TOP
UNSC Gesa Dunia Pertingkat Sokongan Kepada Iraq
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa dunia supaya mempertingkat sokongan kepada kerajaan Iraq dan pasukan keselamatannya dalam perjuangan mereka menentang militan Negara Islam (IS).
Dalam satu kenyataan sebulat suara, majlis dengan 15 negara anggota itu mengutuk serangan bom kereta di Baghdad dan wilayah di sekelilingnya yang dilakukan oleh kumpulan Negara Islam terbabit.
Majlis berkenaan juga menggesa masyarakat antarabangsa memperluaskan sokongan kepada kerajaan Iraq, termasuk pasukan keselamatannya, dalam usaha mereka memerangi IS dan kumpulan bersenjata berkaitan, selaras dengan undang-undang antarabangsa.
Pesawat perang Amerika Syarikat membedil militan IS di Syria semalam sementara tentera Iraq menyerang kumpulan jihad itu di barat Baghdad dan di utara Tikrit.
Majlis Keselamatan PBB turut menegaskan mengenai keperluan untuk memerangi ancaman oleh IS yang dilabelkan sebagai kumpulan pengganas, dengan apa cara sekalipun. – AFP
TOP
Menteri Jepun Akan Letak Jawatan Berikutan Skandal Dana
Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi. - Foto AFP
TOKYO – Sebagai satu tamparan kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, Menteri Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi yang baharu dilantik berhasrat untuk meletakkan jawatan berikutan laporan mengenai kumpulan penyokongnya menyalah guna dana politik. Akhbar Nikkei melaporkan Obuchi, 40, anak perempuan seorang bekas perdana menteri, menyatakan kepada rakan terdekat Abe bahawa beliau bercadang untuk berundur dan akan membincang perkara itu apabila Abe kembali dari sidang kemuncak Asia-Eropah di Itali petang ini. Obuchi yang dianggap calon yang mungkin menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun, memohon maaf kepada sebuah jawatankuasa parlimen Khamis lalu berhubung laporan mengenai penyalahgunaan dana, yang mungkin menyalahi undang-undang pilihan raya dan pembiayaan politik. Jurucakap Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rancangan Obuchi untuk meletakkan jawatan. Tidak ada sesiapa juga menjawab panggilan telefon di pejabatnya. METI kemudian memaklumkan pihak media bahawa Obuchi membatalkan lawatan ke tengah Jepun hari ini bagi mengelakkan ‘kekacauan’ yang dijangka. Nikkei menyatakan Obuchi memberitahu orang terdekat dengan Abe mengenai perancangannya untuk memikul tanggungjawab bagi apa yang berlaku. “Saya sedang menyiasat (isu dana itu) tapi saya fikir tidak ada penjelasan yang memuaskan mengenainya,” lapor akhbar itu memetiknya sebagai berkata. Abe melantik Obuchi, seorang ibu dengan dua anak kecil, kira-kira dua bulan lalu bagi mengetuai METI. Beliau adalah seorang daripada lima wanita dipilih Abe dalam rombakan kabinet bagi menaikkan popularitinya dengan menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan wanita. – REUTERS

Kabinet Bincang Pendekatan Teruskan Rundingan FTA M’sia-EU
MILAN – Kabinet akan berbincang bentuk pendekatan yang sesuai untuk perunding negara meneruskan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dengan Kesatuan Eropah (EU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, sebelum rundingan FTA Malaysia-EU memasuki pusingan selanjutnya selepas lapan pusingan diadakan, perunding negara perlu mendapatkan mandat baharu daripada kerajaan.
“Bila berbekalkan mandat baharu, baru boleh merundingkan perkara ini,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir beliau di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM).
Ketika berucap pada Forum Perniagaan Asia-Eropah (AEBF) sempena ASEM kelmarin, Najib memberi isyarat bahawa perbincangan FTA Malaysia dan EU perlu diteruskan selain menegaskan bahawa Malaysia menyokong kuat dasar perdagangan bebas.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kelewatan berlaku dalam rundingan FTA Malaysia-EU itu ekoran timbul isu yang melangkaui soal perdagangan dan pelaburan.
“Ia antara lain melibatkan pemerolehan kerajaan, hak harta intelek, alam sekitar dan buruh,” katanya.
Dalam pemerolehan kerajaan, Najib berkata ia mungkin akan menyentuh soal keutamaan yang diberikan kepada syarikat Bumiputera, manakala dalam aspek alam sekitar pula, EU meminta Malaysia mengambil tindakan untuk pembangunan mampan.
Beliau berkata, isu berkenaan memerlukan fleksibiliti antara kedua-dua pihak bagi merealisasikan hasrat rundingan FTA itu.
“Berikutan timbul isu-isu itu, agak sukar untuk menetapkan tempoh untuk memuktamadkan rundingan FTA Malaysia-EU. Kita jangkakan proses ini memakan masa sedikit.
“Namun demikian ia adalah satu prospek yang kita perjuangkan kerana ini akan membawa kepada integrasi yang lebih kukuh antara dua wilayah iaitu ASEAN dan EU,” katanya.
Rundingan FTA Malaysia-EU dimulakan pada Oktober 2010 dan sepatutnya diselesaikan pada akhir tahun 2012.
Najib berkata, jumlah dagangan antara EU dan Malaysia untuk tempoh Januari-Julai 2014 bernilai kira-kira RM81.59 bilion, meningkat 7.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2013. – BERNAMA
TOP
UNSC: Negara Anggota PBB Iktiraf Peranan Malaysia
KUALA LUMPUR – Sokongan yang diberikan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memilih Malaysia sebagai satu daripada Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memperlihatkan negara ini diiktiraf dunia antarabangsa bagi memainkan peranan penting menyuarakan isu-isu kritikal keselamatan sejagat, demikian menurut ahli akademik.
Kejayaan Malaysia mengisi satu kerusi daripada lima kekosongan anggota tidak tetap UNSC bagi mewakili Asia Pasifik memberi peluang kepada negara Islam ini menjadikannya sebagai platform untuk menggalakkan rundingan dalam menyelesaikan hal dan isu keselamatan antarabangsa.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata ketegasan Malaysia dalam menyatakan pendirian berhubung isu-isu antarabangsa mengetengahkannya sebagai negara yang konsisten dan berpegang kepada prinsip mencari kebenaran dan keadilan sejagat.
MALAYSIA NEGARA KONSISTEN
Mengambil contoh isu Palestin dan Bosnia, Mohamed Mustafa berkata Malaysia adalah negara yang menyuarakan pendirian tegas dalam memperjuangkan isu ini sejak dahulu dan sehingga kini. “Kita melihat negara-negara dunia khususnya PBB tahu dan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak menyokong kepada kegiatan militan, tidak ekstrem atau negara yang membuat keputusan berat sebelah. “Kita sangat dramatik dan konsisten atas sebab itu mereka (negara anggota PBB) melihat Malaysia adalah sebuah negara yang dihormati dan selayaknya berada dalam Majlis Keselamatan,” katanya. Malaysia dipilih menjadi anggota tidak tetap UNSC setelah memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi dalam proses pemilihan yang berlangsung di dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada Khamis. Selain Malaysia, Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol turut terpilih mengisi kekosongan dan menduduki kerusi berkenaan pada 1 Jan 2015 untuk berkhidmat dalam UNSC sehingga 31 Dis 2016. Keanggotaan Malaysia di UNSC kali ini merupakan yang keempat. Kali pertama ialah pada 1965 dan dipilih semula menyertai majlis itu pada 1989/1990. Ia menduduki kerusi itu buat kali ketiga pada 1999/2000. UNSC dianggotai 15 wakil dengan lima daripadanya adalah Anggota Tetap Majlis Keselamatan, yang masing-masing mempunyai kuasa veto iaitu China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mohamed Mustafa berkata pemilihan Malaysia, sebagai sebuah negara Islam dan negara membangun untuk menduduki UNSC, adalah satu peluang keemasan untuk menyuarakan pandangan kepada dunia berhubung isu-isu berkaitan Islam dan negara-negara membangun.
WAKIL SUARA NEGARA LAIN
“Pandangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan pandangan negara-negara membangun penting ini kerana kadang-kala pandangan ini tidak diberikan perhatian atau diketepikan malah tidak didengari. “Terutamanya sekali dalam hal ehwal keselamatan dan keamanan dunia kita dapat memberi penegasan dan mendesak atau mempengaruhi anggota tetap untuk membuat keputusan lebih adil demi keadilan dunia terutamanya negara Islam dan negara membangun,” katanya. Dalam isu Palestin yang seakan tiada kesudahannya, kata beliau Malaysia boleh berperanan sebagai wakil kepada negara-negara lain atau negara yang tidak mampu untuk menyampaikan suara. “Kita melihat isu Palestin ini sudah begitu lama tertunggak dan PBB masih gagal dan menguatkuasakan sebarang resolusi terhadap Israel sejak sekian lama. “Saya percaya Malaysia mempunyai keupayaan dan populasi yang lebih baik untuk bercakap kerana kita telah menunjukkan pendirian yang begitu konsisten,” katanya. Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan budaya Islam mampu membangun dengan pesat dan stabil adalah satu kelebihan yang dapat digunakan untuk mempromosikan kesederhanaan demi manfaat bersama dan keamananan dunia sejagat. Mohamed Mustafa berkata walaupun kedudukan Malaysia tidak sama dengan lima kuasa besar yang mempunyai kuasa veto di UNSC, Malaysia sekurang-kurangnya boleh menyuarakan pandangan mewakili negara-negara Asean.
PANDANGAN DUNIA
Sementara itu, Pengerusi Yaysan Gerakan Kesederhanaan Global Tan Sri Razali Ismail berkata kejayaan Malaysia menanggotai UNSCsebagai anggota tidak tetap membuktikan bahawa masyarakat dunia mempunyai keyakinan dengan Malaysia untuk memainkan peranan baharunya dalam pertubuhan dunia itu. “Saya bercakap dengan rakan-rakan dari luar negara dan mereka melahirkankeyakinan terhadap Malaysia (untuk melaksanakan tugasnnya di dalam UNSC),” kata bekas diplomat itu. – BERNAMA

Golongan Muda Perlu Didedah Erti Jihad Sebenar
KUALA LUMPUR – Golongan muda perlu didedah dengan pengetahuan berhubung erti jihad sebenar dalam Islam bagi mengekang penularan dakyah songsang golongan militan di negara ini.
Penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar berkata bagi membendung dakyah itu di peringkat awal, ibu bapa juga berperanan memantau pergaulan anak-anak mereka terutama dalam media sosial.
“Tindakan generasi muda yang pendek akal dan mudah terpedaya tanpa memahami matlamat sebenar perjuangan militan itu boleh mengancam keselamatan diri dan negara.
“Pengetahuan mereka perlu dipertingkatkan selain diberi penerangan berhubung implikasi dan erti jihad yang sebenar dalam Islam.
“Pemahaman yang salah berhubung konsep itu boleh mempengaruhi generasi itu ke arah keganasan dan mengancam keselamatan diri dan negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kaedah menangani isu militan berikutan pendedahan Polis Diraja Malaysia baru-baru ini berhubung penglibatan pelajar tempatan dipercayai direkrut penggerak utama kumpulan militan Negara Islam (IS) di sini untuk berjihad di Syria.
Akhbar berkata orang ramai khususnya ibu bapa perlu mengambil tahu mengenai rakan anak-anak mereka terutamanya dalam media sosial agar tidak terjebak dengan konsep militarisme yang mempunyai jaringan di peringkat antarabangsa.
“Kenalan dalam alam maya itu boleh membawa anasir luar yang terlatih dan kemudian menghasut mereka (generasi muda) dengan konsep itu (militarisme) dan cuba mempraktikkannya di sini.
“Pengaruh luar ini menerusi platform media sosial mendekati generasi muda dengan memberi pendedahan songsang akan maksud jihad dan secara tersembunyi mereka direkrut,” katanya.
Sementara itu, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim berkata individu yang mempunyai kecenderungan menyertai aktiviti militan tidak akan mempamerkan minat kepada khalayak dan perkara itu menyukarkan orang ramai untuk menghalang niat mereka.
“Sekiranya ibu bapa, penjaga atau rakan-rakan yang mengesyaki penglibatan individu terbabit dalam aktiviti militan, mereka seharusnya bertindak lebih awal dan menyampaikan maklumat itu kepada pihak berkuasa,” katanya.
Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham.
Rabu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.
Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan IS.
Setakat ini 37 orang telah ditahan, dipercayai terbabit dengan kumpulan militan. – BERNAMA
TOP
Perompak Gagal Rompak Mesin ATM BSN Di Sarawak
MIRI – Dua perompak bertopeng gagal dalam cubaan merompak mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN cawangan Permyjaya hari ini.
Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 5.10 pagi itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-dua suspek cuba menarik keluar ATM menggunakan tali kabel namun terkena dan memecahkan satu daripada pintu kaca menyebabkan alat penggera berbunyi.
“Suspek melarikan diri apabila mendengar alat penggera berbunyi, tiada wang tunai hilang dalam ATM tersebut yang dianggarkan berjumlah RM300,000,” katanya hari ini.
Beliau berkata ATM yang cuba dilarikan oleh perompak berkenaan hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan mesin tersebut.
Beliau berkata semasa kejadian, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan cap jari gagal dikesan kerana perompak menggunakan sarung tangan semasa melakukan rompakan. – BERNAMA
TOP
Lagi Kemalangan Maut Di Jalan Lipis-Merapoh
KUANTAN – Seorang lelaki dan anak saudaranya maut manakala sepasang suami isteri parah dan isteri keduanya cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di KM19 Jalan Lipis-Merapoh dekat Kuala Lipis.
Ini merupakan kemalangan maut kedua yang berlaku di jalan itu dalam tempoh satu bulan.
Pada 8 Sept lepas sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dalam nahas di KM 59 jalan yang sama.
Dalam kejadian terbaru pada petang Jumaat, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta jenis Honda Civic, Zahari Abdullah, 35, dari Kampung Pagar Sasak, Lipis dan anak saudaranya iaitu penumpang di sebelah pemandu, Nor Ain Syuhaidah Zainuddin, 13, pelajar SMK Sri Lipis.
Bagaimanapun, rakan Nor Ain, pelajar sekolah yang sama Nurul Aini Mohd Zaman, 15, yang duduk di bahagian belakang cedera parah.
Sementara itu, pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Frontier, Abillah Hamat, 60, seorang pesara tentera bersama isteri pertamanya yang duduk di bahagian penumpang hadapan, Semah Chik, 54, cedera parah manakala isteri keduanya, penumpang di bahagian belakang Faridah Daud, 43, hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, nahas pukul 2.30 petang itu berlaku semasa Honda Civic yang dinaiki Zahari bersama anak saudara serta rakan anak buahnya itu dalam perjalanan dari arah Lipis menghala ke Merapoh.
Katanya, Zahari dikatakan mengambil anak buahnya dari SMK Sri Lipis yang baru selesai menduduki peperiksaan di sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kereta itu memotong beberapa buah kenderaan tetapi gagal lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda terbabit.
“Akibat pertembungan itu Zahari mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala anak saudaranya, Nor Ain akibat kecederaan dalaman,” kata Abdul Razak kepada Bernama pada Sabtu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipandu laju semasa menuruni jalan berbukit di situ sebelum masuk laluan bertentangan.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang parah iaitu Nurul Aini dan Semah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk rawatan sementara Abillah dirawat di Hospital Lipis. – BERNAMA
TOP
Wanita Lemas Ketika Sedang Mandi Di Laut
TANJUNG KLING – Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat lemas di Pantai Kundor, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, Sapura Yaakub, 30, ditemui terdampar dengan berseluar jeans dan bersinglet oleh orang awam di kawasan pantai berhampiran Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa merupakan seorang pekerja kontrak memotong rumput dipercayai lemas ketika mandi laut.
“Mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Samsuri Mohd Soib, 50, berkata, dia menyedari orang ramai mengerumuni kawasan itu ketika pulang dari solat Jumaat.
“Orang ramai berdiri dan memandang dari jauh pada satu objek di tepi pantai. Saya kemudian berhenti menunggang dan berjalan ke gigi air sebelum melihat seorang wanita dalam keadaan terlangkup dan tidak lagi bernyawa,” katanya ketika ditemui, semalam.
Samsuri berkata, dia kemudian bertindak menghubungi polis sebelum beberapa anggota polis dari Balai Polis Tanjung Kling datang ke lokasi.
“Baju trek suit berlengan panjang turut ditemui di bawah pokok yang terletak kira-kira 10 meter daripada tempat dia ditemui terdampar,” katanya. – Sinar Harian Online
TOP
Penoreh Getah Kena Peluru Sesat Di N.Sembilan
Abd Aziz duduk menenangkan diri selepas terkena peluru sesat, semalam
KUALA PILAH – Seorang penoreh getah cedera di mata dan rusuk kiri akibat terkena peluru sesat, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Abd Aziz Jaafar, 48, yang cedera parah dihantar penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Padang Lebar sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini. Mangsa berasal dari Kampung Padang Lebar dikatakan masuk ke kebun getah itu untuk memikat ayam hutan. Menurut penduduk kampung yang enggan dikenali, mangsa masuk sendirian di hutan yang jaraknya kira-kira 300 meter saja dari belakang rumahnya. “Tidak berapa lama kemudian, saya terdengar bunyi letupan. Saya ingatkan bunyi mercun menyebabkan saya tidak ambil peduli tentang bunyi itu. “Tapi, tidak berapa lama kemudian, saya lihat beberapa penduduk kampung kecoh dan berlari ke lokasi kejadian. Saya difahamkan mangsa sempat menghubungi salah seorang penduduk kampung untuk membantu membawanya ke klinik,” katanya. Menurutnya, dia melihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, bagaimanapun masih sedarkan diri. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai ditembak menggunakan peluru penabur dari short gun. “Mangsa cedera parah di bahagian mata dan sisi badan kirinya. Bagaimanapun, keadaannya stabil. “Hasil siasatan mendapati, arah tembakan dipercayai dari sebelah kiri mangsa,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata, belum ada tangkapan setakat ini dan polis sedang mencari pihak bertanggungjawab. “Polis sedang menyiasat tujuan suspek ke lokasi kejadian serta sama ada individu itu memiliki lesen senjata api yang sah atau tidak,” katanya. Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata api tanpa sebab. “Jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM5000,” katanya. - Sinar Harian Online

