TOP
Mayat Rebacca Tiba Khamis
BUTTERWORTH: Mayat pelajar Malaysia Rebecca Melissa Edward yang meninggal dunia disebabkan radang selaput otak (meningitis) akan dibawa pulang dari Newcastle pada Khamis selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa di England.
Pelajar jurusan undang-undang berusia 22 tahun dari Kolej Brickfields Asia itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Oktober lalu selepas demam dan muntah.
Mendiang baru empat minggu tiba di Newcastle untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Bapa mendiang, Edward M John berkata, pihaknya berhadapan beberapa masalah birokrasi sebelum mendapat kebenaran untuk membawa pulang anaknya untuk upacara pengebumian.
"Mayat Rebecca dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi sebelum dibawa ke rumah neneknya di Taman Selayang Baru, Batu Caves," katanya.
Beliau berterima kasih atas kerjasama pihak Hospital Diraja Victoria, Dr Alistair Gascoigne, Levi Pay dari Universiti Northumbria Newcastle dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang membantu urusan berkenaan.
Katanya lagi, upacara sembahyang dan penghormatan terakhir akan diadakan pada pukul 11 pagi Jumaat di Gereja St James, Jalan Ipoh, Sentul sebelum Rebecca dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Klang.- mstar online
TOP
Sektor Awam Perlu Kaji Semula, Perhalusi Pendekatan Tadbir Urus - Muhyiddin
Muhyiddin (tengah) bersama Ali Hamsa dan delegasi yang menghadiri Persidangan Capam 2014 di Putrajaya, Ahad.
PUTRAJAYA: Untuk meningkatkan keberkesanannya, sektor awam perlu mengkaji semula dan memperhalusi pendekatan yang digunakan dalam tadbir urus dari semasa ke semasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menegaskan bahawa aturan dan amalan tadbir urus yang berkesan adalah penting bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang mantap, lestari dan bertanggungjawab. Kata beliau, ia juga akan membolehkan agensi perkhidmatan awam mencapai hasil terbaik bagi kerajaan, sejajar dengan keperluan perundangan dan dasar masing-masing. "Di samping itu, mereka juga perlu memberi fokus terhadap prestasi yang meliputi kecekapan, keberkesanan dan penyampaian secara berterusan," kata beliau dalam ucaptama ketika merasmikan persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam) 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Ahad. Persidangan dwitahunan ini diadakan bersempena ulang tahun ke-20 Capam. Muhyiddin berkata, untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam menyampaikan program serta perkhidmatan kepada rakyat, perkhidmatan awam perlu melakukan inovasi dan mengurus risiko dengan berkesan dalam menghadapi kekangan kewangan.- mstar online

Pengguna Bimbang Transaksi Internet Tak Selamat
PETALING JAYA: Ramai pengguna mempertikaikan jaminan bank terhadap keselamatan Internet selepas mendapati kad kredit dan kad debit mereka digunakan dalam urus niaga dalam yang tidak sah.
Salasiah Razak terkejut apabila mendapati lebih separuh daripada gaji bulanannya 'lesap' selepas pergi membuat pengeluaran wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pada 2 Oktober lalu.
"Lambakan transaksi menggunakan kad debit saya dibuat pada 29 dan 30 September lalu, tetapi menurut pegawai bank, kebanyakan pembelian berharga antara RM4 dan RM200 dilakukan sejak Ogos lalu.
"Bank menganggarkan saya kehilangan hampir RM5,000, mungkin disebabkan oleh golongan muda atau gamers yang membeli perisian secara dalam talian," katanya.
Menurut Salasiah, selepas kad tersebut ditukar, satu lagi transaksi sebanyak RM400 turut dibuat.
Beliau kemudiannya membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak bank.
"Saya berharap agar duit tersebut dapat diperolehi semula. Saya tidak mahukan kad debit lagi," katanya.
Dalam masa lapan minit, N.Reena menerima enam khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank memaklumkan bahawa lebih RM2,000 dicaj kepada kad kreditnya menerusi perkhidmatan bayaran dan pemindahan wang talian, PayPal pada 4 Oktober lalu.
"Mesej tersebut diterima pada pukul 1.20 pagi dengan transaksi sebanyak AS$1 menerusi PayPal.
"Saya tidak tahu pembayaran tersebut untuk apa kerana ia hanya menjelaskan mengenai perkataan 'Modernismau'.
"Kali terakhir saya menggunakan PayPal adalah ketika saya berada di United Kingdom pada Mei lalu," katanya.
Reena kemudiannya menerima satu SMS kira-kira pukul 2.18 pagi memaklumkan bahawa kad kreditnya disekat kerana disyaki digunakan untuk transaksi palsu.
Namun, satu lagi mesej diterima pada pukul 2.20 petang memaklumkan transaksi RM510.65.
Bank telah memberi jaminan bahawa dia tidak perlu membayar transaksi tersebut.
"Saya diminta untuk mengisi borang yang akan mereka hantar kepada saya," katanya.
Reena yang sering menggunakan perkhidmatan ipay88, dia sudah serik dan berikrar hanya akan menggunakan perkhidmatan pembayaran secara dalam talian jika benar-benar perlu sahaja.
Janice Oh juga antara salah seorang mangsa apabila kad kreditnya disekat oleh bank antarabangsa pada 28 September lalu selepas kad tersebut disyaki digunakan untuk transaksi palsu apabila sebanyak 53 pound (RM277) dibuat.
Biro Pengantaraan Kewangan mendaftarkan tiga kes melibatkan transaksi kad kredit secara dalam talian tidak sah baru-baru ini.
Jurucakapnya berkata, seorang pengadu mempertikaikan 14 transaksi yang dilakukan dalam laman web yang selamat dan kata laluan yang sah dihantar ke nombor telefon bimbit pengadu.
"Dalam pertanyaan itu, pengadu mengakui nombor telefon bimbitnya yang didaftarkan dengan bank adalah miliknya.
"Transaksi dalam talian dilakukan oleh anak lelaki pengadu tanpa pengetahuannya selepas bukti penggunaan ID log masuk.
"Dia akhirnya bersetuju menyelesaikan jumlah penuh yang dipertikaikan itu," katanya.
Pengurus undang-undang dan penyelesaian pertikaian Pusat Khidmat Aduan Pengguna Kebangsaan, Santhosh Kannan berkata penggunaan kad kredit dalam talian yang dipertikaikan adalah perkara biasa.
"Kami juga menerima banyak kes wang ditolak daripada akaun bank dan kad kredit yang digunakan untuk urus niaga tanpa kebenaran," katanya.- mstar online
TOP
IS Bunuh Remaja Lelaki Kerana Upah Gambar
Gambar mayat remaja lelaki yang dibunuh dengan kejam militan IS tersebar di laman sosial.
MILITAN Negara Islam (IS) bertindak ganas dengan membunuh seorang remaja lelaki kerana didakwa mendapat upah untuk setiap gambar kegiatan kumpulan itu yang dirakamkan di Syria. Remaja berusia 17 tahun itu juga disalib, manakala sekeping nota digantung pada lehernya menuduh dia sebagai pembelot apabila menerima 500 lira Turki untuk setiap gambar yang diambil di pangkalan IS. Beberapa gambar perbuatan kejam IS terhadap remaja itu hingga badannya berlumuran darah tersebar di bandar Raqqa. Malahan, gambar itu terpapar pada akaun laman sosial kumpulan aktivis yang dikenali sebagai Raqqa - Disembelih Secara Senyap. Kumpulan itu terdiri daripada individu yang menentang Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) walaupun bandar itu menjadi pusat kegiatan kumpulan militan itu. Sebelum ini, IS memenggal kepala dua anggotanya kerana didakwa menjadi pengintip bagi pihak kerajaan Syria. Kejadian itu berlaku di bandar Al-Bukamal selepas kedua-duanya ditahan pasukan polis kumpulan militan itu dan dihadapkan ke mahkamah syariah.- mstar online

Belia Sabah Berdepan Risiko Jadi Hamba Kepada Pendatang - Masidi
Masidi Manjun.
KOTA KINABALU: Golongan belia di Sabah berdepan risiko menjadi hamba kepada pendatang di negeri sendiri sekiranya kadar kebergantungan terhadap pekerja asing terus meningkat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, rakyat pada hari ini belum bersedia untuk membangunkan tanah sendiri atau perniagaan, sebaliknya memilih untuk mengupah warga asing untuk melakukan kerja tersebut. Sebagai contoh, Masidi berkata kebanyakan mereka yang bercucuk tanam dan menuai di kampung halamannya di Ranau adalah orang Timor-Leste. "Kita tidak pernah melihat mereka beberapa tahun dahulu kerana setiap ahli keluarga akan membantu melakukan aktiviti tersebut sesama sendiri," katanya selepas merasmikan aktiviti anjuran Biro Tata Negara di Kundasang pada Sabtu. Namun, Masidi berkata, situasi sekarang berbeza kerana golongan belia pada hari ini tidak mahu melakukan pekerjaan seperti itu. "Jika pemikiran dan amalan seperti itu berterusan, saya takut kita akan menjadi hamba kepada pendatang di negeri sendiri," katanya. Masidi berkata, dianggarkan kira-kira 400,000 pekerja asing di negeri itu dan kebanyakan mereka mahir di bidang pekerjaan masing-masing. "Kebanyakan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya kita miliki dan ini kerana golongan kita lebih memilih dan hanya mahukan pekerjaan yang selesa," katanya.- mstar online

Rossi Terpantas Di Grand Prix Australia
Valentino Rossi.
PELUMBA Movistar Yamaha, Valentino Rossi meraih kemenangan keenam pada kejohanan MotoGP di Grand Prix Australia pada Ahad. Rossi yang memulakan perlumbaan di petak kelapan menamatkan saingan dengan masa 40 minit, 46.405 saat. Kemenangan tersebut adalah kejayaan yang ke-82 kalinya di dalam MotoGP. Juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol yang menguasai litar Jepun pada minggu lalu terlibat dengan kemalangan pada 1o pusingan terakhir. Marquez bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Tempat kedua menjadi milik Jorge Lorenzo dari Sepanyol yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40:57.241 saat. Bradley Smith pula menduduki tempat ketiga selepas menamatkan perlumbaan dengan 40:58.699 saat.- mstar online

Keputusan MotoGP Grand Prix Australia
PHILLIP ISLAND: Berikut adalah keputusan MotoGP di Litar Grand Prix Phillip Island di sini, Ahad:
1. Valentino Rossi, Itali, Movistar Yamaha MotoGP, 40 minit, 46.405 saat.
2. Jorge Lorenzo, Sepanyol, Movistar Yamaha MotoGP, 40:57.241.
3. Bradley Smith, England, Monster Yamaha Tech 3, 40:58.699.
4. Andrea Dovizioso, Itali, Ducati, 41:01.298.
5. Hector Barbera, Sepanyol, Avintia Racing, 41:16.494.
6. Alvaro Bautista, Sepanyol, Go&Fun Honda Gresini, 41:16.559.
7. Scott Redding, England, Go&Fun Honda Gresini, 41:16.563.
8. Hiroshi Aoyama, Jepun, Drive M7 Aspar, 41:19.571.
9. Alex de Angelis, San Marino, NGM Forward Racing, 41:19.982.
10. Nicky Hayden, AS, Drive M7 Aspar, 41:20.549.
- mstar online

Peserta Kenya Juara Kembara Climbathon Kinabalu
KUNDASANG: Peserta Kenya menguasai Perlumbaan Kembara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu edisi ke-28 terutama kategori terbuka wanita menyaksikan tiga kelompok teratas dikuasai peserta negara Afrika itu.
Carolyne Jepkosgei Mitei, 30, yang menduduki tempat kedua acara maraton 21km di Indonesia semalam, mempertahankan kejuaraannya pada tahun lepas, apabila menamatkan perlumbaan sejauh 23km dengan catatan 3'07:49s iaitu enam minit lebih baik berbanding tahun lepas (3'13:12s).
"Laluan amat mencabar. Tetapi ia perlumbaan yang baik dan cuaca juga baik untuk saya berlari," katanya kepada pemberita selepas menamatkan perlumbaan di sini, Ahad.
Rakan senegaranya, Viola Jepchirchir Kimeli, yang merupakan naib juara tahun lalu, juga mempertahankan kemenangan di tempat kedua dengan catatan 3'18:06s, iaitu lapan minit lebih awal berbanding tahun lepas (3'26:02s).
Tempat ketiga dimenangi peserta wanita negara itu, Caroline Jeruto Kegan yang mencatat masa 3'21:08s.
Kenya juga memenangi kategori terbuka lelaki menerusi Collins Kipkorir Kimosop, 20, yang menyifatkan perlumbaan itu 'bersih' tetapi mencabar ketika menempuh laluan pendakian pada ketinggian 1,138.5m ke Layang-Layang Hut, di Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095.2m dari aras laut.
Beliau mencatat masa 2'23:33s menewaskan naib juara dari Singapura, Nimesh Gurung (2'25:44s) dan peserta Malaysia, Walter Herman menduduki tempat ketiga selepas menamatkan saingan dengan catatan 2'38:30s.
Juara perlumbaan itu meraih wang tunai RM5,000 sementara tempat kedua dan ketiga, masing-masing membawa pulang RM3,000 dan RM2,000.
Sementara itu, kategori veteran lelaki dinobat oleh Stephan Roger Jean Michel Bacou dari Perancis dengan catatan 2'45:08s, manakala kategori veteran wanita dirangkul oleh peserta Malaysia, Muidah Bolinting dengan masa 3'44:40s.Mereka masing-masing memenangi wang tunai RM3,000.- mstar online
TOP
Keputusan Tenis ATP Vienna
BERIKUT adalah keputusan kejohanan Tenis ATP Vienna:
Ferrer - Kohlschreiber 6-3, 2-6, 7-6
Murray - Troicki 6-4, 6-3
- mstar online
Ferrer - Kohlschreiber 6-3, 2-6, 7-6
Murray - Troicki 6-4, 6-3
- mstar online
TOP
Keputusan Kelayakan Moto GP Grand Prix Australia
BERIKUT adalah keputusan pusingan kelayakan Moto GP di Grand Prix Australia:
1. Marc Márquez, 1:28.408 saat
2. Cal Crutchlow, +00.234
3. Jorge Lorenzo, +00.242
4. Bradley Smith, +00.248
5. Dani Pedrosa, +00.267
6. Aleix Espargaró, +00.458
7. Andrea Iannone, +00.479
8. Valentino Rossi, +00.548
9. Pol Espargaró, +00.560
10. Andrea Dovizioso, +00.680
- mstar online
1. Marc Márquez, 1:28.408 saat
2. Cal Crutchlow, +00.234
3. Jorge Lorenzo, +00.242
4. Bradley Smith, +00.248
5. Dani Pedrosa, +00.267
6. Aleix Espargaró, +00.458
7. Andrea Iannone, +00.479
8. Valentino Rossi, +00.548
9. Pol Espargaró, +00.560
10. Andrea Dovizioso, +00.680
- mstar online
TOP
KKIP Tarik Pelaburan Lebih RM3 Bilion
KOTA KINABALU: Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn Bhd berjaya menarik lebih RM3 bilion nilai pelaburan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata, pelaburan itu membabitkan penubuhan 15 institut latihan, penyelidikan dan pembangunan serta 261 buah kilang, dan mewujudkan lebih 7,000 pekerjaan.
"KKIP kekal sebagai satu-satunya taman perindustrian am di Sabah tetapi menghadapi persaingan yang sengit daripada taman perindustrian lain yang sedang pesat membangun, dan ia perlu terus melakukan transformasi," katanya dalam ucaptamanya pada majlis makan malam ulang tahun KKIP Sdn Bhd Ke-20 di sini, Ahad.
Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata selain berusaha untuk mengekalkan kedudukannya sebagai taman perindustrian pilihan pertama, KKIP perlu berkongsi pengalaman dengan taman perindustrian lain untuk bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan dan inovasi.
"Kesan globalisasi dan persaingan daripada hab perindustrian serantau turut memerlukan pengurusan KKIP untuk berfikir di luar daripada kelaziman secara konsisten," katanya.
Mengenai Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Musa berkata, kebanyakan projek berada pada landasan yang betul dan inisiatif yang disenaraikan di bawah Program Transformasi Ekonomi turut dilaksanakan dengan baik.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata KKIP perlu melaksanakan kajian yang menyeluruh untuk menempatkan kluster hab halal dalam pelan induknya.
Jainab, yang juga Timbalan Pengerusi KKIP berkata sebaik sahaja kluster itu diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal, perusahaan kecil dan sederhana perlu memanfaatkan limpahan daripada industri halal.- mstar online
TOP
Keputusan La Liga
BERIKUT adalah keputusan perlawanan La Liga:
Córdoba CF 1 - 2 Málaga CF
FC Barcelona 3 - 0 Eibar
Athletic Club 1 - 1 Celta de Vigo
Levante UD 0 - 5 Real Madrid
- mstar online
Córdoba CF 1 - 2 Málaga CF
FC Barcelona 3 - 0 Eibar
Athletic Club 1 - 1 Celta de Vigo
Levante UD 0 - 5 Real Madrid
- mstar online
TOP
Southampton Malukan Sunderland Dengan Jaringan 8-0
Pemain-pemain Sunderland kelihatan kecewa selepas tewas 8-0 kepada Southampton.
SOUTHAMPTON memalukan pasukan pelawat, Sunderland dengan jaringan 8-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di St Mary, Sabtu malam. Pemain Sunderland, Santiago Vergini menghadiahkan jaringan pertama kepada tuan rumah dengan gol sendiri pada minit ke-12. Enam minit kemudian Grazio Pelle (m-18) menambah gol kedua Southampton sebelum Jack Cord menyumbat gol ketiga pada minit ke-37. Babak malang sekali lagi terjadi selepas pemain Black Cats, Liam Bridcutt pula menyumbat gol sendiri pada minit ke-63 sekaligus mengukuhkan kedudukan Southampton dengan empat jaringan. Tidak cukup dengan jumlah itu, Pelle sekali lagi menambah gol kedua peribadi perlawanan ini dan kelima buat pasukan bimbingan Ronald Koeman itu. Namun tiga lagi gol hasil jaringan Dusan Tadic (78’), Victor Wanyama (79’) dan Sadio Mane (86’) menjadikan The Saints melakar sejarah tersendiri apabila pertama kali mencatat kemenangan besar lapan gol ke atas Sunderland dalam aksi liga. Manakala kali terakhir mereka menang dengan jumlah yang sama pada Disember 1921 apabila menewaskan tuan rumah, Northampton Town. Dan selepas 93 tahun, Southampton merekodkan kemenangan terbesar mereka ini di laman sendiri bersama penyokong-penyokong setia mereka. Dalam pada itu, kekalahan memalukan skuad kendalian Gus Poyet ini juga turut mencalarkan rekod bersih tanpa kalah Sunderland ke atas Southampton dalam lapan pertemuan aksi liga dan piala liga keseluruhan sebelum ini. Sementara itu pemain tuan rumah, Tadic dipilih sebagai ‘Man Of The Match’ selepas menjadi pembantu kepada penjaring untuk empat gol dan turut menyumbat satu jaringan pada babak kedua. Kemenangan ini juga mengukuhkan kedudukan Southampton di tangga ketiga liga (16 mata) dengan ketinggalan satu mata di belakang Manchester City. Sebagai rekod, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya meraih jaringan terbesar dalam aksi Liga Perdana setakat ini, iaitu Manchester United menewaskan Ipswich 9-0 pada tahun 1995 dan Tottenham menang 9-1 atas Wigan pada tahun 2009.
Selain Southampton, kelab Chelsea juga pernah meraih kemenangan 8-0 ke atas Wigan (2010) dan Aston Villa pada tahun 2012.
Senarai Pemain:
Southampton: Forster, Clyne, Alderweireld, Fonte, Bertrand, S. Davis, Schneiderlin, Cork, Long, Pelle, Tadic (simpanan): Mane, Wanyama, Mayuka.
Sunderland: Mannone, Vergini, O'Shea, Brown, van Aanholt, Cattermole, Buckley, Larsson, Jordi Gomez, Wickham, Fletcher (simpanan) : Bridcutt, Rodwell, Johnson.

