TOP
Fizz Fairuz Tidak Ambil Kesempatan Adegan Peluk Dua Artis
Fizz Fairuz.
PETALING JAYA: Pelakon Fizz Fairuz tidak penah menyimpan hasrat untuk mengambil kesempatan terhadap dua aktres iaitu Lisa Surihani dan Miera Leyana apabila terpaksa berpeluk dengan dmereka yang menjadi isterinya dalam filem terbaharu mereka berjudul Dendam Orang Mati. Fizz, 35, berkata, adegan tersebut dilakukan atas dasar memenuhi kehendak skrip dan jalan cerita yang ingin disampaikan pengarahnya, Jason Chong dan ia tidak lebih daripada itu. "Ada beberapa babak yang mungkin tidak menyenangkan penonton dan ingin saya tegaskan bahawa ia sekadar memenuhi kehendak skrip dan bukannya saya sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap mereka. "Kami semua profesional dan apa yang dilihat dalam filem itu nanti hanyalah sekadar tanggungjawab kami untuk menjayakan watak diberikan," katanya kepada mStar Online. Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada Rabu lalu. Dendam Orang Mati bakal menemui penonton dipawagam bermula 23 Oktober ini.
Barisan pelakon filem Dendam Orang Mati iaitu Miera Leyana, Fizz Fairuz, Jason Chong (pengarah), Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.
Bercakap mengenai filem itu, Fizz berkata, dia menerima pelawaan untuk membintangi karya berkenaan kerana sudah lama berhajat untuk bergandingan dengan aktres berkenaan. Malah Fizz turut memuji kredibiliti isteri kepada Yusry Abdul Halim itu yang berjaya menterjemahkan watak sebagai wanita psiko dengan baik. Lisa adalah antara sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana kagum dengan bakatnya dan wataknya sebagai Lena dalam Dendam Orang Mati sangat mengagumkan," jelasnya. Sementara itu, Fizz turut mengakui pada awalnya dia agak sukar dan keliru untuk menyampaikan wataknya sebagai Shahrul kerana tidak memahami kehendak pengarahnya. Bagaimanapun kata Fizz, selepas menonton sendiri karya berkenaan, dia sangat berpuas hati dengan hasil akhir filem itu dan menganggap Jason mempunyai sentuhan luar biasa sebagai pengarah. Ini pertama kali saya berlakon dibawah arahan Jason dan harus akui saya keliru dengan apa yang cuba dia lakukan pada watak saya tetapi selepas melihat hasilnya saya mula memahami apa yang cuba dilakukan Jason semasa berada di set penggambaran. "Banyak yang saya belajar daripada Jason dan pengalaman berada di set dalam jangka masa panjang nampaknya berbaloi," katanya. Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan. Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekali gus memberi tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yang berkahwin lain. - mstar

Abu Sayyaf Ugut Sembelih Warga Jerman Jika Tuntutan Tidak Dipenuhi
Stefan Viktor Okonek dan isteri akan disembelih oleh Abu Sayyaf jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
MANILA: Kumpulan Militan di selatan Filipina, Abu Sayyaf mengugut untuk menyembelih seorang daripada pasangan rakyat Jerman yang ditawan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Abu Sayyaf menuntut tebusan sebanyak 250 juta pesos (RM18 juta) selain mendesak kerajaan Jerman menghentikan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria. Kumpulan militan berkenaan mengugut untuk menyembelih seorang daripada dua warga Jerman itu pada Jumaat. Komander Tentera Filipina di Jolo, Colonel Allan Arrojado berkata, berikutan itu, pihaknya telah mengarahkan lebih banyak rondaan dibuat untuk mengesan mangsa. "Kami telah bersedia untuk operasi penguatkuasaan. "Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak membahayakan nyawa mereka," katanya kepada pemberita. Mangsa, Stefan Viktor Okonek dalam satu temubual radio pada Rabu berkata, dia telah dikurung di dalam lubang yang dikatakan akan menjadi kuburnya jika tuntutan kumpulan itu tidak dipenuhi. "(Abu Sayyaf) memberitahu lubang ini adalah kubur saya," katanya. Pasangan itu ditawan ketika berlayar di sekitar Palawan berhampiran Sabah pada April lalu. Jurucakap kumpulan militan itu, Abu Rami berkata, mereka akan memenggal kepala warga Jerman itu pada pukul 3 petang waktu tempatan sekiranya tuntutan yang dibuat tidak dipenuhi. - mstar

Sistem Giliran Untuk Elak Rasuah
Salah seorang Pengarah Kastam Negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta pada 24 September lalu, terhadap lapan pertuduhan menerima suapan RM80,000 daripada dua individu sejak dua tahun lepas.
PETALING JAYA: Serius dalam usaha membanteras gelaja rasuah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia kini mengamalkan sistem penggiliran di kalangan pegawai termasuk pengarah negeri untuk berkhidmat di negeri dan bahagian lain dengan lebih kerap. Para pegawai hanya akan dibenarkan untuk memegang jawatan di negeri maksimum sehingga tiga tahun. Selepas itu mereka akan ditukarkan ke negeri atau bahagian lain. Langkah itu dilakukan selepas dua Pengarah Kastam Negeri dan 28 pegawainya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan arak dan rokok yang dilepaskan tanpa membayar cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang. Susulan itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jabatan itu akan mengambil beberapa pendekatan untuk membendung gelaja rasuah. Sistem penggiliran pegawai adalah sebahagian daripada kajian semula prosedur operasi standard (SOP) bertujuan untuk mengelak kewujudan ruang penyalahgunaan kuasa dan kegiatan rasuah terutamanya di lokasi hotspot seperti pintu keluar masuk Malaysia. "Kami melakukan penggiliran dari semasa ke semasa. Pendekatan terkini yang dilakukan terhadap pengarah negeri ditukar dua tahun lalu sejak saya mengambil alih. "Namun pada 1 Oktober, saya mengeluarkan perintah bahawa beberapa pegawai kini akan dipindahkan dari satu negeri ke negeri yang lain. "Mereka yang kekal di negeri masing-masing juga perlu bertukar jabatan," kata Khazali dalam satu temu bual selepas taklimat Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Menara Star pada Khamis. Beliau berkata, lebih 200 pegawai yang juga dinaikkan pangkat baru-baru ini sudah dipindahkan ke negeri lain dalam amalan sistem ini. Pegawai ranking tertinggi dan pengarah negeri juga akan dipindahkan apabila dan ketika diperlukan. "Sebaik-baiknya, mereka tidak boleh ditempatkan di satu negeri untuk tempoh lebih tiga tahun. "Namun, kita juga perlu mempertimbangkan kebajikan pegawai yang mungkin sudah berkeluarga di tempat mereka sedang bertugas," katanya. Khazali berkata, jabatan itu juga akan meningkatkan prosedur kerja dengan meletakkan pemantauan ketat ke atas penilaian dan pentaksiran barangan oleh jabatan itu. "Unit Integriti dan Disiplin kami juga akan memantau setiap tingkah laku dan gaya hidup pegawai untuk memastikan sekiranya mereka menerima rasuah. Unit itu akan diketuai oleh seorang pegawai yang dipinjamkan dari SPRM. "Sebagai sebahagian daripada program saya, saya akan berbincang dengan beberapa pegawai saya di setiap negeri untuk memastikan pentingnya usaha keras dalam meningkatkan integriti jabatan itu," katanya. Pada bulan lalu, SPRM menahan beberapa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia pelbagai pangkat bagi membantu siasatan kes menyeludup keluar barang-barang tanpa membayar cukai eksais. Setakat ini, seramai 28 pegawai didakwa menerima rasuah sehingga RM500,000. Hasil tangkapan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3.1 juta, 10 buah kereta mewah dan sebuah rumah kedai serta membekukan 200 buah akaun yang mengandungi wang bernilai RM6 juta, didakwa milik pegawai yang ditangkap. - mstar

Yazer & Ekin (AF3) Bakal Nikah Selepas Krisis Cinta Diselamatkan
Yazer mengesahkan akan berkahwin dengan kekasihnya, Ekin pada hujung tahun ini.
PETALING JAYA: Penyanyi Yazer mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin pada 26 Disember ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta. Yazer atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu. "Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu. "Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.
Yazer dan Ekin bakal berkahwin Disember ini.
Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak. "Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya. Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama. Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain. "Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama. "Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya. Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005. - mstar

Minah (Girl's Day) Putus Cinta Dengan Bintang Bola Sepak
Cinta Minah dan Heung Min terputus selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan.
PADA Julai lalu, salah seoang anggota Girl's Day iaitu Minah mengumumkan dia sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Korea Selatan, Son Heung Min. Bagaimanapun, menurut laporan Ilgan Sports, syarikat pengurusan Girl's Day, DreamT Entertainment dalam satu sebuah kenyataan memberitahu, hubungan pasangan itu terkandas gara-gara mereka jarang bertemu. "Kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan menerima terlalu banyak perhatian daripada orang luar. Bagaimanapun saya tetap akan menyokong dia (Heung Min) kerana saya adalah seorang peminat bola sepak tegar. "Semoga dia memberikan yang terbaik dalam perlawanan bola yang disertainya," kata Minah menerusi kenyataan media itu. Minah kini sibuk dengan persembahan-persembahan jelajah di Korea bersama kumpulannya itu. - mstar

Jessica Simpson Nafi Bedah Payudara
PENYANYI Jessica Simpson menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan bagi mengecilkan payudaranya seperti khabar angin yang tersebar.
Katanya seperti dipetik Gossip Cop, berita tersebut tidak benar dan dia tidak pernah merancang untuk membuat sebarang perubahan terhadap tubuhnya itu.
Jessica berkata, khabar angin yang disebarkan oleh majalah OK! itu hanyalah fitnah dan ia bukan kali pertama dilakukan oleh majalah berkenaan.
Sebelum ini majalah tersebut telah menulis tentang kehamilan kali ketiganya, walhal perkara tersebut tidak benar.
Dalam pada itu, Jessica berkata dia memperuntukkan sejumlah wang dalam setahun untuk melakukan rawatan mencantikkan bulu mata, melakkan laser membuang selulit dan kecantikkan rambut. - mstar
TOP
Henti Sebar Khabar Angin, Kata Vivian Kepada Alvin
TINGGAL KENANGAN... Vivian dan Alvin kini tidak lagi berkomunikasi antara satu sama lain.
PETALING JAYA: Penulis blog kontroversi, Alvin Tan mendakwa bekas teman wanitanya, Vivian Lee menawarkan perkhidmatan teman sosial (escort). Tan yang lari dari jaminan untuk mencari suaka politik di Amerika Syarikat membuat dakwaan tersebut dalam Facebooknya pada Khamis. "Jadi sumber saya memberitahu Vivian kini menjadi seorang escort. Mengeluh... #SMH (menggelengkan kepala)," kata Tan, yang kini berada di Los Angeles. Apabila pengguna Facebook, Desmond Chiew bertanya adakah sumber tersebut adalah pelanggan Lee, Tan berkata 'lebih kurang begitu' tetapi terus merahsiakan pemberi maklumat itu. Seorang lagi pengguna laman media sosial itu, Owayne Khoo bertanya sama ada ini bermaksud berakhirnya rancangan bual bicara mereka, Alvivi, seperti mana yang diakui bekas teman wanitanya. "Itu adalah bahagian kesukaan saya dalam pengembaraan Alvivi. Tidak hanya sekadar unsur luncar, tumpuan media dan parti seks. "Bagaimanapun, saya tidak berkomunikasi dengan Vivian lagi," kata Tan. Salah seorang pengguna Internet, Keith Liew turut tidak menolak kemungkinan bahawa iklan perkhidmatan teman sosial mungkin dipalsukan untuk menjatuhkan Lee yang dilaporkan bekerja di sebuah pejabat. Sementara itu, menerusi laman Facebooknya, Lee bagaimanapun membidas dakwaan yang dilemparkan Tan kepada dirinya. Lee mempertikaikan kesahihan maklumat dari sumber bekas teman lelakinya itu dan mengecam pengguna Internet yang percaya dengan dakwaan kononnya dia memperincikan bayaran perkhidmatan teman sosial yang ditawarkannya. Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas. Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948. Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada Ogos lalu. Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000. Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. - mstar

14 November Sebutan Semula Kes Rayer Didakwa Hasut
GEORGE TOWN: Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat menetapkan 14 Nov untuk sebutan semula kes Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) R.S.N Rayer yang didakwa atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini Mei lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen 1 Zaharah Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili Rayer, Gobind Singh Deo yang memohon mahkamah menunggu keputusan kes pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Profesor Madya Dr Azmi Sharom yang merujuk kes hasutan yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.
Gobind berkata pihak pembelaan mahu mengemukakan permohonan sama seperti kes Dr Azmi yang dibangkitkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Pengadilan 1964.
"Saya mohon isu berbangkit seperti kes Dr Azmi Sharom di Kuala Lumpur yang memohon untuk mendapatkan perintah supaya Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi menentukan sama ada Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948, berperlembagaan atau sebaliknya.
"Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan kes Dr Azmi ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Nov ini. Jadi, saya ingin memohon permohonan sama bagi kes ini," katanya pada prosiding sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 2 hakim Zulhazmi Abdullah turut membenarkan permohonan Gobind dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.
Kesemua pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Talib.
Pada 27 Ogos lepas, Rayer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei lepas.
Untuk kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.
Rayer turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli-ahli Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Rayer yang juga seorang peguam turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan di dalam DUN Pulau Pinang, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei lepas.
Wakil rakyat itu menghadapi pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - mstar
TOP
JPJ Lelong Kenderaan Bulan Depan
MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka akan mengadakan lelongan awam 34 buah kenderaan di Dewan Tun Fatimah, Kompleks JPJ Melaka, Bukit Katil di sini pada 3 Nov depan.
Pengarahnya Azaharuldin Abdullah berkata lelongan yang bermula 9 pagi itu melibatkan 27 buah motosikal, lima buah kereta dan dua buah van.
Beliau berkata daripada kenderaan yang dilelong itu, dua buah motosikal tidak boleh dilesenkan.
"Semua kenderaan tersebut akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 30 dan 31 Okt ini bemula di 9 pagi hingga 4 petang di tempat penyimpanan kenderaan sita di Kompleks JPJ Melaka," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Beliau berkata orang awam yang berminat boleh mendapatkan dokuman penjualan lelong di Bahagian Kewangan JPJ Bukit Katil pada harga RM50 senaskah bermula 9 pagi hingga 4 petang mulai 20 hingga 31 Okt.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 06-2346127. - mstar
TOP
Suspek Penggerak Utama Militan Ambil Cuti Panjang
Anggota Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang individu bergelar Datuk di Damansara kerana disyaki terlibat merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan militan.
KUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan yang ditahan kerana disyaki merekrut ahli untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak bekerja selama hampir setahun dengan alasan 'masalah keluarga'. Lelaki berusia 37 tahun itu memohon cuti dari kementerian tempat dia bekerja iaitu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), kononnya untuk menjaga ibunya. Namun, polis percaya lelaki itu berada di selatan Filipina bertemu dengan anggota militan warga Malaysia yang dikehendaki termasuk pensyarah Dr Mahmud Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit, Mohd Najib Husen, masing-masing berusia 36 tahun. Mereka dipercayai menjadi penggerak utama kumpulan militan tempatan yang melatih anggotanya untuk berjuang di Syria dan Iraq. Individu ketiga adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, atau lebih dikenali sebagai Abu Nur. Kakitangan kerajaan itu yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan di salah sebuah jabatan dibawah kementerian itu hanya kembali bekerja pada bulan lalu. The Star difahamkan bahawa pegawai itu yang juga seorang Datuk merupakan seorang jurutera dengan gred 44. Beliau dikatakan berasal dari Pekan, Pahang. Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, beliau dimaklumkan mengenai penangkapan itu pada Rabu dan mengarahkan kementerian untuk memberi kerjasama penuh kepada polis. "Pegawai itu bercuti hampir setahun dan kita tidak melihatnya sehingga dia kembali bertugas pada 25 September lalu. "Kami tidak tahu apa yang berlaku atau apa aktivitinya sepanjang dia tidak bekerja tetapi akan membantu polis dalam apa jua cara sekali pun," katanya ketika ditanya untuk mengulas mengenai penangkapan pegawai di kementerian itu. Sumber mendedahkan dua wanita, antara 14 suspek militan yang ditahan di Shah Alam dan Damansara, yang dikenal pasti sebagai dua daripada perekrut utama kumpulan militan di negara ini. Kedua-dua suspek - seorang suri rumah dan janda - adalah penggerak utama dalam mendapatkan pelajar wanita warga Malaysia untuk berjihad ke Syria bersama kumpulan IS. "Biasanya hanya lelaki yang menjalankan aktiviti perekrutan. "Namun, perekrut wanita ini mempunyai sifat keibuan yang berjaya memperdaya sesiapa sahaja dengan kata-kata mereka," kata sumber. Difaham, wanita tersebut menyertai kumpulan militan sejak awal tahun ini. Sumber mendedahkan selain seorang penganggur berusia 34 tahun yang baharu kembali dari Syria, polis turut mengenal pasti seorang lain yang berjuang bersama IS di Syria. "Ahli militan yang baharu sahaja kembali dari Syria, dijadikan sebagai tarikan dalam merekrut ahli baharu. Mereka akan berkongsi pengalaman dalam usaha untuk menarik perharian rakyat Malaysia untuk menyertai mereka," kata sumber. Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman berjaya menahan 14 individu yang disyaki anggota militan dalam satu operasi khas tiga hari yang dilakukan di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera. Mereka yang ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria. Suspek termuda adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. - mstar

Video: Pemain Barcelona, Gerard Pique Bertengkar, Hina Polis
PEMAIN Barcelona, Gerard Pique memohon maaf secara terbuka kepada polis Barcelona selepas menghina pihak berkuasa terbabit yang mengeluarkan saman terhadap saudaranya.
Polis mengeluarkan saman terhadap kereta milik Pique selepas saudaranya meninggalkan kenderaan tersebut selama 15 minit di laluan bas dan teksi di Port Olimpic, Barcelona.
Ketika disaman oleh polis kerana menghalang lalu lintas, Pique, 27, telah menghina anggota bertugas dengan berkata," Kamu dengki kepada saya kerana saya terkenal.
"Kamu saman saya kerana kamu berkuasa, kerana kamu tidak mempunyai wang dan mahukan komisyen. "Saya akan bercakap dengan ketua kamu untuk mengambil tindakan. Kamu ingat kamu hebat di dunia ini kerana memakai seragam polis dan mengeluarkan saman. "Bapa kamu akan membayar hutang ini - bukan saya. Pekerjaan kamu membuatkan saya sakit hati dan terhina," katanya. Suami kepada penyanyi terkenal Shakira itu kemudian merampas saman tersebut daripada saudaranya dan membaling semula ke arah polis.
Pique dan Shakira pada satu perlawanan bola jaring, bulan lalu.
Pique bagaimanapun memohon maaf di laman sosial Twitter miliknya dan mengakui bersalah kerana mengeluarkan hinaan tersebut. Tindakan pemain itu memohon maaf turut menerima pujian penyokong dan rakan kelabnya. - mstar

Ryan Giggs Cabar Pemain Bersaing Dengan Chelsea, City
RYAN GIGGS mencabar pemain Manchester United untuk membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan Manchester City dan Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.
United akan bertemu Chelsea dan City selepas bertandang ke West Brom pada Selasa ini.
"Chelsea telah membuktikan kemampuan mereka sambil diikuti City pada carta liga, oleh itu kami perlu menguji diri sendiri dan bersaing dengan mereka.
"Kami telah menunjukkan kebangkitan sejak beberapa minggu lalu dan berharap lebih ramai pemain (yang cedera) akan kembali untuk perlawanan akan datang," kata penolong Louis van Gaal itu.
United berjaya memenangi tiga perlawanan kebelakangan ini dan sekaligus berada di kedudukan keempat liga untuk memberi tekanan kepada pesaing mereka.
Kejayaan itu juga telah memberi keyakinan kepada Giggs bahawa United mampu bersaing merebut kejuaraan liga. - mstar
TOP
Penjaga Gol Dilayangkan Kad Merah Kerana Sentuh Punggung Pemain
SEORANG penjaga gol dilayangkan kad merah selepas menepuk punggung pemain lawan dalam satu perlawanan di Honduras baru-baru ini.
Tindakan yang jarang berlaku itu menimpa penjaga gol kelab Marathon, Junior Morales ketika pasukan tersebut menentang Real Sociedad dalam Liga Nacional.
Morales didapati bersalah oleh pengadil kerana segaja menepuk punggung pemain pelawat pada minit ke-50 permainan. Bagaimanapun pemain yang disentuh punggung tidak melakukan sebarang tindakan termasuk melawan atau meminta pengadil mengambil tindakan. Kejadian luar biasa itu kemudian mengundang ketidakpuasan hati pegawai dan pemain Marathon yang enggan meneruskan permainan. Dalam perlawanan itu, Marathon berjaya mengikat Real Sociedad 1-1. - mstar

Arsenal Mahu Dapatkan Pertahanan Celtic Pada Januari
ARSENE WENGER dilapor sedia berbelanja sebanyak £8 juta bagi mendapatkan pertahanan Celtic, Virgil van Dijk pada Januari depan.
Pengendali Arsenal itu pada Selasa mengesahkan akan mendapatkan pertahanan tengah pada tingkap perpindahan Januari bagi menangani krisis pertahanan kelab berkenaan.
Berikutan itu, pemain kelahiran Belanda terbabit kini bersedia untuk berhijrah ke Arsenal.
Van Dijk
Arsenal pernah cuba mendapatkan Van Dijk pada pertengahan tahun ini namun menghadapi kesulitan apabila Celtic enggan menjual pemain berusia 23 tahun itu. Juara Scotland itu bagaimanapun gagal menahan Van Dijk daripada berpindah apabila kelab tersebut tidak layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah. Wenger mengesahkan untuk mendapatkan pemain pertahanan baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Arsenal apabila dia gagal pada tingkap perpindahan lalu. "Saya percaya kami telah melakukan yang terbaik pada musim perpindahan lalu. Saya juga setuju bahawa kita perlukan seorang lagi pemain. "Kami akan memperbaikinya pada musim pemindahan kali ini," jelas Wenger. - mstar

Malaysia Masih Belum Dapat Sentuhan
Pemain Malaysia cuba melepasi penjaga gawang India untuk menjaringkan gol pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor kali ke-4 di Stadium Hoki Taman Daya Johor Baru pada Khamis. - fotoBERNAMA
JOHOR BARU: Malaysia gagal mencari kemenangan pertama apabila tewas 4-2 kepada India pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya di sini, Jumaat. Selepas empat perlawanan, pasukan bawah 21 tahun bimbingan Arul Selvaraj hanya memperoleh satu mata selepas seri 1-1 dengan New Zealand dan menduduki tangga kelima daripada enam pasukan. Pada perlawanan menentang India, Malaysia ketinggalan 2-0 pada separuh masa, hasil jaringan Harmanpreet Singh menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-25 dan 27. Bagaimanapun, pasukan negara meningkatkan corak serangan pada babak kedua dengan Sufi Ismat Rohulamin merapatkan jaringan pada minit ke-37. Jaringan tersebut menyuntik semangat pasukan negara untuk menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-42 menerusi Azril Misron. Bagaimanapun, kegembiraan skuad negara tidak bertahan lama apabila Harmanpreet melakukan jaringan hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-55. Varun Kumar mengesahkan kemenangan mutlak India dengan jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-65 untuk mengekalkan rekod tanpa kalah. India kini menduduki tangga kedua di belakang Great Britain dengan sembilan mata dan akan menentang Australia pada perlawanan terakhir pusingan awal, Sabtu ini. Dua pasukan teratas selepas pusingan awal akan layak ke final, Ahad ini. Sementara itu, New Zealand mencatakan kemenangan pertama dengan menewaskan Pakistan 3-2. Gol New Zealand dijaringkan oleh Harry Miskimmin pada minit kelima, Nic Woods (19') dan Graig Jones pada minit ke-44 manakala gol Pakistan dijaringkan oleh Abu Mahmood pada minit ke-55 dan 66. Dalam pada itu, Great Britain layak ke final apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dengan membenam Australia 5-1. Luke Tayor muncul wira pasukan Great Britain dengan jaringan hatrik pada minit pada ke-16, 18 dan 33 manakala dua lagi gol disumbangkan oleh Hamish Imrie dan James Albery masing-masing pada minit ke-49 dan 56. Gol tunggal Australia dijaringkan Alec Rasmussen pada minit ke-22. - mstar

Keputusan Tenis ATP Vienna
BERIKUT adalah keputusan kejohanan tenis ATP Vienna:
Murray - Pospisil 6-4, 6-4
Bellucci - López 6-7, 6-1, 6-4
Ferrer - Kamke 7-5, 6-1
Struff - Stakhovsky 7-6, 2-6, 7-6
Becker - Haase 6-3, 6-3
Troicki - Rosol 6-3, 6-2
- mstar
Murray - Pospisil 6-4, 6-4
Bellucci - López 6-7, 6-1, 6-4
Ferrer - Kamke 7-5, 6-1
Struff - Stakhovsky 7-6, 2-6, 7-6
Becker - Haase 6-3, 6-3
Troicki - Rosol 6-3, 6-2
- mstar
TOP
HKL Berjaya Rawat Kecederaan Lutut, Meniskus Sintetik Sebagai Ganti
Datuk Dr Fazir (kanan) memeriksa lutut Adisura bersama Dr Siti Hawa di HKL.
KUALA LUMPUR: Malaysia melakar kejayaan baharu dalam sains sukan apabila Hospital Kuala Lumpur (HKL) berjaya melakukan pembedahan memulihkan kerosakan lutut dengan memasukkan meniskus sintetik sebagai pemulihnya. Kejayaan itu adalah yang kedua di Asia selepas pembedahan sama dilakukan di sebuah hospital di Hong Kong. Pakar Ortopedik HKL, Dr Siti Hawa Tahir berkata, meniskus sintetik akan bertindak sebagai perancah sementara sebelum menghilang dengan sendiri dalam tempoh empat tahun selepas meniskus baharu terbentuk.
Model lutut dan kedudukan meniskus ditengahnya.
Meniskus merupakan cakera getah yang berada di antara lutut bagi memudahkan pergerakan. Bagaimanapun akibat mengangkat barangan berat dan pergerakan melampau mampu membuatkan meniskus terkoyak dan rosak. Dr Siti Hawa berkata, kebanyakan kecederaan pada ligamen lutut tidak dapat dipulihkan kecuali meniskus menerima saluran darah secukupnya seperti pembaikan tisu otot. Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HKL, Datuk Dr Fazir Mohamad memberitahu, apabila meniskus terkoyak, bahagian itu terpaksa dibuang dan ia akan membawa kepada osteoartritis bagi orang muda. Oleh itu, pendekatan baharu tersebut kini menjadi pilihan kepada pesakit untuk kembali pulih secara berperingkat. Kaedah menggunakan meniskus sintetik tersebut turut digunakan oleh seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Koperal Adisura Syafriee Abdullah, 36. Datuk Dr Fazir mengangkat kaki Adisura sambil diperhatikan oleh Dr Siti Hawa di HKL. Adisura mula mengalami kecederaan lutut ketika bermain bola sepak pada 2010 tetapi dia tetap bersukan dan berjalan seperti biasa tanpa mendapatkan rawatan. Akhirnya pada tahun lalu, dia menyedari lututnya telah mengeluar bunyi sebelum membengkak. Dr Siti Hawa yang merawat Adisura berkata, pesakitnya itu terpaksa menerima rawatan khusus memandangkan kecederaan yang dialami terlalu lama. "Kecederaan itu membuatkan lutut Adisura seperti lutut seorang lelaki berusia 60 tahun," katanya. Berikutan itu, sekumpulan empat pakar dan lapan kakitangan perubatan lain mengambil masa selama enam jam pada 26 September lalu untuk melakukan pembedahan memasukkan meniskus sintetik dan memulih semula tulang rawan yang rosak pada kaki Adisura. Menurutnya, Adisura kini perlu menjalani pemulihan yang lebih tersusun. Adisura perlu kembali berjalan selepas enam minggu pembedahan dilakukan serta terlibat semula dalam sukan seperti biasa selepas setahun. Datuk Dr Fazir (kanan) melihat Adisura mengangkat kaki sambil diperhatikan oleh Dr Siti Hawa di HKL. - mstar

