TOP
R&D: Lima Universiti Penyelidikan Jana RM3.6 Bilion
Idris Jusoh (dua, kanan) menyampaikan piala dan replika geran penyelidikan kepada pemenang terbaik INATEX 2014, Prof Dr Ida Idayu Muhamad dari Fakulti Kejuteraan Kimia pada majlis pelancaran 'Media Event Showcasing Research Universities Success Series 4: Commercialization wealth Creation Through R&D' di Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Baharu, Khamis.
JOHOR BAHARU: Sebanyak RM3.6 bilion pendapatan berjaya dijana oleh lima universiti penyelidikan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara 2007 sehingga 2013. Lima universiti penyelidikan tersebut ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, antara penyumbang kepada pendapatan itu termasuk pengkomersilan produk penyelidikan bernilai RM1.25 bilion dan aktiviti R&D yang memfokuskan kepada 12 Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bernilai RM205.14 juta. "Sepanjang tempoh 2005 hingga 2013, sebanyak 1,153 produk penyelidikan termasuk projek perundingan dan penyelesaian kepada masalah industri telah berjaya dihasilkan yang meliputi 12 NKRA," kata beliau kepada pemberita di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai, di sini pada Khamis. Terdahulu, beliau merasmikan pameran yang memaparkan kejayaan universiti-universiti penyelidikan bertajuk 'Research Universities' Success Series 4: Commercialisation Wealth Creation Through R&D' di sini. Idris berkata, sejak 2007 sehingga tahun lepas, kerajaan telah meluluskan peruntukan antara RM50 juta dan RM90.8 juta setahun di bawah peruntukan mengurus kepada setiap universiti penyelidikan membabitkan RM2.363 bilion. Dalam tempoh itu, sebanyak 1,650 harta intelek berjaya dihasilkan menerusi aktiviti penyelidikan dan pembangunan, yang mana sehingga 2012 sebanyak RM48.7 juta berjaya diperoleh menerusi pengkomersilan harta intelek dan lesen. Jumlah berkenaan dijangka meningkat kepada RM122 juta menjelang 2020, tambah beliau. Idris berkata, sebanyak 77 syarikat hiliran ditubuhkan bagi membolehkan inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik universiti dipasarkan. "Peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan universiti penyelidikan dijangka meningkatkan lagi penubuhan syarikat hiliran kepada 80 buah setahun pada 2020," kata beliau. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 182,720 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan. - mstar

Pengurangan Subsidi Untuk Turunkan Defisit Kerajaan - AllianceDBS
KUALA LUMPUR: AllianceDBS Research melihat tindakan kerajaan mengurangkan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, bertujuan mengurus defisit fiskal Malaysia kepada 3.5 peratus pada 2014 dan 3.0 peratus pada 2015.
Dengan menjangkakan risiko inflasi kekal tinggi, firma penyelidikan itu mengekalkan unjuran indeks harga pengguna (IHP) pada 3.5 peratus bagi 2014.
Harga RON95 meningkat kepada RM2.30 seliter daripada RM2.10 seliter sebelumnya manakala RM2.20 seliter untuk diesel berbanding RM2.00 seliter sebelum ini.
AllianceDBS berkata langkah itu dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira RM1.1 bilion.
"Peratusan subsidi bahan api kepada perbelanjaan operasi kerajaan semakin meningkat, daripada 5.6 peratus pada 2000 (RM3.17 bilion) kepada 13.4 peratus pada 2013 (RM28.9 bilion).
"Oleh itu, kami menjangkakan kerajaan memberi tumpuan terhadap pengurangan subsidi bahan api berikutan komposisi yang tinggi dalam operasi perbelanjaan dan tekanan yang semakin meningkat untuk menjadikan ekonomi lebih berdaya saing," katanya.
Firma penyelidikan itu juga mengekalkan bahawa mekanisme subsidi secara menyeluruh sekarang perlu berubah kepada struktur subsidi berperingkat berdasarkan tahap pendapatan isi rumah bagi memastikan ia hanya disalurkan kepada kumpulan berpendapatan rendah.
"Kami berharap kerajaan akan mempunyai semangat yang tinggi untuk memulakan pembaharuan subsidi bahan api tidak lama lagi bagi memastikan ekonomi lebih berdaya saing," katanya. - mstar
TOP
V-Cube Pertingkatkan Asas Pelanggan Di Malaysia Sehingga 30 Peratus
KUALA LUMPUR: V-cube Inc, platform dan penyedia penyelesaian komunikasi visual global, bersedia meningkatkan asas pelanggan di Malaysia sebanyak 30 peratus dengan pengenalan revolusi platform persidangan video, V-Cube One.
Pengarah di V-Cube Malaysia, Hiroki Mirofushi berkata, keluaran baharu itu penting dan sejajar dengan strategi perniagaan syarikat untuk meneroka pasaran bersaiz sederhana negara ini.
Dalam satu kenyataan Khamis, beliau berkata, V-cube menyasarkan untuk menembusi pasaran perusahaan kecil dan sederhana, agensi media dan pemasaran serta institusi pendidikan.
Sejak bertapak di Malaysia pada 2009, pelanggan tempatan V-cube termasuk bank, universiti awam serta pengeluar.
Memetik kajian Pasaran Infrastruktur Persidangan Video Asia Pasifik Frost & Sullivan, Hiroki berkata, saiz pasaran persidangan video di Asia dijangka mencecah lebih AS$490 juta menjelang 2017.
"Pengeluaran V-CUBE ONE baharu di Malaysia adalah sejajar dengan pelan pengembangan serantau syarikat bagi memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang ini," katanya.
Menurutnya, kini adalah masa yang sesuai untuk merebut peluang pasaran di Malaysia kerana permintaan untuk penyelesaian komunikasi visual di negara ini telah berkembang pesat sejak 18 bulan lepas, berikutan peningkatan penggunaan pelbagai peranti pintar dan tenaga kerja yang lebih teragih.
"Ketika kos perjalanan terus meningkat, syarikat tempatan terpaksa mencari lebih banyak wang, cara masa berkesaan untuk menjalankan perniagaan.
"Sebab itu penggunaan penyelesaian persidangan berasaskan sesawang adalah keputusan biasa untuk mereka yang ingin berkembang di rantau ini atau mempunyai perniagaan di pelbagai lokasi yang jauh," kata Hiroki. - mstar
TOP
Perbankan Internet Juga Berisiko
PETALING JAYA: Kes mesin juruwang automatik (ATM) digodam hanya merupakan sebahagian daripada jenayah siber yang mengancam institusi kewangan Malaysia pada masa ini.
Sebaliknya platform perbankan dalam talian serta mudah alih di negara ini merupakan sasaran terbesar penjenayah siber yang perlu diberi perhatian serius, demikian kata seorang pakar keselamatan kewangan.
Bagaimanapun syarikat-syarikat keselamatan berkata, setakat ini transaksi dalam talian adalah selamat selagi pengguna mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.
Namun, Ketua Trusteer iaitu sebuah firma yang dimiliki oleh syarikat komputer gergasi IBM, Tim Lau berkata, peranti yang digunakan untuk menjalankan transaksi dalam talian dan perbankan mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan komputer terdedah kepada ancaman untuk digodam.
Katanya penjenayah siber boleh mencuri wang dan data perbankan daripada pelanggan apabila mereka melakukan transaksi menggunakan peranti mudah alih.
"Berikutan kejadian serangan siber terhadap mesin ATM, pihak bank perlu melihat dari sudut yang lebih luas bagi melindungi sistem perbankan mereka," kata Lau.
Katanya, Malaysia adalah sebahagian daripada wilayah 'zon peluang' oleh penjenayah siber.
"Di Asia terdapat pelbagai negara, pelbagai mata wang hingga menjadikan banyak negara kini makin berkembang hingga menjadikan Malaysia sebahagian daripada 'pasaran baharu' bagi penjenayah," katanya.
Baru-baru ini dilaporkan mengenai sindiket Amerika Latin yang melarikan wang tunai lebih daripada RM3 juta setelah menggodam 17 mesin ATM di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor.
Minggu lalu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, sekurang-kurangnya lapan individu kehilangan lebih daripada RM59,000 bulan ini selepas peranti mudah alih mereka digodam. - mstar
TOP
Mat Sabu Masuk Hospital, Disyaki Denggi
Gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan Mat Sabu sedang dirawat di sebuah hospital.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikejarkan ke hospital dipercayai akibat demam denggi. Sekeping gambar yang mula tersebar di laman sosial sejak pagi Khamis menunjukkan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diperiksa oleh seorang doktor. Beliau yang berkemeja hitam kelihatan berada dalam keadaan lesu dan tidak bermaya. Berita mengenai keadaan Mohamad turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Menerusi Twitternya, Khalid memberitahu bahawa Mohamad kini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. "Saya diberitahu, saudara Mat Sabu telah dimasukkan ke hospital TAR Klang disyaki denggi. Harap doakan semoga Allah sembuhkan beliau," katanya.
Paparan skrin Twitter milik Khalid Samad.
- mstar

APMM Sasar Amsas Jadi Pusat Latihan SAR Bertaraf Dunia
KUANTAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)meletakkan sasaran untuk menjadikan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai sebuah pusat kecemerlangan penguatkuasaan maritim dan kerja mencari dan menyelamat (SAR) bertaraf dunia menjelang tahun 2020.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Datuk Mohd Fuzi Ab Kahar berkata, bagi mencapai hasrat itu, semua warga kerja AMSAS perlu mengubah cara berfikir dan bekerja melangkaui kebiasaan.
"Dalam usaha memartabatkan AMSAS yang mula beroperasi pada tahun 2011 di peringkat antarabangsa, APMM melakukan pelbagai pendekatan termasuk menghantar anak-anak watan kita untuk menjalani latihan di seberang laut bagi mendapatkan latihan mencukupi.
"Kini, kita pula berjaya menganjurkan 'International Advance Officer's Boarding Course' (IABOC) dengan kerjasama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) buat julung kalinya di AMSAS.
"Kursus selama dua minggu bermula 19 September lalu ini disertai enam pegawai dari Pengawal Pantai Djibouti (DGC) dan 24 pegawai APMM," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus itu di sebuah hotel di sini Rabu malam.
Turut hadir, Kapten Maritim Mohd Amir Hamzah,Pemangku Pengarah Pendidikan dan Latihan, Kapten Maritim Christoper Ravindran Dass, wakil Konsulat kehormat Republik Djibouti serta wakil JICA.
Mohd Fuzi berkata, perjalanan transformasi AMSAS dalam menuju kepada pencapaian visi ini boleh dikatakan sukar tetapi menarik.
"Ia memerlukan kepimpinan, kerjasama pasukan dan keinginan tinggi untuk mencapai hasil sebagaimana diharapkan.
"Ia juga sejajar dengan misi dalam menjadikan zon yang dikawal oleh APMM sebagai tempat selamat dan tenteram," katanya. - mstar
TOP
Tentera - Pemberontak Bertempur : 10 Orang Awam Terbunuh
DONETSK: Seramai 10 orang awam disahkan maut pada Khamis selepas kumpulan pemberontak yang menguasai bandar ini melakukan serangan besar-besaran.
Mereka yang terbunuh terdiri daripada murid sekolah, keluarga, dan guru-guru ketika hari pertama persekolahan dibuka.
Peperangan antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia turut memaksa penghuni sekolah bersembunyi di bilik bawah tanah.
Serangan terhadap bas sekolah itu mengorbankan empat orang dewasa dan selainnya dikenalpasti sebagai kanak-kanak. Angka kematian tersebut juga merupakan yang tertinggi dicatatkan selepas gencatan senjata dipersetujui sebelum ini. Pertempuran itu dilaporkan berlaku kerana perebutan kawasan antara kedua-dua belah pihak di bandar berkenaan. Malah kedua-dua pihak juga saling tuduh-menuduh supaya bertanggungjawab terhadap kematian orang awam.
Sementara itu Canselor Jerman, Angela Merkel yang menghubungi Presiden Rusia, Vladimir Putin mendesak Moscow bertanggungjawab terhadap kumpulan pemberontak di Ukraine. - mstar

Daniel Sturridge Lanjut Kontrak, Terima Gaji £150,000 Seminggu
DANIEL Sturridge semakin hampir melanjutkan kontraknya bersama Liverpool dengan jangka masa lebih panjang dan meraih gaji setinggi £150,000 seminggu.
Sturridge, 25, yang mengalami kecederaan dan terlepas saingan Liga Juara-juara Eropah mendapat kepercayaan Liverpool apabila mempamerkan aksi memberangsangkan selama 18 bulan bersama skuad itu.
Pemain terbabit kini masih mempunyak baki kontrak selama empat tahun seperti yang telah dipersetujui ketika tiba dari Chelsea dengan pembelian bernilai £12 juta.
Bagaimanapun Liverpool ingin menghargai kecemerlanganya - menjaringkan 36 gol daripada 52 perlawanan - dengan kontrak baharu.
Kontrak itu akan memberikan pelbagai insentif baharu kepadanya jika mampu mengekalkan aksi terbaik dan terus menyumbang gol kepada Liverpool.
Perkara ini telah dibincangkan sejak hujung musim lalu, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana saingan Piala Dunia. - mstar

Man United Dapatkan Ketua Fisio Southampton, Atasi Krisis Kecederaan
MANCHESTER United cuba menyelesaikan masalah kecederaan pemain yang melanda skuad itu dengan menandatangani ketua pasukan fisio Southampton, Matt Radcliffe.
Pengendali United, Louis van Gaal kini kehilangan sembilan pemain utama ketika skuad tersebut bakal berhadapan Everton pada Sabtu ini.
Radcliffe yang merupakan seorang fisio terbaik dalam Liga Perdana Inggeris akan menjalankan tugas terakhir bersama Southampton pada Ahad ini.
United memerlukan seorang fisio berpengalaman bagi memulihkan pemainnya secepat mungkin dengan program lebih baik.
Antara pemain United yang mengalami kecederaan ialah Michael Carrick (buku lali), Marouane Fellaini (buku lali), Phil Jones (hamstring), Ashley Young (pangkal paha), Jonny Evans (buku lali), Chris Smalling (pinggul) dan Ander Herrera.
Radcliffe akan menggantikan Rob Swire yang akan bersara pada musim panas ini manakala Neil Hough diberikan tanggungjawab lain. - mstar
TOP
Liverpool Tewas, Balotelli Buat Hal
LIVERPOOL terus ditimpa malang apabila tewas 1-0 kepada kelab Switzerland, Basle dalam saingan kumpulan B, Liga Juara-juara Eropah pada awal pagi Khamis.
Jaringan tunggal pasukan tuan rumah itu hadir pada minit ke-52 menerusi Marco Streller selepas babak pertama berakhir dengan keputusan 0-0. Dengan keputusan itu, Liverpool kini berkongsi tiga mata dengan Basle dan menghuni kedudukan ketiga daripada empat pasukan.
Real Madrid mendahului kumpulan B dengan enam mata manakala Ludogorets di kedudukan terbawah tanpa sebarang mata.
Pengendali Liverpeool, Brendan Rodgers selain itu dilaporkan berang dengan tindakan penyerang kontroversi mereka, Mario Balotelli kerana tidak menghargai penyokong.
Balotelli dikatakan tidak berjalan ke arah penyokong untuk melambai atau bertepuk tangan sebagai penghargaan kepada mereka yang sanggup menempuh perjalanan jauh bagi menyaksikan perlawanan tersebut.
Pemain Itali terbabit sebaliknya berjalan ke arah bilik persalinan selepas pengadil perlawanan meniup wisel untuk menamatkan saigan tersebut.
Dalam perlawanan seterusnya, Liverpool akan menerima kunjungan Real Madrid pada 22 Oktober sebelum beraksi di Bernabeu dua minggu kemudian. - mstar

Aplikasi Firechat Boleh Diguna Tanpa Internet - Senjata Penunjuk Perasaan
Hong Kong: Satu aplikasi mesej sosial membolehkan penunjuk perasaan prodemokrasi saling berhubung dan mengatur gerakan ketika rangkaian telefon bimbit disekat atau dipadamkan pihak berkuasa di Hong Kong.
Ketua pelajar semalam menggesa pengikut mereka memuat turun aplikasi FireChat yang membolehkan penggunanya berkomunikasi walaupun Internet tidak dapat digunakan selepas khabar angin tersebar bahawa pihak berkuasa mungkin bertindak memadamkan rangkaian telefon bimbit.
Ribuan orang berhimpun memenuhi kawasan utama di bandar raya ini dan enggan bersurai sehingga China bersetuju memberikan demokrasi penuh kepada kawasan separa autonomi itu. Sehingga malam tadi, rangkaian telefon bimbit masih belum dipadamkan.
Aplikasi FireChat menjadi pilihan penunjuk perasaan apabila didapati lebih mudah digunakan terutama di kawasan yang dipenuhi anggota perhimpunan sehingga mengakibatkan rangkaian sesak atau terganggu.
Pelajar, Audrey Chan, 18, berkata dia memuat turun aplikasi berkenaan sebagai langkah persediaan jika talian telefon terganggu.
“Ia mudah digunakan untuk berhubung dengan orang lain tanpa menggunakan Internet. “Apabila rangkaian bermasalah saya masih boleh berkomunikasi,” katanya. Kata-katanya dipersetujui pekerja sambilan dikenali sebagai Minnie.
“Mudah kerana kami tidak memerlukan Internet untuk saling berhubung.
“Beberapa kumpulan di Facebook mencadangkan kami memuat turun aplikasi ini untuk saat kecemasan terutama apabila Internet tidak boleh digunakan,” katanya.
FireChat dilancarkan Mac lalu membolehkan telefon bimbit saling berhubung dalam jarak pendek menggunakan Bluetooth. - AFP
TOP
Isteri Lena Separuh Bogel Diulit Kekasih.
Kuala Lumpur: Luluh hati seorang suami apabila isteri yang dirindui sejak enam bulan lalu ditemui sedang tidur bersama lelaki tidak dikenali dalam keadaan separuh bogel di sebuah rumah di Setapak di sini, semalam.
Difahamkan wanita berusia 20 tahun itu menghilangkan diri sejak April lalu selepas keluar dari rumahnya di Batu Caves, Gombak, dengan alasan mahu menziarahi ibunya.
Sumber polis berkata, wanita terbabit bagaimanapun menghilangkan diri menyebabkan suaminya berusaha menjejaki isterinya itu di merata lokasi.
Menurutnya, lelaki terbabit bagaimanapun menerima panggilan daripada rakan yang mendakwa terserempak dengan isterinya di kawasan Setapak di sini, jam 10 malam kelmarin.
“Lelaki terbabit bersama lapan rakan lain kemudian berusaha menjejaki isterinya itu selain bertanya orang ramai di kawasan berkenaan.
“Dia bagaimanapun mendapat maklumat isterinya itu tinggal bersekedudukan dengan seorang lelaki sejak enam bulan lalu,” katanya.-siakapkeli
TOP
Gambar : Diserang Kerana Cemburu - "Sekarang orang akan panggil kamu Chucky"
Wilayah Formosa, Argentina - Kerana kelihatan terlalu cantik, seorang gadis, Julia Alvarez, 15, diserang oleh dua orang budak perempuan lain ketika dia sedang berjalan pulang dari melawat rakannya.
Menurut kenyataan dari gadis terbabit, dua orang budak perempuan terbabit, yang masing-masing berusia 16 dan 18 tahun menumbuk dan menjatuhkannya ke atas tanah.
Kemudian mereka mengeluarkan pisau dan berkata "Semua orang kata kamu cantik, Kamu takkan kelihatan cantik lagi selepas kami selesai dengan kamu. Sekarang orang akan panggil kamu Chucky".
Julia kemudiannya berkata kedua-dua budak itu menyerangnya dengan pisau secara bertubi-tubi di badan dan muka.
Julia telah menerima banyak jahitan di muka dan di badan. Salah satu luka di bahagian belakang badan Julia sahaja memerlukan 20 jahitan. Bayangkan sajalah berapa lagi jahitan yang diperlukan Julia dibahagian lain. Gambar Julia telah menjadi viral di Facebook apabila ia dimuat naik oleh kakaknya yang geram dengan tindakan polis tempatan yang tidak mahu menyiasat kes tersebut
Sumber : nexofin.com

