TOP
Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 24
Siti Nurhaliza Tarudin menerima lapan pencalonan dalam AIM 24 kali ini.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) dengan lapan pencalonan termasuk Album Terbaik menerusi album Fragmen. Single pertama daripada album tersebut iaitu Lebih Indah turut dicalonkan dalam dua kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu. Manakala lagu Jagalah Dia Untukku dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik bersaing dengan Alyah (Sesal Separuh Nyawa), Shila Amzah (Tulus) manakala Alif Satar mempertaruhkan dua lagu iaitu Kerna Dia dan Kesempatan Kedua. Shila turut menerima tiga lagi pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Wanita (Masih Aku Cinta), Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik. Pada tahun ini juga menyaksikan Siti Nurhaliza, 34, membuat kemunculan dalam kategori Lagu Pop Etnik menerusi lagu Popaleh Weh.
Rosmin Hashim (kiri) menerima keputusan akhir pencalonan Anugerah Industri Muzik ke 24 (AIM 24) daripada juruaudit, Lam Shuh Siang.
Artis lain yang dicalonkan juga dalam kategori tetsebut adalah Noraniza Idris, Azmir Arif, Fauziah Suhaili dan Ahmad Fedtri Yahya. Siti Nurhaliza turut menerima pencalonan dalam kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik (Fragmen dan Konsert Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia). Sementara itu, Joe Flizzow mendapat enam pencalonan pada AIM kali ini menerusi album solonya, Havoc dan kolaborasi bersama kumpulan Sleeq, Ila Damiaa dan SonaOne. Untuk album Havoc, Joe dicalonkan dalam kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Apa Khabar dan ia turut menerima pencalonan dalam Lagu Hip Hop Terbaik. Lagu Havoc dan Tepi Sikit kolaborasi bersama Sleeq turut dicalonkan dalam kategori sama. Joe juga turut mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu duet bersama Illa Damiaa iaitu Di Sebalik. Dalam pada itu, bagi kategori Album Terbaik, calon yang turut bertanding adalah Salamiah Hassan (Aku), Stacy (#1), dan Wings (Menakluk Kosmos). Bagi kategori Artis Baharu Terbaik, lima artis yang tercalon adalah Azmarul Azuan, Fakhrul Razi, Poova, Russell Curtis Project dan SonaOne. SonaOne turut dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik iaitu No More. Antara calon lain yang bertanding adalah Liza Hanim, Akim Ahmad, Forteen, Azhael, Noraniza Idris, Nora dan Spider.
Antara artis dan juga karyawan yang berjaya ke peringkat akhir AIM 24 yang akan berlangsung pada 6 Disember depan.
Meningkat 20 Peratus – Rosmin Hashim Dalam perkembangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Rosmin Hashim berkata, tahun ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 20 peratus atau 670 calon yang menghantar penyertaan. Jelas Rosmin, pihaknya melantik 67 orang juri profesional untuk menilai dan memberi markah kepada semua pencalonan untuk 20 kategori dipertandingkan. "Berbanding tahun lalu hanya 564 pencalonan yang kami terima dan peningkatan pada tahun ini menunjukkan petanda baik kepada industri muzik," jelasnya. Antara juri yang terlibat dalam pemilihan calon adalah Datuk Adnan Abu Hassan, Acis, Aubrey Suwito, Helen Yap, Joe Wings dan Sharon Paul. Rosmin turut memberitahu AIM 21 akan diadakan pada 6 Disember depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.
Berikut adalah sebahagian pencalonan lima terbaik AIM 21
Album Terbaik
1. #1 - Stacy
2. Aku - Salamiah Hassan
3. Fragmen - Dato' Siti Nurhaliza
4. Menakluk Kosmos - Wings
5. Shila Amzah - Shila Amzah
Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu
1. Ahmad Ahmad - Dah
2. Akim Ahmad - Mewangi
3. Faizul Sany - Perempuan
4. Kroll (Persis) - Ruang Hati
5. Riz Zaizizi - Sempurnakanlah Aku dan Dia
Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu
1. Liza Hanim - Egoismu
2. Adira - Hilang
3. Poova - Just Another Day
4. Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah
5. Shila Amzah - Masih Aku Cinta
Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu
1. Hani & Zue - Biar
2. Forteen - Dikau Saja
3. Azhael - Hujung Waktu
4. Tiga - Pengakuan
5. Suwara - Racun Termanis
Lagu Pop Terbaik
1. Dato Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku
2. Alif Satar - Kerna Dia
3. Ali Satar - Kesempatan Kedua
4. Alyah - Sesal Separuh Nyawa
5. Shila Amzah – Tulus
Lagu Hip Hop Terbaik
1. Joe Flizzow feat SonaOne - Apa Khabar
2. Joe Flizzow feat Altimet & SonaOne - Havoc
3. Altimet feat The Trisno Trio - Hello
4. Haiza feat Filsuf - Kerana
5. Sleeq & Joe Flizzow - Tepi Sikit
Lagu Rock Terbaik
S.O.G - Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus
2. Spider - Ayat Penyengat
3. Drama Band - Jiwa
4. Bunkface feat Amy Search - Rentak Laguku
5. Mojo – Romancinta
Artis Baru Terbaik
1. Azmarul Azuan
2. Fakhrul Razi
3. Poova
4. Russell Curtis Project
5. SonaOne
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
1. Poova - Faketown
2. Nadhira feat David Cook - Fire
3. Razlan Shah feat One Night Service - Flowers
4. SonaOne - No More
5. Russell Curtis Project – Sons
Lagu Pop Etnik Terbaik
1. Ihab Ismail - Akar Kita Zapin
2. Noraniza Idris, Azmir Arif, Razis Ismail - Kalimah Lebaran
3. Datuk Siti Nurhaliza - Popaleh Weh
4. Ihab Ismail & Ahmad Fedtri Yahya - Puncak Gapura
5. Fauziah Suhaili - Zapin Seloka Kasih- mstar online

Tasha Shilla Kesal Digelar 'Gadis Liar'
Tasha kekal positif dengan segala gosip dan kontroversi melandanya. Foto Ihsan TV3.
PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla kesal dengan tohmahan sesetengah pihak yang melabelnya sebagai 'gadis liar' berhubung gosip mengatakan dia melakukan perkara tidak senonoh bersama kekasihnya di sebuah lokasi penggambaran baru-baru ini. Tasha, 28, bagaimanapun berkata, sebagai seorang selebriti dia tidak cepat melatah apabila timbul cakap-cakap sedemikian sebaliknya terus kekal positif dan fokus terhadap kerjayanya sebagai pelakon. "Sudah tentu saya kecewa dengan label sebegitu dan bagi saya tuduhan seperti itu tidak adil kerana sesetengah orang begitu mudah menghukum tanpa mengetahui situasi sebenar. "Pun begitu saya harus anggap ia adalah lumrah biasa sebagai seorang selebriti dan apa yang boleh saya lakukan kekal positif dan meneruskan kerja saya seperti biasa," katanya kepada mStar Online. Tasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Isnin lalu. Tujuh artis lain yang bakal bersamanya pada malam kemuncak itu nanti adalah Zul Ariffin, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana manakala Fahrin Ahmad bertindak sebagai hos utama. ASK 2014 bakal berlangsung pada 7 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.
Hubungan Tasha dan Han sentiasa menjadi perhatian.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai gosip melibatkan kekasihnya itu, Tasha berkata, Han memilih untuk tidak lagi mencampuri urusan kerjaya seninya kerana bimbang akan memberi kesan lebih buruk kepadanya. Bagaimanapun Han sentiasa memberikan sokongan malah sentiasa menasihatinya supaya lebih berhati-hati agar namanya tidak terus menjadi bahan gosip dan kontroversi. "Dia masih temankan saya ke majlis anugerah atau acara tertentu tetapi tidak lagi mahu ditemubual atau mencampuri urusan melibatkan karier saya selepas melihat kesan gosip dan kontroversi. "Tetapi saya harus memuji sikapnya yang kuat dengan segala tuduhan mengaitkan namanya dan dia juga sentiasa menasihati saya agar lebih berhati-hati selepas ini," jelasnya. Sementara itu, Tasha tidak melihat perkahwinan adalah jalan terbaik buat mereka berdua menamatkan segala cakap-cakap tidak baik tentang mereka sejak kebelakangan ini. Kata Tasha, sebagai manusia biasa dia hanya mampu merancang namun menyerahkan soal tersebut kepada jodoh kepada Allah. "Siapa tidak mahu berkahwin? Tetapi biarlah ia atas niat yang betul dan bukannya hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain.
Tasha (kanan, belakang) bersama rakan-rakan artis yang bakal bertindak sebagai hos bersama ASK 2014. "Bagi saya sendiri usaha ke arah itu ada cuma masih belum sampai masa lagi," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Tasha berkata, dia teruja bakal menjadi hos bersama ASK 2014 biarpun berasa gugup untuk mengendalikan segmen dalam acara berprestij itu. Bagaimanapun kata Tasha, ASK 2014 adalah platform terbaik untuknya menimba ilmu dan pengalaman selain keluar daripada zon selesanya sebagai pelakon. "Alhamdulillah saya berterima kasih atas kepercayaan diberikan dan akan menggunakan sedikit pengalaman dan ilmu mengendalikan program Galaksi dan di acara karpet merah Anugerah Blockbuster tahun lalu untuk ASK 2014. "Pasti akan ada kelemahan tetapi saya akan ambil ia sebagai satu bentuk pembelajaran untuk kegunaan masa hadapan," katanya yang sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri Tabir Zulaika.- mstar online

Bayern Pesta Gol, Benam Roma 7-1
Robben menjaringkan dua gol untuk Bayern.
BAYERN Munich menewaskan Roma 7-1, kemenangan terbesar pernah direkodkan dalam kejohanan di Eropah untuk mengekalkan rekod 100 peratus tanpa kalah dalam aksi peringkat Kumpulan E, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu. Bayern mendahului dengan 5-0 pada babak pertama menerusi jaringan Arjen Robben (dua gol), Mario Goetze, Robert Lewandowski dan Thomas Mueller. Roma kembali bangkit untuk memberikan saingan apabila Gervinho menanduk masuk gol tunggal pasukan tuan rumah pada minit ke-66.
Gervinho (kanan) menjaringkan gol tunggal untuk Roma.
Namun, Bayern menamatkan saingan tersebut dengan penuh bergaya apabila Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri melengkapkan gol keenam dan ketujuh pasukan kendalian Pep Guardiola itu. Selepas kemenangan besar itu, Bayern dilihat berada pada kedudukan terbaik untuk menambah koleksi trofi keenam mereka pada aksi Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Bayern kini menduduki kedudukan teratas Kumpulan E dengan mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan.
Anak buah Pep Guardiola itu hanya perlu melakar kemenangan di tempat sendiri ketika bertemu Roma pada aksi timbal balik yang akan diadakan di Allianz Arena, 5 November depan untuk mara ke peringkat kalah mati. Roma pula berada di tempat kedua Kumpulan E dengan mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan, mengatasi Manchester City yang kini menduduki tempat ketiga. Barisan Pemain: ROMA: De Sanctis, Torosidis, Manolas, Yanga M'Biwa, Cole, Pjanic, De Rossi, Nainggolan, Iturbe, Totti, Gervinho BAYERN MUNICH: Neuer; Rafinha, Boateng, Dante, Alaba; Lahm, Xabi Alonso; Mueller, Robben, Goetze; Lewandowski.- mstar online

Bina Pemahaman Tentang Agama Lain - Jais
SHAH ALAM: Apabila pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilihat lebih kerap berada di kuil atau gereja, perkara pertama yang terlintas di fikiran orang ramai adalah mengenai operasi serbuan.
Persepsi ini timbul mungkin disebabkan serbuan yang dilakukan oleh Jais dalam rampasan bible dari Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada tahun lalu.
Bagaimanapun, pada bulan lalu, kehadiran pengawai penguatkuasa di beberapa tempat ibadah golongan bukan Islam disambut dengan tangan terbuka.
Kunjungan ke kuil Sri Maha Maryaman dan kuih Samadhi Vihara Buddha di Shah Alam serta Gereja Orthodox Syria di Klang adalah sebahagian daripada program Jais untuk mendedahkan para peserta mengikut kursus perbandingan agama.
"Ini adalah kali pertama kami menganjurkan kursus seperti ini. Kami mahu peserta sendiri mengetahui bagaimana kaum lain menjalani ibadah mereka.
"Kami mahu membina persefahaman supaya pada masa hadapan, isu-isu agama tidak dijadikan polemik," kata Penolong Pengarah Jabatan Dakwah Jais, Mohd Basori Omar kepada The Star Online dalam satu wawancara.
Program itu dihadiri 50 peserta yang terdiri daripada pegawai dakwah, pensyarah kolej, guru, kakitangan kerajaan dan ahli jawatankuasa masjid.
Basori berkata, Jais telah menjalankan lima siri kursus perbandingan agama sepanjang tahun ini tetapi pertama kalinya memasukkan program lawatan ke kuil dan gereja.
Katanya, bagi beberapa peserta, lawatan ke tempat ibadah bukan Islam adalah yang pertama kali dilakukan sepanjang hidup mereka.
Beliau berkata, orang Islam dibenarkan untuk memasuki gereja atau kuil selagi tidak melanggar batas-batas agama.- mstar online
TOP
Rasuah: Hutan Tinggal 30 Peratus, Kritikal
Gambar hiasan.
PETALING JAYA: Kegiatan pembalakan haram dan rasuah pihak berwajib menyebabkan hutan di negara ini dalam keadaan kritikal kerana berbaki 30 peratus sahaja. Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, hutan di negara ini sepatutnya berada di atas 60 peratus. "Jika kita tinjau melalui ruang udara, beberapa kawasan hutan dan berbukit digondol dan ditarah. Keadaan itu amat kritikal dan membimbangkan," katanya kepada mStar Online. Justeru, Shariffa Sabrina berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat melakukan kegiatan haram di seluruh negara. "Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri harus tegas dalam menangani kegiataan haram ini. Malah masyarakat juga harus peka dan bertanggungjawab memelihara hutan," katanya. Kegiatan pembalakan haram di seluruh negara dilaporkan semakin serius angkara perbuatan rasuah yang melibatkan pembalak dan anggota penguat kuasa agensi kerajaan. Baru-baru ini, Sarawak dilaporkan menanggung kerugian kira-kira RM100 juta setiap tahun akibat kegiatan pembalakan haram yang berleluasa di negeri itu. Terbaharu, kegiatan pembalakan dikesan dijalankan di Limbang yang terletak di kawasan sempadan utara negeri itu. Kegiatan tersebut yang dipercayai dinaungi sindiket dan kumpulan mafia bersenjata turut menyebabkan kerugian kepada kerajaan Persekutuan dan negeri yang menjejaskan kutipan cukai eksport, cukai pendapatan syarikat balak, individu dan syarikat pengangkutan. Malah, aktiviti pembalakan haram yang dikesan dijalankan di dua taman negara di Sarawak turut mengundang kemarahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mahu melihat hasil dalam memerangi kegiatan tersebut. Susulan itu, beliau telah berhenti mengeluarkan lesen pembalakan yang baharu bagi membendung kegiatan pembalakan haram yang masih berterusan dan dijalankan secara terang-terangan, terutama di hutan-hutan yang dilindungi. Pada Isnin, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah mengesahkan pihaknya ada menerima maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram tersebut. Menurut sumber, satu operasi serbuan akan dilakukan oleh SPRM untuk mencari dalang disebalik aktiviti haram itu dalam masa terdekat. Bimbang mengenai kegiatan tersebut yang semakin berleluasa, Shariffa Sabrina menegaskan ekosistem flora dan fauna akan terus terjejas dan nyawa manusia akan terancam. "Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan kualiti air dan udara yang tidak bersih menyebabkan manusia terdedah kepada jangkitan bronkitis dan kanser," katanya. Beliau berkata, air sungai yang tercemar mengalir ke empangan dan kemudiannya diminum oleh manusia boleh mengundang pelbagai penyakit berbahaya. "Sebagai contoh, banyak sungai mati di Johor kerana banyak kawasan hutan dibuka untuk aktiviti penanaman kelapa sawit yang melibatkan penggunaan bahan kimia," katanya. - mstar online

