TOP
MH17: 13 Puak Pemisah 'Kawal" Lokasi Nahas - Liow
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu dimaklumkan terdapat hampir 13 puak pemisah yang 'mengawal' lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kawalan ketat puak pemisah di wilayah bergolak itu menyukarkan pasukan penyiasat antarabangsa termasuk dari Malaysia memasuki lokasi nahas.
"Kita difaham dari segi kerumitan di Ukraine kerana di sana puak pemisah ada banyak kumpulan iaitu lebih kurang 12 ke 13 kumpulan.
"Bukan senang kita nak dapatkan persetujuan untuk memastikan gencatan senjata dilaksanakan sepenuhnya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) berhubung perkembangan terkini peranan pasukan siasatan insiden MH17.
Selain itu Liow berkata, Malaysia serta negara terbabit dengan insiden MH17 dan pihak berkuasa Ukraine memberi desakan kepada puak pemisah untuk memastikan lokasi nahas selamat dimasuki bagi mengumpul bukti siasatan.
Desakan itu juga selepas mengambil kira faktor cuaca di timur Ukraine itu.
"Peluang untuk kita masuk ke kawasan nahas kemalangan agak sempit sekarang, kerana musim sejuk dah dekat dan apabila salji turun kita tidak dapat masuk untuk buat siasatan lanjut.
"Rundingan masih berjalan dengan pihak Ukraine dan pihak pemisah dan kita harap dapat masuk dalam tempoh yang suntuk ini," katanya.
Penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Seramai 195 warga Belanda dan 43 warga Malaysia antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu. - mstar
TOP
MUET: IPTS Belum Bersedia Seragam - TPM
Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) belum bersedia untuk melaksanakan peningkatan gred Malaysia University English Test (MUET) untuk kemasukan ke universiti. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, walaupun pada dasarnya kerajaan mahu menyeragamkan syarat kemasukan ke IPTS, namun kesediaan institusi swasta perlu di ambil kira. "Pada dasarnya saya bersetuju, sepatutnya memang diseragamkan. "Kita tak boleh menentukan syarat sahaja tapi tak ada inisiatif yang kita buat. Tak boleh kenakan syarat kalau mereka tak boleh melaksanakan perkara itu," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai kesediaan kerajaan untuk menyeragamkan syarat kenaikan gred MUET antara IPTS dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Pada pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menaikkan gred MUET bagi kemasukan universiti bermula tahun depan. Ketika ini, syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pelajar mencapai tahap minimum MUET Band 1. Mulai tahun depan, kemasukan IPTA tahap minimum band MUET ditingkatkan mengikut bidang, seperti Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 2, Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) - Band 3, Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 4. Manakala syarat untuk graduan pula, pelajar wajib mencapai Pengajian Sastera dan Sains Sosial - Band 3, Pengajian STEM - Band 4 dan Pengajian Undang-undang dan Perubatan - Band 5. Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahap ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan IPTS sebelum syarat berkenaan diseragamkan. Tambah beliau, kerajaan menyasarkan untuk menyeragamkan kenaikan gred itu di IPTS dalm tempoh tiga tahun. "Kita sudah ambil inisiatif untuk berbincang dengan IPTS sama ada syarat yang sama mampu dilaksanakan. "Kalau dilihat sesuai, maka saya kira kalau terlewat setahun atau dua (tahun) selepas itu...sepatutnya di peringkat IPTS mereka harus melaksanakan dasar yang sama. Tapi ini kita akan bincang dengan mereka," katanya. - mstar

Pengurangan Cukai Manfaat Golongan Pendapatan Sederhana - LHDN
PETALING JAYA: Mereka yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai RM20,000 ke atas akan menikmati penjimatan cukai antara RM300 dan RM13,200 apabila penurunan cukai pendapatan dilaksanakan tahun depan.
Pengarah Komunikasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Nor Azirah Mohd Said berkata, pada masa ini, kumpulan pendapatan pertama bermula pada RM1 sehingga RM2,500. Menerusi pengurangan 1 peratus, kumpulan pertama itu akan terdiri dari RM1 sehingga RM5,000, pada kadar cukai 0 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat lalu mencadangkan supaya keluarga dengan pendapatan RM4,000 ke bawah akan dikecualikan daripada membayar cukai. Ini bermakna hampir 300,999 pembayar cukai di dalam kumpulan itu akan dikecualikan daripada membayar cukai pada 2015. Najib dilaporkan berkata, pada masa ini, terdapat hanya dua juta orang yang membayar cukai daripada sejumlah 13 juta tenaga kerja di negara ini. Nor Azirah dalam satu temuramah berkata, pengurangan kadar cukai itu bermatlamat untuk menyasarkan kumpulan pendapatan pertengahan yang memperoleh antara RM4,000 dan RM10,000 yang tidak layak menerima sebarang bantuan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). "Kumpulan pendapatan seterusnya pada kadar cukai satu peratus akhirnya tidak akan dikenakan cukai apabila pendapatan yang boleh dikenakan cukai adalah kurang RM35,000 dan layak untuk mendapat rebat cukai sebanyak RM400," kata Azirah kepada The Star menerusi kiriman emel pada Selasa. Sebagai contoh, pada masa ini, seorang individu yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 akan membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mempunyai pasangan yang tidak bekerja, perlu membayar cukai cukai RM143.20 selepas menerima rebat RM400. Bagaimanapun, individu berkenaan tidak membayar apa-apa mulai 2015. - mstar

Bonus Kakitangan Awam Dibayar Bersama Gaji Januari - KSN
PUTRAJAYA: Bonus kakitangan awam yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2015 minggu lalu akan dibayar bersama gaji Januari 2015, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata bonus berkenaan tidak boleh diawalkan atau dibayar pada tahun ini atau tahun sebelumnya.
"Bonus ini diluluskan dalam Bajet 2015. Jadi kalau kita lihat dari segi peraturan kewangan ia sepatutnya bermula (dibayar) pada 1 Januari 2015.
"Bonus akan masuk dalam gaji bulan Januari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Rabu.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Isnin supaya kerajaan membuat pembayaran bonus kepada penjawat awam pada 15 Disember, dan bukannya Januari depan.
Presiden Cuepacs, Azih Musa berkata, langkah itu bagi membolehkan penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak sekaligus meringankan beban kewangan mereka.
"Memandangkan musim baharu persekolahan bermula pada Januari, kita minta supaya bayaran bonus dibuat lebih awal iaitu pada 15 Disember untuk membantu ibu bapa menyediakan persiapan persekolahan anak-anak," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari.
Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. - mstar
TOP
Kematian Pelajar Malaysia Di England Akibat Meningitis
Rebecca Melissa Edward.
BUTTERWORTH: Berdasarkan hasil siasatan, punca kematian pelajar Malaysia, Rebecca Melissa Edward, 22, yang mengambil jurusan undang-undang di England, disebabkan oleh radang selaput otak (meningitis). Bapa mendiang, Rev Edward M.John berkata, seorang pakar patologi bebas pada Isnin lalu memaklumkan kepada beliau bahawa anak perempuannya menghidap meningococcal meningitis (radang selaput otak), satu penyakit yang jarang berlaku tetapi merupakan jangkitan bakteria yang serius. "Doktor-doktor berkata, meningitis ini memberi jangkitan kepada membran otak dan saraf tunjang. "Ia biasanya tersebar melalui bersin atau batuk. "Rebecca sihat ketika dia berlepas dari Malaysia ke Britain pada 11 September lalu," katanya dari Newcastle pada Selasa. Pelajar undang-undang tahun akhir dari Brickfields Asia College di Kuala Lumpur tiba di England empat minggu lalu untuk menyambung pelajarannya dalam ijazah sarjana muda undang-undang di Universiti Northumbria, Newcastle. Dia meninggal dunia pada 1 Oktober lalu, dua hari selepas demam dan muntah. Rebecca memberitahu kedua ibu bapanya pada 29 September lalu bahawa dia mengalami muntah-muntah dan demam, dan dirawat di Hospital Royal Victoria tetapi dibenarkan keluar dengan hanya diberikan ubat demam. Dia kemudiannya ditemui tidak sedarkan diri oleh rakan serumahnya pada hari berikutnya. Rev Edward berkata, keluarganya bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan kelulusan bagi membawa mayat mendiang yang diharapkan dapat dilakukan menjelang akhir minggu ini. Beliau berkata, Rebecca akan diterbangkan pulang untuk upacara pengebumian di Gereja St James di Sentul, Kuala Lumpur, sebelum dikebumikan di Klang. Rev Edward berkata, beliau sebak setiap kali membaca kenyataan di Facebook Rebecca pada 17 Jun lalu, yang menyatakan: “Hanya bapa saya yang akan makan kek saya yang kadang-kadang hangus dan kadang-kadang teruk dan bapa kata ia merupakan kek yang paling sedap. Kasih seorang bapa..." - mstar

Airbus Jual 250 Pesawat A320neo Kepada IndiGo
PARIS: Pembuat pesawat penumpang dan komersial terbesar dunia, Airbus pada Rabu mengumumkan persetujuan untuk menjual 250 buah pesawat jarak sederhana dan jimat minyak, A320neo kepada syarikat penerbangan tambang murah India, IndiGo.
Keseluruhan perjanjian penjualan itu bernilai AS$25 bilion adalah yang terbesar dalam sejarah Airbus.
IndiGo India kini merupakan satu-satunya syarikat penerbangan di India yang secara konsisten mencatatkan keuntungan saban tahun.
Presiden IndiGo, Aditya Ghosh berkata, pembelian itu adalah bukti komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk memperluaskan perkhidmatan mereka untuk rangkaian domestik dan juga antarabangsa. - mstar
TOP
ASP Polis Dituduh Minta, Terima Rasuah
KANGAR: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam pada 2011.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 46, didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Tan kerana menganjurkan judi haram di Simpang Empat dekat sini.
Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Turus D7 (Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis didakwa melakukan kesalahan itu di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.
Pertuduhan kedua, dia didakwa memperoleh wang tunai RM4,000 daripada Tan di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Bagi pertuduhan pilihan yang didakwa berlaku di tempat dan masa yang sama, Ahmad Zaharuddin dituduh menerima wang tunai RM4,000 dengan tiada balasan daripada Tan, yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerjanya sebagai Ketua Cawangan D7.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd Rosli Osman menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 November tarikh sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar dan Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh diwakili peguam Firuz Jaffril. - mstar
TOP
Pemandu Teksi Kini 'Mata', 'Telinga' Polis
KUALA LUMPUR: Pemandu teksi kini akan membantu polis dalam usaha membanteras jenayah menerusi kerjasama strategik yang dirangka sesuai dengan perubahan lanskap serta cabaran berhubung isu keselamatan dan jenayah di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, inisiatif tersebut kini menjadi kenyataan hasil jaringan di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Syarikat MyTeksi Sdn Bhd.
"Pemandu teksi ada di mana-mana, merata-rata. Di tempat tak ada polis pun mereka ada.
"Jadi kita ingin gunakan kehadiran mereka ini untuk sama-sama membantu membanteras jenayah, khususnya di Lembah Klang," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kolaborasi Strategik PDRM bersama MyTeksi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Rabu.
Khalid berkata, kerjasama ini akan memperlihatkan pemandu teksi yang berdaftar dengan MyTeksi bertindak sebagai mata dan telinga PDRM dalam mencegah jenayah melalui penyaluran maklumat jenayah dan kemalangan jalan raya.
Sebelum ini, MyTeksi hanya dikenali sebagai satu aplikasi pada telefon pintar untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan teksi.
"Selain membantu penumpang, ia turut memudahkan pemandu teksi untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD terdekat apabila sesuatu insiden jenayah atau kemalangan berlaku. "Pemandu teksi yang terlibat telah diberi pendedahan mengenai aspek keselamatan melalui sesi taklimat dan penerangan supaya mereka lebih memahami peranan dan tanggungjawab di bawah kolaborasi ini," katanya. Beliau berkata, setakat ini terdapat lebih 10,000 pemandu teksi di Lembah Klang berdaftar dengan MyTeksi. Bagi peringkat permulaan kolaborasi, seramai 500 pemandu teksi telah mengikuti latihan dan taklimat. "Kita sasar 10,000 pemandu dapat diberikan latihan atau pendedahan berperingkat dalam memperluaskan strategi kolaborasi kita," katanya. Khalid berkata, inisiatif seperti ini telah lama dijalankan oleh pihak polis tetapi ia diperluaskan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS7) - mstar

196 Gerai Uptown Shah Alam Musnah Terbakar
Seorang pemilik gerai melihat keadaan premisnya selepas kebakaran yang menyebabkan 196 gerai musnah, pagi Rabu.
SHAH ALAM: Sebanyak 196 gerai musnah dalam kebakaran di Bazar Larut Malam Seksyen 24 Shah Alam awal pagi Rabu. Bazar berkenaan yang lebih dikenali sebagai 'Uptown Shah Alam' mempunyai 425 gerai. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Salleh Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.57 pagi. Sebanyak 31 anggota dari Balai Bomba Shah Alam, Kota Raja dan Kota Anggerik dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 4.30 pagi, katanya. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat. - mstar

Allahyarham Ja'afar Onn Wira Berjasa - Hishammuddin
Hishammuddin mengaminkan doa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Ja'afar di Shah Alam, Rabu.
SHAH ALAM: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Ja'afar Onn yang meninggal dunia Selasa malam sebagai tokoh yang banyak berjasa dalam dunia ketenteraan negara. Beliau berkata, Allahyarham Ja'afar, 81, yang juga adik kepada bekas Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn adalah seorang yang berprinsip dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara. "Sama-samalah kita doakan agar Allah s.w.t memberkati dan merahmati rohnya. Saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas doa dan juga kata-kata semangat serta mereka yang telah menguruskan jenazah Allahyarham," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Ja'afar di kediamannya di Seksyen 11 di sini. Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar dan beberapa anggota dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Ja'afar yang juga bapa saudara Hishammuddin meninggal dunia di kediamannya kira-kira pukul 7.45 malam Selasa akibat sakit tua. Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada enam beradik meninggalkan seorang isteri Datin Wan Fatimah Abdullah dan dua orang anak, Faridah, 56, dan Farid, 55. Sementara itu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, Umno Selangor menghargai segala jasa dan bakti yang pernah dicurahkan Allahyarham dalam menjaga keamanan negara. Wakil keluarga Allahyarham, Haerris Khizer Mohd Riani, 29, berkata Ja'afar merupakan seorang yang suka menulis buku dan pernah menyumbang banyak kepada politik negara. Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Jaafar. "Saya diberi maklum bahawa Lt Jen Datuk Jaafar Onn, adik kepada (Perdana Menteri ketiga) Allahyarham Tun Hussein Onn, telah pulang ke rahmatullah 7.45 malam tadi. "Salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau, Rabu. - mstar

Cuepacs Tetap Mahu Bonus Awal, Mohon Pertimbangan PM
Kakitangan kerajaan mengharapkan bonus dapat mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak.
PETALING JAYA: Pengumuman untuk membayar bonus penjawat awam bersama gaji Januari 2015, bukan pertengahan Disember seperti diminta mendorong Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk terus lantang bersuara mempertahankan hak kakitangan kerajaan. Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata, keputusan itu memang wajar dipertikaikan kerana sebelum ini bonus pernah dibayar lebih awal dan tidak mustahil pertimbangan sama dilakukan tahun ini. "Pada tahun-tahun yang lalu kenapa boleh? Kenapa sekarang tak boleh? "Tahun dulu kerajaan bayar tiga kali, sebelum hari raya, Disember dan satu lagi pada Januari. Sepatutnya boleh diberi pertimbangan," katanya kepada mStar Online, Rabu. Azih mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Rabu, yang menolak permintaan Cuepacs agar bonus penjawat awam dibayar lebih awal iaitu pada 15 Disember 2014. Ali sebaliknya berkata bonus yang dibentangkan dalam Bajet 2015 itu akan dibayar bersama gaji Januari 2015 dan ia mengikut peraturan kewangan. Mengulas lanjut, Azih berkata Cuepacs faham tentang peraturan kewangan seperti yang dinyatakan Ali tetapi beliau akan tetap berusaha untuk memastikan bonus itu dapat meringankan beban penjawat awam untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Sehubungan itu, beliau akan cuba membuat permintaan khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan perkara itu. "Kita minta jasa baik, pertimbangan khas Perdana Menteri supaya dapat sekiranya bonus diberi sebelum akhir Disember tahun ini untuk membolehkan penjawat awam membeli persiapan persekolahan anak-anak. "Januari dah buka sekolah, kita nak seperti tahun-tahun lalu ia dibayar lebih awal iaitu 15 Disember," katanya. Najib, semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari. Pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. - mstar

Pembangkang Dibidas Persoal Status Anak Permata
Permata Seni antara program yang mengasah bakat seni di kalangan kanak-kanak berbakat.
KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada Rabu menjadi kecoh apabila Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) mendakwa program Permata Negara (Permata) hanya khusus untuk anak golongan kaya. Tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut, Datuk Seri Azalina Othman Said bingkas menempelak wakil rakyat pembangkang itu kerana disifatkan cuba mendiskriminasikan kanak-kanak. "Mana boleh Ampang (Zuraida) diskriminasi kanak-kanak. Jangan buat diskriminasikan kanak-kanak berdasarkan latar belakang mereka sama ada kaya atau miskin. "Kanak-kanak tetap kanak-kanak," katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat dasar di Dewan Rakyat di sini. Terdahulu ketika mencelah perbahasan oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Zuraida mendakwa Permata merupakan program 'short cut' untuk anak golongan kaya. Beliau yang juga Ketua Wanita PKR mendakwa hanya kanak-kanak golongan berada dipilih menyertai program Peramata. "Bagaimana dengan nasib anak-anak yang miskin. "Kalau betul Permata ini untuk pendidikan awal kanak-kanak, bantulah anak orang miskin di Sabah," katanya. Program Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah sebuah agensi yang terletak dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Permata menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang asuhan dan didikan awal khusus untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Menerusi Bajet 2015, kerajaan memperuntukan sebanyak RM711 juta bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak yang turut diagihkan untuk Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, Permata dan Tabika Perpaduan. - mstar

