TOP
Semak Kenderaan Ditunda Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram & SMS
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (kanan) menunjukkan perkhidmatan aplikasi Hotline Whatsapp 013-6663255 yang disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekiranya kenderaan ditunda apabila melalukan kesalahan ketika beramah mesra dengan warden trafik wanita selepas penyerahan 15 buah motosikal skuter kepada unit tersebut di Pengoperasian Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda Jalan Galloway, Selasa. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan kemudahan aplikasi 'WhatsApp dan telegram' serta khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memudahkan orang ramai menyemak status kenderaan mereka yang ditunda. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata orang ramai boleh membuat semakan bermula Selasa dengan menghantar nombor pendaftaran kenderaan mereka ke talian 013-6663255. "Mana-mana pemilik atau pemandu yang merasakan kenderaan mereka telah ditunda boleh membuat semakan menggunakan aplikasi ini dan dari situ kita akan maklumkan kepada mereka lokasi simpanan kenderaan tunda dan jumlah bayaran kompaun yang mereka perlu bayar. "Untuk memastikan orang ramai mengetahui kemudahan aplikasi itu, DBKL juga telah memasang 30 notis pemberitahuan di sekitar pusat bandar terutamanya di kawasan 'hot spot' penundaan kenderaan iaitu di Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Bangsar," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Depoh Simpanan Kenderaan Tunda baharu di Jalan Galloway di sini, Selasa. Ahmad Phesal berkata penubuhan Depoh Simpanan Kenderaan Tunda Jalan Galloway itu bagi memudahkan pemilik kenderaan yang ditunda di sekitar Kuala Lumpur menuntut kenderaan mereka di lokasi yang lebih dekat. "Sebelum ini, ramai orang merungut terpaksa mengambil kenderaan mereka jauh di Depoh Simpanan Kenderaan Tunda di Jinjang. Jadi, kali ini kita tubuhkan di sini (Jalan Galloway) dengan waktu operasi 24 jam untuk memudahkan mereka membuat tuntutan kenderaan," katanya. Beliau berkata dari Januari hingga September tahun ini, sebanyak 6,105 buah kenderaan yang melakukan kesalahan halangan telah ditunda membabitkan jumlah bayaran kompoun sebanyak RM143,370. Justeru, Ahmad Phesal berharap dengan tindakan penguatkuasaan dan kemudahan semakan dan tuntutan kenderaan tunda yang lebih dekat ini, akan memberi pengajaran dan kesedaran orang ramai untuk tidak melakukan kesalah trafik di ibu kota. - mstar

Banjir Di Sabah: 8 Sekolah Ditutup
KOTA KINABALU: Lapan sekolah di empat daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi Isnin.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Kota Belud.
Beliau berkata lima buah sekolah di Kota Kinabalu yang terlibat banjir ialah SK St Cathrine, SK Gudon, SK Pulau Gaya, SK Rampayan dan SK Natai.
"Di Papar, ia melibatkan SK Tampasak Kinarut dan SJKC Kin Kiau manakala sebuah sekolah di SK Lasau Titapon, Kota Belud," katanya di dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaludin Hussin berkata kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini.
Beliau berkata antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.
"Anggota bomba telah dikerahkan untuk membantu pelajar terbabit serta memindahan penduduk yang terlibat banjir yang rata-ratanya berpindah ke kediaman anggota keluarga yang lain," katanya.
Beliau berkata setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan Pejabat Daerah Penampang telah membuka pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Fuad bagi menghadapi situasi banjir ini.
Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya sentiasa memantau situasi banjir itu dan penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil tindakan untuk berpindah sekiranya keadaan banjir semakin serius.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Penampang termasuk pekan Donggongon, pejabat dan jabatn kerajaan serta pusat membeli-belah turut ditenggalami air.
Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Aru, Amzah Mamat berkata satu jadual perjalananan kereta api dari Tanjung Aru ke Beaufort melibatkan lebih 100 penumpang dibatalkan pada 7.55 pagi tadi berikutan banjir yang melanda kawasan Kawang Papar.
Menurutnya, keputusan dibuat berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) setelah menerima maklumat awal mengenai landasan kereta api dilanda banjir melepasi enam inci pada landasan. - mstar
TOP
Keuntungan Samsung Junam 60% Tapi Tetap Catat AS$3.8 bilion
Samsung akui jenama seperti Lenovo kini menjadi pesaing terdekatnya.
SEOUL: Samsung Electronics pada Selasa mengumumkan yang keuntungan operasinya menjunam hampir 60 peratus bagi tahun kewangan suku ketiga ekoran persaingan sengit sektor telefon pintarnya dengan pencabar terdekat. Keuntungan operasi bagi tempoh Julai-September dicatatkan sekitar 4.1 trilion won (AS$3.8 bilion), jatuh 59.6 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu. Jualan produk keseluruhannya adalah sekitar 47 trilion won, jatuh 20.4 peratus berbanding 2013. Walaupun bekalan telefon pintar menunjukkan peningkatan sedikit tetapi margin operasi menguncup ekoran meningkatnya perbelanjaan pemasaran berbanding harga jualan runcit yang menurun didorong oleh pengurangan penghantaran model-model 'high-end' serta pengurangan harga ke atas model-model telefon pintar lama. Samsung memberi indikasi yang ketidaktentuan dalam sektor telefon bimbit akan berlanjutan sehingga ke suku keempat tahun ini. Bagaimanapun menurut Samsung, ini akan di ofset dengan pengenalan beberapa model baru telefon berkuasa tinggi dengan rekabentuk yang lebih menarik dan inovatif. Pada Julai lalu, Samsung melaporkan kejatuhan 20 peratus dalam keuntungan bersihnya untuk suku kedua tahun ini. Pasaran telefon bimbit dan pintar yang merupakan peneraju utama dalam produk Samsung berhadapan dengan saingan sengit daripada produk China - Huawei dan Lenovo. Samsung bagaimanapun masih kekal sebagai pengeluar telefon bimbit terbesar dunia dengan separuh daripada pendapatannya dihasilkan oleh sektor ini. Namun Samsung dalam nota penjelasan laporan kewangannya mengakui bahawa sektor mobilnya kini berhadapan dengan persaingan yang sengit. Samsung turut mengumumkan yang ia berhasrat untuk melabur sehingga 15.6 trilion won bagi membina pusat kemudahan pembinaan cip berkuasa tinggi di Pyongtaek. Permintaan untuk cip memori telah mencatatkan angka yang memberansangkan dan dijangka akan terus meningkat dalam tahun-tahun mendatang. Kemudahan baru itu dijangka dapat beroperasi sepenuhnya menjelang 2017 - dan diharap akan menjadi satu daya usaha strategik untuk ofset kejatuhan dalam permintaan dan keuntungan sektor telefon bimbit. Keuntungan dari telefon bimbit Samsung kini menguncup ekoran persaingan sengit daripada jenama-jenama lain khususnya iPhone dan produk baru dari China. Yang paling ketara menerima ancaman ialah siri Galaxy S Samsung yang menerima tekanan dengan kehadiran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus dengan skrin yang lebih besar. Dalam segmen yang lebih rendah dan pertengahan, Samsung menerima saingan sengit daripada Lenovo dan Huawei yang sebelum ini bukanlah lawan mereka. Menurut statistik International Data Corp., sejumlah 295.3 juta telefon pintar telah membanjiri pasaran di seluruh dunia pada suky kedua tahun ini. Daripada jumlah itu, Samsung kekal mendominasi pasaran dengan 74 juta unit tetapi penguasaannya telah menguncup dengan hanya 25.2 peratus manakala dominasi Huawei meningkat dua kali ganda. Bulan lalu Samsung mempercepatkan pelancaran telefon pintar Galaxy Note untuk memastikan produk ini menguasai pasaran China dan juga Korea sebelum ia memasarkannya kepada 140 buah negara yang lain. Inilah buat pertama kalinya produk utama Samsung diperkenalkan terlebih dahulu di China sebelum ia dibuka kepada negara-negara lain yang dengan jelas sekali memperlihatkan bagaimana mereka melihat Lenovo dan Huawei sebagai pesaing sebenar. Lee Don-Joo, pengarah pemasaran dan jualan unit mobil Samsung mengakui yang mereka kini sedang berhadapan dengan ketidaktentuan bisnes dalam dunia telefon pintar ekoran kemunculan pelbagai produk lain sebagai saingan. - mstar

Petronas, British Columbia Setuju Keputusan Pelaburan
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan kerajaan British Columbia bersetuju terhadap perancangan, pelan tindakan dan penyerahan bagi kedua-dua pihak untuk melaksanakan keputusan pelaburan akhir (FID) berhubung projek gas asli cecair Pacific NorthWest (PNW LNG) pada pertengahan Disember 2014.
Syarikat minyak dan gas nasional itu juga akan terus bekerjasama dengan kerajaan Kanada dan agensinya bagi proses kawal selia dan menjelaskan kerangka kerja fiskal yang dikaitkan dengan industri baharu itu di negara berkenaan.
"Pada dasarnya, kami yakin projek PNW LNG berupaya menjanakan wang, menambah nilai dan menyalurkan gas British Columbia ke pasaran global, untuk memberi faedah dan kemakmuran rakyat Kanada, terutamanya warga British Columbia.
"Bagaimanapun, realiti pasaran LNG global ialah kita berdepan dengan kemungkinan terlebih bekalan dan permintaan yang berkurangan yang memberi tekanan kepada harga LNG," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tan Sri Datuk Shamsul Azhar Abbas dalam satu kenyataan.
Beliau berkata persekitaran pasaran ini, kemampuan mendapatkan pasaran dan pelanggan adalah paling utama dan dengan harga minyak mentah yang merosot, syarikat-syarikat tenaga antarabangsa seperti Petronas perlu menimbangkan keutamaan dan menilai semula pelaburan mereka.
Menurut Petronas, cukai tambahan dan kos alam sekitar yang tinggi akan memberi kesan negatif terhadap daya saing dan daya maju ekonomi projek.
"Malah, dalam proses kajian semula portfolionya yang lepas, ekonomi projek semasa dilihat marginal.
"Tanpa usaha pengurangan kos dalam projek, syarikat akan mempunyai masa yang sukar untuk mencapai FID positif menjelang pertengahan Disember 2014 dan untuk kekal berdaya saing, Petronas perlu mendapatkan persetujuan bagi prinsip utama yang penting kepada kejayaan projek ini pada akhir Oktober," kata Shamsul Azhar. - mstar
TOP
CIDB Mahu Bida Projek Bina Lebuh Raya Di India
NEW DELHI: Lembaga Pembangunan Industri pembinaan Malaysia (CIDB) bersedia membida lima projek lebuh raya bernilai US$1.45 bilion berasaskan perkongsian awam-swasta (PPP), lapor akhbar The Times of India.
"Ini satu perkara yang dialu-alukan kerana perbelanjaan kerajaan akan berkurangan dengan signifikan jika kita melaksanakannya menerusi tender PPP.
"Jika kita menjalankannya dengan tender kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC), kita perlu menanggung kos 100 peratus," kata Setiausaha Pengangkutan Jalan India, Vijay Chhibber, lapor akhbar itu.
Beliau juga mengesahkan kerajaan sudah menerima cadangan CIDB.
Chhibber berkata Lembaga Lebuh Raya Kebangsaan India (NHAI) akan bertanggungjawab melaksanakan bidaan bagi dua projek, manakala baki menerusi pelawaan oleh kementeriannya.
NHAI akan membuka bidaan berasaskan konsep bina, kendali dan pindah (BOT) berdasarkan tol bagi Lebuh raya Eastern Peripheral (EPE) dan Ambala-Kaithal.
Kementerian pula akan mempelawa bidaan untuk tiga projek di Punjab, kata akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
EPE merupakan cadangan lebuh raya sepanjang 135 kilometer merentasi Delhi di sebelah selatan dan Ambala-Kaithal pula jalan sepanjang 96 kilometer di negeri Haryana. - mstar
TOP
Kerajaan Akui 2 Juta isi Rumah Berpendapatan Kurang RM3,000 Sebulan
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui masih terdapat dua juta isi rumah di negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, jumlah itu berdasarkan 28.7 peratus daripada tujuh juta keseluruhan isi rumah di Malaysia.
"Kita belum selesa kerana walaupun pendapatan rakyat meningkat, masih ramai lagi keluarga yang berpendapatan RM3,000 ke bawah," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berhubung kadar pergerakan gaji atau pendapatan seiring dengan pergerakan kos hidup purata tahunan rakyat.
Bagaimanapun Abdul Wahid berkata, berdasarkan kajian pendapatan isi rumah pada 2009, 2012 dan yang terkini pada tahun ini, wujud peningkatan sebanyak lapan peratus.
"Berdasarkan kajian tersebut, purata pendapatan isi rumah meningkat dari RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012 dan kepada RM5,919 pada 2014.
"Manakala pendapatan penengah atau median telah meningkat dari RM2,830 pada 2009 kepada RM3,626 pada 2012 dan kepada RM4,258 pada 2014," katanya.
Selain itu Abdul Wahid berkata, pada masa sama indeks harga pengguna juga meningkat dari 98.3 peratus kepada 110 iaitu peningkatan sebanyak 2.3 peratus setahun.
"Ini bermakna pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan kadar inflasi dalam jangka masa lima tahun terakhir ini.
"Ini berikutan langkah kerajaan yang memfokuskan kepada golongan pendapatan 40 peratus isi rumah terendah termasuk pengenalan gaji minima, BR1M dan lain-lain usaha meningkatkan kemahiran golongan tersebut supaya mendapat pekerjaan dan peluang perniagaan dengan pendapatan lebih tinggi," katanya. - mstar
TOP
Kerajaan Tidak Akan Tangguh Pelaksanaan GST
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 1 April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiada sebab untuk menangguhkan pelaksanaan GST kerana semua pihak yang terbabit sudah bersedia dari segi latihan dan sistem data berkaitan.
"Sehingga semalam (6 Oktober), sebanyak 76,315 syarikat telah berdaftar dalam sistem GST.
"Kementerian berpendapat bahawa pelaksanaan GST pada 1 April tahun depan adalah masa yang paling sesuai memandangkan kedudukan ekonomi negara yang stabil dan kadar inflasi yang terkawal pada 3.3 peratus," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanya sama ada GST akan ditangguhkan kerana dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi masih belum tercapai.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga sudah bersedia daripada pelbagai aspek termasuk pegawai dan infrastruktur bagi memastikan pelaksanaan GST berjalan lancar.
"Jabatan Kastam telah mengeluarkan Panduan GST iaitu 45 panduan industri dan 16 panduan spesifik sebagai panduan pihak industri.
"Di samping itu juga, tiga buku panduan GST kepada rakyat dan peniaga telah disediakan," katanya.
Tambah Ahmad, bagi memastikan kelancaran GST, JKDM juga sedang dalam proses menambah 677 kakitangan baharu di samping 1,227 kakitangan sedia ada khusus bagi GST.- mstar
TOP
Pengedar Dadah Maut Diserang Sekumpulan Lelaki
Gambar hiasan
KEPALA BATAS: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di kawasan ladang sawit di Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini pada Isnin malam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata mangsa K. Arichandran, 34, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas ditetak kumpulan lelaki terbabit yang menyerangnya. "Polis menerima panggilan pada pukul 12.50 tengah malam oleh seorang lelaki warga Myanmar yang memaklumkan rakannya mati selepas diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian pukul 10 malam. "Pemeriksaan di tempat kejadian iaitu kawasan ladang sawit itu mendapati mangsa mengalami cedera parah dengan kesan tetakan di kepala, tangan kiri hampir putus akibat tetakan serta beberapa kecederaan lain di badannya," katanya. Katanya menurut rakan lelaki yang turut dikenali sebagai Janggu atau Raja itu, mangsa yang menaiki motosikal dipercayai dalam perjalanan ke rumah rakannya sebelum didatangi sekumpulan lelaki sebelum dia dipukul serta ditetak mereka hingga mati. Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku akibat dendam berikutan mangsa gagal membayar hutang dengan beberapa kumpulan pengedar dadah. "Siasatan kami mendapati mangsa yang mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan pernah ditahan menurut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) itu adalah 'tokan' atau pengedar dadah di kawasan Pokok Machang kepada warga Myanmar di situ," katanya. Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat. Beliau berkata setakat ini polis telah menahan seorang lelaki berumur 30 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan dan usaha mengesan mereka yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - mstar