Belia Muflis: Jabatan Insolvensi Adakan Kerjasama Dengan 1M4U
PETALING JAYA: Jabatan Insolvensi akan mengadakan kerjasama dengan program 1Malaysia For Youth (1M4U) bagi memupuk kesedaran belia mengenai kebankrapan dan mendidik golongan itu menangani bankrap.
Ketua Pengarahnya, Haslina Mansor berkata, rangka kerjasama yang akan diadakan itu bertujuan untuk mendekati golongan belia menerusi program yang bersesuaian dan dapat menarik minat mereka.
“Jabatan Insolvensi telah merangka program kerjasama dengan 1M4U bagi mendekati golongan belia secara lebih dekat dan memberi kesedaran kepada golongan ini mengenai kebankrapan,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.
Program 1M4U merupakan inisiatif Kerajaan dalam usaha untuk memupuk semangat sukarelewan di kalangan belia di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pada Ahad lalu berkata, kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan berikutan seramai 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding keseluruhan 208 individu pada tahun lepas dan 130 individu pada tahun sebelumnya.
Haslina berkata, sebanyak 148 program promosi dan kesedaran insolvensi kepada masyarakat dan 15 daripadanya merupakan program khusus membabitkan belia.
“Pada masa ini antara program yang dilaksanakan membabitkan golongan belia ialah kerjasama pintar dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memberi nasihat dari segi pengurusan kewangan,” katanya.
Tambahnya, Jabatan Insolvensi mengadakan perbincangan bersama AKPK dalam usaha mewujudkan program lebih berstruktur untuk menangani muflis dan membuat pencegahan awal daripada diisytiharkan dalam kebankrapan.
“Langkah ini seterusnya mendapatkan kaedah terbaik bagi mengelakkan golongan muda daripada menjadi muflis,” katanya.
Ditanya mengenai program khusus terhadap belia muflis, Haslina berkata, tiada cara lebih baik untuk membantu golongan bankrap selain mereka sendiri perlu hadir dan bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi sebagai pentadbir kes kebankrapan.
“Bagi memastikan kes dapat dikendalikan secara berkesan, golongan belia yang muflis perlu hadir dan memenuhi tanggungjawab mereka kepada jabatan ini.
“Jabatan Insolvensi hanya boleh membantu sekiranya mereka membantu diri mereka sendiri dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan secara telus,” katanya.
Menurut Haslina, berdasarkan kajian dan maklum balas semasa program yang dijalankan, golongan belia amat mengalu-alukan program kesedaran insolvensi.
“Mereka (belia) mencadangkan supaya program seumpama ini dapat diadakan lebih kerap dan mengkhususkan golongan belia.
“Maklumat mengenai insolvensi ini merupakan satu pendedahan baharu dan memberi manfaat kepada mereka,” katanya.- mstar online
TOP
Penipu Dakwa Koma 2 Tahun, Dirakam Beli Belah Di Tesco
SOUTH WALES – Selepas dua tahun menipu berada dalam keadaan koma, akhirnya seorang lelaki, Alan Knight berjaya ditangkap polis selepas dia dirakamkan membeli belah bersama keluarganya.
Kinght, 47, melakukan penipuan itu selepas dia didakwa menipu wang jirannya sebanyak £40,000.
Justeru bagi mengelak tindakan undang-undang, dia merancang satu penipuan dengan mendakwa mengalami kecederaan leher dan terpaksa bergantung kepada oksigen.
Dia juga menipu tidak boleh bergerak dari bahagian leher ke bawah.
Malah isteri Knight, Helen, turut bersubahat dengannya dan memberitahu bahawa suaminya terjatuh ketika sedang menarik pintu garaj rumah mereka.
Akibat penipuan itu juga, Knight dapat mengelak daripada menghadiri perbicaraan sebanyak dua kali iaitu pada 2012 dan 2013.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhinya dia tersungkur juga apabila aksinya berjalan di Tesco telah dirakamkan melalui CCTV.
Selepas ditangkap, Knight bukan sahaja berdepan dakwaan menipu jirannya itu malah tuduhan ke atasnya ditambah lagi kepada 19 pertuduhan termasuk menipu untuk mendapatkan wang daripada kebajikan masyarakat.
Hukuman ke atasnya dijangka diputuskan bulan depan.- mynewsub
TOP
Badan Nyaris Terputus Dua Akibat Kebodohan
CHINA – Seorang lelaki nyaris terputus dua ketika dia cuba keluar daripada sebuah lif selepas terperangkap bersama 11 yang lain di dalam lif berkenaan.
Kejadian berlaku ketika dia cuba keluar melalui sebuah lubang yang ditebuk, apabila dengan tiba-tiba lif tersebut bergerak.
Nasib baik insiden itu dikesan oleh pengurusan bangunan melalui CCTV dan dia segera diselamatkan.
Insiden itu berlaku apabila penumpang lif tersebut tidak dapat keluar melalui pintu di tingkat berkenaan selepas pihak pengurusan menutupnya dengan simen.
Penutupan pintu itu dilakukan kerana pengurusan bangunan tidak mahu orang ramai memasuki bangunan berkenaan melalui tempat letak kereta.
Panik dengan keadaan itu, salah seorang daripada penumpang lif tersebut telah menebuk lubang pintu berkenaan dengan penukul.
Sebaik sahaja lubang kecil berjaya dihasilkan, seorang lelaki mula keluar dari lubang berkenaan, namun malangnya lif itu tiba-tiba bergerak.
“Ia merupakan perbuatan bodoh. Kita boleh menghidupkan sahaja lif berkenaan dengan mudah tanpa perlu melakukan perbuatan yang membahayakan ini.
“Kami berjaya menyelamatkan lelaki itu selepas melihat melalui CCTV bahawa dia tersekat di pintu lif berkenaan,’’ kata seorang pekerja keselamatan.-mynewsub
TOP
MUIP Kerjasama Dengan GiatMara Latih Golongan Asnaf
KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menjalinkan kerjasama dengan GiatMara untuk melatih golongan asnaf di negeri ini menjalani kursus kemahiran sebagai usaha membantu mereka berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.
Timbalan Yang Dipertua MUIP Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, menerusi memorandum persefahaman (MoU) itu, MUIP akan mengenal pasti golongan asnaf berpotensi dan akan membiayai pengajian mereka.
“Kita akan hantar mereka ke GiatMara dan pihak Giatmara pula akan memilih kursus-kursus tertentu mengikut kemahiran dan bakat yang ada pada golongan asnaf ini.
“Antara kursus yang dikenal pasti termasuk kursus fabrikasi logam, kursus makanan (kulinari), kursus rekaan dan pembuatan baju, kursus seni sulaman kreatif dan kursus seni reka gaya rambut,” katanya kepada pemberita selepas menandatangai MoU tersebut di sini semalam.
GiatMara diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Rosdi Ismail dengan disaksikan Setiausaha MUIP Datuk Ahmad Hairi Hussain dan Pengarah GiatMara Pahang Sallehhoddin Abu Bakar.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku Yang Dipertua MUIP dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Wan Abdul Wahid berkata pelatih yang berjaya menamatkan pengajian akan diberikan bantuan modal oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) untuk mereka memulakan perniagaan.
Dalam majlis sama Tengku Abdullah mewakili MUIP turut menerima zakat perniagaan bernilai lebih RM5.2 juta daripada tiga badan korporat di negeri ini.
Baginda menerima zakat perniagaan itu daripada Etiqa Takaful Berhad berjumlah RM231,450.50, Felcra Berhad Pahang (RM1.8 juta) dan Koperasi Permodalan Felda Berhad (RM3.2 juta).
Sehingga Sept lepas, MUIP menerima keseluruhan zakat sebanyak RM90.1 juta termasuk zakat perniagaan RM33 juta dengan RM80 juta daripadanya telah dibelanjakan untuk membantu golongan asnaf di negeri ini. – Bernama
TOP
Bale, Ramos Terlepas Aksi Real Temu Liverpool
MADRID- Real Madrid tidak dapat menurunkan dua bintangnya, Gareth Bale dan Sergio Ramos ketika kunjungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Liverpool, awal pagi Khamis ini akibat masalah kecederaan.
Nama kedua-dua bintang Wales dan Sepanyol itu sudah pun digugurkan jurulatih Real, Carlo Ancelotti.
Selain bertemu Liverpool, bekas pemain Liverpool, Bale juga dijangka tidak diturunkan dalam pertembungan Clasico pertama musim ini menentang Barcelona pada Sabtu akibat kecederaan otot perut.
Ramos pula sudah pun terlepas tiga perlawanan bersama Real dan kebangsaan Sepanyol akibat masalah paha dan ketiadaannya lebih dirasai ketika bertemu kunjungan Barcelona ke Bernabeu.
Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema dan Raphael Varane yang terlepas kemenangan besar 5-0 Real ke atas Levante akibat demam disenaraikan Ancelotti ketika kunjungan ke England.
Real ketika ini menduduki tangga teratas Kumpulan B selepas memenangi kedua-dua perlawanan awal dengan kelebihan tiga mata. – AFP
TOP
Pemuda PAS WP Bimbang Selepas 'I want To Touch A Dog', Umat Islam Diajak Zina
Nurul Islam Mohamed Yusof
PETALING JAYA: Selepas berlalunya program 'I want to touch a dog' PAS bimbang umat Islam akan diajak mengambil bahagian dalam acara seks pula pada masa akan datang. Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Nurul Islam Mohamed Yusof berkata terdapat kerisauan yang berasas terhadap penganjuran acara-acara seperti 'Topless Friday' dan 'Octoberfest' di negara ini baru-baru ini. "Kerisauan kita berasas. Dengan penganjuran 'Topless Friday' pada awalnya, diikuti dengan 'Octoberfest', kemudian disusuli dengan 'I Want to Touch a Dog', kita khuatir esok lusa pula dianjurkan pula kempen 'Sex & Condom' dengan rasional 'safe sex' bagi mengelakkan HIV/AIDS menular kononnya. "Sikap menentang penganjuran ini kerana menganggapnya sebagai ancaman kepada nilai beragama dan berbudaya di negara ini bukanlah kerana paranoid, sebaliknya ia adalah lahir dari rasa tanggungjawab untuk memelihara kesucian agama Islam dan keharmonian hidup dalam lingkungan masyarakat majmuk," kata Nurul Islam dalam satu kenyataan pada Selasa. Beliau juga menyeru umat Islam untuk meningkatkan kefahaman ilmu Islam dan penghayatan terhadapnya dalam diri dan keluarga masing-masing serta masyarakat sekeliling. "Diharapkan pencegahan program seumpama ini dapat dibuat lebih awal sebelum ia dilaksanakan pada masa-masa akan datang," katanya.- mstar online

Tanah Runtuh Bukit Beruntung: Penduduk Terjejas Dibantu, Dipantau JKM
HULU SELANGOR: Hampir 600 keluarga telah dipindahkan ke tiga buah sekolah berhampiran Flat Titiwangsa berikutan kejadian tanah runtuh pada Isnin.
Mereka, yang merupakan penyewa blok K dan L, telah dipindahkan ke SK Bunga Raya 1, SK Bunga Raya 2 dan SMK Bunga Raya.
Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), SK Bunga Raya 2 menerima penyewa paling ramai dengan jumlah 337 orang daripada 91 keluarga.
SK Villa 1 dan SMK Bunga Raya masing-masing mempunyai 124 dan 111 orang.
Ketiga-tiga buah sekolah telah ditutup untuk tiga hari berikutnya.
Keluarga yang terbabit didaftar dan dipantau oleh JKM telah dibantu dengan kemudahan seperti selimut dan bantal di samping makanan dan minuman sepanjang hari.
JKM, dengan bantuan wakil-wakil Umno tempatan, menganjurkan aktiviti untuk kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak berkeliaran atau bimbang tentang rumah mereka.
Presiden Umno Gugusan Taman Bunga Raya Aminah Abdul Manaf berkata, beberapa permainan dan aktiviti lain diadakan untuk membantu kanak-kanak melupakan kejadian itu.
"Mereka hanya kanak-kanak. Kami mahu mengalihkan perhatian mereka.
"Ia juga akan meringankan beban orang tua mereka yang perlu berfikir tentang rumah," katanya.
Aminah berkata dia sedang berusaha untuk mencari penaja untuk mendapatkan hadiah untuk kanak-kanak.- mstar online
TOP
Tiong Lai Bertemu Pegawai Kanan AS Bincang Aspek Keselamatan Penerbangan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pegawai kanan penerbangan awam Amerika Syarikat (AS) akan bertemu untuk membincangkan langkah-langkah bagi meningkatkan keselamatan di sektor ini. Terbang di atas wilayah-wilayah konflik dan pengesanan masa pesawat komersial akan menjadi salah satu topik dalam agenda tersebut, kata Tiong Lai. Pertemuan itu diadakan susulan tragedi yang melibatkan syarikat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dan MH17 pada Mac dan Julai lalu. Mesyuarat itu akan berlangsung di Washington DC pada minggu ini, di mana selepas itu Tiong Lai akan pergi ke Montreal, Kanada. Dalam usaha mencari MH370, Tiong Lai berkata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan berada di Perth, Rabu, untuk melihat perkembangan operasi pencarian. "Kami ingin memberi jaminan kepada keluarga-keluarga bahawa MH370 tetap menjadi keutamaan dan Kerajaan Malaysia bertekad untuk meneruskan pencarian," kata beliau dalam satu kenyataan, Isnin. Tiong Lai berkata lebih 130,000sq km kawasan telah dipetakan dalam survei batimetri dasar laut yang masih berterusan di selatan Lautan Hindi sejak Jun, dan dijangka berterusan sehingga akhir bulan ini. Satu lagi kapal, Fugro Discovery, yang dibiayai bersama oleh Malaysia dan Australia, akan memulakan operasi carian dalam beberapa hari lagi manakala Fugro Equator dijangka akan digerakkan sebagai kapal pencari apabila kerja-kerja batimetri selesai pada bulan Oktober.- mstar online