Jabatan Meteorologi Nafi Ribut Kuat Di Seluruh Negara
PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan sebarang khabar angin berkaitan amaran ribut kuat di seluruh negara yang disebarkan melalui aplikasi whatsapp dan media sosial sejak beberapa hari lalu.
Jabatan itu dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, perkara tersebut adalah tidak benar.
Ia berkata, maklumat sahih berkenaan amaran atau nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia boleh diperolehi melalui laman web www.met.gov.my dan Facebook www.facebook.com/malaysiamet serta Twitter www.twitter.com/malaysianmet.
"Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam sehari," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.
Menurut laman web Jabatan Meteorologi yang dikemasini setakat 12.14 tengah hari Rabu, tiada amaran angin kencang atau laut bergelora.
Antara khabar angin yang tersebar meluas adalah mengenai pengumuman ribut kuat melanda Lembah Klang pada pukul 12 tengah malam Selasa, dengan menasihatkan penduduk berada di dalam rumah dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. - mstar
TOP
Warga Thailand Maut, 12 Cedera Nahas Tiga Kenderaan
SUNGAI PETANI: Seorang warga Thailand maut, manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah van kilang dan dua kereta di simpang tiga Jalan Bedong-Sungai Petani, berhampiran sebuah hotel, dekat sini, pukul 6.45 pagi ini.
Kemalangan itu melibatkan sebuah van kilang yang membawa enam orang, iaitu seorang lelaki dan lima perempuan, sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki seorang wanita dan sebuah kereta Kia Spectra yang dinaiki enam lelaki.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, mangsa yang maut dikenali sebagai Araming Dusong, 34, seorang tukang masak di sebuah gerai makan di Sungai Lalang yang berasal dari Pattani, Thailand.
"Dua belas lagi mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan dan polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu," katanya di sini, Rabu.
Difahamkan, Araming bersama abangnya, Mat Saidi, 36, dan adiknya, Faizu, 22, serta tiga lagi pekerja, menaiki kereta Kia Spectra menuju stesen kereta api Gurun.
Mereka dikatakan mahu ke stesen kereta api itu setelah terlepas kereta api di stesen kereta api Sungai Petani untuk pulang ke kampung halaman di Pattani.
Kereta yang dinaiki mereka dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan van kilang yang dinaiki seorang lelaki dan lima wanita, dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang wanita, yang datang dari arah bertentangan.
Mayat Araming dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat dan dijangka dibawa pulang ke Kampung Yarang, Pattani, untuk dikebumikan.
Mangsa lain yang cedera menerima rawatan di hospital sama kecuali wanita yang menaiki Proton Saga itu yang mendapatkan rawatan di klinik swasta. - mstar
TOP
Kes Azmin Berkaitan PKNS Masih Dalam Siasatan - SPRM
KUALA LUMPUR: Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata, pegawai penyiasat kes masih dalam proses mengumpulkan bukti dan keterangan berhubung isu itu.
"SPRM tidak akan mendedahkan atau memberi maklum balas berhubung siasatan ini sehingga dibawa kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.
Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Abdul Khalid Ibrahim, meminta pihak SPRM mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan salah laku rasuah menteri besar Selangor itu ketika menyandang jawatan pengerusi PKNS.
Pihak yang telah membuat laporan kepada SPRM boleh menghubungi pejabat SPRM untuk mendapatkan maklum balas berhubung kes itu tanpa melalui pihak ketiga, kata Mohd Jamidan.
Sehubungan itu SPRM meminta orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkaitan kes berkenaan. - mstar
TOP
Lelaki Myanmar Maut Ditikam, Kelar
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan kelar dan tikaman di badan di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mayat Htoo Aung, 30, ditemui oleh orang awam pada pukul 12.45 tengah malam.
"Mayat lelaki itu ditemui di kaki lima kawasan deretan kedai tiga tingkat dalam keadaan tertiarap. Pemeriksaan polis mendapati kesan tikaman di dada, rusuk kiri, perut dan bahu serta kelar di leher.
"Mangsa dipercayai baru pulang bekerja berdasarkan pakaian dipakainya iaitu seluar jeans, T-shirt biru dan kasut 'safety boot'. Kami turut menemukan dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit lelaki itu dalam poket seluarnya," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya lelaki yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas, dekat sini itu dipukul sekumpulan rakyat asing berpunca perselisihan faham antara mereka.
Rusli berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - mstar
TOP
Mohd Azlan Buru Dua Emas Sukan Para Asia
Mohd Azlan menjalani latihan untuk memastikan dapat membawa pulang emas Sukan Para Asia 2014.
INCHEON: Cuaca sejuk tidak menghalang atlet olahraga kebangsaan, Mohd Azlan Mohd Lazim untuk meneruskan hasrat merebut dua pingat emas pada Sukan Para Asia 2014. Mohd Azlan, 24, peserta tiga acara larian kategori T36 bagi 100m, 200m dan 400m, menyasarkan kilauan emas bagi acara 200m dan 400m. "Saya sekarang berada pada ranking nombor satu Asia bagi kategori T36... saya yakin saya mampu atasi atlet negara lain. Dari segi persediaan, saya berlatih sejak empat tahun lepas. "Cuma sekarang kena biasakan diri dengan cuaca sejuk di Incheon," katanya kepada Bernama semasa sesi latihan di Stadium Utama Sukan Para Asia 2014 di sini. Kontinjen Malaysia dengan kekuatan 199 atlet dan pegawai menyertai 15 acara pada temasya itu yang berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober. Mohd Azlan bertekad mencipta rekod peribadi baharu walaupun cedera ringan pada bahagian belakang. "Tapi tak ada masalah nak teruskan perlawanan cuma doktor nasihatkan saya supaya jalani latihan ringan sahaja," kata atlet itu yang meraih emas melalui acara 100m dan 200m pada Sukan Para Asean 2014 di Nyapyitaw, Myanmar. - mstar

Cub Prix: Obert Sasar Keputusan Lebih Baik Di Kangar
Emir menjadi taruhan Obert untuk mengejar kedudukan podium.
PENGURUS Espada Motobert, Rosnizam Mohd Noor berharap barisan pelumbanya dapat memperbaiki prestasi dan meraih keputusan lebih baik menjelang perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Kangar Perlis hujung minggu ini. Rosnizam yang lebih dikenali sebagai Obert membawa masuk muka baharu pada musim ini iaitu Mohd Emir Firdaus Hasan dan Mohd Hafizudin Azahar dalam kelas CP130 manakala meletakkan Mohd Rozaliman Zakaria di dalam kelas CP115 namun ketiga-tiga pelumba itu masih gagal menaiki podium sepanjang perlumbaan lepas. Sebagai pelumba berpengalaman, Emir menjadi taruhan Obert untuk mengejar kedudukan podium namun prestasi pelumba itu tidak begitu konsisten apabila sekadar berada di kedudukan ke-14 keseluruhan dengan hanya mengumpul 34 mata dan menimbulkan sedikit kebimbangan terhadap pasukan. "Tahun lepas kami memenangi gelaran CP130 melalui Ahmad Fuad Baharudin namun tahun ini kami menghadapi pelbagai kesukaran. | "Sebenarnya saya mengharapkan agar pelumba-pelumba dapat meraih beberapa keputusan podium, atau setidak-tidaknya konsisten di kelompok hadapan. "Dengan gandingan baharu pada tahun ini, kami tidak meletak sasaran tinggi pada awal musim kerana pelumba dan krew pasukan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri namun secara keseluruhan, kami berkembang dengan agak perlahan. "Kami perlu mengenalpasti apa punca sebenar dengan secepat mungkin. Mudah-mudahan kami memperoleh keputusan lebih baik di Kangar minggu ini," kata Obert. Mengulas tentang litar di Kangar di mana ia tidak berada dalam kalendar kejuaraan sepanjang dua musim lepas, Obert berkata: "Peluang lebih terbuka di sini jadi sukar untuk menjangkakan apa yang berlaku nanti. "Semua pelumba dan pasukan mempunyai peluang sama rata, jadi saingan mungkin akan lebih sengit dan kami juga mahu menggunakan peluang ini untuk mencapai keputusan terbaik." - mstar

Industri Kewangan, Perbankan Catat Peningkatan Gaji Tertinggi
KUALA LUMPUR: Industri kewangan dan perbankan Malaysia menyaksikan peningkatan gaji tertinggi dalam tempoh 12 tahun antara 10 dan 25 peratus, berdasarkan kepada garis panduan Malaysia Salary Guide 2014/2015.
Pengarah Urusan Kelly Services (M) Sdn Bhd, Kamal Karanth berkata, kenaikan gaji itu adalah disebabkan pertumbuhan sektor kemahiran khusus (seperti perbankan dan kewangan Islam) dan dasar positif pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan.
"Ia memacu permintaan bagi tenaga kerja yang ada serta kemahiran," katanya selepas pelancaran garis panduan gaji itu di sini, Rabu.
Hasil daripada kaji selidik itu menunjukkan bahawa pekerjaan yang menjadi tumpuan dalam sektor perkhidmatan kewangan meningkat kepada 20, di mana tujuh merupakan peranan baharu berbanding enam pada 2013/14.
"Peranan itu termasuklah jawatan seperti ketua Syariah bagi kewangan Islam, pengurus pengurusan risiko, ketua risiko kredit, pengurus risikan perniagaan dan pelatih pengurusan," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan bank telahpun mempunyai permintaan bagi kepakaran dalam bidang tersebut tetapi bilangannya masih rendah.
"Itulah sebabnya mengapa gaji bagi jawatan-jawatan itu dinaikkan kerana hanya ada beberapa pakar dalam bidang itu," katanya.
Hasil kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa sektor kewangan merupakan satu daripada yang terbesar di Malaysia dengan lebih 300,000 pekerja. Ia menyumbang sehingga 11 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. - mstar
TOP
Militan ISIS: 39 Rakyat Malaysia Terlibat Termasuk Wanita
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengesahkan seramai 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita terlibat dengan gerakan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, sehingga kini kerajaan belum mengenal pasti sama ada kumpulan itu terlibat dengan aktiviti Jihad Al-Nikah.
"Setakat ini masih belum terkesan penglibatan mereka dengan aktiviti sedemikian.
"Malah, seorang wanita di dalam kumpulan terbabit merupakan isteri kepada salah seorang ahli gerakan militan berkenaan. Ini adalah lebih kepada khabar angin sahaja," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
Dilaporkan, Jihad Al-Nikah atau jihad seks merujuk kepada konsep kontroversi di mana wanita Sunni dikatakan menawarkan diri untuk memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pihak berkuasa belum memuktamadkan jenis undang-undang yang akan dikenakan terhadap kumpulan berkenaan.
"Walau bagaimanapun sekiranya terdapat bukti yang kukuh berkenaan dengan penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
"Selain itu ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966," katanya. - mstar
TOP
Kenyataan Hasutan: Polis Siasat Menteri Dalam Negeri
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan beliau disiasat polis kerana dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan. Menurut menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan itu, beliau memberi kenyataan kepada polis pada Isnin lepas, berhubung laporan polis yang dibuat DAP terhadapnya baru-baru ini. "Saya telah berikan rakaman audio, visual dan juga transkrip ucapan saya dua hari lepas. "Saya beri kepercayaan penuh kepada pihak polis untuk melakukan siasatan kepada menteri yang jaga hal ehwal polis," katanya secara berseloroh ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen, di sini. DAP Perak sebelum ini membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid berhubung dakwaan kononnya beliau membuat kenyataan berunsur hasutan dalam ucapannya semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, pada 22 September lepas, berkaitan demonstrasi di Kuala Kangsar semasa krisis perlembagaan Perak. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada minggu lepas dilaporkan menolak dakwaan bahawa polis mengamalkan 'double standard' berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan dan polis juga akan merakam kenyataan Menteri Dalam Negeri itu.- mstar

Lelaki Bunuh Wanita Malaysia 24 Tahun Lalu Didakwa Jumaat Ini
Rita dan abangnya, Dr Michael Chye dibunuh dalam kejadian berasingan di Australia.
MELBOURNE: Seorang lelaki akan didakwa di Sydney pada Jumaat ini kerana membunuh anak perempuan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Peter Chye di rumahnya di Sydney lebih 24 tahun lepas. Chye turut kehilangan anak lelakinya Michael, seorang doktor bergelar jutawan, yang ditembak mati di Sydney 10 bulan sebelum itu. Akhbar Daily Telegraph melaporkan lelaki yang ditahan itu, seorang warga Australia yang tinggal di Thailand, ditahan detektif daripada Skuad Homisid sejurus tiba di Sydney menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur pada Ogos lepas. Rita Caleo (nee Chye), 39, ibu dua anak, ditikam sehingga mati di apartment mewahnya di kawasan eksklusif Double Bay di Sydney pada awal pagi 10 Ogos 1990. Caleo, seorang ahli perniagaan, ditikam di dalam bilik tidurnya, manakala bayi perempuan dan anak lelakinya berusia empat tahun tidur di bilik bersebelahan. Pengasuh yang tinggal bersama mereka terdengar bunyi bising dari bilik tidur utama sebelum menemui mayat wanita itu pada 1.30 pagi. Ketika kejadian, Mark Caleo, suami Rita, sedang bekerja di sebuah daripada dua restoran Itali miliknya di Sydney. Difahamkan, mereka mempunyai sebuah restoran, juga dinamakan Caleo, di Kuala Lumpur. Lelaki yang ditahan itu masih remaja ketika pembunuhan itu berlaku dan dipercayai mempunyai kaitan dengannya. Pembunuhan Caleo disusuli insiden tembakan terhadap abangnya yang kaya raya, Dr Michael Chye, pada 16 Oktober 1989. Dr Chye ditembak mati ketika sedang duduk di dalam kereta Mercedes Benz kepunyaannya yang diletak di dalam garaj rumah agamnya di kawasan mewah pinggir bandar Woollahra di Sydney. Daily Telegraph melaporkan sungguhpun siasatan menyeluruh dijalankan dalam kedua-dua kes pembunuhan itu pada 1990-an, namun tiada siapa pun yang ditahan. Detektif dari pasukan homisid Inspektor John Lehmann dilaporkan memberitahu media bahawa polis percaya beberapa orang terbabit dalam pembunuhan Caleo dan Dr Chye, dan siasatan masih dijalankan. "Kami berharap dapat melakukan lebih banyak tangkapan," Daily Telegraph memetik Lehmann sebagai berkata. Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald melaporkan tiga bulan sebelum kematiannya, Caleo dikatakan menghantar surat di dalam sampul yang digamkan kepada peguamnya. Pada sampul surat itu tertera: "Buka hanya sekiranya kematian saya luar biasa." Sampul surat itu dibuka oleh peguam Caleo di hadapan beberapa detektif selepas pembunuhannya pada 1990. Beliau mendakwa dua orang melakukan pembunuhan abangnya mengikut cara gengster. Dalam surat itu, Caleo menyatakan sekiranya beliau meninggal dunia secara luar biasa, orang yang sama bertanggungjawab menyebabkan kematiannya itu. - mstar

Sofi Jikan Tolak Tawaran, Hanya Berlakon Filem Sendiri
Sofi bakal mengarahkan filem pertamanya berjudul Gangster Rock Kasi Sengat.
PETALING JAYA: Pelakon Sofi Jikan mengambil sikap untuk menolak tawaran berlakon filem daripada mana-mana syarikat produksi lain sebaliknya hanya akan berlakon dalam filem arahannya sahaja. Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Soffi Jikan, 44, berkata, dia nekad dengan keputusan itu kerana sudah bosan dengan situasi industri yang tidak banyak berubah selain watak diberikan kepadanya stereotaip. "Kecil hati itu memang ada tetapi saya sudah tunggu terlalu lama untuk melihat situasi itu berubah tetapi tiada apa yang berlaku. "Sebab itu saya tidak mahu lagi berlakon dalam produksi lain dan hanya akan berlakon dalam filem arahan saya sendiri sahaja selepas ini," katanya kepada mStar Online. Sofi yang terkenal dengan pelbagai watak gengster sebelum ini pernah memberitahu mahu meninggalkan bidang lakonan kerana kecewa dengan layanan diterimanya sejak bergelar pelakon hampir 20 tahun lalu. Dalam pada itu, Sofi berkata, keputusannya itu dapat memberinya peluang untuk membersihkan namanya daripada pandangan skeptikal peminat yang sering melihat dia hanya memegang watak gengster sahaja. "Saya sudah penat asyik membawakan watak sama sehingga ada yang memandang negatif terhadap saya dan sudah tiba masanya saya sendiri mengubah keadaan tersebut," katanya. Sementara itu, Sofi berkata, peluang mengarahkan filem pertamanya iaitu Gangster Rock Kasi Sengat akan digunakan sebaik-baiknya dan dia akan membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon dan pengarah. Jelas Sofi lagi, geran yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebanyak RM400,000 untuk menyiapkan filem berkenaan adalah pemangkin semangat untuk dia menghasilkan karya terbaik. "Insya-Allah kepercayaan diberikan tidak akan saya sia-siakan dan geran tersebut sebagai amanah untuk saya menghasilkan yang terbaik untuk peminat semua," katanya. Filem tersebut adalah usaha samanya dengan penerbit Yusof Kelana dan Serina Redzuwan menerusi syarikat produksi YKS Film Maker Sdn Bhd. - mstar

Finas Kesal Persatuan Seni Gagal Sokong FFM 26
Antara individu yang terlibat dalam Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26).
SUBANG JAYA: Pengarah projek, Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26), Mohd Zulkifli Ab. Wahab meluahkan rasa kesal terhadap persatuan-persatuan seni di negara ini yang bersikap dingin untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan acara tahunan festival itu. Zulkifli yang juga Pengarah Pembangunan Industri, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, sepatutnya 15 persatuan memberi kerjasama dalam melakukan persiapan FFM 26, tetapi hanya beberapa sahaja yang terlibat. "Festival ini adalah bagi meraikan para seniman negara ini tetapi sayang sekali tidak semua persatuan seni melibatkan diri dalam menjayakan acara ini. "Pihak kami tidak pasti sebab apa mereka enggan hadir memberi kerjasama sedangkan sepanjang empat kali perjumpaan, kami menghantar surat menjemput mereka bersama-sama menyertai kami," katanya kepada mStar Online. Zulkifli ditemui pada majlis pengumuman tarikh dan lokasi FFM 26 di Hotel Empire Subang, di sini pada Selasa.
Pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al-Imran Yasin (kiri) dan Datuk Yusof Haslam bergambar bersama trofi FFM 26.
Hadir sama Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datuk Yusof Haslam, Pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al-Imran Yasin, Presiden Persatuan Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad. Dalam pada itu Zulkifli berharap agar perkara tersebut tidak akan berulang pada penganjuran masa depan di mana kesemua persatuan perlu bersatu memberi kerjasama menjayakan acara berprestij itu. Sementara itu, FFM 26 bakal dianjurkan pada 1 November depan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan. Ia bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria pada pukul 8.30 malam. Kata Zulkifli, ini merupakan penganjuran pertama FFM 26 di Negeri Sembilan bagi memberi kelainan pada acara tersebut. "Pihak kami mahu masyarakat di negeri lain turut merasakan bahang FFM 26. "Mungkin pihak kami akan mengambil elemen budaya Negeri Sembilan dalam tema penganjuran festival ini iaitu Transformasi Sinema Malaysia," ujarnya. Malam kemuncak FFM 26 bakal dikendalikan oleh dua selebriti popular iaitu Fahrin Ahmad dan Fazura dengan beberapa persembahan daripada penyanyi seperti Datuk M.Nasir, Mamat Khalid, Adira, Tomok, Hafiz Suip, Misha Omar dan Awie. Dalam pada itu, Malam Perasmian FFM 26 akan diadakan pada 26 Oktober ini di Hotel Empire Subang menyaksikan 11 kategori yang dipertandingkan. - mstar

