TOP
Gelar Wenger Pakar Kegagalan, Mourinho Enggan Mohon Maaf
JOSE MOURINHO tidak berhasrat untuk memohon maaf kepada Arsene Wenger selepas menghina pengendali Arsenal itu dengan menggelarnya sebagai 'pakar kegagalan' pada musim lalu.
Mourinho menghina Wenger selepas Chelsea berjaya menewaskan Arsenal 6-0 pada musim lalu.
Kenyataan itu kembali menghangatkan Liga Perdana Inggeris apabila kedua-dua pasukan akan kembali bertemu selepas perlawanan berkenaan di Stamford Bridge pada Ahad.
Bagaimanapun perhubungan antara kedua-dua jurulatih terbabit telah retak sebelum kenyataan tersebut dikeluarkan lagi.
"Saya tidak berhasrat untuk meminta maaf kerana saya juga tidak minta supaya dia (Wenger) meminta maaf dengan apa yang telah dia katakan sebelum ini.
"Hal itu telah selesai dan kita perlu memberi perhatian terhadap perlawanan besar kali ini. Kami berdua memimpin dua kelab terbesar dan mempunyai berjuta-juta peminat. Jadi tiada masalah (untuk berlawan)," jelas Mourinho.- mstar online
TOP
Wenger Tekad Calarkan Rekod Tanpa Kalah Chelsea
ARSENE WENGER tekad untuk membalas dendam terhadap kekalahan 0-6 kepada Chelsea pada musim lalu apabila kembali ketika bertemu skuad didikan Jose Mourinho pada Ahad.
Selain dimalukan Chelsea pada Mac lalu, Wenger turut tidak melupakan kekalahan 2-8 kepada Manchester United yang menjadi kenangan pahit dalam kariernya.
Sehubungan itu, Wenger dan anak didiknya kini berazam untuk berjuang habis-habisan ketika bertandang ke Stamford Bridge termasuk mencalarkan rekod tanpa kalah Chelsea.
"Ia adalah kekecewaan terbesar yang dilalui pada musim itu. Sama juga bila kami kalah kepada United 2-8, kerana selepas itu kami kehilangan segalanya dan sukar untuk dijelaskan.
"Saya tidak melupakan hari itu. Sejak awal musim ini pemain tidak mahu lagi ia berulang dan saya berbangga jika kami dapat membalasnya.
"Hadiah terbaik yang patut kami perolehi kali ini ialah mencalarkan rekod tanpa kalah Chelsea. Saya yakin ia boleh berlaku," kata Wenger.
Menurut pengurus kelahiran Perancis itu, anak didiknya kini tidak gentar terhadap reputasi semasa Chelsea dan bersedia memberi 'hadiah' pada Ahad.- mstar online
TOP
Tambang Bas Ekspres: Pembawa Lega Tapi Mahu SPAD Umum Segera
PETALING JAYA: Walaupun lega dengan pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang dalam perancangan untuk menetapkan kadar tambang baharu bas ekspres, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) menuntut agar janji itu ditunaikan segera.
Presidennya, Tajudin Mohamad Yunus berkata, kadar tambang baharu perlu diumumkan segera berikutan pengurangan subsidi diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa Khamis lalu.
"Kita berasa lega dan menyambut baik maklum balas SPAD mengenai perkara itu tetapi kita harap tunaikanlah segera janji itu. Ini soal hidup mati pengusaha bas. Jika dibiarkan, kita akan lingkup," katanya kepada mStar Online.
Jelas beliau, pengurangan subsidi diesel sebanyak 20 sen menyebabkan ada syarikat yang terpaksa menanggung kenaikan kos sebanyak RM60,000 sebulan kerana operasi bas ekspres memerlukan sekitar 300,000 liter diesel sebulan.
"Kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih tinggi kerana setiap bas hanya diberikan subsidi minyak bagi perjalanan sehingga 600 kilometer (km) setiap hari. Jika lebih daripada itu, pengusaha bas akan bayar ikut harga baharu iaitu RM2.20 seliter.
"Bayangkan jika ada bas yang membuat perjalanan sehingga 1,000 km setiap hari. Sudahlah kos sedia ada yang ditanggung tinggi, mereka terpaksa pula bayar diesel dengan harga tinggi. Ini sudah tentu membebankan lagi mereka," katanya.
Beliau berkata, pengusaha bas ekspres bukan sengaja mendesak agar tambang bas dinaikkan sebanyak 20 peratus tetapi menyifatkan ia kadar yang munasabah selepas mengambil kira pelbagai perkara.
"Kita bukan suka-suka nak naikkan tambang tapi ia dilakukan bagi menampung pelbagai peningkatan kos. Kita ada banyak komitmen... kita perlu bayar kos bahan api, gaji pekerja, penyelenggaraan, alat ganti bas dan juga bayaran ansuran bulanan," katanya.
Tajudin yang juga Pengurus Utama Ekspres berkata, satu kadar tambang baharu yang lebih munasabah perlu disegerakan memandangkan pengusaha bas ekspres masih menggunakan tambang yang dinaikkan buat kali terakhir lima tahun lalu.
"Lima tahun satu tempoh yang agak lama... pelbagai tekanan sudah dialami pengusaha bas sepanjang tempoh itu. Saya harap kenaikan tambang diumumkan segera supaya pengusaha bas ekspres dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang," katanya.
Pada Jumaat, SPAD meminta syarikat pengusaha bas ekpres supaya bersabar dan menunggu pengumuman kenaikan kadar tambang baharu sebaik semua urusan berkaitannya selesai.
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kenaikan harga diesel berkuatkuasa Khamis berikutan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen menyebabkan SPAD perlu menyemak semula dokumen kadar tambang bas ekspres sedia ada.
"Memorandum daripada Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) sudah saya diterima. Kami sedang menyemak kadar tambang sedia ada bagi memastikan industri ini terus berkembang sejajar dengan Pelan Transformasi Kerajaan.
"Jadi kita minta semua supaya bersabar kerana perkara ini melibatkan banyak pihak. Pengumuman mengenainya akan dibuat nanti," katanya kepada mStar Online tanpa mahu memberi sebarang jangkaan masa mengenai pengumuman itu.- mstar online
TOP
Dua Maut, Seorang Parah Kemalangan Dekat Terowong Menora
IPOH: Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh ketika dihubungi berkata kejadian yang berlaku lebih kurang 11 pagi Sabtu membabitkan beberapa buah kenderaan.
"Setakat ini maklumat yang kita terima dua orang maut dan seorang lagi cedera parah," katanya.
Sementara itu jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata kemalangan itu membabitkan lima kenderaan iaitu masing-masing sebuah lori treler, lori, kereta jenis Perodua Myvi, kenderaan pelbagai guna jenis Alza serta kereta jenis Honda City.
"Operasi menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Keseluruhan mangsa yang terlibat adalah 15 orang," katanya.
Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata lalu lintas di lebuh raya dari arah Ipoh masih mengalami kesesakan sepanjang 13 kilometer.
Bagaimanapun lalu lintas kembali lancar selepas kawasan kejadian, katanya.
Plus mencadangkan supaya pengguna lebuh raya menuju ke utara melencong kenderaan mereka keluar di plaza tol Ipoh Selatan dan masuk kembali di plaza tol Kuala Kangsar bagi meneruskan perjalanan.- mstar online
TOP
Jenazah Bonda Menteri Pertahanan Selamat Disemadikan
Hishammuddin ditenangkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas menziarahi jenazah Tun Suhailah di kediamannya di Kuala Lumpur pada Sabtu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Suhailah Mohamad Noah, bonda kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein selamat dikebumikan di perkarangan Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh istiadat penghormatan negara kira-kira pukul 2 petang Sabtu. Allahyarham yang juga isteri Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam Jumaat di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat sakit tua. Terdahulu, orang ramai diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Dewan Solat Utama Masjid Negara sebaik saja keranda Allahyarham dibawa dari kediamannya di Bukit Tunku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga anak saudara Allahyarham, tiba di Masjid Negara pada jam 1.04 tengah hari Sabtu bagi memberi penghormatan terakhir sambil diiringi anak lelaki Allahyarham, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta ahli keluarga terdekat.
Majlis tahlil dan solat jenazah diketuai serta diimamkan oleh Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Mohamad Mohd Zin sebelum keranda Allahyarham diusung ke perkarangan Makam Pahlawan untuk dikebumikan. Allahyarham sebelum ini pernah menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran 'Tun' - Kerajaan Persekutuan (1990) dan Anugerah Sri Kandi dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM). Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Najib. Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat.- mstar online
TOP
Sistem Pengendalian Kertas Soalan Peperiksaan Ditambah Baik - Idris
Idris Jusoh.
BESUT: Kementerian Pendidikan telah melakukan pembaharuan dalam penambahbaikan terhadap sistem pengendalian kertas soalan peperiksaan bagi membendung kebocoran soalan peperiksaan pada masa depan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata antara langkah itu adalah pemasangan sistem amaran dan kamera litar tertutup (CCTV) di semua bilik kebal yang menempatkan kertas soalan peperiksaan. Langkah lain adalah tidak lagi mengunakan kotak untuk menghantar kertas soalan ke bilik kebal, katanya kepada pemberita selepas program minum pagi bersama rakyat di kediamannya di Kampung Tok Has di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah yang diambil kementerian bagi memastikan kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 baru-baru ini tidak berulang. Peperiksaan semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR telah diadakan pada 30 Sept lepas manakala bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil akan diadakan pada 9 Oktober ini. Idris menegaskan kebocoran soalan UPSR berlaku kerana adanya segelintir masyarakat tidak berintegriti yang mengejar untung segera di samping mahu melihat segala urusan diselesaikan dengan cepat. "Oleh kerana individu yang tidak bertanggunjawab ini tidak mempunyai nilai-nilai positif dalam kerja menyebabkan soalan dibocorkan dan akhirnya menyusahkan ramai pihak," katanya. Jelas beliau, sepatutnya masyarakat termasuk para guru perlu memahami bahawa pendidikan perlu dibangunkan dengan keseimbangan antara akademik dan akhlak. Berhubung tindakan yang akan diambil terhadap sejumlah guru yang kini disoal siasat berhubung kes kebocoran soalan UPSR itu, Idris berkata tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah. "Yang bersalah akan dihukum ... supaya menjadi contoh kepada semua pihak untuk memperkemaskan integriti mereka ketika menjalankan tugas," katanya.- mstar online

Pemancing Maut, Rakan Parah Dihempap Pokok
BESUT: Seorang pemancing maut manakala rakannya cedera selepas dihempap sebatang pokok mati yang tumbang dan menimpa khemah mereka di kawasan tepi sungai berhampiran Hutan Simpan Pelagat dekat sini, Jumaat.
Ketika kejadian pada kira-kira 4 petang itu, kedua-duanya dan seorang lagi rakan mereka sedang berteduh dalam khemah itu yang ketika itu hujan lebat, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah.
Katanya Nasir Mamat, 47, maut di tempat kejadian, rakannya Tengku Faisal Tengku Mahmud, 26, cedera manakala Mohd Amirul Mukmin, 30, yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah menghubungi Balai Polis Jerteh bagi memaklumkan kejadian itu.
Ketiga-tiga 'kaki pancing' dari Kampung Jeram, Pasir Putih, Kelantan itu ke lokasi itu sejak Selasa lepas untuk memancing, katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.
Katanya pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan 4x4 Besut mengambil masa hampir lima jam untuk ke tempat kejadian.
Khaled berkata kedua-dua mangsa hanya dapat dibawa keluar dari lokasi kejadian kira-kira pukul 9 malam dengan Tengku Faisal terpaksa diusung.
"Kita menghadapi masalah untuk ke lokasi kejadian yang tiada jalan kenderaan dan anggota penyelamat terpaksa berjalan kaki di samping meredah air sungai yang meningkat ekoran hujan lebat petang semalam," katanya.
Katanya mayat Nasir dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat manakala Tengku Faisal menerima rawatan sebagai pesakit luar.- mstar online
TOP
AS Dan Sekutu Akan Bawa Pembunuh Henning Ke Muka Pengadilan - Obama
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk pembunuhan kejam pekerja kemanusiaan British, Alan Henning pada Jumaat dengan berkata AS akan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Bersama rakan-rakan, kita akan terus mengambil tindakan tegas untuk melemah dan memusnahkan militan Isis (Negara Islam Iraq dan Syria)," katanya dalam kenyataan sebagai mengulas tindakan militan menyembelih Henning yang merupakan warga British.
Menurut video daripada kumpulan militan tersebut, Henning disembelih sebagai tindak balas kepada kerajaan AS dan British yang mengambil keputusan menyerang Iraq dan Syria.
"Henning berkerja untuk membantu dan menambah baik kehidupan rakyat Syria. Kematiannya merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga dan organisasi tersebut.
"Berdiri bersama UK dan rakan-rakan lain, kami akan berkerja untuk membawa mereka yang membunuh Alan - pembunuh Jim Foley, Steven Sotloff dan David Haines ke muka pengadilan," jelasnya.
Foley, Sotloff dan Haines turut menjadi mangsa pembunuhan kejam Isis di depan kamera sebelum ini.
Rakaman pembunuhan itu kemudian ditayangkan secara dalam talian untuk tatapan dunia akan ahli keluarga mangsa.- mstar online
TOP
Ketahui Simptom Kanser Untuk Rawatan Awal - Pakar Onkologi
MELAKA: Lebih banyak mesej dan maklumat tentang simptom kanser perlu disampaikan kepada masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mereka terhadap penyakit itu.
Pakar Onkologi dan Radioterapi Hospital Pantai Melaka Dr Daniel Wong Wai Yan berkata kebanyakan masyarakat di negara ini kurang didedahkan mengenai simptom dan maklumat penyakit kanser sehingga lambat mendapatkan rawatan.
"Malah mereka sukar menjalankan pemeriksaan kesihatan jika mengalami simptom tersebut. Masyarakat masih kurang faham mengenai simptom kanser malah lebih cenderung mendapatkan rawatan tradisional ... apabila sudah lewat baru mereka datang ke hospital," katanya.
Antara simptom awal kanser adalah kehilangan berat badan mendadak, batuk kronik atau sakit dada, kerap terkena jangkitan kuman, bengkak muka dan kerap mengalami kekejangan perut, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Program Silver Lining 2014 anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama-sama Mahkota Medical Centre oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron di Hotel Hatten di sini, Sabtu.
Dr Wong berkata kebanyakan mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap kanser adalah pada usia lebih 60 tahun dan menasihatkan golongan itu membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap.
Timbalan Presiden NCSM Clare Ratnasingham berkata pihaknya sedang berusaha meningkatkan kesedaran tentang simptom kanser kepada masyarakat bagi membolehkan mereka mendapat rawatan awal secara optimum.
"Kita juga mengadakan program di kampung-kampung, sekolah dan universiti bagi memberi pendedahan dan didikan mengenai kanser agar penyakit ini dapat dicegah pada peringkat awal," katanya.
NCSM ialah sebuah badan kebajikan berdaftar yang menawarkan khidmat pendidikan, rawatan dan sokongan bagi mereka yang menghadapi penyakit kanser.- mstar online
TOP
FB Najib Jadi Sasaran Lepas Geram Minyak Naik
Berikutan kenaikan minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah berkongsi satu satu kenyataan dari KPDNKK di FB beliau yang menjelaskan mengenai isu rasionalisasi subsidi.
Dalam kenyataan itu, KPDNKK telah menjawab 10 soalan yang menjadi isu setelah kenaikan minyak tersebut.
Hasil perkongsian itu, pelbagai maklum balas diberikan oleh pengguna laman sosial yang lain, dan rata-rata memberikan maklum balas negatif.
Ini baru sebahagian dari komen yang membantah kenaikan minyak baru-baru ini. Status ini telah mendapat lebih dari seribu komen dari pengguna laman sosial dan kebanyakannya ada negatif
- SiakapKeli.com