AS Suarakan Hasrat Berkerjasama Dengan Malaysia Di PBB
Datuk Seri Najib Tun Razak
JAKARTA: Amerika Syarikat pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atas kejayaan Malaysia memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dengan memperoleh 187 daripada 192 jumlah undi. Perdana Menteri ketika memaklumkan perkara itu berkata ucapan tahniah berkenaan disampaikan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry semasa membuat kunjungan hormat ke atas Najib sejurus selepas menghadiri upacara pelantikan Joko Widodo sebagai Presiden Republik Indonesia yang ketujuh di sini. "Senator John Kerry juga menyatakan kesediaan Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan Malaysia di PBB," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum kembali ke tanah air malam Isnin. Najib berkata pada pertemuan itu beliau juga menyatakan bahawa Malaysia akan berperanan lebih aktif, malahan pada masa ini amat prihatin terhadap wabak penyakit Virus Ebola (EVD) yang semakin serius dihadapi dunia. Menurutnya sebagai langkah awal, Malaysia memberi sumbangan sebanyak US$20 juta dalam bentuk sarung getah tangan untuk diagihkan kepada lima buah negara yang dilanda EVD. Sambil menghargai usaha Malaysia itu, Perdana Menteri berkata Kerry juga menyampaikan hasrat agar Malaysia turut membantu mengumpul dana bagi memerangi virus itu. Katanya pada masa ini tabung amanah yang ditubuhkan khas bagi tujuan itu masih kekurangan dana sebanyak US$400 juta. Berhubung ancaman Kumpulan Militan Negara Islam (IS), Najib berkata Amerika Syarikat menghargai pendirian yang disuarakan Malaysia dan amat berharap Malaysia dapat mengekang ideologi itu daripada menjadi ancaman kepada dunia. Perdana Menteri berkata pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama juga mengambil berat mengenai ancaman perubahan iklim dunia dan impaknya, sambil berharap Malaysia turut menyokong usaha itu. Menurutnya Malaysia komited dengan usaha itu bagi memastikan tahap pelepasan karbon dioksida sekarang berkurangan sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020. Katanya berdasarkan kecekapan dasar dan usaha berterusan kerajaan, Malaysia kini berada pada landasan yang betul ke arah usaha itu. Selain itu, Najib berkata beliau juga berkesempatan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott semasa di sini dan kedua-dua pemimpin itu turut membincangkan usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang masih hilang. Perdana menteri berkata pada pertemuan itu kedua-dua negara bersetuju bahawa sebarang langkah selanjutnya sewajarnya mendapat pandangan daripada China terlebih dahulu. Pesawat malang MH370 bersama 239 orang di dalamnya, 153 daripada mereka ialah penumpang warga China, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.- mstar online

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Perlu Patuhi Had Laju
PETALING JAYA: Untuk mengelakkan rasa mengantuk dan memiliki kemahiran pemanduan yang bagus sering digunakan sebagai alasan oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi, apabila mereka melanggar had laju yang ditetapkan, kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner DAtuk Mohd Fuad Abdul Latiff.
Bagaimanapun, alasan tersebut kini sudah tidak boleh digunakan lagi, hal ini kerana kerajaan telah menetapkan had laju untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi.
"Kerajaan telah menetapkan had laju yang bersesuaian selepas menjalankan kajian terperinci mengenai kaitan faktor persekitaran dan keselamatan penunggang motosikal berkuasa tinggi ketika memandu.
"Tiada alasan mengapa tidak harus mematuhinya, tidak betapa mahirnya penunggang berkenaan, mereka harus sentiasa berhati-hati," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemalangan yang berlaku di KM26.5 Lebuh Raya Karak- Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam kemalangan tersebut dua orang penunggang motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia, sementara seorang lagi dilaporkan cedera parah.
Mohd Fuad berkata risiko untuk cedera atau terbunuh bagi mereka yang menunggang motosikal adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang menaiki kenderaan lain.
"Ini merupakan sebab utama mengapa penunggang motosikal perlu mematuhi had laju yang ditetapkan dan memandu secara berhemah.
"Mereka bukan hanya membahayakan nyawa sendiri ketika mereka memandu melebihi had laju, malah nyawa pengguna jalan raya yang lain turut juga berada dalam keadaan baaya," katanya sambil menambah, polis telah membuat pemerhatian bahawa penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak mematuhi had laju yang ditetapkan.
Ditanya mengenai kemahiran pemanduan yang dimiliki oleh penunggang yang terbunuh itu, Mohd Fuad berkata kemahiran pemanduan yang dimiliki bukanlah 'tiket' untuk seseorang pemandu melanggar peraturan had laju yang ditetapkan.
"Undang-undang dan peraturan perlu diikuti oleh semua, tanpa mengira apa jua kemahiran yang mereka miliki," katanya.
Jika mereka menggunakan alasan mengantuk menyebabkan mereka menunggang dalam keadaan laju, maka semua penunggang yang penat tidak seharusnya berada di atas jalan raya.
"Penunggang motosikal berkuasa tinggi harus berada dalam keadaan segar dan fokus terhadap pemanduan mereka. Kaedah yang sama juga harus digunapakai terhadap pembonceng motosikal," katanya sambil mengingatkan penunggang motosikal agar menghormati hak penunggang yang lain bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
"Mereka harus sedar tanggungjawab besar yang dipikul, terutamanya apabila mereka bergerak secara konvoi," katanya.
Ditanya sama ada kamera had laju boleh mengesan penunggang yang melanggar had laju yang ditetapkan, Mohd Fuad berkata perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah, ini kerana kamera berkenaan dapat menangkap imej nombor pendaftaran kenderaan daripada bahagian depan atau belakang.
"Namun, adalah lebih mudah sekiranya kamera itu memfokuskan kepada penunggang motosikal berbanding di bahagian belakang," katanya.
- mstar online
TOP
Pastikan Pelajar Tidak Terpengaruh Seruan 'Jihad' di Syria - Jakim
Othman Mustapha.
KUALA TERENGGANU: Ibu bapa dan pengetua sekolah agama perlu memantau perkembangan pelajar bagi memastikan golongan itu tidak mudah terpengaruh dengan seruan 'jihad' di Syria dan beberapa negara Islam lain yang sedang bergolak. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata kebiasaannya golongan sasaran ini dipujuk dan direkrut berasaskan ayat-ayat suci al-Quran untuk berjihad melalui media sosial seperti Facebook (FB) dan blog. "Sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa jangan biar anak-anak leka dengan media baharu, pemantauan awal dapat mengekang mereka daripada terjebak dan dipergunakan. "Hujah-hujah yang diterima melalui FB, laman web dan lain-lain itu mungkin di luar bidang yang diajar di sekolah, sekali gus mampu memujuk pelajar kononnya untuk berjihad pada jalan Allah," katanya. Othman bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Pengetua Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat kebangsaan 2014 di sini. Turut hadir Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jakim Ramlah Yong dan Pengurus Muassasah Al-Bayam Kuala Lumpur Datuk Mahamod Abdull. Baru-baru ini Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan usaha merekrut golongan remaja menyertai kumpulan militan di Syria semakin agresif. Ia turut dikesan cuba merekrut pelajar sekolah. Seramai 280 pengetua SMAN, SMAR dan SABK seluruh negara menyertai multaqa itu yang bertujuan memberikan pendedahan berkenaan isu-isu semasa pendidikan negara.- mstar online

Penganjur 'I Want To Touch A Dog' Tak Tepati Persetujuan - Mais
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.
Beliau berkata, menerusi surat penganjur pada 3 Oktober lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.
Katanya, program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.
"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.
Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.
Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Oktober lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.
Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.
"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.
Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam.- mstar online
TOP
USAID, IOM Bergabung Lancar Kempen Tangani Pemerdagangan Manusia
BANGKOK: Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID) mengumumkan geran AS$1.3 juta (RM4.24 juta) kepada Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) untuk kempen baharu perubahan tingkah laku bagi memerangi pemerdagangan manusia dan eksploitasi di rantau Asia Pasifik.
"Kempen ini akan menggerakkan kuasa media, teknologi dan selebriti untuk mempengaruhi generasi muda dan komuniti mereka untuk bertindak terhadap pemerdagangan manusia, dan menggalakkan yang lain berbuat demikian," kata Michael Yates, Pengarah Misi Pembangunan Serantau USAID.
"Menerusi kerjasama baharu ini dengan USAID, kami akan memastikan generasi muda di seluruh rantau ini diperkasakan dengan pengetahuan dan mekanisme yang mereka perlukan untuk memerangi pemerdagangan manusia dalam masyarakat mereka," kata Jonathan Martens, pakar antipemerdagangan manusia IOM yang berpangkalan di Bangkok.
Kempen awam baharu itu akan dilancarkan akhir tahun ini.- mstar online
TOP
Mangsa Runtuhan Salji Hubungi Akhbar Maklum Masih Hidup
SEORANG pemuda dari Britain yang hilang bersama 39 pendaki di Banjaran Annapurna telah menghubungi sebuah akhbar tempatan untuk memberitahu bahawa dia masih hidup.
Peter Roddis, 26, telah disenaraikan dikalangan 39 pendaki yang hilang manakala 29 daripadanya telah disahkan maut akibat runtuhan salji.
Pemuda itu sebelum ini merancang untuk mendaki Banjaran Annapurna sejauh 241 kilometer di Nepal bernasib baik kerana terselamat daripada maut dalam runtuhan tersebut.
Roddis berterima kasih kepada akhbar tempatan itu kerana melaporkan bahawa dia masih hidup di pergunungan tersebut.
Teman wanitanya, Lisa Hallet berkata," terima kasih, Peter selamat dan berada dalam keadaan baik. Dia tidak berada di kawasan bahaya dan ianya satu kekeliruan.
Peter dan Lisa.
"Peter berkata, dia bercadang untuk bertolak pada Rabu atau Khamis, tetapi akhirnya dia tidak pergi. "Dia tidak berada di kawasan kejadian ketika bencana itu berlaku," katanya. Annapurna menjadi pilihan kebanyakkan pendaki kerana pemandangannya yang cantik berbanding sirkit Everest.
Di sirkit Annapurna para pendaki dapat melihat sekurang-kurangnya tujuh gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Annapurna I iaitu gunung kesepuluh tertinggi di muka bumi dengan ketinggian 8,091 meter.- mstar online

Muhammad Ali Tenat
Muhammad Ali sudah 30 tahun menghidap penyakit Parkinson.
LEGENDA tinju dunia, Muhammad Ali yang menghidap penyakit Parkinson sejak 30 tahun lalu kini dikatakan berada dalam keadaan tenat. Sumber rapat dengan keluarganya dilaporkan memaklumkan kepada media mengenai juara sukan kegemaran ramai itu baru-baru ini. Berusia 72 tahun, khabar angin mula tersebar mengenai kesihatan Muhammad Ali yang dikatakan makin merosot selepas beliau tidak hadir pada tayangan perdana filem mengisahkan hidupnya, 'I am Ali' minggu lalu. Bagaimanapun, anak perempuan Ali yang mewarisi bakatnya, Laila berkata, kesihatan bapanya mulai merosot sejak disahkan menghidap Parkinson pada 1984. "Dia kini hanya berehat di rumah," katanya. Seorang lagi anaknya, Hana pula optimis jangka hayat bapanya masih panjang. "Saya hubunginya setiap pagi dan pada waktu itu saya dapat mendengar suaranya yang perlahan dan lembut," katanya kepada Telegraph.
Ali ketika menghadiri pembukaan Sukan Olimpik pada 2012.
Selain Ali, dua lagi pesaingnya iaitu peninju Britain, Joe Bugner, 64 dan Leon Spinks, 61 juga berhadapan masalah kesihatan iaitu masing-masing menghidap penyakit jantung dan komplikasi dalam perut. Malahan, Spinks menjalani beberapa pembedahan baru-baru ini.- mstar online

Suspek Terbangkan Drone Dalam Stadium Etihad Ditahan
SEORANG lelaki dari Nottingham, England, ditahan pihak berkuasa selepas dikesan menggunakan pesawat mini intipan (drone) di dalam Stadium Etihad pada Sabtu.
Suspek berusia 41 tahun itu ditahan polis untuk siasatan selepas dia menggunakan drone untuk mengambil gambar ketika perlawanan antara Manchester City menentang Tottenham Hotspur.
Lelaki terbabit telah ditahan selama dua bulan sementara menunggu siasatan polis selesai.
Ketua Polis Manchester, Chris Hills berkata, suspek ditahan untuk siasatan kerana telah melakukan tindakan yang mengancam penonton lain.
"Kehadiran drone itu berpotensi untuk mengancam keselamatan penonton lain kerana ia diterbangkan di kawasan orang ramai.
"Walaupun ia kecil, tetapi beratnya yang mencecah sehingga tujuh atau lapan kilogram mampu mencederakan orang lain. Tetapi mujurlah tiada siapa yang cedera," katanya.
Dalam perlawanan itu, City berjaya menewaskan Spurs 4-1.- mstar online
TOP
Jawi Bongkar Penyebaran Ajaran Sesat Gabung Islam, Kristian, Yahudi
PETALING JAYA: Kegiatan sebuah kumpulan ajaran sesat, Millah Abraham yang cuba menyebar fahaman baharu hasil gabungan ajaran Islam, Kristian dan Yahudi berjaya disekat oleh pihak berkuasa pada Isnin malam.
Aktiviti kumpulan tersebut dibongkar selepas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) menyerbu sebuah premis di Pusat Perniagaan Megan Pheonix, Cheras pada pukul 9.30 malam itu.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jawi, Muhamad Rais Rashid berkata, ketika serbuan dilakukan, seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai ketua kumpulan berkenaan sedang menyampaikan ceramah.
Menurutnya, seramai 11 lelaki, lima wanita yang membawa bersama tujuh kanak-kanak turut berada di premis tersebut.
"Pelbagai bahan bukti seperti tafsir Al-Quran, Injil Bahasa Melayu, komputer dan beberapa dokumen turut dirampas. "Siasatan awal mendapati, ajaran itu dibawa dari negara jiran dan ia hanya disebarkan kepada kenalan rapat sebagai usaha awal. "Kumpulan tersebut juga sedang giat merekrut ahli baru bagi memudahkan penyebaran dilakukan selain menarik perhatian orang awam," katanya. Tambahnya, semua mereka tidak termasuk kanak-kanak ditahan mengikut Seksyen 4 dan 5 Enakmen Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Jelasnya, kanak-kanak yang berjaya diselamatkan ditempatkan dibawah jagaan Jawi.- mstar online

Kuala Sepetang Aman, Tak Dikawal Oleh 'Mafia' - Polis
Pekan Kuala Sepetang. -Gambar fail
IPOH: Polis menafikan laporan bahawa Kuala Sepetang sedang ditakluki oleh kumpulan mafia. Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata perkampungan kecil nelayan itu aman dan aktiviti jenayah bukanlah satu perkara yang membimbangkan. "Kita tidak menafikan bahawa ada kegiatan jenayah seperti penyeludupan atau dadah di sana. "Ia bagaimanapun, tidak seperti yang ditakuti dan dibimbangkan," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa. "Saya tidak boleh menjanjikan jenayah sifar kerana akan ada aktiviti-aktiviti jenayah. Kita bagaimanapun akan menguruskannya," katanya. Sebuah akhbar berbahasa Melayu pada hari Ahad menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga. Dalam laporan tersebut, ia mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh. Paramasivam berkata perkataan "mafia" terlalu keras dan akan menakutkan pelancong daripada berkunjung ke Kuala Sepetang. "Sehingga hari ini, kami masih belum menerima apa-apa laporan daripada pelancong bahawa mereka terancam atau dirompak," katanya.- mstar online