Gadis Pelajar Kolej Menangis Tengok Pistol, Disamun RM100 di Alor Gajah.
NURIMAH menunjukkan laporan polis berhubung kejadian dirompak penjenayah berpistol.
Alor Gajah: Seorang pelajar perempuan sebuah kolej kerugian wang tunai RM100 dan sebuah telefon bimbit selepas disamun dua penjenayah bersenjatakan pistol di Lendu, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa dikenali sebagai Nurimah, 19, dalam perjalanan pulang ke asrama selepas membeli tiket bas dan mengeluarkan wang di pekan Alor Gajah dengan membonceng motosikal Honda EX5 ditunggangi rakan lelakinya berusia 24 tahun apabila dihalang penjenayah terbabit.
Menurutnya, dia membeli tiket bas pulang ke kampungnya di Sungai Besar, Selangor petang Jumaat ini untuk menyambut Aidiladha.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal Yamaha 125Z dari arah sama dinaiki dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba memintas motosikal kami sebelum mereka berpatah balik dan menghalang laluan.
Pembonceng motosikal itu kemudian turun lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan ke arah saya dan rakan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Menurutnya, dia menangis ketakutan ketika pistol itu diacukan ke arah mereka sebelum penjenayah merampas beg duit dan telefon bimbit diletakkan dalam raga motosikal. -siakapkeli
TOP
Berlakon Sebagai Pelanggan Sebelum Acu Pistol.
Petaling Jaya: Seorang perompak menggunakan taktik berpura-pura mahu membeli peralatan menyelam sebelum mengacukan pistol ke arah pekerja kedai.
Dalam kejadian jam 9.40 pagi semalam, suspek berusia 20-an itu tidak mengambil wang sebaliknya melarikan baju renang dan peralatan menyelam dari kedai terletak tingkat satu Wisma Glomac di Kelana Jaya, di sini.
Suspek terlebih dahulu dikatakan berlakon sebagai pelanggan dengan meneliti barangan serta peralatan menyelam dijual di dalam premis itu.
Pemilik kedai berusia 30-an yang enggan namanya didedahkan berkata, lelaki itu tiba-tiba mengacukan pistol dan mengarahkan pekerja wanita tidak melawan dan mendiamkan diri.
Menurutnya, kejadian itu berlaku terlalu pantas dan lelaki terbabit terus mengambil beberapa helai baju renang dan peralatan untuk menyelam sebelum terus melarikan diri.
“Pekerja saya memberitahu kejadian itu berlaku hanya dalam tempoh 10 minit dan suspek terus melarikan diri.
“Mujur pekerja saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya bagaimanapun mengalami kerugian hampir RM10,000,” katanya.
Bimbang kejadian berulang dia membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. ─ myMetro online
TOP
Lima Filem Pendek Twilight Bakal Ditayangkan Di Facebook
Setelah dua tahun cerita "Breaking Dawn Part 2", Lions Gate telah mengumumkan mereka sedang berkoloborasi dengan Facebook untuk menghasilkan lima cerita pendek berdasarkan karakter Twilight, lapor The New York Times.
Direktor filem pendek yang bertajuk "The Storytellers - New Creative Voices of The Twilight Saga" itu akan dipilih oleh sekumpulan panel perempuan yang terdiri daripada pelakon, penulis dan pengarah filem Twilight sebelum ini, termasuklah Kristen Stewart yang melakonkan watak Bella.
Filem pendek itu bakal ditayangkan di Facebook pada tahun depan. - Siakapkeli.com
TOP
Virus iOS & Android Intip Telefon Penunjuk Perasaan Di China
Reuters - Penyelidik keselamatan siber telah mendedahkan penemuan mereka mengenai satu virus yang menjangkiti sistem operasi bagi iPhone dan iPad, iOS, yang bertujuan untuk mengintip penunjuk perasaan Pro-Demokrasi di Hong Kong.
Virus itu yang dikenali sebagai Xsser, berupaya untuk mencuri mesej, gambar, log telefon dan password. Selain itu, ia juga boleh mencuri data lain dari gadget keluaran Apple itu, kata penyelidik dari Lacoon Mobile Security pada hari Selasa.
Mereka terjumpa spyware itu ketika menyiasat virus yang sama di dalam sistem operasi Google, Android yang mempunyai tujuan yang sama, iaitu mengintip penunjuk perasaan pro-demokrasi. Virus itu dilaporkan disebar melalui WhatsApp dengan menghantar link bagi memuat turun virus tersebut. - SiapaKeli.com
TOP
Anjing Bertukar Keras Macam Batu Selepas Jatuh Dalam Tar
Rajasthan:Anjing ini telah terjatuh ke dalam tar panas sebelum tar sebut mengeras dan menjadikannya keras seperti batu.
Bagaiamanapun anjing itu masih bernasib baik kerana orang ramai yang melalui di jalan tersebut di Udaipur telah menghubungi pasukan penyelamat.
Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.
Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.
Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.
Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.
Namun ia bukannya satu usaha yang mudah.
Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .
Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.
Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan. ─ Daily Mail
TOP
Palestin: Pencerobohan Israel Mesti Dihentikan Pada 2016
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menetapkan November 2016 sebagai tarikh akhir supaya Israel keluar dari semua wilayah yang diceroboh sejak 1967 termasuk Baitulmaqdis Timur.
Draf resolusi itu yang diedarkan pada ahli majlis berkenaan diikuti dengan pengumuman Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu, meminta majlis itu supaya menetapkan tarikh akhir untuk Israel keluar dan mengenakan peraturan jika perbincangan diadakan dengan pihak rejim.
Draf resolusi berkenaan akan mengesahkan kesungguhan Majlis Keselamatan untuk mencapai penyelesaian keamanan bagi menamatkan penjajahan Israel tanpa ‘kelewatan’ dan menyempurnakan wawasan kedua-dua negara – ‘negara Palestin yang merdeka, berdaulat, demokratik, bersempadan dan berdaya maju’ hidup berjiran dengan Israel dalam suasana keamanan dan keselamatan di sempadan seperti sebelum perang Asia Barat pada 1967. – AP
TOP
2 Wanita Dituduh Rompak Berpedang Berpistol
Kota Bharu: Dua wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, bagi menghadapi tuduhan merompak di sebuah rumah kedai di Pengkalan Chepa, di sini, dengan bersenjatakan pedang serta pistol, Julai lalu.
Nurul Suhada Jusoh, 26, dan Sumiyyah Razali, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.
Mengikut pertuduhan kedua-dua wanita dari Kuantan, Pahang, itu bersama seorang lagi yang masih bebas, didakwa merompak dua gelang emas, satu komputer riba, beberapa helai jubah, sebuah beg jenama Coach, dua beg tangan dengan satu daripadanya mengandungi kad pengenalan, buku cek dan cermin mata Bonia yang semuanya bernilai RM20,000 di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 10.05 malam, 21 Julai 2014.
Ketika melakukan rompakan, tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai tukang masak dan jurujual bersenjatakan sebilah pedang dan sepucuk pistol.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. - siakapkeli
TOP
“Silap mata” penggodam ATM.Polis mendapat petunjuk positif.
Kuala Lumpur: Polis mendapat petunjuk positif selain mengesahkan kumpulan penjenayah yang menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) adalah warga Amerika Latin berdasarkan bukti ditemui pada sebuah kereta digunakan suspek.
Sumber polis berkata, kereta itu disyaki dinaiki suspek untuk melakukan jenayah terbabit di sebuah bank di selatan tanah air pada Jumaat lalu.
“Kenderaan itu sudah dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.
“Polis turut menemui beberapa petunjuk lain yang diperoleh di lokasi kejadian hasil pemeriksaan pasukan forensik untuk membantu siasatan ini,” katanya.
Menurutnya, setakat ini terdapat 15 gambar diperoleh berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diserahkan pihak bank.
“Bagaimanapun jumlah itu belum dapat dipastikan kerana ada suspek yang berperanan untuk menggodam lebih daripada satu mesin ATM.
“Lebih licik, mereka juga turut bermain ‘silap mata’ apabila menukar pakaian setiap kali membuat pengeluaran untuk mengelirukan polis yang menjalankan siasatan sekaligus mengambil masa untuk membuat pengecaman,” katanya.
Difahamkan sebelum ini penjenayah warga Amerika Latin pernah dikaitkan dengan jenayah tepuk bahu di mesin ATM dan rompakan mesin ATM di negara ini.
Sementara itu Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Komersial) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Wira Hamza Taib berkata, pihak PDRM akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengumpul maklumat berhubung kegiatan jenayah dilakukan sindiket itu. ─ myMetro online
TOP
Sukan Asia: Buruan pingat Malaysia terhenti pada hari ke-12
INCHEON: Buruan pingat Malaysia terhenti pada hari ke-12 apabila acara terjun dan perahu layar gagal membutirkan sebarang pingat pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini, hari ini.
Berbekal hanya himpunan empat emas dan hanya tinggal tiga hari lagi untuk meneruskan cabaran, sasaran lapan emas oleh kontinjen negara boleh disifatkan tersasar apabila kebanyakan acara harapan emas sudah selesai.
Penerjun negara pulang dengan tangan kosong pada hari ketiga acara itu apabila Cheong Jun Hoong, Nur Dhabitah Sabri, Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman sekadar menduduki tangga kelima dan keenam dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki dan wanita.
Turut menghampakan adalah pelayar negara, Jeremy Koo bersama krunya Looi Sing Yew, Mohamed Fauzi Mohamed Mustafa dan Ong Khong Shing yang beraksi dalam acara bot kelas J8 terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas melengkapkan perlumbaan ke-72.
Walaupun boling masih menjadi sandaran namun acara Masters pada saingan blok kedua esok, sukar untuk merangkul emas kecuali sesuatu keajaiban berlaku di lorong.
Bagaimanapun, harapan negara untuk menambah bilangan emas kini bergantung kepada acara karate yang akan membuka gelanggang, hari ini di samping acara terjun yang masuk hari keempat mampu memberikan sinar baharu kepada kontinjen negara.
Pungutan empat emas negara mungkin berubah sekiranya Malaysia gagal dalam rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung langkah Majlis Olimpik Asia (OCA) melucutkan emas atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen kerana kesalahan doping. - BERNAMA
TOP
Terima kasih Najib, Kata Rakyat
Tulisan yang tertera di atas sekeping kad manila di salah sebuah stesen minyak ketika tinjauan Sinar Harian Online. - Foto oleh Sinar Harian/Yusrizal Yusuf Ahmad
SHAH ALAM - Kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat. Tinjuan Sinar Harian Online di beberapa stesyen minyak mendapati rakyat mula meluahkan perasaan mereka dengan pelbagai cara. "Terima kasih Najib! 20 sen," demikian antara reaksi spontan rakyat. Tulisan tersebut tertera pada sekeping kad manila ketika tinjauan Sinar Harian Online di sebuah stesyen minyak di Shah Alam. Lewat petang tadi, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa jam 12.01 pagi, 2 Oktober. Dengan ini, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. ─ Sinar Online

Tiada kenaikan tarif elektrik.
Kuala Berang: Kadar tarif elektrik tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pembinaan lebih banyak empangan hidroelektrik di negara ini untuk menjana tenaga pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kos pembinaan empangan hidroelektrik tinggi, namun ia tidak membabitkan kos bahan bakar sebaliknya bergantung kepada tenaga yang dihasilkan air sebagai sumber utama.
Menurutnya, ketika ini empangan hidroelektrik di seluruh semenanjung dapat menjana 1,800 megawatt dan beberapa projek empangan yang membekalkan kuasa sebanyak 630 megawatt akan siap tidak lama lagi.
Katanya, menjelang 2024 sejumlah empangan akan dibina dengan bekalan kuasa sebanyak 610 megawatt menjadikan keseluruhan 3,000 megawatt kuasa dapat dijana di seluruh semenanjung dalam masa 10 tahun lagi.
“Semakin banyak empangan hidroelektrik akan dibina dan ia dapat mengurangkan kadar kenaikan tarif elektrik,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran permulaan penakungan Tasik Puah, Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, dekat sini, semalam.
Hadir sama Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.
Mahdzir berkata, penakungan Tasik Puah di Taman Semarak Binjai, dekat sini, satu daripada komponen penting Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang sedang dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), berjaya dilakukan enam minggu lebih awal berbanding jadual asal 18 November ini .
Menurutnya, projek yang bermula pada 1 Oktober 2010 itu juga turut mencatat rekod cemerlang iaitu tiada rugi masa akibat kecederaan selama lapan juta jam. - siakapkeli
TOP
"Saya Tidak Pernah Cakap Nak Bersara" - Syamsul Yusof
Syamsul dan bapanya, Datuk Yusof Haslam bergandingan dalam siri Gerak Khas musim terbaharu.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menafikan dia mahu bersara daripada terus menghasilkan filem baharu gara-gara karya arahannya iaitu KL Gangster 2 dicetak rompak sebelum ia ditayangkan pada Oktober tahun lalu. Syamsul, 30, berkata, sepanjang dia berdiam diri hampir setahun, lalu dia tidak pernah memberikan sebarang kenyataan untuk berbuat demikian dan ia cuma andaian sesetengah pihak. "Saya sebenarnya agak keliru apabila saya dikatakan merajuk dan enggan lagi menjadi pengarah kerana saya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Syamsul kembali bersemangat untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon dan pengarah.
"Itu hanya presepsi orang lain dan bukannya datang daripada mulut saya sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu. Menjelaskan lebih lanjut sikapnya yang mengambil langkah berdiam diri sebelum ini, Syamsul berkata, dia memerlukan waktu untuk memulihkan semangatnya ekoran kejadian itu kerana ia bukan isu ringan untuk terus dilupakan begitu sahaja. Bagaimanapun kata Syamsul, sokongan dan dorongan daripada isteri iaitu Puteri Sarah Liyana selain kedua ibu bapanya banyak membantu untuk dia bangkit semula memperjuangkan cintanya terhadap dunia perfileman. Dalam pada itu, Syamsul berkata, selepas sambutan Hari Raya Aidiladha, dia bakal kembali ke set penggambaran sebagai pengarah filem Munafik dan Tailong yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan. Tambahnya lagi, sebelum kembali mengarah dia bakal membintangi sebuah filem arahan adiknya sendiri, Syafiq Yusof dan mengakui teruja untuk bekerjasama dengan pengarah muda itu. "Alhamdulillah jadual saya kembali padat dengan pelbagai aktiviti lakonan dan pengarahan. Paling saya teruja adalah untuk berlakon dibawah arahan adik saya sendiri.
Syamsul bakal kembali mengarahkan dua filem terbaharunya.
"Harapan saya semua peminat dan penyokong filem tempatan mendoakan saya dalam hasrat ingin memajukan industri perfileman pada masa akan datang," katanya. Sementara itu, Syamsul yang bakal muncul dalam Gerak Khas musim terbaharu berkata, dia mempunyai misi tersendiri dalam membawa siri popular itu ke tahap lebih tinggi agar lebih segar dan terkini. Jelasnya lagi, selain berlakon dia juga bertindak sebagai pengarah bersama drama itu dan berjanji akan meneruskan legasi siri itu yang sudah bertahan selama 13 tahun. "Sebelum ini sudah banyak kali bapa minta saya berlakon dalam Gerak Khas namun pada masa itu saya sibuk dengan perkara lain selain tidak yakin mampu membawakan watak sebagai anggota polis dengan baik. "Alhamdulillah akhirnya dapat saya bekerjasama dengan bapa saya dalam drama bersiri itu dan kebetulan pula saya menyertai keluarga Gerak Khas pada usia 30 tahun sama seperti bapa saya dahulu," ujarnya. Jelas Syamsul lagi, selepas menjalani penggambaran beberapa episod musim terbaharu siri itu, dia semakin selesa memegang watak sebagai Superitendan Jefri. Dalam perkembangan lain, Syamsul berkata, dia dan Puteri Sarah kini berjinak-jinak dalam dunia fesyen dengan mengeluarkan label mereka sendiri iaitu Shara yang mengkususkan kepada pakaian jenis Abaya. Jelas Syamsul, mereka berdua turut mereka sendiri pakaian berkenaan dan telah pun mengeluarkan enam rekaan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. "Alhamdulillah kami berdua dapat bekerjasama untuk mengeluarkan jenama pakaian kami sendiri dan seronok dapat sama-sama mengeluarkan idea dan rekaan untuk Shara. "Setakat ini peminat yang ingin mendapatkan Abaya keluaran kami boleh buka Instagram dan Twitter kami untuk melihat rekaan dan membuat tempahan," katanya. Tambah Syamsul, perancangan jangka panjang dia dan isterinya akan mengeluarkan Abaya untuk lelaki dengan rekaan yang lebih dinamik dan pelbagai.- mstar online

Kenderan Dipandu Laju Punca Dua Anggota 'Ladies Code' Maut
Keadaan van dinaiki Ladies Code yang terlibat dalam kemalangan pada 3 September lalu hingga menyebabkan dua anggotanya iaitu EunB dan Rise maut.
SIASATAN berhubung kemalangan ngeri melibatkan kumpulan Ladies Code sehingga meragut dua nyawa ahlinya pada 3 September lalu mendapati, kenderaan berkenaan dipandu laju melebihi had. Soompi melaporkan, hasil kajian pihak polis mendapati van tersebut dipandu dengan kelajuan 137km/j dan ia menyebabkan kepada kemalangan itu. Dua anggota kumpulan itu iaitu Rise dan EunB meninggal dunia dalam kemalangan itu manakala tiga ahli lain mengalami kecederaan.
Kumpulan Ladies Code.
Had laju yang dibenarkan di lebuh raya di negara itu adalah 100km/j dan pemandu van berkenaan nyata melanggar peraturan tersebut. Dalam pada itu, pihak polis dalam siasatannya memberitahu menggunakan rakaman litar tertutup (CCTV) lebuh raya berkenaan untuk mengesan kelajuan kenderaan itu dan ia disahkan oleh jabatan forensik negara itu.- mstar online

Katy Perry Timbulkan Kemarahan Taylor Swift
Katy Perry
KHABAR angin tentang hubungan dingin penyanyi Taylor Swift dan Katy Perry sudah lama tersebar di laman sosial. Seperti dilaporkan Entertaiment Wise, kali ini Taylor dikatakan berang apabila mengetahui berita tentang Katy Perry makan malam bersama bekas kekasihnya Harry Styles. Katy dan Harry menikmati makan malam pada minggu lalu di sebuah restoran di Nobu, Malibu. Biarpun sudah berpisah, namun hubungan bekas kekasih itu dikhabarkan masih baik sebagai sahabat. Dalam pada itu, Katy dikhabarkan dengan sengaja keluar bersama Harry bagi membangkitkan kemarahan Taylor. "Katy sudah lama mengenali Harry dan dia tahu jika dia keluar dengan lelaki itu akan menimbulkan kemarahan Taylor," ujarnya. Sumber memberitahu bahawa penyanyi itu telah menghubungi Harry bagi memintanya agar berhati-hati dengan Katy. Bagaimanapun perkara tersebut tidak dipedulikan Harry. "Harry tidak membalas mesej tersebut, malah dia memberitahu hal itu kepada Katy sehingga wanita itu ketawa," ujarnya.- mstar online

Ali-Baba Jalan Terakhir Elak Gulung Tikar
PETALING JAYA: Risiko gulung tikar akibat peningkatan kos operasi mendorong beberapa pengusaha bas ekspres bertindak mengali-babakan syarikat mereka.
Akibatnya, jumlah pengusaha bas ekspres yang rata-ratanya dimonopoli oleh golongan Bumiputera kini menurun kepada 60 peratus.
Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Tajudin Mohamad Yunus berkata, cara tersebut adalah jalan penyelesaian terakhir kerana pengusaha tiada pilihan akibat bebanan hutang yang banyak.
"Itu jalan terakhir... mereka tiada pilihan selain terpaksa mengali-babakan syarikat demi mendapat sedikit wang. Malah ada juga yang jual syarikat dan melakukan usaha sama dengan pihak lain, dapat duit sikit pun dah okay," katanya kepada mStar Online.
Tajudin berkata, sekitar 1978 dahulu, kira-kira 90 peratus perniagaan bas ekpress diusahakan oleh golongan Bumiputera. Kini bilangannya jauh lebih kecil... berlaku penurunan yang ketara," katanya.
Beliau berkata, lebih membimbangkan, kenaikan harga petrol diesel dari RM2.00 ke RM2.20 bermula tengah malam tadi akan mengundang risiko lebih banyak syarikat pengusaha bas yang akan gulung tikar.
Jelas beliau, sejak 1978 hingga hari ini sebanyak 40 bas dipercayai milik golongan Bumiputera gulung tikar kerana tidak mampu berdaya saing dengan syarikat bas ekspres yang lain.
"Di Semenanjung Malaysia, kira-kira 1,600 bas ekspres diusahakan oleh orang Melayu. Ia merupakan satu-satunya perniagaan yang majoritinya dimiliki golongan tersebut. Jadi kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk membantu kami meneruskan perniagaan ini," katanya.
Tambah Tajudin, pengumuman kenaikan harga diesel amat mendukacitakan semua pengusaha bas kerana ia akan menambah lagi beban yang sedia ada.
"Kita bukan perniagaan yang boleh tutup esok dan buka semula sesuka hati. Kita banyak komitmen yang perlu ditanggung... pekerja, kos penyelenggaraan bas, minyak dan sebagainya. Kalau tiada pendapatan percayalah industri pengangkutan ini akan lingkup," katanya.
Justeru, beliau merayu agar kerajaan mempertimbangkan permohonan syarikat pengusaha bas agar tambang dinaikkan kepada kadar yang memadai iaitu sebanyak 20 peratus.
"Kali terakhir kenaikan diesel adalah pada tahun lepas tapi tiada perkembangan terkini mengenai tambang bas. Hari ini pun harga diesel naik, jadi kerajaan perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan syarikat pengusaha bas daripada gulung tikar," katanya.- mstar online
TOP
Keputusan Liga Juara-Juara Eropah
Pemain pertahanan Galatasaray, Veysei Sari (kiri) bersaing dengan penyerang Arsenal, Alexis Sanchez (dua, kanan) pada aksi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bagi Kumpulan D di London.
BERIKUT keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi Khamis.
Malmƶ FF 2 - 0 Olympiacos
AtlƩtico Madrid 1 - 0 Juventus
FC Basel 1 - 0 Liverpool
Ludogorets 1 - 2 Real Madrid
Bayer Leverkusen 3 - 1 Benfica
Arsenal 4 - 1 Galatasaray
Anderlecht 0 - 3 Borussia Dortmund
Zenit St. Petersburg 0 - 0 AS Monaco
- mstar online

Pengarah Drama Jelas Sikap Dingin Sara Ali
Sara dikatakan bermasam muka ketika penggambaran drama 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna'.
PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali yang dikatakan bermasam muka ketika menjalani sebuah penggambaran drama bersiri mungkin akibat terlalu terpengaruh dengan watak yang dibawanya dalam drama berkenaan. Pengarah drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Shuhaimi Lua Abdullah berkata, dia menganggap perkara tersebut adalah perkara biasa kepada artis yang terlalu menjiwai watak yang sedang dilakonkan. "Sepanjang empat bulan penggambaran itu Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya. "Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu. Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Shuhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas apa diperkatakan tentang dakwaan kononnya pelakon wanita tersebut telah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran drama berkenaan.
Lakonan Sara Ali dan Fahrin Ahmad
Sara dikatakan bermasam muka dan enggan memberi kerjasama serta bersikap dingin dengan kru produksi drama itu. Bagaimanapun, Shuhaimi berkata, kejadian tersebut berlaku tidak lama apabila wanita itu kembali semula bercakap dengan kru produksi. "Alhamdulillah, sekejap jer dia berperangai begitu, ketika penghujung penggambaran minggu lalu dia sudah berbaik-baik dengan semua kru. "Penggambaran dapat selesai dengan mudah apabila semua pelakon dan kru beri kerjasama yang baik," ujarnya. Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia akan bekerjasama dengan pelakon wanita tersebut untuk drama akan datang, Shuhaimi berkata dia tidak pernah menolak mana-mana artis yang diberi tanggungjawab untuk berlakon bawah arahannya kepadanya. Katanya, sebagai pengarah dia hanya menjalankan tugas untuk menjadikan sesebuah jalan cerita seperti yang dimahukannya tanpa mengira siapa artis terlibat. "Saya tidak ada masalah jika diberika mana-mana artis kerana ia adalah pilihan penerbit dan stesen televisyen," ujarnya. Drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3. Drama tersebut turut dibarisi oleh pelakon Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Amy Mastura, dan Ika Nabila. - mstar online