No plat BMW5 dibida paling tinggi RM188,100
SHAH ALAM: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan BMW sememangnya adalah sinonim bagi pemilik-pemilik kenderaan mewah buatan Jerman itu. No pendaftaran kenderaan tersebut juga menarik minat ramai pihak termasuklah kerabat-kerabat diraja, ahli perniagaan dan bintang sukan.
Berikut adalah keputusan tender bagi bidaan nombor pendaftaran BWM yang diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor semalam. Merujuk kepada bidaan, nombor plan BMW5 adalah yang paling tinggi mendapat bidaan iaitu dengan nilai RM188,100. Bidaan tersebut dibuat oleh seorang kerabat diraja. Selain ituDatuk Lee Chong Wei juga turut menyertai perebutan nombor kenderaan BMW ini dan beliau memenangi nombor plat BMW6 dengan nilai bidaan RM97,777. ─ Siakapkeli.com

Najib Ucap Takziah Kepada Hishammuddin & Keluarga
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menziarahi jenazah Allahyarhamah Tun Suhaila di kediamannya di Kuala Lumpur pada Sabtu. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR – Menerusi Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin di atas pemergian bondanya Tun Suhailah Mohamad Noah. Najib berkongsi kesedihan beliau dengan pemergian Tun Suhailah yang juga merupakan ibu saudara beliau. “Saya dikejutkan dengan berita pemergian ibu saudara saya Tun Suhailah Mohd Noah, bonda kepada Hishammuddin Hussein, awal pagi ini. “Salam takziah kepada Hishammuddin Hussein dan keluarga, saya turut berkongsi kesedihan. Semoga roh Allayarhamah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” kata beliau. Tun Suhailah merupakan balu kepada Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 malam tadi pada usia 82 tahun di Hospital Pakar KPJ Damansara. - SiakapKeli.com
TOP
Kaka Kembali Sarung Jersi untuk Brazil
SAO PAULO – Bekas bintang AC Milan, Kaka kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil selepas lebih 18 bulan namanya tercicir.
Jurulatih Brazil, Dunga, hari ini menyenaraikan perancang tengah itu bagi menggantikan pemain tengah Cruzeiro, Ricardo Goulart pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Argentina pada 11 Oktober di Beijing dan Jepun pada 14 Oktober di Singapura.
Kaka, 32 berada dalam skuad Piala Dunia Brazil pada edisi 2002, 2006 dan 2010 tidak disenarai pada kempen di laman sendiri dan perlawanan terakhirnya menyarung jersi kebangsaan adalah ketika menentang Russia, Mac tahu lalu ketika Luiz Felipe Scolari masih berkuasa.
“Saya amat gembira dalam kembali beraksi,” kata Kaka. “Selepas begitu lama tidak berada dalam skuad kebangsaan, ia hadir sebagai penghargaan buat saya kerana kerja keras yang saya sudah lakukan.
“Ia membuktikan yang saya sudah melakukan sesuatu yang baik,” katanya.
Kaka menjadi bintang utama Brazil pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kali pertama ketika Dunga menjawat jawatan jurulatih kebangsaan.
Sekalipun menampilkan aksi yang baik bersama AC Milan sebelum edisi Piala Dunia tahun ini di laman sendiri, dia tidak disenaraikan oleh Scolari.
“Saya harap dapat memberi banyak bantuan kepada pasukan dengan pengalaman saya. Saya fikir saya boleh membantu,” katanya.
Selain Goulart yang mengalami kecederaan otot, Brazil juga kehilangan khidmat pemain Chelsea, Ramires, pertahanan PSG, Marquinhos selain menambah nama penjaga gol, Marcelo Grohe dalam skuadnya.
Kaka ketika ini beraksi bersama kelab Brazil, Sao Paulo selepas dipinjamkan dari kelab Liga Major Amerika (MLS), Orlando City. – AP / BH Online
TOP
EPL: Fabregas Gembira Di Chelsea – Mourinho
LONDON – Pengurus bermulut lancang Chelsea, Jose Mourinho percaya bintang tengah yang baru dibelinya musim ini, Cesc Fabregas gembira di Stamford Bridge dan akan bersama kelab London itu untuk tempoh lima tahun.
Mourinho mengeluarkan komen panas itu menjelang pertembungan tetangga London menentang Arsenal, kelab di mana Fabregas menghabiskan masa selama lapan tahun sebelum menyertai Barcelona.
“Dia sudah pun menggemari Chelsea,” kata Mourinho. “Dia amat gembira, cara dia bermain, cara dia bekerjasama dengan pasukan dalam skuad, cara kehidupannya di perkampungan biru ini.
“Ia seperti dia sudah berada di sini untuk jengka masa yang lama. Jika kamu bertanya kepadanya adalah dia kecewa dengan penghijrahan ini, saya yakin dia akan katakan tidak. Jika kamu tanya di manakah dia melihat dirinya berada dalam jangka masa lima tahun nanti. Dia berada di Chelsea.”
Begitupun, Mourinho tetap tidak mahu menolak yang Fabregas masih menyayangi bekas kelab lamanya, Arsenal.
“Dia tidak pernah hilang rasa hormat dan hubungannya bersama kelab yang dia wakili sejak remaja dan keluar sebagai pemain terbaik.
“Saya tidak akan merasa gembira jika dia datang ke sini dan berkata ‘saya tidak kisah dengan Arsenal, kehidupan saya bersama Arsenal sudah berakhir, saya melupakan segala-galanya dan ketika ini hanyalah mengenai Chelsea’. Saya tidak gemarkan pendekatan itu.
AKSI pemain tengah Chelsea, Cesc Fabregas(kiri) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa, minggu lalu. – Foto AP
“Selepas Chelsea, saya bersama-sama Inter Milan dan Real Madrid dan saya tidak pernah berkata Chelsea adalah kelab lama saya dan saya akan kembali suatu hari nanti. Namun saya memberikan segala-galanya kepada Inter dan Real.
“Fabregas tidak akan melupakan Arsenal… sumbangan yang dibuatnya sepanjang kerjaya menakjubkan dan ia layak untuk mendapat tempat dalam hatinya. Namun dia perlu memberikan segalanya kepada Chelsea dengan penuh profesional dan semangat itulah yang kami mahu daripadanya,” katanya.
Chelsea ketika ini menghuni tangga teratas EPL dengan mengumpul 16 mata daripada 6 perlawanan manakala Asenal berhasrat membalas dendam kekalahan besar 6-0 di Stamford Bridge musim lalu di kedudukan keempat dengan 10 mata.- Reuters / BH Online
TOP
Ketam Gergasi Tarik Perhatian Di Perak
TANJUNG PIANDANG (Perak) – Seorang nelayan tempatan terkejut setelah menemui seekor ketam harimau bersaiz gergasi terperangkap di dalam pukat ikan miliknya sewaktu sedang menangkap ikan di Perairan Tanjung Piandang, di sini kelmarin.
Nelayan terbabit yang hanya dikenali Lim 35, berkata, dia terkejut menemui seekor ketam bersaiz luar biasa seberat 1.2 kilogram di dalam timbunan ikan dan udang yang dipukat sewaktu mengasingkan hasil tangkapan ke dalam bekas disediakan.
Teruja dengan penemuan itu, Lim segera mengasingkan ketam gergasi itu ke dalam sebuah bekas khas bagi membolehkannya kekal hidup untuk dipamerkan kepada rakan-rakan nelayan yang lain.
“Sejurus tiba di pelantar ikan di sini lebih kurang jam 1 tengah hari, saya segera memaklumkan kepada rakan nelayan mengenai ketam itu dan mereka amat terkejut dengan saiz ketam tersebut yang luar biasa.
“Mengikut cerita orang-orang lama, ketam harimau bersaiz gergasi itu pertama kali dilihat mereka sepanjang pengalaman turun ke laut seumur hidup mereka.
“Mereka turut mendakwa penemuan ketam itu mungkin memberi petanda kepada nelayan-nelayan di sini bahawa ada sesuatu perkara baik bakal berlaku kepada mereka kelak,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Lim berkata, berita penemuan ketam gergasi mendapat perhatian luas warga nelayan kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang sehinggakan sebuah alat penimbang dan alat pengukur dibawa bagi menentukan ketepatan ukuran saiz dan berat ketam itu.
“Apabila disukat, berat ketam gergasi itu adalah 1.2 kilogram manakala panjang setiap satu penyepitnya adalah 33 sentimeter.
“Menurut keterangan nelayan di sini, purata berat ketam yang sering ditangkap adalah sekitar 300 hingga 400 gram, namun penemuan ketam ini adalah paling luar biasa bagi mereka.
“Pelbagai andaian dan spekulasi diterima saya sepanjang penemuan ketam itu. Namun bagi saya, tangkapan itu hanya sekadar kebetulan dan saya yakin masih banyak hidupan laut luar biasa yang belum ditemui manusia setakat ini,” katanya.
Lim berkata, di sebalik desakan menjual ketam itu, dia mengambil keputusan untuk melepaskannya kembali ke laut lepas kerana beranggapan haiwan itu adalah ‘istimewa’.
“Banyak orang menawarkan sejumlah harga lumayan kepada saya untuk membeli ketam itu.
“Namun, kepercayaan saya bahawa ketam ‘gergasi’ itu adalah makhluk ‘istimewa’ di sisi tuhan dan saya memutuskan untuk melepaskannya kembali demi mendapat rezeki lebih banyak pada masa hadapan,” katanya. - Sinar Harian Online
TOP
Polis Dubai Guna Cermin Mata Google Glass
Dubai – Polis di sini merancang menggunakan cermin mata Google Glass untuk membantu penyiasat mereka memerangi jenayah menggunakan teknologi pengecaman muka.
Cermin mata itu mempunyai skrin komputer kecil yang dipasang pada sudut bingkai dan berupaya merakam gambar dan video.
Seorang jurucakap semalam mengesahkan laporan akhbar bahawa perisian yang direka oleh polis Dubai berkenaan akan membolehkan si pemakai berhubung terus dengan pangkalan data orang yang dikehendaki.
Sebaik peralatan itu boleh ‘mengecam’ suspek berdasarkan mukanya, ia akan memberi siyarat kepada pegawai yang memakai Google Glass itu.
Gajet berkenaan akan mula digunakan dalam fasa pertama memerangi pesalah trafik dan menjejaki kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan jalan raya.
Fasa kedua akan menyaksikan teknologi itu digunakan oleh detektif.
Syarikat Internet yang berpejabat di Amerika Syarukat itu berkata Mei lalu, sesiapa saja boleh membeli gajet berkenaan di Amerika Syarikat.
Keputusan Dubai berkenaan dilihat selari dengan pihak berkuasa untuk melengkapkan pasukan polis mereka dengan peralatan canggih.
Tahun lalu, pasukan itu mula menggunakan kereta Lamborghini berharga RM1.6 juta di kawasan tumpuan pelancong. – Reuters
TOP
Turki Tidak Biar IS Ambil Alih Bandar Kurdis, Kobani
ISTANBUL – Turki akan melakukan apa saja untuk menghalang bandar Kurdis, Kobani yang terletak di sempadan Syria, daripada jatuh ke tangan pemberontak Negara Islam (IS), kata Perdana Menterinya Ahmet Davutoglu.
Terdahulu Parlimen memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas IS di seberang sempadannya dan membenarkan pasukan tentera pakatan antarabangsa melancarkan operasi dari wilayah Turki.
“Kami tidak benarkan Kobani jatuh. Kami akan buat apa saja bagi menghalang ini daripada berlaku,” tegas Davutoglu dalam perbincangan dengan wartawan yang disiarkan menerusi stesen televisyen ‘A Haber’.
Pejuang IS terus mara dalam lingkungan beberapa kilometer ke pusat bandar Kobani dari tiga penjuru semalam dan menguasai beratus-ratus kampung di sekitar bandar dalam tempoh beberapa minggu lalu.
Keadaan itu menyebabkan lebih 150,000 rakyat Kurdis Syria melarikan diri ke Turki. – REUTERS
TOP
2 Lelaki Mengaku Bunuh Pasangan Britain Dengan Cangkul
BANGKOK – Dua lelaki warga Myanmar mengaku merogol dan membunuh seorang wanita warga Britain dan kekasihnya dengan menggunakan cangkul dalam satu kejadian di pulau Koh Tao dekat sini, lapor akhbar MailOnline semalam.
Dua lelaki yang dikenali sebagai Win dan Saw ditahan pihak polis selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mereka sepadan dengan sampel yang dijumpai di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang jurucakap polis, Kolonel Kissana Phathanacharoen berkata, dua individu itu akan ditahan secara rasmi tidak lama lagi.
Mayat pasangan tersebut, Hannah Witheridge, 23, dan kekasihnya, David Miller, 24, ditemui dalam keadaan separuh bogel di satu kawasan pantai di pulau berkenaan pada 15 September lalu.
Bedah siasat yang dijalankan oleh pihak berkuasa Thailand menunjukkan Witheridge mati akibat cedera parah di kepala selepas dirogol manakala Miller mati selepas dipukul dan dilemaskan di laut.
Satu kamera yang dipasang di pulau itu menunjukkan tiga lelaki yang menunggang sebuah motosikal keluar dari pulau itu pada 14 September.
Bagaimanapun, hanya dua daripada mereka mengaku bersalah manakala seorang suspek ketiga menafikan dia terlibat dalam jenayah itu.
Menurut akhbar Nation yang memetik kenyataan Win sebagai berkata, dia melihat pasangan itu melakukan hubungan seks menyebabkan dia merancang untuk merogol wanita berkenaan. – Agensi
TOP
Pembangunan Semula Gaza Perlu AS$4 Bilion
BANDARAYA GAZA – Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata pembinaan semula Gaza memerlukan perbelanjaan AS$4 bilion berikutan peperangan 50-hari di antara Israel dan Hamas baru-baru ini.
Negara penyumbang kini sedang menimbangkan untuk menyampaikan bantuan kepada Gaza pada 12 Oktober depan.
Pegawai Palestin berkata lebih 60,000 rumah dan lebih 5,000 perniagaan dan kilang musnah atau rosak. Nilai kerosakan dan permohonan bantuan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk pembangunan semula yang dikemukakan oleh kerajaan Abbas. – AFP
TOP
Uthayakumar Enggan Sertai Mana-Mana Parti Politik
Uthayakumar memeluk isterinya selepas dibebaskan dari penjara Kajang pada Jumaat. -foto S.KANESAN/The Star
KAJANG: Bekas pemimpin pertubuhan Hindraf, P. Uthayakumar yang dibebaskan daripada penjara Kajang selepas ditahan selama satu setengah tahun pada Jumaat berjanji beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik. "Saya masuk ke dalam penjara dengan menggunakan baju berwarna jingga ini dan saya meninggalkan penjara dengan baju ini juga (jingga). Saya tidak akan menukar baju itu kepada warga biru gelap, biru muda atau warna-warna lain," katanya sambil menunjuk kepada simbol Hindraf di bajunya. Uthayakumar meninggalkan perkarangan penjara kira-kira pukul 9.40 pagi Jumaat dan disambut oleh isterinya S.Inderadevi dan sekumpulan kecil penyokong dan ahli keluarga yang sedia menunggu sejak pukul 7 pagi. Uthayakumar yang dipenjarakan kerana menghasut berkata beliau tidak menyesal. "Saya hanya menangis di penjara ketika ibu saya meninggal dunia seminggu selepas pihak penjara menolak permohonan saya untuk menziarahinya di hospital," kata Uthayakumar. Peguamnya, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Kota Alam Shah) M.Manoharan dan bekas Ahli Parlimen Teluk Intan, M.Manogaran berkata mereka akan terus berusaha untuk memansuhkan Akta Hasutan. "Ini adalah keutamaan kami buat masa ini," kata Manoharan. Uthayakumar didakwa atas tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 pada 11 Disember 2007 kerana menerbitkan satu surat berunsur hasutan di laman web Police Watch Malaysia bertarikh 15 November 2007 yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Di peringkat pembelaan pada perbicaraan kes itu, Uthayakumar enggan mengemukakan pembelaannya, mendakwa ia adalah sebagai protes terhadap cara layanan kaum India di Malaysia. Namun, beliau kemudiannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut. Pada 18 Februari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Uthayakumar untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya tetapi mengurangkan hukuman penjara 30 bulan kepada 24 bulan.- mstar online