Seramai 2.2 Juta Tonton TV Alhijrah
Wan Alias (dua dari kanan) bersama barisan artis dan hos TV AlHijrah pada sidang media pelancaran program istimewa bersempena ulangtahun stesen itu yang keempat.
KUALA LUMPUR: Stesen TV AlHijrah meraih purata tontonan sebanyak 2.2 juta berbanding 10,000 tontonan ketika mula bersiaran empat tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Wan Alias Wan Abdullah berkata, angka itu turut mencatatkan peningkatan memberangsangkan sehingga menunjukkan pertambahan sebanyak 50 peratus tontonan sehingga Ogos lalu. "Secara purata, TV AlHijrah memperoleh jumlah purata tontonan 2.2 juta dan rating terbaik untuk program pernah dicatatkan sebanyak 500 ribu penonton. "Alhamdulillah respons diberikan penonton sangat baik terutamanya kepada program-program yang diterbitkan sendiri oleh produksi TV AlHijrah dan kami menyasarkan angka tersebut akan terus meningkat pada masa hadapan," ujarnya kepada mStar Online. Wan Alias ditemui pada majlis pelancaran program istimewa TV AlHijrah bersempena ulang tahun keempat stesen itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Selasa. Sementara itu, Wan Alias berkata, cabaran utama stesen itu adalah untuk tampil dengan program berkualiti dan pada masa sama masih mematuhi syariah ditetapkan. "Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan program-program berbentuk mesra syariah kerana banyak aspek perlu dititikberatkan. “Namun selepas empat tahun bersiaran, Alhamdulillah perjalanan TV AlHijrah semakin lancar ditambah sokongan penonton yang sentiasa memberikan idea dalam memperkemaskan mutu program kami," ujarnya. TV Alhijrah juga katanya tidak mengamalkan konsep untuk bersaing dengan mana-mana rangkaian yang turut menghidangkan program berbentuk keislaman sebagai objektif utama bagi meraih rating terbaik di saluran masing-masing. Bagaimanapun beliau menyeru agar lebih banyak program berbentuk ilmiah kepada penonton beragama Islam diterbitkan dalam memberi faedah dan kebaikkan kepada orang ramai. "Persaingan tidak pernah menjadi agenda utama TV AlHijrah dengan mana-mana stesen yang membawa konsep sama kerana itu bukan objektif utama kami. "Malah jika ada lebih banyak stesen atau program-program berbentuk keislaman diterbitkan lebih baik kerana ia untuk kebaikkan ummah di Malaysia," katanya. Dalam perkembangan lain, Wan Alias berkata, sempena ulang tahun keempat TV AlHijrah pada 25 Oktober ini, pihaknya bakal menghidangkan hampir 20 program istimewa bermula 20 Oktober ini sehingga 2 November depan. Mengangkat tema ‘TV AlHijrah Kita Untuk Semua’, 12 program istimewa terbitan stesen itu turut disajikan kepada penonton termasuk drama bersiri, dokumentari, program bual bicara dan telefilem. Antara program menarik yang bakal ditayangkan adalah TV AlHijrah Suatu Realiti, Menu Alam Edisi Ulangtahun, Pentas Dakwah, Dengan Basikal Aku Menjelajah 2 dan Isu Akidah Edisi Ulang Tahun. Tidak ketinggalan drama bersiri Dalam Iradatmu dan dua buah telefilem istimewa berjudul Seindah Maharku dan The Oversized Coat. - mstar

Sungmin (Super Junior) Bakal Kahwin Disember Depan
Sungmin dan Sa Eun sudah menjalinkan hubungan cinta hampir tiga tahun.
AHLI kumpulan Super Junior iaitu Sungmin dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan aktres Kim Sa Eun pada Disember depan. Soompi melaporkan, pasangan itu dikatakan bakal mengadakan majlis tersebut di Yeoksam, Seoul pada 13 Disember selepas hampir tiga tahun menjalinkan hubungan cinta. "Selepas berfikir panjang mereka mengambil keputusan berkahwin dan berharap peminat dapat merestui hubungan mereka," kata sumber terdekat pasangan itu. Sungmin dan Sa Eun berkenalan ketika sama-sama menjayakan pementasan teater muzikal Three Musketeers. Bagaimanapun, syarikat pengurusan Sa Eun segera menafikan laporan tersebut dan memberitahu pasangan itu belum terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat. - mstar

Video: Nelayan Singapura Tertangkap Makhluk Aneh
SEJENIS makhluk aneh umpama timbunan cacing atau sotong ditemui nelayan pantai dalam Singapura baru-baru ini.
Ong Han Boon, 54 ketika itu berada di lokasi penangkapan ikan yang digemarinya iaitu di kawasan Pulau Sentosa dengan harapan memperoleh hasil lumayan. Sementara menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia berehat sambil menikmati minuman di botnya apabila dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya. "Saya dapat mengesan ada sesuatu yang menyebabkan tali pukat itu bergerak dan sebaik menariknya keluar dari air, saya terkejut dengan apa yang saya lihat. Makhluk itu kelihatan mempunyak hampir 100 sesungut umpama tangan seperti sotong atau tapak sulaiman yang bergerak-gerak.
"Saya pernah beberapa kali menemui sesuatu yang pelik, tetapi bukan dari laut. Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini. "Ia kelihatan seperti alien atau mutan," katanya. Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harap ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu. "Saya sudah bertanya kawan-kawan tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan. "Jadi, jika tiada siapa yang dapat memberitahu apa sebenarnya yang saya tangkap, mungkin ia makhluk asing atau saya menemui spesis mutan hidupan laut," katanya. - mstar

Video: Pesawat American Airlines Mendarat Cemas, Dinding Kabin Merekah
SEBUAH pesawat American Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas apabila dinding kabinnya mula merekah sehingga menggerunkan penumpang yang melihatnya.
Salah seorang penumpang, James Wilson berkata, penumpang dalam penerbangan pada Isnin dari San Francisco ke Dalles menyedari sesuatu tidak kena berlaku apabila mereka merasakan badan pesawat mula bergegar dan bunyi kuat dapat didengari dari luar Boeing 757 sejurus selepas berlepas.
Keadaan itu menjadi tanda tanya sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan penumpang yang bimbang pesawat itu akan terhempas kerana panel bahagian dalamnya di kedua-dua belah kabin merekah dari dindingnya.
Mereka kemudiannya merasai terdapat perubahan tekanan dalam kabin kemungkinan disebabkan oleh kebocoran saluran udara.
Wilson dari Kyle, Texas, memberitahu Associated Press: "Ia (rekahan) melibatkan seluruh baris 14 di kedua-dua bahagian, dari lantai ke siling."
Dia memberitahu ABC7: "Tiba-tiba (kami dengar) bunyi bising... pop, pop, pop... bunyinya sangat kuat dan bunyi seperti rekahan. Ia kedengaran seperti bola boling yang jatuh dari atas tempat susunan pin.
"Ia sangat menakutkan. Kami tidak tahu apakah yang telah berlaku.
"Kami semua menjerit kepada kru kabin, "Datang sini lihat dinding sedang merekah!" Walaupun menjadi kebimbangan para penumpang, kapten juruterbang membuat pengumuman bahawa Penerbangan 233 akan meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas/Fort Worth kerana tekanan kabin stabil. Bagaimanapun, juruterbang itu kemudiannya mengubah fikiran selepas keluar dari kokpit dan melihat sendiri kerosakan yang berlaku. Pesawat itu berpatah balik dekat sempadan California-Nevada dan membuat pendaratan cemas di San Francisco. Pasukan bomba dan penyelamat bersiap sedia menunggu di landasan terbang sewaktu pesawat tersebut melakukan pendaratan. Bagaimanapun, kesemua 184 penumpang dan enam kru yang menaiki pesawat berkenaan tidak mengalami kecederaan. Pesawat itu kemudiannya dibawa untuk pemeriksaan dan pembaikan. Persekutuan Pentabiran Penerbangan Amerika Syarikat berkata, ia akan melakukan siasatan bersama dengan American Airlines bagi mengesan dan menyelesaikan masalah yang berlaku sebelum pesawat itu boleh diterbangkan semula. - dailymail.co.uk - mstar

Mangsa Nahas MH17 Dianugerah Ijazah Sarjana
Shi Yan (kiri) menerima Ijazah Sarjana mewakili adik perempuannya mendiang Elisabeth (dalam gambar) daripada Pro Canselor UM, Datuk Seri Dr Aishah Ong pada majlis konvokesyen universiti itu pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Mendiang Elisabeth Ng Lye Ti, yang merupakan mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada Selasa. Penganugerahan itu dilaksanakan menerusi sistem Aegorat yang membolehkan ia diberikan kepada wakil pelajar yang sudah meninggal dunia. Anugerah tersebut disampaikan oleh Pro Canselor UM, Datuk Seri Dr Aishah Ong kepada kakak mendiang, Shi Yan yang mewakili adik perempuannya pada majlis konvokesyen universiti itu. Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM, Prof Mohd Nazari Ismail berkata, Elisabeth telah melengkapkan lebih 80 peratus daripada program Sarjananya dan berhak untuk dianugerahkan ijazah itu. "Ini memperlihatkan bahawa kita berpandangan bahawa dia (mendiang) merupakan pelajar yang sangat bagus tetapi tidak bernasib baik untuk menyempurnakan programnya," katanya. Beliau berkata, Elisabeth mempunyai setahun sahaja lagi dengan satu subjek dan satu projek penyelidikan sebelum menamatkan pengajian. Beliau turut memperjelaskan bahawa sistem Aegrotat itu merupakan tradisi universiti yang boleh menganugerahkan pelajar yang sudah meninggal dunia. Sementara itu, Shi Yan enggan ditemubual oleh pemberita. Elisabeth, kakaknya Shi Ing dan anak saudara lelakinya Benjamin Jian Han Lee merupakan antara 43 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Majlis konvokesyen UM yang berlangsung lima hari itu menyaksikan seramai 5,273 graduan menerima ijazah. - mstar

Dua Lelaki Disyaki Perompak Ditahan
KAJANG: Adegan kejar-mengejar berlaku selepas dua suspek perompak mengelak daripada ditangkap dan cuba merempuh empat anggota polis yang sedang melakukan rondaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata dua lelaki itu dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berkelakuan mencurigakan dalam sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kelabu kira-kira pukul 3.30 petang di Taman Semenyih Jaya, petang Isnin.
"Suspek terkejut apabila anggota saya mendekati dan mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis.
"Mereka (suspek) tiba-tiba bertindak agresif sebelum cuba merempuh polis untuk melarikan diri," katanya.
Abdul Samah berkata, suspek penjenayah itu memecut kira-kira 150 meter dari sini sehingga persimpangan lampu isyarat dekat jalan masuk menuju Jalan Bangi Semenyih.
"Oleh kerana lalu lintas sesak, mereka terpaksa memperlahankan kenderaan sebelum anggota saya melepaskan dua das tembakan yang salah satu daripada terkena tayar kanan hadapan kereta itu.
"Mereka masih tidak peduli dan terus memecut laju sehingga ke kawasan perumahan yang terletak kira-kira 1 kilometer dari sini.
"Namun, mereka akhirnya menemui jalan buntu sebelum ditahan," katanya.
Menerusi pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menjumpai beberapa barang yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk rumah seperti pemutar skru, parang dan pemotong besi.
"Kita turut memeriksa kereta tersebut untuk memastikan sama ada ia kereta curi atau sebenarnya dimiliki salah seorang daripada mereka.
"Satu paket kecil yang mengandungi serbuk dipercayai heroin, turut ditemui dari salah seorang suspek," katanya.
Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah yang dimiliki salah seorang suspek di Kajang Prima kira-kira pukul 9 malam.
"Namun, tiada apa-apa ditemui di sana," katanya. - mstar
TOP
Adik Allahyarham Hussein Onn, Jaafar Meninggal Dunia
Jaafar Onn.
PETALING JAYA: Adik kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn meninggal dunia di kediamannya malam Selasa. Allahyarham meninggal dunia kediamannya di 11, Jalan Cincin11/6, Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 7.40 malam Selasa. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Zuhur, Rabu. Allahyarham merupakan anak kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno. Allahyarham juga adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat. - mstar

Mayat Dua Remaja Lemas Di Sungai Petani Ditemui
SUNGAI PETANI: Mayat dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang ketika memancing di kawasan berhampiran Kampung Bakar Arang, Pantai Merdeka dekat sini Isnin, ditemui petang Selasa.
Mayat mereka ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka tenggelam, kata Timbalan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Mohd Yunus Abu.
Beliau berkata mayat Mohd Hazwan Shauddin ditemui pada 6 petang manakala mayat rakannya Ahmad Hizami Ahmad Husaini ditemui enam minit kemudian.
Operasi pada Selasa melibatkan 86 pegawai dan anggota pelbagai agensi serta dua bot dan jet ski bomba, tiga bot maritim dan dua bot Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta polis, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Kedua-dua mayat itu dijumpai pasukan penyelamat yang membuat pencarian di permukaan laut selepas unit skuba JPAM menghentikan pencarian kira-kira 5.30 petang ekoran cuaca gelap dan arus deras.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan.
Semalam, Mohd Hazwan Shauddin dan Ahmad Hizami keluar rumah sejak 8 pagi untuk memancing di kawasan berkenaan bersama empat lagi rakannya sebelum hilang di laut kira-kira 1 petang.
Dalam kejadian itu, Mohd Hazwan dikatakan turun ke laut untuk membetulkan tali pancingnya yang tersangkut tetapi tenggelam manakala Ahmad Hizami yang cuba menyelamatkan rakannya turut tenggelam.
Operasi mencari dan menyelamat kemudian dijalankan tetapi terpaksa dihentikan kira-kira 8 malam tadi sebelum disambung semula pada 7 pagi Selasa.
Pencarian pada Selasa ditumpu di kawasan lokasi di mana kedua-dua mangsa dikatakan terjatuh selain turut menyusuri Sungai Merbok. - mstar
TOP
Kelayakan Euro 2016: Gol Minit Akhir Ronaldo Beri Kemenangan Portugal
Pemain Portugal, Cristiano Ronaldo (kiri) membuat jaringan yang menentukan kemenangannya menundukkan Denmak dalam perlawanan Kelayakan Euro 2016 di Stadium Parken di Copenhagen, Denmark awal pagi Rabu. Foto EPA
PERTEMBUNGAN dengan Denmark dalam perlawanan Kelayakan Euro 2016 dilihat begitu sengit, namun Portugal apabila akhirnya mampu meraih jaringan menerusi aksi Christiano Ronaldo pada masa kecederaan. Bertempat di Stadium Parken di Copenhagen, Denmark pada awal pagi Rabu, jaringan tunggal hasil Ronaldo itu membuatkan Portugal berjaya menewaskan pasukan tuan rumah dalam perlawanan penuh dramatik. Sepanjang permainan, kedua-dua persaingan dalam Kelayakan Euro 2016 bagi Kumpulan 1 dilihat seimbang malah kedua-duanya mengalami kesukaran untuk meraih sebarang gol. Portugal yang terus mengasak pertahanan Denmark, akhirnya berhasil memperoleh jaringan pada minit ke-90+5. Pasukan itu menamatkan permainan dengan kemenangan tipis 1-0. - mstar

Nicol, Wee Wern Mara Suku Akhir Skuasy Terbuka AS
Nicol David (kiri) dan Wee Wern (dua, kanan) mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2014 di Drexel University, Philadelphia.
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan pemain nombor dua negara, Low Wee Wern mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika Syarikat 2014 di Drexel University, Philadelphia. Pemain nombor satu dunia, Nicol, yang memburu gelaran Terbuka Amerika Syarikat bagi kali ketiga berturut-turut, mengambil masa cuma 28 minit untuk menundukkan pemain Australia, Rachael Grinham, dengan 11-1, 11-8 dan 11-3 dalam pusingan kedua di ASB Glass Court pada lewat Isnin. Nicol, 31, dari Pulau Pinang merangkul gelaran Terbuka Amerika Syarikat pada 2012 dan 2013. "Rachael dan saya bertarung banyak kali. Beliau amat berpengalaman namun penuh. Anda perlukan pelan A, B dan C untuk bersedia menentangnya! "Saya tahu saya perlu memberi fokus sepenuhnya, dan saya benar-benar gembira dengan prestasi hari ini,” kata Nicol yang dipetik berkata demikian dalam laman web www.ussquashopen.com. Pilihan keenam, Wee Wern sebaliknya terpaksa bertarung dalam empat set sebelum menewaskan lawannya dari Guyana Nicolette Fernandes 11-8, 11-7, 5-11 dan 11-3 dalam perlawanan selama 61 minit. "Saya benar-benar berhempas pulas pada awalnya. Saya tidak dapat melihat bola atau mencari rentak. "Saya berhempas-pulas sepanjang permainan. Beliau beraksi dengan baik dan memberi banyak tekanan ke atas saya," kata Wee Wern. Nicol dan Wee Wern akan berentap satu sama lain pada perlawanan suku akhir lewat Rabu. - mstar