China Hantar Bekalan Ubat Ebola Ke Afrika
SHANGHAI – Sebuah syarikat farmaseutikal China yang mempunyai hubungan dengan tentera menghantar sejenis ubat demam Ebola ke Afrika untuk kegunaan pekerja bantuan China, sekali gus menguji keberkesanannya dalam memerangi wabak berkenaan, kata beberapa eksekutif syarikat itu semalam.
Ketua Eksekutif Sihuan Pharmaceutical Holdings Group Ltd, Jia Zhongxin berkata, syarikatnya membekalkan beberapa ribu dos ubat berkenaan, JK-05 ke rantau Afrika Barat.
“Bekalan tersebut akan ditambah sekiranya perlu,” katanya.
Ubat JK-05 bagaimanapun masih di peringkat ujian klinikal dan belum pernah diuji pada manusia.
“Pekerja bantuan telah membawa bekalan ubat tersebut. Ia akan digunakan jika terdapat jangkitan antara mereka,” tambah Huo Caixia yang merupakan pembantu pengurus besar Sihuan
Sihuan yang sebahagiannya dimiliki oleh bank pelaburan Morgan Stanley, berharap dapat segera menggunakan ubat tersebut dalam kalangan orang awam di China.
Syarikat itu telah menandatangani satu perjanjian bersama Akademi Sains Perubatan Tentera (AMMS) untuk mendapatkan kelulusan penggunaan JK-05 di China.
Ubat berkenaan yang hanya diluluskan untuk kegunaan tentera pada awalnya dibangunkan oleh MMS.
Jika ia terbukti berkesan mengubati Ebola, JK-05 bukan sahaja menjadi hadiah besar untuk sektor perubatan China, malah ia akan membantu meluaskan pengaruh negara komunis itu di Afrika.
Benua berkenaan merupakan rakan penting kepada China yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia.
Sehingga kini, terdapat kira-kira sejuta warga China di Afrika dengan 10,000 orang menetap di tiga negara yang paling teruk terjejas akibat Ebola iaitu Sierra Leone, Guinea dan Liberia.
China menghantar beratus-ratus pekerja bantuan ke Afrika untuk membantu memerangi wabak maut itu.
Wabak Ebola telah membunuh lebih 4,000 orang setakat ini.
Perkembangan tersebut mendorong dan syarikat farmaseutikal di seluruh dunia kini berlumba-lumba untuk menghasilkan ubat yang dapat merawat Ebola. Wabak itu telah menular dari Afrika Barat hingga ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Pada masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berikrar akan mengambil langkah lebih agresif dalam memerangi epidemik itu.
Obama menyatakan demikian selepas jururawat kedua di bandar raya Dallas, dalam negeri Texas telah dijangkiti virus Ebola.
Menurut laporan media, jururawat tersebut Amber Joy Vinson diberi kelulusan untuk menaiki penerbangan sebelum dia didiagnosis dengan penyakit tersebut.
Mengulas perkembangan terbaharu itu, Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Dr. Tom Frieden berkata, Vinson tidak sepatutnya dibenarkan menaiki pesawat komersial kerana dia terdedah kepada virus itu semasa menjaga seorang pesakit Ebola yang mengunjungi AS dari Liberia, Thomas Eric Duncan.
Sebelum ini, seorang lagi jururawat yang menjaga Duncan, Nina Pham telah dijangki virus maut itu.
Mereka kini diberi rawatan di AS dan diasingkan daripada pesakit lain. – Agensi
TOP
Kakak Tua Bercakap Bahasa Sepanyol Selepas 4 Tahun Hilang
Setelah kehilangan burung kakak tuanya selama empat tahun, pemilik haiwan itu berkata, burung tersebut ditemui kembali namun ia bercakap dalam bahasa Sepanyol!
Memetik laman berita Reuters, burung spesies African Grey itu sebelum ini diajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris slanga ‘British’ oleh tuannya, Darren Chick.
Selain itu, ketika dibawa pulang ke rumah, haiwan yang diberi nama Nigel itu juga mencari seseorang yang bernama Larry.
Kata Darren kepada akhbar Daily Breeze, “Nigel berada dalam keadaan baik. Ia sangat aneh, namun saya tahu itu burung saya ketika melihatnya.”
Nigel ditemui oleh pasangan Torrance di belakang premis bisnes mereka, dan kemudiannya menyerahkannya kepada Teresa Micco kerana Teresa telah menyebarkan iklan tentang kehilangan burung kakak tuanya.
Namun, Teresa kemudiannya sedar bahawa Nigel bukanlah burung miliknya sebelum menyerahkan kepada Darren melalui rekod jualan asal. – MYNEWSHUB
TOP
Pemuda Jadi ‘Spiderman’ Ketika Bercuti Di Bali
Australia – Pengalaman bercuti di Bali rupa-rupanya telah menjadikan seorang pemuda, Dylan Thomas umpama `Spiderman’.
Ini kerana, seekor labah-labah telah masuk ke dalam kulit perutnya melalui parut kesan bedah appendiks dan berada di situ selama beberapa hari. Kejadian itu disedari apabila Thomas mendapati parut kesan bedah itu menjadi merah dan berair. Dia kemudiannya menemui doktor di sebuah klinik di Bali. Doktor tersebut kemudiannya memberitahu bahawa Thomas digigit oleh labah-labah lalu memberinya ubat sapu. Apabila kesan merah berterusan dan badannya bengkak selama beberapa hari, Thomas menemui doktor itu semula dan alangkah terkejutnya doktor terbabit apabila mendapati seekor labah-labah tertanam di dalam kulitnya. “Ia amat mengejutkan selepas mengetahui serangga berkenaan berada dalam badan saya selama beberapa hari,’’ katanya. Labah-labah itu telah dikeluarkan dan dihantar ke makmal untuk ujian bagi menentukan spesisnya. Sementara Thomas pula sudah pulang ke rumahnya di Bunbury.-mynewsub

Kakak Upah Pembunuh Tembak Adik Yang Enggan Bekerja
Rusia – Kerana terlalu marahkan adiknya yang enggan bekerja dan hanya duduk di rumah, seorang kakak, Larisa Kazakova, 32, sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Mukhyarbek yang berusia 29 tahun.
Namun niat melakukan pembunuhan itu tidak kesampaian apabila pembunuh upahan berkenaan rupa-rupanya adalah seorang anggota polis yang membuat penyamaran. Polis berjaya menghidu niat Larisa itu selepas dia dikesan mencari pembunuh melalui internet. Niat buruknya itu juga dapat dipatahkan apabila adiknya, Mukhyarbek, dengan kerjasama polis telah berpura-pura mati dibunuh. Larisa ditangkap ketika dia menyerahkan wang kepada pembunuh tersebut dan selepas melihat `mayat’ adiknya yang terbaring berlumuran darah. Dia kini berdepan hukuman penjara lapan tahun kerana cubaan membunuh. Dua beradik itu berasal dari Kyrgyztan dan berhijrah ke bandar Surgut di Rusia, sejak dua tahun lalu. Mereka memasuki Rusia secara haram. Larisa yang juga ibu kepada tiga anak itu mendakwa adiknya tidak bekerja dan hanya melepak di rumah selain dia yang terpaksa menyara lelaki berkenaan. Dia mendakwa pernah cuba menghalau adiknya keluar dari rumah, namun Larisa dipukul. Memandangkan mereka berada secara haram di Rusia, maka dia tidak dapat membuat laporan polis. Untuk menyara hidup dan menghantar wang ke kampung halaman mereka, Larisa bekerja sebagai pencuci di beberapa tempat.-mynewsub

Gomes Da Rocha Pembunuh Bersiri Paling Muda Di Dunia
Brazil – `Pembunuh bersiri’ paling muda di dunia dinobatkan kepada seorang lelaki kejam, Thiago Henrique Gomes da Rocha, yang merupakan seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun.
Dia telah mengaku membunuh 39 orang termasuk 16 wanita di Goania. Mangsanya yang lain adalah pondan dan gelandangan. Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun.
Gomes da Rocha yang menetap bersama ibunya di bandar berkenaan, ditangkap polis pada Selasa lepas, selepas didapati mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.
Selepas ditangkap dia mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.
Thiago Henrique Gomes da Rocha mengakui membunuh 39 wanita di Brazil sejak Januari.
Antara wanita-wanita yang dibunuh suspek.
Modus operandinya adalah dengan menunggang motosikal dan kemudian menembak mangsa di jalan raya sambil menjerit `rompakan’. Gomes da Rocha kemudiannya melarikan diri. Turut dirampas di rumahnya ialah senjata api revolver .38 yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut bersama motosikal dan nombor plat palsu. Penangkapan tersebut mengakhiri kebimbangan penduduk selepas kes pembunuhan bersiri berkenaan dilaporkan berlaku di bandar tersebut. Penduduk sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di balai polis bagi meminta polis menangkap pembunuh terbabit. Ketika ini, mendahului senarai 15 pembunuh bersiri zaman moden ialah seorang pembunuh dari Colombia, Luis Garavito yang merupakan perogol dan pembunuh kanak-kanak. Dia digelar La Bestia atau The Beast. Dia dipercayai membunuh lebih 400 kanak-kanak di jalanan namun 138 kes bunuh berjaya disahkan.
Manakala Pedro Rodrigues Filho pula merupakan pembunuh di Brazil yang membunuh lebih 100 mangsa dengan 47 daripadanya adalah banduan. Dia bagaimanapun disabitkan dengan kesalahan membunuh 17 orang.
Filho mula membunuh pada usia 14 tahun dengan mangsa pertama adalah bapanya.
Dia turut makan jantung bapanya.
-mynewsub

Kini Hajah, Najwa Mahiaddin Sedang Sesuaikan Diri Bertudung
Brazil – `Pembunuh bersiri’ paling muda di dunia dinobatkan kepada seorang lelaki kejam, Thiago Henrique Gomes da Rocha, yang merupakan seorang pengawal keselamatan berusia 26 tahun.
Dia telah mengaku membunuh 39 orang termasuk 16 wanita di Goania. Mangsanya yang lain adalah pondan dan gelandangan. Mangsa paling muda pula direkodkan berusia 14 tahun.
Gomes da Rocha yang menetap bersama ibunya di bandar berkenaan, ditangkap polis pada Selasa lepas, selepas didapati mencuri nombor plat motosikal di sebuah pasar raya.
Selepas ditangkap dia mengaku melakukan pembunuhan berkenaan.
Modus operandinya adalah dengan menunggang motosikal dan kemudian menembak mangsa di jalan raya sambil menjerit `rompakan’. Gomes da Rocha kemudiannya melarikan diri.
Turut dirampas di rumahnya ialah senjata api revolver .38 yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan tersebut bersama motosikal dan nombor plat palsu.
Penangkapan tersebut mengakhiri kebimbangan penduduk selepas kes pembunuhan bersiri berkenaan dilaporkan berlaku di bandar tersebut.
Penduduk sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di balai polis bagi meminta polis menangkap pembunuh terbabit.
Ketika ini, mendahului senarai 15 pembunuh bersiri zaman moden ialah seorang pembunuh dari Colombia, Luis Garavito yang merupakan perogol dan pembunuh kanak-kanak. Dia digelar La Bestia atau The Beast.
Dia dipercayai membunuh lebih 400 kanak-kanak di jalanan namun 138 kes bunuh berjaya disahkan.
Manakala Pedro Rodrigues Filho pula merupakan pembunuh di Brazil yang membunuh lebih 100 mangsa dengan 47 daripadanya adalah banduan.
Dia bagaimanapun disabitkan dengan kesalahan membunuh 17 orang.
Filho mula membunuh pada usia 14 tahun dengan mangsa pertama adalah bapanya.
Dia turut makan jantung bapanya.-mynewsub
TOP
4 Wanita Selamba Berjemur Tanpa Coli Di Pantai Saujana
EMPAT pelancong wanita membentangkan tikar sebelum berjemur.
Port Dickson – Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mereka yang dianggarkan berusia antara 20-an dan 30-an berjemur di atas tikar di pantai dalam keadaan cuaca panas terik. Bagaimanapun, gelagat mereka disedari seorang pengunjung, Chow Weng, 30-an, yang mandi di laut di pantai berkenaan.
Tindakan empat wanita warga asing berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Port Dickson menggemparkan orang ramai.
Menurut Chow, pada mulanya dia terpandang empat pelancong terbabit menghampiri pantai dengan memakai bikini sebelum berbaring di atas tikar. “Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat mereka selamba menanggalkan coli yang dipakai. “Saya segera naik ke pantai dan membersihkan diri di tandas sebelum mengambil kamera di dalam kereta dan merakamkan beberapa gambar sebagai bukti pelakuan pelik mereka kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelancong yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. – myMetro Online

Pegawai K’jaan Suspek Rekrut Militan IS Ambil Cuti Panjang
Anggota Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang individu bergelar Datuk di Damansara kerana disyaki terlibat merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan militan.
KUALA LUMPUR – Pegawai kerajaan yang ditahan kerana disyaki merekrut ahli untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak bekerja selama hampir setahun dengan alasan ‘masalah keluarga’. Lelaki berusia 37 tahun itu memohon cuti dari kementerian tempat dia bekerja iaitu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), kononnya untuk menjaga ibunya. Namun, polis percaya lelaki itu berada di selatan Filipina bertemu dengan anggota militan warga Malaysia yang dikehendaki termasuk pensyarah Dr Mahmud Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit, Mohd Najib Husen, masing-masing berusia 36 tahun. Mereka dipercayai menjadi penggerak utama kumpulan militan tempatan yang melatih anggotanya untuk berjuang di Syria dan Iraq. Individu ketiga adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, atau lebih dikenali sebagai Abu Nur. Kakitangan kerajaan itu yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan di salah sebuah jabatan dibawah kementerian itu hanya kembali bekerja pada bulan lalu. The Star difahamkan bahawa pegawai itu yang juga seorang Datuk merupakan seorang jurutera dengan gred 44. Beliau dikatakan berasal dari Pekan, Pahang. Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, beliau dimaklumkan mengenai penangkapan itu pada Rabu dan mengarahkan kementerian untuk memberi kerjasama penuh kepada polis. “Pegawai itu bercuti hampir setahun dan kita tidak melihatnya sehingga dia kembali bertugas pada 25 September lalu. “Kami tidak tahu apa yang berlaku atau apa aktivitinya sepanjang dia tidak bekerja tetapi akan membantu polis dalam apa jua cara sekali pun,” katanya ketika ditanya untuk mengulas mengenai penangkapan pegawai di kementerian itu. Sumber mendedahkan dua wanita, antara 14 suspek militan yang ditahan di Shah Alam dan Damansara, yang dikenal pasti sebagai dua daripada perekrut utama kumpulan militan di negara ini. Kedua-dua suspek – seorang suri rumah dan janda – adalah penggerak utama dalam mendapatkan pelajar wanita warga Malaysia untuk berjihad ke Syria bersama kumpulan IS. “Biasanya hanya lelaki yang menjalankan aktiviti perekrutan. “Namun, perekrut wanita ini mempunyai sifat keibuan yang berjaya memperdaya sesiapa sahaja dengan kata-kata mereka,” kata sumber. Difaham, wanita tersebut menyertai kumpulan militan sejak awal tahun ini. Sumber turut mendedahkan selain seorang penganggur berusia 34 tahun yang baharu kembali dari Syria, polis mengenal pasti seorang lain yang berjuang bersama IS di Syria. “Ahli militan yang baharu sahaja kembali dari Syria, dijadikan sebagai tarikan dalam merekrut ahli baharu. Mereka akan berkongsi pengalaman dalam usaha untuk menarik perharian rakyat Malaysia untuk menyertai mereka,” kata sumber. Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman berjaya menahan 14 individu yang disyaki anggota militan dalam satu operasi khas tiga hari yang dilakukan di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera. Mereka yang ditahan termasuk tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria. Suspek termuda adalah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun. – mStar Online

PM Garis 5 Keutamaan M’sia Sebagai Anggota Tidak Tetap UNSC
MILAN (Itali) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima keutamaan peranan yang akan dilakukan Malaysia dalam memikul amanat sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Lima keutamaan itu ialah mengembangkan agenda kesederhanaan pada peringkat global; menggalakan rundingan sebagai kaedah penyelesaian konflik, menggalakan operasi pengaman PBB; membantu proses membangunkan keamanan di negara-negara yang menghadapi konflik dan terus membincangkan reformasi komprehensif UNSC.
Dalam reaksinya terhadap kejayaan Malaysia meraih satu kerusi UNSC sebagai anggota tidak tetap bermula 1 Jan 2015 hingga 31 Dis 2016, Najib sambil melahirkan rasa syukur dengan sokongan menyeluruh masyarakat antarabangsa, menyifatkan kejayaan itu merupakan penerimaan terhadap dasar luar Malaysia yang berpegang pada prinsip utama dasar luar negara.
Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat pada Khamis.
“Hendak dapat 100 peratus susahlah tapi itu kira sangat baik, pencapaian cemerlang,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) di sini.
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang menyokong pencalonan Malaysia.
Pertama kali ketika Malaysia menduduki kerusi tersebut bagi sesi 1989-1990, Malaysia memperoleh 143 undi daripada 158 negara manakala kali kedua pada penggal 1999-2000, Malaysia mendapat 174 undi daripada 176 negara.
Najib berkata beberapa pemimpin yang menghadiri ASEM termasuk Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong antara yang mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, dengan Perdana Menteri Itali Matteo Renzi yang pertama berbuat demikian.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas kerja keras Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan pegawai-pegawai Wisma Putra dalam memastikan kejayaan memihak kepada negara.
Najib berkata beliau percaya negara-negara yang menyokong, bersikap positif terhadap peranan dan dasar Malaysia yang bertanggungjawab dan berprinsip selain pendekatan kesederhanaan atau wasatiyah. Katanya, Malaysia akan memainkan peranannya sebagai anggota tidak tetap UNSC dalam menimbangkan apa yang patut dilakukan antaranya berkaitan penyelesaian konflik seperti menentukan pendirian berdasarkan undang-undang antarabangsa serta berpegang pada pendirian berdasarkan prinsip.
“Ini akan jadi pegangan wakil kita untuk meneruskan tradisi selama ini yang mengambil kira berdasarkan prinsip utama dasar luar negara,” katanya.
Dalam melihat sesuatu isu, katanya, Malaysia akan membuat keputusan berdasarkan dasar kerajaan serta pertimbangan secara mendalam dan juga mendapatkan pandangan wakil Malaysia sebelum membuat sesuatu keputusan.
Bagi dasar-dasar Malaysia yang jelas dalam isu tertentu seperti hak Palestin, beliau berkata Malaysia akan terus mempertahankannya dan memperjuangkan pendirian Malaysia itu. – BERNAMA
TOP
Michael Jackson Terus Kumpul Kekayaan Selepas Mati
New York – Lima tahun selepas kematiannya, raja pop Michael Jackson masih meraih pendapatan tinggi malah menjadi selebriti mati yang paling kaya di dunia apabila estetnya menerima sekitar AS$140 juta (RM462 juta) tahun lalu.
Forbes melaporkan Jackson mendapat dua kali jumlah diperoleh Elvis Presley – yang mati pada 1977 dan menduduki tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$55 juta (RM181 juta) dan tiga kali diraih pencipta komik Peanuts, Charles Schulz dengan AS$40 juta (RM 132 juta).
“Nampaknya Jackson membuktikan duit masih mampu ‘hidup’ selepas seorang selebriti mati,” kata Forbes.
Ini adalah kali kedua secara berturut-turut Jackson menduduki carta teratas senarai berkenaan selepas dikalahkan Elizabeth Taylor pada tahun 2012.
Album kedua Jackson selepas kematiannya, ‘Xscape’ yang mendapat tempat kedua di carta pop pada hari pertama dikeluarkan malah penyanyi berkenaan turut ‘muncul’ sebagai hologram pada Anugerah Muzik Billboard.
Dua persembahan Cirque du Soleil bertajuk ‘Immortal’ dan ‘ One’ antara cara estet jackson masih mampu meraih keuntungan selain katalog muzik dan empayar penerbitannya.
Eizabeth yang meninggal dunia pada 2011 menduduki tempat keempat (AS$25 juta – RM82 juta) manakala legenda reggae Bob Marley di tempat kelima AS$20 juta (RM66 juta). – AFP
TOP
Undang-Undang Korea Utara Larang Wanita Berseluar
Pyongyang – Korea Utara melarang kaum wanita daripada memakai jean skinny atau seluar lain yang dianggap bergaya selain memperketatkan lagi kod pakaian negara itu.
Menurut Radio Free Asia (RFA), beberapa penduduk Korea Utara yang melawat China memberitahu “wanita dilarang memakai seluar di khalayak ramai sejak September lalu.”
Korea Utara melarang wanita memakai seluar di khalayak ramai pada 1970 sehingga lima tahun lalu apabila wanita dibenarkan memakai seluar berpotongan kemas pada Ogos 2009.
Menurut sumber, populariti budaya pop Korea Selatan turut mempengaruhi wanita di Korea Utara memakai seluar jenis skinny dan Capri.
Namun pihak berkuasa memandangnya sebagai “budaya lucah Korea Selatan” dan memutuskan mengharamkan penggunaannya.
Sehubungan itu, polis ditempatkan di seluruh Pyongyang untuk menahan wanita berseluar terutama pelajar universiti, kata seorang penduduk Pyongyang kepada RFA.
Menurutnya, wanita bekerja perlu memakai skirt untuk ke pejabat dan hanya dibenarkan bertukar kepada seluar sebaik tiba di situ. Warga asing atau rakyat China bagaimanapun terkecuali daripada kod pakaian itu.
Seorang lagi penduduk Korea Utara memberitahu RFA bahawa polis “menyasarkan wanita yang berpakaian atau mendandan rambut dengan cara yang melanggar peraturan.” – Agensi
TOP
Budak Nyaris Maut Kepala Tersangkut Di Tingkat 15
BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terselamat daripada maut selepas kepalanya tersangkut di besi geriji tingkap selepas dia cuba keluar dari tingkap sebuah apartmen yang terletak di tingkat 15 di sini, lapor Mail Online kelmarin.
Kejadian di bandar Chongqing itu berlaku selepas kanak-kanak itu cuba keluar dari rumahnya melalui tingkap selepas dibiarkan berseorangan oleh ibu bapanya yang keluar bekerja.
Beberapa jiran yang terkejut melihat kanak-kanak itu tergantung di tingkap di tingkat 15 segera menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.
Satu pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian telah bertindak memecah kediaman tersebut sebelum memotong besi geriji untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan.
Seorang jurucakap bomba berkata, kanak-kanak tersebut cuba keluar dari rumah tersebut dengan menyusup di celah geriji tingkap berkenaan.
“Badan kanak-kanak itu berjaya melepasi geriji berkenaan tetapi kepalanya yang lebih besar tersangkut menyebabkan dia tergantung.
“Kanak-kanak ini berbasib baik kerana kepalanya tersangkut , jika tidak dia mungkin sudah mati,” katanya. – Agensi
TOP
PM Belanda Lawat Malaysia Bincang Tragedi MH17
PERDANA Menteri Belanda, Mark Rutte melambai tangan ketika tiba di Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-10, di Milan, semalam. - Foto EPA
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, akan melawat Malaysia pada 5 November ini sebelum ke Australia, khusus bagi membincang isu berkisar kepada tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Rutte mengesahkan lawatan itu dalam pertemuan mereka di luar Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-10, di Milan, semalam. “Tujuan beliau melawat Malaysia dan kemudian ke Australia ialah untuk terus memberi penekanan terhadap isu MH17 dan isu ini akan sentiasa dalam perhatian masyarakat antarabangsa,” katanya kepada wartawan Malaysia di Milan malam tadi. Tragedi membabitkan pesawat milik MAS itu mengorbankan 293 orang, termasuk 193 rakyat Belanda dan 43 warga Malaysia. Najib berkata, ramai pemimpin Eropah dan Asia yang menemuinya sama ada dalam majlis rasmi, pertemuan dua hala atau perbincangan tidak formal melahirkan rasa simpati dan takziah kepada Malaysia berikutan tragedi itu. Katanya, ada yang meminta penjelasan mengenai situasi masa kini dan langkah yang akan terus dilakukan Malaysia. “Semua orang rasa bahawa tak patut Malaysia dibebani dengan peristiwa dan tragei MH17. Semua merasakan yang kita ini menjadi mangsa kepada konflik geopolitik di kawasan itu dan tidak kena mengena dengan kita sama sekali,” katanya. Beliau berkata, Presiden Perancis, Francois Hollande misalnya turut menyentuh isu MH17 ketika mereka mengadakan pertemuan dan mahu Malaysia terus memperjuangkan usaha menentang keganasan global. - BH Online

Ular Tedung Selar Ditemui Dalam Bonet Kereta Vios
Anggota Bomba dan Penyelamat menangkap ular yang ditemui dalam bonet hadapan kereta Toyota Vios di Beaufort, Sabah.
AWAS! Adalah amalan biasa untuk kita membuka bonet hadapan kereta bagi memeriksa enjin dan sebagainya tapi berhati-hatilah selepas ini. Ia berikutan kes penemuan ular tedung selar yang besar dan ganas dalam enjin sebuah kereta Toyota Vios di Taman Perumahan Sri Penglima, Beaufort, Sabah kelmarin.
Mujurlah pemilik kereta menyedari kehadiran ular tersebut dan segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menguruskan ular berbisa tersebut.
Di atas adalah gambar yang dikongsikan menerusi Twitter JBPM.
Bayangkan kalau pemandu tak perasan dan sedar-sedar ular tedung tersebut sudah berdiri dan sedia hendak mematuk ketika dia buka bonet kereta? Phew!! – mynewshub.cc

Tindakan TMJ Sepak Tiang Penjuru Jadi Viral
JOHOR BAHARU – Tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyepak tiang sudut selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi viral di media sosial.
Tindakan spontan yang mungkin berpunca dari rasa gembira dan melepaskan geram itu berjaya dirakam kemera dan perbuatan baginda terus viral tidak beberapa selepas itu.
Tindakan Tunku Ismail mendapat pelbagai komen di Facebook di mana ada di antara pengguna bertanya apa yang mungkin disepak TMJ andai pasukan baginda tewas malam tadi.
Sementara itu, Bernama melaporkan JDT mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada perlawanan suku akhir kedua berkenaan.
JDT mara ke separuh separuh akhir dengan agregat 3-1 selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama.
JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Okt ini diiikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Okt ini.
Pada perlawanan malam ini, pemain kebangsaan, Safiq Rahim muncul wira pasukan JDT apabila menjaringkan dua gol manakala satu gol daripada pemain import, Luciano Gabriel Figueroa.
JDT memulakan aksi dengan rentak agresif apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu.
Namun, jaringan pertama skuad Harimau Selatan hadir pada minit ke-15 selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi membuat hantaran lintang sebelum Safiq menanduk masuk, menewaskan penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee.
Figueroa menambah jaringan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-21 selepas menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah.
Bagaimanapun, skuad Penyu bangkit pada separuh masa kedua dengan persembahan lebih bertenaga serta melakukan beberapa gerakan menarik.
Akibat kecuaian benteng pertahanan JDT, skuad bimbingan Abd Rahman Ibrahim akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-60 hasil gerakan solo Mohd Ashari Samsudin.
Bagaimanapun, Safiq mengesahkan laluan JDT ke separuh akhir dengan jaringan pada minit ke-74, hasil hantaran Mohd Amri.-mynewsub
TOP
KPJ Diminta Pertimbang Semula Tajaan Bersalin Che Ta?
Itu reaksi yang diberi oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor apabila berita tentang penajaan kos bersalin aktres terkenal Rozita Che Wan di Hospital Ampang Puteri hebah diperkatakan.
Mereka menyarankan agar hospital swasta itu mengkaji kembali relevannya memberikan khidmat tajaan tersebut kerana berpendapat bahawa pelakon itu berkemampuan.
“Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ,” ujar Penyelaras SAMM, Hadzril Rizal yang dipetik dari laman portal Malaysiakini.
Tambahnya lagi, “Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang.”
Hadzril juga memberikan contoh kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi menjalankan pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta dijangka bersalin dalam tempoh dua minggu lagi hasil perkahwinan keduanya dengan aktor Oh My English, Zain Saidin. – MYNEWSHUB
TOP
Bapa Kaget Besi Buaian Tiba-Tiba Putus, Tikam Mata Anak
Georgetown – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menempuh pengalaman memeritkan apabila besi penyangkut buaian yang baru sebulan dibeli putus sebelum menikam mata kanannya ketika dia berada dalam buaian berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Seberang Jaya, dekat sini, tengah malam Sabtu lalu.
Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah malam ketika mangsa, Muhammad Adam Mukris Faizal, leka berayun di dalam buaian berkenaan sambil bermain permainan komputer menerusi telefon bimbit.
Bapa mangsa, Faizal Sikh Mohd, 36, berkata, kejadian berlaku ketika dia baru pulang dari berniaga dan bersiap-siap untuk mandi.
Beliau berkata, ketika itu, Adam berada dalam buaian sambil memegang telefon bimbit dan tiba-tiba satu daripada dua besi spring buaian putus mengakibatkan ia melantun dan mengenai mata kanan anak ketiga daripada lima beradik itu.
“Saya yang terperanjat terus menghampiri Adam dan melihat darah mengalir keluar dari matanya, manakala kelopak mata pula menonjol keluar. – myMetro Online
TOP
Seorang Maut Pesawat Kecil Terhempas Di Florida
GAINESVILLE, FLORIDA - A small plane crashed in Hall County Thursday afternoon. Sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas di Hall Country, Gainesville, Florida pada petang khamis.
Pihak polis telah mengesahkan seorang mati manakala seorang lagi cedera parah akibat kejadian yang berlaku di atas jalan berdekatan dengan lapangan terbang. - SiakapKeli.com
TOP
Kerajaan Kaji Hapus ICP - Ab Aziz
KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji untuk menghapuskan pengecualian permit peredaran antarabangsa (ICP) bagi kenderaan dari Thailand yang memasuki Malaysia dalam jarak dua kilometer.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pemansuhan pengecualian yang diamalkan sejak 1993 itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengawal kemasukan kenderaan asing dengan lebih sistematik.
"Kita cadangkan supaya diadakan penyeragaman soal kemasukan kenderaan asing di semua sempadan negara.
"Untuk mengatasi masalah ini, kita bercadang untuk menghapuskan terus pengecualian ICP dua kilometer di sempadan Kedah, Kelantan dan Perlis, serta tujuh kilometer di Perak," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut Ab Aziz, dengan pemansuhan intu, kawalan kemasukan kenderaan asing hanya dibuat di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di semua sempadan negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk mengkaji perjanjian kelonggaran antara Malaysia dan Thailand yang ditandatangani pada 1993.
Tambah beliau, kerajaan menyedari ada teksi daripada negara itu yang mengambil kesempatan terlajak melebihi dua kilometer yang dibenarkan, termasuk ke Kuala Lumpur dan Johor Baharu dan Pulau Pinang.
"Kelonggran ini juga menyebabkan sempadan Malaysia dimasuki sewenang-wenangnya oleh kenderaan Thailand secara tak bertanggungjawab dan tak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Kemungkian juga ia digunakan bagi kes penyeludupan dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia," katanya.- mstar online
TOP
Majlis Peguam Gesa Akta Hasutan Dimansuhkan
Christopher Leong
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam percaya Malaysia tidak lagi perlu bergantung kepada undang-undang semata-mata untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara ini. "Perdana Menteri telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan kami menyokong tindakan ini," kata Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong di bangunan Parlimen, Khamis. Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Kong memanggil supaya Akta Hasutan dimansuhkan. "Sudah sampai masanya kita menghapuskan apa jua bentuk undang-undang yang tidak adil," katanya. Leong, bersama-sama dengan sembilan peguam lain, bertemu Mah selepas berarak bersama beratus-ratus peguam lain dalam 'Walk for Peace and Freedom 2014' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia.- mstar online