Isis Sembelih Pekerja Bantuan Kemanusiaan British
SEORANG pekerja bantuan kemanusiaan British, Alan Henning dilaporkan telah disembelih oleh militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), Jihadi John yang juga warga negara sama menerusi sebuah video yang ditayangkan kumpulan tersebut menerusi dalam talian.
Sebelum dibunuh, Henning yang kelihatan cengkung telah diberi peluang memberi ucapan pendek dengan menyalahkan Parlimen British kerana membenarkan serangan terhadap Iraq dan Syria.
Video yang memperlihatkan John berucap dalam bahasa Inggeris itu terhenti seketika apabila militan terbabit melangkah untuk menyembelih mangsa.
Bagaimanapun video yang bersambung kemudiannya menyaksikan tubuh dan kepala Henning telah berasingan.
Henning dalam ucapannya berkata, "Saya Alan Henning, disebabkan parlimen kita (British) membuat keputusan untuk menyerang negara Islam, saya sebagai rakyat British terpaksa 'membayar' terhadap keputusan tersebut," katanya.
Dalam Video itu, Henning kelihatan tidak bermaya dan lesu berbanding kebiasaannya, malah matanya juga seperti membengkak.- mstar online
TOP
Man United Akan Berjaya Jika Pemain Berdisiplin - Van Gaal
LOUIS VAN GAAL percaya Manchester United akan menjadi lebih baik dan menguasai Liga Perdana Inggeris jika pemainya lebih berdisiplin.
Pengurus United itu yang kini tertekan kerana kehilangan sembilan pemain ketika bertemu Everton di Old Trafford pada Ahad terpaksa mempertaruhkan Paddy McNair, 19, di barisan pertahanan untuk kali kedua.
Van Gaal yang telah mempertaruhkan tiga pemain bertaraf bintang di bahagian serangan menjagkakan dia telah mendapat sembilan gol daripada tiga perlawanan sebelum ini.
Bagaimanapun dia terkilan kerana belum memperolehi jumlah jaringan tersebut menerusi pemain seperti Angel Di Maria, Radamel Falcao dan Van Persie kerana tahap disiplin.
"Saya mahu barisan pertahanan menjadi lebih baik tetapi sistem pertahanan yang kuat bermula di posisi serangan yang berdisiplin. Media menulis tentang masalah pertahanan yang lemah sahaja - oleh itu saya akan membetulkan persepsi tersebut. "Untuk mendapatkan gol, ia merupakan kerja berpasukan. Bukan kerana salah seorang pertahanan atau individu lain. Ia bermula di tempat lain yang memerlukan kita menambah baik di situ. "Kebanyakan pasukan dapat menjaringkan gol dan mengatasi United ketika melakukan serangan balas, sepakan penjuru dan sepakan percuma, kita akan menganalisisnya lagi," jelas Van Gaal. Katanya, berikutan itu adalah tidak adil jika hanya barisan pertahanan dipersalahkan. Pada musim lalu Everton berjaya menewaskan United dalam kedua-dua perlawanan Liga Perdana Inggeris sebelum David Moyes dipecat pada April.- mstar online

Pesakit Parkinson Pertama Jalani Pembedahan Otak Di UKM
Gambar rajah MRI otak pesakit Parkinson menunjukkan sasaran dan trajektori yang terpilih. Ini adalah cara bagaimana pakar bedah memetakan otak untuk memastikan elektrod diletakkan dengan tepat.
KUALA LUMPUR: Seorang warga emas yang menderita akibat penyakit Parkinson sejak 2004 menjadi pesakit pertama yang menjalani pembedahan terbuka otak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini. "Dia (pesakit) kini berada dalam keadaan baik dan kami akan membantunya untuk tidak bergantung kepada ubat-ubatan secara beransur-ansur," kata pakar bedah Dr T.Jegan. Beliau dan pakar neurologi, Datin Dr Norlinah Mohamed Ibrahim mengetuai pasukan pakar pembedahan ke atas pesakit berusia 67 tahun itu pada 26 September lalu. Prosedur yang dikenali sebagai pembedahan rangsangan otak dalaman (DBS) itu mengambil masa selama tujuh jam 30 minit. Pada masa ini, DBS hanya digunakan untuk pesakit yang menghidapi simptom tertentu yang tidak boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang mencukupi. "Pelbagai kajian di seluruh dunia membuktikan bahawa jika dibandingkan dengan kos penjagaan pesakit Parkinson untuk tempoh jangka masa panjang, DBS adalah jauh lebih murah kerana pesakit akan mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan secara beransur-ansur," kata Dr Jegan pada sidang media di hospital tersebut pada Jumaat. Beliau berkata, pesakit tersebut dari semasa ke semasa menanggung kesan sampingan daripada rawatan yang diterima selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2004. "Ini mendorong beliau untuk mempertimbangkan kaedah DBS yang merekodkan kejayaan sebanyak 80%," kata Dr Jegan sambil menambah pesakit tersebut menerima pembiayaan daripada kerajaan. DBS dilakukan sebanyak beratus-ratus kali terhadap pesakit Parkinson di seluruh dunia untuk memperbaiki keadaan mereka tetapi kaedah itu jarang dilakukan di Malaysia kerana kos yang tinggi. Sebuah bateri (alat perentak jantung) dan elektrod berharga antara RM80,000 dan RM86,000. Kebanyakan pesakit Parkison mengalami simptom seperti gegaran, kekejangan, pergerakan yang perlahan dan masalah untuk berjalan. Kaedah DBS mencatatkan peningkatan purata sebanyak 60% hingga 70% dalam naik turun motor dan dyskinesia (kategori gangguan pergerakan) dan terapi perubatan yang terbaik dalam meningkatkan kualiti kehidupan seseorang. Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai prosedur itu, Dr Jegan berkata, pasukan pembedahan memasukan dua elektrod berukuran diameter 1.27mm setiap satu ke dalam kawasan sasaran di dalam otak pesakit warga emas. "Elektrod itu disambung kepada perentak jantung yang diimplan di bahagian dada. "Pesakit dalam keadaan sedar sepanjang prosedur supaya ujian dapat dilakukan dengan serta-merta dan keputusan dapat dilihat didalam bilik pembedahan," katanya. Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-9145 5555 atau layari www.ppukm.ukm.my/web.- mstar online

Aliran Trafik Meningkat Di Lebuhraya Utara-Selatan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan di beberapa tempat setakat 10.30 pagi Sabtu.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Seremban ke Nilai, Sungai Buloh ke Rawang, Slim River ke Sungkai dan Bukit Tambun ke Juru.
"Kami percaya trafik akan meningkat sebelah petang berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad," katanya.
Katanya, aliran trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) adalah lancar.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik mula perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah setakat pagi Sabtu dan dijangka meningkat pada sebelah petang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM di 1800-88-7752.- mstar online
TOP
Gempa Bumi Sederhana Di Kepulauan Kuril, Jepun
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter, berlaku pada 8.34 pagi Sabtu di Kepulauan Kuril, Jepun.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, garis pusat gempa bumi itu di 439km timur laut Asahikawa, Jepun dan 5,154km timur laut Kudat, Sabah.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan, menurut kenyataan itu.- mstar online
TOP
Esscom Akan Tubuh Jawatankuasa Pencegahan Penyeludupan
KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan menubuhkan Jawatankuasa Pencegahan Penyeludupan bagi menyelaras operasi semua agensi penguatkuasaan untuk mengekang dan menangani kegiatan penyeludupan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Pengarah Awam Esscom Ruji Ubi berkata langkah itu berikutan penstrukturan semula Esscom yang menyaksikan pewujudan dua komponen iaitu Pengurusan Keselamatan dan Pertahanan serta Komponen Penguatkuasaan dan Tindakan Awam.
"Pihak Esscom akan memperincikan butiran dan keanggotaan jawatankuasa tersebut sebelum ia dilaksanakan," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Makan Malam Esscom Bersama Media di sini malam Jumaat.
Turut hadir Ketua Komponen Udara Esscom SAC Abdul Manaf Othman yang mewakili komander Esscom, Ketua Seksyen Komunikasi Strategik Esscom Mohd Yusri Hashim dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah Francis Fahir.
Beliau berkata langkah itu menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu penyeludupan di Esszone.
Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.
Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.
Ruji berkata Esscom turut mengambil langkah proaktif dan pragmatik dalam usaha menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya rakyat bersatu padu untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah.
Dalam hal ini, katanya, Bahagian Awam Esscom melalui Seksyen Komunikasi Strategik sentiasa turun padang mendampingi rakyat melalui pelbagai program pertemuan bersemuka seperti Program Gerak Saraf dan perang saraf (GSPS).
"Melalui program ini kita sentiasa mendampingi masyarakat dan menasihati mereka agar tidak terpengaruh atau menyertai gerakan-gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya.
Dalam tempoh dua minggu lepas sehingga Jumaat, katanya seksyen itu melaksanakan lapan program pertemuan bersemuka dengan rakyat di daerah Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kinabatangan dan Tongod dalam usaha untuk "memenangi hati dan minda" penduduk setempat.
Berhubung pembangunan sosio ekonomi setempat, Ruji berkata tahun ini sahaja, kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM16.8 juta bagi melaksanakan tiga projek sosio ekonomi dan keselamatan di Esszone.
Ini termasuk projek pembinaan semula 33 buah rumah yang terbakar atau rosak teruk (semasa pencerobohan kumpulan pengganas Sulu pada Februari tahun lepas) di Tanjung Labian, Lahad Datu yang menelan belanja kira-kira RM2.3 juta, pembinaan 32 pos kawalan (RM11 juta) dan pewujudan Fusion Centre atau Pusat Penyatuan Maklumat di Esscom (RM3.5 juta), katanya.
Sementara itu, Ruji berkata Esscom menghargai sumbangan dan jasa pengamal media dalam memberikan liputan dan laporan yang tepat dan terkini serta hebahan meluas terhadap program dan aktiviti dilaksanakan Esscom sejak ditubuhkan pada 1 April tahun lepas.- mstar online
TOP
Meling, Mangsa Nahas MH17 Terakhir Dari Sarawak Selamat Disemadikan
Anak sulung Meling, Maryline Sindun tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja keranda jenazah bapanya dibawa turun dari pesawat.
BINTULU: Jenazah Meling Mula, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terakhir dari Sarawak selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Lembaga Kemajuan Bintulu pada 8.38 pagi Sabtu. Sebaik jenazah Meling, 48, tiba di tanah perkuburan pada 8.22 pagi ini, jenazah disembahyang mengikut agama Kristian diketuai Pastor Richard Lai. Turut berada di tanah perkuburan ialah balu Meling, Simbut Kedit, 39, serta tiga orang anaknya iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15, dan Gabriel, 8. Selepas jenazah Meling disemadikan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah yang mengiringi jenazah tersebut dari Kuala Lumpur pada Jumaat, menyerahkan bendera kepada anak sulung Meling, Maryline sebagai tanda penghormatan negara. Sementara itu, Uggah merakam penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang memastikan proses persemadian mendiang Meling berjalan lancar. Beliau berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membantu keluarga Meling termasuk bantuan pendidikan untuk anak-anaknya. Mendiang merupakan pekerja luar pantai untuk syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur. Jenazah Meling tiba di Lapangan Terbang Bintulu (LTB) pada 12.25 tengah hari Jumaat, menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie C130 dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Sejurus tiba di LTB pada Jumaat, jenazah Meling dibawa ke rumah mendiang di Jalan Tanjung Kidurong sebelum dibawa ke Dewan Sungai Plan untuk upacara penghormatan terakhir. Acara 'Malam Rabat' juga diadakan pada malam tadi di Dewan Sungai Plan iaitu acara tradisi masyarakat Iban sebelum jenazah disemadikan. Pada Jumaat, jenazah Muhammad Afruz Tambi, 13, anak bongsu pasangan Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di Kuching pada 2.31 petang. Ketibaan jenazah Muhammad Afruz melengkapkan semua anggota keluarga enam beranak yang merupakan mangsa nahas pesawat MH17 itu, untuk disemadikan di Sarawak. Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Tambi, 49, ibunya, Ariza, 46, abang sulungnya, Muhammad Afif, 19, abang kedua, Muhammad Afzal, 17, dan kakaknya, Marsha Azmeena, 15. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu. Penumpang lain terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.- mstar online

Kes Penipuan Kad Debit : Isu Semasa Digunakan
Kes-kes penipuan di yang melibatkan kad debit atau credit kad memang biasa kita dengar. Kebiasannya, pelbagai-bagai alasan yang diberi oleh si penipu yang mahu mendapatkan duit dengan cara yang tak berkat ni.
Terbaru, kami mendapat satu kiriman berupa mesej Whatsapp yang merupakan keratan perbualan yang dilalui oleh pengirim dengan seorang 'agen' maybank.
Yang menarik perhatian kami adalah bagaimana mereka ini menggunakan isu semasa, iaitu isu penipuan di internet yang menjadi isu hangat baru-baru ini, untuk mendapatkan kepercayaan dari pemegang kad debit supaya memberikan nombor belakang kad debit mereka.
Kami tidak faham bagaimana mereka ini dengan beraninya menggunakan ayat seperti 'kami dari maybank' yang sudah terang lagi bersuluh melanggar undang-undang. Yang lebih memeningkan lagi adalah kenapa perkara ini masih berleluasa sedangkan penipuan seperti ini adalah isu yang sudah lama di Malaysia. Takkanlah tiada langsung langkah untuk membendung kegiatan seperti ini? - SiakapKeli.com

'Katak Lapar' Serang Sungai Yellowstone di Montana
Saintis baru-baru ini telah melaporkan 'pencerobohan' 'Katak Lapar' di sepanjang sungai Yellowstone, Montana.
Katak jenis Bullfrogs itu dikatakan memakan hampir apa-apa sahaja termasuk jenis mereka sendiri dan ia boleh mengancam spesis yang lain.
Usaha-usaha oleh agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal pembiakan haiwan ini setakat ini gagal, selepas bilangan mereka terbukti terlalu besar untuk dikawal.
"Mereka akan makan apa sahaja yang mereka boleh muatkan ke dalam kantung mereka. Ia tidak kira jika makanannya adalah katak atau burung atau seekor nyamuk," seorang ahli biologi dari US Geological Survey, Adam Sepulveda memberitahu agensi berita Associated Press.
Bullfrogs - yang boleh membesar sehingga 12 inci (30cm) - telah ditemui di sepanjang 106km berdekatan dengan sungai, menurut kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini. - SiakapKeli.com
TOP
5 GAMBAR: Kebakaran Dahsyat 20 Rumah Di Sandakan
Dari sudut positif, antara kelebihan laman sosial adalah memudahkan maklumat tersebar di hujung jari.
Sebagai contoh info dan gambar satu kebakaran besar di Kampung Karamunting Baru, Jalan Batu Sapi, Sandakan, Sabah jam 4 petang semalam hangat diperkatakan apabila ia mulai tersebar sebaik sahaja berlaku.
Kebakaran ini menimbulkan kegemparan kerana melibatkan lebih 20 rumah setinggan di kampung berkenaan.
Semoga semua penduduk yang terlibat bersabar dengan musibah ini. Biarlah hilang harta benda asalkan nyawa tidak melayang.
Apa pun kami pasti, wakil rakyat anda pasti akan turun padang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban tak lama lagi.-MYNEWSHUB

Wanita Ini Menjana RM81,383 Sehari Dengan Mengusung Beg?
Dengan hanya menyeret beg bertayar serta menggunakan kenderaan awam seperti teksi dan perkidmatan tren, wanita ini mampu menjana pendapatan sebanyak USD25,000 (RM81,383) sehari. Wow!
Inilah realiti bagi seorang wanita bernama Francesca Sparvoli yang perlu bekerja selama 6 ke 7 hari seminggu untuk menghantar cendawan yang ‘semurah’ USD750 bagi 1 Pound.
Sedikit info mengenai Cendawan Truffle, kebanyakan Truffle tumbuh dalam tanah di celah-celah akar pokok supaya ia memperoleh sumber nutrien daripada pokok tersebut.
Terdapat dua jenis truffle iaitu yang berwarna putih dan berwarna hitam. Truffle yang berwarna hitam sememangnya sangat mahal berbanding putih dan dikatakan sekilogram cendawan ini boleh mencecah ribuan ringgit.
Oleh kerana tumbuhan ini tumbuh jauh dalam tanah, ia menyukarkan proses untuk mencarinya.
Maka khidmat khinzir dan anjing terlatih digunakan kerana deria bau bagi kedua-dua binatang ini sangat tajam.
Perkara ini akan membuatkan ia haram dimakan oleh orang Islam sekiranya cendawan tersebut digali atau dicari oleh anjing/khinzir disebabkan oleh air liurnya.
Berbalik kepada kisah Francesca Sparvoli, perubahan iklim dan persekitaran menyebabkan pengeluaran cendawan Truffles di Kota New York merosot dengan banyak sekali sejak kebelakangan ini.
Tambahan pula usaha untuk membiakkan cendawan ini secara komersial masih gagal meskipun berbagai kajian dan R&D telah dijalankan.
Jom kita lihat bagaimana Francesca melalui rutin sehariannya sebagai “The Truffle Lady of New York”.
-MYNEWSHUB

Aksi Peluncur Papan Selaju Yang Dipenuhi Dengan Beribu Belon
Siapa disini mengemari sukan ekstrim skateboard atau dikenali dengan nama papan selaju ini?
Kali terakhir penulis berasa sangat teruja dengan sukan papan selaju ialah ketika nama-nama besar seperti Joe Ipoh dan Pa’din Musa masih lagi aktif bermain di kejohanan Asia X-Games pada tahun 2006.
Ketika itu ramai remaja dilihat mengusung skateboard mereka ke sana sini hampir setiap minggu.
Aksi dalam video di bawah dirakamkan bersama beribu-ribu belon bagi mempromosi Banzai Skatepark yang baru dibuka di Utah, Amerika Syarikat.
Bagi penulis, ia merupakan antara salah satu idea kreatif untuk menarik perhatian orang ramai tentang kewujudan skatepark tersebut.
Ah, rindunya dengan sukan papan selaju ini!

