TOP
APMM Kelantan Gagalkan Pencerobohan Nelayan Vietnam
PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menggagalkan cubaan sebuah bot nelayan Vietnam yang cuba menangkap ikan secara haram di perairan negara apabila menahan seorang tekong dan 10 awak-awak kira-kira 95 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, semalam.
Lt Komander Maritimnya, Noor Hafizi Mohd Rafik, berkata kegiatan mereka dikesan oleh kapal Maritim Jujur dalam operasi 24 jam berhampiran sebuah pelantar minyak pada pukul 7.30 petang dan ditunda ke Pelabuhan APMM Tok Bali, pagi ini.
“Anggota APMM menahan mereka selepas mengejar setengah jam semasa cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran kapal Maritim,” katanya kepada pemberita di Pejabat APMM Tok Bali di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas satu tan ikan tuna berserta peralatan menangkap ikan selain bot yang kesemuanya bernilai RM300,000.
Noor Hafizi berkata, kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 40 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Perikanan 1985 yang jika sabit kesalahan bot akan dirampas dan tekong akan didenda tidak lebih RM1 juta manakala awak-awak didenda tidak lebih RM500,000.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, pihaknya membuat pelbagai tangkapan dan mengenakan denda atas pelbagai kesalahan berjumlah lebih RM7.4 juta. – BERNAMA
TOP
Malaysia Sedia Perkhidmatan Kelas Dunia – KSN
PUTRAJAYA – Sistem penyampaian perkhidmatan awam Malaysia meningkat dengan ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini seiring dengan usahanya menyediakan perkhidmatan awam bertaraf dunia, menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat mengikut jangkaan dan permintaan mereka yang semakin meningkat.
Meskipun begitu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan mengakui bahawa masih terdapat banyak cabaran dan ruang untuk penambahbaikan dilakukan.
“Sebagai contoh, untuk merapatkan jurang antara aspirasi dasar dan penyampaian perkhidmatan, kami telah meningkatkan pembabitan secara lebih menyeluruh dengan pelbagai pemegang kepentingan, termasuk tenaga kerja dalam perkhidmatan awam.
“Model baharu kerjasama dan perkongsian strategik sedang dibentuk dan zaman (yang menyatakan) ‘kerajaan lebih tahu’ sudah semakin berlalu dan menjadi sejarah,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, sempena persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014, yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir Selasa lepas.
Bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’, persidangan yang dinajurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanwel dihadiri kira-kira 1,500 peserta dari 53 negara.
Bersempena dengan persidangan itu, satu Forum Media Komanwel yang julung kali diadakan dan dihoskan bersama oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama.
Ali juga berkata media sosial semakin banyak digunakan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan dan penglibatan lebih meluas daripada komuniti pemegang kepentingan, dan pada waktu yang sama, untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat.
“Kita perlu mempunyai penjawat awam yang cekap, mempunyai kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk melaksanakan dasar yang ditetapkan kerajaan.
“Ini bererti kita perlu melabur dalam pembangunan modal insan, melabur dalam pembinaan kemahiran, yang bukan sahaja relevan untuk hari ini, tetapi juga kemahiran baharu yang sedang muncul untuk membolehkan perkhidmatan awam meningkatkan prestasinya, bukan sekadar melaksanakan proses melangkaui proses tradisional,” katanya.
Ali berkata merekayasa organisasi awam juga merupakan suatu keperluan kerana organisasi ini perlu menjadi lebih tangkas dan responsif terhadap keperluan perubahan.
“ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) juga akan terus digunakan dan dimanfaatkan untuk mengurangkan lapisan birokrasi yang begitu terkenal dalam perkhidmatan awam,” katanya.
Ali, yang dipilih sebagai Presiden CAPAM yang baharu, berkata persidangan dwitahunan itu adalah wahana yang baik untuk berkongsi amalan terbaik, terutama dengan negara anggota Komanwel yang kaya sejarah dan perkembangan pengalaman.
“Malaysia berasa lebih daripada gembira untuk berkongsi kejayaan dan pada masa yang sama, belajar daripada orang lain,” katanya.
Ali mencadangkan CAPAM menyegarkan kembali profil atau jenamanya dalam Komanwel dan di luar lingkungannya, memberi tumpuan terhadap usaha membantu negara-negara anggota yang terdiri daripada negara kepulauan kecil yang sedang membangun.
Tambahnya, CAPAM akan melakukan pendekatan serantau dengan transformasi dan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam sebagai bidang tumpuan utama.
Beliau berkata kekuatan utama Komanwel dan CAPAM adalah kemampuannya untuk bersuara dengan satu nada, tanpa mengorbankan kekayaan ciri kepelbagaian yang dimilikinya dan capaian daripada segi geografi.
“Integrasi global menjadikan kita lebih rapat dan keakraban ini sekali gus boleh meningkatkan stres serta juga membuka peluang baharu. Dengan berlandaskan semangat perpaduan dan matlamat yang dikongsi bersama serta untuk memanfaatkan peluang yang ada, kita perlu mencari cara yang bersifat imaginatif, kreatif dan inovatif untuk menggunakan potensi mesyuarat atau persidangan CAPAM serta rangkaiannya untuk meluaskan dan menyuburkan lagi jalinan laman yang kita kongsi bersama,” katanya. – BERNAMA
TOP
Hijrah Bakal Paderi Yang Akhirnya Memeluk Islam Di Bernama TV
DAHULU lelaki ini bercita-cita ingin menjadi paderi lalu dia menjadi Altar Boy iaitu pembantu paderi semasa muda. Namun beliau didera menyebabkan beliau membatalkan niatnya menjadi paderi dan mula menjualkan dirinya kepada dunia.
Namun, hidayah itu milik Allah. Setelah melalui perjalanan yang beronak liku, beliau, Adam Warren Fernandez, 33, memeluk Islam pada 18 Julai lalu.
“Sejak kecil impian saya ialah untuk jadi PADERI, lalu saya jadi ALTAR BOY(pembantu paderi) semasa muda.. Akan tetapi impian ku musnah apabila saya didera dgn seorg lagi budak pembantu oleh yg atasan..Sejak itu saya tak kenali cinta & keperikemanusiaan, saya jual jiwa saya pada Syaitan.
“Akan tetapi Allah masih mencintai ku lalu menurunkan 2 Hidayah (satu semasa ajal kemalangan bertemu dengan lembaga tinggi berjubah putih & satu semasa insiden puting beliung di Texas) & pertemuan beberapa insan istimewa yg mengajar saya erti Cinta sambil merealisasikan impian ku utk syahadah, satu acara anjuran Karangkraf Media,” katanya di laman Facebook yang meminta siapa yang ingin mengetahui kisahnya menonton kisah penghijrahannya oleh Bernama TV di saluran Astro 502 pada jam 7.30 petang ini.
Adam Warren Fernandez adalah bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM. Memetik kisahnya di Harian Metro Adam berkata cabaran utama bukan bagaimana menyesuaikan diri dengan dunia saudara baru seperti berpuasa tetapi penerimaan keluarga dan pandangan rakan-rakannya.
Akuinya, bukan mudah bagi keluarganua untuk mereka menerima berita penghijrahannya itu kerana keluarganya memang kuat berpegang pada agama Kristian, malah ada yang menjadi paderi.
Ibunya pula seolah-olah dalam dilema untuk merestui jalan dipilih anaknya kerana mendengar kata-kata orang sekelilingnya.
Namun, Adam sentiasa berdoa semoga dilembutkan hati ibunya, begitu juga keluarganya yang lain. “Biar mereka membuang saya, tetapi hubungan kekeluargaan yang terjalin tetap dipertahankan supaya tidak putus. Berbeza kepercayaan bukan bermakna harus memutuskan hubungan kekeluargaan,” katanya dipetik Harian Metro. Menurut Adam, ibunya yang menetap di Texas, Amerika Syarikat, berada di Kuala Lumpur ketika dia melafazkan syahadah kerana bercuti dua bulan. “Ada pihak menghubungi dan terus bertanya apakah saya benar-benar yakin dengan jalan dipilihnya.Mereka bimbang saya melakukan kerana terpaksa atau didesak pihak tertentu malah mengajaknya kembali kepada agama asal,”katanya. Menurut Adam, itu yang ditakutinya kerana sebelum ini ada dua ahli keluarganya memilih Islam tetapi tidak lama selepas itu kembali kepada agama asal. Adam berharap keluarga dan rakan menghormati jalan dipilihnya dan tidak cuba memperlekehkan dirinya dengan memancingnya melakukan sesuatu yang melanggar agamanya. Kini, dia bersyukur kerana penghijrahannya dipermudahkan Allah dan kini gembira melalui hari barunya. Dia mahu menimba ilmu agama dengan menyertai kelas agama. Azamnya, setahun dari sekarang mahu menghafaz al-Quran. Malah, dia turut berminat menyertai Usrah Fitrah yang mengumpulkan ramai selebriti dan artis yang ingin menimba ilmu dan mendalami agama Islam. Semoga Adam tabah melalui segala ujian dan cabaran dilaluinya. Jangan lupa menonton kisahnya petang nanti. :-MYNEWSHUB.CC

MotoGP: Petak Pertama Milik Marquez
SEPANG – Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam ujian kelayakan MotoGP bagi Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang di sini hari ini.
Penunggang dari Sepanyol itu mencatat masa satu minit 59.791 saat.
Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo dari pasukan Movistar Yamaha MotoGP masing-masing akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga setelah mencatat masa 1:59.973 dan 2:00.203 dalam ujian itu. – BERNAMA
TOP
Isteri TPM Ketuai 80 Penerima Darjah, Pingat Kebesaran Pahang
PEKAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua kiri) yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) mengucapkan tahniah kepada isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (kanan) yang menerima Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena memuliakan ulang tahun hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
PEKAN – Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengetuai 80 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-84 di Istana Abu Bakar di sini hari ini. Noorainee merupakan antara 20 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan pingat di Balairong Seri Istana Abu Bakar. Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain isteri Timbalan Perdana Menteri, turut menerima darjah SSAP ialah isteri Menteri Besar Datin Seri Junaini Kassim; isteri Menteri Pertahanan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah. Turut menerima darjah yang sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Khair Mohamad Yusof; dan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani. Tujuh individu pula menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk. Mereka termasuk isteri Panglima Angkatan Tentera Datin Seri Umi Kalsom Wan Awang; Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia Puan Sri Dr Imran Ibrahim; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Tanah dan Galian Pahang Datuk Azizan Ahmad dan pesara Datuk Omar Othman. Seramai 10 individu dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 20 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk. Tiga orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (tiga orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (empat orang) dan lima orang menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP). Tiga orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); dan empat orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).- BERNAMA

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Daripada Rakit Di Sungai
GUA MUSANG – Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh daripada rakit buluh yang dinaiki mereka di Sungai Aring di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah hari ini berkata mereka dikenali sebagai Mohd Nor Abdul Rahman, 47, dari Taman Sri Medan, Petaling Jaya, Selangor, dan Nasrul Hafiz Shahrudin, 29, dari Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
“Ketika kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua lelaki itu bersama lapan rakan lain sedang berkelah di Kuala Koh sebelum menaiki rakit buluh yang dipinjam daripada penduduk Orang Asli untuk memancing ikan,” katanya sambil menambah mereka tiba di lokasi perkelahan itu pukul 12 tengah hari.
“Rakit buluh itu melanggar batu di tengah sungai menyebabkan kesemuanya terjatuh dan dihanyutkan arus,” katanya kepada pemberita di sini sambil menambah lapan yang lain dapat menyelamatkan diri.
Operasi mencari membabitkan polis, anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam masih diteruskan.
Seorang mangsa yang terselamat, Anuar Ali, 36, berkata: “Memang kami datang untuk berkelah. Saya bersyukur kerana selamat tetapi sedih dua rakan kami hilang.” – BERNAMA
TOP
RM500,000 Projek Tebatan Banjir Di Shah Alam
SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk menaik taraf beberapa infrastruktur melibatkan projek tebatan banjir di bandaraya itu.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata ini adalah bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku terutama di kawasan Seksyen 13 di sini.
“MBSA telah bersetuju untuk menggunakan peruntukannya bagi menaik taraf dua kolam takungan air yang terletak di simpang masuk ke Management Science University (MSU) di sini dan di belakang Masjid Naza TTDI di sini.
“Saya percaya dengan usaha ini akan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu,” katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi banjir kilat di Seksyen 13. Turut serta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd. Atan.
Selain itu, Mohamed Azmin berkata beliau juga sedia maklum dengan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Sungai Rasau di sini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai tindakan selanjutnya. – BERNAMA
TOP
Wasatiyyah Pacu Malaysia Jadi Negara Islam Moden, Progresif
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436H/2014M di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pendekatan Wasatiyyah yang dijadikan asas dalam pentadbiran telah membawa Malaysia keluar daripada bermacam kemelut dan cabaran sehingga muncul sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif. Perdana Menteri berkata ia sekali gus menutup pandangan sinis pelbagai pihak yang tidak percaya bahawa negara dengan komposisi masyarakat berbilang kaum ini mampu bertahan untuk pembinaan negara bangsa. “Pastinya ramai tertanya-tanya apakah falsafah, gagasan, prinsip, pegangan mahupun kriteria yang disandar serta diamalkan kita sehingga Malaysia mampu sampai ke tahap hari ini. “Tidak lain dan tidak bukan, sejak dulu Malaysia sememangnya sudah pun mengambil pendekatan Wasatiyyah yang dianjurkan dalam ajaran Islam melalui puluhan nas dan dalil yang diulang-ulang dalam al-Quran,” katanya. Berucap pada majlis perhimpunan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini, Najib berkata pendekatan Wasatiyyah merupakan satu prinsip yang dapat menjadi asas kepada sebarang prakarsa, inisiatif mahupun tindakan yang diambil merangkumi semua lapangan. Najib berkata formula Wasatiyyah yang dipraktikkan kerajaan merangkumi beberapa elemen tunjang iaitu kesederhanaan, berimbang dan mementingkan kecemerlangan sekali gus membawa pembangunan kepada masyarakat secara menyeluruh berdasarkan ajaran Islam. Ini jelas menunjukkan pendekatan Wasatiyyah menolak sifat taksub, fanatik dan fahaman melampau yang menyebabkan masyarakat menjadi jumud sehingga tidak boleh melihat sesuatu yang dibangkitkan secara umum. Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa amalan Islam yang ditampilkan di Malaysia adalah bersifat sejagat melalui pemahaman hukum-hukum Islam yang jelas tanpa melonggarkan agama hingga ke tahap liberal. Katanya perkara inilah yang perlu difahami dan dihadami dengan sebaiknya oleh seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia. Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan menolak sebarang bentuk kegiatan bersifat militan yang terang-terang tidak mencerminkan kemurniaan Islam yang sebenar. Najib berkata kegiatan yang berpunca daripada ketandusan pengetahuan tentang Islam, ditambah kedangkalan dan kecetekan ilmu akan menjerumus masyarakat kepada kancah perbuatan yang jauh menyimpang daripada ajaran sebenar yang dibawa Rasulullah SAW berasaskan Al-Quran dan Sunah. “Dalam hal ini kita sering mendengar orang memperdebatkan tentang istilah jihad tanpa memahami maksudnya yang mendalam, bahkan telah menyalahtafsirkan pengertian mujahadah itu. “Sebaliknya, perjuangan dan pengorbanan yang diajarkan Islam bukanlah seperti yang sering terjadi termasuklah perbuatan menjadi pengebom berani mati yang jelas dilarang keras di sisi Islam,” katanya. Berhubung sambutan Maal Hijrah yang bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, Najib mengajak seluruh masyarakat supaya menjadikan hijrah yang dilakukan Rasulullah SAW dalam menyatukan dan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar sebagai pedoman dalam mengurus kepelbagaian kaum yang ada di negara ini. “Maknanya, dalam kontemporari Malaysia, perpaduan dan kestabilan amat mustahak dengan cara menghormati identiti-identiti etnik setiap kaum dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan,” katanya. Pada majlis itu, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah tahun 1436H/2014M. Majlis turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. – BERNAMA