Penjual Burger Dipenjara 16 Tahun Rogol Gadis
JOHOR BARU: Seorang penjual burger berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun.
Hairul Lisan Husin didapati bersalah oleh mahkamah kerana merogol gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan kira-kira pukul 3.15 pagi pada 10 Januari.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogolnya sebelum meninggalkannya di sebuah pusat karaoke.
Hakim Muhammad Jamil Hussin mandapati Hairul Lisan melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Hairul Lisan berdepan hukuman penjara 20 tahun maksimum dan sebatan jika sabit kesalahan.- mstar online
TOP
Warga Gipsi Kini Tidak Dialu-alukan Di Perancis
Presiden Perancis, Francois Hollande dan Perdana Menterinya, Manuel Valls kini semakin cenderung ke haluan kanan yang menyaksikan sikap anti Kesatuan Eropah dan anti imigran.
PARIS: Pendatang dari negara-negara Kesatuan Eropah (EU) khususnya komuniti Gipsi Roma tidak lagi bebas keluar masuk Perancis kerana peraturan baru yang akan diperkenalkan oleh negara itu memperuntukkan larangan ke atas mana-mana individu yang dilihat memiliki ‘sikap peribadi’ yang boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan negara dan juga ketenteraman awam. Peraturan yang dilihat sebagai kabur dan terlalu umum itu boleh digunakan untuk menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki Perancis - dari seorang pendatang dengan rekod jenayah silam sehinggalah kepada sesiapa yang dilihat tidak sesuai atau tidak boleh menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat tempatan seperti komuniti Gipsi dari Romania dan Bulgaria. Peraturan baru itu dibuat selepas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso memberi amaran kepada Britain bahawa hasrat negara itu untuk meletakan had kedatangan pendatang dari negara-negara anggota EU adalah satu tindakan yang bertentangan dengan EU. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan Sosialis Perancis yang berhaluan kanan ini dilihat sebagai cuba untuk menghalang kemasukan masyarakat gipsi Roma atau gengster dari Eropah Timur. Walaupun prinsip asas EU adalah untuk membuka kebebasan pergerakan kepada anggota-anggota badan tersebut tetapi Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls tidak syak lagi mahu memastikan mereka yang 'tidak sesuai' tidak menjadikan Perancis sebagai tempat persinggahan. Antara lain, Valls berkata dia tetap dengan pendirian asal kerajaannya untuk menghalau keluar pendatang-pendatang Gipsi Roma yang datang dari Bulgaria dan Romania yang juga merupakan ahli EU. Pengembara Gipsi ibarat 'orang Asli' di benua Eropah dan mereka berpindah randah sejak zaman berzaman dalam satu kumpulan. Sebahagian besarnya membentuk kumpulan sarkas dan mengadakan pertunjukkan di serata Eropah. Tahun ini sahaja 10,000 warga Gipsi Roma telah dihalau keluar dari Perancis. Valls menegaskan hanya segelintir sahaja yang berjaya 'menyesuaikan' diri dalam kehidupan masyarakat Perancis manakala majoriti yang lain harus dihantar balik ke sempadan kerana penglibatan mereka dengan jenayah, meminta sedekah dan mencuri. Perancis di bawah kerajaan sosialis Francois Hollande semakin cenderung ke arah sayap kanan dengan kempen anti imigran dan anti EU. Langkah ini bagaimanapun mendapat sokongan sebahagian besar rakyat Perancis. Sejak Valls menjadi perdana menteri Perancis, dia telah mengarahkan khemah-khemah masyarakat Gipsi dirobohkan dan mereka dihantar kembali ke sempadan. "Kita tidak mengalu-alukan kedatangan mereka (Gipsi Roma) dan bukan menjadi tanggungjawab Perancis untuk berurusan dengan kesengsaraan di seluruh dunia," tegas Valls.- mstar online

Oscar Pistorius Dipenjara Lima Tahun
Wajah Oscar Pistorius yang sedih selepas mendengar hukuman penjara lima tahun dijatuhkan ke atas beliau pada Selasa atas tuduhan membunuh teman wanitanya tahun lalu. Foto EPA
PRETORIA: Bintang Paralimpik warga Afrika Selatan, Oscar Pistorius pada Selasa dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana membunuh teman wanitanya, Reeva Steenkamp tahun lalu. Pistorius yang muntah dan menangis ketika perbicaraan diadakan, terpaku sewaktu mendengar hukuman itu dijatuhkan ke atas beliau. Hakim Thokozile Masipa memutuskan hukuman itu pada Selasa selepas meneliti alasan pendakwa bagi hukuman lebih berat dan permohonan pembela bagi hukuman lebih ringan terhadap olahragawan paralimpik itu. "Hukuman dikenakan lima tahun," kata Masipa. Pistorius dituduh membunuh Steenkamp tanpa niat pada tahun lalu, apabila menembaknya menerusi pintu tandas tertutup di rumahnya. Beliau dalam keterangannya kepada mahkamah berkata, kejadian itu merupakan satu kemalangan selepas tersalah anggap teman wanitanya sebagai penceroboh pada waktu malam. Perbicaraan Pistorius menarik perhatian dunia kerana statusnya sebagai bintang sukan ternama Afrika Selatan lebih-lebih lagi setelah dia mencipta sejarah sebagai pelari yang pertama mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik di London pada 2012 menggunakan bilah gentian optik sebagai ganti. Dilahirkan pada 1986 di Johannesburg tanpa tulang fibula, Pistorius telah menjalani pembedahan untuk membuang kedua-dua belah kakinya di bawah paras lutut apabila dia berusia 11 bulan. Dia kemudiannya memilih untuk menjadi pelari sepenuh masa dengan menggunakan bilah gentian optik menjadikannya popular dengan gelaran "the Blade Runner".- mstar online

Pelakon Tempatan, Miller Semakin Berjaya Di Indonesia
Miller mengakui kehidupannya kini jauh lebih selesa berbanding sebelum ini.
PETALING JAYA: Pelakon yang membina nama di Indonesia, Miller berjaya mengumpul beberapa aset seperti rumah dan tanah sejak lapan tahun menceburi bidang seni lakonan di negara itu. Miller atau nama sebenarnya Mohamad Suhaimi Ali Dad Khan berkata, kehidupannya kini jauh lebih selesa berbanding sebelum ini dan menyifatkan ia sebagai rezeki buatnya dan keluarga. "Saya tidak sangka mampu bertahan sehingga kini dalam industri hiburan Indonesia apatah lagi saingannya hebat-hebat. "Dan bukan senang untuk kekalkan nama setaraf dengan pelakon-pelakon, perlu kerja keras tanpa mengira waktu. "Tetapi berbaloilah kerana sekarang saya mampu memiliki aset sendiri seperti rumah, tanah serta kereta," katanya kepada mStar Online. Tambah Miller, ketika di awal pembabitannya sebagai pelakon di negara itu, dia mengalami beberapa kesukaran termasuklah daripada segi pertuturan. Dia juga nyaris putus asa kerana sering dimaki pengarah kerana pertuturan bahasa yang tidak betul.
Miller
Sementara itu, buat pertama kalinya Miller menerima tawaran berlakon di Malaysia menerusi drama Satu Hari Di Sarajevo bersama aktor Remy Ishak untuk siaran TV9. Kata adik kepada aktres Sabrina Ali itu, dia mengambil peluang menerima tawaran berlakon drama tersebut bagi mencuba nasib dalam industri seni tempatan pula. "Dulu saya pernah mendapat tawaran berlakon di Malaysia tetapi jadual saya begitu padat dengan penggambaran sinetron. "Kebetulan pula ketika menerima tawaran daripada pihak produksi, saya tiada sebarang kerja. Jadi terus saya mengambil peluang itu. "Bagaimanapun fokus saya masih terhadap lakonan di Indonesia dan sekiranya ada kerja lakonan di sini, saya terima, lebih-lebih lagi jika mendapat watak aksi. Saya sukakan filem aksi di sini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Miller bakal memulkan penggambaran sinetron Jilbab In Love dalam masa terdekat ini.- mstar online

Caj Hotel, Restoran Pada Resit Bukan Untuk Kerajaan - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mencadangkan agar terma 'caj perkhidmatan' yang dikenakan oleh sesetengah restoran dan hotel ditukar kepada 'caj restoran' atau 'caj hotel'.
Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu wajar bagi memastikan rakyat tidak keliru dengan terma tersebut.
"Permohonan bertulis mengenai pertukaran terma itu telah dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan pengguna menyangka bahawa kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas bayaran tersebut diambil oleh kerajaan.
"Rakyat keliru mengenainya. Walhalnya, caj perkhidmatan diambil oleh restoran dan hotel. Ia bukan cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Sementara itu, beliau turut mengingatkan para peniaga agar hanya menggunakan terma cukai perkhidmatan dan bukannya 'GST' pada resit pembayaran sehingga pelaksanaannya cukai baharu itu dikuatkuasakan pada 1 April depan bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.
Ahmad Maslan berkata, terdapat sesetengah peniaga menggunakan istilah 'GST' bagi merujuk kepada cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak enam peratus dalam resit pembayaran.
Katanya, peniaga perlu menyatakan dalam resit jumlah cukai perkhidmatan yang dikenakan, bukannya meringkaskan cukai tersebut sebagai GST.
"Tiada terminalogi 'goverment service tax' dalam sistem percukaian di Malaysia... yang ada hanyalah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST), cukai perkhidmatan (ST) dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Jadi ada peniaga yang meringkaskan terma cukai tersebut sebagai GST," katanya.
Beliau berkata, sekiranya terdapat peniagaan yang didapati mengenakan GST sebelum tempoh pelaksanaannya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
"Walaupun kadar GST dan cukai perkhidmatan adalah sama namun menjadi kesalahan menggunakan istilah GST sebelum tempoh pelaksanaan cukai baharu tersebut," katanya.
Menurut beliau, sehingga Isnin, sebanyak 95,100 syarikat telah mendaftar dalam pelaksanaan GST.
"Saya percaya sasaran sebanyak 200,000 syarikat yang akan mendaftar dalam pelaksanaan sistem cukai baharu ini dapat dicapai sebelum April 2015," katanya.- mstar online
TOP
'Saya Tahu Dijadikan Sasaran Khabar Angin Berniat Jahat' - Rosmah
Rosmah Mansor (tiga, kiri) menerima buku berjudul 'Nafasku Mencari Damaimu' oleh Suwaibah Mohd Nasir (tiga, kanan) pada Sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa di Wisma Ungku A. Aziz di Petaling Jaya pada Selasa. Turut sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek (dua, kiri). Foto BERNAMA
PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor yang menyedari bahawa beliau menjadi sasaran khabar angin berniat jahat, menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai semua yang didengari atau dibaca mengenainya. "Mereka ini hanya mahu tumbang Kerajaan, tetapi mereka tidak boleh buat pada Najib, jadi mereka buat pada saya. "Jangan percaya semua yang anda lihat atau baca online," kata isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata demikian pada sambutan Hari Wanita Desa Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2014 bertemakan 'Wanita Berkualiti Penggerak Generasi' di Kelana Jaya di sini, Selasa. Rosmah memberikan contoh komen-komen berniat jahat mengenai pembabitan beliau dalam program pendidikan awal kanak-kanak, Permata dan dakwaan beliau "mengawal" Najib. Beliau berkata, sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat sahih atau penjelasan boleh menulis surat ke pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri. Walaupun berhadapan dengan serangan peribadi, Rosmah berkata, beliau tidak mempedulikannya dan akan meneruskan usaha mencemerlangkan wanita dan kanak-kanak. Pada majlis itu Rosmah turut menyampaikan Anugerah Koperasi Wanita Terbaik 2014 kepada Koperasi Serbaguna Kaum Ibu Kubang Pasu Berhad, Kedah dan Anugerah Tokoh Koperator Wanita Terbaik 2014 kepada Rahaiah Baheran daripada Koperasi Khidmat Wanita Kuala Kangsar, Perak. Rosmah juga melancarkan buku 'Nafasku Mencari DamaiMu' karya pelari solo wanita negara, Suwaibah Muhammad Nasir.- mstar online

PM, TPM Sifatkan Negara Kehilangan Tokoh Karyawan Ulung
Tan Sri Prof Dr Ismail Hussein.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Prof Dr Ismail Hussein sebagai satu kehilangan besar seorang tokoh karyawan dan pendita ulung kepada negara. "Takziah kepada keluarga Dr Ismail yang kembali ke rahmatullah. Moga ditempatkan antara yang beriman," katanya dalam tweet terbaharu beliau pada Selasa. Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) itu meninggal dunia kira-kira pukul 9.36 malam Isnin di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipercayai akibat sakit tua. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Allahyarham Dr Ismail sebagai seorang yang tegas dalam usahanya memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu. "Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang amat dedikasi, tenang dan berhemah," katanya dalam satu kenyataan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di sini Selasa. Beliau berkata, sepanjang Allahyarham menerajui Gapena, banyak usaha dan kejayaan dicapai untuk memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu serta perpaduan bangsa yang mengisi agenda perjuangan persatuan tersebut. "Malahan tidak ada sesiapa pun dapat nafikan ketinggian ilmu dan segala jasa serta pengorbanan beliau dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu," katanya. Muhyiddin berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau merupakan seorang tokoh kesusasteraan Melayu yang amat disegani dan pemergiannya sudah tentu dirasai oleh keluarga, rakan-rakan serta yang mengenali diri beliau. "Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mencucuri rahmat-Nya dan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin. Al-Fatihah," katanya. Jenazah Dr Ismail, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.10 tengah hari. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.- mstar online

Siasatan Kes Jejantas Runtuh Dijangka Siap Akhir Tahun
Bumbung jejantas pejalan kaki di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan lebat di Johor Bahru dalam kejadian pada 12 Oktober lalu. Foto BERNAMA
KLUANG: Siasatan berhubung kes bumbung jejantas tercabut dan jatuh di laluan Lebuh Raya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, Johor Baharu, baru-baru ini, dijangka siap akhir tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, siasatan sudah dimulakan oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. "Kita berharap melalui laporan forensik ini kelak, pihak-pihak bertanggungjawab terhadap keselamatan jejantas di negeri ini dapat menyelenggara kemudahan itu dengan baik kerana kita tidak mahu insiden itu berulang," katanya kepada pemberita pada kempen keselamatan jalan raya sempena Deepavali, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap Utara, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, Selasa. Hasni berkata, laporan berkenaan kelak akan turut dijadikan panduan dalam penambahbaikan reka bentuk jejantas dan kemudahan jalan raya di negeri ini yang disediakan jurutera. Dalam kejadian 12 Oktober lepas, bumbung jejantas yang turut dipasang sebuah papan iklan berkenaan tercabut yang dipercayai disebabkan angin kuat. Kejadian turut menyebabkan lima pengguna laluan itu mengalami cedera ringan. Sementara itu, Hasni berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM150 juta tahun depan sebagai tambahan bagi melakukan penyelenggaraan dan meningkatkan ciri keselamatan jalan di negeri ini. Beliau berkata, kesemua penyelenggaraan akan melibatkan jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan penghubung desa. "Kerajaan negeri akan sentiasa memperhebat usaha penyelenggaraan jalan raya dan jabatan yang berkaitan juga dalam masa yang sama akan membangkitkan kesedaran pengguna bagi mengurangkan kadar kemalangan," katanya. Sempena kempen itu, beliau turut mengedarkan 50 topi keledar dan baju pantulan cahaya kepada pengguna lebuh raya.- mstar online