Resepi Sambal Sotong Kering Yang Enak Dan Mudah
SELAIN rendang ayam dan rendang daging yang wajib dihidangkan di pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, salah satu menu kegemaran ramai pastinya sambal sotong kering yang memang terangkat kalau makan dengan nasi impit dan lontong.
Penyediaan dan cara masakannya memang sangat mudah dan praktikal.
Sedap pun sedap, jom cuba resepi sambal sotong kering untuk mempelbagaikan juadah anda sekeluarga di pagi Hari Raya Haji yang akan disambut Ahad ini.
BAHAN-BAHAN
5 ekor sotong kering sederhana besar di rendam semalaman
3 ke 4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar air asam jawa pekat
garam, minyak dan perasa secukupnya
CARA-CARANYA
1. Sotong kering yang telah di rendam dipotong kecil dibersihkan dan ditoskan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing kemudian masukkan sedikit air dan kacau biar rata
3. Masukan sotong dan masak sehingga sotong betul-betul lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula merah dan kacau lagi sampai rata
4. Biarkan sambal sotong mendidih dengan api yang perlahan supaya pecah minyak
5. Dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi impit, lontong, nasi putih, nasi lemak
Selamat mencuba!

Ayam Goreng Coke Yang ” Terbaik Dari Ladang”
Hah ,hari ini kami nak kongsi satu resepi unik yang mudah dan pastinya lazat hingga menjilat jari!
Tak percaya,cubalah !
Menu pilihan hari ini ialah Ayam Goreng Coke yang ‘ Terbaik Dari Ladang’
Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1 Ekor Ayam ( potong ikut kegemaran anda )
1 Sudu Teh Garam Buluh (garam biasa pun boleh)
2 Sudu Besar Minyak Masak
6 Ulas Bawang Putih ( Dititik )
Sebatang Serai (dipotong halus)
Sedikit Halia (dipotong halus)
Seulas Bawang Besar (dipotong halus)
1 Tin Coca-cola
1 Sudu Teh Serbuk Pati Ayam
2 Sudu Teh Gula
1 Sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
Mula-mula perap ayam dengan garam selama beberapa minit supaya meresap dan sebati rasanya. Sementara itu, bolehlah anda panaskan minyak dan menumis bawang putih, bawang besar, halia dan serai sehingga naik bau.Ayam yang telah dipotong anda masukkan didalam kuali bersama bahan tumisan tadi.
Kacau bahan-bahan bersama ayam selama dua minit dan masukkan satu (1) tin Coca-cola bersama serbuk pati ayam dan gula bagi menambah keenakan dan rasanya.
Biar mendidih hingga sos menjadi pekat dan bolehla anda hidangkan bersama nasi panas.
Resepi mengunakan minuman Coca-cola ini kelihatan pelik tetapi ianya memang lazat.
Ramai dah mencuba, anda bila lagi?

Kisah Gerai Mr Coconut Shake Yang Popular Di Melaka
Kepada semua pembaca, tahukah anda apakah itu coconut shake?
Kini, hidangan minuman itu sudah semakin popular kerana mampu menghilangkan dahaga di kala panas membahang.
Rasa kelapa ditambah pula dengan adunan ais krim pelbagai perisa pasti menambat selera penggemar sajian berasaskan kelapa.
Di Melaka umpamanya, andai singgah ke Pantai Klebang anda boleh menemui sebuah gerai menjual coconut shake yang begitu popular sehingga ia turut muncul di laman Youtube dan mendapat ribuan tontonan.
Pemiliknya, Pakcik Shafie, seorang pesara tentera dan bekas komando mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan menjual minuman jenis itu beberapa tahun lalu.
Beliau merupakan antara individu terawal memperkenalkan coconut shake di negeri Hang Tuah.
Siapa sangka, apa yang bermula sebagai idea ringkas akhirnya menjadi begitu terkenal.
Setiap hari ramai yang sanggup beratur panjang sehingga 30 minit semata-mata untuk menikmati keenakan minuman Coconut Shake di gerai beliau.
Bukan itu saja, gerai berkenaan turut dikunjungi ramai artis terkenal tanah air seperti Ziana Zain, Shaheizy Sam dan ramai lagi.
Jom kita ikuti kisah jatuh bangun beliau dalam perniagan yang diusahakan ini.

OneWheel: Papan Luncur Elektrik Paling ‘Rare’
Bagi peminat filem “Back to the Future”, semestinya anda menantikan “Hoverboard”. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan dan sementara untuk menantikannya, kini sebuah projek yang menarik dalam arena papan luncur adalah OneWheel.
OneWheel merupakan projek papan luncur berasaskan elektrik, membawakan rekaan papan luncur menggunakan satu roda bersaiz besar pada bahagian tengah.
Untuk mengawalnya, pengguna hanya perlu condong ke arah hadapan untuk menjadikannya lebih pantas, dan ke belakang untuk menjadikannya perlahan.
Bagi kami sendiri, projek OneWheel ini kelihatan agak menarik. Namun, harganya boleh dikatakan agak mahal pada hari ini.
Melalui laman KickStarter, pembangunnya telah memulakan pengumpulan dana dan bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak halaman KickStarter mereka hari ini.

Coklat Dibuat Dalam Bentuk Yang Sangat Menakjubkan
Coklat biasa yang dilihat di pasaraya kebanyakkannya datang dalam bentuk petak, bulat, segi tiga, oval dan banyak lagi. Tetapi hari ini, para artis boleh memanipulasi dan membentuk gula-gula manis dan coklat lazat ini dalam pelbagai bentuk karya seni yang sungguh menakjubkan. Malah, anda boleh tertipu bila melihat pada gambar yang ditunjukkan ini.Tak percaya?
-MYNEWSHUB
-MYNEWSHUB
TOP
GAMBAR: Sekitar Lokasi Kes Bunuh Guru Di Kundasang
Seorang guru wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditikam bertubi-tubi oleh penjenayah dalam satu kejadian di Kundasang, Sabah pagi semalam.
Mayat Masinah Samadi,50, yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Kundasang ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu oleh suaminya yang pulang dari kerja jam 10.35 pagi.
Siasatan polis mendapati terdapat kesan umpil pada pintu dapur dipercayai dilakukan penjenayah terlibat.
Kes dipercayai bermotif rompakan tetapi siasatan lanjut masih dijalankan.
Di bawah adalah gambar sekitar lokasi kejadian yang terletak berhampiran kuarters penempatan Sabah Electricity Sdn Bhd di Kundasang.
Kejadian yang menggemparkan ini membuatkan penduduk setempat datang beramai-ramai untuk meninjau keadaan sebenar.
Semoga penjenayah kejam ini akan segera dapat diberkas. -MYNEWSHUB

Duit RM5 Tapi RM1 Sebenarnya
Manusia kalau nak menipu, macam-macam cara ada. Yang ni taktik terbaru memperdayakan peniaga apabila not wang kertas RM 1.
Mujur ada yang peka dan perasan… Kalau tengok sepintas memang ingat duit RM5 sebab warna hampir sama. Ini yang dipesan oleh peniaga yang menjadi mangsa penipuan ini.
Semua peniaga dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik licik pembeli. Terdapat peniaga yang hampir terkena. Wang diberikan pembeli kelihatan seperti wang kertas RM5 tetapi rupa-rupanya adalah wang RM1.-MYNEWSHUB

Anak Sharifah Aini, Aliff Mohon Perkahwinan Tidak Diberi Publisiti
Aliff bersama ibunya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
PETALING JAYA: Anak kepada biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini iaitu Aliff Omar enggan resepsi perkahwinannya yang berlangsung pada Sabtu (esok) mendapat liputan daripada pihak media. Rakan baik Sharifah Aini, Aishah Ali berkata, Aliff menyifatkan perkahwinannya itu adalah perkara yang terlalu peribadi buatnya dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa dengan pendiriannya itu. "Sebenarnya Aliff tidak mahu sebarang publisiti tetapi tetap menghargai sokongan media kepada ibunya sebelum ini. "Baginya, cukup hanya ibunya yang menerima publisiti dan bukan dia. "Tambah pula, Aliff menganggap perkahwinannya itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat. Aliff, 32, sah bergelar suami kepada seorang doktor gigi bernama Nur Athirah Syed Azmi, 28, dengan sekali lafaz pada pukul 11.20 pagi Jumaat di Pusat Konvensyen Shah Alam. Pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada tengah hari Sabtu yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat sahaja. Majlis itu juga diadakan tanpa sebarang acara persandingan. Difahamkan, Aliff dan Athirah mula berkenalan sejak dua tahun lalu. Aliff merupakan satu-satunya anak tunggal Sharifah Aini, hasil perkahwinannya dengan penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun 1981.- mstar online

Nadal Tersingkir Di Suku Akhir Terbuka China
Rafael Nadal.
PEMAIN tenis No.2 dunia, Rafael Nadal tewas 6-7, 6-4, 6-3 kepada Martin Klizan pada aksi suku akhir Terbuka China yang berlangsung selama dua jam 36 minit. Klizan mempamerkan aksi bertenaga apabila berjaya mematahkan servis Nadal sebanyak lima kali. Nadal yang baharu sahaja kembali beraksi selepas berehat selama tiga bulan akibat kecederaan di pergelangan tangan dilihat masih belum menemui semula rentak permainannya. Gelanggang di Beijing pernah membawa tuah buat Nadal di mana beliau menjuarai kejohanan itu pada 2005 dan memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di tempat sama pada 2008. Klizan akan bertemu Tomas Berdych yang menundukkan John Isner 6-1, 64 di separuh akhir. Sementara itu, pemain Britain Andy Murray akan bertemu Novak Djokovic pada aksi separuh akhir berasingan.- mstar online

Negara Boleh Huru-Hara Jika Akta Hasutan Dimansuhkan - Musa Hassan
Musa Hassan.
KUALA LUMPUR: Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar. Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan bumiputera serta kebebasan bersuara. "Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang telah termaktub untuk bumiputera di dalam perlembagaan. "Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi," katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Bernama TV di sini, malam Jumaat. Program selama satu jam yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim, bertajuk 'Akta Hasutan 1948' itu turut mengundang peguam serta penganalisis politik, Hasnal Rezua Merican sebagai tetamu jemputan. Musa berkata akta berkenaan tidak perlu dimansuh atau diganti dengan akta baharu, namun ia boleh diubahsuai mengikut peredaran zaman dengan melakukan beberapa penambahbaikan. "Saya merasakan kalau kita nak ubahsuai akta ini, kita membenarkan kritikan membina terhadap kerajaan. Ia tak jadi kesalahan asalkan kritikan bukan untuk hasut menggulingkan kerajaan dengan cara tak demokrasi. "Tapi yang lain-lain berkaitan hak asasi, hak keitimewaan bumiputera, raja-raja, itu perlu kita jaga...itu penting," katanya. Kerajaan sebelum ini bercadang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikan ia dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.- mstar online

Tunku Ismail Dilantik Penasihat Presiden FAM
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan Bola Sepak Negara pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai penasihat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Jumaat. Tengku Abdullah bertitah pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu bertujuan untuk membantu FAM dalam memantapkan lagi keseluruhan pasukan senior dan junior kebangsaan. Tunku Ismail sebelum ini terkenal dengan kelantangan baginda dalam menyuarakan pendapat bagi memastikan mutu bola sepak negara terus diperjuangkan. Tunku Ismail ketika ditanya mengenai pelantikan tersebut, baginda bertitah akan memberikan cadangan serta perancangan terbaik ke arah mencapai visi dan misi FAM dalam mewujudkan satu pasukan kebangsaan yang kompetitif. "Penekanan penting dalam displin pasukan, visi dan misi, sasaran pasukan kebangsaan dan juga usaha menaik taraf Liga Malaysia yang sangat penting dalam membantu menaikkan taraf skuad kebangsaan. "Saya mahu melihat kemajuan pasukan kebangsaan dalam semua aspek, bukan sahaja kualiti liga, tetapi pencapaian pasukan kebangsaan kita. Tetapi saya tahu hasil bukan boleh dapat dalam setahun atau dua tahun, kalau kita mula melakukan perkara yang betul sekarang, dalam beberapa tahun akan datang kita akan dapat satu pencapaian," titah Tunku Ismail. Baginda bertitah demikian selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pasukan kebangsaan yang dipengerusikan oleh Tengku Abdullah di Hotel Royal Chulan disini. Mesyuarat itu turut dihadiri ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee serta pegawai tertinggi FAM. Sementara itu dalam mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi Piala AFFSuzuki 2014, Tengku Abdullah bertitah pasukan kendalian Dollah akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Filipina, Syria dan Vietnam. Tarikh ketiga-tiga perlawanan persahabatan itu akan dimaklumkan kemudian. Berikutan itu, tarikh final Piala Malaysia ditukar kepada 1 November ini, sekaligus melibatkan perubahan tarikh bagi suku akhir kedua (10-11 Okt) dan separuh akhir pertama (17-18 Okt) dan separuh akhir kedua (24-25 Okt) bagi memastikanpemain yang beraksi di Piala AFF Suzuki dapat membuat persiapan terbaik. Piala AFF Suzuki 2014 akan diadakan di Singapura dan Vietnam bermula 22 November-20 Disember ini.- mstar online