Pesara Tentera Dituduh Menipu Wang RM30,000
IPOH: Seorang pesara tentera pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menipu membabitkan wang sebanyak RM30,000, tahun lepas.
Nordin Ahmad, 52, dari Jitra, Kedah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Tertuduh yang pernah bertugas sebagai Sarjan Udara dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia itu didakwa menipu Mohamad Firdaus Idris, 39, kononnya boleh mendapatkan projek membekal makanan bermasak kepada Depot Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru, Pulau Pinang melalui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.
Perbuatan tertuduh kemudian mendorong Mohamad Firdaus memberi wang tunai berjumlah RM5,000 dan cek bank CIMB Islamic bernilai RM25,000 kepadanya sebagai wang pendahuluan projek tersebut.
Nordin didakwa melakukan kesalahan itu di PT 4159, Jalan Sultan Idris Shah, Lumut pada pukul 4 petang, 14 Dis tahun lepas.
Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus itu dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Madihah menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan passport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 7 Nov ini. - mstar
TOP
Gaji RM2,500 Cukup Jika Urus Kewangan Dengan Baik - Pakar
- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gaji permulaan RM2,500, yang diterima oleh siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, adalah mencukupi jika mengamalkan pengurusan wang yang bijak selain tabiat mengukur baju di badan sendiri. Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan berkata purata gaji permulaan itu adalah munasabah memandangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dan pihak majikan 'mengambil risiko' dengan menggaji mereka. Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Mohd Adnan Anan Abdullah berkata isu gaji bergantung kepada individu dan mereka yang boros tidak akan merasakan cukup meskipun angka yang diterima setiap bulan itu besar. "Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", katanya semasa dihubungi Bernama di sini. Selain itu, beliau berkata mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak seharusnya tergesa-gesa membeli kereta sedangkan kewangan masih belum kukuh.
YANG BARU BERIJAZAH MENGELUH
"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya. Tinjauan ke atas pencari kerja atas talian "Jobstreet" baru-baru ini mendapati mereka yang baru menerima ijazah berpendapat purata RM2,500 adalah tidak mencukupi dan 77 peratus daripada 2,062 responden menyatakan tidak berpeluang menabung selepas berbelanja untuk kepentingan asas. Sementara 60 peratus responden menjangkakan gaji pekerjaan pertama sebanyak RM3,500, sebanyak 30 peratus menjangkakan RM6,500 manakala 66 peratus majikan memaklumkan kesediaan menawarkan gaji antara RM2,500-RM2,800 bergantung kepada kelayakan. Mohd Adnan seterusnya menyanggah kenyataan gaji RM2,500 tidak mencukupi untuk menabung memandangkan petua kewangan menyatakan 'seseorang yang menyimpan 10 peratus daripada gaji setiap bulan menuju ke laluan yang tepat'. "Petua itu macam mudah, tetapi memerlukan disiplin kuat dan disarankan disimpan secara terus, sama ada dalam amanah saham atau bank berbeza, kerana menjadi tabiat untuk kita mudah berbelanja, selagi ada 'balance' dalam bank", katanya.
PERLU BERSIKAP POSITIF
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Shamsuddin Bardan berkata gaji permulaan itu adalah berpatutan memandangkan mereka yang baru menerima ijazah tidak memiliki pengalaman dan majikan perlu berbelanja (membayar gaji) untuk 'mengajar' mereka. "Mereka perlu sedar dalam pasaran sekarang permintaan (kerja) adalah sangat sedikit berbanding penawaran (siswazah) dan jika terlalu memilih dalam isu gaji, mereka mungkin tidak akan mendapat kerja. "Jadi ambil sikap positif dan anggap pekerjaan pertama sebagai tempat untuk menimba ilmu, dan bila dah mahir boleh 'test market' di tempat lain. Tak ada undang-undang yang kata perlu setia kepada satu syarikat sahaja", katanya. Shamsuddin menambah kata jika mereka ini menunjukkan prestasi yang cemerlang, selain didapati mempunyai kemahiran tambahan seperti keupayaan komunikasi yang baik, tidak mustahil jika majikan itu sendiri akan menaikkan gaji dalam masa terdekat. "Sebagai majikan kita sedar jika pekerja bagus tidak 'diikat' dengan baik, ada kemungkinan beliau mudah 'berhijrah' ke tempat lain bila ada peluang", katanya.
ANGGAP SEBAGAI MENJALANI PRAKTIKAL
Pandangan sama turut disokong pensyarah ekonomi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Profesor Dr Shazali Abu Mansor dan menambah siswazah baharu seharusnya bersikap seperti 'masih menjalani latihan praktikal' pada awal alam pekerjaan. "Kata kuncinya ialah sabar. Jika semasa praktikal boleh menaiki bas, mengapa semasa kerja tidak boleh berbuat demikian? Jangan beranggapan bila sudah kerja, kena terus tinggalkan sama sekali gaya hidup pelajar", katanya. Beliau juga berpendapat penyedia bantuan kewangan pendidikan boleh membantu 'memberi kelegaan' kepada mereka ini dengan menetapkan pinjaman mula dibayar selepas dua tahun bekerja, bagi menunggu kenaikan gaji. Anggota Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara Profesor Dr Samsinar Md Sidin pula berkata golongan pekerja muda perlu bijak dalam keputusan perbelanjaan, terutama mereka yang tinggal di bandar. "Ada kalanya lebih baik menyewa bilik berhampiran tempat kerja, walaupun agak mahal berbanding berulang-alik dari tempat yang jauh, selain merugikan masa dan tenaga", katanya. Beliau yang juga pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) menambah bahawa ibu bapa boleh membantu dari segi kewangan pada peringkat awal permulaan. "Ada antara mereka yang baru menerima ijazah melakukan kerja sambilan termasuk secara dalam talian memandangkan kemudahan itu sedia ada, namun penting untuk mereka pastikan prestasi kerja utama tidak terjejas. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran", katanya. - mstar

Lans Koperal Polis Dituduh Rasuah
IPOH: Seorang anggota polis pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sebanyak RM700, tahun lepas.
Lans Koperal Syed Mohd Fitri Syed Mohammad, 27, dari Pantai Remis dekat sini yang tidak wakili peguam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.
Anggota bertugas di Balai Polis Pantai Remis itu didakwa meminta suapan wang tunai sebanyak RM200 daripada Zaw Naing Phyo, sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap warganengara Myanmar itu yang kononnya melakukan satu kesalahan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di 127, Kampung Cina Pantai Remis, Pantai Remis dekat sini pada pukul 4 petang, 29 Nov 2013.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Mohd Fitri didakwa bersetuju menerima wang tunai RM500 daripada lelaki Myanmar itu melalui perbualan telefon.
Wang itu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap warganegara Myanmar itu yang kononnya telah melakukan satu kesalahan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat SPRM Perak, Plot 7, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya di sini pada pukul 12.07 tengah hari, 9 Dis tahun lepas.
Kedua-dua pertuduhan itu masing-masing mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mana kedua-duanya boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi.
Madihah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes kendalian Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus itu akan disebut semula pada 7 Nov ini. - mstar
TOP
143 Kematian Akibat Denggi Sehingga September
Datuk Seri Dr S. Subramaniam
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata 143 kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh sembilan bulan tahun ini. Beliau berkata bagi tempoh itu sebanyak 74,335 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 43,346 kes bagi tempoh sama tahun lepas dan ia merupakan jumlah kes serta kematian tertinggi berbanding yang dicatatkan pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim, Bandar Baharu) yang ingin tahu jumlah mangsa serta kes kematian terkini akibat denggi pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa. Subramaniam berkata sebanyak 92 kematian dicatatkan bagi tempoh sama tahun lepas. "Bagi menangani situasi denggi di negara ini, kementerian melaksanakan pelan tindakan khas untuk pencegahan dan kawalan denggi iaitu Pelan Tindakan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi 2014 yang telah dilaksanakan bermula 14 Julai lepas. "Pelan itu dilaksanakan di tiga buah negeri yang menyumbang kes tertinggi iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan serta diperluas ke Kelantan bermula 17 Ogos lepas. Pelan itu dilaksanakan dalam tempoh dua bulan di empat negeri tersebut," katanya. Tambahnya, pelan itu merupakan tindakan bersepadu pencegahan serta kawalan denggi melibatkan Kementerian Kesihatan dan enam kementerian lain antaranya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Selain itu katanya, kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu memainkan peranan penting dalam usaha menangani wabak denggi di negara ini. Subramniam berkata antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan pengurusan sisa pepejal termasuk sisa domestik, pukal dan industri di semua negeri dilaksanakan dengan cekap. "Ini bagi mengelakkan longgokan sampah yang banyak dan mencemari persekitaran serta boleh menjadi tempat pembiakan Aedes," katanya. - mstar

Tangkap Mereka Yang Tentang Akta Hasutan - Bung Mokhtar
Datuk Bung Mokhtar Radin
KUALA LUMPUR: Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi menimbulkan kekecohan seketika di Parlimen apabila beliau berkata mereka yang menentang Akta Hasutan harus ditangkap dan didakwa. "Mengapa kumpulan ini orang begitu bersemangat untuk menghapuskan Akta itu? "Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat yang tidak baik. "Peguam Negara perlu mengenal pasti orang-orang ini dan mendakwa mereka dengan kerana menghasut," katanya, Selasa. Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berdiri dan berkata Perdana Menteri sendiri telah berjanji untuk memansuhkan Akta berkenaan. Perbalahan kecil berlaku semasa sesi soal-jawab apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mempersoalkan tindakan dan kesannya terhadap demokrasi di negara ini. - mstar

Kerajaan Tolak Isil
KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak serta mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan oleh Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) yang memaksa dan menyerang pihak lain untuk membentuk wilayah mereka.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata sebagai sebuah negara yang sentiasa mahukan keamanan sejagat, Malaysia tidak sekali-sekali mengiktiraf pembentukan kumpulan tersebut mahupun mana-mana pihak yang berkaitan dengan keganasan.
"Tindakan kumpulan tersebut tidak mencerminkan ajaran Islam dan Malaysia tidak mengiktiraf pembentukan ISIL sebagaimana diisytiharkan pada 29 Jun lalu," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Hadi Awang (PAS-Marang) yang mahu kerajaan menyatakan pendirian rasmi terhadap pembentukan wilayah pemerintahan baharu di bawah kawalan ISIL di Iraq.
Hamzah berkata selaras dengan itu juga kerajaan mengambil pendirian menyokong penuh resolusi 2170 Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang menentang sebarang bentuk sokongan kepada kumpulan berkenaan.
Katanya, ini diperkukuhkan lagi dengan menyokong resolusi 2178 iaitu memperkukuhkan usaha mengemblengkan badan antarabangsa untuk memerangi keganasan secara amnya dan memerangi para penganas antarabangsa khususnya.
Bagaimanapun Hamzah berkata, kerajaan yakin dan percaya isu keganasan oleh kumpulan tersebut perlu ditangani secara komprehensif dan tidak semestinya dengan tindakan kententeraan semata-mata.
"Mekanisme penyelesaian boleh diambil oleh badan bertindak antarabangsa , melalui kerangka yang diambil oleh PBB dalam menangani isu keganasan, dalam hal ini kerajan berpandangan bahawa tindakan kententeraan ke atas pengganas IS (Islamic State) sebolehnya tidak mengkibatkan orang awam terkorban," katanya.
Zainuddin berkata pendirian Malaysia juga telah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung PBB, 27 Sept lepas dengan kerajaan mengecam tindakan kekejaman IS dan menolak perjuangan kumpulan tersebut.
"Perdana Menteri juga menegaskan pendekatan kesederhanaan penting dan sesuai untuk menangani tindakan ekstremisme ketika ini," katanya. - mstar
TOP
Isteri Dipukul Hanya Kerana Terlupa Isi Baju Melayu Dalam Beg
Gambar Hiasan
Subang Jaya: Hanya kerana terlupa memasukkan baju Melayu untuk menyambut hari raya Aidiladha di kampung, seorang lelaki tergamak memaki hamun dan membelasah isterinya di kediaman mereka di Putra Height, di sini, Sabtu lalu. Dalam kejadian jam 9 malam, mangsa berusia 30-an pada mulanya mengemas beg pakaian mereka sekeluarga, namun terlupa memasukkan baju Melayu yang tersimpan di dalam almari. Menurut sumber, lelaki itu yang menyedari hal itu bertanya kepada mangsa menyebabkan wanita itu meminta maaf kerana terlupa. “Suspek yang tidak dapat menerima permohonan maaf isterinya menghamburkan kata-kata kesat sehingga berlaku pertengkaran. “Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek gagal mengawal kemarahannya dan menumbuk muka mangsa,” katanya. Sumber berkata, dia turut menendang perut dan menyepak mangsa beberapa kali menyebabkan isterinya itu mengerang kesakitan. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Putra Height untuk tindakan selanjutnya. - Harian Metro

Keputusan SPM Akan Diumum Pada 3 Mac 2015
PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan pada 3 Mac tahun depan iaitu dua minggu lebih awal, kata Menteri Pendidikam II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, tarikh itu diputuskan Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk mendaftar di universiti luar negara. – BH Online
TOP
Perjanjian Akhir Pembelian Whatsapp bernilai AS$21.8
NEW YORK: Facebook telah memeterai perjanjian terakhir bagi pembelian aplikasi WhatsApp, perkhidmatan mesej yang berkembang pesat, dari AS$19 bilion kepada AS$21.8 billion hari ini.
Semalam, perjanjian awal diantara gergasi media sosial itu dengan Whatsapp dalam perjanjian pembelian Whatsapp berjumlah AS$19 billion.
“Kami berharap untuk menghubungkan dengan lebih ramai orang di seluruh dunia dan terus meningkatkan kualiti bagi pengguna WhatsApp,” kata Facebook kepada The Wall Street Journal.
Dengan perjanjian pembelian ini, pengasas Whatsapp, Jan Koum akan menyertai lembaga pengarah Facebook dan kekal sebagai ketua Whatsapp. - SiakapKeli.com
TOP
GAMBAR : Likas Banjir Kilat, Air Sungai Moyog Melimpah Pagi Tadi
BANJIR kilat di sekitar Likas, Maktab Perguruan Sabah dan Kampus INTAN Sabah, pagi ini, menyebabkan kesesakan teruk di jalan utama kawasan berkenaan. - Foto ihsan Twitter Bomba
PENAMPANG: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kampung di sini dinaiki air antara 30 sentimeter hingga 1.5 meter berikutan limpahan air Sungai Moyog, pagi ini.
Antara yang terjejas ialah Kampung Dabak, Tanaki, Babah, Sugut dan Kibabaig dengan ada kawasan terputus hubungan kerana jalan raya ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan.
Turut terjejas ialah murid dan pelajar dari kawasan terbabit yang tidak dapat keluar untuk ke sekolah, manakala pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael, di sini, diarah pulang apabila kawasan sekolah turut dinaiki air.
Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghantar beberapa bot dan jentera untuk memantau keadaan dan membantu memindahkan penduduk yang terjejas.
Hujan berterusan sejak empat hari lalu turut menjejaskan beberapa kawasan rendah di sekitar ibu negeri termasuk di Telipok dan Menggatal.
-siakapkeli