Rizalman Akan Didakwa Dalam Masa Terdekat
Muhammad Rizalman Ismail.
PETALING JAYA: Pegawai Waran Dua Muhammad Rizalman Ismail, yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di Wellington akan dihantar balik semula ke New Zealand pada minggu ini untuk menghadapi pertuduhan, demikian menurut New Zealand Herald. Bagaimanapun, menurut portal akhbar itu, sumber tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan bahawa Muhammad Rizalman akan dihantar balik semula ke negara tersebut dalam masa terdekat. The Herald pada Sabtu memetik polis sebagai berkata, proses ekstradisi sedang dijalankan. Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dibawa ke mahkamah pada hari berikutnya atas pertuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang gadis berusia 21 tahun. Muhammad Rizalman dan keluarganya berlepas pulang ke Malaysia pada 22 Mei di mana Kementerian Pertahanan menjalankan siasatan berhubung kes itu dengan segera. Rizalman dibenarkan keluar daripada penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan pada akhir Julai lalu.- mstar online

Ucapan Deepavali: Jamil Lambang 'Rakyat Malaysia Tulen'
KERLING: "Dulu lain sekarang lain...dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama...gembira betul.
"Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu 'kurang'," begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas dengan Bernama TV, baru-baru ini.
Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan 'klip video' pendek selama 1 minit 10 saat.
Dalam klip tersebut yang berkonsepkan 'Nothing Greater Than Being Malaysian,' Jamil mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Deepavali' kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.
'Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal' (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).
Rata-ratanya semua rakyat Malaysia daripada pemimpin tertinggi, ahli politik, ahli akademik, peniaga, pelajar, orang kampung serta pekerja asing menyifatkan klip video itu sangat bermakna dan signifikan dengan mesej padat, selain melabelkan beliau sebagai 'Rakyat Malaysia Tulen'.
P Elango, 45, pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak dapat menyambut Deepavali tahun ini berikutan kematian ayahnya berkata, klip dwibahasa, Melayu dan Tamil dengan terjemahan bahasa Inggeris itu menyentuh hati beliau.
"Biasa kalau Deepavali, iklan Petronas yang menjadi tarikan utama dengan penampilan konsep baharu. Tahun ini, klip ini pula begitu popular dengan mesejnya. Walaupun Pak Cik Jamil orang ladang, tetapi mesejnya cukup bagus," katanya.
Elango yang sempat berkongsi klip video tersebut dengan saudara mara dan rakan-rakannya yang kini melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara berkata, mereka kagum dengan Jamil sambil akur hubungan antara kaum pada masa dulu dan kini berbeza.
Mengimbas kembali bagaimana klip itu dihasilkan, Jamil berkata sekumpulan kru India tempatan yang membuat penggambaran di Batu 2, Ladang Kerling, kira-kira tujuh kilometer dari Kuala Kubu Baru tahun lalu (2013) merakamkan perbualan itu secara santai.
"Mereka tengok saya pandai dalam bahasa Tamil, mereka minta saya bercakap. Orang estet apa boleh cakap besar? Cakap saja apa yang ada dalam hati. Betul jugakan orang dulu dan sekarang lain. Tapi tak sangka ia boleh popular macam ini," katanya.
Anak kelahiran Jalan Bukit Kuda, bandar diraja Klang itu mengambil alih perniagaan kedai makanan dan runcit di Ladang Kerling itu, kira-kira 53 tahun lalu, daripada abang iparnya ketika beliau berusia 23 tahun.
"Sebelum itu, saya bekerja sebagai tukang masak di rumah pengurus ladang Sungai Chua, F W Harrison. Masa itu saya baru berumur 15 tahun, jadi isteri beliau yang mengajar saya cara memasak.
"Mereka juga ajak saya ikut ke Australia kerja di rumah mereka. Tetapi isteri dan anak-anak saya kata jangan. Mereka takut mungkin saya kahwin kali kedua pulak," katanya sambil ketawa besar, berkongsi pengalamannya.
Hasil perkongsian hidup dengan Stiah Kutty, 72, wanita keturunan Malabar, India, pasangan itu dikurniakan tujuh anak (tiga lelaki dan empat perempuan), 25 cucu dan dua cicit, yang kesemuanya boleh bertutur pelbagai bahasa.
"Rojak... bahasa Melayu, Tamil, Malayalam, Inggeris...sikit-sikit bahasa Cina, semua boleh. Sejak kecil lagi, saya pandai cakap bahasa Tamil. Sebab itu bila jatuh cinta dengan Stiah masa saya umur 20 tahun, kedua-dua keluarga pun tak ada halangan untuk dikahwinkan," katanya. Beliau yang lebih dikenali sebagai 'anneh' (abang) dan 'kadaikaru'(pekedai) menetap di Ladang Kerling lebih 50 tahun lalu berkata dalam keadaan serba kekurangan, masyarakat pelbagai kaum ketika itu tetap menikmati kehidupan aman dan baik seperti mana yang diimpikan pemimpin negara. Malangnya, pembangunan pesat negara telah 'menelan' nilai-nilai mulia seperti sikap bertolak ansur, hormat menghormati, tolong menolong, kunjung-mengunjungi rumah terbuka perayaan mahupun memahami perasaan dan sensitiviti sesuatu kaum, kata beliau dengan nada kesal. "Dulu lebih 200 keluarga ada di ladang ini...India, Melayu, Cina semua ada. Kita macam abang adik, satu keluarga. Tak ada kacau, gaduh, tak ada masalah. Kalau Hari Raya, kita buat kuih untuk semua orang...sebab semua kita kenal. "Kalau Deepavali, rumah saya penuh dengan kuih-muih daripada kawan-kawan India. Begitu juga kena pergi kesemua rumah. Kalau terlepas satu, kawan India itu marah pulak. Itu sambutan dulu..." "Sekarang negara maju, tapi semangat kekitaan-kekeluargaan itu tak ada. Saya tak tahulah, ia dapat dihidupkan semula atau tidak. Kalau disuburkan semula, bagus untuk semua," katanya sambil menyatakan sebilangan kecil kawan-kawan lama dari ladang itu masih menghubungi beliau dan mengunjungi kedainya apabila melalui kawasan itu. Beliau merupakan penggemar lagu klasik Tamil dan cerita filem Tamil berlatarbelakangkan keluarga, selain filem-filem klasik Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Menurutnya, beliau pernah melawat beberapa negara antaranya Australia, Jerman, England, Arab Saudi, Singapura dan India, namun baginya tidak ada negara yang unik dan aman seperti Malaysia dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan perayaan yang dikongsi bersama semua orang. Sementara itu, bekas anak kelahiran ladang itu, Ketua Pemuda MIC Selangor V Mugilan berkata, Jamil banyak menolong masyarakat ladang itu, termasuk beliau sendiri sehingga menjejak kaki ke Universiti Malaya. "Sewaktu di sekolah rendah dan menengah, setiap hari saya pergi ke kedai Pak Cik Jamil untuk baca akhbar Tamil dan Utusan Melayu secara percuma, sebab tak mampu beli akhbar. Beliau menggalakkan saya baca akhbar dan mahu melihat anak-anak ladang maju. "Lagipun Pak Cik (Jamil) kenal sangat dengan ayah saya, beliau juga sentiasa menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan menyedari pengorbanan ibunya terutamanya selepas ayahnya meninggal dunia," katanya sambil melahirkan rasa gembira dengan tersebar luasnya 'Klip Pak Cik Jamil' dalam media sosial. Pekerja ladang Kerling, Tamil Selvam pula menyifatkan Jamil yang telah menunaikan haji tujuh tahun lalu sebagai orang yang mudah mesra, pandai berjenaka dan suka menolong orang lain. "Walaupun harga makanan naik di semua tempat, Pak Cik Jamil hanya kenakan 80 sen bagi teh tarik dan 70 sen bagi roti canai. Kita orang lama ada lebih kurang 10 keluarga sahaja. Kita 'respect' dia (Jamil)," katanya. Isterinya Stiah berkata, walaupun anak-anaknya mengajak mereka tinggal bersama di bandar namun bagi beliau dan suaminya, Ladang Kerling tetap istimewa dan akan menyambut Deepavali tahun ini juga bersama penduduk ladang ini.- mstar online

Jokowi Angkat Sumpah Jawatan Presiden Indonesia Esok
Poster antara hiasan untuk meraikan Jokowi sebagai Presiden Indonesia yang baharu mulai esok.
JAKARTA: Kurang 24 jam lagi, bekas gabenor bandaraya ini, Joko Widodo secara rasmi akan mengambil alih jawatan Presiden Indonesia bagi menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono. Upacara pengisytiharan presiden baharu Indonesia yang berusia 53 tahun itu akan diadakan di Parlimen dan dihadiri tetamu di kalangan orang kenamaan asing termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. Selesai upacara itu, Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi, akan menaiki kereta kuda untuk dibawa mengelilingi bandaraya ini sebelum perarakan itu berakhir di Istana Presiden. Pengumuman barisan Kabinetnya membabitkan 33 menteri dijangka dibuat pada Selasa. Keseluruhannya, lebih 20,000 anggota polis dan tentera diarah menjalankan tugas di seluruh pelusuk bandaraya ini bagi menjaga keamanan dan keselamatan sempena sambutan itu. "Saat itu adalah detik bersejarah bagi rakyat Indonesia dan negara ini juga untuk mempunyai Jokowi sebagai presiden," kata penganalisis politik yang menganggotai kumpulan pemikir, Pusat Strategik dan Kajian Antarabangsa, Tobias Basuki. Jokowi dianggap berhadapan situasi mencabar bagi mengetuai sebuah negara dengan jumlah penduduk seramai 250 juta di penempatan yang membabitkan lebih 17,000 pulau. Bagaimanapun, keadaan semakin baik apabila pada Jumaat lalu, calon pilihan raya presiden yang tewas, Jeneral Prabowo Subianto mengadakan pertemuan dengan Joko buat pertama kalinya. Lebih dianggap sebagai pusingan U dramatik apabila bekas jeneral itu mengisytiharkan sokongannya kepada kepemimpinan Joko. "Saya menyampaikan kepada parti yang saya pimpin, rakan dan penyokong saya, supaya menyokong Jokowi dan kerajaannya," kata tokoh kontroversi itu. Selain aspek politik, dalam usaha untuk melaksanakan pembaharuan maka bakal presiden itu juga perlu menggariskan langkah untuk memulihkan ekonomi dan menambah baik kemudahan perubatan dan pendidikan di negara yang dibelenggu rasuah itu.- mstar online

Serang Pembangkang Dengan Fakta Bukan Penipuan: Najib
Najib (kiri) menghadiri Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam pada Ahad. - foto CHAN TAK KONG
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan untuk tampil dengan sebuah pelan yang lebih baik daripada DAP dalam usaha mendapat semula keyakinan rakyat di Pulau Pinang. Najib berkata, parti itu seharusnya mengasaskan pelannya berdasarkan kesederhanaan yang diamalkan dalam perjuangan nenek moyang Barisan Nasional (BN). "Anda harus bertanya kepada mereka mengenai rumah mampu milik yang dibina untuk rakyat di sana dan pelaburan yang dibawa masuk oleh kerajaan DAP. "Jangan jadi seperti mereka, serang Pembangkang berdasarkan fakta dan bukan pembohongan," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di sini, pagi Ahad.- mstar online

"Saya Tahu Siapa Cinta Hati Dyana" - Yammy
Yammy (kanan) percaya ia perbuatan pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier Dyana.
PETALING JAYA: "Saya tahu siapa cinta hati Dyana, tetapi bukan Zairil." Demikian kata Yammy Samat, ibu kepada bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas mengenai insiden penyebaran gambar intim anaknya itu dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, pagi Ahad. Yammy berkata, beliau tahu sejauh mana hubungan Zairil dan Dyana yang disifatkan tidak lebih daripada sekadar teman rapat di dalam DAP. "Memang mereka rapat tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan seperjuangan di dalam parti. Mereka tidak bercinta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Malah, Yammy juga yakin gambar tersebut adalah palsu dan sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier anaknya. "Sebagai seorang ibu, saya percaya itu bukan Dyana. Gambar seumpama itu juga pernah tersebar semasa Dyana bertanding di Teluk Intan," katanya. Yammy berkata, beliau tidak marah dengan tindakan tersebut tetapi menganggap ia cabaran yang perlu diharungi Dyana sebagai individu yang bergelar ahli politik. "Saya tidak marah. Apabila sudah jadi ahli politik dia (Dyana) perlu mengharungi semua fitnah yang dilemparkan. Yang penting dia perlu tenang dan berjuang mengharunginya," kata Yammy. Pada Ahad, gambar memaparkan aksi mesra dan intim di antara Zairil dan Dyana yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad. Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu. Zairil menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka. Sementara itu, Dyana pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang. "Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya.- mstar online

Rasuah: Lebih 24 Anggota Penguat Kuasa Lima Agensi Ditahan
KUALA LUMPUR: Ops Belot bagi memerangi rasuah mengesan lebih 24 anggota membabitkan lima agensi penguatkuasaan menerima wang sogokan secara bulanan sebagai balasan melindungi pengusaha cakera padat digital (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.
Berdasarkan maklumat, didapati pegawai penguat kuasa dari agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terbabit dalam kegiatan melepas dan melindungi pengusaha berkenaan dan diberi habuan bulanan.
Sumber memberitahu, pemantauan dan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa bulan lalu menunjukkan modus operandi kegiatan ini bermula dengan anggota penguat kuasa terbabit melakukan pemeriksaan di premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.
"Setelah mendapati premis tersebut menjual VCD dan DVD cetak rompak, maka sasaran akan berjumpa terus dengan pengusaha untuk berbincang.
"Dalam perbincangan itu, sasaran akan meminta bayaran wang rasuah secara bulanan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan seterusnya bertindak melindungi perniagaan VCD dan DVD cetak rompak tersebut pada masa akan datang.
"Bayaran wang rasuah secara bulanan ini akan dibayar sama ada secara tunai terus kepada sasaran atau melalui akaun bank (samada akaun bank sendiri atau proksi) yang diberi oleh sasaran kepada pengusaha VCD dan DVD cetak rompak," katanya.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Jamidan Abdullah mengesahkan perkara ini.
Dalam pada itu, kata sumber berkenaan, selagi bayaran dibuat, pengusaha premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak bebas menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan.
"Tangkapan telah dilakukan oleh Cawangan Perisikan Khas terhadap 24 individu yang terlibat.
"Kesemua akan didakwa pada waktu terdekat dan ada yang dikenakan tindakan tatatertib," katanya.- mstar online
TOP
MH370: Misi dasar laut belum temui sebarang petanda
Pihak berkuasa Australia mendedahkan laporan pertama dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 hari ini, dengan menyatakan kawasan seluas lebih 670 kilometer persegi sudah diperiksa namun tidak menunjukkan sebarang penemuan.
MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini, tiada petanda ditemui meskipun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.
Pencarian dasar laut pesawat model Boeing 777 itu, yang dipercayai telah terhempas di Lautan Hindi setelah tersasar daripada laluan penerbangan, kini sedang dilakukan di perairan Barat Australia. Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi tersebut, berkata kapal GO Phoenix sekarang ini giat menjalankan operasi pencarian dasar laut.
Pencarian dasar laut itu bermula 6 Oktober lalu berdasarkan kaedah tinjauan dan pemetaan lantai laut. Kira-kira 127,000 km persegi di zon pencarian sudah dipeta setakat ini.
Jentera dan mesin canggih yang dihubungkan pada kapal tersebut dan ditunda dengan kabel telah diarah untuk mengesan bahagian terbesar pesawat seperti enjin dan fiuslaj.
“GO Phoenix akan terus menjalankan operasi ini. Ada satu ketika, operasi dihentikan sebentar untuk memeriksa jentera yang ditunda dan membetulkan kabel perhubungan. Misi diteruskan selepas itu,” kata jurucakap ATSB.
GO Phoenix menjalankan tanggungjawa pencarian buat masa ini di lokasi yang dipercayai menjadi lokasi terakhir MH370, berdasarkan analisis terperinci komunikasi satelit pesawat tersebut.
Kapal kedua, Fugro Discovery, kini menjalankan prosedur percubaan dan dijangka akan menyertai usaha pencarian itu pertengahan minggu depan di lokasi seterusnya. - Astro Awani
TOP
Karaoke Melampau Cetus Kemarahan
ALOR SETAR - Pengunjung sebuah pusat membeli belah terkejut apabila disajikan dengan persembahan wanita berpakaian separuh bogel diadakan secara terbuka, lewat petang kelmarin.
Wan Kamarul Wan Mohammad, 21, berkata, pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam itu mengundang kontroversi apabila menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan.
“Bagi saya, pakaian peserta wanita dari sebuah kumpulan dan seorang lagi individu, amat tidak sesuai dipakai di khalayak terutama tempat terbuka seperti itu yang dikunjungi kanak-kanak dan remaja,” katanya.
Menurutnya, dia terkejut apabila ketika sedang menyanyi, peserta wanita itu bertindak membuka pakaian luarannya dan hanya berpakaian seperti coli.
“Saya tidak sangka dia akan bertindak begitu. Pihak penganjur sepatutnya kawal tingkah laku peserta termasuk pakaian supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur,” katanya.
Wan Kamarul berkata, dia kesal apabila persembahan itu tetap diteruskan walaupun ketika azan Maghrib berkumandang.
“Bunyi muzik terlalu kuat ketika itu, menyebabkan saya terdengar sayup-sayup azan Maghrib, namun penganjur tidak memberhentikan majlis.
Saya kesal kerana penganjur tidak menghormati sensitiviti umat Islam,” katanya.
Menurutnya, ini merupakan kali kedua persembahan hiburan terbuka yang agak keterlaluan diadakan di pusat membeli-belah itu, di mana tahun lalu, turut menampilkan peserta wanita berpakaian menjolok mata.
“Pusat beli-belah juga perlu sensitif dan pantau penganjuran program di premis mereka, supaya tidak mengundang kontroversi selain membudayakan program-program bermanfaat,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Tiada Wang Tebusan Dibayar Untuk Pembebasan Warga Jerman
Okonek (tiga kiri) dan pasangannya dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf, malam Jumaat lalu.
(Ubah saiz teks)
MANILA: Kerajaan Filipina enggan mengesahkan laporan bahawa wang tebusan dibayar sebagai pertukaran untuk pembebasan dua warga Jerman, Viktor Stefan Okonek dan Henrike Dielen.
"Presiden (Benigno Aquino III) gembira menerima perkhabaran semalam (Sabtu) bahawa dua tebusan warga Jerman sudah dibebaskan dan bertanya mengenai keadaan fizikal mereka," kata jurucakap timbalan, Abigail Valte.
Namun Valte menegaskan kerajaan tidak membenarkan bayaran wang tebusan kerana media melaporkan penculik mendakwa telah dibayar sebanyak P250 juta (RM18 juta).
Kumpulan militan Abu Sayyaf menculik Okonek dan Dielen mendakwa wang tebusan telah dibayar yang menyebabkan mereka membatalkan niat untuk memenggal kepala Okonek dan seterusnya membebaskan kedua-dua tebusan itu.
Pasukan tentera dan Kementerian Luar Jerman pada Sabtu masing-masing mengesahkan Okonek, 71, dan pasangannya, Dielen, 55, berada di kedutaan Jerman di Manila dalam keadaan selamat.
"Kami lega untuk mengesahkan bahawa kedua-dua warga Jerman tidak lagi berada di tangan penculik. Mereka kini sedang mendapat perlindungan di kedutaan tersebut di Manila.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan Filipina diatas kerjasama erat yang diberikan dan menyelesaikan kes itu dengan penuh keyakinan," kata jurucakap kementerian itu.
Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam, Angkatan Tentera Filipina (AFP) Lt Col Harold Cabunoc berkata, kedua-dua mangsa culik itu dibebaskan di Patikul, Sulu kira-kira pukul 8.50 malam Jumaat lalu.
Beliau tidak mendedahkan siapa yang membawa Okonek dan Dielen selepas dibebaskan kumpulan penculik itu.
"Mereka dibawa ke kem tentera di Jolo pada pukul 9.20 malam untuk pemeriksaan kesihatan. Mereka kemudiannya dibawa ke Zamboanga City untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Sebuah pesawat peribadi membawa Okonek dan Dielen dari Zamboanga ke Manila, awal pagi Sabtu.- mstar online
TOP
Strip Komik Yang Sangat Memberikan Pengajaran
Ada sebab kenapa kita diajar untuk bersangka baik sesama manusia.
Sebelum kita membuat sesuatu andaian apabila menerima sesuatu berita, kajilah dahulu, pastikan ia adalah benar kerana dikhuatiri akan menyebabkan fitnah yang secara tidak langsung merosakkan perhubungan sesama insan.
Melalui Strip komik yang dikongsikan ini, ia adalah contoh terbaik bagi menerangkan situasi dimaksudkan.
Apa yang pasti, niat lelaki tersebut yang memarahi pengecat papan tanda ‘BAR’ sebenarnya mempunyai niat yang baik, namun dia seharusnya bertanya dahulu sebelum membuat tuduhan melulu.
Sumber: TheMuslimShow
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

MasterCard: Sensor Pengimbas Cap Jari Pada Kad Kredit
Pelbagai telefon pintar baru kini menyertakan sokongan pengimbas cap jari, dimana ia dilihat ingin membantu dalam membuat pembayaran dengan lebih selamat.
Mengambil konsepnya, kini MasterCard sendiri mengambil langkah untuk mengintegrasikan sokongan sensor pengimbas cap jari pada kad kredit keluaran mereka.
Data cap jari pemilik akan disimpan hanya pada kad kredit tersebut sahaja, dan ketika pengguna akan diperlukan untuk membuat imbasan cap jari untuk menyelesaikan pembayaran.
MasterCard dijangka akan memperkenalkan ia di beberapa buah negara pada tahun 2015.
Mungkinkah dengan pengenalan MasterCard ini, penyedia kad kredit lain turut mengambil langkah yang lebih kurang sama?
Sumber: Techcruch
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
Sumber: Techcruch
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC
TOP
Pendaftaran GST Meningkat Kepada 95,640 Setakat 18 Okt
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 95,640 setakat semalam, meningkat 697 buah berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Data terkini itu menunjukkan lebih banyak syarikat mendaftar bagi GST untuk menepati tarikh akhir pada 31 Dis, 2014, menurut jabatan itu dalam kenyataan.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang akan berkuatkuasa mulai 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
Aguero Boleh Rebut Pemain Terbaik Dunia FIFA – Pellegrini
MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini percaya Sergio Aguero berhak dicalonkan merebut anugerah Ballon d’Or atau Pemain Terbaik Dunia FIFA jika dia kekal beraksi tanpa kecederaan musim ini.
Penyerang Argentina berusia 26 tahun itu meledak empat gol dengan dua daripadanya jaringan penalti ketika aksi Liga Perdana Inggeris yang membenam Tottenham 4-1 di Eastlands, malam tadi.
Ia sekali gus menyaksikan City di tempat kedua dengan hanya lima mata dipisahkan oleh pendahulu liga, Chelsea.
Prestasi Aguero itu disaksikan sendiri oleh bekas pemerintah diraja Sepanyol, Juan Carlos, yang diundang khas oleh pengerusi The Blues, Khaldoon al Mubarak.
Ia juga menyaksikan Aguero sebagai penjaring utama City dalam kempen Liga Perdana Inggeris dengan 61 gol daripada 95 penampilan sejak pembeliannya dari Atletico Madrid pada 2011 yang bernilai 38 juta pound (AS$61 juta).
Musim lalu, Aguero ditimpa malang apabila hampir sepanjang musim bergelumang dengan kecederaan dengan hanya meledak 20 gol dalam 38 permainan liga.
Namun Pellegrini percaya sekiranya Aguero kekal dengan keadaannya sekarang, dia mempunyai peluang cerah untuk menjadi pemain bola sepak terbaik dunia.
“Saya bukan bercakap kerana dia menyumbat empat gol (menentang Tottenham). Saya tidaklah menjangkakan dia akan meledak empat gol setiap kali perlawanan. Saya kenalinya banyak tahun, saya ikuti kerjayanya di Argentina, Sepanyol dan kini di England sebaba itu saya boleh mengatakan dia antara penyerang penting di dunia,” kata Pellegrini. – AFP
TOP
Kira-Kira 22 Terkorban Banjir Landa Nicaragua
KIRA-KIRA 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua. - Foto REUTERS
MANAGUA – Kira-kira 22 orang terkorban, manakala lebih 32,000 hilang tempat tinggal berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Managua, ibu negara Nicaragua. Sembilan daripada mangsa meninggal dunia akibat tebing konkrit runtuh manakala empat lagi dihanyutkan arus deras di pinggir bandar raya berkenaan. Jurucakap kerajaan, Rosario Murillo, berkata, lebih 4,544 rumah rosak atau musnah akibat banjir. Setakat ini 5,630 penduduk diletakkan di pusat pemindahan sementara banjir dengan lebih 17 jabatan kerajaan kini dikerah untuk membantu, terutama dalam mengagihkan makanan. – AFP