Hujan Lebat Punca Banjir Kilat Di Beberapa Tempat Di P.Pinang
Hujan lebat menyebabkan Jalan Perak di George Town ditenggelami air.
GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di sini dilanda banjir kilat yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas selepas hujan turun berterusan sejak pukul 6 petang Jumaat. Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan Transfer, Jalan Gurdwara, Jalan Macalister, Jalan Anson, Jalan Scotland dan Jalan Mount Erskine. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata paras air dianggarkan antara 0.3m hingga 0.9m. "Ukuran hujan yang turun di Bukit Bendera, Batu Lanchang dan Sungai Pinang antara 51.5mm hingga 71.5mm," kata beliau dalam mesej pesanan ringkas kepada media di sini, Jumaat. Tinjauan di beberapa jalan di sini mendapati beratus pengguna kenderaan bergerak perlahan mengharungi banjir dengan sesetengah tempat dinaiki air sehingga paras lutut. Bagaimanapun, sehingga pukul 11 malam banjir masih belum surut tetapi tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.- mstar online

Surendran Fail Permohonan Rujuk Kes Hasutan Ke Mahkamah Tinggi
Surendran
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran pada Jumaat menfailkan permohonan bagi merujuk kes hasutan yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Peguam Lateefa Koya memaklumkan perkara berkenaan ketika kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Bache. Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 Oktober ini untuk mendengar permohonan Surendran. Lateefa ketika ditemui pemberita memberitahu pihaknya menfailkan permohonan itu bagi memohon hakim Mahkamah Sesyen mempertimbangkan sama ada terdapat persoalan perlembagaan berkenaan Akta Hasutan yang patut dirujuk di Mahkamah Tinggi sebelum kes itu dibicarakan. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu pihaknya akan membuat bantahan awal terhadap permohonan tersebut. Pada 28 Ogos lepas, Surendran, 48, didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat kedua, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat dibaca di laman sesawang Youtube, di Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya antara 2 petang hingga 4 petang, 8 Ogos lepas. Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- mstar online

Pegawai Kastam Mengaku Tak Bersalah Terima RM1,000
Thevakumar (tengah) dibawa anggota SPRM untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Kastam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat terhadap pertuduhan menerima wang berjumlah RM1,000 tanpa balasan daripada seorang individu tempatan, Mei lepas. R Thevakumar, 38, Penguasa Kastam yang bertugas di Bahagian Import Eksport Cawangan Pelabuhan Selatan Kastam, Bagan Dalam, Pulau Pinang didakwa menerima wang tunai itu daripada seorang individu melalui akaun Maybank miliknya dengan mengetahui individu itu mempunyai urusan rasmi dengan jabatannya. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Jalan Manis Enam, Taman Segar, Cheras pada 3.55 petang 14 Mei lepas mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah. Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan bersubahat dengan Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Som Chit a/l Tiang, yang didakwa Isnin lepas terhadap empat pertuduhan menerima suapan antara RM1,000 hingga RM4,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap barangan yang tidak dibayar cukai iaitu arak. Ooi Geim Leong, 41, didakwa bersubahat dengan Som Chit, 48, yang bertugas di Cawangan Siasatan Khas Kastam Putrajaya, dengan membenarkan pegawai Kastam itu menggunakan akaun miliknya untuk menerima rasuah berjumlah RM10,000 dalam tiga transaksi berasingan pada 29 Oktober 2013, 21 April dan 9 Jun lepas. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Ambank Taman Connaught, Cheras di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Sekyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Hakim Allaudeen Ismail membenarkan Ooi diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah. Kedua-dua kes itu akan disebut semula pada 10 November ini. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husmarudin Husin.- mstar online

Alvin Akan Kembali, Hadapi Pertuduhan - Timbalan Pendakwa Raya
Alvin Tan.
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan yakin pemilik blog kontroversi, Alvin Tan akan kembali ke negara ini bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin waran tangkap mungkin tidak dapat diserahkan tetapi Tan pastinya tidak akan membiarkan bekas teman wanitanya, Vivian Lee untuk menghadapi pertuduhan tersebut seorang diri. "Jika dia berani untuk membuat kenyataan terhadap polis dan mahkamah, dia tidak akan meninggalkan pasangannya seorang diri untuk menghadapi pertuduhan itu," katanya kepada Hakim Mahkamah Sesyen Hakim Abdul Rashid Daud di sini Jumaat. Ketika ditanya oleh Abdul Rahim dimana lokasi Lee (yang tidak hadir), Wan Shaharuddin berkata, Lee dikecualikan daripada hadir tetapi memberitahu bahawa dia (Lee) akan menghadiri prosiding akan datang kerana kes itu melibatkan kepentingan awam. Pada 13 Jun, mahkamah yang sama mengeluarkan waran tangkap terhadap Tan apabila dia gagal untuk mengembalikan pasportnya. Pada 22 Ogos, mahkamah melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 terhadap Tan kerana gagal hadir ke mahkamah untuk kali ketiga. Sejak itu, Tan membuat kenyataan di laman sosial dan dilaporkan sedang mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat.- mstar online

Ibu Hishamuddin Meninggal Dunia dan akan Dikebumikan Selepas Solat Zohor
Hishammuddin memuat naik gambar bersama bondanya di laman Twitter Julai lalu.
KUALA LUMPUR: Bonda kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tun Suhailah Tan Sri Noah, 82, meninggal dunia pada kira-kira jam 12.30 tengah malam Jumaat. Allahyarhamah yang juga balu kepada Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara kerana sakit tua. Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di No 19 Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku di sini, jam 1.40 pagi Sabtu dengan van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Allahyarham adalah kakak kepada Tun Rahah, iaitu ibu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bapa Allahyarham, Tan Sri Mohammad Noah Omar adalah bekas Speaker Dewan Rakyat. Jenazah Allahyarham Tun Suhailah akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor, pada Sabtu. Menurut kenyataan Pejabat Menteri Pertahanan, orang ramai boleh menziarah jenazah di kediaman Allahyarham di No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi Sabtu. - mstar online

Pesakit Dengan Simpton Seperti Ebola Dikesan Di Kawasan Sekitar Washington
Sebuah hospital di sekitar Washington telah mendedahkan seorang pesakitnya kini sedang dalam pemerhatian setelah disahkan mempunyai simpton yang berkaitan dengan Ebola, kata Hospital Universiti Howard pada Jumaat.
Menurut jurucakap hospital berkenaan, Kerry-Ann Hamilton, pesakit berkenaan, yang tidak didedahkan namanya dilaporkan telah ke Nigeria dan setelah pulang, dia menunjukkan simpton-simpton yang berkaitan dengan Ebola.
Pesakit berkenaan di dalam keadaan stabil - SiakapKeli.com
TOP
Hampir Semua Jemaah Haji Malaysia Tiba Di Arafah
Suasana di pandang Arafah yang dipenuhi khemah yang menempatkan jemaah haji seluruh dunia.
ARAFAH: Kesemua jemaah haji, kecuali yang masih di Hospital Arab Saudi, kini telah berada di padang Arafah untuk wukuf, yang merupakan rukun dan kemuncak ibadah haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, usaha sedang dijalankan untuk membawa mereka ke Arafah walaupun untuk seketika. Waktu wukuf bermula apabila tergelincirnya matahari iaitu masuknya waktu zohor Jumaat dan berakhir sebelum terbitnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Subuh Sabtu. Jamil Khir berkata, kesemua jemaah haji Malaysia, termasuk yang dirawat di dua pusat rawatan Tabung Haji iaitu Pusat Rawatan Syisyah dan Pusat Rawatan Azizah telah dibawa ke Arafah, kira-kira 22 kilometer dari Mekah secara berperingkat-peringkat sejak pukul 10.15 pagi hingga jam 10.30 malam Khamis. Tahun ini 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji dan sehingga kini lima jemaah haji telah meninggal dunia di tanah suci. Beliau berkata, demikian kepada media Malaysia selepas mengadakan lawatan selama sejam ke khemah jemaah haji di sini pagi Jumaat. Jamil Khir berkata, kesemua jemaah haji berada dalam keadaan yang baik dan sedang siap bersedia untuk masuknya waktu wukuf yang hanya beberapa jam lagi. Malah cuaca yang cerah memudahkan jemaah haji membuat persiapan. Mengenai khutbah Arafahnya pada Jumaat, beliau berkata, ianya akan menyentuh mengenai keberkatan haji tahun ini yang jatuh pada Jumaat yang merupakan penghulu semua hari. Selain itu, haji terakhir Nabi Muhammad sebelum beliau wafat adalah juga jatuh pada Jumaat dengan meninggalkan pesanan dan amanat yang penting untuk umat Islam praktikkan terutama mengenai penjagaan terhadap keluarga. Jamil Khir semasa bertemu dengan jemaah haji Malaysia turut mengucapkan selamat menjalankan ibadah wukuf dan diberkati dengan haji mabrur kepada mereka. Jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Muzdalifah untuk bermabit, selepas Maghrib. - mstar online

Tiada Aktiviti 'Shark-Finning' Di Malaysia - Ismail Sabri
Ismail Sabri memegang replika ikan yu selepas merasmikan Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu di sini, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Aktiviti 'shark-finning' atau perbuatan mengambil sirip ikan yu, manakala bahagian badan lain dibuang tidak pernah dijalankan di negara ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ikan yu bukan sasaran utama aktiviti menangkap ikan di Malaysia, sebaliknya ia ditangkap bersama spesis ikan lain sebagai tangkapan sampingan. "Pendaratan ikan yu di Malaysia sangat rendah. Pada 2013, sejumlah 7,833 tan metrik ikan yu telah didaratkan di mana ia hanya menyumbangkan sebanyak 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaratan ikan marin negara. "Seluruh bahagian ikan yu yang tertangkap pula digunakan sepenuhnya sama ada sebagai makanan atau diproses untuk kegunaan lain," katanya ketika melancarkan kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu di sini, Jumaat. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Ismail Abu Hassan. Ismail Sabri berkata, sehingga kini 27 negara dan Kesatuan Eropah mengharamkan kegiatan mengambil sirip ikan yu serta tidak membenarkan aktiviti perdagangan bagi produk tersebut. Katanya, selain meningkatkan kesedaran berhubung pengurusan dan pemuliharaan ikan yu, larangan tersebut dilihat telah berjaya mengurangkan kira-kira 30 peratus permintaan terhadap sup sirip ikan yu yang sekali gus memberi impak besar kepada masyarakat seluruh dunia. Beliau bagaimanapun menjelaskan aktiviti perdagangan produk sirip ikan yu masih dijalankan di negara ini di mana pada 2012, sebanyak 1,894 tan metrik produk ikan tersebut telah diimport membabitkan nilai RM19.5 juta. Justeru katanya, kempen seumpama itu adalah tepat pada waktunya bagi mengurangkan jumlah permintaan terhadap produk sirip ikan yu, selain menjadi langkah proaktif kerajaan terhadap aktiviti konservasi ikan tersebut. Menurutnya, kempen itu dijalankan selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet pada 21 Mei lepas yang bersetuju untuk mengharamkan sajian sup sirip ikan yu dalam semua acara rasmi kerajaan. Pada masa sama beliau menyeru semua pihak termasuk badan swasta, pengusaha restoran dan hotel supaya menyokong kempen itu dengan tidak menyediakan sajian sirip ikan yu dalam menu masing-masing. Pada majlis itu, Ismail Sabri turut melancarkan buku Pelan Tindakan Pemuliharaan dan Pengurusan Ikan Yu Kebangsaan yang menyediakan garis panduan dalam memastikan spesis tersebut tidak diancam kepupusan.- mstar online

Anak Bongsu Tambi, Ariza Selamat Dikebumi
Ahli keluarga memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah Muhammad Afruz disemadikan, Jumaat.
KUCHING:Jenazah Muhammad Afruz Tambi, anak bongsu pasangan Tambi Jiee dan Ariza Ghazalee, mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini, pada 2.31 petang, Jumaat. Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya, Tambi, 49, ibunya, Ariza, 46, dan tiga adik-beradiknya yang turut terkorban dalam tragedi pesawat MAS yang ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine pada 17 Julai lepas. Ariza dan anak sulungnya, Muhammad Afif, 19, disemadikan pada 22 Ogos lepas sebelum diikuti Tambi pada 9 September lalu. Jenazah Muhammad Afzal, 17, dan Marsha Azmeena, 15, dikebumikan pada 19 September lepas. Sebelum itu keranda jenazah Muhammad Afruz, 13, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 11.35 pagi menaiki pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sejurus tiba, jenazah diberi penghormatan penuh adat ketenteraan dan diusung oleh sembilan anggota Rejimen Keempat Kor Armor Diraja sebelum dibawa menggunakan van jenazah ke Masjid Jamek Kuching untuk disembahyangkan. Upacara solat jenazah diketuai Imam Bahagian Masjid Islam Sarawak, Abdul Aziz Wan Yusof, selepas selesai solat Jumaat. Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof; Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman. Allahyarham Muhammad Afruz, merupakan anggota keluarga terakhir bagi keluarga Tambi yang berasal dari Kuching itu, yang mayatnya dikenal pasti. Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. Penerbangan MH17 itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal. - mstar online

Kertas Peperiksaan UPSR Berjawab Dikendalikan Secara Sistematik - Idris
Idris Jusoh.
PUTRAJAYA: Prosedur pengendalian kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah dijawab, dilakukan secara sistematik, tersusun dan terperinci, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya beliau sendiri telah menyaksikan prosedur pengendalian kertas peperiksaan yang dijawab itu bersama Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam ketika mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu di Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini, Jumaat. Idris berkongsi pengalaman itu dalam ucapan spontannya ketika menghadiri majlis pelancaran pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke Kejohanan Fira Roboworld Cup China dan Kejohanan Robot World Korea 2014 di sini, sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu. "Tadi dalam perjumpaan dengan jawatankuasa UPSR, semua mendapat penjelasan terperinci mengenai cara mana kertas UPSR ditanda, keluar kotak, disisih, sampailah masuk ke bilik kebal dan scanning dibuat. "Semuanya dilakukan secara sistematik dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk bilik kebal itu," jelasnya. Dalam ucapan itu beliau memohon maaf kerana terlewat hadir ke majlis pelancaran berkenaan sebab pertemuan dengan jawatankuasa itu mengambil masa. Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang diedarkan pada majlis pelancaran itu, Idris mengumumkan pelantikan dua anggota tambahan jawatankuasa bebas tersebut. Mereka ialah Datuk Kee Mustafa, bekas setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Chan Kim Kuay @ Christopher Tan, bekas Pengetua Cemerlang Sarawak. Idris berkata, pelantikan dua anggota tambahan itu yang diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu dan menyumbang kepakaran mereka dalam jawatankuasa bebas berkenaan.- mstar online

"Sabar" Kata SPAD Kepada Pengusaha Bas Ekspres
Syed Hamid Albar.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meminta syarikat pengusaha bas ekpres supaya bersabar dan menunggu pengumuman kenaikan kadar tambang baharu sebaik semua urusan berkaitannya selesai. Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, kenaikan harga diesel berkuatkuasa Khamis berikutan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen menyebabkan SPAD perlu menyemak semula dokumen kadar tambang bas ekspres sedia ada. "Memorandum daripada Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) sudah saya diterima. Kami sedang menyemak kadar tambang sedia ada bagi memastikan industri ini terus berkembang sejajar dengan Pelan Transformasi Kerajaan. "Jadi kita minta semua supaya bersabar kerana perkara ini melibatkan banyak pihak. Pengumuman mengenainya akan dibuat nanti," katanya kepada mStar Online tanpa mahu memberi sebarang jangkaan masa mengenai pengumuman itu. Jelas beliau, SPAD sememangnya dalam perancangan untuk menetapkan kadar tambang baharu selepas mengambil kira peningkatan kos operasi terutamanya kenaikan harga minyak baru-baru ini. "Perancangan ke arah itu memang ada tetapi kita perlu bentangkan kepada kerajaan sebelum sebarang kata putus dibuat," katanya. Terdahulu, Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali menuntut SPAD menunaikan janji dengan mengumumkan kadar kenaikan tambang bas baharu dengan segera selepas syarikat pengusaha bas mendakwa mereka terpaksa mengurangkan laluan perjalanan akibat tiada keuntungan. Beliau berkata, permohonan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus telah dikemukakan kepada SPAD pada Mei tahun lalu kerana syarikat pengusaha bas kini terpaksa menanggung peningkatan operasi sehingga mencecah 36 peratus. "Sehingga kini, tiada sebarang perkembangan mengenainya walaupun terdapat 'cakap-cakap' menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini," kata Ashfar. Beliau berkata, tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008. PMBOA turut menghantar memorandum yang mengandung 17 cadangan bagi bas henti-henti dan bas ekspres kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Kewangan pada 5 September lalu, untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2015. Antara cadangan itu adalah meminta kerajaan meletakkan pengusaha bas di bawah status ‘kadar sifar’ dalam Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memudahkan pengusaha menuntut kembali GST yang dibayar, selain kos pembelian yang berkaitan seperti pembinaan badan bas, pembelian casis, tayar, bateri dan peralatan ganti bas dan perkhidmatan servis. Sebelum ini, pengusaha bas dikelaskan di bawah status dikecualikan, dengan pengusaha perlu membayar GST untuk segala pembelian dan tidak dapat menuntutnya kembali, menyebabkan kos operasi pengusaha bas meningkat.- mstar online