Keputusan Copa Del Rey
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak Copa Del Rey:
Albacete 2 - 1 Recreativo Huelva
CD Mirandés 0 - 1 Alavés
- mstar
Albacete 2 - 1 Recreativo Huelva
CD Mirandés 0 - 1 Alavés
- mstar
TOP
Keputusan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa:
Armenia 0 - 3 Perancis
Qatar 1 - 0 Australia
Hong Kong 0 - 7 Argentina
Republik Korea 1 - 3 Costa Rica
Jepun 0 - 4 Brazil
- mstar
Armenia 0 - 3 Perancis
Qatar 1 - 0 Australia
Hong Kong 0 - 7 Argentina
Republik Korea 1 - 3 Costa Rica
Jepun 0 - 4 Brazil
- mstar
TOP
Keputusan Kelayakan Euro 2016
BERIKUT adalah keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016:
Jerman 1 - 1 Republik Ireland
Poland 2 - 2 Scotland
Gibraltar 0 - 3 Georgia
San Marino 0 - 4 Switzerland
Greece 0 - 2 Ireland Utara
Finland 0 - 2 Romania
Faroe Islands 0 - 1 Hungary
Denmark 0 - 1 Portugal
Serbia 0 - 0 Albania
- mstar
Jerman 1 - 1 Republik Ireland
Poland 2 - 2 Scotland
Gibraltar 0 - 3 Georgia
San Marino 0 - 4 Switzerland
Greece 0 - 2 Ireland Utara
Finland 0 - 2 Romania
Faroe Islands 0 - 1 Hungary
Denmark 0 - 1 Portugal
Serbia 0 - 0 Albania
- mstar
TOP
Mohd Shafari Gagal Kekalkan Jersi Oren
Pelumba Lelaki Elit meredah 'Spillway' Empangan Saga dalam peringkat ke dua mengelilingi Pulau sejauh 65 kilometer pada kejohanan LIMBC 2014 di Langkawi pada Selasa. -fotoBERNAMA
LANGKAWI: Pelumba Malaysia Mohd Shafari Abd Malik gagal mempertahankan jersi oren selaku pendahulu kategori Lelaki Terbuka apabila sekadar menduduki tempat kedua pada peringkat pertama Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 di sini, Selasa. Selepas memenangi acara prolog ujian masa individu semalam, Mohd Shafari gagal meneruskan kecemerlangan itu dalam saingan peringkat pertama "Langkawi Round Island", perlumbaan sejauh 65 kilometer mengelilingi pulau peranginan ini yang bermula di Taman Lagenda pada Selasa. Jersi oren kini milik pelumba Thailand, Seree Ruangsiri, yang mewakili Team Endurance Thailand selepas memenangi saingan pada Selasa dengan catatan masa dua jam 47 minit dan 41 saat. Beliau mengalahkan Mohd Shafari, 31, yang mewakili pasukan Kedah, yang mencatatkan masa 2:48:15s untuk menduduki tempat kedua manakala rakan sepasukan Seree, Surachet Sing-Jui, di tempat ketiga dengan masa 2:51:51s. "Saya bersyukur kerana rezeki saya untuk masih berada di atas podium hari ini selepas bekerja keras walaupun gagal untuk mempertahankan jersi oren yang saya menangi semalam. Tapi, itu bukan penghalang untuk saya cuba yang lebih baik untuk peringkat kedua pada Rabu. "Perlumbaan hari ini sangat mencabar kerana hujan malam semalam. Banyak kawasan berlumpur dan berair tetapi syukur saya tidak mengalami masalah menghabiskan cabaran hari ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Beliau berkata untuk berada di tempat kedua pada Selasa, beliau terpaksa berdepan dengan dua pelumba dari Thailand yang menjadi pesaing hebatnya sejak Isnin. "Pada awal cabaran, saya dapat bantuan dari rakan tetapi 40 km kemudian saya bersendirian...di sini boleh dikatakan saya "dibuli" oleh pasukan Team Endurance Thailand yang bergerak secara beramai-ramai sehingga menyukarkan saya untuk berada di hadapan.
"Saya terpaksa kerja keras seorang diri dan enam kilometer terakhir saya mengayuh dengan bersungguh-sungguh untuk menang," katanya.
Mohd Shafari berkata untuk peringkat kedua pada Rabu, beliau mahu merampas semula jersi oren.
Sebanyak lima kategori dipertaruhkan pada edisi kali ini iaitu kategori Lelaki dan Wanita Elit, Lelaki Terbuka serta Masters dan Senior Masters Lelaki.
Pada Rabu, perlumbaan peringkat kedua LIMBC 2014 'Langkawi East To West' sejauh 45km akan bermula di Taman Lagenda.
Keputusan Kategori Lelaki Terbuka:
1. Seree Ruangsiri (Team Endurace Thailand) 2:47:41s
2. Mohd Shafari Abd Malik (Kedah) 2:48:15s
3. Surachet Sing-jui (Team Endurace Thailand) 2:51:51

Pendakwa Raya Perlu Lebih Masa Kemuka Laporan Forensik Kes Pukul Awie
Awie didakwa mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa raya kes penyanyi Awie yang didakwa mencederakan isterinya, Rozana Misbun, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Selasa supaya diberi lebih masa untuk melengkapkan dokumen berhubung laporan forensik kes tersebut. Timbalan pendakwaraya, Goh Ai Rene memberitahu mahkamah, pihaknya perlu membuat beberapa penambahan pada dokumen sedia ada bagi menyokong kes tersebut. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan. Awie turut hadir pada prosiding berkenaan dan diwakili peguam Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini. Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan. Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005. Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006. - mstar

IS: 13 'Putih Mata', Gagal Berlepas Ke Syria, Iraq
Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Seramai 13 rakyat Malaysia yang dipercayai sedang membuat persiapan untuk menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria dan Iraq ditahan pada Selasa. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan dibuat selepas pihak polis mengenal pasti dan memantau rapi pergerakan suspek serta aktiviti mereka. "Dalam pemantauan, kita mengenal pasti 13 orang yang sedang bersiap sedia untuk terbang ke Syria dan Iraq melalui Turki. "Kita tahan mereka dan kini disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma)," katanya selepas majlis pelancaran Kolaborasi Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama MyTeksi di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Rabu. Menurut Khalid, kesemua 13 individu itu ditahan di sebuah restoran di Shah Alam. "Ada pelajar, pekerja buruh, pekerja kilang. "Mereka ini kebanyakannya pergi secara persendirian, ada juga yang ditanggung oleh ibu bapa," katanya. Mengulas lanjut Khalid berkata, kesemua yang ditahan tidak dikesan pernah menyertai mana-mana kumpulan militan sebelum ini. Katanya, selain 13 individu terbabit, polis juga telah mengesan beberapa individu lain yang bertindak sebagai dalang dalam merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai IS. "Kita kesan ada kesan beberapa orang yang mempengaruhi orang ramai melalui Facebook dan laman-laman web di internet. "Kita telah mohon dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menutup laman-laman web tersebut," katanya. Dalam pada itu beliau memberikan amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai IS atau mana-mana kumpulan militan dengan alasan untuk berjihad. Katanya, banyak cara yang boleh dilakukan jija mahu berjihad termasuklah membantu polis membanteras jenayah. - mstar

Malaysia Terdedah Serangan Taktik 'Lone Wolf' - Polis
PETALING JAYA: Bukit Aman bimbang dan memandang serius kewujudan laman web pro militan Negara Islam (IS) yang boleh menjadi punca berlakunya serangan menggunakan taktik 'lone wolf' di Malaysia.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Datuk Ayob Khan berkata, menerusi kaedah itu, serangan ganas tidak dilakukan secara berkumpulan tetapi hanya seorang individu akan bertindak mencetuskan kekecohan.
"Seseorang yang hanya bersenjatakan pisau dan mula menikam orang di sebuah kawasan membeli-belah sudah cukup untuk menjejaskan kawalan dan keselamatan.
"Sesiapa yang pro-IS boleh melakukan serangan pada bila-bila masa. Ini merupakan kebimbangan besar kita," katanya dalam satu temuramah pada Selasa.
Beliau merujuk contoh serangan di stesen kereta api Kunming di wilayah Yunnan, China, di mana dua wanita bersenjatakan pisau adalah antara penyerang dalam insiden yang mengorbankan 29 orang dan mencederakan 143 yang lain pada Mac lalu.
Pemimpin IS dilaporkan menggesa supaya mengadakan serangan secara bersendirian di Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, yang merupakan dua negara menjalankan serangan udara ke atas kumpulan militan di Iraq.
IS juga mahu pengikutnya melakukan serangan yang sama terhadap rakyat Australia baru-baru ini.
"Mereka yang dipengaruhi oleh IS atau kumpulan militan yang lain boleh mendapatkan sebarang senjata, sama ada pistol atau bom, dan kemudiannya melancarkan serangan.
"Kita perlu sentiasa berjaga-jaga.
"Salah satu cara adalah menutup semua laman web yang menggalakkan ekstremisme dan fahaman yang diketuai IS," katanya.
Menurut Ayob, sekurang-kurangnya 12 laman web yang berdaftar di negara ini digunakan oleh pihak yang merekrut militan di kalangan rakyat Malaysia sebagai sasaran telah ditutup pada 2012.
Bagaimanapun, pemantauan oleh The Star menunjukkan terdapat tujuh laman web berkenaan boleh diakses semula.
Ayob berpendapat pihak terbabit mungkin mempunyai alamat domain luar negara bagi menghalang pihak polis menutup laman web berkenaan.
Kesemua 12 laman web itu, yang mengagungkan beberapa kumpulan pengganas termasuk al-Qaeda, telah dikenal pasti bertanggungjawab kerana mempengaruhi rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan ekstremis.
Antara mereka yang dipengaruhi ialah seorang doktor warga tempatan dari negeri di utara, seorang pelajar berusia 14 tahun dari pantai timur dan beberapa profesional, di mana kesemua mereka menyertai kumpulan militan IS sama ada di Iraq atau Syria.
"Kita bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau laman-laman web yang bukan sahaja merekrut tetapi turut mengalakkan fahaman keganasan dan ekstremis.
"Bukit Aman akan meminta bantuan SKMM untuk menutup atau menyekat laman-laman web berkenaan jika ia dapat dikesan.
"Kita akan terus mengesan laman-laman web yang digunakan oleh pengrekrut IS atau mana-mana anggota militan yang menyasarkan rakyat Malaysia, terutama golongan muda," katanya. - mstar
TOP
Jangan Banding SPAD Dengan LPKP - Syed Hamid
Syed Hamid Albar.
PETALING JAYA: 'Kita faham kekhuatiran mereka (pengusaha bas ekspres), tapi jangan pertikai kredibiliti kita. Tak usah bandingkan kita dengan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali yang mempertikaikan kredibiliti badan itu selepas didakwa gagal menangani isu tambang bas ekspres. Jelas beliau, keputusan kenaikan tambang bas ekspres perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada kerajaan walaupun kita sudah mempertimbangkan permohonan mereka. "Kita tak boleh bertindak sesuka hati... kita dibawah Jabatan Perdana Menteri. Kita sudah bentangkan (mengenai cadangan itu) tetapi terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan. "Dulu pun kerajaan buat keputusan bukannya LPKP tentukan sendiri. Kalau kerajaan setuju maka kita boleh tunaikan permintaan mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Syed Hamid berkata, SPAD merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan diletakkan dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri. "Soalnya kalau SPAD boleh buat keputusan sendiri tanpa rujuk kepada kerajaan dah lama kita buat. Tapi kita tak boleh. Tiada keputusan lagi... jadi kita tunggu," katanya. Beliau berkata, SPAD sentiasa membuka pintu rundingan dengan syarikat pengusaha bas mengenai apa jua perkara termasuk isu kadar tambang bas ekspres yang baharu. "Kita tak pernah tutup rundingan dengan mereka. Kita faham kehendak mereka dan peka mengenai keadaan industri sekarang," katanya. Malah, Syed Hamid berkata, SPAD turut membenarkan syarikat pengusaha bas untuk mengenakan surcaj 10 peratus yang sepatutnya dikenakan apabila tiba musim perayaan sehingga hari ini bagi membantu menangani beban mereka. "Kita benarkan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan kepada mereka berkuatkuasa tahun lalu. Dan ketika ini, kita juga benarkan mereka kenakan surcaj itu. Jadi itu dah dikira kenaikan juga," katanya. Sementara itu, Syed Hamid sekali lagi meminta semua syarikat pengusaha bas supaya bertenang dan bersabar kerana permohonan mengenai cadangan itu sedang dipertimbangkan oleh kerajaan. "Saya faham dengan keadaan industri sekarang. Kita juga ingin perkara ini diselesaikan dengan segera. Kita akan cuba yang terbaik. Tunggu sahaja pengumuman mengenainya nanti," katanya. - mstar

GST: Senarai Barangan Perlu Mesra Pengguna - Fomca
Mohd Yusof Abdul Rahman.
PETALING JAYA: Senarai barangan yang dikenakan dan dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu bersifat mesra pengguna supaya orang awam mudah memahaminya. Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, ini kerana senarai barangan berkaitan GST yang telah diwartakan kerajaan mempunyai istilah saintifik selain turut menggunakan penjelasan dalam Bahasa Inggeris. “Bukan semua orang awam faham tentang istilah-istilah seperti itu. Terutama mereka yang berada di luar bandar, malahan istilah yang digunakan itu juga boleh mengelirukan pengguna di bandar. “Kenapa barangan seperti ikan, tidak jelaskan sahaja ikan bawal, ikan kembung, dan kalau ayam sebut saja bahagian dada atau peha. Tak perlu nama-nama yang kebanyakan kita tak pernah dengar,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Senarai produk yang berkaitan GST diwartakan oleh kerajaan pada Isnin dan ia kini boleh didapati di laman web www.federalgazette.agc.gov.my. Ia mengandungi lebih 900 barangan dikenakan cukai kadar sifar dan dikecualikan daripada GST yang berada dalam “basket of goods” (kumpulan barang). Mohd Yusof berkata, senarai yang diwartakan itu turut mengandungi istilah perundangan atau menggunakan penjelasan yang terlalu ‘berat’. “Saya faham kerana ia adalah warta kerajaan, sudah tentu mempunyai banyak istilah undang-undang tetapi bukan semua orang awam boleh faham. “Sebab itu saya minta kerajaan supaya mengeluarkan senarai barangan berkaitan GST ini yang lebih mudah untuk difahami, selain senarai yang diwartakan itu. “Ini kerana pengguna terdiri daripada pelbagai latar belakang, maka penjelasan perlu diberikan untuk semua golongan supaya mesejnya sampai secara jelas,” katanya. Beliau menambah, kerajaan boleh mengeluarkan senarai yang mudah difahami itu menerusi penerbitan di dalam akhbar termasuk membuat risalah yang boleh diedarkan kepada orang ramai. “Pendekatan menerusi penerbitan ini lebih memudahkan penelitian orang awam terhadap apakah barangan yang mereka beli itu apabila GST mula dilaksanakan nanti,” kata Mohd Yusof. Pelaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada April tahun depan akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). - mstar

Bateri Yang Tahan Selama Selama 20 Tahun Bakal Dicipta
Gambar Hiasan
Pengkaji dari Nanyang Technological University di Singapura telah berjaya menemukan solusi masalah bateri yang menghantui penguna-pengguna telefon pintar - bateri ion litium yang boleh dicas sehingga 70 peratus dalam masa dua minit dan mampu bertahan dari rosak selama 20 tahun. Bateri itu dikatakan akan sampai kepada pengguna dalam masa dua tahun akan datang. Bateri yang diguna pakai di dalam telefon pintar, tablets dan juga laptop buat masa sekarang boleh bertahan hanya dalam masa 2-3 tahun. Buat masa sekarang, pengguna perlu menunggu sehingga 2 jam bagi mengecas bateri sehingga penuh. Bateri yang bakal dicipta ini juga dikatakan akan digunakan dalam sektor autmomotif - SiakapKeli.com

Rungkai : Isu Missed Call Dari Pencuri Maklumat Bank & Kenalan
Status : Separuh Benar & Separuh Tidak Benar
Salah seorang pengunjung SiakapKeli meminta kami untuk merungkai isu mengenai mesej amaran berkenaan "missed call dari nombor luar negara" yang tersebar luas terutamanya di aplikasi Whatsapp.
Menurut dari mesej amaran berkenaan, dua nombor dari luar negara akan membuat missed call kepada nombor mangsa. Jika mangsa membuat panggilan balik, mangsa akan dicaj sebanyak $15-$30. Selain itu, senarai kenalan dan maklumat bank di dalam telefon pintar juga akan dicuri oleh nombor terbabit dalam masa 3 saat.
Mesej amaran ini mula tersebar di Malaysia pada 2013 lagi berserta dengan mesej yang sama. Setelah kajian dibuat, kami juga mendapati mesej yang sama juga turut tersebar luas di negara luar.
Mesej yang sama dalam bahasa Inggeris (nombor yang sama).
Nombor berkenaan sebenarnya adalah nombor dari syarikat pengiklanan luar negara yang inginkan iklan mereka didengari oleh anda(beberapa mangsa yang pernah menelefon balik melaporkan mereka disajikan dengan pelbagai iklan). Nombor mangsa dipanggil secara random.Taktik ini boleh dikesan mula digunakan di Jepun pada 2002.
Mesej amaran yang disebarkan boleh dikatakan separuh benar dan separuh tidak.Untuk memudahkan pencerahan, kami pecahkan isu ini kepada dua bahagian supaya lebih senang difahami.
1 - Jika membuat panggilan balik akan dicas sebanyak $15-$30 Jika anda membuat panggilan ke luar negara, memang inilah caj yang dikenakan. Jadi, bahagian ini adalah benar.
2 - Salinan kenalan dan maklumat bank akan dicuri dalam masa 3 saat Adalah mustahil untuk menyalin kesemua data didalam masa sesingkat 3 saat. Tersangat-sangat mustahil. Dan adalah tidak logik jika hanya dengan panggilan sahaja kesemua data itu dapat disalin. Panggilan telefon hanya digunakan untuk menghantar dan menerima suara. Untuk menghantar data, aplikasi tambahan diperlukan.
Berkenaan dengan penggunaan nama En. Zainal dan PDRM D9 di dalam mesej itu tidak dapat kami pastikan. Jika benar berlaku kes penipuan seperti ini di Malaysia, sudah tentu pihak polis sudah mengeluarkan kenyataan rasmi menggunakan media arus perdana, bukan dengan menggunakan Whatsapp.
Tetapi, apa yang jelas adalah kedua-dua nombor ini adalah 'scammer' dan jika anda mendapat missed call dari nombor-nombor tersebut, jangan telefon balik atau kredit telefon anda melayang.
Sumber : hoax-slayer, snopes, economist

Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden
Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkan TechCrunch.com.
Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.
Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.
“Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’.
“Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.
Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.
"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden.
Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.
Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”.
Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS. - Astro Awani
TOP
Hanya 'Land Spout', Bukan Siklon - Jabatan Meteorologi
Sebanyak 10 buah rumah di Kampung Alor Besar, Pendang mengalami kerosakan teruk setelah dilanda puting beliung, petang Selasa.
ALOR STAR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan fenomena cuaca yang berlaku sebenarnya bukan siklon. "Negara kita tidak berada dalam laluan taufan. "Apa yang berlaku di Kampung Alor Besar dikenali sebagai land spout. "Ia berlaku apabila angin kuat bertembung dengan awam yang membawa hujan," katanya yang menjelaskan land spout adalah fenomena cuaca normal di negara ini.- mstar online

Kementerian Jangka Enrolmen Prasekolah Meningkat 92 Peratus Tahun Depan
Gambar hiasan.
JOHOR BARU: Kementerian Pendidikan menjangkakan enrolmen kanak-kanak prasekolah meningkat 92 peratus tahun depan dan menjelang tahun 2020, kira-kira 900,000 kanak-kanak bakal berdaftar di prasekolah di seluruh negara. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasaran itu juga bermakna tambahan 3,500 bilik darjah untuk menampung peningkatan hampir 71,000 pendaftaran tahun depan. "Kementerian memahami kepentingan pendidikan yang berkualiti untuk kanak-kanak prasekolah bagi menyediakan mereka dalam pelbagai aspek termasuk kognitif, mental dan fizikal sebelum memasuki sekolah rendah. "Peningkatan ini disasarkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015," kata Muhyiddin. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Datuk Sufaat Tumin dalam majlis pelancaran Program Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah peringkat kebangsaan 2014, yang menyaksikan penyertaan 380 murid prasekolah dan 152 guru, di Sekolah Menengah Kebangsaan Medini, Selasa. Muhyiddin berkata Kementerian Pendidikan bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak berusia 4+ dan 5+ bagi memastikan setiap mereka berpeluang mendapat pendidikan berkualiti. "Dengan sasaran di bawah inisiatif NKRA bagi tahun ini iaitu 90 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilahirkan iaitu 990,366 orang. "Hal ini bermakna, KPM perlu memastikan sejumlah 891,329 kanak-kanak 4+ dan 5+ perlu mendapat pendidikan prasekolah sama ada di KPM, agensi kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan pada tahun ini," katanya. Beliau menggesa sektor swasta supaya membantu dalam pencapaian sasaran enrolmen ini dengan 70 peratus daripada prasekolah baru dijangka akan dikendalikan oleh pihak swasta. Katanya, menjelang 2020, 50 peratus pusat pendidikan prasekolah akan diusahakan sektor swasta dan bagi menyokong pertumbuhan prasekolah swasta, kementerian meningkatkan kadar bantuan yuran, geran pelancaran dan pinjaman keutamaan untuk penubuhan dan perluasan pusat prasekolah. Muhyiddin berkata hasrat pendidikan prasekolah ini akan tercapai sepenuhnya melalui pengalaman pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkesan, bermakna dan menggembirakan yang dilaksanakan berasaskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). PdP yang dilaksanakan dengan menggunakan bahasa pengantar dwibahasa iaitu 50 peratus Bahasa Kebangsaan dan 50 peratus Bahasa Inggeris, diharapkan dapat memberi kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, menulis dan mengira dalam kedua-dua bahasa sebagai persediaan ke Tahun Satu di sekolah rendah, katanya.- mstar online