Chelsea Kukuh Kedudukan, Arsenal Hampir Dimalukan Hull
LONDON – Chelsea mengekalkan kelebihan lima mata di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil kemenangan sukar 2-1 ke atas Crystal Palace, malam tadi ketika Arsenal memerlukan gol penyamaan di masa kecederaan untuk mengelak kekalahan.
Hadir di Selhurst Park dengan memori duka yang dicipta musim lalu, Chelsea yang dibimbing Jose Mourinho tidak memerlukan masa yang lama untuk meledak jaringan menerusi jaringan Oscar pada minit keenam perlawanan.
Begitupun, kelebihan yang diharapkan dengan rentetan serangan ke gawang Palace gagal dijelmakan The Blues malah terpaksa beraksi 10 pemain selepas Cesar Azpilicueta diarah keluar padang kerana memperoleh kad merah pada minit ke-40.
Ketika perlawanan dianggap mula berpihak tuan rumah, kelebihan itu juga rupanya tidak lama apabila pemain Palace, Damien Delaney diarah keluar padang hanya tiga minit selepas Azpilicueta menerima kad merah.
Kedua-dua pasukan tampil berbeza memasuki babak kedua namun Chelsea terlebih dulu meledak jaringan menerusi satu gerakan cantik dimulakan Cesc Fabregas sebelum disudahkannya sendiri pada minit ke-51.
Dan ketika perlawanan hampir berakhir tanpa tambahan jaringan, Palace memperoleh gol sagu hati yang dijaringkan Fraizer Campbell pada minit ke-90.
Di Emirates, Arsenal seakan belum pulih daripada kekalahan kepada Chelsea pada perlawanan terakhir liga sebelum rehat antarabangsa, dua minggu lepas apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang Hull City.
Sekalipun terlebih dulu di depan menerusi jaringan Alexis Sanchez seawal minit ke-13, Hull pantas menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mo Diame yang bijak memperdaya pertahanan Gunners sebelum menewaskan Wojciech Szczesny.
Hull kemudian memperoleh kelebihan apabila meledak gol kedua seminit babak kedua bersambung menerusi tandukan Abel Hernandez.
Dan ketika pelawat seakan mampu membawa pulang tiga mata berharga dari Emirates, penyerang England, Danny Welbeck bangkit menyamakan kedudukan 2-2 ketika perlawanan memasuki masa kecederaan. – BH Online
TOP
Arul Rela Dipersalahkan Aksi Sumbang Di Piala Sultan Johor
JOHOR BAHRU – Malaysia terus kempunan kemenangan pertama dalam kejohanan Piala Sultan Johor apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Pakistan, malam tadi.
Sekalipun menguasai sebahagian besar permainan, Pakistan terlebih dulu membolosi pintu gol Malaysia menerusi pukulan sudut penalti Ali Mubashar pada minit ke-17 sebelum Muhammad Sharil Saabah menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Sharil terus cemerlang apabila meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-52 namun kegembiraan pasukan tuan rumah tidak bertahan lama apabila Mohsin Sabir menjaringkan gol kedua Pakistan empat minit kemudian.
Keputusan 2-2 kekal sehingga tamat permainan.
“Jangan salahkan pemain. Saya terima tanggungjawab ini,” kata jurulatih Malaysia Arul Selvaraj yang mengakui dirinya kadang-kala terlalu menekan pemain untuk mendapatkan kemenangan.
Berikutan keputusan seri itu, Malaysia dan Pakistan akan bertemu semula pada 3.35 petang esok untuk penentuan tempat kelima dan keenam.
Selepas lima perlawanan kejohanan hoki membabitkan pemain di bawah usia 21 tahun itu, Malaysia sekadar mencatat dua keputusan seri dan tiga kekalahan. – BERNAMA
TOP
India, Great Britain Berentap Di Final Piala Sultan Johor
JOHOR BAHRU – India semakin hampir mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor apabila menempah tempat ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Australia 6-2 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, petang semalam.
Namun, menanti mereka pada perlawanan akhir, hari ini ialah Great Britain dengan pasukan apabila skuad bimbingan Jon Bleby itu mengekalkan rekod tanpa kalah sejak kejohanan edisi keempat itu bermula 12 Oktober lepas.
Malah, dalam pertemuan peringkat awal sebelum ini, Great Britain yang juga pasukan pilihan pada kejohanan kali ini, mengalahkan India 2-0.
Harmanpreet Singh muncul wira pasukan India yang hanya memerlukan seri pada perlawanan hari ini untuk mara ke perlawanan akhir, apabila menjaringkan hatrik pada minit kelima, ke-27 dan ke-44 manakala tiga lagi gol menerusi Parvinder Singh (ke-9), Simranjeet Singh (ke-19) dan Pawan Singh (ke-23).
Gol Australia pula dijaringkan Brendan Horner pada minit ke-24 dan ke-64.
“Saya percaya kami mampu mencatat kemenangan (ke atas Great Britain),” kata jurulatih India, Harendra Singh.
New Zealand yang tumpas 0-3 kepada Great Britain, pula akan bertemu Australia bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada pukul 6.05 petang.
Perlawanan akhir antara Great Britain dan India akan berlangsung pada 8.35 malam. – BERNAMA
TOP
Pecat Jika Ahli Keluar Kenyataan Rasis – Presiden Gerakan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama bekas presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika hadir di Persidangan Perwakilan Nasional Ke 43 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Setia City Convention Centre, Shah Alam hari ini. - Foto Abdullah Yussof
SHAH ALAM – Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Kiong hari ini menggesa supaya semua ahli parti dan komponen Barisan Nasional (BN) dikenakan tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian sekiranya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman. “Sekiranya ada ahli yang bersikap rasis (perkauman) dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kita akan ambil tindakan disiplin termasuk memecat keahlian parti. “Saya juga mencadangkan supaya parti komponen BN turut ambil tindakan sama sekiranya ada hali berbuat demikian,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN 2014, hari ini. – BH Online

‘I Want To Touch A Dog’ Raih Sambutan Masyarakat Islam
Berlangsung di Central Park, One Utama pada pukul 8 hingga 10 pagi tadi, acara ‘I Want To Touch A Dog’ dianjurkan bagi membuang stigma masyarakat khususnya Islam tentang bersentuhan dengan anjing.
Memetik laporan dari The Malaysian Insider, acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Islam apabila dihadiri lebih 1000 pengunjung. Menurut Siti Sakinah yang juga bekas guru agama, masyarakat menjadi takut dengan haiwan berkenaan kerana persepsi sejak azali bahawa menyentuh anjing itu haram. Lantas, dia bersama empat anaknya mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi mengubah mentaliti dan ketakutan mereka terhadap anjing. “Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yang lebih besar,” ujarnya.
Menurut penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi, acara yang julung kali diadakan ini dilihat berjaya kerana sasaran asalnya hanyalah dalam jumlah yang kecil sahaja. “Kami hanya jangka 60 tapi ini sudah lebih dari 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf atas sebarang kekurangan.” Selain daripada itu, acara tersebut juga mengadakan satu slot demonstrasi sertu (samak) selepas menyentuh haiwan berkenaan. – MYNEWSHUB

Dua Maut Nahas Motosikal Berkuasa Tinggi Di Gombak
GOMBAK – Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.
Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang. – BH Online
TOP
Zaril NAFI Dirinya Individu Dalam Gambar Mesra Dengan Dyana Sofya
Awal pagi tadi, laman sosial dan aplikasi Whatsapp menjadi panas tiba-tiba apabila banyak pihak bercakap tentang gambar mesra yang dikatakan milik Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya.
ARTIKEL BERKAITAN: PANAS! Gambar Intim Didakwa ‘Putera Puteri’ Melayu DAP Tersebar
Namun, ketika dihubungi Sinar Harian online, figura yang juga anak tiri kepada bekas Menteri Pelajaran Malaysia Pertama, Tan Sri Mohamed Khir Johari ini menafikan sekeras-kerasnya individu tersebut adalah dirinya.
“Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.”
Ujarnya lagi kepada akhbar berkenaan, beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang menyebarkan gambar berkenaan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai fitnah untuk merosakkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.
Ulasnya lagi menerusi SMS, “Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main.”
Gambar yang tersebar sebanyak sembilan keping menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.
Gambar tersebut kini menjadi topik utama di laman blog, malah ada pihak mencabar kedua-dua ahli politik DAP tersebut tampil menafikannya. - MYNEWSHUB
Gambar tersebut kini menjadi topik utama di laman blog, malah ada pihak mencabar kedua-dua ahli politik DAP tersebut tampil menafikannya. - MYNEWSHUB
TOP
PANAS! Gambar Intim Didakwa ‘Putera Puteri’ Melayu DAP Tersebar
Gambar intim Zairil dan Dyana Sofya menjadi viral di laman sosial.
PETALING JAYA: Gambar yang memaparkan aksi mesra dan intim di antara dua ahli politik pembangkang yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad. Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyifatkan tindakan penyebaran gambar yang memaparkan aksi mesra dan intim yang didakwa melibatkan dirinya dan bekas calon DAP untuk kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka. Walaupun gambar tersebut seolah-olah dimuat naik dalam akaun Facebook dengan gambar profilnya, pemimpin pembangkang berusia 32 tahun itu tidak mengulas sama ada akaun media sosial itu palsu atau ia dilakukan oleh penggodam. "Tidak berminat untuk mengulas mengenai isu tersebut dengan lebih lanjut," kata Zairil.
Sementara itu, Dyana Sofya ketika dihubungi pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang. "Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya. Bagaimanapun Dyana enggan melayan atau memberi maklum balas lanjut berhubung insiden itu. "Ini bukan kali pertama gambar seumpama itu digunakan untuk menjatuhkan saya. Ini perbuatan politik kotor dan saya percaya ia bukan yang terakhir," katanya. Dyana Sofya, 27, menerusi akaun Twitternya @dyanasmd meluahkan rasa kesalnya terhadap insiden itu. "Oh... tidak sekali lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil foto bikini yang sebenar! Ok. Saya hanya bergurau," tulisnya di Twitter pada Ahad.- mstar online

Berbilang Kaum Dan Agama Bantu Kejayaan Duduki Kerusi UNSC
SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kejayaan Malaysia menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) juga disebabkan kejayaannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.
“Kita boleh tunjuk pada dunia dengan cara merendah diri, melalui konsep kesederhanaan dan kompromi dalam politik (yang diamalkan di Malaysia),” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-43 di Pusat Konvensyen Setia City di sini.
Najib berkata Barisan Nasional (BN) menolak sebarang bentuk ekstremisme dalam usaha memajukan negara berlandaskan asas yang ditinggalkan pemimpin terdahulu.
Pemimpin terdahulu telah menggubal Perlembagaan negara berasaskan kompromi politik dan mereka mempercayai integrasi nasional dan bukan asimilasi bangsa, katanya.
“Kita mempunyai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga boleh diamalkan di negara ini dan kita juga ada agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan,” katanya.
Turut hadir Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M. Kayveas dan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Menyentuh mengenai Gerakan, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau melihat kemenangan di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Mei lepas sebagai titik tolak kepada kebangkitan parti itu.
Beliau turut memuji kesanggupan dan keberanian Mah mengambil risiko dengan menjadi calon BN pada PRK itu menentang calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud.
“Bila kekosongan berlaku di kawasan Teluk Intan, ramai yang meramalkan tidak mungkin BN boleh memulihkan keadaan daripada defisit sebanyak 7,313 (undi), mungkin pada ketika itu ramai yang anggap itu sebagai satu misi sukar untuk BN menang dan sekiranya Mah bertanding ia satu tindakan bunuh diri untuk beliau.
“Saya berbangga dan saya mengagumi beliau. Dalam kata lain, dia sanggup meletakkan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan dalam risiko, maknanya kalau dia kalah tak mungkin dia dapat dari segi moralnya terus mempertahankan kedudukan sebagai presiden. Itu adalah risiko yang Mah sanggup ambil dan beliau telah melakukan suatu pengorbanan politik,” katanya.
Pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi. – BERNAMA
TOP
Reformasi Tak Mungkin Berulang Di Rayuan Kes Liwat Anwar
Idea tersebut dilihat tidak sesuai dengan situasi kini walaupun ketika ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sedang menghimpunkan sokongan bagi menghadapi rayuan terakhir kes liwat II pemimpinnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan.
Memetik laporan dari The Malaysian Insider, para pemerhati politik menyarankan supaya reformasi yang pernah diadakan pada tahun 1998 tidak berulang kerana ia tidak produktif.
Perpecahan dalaman PRK sendiri merupakan cerminan kepada ketidaksesuaian perhimpunan tersebut. Malah, masyarakat kini lebih maju dari sekadar berhimpun sebagai tanda ketidakadilan terhadap figura itu.
“Tidak realistik bagi sekarang. Dengan imej Ketua Umum PKR tercalar dengan krisis Menteri Besar Selangor. Saya tidak jangka ia akan berlaku,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan. Tambah beliau lagi, landskap politik kini sudah berubah jika hendak dibandingkan dengan senario 16 tahun lalu. Sekadar informasi, Angkatan Muda PKR sudah pun melancarkan kempen #RakyatHakimNegara sebagai teknik mengumpul sokongan dengan perancangan mengadakan flashmob dan ceramah pada 28 Oktober ini di hadapan Istana Keadilan, Putrajaya. Menurut Wan Saiful lagi, sokongan reformasi 1998 diraih kerana rakyat ingin tahu tentang isu pemecatan Anwar, pukulan ketika ditahan dan dakwaan liwat terhadapnya. Menurut penganalisis politik dari Universiti Monash, Profesor James Chin pula, Reformasi 1998 sudahpun bergerak ke tahap yang baru dan bukan sedar dilaungkan di jalanan. “Beliau kini tidak lagi bercakap tentang reformasi. Idea tersebut sudahpun berkembang. Kini mereka bercakap tentang mengubah sistem sedia ada yang penuh dengan ketaksuban kaum dan agama,” katanya kepada portal berkenaan. - MYNEWSHUB

Jika Rasa Kerja Anda Berat, Lihat Pula Pekerjaan Mereka Ini..
Bagi anda yang selalu sahaja merungut dan merasakan beban kerja anda adalah yang paling berat di dunia, sila ambil masa seketika untuk bertukar tempat dengan mereka ini.
Bayangkan, setiap hari anda berjalan kaki ke tempat kerja sejauh 4000 meter dengan mendaki gunung untuk sampai ke kawah gunung berapi yang masih aktif dan mengeluarkan asap serta cecair sulfur.
Dengan penuh kesedaran di hati, anda mesti sedar bahawa gunung berapi tersebut mungkin akan meletus bila-bila masa sahaja.
Sebaik sahaja sampai ke tempat kerja iaitu kawasan kawah gunung berapi, bayangkan anda menuruni cerun berbatu untuk sampai ke tempat punca rezeki iaitu sebuah tasik sulfur yang panas menggelegak serta mengeluarkan asap toksik berbahaya. Ingat.. jika disedut dalam jumlah yang banyak ia boleh menyebabkan maut!
Seterusnya dengan menggunakan sebatang besi berbekalkan tenaga tangan, anda mula memecahkan sulfur yang sudah disejukkan kepada kepingan kecil dan meletakkannya ke dalam dua bakul raga yang dibawa. Apabila sudah cukup kepingan sulfur yang kebiasaan beratnya sehingga 90kg, cabaran sebenar pun bermula.
Anda sudah boleh pulang dari tempat kerja dengan mengangkut kedua-dua raga.
Bersama dua raga seberat 90 kg yang disandang sebelah bahu, anda perlu mendaki cerun kawah yang berbatu dan berjalan pulang sejauh 4000 meter ke tempat pengumpulan sulfur.
Sekarang, anda sudah boleh menerima bayaran untuk gaji harian anda. Tapi sebelum itu raga yang anda bawa akan ditimbang. Bagi kerja paling berat dan berisiko yang anda pernah lakukan ini, anda dibayar RM15 sahaja bagi setiap 90 kg sulfur yang dibawa pulang.
Itulah mata pencarian bagi 300 pelombong sulfur di kawah gunung berapi Ijen, Indonesia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul 90kg sulfur!

Saat Memalukan, Kad Kredit Obama Tak Laku
Resit makan malam Obama bersama isterinya ketika kad kredit milik Presiden AS itu bermasalah.
NEW YORK – Tidak disangka-sangka, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri berhadapan saat memalukan yang biasanya berlaku kepada orang kebanyakan. Sebaik selesai menikmati hidangan makan malam, tiba-tiba kad kreditnya bermasalah hingga menyebabkan kad miliknya itu tidak diterima semasa mahu membuat pembayaran di sebuah restoran di sini. Kejadian berlaku ketika beliau bersama isterinya, Michelle. Mereka berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Saya rasa tidak menggunakan kad kredit itu melebihi hadnya, jadi mereka (kakitangan restoran) anggap telah berlaku penipuan. Mujur, Michelle membawa kad kreditnya. “Saya juga cuba jelaskan kepada pelayan itu bahawa saya tidak mempunyai tunggakan bayaran,” katanya yang menceritakan detik itu semasa berucap pada mesyuarat kewangan di sini baru-baru ini menyebabkan hadirin ketawa. Walaupun Obama tidak mendedahkan lokasi restoran itu, namun beliau dilihat menikmati makan malam dengan isterinya di sebuah restoran yang menawarkan hidangan gaya Sepanyol di Estela, Manhattan pada bulan lalu. Pasangan itu menikmati hidangan burrata (krim keju), roti, sos hijau serta salad dan tomato, namun harga makanan tersebut tidak dinyatakan. Berikutan kejadian itu, Obama berkata, beliau telah mengarahkan syarikat kewangan meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit termasuk penggunaan cip untuk menggantikan jalur magnetik. - mStar

Najib Akan Hadir Majlis Angkat Sumpah Presiden Indonesia
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Indonesia Joko Widodo di Jakarta esok.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata Najib akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan para pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri dan kementerian.
“Majlis itu akan berlangsung di Majlis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia pada 20 Okt,” kata kenyataan itu sambil menambah enam ketua negara atau kerajaan adalah di antara 18 kenamaan asing yang dijadual menghadiri majlis itu.
Menurut kenyataan itu, Najib akan mengambil peluang daripada lawatan kerja ke Jakarta itu untuk bertemu Perdana Menteri Australia Tony Abbott dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.
Gabenor Jakarta Joko Widodo, yang lebih dikenali sebagai Jokowi memenangi pilihan raya Presiden Indonesia pada 22 Julai, mengalahkan Prabowo Subianto, seorang bekas jeneral tentera.
Beliau akan mengambil alih jawatan itu daripada Susilo Bambang Yudhoyono, yang menjadi Presiden sejak tahun 2004. – BERNAMA
TOP
Kenapa Tajaan Bersalin Che Ta Oleh KPJ Wajar? Baca Ni..
“Menaja Che Ta bersalin merupakan satu pelaburan bernilai RM 10 ribu tapi membawa pulangan periklanan bernilai ratusan ribu.”
Sebenarnya, relevan juga alasan yang diulas oleh sebuah blog pro-UMNO, Mykmu.net yang menyokong tindakan firma KPJ Healthcare kerana publisiti terhadap isu ini sangat meluas dan melonjakkan imej mereka.
Intipati selanjutnya dari blog berkenaan yang dipetik dari Malaysiakini, “Che Ta merupakan artis yang punya ramai peminat dan pasti menghiasi muka-muka depan akhbar tempatan (kerana ia boleh dijual) dan lembaran muka hiburan selama berhari-hari.
Ce Ta merupakan wanita melebihi umur 40 tahun. Wanita pada usia sebegini sebenarnya sangat tinggi risiko ketika bersalin. Insya-Allah bila beliau bersalin dengan selamat, ia akan memberi penarafan yng baik kepada kepakaran KPJ.”
Ulas penulis blog tersebut juga, pulangan dari keuntungan KPJ pastinya akan digunakan untuk membayar zakat dan cukai, lantas membuat sumbangan yang lebih besar.
“Hospital KPJ merupakan cabang perniagaan yang kosnya berharga ratusan juta ringgit setiap bulan bukannya hospital kebajikan macam hospital kerajaan.”
Tambah blog itu lagi, KPJ Healthcare menjadi sasaran kritikan kerana kakitangan hospital swasta terbabit dipenuhi dengan kaum Melayu.
“KPJ juga banyak membantu orang miskin, namun dilupakan kerana isu ini dan dijadikan bahan untuk membelasah satu syarikat yang dipenuhi orang Melayu.”
Memetik laman blog tersebut hari ini, isu penajaan ini masih berlarutan di laman sosial dengan pelbagai reaksi negatif diterima kerana kononnya hospital tersebut tidak menaja orang yang betul-betul memerlukan.
Kesimpulan dari blog berkenaan, golongan ‘holier-than-thou’ ini dikategorikan dalam dua kumpulan iaitu golongan yang tidak tahu strategi perniagaan besar dan kononnya mengambil berat nasib golongan marhaen. Satu golongan lagi adalah golongan pesaing konglomerat KPJ sendiri yang cuba mengapi-apikan situasi untuk memburukkan lawan perniagaan mereka. LUAHAN HATI CHE TA BERKAITAN ISU INI: Isu Bersalin Ditaja: Che Ta Minta Jangan Pertikai Rezeki Bayi Itulah, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, fikir dahulu rasionalisasi tindakan yang diambil sesuatu pihak agar tuduhan semberono tersebut tidak kelihatan ‘kurang bijak’. - MYNEWSHUB