Pengusaha Homestay Dituduh Rakam Gambar Bogel
IPOH: Seorang pengusaha homestay dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita mandi dalam keadaan bogel, melalui mini kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik air homestay itu pada Julai lepas.
Tertuduh Lim Lai Heng, 42, mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadaapan Majistret Haslinda A. Raof.
Lim didakwa hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan sengaja merakam gambar keluarga itu melalui mini CCTC yang dia pasang dalam bilik air tingkat atas homestay berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berumur 17 tahun hingga 53 tahun di Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning di sini pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lepas.
Bagi kesalahan itu, Lim boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman memohon mahkamah memberi jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Justeru itu, peguam yang mewakili tertuduh, Stephen Su berkata tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan memohon jaminan dikurangkan.
Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM28,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan sekiranya tertuduh mendekati mangsa, jaminan akan dibatalkan dengan sendirinya.
Katanya tarikh sebutan kes pada 10 Nov depan.- mstar online
TOP
Isu Tikus di HUSM Selesai
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
KOTA BAHARU: Isu tikus berkeliaran di hospital dan kampus kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dianggap selesai setelah pengurusan universiti itu dan Majlis Perbandaran Kota Baharu mengambil tindakan pro aktif. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihak USM sendiri telah melantik syarikat swasta untuk menjalankan pemungutan sampah dua kali sehari iaitu pada pukul 7 pagi dan 7 malam di kawasan kampus kesihatannya. "USM sendiri telah memperuntukkan sebanyak RM100,000 yang digunakan sejak Oktober tahun lalu hingga September tahun ini bagi tujuan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, Rabu. Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, kafeteria Desa Siswa Nurani di kampus itu yang sebelum ini dikatakan menjadi antara lokasi tikus berkeliaran juga telah diberi status gred A. "HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) juga telah memperkenalkan konsep tiada sampah selepas 10 malam untuk mengelak sampah terbiar hingga menjadi tempat pembiakan tikus," katanya. Katanya, USM juga telah menjalankan kerja-kerja menutup lubang-lubang yang berisiko menjadi sarang tikus selain menggunakan racun di kawasan yang sesuai menggunakan kaedah itu.- mstar online

Saya Tak Sabar Nak Berjumpa Anak-Anak - Shalwati
Azizul Raheem Awalluddin bersama isterinya, Shalwati Norshal di KLIA tengah hari Rabu selepas dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden pada Isnin. - Foto BERNAMA.
SEPANG: Warga Malaysia, Shalwati Norshal, 46, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.40 tengah hari Rabu, selepas dibebaskan daripada Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden Isnin lalu. Ketibaan Shalwati disambut oleh suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, yang telah pulang ke Malaysia Julai lalu selepas dia selesai menjalani hukuman penjara. Sebaik sahaja tiba, Shalwati hanya melambaikan tangannya kepada pemberita yang menunggunya di balai ketibaan, sementara sidang media kemudiannya diadakan di pejabat Tourism Malaysia di KLIA. "Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anak saya petang ini. Mereka tahu saya tiba hari ini." katanya kepada pemberita.
Ditanya mengenai layanan yang diterimanya ketika berada di penjara, Shalwati berkata, dia dilayan dengan baik tanpa sebarang masalah.
"Tahap keselamatan di sana memang ketat. Namun mereka melayan saya dengan baik," katanya. Guru berkenaan turut menyifatkan hukuman penjara yang dilaluinya sebagai cara untuk 'meningkatkan tahap keimanannya'. "Inilah masanya untuk saya betul-betul dekat dengan Allah," katanya, sambil mengesat air mata. Suaminya Azizul, seorang Pegawai Tourism Malaysia turut dijatuhi hukuman penjara pada 29 Mac lalu kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010. Azizul kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, Pasangan berkenaan menaiki pesawat untuk pulang ke kampung halaman mereka di Kota Baru, Kelantan, untuk bertemu dengan anak-anak mereka pada petang Rabu. - mstar online

Barisan Baharu Exco Selangor
Azmin (tengah) bersama barisan Exco Selangor yang diumumkannya pada Rabu.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai portfolio barisan Exconya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pada Rabu.
Menurut Azmin, terdapat beberapa pembaharuan serta penjenamaan semula beberapa portfolio sedia ada bagi memantapkan proses pentadbiran kerajaan negeri.
"Penjenamaan semula ini sebagai usaha baharu kerajaan dalam menghadapi senario semasa di negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.
Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan Azmin sejak dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 23 September lalu.
Selepas menerajui kepimpinan kerajaan negeri, Azmin bertindak menukar komposisi jumlah Exco apabila menyaksikan jumlah jawatan itu yang dimiliki wakil rakyat PAS dikurangkan kepada tiga berbanding empat sebelum ini.
Selain itu, jumlah Exco milik wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditambah satu kerusi menjadi empat, manakala pemimpin DAP kekal dengan tiga jawatan Exco.
Berikut senarai 11 portfolio yang diumumkan Azmin.
1. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan. - Azmin Ali.
2. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan. - Datuk Teng Chang Kim.
3. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar. - Iskandar Abdul Samad.
4. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna. - Elizabeth Wong Keat Ping.
5. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru. - Ean Yong Hian Wah.
6. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembanguna Desa dan Kampung Tradisi. - Dr Ahmad Yunus Hairi.
7. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. - Dr Daroyah Alwi.
8. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang. - Ganabatirau A/L Veraman.
9. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi. - Nik Nazmi Nik Ahmad.
10. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan. - Amirudin Shari.
11. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani. - Zaidy Abdul Talib.

Anwar Kekal Penasihat Ekonomi Selangor - MB
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat daripada kedudukan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan khidmatnya akan diteruskan seperti biasa.
Penjelasan itu ditegasan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali selepas beliau dan barisan Exconya meneliti minit mesyuarat terakhir yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu.
"Kita meniliti minit mesyuarat Exco yang lalu, apa yang diputuskan oleh Tan Sri Khalid ialah untuk menutup pejabat penasihat ekonomi.
"Jadi tidak timbul soal pemecatan penasihat ekonomi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.
Malah menurut Azmin, Anwar akan diberikan semua kemudahan yang diterimanya sebelum ini termasuk ruang pejabat bagi memudahkan beliau memainkan peranannya.
"Sekarang kita akan bincang semula fungsi dan peranan penasihat ekonomi untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor.
Sudah tentu kita akan memberikan kemudahan-kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan," katanya.
Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.
Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.- mstar online
TOP
Iszuree Disingkir Berdasarkan Laporan Media - Wong
GEORGE TOWN: Penyingkiran Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), dibuat berdasarkan laporan media, kata Setiausaha Politik kepada ketua menteri, Wong Hon Wai.
Beliau berkata pemecatan Iszuree tidak melalui proses siasatan dalaman tetapi Iszuree telah diberi peluang membuat penjelasan berhubung isu terbabit menerusi sidang akhbar.
"Beliau sudah diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada media kerana perkara ini dibangkitkan menerusi media, tetapi beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini.
Wong turut menyatakan bahawa beliau akan menyampaikan memorandum yang mengandungi 19 tandatangan ahli MPPP yang mahu agar Iszuree dipecat, kepada Exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada rabu.
Memorandum itu diserahkan oleh wakil ahli MPPP Harvinder Singh.
Iszuree disingkirkan daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasar bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu baru-baru ini yang menegur kerajaan negeri berhubung isu perumahan.
Sidang media yang diadakan berlangsung dalam suasana tegang selepas Wong gagal membuat penjelasan mengapa Iszuree tetap dikenakan tindakan walaupun selepas mendakwa portal berita propembangkang tidak melaporkan dengan tepat perkara yang dibangkitkan beliau dalam Muktamar PAS itu.
Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biar pun Iszuree telah menjadi ahli majlis itu sejak 2010.
Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.- mstar online
TOP
Agihan Pendapatan Tidak Seimbang Galak Budaya Rasuah
KUALA LUMPUR: Agihan pendapatan tidak seimbang dan jurangnya yang besar akan mewujudkan persekitaran yang boleh menggalakkan budaya 'petty corruption' (rasuah kecil).
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, data laporan Model Ekonomi Baru menunjukkan 80 peratus isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan, 40 peratus daripadanya kurang RM2,000 sebulan manakala 78.6 peratus penyimpan KWSP berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Menurut baginda, data agihan itu sangat membimbangkan dalam usaha Malaysia mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan per kapita RM48,000 pada 2020.
"Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai (sektor) awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian? Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.
"Inilah hakikat senario semasa dalam negara ini. Bilangan dalam kategori ini akan bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat," titah baginda.
Sultan menitahkan demikian pada Majlis Raja Di Hati Rakyat sempena Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) / Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-47 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Menurut baginda, pelaku rasuah terbahagi kepada dua kategori iaitu kumpulan terdesak yang terpaksa melakukannya kerana kesempitan hidup, ketidakupayaan mengimbangkan gaji untuk membiayai keperluan asas harian.
Titah baginda bahawa pelaku rasuah kategori kedua terdiri daripada kalangan yang bersifat tamak iaitu kumpulan atasan, berjawatan penting dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Sehubungan itu, Sultan menitahkan bahawa usaha memerangi rasuah wajib diberikan fokus kepada dua aspek.
"Aspek pertama ialah langkah punitif yang tegas dan tidak selektif, dilaksanakan tanpa gentar tanpa pilih kasih," titah baginda.
"Aspek kedua pula adalah langkah preventif untuk mengukuhkan integriti. Tegas dan tidak selektif adalah dua kata kunci penting yang wajib dijadikan prinsip," titah baginda.- mstar online
TOP
Tiada Rakyat Malaysia Cedera Tunjuk Perasaan Di Hong Kong
KUALA LUMPUR: Konsul Besar Malaysia di Hong Kong mengesahkan tiada laporan mengenai rakyat Malaysia termasuk pelajar ditahan atau cedera dalam kejadian tunjuk perasaan terbaru di pusat bandar raya Hong Kong.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata semua rakyat Malaysia di Hong Kong dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri dengan mengelak pelbagai lokasi perhimpunan dan perhimpunan awam yang besar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.
"Adalah lebih baik bagi rakyat Malaysia yang melawat Hong Kong supaya memaklumkan Konsul Bbesar Malaysia mengenai kehadiran mereka di negara itu.
"Konsulat Malaysia sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Hong Kong bagi menyediakan perkembangan terkini keadaan yang berlaku," kata kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Konsulat Besar Malaysia di Tingkat 24, Bangunan Malaysia, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong; melalui talian +852-69006390 atau e-mel malhkong- mstar online
TOP
Pertikai Bumiputera: Anak Saudara Karpal Singh Dirakam Keterangan
Dalbinder Singh Gill
PETALING JAYA: Polis merakam keterangan anak saudara kepada bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang merupakan pelajar jurusan undang-undang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman sosial Facebook. Dalbinder Singh Gill, 24, yang bertindak mempertikai keistimewaan bumiputera dan raja telah diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Pulai Pinang pada 10.45 malam Selasa. Dia kemudian dibebaskan pada pukul 1.30 pagi Rabu. "Saya telah diberitahu bahawa terdapat laporan yang dibuat oleh polis sendiri sebelum saya ditahan," katanya. Dalbinder memberitahu, berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berkenaan, polis terpaksa merampas sebuah telefon bimbit dan tablet untuk membantu siasatan. Jelasnya, dia juga perlu melapor diri kepada balai tersebut selepas sebulan sebagai susulan.- mstar online

Penduduk Panik, Letupan Kuat Berulang Seperti Perang
KOTA KINABALU: Penduduk Taman Cerah Menggatal di sini dikejutkan dengan bunyi letupan berulang seperti berlaku peperangan apabila sebuah bengkel kenderaan berat terbakar pada Selasa malam.
Dalam kejadian itu, letupan yang memaksa segelintir penduduk meninggalkan rumah berpunca daripada kebakaran pada lori tangki minyak.
Difahamkan sebanyak 15 lori tangki minyak turut terbakar dalam kejadian berkenaan.
Seorang suri rumah, Chin Su Yee berkata, dia mengigil ketakutan apabila letupan kuat berlaku di lokasi kebakaran yang terletak di hadapan rumahnya.
"Ia sangat menakutkan, saya tidak dapat bezakan sama ada ia guruh atau letupan," ceritanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.23 malam sebelum 20 anggota bersama lima jentera tiba untuk memadam api.
"Siasatan awal mendapati, sebanyak 10 lori tangki musnah dalam kebakaran itu.
"Anggota bomba juga terpaksa mengambil masa selama setengah jam untuk mengawal api dari lori yang membawa muatan seperti minyak petrol dan diesel," jelasnya.
Menurut beliau, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11 malam sebelum operasi memadam dihentikan beberapa jem kemudian.
"Tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujarnya.- mstar online
TOP
Mesin Godam ATM: Polis Siasat Bank, Vendor Terbabit
Rakaman CCTV suspek kejadian mesin ATM digodam di beberapa bank.
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan kakitangan bank dan vendor Mesin Teler Automatik (ATM) mesin ATM digodam melibatkan empat bank di ibu negara, Melaka, Johor dan Selangor baru-baru ini. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber dan Multimedia) Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis menyiasat pelbagai aspek mengenai jenayah bersiri itu, termasuk kemungkinan pembabitan orang dalam bank. "Bagaimanapun setakat ini polis masih belum mempunyai bukti kukuh menunjukkan penglibatan mereka dan kita sedang meneliti keterangan yang diambil daripada pengadu, pengawal keselamatan, kakitangan bank dan pihak vendor mesin ATM," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu. Katanya, forensik polis juga sedang meneliti kesan cap jari yang terdapat di kesemua mesin ATM itu. Beliau berkata, polis tidak lagi menerima laporan terbaharu mengenai kejadian penggodaman itu dengan kali terakhir hanya dilaporkan pada Selasa di ibu negara melibatkan kerugian kira-kira RM92,900. Mohd Kamarudin berkata, polis juga mengadakan perbincangan dengan pihak bank baru-baru ini bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan mesin ATM. Sehingga semalam, polis melaporkan 17 mesin ATM membabitkan empat buah syarikat perbankan iaitu di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dipercayai dari Amerika Latin. Bagaimanapun, dalam kejadian penggodaman itu, tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka. Polis mengenal pasti sindiket menggunakan kaedah menyuntik virus malware, 'ulssm.exe' dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin berkenaan. Kaedah itu digunakan bagi menipu sistem pengkomputeran bank sebelum mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM itu menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan mereka.- mstar online

Lima Murid Sekolah Agama Parah Van Langgar Pokok
ALOR GAJAH: Lima murid sebuah sekolah agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) parah apabila van yang dinaiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kampung Sungai Petai, di sini, petang Rabu.
Semua mangsa berusia 10 hingga 12 tahun terbabit dalam kemalangan itu kira-kira jam 2.30 petang.- mstar online
TOP
Tulang Dipercayai Milik Wanita Dibunuh Ditemui Belakang Rumah
Gambar hiasan.
BUKIT MERTAJAM: Beberapa ketulan tulang dipercayai milik manusia ditemui di kawasan hutan di Kampung Datuk Keramat, Juru di sini, Rabu. Sumber polis berkata ketulan tulang dipercayai jari tangan dan jari kaki dengan kesan terbakar itu ditemui dalam kawasan hutan berkenaan kira-kira pukul 1 pagi. "Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari kediaman sepasang suami isteri selepas menerima laporan daripada anggota keluarga mereka yang mendakwa wanita berkenaan (isteri) telah dibunuh. "Menurut anggota keluarga itu, mereka ke rumah pasangan itu pagi semalam tetapi tidak dibenarkan masuk dan hanya suami wanita berkenaan kelihatan dalam keadaan mencurigakan," katanya di sini. Beliau berkata lelaki itu kemudian dilapor meninggalkan rumahnya tanpa berkata apa-apa kepada anggota keluarga itu walaupun berulang kali ditanya mengenai isterinya. Menurut sumber itu, anggota keluarga berkenaan bertindak masuk ke dalam rumah untuk memeriksa dan mendapati kesan darah di beberapa bahagian di rumah itu. Beliau berkata sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan turut menemui kesan darah itu dan hasil pemeriksaan lanjut di kawasan hutan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan, polis menemui beberapa ketulan tulang. "Berdasarkan pemeriksaan, polis tidak menolak kemungkinan tulang yang ditemui itu mempunyai kesan bakar," katanya. Beliau berkata operasi mencari oleh polis diteruskan pagi ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada tulang yang ditemui itu adalah milik manusia. "Kami perlu menunggu keputusan daripada forensik," katanya yang enggan mengulas lanjut.- mstar online

1,500 Penumpang Sain Petisyen Minta Penerbangan Israel Halang Penganut Fahaman Orthodoks Yahudi
Salah sebuah model pesawat Boeing 747 milik Syarikat Penerbangan Israel El Al.
NEW YORK: Satu petisyen yang ditandatangani oleh 1,500 orang telah dikirimkan kepada syarikat penerbangan Israel - El Al - menggesa syarikat itu mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk menghalang penumpang-penumpang dari kalangan penganut fahaman orthodoks ultra Yahudi daripada terus 'membuli' kaum wanita dan lain-lain penumpang pada masa hadapan. Portal berita Britain,The Mail Online melaporkan, petisyen tersebut dibuat selepas para penumpang pesawat syarikat penerbangan tersebut yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di sini ke Israel menyaksikan bagaimana penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan selepas beratus penumpang orthodoks ultra Yahudi enggan duduk bersebelahan dengan penumpang wanita. Mereka juga dilaporkan enggan berganjak dari laluan di dalam pesawat selagi penumpang lain tidak memenuhi permintaan mereka untuk bertukar tempat duduk. Petisyen tersebut adalah inisiatif salah seorang penumpang wanita dari Chicago yang bernama Sharon Shapiro yang turut berada di dalam pesawat berkenaan ketika insiden kelam-kabut itu berlaku. Sharon dalam petisyen tersebut menulis; "Kita semua sedia maklum jika ada penumpang yang bersikap agresif dan mencela ke atas mana-mana anak kapal, mereka akan dengan segera dikeluarkan dari pesawat tersebut. Begitu juga dengan penumpang yang dengan segaja bertindak melengah-lengahkan jadual penerbangan sehingga menyebabkan penerbangan terpaksa ditunda, mereka juga akan dengan segera dikeluarkan dari pesawat. "Jika ada penumpang secara terbuka memperlihatkan diskriminasi agama atau perkauman ke atas penumpang lain, atau ke atas anak kapal, mereka juga akan dengan segera dibawa keluar dari pesawat. Oleh itu kenapakah Penerbangan El Al membenarkan diskriminasi gender iaitu ke atas wanita berlaku di dalam pesawat mereka? Kenapa Penerbangan El Al membenarkan penumpang wanita dibuli, diganggu dan dicela sehingga mereka terpaksa menukar tempat duduk yang mereka bayar yang diberikan oleh syarikat penerbangan ini sewaktu mereka membeli tiket? Hak agama seorang penganut tidak bermakna mereka boleh menindas hak sivil orang lain." Petisyen tersebut antara lain menyebut tindakan penganut-penganut fahaman orthodoks Yahudi di dalam pesawat berkenaan telah menyebabkan penerbangan tersebut terpaksa ditunda kerana mereka enggan duduk di sebelah penumpang wanita. Mereka mengambil penerbangan itu untuk ke Israel bagi menyambut kedatangan tahun baru dalam kalendar Yahudi.Taktik mereka itu bukan sahaja telah menjejaskan jadual penerbangan malah telah mencetuskan huru-hara dan kekacauan di dalam pesawat. "Beratus penumpang yang lain terpaksa berdiri di lorong laluan pesawat kerana penganut-penganut fahaman orthodoks ini enggan berganjak atau bergerak ke tempat duduk masing-masing sebaik sahaja mendapati penumpang di sebelah tempat duduk mereka adalah wanita," jelas seorang lagi penumpang, Amit Ben-Natan. "Walaupun setiap penumpang memasuki pesawat dengan nombor tempat duduk sudahpun diberikan kepada mereka sewaktu membeli tiket tetapi terdapat di antara mereka memaksa kami menukar tempat duduk malah ada yang sanggup membayar sejumlah wang kepada kami asalkan kami sanggup menukar tempat duduk dengan mereka dengan alasan mereka tidak boleh duduk bersebelahan dengan wanita," kata seorang penumpang lagi. "Jelas sekali selagi mereka tidak duduk, pesawat tidak akan berlepas...," ujar seorang lagi penumpang. Menurut Mail Online, walaupun kakitangan kabin menegaskan yang para penumpang lain tidak perlu melayani desakan para penganut fahaman orthodoks Yahudi itu tetapi pada masa yang sama kapten pesawat membuat pengumuman bahawa pesawat berkenaan tidak akan berlepas selagi para penumpang tidak duduk di tempat masing-masing. Apabila mendengar pengumuman berkenaan, para penganut fahaman orthodoks Yahudi ini mengambil kesempatan dengan enggan duduk selagi penumpang lain tidak bertukar tempat duduk dengan mereka. Seorang penumpang yang bernama Galit berkata, seorang penumpang dari kalangan fahaman orthodoks ultra itu telah mencadangkan agar dia duduk berasingan dari rakan lelakinya bagi membolehkan mereka mengambil tempat duduknya dan apabila dia enggan melayani tuntutan tersebut, penumpang fahaman ultra itu mengambil keputusan untuk berdiri di laluan pejalan kaki sepanjang penerbangan tersebut. "Ia adalah pengembaraan 11 jam yang menyeksakan," ujar penumpang berkenaan. El Al dalam reaksi segera kepada petisyen tersebut menyebut; "El Al sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi kemudahan dan memenuhi permintaan para penumpang kami dan pada masa yang sama akan memastikan setiap penerbangan tidak terjejas. Dalam hubungan ini pihak syarikat akan meneliti aduan yang dibuat menerusi petisyen ini dan jika terbukti benar terdapat penumpang yang bertindak di luar batasan, kami akan menilai kembali langkah yang perlu diambil pada masa hadapan." Sharon Shapiro percaya masalah ini hanya akan dapat diselesaikan jika pihak penerbangan terlebih dahulu membahagi-bahagikan tempat duduk mengikut gender ketika tempahan pada masa hadapan.- mstar online