CEO Irish Airlines dijangka ketuai MAS?
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aer Lingus Christoph Mueller disebut bakal mengetuai Malaysia Airlines (MAS) selepas penstrukturannya, kata sumber.
Syarikat penerbangan Irish itu mengumumkan pada Julai, veteran Jerman itu akan meletakkan jawatan bermula Mei 2015 namun tidak menyatakan ke mana beliau akan pergi.
Aer Lingus dan MAS adalah sebahagian daripada sekutu.
"Mueller sesuai untuk tugasan itu," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pemegang saham terbesar MAS adalah Khazanah Nasional Bhd dan mereka menyenaraikan beberapa calon dan memilih Mueller beberapa bulan lalu namun tidak boleh mendedahkannya.
Mueller menyertai Aer Lingus sebagai CEO pada September 2009 dan mengembalikan syarikat itu daripada kemundurannya.
Pengerusi Aer Lingus, Colm Barrington mengakui keupayaan Mueller atas perkhidmatannya ketika mengumumkan pemergiannya pada Julai.
"Di bawah kepimpinan strategik Christoph, Aer Lingus berubah menjadi syarikat penerbangan yang kuat, menguntungkan dengan arah tuju strategik yang jelas," katanya, dipetik akhbar Irish.
Mueller juga pernah menjawat jawatan Pengarah Eksekutif Penerbangan di TUI Travel PLC, sebuah FTSE dengan 100 syarikat dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di DGL Worldwide daripada 2002 hingga 2004.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan, dan pernah memegang jawatan senior dalam syarikat Daimler Benz Aerospace, dan pernah menjadi Naib Presiden Eksekutif di Lufthansa AG dan juga CEO di Sabena Group.
Beliau memperolehi MBA daripada University of Cologne dan melengkapkan pengajian dalam Advanced Management Program di Harvard Business School, berdasarkan laman web Aer Lingus.
The Star melaporkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan melantik seorang warga asing sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) yang baru.
Beliau akan ditugaskan menyelia penstrukturan semula syarikat tersebut dan mengawasi prestasinya untuk lima tahun akan datang, menurut laporan akhbar hari ini.
"Calon tersebut ialah antara tiga yang disenaraipendek. Beliau seseorang daripada dalam industri... bukan dari luar industri," kata satu sumber kepada The Star.
Selain CEO, MAS juga dijangka akan melantik lima atau enam individu penting yang mempunyai kepakaran dalam industri itu, bertujuan untuk mengurangkan kos.
Calon CEO tersebut dijangka akan menggantikan Ahmad Jauhari Yahya pada September tahun depan, selepas kontrak beliau tamat.
Sumber itu juga memberitahu jawatankuasa penstrukturan mungkin terpaksa mengambil orang luar dalam usaha membantu memulihkan MAS jika tidak mempunyai orang tempatan yang pakar dalam industri.
"Sekarang, jawatankuasa bertanggungjawab dalam penstrukturan akan memastikan setiap jawatan utama dikendalikan oleh mereka dalam industri. Jika tidak mempunyai pakar tempatan, mungkin orang luar akan dibawa masuk," kata sumber.
Baru-baru ini, antara langkah rombakan yang diambil MAS adalah dengan melantik Mohd Nadziruddin Mohd Basri sebagai Ketua Pegawai Penstrukturan (CRO) yang bertanggungjawab di Pejabat Pengurusan Penstrukturan.
Sebagai CRO, Mohd Nadziruddin melapor kepada Jawatankuasa Lembaga Penstrukturan, sebuah jawatankuasa kecil lembaga pengarah MAS.
Ogos lalu, Khazanah Nasional juga mengumumkan pelan pemulihan MAS melibatkan kos RM6 bilion yang antara lain membabitkan pengurangan 30% kakitangan dan memberi tumpuan semula kepada laluan serantau yang menguntungkan berbanding destinasi jarak jauh yang mengalami kerugian.
Langkah pemulihan ini bukan kali pertama diambil untuk menyelamatkan MAS, pada 2007 Datuk Seri Idris Jala juga terpaksa mengetuai syarikat penerbangan negara itu. – The Malaysian Insider
TOP
Diana Rafar Tegaskan Dia Masih Isteri Zamarul Hisham
Gara-gara jarang memuat naik gambar bersama suami, ramai yang mendakwa yang rumah tangga mereka bermasalah.
Sememangnya kalau diperhatikan Dina memang jarang sekali memuat naik gambarnya bersama si suami, Zamarul. Bagaimanapun itu bukanlah bermakna yang perkahwinan mereka tidak bahagia dan juga bermasalah. Itu membuktikan bahawa pasangan tersebut mengamalkan sikap Low Profile tidak seperti selebriti lain ataupun golongan-golongan yang dah 3 tahun kahwin pun masih memuat naik gambar perkahwinan.
Bagaimanapun disebabkan dakwaan tersebut, Diana menjelaskan “saya sedar ramai yang mahukan penjelasan mengenai status kami hanya disebabkan mereka lihat kami jarang bersama-sama. Malah dalam laman sosial juga jarang kami bergambar berdua”.
“Apabila selalu orang bertanya, saya tak tahu nak jawab apa. Jadi pada kebanyakan masa saya memang akan berdiam diri. Kalau orang bertanya di laman sosial contohnya, saya ambil pendekatan memadam semua komen-komen sebegitu.
“Saya akui masa kami bersama-sama agak terhad. Tetapi itu disebabkan dia (Zamarul) sibuk bekerja dan banyak masanya dihabiskan di lokasi penggambaran. Kami tak pernah membangkitkan isu ini kerana selalunya saya dan dia buat tak tahu sahaja agar tak mengeruhkan keadaan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian tempatan.
Jadi buat peminat-peminat janganlah tuduh menuduh bahkan harus puji dengan sikap mereka yang bukan seperti “Attention Seekers”. ─ Siakapkeli.com
TOP
Lelaki Buat Repot Polis Mohon Bantu Cari Calon Untuk Kahwin
Klang - Seorang lelaki berusia 27 tahun telah membuat laporan polis di IPPD Klang Selatan awal bulan ini pada 7.42 petang untuk mendapatkan bantuan polis bagi mencari pasangan untuk berkahwin.
Di dalam repot tersebut, lelaki itu berkata dia adalah seorang lelaki bujang dan berharap agar polis dapat membantunya mencari seorang isteri untuknya.
ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, polis tidak boleh menghalang seseorang dari membuat laporan polis tetapi dia turut menekankan bahawa orang ramai tidak sepatutnya menyalah guna perkara tersebut bagi melaporkan perkara remeh temeh.
Beliau juga menambah, perkara yang tidak penting seumpanan itu boleh menghalang tugasan polis yang melibatkan perkara-perkara yang lebih penting. Bagaimanapun, dia memberitahu Sinchew Daily yang lelaki itu tidak akan dikenakan sebarang hukuman kerana tidak membuat sebarang perkara yang menyalahi undang-undang. - SiakapKeli.com

Video: Saat Jentera F1 Bianchi Merempuh Traktor Di Jepun
Kini Marussia, Jules Bianchi masih belum sedarkan diri selepas selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak.
Namun menurut doktor yang merawatnya Bianchi mampu bernafas tanpa menggunakan sebarang alat sokongan pernafasan.
Bianchi merupalan pelumba kelahiran Perancis berusia 25 tahun ini telah mengalaman kecederaan parah di kepala selepas dia menlanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera F1 milik Adrian Sutil yang tersebabas sebelumnya pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Suzuka Jepun pada Ahad lalu.
Di bawah adalah video yang sempat dirakam oleh penonton pada detik-detik jentera F1 milik Bianchi merempuh traktor tersebut.
─ Siakapkeli.com
─ Siakapkeli.com
TOP
Video: Jentik-Jentik dalam Air Minuman di Kedai Mamak
Kita seringkali terdengar aduan-aduan mengenai restoran yang tidak menyediakan makanan bersih, halal dan sebagainya sehinggakan ada yang menghidangkan makanan yang basi serta berulat kepada pelanggannya.
Di sini Siakapkeli.com ada menerima satu aduan yang mengatakan sebuah restoran Nasi Kandar telah menghindangkan pelanggannya air minuman yang mengandungi jentik-jentik yang masih hidup.
Menurut pengadu tersebut, kajadian itu berlaku di Restoran Nasi Kandar Padang Kota, Mydin Parit Buntar.
Melihat kepala jentik-jentik yang masih hidup itu ternyata air minuman tersebut terdedah kepada nyamuk yang mana ianya mingkin dari bekas takungan air yang tidak ditutup ataupun mungkin dari air paip. Apa yang pasti di sini adalah air tersebut semestinya tidak dimasak. ─ Siakapkeli.com
Post by Siakap Keli.

Enggan Bayar Wang Perlindungan, Premis Kereta Import Dibakar
KUALA LUMPUR – Sebuah premis menjual kereta import terpakai musnah dipercayai dibakar kumpulan kongsi gelap selepas pemilik premis itu dikatakan enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan terbabit dalam kejadian di Batu 4, Jalan Ipoh, awal pagi semalam.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang pekerja premis dikatakan melihat kelibat dua lelaki mencurah petrol sebelum membakar tempat meletak kereta terpakai yang mengakibatkan 18 kereta pelbagai model hangus terbakar.
Sumber berkata, sebaik melihat pekerja terbabit, dua suspek itu melarikan diri dengan memanjat pagar di belakang premis dan terus menghilangkan diri.
“Pekerja berkenaan tidak sempat mengejar dua suspek kerana api marak merebak ke belakang premis sebelum dia menghubungi bomba bagi memadamkan kebakaran,” kata sumber.
Harian Metro difahamkan, ini adalah kejadian ketiga dalam tempoh setahun di mana premis itu cuba dibakar kumpulan kongsi gelap di kawasan Sentul, di sini selepas pemilik premis tidak menurut kemahuan mereka untuk membayar wang perlindungan RM10,000, sebulan. – HMetro
TOP
Pelakon Lucah Maria Ozawa Sedang Mencari Calon Suami!
Pelakon yang tidak asing lagi namanya di kalangan mereka yang miang di luar sana, Maria Ozawa yang sememangnya bintang porno yang sangat terkenal. Buat pengetahuan semua, Maria Ozawa mengatakan dia kini sedang mencari bakal suami yang boleh dijadikan teman sehidup sematinya kelak.
Menerusi satu sesi wawancara dengan sebuah media indonsia, Maria ataupun lebih dikenali sebagai Miyabi di Indonesia, mengatakan dia bersedia menerima sesiapa sahaja yang ingin menjadi suaminya asalkan mereka memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon porno. wait.. what??
“Saya tak kisah dengan siapa orangnya atau dari warga negara mana, dari Jepun atau Indonesia ke, yang penting dia seorang yang memahami dan menyokong kerjaya saya,” katanya.
Sebelum ini dia sudah empat kali menjejakkan kaki ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem dewasa namun tidak dapat hadir ketika sesi tayangan perdana filemnya kerana kedatangannya dikecam sesetengah alim ulama negara itu. ─ Siakapkeli.com
TOP
Pentagon Belanja AS1.1b Biayai Serangan Ke Atas Iraq, Syria
WASHINGTON – Pentagon sudah membelanjakan kira-kira AS$1.1 bilion bagi membiayai operasi serangan tentera ke atas militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria sejak misi bermula pertengahan Jun lalu.
Ia termasuk lebih AS$62 juta dibelanjakan hanya untuk operasi serangan udara tentera laut dan menembak peluru berpandu Tomahawk.
Data daripada Pusat Pemerintah Amerika yang dikeluarkan hari ini menyebut, pasukan tentera laut sudah menembak kira-kira 185 bom termasuk 47 roket dari kapal perangnya di sekitar wilayah berkenaan.
Pesawat pejuang tentera udara pula sudah meledak lebih 1,000 bom dengan data turut menyebut sejumlah AS$62 juta digunakan untuk bahan letupan tentera laut. Ia bagaimanapun tidak menyebut anggaran kos untuk bahan letupan yang digunakan oleh tentera udara.
Sebahagian besar kos yang digunakan tentera laut itu untuk menembak 47 misil Tomahawk dari beberapa kapal perang di sekitar Teluk Parsi dan Laut Merah yang mensasarkan kumpulan Khorasan Group iaitu sayap al-Qaeda di lapan tempat di barat Bandar Aleppo di Syria.
Kumpulan berkenaan didakwa merancang beberapa serangan bom ke atas kepentingan Amerika dan negara Barat yang menjadi salah satu sasaran utama tentera Amerika yang memulakan serangan pertama ke atas Syria.
Pentagon kini berdepan tekanan untuk mengetengahkan kos sebenar pembiayaan ke atas operasi di Iraq dan Syria.
Pegawai berkata ia menelan belanja antara AS$7 juta hingga AS$10 juta sehari sejak Jun lalu.
Ketika ini lebih 1,300 askar Amerika di Iraq, termasuk pegawai keselamatan dan kakitangan untuk dua operasi bersama di Baghdad dan Irbil.
Lebih 40 negara menyertai tentera bersekutu yang diketuai Amerika, termasuk negara Arab yang menyertai serangan udara terhadap Syria. – AP
TOP
Phelps Digantung 6 Bulan, Terlepas Kejohanan Dunia
NEW YORK – Perenang sensasi Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps hari ini digantung enam bulan daripada menyertai mana-mana kejohanan termasuk kejuaraan dunia tahun depan.
Hukuman itu dikenakan oleh Persekutuan Renang Amerika Syarikat yang turut juga menyaksikan dia kehilangan pembiayaan daripada persekutuan itu.
Hukuman itu dikenakan selepas perenang itu gagal dalam ujian kedua memandu di bawah pengaruh dadah selepas beliau ditahan minggu lalu di Baltimore.
Ia juga bermakna Phelps tidak dibenar menyertai kejohanan yang dikendalikan badan itu pada 6 April tahun depan.
Phelps juga bersetuju dia tidak akan bertanding di kejohanan renang dunia di Russia, juga Julai tahun depan.
Minggu lalu, Phelps mengumumkan dia menyertai program rawatan dadah selama enam minggu, seminggu selepas dia ditahan dan didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk di Baltimore. – AP
TOP
Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah Atas 2 Tuduhan Rasuah
IPOH – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM700 tahun lalu.
Syed Mohd Fitri Syed Mohamad, 27, yang bertugas di Balai Polis Pantai Remis, dekat sini, didakwa menerima suapan sebanyak RM200 daripada seorang warga Myanmar di Kampung Cina Pantai Remis, kira-kira jam 4 petang pada 29 November tahun lalu, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap warga asing terbabit yang kononnya melakukan kesalahan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Mohd Fitri didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan sebanyak RM500 daripada warga Myanmar sama melalui perbualan telefon di Pejabat SPRM Perak pada jam 12.07 tengahari, 9 Disember tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau 10 kali ganda nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mukhriz Mat Rus di hadapan Hakim Madihah Harullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim menetapkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 7 November ini untuk kes itu disebut semula. - BH Online
TOP
Pemuda Terkejut, Kaki Jadi Sarang Pepijat
LONDON – Ia merupakan pengalaman yang menakutkan bagi seorang graduan dari Universiti Plymouth apabila seekor pepijat dan beratus-ratus telur keluar daripada kakinya, selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania.
Ketika itu, Matthew O’ Donnell, 22, sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki.
“Saya terkejut melihat telur dan pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya.
“Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai `tiket’ percuma untuk keluar dari Tanzania,’’ katanya.
O’Donnell sebelum itu menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi sukarelawan di kawasan pedalaman Tanzania.
Ketika di sana, dia telah diingatkan dengan pepijat namun tidak menyangka kakinya menjadi sarang kepada serangga berkenaan.
Susulan itu, kaki O’Donnell berlubang namun doktor memaklumkan bahawa kakinya selamat dan tiada lagi pepijat atau telurnya yang bersarang di situ.
“Saya tidak sangka telur pepijat yang keluar dari kaki saya. Saya menggunakan tisu tandas dan membalutnya sebelum mengepamnya dalam lubang tandas,’’ katanya.
TOP
Video: Cengkerik Sepanjang 3 Inci Dalam Telinga
SEORANG lelaki yang tidak selesa dengan kegatalan pada telinga terkejut apabila mengetahui seekor cengkerik berada di dalam rongga telinganya.
Cengkerik itu ditemui selepas lelaki yang dipercayai dari India itu menemui doktor untuk melakukan pemeriksaan terhadap telinganya.
Hasil pemeriksaan, doktor menemui cengkerik yang masih hidup berada kira-kira tujuh sentimeter di dalam telinga mangsa.
Cengkerik itu juga dikesan masih mengeluarkan bunyi ketika berada di dalam rongga teling mangsa.
Doktor kemudian berjaya mengeluarkan cengkerik itu tanpa sebarang luka pada rongga telinga.
- mstar

11 Kaum Asli Di Colombia Maut Dipanah Petir
BOGOTA – Kira-kira 11 Orang Asli di Colombia maut dan 15 cedera akibat dipanah petir ketika menghadiri mesyuarat pemimpin spiritual suku kaum Wiwa di kawasan pergunungan di utara negara berkenaan semalam.
Pejabat pentadbir suku kaum itu berkata
mangsa daripada masyarakat berkenaan yang hidup di kawasan terpencil Sierra Nevada, terkena caj elektrik akibat terkena petir.
“Pemimpin suku kaum itu sedang mengadakan mesyuarat ketika kejadian,” katanya.
Pertubuhan Orang Asli Kebangsaan Colombia (ONIC) pula berkata kaum Wiwa, sebelum ini disalah anggap sebagai kaum Kogi, sedang mengadakan satu upacara ritual dan sering menghadapi masalah seperti perubahan cuaca di kawasan berbukit itu.
Anggota tentera yang beroperasi di kawasan berkenaan menghantar mangsa yang cedera ke beberapa pusat perubatan di bandaraya Caribberan Santa Marta sejauh lima jam perjalanan dari tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata kebanyakan mereka dirawat bagi kecederaan melecur tahap dua dan tiga. – AFP
TOP
5 Maut Letupan Kilang Bunga Api Di China
BEIJING – Lima orang maut dalam letupan di sebuah kilang bunga api yang beroperasi secara haram di selatan China, kata polis.
Polis di wilayah Guizhou sedang menyiasat punca letupan berkenaan di kilang terletak di kawasan kampung Lanjiang pagi tadi.
Seorang lagi mangsa dilaporkan mengalami kecederaan.
Kerajaan negara itu menutup beribu-ribu kilang bunga api haram bagi mengelak kejadian yang berpunca akibat keadaan penghasilan produk yang berbahaya atau kekurangan peralatan keselamatan.
Bagaimanapun, industri pembuatan bunga api itu kekal sebagai sumber ekonomi bagi kebanyakan wilayah miskin, sehingga menyediakan insentif untuk mengelak tindakan pihak berkuasa. – AP
TOP
Suspek Wanita Tikam Pemandu Bas Ditahan Polis
Aisyamudin masih tidak sedarkan diri selepas ditikam di paha kanan pada Isnin.
GEORGE TOWN: Polis berjaya menahan seorang wanita yang menikam pemandu bas RapidPenang selepas 24 jam insiden itu berlaku. Wanita berusia 48 tahun itu ditahan pada pukul 7,30 pagi di perhentian bas di Jalan Paya Terubong sebelum dia menaiki bas RapidPenang. Manakala pisau yang digunakan ketika menikam Aisyamudin Yaacob,27, turut ditemui. Ketua Polis George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, arahan reman terhadap suspek diperolehi pukul 2 petang Selasa. Sementara itu, mangsa Aisyamudin masih tidak sedarkan diri dan diletakkan di bawah Unit Jagaan Rapi (ICU). - mstar