Ratusan Berarak Ke Parlimen Protes Akta Hasutan
KUALA LUMPUR: Ratusan peguam dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) berarak menuju bangunan Parlimen pada Khamis untuk protes 'Walk for Peace and Freedom 2014' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia menggesa pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Peserta mula berkumpul sejak pukul 10.30 pagi di tempat letak kereta Padang Merbok di sini, sebelum memulakan perjalanan menuju bangunan Parlimen pada pukul 11.40 pagi.
Ahli Parlimen pembangkang seperti Gobind Singh Deo, Darell Leikeng, N. Surendran, Wong Chen dan Ong Kian Ming turut menyertai perarakan.
Perwakilan asing dari persatuan peguam antarabangsa dan undang-undang masyarakat seperti Persatuan Peguam Komanwel, Majlis Undang-undang Australia, Lawasia, serta ahli Majlis Peguam Jepun memantau protes tersebut.
Sebelum mula berarak, ahli-ahli dari Majlis Peguam bercakap kepada para peserta, dengan presiden Christopher Leong menyeru agar minda di kalangan rakyat Malaysia lebih terbuka.
"Undang-undang ini menjejaskan aspirasi hak-pemikiran rakyat Malaysia.
"Suatu pendekatan inklusif, seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), adalah jalan ke hadapan kerana Malaysia berhasrat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
"Kami mahu Akta Hasutan dimansuhkan. Kami mahu keamanan sebenar dan sikap saling menghormati yang sebenar. Kita tidak mahu penindasan. Kami mahu isu-isu sebenar dibincangkan dan diperdebatkan di kalangan rakyat Malaysia," kata Leong.- mstar online
TOP
Najib Tiba Di Milan, Bincang Kerjasama Asia-Eropah
DATUK Seri Najib Tun Razak tiba di Milan yang merupakan bandar kedua mempunyai penduduk paling ramai untuk menghadiri Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) ke-10, bagi membincangkan beberapa isu termasuk peluang kerjasama kedua-dua rantau.
Perdana Menteri yang tiba pada Rabu akan menggunakan sepenuhnya mesyuarat tersebut bagi bekerjasama dengan 10 negara anggota Asean dan 28 negara-negara Eropah untuk berkongsi idea dalam meningkatkan ekonomi kedua-dua rantau.
Milan, pusat fesyen Itali, juga merupakan pusat komersial dan perbankan.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila bandar itu dipilih sebagai lokasi mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali itu.
Ramai yang menyatakan bahawa Milan tidak dapat menandingi seni bina di Rom, Florence atau Venice yang lebih mengagumkan.
Bagaimanapun, ia mempunyai khazanah tersendiri termasuk mercu tanda Gothic iaitu Cathedral Milan atau Duomo di Milano, yang merupakan katedral kelima terbesar di dunia yang mengambil masa selama 600 tahun untuk disiapkan.
Dalam mesyuarat itu, Najib akan berusaha menarik lebih banyak pelancong Itali ke Malaysia. Tahun lalu sebanyak 45,000 hingga 50,000 pelancong dari Itali memasuki Malaysia.
Duta Besar Malaysia ke Itali, Datin Paduka Halimah Abdullah berkata, pelancongan akan menjadi topik utama pertemuan dua hala itu selain hubungan perdagangan.
Kedua-dua negara kini telah menjalinkan urusan jual-beli barangan elektrik dan peralatan mesin secara seimbang walaupun Malaysia mempunyai kelebihan dari segi minyak sawit.
Jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat daripada €1.83 bilion (RM7.6 bilion) pada tahun 2012 kepada €2 bilion (RM8.3 bilion) tahun lalu.
Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dari Hungary, Perancis, Finland, Lithuania, Norway dan Vietnam.
Beliau bakal berucap pada hari pertama mesyuarat sebelum mengambil bahagian dalam Forum Perniagaan Asia Eropah, Perkongsian Parlimen Asia Eropah dan Forum Rakyat Asia Eropah.
Asem diwujudkan sejak 1996 sebagai forum dialog dan pentas kerjasama antara Asia dan Eropah.- mstar online
TOP
17 Ekor Burung Spesis Dilindungi Dirampas Dalam Serbuan
Lai (kiri) menyerahkan anak burung enggang kepada Nickson.
IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak merampas 17 ekor burung daripada spesis yang dilindungi bernilai kira-kira RM20,000. Rampasan dilakukan daripada seorang lelaki yang bekerja sendiri di Batu Kurau, Kerian. Pengarah Perhilitan negeri Fakhrul Hatta Musa berkata burung-burung yang dirampas adalah jenis Murai Batu (7), sayap biru (3), sayap hijau (5), seekor burung lureh leher dan seekor Tiong Mas. Kesemua spesis burung ini ditemui berikutan serbuan yang dijalankan di rumah lelaki itu di Kampung Air Hitam Jelai, tengah hari Selasa. "Pegawai kami telah memantau tempat ini kira-kira seminggu. "Siasatan kami menunjukkan bahawa lelaki berusia 50 tahun itu tidak mempunyai dokumen rasmi untuk memelihara burung-burung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, Rabu. "Kami percaya burung itu akan dijual di pasaran," kata beliau sambil menambah burung-burung, bersama dengan sangkar telah dibawa ke pejabat Perhilitan di Selama. Fakhrul Hatta berkata lelaki itu boleh didakwa di bawah Seksyen 60 (1)(a) dan 68(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Bagi Seksyen 60 (1)(a), pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya. Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 68 (1)(a), pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. Di Sibu, anak burung enggang yang ditangkap oleh seorang pemilik rumah di Jalan Pedada dipercayai telah dipelihara sebagai haiwan kesayangan sebelum terlepas. Jurucakap Jabatan Perhutanan Sarawak pada Rabu berkata, ini berdasarkan ekor compang-camping burung tersebut. "Jika di hutan liar, ekor burung itu adalah seperti yang didapati di negara asalnya. Tetapi ekornya adalah compang-camping, seperti disimpan di dalam sangkar," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan burung oleh pencinta alam semula jadi, Lai Lee Siew kepada warden hidupan liar Nickson Yusuf Robin. Anak burung enggang itu ditangkap di rumah apabila ia terbang ke tingkat satu pada Khamis lepas. Pemilik rumah kemudian menyerahkan burung itu kepada Lai, pemegang sijil berlesen untuk menangkap haiwan dan burung eksotik, termasuk spesies yang dilindungi. Jurucakap itu menambah, burung itu akan dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang di Kuching untuk pemulihan. Sesiapa yang ditangkap memiliki burung itu, yang disenaraikan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 dan penjara dua tahun. Ditanya mengenai populasi spesies, jurucakap itu berkata jabatannya kini sedang menentukan angka, termasuk yang enam spesies lain yang terdapat di negeri ini. Beliau menggesa orang ramai melaporkan kepada jabatan itu jika mereka tahu sesiapa menyimpan atau menjual spesies binatang dan burung yang dilindungi dengan menghubungi 084-337444.- mstar online

Malaysia, Angola, Venezuela Cipta Sejarah PBB
Datuk Seri Anifah Aman
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah tersendiri apabila tiga negara bergabung dalam menganjurkan majlis jamuan malam menjelang hari pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan badan dunia itu. Tiga negara itu adalah Malaysia, Angola dan Venezuela yang masing-masing merupakan calon bagi setiap benua dalam usaha akhir melobi sebelum hari pengundian, Khamis ini. Majlis resepsi itu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ramai wakil-wakil tetap daripada hampir kesemua 193 negara yang menganggotai badan dunia itu. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada sidang media selepas majlis itu, berkata majlis bersama itu merupakan dedikasi tiga buah negara yang berkongsi matlamat sama. Beliau berkata usaha merentasi wilayah berkenaan adalah permulaan kepada kerjasama lebih erat antara negara, juga wakil kepada Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), untuk berada dalam Majlis Keselamatan. "Berdasarkan rekod cemerlang Malaysia dalam beberapa isu di bawah pengawasan PBB, kita sangat yakin Malaysia mampu menyumbang secara signifikan untuk bekerjasama dengan Angola dan Venezuela dan juga ahli Majlis Keselamatan yang lain. Malaysia mewakili Asia Pasifik, adalah calon tunggal bagi rantau itu, manakala Angola pula mewakili benua Afrika dan Venezuela calon bagi Amerika Selatan dan Caribbean. Venezuela diwakili oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan Rakyat, Rafael Ramirez Carreno manakala Angola diwakili Setiausaha Hubungan Luar, Manuel Domingos Augusto. Pengundian secara sulit oleh 193 negara anggota badan dunia itu akan bermula 10 pagi. Malaysia pernah menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali iaitu pada 1965, 1989-1990 dan bagi tempoh 1999-2000.- mstar online

Panggil Balik Model Toyota: Hanya 250 Kereta Terjejas Di Malaysia
Crown Majesta adalah antara model yang popular di Jepun turut dipanggil balik oleh Toyota kerana masalah kecacatan pada beberapa bahagian yang boleh membawa risiko ketika memandu.
PETALING JAYA: Tidak lebih dari 250 buah kereta jenis Lexus IS dan Lexus LS di Malaysia terjejas ekoran penarikan global akibat kelemahan yang dikesan terhadap kenderaan itu, menurut peniaga tempatan jenama tersebut. "Kami telah menerima pengesahan daripada Toyota Motor Corporation di Jepun bahawa terdapat kurang dari 250 kereta Lexus IS dan kereta Lexus LS di Malaysia yang dijual oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd yang terlibat dalam kempen perkhidmatan khas ini," kata sumber syarikat kepada Star online, Rabu. Beliau berkata syarikat itu sedang menyediakan alat ganti yang diperlukan untuk mengatasi masalah yang mungkin berlaku terhadap model-model tersebut. "Lexus Malaysia akan menghubungi pelanggan kami secara peribadi dan mereka perlu pergi ke pusat perkhidmatan Lexus yang terdekat untuk melaksanakan langkah-langkah pembetulan yang perlu sebaik sahaja bahagian-bahagian alat ganti telah tersedia," katanya. Ibu pejabat Toyota di Jepun pada Rabu mengumumkan akan menarik balik 1.75 juta kenderaan di seluruh dunia ekoran masalah brek dan gangguan lain yang menimbulkan risiko kebakaran, sekali gus menjadi panggilan balik kenderaan yang terbesar oleh syarikat pembuat kenderaan terbesar di dunia. Syarikat gergasi Jepun memberikan tiga masalah dalam beberapa modelnya termasuk unit jenama Lexus mewah dan Crown Majesta. UMW Toyota Motor menjelaskan bahawa model Crown Majesta tidak dijual di Malaysia.- mstar online

Anggota Polis Dituduh Minta Rasuah
JOHOR BAHARU: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM900, awal tahun ini.
Koperal Roslan Ariffin, 46, yang bertugas di Balai Polis Sri Lalang, Kluang, didakwa meminta RM300, masing-masing daripada Muhammad Haziq Abu Hurairah, Mohamad Nor Akhmal Zulkfli dan Wan Mohamad Iskandar Wan Abdullah, sebagai dorongan melepaskan mereka yang ditahan polis kerana disyaki positif dadah.
Roslan juga didakwa menerima RM300, masing-masing daripada Muhamad Shahrul Fitri Ngadimon sebagai dorongan melepaskan Mohamad Nor Akhmal, daripada Mohamad Nor Akhmal sebagai dorongan melepaskan Muhammad Haziq dan daripada Wan Mohamad Iskandar sebagai dorongan melepaskan dirinya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Sri Lalang, Kluang antara 4.30 petang dan 11 malam, 1 Jan lepas.
Roslan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Nov untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Rizduan Abd Malik daripada SPRM.- mstar online
TOP
Penganggur Edar Dadah Untuk Sara Keluarga Dipenjara Lapan Tahun
IPOH: Seorang penganggur sanggup menjadi pengedar dadah untuk menanggung isteri dan anaknya yang masih kecil.
Sew Teck Keong, yang pada ketika itu berusia 28 tahun dikatakan telah dipujuk oleh rakannya untuk menerima 'pekerjaan' mengedar dadah yang dikatakan boleh membawa kepada kehidupan yang mewah.
Ia adalah satu langkah yang sia-sia apabila Teck Keong kini terpaksa menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.
Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin, yang menjatuhkan hukuman itu juga memerintahkan Teck Keong disebat 10 kali.
Dia mengaku bersalah memiliki 62.88 gram methamphetamine di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya di Mahkamah Tinggi di sini Rabu.
Teck Keong pada mulanya didakwa mengikut Seksyen 39B Akta yang sama, yang membawa hukuman mati kerana mengedar dadah.
Mengikut fakta kes, polis menahan Teck Keong ketika dia turun dari keretanya berhampiran Taman Mutiara di Chemor, kira-kira 20 km dari sini, kira-kira pukul 12.30 malam, 26 Februari 2013.
Dadah ditemui di dalam kereta.
Noorin memerintahkan Teck Keong menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.
Peguam J. Harikrishnan, meminta hukuman diringankan bagi pihak tertuduh, dengan berkata tertuduh dan isterinya tidak bekerja dan memerlukan wang untuk keluarga.
"Dia disokong oleh kawan-kawannya dari segi kewangan dan mereka mempengaruhinya untuk terbabit dengan aktiviti ini (dadah).
"Pada masa itu, dia tidak mempunyai pilihan kerana dia memerlukan wang," kata Harikrishnan, sambil menambah Teck Keong telah dipenjarakan sejak dia ditangkap dan dia telah insaf dan telah berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.
Harikrishnan berkata dengan mengaku bersalah Teck Keong telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, sambil menambah bahawa anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan tidak berpendidikan tinggi.
Hakim berkata kurangnya pendidikan bukan satu isu kerana terdapat poster dan iklan peringatan berkaitan pengedaran dadah.- mstar online
TOP
Malaysia Dipilih Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB
Cenderamata di meja semua negara oleh negara-negara yang bersaing untuk lima kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB di ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat pada Khamis. Foto EPA
PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas meraih 187 undi. Proses pengundian itu bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia). Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Pada pengundian itu, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan. Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu.- mstar online

MB Selangor Persoal Kualiti Air Langat 2
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mempersoalkan kualiti air yang akan disalurkan untuk kegunaan rakyat di negeri itu selepas projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) siap dibina.
Menurut beliau, pertikaian itu berdasarkan jenis teknologi yang bakal digunakan dalam projek kontroversi berkenaan.
"Saya ingin menarik perhatian ahli-ahli Yang Berhormat bahawa di dalam spesifikasi sistem proses yang dicadangkan untuk Langat 2, ia akan melibatkan dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).
"Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC) adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar dan mencapai tahap kelas empat iaitu pengkelasan air yang terburuk.
"Persoalan saya adalah apakah air yang mengalir di Sungai Semantan (di Pahang) yang akan dialirkan ke Selangor berada pada tahap kelas empat iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah?," soalnya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di sini.
Mengulas lanjut Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut kecewa apabila rakyat di Selangor terpaksa membayar tarif air dengan kadar yang tinggi bagi kualiti air yang diragui.
"Mengapa sungai ini dipilih dan mengapa kerajaan Persekutuan mengambil opsyen ini sebagai jalan penyelesaian menyelesaikan masalah air di negeri Selangor.
"Kerajaan Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per cubic meter kepada Kerajaan negeri Pahang bagi bayaran air mentah tersebut.
"Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per cubic meter sahaja. Semua kos ini, akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna melalui bayaran tariff air," katanya.
Selain itu Azmin berkata, kerajaan Selangor berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan dan dikhuatiri akan melibatkan peningkatan kos pembangunan serta operasi.
"Setelah kontraktor dilantik oleh Kerajaan Persekutuan, barulah Kerajaan Selangor mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal Langat 2 untuk fasa pertama.
"Persoalan-persoalan beginilah yang menyebabkan Kerajaan Selangor berpendirian bahawa dalam melaksanakan Langat 2, kerajaan negeri hendaklah juga mempunyai kuasa dalam membuat keputusan," katanya.- mstar online
TOP
Tiada Rasuah, Tiada Penyelewengan Dalam Isu Kontrak Felda - PAC
KUALA LUMPUR: Tiada unsur rasuah, penyelewengan dan ketirisan dalam isu kontrak bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 oleh Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), demikian tegas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Bagaimanapun Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa supaya Felda mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam urusan kawalan kewangan.
"Dari segi penyelewengan tak nampak, dari segi rasuah tak nampak. Tapi yang timbul ialah isu-isu prosedur kewangan iaitu kaedah perolehan yang tidak dipatuhi seperti tidak melalui kelulusan jawatankuasa.
"Sebagai contoh, banyak kontrak, perolehan berlaku di antara ibu pejabat dan anak syarikat yang tidak direkodkan dan tidak dikontrakkan dengan jelas," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.
Sebelum ini dilaporkan Felda didapati tidak menyediakan dokumen kontrak bagi 56 perolehan berjumlah RM183.13 juta dan dua daripada kontrak itu yang bernilai RM60.68 juta, belum ditandatangani.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri dua yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun lalu, pengauditan yang dijalankan antara Disember 2012 dan Februari 2013 mendapati secara keseluruhannya, pengurusan perolehan Felda kurang memuaskan.
Sehubungan itu Nur Jazlan berkata, PAC mengarahkan supaya Felda mengamalkan kaedah pengurusan kewangan yang baik bagi mengelak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu terdedah kepada perbuatan salah guna kuasa dan penyelewengan.
"PAC sudah minta Felda buat dokumentasi atau kontrak dengan betul.
"Malah mereka juga mengakui wujud masalah tatacara kewangan yang tidak diaudit," katanya.- mstar online
TOP
Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Mei 2015 - JPJ
PUTRAJAYA: 16 Okt (Bernama) Penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap akan dilaksanakan bermula 1 Mei tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad.
Beliau berkata peraturan baharu itu sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Nov ini dan tarikh itu diubah bagi memberi masa kepada pemilik kenderaan, khususnya kenderaan import untuk mendapatkan gantian cermin kenderaan masing-masing.
"Selepas mengambil kira masalah yang dihadapi pemilik kenderaan, maka wajar satu tempoh masa yang munasabah diberikan kepada orang ramai bagi mengambil tindakan pembetulan, khususnya bagi pemilik-pemilik kenderaan import mendapatkan gantian cermin mengikut kadar baharu VLT (ketelusan cahaya).
"Tempoh masa yang diberi adalah sehingga 30 April 2015, dan selepas tempoh itu, bermula 1 Mei, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penggunaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi VLT yang baharu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, Khamis.
Peraturan baharu itu menetapkan VLT bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
Berdasarkan peraturan yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, pengguna jalan raya yang ingkar boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya.
Ismail berkata bagaimanapun, pengecualian terhadap peraturan itu masih diberikan kepada individu dengan jawatan tertentu serta kenderaan agensi penguatkuasaan atas faktor keselamatan.
Sehingga kini, JPJ memberikan pengecualian kepada kira-kira 3,500 pemilik kenderaan untuk dikecualikan daripada peraturan penggunaan cermin gelap, katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata JPJ akan melaksanakan Operasi Khas terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan lampu 'strobe', lampu High-Intensity Discharge (HID) atau xenon dan saiz nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi bermula 1 Nov depan.
Ismail berkata operasi khas di seluruh negara itu dibuat secara bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).
Beliau berkata pemilik kenderaan diberikan tempoh sehingga 31 Okt ini untuk mengambil tindakan menukar nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi, menukar lampu HID yang bukan daripada pengeluar kenderaan serta menanggalkan 'strobe light' yang dipasang pada kenderaan masing-masing.
Keengganan berbuat demikian membolehkan mereka dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959, katanya.- mstar online
TOP
Isu Pengambilan Pekerja Asing: Tekam Minta Status Quo Dikembalikan
PUTRAJAYA: Persatuan Pembekal dan Pengurusan Tenaga Kerja Asing Malaysia (Tekam) meminta kerajaan mengembalikan 'status quo' kepada seramai 146 syarikat penyumberan luar dalam pengambilan pekerja asing di negara ini.
Presidennya, Dr Yusof Hashim berkata, pengambilan pekerja baharu menerusi kaedah penyumberan luar tidak dibenarkan sejak 2012 iaitu semasa pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin Pati atau program 6P.
Malah, katanya, setiap syarikat yang berdaftar dibawah Tekam hanya diberikan kuota pengambilan pekerja asing seramai 500 orang.
"Tiada penambahan dari segi kuota. Setiap satu syarikat hanya diberikan kuota sebanyak 500 pekerja asing. Kita terpaksa meneruskan perniagaan dengan kuota yang diberikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis peramsian mesyuarat Agung Tahunan Tekam Ke-4 di Kelab Tasik Putrajaya di sini, Khamis.
Menurutnya, daripada seramai 1.830 juta pekerja asing di negara ini pada 2010, Tekam dibenarkan menguruskan kira-kira 150,000 pekerja asing menerusi penyumberan luar.
"Sekarang hanya tinggal 100,000 pekerja... berlaku penurunan sebanyak 50,000 pekerja," katanya.
Menurut Yusof, Tekam tidak dijelaskan mengapa kuota pengambilan pekerja asing menerusi syarikat penyumberan luar telah dikurangkan.
Dr Yusof Hashim.
"Masa program 6P pada 2012, kita dimaklumkan pengambilan pekerja asing oleh syarikat outsourcing digantung. Kita tak boleh buat permohonan pengambilan pekerja asing yang baharu. "Nak kata dimansuhkan pun tak... digantung pun tak... kita digantung tanpa bertali. Jadi kita desak kerajaan untuk mengembalikan status quo asal dengan syarat yang telah ditetapkan. Kita mahukan situasi menang-menang," katanya. Jelas beliau, pengambilan pekerja asing yang sebelum ini diuruskan oleh Tekam telah dihentikan sehingga menyebabkan wujudnya agensi haram yang membekalkan pekerja tersebut. "Amalan ini menyebabkan agensi-agensi pengurusan pekerja asing secara haram mula wujud. Mereka berkeliaran sehingga ke pintu masuk industri. "Sepatutnya kita yang diberi tanggungjawab untuk mengambil dan menguruskan pekerja asing, tapi orang asing pun boleh jadi ejen," katanya. Beliau berkata, Tekam telah menubuhkan unit risikan dan seranta untuk membanteras agensi haram yang semakin aktif menjalankan proses pengambilan pekerja asing. "Kita ada angka (jumlah) agensi yang beroperasi secara haram. Jadi kita tubuhkan unit risikan dan seranta yang menjadi mata kepada kerajaan untuk membanteras kegiatan haram ini," katanya. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat dan bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. Sementara itu, Aseh berkata, beliau akan mengatur pertemuan antara ahli jawatankuasa Tekam dengan KDN bagi menyelesaikan kemelut tersebut. "Saya tiada kepentingan di dalam Tekam tapi atas kapasiti sebagai bekas Ketua Setiausaha KDN, saya akan membantu menyelesaikan masalah ini. "Pertemuan itu akan dibuat dalam masa terdekat. Saya yakin Menteri Dalam Negeri bersikap secara terbuka untuk menyelesaikan isu ini," katanya.- mstar online