Para Asia: Malaysia Yakin Insiden Doping Tidak Berulang
Ab Jalil bersama Kontijen Paralimpik Asian negara ketika upacara menaikkan bendera perkarangan perkampungan Atlet di Incheon pada Selasa. -fotoBERNAMA
INCHEON: Malaysia yakin insiden penarikan balik pingat akibat kegagalan ujian doping tidak akan berlaku dalam kalangan atlet paralimpik negara yang menyertai Sukan Para Asia 2014 di sini. Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Ab Jalil Abdullah berkata ini kerana, semua 135 atlet paralimpik telah mengisytiharkan jenis ubat-ubatan mereka kepada pihak pengelola kejohanan itu di sini. "Atlet paralimpik tidak perlu menjalani saringan doping namun semua jenis ubat yang diambil mereka harus dimaklumkan kepada pihak penganjur untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku. "Mereka semua bersedia untuk bertanding dan kita akan cuba mengelak sebarang kemungkinan berlakunya penyalahgunaan ubat-ubatan dalam kalangan atlet kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menaikkan Jalur Gemilang di Perkampungan Sukan Para Asia di sini, Selasa. Seramai 199 atlet dan pegawai menyertai majlis menaikkan bendera Jalur Gemilang itu pada temasya terbesar di rantau Asia itu, yang akan bermula dari 18 hingga 24 Oktober ini. Pada upacara itu, kontinjen Malaysia, Myanmar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) disambut Datuk Bandar Perkampungan Sukan Para Asia, Hwang Jeonbae. Atlet Malaysia tiba di Incheon pada Isnin dan mula mengadakan latihan bermula Rabu. "Saya dapati mereka bersemangat tinggi...atlet paralimpik negara sentiasa bersedia menghadapi lawan. "Kebanyakan atlet kita berpengalaman, pernah menyertai kejohanan besar begini. Cuma ada beberapa sahaja yang pertama kali menyertai kejohanan besar namun ada di antara mereka merupakan prospek pingat buat negara," katanya. Ab Jalil berkata pihak penganjur temasya itu juga menyediakan kemudahan seperti tempat tinggal dan dewan makan yang bersesuai untuk atlet paralimpik.- mstar online

Jurang Pendapatan: Satu Pemerhatian
KITA bertemu lagi setelah agak lama berehat dan 'menghilangkan diri'. Malaysia sememangnya sebuah negara yang semakin tahun semakin kaya. KDNK negara berkembang sekitar lima hingga enam peratus sejak empat tahun lepas. Keuntungan 200 buah syarikat terbesar di Malaysia kian bertambah.
Tahun 2013 sahaja, 200 syarikat ini telah mencatat keuntungan sebanyak RM163 bilion- iaitu lebih 11 peratus daripada tahun sebelumnya. Tidak mustahil mereka akan lebih untung hasil daripada kemakmuran ekonomi negara.
Keuntungan yang bertambah ini, ditokok dengan royalti Petronas yang ‘tetap’ sebanyak RM30 bilion setahun, sudah pastilah menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya.
Oleh yang demikian analisis yang dibuat oleh para penganalisis ekonomi dan kenyataan optimis menteri berkenaan dengan prestasi ekonomi kita adalah tepat. Tetapi menjadi negara kaya sahaja tidak memadai sekiranya pengagihan kekayaan tidak dilakukan dengan betul.
Bagaimana untuk kita menjelaskan keadaan di mana 80 peratus daripada isi rumah di Malaysia menerima pendapatan kurang RM5,000 sebulan dan 40 peratus daripadanya lebih kurang daripada RM2,000. Pada masa yang sama, jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia telah meningkat sebanyak 12 peratus daripada tahun lepas kepada RM213 bilion.
Tidak hairanlah apabila dicampur semua angka ini kita akan mendapat purata pendapatan rakyat Malaysia sebanyak RM5,900 sebulan.Sesungguhnya angka ini tidak tepat untuk menggambarkan keadaan sebenar realiti kehidupan dan pendapatan hari ini.
FORMULA PURATA
Untuk membuktikan kecelaruan formula ‘purata’ ini, bolehlah kita membaca statistik pelaburan di dalam Amanah Saham Didik yang dikeluarkan PNB. Pada 2014, purata pelaburan bagi setiap pelabur adalah RM14,500. Jumlah ini banyak jika dilihat sekali pandang. Tetapi realiti sebenar adalah jauh berbeza. 86 peratus pemilik akaun hanya mempunyai RM1,000 dan 0.5 peratus pelabur atasan memiliki RM1.5 juta seorang. Keadaan ini tidak jauh bezanya dengan simpanan pencarum KWSP yang mana 78.6 peratus adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM3,000. Di dalam Amanah Saham Bumiputera, 75 peratus daripada pelabur hanya mempunyai purata RM611 di dalam akaun simpanan mereka. Ini menjelaskan mengapa baru-baru ini timbul desakan supaya bank-bank lebih banyak meletakkan not wang RM10 di mesin ATM. Sememangnya ada di kalangan kita yang baki akaun banknya kurang daripada RM50 pada satu-satu masa. Dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, kerajaan ingin mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan negara. Rasionalisasi subsidi dijalankan di mana harga minyak dan eletkrik mula mengikut harga pasaran. Tahun hadapan, cukai GST akan dikuatkuasakan. Sudah tentu harga sesetengah barangan dan perkhidmatan akan naik. Ini menyebabkan ‘pendapatan boleh guna’ golongan kebanyakan semakin kurang. Mereka ini terpaksa meminjam wang untuk meneruskan kehidupan dan sekaligus meningkatkan kadar hutang isi rumah di Malaysia.
Adakah ini semua menakutkan? Belum cukup lagi.
KESEJAHTERAAN RAKYAT VS PASARAN
Menurut kajian Sime Darby Properties, mereka yang ingin memiliki rumah di Lembah Klang perlu memiliki pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM14,580 sebulan. Tidak hairanlah semakin banyak permohonan pembeli untuk mendapatkan pinjaman perumahan ditolak oleh bank. Lebih 34 peratus hartanah yang bernilai dari RM250,000 sehingga RM1 juta tidak terjual sepanjang 2014. Rumah tidak akan menjadi semakin murah dan pemaju hartanah semkain gemar membina rumah yang mahal. Kos sara hidup yang meningkat mengurangkan lagi kemampuan untuk membeli rumah. Pada masa yang sama, golongan berpendapatan tinggi di Malaysia semakin kaya. Permintaan terhadap hartanah bernilai lebih RM1 juta begitu hebat sehinggakan hanya 8 peratus daripada hartanah dalam kategori ini yang tidak terjual. Setiap minggu, ada sahaja pelancaran projek perumahan yang baru. Hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang seperti Harrods, W Hotel, St Regis dan Banyan Tree akan membuka cawangannya di Malaysia. Jualan kereta berjenama seperti BMW, Mercedes Benz, Volkswagen, Mini Cooper, Audi dan Land Rover mencatatkan rekod jualan tahunan. Syarikat penerbangan antarabangsa seperti Air France, Lufthansa, British Airways dan Turkis Airlines berlumba-lumba menyediakan penerbangan terus ke negara masing-masing berikutan wujudnya pasaran. Restoran-restoran mewah sudah tumbuh ibarat cendawan lepas hujan. Kesemua ini tidak akan berlaku jika tidak ada permintaan yang tinggi.
Sudah tiba masanya masalah jurang pendapatan ini diberikan perhatian yang sewajarnya.
Adakah Malaysia satu-satunya negara yang mengalami keadaan ini? Tidak. Amerika Syarikat mempunyai 46 juta orang miskin. Di negara-negara maju di Eropah juga golongan atasan yang berjumlah 10 peratus memiliki 70 peratus daripada kekayaan negara. Malaysia mungkin tidak seteruk itu tetapi tanda-tanda ke arah itu sudah mula kelihatan. Di atas kertas, angka-angka petunjuk ekonomi sememangnya menakjubkan. Persoalannya adakah ini pertumbuhan yang berkualiti di mana pengagihan kekayaan dilakukan secara menyeluruh atau pertumbuhan yang mengikut kehendak pasaran semata-mata? Pasaran - sebagaimana yang diketahui tidak mengambil kira kesejahteraan orang ramai. Yang perlu memastikan kesejahteraan rakyat bukannya pasaran, sebaliknya kerajaan.
> Mat Rodi atau Radzi Tajuddin, 24, adalah seorang graduan dalam bidang senibina dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah anak jati Selayang dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana di Manchester School of Architecture. Beliau juga adalah seorang penulis bebas dan kolumnis mStar.
- mstar online

Bomba Selamatkan Budak 2 Tahun Terkunci Dalam Kereta
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas terperangkap di dalam sebuah kereta kira-kira pukul 11.13 pagi tadi.
Gambar-gambar operasi khidmat khas itu dikongsikan di laman twitter Jabatan Bomba dan Penyelamat @bombaJBPM hari ini.
Kalau tengok dari rangkaian gambar-gambar yang ada, kanak-kanak itu mesti terperangkap selepas kesemua pintu kereta jenis Fiat berkenaan terkunci.
Kejadian dilihat berlaku di rumah mangsa.
- mynewsub
TOP
VIDEO: Kurang 16 Saat, Wanita Jahanamkan Kereta Mewah Lexus!
SEORANG wanita nyaris maut apabila kederaan pelbagai guna SUV, Lexus GX460 yang dipandunya gagal dikawal lalu terbabas dan terbalik ke dalam semak.
Kejadian ini dipercayai berlaku di Rusia.
Rakaman video litar tertutup ini dipercayai didedahkan oleh pihak insuran telah menjadi viral di laman sosial dan mengundang pelbagai komen.
Dikatakan kereta mewah itu baru saja dibeli oleh bapa wanita terbabit, seorang hartawan dan dihadiahkan kepadanya yang berharga £38,000 (RM158,000).
Namun ia musnah kurang dari 16 saat!
Kedengaran suara pada video yang dirakam dari kamera litar tertutup menjerit ‘No Way…!’ ketika mereka melihat kejadian itu.
Mujur beg keselamatan udara menyelamatkan nyawa wanita itu.
Pelbagai komen dikongsikan di youtube, antaranya mengecam tindakan bapa wanita terbabit yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli kereta mewah tetapi tidak memastikan anaknya mempunyai lessen memandu.
Ada juga komen berbaur jantina seperti “kaum wanita tidak perlu ada tempat sebagai pemandu” dan “apa juga kederaan yang dipandu sama ada Lexus atau Lada, pastikan otak anda berada di ‘gear’sebelum memandu.”
Ada juga yang bersikap positif dengan memberi komen “mujur dia menguji kemahiran memandunya di tempat sunyi dari menghentam pejalan kaki atau pemandu lain. Bayangkan jika dia memandu di jalan yang sibuk!,” kata yang lain. - mynewsub
TOP
Lesen Memandu Lelaki Berwajah Wanita Cun!
Jika dahulu Malaysia heboh dengan kes Fatine yang merupakan seorang pondan yang telah mengahwini lelaki British hingga mencetuskan isu hangat dan menjadi tajuk utama dada-dada akhbar.
Fatine atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Min Bahari tidak menjalani pembedahan jantina tetapi mengaku mengambil pil hormon bagi mengubah dirinya ini dan dikatakan bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana mengahwini kaum sejenis jika pulang ke Malaysia.
Lain pula kisah kali ini, gambar lesen memandu milik seorang lelaki telah menjadi viral di media sosial gara-gara wajahnya seperti wanita.
Gambar tersebut disebarkan di Twitter dan Facebook menunjukkan kad pengenalan itu milik lelaki bernama Mohd Fazil Bin Mad Noor yang berasal dari Perak.
Bukan orang sama ya, nama mereka je yang hampir serupa!
Wah memang cantik dan cun habis Mohd Fazil ini kan!
Namun persoalannya, bagaimanakah pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan wajah wanita menghiasi lesen memandu milik seorang lelaki?
Mungkin agaknya pihak JPJ sendiri terkejut melihat penampilan lelaki ini yang berubah menjadi wanita meletop dan cantik.
Terkejut bukan lihat ‘wanita’ yang lawa dan ‘hot’ ini ! - mynewsub
TOP
12 GAMBAR: Selebriti Wanita Tak Pakai Coli Sempena ‘No Bra Day’
Walau pun kurang diperkatakan di negara ini, ramai juga yang maklum semalam merupakan ‘No Bra Day’ atau Hari Tanpa Coli yang disambut di negara barat.
Tarikh 13 Oktober dipilih oleh aktivis kanser payudara sejak 2011 sebagai hari yang diraikan untuk mengingatkan masyarakat tentang kanser payudara yang menjadi pembunuh utama kaum wanita.
Pada tarikh ini wanita digalakkan memakai pakaian tanpa coli sebagai simbolik menyokong penghidap kanser payudara yang berjaya melawan penyakit ini tetapi kehilangan aset penting buat wanita.
Kempen ini mendapat sokongan memberangsangkan apabila ramai kaum hawa berkongsi gambar tanpa coli mereka di laman sosial semalam dengan hashtag #nobraday.
Di bawah, kami kongsikan gambar beberapa selebriti Hollywood yang turut tampil ‘no bra’ sebagai tanda sokongan kepada kempen ini.
Rihanna
Jennifer Lawrence
Jennifer Aniston
Rita Ora
Nicki Minaj
Miley Cyrus
Khloe Kardashian
Kim Kardashian
Jessica Szohr
Chrissy Teigen
Kendra Wilkinson
Sebenarnya kalau bukan sebab No Bra Day pun, selebriti Hollywood sudah lama diketahui gemar tampil tanpa memakai pakaian dalam.
Tapi di Malaysia ni walau apa pun alasannya; tak payahlah nak mengada-ngada sambut No Bra Day jugak bila keluar rumah macam wanita dan selebriti Barat nun.
Ia bukan sahaja menyalahi agama malah melanggar budaya Timur, adab dan tata susila seorang perempuan.- mynewsub
TOP
VIDEO: Obses Ber’Selfie’,Tak Sedar Gambar Dirakam
ERA digital kini ibaratnya seperti pedang bermata dua. Sesiapa yang mempunyai telefon bimbit boleh mengambil gambar diri mereka untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat namun mereka terlupa ada orang lain juga boleh merakam dan bertindak kejam untuk memalukan.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang tidak dikenali apabila gelagatnya ber’selfie’ dirakamkan. Wanita itu kelihatan bersungguh-sungguh merakamkan dirinya dari pelbagai sudut, tidak disedari ada kamera kedua merakamkan aksinya!
“Perempuan ini melakukan aksi ‘selfie’nya agak lama sehingga saya berpeluang mengambil telefon dan merakamkan gambarnya. Aksinya memang tak masuk akal!,” kata perakam video yang tidak dikenali ini.
Jom kita tonton aksi dia….
Lebih mengharukan, video ini di youtube telah ditonton hampir tiga juta kali sejak dimuat naik lima hari lalu…! Sekejap je dah popular pompuan ini.
Pada yang giler ber’selfie’, awas …. khuatir aksi anda juga dirakam! - mynewsub
TOP
Azhan Rani Tampil Mohon Maaf Pada Waris A.R Tompel
Apabila kontroversi watak Allahyarham A.R Tompel yang dipotretkan dalam Biopik Saloma timbul, bukan sahaja musibahnya terpalit kepada pengarah dan penerbit filem tersebut, namun pelakon watak itu, iaitu Azhan Rani.
Lantas, Azhan tampil meredakan ketegangan dengan membuat permohonan maaf kepada seluruh waris Allahyarham A.R Tompel atas lakonannya yang menjadi kritikan.
“Sebagai pelakon, saya menghormati wakil-wakil keluarga Allahyarham dan tidak ada niat untuk mencalarkan imej watak yang dibawa. Namun jika tindakan saya sebagai pelakon mencederakan hati mereka, dengan rela hati saya terbuka memohon maaf kepada mereka,” ujarnya kepada portal Gua.
Akui Azhan, beliau tidak berjumpa ahli keluarga A.R Tompel bagi mendapatkan informasi lanjut berkenaan wataknya dan hanya merujuk pengarah juga penerbit filem tersebut, Melissa Saila.
Menurutnya lagi, Melissa sudah membuat kajian selama enam tahun, malahan filem tersebut merupakan ‘tribute’ kepada Saloma dari kacamata kakaknya, Seniwati Mariani.
Pelakon ini juga mengakui tidak berniat untuk memburukkan watak tersebut dan hanya menjalankan tanggungjawab yang diberi sebagai pelakon untuk menjiwai karakter yang diberi.
Azhan juga berkata, sepanjang karier lakonannya, dia tidak pernah dihambat kontroversi dan cuba mengekalkannya, namun dia sedar, siatusi tersebut merupakan lumrah sebagai seorang anak seni.
“Saya terima perkara ini dan mohon maaf sekali lagi jika ia mencalarkan hati mana-mana pihak.- mynewsub
TOP
Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 7 Hospital Sultanah Bahiyah
Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah hari ini.
Mayat mangsa dikenali sebagai Teoh Ah Fong ditemui oleh salah seorang tukang cuci yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Menurut butiran gambar berkenaan, kejadian berlaku pada pukul 7.30 pagi tadi.
Memetik sumber dari laman SuaraTV, mangsa yang berusia 48 tahun dipercayai mengalami tekanan mental.
Mayat mangsa kini berada di hospital untuk bedah siasat.
- mynewsub
TOP
Peniru Foto Selebriti Terkenal Paling Gigih Dan Lucu!
Jika Malaysia mempunyai Bobo yang menjadi terkenal secara tiba-tiba apabila melakukan video parodi ‘Sayang’ yang menjadi viral, lain pula ceritanya di Indonesia.
Seorang lelaki mula popular hanya dengan meniru gaya selebriti terkenal dunia melalui laman sosial Instagram.
Menggunakan akaun Instagram @allanwangsa, dia memuat naik pelbagai gaya foto parodi selebriti terkemuka dunia yang membuatkan pengikutnya ketawa terkekeh-kekeh .
Allan yang meniru gaya artis-artis terkenal mempersembahkannya dengan gaya tersendiri yang sangat unik dan kreatif.
Kelainan dibawa Allan ini telah membuatkan dia dikenali ramai hingga dijemput tampil dalam program televisyen.
Bukan itu sahaja, bakat Allan ini membuatkan dia sering mendapat tajaan jenama dan kedai tertentu bagi mempromosikan barangan mereka melalui parodi yang dipersembahkan.
Apa pun, tak dapat dinafikan Allan ni memang kelakar maut. Tengok sajalah gambar-gambar dia melakukan parodi yang kami kongsikan di atas!- mynewsub