20 Cedera, Polis, Penunjuk Perasaan Bertempur Di Hong Kong
HONG KONG – Polis Hong Kong dan kumpulan penunjuk perasaan bertempur awal pagi ini mengakibatkan lebih 20 orang cedera dalam keganasan yang memasuki hari keempat selepas lebih tiga minggu demonstrasi prodemokrasi berlarutan.
Berpuluh polis yang memakai topi keledar dan perisai keselamatan memasuki kawasan penunjuk perasaan yang menguasai daerah utara Mongkok dengan sesetengahnya terpaksa menggunakan belantan.
Sesetengah penunjuk perasaan terpaksa diusung selepas kepala mereka cedera dan berdarah, demikian menurut wartawan AFP dan anggota perubatan di tempat kejadian.
Polis dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa menggunakan ‘kekerasan yang minimum’ selepas penunjuk perasaan secara tiba-tiba menceroboh masuk ke kawasan keselamatan yang berpagar.
Bagaimanapun, penunjuk perasaan menafikan dakwaan polis itu dan mereka tidak melakukan sebarang provokasi.
Anggota Agensi Perkhidmatan Penerangan kerajaan, memberitahu kira-kira 20 orang yang menyertai demonstrasi berkenaan cedera dalam kejadian antara jam 10 malam tadi sehingga 6 pagi.
Hong Kong kini berdepan dengan penunjuk perasaan besar-besaran sehingga angka mencecah 10,000 orang di tiga lokasi di bandar raya itu dengan kedua terbesar di Mongkok.
Semalam, kerajaan Hong Kong mengesahkan pihaknya akan berbincang dengan pemimpin pelajar bagi menangani perkara itu. – AFP
TOP
Warga Tua Maut Kebakaran Tiga Rumah Di Ipoh
IPOH – Seorang lelaki warga emas maut dalam kejadian kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Baru Bukit Merah Pasir Puteh, di sini, pagi tadi.
Pegawai Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Zainasrie Zainal, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.34 pagi sebelum anggotanya bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, ketika tiba di tempat kejadian pihaknya mendapati kebakaran 90 peratus membabitkan tiga rumah satu tingkat.
“Mayat mangsa seorang lelaki Cina berusia 64 tahun ditemui di rumah pertama dengan kesan terbakar sehingga 80 peratus seluruh anggota badannya pada jam 7.25 pagi.
“Mayat mangsa dibawa keluar daripada rumah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – BH Online
TOP
Nicol Lakar Kemenangan Ketiga Terbuka AS
PEMAIN skuasy No.1 dunia, Nicol David mencipta sejarah apabila meraih trofi ketiganya berturut-turut pada Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Nicol menewaskan Nour El Sherbini dari Mesir 11-5, 12-10, 12-10 di Philadelphia.
Nicol merupakan pemain pertama – lelaki atau wanita – yang memenangi trofi ketiga secara berturut-turut dalam sejarah 60 tahun penganjuran kejohanan tersebut.
Terdahulu, Nicol mengatasi pencabar utamanya, Raneem El Welily untuk mara ke final Terbuka AS.
Pemain berusia 31 tahun itu berada dalam laluan mudah untuk menewaskan Raneem 11-3, 15-13, 6-11, 11-7 pada Jumaat.
Sementara itu dalam aksi separuh akhir berasingan, Nour, 18, mengatasi pemain No.6, Camille Serme dari Perancis 7-11, 11-9, 11-8, 11-8.
Juara dunia tiga kali pada kejohanan junior itu pernah menyekat kemaraan Nicol pada aksi separuh akhir Kejuaraan Dunia Wanita di Pulau Pinang, Mac lalu. - mynewsub
TOP
Ahli Arkeologi Jumpa Kubur Puntianak
BURGARIA – EROPAH. Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.
Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.
Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.
Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Burgaria Indiana Jones’.
Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.
Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.
Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.
“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.
Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno.
Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.
“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.
“Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.
Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.
Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.
SINAR HARIAN
TOP
Khairul Helmi Yakin Kedah Mampu Kutip Bekalan Selesa
KETUA pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari yakin kesemua rakan sepasukannya mampu beraksi secara konsisten untuk mengatasi Pahang pada perlawanan separuh akhir 1, Piala Malaysia di Stadium Darul Aman pada Ahad.
Meskipun mengakui skuad Tok Gajah mempunyai kelebihan tersendiri, namun Khairul Helmi yakin pemain Kedah juga mampu mengutip bekalan selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan.
"Walaupun tidak banyak beza antara Kedah dan Pahang yang menggunakan khidmat pemain muda, namun keupayaan rakan-rakan dalam perlawanan bertemu Kelantan baru-baru ini telah membuktikan bahawa kami juga mampu.
"Pemain Kedah juga telah menunjukkan peningkatan selepas berjaya menewaskan Kelantan, walaupun pada awalnya kami ketinggalan.
"Kami juga masih ingat kepedihan apabila disingkirkan oleh Pahang pada perlawanan kelayakan ke Liga Super di Stadium Hang Tuah, Melaka, menerusi sepakan penalti," katanya kepada mStar.
Tambahnya, kejayaan Badrol Bakhtiar, Muhammad Hanif Mat Dzahir dan Syafiq Ahmad menjaringkan gol membuktikan skuad Helang Merah tidak mengharapkan Billy Osmat Mehmet ataupun Namkung Woong untuk menghasilkan jaringan.
"Untuk diri sendiri, saya bersyukur kerana dapat meningkatkan prestasi membantu bahagian pertahanan bersama Adam Griffith. Kehadiran Shafizan Hashim serta Syazwan Tajuddin turut membentuk barisan pertahanan yang lebih baik dalam menyekat barisan serangan lawan.
"Saya juga yakin kombinasi Billy, Khyril Muhymeen Zambri dan Namkung pasti mampu memecah benteng pertahanan Pahang sambil dibantu sorakan semangat penyokong," jelasnya.- mstar online
TOP
MH17: Putin Beri Jaminan Kepada Menteri Luar Australia
Vladimir Putin.
MELBOURNE: Menteri Luar Australia Julie Bishop mengadakan perbincangan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin pada sidang kemuncak ekonomi Asia-Eropah di Itali tentang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine Julai lepas, lapor Australian Associated Press. Dalam perjumpaan selama 25 minit itu, mereka juga berbincang tentang bahaya daripada gerakan Negara Islam (IS) dan sidang kemuncak G20 yang akan diadakan di Brisbane. Bishop berkata beliau mendapat jaminan daripada Putin bahawa pemimpin Rusia itu akan membantu memudahkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan pesawat berkenaan terhempas, tetapi tidak dapat menetapkan rangka masa untuknya bertindak. "Saya mengadakan perbicangan secara mendalam dengan beliau. Saya suarakan keprihatinan kami tentang pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh itu. "Katanya beliau akan memberi respons kepada permintaan saya dengan meminta puak pemisah memberi akses itu," kata Bishop seperti yang dipetik ABC News. Terdahulu, Bishop mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov untuk berbincang tentang kepentingan akses ke tempat pesawat berkenaan terhempas. Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 berkenaan dipercayai ditembak jatuh di negara yang sedang bergolak itu. Selain rakyat Malaysia, pesawat itu juga membawa rakyat Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. Awal minggu ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata beliau akan bersemuka dengan Putin pada sidang kemuncak G20 di Brisbane bulan depan dan kenyataan itu dikecam beberapa tokoh kanan serta pengulas politik Rusia. Bishop berkata isu itu tidak dibangkitkan secara langsung. Para pembantu Putin mengesahkan kepada Bishop bahawa pemimpin Rusia itu merancang menghadiri mesyuarat G20. - mstar online

Annuar Sokong Tengku Abdullah Tanding Jawatan Exco FIFA
Annuar Musa.
KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa menyokong hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk merebut satu daripada jawatan Exco Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2015. Sambil menyifatkan Tengku Abdullah cukup berkaliber dan berpengalaman selama 30 tahun dalam bola sepak serta memegang jawatan kedua tertinggi dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), beliau berkata baginda mengambil langkah yang baik untuk pembangunan bola sepak negara. "Saya fikir, ia satu usaha yang baik kalau ada sesiapa dari negara kita yang boleh mendapat tempat dalam badan induk bola sepak dunia itu. "Saya menyokong penuh Tengku Abdullah yang menawarkan diri merebut jawatan berkenaan dan ia langkah yang patut kita alu-alukan," katanya selepas merasmikan Program Kami Prihatin Yayasan Felda peringkat Parlimen Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok di sini, Sabtu. Sebelum ini, Tengku Abdullah dilaporkan berhasrat untuk bertanding jawatan Exco FIFA bagi penggal 2015-2018 bersama lima calon lain, bagi merebut tiga kerusi yang ditawarkan bagi slot AFC. Annuar yang juga bekas Timbalan Presiden FAM berkata bola sepak tempatan memerlukan penambahbaikan segera bagi mengembalikan kembali imej sukan nombor satu negara itu. -- mstar online

Keputusan Liga Perdana Inggeris, Sabtu
BERIKUT ialah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu:
Manchenster City 4 - 1 Tottenham
Arsenal 2- 2 Hull City
Burnley 1 - 3 West Ham
Crystal Palace 1 - 2 Chelsea
Everton 3 - 0 Aston Villa
Southampton 8 - 0 Sunderland
Kedudukan semasa perlawanan:
New Castle 0 - 0 Leicester
- mstar online
Manchenster City 4 - 1 Tottenham
Arsenal 2- 2 Hull City
Burnley 1 - 3 West Ham
Crystal Palace 1 - 2 Chelsea
Everton 3 - 0 Aston Villa
Southampton 8 - 0 Sunderland
Kedudukan semasa perlawanan:
New Castle 0 - 0 Leicester
- mstar online
TOP
Nicol Hampiri Gelaran Hatrik Terbuka AS
Nicol David.
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kini selangkah untuk meraih gelaran hatrik Terbuka Amerika Syarikat apabila mara ke perlawanan akhir di Universiti Drexel, Philadelphia. Pemain nombor satu dunia itu, yang memenangi kejuaraan berkenaan pada 2012 dan 2013, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi musuh ketatnya Raneem El-Weleily dari Mesir 11-3, 15-13, 6-11 dan 11-7 pada aksi separuh akhir di Gelanggang Kaca ASB pada Jumaat. "Beliau (Raneem) tidak bermula baik namun saya tahu beliau akan bangkit dengan pukulan-pukulan berbisa. Saya hanya perlu kekalkan permainan dan berusaha keras. Saya gembira dengan kemenangan 3-1 itu," kata Nicol seperti dipetik dalam laman rasmi kejohanan www.usopensquash.com. Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu akan membuat perhitungan menentang pemain sensasi Mesir berusia 18 tahun, Nour El Sherbini di perlawanan akhir pada Sabtu. Nour, pemain pilihan ketujuh, meneruskan aksi cemerlang apabila mengalahkan pemain pilihan keempat, Camille Serme dari Perancis 7-11, 11-9, 11-8 dan 11-8 pada satu lagi aksi separuh akhir. Bekas juara remaja dunia itu, sebelum ini menumpaskan pilihan kedua yang juga pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England di suku akhir pada Khamis.- mstar online

Tanpa Tonggak Utama, Penyokong Tonik Kemenangan Pahang
Zainal Abidin (empat,kanan) bersama pemain-pemain ketika sesi latihan ringan sebelum bertemu Kedah pada Ahad
KEJAYAAN menjulang Piala FA buat kali pertama selepas lapan tahun tanpa trofi pada Jun lalu masih belum cukup untuk melengkapkan koleksi kemenangan pasukan Pahang musim ini. Berikutan itu, pemain-pemain skuad Tok Gajah ingin meneruskan rentak garang mereka dengan mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut. Anak buah bekas pemenang Kasut Emas Liga Malaysia 1992, Zainal Abidin Hassan ini seolah-olah sukar untuk dihalang selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara agregat 3-2 pada saingan suku akhir Ahad lalu. Turun sebagai juara bertahan selepas mengakhiri kemarau trofi Piala Malaysia selama 21 tahun musim lalu, kini skuad Tok Gajah pastinya mahu mempertahankan gelaran itu. Menurut Zainal Abidin, sukar untuk menjangkakan perlawanan bertemu Kedah pada Ahad ini memandangkan empat pemainnya tidak dapat beraksi. "Antaranya Dickson Dwakaeme dan Damion Steward kerana digantung perlawanan. "Bagaimana pun saya telah mengkaji dan membuat percaturan baharu dengan menggantikan posisi mereka dengan pemain tempatan. "Walaupun sedikit terkilan tanpa aksi dua pemain import ini, saya tetap yakin pemain-pemain lain boleh melakukan tugas dengan baik dan mereka telah membuktikan pada perlawanan sebelum ini. "Kami juga perlu berhati-hati dengan pasukan Kedah, memandangkan prestasi mereka melonjak naik sejak kebelakangan ini," jelasnya kepada mStar Online. Dalam masa sama, Zainal Abidin mengakui perlawanan ini penting bagi mempertahankan trofi juara berada di Pahang. "Kami akan cuba yang terbaik untuk melengkapkan lagi rekod kejayaan Pahang tahun ini selepas menjuarai Piala FA . "Momentum kejayaan sebelum ini masih lagi menguasai pemain dan saya harap mereka mampu melaksanakan tugas yang lebih baik. "Selain itu, kami mempunyai tonik terbaik sebagai pembakar semangat untuk menang dengan sokongan setia penyokong-penyokong Tok Gajah.- mstar online

Piala Malaysia: Jurulatih Kedah Tagih Pemain Pamer Aksi Konsisten
Pemain import pasukan Kedah, Namkung Woong (tengah) bersama rakan sepasukan menjalani latihan menjelang pertemuan separuh akhir pertama bertemu Pahang pada Ahad.
PETALING JAYA: Pengendali pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe yakin anak-anak buahnya berada di landasan terbaik menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Darul Aman pada Ahad. Bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan ini berkata, kemenangan 3-0 ke atas pasukan besar seperti Kelantan pada saingan suku akhir kedua minggu lalu adalah di luar jangkaannya. "Sebenarnya memang kami sasar untuk menang, namun jaringan 3-0 itu sesuatu yang mengejutkan saya. "Selepas tewas 3-1 pada saingan pertama di tempat lawan, pemain-pemain mula sedar bahawa setiap kesalahan kecil yang dilakukan itu telah merencatkan permainan mereka. "Jadi mereka cuba mengubah corak permainan, membaca gerak-geri lawan dan akhirnya dapat menguasai permainan sehinggalah tamat perlawanan," jelasnya mengimbas kembali kemenangan bermakna yang membawa pasukannya beraksi di separuh akhir. Ternyata percaturan Cheng Hoe yang menerima tugas untuk membimbing Kedah musim ini berjalan lancar selepas mengambil alih daripada jurulatih dari Australia, David Mitchell.
Tan Cheng Hoe
"Untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sentiasa bercakap dengan pemain-pemain agar menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya. "Namun saya tidak memberi tekanan kepada mereka kerana itu hanya akan membuatkan pemain-pemain terganggu. "Mereka sudah banyak belajar daripada perlawanan sebelum ini dan saya yakin semua pemain akan konsisten ketika bertemu Pahang nanti. "Sudah pasti kami mahu menang sekaligus mara ke final, tetapi kita perlu ingat siapa lawan nanti. Pasukan Pahang bukan calang-calang kerana mereka merupakan juara bertahan, malah turut menjulang Piala FA baru-baru ini. "Saya sentiasa nasihatkan pemain agar jangan ada rasa takut atau segan kepada lawan. Main dengan cara kita sendiri," katanya yang lega kerana semua pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan. Dalam pada itu Cheng Hoe mengakui tiada ramuan rahsia untuk sampai ke tahap ini. "Semua pemain mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi, mengikut arahan serta ada keyakinan diri. Itulah kunci paling penting dalam sesebuah pasukan. "Dan sokongan penyokong-penyokong Kedah jugalah yang membuatkan kami lebih bersemangat untuk menang."Saya harap pada perlawanan Ahad ini, setiap sudut stadium akan dipenuhi dengan penyokong-penyokong Kedah," tambahnya. Sebagai rekod, kali terakhir Kedah menjulang piala berprestij bola sepak tanah air ini pada tahun 2008 selepas menewaskan Selangor 3-2.- mstar online

Serangan Jantung Boleh Menyerang Remaja Seawal 15 Tahun
KOTA BAHARU: Serangan jantung yang akhirnya membawa maut dikesan boleh menyerang golongan muda seawal umur 15 tahun termasuk para atlet, kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Rosli Mohd Ali.
Beliau berkata ia dikesan berpunca daripada faktor pemakanan serta cara mereka bekerja dan faktor genetik.
"Tidak semestinya orang yang aktif seperti atlet tidak terkena serangan jantung kerana penyakit itu boleh menyerang berdasarkan faktor risiko termasuk mempunyai penyakit kencing manis, perokok, kolestrol tinggi, kegemukan dan sejarah keluarga.
"Atlet juga disyorkan membuat pemeriksaan dan penjagaan kerana kita sekarang ini ada kes mereka yang sedang bermain golf, bersenam, tiba-tiba meninggal dunia
disebabkan serangan jantung," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kemaskini Kardiovaskular Asia Pasifik Kali Kelapan @ Universiti Sains Malaysia (USM) 2014 di sini, hari ini.
Katanya berdasarkan kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009, serangan jantung di Malaysia secara purata dikenal pasti dialami mereka berusia
59 tahun.
Beliau berkata ia bermakna rakyat di negara ini dikategori `mati muda' iaitu sebelum mereka berpencen.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) berkata terdapat dalam kalangan mereka berusia 15 hingga 35 tahun itu mati
mengejut yang berpunca daripada serangan jantung itu.
Katanya, lebih membimbangkan 40 peratus daripada orang yang diserang penyakit jantung di negara ini tidak tahu mereka menghidap penyakit berkenaan.
"Dua puluh tujuh peratus kematian di hospital di negara ini disebabkan penyakit jantung, malah kematian mengejut dalam kalangan orang muda diakui
adalah trend baharu dan perlu ditangani," katanya.- mstar online
TOP
Konsert Hayat 45 Tahun Seniman Ramli Sarip Bertenaga
Ramli berjaya membuai penonton Istana Budaya dengan lagu-lagu popular dendangannya.
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah berusia 63 tahun, Penyanyi yang digelar Papa Rock Datuk Ramli Sarip berjaya memberi persembahan bertenaga dalam konsert Hayat...45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya, pada malam Jumaat lalu. Konsert yang mengimbau penglibatannya sepanjang 45 tahun dalam industri muzik tanah air ini membuatkan penonton terpukau dengan kelunakan suara beliau dalam menyanyikan lagu-lagu popularnya. Acara bermula tepat pukul 9 malam, Ramli keluar bersahaja berbaju hitam mendendangkan lagu Tersendiri sebagai pembuka tirai pada malam itu.
Lebih mengasyikan tiupan seksofon daripada komposer muzik Jari mengiringi nyanyian beliau membuatkan penonton terbuai dan menyanyi bersama-sama penyanyi itu.
Dalam konsert tiga jam itu Ramli mendendangkan lebih 20 buah lagu termasuk lagu Doa, Batu, Syair Laila Dan Majnun, Temasya Desa Gemalai, Bukan Kerana Nama, Tajam dan Istilah Bercinta yang mengembalikan memori zaman kegemilangan rock tanah air sekitar tahun 80-an. Selain itu konsert bersejarah ini turut menampilkan penyanyi asal lagu Zakiah iaitu Achmad Albar yang berasal daripada Indonesia. Pada malam itu, Achmad turut diberi peluang menyanyikan dua buah lagu termasuk lagu Zakiah yang dinyanyikan secara duet bersama Ramli.
Selain Achmad, penyanyi Aris Ariwatan dan Dayang Nurfaizah turut tampil sebagai penyanyi undangan pada konsert tersebut.
Dalam pada itu, Ramli sempat berinteraksi dengan penonton menyatakan tentang perjalanan kerjaya nyanyian hingga kini. "Konsert ini menceritakan perjalanan dan detik permulaan bagaimana saya mencari Ramli Sarip, banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama penonton. "Pengalaman bagaimana proses saya berhijrah daripada menyanyi dalam kumpulan iaitu Sweet Charity hingga saya bergerak secara sendiri dengan nama Ramli Sarip," ujarnya. Pada segmen penutup, beberapa lagu popular seperti Teratai, Sejuta Wajah, Kamelia, dan Doa Buat Kekasih mendapat reaksi dan tepukan gemuruh daripada penonton. Konsert ini turut menampilkan barisan pemuzik Man Kidal (gitar utama), Rizal Halim (gitar kedua), Tom Anuar (drum), Fauzie Zain (bass), Roza Rasul (kibod utama), Belle Fatah (kibod kedua), Kamrulbahrin Hussin (perkusi utama), Paang Zaman (perkusi kedua), Boy Razli (flute/gambus) dan pemuzik jemputan seperti Aji Samin (gitar) dan Din Safari (bass). Selain konsert, Ramli turut mengadakan galeri lukisan untuk menjual koleksi peribadinya buat peminat dan hasil kutipannya akan disumbangkan kepada badan-badan tertentu yang memerlukan. Konsert Hayat 45 Tahun... Seniman Ramli Sarip berlangsung pada 17 hingga 19 Oktober di Panggung Sari, Istana Budaya. - mstar online

Ramai Lelaki Mahu Dekati Izreen Azminda
Izreen tidak buka hati pada mana-mana lelaki buat masa ini.
PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda mendedahkan ada lelaki cuba mendekatinya selepas lima bulan dia memeggang status janda. Bagaimnapaun, Izreen, 29, berkata, dia belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya buat masa ini kerana bimbang hatinya akan disakiti oleg golongan itu. Saya tak izin orang menyakiti hati saya dan untuk masa terdekat ini, memang ramai yang mencuba mendekati saya tetapi saya belum bersedia. "Bagi saya apa yang berlaku masih baru dan biarlah saya beri tumpuan kepada anak dahulu," ujarnya kepada mStar Online. Tambahnya, banyak aspek yang perlu diambil kira selepas memegang status ibu tunggal. Izreen berkata, lelaki yang ingin mendekatinya juga perlu menerima anaknya Muhammad Umar Adrian yang kini berusia setahun tiga bulan. "Sudah tentu saya perlu utamakan anak saya dahulu, kalau seseorang lelaki itu mahu mengenali saya, dia perlu terima anak saya juga," ujarnya. Sementara itu, mengulas tentang status janda yang dipikulnya Izreen tidak merasakan ia sebagai bebanan. Baginya, status tersebut hanya sekadar gelaran dan ia tidak memberi sebarang tekanan kepadanaya dalam meneruskan kehidupan. "Orang sekarang sudah maju dan tidak ada masalah dengan status atau gelaran janda. "Saya sendiri tidak anggap ia sebagai tekanan, hanya segelintir masyarakat yang memberi komen negetif tentang perkara itu yang membuatkan saya tertekan," katanya. Izreen berkata, apa yang membeza kehidupannya selepas berstatus ibu tunggal apabila banyak perkara perlu dilakukannya sendiri. Dia akui pada mulanya agak sukar untuk melaluinya seorang diri, namun banyak yang dipelajari terutama dalam menguruskan hal-hal kehidupan. Dalam pada itu, bercakap tentang pelakon yang sering digosipkan dengannya iaitu Amar Baharin, Izreen berkata, hubungan mereka rapat sebelum dia berumah tangga lagi. "Amar kawan yang baik dan kami berkawan sejak saya anak dara lagi tetapi orang tidak ambil perhatian kerana kami tidak popular ketika itu," ujarnya. Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin dan mereka telah bercerai pada 9 Jun 2014 selepas mendirikan rumah tangga kira-kira hampir dua tahun. Pasangan itu berkahwin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah.- mstar online