15 Pegawai Polis Bertukar, Naik Pangkat
Acryl Sani Abdullah Sani (kanan) bertugas sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 15 pegawai kanan berkuat kuasa pada Jumaat. Menurut kenyataan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis (CP). Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim, pula dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, dengan memangku pangkat Senior DCP. Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am KDNKA. Asisten Komisioner (ACP) Zainal Abu, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC). Jawatan Zainal diganti Supritendan Muhamad Zaki Harun, yang sebelum ini merupakanTimbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, dengan memangku pangkat DCP. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ACP Chong Mun Phing dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah JSJK (Perancangan Strategik/ Inspektorat), Bukit Aman, dengan memangku pangkat SAC. ACP Mohd Hishamudin Tahar, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Logistik, Bukit Aman,dengan memangku pangkat SAC. Ketua Polis Daerah Manjung, Perak, ACP Jaafar Baba, pula dilantik sebagai Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi), Jabatan Pengurusan, BukitAman manakala jawatannya digantikan oleh Supt T Mohd Zailan T Ahmad Shah, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, IPK Perlis, dengan memangku pangkat ACP. Sementara itu, Penolong Pengarah (D7A) Pencegahan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, ACP Lim Kim Fook dilantik sebagai Penolong Pengarah (D7C) Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (ATIP/ASOM), JSJ, Bukit Aman. ACP Dennis Lim Kwan Keng yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Perancangan Strategik JPJKK, IPK Selangor pula dilantik Timbalan Ketua JSJ (Siasatan/Perundangan), JSJ, IPK Johor. Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi), JSJ, IPK Kelantan Supt Zainol Samah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, dengan memangku pangkat ACP. Manakala Supt Chong Kok Sin yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Pengarah (Pembangunan/Bekalan/Teknikal) Jabatan KDNKA, Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, dengan memangku pangkat ACP. Penolong Pengarah (Siasatan Forensik Perakaunan), JSJK, Bukit Aman Supt Rezlan Abu Bakar pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Forensik Peraukanan) JSJK, Bukit Aman. Manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, Supt Idris Abd Rafar, dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Terengganu, dengan memangku pangkat ACP. Supt (D10) Kimia, JSJ, Bukit Aman, Supt Shaikh Abdul Adzis Sh Abdullah pula dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka, dengan memangku pangkat ACP.- mstar online

Beberapa Lebuh Raya Sesak Sempena Sambutan Aidiladha Ahad Ini
Keadaan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mulai sesak dengan kenderaan.
KUALA LUMPUR: Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik mulai petang ini berikutan warga kota yang mula bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak. "Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. "Esok (Sabtu) trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang bertolak kekampung masing-masing petang dan malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat. Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu. "Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar," katanya. Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya. Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesakdi Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan. "Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak," katanya. - mstar online

Pengurangan Subsidi Minyak Untuk Jaga Kepentingan Rakyat - Najib
PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara bagi tempoh jangka masa panjang.
Perdana menteri berkata walaupun tindakan itu tidak popular namun ia harus dilakukan memandangkan subsidi bahan api yang ditanggung oleh kerajaan setiap tahun sangat tinggi.
Malah, katanya, jika langkah itu tidak diambil, ia bakal meninggalkan kesan kepada ekonomi negara berikutan kekurangan hasil untuk perbelanjaan negara.
"Tahun lepas subsidi bahan api petrol, LPG dan diesel berjumlah RM24 bilion dan ia bukan jumlah yang kecil.
"Jika jumlah itu kita tidak kurangkan boleh menyebabkan kita tak cukup hasil untuk menampung perbelanjaan kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian watikah dan wakalah lembu korban untuk kawasan Parlimen Pekan sempena Hari Raya Aidiladha Ahad ini.
Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob itu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan menyampaikan 505 ekor lembu untuk seluruh kawasan parlimen itu.
Dalam masa yang sama, katanya, kerajaan akan mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat menghadapi masalah pengurangan subsidi minyak dalam pembentangan Belanjawan 10 Oktober ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata langlah itu termasuk pemberian subsidi bersasar terus kepada rakyat seperti bantuan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan lain yang akan diumumkan kelak.
"Dalam bajet akan datang sudah tentu kita akan fikir bagaimana nak bantu rakyat supaya bantuan terus sampai kepada mereka dan kurangkan ketirisan supaya ekonomi lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi meningkat dan lebih banyak (hasil) yang boleh kita bagi kepada rakyat," katanya.
Najib berkata kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi pukal bahan api berikutan berlaku kes ketirisan terhadap pengagihan bahan api berkenaan kepada rakyat di negara ini.
"Ini kerana subsidi bahan api ketika ini turut dinikmati oleh orang yang lebih kaya, pelancong, pekerja asing dan pekerja asing tanpa izin.
"Malah baru-baru ini ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, saya dapati minyak diesel kita banyak diseludup keluar dari Rantau Panjang untuk dijual diseberang sana (Thailand)," katanya.
Najib dalam pada itu turut mengingatkan rakyat, agar menjadikan elemen pengorbanan, asas dalam mencapai kejayaan.
"Kalau kita sanggup berkorban dengan ikhlas hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran, Insya-Allah kita akan mendapat ganjaran yang setimpal," katanya.- mstar online
TOP
Politeknik Kini Bertaraf Dunia - Idris Jusoh
Idris (tengah) bersama peserta Malaysia yang mewakili negara pada pertandingan robot, Jumaat.
PUTRAJAYA: Politeknik di Malaysia sudah berkembang menjadi pusat pengajian hebat yang bukan sahaja cemerlang di dalam negara malah di peringkat dunia, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata, politeknik Malaysia menjadi institusi pertama mendapat anugerah emas dalam akreditasi Suruhanjaya Persijilan dan Akreditasi Asia Pasifik (APACC). "Politeknik juga mendapat pengiktirafan Lembaga Teknologi Akreditasi Kanada (CTAB) dalam tujuh program kejuruteraan," katanya ketika melancarkan pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke kejohanan 19th Fira Roboworld Cup and Congress China 2014 dan kejohanan Robot World Korea 2014 di sini, Jumaat. Pada majlis berkenaan Idris turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada dua wakil kontinjen berkenaan. Pasukan Politeknik Malaysia menyertai lima kategori pertandingan dalam kejohanan 19th Fira Roboworld Cup and Congress China 2014 yang akan berlangsung pada 5 hingga 10 November depan. Pasukan yang bertanding terdiri daripada pegawai dan pelajar dari tiga politeknik iaitu Politeknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Ungku Omar. Sementara Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Azlan Shah mewakili Malaysia pada kejohanan Robot World Korea 2014 yang berlangsung pada 23 hingga 26 Oktober ini. Fira Roboworld Cup and Congress merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot soccer serta pembentangan mengenai perkembangan teknologi robotik di peringkat antarabangsa. Sementara kejohanan Robot World Korea 2014 merupakan kejohanan robotik yang dijalankan setiap tahun di Kintex City, Seoul yang melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak industri dan institusi pendidikan.- mstar online

Ketibaan Jenazah Meling Akhiri Penantian Keluarga 78 Hari
Ahli keluarga Meling ketika menunggu ketibaan jenazahnya di KLIA, pagi Jumaat.
BINTULU: Ketibaan jenazah Meling Mula, mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di Lapangan Terbang Bintulu (LTB) pada Jumaat mengakhiri penantian keluarganya selama 78 hari sejak nahas itu berlaku 17 Julai lepas. Jenazah Meling, 48, tiba di LTB pada 12.25 tengah hari menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie C130 dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang sepatutnya tiba pada 11.30 pagi tetapi terlewat hampir sejam. Turut mengiringi jenazah di dalam pesawat berkenaan ialah balu Meling, Simbut Kedit, 39 serta tiga orang anak iaitu Maryline Sindun, 18, Benedict Bana, 15 dan Gabriel, 8. Selain anggota keluarga, turut mengiringi jenazah dari Kuala Lumpur ialah Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah dan Anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing. Sebaik tiba di LTB, jenazah disembahyangkan mengikut agama Kristian oleh Pastor Richard Lai dan seterusnya dibawa ke rumah mendiang iaitu di Flat Sungai Plan,0-2-12, Jalan Tanjung Kidurong. Jenazah ditempatkan di rumah berkenaan buat sementara sebelum dibawa ke Dewan Sungai Plan untuk upacara penghormatan terakhir oleh waris keluarga dan sahabat. Acara 'Malam Rabat' juga akan diadakan pada malam ini di Dewan Sungai Plan iaitu acara tradisi masyarakat Iban sebelum jenazah disemadikan. Mendiang Meling yang juga pekerja luar pantai untuk syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur akan disemadikan pagi esok di Tanah Perkuburan Lembaga Kemajuan Bintulu, Batu 2, di sini. Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 itu.- mstar online

AirAsia Buat Laporan Polis Berhubung Sindiket Dalam Talian
Amir Faezal menemui pihak media selepas membuat laporan polis pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia pada Jumaat membuat laporan polis berhubung sindiket atau individu yang menggunakan jenamanya bagi menipu orang ramai. Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini. Ketua perundangan kumpulan AirAsia, Amir Faezal Zakaria berkata laporan dibuat berikutan aduan orang ramai dan maklum balas berkaitan program loteri yang dikaitkan dengan syarikat itu. Bercakap kepada pemberita, beliau berkata AirAsia menafikan menganjurkan program berasaskan loteri yang diberi nama ‘2014 AirAsia High 5 Bonus Khas’ (2014 AirAsia High 5 Special Bonus) yang menjanjikan cek bernilai RM300,000. "Loteri itu aktif disebar menerusi e-mel daripada individu yang tidak dikenali mendakwa sebagai ‘JK Allen’ atau ‘Jimmy Chan’ menggunakan alamat e-mel airsiamalaysia@taipower.com.tw dan airasiahigh5@my0511.com yang kononnya berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah. "Kami menasihati orang ramai agar tidak menghiraukan mesej e-mel palsu itu dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan mengenai program loteri palsu itu," katanya. Amir Faezal berkata alamat e-mel rasmi untuk kakitangan AirAsia ialahnamastaf@airasia.com. Baru-baru ini AirAsia dimaklumkan orang ramai sentiasa menerima e-mel dari sindiket yang memperkenalkan diri mereka sebagai AirAsia (Ibu Pejabat Rantau Asia Pasifik) dan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Tanjung Aru Sabah sebagai alamat perniagaan.- mstar online

Polis P Pinang Beri Amaran Kepada Geng 04, Sio Sam Ong
Abdul Rahim Hanafi
GEORGE TOWN: Polis memberi amaran kepada dua kumpulan kongsi gelap di Pulau Pinang agar tidak menganggu keselamatan dan ketenteraman awam dengan melakukan pelbagai kes jenayah kekerasan. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya mendapati dua kumpulan kongsi gelap terbesar di negeri itu iaitu Geng 04 dan Sio Sam Ong telah bertindak menganggu keselamatan dan ketenteraman awam selepas polis mengumumkan untuk memerangi mereka pada Isnin lepas. "Tindakan dua kumpulan kongsi gelap itu melakukan jenayah kekerasan ke atas peniaga dan orang ramai seolah-oleh mencabar pihak polis berikutan kami telah mengumumkan untuk memerangi mereka. "Saya memberi amaran keras kepada dua kumpulan itu, jika mereka masih cuba menimbulkan suasana huru hara di negeri ini, polis tidak akan teragak-agak menahan anggota geng berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, Jumaat. Katanya, sejak Ops Cantas dilancarkan sejak 17 Ogos tahun lepas hingga semalam, polis Pulau Pinang telah memeriksa 30,112 orang dan daripada jumlah itu seramai 6,334 individu ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk 438 anggota kongsi gelap. "Sepanjang tempoh yang sama, polis turut merampas sebanyak 18 pucuk senjata api, 920 butir peluru dan 115 buah kenderaan termasuk kereta dan motosikal," katanya. Sementara itu, Abdul Rahim berkata, anggota Polis Pulau Pinang diarahkan memantau, meronda dan memeriksa premis yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) selama 24 jam sehari bagi mengelak kejadian menggodam. Beliau berkata pihaknya akan turut memantau kehadiran warga Amerika Latin terutama di lapangan terbang. "Setakat ini tiada laporan (kejadian menggodam ATM) di Pulau Pinang. Apa pun polis telah beri ingatan kepada semua pihak untuk buat rondaan dan pemeriksaan di tempat-tempat ATM berada. "Kami perlu beri perhatian serius kepada perkara ini kerana kejadian godam ATM telah berlaku di beberapa negeri di Semenanjung. Kita harap kejadian itu tidak akan berlaku di negeri ini," katanya.- mstar online

Polis Akan Pantau Perhimpunan Kenaikan Minyak Di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR: Polis akan membantu memantau perhimpunan yang dirancang untuk membantah kenaikan minyak di Dataran Merdeka pada pukul 4 petang, Sabtu.
Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa, berkata pihak polis tetap melihat perhimpunan itu sebagai haram kerana pihak penganjur tidak mengemukakan permohonan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Saya tidak menggalakkan orang ramai daripada menghadiri perhimpunan tersebut. Tetapi jika mereka memutuskan untuk pergi, kita tidak ada masalah selagi mereka berada dalam keadaan aman dan mematuhi garis panduan di bawah akta.
"Kita akan mengambil langkah yang perlu bagi menyiasat pihak penganjur kerana mereka tidak mengemukakan notis," katanya kepada The Star, Jumaat.
Difahamkan polis akan dikerah berada di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan berhampiran pada hari Sabtu, tetapi lebih kepada pemantauan pasif.
Butiran mengenai perhimpunan tersebut telah disebarkan di aplikasi WhatsApp petang Jumaat. Namun masih belum jelas siapa penganjur sebenarnya.
Pada Rabu lalu kenaikan harga petrol RON95 dan diesel diumumkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.30 dan RM2.20.
Walaupun mendapat tindak balas negatif oleh pemilik kenderaan untuk kenaikan harga ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, Bajet 2015 akan mengimbangi kenaikan harga dengan "meningkatkan BR1M" antara sebahagian daripada langkah-langkah lain.
"Ia adalah satu kenaikan yang sangat minimum dalam harga petrol. Tunggu bajet. Ia akan menangani beban dengan meningkatkan BR1M dan langkah-langkah lain, " jelas Hassan.- mstar online
TOP
Polis Perak Tingkatkan Pemantauan, Rondaan Di Premis Mesin ATM
Gambar hiasan.
IPOH:Polis Perak kini meningkatkan pemantauan dan rondaan di premis yang menyediakan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) ekoran beberapa insiden penggodaman mesin berkenaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata bagaimanapun setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian penggodaman ATM di negeri ini. "Kita akan memantau lokasi yang berpotensi dijadikan sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab, perkembangan insiden diberi perhatian serius memandangkan kejadian ini telah berlaku di negeri lain," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Tanjung Malim yang baharu iaitu Supt Ahmat Mat Isa, menggantikan Timbalan KPD DSP R. Supramaniam yang sebelum ini memangku jawatan tersebut, di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini. Baru-baru ini, kes penggodaman mesin ATM melibatkan empat buah bank di Kuala Lumpur, Melaka, Johor Baharu dan Selangor dengan anggaran kerugian lebih RM3 juta dipercayai digodam sindiket dari Amerika Latin. Acryl Sani berkata polis juga mengadakan perbincangan dengan pihak bank bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan keselamatan mesin ATM. Terdahulu, beliau menyampaikan penghargaan kepada R.Kamalavalli, 50, dan Nor Anida Ahmad Nawawi, 41 yang masing-masing merupakan balu anggota polis yang meninggal dunia semasa perkhidmatan iaitu DSP M.Shamugam, 57, dan DSP Mior Fahim Ahmad, 40. Turut menerima penghargaan ialah Afidah Ehsan, 53, ibu kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian Koperal Mohd Azuan Abdullah. Shamugam meninggal dunia akibat serangan jantung manakala Mior Fahim pula ditemui lemas di kawasan air terjun Sungai Tungku, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun semasa menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan Kemahiran Memandu Off Road. Mohd Azuan maut apabila motosikalnya dirempuh kereta penjenayah ketika mengejar suspek kes samun di Bagan Serai pada 26 Mei lepas.- mstar online

Kecurian Mesin ATM: Duta Venezuela Prihatin Laporan Rakyat Amerika Latin
Rakaman CCTV suspek kejadian mesin ATM digodam di beberapa bank.
KUALA LUMPUR: Duta Venezuela ke Malaysia, Manuel Guzman Hernandez melahirkan rasa prihatin dengan laporan rakyat Amerika Latin disabitkan dalam kecurian wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di negara ini. Beliau berkata siaran identiti kononnya mereka merupakan rakyat Amerika Latin atau semata-mata disyaki tanpa terlebih dahulu disahkan pihak berkuasa sebagai tidak wajar. "Wilayah Amerika Latin mengandungi 600 juta orang yang akar etniknya adalah pelbagai dari beberapa tempat di seluruh dunia. "Saya ingin tegaskan, tiada pengesahan identiti mereka yang terlibat dengan kecurian mesin ATM," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan kedutaan Venezuela pada Jumaat. Manuel berkata duta-duta dari negara Amerika Latin di Malaysia telah bertemu dengan pihak berkuasa untuk menjalin kerjasama berhubung perkara itu. Sindiket yang dipercayai terdiri daripada warga Amerika Latin dilaporkan telah menggodam wang bernilai RM1.271 juta dari bank di Johor, Melaka dan Selangor. Dalam kes terbaharu, polis menerima laporan sebuah bank di Kota Damansara kehilangan wang bernilai kira-kira RM300,000.- mstar online

Kumpulan Wartawan Serah Petisyen Kepada Pejabat Perdana Menteri
Dari kiri: Alyaa Alhadjri dan Fazallah (Geramm), Tashny dan Lim Hui Ying (IOJ) di Pejabat Perdana Menteri, Jumaat.
PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat. Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut. Menurut satu kenyataan mereka, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan. Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco.- mstar online

STAFOC Turut Jejak Suspek Godam ATM
KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman kini turut terlibat dalam usaha memburu suspek warga Amerika Latin yang dipercayai mendalangi sindiket menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pasukan itu mempunyai kepakaran tersendiri dalam menjejaki suspek.
STAFOC merupakan unit elit polis yang bersifat 'multi tasking' yang ditubuhkan Januari tahun ini dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.
Beliau berkata setakat ini tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka, katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Sindiket itu dilaporkan telah menggodam 17 mesin ATM di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu membabitkan kerugian lebih RM3 juta.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene, ketika dihubungi, berkata terdapat beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
Beliau berkata maklumat lanjut tidak boleh didedahkan supaya ia tidak mengganggu siasatan polis.- mstar online
TOP
Projek MRT: Sebahagian Jalan Sultan Ismail Ditutup
KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Sultan Ismail di sini akan ditutup selama sebulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menggali terowong bawah tanah bagi projek Mass Rapid Transit (MRT).
Menurut kenyataan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd pada Jumaat, penutupan akanbermula dari 7 Oktober hingga 6 November dari pukul 11 malam hingga 5 pagi setiap hari melibatkan penutupan penuh satu malam diikuti penutupan satu lorong.
Semasa penutupan itu, pengguna menuju Jalan Raja Chulan perlu membuat pusingan U di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan P.Ramlee.
"Berikutan penutupan ini, penutupan satu lorong melibatkan laluan 150 meter pada laluan paling kanan terletak antara hotel Wolo dan Maybank akan dilakukan pada 8 Okt hingga 6 Nov dari pukul 11 malam hingga 5 pagi.
"Tiada penutupan dilakukan pada Jumaat dan Sabtu malam," kata kenyataan itu.
Sementara itu kerja-kerja letupan akan turut diadakan dari 7 Oktober hingga 22 Mei 2015 di kawasan pembinaan di Jalan Bukit Bintang (bersebelahan bekas bilik pameran Audi).
Kerja-kerja letupan akan dilakukan antara pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan tiga letupan sehari.- mstar online
TOP
Guru Wanita Ditemui Mati Oleh Suami
KOTA KINABALU: Seorang guru sekolah rendah ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Kundasang, Ranau, pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Masinah Samadi,50 ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruangtamu rumah berkenaan oleh suaminya yang kebetulan baharu sahaja pulang daripada kerja.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Sabah, SAC Salehudin Abdul Rahmanberkata sepasukan anggota forensik telah dihantar ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati terdapat kesan umpilan pada bahagian pintu dapur rumah mangsa yang disyaki dimasuki oleh penjenayah.
"Motif awal kejadian adalah dipercayai rompakan dan polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daerah Ranau untuk dibedahsiasat.
Menurut Salehudin usaha memburu suspek terlibat sedang giat dilaksanakan oleh pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- mstar online
TOP
Penarik Kereta Ditemui Mati Di JB
JOHOR BAHARU: Seorang penarik kereta berusia 32 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di tempat letak kenderaan Hospital Sultanah Aminah di sini awal pagi Jumaat.
Timbalan Ketua Polis I Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Wahib Musa berkata mangsa Asif Khan Ayob ditemui orang awam pada kira-kira pukul 1.40 pagi tadi.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berasal dari Pekan Nenas, Pontian itu dipercayai baru selesai menjalankan tugas menarik sebuah kenderaan yang gagal dibayar pemiliknya sebelum itu," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, mangsa ditemui berseorangan dan berpakaian lengkap di dalam kenderaan yang berkunci serta kesemua tingkap ditutup rapat.
Pihak polis katanya akan menyiasat dari semua sudut berhubung kematian lelaki itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubung pihak polis di talian hotline 07-2212999 atau pergi ke balai polis berdekatan mereka.- mstar online
TOP
Polis Tuaran Tahan Dua Warga Asing, Rampas Dadah Bernilai RM11,000
KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Tuaran menahan dua lelaki warga asing dan merampas 71.4 gram dadah dipercayai syabu bernilai RM11,000 selepas menyerbu kawasan ternakan ayam di atas sebuah bukit, berhadapan Taman Telipok Ria, kira-kira pukul 3.30 petang Rabu lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Jumairah Ismail berkata kedua-dua lelaki yang ditahan masing-masing berumur 31 dan 38 tahun, dipercayai pengedar dan didapati positif dadah.
Katanya dadah yang dirampas berkenaan disimpan di dalam 141 paket plastik pelbagai saiz.
"Mereka dipercayai pengedar dadah di daerah Tuaran dan telah aktif selama enam bulan serta tidak mempunyai sebarang pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan ada Jumaat.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - mstar online
TOP
Malaysia Terima Keputusan CAS, Pulang Pingat Emas
Pingat emas yang diraih Cheau Xuen terpaksa dikembalikan kerana gagal ujian doping.
PUTRAJAYA: Malaysia menerima keputusan Jawatankuasa Sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuannya terhadap tindakan Majlis Olimpik Asia (OCA) melucutkan pingat emas atlet wushu wanita Tai Cheau Xuen kerana kesalahan doping pada temasya Sukan Asia ke-17. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memberi jaminan bahawa pingat emas pertama negara itu akan dipulangkan ekoran keputusan CAS itu. Walaupun menerima keputusan itu atas komitmen misi sukan, namun beliau menegaskan bahawa ia tidak bermakna "kami gembira dan berpuas hati dengan proses doping yang dijalankan. "Terdapat kesilapan serius dalam prosedur (doping)... kami akan menulis satu lagi surat kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan OCA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan lasak, Cabaran Rembau 2014 pada Jumaat. Cabaran Rembau 2014 di Rembau, Negeri Sembilan pada 14 Dis ini meliputi tiga disiplin iaitu acara berlari, berbasikal, tubing dan kayak bagi peserta amatur dan profesional. Pada Khamis, CAS menolak rayuan Malaysia berhubung kes Cheau Xuen. Cheau Xuen, yang muncul juara dunia di Kuala Lumpur tahun lepas, diuji positif mengambil bahan perangsang sibutramine selepas memenangi pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2014, 20 September lepas. Berikutan ujian itu, OCA melucutkan pingat emas pertama negara yang disumbangkan oleh atlet berusia 23 tahun itu. Khairy berkata walaupun Malaysia mahu mengamalkan toleransi sifar terhadap doping tetapi ia tidak harus mengorbankan keadilan asasi atlet. "Ada kecenderungan dalam sukan sekarang bahawa setiap kali ada ujian doping,sebarang persoalan mengenai integriti proses ujian ditolak kerana apa yang paling penting ialah ujian itu sendiri. "Apa yang kita cuba mengatakan bahawa bukan sahaja ujian tetapi prosedur juga sama penting agar tidak melanggar keadilan asasi untuk atlet," katanya.- mstar online

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia
Pemain Terengganu, Ismail Faruqi (tengah) berjaya melepasi kawalan dua pemain Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Shakir (kiri) dan Md Aidil Zafuan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat.
BERIKUT adalah keputusan perlawanan bola sepak suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung Jumaat malam: Selangor 0 -4 Felda United Kelantan 3-1 Kedah Pahang 1-1 PDRM Terengganu 0-0 Johor Darul Ta'zim - mstar online

Harimau Muda A Dikekal, Sasar Pingat Emas Sukan Sea Di Singapura
Ong Kim Swee
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memutuskan skuad Harimau Muda A dikekalkan dengan matlamat utama meraih pingat emas Sukan SEA di Singapura tahun hadapan. "Mereka perlu dikekalkan dalam pasukan sehingga kejohanan Sukan SEA dahulu, ini adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pasukan ini," titah baginda selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan di Hotel Royal Chulan, Jumaat. Tengku Abdullah juga bertitah skuad Harimau Muda A kendalian Datuk Ong Kim Swee akan beraksi di Liga Singapura pada tahun depan. Sementara itu baginda bertitah pasukan Harimau Muda B pula akan dikekalkan sehingga Mac tahun depan bagi persiapan menghadapi kejohanan bola sepak kelayakan Asia bawah 22 tahun (B-22). Harimau Muda C pula akan kekal di dalam Liga FAM. Sementara itu Kim Swee ketika ditemui pemberita berkata beliau menyambut baik keputusan FAM untuk mengekalkan pasukan Harimau Muda A, B dan C dalam persediaan menghadapi beberapa kejohanan penting pada tahun depan. "Raih pingat emas di Sukan SEA tahun depan adalah KPI saya, jadi ia merupakan tugas berat dan saya sahut cabaran itu. Saya sudah mempunyai perancangan untuk pasukan. Skuad Harimau Muda A juga tahu mereka akan beraksi dalam Liga Singapura tahun depan. "Pada masa yang sama, saya inginkan perlawanan persahabatan antarabangsa bawah 23 tahun. Ini yang mustahak, kita tidak boleh bermain dalam liga sahaja tetapi tiada perlawanan persahabatan antarabangsa," kata Kim Swee. Sebelum ini, tersebar khabar angin mengenai pembubaran skuad Harimau Muda A berikutan kegagalan pasukan itu mencapai sasaran ke peringkat suku akhir Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan apabila tersingkir pada peringkat kumpulan.- mstar online

Sukan Asia: Jun Hoong Kutip Gangsa Acara Terjun
Aksi final Jun Hoong.
INCHEON: Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menambah sebutir pingat gangsa menerusi acara 3m papan anjal individu wanita padahari ke-14 temasya Sukan Asia ke-17 di Pusat Akuatik Munhak Park Tae-hwan, Jumaat. Pada Khamis, Jun Hoong bersama gandingan Wendy Ng Yan Yee memenangi pingat perak menerusi acara 3m papan anjal seirama. Pada aksi final ini, Jun Hoong berjaya mengutip sebanyak 327.10 mata dengan perbezaan 70.8 mata di belakang pemenang pingat perak, Wang Hang dari China yang mengumpul sebanyak 359.30 mata. Pingat emas bagi acara tersebut dimenangi oleh penerjun China, He Zi selepas berjaya mengumpul markah tertinggi 374.45 mata. Jun Hoong berkata beliau rasa gembira dengan kejayaan tersebut walaupun hanya meraih pingat gangsa kerana berjaya memperbaiki catatan mata 271.60 mata yang dilakukanya pada temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, Ogos lepas. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan rakan sepasukan yang telah banyak memberi sokongan kepada saya selama ini," katanya kepada pemberita. Katanya beliau akan memperbaiki beberapa kelemahan dan berlatih dengan lebih gigih bagi meningkatkan presembahan pada kejohanan akan datang. Sementara itu, nasib berbeza menimpa Ooi Tze Liang apabila hanya menduduki tempat ketujuh dalam 10m platform individu lelaki dengan 414.00 mata manakala rakan sepasukan Chew Yiwei pula menduduki tempat kelapan dengan 406.60 mata. Pingat emas dan pingat perak bagi acara tersebut turut dikuasai penerjun China apabila Qiu Bo (pingat emas) dan Yan Jian (perak) masing-masing berjaya mengumpul sebanyak 576.40 mata dan 526.95 mata. Pingat gangsa pula milik penerjun Korea Selatan, Woo Haram dengankutipan 499.40 mata- mstar online

Sukan Asia: Karate Tamat Saingan Dengan Dua Emas, Dua Gangsa
S.Senthil Kumaran meraih pingat gangsa acara kumite bawah 55kg lelaki apabila berjaya menewaskan peserta dari Indonesia Suryadi dalam perlawanan akhir di Gyeyang Gymnasium, Jumaat.
INCHEON: Skuad karate menamatkan kempen Sukan Asia ke-17 dengan menambah satu lagi pingat menerusi S. Shree Sharmini menjadikan jumlah keseluruhan empat pingat dalam sukan itu. Shree Sharmini menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen negara dalam acara kumite bawah 68kg wanita selepas menewaskan lawannya dari Iran, Pegeh Zangenehkalkooti 2-1. Pingat emas dimenangi peserta Kazakhsatan, Guzaliya Gafurova yang menewaskanl awannya dari China, Tang Lingling yang meraih perak. Satu lagi pingat gangsa dimenangi peserta Taiwan, Chao Jou. Shree Sharmini memulakan kempen dengan cemerlang apabila mengalahkan Kayo Someya dari Jepun 3-0 pada suku akhir. Namun, beliau terkandas pada peringkat separuh akhir selepas tewas 2-0 kepada Guzaliya. Sementara itu, seorang lagi atlet karate A. Nisha terlepas pingat gangsa apabila tewas pada pusingan penentuan acara kumite bawah 55kg. Nisha bermula agak hambar apabila tewas pusingan pertama kepada pesertaTaiwan, Wen Tzu Yun, 5-1 sebelum mendapat kemenangan percuma daripada Hoang Yen Phuong dari Vietnam dalam pusingan 'repecharge'. Pingat emas acara ini dimenangi peserta Taiwan, Wen Tzu Yun, perak milik Sabina Zakharova dari Kazakhstan dan gangsa dimenangi bersama Miki Kobayashidari Jepun dan Mae Soriano dari Filipina. Skuad negara mengakhiri kempen di sini dengan mengumpul dua emas menerusiLim Chee Wei dalam acara kata lelaki dan J. Syakilla Salni dalam acara kumite wanita bawah 61kg. Selain Shree Sahrmini, satu lagi pingat gangsa disumbangkan oleh S. SenthilKumaran dalam acara kumite lelaki bawah 55kg.- mstar online

Terbuka China: Murray Tewaskan Cilic Mara Ke Separuh Akhir
ANDY Murray menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat Marin Cilic 6-1 6-4 untuk mara ke separuh akhir Terbuka China, Jumaat.
Murray bakal berdepan dengan jaguh Serbia, Novak Djokovic pada saingan separuh akhir nanti.
Bintang Britain berada dalam posisi terbaik untuk merangkul sekali lagi gelaran juara selepas menggondol trofi Terbuka Shenzen minggu lalu menguasai permainan ketika menentang Cilic.
Murray mengambil masa 1 jam 38 untuk memastikan slot ke separuh akhir menjadi miliknya.- mstar online
TOP
Saya Bukan Henry, Jangan Kritik Penyudah Saya - Welbeck
PENYERANG Arsenal, Danny Welbeck tidak selesa apabila dibandingkan dengan bekas pemain legenda kelab, Thierry Henry, namun yakin akan meninggalkan sesuatu yang tersendiri untuk The Gunners.
Penyerang England ini menjaring hatrik buat kali pertama dalam kariernya ketika menang 4-1 ke atas Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu.
Bagaimana pun Welbeck menerima kritikan apabila gagal menunjukkan penyudah yang baik dan dicadangkan agar mengikut corak Henry.
Dalam masa sama pengurus kelab, Arsene Wenger dikatakan sudah bersedia untuk menjadikan Welbeck sebagai penjaring terbanyak kelab.
Rakan sepasukan, Aaron Ramsey yang kini tidak berada dalam pasukan gara-gara kecederaan paha menggambarkan Welbeck mempunyai segala untuk menjadi pemain legenda Arsenal.
"Kamu tidak boleh membuat perbandingan sedemikian. Sudah tentu Thierry Henry antara pemain yang menjadi idola saya sejak terlibat dalam sukan bola sepak.
"Tiada ada siapa yang boleh mengkritik gaya penyudah saya kerana mereka tidak biasa melihat saya bermain sebagai penyerang, namun kini saya menguasai posisi itu dan akan cuba menjaringkan bola dari bahagian bawah ke gol.
"Saya pasti aksi itu biasa dilakukan oleh penyerang lain.
"Sudah tentu juga orang akan bercakap jaringan gol saya belum mencukupi, tetapi kamu akan kekal sebagai penyerang terbaik di bahagian sayap bersama empat orang pemain tengah dan perlu lihat jika mereka mampu menjaringkan gol atau tidak.
"Jika kamu mampu menjaringkan gol, dan beraksi dengan baik dalam permainan itu, tahap keyakinan kamu akan meningkat dan prestasi juga akan bertambah baik.
"Perkara itulah yang saya akan cuba buat," jelasnya.- mstar online
TOP
Malindo Air Jadikan Ipoh Pemangkin Laluan Baharu Domestik, Serantau
IPOH: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan menjadikan destinasi Ipoh sebagai pemangkin kepada operasi penerbangan terbaharu bagi laluan domestik dan serantau.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, laluan Ipoh kini merupakan pasaran penerbangan yang berpotensi untuk dikembangkan.
"Penerbangan pertama dari Subang ke Ipoh hari ini hampir penuh dan iamenandakan Ipoh merupakan pasaran yang baik," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau ditemui pada majlis sambutan penerbangan pertama Malindo Air dari Subang ke Ipoh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini.
Chandran berkata, Malindo Air akan melancarkan penerbangan pertama bagi laluan Johor Baharu-Ipoh dan Ipoh-Medan (Indonesia) pada 17 Oktober ini selain akan mengkaji untuk mengadakan penerbangan Ipoh-Langkawi serta Ipoh-Krabi,Thailand pada masa depan.
Selain itu, sektor pelancongan perubatan juga akan menerima kesan positif daripada penawaran laluan Ipoh-Medan kerana ramai penduduk Sumatera, Indonesia mendapatkan perkhidmatan perubatan di negara ini, katanya.
Menurutnya, syarikat itu berharap dapat melancarkan penerbangan laluan Ipoh-Singapura dengan menggunakan pesawat Boeing.
Beliau turut bersetuju dengan pandangan Menteri Besar supaya Malindo Air menawarkan penerbangan antara Ipoh dengan negara di Indo-China dan China memandangkan Ipoh menerima permintaan pelancongan yang amat menggalakkan.
Sementara itu Zambry berkata, penawaran perkhidmatan penerbangan oleh Malindo Air membantu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan negeri.
Menurutnya, ada beberapa syarikat lagi telah mengatakan hasrat mereka untuk menawarkan perkhidmatan udara ke Ipoh.
Zambry berkata kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap perancangan kerajaaan negeri untuk menaik taraf Lapangan Terbang Gerik melalui peruntukan RM15 juta.
"Bagaimanapun, kita sedang mengkaji sama ada kos itu boleh menampung perancangan tersebut atau akan ada satu kawasan baharu untuk dijadikan lapangan terbang di Hulu Perak bagi membolehkan pesawat kecil mendarat," katanya.
Zambry berkata, usaha itu adalah sejajar dengan penawaran daerah Hulu Perak yang memiliki produk pelancongan berkualiti dan bertaraf dunia seperti Royal Belum dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Lembah Lenggong.- mstar online
TOP
Tanaman Koko Berpotensi Tingkat Pendapatan Petani
SANDAKAN: Koko berpotensi untuk meningkatkan pendapatan petani, terutama di kawasan luar bandar, kata Pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin.
Menurutnya, dengan harga sekitar RM9,000 setan di samping teknologi yang ada, khidmat nasihat daripada Lembaga Koko, tanaman itu mampu membawa keuntungan.
"Saya percaya kepelbagaian tanaman akan mengurangkan kebergantungan kepada satu atau dua jenis tanaman," katanya yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan ketika merasmikan penutupan Kursus Asas Teknologi Koko Pantai Timur Sabah di sini, Jumaat. Kursus tiga hari itu dihadiri 100 peserta.
Katanya, tahun ini kerajaan telah meluluskan peruntukan RM16 juta untuk membangunkan 2,000 hektar untuk tanaman koko di seluruh negara.
Menurutnya, 100 hektar daripadanya membabitkan kawasan timur negeri ini iaitu Kinabatangan seluas 59.5 hektar, Pulau Sebatik Tawau (22.50 hektar), Semporna (11.50 hektar), Tawau (4 hektar) dan Kunak (2.5 hektar).
Bung Moktar berkata, program tanaman baru koko telah bermula sejak dua tahun lepas bagi meningkatkan pendapatan petani khususnya di luar bandar.
Kursus asas teknologi koko itu, katanya, bersesuaian dengan usaha kerajaan membantu penduduk miskin sejajar dengan matlamat menjadi negara maju menjelang 2020.
Menurutnya, ia juga dapat membantu menukar persepsi tanaman itu sebagai keperluan harian kepada tanaman perniagaan dan industri.- mstar online
TOP
DHL Express Naikkan Kadar Pada 2015
KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan ekspres antarabangsa, DHL Express akan menaikkan harga purata produk Time Definite International di Malaysia sebanyak 4.9 peratus pada 1 Januari 2015.
Perubahan itu sejajar dengan pelarasan kadar bagi produk tersebut di seluruh Asia Pasifik, menurut syarikat itu dalam kenyataan.
"Kenaikan harga tahunan kami akan membantu dalam komitmen kami mengembangkan hubungan Malaysia kepada laluan perdagangan utama serta menyediakan keupayaan yang kukuh untuk mengendalikan lebih banyak penghantaran masuk dan keluar pada 2015.
"DHL Express akan terus menyokong perniagaan di Malaysia dengan menawarkan penyelesaian logistik dan kaedah yang sesuai berikutan mereka meluaskan operasi mereka di peringkat antarabangsa dan dalam negara," kata Pengarah Urusan (Malaysia dan Brunei) Christopher Ong.
Ketua Pegawai Eksekutif Ken Allen berkata kenaikan harga tahunan syarikat akan membolehkannya memastikan kecemerlangan perkhidmatan dan tawaran yang kompetitif bagi tempoh jangka panjang.
Beliau berkata DHL Express melabur kira-kira EUR500 juta (RM2.06 bilion) setahun bagi rangkaian penghantaran ekspres bertaraf dunia.
Pelaburan utamanya pada tahun lepas termasuk kemudahan baharu di Malaysia, Jepun, Timur Tengah dan Afrika Utara, dan menaik taraf kemudahan di seluruh UK dan penerbangan tambahan di semua rantau.- mstar online
TOP
Beko, Cipta Nama Di Eropah, UK kini Gegar Thailand
KUALA LUMPUR: Bertujuan untuk mereplikakan dalam Komuniti Ekonomi ASEAN baharu kejayaan Eropahnya yang menjadikan Beko, jenama perkakas rumah nombor satu paling laris di United Kingdom (UK), dan jenama perkakas rumah nombor dua paling laris di Eropah.
'Beko, jenama perkakas rumah paling pesat berkembang di Eropah, pada Jumaat mengumumkan pelancarannya di Thailand.
Kemunculan sulong jenama itu di Thailand menerajui cita-cita serantaunya untuk menjadi jenama kegemaran pengguna dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan satu matlamat untuk mereplikakan dalam AEC kejayaan luar biasa di seluruh Eropah di mana mesin basuh inovatif, peti sejuk, mesin basuh pinggan mangkuk dan dapurnya telah menjadi pemimpin pasaran.
Levent Cakiroglu, Ketua Pegawai Eksekutif global Arcelik AS, pemilik jenama Beko, berkata, "Beko adalah jenama perkakas rumah global generasi baharu yang mengegar dunia dengan cadangan yang tiada tandingan kepada pengguna: untuk melakukan lebih banyak, dan untuk melakukannya dengan lebih baik dengan teknologi terbaik.
"Ia adalah satu cadangan berjaya yang telah menjadikan Beko jenama perkakas rumah besar paling laris di UK dan kedua terlaris di Eropah. Perkakas teknologi canggih kami dan responsif kepada keperluan pengguna telah membolehkan Beko berkembang pesat di Eropah dalam pasaran yang sesak dengan jenama mantap global. Kami menjangka pasaran AEC untuk menambah lapan juta lagi pengguna produk kami dalam tempoh tiga tahun akan datang."
Jenama Beko merupakan cerita kejayaan global perkembangan yang telah menjadi fenomena di Eropah. Dalam hanya lima tahun, ia telah menggandakan bahagian pasarannya di Eropah dan menggandakan jualan di seluruh dunia.
Sebahagian besar, popularitinya telah datang daripada penggabungan produk boleh dipercayai dan harga yang kompetitif dengan pemahaman keperluan pengguna, dan kemudian dengan cepat dapat mengintegrasikan ke dalam produk ciri-ciri inovatif dan berguna.
Sebagai contoh, dalam mesin basuhnya, fungsi yang dipanggil 'Kebersihan Dingin 20C' mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 70 peratus dalam pembersihan pakaian kotor sedikit yang dipakai hanya sekali, yang sering berlaku di Asia; dan program amat cepat yang memastikan pakaian dicuci hebat hanya dalam 14 minit untuk beban 2kg, untuk berkhidmat kepada pengguna yang mempunyai masa pendek.
Beliau berkata, "Pasukan R&D kami seramai lebih 1,000 orang adalah kelebihan daya saing utama. Ia telah membolehkan reka bentuk produk yang lebih sesuai untuk gaya hidup moden dan mencipta pelbagai yang terbaik di dunia dan yang pertama di dunia dalam kategori kami, termasuk mesin basuh paling senyap di dunia dan peti sejuk dengan pembuat ais di dalamnya yang pertama di dunia."
Dia berkata, "Kami menggunakan keupayaan R&D kami untuk mereka bentuk ke dalam produk keperluan tertentu kawasan.
Di Asia, kami memberi tumpuan khas kepada kesegaran sayur-sayuran. Teknologi milikan kami 'EverFresh+' membantu mengekalkan sayur-sayuran sehingga 30 hari dan menyimpan petak mereka, lebih lama; dan, dengan pandangan terhadap iklim panas di rantau itu, peti sejuk Beko mempunyai pembuat ais automatik yang mampu menghasilkan sejumlah besar ais, dengan cepat."
Beliau menambah bahawa kekuatan "R&D Bangkok Public Relations Ltd.- mstar online
TOP
Pameran Lotus Di 1Utama Hingga Isnin
Kereta sport Lotus mempunyai peminatnya yang tersendiri.
PETALING JAYA: Peminat kereta Lotus kini berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa model terbaharu pada Pameran Automotif di Pusat Membeli-belah 1Utama selama empat hari hingga Isnin ini. Kereta sport berprestasi tinggi itu milik Proton Berhad itu akan dipamerkan di ruang letak kereta aras bawah pusat membeli-belah itu. Antara model yang akan dipamerkan adalah Lotus Elise, Exige S, Exige S Roadster and Evora. Semua kereta itu kini ditawarka dengan jaminan tiga tiga tahun dari kilang dan dua tahun pakej penyelenggaraan dan servis percuma, di samping masuk percuma satu kali untuk menghadiri Akademi Memandu Lotus yang terkenal. Bagi yang ingin merasai pengalaman memandu kereta sport itu, uji panda boleh diatur untuk memenuhi impian anda. Selain itu, pembelian Kereta Sport Lotus yang baharu kini berpeluang menikmati pakej kewangan istimewa dengan kadar faedah rendah bermula dari 0.33 peratus untuk pembiayaan kewangan sehingga 80 peratus dengan rebat tambahan mengikut model terpilih. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-77250182 atau emel ke lotuscars@proton.com.- mstar online

Harimau Putih Sebenarnya Cuba Selamatkan Remaja Lelaki?
Pastinya semua masih ingat akan kejadian yang menyayat hati yang mana seorang lelaki telah dibaham harimau putih setelah terjun ke dalam kandang harimau tersebut di Zoo New Delhi
Menurut laporan media, lelaki tersebut mati selepas lehernya digigit dan diheret oleh hariamu putih tersebut jauh ke dalam kandang.
Namun, cerita tersebut bukan selesai di situ sahaja selepas laporan forensik dikeluarkan.
Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.
Kenyataan tersebut berdasarkan luka pada badan mangsa tersebut yang mana hanya terdapat pada bahagian leher yang mana ketika harimau tersebut menggonggong untuk dibawa ke tempat lain. ─ Siakapkeli.com

Lelaki Warga Emas Orang Asli Maut Dalam Kebakaran
Kuantan: Satu kebakaran telah berlaku melibatkan sebuah rumah pondok orang Asli di Kampung Buluh Nipis, Bukit Ibam berhampit Muadzam Shah, Rompin pada malam tadi telah meragut nyawa seorang penduduk di situ.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan, lelaki itu, Kong a/l Tongkak, berusia 75 tahun.
Menerusi Bernama, Anuar Hassan selaku Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang berkata lelaki bernama Kong anak lelaki Tongkak bersia 75 tahun.
“Pihak kami menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 11.55 malam tadi sebelum lima anggota dan pegawai dari Balai Bomba Muadzam Shah pergi ke lokasi kejadian.
“Mangsa ditemui mati oleh anggota Bomba semasa operasi memadamkan api dijalankan di dalam rumah itu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun mayat lelaki tersebut telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk dibedah siasat. ─ Siakapkeli.com
TOP
Selisih Faham Jualan Lembu, Seorang Maut, Seorang Parah
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah kerana dilanggar oleh seorang lelaki. Kejadian tersebut berlaku gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Ab. Rahman Raja Mohamad, kira-kira pada pukul 6, Rohadi Yaacob,44 maut dan Zakaria Taib, 43 cedera parah kerana diremuh oleh sebuah kereta Proton Gen 2.
Tambahnya lagi, kejadian tersebut berlaku ketika motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.
Memetik laporan Bernama, “Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.
“Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi ‘aku langgar kamu’,” ─ Siakapkeli.com
No comments:
Post a Comment