Cabul: Rakyat Malaysia Di Singapura Dipenjara 3 Tahun, Sebat
SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia dikena hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan pada Khamis kerana mencabul seorang budak lelaki berusia 11 tahun.
Lee Kok Long, 26, mengaku bersalah kerana memaksa budak tersebut masuk ke sebuah tandas dan meramas kemaluannya di Kelab Komuniti Fuchun di Woodlands pada 7 Disember tahun lepas.
Dia turut mengaku mencuri dua telefon bimbit bernilai S$496 dari sebuah unit pangsapuri di Blok 314 Woodlands Street 31 kira-kira lapan bulan sebelum itu.
Mahkamah diberitahu bahawa ketika kejadian Lee sedang membuang air kecil dan melihat mangsa di dalam tandas berkenaan.
Budak itu yang hendak keluar dari tandas dipaksa masuk kembali, sebelum Lee menutup pintu dan mencabulnya. Budak lelaki itu kemudiannya melarikan diri, dan memberitahu bapanya mengenai kejadian itu, apabila berada di rumah.
Dua beranak itu kemudiannya mencari Lee sebelum dikesan di ruang bawah blok pangsapuri itu di Woodlands Street 31. Bapa mangsa bersemuka dengan Lee dan menghubungi polis.
Pada April tahun lepas, Lee berjalan di kaki lima pangsapuri pada awal pagi dan melihat sebuah rumah dengan pintu terbuka, dan terdapat seorang lelaki sedang tidur, di mana dua telefon bimbit diletakkan di atas katil berdekatan.
Lee mencuri kedua-dua telefon bimbit itu menggunakan kayu sepanjang 1.5 meter.
Lee menjual salah satu daripada telefon bimbit yang dicuri pada harga S$550, dan satu lagi ditemui ketika dia ditahan.
Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan kerana mencabul budak di bawah usia 14 tahun. Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikena hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda. The Straits Times/ANN- mstar online
TOP
Sembilan Ditahan Cuba Seludup Minyak Bernilai RM1.6 Juta
BUKIT KAYU HITAM: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Peguam Negara menahan sembilan lelaki berumur 20 hingga 30-an kerana cuba menyeludup minyak bersubsidi bernilai lebih RM1.6 juta ke negara jiran, Selasa.
Kesemua lelaki itu ditahan di Wang Kelian, Perlis serta Durian Burung dan Kuala Nerang, Kedah yang melibatkan kira-kira 48,650 liter petrol dan 790 liter diesel.
Tindakan itu dilakukan di lokasi berasingan secara serentak kira-kira 8 pagi menerusi Operasi 'Odin 4' di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi membanteras penyelewengan minyak bersubsidi.
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Pembangunan) KPDNKK Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata operasi serentak itu melibatkan anggota daripada KPDNKK Kedah dan Perlis serta pasukan petugas khas Jabatan Peguam Negara.
Katanya serbuan di Wang Kelian melibatkan kira-kira 5,000 liter petrol bersubsidi yang bernilai kira-kira RM900,000, yang disimpan dalam tangki bawah tanah di stor haram di Kampung Wang Kelian.
" Tiada tangkapan dalam serbuan itu," katanya pada sidang media di sini Rabu.
Katanya serbuan turut dilakukan di stor haram Kampung Durian Burung, Kuala Nerang melibatkan 18,000 liter petrol dengan nilai RM450,000.
" Dalam serbuan itu lima orang warga Thailand berumur 20 hingga 30-an ditahan kerana terlibat dengan kes penyeludupan minyak bersubsidi ke negara jiran," katanya.
Iskandar berkata serbuan turut dilakukan di stor haram Kampung Remia Manis, Durian Burung di mana sebanyak 19,000 petrol dan 200 liter diesel bernilai kira-kira RM155,000 dirampas dan menahan dua warga Thailand.
"Operasi turut dilakukan di stor haram Kampung Pong Kiri, Kuala Nerang melibatkan rampasan 6,650 liter petrol dan 590 liter diesel dengan nilai kira-kira RM140,000. Dua lelaki tempatan ditahan," katanya.
Kesemua petrol dan diesel yang dirampas, disimpan dalam tangki khas di stor haram tersebut. Pelbagai jenis kenderaan yang diubah suai untuk menjalankan kegiatan itu turut dirampas seperti dua buah lori, tiga buah van, lapan kenderaan pacuan empat roda, 16 kereta, 15 tangki septik dan 14 pam.
Iskandar berkata modus operandi kegiatan itu ialah suspek menggunakan kenderaan yang diubah suai dan mengumpul minyak tersebut di suatu kawasan stor haram dan seterusnya menjual kepada warga Thailand bagi mengaut keuntungan berganda.
"Mereka juga disyaki menjalankan aktiviti membeli minyak secara bersindiket dan terancang dengan tujuan untuk menyeleweng minyak diesel dan petrol bersubsidi.
"Mereka akan membeli minyak-minyak ini daripada peraih-peraih yang mengambil minyak yang membeli minyak di stesen-stesen dan menghantar ke suatu tempat yang bersempadan. Dari situ pikap Thai yang diubah suai akan membeli minyak dan bawa balik ke Thai untuk dijual pula di sana," katanya.
Kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 22 akta sama, yang boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan untuk kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua- dua sekali.
Operasi sama turut dijalankan di empat lokasi di Pulau Pinang yang melibatkan rampasan bernilai RM1 juta dengan rampasan melibatkan 1,300 liter petrol, 81,520 liter diesel dan 16,962 tong gas LPG.- mstar online
TOP
Ahli Kongsi Gelap Ditahan Bantu Kes Tembak
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki disyaki anggota kumpulan kongsi gelap ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja kilang ditembak di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, Butterworth dekat sini, 8 Okt lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Butterworth, Selasa lepas.
"Usaha mengesan beberapa lagi anggota kumpulan kongsi gelap itu giat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas program High Profile Policing di Machang Bubuk, di sini, Khamis.
Dalam kejadian pada 8.55 pagi itu, seorang lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan bunuh cedera ditembak dan polis percaya punca kejadian membabitkan dendam antara dua kumpulan kongsi gelap.
Mazlan berkata mangsa masih dirawat di Hospital Seberang Jaya dan polis telah mengambil keterangannya bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata polis sedang mengesan warga Myanmar bagi membantu siasatan kes seorang lelaki Myanmar, Htoo Aung, 30, yang ditemui mati dengan beberapa kesan kelar dan tikaman di badan di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di sini, pada 12.45 tengah malam Rabu.
Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu, empat lelaki berusia 30-an menyerang dan memukul mangsa hingga mati di kaki lima kawasan kedai tiga tingkat berkenaan sebelum meninggalkannya di situ dan kejadian itu dipercayai bermotifkan dendam.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan menyalurkan maklumat kepada Polis Antarabangsa (Interpol) Bukit Aman bagi mengesan suspek rakyat asing yang terlibat dalam kejadian bunuh di Pulau Pinang.
"Dalam tempoh Januari hingga semalam, 41 kes bunuh direkodkan dan daripada jumlah itu sebanyak 26 kes membabitkan warga asing...kami akan berhubung dengan Interpol Bukit Aman untuk salurkan maklumat bagi bantu polis di Pulau Pinang," katanya.- mstar online
TOP
Muka Disembur Aerosol, Hajat Merompak Tak Kesampaian
JASIN: Dua perompak perlu akur bahawa ada masanya mereka tidak bernasib baik.
Tiba di sebuah pasar mini di Taman Bukit Tembakau di sini dengan motosikal pada pukul 8.15 malam Rabu, salah seorang daripada mereka yang bersenjata bergegas masuk ke pasar mini tersebut.
Malangnya, dia disembur dengan aerosol serangga oleh isteri pemilik pasar mini yang sedang berada di kaunter juruwang.
Ketika dia sedang berjalan keluar, suspek telah dipukul oleh penjual burger yang mendengar teriakan bantuan daripada wanita itu.
Penjual burger itu bagaimanapun ditembak oleh perompak di bahagian kaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, penjual burger, 30, mendengar teriakan bantuan isteri kepada pemilik pasar mini dan melihat seorang lelaki bergegas keluar dari kedai itu pada pukul 8.15 malam.
"Dia menyambar sebatang kayu dan mengejar. Dia berjaya memukul perompak yang telah melompat menaiki sebuah motosikal yang sedang menunggu dalam jarak 100 meter.
"Perompak kemudian menembak di kaki kanannya," katanya sambil menambah suspek melarikan diri ke arah Lebuhraya Alor Gajah - Jasin Melaka.
Raja Shahrom berkata perompak itu sebelum ini telah memukul wanita itu dengan pistol apabila mukanya disembur dengan aerosol dan berteriak minta tolong.
Katanya, perompak melarikan diri tanpa mendapat sebarang hasil.
Mangsa-mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.- mstar online
TOP
Inspektor Polis, Rakan Dicekup Kerana Edar Dadah
IPOH: Seorang Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan seorang rakannya ditahan di sebuah rumah pangsa di Pulau Pinang semalam kerana disyaki memiliki syabu.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata sejumlah dadah ditemui bersama pegawai berpangkat Inspektor berusia 30 tahun itu.
"Pegawai ini baharu sahaja melaporkan diri di IPD Ipoh lebih kurang enam bulan lepas. Ujian air kencing turut mendapati pegawai dan rakannya itu positif dadah," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas Ketua Polis Perak.
Jawatan itu akan dipangku Datuk A. Paramasivam yang kini menjawat jawatan timbalan ketua polis Perak sementara Acryl Sani akan menyandang jawatan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman mulai 20 Okt ini.
Kes itu telah diserahkan kepada polis Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan.
Acryl Sani berkata pihak polis tidak akan berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan jenayah dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.
"Untuk jadikan PDRM sebagai pasukan relevan dan dihormati, kita tidak akan bertolak ansur, dasar kerajaan adalah tegas, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah," katanya.
Berucap pada majlis itu, beliau berkata sepanjang memegang tampuk kepimpinan polis di Perak, negeri ini mencapai prestasi cemerlang dari segi penurunan kadar jenayah serta kepuasan masyarakat awam terhadap isu keselamatan.
"Warga kontinjen Perak mempunyai cara kerja yang positif dengan menghayati peranan sebagai warga pasukan yang semakin hari semakin prihatin terhadap tanggungjawab dan amanah untuk bekerja serta memberi perkhidmatan terbaik terhadap rakyat," katanya.- mstar online
TOP
Pegawai Kanan Kementerian Terima Dana Untuk Jalankan Aktiviti IS
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUALA LUMPUR: Penolong Pengarah Kanan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, ditahan selepas dipercayai merekrut rakyat Malaysia bagi menyertai kumpulan militan negara Islam (IS) dan menerima dana untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata dana itu juga digunakan untuk lelaki berusia 37 tahun itu pergi ke Syria. Khalid berkata lebih ramai suspek, yang dipercayai merekrut orang ramai untuk menyertai IS, akan ditangkap tidak lama lagi. "Saya ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami (polis) sentiasa memberi perhatian dalam kes ini dan akan menghentikan kegiatan mereka," katanya. Polis menahan 14 suspek militan, termasuk tiga orang yang dipercayai menjadi dalang di sebalik pengambilan rakyat Malaysia untuk menyertai IS pada Isnin. Paling muda yang ditahan adalah seorang budak lelaki berumur 14 tahun.- mstar online

Wanita Hilang Ketika Berjoging Dalam Hutan Ditemui Keletihan
SANDAKAN: Seorang wanita yang hilang selepas berjoging di Taman Hutan Hujan Sandakan ditemui dalam keadaan keletihan.
Jururawat, Ting Ling, 24, ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 12.35 awal pagi Khamis, kira-kira 3 kilometer dari taman itu selepas teman lelakinya membuat laporan berhubung kehilangannya pada pukul 7.30 malam Rabu.
Ting yang bekerja di Hospital Duchess of Kent dibawa ke ibu pejabat taman itu dan diberikan rawatan perubatan sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Dia keletihan dan menggeletar. Dia dalam keadaan baik," kata Ketua Polis Sandakan, ACP Zabidi Md Zain.
Beliau berkata, Ting dan teman lelakinya terpisah kira-kira sejam selepas mereka berjoging di denai hutam pada pukul 6 petang.
Menyedari kehilangan Ting, teman lelakinya segera melaporkan perkara itu kepada renjer taman berkenaan pada pukul 7.30 malam.
Zabidi berkata, pasukan polis yang dibantu oleh Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Unit Anjing Pengesan PDRM.
"Sebanyak enam pasukan, dengan masing-masing tujuh anggota memasuki hutan sebelum Ting dikesan di dalam hutan dengan Jalan Cecily," katanya.
Zabidi meminta supaya orang awam tidak memasuki trek hutan sekiranya mereka berjoging pada lewat petang kerana boleh menyebabkan mereka sesat dalam keadaan gelap.- mstar online
TOP
Penumpang Takut Dijangkiti Ebola Pakai Sut Pelindung Di Lapangan Terbang
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Dulles, Washington digemparkan oleh kehadiran seorang penumpang yang memakai sut pelindung kerana takut dengan penularan wabak Ebola.
Penumpang berkenaan memakai sut perlindungan kerana panik dan tidak mahu mengambil risiko dijangkiti wabak yang semakin mengganas itu.
Seorang lelaki memuat naik gambar penumpang berkenaan di akaun Twitternya dengan keterangan: "Gambar penumpang memakai sut Hazmat (Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya) ketika menunggu penerbangan di Dulles."
Perangkaan rasmi mengenai Ebola menunjukkan seramai 4,447 orang maut akibat penyakit itu.
Bagaimanapun, terdapat kebimbangan lain apabila 18,000 orang di seluruh dunia mungkin dijangkiti wabak itu dan bilangannya akan meningkat setiap hari.
Minggu lalu, seorang penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas menjerit "Saya ada Ebola!"
Penularan wabak Ebola yang paling mengganas di Afrikat Barat pada Julai lalu, menjangkiti lebih 1,000 orang dan mengorbankan hampir 700 orang. - mirror.co.uk- mstar online
TOP
Ebola: Perancis Mulakan Pemeriksaan Kesihatan Di Lapangan Terbang Sabtu Ini
Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle dekat Paris, Perancis. Foto AFP
PARIS: Perancis akan memulakan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang yang menaiki penerbangan dari Guinea, negara yang terjejas teruk akibat penularan wabak Ebola, bermula Sabtu ini. Pasukan perubatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Perancis akan mengesan suhu penumpang yang tiba menggunakan penerbangan yang masih beroperasi dari ibu negara Guinea, Conakry, kata Menteri Kesihatan, Marisol Touraine kepada AFP. Pemeriksaan itu akan dijalankan oleh kakitangan perubatan dengan bantuan Palang Merah dan khidmat tindakan kecemasan Perancis, sebelum penumpang memasuki bangunan lapangang terbang berkenaan. Perancis dan Palang Merah turut akan membantu Guinea untuk mempertingkatkan pemeriksaan sedia ada bago penumpang yang menaiki penerbangan di Conakry. "Langkah berjaga-jaga yang pertama ini bagi memastikan seseorang yang mengalami deman tidak menaiki pesawat," kata Touraine kepada radio Perancis. Para penumpang turut akan diminta mengisi borang soal selidik yang membolehkan mereka dikesan sekiranya diperlukan selepas pesawat mendarat. Perancis pada Rabu mengumumkan bahawa ia akan mula melaksanakan pemeriksaan kesihatan terhadap penumpang yang tiba dari negara-negara dilanda wabak Ebola menggunakan pengangkutan udara, seperti yang dilakukan oleh Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Setakat ini, Ebola mengorbankan hampir 4,500 orang, dengan majoritinya di negara-negara Afrika Barat iaitu Liberia, Sierra Leone dan Guinea sejak wabak Ebola mengganas awal tahun ini. - AFP- mstar online

Komet Yang Telah Mengembara 1 Juta Tahun Kembali Melintasi Marikh Ahad Ini
WASHINGTON: Komet yang telah mengembara melintasi planet Marikh satu juta tahun dahulu kini akan kembali membuat satu lagi lintasan pada Ahad ini, demikian menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa).
Yang menariknya menurut Nasa, komet ini yang dikenali sebagai Siding Spring (C/2013 A1) hanya akan kembali sejuta tahun akan datang. Ia mempunyai kelebaran 1.6 kilometer dan bergerak pada kepantasan 202,000 kilometer sejam. Komet ini tidak mempunyai permukaan yang pejal melainkan timbunan bagaikan bedak talkum sahaja. Siding Spring akan menghampiri planet Marikh pada jarak 139,500 kilometer (88,000 batu) iaitu sangat hampir dengan permukaan planet menurut kiraan astrologi. Dan jika komet ini melintasi bumi, ia akan berlaku pada kedudukan sepertiga daripada jarak bumi dengan bulan.
Siding Spring dijadualkan menghampiri planet Marikh pada jam 2.27 petang (1827 waktu GMT) pada Ahad ini, 19 Oktober, jelas Nasa dalam satu kenyataan. Bagaimanapun ia tidak akan bertembung dengan planet merah itu. Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga Nasa telah mengerakkan kesemua orbiternya jauh dari laluan komet tersebut untuk mengelak daripada terkena sebarang serpihan. Tiga kapal angkasa Nasa iaitu Mars Reconnaissance Orbiter, Mars Odyssey dan MAVEN telah digerakkan ke satu kawasan yang blebih selamat dan jauh dari jarak laluan komet berkenaan. Nasa juga berharap dua buah rovernya di atas planet Marikh iaitu Curiosity dan Opportunity akan dapat merakamkan komet berkenaan ketika ia melintasi planet tersebut nanti.
Komet The comet Siding Spring ditemui oleh Robert McNaught ketika dia sedang melakukan pemantauan angkasa lepas di Pusat Cerapan Siding Spring di Australia pada Januari tahun lalu. Komet ini dipercayai berasal dari Debu Oort berbilion tahun dahulu dan tidak berubah bentuk sehingga sekarang. Carey Lisse, pakar kajian bintang dari Balai Cerapan Fizik Tulen Universiti Johns Hopkins berkata, satu perkara mengenai keunikan komet ialah ia masih lagi bergerak dan mengembara mengelilingi matahari sejak empat setengah bilion tahun yang lalu.
Salah satu daripada sebab mengapa komet masih 'hidup' kerana ia mengembara jauh dari matahari ke kawasan gelap dan oleh yang demikian kekal beku pada kebanyakan masa. Komet Siding Spring katanya secara relatifnya bersaiz kecil dan hanya dipenuhi dengan debu bagaikan bedak talkum. Ia tidak akan kembali ke sini dalam tempoh satu juta tahun lagi sebaik sahaja melengkapkan putarannya mengelilingi matahari selepas melintasi Marikh.
- mstar online

29 Pendaki Terkorban Dalam Runtuhan Salji Di Banjaran Annapurna Nepal
Banjaran Annapurna di Nepal adalah banjaran pergunungan yang tercantik di dunia. Foto ini menunjukkan banjaran tersebut yang dilihat dari pekan Phokara yang merupakan pekan kedua terbesar di Nepal.
KATHMANDU: Jumlah kematian akibat runtuhan salji di banjaran Annapurna, Nepal kini disahkan 29 orang - kebanyakkannya pendaki gunung dan jurupandu sherpa mereka. Mayat 24 pendaki telah pun ditemui oleh pasukan penyelamat manakala lima lagi masih hilang. Ia adalah kemalangan terburuk di kawasan pergunungan yang popular itu tahun ini. Annapurna menjadi pilihan kebanyakkan pendaki kerana pemandangannya yang cantik berbanding sirkit Everest. Di sirkit Annapurna para pendaki dapat melihat sekurang-kurangnya tujuh gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Annapurna I iaitu gunung kesepuluh tertinggi di muka bumi dengan ketinggian 8,091 meter.- mstar online

Lelaki Putus Tangan Kanan Dalam Kemalangan Di Machang
KOTA BHARU: Seorang lelaki putus tangan kanan selepas kereta dipandunya terbabas dalam kemalangan di Kilometer 40.8 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, dekat Machang pada Khamis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Machang DSP Kamal Azural Mohamed berkata, dalam kejadian pada 2.30 petang itu, kereta yang dipandu Muhamad Ruqaimin Rusdi, 30-an, dari arah Kuala Krai telah memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori dari arah Kota Bharu.
"Mangsa putus tangan kanan akibat pelanggaran itu dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia manakala pemandu lori tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Kamal Azural, tangan mangsa tercampak sejauh 15 meter dari lokasi kemalangan.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Abdul Kadir Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.45 petang dan sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.- mstar online
TOP
Menteri Di Liberia Dikuarantin Selepas Pemandu Maut Akibat Ebola
Seorang anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) melakukan pemeriksaan berikutan penularan wabak Ebola. Foto EPA
MONROVIA: Seorang menteri di Liberia pada Khamis berkata, beliau dikuarantinkan secara sukarela selepas pemandunya meninggal dunia akibat wabak Ebola yang mengganas di negara Afrika Barat itu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Liberia merupakan negara yang paling terjejas teruk akibat epidemik itu, dengan 2,458 kematian daripada 4,249 kes. Bilangan itu merupakan kira-kira separuh daripada jumlah kematian secara global. "Saya tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan dia (pemandu) tetapi saya melakukannya sebagai langkah pencegahan," katanya dalam satu kenyataan. Menteri itu berkata, beliau akan berehat daripada menjalankan tugasnya selama 21 hari, mengikut protokol yang telah dipersetujui. Bagaimanapun, tidak maklumat bila pemandunya meninggal dunia akibat Ebola. Sementara itu, ketua perubatan Liberia, Bernice Dahn berkata, beliau kembali bertugas pada Isnin lalu selepas dikuarantinkan selama 21 hari berikutan kematian timbalannya pada bulan lalu. "Saya sihat," katanya kepada AFP. - mstar online

Dua Calon PAS Gagal Gugurkan Kelayakan Dua Adun BN
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini Khamis menolak rayuan dua calon PAS untuk membatalkan kelayakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional dari Perak yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menolak rayuan calon PAS Jamil Dzulkarnain dan Mohd Misbahul Munir Masduki yang masing-masing kalah kerusi DUN Manong dan Rungkup di Perak kepada ADUN BN Mohamed Kamil Shafie dan Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Jamil dan Dzulkarnain mengemukakan saman pemula pada Julai tahun lepas bagi membatalkan kemenangan kedua-dua Adun BN itu atas alasan mereka bukan penduduk negeri itu apabila bertanding pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lepas.
Hakim Mohamad Ariff berkata, mahkamah berpendapat bahawa saluran sedia ada untuk mencabar pemilihan seseorang calon adalah dengan mengemukakan petisyen pilihan raya seperti termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, mahkamah akan memberi alasan penghakimannya pada satu tarikh kemudian.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Tan Sri Idrus Harun, tidak mengeluarkan apa-apa arahan berhubung dengan kos.
Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan permohonan kedua-dua Adun BN untuk membatalkan kedua-dua saman itu selepas memutuskan bahawa adalah tidak sesuai bagi calon PAS untuk mencabar keputusan pilihan raya umum dengan mengemukakan saman pemula.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Jamil yang meraih 7,174 undi kalah kepada Mohamed Kamil yang mendapat 7,405 undi manakala Shahrul Zaman memperoleh 6,415 undi, menewaskan Mohd Misbahul yang mendapat 5,802 undi.
Dalam saman pemula mereka, kedua-dua calon PAS itu mendakwa bahawa kedua-dua wakil rakyat BN itu tinggal di luar Perak, dengan itu melanggar Perkara 30 Perlembagaan Negeri Perak yang memperuntukkan bahawa seorang Adun mestilah penduduk tetap Perak semasa dipilih.
Mereka memohon mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa wakil rakyat BN itu hilang kelayakan daripada menjadi anggota dewan undangan negeri.
Bagaimanapun, kedua-dua Adun itu, dalam pembelaan, berkata mereka adalah penduduk Perak dan sebarang usaha untuk membatalkan kelayakan wakil rakyat hendaklah dilakukan melalui petisyen pilihan raya.
Jamil dan Mohd Misbahul diwakili peguam Chan Kok Keong manakala Mohamed Kamil dan Shahrul Zaman diwakili Datuk Hafarizam Harun dan Choo Shi Jin.- mstar online
TOP
Saksi Tolak Andaian Orang Awam Jadi Benteng Penceroboh Sulu
KOTA KINABALU: Seorang komander platun Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak percaya dua lelaki tanpa senjata yang berpakaian awam bertindak sebagai benteng manusia bagi seorang lelaki bersenjata apabila berlaku tembak-menembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 4 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Khamis.
Inspektor Shogghirajan Nagendram, 29, Komander Platun 7 Kompeni C Batalion ke-17 PGA, tidak bersetuju dengan hujah peguam Datuk N. Sivananthan semasa pemeriksaan balas apabila beliau membuat andaian bahawa kedua-dua lelaki bersenjata itu melindungi lelaki berkenaan, yang juga berpakaian awam dan membawa senjata api laras panjang, di belakang mereka ketika berjalan menuju ke satu kawasan yang komander platun dan anggotanya ditempatkan bagi mengepung kampung itu.
Saksi itu memberitahu bahawa dia sebelumnya telah dimaklumkan oleh komander kompeninya ASP Azman Madusin bahawa penduduk Kampung Tanduo telah dipindahkan.
Beliau memberi keterangan pada perbicaraan 30 orang yang menghadapi pelbagai tuduhan bersabit dengan pencerobohan oleh kumpulan militan Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun lepas.
Tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.
Pada hari beliau ternampak ketiga-tiga lelaki itu, Shogghirajan berkata, sebelum ini kira-kira pukul 3.40 petang, beliau menerima maklumat menerusi alat komunikasinya bahawa lima orang, dipercayai penceroboh, sedang menuju ke arah sektor kepungannya.
Selepas menerima maklumat itu, Shogghirajan berkata beliau mengarahkan orangnya berwaspada dan selepas lima minit meninjau keadaan melalui teropong, beliau ternampak tiga lelaki dari jarak 100-150 meter.
"Lelaki di belakang (dua lelaki tidak bersenjata) menghalakan senjatanya ke arah kami dan saya lihat jarinya pada picu senjata dan bersedia untuk menembak," kata beliau.
Apabila ketiga-tiga lelaki itu berada kira-kira 70-100 meter dan kerana bimbang keselamatan pasukan dan nyawanya, komander platun berkata beliau mengarahkan anggotanya untuk melepaskan tembakan, menyebabkan seorang lelaki tidak bersenjata rebah di atas tanah dan lelaki yang bersenjata melarikan diri manakala seorang lagi terus bergerak ke arah sektor kepungan sambil mengangkat kedua-dua tangannya dan menjerit "Felda, Felda" yang membawa kepada penangkapannya.
Shogghirajan mengenal pasti lelaki itu sebagai Virgilio Nemar Patulda @ Mohammad Alam Patulada, 50-an, iaitu seorang daripada tertuduh.
Sivananthan: Kamu menangkap tertuduh (Patulada) dan dia dengan jelas memberitahu kamu bahawa dia bukan dari Felda dan dia telah memberitahu namanya. Kamu juga berkata dia memberitahu kamu dia menyandang jawatan Mejar. Betul tak saya apabila beliau memberitahu kamu bahawa beliau berpangkat Mejar, kamu tidak tahu beliau berpangkat Mejar di organisasi mana?
Shogghirajan: Saya tidak tahu. Tetapi dia ada kaitan dengan penceroboh Sulu kerana kami diberitahu bahawa tidak ada orang awam di kampung itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada Jumaat.- mstar online
TOP
Putin: Jangan Cuba Peras Ugut Rusia
Putin dan Obama...kini hubungan kedua-duanya semakin rengang dengan Amerika mendesak negara Kesatuan Eropah mengenakan sekatan dagangan ke atas Rusia kerana peranan Rusia dalam krisis dalaman Ukraine.
BELGRADE (Serbia): Presiden Rusia, Vladimir Putin mengingatkan rakan sejawatannya dari Amerika, Barack Obama supaya jangan cuba memeras ugut Rusia dengan cara menggunakan pendekatan bermusuhan dalam menangani isu berkaitan Ukraine. Bercakap dalam satu temuramah dengan akhbar Serbia Politika ketika lawatannya ke negara itu sekarang, Putin menegaskan bahawa barat terutamanya Amerika sedang menggunakan pendekatan bermusuhan terhadap Rusia. Malah Putin menyifatkan tindak-tanduk Amerika sekarang menghasut negara-negara Eropah khususnya dari kalangan bekas blok Kesatuan Soviet supaya beralih kearah Nato (negara-negara perjanjian Atlantik Utara) sebagai tidak bertanggungjawab dan percubaan untuk menjejaskan kestabilan di rantau tersebut. Putin kini berada di sini untuk meraikan ulang tahun ke-70 pembebasan Serbia dari pendudukan Nazi Jerman. Serbia adalah sekutu rapat Rusia kerana kedua-dua negara itu berkongsi jalinan keturunan yang serupa iaitu etnik Slav. Putin melihat ucapan Obama sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan lalu yang menyebut pencerobohan Rusia ke atas wilayah Timur Ukraine sebagai ancaman paling tinggi ke atas keamanan global setaraf dengan ancaman puak militan negara Islam (IS) dan juga Ebola sebagai satu bentuk peras ugut ke atas negaranya. "Tidak ada istilah lain tentang pendekatan (Amerika) seperti itu melainkan pendekatan menentang (Rusia)," tegasnya. "Dan kita berharap, rakan kita yang lain dapat memahami tindakan seperti ini adalah tindakan untuk memeras ugut Rusia dan ingat, apa perbalahan antara dua kuasa nuklear ini boleh lakukan ke atas kestabilan strategik," ujarnya lagi. Putin menyifatkan percubaan oleh blok Barat untuk mengasingkan Rusia dalam krisis di Ukraine sejak enam bulan yang lalu adalah satu tindakan yang sama sekali tidak masuk akal dan merupakan satu matlamat yang palsu. Dalam temuramah itu Putin turut mendakwa yang Washington cuba untuk campur tangan dalam urusan negaranya. Putin, yang dijadualkan untuk bertemu pemimpin Ukraine, Petro Poroshenko di Milan, Itali pada Jumaat menyeru Kiev supaya memulakan sesi dialog di seluruh negara dengan menegaskan bahawa sekarang adalah peluang terbaik untuk menghalang konfrantasi militari dan perang saudara di negara tersebut. Putin sekali lagi menegaskan yang Moscow bersedia untuk mengenepikan apa jua perbezaan dengan Washington dengan syarat biarlah ia benar-benar ikhlas dan bukannya sesuatu yang penuh dengan muslihat. Blok Barat mula mencurigai Rusia apabila ia membantu etnik Rusia di Ukraine merampas kuasa di Semenanjung Crimea pada Mac lalu sebelum wilayah itu kemudiannya mengundi dalam satu referendum untuk bercantum dengan Rusia sebagai sebuah wilayah khas. Selepas itu Rusia terlibat dalam membekalkan peralatan senjata kepada etnik Rusia di Timur Ukraine pula sekaligus mencetuskan kemarahan Ukraine yang kini adalah sekutu Barat dan Nato. Sebagai bekas anggota Kesatuan Soviet, Ukraine adalah juga bekas sekutu Rusia. Bagaimanapun situasi ini berubah sebaik sahaja pemimpin Ukraine pro-Rusia digulingkan oleh puak pro-Barat awal tahun ini yang menyaksikan Rusia mula memperlihatkan tindakan ketenteraan dengan alasan untuk melindungi etnik Rusia yang mendiami wilayah Timur Ukraine dan Semenanjung Crimea. Sebelum itu, hubungan Rusia-Amerika sedikit pulih ketika negara itu di bawah pimpinan Dmitry Medvedev tetapi sebaik sahaja Putin kembali sebagai presiden untuk kali yang ketiga pada 2012, ia kembali dingin. Situasi terbaru ini semua meletakkan Rusia dalam keadaan yang sukar dan terasing apabila Amerika dan Kesatuan Eropah (EU) mula menggenakan sekatan ekonomi sebagai senjata terakhir. Bagaimanapun sekutu Rusia seperti Serbia enggan mematuhi permintaan sekatan ekonomi sebaliknya menghulurkan tangan pada saat-saat getir seperti ini. Putin cuba membalas balik jasa baik Serbia ini dengan berkunjung ke negara itu ketika mereka bersiap-sedia untuk meraikan ulang tahun ke-70 pembebasan daripada penjajahan Nazi. Kehadiran Putin merupakan satu simbolik yang amat bermakna bagi Serbia dan beliau akan diberikan sambutan karpet merah di sini malah akan diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapan ketika perarakan lebih 3,000 anggota tentera. "Obligasi bersama kami ialah untuk menunjukkan penentangan kami ke atas sebarang pengagungan Nazisme dan juga usaha untuk mengembalikan semula apa yang terjadi selepas Perang Dunia Kedua," kata Putin merujuk kepada munculnya gerakan "neo-Nazism" di wilayah Baltik dan juga Ukraine. EU yang membuat deklarasi Putin sebagai seorang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara buat selama-lamanya setelah didapati melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan ke atas Ukraine, secara berterus-terang memberitahu Belgrade supaya negara itu membuktikan meritnya terlebih dahulu sebagai negara bakal anggota. Sejak tercetusnya krisis di Ukraine, Serbia cuba untuk mengimbangi obligasinya ke atas EU dan pada masa yang sama mengekalkan hubungan baik dengan Moscow. Bagi Rusia pula, adalah penting untuk memastikan penyertaan Serbia dalam EU tidak akan menjejaskan kepentingan Moscow. Rundingan berhubung penyertaan Serbia sebagai anggota EU sudah bermula Januari lalu. "Misi utama lawatan Putin ke Serbia adalah untuk memperkukuhkan jalinan yang sedia ada sekarang yang mana isu bahan bakar akan menjadi agenda utama (Rusia adalah pengeksport utama Gas dunia)," kata Pengarang majalah Global Affairs Rusia, Fyodor Lukyanov, kepada agensi berita AFP. Rusia telah menandatangani perjanjian dengan Serbia pada 2008 untuk membina laluan paip gas baru tetapi projek yang sepatutnya bermula tahun ini tertunda sementara menunggu persetujuan antara Moscow dengan EU. EU enggan memberi kebenaran kepada pembinaan saluran paip gas itu dengan alasan ia tidak mematuhi piawaian dan standard EU. Selain kerjasama ekonomi, Rusia dan Serbia terikat dengan kerjasama ketenteraan yang menyaksikan Rusia mempunyai kemudahan pangkalan udara di Serbia. Moscow turut menyalurkan bantuan kewangan kepada Serbia dengan memberikan kemudahan pinjaman sehingga AS$1.3 bilion untuk pembinaan infrastruktur kereta api. Rusia adalah rakan dagang luar Serbia yang ketiga terbesar melibatkan dagangan hampir AS$3 bilion setahun.- mstar online