Bullet Train Rai Ulang Tahun ke-50
TOKYO: Jepun pada Rabu meraikan ulang tahun ke-50 permulaan kereta api 'Shinkansen' berkelajuan tinggi atau 'bullet train' yang menyumbang kepada keadaan ekonomi pasca perang negara berkenaan serta rekod keselamatannya.
Kereta api N700A yang mirip rupa pesawat itu meninggalkan Platform 19 dari stesen sentral Tokyo pada jam 6 pagi ini, tepat 50 tahun sejak perkhidmatan itu dilancarkan bagi perjalanan yang melalui kawasan perindustrian Pasifik antara Tokyo dan Osaka.
"Perkhidmatan itu menyumbang kepada pembangunan ekonomi, budaya dan sosial Jepun dengan pengangkutan rel terbaik dunia," kata Koei Tsuge, Presiden JR Tokai yang mengendalikan sebahagian besar rangkaian rel di seluruh negara, sejurus sebelum kereta api itu berlepas.
"Tiada sesiapa pun maut dalam kejadian kereta api tergelincir atau perlanggaran yang membabitkan kereta api 'Shinkansen'.
"Keselamatan adalah perkara utama perkhidmatan kami," katanya ketika kereta api itu meninggalkan stesen menuju ke Fukuoka, perjalanan lebih jauh dari Osaka.
Majlis sama juga diadakan di Osaka dan dua bandar raya lain di antaranya iaitu Shizuoka dan Nagoya.
Perkhidmatan Tokyo-Osaka itu membawa sejumlah 5.6 bilion penumpang sejak dirasmikan, dengan jumlah perjalanan sejauh dua bilion kilometer.
Pada masa ini secara purata kira-kira 424,000 penumpang menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, berbanding dengan kira-kira 60,000 pada tahun pertama.
Pada 1964, apabila Tokyo menjadi hos Kejohanan Olimpik pertama di Asia, kereta api itu melakukan perjalanan dengan kelajuan 210 kilometer sejam, meliputi 515 kilometer antara Tokyo dan Osaka dalam masa empat jam.
Kini ia menghubungkan kedua-dua bandar raya itu dalam masa dua jam 25 minit, pada kelajuan 270 kilometer sejam.
Shinichi Kamura, 64, menaiki kereta api pertama 'Shinkansen' dari Tokyo ke Osaka hari ini, seperti dilakukannya 50 tahun lalu sebagai pelajar.- mstar online
TOP
Gempa Bumi Sederhana Landa New Britain
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.9 pada skala Richter berlaku pada 11.38 pagi Rabu di wilayah New Britain, Papua New Guinea.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berpusat di 80 kilometer barat daya Kimbe, Papua New Guinea dan 3,642 km tenggara Semporna, Sabah.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan.- mstar online
TOP
Enam Maut, Bas Tentera Diserang Di Kabul
Pasukan tentera mengawal kawasan yang menjadi sasaran puak Taliban. Selepas dua bas tentera diletupkan oleh mereka di Kabul pada Rabu. Enam orang terbunuh dalam dua insiden berasingan tersebut.
KABUL: Dua pengebom Taliban meletupkan bas tentera di Kabul pada Rabu mengakibatkan enam orang terbunuh dalam dua serangan. Puak Taliban yang menentang perjanjian keselamatan Afghanistan dengan Amerika Syarikat, mendakwa bertanggungjawab bagi kedua-dua pengeboman awal pagi Rabu ke atas bas yang membawa kakitangan tentera itu. "Terdapat dua kejadian pengeboman nekad menyasarkan bas yang membawa kakitangan warga Afghanistan," kata Pegawai Penyiasat Polis Kabul,Farid Afzali. Pihak Taliban mendakwa sekurang-kurangnya 20 askar terbunuh tetapi laporan awal menyatakan hanya enam orang maut. - mstar online

MH370: IATA Tangguh Cadangan Pengesanan Pesawat
TORONTO: Pasukan petugas yang mengkaji langkah untuk meningkatkan pengesanan pesawat selepas misteri kehilangan MH370, milik syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menangguhkan cadangannya, mungkin sehingga Disember.
Jurucakap Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) yang mengetuai pasukan itu berkata, draf cadangan tidak akan dikemukakan kepada badan penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti yang dijangka sebelum ini.
Misteri kehilangan pesawat milik Malaysia pada Mac lalu mencetuskan desakan global supaya mewujudkan sistem yang mampu menentukan laluan tepat dan lokasi terakhir pesawat.
"Selepas satu kajian menyeluruh, dirumuskan bahawa kita memerlukan lebih banyak penjelasan mengenai cadangan dan panduan untuk pelaksanaannya," kata jurucakap IATA, Mona Aubin.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan 'penjelasan' yang dikehendaki itu.
Beliau berkata, IATA kini menjangka untuk membawa cadangan itu kepada badan penerbangan PBB pada awal Disember.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei lalu menggesa badan itu menerima pakai pengesanan masa nyata pesawat awam dan beberapa langkah lain.
"Dalam zaman telefon pintar dan internet mudah alih, pengesanan masa nyata untuk pesawat lama sudah lama tertangguh," katanya menerusi soal jawab Wall Street Journal.
Pada Mei lalu, anggota Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) bersetuju mengenai keperluan pengesanan global.
IATA pula akan memasukkan juga cadangan pengesanan kepada anggota badan itu supaya melaksanakannya secara sukarela sebelum ICAO menetapkan standard piawaian industri yang mungkin mengambil masa beberapa tahun.
Ketua Pengarah IATA, Tony Tyler memberitahu persidangan industri di Montreal pada 19 September lalu bahawa draf cadangan itu akan dibentangkan kepada ICAO pada 30 September.
"Saya ingin memastikan bahawa jangkaan perlulah sesuai dengan apa yang akan dihasilkan. Ini tidak akan menjadi dokumen terakhir atau penyelesaian mudah," katanya seperti yang disiarkan di laman web IATA.
Carian antarabangsa selama enam bulan gagal menemui sebarang kesan pesawat MH370 itu.
Teknologi pengesanan yang lebih baik mungkin dapat membantu penyelamat dan penyiasat mengesan MH370 dengan cepat. Pesawat yang membawa 239 penumpang itu dipercayai terhempas di kawasan terpencil di Lautan Hindi.
Beberapa syarikat penerbangan sudah mengesan pesawat mereka di seluruh dunia tetapi prosedurnya adalah berbeza.
Peneraju industri penerbangan menyatakan pengesanan pesawat dalam masa nyata boleh meningkatkan harga tiket untuk penumpang.
Industri berkenaan juga mahu kerajaan menanggung sebahagian daripada kenaikan kos itu.
Penyiasat Perancis pula mengesyorkan pengesanan yang lebih baik selepas nahas pesawat Air France 447 pada 2009 di Lautan Atlantik. - mstar online
TOP
Jambatan Gantung Menakutkan Di Dunia
JURUTERA China berjaya mengilhamkan sebuah jambatan gantung paling menakutkan di dunia di wilayah Hunan, selatan negara tersebut yang telah dibuka kepada orang ramai.
Ia bukan sebuah jambatan yang membahayakan nyawa pengguna tetapi lantainya yang diperbuat daripada cermin membuatkan pengguna takut untuk melihat curam sedalam 180 meter di Pingjiang.
Jambatan gantung yang menemukan dua puncak bukit setinggi 300 meter itu juga dikatakan akan bergoyang apabila ditiup angin.
Keadaan itu akan menambah ketakutan orang ramai yang melaluinya kerana ramai diantara mereka merasakan akan jatuh ke dalam gaung.
"Pada mulanya saya masih tidak berasa gentar, tetapi apabila berada di tengah jambatan yang bergoyang, lutut saya mengigil ketakutan," kata Yun Ku, 23, sebagai reaksi selepas melintasi jambatan gantung berkenaan. Bagaimanapun, orang ramai yang mengalami ketakuran ketika berada di tengah jambatan akan dibantu oleh kakitangan terlatih untuk menghabiskan perjalanan mereka.- mstar online

Tiada Persefahaman Punca Rita Rudaini Bubar Syarikat Kosmetik
Rita akan ambil tindakan jika produk tersebut terus dijual selepas tarikh 1 Oktober 2014.
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini mengesahkan dia telah membubarkan syarikat RS Cosmetik And Health Care (RSCHC) yang ditubuhkan bersama rakan karibnya iaitu Siti Saleha Idris sejak setahun lalu. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, tindakan disebabkan kedua-dua mereka gagal untuk bekerjasama kerana tidak mempunyai keserasian dalam menjalankan perniagaan kosmetik tersebut. "Dalam bidang perniagaan atau apa-apa sahaja kalau tiada keserasian memang tidak boleh buat apa-apa seperti dalam perkahwinan pun kalau tidak serasi tidak boleh kekal lama. "Bagaimanapun selepas ini saya akan dapatkan nasihat daripada peguam saya dulu untuk lebih serius menjalankan bidang peniagaan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Rita berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pengumuman yang dibuatnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi Rabu bahawa sudah menghentikan pengeluaran produk di bawah nama syarikat tersebut.
Rita pernah melancarkan produk kosmetik keluaran syarikat RSCHC bersama rakan kongsinya Siti Saleha.
Dalam pada itu, Rita turut tidak membenarkan pihak ejen yang dilantik sebelum ini mengedar dan menjual produk keluaran syarikat itu berkuatkuasa pada Rabu. Rita berkata, dia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang berlaku akibat penjualan produk tersebut selepas tarikh tersebut. Malah, sebarang produk yang dikeluarkan atas nama syarikat itu dengan menggunakan namanya akan diambil tindakan undang-undang. "Syarikat itu sudah bubar, jadi sebarang produk yang dikeluarkan atau diedarkan daripada tarikh yang berkuat kuasa hari ini dengan menggunakan nama saya, saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang," jelasnya. Dia bagaimanapun, menolak pembubaran dan penghentian operasi produk adalah disebabkan tiada kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Rita pernah melancarkan produk kosmetik serta memperkenalkan rakan kongsi perniagaanya itu pada 22 September 2013. Antara produk dibawah syarikat RSCHC ialah RS Collagen, RS Magic Slym, Magic Masker RS dan RS Magic White. Sementara itu, Rita berkata, dia hanya ada dua produk sahaja iaitu rudainibeaute skincare dan luvmycoffee yang dikeluarkan di bawah syarikat milik keluarganya Bfabulousgalleria dan LMCC Empire Sdn Bhd. "Saya kini hanya bertanggungjawab terhadap dua produk sahaja iaitu rudainibeaute skincare dan luvmycoffee di bawah syarikat keluarga sendiri," ujarnya. - mstar online

Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan
KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang ingin mengambil bayi perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan November ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti periklanan.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan anaknya di bidang seni dari awal lagi kerana menyifatkan ia satu rezeki simpanan masa depan.
"Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni.
"Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak," katanya.
Rozita ditemui pada majlis pelancaran program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di restoran Marmalade, Bangsar Village 2, di sini pada Selasa.
Sementara itu, Rozita berkata,dia teruja menantikan kelahiran anaknya dan sudah pun membuat segala persiapan buat bayi yang bakal lahir itu.
Rozita tampak anggun walaupun sedang sarat mengandung. RAJA FAISAL HISHAN/The Star
"Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti," ujarnya. Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. Mengenai program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, ia bakal bersiaran bermula 1 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104). Program itu memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata. "Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak. "Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," selorohnya. Pada pelancaran Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, turut hadir Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengurus Besar Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd, L.H Ong.- mstar online

Lembu Import Sempena Aidiladha Dijamin Selamat Dan Sihat - Ismail
PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Rabu memberi jaminan bekalan lembu hidup yang diimport sempena sambutan Aidiladha Ahad ini adalah sihat dan bersih daripada sebarang penyakit.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jaminan itu diberikan bagi mengelak pengguna berasa khuatir akan tahap kesihatan lembu import terutamanya berkaitan penyakit kuku dan mulut.
"Lembu-lembu yang diimport biasanya akan diperiksa tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibawa masuk dan kemudian akan dikuarantinkan selama 10 hari," katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Duta Brazil ke Malaysia Madam Maria Auxiliadora Figueiredo di pejabatnya di sini, Rabu.
"Kita memang sentiasa pantau lembu-lembu yang dibawa masuk ke negara ini, dan kebanyakan lembu yang gagal dibawa masuk ke sini rata-ratanya kerana menghidap penyakit kuku dan mulut," katanya.
Katanya, kementerian turut menempatkan sebanyak 361 pegawai bagi memantau tahap kesihatan dan proses sembelihan lembu-lembu import terbabit.
Separuh daripada 25,000 ekor lembu yang disediakan sebagai bekalan sempena Aidiladha pada tahun ini diimport dari Myanmar, Thailand dan Australia.
Sementara itu, kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan kerjasama dua hala bidang pertanian antara Malaysia dan Brazil adalah menggalakkan dengan kemungkinan untuk pertumbuhan dalam perdagangan pertanian yang tinggi.- mstar online
TOP
Kenaikan Harga Minyak: Stesen Minyak di Lembah Klang 'Diserbu'
Deretan kenderaan warga Kuantan memenuhi stesen minyak selepas dikhabarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengenai pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen seliter untuk minyak petrol RON95 dan diesel yang akan naik berkuatkuasa 12.01 pagi 2 Oktober 2014 ketika tinjauan fotoBernama di sini, malam Khamis.
Harga runcit baharu bagi petrol RON95 adalah RM2.30 seliter dan diesel sebanyak RM2.20 seliter. -Foto BERNAMA.
KUALA LUMPUR: Kesesakan luar biasa berlaku di stesen minyak di Lembah Klang berikutan pengumuman kenaikan harga petrol dan diesel mulai tengah malam Khamis. Pengumuman kenaikan harga itu dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini berikutan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Sehubungan itu harga runcit baharu bagi petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter. Tinjauan Bernama di beberapa stesen minyak Petronas, Shell, Petron dan Caltex di sini mendapati orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang sejak pukul 8.30 malam. Kebanyakan pengguna menerima realiti kenaikan harga bahan api itu namun berharap kerajaan mengumumkan lebih awal agar senario kesesakan setiap kali berlaku kenaikan harga minyak tidak berulang. Seorang kakitangan kerajaan, Hasbullah Ahmad, 25, berkata beliau segera ke stesen minyak sebaik mendengar pengumuman kenaikan harga itu. "Jadi bila dapat tahu saya terus keluar isi minyak dan terpaksa menunggu giliran kira-kira 20 minit, itupun saya bernasib baik kerana sampai (ke stesen minyak) lebih awal," katanya kepada Bernama. Pensyarah sebuah kolej swasta, Noraisha Abdul Razak, 23, berkata beliau terkejut dengan pengumuman itu kerana tidak mendengar ura-ura kenaikan harga minyak sebelum ini. "Saya hanya mengetahui kenaikan ini setelah melihat suasana sesak dan banyak kenderaan mengerumuni stesen minyak," katanya. Juruteknik, Amirul Haslam, 22, pula meluahkan kebimbangan kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan harga keperluan asas turut meningkat sekali gus menjejaskan kos sara hidup. "Selalunya kalau harga minyak naik, harga barang lain pun naik, ia akan bebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah," katanya. Peniaga kuih, K.Selvi, 50, pula berkata beliau juga risau kenaikan harga minyak itu turut memberi kesan kepada perniagaanya. "Harap kerajaan beri insentif untuk bantu kenaikan kos ini," katanya. Seorang pegawai bank, David Lim, 30, pula berharap tiada kenaikan lagi akan berlaku dalam masa terdekat. "Kita terpaksa menerima kenaikan itu tetapi berharap kerajaan mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi ekonomi bagi memastikan pemberian subsidi dapat dikekalkan kepada rakyat," katanya.- mstar online

Tujuh Pelatih Asrama Akhlak Silibin Lolos Berjaya Ditangkap
IPOH: Tujuh pelatih di Asrama Akhlak Silibin yang meloloskan diri dari asrama berkenaan pada Rabu, berjaya ditangkap semula di tebing sungai Sri Kinta, Jalan Sungai Pari di Buntong di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keongberkata bertindak atas laporan, anggota dari Balai Polis Buntong menemui semua pelatih berumur lingkungan 14 hingga 17 tahun itu.
"Kesemua pelatih dibawa balik ke Balai Polis Kampung Baru sebelum diserahkan kepada Pegawai Pembantu Pembangunan Masyarakat Asrama Akhlak Silibin untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.
Beliau berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pelatih berkenaan meloloskan diri melalui pagar tepi asrama dengan memotong pagar menggunakan pemotong besi.- mstar online
TOP
Kanak-Kanak 9 Tahun Hilang Lima Jari Akibat Main Mercun
Mohammed Haziq Syahmie terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas lima jari tangan kirinya hancur akibat terkena mercun ketika bermain di rumahnya di Felda Keratong Satu.
KUANTAN: Gara-gara bermain mercun yang dijumpai di luar rumah, seorang kanak-kanak lelaki hilang lima jari tangan kirinya apabila mercun tersebut meletup ketika sedang memegangnya, Selasa. Mohammed Haziq Syahmi Saharnizam, 9, dari Muadzam Shah, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan lewat petang semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. Ibu mangsa, Zaiton Ismail,39, berkata, ketika kejadian pukul 12 tengah hari itu, dia sedang memasak di dapur. "Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat sebelum anak saya berlari menunjukkan tangan kirinya yang berlumuran darah. "Tanpa berlengah saya terus memanggil ayah di luar rumah lalu menghantar anak ke klinik kesihatan Bandar Tun Razak, Muadzam Shah seterusnya dipindahkan ke HTAA," katanya ketika ditemui pemberita. Mohammed Haziq dikatakan sedang bermain dengam adik bongsunya yang berusia lima tahun di luar rumah sebelum menjerit meluru ke dapur mendapatkan ibunya. "Saya tidak tahu di mana dia menjumpai mercun tersebut kerana kami memang tidak menyimpan barang berbahaya seperti itu dalam rumah. "Lebih-lebih lagi anak saya ini seorang yang aktif membuatkan kami sentiasa berhati-hati. Tetapi malang tidak berbau, kejadian ini berlaku sekelip mata tanpa disangka-sangka," katanya. Sementara itu, bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saharnizam, 48, berkata, dia kesal dengan penyebaran gambar anaknya di media sosial. "Tidak wajar gambar anak saya itu tersebar. Boleh dikatakan ia seumpama satu viral di Facebook serta Whatsapp. "Keadaan ini sedikit sebanyak membuatkan kami sekeluarga tertekan dan saya mohon agar perkara ini tidak diperbesarkan lagi,"katanya.- mstar online

Sukan Asia: Penemuan Sibutramine Tak Masuk Akal - Khairy
Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan penemuan bahan terlarang Sibutramine dalam ujian sampel air kencing atlet wushu wanita negara, Tai Cheau Xuen tidak masuk akal. Ini kerana menurut ketua jurulatih wushu, Thoong Foong, Cheau Xuen seorang atlet yang jujur dan tidak mengambil sebarang suplemen terlarang, katanya. "Lagi pun Sibutramine akan membuatkan seseorang itu kurang selera makan dan kategori Cheau Xuen bukan kategori berat badan, dia tidak perlu mengurangkan berat badan dan ini tidak masuk akal," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Atlet berusia 24 tahun itu merangkul pingat emas dalam acara gabungan Nanquan-Nandao pada 20 September lalu untuk muncul sebagai penyumbang emas pertama kepada kontinjen negara pada temasya edisi ke-17 itu. Menurut kenyataan pihak penganjur semalam, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dilakukan pada 20 September lalu selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam Senarai Larangan Agensi Antidoping Sedunia (Wada) 2014. Khairy mengulangi bahawa kronologi proses ujian sampel air kencing (CoC) terhadap Cheau Xuen memiliki keraguan yang tinggi. Katanya beliau difahamkan Majlis Olimpik Asia (OCA) menerusi surat yang dihantar kepada Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah, mengakui terdapat prosedur yang tidak mengikuti proses biasa dan membuat keputusan bahawa kepincangan itu tidak penting. "Bagi saya ini adalah satu penafian hak atlet kita yang menuntut kepada ketulusan dan akauntabiliti dalam prosedur ujian doping yang dilaksanakan oleh OCA," katanya. Khairy berkata beliau bukan mempertikai keputusan OCA menarik balik pingat, namun menegaskan bahawa Malaysia memandang serius isu tersebut. Justeru, katanya, Malaysia akan mengemukakan rayuan kes tersebut kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Incheon, hari ini. Ditanya kemungkinan keputusan positif doping mempunyai unsur sabotaj daripada pihak tertentu, Khairy yang enggan membuat spekulasi berhubung perkara itu bagaimanapun mahu pihak OCA melihat kepada fakta kes tersebut. "Tetapi kita perlu tahu Cheau Xuen bukan juara dunia. Juara dunia biasanya datang dari negara China. Sebelum sample B dibuat, berita tentang keputusan doping atlet kita ini tersebar di China. "Saya tidak mengatakan ada sabotaj, saya hanya bercakap tentang fakta proses perjalanan dan penyimpanan sample tersebut ada banyak keraguan," katanya. - mstar online