Tertekan Dipakaikan Seluar Dalam Wanita
Dover – Seorang lelaki mengambil tindakan mahkamah atas alasan tertekan selepas mendakwa sedar dari satu pembedahan dengan memakai seluar dalam wanita berwarna merah jambu.
Andrew Walls, 32, dari Dover, Delaware, mendakwa dia dipakaikan seluar dalam itu ketika tidak sedarkan diri sewatu menjalani pembedahan di Pusat Pembedahan Delaware pada Oktober 2012.
Dia kini menuntut bayaran ganti rugi atas alasan mengalami tekanan mental dan kehilangan pendapatan.
Menurut laporan Delaware Online, Walls ialah kakitangan pusat pembedahan itu.
“Apabila Walls sedar daripada kesan anesthesia selepas menjalani pembedahan, dia mendapati dia dipakaikan seluar dalam wanita merah jambu
“Dia tidak memakai seluar dalam wanita itu ketika dimasukkan ke bilik bedah dan tidak pernah dengan secara sukarela menawar diri untuk memakainya,” menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung New Castle County, semalam.
Di samping itu, Peguam Gary Nitsche dalam aduan bagi pihak Walls berkata, rakan plaintif gagal melaksanakan dasar dan prosedur untuk pesakit.
Pengarah pusat pembedahan berkenaan, Jennifer Anderson enggan mengulas sebaliknya berkata: “Kami hanya mengetahui perkara ini semalam.” – AFP
TOP
Pasangan Curi Wang Tabung Masjid, Kuil, Tokong
Kuala Lipis – Sepasang kekasih yang merancang berkahwin pada Mei tahun depan diberkas polis selepas disyaki terbabit mencuri wang dari tabung beberapa rumah ibadat di bandar ini sejak dua minggu lalu.
Wanita berusia 19 tahun bersama tunangnya yang berusia 22 tahun diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis ketika cuba memecah masuk sebuah kuil di bandar ini, kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Difahamkan, wanita berasal dari Jerantut itu bertindak sebagai mata-mata untuk memerhatikan keadaan sekeliling bagi membolehkan tunangnya yang berasal dari Kerambit, di sini, melarikan tabung berisi wang syiling.
Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan terbabit yang menyewa sebuah kereta akan meronda di bandar ini pada waktu siang sebelum menjadikan masjid, kuil dan tokong sebagai sasaran.
Menurutnya, kegiatan jenayah pasangan itu terbongkar selepas orang awam melihat mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis. - myMetro Online
TOP
Membongkar salasilah keturunan bangsa Israel
TIADA sesiapa pun dibenarkan untuk melihat atau menyentuh manuskrip purba di Perpustakaan Negara Israel. Naskhah manuskrip yang mengandungi perbendaharaan kata Ibrani itu merupakan bukti bertulis pertama ditemui dan ia dikarang dalam bahasa Yiddish yang merupakan bahasa sejarah orang Yahudi.
Ia merupakan sebuah kitab Mahkota Damsyik yang dipercayai diseludup keluar dari Syria dua dekad lalu oleh agensi institut perisikan dan operasi khas Israel, Mossad dalam satu operasi perisikan sulit. Ia bertujuan untuk membongkar kewujudan bangsa Israel yang kononnya dirahsiakan sejak bertahun lamanya. “Manuskrip ini begitu unik. Apa yang lebih menarik ialah kandungan cerita dan sejarah yang terkandung dalam manuskrip ini,” ujar ketua bahagian pengumpulan manuskrip perpustakaan itu, Aviad Stollman. Kebanyakan negara mengekalkan khazanah yang tersimpan rapi di dalam perpustakaan rasmi terutama manuskrip bersejarah yang menceritakan mengenai salasilah bangsa di situ.
Publisiti
Namun bagi bangsa Israel, caranya berbeza. Mereka mencari manuskrip yang menceritakan mengenai kehidupan dan kewujudan bangsa Yahudi di negara-negara yang pernah mereka huni. Kini, Perpustakaan Negara Israel di Givat Ram berusaha mencari manuskrip yang dianggap sebagai permata paling berharga sebagai usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Israel. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan publisiti mengenai keturunan mereka.
Manus krip yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi buat julung-julung kalinya dipamerkan di Muzium Louvre, Perancis.
Penemuan manuskrip itu merupakan inisiatif awal untuk mengubah manuskrip bahasa Ibrani dalam bentuk digital. Pada awal Oktober, manuskrip berharga yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi, Maimonides dipamerkan buat julung-julung kalinya di Muzium Louvre, Perancis. Demi menjaga kehormatan dan kesucian manuskrip itu, ia dikawal rapi oleh pengawal. Baru-baru ini, perpustakaan itu mengadakan satu Forum Global mengenai profil koleksi manuskrip itu yang diterajui oleh tokoh terkenal seperti Lord Rothschild, Diplomat Amerika Syarikat, Elliott Abrams serta ahli psikologi dan pemenang anugerah Nobel, Daniel Kahneman. Terbaharu, perpustakaan di Baitulmuqaddis itu membuka bilik kebal dan memberi peluang kepada agensi media antarabangsa, The Associated Press untuk melihat khazanah-khazanah terpelihara itu. Kebanyakan manuskrip itu tidak pernah dipamerkan kepada masyarakat. Manuskrip itu dibawa ke Baitulmuqaddis menggunakan laluan sukar dan tiada siapa yang tahu kaedah mereka membawa masuk manuskrip itu ke Israel. Salah sebuah manuskrip yang terdapat dalam perpustakaan itu ialah Mahkota Damsyik. Mahkota dalam manuskrip itu merujuk kepada istilah Yahudi yang amat dihormati di dalam kitab-kitab suci mereka. Ia merupakan sebahagian daripada manuskrip terawal kitab Ibrani.
SEORANG lelaki Yahudi sedang meletakkan keratan nota doa dan hajatnya di celahan batu Western Wall, Baitulmuqaddis.
Manuskrip itu dipercayai ditulis di Asia Barat dan Eropah sekitar 700 hingga 1,000 lalu. Ia juga dilindungi oleh masyarakat purba Yahudi Syria di Damsyik sejak beratus tahun lamanya. Menurut sejarah, pemerintah diktator Syria, Hafez Assad menarik balik sekatan perjalanan ke atas orang-orang Yahudi pada awal tahun 1990-an. Dalam satu operasi sulit operasi Mossad, mereka mendapati sesetengah bangsa Yahudi menetap di Israel dan menyimpan manuskrip itu bersama mereka. Sewaktu sekatan itu, bangsa Yahudi meletakkan manuskrip itu di perpustakaan negara untuk disimpan daripada keadaan cuaca dan iklim yang tidak menentu.
Kota Sepanyol
“Kami menerima manuskrip itu daripada Mossad dengan syarat-syarat yang ketat agar ia terus disimpan secara rahsia,” ujar Pengarah Manuskrip dan Arkib Perpustakaan Negara Israel ketika itu, Raphi Weiser. Beliau yang telah bersara dan menjadi sukarelawan perpustakaan itu berkata, hanya sebilangan staf dan pekerja tahu mengenai manuskrip Mahkota Damsyik ketika itu. Kewujudan manuskrip di Israel telah menjadi perhatian umum sejak tahun 2000, setelah perpustakaan itu mengadakan pameran tertutup. Sejak itu, ia tidak lagi didedahkan lebih-lebih lagi untuk tatapan umum. Tambah Weiser, koleksi paling berharga di dalam perpustakaan itu ialah sebuah kisah mengenai kota Sepanyol abad ke-13 yang disimpan di sebuah rumah ibadat Yahudi Jobar di Damsyik. Namun menurut aktivis pembangkang, rumah ibadat itu telah dimusnahkan dalam Perang Saudara Syria tahun lalu. “Anda pasti tahu apa akan terjadi sekiranya manuskrip itu kekal di tempat asalnya,” jelas Weiser. Selain manuskrip Mahkota Damsyik, buku nota 20 muka surat yang dikarang oleh penulis novel Jerman, Franz Kafka turut menjadi khazanah yang dipelihara di perpustakaan itu.
Rampas Palestin
Buku nota Kafka dalam bahasa Ibrani itu ditulis ketika dia mahu berhijrah dari Prague, Republik Czech ke Israel. Menurut sejarah, Kafka belajar bahasa Ibrani daripada seorang penduduk Baitulmuqaddis yang menyambung pengajian dalam jurusan Matematik di Prague sekitar tahun 1920-an. Kafka tidak dapat berhijrah ke Israel yang ketika itu mula merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Rakannya yang dianggap sebagai guru itu telah menghadiahkannya sebuah buku perbendaharaan kata kepada Kafka. Pada awalnya, tiada satu hasil tulisan Kafka berjaya diselamatkan. Sebelum meninggal dunia, Kafka menyampaikan pesanan kepada rakannya untuk membakar kesemua karya tulisannya. Sebaliknya, karya-karyanya itu telah diterbitkan sekali gus menjadikan Kafka terkenal selepas kematiannya. Dia juga dikenali sebagai penulis yang masyhur pada abad ke-20. Dalam perbicaraan mengenai kes Kafka pada tahun 2012, mahkamah Israel memutuskan bahawa dua saudara perempuan berketurunan Israel memiliki harta yang tidak diterbitkan daripada manuskrip Kafka. Selain itu, mereka juga perlu menyerahkannya kepada perpustakaan negara. Manuskrip Teori Ketuhanan Newton merupakan satu khazanah yang sering dipandang enteng. Ahli fizik dan matematik Inggeris itu telah mengeluarkan tiga teori undang-undang mengenai kitab Ibrani dan ilham. Menerusi satu tulisan dalam bahasa Inggeris dan sedikit saduran perkataan Ibrani, Newton menggunakan minda saintifiknya untuk mengukur sebuah kuil purba Yahudi di Baitulmuqaddis dan meramal dunia akan kiamat pada tahun 2060. Tulisan itu sepatutnya ditamatkan di Universiti Cambridge yang mendapat manuskrip asli Newton pada tahun 1872. “Namun, pada masa itu, Cambridge menyatakan tidak lagi berminat untuk menerima teori ketuhanan yang dikarang oleh Newton,'' ujar kurator bahagian koleksi kemanusiaan Israel perpustakaan negara itu, Milka Levy-Rubin. Pada tahun 1936, waris Newton menjual manuskrip itu di rumah lelongan Sotheby yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Namun, pembida lebih berminat untuk membeli lelongan lukisan di rumah lelongan London Christie, Britain pada hari yang sama. Seorang cendekiawan Yahudi, Abraham Shalom Yahuda berminat untuk membeli tulisan mengenai teori ketuhanan itu dan mendermakannya ke Perpustakaan Negara Israel. Teks Yiddish terawal yang dipercayai ditulis pada abad ke-13 merupakan antara manuskrip tersimpan rapi di Perpustakaan Negara Israel. Teks itu merupakan sebuah buku ritual yang ditulis dalam bentuk kaligrafi menggunakan dakwat merah dan hitam. Ia digunakan untuk nyanyian di rumah ibadat ketika sembahyang di Worms, Jerman. Pada muka surat 54a, tertulis satu ayat atau mesej yang diterjemahkan bermaksud, Hari yang baik untuk orang yang membawa buku doa ini ke rumah ibadat. Ia merupakan bukti terawal mengenai Yiddish yang bermaksud bahasa sejarah orang Yahudi Ashkenazi di Eropah Tengah dan Timur telah wujud sejak berabad lamanya. Buku itu masih digunakan di rumah ibadat Yahudi sehingga ia dimusnahkan dalam satu peristiwa Kristallnacht yang bermaksud Night of Broken Glass. Dalam peristiwa itu, bangsa Israel di Jerman diserang oleh tentera Nazi. -kosmo

Virus Ebola: KKM Ambil Langkah Lebih Berjaga-Jaga
Dr Subramaniam melihat pakaian khas kakitangan kesihatan awam yang akan dipakai sekiranya berdepan dengan pesakit Ebola.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah lebih berjaga-jaga terhadap penularan virus Ebola yang boleh membawa maut. Virus Ebola yang mula menyerang negara Afrika Barat kini sudah merentasi beberapa benua hingga ke Amerika Syarikat dan Sepanyol. Pelancong-pelancong yang memasuki pintu masuk utama negara, terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa di Selangor, Penang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu akan dipantau bagi mengenal pasti jika ada individu yang dijangkiti. Pengimbas suhu badan bagi pemeriksaan saringan yang dipasang di beberapa buah lapangan terbang ketika wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda pada tahun 2003 terus digunakan untuk membantu mengenal pasti sekiranya ada pelancong-pelancong mengalami demam panas secara tiba-tiba, yang merupakan tanda-tanda awal virus Ebola. Bagi pelancong yang memasuki negara menggunakan jalan darat dengan melalui sempadan Thailand dan Singapura, kenderaan mereka juga akan diperiksa malah pemantauan tambahan akan dibuat di Padang Besar, Perlis dan Rantau Panjang, Kelantan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kakitangan kesihatan awam telah menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan sekiranya virus Ebola sah menular di negara ini. Jelas beliau, terdapat sembilan laporan palsu mengenai Ebola di Malaysia pada 15 Oktober lalu, namun kementerian tidak memandang ringan perkara itu. "Banyak kes berlaku melibatkan individu dari Afrika Barat, terutamanya dari Nigeria," jelasnya kepada media ketika membentangkan perancangan persediaan pihak kementerian berdepan dengan Ebola ini. Pada Selasa lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa kes Ebola ini boleh mencecah sehingga 10,000 sehari menjelang Disember ini, dan kini sebanyak 1,000 kes sehari di Afrika Barat. Dr Subramaniam berkata, mana-mana pelancong yang mengalami demam panas akan disoal siasat sekiranya mereka pernah ke negara-negara yang berdepan dengan Ebola dalam tempoh tiga minggu sebelum tiba di sini. "Jabatan Imigresen juga akan memeriksa dokumen perjalanan mereka. "Jika mereka pernah berada di negara-negara berkenaan, mereka akan dikuarantin di lapangan terbang. "Pegawai kesihatan kita akan menilai mereka dan tindakan akan diambil berdasarkan keadaan kesihatan mereka," jelas Dr Subramaniam. Dr Subramanian memberi jaminan bahawa jumlah pegawai yang terlatih bagi mengendalikan kes ini mencukupi. Katanya, rakyat Malaysia yang bekerja atau tinggal di negara yang dijangki Ebola ini perlu melaporkan kepada pihak imigresen sekiranya kembali ke tanah air. Bagaimana pun beliau tidak pasti jumlah rakyat Malaysia yang berada di negara terbabit, namun percaya jumlah itu mencecah ratusan orang. Manakala pihak WHO juga belum mengeluarkan cadangan sekatan ke negara-negara yang terbabit, kecuali jika terdapat kes individu yang dijangkiti atau ada berhubung dengan mangsa Ebola.- mstar online

Pembekukan Lesen Petrol, Diesel Ditarik Balik
PUTRAJAYA: Pembekuan permohonan lesen pemborong minyak diesel dan petrol serta pembukaan stesen minyak baharu semua jenama telah ditarik balik serta merta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan memutuskan untuk menarik balik pembekuan sementara selepas sasaran telah dicapai.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan pembekuan selama enam bulan bermula 10 Jun lalu hingga Disember tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penyalahgunaan lesen.- mstar online
TOP
Semua Sembilan Pesakit Negatif Ebola - Kementerian Kesihatan
PUTRAJAYA: Semua sembilan pesakit yang disyaki dijangkiti wabak Ebola didapati negatif, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata, ujian diagnostik yang dijalankan ke atas sampel klinikal daripada sembilan pesakit menunjukkan hasil negatif.
Sebelum ini sembilan yang berkenaan didapati demam selepas tiba di Malaysia dari Afrika Barat.
"Kakitangan Kementerian di semua peringkat, termasuk di pintu masuk antarabangsa, terus diberi taklimat mengenai garis panduan bagi pengurusan kes-kes yang disyaki dijangkiti," kata Subramaniam pada sidang akhbar mengenai rancangan persediaan Kementerian Kesihatan berhubung Ebola pada Jumaat.
Beliau berkata sehingga 12 Oktober, 8,973 kes Ebola dan 4,484 kematian telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).- mstar online
TOP
Mangsa Culik Abu Sayyaf Selamat Tiba Di Manila
Okonek (kiri) dan pasangannya ketika ditemui pegawai tentera Filipina selepas dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf di selatan negara itu pada Jumaat.
MANILA: Dua warga Jerman yang diculik kumpulan militan, Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak enam bulan lalu dan diugut untuk disembelih, selamat tiba di kedutaan negara itu di Manila pada Sabtu. Stefan Okonek, 70-an dan pasangannya Henrike Dielen, 50-an, tiba di Manila dengan menaiki pesawat peribadi dari Zamboanga selepas dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf pada Jumaat. "Dengan pembebasan dua warga Jerman itu, pihak keselamatan kami (Filipina) akan meneruskan usaha untuk mengawal aktiviti jenayah tersebut," kata jurucakap Presiden Benigno Aquino, Herminio Coloma dalam satu kenyataan. Sementara itu, Kementerian Luar Jerman turut mengesahkan mengenai pembebasan kedua-dua rakyatnya yang telah tiba di Manila. "Kami ingin mengesahkan bahawa dua warga jerman yang diculik telah dibebaskan. Mereka kini berada di kedutaan di Manila untuk menerima rawatan. "Kami berterima kasih kepada kerajaan Filipina kerana berkerjasama rapat dan bertanggungjawab penuh terhadap insiden tersebut," kata jurucakap kedutaan Jerman. Abu Sayyaf sebelum ini menuntut wang tebusan sebanyak RM18 juta bagi membebaskan kedua-dua warga Jerman itu yang diculik di perairan berhampiran Sabah pada April. Wang tebusan itu diberikan kepada penculik sebelum pukul 3 petang waktu tempatan yang menjadi masa salah seorang daripada mangsa akan disembelih sekiranya tuntutan tidak dipenuhi. - mstar online

Edinson Cavani Dibuang Padang Kerana Aksi Menembak
PENYERANG Paris St Germain (PSG), Edinson Cavani dilayangkan kad merah selepas memperagakan aksi sedang menembak apabila berjaya menjaringkan gol ketiga kelab itu pada Jumaat.
Dalam perlawanan menentang RC Lens di Stade de France, PSG berjaya menewaskan lawan 3-1. Layangan kad merah oleh pengadil perlawanan, Nicolas Rainville turut mengejutkan penyokong, pemain, pegawai dan presiden PSG yang kemudian mengkritik tindakan tersebut.
Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata, hukuman terhadap tindakan Cavani meraikan jaringannya merupakan keputusan yang tidak baik untuk bola sepak Perancis. "Ini merupakan tugas media untuk mengulas tindakan yang telah dilakukan pengadil. "Cavani tidak sepatutnya dilayangkan kad merah kerana tidak mendapat kad kuning sebelum itu. "Dia selalu memperagakan aksi tersebut sebelum ini ketika menjaringkan gol.
"Ini satu tindakan yang tidak baik kepada bola sepak Perancis yang sedang membangun," katanya. Kemenangan itu membawa PSG ke kedudukan kedua carta liga di belakang Olympique de Marseille dengan memiliki 18 mata daripada 10 perlawanan.
- mstar online

New Balance Ganti Warrior, Jenama Semula Jersi Liverpool
JERSI Liverpool Warrior akan dijenamakan semula sebagai New Balance bermula musim 2015/16.
Penjenamaan semula tersebut dibuat oleh jenama sukan dari Amerika itu bagi membawa New Balance menembusi pasaran Asia.
Warrior yang menjadi jenama tajaan di jersi Liverpool ketika ini merupakan anak syarikat New Balance dan perubahan itu tidak akan membawa sebarang perubahan terhadap terma kontrak tajaan yang ditandatangani sejak musim 2012-13.
Perjanjian itu membawa pulangan sebanyak £25 juta setahun kepada Liverpool. Bagaimanapun contoh jersi yang didedahkan di laman sosial Twitter masih belum disahkan untuk digunakan oleh Liverpool pada musim depan. Imej digital jersi itu telah didedahkan oleh penyokong Liverpool.- mstar online