JDT Tempah Tiket Separuh Akhir Piala Malaysia
Pemain JDT Safiq Rahim meraikan jaringan bersama rakan-rakan ketika menentang Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru pada malam Khamis. Foto BERNAMA
PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) menempah slot ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas menewaskan Terengganu 3-1 pada saingan suku akhir kedua di Stadium Larkin, Johor Bahru malam Khamis. Tiga jaringan JDT hasil dua gol Shafiq Rahim pada minit ke-15 dan 75, manakala satu lagi menerusi aksi Luciano Figuerao pada minit ke-21. Terengganu pula memperoleh gol tunggal hasil pemain Ashari Samsuddin pada minit ke-59. Pasukan tuan rumah memenangi perlawanan malam Khamis dengan keputusan agregat 3-1, selepas seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama. JDT akan menentang Felda United pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 20 Oktober ini diikuti perlawanan separuh akhir kedua di sini, pada 25 Oktober.- mstar online

M'sia Buka Langkah Kanan Dalam Acara Bola Keranjang Berkerusi Roda
INCHEON: Skuad bola keranjang berkerusi roda negara memulakan aksi cemerlang di temasya Sukan Para Asia ke-11 dengan menewaskan Hong Kong 52-36 dalam perlawanan pertama kumpulan B di Gimnasium Samsan World di sini, Khamis.
Ketua pasukan, Muhamad Khairul Azman Mohd Khairi dan Freday Tan Yei Bing menjadi wira pasukan negara apabila masing-masing menjaringkan 14 dan 13 mata.
Pada suku pertama perlawanan, Malaysia berjaya mendahului 12-9 dan dalam suku kedua mereka menerima tentangan sengit Hong Kong walaupun terus mendahului dengan 24-21.
Selepas rehat, Malaysia terus bermain cemerlang dengan mengatasi pasukan lawan dengan 52-36.
Muhamad Khairul Azman berharap pasukannya akan terus mempamerkan prestasi cemerlang pada perlawanan seterusnya menentang Iran, Kuwait dan Thailand.
"Saya harap dengan kemenangan ini, pasukan negara akan lebih bersemangat dan sekurang-kurangnya berada di kedudukan kedua peringkat kumpulan untuk mara ke separuh akhir.
"Kita wajib menang ke atas Iran dan Kuwait dan saya harap kita mampu tewaskan Thailand juga jika mahu berada di laluan yang lebih lancar," katanya kepada pemberita.
Muhamad Khairul Azman berkata, kemenangan ke atas Thailand juga akan melonjakkan kedudukan Malaysia, yang mana pada temasya sama empat tahun lepas di Guangzhou, China, Malaysia menamatkan saingan di ranking kesembilan.
Berdasarkan kepada latihan berterusan yang disediakan oleh pihak Majlis Sukan Negara (MSN), mereka berhasrat untuk menaikkan kedudukan negara sekurang-kurangnya berada di ranking kelima teratas pada temasya kali ini.- mstar online
TOP
Kritikan Mourinho Buat Hazard Jadi Lebih Baik
EDEN HAZARD mengakui kritikan terbuka oleh pengendali Chelsea, Jose Mourinho telah membuatkan dia menjadi pemain yang lebih baik.
Bagaimanapun kritikan keras yang mendorong perubahan pada dirinya banyak berlaku di bilik persalinan ketika dia berdepan Mourinho.
Mourinho banyak mengkritik Hazard pada musim lalu kerana tidak melakukan pertahanan secara berdisiplin terutamanya ketika tewas kepada Atletico Madrid pada separuh akhir Liga Juara-juara Eropah.
Bagaimanapun Hazard menegaskan bahawa dia kini telah menjadi lebih baik dan berada di kedudukan lebih tinggi dalam kerjayanya.
"Ia adalah satu penghormatan - dia merupakan seorang jurulatih terbaik dunia - kerana telah meningkatkan keyakinan diri saya.
"Dalam perlawanan yang teruk, dia akan menyalahkan saya. Dia akan berkata kami bermain dengan 10 pemain. Dia meninggalkan saya dan tidak kembali." luah pemain berjersi 10 itu.
Hazard telah menjaringkan 14 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan dipilih untuk menerima anugerah pemain muda PFA pada tahun pertama bersama Mourinho.- mstar online
TOP
Krisis Kecederaan Pemain Man United Bakal Berakhir
KRISIS kecederaan pemain utama Manchester United yang merunsingkan Louis van Gaal kini bakal berakhir apabila sebahagian besarnya telah bersedia untuk diturunkan ketika bertemu West Brom pada Isnin.
Van Gaal sebelum ini kehilangan seramai 10 pemain akibat kecederaan sejak Liga Perdana Inggeris dimulakan sehingga memaksanya menggunakan pemain muda.
Bagaimanapun, tempoh rehat bagi memberi ruang kepada perlawanan kelayakan Euro dan persahabatan antarabangsa telah membawa kelebihan kepada United untuk merawat pemainnya.
Berita menggemparkan sebelum ini bahawa tulang rusuk Ander Herrera patah juga kembali melegakan Van Gaal apabila kecederaan serius itu tidak sebenarnya berlaku.
Malah, Herrera dijangka akan menyertai skuad utama lebih awal daripada tempoh yang dilaporkan sebelum ini.
Pemain tengah Sepanyol itu sebelum ini dikhuatiri akan direhatkan selama lebih sebulan akibat kecederaan tulang rusuk ketika membantu United menewaskan West Ham 2-1.
Herrera dilapor telah pulih dan boleh diturunkan dalam perlawanan menentang West Ham, namun dia dijangka disimpan untuk perlawanan bertemu Chelsea pada 26 Oktober.
Selain itu, Michael Carrick yang menjalani pembedahan pergelangan kaki pada Julai lalu dilapor telah menjalani latihan.
Difahamkan, Carrick akan berada dalam skuad menentang West Brom bersama Phil Jones dan Chris Smalling yang telah pulih dari kecederaan. - mstar online
TOP
Industri Binaan Dan JKR Disaran Guna Standard Ukur Bahan MyCESMM
KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Khamis menggesa industri pembinaan dan semua pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) menggunapakai kaedah pengukuran standard iaitu "Malaysian Civil Engineering Standard Method of Measurement (MyCESMM)" untuk mengurangkan pertikaian dan meningkatkan produktiviti serta keberkesanan kos projek.
MyCESMM yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunaan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia pada tahun 2011 mampu menjadi amalan terbaik dan mengurangkan kekeliruan sambil meningkatkan professionalisme semua pihak dalam industri pembinaan, kata beliau semasa merasmikan Seminar MyCESMM untuk penggiat industri di Sarawak di sini.
"Di dalam perlaksanaan projek pembinaan dan pembangunan yang kian rancak, kita perlu memastikan projek dilaksanakan dengan cepat, tepat dan berpandukan standard-standard yang telah ditetapkan," tambah Datuk Fadillah.
Semua penggiat industri, terutamanya perunding kejuruteraan dan juruukur bahan digalakkan mengguna standard MyCESMM untuk penyediaan "Bill of Quantities" dalam projek-projek kerajaan dan swasta.
Datuk Fadillah berkata peningkatan profesionalisme industri pembinaan amat kritikal dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020 kerana industri tersebut adalah antara penyumbang terbesar dalam perkembangan ekonomi serta pembangunan negara.
MyCESMM juga mempunyai peranan strategik dalam menggalakkan sistem perolehan yang adil dan efektif di mana kesemua skop kerja diterangkan dengan jelas dan seragam dan membolehkan setiap kontraktor yang memasuki tender projek mendapat maklumat dan pemahaman yang sama mengenai kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Datuk Fadillah berkata ini sekaligus mengurangkan atau melenyapkan ketidakpastian di dalam penyediaan harga tender dan kontraktor yang layak dapat dipilih dengan cara yang lebih objektif dan telus.
Industri pembinaan mendahului sektor lain pada tahun 2013 dengan pertumbuhan10.9% dan dijangka berupaya mengekalkan kadar pertumbuhan dua digit tahun ini dengan pencapaian pertumbuhan sebanyak 14.3% dalam tempoh enam bulan pertama.
Datuk Fadillah berkata setakat Ogos tahun ini, jumlah nilai projek pembinaan yang dilaporkan kepada CIDB adalah RM59 billion dan RM2.6 billion adalah projek-projek pembinaan di Sarawak dengan 50 peratus melibatkan pembinaan infrastruktur, hasil usaha Kementerian Kerja Raya untuk meningkatkan kemudahan fizikal Sarawak selaras dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Satu memorandum persefahaman (MOU) mengenai penggunaan MyCESMM turut ditandatangani pada majlis pembukaan seminar itu, antara CIDB dengan JKR Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM), Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Malaysia, Institut Jurutera Malaysia (IEM) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
Seminar tersebut dianjurkan oleh CIDB untuk menerangkan keberkesanan MyCESMM dalam penyampaian projek kepada penggiat industri di Sarawak. Rekod CIDB menunjukkan 1,067 projek kejuruteraan awam bernilai RM20.16 billion diluluskan untuk Sarawak dalam tempoh 2010 hingga Jun 2014.
Sebelum ini, CIDB menjalankan inisiatif yang sama di Sabah dan memeterai MOU dengan JKR Sabah, Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS), Pengurusan Aset Air Berhad dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM).
Sejak pelancarannya, MyCESMM digunakan dalam projek seperti meninggikan empangan Timah Tasoh Fasa Dua, Perlis bernilai RM250 juta, rangkaian paip pembetungan Petaling Jaya Utara, Selangor bernilai RM277 juta dan penambahan kapasiti loji rawatan air Telibong di Tamparuli, Sabah bermilai RM250 juta.
Turut hadir pada majlis perasmian seminar itu ialah Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato' Sri Ir Dr Judin Abdul Karim, Ketua Pengarah LLM Dato' Ir Haji Ismail Md Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Datuk Haji Mohd Akhir Md Jiwa, Pengarah JKR Sarawak Ir Haji Zuraimi Sabki, Ketua Eksekutif Indah Water Konsortium Sdn Bhd Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din, Presiden IEM Dato' Ir Lim Chow Hock, Presiden LJBM Dato' Sr Abd. Manaf Hashim dan Presiden RISM Sr Hasan Jamil.
Mengenai CIDB Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) ditubuhkan menerusi Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) bagi membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada professionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.- mstar online
TOP
PruBSN Sasar Lebih Banyak Pemegang Polisi Menerusi Aplikasi Mudah Alih
KUALA LUMPUR: Prudential BSN Takaful Bhd menyasarkan untuk menarik lebih banyak pemegang polisi menerusi aplikasi mudah alihnya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Azim Mithani.
Beliau berkata pengendali takaful keluarga itu menerima respons positif daripada inisiatif syarikat menggunakan teknologi berbanding kaedah manual dalam penyerahan permohonan oleh pelanggan.
"PruBSN menerima kira-kira 70 peratus atau 9,000 penyerahan produk menerusi aplikasi mudah alih sejak pelancarannya lewat tahun lepas, iaitu satu angka yang menggalakkan.
"Selain ciri-ciri mesra pengguna, aplikasi mudah alih juga menjimatkan masa," katanya kepada media pada pelancaran produk baharu PruBSN UmmahLink.
PruBSN UmmahLink menggabungkan perlindungan, simpanan dan pelaburan dalam satu pelan unik yang menyasarkan untuk memenuhi aspirasi jangka panjang seseorang, sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah, atau mengumpul dana bagi pendidikan atau persaraan.
Azim berkata seiring dengan rangcangan syarikat untuk menyokong aplikasi mudah alih, mereka juga melancarkan aplikasi mudah alih baharu bagi peranti iPhone dan Android, dinamakan PruBSN Insan untuk panduan kerohanian pengguna Islam.
"Kami berharap akan beroleh lebih banyak pemegang polisi dengan pelancaran produk baharu ini dan juga aplikasi mudah alih," katanya dan menambah PruBSN mempunyai lebih 650,000 pelanggan atau dua peratus daripada populasi Malaysia.
Bagi enam bulan pertama 2014, pengeluaran perniagaan baharu syarikat tumbuh 21 peratus kepada RM152.7 juta daripada RM126.3 juta sebelum ini dengan penguasaan pasaran sebanyak 30.3 peratus.- mstar online
TOP
Pemegang Saham Minoriti Tentukan Halatuju MAS 6 November Ini
PETALING JAYA: Selepas melabur sehingga RM17.4 bilion sejak 2001 ke atas Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tanpa membawa sebarang pulangan yang diinginkan, kerajaan akhirnya menyerah kepada para pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa 6 November ini, untuk menentukan sama ada syarikat itu perlu menarik diri dari papan utama bursa dan menjadi sebuah entiti sendirian berhad sekaligus menerima tawaran pelan pemulihan oleh Khazanah.
Lembaga pengarah dan penasihat bebas MAS, AmInvestment Bank telah mengesyorkan kepada para pemegang saham minoriti agar menerima tawaran Khazanah mengambil alih keseluruhan saham syarikat penerbangan negara itu dan membawanya keluar sebagai satu entiti sendirian berhad dalam usaha untuk memulih dan melakukan transformasi yang berkesan.
Khazanah telah mengemukakan cadangan untuk membawa MAS keluar dari bursa dengan tawaran 27sen sesaham atau keseluruhannya RM1.4 bilion kepada para pemegang saham minoriti.
Khazanah menguasai 69.37 peratus ekuiti dalam MAS manakala 29 pemegang syer terbesar yang lain hanya menguasai 6.57 peratus daripada keseluruhan 16.7 bilion syer MAS.
Ini bermakna, 24 peratus atau empat bilion syer adalah di dalam tangan pemegang-pemegang saham minoriti.
Khazanah memerlukan sokongan 90 peratus pemegang saham untuk membolehkannya membawa syarikat ini keluar sebagai entiti sendirian berhad.
Pada 30 Ogos lalu, syarikat pelaburan kerajaan itu telah mengumumkan satu langkah yang radikal sebagai rancangan pemulihan MAS selepas empat percubaan mereka sejak 2001 untuk mengembalikan keuntungan MAS gagal.
Tragedi yang tidak disangka-sangka yang menimpa dua buah pesawat MAS, MH370 dan MH17 menambah burukkan lagi keadaan yang sudah sediakala tenat.
Dari tahun 2001 hingga kini, MAS telah mengalami kerugian sebanyak RM8.4 bilion.
Cabaran utama yang perlu ditangani oleh MAS ialah, jumlah yang mereka belanjakan sekarang untuk operasi melebihi jumlah pendapatan.
Untuk membolehkan masalah ini diatasi, Khazanah bercadang menyuntik RM6 bilion ke dalam kantung MAS tetapi pada masa yang sama terpaksa memotong sehingga 6,000 pekerjaan dan memindahkan MAS kepada sebuah syarikat baru yang mengikut jadualnya akan mula beroperasi menjelang 1 Julai tahun depan.
Mengikut pelan pemulihan tersebut, daripada jumlah RM6 bilion wang suntikan itu, RM3 bilion akan diasingkan untuk syarikat lama MAS melakukan pembayaran kepada para pemegang saham minoriti berjumlah RM1.4 bilion sebagai langkah mengambilalih saki baki saham yang ada di tangan pemegang saham minoriti sekarang.
Bakinya akan digunakan untuk melangsaikan lain-lain pampasan termasuk ke atas para pekerja yang akan diberhentikan nanti.
Andai kata MAS gagal memperolehi kebenaran yang diperlukan untuk melakukan eksesais pemulihan ini maka MAS tidak mempunyai pilihan melainkan terus kekal di bursa sebagai syarikat awam dan ini juga bermakna, tidak akan berlaku suntikan dana sebanyak RM6 bilion itu daripada Khazanah.
Risikonya ialah, jika ini berlaku, MAS akan terus mengalami kerugian dan tanpa suntikan dana baru, rezab tunainya yang berjumlah RM2.4 bilion sekarang akan habis dalam tempoh 12 bulan dan akibatnya ia akan diisytiharkan sebagai syarikat PN17 (syarikat yang bermasalah di bursa).
Mengambil kira kesemua senario ini, AmInvestment Bank iaitu penasihat bebas MAS menyifatkan apa yang ditawarkan oleh Khazanah menerusi pelan pemulihannya adalah berasas.
Nilai semasa meletakkan saham MAS pada paras 14.4 sen sehingga 20.6 sen sesaham. Oleh itu, tawaran sebanyak 27sen oleh Khazanah bukan sahaja munasabah malah melebihi nilai semasa.- mstar online
TOP
Tata Motors Thailand Rancang Perluas Pasaran
BANGKOK: Tata Motors Thailand akan memperluas pasarannya, memperkenal produk baharu dan memperbaiki kualiti perkhidmatan selepas jualan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Sanjay Mishra.
Beliau berkata syarikat itu sudah pasti akan memperkenal produk baharu pada suku ketiga tahun fiskal berakhir Mac 2015.
Beliau berkata trak pikap Tata Xenon Refresh kini menunggu untuk dilancarkan pada akhir tahun.
"Pikap ini dilengkapi enjin diesel baharu, sistem gear baharu dan lebih banyak ciri dalaman dan luaran.
"Kami telah membuat pembaharuan berterusan dalam produk kami untuk menjadikannya kelihatan lebih bergaya yang sesuai dengan kehendak pelanggan Thai," katanya pada Persidangan Peniaga Tata Motors Thailand Dealer 2014 di sini, Khamis.
Sanjay berkata orang ramai cenderung menganggap bahawa mereka yang memandu pikap Tata terdiri daripada pemandu, bukan pemilik kerana kebanyakan pikap Tata merupakan kenderaan perdagangan dan pelanggan membeli untuk tujuan penghantaran barangan.
"Syarikat itu mengembangkan pasarannya dan melancarkan Tata Xenon Refresh supaya pemilik sendiri boleh memandunya," katanya.
Selain daripada Tata Xenon Refresh, Tata Motors juga merancang memperkenal traktor - Tata Prima, katanya. - mstar online
TOP
Isu Tambang Bas Ekspres: Pembawa Mohon Campur Tangan Perdana Menteri
Tiada perkembangan terbaharu mengenai kenaikan tambang bas ekspres memaksa syarikat pengusaha bas untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk campur tangan dalam isu tersebut.
PETALING JAYA: Pengusaha syarikat bas ekspres menggesa perdana menteri campur tangan dalam isu kenaikan tambang yang berlarutan sejak 2008 supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin dan memberi nafas baru kepada mereka. Seiring dengan gesaan itu, Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa), Tajuddin Mohd Yunus yang mewakili sebanyak 17 syarikat bas ekspres Melayu akan menyerahkan memorandum khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Jumaat ini. Tajuddin berkata, memorandum itu terpaksa disampaikan sendiri kepada perdana menteri kerana ia dilihat sebagai jalan terakhir dalam menyelesaikan kemelut ini. "Isu ini semakin berpanjangan... sudah enam tahun tapi tiada sebarang kenaikan. Kita harap pertemuan pada esok sedikit sebanyak dapat melegakan hati semua pengusaha bas ekspres yang semakin tertekan (mengenai isu ini)," katanya kepada mStar Online. Jelas Tajuddin, keputusan untuk menyerahkan memorandum itu dicapai dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Pembawa pada 3 Oktober lalu selepas tiada sebarang perkembangan terbaharu mengenai kenaikan tambang bas ekspres sehingga hari ini. "Kita sebulat suara bersetuju memohon jasa baik perdana menteri untuk mempertimbangkan permohonan agar tambang bas ekspres dinaikkan," katanya. Beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan permohonan tersebut selepas mengambil kira beberapa faktor yang dihadapi syarikat pengusaha bas seperti peningkatan kos operasi, alat ganti bas, insurans dan pengurangan subsidi diesel. "Kita bukan ingin memberikan tekanan kepada rakyat tetapi kenaikan ini perlu dipertimbangkan agar syarikat pengusaha bas dapat memberi perkhidmatan pengangkutan yang lebih baik dan sistematik di negara ini," katanya. Menurut beliau, cadangan kenaikan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun sekali adalah wajar dipertimbangkan selepas kali terakhir kadar tambang bas ekspres disemak enam tahun lalu. "Kita hanya mahu kenaikan setiap lima tahun, bukannya setiap tahun. Ia wajar memandangkan kita perlu menanggung kenaikan kos operasi sebanyak 30 hingga 40 peratus sehingga hari ini," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, beliau juga akan menulis surat kepada perdana menteri untuk memohon agar satu pertemuan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu tersebut. "Oleh kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak boleh buat apa-apa mengenainya, kita akan tulis surat memohon untuk bertemu dengan perdana menteri supaya isu ini dapat diselesaikan segera," katanya. Jelas Mohamad Ashfar, beliau terpaksa bertindak sedemikian selepas tiga surat permohonan mengenai kadar baharu tambang ekspres supaya disemak semula kepada SPAD bertarikh 25 Mei 2013, 16 Jun dan 12 September lalu tidak mendapat maklum balas sehingga hari ini. "Tiga surat mengenai perkara itu tidak mendapat maklum balas daripada SPAD sehingga hari ini. Kami tiada jalan lain melainkan memohon mengadakan pertemuan dengan perdana menteri," katanya. Terdahulu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan kenaikan tambang bas ekspres perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada kerajaan walaupun badan itu sudah mempertimbangkan permohonan syarikat berkenaan. "Kita tak boleh bertindak sesuka hati... kita dibawah Jabatan Perdana Menteri. Kita sudah bentangkan (mengenai cadangan itu) tetapi terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan," katanya. Syed Hamid berkata, SPAD merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan diletakkan dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri.- mstar online

Rasuah: Hishammuddin Janji Tidak Lindungi Adik Jika Disahkan Bersalah
UALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan tidak akan melindungi adiknya, Datuk Haris Onn iaitu pemilik syarikat Lembah Sari Sdn Bhd jika didapati terlibat dengan unsur rasuah untuk mendapatkan kontrak bernilai RM77 juta.
Menurut Menteri Pertahanan itu, sebaliknya pihak berkuasa perlu membuktikan jika wujud unsur salah guna kuasa berhubung penerimaan kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras oleh syarikat milik adiknya.
"Saya tidak akan mempertahankannya jika dia salah.
"Biar dia jawab. Dia takkan dapat perlindungan daripada saya," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen pada Khamis.
Selain itu Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno turut menafikan terlibat membantu Haris mendapatkan kontrak berkenaan seperti yang didakwa pembangkang.
Mengakui tidak mengetahui bahawa adiknya memperoleh kontrak berkenaan, Hishammuddin meminta Haris menjelaskan sendiri mengenai isu tersebut.
"Saya tidak tahu dan tidak ada kaitan dengan apa yang adik saya lakukan.
"Jika ada perkara yang tidak kena, saya minta dia jawab," katanya.
DAP sebelum ini mempersoalkan kewajaran adik kepada menteri kanan itu menerima kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras bernilai RM77 juta.
The Edge pada 12 September melaporkan, Lembah Sari yang menjalankan perniagaan dakwat keselamatan mengambil alih konsesi percetakan label keselamatan daripada Kod Efisien Sdn Bhd pada 2006.- mstar online
TOP
Video: Kepala Dengan Serangan Kutu Terburuk
APA yang dilihat mungkin boleh menjadi kepala yang mengalami serangan kutu terburuk yang pernah disaksikan.
Sebuah video yang disiarkan di YouTube menunjukkan seseorang, mungkin ibu bapa menyikat rambut seorang kanak-kanak.
Orang itu kemudian mengangkat dan menunjukkan sikat ke lensa kamera dan telur kutu serta berpuluh-puluh ekor kutu dilihat merangkak-rangkak di atas sikat.
Kutu, serangga kecil juga dikenali sebagai pediculosis capitis, menghisap darah dengan cara menggigit kulit kepala manusia.
Dr Alejandra Perotti, pensyarah di Sekolah Sains Biologi, Universiti Reading mengesahkan makhluk itu adalah kutu. Beliau menambah, jumlah yang banyak dengan hanya beberapa kali sikat menunjukkan ini sebagai kes yang teruk. "Serangan kutu sangat biasa di UK dan di Eropah, tetapi tidak sampai ke tahap ini," katanya kepada MailOnline. "Saya bekerja dalam bidang sains forensik dan kes ini ditemui dalam kes-kes pengabaian kanak-kanak atau orang tua. "Anda juga melihatnya dalam kes-kes orang yang tiada tempat tinggal."- mstar online

Gambar Wanita Malaysia Dengan Ikan Paus Bangkit Kemarahan Australia
PETALING JAYA: Gambar seorang wanita rakyat Malaysia bersama ikan paus yang dipotong kulit oleh nelayan di jeti Tanjung Gemok, dekat Pulau Tioman telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia dan Australia.
Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa seorang pengguna Facebook telah memuat naik beberapa gambarnya dengan spesis dilindungi itu yang dipotong kulit oleh nelayan pada 4 Oktober lalu.
Dia didakwa menulis 'gembira' kerana ini adalah kali pertama melihat spesis tersebut.
Dipercayai ikan itu telah dipotong untuk dijual di pasaran tempatan.
Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada ikan paus tersebut memang diburu oleh pemburu haram, tidak sengaja ditangkap oleh nelayan, atau terdampar di pantai.
Portal Australia PerthNow juga melaporkan berita tentang wanita ini yang bergambar dengan spesis tersebut yang merupakan lambang binatang laut yang baharu di Australia Barat dan membangkitkan kemarahan di kalangan warga Australia.
Komen di laman web Australia mempersoalkan keperluan untuk membunuh ikan paus, dengan beberapa orang menyeru agar pendakwaan dikenakan terhadap pemburu.
Gambar-gambar ini telah dikeluarkan dari Facebook.- mstar online
TOP
Hairul Azreen Ditegur Fitnah Pembuat Kek
Hairul Azreen mendakwa kek istimewa hari jadi untuk Hanis Zalikha tidak sampai pada selepas ditempah.
PETALING JAYA: Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah. Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut. "Hairul telah mengambil gambar kek di Instagram saya lalu dimuat naik di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berunsur fitnah, saya gagal menyiapkan kek untuk Hanis Zalikha. “Perkara itu ternyata tidak benar kerana pada 9 Oktober lalu kira-klira pukul 6 petang saya dihubungi oleh seseorang yang mahu saya membuatkan kek berbentuk barbie doll dengan segera dan ia perlu dihantar ke satu lokasi dua jam kemudian. “Bagaimanapun saya terpaksa menolak tempahan itu kerana masa diberikan terlalu singkat. Saya juga tidak ambil apa-apa deposit,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Gambar kek yang dimuat naik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.
Terdahulu Hairul Azreen, 26, menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan. Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu. "Saya rasa mungkin Hairul sendiri tidak tahu hal sebenar kerana tempahan itu dibuat oleh orang lain yang mana saya difahamkan saya adalah individu kedua yang diminta membuat kek berkenaan. "Apa yang saya kesalkan tindakan dia ‘mencuri’ gambar rekaan kek di Instagram saya itu dengan kapsyen berunsur fitnah telah menjejaskan reputasi perniagaan sehinggakan saya terpaksa padam komen negatif daripada peminatnya," ujar Siti Saleha. Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal. "Saya tidak ada masalah jika dia (Hairul) mahu saya sponser kek tersebut namun perlu ada cara iaitu dengan membuat tempahan sebulan atau seminggu awal supaya mudah untuk saya buat persiapan," ujarnya.
Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan. Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta. "Saya kesal apabila pihak Hairul yang membuat tempahan kek itu seperti tidak serius, ketika diminta bayar deposit ada sahaja alasan yang diberikan. "Jadi kami tidak buat apa-apa untuk tempahan itu, namun pihak kami sudah beritahu awal-awal kepada mereka jika tidak ada deposit maka kami tidak akan buat," ujarnya. Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu. - mstar online

Proses Undian Untuk Kerusi Tidak Tetap PBB Bermula
Ibu pejabat PBB di New York.
NEW YORK: Proses pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia). Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Pada pengundian pagi ini, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan. Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu. Wakil Tetap Malaysia di PBB Datuk Hussein Haniff dan pasukannya telah menerima jaminan daripada majoriti negara anggota PBB bahawa mereka akan menyokong pencalonan Malaysia bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB bagi tempoh dua tahun, bermula 2015. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kini berada di New York, sejak beberapa hari lalu untuk menghadiri majlis bersejarah bagi negara itu.- mstar online