Jangan Terpedaya Dengan Gambar Wahai ‘Online Shopper’
Waspada apabila anda membeli-belah di dalam talian, kerana apa yang anda lihat tidak semestinya sama seperti yang anda idamkan.
Menurut Acidcow.com, mereka mendapat aduan dari pembeli dalam talian yang merasa tertipu ketika menerima barangan yang dibeli.
Ada pakaian yang rekaannya berbeza, tidak sama seperti yang diiklankan malah ada barangan yang tidak serupa langsung! Lihat lebih banyak gambar di bawah…
Jadi, untuk ‘online shopper’ jangan terpedaya dengan gambar-gambar yang diiklankan. Sebaiknya dapatkan maklumat terperinci sebelum membeli. Untuk penjual, kena rajinlah sikit amik gambar sebenar barang yang nak dijual, baru jujur namanya…- mynewsub

Gara-Gara pesakit Menjengkelkan, Jururawat bunuh 38 Pesakit
Di Itali, seorang jururawat wanita didakwa membunuh 38 pesakit gara-gara dia tidak tahan melayan perangai pesakit yang menjengkelkan.
Daniela Poggiali, 42 telah ditangkap di polis di Lugo, utara Itali apabila seorang pesakit Rosa Calderoni, 78 mati dalam keadaan mencurigakan hingga menyebabkan polis membuat siasatan terhadap kematian pesakit itu.
Malah kes ini mendapat liputan luas oleh media hingga menyebabkan pihak berkuasa memperluaskan siasatan dan mendapati 38 pesakit yang lain mati dalam keadaan mencurigakan selepas dia dituduh menyuntik pesakit ini dengan satu dos kalium yang boleh membawa maut.
Satu laporan oleh agensi berita Pusat Eropah berkata, dia dituduh memberi pesakit dengan dos yang tinggi kalium kerana dia mendapati mereka atau keluarga mereka menjengkelkan.
Rakannya yang juga merupakan kakitangan hopsital memberitahu kepada pihak polis, Daniela pernah meminta untuk bergambar dengan seorang pesakit yang baru meninggal dunia.
Laporan lain pula melaporkan jururawat ini pernah bergurau dengan rakannya memberi dia memberi dos yang tinggi kalium kepada pesakit yang tenat.
Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan dan ketua pendakwa Alessandro Mancini memberitahu kes ini agar sukar untuk diselesaikan lagi-lagi Daniela telah ‘terganggu’ sejak dia ditahan beberapa hari lepas.
Daniela digambarkan oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang riang dan sentiasa bersemangat untuk berkerja.- mynewsub

Kompilasi Gambar Kesan Hujan Ribut Semalam
Semalam di beberapa kawasan di Malaysia terutamanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur teruk dilanda hujan ribut hingga menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan membawa kepada kerosakan harta benda.
Ribut yang mengila itu menjadi tajuk utama berita antaranya bumbung sebuah jejantas di KM12 Lebuhraya Perling-Pasir Gudang tercabut dan terhempas jatuh ke atas jalan hingga mengena beberapa kenderaan dan mengakibatkan kecederaan pada beberapa orang mangsa.
Malah, beberapa buah flat di Jalan Loke Yew turut ditimpa musibah hingga menyebabkan dinding beberapa rumah tercabut gara-gara hujan ribut yang menakutkan semalam.
Lebih malang, ribut yang melanda telah meragut dua anggota polis dari Brickfields yang sedang bertugas.
Ini adalah beberapa kompilasi gambar kejadian hujan ribut yang mengganas semalam.
Kereta dihempap dengan pokok di Pandan Perdana.
Khemah Di Dataran Merdeka

VIDEO: Pengemis Tua Kena Hamun Lepas Kantoi Pandu Kereta Mahal
Sebuah video yang dimuat naik di YouTube 2 Oktober lalu jadi viral dan kini sudah ditonton lebih dua juta orang.
Kandungan video tersebut yang menarik perhatian ramai adalah rakaman seorang lelaki memarahi seorang wanita tua dalam sebuah kereta Fiat keluaran tahun 2013 berwarna merah.
Kisahnya, lelaki tersebut naik angin bila terlihat wanita tua ini memandu kereta baru yang lebih bagus daripada dirinya sedangkan hampir setiap hari wanita tersebut meminta sedekah di jalanan sambil memegang kadbod memberitahu dia adalah ‘wanita tua 78 tahun yang sebatang kara dan perlukan duit untuk makan’.
Lelaki itu pula setiap kali melihat wanita tersebut rasa kasihan dan pasti menghulurkan sumbangan.
Kemarahan lelaki tersebut yang kemudiannya dikenal pasti bernama Daniel Ayala adalah berasas seperti mana kata-katanya kepada perempuan tua tersebut dalam rakaman di atas;
“You are asking for money in the middle of street and you drive a 2013 car. I work hard everyday, that’s why people like you take advantage of me. Every time I give you two or three dollars and I also gave you four dollars last Thursday, however you are driving a car that is better than mine!”
(Awak menagih duit orang di tengah jalan tapi pandu kereta tahun 2013. Saya kerja keras setiap hari lepas itu orang macam awak ambil kesempatan. Setiap kali saya pasti bagi awak 2 atau 3 dolar malah 4 dolar pada Khamis lepas tapi awak rupanya bawa kereta lebih mewah daripada saya!)
Apa yang membuat Daniel emosi adalah dia sanggup memotong duit minyak dan duit makan demi membantu wanita tersebut sedangkan dia rupa-rupanya mempunyai lebih banyak duit daripadanya malah ketika ditemui tempoh hari wanita itu sedang mengira banyak wang yang diletakkan di atas ribanya.
Agaknya Tuhan nak tunjuk, rakaman yang mengantoikan peminta sedekah warga emas ini dibuat oleh seseorang yang turut menjadi mangsanya.
Difahamkan individu yang merakam pada mulanya terkejut apabila melihat wanita ini memandu kereta Fiat jenis baru di sebuah stesen minyak sedangkan sehari sebelumnya dia memberikan wanita sama wang yang kononnya untuk membeli makanan.
Kemudian sedang dia berfikir bahawa dia dah kena ‘kencing’ dengan wanita tua itu, dia nampak Daniel muncul dalam keadaan marah lalu bertindak merakamnya.
Bila berita ini menjadi viral sebuah stesen TV turut membuat liputan tentangnya, sebagai mana klip rakaman di bawah:
Aduhai, macam ini punya orang pun ada ke.
Tapi mujur juga penipu ini kategori nenek warga emas, kalau tak rasanya mesti dah lama kena belasah punya..- mynewsub

Bekas Anggota Kump Nsync Akan Langsungkan Perkahwinan Sejenis
BEKAS anggota kumpulan Nysnc, Lance Bass dikhabarkan bakal mengahwini tunangnya, seorang lelaki, Michael Turchin dalam masa terdekat ini.
Pasangan ini dikatakan sedang merancang perkahwinan impian di mana fesyen pakaian tuxedo antara elemen yang dititikberatkan oleh mereka agar tidak kelihatan seperti pasangan kembar di hari bahagia itu kelak.
Selain itu, para peminat boleh menjangkakan satu reunion Nysnc bakal berlaku di majlis tersebut apabila Lance menyatakan keempat-empat rakan baiknya itu wajib menghadirkan diri pada majlisnya itu nanti.
Nsync, boyband popular era tahun 2000 dianggotai Justin Timberlake, JC Chasez, Joey Fatone dan Chris Kirkpatrick.
Antara lagu-lagu hits mereka yang masih lagi menjadi siulan peminat ialah I Want You Back, Tearin Up My Heart, Gone, Drive Myself Crazy dan Pop. - mynewsub

Persamaan Hebat Sikap Bomba Malaysia Dan Australia
Tidak pernah melihat gambar di mana ayam diberi minum begitu rapat dan ia tidak lari.
Dalam gambar di atas yang dikeluarkan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dua hari lepas, nyata itulah yang kita semua dapat saksikan.
Tak tahulah kalau ayam jinak… tetapi cara ia meneguk air tu dari botol memang menarik.
Bila dan di mana kejadian ini berlaku tidak pula dilaporkan oleh pihak bomba Malaysia.
Pastinya ayam jantan itu terlalu penat dan terlalu haus, yang penting dapat minum dulu apa-apa hal pun.
Kalau menurut komen seorang pengguna Facebook di fanpage bomba, kejadian berlaku di Sungai Buloh dan ayam berkenaan cedera terkena api di bahagian kakinya dan itulah punca ia tidak lari.
Sayang gambar itu tidak viral di peringkat antarabangsa. Mungkin media luar tidak perasan kewujudan gambar berkenaan.
Apa pun, kejadian terbabit mengingatkan kepada insiden yang hampir sama di Australia pada tahun 2009 apabila petugas bomba negara itu memberikan air minuman kepada seekor beruang Koala dalam kejadian kebakaran semak yang terburuk di negara berkenaan.
Insiden itu mendapat perhatian yang begitu meluas sekali di seluruh dunia.
Beruang yang dinamakan Sam itu berjaya dirawat akibat kebakaran tetapi mati tidak beberapa lama selepas itu ketika menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan.
Sesungguhnya, kami di Mynewshub sangat terharu melihat kesungguhan kedua anggota bomba ini walaupun mereka berasal dari negara yang berlainan… tetapi memiliki hati yang sama bersih.
-Mynewshub

Insiden Letupan Di Bukit Bintang: Ah Hai Hadir Beri Keterangan
Seorang joki kereta maut dalam serangan letupan bom tangan di Bukit Bintang, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai 'Ah Hai' dipercayai menjadi sasaran dalam serangan letupan bom tangan di Bukit Bintang minggu lalu, hadir untuk memberi keterangan di balai polis. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, Ah Hai hadir ke balai polis di sini kira-kira pukul 9 malam Isnin. "Keterangannya direkodkan sehingga kira-kira pukul 11.45 malam. Kami sedang meneliti keterangan itu untuk membantu siasatan. Dia tidak mengalami kecederaan dalam insiden itu," katanya ketika dihubungi pada Selasa. Tambahnya, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan polis sedang berusaha keras untuk menyelesaikan kes tersebut. Terdahulu, Tajuddin berkata, Ah Hai dipercayai salah seorang saksi yang boleh membantu siasatan polis untuk mengenal pasti motif serangan tersebut. Difahamkan polis giat memburu Ah Hai yang dipercayai menjadi sasaran utama dalam serangan itu selain penyerang yang dipercayai dari kumpulan musuh. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata polis telah merakamkan keterangan daripada 17 individu setakat ini bagi membantu siasatan untuk merungkai motif serangan tersebut. "Kami sedang memantau rakaman CCTV di kawasan berdekatan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam insiden itu," katanya. Letupan kira-kira pukul 4.25 pagi Khamis lalu yang dikaitkan dengan pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap di hadapan kelab malam, Cherry Blossom di Jalan Bukit Bintang menyebabkan seorang joki kereta maut manakala 12 lagi cedera. Sebuah kereta jenis Toyota Alphard, Toyota Camry, Mazda dan BMW turut musnah dalam insiden itu. Antara yang cedera termasuk seorang lelaki warga Thailand, seorang lelaki warga Singapura dan empat wanita warga China, kesemuanya berusia antara 31 dan 56 tahun. Khairi berkata, daripada 12 mangsa yang cedera, dua lagi masih menerima rawatan manakala 10 yang lain dibenarkan keluar dari hospital.- mstar online

Hindari Sertai Puak Militan Di Negara Bergolak - Jamil Khir
Jamil Khir Baharom.
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini patut mendengar nasihat mufti dan tokoh agama sebelum ini yang tidak membenarkan mereka terlibat dengan gerakan militan di luar negara kononnya atas dasar jihad. Tiada fatwa baharu akan dikeluarkan berhubung perkara itu kerana rakyat sudah diberitahu bahawa sememangnya perkara ini tidak dibenarkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. "Mana-mana individu yang kurang pasti mengenai konsep sebenar jihad perlu membuat rujukan dengan pihak berkuasa agama negeri atau pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan agihan bantuan peralatan sekolah sumbangan Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini Selasa. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada Isnin menyarankan pihak berkuasa agama mengeluarkan fatwa rasmi seperti yang dibuat beberapa negara termasuk Arab Saudi mengharamkan rakyat mereka berjihad di negara bergolak khususnya Syria. Menurut Ayob Khan, ini sebagai langkah membendung usaha merekrut militan ke negara terlibat, seperti yang cuba dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah Malaysia melalui Facebook. "Justeru, saya menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak melibatkan diri dengan mana-mana gerakan yang kononnya berlandaskan jihad kerana masih tidak pasti hujung pangkal perjuangan mereka," tegas Jamil Khir. Beliau menjelaskan umat Islam sebaliknya digalakkan membantu saudara seagama seperti di Palestin yang menjadi mangsa serangan rejim zionis. "Umum memahami jihad hanya dalam konteks berperang tetapi ia sebenarnya merangkumi aspek lain termasuk menyumbangkan ubat-ubatan, pakaian serta dana bagi membina semula petempatan yang musnah," katanya. Agihan kelengkapan persekolahan bernilai RM4.59 juta yang dilancarkan pada Selasa akan memanfaatkan secara keseluruhan lebih 20,000 pelajar.- mstar

Kerajaan Sentiasa Pantau Fahaman Militan, Ekstremisme Dalam Negara - PM
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memantau dengan teliti fahaman militan dan ekstremisme dalam negara yang melibatkan apa jua label, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata ini termasuk mereka yang terlibat dalam aktiviti militan di Syria dan Iraq dan juga dengan kumpulan Negara Islam (IS). "Dan sebagaimana kita ketahui tindakan penahanan telah diambil, bererti kita amat serius dalam hal ini. "Dan kita tak teragak-agak untuk ambil tindakan secara berterusan," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Selasa. Najib berkata demikan ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia perlu mengambil berat mengenai hal keselamatan mereka, ekoran penahanan rakyat Malaysia yang didakwa terbabit dengan kegiatan militan. Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Negara Islam (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, dan lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan 'jihad' semasa 'mengumpan' golongan sasaran. Sehingga kini, 22 rakyat Malaysia termasuk tiga wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan, manakala 23 individu lagi ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan. Namun begitu, Perdana Menteri berkata pemantauan rapi itu tidak bermakna risiko terhadap sesuatu kejadian keganasan adalah tinggi dalam negara. "Tidak...tetapi kita mesti berwaspada dan memantau secara berterusan dan perkara ini sedang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia," katanya.- mstar

Perhimpunan Agung Umno 25-29 November
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2014 akan berlangsung dari 25 hingga 29 November di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Amanat Presiden parti akan disampaikan pada petang 25 November.
Persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pula akan dirasmikan Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam 25 November, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Selasa.
Persidangan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung pada 26 November diikuti mesyuarat khas Majlis Tertinggi pada malam hari itu.
"Perhimpunan Agung akan bermula pada 27 hingga 29 November manakala jamuan makan malam presiden diadakan pada 27 November," kata Najib yang juga Presiden Umno.
Najib berkata sempena perhimpunan agung Umno, Forum Antarabangsa 2014 bertema "Hyper Connected World Challenges in Nation Building" bakal diadakan pada 24 dan 25 November.
Menurutnya sehingga kini, semua bahagian telah mengadakan mesyuarat masing-masing, kecuali satu bahagian yang memohon penangguhan ke 19 Oktober ini.- mstar
TOP
Umno Pecat Tiga Ahli
Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Tiga ahli Umno Bahagian Maran, Pahang dipecat kerana didapati melanggar disiplin parti dan mempunyai dua keahlian iaitu Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, petang Selasa. "Pemecatan mereka berkuatkuasa serta merta. Salah seorang daripada mereka dipecat atas kesalahan berceramah di atas pentas PKR, manakala dua lagi didapati bersalah kerana memegang keahlian dalam dua parti berbeza," katanya. Najib berkata, keputusan Lembaga Disiplin memecat ketiga-tiga mereka telah disahkan oleh Majlis Tertinggi Umno. Pada sidang media sama, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa MT Umno mahu penekanan khusus diberikan terhadap usaha pembangunan di luar bandar seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. Dalam pembentangan Bajet 2015, kerajaan antara lain memperuntukkan RM4.5 bilion untuk menyedia dan menaik taraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak. Najib berkata anggota majlis juga menekankan tentang pentingnya pelaksanaan dan pengagihan peruntukan Bajet 2015, supaya ia dapat berjalan dengan sempurna dan lancar. "Secara umumnya, anggota MT sangat berpuas hati dengan Bajet 2015," katanya. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata semua anggota MT juga mengambil maklum bahawa Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera telah dizahirkan secara terbuka sebagai agenda nasional negara semasa pembentangan bajet itu. Dalam Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat", RM223.4 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Dalam perkembangan lain, Najib berkata anggota MT mengambil maklum kejayaan pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor pada 25 September lalu dan akan menjadikannya sebagai contoh bagi meneruskan kecemerlangan BN pada mana-mana PRK. Najib juga mengucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai jentera BN pada PRK tersebut dengan sokongan daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed. PRK Pangkalan Kubor dimenangi calon BN Mat Razi Mat Ail yang menewaskan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 2,635 undi. Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga memaklumkan Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung pada 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).- mstar

Lelaki Hina PM Ditahan
Lelaki berusia 58 tahun ini ditahan selepas meletakkan selipar pada poster yang memaparkan muka Najib.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan polis kerana meletakkan selipar di poster yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan demonstrasi. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan pada Sabtu lalu dan dibebaskan dengan jaminan pada hari yang sama.
"Ini adalah kali kedua dia ditahan kerana melakukan kesalahan tersebut. Kami menerima laporan polis terhadapnya pada Sabtu mendakwa lelaki itu meletakkan seliparnya pada poster yang memaparkan wajah Perdana Menteri," kata Munusamy. Lelaki tersebut, kata Munusamy disiasat dibawah Seksyen 504 dan 506 Kanun Keseksaan kerana berniat mengugat keharmonian dan melakukan kesalahan jenayah. Lelaki itu dirakamkan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika mengadakan demonstrasi pada 8 Oktober lalu di hadapan bangunan Parlimen yang membantah kenaikan harga petrol RON95 dan diesel selain pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tahun depan.- mstar

Kerajaan Diminta Pertimbang Bonus Swasta Dikecualikan Cukai
Ikmal Hisham Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertimbangkan supaya pembayaran bonus kakitangan sektor swasta dikecualikan daripada dikenakan potongan cukai. Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pengecualian itu dilihat selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat. "Saya sering mendengar keluhan kelompok ini yang bekerja bertungkus lumus untuk meningkatkan hasil pendapatan syarikat bagi membolehkan mereka mendapat bonus pada hujung tahun sebagai ganjaran. "Tetapi malangnya potongan yang dikenakan terlalu tinggi, sebagai contoh jika seseorang itu menerima bonus sebulan gaji, cukai yang dipotong hampir tiga suku daripada gaji mereka. Jumlah ini seolah-olah menyebabkan pembayaran bonus tidak membawa apa-apa makna kepada penerima," katanya. Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Bajet 2015 bagi peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Selasa. Terdahulu, Ikmal Hisham turut menyokong cadangan kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan individu daripada satu peratus hingga tiga peratus yang membolehkan 300,000 pembayar cukai tidak perlu membayar cukai. "Saya menyokong langkah ini, namun dalam masa yang sama saya sarankan jika jumlah potongan sedia ada bagi pembayaran bonus (kakitangan swasta) dikaji semula selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan meningkatkan pendapatan mereka," katanya.- mstar

Peragut Ditanggalkan Seluar Oleh Orang Kampung!
Tumpat: Seorang lelaki berusia 36 tahun cedera disyaki dibelasah orang kampung selepas ditangkap ketika meragut beg tangan milik remaja 17 tahun di tepi jalan besar dekat Simpang Stadium Mini Pengkalan Nangka, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira 8.30 pagi ketika remaja perempuan itu menunggang motosikal seorang diri di kawasan berkenaan, sebelum dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang mengayuh basikal.
Ketua Polis Daerah Tumpat Supritendan Zaharuddin Rasip berkata, lelaki berkenaan meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal dan mangsa turut diugut akan dicederakan. "Bagaimanapun, mangsa sempat meminta bantuan orang kampung yang mengejar suspek dan dia berjaya ditahan di tepi jalan besar dekat simpang Stadium Mini berkenaan.
"Turut ditemui bersamanya adalah beg tangan remaja terbabit yang mengandungi kad pengenalan mangsa, telefon bimbit Nokia dan wang tunai berjumlah RM200," katanya.
Zaharuddin berkata, ketika polis tiba di tempat kejadian, suspek lelaki itu cedera dipercayai ketika bergelut dengan orang kampung dan dia dihantar ke Hospital Tumpat untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Bagaimanapun, menerusi gambar yang tersebar dalam laman sosial, suspek lelaki itu dipercayai dibelasah orang kampung dan seluarnya turut ditanggalkan.
- myMetro online

Gambar & 3 Video : Puting Beliung Melanda Pendang, Kedah
Pusar angin dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda.
ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya 15 buah rumah di Pendang dan Kuala Kedah di sini, rosak akibat dilanda puting beliung, petang Selasa.
Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas teruk apabila bumbung bangunan diterbangkan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.
Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda.
Ia turut menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.
Turut mengalami kerosakan, tiga buah rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.