Keputusan Rayuan Malaysia Akan Diketahui Dalam Masa 48 Jam - Daniyal
INCHEON: Rayuan Malaysia terhadap keputusan Majlis Olimpik Asia (OCA) melucutkan pingat emas atlet wushu wanita negara Tai Cheau Xuen dijangka diketahui dalam tempoh 48 jam selepas rayuan dikemukakan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Ketua kontinjen negara Datuk Daniyal Balagopal Abdullah berkata tempoh tersebut merupakan ketetapan Indeks Prestasi Utama (KPI) badan dunia itu.
"CAS adalah sebuah badan berkecuali dan keputusan yang dibuat biasanya wajar dan adil. Kami yakin Cheau Xuen tidak terbabit dalam pengambilan sebarang bahan larangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya pegawai perubatan kontinjen negara daripada Institut Sukan Negara (ISN) Dr Rashid Puji akan menghantar laporan lengkap rayuan kes itu kepada pejabat sementara CAS di sini hari ini.
Katanya OCA akan menarik semula pingat daripada atlet dalam tempoh empat hari kerana bagi memberi peluang untuk proses rayuan.
Daniyal berkata laporan yang dikemukakan kepada CAS adalah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan dengan melampirkan bersama dokumen sokongan lain.
proses rayuan tersebut adalah percuma kerana andainya dikemukakan kepada Ibu Pejabat CAS di Lausanne, Switzerland, bayaran yang dikenakan adalah Euro 50,000 (RM207,328), katanya.
"Rayuan perlu dihantar segera sebelum pejabat sementara CAS di sini menutup operasi pada hari terakhir temasya iaitu 4 Okt ini," katanya.
Walaupun mengakui peluang rayuan adalah tipis, namun, katanya ia tetap akan diperjuangkan kerana melibatkan maruah negara dan juga atlet itu sendiri.
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, jarang berlaku keputusan penarikan pingat (daripada atlet) yang dibuat OCA dibatalkan," katanya.
Semalam, OCA memutuskan untuk menarik balik pingat emas Cheau Xuen yang dimenangi dalam acara gabungan nanquan dan nandao selepas atlet berkenaan gagal dalam ujian doping.
Menurut kenyataan penganjur, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dibuat pada 20 Sept lepas selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam senerai larangan Agensi Antidoping Sedunia (WADA).- mstar online
TOP
Ketua Kontinjen Malaysia Masih Dibuai Mimpi
INCHEON: Ketua kontinjen negara, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah masih enggan mengangkat 'bendera putih' sekalipun secara matematik peluang Malaysia mencapai sasaran lapan pingat emas pada temasya Sukan Asia ke-17 sudah tertutup.
Beliau masih belum mahu mengalah dan tetap menaruh harapan kepada beberapa sukan yang sedang dan akan berlangsung untuk menyumbang kilauan emas buat kontinjen negara.
Hanya tinggal tiga hari sebelum temasya sukan terbesar Asia melabuhkan tirainya, Malaysia hanya mencapai separuh sasaran pingat emas iaitu empat, 14 perak dan 10 pingat gangsa.
"Boling tetap ada peluang menerusi kategori Masters dan sukan terjun masih berlangsung. Begitu juga dengan karate yang bermula esok," katanya di sini, Rabu.
Setakat ini, kontinjen negara meraih pingat emas menerusi ratu skuasy negara Datuk Nicol David dalam acara individu dan berpasukan wanita.
Skuad pelayaran juga tidak mengecewakan apabila menyumbang satu pingat emas menerusi Mohd Faizal Norizan dan Syukri Abdul Aziz dalam acara kelas 420 lelaki semalam.
Pingat emas atlet wushu Tai Cheau Xuen yang dimenangi pada hari pertama bagaimanapun dilucutkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) selepas atlet berkenaan didapati positif ujian doping.
Dalam pada itu, Daniyal tetap berbangga dengan prestasi acara berpasukan yang menunjukkan peningkatan seperti bola sepak dan hoki namun nasib tidak berpihak kepada kontinjen negara.
"Bola sepak juga bagus biarpun tewas kepada Arab Saudi. Begitu juga dengan hoki, pemain mempamerkan aksi kelas dunia cuma tiada nasib untuk menang.
"Begitu juga dengan beregu badminton wanita dan lelaki mempamerkan aksi cemerlang. Tidak terkecuali memanah dan menembak menunjukkan prestasi yang amat baik," katanya.
Menurut Daniyal, kontinjen negara terlepas sekurang-kurang lima pingat emas.- mstar online
TOP
Sukan Asia: Tiada Pingat Hari Ketiga Terjun
Ooi Tze Liang.
INCHEON: Skuad negara tidak menyerlah pada hari ketiga acara terjun dipertandingkan pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini apabila gagal meraih sebarang pingat dalam acara 1 meter papan anjal individu lelaki dan wanita. Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman tidak meneruskan kecemerlangan semalam apabila sekadar menamatkan enam pusingan terjunan di tempat kelima dan keenam. Ooi mengutip 356.70 mata manakala Ahmad Amsyar mengumpul 352.75 mata. Kedua-dua penerjun mempamerkan aksi hambar apabila Ooi mengutip 33.00 mata dalam terjunan kedua pada darjah kesukaran 3.0 manakala Ahmad Amsyar pula mengutip 30.00 mata pada terjunan keempat dengan darjah kesukaran 3.0. Semalam, Ooi dan Ahmad Amsyar meraih pingat perak acara 3m papan anjal seirama lelaki dengan 405.81 mata. Sekali lagi, penerjun adik-beradik dari China menguasai pingat emas dan perak apabila He Chao mengutip 462.85 mata manakala abangnya, He Chong mengutip 443.10 mata untuk tempat kedua. Pingat gangsa diraih penerjun tuan rumah, Woo Haram dari Korea Selatan dengan 410.00 mata. Ahmad Amsyar ketika ditemui berkata sedikit kesilapan sahaja menyebabkan beliau gagal meraih lebih banyak mata bagi membuka peluang untuk berada dalam kelompok teratas. "Saya sedikit tergelincir dari papan sebab itu terjunan tidak baik," katanya yang akan turun beraksi dalam acara 3m papan anjal individu bersama Ooi, esok. Sementara itu, jurulatih negara, Yang Zhuliang berkata beliau tidak berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan Cheong Jun Hoong dalam acara 1m papan anjal individu wanita hari ini. Katanya, Jun Hoong banyak melakukan kesilapan kecil yang akhirnya menyebabkan anak buahnya itu gagal mengumpul mata yang baik. Ditanya mengenai peluang ratu terjun negara Pandelela Rinong dalam acara 10m platform individu esok, beliau berkata peluang adalah 50-50 memandangkan saingan agak sengit khususnya daripada penerjun China, Korea Utara dan Jepun.- mstar online

Liga Juara-Juara Eropah: Mourinho Anggap Chelsea Di Laluan Terbaik
PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho menyifatkan pasukannya kini berada di laluan terbaik untuk ke slot perlawanan kalah mati Liga Juara-juara Eropah selepas berjaya menewaskan Sporting Lisbon 1-0 pada Rabu.
Berikutan kemenangan itu juga, Chelsea kini menghuni kedudukan teratas kumpulan G dengan kelebihan dua mata daripada pencabarnya.
Bagaimanapun jurulatih dari Portugal itu tetap tidak berpuas hati terhadap prestasi anak buahnya yang dikatakan gagal menjaringkan lebih dari satu gol.
"Kami terlepas banyak peluang, tetapi kami masih meraih tiga mata, saya tahu, kami masih yang terbaik dalam kumpulan.
"Sekarang kami dibawah kawalan dalam menentukan nasib. Selepas ini kami akan melalui dua perlawanan termasuk menentang Maribor. Jika dapat empat mata, ia akan menjadi 10 mata terkumpul, oleh itu kami hanya perlu memberi fokus untuk menang dengan Maribor. "Berdasarkan peluang kali ini, kami sepatutnya menang dengan jaringan 4-0 atau 5-0 tetapi kami gagal menjadikan peluang itu sebagai jaringan," kata Mourinho. Diego Costa, Gary Cahill, Andre Schurrle, Oscar dan pemain pertukaran Mohamed Salah antara mereka yang dimaksudkan oleh Mourinho kerana melepaskan peluang yang sepatutnya untuk menghasilkan gol untuk Chelsea.- mstar online

MUI Nafi Laporan Penjualan Corus Hotel Hyde Park
Corus Hotel Hyde Park
KUALA LUMPUR: Malayan United Industries Bhd (MUI) menafikan laporan berita bahawa syarikat itu merancang menjual Corus Hotel Hyde Park. Syarikat itu juga menafikan pelantikan Debutesq Group, sebuah firma hartanah, untuk urusan penjualan harta tanah tersebut. MUI menjelaskan perkara itu melalui makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berikutan terbitnya artikel berjudul "Yu Picks Up Shares In MUI" dua hari lepas. "Pada pandangan syarikat, kandungan artikel tersebut bersifat spekulatif dan menasihatkan para pemegang saham supaya tidak bergantung kepada maklumat tersebut," kata MUI- mstar online

Maybank Diberi Lesen Perbankan Asing Di Myanmar
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) diberikan lesen perbankan untuk membuka pejabat cawangan di Myanmar, menjadikan satu-satunya bank Malaysia diberikan lesen perbankan asing di negara itu.
Lesen itu akan memudahkan Maybank untuk menyertai perkhidmatan yang sebelum ini disekat di Myanmar, termasuk menyediakan pinjaman kepada syarikat asing dan bank-bank tempatan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, lesen itu akan terus membantu mengukuhkan kedudukan serantau kumpulan, selain keupayaannya untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan lancar di seluruh Asean.
"Di masa depan, kami berharap untuk memudahkan perdagangan merentasi sempadan yang lebih baik antara Myanmar dan pasaran teras kami, serta, sub rantau Sungai Mekong besar, terutamanya di Yunnan selepas pembukaan cawangan ketiga kami di China, di Kunming.
"Sejajar dengan misi kami memasukkan unsur kemanusiaan dalam perkhidmatan kewangan, kami turut berharap dapat membentuk sektor kewangan Myanmar, dan memperkasa komuniti Myanmar untuk memacu pertumbuhan sosio ekonomi," katanya.
Maybank, bank keempat terbesar di Asean dari segi aset, membuka pejabatnya di Yangon pada 1994, menyediakan perkhidmatan perhubungan dan khidmat nasihat.
Selama lebih 20 tahun, Maybank telah mewujudkan hubungan perbankan dengan bank-bank tempatan dan menyokong Myanmar dalam pembinaan infrastruktur dengan memanfaatkan kedudukan serantaunya dan pengukuhan pembiayaan projek.
Di masa depan, Maybank berkata, ia yakin mengenai prospek ekonomi Myanmar dan akan mengambil pelbagai langkah untuk mendalami kerjasama dengan negara itu.
"Maybank akan memanfaatkan pengukuhan aset serantau dan keupayaannya untuk membantu meningkatkan pertumbuhan Myanmar di rantau ini," katanya.- mstar online
TOP
Rakyat Mahu Harga Rumah Dikawal - iProperty
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berharap kerajaan akan memperkenalkan langkah-langkah pengawalan harga rumah yang lebih baik, sistem pengangkutan awam lebih cekap serta lebih banyak skim perumahan kos rendah dan mampu milik dalam Bajet 2015, demikian penemuan kajian dalam talian oleh peneraju portal hartanah Malaysia, iProperty.com.
iProperty berkata ini bukan suatu yang memeranjatkan kerana respondens berpandangan paras harga hartanah sekarang sangat mahal dan tidak mampu dibeli.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty, Georg Chmiel berkata kenaikan harga hartanah, peraturan pinjaman perumahan lebih ketat oleh bank, ditambah lagi dengan pemansuhan Skim Pemaju Tanggung Faedah, semakin menyukarkan pembeli, terutama pembeli rumah pertama, untuk memiliki hartanah.
"Justeru, tidak memeranjatkan apabila rakyat Malaysia menggesa kerajaan memperhebat usaha mereka membina lebih banyak perumahan mampu milik di lokasi strategik selain sistem pengangkutan lebih baik dalam Bajet 2015," kata Chmiel dalam kenyataan.
Beliau berkata dengan mengambil kira populasi dan tenaga kerja Malaysia yang agak muda, pertambahan perbandaran serta kecenderungan memiliki kediaman, wujud permintaan tinggi untuk hartanah kediaman di pusat-pusat bandar utama yang berharga bawah RM500,000.
Katanya dengan permintaan sebegitu tinggi, kerajaan seharusnya meneliti untuk memberi lebih banyak insentif kepada pemaju membina hartanah dalam bajet kali ini sekali gus membantu menampung permintaan pembeli hartanah.- mstar online
TOP
Bajet 2015: Sektor Pembinaan Harap Kerajaan Turunkan Cukai
Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim
KUALA LUMPUR: Industri pembinaan berharap kerajaan akan menurunkan kadar cukai import bagi peralatan dalam Bajet 2015 bagi meningkatkan produktiviti dalam kalangan syarikat. Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim berkata penggunaan jentera akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh. "CIDB sedang bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk membuat cadangan-cadangan bagi meningkatkan produktiviti syarikat-syarikat. "Cukai import peralatan dan jentera sekarang setinggi 20 hingga 25 peratus dan idealnya kadar itu diturunkan kepada lima peratus," katanya. Industri pembinaan melaporkan pertumbuhan paling kukuh dalam semua sektor bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini pada 14.3 peratus. Kerajaan menjangka momentum itu akan berterusan dalam separuh kedua dan tahun depan, didorong oleh projek yang diluluskan kerajaan serta pelaburan berpotensi daripada sektor swasta. Presiden Master Builders Association Malaysia (MBAM), Matthew Tee berkata pengurangan duti import akan meningkatkan produktiviti dan menggalakkan peserta industri melabur dalam jentera dan peralatan berkapasiti tinggi. "Ada perkara-perkara tertentu yang kami minta daripada kerajaan sejak 2006 seperti pengurangan duti import terhadap jentera berat yang tinggi berbanding negara-negara Asia lain. "MBAM hanya meminta pengurangan cukai bagi jentera yang tidak dikeluarkan dalam Malaysia," katanya. Beliau berkata di sesetengah negara Asia, cukai adalah antara lima dan sifar peratus. Katanya langkah itu tidak akan menjejaskan pendapatan kerajaan kerana pengurangan duti import tersebut akan menggalakkan peserta industri membeli lebih banyak jentera. Dari segi sektor hartanah, pakar ekonomi AllianceDBS Research, Manokaran Mottain berharap kerajaan akan mengumumkan langkah sekatan kredit susulan bagi mengawal harga hartanah yang tinggi berikutan peningkatan keberhutangan isi rumah. "Walaupun indeks harga perumahan tumbuh sederhana sehingga lapan peratus dalam suku pertama tahun ini daripada 11 peratus pada 2013, kemampuan untuk membeli rumah kediaman terutama bagi pembeli rumah pertama, suatu perkara yang membimbangkan kerajaan," katanya. Beliau menjangka Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia menyasarkan pembeli rumah pertama dan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta untuk perumahan mampu milik diteruskan dalam Bajet 2015. Memandangkan insentif pengecualian duti setem sebanyak 50 peratus bagi pembeli rumah pertama sehingga RM400,000 akan tamat pada akhir 2014, Mottain berharap kerajaan akan melanjutkan insentif itu seiring dengan pelbagai langkah perumahan mampu milik yang dilaksana.- mstar online

Saya Tidak Salahkan Anak-Anak - Shalwati
Ketibaa Shalwati Norshal (dua, kanan) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baru, pada Rabu disambut mesra oleh anak-anaknya, Aisyah, 15, Ammar, 12, Adam, 11, dan Ariff. -Foto BERNAMA.
KOTA BAHARU: Shalwati Norshal yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg, Frovi di Sweden pada Isnin lepas setelah menjalani hukuman penjara 14 bulan, berkata beliau tidak menyalahkan anak-anaknya atas apa yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suratan takdir. "Semua perkara yang terjadi ada hikmahnya dan saya tidak salahkan anak-anak. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa malam Rabu. Ketibaan Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalludin dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 7.40 malam disambut empat anak mereka iaitu Aishah, 15, Ammar, 13, Adam, 12, dan Arif, 8, serta anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur sedih. Keempat-empat anak pasangan terbabit turut memegang kad ucapan yang tertera 'Welcome Home Mummy' serta membawa jambangan bunga bagi menyambut ketibaan ibu tercinta. Sebaik melihat mereka, Shalwati meluru ke arah anaknya itu lalu memeluk mereka dan suasana gembira bercampur hiba itu turut dirasai orang ramai yang berada di sekitar balai ketibaan. Aishah, anak sulung pasangan suami isteri itu, berkata pertemuan semula dengan ibunya merupakan saat paling menggembirakan dalam hidupnya. "Syukur mummy selamat tiba dan ia adalah saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya," katanya. Aishah berkata semua anggota keluarganya bersyukur dan gembira apabila dapat menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini bersama kedua-dua orang tua mereka. Terdahulu, Shalwati, 46, tiba di KLIA kira-kira 1.41 tengah hari dari Sweden selepas transit di Dubai dengan menaiki pesawat Emirates EK 0408 ditemani kakaknya Noor Azila Makhzan, 52. Sebelum ini, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem, 38, yang juga Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden, bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan mengasari anak-anak mereka, Aisyah, Ammar, Adam, dan Arif.- mstar online

Marwan Dipercayai Rekrut Rakyat Filipina Sertai IS - Manila Times
Marwan.
PETALING JAYA: Militan rakyat Malaysia, Zulkifli Abdul Hir atau lebih dikenali sebagai Marwan dilaporkan merekrut umat Islam Filipina di Pulau Mindanao, selatan negara itu untuk menyertai Negara Islam (IS). Manila Times melaporkan pegawai risikan Polis Negara Filipina (PNP) dipetik sebagai berkata, ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) mengesahkan Marwan yang juga pakar pembuat bom merupakan salah seorang daripada empat militan yang menjalankan usaha merekrut di sana. Marwan, yang mempunyai wang simpanan sebanyak US$5 juta (RM16.37 juta), dan kumpulannya dilaporkan mensasarkan golongan muda Islam Filipina untuk menjalani latihan di Iraq dan Syria sebelum membawa mereka pulang ke Filipina untuk menyebarkan ideologi IS. Manila Times memetik sumbernya yang enggan dikenali, bahawa nama anggota JI yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru, ialah Quaim, Mawiya dan Abu Saad. Sumber tersebut mendakwa tiga individu berkenaan dipercayai bersembunyi di satu lokasi yang tidak diketahui di Mindanao. Mereka turut serta bersama seorang lagi individu yang bertindak sebagai ketua yang merekrut ahli baharu dan suspek itu dikenali sebagai Abdurahman yang berasal dari Arab Saudi. Laporan mengenai aktiviti kumpulan Marwan bertepatan dengan laporan sebelum ini yang mendedahkan IS telah menyusup masuk ke beberapa lokasi di selatan Filipina. Sumber tersebut berkata, kumpulan militan tersebut akan memberikan syarahan kepada ahli baharu yang direkrut, sementara yang lain direkrut melalui Internet. Menurut laporan itu, seorang remaja berusia 14 tahun mendakwa dirinya telah direkrut oleh Ketua JI, Abdul Basit Usman, yang beroperasi di Basilan, sebuah wilayah autonomi di utara Mindanao. Remaja berkenaan dan beberapa ahli rekrut yang lain telah menyatakan ikrar taat setia mereka kepada IS, dan mereka telah dilatih untuk berperang atas nama jihad bagi menentang musuh Islam.- mstar online

Nama Terpanjang, Popular Dalam Rekod JPN
Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah nama terpanjang dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.
PUTRAJAYA: Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 'Ahmad', 'Alex' dan 'Ravi' pula adalah antara nama paling popular rakyat Malaysia yang didaftarkan JPN. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Sulaiman Keling berkata nama 'Ahmad' yang direkodkan ialah sejumlah 63,049 orang, diikuti 'Alex' 16,992 orang dan 'Ravi' 10,866 orang. "Nama-nama berkenaan paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini," katanya ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Jabatan Pendaftaran Negara di sini hari ini. Jelas Sulaiman, 1 Oktober diisytiharkan sebagai Hari Pendaftaran Negara sempena tarikh pengeluaran kad pengenalan pertama negara yang juga dikenali sebagai kad beras. "Kad beras dikeluarkan kepada orang awam secara sistematik dan teratur mulai 1 Oktober 1948 dengan kad yang pertama bernombor siri 0000001 dikeluarkan kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Negara. "Kad beras pada mulanya dikeluarkan sebagai pengenalan identiti di samping bertindak sebagai satu daripada langkah untuk membendung anasir komunis di tanah air," katanya. Jelas Sulaiman, warga JPN melihat pemilihan 1 Oktober sebagai Hari Pendaftaran Negara sebagai bertepatan dan sesuai dengan peranan JPN sebagai satu-satunya organisasi di Malaysia yang menguruskan dokumen rekod pengenalan diri bermula dari awal kelahiran hinggalah rekod selepas kematian. Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang merasmikan majlis itu berkata berdasarkan Laporan Perbelanjaan JP Ndalam tempoh tiga tahun, sejumlah RM1.13 bilion telah dibelanjakan merangkumi tanggungan pengeluaran MyKad. Beliau berkata kerajaan memperuntukkan lebih RM46 juta untuk projek percetakan teragih MyKad di 43 pejabat cawangan terpilih. "Dengan bertambah pusat percetakan teragih, urusan permohonan dan pengeluaran kad (MyKad) dapat dipercepatkan," katanya.- mstar online

Banjir Kilat Melanda Ibu Kota
Kenderaan ditenggelami banjir kilat di Jalan Kia Peng. Gambar ihsan pembaca mStar Online
PETALING JAYA: Ibu negara dilandar banjir kilat lagi berikutan hujan lebat beberapa jam lalu hingga mengakibatkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur. Malahan, ada kenderaan yang ditenggelami air di kawasan letak kereta pejabat dan bangunan komersil. Kebanyakan kenderaan membabitkan warga kota yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sama ada sektor swasta atau awam. Antara kawasan yang terbabit adalah Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Jalan Ampang, Bukit Bintang dan Jalan Tun Ismail yang semuanya di ibu kota. Pihak berkuasa juga bergegas ke kawasan terbabit untuk mengawal laluan trafik bagi mengurangkan beban pengguna jalan raya di waktu puncak. Kejadian sama turut berlaku di sekitar Kajang, manakala sebelum ini faktor cuaca dan juga masalah perparitan juga mengakibatkan kawasan Shah Alam dinaiki air selepas hujan.- mstar online