Guna Nama Ustaz Kazim Untuk Menipu, Laporan Polis Bakal Dibuat
Ustaz Kazim Elias telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar tidak mempercayai satu iklan yang menawarkan pelancongan menaiki kapal pelayaran bersama beliau melalui kenyataan di dalam Facebooknya.
Menurut posting tersebut, tiada sebarang persetujuan yang telah dilakukan oleh pihak ustad Kazim Elias untuk bersama menaiki kapal pelayaran tersebut. Blogger blog yang dikatakan membuat iklan palsu itu sebelum ini dikatakan sudah mempunyai banyak rekod penipuan. Jika dibuat carian Google, nama Lavendermummy ini sememangnya terkenal kerana penipuan yang dibuatnya.
Setelah kami periksa laman blog lavendermummy.blogspot.com, posting iklan terbabit telah pun dibuang tetapi nasib baik masih ada 'screenshot' yang sempat diambil sebagai bukti penipuan tersebut. - Siakapkeli.com

Minyak RON95 Lebih Murah Tanpa Subsidi
Berdasarkan penanda aras harga minyak Brent, minyak RON95 kini berharga US$83 setong pada hari ini dan di Malaysia sepatutnya dijual pada harga dibawah RM2.30 per liter.
Kesimpulan yang mengejutkan ini dibuat berdasarkan kepada laporan terbaru oleh AmResearch Sdn Bhd yang dikeluarkan hari ini, yang mengatakan: "Kami menganggarkan bahawa pulang modal dari harga minyak mentah dunia berada pada purata AS$ 84,80 setong sekiranya harga RON95 kekal pada RM2.30 seliter tanpa subsidi kerajaan."
Jika harga minyak Brent terus menurun, sebagaimana yang diramal oleh penganalisis global, rakyat Malaysia sebenarnya membayar cukai ke atas harga petrol RON95 jika harganya kekal pada RM2.30 per liter.
Beberapa tahun sebelum ini, keadaan yang sama seperti ini juga pernah berlaku iaitu apabila harga minyak global menjunam dari paras tertinggi US$140 setong kepada lebih kurang US$30 setong - tetapi harga minyak tempatan masih lagi sama.
Menurut penganalisis, lebih elok kepada rakyat Malaysia sekiranya harga RON95 dibiarkan mengikut harga pasaran daripada menjadi harga kawalan.
Penganalisis ketika dihubungi berkata penurunan harga RON95 dalam masa terdekat ketika harga minyak sedang menjunam ini agak mustahil kerana ini adalah peluang kepada kerajaan untuk menampung kembali lebih kurang RM50 billion yang dibelanjakan sebagai subsidi minyak lebih dari dua tahun lalu.
Sebarang perubahan - mungkin peralihan daripada harga subsidi kepada harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel- boleh berlaku hanya apabila mekanisme harga bahan api yang baru diumumkan, kemungkinan pada bulan Januari.
Menurut AmResearch, kerajaan berhasrat untuk mengapungkan harga minyak RON95 kepada harga pasaran sambil mensasarkan subsidi petrol kepada golongan berpendapatan rendah.
- SiakapKeli.com
Sumber : therakyatpost
- SiakapKeli.com
Sumber : therakyatpost
TOP
Patriotisme Kanak-Kanak Undang Tuah Bagi Mohd Nor Azhar
KUALA LUMPUR: Pemenang tempat pertama, Mohd Nor Azhar Hamzah (tengah), bersama pemenang tempat kedua, Firdaus Abdul Rahman (kanan) dan pemenang tempat ketiga, Khairul Jaafar (kiri) bergambar bersama sijil penyertaan masing-masing bagi Pertandingan Video Pendek Negara Bangsa anjuran bersama Pejabat Perdana Menteri, Bernama TV dan Biro Tatanegara di Balai Seni Visual di sini hari ini. - Foto BERNAMAborder-style: solid; border-width: 1px; display: none; margin: 0px; padding: 2px; width: 100%;">
KUALA LUMPUR – Kisah kanak-kanak berjiwa patriotik yang mengumpul duit menjual tin kosong untuk mengganti bendera Malaysia yang ‘uzur’ di pekan kampung halamannya, membawa tuah kepada Mohd Nor Azhar Hamzah, apabila menjuarai pertandingan video pendek bertema ‘Negara Bangsa’. Video bertajuk ‘Jiwa Merdeka’ berdurasi tiga minit yang sarat dengan unsur patriotisme itu mengalahkan tujuh video lain, membolehkan Mohd Nor Azhar, 43, penulis skrip sambilan, membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta sijil penghargaan. Pertandingan julung kali itu anjuran bersama Bernama TV, Pejabat Perdana Menteri dan Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri. Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Pejabat Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata pertandingan itu merupakan inisiatif untuk menyampaikan semangat patriotik dan maksud Negara Bangsa kepada rakyat khususnya generasi muda. “Video pendek ini merupakan satu pendekatan tepat kerana ia ringkas, padat dan ‘straight forward’,” katanya dalam ucapan sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Video Pendek Negara Bangsa di sini hari ini. Tempat kedua dimenangi Senpai Studio dari Sentul, Kuala Lumpur melalui video bertajuk ‘Merdeka Negara Bangsa’ dan membawa pulang wang tunai RM7,000. Tempat ketiga milik Khairul Ikhwan Jaafar, dari Shah Alam, Selangor dengan hasil karya bertajuk ‘Root & Family’ yang meraih tunai RM5,000. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya. Shahlan memberitahu pemberita kemudian bahawa pertandingan seumpama itu akan menggalakkan lebih ramai penggiat industri kreatif mengetengahkan bakat mereka selain membantu menyedarkan masyarakat pentingnya patriotisme sebagai pencetus perpaduan dan keamanan. “Sebanyak 79 penyertaan diterima penganjur sehingga tarikh tutup pertandingan 16 Sept lalu. Ini menggambarkan memang ada mereka yang faham konsep video pendek dan mesej yang nak disampaikan,” katanya. “Kita berharap program seperti ini dilanjutkan dengan konsepnya harus lebih mudah difahami bagi meningkatkan penyertaan pada masa akan datang,” katanya. Sementara itu, Mohd Nor Azhar, dari Taiping, Perak berkata beliau tidak menyangka akan menjuarai pertandingan itu. “Saya memang minat filem patriotik dan inilah langkah awal, ia menyuntik semangat saya untuk meneruskan hasrat menghasilkan lebih banyak video berbentuk patriotik,” katanya. – BERNAMA

Skuad Hoki Muda Negara Kalah Lagi
JOHOR BAHRU – Skuad Projek 2016 negara terus menanggung derita apabila tewas kepada India 4-2 dalam saingan Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun merebut Piala Sultan Johor di sini, hari ini.
Ini adalah kekalahan ketiga untuk skuad negara pimpinan Arul Selvaraj dan sekali gus melenyapkan sebarang peluang mereka mahu memburu tempat ketiga atau pun keempat pada edisi kali ini.
India mencatat kemenangan ketiga mereka dan kini menghidupkan peluang memburu tiket ke final.
Skuad pimpinan Harendra Singh itu mengesahkan tiga mata milik mereka di Stadium Hoki Taman Daya menerusi jaringan hatrik Harmanpreet Singh pada minit ke-25, 27, 55 dan Varum Kumar manakala gol tuan rumah daripada Sufi Simat (m-37) dan Azril Misron (m-42).
Semalam, skuad negara tewas tipis kepada Britain 3-2.
Dalam saingan lain, New Zealand berjaya merakamkan kemenangan pertama selepas menewaskan Pakistan 3-2. Kedua-dua pasukan ini hanya mengutip satu mata sebelum ini.
KEPUTUSAN
Malaysia…………2 India………….4
N Zealand……….3 Pakistan……..2
- BH Online

Giger Dan Lechner Ungguli Peringkat Ketiga LIMBC 2014
LANGKAWI – Bekas juara 2012, Fabian Giger dari Switzerland membuktikan kehebatannya apabila memenangi peringkat ketiga Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2014 di sini hari ini bagi kategori lelaki elit manakala kategori wanita menjadi milik pelumba Itali, Eva Lechner.
Saingan peringkat ketiga ‘Maraton Langkawi’ sejauh 63km menyaksikan Giger, daripada pasukan Giant Pro XC, mencatatkan masa tiga jam 14 minit 21.70 saat, mengatasi pelumba pasukan kebangsaan Slovakia, Michal Lami dengan kelebihan satu minit (3:15:35.10s) manakala pelumba Jerman, Karl Platt di tempat ketiga dengan catatan masa 3:15:36.30s.
Walaupun Giger memenangi peringkat ketiga, jersi kuning masih kekal menjadi milik Platt, yang mewakili pasukan Bulls, dengan mengumpul masa keseluruhan terpantas 7:33:02.60s.
Giger berkata beliau sangat gembira apabila berjaya memenangi peringkat ketiga setelah gagal memenangi peringkat sebelum ini akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di Malaysia.
“Memandangkan cuaca panas, perlumbaan ini sukar terutama di peringkat pendakian. Saya gembira kerana dapat menamatkan saingan walaupun tidak dapat menyarung jersi kuning,” katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Platt, bekas juara edisi 2011, yang berjaya mempertahankan jersi kuningnya, berkata beliau gembira kerana masih dapat mempertahankan jersi walaupun perlumbaan peringkat ketiga sangat mencabar.
“Perlumbaan ini adalah sukar berbanding dua peringkat sebelum ini. Saya tidak jauh daripada Giger dan cuba sebaik mungkin untuk berkayuh dengan laju untuk sampai ke garisan penamat.
“Saya rasa saingan kali ini lebih mencabar dan lebih menarik berbanding edisi tahun lepas.
“Oleh kerana masih memegang jersi kuning, maka pelumba lain akan melakukan ‘serangan’ pada peringkat keempat esok tetapi saya berharap dapat memegang watak pendahulu sehingga akhir saingan,” katanya. Bagi kategori wanita elit pula, Lechner merampas jersi merah jambu, selaku pendahulu, daripada pelumba pasukan kebangsaan Slovenia, Blaza Klemencic.
Lechner, daripada pasukan Colnago Sudtirol, berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 42km dengan mencatatkan masa 2:23:17.40s.
Pelumba Slovenia, Tanja Zakelj, yang mewakili pasukan Unior Tools, berada di tempat kedua dengan catatan masa 2:30:23.30s manakala pelumba Jovana Crnogorac, yang mewakili pasukan kebangsaan Serbia, di tempat ketiga dengan masa 2:31:47.20s.
Lechner berkata perlumbaan peringkat ketiga lebih mudah berbanding tahun lepas.
“Saya menyasarkan gelaran pada peringkat ketiga dan selain mencapai sasaran, saya juga bertuah dapat merampas jersi merah jambu. Saya perlu berusaha keras bagi memiliki kelebihan masa pada peringkat seterusnya untuk mengekalkan jersi,” katanya.
Esok, pelumba akan menghadapi cabaran peringkat keempat sejauh 4.5 km bermula di Oriental Village.
Edisi kelima LIMBC 2014 yang bermula Isnin hingga Sabtu, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$150,000 (RM500,000).
KEPUTUSAN PERINGKAT KETIGA:
LELAKI ELIT:
1. Fabian Giger (SUI) Giant Pro XC (3:14:21.70s)
2. Michal Lami (SVK) Slovakia (3:15:35.10s)
3. Karl Platt (GER) Bulls (3:15:36.30s)
WANITA ELIT:
1. Eva Lechner (ITA) Colnago Suditrol (2:23:17.40s)
2. Tanja Zakelj (SLO) Unior Tools (2:30:23.30s)
3. Jovana Crnogorac (SRB) Serbia National (2:31:47.20s)
- BERNAMA

Pelekat Warna Berbeza Barang Dikecualikan GST Dipertimbang
SEPANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek meninjau tanda harga barangan ketika melawat premis perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melabelkan barangan yang diberi pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan pelekat warna berbeza untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata penggunaan pelekat berwarna pada barangan yang tidak dikenakan GST dapat mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga. “Ini satu cadangan yang baik. Kita akan bincang bagaimana pelaksanaannya dan akan mengumumkan (hasil) pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melawat premis perniagaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini hari ini. Sebelum itu, bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Tan Sri Zainal Rampak mencadangkan kerajaan supaya melabelkan barangan yang diberi pelepasan GST. Ketika membentangkan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lebih 900 barang yang berada dalam ‘basket of goods’ tidak dikenakan GST. Senarai barang berkaitan CBP itu diwartakan pada Isnin. GST akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan dan antara yang akan dikecualikan GST adalah diesel, gas petroleum cecair, semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti tepung gandum penuh serta beberapa produk makanan seperti serbuk kopi dan teh, mi kuning, laksa dan bihun. Penggunaan pelekat tanda harga berwarna telah lama dilaksanakan bagi barang kawalan pada musim perayaan. Ditanya sama ada kerajaan akan menambah jumlah barangan yang dikecualikan GST, Hasan berkata kerajaan juga sentiasa melakukan semakan untuk menjaga hak pengguna dan peniaga. Mengenai Ops Harga sepanjang tahun ini, Hasan berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap 4,960 peniaga atas pelbagai kesalahan. “Jumlah keseluruhan nilai rampasan di bawah operasi ini adalah RM920,429.55 dan nilai kompaun sebanyak RM250,130,” katanya sambil menambah bahawa 1,327,974 pemeriksaan dijalankan sepanjang tahun ini. Mengenai lawatan di KLIA2 hari ini, Hasan berpuas hati apabila premis perniagaan di sini mematuhi Perintah Kawalan Harga dengan mempamerkan tanda harga. “Penandaan harga penting untuk memastikan kepentingan pengguna terpelihara,” katanya. – BERNAMA

Piala Malaysia: Suasana Di Luar Stadium Sedikit Kecoh
ANGGOTA polis meminta penyokong JDT tidak membakar suar ketika berarak memasuki stadium pada perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu di Stadium Larkin. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
JOHOR BAHRU – Suasana sebelum aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia 2014 antara skuad Harimau Selatan dan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, di sini sedikit kecoh, sebentar tadi. Situasi tegang berlaku ketika perarakan penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT), menuju ke stadium membabitkan beberapa ahli kumpulan berkenaan dengan pasukan keselamatan. Ia berpunca daripada tindakan ahli kumpulan berkenaan menyalakan suar ketika berarak menuju ke stadium kira-kira jam 6.30 petang. PENYOKONG JDT berarak sebelum memasuki stadium pada perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu di Stadium Larkin. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
PENYOKONG JDT berarak sebelum memasuki stadium pada perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu di Stadium Larkin. – Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Suasana kembali tenang dengan ratusan ahli kelab penyokong itu meneruskan perarakan menuju ke pekarangan stadium tanpa sebarang kejadian tidak diingini. Perarakan kumpulan penyokong adalah perkara biasa dilakukan pada setiap perlawanan membabitkan JDT di pekarangan stadium. – BH Online

ISN, UniMAP Jalin Kerjasama Penyelidikan Sukan
KUALA LUMPUR: Ahli Institut Institut Sukan Negara (ISN) Prof. Madya Dr. Shamala Subramaniam (dua kanan) bersama Dekan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Dr. Abu Hassan Abdullah (dua kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz (kanan) dan Naib Canselor UniMAP Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hissin (kiri) pada majlis menandantangi perjanjian persefahaman (MoU) antara ISN dengan UniMAP di ISN dekat sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjalankan kajian mengenai teknologi sukan untuk membantu meningkatkan prestasi atlet negara. Kajian itu akan dijalankan bersama pensyarah dan penyelidik Program Kejuteraan Elektronik Bioperubatan, Pusat Pengajian Kejuteraan Mekatronik UniMAP dan Institut Sukan Negara (ISN). Naib Canselor UniMAP, Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata acara berbasikal merupakan antara projek kajian yang dijalankan dengan memberi tumpuan kepada reka bentuk basikal. Selain itu, pemantauan output fisiologi seperti kadar jantung, suhu dan tekanan darah pelumba semasa latihan turut dikaji. “Ia diperlukan untuk jurulatih memahami setiap keupayaan badan pelumba dan bagaimana ia boleh digunakan untuk memaksimumkan prestasi,” katanya kepada pemberita selepas mewakili UniMAP pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan ISN di sini hari ini. ISN diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz. Kamarudin berkata selain itu, antara kajian yang bakal dilakukan ialah bagi acara menembak termasuk parameter berat badan atlet, postur dan output Elektromiogram (EMG) bagi mengesan aktiviti elektrik otot. Katanya, UniMAP turut menjalankan kajian bagi postur dan teknik yang digunakan oleh atlet dalam beberapa acara seperti lompat kijang, hoki, taekwondo dan karate. Sementara itu, Dr Ramlan berkata jalinan kerjasama itu membuka peluang dan memberi faedah dalam usaha merealisasikan bidang sains sukan dan teknologi sukan di negara ini. “Kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan teknologi di UniMAP adalah sesuatu yang kita iktiraf dan kita amat bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang sukan. “Penyelidikan dan amalan daripada kerjasama ini dapat membantu melonjakkan prestasi atlet ke tahap yang diharapkan,” katanya. – BERNAMA

Kerajaan Cari Kaedah Struktur Semula Pinjaman Bina Kuin
LANGKAWI – Kerajaan Kedah kini dalam proses berunding dengan kerajaan pusat, khususnya Kementerian Kewangan, bagi mencari kaedah menstruktur semula pinjaman untuk membina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri terpaksa menanggung bebanan yang sangat tinggi berjumlah RM46 juta setahun bagi tempoh 15 tahun untuk menyelesaikan pinjaman itu.
“Ia merupakan satu beban kewangan yang sangat besar (sedangkan) ia boleh digunakan untuk perkara-perkara yang lain. Penjanaan hasil (negeri) pula begitu payah.
“Penstrukturan pinjaman ini bertujuan untuk mengurangkan beban bayaran tahunan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata pinjaman melalui bank komersial berjumlah RM330 juta itu dibuat semasa pemerintahan kerajaan PAS dan tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Mukhriz berkata sepatutnya kerajaan Kedah pada masa itu perlu mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan seperti yang diwajibkan terhadap setiap kerajaan negeri yang ingin membuat pinjaman sebesar itu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM500,000 bagi menambah baik padang bola sepak di Stadium Sultan
Abdul Halim di Suka Menanti, Alor Setar.
Beliau berkata selama ini pasukan senior, bawah 21 tahun dan bawah 19 tahun negeri ini tidak mempunyai padang khusus untuk mengadakan sesi latihan.
“Sesi latihan dijalankan di beberapa padang di seluruh negeri secara ad-hoc termasuk di Universiti Utara Malaysia,” katanya.
Selain itu, katanya, sebanyak RM500,000 juga diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf lampu limpah di Stadium Darul Aman.
Beliau berkata projek penambahbaikan itu akan bermula November ini dan dijangka siap Mac tahun depan. – BERNAMA
TOP
IPTA Bidas Laporan Akhbar Berita Harian
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia membidas akhbar Berita Harian kerana membuat laporan hasil penyelidikan dan Inovasi (R&D) 15 IPTA di negara ini cuma syok sendiri.
Pengerusinya, Prof. Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud berkata, laporan tersebut tidak tepat kerana menggunakan data yang tidak lengkap sekali gus menjejaskan imej IPTA negara ini.
“Pengumpulan data hasil penyelidikan hanya dilakukan secara intensif sejak 2007 dan bukan 2001 seperti dinyatakan akhbar itu. Tidak dapat dipastikan dari mana datangnya sumber data dari tahun 2001 hingga 2006.
“Sebagai contoh, hasil penyelidikan yang telah dipaten dilaporkan oleh Berita Harian sebanyak 109 sedangkan mengikut rekod Universiti Malaya (UM) bilangan paten sejak 2007 sebanyak 404 paten,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Awg Bulgiba menyelar akhbar Berita Harian kerana membuat laporan yang memberi impak serius terhadap status pendidikan negara tersebut.
Tegas beliau, Jawatankuasa Timbalan-timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) IPTA menyarankan Berita Harian supaya lebih bertanggungjawab dan menyemak fakta sebelum membuat laporan seperti itu.
Katanya, akhbar Berita Harian juga diminta mendapatkan persetujuan pengurusan tertinggi IPTA dan Kementerian Pendidikan sebelum menyebarkan sebarang maklumat mengenai IPTA.
Berita Harian pada 13 Oktober lalu melaporkan Kurang dua peratus daripada 27,449 hasil R&D di 15 universiti awam di negara ini berjaya dikomersialkan dalam tempoh lima hingga 10 tahun lalu.
Ia bererti hanya 494 hasil penyelidikan berjaya diterjemahkan dalam bentuk produk atau perkhidmatan untuk dimanfaatkan pengguna selepas berbilion ringgit dilaburkan dalam bentuk geran penyelidikan sama ada oleh kerajaan atau pelbagai agensi dalam dan luar.
Malah, akhbar itu mendakwa, kebanyakan penyelidikan yang berjaya dikomersialkan itu dihasilkan empat universiti penyelidikan dengan 1.5 peratus daripadanya adalah daripada UM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). – mynewshub.cc
TOP
HTC Kembali Ke Arena Tablet Dengan Nexus 9
Pihak Google akan melancarkan sebuah tablet Nexus baru bersaiz 8.9-inci yang mana dibangunkan bersama-sama pihak HTC.
Dinamakan Nexus 9, ia hadir dengan rekaan yang mesra untuk dipegang dengan sebelah tangan, dan amat ringan serta membawakan bahagian kerangka tepi yang nipis.
Peranti baru tersebut hadir dengan cip pemprosesan 64-bit, serta dilengkapi dengan sokongan HTC BoomSound yang mana membawakan dwi-speaker pada bahagian hadapan.
Beberapa aksesori turut disediakan, termasuk sebuah papan kekunci yang boleh disambungkan secara magnetik pada Nexus 9 ini, sekaligus memudahkan lagi anda membuat tugasan kerja menggunakannya. Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 8.9 inci IPS LCD, bateri berkapasiti 6700mAh, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.6-megapixel, dan cip 64-bit NVIDIA Tegra K1 2.3Ghz. Pra tempahan akan dibuka untuk pengguna di Amerika Syarikat bermula 17 Oktober ini, dan ia akan mula dijual bermula 3 November kelak di Amerika Syarikat. Bagi pasaran Malaysia, pihak HTC masih belum memberi apa-apa maklumat berkaitan harga dan tarikh rasmi penjualannya. Harga bagi sebuah tablet ini ialah USD339 (RM1111) untuk versi storan 16GB, USD479 (RM1559) untuk versi 32GB dan USD599 (RM1963) untuk versi 32GB 4G LTE.
Sumber: Technave
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Pizza Hut Kaji Impak Pelaksanaan GST
PETALING JAYA – Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd dan lebih 20 vendornya sedang memantau rapi impak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Pengurus Besar Kanan Pizza Hut dan Pizza Hut Delivery Low Kang Moon berkata rangkaian restoran itu telah menubuhkan satu pasukan terdiri daripada wakil pelbagai jabatan syarikat untuk membuat analisis impak cukai serta prosedur berkaitan.
“Pizza Hut sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan kami percaya vendor kami juga akan mengambil langkah sama,” kata Low kepada pemberita selepas merasmikan ‘Pizza Hut Big Double Box’ baharu, di sini hari ini.
Mengulas kadar GST, beliau berkata masyarakat akan terbiasa dengan kadar baharu sistem cukai itu dan faedahnya kepada negara.
Sementara itu, Pizza Hut Big Double Box baharu mengandungi dua keping piza yang disusun di dalam kotak dua tingkat bagi memberi lebih kepuasan dan nilai kepada pelanggan.
Promosi baharu Pizza Hut ini didatangkan di dalam kotak empat segi baharu berwarna ungu dan menawarkan dua jenis piza pada harga RM30 (saiz biasa) dan RM48 (saiz besar). – BERNAMA
TOP
Ramdan Rosli : Saya Berusaha Gigih Sejak 8 Tahun!
Anak muda kelahiran Klang ini sememangnya boleh dibanggakan atas pencapaiannya dalam meraih pelbagai kejayaan dalam arena sukan lumba motosikal.
Baru berusia 18 tahun , Ramdan Rosli pantasnya layak untuk dijadikan ikon anak-anak remaja atas sumbangannya dalam menaikkan nama negara.
Kelebihan dalam dirinya dalam arena sukan ini dilihat sejak awal ketika dia baru berusia 14 tahun dan bakatnya itu segera diasah di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS.
Bukan calang-calang orang ye yang dipilih PETRONAS, pastinya Ramdan harus membuktikan beliau layak berada di tempatnya sekarang dengan lebih usaha bagi terus menempa nama di persada dunia.
Kini, pastinya PETRONAS tersenyum lebar melihat aksi Ramdan Rosli beraksi hingga telah banyak memenangi kejuaraan-kejuaraan dalam dan luar negara antaranya ialah Kejuaraan Clun Prix AAM Malaysia PETRONAS , Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS, dan terbaru ialah Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV.
Namun untuk menjadi seperti dia kini bukan lah mudah seperti disangka-sangka.
Keperitan , pengorbanan dan usaha yang tidak pernah lelah menjadi kunci untuk beliau terus melangkah maju.
“Orang tengok macam senang jadi saya, tapi sebenarnya saya usaha daripada bawah lagi sejak saya berusia 8 tahun” kata Ramdan Rosli.
Malah menurut beliau, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga buat satu tempoh masa yang lama ketika berlatih di Barcelona . Pastinya menjadi seorang pelumba motosikal memerlukan risiko yang tinggi dan Ramdan tidak pernah menyesal walau acap kali jatuh dan luka berkali-kali gara-gara minatnya yang tinggi terhadap sukan itu.
Lagi-lagi ayahnya, Rosli Mat Sudin yang dahulu merupakan seorang pelumba motosikal menjadi sumber kekuatan beliau untuk membanggakan keluarga. Ramdan yang turut ditanya tentang impiannya pada masa hadapan menjawab ” saya harap suatu hari nanti saya akan berjaya membuka sebuah sekolah lumba motosikal.” Beliau turut berpesan kepada remaja-remaja yang lain supaya mengenali minat mereka sendiri dan berusaha untuk mengembangkan apa yang diminati agar ianya boleh membuahkan hasil masa hadapan.
Ramdan Rosli yang ditemui di pelancaran program “Sentuhan Kasih” PETRONAS di Monfort Boy Town turut berkongsi pengalaman bersama pelajar di sana. Beliau yang pernah memenangi Juara Termuda di Kejuaraan CP 115 pada usia 15 tahun memang layak dipuji.-MYNEWSHUB.CC

Daim Dianugerah Darjah Kebesaran Perlis
ARAU – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menganugerahkan Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SSSJ) kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Istiadat penganugerahan darjah itu yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja berlangsung di Istana Arau di sini.
Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.
Daim, 76, sebelum ini dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sempena Konvokesyen Ke-9 pada 27 Sept lepas.
Ketika ditemui pemberita selepas menerima darjah itu, Daim melahirkan penghargaan bagi penganugerahan darjah kebesaran itu.
“Saya menghargai anugerah ini iaitu yang pertama saya terima daripada Tuanku Raja Perlis,” kata anak kelahiran Derga, Alor Setar, Kedah itu.
Ketika ditanya mengenai ekonomi Perlis, bekas Menteri Kewangan itu berpendapat Kuala Perlis yang terletak di pesisiran pantai berpotensi dimajukan sebagai pusat pertumbuhan baharu. – BERNAMA
TOP
Fenomena Hujan Lebat Diramal Di Pantai Timur
PASIR PUTEH – Lima fenomena hujan lebat dijangka berlaku di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian Johor sepanjang musim tengkujuh bermula November ini hingga Mac, tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail berkata dalam tempoh itu taburan hujan dijangka antara 500 hingga 600 milimeter sebulan, yang mungkin mengakibatkan banjir terutama di kawasan rendah.
“Bagaimanapun keadaan itu normal, tidak sebagaimana yang berlaku pada musim tengkujuh lepas seperti di Kemaman dan Kuantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Awam Mengenai Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem di Sekolah Kebangsaan Dalam Rhu di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan, Maqrun Fadli Mohd Fahmi dan Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Jenuwa Husin serta 300 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak.
Che Gayah berkata dalam tempoh itu, ribut El-nino jika berlaku, adalah pada tahap rendah iaitu antara 50 hingga 60 peratus sahaja ,tidak seperti andaian pihak tertentu kononnya negara akan mengalami ribut yang besar.
Sementara itu, beliau berkata jabatan itu mempunyai peralatan sistem teknologi pengesanan amaran awal bencana yang canggih setanding dengan negara maju seperti Jepun dan Amerika bagi mengesan bencana alam seperti gempa bumi dan ancaman tsunami.
Katanya peralatan itu telah dibangunkan di seluruh negara terutama di kawasan pantai yang berisiko tinggi termasuk di Pulau Pinang, Langkawi, Kuala Muda, Kedah, Seberang Takir, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
“Kamera yang dipasang sejak 2005 itu dapat melihat keadaan turun naik paras laut dan ombak berikutan gegaran yang berlaku di perut bumi dalam tempoh 24 jam,” katanya.
Che Gayah berkata sistem berkenaan yang dibangunkan selepas berlaku tsunami pada 2004, dengan peruntukan RM19 juta, sentiasa dinaik taraf sesuai dengan tuntutan semasa. – BERNAMA
TOP
Gajah Liar Ganggu Kampung Desa Bakti Dipindah Ke Kenyir
TEMERLOH – Seekor gajah jantan yang dikesan di hutan berhampiran Kampung Desa Bakti, Jalan Karak, Mentakab, Isnin lalu, berjaya ditangkap dan dihantar ke Taman Negara Tasik Kenyir, Terengganu hari ini.
Ketua Unit Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Nasharuddin Othman berkata gajah berusia 32 tahun seberat lebih tiga tan itu yang dikesan kumpulan anggota Perhilitan dan Unit Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, adalah daripada kumpulan lima ekor gajah liar yang menceroboh masuk kampung Desa Bakti minggu lepas.
“Setelah hampir seminggu menjejak haiwan berkenaan, anggota Perhilitan berjaya menjejak dan menembaknya dengan menggunakan ubat pelali pagi tadi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata 25 anggota agensi berkenaan kemudian terbabit dengan operasi pemindahan gajah jantan itu, dibantu dua ekor gajah denak ‘Kala’ dan ‘Rambai’ yang didatangkan khas dari Pusat Konvervasi Gajah Kuala Gandah, Lanchang untuk mengiringi gajah jantan itu ke dalam lori besar.
Operasi pemindahan gajah jantan itu mengambil masa lebih dua jam bermula dari pukul 10 pagi sehingga 12.45 tengah hari, katanya.
Nasharuddin berkata gajah itu terpaksa ditangkap setelah beberapa kali memasuki kawasan kampung tersebut sejak Julai lalu.
“Haiwan berkenaan kebiasaannya akan kembali memasuki kampung setelah mudah mendapat makanan dan ini boleh membahayakan penduduk kampung jika dibiarkan,” katanya.
Beliau berkata kos untuk setiap kali pemindahan seekor gajah mencecah sehingga RM60,000.
Sementara itu Nasharuddin yang lebih 20 tahun berpengalaman dan pakar dalam menangkap dan memindah gajah, berkata haiwan liar terutamanya harimau, gajah dan beruang akan ganas serta berbahaya jika tercedera dan kadang kala boleh membunuh.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mencederakan sebarang binatang liar sebaliknya melaporkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
Mengenai baki kumpulan gajah liar itu, beliau memberi jaminan pihaknya akan sentiasa memantau perkara itu, bagaimanapun kumpulan haiwan tersebut dipercayai telah kembali ke kawasan hutan habitat asalnya di Hutan Kemasul, dekat sini. – BERNAMA
TOP
Seorang Lelaki Cedera Dalam Rompakan Kedai Emas
KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia 30-an cedera setelah cuba menghalang sekumpulan tiga lelaki bersenjata dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pekan Tuaran dekat sini, hari ini.
Difahamkan, mangsa cedera di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan belakang sejenis senjata dipercayai senjata api ketika berada di dalam kedai emas itu semasa kejadian pada kira-kira 8.25 pagi.
Bagaimanapun, dia dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Tuaran.
Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Abdul Fuad Abdul Malik berkata dalam kejadian itu tiga lelaki lengkap bertopeng memasuki kedai dengan mengacukan senjata api lalu memecahkan rak pameran dan membawa keluar barangan kemas.
Seorang daripada mereka sempat memukul mangsa sebelum melarikan diri, katanya kepada pemberita.
Abdul Fuad berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam rompakan yang berlaku begitu pantas antara lima hingga sepuluh minit sahaja.
Ketika kejadian dua pekerja dan seorang orang awam berada di dalam kedai emas itu, katanya.
Beliau berkata semua elemen telah digerakkan untuk mengesan penjenayah terlibat dan orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai sebarang paparan video di media sosial mahupun aplikasi Whatsapp yang tidak berkaitan kes itu.
Anggaran kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA
TOP
Dua Polis Dan Tiga Penguatkuasa DBKL Didakwa Terima Rasuah
Dua anggota polis dan tiga penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan rasuah.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(b) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di atas kesalahan meminta dan menerima suapan. Tiga penguatkuasa DBKL itu Mohd Nasir Danuri, 45, Mohamad Rezuan Chan, 41, dan Ja’afar Ibrahim, 57, didakwa bersama dengan kesalahan meminta rasuah secara tunai RM2,000 dan RM500 pada 22 Oktober 2012 daripada pemilik Restoran Suria Teh Tarik.
Pemilik, Chew Hian Tat diminta menyerahkan rasuah itu kerana tidak memiliki lesen premis perniagaan yang sah. Selain itu, dalam pertuduhan lain Mohd Nasir dan Mohamad Rezuan didakwa menerima rasuah berjumlah RM1,000 daripda pemilik restoran yang sama pada 24 Oktober tahun yang sama. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan. Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan. Beliau turut menetapkan sebutan semula kes pada 13 November depan. Manakala anggota polis Sarjan Shaharuddin Abd Shukar, 54, dituduh melakukan kesalahan memperoleh wang rasuah RM300 dari seorang individu Harcharanjit Singh sebagai dorongan untuk memastikan siasatan tidak dijalankan bagi satu laporan polis yang dibuat pada 1 November tahun lepas. Kesalahan didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. Shaharuddin juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan Rosbiahanin membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 14 November depan. Di mahkamah berlainan, anggota polis Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui, 34, didakwa menerima wang rasuah tunai RM800 bagi melindungi kegiatan haram penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang dilakukan Lanny Ong Boon Hsien pada 4 Jun tahun lepas di restoran McDonald;s Taman Connaught. Dia juga mengaku tidak bersalah. Hakim Alaudin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Nov ini. Jika didapati bersalah, kelima-lima tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. – MYNEWSHUB

PPM Tawau Rampas 4,250kg Baja Cuba Diseludup Ke Negara Jiran
TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 170 guni baja ammonium nitrate dengan berat keseluruhan 4,250 kilogram yang cuba diseludup ke negara jiran menggunakan bot, dekat sini, petang semalam.
Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohamad Madun berkata baja berkenaan dirampas dari sebuah bot yang dikemudi seorang lelaki Indonesia berumur 43 tahun ketika membuat rondaan di kawasan perairan Sabindo, pada 5.15 petang, semalam.
“Anggota PPM yang menjalankan rondaan terserempak dengan sebuah bot kayu dalam keadaan mencurigakan lalu menahan dan memeriksanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua barangan rampasan termasuk bot berkenaan dianggarkan bernilai RM37,000.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam Seksyen 135 (1)(e) 1967.
Sementara, di Semporna, PPM menahan seorang warga emas, pendatang asing tanpa izin berusia 73 tahun bersama 26 tong berisi 650 liter minyak petrol bersubsidi di perairan Ambo Ambo, Semporna, sekitar 1 tengah hari semalam.
Mohamad berkata, warga Filipina berkenaan ditahan semasa bot samaran PPM menjalankan Op Tugas Khas di kawasan berkenaan.
Katanya, bot pam dan dua unit enjinnya disita dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967. – BERNAMA
TOP
Warga Emas Hilang Dipercayai Lemas
Anggota dari Unit Skuba melancarkan operasi mencari dan menyelamat warga emas, Mat Isa Din, 77, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Macang Bubuk, Kejai Baling di Baling, Khamis. Foto BERNAMA
BALING: Mayat seorang warga emas dari Kampung Macang Bubuk di sini yang dilaporkan hilang sejak awal pagi tadi ditemui di Sungai Kejai pada Khamis. Mayat mangsa, Mat Isa Din, 77, ditemui oleh anggota Unit Skuba lebih 200 meter dari tempat beg tembakau dan sebelah seliparnya ditemui di tepi tebing Sungai Kejai pada 4.20 petang. Lokasi mayatnya ditemui hanya kira-kira 500 meter dari rumahnya. Anaknya, Mat Zuki Mat Isa, 45, berkata mereka sekeluarga menyedari mangsa tiada di dalam rumah kira-kira 1 pagi dan mencarinya sekitar rumah namun tidak ditemui. Setelah menyedari warga emas berkenaan hilang dari rumah, keluarganya memberitahu jiran dan usaha mencarinya dilakukan sekitar kawasan kampung itu hingga ke pagi ini namun gagal ditemui. Mat Zuki berkata, mereka membuat laporan di Balai Polis Pekan Malau di sini kira-kira 11 pagi setelah gagal mengesan mangsa. Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech Park dan dibantu lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Zon 3 Kedah serta lima anggota Unit Skuba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani menjalankan operasi mencari mangsa. Mat Zuki berterima kasih pada semua pihak yang membantu terutama pihak Bomba dan Unit Skuba yang berjaya menemui mayat bapanya.- mstar

Yazer -Ekin AF Bakal Kahwin Disember ini?
BEKAS pelajar Akademi Fantasia, Mohd Yazer Yusof atau Yazer dan pasangannya, Ekin (AF 3) dengar-dengarnya akan berkahwin pada 28 Disember ini.
Memetik blogger mummynemo, perkara itu diketahui dari satu forum, namun belum ada pengumuman rasmi dari mereka untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.
Mereka yang sudah berpacaran selama lapan tahun sebelum ini sering memberikan alasan kewangan menjadi faktor penikahan mereka ditangguhkan. Malah, ada juga berita sebelum ini mengatakan hubungan pasangan ini telah putus. Jika benar mereka akan berkahwin, tahniah di ucapkan. Apa-apaun sebagai umat Islam kita kena percaya, selain jodoh dan ajal, rezeki juga milik Allah. Yang penting kita berusaha. Perkara baik tentu akan di redhai… Tahniah! :-MYNEWSHUB.CC

“Geng Hisham” Ditahan, Motosikal & Komponen Dirampas
BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki, termasuk ketua kumpulan ‘Geng Hisham’ yang disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT), ditahan dalam Ops Cantas Khas Motosikal, di sini.
Dalam operasi pada Jumaat lepas, polis turut merampas motosikal serta pelbagai komponen kenderaan itu bernilai RM15,000, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah.
“Dua lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sentul manakala seorang lagi ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Mertajam,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas program High Profile Policing di Machang Bubuk di sini hari ini, Mazlan berkata dengan penahanan tiga lelaki terbabit polis percaya dapat menyelesaikan 12 kes curi motosikal yang dilapor di daerah SPT.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati geng berkenaan aktif mencuri motosikal di sekitar pusat beli-belah sejak enam bulan lepas dan polis kini mengesan dua lagi anggota kumpulan itu berusia dalam lingkungan 20-an. – BERNAMA
TOP
Industri Francais Sumbang Lebih RM24 Bilion
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menyokong industri francais negara kerana ia menyumbang kira-kira RM24.6 bilion sepanjang tahun lalu.
Sasaran sumbangan industri francais kepada KDNK negara pada tahun ini pula adalah berjumlah RM25.4 bilion, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Sri Hasan Malek, ketika majlis perasmian buku “Guide To Franching In Malaysia” semalam di KL Festival City.
Beliau berkata apa yang membanggakan kementerian, terdapat 58 jenama francais tempatan yang telah berada di53 negara bukan sahaja dari rantau Asean tetapi India, China, Amerika Selatan dan Eropah.
Menurutnya pada masa ini terdapat sebanyak 743 perniagaan sistem franchais telah berdaftar dengan KPDNKK dan daripada jumlah ini, kira-kira 70% adalah terdiri daripada jenama tempatan manakala baki 30% adalah jenama asing.
Tambah beliau, industri francais perlu disokong kerana produk Malaysia semakin diterima di peringkat antarabangsa dan ia konsisten berkembang pada kadar 15 peratus setahun.
“Saya yakin dengan usaha dan inisiatif yang akan dilaksanakan kelak, angka ini akan bertambah berlipat kali ganda lagi dan membawa jenama Malaysia ke peringkat Global, oleh itu sokongan dari pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan MFA adalah penting dalam mencapai hasrat ini.
“KPDNKK juga telah menganjurkan misi pembelajaran ke beberapa buah negara seperti Australia, Perancis, United Kingdom, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan. Tujuan misi ini adalah untuk mengenalpasti potensi pasaran tersebut,” katanya.
Selain itu, beliau menambah peningkatan aktiviti eksport ini akan dapat membantu kerajaan meningkatkan pengaliran masuk mata wang asing ke dalam negara dan ia lebih mudah menerusi perniagaan francais yang melibatkan pembayaran royalti bulanan, yuran francais dan sebagainya daripada syarikat asing kepada francais tempatan.
Oleh: hzqahmd
TOP
TNB Tidak Pernah Iktiraf Alat Jimat Elektrik
KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak pernah memberi pengiktirafan kepada mana-mana pihak atau syarikat untuk menawarkan alat jimat elektrik di premis-premis perniagaan atau menerusi sosial media.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dalam kenyataannya hari ini, berkata terdapat pihak yang menjual produk-produk ini menggunakan testimoni palsu kononnya daripada TNB atau kakitangan TNB.
Beliau menasihati pengguna supaya menggunakan tenaga secara bijak dan mengamalkan kecekapan tenaga.
Pengguna boleh menyemak kesahihan peralatan tersebut dengan menghubungi pejabat Suruhanjaya Tenaga yang berhampiran atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my untuk maklumat lanjut. – BERNAMA
TOP
Mohd Nasharuddin Mahu Cipta Rekod Baharu Pada Para Asia
INCHEON – Atlet olahraga negara Mohd Nasharuddin Mohamad berazam untuk mencipta rekod baharu dalam acara trek 400m kategori T20 pada Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.
Beliau yang sebelum ini mencatat 51.20 saat pada temasya Sukan Para Asean ke-7 di Naypyitaw, Myanmar berhasrat untuk merekod catatan 50 saat.
“Ini merupakan kali pertama saya sertai Sukan Para Asia dan saya hanya menyertai satu acara trek sahaja iaitu 400m. Jadi saya memang dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada acara tersebut.
“Saya harap saya dapat ulangi pencapaian saya di Naypyitaw awal tahun ini dengan meraih tiga pingat emas dan mencatatkan kesemua rekod baharu,” katanya kepada Bernama semasa sesi latihan di Stadium Utama Sukan Para Asia 2014 di sini.
Sebagai rekod, Mohd Nasharuddin menyumbang tiga emas pada Sukan Para Asean 2013 sekali gus mencatat rekod kejohanan baharu iaitu 11.31 saat bagi acara 100m dan 23.00 saat bagi acara 200m.
Nasharuddin berkata untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya, beliau menjalani sesi latihan selama enam jam setiap hari dan menjaga pemakanan agar kesihatan dan staminanya terjaga.
Mengulas mengenai keyakinannya untuk bersaing di temasya terbesar di Asia ini, beliau berkata beliau yakin dirinya berpeluang untuk naik ke podium dan menggenggam pingat emas.
“Saya tak nafikan cuaca memang sejuk di sini dan pada mulanya sikit terganggu, tapi saya selesa berlatih di sini dan sudah biasakan diri dengan cuaca sejuk.
“Jadi saya harap pada hari perlawanan nanti, tidak akan berlaku sebarang masalah dan saya akan pastikan badan saya sentiasa panas bagi menjaga prestasi saya,” katanya. – BERNAMA
TOP
Arsenal Semakin Hampir Dapatkan Edinson Cavani
ARSENAL semakin hampir mendapatkan Edison Cavani selepas pemain itu memberitahu kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) untuk berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Masa depan Cavani menjadi topik hangat buat peminat PSG sejak minggu lalu selepas pemain Uruguay itu mendakwa tidak gembira berada di kelab tersebut dan sedia ke EPL.
Arsenal dikatakan telah bersedia untuk membuat bidaan dan menandatangani pemain itu apabila tindakan berkenaan turut dialu-alukan oleh Cavani.
Chelsea dan Liverpool turut dilaporkan berminat terhadap Cavani tetapi Arsenal telah melakukan persediaan awal termasuk memikat hati pemain terbabit.
Untuk melepaskan pemain berusia 27 tahun itu, PSG dilapor mahukan bidaan setinggi £55 juta.- mynewsub
TOP
Peniaga Burger Cedera Terkena Tembakan Di Melaka
Jasin – Peniaga burger cedera di kaki kanan apabila menjadi korban tembakan rambang ketika cuba menangkap dua penjenayah dalam cubaan samun kedai runcit di Taman Bukit Tembakau Indah, Umbai, di sini, malam tadi.
Penjual burger berusia 29 tahun itu terkena tembakan di buku lali kaki kanannya yang dilepaskan seorang daripada penjenayah ketika mereka hendak melarikan diri, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam.
Mangsa bertindak demikian selepas dia yang bersama isteri dan anaknya yang berada di gerai burger tidak jauh dari kedai runcit itu, terdengar jeritan wanita daripada premis berkenaan.
Dia kemudian mencapai kayu dan berlari ke arah kedai runcit berkenaan serta sempat membelasah seorang daripada penjenayah itu yang ketika itu hendak membonceng motosikal rakan jenayahnya.
Berikutan terkena hayunan kayu daripada penjual burger itu, seorang daripada mereka melepaskan tembakan dan terkena kaki mangsa.
Sebelum itu, kedua-dua penjenayah berusia lingkungan 20-an cuba menyamun kedai runcit tetapi gagal apabila pemiliknya menjerit meminta tolong dan menyembur ubat nyamuk ke arah seorang daripada mereka.
Berikutan tindakan itu, seorang daripada penjenayah itu mengetuk kepala wanita itu menggunakan pistol menyebabkannya cedera.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Nur Hishamudin Hashim mengesahkan kejadian dan berkata, penjual burger dan taukeh kedai runcit itu dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. – myMetro Online
TOP
90,734 Syarikat Mendaftar Untuk GST Hingga Semalam
90,734 syarikat sudah mendaftar untuk GST hingga semalam . - Foto Aizuddin Saad
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 90,734 hingga pada 15 Oktober, naik 2,263 daripada kelmarin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata angka terbaharu berkenaan menunjukkan semakin banyak syarikat mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Disember 2014. Sasaran kerajaan adalah sebanyak 140,000 syarikat mendaftar dengan skim GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. – BERNAMA

Mahkamah Tetapkan 21 Nov Pengurusan Kes 4 Individu Bogel
BALIK PULAU – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Nov untuk pengurusan kes empat individu yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di tempat awam pada 30 Mei lepas.
Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pembelaan mendapatkan dokumen daripada pihak pendakwaan.
Tertuduh yang terdiri daripada tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, dan Teh Guan Hoon, 37, serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 38, telah dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM4,000 berserta seorang penjamin.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 30 Mei lepas di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang di antara pukul 3 hingga 6 petang.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Insp Wan Noraini Ahmad yang mewakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani dan Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan.
Teh diwakili peguam Jason Khor Jit Cheng manakala tertuduh yang lain diwakili peguam Gobind Singh Deo. – BERNAMA
TOP
Pemuda PAS Anggap Pengikut ISIL Jahil Agama
KUALA LUMPUR – Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) sama seperti kumpulan ekstrim lain yang bertindak secara membabi buta tanpa pengetahuan mendalam terhadap agama Islam.
Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat menegaskan DPPM menolak perjuangan `jihad’ anjuran ISIL kerana Islam menganjurkan perdamaian dan bukan permusuhan.
“Islam mengutamakan permaafan daripada hukuman. Islam mendahului adab dan toleransi termasuk dalam peperangan berbanding sikap membabi buta.
“ISIL dalah suatu ancaman besar terhadap Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan melahirkan kebimbangan ISIL ancaman lebih berbahaya daripada ancaman musuh Islam kerana ISIL bertopengkan Islam kononnya atas syariat Islam.
Katanya, lebih membimbangkan jika ISIL merupakan agenda zionis Israel atau Amerika Syarikat membuat umat Islam berperang sesama sendiri dan memberi gambaran buruk terhadap pejuang Islam.
Menurutnya, DPPM berasa bimbang strategi ISIL merekrut anak-anak muda termasuk dari Malaysia yang jahil agama untuk menyertai mereka.
“Dengan umpan jihad dan ganjaran syahid serta syurga, segelintir rakyat Malaysia menyertai ISIL tanpa asas agama yang kukuh,” katanya.
Justeru, katanya, DPPM menawarkan bantuan kepada kerajaan untuk memberi kesedaran dan maklumat lengkap mengenai ISIL kepada rakyat negara ini. – mynewshub.cc
TOP
Gadis Pelarian Bosnia Kini Menteri Termuda Di Sweden
KIRA-KIRA 22 tahun lalu, gadis ini adalah pelarian perang dari Bosnia Herzegovina di Sweden, ketika itu beliau berusia lima tahun.
Aida Hadzialic dilahirkan pada tahun 1987 dan merupakan pelajar lulusan undang-undang di Universiti Lund. Pada usianya 23 tahun, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandaraya Sweden, Hamlstad.
Dan kini, pada usianya 27 tahun beliau merupakan Menteri termuda di Sweden, memegang portfolio Pendidikan Menengah Tinggi Dan Inisiatif Dewasa Sweden.
Menurut Aida, beliau menyertai parti demokrasi sosial kerana tertarik dengan model kebajikan negara itu yang memberikan peluang kepada keluarganya untuk memulakan hidup ketika melarikan diri dari peperangan.
Gadis berjaya ini meminati bidang fotografi sebagai hobinya, menjadikan filem ‘The English Patient’ sebagai filem kegemaran dan menyifatkan penulis Ernest Hemingway sebagai penulis yang terbaik.
Beliau suka mendengar lagu dari Chopin dan Alicia Keys. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
PANAS.. Kisah Pelanggan Dakwa Dianiaya Bank Islam Jadi Viral
Gambar Hiasan
Kebelakangan ini, kisah seorang individu mendakwa dirinya dianiaya sebuah bank tempatan telah tersebar meluas menerusi laman sosial.
Atas dasar nama, mangsa dikatakan memilih Bank Islam untuk menyimpan wang simpanan namun sudahnya wang yang dikumpul termasuk untuk kegunaan menunaikan ibadah di Tanah Suci lebur begitu sahaja tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.
Untuk mengetahui kisah sebenarnya, di bawah adalah luahan mangsa:
Bank Islam – Bukan Bank Pilihan Saya
Sebagai seorang pengguna beragama Islam, saya amat berbesar hati dan teruja menjadi pelanggan sebuah bank yang mempunyai perkataan “Islam” pada namanya. Mesti gah dan tidak menyusahkan pelanggan dan serba-serbinya baik berbanding bank lain yang belum tentu ‘shariah-compliant’.
Tetapi apa ada pada nama? Bukan sedikit orang atau organisasi meletakkan perkataan Islam pada nama organisasi mereka tetapi menjadi topeng untuk melariskan bisnes mereka.
Pertengahan tahun ini, saya membuka akaun semasa di Bank Islam setelah mempunyai akaun simpanan dan akaun pembiayaan peribadi sejak beberapa tahun lepas. Barulah tembelang Bank Islam terbongkar. Cek berjumlah 5 digit, hasil kerjaya selama setahun tanpa dipastikan sebabnya telah ‘hilang’.
Pelik., setelah kira-kira 3 minggu cek dimasukkan, tiada panggilan dari bank diterima menyatakan cek bermasalah. Jadi, saya dengan yakin mengeluarkan cek persendirian tidak melebihi amaun yang ada di dalam akaun simpanan. Alangkah terperanjatnya kedua-dua cek saya adalah cek tendang!
Bank Islam bila dihubungi bermati-matian menyatakan saya tidak memasukkan cek ke Bank Islam. Hanya setelah saya memeriksa dengan syarikat pengeluar cek, menyatakan cek sudah lama ditunaikan dan saya akan membuat aduan ke Bank Negara seandainya cek masih hilang, barulah menggelabah kakitangan bank menyatakan cek memang sudah ditunaikan tetapi tidak dimasukkan ke akaun saya.
Jawapan apakah ini? Jika saya ada bisnes besar tidak mungkin saya perasan kehilangan wang sebegitu kecil. Tetapi kerana kerjaya cuma makan gaji, maka apa yang diperolehi amat berharga.
Bukan itu sahaja bala dikurniakan oleh Bank Islam kepada pelanggannya. Saya ketika itu cuma menghitung hari untuk ke Tanah Suci. Dengan jelas dan terang saya memberitahu satu cek tersebut adalah untuk dimasukkan ke akaun simpanan saya supaya menjadi belanja di Tanah Suci. Tetapi bila di Tanah Suci, wang di dalam akaun cuma seratus lebih.
Dua bulan ‘menghambat’ bank Islam dan aduan ke Bank Negara sudah pun dibuat, saya meminta permintaan khas kerana kepayahan yang di’hadiah’kan kepada saya ini, kurangkanlah faedah ke atas pinjaman peribadi saya. Adakah kesusahan ini disebabkan kesilapan saya. Tetapi dengan angkuh dan tidak rasa bersalah, Bank Islam membalas email saya menyatakan kadar faedah pinjaman TIDAK DAPAT dikurangkan. Malah dicadangkan membuat pinjaman lagi dengan Bank Islam.
Jadi … SEGALA KESUSAHAN YANG DITERIMA OLEH SAYA KERANA KESILAPAN BANK ISLAM ADALAH PERCUMA??????
Untuk sahabat yang membaca status ini, jadikan iktibar. Dewasa ini, perkataan ISLAM didalam organisasi adakalanya cuma pelaris bisnes, semangat ISLAM tidak dijiwai dan diterapkan. Janji untung, agama boleh dijual-beli.
Jika tidak keberatan, mohon SHARE dan VIRALkan.
Jika rasa tidak perlu, saya tidak memaksa. Saya berharap anda semua mengambil iktibar..
Bersama luahan di atas, disertakan beberapa bukti bagi menyokong dakwaan mangsa iaitu salinan jawapan emel yang diterima daripada kakitangan bank terbabit dan laporan polis yang telah dibuat.
Difahamkan wang yang hilang secara ‘magik’ dalam laporan polis di atas, akhirnya dikembalikan semula selepas didesak berkali-kali. Dalam pada itu, amat memeranjatkan apabila ruangan komen sebuah portal yang memaparkan kisah ini dipenuhi dengan perkongsian pengalaman daripada orang lain yang berasakan mereka atau orang terdekat dengan mereka juga pernah ‘dianiaya’ Bank Islam. Di bawah kami siarkan cuma enam daripadanya.
Sehubungan itu kami berasakan Bank Islam wajar menjawab keluhan pelanggan-pelanggan ini menerusi satu kenyataan rasmi memandangkan perkara di atas sudah pun menjadi viral dan menjejaskan nama bank yang membawa bersamanya satu perkataan suci dan disegani iaitu ISLAM. Penyiaran cerita ini tidak bermakna Bank Islam mempunyai mutu perkhidmatan yang rendah sebaliknya mungkin ada penjelasan munasabah yang tidak diketahui pelanggan mereka dan (sekiranya ada) maka ia perlu dijelaskan bagi menjawab kekeliruan yang telah timbul. - mynewshub.cc

IS Lebih Dahsyat Daripada Al-Qaeda: PAT
KOTA BAHARU – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria telah diperakui lebih dahsyat daripada Al Qaeda.
Mengikut laporan media, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan IS melakukan pembunuhan beramai-ramai, memperkosa wanita dan merekrut kanak-kanak sebagai pejuang.
Sambil menyifatkan IS lebih dahsyat daripada Al-Qaeda, Zulkifeli berkata jika perkara itu dibiarkan, dibimbangi lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan IS di Syria.
Sehubungan itu Zulkifeli berkata kegiatan merekrut rakyat negara ini untuk menyertai kumpulan IS dan berjuang di Syria kononnya atas nama jihad mengancam keselamatan negara dan perlu dibanteras segera.
“Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi militan dan mereka akan punyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain di tempat berjuang itu.
“Tak mustahil mereka ni balik senyap-senyap dan tubuhkan sesuatu, ini perkara nyata dan telah diperakui bahawa kumpulan IS ini lebih dahsyat daripada Al Qaeda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Summer Camp 11/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini, pada Khamis.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Datuk Rusli Ahmad dan Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Azmy Yahya.
Zulkifeli meminta semua pihak memberi perhatian serius pada isu tersebut dan membantu pihak berkuasa menanganinya.
“Ini adalah satu ancaman yang nyata dan rakyat mesti sedar akan ancaman ini seterusnya boleh menjadi mata dan telinga kepada agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera,” katanya.
Beliau juga menegaskan jika tidak ditangani, dibimbangi rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan berkenaan akan mewujudkan kumpulan kecil di negara ini apabila kembali ke tanah air.
“Kumpulan ini mampu mempengaruhi pelajar perempuan tingkatan dua menerusi internet, apa jihadnya…kalau membunuh Islam sesama Islam,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu IS, Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, dan lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan ‘jihad’ semasa ‘mengumpan’ golongan sasaran. – BERNAMA
TOP
Iklan Deepavali PETRONAS Penuh Nilai Murni
Sempena perayaan Deepavali yang bakal berlangsung dalam beberapa hari, PETRONAS telah mengaturkan pelbagai program bagi merancakkan lagi suasana perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sehubungan itu, PETRONAS meraikan sambutan perayaan Deepavali yang semakin hampir bersama dengan pelajar -pelajar daripada sekolah Monfort Boys Town melalui majlis ‘Sentuhan Kasih PETRONAS’ .
Untuk makluman ,majlis ‘Sentuhan Kasih’ oleh PETRONAS sememangnya menjadi acara wajib setiap kali musim perayaan bagi membantu pihak yang kurang bernasib baik semenjak tahun 2005 lagi.
“Tahun ini, PETRONAS melakukan kelainan di mana melaksanakan majlis ini di sebuah sekolah bagi menceriakan pelajar-pelajar Monfort Boys Town pula,” Ujar Liz Kamaruddin, Pengurus Besar Komunikasi Strategik PETRONAS.
Seramai 380 pelajar Monfort Boys Town diceriakan dengan pelbagai aktiviti antaranya pertandingan melukis dan sesi motivasi oleh pelumba PETRONAS Moto3 iaitu Ramdan Rosli.
Dalam majlis itu PETRONAS turut berbesar hati memberi sumbangan kepada Monfort Boys Town sebanyak RM 50,000 untuk menambah kemudahan dan bilangan komputer yang diperlukan dalam pembelajaran pelajar di sana.
Disamping itu, PETRONAS melancarkan iklan komersial perayaan Deepavali dengan tajuk “The Light Within”.
Iklan yang dipersembahkan ini mempunyai mesej tentang nilai-nilai murni bagi mengingati seluruh rakyat Malaysia.
Anda tonton lah sendiri iklan Deepavali PETRONAS 2014 yer!-MYNEWSHUB.CC