Korban Gunung Ontake Jepun Kini 53 Orang Dengan Penemuan 2 Mayat Lagi
Gambar letusan Gunung Berapi Ontake ini telah dirakam di puncak pada 27 September lalu oleh pendaki berusia 59 tahun, Izumi Noguchi yang kemudiannya menjadi mangsa kepada letusan tersebut. Gambar ini yang diperolehi daripada cip memori kamera Noguchi kemudiannya telah dicetak oleh isteri mangsa, Hiromi, untuk diedarkan kepada media massa pada 3 Oktober baru-baru ini.
TOKYO: Pasukan penyelamat pada Selasa telah menemui dua mayat lagi di bawah timbunan abu gunung berapi di tengah negara ini menjadikan jumlah korban Gunung Berapi Ontake kepada 53 orang. Menurut laporan agensi berita antarabangsa AFP, 12 orang pendaki lagi masih diklasifikasikan sebagai 'hilang' dan nasib mereka tidak diketahui sewaktu berita ini ditulis. Gunung berapi tersebut yang terletak di wilayah Nagano di tengah Jepun, mula meletus tanpa tanda-tanda amaran awal pada 27 September lalu ketika ramai pendaki sedang mendakinya. Sejak letusan yang pertama itu, usaha mencari dan menyelamat telah melibatkan lebih seribu anggota polis, askar, jabatan pertahanan awam, bomba dan pasukan penyelamat yang lain. Selepas seminggu gunung berapi tersebut meletuskan asap dan debu, ia telah membentuk lapisan lumpur setinggi paras lutut yang menyukarkan lagi pasukan mencari dan menyelamat melaksanakan operasi. Sebahagian besar mangsa Gunung Ontake setinggi 3,067 meter (10,121 kaki) itu mati ketika mereka sedang menikmati makan tengah hari di puncak di bawah panas matahari musim luruh. - mstar

Mangsa Terakhir Tragedi Bot Terbalik Ditemui
Mangsa terakhir bot terbalik oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat pada 8 pagi Selasa.
KOTA BAHARU: Mayat mangsa terakhir tragedi bot terbalik di Sungai Golok, Sabtu lalu ditemui pagi Selasa, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Rahmat Kamaruzaman. Rahmat berkata mayat Wan Nurhabib Naufal Wan Ahmad Azli, 6, ditemui di Kampung Kuala Jambu, Pengkalan Kubor oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat pada 8 pagi tadi.
"Mayat mangsa ditemui terapung di tepian sungai di Kampung Kuala Jambu kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian dan dalam keadaan lengkap berpakaian," katanya. Beliau berkata mayat Wan Nurhabib di bawa ke Hospital Lati Pasir Mas untuk bedah siasat. Sabtu lalu, Wan Nurhabib Naufal bersama-sama kakak Wan Nurdina Nadia, 10 dan ibu mereka Rosmiwati Zakaria, 37, dihanyutkan arus deras selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Golok, Rantau Panjang. T Tiga beranak itu ialah antara 15 penumpang bot yang sedang pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di seberang Sungai Golok, sebelah Thailand. Sebelum ini, mayat Rosmiwati ditemui pada 5.45 petang pada hari yang sama iaitu beberapa jam selepas kejadian yang berlaku pada 3.30 petang. Sementara mayat Wan Nurdina Nadia ditemui di Kampung Bakong, Pasir Mas pada 9.30 pagi semalam. Bot itu terbalik dalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan lebat sebelum itu. Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing. Sementara itu Rahmat berkata pengkalan haram itu kini ditutup untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa dan menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan. "Jangan terlalu ghairah untuk membeli barangan murah sehingga mengabaikan keselamatan dan boleh mengancam nyawa sendiri," katanya. - mstar

Pusat Pengajian Turunkan Papan Tanda Demi Keselamatan Pelajar Malaysia
Pelajar Universiti Al Ulum, Yemen, Muhammad Hafizul Abdul Razak 22 (empat kanan) memimpin bacaan doa bersama rakan rakan sebaik tiba di KLIA pada Selasa.
SEPANG: Keadaan tidak menentu di Yaman memaksa pihak pengurusan pusat pengajian Darul Quran Malaysia-Yaman di Sana'a menurunkan papan tanda pusat pengajian tersebut demi keselamatan 63 pelajar Malaysia. Pelajar pusat pengajian itu Mohd Hazim Farhan Zul Aznal, 14, ketika menceritakan pengalaman itu berkata, papan tanda berkenaan diturunkan apabila pihak pengurusan mendapat maklumat bahawa puak Syiah berada di kawasan berhampiran. "Bagaimanapun, selepas papan tanda nama sekolah diturunkan, puak Syiah bertanyakan kepada pengawal Darul Quran kenapa diturunkan papan tanda sekolah. "Puak Syiah beritahu mereka sudah tahu itu adalah sekolah yang mengajar ilmu al-Quran," kata Mohd Hazim Farhan sambil menambah pihak Syiah seolah-olah memberi amaran kepada pihak pengurusan sekolah berkenaan. Mohd Hazim Farhan ialah antara 11 pelajar Malaysia di Yaman yang tiba di tanah air pada Selasa selepas meninggalkan negara itu ekoran konflik terbaharu melanda Yaman berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak berjaya menguasai beberapa institusi penting di ibu negara itu. Mohd Hazim Farhan ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.12 pagi dengan penerbangan QR0844 selepas transit di Doha, Qatar bersama sepuluh lagi pelajar Malaysia. Sembilan daripada 11 pelajar berkenaan disambut keluarga masing-masing di balai ketibaan KLIA sementara dua lagi meneruskan perjalanan dengan penerbangan domestik ke Alor Setar. Remaja itu menambah, biarpun bunyi tembakan kedengaran dari semasa ke semasa para pelajar Malaysia meneruskan pengajian seperti biasa sehinggalah pihak Kedutaan Malaysia di Yaman memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat sebelum dihantar pulang ke tanah air. Satu lagi kumpulan 41 pelajar Malaysia tiba di KLIA pada 8.36 pagi dengan menaiki penerbangan berasingan, EK0344 selepas transit di Dubai. Hassan Abd Rahman, 24 yang merupakan ketua kumpulan pelajar berkenaan berkata, kesemua pelajar Malaysia di Yaman berada dalam keadaan berjaga-jaga dan berwaspada kerana bimbang keadaan tidak menentu di negara tersebut menjadi lebih teruk. Katanya beliau mendapat maklumat terdapat dua pelajar Malaysia menjadi mangsa rompakan puak Syiah. "Mangsa diacukan senjata selain telefon bimbit dan wang tunai mereka dirampas. Pelajar berkenaan dirompak ketika di jalanan. Mujur tempat tinggal, perjalanan kami dari universiti ke Kedutaan Malaysia dan perjalanan ke lapangan terbang selamat," katanya sambil mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang membantu mereka pulang ke tanah air. Hassan menambah kumpulan 41 pelajar yang diketuainya terdiri daripa dapelajar dari empat universiti iaitu Universiti Iman, Universiti Ulum, Universiti Sana'a dan Universiti Yamaniah. Kerajaan Malaysia memutuskan untuk membawa balik rakyat Malaysia berikutan keadaan semasa di Yaman selain sebagai langkah berjaga-jaga. Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri bersama-sama Kedutaan Malaysia di Sana'a bekerjasama menyelaraskan operasi berkenaan. - mstar

Farhan Azizan Mula Edar 300 Kad Jemputan kahwin
Farhan sudah mula edarkan kad jemputan perkahwinannya.
PETALING JAYA: Penyanyi Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 10 Oktober ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Farhan, 30, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 700 orang tetamu. Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari sama. Kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 itu, persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus selesai dan hanya tinggal beberapa perkara seperti menyiapkan hadiah buat tetamu yang hadir masih belum siap.
Farhan dan Ahmad Rashadan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.
"Tinggal beberapa hari saja lagi, berdebar juga kami dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir siap. Tinggal sikit-sikit saja lagi. "Risau juga apa-apa terjadi pada majlis tersebut. Apa-apapun doakan agar majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar InsyaAllah," katanya ketika mengedarkan kad jemputan kahwin di pejabat mStar Online di sini pada Selasa. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012. Ahmad Rashadan, 30, adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta. Pada majlis tersebut Farhan dan tunangnya itu bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea. - mstar

Kerajaan Jamin Dedah Dalang Kebocoran Soalan UPSR
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk mendedahkan dalang disebalik kes kebocoran kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan tidak akan menyembunyikan hasil siasatan dan dalang yang bertanggungjawab selepas ia dikenalpasti badan bebas yang ditubuhkan di bawah kementeriannya bagi menyiasat kes berkenaan.
"Kita akan mengambil apa juga langkah yang boleh.
"Jawatankuasa yang dilantik adalah jawatankuasa bebas dan InsyaAllah kita akan pastikan semua dapatan mereka akan diberitahu kepada rakyat," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang ingin mengetahui tindakan kerajaan terhadap pihak yang terlibat membocorkan kertas soalan berkenaan.
Empat kertas soalan yang bocor ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil.
Peperiksaan semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 30 September lalu manakala tarikh baharu bagi ujian Matematik dan Bahasa Tamil pula ditetapkan pada 9 Oktober ini.
Mengulas lanjut Idris berkata kementeriannya juga akan menilai semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan dalam mengendalikan kertas peperiksaan bagi mengelak kes kebocoran kertas soalan berulang. - mstar
TOP
Jurugambar Dedah Rahsia Disebalik Bangunan Ikonik Di England
Bilik selamat yang mempunyai 3,800 kotak penyimpanan di Bank Of England. Pintu bilik tersebut adalah seberat 25 tan metrik.
SEORANG jurugambar di England Peter Dazeley berpeluang merakam gambar di dalam bangunan seperti Bank Of England dan Stesen Janakuasa Battersea yang tidak pernah didedahkan kepada orang ramai sebelum ini.
Bukan setakat pertama kali didedahkan tetapi gambar tersebut menarik perhatian kerana ciri klasik pada subjek yang dirakam.
Selain itu, Dazeley turut mendedahkan gambar lain seperti di Sekolah Harrow, Penjara Wandsworth, Big Ben, Studio Jalan Abbey dan Whitechapel Bell Foundry dan bilik bawah tanah yang menyimpan wain milik King Henry VIII, yang dibina pada 1516.
Berikut adalah gambar yang dikongsi Dazeley:-
Control Room A: Battersea Power Station's control desk, marble walls, elaborate ceiling and wooden floor. Some instrumentation is housed in wall-mounted displays Plain: Stainless steel consoles and pedestals in Control Room B of Battersea Power Station, built in a utilitarian style. The building has been non-operational since 1983 Stesen janakuasa Battersea.
Bilik bawah tanah penyimpanan wine King Henry VIII yang kini menjadi sebahagian daripada pejabat Kementerian Pertahanan negara itu.
Bilik Ucapan Sekolah Harrow di barat London.
Pusat hexagon penjara Wandsworth.
Pandangan dalam jam di Menara Elizabeth, Big Ben dan gambar loceng yang dibina pada 1859.

'Pen Pistol' Dipercayai Bunuh Seorang Pemandu Van
Contoh seperti pistol pen yang ditemui pada mayat pemandu van di Bintulu pada Ahad.
BINTULU: Polis percaya kematian seorang lelaki pada Ahad berpunca daripada 'pen maut'. Bagaimana pun polis masih buntu kemunculan pistol kecil yang direka berbentuk sebatang pen ditemui bersama mayat seorang pemandu van di hadapan sebuah pasar raya. Polis Bintulu akan meminta bantuan daripada pakar patologi, balistik serta ahli kimia bagi membantu siasatan berkenaan dengan pen pistol ini yang berbunyi seperti alat penggera. Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Abdul Razak Mohamad berkata mereka belum temui sebarang petunjuk berkaitan dengan senjata yang ada pada mangsa. Menurut saksi, lelaki berusia 40-an itu meletak vannya dan berjalan-jalan di sekitar kawasan itu, yang kebiasaannya dia sedang menunggu penumpang. Namun selepas itu dia dilihat rebah dan meninggal dunia. "Sebelum itu saksi ada mendengar letupan kecil seperti bunyi bunga api," katanya. Tambah Abdul Razak, mangsa memegang barang kecil panjang yang menyerupai seperti rokok elektronik. "Rata-rata menganggap dia menghisap rokok elektronik sebelum peralatan itu meletup dan membunuhnya," katanya. Namun selepas membuat pemeriksaan, polis menyedari ia sebenarnya bukan rokok elektronik, tetapi merupakan pen pistol seperti mana yang dilihat dalam filem James Bond. "Kami juga turut menemui satu plastik peluru kecil," jelasnya. Katanya, mangsa mengalami kesan terbakar di bahagian dada yang kemungkinan berpunca daripada letupan pen pistol itu. - mstar