Ras Adiba Di ICU Akibat Demam Panas
Ras Adiba - Foto Utusan Malaysia
PETALING JAYA: Personaliti Ras Adiba Radzi, 46, dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU), di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat demam panas. Salah seorang ahli keluarganya berkata, bekas pengacara TV3 itu mengalami demam dan segera di hantar bagi mendapatkan rawatan pada Selasa. “Keadaannya sangat lemah tetapi ia stabil. Saya berharap agar kita dapat doakan kesihatannya,” ujar ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya. Individu berkenaan juga meminta agar nama lokasi tempat rawatannya juga dirahsiakan untuk mengelak gangguan daripada orang ramai kerana wanita berkenaan perlu diberi ruang untuk berehat sepenuhnya. Ras yang terkenal sebagai pembaca berita sukan Buletin Utama telah bernikah dengan penasihat kewangan iaitu Ilias Yaakop, 46, pada 28 Julai 2013.- mstar online

Tiga Lagi Pegawai Kastam Akan Didakwa - SPRM
Shukri Abdull.
KUALA LUMPUR: Tiga lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan didakwa berhubung kes rasuah dalam melepaskan barangan seludup yang tidak diisytihar cukai di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang (PKFZ). Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata tiga pegawai yang akan didakwa itu adalah antara 30 pegawai yang disyaki terlibat dalam skandal rasuah berkenaan. Katanya, seorang daripada pegawai itu turut berdepan dakwaan kes penyalahgunaan dadah mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Bagaimanapun, pendakwaan hanya akan dilakukan apabila dua daripada pegawai itu kembali sihat setelah mengalami demam denggi," katanya ketika dihubungi Bernama. Sejumlah 30 pegawai kanan dan anggota JKDM ditahan sejak 2 Sept lepas dalam operasi khas SPRM berhubung aktiviti rasuah membabitkan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam membabitkan kerugian RM4 bilion kepada negara. Daripada jumlah itu, 25 orang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat. Penahanan semua individu itu hasil pemantauan lebih setahun di kawasan PKFZ.- mstar online

MAS Lancar Baju-T #FLYINGHIGH Sempena Ulang Tahun Ke-42
SHAH ALAM – Malaysia Airlines (MAS) dengan kerjasama jenama pakaian tempatan Abstrax Jingga, melancarkan baju-t #FLYINGHIGH sempena ulang tahun ke-42 syarikat penerbangan negara itu, hari ini.
Naib Presiden Kanan Komunikasi strategik MAS Datuk Najmuddin Abdullah berkata kerjasama itu adalah bahagian daripada siri kedua kempen media sosial #STAYSTRONG, #FLYINGHIGH yang mendapat banyak sambutan dalam kalangan rakyat di seluruh dunia.
“Kami terharu dengan sokongan yang kita terima seluruh dunia dan ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua anda yang telah bersama kami sepanjang tempoh dugaan ini.
“Kami telah melalui perjalanan yang jauh sejak 1972 dalam menyampaikan ‘Hospitaliti Rakyat Malaysia’ melalui rangkaian kami dan telah menerbangkan jutaan rakyat Malaysia ke tanah air dan ke luar negara melalui kerjasama ini; kami berharap mendapat sokongan lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus memartabatkan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini.
Sementara itu, pengasas bersama Abstrax Jingga, Dr Faiz Izwan Anuar berkata, baju-T itu direka secara eksklusif dan dihasilkan dengan tujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia, membuatkan mereka bangga dengan negara ini serta terus mempertahankan negara.
“Menjelang akhir tahun ini, kami menyasar untuk menjual antara 5,000 hingga 10,000 baju-T #FLYINGHIGH kepada pelanggan kami.
“Kami telah menerima banyak tempahan daripada pelanggan tempatan dan dari negara seperti Singapura, Brunei Darussalam dan Mesir,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kerja Menakung Air Di Empangan Puah Bermula Hari Ini
HULU TERENGGANU – Kerja menakung air di Tasik Puah yang merupakan satu daripada komponen utama Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu berjaya dilakukan 48 hari lebih awal dari jadual asal iaitu pada 18 Nov ini.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ini menunjukkan prestasi kerja yang baik oleh Tenaga Nasional Berhad, pihak konsultan dan kontraktor.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran permulaan penakungan air Tasik Puah, Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di sini hari ini, yang turut dihadiri Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.
Mahdzir berkata projek itu yang bermula Januari 2010, terdiri daripada Empangan Puah dan Empangan Tembat yang masing-masing mampu menjana tenaga elektrik 250 MW dan 15 MW dengan membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM2 bilion.
Katanya Empangan Puah berkeluasan 6,979 hektar dijangka dapat dikomersialkan pada Oktober 2015 manakala Empangan Tembat seluas 218 hektar dijangka siap sepenuhnya pada April 2016.
Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di Empangan Puah dijangka mampu membekalkan kuasa sebanyak 250 MW dan ujian ke atas dua turbin itu dijangka dapat dilakukan pada Julai 2015.
Beliau berkata empangan itu bukan sahaja bagi membekalkan tenaga elektrik kepada Terengganu, tetapi turut disalurkan kepada rangkaian grid nasional yang akan diagihkan kepada semua negeri di Semenanjung Malaysia.
Selain itu Mahdzir berkata empangan berkenaan juga mampu mengawal air banjir pada musim tengkujuh.
“Ini kerana ia mempunyai tiga peringkat iaitu yang paling atas Empangan Tembat, turun ke bawah Empangan Puah dan seterusnya ke Empangan Kenyir sebelum air mengalir ke sungai Terengganu,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bebola Rambut Ditemui Dalam Perut Remaja
Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.
Perkara tersebut terjadi adalah susulan daripada tabiat pelik dan menjijikkan wanita tersebut yang mana suka mengutip rabut yang gugur dijumpainya diatas permaidani sebelum mengunyah dan menelannya.
Keadaan itu berlarutan selama bertahun-tahun hinggakan dia mengalami penghidratan yang teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.
Menurut doktor yang merawatnya,Bahadir Bebezov, ibu bapanya membawa remaja itu ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan dan tidak boleh menelan makanan.
Dia akan mengalami kesakitan yang amat sangat meskipun hanya minum air.
“Ketika dia tiba di hospital, Ayperi langsung tidak boleh minum air dan dari situ kami sedar dia perlu dibedah selepas pembedahan dijalankan.
“Perutnya membengkak dan sebaik sahaja kami memotong perutnya, bebola rambut itu terus keluar,” katanya.
Selain tabiat pelik menelan rambut itu, Ayperi sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang remaja yang normal.
Dia kini sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan dan berjanji tidak akan menelan serta mengunyah rambut lagi selepas ini.
Dalam pada itu, doktor memaklumkan rekod perubatan sebelum ini menunjukkan tidak ada bebola rambut sebesar itu ditemui dalam tempoh 50 tahun.
TOP
Memualkan, Jahit I Love You Pada Badan Anjing
Poland: “I Love You”, itulah perkataan yang dijahit di badan seekor anjing oleh seorang pelajar universiti yang berjurusan veterinar bagi membuktikan cintanya terhadap teman wanitanya.
Kemudiannya pelajar tersebut memuatnaikkan gambar tersebut di laman Facebooknya. Dia yang merupakan pelajar tahun empat di University of Warmia and Mazury di bandar Olsztyn, dipercayai berbuat demikian ketika pembedahan dijalankan ke atas anjing tersebut.
Bagaimanapun dia telah menerima hentaman yang hebat oleh rakan-rakannya setelah melihat gambar tersebut dan mengecam perbuatannya yang kejam itu.
Namun kekasihnya itu ternyata tertawan dengan tindakan lelaki tersebut lalu bertindak memarahi kawan-kawan yang mengkritik tindakan kekasihnya itu.
“Apa yang tidak beretikanya? Dia belajar untuk menjahit dan hanya menunjukkan kemahirannya,’’ demikian tulisan marah teman wanitanya terhadap mereka yang mempersoalkan tindakan tidak beretika lelaki itu.
Dalam pada itu, pihak universiti kini sedang menjalankan siasatan penuh terhadap insiden berkenaan.
“Menyatakan rasa cinta bukan sesuatu yang salah namun menjahit perkataan itu pada perut binatang adalah perbuatan tidak bermoral dan bukan profesionak terutama kepada pelajar veterinar,’’ kata jurucakap universiti terbabit.
TOP
Godam ATM: Polis Pantau Warga Latin
KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu memantau kehadiran warga Amerika Latin ke negeri ini sebagai langkah mengelak sindiket menggodam mesin teler automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini daripada merebak ke Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata walaupun tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden itu di negeri ini namun pihaknya mengambil pendekatan awal sebagai langkah pencegahan.
“Kita telah meminta seluruh daerah di negeri ini mempertingkatkan pemantauan di lokasi yang terdapat mesin ATM selain memantau kemasukan warga negara Latin ke negeri ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan sepuluh lagi mesin ATM diserang penggodam bagi mencuri wang daripada bank menjadikan keseluruhan 16 ATM digodam di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur dalam tempoh 72 jam. – BERNAMA
TOP
Agihan Pendapatan Tidak Seimbang Galak Budaya Rasuah
KUALA LUMPUR – Agihan pendapatan tidak seimbang dan jurangnya yang besar akan mewujudkan persekitaran yang boleh menggalakkan budaya ‘petty corruption’ (rasuah kecil).
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, data laporan Model Ekonomi Baru menunjukkan 80 peratus isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan, 40 peratus daripadanya kurang RM2,000 sebulan manakala 78.6 peratus penyimpan KWSP berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Menurut baginda, data agihan itu sangat membimbangkan dalam usaha Malaysia mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan per kapita RM48,000 pada 2020.
“Apakah opsyen yang ada di kalangan pegawai (sektor) awam mahupun swasta jika gaji tidak dapat menampung perbelanjaan hidup harian? Majoriti yang berada dalam kategori ini, sebenarnya, tidak mahu melakukan rasuah.
“Inilah hakikat senario semasa dalam negara ini. Bilangan dalam kategori ini akan bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat,” titah baginda.
Sultan menitahkan demikian pada Majlis Raja Di Hati Rakyat sempena Ulang Tahun Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) / Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-47 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur di sini, Rabu.
Menurut baginda, pelaku rasuah terbahagi kepada dua kategori iaitu kumpulan terdesak yang terpaksa melakukannya kerana kesempitan hidup, ketidakupayaan mengimbangkan gaji untuk membiayai keperluan asas harian.
Titah baginda bahawa pelaku rasuah kategori kedua terdiri daripada kalangan yang bersifat tamak iaitu kumpulan atasan, berjawatan penting dan mengamalkan gaya hidup mewah.
Sehubungan itu, Sultan menitahkan bahawa usaha memerangi rasuah wajib diberikan fokus kepada dua aspek.
“Aspek pertama ialah langkah punitif yang tegas dan tidak selektif, dilaksanakan tanpa gentar tanpa pilih kasih,” titah baginda.
“Aspek kedua pula adalah langkah preventif untuk mengukuhkan integriti. Tegas dan tidak selektif adalah dua kata kunci penting yang wajib dijadikan prinsip,” titah baginda. - mStar Online
TOP
Kepimpinan Bertenaga Perlu Untuk Maju, Kata Zeti
KUALA LUMPUR – Kepimpinan yang bertenaga tinggi dan berkekalan merupakan suatu keperluan yang sangat penting untuk masa hadapan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Beliau berkata syarat itu kini menjadi lebih penting dalam persekitaran semasa dan akan datang berikutan persekitaran ekonomi dan kewangan global yang telah berubah sejak dua dekad lepas yang menjadi saling berkaitan, kompleks dan kompetitif.
Beliau berkata dunia juga menjadi semakin tidak stabil dan tidak boleh diramalkan, dengan kejutan dan krisis berterusan yang memerlukan pemimpin memiliki pengurusan yang berkesan.
“Cabaran ini merentas perbadanan, negara dan industri, institusi dan bidang kuasa,” katanya pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Tenaga Asia Pusat Antarabangsa bagi Kepimpinan dan Kewangan (ICLIF) 2014 di sini hari ini.
Beliau berkata untuk kelangsungan hidup dan berjaya, cabaran ini menuntut generasi baharu kepimpinan yang berfikiran ke hadapan dan mampu merapatkan
pasukan, organisasi dan negara ke kejayaan baharu, masa depan baharu dan berkeupayaan untuk mengekalkan prestasi walaupun dalam persekitaran yang sangat mencabar. – BERNAMA
TOP
Bekas Ketua Balai IPD Bera Ditahan Curi Barang Kes
KUANTAN – Bekas Ketua Balai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bera bersama empat lelaki ditahan polis malam tadi kerana mencuri barang kes yang diletakkan di luar stor barang kes IPD itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad, berkata kesemua suspek berusia antara 24 hingga 59 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam tadi semasa sedang memunggah dan memasukkan barang-barang kes yang hendak dilupuskan itu ke dalam sebuah lori jenis Isuzu.
“Suspek memunggah barang-barang kes yang hendak dilupuskan itu tanpa kebenaran mana-mana pihak dan polis telah menahan lori itu di hadapan pintu pagar IPD Bera sebelum menangkap mereka berlima,” katanya kepada hari ini.
Beliau berkata, selain itu polis berjaya merampas semula barang-barang kes iaitu 63 unit pelbagai jenis monitor komputer, 310 Unit Pemprosesan Pusat dan sebuah kereta jenis Toyota Camry dipercayai digunakan suspek.
Katanya, kelima-lima suspek itu kini ditahan di IPD Bera untuk siasatan lanjut dan tindakan pendakwaan. – BERNAMA
TOP
PPM Sabah Tahan 3 Warga Asing Seludup Petrol Bersubsidi
SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan tiga lelaki warga asing dan merampas petrol bersubsidi sebanyak 525 liter bernilai RM1,627.50 untuk diseludup ke negara jiran di laut utara Pulau Mataking, semalam.
Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata anggota PPM yang melaksanakan Op Taring di kawasan pulau itu terserempak dengan sebuah bot pam yang mencurigakan pada kira-kira 3.30 petang.
“Setelah melakukan pemeriksaan, anggota PPM menemui 21 tong plastik yang berisi 525 liter minyak petrol bersubsidi di dalam bot itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohamad berkata ketiga-tiga lelaki yang berumur dalam lingkungan 20 dan 30 tahun itu ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Beliau berkata pihaknya akan memerangi aktiviti penyeludupan itu dan tidak akan membiarkan kegiatan seumpama itu berleluasa di negeri ini kerana merugikan negara.
Operasi itu sebelum ini turut menahan dua lelaki warga asing pada Ahad lepas dan merampas 1,100 liter minyak petrol bersubsidi untuk diseludup ke Filipina. – BERNAMA
TOP
Pembedahan Jantung Ayah Punca Anuar Zain Bantu IJN
KUALA LUMPUR – Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pengalaman yang dilalui ketika pembedahan jantung yang dilakukan oleh bapanya Zain Abdullah, 76, di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira 10 tahun lalu menjadi salah satu punca dia setuju untuk membantu kutipan dana majlis makan malam di The Majestic Hotel, di sini, pada 5 Disember depan.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika berada dalam situasi getir itu dan apa yang dirasai oleh ahli keluarga pesakit jantung yang sentiasa berhadapan dengan sebarang kemungkinan adalah antara hidup dan mati.
“Saya rasa dekat dengan IJN kerana bapa saya pernah melakukan pembedahan di sini 10 tahun lalu, ketika itu perasaan susah hati dan memang sukar untuk digambarkan apabila kita sentiada reda apa juga kemungkinan yang akan terjadi selepas pembedahan itu.
“Alhamdulillah, bapa saya selamat melakukan pembedahan tersebut dan sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di IJN, saya juga selalu datang sini untuk menghantar bapa saya mendapatkan rawatan susulan.” ujarnya kepada mStar Online, pada Selasa.
Anuar berkata demikian pada sidang media majlis makan malam amal bersama Anuar Zain yang diadakan di Auditorium, Institut Jantung Negara, di sini, Selasa.
Majlis makan malam tersebut bertujuan mengutip dana bagi mewujudkan sebuah kumpulan sokongan Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN.
Pada majlis tersebut, Anuar berkesempatan membuat lawatan dan menziarahi kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.
Sementara itu, Anuar berharap majlis amal berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesakit dan keluarga mereka.
“Saya harap dengan majlis makan malam ini sedikit sebanyak ada pihak yang akan tampil beri sumbangan dan membantu IJN dalam mengutip dana yang mereka perlukan.
“Saya juga berharap agar rakan-rakan artis lain yang mempunyai waktu terluang agar datang ke IJN untuk melawat pesakit-pesakit ini. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka,” ujarnya.
Dia juga akan menyanyikan lebih 12 buah lagu sepanjang sejam persembahan berlangsung pada majlis itu.
Sementara itu, Pakar Klinikal Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital, Dr Marshisham Che Mood berkata, pemilihan Anuar Zain adalah berikutan artis itu merupakan ikon kasih sayang.
Katanya, penyanyi itu bukan sahaja disayangi oleh golongan kanak-kanak, malah semula lapisan masyarakat.
“Kita nampak Anuar Zain seorang yang penyayang dan dia adalah ikon kasih sayang, semua golongan masyarakat suka dengan karekter dia.
“Kutipan ini adalah untuk dana kumpulan sokongan yang mana untuk membantu dan memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga sepanjang proses perawatan yang dilakukan mereka,” ujarnya.
Turut hadir pada majlis sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Intitut Jantung Negara, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub dan Ketua Jabatan, Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital, Dr Hasri Samion.
Tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03 92228811 atau melayari www.ticketcharge.com.my
Manakala pembelian meja korporat boleh dibuat terus melalui talian 03 26178430/8317/8465 (Aziee Jais). – mStar Online
TOP
Tulang Dipercayai Milik Manusia Ditemui Dalam Hutan
BUKIT MERTAJAM – Beberapa ketulan tulang dipercayai milik manusia ditemui di kawasan hutan di Kampung Datuk Keramat, Juru di sini awal hari ini.
Sumber polis berkata ketulan tulang dipercayai jari tangan dan jari kaki dengan kesan terbakar itu ditemui dalam kawasan hutan berkenaan kira-kira pukul 1 pagi.
“Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari kediaman sepasang suami isteri selepas menerima laporan daripada anggota keluarga mereka yang mendakwa wanita berkenaan (isteri) telah dibunuh.
“Menurut anggota keluarga itu, mereka ke rumah pasangan itu pagi semalam tetapi tidak dibenarkan masuk dan hanya suami wanita berkenaan kelihatan dalam keadaan mencurigakan,” katanya di sini Rabu.
Beliau berkata lelaki itu kemudian dilapor meninggalkan rumahnya tanpa berkata apa-apa kepada anggota keluarga itu walaupun berulang kali ditanya mengenai isterinya.
Menurut sumber itu, anggota keluarga berkenaan bertindak masuk ke dalam rumah untuk memeriksa dan mendapati kesan darah di beberapa bahagian di rumah itu.
Beliau berkata sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan turut menemui kesan darah itu dan hasil pemeriksaan lanjut di kawasan hutan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan, polis menemui beberapa ketulan tulang.
“Berdasarkan pemeriksaan, polis tidak menolak kemungkinan tulang yang ditemui itu mempunyai kesan bakar,” katanya.
Beliau berkata operasi mencari oleh polis diteruskan pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada tulang yang ditemui itu adalah milik manusia.
“Kami perlu menunggu keputusan daripada forensik,” katanya yang enggan mengulas lanjut. – BERNAMA
TOP
Puteri Sarah: Syamsul Bukan Suami Baran
USIA perkahwinannya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof baru mencecah usia enam bulan.
Namun, jelas terpancar seri kebahagiaan di wajah bekas pelakon yang juga bekas model sambilan ini ketika bertemunya di majlis pelancaran buku Variasi Stail Hijab di Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini. Mengakui usia perkahwinan bukan penentu kebahagiaan rumah tangga, empunya nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini memberitahu, dia bersyukur mempunyai suami seperti Syamsul. Katanya, meskipun orang melihat Syamsul seorang yang tegas dan baran, namun ia hanya sewaktu dia bekerja sahaja. “Dia tegas bila perlu, dia bukan jenis yang tiba-tiba nak marah. Tetapi jika berkaitan dengan kerja, dia memang serius,” katanya. Jelas Puteri Sarah, Syamsul juga sangat menitik beratkan penampilan dan tata tertibnya sebagai seorang isteri. “Dia memang menjaga keperibadian saya, apa sahaja yang saya lakukan perlu mendapat persetujuan dan baik di matanya ,” akuinya mereka hanya bercinta selepas nikah. Berbicara mengenai keguguran yang dialami Ramadan lalu, jelasnya, dia sentiasa positif terhadap perkara itu. “Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan mengandung lagi. Lagipun perkara ini bukan saya sahaja yang menghadapinya,” katanya tidak mengehadkan berapa ramai anak yang dianugerahkan kepadanya dan Syamsul.
Tinggal lakonan demi rumah tangga
Keputusan meninggalkan dunia lakonan bukanlah sesuatu yang berat bagi pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie ini. Akui Puteri Sarah, ketika mengambil keputusan tersebut, dia sebenarnya berasa sangat lega kerana kehidupannya kini jauh lebih baik. “Saya bukanlah graduan dalam bidang seni atau mana-mana bidang berkaitan, kerana itu saya tidak berasa rugi meninggalkan dunia lakonan. “Apabila menyatakan hasrat untuk berhenti berlakon, suami adalah orang yang paling gembira. Malah dia menyokong sepenuhnya keputusan saya,” ujar wanita berusia 28 tahun ini. Tambahnya, berhenti berlakon juga merupakan peluang untuk dia meluangkan masa yang ada kepada suami dan keluarga. “Syamsul seorang yang gila kerja, bayangkan jika saya masih berlakon, jadual yang tidak menentu pasti mendatangkan masalah kepada rumah tangga kami. “Sekurang-kurangnya kini, selepas waktu bekerja, saya akan pulang ke rumah dan menunggu suami sahaja,” katanya kini bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah butik di Kuala Lumpur. Menurut Puteri Sarah, kesibukannya dengan tugas baru juga antara faktor dia dengan mudahnya melupakan bidang lakonan. “Bekerja di butik membuka minda saya untuk menghasilkan rekaan sendiri. Impian ini juga turut disokong suami. “Dengan bantuannya, saya sudah mempunyai enam rekaan sendiri di bawah label Shara by Puteri Sarah. “Walaupun baru sahaja beroperasi secara online minggu lalu namun, sambutan diterima agak memberangsangkan, lagipun suami bertanggungjawab membantu mempromosikan rekaan saya ini,” katanya Syamsul adalah tulang belakang kepada perniagaan jubah Muslimah rekaannya itu. Tambahnya, rekaan yang dihasilkan juga mementingkan ciri-ciri seorang Muslimah. “Yang penting ia tidak melekap di badan. Saya juga menggunakan material yang sesuai untuk cuaca di Malaysia,” katanya jubah tersebut turut direka untuk ibu yang menyusukan anak. – Sinar Harian Online