TV3 Saji Program Istimewa Sempana Hari Deepavali
PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 bakal menyajikan beberapa rancangan istimewa sempena Hari Deepavali yang bakal disambut pada 22 Oktober ini.
Program istemewa merangkumi bual bicara, filem dan telefilem akan disiarkan untuk tontonan umum bermula pada 19 hingga 23 Oktober depan.
Antara program tersebut ialah Malaysia Hari Ini Istimewa Deepavali, Wanita Hari Ini Istimewa Deepavali, manakala telefilem hebat seperti Aathma, Maatran, Vaanakam Cikgu dan Putu Piring Vs Putu Mayam.
Telefilem Putu Piring Vs Putu Mayam mengisahkan tentang dua orang peniaga putu piring dan putu mayam iaitu Wafa dan Anjali yang sentiasa mempunyai sikap cemburu antara satu sama lain.
Pelbagai perkara timbul yang menjadikan keadaan menjadi semakin rumit apabila Wafia mengesyaki suaminya Hadi mempunyai hubungan istimewa dengan Anjali.
Telefilem ini akan disiarkan pada 22 Oktober, pukul 9.30 pagi ini dibintangi oleh Jihan Musa, Azhan Rani, Reneetha Veeraja, Subash dan Bodt Sharadee.
Sementara itu, drama Vaanakam Cikgu yang turut disiarkan pada 22 Oktober, pukul 2 petang pula mengisahkan tentang juruterbang Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang terkenang kisah silam.
Sewakti zaman persekolahannya Mejar Murhty sering dipukul oleh ayahnya yang mabuk, namun dengan bimbingan cikgu Kamal Hassan dia berjaya mengejar cita-cita sebagai juruterbang.
Bagaimanapun hubungan dengan cikgu Kamal terputus selepas dia taman persekolahan, dia berazam untuk mencari semula dan membalas jasa lelaki itu.
Drama ini dibarisi pelakon Fezrul Khan, Azlee Khairi, Joseph Abraham, Kazar, Malar Meni.- mstar online
TOP
Hyun Bin Buat Kemunculan Semula Dalam Drama The Fatal Encounter
PARA peminat tentunya menantikan kemunculan semula aktor kacak Hyun Bin.
Selepas selesai perkhidmatan wajib ketenteraan di negara Korea Selatan pada tahun 2012 lalu aktor ini belum lagi muncul di mana-mana drama.
Hyun Bin lebih banyak menghabiskan masa bertemu peminat dan membintangi iklan.
Namun khabar terbaharu, pelakon Secret Garden ini bakal terlibat dengan drama berjudul The Fatal Encounter.
Dalam drama ini, bekas kekasih Song Hye Gyo akan memainkan watak lebih hebat dan menonjolkan ciri seorang lelaki idaman wanita.
Drama 20 episod itu akan memulakan penggambaran pada November depan.- mstar online
TOP
DAP Sarawak Putuskan Hubungan Dengan PAS, PKR
Chong Chieng Jen.
KUCHING: DAP Sarawak pada Sabtu menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR). Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan. "Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya. Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing. "Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya. - mstar online

Pelajar Jerman Maut Jatuh Gaung di Telaga Tujuh
Pasukan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung.
LANGKAWI: Seorang pelajar Jerman meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam gaung ketika mendaki di Telaga Tujuh di sini. Mangsa, Alexzande Anton Michael, 24, berada di Hutan Lipur Telaga Tujuh ketika dia terjatuh ke dalam gaung sedalam 76 meter pada tengah hari Sabtu. Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi, Supritendan Yaakob Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3. 15 petang. "Pasukan penyelamat telah digerakkan dan mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 3.50 petang. "Mangsa ditemui berada di bawah gaung sedalam 76 meter. Mayat mangsa berjaya ditemui dan dibawa keluar pada pukul 4.50 petang," katanya sambil menambah mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Harrith Kam Abdullah berkata mangsa dan tiga rakannya mendaki gunung untuk melihat pemandangan keseluruhan yang lebih baik. "Hujan turun dengan lebat, ketika insiden tersebut berlaku dan batuan yang terdapat di laluan yang mereka gunakan agak licin," katanya sambil menambah mangsa merupakan pelajar di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Cyberjaya. "Polis menolak sebarang unsur jenayah dan menyifatkan kes tersebut sebagai kematian mengejut," katanya. - mstar online

Malaysia Perlukan Akta Hasutan - MB N.Sembilan
Mohamad Hasan.
SEREMBAN: Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. "Memang benar, akta ini diperkenalkan oleh British semasa zaman penjajahan namun, secara amnya mereka mempunyai fikiran serta pandangan yang jauh. "Ini kerana rakyat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang perlu dijaga tahap sensitiviti agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan perasmian persidangan perwakilan ke-61 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) cawangan Negeri Sembilan di sini, Sabtu. Menurutnya pihak asing tidak harus campur tangan dan bersikap mendesak dalam perkara itu kerana ia menggugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Sehubungan itu, beliau mencadangkan PV-ATM cawangan Negeri Sembilan membuat resolusi menggesa kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak yang meminta akta itu dimansuhkan. Mohamad juga meminta bekas tentera di seluruh negara supaya mendaftar seabagi anggota PV-ATM bagi membolehkan mendapat bantuan buat diri mereka dan keluarga. Selain itu, beliau berharap Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dapat memberikan latihan sewajarnya kepada tentera dalam penyediaan ke dunia persaraan. Pada majlis itu, Mohamad menyampaikan PJM kepada 70 veteran PV-ATM Negeri Sembilan. - mstar online

Warga Bangladesh Bakal Jadi 'Hamba' Diselamatkan Dalam Hutan Thailand
Berpuluh-puluh warga Bangladesh telah diselamatkan selepas diculik dan dihantar ke Thailand untuk dijual sebagai hamba.
Kesemua lelaki itu telah dijanjikan kerja yang lumayan, sebelum di suntik dadah dan diculik.
Kerajaan Thailand berkata mereka kini sedang membanteras pemerdagangan orang, tapi telah dituduh kurang serius dalam isu itu.
Pada 14 Oktober lalu, dua lelaki Thailand telah ditahan atas kesalahan pemerdagangan orang selepas 53 warga asing telah dijumpai bekerja di ladang getah di selatan Thailand.
Warga asing itu yang terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar telah dijumpai pada 11 Oktober lepas.
Jika didapati bersalah, kedua-dua lelaki itu boleh dijatuhi hukuman 10 tahun penjara. Polisi masih lagi mencari ketua kumpulan tersebut.
Sebelum ini, US telah mengkritik Thailand kerana gagal membanteras masalah ini - SiakapKeli.com
TOP
Pegawai keselamatan terjun bangunan selepas tragedi berdarah konsert K-Pop
SEOUL: Seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenai urusan keselamatan di konsert K-Pop yang meragut 16 nyawa malam tadi, bertindak membunuh diri, hanya beberapa jam selepas tragedi itu berlaku.
Nama lelaki yang dikenali sebagai Oh berusia 37 tahun yang juga seorang pegawai kerajaan diumumkan ketika pegawai penyiasat sedang mencari punca tragedi yang berlaku semasa berlangsungnya konsert kumpulan remaja perempuan 4Minute yang diadakan di bandar Seongnam.
Jurucakap pasukan bantuan berkata, Oh terjun dari sebuah bangunan berhampiran lokasi tragedi selepas disoal siat mengenai insiden terbabit oleh pihak polis.
Dalam kejadian itu enam belas orang maut manakala sembilan lagi cedera parah apabila besi penghadang lubang sistem pengudaraan runtuh pada ketinggian 18.7 meter. Ia digunakan penonton konsert untuk melihat dengan lebih jelas.
“Mereka sedang berdiri di atas besi penghadang lubang udara itu untuk mendapat pandangan yang lebih baik, tetapi besi penghadang itu runtuh akibat terlebih muatan,” kata jurucakap pasukan bomba.
Menurut saksi, meskipun kumpulan terbabit telah dinasihatkan untuk turun dan diingatkan mengenai bahaya tindakan mereka, namun masih berdegil dan tidak mahu berganjak.
Kawalan keselamatan juga dikatakan pada tahap minimum dan longgar.
Insiden berlaku ketika negara itu masih bersedih dengan insiden feri Sewol yang karam dan mengorban 300 nyawa kebanyakkannya pelajar sekolah tahun ini. - Astro Awani
TOP
TERKINI: Pelajar Politeknik Nyaris Dijual di Thailand Adalah Rekaan
DUNGUN – Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti dilaporkan oleh pelajar berkenaan semalam dipercayai hanya satu laporan palsu.
ARTIKEL BERKAITAN: PIS Sahkan Penuntut Wanitanya Diculik Semalam
Hasil siasatan awal polis mendapati, ia satu helah dibuat pelajar itu untuk mengelakkan dia dikenakan tindakan susulan kegagalannya menghantar satu tugasan.
Difahamkan, pelajar berkenaan menaiki bas dari Johor dan tiba di Dungun kira-kira jam 4.30 pagi sebelum cuba menghubungi seorang rakannya melalui aplikasi WhatsApp.
Bagaimanapun, ketika masih dalam bas dalam perjalanan dari Johor ke Dungun, dia dipercayai memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia diculik.
Sebaik tiba di Dungun, pelajar jurusan fesyen semester lima itu dikatakan menghubungi ibunya melalui telefon bimbit, namun gagal, sebelum ibunya menghubunginya semula dan pelajar terbabit mendakwa dirinya diculik.
Ekoran itu, ibunya yang bimbang dengan keselamatan anak perempuannya itu, dikatakan telah menyuruh pelajar itu pergi membuat laporan polis berkaitan kejadian itu.
Berdasarkan cerita palsu dilaporkan pelajar terbabit, ketika ingin membuka pintu pagar rumah untuk ke Politeknik Sultan Ibrahim Johor, dia dikatakan tidak sedarkan diri.
Dia kemudian sedar semula dalam sebuah lori kotak yang berhenti untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun.
Pelajar ini turut mendakwa diculik tiga lelaki kononnya orang Kelantan berdasarkan dialek percakapan dan salah seorang daripadanya memakai baju T berwarna merah.
Tambah pelajar itu lagi, dalam lori berkenaan turut terdapat tujuh lagi mangsa lain termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai akan dibawa ke Kelantan.
Sebaik membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 9.45 pagi semalam, gadis berasal dari Bukit Ampang Permai, Ampang Selangor itu kemudiannya disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan daripada pelajar berkenaan.
Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan, dia dilaporkan hanya membuat cerita rekaan berkaitan kesnya diculik.
-SINAR HARIAN
TOP
4 Mini KUD Catat Jualan Tunai RM1.5 Juta
OTA KINABALU – Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) mencapai objektif penganjurannya apabila 900 usahawan dari empat zon di seluruh negara yang menyertainya, meraih jualan tunai sebanyak RM1.5 juta tahun ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata mini KUD yang membuka tirai tahun ini di Zon Sarawak, diikuti Zon Selatan, Timur dan Utara, turut menerima sambutan menggalakkan daripada 80,000 pengunjung.
“Penganjuran karnival ini menyaksikan pembabitan jualan tunai antara RM400,000 dan RM500,000 bagi setiap mini KUD, selain melahirkan ramai usahawan tempatan, terutama di luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mini KUD Sabah di Lintasan Deasoka di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian itu menetapkan sasaran jualan sekurang-kurangnya RM500,000 menerusi mini KD kelima di Zon Sabah.
Mohd Shafie berkata kementerian itu juga berusaha untuk meningkatkan sasaran jualan tunai, bergantung kepada keadaan semasa, bagi mengupayakan masyarakat luar bandar, selain menarik penglibatan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang usahawan daripada berhijrah ke negeri lain, terutama di Sabah.
Mini KUD merupakan inisiatif baharu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas kejayaan penganjuran KUD bagi mengetengahkan usahawan luar bandar di setiap negeri bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka yang dijayakan secara dwitahunan sejak 2006.
Dalam pada itu, beliau berkata kementerian berkenaan menerusi agensinya, turut menawarkan pelbagai inisiatif seperti Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) yang menyaksikan 410 usahawan di Sabah, diluluskan pinjaman melibatkan RM26.4 juta sejak 2001.
Antara lain, katanya, Majlis Amanah Raya (MARA) Sabah juga meluluskan RM100 juta pembiayaan kepada 2,000 usahawan di negeri ini selain menyediakan 300 unit kedai bagi usahawan yang tidak mempunyai tempat dengan menawarkan harga berpatutan kepada mereka.
Terdahulu ketika berucap, Shafie berkata kementerian itu memperuntukkan RM936.8 juta untuk pembangunan di Sabah pada 2014, seperti membina jalan-jalan luar bandar, menyalurkan bekalan elektrik, sumber air bersih, membina dan membaiki rumah rosak.
Beliau berkata jumlah peruntukan itu merangkumi 22.8 peratus daripada keseluruhan peruntukan yang merupakan kedua tertinggi diperoleh oleh sesebuah negeri.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan atas peruntukan pada Bajet 2015 di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, dengan peruntukan besar untuk Sabah akan digunakan untuk menambah infrastruktur jalan raya, bekalan elektrik dan air serta lampu jalan di kampung,” katanya.
Lebih 100 usahawan tempatan daripada pelbagai latar belakang perniagaan dari luar bandar terlibat pada mini KUD Sabah yang bermula Khamis lepas dan berakhir esok. – BERNAMA
TOP
Cadang SPR Denda Adun & MP Letak Jawatan Secara Sengaja
SHAH ALAM – Pemuda Gerakan hari ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan denda kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Anggota Parlimen (MP) yang sengaja meletak jawatan tanpa sebab munasabah.
Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang berkata hukuman itu dilihat perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini tidak disalah guna untuk kepentingan peribadi individu atau mana-mana parti politik.
“Selain denda, SPR juga perlu mengambil kira cadangan melarang mana-mana parti politik yang mana wakil mereka sengaja meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah daripada bertanding di kerusi yang terlibat selama lima tahun.
“Mengikut undang-undang sedia ada, hanya wakil rakyat yang sengaja meletak jawatan sahaja dilarang bertanding selama lima tahun,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Ke-27 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, hari ini.
Dalam cadangannya, Tan menjelaskan Adun yang meletak jawatan secara sengaja perlu didenda RM100,000 manakala sebanyak RM200,000 bagi MP kecuali peletakan jawatan itu disebabkan penyakit atau mereka tidak dapat menjalankan tugas seperti sepatutnya.
Jelas beliau, tindakan Adun atau MP meletakkan jawatan tanpa sebab kukuh dilihat memberi kesan kepada masyarakat dalam usaha memelihara kesejahteraan rakyat di sesebuah kawasan sehinggalah kepada kerugian pengunaan sumber kewangan negara.
“Setiap pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan dianggar menelan perbelanjaan kira-kira RM1.5 juta hingga RM2 juta.
“Malah kalau dilihat PRK seperti di Permatang Pauh pada tahun 2008, Penanti (2009) dan Kajang pada Mac tahun ini menyaksikan hampir RM5 juta wang rakyat digunakan untuk tujuan itu,” katanya.
Jelas Tan, peletakan jawatan tanpa sebab oleh Adun atau MP dilihat sebagai satu amalan yang biasa dilakukan PKR demi kepentingan politik dalaman mereka seperti tindakan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan anggota Parlimen Permatang Pauh pada 2008 semata-mata untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi berkenaan.
Tan turut mencadangkan supaya undang-undang baharu digubal bagi melarang parti politik menggunakan agama sebagai modal berpolitik selain meminta perkara berkenaan dimasukkan sebagai fokus dalam cadangan mewujudkan Akta Keharmonian Nasional. – BERNAMA
TOP
Presiden Baru Indonesia Akan Umum Harga Baru Petrol/Diesel
Presiden baru Indonesia yang bakal memulakan tugas 20 Oktober, Joko Widodo dikatakan akan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 50 peratus.
Kenaikan itu dikatakan akan berlaku kira-kira dua minggu selepas beliau yang dikenali sebagai Jokowi mmemulakan tugas sebagai Presiden Indonesia yang baharu menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.
Menurut Penasihat Jokowi, langkah itu akan menjimatkan hampir RM43 bilion tahun depan.
Jokowi berhasrat menaikkan harga bagi kedua-dua bahan api itu sebanyak 80 sen seliter bulan depan.
“Rancangan untuk melaksanakannya adalah pada 1 November, tetapi lebih selamat untuk katakan bahawa ia mungkin dilaksanakan dalam tempoh dua minggu pertama selepas memegang jawatan presiden,” katanya.
Penasihat Jokowi itu berkata. duit yang dijimatkan hasil kenaikan itu akan digunakan untuk infrastruktur, pertanian, pendidikan dan projek kesihatan.
Presiden baru itu juga difahamkan akan mempertimbangkan untuk menaikkan harga bahan api sekali lagi pada suku keempat tahun depan.
Harga bahan api Indonesia antara yang paling rendah di rantau ini di mana petrol berharga 6,500 rupiah (RM1.80) seliter dan diesel 5,500 rupiah (RM1.50) seliter, dipetik dari laporan Reuters.
Kenaikan itu dikatakan bakal mencetuskan demonstrasi dan bantahan dalam kalangan rakyat Indonesia ekoran negara itu sering berlaku kes protes akibat kenaikan harga dan dasar-dasar baru yang diumumkan kerajaan.
Di Malaysia, rakyat negara ini sudah mula merancang dengan berhati-hati hasrat mereka untuk bercuti di Indonesia ekoran bimbang dengan demonstrasi yang bakal berlaku akibat kenaikan harga bahan api berkenaan. - MYNEWSHUB
TOP
2 Daripada 7 Juta Penerima BR1M Tidak Miliki Akaun Bank
PONTIAN – Kira-kira dua juta daripada tujuh juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini masih tidak memiliki akaun bank, menyukarkan usaha untuk menyalurkan terus bantuan kepada mereka, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad berharap mereka yang masih belum membuka akaun bank supaya berbuat demikian dengan segera supaya bayaran BR1M tahun depan sebanyak RM950 dapat disalurkan kepada mereka dengan lancar.
“Selepas membuka akaun, mereka boleh menyerahkan maklumat terbabit kepada penghulu, ketua kampung atau pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terdekat supaya kita (Kementerian Kewangan) boleh mengemas kini data,” katanya kepada Bernama di Kampung Parit Datuk Onn, baru-baru ini.
Katanya mereka yang masih belum membuka akaun bank boleh berbuat demikian di cawangan atau ejen Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank atau CIMB.
Menurut Ahmad, penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang untuk menerima bantuan kewangan itu yang akan disalurkan kepada akaun bank mereka menerusi tiga kali pembayaran.
Fasa pertama pembayaran BR1M akan dilakukan pada Jan tahun depan sebanyak RM300, katanya.
Ahmad berkata pemberian BR1M bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat seperti pembelian barangan keperluan dapur dan bukannnya untuk membayar hutang kenderaan dan lain-lain.
“Jikalau perbelanjaan dapur bulanan satu isi rumah itu secara puratanya adalah sebanyak RM300, BR1M dapat menampung selama tiga bulan perbelanjaan dapur isi rumah terbabit,” katanya.
Bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan purata perbelanjaan dapur sebanyak RM400 sebulan, BR1M itu mampu menampung dua bulan perbelanjaan dapur mereka, katanya.
“BR1M bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat,” katanya. – BERNAMA
TOP
624 Kes Perlanggaran Skim Kawalan Harga – Hasan Malek
MELAKA – Sebanyak 624 kes perlanggaran harga barang dicatat pada Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri tahun ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata sebanyak 488 kes perlanggaran harga barang dengan kompaun berjumlah RM53,250 dicatat pada Skim Kawalan Harga Sempena Tahun Baharu Cina, manakala 136 kes dengan kompaun RM15,850 dicatat pada Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri.
Katanya barangan dengan nilai RM27,269.67 telah dirampas daripada peniaga runcit dan borong kerana melanggar Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina dan barangan bernilai RM10,563.35 dirampas pada Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri.
“Pada Skim Kawalan Harga Sempena Deepavali yang bermula hari ini saya memohon kerjasama semua peniaga supaya tidak menaikkan harga melebihi harga siling,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau harga barang di Pasar Besar Melaka Sentral, Peringgit di sini hari ini.
Pada Isnin lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan 14 jenis barangan diletakkan bawah Skim Kawalan Harga Sempena Deepavali bermula hari ini sehingga 27 Okt depan.
Hasan berkata pada tahun lepas sebanyak 656 kes perlanggaran harga barang dicatat pada Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.
Beliau berkata kompaun berjumlah RM72,050 dikeluarkan pada skim kawalan harga musim perayaan tersebut dengan nilai rampasan berjumlah RM290,926.05.
Katanya KPDNKK menyediakan kaunter aduan di tempat tumpuan orang ramai di seluruh negara seperti pasar besar bagi memudahkan orang ramai membuat aduan secara terus sekiranya terdapat perlanggaran peraturan kepenggunaan terutamanya melibatkan harga barang.
“Jika rasa tertipu, jumlah diberi peniaga tidak betul ataupun tidak puas hati dengan harga barang, pengguna boleh terus buat aduan di kaunter KPDNKK dan pegawai kami akan terus ambil tindakan keluarkan kompaun atau didakwa di mahkamah sekiranya benar,” katanya. – BERNAMA
TOP
Tubuh Pangkalan Hadapan Di Laut China Selatan
KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) akan mewujudkan pangkalan hadapan di beberapa buah pulau peranginan di Laut China Selatan bagi membendung aktiviti pencerobohan nelayan asing.
Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur Datuk Nasir Adam berkata, langkah itu dilakukan supaya tindakan pantas dapat diambil jika berlaku pencerobohan nelayan asing khususnya di kawasan pulau.
Katanya, antara pulau yang dikenalpasti untuk menubuhkan pangkalan terbabit ialah Pulau Tioman di Pahang dan Pulau Tenggol, Pulau Perhentian serta Pulau Redang di Terengganu.
“Setakat ini kita sedang mempersiapkan kelengkapan seperti bot yang sesuai untuk digunakan di kawasan pantai dan seramai lapan anggota akan ditempatkan di setiap pangkalan hadapan dengan dilengkapi sebuah bot untuk mereka menjalankan operasi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya pangkalan ini juga membolehkan penduduk kampung menyalurkan maklumat dan aduan mengenai pencerobohan di kawasan mereka menangkap ikan.
Nasir berkata, kebiasaanya bot nelayan asing akan menjadikan kawasan pulau ini sebagai tempat berlindung ketika musim tengkujuh melanda di Pantai Timur dan mengambil kesempatan untuk menangkap ikan.
Sejak Januari hingga Oktober tahun ini lebih seratus buah bot nelayan asing dari Thailand dan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan Malaysia di Laut China Selatan.
Kebanyakan mereka menggunakan bot pukat tunda, rawai dan pukat hanyut. – BERNAMA
TOP
Kerajaan Peruntuk RM3.7 Juta Bayar Elaun JPP
MARAN – Kementerian Kesahjeteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sebanyak RM3.702 juta bagi membayar elaun kepada 231 orang Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) di Pahang tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Sadique berkata, setiap orang akan dibayar sebanyak RM800 mulai awal November ini sebagai menghargai peranan mereka dalam memakmur masyarakat dan negara.
Menurutnya, peranan JPP tidak bertindih dengan Ahli PBT (pihak berkuasa tempatan) ataupun anggota Rukun Tetangga kerana anggota JPP merupakan penghubung masyarakat bandar, taman perumahan dan pinggir bandar.
Katanya, Objektif penubuhan JPP bertujuan menggalakkan penduduk dalam program pembangunan setempat serta menangani isu-isu kesejahteraan bandar.
“Peranan JPP amat penting bukan sahaja menyatukan penduduk setempat, malah menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan di dalam melaksanakan pembangunan.
“Secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berfokuskan kepada memberi kesejahteraan kepada semua lapisan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Majlis Daerah Maran di sini hari ini.
Turut hadir, Anggota Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib. – BERNAMA
TOP
Polis Tahan 42 Penagih Dadah Di Jelutong
GEORGETOWN – Polis menahan 40 lelaki dan dua wanita disyaki penagih dadah dalam serbuan di sebuah tapak pelupusan sampah di Jelutong, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan Guan Beng Kang berkata, dalam Op Mutiara Bersepadu dari 4 pagi hingga 10.30 pagi itu, polis melakukan kepungan melibatkan 10 laluan keluar masuk ke tapak sampah itu bagi mengelakkan penagih dadah terbabit meloloskan diri.
“Dua bot Pasukan Polis Marin Wilayah Satu turut diarah bersedia jika suspek cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam laut berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.
Beliau berkata, lima lelaki daripada suspek yang ditahan turut didapati memiliki sejumlah heroin dan syabu yang diisi dalam beberapa paket kecil dan straw.
“Polis percaya selain menagih mereka turut mengedar dadah itu secara kecil-kecilan dengan menjadikan tapak pelupusan itu sebagai tempat jual beli dadah,” katanya.
Beng Kang berkata, penagih dadah berusia antara 30 dan 50 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA
TOP
Rakyat Digesa Bersatu Bendung Anasir Militan
KOTA KINABALU – Rakyat Sabah terutama golongan muda diingatkan agar bersatu padu bagi membendung anasir atau fahaman militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) daripada mempengaruhi masyarakat di negeri ini.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, rakyat Sabah seharusnya menolak fahaman dan ancaman seumpama itu yang boleh memudaratkan kesejahteraan dan keharmonian hidup.
“Jangan sesekali masyarakat terpikat atau terpengaruh dengan laungan jihad semata-mata yang membelakangkan agama serta perbuatan yang boleh menggadai maruah negara mahupun mencetuskan pergaduhan,” katanya ketika berucap melancarkan Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) peringkat Sabah di Lintasan Deasoka, di sini, hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berharap pasukan keselamatan dapat meningkatkan pemantauan bagi menjaga dan mewujudkan suasana yang selesa di kalangan masyarakat.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti ISIS.
Terdapat tiga kumpulan militan yang disertai rakyat Malaysia di Syria iaitu Negara Islam (IS), Jabhat Al Nusra dan Ajnad Al Sham, dan lazimnya mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran dan ‘jihad’ semasa ‘mengumpan’ golongan sasaran. – BERNAMA
TOP
JDT Jalin Kerjasama Dengan Borussia Dortmund
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan persatuan itu akan menjalin kerjasama dengan pengurusan kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund dalam tempoh terdekat.
PBNJ dalam satu kenyataan memberitahu, satu perlawanan persahabatan akan turut diadakan diantara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Borussia Dortmund di Stadium Larkin.
Menurut kenyataan itu, kerjasama itu susulan daripada kunjungan Pengarah Pembangunan Belia Borussia Dortmund, Edwin Boekamp ke atas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 16 dan 17 Oktober lalu.
“Kehadiran Boekamp banyak membawa perkara-perkara positif demi pembangunan bola sepak negeri Johor terutaman bagi pemain bola sepak (Johor) berusia 9 hingga 18 tahun,” kata kenyataan itu seperti disiarkan melalui laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Menurut PBNJ, satu perjumpaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund akan diadakan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung kerjasama kedua-dua pasukan.
Jelas kenyataan itu, kerjasama itu turut melibatkan penghantaran jurulatih JDT ke Jerman untuk menimba ilmu taktikal dengan kelab tersebut.
Kerjasama itu juga melibatkan kedatangan jurulatih Borussia Dortmund ke Johor untuk memantapkan program Akademi Bola Sepak Johor yang bakal di laksanakan di Kulaijaya tidak lama lagi.
PBNJ dalam pada itu menjelaskan kontroversi pemain JDT, Mohd. Shakir Shaari sepatutnya tidak layak beraksi menentang pasukan Terengganu di Stadium Larkin baru-baru ini kerana telah menerima 3 kad kuning.
Menurut PBNJ, peraturan bola sepak antarabangsa menyatakan semua kad kuning dalam perlawanan peringkat kumpulan dihapuskan dan pemain yang terlibat layak untuk membarisi perlawanan berikutnya.
“Hanya pemain yang menerima tindakan disiplin disebabkan layangan kad merah secara terus atau yang sedang dalm tempoh penggantungan sahaja yang tidak dibenarkan bermain,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc
TOP
Siti Nurhaliza, Fynn Jamal & Wings Ungguli APM 2014
PENYANYI hebat negara, Datuk Siti Nurhaliza memenangi Artis Terbaik Wanita di Anugerah Planet Muzik tahun ini (APM 2014), yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura malam semalam.
Selain itu, kumpulan rock tanahair, ‘Wings’ yang menerima Anugerah Khas Planet Muzik manakala Fynn Jamal memenangi Artis Baru Terbaik (Wanita). Berikut adalah senarai 19 anugerah disampaikan.
Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2014
Artis Baru Terbaik (Lelaki)
Tulus – artis terbaru dari Indonesia
Artis Baru Terbaik (Wanita)
Fynn Jamal
Nova Media Sosial
Khareez Kasbulah
Ikon Media Sosial
Taufik Batisah
Artis Paling Popular (Singapura)
Taufik Batisah
Lagu Paling Popular (Singapura)
Ikrar Kasih – Taufiq Batisah
Lagu Paling Popular APM
Dia Dia Dia – Fatin Shidqia Lubis
Artis Paling Popular (APM)
Noah
Band Terbaik
Noah
Kolaborasi Terbaik (Artis)
Kalau aku kaya- Awi Rafael Dan Altimet
Kolaborasi Terbaik (Lagu)
Mimpi – Aisyah Aziz
Artis Terbaik (Lelaki)
Judika
Artis Terbaik (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza
Duo / Kumpulan Terbaik APM 2014
Hafiz dan Rossa
Lagu Terbaik Singapura
Tiada Pengganti – Sufie Rashid
Lagu Terbaik Malaysia
Lebih Indah – Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Terbaik Indonesia
Setelah Kau Tiada – Cakra Khan
Lagu Terbaik APM
Setelah Kau Tiada – Cakra Khan
Anugerah Khas Planet Muzik
Wings
Acara itu dihoskan oleh Dyn Norahim, Nabil Ahmad dan Sarah Sechan dihadapan 3,500 penonton.
Penganjuran anugerah gemilang itu dianjurkan sejak 2001 bagi mengiktiraf bakat industri muzik Melayu dari tiga negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia dengan 19 kategori dipertandingkan.
:-MYNEWSHUB.CC