Jangan Terpedaya Pandangan Puak Ekstremis - Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan pandangan puak ekstremis dalam perjalanan mereka untuk mencapai matlamat bersama.
Beliau berkata, mereka perlu berupaya mengatasi segelintir pihak yang mensensasikan pandangan sempit dan berpuak, dengan memperakui dan bertegas dengan komitmen mereka terhadap satu sama lain.
"Apa yang akan menjadikan Malaysia kekal kuat dan stabil bukannya segelintir pihak yang berkata sesuatu untuk memecah-belahkan kita tetapi sejumlah besar mereka yang melakukan pelbagai perkara untuk menyatukan kita," kata Najib dalam perutusan Deepavali 2014.
Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa rakyat Malaysia telah membawa bersama-sama adat resam dan tradisi unik mereka untuk melengkapi struktur masyarakat dan telah bekerja keras dan melakukan pengorbanan untuk menjadikan negara berada pada tahapnya sekarang.
"Semua ini dapat dilakukan kerana semua rakyat Malaysia berkongsi aspirasi serupa untuk hidup dalam harmoni dan sejahtera dengan satu sama lain," katanya.
"Pastinya, kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat bersama kita, tetapi kita perlu ingat bahawa kita mempunyai ramuan yang sama untuk berjaya.
"Ramuan berkenaan adalah rasa cinta kepada negara Malaysia kita, rasa sayang sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan bersikap sederhana dalam apa juga yang kita lakukan," kata Najib.
Perdana Menteri berkata, formula kejayaan Malaysia telah diperakui bukan sahaja oleh negara-negara jiran malah oleh dunia.
Manifestasi terkini dalam perkara ini, katanya adalah kejayaan besar negara yang diundi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini.
"Kejayaan kita menduduki kerusi itu membuktikan penghormatan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia, dan pendekatan sederhana kita dalam menangani cabaran dalam negara, serantau dan antarabangsa," katanya.
Mengucapkan "Deepavali Vaalthukal" (Selamat Hari Deepavali) kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu, Najib menggesa agar salam persahabatan dihulurkan kepada satu sama lain sempena perayaan ini dan sekali lagi, pastikan rakyat dan negara ini terus harmoni dan makmur.
"Tatkala kita berkongsi kegembiraan menyambut Deepavali bersama-sama, mari kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa Pesta Cahaya ini menyatukan kita untuk menuju masa depan bersama-sama dengan harapan dan impian kita.
"Saya menggesa masyarakat India untuk meneruskan kerjasama mereka dengan kerajaan berasaskan 'nambikei' (kepercayaan). Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan cahaya dan harapan sampai kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat," katanya.- mstar online
TOP
Jabatan Penjara Rancang Bina Penjara Di Lahad Datu
TAWAU: Jabatan Penjara Malaysia merancang membina sebuah penjara di Lahad Datu bagi mangatasi masalah kesesakan penjara yang sedia ada di Sabah, kata Pengarah Pengurusan Penjara Malaysia, Jamaluddin Saad.
Katanya, setakat ini sebanyak 6,500 banduan ditempatkan di enam penjara di Sabah, iaitu Sekolah Juvana Keningau, Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu, Penjara Kota Kinabalu, Penjara Tawau, Penjara Sandakan dan Penjara Wanita Kota Kinabalu.
"Jumlah banduan di Sabah telah melepasi daripada kapasiti yang telah ditetapkan. Oleh itu kami bercadang untuk membina sebuah lagi penjara di Lahad Datu.
Cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kita harap kelulusan dapat diperolehi hujung tahun ini” katanya kepada pemberita selepas Program Mesej Dari Penjara Peringkat Negeri di sini, Selasa.
Mengulas mengenai proses pemulihan luar tembok yang dilakukan pihak penjara, beliau berkata, program itu bertujuan untuk memberi peluang kepada bekas banduan untuk menjalankan kehidupan baharu dengan lebih baik.
"Dalam program pemulihan di luar tembok itu, kita melakukan sistem parol dan kemasyarakatan, yang mana ruang dan peluang untuk banduan itu dibebaskan lebih awal dari tarikh pembebasan sebenar. Oleh itu kami berharap program ini dapat sokongan daripada semua pihak," katanya.
Sementara itu Pengarah Penjara Sabah, Ab Basir Mohammad berkata, walaupun jumlah banduan di Sabah melebihi daripada kapasiti, pihaknya masih berupaya mengurus mengikut piawaian antarabangsa dan peraturan sedia ada.- mstar online
TOP
Khairy Tidak Tolak Ansur Atlet Positif Doping
Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan tidak bertolak ansur terhadap mana-mana atlet negara yang positif dalam ujian doping. Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana menjadi tanggungjawab seseorang atlet memastikan makanan, suplemen dan rawatan yang diambil bebas daripada sebarang bahan terlarang yang ditetapkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA). "Apabila perkara ini berlaku (positif doping) atlet tidak boleh menyalahkan jurulatih atau pakar yang merawat mereka semata-mata sebaliknya perkara ini adalah di atas liabiliti atlet itu sendiri. "Sudah pasti kita menganggap perkara ini merupakan satu perkara yang amat serius, memandangkan Malaysia pernah menduduki lembaga pengarah WADA, kita berpendirian 'zero tolerance' kepada atlet terlibat dengan isu doping," katanya kepada pemberita sebelum acara 'walkabout' sempena sambutan Deepavali di Brickfields, di sini Selasa. Khairy turut mengesahkan berita mengenai atlet elit negara yang didapati positif ujian air kencing sampel A tanpa menyebut nama atlet, di kejohanan sukan di luar negara baru-baru ini. Sebagai tindakan lanjut KBS turut mengarahkan agar satu Jawatankuasa Khas Siasatan ditubuhkan bagi menyelesaikan kes itu. Khairy berkata, beliau telah meminta Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan Ketua Unit Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) Nishel Kumar segera menjalankan siasatan berkenaan dengan segala rawatan dan perubatan untuk atlet tersebut. "Kita telah memaklumkan perkara tersebut kepada atlet terbabit dan beliau juga terkejut apabila mendengar berita itu (positif doping). Adamas dimaklumkan perkara ini menerusi surat daripada Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan bertarikh 1 Oktober lalu. "Atlet terbabit telah memohon agar ujian ke atas sample B dilakukan dan beliau sendiri mahu hadir ketika botol sample B itu dibuka sebelum ujian makmal dijalankan di luar negara," katanya. Katanya, mengikut peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan mereka tidak akan mengeluarkan atau umumkan nama atlet terbabit sehingga ujian sampel B selesai.- mstar online

MotoGP: Hafizh Syahrin Idam Kejuaraan Di Litar Sepang
PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad merangkul kejuaraan pada perlumbaan Grand Prix Malaysia (MotoGP) di Litar Sepang hujung minggu ini.
Bersandarkan prestasi cemerlang dalam beberapa perlumbaan MotoGP musim ini, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu optimis pasukannya mampu melakar kejutan di hadapan penonton tempatan.
"Saya tidak berasa terlalu tertekan beraksi di sini, saya tahu penyokong tempatan meletakkan harapan tinggi kepada saya selepas pasukan kami mencatat keputusan membanggakan dalam beberapa perlumbaan musim ini.
"Saya berpuas hati dengan jentera pada musim ini, saya dapat menghabiskan perlumbaan di Jepun baru-baru ini di tempat kelapan," katanya pada sesi ramah mesra bersama media di sini, Selasa.
Beliau, bagaimanapun gagal menamatkan perlumbaan di Australia minggu lepas atas faktor kesihatan.
Hafizh, 20, pertama kali beraksi semusim penuh tahun ini, mempamer prestasi terpuji dalam 16 perlumbaan apabila berada pada kedudukan ke-18 daripada 28 pelumba dengan mengutip 42 mata.
Beliau turut mengharapkan litar basah pada aksi hujung minggu ini untuk meraih keputusan lebih cemerlang.
Untuk rekod, pelumba itu membuat kejutan dengan meraih kedudukan keempat pada 2012 menerusi tiket 'wild card' bagi kategori Moto2.- mstar online
TOP
Moto3: Zulfahmi Dedah Punca Prestasi Merosot, Bukan Cari Alasan
Zulfahmi (lima dr kiri) ketika sesi dialog AirAsia Moto Inspire pada Selasa.
PUTRAJAYA: Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengakui nasibnya pada musim 2014 tidak sebaik seperti tahun-tahun sebelum ini. Bukan mencari alasan di atas kemerosotan prestasinya musim ini, namun hakikatnya dia berdepan dengan masalah komunikasi dengan pasukannya, Onggeta-AirAsia. “Saya dan pasukan telah berbincang mengenai masalah ini sejak awal musim lagi, namun tidak ada perubahan yang boleh dibuat. “Saya tidak membuat alasan dengan prestasi merosot tahun ini, tetapi itulah puncanya,” jelasnya kepada media pada majlis sesi dialog AirAsia Moto Inspire pada Selasa. Zulfahmi menjelaskan, dia belum pasti mengenai nasib musim depan, namun berharap semuanya berjalan lancar. “Saya ada bertanya perkara ini kepada Datuk Razlan Razali (Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dan beliau memberitahu semuanya dalam perbincangan. “Tunggu sahajalah keputusan beliau nanti,” jelasnya. Menjelang perlumbaan MotoGP di halaman sendiri hujung minggu ini, Zulfahmi akan cuba melakukan yang terbaik. “Saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran tertentu kerana setiap kali saya berbuat demikian pastinya tidak berlaku. “Cuma saya harapkan agar mampu berada dalam kelompok terbaik,” jelasnya. Prestasi Zulfahmi tidak konsisten sepanjang musim ini apabila hanya menduduki tangga ke-19 daripada 30 pelumba dengan mengutip 19 mata. Dalam pada itu, Razlan mengakui kemerosotan Zulfahmi bukan disebabkan jentera, tetapi masalah komunikasi dengan pasukan. “Kita masih berbincang dengan penaja Zulfahmi iaiatu AirAsia sama ada mereka mahu terus menyambung kontrak Zulfahmi atau tidak. “Keputusannya akan diketahui Khamis ini,” jelasnya sebelum ini. Sementara itu, pada majlis AirAsia Moto Inspire yang diadakan itu, beberapa pelumba dari Asia Talent Cup dan pelumba Air Asia Caterham Moto Racing Team iaitu Johann Zarco dan Ratthapark Wilairot serta Zulfahmi sendiri meluangkan masa berkongsi pengalaman bersama peminat-peminat muda permotoran tanah air. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Belia Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Salleh Ali, Razlan serta Ketua Bahagian Komunikasi AirAsia, Aziz Laikar.- mstar online

Mukhriz Kecewa Gelagat Ulat Tiket
Mukhriz Mahathir.
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kecewa dengan sikap ulat tiket yang menjual tiket palsu menyebabkan penyokong Hijau Kuning tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman pada Ahad. "Ada beberapa penyokong mengadu, mereka datang dari jauh tetapi tersilap beli tiket daripada orang yang tidak sepatutnya menjual tiket. Ada (ulat) yang jual tiket warna kuning tetapi kita tidak ada tiket berwarna kuning. "Jadi pada masa akan datang, kena ada sistem lebih berkesan dalam menghalang ulat tiket menjual tiket yang sebenarnya tidak wujud, mereka dapat untung atas angin. Pesanan saya, hati-hati beli tiket, kena pastikan tiket yang sah sahaja untuk masuk ke stadium," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 700 penerima di Seri Mentaloon, dekat sini, Isnin. Semalam, difahamkan lebih 1,000 penyokong pasukan Hijau Kuning terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket apabila ia habis terjual dalam tempoh kurang dua jam. Difahamkan, empat kaunter tiket di pekarangan stadium itu dibuka pada 9.45 pagi dan semua 27,000 keping tiket termasuk 900 tiket dikhaskan untuk penyokong Pahang habis dijual kira-kira 11.15 pagi. Sementara itu, Mukhriz melahirkan penghargaan kepada penyokong bola sepak Kedah yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka. Pada aksi separuh akhir pertama semalam, Kedah menumpaskan Pahang 3-1. Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat ini (24 Okt).- mstar online

Woodward, Van Gaal Kecewa Man United Seri
KETUA Eksekutif Manchester United, Ed Woodward dirakam berada dalam keadaan kecewa ketika menyaksikan usaha pemain kelab itu yang terpaksa berhempas pulas demi mendapatkan keputusan seri semasa menentang West Brom awal pagi Selasa.
Raut wajah Woodward itu dirakam oleh kamera yang membuat siaran langsung sebelum ia menjadi sebahagaian daripada analisis pengulas.
Dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 itu, Daley Blind muncul sebagai hero apabila berjaya menjaringkan gol kedua buat United selepas Marouane Fellaini. Louis van Gaal yang turut kecewa mendakwa,"United telah memiliki pasukan yang hebat untuk mendapatkan tiga mata. "Tetapi hilang dua mata. Saya rasa kami telah menjadi pasukan yang baik. Tetapi saya kecewa dengan keputusan ini. "Saya tidak fikir West Brom telah mencipta banyak peluang, saya rasa kosong dan kami telah memberi dua gol berkenaan kepada lawan. "Kami telah mencipta empat peluang pada separuh masa pertama dan tujuh pada babak kedua. Saya gembira terhadap gaya permainan tetapi kecewa dengan keputusan," katanya yang kelihatan kecewa. - mstar online

Man United Nyaris Dimalukan West Brom, Blind Penyelamat
Pemain United meraikan jaringan pertama yang dihasilkan oleh Marouane Fellaini.
DALEY Blind berjaya menyelamat Manchester United daripada dimalukan West Bromwich Albion menerusi jaringan di akhir tempoh permainan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Awal pagi Selasa. Jaringan pertama Blind sejak berhijrah dari Ajax pada Ogos itu hadir pada minit ke-87, ketika United ketinggalan 1-2 kepada skuad tuan rumah.
Dalam perlawanan persediaan United sebelum berhadapan pendahulu liga, Chelsea pada hujung minggu ini, kelab kendalian Louis van Gaal dikejutkan dengan jaringan awal pemain lawan, Stephane Sessegnon pada minit kelapan.
Jaringan yang mengembalikan kritikan terhadap kelemahan benteng pertahanan United itu kemudian kekal sehingga tamat babak pertama.
United yang mengunakan formasi 4-1-4-1 akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi Marouane Fellaini selepas tiga minit babak kedua bermula. Begitupun, keadaan kembali memberi tekanan kepada anak didik Van Gaal apabila Saido Berahino mmenghasilkan jaringan kedua.
Saido Berahino (kanan) ketika menjaringkan gol kedua.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan tiga mata penuh bakal menjadi milik West Brom, Blind membuktikan bisanya dengan menjaringkan gol kedua United.
Keputusan seri 2-2 itu meletakkan United di kedudukan keenam Liga Perdana Inggeris dengan 12 mata - iaitu dibelakang Liverpool.- mstar online