Mek Mulung Diisytihar Sebagai Seni Warisan Kedah
JITRA – Kerajaan negeri malam tadi mengisytiharkan teater tradisional, Mek Mulung sebagai Seni Warisan Kedah bagi merintis jalan untuk diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Unesco, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Katanya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira fakta bahawa Kedah sebagai satu-satunya negeri yang mempersembahkan seni persembahan itu sejak 400 tahun lalu.
Mukhriz berkata, sehubungan itu pelbagai usaha akan digerakkan kerajaan negeri dengan kerjasama pihak tertentu untuk mempromosi teater tradisional ini ke peringkat nasional dan antarabangsa.
“Persembahan Mek Mulung telah dimainkan daripada generasi ke generasi selama lebih 400 tahun di Kedah.
“Dengan pengiktirafan ini ia sekali gus membuka jalan untuk membolehkan Mek Mulung suatu hari nanti dipertimbangkan Unesco sebagai Warisan Dunia,” katanya semasa berucap merasmikan sidang kemuncak Penulis Malaysia dan pelancaran Buku Mek Mulung dekat sini.
Mek Mulung merupakan teater tradisional masyarakat Melayu yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan dengan Raja atau Pak Mulung sebagai watak utama dibantu Peran Tua, Peran Muda, Peran Kiau dan ahli nujum yang dipanggil Tok Wak.
Sementara itu, sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada industri penulisan negara, Mukhriz turut mengumumkan penubuhan Yayasan Penulis Malaysia sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diharap dapat menggerakkan indutri itu secara lebih aktif.
“Objektifnya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang bangsa, dan seterusnya membantu Malaysia mencapai matlamat sebagai negara maju bertamadun besar suatu hari nanti,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tolak Kegiatan Militan Kerana Tidak Melambang Kemurnian Islam
PUTRAJAYA – Kerajaan menolak sebarang bentuk kegiatan bersifat militan yang secara terang tidak mencerminkan kemurnian Islam, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, pembabitan pihak tertentu dalam kegiatan militan berpunca daripada tandus pengetahuan tentang Islam.
“Kedangkalan dan kecetekan ilmu akan hanya menjerumus kepada kancah perbuatan yang menyimpang dari ajaran sebenar Islam berasaskan al-Quran dan as-sunnah.
“Kita sering dengar perdebatan istilah jihad tanpa memahami maksudnya yang mendalam. Perjuangan dan pengorbanan yang diajarkan Islam bukan seperti perbuatan menjadi pengebom berani mati kerana ia dilarang keras di sisi Islam.
“Sebaliknya jihad yang lebih afdal kepada kita adalah berada di pengkalan yakni platform pentadbiran dan pemerintahan demi memakmurkan negara berteraskan ekonomi keperluan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436H bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ di sini sebentar tadi. – BHarian Online
TOP
28 Askar Terbunuh Serangan Bom Kereta Di Sinai
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 28 askar maut dalam serangan bom kenderaan di Semenanjung Sinai semalam, serangan berdarah terburuk sejak tentera mengguling Presiden Mohamed Morsi tahun lalu.
Pasukan perubatan berkata, 28 askar terbunuh manakala 31 lagi cedera dalam serangan oleh seorang pengebom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama di utara Sinai.
Suspek sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan sebuah kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.
Terdahulu, penyerang turut menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish.
Kumpulan jihad dilaporkan melakukan siri serangan terhadap askas dan polis sejak Morsi digulingkan dengan kekerasan oleh polis terhadap penyokongnya.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi, ketua tentera yang menjatuhkan Morsi dan kemudian memenangi pilihan raya berikrar untuk menghapuskan militan di negara itu.
Susulan serangan semalam, Sisi mengumumkan tiga hari berkabung dan terus memanggil mesyuarat tergempar majlis pertahanan negara di pejabatnya.
Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat mengutuk serangan itu. – AFP
TOP
Malaysia Sedia Kongsi Kisah Kejayaan Dengan Komanwel
PUTRAJAYA – Berikut adalah petikan temu bual eksklusif Bernama dengan
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bersempena persidangan
Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014 di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Apakah yang dapat Malaysia sumbangkan kepada Komanwel berhubung pengalamannya dalam bidang pentadbiran awam?
Sejak ditubuhkan, Malaysia adalah antara negara anggota Komanwel yang aktif. Malaysia memainkan peranan penting serta banyak menyumbang kepada pertubuhan itu serta kegiatan CAPAM, terutama dalam bidang pentadbiran awam dan pengurusan.
Dalam hal ini, Malaysia boleh mengetengahkan pelbagai contoh tentang kisah kejayaannya untuk dikongsi dengan negara anggota Komanwel lain. Sebagai contoh, kita mencapai banyak kejayaan dalam program transformasi, khususnya Program Transformasi Kerajaan dan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’, yang disambut baik oleh negara anggota Komanwel.
CAPAM menyambut ulang tahun ke-20 penubuhannya tahun ini. Bagaimanakah kejayaan penting ini mampu meluaskan rangkaian dalam menggalakkan amalan tadbir urus baik dalam kalangan negara anggota?
Malaysia bertuah kerana berpeluang menjadi tuan rumah persidangan ini bersempena sambutan ulang tahun ke-20 penubuhan CAPAM. Saya percaya, ia juga memberi peluang baik kepada kita untuk mengenang kembali perkara yang berlaku 20 tahun lepas serta menilai sejauh manakah yang telah kita capai, menilai kelemahan dan kejayaan kita dan memandang ke hadapan sambil belajar daripada satu sama lain untuk membentuk masa depan kita bersama.
Keanggotaan 53 negara yang mempunyai latar belakang serta penduduk berbeza memberi kelebihan terhadap usaha ini, manakala pengetahuan, kepakaran dan maklumat yang dikongsi pada persidangan ini, tidak terhitung jumlahnya.
Sebagai presiden CAPAM kesembilan, saya ingin melihat CAPAM menyegarkan kembali profil atau jenamanya dalam Komanwel dan di luar lingkungannya, memberi fokus terhadap usaha membantu rakan kita di negara kepulauan kecil membangun dan mengamalkan pendekatan serantau dengan menjadikan transformasi serta tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam sebagai tumpuan utama kita.
Setelah 20 tahun CAPAM ditubuhkan, pada pendapat Tan Sri, di manakah kedudukan pertubuhan itu sekarang, jika dibandingkan dengan pentadbiran awam di negara Barat serta negara maju seperti Amerika, Eropah, Jepun dan Korea Selatan?
Bagaimanakah ia telah membantu anggotanya menambah baik pentadbiran dan pengurusan di negara masing-masing?
CAPAM mempunyai keunikan memandangkan ia terdiri daripada 53 negara Komanwel dari empat benua utama dunia.
Kekuatan utama Komanwel dan CAPAM adalah kemampuannya untuk bersuara dengan satu nada, tanpa mengorbankan kekayaan ciri kepelbagaian yang dimilikinya dan capaian daripada segi geografi. Integrasi global menjadikan kita lebih rapat dan keakraban ini sekali gus boleh meningkatkan stres serta juga membuka peluang baharu.
Dengan berlandaskan semangat perpaduan dan matlamat yang dikongsi bersama serta untuk memanfaatkan peluang yang ada, kita perlu mencari cara yang bersifat imaginatif, kreatif dan inovatif untuk menggunakan potensi mesyuarat atau persidangan CAPAM serta rangkaiannya untuk meluaskan dan menyuburkan lagi jalinan laman yang kita kongsi bersama.
Boleh Tan Sri huraikan tentang tema persidangan CAPAM tahun ini, ‘Transformsi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’? Apakah sebabnya ia dipilih sebagai tema, terutama selepas 20 tahun penubuhannya?
Persidangan tahun ini dibahagi kepada tiga subtema, seperti berikut:
(i) Membentuk Masa Depan Bersama, yang memfokus kepada aspek transformasi ‘rakyat’ sambil menggariskan tentang peri pentingnya penglibatan aktif rakyat dan perkhidmatan awam sendiri;
(ii) Ke Arah Masa Depan Lebih Cerah, yang memberi penekanan terhadap ‘mekanisme’ yang digunakan dalam proses transformasi dan memperincikan proses, teknologi dan/atau alat yang telah digunakan; dan
(iii) Membina Kebingkasan Global, yang menggariskan pengajaran berguna serta konteks khusus bagi sesebuah negara yang dialami kerajaan dalam membangunkan perkhidmatan awam yang mampu memberi tindak balas secara tangkas terhadap perubahan trend pada masa akan datang.
Daripada subtema itu, adalah jelas bahawa persidangan tahun ini memberi fokus terhadap orang ramai, yang menjadi teras utama di sebalik transformasi yang diidamkan, bagaimana kita memanfaatkan dasar dan teknologi serta berkongsi contoh nyata dalam kalangan negara anggota.
Komanwel adalah medan menarik untuk berkongsi amalan baik, terutama dengan wujudnya kekayaan sejarah dan pengalaman pembangunan anggotanya. Malaysia amat berbesar hati untuk berkongsi pengalamannya dan sambil itu, belajar daripada orang lain.
Boleh Tan Sri huraikan tentang forum media dan kenapa Tan Sri berpendapat komponen ini penting dalam pentadbiran awam Komanwel?
Ini kali pertama kita menganjurkan Forum Media Komanwel CAPAM, manakala tema yang dipilih bagi acara yang julung kali diadakan ini pula ialah ‘Menarik Penglibatan Komanwel’.
Matlamat di sebalik tema ini ialah untuk meneliti paradigma dan amalan inovatif yang sedang muncul dalam dunia media Komanwel yang lebih luas. Ia juga bertujuan mewujudkan suatu platform untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik serta memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi melalui rangkaian yang wujud dalam kalangan negara Komanwel dan pengamal media.
Merujuk kepada pujian yang diberi ketua pegawai eksekutif CAPAM Gay Hamilton terhadap tadbir urus awam Malaysia yang beliau anggap sebagai suatu contoh baik untuk diteladani negara Komanwel lain, secara khusus, dalam bidang manakah Malaysia paling berjaya? Adakah ia merujuk kepada GTP, ETP, Pemudah/Teraju atau kemudahan menjalankan perniagaan?
Malaysia mencapai kejayaan dan melakar pencapaian besar dalam banyak bidang, yang boleh kita tonjolkan kisah kejayaannya kepada Komanwel.
Sebagai contoh, Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2013 menyebut bahawa ia mencapai 104 peratus petunjuk prestasi utama (KPI) tahun lepas.
GTP mengandungi tujuh bidang keberhasilan utama negara (NKRA) iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, menjamin pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, menambah baik pengangkutan awam bandar, meningkatkan pembangunan luar bandar dan menangani kenaikan kos sara hidup.
Satu lagi kisah menarik yang boleh ditonjolkan ialah kejayaan inisiatif di bawah konsep kita untuk merakyatkan pekhidmatan awam (MPA) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Sebagai contoh, 60 inisiatif NBOS telah diperkenalkan dan dilaksanakan, manakala inti pati daripada inisiatif ini bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, tetapi juga untuk memanfaatkan kekuatan pelbagai kementerian dan agensi serta mengeratkan lagi kerjasama dalam perkhidmatan awam.
Mengenai kejayaan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) pula, kita mencatat kejayaan berlipat kali ganda dalam ‘World Bank Ease of Doing Business Report’, (kedudukan kita meningkat) dari tangga ke-23 pada 2009 ke tangga keenam ketika ini daripada 189 negara di dunia. PEMUDAH ditubuhkan untuk menangani keperluan segera bagi mewujudkan kerjasama lebih erat antara sektor awam dan swasta bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan awam serta menambah baik persekitaran perniagaan di Malaysia. Dalam tempoh tujuh tahun lepas, PEMUDAH berjaya memperkenalkan banyak inisiatif untuk menambah baik persekitaran perniagaan di negara ini.
Malaysia juga menduduki tempat membanggakan dalam laporan antarabangsa dan ini menjadi bukti tentang daya saing yang dimiliki negara kita. Sebagai contoh, World Economic Forum meletakkan Malaysia sebagai ekonomi ke-20 paling berdaya saing daripada kalangan 144 ekonomi dalam Laporan Daya Saing Dunia 2014-2015 dan kita menduduki tempat ke-12 dalam IMD World Competitiveness Yearbook 2014 dalam kalangan 60 ekonomi.
Sejauh manakah penting dan relevannya Kerjasama Awam-Swasta (PPP) bagi negara Komanwel hari ini? Apakah kejayaan Malaysia dalam melaksanakan PPP?
PPP adalah perkongsian pintar antara Kerajaan dan sektor swasta bagi tujuan penyediaan infrastruktur awam, kemudahan untuk masyarakat dan perkhidmatan yang ada kaitan dengannya. Secara umum, PPP adalah mengenai perkongsian pelaburan, risiko, tanggungjawab dan ganjaran dalam kalangan rakan kongsi. Tujuan utama penubuhan perkongsian ini adalah untuk memastikan wujudnya reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyenggaraan yang cekap bagi infrastruktur untuk menghasilkan perkhidmatan yang lebih baik.
PPP mampu memberi nilai untuk wang dengan memanfaatkan kepakaran sektor awam dalam menggabungkan reka bentuk dan operasi sesuatu aset dan dengan itu, dapat menyediakan perkhidmatan secara lebih cekap, berbanding pemerolehan bersifat tradisional.
Kisah kejayaan Malaysia dapat dilihat dalam pembinaan lebuh raya bertol, lapangan terbang, pelabuhan, infrastruktur pendidikan dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
PPP dilaksanakan di Malaysia sejak lebih 30 tahun lepas dan telah memberi sumbangan besar terhadap pertumbuhan pesat ekonomi negara ini. Berasaskan hakikat ini, Malaysia sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalamannya berhubung pelaksanaan PPP dengan Komanwel dan saya ingin menyarankan kepada rakan kita dalam Komanwel supaya memanfaatkan program pembinaan keupayaan, perundingan dan nasihat yang ditawarkan Pusat Kecemerlangan PPP di bawah UKAS (Unit Kerjasama Awam-Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri).
Sejauh manakah penambahbaikan yang dilakukan terhadap sistem penyampaian awam di Malaysia setakat ini? Masih adakah ruang untuk terus memperbaikinya?
Penambahbaikan yang dilakukan terhadap sistem penyampaian awam Malaysia amat ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini dan kita terus mempunyai perkhidmatan awam bertaraf dunia, yang menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat mengikut jangkaan dan permintaan mereka yang sentiasa meningkat.
Namun demikian, kita mengaku masih terdapat cabaran serta ruang untuk dibuat penambahbaikan. Sebagai contoh, untuk merapatkan jurang antara aspirasi dasar dan penyampaian perkhidmatan, kami telah meningkatkan penglibatan secara lebih menyeluruh pelbagai pemegang kepentingan, termasuk tenaga kerja dalam perkhidmatan awam.
Model baharu kerjasama dan perkongsian sedang dibentuk dan zaman kerajaan lebih tahu sudah semakin berlalu dan menjadi sejarah.
Media sosial juga semakin banyak digunakan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan serta penglibatan lebih meluas daripada komuniti pemegang kepentingan dan pada waktu yang sama, untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat.
Kita perlu mempunyai penjawat awam yang cekap, yang memiliki kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan segala dasar yang ditetapkan kerajaan.
Ini bererti kita perlu melabur dalam pembangunan modal insan, melabur dalam pembinan kemahiran, yang bukan sahaja relevan untuk hari ini, tetapi juga kemahiran sedang muncul untuk membolehkan perkhidmatan awam meningkatkan prestasinya, bukan sekadar melaksanakan proses melewati proses tradisional.
Di samping itu, merekayasa organisasi awam juga merupakan suatu keperluan kerana organisasi ini perlu menjadi lebih tangkas dan responsif terhadap keperluan perubahan. ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) juga akan terus digunakan dan dimanfaatkan untuk mengurangkan lapisan birokrasi yang begitu terkenal dalam perkhidmatan awam. – BERNAMA

Bekas Juara Dunia 800 Meter Mulaudzi Maut Dalam Kemalangan
STELLENBOSCH (Afrika Selatan) – Pegawai kerajaan Afrika Selatan berkata bekas pelari juara dunia 800 meter, Mbulaeni Mulaudzi terbunuh dalam satu nahas kereta.
Beliau berusia 34 tahun.
Kematiannya diumumkan semalam oleh Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan yang menggelarkan Mulaudzi sebagai ‘pembawa bendera yang membanggakan negara’.
Mulaudzi menang kejuaraan dunia pada 2009.
Dia juga bekas juara Sukan Komanwel, Kejuaraan Dalam Dewan Dunia dan pembawa bendera Afrika Selatan pada upacara pembukaan Sukan Olimpik di Athens.
Jawatankuasa Olimpik Afrika Selatan berkata Mulaudzi maut dalam kemalangan tanpa memberikan butiran lengkap.
Ketua Eksekutif badan sukan itu, Tubby Reddy menyifatkan Mulaudzi sebagai ‘ikon sukan’ Afrika Selatan.
Badan sukan dunia, IAAF berkata, pihaknya amat sedih dengan berita kematian atlet berkenaan, – AP
TOP
Bapa Penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ Sedih Anak Difitnah Murtad
Hari ini, penganjur ‘I Want To Touch A Dog’, Syed Azmi Alhabshi telah memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak atas penganjuran program tersebut sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang Islam.
Permohonan maaf dibuat ketika sidang media yang turut ditemani oleh rakan penganjur, Norhayati Ismail dan peguam, Syahredzan Johan.
Bagaimanapun, usai membaca teks ucapan maafnya Syed Azmi dilihat segera meninggalkan bilik sidang media, difahamkan atas faktor keselamatan. Rakan penganjur, Norhayati Ismail kemudiannya menjelaskan, objektif sebenar program IWTTAD tidak pernah setuju apatah lagi menggalakkan peserta beragama Islam untuk sengaja memegang anjing tanpa sebab. “Kami sekeras-kerasnya menyatakan program ini adalah satu pembelajaran bukan untuk sentuh (anjing) secara suka-suka,” tegasnya. Norhayati berkata, program yang diadakan Ahad lalu telah mengikut piawaian dikehendaki Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun tidak menyangka kontroversi boleh tercetus. Dakwanya, mereka hanya mengetahui gelagat wanita Islam yang memeluk dan mencium anjing menerusi laman sosial dan media. Pada awalnya, penganjur program IWTTAD menjangka kira-kira 500 orang sahaja yang bakal hadir namun program tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri kira-kira 1000 orang awam. Oleh sebab itu katanya, 20 orang urusetia program tersebut tidak mampu mengawal tindakan pengunjung yang di luar jangkaan. Norhayati turut memberitahu pihaknya akan menemui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 6 November ini bagi memberi penjelasan sebenar berhubung penganjuran program tesebut. Sementara itu, MYNEWSHUB sempat bertanya mengenai penyebaran mesej daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa Syed Azmi adalah seorang murtad. Soalan dijawab oleh peguam, Syahredzan dengan mengatakan berita tersebut adalah fitnah semata-mata dan sesiapa yang terlibat menyebarkannya harus tampil dengan bukti. Ayah kepada Syed Azmi turut menzahirkan perasaan tidak senang atas tuduhan murtad yang dilemparkan kepada anaknya dan berharap fitnah itu dihentikan. – MYNEWSHUB.CC

Awek Carut Maksima, Tak Puas Hati Kedah Kalah Bola Semalam
Hari ini, kami pasti para penyokong bola sepak Pahang tersengih-sengih sepanjang hari.
Mana taknya, pasukan mereka berpesta bola semalam apabila membenam Kedah 5-0 dalam perlawanan yang menentukan pasukan bakal mara ke final Piala Malaysia. Bagaimana pun adat peminat sukan, bila pasukan pilihan kalah sedikit sebanyak pasti menjejaskan emosi. Tak hairanlah ada yang memaki hamun pemain bola yang dulunya disanjungi, ada yang mengejek pasukan lawan yang menang dan tak kurang juga menyakitkan kaki sendiri dengan menyepak tiang bagi meluahkan perasaan geram selepas tamat perlawanan. Tapi biasanya, perlakuan begini dilakukan oleh kaum Adam. Justeru apabila ada peminat bola terdiri daripada kaum Hawa ikut sama tunjuk perangai mencarut selepas perlawanan bola, ia nampak tak senonoh sangat di mata kami. Lihat sajalah contoh status dimuat naik dua perempuan dalam artikel ini di laman sosial. Bila Awek Kedah Mencarut Pasal Bola..
Paling tak tahan komen salah seorang daripada mereka yang berbunyi: “Kedah main sequpa bapok dok jual juboq kat loqong ketapi. Nak haram sial Muhaimin, Badrol, Farhan hampa tiga orang jadi betina malam ni hampa teluq takkda.. main macam pukim@k lembik serupa sotong” (Cuba bayangkan perempuan yang tulis ni memaki hamun dengan lancar dalam satu nafas, peh!) Apa-apa pun kalau macam ini punya bahasa, elok nak datang meminang pun boleh terus cancel dibuatnya oi.. - mynewshub.cc

VIDEO: Bakal Bapa Ini Menangis Kerana Bayinya.. Mengapa?
KEPADA bakal ibu, saat menggembirakan ketika hamil adalah bila suami sama-sama berkongsi perasaan tentang kehamilan itu.
Lebih menyeronokkan saat tangan suami di atas perut untuk merasakan tendangan bayi dan aktiviti lain si kecil seperti menggeliat atau berpusing.
Bagi berkongsi keseronokan dan pengalaman, pengeluar produk barangan bayi dan kanak-kanak, Huggies menghasilkan satu ciptaan menarik bagi pasangan bakal ibu-bapa, iaitu tali pinggang simulator pergerakan bayi di dalam kandungan.
Menakjubkan, alat ini membolehkan bakal bapa merasai pergerakan bayi, seperti dirasai oleh ibu-ibu hamil.
Simulator ini dihasilkan sempena Hari Bapa namun tidak dijual. Seakan-akan tali pinggang, ia dihubungkan dengan perut ibu dan bakal bapa. Apa jua pergerakan bayi yang dirasai oleh ibu turut dirasai oleh bapa. Menarik bukan?
Visual pengalaman bapa yang menggunakan simulator ini telah dimuatnaik di Youtube dan membuatkan ramai penonton teruja.
Sungguh menyentuh perasaan melihat bakal-bakal bapa menitiskan air mata dengan gelagat bakal zuriat mereka.
Simulator ini mampu mengesan gerak bayi pada kandungan berusia enam bulan ke atas. Jika simulator ini dijual di pasaran terbuka, mungkin ia mampu mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan bakal ibu bapa terutama sekali kehamilan di peringkat awal. Atau mungkin selepas ini, ada alat yang boleh direka untuk bakal bapa merasai kontraksi si ibu ketika saat melahirkan pula? Nak juga tengok apa perasaan sang gagah perkasa ketika berdepan dengan saat paling suspen dan mendebarkan itu.. kental ke tak agaknya.. Jangan marah yer bapa-bapa, gurau saja! - MYNEWSHUB.CC

‘Doktor Cilik’ Kuasai 16 Bahasa Meninggal Dunia
JAKARTA – Bakat muda Indonesia, Gayatri Wailissa, 17, yang terkenal dengan kebolehannya menguasai 16 bahasa asing dan bahasa daerah negara itu meninggal dunia kelmarin dipercayai akibat pendarahan di dalam otak.
Ayahnya, Dedy Darwis Wailissa yang dihubungi di Ambon berkata, anaknya itu dilaporkan mengadu sakit kepala sejurus sebelum pengsan selepas berjoging kira-kira jam 7 malam Isnin lalu.
Dia kemudian dikejarkan ke hospital oleh saudara-maranya dan meninggal dunia selepas dirawat selama empat hari di hospital.
Walaupun sedih atas kehilangan itu, Dedy berkata, dia sekeluarga tetap reda.
Jenazah Gayatri akan diterbangkan ke tempat asalnya di Ambon untuk dikebumikan.
Gadis itu dianggap ajaib dan digelar Doktor Cilik kerana mampu menguasai pelbagai bahasa asing, termasuk bahasa Inggeris, Belanda, Mandarin, Arab, Russia dan Tagalog.
Penguasaan itu berlaku tanpa Gayatri menghadiri kelas rasmi sebaliknya melalui tontonan filem dan mendengar lagu.
Faktor kemiskinan menyebabkan Gayatri tidak mengikuti sebarang kelas pendidikan rasmi.
Tidak hanya bahasa asing dikuasai Gayatri.
Kata Deddy Darwis, anaknya itu turut banyak menghafaz al-Quran.
Selepas tamat persekolahan, Gayatri pergi ke Jakarta dan pernah dipilih mewakili Indonesia dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) peringkat ASEAN.
Dia juga dipilih sebagai penterjemah dalam forum itu. – Agensi
TOP
Koleksi Setem Cerita Legenda Melayu Dilancar Isnin
KUALA LUMPUR- Koleksi setem yang menceritakan sejarah legenda masyarakat Melayu negara ini akan dilancarkan Pos Malaysia Berhad pada Isnin.
Koleksi yang dinamakan Cerita Legenda Melayu itu menampilkan enam tokoh iaitu Hang Tuah, Mahsuri, Tun Teja, Merong Mahawangsa, Tun Kudu dan Tun Fatimah. Dicetak menggunakan kertas eksklusif tera air, setem itu boleh didapati dalam tiga reka bentuk pada harga 60 sen setiap satu. “Kami harap imej pada setem ini serta cerita di sebaliknya akan menarik minat orang ramai untuk lebih mendalami unsur sejarah membabitkan tokoh terbabit,” kata Pos Malaysia dalam kenyataan pada Jumaat. Naskhah hari pertama bersama setem akan dijual pada harga RM4.10, manakala folder (RM6) dan set lengkap bernilai RM46.10. Untuk maklumat lanjut, sila layari pos.com.my – mStar

Tan Sri Sheikh Ghazali Abd. Rahman Tokoh Maal Hijrah
Foto BHarian Online
PUTRAJAYA – Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, 76, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini. Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri kabinet dan duta-duta luar negara. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Sheikh Ghazali berkata anugerah itu merupakan suatu tanggungjawab yang berat untuk diterima bagi meneruskan harapan negara dan agama dan berbakti kepada masyarakat. “Selepas ini saya harus meneruskan rencana yang telah dirancang untuk masyarakat Islam amnya sekali gus meningkatkan syiar Islam di negara ini,” katanya. Sheikh Ghazali yang berasal dari Pendang, Kedah, merupakan pemegang Ijazah Undang-undang Islam, University Al-Azhar, Mesir serta Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1995. Beliau yang berkahwin dengan Puan Sri Hanan Bakar dan dikurniakan sembilan anak sebelum ini adalah anggota Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara, Pengerusi Jawatankuasa Menggubal Kurikulum Latihan Pegawai Syariah Malaysia serta beberapa jawatan lain. Sementara itu, Jamil Khir berkata Sheikh Ghazali dipilih menjadi tokoh Maal Hijrah tahun ini berdasarkan pengetahuan luasnya, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul dan memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah. “Beliau terpilih setelah dinilai dengan mengambil kira sumbangan yang begitu besar dan menonjol melalui pembangunan mahkamah syariah di Malaysia serta kewujudan akta dan enakmen berkaitan syariah,” katanya. Lebih 4,000 orang hadir terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan swasta, para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan dan orang awam. – BERNAMA

Penganjur Program I Want To Touch A Dog Mohon Maaf
Program ‘I Want To Touch A Dog’ telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia dan hingga kini, masih hangat diperkatakan.
Rata-rata masyarakat Islam berasa prejudis tentang penganjuran program ini dan mahukan penjelasan penganjur terbabit yang dilihat berdiam diri selepas kontroversi tercetus ekoran tersebarnya gambar beberapa individu Muslim bermesra dengan anjing.
Susulan itu penganjur program IWTTAD, Syed Azmi Alhabshi akhirnya tampil mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut, hari ini.
Sebagai mana agakan umum, Syed Azmi mengambil peluang ini untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa program anjurannya itu tidak mempunyai sebarang agenda mahu mempersendakan agama.
“Terus terang dengan hati yang ikhlas, niat saya menganjurkan program ini kerana Allah SWT dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme,” tegasnya.
Syed Azmi berkata, program tempoh hari turut mendapat kelulusan-kelulusan rasmi selain telah dibincangkan dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai panduan untuk melaksanakannya.
Syed Azmi bagaimanapun mengakui, program anjurannya itu mempunyai kelemahan.
“Saya ingin memohon maaf jika secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.
“Saya juga memohon maaf kepada mereka yang hadir ke program IWTTAD dengan niat ikhlas untuk belajar bukan sebaliknya,” katanya.
Syed Azmi yang segera beredar selepas membuat permohonan maaf, turut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat mahu mengguris sensitiviti rakyat Malaysia.
- mynewshub.cc
TOP
VIDEO SEKS: UAI Tak Akan Buat Laporan Polis
Kredit gambar: muhdarifaiman's Gallery
KUALA TERENGGANU – Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin. Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat. Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini. “Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan. Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini. – SINAR HARIAN

Langgan Pelacur Guna ‘We Chat’ Taktik Baru Sindiket Pelacuran
SINDIKET pelacuran kini beralih kepada modus operandi baru untuk mencari pelanggan dengan menggunakan aplikasi ‘We Chat’ untuk mencari pelanggan, memetik laporan Astro Awani.
Taktik ini terbongkar apabila Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri di ibu negara malam kelmarin.
Selain itu, sindiket pelacuran menggunakan warga Thailand dan Vietnam ini juga turut menawarkan kad pelanggan setia, dengan percuma satu perkhidmatan bagi setiap 10 kali langganan.
“Melalui risikan selama seminggu, kami mendapati dalang sindiket membawa wanita terbabit ke premis selepas pelanggannya memilih mereka melalui aplikasi ‘We Chat’.
“Melalui aplikasi itu, pelanggan boleh memilih wanita diingini dan sebaik persetujuan dicapai ‘bapa ayam’ membawa pelacur terbabit ke premis itu untuk diserahkan kepada pelanggan,” katanya. “Pihak polis turut menemui kondom yang disembunyikan di dalam peti ais. Selain itu pusat urut yang beroperasi sejak enam bulan lalu tidak mempunyai lesen sah perniagaan,” katanya. Menurut Mohamad Jais, pusat maksiat itu dikesan memberi tawaran urut batin dan seks percuma apabila pelanggannya yang berkunjung ke premis itu dengan mempamerkan kad keahlian yang ditanda sebagai bukti. Kesemua pelacur dan seorang bapa ayam berusia 28 tahun di bawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan lanjut. - MYNEWSHUB.CC

Kerana Mahu Cantik, Wanita Maut Ketika Dibedah
KES maut untuk cantik bukan perkara baru, namun kerana ketaksuban untuk kelihatan menarik, ia gagal menjadi pengajaran bagi segelintir wanita.
Terbaru seorang wanita Britain berusia 24 tahun dikenali sebagai Joy William, maut di katil pembedahan kosmetik di Bangkok, Thailand kira jam 11 malam Khamis.
Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas disuntik ubat bius bagi menjalani pembedahan membetulkan ekor tulang belakangnya.
Pegawai Penyiasat Leftenan Kolonel Chaliang Inthip berkata, sejurus selepas kematian wanita itu dilaporkan, pasukan penyiasat dikejarkan ke klinik berkenaan dan mereka menemui mayat mangsa terbaring di atas meja pembedahan dengan kesan torehan sepanjang 7.6 sentimeter pada ‘ekor’ tulang belakangnya.
Mayat wanita itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, manakala doktor yang menjalankan prosedur itu, Dr Sompob Saensiri, 51, disoal siasat polis.
Hasil soal siasat, wanita itu dikatakan pernah menjalani rawatan sedut lemak di klinik itu sebelum ini. Tidak dapat dipastikan wanita itu datang ke Bangkok seorang diri atau berteman untuk menjalani pembedahan. Kini pasukan penyiasat menyoal kakitangan klinik, semua doktor dan pembantu selain memeriksa premis itu untuk mengenal pasti sama ada peralatan pertolongan cemas disediakan seperti diperuntukkan undang-undang.
Katanya, bedah siasat juga dijalankan untuk memastikan punca sebenar kematian Joy yang hanya disedari selepas pembedahan itu selesai dijalankan. Pada laman web klinik itu menyatakan Dr Sompob berkelulusan perubatan di Universiti Chiang Mai dan lulus pada 1992, selain pernah menjalani latihan amali di Amerika Syarikat. Kini dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun. - MYNEWSHUB.CC

Kematian Kasanova Akibat HIV Cetus Panik 40 Wanita!
BERPULUH-PULUH wanita panik dengan kematian seorang lelaki di Bucharest, Romania apabila mengetahui lelaki terbabit meninggal dunia kerana dijangkiti virus HIV!
Menurut laporan mirror.co.uk, kira-kira 40 wanita menjalani ujian darah di sebuah bandar di daerah Dolj kerana pernah mengadakan hubungan dengan lelaki itu, yang merupakan seorang kasanova.
Dipercayai, Daniel Decu mengetahui status kesihatannya namun merahsiakan daripada orang lain, namun diketahui selepas dia mati apabila pihak hospital menjalankan bedah siasat.
Daniel Decu, kasanova yang mati kerana HIV dikatakan merahsiakan penyakitnya menyebabkan berpuluh-puluh teman wanitanya kini dilanda ketakutan.
Bekas-bekas teman wanita Daniel yang mengetahui hal ini menjadi berang dan menyerang tempat pengebumian. Doktor yang menjalankan bedah siasat mendakwa terpaksa mendedahkan perkara ini kepada umum, sebagai peringatan kepada wanita-wanita yang menjalinkan hubungan dengan Daniel sebelum ini. Bagaimanapun, doktor mendakwa ibu Daniel kini ingin menyamannya kerana mendedahkan rahsia kesihatan anaknya. Tempias turut dirasai oleh doktor peribadi keluarga Daniel, Dr. Corner Stanciu. Dia tahu tentang Daniel dijangkiti HIV dan berusaha untuk memulihkannya kerana anak gadisnya yang berusia 24 tahun turut menjalinkan hubungan dengan Daniel. Aids adalah satu-satunya penyakit yang tertakluk di bawah undang-undang Romania. Jika sesiapa yang mengetahui mengidap penyakit itu dan didapati memindahkan virus kepada orang lain, boleh dipenjarakan antara lima hingga 15 tahun. Undang-undang itu bagaimanapun tidak meminta pesakit memberitahu pasangannya tentang penyakit yang dihidapi, cukup sekadar mengamalkan seks yang selamat. - MYNEWSHUB.CC

Kanak-Kanak Perempuan Korban Pertama Ebola Di Mali
BAMAKO – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa korban pertama wabak maut Ebola di Mali.
Perkara itu disahkan kepada AFP menerusi Pejabat Perdana Menteri Mali semalam.
Menurut laporan berkenaan, kanak-kanak itu meninggal dunia antara jam 4 dan 5 petang sebelum mendapat pengesahan Gabenor Wilayah Barat Kayes.
Mangsa dilaporkan baru pulang ke Mali selepas melancong ke negara jiran Guinea, salah sebuah negara yang dilaporkan paling teruk terjejas disebabkan wabak berkenaan.
Semalam, Mali mengesahkan kes pertama di negara itu, sekali gus memberi tekanan terbaharu kepada usaha Afrika Barat untuk mengekang merebaknya virus maut itu yang kini menjejaskan enam negara serta meragut hampir 5,000 nyawa. – AFP
TOP
Kecoh Bila Penutup Bekas Minuman Sangkut Pada Lidah
CHINA – Nak ketawa pun ada, kesian pun ada kepada budak perempuan berusia enam tahun ini.
Kerana terlalu asyik minum dalam gelas plastik, akhirnya lidahnya tersangkut pada penutup bekas minuman itu.
Selepas sejam usaha untuk mengeluarkan lidahnya tersangkut pada penutup bekas tersebut gagal, akhirnya bapa budak perempuan ini terpaksa membawanya ke hospital.
Ketika doktor cuba menarik bekas berkenaan, lidah budak itu telah membengkak.
Setelah beberapa kali mencuba, doktor tetap gagal menarik keluar lidah budak itu, lalu mereka menghubungi bomba.
Akhirnya selepas bomba menggunakan peralatan yang ada dan dengan berhati-hati, akhirnya penutup bekas minuman itu berjaya ditanggalkan.
Nampaknya tugas bomba ketika ini bukan hanya memadamkan kebakaran, malah banyak lagi yang perlu mereka lakukan untuk membantu masyarakat.- mynewsub
TOP
2 Beradik Curi Mayat Untuk Dimasak Gulai
PUNJAB – Peristiwa dua beradik menggali kubur dan mencuri mayat untuk dimasak gulai telah mengejutkan seluruh penduduk di Pakistan.
Meskipun ia berlaku pada bulan April lalu, namun kes berkenaan terus diperkatakan kerana ia bertentangan dengan norma-norma hidup manusia biasa, apatah lagi apabila dua beradik itu iaitu Mohammad Arif Ali dan Mohammad Farhan Ali didakwa mencuri 100 mayat untuk dimakan.
Dua beradik itu sebelum ini pernah ditahan di penjara selama dua tahun selepas polis menemui mayat wanita berusia 24 tahun yang dicuri dari kuburnya pada 2011.
Selepas dibebaskan, Arif dan Farhan sekali lagi ditangkap awal tahun ini setelah polis menemui kepala seorang budak berusia tiga tahun di rumah mereka.
Susulan kes berkenaan, satu rang undang-undang anti-kanibalisme bakal dibentangkan di Parlimen bagi mengharamkan makan mayat untuk tujuan ilmu hitam.
Ia termasuk mengharamkan penggunaan mayat dengan tujuan untuk masak, makan, jual atau ilmu hitam.
Undang-undang itu bakal menyaksikan mereka yang mencuri mayat berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sekurang-kurangnya penjara tujuh tahun jika makan mayat yang baru meninggal dunia.-mynewsub
TOP
Mayat Dibiar Di Tepi Jalan, ISIS Semakin Menakutkan
SYRIA – Ia merupakan pendedahan yang begitu mengejutkan. Bayangkan jika anda berjalan di jalan dan menemui mayat bergelimpangan serta kepala yang dipotong dan disangkut di atas pagar. Bagaimana reaksi anda?
Namun itu yang berlaku di bandar Raqqa yang terletak di Syria. Ia merupakan sebuah bandar yang kini dikuasai oleh kumpulan militan ISIS. Rakaman pendedahan berkenaan telah dijalankan sejak berbulan-bulan lalu selepas Raqqa ditadbir secara tidak bertamadun oleh ISIS iaitu sebuah kumpulan yang bertopengkan Islam dan langsung tidak menggambarkan ajaran sebenar Islam. Mayat-mayat yang bergelimpangan di jalan raya itu dibiarkan begitu sahaja. Ada mayat yang masih diikat di pagar dan ada yang kepala mangsa diletakkan di antara kaki mereka.
Ia dipercayai mayat anggota tentera di bawah rejim Bashar Assad dan ia diletakkan di situ sebagai tanda peringatan. Video yang dirakam pada bulan Julai lalu juga menunjukkan anggota ISIS mengawal jalan tersebut. Sementara orang awam yang melalui pemandangan menakutkan itu langsung tidak mengendahkannya, mungkin disebabkan mereka juga takut dengan keselamatan diri masing-masing.-mynewsub

Lawatan Ke Perth Pendek, Tapi Berhasil - Hishammuddin
PERTH: Mungkin satu lawatan yang singkat, tetapi dalam masa tiga hari berada di ibu kota Australia Barat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya melakukan apa yang telah ditetapkan.
Misi utama beliau terhadap lawatan pada Selasa adalah memastikan bahawa carian untuk penerbangan MH370 yang masih hilang tetap fokus.
Hishammuddin sibuk sejak hari pertama dengan menghadiri mesyuarat dan taklimat dengan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan pelbagai pihak berkuasa Australia yang lain.
Beliau juga bertemu dengan ketua penyelaras JACC yang baharu dilantik Judith Zielke, berkomentar selepas mesyuarat itu bahawa seorang wanita yang tepat telah dipilih untuk memegang jawatan itu.
Hishammuddin juga melahirkan keyakinan kepada komitmen Zielke terhadap usaha untuk mencari MH370 dan memastikan keadilan untuk MH17.
Zielke mengambil alih jawatan itu hanya baru-baru ini daripada ketua penyelaras Angus Houston.
Kemuncak lawatan beliau adalah untuk menyaksikan pelancaran kapal GO Phoenix dan peralatan carian bawah laut yang canggih, ProSAS di Freemantle Port pada Rabu.
GO Phoenix, bersama-sama dengan ProSAS Side Scan Sonar, adalah peralatan Kerajaan Malaysia sebagai tambahan kepada kapal kontrak Malaysia-Australia oleh Fugro Survey Limited.
"The Pro Synthetic Aperture Sonar atau ProSAS, yang dipasang pada kapal GO Phoenix, mempunyai kemampuan untuk mencari sehingga kedalaman 6,000 meter dan boleh meliputi sehingga 194 km persegi sehari," kata Hishammuddin.
Berdasarkan teknologi yang digunakan dan jika pencarian dilakukan di lokasi yang betul, beliau yakin dapat mencari MH370.
Hishammuddin mengakhiri lawatannya bersama pelajar-pelajar Malaysia pada malam Khamis, di mana beliau menggesa mereka menjadi duta negara.
"Saya mahu para pelajar menjadi duta kita dalam menyampaikan maklumat yang betul, terutama berhubung tragedi baru-baru ini, termasuklah kehilangan MH370," katanya.- mstar online
TOP
MH370 Di Selatan Lautan Hindi
Judith Zielke
PUTRAJAYA: Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berpegang teguh terhadap keyakinannya bahawa penerbangan MH370 hilang di selatan Lautan Hindi walaupun petunjuk sebelum ini palsu, kata ketua penyelarasnya yang baharu, Judith Zielke. Beliau berkata tugas kritikal bagi menentukan dan memperbaiki kawasan carian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai negara, sambil menambah tidak ada sebab untuk meragui kemampuan mereka. "Mereka terlibat dalam mengemukakan dan menguji pandangan mereka berhubung di manakah kita harus melihatnya," kata Zielke dalam wawancara eksklusif dengan The Star. Beliau berkata walaupun ramai yang tampil dengan pelbagai pendapat tentang kawasan carian pesawat, beliau tetap optimis, secara peribadi. Ketua Emirates Airlines Tim Clark dilaporkan telah memberitahu majalah Jerman Der Spiegel bahawa misi yang dipimpin Australia untuk mencari pesawat mungkin dilakukan di kawasan yang salah. "Dengan menggunakan data yang terbaik yang kita ada, saya percaya bahawa kita sedang mencari di kawasan yang betul. "Tetapi saya tidak boleh memandang rendah saiz dan skala pencarian ini, yang belum pernah terjadi sebelumnya," kata Zielke, yang berada di Malaysia untuk pertemuan dua hari dengan pihak berkuasa di sini.- mstar online

Dalang Gambar Anjing Hina Islam Dikenal Pasti!
Dalam kehangatan isu umat Islam sentuh anjing diperkatakan di Malaysia, tup-tup tersebar satu gambar yang memanaskan lagi keadaan.
Gambar anjing dipakaikan jubah dan serban yang disebarkan menerusi laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp membuatkan ramai panas punggung kerana ia terang-terangan menghina Islam.
Hinggakan, Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid turut mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan ini menghina para ulama dalam keadaan sekarang, di mana majoriti golongan pandai agama ini telah sepakat bahawa hukum memegang anjing tanpa sebab kukuh adalah dilarang mengikut mazhab Shafie.
Bagaimana pun, pemeriksaan akhirnya mendapati gambar anjing ini bukanlah kerja rakyat Malaysia tetapi pihak luar.
Cuma mungkin, gambar ini telah dikitar semula oleh individu tertentu yang melakukannya untuk mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang untuk menimbulkan keadaan kurang harmoni.
Faktanya, gambar anjing berjubah dan berserban ini sebenarnya kerja pemimpin pembangkang mewakili etnik Ijaw di Niger Delta, Nigeria iaitu Mujahid Asari-Dakubo atau lebih dikenali sebagai Asari.
Dikenali sebagai seorang yang vokal, gambar anjing ini dibuat Asari khas untuk mengejek pemerintah baru Kano yang tak sebulu dengannya, Sanusi Lamido. Ia dimuat naik di laman Facebook Asari empat bulan lalu dan tinjauan kami mendapati, ramai rakyat Nigeria yang beragama Islam turut tidak setuju dengan perbuatannya.
Diharapkan dengan penjelasan ini, tidak ada lagi kekeruhan suasana melibatkan gambar anjing berjubah dan berserban di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. - mynewshub.cc

Renee Zellweger Bersuara Isu Pembedahan Plastik
Perubahan wajah Renne menimbulkan tanda tanya peminat.
PELAKON terkenal Hollywood, Renee Zellweger akhirnya bersuara terhadap tuduhan kononnya dia melakukan pembedahan plastik pada bahagian wajahnya sehingga ada pihak tidak mengenalinya ketika hadir ke acara Women in Hollywood pada Isnin lalu. Menurut laporan majalah People, Renne berkata, perubahan itu adalah disebabkan oleh faktor kehidupannya kini lebih bahagia dalam pelbagai perkara sehingga membuatkan ia terpancar pada wajahnya. "Saya senang apabila rakan-rakan memberitahu tentang perbezaan tersebut kerana saya kini memang berbeza, lebih bahagia dan hidup juga lebih indah sehingga ia terpancar pada penampilan saya," katanya.
Wajah Renne yang dirakamkan pada tahun 2010.
Bagiamanapun Renne tidak menjawab persoalan sebenar tentang tuduhan dia melakukan pembedahan plastik pemerhati selebriti terkenal itu memberitahu dia sebenarnya melakukan suntikan botox terhadap wajahnya. Rakan-rakan artis selebriti itu turut membela Renne dengan mengatakan tuduhan itu dibuat oleh individu yang suka mencampuri urusan orang lain.- mstar online

Kembali Kepada Al-Quran, Sunnah Untuk Perkukuh Perpaduan Ummah
KUALA LUMPUR: Umat Islam akan menyambut tahun baharu 1436 Hijrah pada tanggal 25 Oktober 2014 dan masyarakat Islam di negara ini sekali lagi memperbaharui azam dan tekad untuk memajukan diri selaras dengan tuntutan syariat.
'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' yang menjadi tema sambutan Maal Hijrah pada kali ini dilihat bertepatan dengan keadaan masa kini apabila umat Islam berhadapan pelbagai cabaran termasuk perbezaan pemahaman soal agama sehingga menimbulkan percanggahan pendapat dalam banyak perkara.
Khuatir akan hal itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Ahmad Fazrin Yahaya mengingatkan masyarakat Islam supaya kembali kepada al-Quran dan sunah sebelum perbezaan pendapat menjadi barah dalam penyatuan ummah.
Beliau berkata pada masa ini percanggahan pendapat dalam masalah agama timbul kerana umat Islam bergantung kepada logik akal tanpa menjadikan al-Quran dan sunah sebagai asas merungkai permasalahan.
Konteks ini, katanya bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak sesat selama mana kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu al-Quran dan sunah".
Justeru Ahmad Fazrin berkata, pihak bertanggungjawab perlu proaktif menyemarakkan program keagamaan termasuk mengadakan perbincangan menyeluruh mengenai kekeliruan pendapat berkenaan hukum bagi melahirkan masyarakat Islam celik agama.
"Jangan menunggu sehingga sesuatu hal berlaku baru nak mengeluarkan kenyataan, sebaliknya umat Islam perlu terus dididik untuk menitikberatkan kepentingan mempelajari ilmu agama agar sentiasa berada pada landasan syariat yang sebenarnya," katanya kepada Bernama.
Ahmad Fazrin berkata, pengurusan khilaf (perbezaan pendapat) perlu dilakukan bagi memastikan setiap isu berkaitan agama dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.
"Dalam hal ini, pihak berkuasa agama perlu mengangkat isu menguruskan khilaf ini, sekali gus mengambil contoh bagaimana para ulama dahulu menguruskan pertembungan dan perbezaan pendapat sesama mereka," katanya.
Pandangan sama dikongsi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Mohammad Fazril Mohd Saleh yang menyatakan bahawa umat Islam di negara ini perlu menerapkan konsep kesepakatan ummah dalam menangani isu-isu semasa.
Menurutnya, umat Islam harus bertindak lebih bijak apabila berhadapan dengan pelbagai permasalahan kompleks melibatkan sensitiviti agama, dan dalam masa sama menyelesaikannya tanpa perlu bertelagah.
Mengambil contoh isu penggunaan kalimah Allah, status halal coklat keluaran Cadbury Malaysia dan penganjuran program 'I Want To Touch A Dog', Mohammad Fazril berkata umat Islam tidak seharusnya cepat melatah mahupun bertelagah sesama sendiri bila wujud perbezaan pemahaman.
"Sebaliknya, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan cara yang betul mengikut syariat Islam supaya penganut agama lain tidak mempunyai persepsi negatif terhadap agama Islam," katanya.
Dalam pada itu, Mohammad Fazril mengajak golongan belia Islam untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama yang kukuh bagi memastikan mereka tidak mudah terpengaruh dengan perubahan dunia globalisasi yang kian mencabar.
Beliau berkata golongan belia yang bakal mewarisi kepimpinan negara juga harus menjadi ikon terbaik dalam membentuk jati diri belia Islam yang sejati pada masa akan datang.
Untuk itu, Mohammad Fazril berharap akan lahir lebih ramai ulama atau ilmuan Islam dalam kalangan belia yang berkredibel bagi membimbing golongan muda berfikir tanpa melampaui batasan agama Islam.- BERNAMA
TOP
'Percutian' Bocchi Terus Jadi Misteri
PETALING JAYA: Misteri tentang di mana beradanya ahli perniagaan Itali William Bocchi semakin rumit.
Tiada laporan menunjukkan tanda-tanda dia berada di bandar Zamboanga, selatan Filipina, lokasi yang sepatutnya dikunjungi setelah meninggalkan Sabah.
Menurut Pengarah Penguasa Kanan Polis Zamboanga City Angelito Casimiro, pihaknya masih tidak ada maklumat tentang Bocchi.
"Kami akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu dengan Biro Imigresen dan Pengusiran serta dengan Aleson Shipping," katanya kepada Philippine Daily Inquirer, Jumaat.
Komander Angkatan Tentera Laut Selatan Filipina Laksamana Reynaldo Yoma, berkata kita "harus membuat pemeriksaan dengan pasukan perisik".
Pada Khamis, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, lelaki Itali berusia 52 tahun menaiki feri di bandar pantai timur Sandakan pada 14 Oktober.
"Dia telah pergi ke Zamboanga untuk bercuti," katanya.
Bocchi menimbulkan kebimbangan tentang di mana dia berada apabila seorang ahli perniagaan Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio.
Bocchi tiba di KLIA 2 di Sepang, pada 12 Oktober dan terbang ke Kota Kinabalu pada hari berikutnya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu.
Yiik Huon memberitahu polis bahawa Fabio berkata Bocchi sepatutnya pulang ke rumah pada 16 Oktober.
Beliau berkata Bocchi, yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan kewangan sepatutnya bertemu pelanggan di Lahad Datu.- mstar online
TOP
Balotelli Disiasat Ugut Wanita
Mario Balotelli dalam perjalanan menjalani latihan pada Khamis.
PENYERANG Liverpool, Mario Balotelli buat hal lagi dan kali ini disiasat polis Manchester kerana mengugut seorang wanita yang merakam gambar Ferrari F12 Berlinetta miliknya. Pada Khamis, polis dihubungi pada pukul 3 petang dan bergegas ke sebuah rumas di Wythenshawe. Kejadian itu berlaku ketika pemain itu melawat ibunya, Rose Barwuah. Polis dikatakan menyiasat tindakan Balotelli yang mengancam dan mendesak wanita itu supaya berhenti merakam gambar kenderaan bernilai £240,000 itu. Berdasarkan laporan wanita berkenaan, Balotelli dikatakan mendekati anak perempuan wanita itu yang merakam gambar kereta merah yang dibawa dari Itali itu. Jurucakap polis berkata: "Kami menyiasat laporan mengenai ugutan yang berlaku di Wythenshawe. Pegawai polis akan mendapatkan keterangan semua pihak yang berkaitan." Sementara itu, Kelab Bolasepak Liverpool berkata, pihaknya tidak akan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sehingga fakta sebenar mengenainya diperoleh. Kejadian itu berlaku sehari selepas Balotelli didapati bertukar-tukar baju bersama pemain pertahanan Real Madrid, Pepe ketika kekalahan Liverpool 3-0 di Anfield.- mstar online

MIMMA 2: 13 Peserta Layak Ke Final
Mohammad Zulhanizam (kiri) akan bertarung menentang Darren Low (kanan) bagi kategori heavy weight MIMMA.
KUALA LUMPUR: Tiga belas peserta pelbagai kategori berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) tempatan untuk mencari juara Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA 2) musim kedua yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM150,000. Acara yang akan berlangsung di Stadium Negara pada Sabtu itu disertai sembilan wakil tempatan, manakala empat lagi dari Amerika Syarikat, Itali, United Kingdom dan Perancis yang akan bersaing dalam tujuh kategori yang dipertandingkan, selain empat lagi pertarungan bersifat pertunjukkan khusus untuk penggemar sukan seni mempertahankan diri. Bagaimanapun, seorang lagi peserta tempatan, Muhammad Aiman berhadapan situasi mencabar apabila terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak 2.2 kilogram dalam tempoh tiga jam bagi melayakkan diri ke saingan akhir kategori flyweight . Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, MIMMA adalah medan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara yang berpotensi untuk menyerlah di peringkat antarabangsa dalam MMA. "Terdapat pelbagai jenis sukan seni mempertahankan diri di negara kita seperti silat, taekwando dan karate. Namun kita tidak ada platform yang dapat menggabungkan beberapa jenis sukan seni mempertahankan diri, jadi dengan penganjuran MIMMA ini dapat memberi ruang kepada usaha untuk melahirkan bakat-bakat baharu dalam MMA. "MIMMA musim kedua ini cukup istimewa apabila buat kali pertama seorang wanita rakyat Malaysia, Foo Zhen Wei layak ke perlawanan akhir bagi kategori pro female flyweight'," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sesi mengumumkan peserta yang layak ke saingan akhir MIMMA 2 di Hotel Swiss Garden pada Jumaat.
Matt Pelino (kanan) bersama dengan lawannya, Will Chope bagi kategori terbuka.
Jason berkata, MIMMA turut menggabungkan beberapa jenis sukan seni mempertahankan diri seperti judo, juditso, tinju dan muay thai. "Saya jangka lebih 5,000 penonton akan hadir dan pertandingan akhir MIMMA dapat ditonton secara langsung melalui mimmalive@tunetalk.com," katanya. Sementara itu, peserta bagi kategori light weight Mohd Hasrul Abdul Rashid yang merupakan seorang anggota polis tidak sabar untuk turun ke gelanggang esok. "Sudah pasti saya ingin menang selepas beberapa tahun berlatih. Saya berharap dengan sokongan rakan-rakan polis. "Ini kali kedua saya menyertai MIMMA, saya lihat ia mempunyai platform untuk mengetengahkan bakat baru dalam sukan seni mempertahankan diri," katanya. Sementara itu, peserta Amerika Syarikat, Matt Pelino berkata, dia menyertai MIMMA kerana ia merupakan salah satu kejohanan terbesar di rantau Asia Tenggara. "Saya memang sukakan pertandingan, kerana ia menguji sejauh mana kemampuan dan kemahiran yang kita miliki. Sudah pasti saya akan memberikan persembahan terbaik dan tewaskan lawan saya, Will Chope untuk kategori terbuka (tiada had berat badan). "Will merupakan seorang veteran UFC (Ultimate Fighting Championship) dan berpengalaman bertarung sebanyak 27 kali. Saya sangat berharap dapat tewaskan dia," katanya. Bagi peserta wanita tunggal dari Malaysia, Zhen Wei pula, dia sangat teruja untuk turun ke gelanggang esok. "Saya tidak sabar untuk bertarung dengan Brit Rachael Short esok. Saya telah berlatih sejak tiga tahun lalu. Tekanan sedikit tinggi bagi peserta wanita kerana ketika latihan juga kami perlu bersaing dengan peserta lelaki. "Namun ini tidak perlu dijadikan alasan, jika anda berlatih dengan peserta yang lebih kuat sudah pasti anda akan mendapat pengalaman yang baharu," katanya yang bekerja sebagai pegawai perhubungan awam. Darren Low, peserta bagi kategori heavy weight berharap dapat memberikan persembahan terbaik. "Saya berlatih dengan gigih sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya turut berlatih di Phuket, Thailand selama dua bulan. "Saya menyertai MIMMA untuk mempersembahkan kemahiran saya dalam seni sukan mempertahankan diri. Ini peluang saya untuk memajukan diri dalam beberapa disiplin sukan seni mempertahankan diri seperti judo, juditso dan muay thai," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. MIMMA akan disiarkan secara langsung di laman web mimmalive@tunetalk.com bermula pada pukul 8 malam Sabtu. Pada pusingan awal MIMMA menerima sambutan yang cukup menggalakkan, dengan lebih 400 peserta menyertainya sejak awal tahun ini. Idea MIMMA telah dicetuskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama-sama dengan Jason sendiri. Ia bertujuan bagi mempromosikan sukan MMA di Malaysia. - mstar online

Moto3: Zulfahmi Gembira Keputusan Latihan Bebas Kedua
SEPANG: Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin memulakan aksi hari pertama dengan baik selepas mencatat kedudukan ke-14 pada sesi latihan bebas kedua pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat.
Pada sesi latihan bebas pertama sebelah pagi, pelumba Moto3 yang bernaung di bawah pasukan Ongetta-AirAsia ini berada di kedudukan ke-18 (2’16.016).
”Sesi latihan bebas pertama saya agak sukar ketika mengendalikan jentera namun saya cuba untuk menempatkan diri dalam kelompok terbaik.
“Bagaimanapun sebelum sesi latihan bebas kedua, pasukan melakukan sedikit perubahan dan akhirnya saya berjaya meraih kedudukan ke-14 dengan catatan masa satu saat lebih baik daripada sebelum ini.
“Keputusan ini sekaligus memberi keyakinan untuk saya meneruskan latihan bebas terakhir pada esok pagi (Sabtu),” jelasnya kepada media sebaik sahaja tamat sesi latihan bebas kedua.
Dalam pada itu, pelumba berusia 23 tahun ini berkata, pasukannya ada strategi lebih baik pada menjelang perlumbaan seterusnya nanti.
“Pastinya pasukan saya akan beri 200 peratus komitmen malah mereka ada strategi lebih tayar bagi memastikan segalanya lebih lancar.
“Kami juga bersedia dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, panas dan hujan, walaupun saya lebih suka beraksi di litar kering.
“Seperti biasa, beraksi di litar sendiri membuatkan saya lebih tenang berdepan dengan cabaran, lebih-lebih lagi dengan adanya peminat-peminat yang hadir ke sini.
“Saya berharap pada Ahad nanti lebih ramai lagi penyokong datang memenuhi litar,” katanya.
Zulfahmi kini menduduki tangga ke-19 keseluruhan dengan mengumpul 19 mata selepas 16 perlumbaan.
Kedudukan terbaik yang pernah dicatat musim ini ialah pada pusingan ke-6 di Litar Mugello dengan menguasai kedudukan ke-11.- mstar online
TOP
Syarikat Daftar GST Cecah 102,979 Pada 23 Oktober
KUALA LUMPUR: Bilangan syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 102,979 pada 23 Oktober, peningkatan 2,192 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jabatan Kastam dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat berkata, data terbaharu itu menunjukkan bahawa lebih banyak syarikat mendaftar bagi GST menjelang tarikh akhir 31 Disember ini.
Sasaran kerajaan adalah untuk mendapatkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April, 2015. - mstar online
TOP
Matrade Anjur Misi Maritim Ke Dammam, Dubai
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menganjurkan satu misi pemasaran khas bagi industri maritim ke Dammam, Arab Saudi dan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersempena dengan Seatrade Middle East Maritime (SMEM) bermula 25 hingga 31 Oktober, 2014.
"Sorotan utama program ini ialah mesyuarat perniagaan yang diatur terlebih dahulu antara delegasi Malaysia dan pelanggan berpotensi," kata Matrade dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Dalam tempoh 11 tahun sejak pelancarannya pada 2003, SMEM telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform bagi peserta maritim untuk menjalankan perniagaan, menjalin rangkaian dan melancarkan produk dan perkhidmatan baharu.
Pameran dua tahun sekali itu yang diadakan di Dubai International Convention and Exhibition Centre, merupakan acara terbesar seumpamanya di rantau tersebut dan akan menyediakan pintu masuk ke Bahrain, Asia Tengah, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE, kata perbadanan itu. - mstar online
TOP
Acara Kemuncak CIMB Fiesta 2014 Dijangka Raih Jualan RM6 Juta
KUALA LUMPUR: Acara kemuncak CIMB Fiesta 2014 yang bermula di pusat beli-belah Mid Valley di sini Jumaat, dijangka meraih jualan bernilai RM6 juta.
Ini merupakan peningkatan hampir 10 peratus berbanding tahun lepas, dengan lebih 100,000 pengunjung.
"Pemegang kad CIMB Bank akan menerima mata bonus lima kali ganda atau rebat tunai dua kali ganda untuk setiap ringgit yang dibelanjakan pada acara kemuncak ini.
"Pengunjung juga ditawarkan 'RM50 Bonanza' iaitu mereka boleh membeli semua barang pada harga RM50," kata Ketua Bahagian Kad, Aset Runcit dan Deposit CIMB Bank Vipin Kumar kepada pemberita pada pelancaran acara selama tiga hari itu.
Pemegang kad CIMB juga berpeluang memenangi tawaran menarik dan eksklusif serta pakej makanan dan pelancongan Asean.
Acara bermula 10 pagi hingga 9.30 malam setiap hari, menawarkan sehingga 70 peratus diskaun meliputi pelbagai produk termasuk gaya hidup, peralatan dapur dan rumah, peranti teknologi maklumat dan lain-lain.
Pemegang kad CIMB boleh membeli produk itu dengan menggunakan sama ada kad kredit, debit atau KWIK CIMB.
Selain itu CIMB juga menawarkan kelulusan dalam masa sejam untuk permohonan kad kreditnya.
Sebelum ini CIMB mengadakan pesta itu buat julung kali tahun ini di Pulau Pinang dan Johor. - mstar online
TOP
Bront Palarae Terkejut Dipuji Pelakon Lagak Ngeri Thailand
Bront Palarae akui cabaran utama pada babak pertarungan.
PETALING JAYA:Pelakon Bront Palarae mengakui terkejut apabila lakonan aksi yang dilakukan dalam filem Anak Jantan mendapat pujian daripada pelakon lagak ngeri daripada Thailand yang turut terlibat dalam filem tersebut. Bront berkata, pujian tersebut membuktikan dia berjaya menterjemahkan watak antogonis yang diberikan itu dengan baik. "Saya pun terkejut dan baru sahaja tahu daripada pengarah tentang pujian itu. Individu tersebut bercakap kepada orang lain dan saya rasa pengarah akan lebih berbangga dengan pujian ini. "Bagaimanapun, pujian itu membuktikan bahawa lakonan saya sebagai Somchai berjaya seperti yang dimahukan oleh pengarah," ujarnya kepada mStar Online. Sementara itu, Bront berkata, cabaran utama menjayakan filem tersebut adalah terlalu banyak melakukan babak pertarungan. Katanya, ia menguji kecerdasan fizikal apabila memerlukannya mengekalkan momentum untuk bertarung lebih daripada 12 jam. “Cabaran utama adalah babak pertarungan. Ia sangat menguji fizikal dan untuk mengekalkan momentum tenaga itu benar-benar buat saya rasa macam nak mati. "Boleh dikatakan ini adalah antara filem yang buat saya terasa sangat kesukarannya. Namun, saya akan gembira dan puas hati jika penonton juga puas hati dan gembira dengan lakonan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan. Dalam filem ini, Bront turut bergandingan bersama Farid Kamil dan Nora Danish dalam filem arahan Faizul A Rashid ini. Filem Anak Jantan bakal ditayangkan pada 30 Oktober depan di seluruh pawagam negara.- mstar online

Suami Cemburu Kim Yura Cium Yoo Min Kyu
Kim Yura
ANGGOTA kumpulan Girls Day, Kim Yura mendedahkan suaminya, aktor Hong Jong Hyun cemburu apabila mendapat tahu dia akan melakonkan adegan bercumbu dengan Yoo Min Kyu menerusi drama terbaharu Be Arrogant. Menurut laporan Soompi, Yura berkata, Jong Hyun benar-benar cemburu sehingga bertanya adakah adegan tersebut akan dilakukan banyak kali. "Saya ada bercakap dengan dengan Jong Hyun mengenai penggambaran drama itu dan menariknya dia bertanyakan tentang babak bercium dengan Min Kyu. "Apabila saya cuba mengalihkan topik dan menjawab 'ia berjalan lancar' dia akan bertanya sekali lagi. Rupa-rupanya dia cemburu. "Saya faham perasaannya kerana saya juga pasti akan cemburu jika dia melakukan babak itu," katanya.- mstar online

Siviero Saman Watak Kartun Gengster Louie Dalam The Simpson
PELAKON Siviero, 62, mendakwa gaya dan penampilan gangster Louie dalam kartun The Simpson adalah sama seperti watak Frankie Carbone yang dibintanginya dalam filem The Godfather I dan II.
Pelakon itu menuntut pencipta watak kartun The Simpson membayar RM820 juta berikutan karakter tersebut dikatakan menyerupai watak dirinya dalam filem itu.
Menurut Hollywood Reporter, beliau juga memberitahu bahawa pernah tinggal berjiran dengan penulis kartun The Simpson.
Dalam pada itu, Siviero turut mendakwa produser kartun tersebut iaitu James L Brooks menyedari bahawa watak yang dicipta dalam kartun Simpson itu berdasarkan watak filem yang dibintanginya itu.
Kartun gangster Louie disuarakan oleh Dan Castellaneta dan pertama kali muncul dalam program ini pada tahun 1991 dan telah dipaparkan di lebih daripada 15 episod.- mstar online
TOP
Siasat Remaja Suspek Kes Culik - Komander Esscom
KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia menjalankan siasatan terperinci berikutan penahanan tiga remaja dipercayai bersubahat dengan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan lain-lain kumpulan penjenayah di sempadan pantai timur Sabah.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, pasukan penyiasat mengkaji semua sudut selepas merampas telefon bimbit daripada tiga suspek yang berumur antara 14 hingga 29 tahun.
Ditanya mengenai kemungkinan ketiga-tiga suspek itu merupakan pasukan peninjau untuk penculikan KFR, Rashid berkata: "Kami masih menyiasat".
Tiga suspek itu ditahan berhampiran sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada kira-kira pukul 8.30 malam pada Rabu lalu kerana melanggar arahan perintah berkurung di kawasan berkenaan.
Menurut Abdul Rashid, dua daripada lelaki berkenaan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi mempunyai dokumen pengenalan pendaftaran lewat.- mstar online
TOP
Najib Sertai Majlis Doa Selamat Sambutan Maal Hijrah
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai lebih 4,000 jemaah pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat bagi menyambut kedatangan Maal Hijrah 1436H di Masjid Negara pada Jumaat malam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1435H disusuli doa awal tahun 1436H sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Isyak secara berjemaah.
Terdahulu, jemaah berpeluang mengikuti forum agama selama 45 minit bertajuk 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' yang turut disiar secara langsung oleh RTM.
Ia disertai dua panelis iaitu Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Norhafizah Musa.
Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok.- mstar online
TOP
Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 15 Tahun Bekas Guru Rogol Pelajar
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan terhadap seorang bekas guru disiplin bagi kesalahan merogol pelajar perempuan 15 tahun kira-kira tiga tahun lepas.
Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Ahmad Shukran Ramli terhadap sabitannya, memutuskan terdapat bukti kukuh terhadapnya.
Beliau juga berkata mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menganggu keputusan penjara diputuskan Mahkamah Sesyen dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi kerana Ahmad Shukran merupakan guru pada ketika kejadian itu dan mangsa ialah pelajarnya.
"Ini adalah jenayah serius," kata Hakim Md Raus, yang turut menolak rayuan Ahmad Shukran bagi pengurangan tempoh penjara.
Dua lagi hakim yang bersidang ialah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Ahmad Shukran dituduh merogol pelajar perempuan itu di sebuah bilik tidur di kuarters guru di sebuah sekolah menengah di Pahang pada 3.30 petang, 5 Mei 2011.
Pada 19 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan.
Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 17 Sept tahun lepas.
Menurut fakta kes, Ahmad Shukran telah menelefon ibu pelajar itu untuk membenarkan pelajar itu pergi ke kuartersnya untuk menyiapkan kerja projek bagi kelab seni sekolah itu.
Ibu pelajar itu pada awalnya enggan membenarkan anaknya pergi tetapi Ahmad Shukran memberitahunya pelajar lain akan turut serta berada di kuarters.
Dia kemudian meminta seorang daripada kawan pelajar itu pergi ke rumah pelajar itu untuk menjemputnya dan membawanya ke kuarters itu, dan merogolnya.
Ahmad Shukran diwakili peguam G. Nanda Goban manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon.- mstar online
TOP
Polis Tahan Kumpulan Samun Treler Selepas Tiga Jam Menyamum
Gambar hiasan.
SEPANG: Polis menahan dua lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes samun sebuah treler membawa dua gelung keluli bernilai RM150,000 di Jalan Banting, di sini Rabu lepas. Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Mohd Yusoff Awang berkata kesemua suspek berumur 20 hingga 46 tahun itu ditahan di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Rawang, kira-kira tiga jam selepas kejadian. Beliau berkata dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu, dua suspek warga tempatan bertindak memecahkan cermin treler yang dipandu Ridzuan Daud, 52, yang ketika itu sedang tidur selepas memberhentikan kenderaan untuk berehat berikutan hujan lebat. "Mangsa memberhentikan lori di sisi jalan, iaitu kira-kira 10 minit selepas memandu keluar treler yang membawa muatan dua gelung keluli dari kilang Megasteel, dekat sini pada pukul 9 malam untuk dibawa ke Melaka. "Akibat terlalu lama menunggu, mangsa mengantuk lalu tertidur dan hanya tersedar selepas cermin lorinya dipecahkan oleh dua lelaki bersenjatakan parang," katanya pada sidang media di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, Jumaat. Katanya suspek kemudian bertindak menutup mulut dan mengikat tangan mangsa menggunakan pita pelekat dan memandu kenderaan itu ke ladang kelapa sawit berdekatan sebelum meninggalkan mangsa kira-kira 50 meter dari jalan raya. Selepas penjenayah beredar dari lokasi mangsa ditinggalkan, mangsa bertindak membuka ikatan sebelum berjalan keluar bagi mendapatkan bantuan, dan bernasib baik apabila seorang lelaki memberhentikan kereta dan membawanya ke balai polis untuk membuat laporan, kata Mohd Yusoff. Beliau berkata dengan bantuan alat pemantau Sistem Pengesanan Global (GPS) yang dipasang pada treler itu, polis berjaya mengesan kenderaan itu berada di sebuah bengkel di Jalan Batu Arang, Rawang. Bertindak atas maklumat itu, polis menyerbu bengkel berkenaan, dan menahan enam individu iaitu dua lelaki warga tempatan, seorang warga Myanmar dan tiga lelaki warganegara India, selain menemui semula semua barangan yang disamun disembunyikan di belakang bengkel tersebut, katanya. Mohd Yusoff berkata siasatan mendapati kumpulan itu digerakkan oleh seorang lelaki warga tempatan berumur 36 tahun yang dipercayai menjadikan lori bermuatan barangan berharga sebagai sasaran rampasan sejak dua tahun lepas. "Kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis depan, manakala gerakan memburu perancang utama kumpulan itu telah dimulakan," katanya.- mstar online

Pahang Tumpaskan Kedah 5-0, Sertai Final Piala Malaysia
Pemain Pahang meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kedah 5-0. -foto NIK NAIZI HUSIN/The Star
KUANTAN: Pahang berjaya menempah slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini. Skuad Tok Gajah berpesta gol di halaman sendiri apabila berjaya mencipta lima gol tanpa balas. Pada babak pertama perlawanan, tuan rumah selaku penyandang Piala Malaysia dilihat berusaha bermati-matian mencari gol awal untuk memberi semangat ekoran ketinggalan 1-3 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Skuad Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-4 menerusi Matias Ruben Conti yang menanduk bola masuk ke gawang lawan selepas menyambut tendangan sudut Azidan Sarudin.
Penyerang Pahang, Matias Ruben Conti (kiri) meraikan jaringan dengan rakan sepasukan Mohd Saiful Nizam Miswan ketika menentang Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur pada Jumaat malam. Gol kedua Pahang pula hadir pada minit ke-25 menerusi R. Gopinathan yang merembat kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar. Pada minit ke-29, Azidan sekali lagi menjadi pencetus apabila melakukan hantaran silang sebelum disambar oleh Conti untuk meledakkan gol ketiga untuk Pahang. Conti muncul penjaring hatrik pada perlawanan ini selepas menjaringkan gol keempat Pahang pada minit ke-36 rentetan gerakan menarik Dickson Nwakaeme yang menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum melakukan hantaran kepada penyerang berbisa itu. Pada awal babak kedua perlawanan, Kedah dilihat beraksi agresif melakukan serangan ke arah kubu Pahang untuk mengurangkan defisit gol, namun berjaya dikekang barisan pertahanan skuad Tok Gajah. Pada minit ke-73, Nwakaeme beraksi cemerlang apabila melakukan larian dari tengah padang sehingga masuk ke kotak penalti sebelum merembat kencang membolosi gol lawan, menjadikan keputusan 5-0. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan perlawanan.- mstar online

MH135 KL-Brisbane Dialihkan Ke Bali Selepas Penumpang Bersalin
JAKARTA: Penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali selepas seorang penumpangnya melahirkan anak.
Menurut Pengurus Besar Angkasa Pura I di Ngurah Rai, Herry A.Y. Sikado, MH135 mendarat dengan selamat di lapangan terbang pada kira-kira pukul 2.10 petang Jumaat selepas ia meminta lencongan dari laluan asalnya.
Penerbangan mendarat dengan semua 178 penumpang selamat.
Penumpang berkenaan, seorang warga Australia bernama Samual P. Jeyanthi kemudiaanya dibawa ke Hospital Kasih Ibu di daerah Badung, Bali.
"Insiden itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " kata Herry.
Pesawat itu berlepas ke destinasi asal selepas dua jam melakukan pendaratan cemas.- mstar online
TOP
Gara-Gara Kasut, Pelajar Tingkatan Dua Masuk ICU
Gambar hiasan.
BALIK PULAU: Seorang pelajar tingkatan dua berada dalam keadaan kritikal selepas didakwa dipukul oleh sekumpulan senior di asrama mereka. Pelajar berusia 14 tahun dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau patah tulang rusuk dan bahu dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam. Difahamkan kejadian itu berlaku selama beberapa jam sehingga awal pagi hari berikutnya. Sumber berkata, kejadian ganas itu berlaku ekoran dakwaan kehilangan sepasang kasut berjenama. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Lai Fah Hin berkata, beberapa pelajar dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu dan akan ditahan tidak lama lagi. Bernama melaporkan bahawa warden sekolah hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada hari berikutnya dan pelajar itu telah dihantar pulang dengan kapal terbang. Apabila remaja itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, bapanya membawanya ke hospital di Klang, Selangor untuk pemeriksaan. Dia dikatakan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.- mstar online

Rakyat Tak Layak Subsidi Petrol Belum Muktamad - KPDNKK
PETALING JAYA: Kerajaan belum memutuskan mekanisme terbaik untuk menetapkan kategori rakyat daripada segi pendapatan yang terlibat dalam program rasionalisasi subsidi petrol bermula Jun tahun depan.
Sebelum ini dilaporkan, golongan berpendapatan RM4,000 ke bawah pasti akan mendapat subsidi RON95, manakala nasib rakyat berpendapatan antara RM4,001 hingga RM12,000 belum diketahui.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, mekanisme khusus untuk kumpulan sasaran itu akan diputuskan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama Kementerian Kewangan.
"Itu hanya andaian (pendapatan lebih RM4,000 tidak dapat subsidi). Kita dapat macam-macam andaian tetapi kita belum muktamadkan lagi. Anda boleh kata RM4,000, RM6,000, RM8,000 atau apa sahaja kerana daripada segi pendapatan, apakah maksimum dan minimum pendapatan individu (layak) belum dimuktamadkan.
“Apa yang pasti pemberian subsidi itu untuk rakyat Malaysia sahaja, dan bukan untuk warga asing,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebimbangan golongan berpendapatan sederhana di negara ini yang mungkin tidak layak mendapat subsidi sebaik sahaja program rasionalisasi bagi petrol dimulakan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada Khamis memberitahu bahawa harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun.
Ketidakpastian itu menimbulkan cakap-cakap bahawa pendapatan dalam lingkungan RM4,001 mungkin turut berada dalam kelompok ‘pendapatan tinggi’ sekiranya ia bukan diputuskan sebagai golongan sasaran yang menerima subsidi.
Alias berkata, daripada segi pendapatan, pihak KPDNKK sudah mengemukakan beberapa cadangan untuk diteliti.
“Kajian itu melibatkan rakyat pelbagai peringkat pendapatan dan latarbelakang di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak meliputi sosial ekonomi, kos sara hidup dan Indeks Harga Pengguna (CPI)," katanya.
Beliau berkata, sebanyak 77 buah syarikat mendaftar untuk menawarkan kertas cadangan bagi membangunkan sistem pengurusan rasionalisasi subsidi petrol selepas tempoh Permohonan Cadangan (RFP) berakhir pada 15 Oktober lalu.
“Syarikat-syarikat itu kini mempunyai masa selama 21 hari daripada tarikh itu untuk mengemukakan cadangan kepada kita. Selepas itu jawatankuasa teknikal akan meneliti cadangan-cadangan berkenaan,” katanya.
Ditanya mengenai pembelian petrol itu nanti akan menggunakan MyKad, Alias berkata, ia masih dalam peringkat cadangan dan belum diputuskan.
“Kita sedang menunggu cadangan-cadangan mereka (syarikat). Ia mungkin guna MyKad, lesen memandu atau mungkin juga guna sistem biometrik, apa sahaja yang mereka boleh cadangkan. Kita akan teliti dan muktamadkannya nanti,” katanya. - mstar online
TOP
Pulau Pinang Larang Warga Asing Masak Makanan Tempatan
Gambar hiasan.
GEORGE TOWN: Pulau Pinang mengesahkan pengharaman warga asing untuk bekerja sebagai tukang masak utama di gerai penjaja bagi mengekalkan keunikan rasa makanan tempatan. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata penjaja akan diberi tempoh selama setahun mulai 1 Januari 2015, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan peraturan baharu yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2016. "Ini akan dilakukan secara berperingkat, tidak serta-merta," kata Lim pada sidang media di sini, Jumaat. Larangan terhadap warga asing bekerja sebagai tukang masak adalah satu usaha untuk memastikan keunikan rasa makanan tempatan di Pulau Pinang dapat dikekalkan. Tambah Lim, semua pusat penjaja, kedai kopi, medan selera di pusat beli-belah serta peniaga jalanan perlu memastikan bahawa hanya penduduk tempatan bekerja untuk memasak hidangan tempatan. "Penguatkuasaan ini akan dimasukkan dalam lesen mereka. Kegagalan mematuhinya akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil," katanya.- mstar online

Peragut ‘Makan’ Penampar
Kajang: Seorang peragut 'dihadiahkan' tinju dan penampar oleh orang ramai yang geram selepas suspek diberkas sejurus cuba meragut rantai emas seorang wanita.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, suspek lelaki berusia 20-an itu dikesan menjadikan seorang wanita berusia 40-an sebagai sasaran berhampiran Jalan Bukit di sini.
Sumber polis berkata, suspek dikesan cuba meragut rantai emas mangsa yang ketika itu sedang berjalan bersendirian.
"Suspek yang menunggang motosikal bertindak menarik rantai emas milik pada leher mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan cuba melawan.
"Mangsa bagaimanapun enggan mengalah apabila bergelut dengan suspek sambil menjerit meminta tolong," katanya.
Dia berkata, orang ramai yang mendengar jeritan mangsa kemudian bertindak datang membantu sebelum menahan suspek.
"Suspek kemudian dibelasah dua lelaki sebelum tiga lagi lelaki yang berada di kawasan berhampiran turut membantu memukul mangsa hingga rebah.
"Suspek kemudian diikat orang ramai sebelum diserahkan kepada anggota polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu," katanya.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan peragut terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Menurutnya, uspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa kes ragut di daerah ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek warga tempatan itu. - Harian Metro
TOP
KPWKM Anjur 58 Sesi Kaunseling, 64 Psikologi, 34 Lawatan
PUTRAJAYA – Sebanyak 58 sesi bimbingan dan kaunseling dijalankan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terhadap 27 keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17.
Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata sebanyak 64 sesi sokongan psikologi pula diberikan kepada 31 keluarga dan 34 sesi lawatan diatur ke rumah 15 keluarga mangsa.
“Bentuk bantuan seperti ini diteruskan selagi ada keperluan dan permintaan daripada ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena 100 hari tragedi MH17 hari ini.
Katanya, seramai 49 kaunselor di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat terlibat dalam memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada keluarga mangsa.
“Kerajaan Malaysia dengan penuh keprihatinan berusaha sebaik mungkin membantu semua anggota keluarga mangsa dalam segala aspek bagi meringankan beban mereka,” katanya.
Rohani berkata, pihak kementerian turut membantu anggota keluarga dengan merujuk mereka kepada agensi berkaitan seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial, Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Imigresen.
Katanya, pihak kementerian bersimpati kepada anggota keluarga mangsa tragedi MH17 atas kehilangan orang tersayang dan tidak akan putus memberi sokongan berterusan.
“Tragedi MH17 akan sentiasa dalam ingatan dan sama-sama kita iringkan doa kepada mangsa yang terlibat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
“Apa yang berlaku sangat tidak berperikemanusiaan dan amat sukar untuk diterima. Diharapkan dengan kesabaran dan kecekalan yang tinggi mampu untuk kita berdepan dengan situasi ini,” katanya.
Pesawat MH17 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Amsterdam pada 17 Julai lepas dipercayai ditembak jatuh ketika berada di ruang udara Ukraine hingga meragut 298 nyawa penumpang dan anak kapal.
Semua mangsa warga negara Malaysia, kecuali Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma yang masih belum dijumpai, sudah dikenal pasti dan dibawa pulang ke tanah air dalam enam kumpulan bermula 22 Ogos 2014 – BERNAMA
TOP
Pukul Anak Kerana Biskut Habis, Bapa Dipenjara 8 Bulan
Amarah yang tak kena pada tempat akhirnya membawa padah kepada seorang bapa.
Mengaku bersalah kerana mendera dua orang anaknya yang berusia lapan dan lima tahun, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan dan denda RM 8 ribu.
Menurut laporan Berita Harian online, Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan dan RM 4 ribu bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Suhaimie Ahmad Tahir, 36.
Hukuman tersebut diarah untuk berjalan serentak. Kamar mahkamah juga memutuskan untuk memenjarakan tertuduh selama lima bulan andai dia gagal membayar denda.
Ahmad Suhaimie didakwa melakukan perbuatan tersebut di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat berdekatan Pantai Dalam pada 19 Oktober lepas.
Memetik fakta kes yang dilaporkan BERNAMA, ketika kedua-dua mangsa berada di rumah, si bapa bertanyakan soalan, “siapa yang habiskan biskut?”
Apabila anak-anaknya saling tuduh-menuduh, si bapa kemudiannya berang lantas mengambil air panas dari periuk dan meletakkan di hadapan mereka, dan mengulangi soalan sama.
Masih gagal mendapatkan jawapan, si bapa kemudiannya mengambil tangan kiri anak lelakinya yang berusia lima tahun lalu mencelup ke dalam air panas tersebut. Dia juga dilaporkan menampar muka kanak-kanak malang itu.
Perbuatan sama dilakukan kepada anak perempuannya yang berusia lapan tahun.
Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prakdit memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh kerana hukuman denda tidak setimpal dengan kecederaan yang dialami mangsa, dan mendera kanak-kanak adalah kesalahan serius. – MYNEWSHUB
TOP
Bekas Datuk Bandar Mexico Suspek Dalang Kehilangan 43 Pelajar
SEORANG lelaki yang merupakan bekas Datuk Bandar/mayor di Mexico ditahan atas dakwaan menjadi dalang terhadap kehilangan 43 pelajar yang dilaporkan diculik di Iguala, bulan lalu.
Menurut pihak berkuasa Mexico, bekas mayor terbabit, Jose Luis Abarca, isterinya, Maria de los Angeles Pineda Villa dan bekas Pengarah Keselamatan Awam, Felipe Flores Velasquez ditahan atas dakwaan yang sama .
Peguam Negara Mexico, Jesus Murillo Karam berkata, mereka disyaki menjadi dalang di atas kehilangan 43 pelajar terbabit yang dilaporkan diculik pada 26 September lalu.
Menurut kenyataan Murillo, pada hari kejadian, kumpulan pelajar yang terdiri daripada penuntut kolej perguruan itu sedang dalam perjalanan untuk mengadakan protes jalanan di Iguala.
Difahamkan sebaik mengetahui pelajar-pelajar tersebut mahu membuat protes jalanan, Jose telah mengarahkan Felipe untuk mengerah anggota polis melarang mereka meneruskan agenda tersebut.
Dan pada ketika itu, seorang pelajar telah terbunuh sementara 43 pelajar lain yang diculik telah dilaporkan diserahkan oleh anggota polis kepada geng penjenayah di sana yang dikenali sebagai Guerreros Unidos.
Ketiga-tiga suspek dilapor menghilangkan diri sehari selepas kejadian terbabit. – MYNEWSHUB
TOP
Rizalman Lantik Peguam Hadapi Tuduhan Di New Zealand
PUTRAJAYA – Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, telah melantik peguamnya memandangkan bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu akan dihadapkan ke mahkamah di Wellington pada Sabtu berhubung tuduhan pecah rumah dan menyerang seorang wanita di ibu negara New Zeland.
Muhammad Rizalman, 38, dihantar balik ke New Zealand hari ini berikutan permohonan ekstradisi yang dibuat pada 3 Okt.
Seorang pegawai Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan hari ini bahawa Muhammad Rizalman telah berlepas ke New Zealand menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.55 pagi tadi.
“Dia mempunyai peguam, yang dilantiknya sendiri…(peguam) itu bukan dilantik oleh kerajaan,” kata pegawai itu.
Pegawai itu berkata penerbangan MAS yang membawa Muhammad Rizalman akan terbang ke Auckland sebelum dia mengambil penerbangan domestik ke Wellington.
Wakil media yang menunggu di KLIA seawal pukul 6 pagi untuk menatap wajahnya sepintas lalu sebelum berlepas, kecewa.
Pegawai Wisma Putra berkata mereka telah menjangka kemungkinan wakil media berada di KLIA.
Muhammad Rizalman dapat mengelak daripada bertembung dengan media dan perhatian umum memandangkan dia dibawa menaiki pesawat dengan menggunakan “laluan khas”.
Pegawai itu berkata Muhammad Rizalman diiringi dua kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia dan dua pegawai polis New Zealand dalam penerbangan itu.
Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya untuk menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita berusia 21 tahun.
Dia dan keluarganya telah diterbangkan balik ke Malaysia pada 22 Mei dan sejurus selepas itu, Kementerian Pertahanan segera menjalankan siasatan terhadap insiden itu.
Muhammad Rizalman dilaporkan menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan selepas kembali dan dibenarkan keluar pada akhir Julai.
Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Malaysia yakin bahawa Rizalman akan dibicarakan dengan adil oleh mahkamah di New Zealand.
Penghantaran balik Muhammad Rizalman ke New Zealand adalah bukti kerjasama erat antara pelbagai agensi kerajaan Malaysia dan New Zealand dan selaras dengan kedaulatan undang-undang kedua-dua negara.
Wisma Putra telah mengesahkan bahawa ia telah menerima permohonan rasmi untuk mengekstradisi Muhammad Rizalman pada 9 Okt. – BERNAMA
TOP
PM Harap Lebih Ramai Berjaya Dalam Sukan Permotoran
SEPANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau berharap atlet sukan bermotor Malaysia akan mencapai lebih banyak kejayaan di pentas dunia.
Beliau berkata sejak litar antarabangsa Sepang (SIC) dibuka 15 tahun lalu, pelumba tempatan telah membuatkan rakyat Malaysia bangga dengan prestasi mereka.
“Tahun ini, enam pelumba kita akan beraksi. Saya doakan yang terbaik buat mereka,” katanya dalam buku program SIC sempena Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2014.
MotoGP diadakan mulai 24 hingga 26 Okt di SIC dan dijangka menarik 100,000 penonton.
Najib berkata sukan telah lama menjadi faktor penyatuan dalam masyarakat Malaysia dan beliau memuji setiap orang yang bekerja keras bagi membolehkan ahli sukan Malaysia mencapai kejayaan.
“Mereka telah memberikan rakyat Malaysia satu lagi sebab untuk berasa megah dan berharap atlet sukan bermotor mencapai lebih banyak kejayaan di pentas dunia.
MotoGP yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, merupakan satu daripada acara menarik dalam kalendar nasional.
“Saya berharap semua tetamu kita dari jauh dan dekat akan menikmati layanan hebat kita,” kata Najib.
Perdana menteri turut mengucapkan tahniah kepada pasukan di SIC dan semua rakan mereka kerana sekali lagi berjaya menganjurkan MotoGP Malaysia. – BERNAMA
TOP
Gempa Bumi Yang Lemah Landa Pulau Banggi, Sabah
KOTA KINABALU – Satu gempa bumi yang lemah dengan kekuatan 4.4 pada skala Richter berlaku pada 1.40 tengah hari ini di Pulau Banggi, Kudat dekat sini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pusat gempa bumi itu ialah 328km di barat daya Palawan, Filipina dan 60km di timur laut Pitas, Sabah.
Gempa bumi itu idak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.
Pulau Banggi merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pualu yang terletak di dalam Bahagian Kudat dan di luar pantai utara Sabah. – BERNAMA
TOP
Neymar Sokong Pencabar Dalam Pilihan Raya Brazil Ahad ini
SAO PAULO – Idola bola sepak Brazil, Neymar menyatakan sokongan kepada pencabar Presiden Aecio Neves, tiga hari menjelang pilihan raya semula pada penghujung minggu ini.
Neymar, kapten popular pasukan nasional Brazil, berkata beliau menyokong Neves berbanding penyandang berhaluan kiri, Dilma Rousseff kerana percaya calon berhaluan kanan-tengah itu adalah pilihan terbaik bagi Brazil.
“Saya akan sokong calon berkenaan (Neves) kerana saya setuju dengan program yang akan dilaksanakan untuk Brazil,” kata jutawan bintang Barcelona itu dalam satu mesej video.
Katanya, beliau memutuskan untuk menyatakan sokongan secara terbuka kepada Neves selepas berfikir dan berbincang dengan panjang lebar dengan keluarganya.
Namun penyerang Brazil itu berkata, walaupun beliau menyokong Neves, beliau tetap memberi sokongan kepada sesiapa juga yang menang dalam pilihan raya Ahad ini.
“Apa yang pasti ialah tidak kira apa keputusannya Ahad ini, saya akan terus sokong negara saya dan presiden saya yang dipilih rakyat,” kata Neymar. – AFP
TOP
Pedrosa Catat Masa Terpantas Sesi Latihan Bebas Pertama MotoGP
SEPANG – Pelumba pasukan Repsol Honda Dani Pedrosa mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas pertama Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2014 di litar Sepang di sini hari ini.
Pelumba Sepanyol ini mencatat masa dua minit 1.379 saat. Aleix Espargaro (NGM Foward Racing) dan Jorge Lorenzo (Movistar Yamaha MotoP) yang mengikuti beliau dengan rapat, masing-masing mencatat 2’01.393s dan 2’01.416s.
Marc Marquez (Repsol Honda Team) yang menduduki tangga teratas kejohanan Dunia MotoGP pula mencatat masa keempat terpantas iaitu 2’01.670s dan juara dunia enam kali kategori premier Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoP) pula mencatat masa keenam terpantas iaitu 2’01.842s.
Sesi ini berlangsung dalam keadaan kering dengan suhu sekitar 31 darjah Celsius, dan suhu permukaan trek berada pada 41 darjah Celsius.
Dalam kelas Moto2, Johann Zarco dari Air Asia Caterham mencatat masa terpantas 2’08.048s manakala pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah dari Petronas Raceline Malaysia mencatat 2’09.340s untuk menduduki tempat ke-20.
Seorang lagi pelumba Malaysia dalam kelas Moto2, Azlan Shah Kamaruzaman (Idemitsu Honda Team Asia) menduduki tempat ke-31 masa terpantas selepas mencatat 2’10.333s.
Dalam kelas Moto3, Jack Miller dari Red Bull KTM Ajo mencatat masa terpantas dalam latihan pertama dengan catatan 2’13.773s.
Pelumba Malaysia Hafiq Azmi dari pasukan SIC-AJO KTM, menduduki tempat ke- 17 masa terpantas dengan catatan 2’15.914s diikuti Muhammad Zulfahmi Khairuddin (Ongetta-AirAsia) dengan 2’16.016s.
Bagi kedua-dua pelumba wild kad Malaysia dalam kategori itu, Hafiza Rofa (SIC-AJO) dan Ramdan Rosli (Petronas AHM Malaysia), masing-masing menduduki tempat ke-29 dan ke-32 masa terpantas dengan catatan 2’16.899s dan 2’17.169s. – BERNAMA
TOP
Mayat Nelayan Dijumpai Terapung Di Teluk Bahang
GEORGETOWN – Mayat seorang nelayan yang dilapor hilang ketika menangkap ikan di perairan Muka Head, Tanjong Tokong Isnin lepas ditemui terapung di perairan Teluk Bahang dekat sini, hari ini.
Mayat lelaki warga Indonesia yang berstatus penduduk tetap itu dikenali sebagai Paiman Sulaiman, 60, dijumpai sekumpulan nelayan pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian pada 6 petang Isnin lepas, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam laut selepas kakinya tersangkut pada pukat.
“Mangsa ketika itu sedang menarik keluar pukat dan terus hilang dihanyut arus selepas terjatuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut, katanya. – BERNAMA
TOP
Jet Pejuang Perancis Letupkan 12 Kubu IS Di Iraq
JET pejuang Perancis memusnahkan 12 bangunan di Iraq dipercayai menjadi tempat simpanan senjata di bawah kawalan militan Negara Islam (IS),.
Panglima Angkatan Tentera Perancis, Pierre de Villiers hari ini berkata, pasukannya mengadakan operasi besar-besaran tanpa mendedahkan lokasi serangan itu, memetik Reuters.
“Malam ini kami mengadakan operasi besar-besaran di Iraq di mana kami musnahkan bangunan di mana ‘Daesh’ (Negara Islam) mengeluarkan perangkap, bom dan senjata bagi menyerang tentera Iraq,” kata de Villiers kepada radio ‘Europe 1′.
Panglima Angkatan Tentera Perancis, Pierre de Villiers
Perancis adalah negara pertama menyertai pakatan diketuai Amerika Syarikat dalam serangan udara terhadap pemberontak IS di Iraq September lalu dan menambahkan serangan udara bulan ini. Selain serangan udara dan misi pengintipan, operasi berkenaan juga meliputi melatih anggota tentera Iraq dan menghantar peralatan kepada pejuang Kurdis di utara. :-MYNEWSHUB.CC

Resipi Pizza ‘Homemade’: Sedap,Jimat Dan Berbaloi-Baloi!
Salah satu makanan kegemaran penulis sudah tentunya piza. Namun, kadangkala harganya agak tidak munasabah dan topping yang ditawarkan pula seakan-akan tiada pembaharuan.
Jadi bagi mengatasi masalah ketandusan ongkos terutamanya hujung bulan seperti hari ini, apa kata bikin sendiri sahaja piza di rumah?
Mudah,sedap, dan yang paling penting, lebih berbaloi untuk poket anda. Anda juga boleh variasikan taburan di atas kerak piza mengikut citarasa sendiri,sudah pasti takkan jemu menikmatinya.
Anda juga boleh mengawal penggunaan garam dan minyak di dalam resipi ini, yang menjadikan piza anda lebih sihat dan berkhasiat.
Resipi ringkas ini mempunyai tiga komponen iaitu doh, sos marinara (tomato) dan topping. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
Untuk doh (A): 2 paket yis kering 2 sudu besar gula 2 sudu kecil garam 4 sudu besar minyak zaitun 2 cawan air suam 4 cawan tepung gandum serbaguna
Untuk sos marinara (B):
1 botol sos spaghetti bolognese
4 ulas bawang putih, dicincang
Garam,gula dan serbuk lada hitam secukup rasa
Untuk topping (C):
200g kepingan protein pilihan (ayam,daging cincang atau sosej koktel)
250g keju mozzarella parut (boleh juga gantikan dengan kepingan keju cheddar biasa; carikkan)
100g kepingan nanas dalam tin (dipotong dadu)
2 labu bawang besar (dimayang halus)
Kaedah (A):
Panaskan ketuhar dalam suhu 230 darjah celcius. Dalam mangkuk sedarhana, larutkan yis dan gula dengan air suam. Biarkan seketika sehingga campuran kelihatan mengembang dan berbuih, kira-kira 10 minit.
Masukkan tepung, garam dan minyak zaitun; pukul sehingga sebati. Kemudian, rehatkan doh dalam suhu bilik selama 5 minit.
(B):
Tuangkan satu jar sos spaghetti bolognese ke dalam kuali bersama 2 sudu besar minyak zaitun.
Masukkan bawang putih cincang dan rencahkan, secukup rasa. Biarkan mendidih dan simpan ke tepi dahulu.
(C):
Ratakan doh mengikut bentuk dan ketebalan kesukaan. Kemudian,pindahkan diatas loyang yang telah ditabur sedikit tepung dan olesan minyak.
Sapukan sos marinara ke serata doh, dan tabur bahan-bahan (C) tadi mengikut citarasa anda.
Bakar selama 15 ke 20 minit, atau sehingga keraknya kelihatan perang keemasan. Biarkan sejuk selama lima minit sebelum dinikmati.
- MYNEWSHUB

Michael Schumacher Akan Pulih 3 Tahun Lagi
SEORANG doktor Perancis yang merawat Michael Schumacher, Dr. Jean-Francois Payen berkata, bekas bintang Formula One itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk pulih sepenuhnya.
Memetik portal telegraph.co.uk, Dr. Payen berkata, Schumacher menunjukkan kemajuan, namun untuk pulih, ia sangat memerlukan masa.
“Saya telah menyaksikan beberapa kemajuan namun kita perlu memberikan Schumacher lebih masa lagi. Sama seperti pesakit lain, kita memerlukan skala masa antara satu hingga tiga tahun. Kita perlu bersabar,” ujar Dr. Payen yang merawat Schumacher di hospital.
Selain itu, doktor pakar bius itu juga memuji isteri Schumacher, Corinna atas pengorbanannya kepada jaguh itu.
Corinna dikatakan sangat komited menjaga suaminya sejak insiden kemalangan ski Disember tahun lalu hingga mengakibatkan Schumacher mengalami kecederaan otak yang boleh membawa maut.
Schumacher berada dalam keadaan koma sejak Disember tahun lalu, dan kini berada di rumahnya di Gland, Switzerland. Doktor itu berkata, dia masih merawat ikon berusia 45 tahun itu di hospital di Lausanne juga di rumahnya. “Saya memantau perkembangannya dan kemudian akan memberitahu isteri dan anak-anaknya tentang perubahan Schumacher,” kata doktor itu. Katanya, Corinna memainkan peranan penting dalam perkembangan positif Schumacher. :-MYNEWSHUB.CC

Video: ‘Prank Self Service Photo Booth’ Akan Buat Anda Ketawa!
Rata-rata orang ramai begitu suka akan kewujudan “Self Service Photo Booth” kerana ingin merakam gambar kenang-kenangan.
Lagi-lagi menangkap gambar merupakan satu ‘trend’ di majlis-majlis tertentu dan kemudianya akan dikongsi di laman-laman sosial seperti Instagram.
Self service photo booth juga sangat membantu orang ramai menempah gambar terutama untuk tujuan memohon visa dan passport.
Tapi lain pula kisah video yang kami ingin tunjukkan ini kerana ada pihak-pihak tertentu menjadikannya bahan untuk prank.
Sangat kelakarlah melihat telatah dan gelagat orang ramai yang dikenakan oleh photo booth ini sampaikan tak berhenti terkekeh-kekeh kami ketawa!
Satu video yang wajib ditonton dan gerenti buat anda ketawalah, lagi-lagi melihat aksi senyuman manis seorang pak cik yang turut terkena prank ini.
Anda lihatlah sendiri! – MYNEWSHUB.CC
Anda lihatlah sendiri! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Zulfahmi Yakin Bermula Di Petak Lebih Baik Esok
EPANG: Pelumba Moto3 Pasukan Ongetta-Airasia Zulfahmi Khairuddin berbincang dengan pegawai pasukannya sebelum sesi latihan bebas Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG – Pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin yakin mampu bermula di petak lebih baik pada pusingan kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang, esok. Pada sesi latihan bebas kedua hari ini pelumba Ongetta-Air Asia itu berhasil mempamerkan aksi memberangsangkan selepas menduduki tempat ke-14 dengan catatan masa 2 minit 15.111 saat iaitu lebih baik daripada sesi latihan bebas pertama pagi tadi. Pada sesi latihan pertama Zulfahmi berada di kedudukan ke-18 dengan catatan masa 2’16.016s. “Saya seronok berlumba hari ini, tidak berasa tertekan dan kerjasama dengan pasukan juga bagus. Esok kami akan menggunakan strategi baharu untuk tingkatkan prestasi di sini. “Beraksi di hadapan penonton sendiri memberikan saya bersemangat, jadi saya harap untuk esok dan perlumbaan Ahad ini, lebih ramai penyokong tempatan hadir memberi sokongan kepada kami (pelumba negara),” katanya kepada pemberita selepas selesai menjalani sesi latihan kedua di Litar Sepang di sini hari ini. Selain Zulfahmi, turut beraksi bagi kategori Moto3 ialah Hafiq Azmi dari pasukan SIC-AJO yang sekadar menduduki tempat ke-21 dengan catatan masa 2’15.819s dalam sesi latihan yang sama. Hafiq berkata beliau mahu menamatkan perlumbaan dalam kelompok 15 terbaik pada penampilan pertamanya semusim penuh tahun ini di trek sendiri, di sini. Sementara itu turut bersaing dalam Moto3 ialah pelumba wild card negara Ramdan Rosli (Petronas AHM Malaysia) dan Hafiza Rofa (SIC-AJO) masing-masing mencatat masa 2’16.370s dan 2’16.652s iaitu pada kedudukan 28 dan 29. Sesi latihan kedua hari ini menyaksikan Niccolo Antonelli (Junior Team GO&Fun Moto3) mencatat masa terpantas dengan 2’13.583s diikuti dengan Jakub Kornfeil (Calvo Team) dengan masa 2’13.599s manakala Alex Marquez (Estrella Galicia 0,0) muncul ketiga terpantas dengan 2’13.604. – BERNAMA

Masalah Jentera Jejas Tumpuan Hafizh 2 Sesi Latihan Bebas
SEPANG – Masalah pelarasan jentera menjejaskan tumpuan pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah pada dua sesi latihan bebas perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang hari ini.
Pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu mengakui beliau tidak berpuas hati dengan pelarasan jenteranya apabila sekadar menamatkan sesi latihan kedua di tempat ke-26 dengan masa dua minit 10.423 saat.
Pada sesi latihan pertama Hafizh menduduki tempat ke-20 dengan masa 2’09.340s.
“Hari ini bukan permulaan baik untuk saya, pasukan perlu membuat ‘setting’ baharu. Esok merupakan hari penting kerana saya mahu mendapatkan kedudukan terbaik pada pusingan kelayakan esok.
“Saya harap sebelum bermula pusingan kelayakan, jentera dapat digunakan dengan baik seperti perlumbaan-perlumbaan lain sebelum ini. Catatan masa yang pernah saya lakukan tidak pernah seteruk ini. Hari ini perbezaan dengan pendahulu sebanyak dua saat,” katanya kepada pemberita di sini.
Hafizh menyasarkan kelompok 15 terbaik pada pusingan kelayakan esok.
“Saya yakin sekiranya bermula dengan posisi terbaik, saya mampu meraih kejayaan di sini iaitu menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik,” katanya.
Hafizh, 20, pertama kali beraksi semusim penuh tahun ini, mempamer prestasi terpuji dalam 16 perlumbaan apabila berada pada kedudukan ke-18 daripada 28 pelumba dengan mengutip 42 mata.
Beliau turut mengharapkan litar basah pada aksi hujung minggu ini untuk meraih keputusan lebih cemerlang.
Pada sesi latihan bebas kedua hari ini, Esteve Rabat daripada pasukan Marc
VDS Racing Team mencatat masa terpantas iaitu 2’07.729s diikuti Maverick Vinales (Paginas Amarillas HP 40) dengan masa 2’08.204s dan Mika Kallio (Marc VDS Racing Team), 2’08.440s.
Seorang lagi pelumba Moto2 negara Azlan Shah Kamaruzaman (IDEMITSU Honda Team Asia) turut kurang bernasib baik apabila hanya mampu meraih kedudukan ke-31 dengan masa 2’10.871s pada sesi latihan sama. – BERNAMA
TOP
Penghuni Apartmen Teratai Mungkin Dibenar Pulang Ahad
KERJA-KERJA menanam cerucuk giat dijalankan berhampiran cerun yang runtuh di Apartmen Teratai Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. - Foto BERNAMA
HULU SELANGOR – Penghuni Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung di sini yang terjejas dalam insiden tanah runtuh di kawasan itu, dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Ahad atau Isnin ini. Pegawai Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata kebenaran itu akan diberi sekiranya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan tiada pergerakan tanah baharu di kawasan itu. “Kerja pemasangan cerucuk penghadang besi oleh JKR dijangka selesai esok dan pemantauan teliti akan terus dijalankan selama 24 jam bagi memastikan tiada lagi pergerakan tanah baharu berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini. Memberi data terbaharu mengenai penduduk terlibat, Ahmad Suaidi berkata 289 keluarga merangkumi 1,163 individu yang mendiami blok K dan L dipindahkan ke pusat pemindahan sementara susulan tanah runtuh yang berlaku Isnin lepas. Menurut Ahmad Suaidi, JKR memasang kanvas di lokasi runtuhan untuk menghalang air daripada masuk. Katanya, pihak JKR akan membuang tanah yang runtuh untuk melandaikan cerun dan mengurangkan bebanan tanah di lokasi runtuhan. “Daripada pemantauan awal yang dibuat, struktur blok K dan L di Apartmen Teratai masih selamat didiami,” katanya. Ahmad Suaidi berkata, satu jawatankuasa khas dijangka dibentuk dalam masa terdekat merangkumi pihak JKR, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad dan agensi lain yang berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian kekal terhadap masalah tanah runtuh di kawasan itu. – BERNAMA

Serpihan Dipercayai MH370, Tiada Pengesahan Daripada Indonesia
PUTRAJAYA – Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui di perairan negara itu, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid.
Beliau berkata sekiranya benar serpihan pesawat itu ditemui, sudah tentu pihak Indonesia akan menghubungi pihak Malaysia.
“Hubungan rapat antara kedua-dua negara dapat memberi jaminan jika ada sebarang maklumat berkaitan pesawat itu pastinya akan terus dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia”, katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada media tentang status terkini pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, di sini hari ini.
Taklimat disampaikan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Judith Zielke dan jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Peter Forley.
Ruhaizah berkata untuk proses pengecaman sebarang serpihan dipercayai daripada pesawat itu yang ditemui di mana-mana, ia akan dibawa ke Australia untuk diambil gambar dan dihantar kepada pihak syarikat Boeing untuk tujuan pengesahan.
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Misi mencari pesawat itu sedang giat dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai ‘berakhir’.
Mengenai operasi pencarian pesawat itu, Ruhaizah berkata semua pihak mengharapkan pencarian MH370 akan berhasil sebagaimana pencarian Air France, dalam masa terdekat.
“Sistem pencarian iaitu ‘bathymetric survey’ yang digunakan pada masa sekarang adalah lebih kurang sama dengan sistem pencarian Air France, pengenalpastian akan bergantung kepada serpihan yang dijumpai sebab sekarang ini kita masih tidak ada sebarang petunjuk.
“Jadi kita ada maklumat dan data maka berdasarkan itu kita analisis dan jika kita dapat serpihan, itu akan lebih jelas (pencarian). Jadi kita mengharapkan ada serpihan yang akan ditemui,” katanya.
Ruhaizah berkata faktor kawasan pencarian yang sangat luas juga menyukarkan misi pencarian dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
‘Tapi Alhamdulillah, sekarang cuaca semakin baik di selatan Lautan Hindi, jadi kita berharap dengan peralatan dan kapal yang ada, kita akan dapat mencari sekurang-kurangnya serpihan pesawat bagi menunjukkan di mana lokasi kapal terbang itu,” katanya. – BERNAMA
TOP
ATM Hantar 2 Pegawai Iring Rizalman Ke New Zealand
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bersalaman dengan para jemaah dan juga peniaga semasa mengadakan lawatan ke gerai jualan selepas Majlis Pelancaran Karnival Ma'al Hijrah di perkarangan Masjid Khalid Al-Walid Kementerian Pertahanan di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar dua pegawainya bagi mengiringi bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail ke negara itu berhubung kes dakwaan pecah rumah dan gangguan seksual. Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Rizalman dihantar pulang semula ke Wellington bagi menghadapi pertuduhan mahkamah di sana. Zulkifeli menambah Kementerian Pertahanan akan memantau dan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kes tersebut. “Mengikut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pihak Peguam Negara dalam hal itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Maal Hijrah Tahun 1436H/2014M di Masjid Khalid Al-Walid, di sini hari ini. Zulkifeli bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana dikhuatiri akan menganggu siasatan. Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari sama atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol. Beliau sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu. Terdahulu, Zulkifeli melawat kira-kira 50 gerai yang dibuka selama tiga hari bermula hari ini, anjuran bersama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).- BERNAMA

Bola Sepak Pantai: Malaysia Tewas Kepada Laos 2-4
KUANTAN: Pemain Malaysia Mohammad Fakhrullah Mohamad diasak pemain Laos pada perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Pantai Teluk Cempedak dekat sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN – Misi Malaysia untuk meraih mata penuh dalam perlawanan kedua saingan Kumpulan B tidak kesampaian setelah ditumpaskan Laos 2-4 pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF di Pantai Teluk Chempedak di sini, hari ini. Pasukan Laos menunjukkan penguasaan dengan membuka jaringan pantas hasil ledakan Khounsombath Phommaxay seawal minit pertama perlawanan. Penguasaan pasukan itu diteruskan dengan tambahan dua gol disempurnakan Phithack Kongniathilath pada minit ke-13 dan 14 suku masa kedua. Malaysia kemudian bangkit merapatkan jurang gol hasil jaringan Mohd Riduwan Mohd Nor pada minit ke-21 dan Mohd Jamil Daud minit ke-28 bagi kedudukan 2-3. Namun, kelincahan pemain Laos ternyata sukar dihalang apabila berjaya melengkapkan gol keempat yang disempurnakan Khitsakhone Champathong pada minit ke-35. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Myanmar berjaya menundukkan Filipina 7-3. Thailand pula berjaya merampas slot teratas Kumpulan A selepas menewaskan Felda 5-4 manakala Vietnam menewaskan Indonesia 6-2. – BERNAMA

PM Arah Kementerian Kesihatan Sedia Hadapi Ancaman Ebola
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam usaha mencegah penularan wabak Ebola di negara ini.
Perdana Menteri berkata bagi tujuan sama, kementerian itu telah meningkatkan saringan wabak berkenaan di semua pintu masuk antarabangsa di Malaysia.
“Semua hospital di Malaysia juga dalam keadaan bersedia sekiranya ada sebarang kes wabak Ebola dikenal pasti,” katanya dalam siaran radio Perdana Menteri yang dimuat naik dalam laman web najibrazak.com hari ini.
Wabak Ebola mula dikesan sejak Mac di Afrika Barat dan telah menular di Liberia, Guinea, Sierra Leone, Congo dan Amerika Syarikat.
Sehingga kini lebih 4,500 kematian dicatatkan berikutan penyakit itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menasihati rakyat Malaysia agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu mengenai wabak berkenaan. – BERNAMA
TOP
Semangat Peristiwa Hijrah Tunjang Transformasi Negara
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sentiasa mencontohi serta menjiwai roh dan semangat peristiwa hebat Hijrah sebagai tunjang kepada transformasi dan pembangunan negara yang realitinya mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Menurutnya, ini selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif.
“Justeru, dengan berwahanakan Gagasan 1Malaysia, kita menggarap semangat Hijrah ini ke dalam agenda transformasi nasional,” kata Najib dalam perutusannya sempena sambutan Maal Hijrah 1436H.
Najib menegaskan prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial perlu dijadikan asas bermasyarakat melatari landskap kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni.
Jelasnya, berpandukan kepada semangat Hijrah, beliau telah membentangkan Bajet 2015 bertema ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’ baru-baru ini untuk terus memperkukuh kemapanan ekonomi negara, memperkasa transformasi dan mendahulukan keperluan rakyat.
“Harapan kita ialah Malaysia akan terus berkembang melalui pelaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah kita rancang dan laksanakan,” kata Najib.
Perdana menteri turut merujuk kepada kejayaan Malaysia baru-baru ini menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015-2016.
“Ini adalah bukti pengiktirafan dunia kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia. Malah ini juga perlu dilihat sebagai satu penerimaan dunia kepada pendekataan wasatiyyah (bersederhana) berpaksikan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara,” katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata tarikh 1436 Hijrah mengingatkan umat Islam kepada penetapan takwim Islami oleh Saidina Umar Al-Khattab yang merupakan satu bentuk inovasi dalam tadbir urus terbaik pada pemerintahan Khilafah Islamiah pada waktu itu.
Peristiwa Hijrah merujuk kepada perpindahan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat Baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada 622 Masihi. – BERNAMA
TOP
Tahniah!! TMJ Sah Menjadi Suami Cik Khaleeda Hari Ini
Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini meriah meraikan pasangan sejoli yang baru sahaja sah menjadi suami isteri.
Alhamdulilah, akhirnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 sah bergelar suami kepada Cik Khaleeda Bustamam, 21 sekali gus dikurniakan gelaran Che Puan. Ketibaan pengantin lelaki, Tunku Ismail diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Upacara pernikahan itu dijalankan kira-kira jam 10 pagi dan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran.
Persis cinderella, Cik Khaleeda yang berbusana putih tampak cantik dan sama padan diganding bersama Tunku Mahkota Johor, Tungku Ismail. Majlis pernikahan ini turut disaksikan oleh keluarga, kenalan terapat dan beberapa pemain pasukan naungan Tunku Ismail, Johor Darul Takzim (JDT), seperti Aidil Zafuan dan Syafiq Rahim turut hadir di majlis tersebut.
Uniknya, pasangan diraja ini dinikahkan dengan konsep yang sederhana tetapi masih meriah adalah satu amalan yang boleh dipuji dan dicontohi.
Untuk makluman anda, istiadat merisik sudah berlangsung pada 27 September lalu diketuai oleh Tunku Idris, dan Cik Khaleeda menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada Tunku Ismail. Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dan bakal dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
Tahniah!! TMJ dan Cik Khaleeda, Semoga bahagia dan selamat melayari alam rumah tangga.- MYNEWSHUB.CC

Melayu Perantau, Bukan Pendatang – ISMA
Lanjutan dari kenyataan wakil Gerakan Johor, Tan Lai Soon bahawa kaum Melayu merupakan pendatang sama seperti kaum Cina dan India, banyak pihak meluahkan reaksi kurang senang dengan tuduhan tersebut.
NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu kenyataan mempertikaikan dakwaan itu kerana ia harus disusuli asas kukuh dan sumber yang tepat.
Menurut Naib Presidennya, Muhammad Fauzi Asmuni, “Jika dia merujuk bahawa orang Melayu yang duduk di Malaysia sekarang ini datang dari Sumatera, Kepulauan Sulawesi, Kupulauan Borneo, maka dalam sejarah ia tidak dipanggil sebagai bangsa pendatang.”
Dalam rakaman wawancara yang disiarkan ismaweb.net, takrifan sebenar yang sesuai diberikan kepada kaum Melayu adalah perantau kerana ia melibatkan golongan yang muncul dari seluruh ceruk kepulauan Tanah Melayu.
“Tanah Melayu bukan merujuk kepada Malaysia sahaja. Tanah Melayu merupakan satu wilayah yang sangat luas,” ujarnya merujuk kepada Kerajaan Champa di Vietnam, Sumatera, Kepulauan Jawa dan Borneo.
“Jadi bila kita kata orang selain Melayu adalah pendatang, mungkin mereka akan sensitif dengan perkataan pendatang,” tambahnya.
Menurutnya lagi, apa yang rutinnya dimaksudkan oleh ramai pihak adalah orang selain daripada Melayu mempunyai tempat asal dan memberi contoh masyarakat Cina yang berasal dari Tanah Besar China dan masyarakat India dari Tanah Besar India.
Muhammad Fauzi juga mengambil pendekatan terbuka dalam penggantian definisi pendatang yang kurang disenangi masyarakat Cina khususnya, namun ianya haruslah tetap membawa takrifan bahawa mereka datang dari negara luar dan masuk ke sini.
Ahad lalu, Lai Soon dalam sesi membahas ucapan dasar presiden GERAKAN di mesyuarat perwakilan nasional parti itu, mengeluarkan satu kenyataan bahawa semua kaum termasuk Melayu merupakan pendatang. Berikutan itu, Gerakan mengambil tindakan pantas dengan mengantung keahlian Lai Soon daripada parti pada hari berikutnya.- MYNEWSHUB

WetWorld Nafi Taman Tema Di Shah Alam Dijangkiti Virus
PENGURUSAN taman tema Wetworld menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial kononnya taman tema itu dijangkiti virus mengakibatkan sekumpulan kanak-kanak dimasukkan ke hospital.
Katanya, penyebaran berita palsu dilakukan semata-mata untuk menjatuhkan imej taman tema yang terletak di bandaraya Shah Alam, Selangor itu.
“Pihak pengurusan taman tema itu berkata ia tidak pernah menerima sebarang laporan tentang kes berkenaan mendakwa virus yang dijangkiti murid-murid terbabit telah menyebabkan jari tangan bertukar hitam, terpaksa dipotong dan mulut pula melepuh,” kata jurucakap taman tema itu. Dalam kenyataan medianya kepada Astro Awani itu juga, susulan dari penyebaran berita itu, pihaknya membuat laporan polis dan menghubungi beberapa hospital di sekitar Lembah Klang bagi tujuan pengesahan. “Taman tema ini sama sekali tidak mendatangkan risiko untuk jangkitan tersebut dan pihak pengurusan telah pun mendapat mendapat pengesahan dari hospital bahawa tiada pesakit mereka yang mati mahupun terkena jangkitan. “Pengunjung tetap taman itu berasa terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit,” kata jurucakap tersebut. Selain itu, jurucakap itu turut menggesa orang awam supaya berhati-hati dengan khabar angin seperti itu dan segera melaporkannya di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) kerana mereka menyifatkan ianya laporan palsu. Sebelum ini juga, terdapat khabar angin menyebut seorang pengguna Facebook yang mendakwa rakannya telah meninggal dunia seminggu selepas mengunjungi taman tema tersebut akibat jangkitan air yang dicemari kencing tikus. :-MYNEWSHUB.CC

1 TOP
Anak Khinzir Mirip Gajah Dilahirkan Di China
Pelik namun benar. Itu kejadian yang berlaku di Wilayah Jilin, timur laut China, apabila seekor anak khinzir yang baru dilahirkan mirip seekor gajah kerana memiliki hidung seperti belalai.
Walau bagaimanapun, haiwan tersebut bukanlah baka yang dikacuk dengan spesies gajah. Ia dilahirkan oleh seekor khinzir matang seberat 550 paun.
Malangnya, anak khinzir tersebut dilahirkan cacat kerana tidak memiliki mulut. Selepas dua jam dilahirkan, ia mati.
Namun, demi memelihara tubuh khinzir terbabit dari rosak, pemilik haiwan tersebut memutuskan untuk membekukannya.
– MYNEWSHUB

Akhirnya.. Penganjur Program Sentuh Anjing Akan Bersuara Esok
Setelah hampir seminggu berdiam diri akibat dari tekanan banyak pihak kerana penganjuran program I Want To Touch A Dog, akhirnya penganjur acara tersebut, Syed Azmi Alhabshi akan mengadakan sidang media esok.
Menurut portal The Malaysian Insider, Syed Azmi akan memberi penjelasan kepada media berkenaan kontroversi yang timbul ekoran penganjuran acara tersebut di Petaling Jaya ahad lepas.
Semalam, Syed Azmi akhirnya membuka mulut di laman sosial dan memuat naik komentar di ruangan Facebook program itu yang ditutup kepada orang ramai sebelum ini.
Tulisnya, “Saya minta maaf sangat kepada mereka yang sedang dalam kesusahan sekarang. Sungguh. Terima kasih kerana faham permintaan ini.”
Ujarnya lagi apabila ditanya tentang situasi ketika ini, “Hello, saya okay. Maaf, sibuk menguruskan beberapa projek spontan yang saya rancang untuk mulakan esok.”
Sepanjang 5 hari lepas, Syed Azmi gagal untuk dihubungi setelah ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan nombor telefon peribadinya di media sosial.
Selain tohmahan, dia juga menerima banyak ugutan bunuh dan dituduh seorang Kristian dan penganut Syiah akibat dari penganjuran acara tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak menunjukkan sokongan terhadapnya dengan meninggalkan kata-kata positif di laman sosial.
Apa pun, kita tunggu sahaja esok untuk mendengar sendiri penjelasan dari Syed Azmi Alhabshi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Zain Kongsi Gambar Seksi Untuk Tayang Six Pack?
Wah, nampaknya Zain Saidin telah mengikut jejak langkah isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta.
Maksud kami, jika selama ini cuma Che Ta saja yang acap kali memuat naik gambar seksi di Instagram, kini Zain turut mengikut jejak langkahnya. Lihat sajalah gambar yang dikongsikan Zain pada hari ini, cukup seksi dengan imej barunya yang botak dan paling utama, tanpa baju untuk menampakkan perutnya yang sudah ada six pack. Terdahulu semalam, Che Ta turut memuat naik gambar suami kesayangannya ini dengan kapsyen sweet ‘So good looking daddy to be’ merujuk pada imej baru Zain yang tidak lagi berambut kuning.
Apa pun, kita doakan sahaja kebahagiaan pasangan popular yang bakal menimang cahaya mata pada bila-bila masa sahaja ini. Tentu baby mereka nanti comel sesangat. - mynewshub.cc

Gara-Gara Diejek ‘Kecil’, Lelaki Potong Alat Sulit Sendiri
Tindakan lelaki ini boleh disifatkan sebagai dangkal. Hanya kerana diejek memiliki kemaluan kecil oleh bekas kekasihnya, Oliver Ilic memutuskan untuk melakukan ‘pembedahan sendiri’ dengan memotong kemaluannya.
Namun, tidak lama kemudian, dia yang berusia 22 tahun terpaksa menghubungi pasukan paramedik kerana gagal untuk menghentikan pendarahan.
Al kisahnya, lelaki Macedonia itu mengambil keputusan untuk memotong alat sulitnya kerana bekas teman wanitanya berkata, dia gagal memberi kepuasan maksima di ranjang.
Ujar lelaki itu kepada pasukan paramedik yang datang menyelamatkannya, kelelakiannya tercabar dan dia menyalahkan saiz penisnya yang kecil.
Oliver tepaksa diusung keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah di bahagian seluar. Paramedik kemudiannya menemui alat sulit lelaki tersebut di dalam tong sampah setelah dipotong menggunakan pisau cukur. Lain kali, kalau nak mengambil sesuatu tindakan, fikir dahulu masak-masak. Nah, sekarang kan dah menyusahkan diri sendiri? – MYNEWSHUB

Video: Kisah Nenas Ini Boleh Bantu Anda Untuk Jadi Jutawan!
Thailand sememangnya tidak pernah lekang dengan idea dalam penghasilan iklan yang sarat dengan pengajaran dan mesej tertentu.
Ada kala, iklan komersial mereka berjaya mengundang tawa bagi yang menontonnya.
Kali ini kami ingin berkongsi sebuah video inspirasi yang mungkin boleh mengubah dan membantu anda untuk menjadi seorang jutawan.
Siapa tahu?
Iklan daripada Sarnrak ini membawa mesej tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan amalan “melentur buluh dari rebungnya”.
Ini membuktikan anak seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan pemikiran dan cara seorang anak menghadapi dunia suatu hari nanti.
Video ini pasti membuatkan anda terharu dan tersenyum apabila melihat pengajaran melalui video ini.
Untuk pengetahuan, kisah nenas ini adalah kisah benar seorang pelajar cemerlang, moga-moga ia bermanfaat untuk diambil pengajaran. - MYNEWSHUB.CC

Japan Railway Group Sediakan Ruang Ibadah Untuk Umat Islam
Prihatin dengan ibadah solat yang ingin ditunaikan oleh para pelancong beragama Islam, Japan Railway Group, West Japan Railway Co. menyediakan satu fasiliti bilik untuk menunaikan ibadah tersebut di Stesen Keretapi Osaka.
Menurut jurucakap JR Group, kemudahan tersebut walau bagaimanapun dibuka bagi kegunaan bukan Islam untuk menunaikan ibadah mengikut kepercayaan masing-masing.
Menurut laporan dari Japan Times, bilik yang berukuran 30 meter persegi itu disediakan untuk pelancong Islam terutamanya dari Malaysia dan Indonesia. Terdapat dua bilik yang memisahkan jantina, dilengkapi sejadah dan menghadap kiblat di stesen tersebut. Akhir September lepas, Nankai Electric Railway Co. juga menyediakan perkhidmatan sama buat pelanggannya di Stesen Namba, Osaka, Jepun. Kini, terdapat banyak syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan sedemikian bagi memudahkan pelancong asing menunaikan ibadah, lantas meningkatkan kehadiran mereka di bumi Jepun. – MYNEWSHUB

Gambar Cubaan Bunuh Diri Tersebar, Wanita Saman Hospital
SEORANG wanita bertindak mencucuk dua biji matanya dengan niat untuk membunuh diri namun percubaan itu gagal.
Dia segera dikejarkan ke Pusat Perubatan County-USC Loa Angeles untuk menerima rawatan, memetik portal dailymail.co.uk
Seorang jururawat di pusat perubatan tersebut kemudiannya telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar mangsa yang sedang cedera parah dengan pensil dimatanya, bukan untuk simpanan peribadi tetapi diviralkan di media sosial.
Wanita dikenali sebagai Jane Doe cuba bunuh diri dengan mencucuk matanya tetapi gagal. Kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu. Kini mangsa, Jane Doe yang buta kedua-dua mata memfailkan saman ke atas hospital dan jururawat terbabit kerana tidak beretika menjalankan tugas. Saman itu difailkan Isnin lalu oleh penjaganya, David Bliss. Mangsa mendakwa pusat perubatan itu mendedahkan maklumat perubatannya, cuai dan berniat memberikan mangsa gangguan emosi serta tidak amanah dalam menjalankan tugas.
Suspek, seorang jururawat dikenali sebagai Linda Shivers Tuntutan mahkamah itu percaya, jururawat terbabit, Linda Shivers mengambil gambar tanpa kebenaran dengan pensil kuning terjojol di biji mata mangsa dan berkongsi dengan anaknya dikenali sebagai Joshua Shivers. Ekoran dari muat naik gambar itu, mangsa yang menutut di sebuah kolej dan mengikuti kelas membaca Braille untuk memulihkan dirinya menjadi tertekan apabila ramai yang memperkatakan tentang kejadian itu.
Anak suspek, Joshua Sivers dikatakan memuat naik gambar mangsa ke laman sosial. Bagaimanapun, tidak diketahui berapa jumlah tuntutan mahkamah yang dikemukakan. Bagus juga tuntutan macam ini sebenarnya. Jangan kata dekat Los Angeles, di negara kita pun ramai yang tak amanah dalam melindungi aib orang lain. Semoga ada yang ambil pengajaran dengan menghentikan perbuatan tak bertanggungjawab seperti ini. - MYNEWSHUB.CC

Photobomb Dipilih Sebagai ‘Word Of The Year’ 2014
JIKA sebelum ini perkataan selfie telah dipilih sebagai ‘Word of the Year’ bagi tahun lalu, tahun 2014 pula perkataan photobomb terpilih mengungguli carta ‘Word of the Year’.
Frasa ‘Word of the Year’ diwujudkan seiring dengan pelbagai perkataan baharu yang muncul berkait rapat dengan kebangkitan medium media sosial pada masa kini.
Photobomb membawa maksud menyelit dalam gambar yang diambil individu lain yang tidak menyedari langsung tindakan orang yang terselit masuk tu.
Sebagai contoh gambar photobomb yang paling ‘famous’ ialah ketika Queen Elizabeth II ‘photobomb’ gambar dua orang gadis manis di bawah ini.
Selain itu, banyak lagi perkataan baharu yang wujud antaranya bridezilla, yang mana bermaksud kepanikan bakal pengantin wanita menjelang hari-hari bahagianya dan perkataan hangry yang mengabungkan perkataan hungry dan angry dalam satu perkataan, yang membawa maksud lapar dan marah.
Tahun hadapan, perkataan baharu apa pula yang bakal muncul ya? - MYNEWSHUB.CC

Kasihkan Isteri, Suami Sanggup Ditetak Perompak Di Sentul
Kerana kasihkan isteri, seorang suami sanggup mempertaruhkan nyawa bagi menyelamatkan isteri tercinta daripada serangan perompak ganas.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ bagi mengelakkan isterinya, 28, ditetak dengan parang bertalu-talu oleh perompak dalam satu kejadian samun yang berlaku di pangsapuri berdekatan Sentul pada 10.30 malam semalam.
Akibatnya mangsa mengalami kecederaan serius manakala isterinya, putus satu jari tangan kiri.
Menurut mangsa, dia dan isterinya baru pulang daripada kerja dan sedang menaiki tangga apabila secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan parang menyerang mereka bertubi-tubi.
Memetik petikan Harian Metro, dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya. “Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya. “Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal terus menetak belakang saya bertalu-talu. Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” kata Choo lagi. Perompak tersebut kemudiannya merampas beg tangan milik isteri Choo sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu. Sehubungan itu Choo membuat laporan di Balai Polis Sentul dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Resepi Mangga Asam Boi Yang Sedang Popular Di Media Sosial
Pasti anda terliur melihat gambar resepi kali ini gara-gara dapat membayangkan keenakan dan kerangupannya.
Mangga muda cukup terkenal dengan rasa masam dan lemak, oleh sebab itulah ia menjadi kegilaan orang ramai lagi-lagi kaum wanita dan ibu mengandung.
Memang larislah buah ini jika dijual menjadi jeruk, malah sejak akhir-akhir ini mangga asam boi yang dijual peniaga-peniaga online telah “trending” di kalangan netizen.
Sebenarnya, resepi membuatnya amatlah mudah dan cepat untuk dilakukan, malah hanya beberapa bahan sahaja digunakan.
Jadi kepada peminat asam atau mangga, jom check bagaimana nak buat resipi yang mengecurkan liur ini.
Bahan-bahan:
3 biji mangga muda
6 biji asam boi
5 biji cili api
3 sudu gula
Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan-bahan dalam bekas dan gaulkan. Kemudian sejukkan dalam peti ais beberapa jam.
Walla.. mangga asam boi dah sedia pun untuk dimakan!
Hah, tengok gambar sahaja sudah membuatkan ramai kecur air liur kan?
Cubalah untuk rasai sendiri keenakan resepi ini. - MYNEWSHUB.CC

Pemain Bola Brazil Dilarang Pakai Subang, Topi Dan Selipar
PEMAIN bola sepak pasukan Brazil dilarang memakai subang, topi dan selipar ketika terlibat dalam perlawanan sama ada di tempat sendiri mahu pun di pentas antarabangsa.
Tindakan itu dibuat oleh pengurusan bola sepak di sana sebagai salah satu daripada displin dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain kebangsaan negara terbabit.
Selain itu, pemain juga disaran untuk menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh bersemangat sebelum memulakan perlawanan dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif berbaur politik dan keagamaan.
“Ini bukan larangan sebaliknya hanya peraturan yang perlu dipatuhi pemain, sama seperti setiap organisasi yang mana turut mempunyai peraturan yang tersendiri yang perlu diikuti oleh pekerja mereka,” kata jurulatih Brazil, Dunga. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Muhdalena Ditahan Di R&R Ayer Keroh
JOHOR BAHRU – Muhdalena Ahmad, yang melarikan diri daripada tahanan polis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam telah ditahan semula di Kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka pada 3.05 minit pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata kejayaan dalam tempoh 24 jam itu adalah hasil tindakan pantas polis dan maklumat yang diterima daripada orang awam.
“Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja lari daripada tahanan yang sah. Suspek ditahan reman sehingga 25 Okt 2014,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana wanita itu boleh sampai ke kawasan rehat dan rawat berkenaan.
Sementara beliau berkata, tiga anggota polis iaitu dua lelaki dan seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai membiarkan seseorang lari daripada pengurungan.
Mereka juga ditahan reman dua hari sehingga esok, katanya.
Muhdalena, 30, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu kerana bersalin, namun didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.
Beliau sebelum ini merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.
Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.
Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan. – BERNAMA
TOP
Hospital Shah Alam Beroperasi Pertengahan Tahun Depan
SHAH ALAM – Hospital Shah Alam dijangka beroperasi pertengahan tahun depan dengan proses pentauliahan peralatan dan kelengkapan perubatan kini giat dijalankan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata 2,300 bilik di kompleks bernilai RM410 juta itu memerlukan pemeriksaan teliti termasuk proses percubaan peralatan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
“Sekarang adalah proses penerimaan dan pentauliahan peralatan yang semuanya perlu diperiksa dengan teliti. Kita harap ia dapat disiapkan dalam tempoh lima bulan akan datang.
“Jabatan yang terlibat dengan pembinaan bangunan akan memohon kepada Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi kompleks hospital ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di sini hari ini.
Menurut Subramaniam, hospital yang sepatutnya mula beroperasi pada 2011 itu gagal disiapkan mengikut jadual, menjurus kepada kontraktor baharu dilantik pada tahun sama untuk menyiapkannya.
Subramaniam berkata hampir 94 peratus kompleks itu telah siap dan sedang dalam proses akhir memperindah serta mempersiap segala kelengkapan hospital sebelum dibuka kepada umum.
Dalam pada itu, beliau berkata sistem kawalan aset sama ada bangunan atau kelengkapan hospital perlu diperkemas.
Katanya, ini kerana aset-aset yang dimiliki kerajaan terutama di hospital mempunyai nilai yang tinggi.
“Kerajaan perlu beri penekanan untuk wujudkan sistem kawalan terperinci dengan perkembangan teknologi canggih masa kini kerana sekarang kita masih lagi menggunakan sistem yang agak ketinggalan zaman,” katanya. – BERNAMA
TOP
Balik Sekolah Agama Bermesra Dengan Anjing, Ini Yang Kita Mahu?
Belum habis lagi isu sentuh anjing.
Bukan bermakna mahu panjangkan kontroversi bertitik tolak daripada penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ yang menimbulkan polemik satu negara, tapi impak negatif program seumpama itu terlalu membimbangkan.
Bayangkan, sebelum diajar bermesra dengan anjing pun, sudah tersebar gambar menunjukkan anak-anak orang Islam dipercayai di Johor, berebut-rebut sentuh anjing. Ironinya, kanak-kanak ini memakai uniform baju sekolah agama ketika melakukannya.
Jika ketakutan terhadap anjing yang mahu dihapuskan sebagai mana diuar-uarkan menjadi motif utama penganjuran program tempoh hari, lihatlah hasilnya apabila ‘ketakutan’ itu tiada lagi di hati generasi muda Islam! Ketakutan terhadap anjing yang ingin dihapuskan itu sebenarnya, merujuk kepada sikap taboo penganut Islam yang membenci anjing kerana menganggap haiwan itu kotor, berdosa dan tidak salah dicederakan. Namun, penganjuran program serupa IWTTAD tempoh hari nyata contoh jelas apa yang dimaksudkan oleh Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.
Daripada posting dilakukan pemilik Facebook yang menyebarkan gambar murid sekolah agama memegang anjing ini dapat dilihat, individu dipercayai bukan Islam meluahkan perasaan ‘blessed’ atau bersyukur melihat anak-anak Islam bermesra dengan anjing. Begitu pun bukan salahnya seratus peratus kerana penganut Islam juga ramai yang terkeliru dengan hukum hakam agama sendiri apabila menganggap sentuh anjing tak salah walau pun untuk suka-suka asalkan selepas itu sertu. Jadi selepas kontroversi hebat berikutan program IWTTAG tempoh hari, diharapkan semua orang jelas sekarang bahawa menyentuh dan memegang anjing bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie. Dalam erti kata lain, berdosa kalau saja-saja pegang anjing apatah lagi bermesra dan menjadikannya haiwan peliharaan. Noktah. Tak perlu dipertikaikan lagi hukum hakam ini kerana ia suduh diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan, semalam. Berkaitan gambar di atas yang didakwa anak-anak Islam baru balik sekolah agama pegang anjing; perkara sudah pun berlaku. Diharapkan kanak-kanak yang masih suci ini dikenal pasti dan diajarkan sertu, kemudian diberikan penjelasan tentang hukum hakam agama yang betul agar mereka tidak ikut keliru seperti segelintir dewasa Islam negara ini. - mynewshub.cc

Anak Erra Fazira, Engku Aleesya Bergaya Persis Suri Cruise
DI Hollywood, anak Tom Cruise dan bekas isterinya, Katie Holmes, Suri Cruise sering kali mendapat perhatian lensa paparazi disebabkan kecomelan dan ‘fashion sense’nya biarpun baharu sahaja berusia lapan tahun.
Suri dilihat gemar bergaya persis wanita dewasa apabila sering mengenakan gaun dan kasut tumit tinggi.
Jangan tak tahu, di negara ini kita ada Suri Cruise Malaysia tau, siapa lagi kalau bukan anak Erra Fazira iaitu Engku Aleesya yang kini sudah menginjak usia lima tahun.
Kecomelan dan keletah anak Erra ini saling tak tumpah macam Suri Cruise, malah Erra sendiri mengakui Aleesya suka bergaya malah mengalahkan ibunya sendiri.
Kecil-kecil dah nampak kecantikan Aleesya ni, mungkinkah dia bakal mengikut jejak langkah ibunya dalam bidang modeling dan seni kelak? Tengok gaya macam memang dah ke arah situ.. - MYNEWSHUB.CC

No comments:
Post a Comment