Pembinaan Pan Borneo Buka Peluang Kerja, Niaga Di S’wak
KUCHING – Golongan siswazah di Sarawak perlu merebut peluang pekerjaan dan keusahawan yang akan meningkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan komitmen kerajaan untuk menyiapkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peluang ini terhasil ekoran keputusan kerajaan untuk mengambil kaedah kerjasama sektor awam dan swasta untuk mempercepatkan lagi projek berkenaan.
“Ini bermakna untuk anak-anak yang sedang belajar pada masa ini…dalam tempoh lima tahun akan datang, peluang perniagaan, peluang pekerjaan dalam sektor ini amat cerah sekali,” katanya semasa merasmikan Hari Terbuka Universiti Antarabangsa Unitar Wilayah Sarawak di sini.
Menurutnya peruntukan RM27 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 untuk melaksanakan projek lebuh raya itu merupakan jumlah besar yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat di Sarawak yang terlibat dalam projek berkenaan.
“Kalau kita dapat satu peratus sahaja daripada projek itu (yang berkos) RM27 bilion, ia sudah memadai untuk mengekalkan atau menampung perniagaan kita dalam beberapa tahun akan datang,” katanya.
Sementara itu, Fadillah yang juga anggota Parlimen Petra Jaya berkata cadangan pihak universiti untuk membina kampus baharunya di Matang di sini mulai tahun depan merupakan langkah strategik memandangkan kawasan itu pesat membangun.
Menurutnya mulai tahun depan, sebuah lagi jambatan baharu menyeberangi Sungai Sarawak akan dibina untuk menghubungkan bahagian selatan Bandaraya Kuching dengan kawasan berkenaan yang merupakan satu daripada kawasan kediaman dan komersial yang semakin maju.
Katanya jaringan jalan raya di kawasan berkenaan juga akan dinaik taraf menjadi empat lorong selain pembangunan komersial yang kini dilaksanakan oleh pihak swasta.
Terdahulu, Pengerusi Kolej Sidma Unitar Sarawak Prof Dr Mornie Kambrie dalam ucapannya berkata kampus baharu yang dirancang itu akan mempunyai kelengkapan lebih baik berbanding di lokasinya sekarang di Jalan Haji Taha di sini.
Beroperasi sejak 1998, beliau berkata Unitar Sarawak berjaya mengeluarkan hampir 5,000 graduan dan dua daripada mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah. – BERNAMA
TOP
Sektor Hartanah Antara Pemacu Utama Ekonomi Malaysia
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sektor hartanah antara pemacu utama ekonomi Malaysia selain amat penting kepada keadaan kewangan kira-kira 140 industri berkaitan.
“Pemaju hartanah berkait dengan golongan profesional, pembiaya, pembekal bahan binaan, pengangkutan, pakar produk, kontraktor dan sebagainya. Paling penting dalam rantaian ini ialah pembeli hartanah,” kata Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ‘Sabah mengalu-alukan Pemaju Hartanah Utama Malaysia’, di sini malam tadi, bertujuan merai pemaju hartanah yang memenangi anugerah ‘The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2014′.
Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
“Malam ini kita meraikan pemaju hartanah yang bertanggungjawab, atas usaha anda dalam memastikan penyerahan produk berkualiti kepada pelanggan dan tanggungjawab sosial korporat anda kepada masyarakat,” kata Musa.
Sabah dipilih sebagai destinasi kembara rangkaian kerja pertama oleh pemimpin industri hartanah dan pemenang ‘The Edge Property Excellence Awards’, katanya.
Menurut Musa, pemaju hartanah juga memainkan peranan penting dalam industri pelancongan di Sabah dengan menyediakan lebih banyak hotel serta resorts bagi menampung peningkatan permintaan selain terus membangunkan sektor pelancongan.
Beliau berkata Sabah masih destinasi pilihan pelancong dengan kira-kira tiga juta pelawat tiba di negeri ini tahun lepas dan angka itu terus meningkat sekalipun timbul pelbagai cabaran termasuk isu berkaitan keselamatan.
Musa juga mempelawa pemaju hartanah utama tanah air untuk meneroka sektor hartanah kediaman seperti kediaman di atas tanah dan apartmen dengan mengembangkan produk mereka dalam segmen berbeza, susulan permintaan yang semakin meningkat.
Pada masa sama beliau turut menggesa pemaju agar memastikan harga hartanah tidak meningkat secara keterlaluan selain memperuntuk ruang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.
Mengenai kembara rangkaian kerja ke Kota Konabalu itu, Musa berharap pemaju hartanah turut meninjau potensi Sabah dalam perdagangan dan pelaburan, bukan sekadar pelancongan semata-mata.
Katanya Sabah sedang dipersiapkan untuk menarik pelaburan dalam pembuatan terutama untuk sektor hiliran minyak dan gas serta minyak sawit, dan usaha ini secara beransur-ansur akan menghasilkan lebih banyak peluang pembangunan hartanah. – BERNAMA
TOP
Jemaah Haji Bebas Jangkitan MERS-CoV, Ebola
SEPANG – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan bahawa tiada sebarang jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) dan Ebola dikesan dalam kalangan jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini.
Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perkara tersebut turut disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang menjalankan pemeriksaan ke atas jemaah haji di sana.
“Alhamdulillah, buat masa ini tiada seorang pun dalam kalangan jemaah haji dari negara kita yang menghidap penyakit melalui virus MERS-CoV dan Ebola,” katanya kepada media selepas menziarahi keluarga Allahyarham Salleh Mohammad Ja’afar di Kampung Abdul Rahman, Sungai Pelek, Sepang di sini hari ini.
Namun, jelas beliau prosedur pemeriksaan kesihatan akan terus dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan di pintu masuk negara bagi mengesan jika ada jemaah yang menunjukkan tanda-tanda demam dan sebagainya.
Allahyarham Salleh, 72, meninggal dunia di tanah suci pada 16 Oktober lepas akibat jangkitan kuman dalam darah serta paru-paru dan jenazahnya diuruskan pihak TH di Makkah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ek, Makkah.
Setakat ini 21 jemaah haji dari Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji tahun ini, terendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Abdul Azeez menasihati para jemaah agar terus menjaga kesihatan mereka ketika berada di Tanah Suci dan mengambil ubat mengikut jadual yang ditetapkan sekalipun ibadah haji mereka telah selesai.
Sehingga semalam, 14 penerbangan yang membawa 5,398 jemaah telah tiba di tanah air daripada 22,320 jemaah Malaysia (64 penerbangan keseluruhan). – BERNAMA
TOP
Kampung Tok Jembal Mungkin Hilang Akibat Hakisan Pantai
KUALA LUMPUR – Satu kajian simulasi kelautan mendapati Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu dan kawasan di sekitarnya yang dihuni ratusan penduduk, mungkin akan “hilang ditelan laut” dalam tempoh 15 tahun jika masalah hakisan pantai tidak diberi perhatian.
Penyelidik di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohammad Fadhli Ahmad, berkata simulasi yang dijalankan sejak empat tahun lepas mendapati 42.6 meter kawasan darat itu telah terhakis.
“Kawasan yang teruk terjejas adalah sepanjang 3.4 kilometer yang bermula dari utara Lapangan Terbang Sultan Mahmud sehingga ke UMT dan turut melibatkan Kampung Tok Jembal,” katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.
Mohammad Fadhli berkata, berdasarkan kajian itu, maka tidak mustahil Kampung Tok Jembal akan hilang daripada peta negeri Terengganu dalam tempoh itu jika tiada sebarang langkah menangani masalah hakisan dilakukan.
Selain itu, hasil kajian pihaknya juga mendapati 166 kilometer garisan pantai atau 66 peratus daripada 244 kilometer garisan pantai di Terengganu, turut terjejas, melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, Besut, Dungun, Kemaman dan Setiu.
Malah, hakisan turut menyebabkan kemusnahan beberapa aset UMT seperti tapak stesen penyelidikan tenaga diperbaharui yang menempatkan makmal dan kincir angin, menyebabkan kerugian lebih daripada RM500,000.
Mohammad Fadhli berkata, pantai di Terengganu adalah jenis yang sentiasa berubah-ubah, manakala hakisan adalah perkara semula jadi apabila berlakunya musim monsun barat daya dan monsun timur laut.
Beliau berkata, struktur pembangunan di sepanjang pantai di Terengganu juga memerlukan kajian terperinci bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar.
“Keseimbangan di kawasan tepi pantai sebenarnya berpunca daripada hakisan itu sendiri. Kalau tiada pembangunan di tepi pantai dan dengan kehadiran monsun, akan berlaku proses semula jadi dan sedimen atau pasir akan kembali ke kawasan pantai.
“Bagaimanapun, pembangunan yang menjadi faktor pengubah hidrodinamik di kawasan pantai menyebabkan proses semula jadi yang berlaku itu menjadi tidak seimbang,” katanya.
Mohammad Fadhli berkata, UMT juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu kumpulan Penyelesaian Risiko Bencana Pesisir Pantai yang mengkaji fenomena hakisan di sepanjang Pantai Terengganu.
“Ini merangkumi kajian pengawasan dan kesan jangka masa panjang ke atas pembangunan yang dibina sepanjang pantai Terengganu yang dilakukan setiap masa menerusi penyelidikan ilmiah penyelidik dan pelajar.
“Kajian ini menggunakan peruntukan geran penyelidikan yang dianggarkan sebanyak RM150,000. Kerajaan juga membuka peluang kepada penyelidik untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kajian tersebut menerusi geran penyelidikan seperti Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS),” katanya. – BERNAMA
TOP
Pereka Grafik Maut, Rakan Cedera Kereta Rempuh Treler
IPOH – Hasrat seorang pereka grafik sebuah syarikat di ibu negara menghadiri majlis alumni institusi pengajian tingginya di Pulau Pinang tidak kesampaian apabila kereta yang dipandu rakannya merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran Gopeng di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, Nabil Affandi Johar, 27, dari Batu Caves, Selangor cederaan parah dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala rakannya yang juga Pegawai Kanan Integriti Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Muhammad Husaini Ahmad Mazlan, 28, cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian kanan belakang treler yang membawa muatan baja Urea.
“Polis tidak menolak kemungkinan kereta dipandu Muhammad Husaini hilang kawalan ekoran keadaan gelap dan jalan basah,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata pemandu lori berkenaan tidak cedera.
Di BUTTERWORTH, seorang pelajar kolej maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer 130.5 PLUS arah Utara berhampiran persimpangan Sungai Dua di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Adham Mohamad Asmadi, 18, menunggang motosikal ke rumahnya di Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor dekat sini.
Mangsa mati di tempat kejadian selepas dirempuh oleh kenderaan yang belum dikenal pasti.
“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang remaja lelaki itu hilang kawalan setibanya di tempat kejadian sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan.
Bagaimanapun kenderaan itu terus meninggalkan tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.
Beliau meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Penyamun Disangka Polis, Lelaki Rugi Hampir RM2,000
GEORGE TOWN – Seorang pemandu limosin kerugian hampir RM2,000 selepas dirompak dua lelaki di Jalan Perak, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian 6 pagi, lelaki berusia 51 tahun itu sedang menunggang motosikal menuju ke pusat bandar untuk ke tempat kerjanya sebelum ditahan suspek.
“Mangsa menyangka suspek adalah polis dan memberhentikan motosikalnya di bahu jalan. Melihat peluang itu, suspek terus mengacukan pisau ke arah pinggang mangsa dan merampas beg galas miliknya,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata beg galas itu mengandungi dompet berisi wang tunai berjumlah RM600, telefon pintar dan beberapa dokumen penting.
Mior Faridalathrash berkata mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak sempat melihat nombor plat motosikal yang digunakan suspek.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, membuat laporan di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Timbalan Menteri Tidak Anjur Rumah Terbuka Deepavali
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan tidak akan mengadakan program Rumah Terbuka Deepavali di rumahnya pada tahun ini.
Beliau berkata, keputusan tidak menganjurkan Rumah Terbuka Deepavali di rumannya sebagai menghormati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17.
“Saya mahu menyatakan saya tidak akan mengadakan rumah terbuka pada sambutan Deepavali tahun ini untuk menghormati semua mangsa nahas MH370 dan MH17.
“Tidak dilupakan juga bekas rakan saya dari Sekolah Tinggi Bukit Mertajam yang turut terkorban dalam nahas MH17,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Loga Bala dalam pada itu mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua penganut Hindu dan meminta mereka berhati-hati semasa memandu. – mynewshub.cc
TOP
ATM Sentiasa Pantau Setiap Anggotanya
PORT DICKSON – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau secara serius setiap anggotanya daripada terjebak dalam perkara negatif dan tidak bermoral termasuk terlibat dengan kegiatan militan.
Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata proses pemantauan itu dibuat sepenuh masa secara berterusan.
“Malah, proses pengambilan perajurit muda, kursus, kenaikan pangkat dan tugasan ke luar negara perlu melalui tapisan yang teliti.
“Setakat ini tidak ada anggota tentera didapati terlibat atau menyertai kegiatan militan,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan perajurit muda lelaki dan wanita di Pusat Latihan Asas Tentera Darat di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dan Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.
Kelmarin polis menahan 14 individu di Shah Alam, Selangor dan Damansara, Kuala Lumpur yang dipercayai dalam persiapan untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
Dalam perkembangan lain, Raja Mohamed Affandi berkata ATM meletakkan anggota dan asetnya dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam termasuk banjir.
Katanya ATM mampu menggerakkan jumlah anggota yang mencukupi dalam setiap operasi menyelamat dan memindahkan mangsa mengikut keperluan dan keluasan kawasan banjir terlibat.
“Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah membuat lawatan ke tempat-tempat yang kita jangkakan berlaku banjir dan arahan yang dikeluarkan…jika berlaku banjir, kita akan segera memberi bantuan selaku responder pertama,” katanya.
Sebanyak 1,477 perajurit lelaki dan 29 perajurit wanita menamatkan latihan enam bulan mereka bagi sesi kali ini.
Mohd Tarmizi Hashim menerima anugerah Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik, manakala Norashikin Mazlan (Perajurit Muda Akademik Terbaik), Mohd Najdi Muhammad (Perajurit Muda Kawad Terbaik), Kriner anak Seris (Perajurit Muda Jasmani Terbaik) dan Muhammad Asyraf Hazwan Muhammad Ridhwan Teh (Perajurit Muda Penembak Terbaik). – BERNAMA
TOP
Soal Jawab Kehamilan, Cari Jawapan Ke Cari Pasal?
TEMPOH kehamilan memang banyak ilmu yang harus dipelajari terutama sekali jika baru pertama kali menempuh pengalaman bergelar ibu bapa. Selain mencari maklumat rujukan di buku atau internet, doktor juga merupakan sumber rujukan yang amat dipercayai.
Namun jawapan bagi persoalan tentang kehamilan dari ‘pakar sakit puan’ ini amat menggelikan hati. Walaupun jawapannya agak sarcastic, nak kata tak betul, ada logik gak dari jawapan itu. Cuba tengok soalan-soalan kat bawah ini:-
Sebenarnya, soal jawab ini di muat naik di portal 9GAGS. Memang portal lawak, jadi jangan la serius sangat yer. Gelak sikit bagi release tensyen katanya..!
-MYNEWSHUB.CC

Vivian Lee : Hubungan Kita Berakhir Sampai Di Sini, Alvin !
Kontroversi kisah cinta antara Alvin Tan dan Vivian Lee diketahui umum oleh rakyat Malaysia gara-gara selepas beliau mempersendakan umat islam pada bulan ramadhan tahun lalu.
Kini, hubungan cinta itu bakal berakhir apabila penulis blog lucah, Vivian Lee seakan pasrah ditinggalkan kekasihnya yang telah melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).
Melalui catatan terbaharunya di laman facebook, Vivian meluahkan perasaan dengan menyifatkan Alvin sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sudah melupakan dirinya.
“Kamu meninggalkan saya tanpa sebarang berita. Kamu juga tidak menjawab sebarang mesej serta pesanan yang dihantar.
“Hubungan kita berakhir sampai di sini. Kamu terlalu melampau dan menyebarkan pelbagai fitnah terhadap saya,” kata Vivian dalam laman Facebooknya lagi.
Vivian melalui kata-katanya dilihat jelas kecewa dengan sikap Alvin Tan yang tidak menghiraukan dirinya lagi dan memberi pelbagai penderitaan setelah Alvin meninggalkan negara begitu sahaja.
Malah ,ada laporan mengenai Alvin yang sanggup menuduh Vivian di laman facebook memberitahu Vivian sebenarnya terlibat dalam penawaran khidmat seks .
Bagaimanapun ,tuduhan Alvin itu mendapat reaksi penguna laman sosial yang menasihati Vivian supaya meninggalkan lelaki yang tidak menghargai cintanya itu.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan teman wanitanya, Vivian Lee atau Lee May Ling, 25, didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 setelah memuat naik satu penerbitan bersifat kontroversi di laman Facebook pada bulan ramadhan tahun lepas.
Moga-moga Vivian belajar daripada kesilapan yang lalu dan bangkit untuk meneruskan hidup.