Aliff Aziz Dedah Tidak Terlibat Curi Telefon Bimbit
PETALING JAYA – Penyanyi Aliff Aziz menafikan dia telah mencuri dua buah telefon bimbit namun mengakui ditahan pihak berkuasa Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Aliff, 22, memberitahu, ketika kejadian dia berada di tempat yang salah dan menjadi polisi biasa pihak berkuasa di Singapura untuk menahan semua suspek yang berada di lokasi serbuan bagi menjalankan siasatan.
“Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu.
“Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu,” katanya ketika menghubungi mStar Online di sini.
Akhbar Berita Harian Singapura pada Selasa melaporkan Aliff dikenakan denda sebanyak $2,000 dolar Singapura (RM5,138) pada Jumaat lalu atas kesalahan mencuri dua buah telefon bimbit dan boleh dipenjarakan selama 20 hari sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Menurut laporan itu lagi, Aliff melakukan kesalahan itu pada Mei lalu apabila dia dan seorang lagi rakannya dikatakan mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.
Aliff dilaporkan telah didakwa pada 16 Ogos lalu atas kesalahan tersebut.
Dalam pada itu, Aliff berkata, akibat kejadian itu pasport perjalanan antarabangsanya dirampas pihak berkuasa Singapura sejak tiga bulan lalu namun ia akan dikembalikan dalam masa seminggu lagi.
“Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.
“Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata, kejadian itu juga adalah antara sebab dia menghilangkan diri selama beberapa bulan kerana dia tidak dibenarkan meninggalkan negaranya selagi kes berkenaan tidak selesai.
Jelas Aliff, dalam tempoh itu juga dia banyak bermuhasabah diri tentang pelbagai perkara termasuk pergaulannya dengan rakan-rakan yang memberikan impak negatif kepadanya.
“Bukan saya ingin salahkan kawan-kawan dengan apa yang terjadi tetapi sudah tiba masanya saya menjauhi mereka yang mampu memberi impak negatif kepada saya.
“Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan,” jelasnya.
Aliff menjelaskan dia bakal kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidiladha untuk menyiapkan proses rakaman album terbaharunya yang kini dalam proses akhir.
“Sudah tiba masanya saya kembali fokuskan kepada kerjaya nyanyian tambahan pula album terbaharu akan keluar tidak lama lagi.
“Saya kini sudah bebas dan akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu lagi,” katanya. - mStar Online
TOP
Sekolah Agama ‘Hotel’ Pendatang Di Negeri Sembilan
Seremban – Satu unit dewan orang ramai dan bangunan sekolah agama yang tidak lagi digunakan di sebuah kampung di Labu, dekat sini, diubah suai pihak tertentu untuk dijadikan bilik sewaan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak enam bulan lalu dan sehingga kini puluhan PATI menginap di situ dengan membuat bayaran antara RM50 hingga RM100 sebulan.
Difahamkan, setiap bilik dibina dengan papan lapis dan boleh memuatkan dua orang pada satu-satu masa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 26 bilik.
Hasil perbualan bersama penduduk setempat, Harian Metro dimaklumkan pihak yang mendalangi kegiatan itu dikatakan meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa, dua premis itu menjadi sarang PATI bersembunyi mengelak dicekup pihak berkuasa. - myMetro Online
TOP
Pagar Masjid Dikatakan Mirip Lambang Israel
MARANG – Corak hiasan pada pagar Masjid Kampung Surau Haji Yaacob yang mampu memuatkan 500 jemaah, mendapat perhatian ramai apabila dikatakan mirip lambang bendera Israel.
Pengerusi JKKK Surau Haji Yaacob, Razak Ismail berkata, pihaknya pernah menyuarakan perkara sama kepada konsultan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Maidam. Namun katanya, pihak berkenaan memaklumkan corak pagar masjid itu tidak sama dengan lambang tersebut menyebabkan ia terus dikekalkan sehingga kini. “Bagaimanapun, bagi mengelak perkara ini terus diperkatakan, tambahan pula pengurusan kampung dan masjid tidak mahu perkara ini menjadi isu, kita mengambil keputusan untuk buang segi pada corak tersebut. “Kita akan umumkan pada solat Jumaat minggu ini, kita bukan sahaja akan buang corak pada pagar, malah mimbar masjid yang kelihatan sama dengan corak tersebut,” katanya ketika mengulas maklumat disampaikan sumber yang enggan dikenali menerusi SMS sebelum ini. Menurut sumber, lambang bintang pada pagar masjid itu mirip dengan lambang bendera Israel, justeru dia berharap pihak berkaitan khususnya pengurusan masjid dapat mengelak daripada menggunakan corak seumpama itu untuk menghiasi ruang masjid. Bagaimanapun, Razak menafikan pemilihan corak pada pagar dan mimbar masjid itu dipilih JKKK mahupun pengurusan masjid kerana urusan berkaitan kemudahan tersebut diserahkan JKR dilantik Maidam kepada mereka. Malah katanya, corak pada pagar dan mimbar masjid itu juga berbeza dengan lambang bendera Israel kerana corak tersebut mempunyai lapan segi, sedangkan lambang bendera Israel pula mempunyai enam segi. “JKKK tiada masalah untuk buang corak itu bagi mengelak syak wasangka. Kita akan buang atau menggantikannya dengan benda (corak) lain,” katanya yang turut memaklumkan masjid itu mula digunakan pada Aidilfitri tahun lalu. – Sinar Harian Online

Padah Pemandu Terkucil Di Manchester
Manchester – Seorang pemandu dalam kes langgar lari memberi alasan memandu melulu sehingga melanggar pejalan kaki menyebabkan mangsa koma kerana tidak tahan mahu membuang air besar.
Mahkamah diberitahu, Martyn Jones, 40, yang turut membawa anak lelakinya berusia empat tahun ketika kejadian dipenjara tiga tahun semalam selepas mengaku mengakibatkan kecederaan parah kepada pemandu teksi Tekie Yamani, 37, yang mengalami kerosakan otak, retak tulang rusuk dan hilang ingatan selepas kejadian berkenaan.
Mangsa juga koma tiga minggu akibat kejadian itu.
Saksi melihat mangsa tercampak ke udara sebelum jatuh 50 kaki dari tempat dia dilanggar.
Jones yang juga mempunyai 17 rekod kesalahan lampau turut terkincit ketika melarikan diri daripada dua anggota polis yang mengejarnya menggunakan van polis apabila melihatnya memandu melulu selepas keluar dari restoran McDonald’s berhampiran.
Jones memandu pada kelajuan 96 kilometer sejam dan dilihat memotong sebuah bas sebelum merempuh mangsa yang juga bapa tiga anak.
Dalam rayuan bagi meringankan hukumannya, peguam bela Katy Appleton berkata, Jones mengalami masalah membuang air besar malah terpaksa menggunakan beg kolostomi.
“Dia baru melawat anak perempuannya dan berada dalam keadaan emosi tidak stabil.
“Tambahan pula dia tidak mampu menahan daripada membuang air besar malah dia turut terkincit sejurus sebelum terlanggar mangsa,” katanya.
Ketika kejadian pada 18 Julai lalu, mangsa yang berasal dari Eritrea sedang berjalan ke kedai untuk membeli kad telefon.
Jones mendakwa dia tidak menyedari terlanggar mangsa sebaliknya menyangka ada orang memukul keretanya menggunakan batang besi.
Namun perbuatannya selepas itu menyangkal dakwaannya apabila membawa keretanya ke rumah seorang rakan yang diminta menyimpan kenderaan itu manakala cermin depan yang pecah turut ditutup.
Jones memandu dua kali ganda had kelajuan dibenarkan selain memandu secara melulu.
Saksi, pemandu bas John Hatton berkata dia tidak pernah melihat orang memandu seteruk Jones sepanjang hidupnya.
Rakaman CCTV turut menunjukkan detik Yamani dilanggar.
Dalam keputusannya Hakim Stuart Driver berkata kejadian itu berlaku kerana Jones sengaja memandu secara berbahaya dengan jarak yang agak jauh.
“Bukan saja pejalan kaki yang tidak berdosa menjadi mangsa, malah anak kamu yang masih kecil juga diletakkan dalam bahaya akibat perbuatan kamu,” kata Stuart. – Agensi
TOP
Ibu Bapa Kecewa Larangan Guna Keputusan Ramalan SPM
PETALING JAYA – Ibu bapa terus menyatakan rungutan terhadap langkah Kementerian Pelajaran untuk tidak membenarkan penggunaan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke program pra-universiti.
Malah mereka berharap supaya kementerian itu menimbang semula keputusan berkenaan.
Mempunyai anak kembar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah di Pulau Pinang tahun ini, Anthony Raj berkata beliau berharap anak-anaknya meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi melalui pengambilan Januari depan.
“Ini lebih baik daripada menggunakan masa selama tiga bulan untuk mempelajari sesuatu yang tidak berkaitan dengan laluan akademik yang mereka pilih.
“Juga jika seseorang itu mula mengikuti kursus pada Januari namun mereka tidak menyukai kursus itu, mereka boleh menukar bidang apabila keputusan sebenar diperoleh,” katanya.
Anthony berkata jika peraturan itu dikuatkuasakan, beliau tidak akan teragak-agak untuk menghantar anak perempuannya ke luar negara bagi mengikuti pengajian peringkat A-Level agar mereka boleh menamatkan pengajian lebih awal.
Selain itu seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Chun berkata, peraturan itu tidak masuk akal.
“Kolej swasta dan universiti telah menerima keputusan ramalan selama lebih 30 tahun. Ia benar-benar menyakitkan.
“Perubahan peraturan ini tidak adil bukan sahaja kepada pelajar, tetapi bagi ibu bapa juga,” Kata ibu yang anaknya akan menduduki SPM pada November.
Baru-baru ini Kementerian Pelajaran mengeluarkan larangan penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program pra-universiti dan asasi di IPTS bermula 2015.
Bagaimanapun larangan itu tidak terpakai bagi pelajar yang ingin mengikuti kursus jangka pendek. - mStar Online
TOP
13 Terbunuh Dalam Letupan Bom Kereta Di Baghdad
BAGHDAD – Tiga letupan bom kereta mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan 41 lain di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Syiah di sini semalam.
Polis berkata dalam kejadian pertama, dua letupan bom kereta menggegarkan daerah Horreyya di timur laut Baghdad, mengakibatkan sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 32 cedera.
Satu lagi letupan bom kereta di Zafaraniya, di tenggara Baghdad, mengorbankan dua orang dan mencederakan sembilan lain. – AFP
TOP
Isu Tambang: Pengusaha Bas Makin Tersepit
PETALING JAYA – Beberapa syarikat pengusaha bas ekspres mengakui terpaksa mengurangkan perkhidmatan sehingga 30 peratus berikutan peningkatan pelbagai kos, sedangkan kadar tambang masih tidak dinaikkan.
Akibat bimbang operasi syarikat ‘gulung tikar’ langkah lain turut dilaksanakan termasuk mencantumkan destinasi untuk mengelak penggunaan tenaga kerja dan kenderaan berlebihan yang boleh membebankan syarikat.
Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hashim berkata, kos yang tinggi menyebabkan syarikat tiada duit lebihan bagi perbelanjaan modal untuk membeli bas baharu.
“Tiada keuntungan, jadi syarikat tidak boleh beli bas baharu. Akibat ketiadaan bas (baharu), jadi secara automatiknya laluan perjalanan terpaksa dikurangkan,” katanya kepada mStar Online.
Menurutnya, harga sebuah bas bagi kelas ekonomi (Plus Liner/Transnasional) yang menjadi pilihan penumpang di laluan popular iaitu Pantai Timur mencecah RM500,000.
Jelas beliau, syarikatnya hanya mempunyai 40 bas baharu sejak empat tahun lalu kerana tiada keuntungan positif.
“Kita hanya mampu beli 10 bas setiap tahun sejak empat tahun lalu berbanding 100 buah setiap tahun pada 2009 dan 2010,” katanya.
Bagi mengelakkan peningkatan kos, Tengku Mohd Hasmadi berkata, syarikatnya terpaksa mengambil pendekatan pencantuman destinasi.
“Sebagai contoh, jika dulu ada laluan Kuala Lumpur – Tumpat tapi sekarang kita guna laluan Kuala Lumpur – Kota Baru – Tumpat. Sebuah bas terpaksa pergi ke dua destinasi,” katanya.
Beliau berkata, syarikat tersebut hanya melakukan 700 pelepasan setiap hari berbanding 1,000 pelepasan sebelum ini.
“Ia satu penurunan yang drastik. Kita terpaksa (kurangkan laluan) melakukannya untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Justeru Tengku Mohd Hasmadi segera mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar tambang sebanyak lima peratus setiap tahun untuk menangani masalah tersebut.
“Tidak perlu kenaikan mendadak seperti mana pada 2008 lalu tetapi cukupnya sekiranya lima peratus setahun,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Utama Ekspres, Tajudin Mohamad Yunus turut mengakui hanya 21 daripada 26 bas milik syarikat itu beroperasi setiap hari kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat bas lain akibat kenaikan kos.
“Kita tak ada penambahan laluan. Kita hanya gerakkan 21 daripada 26 bas yang kita ada. Kita tak berani nak gerakkan banyak bas kerana takut rugi.
“Dengan tambang bas yang rendah tetapi kos perkhidmatan tinggi, kita juga tak ambil pekerja ramai kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kita tidak mahu berdepan risiko gulung tikar, jadi pendekatan tersebut diambil untuk terus beroperasi,” katanya.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata adalah memadai jika tambang dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun bagi memastikan syarikat pengusaha bas meneruskan perkhidmatan.
“Kami hanya mahu 20 peratus setiap lima tahun, ia jumlah yang munasabah. Saya harap kerajaan pertimbangkan permohonan yang dikemukakan tahun lalu dalam masa terdekat demi kepentingan pengusaha bas di negara,” katanya.
Sehingga kini, tiada perkembangan mengenai perkara itu walaupun terdapat ‘cakap-cakap’ menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini.
Tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008, dan sejak itu pengusaha bas mengalami kenaikan kos sehingga 36 peratus. – mStar Online
TOP
Penuntut UiTM, 2 Anggota Tentera Maut Nahas
MACHANG – Tiga individu termasuk dua anggota tentera maut selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung dalam nahas di Kilometer 4.5 Jalan Pasir Puteh-Machang, di sini, awal pagi tadi.
Turut terkorban dalam kejadian jam 1.15 pagi itu ialah seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Nor Shafiz Nor Azim, 19.
Dua lagi mangsa ialah Abdul Rahim Hat, 33 dan Shairul Saiful, 26.
Semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - BH Online
TOP
NFL Dikritik Kenakan Penalti Pada Pemain Islam Sujud Syukur
Syujud syukur biasanya dilakukan oleh umat Islam setelah merasa bersyukur diatas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Bagaimanapun Husain Abdullah selepas dia dikenakan penalti setelah Husain sujud syukur di atas padang dalam perlawanan pada Isnin lalu.
Namun selepas itu Liga Bola Rempuh Kebangsaan (NFL) yang menerima kritikan terpaksa memohon maaf kepada pemain beragama Islam tersebut,
Husain yang juga pemain Kansas City Chiefs dikenakan penalti 15 ela dalam perlawanan menentang New England Patriots.
Menurut Naib Presiden NFL, Michael Signora, Husain tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan perbuatan atas sebab-sebab agama.
Malah mengikut peraturan, pemain yang sujud ke tanah tidak melanggar sebarang peraturan dalam permainan berkenaan.
Perkara berkenaan turut diakui oleh bekas Naib Presiden NFL, Mike Pereira dalam twitternya sebelum ini.
“Tunduk sujud selepas permainan utama adalah perkara biasa dalam NFL, malah bekas pemain Tim Tebow (kristian) turut duduk berlutut, tidak pernah dikenakan sebarang hukuman,’’ kata Pereira.
Justera tindakan pengadil mengenakan hukuman berkenaan disifatkan sebagai mencabul hak keagamaan seseorang.
Dalam pada itu, Husain, yang turut berpuasa dan mengerjakan Haji pada 2012 bersama abangnya yang juga bekas pemain NFL, Hamza Abdullah belum memberikan komen mengenai kontroversi berkenaan.
TOP
Gaji MB Selangor, Exco Selangor Dikaji Semula
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kadar elaun dan gaji empat jawatan utama di negeri itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini.
Empat jawatan itu membabitkan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, dan Timbalan Speaker DUN.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, kajian itu tidak membabitkan elaun yang diperuntukkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
“Tidak melibatkan Adun, kita merasakan kenaikan kadar untuk Adun adalah berpatutan dan sesuai dengan tanggungjawab mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.
Ini merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan Azmin sejak dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 23 September lalu.
Sebelum ini di era pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, DUN Selangor pada 27 November 2013 pernah meluluskan kenaikan mendadak bagi empat jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, pada 14 April lalu, DUN Selangor membuat keputusan untuk memotong kadar kenaikan itu.
Pada ketika ini, gaji dan elaun menteri besar ialah RM14,175.1, manakala gaji exco adalah sebanyak RM15,000.
Sementara itu, gaji Speaker DUN ialah RM15,000, manakala timbalannya menerima gaji sebanyak RM12,000. – mStar Online
TOP
Anggota Tentera Perlu Siap Siaga Hadapi Pelbagai Ancaman
PAPAR – Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya di Sabah diseru agar sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara.
Panglima Angkatan Petugas 450, Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday berkata insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas adalah suatu peristiwa yang tidak dijangka dan harus dijadikan iktibar oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya, anggota keselamatan.
Sambil melahirkan rasa bangga terhadap anggotanya, Ranjit berkata tahap profesional dan keberanian tinggi mereka yang sanggup bergadai nyawa bertempur dengan musuh negara, seharusnya disanjung tinggi.
“Sebagai anggota tentera, kita sentiasa bersiap sedia sebab kita tidak tahu bila dan di mana ancaman itu akan timbul sama ada ancaman itu di dalam atau luar negeri, kita bersedia untuk hadapi,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Petugas 450 kepada Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman di Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.
Ranjit yang sebelum ini bertugas sebagai Panglima Angkatan Petugas 450 akan berpindah ke Sarawak sebagai Panglima Divisyen Pertama Infantri.
Hadir menyaksikan upacara serah terima tugas itu ialah Panglima Pemerintahan Wilayah Timur (Sabah Sarawak) Left Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar. – BERNAMA
TOP
Pelajar Tingkatan 3 Maut Terjatuh Dari Bumbung Dewan
KANGAR – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi di sini maut selepas terjatuh dari bumbung dewan sekolah itu dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin berkata Muhammad Haikimi Zulkefli, 15 meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah-siasat.
Dalam kes lain, sepasang suami-isteri maut apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di KM 14 Jalan Alor Setar-Kangar di Bongor Kudong, dekat sini kira-kira pukul 7.30 pagi ini.
Abdul Rahman berkata siasatan mendapati motosikal yang ditunggang Din Mahamud, 60, bertembung dengan sebuah kereta semasa keluar dari persimpangan Bongor Kudong.
Petani itu dan isterinya, Jemilah Bakar, 56, yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – BERNAMA
TOP
Pengedar Dadah Ditahan, 1,773 Biji Pil Kuda Dirampas
BESUT – Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas 1,773 biji pil kuda seberat 170.34 gram dalam kereta suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Kemunting, Kuala Besut pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata dadah itu diisi dalam sembilan paket plastik, tiap satu mengandungi 197 biji pil berwarna merah dan hijau yang dibungkus dalam surat khabar.
Katanya penahanan lelaki berumur 27 tahun itu susulan daripada siasatan terhadap dua pelajar universiti di negeri ini yang ditahan bersama-sama 988 biji pil Yaba oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
“Turut ditemui wang berjumlah RM720 yang dipercaya hasil dari jualan dadah oleh suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya suspek kini ditahan reman di IPD Besut bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Gagal Kuasai Ekonomi, Bumiputera Tak Boleh Salahkan Kaum Lain
MELAKA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak boleh menyalahkan kerajaan dan kaum lain sekiranya sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara menjelang tahun 2020 tidak tercapai.
Beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempertingkat daya usaha bagi memajukan diri.
“Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara anjuran Gabungan Persatuan Pesara-Pesara Melaka di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Dr Mahathir berkata kaum Bumiputera telah diberikan banyak kelebihan daripada kerajaan khususnya dalam sektor ekonomi namun tidak digunakan dengan baik.
“Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelas komputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itu kepada orang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang diasaskan pemimpin terdahulu mampu terus menjamin kemakmuran dan keharmonian kaum di negara ini.
Sebaliknya, katanya tindakan berlumba-lumba menguasai kesemua bidang oleh sesuatu kaum mampu menggugat kestabilan dan ketenteraman dengan tindakan rusuhan berikutan perasaan terasing dan tertindas oleh kaum lain. – BERNAMA
TOP
Pekerja MAS Perlu Berubah Untuk Untung 2017
KUALA LUMPUR – Sejumlah 14,000 pekerja ‘baharu’ Malaysia Airlines (MAS), syarikat yang akan diwujudkan selepas penstrukturan semulanya, perlu melakukan anjakan paradigma dalam budaya kerja bagi memenuhi standard persaingan dalam industri penerbangan hari ini, kata bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.
Sambil berkata tidak ada yang kurangnya ‘dari segi kebijaksanaan’ dalam syarikat penerbangan yang bermasalah itu, ke arah memastikan kejayaan pelan penstrukturan semula, dengan MAS dijangkakan menghentikan perkhidmatan 6,000 pekerja yang akan dilatih semula dan diserap syarikat lain dalam Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham majoriti MAS.
Tee Keat memuji penubuhan Pusat Penempatan Keluar yang akan mengendalikan isu-isu berkaitan proses pemberhentian, dengan berkata cara yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dalam melindungi kebajikan 6,000 pekerja dan keluarga mereka dengan pengupayaan kemahiran dan kebolehperkerjaan sepenuhnya.
“Inilah sifat kemanusiaan Putrajaya, namun ini tidak bermakna 6,000 pekerja terbabit harus semata-mata bergantung kepada kerajaan. Mereka juga perlu berusaha sendiri,” katanya kepada Bernama.
Tee Keat berkata, pelan penstrukturan semula bagi memulihkan MAS supaya kembali mencatat keuntungan menjelang 2017 ‘agak sukar’ dan memerlukan syarikat penerbangan itu sendiri berusaha keras untuk merealisasikannya.
“Kedudukan sekarang sudah pasti sangat mencabar, terutama apabila anda bercakap mengenai kepulangan British Airways ke Malaysia, dan lebih banyak syarikat penerbangan asing beroperasi di sini.
“Dan, kita ada dasar langit terbuka dalam Asean yang akan dilaksanakan mulai tahun depan,” katanya.
Tee Keat berkata, beliau adalah antara yang terlibat dalam pematerian dasar langit terbuka semasa menjadi menteri pengangkutan dan Malaysia merupakan antara negara Asean pertama yang menerajui inisiatif itu yang bermatlamat bukan sahaja untuk menghubungkan ibu negara-ibu negara di Asia Tenggara, bahkan dengan bandar raya tahap kedua dengan baik sebelum 2015, apabila dasar itu dilaksanakan sepenuhnya.
“Namun, kini menerusi pelaksanaan dasar itu pada 2015, sudah pasti ia menjadi ujian sebenar kepada MAS, sama ada atau tidak ia dapat memperkukuh kelebihan kewujudan kita dari segi beberapa laluan udara, yang sudah pun disokong yang meliputi bandar raya bukan ibu negara, oleh MAS dan AirAsia,” katanya.
Tee Keat juga mengingatkan bahawa syarikat baharu (NewCo) yang akan mengambil alih MAS, tidak mempunyai masa yang panjang untuk ‘memanaskan diri’.
“Ia tidak boleh berlaku. Dan anda meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya jika ia dilakukan. Anda perlu memaksa diri, berubah untuk mentransformasikan budaya, mengubah minda bagi melakukan anjakan paradigma,” katanya.
Pakar ekonomi terkemuka, Dr Yeah Kim Leng pula berkata, Pusat Penempatan Keluar itu merupakan ‘usaha yang sangat dipuji’ dalam menjaga kebajikan 6,000 pekerja yang akan diberhentikan, supaya ia hanya memberi impak sosioekonomi yang minimum, dan menambah ia juga tidak memberikan impak ekonomi yang ketara memandangkan Malaysia tidak berhadapan dengan keadaan pengangguran yang tinggi.
“Pasaran buruh agak ketat, keadaan semasa sebenarnya agak kondusif bagi penyusunan semula, terutama untuk mencari penempatan baharu bagi pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.
“Syarikat penerbangan lain seperti AirAsia juga komited untuk mengambil beberapa petugas MAS. Oleh itu, keadaan agak kondusif untuk melaksanakan pengecilan dan pemberhentian yang membelenggu MAS sejak sekian lama,” kata Dr Yeah, Dekan Sekolah Perniagaan di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.
Beliau berkata, Khazanah sudah menyediakan pelan penstrukturan yang komprehensif, yang melibatkan bukan sahaja penyusunan semula kewangan, malah penstrukturan organisasi secara menyeluruh. Apa yang diperlukan sekarang ialah menyediakan pasukan pengurusan yang sangat kukuh, dengan mengutamakan kecekapan yang akan memastikan peluang kejayaan yang lebih besar. – BERNAMA
TOP
Kes Denggi Dijangka Meningkat Mulai Hujung November
PUTRAJAYA – Kes denggi dijangka meningkat bermula hujung November ini berikutan perubahan cuaca, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam hari ini.
“Cuaca hujan dan kering yang bersilih ganti sesuai untuk nyamuk Aedes membiak dan berdasarkan pengalaman pada tahun-tahun sebelum ini, kes denggi berkemungkinan meningkat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya kementerian akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO) meneruskan operasi dan aktiviti membersihkan kawasan awam, kawasan terbuka dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes.
“Kementerian juga berharap penglibatan masyarakat dalam aktiviti ‘cari dan musnah’ tempat pembiakan Aedes dilakukan setiap minggu,” katanya.
Bagi memastikan kejadian kes dan wabak denggi terkawal, katanya kementerian juga meneruskan perkhidmatan semburan ruang termal dan semburan ruang ULV oleh Pest Control Operator (PCO).
Katanya PCO telah membantu dengan melakukan perkhidmatan semburan di Selangor khususnya di daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak serta di Kelantan.
Subramaniam berkata bagi tempoh Januari sehingga 27 Sept lepas, jumlah kumulatif kes kematian akibat denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 146 kematian berbanding 48 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata jumlah kumulatif kes denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh itu adalah 76,616 kes iaitu peningkatan sebanyak 239 peratus berbanding 22,602 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Katanya sejumlah 589 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di seluruh negara iaitu 340 lokaliti di Selangor, Kelantan (153 lokaliti), Johor (22 lokaliti), Sarawak (17 lokaliti), Pulau Pinang (14 lokaliti), Kuala Lumpur dan Putrajaya (13 lokaliti), Pahang (11 lokaliti), Melaka (lima lokaliti), masing-masing empat lokaliti di Terengganu dan Perak, Perlis (tiga lokaliti), Negeri Sembilan (dua lokaliti) dan satu lokaliti di Sabah.
“Daripada jumlah ini, terdapat 157 lokaliti hotspot dilaporkan di seluruh negara iaitu 98 lokaliti di Kelantan, 56 lokaliti di Selangor dan masing-masing satu lokaliti di Melaka, Pahang, dan Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA
TOP
844 Anggota Malbatt Dianugerah Pingat PBB
PORT DICKSON – Seramai 844 anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menjalankan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) hari ini dianugerah pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB).
Mereka terdiri daripada 76 pegawai dan 768 anggota lain-lain pangkat pasukan Malbatt 850-1 diketuai Kol Arman Rumaizi Ahmad.
Seramai empat pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut menerima anugerah tersebut.
Anugerah itu bagi mengiktiraf kejayaan pasukan berkenaan menjalankan misi Unifil di Lubnan selama 12 bulan mulai 26 Oktober 2011.
Pemangku Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyampaikan anugerah itu yang diadakan sempena perbarisan pembubaran Malbatt 850-1 dan upacara menanggalkan beret biru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.
Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Raja Mohamed Affandi berkata, keupayaan tentera Malaysia dalam menjalankan tugas di negara itu diakui Unifil.
Katanya walaupun terdapat perbezaan budaya, tetapi penerimaan penduduk di sana terhadap tentera Malaysia begitu tinggi sekali dan ini memudahkan mereka menjalankan tugas.
“Tetapi apa yang penting adalah tahap kesiapsiagaan anggota Malbatt 850-1 mampu menangani apa juga masalah yang berlaku di sana. Kerjasama dengan penduduk tempatan di sana di tahap yang terbaik dan saya kagum dan bangga dengan kejayaan tersebut.
“Sewaktu saya pergi dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sambutan mereka di luar jangkaan, malah apabila kereta menteri berhenti dan menteri keluar dari keretanya … penduduk di situ sanggup keluar dari kereta masing-masing untuk menerima kehadiran menteri pertahanan kita. Jadi, saya rasa tentera kita adalah orang yang terbaik kerana mampu melaksanakan amanah dengan baik,” katanya.
Katanya, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan tentera Malaysia yang sedang bertugas di negara itu kerana pergolakan kini semakin memuncak. – BERNAMA
TOP
Kes Hasutan Pensyarah Dirujuk Ke Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Azmi Sharom untuk merujuk kes hasutan yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Zanol Rashid Hussain membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Azmi, 45, untuk mendapatkan perintah supaya Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi menentukan sama ada Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948, berperlembagaan atau sebaliknya.
Mahkamah juga membenarkan prosiding kes ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Sehubungan itu hakim menetapkan 7 Nov ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen.
Pada 17 Sept lalu, Azmi yang juga seorang peguam memfailkan permohonan untuk mendapat perintah agar Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi penentuan keperlembagaan Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948.
Azmi juga memohon perintah agar pertuduhan yang dihadapinya digantung dan/atau dibatalkan.
Pada 2 Sept, Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung krisis kerajaan negeri Perak 2009.
Dia dituduh menyebut perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos lepas.
Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan di tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala peguam Gobind Singh Deo mewakili tertuduh. – BERNAMA
TOP
Jenazah 5 Lagi Mangsa MH17 Akan Tiba Jumaat Ini
KUALA LUMPUR – Jenazah lima lagi mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), Penerbangan MH17 akan tiba di Malaysia Jumaat ini di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.30 pagi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan di sini hari ini, berkata ini merupakan ketibaan kali keenam jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia dari Amsterdam.
“Jenazah berkenaan akan diberikan penghormatan ketenteraan sepenuhnya,” katanya.
Jenazah Muhammad Afruz Tambi, anggota keluarga terakhir keluarga Allahyarham Tambi Jiee yang terkorban dalam tragedi itu, akan tiba bersama-sama jenazah Liew Yau Chee, Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Mathew Ezekial Sivagnanam.
Liow berkata dengan ketibaan lima jenazah itu, 42 daripada warga Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17, dibawa pulang dan diserahkan kepada waris mereka.
“Setakat ini 27 penumpang dan 15 anak kapal telah dikenal pasti daripada sejumlah (43) rakyat Malaysia dalam penerbangan itu,” katanya.
Liow, yang juga Presiden MCA, menggesa semua rakyat Malaysia supaya menghormati privasi anggota keluarga dan waris mangsa MH17, ketika mereka melalui waktu sukar itu.
“Tatkala mereka mengebumikan dan menyemadikan orang tersayang mereka, kami berdoa bahawa mereka akan mendapat keberanian dan kekuatan untuk melalui kehilangan tragik ini,” katanya.
Liow berkata Malaysia akan terus berusaha memastikan baki mayat akan dapat dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin untuk dikebumikan.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak dan terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Selain warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Mungkin Percepat Potongan Cukai Korporat
KUALA LUMPUR – Ramai ahli ekonomi mengunjurkan kerajaan akan mempercepatkan tarikh pelaksanaan pengurangan cukai korporat pada pembentangan Bajet 2015 yang dijadualkan 10 Oktober ini.
Ahli ekonomi AllianceDBS Research Manokaran Mottain berkata walaupun kerajaan sudah mengumumkan pengurangan 1.0 peratus cukai pendapatan korporat pada 2014 dan berkuat kuasa pada 2016, beliau menjangkakan kerajaan akan mempercepat tarikh pelaksanaannya kepada 2015.
Bagi sektor swasta, pengurangan cukai korporat dan cukai pendapatan individu merupakan harapan berterusan mereka, katanya dalam laporan Fokus Ekonominya.
“Pengurangan cukai-cukai ini dapat mengurangkan sehingga RM4.0 bilion pendapatan cukai langsung kerajaan dalam tahun pelaksanaannya.
“Bagaimanapun menerusi rangka kerja pentadbiran cukai yang lebih berkesan yang dikemas kini pada 2013 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, selain pendapatan menerusi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan penjimatan daripada subsidi bahan api apabila kerajaan memulakan mekanisme rasionalisasi pelbagai peringkat, penurunan hasil cukai langsung ini dijangka dapat diimbangi,” katanya.
Manokaran berkata, Bajet 2015 dijangka mesra perniagaan, tanpa merisikokan keyakinan penarafan asing dalam ekonomi.
Kenanga Investment Bank Bhd dalam unjuran ekonominya pula berkata bagi meningkatkan daya saing dan menarik pelaburan, kerajaan mungkin membuat pengumuman awal ke atas pengurangan cukai korporat sebanyak 1.0 peratus bagi 2016.
“Pengurangan cukai korporat pada 2015 mungkin tanda awal lebih banyak pengurangan pada masa akan datang. Rasionalnya ialah Malaysia masih kebelakang dalam lengkung kadar pengurangan cukai di rantau ini,” katanya.
Sementara itu, RHB Research berkata Bajet 2015 dijangka memberi tumpuan ke atas kecekapan dan keberkesanan insentif cukai dan bukan cukai sedia ada.
“Kami tidak menjangkakan cukai pendapatan korporat dikurangkan dalam Bajet 2015, memandangkan kerajaan sudah mencadangkan pengurangan cukai berkenaan sebanyak 1 peratus kepada 24 peratus dalam Bajet 2014,” katanya dalam nota kajiannya.
RHB Research juga menjangkakan kerajaan melaksanakan lebih banyak audit cukai dan siasatan bagi memastikan pematuhan tinggi dan mengurangkan pengelakan cukai.
Pada masa yang sama, kerajaan mungkin menjual beberapa aset dan kepentingan ekuiti syarikat berkaitan kerajaan bagi menambah hasil.
Bajet 2015 ini juga merupakan perbelanjaan tahun akhir peruntukan lima tahun sebanyak RM230 bilion dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Dalam tempoh empat tahun pertama dari 2011 hingga 2014, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM180 bilion, meninggalkan kira-kira RM50 bilion untuk Bajet 2015.
“Ini merupakan jumlah yang besar berdasarkan purata perbelanjaan tahunan dalam empat tahun pertama kira-kira RM45 bilion setahun,” kata Manokaran.
Kerajaan dijangkakan meneroka dan meningkatkan rangka kerja model teroka perniagaan awam-swasta berdasarkan projek pelaburan berimpak tinggi seperti pembinaan MRT dan Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid).
Menerusi komitmen berterusan kerajaan terhadap Program Transformasi ekonomi (ETP), pembangunan minyak dan gas akan terus memperoleh manfaat daripada permintaan yang dipacu pelaburan.
Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan sudah pasti akan menjadi tumpuan dalam Bajet 2015 dan kerajaan dijangkakan memberi maklumat yang lebih jelas mengenai pelaksanaan sistem percukaian baharu itu dan klasifikasi bekalan sama ada dikenakan cukai atau kadar sifar. – BERNAMA
TOP
Ikea panggil balik pasta PASTAĆLGAR sebagai langkah berjaga-jaga
KUALA LUMPUR: Ikea menarik balik pasta berbentuk rusa (elk), PASTAĆLGAR, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ia mengandungi soya yang tidak dinyatakan pada label produk itu.
Menurut Ikea, tindakan itu diambil kerana ia mengutamakan keselamatan pengguna.
"Analisis ke atas PASTAALGAR menunjukkan kehadiran soya yang tidak diisytiharkan pada produk itu.
"Soya adalah bahan alahan dan mereka yang alah kepada soya mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk itu," menurut Ikea dalam satu kenyatan hari ini.
Produk itu bagaimanapun selamat kepada sesiapa sahaja yang tidak alah pada soya.
Pelanggan yang mempunyai alahan, boleh mengembalikan PASTAAKGAR kepada pasar raya makanan di tingkat bawah Ikea untuk mendapatkan semula wang masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Perhubungan Pelanggan Ikea di 603-7726 7777.
- BERNAMA
- BERNAMA
TOP
Segera : Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik Lagi Bermula Esok
PETALING JAYA: Harga minyak RON95 dan diesel akan mula dinaikkan sebanyak 20sen bermula tengah malam ini.
Harga baru bagi RON95 akan menjadi RM2.30 seliter dan diesel pula akan menjadi RM 2.20 seliter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi bahan api semasa sebanyak 20sen selaras dengan pelan rasionalisasi subsidi.
"Walaupun dengan peningkatan ini, kerajaan masih lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih daripada RM21bil subsidi bahan api RON95, diesel dan LPG tahun ini.
Harga semasa RON95 adalah RM2.58 seliter dan RM2.52 seliter bagi diesel.
Dah..mai ramai-ramai isi minyak full tank malam ni......
Sumber : thestar

Video: Harimau Sebagai Ahli Keluarga
Teringat kepada kisah lelaki yang terjeut kandang harimau dah dibaham memang menyeramkan. Siapa tidak tahu harimau dengan sifatnya yang memang garang dan pemangsa yang ganas.
Bagaimanapun berlainan pula dengan satu keluarga di Brazil ini. Orang lain sibuk melarikan diri bila ternampak harimau mereka pula tinggal bersamanya malah menganggap harimau itu adalah sebahagian daripada ahli keluarga.
Walaupun ia seekor harimau tetapi ia dilayan tidak ubah seperti haiwan belaan lain yang mana boleh bergerak bebas di ruang tamu, dapur, kolam renang dan sebagainya termasuklah bersiar-siar.
Ini adalah satu bukti yang mana haiwan liar memang seperti harimau ini boleh dijinakkan. Setiap benda hidup tahu juga apa itu erti kasih sayang, sahabat dan tidak lupa juga musuh. ─ Siakapkeli.com
Ini adalah satu bukti yang mana haiwan liar memang seperti harimau ini boleh dijinakkan. Setiap benda hidup tahu juga apa itu erti kasih sayang, sahabat dan tidak lupa juga musuh. ─ Siakapkeli.com
TOP
Rita Rudaini Dakwa Gaji Aidil Zafuan Mampu Bayar Nafkah
Tindakan Rita Rudaini mendakwa Aidil Zafuan tidak memberi nafkah yang sepatutnya telah membuatkan konflik antara mereka berlarutan.
Seperti yang dilaporkan oleh Siakapkeli sebelum ini yang Aidil Zafuan mendakwa tuntuan nafkah yang dibuat oleh rita yang berjumlah lebih RM300,000 itu tidak munasabah.
Bagaimanapun baru-baru ini Rita telah mendedahkan pendapatan bulanan bekas suaminya itu adalah berjumlah RM50,000 sebulan menunjukkan yang Aidil mampu untuk membayar jumlah nafkah yang dituntut tersebut.
“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)” katanya kepada wartawan Harian Metro.
Lagi menurut Rita, selain daripada pendapatan yang besar Aidil juga mampu memiliki sebuah kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster.
Rita juga memberitahu yang Aidil telah gagal membayar sebarang nafkah bermula dari January 2012 sehingga Ogos tahun lalu iaitu semenjak mereka bercerai dan sepanhang tempoh 20 bulan tiada wakil dari pihak Aidil yang datang untuk memberikan nafkah tersebut kepada beliau. ─ Siakapkeli.com
TOP
Microsoft Memperkenalkan Sistem Operasi Baru Windows 10
Microsoft hari ini melalui sebuah acara khas di Amerika Syarikat telah mengumumkan kemaskini kepada keluarga sistem operasi Windows. Nama baru untuk sistem operasi mereka adalah Windows 10.
Windows 10 dilihat akan selari dengan pelbagai jenis peranti – daripada telefon pintar, tablet, komputer riba, desktop dan sebagainya. Dengan Windows 10 juga, pihak Microsoft akan memfokuskan kepada satu keluarga produk dibawah satu platform, dan menggunakan satu kedai aplikasi yang sama. Menurut Microsoft, Windows 10 akan menyokong saiz skrin dari 4-inci sehinggalah 80-inci- dan akan turut menggantikan Windows Phone selepas ini.
Windows 10 dilihat akan membawakan pelbagai perubahan baru jikalau dibandingkan dengan Windows 8.1 sebelum ini. Antaranya termasuklah sokongan menu Start yang diintegrasikan dengan Live Tiles, lebih fokus terhadap pengguna desktop, kebolehan menjalankan aplikasi ModernUI dengan tetingkapnya tersendiri, serta sokongan desktop maya.
Selain pengguna desktop, pihak Microsoft turut mengekalkan ciri-ciri mesra sentuh, seperti sokongan Charm Bar, dan paparan saiz butang yang lebih besar untuk pengguna skrin sentuh. Terdapat mod khusus yang berubah mengikut penggunaan jenis peranti – sama ada menyokong skrin sentuh ataupun sebaliknya.
Pihak Microsoft turut menekankan yang mana Windows 10 akan selari dengan pelbagai perisian perusahaan tradisional, sekaligus memudahkan mereka untuk beralih ke sistem operasi baru tanpa risau akan ketidak-serasian.
Windows 10 akan dilancarkan secara rasminya pada tahun 2015 kelak, dan pihak Microsoft dijangka akan berkongsi lebih banyak mengenai aplikasi universal untuk pelbagai saiz peranti pada bulan April tahun hadapan.
Untuk pengguna yang ingin mencubanya, pihak Microsoft dijangka akan menawarkan versi Technical Preview untuk komputer riba dan desktop bermula esok.
Sumber: Amanz.my

Doktor Sahkan Kes Pertama Ebola Di Amerika Syarikat
Atlanta - Seorang pesakit yang dirawat di sebuah hospital Dallas menjadi orang yang pertama disahkan menghidap Ebola di Amerika Syarikat. Pegawai kesihatan mengumumkan perkara itu pada hari Selasa,30 September.
Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu dikatakan berada di Liberia pada 19 September dan tiba di Amerika Syarikat pada 20 September, kata Dr Thomas Frieden, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Pengesahan peyakit Ebola ini telah menyebabkan keresahan berlaku dalam kalangan orang ramai di Amerika Syarikat. Jika dilihat di laman media sosial, masing-masing meluahkan kerisauan dan ada yang berkata mahu meninggalkan Amerika Syarikat serta merta .
Sumber : CNN
No comments:
Post a Comment