Oh My English… Ni English Sesat Namanya!
SEDIHNYA melihat kualiti buku seperti ini diterbitkan sebagai bahan rujukan anak-anak. Mana tidaknya, bukan kecik-kecik anak kesalahan yang dilakukan oleh penerbit buku ini.
Buku yang bertajuk ‘First Step To Good English For School Pupils’ ini dikatakan ditulis oleh Milon Nandy, seorang pengarang buku bahasa Inggeris yang berkecimpung lebih 50 tahun dalam dunia penulisan. Nampak sangat penerbit buku ini menipu pembaca, menggunakan nama Milon Nandy untuk melariskan bukunya.
Lihatlah bagaimana ayat-ayat itu diterjemahkan. Macam tak pernah masuk kelas bahasa Inggeris langsung! Dengan terjemahan peribahasanya yang entah apa-apa entah tu. Harap-harap buku ini akan ditarik balik secepat mungkin dari pasaran. Ini English sesat namanya!
:-MYNEWSHUB.CC

GAMBAR : Kereta Nissan Skyline Dihias Dengan Lukisan
Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang juga pemilik kereta jenis Nissan Skyline GTR bersama isterinya telah melakukan sesuatu yang cantik dengan kereta mereka hanya kerana bencikan warna asalnya.
Suatu hari, lelaki itu yang enggan namanya didedahkan meninggalkan kereta berkenaan dengan isterinya yang cuba membaiki beberapa kesan calar di bahagian bumper kereta berkenaan.
Sekembalinya ke kereta, lelaki itu terkejut akan lukisan-lukisan yang cantik dihasilkan oleh isterinya kepada keretanya itu.
Memetik artikel di laman web boredpanda.com, selepas kira-kira 100 jam, mereka berjaya akhirnya menyiapkan kereta berkenaan dengan lukisan di badannya yang cukup menakjubkan.
Anda lihat sendiri betapa menakjubkan lukisan yang dihasilkan ke atas kereta ini. – MYNEWSHUB

Nota Kasih Sayang Untuk Anak, Ingat Mak Ayah Tak Reti Nak Troll…
Semakin berusia diri kita, semakin banyak kita menghargai kedua-dua orang kita. Lebih-lebih lagi apabila diri semakin dewasa dan mencabar menghadapi kehidupan sebenar dunia. Dan ketika itu, kita mula menghargai segala tunjuk ajar dari ibu bapa semasa kita kecil.
Percayalah, sebenarnya ibu-bapa adalah manusia paling bijak dalam mendidik kehidupan kita hari ini. Banyak sungguh cabaran sebagai orang tua, apatah lagi dengan anak-anak sekarang yang semakin bijak pandai.
Ini antara kaedah psikologi yang terpaksa dilakukan untuk mengajar anak-anak. Ayatnya mudah tapi ‘makan dalam’ orang kata…
1. Nak minta kemas rumah susah sangat. Ni makannya….
2. Ingatkan boleh ‘dating’ la kalau mak ayah takde… Jangan harap.
3. Alamak, kantoi bawak balik teman wanita la ni…
4. Ayat amik hati sebab terlupa belikan ‘jajan’ la ni…
5. Ish..ish….. dah akil baligh rupanya!
6. Aduh… Ni anak mesti gema berfantasi ni…
7. Nak kata laluan wifi? Tak dapatlah, kecuali ko setelkan keje rumah dulu! Heheheh…
- mynewsub

“Saya Boleh Melihat, Mak” – Kisah Dua Beradik Buta Di India
Sonia dan Anita, pasangan adik beradik yang buta sejak dilahirkan tidak menyangka mereka akan melihat dunia dengan kedua buah mata mereka.
Pasangan adik beradik yang tinggal di pedalaman India ini buta sejak dilahirkan.
Sepatutnya, mereka telah menerima pembedahan yang berkos USD300 (RM984) ketika mereka masih kecil lagi tetapi malangnya pendapatan kedua ibu bapa mereka yang hanya bekerja sabagai petani sangat kecil, iaitu sebanyak 17 sen per jam. Kesian bukan?
Pelbagai kesukaran dihadapi oleh dua beradik ini namun akhirnya mereka mendapat berita gembira.
Terima kasih kepada usaha yang dijalankan oleh 20/20/20, sebuah organisasi badan amal yang ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak cacat penglihatan khas kepada golongan kelompok dunia ketiga. “Saya boleh melihat, mak.” Kata Anita, 6 tahun, sebaik sahaja balutan matanya dibuka sambil memegang ibunya. Sonia dan Anita telah selamat menjalani pembedahan yang mudah pada mata mereka, apabila pembalut mata ditanggalkan, mereka dapat melihat dunia buat kali pertama. Ia dirakamkan di dalam sebuah video yang amat bermakna ini. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Suspek Kes Bunuh Awal Pagi Tadi Ditahan Depan Bilik Mayat HTAR
Seorang wanita maut berlumuran darah akibat lima tikaman termasuk di belakang leher dalam satu kejadian bunuh di Seksyen 7, Shah Alam jam 2.10 pagi tadi.
Mayat Haryati Harun yang berbadan gempal dan bertudung, ditemui di ruang tangga tingkat 6, Blok A, Apartment Crystal Heights.
Difahamkan mangsa yang berusia 40-an masih bujang dan tinggal menyewa di apartmen tersebut bersama beberapa rakan serumah.
Seperti prosedur biasa, mayat kemudiannya dihantar ke HTAR untuk bedah siasat.
Namun di hadapan bilik bedah HTAR sekitar jam 2 petang tadi, Ketua Polis Shah Alam ACP Azisman Alias mengesahkan pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20-an bagi membantu siasatan.
Suspek dipercayai penuntut sebuah IPT dan mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Bayi Lelaki Ditinggalkan Di Perkarangan Surau Shah Alam
SHAH ALAM – Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di perkarangan sebuah surau di Jalan Platinum, Seksyen 7 di sini awal hari ini.
Menurut jurucakap polis, bayi seberat 3.15 kg itu ditemui orang awam dalam keadaan dibalut dengan selimut pada kira-kira 2 pagi.
“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan antara tiga dan empat jam sebelum ditemui,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan itu.
“Bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dalam keadaan sihat… siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
5 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Di Kelab Malam
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan lima lelaki petang semalam bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan di hadapan sebuah kelab malam di Sun Complex, Bukit Bintang 9 Okt lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata lima lelaki itu berumur antara 25 dan 46 tahun dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
Katanya kesemua mereka berasal dari Lembah Klang. “Tangkapan dilakukan di IPKKL setelah mereka hadir untuk disoal selidik berhubung kejadian tersebut pada pukul 6 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Tajudin, kelima-lima mereka direman selama lima hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Pada 9 Okt lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai berkaitan dengan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap. – BERNAMA

Gambar Lama Erin Malek Di Kelab Malam Tersebar… Motif?
SEJAK melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi.
Jika sekarang sedang heboh gosip menyatakan dia ke kelab malam bersama suaminya selepas melangsungkan perkahwinan, ramai juga yang perasan beberapa keping gambar lama Erin sedang berhibur di sebuah kelab telah tersebar di beberapa portal hiburan beberapa hari sebelum dia bernikah lagi. Kini, gambar Erin yang seksi dan dikatakan meneguk minuman keras itu semakin rancak disebarkan.
Dengarnya, gambar ini dah lama dirakam ketika Erin mengunjungi kelab Rootz KL namun kembali diedar oleh seseorang yang cemburu dengan kebahagiaannya sebagai pengantin baharu. Bertabahlah Erin… manusia ni macam-macam perangai. Setiap manusia mesti ada masa silam. Apa yang terbaik perbetulkan kesilapan lalu untuk kehidupan akan datang yang lebih bermakna daripada melayan perkara-perkara yang tak mendatangkan untung. Selamat berbulan madu!! - MYNEWSHUB.CC

Kelab Komedi Caj Pelanggan Ikut Jumlah Ketawa
Sebuah kelab komedi di Barcelona, The Teatreneu menggunakan cara unik untuk mengenakan bayaran terhadap pelanggannya iaitu berdasarkan jumlah ketawa mereka atau digelar, ‘Pay-Per-Laugh’.
Menurut laman sesawang Oddity Central, kelab ini tidak mengenakan caj masuk kepada umum, namun menggunakan satu alat khas yang dapat mengenalpasti setiap kali pelanggannya ketawa.
Idea unik ini merupakan satu eksperimen yang dijalankan bersama sebuah syarikat periklanan, The Cyranos McCann sebagai respon kepada tindakan kerajaan menaikkan kadar bagi persembahan teater dari 8 peratus kepada 21 peratus. Ia mengakibatkan banyak kelab dan panggung kehilangan pelanggan sebanyak 30 peratus hanya dalam tempoh satu tahun. Setiap tempat duduk disediakan alat tersebut untuk mengenalpasti reaksi senyuman dan ketawa pelanggan di bahagian belakang, dan setiap kali alat tersebut dapat mengesan ketawa, pelanggan akan dicaj sebanyak 0.30 euros. Teknik caj ini menghasilkan pendapatan berganda setiap kali persembahan dan keuntungan akan menjangkau 28,000 euros berbanding persembahan cara biasa. Kini, cara tersebut mula digunakan di panggung-panggung lain sekitar Sepanyol, dan akan diiplementasi di negara-negara lain yang mula menunjukkan minat. – MYNEWSHUB

Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Dihadiahkan Gayatri?
Kalau nak diikutkan Zul Ariffin bukan baru memasuki dunia lakonan.
Tetapi populariti drama Rindu Awak 200 Peratus telah membuatkan namanya turut mencanak naik secara mendadak. Bagai baru tersedar daripada lamunan, penonton Malaysia mula menyedari bakat selain rupa paras kacak serta badan ‘sado’ milik Zul. Malangnya kebanyakan peminat wanita terpaksa menerima hakikat hati Zul adalah milik penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai.
Walau berbeza bangsa dan jarak usia, cinta Zul dan Gayatri sudah lama diakui kedua-dua mereka. Maka apabila satu gambar Zul bersama kereta baru berwarna putih dimuatnaik oleh kakaknya di laman Instagram, peminat dan beberapa portal hiburan mula membuat telahan bahawa ia ada kena mengena dengan Gayatri.
Ini kerana seminggu sebelumnya Gayatri telah memuat naik gambar sebuah kereta mewah Maserati berwarna putih di laman Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Dare to dream’. Dah pasti, kapsyen itu membayangkan harga Maserati yang mahal ya ampun; kebanyakannya lebih RM1 juta hingga ia hanya mampu jadi kereta dalam mimpi sahaja bagi kebanyakan orang.
Bagaimana pun telahan ini hanyalah dibuat berdasarkan warna kereta sahaja sedangkan logo kereta tidak terlihat pun pada gambar menunjukkan Zul tersenyum bangga di samping kereta barunya tu. Jadi betulkah itu Maserati? Tapi kalau betul pun itu memang Maserati milik Zul biarlah, mungkin dia memang dah lama menabung demi kereta idaman siapa tahu kan? Dan jika ia dihadiahkan Gayatri seperti dihebohkan netizen pun rasanya tak ada isu sangat di situ memandangkan Zul dan Gayatri tidak pernah merahsiakan mereka memang punya hubungan istimewa. So macam kebanyakan pasangan bercintalah.. ‘kereta you, kereta i lah jua’ konsepnya. - mynewshub.my

Berita PM Jepun, Shinzo Abe Peluk Islam Tak Benar
Kedutaan Jepun Malaysia menafikan khabar angin mengatakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Asif Khan.
Menurut Berita Harian, Pegawai Kanan Kedutaan, Takashi Yokoyama yang dihubungi akhbar tersebut malam tadi, menafikan berita itu.
“Berita yang tersebar itu tidak benar dan tidak berlaku.
“Ia hanya khabar angin. Jika benar kami pasti mengetahuinya lebih awal.
“Perdana Menteri Shinzo Abe tidak memeluk Islam,” kata Takashi.
Khabar angin tersebut tersebar luas di laman sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi.
- MYNEWSHUB
TOP
6 Lokasi Percutian Unik Di Malaysia Yang Mesti Dikunjungi
Percutian adalah salah satu cara untuk menenangkan diri, mengosongkan fikiran dan melepaskan semua tekanan yang ada dalam diri. Percutian juga adalah masa untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan. Jika masa menjadi penghalang untuk anda melancong ke luar negara apa kata bercuti saja di dalam negara.
Sebenarnya, banyak tempat menarik yang perlu diterokai di negara kita ini. Bukan saja menarik tetap juga unik. Kami senaraikan enam lokasi menarik percutian unik dalam negara yang dikongsi dari blog norfadhillah1810.blogspot.
1. Chalet Eksklusif Limastiga, Umbai, Melaka. (limastiga.blogspot.com)
Berkonsepkan privasi, kawasan chalet ini adalah milik anda ketika ia ditempah. Menurut seorang pengunjung, chalet ini menyerahkan sepenuhnya kawasan percutian ini kepada tetamunya. Bermaksud sebarang aktiviti tidak akan dibantu oleh pihak urusetia. Mereka benar-benar mengamalkan konsep “privacy” kepada pihak pelanggan.
Chalet ini hanya dibuka kepada pengunjung beragama Islam sahaja. Ukiran senibina yang unik serta landskap yang mendamaikan sesuai buat mereka yang inginkan ketenangan dan jaminan tempat penginapan bersih dan suci.
Harga pakej untuk 2 hari 1 malam (tiga chalet, enam bilik) bermula RM2,000.
2. The Dusun Berembun House (thedusun.com.my) Jika anda gemar bercuti di dalam keindahan alam semulajadi yang menenangkan, senyap, sunyi, nyaman, segar dan hanya ditemani bunyi-bunyi cengkerik serta unggas, ini adalah lokasi percutian yang tepat buat anda.
Sesuai bagi percutian keluarga atau bulan madu. Oh yer, chalet ini mesra haiwan peliharaan termasuk anjing. Cuma bawa kelengkapan dan bekas makanan untuk binatang anda sendiri ketika bercuti di tempat ini. Kadar harga bilik bermula RM500 satu malam.
3. Avani Gold Coast Sepang, Selangor. (www.avanihotels.com)
Chalet atas air dengan susunan yang unik. Sesuai untuk bermalas-malasan dan menenangkan fikiran, jauh dari hiruk piruk kerja seharian. Namun ada juga aktiviti lain yang boleh dilakukan seperi sukan pantai, spa atau melawat ke kawasan kampung berhampiran. Kesemua ini boleh didapati dari pakej yang ditawarkan bermula RM800 semalam.
4. Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan (www.grandlexispd.com)
Satu-satunnya penginapan di Malaysia yang menyediakan kolam mandi privasi di setiap bilik. Menawarkan 175 villa berkonsepkan bali bertaraf lima bintang. Harga pakej bermula RM1,285 bagi satu malam.
5. The Eight Acres, Raub, Pahang
Daya penariknya adalah suasana dusun dan alam semulajadi. Katanya siap ada kebun anggur, air terjun dan tasik yang dipenuhi teratai. Sesuai untuk membawa anak-anak merasai alam semulajadi yang mendamaikan.
5. Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim Kedah
Sebuah kawasan resort berkonsepkan ‘eco camp’ di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah. Memiliki ‘canopi walk’ yang terpanjang di Malaysia. Gayat ke tidak cubalah sendiri!!!
:-MYNNEWSHUB.CC

Lihat Apa Yang Lelaki Ini Sanggup Buat Untuk Hidup Selamanya
Tim Cannon menggelarkan dirinya seorang ‘biohacker’ dengan memasukkan cip eletronik ke dalam lengannya sendiri dengan alasan untuk hidup selamanya.
Paling menakutkan dan agak mengerikan, beliau memasukkan cip eletronik tersebut di bawah kulit lengannya yang lebih kurang sebesar kotak rokok tanpa bantuan mana-mana doktor mahupun penggunaan bius, sebaliknya menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan yang dialami. Tim Cannon yang merupakan seorang pembangun aplikasi yang berasal dari Pittsburg, Amerika Syarikat. Menerusi laman webnya, GrindhouseWetware.com beliau menyatakan bahawa manusia tidak lagi perlu ke hospital untuk memeriksa tahap kesihatan mereka tatapi memantau sendiri tubuh badan mereka. Cip yang ditanam membolehkan ia memantau suhu dan tahap tekanan darah yang mana akan memberikan notifikasi lampu hijau di bawah kulit jika mula mengalami sakit seperti demam. Cip ini juga berkomukasi dengan tablet android melalui sambungan Bluetooth. Selepas peranti tersebut berjaya ditanam pada lengannya, Cannon mula menyatakan impian semasa kecilnya. “Semenjak saya kecil, saya telah menceritakan kepada semua orang yang saya akan menjadi robot, Sekarang, semua itu tidak mustahil lagi” “Saya tidak mahu mati dan saya tak faham mengapa ada manusia mahu mati,” katanya. Prosedur memasukkan peranti itu dibantu oleh seorang pakar implan serta pakar tatu, Steve Haworth. “Saya rasa persekitaran kita perlu lebih peka terhadap tubuh badan kita. Contohnya, apabila kita pulang ke rumah dalam keadaan tertekan, peranti tersebut akan berkomunikasi dengan sistem rumah kita untuk menyediakan kediaman dengan suasana yang tenang, menyuramkan lampu, memanaskan air di dalam tab mandi”. Tambahnya lagi.
Sememangnya eksperimentasi penggunaan sains dan teknologi keatas tubuhnya jelas mahu melawan hukum alam iaitu mengelak kematian, tetapi bagi kita sebagai umat Islam, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Pemuda Gerakan Dakwa Mohd Nasaruddin Menipu Isu Hudud
KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud pelaksanaan Hudud di negeri itu tidak akan menjejaskan masyarakat bukan Islam satu penipuan.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menegaskan, pemimpin PAS Kelantan tersebut sedang cuba menipu golongan bukan Islam secara terang-terangan.
Justeru, katanya, Pemuda Gerakan akan membawa perkara tersebut ke mahkamah jika PAS benar-benar melaksanakan undang-undang Hudud di negeri itu.
“Apa akan berlaku jika jenayah dilakukan muslim dan bukan muslim. Undang-undang mana yang akan diguna pakai dalam kes tersebut?.
“Langkah PAS itu akan menyebabkan kewujudan dua set undang-undang jenayah dan mengundang kepada krisis Perlembagaan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Keng Liang berkata, Pemuda Gerakan mengutuk keputusan kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Hudud di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.
Beliau mendesak parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berdiam berikutan pendirian PAS Kelantan tersebut.
“Kami mahu Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian mereka dalam hal ini sebelum terlambat,” katanya.
Media semalam melaporkan Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan Hudud di negeri itu walaupun tidak dipersetujui oleh masyarakat bukan Islam.
Mohd Nasaruddin Daud dipetik berkata, pelaksanaan undang-undang berkenaan hanya melibatkan hukuman terhadap umat Islam di negeri itu. – mynewshub.cc
TOP
Guan Eng Tiada Kuasa Dalam Isu Keselamatan, Pertahanan
KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mempunyai kuasa terhadap isu keselamatan dan pertahanan negara, tegas Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, kuasa menjaga hal ehwal keselamatan mana-mana bahagian di negara ini terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
“Ketua menteri atau menteri besar memang Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri…itu betul dan itu fakta.
“Tetapi soal pertahanan dan keselamatan terletak di bawah kuasa polis negeri, panglima divisyen atau panglima briged yang jaga kawasan itu. Bukan hak ketua menteri dan menteri besar,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Laksamana (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan hak Lim menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.
Selain itu dalam nada sinis Ahmad Zahid turut berkata, beliau tidak terfikir jika Lim bercadang menubuhkan sebuah pasukan tentera laut khas di negeri itu.
“Saya tidak fikir Pulau Pinang mahu menubuhkan pasukan Tentera laut Diraja Pulau Pinang sendiri, kerana merasakan bahawa negeri itu dikelilingi laut.
“Selain itu tentulah Yang Berhormat Lumut (Mohamad Imran) juga tidak layak jadi ahli atau panglima tentera laut Pulau Pinang…umpamanya,” katanya.
Malah Ahmad Zahid turut menempelak Mohamad Imran yang juga bekas anggota keselamatan kerana cuba mempertahankan Lim.
“Kita tahu bahawa di dalam negara, soal keselamatan dan pertahanan adalah bidang kuasa yang dipegang oleh Kerajaan Persekutuan.
“Jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu mengambil alih kuasa yang dipunyai oleh kerajaan persekutuan, maka ianya adalah di luar undang-undang.
“Itu Yang Berhormat harus tahu, sebagai bekas Pegawai TLDM, harus tahu hal itu, jangan kelirukan Dewan ini,” katanya.
Pada 31 Ogos lalu, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas pertubuhan itu didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sehari selepas itu, polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Seri Delima, RSN Rayer manakala timbalan pasukan itu yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik pada hari berikutnya. – mStar Online
TOP
Kisah Magis Dunia Harry Potter Jengah Panggung 2016
Buat peminat filem francais Harry Potter yang merindui kisah magis dari filem tersebut, berita yang diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Warner Bros. iaitu Kevin Tsujihara pasti membuatkan mereka teruja.
Memetik sumber laman whosay melalui tweet wartawan Wall Street Journal iaitu Ben Fritz, CEO syarikat mega tersebut berkata filem ini akan sekurang-kurangnya dibikin trilogi.
Kali terakhir menjengah panggung pada tahun 2011, filem baru yang juga diadaptasi dari karya milik J.K Rowling ini bakal ditayangkan pada 2016, 2018 dan 2020.
Filem yang bakal diarahkan oleh David Yates yang juga pengarah Harry Potter merupakan terjemahan dari novel ‘Fantastic Beast and Where To Find Them’. Sebagai informasi, naskah ‘Fantastic Beast and Where To Find Them’ merupakan sebuah buku teks yang digunakan pelajar sekolah magis Hogwarts dan ditulis oleh watak Newt Scamander. Maka, filem ini bukanlah satu sekuel mahupun prekuel dari naratif Harry Potter, jadi jangan ada yang kecewa kerana pastinya tak akan ada watak Harry dan sahabat-sahabatnya. Ia menceritakan tentang watak Newt Scamander serta bagaimana dia menemui pelbagai haiwan pelik yang wujud dalam dunia sihir Harry Potter. – MYNEWSHUB- mstar

Malaysia Dijangka Menang Kerusi Majlis Keselamatan Malam Ini
Malaysia dijangka berjaya menang satu daripada lima kerusi anggota tidak tetap di dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan keputusannya akan diumumkan malam ini.
PBB dijangka akan mengumumkannya di antara pukul 11 hingga pukul 1 pagi nanti.
Pengundian bagi menentukan lima negara berkenaan dilakukan hari ini, bagi melengkapkan 15 anggota majlis itu sekaligus menyertai lima negara kuasa besar dunia iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat.
Negara yang terpilih menduduki kerusi anggota tidak tetap berkenaan akan bersama-sama menyumbang kepada keputusan penting dunia berkaitan pergolakan, sekatan, peperangan dan juga perdamaian.
Kerusi anggota tidak tetap dianggap sebagai satu penghormatan diplomatik paling berharga kerana ia akan meningkatkan profil sesebuah negara sekaligus meningkatkan pengaruh sesebuah negara itu.
Pada pusingan kali ini, tiga daripada lima kerusi berkenaan sudah pun diisi apabila pemilihan dibuat kesatuan negara-negara serantau mereka.
Negara tersebut ialah Angola, dipilih oleh negara-negara Afrika, Venezuela dipilih oleh negara-negara Amerika Latin dan kepulauan Carribean dan Malaysia dipilih oleh negara di Asia.
Oleh kerana tiga negara tersebut kali pertama menyertai Majlis Keselamatan PBB, mereka perlu memperolehi undi dua pertiga untuk disahkan menduduki kerusi berkenaan.
Angola, Venezuela dan Malaysia bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Argentina, Rwanda dan Korea Selatan selepas tamat penggal dua tahun keanggotaan di dalam majlis itu.
Malaysia pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali sebelum ini bermula 1965, disusuli penggal 1989-1990 dan 1999-2000.
Baki dua lagi kerusi bakal direbut antara tiga negara iaitu Sepanyol, Turki dan New Zealand. – MYNEWSHUB
TOP
Kelantan Akan Penjarakan Lelaki Gagal Solat Jumaat Tiga Kali
Gambar Hiasan
Jika anda seorang lelaki dan tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut , dan berada di Kelantan, anda akan dipenjarakan selama setahun. Itulah pendekatan yang diambil kerajaan negeri Kelantan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Nassuruddin Daud. Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa melaksanakan tindakan berkenaan mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 dan penjara setahun bagi kesalahan itu. “Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan seminggu sekali. Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu,” kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan itu. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang Wan Ubaidah Omar di pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam. Wan Ubaidah inginkan penjelasan dari kerajaan negeri berhubung hukuman untuk mereka yang sengaja meninggalkan solat Jumaat. Nassuruddin yang juga ADUN Meranti berkata, sesiapa sahaja termasuk Imam atau Ahli Jawatankuasa Masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. “Mereka yang membuat aduan perlu mengisi borang sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK). “Bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam. Pada masa sama sebuah buku diberikan kepada imam dengan mengarahkan individu berkenaan menunaikan solat di masjid berkenaan sebanyak tiga kali berturut-turut. “Imam yang dipertanggungjawab akan mencatatkan kehadiran individu itu. Sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan akan diambil,” katanya memetik laporan akhbar Berita Harian. – MYNEWSHUB

Kegiatan Merekrut Rakyat Malaysia Ancaman Buat Negara
KOTA BHARU – Kegiatan merekrut rakyat negara ini untuk berjuang di Syria yang kononnya atas nama jihad merupakan satu ancaman buat negara dan ia tidak boleh dibiarkan sama sekali, kata Panglima Angkatan Tentera (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Beliau berkata jika perkara itu tidak dibanteras segera, dibimbangi lebih ramai rakyat negara ini akan terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
“Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi militan dan mereka akan punyai semangat setiakawan bersama rakyat negara lain di tempat berjuang itu.
“Tak mustahil mereka ni balik senyap-senyap dan tubuhkan sesuatu, ini perkara nyata dan telah diperakui bahawa kumpulan IS ini lebih dahsyat daripada Al Qaeda,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Summer Camp 11/2014 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Datuk Rusli Ahmad dan Panglima 8 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Azmy Yahya.
Zulkifeli berkata isu itu amat serius dan kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh menyertai kumpulan itu.
Beliau berkata semua pihak jangan memandang mudah perkara itu sebaliknya perlu bersama-sama pihak berkuasa untuk menanganinya.
Katanya jika tidak ditangani apa yang membimbangkan terdapat rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan berkenaan akan mewujudkan kumpulan kecil di negara ini apabila kembali ke tanah air.
“Kumpulan ini mampu mempengaruhi pelajar perempuan tingkatan dua menerusi Internet, apa jihadnya …kalau membunuh Islam sesama Islam,” katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PDRM telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Negara Islam (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, dan lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan ‘jihad’ semasa ‘mengumpan’ golongan sasaran.
“Ini adalah satu ancaman yang nyata dan rakyat mesti sedar akan ancaman ini seterusnya boleh menjadi mata dan telinga kepada agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera,” kata Zulkifeli.- BERNAMA
TOP
Tiket JDT Vs Terengganu Di Stadium Larkin `Sold Out’
KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan perlawanan peringkat suku akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu di Stadium Larkin telah habis dijual tengahari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menerusi laman sosial Facebook Johor Southern Tigers kira-kira pukul 12.50 tengahari ini.
Itu bermakna perlawanan tersebut akan menyaksikan Stadium Larkin dibanjiri lebih 30,000 penyokong termasuk kira-kira 100 penyokong Terengganu malam ini.
“Untuk makluman para penyokong, tiket perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu 16 Oktober 2014 telah pun habis dijual.
“Ucapan terima kasih diucapkan kepada sekalian para pemegang tiket yang akan hadir ke perlawanan tersebut,” kata PBNJ.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sebelum ini membantah pengagihan tiket perlawanan itu kerana mendakwa ia tidak adil.
Hal itu turut mengundang kemarahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman kerana beliau terlebih dahulu telah mengumumkan akan memberi sebanyak 2,000 tiket percuma kepada penyokong Terengganu.
PBNJ semalam bagaimanapun mengumumkan tidak berganjak dengan keputusannya memperuntukkan 100 tiket kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia itu malam ini.
Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya dipetik berkata, keputusan tersebut adalah muktamad dan 100 tiket merupakan jumlah yang biasa diberikan oleh mana-mana persatuan kepada penyokong lawan dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.
FAM baru-baru ini menjelaskan pengagihan tiket perlawanan terserah kepada hak PBNJ selaku tuan rumah.
Untuk rekod JDT dalam beberapa perlawanan sepanjang tahun ini pernah menghadapi nasib serupa apabila penyokong Harimau Selatan hanya diberi peruntukan 100 tiket sewaktu bertandang ke tempat lawan. – mynewshub.cc
No comments:
Post a Comment