Penyakit Baru Ditemui Membunuh Amfibia
Mangsa virus baru yang menyerang amfibia khususnya katak dan kodok di Eropah sekarang. Foto: Dr Stephen Price.
LONDON: Sejenis virus dan penyakit baru telah ditemui menyerang dan membunuh populasi amfibia di Eropah. BBC melaporkan, hasil kajian saintis dari beberapa buah institusi zoologi dan biologi di England dan Eropah mendapati, virus ini berpunca dari Utara Sepanyol dan membunuh populasi katak, kodok serta neut iaitu sejenis spesies seperti salamander. Penyakit ini menyebabkan binatang-binatang berdarah sejuk ini mengalami radang kulit dan mati kerana pendarahan dalaman. Saintis bimbang pembawa penyakit dan virus ini mungkin telah menyebarkannya ke seluruh Eropah dan boleh membawa kepupusan kepada amfibia. Penyakit ini dikenalpasti berasal dari kumpulan Ranavirus. Kajian berhubung penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal Current Biology edisi terbaru, demikian menurut BBC. Dr Stephen Price, dari University College London dalam laporannya itu berkata: "Penyakit ini adalah sesuatu yang asing bagi kami dan tidak diketahui punca dan kewujudannya sehinggalah ia ditemui. Kini ia ditemui bukan sahaja di Perancis dan Belanda tetapi juga di China." Menurutnya, kematian dengan jumlah yang banyak pada mulanya ditemui pada tahun 2005 di Taman Negara Picos de Europa, Sepanyol. Apa yang membimbangkan ialah virus ini boleh melompat dari spesies lain kepada spesies yang lain. Kini apa yang lebih membimbangkan para saintis ialah kemungkinan untuk virus ini berpindah kepada reptilia. "Misalnya ular yang memakan katak dan kodok dikhuatiri akan turut dijangkiti virus tersebut dan kini sudah terdapat tanda-tanda itu," kata Dr Price. Sekurang-kurangnya 41 peratus daripada spesies amfibia di seluruh dunia sudah pun pupus akibat virus, penyakit dan kehilangan habitat.- mstar online

Tebusan Jerman Dibebaskan
Gambar fail menunjukkan kedua-dua tebusan Jerman ditawan oleh Abu Sayaff.
ZAMBOANGA CITY (Filipina): Kumpulan Abu Sayyaf pada Jumaat malam berkata mereka sudah membebaskan dua tawanan rakyat Jerman - Viktor Stefan Okonek dan Henrite Dielen setelah menerima wang tebusan berjumlah P250mil (RM18 juta). Okonek dan Dielen dibebaskan pukul 8.45 malam di bandar Patikul di Sulu, kata Abu Rami, jurucakap Abu Sayyaf. Rami berkata wang tebusan telah dibayar sepenuhnya, “walang labis, walang kulang (tidak lebih, tidak kurang)."- mstar online

Penyamun Pukul, Ikat dan Kurung Pekerja Kilang Roti
KUANTAN: Seorang pekerja sebuah kilang roti di Sungai Isap Jaya di sini dipukul sebelum diikat dan dikurung kira-kira lima jam di dalam stor premis berkenaan oleh tiga lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 4.50 pagi itu, mangsa berumur 40 tahun itu dikejutkan tiga penyamun terbabit ketika sedang tidur di dalam sebuah bilik di kilang tersebut.
Beliau berkata mengikut keterangan mangsa, dia dikejutkan oleh seorang suspek yang memegang sebilah parang sambil mengacukan senjata itu ke arahnya.
"Pada masa sama, seorang lagi suspek arahkan mangsa supaya diam sebelum mengikat dan mengurungya di dalam stor kilang itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.
Abdul Aziz berkata, suspek kemudiannya menggeledah kilang berkenaan dan mengambil wang tunai RM1,000 sebelum melarikan diri dipercayai dengan sebuah kenderaan.
Katanya, lima jam kemudian mangsa, yang cedera ringan, menerima bantuan rakan sekerja yang tiba untuk memulakan syif pagi dan memaklumkan kejadian kepada majikannya sebelum mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.- mstar online
TOP
Cuba Bunuh Diri Kerana Putus Cinta, Lelaki Dipenjara 6 Hari
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat putus cinta, dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM1,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat. Loh Chin Long, 22, seorang tukang urut, mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba membunuh diri dengan baring atas landasan di Stesen LRT Cheras dan pertuduhan menceroboh kawasan LRT itu tanpa kebenaran pada 14 Okt lepas. Bagi kesalahan menceroboh, dia dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM500 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, Loh hanya perlu menjalani hukuman penjara enam hari selepas Majistret Saifulakmal Said memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 14 Okt lepas. Cuba membunuh diri merupakan kesalahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, Loh baring di atas landasan LRT itu namun diselamatkan oleh seorang pengawal di situ. Tertuduh tidak mengalami sebarang kecederaan. Terdahulu, peguam mewakili Loh, Muhammad Syazwan Mohd Salleh berkata: "anak guam saya menceroboh masuk ke tempat itu (landasan LRT) bukan untuk melakukan jenayah tetapi bagi menyelesaikan masalah dengan membunuh diri di sana. "Dia juga gagal mengawal perasaannya apabila pada masa yang sama, dia mengetahui datuknya jatuh sakit," katanya.- mstar online

Dua Lelaki Ditahan Miliki Senjata Buatan Sendiri
ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki yang menyimpan senapang buatan sendiri dalam dua serbuan berasingan di sini dan Kulim pada Khamis.
Dalam kes pertama, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menahan seorang lelaki berusia 45 tahun di rumahnya di Kampung Permatang Ibus, Mukim Kangkong dekat sini kira-kira10 pagi kerana terlibat dengan penagihan dadah.
Dalam serbuan itu, polis menemui selaras senapang angin buatan sendiri bersama 25 biji bebola besi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ASP Adzaman Mohd Jan berkata lelaki itu mengaku membuat sendiri senapang angin itu untuk menembak tupai di kawasan rumahnya sejak dua tahun lalu.
"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada senjata itu pernah digunakan dalam kegiatan jenayah.
Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,"katanya.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah.
"Lelaki itu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960," katanya.
Dalam serbuan kedua di Kampung Gunung Bongsu, Mahang dekat Kulim, seorang penganggur berusia 48 tahun ditahan di sebuah pondok yang dipercayai dijadikan tempat memproses air ketum.
Jurucakap polis berkata dalam serbuan pukul 11.15 pagi itu, polis menemui selaras senapang patah jenis Round 12 Bore buatan sendiri dan 10 butir peluru penabur jenis Round 12 Bore.
Katanya lelaki itu mengaku membuat sendiri senapang patah bagi menghalau binatang liar yang merosakkan tanaman.
"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah," katanya.
Dalam serbuan itu, polis merampas 100 bungkus plastik berisi air ketumsebanyak 30,000 mililiter dan 13 kg daun ketum.- mstar online
TOP
Kehadiran Malaysia Dalam UNSC Satu Kejayaan Besar - Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia menerima sokongan padu untuk menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) disifatkan sebagai kejayaan besar bagi negara, kata Presiden MCA,Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata kejayaan itu adalah bukti bahawa usaha negara di arena antarabangsa telah mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa.
"Dasar antarabangsa kita selalunya mengamalkan kesederhanaan dan kita berusaha untuk mencapai keamanan dunia," katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat.
Malaysia, katanya, akan berusaha menyelesaikan pelbagai konflik melalui konsensus dan akan berusaha membendung pelampau agama dan etnik.
Liow berkata sebagai sebuah negara pebagai budaya yang mengamalkan toleransi, Malaysia berjaya menghasilkan kepelbagaian untuk kelebihan sendiri.
"Kita juga perlu menunjukkan bahawa kejayaan kita adalah disebabkan oleh bangsa kita yang enggan mengiktiraf sebarang bentuk ekstremisme agama dan kaum yang mungkin menjejaskan keharmonian negara," katanya.
Memandangkan Malaysia kini menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan,Liow berkata negara perlu memainkan peranan lebih aktif di persada antarabangsa.
Malaysia berjaya mendapat 187 undi daripada 192 negara anggota PBB bagi mengisi lima slot anggota tidak tetap UNSC. Selain, Malaysia, Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol turut terpilih untuk mengisi kekosongan itu.- mstar online
TOP
Boko Haram Setuju Gencatan Senjata
ABUJA: Tentera dan Pejabat Presiden Nigeria mendakwa mencapai persetujuan dengan militan Boko Haram untuk gencatan senjata dan membebaskan lebih 200 pelajar perempuan yang diculik.
"Perjanjian gencatan senjata sudah dimuktamadkan antara Kerajaan Persekutuan Nigeria dan Jama'atu Ahlis Sunna Lidda'awati wal-Jihad (Boko Haram)," kata Ketua Turus Pertahanan, Marshal Udara Alex Badeh.
Sementara itu, Setiausaha Utama Presiden Goodluck Jonathan, Hassan Tukur, memberitahu AFP bahawa persetujuan bagi menamatkan keganasan dan pembebasan 219 pelajar perempuan yang ditahan sejak April sudah dicapai.- mstar online
TOP
Dokumentari Malaysia Pikat Bakal Pembeli Di Mipcom
Dokumentari yang memaparkan keindahan Lembah Danum di Lahad Datu antara yang menarik perhatian ramai.
CANNES: Dokumentari yang dihasilkan oleh Cineorama Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur telah menarik perhatian beberapa bakal pembeli antarabangsa di Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia (Mipcom) 2014, yang disifatkan sebagai antara pasaran terbesar bagi kandungan hiburan. Pengarah Cineorama Jefry Talib berkata sejak beberapa hari lepas, syarikat kreatif yang diasaskannya pada tahun 2003 telah mengadakan perbincangan dengan beberapa bakal pembeli yang berminat dengan dokumentari yang dihasilkannya seperti 'Maliau Basin' dan 'Lembah Danum. "Sebuah syarikat dari Turki menunjukkan minat dalam 'Lembah Danum' manakala seorang lagi dari United Kingdom berminat dengan 'Maliau Basin'," kata beliau di luar acara Mipcom di sini. Jefry berkata, beliau sedang menimbang kemungkinan urusniaga antara US$50,000 dan US$60,000. Cineorama menyediakan reka bentuk kreatif, identiti penjenamaan, percetakan, penyiaran, pengurusan acara dan pelbagai khidmat reka bentuk. Pameran tahunan itu, yang menghimpunkan penjual dan pembeli kandungan kreatif dari seluruh dunia, dilihat sebagai platform strategik untuk mempamerkan produk Malaysia. Penyertaan Malaysia dalam Mipcom adalah anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Perbadanan Pembangunan Multimedia, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, Tourism Malaysia dan Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia.- mstar online

Suspek Utama Insiden Serangan Bom Tangan Dikenal Pasti
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti suspek utama, seorang lelaki berusia 40-an, yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang pada 9 Oktober lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata ini berdasarkan kepada imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Bagaimanapun hasil pengimejan rakaman CCTV, sekurang-kurangnya dua lelaki yang belum dikenal pasti, disyaki terlibat dalam melempar bom tangan ke arah sasaran dalam insiden itu.
"Ekoran penemuan imej itu, pihak forensik polis mempergiatkan usaha termasuk mendapatkan bantuan agensi lain bagi menganalisis imej tersebut," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Tajudin berkata, maklumat dan imej suspek akan dihebahkan kepada media dalam tempoh terdekat.
Berhubung rakaman percakapan lima lelaki yang ditahan semalam, beliau berkata empat daripadanya merupakan pengawal peribadi di kelab malam itu manakala seorang lagi belum dapat disahkan identitinya.
Semalam, polis menahan lima lelaki berumur antara 25 dan 46 tahun di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur bagi membantu siasatan dan kesemua suspek ditahan reman sehingga Isnin ini.
"Selain tumpuan terhadap imej berkenaan, polis sedang berusaha mengesan pengunjung pusat hiburan pada malam kejadian bagi membantu siasatan," katanya.
Pada 9 Oktober lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain termasuk pelancong asing, cedera dalam serangan bom tangan dipercayai berkaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.
Dalam perkembangan lain, polis telah menyelesaikan tujuh kes samun bersenjata api sekitar 2011 dengan tertangkapnya dua lelaki tempatan di Setapak dan Jalan Klang Lama pada 2 dan 11 Oktober lepas.
Tajudin berkata, dalam serbuan pertama pada 2 Okt, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah apartmen di Setapak dan menemui 12 peluru hidup jenis Revolver, dadah seberat dua gram dan sebuah motosikal curi.
"Berikutan penahanan lelaki itu, polis berjaya mengesan seorang lagi rakan suspek berusia 32 tahun di sebuah pusat snuker di Jalan Klang Lama, Selangor pada 11 Oktober.
"Hasil soal siasat telah membawa kepada rampasan sepucuk pistol jenis Revolver .38 Smith and Wesson bersama sebutir peluru hidup di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru (Kuala Lumpur)," katanya.- mstar online
TOP
United Tidak Patut Pecat Saya - Moyes
Moyes menganggap United membuat keputusan tidak betul dengan memecatnya.
BEKAS pengurus Manchester United, David Moyes percaya kelab itu gagal 'melakukan perkara betul' apabila memecatnya selepas kurang 10 bulan mengendalikan skuad itu. Pengurus kelahiran Scotland ini mencatat keputusan mengecewakan ketika berada di Old Trafford, dengan berada di kedudukan ketujuh keseluruhan musim lalu sekaligus menjadi era terburuk United dalam Liga Perdana Inggeris. Bagaimana pun, Moyes tetap menganggap kelab itu patut meletakkan kepercayaan kepadanya. "Saya mendapat jawatan itu dan menjangkakan akan berada dalam perancangan enam tahun. Saya menandatangani kontrak enam tahun...namun kecewa kerana sebaliknya berlaku," jelasnya kepada BBC. "Saya juga yakin mampu melengkapkan peluang ini, namun berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan. "Keadaan saya begitu sukar ketika kehilangan tugas ini kerana saya tidak jangkakan ia berlaku, lebih sukar daripada tewas perlawanan. "Namun saya sedar kesukaran yang dihadapi apabila menguruskan kelab ini yang saya jangkakan mereka akan sentiasa berada di belakang pengurus walaupun berdepan dengan situasi teruk. "Sir Alex Ferguson juga menghadapi waktu sukar ketika pertama kali membimbing pasukan ini. "Saya faham situasi bola sepak sudah berubah, namun saya percaya United sentiasa melakukan perkara betul dan itu tidak berlaku kepada saya". Walaupun berdepan dengan pengalaman pahit itu, Moyes tidak berputus ada dan cuba mencari kelab yang mahukan perkhidmatannya. "Saya gembira dengan 'waktu rehat' itu, tetapi saya perlu bangkit dan mencari tugas yang bersesuaian dan memastikan ia benar-benar tepat dengan saya. "Saya sesekali tidak akan tinggalkan Everton untuk orang lain. Saya mempunyai cita-cita tinggi dan yakin Manchester United boleh memberi peluang besar dalam kerjaya saya. "Saya bukanlah seorang yang materialistik dan berharap mana-mana kelab yang akan saya sertai nanti boleh memberi peluang kepada saya untuk membina pasukan sendiri, kerana saya yakin itu adalah kelebihan saya. "Ada beberapa orang menghubungi saya menawarkan pekerjaan. Namun setakat ini tidak ada yang serius menyerahkan tugas pengurus kepada saya," tambah Moyes.- mstar online

Murray Benam Pospisil, Mara Ke Suku Akhir Terbuka Vienna
Murray mara ke suku akhir Terbuka Vienna.
ANDY Murray dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Vasek Pospisil 6-4, 6-4 untuk mara ke suku akhir Terbuka Vienna, awal pagi Jumaat. Pemain Britain itu yang perlu menduduki kelompok lapan pemain terbaik dunia untuk memburu tempat di Final Jelajah Dunia ATP di London, menghidupkan peluangnya untuk beraksi pada kejohanan penting itu hujung tahun ini menerusi kemenangan tersebut. Murray, pemain No.10 dunia, bergelut untuk menemui rentak permainannya pada perlawanan itu sebelum berjaya mematahkan langkah Pospisil. Beliau mempamerkan pengalamannya dalam beberapa aksi berprestij dunia dengan memanfaatkan kelemahan Pospisil untuk bangkit menguasai set terakhir permainan. Antara yang sudah mengesahkan tempat ke London ialah Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal, Stan Wawrinka selain Marin Cilic yang muncul pemenang di Grand Slam tahun ini.- mstar online

Nicol Atasi Wee Wern, Mara Ke Separuh Akhir
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David meneruskan aksi cemerlang untuk memburu gelaran hatrik Terbuka Amerika Syarikat apabila layak ke saingan separuh akhir di Philadelphia.
Pada saingan suku akhir, Rabu, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, mengalahkan rakan senegara, Low Wee Wern 11-6, 11-4 dan 11-9.
"Ini adalah salah satu kejohanan besar bagi diri saya dan teruja kerana sampai ke peringkat ini. Memang sukar untuk bermain dengan Wee Wern kerana setiap pemain yang layak ke suku akhir adalah lawan yang mencabar," kata Nicol, seperti dipetik dalam laman rasmi kejohanan, www.usopensquash.com.
Pemain berusia 31 tahun itu akan berdepan dengan musuh tradisi, Raneem El-Weleily dari Mesir pada saingan separuh akhir, Sabtu.
Raneem, pemain nombor tiga dunia, menebus kekecewaan dengan menyingkirkan pemain England, Alison Waters, 11-9, 11-8 dan 11-5, dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Pemain berusia 25 tahun itu kalah kepada Waters, selaku pemain nombor lima dunia, pada suku akhir Terbuka Carol Weymuller di New York, minggu lepas.- mstar online
TOP
Hoki: Tengku Abdullah Tidak Pertahan Kerusi Presiden PHM
Tengku Abdullah bersama pemain-pemain hoki negara selepas aksi separuh akhir Liga Hoki Dunia tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Sukan bola sepak adalah separuh nyawa saya, jelas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Jelas beliau, sukan bola sepak sudah sebati dengannya selepas lebih 30 tahun terlibat dengan sukan ini. "Sukan bola sepak menjadi keutamaan saya. Dengan itu saya tidak akan bertanding untuk mempertahankan kerusi jawatan presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) selepas ini. "Saya mahu memberi laluan kepada muka baharu yang mampu membawa sukan hoki ke peringkat yang lebih tinggi. "Apa yang sahaja jawatan yang saya pegang tidak membebankan saya, yang penting pengurusan masa," jelasnya selepas mengumumkan beliau akan bertanding untuk kerusi Exco FIFA bagi penggal 2015-2018, Jumaat. Selepas dua penggal menerajui badan induk itu, Tengku Abdullah mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Presiden PHM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijadualkan berlangsung bulan ini. Sepanjang menerajui PHM bermula 2008 hingga kini, banyak kejayaan diraih skuad negara termasuk layak ke Piala Dunia di The Hague, Belanda. Tengku Abdullah juga merupakan presiden Persekutuan Hoki Asia selepas menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah pada 31 Ogos lalu.- mstar online

Lami, Lechner Kuasai LIMBC 2014 Menjelang Peringkat Akhir Esok
Pelumba Elit Wanita, Eva Lechner dari Colnago Sudtirol pantas mengambil selekoh curam pada cabaran peringkat keempat Langkawi Geopark (XCO) sejauh 20.5 kilometer pada LIMBC 2014 di sini, Jumaat.
LANGKAWI: Pelumba Slovakia, Michal Lami dan Eva Lechner dari Itali masing-masing memiliki kelebihan masa yang berbeza untuk muncul juara dalam kategori lelaki dan wanita elit menjelang peringkat akhir Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 di sini, Sabtu. Biarpun menduduki tempat kedua pada saingan peringkat keempat pada Jumaat, Lami merampas jersi kuning, selaku pendahulu, daripada pelumba Jerman, Karl Platt dengan kelebihan satu minit 15.60s. Selepas empat peringkat, Lami, yang mewakili pasukan kebangsaan Slovakia, mengumpul catatan masa 8 jam 45 minit 18.50 saat, manakala Platt jatuh ke tangga kedua dengan 8:46:34.10s. Pada peringkat keempat sejauh 24.6km, pelumba Switzerland, Fabian Giger muncul juara dengan catatan masa 1:11:14.40s manakala Lami ketinggalan 4.10 saat di tangga kedua. Platt, yang mewakili pasukan Bulls, pula menduduki tangga kelima dengan catatan masa 1:13:31.50s. Berdasarkan prestasi di tahap terbaik, Lami yakin dapat mempertahankan jersi kuning pada peringkat kelima dan terakhir Sabtu, sekali gus dinobatkan sebagai juara edisi kali ini. "Harap tidak ada masalah teknikal supaya dapat mengekalkan kedudukan pendahulu sehingga akhir," katanya. Lami berkata, beliau tidak berhasrat untuk menewaskan Giger kerana pencabar utamanya adalah Platt. "Esok (Sabtu) saya perlu berusaha keras untuk memastikan Platt berada di belakang," katanya. Sementara itu, Giger, yang menduduki tangg ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 3 minit 38.6 saat di belakang Lami, mengakui sukar untuk merampas jersi kuning. Malah, pemenang dua peringkat itu berkata, beliau hanya menumpukan perhatian untuk memenangi hatrik pada Sabtu. Bagi kategori Wanita Elit, Lechner, meneruskan aksi cemerlang untuk memenangi peringkat keempat sejauh 20.5km dengan catatan masa terpantas 1:11:17.70s. Kejayaan itu membolehkan beliau mempertahankan jersi merah jambu yang diperolehinya selepas menang peringkat ketiga semalam, dengan catatan masa keseluruhan 8:45:07.00s. Lechner mendahului saingan dengan kelebihan masa sembilan minit 50.6 saat daripada pencabar terdekat Tanja Zakelji dari Slovenia, yang menduduki tempat ketiga pada peringkat keempat. Pelumba pasukan kebangsaan Slovenia, Blaza Klemencic berada di tempat kedua pada peringkat keempat dengan catatan masa 1:12:45.40s untuk menempatkan diri di tangga ketiga keseluruhan. Lechner berkata, beliau akan cuba mempertahankan jersi merah jambu tetapi semuannya bergantung kepada perlumbaan terakhir Sabtu. Katanya, untuk peringkat akhir, Klemencic dan Zakelj bakal menjadi pesaing terhebatnya kerana masing-masing cuba merampas kedudukannya. Esok, pelumba akan menghadapi cabaran peringkat kelima dan terakhir di Pantai Lagenda sejauh 1.6 km. Edisi kelima LIMBC 2014 yang bermula Isnin hingga esok, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$150,000 (RM500,000).- mstar online

Bekas Pemain No 3 & Juara Dunia 2009 Nikolay Davydenko Bersara
Nikolay Davydenko
BEKAS pemain tenis nombor tiga dunia dari Rusia, Nikolay Davydenko pada Jumaat mengumumkan persaraannya. Beliau yang berusia 33 tahun telah bermain secara profesional selama 15 tahun. "Sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya telah mengalami kecederaan yang berpanjangan dan ia masih tidak sembuh dengan sempurna," ujarnya. Sepanjang kariernya, Davydenko berjaya sampai ke empat peringkat separuh akhir kejohanan Grand Slam - dua dalam Terbuka Perancis dan dua dalam Terbuka Amerika Syarikat. Kejayaan terbesarnya ialah membantu Rusia memenangi Piala Davis pada 2006. Dan tiga tahun selepas itu, Davydenko menjuarai Kejohanan Dunia ATP menumpaskan Juan Martin del Potro dari Argentina.- mstar online

Syarikat Penerbangan Tambang Murah Australia Dijual Pada RM3.29
MELBOURNE: Virgin Australia hanya membayar A$1 (RM3.29) untuk mengambil alih sepenuhnya pemilikan syarikat penerbangan tambang rendah Tigerair Australia.
Syarikat induk Tiger Holdings Singapore bersetuju menjual baki 40 peratus kepentingannya dalam Tigerair Australia, yang tidak mencatat untung, pada kadar serendah itu, namun akan terus melesenkan jenamanya kepada Virgin, lapor Australian Associated Press.
Virgin membeli kepentingan 60 peratus dalam Tiger pada pertengahan 2013 dan Ketua Eksekutif John Borghetti hari ini berkata pengambilalihan sepenuh pemilikan akan membolehkan syarikat penerbangan itu meraih keuntungan pada kadar lebih cepat.
"Mengikut transaksi dicadangkan ini, kami akan dapat keuntungan dari segi kos dan meraih keuntungan lebih awal menjelang hujung 2016, dengan memanfaatkan sumber Kumpulan Virgin Australia yang lebih luas," katanya.
Menerusi urus niaga itu, Virgin juga akan memperoleh hak jenama untuk menerbangkan Tigerair Australia ke destinasi seberang laut, bersaing dengan Jetstar, di arena antarabangsa.
Borghetti berkata Virgin akan terus mengendalikan Tiger sebagai sebuah jenama berasingan.- mstar online
TOP
Glomac Rancang Bangunkan Perbandaran Baharu Di Johor
FD Iskandar
KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah Glomac Bhd merancang membangunkan perbandaran baharu dengan nilai pembangunan kasar RM750 juta di atas tanah yang baru sahaja diperolehnya di Kulaijaya, Johor pada Mac depan. Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Datuk Seri FD Iskandar FD Mansor berkata perbandaran itu terletak kira-kira dua kilometer dari Johor Premium Outlet. "Untuk dua fasa pertama kami akan membangunkan perumahan mampu milik di atas tanah dengan konsep baharu. "Kami sedang meneliti projek yang sudah dilaksanakan di Greater KL namun mungkin tidak di Johor untuk lingkungan harga sedemikian," katanya dalam taklimat media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat, di sini, Khamis. FD Iskandar berkata mereka kini dalam peringkat akhir untuk mendapatkan kelulusan bagi projek itu dan syarikat berharap akan memperoleh kelulusan tersebut menjelang hujung tahun ini. Pada masa ini Glomac mempunyai simpanan tanah dengan potensi GDV RM8 bilion dan 85 peratus daripadanya akan diperoleh menerusi pembangunan perumahan di atas tanah dan perbandaran mampu milik. Beliau berkata syarikat menyasarkan pelancaran baharu dengan GDV RM1 bilion tahun depan. Menurutnya syarikat juga menjangka perolehan tidak berubah untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 30 April 2015 disebabkan keputusan strategik untuk menangguhkan pelancaran-pelancaran utama. "Glomac tidak membuat pelancaran baharu dalam tempoh enam bulan pertama dan hanya menjual inventori sedia ada kerana kami mahu melihat reaksi pasaran (disebabkan kelembapan pembelian dalam industri)," katanya. FD Iskandar berkata sebab utama ialah pembeli sukar memperoleh pinjaman perumahan. "Bajet 2015 bagaimanapun akan mempertingkat keupayaan pembeli rumah pertama yang membeli rumah pada harga bawah RM500,000," katanya. Beliau turut berharap institusi kewangan akan memainkan peranan dan membantu pembeli rumah pertama memiliki hartanah berharga bawah RM500,000.- mstar online

Perbaiki Sistem Pengurusan Kewangan Negara Menerusi Capam - MOF
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menyertai Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM)
dari 19 hingga 21 Oktober ini bagi menambah baik sistem pengurusan kewangan negara.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, Sistem Perakaunan Akruan dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan April tahun depan, merupakan antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan itu.
"Malaysia boleh belajar dari negara Komanwel lain seperti Australia dan Kanada dalam dua perkara penting itu yang akan dilaksanakan oleh Malaysia pada 2015.
"Kita juga boleh berkongsi resipi kejayaan Malaysia mengurangkan defisit fiskal tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Persidangan dwitahunan CAPAM 2014, dengan Malaysia selaku tuan rumah buat kali kedua, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertema 'Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu'.
Mohd Irwan berkata, beliau juga akan menyertai persidangan anjuran Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama CAPAM dan Sekretariat Komanwel itu untuk menggalakkan transformasi dalam kementeriannya, selaras dengan kehendak kerajaan menerusi pelan Transformasi Perkhidmatan Awam.
Katanya, semua penjawat awam di negara ini perlu membuat transformasi minda untuk berada di hadapan dalam semua hal berbanding rakyat lain supaya mampu menjayakan agenda transformasi nasional.
Ini penting, khususnya dalam penyampaian maklumat yang tepat berkenaan dasar dan polisi kerajaan supaya fakta dan statistik yang dikeluarkan tidak dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu, katanya.
"Terdapat 1.52 juta penjawat awam di negara ini, dan apabila mereka benar-benar faham, contohnya mengenai CBP, penjelasan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih jelas.
"Bayangkan maklumat tepat itu disampaikan pula kepada anggota keluarga mereka. Jadi tiada ruang untuk mana-mana pihak cuba memutarbelitkan usaha kerajaan," katanya.
Mengenai transformasi dalam MOF, Mohd Irwan berkata, sejak dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 2012, beliau banyak melakukan perubahan untuk menyokong usaha itu, termasuk menyusun semula struktur di kementerian.
Katanya, memudahkan urusan orang ramai dengan kementerian, selain menjadikannya sebuah agensi yang lebih 'terbuka' merupakan antara perkara yang diutamakan.
"Secara berkala kita bermesyuarat dengan agensi dan jabatan biro pengaduan awam untuk meneliti aduan-aduan yang diterima mengenai kementerian dan agensi di bawahnya, supaya kita dapat belajar untuk memperbaiki kelemahan," tambahnya.
Antara agensi-agensi di bawah MOF ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.- mstar online
TOP
Warga Indonesia Maut Dalam Pergaduhan Dengan Rakan Senegara
KUANTAN: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terbabit dalam kes pergaduhan di sebuah rumah kongsi dekat KPTM 5 Jalan Kuantan- Gambang pada Jumaat malam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata pekerja buruh binaan itu yang dikenali sebagai Sairah, 39, didatangi sekumpulan lelaki juga dipercayai warganegara Indonesia dengan menaiki empat kenderaan pada pukul 8 malam.
"Dalam pergaduhan itu dipercayai mangsa diserang dengan tukul di lehernya mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri.
Melihat keadaan mangsa yang tidak bergerak itu kesemua suspek melarikan diri," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa disahkan mati 20 minit kemudian.
Kata Abdul Aziz, pada masa yang sama rakan mangsa kemudiannya bertindak menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian.
Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. - mstar online
TOP
"Ini Soal Hidup Dan Mati Kami" - Pembawa
Tajuddin hadir ke Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum meminta campur tangan perdana menteri berhubung isu tambang bas ekspres.
PUTRAJAYA: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa) meletakkan harapan tinggi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi kata putus positif berhubung isu tambang bas ekspres yang berlarutan sejak 2008. Pembawa terpaksa meminta perdana menteri campur tangan selepas isu kenaikan 20 peratus tambang bas ekspres itu masih gagal dimuktamadkan. Yang Dipertua Pembawa, Tajuddin Mohd Yunus berkata, penyerahan memorandum itu diharap dapat menyelesaikan isu ini dan mewujudkan situasi menang menang kepada penumpang dan pengusaha bas ekspres. "Jangan biarkan syarikat pengusaha bas ekspres terus tertunggu-tunggu pengumuman mengenai isu yang tergantung sejak enam tahun lalu. Ini soal hidup dan mati kami," katanya. Tajuddin hadir di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat bagi menyerahkan memorandum yang ditandatangani 17 pemilik syarikat bas ekspres Melayu yang beroperasi di Semenanjung Malaysia.
Antara syarikat yang terlibat adalah Cekap Ekspres Sdn Bhd, Cepat Ekspres Sdn Bhd, Comic Angle Travel Tours Sdn Bhd, Darul Naim Sdn Bhd, Edaran Ekspres Sdn Bhd, Eltabina Jaya Sdn Bhd, Hasry Ekspres Sdn Bhd, Konsortium E-Mutiara Bhd, Mahligai Ekspres Sdn Bhd. Syarikat lain adalah Nikaniaga (Kenyir) Sdn Bhd, Sani Ekspres Sdn Bhd, Sri Indah Jaya Sdn Bhd, Sri Jengka Sdn Bhd, Syarikat Mohd Tap Sdn Bhd, Utama Ekspres Sdn Bhd, Perdana Ekspres Sdn Bhd dan Pancaran Matahari Sdn Bhd. Tajuddin bagaimanapun berkata, beliau berpuas hati dengan layanan yang diberikan dalam pertemuan dengan tiga pegawai khas Setiausaha Sulit Kanan kepada perdana menteri. "Saya gembira mereka dengar masalah yang sedang dihadapi syarikat pengusaha bas ekspres. Mereka akan beri maklum balas mengenai perkara ini dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi," katanya. Memorandum tiga muka surat itu menyatakan beberapa faktor yang dihadapi syarikat pengusaha bas seperti peningkatan kos operasi, alat ganti bas, insurans dan pengurangan subsidi diesel yang menyebabkan kadar tambang bas ekspres yang baharu wajar dipertimbangkan. "Kita bukannya mahukan kenaikan setiap tahun, cukuplah kenaikan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun. Ia perlu selepas mengambil kira peningkatan kos operasi yang ditanggung syarikat pengusaha bas sepanjang tempoh ini," katanya. Jelas beliau, kerajaan perlu menangani kemelut ini dengan segera agar industri perkhidmatan bas ekspres di negara ini terus beroperasi dengan sistematik dan bas dalam keadaan selamat. "Perniagaan ini melibatkan nyawa penumpang, oleh itu kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan ini supaya syarikat pengusaha bas dapat memberi perkhidmatan terbaik. "Jika tambang bas naik seperti yang diminta, sekurang-kurangnya ada sedikit keuntungan yang boleh digunakan untuk membeli bas baharu bagi menggantikan yang lama," katanya- mstar online

'Kos Bersalin Tidak Cecah Ratusan Ribu Ringgit' - Rozita Che Wan
Rozita anggap ia adalah rezeki untuk anak.
PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan berkata tajaan bersalin untuknya oleh sebuah hospital di Ampang tidak melibatkan kos bernilai ratusan ribu ringgit dan ia sepatutnya tidak disensasikan. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, tawaran itu diterinya kerana menganggap ia adalah rezeki yang sudah ditentukan Allah untuk anak yang dikandungnya. "Apa saya boleh cakap, saya sentiasa bersyukur terhadap rezeki anak yang saya kandung. Saya tidak tahu mengapa orang mempertikaikannya kerana kos yang ditaja itu tidak terlalu tinggi ataupun melibatkan nilai ratusan ribu ringgit. "Saya percaya pihak hospital itu juga mempunyai cara mereka untuk membantu pesakit-pesakit lain yang memerlukan tetapi dengan cara berbeza," ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat. Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan banyak pihak yang tidak berpuas hati selepas sebuah hospital swastya di Ampang dekat sini menawarkan pekej bersalin kelas pertama kepadanya. Komen-komen di media sosial turut mempertikaikan kredibiliti hospital berkenaan yang seharusnya memberi tumpuan dalam membantu golongan yang lebih memerlukan. Sementara itu, Rozita berkata, ia bukan satu-satunya tajaan yang diterima sepanjang sembilan bulan mengandung anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin. Katanya, terlalu banyak tajaan sehingga pihak pengurusaannya terpaksa memilih yang sesuai dan terbaik. "Terlalu banyak tajaan yang datang sampai tidak larat nak terima sehingga pihak pengurusan terpaksa buat pilihan yang terbaik, namun saya faham ia sebagai promosi untuk mereka juga. "Jadi kalau boleh memang saya ingin bantu mana yang termampu dan tidak tahu pula boleh timbul isu lain seperti ini," ujarnya. Dalam pada itu, Rozita berkata dia kini sudah menghentikan semua aktiviti harian bagi menunggu kelahiran anaknya pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini. Sementara itu pihak hospital berkenaan yang dihubungi enggan memberi penjelasan berhubung isu itu sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.- mstar online

Anak Kedua Fasha Bermula Nama 'Puteri'
Fasha dapat tawaran berlakon biarpun sedang sarat mengandung.
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha sudah menyenaraikan beberapa nama untuk bayi perempuan yang bakal dilahirkannya kira-kira tiga minggu lagi. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata, nama-nama yang dipilih itu akan bermula dengan Puteri diikuti nama kedua daripada huruf 'R'. "Setakat ini kami telah pilih beberapa nama yang sesuai untuk bayi yang akan lahir ini. Bagaimanapun permulaan nama anak saya itu mestilah Putri dan nama kedua pula menggunakan huruf 'R'. Tetapi saya tidak bolehlah nak beritahu sekarang. Tak 'surprise' lah nanti," katanya kepada mStar Online. Fasha ditemui pada majlis pra tonton drama Selamat Pengantin Madu bersama aktres Eina Azman dan peminat-peminat mereka dia Restoran Daun, Plaza Damas, di sini pada malam Khamis. Fasha mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putera Rayfal Ramli yang kini berusia setahun. Sementara itu, Fasha berkata, biarpun bakal melahirkan anak pada bila-bila masa, dia masih lagi menerima tawaran lakonan. "Alhamdulillah, rezeki saya tidak pernah putus dan masih lagi menerima tawaran lakonan. Terbaru, ada tawaran berlakon di mana penggambarannya pada Januari tahun depan. "Tetapi saya tidak mengesahkan apa-apa lagi. Tengok dulu macam mana, sekiranya badan saya sudah kembali kurus, baru saya akan terima," ujarnya.
Fasha dan Eina Azman dalam majlis menonton drama Selamat Pengantin Madu bersama peminat.
Mengenai majlis menonton Selamat Pengantin Madu bersama peminat Fasha berkata, dia difahamkan oleh pihak stesen televisyen yang menyiarkan drama tersebut iaitu TV3, karya berkenaan mendapat rating tertinggi. Justeru Fasha dan Eina yang turut terlibat dalam drama berkenaan diminta mengadakan sesi menonton bersama peminat sebagai menghargai sokongan yang diberikan terhadap mereka. "Majlis ini adalah untuk khas peminat-peminat kami, tambahan pula saya pun dah lama tak buat majlis seperti ini. Saya harap menerusi majlis seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan antara artis dan peminat juga," tuturnya..- mstar online

RMK-11: Kerajaan Laksana Program Tingkatkan Peranan Kerajaan Tempatan
Muhyiddin bersalaman bersama ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) ketika hadir pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas di Stadium Titiwangsa di sini, Jumaat malam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan pelbagai program melalui Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dalam usaha menempatkan kerajaan tempatan yang mesra alam serta pembangunan dan pengurusan berlandaskan masa depan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu turut bertindak mewujudkan persekitaran yang mapan bagi mengurangkan kesan bencana alam dan kemusnahan alam sekitar. Katanya hasrat kerajaan melalui strategi yang digubal adalah untuk mencapai teras pembangunan bagi kesejahteraan rakyat. Beliau berkata terdapat juga sasaran dalam RMK-10 yang belum dicapai berikutan keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakannya amat terbatas disebabkan kekurangan tenaga atau peruntukan. "Dalam tempoh RMK-11, isu-isu ini akan dikaji dan diperincikan terutamanya demi memperkasakan mutu penyampaian yang berkesan," katanya pada majlis makan malam bersempena Sambutan Jubli Emas Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, Jumaat malam. Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden ANULAE merangkap Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda. Muhyiddin berkata, penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan PBT adalah inisiatif kerajaan bagi melaksanakan transformasi sosial pengurusan bandar memandangkan hampir 70 peratus penduduk Malaysia masa kini tinggal di bandar. Kewujudan JPP itu setelah meneliti penglibatan penduduk bandar yang bersifat 'ad-hoc', tidak teratur seperti di luar bandar yang mempunyai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), katanya. Beliau berkata, kerajaan juga sedar banyak fungsi kerajaan Persekutuan pada peringkat tempatan serta isu perbandaran seperti kesihatan, pengangkutan, keselamatan awam, perumahan, pendidikan, alam sekitar, kepenggunaan, pengurusan strata, penyenggaraan rumah kos rendah, tidak ditangani dengan menyeluruh, segera dan sempurna. "Dengan penubuhan JPP ini, pihak kerajaan akan mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dan membawa isu untuk ditangani secara bersama," katanya. Muhyiddin turut memberi jaminan supaya Ahli Majlis PBT tidak berasa tergugat dengan penubuhan JPP kerana selain kedudukan mereka terpelihara dalam Akta 171, penubuhan JPP akan mengukuhkan kesepaduan penduduk. Berkaitan usaha meningkatkan keberkesanan PBT, Muhyiddin berkata kerajaan telah melaksanakan Sistem Penggredan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan bertujuan mengemas kini ciri-ciri PBT berprestasi tinggi.- mstar online

Polis Cari Waris Budak Lelaki Ditemui Merayau Di Persiaran Gurney
Mior Faridalathrash bersama budak lelaki yang ditemui merayau-rayau sendirian di Persiaran Gurney, Khamis malam.
GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak lelaki yang ditemui merayau-rayau sendirian di Persiaran Gurney di sini pada Khamis malam. Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak lelaki itu memakai baju Melayu biru ketika ditemui berhampiran Hotel Gurney pada kira-kira pukul 11 malam. "Sejak ditemui, budak itu hanya diam sahaja dan hingga kini kami tidak mendapat sebarang maklumat daripadanya. "Tiada laporan polis dibuat mengenai kes kehilangan kanak-kanak lelaki sejak budak itu ditemui. Kami percaya umurnya antara satu atau dua tahun," katanya. Beliau menambah, pemeriksaan kesihatan mendapati kanak-kanak lelaki itu sihat dan dia akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. "Sesiapa yang mengenali kanak-kanak ini diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Jalan Patani di nombor 04-2181822 atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan," katanya.- mstar online

Tendang Tiang Bendera Penjuru Cara Raikan Kemenangan - TMJ
JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di sini pada Khamis, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Baginda, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), bertitah tindakan itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang manusia dan ahli sukan dalam meluahkan rasa kegembiraan.
"Ini cara saya untuk menunjukkan rasa puas hati dengan keputusan itu lebih-lebih lagi selepas JDT berdepan dengan pelbagai spekulasi dalam tempoh lebih seminggu ini," titah baginda kepada pemberita di sini, Jumaat.
Tunku Ismail mengulas sikap segelintir pihak yang mengkritik tindakan itu yang menjadi viral di laman media sosial.
Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, JDT mengalahkan Terengganu dengan agregat 3-1 dan layak ke separuh akhir menentang Felda United.
Tunku Ismail bertitah tindakan itu sebenarnya sudah dibayangkan baginda lebih awal iaitu ketika seorang adindanya bertanyakan mengenai apa tindakan yang dilakukan sekiranya JDT memenangi perlawanan terbabit.
"Saya jawab saya minat Ibrahimovic (Zlatan Ibrahimovic). Jadi saya ingat hendak raikan macam dia," titah baginda sambil menegaskan baginda turut tampil tunduk hormat kepada penyokong Terengganu sebagai tanda penghargaan mereka berkunjung menyaksikan perlawanan terbabit. Dalam perkembangan berkaitan, baginda turut mempersoalkan tindakan sebuah stesen televisyen swasta yang hanya menyiarkan tindakan menendang tiang terbabit sehingga menimbulkan salah faham kepada penonton dan peminat bola sepak tanah air. Menurut baginda, media seharusnya bertanggungjawab menyiarkan perkara yang tepat bagi mengelakkan sebarang implikasi. Sementara itu, Tunku Ismail turut memaklumkan PBNJ telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pasukan dari Bundesliga, Borussia Dortmund, bagi tujuan pembangunan bola sepak di negeri ini. Perjanjian itu merangkumi kerjasama pembangunan sebuah akademi bola sepak di Kulaijaya, peminjaman tenaga pengajar dan penghantaran pemain muda untuk menimba pengalaman bersama kelab itu. Baginda menegaskan persetujuan kerjasama terbabit menunjukkan pasukan kelab Bundesliga itu percaya dengan keupayaan yang dimiliki PBNJ.- mstar online

Farhan Juara Da'i Musim Kedua
Farhan juara Da'i musim kedua.
SHAH ALAM: Da'i Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da'i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.
Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.
Farhan bersama ibu dan bapanya yang datang dari Kelantan. Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Ammar dan Da'i Izzhar terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan.
Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan oleh tiga juri tetap iaitu Zainal Ariffin, Sharhan Safie dan Harryanto Rizal Rokman. Manakala Datuk Siti Nor Bahyah muncul sebagai juri jemputan. Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah. "Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini. "Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong," ujarnya.
Peserta akhir Da'i musim kedua (dari kiri) Ammar, Farhan dan Izzhar.
Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan bacaan lagu Asmaul Husna.
Ia dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.
Tiga finalis tersebut diuji dengan tiga segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama empat minit menerusi soalan dilontarkan oleh selebriti jemputan seperti Beego, Fattah Amin, Amar dan Issey. Manakala pada segmen kedua mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri dan seterusnya tazkirah selama tiga minit secara spontan. Acara pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran juara Da'i musim pertama, Nor Abidah Rozain yang menyampaikan tazkirah istimewa dan persembahan nasyid daripada Azhari (Nowseeheart) dan kumpulan Algebra.- mstar online

Album Lee Min Ho Dapat Sambutan Tanpa Promosi
Lee Min Ho.
ALBUM terbaharu pelakon dan penyanyi Lee Min Ho berjudul Song For You berjaya mendapat sambutan luar biasa di Jepun sejak ia dilancarkan pada 9 Oktober lalu biarpun tiada sebarang promosi dibuat oleh pihak syarikat rakamannya. Soompi melaporkan album berkenaan berjaya menduduki tangga pertama carta jualan album di Jepun pada minggu pertama ia dipasarkan dan membuktikan populariti Min Ho sangat besar di negara matahari terbit itu. Song For You adalah album kedua pelakon drama bersiri Boys Over Flower itu dan sebelum ini pernah berjaya dengan album pertamanya, My Everything. Menerusi album berkenaan, Min Ho tampil dengan lima buah lagu baharu iaitu Paradise in Love, Stalker, Travel, Burning Up dan Song For You. Berikutan kejayaan cemerlang album berkenaan Min Ho turut mengadakan persembahan istimewa untuk peminatnya di Jepun pada 12 dan 13 Oktober lalu.- mstar online

Kematian Joan Rivers Kekurangan Oksigen
SELEPAS sebulan pengkritik fesyen Joan Rivers meninggal dunia, akhirnya polis mendedahkan punca kematian individu itu adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam otak akibat menjalani pembedahan peti suara.
Polis memberitahu, terjadi komplikasi terapi iaitu ketika menerima rawatan dan terapi perubatan selepas selesai pembedahan tersebut.
"Kematiannya disebabkan oleh komplikasi terapiotik iaitu ketika membuat rawatan perubatan selepas pembedahan," ujar polis seperti dipetik Aceshowbiz.
Selepas menjalani pembedahan di Hospital Mount Sinai pada Ogos lalu, Joan dilaporkan mengalami gangguan pernafasan.
Perkara tersebut juga mengakibatkan beliau tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada 4 September lalu.- mstar online
TOP
Jurey Lapor Polis Difitnah Penulis Blog
Jurey (tiga dari kiri) bersama peguamnya, Jefree Zain (kiri) ditemani beberapa penggiat seni membuat laporan polis terhadap tiga penulis blog yang memfitnahnya.
PETALING JAYA: Presiden, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli membuat laporan polis terhadap tiga penulis blog yang mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung kempen 'Switch Off' 14' yang bakal diadakan pada 21 Oktober ini. Laporan di buat di Balai Polis Dang Wangi dekat sini pada petang Jumaat. Jurey, berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh penulis blog itu turut menyentuh perkara peribadinya yang jelas tidak benar dan mampu menjejaskan kredibilitinya sebagai presiden persatuan seni. "Nampaknya ada pihak yang tidak senang dengan kempen berkenaan dengan menulis dalam blog mereka bahawa tindakan kami ini adalah salah dan cuba memburuk-burukkan imej kerajaan. "Malah serangan peribadi dan fitnah turut dilemparkan kepada saya dengan niat mahu menjejaskan imej saya sebagai presiden Gafim dan atas nasihat peguam saya dan beberapa ahli lain membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat. Jurey memberitahu pihaknya yang diwakili peguam Jefree Zain akan membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti pemilik blog berkenaan dan memberikan amaran berhubung perkara itu. Dalam pada itu, Jurey berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk mengalah dalam meneruskan kempen "Switch Off'14" dan akan meneruskan sidang media yang dijadualkan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru dekat sini. Jelas Jurey, kempen itu diadakan untuk mereka menghantar memorandum kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia agar pihak berkenaan memberi perhatian serius terhadap isu-isu industri perfileman dan televisyen di negara ini. "Penekanan memorandum ini adalah untuk memohon kepada kementerian mewujudkan Akta Kandungan Industi Kreatif bagi memberi perhatian terhadap isu pelarasan harga belian kandungan televisyen serta pengagihan slot yang lebih adil. "Selain itu kita juga turut memohon beberapa lagi perkara yang secara dasarnya adalah untuk kepentingan industri dan pekerja-pekerja produksi," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freedie Fernandez yang tidak menyokong kempen itu selain menganggap ia tidak bermanfaat, Jurey berkata, Freddie membuat kenyataan tersebut kerana tidak mengetahui objektif sebenar "Switch Off'14". "Saya ingin menjemput beliau hadir pada sidang media itu nanti agar dapat kami jelaskan tentang tujuan sebenar kempen itu dibuat," katanya.
PFM Tidak Terlibat Kempen "Switch Off'14"
Dalam perkembangan sama, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mengambil pendekatan sama seperti persatuan Karyawan untuk tidak terlibat dengan kempen berkenaan. PFM menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pansha dalam kenyataan medianya lewat malam Jumaat berkata, pihaknya sedar ada beberapa isu tidak boleh diselesaikan dengan melakukan demonstrasi tetapi perlu dilakukan di meja rundingan. "PFM tidak ingin menjadi tin kosong malah ingin menjadi sebuah persatuan yang bertanggungjawab dan relevan," ujarnya.- mstar online

Kumpulan Radio Star Lantik Agensi Antarabangsa Ukur Rating
Kudsia Kahar
PETALING JAYA: Kumpulan Radio Star telah melantik sebuah syarikat antarabangsa iaitu GfK untuk menjalankan kajian terhadap pendengar radio bagi empat stesen di bawah syarikat berkenaan iaitu Red FM, Suria FM, 988 dan Capital FM. Kaji selidik itu bagi ukuran pendengar sepanjang tempoh 2014. Ketua Pegawai Operasinya, Kudsia Kahar berkata, sebelum ini pihaknya menggunakan perkhidmatan Nielsen yang bergantung kepada penggunaan buku harian dalam kaedah penyelidikan mereka. Bagaimanapun kali ini pihaknya menjalinkan kerjasama dengan GfK yang diakui berpengalaman dalam menguruskan kaji selidik rating radio di beberapa negara seperti Jerman, Belanda dan Australia. Pengenalan e-diari bagi komputer, tablet dan telefon pintar yang menggunakan internet, membenarkan GfK untuk memperoleh data terperinci daripada pendengar online atau melalui telefon mudah alih. “Pendekatan ini sesuai dengan perubahan dalam landskap media dan gaya hidup terkini,” katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat. Katanya, GfK telah membuktikan keberkesanannya dalam mengukur jumlah pendengar radio di Australia, yang ternyata mempunyai industri radio yang dinamik. Ujarnya, pada ketika ini tidak dapat disangkal orang ramai lebih banyak mendengar radio secara dalam talian dan proses kajian juga perlulah seiring dengan perubahan itu. Tambah Kudsia, Kumpulan Radio Star tidak ragu-ragu untuk mengambil langkah ini kerana ia dapat membantu dalam memahami trend pendengar sementara kaedah penyelidikan yang digunakan tidak terlalu berbeza, sebaliknya ia lebih terkini dan terperinci.- mstar online

FELDA Menang Saman Wan Azizah Dan 2 Yang Lain Kes Artikel Fitnah
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memegang naskah Suara Keadilan yang memaparkan artikel fitnah mendakwa FELDA bangkrap.
Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam akhbar Suara Keadilan. Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka. Bagaimana pun bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada 2 Oktober lalu telah memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel tersebut dan mengakui ia palsu dan tidak benar.
Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka. “Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah. “Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya membuat pengakuan. Sehubungan itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos. Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah. Justeru, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam sahaja masih diteruskan.
Ternyata, keputusan akhirnya berpihak pada FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam mengisytiharkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain bersalah berhubung dakwaan menerbitkan dua artikel dalam akhbar Suara Keadilan yang memfitnah Felda. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Md. Said turut memerintahkan gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditafsirkan kemudian oleh Mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar. Melalui saman ini, Felda telah menuntut RM200 juta sebagai gantirugi terhadap fitnah tersebut. - mynewshub.my

Jangan Sertai Militan Untuk Berjihad
KOTA BHARU – Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu melibatkan diri dengan kegiatan militan atas alasan berjihad kerana mereka mempunyai banyak ruang untuk berjihad dari aspek pendidikan dan ekonomi di Malaysia, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata kegiatan merekrut rakyat negara ini menyertai kumpulan militan untuk berjuang di Syria tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Kita tidak tahu matlamat sebenar kumpulan ini dan kita perlu berhati-hati dengan perkataan atau kalimah yang digunakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Khalifah: Kita Pilihan ALLAH di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata golongan ibu bapa perlu memantau pergerakan anak masing-masing yang menuntut di rantau Asia Barat bagi memastikan mereka tidak menyertai kumpulan militan.
“Ibu bapa mesti tanya khabar anak di luar negara dan perlu mengetahui bidang apa yang mereka pelajari dan siapa kawan mereka. Ini semua perlu ditanya kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.
Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga orang kerana disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS).
Setakat ini, 37 orang telah ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata PAS menghormati tindakan bekas Anggota Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Tun Ghafar yang mengisytiharkan diri keluar daripada parti berkenaan.
“Sebagai sebuah negara demokrasi tidak boleh kata apa-apa, mungkin dia ada tujuan dia keluar. Kita dengan rela hati dan tidak ada masalah cuma kena berlapang dada,” katanya. – BERNAMA
TOP
Harga Internet di Malaysia Mahal
KUALA LUMPUR - Harga internet dan jalur lebar di negara ini disifatkan terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.
Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hoong berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.
“Dari pemerhatian kami, kualiti servis internet yang ditawarkan perlu ditingkatkan berdasarkan banyak rungutan daripada pengguna yang kecewa dengan harga yang mahal tetapi servis yang teruk.
“Kebanyakan masyarakat di negara ini yang menggunakan internet terdiri daripada mereka yang masih belajar dan baru hendak mula bekerja. Harga purata untuk jalur lebar dan internet mudah alih sekitar RM79 dan RM133 akan membebankan mereka,” katanya, semalam.
Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak daripada 22 peratus pada 2008 kepada 60 peratus pada suku pertama tahun ini.
Malah, berdasarkan kajian Bank Dunia, peratusan ini akan terus meningkat pada tahun akan datang.
Menurut Kok Hoong, kerajaan perlu memikirkan cara menurunkan harga internet berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan tersebut kepada masyarakat.
“Kita sedang menuju ke arah negara maju dan ekonomi baru yang menggunakan internet dalam semua urusan.
“Masyarakat juga menjadikan penggunaan media sosial sebagai salah satu sumber pencarian mereka terutama dalam urus niaga elektronik,” katanya.
Jadi katanya, harga internet yang murah akan memastikan setiap rakyat Malaysia mampu memperoleh perkhidmatan yang ditawarkan.
Menurutnya, jika kerajaan tidak dapat menurunkan harga internet, kualiti perkhidmatan itu perlu dipertingkatkan selari dengan harga yang dikenakan.
“Menurut satu kajian yang dilakukan oleh sebuah syarikat pengujian internet dunia Ookla, Malaysia berada pada kedudukan 126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia,” katanya.
Malah katanya, Malaysia berada di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu. - Sinar Harian
TOP
Ebola Menghantui Pentagon Setelah Wanita Muntah Di Kawasan Parking
ARLINGTON — Seorang wanita yang tiba-tiba muntah di kawasan parking Pentagon sekitar jam 9.10 pagi telah menimbulkan perasaan takut terhadap virus Ebola di sini apabila wanita itu mengaku dia baru menyertai trip bas ke Afrika, lapor jurucakap Pentagon, Lt. Col. Valerie Henderson. Wanita itu juga dilaporkan dalam keadaan sakit.
Jabatan Bomba Negara Arlington dipanggil ke tempat kejadian. Wanita itu telah dihantar ke Hospital Inova Fairfax.
Menurut Henderson, jalan-jalan di sekitar Pentagon kini telah ditutup bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat. - SiakapKeli.com
TOP
Ikan Paus Di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut Tawau
TAWAU, 17 OKTOBER: Kampung Tanjung Batu, Tawau gempar hari ini dengan penemuan ikan paus jerung atau dikenali sebagai whale shark. Ikan paus yang dijumpai itu adalah jenis Rhicondon Typus yang mana telah ditemui awal pagi Jumaat.
Ikan paus yang ketika itu ditemui tersangkut pada pukat oleh penduduk tempatan yang memukat di tengah lautan sebelum ikan tersebut dibawa pulang untuk dilepaskan. Untuk pengetahuan semua walaupun ikan paus jerung atau whale shark ini bersaiz lebih besar dari manusia namun ia adalah satu spesis yang tidak berbahaya. Ikan paus speis ini hanya memakan ikan dan udang sebagai makanan utama. - Siakapkeli.com

Dua Gadis Lompat Keluar Dari Teksi Penculik
Dua gadis nekad melompat keluar dari teksi dinaiki yang sedang bergerak selepas 'ditawan' pemandu bersenjatakan pistol selama hampir 30 minit.
Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa berusia awal 20-an diculik seorang pemandu teksi di kawasan Bukit Bintang di sini, sebelum dilarikan sejauh 16 kilometer ke Batu Cave, Gombak.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku sejurus mangsa menahan teksi itu untuk pulang ke rumah.
"Namun, sebaik masuk ke dalam teksi, pemandu itu terus mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa tidak melawan.
"Suspek terus memecut laju teksinya ke arah Batu Caves. Suspek kemudian memaksa mangsa menyerahkan barangan berharga dibawa ketika itu.
"Mangsa yang ketakutan selepas diacu pistol akur dan menyerahkan barangan mereka dan merayu dilepaskan," katanya.
Sumber berkata, suspek bagaimanapun tidak melepaskan mangsa sebaliknya meneruskan perjalanan ke lokasi tidak diketahui.
"Mangsa yang ketakutan kemudian bertindak berani membuka pintu kenderaan sebelum melompat keluar.
"Akibatnya mangsa bergolek beberapa meter di atas jalan raya. Mujur mangsa tidak dirempuh kenderaan lain yang berada di belakang teksi itu.
"Mangsa yang terselamat bagaimanapun cedera di badan, kaki dan tangan. Susulan itu mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, untuk tindakan lanjut.
"Mangsa yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerugian RM3,000 selepas beg tangan mengandungi wang tunai dan telefon bimbit dirampas suspek," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan menerima laporan kejadian itu. - Harian Metro
TOP
Resepi Snek Churros Yang Mudah Dan Mengiurkan!
Makanan dari Sepanyol ini semakin hari semakin dikenali dan digemari rakyat Malaysia.
Rata-rata kafe juga menjadikan juadah ini sebagai juadah yang wajib disediakan kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Hari ini, kami ingin berkongsi minuman petang, Churros yang mudah disediakan sendiri di rumah!
Churros atau Donut Sepanyol ini sangat popular di Sepanyol, Perancis, Filipina, Portugal, Ibero-Amerika dan Amerika Syarikat tau.
Keenakan makanan ini pasti mengiurkan lagi-lagi dicicah bersama sos coklat atau karamel manis.
Resepi Churros
- 1 cawan air
- 2 1/2 sudu gula
- ½ sudu kecil garam
- 2 sudu minyak masak
- 1 cawan tepung gandum
- Minyak untuk menggoreng
- ½ cawan Gula Castor untuk taburan
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
1. Panaskan air, garam, gula & minyak sehingga menggelegak
2. Alih daripada dapur dan masukkan tepung, kacau sehingga rata
3. Goreng adunan dengan menggunakan nozzle bintang, bila sudah kuning keemasan, angkat dan golekkan pada gula yang sudah dicampur serbuk kayu manis.
Cubalah masak untuk keluarga tersayang anda!
- MYNEWSHUB.CC Oleh: Kakak Bunga Sumber: Chef Khairi Mansor

Lelaki Nigeria Dihukum Mati Edar 65 Kapsul Methamphetamine
SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi kesalahan mengedar 65 biji kapsul dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan di dalam perutnya, dua tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Colin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Adiele Chinenyeze Sylvanus, 34, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Sequerah berkata beliau tidak mempercayai pembelaan tertuduh bahawa dia telah dipaksa oleh majikan dan rakan majikannya untuk menelan serbuk emas mentah.
Mahkamah turut mendapati pembelaan tertuduh adalah keterangan yang difikirkan semula, katanya.
Tertuduh yang bekerja di kedai menjual telefon bimbit dan komputer riba terpakai didakwa mengedar dadah seberat 478.4 gram itu di tandas Wad 6C, Bilik 27, Hospital Serdang, antara 2.30 pagi hingga 3.30 petang pada 20 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal sementara tertuduh diwakili peguam N.Subramanian. – BERNAMA
TOP
PKNS Komited Bina Rumah Mampu Milik Di Selangor
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membangunkan semula kawasan setinggan di Bukit Botak Selayang dengan mendirikan 1,400 unit rumah. Kini kawasan ini dikenali sebagai Selayang Mutiara. - Foto BERNAMA
Rumahku syurgaku. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rumah dalam kehidupan individu juga bagi yang sudah berkeluarga. Kenaikan kos sara hidup serta harga rumah mencetuskan pelbagai kesulitan khusus bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Rencana lima bahagian ini mengupas isu rumah daripada pelbagai sudut. Bahagian keempat melihat peranan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam menangani isu perumahan khusus di kalangan rakyat negeri Selangor. SHAH ALAM – Sejak penubuhannya hampir 50 tahun lepas, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya membina 155,090 unit rumah dan 85 peratus daripadanya kos sederhana dan rendah. Secara terperinci, sehingga 31 Mac 2014, PKNS membina 58,752 unit (30 peratus) rumah kos rendah, 72,771 unit (47 peratus) unit rumah kos sederhana dan 23,567 unit (15 peratus) rumah kos tinggi. Pembinaan rumah-rumah itu juga melihat kemunculan bandar-bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Bangi, Ampang, Ulu Klang dan Kota Damasara. Menurut Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah, pelaksanaan projek perumahan PKNS menjadi teras program Kerajaan Negeri Selangor merealisasikan agenda “Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor”.
RUMAH MAMPU MILIK
Pembinaan rumah mampu milik khusus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini menjadi tumpuan PKNS. Ia adalah pemerhatian serta kajian PKNS yang mendapati perumahan kos rendah yang ada rata-ratanya kurang selesa dan kawasan persekitaran tidak diselenggara dengan baik. “Projek rumah mampu milik kami bertujuan membantu rakyat Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga yang berpatutan. “Rumah mampu milik ini yang kami jenamakan Rumah Selangorku Idaman PKNS disubsidi menerusi projek komersial atau rumah kos tinggi kami”, katanya kepada Bernama dalam wawancara di pejabatnya di sini baru-baru ini. Beliau lalu menggesa penduduk negeri Selangor yang belum memiliki rumah dan mahu memiliki rumah mampu milik PKNS perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Pendaftaran, katanya, boleh dibuat sama ada pergi ke pejabat atau secara dalam talian. Menurut Azlan, LPHS mengawal sepenuhnya penawaran rumah mampu milik PKNS. Pemilihan pembeli, katanya berdasarkan markah yang dijana secara automatik melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik. Kriteria yang diambil kira ialah pendapatan bulanan isi rumah, tanggungan, kediaman sekarang dan taraf perkahwinan, umur, negeri tempat lahir, tempoh bermastautin di Selangor, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan tempoh pendaftaran. “PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik”, katanya.
BERI KESELESAAN
Selaras dengan wawasan PKNS “Membina komuniti, Memperkasa Kehidupan dan Merealisasi Impian”, agensi itu mengambil kira beberapa faktor utama sebelum melaksanakan satu-satu projek perumahan mampu milik. Faktor itu ialah pendapatan isi rumah, pelbagai keperluan sosial serta peringkat demografi atau kependudukan untuk menghasilkan kejiranan yang terancang, selesa dan dilengkapi kemudahan lengkap. Menurut Azlan, bagi memenuhi matlamat menyediakan satu keluarga satu kediaman, Kerajaan Negeri Selangor meluluskan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor pada 13 Nov 2013. “Pemaju seperti PKNS perlu mematuhi dasar ini dalam menyediakan perumahan mampu milik di Selangor. “Dasar ini turut menetapkan dengan jelas kawasan yang dikategorikan mengikut zon, komponen serta harga jualan”, jelas beliau.
PERANCANGAN PKNS
Dalam tempoh yang ditetapkan iaitu antara 2008 hingga 2031, PKNS menyasarkan pembinaan sebanyak 31,000 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor. Mengikut pecahannya, sebanyak 1,977 unit yang akan disiapkan pada 2008 hingga 2014 sementara 10,895 unit pada 2014-2020 dan bakinya 18,128 unit pada 2021-2031. PKNS juga dijangka memberi subsidi antara RM30,000-RM100,000 untuk setiap unit rumah mampu milik yang dibina. Secara keseluruhannya, ia membelanjakan antara RM1 bilion hingga RM3 bilion sebagai subsidi untuk rumah mampu milik itu. Ini memandangkan harga rumah yang ditawarkan lebih rendah daripada pasaran iaitu antara RM42,000 sehingga RM250,000 kerana menepati kos yang ditetapkan oleh dasar kerajaan negeri. Menurut Azlan, kos subsidi dijangka meningkat tahun hadapan apabila kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP). “Kos pembinaan kita akan naik sekitar empat peratus dan kita tidak boleh caj rumah kediaman. Sebagai pemaju kita kena tanggung”, jelasnya. Projek yang dirancangkan ini meliputi pusat pertumbuhan baru PKNS iaitu Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Kota Puteri, Taman Sains Selangor 2 (SSP2), Bernam Jaya dan sebahagian kawasan Gombak dan Seksyen U12 (Shah Alam). “Projek pembangunan dibuat berdasarkan konsep baru iaitu KASIH PKNS yang memberi penekanan kepada persekitaran lestari dan holistik untuk isi rumah. “KASIH PKNS adalah akronim yang membawa maksud Kehidupan Aman Selesa Indah (dan) Harmoni”, kata Azlan. Perumahan KASIH PKNS, katanya dilengkapi beberapa kemudahan awam seperti pusat tuisyen komuniti dan pusat jagaan kanak-kanak.
KOMPONEN RUMAH
Terdapat empat jenis rumah mampu milik mengikut ketetapan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor. Bagi pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000, mereka berpeluang membeli Rumah Selangorku jenis A berharga RM42,000 dengan keluasan kira-kira 65 meter persegi (700 kaki persegi). Untuk pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM6,000, rumah yang boleh dipohon Rumah Selangorku jenis B berharga RM100,000 dengan keluasan anggaran 69 meter persegi (740 kaki persegi). Kategori pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM6,000 ini juga boleh memohon Rumah Selangorku jenis C dengan keluasan antara kira-kira 74 meter persegi hingga 84 meter persegi (antara 800 kaki persegi dan 900 kaki persegi). Harga-harga rumah tersebut dalam lingkungan RM150,000, RM180,000 dan RM200,000. PKNS turut menawarkan Rumah Selangorku jenis D untuk pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM8,000 dengan keluasan anggaran 93 meter persegi (1,000 kaki persegi) dan 111 meter persegi (1,200 kaki persegi) pada harga antara RM220,000 hingga RM250,000.
SYARAT LAYAK
Untuk memastikan pengagihan adil rumah mampu milik ini, LPHS menetapkan beberapa syarat untuk mereka yang berminat untuk membelinya. Antaranya warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had yang ditetapkan bagi setiap kategori rumah dan pemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor. Menurut Azlan, mereka yang memiliki rumah kos rendah selama lima tahun ke atas boleh memohon rumah mampu milik PKNS sebagai rumah kedua. Bagaimanapun, katanya, ini tertakluk kepada syarat had kelayakan pendapatan pembelian rumah mampu milik. “Kami juga memberi kelonggaran kepada pemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga untuk memohon rumah mampu milik ini”, tambahnya. Beliau mengingatkan bahawa pembelian rumah mampu milik adalah untuk didiami dan bukan untuk disewakan serta pindah milik hanya dibenarkan selepas tempoh lima tahun.
ANTARA PROJEK RUMAH MAMPU MILIK
PKNS setakat ini melaksanakan beberapa projek rumah mampu milik. Projek di Bukit Botak yang kini dikenali sebagai Selayang Mutiara melibatkan pembinaan unit kediaman berkembar sebanyak 1,422 unit. Projek yang siap pada penghujung Disember 2012 ini khusus untuk menyelesaikan masalah setinggan Bukit Botak. Bagi menampung keperluan penduduk setinggan itu, PKNS membelanjakan sekitar RM80 juta subsidi untuk membolehkannya menjual unit rumah berkembar itu pada harga RM99,000 seunit. “Ada sejumlah unit untuk ditawarkan kepada orang awam dan permohonan perlu dibuat melalui LPHS. Tawaran akan hanya dibuat selepas kami menyelesaikan segala urusan dengan penduduk setinggan”, kata Azlan. Projek rumah mampu milik yang lain melibatkan pembinaan 124 unit pangsapuri enam tingkat di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dan siap sepenuhnya pada September 2014. PKNS menyediakan empat unit tingkat bawah untuk OKU dan warga emas untuk memudahkan pergerakan mereka. Antara kemudahan yang disediakan ialah surau, dewan komuniti, pusat tuisyen, tadika, bilik bacaan serta kawasan lapang untuk rekreasi. Pangsapuri ini juga dilengkapi dengan lif. Turut dalam perancangan PKNS ialah pembinaan sebanyak 5,328 unit townhouse di atas tapak seluas kira-kira 26 hektar di Seksyen 9, Kota Puteri berhampiran Ijok. Menurut Azlan, sebuah kawasan setinggan, Kampung Seri Temenggung berhampiran Seri Gombak akan turut dibangunkan dengan pembinaan pangsapuri. Harga pangsapuri dijangka dijual kepada penduduk setinggan pada harga RM65,000 berbanding harga pasaran RM150,000.
PEMAJU LESTARI
Dalam melaksanakan program pembangunan di Selangor, PKNS mengguna pakai konsep pembangunan yang lestari dan hijau. Menurut Azlan, bermula daripada awal penubuhan PKNS pada 1964 sehingga tahun ini, PKNS telah menanam di sekitar kawasan bandar dan perumahan sebanyak sejuta pokok. “Shah Alam adalah contoh terbaik dari segi pembangunan. Banyak kawasan hijau dan kami akan terus menjadi pemaju lestari”, katanya. Beliau berkata, dengan bank tanah sekitar 2,428 hektar, PKNS akan terus memberi fokus kepada aktiviti pembinaan rumah di lokasi yang pada masa ini kurang diberi tumpuan iaitu bahagian utara (Kuala Selangor) dan selatan (Semenyih) negeri Selangor. “Untuk sebarang pembangunan kita akan tengok dulu potensi lokasi dan kita tidak perlu bangunkan kawasan itu serentak. “Pada 1 Ogos lepas adalah sambutan ulang tahun ke-50 tahun PKNS dan kami berharap PKNS yang kini entiti RM5 bilion akan terus beroperasi untuk tempoh 50 tahun akan datang”, katanya. – BERNAMA

Ebola Mungkin Jadi Tema Popular Holloween di Amerika Syarikat
Ebola yang kini menjadi kegerunan masyarakat dunia telah membuahkan idea kepada sesetengah individu di Amerika Syarikat untuk mengenakan kostum yang berkait dengan penyakit tersebut.
Berdasarkan satu kajian, tema Holloween tahun ini menyaksikan sebahagian masyarakat yang meraikannya akan memilih untuk memakai kostum keselamatan bagi mengelak dari dijangkiti Ebola.
Memetik laporan Reuters, walaupun kostum seram seperti pontianak, hantu, juga kostum bidadari masih menjadi pilihan, namun idea pemakaian Holloween juga tercetus dari isu panas di media.
Menurut Tony Bianchi, pengurus New York Costumes di Manhattan, “Kostum perlulah meniru sesuatu subjek, namun, dunia kini semakin serius. Isu ini merupakan perkara yang menakutkan.”
Pengurus tersebut merujuk kepada kejadian seperti kematian Puteri Diana dalam kemalangan dan Monica Lewinsky yang mempunyai hubungan sulit dengan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton yang mendapat permintaan tinggi untuk kostum dari pelanggan.
Sekadar fakta, virus Ebola kini telah meragut 4000 nyawa di Afrika Selatan. – MYNEWSHUB
TOP
Mahkamah Kekalkan Pengharaman Buku, Tolak Saman Penulis
PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku “The March to Putrajaya – Malaysia’s New Era is at Hand” tulisan penganalisis politik Yong Thye Chong.
Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Yong, 75, yang juga dikenali dengan nama pena Kim Quek, dan penerbit buku setebal 361 muka surat itu, Oriengroup Sdn Bhd.
Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Julai, 2011, yang menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku itu dan rampasan 29 naskhah buku itu dari tiga kedai buku.
Hakim Abdul Wahab berkata mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, polis tidak dilarang merampas buku itu untuk penyiasatan.
Beliau berkata berikutan rampasan buku itu tidak dibuat mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, semakan kehakiman yang bergantung pada akta itu sebenarnya tidak timbul.
Dua lagi hakim bersidang dalam panel itu ialah Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk David Wong Dak Wah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zaini Fishir membacakan penghakiman Mahkamah Ryuan itu di mahkamah.
Yong diwakili peguam Aston Paiva manakala Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail mewakili responden Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, ASP Zul Azhar Mokhtar, ASP Mohd Fahmi Daraman Sah, Cif Insp Nahar Yamen dan kerajaan.
Aston memberitahu pemberita beliau akan memohon mendapatkan salinan penghakiman mahkamah itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil. – BERNAMA
TOP
Kelemahan Teknik Jaringan Punca Kekalahan Malaysia
INCHEON: Pemain bola keranjang Paralimpik negara, Hafizuddin Bahrin cuba mengawal kerusi rodanya semasa aksi perlawanan Malaysia menentang Iran sempena Kejohanan Sukan Para Asian di Samsan World Gymnasium di sini, hari ini. Malaysia tewas dengan jaringan 44-84. - Foto BERNAMA
INCHEON – Kelemahan teknik jaringan menjadi antara punca utama kekalahan pasukan bola keranjang berkerusi roda negara kepada Iran 44-84 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan B pada temasya Sukan Para Asia ke-11 di Gimnasium Samsan World di sini hari ini. Ketua jurulatih negara, Lim Ming Lip berkata beliau sudah mengenal pasti kelemahan tersebut dalam sesi latihan sebelum temasya paralimpik terbesar di rantau Asia ini bermula. “Memang kita sudah mengatasi kelemahan tersebut tetapi ia biasa…bila dalam perlawanan sebenar ada sedikit perasaan gemuruh sehingga semua jadi tidak kena. Lagi pun pasukan Iran memang satu pasukan yang kuat. “Kita kena bekerja keras untuk menang. Apa yang saya dapat lihat, kita bukan sahaja lemah dari segi jaringan tetapi dari segi hantaran bola dan juga pertahanan agak longgar,” katanya kepada Bernama. Pada suku pertama perlawanan, Malaysia ditundukkan Iran dengan 7-26 mata manakala pada saingan suku kedua, Malaysia cuba bangkit namun tidak berjaya apabila hanya berjaya mencatatkan 23-48 mata. Selepas rehat, Malaysia ternyata tidak dapat mengejar kepantasan Iran dalam menjaringkan bola apabila pasukan kebangsaan tewas 44-84. Lim berkata walaupun tewas pada perlawanan kedua, namun Malaysia masih lagi berpeluang cerah untuk berada dalam ranking kedua teratas peringkat kumpulan B bagi memperoleh jalan mudah ke saingan separuh akhir. Baginya, perlawanan dengan pasukan Iran memberikan lebih pengalaman dan pengajaran kepada pasukan negara untuk menentang pasukan Kuwait pada Ahad ini dan Thailand (Isnin). Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pada Khamis, Malaysia menundukkan Hong Kong 52-36. – BERNAMA

Polis Masih Buru Suspek Rompak Kedai Emas Di Tuaran
KOTA KINABALU – Pihak polis masih memburu suspek berhubung kes rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Pekan Tuaran semalam dan menafikan sebarang tangkapan telah dibuat.
Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Sabah, SAC Salehudin Abdul Rahman berkata belum terdapat sebarang tangkapan sementara siasatan masih giat dijalankan.
Dalam kejadian pukul 8.25 pagi itu, seorang lelaki berusia sekitar 30-an tercedera setelah cuba menghalang sekumpulan tiga lelaki bersenjata melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam rompakan tersebut.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan semalam berkata siasatan mendapati terdapat tiga lelaki yang memakai topeng, termasuk dua daripadanya menggunakan senjata disyaki pistol dan seorang lagi menggunakan senjata laras panjang dipercayai senapang patah serta kapak dan pisau. – BERNAMA
TOP
Anak Kecil Siapa? Ditemui Berkeliaran Dekat Hotel Gurney..
GAMBAR HIASAN
GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara satu hingga dua tahun ditemui berseorangan di Jalan Persiaran Gurney berhadapan Hotel Gurney di sini malam tadi. Kanak-kanak dengan ketinggian 0.87 meter itu yang memakai sepasang baju Melayu berwarna biru ditemui berkeliaran di kawasan itu oleh orang awam pada pukul 11 malam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis belum menerima aduan berhubung kehilangan kanak-kanak dalam tempoh lebih 12 jam selepas kanak-kanak itu dijumpai. “Kami juga gagal mendapatkan sebarang maklumat daripada kanak-kanak itu kerana dia tidak bercakap sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya. Kanak-kanak itu akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. Mior Faridalathrash meminta waris atau individu yang mengenali kanak-kanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Dicabar Yusry Sebab Lisa Surihani Berlakon Filem Seram
PELAKON kecil molek dan pengacara petah Lisa Surihani sebelum ini memang diketahui tidak suka menonton filem seram namun berjaya membawakan watak utama dalam filem seram terbarunya, Dendam Orang Mati.
Menurut Lisa, watak itu diambil kerana menyahut cabaran suaminya, Yusry yang memintanya keluar dari zon selesa dalam melakonkan watak baru.
Memetik laporan Roti Kaya, Lisa berkata, dia tidak pernah terfikir yang beliau satu hari akan membawakan watak utama dalam filem sebegitu.
“Sewaktu saya ke lokasi filem Ular, Yusry berkata pada saya kenapa tidak saya cuba cabar diri dan keluar dari zon selesa. Selepas itu saya pun memikirkan semula tentang tawaran itu dan saya beritahu Yusry yang saya kana terima tawaran itu tapi dengan satu syarat. “Pihak produksi perlu beri saya sesi bengkel lakonan. Allhamduillah, saya dapat mengikuti bengkel lakonan bersama Fauziah Nawi. Melalui kelas beliau, banyak membantu untuk saya menghidupkan watak Lena ini,” katanya pada sidang media tayangan perdana filem itu. Selain itu, Lisa turut dibantu di set dengan Jason yang bertanggungjawab mengawal perimeter pewatakkan Lena. “Tanpa dorongan kuat dari suami saya, tunjuk ajar ibu Fauziah, Jason dan seluruh tenagan produksi, saya tak mungkin dapat lakukannya,” ujarnya. Kata Lisa, dia juga mengakui tertekan dengan kerja dilakukan diakhir-akhir penggambaran yang melibatkan babak mencabar seperti letupan dan kebakaran selain tempoh bekerja lama sehingga 28 jam. “Saya mengalami sedikit tekanan mungkin sebab pembawakan emosi Lena. Tapi Yusry banyak memberi sokongan untuk melawan perasaan itu. Bayangkan kami jalani penggambaran sehingga 18, 23 hingga 28 jam lamanya. Balik rumah mandi kemudian datang set semula. Persekitaran set juga satu cabran buat kami. Set yang kotor dan seram,” tambahnya. Filem Dendam Orang Mati bakal berada di pawagam bermula 23 Oktober depan. :-MYNEWSHUB.CC

Sindiket Dadah Kantoi Gara-Gara Pos Barang Silap Alamat
BENARLAH kalau buat salah selama mana boleh disorok.
Dek kerana kecuaian yang kecil, di Houstan, polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah tempatan apabila kumpulan pengedar tersilap menulis alamat pada bungkusan barang terlarang itu. Sindiket itu menggunakan khidmat penghantaran FedEx bagi menghantar bungkusan mengandungi dadah jenis kokain, heroin dan methamphetamine. Hasil maklumat penerima bungkusan, pihak polis diketuai Syerif Adrian Garcia menyerbu kediaman suspek dan menemui pelbagai jenis dadah selain senjata api.
Syerif Adrian Garcia berkata, tiga suspek, Stephanie Adams, 30, Michael Taylor, 45, dan Leslie Peck, 32, ditahan dengan dadah dianggarkan bernilai AS$100,000 (RM328,000) hasil maklumat yang diberikan. “Antara dadah ditemui di rumah suspek termasuk ganja, kokain, morfin, LSD, kodein dan steroid. Polis turut menemui ubat untuk kanser yang dipercayai dicuri dari sebuah farmasi selain wang tunai dianggarkan berjumlah AS$6,700 (RM22,000),” katanya. Selain itu, pelbagai senjata api turut dirampas termasuk senapang patah, pistol dan sebuah AR-15 dilengkapi teleskop malam ala tentera AS. Menurut Garcia, ketika ditahan, Stephanie sedang mengambil dadah sementara anak perempuannya yang berusia lima tahun tidur di bilik lain. Mereka semua kini berdepan pelbagai tuduhan membabitkan dadah dan senjata api. - MYNEWSHUB.CC

Peranan JPP Tak Bertindih Dengan PBT, JKKK
PEKAN – Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan majlis PBT atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata penubuhan JPP yang berlandaskan undang-undang adalah kaedah terbaik dalam mengukuhkan interaksi antara penduduk dan kerajaan.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga merupakan satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.
“Soal pertindihan kuasa atau pengambilalihan peranan tidak timbul lebih-lebih lagi anggota (JPP) yang dipilih terdiri daripada kepimpinan
masyarakat di zon masing-masing dan syarat utama ialah anggota terbabit mesti bermastautin di kawasan itu.
“Di kampung, JKKK rapat dengan penduduknya dan selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah mereka. Konsep JPP sama seperti JKKK. Mereka yang dilantik akan menjadi wakil rakyat ‘kecil’ untuk membawa suara masyarakat bandar dalam isu-isu perbandaran dan mencadangkan sesuatu untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.
“Rakyat bukan marah kepada kerajaan tetapi marah dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan apabila soal kualiti perkhidmatan yang perlu dibuat oleh PBT, contohnya penyediaan kemudahan asas dan lain-lain,” katanya.
Halimah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pengerusi JPP dalam kawasan PBT negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Katanya segala aduan atau masalah yang disuarakan masyarakat bandar akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan menerusi MPP dengan pemantauan exco Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri masing-masing, semua JPP akan berbincang dengan Yang Dipertua PBT bagi mencari jalan penyelesaian.
Katanya JPP juga berperanan menjadi penggerak untuk menyatupadukan masyarakat dalam bandar dengan menjadi wakil kerajaan bagi menjelaskan mengenai dasar kerajaan, misalnya isu Cukai Barang dan Perkhidmatan yang hangat diperkatakan sekarang.
Beliau berkata sebanyak 2,286 anggota JPP telah dicadangkan di bawah 98 PBT di 11 negeri kecuali Sabah dan Sarawak, dan daripada jumlah itu 881 individu telah dilantik manakala selebihnya dalam proses untuk lantikan.
Sebanyak 231 anggota JPP di Pahang dilantik bagi melaksanakan tanggungjawab berkenaan. – BERNAMA
TOP
GMM Ucap Tahniah Kepada Datuk Seri Najib
KUALA LUMPUR – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) mengalu-alukan pemilihan Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk penggal 2015-2016.
Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, GMM mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman yang telah bertungkus-lumus mengecapi kejayaan tersebut.
“GMM percaya bahawa pemilihan ini merupakan satu penghormatan kepada Malaysia di PBB dan ia menyediakan satu platform penting bagi Malaysia mempromosikan kesederhanaan bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.
“GMM berharap agar kerjasama yang erat dengan kerajaan Malaysia dapat dilaksanakan untuk membangun, memperkukuh dan mengembangkan peranannya dalam membentuk, menyokong dan mengekalkan keamanan dan kestabilan global,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Najib hari ini melahirkan kesyukuran dengan pemilihan Malaysia sebagai anggota tidak tetap UNSC dan akan memperkembangkan agenda kesederhanaan atau wasatiyah ke peringkat global.
Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat semalam. – mynewshub.cc
TOP
Tiada Jangkitan Ebola Di Malaysia Setakat Ini – Dr S Subramaniam
Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia masih selamat dan tiada jangkitan penyakit bawaan virus Ebola dikesan sehingga hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sehingga 15 Oktober lalu, terdapat sembilan kes disiasat untuk Ebola telah dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Kebangsaan (CPRC) yang berkemungkinan dijangkiti. “Ujian pengesanan ke atas sampel klinikal pesakit yang telah dijalankan mendapati kesemua kes berkenaan adalah negatif Ebola,” katanya dalam sesi taklimat kepada media berkenaan Ebola di Putrajaya hari ini. Selain itu, beliau berkata sebanyak tiga buah hospital telah ditetapkan sebagai pusat untuk merawat pesakit jika mereka disahkan telah terkena jangkitan virus Ebola di negara ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata tiga buah hospital berkenaan ialah Hospital Sungai Buloh untuk rawatan di Semenanjung Malaysia, Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah dan Hospital Umum di Kuching, Sarawak.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengenalpasti 21 buah hospital dari seluruh negara untuk menerima rujukan kes disyaki Ebola untuk tujuan pengurusan awal dan pengesahan jangkitan. Bagi tujuan pemantauan, Subramaniam berkata aktiviti saringan kesihatan di pintu masuk ke Malaysia juga telah diperkukuhkan untuk memastikan warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara terlibat menjalani saringan sebaik tiba dengan pesawat. “Kita menjalankan aktiviti saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dan lapangan terbang antarabangsa lain di Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Johor Bahru untuk memantau suhu badan pelawat. “Jika ada pelawat yang dikesan suhu badan mereka tinggi, mereka akan diasingkan untuk pemeriksaan selanjutnya,” kata Subramaniam. Pihak Jabatan Imigresen juga akan bertanyakan soalan kepada pelawat yang tiba di Malaysia adakah mereka pernah pergi ke negara-negara terlibat iaitu Guniea, Liberia dan Sierra Leone. “Jika mereka pernah berada di negara-negara terlibat, pelawat itu akan diminta berada di sebuah kawasan kuarantin yang terletak di dalam lapangan terbang dan mereka akan disiasat adakah mereka telah bersentuh dengan pesakit Ebola. “Jika tiada sebarang perhubungan, individu berkenaan akan dibenarkan untuk pergi, bagaimanapun jika ada mereka akan diletakkan di bawah pengawasan kuarantin selama 21 hari. Jika tiada jangkitan mereka akan dibenarkan pergi,” katanya. Bagi mereka yang sudah bersentuh dengan pesakit Ebola dan menunjukkan gejala penyakit berkenaan, mereka akan dihantar terus ke hospital berdekatan daripada senarai 21 hospital untuk menjalani pemeriksaan ujian Ebola. Secara keseluruhan di seluruh dunia, sebanyak 8,400 kes dilaporkan di seluruh dunia dengan melibatkan 4,033 kematian. Di Guinea, sebanyak 73 kes dilaporkan dengan 38 kematian, Liberia 188 kes dengan 94 kematian, Sierra Leone 129 kes dengan 95 kematian. - MYNEWSHUB

Gempar! Mayat Lelaki Ditemui Sudah Dimakan Biawak
Mayat seorang lelaki mengemparkan penduduk Taman Pantai Damai, Manjung, Perak petang semalam apabila ditemui tertiarap di kawasan belukar dalam keadaan menyedihkan.
Mayat tersebut sudah dikerumuni ulat dan lebih malang terdapat tanda dimakan biawak.
Memetik petikan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam, luka dan tulang yang patah.
Mayat ditemui orang awam kira-kira pukul 2.20 petang semalam.
“Daging beberapa bahagian badan mangsa dipercayai dimakan binatang dan mayat mungkin sudah empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui,” ujar Tengku Mohd Zailan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Pemecatan 3 Anggota UMNO Maran Perlu Dijadikan Iktibar
MARAN – Tindakan Lembaga Displin Umno memecat tiga anggota Umno Bahagian Maran baru-baru ini perlu dijadikan iktibar kepada anggota lain bahawa parti tidak akan melindungi mereka yang tidak jujur dalam perjuangan.
Ketua Umno Bahagian Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pemecatan itu wajar dijadikan peringatan bahawa parti mempunyai maruah dan tidak akan membiarkan anggota yang bersifat ‘talam dua muka’ memburukkan parti.
“Umno sebuah parti keramat Orang Melayu tidak mahu ada kalangan ahlinya yang belot dan tidak jujur, mereka dalam masa sama menyokong Umno tetapi mereka juga memburukkan parti dan menyokong pembangkang,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau diminta mengulas pemecatan tiga anggota Umno bahagian itu pada 14 Okt lepas iaitu Mohd Zamri Mohd Sham kerana kesalahan berceramah dan memburukkan parti di pentas pembangkang, manakala dua lagi Mohd Khairi Dahalan dan Ahmad Shukor Awang kerana mempunyai keanggotaan dalam dua parti iaitu Umno dan Parti Keadilan Rakyat.
Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sebagai anggota parti sepatutnya mereka memberikan komitmen dan bekerjasama bagi menguatkan parti terutamanya menghadapi pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mereka membelot kepada pembangkang.
Sehubungan itu beliau menggesa pemimpin dan anggota di setiap cawangan bahagian Maran supaya menguatkan iltizam untuk memastikan Umno bahagian itu akan terus unggul sekaligus dan mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya lagi, pemimpin bertukar ganti, tetapi Barisan Nasional kekal bagi membela nasib rakyat, agama, bangsa dan tanah air sebagaimana yang terbukti sehingga berjaya membangunkan negara hingga kini. – BERNAMA
TOP
Rico Rinaldi Dibidas Kerana Bergambar Dengan Anak Anjing
Bakat Rico Rinaldi dalam bidang fesyen sememangnya tidak dapat dinafi kerana sering menghasilkan rekaan fesyen yang menjadi pilihan para selebriti.
Namun namanya sedikit sebanyak terpalit kontroversi apabila sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram menjadi hangat.
Gambar itu menunjukkan Rico bersama anak anjing dan semakin ribut diperkatakan apabila difahamkan ianya milik penyanyi Atilia.
Hah tetapi anda jangan salah faham ye! Sebenarnya anak anjing itu hanyalah patung semata-mata dan merupakan hiasan dalam kediaman penyanyi itu. Memetik portal murai.com.my, Rinaldi sama sekali tidak menyangka ramai beranggapan itu adalah anak anjing sebenar dan telah meninggalkan pelbagai komen di dalam akaun Instagram miliknya. Sebagai seorang Muslim dia menyatakan dia akur dengan perkara halal dan haram termasuk soal memegang atau memiliki anjing. “Kerana terlalu geramkan patung anak anjing itu, jadi saya telah memuat naik gambarnya. Itupun selepas mendapat keizinan daripada Atilia Haron,” ujar Rico Rinaldi menjelaskan keadaan sebenar.
Rico Rinaldi memberitahu dia memuat naik gambar tersebut tanpa apa-apa niat buruk dan memohon maaf selain berazam akan lebih berhati-hati selepas ini untuk menjaga sensitiviti. - MYNEWSHUB.CC

Jenama Beras Yang Boleh Buat Pelanggan Lelaki Stim?
Gara-gara ‘packaging’ satu jenama beras mengunakan gambar anak dara Melayu manis berbaju kurung, seorang pengguna menegurnya sebagai strategi pemasaran yang bijak di Twitter.
Sudah pasti, otak pengguna (terutama lelaki nakal) apabila melihat tagline beras berjenama Dara Kampung ini iaitu ‘Suci, Segar dan Menyelerakan’ akan mengaitkannya dengan awek yang duduk bersimpuh kat kampit beras tu kan.
Maklumlah, selama ini biasa nampak wajah petani atau Dato’ Jalaludin Hassan saja di kampit beras…
Sampaikan, seorang lelaki yang memuat naik gambar beras ini di laman sosialnya menulis kapsyen agak lucah di bawah bagi menggambarkan perasaannya bila melihat kampit beras tersebut: abahkaulasiaks_01Jenama Beras Yang Boleh Buat Pelanggan Lelaki Stim.. Hahaha.. tergelak pulak kami yang membaca! Mesti ramai bapak-bapak yang tak sabar nak pergi cari beras Dara Kampung lepas ni kan? - MYNEWSHUB.CC

Penceraian Nur Liyana – Romie Ditangguh, Suami Gagal Dikesan
PERBICARAAN penceraian Nur Liyana Abdul Manan dan suaminya Romie Razin Adilha Abd Jais ditangguhkan kepada 4 Disember depan apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh untuk pihak plaintif, Nur Liyana Abdul Manan menghantar laporan penyampaian secara ganti.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Syarie Azmi Aziz setelah defendan, Romie, 34, gagal hadir ke mahkamah pada sebutan kali pertama, semalam, memetik laporan Sinar Harian.
Berikutan itu peguam, Siti Nur Aira Mat Joha yang mewakili Nur Liyana, 29 memohon tarikh baru untuk laporan penyampaian secara ganti atau tampalan.
Menurutnya, notis saman itu gagal diserahkan kepada defendan meskipun telah membuat serahan sebanyak tiga kali. Serahan pertama dibuat pada 27 September lalu, diikuti pada 8 dan 10 Oktober namun Romie tidak berada di lokasi penyerahan. “Kami telah cuba membuat serahan notis tersebut pada 27 September lalu jam 4.30 petang di rumah ibunya yang terletak di Taman Sri Andalas, Klang. Selain itu pada 8 dan 10 Oktober lalu, notis tersebut turut gagal diserahkan di pejabat defendan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor,” katanya. Nur Liyana yang sebelum ini memohon pencerain secara fasakh kemudian menarik balik berikutan Romie ingin bercerai secara baik. Susulan itu, Nur Liyana memfailkan penceraian secara talak pada 15 September lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Rumah tangga Nur Liyana yang juga seorang ahli perniagaan menjadi tumpuan ramai selepas suaminya didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon muda, Hanez Suraya.
Sepanjang perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Bagaimanapun, baru-baru ini, Hanez Suraya memutuskan hubungannya dengan Romie kerana tidak mahu dibabitkan lagi dengan kemelut rumah tangga pasangan itu :-MYNEWSHUB.CC

Penyampai Era, Ira Mohd Amin Buka Tudung Dikecam Peminat
PENYAMPAI radio ERA fm, Ira Mohd Amin yang memulakan langkah baru dalam hidup dengan berhijab Ramadhan lalu mengejutkan peminatnya apabila bergambar tanpa tudung bersama teman baiknya, Nana Mahzan.
Memetik laporan portal Murai Batu, akibatnya dia menerima kecaman peminat kerana tidak istiqomah dalam menutup aurat.
Berikut merupakan foto yang dimuatnaik Nana:
Menurut Murai Batu, tidak diketahui sama ada ianya dimuat naik atas persetujuan Ira atau tidak tapi ditegur oleh ramai peminat dari pengikut di laman Instagram milik Nana Mahzan.
Kebanyakan peminat tidak bersetuju dengan sikap Ira yang sengaja tidak bertudung apabila keluar sedangkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sebelum ini.
Berikut merupakan komen-komen peminat berkenaan:
Sebelum ini, Ira pernah mengeluarkan kenyataan yang “bertudung adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk setiap wanita Islam. Saya cuma rasakan kini sudah tiba masanya untuk saya berhijrah.” Namun dia juga berkata yang dia “berubah dan berhijrah bukan untuk menjadi seorang ustazah atau orang alim, saya cuba untuk menjadi seorang wanita Islam yang baik dari sekarang. Saya masih Ira Mohd Amin yang anda kenali.” Tak mengapalah Ira, memang berhijrah memerlukan pengorbanan dan istiqomah. Insya Allah, semoga lepas ini Ira lebih cekal menghadapi dugaan penghijrahannya. :-MYNEWSHUB.CC

Grand Saga Edar 1,500 Touch N’ Go Percuma
KUALA LUMPUR – Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) akan mengedarkan sebanyak 1,500 keping kad Touch N’ Go bernilai RM10,500 secara percuma sempena sambutan Deepavali ini.
Syarikat Konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang itu dalam satu kenyataan memberitahu, pemberian itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat Grand Saga.
“Ia bersempena sambutan perayaan-perayaan utama. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembayaran tol secara elektronik dan juga mengurangkan kesesakan di plaza tol,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, harga pasaran kad Touch N’ Go itu RM10 seunit dan mempunyai tambah nilai sebanyak RM2 dan akan diedarkan di plaza tol pada 21 Oktober 2014 sehingga stok habis. – mynewshub.cc
TOP
Jangan Sertai Militan Untuk Berjihad
KOTA BHARU – Masyarakat Islam di negara ini tidak perlu melibatkan diri dengan kegiatan militan atas alasan berjihad kerana mereka mempunyai banyak ruang untuk berjihad dari aspek pendidikan dan ekonomi di Malaysia, kata Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata kegiatan merekrut rakyat negara ini menyertai kumpulan militan untuk berjuang di Syria tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam.
“Kita tidak tahu matlamat sebenar kumpulan ini dan kita perlu berhati-hati dengan perkataan atau kalimah yang digunakan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Buku Khalifah: Kita Pilihan ALLAH di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata golongan ibu bapa perlu memantau pergerakan anak masing-masing yang menuntut di rantau Asia Barat bagi memastikan mereka tidak menyertai kumpulan militan.
“Ibu bapa mesti tanya khabar anak di luar negara dan perlu mengetahui bidang apa yang mereka pelajari dan siapa kawan mereka. Ini semua perlu ditanya kerana bimbang anak-anak mereka akan terpengaruh,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti individu yang menjadi penggerak utama dalam merekrut rakyat tempatan menyertai kumpulan militan di Syria.
Sebanyak 14 individu ditahan termasuk tiga orang kerana disyaki penggerak utama yang bertanggunjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan Negara Islam (IS).
Setakat ini, 37 orang telah ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kumpulan militan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata PAS menghormati tindakan bekas Anggota Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Tun Ghafar yang mengisytiharkan diri keluar daripada parti berkenaan.
“Sebagai sebuah negara demokrasi tidak boleh kata apa-apa, mungkin dia ada tujuan dia keluar. Kita dengan rela hati dan tidak ada masalah cuma kena berlapang dada,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tengku Abdullah Umum Tanding Exco FIFA Bagi Penggal 2015-2018
KUALA LUMPUR: Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan menawar diri untuk bertanding dalam jawatan Exco FIFA pada pemilihan 2015 pada sidang media khas di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018. Baginda bakal bertanding bersama lima calon lain bagi merebut tiga kerusi yang diperuntukkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Tengku Abdullah bertitah keputusan untuk bertanding dibuat selepas menerima sokongan padu daripada anggota exco FAM serta ahli gabungan AFC dan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF). Menerusi kempen di bawah moto ’1Asia 1Suara’, Tengku Abdullah, yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia bola sepak, berharap untuk menyatukan benua Asia supaya muncul sebagai kuasa besar dunia pada masa depan. “Saya berhasrat untuk berkhidmat kepada Asia sebagai pemain pasukan di peringkat global, pada masa sama bekerja dengan Presiden FIFA, Datuk Joseph Sepp Blatter dan Presiden AFC Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa untuk membawa benua Asia ke tahap yang sepatutnya iaitu kuasa besar dunia dalam bola sepak. “Saya bangga untuk menyatakan bahawa saya telah mendapat restu mereka untuk bertanding. Malah, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi sokongan penuh bahawa saya akan menjadi salah satu calon yang menang,” titah baginda kepada pemberita semasa pengumuman khas mengenai perkara itu di sini. Tengku Abdullah bertitah sekiranya dipilih, baginda berharap untuk mendapatkan lebih banyak slot untuk Asia dalam pusingan final Piala Dunia, sambil menambah negara-negara Asia perlu diberikan peranan yang lebih penting dalam badan pentadbir bola sepak dunia. “Kita adalah benua terbesar. Kita harus mula memainkan peranan. Sebagai anggota exco FIFA akan datang, saya percaya kita (negara-negara Asia) perlu diberi lebih banyak tempat pada pusingan final Piala Dunia berbanding empat slot ketika ini. “Selain itu, saya juga percaya tempat kita dalam FIFA itu sendiri perlu ditambah,” titah baginda, yang juga Tengku Mahkota Pahang. Mengenai lima lain calon lain, baginda, yang juga naib presiden AFC, bertitah, pencabarnya masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri tetapi baginda percaya hubungan baik dengan ahli gabungan FIFA bakal menjadi kunci kejayaan seseorang calon itu. Adalah difahamkan lima calon lain adalah daripada Thailand, Jordan, Jepun, Korea Selatan dan Qatar. Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah bertitah walaupun menerajui Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Persekutuan Hoki Asia (AHF) tetapi ia bukan penghalang untuk berkhidmat dalam mana-mana persatuan sukan selagi mampu menguruskan masa dengan bijak. “Seperti saya katakan sebelum ini, saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden MHC pada pemilihan akan datang. Saya hanya mahu sukan itu berada dalam keadaan stabil. Biar orang lain mengambil alih jawatan itu. Saya akan hanya memantau dari perspektif yang berbeza,” titahnya. Pemilihan tiga calon dari benua Asia bagi jawatan exco FIFA akan diputuskan pada Kongres AFC yang dijadual diadakan di sini pada April atau Mei tahun lepas. – BERNAMA

VIDEO : Tangisan Jururawat Yang Kini Pesakit Ebola, Nina Pham
Video ini amat menyentuh hati.
Ia tentang seorang pesakit ebola yang dirakamkan berkata sesuatu dari wad rawatannya di Hospital Texas Health Presbyterian, Dallas, Amerika Syarikat. Rakaman pendek ini dimuatnaik ke laman perkongsian video YouTube pada hari ini dari bilik pesakit berkenaan, Nina Pham. Nina merupakan seorang jururawat yang sebelum ini secara sukarela menyertai pasukan perubatan untuk merawat pesakit ebola pertama di Amerika iaitu Thomas Eric Duncan yang meninggal dunia pada 10 Oktober lepas. Dalam rakaman itu, Nina dilihat berada di atas katil sementara di sebelahnya berdiri seorang wanita yang lengkap memakai baju perlindungan untuk mengelak daripada terkena jangkitan penyakit berbahaya yang dihidapinya.
Lelaki yang merakam video ini adalah doktor yang merawat Nina, Dr Gary Weinstein. “Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada pasukan sukarela untuk membantu merawat pesakit pertama kita,” katanya kepada Nina sebelum doktor itu dilihat seperti mahu menangis. “Jangan menangis, saya sayang kamu semua,” kata Nina. Rakaman dibuat sebelum Nina dipindahkan dari Texas ke National Institutes Of Health di Bethesda, Maryland. “Marilah ke Maryland, kita berparti di sana,” kata Nina sebelum dia juga menangis. Video yang dikongsikan di YouTube oleh sebuah organisasi yang menguruskan hospital berkenaan, Texas Health Resources ini dikongsikan atas permintaan Nina sendiri. - MYNEWSHUB

VIDEO : Keselamatan Petugas Juga Diutama, Elak Jangkitan Ebola
Selain memastikan negara bebas daripada jangkitan penyakit maut bawaan virus, Ebola yang kini meragut ribuan nyawa khususnya di benua Afrika, Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengutamakan keselamatan kakitangannya dari dijangkiti virus berkenaan.
Dalam taklimat media oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam petang tadi, beliau memaklumkan jika ada pesakit disahkan dijangkiti Ebola tiga buah hospital telah ditetapkan untuk menjalankan prosedur rawatan ke atas pesakit berkenaan.
Hospital itu ialah Hospital Sungai Buloh di Semenanjung Malaysia, Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah dan Hospital Umum Kuching di Sarawak.
Selain itu, 21 buah hospital di seluruh negara sudah dikenalpasti untuk digunakan sebagai lokasi melakukan ujian pengesahan Ebola sebelum dipindahkan ke tiga hospital berkenaan.
Semua kakitangan hospital berkaitan sudah pun bersiap sedia dengan kelengkapan khas bagi melindungi diri mereka sendiri daripada dijangkiti Ebola yang boleh berjangkit dengan hanya melalui sentuhan.
“Buat masa ini, sebanyak enam sesi latihan simulasi berkaitan pengendalian kes Ebola di lapangan telah diadakan di pelbagai peringkat KKM untuk menilai dan memperkukuhkan status kesiapsiagaan serta respons bagi menghadapi potensi penularan Ebola di Malaysia.
“Selain dari itu, Malaysia turut terlibat dalam latihan simulasi Ebola yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” kata Subramaniam dalam sesi taklimat media di Putrajaya hari ini.
Pada sesi taklimat itu, pihak KKM turut mengadakan demonstrasi menunjukkan bagaimana petugas perubatan menguruskan kelengkapan perlindungan diri mereka dan ia memang satu proses yang rumit dan begitu teliti.
Demonstrasi pertama melibatkan pakaian perlindungan jika mengendalikan kes disyaki Ebola dan demonstrasi kedua jika mengendalikan pesakit positif Ebola. Para petugas perlu melakukan tugas menanggalkan pakaian berkenaan secara berhati-hati supaya diri mereka tidak terdedah kepada jangkitan virus maut itu. Setiap pergerakan menanggalkan pakaian perlindungan diri itu akan diperhatikan dengan teliti oleh petugas khas untuk memerhatikan jika petugas berkenaan melanggar protokol keselamatan bagi mengelakkan jangkitan. Jika terdapat prosedur yang tidak diikuti dan dilanggar, maka petugas itu akan segera diletakkan ke tempat kuarantin untuk pemeriksaan lanjut. Daripada 4,033 kematian akibat Ebola, sebanyak 202 kematian melibatkan petugas perubatan yang mengendalikan kes penyakit berkenaan. Ebola kini menyerang tiga buah negara di barat Afrika iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone. – MYNEWSHUB

Polis Cari 4 Wanita Yang Dirakam Berjemur Tanpa Coli Di PD
PORT DICKSON – Empat wanita dipercayai pelancong asing yang didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan.
Jurucakap polis berkata, satu laporan mengenai perkara itu diterima pada 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: 4 Wanita Selamba Berjemur Tanpa Coli Di Pantai Saujana Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Khoo Leng Huat mengesahkan terdapat laporan tentang perkara itu yang berlaku kira-kira 2 petang semasa cuaca panas terik. Gelagat mereka disedari seorang pengunjung dan merakamkannya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat, berkata pihaknya turut memandang serius perkara itu. “Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Lelaki Maut Disambar Petir Ketika Joging Di Tasik Titiwangsa
Seorang lelaki meninggal dunia petang tadi selepas dipanah petir di Taman Tasik Titiwangsa ketika sedang berjoging.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Supritendan Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berusia 52 tahun itu yang tinggal di Jalan Semarak dikatakan biasa beriadah di taman berkenaan setiap hari.
Mangsa dikatakan tetap berjoging biarpun hujan turun di kawasan itu petang tadi. “Pada pukul 6.30 petang, sebatang pokok kelapa disambar petir termasuk mangsa, dia mati di tempat kejadian,” kata Asmadi, memetik laporan laman web The Star Online. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani proses bedah siasat. Malaysia merekodkan bilangan kes kedua tertinggi di dunia berkenaan ribut petir, menurut Institut Keselamatan Petir Kebangsaan Amerika Syarikat (NSLI) dalam laporan pada 2010. Pengerusi NSLI Richard Kithil Jr berkata Malaysia mencatatkan rekod hampir sekali ganda jumlah kes petir di Amerika Syarikat iaitu di Florida. Di sana, purata petir berlaku direkodkan kira-kira 90 kes sehari. – MYNEWSHUB

AS Nak Campur Tangan Isu Akta Hasutan?
KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) didakwa mengiktiraf perarakan aman yang dianjurkan oleh Majlis Peguam ke Parlimen semalam bagi membantah Akta Hasutan 1948.
Kedutaan AS di Malaysia dalam satu kenyataan mendakwa, kerajaan AS mengambil perhatian terhadap penggunaan Akta Hasutan 1948 oleh kerajaan Malaysia selama ini.
Sehubungan itu, kerajaan AS menyambut baik pengumuman kerajaan Malaysia pada 2012 untuk meminda akta berkenaan.
“Kami menggesa kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang secara adil dan telus untuk menggalakkan keyakinan dalam demokrasi, badan kehakiman, dan ekonomi Malaysia.
“Pegawai AS telah menimbulkan kebimbangan tentang kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia dengan kerajaan Malaysia dan akan terus berbuat demikian,” dakwa kenyataan itu.
Media pada 16 Oktober lalu melaporkan tindakan kira-kira 1,000 peguam termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis menyertai perhimpunan itu cuma mencemarkan imej peguam negara ini.
Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin turut menegaskan, perhimpunan ‘Berjalan untuk Keamanan dan Kebebasan’ itu dilakukan tanpa mendapat persetujuan menyeluruh daripada badan-badan peguam. – mynewshub.cc
TOP
Awas Individu Menyamar Pegawai LHDN Tawar Khidmat BR1M!
KUALA LUMPUR – Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menawarkan langganan insurans Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
LHDN dalam satu kenyataan media memberitahu, sebarang tawaran seperti itu kepada orang ramai adalah palsu dan bukan dibuat oleh pegawai LHDN.
Sehubungan itu, LHDN meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menyamar sebagai pegawai LHDN bagi menawarkan perkhidmatan itu.
“LHDN telah menerima pertanyaan daripada pemohon dan penerima BR1M yang mendakwa dihubungi secara emel atau SMS berkaitan BR1M daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDNM (BR1M) yang menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M.
“LHDN mengesahkan bahawa pihak kami tidak mengeluarkan apa-apa emel atau pesanan ringkas melalui pegawai LHDN secara individu kepada pemohon atau penerima BR1M,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, LHDN menasihatkan semua penerima emel dan sms palsu tersebut agar menghapuskannya dan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung didalamnya.
Orang ramai diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau melayari laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ untuk keterangan mengenai BR1M. - mynewshub.cc
TOP
Jamal Abdillah Mimpi Arwah Bapa Ketika Tunai Ibadah Haji
Akhirnya impian Raja Pop untuk mengerjakan ibadah haji terlaksana pada usianya mencecah 55 tahun.
Datuk Haji Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali berangkat ke Tanah Suci pada 26 September dan selamat kembali ke tanah air, rabu lalu.
Pastinya terpilih menjadi tetamu Allah SWT adalah pengalaman terindah yang sukar untuk diluah melalui kata-kata bagi umat islam.
Memetik petikan Harian Metro Jamal berkata, dia sangat bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadat itu.
“Alhamdulillah, saya dianugerahkan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci. Seperti jemaah lain, saya cuma batuk dan selesema ringan kerana perubahan cuaca di sana,” kata Jamal.
“Saya juga sempat buat ibadah korban dengan menyembelih dua ekor kambing untuk arwah ibu bapa dan diri sendiri. Antara doa saya ketika di sana agar dianugerahkan kesihatan yang baik untuk meneruskan karier seni, berjaya dalam perniagaan, doa untuk anak supaya mereka menjadi insan soleh, berjaya di dunia dan akhirat,” ujar Jamal.
Jamal turut berkongsi pengalaman bermimpi melihat arwah bapanya. “Saya bermimpi bertemu dengan arwah bapa sebanyak tiga kali. “Kali pertama sebelum berangkat ke Tanah Suci dan lagi dua kali ketika mengerjakan ibadah haji di sana. “Dalam mimpi itu, saya lihat arwah bapa tersenyum dengan wajah ceria,” katanya.
Menurut Jamal lagi, dia akan tetap menjadi penyanyi kerana itu adalah sumber rezekinya dan pada masa sama turut berusaha untuk menjadi umat islam yang lebih baik. - MYNEWSHUB.CC

Bagaimanakah Perasaan Tinggal Di Rumah Berharga USD 95 Juta?
BAGAIMANAKAH perasaannya tinggal di kediaman berharga USD95 juta?
Di New York, sebuah bangunan pencakar langit menempatkan penthouse yang bernilai antara USD16.95 juta sehingga USD82.5 juta.
Bangunan setinggi 1,396 kaki ini menempatkan 104 unit kondominium mewah dengan keluasan 30,000 kaki persegi, menjadikan ia bangunan kediaman tertinggi di Western Hemisphere.
Kondominium ini direka oleh Rafael Vinoly dan mengambil masa tiga tahun untuk dibina.
Terletak di tengah-tengah Manhattan, unit paling tinggi menawarkan pemandangan seluruh bandaraya New York, dari Hudson ke East River, Bronx ke Brooklyn dan Central Park ke Lautan Atlantik.
Bangunan ini juga mempunyai restoran mewah dengan teres pemandangan luar, kolam renang dan spa, bilik pemeriksaan, kawasan persembahan, tempat permainan kanak-kanak serta bilik lembaga pengarah.
Kondominium pencakar langit ini akan mula diduduki tahun depan.
Jadi, jika anda merancang untuk tinggal di New York dan mempunyai akaun bank yang kukuh, jangan lepaskan peluang memiliki sebuah unit mewah ini!
- MYNEWSHUB.CC

BERITA BAIK!!!
ReplyDeleteNama saya Kezia Arjuna, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu kepada anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah Idle orang, kerana mereka akan meminta pembayaran yuran lesen dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan Syarikat Pinjaman yang palsu.
Beberapa bulan yang lalu saya terkejut dari segi kewangan dan terdesak, saya tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehingga Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat handal bernama Puan Kathleen, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp. 900,000,000 (900 juta) dalam masa kurang daripada 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%.
Saya sangat terkejut apabila saya memeriksa baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya gunakan telah dihantar terus ke akaun bank saya tanpa berlengah-lengah.
Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, jadi orang boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi ibu yang baik melalui e-mel sebenar: kathleenloancompany1@gmail.com dan WhatsApp Only: {+12093480782}. Dengan rahmat Tuhan, dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda mematuhi perintahnya.
Anda juga boleh menghubungi saya di email saya: keziaarjuna@gmail.com dan Bulan yang memperkenalkan dan memberitahu saya mengenai Puan Kathleen, dia juga mendapat pinjaman baru dari Cik Kathleen. Sekarang apa yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi bayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.
Satu perkataan cukup untuk orang bijak.