lagi mewakili Pakatan Rakyat.
"Sehubungan itu beliau tidak lagi layak untuk bertanggungjawab terhadap peruntukan itu," katanya.
Tambah beliau, peruntukan itu kini akan disalurkan melalui 'Adun Angkat' yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
"Sementara itu bagi DUN Pelabuhan Klang, peruntukan akan diserahkan kepada pegawai penyelaras yang akan dilantik oleh Menteri Besar tidak lama lagi," kata Azman yang juga bekas setiausaha politik Abdul Khalid.
Menurut Azman langkah berkenaan adalah perkara biasa dan menafikan dakwaan Faekah Husin bahawa kerajaan negeri membekukan peruntukan SMUE.
Pada Rabu, Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank SMUE di Parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang.
Dakwa Faekah, arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu. - mstar
TOP
Giliran Regu Lelaki Negara Terima 'Badi' Kekalahan Di Tangan Thailand
INCHEON: Regu sepak takraw lelaki negara gagal menamatkan 'badi' kekalahan yang berpanjangan selama 20 tahun di temasya Sukan Asia ke-17 selepas tewas 2-0 kepada Thailand dalam aksi separuh akhir di Bucheon Gymnasium dekat sini.
Regu negara yang dibarisi Mohd Zamree Mohd Dahan, Ahmad Aizat Mohd Nor dan Mohd Syazreenqamar Salehan tunduk dengan mata 21-9 dan 21-8 dalam masa 36 minit kepada trio pasukan 'Gajah Putih' yang diwakili Kaokew Pornchai, Khamchan Sittipong dan Yupadee Pattarapong.
Kegagalan itu sekali lagi menghampakan peminat sukan sepak takraw negara yang dahagakan kejayaan pasukan Malaysia sejak kali terakhir meraih pingat emas di Sukan Asia edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.
Jurulatih negara, Jamaluddin Hassan berkata, Thailand mempunyai banyak kelebihanan berbanding Malaysia menyebabkan anak didiknya sukar mengalahkan pasukan 'Gajah putih' itu.
"Kita masih berada ditahap lama apabila pemain masih melakukan kesilapan yang sama iaitu dari segi servis bola pertama dan kawalan bola yang membuka peluang mudah kepada Thailand untuk mengutip mata.
"Namun saya tidak menyalahkan pemain dalam perkara ini kerana mereka kurang berpengalaman dan masih baharu jika dibandingkan dengan pemain Thailand yang jauh lebih berpengalaman," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan Khamis.
Jurulatih berusia 60 tahun itu berkata semua pemain dalam skuadnya adalah merupakan pemain baharu yang pertama kali beraksi di Sukan Asia malah mereka tidak mempunyai pengalaman di peringkat Sukan SEA sekali pun.
"Pemain keluar masuk dalam skuad sepak takraw bukan perkara baharu, kebanyakan daripada mereka tidak dapat terus bersama skuad kebangsaan kerana tidak mendapat pelepasan daripada majikan selepas tamat sesuatu kejohanan menyebabkan pasukan terpaksa mencari pemain baharu untuk mengisi kekosongan tersebut," katanya.
Beliau berkata pemain sepak takraw kebangsaan paling lama dapat bertahan dalam pasukan adalah selama tiga tahun berbeza dengan pemain Thailand yang terdiri daripada tentera yang mendapat pelepasan penuh dari majikan.
Jamaluddin berkata beliau mendapat bayangan bahawa akan kehilangan pemain selepas tamat Sukan Asia apabila terdapat pemain yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan ada juga masih belum mendapat kerja.
"Jika masalah ini berpanjangan kita tidak dapat mengubah apa-apa dan sukan sepak takraw kekal di tahap yang sama. Saya merayu kepada pihak yang berwajib segera menyelesaikan perkara ini agar ia tidak berlarutan bagi membawa perubahan terhadap sukan sepak takraw negara," katanya. - mstar
TOP
Pengurangan Subsidi Atasi Defisit Kerajaan - AllianceDBS
KUALA LUMPUR: AllianceDBS Research melihat tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bertujuan mengurus defisit fiskal Malaysia kepada 3.5 peratus pada 2014 dan 3.0 peratus pada 2015.
Dengan menjangkakan risiko inflasi kekal tinggi, firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran indeks harga pengguna (IHP) pada 3.5 peratus bagi 2014.
Harga RON95 meningkat kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 seliter sebelumnya manakala RM2.20 seliter untuk diesel berbanding RM2.00 seliter sebelum ini.
AllianceDBS berkata langkah itu dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira RM1.1 bilion.
"Peratusan subsidi bahan api kepada perbelanjaan operasi kerajaan semakin meningkat, daripada 5.6 peratus pada 2000 (RM3.17 bilion) kepada 13.4 peratus pada 2013 (RM28.9 bilion).
"Oleh itu, kami menjangkakan kerajaan memberi tumpuan terhadap pengurangan subsidi bahan api berikutan komposisi yang tinggi dalam operasi perbelanjaan dan tekanan yang semakin meningkat untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing," katanya.
Firma penyelidikan itu juga mengekalkan bahawa mekanisme subsidi secara menyeluruh sekarang perlu berubah kepada struktur subsidi berperingkat berdasarkan tahap pendapatan isi rumah bagi memastikan ia hanya disalurkan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
"Kami berharap kerajaan akan mempunyai semangat yang tinggi untuk memulakan pembaharuan subsidi bahan api tidak lama lagi bagi memastikan ekonomi lebih berdaya saing," katanya. - mstar
TOP
Maybank Umum Guna Xelerate SunTec
KUALA LUMPUR: Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, pada Khamis mengumumkan penggunaan Xelerate oleh SunTec bagi meningkatkan produk dan perkhidmatannya yang berteraskan pelanggan.
Ia akan menyaksikan bank berkenaan memperkenal lebih banyak pakej produk inovatif yang disesuaikan dengan keperluan pelangan runcitnya di Singapura.
Maybank dalam satu kenyataan hari ini berkata, Xelerate akan menyokong pelan Maybank Singapura untuk mengembangkan perniagaan runcit dengan memudahkan pengenalan pakej produk inovatif yang diseseuaikan dengan keperluan pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Singapura, Lim Hong Tat berkata, teknologi dan kepakaran SunTec akan membolehkan bank berkenaan memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan melalui strategi berteraskan pelanggan di pelbagai bidang perniagaan di republik berkenaan dan rantau ini.
"Ini adalah langkah penting dalam matlamat kami untuk menjadi peneraju penyedia perkhidmatan kewangan serantau dan menawarkan pelanggan kami pengalaman perbankan yang lancar di seluruh rantau ini," katanya.
Xelerate, set produk inovatif SunTec direka untuk memaksimumkan pendapatan serta meminimumkan risiko. Penggunaan di Singapura berlaku dalam masa paling singkat iaitu 3.5 bulan, mengintegrasikan pelbagai sistem legasi dengan Xelerate. - mstar
TOP
Etiqa Takaful Serah Zakat Perniagaan Kepada Maidam
KUALA TERENGGANU: Etiqa Takaful Berhad menyerahkan cek sumbangan zakat perniagaan bagi tahun 2013 berjumlah RM302,667 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada Khamis.
Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa, Ahmad Rizlan Azman menyerahkan zakat dalam bentuk cek itu kepada Pesuruhjaya Maidam, Datuk Rozali Salleh.
Majlis penyerahan zakat itu turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
Sementara itu, Ahmad Rizlan berkata agihan zakat tersebut merupakan satu tanggungjawab Etiqa untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan.
Etiqa bukan hanya memfokuskan aktiviti perniagaan sahaja, tetapi merasa bertanggungjawab untuk mengadakan pelbagai bentuk sumbangan untuk membantu masyarakat, katanya.
"Selain itu, kita turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar untuk mengetahui bagaimana kami boleh membantu masyarakat di Terengganu ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu. - mstar
TOP
Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah
Punca Sebenar Kematian Remaja Jatuh Dewan Di Dedah | Hari ini kita didedah dengan satu berita kematian seorang remaja sekolah yang jatuh dari dewan Sekolah Syed Alwi setinggi 30 meter.
Akibatnya, ada dikalangan pembaca yang menuduh remaja tersebut nakal dan suka ponteng kelas tanpa mengetahui status sebenar. Bagaimanapun ada yang tampil menjelaskan keadaan.
Antaranya ialah dari seorang pengguna yang menggunakan nama Mawaddah Zainuddin mendakwa, remaja tersebut dan beberapa rakannya sebenarnya mahu mengambil bola takraw yang tersangkut disiling dewan.
Bagaimanapun, satu lagi komen pembaca Syazwan Aiman mengatakan remaja tersebut sebenarnya menjadi mangsa buli rakannya.
Beliau dikatakan mahu mengambil bekas pensil yang diletak diatas syiling itu. Remaja tersebut juga dikatakan dari kalangan keluarga susah dan anak yatim. Menurut info, semasa jatuh, allahyarham masih lagi memegang erat bekas pensilnya itu.
Sedih baca berita murid f3 maut jatuh siling dewan sek... kwn dri perlis msg kwn2 sorok pencil case dia. depa suh dia pi ambik... masa jumpa mayat dia masih pegang pencil case tu..jatuh dri 30kaki tu...
melampau betul gurauan budak2 skrg...
budak susah...dok dgn tok. mkn pun cikgu2 dok belanja. sbb tu la dia nak juga usaha ambik pencil case dia...
kwn ckp pencil case tu dia peluk kuat... masih dlm genggaman sbb budak ni org susah...nak exam pt3 lgi dah dekat...bkn mcm anak org lain mak pak beli serba baru bila nak exam
Pesan lah dgn anak2 kita jgn buat prank yg mengarut, terlibat dgn ragging dan melayan kehendak kawan2 atau tunjuk kelebihan yg melampau.
[9:04PM, 01/10/2014] Skpa Yospi: Dgr crita dia ni bdk baik d sek....
Dia x pecah msk dewan tapi cikgu dr seknya ckp ada bdk lain sorok pencil boxnye & dia naik utk ambil pencil box tu. Dikatakan masa jatuh d tgn masih terpegang pencil box
Smoga cikgu nya tak dipersalahkan CUAI mnjaga pelajar..
Dewan tu mmg ditutup smentara drpd kegunaan utk dijadikan surau sementara... tu sbb ada sejadah apa smua... ( paste dr kwn)
Al Fatihah.....
As salam tuan/puan.
Makluman awal SDR pelajar sekolah menengah keb syed alwi kangar perlis.
Repot maklumt pertama:kangar rpt 6413/14 (ccc perlis)
Si mati: nama muhammad hakimi bin zulkifli kp:990603-02-5553,penjaga:zallyismandy bin ismail,alamt:no 3 lorong 2 tmn teratai kgr pls no
Ringkasan kes:
-mangsa pelajar tingkatan 3 smk syed alwi
-mangsa tiada masalah disiplin di sekolah
-mangsa dipercayai hadir ke sekolah dan kemudian MIA sehingga waktu rehat
-berpakaian sukan sekolah sms kejadian
-dipercayai mangsa memanjat dewan sekolah dan kemudian terjatuh akibat drpd siling yg pecah
-mangsa merupakan anak yatim
Apapun, marilah kita semua sama-sama menghadiahkan surah Al Fatihah buat allahyarham Muhammad Hakimi bin Zulkifli semoga beliau ditempatkan diklangan muslimin yang beriman dan beramal soleh.
- kezoom.blogspot. com

No comments:
Post a Comment