Tukar Jurulatih: Chong Wei Serah Keputusan Kepada BAM
KUALA LUMPUR: Pemain badminton no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menyerahkan keputusan sama ada beliau perlukan jurulatih baharu atau tidak kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Apa yang diperlukan Chong Wei kini adalah rehat selepas bekerja keras pada Sukan Asia yang berakhir minggu lalu.
Malah Chong Wei yang tewas kepada pemain handalan China, Lin Dan pada aksi separuh akhir di Incheon itu turut meminta untuk menarik diri daripada beraksi pada Terbuka Denmark nanti.
Pada Jumaat lalu, bekas juara dunia, Han Jian memberi pandangan agar Chong Wei perlu menukar jurulatih bagi membawanya ke peringkat yang lebih tinggi.
Han Jian merasakan Chong Wei memerlukan perubahan selepas terkandas dalam dua kejohanan besar tahun ini.
Chong Wei berada di bawah bimbingan Tey Sei Bock sejak tahun 2010, manakala ketua jurulatih perseorangan Rashid Sidek dan bekas juara dunia dari Indonesia Hendrawan turut bekerjasama dengan pemain ini.
Selain tewas kepada Lin Dan, jaguh Malaysia ini juga turut tewas kepada Chen Long pada aksi final Kejohanan Dunia di Copenhagen Ogos lalu.
Namun Chong Wei yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke-32 pada 21 Oktober ini tidak mahu terlalu memikirkan cadangan Han Jian itu.
"Sesetengah orang menyuruh agar jurulatih ditukar, namun saya tidak mendengar apa-apa keputusan daripada BAM," jelas Chong Wei yang dijangka akan terus menjalani latihan bersama jurulatih Seu Bock selepas ini.
"Saya tidak pasti apa rancangan BAM...mereka tidak berbincang dengan saya.
"BAM mahu mengkaji kembali pengurusan pemain perseorangan lelaki...jadi biarlah mereka melakukan kerja itu terlebih dahulu.
"Lebih baik saya simpan dahulu pandangan saya mengenai perkara ini.
"Memang akui ini tahun ini merupakan musim yang sukar dan saya mahu menghadapi situasi ini dengan baik dan lancar. Selepas ini tidak ada lagi kejohanan besar dan saya hanya mahu berehat.
"Saya telah meminta kebenaran untuk tidak beraksi dalam beberapa kejohanan akan datang, dan masih menunggu maklum balas daripada mereka," jelas Chong Wei.
Chong Wei berjaya merangkul empat gelaran juara dalam sepuluh kejohanan tahun ini - Terbuka Malaysia, All England, Terbuka India dan Terbuka Jepun.
Selain Sukan Asia dan Terbuka Indonesia, beliau berjaya melangkah kaki ke final dalam lapan kejohanan sebelum ini. - mstar
TOP
Pemandu Teksi Maut Ditimpa Serpihan Bangunan
LONDON: Seorang lelaki yang memandu teksi jenis Proton Waja maut selepas kereta itu ditimpa serpihan bangunan runtuh akibat ribut yang berlaku di Bandar Bridlington, Yorkshire pada Isnin.
Lelaki berusia 61 tahun itu merupakan mangsa ribut yang melanda bandar tersebut sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus dan perkihdmatan kereta api terpaksa dihentikan.
Ribut lebih kuat dijangka melanda bandar itu buat kali kedua pada Selasa dan keadaan juga mungkin lebih teruk.
Berikutan itu, perjalanan kereta api ke England juga akan tertangguh.
Keadaan itu bagaimanapun akan kembali pulih pada pertengahan September dengan cuaca lebih baik. - mstar
TOP
Akta Hasutan Tangani Kecenderungan Menghasut
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih bergantung kepada bidang kuasa Akta Hasutan 1948 bagi menangani pelbagai kes yang membabitkan kecenderungan untuk menghasut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, Akta Hasutan akan terus digunapakai sehingga satu akta baharu diperkenalkan kelak.
"Kita tak mempunyai akta lain untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan yang mempunyai kecenderungan untuk menghasut.
"Sebab itu kita hanya bergantung kepada akta ini sementara kita menghasilkan satu akta baharu yang boleh mengambil alih kes berkaitan," katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berhubung tindakan kerajaan yang masih menggunakan Akta Hasutan termasuk kepada pemimpin pembangkang.
Berhubung soalan mengapa kerajaan masih belum memansuhkan Akta Hasutan, Nancy berkata, proses untuk memansuhkan atau membentangkan akta baharu yang berkaitan dengannya terletak di bawah bidang kuasa Pejabat Peguam Negara.
"Kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa. Jabatan Peguam Negara yang mempunyai bidang kuasa terhadap akta ini sama ada untuk menarik balik (atau tambah baik).
"Sebagai kuasa eksekutif, kita tak mencampuri dalam hal ini," katanya.
Pada 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tuh Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Keputusan untuk memansuhkan akta itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.- mstar
TOP
Gabungan NGO Berarak Ke Parlimen, Serah Memorandum Bantahan Pada Rabu
KUALA LUMPUR: Beberapa Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan satu bantahan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan 20 sen harga petrol RON95 dan diesel menjelang pembentangan Bajet 2015.
Pengarah penerangan dan penganjur bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata pada Selasa, lebih kurang 100 orang dijangka akan berarak ke Jalan Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan minyak.
Kumpulan tersebut dijangka akan berkumpul di Tugu Negara pada pukul 10 pagi Rabu sebelum berarak ke bangunan Parlimen.
"Sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak akan membentang Bajet 2015, dan kami mahu menyerahkan memorandum ini agar beliau membatalkan pelaksanaan CBP dan mengurangkan harga petrol, yang membebankan taraf hidup rakyat," katanya.
Minggu lepas, harga baharu petrol RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 dan RM2.20.
Walaupun mendapat pelbagai reaksi negatif daripada pemilik kenderaan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek menekankan bahawa bahawa Bajet 2015 akan mengimbangi kenaikan harga dengan "meningkatkan BR1M", antara langkah-langkah lain.
Malah orang ramai juga khuatir dengan pelaksanaa CBP bermula 1 April ini akan meningkatkan lagi harga barangan serta cukai dikenakan pada setiap pengeluaran dan pengedaran barang-barang terpilih.
Dalam pada itu, Najib berkata kadar CBP 6 peratus adalah yang terendah di Asia Tenggara berbanding 7 peratus di Singapura dan 10 peratus di Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan Laos.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menggesa kumpulan ini agar mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 jika mereka mahu meneruskan perhimpunan bantahan ini.
"Walau bagaimanapun, kami tetap memantau dan bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya. - mstar
TOP
Keganasan Rumah Tangga: Mangsa Ada Hak Hidup Bahagia
PETALING JAYA: Individu yang terlibat dengan kes keganasan rumah tangga dan gangguan seksual kemungkinan mempunyai sejarah hitam ketika kanak-kanak, jelas Pegawai Pemulihan Kesihatan Mental, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Nurhijjah Mat Zain.
Beliau berkata, senario keganasan rumah tangga ini mungkin juga berlaku apabila pelaku melalui pengalaman sama ketika zaman kanak-kanak yang melibatkan ibu bapa mereka.
"Masa membesar mereka secara tidak langsung timbul sikap meniru apa yang ibu bapa mereka lakukan dan perasaan itu akan terbawa-bawa sehingga dewasa.
"Mereka (pelaku) yakin dengan bertindak ganas boleh mengurangkan tekanan yang dialaminya, malah mendapat kepuasan tersendiri," jelasnya ketika mengulas mengenai kes keganasan rumah tangga serta serangan seksual kepada mStarOnline.
Nurhijjah berkata, pelbagai faktor yang menyebabkan pelaku berdepan situasi demikian sehingga menyebabkan kecederaan serta trauma kepada mangsa.
"Saya yakin kebanyakan kes yang berlaku berpunca daripada faktor kewangan termasuk kos hidup yang semakin meningkat hingga menyebabkan pelaku dalam keadaan tertekan.
"Faktor sosial juga antara punca terjadinya pergaduhan suami isteri apabila pelaku tidak boleh mengawal emosi.
"Kes keganasan rumah tangga ini bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, malah anak-anak mereka juga akan mendapat tempias.
"Mungkin sukar untuk pelaku mengubah sikapnya, namun sesi terapi emosi mampu memberi perubahan positif kepada mereka sebelum mengubah tingkah laku," jelasnya.
Selain itu, Pegawai Advokasi Pertubuhan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata, statistik kes itu meningkat mungkin kerana makin ramai mangsa yang berani tampil membuat laporan.
"Jika sebelum ini mereka (mangsa) takut untuk bersuara, namun saban hari perubahan itu boleh dilihat.
"Mangsa juga sudah sedar bahawa mereka ada hak bersuara jika berdepan kes keganasan rumahtangga ini.
"Malah tindakan tegas pihak berkuasa terhadap pelaku juga antara faktor mengapa mereka berani keluar daripada situasi itu," katanya.
Ren Chung berkata, pihaknya sedia membantu mangsa kes berkenaan kerana mereka juga berhak hidup tanpa sebarang keganasan.
Laporan statistik kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 1,259 kepada 4,123 kes pada 2013 berbanding 2864 kes pada 2012.
Beliau berkata, senario keganasan rumahtangga ini mungkin juga berlaku apabila pelaku melalui pengalaman sama ketika zaman kanak-kanak yang melibatkan ibu bapa mereka.
"Masa membesar mereka secara tidak langsung timbul sikap meniru apa yang ibu bapa mereka lakukan dan perasaan itu akan terbawa-bawa sehingga dewasa.
"Mereka (pelaku) yakin dengan bertindak ganas boleh mengurangkan tekanan yang dialaminya, malah mendapat kepuasan tersendiri," jelasnya ketika mengulas mengenai kes keganasan rumah tangga serta serangan seksual kepada mStarOnline.
Nurhijjah berkata, pelbagai faktor yang menyebabkan pelaku berdepan situasi demikian sehingga menyebabkan kecederaan serta trauma kepada mangsa.
"Saya yakin kebanyakan kes yang berlaku berpunca daripada faktor kewangan termasuk kos hidup yang semakin meningkat hingga menyebabkan pelaku dalam keadaan tertekan.
"Faktor sosial juga antara punca terjadinya pergaduhan suami isteri apabila pelaku tidak boleh mengawal emosi.
"Kes keganasan rumahtangga ini bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa, malah anak-anak mereka juga akan mendapat tempias.
"Mungkin sukar untuk pelaku mengubah sikapnya, namun sesi terapi emosi mampu memberi perubahan positif kepada mereka sebelum mengubah tingkah laku," jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Advokasi Pertubuhan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata, statistik kes itu meningkat mungkin kerana makin ramai mangsa yang berani tampil membuat laporan.
"Jika sebelum ini mereka (mangsa) takut untuk bersuara, namun saban hari perubahan itu boleh dilihat.
"Mangsa juga sudah sedar bahawa mereka ada hak bersuara jika berdepan kes keganasan rumahtangga ini.
"Malah tindakan tegas pihak berkuasa terhadap pelaku juga antara faktor mengapa mereka berani keluar daripada situasi itu," katanya.
Ren Chung berkata, pihaknya sedia membantu mangsa kes berkenaan kerana mereka juga berhak hidup tanpa sebarang keganasan.
Laporan statistik kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 1,259 kepada 4,123 kes pada 2013 berbanding 2864 kes pada 2012. - mstar
TOP
Pelajar Malaysia Di Tamil Nadu Diminta Tidak Keluar Dari Kampus
Jayaram Jayalalitha
NEW DELHI: Pelajar Malaysia di negeri Tamil Nadu, selatan India dinasihat supaya tidak keluar dari kawasan kampus kerana keputusan rayuan bekas Ketua Menteri Tamil Nadu J.Jayalalitha di Mahkamah Rayuan Bangalore,Karnataka, akan diketahui pada Selasa. "Dari sumber yang diterima jika sekiranya keputusan rayuan tidak menyebelahi beliau, penyokong akan membuat rusuhan besar-besaran," kata Konsul (Pendidikan & Latihan) Malaysia di Chennai, Annie Sabrina Lasumin. Tunjuk perasaan dan rusuhan tercetus selepas J.Jayalalithaa, 66, didapati bersalah, pada September 27 atas tuduhan mengumpul kekayaan melebihi kemampuannya. Dia dihukum penjara empat tahun dan didenda Rs100 crore (AS$16.30 juta). "Mohon semua pelajar berwaspada dan jauhi tempat-tempat berisiko seperti Central Station (Chennai) dan sebagainya," kata Annie mengumumkan melalui saluran rasmi dan media sosial. Beliau juga menasihatkan pelajar untuk mengelak berada di kawasan orang ramai berkumpul. "Elok duduk sahaja di kawasan kampus universiti buat sementara. Jika sedang berada di Tamil Nadu, tinggal di rumah dahulu," katanya. Terdapat kira-kira 5,000 pelajar Malaysia di selatan India dengan 900 daripada mereka berada di Tamil Nadu. - mstar

ESSCom Nafi Keluar Amaran Tsunami
LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media yang memaklumkan kemungkinan tsunami akan berlaku di pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam.
Ketua Komunikasi Korporat ESSCom Newmond Tibin berkata ESSCom juga menafikan pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan media bagi pihak Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah berhubung keadaan cuaca di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
"Sebarang kenyataan media rasmi ESSCom hanya dikeluarkan melalui Unit Komunikasi Korporat atau portal ESSCom Times di alamat www.esscom.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Newmond berkata demikian sebagai mengulas penyebaran khabar angin melalui media sosial kononnya laporan tentang kemungkinan berlaku tsunami itu diterima daripada ESSCom yang memperoleh maklumat itu daripada Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Sabah.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negeri ini, khususnya di ESSZone, supaya bertenang dan tidak terpengaruh dengan khabar angin itu serta sentiasa mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.
ESSZone merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. - mstar
TOP
Dua Asrama Kolej Lagenda Terbakar
NILAI: Dua asrama di tingkat tiga Kolej Legenda Mantin, dekat sini musnah dalam kebakaran pada Isnin malam.
Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Abd Razak Abd Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 malam dan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kami tiba di lokasi pada 7.09 malam dan melihat api sedang marak di tingkat tiga di kedua-dua rumah asrama itu," katanya.
Menurut Abdul Razak, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan dipadam sepenuhnya pada 7.49 malam.
Katanya pemeriksaan mendapati sebuah daripada asrama itu musnah 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedua-dua asrama itu tidak berpenghuni ketika kejadian, katanya.
"Kebakaran didapati berpunca daripada api sampah di dalam bangunan tersebut. Kerugian dianggarkan RM300,000," katanya. - mstar
TOP
Najib Syukur Anak Kapal TLDM Selamat
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa syukur apabila bot tempur CB204 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), yang hilang pada pagi Ahad ditemui dengan semua tujuh kru kapalnya selamat.
"Alhamdulillah. Berkat doa semua," kata beliau menerusi akaun twitternya hari ini yang mengulas tentang pautan twitter Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengenai penemuan tersebut.
Abdul Aziz yang menggunakan akaun Bot & semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16." - mstar
TOP
Ibu diseret 6 meter, anak dilibas dengan kelewang
Mek Che menunjukkan kesan tangannya selepas ditarik penyamun.
JERTIH - Seorang warga emas dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila dilibas dengan sebilah kelewang oleh salah seorang daripada dua lelaki yang menyamun mereka di rumah di Kampung Lapan Kotak, dekat sini, Sabtu lalu. Penyamun terbabit mengeluarkan senjata tajam itu selepas mangsa, Zaleha Awang, 42, bertindak melawan untuk mempertahankan gelang emas yang dipakainya. Sementara ibunya, Mek Che Mat, 85, mengalami kecederaan di mulut, selain lebam di beberapa bahagian anggota badan selepas penjenayah terbabit bertindak menyeret Mek sejauh lebih enam meter dari dalam rumah mangsa sehingga ke luar rumah. Menurut Zaleha, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila sebuah kereta jenis Honda berwarna kelabu yang dinaiki dua lelaki, berhenti di luar pagar halaman rumahnya. Katanya, kemudian keluar seorang lelaki berpakaian agak kemas, berambut pendek dan berbadan gempal menghampiri pintu sisi rumah seolah-olah mahu bertanya sesuatu. "Tiba-tiba dia cuba masuk ke dalam rumah, saya cuba halang dengan menutup pintu jeriji, tetapi lelaki itu kuat, jadi saya tak sempat kunci pintu. “Lepas masuk ke dalam rumah, dia terus tarik gelang yang saya pakai, tapi saya melawan,” katanya. Ketika kejadian, Zaleha berada bersama ibu, seorang anak perempuannya berusia 15 tahun dan anak lelaki serta seorang anak saudara masing-masing berumur 7 tahun. Kelewang hampir kena kepala Zaleha berkata, pada mulanya kedua anaknya turut melawan penjenayah terbabit, tetapi kemudian lelaki itu mengeluarkan sebilah kelewang lalu melibas ke arahnya. Saat itu katanya, dia hanya terbayang kematian apabila lelaki berkenaan melibas beberapa kali senjata tersebut, menyebabkan dia berhenti melawan dan lelaki itu terus mengambil gelangnya. "Tak lama lepas itu, rakannya pula masuk ke dalam rumah dan tarik gelang emas yang dipakai emak. “Gelang di tangan emak tak putus, jadi penjenayah itu terus tarik menyebabkan emak saya terjatuh dan lelaki itu terus tarik hingga keluar rumah sehingga emak saya jatuh di atas anak tangga dan tersadung longkang, sebelum gelang dipakainya terputus,” katanya. Zaleha yang berlari keluar rumah untuk membantu ibunya, sekali lagi dilibas dengan kelewang oleh lelaki pertama hingga nyaris mengenai kepalanya. Selepas berjaya merampas dua gelang tangan yang dipakai kedua-dua mangsa bernilai kira-kira RM20,000, dua lelaki terbabit terus melarikan diri. Zaleha kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek terlibat. Pada masa sama beliau turut menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya berhati-hati ketika memakai barang kemas termasuk di rumah. Beliau berkata, sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan dan memberkas kumpulan yang sering melakukan kegiatan samun dengan memilih mangsa daripada golongan warga emas dan wanita di daerah ini. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata. -sinar

IS diserang pengebom wanita
BEBERAPA kereta kebal tentera Turki berkawal di sebuah bukit dekat bandar Kobane, di sebelah sempadan Turki kelmarin. - AFP
KOBANE – Pejuang Kurdis bertempur dengan kumpulan Negara Islam (IS) yang cuba menawan bandar ini kelmarin manakala seorang wanita Kurdis meletupkan dirinya menggunakan taktik militan berkenaan. Pejuang Kurdis di sini dibantu oleh serangan udara pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS). Militan IS menawan sebahagian bukit strategik dekat bandar ini, berhampiran sempadan Syria-Turki pada Sabtu lalu tetapi kemaraan mereka dilambatkan oleh serangan udara Washington dan beberapa negara Arab. Seorang pegawai tempatan, Idris Nahsen berkata, militan IS berada cuma satu kilometer dari bandar ini dan serangan udara sahaja tidak cukup untuk mengekang kemaraan mereka. Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, seorang pengebom berani mati wanita bertindak nekad dengan meletupkan dirinya di satu kedudukan IS di timur bandar ini. “Operasi berani mati itu menyebabkan kematian di pihak IS tetapi jumlah korban masih tidak dapat dipastikan,” kata pengarah kumpulan pemerhati berkenaan, Rami Abdel Rahman. Bandar di sempadan Syria itu menjadi medan pertempuran penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memerangi IS. Terdahulu, kemarahan komuniti antarabangsa terhadap IS meningkat selepas kumpulan militan itu menyiarkan klip video yang memaparkan pejuang mereka memenggal kepala seorang warga Britain, Alan Henning. Menurut Abdel Rahman, IS telah mengepung bandar ini sejak tiga minggu lalu. Sementara itu, Tentera AS menyatakan pihaknya melancarkan tiga serangan udara di Syria Sabtu lalu manakala sejumlah jet pejuang, pesawat pengebom dan helikopter digunakan dalam enam serangan terhadap IS di Iraq kelmarin. Kumpulan pemerhati Syria itu memberitahu, sekurang-kurangnya 33 militan IS dan 23 pejuang Kurdis terbunuh dalam pertempuran di sekitar bandar ini pada Sabtu lepas. Kepungan IS menyebabkan penduduk bandar ini dan kawasan sekitarnya melarikan diri dengan 186,000 orang mencari perlindungan di Turki. Kumpulan militan itu sebelum ini menawan sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq dan mengisytiharkan pemerintahan khalifah di dua negara itu. – AFP

Coklat berharga RM3,133 sekotak
Pembeli boleh merasai 240 jenis coklat di dalam sebuah kotak.
DUBAI – Sebuah syarikat di sini melancarkan produk coklat dalam kotak emas 24 karat dan dijual pada harga £600 (RM3,133) lapor akhbar MailOnline semalam. Terdapat 240 jenis coklat yang diisi dalam kotak kayu yang turut dihiasi kristal Swarovski. Malah, pelanggan juga boleh membuat pembayaran lebih jika mahu nama mereka diukir di atas penutup bertatahkan emas itu. Syarikat coklat Delice yang diasaskan oleh Jalel Ghayaza itu menggunakan bahan-bahan eksklusif serta mewah seperti coklat valrhona yang diimport dari Perancis, badam dari Tunisia serta kacang pistasio dari Afghanistan. Syarikat berkenaan juga menggunakan bahan pewarna semula jadi daripada ubi bit, manakala kunyit digunakan untuk menghiasi coklat-coklat berkenaan. Terdapat coklat tanpa gula yang diperbuat daripada puri oren, strawberi dan epal. “Meskipun dianggap sebagai coklat termahal, ia tetap laris dan mendapat sambutan ramai,” kata Jalel. – Agensi

Buat persembahan dalam bola gergasi elak dijangkiti Ebola
PENYANYI rap terkenal, Akon membuat persembahan dalam bebola hamster gergasi sewaktu konsertnya di Goma, Repubik Demokratik Congo pada Ahad lalu. - Agensi
GOMA – Penyanyi rap terkenal, Akon yang membuat persembahan dalam bebola hamster gergasi semasa mengadakan konsert di Republik Demokratik Congo kerana bimbang dengan penularan wabak Ebola telah dikecam oleh para peminatnya. Peminat di laman Twitter menuduh dia cuba mengelak daripada dijangkiti virus yang telah membunuh lebih 3,000 orang sewaktu konsertnya di Goma pada Ahad lalu. “Pihak penganjur konsert hanya melindungi Akon, maka penonton sahaja yang terdedah dengan risiko Ebola,” kata seorang pengguna Twitter. Menurut seorang lagi penonton, dia juga inginkan bola gergasi yang sama bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada jangkitan wabak Ebola. Akon bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa dia berbuat demikian bagi melindungi diri daripada terkena jangkitan Ebola, sebaliknya memberitahu turut menggunakan bola yang sama semasa konsertnya di Australia dan Dubai pada tahun 2010 iaitu empat tahun sebelum penularan wabak Ebola. Bola gergasi itu digunakan untuk membolehkan penyanyi hip hop kelahiran Missouri, Amerika Syarikat tersebut berada dekat dengan para penonton. – Agensi