Pelayan Restoran Dituduh Cabul Peguam
Seorang peguam wanita, 33 tahun telah mendakwa bahawa dirinya telah dicabul oleh pelayan lelaki di sebuah restoran pusat membeli belah di Subang, Selangor.
Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa sedang beratur di restoran tersebut lalu menyedari yang punggunggnya diraba oleh lelaki suspek.
Bagaimanapun satu laporan polis telah dibuat. Siasatan lanjutan akan dijalankan berhubung kes tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan. - Siakapkeli.com
TOP
PBT perlu periksa papan iklan di jejantas
Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR - Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memeriksa papan iklan yang dipasang di jejantas berikutan insiden bumbung jejantas tercabut dan diterbangkan angin kencang di Lebuhraya Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu. Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata mengikut kajian awal Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, papan kenyataan iklan yang dipasang pada jejantas tersebut adalah antara punca insiden itu. Katanya, pemasangan itu tanpa kelulusan, oleh itu berkemungkinan tidak mematuhi spesifikasi dan standard keselamatan ditetapkan. "Kita harap semua papan kenyataan iklan yang tidak mendapat kelulusan sama ada dari pihak kementerian atau pihak PBT dibuka (diturunkan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2014 di sini, hari ini. Bumbung jejantas yang tercabut merentangi jalan di lebuh raya berkenaan berukuran 40 meter panjang dan 5.4 meter tinggi dan digunakan pejalan kaki dari Taman Melati ke Taman Kobena. Fadillah berkata pihak Majlis Bandar Raya Johor Baharu (MBJB) perlu mengambil tindakan kerana papan iklan ini tidak mendapat kelulusan daripada kementerian untuk dipasang. Fadillah berkata JKR juga akan memeriksa papan-papan kenyataan iklan yang dipasang di tanah dan bangunan persekutuan kerana terdapat kemungkinan dipasang tanpa kelulusan.- Bernama

Heinemann buka kedai bebas cukai di KLIA2
HEINEMANN Asia Pacific Pte Ltd, syarikat bebas cukai terkemuka di rantau ini, membuka sebuah kedai bebas cukai di Dewan Berlepas Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Max Heinemann berkata syarikat itu memperkenal kedai runcit menarik dan mesra yang merangkumi teknologi dan reka bentuk baharu.
"Kami melaksanakan banyak penemuan baharu dalam menjayakan prinsip jenama KLIA2, ringkasnya Elite (pengalaman, pembebasan, inovatif, menyeronokkan dan sentiasa berubah)," katanya kepada pemberita pada pelancaran kedai itu oleh Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali, hari ini.
Beliau berkata kedai 'be Duty Free', terbesar milik Heinemann di rantau ini, dengan ruang lantai 1,240 meter persegi, menawarkan pelbagai jenama dengan lebih 200 label dan 4,000 produk dalam pelbagai kategori.
"Kami menyasarkan pertumbuhan jualan tahunan antara 10 dan 12 peratus," kata Heinemann sambil menambah syarikat itu telah mengambil 95 pekerja tempatan.
Pengurus Besar Kanan MAHB Perkhidmatan Komersil Faizah Khairudin berkata MAHB gembira 'be Duty Free' telah memilih KLIA2 sebagai landasan pelancarannya ke Malaysia dan menyediakan pengalaman membeli-belah yang unik kepada pengembara.
"Ia adalah bukti kedudukan KLIA2 sebagai hab pengangkutan gaya hidup. Kami mahu KLIA2 menjadi lapangan terbang dalam gedung membeli-belah."
Heinemann bergiat dalam perniagaan runcit pengembaraan lebih 130 tahun dan setakat ini mengendalikan lebih 230 kedai di 125 lapangan terbang di 47 negara, termasuk Singapura, Macau, Hong Kong, Laos, China, Australia, Myanmar dan Indonesia. - Bernama
TOP
Samsung Note4 mula dijual Jumaat ini
SAMSUNG Galaxy Note4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.
Gear Circle, merupakan antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari, katanya.
Presiden syarikat Lee Dong Yong berkata: "Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami. Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian mereka."
Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan mengadakan ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Okt di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah.
Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas. - Bernama
TOP
Thailand bakal kembali jadi pengekport beras utama
BANGKOK - THAILAND. Thailand dijangka kembali menjadi pengeksport utama beras dunia pada 2015.
Eksport tahun depan dijangka 10.6 juta tan metrik berbanding lapan juta tan metrik dari India, pengeksport utama semasa, dan Vietnam dengan 6.9 juta tan metrik.
Demikian menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa Bersatu (FAO) dalam Rice Market Monitor keluaran Oktober.
"Thailand kini semakin hampir mendapat semula kedudukannya sebagai pengeksport utama beras dengan 9.6 juta tan metrik dijangkakan pada hujung 2014 selepas India dengan 10 juta tan metrik," kata Hiroyuki Konuma, Penolong Pengarah yang juga Wakil Serantau bagi Asia dan Pasifik.
Eksport beras Thailand terjejas berikutan skim subsidi, dengan kerajaan membeli beras daripada pesawah pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran, dihentikan.
Kerajaan yang tidak berupaya menjual beras itu menyebabkan stok simpanan meningkat.
Konuma berkata, Thailand dianggarkan menyimpan 18 juta tan metrik beras menjelang hujung musim tanaman 2014.
China terus menjadi pengimport utama iaitu sebanyak 2.8 juta tan metrik tahun ini diikuti Filipina (1.8 juta tan metrik), Indonesia (1.2 juta tan metrik) dan Malaysia (1.0 juta tan metrik).
FAO mengunjurkan kekurangan pengeluaran akan berlaku di India, Indonesia, Nepal, Sri Lanka dan Thailand.
"Namun simpanan rizab beras dunia tetap mencukupi untuk mengisi keperluan lebih satu pertiga penggunaan dunia pada 2015/2016," katanya. - Bernama
TOP
Polis Buru Dua Lelaki Disyaki Samun Kedai 24 Jam
KOTA KINABALU: Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kes samun kedai 24 jam termasuk kes pecah kereta dan rumah di sekitar Menggatal.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata tiga anggota kumpulan itu ditahan dalam serbuan polis yang dijalankan ke atas sebuah rumah di Taman Bukit Setia, Menggatal, pada 11 malam, 8 Oktober lepas.
"Ketiga-tiga suspek lelaki yang berumur antara 21 dan 34 tahun itu masing-masing mempunyai kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Kancil, telefon bimbit dan pemutar skru," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Katanya kes samun yang dilakukan oleh kumpulan itu menyebabkan kerugian dianggarkan berjumlah RM18,350.
Dalam perkembangan lain, polis menahan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah perhentian bas di Jalan Keramat, Likas kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah, Isnin.
Katanya ketika ditahan 3.15 petang, polis menemui dua paket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki syabu seberat 67.58 gram dengan nilai dianggarkan RM1,500.
Chandra berkata polis juga menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri pada 7 malam, 9 Okt lepas, di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Likas kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan rogol di Kampung Darau, Menggatal, Jun lalu.
Katanya, dalam kejadian 17 Jun, antara 4 dan 4.30 petang itu, suspek dikatakan masuk ke dalam rumah mangsa sebelum merompak wang mangsa sebanyak RM726 dan mengancam mangsa menggunakan sebilah pisau dan gunting agar tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berumur 33 tahun pada 4 Oktober di Kampung Air, kira-kira 8.30 malam, kerana disyaki menyamun tiga pelajar sekolah menengah dan sebuah kedai di Asia City. - mstar
TOP
Muhammad Shafee Sesuai, Layak Ketuai Pasukan Pendakwaan
Muhammad Shafee Abdullah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah orang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat di mahkamah itu pada 28 Oktober.
Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara berkata saluran sesuai bagi Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Arifin berkata panel itu mendengar hujah yang dikemukakan peguam Anwar iaitu Tommy Thomas bahawa peguam itu (Muhammad Shafee) telah bertindak sebagai pengerusi Suhakam semasa perbicaraan yang mendapati bahawa saksi utama kes liwat Supt (B) Jude Blacious Pereira adalah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai, tetapi panel mendapati tidak ada pertalian antara kedua-dua kes.
Mengenai isu Muhammad Shafee didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar Akta Profesion Guaman, beliau berkata walaupun Muhammad Shafee didenda tetapi beliau tidak digugurkan daripada senarai daftar peguam.
"Alasan yang terpakai oleh pemohon bukan alasan yang kukuh untuk melucutkan kelayakan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya," kata Arifin.
Beliau berkata kesimpulannya, panel berpendapat bahawa pelantikan itu sama sekali tidak menjejaskan integriti rayuan utama (mengenai sabit kesalahan Anwar).
Hakim lain yang menganggotai pael itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Abdul Hamid Embong dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Berikutan keputusan hari ini, Anwar gagal dalam percubaan kali ketiga untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwa dan Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir itu pada 28 dan 29 Oktober. Anwar pada mulanya mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee di bawah Kanun Prosedur Jenayah tetapi permohonannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas. Permohonan kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan berkanun oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan, pada 20 Disember tahun lepas. Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi peguam Anwar, R. Sivarasa memberitahu pemberita bahawa peguam Datuk Sulaiman Abdullah akan mengetuai pasukan pembela. Mendiang Karpal Singh ialah peguam utama Anwar semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rayuan. Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Bagaimanapun pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan itu dan mensabitkan Anwar atas kesalahan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun. - mstar

Barang Kecuali GST: Kerajaan Sedia Letak Tanda Harga Khas – Alias
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia melaksanakan penggunaan tanda harga khas bagi setiap barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Idea itu dicadangkan oleh Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman ketika diminta memberi reaksi berhubung pembentangan Bajet 2015 kepada mStar Online pada Jumaat lalu.
Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, cadangan tersebut disambut baik dan dipertimbangkan selepas melihat ia bukan sahaja memberi kemudahan, malah mendidik pengguna mengenai pelaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April tahun depan.
Bagaimanapun katanya, perkara tersebut masih dalam pertimbangan yang perlu diteliti menerusi beberapa perbincangan, maklum balas dan mendapat persetujuan semua pihak sebelum ia diputuskan.
“Sebagai permulaan, satu perbincangan antara wakil-wakil KPDNKK, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam mengenai cadangan tanda harga khas ini akan diadakan dalam masa terdekat.
“Ini membabitkan senarai lengkap barangan termasuk perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST, mekanisme pelaksanaan, penetapan warna atau jenis tanda harga khas dan tempoh ia dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Pelaksaanan GST akan berkuat kuasa pada April tahun depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Menerusi pembentangan Bajet 2014, kerajaan mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST.
Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu pula memperluaskan skop barangan yang dikecualikan cukai itu.
Kerajaan juga akan mengeluarkan ‘panduan pembeli’ bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.
Menurut Alias, pengusaha juga boleh menyediakan senarai barangan dikecualikan GST di premis mereka namun kaedah itu akan membabitkan kos tinggi dan tidak membantu pengguna.
Alias berkata, selepas rancangan tanda harga khas itu diputuskan, satu mesyuarat akan diadakan bersama pemain industri bagi mendapatkan maklum balas dan kerjasama mereka.
"Perbincangan ini akan melibatkan wakil-wakil persatuan pengguna dan pengusaha-pengusaha premis yang terbabit dengan pelaksanaan GST seperti pasar raya besar.
“Selain maklum balas dan cadangan daripada mereka, kita juga membincangkan mengenai satu ketetapan yang seragam supaya penggunaan tanda harga khas ini dapat dilaksanakan dengan baik oleh semua pihak berkenaan,” katanya.
Beliau menambah, pada masa ini terdapat kira-kira 20 persatuan pengguna yang aktif bekerjasama dengan KPDNKK seperti Fomca, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Ditanya mengenai perbincangan dua kumpulan itu, Alias berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin dan diharapkan dapat diselesaikan menjelang November depan.
“Walaupun pelaksanaan GST hanya akan dikuatkuasakan pada April tahun depan, kita sudah boleh membuat perancangan awal menerusi pengenalan tanda harga khas terhadap barangan yang dikecualikan cukai itu.
“Apa yang lebih penting, mekanisme ini dapat membantu memberi kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan cukai baharu ini selain mereka dapat memperjuangkan hak dan membuat pilihan bijak ketika berbelanja,” kata Alias.
Kerajaan pada Isnin mewartakan lebih 900 barangan dan produk di pasaran yang dikenakan dan dikecualikan GST. - mstar
TOP
Reka Bentuk, Isu Remeh Punca IPD Sentul Lewat Siap
Bangunan IPD Sentul yang baharu.
KUALA LUMPUR: Masalah reka bentuk menjadi punca pembinaan projek Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul gagal disiapkan mengikut jadual hingga mencatatkan kos tambahan hampir RM20 juta. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, isu berkenaan timbul berikutan kelemahan pemantauan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). "Isu utama ialah reka bentuk seperti bangunan retak, nak ubah kedudukan tingkap dan beberapa isu remeh lain. Tapi hakikatnya ia menyebabkan projek ini terlebih bajet daripada harga asal sebanyak RM64 juta hingga mencecah harga siling iaitu RM78juta. Dan akhirnya kos keseluruhan projek meningkat sehingga mencecah RM83.6 juta. "JKR kurang mantap dan longgar dalam pengurusan pembinaan ini dan sepatutnya memainkan peranan pemantauan lebih penting khasnya dalam aspek kualiti reka bentuk," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas sesi pendengaran PAC dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia dan JKR di bangunan Parlimen di sini, Selasa. Isu kelewatan projek IPD Sentul menjadi perhatian awam selepas disentuh dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2. Selain menelan kos yang tingggi, Jabatan Audit Negara mendapati projek itu hanya disiapkan pada 31 Mei 2013 selepas empat lanjutan masa selama 483 hari, walaupun mengikut syarat kontrak, tarikh siap asal projek itu sepatutnya 3 Februari 2012. Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata, JKR seharusnya mempunyai proses audit sendiri yang lebih teratur dan lengkap, termasuk dianggotai konsultan yang pakar dalam bahagian pelan rekabentuk bangunan. "Kita maklumkan peranan JKR yang kurang mantap dalam pengurusan pembinaan ini kerana JKR merupakan pegawai pengawal dalam projek ini. "Kami mendapati JKR agak longgar dari segi pemantauan terutama untuk memantau kerja-kerja yang dibuat oleh konsultan. Jika audit dalaman dibuat, masalah seperti ini boleh dielak," katanya. Selain itu, Nur Jazlan menjelaskan bahawa kerajaan menggunakan dana pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membiayai projek pembinaan bangunan ini yang dibuat melalui runduingan terus dan bukannya tender terbuka.- mstar

Anggota PAS Dinasihat Tidak Sertai PasMA
Ahmad Yakob.
KOTA BARU: Majlis Syura Ulama PAS sekali lagi menegaskan agar semua anggota parti itu mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA). Pemangku Ketua Datuk Ahmad Yakob berkata sebagai anggota parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan. "Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura). "Apa-apa arahan dengan keputusan parti mana sekali pun kita kena patuh dan ikut," katanya kepada pemberita sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat di Kota Darul Naim di sini Selasa. Pada 13 Oktober lalu majlis berkenaan telah mengeluarkan arahan agar anggota PAS tidak menyertai PasMA. Bagaimanapun Presiden Pasma Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pada Isnin dilaporkan tetap berkeras untuk tidak membubarkan persatuan itu kerana penubuhannya tiada kaitan dengan PAS atau parti lain. Mengulas perkara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat berhubung perkara itu sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada anggotanya yang menyertai PasMA. "Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai PasMA ini," katanya. Ketika ditanya adakah perlu PasMA dibubarkan, Ahmad berkata ia merupakan masalah lain tetapi yang penting anggota PAS perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan. - mstar

Referendum Untuk Menentukan Kemerdekaan Catalonia Dari Sepanyol Dibatalkan
Peta menunjukkan di mana terletaknya wilayah Catalonia dalam Sepanyol. Wilayah tersebut inginkan kemerdekaan penuh.
MADRID: Kerajaan autonomi Catalan yang berhasrat untuk mengadakan referendum menuntut kemerdekaan daripada Sepanyol pada 9 November depan telah membatalkan rancangan tersebut. Keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan pro-referendum pada Isnin. Alasan yang diberi ialah, mereka khuatir kerajaan Sepanyol akan menggunakan apa juga cara untuk menghalang rancangan tersebut nanti. Mahkamah Perlembagaan Sepanyol telah pun memutuskan pada September bahawa kerajaan pusat berhak membentangkan hujah mereka berhubung referendum tersebut bagi berhujah sama ada ia bertentangan dengan undang-undang negara. Keputusan mahkamah itu secara automatisnya bermakna referendum tersebut tidak boleh diadakan lagi tetapi kerajaan autonomi Catalonia bertegas untuk meneruskannya juga. Bagaimanapun mereka kini menarik balik hasrat tersebut. “Kerajaan wilayah Catalonia telah memutuskan bahawa referendum yang dirancang untuk berlangsung pada 9 November depan tidak boleh diadakan,” kata Joan Herrera, salah seorang ahli Parlimen Catalonia selepas pertemuan itu berlangsung. Kerajaan autonomi Catalonia di bawah pimpinan Artur Mas, dijadualkan untuk mengumumkan cadangan alternatif pada Selasa. Mas sebelum ini pernah dipetik sebagai berkata yang dia akan menghormati undang-undang yang sedia ada sepanjang proses menuntut kemerdekaan ini dibuat. Malah beliau pernah berkata, jika kerajaan pusat menyekat hasrat mereka untuk merdeka, kerajaannya akan mengadakan pilihan raya awal bagi memperolehi mandat baru. Mas kini menerima tekanan daripada kumpulan berhaluan kiri iaitu Catalan Republican Left (ERC), yang menuntut parlimen terus mengisytiharkan kemerdekaan tanpa sebarang tangguhan lagi. Tinjauan umum mendapati, ERC mungkin akan mencapai kemenangan besar jika Mas memutuskan untuk memanggil pilihan raya awal. Wilayah Catalonia yang mempunyai 7.5 juta penduduk atau 16% daripada populasi keseluruhan Sepanyol merupakan wilayah yang paling maju dan pesat berkembang dengan Barcelona sebagai ibu negerinya. Bangsa Catalan mempunyai bahasa dan budaya mereka sendiri dan menjadi mangsa opresi ketika pemerintahan diktator Jeneral Francisco Franco. Kini Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy, menyeru satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengadakan dialog. - mstar

Rakyat Malaysia Mati Berjuang Untuk IS Bukan Syahid - Mufti Kelantan
Muhamad Shukri Muhamad.
KOTA BARU: Rakyat Malaysia yang berjuang di Timur Tengah dan meninggal dunia kerana memperjuangkan Islam tidak dianggap sebagai mati syahid tetapi kematian biasa dan sama seperti kematian tidak bermakna, kata Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad. Beliau berkata walaupun ramai percaya tindakan berhijrah ke negara lain untuk mati memperjuangkan Islam, sama ada individu yang meninggal itu mati syahid atau tidak ditentukan oleh negara tempat mereka terkorban. "Pada pendapat saya, apabila seorang individu menyertai kumpulan pelampau seperti Negara Islam (IS) dan meninggal dunia ketika berjuang, kematian mereka sama seperti insiden lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Selasa. Muhammad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakyat Malaysia yang meninggal dunia ketika berjuang di Timur Tengah selepas menyertai militan IS yang disifatkan sebagai mati syahid. Beliau berkata, mati syahid hendaklah pertamanya diiktiraf oleh negara Islam tempat individu tersebut meninggal dunia sebelum ia diiktiraf negara asal. "Pertama sekali, individu yang menyertai kumpulan pelampau tidak boleh diiktiraf sebagai pejuang Islam dan pertimbangan asas untuk mati syahid adalah apabila seseorang itu meninggal dunia kerana berjuang melawan Kafir dan meninggal dunia dalam proses membebaskan negara daripada penceroboh yang mengancam kedaulatan negara dan agama," katanya. Wisma Putra dilaporkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Jun lalu mengesahkan sejumlah 15 rakyat Malaysia meninggal di Syria kerana menyertai IS. - mstar

Gangguan Bekalan Air Pulih 97.4 Peratus Di KL, Selangor - Syabas
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual di kawasan terjejas akibat pencemaran air mentah di Sungai Selangor Sabtu lepas telah 97.4 peratus pulih sepenuhnya sehingga 9 pagi Selasa.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata sebanyak 943 daripada 968 kawasan terlibat telah mendapat bekalan air terawat.
Priscilla berkata sesetengah pengguna yang masih belum mendapat bekalan air seperti biasa adalah mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem bekalan air.
"Bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air melalui lori tangki terus digerakkan dari semasa ke semasa bagi mengagihkan bekalan air kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.
Bagaimanapun, Priscilla berkata jumlah kawasan terjejas melibatkan wilayah dan kawasan yang besar, menyebabkan bantuan bekalan air menerusi lori tangki dan tangki statik tidak dapat dipenuhi kerana sumber yang terhad.
Justeru, pengguna di kawasan yang telah pulih daripada gangguan bekalan air diminta bekerjasama untuk menggunakan air secara berhemah kerana langkah itu boleh membantu proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas yang lain.
Beberapa loji rawatan air (LRA) ditutup sejak 8 malam pada Sabtu lepas berikutan berlakunya pencemaran air mentah di Sungai Selangor akibat tumpahan cecair hidrolik. - mstar
TOP
Bunuh Teman Wanita: Hukuman Pistorius Ditentukan Hakim Masipa Beberapa Hari Lagi
Oscar Pistorius.
HAKIM Afrika Selatan, Thokozile Masipa akan memutuskan hukum yang akan dikenakan terhadap bintang pecut paralimpik negara itu, Oscar Pistorius selepas beberapa hari perdebatan hujah undang-undang dan bukti. Pada bulan lalu, Masipa mendapat atlet tersebut melakukan pembunuhan tanpa niat selepas dia menembak teman wanitanya, Reeva Steenkamp melalui pintu bilik mandi pada sambutan Hari Kekasih, tahun lalu. Masipa berkata, Pistorius 'cuai dan bertindak tergesa-gesa ketika melepaskan tembakan ke arah pintu bilik mandi, khuatir sekiranya terdapat penceroboh di sebalik pintu itu. Namun, mahkamah membersihkan Pistorius daripada tuduhan lebih serius iaitu pembunuhan yang dirancang dengan berkata mereka gagal memberikan bukti kukuh terhadap dakwaan tersebut. Pistorius didapati bersalah atas pertuduhan menggunakan senjata api di khalayak ramai, kesalahan berhubung kait dengan tindakannya melepaskan tembakan di sebuah restoran. Pada hari pertama pendengaran hukuman, seorang ahli psikologi yang merawat Pistorius menyifatkan beliau sebagai seorang lelaki yang 'patah hati'. Manakala seorang pekerja sosial yang dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan mencadangkan agar beliau menjalani hukuman tahanan di dalam rumah daripada dipenjarakan. Pistorius boleh dipenjarakan sehingga 15 tahun atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat tetapi barisan peguam Afrika Selatan menyatakan ramalan berbeza mengenai hukuman yang akan dikenakan terhadapnya. Segelintir mereka berpendapat Pistoriu tidak akan dipenjarakan kerana peguam bela berjaya dalam hujah mereka bahawa atlet tersebut merupakan pesalah kurang upaya dan beliau mungkin sukar menjalani hukuman di dalam penjara. Manakala beberapa peguam lain berpendapat Pistorius akan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tertentu berdasarkan jenayah yang dilakukannya. Pendengaran hukuman itu dijangka berterusan selama beberapa hari dengan peguam kepada Pistorius berharap mereka dapat menarik semula hukuman yang dikenakan terhadap atlet yang dikenali sebagai "Blade Runner" itu. - mstar

Bahan Api Petronas Bantu Mercedes Juara Kategori Pengeluar F1
KUALA LUMPUR: Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas sekali lagi memberikan kelebihan saingan atas trek bagi Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One.
Pasukan itu menang Kejuaraan Pengeluar Formula One World FIA 2014 pada pusingan ke-16 musim Formula One di Sochi, Rusia, kata syarikat minyak negara itu menerusi satu kenyataan, Selasa.
Petronas dan Mercedes AMG Petronas Formula One Team mengambil masa lebih tiga tahun merangka formula bahan api dan pelincir yang membantu menyediakan kelebihan saingan atas trek, katanya.
Penyelesaian Teknologi Bendalir Petronas merupakan pendekatan bijak kepada keperluan bendalir yang memaksimumkan prestasi menerusi penawaran produk khusus serta perkhidmatan pakar.
Petronas berkata, bahan api Primax dan prestasinya semasa pembakaran merupakan kunci kepada operasi enjin yang cekap, bertenaga dan mantap, manakala pelincir Syntium memain peranan penting dalam memastikan prestasi yang boleh dipercayai.
"Ia merupakan kejayaan bersejarah bagi Petronas sebagai rakan teknikal dan pengeluar formula kemenangan untuk pasukan juara musim ini," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.
Ketua Pemotoran Mercedes-Benz Toto Wolff berkata: "Petronas telah memain peranan yang sangat penting dalam kejayaan Mercedes AMG Petronas atas trek tahun ini." - mstar
TOP
KDNK: Teknologi Hijau Sumbang RM70 Bilion Menjelang 2030
Ahmad Hadri Haris
KUALA LUMPUR: Sektor teknologi hijau dijangka menyumbang RM70 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Green Technology Corp (GreenTech), Ir Ahmad Hadri Haris. Ahmad Hadri berkata, sektor itu, yang ketika ini menyumbang RM5 bilion kepada KDNK, mempunyai potensi besar untuk mencapai sasaran tersebut. "Jika lihat Eropah, terdapat dorongan yang kuat bagi tenaga bersih, terutamanya dalam sektor pengangkutan, industri pembinaan, tenaga dan rumah perseorangan. "Ia akan menembusi kawasan ini apabila terdapat 600 juta penduduk di rantau ini dan mereka memerlukan tenaga, pengangkutan, air dan pengurusan sisa," katanya kepada Bernama. Katanya, selain sumbangan kepada KDNK, teknologi hijau juga akan merangsang peluang perniagaan. "Ia merupakan bidang (teknologi hijau) yang akan terus berkembang dan itu antara sebab platform seperti Persidangan dan Pameran Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2014) penting sebagai pintu gerbang kepada kita," katanya. Ahmad Hadri berkata, IGEM diiktiraf sebagai acara penting di rantau ini. IGEM 2014, bertemakan 'Membina Kekayaan Hijau', akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 15 hingga 19 Oktober. Ia dijangka menarik 60,000 pengunjung ke pameran tersebut. IGEM 2014 akan bermula dengan siri persidangan dan topik-topik yang menumpukan kepada pertumbuhan hijau, kemampanan, pelaburan dan kewangan, teknologi hijau, teknologi komunikasi dan maklumat, inovasi dan tenaga solar. GreenTech menjangkakan kira-kira 600 ruang pameran dari 16 negara dan Malaysia, katanya. Beliau berkata, IGEM bukan hanya persidangan dan pameran semata-mata kerana terdapat aktiviti lain yang selari dengannya. "Antaranya ialah dialog industri dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. "Menteri Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan wakil industri dari Singapura, Kemboja akan turut hadir," katanya. Ahmad Hadri berkata, terdapat sesi padanan perniagaan dianjurkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, selain Anugerah Kecemerlangan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi peserta industri utama dan penggalak hijau. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan anugerah tersebut, katanya. IGEM turut menerima sokongan daripada Kesatuan Eropah (EU)-Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia untuk membawa masuk syarikat Eropah yang inovatif bagi mempamerkan teknologi mereka dan memperkenal rakan kongsi perniagaan kepada pihak berkepentingan tempatan. GreenTech Malaysia, merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan di bawah bidang kuasa Kementerian, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, merupakan penganjur bersama IGEM 2014 bersama rakan kongsi acara mereka, Expomal. - mstar

TPM, BTP Bantu Peserta Inkubator Tembusi Pasaran Global
KUALA LUMPUR: Technology Park Malaysia Corp (TPM) menjalinkan kerjasama dengan Bandung Techno Park (BTP) Indonesia untuk melaksanakan inkubator bersama serta inisiatif pengantarabangsaan bagi membantu peserta inkubator menembusi pasaran global.
Kerjasama itu merupakan lanjutan daripada persetujuan kolektif antara inkubator ASEAN semasa Bengkel Perniagaan Teknologi ASEAN di Bogor, Indonesia tahun lepas, kata TPM dalam satu kenyataan.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TPM Datuk Ir Mohd Azman Shahidin berkata kerjasama antara TPM dan BTP merupakan langkah utama untuk syarikat baharu di TPM dan usahawan teknologi meneroka peluang perniagaan di luar pasaran domestik.
"Sebagai inkubator terkemuka di Malaysia, kami yakin bahawa usaha itu akan memberi manfaat bersama untuk usahawan dan rakan-rakan mereka di BTP dalam mempercepat pertumbuhan mereka dalam arena global.
"Ia sudah tentu menggalakkan rangkaian yang lebih kukuh, berkongsi pengetahuan dan pengalaman dan menawarkan peluang untuk jangkauan pasaran yang lebih luas," kata Azman.
Melalui usaha sama ini, TPM dan BTP akan membangunkan program pelaksanaan/inkubator bersama untuk inkubator/Perindustrian Kecil Sederhana (PKS) kedua-dua pihak, termasuk penyediaan ruang pejabat fizikal, bantuan perkhidmatan sokongan dan perkhidmatan inkubator maya.
"Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kemasukan ahli-ahli inkubator/PKS dalam program itu adalah mengikut prosedur pemilihan dan saringan masing-msing yang sedia ada di TPM dan BTP," katanya. - mstar
TOP
Samsung Note4 Mula Dijual Jumaat Ini
KUALA LUMPUR: Samsung Galaxy Note4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai Jumaat ini.
Dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.
Gear Circle, merupakan antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari, katanya.
Presiden syarikat Lee Dong Yong berkata: "Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami.
Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian mereka.
Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan mengadakan ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Oktober di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah.
Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas. - mstar
TOP
Najib Jamin Teliti Pelan Perniagaan Baharu MASwing
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan menimbang dengan teliti strategi pelan perniagaan baharu MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Beliau berkata, strategi itu akan diumumkan pada masa yang bersesuaian apabila Rancangan Perniagaan Syarikat 'MAS Baharu' diluluskan kelak.
Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin mengetahui sama ada penstrukturan semula MAS menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang kini dikendalikan oleh MASwings yang kurang menguntungkan.
"Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai pelan penstrukturan semula MAS," katanya.
Pada 2 September lepas, MASwings dilaporkan akan memperkenal pelan perniagaan baharu, termasuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan Udara Luar Bandar (PULB) untuk Sabah dan Sarawak, tahun depan.
Pada 29 Ogos lepas, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelan pemulihan MAS melibatkan kos RM6 bilion, yang antara lainnya membabitkan pengurangan 30 peratus pekerja dan memberi tumpuan semula kepada laluan serantau yang menguntungkan berbanding destinasi jarak jauh yang mengalami kerugian.
MASwings mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 untuk menjalankan PULB di kedua-dua negeri berkenaan selain Kawasan Pertumbuhan Asean Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA). - mstar
TOP
Kelemahan Pengurusan PKK Bukan Kerana Rasuah
Perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan digunakan untuk menjamin keselamatan pelajar. Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Kelemahan Kementerian Pendidikan berkaitan isu pengurusan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) di institusi pendidikan tidak membabitkan unsur rasuah. Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati kelemahan kementerian itu seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 hanya membabitkan isu pentadbiran serta penganugerahan tender kontrak. "Kita dapati tiada unsur rasuah dalam pengurusan kawalan keselamatan. Cuma jumlah tender yang besar dan kelonggaran daripada segi kontrak yang dikhuatiri mungkin boleh berlaku insiden rasuah. "Sebab itu kita minta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat. Itu pun sebenarnya berdasarkan laporan akhbar yang menyatakan bahawa ada syarikat kontraktor keselamatan sekolah yang membuat dakwaan bahawa ada amalan rasuah," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Selasa. Terdahulu PAC membentangkan laporan siasatan berhubung pengurusan PKK di institusi pendidikan dan sekolah di Dewan Rakyat. Laporan berkenaan turut diedarkan kepada media. Selain itu, Nur Jazlan berkata, PAC turut mengarahkan Kementerian Pendidikan supaya melakukan audit dalaman hujung tahun ini bagi memastikan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menerusi syor PAC, kementerian itu turut disaran supaya tender kawalan keselamatan dilaksanakan secara pra-kelayakan iaitu hanya syarikat yang benar-benar mempunyai keupayaan dan pengalaman dijemput untuk mengambil bahagian dalam tender. Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut hanya membelanjakan RM2.052 bilion daripada RM3.689 bilion yang diperuntukkan tetapi pengurusan kontrak tidak teratur di tiga buah negeri. Kementerian telah mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan syarikat swasta bagi melaksanakan PKK tanpa senjata api di 35 premis institusi pendidikan. Ini bagi membekalkan keselamatan yang mencukupi, mewujudkan persekitaran sekolah yang tenteram serta mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif. Namun, dari Jun 2012 hingga September 2012, sembilan syarikat lewat menyerahkan Bon Pelaksanaan (BP) dan kontrak ditandatangani walaupun BP belum diterima. Sementara itu, sebanyak 74 peratus sekolah yang melibatkan 18 syarikat gagal mengemukakan maklumat pengawal kepada pihak Audit. Laporan mendapati tujuh peratus pengawal melebihi had umur yang dibenarkan, enam peratus tidak mengemukakan laporan kesihatan dan 59 peratus tidak mengemukakan pengesahan mereka bebas daripada rekod jenayah. - mstar

TH Ikrar Tambah Baik Khidmat Untuk Jemaah Haji
REMBAU: Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus menambah baik kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah Malaysia pada musim haji akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH akan melakukan post-mortem perkhidmatan mereka berdasarkan musim haji baru-baru ini.
"Kita akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dan pihak muassasah pada penghujung tahun ini untuk menambah baik lagi perkhidmatan untuk jemaah Malaysia pada musim haji akan datang.
"Setakat ini dari segi (pengurusan dan penyediaan) khemah, kita amat berpuas hati. Mungkin dari segi aspek kebersihan seperti bilik air dan aliran air paip, yang kita akan tambah baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga jemaah haji, Allahyarham Normah Jamin, 56, yang meninggal dunia, Sabtu lepas.
Menurutnya, 16 jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapi mereka seperti penyakit jantung, jangkitan paru-paru dan kanser, dan bukan disebabkan penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Koronavirus Timur Tengah (MERS-CoV) dan Ebola.
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, TH akan terus membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menambah bilangan kuota haji Malaysia.
"Kita berharap Kerajaan Arab Saudi akan menambah bilangan kuota haji untuk Malaysia dengan memberi semula jumlah kuota yang telah dipotong kerana memberi laluan kepada pembangunan dan pembesaran kawasan Masjidil Haram di Makkah," katanya.
Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi memberi kuota 0.1 peratus daripada jumlah populasi kepada semua anggota negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Malaysia.
Sejak 2009, kerajaan Arab Saudi memperuntukkan 27,900 tempat setahun bagi jemaah Malaysia menunaikan ibadah haji namun dikurangkan sebanyak 20 peratus kepada 22,320 sejak tahun lepas berikutan kerja-kerja pembangunan di Masjidil Haram. - mstar
No comments:
Post a Comment