Isteri Buat Laporan Polis ‘Zakar Suami Terlalu Besar’
Jika dulu Mynewshub.cc ada menulis laporan berkenaan individu membuat laporan polis kerana makanan terlalu pedas dan lambat mendapat jodoh, hari ini kami memaparkan pula laporan polis oleh seorang isteri berkenaan suaminya.
Isteri itu membuat laporan polis kerana zakar suaminya bersaiz terlalu besar dan tidak sesuai untuknya.
Menurut pengadu, laporan itu dibuat ekoran mereka berdua bergaduh kerana perkara itu selepas wanita itu enggan melakukan hubungan seks.
“Suami saya telah mengajak saya melakukan hubungan seks, saya telah menolak ajakan suami saya kerana tidak mampu memenuhi permintaannya kerana setiap kali bersama, saya akan berasa sakit di bahagian kemaluan akibat saiz yang besar.
“Ekoran daripada itu, saya telah bergaduh dengan suami saya, saya datang ke balai polis buat laporan untuk rujukan pihak mahkamah syariah kerana mahu buat permohonan,” kata pengadu dalam laporan polis. Kes berkenaan berlaku pada bulan Julai tetapi mula tersebar hari ini di internet dan laman sosial. Untuk kes ini, penulis tiada komen untuk diperkatakan. – MYNEWSHUB

Jenama Yang Anda Tidak Sangka Dari Malaysia!
Artikel ini pasti membuatkan anda tergamam membacanya kerana anda mungkin tidak percaya apa yang anda lihat!
Seperti orang selalu kata , hidup ini penuh dengan kejutan bukan?
Jika selama ini anda terlalu mementingkan jenama dan barangan luar negara, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi kerana artikel ini mungkin mengubah anda.
Sebagai contoh, adakah anda yakin San Francisco Coffee berasal dari San Francisco atau negara barat yang lain ?
Opss…maaf bro, sebenarnya ianya berasal dari Malaysia! Apaaaa???…
Hah…ada 5 lagi jenama yang anda tidak sangka taw dari Malaysia. Jom kita tengok!
1. BONIA
Ramai yang menyangka Bonia adalah produk Italy. Mungkin kerana namanya yang seakan-akan nama dari Italiy.
Sememangnya jenama Bonia sangat dikenali. Lagi-lagi kualiti produk yang dipersembahkan oleh jenama ini setaraf produk terkemuka antarabangsa. Ini adalah produk yang boleh dibanggakan. Produk Bonia berinspirasikan produk negara Italy.
BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan sejak 1974 oleh S.S. Chiang.
2.San Francisco Coffee
Bermula pada tahun 1997. Restoran ‘coffee’ ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah Datuk Abdul Rahim Zin.
Hah, restoran ini kini mempunyai 27 cawangan dalam Malaysia dan Singapura.
3. The Manhattan FISH MARKET
Anda suka menjamu selera di restoran ini?
Restoran ini yang sangat popular ini bukan dari Manhattan yer. Ianya diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh.
“People are always surprised when they discover The Manhattan Fish Market is a Malaysian brand. What amazes them more is how well we have performed within such a short span of time,” George Ang, The Star.
4. Fipper
Ini merupakan selipar yang menjadi pilihan zaman ini kerana keselesaan dan reka bentuknya yang ‘simple and nice’.
Ramai menyangka ianya berasal dari California taw.
Pengasasnya ,Jack Lim mencipta jenama ini pada 2008 dan selipar ini berasaskan getah dari Thailand .
5. OGAWA
Nama jenama ini sememangnya menggunakan ayat jepun sehingga tiada yang menyangka dari Malaysia.
Pengasasnya ialah Wong Lee Keong and Lim Poh Khian. Mereka mencipta jenama ini sejak 1996 hingga ianya kini dikenali umum. Sebenarnya banyak lagi jenama terkenal yang anda tidak sangka berasal dari Malaysia taw. Seperti coklat jenama Beryl’s, Vochelle dan jenama pakaian British India. Ini menunjukkan produk Malaysia sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk antarabangsa. Jom beli produk tempatan! -MYNEWSHUB.CC

Remaja OKU Maut Jatuh Dari Tingkat 13 Pangsapuri
SEORANG remaja kurang upaya (OKU), Mohamad Huzaimi bin Shaari, 14, maut selepas jatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Dumbar, Georgetown, Pulau Pinang dalam kejadian petang tadi.
Jurucakap polis berkata, remaja itu dipercayai terjatuh apabila memanjat kerusi di balkoni rumahnya dan ditemui cedera parah kira-kira jam 4.02 petang.
Mayat mangsa ditemui di kawasan laluan kenderaan di tingkat dua.
“Mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui berpakaian lengkap dan mati di tempat kejadian. Hasil soal siasat mendapati mangsa menetap bersama neneknya manakala ibunya berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana dilaporkan mengalami angin ahmar dan bapanya sudah meninggal dunia,” memetik laporan portal Harian Metro.
Mangsa dikatakan seorang yang hyperaktif dan mayatnya kemudian dihantar ke HPP untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Berbekalkan RM15 Terakhir Untuk Tagih Bantuan JKM Tapi Gagal
BERBEKALKAN wang terakhir RM15, seorang warga emas terpaksa berkorban membayar tiket bas untuk ke Alor Setar dari kampungnya di Kampung Teloi Tua, Sik, Kedah kerana ingin ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengetahui sebab bantuan kebajikan kepadanya dihentikan sejak tiga bulan lalu.
Mat Isa Lahaman, 60, berkata, dia terpaksa membayar tambang bas RM10 daripada RM15 dimilikinya sebagai tambang bas, manakala RM2.50 untuk makan ketika sampai di bandar itu.
Ketika ditemui Sinar Harian dua hari lalu, dia buntu bagaimana mahu pulang ke kampung dengan wang baki RM2.50.
Menurutnya, usahanya memohon JKM menyambung semula bantuan itu juga gagal apabila dia didakwa tidak lagi menetap di Rumah Orang Tua Galau.
Dakwa Mat Isa, dia sepatutnya menerima wang bantuan RM300 sebulan namun tidak menerimanya setelah dimasukkan ke Hospital Sik dan tidak berupaya mengambil wang bantuan itu.
“Saya hanya tinggal sebatang kara selepas kematian isteri, Ramlah Yackop, akibat kencing manis pada 2011. Manakala anak pula tiada,” katanya yang kini mengambil upah bekerja kampung seperti memotong rumput namun, tahap kesihatan kurang mengizinkan untuknya melakukan kerja berat.
Katany, dia bukan menagih simpati tetapi ingin bantuan diteruskan untuk menampung kehidupan.
Sementara itu, Penolong Pegawai JKM Daerah Sik, Samnah Asik@Hasim berkata, pihaknya tidak akan membuat pemotongan bantuan yang disalurkan kepada penerima dengan sewenang-wenangnya.
“Mat Isa tidak dapat dihubungi serta tinggal di tempat lain dan bantuan terpaksa dipotong jikalau penerima duduk di luar kawasan,” katanya. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Perwakilan Gerakan Setuju Hadkan Tempoh Presiden
SHAH ALAM — Lebih 1,000 perwakilan parti Gerakan hari ini sebulat suara bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap tiga artikel dalam perlembagaan parti itu, termasuk menghadkan jawatan presiden kepada tiga penggal.
Keputusan itu dicapai dalam Persidangan Perwakilan Nasional parti itu selepas pembentangan cadangan pindaan itu oleh bekas speaker parti itu, Tan Sri Dr Chen Fook Weng.
Cadangan pindaan itu merangkumi Artikel 10.2 yang berkaitan dengan persidangan Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan dan keanggotaan majlis itu dan Artikel 41.3 berkaitan menghadkan tempoh khidmat presiden dan pengerusi negeri kepada tiga penggal.
Satu lagi pindaan adalah berkaitan penubuhan sebuah jawatankuasa tata tertib parti yang berperanan mengambil tindakan terhadap anggota parti yang melanggar disiplin dan peraturan parti.
Ketika membentangkan cadangan pindaan itu, Dr Chen berkata Artikel 10.2 berkaitan Majlis Ahli Seumur Hidup Gerakan pada masa ini agak tidak relevan kerana keanggotaannya yang terhad selain boleh bermesyuarat pada bila-bila masa.
Sementara Artikel 41.3 yang berkaitan menghadkan tempoh khidmat presiden dan pengerusi negeri, beliau berkata ia bagi memastikan Gerakan sentiasa mendapat strategi dan nafas baharu.
“Satu lagi pindaan berkaitan penubuhan jawatankuasa tata tertib yang merangkumi beberapa perkara dan seksyen dalam perlembagaan, yang ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap anggota yang melanggar disiplin,” katanya.
Beliau berkata, semua pindaan tersebut perlu dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu untuk diluluskan sebelum parti dapat menguatkuasakannya.
Bagi pindaan menghadkan tempoh khidmat presiden dan pengerusi negeri itu, Dr Chen menjelaskan ia hanya akan berkuatkuasa selepas pemilihan parti itu yang dijangka diadakan pada 2016.
“Jika pindaan ini diluluskan, presiden sekarang dan pengerusi sekarang tidak tertakluk pada pindaan ini kerana pemilihan mereka dibuat pada 2013 lalu dan tempoh tiga penggal perkhidmatan mereka hanya dikira selepas pemilihan pada 2016,” katanya.
Dr Chen berkata, penubuhan jawatankuasa tata tertib pula dicadangkan selepas Gerakan mempamerkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu yang dikatakan berpunca daripada tindakan sabotaj dan tindakan anggotanya melanggar disiplin.
Beliau berkata, pada masa ini Gerakan tidak mempunyai sebuah jawatankuasa tetap untuk mengambil tindakan terhadap anggotanya dan jawatankuasa tersebut hanya ditubuhkan secara ad-hoc jika terdapat kes atau tuduhan berkaitan disiplin anggota.
“Tapi sekarang kita perlu ada jawatankuasa tetap kerana konsep yang ada sekarang ini tidak berkesan dan lambat mengambil tindakan atau melakukan siasatan,” katanya.
Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan bermula hari ini pada sebelah petang selepas persidangan serentak oleh sayap perwakilan Pemuda dan Wanita parti itu pada sebelah pagi.
Persidangan Perwakilan Nasional itu kemudian ditangguhkan pada pukul 5.30 petang dan bersambung tengah hari esok. – BERNAMA
TOP
Ali Hamsa Dipilih Presiden Baharu CAPAM
PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini dipilih sebagai presiden baharu Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) untuk penggal 2014 hingga 2016.
Menurut kenyataan pejabat Ketua Setiausaha Negara, pemilihan Ali dibuat sebulat suara oleh anggota-anggota CAPAM pada mesyuarat agung pertubuhan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Mesyuarat agung itu juga memilih pucuk pimpinan dan anggota lembaga baharu CAPAM.
Pemilihan itu merupakan satu penghormatan dan manifestasi keyakinan negara-negara Komanwel dan CAPAM terhadap kepimpinan Ali, yang sebelum ini merupakan Naib Presiden CAPAM.
Ia selaras dengan usaha membawa CAPAM ke tahap lebih penting di arena antarabangsa khususnya dari segi amalan tadbir urus baik dalam kalangan negara-negara anggota Komanwel.
Kejayaan itu juga pengiktirafan negara-negara Komanwel dan CAPAM terhadap Agenda Transformasi Negara dan hasil kejayaan Program Transformasi Kerajaan serta Program Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang diterjemahkan menerusi sektor perkhidmatan awam Malaysia yang cekap dan dinamik.
Menurut kenyataan itu, kejayaan menerajui CAPAM adalah hasil usaha dan peranan Malaysia selaku perintis kepada penubuhan pertubuhan itu pada 1994.
Sejak penubuhan CAPAM, Malaysia memainkan peranan penting dan banyak menyumbang kepada aktiviti dan pembangunan pertubuhan itu terutamanya dalam pentadbiran dan pengurusan.
Sebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pernah menyandang jawatan Presiden CAPAM dari 1996 hingga 1998.
Persidangan dwitahunan CAPAM, yang bermula esok hingga 21 Okt di PICC, bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu”.
Kira-kira 1,000 peserta dari 53 negara anggota Komanwel dan badan-badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) menyertai persidangan itu.
Selaku presiden baharu, Ali akan mempengerusikan Mesyuarat Anggota Lembaga Pengarah CAPAM pada Isnin ini di PICC.
Ali, 59, yang dilantik seabgai Ketua Setiausaha Negara pada Jun 2012, menyertai perkhidmatan awam pada 1981 dan menyandang beberapa jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri pada April 2009.
Beliau juga merupakan pengerusi Institut Integriti Malaysia, pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Johor.
Ali turut menerajui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan selain kerjasama pelbagai kementerian dan agensi yang selaras dengan agenda transformasi negara.
Ali, yang dilahirkan di Kluang, Johor, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Ekonomi di Oklahoma State University, Amerika Syarikat pada 1986 dan ijazah Doktor Falsafah dalam Sains dan Ekonomi Alam Sekitar pada 1997. – BERNAMA
TOP
Keluar Fatwa Haramkan Ketum – Pemadam
JITRA – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini.
Yang Dipertuanya Datuk Mohd Johari Baharum berkata ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.
Beliau berkata pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah, yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.
“Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semananjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.
“Saya terima aduan ada nelayan di Pahang minum air ketum sebelum ke laut,” katanya pada majlis penutup seminar Penyalahgunaan Ketum: Pembunuh Senyap Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini, hari ini.
Mohd Johari berkata Pemadam juga berharap Jabatan Peguam Negara menyegerakan proses mewartakan penyalahgunaan ketum dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketum mengancam keselamatan di negara ini.
“Saya merayu kepada kerajaan agar percepatkan rang undang-undang berkaitan ketum ini agar tindakan boleh diambil terhadap pengusaha tanaman ketum yang merosakkan rakyat,” katanya.
Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu meminta kerajaan Kedah menggubal undang-undang tanah bagi mengharamkan penanaman tanaman memudaratkan seperti ketum.
Kerajaan negeri berhak merampas tanah pengusaha ketum sekiranya melanggar undang-undang yang ditetapkan dan berhak untuk memusnahkan pokok ketum yang ditanam.
“Di Thailand, pihak berkuasa akan tebang pokok ketum selain mengenakan denda 500 baht bagi sehelai daun ketum,” katanya. – BERNAMA
TOP
Maritim Rampas Barang Seludup Lebih RM38 Ribu
MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri (DM13) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok di kawasan Kuala Lawas Khamis lepas.
Pengarah Operasi DM13 Komander Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, serbuan tersebut adalah hasil maklumat orang awam dan APMM berjaya merampas barang seludup melibatkan 2,376 tin minuman keras dan 25 karton rokok bernilai RM38,021.99.
“Sebelum rampasan dibuat Maritim mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan yang mencurigakan memasuki Kuala Lawas menuju ke Pulau Sari dan terus mengekori bot tersebut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
“Setelah bot mendarat ke tebing, dua orang lelaki didapati sedang melakukan kerja–kerja pemunggahan barang yang dibawa ke kawasan darat.
“Bila menyedari kehadiran anggota Maritim di lokasi tersebut kedua-dua lelaki itu meninggalkan lokasi tanpa membawa sekali barang seludup itu,” katanya.
Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan secara keseluruhan sepanjang tahun ini dianggarkan rampasan minuman keras dan rokok berjumlah RM58,995.67. – BERNAMA
TOP
Azmin Tuntut Penjelasan Putrajaya Berkenaan Perjanjian Air
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menuntut penjelasan daripada Kerajaan Pusat berkenaan sebab mengapa perjanjian penstrukturan semula air tidak boleh didedahkan kepada umum.
Beliau berkata jawapan secara bertulis daripada Putrajaya itu penting bagi membolehkan perbincangan lanjut mengenai perkara itu diadakan.
“Saya masih belum terima surat. Saya mahu melihat balasan daripada (Datuk Seri) Dr Maximus (Johnity Ongkili).
“Beliau perlu menjelaskan mengapa kerajaan pusat enggan mendedahkan secara penuh perjanjian itu. Daripada situ akan ada perbincangan lanjut,” katanya kepada media di ibu negara hari ini, memetik laporan The Malaysian Insider.
Menurut Maximus yang merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kandungan perjanjian itu antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Selangor belum boleh didedahkan kepada orang ramai selepas mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.
“Jika sememangnya kerajaan Selangor minta perjanjian diklasifikasikan status kerahsiaan supaya awam boleh melihatnya, ia memerlukan persetujuan semua pihak.
“Memang ada sebab kenapa perjanjian belum boleh diklasifikasikan umum kerana mesti tertakluk kepada perbincangan dengan syarikat konsesi,” katanya.
Maximus berkata, urusan kerajaan pusat kini sudah selesai dan kerajaan Selangor perlu menyelesaikan urusan mereka dengan syarikat konsesi dalam tempoh 5 minggu daripada tempoh 2 bulan seperti yang diperuntukkan perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.
“Kalau sampai dua bulan tidak boleh uruskan, kementerian akan terpaksa menggunakan Seksyen 114, WSIA,” katanya, merujuk kepada Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. - MYNEWSHUB
TOP
DAP Gembira Ada Melayu `Hentam’ Perkasa
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng gembira kerana ada orang Melayu beragama Islam menyokong DAP supaya Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali didakwa kerana mengugut mahu membakar Injil yang menggunakan perkataan Allah.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, ugutan Ibrahim untuk membakar Injil tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang umatnya daripada membakar kitab suci agama lain.
“DAP menghargai kumpulan Islam yang sederhana atas sokongan mereka mengutuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri kerana menyokong keputusan pendakwaraya untuk tidak mendakwa Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng berkata, rakyat Malaysia harus menolak sebarang usaha untuk menukar tingkah laku mereka daripada sederhana kepada ekstremisme.
Nancy baru-baru ini bagaimanapun menegaskan beliau tidak menyokong pandangan Presiden Perkasa tersebut
Namun, katanya, beliau mesti membela kedaulatan undang-undang dan menyokong keputusan polis dan pendakwaraya untuk tidak mendakwa Ibrahim.
“Keputusan peguam negara tidak mengambil tindakan atas Ibrahim dibuat berdasarkan dapatan polis,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Axia Terima 39,000 Tempahan Sejak Dilancar 15 Sept Lalu
BESUT – Model terbaharu Perodua, Perodua Axia menerima 39,000 tempahan sejak pelancaran pada 15 Sept lalu sehingga semalam.
Ketua Pegawai Operasi Perodua Zahari Husin berkata pencapaian itu merupakan rekod baharu bagi model Perodua.
“Perodua Myvi dahulu hanya mencatatkan 17,000 hingga 18,000 tempahan semasa dilancarkan,” katanya kepada Bernama selepas menyerahkan van jenazah sumbangan Perodua kepada Masjid Hadhari Jerteh, di sini hari ini.
Beliau juga menjangka tempahan Perodua Axia akan terus meningkat dalam masa terdekat.
Sambutan memberangsangkan ini bukan sahaja kerana reka bentuknya yang menarik tetapi juga keupayaan yang ditawar oleh model Perodua Axia antaranya penjimatan petrol, katanya.
Mengenai sumbangan van jenazah itu, Zahari berkata ia sumbangan pertama Perodua untuk masjid di negara ini dan akan diperluaskan. – BERNAMA
TOP
16 Mati Di Konsert K-Pop, Besi Penghadang Pengudaraan Runtuh
KONSERT K-Pop kumpulan remaja terkenal Korea, 4 Minute di Seoul mengundang tragedi meragut 16 nyawa apabila besi penghadang lubang sistem pengudaraan runtuh pada ketinggian 18.7 meter, semalam.
Selain itu, sembilan lagi mangsa cedera parah dan kebanyakkannya adalah remaja perempuan. “Mereka sedang berdiri di atas besi penghadang lubang udara itu untuk mendapat pandangan yang lebih baik, tetapi besi penghadang itu runtuh akibat terlebih muatan,” kata jurucakap pasukan bomba.
Memetik laporan stesen televisyen YTN, kesemua mangsa belum dikenalpasti. Menurut saksi, meskipun kumpulan terbabit telah dinasihatkan untuk turun dan diingatkan mengenai bahaya tindakan mereka, namun masih berdegil dan tidak mahu berganjak. Konsert itu dihadiri kira-kira 700 orang peminat kumpulan terkenal itu, sebahagian dari acara festival di Pangyo Techno Valley. Namun, dikatakan kawalan keselamatan juga dikatakan pada tahap minimum dan longgar.
Lebih mengejutkan, susulan kejadian itu, seorang pegawai yang bertanggungjawab mengenai urusan keselamatan di konsert itu bertindak membunuh diri awal pagi tadi selepas tragedi itu berlaku. Lelaki yang dikenali sebagai Oh berusia 37 tahun adalah pegawai di Gyeonggi Institute of Science and Technology Promotion, organisasi yang bertanggungjawab menaja konsert terbabit. “Oh dipercayai terjun dari sebuah bangunan berhampiran lokasi tragedi selepas disoal siat mengenai insiden terbabit oleh pihak polis,” menurut jurucakap bomba itu. Insiden berlaku ketika negara itu masih bersedih dengan insiden feri Sewol yang karam dan mengorban 300 nyawa kebanyakkannya pelajar sekolah tahun ini. :-MYNEWSHUB.CC