MAS Janjikan Tambang Menarik Dalam Kempen "Make It Happen"
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tambang termasuk semua yang menarik bagi perjalanan ke destinasi domestik dan antarabangsa di bawah kempen "Make it Happen" dari 20 Okt-3 Nov, 2014.
Dalam kenyataan, Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia MAS, Datuk Muzammil Mohammad berkata tiada kos tersembunyi bagi mereka yang ingin melakukan perjalanan menggunakan syarikat penerbangan negara.
Tambang tersebut merangkumi makanan, hiburan dalam penerbangan dan bagasi daftar masuk percuma 30kg dan satu bagasi yang dibawa bersama penumpang, tidak lebih 7kg.
Sebagai menyokong pelancongan domestik, MAS turut menawarkan tambang pergi balik termasuk semua dari RM120 dalam Semenanjung Malaysia dan serendah RM260 bagi pelanggan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Miri, Kuching atau sebaliknya.
Bagi mereka yang merancang ke luar negara, boleh mendapatkan tambang pada harga berpatutan bagi kelas ekonomi seperti RM2,700 ke Amsterdam, Frankfurt dan Paris, Hong Kong pada RM700, Seoul (RM1,550), Dubai (RM1,800) dan RM1,850 ke Tokyo.
MAS yang bekerjasama dengan Tourism Australia akan mengadakan pameran perjalanan-mini dalam mempromosikan tarikan ke Australia, dengan tawaran pakejnya, di One Utama Shopping Centre antara 22-27 Okt.
Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari www.malaysiaairlines.com atau hubungi 1-300-88-3000.- mstar online
TOP
AEC Bukan Hanya Mengenai Liberalisasi
BANGKOK: Komuniti Ekonomi Asean (AEC) bukan hanya mengenai liberalisasi kerana ia juga merangkumi pemudahan perdagangan dan pelaburan.
Ini termasuk menambah baik proses serta prosedur yang bermanfaat kepada perniagaan kecil dan besar di samping promosi melalui rantaian bekalan serantau.
Inisiatif serantau dan nasional juga perlu bekerjasama bagi memastikan keberkesanan AEC, demikian kesimpulan yang dibuat Simposium Komuniti Ekonomi Asean Kedua di Yangon, Myanmar minggu lepas.
Simposium itu dianjur secara bersama oleh Kementerian Perancangan Nasional dan Pembangunan Ekonomi Myanmar dan Sekretariat Asean dengan sokongan Program Kerjasama Pembangunan Asean-Australia (AADCP II).
Ia dihadiri kira-kira 100 syarikat Myanmar serta wakil Kumpulan Kerja Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) Asean serta pegawai kerajaan dari Myanmar serta Australia.
Peserta telah menimbulkan keperluan untuk institusi dan kesinambungan fizikal yang berkesan, terutama proses mesra perniagaan seperti pelepasan kastam yang lebih cepat, kata Sekretariat Asean yang berpangkalan di Jakarta itu.
Penekanan berlebihan ke atas barangan siap dan peluang dalam produk perantaraan dan perkhidmatan yang membawa kepada integrasi rantaian nilai turut ditonjolkan, tambahnya.
Ia juga menyatakan bahawa pembinaan kapasiti untuk syarikat lebih kecil serta pembangunan dasar PKS yang kondusif melalui ketelusan, kebolehramalan dan konsistensi untuk perniagaan, adalah kunci ke arah integrasi kepada rantaian bekalan.
Beberapa kebimbangan turut ditimbulkan mengenai keperluan meningkatkan pembangunan ekonomi yang saksama berikutan negara anggota Asean berada pada tahap pembangunan berbeza dan negara kurang maju mungkin ketinggalan selepas integrasi.
Bagaimanapun, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dikatakan mendapat faedah paling besar daripada integrasi Asean dengan tahap pertumbuhan yang lebih tinggi dan penyesuaian kepada peraturan dan proses adalah paling cepat di negara terbabit kerana hanya sedikit pelarasan diperlukan.
Simposium itu juga menonjolkan yang perniagaan secara umumnya tidak menerima maklumat secukupnya mengenai AEC dan terdapat keperluan untuk penyebaran makluamt yang lebih baik, terutama kepada PKS.
Sekretariat itu berkata, kajian baru-baru ini oleh Boston Consulting Group mendapati sehingga 120 juta pengguna akan menyertai kelas pertengahan mewah menjelang 2020, dipacu terutama oleh pasaran yang berkembang pesat di Indonesia, Myanmar, Filipina dan Thailand.
Menjelang 2020, Asean dijangka muncul sebagai ekonomi kelima terbesar di dunia- mstar online
TOP
Malaysia, Indonesia Bakal Berganding Jayakan Impian Pengeluaran Kereta Asean
Najib (kiri) mengunjungi Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi selepas majlis mengangkat sumpah pelantikannya sebagai presiden Indonesia yang ke-7 di Istana Merdeka di sini, Isnin.
JAKARTA: Malaysia dan Indonesia bakal bekerjasama dalam bidang automatif bagi merealisasikan projek pengeluaran dan pembuatan "Kereta Asean" pada masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin. Beliau berkata, impian melaksanakan projek itu akan tercapai apabila Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi turut berminat dengan idea Malaysia itu yang bakal menyaksikan pembabitan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton. "Kemungkinan kita akan mengkaji usaha projek kereta Asean antara Malaysia dan Indonesia, dan (cadangan) ini telah disambut baik oleh Presiden Jokowi yang mahu idea itu dikaji lebih lanjut". "Ini bermakna Proton bersama dengan Indonesia melancarkan projek Kereta Asean sebagai projek yang berdaya melalui kajian lebih mendalam," kata beliau kepada media Malaysia di akhir lawatannya ke kota pentadbiran Indonesia ini. Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga berharap Indonesia di bawah pentadbiran baharu akan terus mengamalkan ekonomi terbuka menerusi dasar ekonomi sedia ada bagi memastikan hubungan perdagangan dua hala yang sedia terjalin akan terus berkembang. "Saya juga berharap apa-apa penyertaan syarikat-syarkat Malaysia yang sedia ada di Indonesia harus dikekalkan pada tahap sedia ada. "Dan sekiranya ada apa-apa undang-undang baru (yang hendak diperkenalkan oleh Indonesia), andainya ada, ia tidak akan melibatkan pelaburan yang sedia ada," katanya. Perdana Menteri turut berharap Malaysia dan Indonesia dapat mengintegrasikan bukan sahaja hubungan sesama rakyat dan politik malahan hubungan ekonomi agar kedua-dua negara dapat memaksimumkan keuntungan daripada kerjasama itu. Najib berkata, Malaysia berazam untuk menjayakan hubungan itu terutama apabila Malaysia bakal memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Asean pada tahun depan yang antara tumpuannya adalah bagi menyaksikan Asean memiliki pasaran perdagangan yang terbuka dan liberal dalam kalangan negara-negara anggota bagi menarik lebih banyak pelaburan asing ke rantau ini. Jokowi memulakan tugas hari pertamanya pada Isnin sebagai presiden ketujuh republik itu dalam satu istiadat di hadapan Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR), badan perundangan tertinggi negara itu, bagi memimpin negera berpenduduk 250 juta orang. Joko, bekas Gabenor Jakarta mengambil alih kepimpimpinan daripada Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menjadi Presiden sejak 2004. Yang turut mengangkat sumpah pelantikan jawatan di hadapan lebih 1,000 anggota MPR di sini ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden. Terdahulu, Najib yang berada di sini atas jemputan peribadi daripada Jokowi, 53, bagi menghadiri majlis bersejarah Indonesia itu, dengan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan pada upacara yang berlangsung selama dua jam itu. Perdana Menteri juga diberi keistimewaan oleh republik itu sebagai kalangan ketua kerajaan asing pertama tiba di Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden bagi membuat kunjungan hormat dan merakamkan ucapan tahniah bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia kepada Jokowi yang baharu sahaja beberapa jam mengangkat sumpah sebagai Presiden.- mstar online

CEO Gergasi Minyak Total Terbunuh Dalam Nahas Pesawat
Mendiang Christophe de Margerie.
MOSCOW: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi minyak, Total, Christophe de Margerie disahkan terbunuh dalam nahas pesawat dekat sini pada lewat malam Isnin. De Margerie, 63, seorang berbangsa Perancis, adalah satu-satunya penumpang dalam jet peribadi, Falcon 50 itu. Pesawat itu dikatakan telah berlanggar dengan mesin pembersih landasan ketika hendak berlepas dalam penerbangan ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di sini. Jurucakap Jabatan Pengangkutan Rusia, Tatyana Morozova berkata, yang satu lembaga siasatan jenayah telah dibentuk untuk menyiasat sama ada berlakunya kecuaian peraturan dan standard asas penerbangan berhubung kemalangan itu. Pesawat tersebut tidak terus terhempas selepas pelanggaran itu sebaliknya ia telah menghantar isyarat kecemasan dan melaporkan tentang kebakaran enjin sebelum terhempas di hujung landasan mengorbankan kesemua krew dan penumpang. Ia dilaporkan berlaku sejurus selepas tengah malam waktu Moscow. Lapangan Terbang Vnukovo membatalkan kesemua penerbangan sebaik sahaja nahas itu berlaku. De Margerie, yang memperolehi pendapatan sekitar £2 juta (RM10 juta) setahun telah mengetuai Total sejak tujuh tahun. Keluarganya adalah pembuat champagne terkenal Perancis. Dia berjaya membawa Total sebagai jenama global tetapi sepanjang kariernya bersama Total dipenuhi dengan kontroversi antaranya dakwaan salah guna dana untuk program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pertukaran minyak untuk makanan di Iraq yang menyaksikan sejumlah £1.1bilion bertukar tangan kepada Saddam Hussein. Bagaimanapun selepas bertahun-tahun penyiasatan dan perbicaraan, De Margerie dan Total dibebaskan dari sebarang salahguna kuasa. Di bawah program itu, Iraq dibenarkan menjual sebahagian kecil daripada pengeluaran minyaknya untuk ditukarkan dengan makanan disebalik sekatan dagangan yang dikenakan ke atas negara itu selepas Perang Teluk yang pertama. Total adalah syarikat minyak ketiga terbesar di Eropah dari segi penguasaan pasaran yang terlibat di bawah program itu antara tahun 1996 hingga 2003. Pada Mei 2013, Total bersetuju untuk melangsaikan £246 juta sebagai penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes dakwaan membayar rasuah untuk memenangi kontrak cari gali minyak dan gas di Iran. De Margerie meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak- mstar online

Pemain Bola Sepak Maut Kerana Aksi Akrobatik
SEORANG pemain bola sepak Liga Perdana Mizoram, India maut apabila gagal melakukan gaya balik kuang (somersault) dengan sempurna ketika ingin meraikan gol bersama rakan sepasukan.
Peter Biaksangzuala, 23, disahkan meninggal dunia di hospital pada Ahad selepas dipercayai mengalami kecederaan serius di tengkuk apabila gagal merebahkan badan dengan baik semasa melakukan aksi balik kuang.
Biaksangzuala melakukan aksi balik kuang selepas berjaya menghasilkan jaringan untuk kelabnya, Bethlehem Vengthlang FC pada minit ke-62 ketika menentang Chanmari West FC.
Aksi akrobatik itu sering dilakukan oleh ramai pemain bola sepak khususnya penjaring gol Jerman pada Piala Dunia lalu, Miroslav Klose.
Pemain tengah itu dilaporkan dirawat di hospital selama lima hari sebelum doktor bertindak menghentikan alat penafasan selepas tiada reaksi positif. Difahamkan Biaksangzuala telah menderma matanya kepada hospital berkenaan.

"Dia Wanita Paling Rapat Dalam Hidup Saya" - Jep (Sepahtu)
Jep mengakui sedang rapat dengan seseorang.
KUALA LUMPUR: Pelawak Jep (Sepahtu) menjelaskan foto dia bersama seorang wanita yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yang paling rapat dengannya buat masa ini. Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan. "Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini. "Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram," katanya kepada mStar Online. Jep ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa. Baru-baru ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya.
Salah satu foto Jep bersama wanita yang dikenali sebagai Nazeera Sardi dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya. Bagaimanapun ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya. Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas. "Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yang tahu. "Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang. "Bukan. Saya nak buktikan yang saya bukan gay...hahaha," katanya dengan nada bergurau. Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor. Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut.- mstar online

Subsidi Baharu Petrol: Beli Guna MyKad, Hanya Untuk Golongan Layak
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan sistem rasionalisasi subsidi petrol yang melibatkan mekanisme baharu dengan mengambil kira pendapatan individu bermula Jun 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, sistem tersebut bertujuan untuk memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja mendapat manfaat subsidi petrol.
"Kita dapati subsidi petrol tersasar, jadi ia perlu diperbetulkan. Susulan itu, kerajaan berkemungkinan besar merasionalisasikan subsidi petrol pada Jun tahun depan.
"Jadi yang mana layak dapat subsidi, yang tak layak tak diberi subsidi," katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
Beliau berkata, menerusi sistem itu, pengguna perlu membeli petrol dengan menggunakan My Kad kerana jumlah pendapatan mereka telah direkodkan bagi menentukan sama ada pembeli layak mendapat subsidi atau sebaliknya.
"Perincian sama ada guna My Kad bagi pembelian petrol... tapi ia boleh berubah kerana masih ada tempoh lapan bulan lagi sebelum dilaksanakan," katanya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkara itu masih lagi diperingkat kajian dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang meminta kertas cadangan daripada syarikat-syarikat yang ingin membangunkan mekanisme baharu itu.
"KPDNKK minta kertas cadangan untuk mekanisme baharu bagi rasionalisasi petrol kerana kalau nak masukkan pendapatan rakyat bukan satu tempoh yang singkat," katanya.
Ahmad Maslan berkata, dengan pelaksanaan sistem itu, rakyat berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrol seperti yang dinikmati semua lapisan masyarakat pada hari ini.
Namun, katanya bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 keputusan sama ada mereka layak mendapat subsidi atau tidak masih belum diputuskan.
"Mungkin sebahagian subsidi dapat tetapi itu lebih kurang... belum lagi diputuskan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan membelanjakan secara purata RM2 bilion sebulan untuk subsidi petrol RON95 dan diesel.
"Sepatutnya subsidi petrol dinikmati oleh golongan kurang berkemampuan tetapi data mendapati 70 peratus digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi," katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Dr Siti Mariam Che Ayub dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad.
Seminar yang dihadiri seramai 1,300 peserta itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat terkini secara langsung kepada orang ramai mengenai pindaan berkaitan percukaian yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2015 yang lalu.
Malah, seminar tersebut juga merupakan salah satu usaha pemantapan secara berterusan demi melahirkan sebuah masyarakat yang celik cukai.- mstar online
TOP
KJ Enggan Dedah Identiti Atlet Gagal Ujian Doping
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin enggan mendedahkan identiti atlet kebangsaan yang gagal ujian doping dalam satu kejohanan antarabangsa sehingga keputusan sampel B dikeluarkan dan ianya sah positif.
“Mengikut peraturan yang ditetapkan persatuan antarabangsa sukan berkenaan, mereka tidak akan mengumumkan nama atlet tersebut sehingga keputusan ujian sampel B selesai.
“Maka kita juga tidak akan mengumumkan nama atlet tersebut sehingga ujian sampel B dibuat. Saya tidak akan mengumumkan nama atlet ini sehinggan sampel B diuji bagi memberi perlindungan kepada atlet tersebut dan juga mematuhi peraturan yang ditetapkan persekutuan antarabangsa sukan terbabit,” katanya kepada media, memetik laporan Awani.
Khairy ditemui ketika mengadakan sesi walkabout bersama timbalannya, Datuk M. Saravanan di Little India, Brickfields kira-kira jam 5.00 petang. Walkabout itu diadakan sempena sambutan Hari Deepavali.
Katanya, mengikut peraturan yang ditetapkan persatuan antarabangsa sukan berkenaan, mereka tidak akan mengumumkan nama atlet tersebut sehingga keputusan ujian sampel B selesai.
“Maka kita juga tidak akan mengumumkan nama atlet tersebut sehingga ujian sampel B dibuat. Saya tidak akan mengumumkan nama atlet ini sehinggan sampel B diuji bagi memberi perlindungan kepada atlet tersebut dan juga mematuhi peraturan yang ditetapkan persekutuan antarabangsa sukan terbabit,” katanya.
Menurut Khairy, Agensi Doping Malaysia (ADAMAS), persatuan kebangsaan sukan berkenaan dan juga atlet tersebut telah pun dimaklumkan tentang perkara ini melalui surat dari persekutuan antarabangsa sukan terbabit yang bertarikh 1 Oktober 2014.
Katanya atlet tersebut turut terkejut dengan keputusan itu namun telah memberi kerjasama penuh kepada persatuan sukan kebangsaan dan ADAMAS.
Bagaimanapun katanya, berdasarkan garis panduan Agensi Antidoping Antarabangsa (WADA), atlit yang gagal ujian doping diberi peluang untuk mengambil ujian sampel kedua iaitu sampel B.
“Atlet tersebut diberi sehingga 17 Oktober untuk memohon ujian sampel B. Beliau telah pun membuat permohonan tersebut pada 16 Oktober dan sedang menunggu maklumbalas daripada persekutuan sukan antarabngsa berkenaan tentang tarikh ujian Sampel B,” jelasnya.
Mengulas lanjut tentang isu tersebut, katanya beliau telah pun mengetahui tentang keputusan ujian sampel A lebih awal lagi.
Justeru, katanya siasatan telah pun bermula sejak hampir dua hingga tiga minggu lalu untuk mengetahui lebih jelas apa yang telah berlaku.
Selain itu, beliau juga dimaklumkan bahawa atlet tersebut ingin menyaksikan sendiri sampel itu dibuka dan beliau telah pun diberi kebenaran untuk berbuat demikian,
“Kalau positif baru gugur… kalau negatif dia kekal lah,” kata Khairy ketika ditanya mengenai kedudukan atlet itu dalam kejohanan sukan yang terbabit.
Katanya lagi, setakat ini pihak Kementerian telah pun menubuhkan jawatankuasa ad hoc yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz dan dibantu oleh Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar.
Jelas Khairy, dalam jawatankuasa tersebut, pihaknya akan mendapatkan pakar-pakar anti-doping serta pakar perubatan bagi menyiasat rawatan ke atas atlet untuk memastikan tiada bahan yang tidak dibenarkan diguna pakai dalam rawatan tersebut.
Selain itu, Khairy juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan ujian saringan lebih kerap terhadap para atlet bagi mengelak kejadian ini berulang.
Sementara itu, Khairy berkata pihaknya memandang serius perkara ini kerana Malaysia pernah menjadi ahli lembaga WADA yang komited kepada dasar zero toleran kepada doping.
“Kita akan selidik semula pendidikan dan pendedahan yang diberi kepada para atlet. Ia adalah tanggungjawab sepenuhnya pada atlet, oleh itu atlet tidak boleh beri alasan jurulatih yang bagi bahan tersebut… dia mesti bertanggungjawab tentang apa sahaja yang dia makan dan rawatan yang dia terima,” tegasnya.
Misteri ikon sukan negara yang dikaitkan dengan isu positif doping terus tersebar sejak semalam.
Atlet itu dikatakan positif doping dalam satu kejohanan besar pertengahan tahun ini, apabila sampel A ke atas dirinya didapati positif baru-baru ini.
Bagaimanapun pengesahan mengenainya dan nama atlet terbabit hanya akan diketahui selepas ujian sampel B disahkan.
Sehingga ujian Sampel B dibuat, sebarang keputusan dalam kejohanan yang disertai atlet berkenaan tidak akan dilakukan.
Ini merupakan kes doping kedua di Malaysia dalam tempoh sebulan selepas atlet Wushu, Tai Cheau Xuen telah dilucutkan pingat emas di Sukan Asia di Incheon bulan lalu setelah positif mengambil bahan sibutramine. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
KJ Sahkan Berita Atlet Elit Malaysia Gagal Ujian Doping
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan seorang atlet elit kebangsaan telah gagal ujian doping di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark.
Khairy berkata Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah pun dimaklumkan berkaitan perkara itu dalam sepucuk surat daripada persekutuan antarabangsa sukan berkenaan bertarikh 1 Oktober lepas.
Persekutuan kebangsaan sukan berkenaan dan juga atlet yang terlibat juka dimaklumkan melalui surat pada tarikh yang sama.
“Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), atlet yang gagal ujian doping diberi peluang untuk sampel kedua dikenali sebagai B sampel diuji.
“Dalam kes ini atlet terbabit telah diberi hingga 17 Oktober untuk memohon ujian sampel B. Beliau telah melakukan permohonan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada persekutuan sukan antarabangsa berkenaan tentang tarikh ujian sampel B,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan kes itu hari ini.
Khairy berkata beliau telah meminta satu siasatan rapi berkenaan segala rawatan dan perubatan yang diberi kepada atlet berkenaan sehingga menyebabkan ujian sampel A didapati positif.
“Sejak saya diberi tahu tentang keputusan ujian tersebut, saya telah minta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dato’ Dr Ramlan Abd Aziz, dibantu oleh Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar, untuk melaksanakan siasatan rapi berkenaan dengan segala rawatan dan perubatan yang diberi kepada atlet terbabit.
“Ini dilakukan untuk membantu kita mendapat penjelesan lebih lanjut tentang keputusan ujian tersebut,” kata Khairy.
Menurut Khairy, buat masa ini pihaknya masih menunggu tarikh untuk dilakukan ujian sampel B.
“Sebarang tindakan dan kenyataan selanjutnya akan dibuat berpandukan keputusan ujian B sampel,” katanya.
Sejak semalam, menderu-deru berita mengenai seorang pemain badminton elit negara dikatakan telah gagal ujian doping yang dilakukan di Denmark.
Dalam twitter Khairy pula, beliau memaklumkan bahawa identiti atlet berkenaan akan hanya didedahkan selepas keputusan ujian sampel B didapati positif. Jika sampel kedua diuji negatif, atlet berkenaan tidak dikategorikan gagal dalam ujian doping berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Laddu, Ringoli Dan Minyak Bijan… Warna Warni Deepavali
PERAYAAN Deepavali atau disebut juga sebagai Diwali dan Divali disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil.
Dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh, tahun ini perayaan itu disambut pada esok, 22 Oktober 2014.
Bagi kepercayaan agama Hindu, sambutan Deepavali sama seperti menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan menyambut cahaya dalaman, bagi memupuk kesedaran dari dalam.
Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu kisah pembunuhan Naragasura serta kepulangan Dewa Rama.
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan ‘kebaikan’ menewaskan ‘kejahatan’ dengan menyalakan lampu serta berpesta.
Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol Kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka. Bagi merayakan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka. Pada pagi perayaan pula, mereka akan melakukan upacara mandi bijan seawal pagi sebelum matahari terbit. Ini bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Selain itu, minyak bijan akan disapukan kepada setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu dan nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagi penganut Hindu bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Jika ditanya apakah juadah menarik ketika Deepavali, biasanya kaum India akan menghidangkan juadah tradisional terkenal seperti halwa dan laddu.
Masyarakat percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India. Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana dapat menyambut pelbagai perayaan . Dengan perayaan ini ia bukan saja memupuk hubungan harmoni, malah memupuk nilai positif bagi mendalami agama dan budaya kaum lain. Semoga kita sama-sama menjaga kesejahteraan pelbagai kaum ini. :-MYNEWSHUB.CC

Militan: Pasukan Keselamatan Bertukar Maklumat
KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta negara-negara jiran dalam usaha membanteras kegiatan militan yang dikenali sebagai Negara Islam (IS).
Panglima ATM, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, tentera dan PDRM juga mengambil langkah-langkah khas bersama pihak berkuasa negara jiran seperti Selatan Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand dalam menangani kegiatan IS itu.
“Mereka (negara-negara serantau) telah menyuarakan kebimbangan dengan kewujudan kegiatan militan IS yang semakin berleluasa ketika ini.
“ATM memandang serius terhadap ancaman keganasan militan IS yang melibatkan rakyat negara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra ATM bersama Anggota Cedera Peringkat Pusat sempena Hari ATM Ke-81 di Kem Kementah, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata ATM menyambut baik cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewujudkan akta baharu bagi membanteras kegiatan militan IS.
“Sekiranya didapati Akta Kesalahan, Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak menjurus kepada mencegah keganasan dan militansi, maka perlu diwujudkan satu akta khusus memerangi keganasan jenayah itu,” katanya.
Ahad lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercadang memperkenalkan akta baharu bagi memperkuatkan lagi undang-undang sedia ada iaitu Sosma dan Undang-undang Pencegahan Jenayah (Poca) bagi memerangi kegiatan keganasan.
Ahmad Zahid berkata, dengan wujudnya satu akta baharu, bukan sahaja dapat membanteras, malah akan mencegah pengrekrutan bakal sukarelawan ‘jihad’ itu terutama ada cubaan merekrut pelajar sekolah menerusi laman sosial.
Sementara itu, dalam majlis rasmi tahunan itu, seramai 67 orang termasuk 55 pegawai dan anggota pesara tentera diraikan bagi menghargai jasa mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; dan Panglima Tentera Udara, Jen Datuk Seri Roslan Saad. – BERNAMA
TOP
Kes Keganasan Rumah Tangga Menurun
KUALA TERENGGANU – Statistik Jabatan Pembangunan Wanita menunjukkan kes keganasan rumah tangga di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 3,268 kes dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 4,123 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Che Azizah Che Rashid berkata, tahap kesedaran wanita terhadap isu keganasan rumah tangga pada amnya semakin baik, hasil pelbagai program yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan negeri.
“Jabatan sentiasa melakukan program kesedaran seperti ceramah dan hak wanita ini secara berterusan agar wanita tahu pihak manakah yang perlu mereka dampingi apabila berlaku keganasan terhadap mereka.
“Namun, tidak dinafikan masih ada juga kes di mana wanita tidak mahu tampil membuat aduan di atas beberapa faktor antaranya malu, campur tangan pihak ketiga dan ramai di antara mereka tidak mahu menjejaskan emosi anak-anak apabila perkara aib mengenai suami diberitahu kepada pihak lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Intervensi Kaunseling Krisis dan Trauma 2014 ‘Bicara Gender: Wanita Anti Keganasan’ di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.
Seramai 350 peserta terdiri daripada ibu tunggal, pemimpin masyarakat setempat, kakitangan awam dan golongan bapa hadir pada seminar itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kes penderaan wanita.
Che Azizah berkata, melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, pihaknya bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kemajuan Masyarakat dan Yayasan Kebajikan Negara untuk terus membantu golongan wanita yang teraniaya.
“Malah, kita juga turun padang ke setiap daerah untuk menemui golongan sasar dengan lebih dekat agar kefahaman mengenai hak dan kebajikan wanita ini terbela terutama di kawasan luar bandar.
Kebiasaannya, program kesedaran seperti ini memang mendapat sambutan yang positif, malah peserta yang hadir akan berkongsi maklumat dengan rakan yang lain dan usaha ini akan mencegah keganasan terhadap wanita,” katanya. – BERNAMA
TOP
MOM Tidak Kompromi Isu Doping Babit Atlet Negara
KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap atlet negara yang disahkan positif dalam ujian doping tanpa mengira status individu terbabit.
Setiausaha Agung MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata dalam isu terbabit, pihaknya mempunyai kuasa menyekat atlet terbabit daripada menyertai mana-mana temasya sukan besar termasuk Sukan Olimpik.
“Saya tidak dapat menyebut nama atlet terbabit memandangkan perkara tersebut belum dimaklumkan secara rasmi kepada MOM.
“Kita harap persatuan sukan kebangsaan bijak menyelesaikan masalah terbabit dan mereka perlu menunggu keputusan ujian sampel B terlebih dulu.
“Saya rasa hasil ujian sampel B yang dijalankan di sebuah makmal di Norway akan diketahui dalam masa kurang dua minggu lagi,” katanya kepada Bernama hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan seorang atlet negara didakwa positif dadah bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos lepas.
Sieh berkata MOM tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam siasatan sampel B tersebut memandangkan kejohanan tunggal itu dianjurkan oleh badan induk sukan berkenaan.
“Dalam masa terdekat tidak banyak perkara yang dapat MOM bantu atlet mahu pun persatuan terbabit kerana ia di luar bidang kuasa MOM,” katanya. – BERNAMA
TOP
RM150 Ribu Disalur Bantu Mangsa Tanah Mendap – Azmin
Melalui laman mikro twitternya hari ini, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali menjanjikan bantuan sebanyak RM 150 ribu buat mangsa tanah mendap di Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan menyalurkan RM 500 ribu bagi kos pemulihan sekitar kawasan tersebut.
Menurut beliau lagi, Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama dengan Pejabat Tanah akan memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut sebelum membenarkan penduduk untuk pulang ke rumah masing-masing.
Beliau membuat ulasan tersebut setelah hadir sendiri ke kawasan tanah mendap dan bertemu dengan penduduk yang terjejas ekoran fenomena alam itu.
Rombongan tersebut turut disertai Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu serta Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bahru, Lee Kee Hiong. Memetik laporan dari Malaysian Digest, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Samat berkata, kerajaan negeri akan memastikan tahap keselamatan semua penduduk di apartmen tersebut terjamin. Lantas, makanisme memindahkan mereka buat sementara waktu terpaksa diambil sebelum dapat memastikan kawasan tersebut selamat untuk diduduki semula. Semalam, satu kejadian tanah mendap telah berlaku di kawasan itu dan mengakibatkan 2000 mangsa terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan 2 serta Sekolah Menengah Taman Bunga Raya. Kegagalan struktur tanah akibat pergerakan air dipercayai menjadi punca kepada tanah mendap tersebut dan mengakibatkan penduduk di dua blok (K dan L) diarah pindah. – MYNEWSHUB

PANAS!! Azmin Sudah Mula Muak Dengan Anwar Ibrahim?
Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai cara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan reaksi kepada kes liwat membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam statusnya hari ini, laman itu mengatakan ada kemungkinan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sudah mula muak dengan permainan politik yang cuba ditunjukkan Anwar.
Dakwa status tersebut, satu rombongan yang hadir ke pejabat Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK di Shah Alam merah muka dan menanggung malu apabila Azmin tidak memberi respon positif kepada kempen membebaskan Anwar dari hukuman penjara sebaliknya diberikan ‘tazkirah’ pula.
“Rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan Azmin tentang keperluan manusia insaf dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi,” katanya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
Laman itu turut memaparkan beberapa intipati tazkirah Azmin kepada rombongan itu:
- Bezakan kesilapan sendiri, dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat Nasuha sebagai perkara main-main
- Tak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah, tidak ‘person-centric’ tetapi ‘perjuangan-centric’.
Selain itu, rombongan itu juga dikatakan terkejut dengan kenyataan Azmin berkaitan kempen menuntut kebebasan Anwar.
“Bila ditanya sama ada geran Selangorku boleh membantu program bebaskan Anwar, Azmin hanya ketawa kecil.
“Sudah-sudahlah tu.. kita banyak kerja di Selangor,” kata Azmin menurut laman Facebook itu.
Laporan itu turut menyebut bahawa apa yang Azmin katakan itu sangat mengejutkan.
“Daripada satu segi, Azmin sudah bersedia untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar,” katanya.
Maklumat ini boleh dipercayai kerana sumber diambil dari laman Facebook yang berpihak kepada ulamak di dalam parti PAS yang juga merupakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Di laman itu, terpapar gambar-gambar para pemimpin PAS antaranya Mursyidul AM PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jika tidak benar, takkan maklumat berkenaan diambil oleh laman berkenaan dan disebarkan untuk perhatian orang ramai.
Pada 7 Mac lepas, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pasukan pendakwaan terhadap keputusan kes liwat II melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar akan mengetahui nasib beliau sama ada bebas atau dipenjarakan atas kesalahan tersebut dalam rayuan peringkat terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya untuk mengenepikan hukuman penjara berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

KPJ.. Taja Artis Boleh, Program Mewarna Kanak-Kanak Kena Bayar?
SEMPENA ulangtahun ke 10 Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Seremban, kumpulan perubatan terbesar itu menganjurkan program untuk kanak-kanak, Kids Fun Week.
Untuk memeriahkan sambutan ulang tahun mereka, KPJ Seremban mempelawa kanak-kanak dari pra sekolah menyertai pertandingan mewarna, acara wajib bagi kanak-kanak di mana-mana sambutan. Tapi yang tak bestnya, KPJ dikatakan mengenakan caj RM5 bagi setiap seorang kanak-kanak yang ingin menyertai pertandingan ini.
Makin parah lagi bukannya acara itu diadakan di hospital terbabit, tetapi kanak-kanak diminta mewarna lukisan mereka di sekolah masing-masing, sebelum dihantar kepada penganjur untuk dipilih pemenangnya. ARTIKEL BERKAITAN: KPJ Diminta Pertimbang Semula Tajaan Bersalin Che Ta Bercakap kepada Mynewshub, bapa seorang kanak-kanak pra sekolah terbabit dikenali sebagai Iwan berkata, bukan nilai yuran penyertaan sebanyak RM5 menjadi isu. “Sebuah organisasi besar yang ingin mengadakan sambutan ulangtahun tapi mengenakan caj RM5 untuk pertandingan mewarna. Jika diadakan di tempat mereka di mana RM5 itu mungkin untuk kos pengangkutan, saya boleh terima. “Tetapi pertandingan diadakan di sekolah. Siapa yang menang dan terpilih saja akan dibawa pada hari sambutan itu pada 8hb November nanti. Jadi untuk apa dibayar RM5 itu?,” katanya. Menurutnya, dia telah menghubungi penganjur untuk mendapatkan maklumat tentang yuran penyertaan itu, tapi diberitahu yuran tersebut dibuat oleh jawatankuasa penganjur kumpulan perubatan terbabit.
Hurmmm… macam mana nak jawab tu? Mungkin KPJ boleh bagi jawapan bernas. Betul juga kata bapa kanak-kanak ni, kalau seorang RM5, kalau 100 penyertaan dah berapa pulak? Lagi ramai masuk, eh, boleh buat duitlah orang kata. Malulah KPJ, taja artis bersalin kelas pertama mampu.. program kanak-kanak kena bayar pula! - MYNEWSHUB.CC

Penyanyi Black Eyed Peas Cipta Jam Tangan Pintar
Will.I.Am ialah penyanyi dari kumpulan Black Eyed Peas yang terkenal dengan lagu seperti “Let’s Get Started” dan “Where Is The Love.”
Ramai yang mungkin tidak tahu, Will.I.Am mempunyai latar belakang rekaan dan fesyen.
Melalui syarikat I.Am+ beliau telah melancarkan Puls, sebuah jam tangan pintar yang mampu melakukan panggilan telefon.
Puls ialah jam pintar Android yang diperkasakan pemproses Snapdragon, RAM 1 GB dan muatan dalaman 16 Gigabyte.
Seperti Samsung Gear S, Puls boleh melakukan panggilan telefon secara terus kerana ia mempunyai slot SIM terbina.
Spesifikasi penuh seperti kelajuan pemproses dan adakah ia menggunakan Android Wear masih belum didedahkan lagi. Apa yang diketahui setakat ini ialah Puls mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan oleh I.Am+ dan hanya akan memasuki pasaran pada Julai 2015. Seperti majoriti jam pintar di pasaran, Puls juga boleh berfungsi sebagai penjejak kesihatanserta boleh digunakan untuk membaca emel. Adakah Puls mampu bersaing di pasaran? Kita nantikan sahaja tahun hadapan.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Lepas Awek Kelate Ada ‘Ale Uto’ Versi Kedah Lak? Parah!
SEDIH! Itulah yang boleh dikatakan terhadap kegilaan remaja sekarang mencarut menggunakan perkataan ‘ale uto’.
ARTIKEL BERKAITAN: Bilik Darjah Dibakar, Diconteng Perkataan ‘Ale Uto’
Sebelum ini video memaparkan seorang remaja Kelantan menggunakan perkataan ini telah menjadi viral apabila tersebar di laman-laman sosial dan aplikasi Whatsapp, namun kami biarkan saja.
Tapi kini, perbuatan menyebut perkataan tak senonoh ini dilihat semakin menjadi-jadi apabila muncul pula parodi baru, kononnya ‘ale uto’ versi awek Kedah.
BUKTI REMAJA KINI KUAT MENCARUT, BACA:
Bila Mak Tak Faham Tapi Nak Ikut Trend Bual Budak Sekarang
Aduhai, bagi budak-budak sekarang mungkin bagi mereka ia cuma satu lawak tapi jika dibiarkan kami risau generasi akan datang termasuk yang memakai tudung akan galak mencarut kerana berasakan ia bukan lagi sesuatu yang negatif. - mynewshub.cc REM RAMZI/MYNEWSHUB

Aksi Lawan Langgar Kereta
TOP
Video & Gambar : Ribut Kuat Melanda Klang
Klang, 21 Okt - Kejadian ribut kuat yang telah melanda Klang pada hari ini melihatkan beberapa kerosakan kepada beberapa buah rumah disini.
Beberapa video telah dimuat naik oleh penduduk yang sempat merakam kejadian yang menggerunkan itu. Di dalam video tersebut boleh dilihat atap-atap bertebangan diudara. Dilaporkan, kejadian dirakamkan di Pandamaran.
Sesetengah dari mereka menyifatkan ribut kuat ini sebagai 'puting beliung kecil' kerana bentuknya yang seakan-akan puting beliung dan kekuatannya sehingga menerbangkan atap-atap rumah bangunan tinggi.
Beberapa bumbung flat di kawasan Pandaraman, Klang diterbangkan angin ribut.
Bumbung bangunan yang tercabut diterbangkan angin ribut.
- SiakapKeli.com

Wanita Hancurkan ATM Kerana Kad Ditelan
Dongguan : Sebuah ATM telah dihancurkan gara-gara menelan sekeping kad bank milik seorang wanita. Lebih memeranjatkan lagi, ATM itu 'dicederakan' tanpa melibatkan sebarang alat oleh perempuan itu.
Polis tempatan telah mengesahkan kejadian terbabit berpunca kerana ATM tersebut menelan kad bank wanita tersebut.
Menurut polis lagi, wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan telah dihantar ke pusat sakit jiwa di Dongguan.
ATM yang mengalami 'kecederaan' itu bagaimanapun tidak kehilangan sebarang duit - SiakapKeli.com

Rungkai : Kemalangan Bas Di Lebuhraya Karak 21 Okt Palsu
Status : Palsu
Hari ini beberapa gambar kemalangan bas yang didakwa berlaku di lebuhraya karak bersebaran di laman sosial dan aplikasi Whatsapp. Menurut caption yang diletakkan di dalam gambar terbabit, kemalangan tersebut berlaku sehari selepas kejadian kemalangan tragis motosikal di lebuhraya yang sama. Walaubagaimanpun, setelah siasatan dibuat, ternyata gambar tersebut palsu kerana ia merupakan gambar dari beberapa kejadian kemalangan bas yang terjadi di Malaysia pada tahun 2013 dan 2010. Gambar pada tahun 2013 adalah gambar kemalangan yang berlaku di Genting Highlanda manakala gambar pada tahun 2010 adalah gambar kemalangan tragis 10.10.10 yang berlaku di lebuhraya PLUS. Diharap agar orang ramai tidak mempercayai berita palsu ini - SiakapKeli.com

‘Protes Didalangi Orang Luar Mengarut’
Hong Kong – Pemimpin prodemokrasi Hong Kong semalam menafikan dakwaan ketua eksekutif Hong Kong bahawa perhimpunan besar-besaran di hab kewangan Asia itu didalangi “pihak luar.”
Leung Chun-ying membuat dakwaan itu dalam satu temubual disiarkan Ahad lalu, namun enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkan.
“Penunjuk perasaan ini semakin tidak terkawal dan saya harap keadaan ini dapat diselesaikan secara baik serta aman.
“Saya tidak ingin bercakap banyak, namun ini bukanlah isu dalam negeri semata-mata,” katanya.
Pandangan itu turut disuarakan media rasmi China yang berulang kali mendakwa “kuasa anti-China” seperti Amerika Syarikat (AS) memanipulasi penunjuk perasaan, malah Beijing turut memberi amaran supaya pihak luar tidak mencampuri masalah dalamannya.
Kenyataannya itu dikutuk pemimpin prodemokrasi yang menegaskan pergerakan mereka semata-mata untuk menyuarakan tuntutan penduduk tempatan supaya diberi lebih banyak kebebasan diberi, selain menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap jurang sosial yang semakin ketara.
Presiden Persekutuan Pelajar Hong Kong, Alex Chow menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan mencabar Leung menunjukkan bukti konkrit.
“Jelas dia cuma mahu semua pihak memandang kami sebagai alat pihak luar.
“Sebagai ketua eksekutif bandar raya ini yang bertanggungjawab kepada penduduknya, saya harap dia menyediakan bukti sewajarnya,” katanya.
Pemimpin pelajar Joshua Wong dengan sinis menulis di Facebooknya: “Pertalian saya dengan negara asing sekadar membabitkan telefon bimbit saya dari Korea, komputer dari AS dan Gundam Jepun (siri animasi robot). Dan sudah tentu semuanya buatan China.”
Beberapa lokasi utama di Hong Kong ditutup akibat perhimpunan dan sekatan jalan yang dibuat bagi menuntut pilihan raya bebas di wilayah separa autonomi China itu.
Keadaan ini dilihat antara tamparan paling hebat terhadap pentadbiran Beijing sejak protes prodemokrasi di Dataran Tiananmen pada 1989. – AFP
TOP
MH17 Ditembak Peluru Berpandu Milik Ukraine
BERLIN – Agensi perisikan Jerman menuduh pemberontak pro-Rusia menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia, MH17 menggunakan peluru berpandu yang dirampas daripada tentera Ukraine, menurut satu laporan media semalam.
Kiev dan Barat sebelum ini mendakwa pesawat MH17 meletup di udara pada Julai lalu selepas ditembak oleh kumpulan pemisah itu dengan sistem peluru berpandu darat ke udara, BUK yang dibekalkan oleh Rusia.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Moscow.
Namun majalah Spiegel melaporkan, Ketua Agensi Perisikan Luar Jerman BND, Gerhard Schindler sebagai berkata, maklumat risikan mendapati pemberontak pro-Russia merampas peluru berpandu BUK dari sebuah pangkalan tentera Ukraine dan menembak peluru tersebut yang meletup di sebelah pesawat Malaysia.
Penerbangan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur itu terhempas pada 17 Julai lalu ketika terbang melintasi wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Semua 298 penumpang dan anak kapal MH17 terbunuh dalam serangan itu termasuk 153 rakyat Belanda.
Schindler memberitahu, dakwaan Rusia bahawa peluru berpandu itu ditembak oleh tentera Ukraine dan juga terdapat sebuah jet pejuang Ukraine terbang mendekati pesawat Boeing 777-200 itu adalah suatu pembohongan.
Kata Schindler lagi, gambar tentera Ukraine itu telah dimanipulasi seperti yang dilaporkan oleh Spiegel.
Majalah itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang kandungan gambar tersebut, sumbernya atau pihak yang memanipulasinya.
Mengulas laporan berkenaan, Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin berkata, dakwaan Jerman itu mengarut.
“Dakwaan terhadap kami oleh majalah itu langsung tidak berasas,” katanya kepada agensi berita Interfax.
“Sistem peluru berpandu itu hanya boleh dilancarkan kakitangan yang terlatih dan pakar,” tambahnya.
Pemberontak Ukraine berjuang untuk menubuhkan negara sendiri di Donetsk, timur Ukraine yang dikenali sebagai Republik Rakyat Donetsk.
Schindler membentangkan penemuan itu di hadapan Jawatankuasa Kawalan Parlimen yang mengawasi kegiatan agensi perisikan Jerman pada 8 Oktober lalu.
Laporan awal oleh pasukan penyiasat Belanda yang disiarkan pada bulan lalu mendapati pesawat MH17 terkena sejumlah objek ‘bertenaga tinggi’ tanpa menyalahkan mana-mana pihak.
Peluru berpandu Rusia, BUK berfungsi dengan meletup di sebelah sasaran dan melepaskan sejumlah serpihan berkelajuan tinggi ke arah sasaran. – AFP
TOP
2,000 Dipindahkan Berikutan Tanah Runtuh Di Bukit Beruntung
Kerosakan akibat kejadian tanah runtuh
PETALING JAYA: Lebih kurang 2,000 penduduk Teratai Aparment di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diarah berpindah dari rumah masing-masing berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi Isnin. Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu, Azhar Tajudin berkata kejadian terbabit berlaku di sebelah Blok F Teratai Apartment. Azhar berkata 12 kakitangan telah dihantar ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10:44 pagi Penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di tiga buah sekolah yang berdekatan. Kakitangan Bomba dan Penyelamat kakitangan masih memantau keadaan di apartmen lima tingkat tersebut. - SiakapKeli.com

No comments:
Post a Comment