Ada Pihak Cuba Lagakan Usop Wilcha Dengan Mamat Khalid
Usop Wilcha nafi bermasam muka dengan Mamat Khalid.
PETALING JAYA: Pelakon komedi Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha menganggap ada pihak yang tidak berpuas hati dengan dirinya dan mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan serta mengeruhkan hubungan dia dengan pengarah Mamat Khalid. Usop atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail, 49, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengarah yang sudah dikenalinya sejak 15 tahun yang lalu. "Saya tahu ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya dan mengambil peluang ini untuk melaga-lagakan kami berdua, namun sebenarnya tidak ada apa yang perlu dibesarkan dengan cerita yang disebarkan itu. "Saya dengan abang Mamat Khalid sudah berkawan sejak tahun 1999 lagi, kami memang berkawan rapat dan sudah mengetahui cara kerja masing-masing sebab itu saya senang dengan hasil kerja dia," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Mamat Khalid
Usop Wicha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan tentang hubungan kedua-dua selebriti ini saling bermasam muka. Usop didakwa buat perangai di lokasi penggambaran filem Usop Wilcha Melawan Werewolf Dari Bangladesh (UWMWDB) dan bertindak melempar baju ke muka penjaga kostum. Manakala, Mamat pula dikatakan tidak memberi kerjasama dan sering kali mengubah skrip ketika penggambaran filem Usop Wilcha Menggonjang Makhluk Muzium (UWMMM) yang diterbitkan sendiri oleh Usop Wilcha. Dalam pada itu, Usop berkata, ketegasannya dalam menguruskan produksi ketika penggambaran filem UWMMM itu dilihat seperti terjadinya perselisihan faham berlaku antara dia dan pengarah itu. Bagaimanapun, jelasnya, ia merupakan perkara biasa yang berlaku secara profesional antara seorang pengarah dan penerbit. "Saya sudah tahu dan tidak ada masalah dengan cara kerja Mamat dan sebab itu saya berani panggil dia mengarah untuk filem terbitan saya yang pertama. "Bohonglah kalau kami tidak ada bergaduh, namun ia adalah secara profesional. Sebagai penerbit banyak yang saya perlu fikir, mana mahu berlakon, jaga bajet dan kos-kos lain lagi. "Mungkin daripada situ ada pihak ambil peluang itu untuk sebarkan cerita tersebut biar kami betul-betul bergaduh," katanya. Sementara itu, mengulas tentang tindakannya yang dikatakan buat perangai di lokasi, jelasnya, ia tidak benar sama sekali. Katanya, sepanjang bergelar artis, dia sentiasa mempunyai hubungan baik dengan rakan pelakon dan kru produksi. "Saya pelik juga dari mana mereka dapat cerita saya lepar baju tersebut, saya tidak pernah buat begitu dan buat hal di lokasi. "Perkara tersebut seperti ingin memburukkan nama saya dalam industri ini," katanya. Sementara itu, Mamat Khalid yang dihubungi, enggan memberi sebarang komen dan menyerahkan kepada Usop bagi menjelaskan perkara itu.- mstar online

Keganasan Rumahtangga: Kes Meningkat 1,259 Pada 2013
Gambar hiasan. THE STAR
KUALA LUMPUR: Kes keganasan rumahtangga mencatatkan peningkatan sebanyak 1,259 kepada 4,123 tahun lalu dengan Johor, Selangor dan Negeri Sembilan merekodkan kes paling tinggi. Sebanyak 13 negeri menunjukkan kes berkenaan meningkat dengan Johor mencatatkan kes tertinggi pada 2013, iaitu lebih sekali ganda kepada 583 kes berbanding 264 kes pada 2012. Selain itu, Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan 512 dan 502 kes berbanding tahun sebelumnya 368 dan 270 kes dicatatkan. Bagaimanapun, hanya Pahang mencatatkan penurunan kes iaitu 183 pada 2012 kepada 165 kes, tahun lalu. Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Asisten Komisioner Hamidah Yunus, kegagalan mengawal emosi adalah antara punca utama berlakunya keganasan dalam rumahtangga. "Antara punca utama ialah curang, selisih faham, masalah kewangan, anak, cemburu, mabuk, dadah, ugutan melalui telefon dan masalah peribadi," katanya kepada mStar Online.
Asisten Komisioner Hamidah Yunus
Hamidah menjelaskan, terdapat lima jenis kes keganasan rumahtangga iaitu dari segi fizikal, psikologi, seksual, sosial dan kewangan. Beliau turut memberikan contoh kes keganasan rumahtangga yang mendapat perhatian adalah kes melibatkan penyanyi rock, Awie (Wwings) yang memukul isterinya Rozana Misbun sehingga mendatangkan kecederaan. Kata Hamidah lagi, kebanyakan kaum wanita yang menjadi mangsa kes keganasan rumahtangga ini seakan malu dan biasanya akan berdiam diri tanpa melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. "Memang ada wanita yang takut dicemuh atau tidak tahu bagaimana untuk membela diri dan dalam hal ini, kami mengambil pendekatan tersendiri bagi menangani kes ini. "Antaranya melalui kempen Kesedaran Wanita, kempen kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan ada juga memberi input melalui jemputan media massa seperti temuramah di stesen radio dan juga di televisyen. Apa yang kami harapkan agar mangsa kes ini berani tampil untuk membuat laporan supaya kami boleh membantu mereka.
"Pihak polis memandang serius kes keganasan rumahtangga ini dan sedia memberi kerjasama untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan," jelasnya.
- mstar online

Janin Ditemui Dalam Perut Lembu Korban, Halalkah Dimakan?
Ketahuilah bahaya Al-Quran dan Hadis adalah panduan yang lengkap bagi kita umat Islam termasuklah perkara halal, wajib dan makhruh sesuatu perkara.
Sebagai contoh adalah hukum memakan janin yang terdapat di dalam perut haiwan yang dijadikan korban ataupun bukan korban yang mana haiwan tersebut telah disembelih dengan halal.
Pada Hari Raya tahun ini terdapat satu berita yang mana apabila menjumpai janin cukup sifat di dalam perut si ibu yang sudahpun menjadi korban. Maklumlah korban tak semestinya haiwan jantan. Biasa terjadi sebernanya apabila menyembelih haiwan betina contohnya lembu dan terdapat janin di dalam perutnya kerana ia sedang bunting.
Berikut adalah gambar-gambar janin lembu yang dijumpai pada Raya Korban tahun ini.
Apabila ini berlaku, maka hukum memakan janin haiwan korban tersebut adalah halal sebagaimana dalil daripada hadith Rasulallah SAW yang bermaksud:
Maksudnya: Abu Sa’id al-Khudri Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah bertanya Rasulullah Sallallahu‘alaihi wa sallam tentang janin lalu Baginda bersabda: ‘Makanlah jika kamu mahu kerana penyembelihan ia (janin) melalui penyembelihan ibunya’.” (Hadith riwayat Imam Ibn Majah).
Bagaimanapun jika janin tersebut masih bernyawa pada ketika itu hendaklah disembelih dahulu barulah halal dimakan. Wallahua’lam.

Dibunuh, dikerat dan direbus kekasih
KUALA LUMPUR: Seorang warga Indonesia dibunuh dan dikerat sebelum direbus oleh kekasihnya sendiri di Brisbane, Australia.
Menurut portal Kompas, kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengarah Penerangan Kementerian Luar Negeri, Sofia Sudharma pada Isnin
Mayang Prasetyo, 27 tahun merupakan seorang transeksual, dibunuh oleh kekasihnya, Markus Peter Volke, 28 tahun, seorang warga Australia di kediaman mereka di Teneriffe, Brisbane pada Sabtu, pukul 9 malam waktu Brisbane.
Suspek yang bekerja sebagai tukang masak di atas kapal pelancong berjaya melarikan diri dan kemudian membunuh dirinya sendiri dengan mengelar lehernya sendiri.
Mangsa yang berasal dari Melbourne berpindah ke Brisbane enam bulan lalu.
Pasangan itu dikatakan telah berkahwin pada tahun lalu.
Konsulat Jeneral Republik Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Brisbane dalam penyiasatan. ─ Astro Awani
TOP
Taufan Phanfone Melanda Jepun, Enam Hilang Dikhuatiri Maut
Ombak besar yang melanda sebuah pelabuhan di bandar Kihou pada Isnin apabila taufan Phanfone membadai dekat Tokyo, Jepun. Foto AFP
SERAMAI enam orang hilang atau dikhuatiri maut berikutan taufan Phanfone yang melanda Tokyo, Jepun pada awal pagi Isnin. Seorang juruterbang Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Okinawa merupakan salah seorang yang disahkan maut, selepas dihanyutkan ke laut pada petang Ahad ketika mengambil gambar ombak besar di bahagian utara pulau itu. Tiga lagi juruterbang warga AS dihanyutkan bersama seorang yang maut. Seorang terselamat manakala dua lagi masih hilang. Seorang peluncur air berusia 21 tahun merupakan seorang lagi yang hilang di Laut Pasifik itu, di luar pantai barat daya Tokyo. Pasukan penyelamat sedang melakukan pencarian di lokasi tanah runtuh di Yokohama di mana seramai dua orang dilaporkan hilang dalam kejadian itu. Penyiar NHK melaporkan bahawa secara keseluruhan, 23 orang cedera di seluruh negara itu. Taufan yang mengganas itu melanda pantai di Tokyo pada kira-kira pukul 11 pagi Isnin, dan bergerak ke timur laut sebelum ia ke arah Laut Pasifik. Kira-kira 1.7 juta orang dinasihatkan untuk mendapatkan perlindungan, dengan 50,000 diarahkan berpindah di wilayah Shizuoka di tengah Jepun di mana berisiko tinggi bagi kejadian tanah runtuh dan banjir. Seramai 5,000 lagi dipindahkan di Aichi. Dianggarkan 9,000 kediaman di tujuh wilayah kehilangan tenaga elektrik berikutan taufan yang terus membadai tengah Jepun. - dailymail.co.uk- mstar online

Kanak-Kanak Kritikal Terjatuh Dalam Kolam Renang
GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun didapati kritikal selepas terjatuh ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam di sini petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kanak-kanak tersebut yang sedang bermain bersama dua orang kakaknya yang berumur 11 dan 16 tahun dipercayai tergelincir ke dalam kolam renang itu.
Difahamkan mangsa yang tidak pandai berenang ditemui hampir lemas sebelum diselamatkan anggota keluarganya.
Menurut saksi, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)selepas tidak sedarkan diri ketika ditarik keluar dari kolam berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalthrash Wahid mengesahkan kes berkenaan.
Menurutnya mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP.- mstar online
TOP
Arab Saudi Isytihar Musim Haji Tahun Ini Bebas Wabak Penyakit, Kuarantin
MAKKAH: Arab Saudi mengisytiharkan musim haji tahun ini bebas daripada wabak penyakit dan kuarantin, dengan semua jemaah sihat dan dalam keadaan baik.
Saudi Press Agency melaporkan pemangku Menteri Kesihatan Arab Saudi, Adel Mohammed Faqih, membuat pengisytiharan itu pada sidang akhbar di hospital kecemasan Mina dekat sini Isnin.
Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Arab Saudi, Dr Hassan al-Bushra, pula mengucapkan tahniah kepada kerajaan negara ini di atas pencapaiannya menangani pengurusan kesihatan jemaah.
Agensi berita itu melaporkan wakil WHO bagi intervensi pantas, Dr Amnah Yahya Alshayeb, turut memuji perkhidmatan, keupayaan dan sumber manusia kerajaan Arab Saudi di Tanah Suci serta pencapaiannya bagi musim haji tahun ini.
Sementara itu, portal berita Arab News melaporkan Adel Fakeih sebagai berkata bahawa 70 orang yang disyaki mempunyai Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), iaitu virus penyakit pernafasan, didapati negatif virus korona itu.
Kira-kira dua juta umat Islam dari 163 negara menunaikan ibadah haji tahun ini, dan Kementerian Kesihatan dilaporkan telah mengambil ribuan pekerja kesihatan untuk memastikan jemaah dilindungi daripada dua virus yang boleh membawa maut iaitu Ebola dan MERS.
Dalam usahanya membendung penyakit itu, kerajaan Arab Saudi menubuhkan pusat pemantauan di lapangan-lapangan terbang dengan menempatkan kamera yang mengesan suhu badan dan melakukan saringan kesihatan terhadap jemaah.
Selain itu, sebanyak 15 bilik pengasingan bagi kes-kes yang disyaki turut disediakan di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah.
Menurut portal berita itu, Arab Saudi adalah negara yang paling teruk terjejas akibat MERS, yang mengorbankan 322 orang di negara ini sejak ia dikesan buat kali pertama pada September 2012.
Pada Ahad, Kementerian Kesihatan melaporkan dua lagi kematian akibat MERS iaitu satu di Riyadh dan satu lagi di Taif, 80 kilometer ke timur Makkah.
Wabak Ebola yang mengorbankan lebih 3,000 orang di Afrika Barat menyebabkan jemaah haji dari negara-negara paling teruk dilanda wabak itu iaitu Guinea, Liberia dan Sierra Leone, tidak dibenarkan menunai haji tahun ini.- mstar online
TOP
Dua Juta Jemaah Akhiri Ibadah Haji
SERAMAI dua juta umat Islam mula meninggalkan kota suci Makkah pada Isnin, bagi menyelesaikan ibadah haji tahun ini.
Para jemaah akan melakukan kegiatan melempar jumrah pada hari ketiga di Mina sebelum melanjutkan perjalanan ke Mekkah.
Haji merupakan salah satu perhimpunan keagamaan terbesar di dunia dan tahun ini melibatkan para jemaah dari 163 negara.
Sebahagian mereka masih akan berada di sana hingga Selasa iaitu hari terakhir ibadah Haji. - mstar online
TOP
Tanpa Album Baru Pendapatan Adele Cecah RM400,000 Sehari
Album '21' Adele bakal mencecah jualan 11 juta unit di Amerika Syarikat.
PENYANYI lagu tema filem James Bond, Skyfall, Adele kali terakhir menghasilkan album penuh ialah empat tahun yang lalu tetapi itu tidak sedikit pun menjejaskan pendapatannya kerana setiap hari dia memperolehi sekurang-kurangnya £80,000 (RM400,000). Sejak kelahiran anaknya Angelo, dua tahun yang lalu, Adele boleh dikatakan telah mendedikasikan masa untuk membesarkan anaknya itu dengan mengurangkan aktiviti seni. Tetapi walaupun tanpa aktiviti seni, pendapatannya tetap stabil melalui dividen yang diperolehi menerusi syarikat perniagaannya. Akhbar Britain, The Sun, pada Ahad melaporkan dua buah syarikat milik Adele, memperolehi pendapatan sehingga £54 juta (RM270 juta) dalam tempoh 22 bulan sehingga 31 Disember 2013 manakala syarikat terbesarnya Melted Stone, memperolehi pendapatan sehingga £30.4 juta (lebih RM150 juta) dalam tempoh 14 bulan sehingga April 2013 dan kemudian tambahan £8 juta (RM40 juta) lagi sehingga ke penghujung tahun berkenaan. Menurut akhbar itu, Adele membayar dividen untuk dirinya sebanyak £5.25 juta (RM26.25 juta) pada separuh penggal kedua kewangan yang berakhir bagi tahun 2013. Awal minggu ini, yahoo.com melaporkan yang album 21 Adele bakal mencecah jualan 11 juta unit di Amerika Syarikat sahaja. Berita tersebut muncul pada ketika legenda Soul, Aretha Franklin, 72, memilih lagu Adele Rolling In The Deep untuk dipersembahkan pada program bual bicara popular Amerika, The Late Show With David Letterman.- mstar online

Bot Tempur Hilang: KD Lekiu Siasat Bot Terapung
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
PETALING JAYA: Sebuah bot terapung dikesan dekat pelantar minyak yang terletak di timur laut Pulau Mengalum, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Abdul Aziz menerusi tulisannya di Twitter pada Isnin memaklumkan bahawa beliau menerima laporan daripada pelantar minyak berkenaan mengenai penemuan itu dan telah menghantar sebuah kapal, KD Lekiu untuk melakukan siasatan. "Pelantar ERB West yang terletak sembilan batu nautika di timur laut Pulau Mengalum, melaporkan melihat bot terapung awal pagi tadi. KD Lekiu dihantar untuk menyiasat," katanya di akaun Twitter miliknya di @ChiefofNavy. Kedudukan terakhir bot itu dikesan kira-kira 20 batu nautika timur dari Pulau Mengalum. Bot tempur CB90 yang dinaiki tujuh kru diketuai Leftenan Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.- mstar online

KKMM Pantau Salah Guna Media Sosial Untuk Keganasan
KEMAMAN: Kementerian Komunikasi dan Multimedia melakukan pemantauan berterusan bagi membanteras penyalahgunaan media sosial bagi tujuan keganasan dan merekrut keanggotaan pengganas antarabangsa.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata masyarakat dunia perlu sedar dan melihat secara serius bahawa media sosial boleh sewenang-wenangnya dijadikan platform bagi kebebasan bersuara yang dikhuatiri mendatangkan kemudaratan.
Beliau berkata sebahagian negara maju sudah tentu telah mengambil langkah sewajarnya dengan mempertingkatkan keupayaan untuk memantau bagi mengekang aktiviti keganasan yang mampu menggugat ketenteraman sesebuah negara.
"Pemantauan bukanlah sesuatu yang mudah kerana bilangan pengguna media sosial sekarang sudah mencecah ratusan juta dan pengguna setiap hari menghantar (memuat naik) gambar dan membuat komen.
"Malah kita dapati terdapat banyak laman sosial 'dark site' yang tidak boleh diakses secara biasa kerana ia dibenarkan kepada pengguna-pengguna tertentu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis korban anjuran Parlimen Kemaman di dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Kubu dekat sini, Isnin.
Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penyalahgunaan media sosial bagi penganjuran aktiviti keganasan antarabangsa.
Menurutnya laman sosial 'dark site' itu bertambah kompleks kerana ada sesetengahnya mempunyai kod khas yang hanya membenarkan pengguna tertentu sahaja mendapatkan sesuatu yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah, senjata dan perkara berkaitan aktiviti keganasan.
Justeru, perkara ini memerlukan kepakaran yang dipertingkatkan oleh semua pihak, katanya.- mstar online
TOP
Harga Kereta Pasca CBP Bergantung Kepada Tukaran Asing - Kastam
KUALA LUMPUR: Harga kereta baharu secara umumnya dijangka turun antara satu dan tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), tetapi akan diimbangi oleh harga tinggi komponen kenderaan yang diimport berikutan faktor pertukaran asing.
Komponen kenderaan kebanyakannya diimport dari Jepun dan jika yen meningkat berbanding ringgit, penjimatan satu hingga tiga peratus boleh berkurangan kerana kos komponen kini akan lebih tinggi dan akan mempengaruhi harga kereta.
Pengarah Bahagian CBP Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy berkata tiada siapa tahu kadar pertukaran asing sebenar pada Disember ini atau Januari tahun depan.
"Oleh itu, saya tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa harga kereta akan turun. Saya tidak tahu, tiada siapa yang tahu," katanya.
CBP yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015, sepatutnya menurunkan harga kereta antara satu peratus dan tiga peratus.
"Terdapat sedikit penjimatan tetapi kita perlu ingat, kos terbesar bagi kereta bukan komponen cukai, iaitu CBP, tetapi kadar pertukaran asing.
"Secara teorinya, harga akan turun, antara satu hingga tiga peratus. Tetapi, kita perlu ingat, itu untuk kereta baru," katanya dan menambah secara tidak langsung akan turut menjejaskan harga kereta lama.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus akan dimansuhkan pada 1 April, 2015 dan diganti dengan CBP yang ditetapkan pada enam peratus.
Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari berkata pelaksanaan CBP pada 2015 bakal merangsang permintaan bagi kenderaan dengan pengurangan harga disebabkan oleh pemansuhan SST.
Beliau berkata jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh peserta industri.
Unjuran TIV bagi tahun ini daripada 670,000 unit telah disemak semula kepada 680,000 unit.
MAI melaporkan TIV bagi tempoh Januari hingga Julai berjumlah 11,490 unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013.- mstar online
TOP
Rasuah: Akar Umbinya Di Sekolah
Pegawai polis mengiringi pegawai Kastam yang didakwa atas tuduhan rasuah tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada 29 Spetember lalu. Seramai lapan pegawai Kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL terhadap 25 pertuduhan menerima rasuah.
KIRA-KIRA seramai 30 orang pegawai Kastam dilaporkan ditangkap kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. Ada yang sudah dihukum, ada yang menunggu untuk dihadapkan ke mahkamah dan ada kes yang masih disiasat. Persoalannya, adakah jabatan ini akan menjadi lebih bersih dan segala unsur-unsur rasuah dilenyapkan setelah semua kes berjaya diselesaikan? Seperkara lagi, adakah jabatan-jabatan lain akan turut berwaspada mengenai gejala rasuah ini dan berani bertindak untuk mendedahkan pegawai-pegawai yang korup di kalangan mereka? Yang sangat-sangat diharapkan ialah mereka yang mulanya menawarkan dan memberi rasuah akan juga ditangkap dan dihukum. Rasuah merupakan suatu perbuatan yang bersifat maut kerana ia membawa kepada kemusnahan yang berkekalan kepada hidup keluarga. Bayangkan, bila seseorang yang dituduh kemudian dipenjarakan kerana makan suap, isteri dan anaknya akan merana sepanjang hayat sebab masyarakat akan menyisihkan mereka dan tiada siapa ingin membantu. Rasuah juga membawa keaiban kepada pihak pemerintah, pentadbiran undang-undang dan penyelengaraan ekonomi negara. Rasuah membuat orang lupa kepada nilai-nilai perikemanusiaan, keikhlasan dan amalan-amalan soleh yang dianjurkan oleh agama. Malah, alim ulama juga tidak terkecuali bila rasuah menular. Rasuah ibarat raksasa yang ganas dan tidak mempunyai keperihatinan atau rasa belas kasihan ke atas mangsa-mangsanya, tidak kira siapa. Ia berlaku di siang hari, ia juga berlaku di sebelah malam; ia berlaku di sebalik pintu yang tutup, ia juga berlaku di luar bilik dan secara terbuka.
PINTAS DARI BAWAH
Penulis berpendapat bahawa penyelewengan dan rasuah lebih mudah dipintas dari peringkat bawahan; lebih baik dari bilik darjah. Kita sering dengar pihak sekolah menganjurkan kempen mengutip derma dengan pemberian hadiah lumayan kepada kanak-kanak yang dapat mengumpul derma terbanyak. Kita boleh buat andaian yang munasabah bahawa anak orang kaya, dengan menggunakan kabel mak bapanya, berupaya mendapat sumbangan ratusan ringgit untuk memenangi hadiah yang sekolahnya tawarkan. Murid di kalangan golongan miskin agak susah mengumpul wang begitu banyak, dan ini akan mendorongkan mereka mencari muslihat untuk menambahkan dana. Misalnya, mereka akan mencuri wang daripada ibubapa atau memeras ugut budak-budak lemah untuk mendapat wang. Ataupun, mereka akan ponteng sekolah dan membuat kerja sampingan, seperti mencuci kereta untuk mendapat upah. Dalam kedua-dua keadaan, kita dapat melihat pentadbiran sekolah sudah mula menyemaikan sifat tamak haloba ke dalam sanubari pelajar-pelajar muda mereka. Pihak persatuan guru-ibubapa dan masyarakat setempat juga bertanggung jawab kerana bersubahat serta menggalakkan salahlaku di kalangan murid. Sudah tentu, di sinilah lahirnya cinta kepada rasuah. Amat mengeciwakan jika kita cuba menafikan perkara paling asas ini. Kaum remaja pula, terutama di kalangan penuntut maktab dan universiti, berminat membuat protest. Namun, penulis menganggap kaedah yang di gunakan tidak tepat, kerana mereka selalu membuat andaian bahawa rasuah berlaku hanya di dalam kerajaan dan di dalam parti kerajaan yang tertentu. Maka, protest mereka tidak memberi kesan kerana pihak yang menjadi sasaran juga akan mendedahkan ahli dan aktivis politik yang lebih korup dikalangan penaja-penaja protest itu. Yang jelas, tiada aktiviti yang bebas daripada gejala rasuah; samada di bidang sosial, pendidikan, economi, malah, juga di bidang kehakiman dan keagamaan. Ini suatu lagi hakikat – samada suka atau tidak – yang mesti kita terima jika bersungguh-sungguh ingin melenyapkan rasuah secara muktamad.
MENJADI MANGSA NODAAN
Sememangnya, manusia berdepan dengan pelbagai nodaan. Wang, barang kemas, malah, wanita juga menjadi umpan bagi pegawai tinggi dan politikus yang tidak bersegan silu untuk menerima imbuhan-imbuhan seperti ini. Mereka tak berupaya menahan tangan mereka yang selalu gatal untuk mencapai sesuatu yang menguntungkan. Godaan wang dan emas menjadi sebahagian pekung yang ada pada mereka. Lebih getik ialah sikap hipokrit yang menyertai sifat tamak haloba mereka. Amat sedih bila seseorang yang korup, selepas mengambil rasuah, bercakap-cakap pula pasal isu moral, kemuliaan insan, dan ketakwaan kepada Allah. Lagi jelek bila mereka menyuruh dan menyeru kita agar menjadi manusia yang jujur dan ikhlas, dengan mengambil contoh Nabi Muhammad s.a.w dan insan-insan lain yang turut mengajar mengenai kebaikan sesama insan, seperti pujangga tersohor Luqman Hakim, Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela. Sikap hipokrit ini membuat penyelewengan mereka lebih tenat tapi pak menteri, ahli politik, ketua masyarakat dan pegawai besar yang sudah biasa dengan amalan buruk ini tidak menghirau akan risikonya.
ADAKAH IA RESAM HIDUP?
Mereka begitu yakin pihak perundangan tidak akan mengesan mereka. Mereka tetap memegang kepada pendirian bahawa rasuah adalah resam hidup yang tidak dapat dielak; kononnya ia sebahagian daripada menjalankan tugas demi mendapat pencapaian terbaik untuk jabatan atau pertubuhan mereka. Mereka tidak melihatnya sebagai suatu penyakit yang bisa dan membinasakan diri. Sungguh malang, terdapat ramai orang yang sudah menjadi penagih rasuah dan tindak tanduk mereka dituruti ahli keluarga dan anak buah di tempat mereka bekerja. Sesungguhnya, negara perlu transformasi yang menyeluruh agar kemansuhan rasuah tidak sekadar menjadi impian dan janji-janji kosong. Bermuafakat membawa berkat. Maka, setiap golongan masyarakat mesti membantu secara aktif untuk membina sebuah negara yang bebas daripada RASUAH.- mstar online

Hewlett-Packard Rancang Bahagi Perniagaan Kepada Dua Syarikat
NEW YORK: Hewlett-Packard pada Isnin berkata, ia akan berpecah kepada dua syarikat secara berasingan melibatkan perniagaan komputer dan pencetaknya dari operasi perkhidmatan dan hardware korporatnya.
Langkah itu berikutan satu trend firma teknologi dan perbadanan-perbadanan lain, termasuk eBay pada minggu lalu, yang memisahkan perniagaannya kepada syarikat secara berasingan.
Mereka percaya ia akan memberi lebih tumpuan untuk menunjukkan prestasi lebih baik.
"Pengasingan itu akan membolehkan setiap syarikat baharu menjadi bebas, fokus, sumber kewangan dan fleksibiliti yang mereka perlukan untuk mengadaptasi kepada dinamik pasaran dan pelanggan dengan pantas, serta menjana nilai jangka panjang untuk pemegang saham," kata Ketua Eksekutif HP, Meg Whitman dalam satu kenyataan.
"Pendek kata, dengan peralihan sekarang dari satu HP kepada dua syarikat baharu, ia akan menjadikan usaha pemulihan yang berjaya, malah mewujudkan kedudukan lebih baik untuk bersaing di pasarang, menyokong para pelanggan dan rakan niaga, serta menyediakan nilai maksimum buat pemegang saham," katanya.
Rancangan itu dijangka selesai menjelang akhir tahun kewangan 2015. - AFP
TOP
Airbus Ketinggalan Di Belakang Boeing Dalam Jualan Pesawat
Pesawat Airbus A320 Neo. Foto EPA
PARIS: Syarikat gergasi aeroangkasa dari Eropah, Airbus Group pada Isnin berkata, ia telah menerima 791 tempahan untuk pesawat dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, menyaksikannya ia berada di belakang pesaing utamanya dari Amerika Syarikat (AS), Boeing. Syarikat kumpulan AS itu dilaporkan menerima 1,000 tempahan. Airbus turut menyerahkan pesawat yang lebih sedikit sebanyak 443 unit berbanding 528 unit bagi Boeing. Kebanyakan tempahan yang dibuat Airbus setakat ini pada tahun ini merupakan pesawat medium yang cekap bahan api, dengan 512 tempahan untuk A320neo, diikuti 146 tempahan A321neo. - AFP

Kanada Rancang Bantu AS Serang IS
Stephen Harper
TORONTO: Kanada merancang untuk melancarkan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) seperti yang diminta Amerika Syarikat (AS), jelas Perdana Menterinya, Stephen Harper. Bagaimanapun negara tersebut memerlukan persetujuan menerusi undian di parlimen sebelum menghantar jentera. Kerajaan konservatif Harper yakin bahawa pihaknya dapat membantu AS dan sekutu lain kerana mereka mempunyai majoriti yang cukup di parlimen untuk menyokong usul tersebut. Harper berkata, misi serangan menerusi udara selama enam bulan itu memerlukan jet tempur seperti CF-18, pesawat pengangkut minyak, pesawat pengangkut, kapal pengangkut dan bantuan kemanusiaan. Kanada merupakan sebahagian daripada sekutu AS yang telah bersetuju untuk membantu menyerang IS di Syria dan Iraq. Tentera negara itu juga sebelum ini telah berada di Syria untuk memberi nasihat kepada tentera Kurdish bagi melakukan serangan menerusi darat.- mstar online

61 Rakyat Malaysia Tiba Dari Yaman Pada Selasa, Rabu
Konflik terbaharu Yaman berlaku berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak menguasai beberapa institusi penting di Sana'a.
KUALA LUMPUR: Seramai 61 rakyat Malaysia telah meninggalkan Sana'a, ibu negara Yaman, dengan menaiki tiga penerbangan pada Isnin. Menurut kenyataan Kementerian Luar, seramai 41 orang daripada mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.55 pagi dan 8.30 malam Selasa. Bakinya seramai 20 orang lagi dijangka tiba di KLIA pada 8.25 pagi Rabu, kata kementerian itu malam Isnin. Kerajaan memutuskan untuk membawa balik rakyat Malaysia berikutan keadaan semasa di Yaman selain sebagai langkah berjaga-jaga. Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri bersama-sama Kedutaan Malaysia di Sana'a bekerjasama menyelaraskan operasi berkenaan. "Kerajaan melalui kedutaan telah menyediakan tempat tinggal sementara kepada 449 rakyat Malaysia sejak 19 September. Kedutaan akan terus menyediakan bantuan kepada semua rakyat Malaysia dengan bantuan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) sehingga mereka selamat pulang ke Malaysia," katanya. Konflik terbaharu Yaman berlaku berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak menguasai beberapa institusi penting di Sana'a. Sementara itu, Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya mengelak atau menangguhkan perjalanan ke Yaman kerana keadaan yang masih tidak menentu di negara itu. Kementerian juga meminta kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman untuk mendaftar dengan kedutaan jika mereka masih belum berbuat demikian. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Yaman menerusi talian 009671429781 dan 009671429782 atau emel mwsanaa@kln.gov.my. Ketika menyambut baik perjanjian damai di Yaman baru-baru ini, Malaysia mengharapkan semua pihak dapat menghormati perjanjian perkongsian dan perdamaian yang ditandatangani pada 21 September serta bekerjasama ke arah kestabilan politik dan keamanan di negara itu. Sementara itu, Bernama difahamkan rakyat Malaysia akan dibawa pulang menaiki pesawat domestik dari Yaman dengan transit di Jeddah dan Dubai sebelum tiba di Kuala Lumpur.- mstar online

Fenomena Ombak Gergasi Melanda Pulau Pinang
Ombak gergasi menghempas tembok di Esplanade, Padang Kota Lama di Pulau Pinang.
GEORGE TOWN: Angin kencang barat daya menyebabkan laut bergelora dengan ombak gergasi sehingga menghempas tembok di Esplanade di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Ombak gergasi itu mencecah lebih tinggi daripada tiang lampu, mengakibatkan air laut melimpah di jalan raya, sehingga menyebabkan banjir di sepanjang Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah di sini pada Isnin. Pejalan kaki dilihat merakamkan fenomena yang jarang berlaku itu manakala kenderaan yang melalui jalan iberkenaan secara perlahan apabila ombak besar menghempas tembok.
Air laut melimpah sehingga ke jalan raya.
Menurut laman web Jabatan Meteorologi, angin kencang barat daya selaju 40kmj hingga 50kmj itu menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Sabah dan Labuan. Fenomena itu dijangka berterusan sehingga Ahad depan.- mstar online

Semua Tujuh Kru Bot Tempur Ditemui Selamat - Panglima TLDM
Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
PETALING JAYA: Semua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad ditemui selamat. Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi tulisannya di Twitter berkata, Leftenan Azri Bakar yang mengetuai bot tempur (CB204) itu memaklumkan kepada kapal milik tentera laut, KD Ganas bahawa bot dan semua kru selamat. “Leftenan Azri, memaklumkan bahawa KD Ganas melalui (frekuensi radio) saluran 16 bahawa bot dan semua warga (kru) selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah. "Bot telah dijumpai oleh pada pukul 6.49 petang," katanya di akaun Twitternya @ChiefofNavy pada kira-kira pukul 6.05 petang Isnin. Sementara itu, TLDM di Twitter (@tldm_rasmi) pula berkata: "Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan #CB204 dan kepada semua yang membantu dalam operasi SAR (mencari dan menyelamat)." Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Leftenan Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.- mstar online

MCA Akan Tetap Pertahankan SJKC - Mei Fun
Mei Fun pada Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dianjurkan MCA Pulau Pinang dan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia cawangan Pulau Pinang, di George Town, Isnin. Foto GARY CHEN / THE STAR
GEORGE TOWN: MCA akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina dalam memastikan sekolah vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terus wujud di negara ini, kata Naib Presidennya, Datin Paduka Chew Mei Fun. Beliau berkata, MCA tidak akan sesekali berkompromi dengan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad supaya Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan SJKC pada Perhimpunan Agung Umno, November ini. Mohamad Azli mendakwa sistem sekolah vernakular dijadikan alat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan. "Ini tidak betul untuk menghalang mempelajari bahasa ibunda kerana ia adalah satu hak di bawah Perlembagaan," kata Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dianjurkan MCA Pulau Pinang dan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia cawangan Pulau Pinang, di sini, Ahad. Chew menyeru semua kaum perlu saling menghormati bahasa ibuanda masing-masing dan isu ini tidak patut dibangkitkan kerana tidak ada masalah dengan sekolah vernakular Cina sejak merdeka 57 tahun lepas. Beliau berkata, saranan untuk memansuhkan sekolah vernakular Cina bukan dasar dan pandangan majoriti pemimpin Umno tetapi ia hanya pendirian segelintir pemimpin yang tidak faham bahawa pelbagai budaya, bahasa dan kaum adalah kekuatan Malaysia bukannya kelemahan. "Oleh itu, saya yakin kekuatan bahasa ini harus diteruskan dan ia akan mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia khususnya dari China," katanya. Berikutan itu, Chew berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap Mohamad Azli oleh Pemuda MCA Petaling Jaya kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau.- mstar online

Pemandu Bas Parah Ditikam Wanita Dipercayai Kurang Siuman
Foto NSTP
GEORGE TOWN: Seorang pemandu bas Rapid Penang cedera parah selepas ditikam seorang penumpang wanita yang dipercayai kurang siuman dalam bas berkenaan di Relau dekat sini, Isnin. Aisyamudin Yaacob, 26, yang sedang memandu ketika kejadian pukul 7 pagi itu cedera parah di paha kanan akibat ditikam beberapa kali. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata, ketika kejadian terdapat beberapa penumpang lain di dalam bas. "Siasatan awal mendapati wanita berkenaan yang duduk berhampiran tempat pemandu tiba-tiba bangun dan terus menikam mangsa berulang kali menyebabkan bas berhenti dan wanita terbabit melarikan diri.
"Kejadian berlaku sangat pantas dan penumpang yang berada di dalam bas tidak sempat menghalang tindakan wanita berkenaan atau mengejarnya," katanya ketika dihubungi Bernama. Mior Faridalatrash berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang oleh pemandu bas Rapid Penang lain yang melalui kawasan berkenaan. "Setakat ini polis belum merekod keterangan mangsa kerana keadaannya masih kritikal dan kami meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Beliau berkata, usaha mengesan wanita yang menikam pemandu bas berkenaan giat dijalankan. Sementara itu Rapid Bas Sdn Bhd pengendali Rapid Penang dalam kenyataan berkata ketika kejadian, pemandu bas berkenaan sedang bertugas dan dalam perjalanan dari jeti di George Town ke Balik Pulau. "Kami bimbang dengan kejadian berkenaan dan berharap pihak polis dapat menahan wanita yang terlibat dalam insiden itu dengan segera. Rapid Penang akan memberikan kerjasama yang baik bagi membantu polis menjalankan siasatan kes itu," katanya.- mstar online

Menara Eiffel Perkenal Lantai Kaca
Lantai kaca di aras satu di Menara Eiffel di Paris. Foto www.dezeen.com
PARIS: Menara Eiffel memperkenalkan lantai kacanya yang baharu pada Isnin, dijangka menarik lebih ramai pelawat. Lokasi tumpuan terkenal Paris itu dikunjungi jutaan pelancong setiap tahun. Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo pada Isnin merasmikan aras pertama monumen yang paling ramai dikunjungi di dunia, yang mana ia telah pun beroperasi pada bulan lepas. Kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan di platform pandangan di menara setinggi 325 meter itu. Dari ketinggian 57 meter, para pelawat dapat melihat pemandangan bawah menerusi kaca yang keras, dan boleh berjalan di atasnya seolah-olah 'berjalan di atas udara'. Gentian kaca itu dilengkapi dengan penghadang keselamatan di sekelilingnya. Projek pengubahsuaian ini menelan belanja 30 juta euro, dan mengambil masa selama dua tahun. Selain lantai kaca, pengubahsuaian itu turut melibatkan satu paparan visual dengan tujuh skrin mengenai menara berusia 125 tahun itu dan sebuah bilik persidangan. - AFP- mstar online

Itu Bukan Kapal Columbus Kata Unesco
Peta menunjukkan pengembaraan Columbus yang pertama ke benua baru iaitu kepulauan Carribean di Amerika Tengah.
PARIS: Para pakar sejarah di Unesco (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) pada Isnin merumuskan, bangkai kapal yang dikatakan milik pengembara dan penjelajah termasyur dunia, Christopher Columbus yang ditemui di gugusan Pulau Haiti, sebenarnya bukan miliknya. Kenyataan itu bercanggah dengan dakwaan yang dibuat oleh para arkeologi Amerika Syarikat baru-baru ini yang mendakwa bangkai kapal tersebut adalah milik Columbus dalam pengembaraannya yang pertama ke benua Amerika. "Pakar-pakar sejarah kami kini boleh mengesahkan tanpa ragu-ragu lagi bahawa bangkai kapal yang dikatakan milik Columbus itu sebenarnya adalah bangkai kapal yang datang jauh terkemudian daripada itu," jelas satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Unesco pada Isnin. Sebelum ini, pada Mei, penjelajah bawah air dari Amerika, Bill Clifford mengumumkan yang dia percaya bangkai kapal yang ditemuinya di pesisir pantai Haiti adalah Santa Maria, salah satu daripada tiga buah kapal dalam rombongan eksplorasi pertama Columbus merentasi Lautan Atlantik ke Amerika lebih 500 tahun lalu. Pengumuman yang dibuat oleh Clifford itu mendorong Unesco untuk menghantar sekumpulan pakarnya sendiri ke tempat bangkai kapal itu ditemui. Hasilnya? Ia bukan Santa Maria - kapal milik Columbus.- mstar online

Rumah Ahli Perniagaan Di Ampang Ditembak
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan yang sedang tidur di rumah teres dua tingkatnya di Taman Pandan Mewah, Ampang terkejut dengan bunyi tembakan di luar rumahnya awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad berkata, mangsa yang berumur pertengahan 50-an kemudiannya membuat laporan polis.
Beliau berkata, siasatan mendapati bahagian tingkap di rumah itu didapati pecah akibat tembakan dipercayai dilakukan seorang penunggang motosikal yang berpakaian jaket hitam, bertopi keledar penuh dan bertopeng muka.
"Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari jarak 20 meter di tepi jalan ke arah rumah mangsa.
"Pengawal keselamatan warga Myanmar yang bertugas di pos pengawal berhampiran rumah mangsa terdengar bunyi seakan tembakan dari arah bertentangan jalan raya pada waktu kejadian kira-kira 5.47 pagi," katanya.- mstar online
TOP
Israel Rancang Swastakan Agensi Kerajaan
PM Israel, Benjamin Netanyahu rancang swastakan agensi milik kerajaan dalam tempoh tiga tahun.
JERUSALEM: Kerajaan Israel merancang untuk menswastakan beberapa syarikat miliknya bernilai kira-kira AS$4 bilion dalam usahanya untuk meningkatkan keupayaan dan mengurangkan bebanan hutang negara. Keputusan tersebut yang telah pun menerima kelulusan kabinet akan mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Israel. Antara agensi yang bakal terlibat dalam projek penswastaan ini ialah Lembaga Elektrik Israel, syarikat penerbangan negara, kereta api, pelabuhan, lembaga air, pos dan gas. Kerajaan Israel juga berhasrat untuk melepaskan pegangannya dalam agensi pelabuhan mereka yang kini mengendalikan pelabuhan ts at Ashdod dan Haifa. Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, projek penswastaan ini bukan sahaja akan menambah pendapatan negara tetapi juga meningkatkan kecekapan serta mengurangkan gejala rasuah di dalam syarikat-syarikat atau agensi berkaitan kerajaan. Netanyahu adalah orang yang bertanggungjawab mengesyorkan tindakan ini ketika beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan 10 tahun yang lalu.- mstar online

Disney Tampil Selamatkan Krisis Ekonomi Paris Disneyland
Maskot salah satu karakter kartun Disney, Mickey Mouse di hadapan Istana 'Sleeping Beauty' di Paris Disneyland, pinggir Paris. Foto AFP
PARIS: Euro Disney, pengendali Paris Disneyland yang merupakan salah satu tarikan utama di Eropah, pada Isnin mengumumkan ia menerima pakej pembiayaan semula berjumlah satu bilion euro (RM4.1 bilion) bagi menangani krisis selepas berhadapan dengan penurunan mendadak dalam bilangan pengunjung. Pelan kewangan itu didedahkan dalam satu mesyuarat krisis pada awal Isnin sebelum pasaran saham dibuka, turut melibatkan suntikan wang berjumlah 420 juta euro (RM1.7 bilion) oleh syarikat induk Disyney di Amerika Syarikat (AS) dan penukaran hutang 600 juta euro (RM2.5 bilion) kepada Disney sebagai ekuiti. Presiden Euro Disney, Tom Wolber menyatakan bahawa punca krisis disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang sukar di Eropah. "Paris Disneyland merupakan destinasi pelancongan nombor satu di Eropah, tetapi cabaran ekonomi yang sedang berlaku di Eropah dan beban hutang kita telah mengakibatkan penyusutan dalam perolehan dan kecairan kewangan dalam operasi," katanya dalam satu kenyataan. Wolber berkata, pelan kecemasan itu adalah penting untuk memperbaiki keadaan kewangan dan membolehkan syarikat itu terus melakukan pelaburan di resort itu yang menambahbaik pengalaman yang menarik buat para pengunjung. Paris Disneyland dibuka pada 1992 di timur pinggir Paris.- mstar online

Semua Kru Bot Tempur CB90 Diyakini Selamat - Panglima TLDM
TLDM menggunakan bot CB90 untuk aktiviti rondaan di perairan.
KUALA LUMPUR: Kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah, diyakini selamat. Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bot CB90 itu masih boleh beroperasi walaupun dalam keadaan cuaca buruk kerana ia dilengkapi sistem apungan yang tinggi. Beliau berkata, jika bot itu terbalik akibat daripada pukulan ombak besar mahupun ribut kencang, ia secara automatik akan terapung semula. "Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi. "Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata, operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah. Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.- mstar online

Park Ji-sung Diumum Sebagai Duta Khas Manchester United Yang Ke-6
Park Ji-sung diperkenalkan oleh bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson sebagai duta baru kelab tersebut sejurus sebelum perlawanan menentang Everton di Old Trafford pada Ahad, 5 Oktober 2014.
> Park Ji-sung diperkenalkan sebagai duta rasmi Manchester United oleh Sir Alex Ferguson
> Dia adalah duta kelab yang keenam selepas Sir Bobby Charlton, Andrew Cole, Ferguson, Denis Law dan Bryan Robson
> Pelantikannya dibuat di Old Trafford, sebelum perlawanan menentang Everton pada Ahad
> Park bermain untuk United dari 2005 hingga 2012 & memenangi 8 kejuaraan utama
BEKAS pemain tengah Manchester United, Park Ji-sung telah diumumkan sebagai duta khas kelab itu sejurus sebelum perlawanan menentang Everton di Old Trafford pada tengah hari Ahad, sekaligus menjadikannya sebagai duta rasmi yang keenam yang pernah dilantik oleh United.
Pengumuman mengenai pelantikannya itu dibuat oleh bekas pengurus United sendiri, Sir Alex Ferguson di hadapan lebih 75,000 penonton setia kelab tersebut. Selain Park, lima lagi duta khas United ialah Bobby Charlton, Andrew Cole, Denis Law, Bryan Robson dan Ferguson sendiri. Sebagai duta khas, Park akan memainkan peranan mempromosi aktiviti tahunan kelab khususnya kerja-kerja komuniti juga mempromosikan peranan yang turut dimainkan oleh rakan kongsi kelab.
Dia juga dari semasa ke semasa akan diminta menceritakan pengalamannya bermain untuk United sepanjang kariernya bersama kelab itu sebagai motivasi kepada pemain-pemain muda dan remaja di serata dunia.
Park, 33, telah bermain selama tujuh musim bersama United iaitu dari tahun 2005 hingga 2012, memenangi empat kejuaraan liga, tiga piala Carling, satu piala Liga Juara-Juara Eropah, satu Piala Kelab Fifa dan dua Piala Perisai Komuniti. Dia kemudiannya menyertai QPR serta PSV Eindhoven tetapi terpaksa bersara musim ini kerana kecederaan lutut yang berpanjangan.
Bekas pemain antarabangsa Korea Selatan itu dianggap sebagai pemain Asia paling berjaya dan terkenal di Eropah serta Liga Perdana Inggeris.
"Saya memiliki memori yang indah dan manis bersama kelab ini dan kini saya dengan bangganya menerima pelantikan sebagai duta khas Manchester United.Ini bermakna saya berpeluang untuk sekali lagi mewakili kelab ini sebagai duta," ujarnya.
Sejak Park menyertai Manchester United, nilai pasaran komersial kelab itu di Korea Selatan telah meningkat dengan mendadak. - mstar online

Bianchi Bergantung Alat Bantuan Pernafasan
Gambar fail Jules Bianchi. Pelumba Perancis itu kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami kemalangan dalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun pada Ahad. Foto AP
PELUMBA Marussia, Jules Bianchi terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan Formula 1 Grand Prix Jepun pada Ahad. Pelumba Perancis itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas melanggar traktor keselamatan yang cuba mengalih jentera pelumba Adrian Sutil yang terbabas sebelum itu ketika kelajuan 160mph. Bianchi menjalani pembedahan otak selama tiga jam dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan perkembangan kesihatannya. Mengenai beberapa laporan awal yang mendakwa pelumba berusia 25 tahun itu mampu bernafas tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan, Sky Sport News mengesahkan bahawa perkara itu tidak benar. "Kita tidak mendapat sebarang perkembangan rasmi daripada pihak hospital tetapi saya difahamkan bahawa Jules kini berada dalam keadaan yang amat kritikal, dan sedang bertarung nyawanya. "Dan saya ingin memperjelaskan mengenai beberapa maklumat yang salah yang telah dilaporkan oleh media Perancis dan beberapa yang lain lagi di UK," kata Craig Slater dari Sky Sport News yang melaporkan perkara tersebut pada Isnin. "Saya mengesahkan bahawa malangnya berita mengenai Jules tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu adalah tidak benar. Apa yang saya difahamkan bahawa beliau masih lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan pada masa ini bagi membolehkan beliau bernafas. "Saya juga boleh mengesahkan bahawa beliau tidak menjalani prosedur pembedahan kedua. Apa yang saya difahamkan bahawa beliau menjalani satu pembedahan pada kira-kira pukul 11 malam waktu Jepun dan sejak itu beliau ditempat di unit rawatan rapi," tambahnya.- mstar online

Pemain Man United, Adnan Januzaj Ucap Selamat Hari Raya
PEMAIN sayap Manchester United, Adnan Januzaj tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam menerusi laman sosial Facebooknya.
Status pemain Belgium itu turut dikongsi oleh peminatnya di seluruh dunia termasuk mereka yang bukan Islam. Januzaj, pemain muda United beragama Islam tidak diturunkan Louis Van Gaal ketika kelab berkenaan bertemu Everton pada Ahad. Dalam perlawanan itu, United berjaya menewaskan Everton 2-1 hasil jaringan Radamel Falcao dan Angel Di Maria manakala Everton memperolehi jaringan tunggal menerusi Steven Naismith. Selain Januzaj, seorang lagi pemain beragama Islam di United ialah Marouane Fellaini yang juga berasal dari Belgium.- mstar online

Lelaki Terselamat Dari Kemalangan Maut Dirempuh Isteri Sendiri Selepas Kejadian
Malang tidak berbau bagi seorang lelaki Perancis yang terselamat dari kemalangan kereta, tetapi kehilangan nyawa di tangan isterinya sendiri beberapa minit selepas kejadian.
Lelaki yang berusia 56 tahun itu sedang memandu bersama anaknya apabila keretanya merempuah satu selekoh tajam di Carville, utara Perancis.
Kereta itu terbalik dan jatuh ke dalam parit tetapi kedua-duanya sempat melarikan diri tanpa cedera, menurut laporan oleh Ouest-France.
Lelaki berkenan seterusnya menelefon isterinya untuk mengambil mereka di tempat kejadian.
Bagaimanapun, isteri lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun, merempuh selekoh tajam yang sama, menyebabkan keretanya terjunam ke arah kereta suaminya yang menyebabkan suaminya mati di tempat kejadian.
Isteri dan anaknya terselamat dari kemalangan tragis itu. - SiakapKeli.com
No comments:
Post a Comment