Kematian Akibat Denggi Terus Meningkat
KUALA LUMPUR – Sebanyak 153 kes kematian akibat demam denggi dicatat sehingga pertengahan Oktober tahun ini di seluruh negara berbanding hanya 55 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini adalah peningkatan ketara yang mana terdapat sebanyak 80,578 kes demam denggi berbanding hanya 25,119 kes pada tempoh sama untuk tahun lepas.
“Pada minggu lepas, terdapat empat kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan iaitu masing-masing di Sabah, Kuala Lumpur, Johor dan Perak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti 113 lokasi ‘hotspot’ wabak yang masih aktif di seluruh negara iaitu 65 di Selangor, 45 di Kelantan dan masing-masing satu di Sarawak, Sabah dan Perak.
“Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan, sebanyak 82,747 premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu 1,186 premis didapati terdapat pembiakan Aedes pada minggu lepas,” katanya.
Antara kawasan yang menjadi tempat pembiakan Aedes ialah tanah perkuburan, tapak pembinaan, tanah kosong, tempat ibadat, tempat pembuangan sampah, sekolah, taman rekreasi, pejabat kerajaan dan kilang.
Di KOTA BAHARU, kes demam denggi yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menunjukkan penurunan drastik iaitu daripada 180 kes sehari pada Ogos lalu kepada 50 kes sehari sejak dua minggu lalu.
Pengarahnya, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata aliran penurunan itu hasil kerjasama pelbagai pihak dalam membasmi wabak itu yang dilaporkan serius sebelum ini.
“Jika sebelum ini hampir 200 pesakit sehari menerima rawatan di hospital ini, kini berkurangan kepada seramai 50 pesakit sehari,” katanya kepada pemberita selepas Program Larian Amal Kesedaran Penyakit Demensia (nyanyuk) di Jabatan Psikiatrik dan Kesihatan Mental hari ini.
Beliau berkata, daerah Kota Baharu masih menjadi penyumbang tertinggi kes demam denggi diikuti daerah Tumpat. – BERNAMA
TOP
Gempar!! Puting Beliung Melanda Bintulu, Semalam?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian fenomena alam puting beliung di Pendang, Kedah sehinggakan gambar dan video kejadian itu tersebar menjadi viral di laman facebook hingga orang ramai mula khuatir terhadap fenomena itu.
Semalam ,satu kejadian mengemparkan penduduk sekitar Bintulu ,Sarawak apabila fenomena puting berliung terjadi kira-kira pukul 10.30 pagi berikutan angin kencang.
Fenomena puting beliung itu dapat dilihat jelas oleh orang awam di kawasan sekitar Kidurong, Bintulu. Insiden puting beliung itu sempat dirakam oleh penduduk sekitar Bintulu dan tersebar di laman sosial.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Sarawak memberitahu kejadian ini berlaku selama 10 -15 minit. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Menurut makluman rasmi daripada Jabatan Meteorologi Sarawak pada 18 Oktober 2014, fenomena puting beliung itu dikenali sebagai Belalai Air atau Waterspout. Fenomena ini dikatakan sering melanda di negara tropika seperti Malaysia. Fenomena Belalai Air tidak menjejaki tanah dan tidak menyebabkan kemusnahan namun, masih boleh mendatangkan bahaya pada orang awam. Walaubagaimanapun, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini anda diminta sentiasa berhati-hati. Sementara itu, laporan Bernama petang ini mengesahkan kejadian yang berlaku dan berkata ia dikenali sebagai Fenomena ‘belalai air’ iaitu pusaran angin yang hanya berlaku di permukaan air. Selain Bintulu, fenomena yang sama turut melanda Bandaraya Miri yang mana kedua bandar itu terletak dalam kawasan pesisiran utara Sarawak.
Fenomena yang pada mula menimbulkan keresahan penduduk di sekitar kawasan terbabit, sehinggakan ramai yang berkongsi gambar dalam media sosial seperti Facebook serta Twitter, namun ia berakhir dengan kelegaan apabila tiada kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dilaporkan. Belalai air paling jelas dapat dilihat di Bintulu manakala di Miri hanya dapat dilihat di kawasan Niah dan mengikut saksi, fenomena belalai air di Bintulu berlaku antara 8.30 pagi dan 10 pagi. Francis Ngu, 39, yang telah menetap di Bintulu lebih 20 tahun berkata, ketika kejadian cuaca amat gelap dan kebanyakan orang berkejar ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena berkenaan. “Saya dimaklumkan oleh rakan serta melihat gambar dikongsi dalam media sosial dan saya terus memandu ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Francis berkata, fenomena tersebut berlaku dalam tempoh tidak sampai 20 minit namun mengakui ia pengalaman menakutkan kerana bimbang ia akan berlanjutan ke darat dan membahayakan penduduk. “Saya dah lama menetap di Bintulu dan ini pertama kali saya menyaksikan kejadian ini,” katanya. Mohd Zaidi Amri, 40, yang sedang dalam perjalanan pulang ke Miri dari Sibu turut menyaksikan fenomena tersebut dan menganggap ia pengalaman menakutkan. “Saya selalu tengok cerita kat televisyen, kejadian ini tak sangka boleh berlaku kat sini,” kata bapa kepada tiga anak itu. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hata Gobel berkata setakat petang ini, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berkaitan fenomena berkenaan. Jurucakap Jabatan Meteorologi di Kuching ketika dihubungi berkata belalai air atau puting beliung kecil biasanya berlaku di kawasan pesisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat dan tidak membawa bencana.- MYNEWSHUB

Haramkan ‘Godus’ Permainan Video Tuhan Yang Sesat!!
Kini, para peminat permainan komputer boleh bermain sejenis permainan yang memungkinkan anda unutk menjadi tuhan secara maya.
Permainan yang dimaksudkan ialah ‘Godus’ yang dihasilkan oleh syarikat 22Cans dan ia direka oleh Peter Molyneux serta diterbitkan oleh Jemma Harris.
Pencipta Godus, Molyneux sebelum ini merupakan seorang kakitangan di Microsoft tetapi kemudiannya meninggalkannya dan mengasaskan 22Cans.
Dengan hanya 20 orang kakitangan, mereka melancarkan permainan pertama mereka Curiosity pada 6 November 2012 dan ketika itu juga memulakan proses penghasilan Godus. Hasil tinjauan, didapati permainan Godus ini boleh didapati dalam platform telefon pintar melalui iOS, Linux, Android dan OS X. Permainan Godus versi iOS dilancarkan pada 7 Ogos 2014. Di Malaysia, pengaruh permainan kepada rakyatnya masih tidak diketahui tetapi ia merupakan perkembangan yang amat membimbangkan apabila ia membolehkan para pemainnya menjadi ‘tuhan’ dan mengatu cara hidup beberapa kumpulan manusia kecil di dalam permainan itu.
Ia bermula dengan pemain mengatur hidup dua orang manusia sebelum kemudiannya ia berkembang dengan jumlah manusia yang semakin ramai hasil percaturan pemain yang konon-kononnya menjadi tuhan. Kepada anda, pantaulah telefon bimbit anak anda kerana mereka mungkin sudah mula memain permainan Godus ini. Pihak-pihak yang cenderung menjejaskan akidah umat Islam pastinya sentiasa mencari kesempatan dan peluang untuk cuba memesongkan akidah umat Islam tidak banyak biarpun sedikit. Bagi golongan muda atau kanak-kanak yang bermain pemainan berkenaan, berkemungkinan mereka akan menyangka peranan Tuhan iaitu Allah dalam Islam seakan-akan di dalam permainan berkenaan yang sama sekali tidak benar dan sesat. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu memantau kemasukan permainan berkenaan dan mengharamkan terus permainan seumpama itu dari masuk ke dalam negara dan mendapat sambutan. - MYNEWSHUB

Serangan Jantung Menyerang Remaja Seawal 15 Tahun
KOTA BAHARU — Serangan jantung yang akhirnya membawa maut dikesan boleh menyerang golongan muda seawal umur 15 tahun termasuk para atlet, kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Rosli Mohd Ali.
Beliau berkata ia dikesan berpunca daripada faktor pemakanan serta cara mereka bekerja dan faktor genetik.
“Tidak semestinya orang yang aktif seperti atlet tidak terkena serangan jantung kerana penyakit itu boleh menyerang berdasarkan faktor risiko termasuk mempunyai penyakit kencing manis, perokok, kolestrol tinggi, kegemukan dan sejarah keluarga.
“Atlet juga disyorkan membuat pemeriksaan dan penjagaan kerana kita sekarang ini ada kes mereka yang sedang bermain golf, bersenam, tiba-tiba meninggal dunia disebabkan serangan jantung,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Kemaskini Kardiovaskular Asia Pasifik Kali Kelapan @ Universiti Sains Malaysia (USM) 2014 di sini, hari ini.
Katanya berdasarkan kajian Daftar Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan 2009, serangan jantung di Malaysia secara purata dikenal pasti dialami mereka berusia 59 tahun.
Beliau berkata ia bermakna rakyat di negara ini dikategori `mati muda’ iaitu sebelum mereka berpencen.
Beliau yang juga Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN) berkata terdapat dalam kalangan mereka berusia 15 hingga 35 tahun itu mati mengejut yang berpunca daripada serangan jantung itu.
Katanya, lebih membimbangkan 40 peratus daripada orang yang diserang penyakit jantung di negara ini tidak tahu mereka menghidap penyakit berkenaan.
“Dua puluh tujuh peratus kematian di hospital di negara ini disebabkan penyakit jantung, malah kematian mengejut dalam kalangan orang muda diakui adalah trend baharu dan perlu ditangani,” katanya.– BERNAMA
TOP
Hadiah Kejutan Suami Benar-Benar Mengejutkan…!
BOTOL Wiski kosong, nota dengan kesan koyakan dan sekotak coklat murah, semuanya dibalut dalam keadaan buruk, itulah hadiah kejutan yang benar-benar ‘mengejutkan’ seorang isteri pemberian suaminya.
Wanita terbabit dikenali sebagai Sophia, seorang rakyat Singapura menerima hadiah kejutan itu dari suaminya, seorang juruterbang yang kini bertugas dalam penerbangannya.
Memetik portal Stomp.sg, Sophia berkata dia memang sering menerima hadiah kejutan dari suaminya namun tidak menyangka menerima hadiah yang terlalu ‘mengerikan’ buatnya.
Berkata kepada Stomp, Sophia mendakwa suaminya menempah hadiah itu melalui online dari sebuah syarikat yang tidak jelas berpangkalan di mana, namun mempunyai agen penghantaran tempatan di Singapura. “Saya merenung botol wiski yang kosong, seolah-olah dikutip di tepi jalan. Pada bungkusan itu juga dikepilkan nota yang dicetak dari komputer lama tahun 90 an, serta coklat yang berharga kira-kira SGD 4 (RM10). Diikat dengan reben yang rasanya pintalannya lebih cantik jika kami yang membalutnya.
“Rasa ingin tahu berapakah nilai ‘hadiah’ itu, saya memeriksa akaun bank kami. Suami membayar kira-kra USD 77 (RM252),” katanya.
Ujar Sophia, dia tidak mempunyai masalah dengan nilai kejutan yang dibelanjakan suaminya namun ia percaya suaminya tidak akan menempah hadiah seteruk itu untuknya.
“Setelah diperiksa, penghantaran hadiah juga lewat dari tarikh sepatutnya ia dihantar. Saya lantas menghubungi syarikat terbabit namun gagal menjelaskan mengapa berlakunya kelewatan penghantaran. “Selain itu, syarikat itu mendakwa produk yang dipilih oleh tiada pada tarikh penghantaran diminta serta lokasi penghantaran jauh, di luar kawasan zon penghantaran,” jelas Sophia yang mendakwa penipuan syarikat itu sangat ketara memandangkan keluasan Singapura boleh dikelilingi dengan teksi saja.
Bagi mengambil tindakan ke atas syarikat terbabit, Sophia akan membuat aduan di Persatuan Pengguna Singapura (CASE), tetapi pada masa ini masih menunggu maklum balas daripada syarikat itu, yang masih berdiam diri.
Ish..ish… Ini baru betul-betul kejutan kan… Siapa yang menipu sekarang? Syarikat hadiah itu ke atau ejen penghantaran yang rembat hadiah itu? Musykil sungguh ini! :- MYNEWSHUB.CC

Pakatan Rakyat Sarawak Di Ambang Perpecahan
KUCHING — DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.
“Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar,” katanya.
Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.
“Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas,” katanya. — BERNAMA
TOP
PIS Sahkan Penuntut Wanitanya Diculik Semalam
JOHOR BAHARU — Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit.
“Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu,” katanya hari ini.
Bernama difahamkan penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi tadi.
Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga mereka di kawasan Seri Alam.
Buat waktu ini kami masih menyiasat laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.
“Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, kata beliau. — BERNAMA
TOP
Suami Pandu Laju Isteri Ingin Bersalin Nyaris Ditembak Polis
GARA-GARA gagal menghentikan kenderaan kerana isteri ingin bersalin ketika dikejar pihak polis, sepasang suami isteri nyaris ditembak dalam kejadian awal pagi Selasa lalu di Iowa, Amerika Syarikat.
Pasangan Rachel Kohnen dan suaminya, Ben menaiki kenderaan yang dipecut laju kira-kira jam 2 pagi di Fort Dodge sambil menahan kesakitan untuk melahirkan anak keempatnya.
Ketika itu, sebuah kereta peronda menyedari kelajuan luar biasa pada awal pagi yang menimbulkan kecurigaan, lantas membunyikan siren mengarahkan mereka berhenti, memetik portal dailymail.co.uk
Namun menurut Ben, isterinya mengarahkan untuk tidak berhenti kerana tidak mahu melahirkan anak di dalam kereta, menyebabkan polis menembak tayar kereta pasangan terbabit.
Sejurus mengetahui situasi kecemasan itu, pihak polis membawa wanita terbabit ke hospital dan bayinya dilahirkan kira-kira sejam selepas itu. Kedua-dua ibu dan anak kini dalam keadaan sihat.
Ketua Polis Manson, Chief Tom Ritts berkata, setakat ini tiada tindakan undang-undang diambil namun tidak menolak kemungkinan pasangan itu tetap akan disaman kerana kesalahan lalu lintas dilakukannya itu. Nasib baik sungguh. Dah la panik isteri nak bersalin, nyaris pula nak ditembak pihak polis. Moga pasangan ini dibebaskan dari kesalahannya itu. :-MYNEWSHUB.CC

Kes Perceraian Bekas Ratu Cantik Malaysia Termahal Di UK ?
Akhirnya permintaan bekas ratu cantik Malaysia 1969, Pauline Chai yang mahu kes penceraiannya dibicarakan di mahkamah Britain mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Britain pada Jumaat lepas.
Pauline, 67 berjaya membuktikan dirinya menetap di Britain sekaligus membolehkan kes perceraiannya bersama jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng dijalankan disana.
Menurut laporan Telegraph.co.uk , Pauline telah menamakan koleksi 1,000 pasang kasutnya yang tersimpan di kediaman mewah Hertfordshire yang bernilai £30 juta pound sterling (RM 180 juta) sebagai membuktikan dirinya menetap di Britain. Bagaimanapun, suaminya, Khoo menafikan hal itu dan menyatakan Pauline hanya mempunyai 40 pasang kasut keseluruhan dan hanya menggunakan visa pelawat.
Kes penceraian ratu cantik Malaysia ini mendapat perhatian media di UK kerana berkemungkinan menjadi kes penceraian termahal bakal dilaporkan di negara itu. Hal ini kerana Pauline bakal menerima pampasan sehingga RM 2.5 billion melalui penceraian bersama hartawan kaya dari Malaysia.
Tan Sri Khoo Kay Peng adalah pengerusi jenama antarabangsa Laura Ashley , Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan Malayan United Industries dan Pengarah Corus Hotel Limited di Britain. Namun, Pauline berkata dia bukan berminat terhadap wang suaminya dan mempunyai alasan kukuh mengapa beliau mahu berpisah dengan Khoo. Selama kes penceraian ini dijalankan ia telah menelan belanja hampir RM 12 juta. Pasangan ini telah berkahwin selama 42 tahun semenjak tahun 1970 di Malaysia dan dikurniakan lima orang anak semasa tempoh perkahwinan mereka. -MYNEWSHUB.CC

Nasib Kanak-Kanak Mangsa Konflik, Fokus Malaysia Di PBB
Nasib kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam konflik bersenjata adalah antara isu utama yang akan diperjuangkan Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), kata Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff.
Beliau berkata, Malaysia menyambut baik laporan Wakil Khas Setiausaha Agung bagi Kanak-kanak Dalam Konflik Bersenjata dan memuji kebaikan kempen ‘Kanak-kanak, Bukan Askar’ yang dilancarkan wakil khas itu serta Unicef.
“Kami akui ini suatu usaha besar dan berharap kempen ini akan berjaya menghentikan pengambilan serta penggunaan kanak-kanak oleh pasukan bersenjata kerajaan yang terlibat dengan konflik, menjelang 2016,” katanya.
Hussein berkata demikian ketika berucap mengenai Agenda Perkara 64: Meningkatkan dan Melindungi Hak Kanak-kanak Jawatankuasa Ketiga di New York pada Jumaat. Teks ucapan beliau dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.
Mengenai keganasan terhadap kanak-kanak, beliau berkata kemiskinan, ketidaksamarataan pendapatan, kestabilan politik dan konflik adalah antara faktor yang dikenal pasti boleh meningkatkan risiko keganasan.
“Keganasan terhadap kanak-kanak adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali, jadi satu pakatan pintar antarabangsa perlu segera diadakan bagi menangani punca utama masalah ini dan satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menghentikan dan mencegah keganasan terhadap kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata, penyertaan dan usaha generasi sekarang mestilah berupaya melahirkan generasi masa depan yang dapat menjamin kelangsungan hidup, pembangunan dan kemakmuran sesebuah negara.
“Sejajar dengan itu, Malaysia ingin mengulangi komitmennya terhadap usaha melindungi dan meningkatkan pembelaan hak kanak-kanaknya.
“Melindungi kanak-kanak kami menjadi keutamaan kerana merekalah yang akan memelihara kesejahteraan masyarakat, negara dan masa depan kami semua,” katanya.
Ketika berucap mengenai Agenda Perkara 77 Program Bantuan Pengajaran, Pembelajaran, Penyebaran dan Peningkatan Penghargaan Undang-undang Antarabangsa PBB pada Persidangan Ke-69 Jawatankuasa Keenam Perhimpunan Agung PBB di New York pada hari yang sama, Hussein berkata Malaysia ingin melihat program itu terus mendapat pembiayaan.
“Program bantuan ini penting dalam usaha kita untuk mengukuhkan kedaulatan undang-undang dari segi hubungan antarabangsa kerana ia mendidik manusia di seluruh dunia serta merupakan langkah penting untuk memupuk persefahaman dalam kalangan negara anggota,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata Malaysia mengulangi sokongannya dan akan terus menjadi rakan dialog yang aktif bagi Afrika dalam rangka kerja kerjasama Selatan-Selatan.
Katanya Malaysia berharap lebih banyak negara akan menyertai aktiviti ekonomi Afrika pada masa akan datang untuk meningkatkan kemajuan Afrika secara menyeluruh.
Hussein berkata demikian ketika berucap mengenai Agenda Perkara 63: Perkongsian Baharu bagi Pembangunan Afrika: Kemajuan Dalam Pelaksanaan dan Sokongan Antarabangsa serta Agenda Perkara 13: 2001-2010: Dekad Untuk Menghapuskan Malaria di Negara Membangun, khususnya Afrika pada sidang pleno Persidangan ke-69 Perhimpunan Agung PBB. – BERNAMA
TOP
GAMBAR : Hujan Lebat, Jalan Tasik Permaisuri 3 Banjir Kilat
Hujan lebat yang melanda ibu negara kira-kira dua jam hari ini telah menyebabkan kesesakan teruk dan beberapa batang jalan dinaiki air.
Hujan mula turun kira-kira pukul 2.30 petang tadi dan hanya berhenti pada kira-kira pukul 4.30 menyebabkan kawasan Jalan Tasik Permaisuri 3 di Cheras mengalami banjir kilat.
Banjir itu menyebabkan beberapa buah kenderaan terkandas dan terpaksa ditolak. Beberapa keping gambar dikongsikan laman Facebook Harian Metro hari ini menunjukkan beberapa buah kenderaan hampir tenggelam di kawasan banjir berkenaan. – MYNEWSHUB

Pesawat AS Mendarat Selepas Terbang Selama Dua Tahun
Anda mahu percaya atau tidak, namun yang pasti ia satu kisah yang benar-benar berlaku.
Sebuah pesawat misi rahsia milik Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan telah terbang mengelilingi dunia sejak dua tahun lalu selamat mendarat di Kem Tentera Vandenberg di California semalam.
Pesawat itu jenis X-37B mendarat pada pukul 9.24 pagi di Kem Tentera Udara AS selepas dikatakan melakukan tugas rahsia di ruang udara.
Ekoran pendaratan pesawat itu, butiran misi rahsia yang dikatakan berlangsung selama 674 hari kini menjadi perkara yang ingin diketahui pelbagai pihak baik dari dalam AS mahupun dari luar.
Memetik laporan Mstar Online, sesetengah pakar ketenteraan menyifatkan pesawat itu membawa keperluan intipan dan telah selesai menjalankan tugasnya.
Ada juga dakwaan, pesawat itu menjalankan tugas melakukan intipan terhadap pesawat negara lain di ruang udara termasuk mengintip makmal satelit di China.
Pesawat X-37B merupakan pesawat berfungsi untuk mengintip yang kedua dibina sejak tahun 1999 untuk melakukan misi rahsia di udara.
Pesawat itu berketinggian 2.8 meter dan 8.8 meter panjang.
Ia boleh terbang menggunakan kuasa tenaga solar ketika berada di udara.
Video pendaratan pesawat dikongsikan di saluran YouTube pangkalan udara berkenaan 30th Space Wing, Vandenberg Air Force Base selama 32 saat. – MYNEWSHUB
Video pendaratan pesawat dikongsikan di saluran YouTube pangkalan udara berkenaan 30th Space Wing, Vandenberg Air Force Base selama 32 saat. – MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment