TOP
Penjawat awam perlu fahami Bajet 2015
KUCHING - Penjawat awam perlu memahami dan memberi perhatian kepada setiap perkara dalam Bajet 2015 kerana mereka adalah pelaksana dasar dan program yang digubal dan dirancang kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata ini kerana Bajet 2015 yang dibentangkan Jumaat lepas memperkenalkan konsep baharu iaitu 'ekonomi modal' dan 'ekonomi rakyat', satu hubungan simbiotik yang mempunyai kaitan dan perlu selari agar rakyat turut merasai pencapaian yang diraih negara pada peringkat makro.
"Ekonomi modal antaranya bermaksud menjana pendapatan dan membawa pertumbuhan menerusi pelaburan asing, pelaburan dalam negeri, perdagangan antarabangsa dan juga kekuatan ringgit.
"Ekonomi rakyat pula antaranya berkaitan dengan pendapatan isi rumah, kesejahteraan, kemiskinan, dan semua perkara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perjumpaan dan Dialog dengan Pegawai-pegawai Awam Persekutuan, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin.
Ali berkata menerusi konsep dipanggil 'pertumbuhan dengan pengagihan', ekonomi modal dan ekonomi rakyat adalah penting dan perlu bergerak bersama-sama.
"Kalau modal tidak bergerak macam mana nak tingkatkan pendapatan rakyat?. Jadi saya berharap selepas ini anda (penjawat awam) boleh terangkan apakah yang cuba disampaikan dalam Bajet 2015 itu," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara berkata beliau mewakili semua penjawat awam mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana disebalik isu seperti defisit fiskal, kerajaan tidak melupakan penjawat awam menerusi pemberian bonus, kemudahan perumahan serta beberapa inisiatif lain.
Sementara itu ketika ditanya mengenai elaun penjawat awam dan isu-isu penjawatan, Ali berkata perkara tersebut akan tetap dibincangkan secara berkala.
"Isu seperti elaun memang dikaji secara berkala, sebaik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) April 2015, kita akan lihat semula apakah keperluan sektor awam.
"Tetapi apa yang penting kita laksanakan CBP dengan sebaik-baiknya," katanya. - Bernama
TOP
Pengawal keselamatan cedera terlepas tembakan
GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan cedera ringan di tangan akibat terkena serpihan lantai setelah terlepas sedas tembakan di sebuah kedai emas di Gurney Plaza, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam
kejadian pukul 9.20 pagi itu mangsa baru sahaja memulakan tugasnya di premis yang terletak di aras bawah kompleks beli belah berkenaan.
"Tiada sebarang kecederaan membabitkan pekerja lain atau pelanggan kerana premis itu baru memulakan operasi," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata lelaki berumur 40 tahun itu sudah tiga tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di premis berkenaan dan dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. - Bernama
TOP
Empat saksi kes bunuh dicari
PORT DICKSON – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan empat saksi bagi satu kes bunuh yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Baharudin Mustapha berkata, keempat-empat mereka merupakan saksi utama bagi membantu siasatan ke atas kes pembunuhan yang berlaku pada 2012 dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Saksi berkenaan ialah G Ramaya, 30 dengan nombor kad pengenalan 841216-05-5352 alamat terakhir di nombor 334, Jalan Arowana 10, Taman Arowana Indah Seremban.
"Turut dicari, A Kumutha, 30, (841007-59-5008) alamat terakhir di L-3-3 Flat Taman Ros Merah, Nilai Negeri Sembilan atau nombor 4, Ladang Labu B1, Ladang Labu, Labu Negeri Sembilan, M Segaran, 27, (870331-56-5583) alamat terakhir Blok B-G-22 Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dan S Punitha, 25, (890223-14-5352) alamat terakhir nombor 14 Jalan 6, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok Kajang Selangor,” katanya.
Baharudin berkata, mereka ini bukan sahaja tidak hadir pada perbicaraan yang ditetapkan sejak tahun 2012, malah keberadaannya juga gagal di kesan.
“Keengganan mereka untuk hadir pada hari perbicaraan menyebabkan siasatan kes pembunuhan ke atas sepasang suami isteri di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Siliau, Lukut, Port Dickson antara jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi pada 5 Mac 2012 lalu tergendala.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan saksi boleh berhubung terus pegawai penyiasat kes, Asisten Supritendan Shafa'aton Abu Bakar di talian 06-6472222 atau balai polis berdekatan,” katanya.- sinar
TOP
Rasuah berstruktur mula wujud
Datuk Mustafar Ali
KUALA LUMPUR - Rasuah yang wujud hari ini bukan sahaja dalam bentuk kumpulan atau sindiket tetapi sudah membentuk strukturnya dalam organisasi tertentu di negara ini, sekali gus mampu merosakkan dasar yang dibuat kerajaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, perkembangan terbaharu itu amat dibimbangi kerana masalah rasuah akan menjadi barah dalam masyarakat. “Bila sudah sampai ke peringkat ini kita takut, sistem yang ada bermasalah dan orang yang ada dalam (organisasi) itu adalah orang yang bekerjasama dengan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian selepas hadir menjadi panel di Forum Pengguna IV 2014 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, semalam. Menurutnya, masalah rasuah berstruktur lebih besar daripada rasuah individu. "Tidak dinafikan rasuah individu masih banyak, SPRM memandang serius hal ini dan menggunakan semua langkah bagi menanganinya. “Tetapi bila ada rasuah seumpama ini (berstruktur), semua sistem dan prosedur perlu diperbaiki bagi meminimumkan ruang dan peluang orang yang berada dalam organisasi itu terlibat dengan rasuah,” katanya. Sementara itu, beliau berharap semua ketua jabatan kerajaan terus memainkan peranan dalam memantau pegawai bawahan mereka bagi mengurangkan masalah rasuah kecil (petty corruption). Tambah Mustafar, rasuah kecil ini juga menyebabkan penindasan berlaku di peringkat bawahan. “Rasuah kecil ini tidak sebesar jumlah grand corruption (rasuah besar) namun, rasuah kecil itu mampu menggugat ketenteraman awam sehingga menggangu perkembangan sosial masyarakat. “Rasuah kecil ini selalu melibatkan orang bawahan dan masyarakat umum seperti anggota penguatkuasa dengan penjaja. Walaupun rasuah yang dibuat itu kecil tetapi impaknya cukup besar memandangkan kumpulan peniaga ini ramai,” katanya. Mustafar mengakui, jumlah tangkapan dan siasatan SPRM terhadap penjawat awam masih kecil iaitu dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang daripada 1.5 juta kakitangan awam ditahan SPRM setiap tahun. “Tetapi yang dikatakan segelintir inilah perlu dihapuskan. Seluruh organisasi terkesan akibat perbuatan mereka, imej jabatan juga tercalar malah melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap jabatan itu,” katanya.- sinar

Ulil Abshar akan cetus ketegangan
SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) membantah keras kedatangan tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla yang disifatkan akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat negara ini.
Sekretariat Majlis Ulama Isma, Dr Mohd Isa Hamzah berkata, pandangan dan pegangan Ulil Abshar menyimpang jauh daripada pegangan masyarakat Malaysia.
“Kedatangan beliau akan menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam di Malaysia. Tafsiran semula terhadap al-Quran dengan kaedah hermeneutik yang digunakan Ulil Abshar bertentangan dengan kaedah digunakan mufasirin yang muktabar.
“Contohnya, beliau mengatakan tudung ialah budaya dan bukan ajaran al-Quran, dan hukuman potong tangan adalah tradisi zaman itu, sesuai dengan masyarakat ketika itu sahaja,” katanya.
Menurutnya, banyak tafsiran kontekstual ayat-ayat al-Quran yang dipegang Ulil Abshar menyeleweng daripada kefahaman jumhur ulama.
Nama Ulil Abshar mula menjadi perbualan di negara ini selepas beliau diundang menghadiri program diskusi meja bulat bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini, anjuran Islamic Ranaissance Front (IRF) yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober ini di
Kuala Lumpur.
Penganjuran itu, mendapat kecaman hebat banyak pihak kerana Ulil Abshar dianggap penyokong ajaran Ahmadiah yang difatwakan sebagai sesat di Malaysia dan Indonesia.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Khamis lalu, dilaporkan mengeluarkan larangan penganjuran program itu kerana Ulil Abshar tiada tauliah menyebarkan Islam di sini.
Ulil Abshar hina Nabi Muhammad SAW
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegaskan, penganjuran diskusi itu tidak sesuai di negara ini kerana berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1996, hanya aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dibenar diamalkan di Malaysia dan usaha membawa pemikiran bertentangan dengan ajaran itu perlu disekat. Sementara itu, Mohd Isa berkata, aktiviti persidangan meja bulat tidak salah dibuat di negara ini, namun program anjuran IRF itu seharusnya tidak memanggil Ulil Abshar. “Persidangan meja bulat ini tidak seharusnya diuar-uarkan kepada umum. Pemikiran Ulil Abshar sangat kontroversi dan orang Indonesia yang agak liberal pun tidak boleh terima pandangannya,” katanya. Menurut Mohd Isa, pihak berkaitan perlu berhati-hati dengan istilah sederhana dan Islam moderat yang digunakan Barat kerana apa yang mereka maksudkan ialah pemikiran yang menolak syariah. Ujarnya, kebebasan bersuara juga dijamin oleh Islam tetapi perlu ada batasannya. “Kerajaan perlu kawal sekiranya ia membawa mudarat kepada masyarakat sehingga kestabilan terganggu dan masyarakat marah,” katanya. Ulil Abshar yang dilahirkan pada 1967 di Jawa Tengah, mengakui dirinya Islam liberal dan mencetuskan kontroversi di Indonesia pada 2003, apabila berkata undang-undang syariah tidak wujud dan Nabi Muhammad SAW hanya tokoh sejarah. Akibat itu, ada kumpulan ulama Indonesia seperti Forum Ulama Ummat Islam di Bandung, mengeluarkan fatwa hukuman bunuh ke atasnya. Fatwa yang kali pertama dikeluarkan ulama Indonesia ke atas pemimpin Islam lain bagaimanapun, tidak diiktiraf kerajaan negara itu dan tidak boleh dilaksanakan dari segi undang-undang. Artikel tulisan Ulil Abshar Menjadi Muslim Dengan Perspektif Liberal, dikatakan menampilkan idea yang dianggap menyimpang daripada akidah dan syariat Islam.- sinar

Britain mahu iktiraf Palestin
Parlimen Britain akan mengadakan undian untuk mengiktiraf kewujudan Palestin sebagai sebuah negara.
LONDON - UNITED KINGDOM. Britain bakal mengadakan undi bersejarah pada esok di Dewan Rakyat untuk memutuskan sama ada Palestin akan diiktiraf sebagai sebuah negara. Langkah itu dibuat hasil keputusan sebulat suara Ahli Parlimen Britain yang percaya kerajaan perlu mengiktiraf wilayah itu yang kini diduduki Israel. "Kami menyokong sepenuhnya usaha mereka walaupun Britain mengambil pendekatan berkecuali ketika undian mengesahkan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 2012," kata Ahli Parlimen, Grahame Morris. Minggu lalu, Sweden menjadi negara anggota pertama Kesatuan Eropah (EU) mengakui kewujudan Palestin yang dilihat sebagai asas penyelesaian konflik antara wilayah itu dan Israel. Memetik laporan BBC, sehingga kini, lebih 100 negara mengkitiraf Palestin selaras dengan usaha masyarakat dunia mempertahankan hak penduduk wilayah itu yang terus menjadi mangsa penindasan rejim Zionis. - sinar

Fosil ikan usia 100 juta tahun ditemui
Pakar Palaeontologi, Paul Stumkat meneliti fosil ikan kuno yang dijumpain di barat laut Queensland
CANBERRA - AUSTRALIA. Fosil ikan kuno yang dianggarkan berusia lebih 100 juta tahun telah ditemui di satu kawasan di barat laut Queensland. Fosil berukuran dua meter itu yang dikenali sebagai Richmondichthys sweeti telah dijumpai oleh dua orang pelancong tempatan di dasar sungai kering di wilayah Marathon yang terletak 50 kilometer di barat Richmond. Pakar paleontologi, Paul Stumkat berkata pembentukan kalsium karbonat berjaya mengekalkan bentuk fosil itu selama berjuta-juta tahun. "Penemuan fosil di dasar sungai yang hampir terhakis amat jarang berlaku. Ini memberi gambaran kemungkinan ada lagi fosil lain yang terpelihara di sekitar kawasan itu," katanya dipetik ABC Australia - sinar

Kerajaan Tetap Lindungi Hak Pendidikan Sekolah Cina - Najib
Najib ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA, Ahad.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan terus melindungi dan memelihara hak pendidikan kaum Cina di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Tolong jangan bimbang tentang sekolah Cina kerana ia sudah dilindungi bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara. "Malah ia juga termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke 61 MCA di Wisma MCA, Ahad.
Jaminan Najib itu mendapat sambutan hangat di kalangan perwakilan yang berdiri sambil memberi tepukan gemuruh.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga meletakkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai contoh terbaik seorang yang mampu bertutur pelbagai bahasa yang wajar menjadi ikutan.
"Liow menyampaikan keseluruhan ucapannya dalam Bahasa Malaysia.
"Dia belajar di sekolah Cina," kata Najib yang sekali lagi mendapat tepukan perwakilan. Beberapa pemimpin MCA menganggap adalah tepat pada masanya untuk Najib memberi jaminan melindungi hak pendidikan di sekolah Cina. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata, resolusi untuk menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Umno, bulan depan. Di kalangan pemimpin MCA, kenyataan Mohamad Azli itu disifatkan sebagai menghasut kerana ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan komuniti Cina di negara ini. Terdahulu, dalam ucapannya, Tiong Lai mengulangi pendirian parti itu untuk terus mempertahan dan membangunkan pendidikan Cina dan sekolah Cina di negara ini, termasuk melindungi hak setiap kaum yang belajar di sekolah berkenaan. Najib dalam ucapannya juga meluluskan Pelan Transformasi MCA bawah kepemimpinan Tiong Lai untuk memberi nafas baru kepada parti yang berusia 65 tahun itu. "Saya menyokong kepemimpinan sekarang. MCA bawah Liow sudah meraih semula hala tuju parti. Masa depan MCA bergantung sepenuhnya kepada perpaduan dalam parti," katanya. Tiong Lai, 53 dilantik sebagai Presiden MCA Ke-12 pada Disember tahun lalu.- mstar online

Hentikan Ketegangan, Perlu Saling Menghormati - Liow
Liow Tiong Lai ketika menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung MCA Ke-61.
KUALA LUMPUR: Ketegangan politik yang berterusan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu harus dihentikan dengan serta-merta, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Walaupun perbezaan pendapat dalam masyarakat berbilang kaum tidak dapat dielakkan, beliau menegaskan terdapat keperluan untuk saling menghormati bagi mengelak sebarang bentuk konfrontasi. Liow berkata, terdapat kumpulan yang menyebarkan politik kebencian dan sehingga menyemai perasaan benci terhadap kerajaan. "Mereka bertindak melampau batas. Mereka memberi harapan palsu kepada rakyat yang boleh mencetuskan kekeliruan dan keadaan huru-hara, mengancam kestabilan sosial dan pentadbiran negara," katanya pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-61 di sini, Ahad. Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, keadaan yang semakin tegang di negara ini hanya boleh menjejaskan misi negara mencapai status negara maju menjelang 2020. Katanya, sebarang bentuk ekstremisme juga harus dibendung. Beliau menegaskan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menentang Kumpulan militan Negara Islam (IS) memberi sedikit kelegaan dikalangan rakyat bahawa apa jua bentuk ekstremisme adalah satu ancaman kepada Malaysia.- mstar online

Lapangan Terbang JFK Perhebat Pemeriksaan Virus Ebola
Lapangan Terbang JFK New York.
NEW YORK: Pasukan perubatan di Lapangan Terbang John F Kennedy (JFK) New York, mula melakukan pemeriksaan virus maut Ebola ke atas pengunjung dari tiga negara Afrika Barat dalam usaha menghentikan wabak berkenaan daripada merebak. Lapangan terbang itu adalah yang pertama daripada lima lapangan terbang di Amerika Syarikat (AS) yang memperhebatkan pemeriksaan pengunjung dari Guinea, Liberia dan Sierra Leone. Ketiga-tiga negara itu menyaksikan jumlah kematian paling tinggi dengan kira-kira 4,000 orang maut akibat jangkitan tersebut. Hampir semua penumpang pesawat ke AS dari negara terbabit tiba di Lapangan Terbang JFK, Newark Liberty, Washington Dulles, Chicago O'Hare dan Hartsfield-Kackson Atlanta. Prosedur baharu itu akan dimulakan di empat lagi lapangan terbang berkenaan mulai Khamis depan.- mstar online

'Sekat Laman Web Tawar Cara Pembuatan Bom'
PETALING JAYA: Penggunaan bom buatan sendiri untuk melakukan jenayah semakin berleluasa dan kewujudan laman web Do-It-Yourself (DIY) serta komponen bahan letupan yang mudah didapati antara punca kes seperti ini meningkat.
Menurut rekod polis, walaupun insiden letupan di Bukit Bintang baru-baru ini melibatkan penggunaan bom tangan, sebanyak 39 kes bom buatan sendiri dilaporkan dalam tempoh dua tahun lepas.
Pakar kriminologi dan kumpulan kepentingan awam menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera bagi meneliti permasalahan itu dengan ada dikalangan mereka mendesak supaya laman web pembuatan bom disekat.
Carian menerusi Google terhadap 'bom buatan sendiri dengan alat perkakasan rumah' merekodkan 478,000 laman web dalam masa 0.31 saat, meliputi apa sahaja dari bom asap sehinggalah bahan letupan yang boleh meragut nyawa.
Malah, laman web tersebut menawarkan langkah demi langkah bagaimana untuk mengeluarkan bahan kimia seperti hidrogen peroksida dan ammonium nitrat dari bahan-bahan berkenaan untuk kegunaan jenayah.
Pakar Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Madya Dr P. Sundramoorthy berkata kesemua maklumat berkaitan bahan letupan boleh didapati menerusi online tetapi mengakui adalah mustahil untuk menyekat Internet.
Selain itu antara punca peningkatan kes sedemikian, katanya, adalah disebabkan penjualan komponen berbahaya untuk membuat bahan letupan tanpa kawalan.
Beliau menggesa polis untuk memperbanyakkan operasi perisikan kerana bahan letupan itu digunakan untuk kegiatan jenayah, keganasan dan melakukan eksperimen.
"Saya pernah membeli soda kaustik untuk meleraikan perabot dengan tiada soalan ditanya walaupun bahan kimia itu adalah barang terkawal. Penjual perlu memastikan pembelian barang itu direkodkan supaya polis boleh memantau tujuan penggunaan bahan kimia itu," katanya.
Aktivis keselamatan, Kapten K.Bala berkata, adalah amat penting untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai bahayanya membuat bahan letupan bagi melakukan eksperimen.
"Ia formula yang salah. Bayangkan kerosakan yang akan berlaku sekiranya seseorang mencubanya," kata beliau.
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat laman web yang memaparkan langkah demi langkah mengenai pembuatan bom.
"Sebelum ini, ia diluar imiginasi kita tetapi hari ini dari rumah anda, anda boleh membuat bahan letupan. SKMM perlu melakukan pemeriksaan yang komprehensif untuk melihat bagaimana kita boleh menyekat laman web yang berbahaya kepada negara," katanya.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi bagaimanapun berkata, mengharamkan atau menyekat mana-mana laman web adalah bersifat sementara kerana ia hanya menyumbang kepada peningkatan kewujudan lebih banyak laman web seperti itu.
"Internet mengandungi pelbagai perkara, baik, buruk dan dahsyat. Anda boleh mencari apa sahaja termasuk membuat bom dan anda boleh menemuinya," kata Mohamed Shahril.- mstar online
TOP
Polis Tahan Lelaki Kurang Siuman Dipercayai Bakar Rumah
BESUT: Polis menahan seorang lelaki tidak siuman dipercayai membakar rumah milik seorang tukang kebun di Kampung Beting Lintang, dekat sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi berkata tangkapan dibuat pada kira-kira 12.30 tengah hari, selepas kejadian kebakaran pada 11.50 pagi, Sabtu.
"Polis yang berada di lokasi kebakaran telah melihat lelaki berkenaan berjoget-joget di hadapan rumah mangsa yang sedang terbakar dan menahannya selepas ia menjerit-jerit apabila melihat api sedang marak," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui status suspek yang berusia 29 tahun itu, termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atasnya.
Pemilik rumah, Mat Jusoh Daud, 35, tukang kebun di Resort Tok Bali Kelantan berkat, rumah kayu berusia 10 tahun tersebut sedang dibaik pulih dan beliau bersama isteri dan empat anaknya merancang untuk berpindah ke situ, pada awal tahun depan.- mstar online
TOP
Tiga Loji Air Ditutup Malam Tadi Beroperasi Semula - Azmin
Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Tiga buah loji rawatan air Sungai Selangor yang ditutup sejak malam Sabtu akibat pencemaran diesel sudah mula beroperasi secara berperingkat bermula pukul 4.30 pagi Ahad. Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata loji rawatan air berkenaan terpaksa ditutup berikutan kandungan kimia yang tinggi akibat tumpahan diesel. Katanya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat punca kejadian dan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan. "Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan pencemaran diesel di loji berkenaan," kata Azmin melalui laman Twitternya. Azmin berkata, pegawai LUAS masih berada di loji rawatan air itu bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung punca pencemaran.- mstar online

Tiga Loji Air Ditutup Akibat Pencemaran Bendalir Hidraulik
KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menutup tiga loji rawatan utamanya berikut pencemaran pada bendalir hidraulik di sungai.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred Dharan dalam kenyataan di sini hari ini berkata loji rawatan ditutup sejak 8 malam, semalam dan menjejaskan pengagihan bekalan air di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam.
"Akibat kerugian pada pengeluaran malam tadi yang berjumlah 1,350 juta liter sehari (MLD), pemulihan bagi kawasan yang terjejas akan mengambil tempoh beberapa hari. Tangki-tangki air akan digerakkan untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas sehingga bekalan air kembali pulih.
"Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sedang menyiasat punca pencemaran," menurutnya.- mstar online
TOP
Tiada Niat Hina PAS - Teresa Kok
Teresa Kok (dua dari kiri) bersama beberapa pemimpin pembangkang hadir pada pesta Oktoberfest, Jumaat.
KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok menyifatkan kehadirannya ke pesta Oktoberfest malam Jumaat lalu bukan untuk menghina mana-mana pihak, khususnya rakan sekutunya, PAS yang membantah penganjuran majlis itu. "Tidak bermaksud untuk menghina sesiapa. Pesta itu khas untuk bukan Islam. Jadi ia tiada kena-mengena dengan kepercayaan dan agama lain," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Ahad. Sambil mempertahankan tindakannya itu, beliau berkata, kehadirannya dan beberapa pemimpin DAP dan PKR ke pesta itu adalah hak kebebasan awam, bukan berniat untuk menghina umat Islam di negara ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas berita muka depan sebuah akhbar Bahasa Melayu pada Ahad yang menyifatkan tindakan beberapa pemimpin DAP dan PKR yang menghadiri pesat itu sebagai tidak menghormati pendirian PAS. Menurut akhbar tersebut, sokongan pemimpin DAP kepada penganjuran pesta arak itu walaupun dibantah masyarakat Melayu-Islam membuktikan parti itu lebih berkuasa di Selangor. Akhbar itu mendakwa, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dari PKR hanya menjadi "pak turut" kerana tidak berani bertindak tegas membatalkan acara itu. Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh juga mempertahankan hak beliau untuk memuat naik gambar semasa menghadiri pesta tersebut di laman Facebooknya. "Mengapa mahu campur tangan dengan program yang saya hadiri. Terdapat banyak majlis untuk bukan Islam yang saya muat naik di Facebook," katanya merujuk kepada akhbar berkenaan. Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. Sebaliknya, beliau hanya berkata: "Biarlah, tu hak mereka (bukan Islam)."- mstar online

Dua Wanita Sesat Di Bukit Cherok Tokun
Bukit Cerok Tokun sering menjadi tumpuan untuk beriadah terutama hujung minggu.
BUKIT MERTAJAM: Dua wanita dikhuatiri sesat ketika mendaki Bukit Cherok Tokun di sini pada malam Sabtu. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat di sini berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila salah seorang wanita terbabit membuat panggilan kecemasan selepas gagal mencari laluan untuk turun. "Salah seorang wanita terbabit membuat panggilan pada pukul 7 malam menyatakan dia dan kawannya mendaki bukit itu dan tidak dapat mencari jalan untuk turun," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata, usaha sudah dimulakan untuk mengesan kedudukan kedua-dua wanita berkenaan dengan bantuan penduduk dan Skuad Bomba Sukarela Padang Lalang. Jurucakap itu menambah, setakat ini, identiti kedua-duanya masih belum dikenal pasti.- mstar online

Liow Ulangi Pendirian Pertahan Pendidikan Di Sekolah Cina
Liow Tiong Lai.
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangka menegaskan semula pendirian parti dalam menegakkan pendidikan kaum Cina terutamanya di sekolah rendah jenis Cina ketika menyampaikan ucapan presiden pada Perhimpunan Agung MCA ke-61 di sini, Ahad. Beliau juga dijangka menekankan kepentingan kesederhanaan dalam masyarakat berbilang kaum dan merujuk kepada pendirian konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu itu. Penegasan itu ditetapkan apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang berucap pada perasmian Perhimpinan Agung Pemuda pada Sabtu yang mengecam individu yang mendakwa pendidikan Cina adalah penghalang kepada perpaduan kaum dan menggesa pemansuhan sekolah rendah jenis Cina. Menyifatkan kritikan itu sebagai 'halangan sebenar kepada pembangunan negara' beliau berkata, kerajaan mengiktiraf sekolah-sekolah tersebut sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara dengan memperuntukkan dana kepada mereka di bawah Bajet 2015. Pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam perhimpunan agung sayap parti itu pada Sabtu berkata, desakan untuk menutup sekolah jenis Cina di negara ini adalah kata-kata berunsur hasutan kerana Perlembagaan Persekutuan menggalakkan pendidikan bahasa ibunda untuk pelbagai kaum. Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga menegaskan bahawa tiada siapa yang harus mencabar hak orang Cina dan India untuk mempelajari bahasa ibunda melalui sekolah vernakular. Katanya, seramai 12 peratus murid-murid di sekolah rendah Cina terdiri daripada kaum lain. Liow juga dijangka mengumumkan projek khas yang akan meletakkan Universiti Tunku Abdul Rahman, kebanggaan MCA, ke tahap tertinggi.- mstar online

Usia Tidak Jejas Stamina Federer - Djokovic
Federer mara ke pusingan akhir selepas menewaskan Djokovic.
SHANGHAI: Pemain No.1 dunia, Novak Djokovic berkata usia tidak memperlahankan pergerakan Roger Federer menerusi apa yang dilihatnya sepanjang pertemuan penuh mendebarkan di antara mereka pada aksi separuh akhir Shanghai Master, tengah malam Sabtu. Djokovic tewas 6-4, 6-4 ditangan Federer. Kemenangan Federer ke atas juara bertahan dua kali itu turut membantu menebus kekalahan terhadap Djokovic, 27, pada aksi final Wimbledon tahun ini. "Saya rasa dia bermain dengan bagus sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Saya percaya usia tidak menjejaskan rentak permainannya. "Aksi beliau malam ini merupakan antara yang terbaik sepanjang pertemuan kami. Setiap kali saya mempunyai peluang, beliau akan menyekat langkah saya dan muncul juara," kata Djokovic. Federer enam tahun lebih tua daripada Djokovic dan mempunyai empat orang cahaya mata. Pemain dari Serbia itu berkata, keutamaannya kini adalah menanti saat kelahiran bayi sulungnya bersama isterinya, Jelena.- mstar online

Tiga Jenis Sukan Program Road To Rio Mungkin Digugurkan - KJ
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi bayangan sekurang-kurangnya tiga jenis sukan dalam program Road To Rio mungkin akan digugurkan. Beliau berkata semua pihak dan persatuan perlu realistik dengan pencapaian atlet masing-masing dan pihak kementerian hanya mahu memberi tumpuan kepada sukan prospek pingat sahaja pada Sukan Olimpik 2016 di Brazil. "Program Road To Rio akan dibuat semakan semula berdasarkan pencapaian atlet pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia baru-baru ini, kita kena ingat Sukan Olimpik dua tahun lagi dan bukan semua sukan boleh meraih pingat. "Jadi saya perlu membuat pemilihan dan keutamaan adalah sukan prospek pingat sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyertai Larian Standard Chartered KL Marathon 2014 di Dataran Merdeka, Ahad. Katanya, sebelum bermula Sukan Komanwel pada Julai lalu di Scotland dan Sukan Asia bulan lepas di Incheon, Korea Selatan, sebanyak lima sukan disenarai pendek daripada 11 jenis sukan yang terlibat dalam program Road To Rio. Namun selepas kemerosotan beberapa jenis sukan pada Sukan Asia September lepas, Khairy berkata terdapat dua atau tiga sukan dalam senarai bahaya dan mungkin digugurkan dalam program Road To Rio. Difahamkan sebelum ini 11 jenis sukan yang terlibat dalam Program Road To Rio ialah akuatik, angkat berat, berbasikal, badminton, gimnastik, hoki lelaki, lawan pedang, memanah, menembak, olahraga dan sukan layar. "Selepas Sukan Asia ada dua atau tiga sukan (program Road To Rio) dalam senarai bahaya. Ini bermakna saya tidak berapa 'impress' dengan pencapaian mereka. Saya tidak mahu beritahu sukan apa yang akan digugurkan itu lagi. "Saya mahu dengar apa perancangan mereka (persatuan sukan), kalau mereka buat sasaran tetapi tidak berpijak pada bumi yang nyata dan rakyat juga boleh nilai, saya rasa 'maaf anda dikeluarkan daripada program'," katanya. Mengulas lanjut peruntukan Bajet 2015 yang lebih memberi penekanan kepada pembangunan sukan serta penumpuan pada enam sukan teras, beliau berkata peruntukan bagi 20 jenis sukan lain turut tidak terlepas daripada program pembangunan. "Peruntukan 20 jenis sukan lain tetap ada, jadi jangan risau, sukan-sukan lain masih lagi terlibat dalam proses pembangunan ini. "Enam sukan yang disebut hanya fasa pertama sahaja. Satu perkara lagi, saya rasa bukan soal peruntukan cukup atau tidak, apa yang penting bagaimana kita guna peruntukan tersebut," kata Khairy. Pada pembentangan bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM103 juta dalam mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan menerusi empat langkah bersepadu. Kerajaan menekankan bahawa peruntukan itu bertujuan memastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan bermula di peringkat sekolah rendah melalui program Mengenal Pasti Bakat Malaysia. Selain itu, kerajaan berhasrat mempertingkat mutu sukan berprestasi tinggi menerusi enam bidang sukan terpilih dalam fasa pertama membabitkan bola sepak, berbasikal, badminton, sepak takraw, renang dan olahraga. "Saya akan mencadangkan (memberi cadangan) kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan bagi program pengenalpastian bakat di peringkat sekolah rendah," kata Khairy.- mstar online

Zainal Optimis Peluang Pahang Tanpa Dua Tunggak Utama
Zainal Abidin Hassan
SHAH ALAM: Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan optimis mengenai peluang skuad kendaliannya pada saingan separuh akhir Piala Malaysia menentang Kedah selepas kehilangan dua tonggak utama yang bakal menjalani penggantungan satu perlawanan. Beliau yakin keputusan cemerlang yang diraih dalam beberapa perlawanan sebelum ini, mampu diterjemahkan pemain skuad 'Tok Gajah' pada aksi separuh akhir pertama menentang Kedah, 19 Oktober ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Dua pemain berkenaan iaitu penyerang, Dickson Nwakaeme dan pemain pertahanan, Damian Delano Stewart dijangka kembali memperkuat skuad 'Tok Gajah' pada aksi timbal balik di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Oktober ini. "Sebelum ini, kita menerima pelbagai dugaan termasuk penjaga gol kita, Mohd Nasril Nourdin dilayangkan kad merah ketika berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuantan tempoh hari...Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang masih tidak berapa sihat terpaksa saya masukkan juga bagi gantikan tempat Mohd Nasril. "Saya akui kita berdepan tugas berat berdepan Kedah (pada separuh akhir pertama) tanpa ketiadaan dua pemain ini, namun saya yakin para pemain dapat melakukan sesuatu," katanya kepada pemberita. Zainal Abidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas aksi suku akhir kedua antara Pahang dan PDRM di Stadium Shah Alam, malam tadi. Pahang mara ke separuh akhir selepas menang agregat 3-2 ke atas PDRM manakala Kedah mengejutkan naib juara 2013, Kelantan menerusi kemenangan agregat 4-3 dalam satu lagi saingan suku akhir. Dalam pada itu, Zainal Abidin memuji semangat juang yang dipamerkan barisan pemain yang tidak berputus asa walaupun beraksi 10 pemain selepas Damian diperintah keluar padang oleh pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab kerana mengutip kad kuning kedua. "Alhamdulillah, mereka telah menjalankan tugas dengan baik walaupun separuh masa pertama, corak permainan kita agak terumbang ambing. Saya turut puji (pemain gantian), Mohd Fauzi Rozlan yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pada babak terakhir perlawanan," kata Zainal Abidin. Sementara itu, penolong jurulatih PDRM, Azman Adnan berbangga dengan aksi yang dipamerkan pemain skuad 'The Cops' walaupun mereka gagal meneruskan kemaraan pada saingan Piala Malaysia, musim ini. "Saya sendiri akur bahawa kekurangan pengalaman menjadi punca kekalahan kita pada perlawanan ini...walaupun kita tewas, saya bangga dengan aksi yang dipamerkan pemain," kata bekas pemain kebangsaan era 90-an itu.- mstar online

Keputusan Tenis Shanghai Masters
BERIKUT keputusan separuh akhir kejohanan Shanghai Masters:
Roger Federer - Novak Djokovic 6- 4, 6-4
Gilles Simon - Feliciano Lopez 6-2, 7-6
- mstar online

Korea Utara Dan Korea Selatan Berbalas Tembakan
SEOUL 10 Okt. - Korea Utara dan Korea Selatan berbalas tembakan di sempadan hari ini selepas tentera Korea Selatan menembak belon-belon yang membawa mesej anti-Pyongyang yang dilepaskan aktivis.
Tiada kecederaan dilaporkan, bagaimanapun sebahagian penduduk bandar Hapsuri di Yeoncheon yang terletak di sempadan Korea Selatan dipindahkan ke tempat pelindungan sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan, tentera Korea Utara melepaskan tembakan selama 20 minit selepas aktivis menerbangkan belon berkenaan sebelum dibalas tentera Korea Selatan. - AFP / Utusan
TOP
Wang Zhengyang, Penggodam Komputer Berumur 12 Tahun
China - Wang Zhengyang, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menggodam kedalam sistem komputer sekolah dan juga sistem jual beli online tapi mendakwa dia menggodam hanya kerana mahu membantu memperbaiki masalah keselamatan di dalam sistem.
Wang memecah masuk sistem sekolah dan kemudiannya memberitahu syarikat yang membuat sistem mengenai isu keselamatan tersebut.
Wang dikatakan mula belajar menggodam kerana malas membuat kerja sekolahnya. Tapi menurut Wang, dia hanya menggodam kerana mahu memperbetulkan masalah dan dia adalah seorang penggodam 'white hat'.
"Saya cuma mahu memperbaiki website", katanya di Konferens Keselamatan Internet China di Beijing pada hujung bulan lepas.
"Anda perlu menyerang website untuk mengetahui kelemahannya", tambahnya lagi.
Wang juga pernah menggodam sebuah laman web jual beli online dengan menukar produk dari 2500 yuan kepada 1 yuan, tapi kemudiannya melaporkan kepada pengurus laman web berkenaan mengenai isu itu - SiakapKeli.com
TOP
Penyamun Berjaya Ditangkap Kerana Tertinggal Air Mani Dalam Patung Beruang
Paul Mountain, 38, dari Darwen, Lanchashire telah ditangkap oleh polis kerana kesalahan menyamun rumah setelah polis menemukan DNAnya di dalam sebuah patung beruang.
Penyamun berkenaan dipercayai melakukan seks bersama patung beruang tersebut, menyebabkan dia meninggalkan air maninya di dalam patung malang itu.
Mountain, yang mengaku bersalah atas kesalah memecah rumah di mahkamah Majistret Blackburn, mengatakan dia merasakan 'keinginan yang malampau' untuk melakukan seks setelah berada dalam pengaruh amphetamine yang tinggi. - SiakapKeli.com
TOP
Kesilapan ejaan, Gembira Terima Ijazah Ditulis Jenazah
Satu kesilapan yang agak memalukan bagi pihak Siaran Stesen Televisyen Radio Malaysia (RTM) telah berlaku hari ini ketika penyampaian beritanya. Apa yang berlaku ialah mereka tertulis pekataan Ijazah sebagai Jenazah.
Bagaimanapun kesilapan tersebut sempat dirakam oleh penonton dan kini sudahpun menjadi viral di internet. Kesilapan itu berlaku dalam rancangan berita pagi tadi yang menceritakaan tentang kegembiraan dua beradik kembar menerima Ijazah dalam satu konvokesyen.
“Dua pasangan kembar rai saat gembira terima ‘jenazah’,” itulah tulisan yang tertera ketika gambar dua beradik tersebut di kaca televisyen. Berdasarkan pemerhatian kami, gambar tersebut sudah pun viral di internet termasuk media sosial yang mana mungkin menjejaskan reputasi RTM. Sebagai media yang besar seharusnya lebih berhati-hati akan perkara ini. Bagaimanapun tiada manusai yang tidak pernah melakukan kesilapan. - Siakapkeli.com

Memey Tak Sanggup Bermadu
TERAJU utama drama bersiri Pulang Sayang ini mengakui tidak pernah menyalahkan peminat yang mendoakan hubungan suaminya pelakon Norman Hakim bersama bekas isterinya Abby Abadi kembali bersatu.
Menurut Memey Suhaiza, 26, peminat akan terus memberikan macam-macam pandangan mengenai hubungan mereka.
"Sebenarnya selain yang menyokong mereka kembali bersama, ada juga yang marah dan meminta supaya Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga kami.
"Ada lagi perkara lain yang orang sampaikan pada saya, tetapi itu hak mereka dan saya sendiri rasa ok jer sebab pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk," katanya kepada Zass menerusi aplikasi WhatsApp.
Jelas Memey, dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut (bermadu) kerana bahagia dengan kehidupan kini.
"Apa yang penting bagi saya adalah menjaga suami. Lagipun dia yang paling sedih apabila perkara ini berlaku.
"Dia sering minta supaya saya kuat dan jangan biarkan perkara ini mengganggu rumahtangga kami. Lagipun, saya percaya bukan sesiapa menentukan kehidupan kita kerana semua yang berlaku urusan ALLAH SWT," ujar Memey yang sedang hamil tiga bulan anak
keduanya.
Dalam pada itu, Memey memberitahu, dia yakin semua maklum akan hubungan baik antaranya dan juga Abby.
"Kami memang sentiasa berhubung, jika bukan saya, suami yang akan menghubunginya bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat.
"Bila dia tertekan, tidak salah kami menasihatinya supaya terus kuat demi anak-anak. Lagipun suami tidak pernah berselindung sebaliknya dia sentiasa memberitahu saya apa sahaja perkembangannya bersama bekas isteri," jelasnya hairan apabila perkara tersebut
diperbesarkan.
Memey juga meminta peminat mendoakan yang terbaik buat mereka kerana hubungan baik tersebut demi anak-anak tercinta. - Sinar Harian
TOP
Rakyat Bosnia Keluar Mengundi Hari Ini
SARAJEVO – Rakyat Bosnia hari ini keluar mengundi di tengah kemelut ekonomi dan sosial, bagi memilih presiden yang mewakili penduduk Croatia, Muslim dan Serb serta Parlimen baharu.
Pilihan raya umum itu diadakan ketika Bosnia menghadapi pelbagai masalah ketidakpuasan sosial berikutan kejadian rasuah berleluasa dan pertikaian etnik.
Bosnia adalah sebuah negara termiskin di Eropah dan berpecah berdasarkan kumpulan etnik berikutan peperangan di antara penduduk Croatia, Muslim dan Serb kira-kira 20 tahun lalu.
Konflik pada 1992-1995 itu, yang meragut nyawa kira-kira 100,000 orang, mengakibatkan bekas Republik Yugoslavia itu berpecah kepada dua entiti semi autonomi iaitu etnik Serb, Republika Srpska dan Persekutuan Muslim-Croatia – yang dihubungkan oleh institusi pusat yang lemah.
Kadar pengangguran di Bosnia adalah kira-kira 44 peratus. Kira-kira 18 peratus daripada penduduknya hidup di bawah garisan kemiskinan dengan purata gaji bulanan sebanyak 415 euro (RM1,600).
Negara berkenaan juga dilanda rasuah berleluasa, yang menyebabkan ribuan orang menunjuk perasaan di jalan raya bagi membantah gejala itu, agar kerajaan dapat memperkenalkan pembaharuan politik dan ekonomi yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai EU.
Kira-kira 5,400 pusat mengundi dibuka pada jam 5 pagi GMT (1 petang Malaysia) dan akan ditutrup 12 jam kemudian. Keputusan awal dijangka pada jam 10 malam waktu Bosnia. – AFP
TOP
Hospital Gaza kekurangan bahan api
GENTING GAZA - PALESTIN. Timbalan menteri kesihatan, Yousef Abul-Rish mengeluarkan amaran bahawa krisis kemanusiaan di hospital Gaza semakin meruncing kerana kekurangan bahan api.
Menurutnya, kebanyakan hospital di Gaza bakal kehabisan bahan api dalam tempoh 48 jam.
"Kebanyakan kemudahan hospital di Gaza menggunakan generator.
"Jika bekalan habis, mesin hemodialisis dan lain-lain mesin akan berhenti berfungsi," katanya dipetik Middle East Monitor.
Sementara itu, akhbar al-Resalah melaporkan kekurangan bahan api di hospital Gaza mungkin menyebabkan kematian dalam kalangan pesakit.-sinar
TOP
Mayat bayi dihurung semut
Keadaan mayat bayi yang ditemui di hadapan tandas balai raya Kampung Simpang Tebing Tinggi, kelmarin.
JERANTUT – Penduduk Kampung Simpang Tebing Tinggi di sini gempar dengan penemuan mayat bayi perempuan di hadapan tandas balai raya kampung berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin. Pengerusi masjid kampung berkenaan, Mohd Taufek Shamsudin, 65, berkata, mayat bayi yang hanya beralaskan sehelai kain itu dijumpai oleh orang awam yang hendak menggunakan tandas berkenaan sebelum bertindak memanggil penduduk kampung. “Ketika dimaklumkan kejadian berkenaan saya sedang menyelaras kerja penambakan perkarangan masjid kampung ini sebelum bergegas ke balai raya untuk melihat bayi berkenaan. “Saya sedih melihat mayat bayi yang telah dihurung semut dan terbiar begitu sahaja tanpa diselimuti kain,” katanya di sini, semalam. Mohd Taufek berkata, berdasarkan siasatan pihak polis menganggarkan bayi berkenaan berusia kira-kira seminggu berdasarkan tali pusat bayi itu yang telah kering. Menurutnya, kejadian tersebut disifatkan sebagai kejam kerana bayi perempuan tersebut cukup sifat dan kelihatan sihat dari segi fizikal telah dibiarkan di situ oleh individu yang tidak berhati perut. “Saya rasa ini bukan perbuatan orang tempatan tapi mungkin orang luar yang mahu membuang bayi di kawasan itu kerana berdekatan dengan kubur kampung ini yang sunyi. “Kita berasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang bayi di kawasan ini dan berharap pihak polis dapat menangkap mereka untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azid Ismail, berkata pihaknya telah menerima laporan tersebut dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang telah membantu kejadian itu. “Kejadian ini amat menyedihkan kerana pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi itu tanpa perasaan kasih sayang,” katanya. -sinar

Kem baharu mantapkan ATM hadapi ancaman
Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Pembinaan Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah akan memperkukuh dan memantapkan kemampuan pasukan keselamatan dalam menghadapi ancaman penceroboh bersenjata dan jenayah rentas sempadan. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, cadangan kerajaan membina kem itu membuktikan isu keselamatan di kawasan perairan Sabah tetap menjadi keutamaan kerajaan. Katanya penubuhan dua batalion iaitu satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia dan satu batalion tentera darat di Sabah, dapat mengemaskinikan aspek pertahanan bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di pesisiran pantai Sabah. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat berkata kerajaan memperuntukan RM660 juta bagi memperkukuhkan keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone) dari ancaman penceroboh bersenjata dan jenayah rentas sempadan. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mencadangkan pembinaan kem PGA di Beluran dan kem ATM di Felda Sahabat dalam Esszone. Zulkifeli memberitahu Bernama di sini pembinaan kem berkenaan adalah seperti yang dijanjikan oleh kerajaan sewaktu penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Lahad Datu pada April tahun lepas. - Bernama

15 pengusaha ladang ketum dikenalpasti
ALOR SETAR - Seramai 15 pengusaha ladang ketum yang sudah dikenalpasti akan menerima bimbingan untuk mengusahakan tanaman alternatif bagi menjana pendapatan mereka.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, julung kalinya mereka bekerjasama dengan Jabatan Pertanian menganjurkan siri pertama berjumpa dengan pengusaha terlibat untuk menerangkan keperluan menukar kepada tanaman lain.
Menurutnya, usaha itu perlu dilaksanakan segera berikutan tahun hadapan kemungkinan kesalahan melibatkan ketum akan diubah dari Akta Racun kepada Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Selain denda dan hukuman lebih berat dikenakan, tanaman mereka boleh dimusnahkan mengikut peruntukkan undang-undang.
"Pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memperuntukkan sejumlah besar wang untuk sektor pertanian yang bukan sahaja dapat membantu golongan petani tetapi menarik minat lebih ramai pengusaha ketum terlibat dalam tanaman alternatif yang lain.
"Berdasarkan rekod, kira-kira 3.2 hektar kawasan ladang ditanam dengan ketum tidak termasuk di belakang rumah. Dipercayai satu hektar boleh memuatkan 1,500 pokok yang menjana pendapatan kira-kira RM200,000 setahun," katanya kepada media sewaktu menghadiri program Skuad 1 Malaysia Futsal Piala Pengarah AADK Kedah, D' Futsal, Titi Gajah, di sini, hari ini.
Menurutnya, siri kedua bakal dilaksanakan dalam masa terdekat untuk membantu mereka mengenal pasti tanaman yang bersesuaian.
"Antara tanaman alternatif yang boleh diusahakan ialah jagung dan cili bagi tanaman jangka pendek. Walaupun hasil tidak begitu lumayan berbanding ketum namun kesejahteraan masyarakat lebih penting kerana penyalahgunaan ketum mendatangkan kesan buruk terhadap generasi muda.
"Kawasan paling banyak ladang ketum adalah Kubang Pasu dan beberapa kawasan lain termasuk Padang Terap serta Sik," katanya.
Mohammad Nazer berkata, AADK turut bekerjasama dengan majlis tindakan daerah serta bergerak bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mengenal pasti lokasi pengusaha ketum yang lain.
"Kita turut mengadakan kempen di setiap daerah untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan ketum kerana masih ada yang menganggap minum air ketum tidak salah hanya sebagai ubat serta minuman tenaga.
"Sesi dialog bersama masyarakat juga dapat membantu mereka lebih memahami kesan tanaman itu dalam jangka panjang. Disebabkan tiada akta ketat ada pelajar sekolah berani membawa minuman itu ke sekolah," katanya.-sinar
TOP
Ibu rayu penculik bebaskan anaknya
Konstabel Zakia Aliep
TUARAN - "Aku mahu anakku pulang, lama sudah dia di sana...dia pun sudah rindu sama mak," demikian luahan ibu kepada anggota polis marin, Konstabel Zakia Aliep, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna sejak 12 Julai lepas. Juna Gumbur, 54, hanya meluahkan kata-kata itu ketika ditemui pemberita selepas lawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim diiringi Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abd Aziz Yusoff. Dalam nada sendu sambil menitiskan air mata, beliau berkata harapannya hanya mahu melihat anak ketiga daripada enam beradik itu dikembalikan kepada pangkuan keluarga dalam masa terdekat. Bapa mangsa, Aliep Sadu, 53, berkata beliau dapat merasai penderitaan yang dialami Zakia, 27, yang sentiasa bersuara sayu setiap kali menghubunginya selepas diculik tiga bulan lepas. "Saya memang pernah terima panggilan daripada Zakia...suaranya sayu dan jadi apa-apa pun kita ikut prosedur mereka (polis). Anggota keluarga tiada apa-apa lagi selain berharap pembebasan Zakia cepat-cepat ditebus segera...itu sajalah harapan kami," katanya. Aleip yang mewakili keluarganya turut merakamkan ucapan terima kasih atas lawatan dan sumbangan pihak polis selain mempercayai kemampuan pihak berkuasa untuk menangani isu keselamatan dan pembebasan anaknya. Sementara itu, isteri Zakia, Sharifah Erna Berson, 22, berkata Zakia hanya meminta mahu dibebaskan segera setiap kali menghubunginya dan perbualan dengan suami berlangsung dalam nada sedih apatah lagi apabila berkisar soal anak. "Dia memang selalu bertanya pasal anak, kalau dengar suara anak menangis, dia juga akan menangis. "Perbualan kami hanya beberapa minit sahaja, setiap kali menerima panggilan telefon. Saya sudah tidak ingat bila panggilan terakhir daripadanya pada minggu lepas kerana banyak sangat dalam fikiran...perbualan hanya bertanya khabar dan mengenai rundingan. "Saya hanya harap suami pulang dengan selamat," katanya. Mengenai lawatan itu, katanya, beliau dimaklumkan pihak berkuasa sedang berusaha untuk membebaskan Zakia secepat mungkin. Insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna, itu turut mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32. - Bernama

Temerloh terbakar
Tindakan segelintir penyokong Selangor membaling suar ke balapan selepas jaringan penyamaan Indra Putra m-87 di Stadium Temerloh, semalam.
THE FIGHTERS menempah slot separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas mencatatkan agregat 7-3 ke atas The Red Giants sekali gus muncul selaku pasukan berstatus kelab mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 setakat ini. Dalam saingan suku akhir kedua di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Temerloh, Pahang, malam tadi, perlawanan berkesudahan seri 3-3. Sebaik separuh babak pertama bermula, pelawat nyaris mengejutkan gawang tuan rumah pada m-7 menerusi gerakan penyerang importnya, Paulo Rangel yang menghantar bola ke Ahmad Hazwan Bakri, namun dibatalkan akibat offside. Namun tuan rumah kembali mengatur gerakan menerusi cubaan Makeche Ndumba pada m-10 tetapi berjaya ditampan oleh pertahanan lawan dan sepakan sudut yang diberikan gagal dimanfaatkan selepas tandukan Shukor Adan di depan gawang ditangkap Mohd Hamsani. Felda terus menggandakan serangan dan pada m-30, sepakan oleh pemain importnya, Zah Rahan Krangar tersasar di sudut kanan gawang. Sebaliknya, kesilapan pertahanan Felda memakan diri dengan tandukan penyerang sensasinya, Rangel yang menanduk masuk hasil gerakan Muhammad Afiq Azmi pada m-38 menewaskan Mohd Farizal Harun sekali gus menggegarkan stadium yang dipenuhi lebih 10,000 penyokong. Tambahan dua minit masih gagal merubah kedudukan dan keputusan kekal Selangor mendahului 1-0 hingga tamat separuh babak pertama perlawanan. Tidak sampai dua minit separuh babak bermula, Felda menyamakan kedudukan selepas rembatan Makeche terkena Farizal tetapi bola muntah itu berjaya dimanfaatkan Edward Junior Wilson yang menyepak masuk menewaskan penjaga gol Selangor itu. Kedudukan kembali memihak pelawat pada m-51 menerusi gerakan solo Andik Vermansah dari tengah dan merembat dari luar kotak penalti. Skuad kendalian Mehmet Durokovic itu terus bernafsu menggasak gawang lawan namun hantaran dari Andik ke Ahmad Hazwan Bakri tersasar pada m-59 dan sepakan dari luar kotak penalti oleh pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tinggi melepasi palang gol tuan rumah. Rangel sekali lagi menambahkan gol buat Selangor selepas rembatannya menembus gawang Felda pada m-60. Tuan rumah tidak berputus asa sebaliknya menggandakan serangan dan Edward Junior menceriakan penyokong Felda dengan gol kedua pasukan pada m-69. Cubaan Muhammad Afiq nyaris mencemaskan gawang Felda pada m-81 namun sepakannya tersasar di sudut kiri gawang. Kemasukan pemain gantian, Indra Putra Mahyuddin menambahkan derita lawan dengan gol penyamaan pada m-85. Namun situasi menjadi kecoh dengan tindakan segelintir penyokong Selangor yang membaling flare ke atas trek sebaik gol itu dihasilkan. Kedudukan kekal 3-3 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri. - sinar

21 maut keracunan arak
Petugas paramedik mengangkat seorang mangsa keracunan arak buatan sendiri di selatan Pakistan.
KARACHI - PAKISTAN. Pihak berkuasa Pakistan semalam mengesahkan kematian seramai 21 orang di kawasan kejiranan miskin di selatan negara itu adalah disebabkan oleh keracunan minuman keras buatan sendiri. Menurut AFP, kejadian berlaku di wilayah Landhi dan Korangi selain kebanyakan mangsa adalah lelaki dewasa. Difahamkan, kesemua mangsa meminum arak tersebut dalam satu majlis keraian. Doktor di Hospital Jinnah, Seemi Jamali memaklumkan, pihaknya sedang berusaha merawat 22 lagi mangsa yang masih tidak sedarkan diri. Jamali memberitahu, keadaan semua mangsa adalah serius. Penjualan alkohol secara umum diharamkan di Pakistan, namun ramai yang menghasilkan sendiri minuman keras murah di rumah secara tersembunyi. Pada Julai tahun lalu, sekurang-kurangnya 18 orang mati dan 18 lagi menderita komplikasi serius selepas meminum minuman keras bertoksik dalam dua buah acara keramaian di Bandar Faisalabad. - sinar

Ulama Islam gesa pertahan Masjid al-Aqsa
Penduduk Palestin menunjukkan peluru getah dan bekas bom asap yang digunakan pihak berkuasa rejim Zionis bagi menghalau umat Islam yang berada di dalam Masjid al-Aqsa. - Foto AFP
DOHA - QATAR. Kesatuan Ulama Antarabangsa menggesa gabungan kemanusiaan Arab-Islam mempertahankan Masjid al-Aqsa daripada pencerobohan Zionis dan mengembalikan hak rakyat Palestin di wilayah diduduki Israel. Rabu lalu, polis Israel menyerbu Masjid al-Aqsa dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalau mereka yang berada di dalam masjid sebelum membenarkan penduduk Yahudi memasuki bangunan itu ketika festival Sukkot. Kesatuan tersebut dalam satu kenyataan berkata, ia diikuti kebimbangan terhadap tindakan rejim Zionis yang mula membenarkan kemasukan orang Yahudi ke dalam masjid ketiga paling suci itu. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan Zionis dan pasukan keselamatan Israel yang membaling bom sehingga menyebabkan kebakaran permaidani di dalam masjid," katanya dipetik Middle East Monitor. Menurutnya lagi, kesatuan menggesa semua negara di dunia dan organisasi antarabangsa untuk berusaha ke arah menghentikan kekejaman Zionis. - sinar

Kahwin diri sendiri gara-gara frust bercinta
TIDAK tahan dengan hubungan cinta yang sering kecundang, seorang wanita mengambil langkah luar jangkaan mengahwini dirinya sendiri di hadapan 50 tetamu yang hadir pada majlisnya.
Grace Gedler melamar dirinya sendiri di Parliament Hill, utara London pada November lalu dan akhirnya mengahwini dirinya sendiri pada Mac lalu. Menurut laporan Metro.uk, tindakannya diinspirasikan oleh sebuah lagu dari penyanyi, Bjork yang bertajuk ‘My name’s Isobel, married to myself’. Gedler yang menyendiri sejak enam tahun lalu, mengambil keputusan untuk membina perhubungan cinta yang dikatakan kekal abadi, iaitu dirinya. Majlis perkahwinannya yang disaksikan oleh rakan-rakan dan adiknya berakhir dengan ciumannya pada sebuah cermin. Menurut Gedler, dia masih waras sewaktu mengumumkan perkahwinannya. “Saya sangat selesa dengan motivasi diri saya. Saya telah melalui sebuah perjalanan hidup dengan perkembangan peribadi yang baik seperti meditasi untuk meningkatkan prestasi dan kesedaran diri saya. “Saya juga telah mengikuti satu program Shakti Tantra dengan memberi tumpuan kepada seksualiti dan juga mempelajari cara untuk membuat perjanjian dengan diri sendiri dan orang lain,” katanya. Seperti bakal pengantin lain, Gedler dikatakan kelihatan gelisah pada hari perkahwinannya. Bagaimanapun majlis tersebut dikatakan berjalan dengan lancar dan Gedler kini tidak lagi menyendiri.- sinar

Lelaki dibelasah, dimalukan mangsa
Lokasi lelaki yang menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly.
SUSSEX - BRITAIN. Seorang lelaki dikatakan silap langkah memilih sasaran apabila cedera dibelasah dan dimalukan mangsanya sendiri apabila dia bertindak menyerang gadis tersebut di sebuah taman di Crawly. Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, penyerang berusia 35 tahun itu dikatakan muncul dari belakang mangsa dan menarik lengannya ketika remaja tersebut melalui taman itu seorang diri untuk pulang ke rumahnya. Menurut laporan Metro.uk, kesilapan tersebut disedari si penyerang sebaik gadis itu dengan mudah melepaskan diri dari genggamannya dan menyerang balas dengan sepakan dan tumbukan bertubi-tubi ke tubuh lelaki tersebut. Mangsa, 14, dikatakan pengamal seni pertahanan diri sejak kecil. Pegawai Penyiasat Inspektor Andy Bennet berkata, pihak polis kini menahan lelaki tersebut. Pihak berkuasa juga meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil untuk diambil keterangan. “Walaupun kami telah melakukan tangkapan tersebut, kami masih perlu bercakap dan mengambil keterangan saksi atau sesiapa sahaja yang berada di Taman Tilgate. “Kami perlu mencari mana-mana saksi yang mungkin melihat apa-apa yang mencurigakan di taman atau sekitar taman pada Sabtu lalu,” jelasnya. - sinar

EU haramkan produk tenusu Israel
Larangan mengimport produk tenusu ke EU dari Israel akan berkuat kuasa Januari tahun depan.
BRUSSELS - BELGIUM. Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk mengharamkan import produk tenusu dari Israel berkuat kuasa Januari tahun depan. Berdasarkan keputusan itu, EU tidak lagi mengiktiraf kuasa agensi pemeriksaan sejak 1967 dan tanpa pemeriksaan produk tenusu termasuk dari timur al-Quds (Baitulmaqdis) serta Golan Heights, ia tidak boleh diedarkan di Eropah. Difahamkan, Kementerian Pertanian Israel telah memaklumkan kepada semua syarikat tenusu tentang pengharaman berkenaan. "Bermula 1 Januari 2015, tiada lagi aktiviti mengeksport produk tenusu ke Green Line, sama ada secara langsung atau tidak langsung," menurut kementerian itu. Menurut Press TV, kementerian tersebut juga sedang berusaha mengurangkan larangan kerana mendakwa langkah itu akan menyebabkan negara menanggung kerugian kewangan minimum berikutan eksport tenusu ke EU menyumbang sebahagian kecil kepada keuntungan Israel. - sinar

Selfie terakhir sebelum tragedi
Bintang pop Mexico, Jenni Rivera sempat mengambil gambar ini bersama anak-anak kapal sebelum jet peribadi yang dinaiki terhempas.
KEGILAAN ‘selfie’ kini menjadi satu trend global yang bukan hanya melanda golongan muda, malah pelbagai golongan di dunia ini. Tidak kira di mana jua, siang atau malam, pasti ada yang menggunakan kesempatan yang ada untuk berselfie demi mengabadikan kenangan terindah. Namun, siapa sangka, bagi sesetengah individu, foto ‘selfie’ yang diambil mungkin menjadi gambar terakhir buat rakan dan keluarga mereka. Dipetik dari sebuah blog, Sinar Harian Online hari ini menghimpunkan beberapa koleksi ‘selfie’ yang berakhir dengan tragedi memilukan. Pada 3 Ogos lalu, mangsa dari Mexico, Oscar Otero Aguilar yang berusia 21, didapati mati akibat tertembak dirinya sendiri dengan menggunakan sepucuk pistol. [ARTIKEL BERKAITAN: Maut tertembak diri sendiri ketika 'selfie']
Menurut laporan pihak berkuasa, Aguilar didapati berada di dalam keadaan mabuk ketika cuba berselfie dengan sepucuk pistol sebagai pelengkap gayanya. Mangsa kedua pula merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun dari Sepanyol yang dikatakan cuba untuk berselfie di atas landasan kereta api. Namun padah diterima apabila dia dikatakan terkena renjatan elektrik ketika berada di atas landasan tersebut. Mangsa ketiga pula adalah antara mangsa nahas pesawat MAS, MH17 yang ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia. Gary Slok dan ibunya sempat bergambar bersama-sama sebelum berlepas dari lapangan terbang di Ukraine menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Menurut laporan berita, kedua anak-beranak itu dalam perjalanan ke Malaysia untuk menikmati percutian musim panas mereka sebelum menjadi mangsa tragis akibat nahas terbabit. Sementara itu, Xenia Ignatyeva, 17, merupakan mangsa keempat ‘selfie’ yang membawa maut. Memetik laporan portal, remaja Rusia ini dilaporkan hilang keseimbangan sewaktu cubaannya untuk berselfie di atas sebuah jambatan. Ignatyeva meninggal dunia akibat renjatan elektrik melalui kabel yang cuba dipautnya sewaktu terjatuh. Tragedi tersebut berlaku pada April lalu di Saint Peterburg, Rusia. Selain itu, pada Disember 2012, bintang pop Mexico, Jenni Rivera dikatakan mengambil gambarnya bersama krew dan rakannya sebelum mereka berlepas ke Bandar Mexico dengan menggunakan jet peribadi. Sejurus selepas itu, jet tersebut dikatakan terhempas di pergunungan Monterrey di utara Mexico. Media barat melaporkan, tidak ada yang terselamat daripada kemalangan tersebut. - sinar

Peluru asal China, AS
Sejumlah lebih 1,730 kelongsong peluru telah didokumenkan termasuk pelbagai senjata api lain.
LONDON - UNITED KINGDOM. Kumpulan Negara Islam (IS) menggunakan kelongsong peluru dari China dan Amerika Syarikat (AS) dalam pertempuran menentang kerajaan di Syria dan Iraq, menurut satu kajian, semalam. Menurut laporan yang dikeluarkan kumpulan penyelidik dari Penyelidikan Persenjataan Konflik (CAR), IS didapati menggunakan kelongsong peluru yang dihasilkan di 21 buah negara dengan tarikh pengeluaran antara 1945 hingga 2014. "Dua tempoh pengeluaran iaitu tahun 1970-an hingga 1980-an dan sekitar tahun 2000, adalah jenis kelongsong peluru paling banyak digunakan yang dihasilkan di China, Serbia, Kesatuan Soviet atau Persekutuan Rusia dan AS. "CAR menemui kebanyakan kelongsong peluru tentera IS di Syria bertarikh sekitar tahun 1970-an sehingga 1980-an dan majoritinya diperoleh dari China dan Soviet. Sebaliknya, sampel kelongsong peluru 5.56 x 45 milimeter yang ditemui di Iraq kebanyakannya dihasilkan di AS,"katanya dipetik Middle East Monitor. Difahamkan, kelongsong peluru dari AS itu digunakan untuk senapang M16 dan M4 bagi kegunaan pertahanan dan keselamatan tentera Iraq. Kajian turut menyebut bahwa, 10 peratus daripada sampel adalah bertarikh dari 2010 dan ke atas. - sinar

Hari Budak Perempuan Antarabangsa disambut esok
BANGKOK - THAILAND. Hari Budak Perempuan Antarabangsa disambut esok dalam keadaan dunia yang menyaksikan berjuta-juta kaum wanita menjadi mangsa pelbagai bentuk keganasan fizikal di seluruh dunia.
“Masalahnya bersifat global, tetapi penyelesaiannya perlu dicari di peringkat nasional, masyarakat dan keluarga. Setiap daripada kita bertanggungjawab melindungi, mendidik dan mengupayakan golongan remaja.
"Kita semua bertanggungjawab menghentikan keganasan yang dilakukan terhadap budak perempuan," kata timbalan pengarah eksekutif Unicef Geeta Rao Gupta dalam kenyataan hari ini.
Menjelang sambutan itu, Unicef akan mengeluarkan himpunan data yang mendedahkan kedahsyatan keganasan yang dialami remaja perempuan serta sikap mengejutkan yang memburukkan lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Data itu, antara lain, menunjukkan bahawa di sesetengah negara, tujuh daripada 10 budak perempuan berusia dalam lingkungan usia 10 hingga 15 tahun, yang menjadi mangsa penderaan fizikal dan/atau seksual, tidak pernah meminta bantuan kerana kebanyakan mereka berpendapat ia bukan suatu penderaan atau tidak menganggapnya sebagai suatu masalah.
Hari ini, di seluruh dunia, lebih 700 juta wanita berkahwin sebelum berusia 18 tahun. Lebih satu daripada setiap tiga wanita (kira-kira 250 juta) pula menjadi isteri sebelum berusia 15 tahun.
Menurut Unicef, data itu mendedahkan persepsi menakutkan tentang penerimaan perbuatan ganas, terutama dalam kalangan budak perempuan.
Secara global, hampir separuh daripada budak perempuan berusia 15 hingga 19 tahun percaya bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang lelaki memukul isteri atau pasangannya dalam keadaan tertentu seperti kerana enggan melayan nafsu seks, meninggalkan rumah tanpa kebenaran, bertengkar, mengabaikan anak-anak atau tidak menyediakan makanan.
Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu mengisytiharkan tarikh 11 Oktober sebagai Hari Budak Perempuan Antarabangsa melalui resolusi yang diterima pakai pada 19 Disember 2011. - Bernama
TOP
Kim Jong-Un ditahan?
PYONGYANG - KOREA UTARA. Kehilangan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jung-un dari pandangan ramai sejak sebulan lalu menimbulkan spekulasi bahawa beliau ditahan oleh rejimnya sendiri.
Menurut Daily Mail, Profesor Remco Breuker dari Universiti Leiden di Belanda percaya, kelibat Jung-un tidak kelihatan kerana beliau telah dikenakan tahanan rumah.
"Tiada siapa yang mengetahui keadaan terkininya atau di mana dia berada. Dia juga tidak kelihatan di hospital, ada kemungkinan dia dikenakan tahanan rumah," katanya yang dipetik dari ABC Australia.
Pemimpin berusia 31 tahun itu kali terakhir dilihat ketika menghadiri sebuah konsert rakyat di Pyongyang pada 3 September lalu.
Selain spekulasi rampasan kuasa di Pyongyang, khabar angin mengatakan pemimpin itu sedang sakit.- sinar
TOP
EU, Majlis Eropah ulangi bantah hukuman mati
KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia hari ini, Kesatuan Eropah (EU) dan Majlis Eropah mengulangi bantahan keras dan penuh mereka terhadap hukuman itu.
Hari yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun itu diperkenalkan pada 2003 oleh Gabungan Menentang Hukuman Mati Sedunia.
Dalam satu kenyataan bersama, Wakil Tertinggi bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan EU dan Setiausaha Agung Majlis Eropah berkata mereka komited terhadap usaha menghapuskan hukuman mati di seluruh dunia.
"Kami menyeru semua ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya menyokong resolusi berhubung moratorium mengenai pelaksanaan hukuman mati yang akan diundi dalam Sidang Ke-69 Perhimpunan Agung PBB pada Disember 2014," kata mereka dalam kenyataan yang dikeluarkan Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia hari ini.
Mereka menyatakan semua negara anggota EU telah menghapuskan hukuman mati, yang kali terakhir dilaksanakan 17 tahun lepas.
EU dan Majlis Eropah juga menggesa semua negara bukan anggota pertubuhan itu supaya menandatangani dan mengesahkan Protokol 6 dan Protokol 13 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah yang bertujuan menghapuskan hukuman mati.
Kedua-dua pertubuhan itu juga menggalakkan semua negara mengesahkan Protokol Opsyen Kedua terhadap Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 15 Disember 1989, bersempena sambutan ulang tahun ke-25nya tahun ini.
Sehingga kini, hanya 81 negara mengesahkan protokol itu. - Bernama
TOP
PM Yaman letak jawatan
Ratusan penduduk Yaman mengadakan bantahan menuntut pemberontak Houthi membuka sekatan yang dikenakan ke atas ibu negara Sanaa
SANAA - YAMAN. Perdana Menteri Yaman yang baru dilantik didakwa meletak jawatan susulan bantahan daripada pemberontak Houthi yang menolak pencalonan itu. Kelmarin, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi menerima peletakan jawatan Ahmed Awad Mubarak selepas penunjuk perasaan Houthi menyelar pilihan kerajaan berkenaan. Difahamkan melalui laporan Press TV, keputusan meletak jawatan diambil dalam usahanya untuk memelihara perpaduan negara daripada sebarang perpecahan. Sementara itu, sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan bom berani mati yang disasarkan kepada penunjuk perasaan anti kerajaan di Dataran Tahrir di ibu negara, semalam. - sinar

Iran lancar Fateh Mac tahun depan
Tentera Laut Iran pernah melancarkan kapal selam paling berat Tareq 901 pada September 2012.
TEHRAN - IRAN. Iran akan memperkenalkan kapal selam dasar laut separuh berat domestik selewat-lewatnya pada Mac tahun depan, menurut pegawai kanan tentera, semalam. Menurut Press TV, Ketua Pertubuhan Penyelidikan Perindustrian Tentera Laut Iran dan Sara Diri, Laksamana Ali Gholamzadeh berkata, terdapat tiga kelas kapal selam dan Iran telah berjaya mencapai tahap mandiri dengan menghasilkan kapal selam lebih ringan. "Kami mereka bentuk dan membina kapal selam berat dan separuh berat, dan kapal selam Fateh akan akan dilancarkan pada Mac 2015,"katanya. Sebelum ini, Iran telah melancarkan kapal selam berlainan kelas yang canggih termasuk Fateh, Ghadir, Qaem, Nahang, Tareq dan Sina. Sejak beberapa tahun lalu. Iran berjaya menghasilkan sendiri beberapa peralatan dan sistem utama tenteranya. - sinar

Perodua sambut baik pengecualian cukai
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyambut baik inisiatif kerajaan Malaysia untuk memberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama lima tahun bagi menggalakkan sektor swasta mengurus, menyelenggara dan menaik taraf kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun.
Dalam Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, berkata pengecualian cukai 70 peratus pula untuk tempoh lima
tahun akan diberikan kepada sektor swasta yang menyelenggara kawasan perindustrian di kawasan lain.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata langkah itu menunjukkan komitmen kerajaan dalam menggalakkan pembangunan kawasan kurang membangun serta menarik lebih banyak kilang dibangunkan di kawasan terbabit.
"Kami menyambut baik pengumuman kerajaan itu dan berharap kilang kami di Sendayan, Negeri Sembilan termasuk dalam kategori berkenaan," katanya kepada
pemberita ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat 'Deepavali Joy with Perodua' syarikat pembuat kereta itu di sini hari ini.
Beliau berkata peruntukan modal untuk automasi sebanyak 200 peratus ke atas perbelanjaan RM2 juta pertama yang dibuat dari 2015 hingga 2020, akan mengurangkan pergantungan kepada pekerja kurang mahir.
"Ini selari dengan pelan Institut Automotif Malaysia bagi mengurangkan kira-kira 20 peratus jumlah pekerja asing menjelang 2020," katanya.
Beliau juga menggesa vendor Perodua menggunakan sistem automasi bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.
"Kilang pengeluaran Perodua Global baharu kami mempunyai kadar automasi 75 peratus dengan tenaga kerja kira-kira 1,200 orang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd Datuk Badlisham Ghazali dalam satu kenyataan berkata penubuhan hab-hab utama akan menarik syarikat multinasional membuka pusat operasi di Malaysia dan meningkatkan perjalanan perniagaan.
"Saya gembira kerana kerajaan terus berusaha merangsang pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Beliau berkata usaha berterusan kerajaan dalam menyokong pertumbuhan sektor pelancongan sanggat menggalakkan, dan Malaysia Airports akan menyokong pertumbuhan ini memandangkan lapangan terbang merupakan pemacu utama ekonomi. - Bernama
TOP
TM hargai inisiatif jalur lebar
KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia (TM) menghargai pengiktirafan kerajaan terhadap pentingnya Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menerusi peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dalam satu kenyataan menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat, mengumumkan peruntukan untuk pembangunan jalur lebar itu meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.
Ia juga melibatkan pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut bagi meningkatkan capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
Zamzamzairani berkata TM, komited menyediakan perkhidmatan jalur lebar tersebut kepada lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
"TM juga akan memainkan peranan dengan memberikan tumpuan khusus kepada sektor pendidikan, dan bersedia mempercepat perlaksanaan inisiatif kerajaan dalam sektor berkenaan," katanya. - Bernama
TOP
Produk serat jagung ganti plastik
Abdul Malek (dua, kiri) dan Penasihat Kehormat SAS, Datuk Atikah Adom (tiga, kiri) menunjukkan sebahagian daripada produk mudah urai.
PERTUBUHAN Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) bekerjasama dengan empat syarikat termasuk antarabangsa untuk mengkomersilkan produk mudah urai (Biodegradable) di Malaysia. Syarikat terlibat dalam usaha sama itu termasuklah Greenware Products Sdn Bhd, Shenzhen Hongcai New Material Technology Co Ltd, Terra Maize Sdn Bhd dan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. Presiden SAS, Datuk Abdul Malek Yusof berkata, produk yang diperbuat daripada serat jagung (corn fibre) itu lebih selamat dan hanya mengambil masa kurang dari setahun untuk terurai berbanding penggunaan beg plastik biasa yang memerlukan kira-kira 400 hingga 1,000 tahun diuraikan. “Menerusi kerjasama ini, produk mudah urai antaranya bekas makanan dan beg plastik biodegradable boleh didapati di semua rangkaian KK Superstore seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat. “Pada masa akan datang, kami berhasrat bekerjasama dengan lebih banyak syarikat untuk memasarkan produk ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Pengenalan Produk Mudah Urai (Biodegradable) di Shah Alam, semalam. Menurutnya, ketika ini, produk mudah urai dijual pada harga 10 sen lebih tinggi berbanding polisterin, namun ia akan menjadi lebih murah sekiranya ada permintaan ramai. “Produk mudah urai di Malaysia kurang mendapat sambutan kerana kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat,” katanya. Bagaimanapun, sebagai pertubuhan bukan kerajaan, Abdul Malek berkata, SAS akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia untuk menggalakkan mereka menggunakan produk itu yang menyumbang kepada pengurangan sampah pepejal, persekitaran sihat dan mengelakkan penyakit akibat kawasan tercemar. “PBT mempunyai kuasa menggazet dan menguatkuasakan penggunaan produk mudah urai ini di bawah pentadbiran mereka. “PBT sering berhubung dengan peniaga dan ini membolehkan mereka mencadangkan supaya mereka menggunakan produk mudah urai ini,” katanya. Produk mudah urai itu meliputi cawan, mangkuk boleh guna, dulang makanan, pinggan, bekas makanan, sudu dan garfu. - sinar

OCBC kekal unjuran KDNK Malaysia
OCBC Bank mengekalkan unjuran pertumbuhan Malaysia pada 5.7 peratus pada 2014 dan 5.4 peratus untuk 2015 berikutan tidak perincian utama dalam Bajet 2015.
Bajet itu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.
"Kami tidak nampak impak besar terhadap unjuran pertumbuhan kami untuk tahun ini dan tahun hadapan," kata pakar ekonomi (Penyelidikan Perbendaharaan dan Strategi) OCBC Wellian Wiranto.
Bank itu berpendapat bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP)tidak akan menjejaskan pertumbuhan, dan penambahan barangan yang dikecualikan CBP serta pemberian tunai kepada golongan miskin, banyak membantu.
Beliau berkata ada kemungkinan subsidi dikurangkan lagi kerana sasaran defisit fiskal sebanyak 3.0 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar telah
diberi perhatian semula dalam bajet.
"Memandangkan hakikat harga bahan bakar dinaikkan minggu lalu dan CBP akan dimulakan pada April tahun hadapan, sebarang kenaikan lanjut dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2015," katanya. - Bernama
TOP
Samsung No.7 jenama global terbaik
SAMSUNG Electronics, syarikat teknologi utama Korea Selatan dan pembuat cip terbesar dunia, meningkat ke tempat ketujuh daripada tangga kelapan pada 2013, dalam laporan tahunan Interbrand Jenama Terbaik Global yang dikeluarkan hari ini.
Nilai jenama Samsung Electronics meningkat 15 peratus kepada US$45.5 bilion pada 2014 daripada US$39.6 bilion pada 2013.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Pemasaran, SP Kim berkata, Samsung terus menunjukkan pertumbuhan besar dalam nilai jenamanya, yang lebih dua kali ganda kadar pertumbuhan purata 7.4 peratus dicapai oleh 100 Jenama Terkemuka Dunia.
Laporan itu mengiktiraf pertumbuhan global nilai jenama Samsung melalui inisiatif pemasaran kreatif dan secara berterusan menjadi peneraju pasaran merentasi banyak kategori produk, termasuk telefon pintar, televisyen, peralatan digital dan peranti memori.
Beliau berkata, Samsung mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran telefon pintar selama dua tahun, dipacu dengan pelancaran produk telefon pintar utamanya termasuk peranti baharu dalam siri Galaxy S dan Note manakala peralatan boleh pakai seperti Samsung Gear dan Samsung Gear VR yang menjadi penjana baharu pertumbuhan.
Bagi pasaran televisyen, Samsung berupaya melanjutkan penguasaan di peringkat global buat tahun kelapan hasil pengenalan TV melengkung pertamanya.
Samsung juga menerajui pasaran premium untuk perkakasan digital menerusi produk baharunya seperti Chef Collection, kata Kim. - Bernama
TOP
Ford catat jualan terbaik pada September
FORD hari ini mengumumkan September mencatat prestasi terbaiknya di Malaysia, dengan jualan runcit meningkat 52 peratus kepada 1,183 unit dan 55 peratus lebih tinggi kepada 3,697 bagi suku ketiga berbanding tempoh yang sama sebelum ini.
Syarikat automotif itu berkata prestasi yang kukuh ini didorong oleh prestasi penjualan Ranger yang sangat baik pada suku ini serta permintaan yang kukuh ke atas barisan kenderaan Ford.
Pengarah Urusan, Ford Motor Company, Malaysia dan Pasaran Pesat Membangun Asia Pasifik, David Westermen berkata trak pikap Ranger terus menjadi kenderaan Ford paling laris di Malaysia, dengan mencatatkan lonjakan 48 peratus jualan kepada 745 unit tahun ke atas tahun pada September.
"Tahap keselamatan yang tiada tandingan dan keupayaan trak yang luar biasa telah meningkatkan segmen pikap di pasaran hari ini, dan membantu meneruskan popularitinya di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Jualan runcit keseluruhan Ford membantu syarikat itu kekal pada kedudukan yang baik untuk mencatat rekod jualan tahunan terbaik di Malaysia.
"Menerusi barisan kenderaan Ford yang semakin bertambah di Malaysia dan jumlah pelanggan yang semakin meningkat, kami sedang berusaha untuk membaiki tawaran selepas jualan serta mengembangkan lagi rangkaian pengedar, sekali gus dapat memberikan pengalaman pemilikan dan perkhidmatan pelanggan terbaik," katanya. - Bernama
TOP
Bajet 2015 mesra pembeli rumah kali pertama
DIRANGKA dengan fokus menjadi ekonomi keperluan rakyat, Bajet 2015 yang diumumkan semalam menangani isu-isu pemilikan rumah pada harga mampu milik, kata laman web hartanah utama negara,iProperty.com Malaysia.
Memuji kerajaan kerana memperkenalkan lebih banyak skim untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi perumahan mampu milik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Georg Chmiel berkata langkah-langkah yang diperkenalkan akan banyak membantu pembeli kali pertama yang mahu mencari hartanah.
"Skim pembiayaan sewa-beli, diperkenalkan bagi individu yang tidak dapat memperoleh pembiayaan bank di bawah skim PR1MA, merupakan antara skim yang ramai rakyat Malaysia akan dapati ia memberi manfaat," katanya dalam satu kenyataan.
Data daripada Kaji Selidik Perumahan Jabatan Perangkaan 2013 menunjukkan bahawa 80 peratus daripada rakyat Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM6,900 sebulan dan tidak mampu membeli rumah berharga lebih daripada RM300,000.
"Menurut Perbadanan Pembangunan Negeri Selangor, terdapat 70 peratus kadar penolakan bagi pembeli kali pertama," kata Chmiel.
Beliau juga memuji kerajaan kerana memperkenalkan pelbagai langkah menambah baik pengangkutan awam di negara ini dengan pembinaan empat lebuh raya, menaik taraf laluan kereta api Pantai Timur, pembinaan laluan kedua MRT sejauh 56 kilometer dan juga projek LRT 3. - Bernama
TOP
Berita kematian Nik Aziz tidak benar
Nik Aziz
SHAH ALAM - Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Asri Mat Daud menafikan berita kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini tersebar di laman media sosial. Mohd Asri turut meminta semua pihak berhenti menyebarkan berita ini menggunakan aplikasi Facebook (FB) ataupun WhatsApps. "Sikap seperti ini sudah banyak kali dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Ia amat bertentangan dengan agama yang melarang dari menyebarkan berita tidak pasti kebenarannya apatah lagi berita kematian seorang tokoh yang amat disanjungi," katanya dalam satu kenyataan ringkas, sebentar tadi. Tambah Mohd Asri, Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan baharu sahaja menerima tetamu dari Kedah sejurus menunaikan solat Isyak di Masjid Pulau Melaka. - sinar

Isteri lari ikut kekasih gelap
Sheikh Mahathir berharap anak-anaknya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
SEREMBAN - Akibat jatuh cinta dengan lelaki lain yang dikenali menerusi internet, seorang wanita sanggup meninggalkan suami dan tiga anak berusia 2 hingga 6 tahun. Wanita berusia 30 tahun itu bukan saja hilang tanpa berita sejak setahun lalu, malah tidak pernah ambil tahu keadaan suaminya, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang dikahwini sejak 11 tahun lalu. Sheikh Mahathir tetap berusaha mencari walaupun harapan untuk berjumpa tipis, bagi memastikan anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, mendapat kasih sayang ibu sendiri. Sheikh Mahathir yang berasal dari Melaka berkata, hidup mereka sekeluarga berubah selepas dia mendapati isterinya sering bercakap di telefon dan melayari internet. “Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia menafikan. Sehinggalah saya menemui dua kad sim telefon bimbit yang rupa-rupanya digunakan untuk berhubung dengan kekasih gelapnya itu,” katanya. Menurutnya, paling menyedihkan apabila isterinya terus menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu menjenguk bapanya di rumah. Sheikh Mahathir berkata, kehidupannya kini tidak lagi terurus sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana perlu menjaga tiga anaknya itu. “Saya pernah beberapa bulan tinggal dalam kereta bersama anak-anak kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah,” katanya. Sejak berpindah di rumah baru, dia juga tidak pernah membayar sewa kerana tidak mampu, bagaimanapun tuan rumah memahami masalah dihadapinya. Bagi meneruskan hidup, Sheikh Mahathir berkata, dia mengambil upah mengambil buah kelapa dan sesekali bekerja kampung untuk menyara diri dan anak-anaknya. “Kalau boleh saya mahu bekerja tetap tetapi saya buntu memikirkan siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Mahu mencari orang, saya sendiri tidak mampu. “Macam sekarang pun kalau saya pergi kerja, saya bawa mereka sebab risau jika tinggal sendirian di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang - Paroi, di sini semalam. - sinar

Rahsia terbongkar di Pulau Besar
Wanita berusia 31 tahun yang ditahan Jaim bersama empat daripada lima anaknya.
BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin. Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran. Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu. “Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak. “Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar. “Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut. “Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya. Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). “Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan. “Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya. Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut. - sinar

Bajet 2015: Nik Aziz tidak puas hati
Nik Abdul Aziz
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kekesalan berhubung pembentangan Bajet 2015 kelmarin, dengan menyifatkan saluran bantuan digunakan masih tidak telus. Beliau terus mempersoalkan Kerajaan Pusat yang masih menggunakan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai saluran bantuan di negeri ini. “Buatlah apa sahaja bajet, jika tidak kawal pembaziran, mustahil untuk laksanakan apa-apa hasrat, itu yang saya dapat kata melalui pengalaman saya selama 23 tahun jadi ketua Kerajaan Negeri Kelantan. “Kenapa Kerajaan Pusat salur duit untuk pembangunan di negeri ini melalui JPP. Ini adalah dosa dunia akhirat. Selagi kuasa tender ada di Pusat mustahil untuk buat apa-apa, semua itu mengarut,” katanya kepada media ketika ditemui di rumahnya, dekat Pulau Melaka semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga dalam pembentangannya menyebut mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia. Nik Aziz berkata, BN tidak boleh tolak Islam tetapi mereka sebenarnya menolak dasar Islam. “Mana boleh Islam tolak Islam tetapi mereka (BN) tolak Islam dan guna dasar kebangsaan, BN pandang serong pada Islam (kerana tolak Islam). “Mahu bagi bantuan tidak salah tetapi mesti melalui saluran betul, ketika saya jadi Pengerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mereka (kerajaan) hantar syarikat dari Kuala Lumpur, bukan syarikat tender,” katanya. - sinar

Bapa bunuh anak kerana kurang ajar
LONDON – Seorang bapa menikam mati anak perempuan yang berusia 24 tahun sebanyak 13 kali pada bahagian leher selepas remaja itu dikatakan tidak menghormatinya, lapor MailOnline semalam.
Lelaki yang berasal dari Kuwait itu, Faleh Ghazi Albasman (gambar), 59, membawa anaknya, Mashael Albasman ke London pada tahun 2013 untuk menyambung pelajaran dalam bidang bahasa Inggeris. Mereka berdua tinggal di sebuah flat di Bournemouth.
Albasman mengaku dia berada dalam keadaan marah semasa dia menyerang anaknya itu.
“Dia tidak hormat saya dan meminta saya supaya pulang ke negara asal. Kemarahan saya memuncak apabila dia berkata demikian sambil berbual di telefon bimbit.
“Sikapnya itu dianggap tidak sopan dalam budaya saya... lalu saya menikamnya pada bahagian leher,” katanya ketika sesi pendengaran kes di Mahkamah Winchester Crown baru-baru ini.
Mahkamah turut diberitahu, dia ada menyatakan kepada seorang doktor yang merawat anaknya bahawa tindakan tersebut kerana mempertahankan maruahnya.
Sementara itu, pakar psikiatri forensik, Dr. El-Khayad yang memberi kenyataan dalam kes itu berkata, Albasman pernah terlibat di dalam kemalangan jalan raya ketika dia berusia 20 tahun.
Kejadian itu menyebabkan dia berada di dalam keadaan koma kerana cedera pada bahagian otak dan mungkin memberi kesan ketika membuat sesuatu pertimbangan.
Sehubungan itu, Hakim Nigel Teare tidak menjatuhkan hukuman penjara sebaliknya mengarahkan lelaki itu menjalani rawatan mental di sebuah hospital. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3FsyZpC4R
Hakcipta terpelihara
TOP
IS kuasai ibu pejabat Kurdis
SEORANG wartawan wanita bersama pemberontak Syria berlari menyelamatkan diri semasa kedudukan mereka diserang militan IS di Aleppo, selatan Syria kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK – Kumpulan militan Negara Islam (IS) berjaya merampas ibu pejabat Kurdis di bandar Kobane berhampiran sempadan Syria kelmarin. Penguasaan militan IS selepas bertempur dengan pejuang Kurdis itu menimbulkan kebimbangan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kemungkinan berlaku lagi pembunuhan beramai-ramai. Pejuang bersenjata Kurdis ternyata gagal menyekat kemaraan IS meskipun pesawat tentera Amerika Syarikat telah melakukan serangan udara ke atas militan berkenaan sejak tiga minggu lalu. Turki pula setakat ini tidak melakukan apa-apa tindakan sebaliknya hanya bersiap sedia di kawasan sempadan negara itu. Sebanyak 31 orang tentera Kurdis dilaporkan terbunuh dalam pertempuran mereka mempertahankan bandar Kobane. Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia, militan IS yang kini menguasai 40 peratus bandar Kobane dikatakan hanya berada sekitar 1.3 kilometer dari kawasan sempadan Turki. “Rampasan ibu pejabat Kurdis memberi kelebihan kepada IS untuk mara ke pos sempadan Turki di utara bandar itu,” kata pengarah badan berkenaan, Rami Abdel Rahman. “Jika mereka berjaya selepas itu, mereka akan menewaskan sepenuhnya tentera Kurdis di Kobane,” katanya. Dalam pertempuran itu, militan IS turut menggunakan taktik pengebom berani mati dalam sebuah kereta di barat ibu pejabat Kurdis dan membunuh dua tentera manakala serangan di sebelah selatan bandar itu menyebabkan 10 penduduk Kurdis terbunuh. – AFP Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3FsyUmHW7 Hakcipta terpelihara

BN Tetap Bela Nasib Kaum Siam Di Kelantan - Najib
Najib mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan dewan komuniti masyarakat Siam sewaktu bertemu masyarakat itu sempena lawatan kerja sehari ke negeri ini di Wat Machimmaram di sini, Sabtu.
TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan masyarakat minoriti Siam di Kelantan akan terus dibela berikutan sokongan padu yang diberi kepada Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama. Beliau menarik perhatian bahawa sokongan masyarakat Siam kepada BN pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 September lalu membuktikan mereka tetap setia kepada kerajaan BN. "Antara faktor kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah sokongan luar biasa masyarakat Siam, kita akan terus bantu masyarakat Siam di sini dan tempat lain di Kelantan," katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 2,000 anggota masyarakat Siam di sini Sabtu. Najib berkata, sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat Siam, kerajaan BN meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan dewan komuniti untuk komuniti itu di Pengkalan Kubor. Menurut beliau, sebagai menghargai sokongan dan jasa masyarakat Siam di Kelantan, beliau akan datang semula ke negeri itu untuk meraikan mereka pada satu majlis khas. Terdapat kira-kira 25,000 anggota masyarakat Siam di Kelantan serta 1,728 pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor. Daripada jumlah itu, 90 peratus pengundi menyokong BN pada PRK Pengkalan Kubor. Dalam PRK itu, BN yang diwakili Mat Razi Mat Ail mengekalkan kerusi DU Nberkenaan dengan majoriti 2,635 undi mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.- mstar online

Fahaman Ekstremisme Punca Dunia Islam Saling Bermusuhan - Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah
KUALA LUMPUR: Kewujudan fahaman ekstremisme, taksub dan keterlaluan dari Barat sehingga ke Timur menyebabkan dunia Islam pada masa ini menghadapi konflik dan permusuhan antara satu sama lain. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah, fahaman ekstremisme bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan dan penderitaan manusia malah boleh mencemarkan kesucian agama Islam yang sepatutnya mencerminkan kedamaian, kemajuan dan peradaban yang boleh dicontohi. "Seolah-olah tidak cukup dengan kemiskinan dan kemunduran ditambah pula dengan fahaman-fahaman ekstremisme, taksub dan keterlaluan sehingggakan dari Barat hingga ke Timur, bumi Islam sentiasa berkecamuk dan berselisihan," titah baginda dalam ucapan pembukaan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-30, Sabtu. Turut berangkat pada majlis itu, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Baginda bertitah, fenomena yang begitu ketara sekali berlaku di Timur Tengah itu disebabkan umat Islam sendiri tidak mengikut dan menjiwai Islam sejati yang menuntut kepada toleransi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan ia merupakan tuntutan Islam hakiki. Sehubungan itu, Sultan Ahmad Shah bertitah, graduan UIAM harus menjiwai dan mempraktik segala ilmu serta budi yang dipupuk ketika di universiti dalam hidup mereka sebagai usaha memartabatkan dunia Islam. Baginda bertitah, graduan UIAM adalah duta keamanan, kesederhanaan, dan peradaban agung bagi membuktikan dunia Islam adalah sejati dan bukan terdiri daripada golongan fanatik, ekstrim dan ganas. Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah bertitah, rakyat negara ini harus mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia tercinta. "Kita amat bersyukur kerana Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan fahaman agama dapat hidup bersatu serta bekerjasama mendaulatkan pemerintah, perlembagaan dan tatasusila kenegaraan yang tentunya menjadi bukti terserlah kebijaksanaan pemerintah dan rakyat jelata," titah baginda. Pada majlis konvokesyen itu Sultan Ahmad Shah yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan dan keusahawanan kepada Pengasas Kumpulan Sapura Tan Sri Ir Shamsuddin Abdul Kadir. Sementara itu, Datin Shameem Abdul Jalil, adik Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Peradaban Islam. Sejumlah 4,853 pelajar terdiri daripada 47 pelajar peringkat diploma, 3,851 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 808 pelajar Sarjana dan 147 pelajar PhD menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen UIAM kali ini yang akan berlangsung selama tiga hari.- mstar online

Erin Malek Dan Suami Diduga Menjelang Perkahwinan
Erin dan Farriz menerima dugaan beberapa hari sebelum pernikahan kononnya bersikap tidak senonoh di khalayak. Foto LOW LAY PHON
PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek berkata ada pihak cuba memburukkan dia dengan suami, Farriz Fauzi, kononnya mereka berkelakuan tidak senonoh di depan umum beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada Jumaat lalu. Bagaimanapun, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, bersyukur kerana isu tersebut langsung tidak menjejaskan persiapan majlis perkahwinannya itu. "Ketika kami sibuk menguruskan persiapan perkahwinan, ada pula isu timbul kononnya kami berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. "Entah mana timbulnya cerita itu saya pun tidak tahu tetapi saya anggap ia adalah dugaan pada saat akhir sebelum berkahwin. Mujurlah keluarga kami tidak melatah dan Alhamdulillah, kami tetap disatukan jua sebagai suami isteri," katanya. Erin dan Farriz, 30, sah bergelar suami isteri pada Jumat lalu dalam dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang, dekat sini.
Erin dan Farriz selamat dinikahkan pada Jumaat lalu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof dan diwalikan oleh bapa Erin, Abdul Malek Mari. Pada majlis itu, Farriz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000. Sementara itu, Erin berkata, dia dan suaminya merancang berbulan madu di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 24 Oktober ini. "Mula-mula kami nak ke New York, tetapi bila difikirkan semula, lebih baik ke Los Angeles memandangkan Farriz pun tahu tempat-tempat menarik di situ. "Kami akan pulang semula ke Malaysia pada 4 November depan. Mungkin saya akan teruskan bercuti untuk beberapa bulan sebelum kembali sibuk dengan kerja-kerja lakonan," ujarnya.- mstar online

Kelayakan Euro 2016: Poland Catat Sejarah Tewaskan Jerman 2-0
Arkadiusz Milik (kanan) menjaringkan gol pembukaan Poland.
POLAND mencatat sejarah kemenangan pertama ke atas Jerman apabila menewaskan pasukan kendalian pengurus Joachim Löw 2-0 dalam aksi kelayakan Euro 2016 di Warsaw, Poland awal pagi Ahad. Pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol pada babak kedua menerusi Arkadiusz Milik pada minit ke-50 dan pemain gantian Sebastian Mila pada minit ke-88. Jerman gagal memanfaatkan beberapa peluang besar untuk memecah kebuntuan.
Szczesny (kiri) meraikan kemenangan Poland bersama kapten pasukan, Robert Lewandowski.
Pemain yang membuat penampilan pertamanya, Karim Bellarabi mempunyai peluang terbaik untuk mencipta hatrik untuk Jerman namun kecekapan penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny berjaya mematahkan percubaan tersebut. Pemain gantian Jerman, Lukas Podolski nyaris merapatkan jurang gol ketika perlawanan berbaki 10 minit tetapi percubaannya terkena palang. Ia merupakan kekalahan pertama Jerman di gelanggang lawan sejak 1998 dan juga kekalahan pertama dalam aksi kompetitif dalam tempoh tujuh tahun. Jerman akan melayan kunjungan Republik Ireland manakala Poland akan bertemu Scotland pada Selasa depan.- mstar online

Pahang Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia
Pemain Pahang Mohd Fauzi Rozlan meraikan gol bersama rakan pasukan ketika menentang PDRM, malam Sabtu. - fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Juara bertahan Pahang layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas mengalahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 3-2.
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam di sini, malam Sabtu, Pahang menewaskan PDRM 2-1.
Gol Pahang dijaringkan oleh Zeshan Rehman pada minit ke-77 dan Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-90 manakala PDRM pula menerusi Mohd Fauzi Abdul Majid pada minit ke-18.
Pada suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 3 Okt lepas, kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Senarai Pemain:
PAHANG: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Mohd Saiful Nizam Miswan, Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman, Mohd Razman Roslan (kapten), Azidan Sarudin, Mohd Faizol Hussain (Mohd Shahrizan Mohd Salleh), Mohd Hafiz Kamal (Mohd Fauzi Rozlan), R. Gopinathan, Dickson Nwakaeme, Azamuddin Mohd Akil.
PDRM: Mohd Azizon Abd Kadir, Rafael Souza Silva, Mohd Fadhil Mohd Hashim, Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Muslim Ahmad (kapten), Mohd Afif Amiruddin, V. Thirumurugan, Mohd Fauzi Abd Majid (Mohd Sabre Mat Abu), Bobby Gonzales, Ashfaq Ali, Mohamadou Sumareh (Chad Charles Souza).
Pengadil: Mohd Nafeez Abd Wahab

Keputusan Kelayakan Euro 2016
BERIKUT adalah keputusan perlawanan kelayakan Euro 2016:
Poland 2 - 0 Jerman
Finland 1 - 1 Greece
Northern Ireland 2 - 0 Faroe Islands
Albania 1 - 1 Denmark
Republik Ireland 7 - 0 Gibraltar
Scotland 1 - 0 Georgia
Romania 1 - 1 Hungary
Armenia 1 - 1 Serbia
- mstar online
Poland 2 - 0 Jerman
Finland 1 - 1 Greece
Northern Ireland 2 - 0 Faroe Islands
Albania 1 - 1 Denmark
Republik Ireland 7 - 0 Gibraltar
Scotland 1 - 0 Georgia
Romania 1 - 1 Hungary
Armenia 1 - 1 Serbia
- mstar online
TOP
Pemuda MCA Lulus 12 Resolusi Dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin (dua, kanan) merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bersalaman dengan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon (dua, kiri) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda MCA Ke-50 di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA meluluskan 12 resolusi termasuk menyokong penuh penggubalan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 untuk memastikan kestabilan masyarakat dan negara tidak diancam golongan ekstremis. Resolusi itu yang merangkumi bidang hal ehwal parti, politik, hal ehwal kerajaan, ekonomi, pendidikan dan sosial diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang menghadiri AGM kali ke-50 itu di Wisma MCA sini, Sabtu. Dalam resolusi hal ehwal kerajaan, Pemuda MCA antara lain menyokong supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberi kuasa lebih luas dalam usaha membanteras masalah rasuah secara berkesan. Pergerakan itu juga menyarankan kerajaan melaksanakan Petunjuk Prestasi Utama dalam setiap bidang bagi memastikan semua kaum mempunyai peluang yang adil untuk menonjolkan kebolehan masing-masing. Resolusi ekonomi pula meminta kerajaan membina lebih banyak projek di bawah Projek Perumahan 1Malaysia dan rumah mampu milik supaya golongan muda mampu memiliki rumah sendiri. Pergerakan itu melihat bahawa pendekatan sedemikian adalah perlu dalam usaha kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi membendung masalah spekulasi hartanah di negara ini. Di bawah resolusi sosial, perwakilan mahu kerajaan memandang serius masalah keselamatan yang kian meruncing dengan menambah bilangan anggota polis dan mengukuhkan langkah pencegahan, selain meningkatkan kekerapan rondaan.- mstar online

Najib Garis Tiga Faktor Untuk BN Hadapi PRU-14
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan surat tawaran mengerjakan haji kepada guru sekolah pondok, Ismail Awang Mat dan Daud Ismail (dua, kiri) pada majlis sepetang bersama Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Kelantan di Tumpat, Sabtu. Foto BERNAMA
TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga faktor iaitu calon yang tepat, jentera yang kuat dan Barisan Nasional (BN) yang padu perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14. Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata gabungan tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 September lalu. "Calon yang tepat...(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi," katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada 'Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri' di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini Sabtu. Mengambil contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Najib berkata ia memenuhi selera pengundi setempat kerana Mat Razi antara lain mempunyai keperibadian disenangi ramai selain berpengetahuan agama serta mempunyai pondok tempat beliau mengajar ilmu agama. Najib berkata, jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan. Najib seterusnya menjelaskan bahawa perpaduan dalam Umno dan dalam kalangan parti komponen BN yang kukuh tanpa perasaan iri hati menjadi teras kepada semangat untuk bersama-sama memastikan kemenangan BN. Perdana menteri menegaskan formula kemenangan BN di Pengkalan Kubor itu akan dijadikan titik permulaan pembaharuan bagi BN Kelantan untuk menghadapi PRU-14. Beliau juga menggesa BN Kelantan bekerja lebih kuat dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat kepada BN. Di kesempatan itu, beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Jentera BN pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta seluruh jentera BN yang bekerja keras dalam memastikan BN kekal bertapak di DUN berkenaan. Pada PRK Pengkalan Kubor bulan lepas, Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi untuk menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail. Turut hadir Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Mat Razi.- mstar online

Dua Maut Kapal Penyelidikan Taiwan Karam
Imej daripada video yang disiarkan menunjukkan kapal penyelidikan marin karam di perairan dekat pulau Penghu di barat Taiwan. Foto AFP
TAIPEI: Dua saintis maut manakala 43 yang lain diselamatkan apabila sebuah kapal penyelidikan marin karam di perairan Taiwan selepas terlanggar terumbu, kata pegawai pengawal pantai pada Sabtu. Bantuan kecemasan gagal untuk menyelamatkan kedua-dua saintis itu selepas kapal "Ocean Researcher V", yang membawa 27 penyelidik dan 18 kru, karam di kepulauan Penghu pada Jumaat, kata pegawai. Kapal seberat 2,700 tan itu mula karam selepas ia terlanggar sebuah terumbu dan hilang kawalan. Mereka yang berada di dalam kapal itu menyelamatkan diri menggunakan rakit keselamatan, tetapi tenggelam berikutan angin kencang dan ombak besar. Pengawal pantai dan tentera laut mengarahkan beberapa bot dan helikopter untuk menjalankan operasi menyelamat. Kapal itu berlayar dari sebuah pelabuhan di selatan bandar Tainan pada Khamis untuk ekspedisi penyelidikan marin selama lapan hari yang diketuai oleh kerajaan dengan kerjasama beberapa universiti. Ketika kejadian, ia dalam perjalanan ke Penghulu untuk mendapatkan perlindungan ekoran cuaca buruk. - AFP- mstar online

Jumlah Kematian Akibat Ebola Kini Lebih 4,000 Orang
MADRID: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa jumlah kematian akibat wabak Ebola kini melebihi 4,000 orang.
Pertubuhan itu berkata, seramai 4,033 orang meninggal dunia akibat Ebola setakat 8 Oktober lalu, daripada 8,399 kes yang berdaftar di enam negara.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah bantuan untuk menyekat penularan wabak itu kekurangan AS$1 bilion (RM3.26 bilion) daripada yang diperlukan, menyebabkan bilangan kematian yang meningkat secara mendadak. - AFP- mstar online
TOP
Bajet 2015: Kesinambungan Antara Ekonomi Keperluan Rakyat dan Modal
Orang ramai mengambil kesempatan mendengar pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Bajet 2015 merupakan keseimbangan yang baik antara ekonomi keperluan rakyat dan ekonomi modal, yang mencerminkan komitmen kerajaan kepada pertumbuhan ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat. Kedua-duanya penting kerana tanpa ekonomi modal, faedah tidak boleh disalurkan kepada rakyat, terutamanya dalam meringankan beban kewangan mereka. Ini bukan tugas mudah sebagaimana yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menyediakan perancangan kewangan 2015 bernilai RM273.9 bilion, dengan cabaran yang membimbangkan - mencapai keseimbangan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai. Langkah untuk mengecualikan pelbagai barang daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti petrol RON95, diesel, LPG dan 2,900 jenama ubat serta menurunkan cukai pendapatan individu akan mengurangkan beban rakyat. Dan Najib menunaikan janji beliau apabila beliau berkata sebahagian daripada RM5.6 bilion hasil daripada GST pada 2015 akan disalurkan kembali di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kira-kira 7.0 juta orang dijangka mendapat manfaat daripadanya. Najib yang juga Menteri Kewangan juga menangani kebimbangan tentang peningkatan kos sara hidup dengan menyediakan insentif untuk menggalakkan pemilikan rumah manakala cukai pendapatan individu yang lebih rendah akan bermakna 300,000 individu tidak lagi akan membayar cukai pendapatan. Ini penting dalam mengurangkan beban kewangan dalam kalangan orang-orang yang mungkin jika tidak, terjejas oleh bayaran GST dan rasionalisasi subsidi bahan api. Perlu diberi perhatian dalam ucapannya ialah keutamaan kerajaan dalam meneruskan usaha menjaga kebajikan kumpulan yang paling terdedah dengan menaikkan bayaran BR1M sehingga maksimum RM950. Juga penting ialah 2,900 jenama perubatan dikecualikan daripada GST, digunakan untuk merawat 30 jenis penyakit termasuk kegagalan jantung, kencing manis dan kanser. Satu lagi langkah penting untuk mengurangkan beban mereka ialah penggunaan elektrik yang tidak akan dikenakan GST akan dinaikkan dari 200 unit pertama kepada 300 unit. Produk lain yang dikecualikan di bawah GST termasuk roti, kopi, teh dan koko tepung, mi, bahan bacaan untuk kanak-kanak, buku teks dan buku rujukan, kamus, buku agama dan akhbar. Najib menyediakan bantuan kepada pekebun kecil yang memerlukan dalam industri minyak sawit mentah dan getah asli yang terjejas oleh kejatuhan harga komoditi global. Dalam memberikan keseimbangan dalam membantu semua kaum dan juga wanita serta veteran tentera, Perdana Menteri mengumumkan skim bantuan kewangan khas, langkah penting untuk meningkatkan usahawan kecil-kecilan. Bertentangan dengan apa yang mungkin didakwa pengkritik dan pembangkang, Bajet 2015 jauh daripada menjadi populis dan tidak retorik, seperti yang dibuktikan oleh cadangan yang memberikan kepercayaan kepada kepentingan ekonomi dan kewangan. Najib juga menghuraikan tentang tanggungjawab pentadbirannya dan generasi semasa terhadap generasi akan datang dalam mengukuhkan defisit fiskal untuk mencapai bajet berimbang pada 2020. "Kita tidak mahu Malaysia mewarisi kewangan Kerajaan Persekutuan yang dibebani dengan hutang," kata beliau semasa berucap lebih dua jam itu. Ada pengkritik yang bertanya mengapa Malaysia menurunkan subsidi minyak apabila ini tidak berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu dan banyak lagi memandangkan negara adalah pengeluar minyak utama. Menurut sumber itu, jumlah subsidi tahunan sahaja RM2 bilion pada 2002 tetapi bertambah kepada RM2 bilion sebulan tahun ini. Malaysia hanya pengeluar minyak bersih dengan eksport 100,000 tong sehari, oleh itu, dakwaan negara adalah pengeluar minyak utama tidak betul. Bajet ini juga pro-perniagaan dengan cukai korporat diturunkan sebagaimana dijanjikan dan faedah diberikan untuk meningkatkan aktiviti pembuatan untuk mengunakan automasi dan lebih banyak dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Langkah-langkah untuk mengukuhkan Pasaran Kewangan Islam ini akan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia manakala langkah-langkah untuk meningkatkan perkapalan domestik perkapalan dan faedah untuk menaik taraf kawasan perindustrian di kawasan kurang maju petanda baik bagi pengagihan geografi yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi. Ada berita baik juga untuk sektor pembinaan apabila tujuh projek infrastruktur diumumkan yang terdiri daripada lebuh raya, landasan kereta api serta lanjutan laluan transit aliran ringan dan MRT. Perlu diambil perhatian bahawa projek-projek tersebut akan terus mencetuskan pelaburan saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat berkaitan pembinaan sejak tahun 2009 apabila Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah diilhamkan. Akibatnya, FBL KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1.892 mata pada Julai 2014, pencapaian ketara daripada pengurusan ekonomi pragmatik kerajaan, yang pengkritik mudah memilih untuk mengabaikan walaupun mereka mungkin menjadi peserta pasaran saham yang aktif. Melakukan apa yang betul dan apa yang tidak popular adalah penawar penting - jika tidak akaun semasa Malaysia boleh mengalami defisit dan itu boleh menjadi bencana ekonomi yang besar kerana akan menjejaskan penarafan global negara. Ini akan seterusnya menekankan pelaburan, menjejaskan pewujudan pekerjaan dan memberi kesan negatif kepada ekonomi, menyukarkan usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara perindustrian dan ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sesungguhnya, Bajet 2015 jelas menunjukkan Najib mendengar rasa tidak puas hati rakyat melalui blog, surat, mesyuarat, temu bual, dialog dan merumuskan satu pelan kewangan yang baik untuk rakyat dan ekonomi.- mstar online

Bajet 2015 Akan Terus Meningkatkan Asas Ekonomi Malaysia
KUALA LUMPUR: Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada Jumaat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meneruskan usaha penyepaduan fiskal bagi mengukuhkan kedudukan kewangan, dan pada masa yang sama memberi tumpuan ke atas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) pada April tahun depan.
Penganalisis yakin pembentangan bajet berdisiplinkan fiskal bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) akan mengekalkan pertumbuhan dan menarik Malaysia keluar daripada sebarang penurunan penarafan.
Najib yang juga Menteri Kewangan, akan memastikan Bajet 2015, seperti rangka tindakan kewangan yang lain, mesra perniagaan dan mesra rakyat.
Justeru, antara cadangan dalam Bajet 2015 mungkin termasuk pengumuman berkaitan semakan semula ke atas mekanisme subsidi bahan api, pengurusan hutang kerajaan dan insentif untuk perbankan Islam dan pasaran modal.
Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan usaha bagi menangani kekurangan rumah mampu milik.
Berkemungkinan juga cadangan peruntukan dana pembangunan yang lebih besar untuk Sabah dan Sarawak serta beberapa projek infrastruktur kereta api selain langkah-langkah beorientasikan rakyat dalam menangani peningkatan kos hidup.
Insentif baharu bagi merangsang pelaburan dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih kompetitif juga merupakan usaha yang tepat menjelang penubuhan Komuniti Ekonomi Asean (AEC).
Bagi CBP, Najib mungkin menyediakan senarai barangan berkadar sifar, dengan semua sistem cukai pengunaan itu sudah bersedia dilaksanakan pada 1 April tahun depan.
Banyak yang sudah dilakukan oleh Najib, Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi menangani kebimbangan bahawa CBP akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.
CBP sebaliknya merupakan sistem percukaian yang lebih cekap, seperti yang sudah dibuktikan di Singapura, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan, dengan peningkatan kutipan hasil membolehkan kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu dan menaikkan cukai korporat.
Kerajaan akan melaksanakan CBP pada kadar tetap enam peratus menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 16 peratus.
Perdana Menteri dalam ucapan Bajet tahun lepas, menyebut bahawa semasa tempoh peralihan pelaksanaan CBP, kerajaan akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk bantuan tunai dan pengurangan cukai pendapatan individu.
Sudah pasti akan berlaku beberapa 'sentuhan akhir' ke atas CBP dalam Bajet 2015, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB), walaupun ia mungkin 'bukan tumpuan.'
"Khususnya kami menjangkakan melihat beberapa perubahan dalam senarai barangan berkadar standard, berkadar sifar dan dikecualikan CBP hasil maklum balas daripada industri, perniagaan dan rakyat," katanya.
Ucapan bajet juga dijangkakan menggesa perniagaan yang belum mendaftar supaya berbuat demikian sebelum tarikh akhir pada 31 Dis, 2014, dan tiada lanjutan lagi diberikan. Penaliti tegas akan dikenakan terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.
Ini disebabkan tahap pendaftaran CBP setakat ini hanya membabitan 53,400 perniagaan sehingga 25 Sept, 2014 berbanding sasaran rasmi antara 123,000 dan 140,000 menjelang akhir 2014.
Terdapat 300,000 perniagaan dengan hasil RM0.5 juta dan ke atas yang sepatutnya mendaftar untuk CBP.
Selain itu, kerajaan juga dijangkakan mengumumkan perkara berkaitan CBP seperti meningkatkan kempen awam, mengeluarkan panduan harga pengguna dan meningkatkan pengauditan cukai dan penguatkuasaan, selain pemantauan harga.
Ada juga harapan dari segi pelepasan cukai dalam bejet bagi mengurangkan impak jangka pendek regim percukaian baharu itu.
Pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disasarkan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah juga dijangka dinaikkan pada 2015.
Bagi perusahaan kecil dan sederhana, tumpuannya adalah ke atas menangani kos yang lebih tinggi dan pertumbuhan lemah menerusi peningkatan produktiviti selain menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia.
Defisit bajet Malaysia dijangkakan kurang daripada tiga peratus daripada keluaran negara kasar pada 2015 bebanding sasaran 3.5 peratus pada 2014.
Kesimpulannya, pentadbiran Najib akan terus mencadangkan perubahan cukai yang menyumbang kepada peluasan ekonomi, menjana pertumbuhan pendapatan dan yang lebih penting menaikkan taraf hidup rakyat.- mstar online
TOP
Acer Lancar Notebook Baharu
Acer Aspire V Nitro edisi Hitam
KUALA LUMPUR: Acer Malaysia pada Sabtu melancarkan notebook edisi Hitam - Acer Aspire V Nitro (VN7 - 591G). Menurut kenyataan Acer, notebook itu diperkasakan oleh pemproses Intel Core generasi terkini dan unit pemproses grafik mudah alih NVIDIA GeForce GTX untuk prestasi dan grafik hebat. "Ia memberikan prestasi pemprosesan berkuasa dan pengalaman visual menyeronokkan, membawa permainan dan hiburan ke tahap baharu pada komputer riba," kata Acer. Ia berkata, notebook itu juga dilengkapi Teater Rumah Dolby Digital Plus yang akan membawa pengalaman audio maksimum kepada penggunanya. Sempena pelancaran itu, Acer Malaysia berkata ia akan menganjurkan kejohanan permainan yang menawarkan hadiah-hadiah menarik pada dua hujung minggu. Komputer riba ini boleh didapati dari penjual semula Acer yang sah pada harga runcit RM3,399. - mstar online

TM Hargai Inisiatif Jalur Lebar
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia (TM) menghargai pengiktirafan kerajaan terhadap pentingnya Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menerusi peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dalam kenyataan menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat, mengumumkan peruntukan untuk pembangunan jalur lebar itu meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.
Ia juga melibatkan pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut bagi meningkatkan capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
Zamzamzairani berkata TM komited menyediakan perkhidmatan jalur lebar tersebut kepada lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.
"TM juga akan memainkan peranan dengan memberikan tumpuan khusus kepada sektor pendidikan, dan bersedia mempercepat perlaksanaan inisiatif kerajaan dalam sektor berkenaan," katanya.- mstar online
TOP
Peningkatan Barangan Dikecualikan GST Bantu Kurang Kos Hidup: UPB Research
KUALA LUMPUR: Pertambahan senarai barangan yang dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diumumkan dalam Bajet 2015 akan membantu mengurangkan lagi kos hidup rakyat, kata UOB Research.
Firma penyelidikan itu dalam satu nota berkata pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyediakan kejelasan kepada rakyat menjelang pelaksanaan cukai tersebut pada April 2015.
Jualan runcit petrol RON95, diesel dan gas asli cecair (LPG) juga dikecualikan daripada GST.
Bajet 2015 juga menaikkan bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isi rumah pendapatan rendah daripada RM650 kepada RM950 tahun depan.
Meskipun BR1M yang tinggi, bil keseluruhan bagi subsidi dan serahan tunai kepada kumpulan pendapatan rendah dijangka turun kepada lebih tujuh peratus pada 2015 disebabkan kenaikan 10 peratus harga minyak bermula Oktober.
Kerajaan menganggarkan keuntungan hasil daripada GST pada 2015 hanya RM690 juta, selepas tolak kerugian hasil daripada cukai jualan dan perkhidmatan, pengecualian GST dan bantuan BR1M.
"Ini akan mengurangkan sumbangan hasil daripada GST pada peringkat pelaksanaan awal tetapi keadaan itu dijangka bertambah baik dalam tahun-tahun akan datang," kata UOB Research.
Sementara itu, Alliance DBS Research berkata pengurangan subsidi dan pelaksanaan GST tahun depan menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menggerakkan agenda pembaharuan fiskalnya.
"Tetapi kita perlukan penjelasan yang lebih jelas tentang mekanisme baharu untuk menyediakan subsidi petrol dengan lebih efektif, dan menangani banyak bahagian kurang jelas dalam GST sebelum pelaksanaannya," kata firma penyelidikan itu.
Ia berkata cadangan kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan individu sebanyak 1-3 mata peratusan bermula 2015, dan bukannya 2016, merupakan suatu yang positif bagi sektor pengguna yang menerima kesan daripada kelemahan sentimen pengguna.
Cadangan itu akan membantu mengurangkan kesan inflasi tolakan kos dan GST bagi pendapatan boleh guna isi rumah. - mstar online
TOP
Keluarga Pilu Terima Ijazah Penuntut Maut Kemalangan
Ali (tengah) menyampaikan anugerah Naib Canselor bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Dengan Kepujian kepada mendiang Yin Jie yang diterima oleh ibu bapanya, Oh Sai Hong dan Lim Hai Kin sambil diperhatikan oleh Naib Canselor UTHM Profesor Datuk Dr Noh Dalimin (kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM Tan Sri Dr Ir Jamilus Md Hussin (dua, kanan) pada majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Dewan Sultan Ibrahim, Parit Raja Batu Pahat di sini, Sabtu.
BATU PAHAT: Suasana pilu menyelubungi keluarga Lim Yin Jie, penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang maut dalam kemalangan, Mei lepas, apabila ibu bapanya hadir menerima ijazahnya pada majlis konvokesyen universiti itu, Sabtu. Yin Jie, 24, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) dan penyerahan itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pro-Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Penyerahan berlangsung di bilik kenamaan Dewan Sultan Ibrahim, selepas sidang pertama konvokesyen ke-14 itu berakhir. Bapanya, Lim Hai Kim, 62, seorang pesara guru berkata, walaupun berasa sedih, namun mereka sekeluarga amat berbangga dengan pencapaian anak gadisnya itu yang menamatkan pengajian cemerlang sehingga memperoleh nilai purata gred kumulatif (GPA) 3.8 mata. "Terima kasih kepada pihak UTHM kerana mengaturkan majlis ini walaupun sepatutnya Yin Jie ada bersama-sama saat ini kerana dia sangat beria mahu kami bersama-sama meraikan hari graduasinya," katanya kepada pemberita sambil ditemani isteri Oh Sai Hong, 59, dan dua anak lain. Menceritakan kemalangan pada 7 Mei itu, Hai Kim berkata, Yin Jie yang ketika itu sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat hartanah di Sungai Petani maut serta merta di tempat kejadian apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori. Beliau berkata, Yin Jie memulakan latihan amali pada Februari lepas dan sepatutnya tamat pada Jun lepas selain turut merancang untuk mengikat pertunangan selepas tamat pengajian. Menyifatkan Yin Jie sebagai anak yang rajin dan berdedikasi, Hai Kim berkata gadis berkenaan sentiasa menunjukkan minat bersungguh dan tidak pernah berputus asa sepanjang pengajiannya. "Pilihan pertamanya adalah untuk mengambil jurusan logistik, namun, dia tetap berusaha dengan gigih apabila ditawarkan jurusan pengurusan hartanah di UTHM. "Dia ada memberitahu saya bahawa majikan tempat dia menjalani latihan amali itu juga ada menawarkannya bekerja apabila selesai pengajian," katanya. Sementara itu, keazaman yang kuat walaupun kematian bapa tersayang pada 2010 tidak menghalang Wong Chee Fei, 24, untuk memperolehi kejayaan cemerlang dan menerima Anugerah Pelajaran Diraja, 'Pingat Jaya Cemerlang'. Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) yang berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pesanan bapa supaya belajar dengan tekun merupakan resepi kejayaannya dalam memperoleh keputusan GPA 3.91. "Saya juga sentiasa mendapatkan bimbingan daripada pensyarah dan mengamalkan sikap bertukar-tukar maklumat dengan rakan sekelas," katanya yang sudah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya, Selangor. - mstar online

3 Orang Awam Maut Akibat Serangan Di Donetsk
Seorang wanita berada dekat keretanya yang hangus terbakar akibat serangan di bandar Donetsk, timur Ukraine pada Jumaat. Foto AP
KIEV: Tiga orang awam maut dalam serangan di Donetsk, timur Ukraine dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa tempatan pada Sabtu berhubung kematian terbaharu akibat pencabulan gencatan senjata di kawasan bergolak itu. "Berdasarkan pemantauan tentera di Donetsk pada 10 Oktober, tiga orang awam maut dan empat lagi cedera dan dimasukkan ke hospital," kata dewan bandar raya Donetsk dalam satu kenyataan. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 300 orang maut sejak satu gencatan senjata ditandatangani pada 5 September lalu. Pihak berkuasa Ukraine melaporkan seramai 118 orang awam dan tentera Ukraine maut, tanpa melibatkan kematian pemberontak. Tentera Ukraine mengadakan kawalan di lapangan terbang antarabangsa Donetsk di timur laut bandar itu sejak Mei lalu, berikutan serangan berlaku hampir setiap hari. Turut dikawal ialah beberapa perkampungan di timur bandar itu. Tentera Ukraine pada Sabtu berkata, pangkalannya telah diserang di kawasan Donestk dan Lugansk pada malam sebelumnya. Ketua pemberontak di wilayah Donetsk, Alexander Zakharchenko berkata, pada minggu ini perjanjian antara puak pemisah dan komander Kiev akan menyaksikan tentera Ukraine menyerahkan beberapa kampung untuk mewujudkan zon bebas antara dua pihak yang bertelagah seperti mengadakan gencatan senjata. Bagaimanapun, tentera Ukraine menafikan sebarang laporan mengenai perjanjian bersama puak pemisah mengenai penyerahan mana-mana wilayah. - AFP- mstar online

Aisyah Catat Sejarah Raih Podium UCI
Pelumba tempat pertama Janka Kesegstevkova (tengah) dari Slovakia Team Outsiterz, pelumba tempat kedua Supuksorn Nuntana (kiri) dari Thailand Team Endurance dan tempat ketiga Siti Aisyah Alias (kanan) dari Malaysia Team Pahang State bersama trofi yang dimenangi masing-masing dalam kategori Elit Wanita pada Siri Maraton Basikal Bukit Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Langkawi, Sabtu. Foto BERNAMA
LANGKAWI: Siti Aisyah Alias mencatat sejarah sebagai pelumba wanita pertama Malaysia menaiki podium pada perlumbaan Siri Maraton Basikal Bukit Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di sini, Sabtu. Pelumba pasukan Pahang berusia 19 tahun itu meraih tempat ketiga dengan catatan masa empat jam 15 minit 20 saat, sekali gus mengetepikan rakan senegara Masziyaton Mohd Radzi dengan kelebihan hampir lapan minit. "Ini merupakan kali pertama saya menyertai perlumbaan UCI jadi saya sangat terkejut kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Ini merupakan pencapaian terbesar yang pernah saya capai jadi saya sangat bangga. "Sebelum ini saya hanya menyertai Jamboree jadi ini merupakan pertandingan terbesar yang pernah saya sertai," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan sejauh 75km itu di sini. Katanya, beliau tidak menyangka mampu untuk mengalahkan Masziyaton yang lebih berpengalaman tetapi mengakui faktor nasib menyebelahinya untuk berada di tempat ketiga. "Tapi pada satu peringkat saya nampak Masziyaton berhenti, mungkin kerana basikalnya mengalami masalah jadi saya gunakan peluang yang ada untuk memintasnya," katanya. Katanya, beliau tidak berdepan kesukaran dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kerana sudah biasa. Acara elit wanita itu dimenangi pelumba Slovakia, Janka Kesegstevkova daripada pasukan Outsiterz, dengan catatan masa 3:53:50s manakala tempat kedua oleh Supuksorn Nuntana dari Thailand (Endurance Thailand Team) dengan masa 4:08:57s. Perlumbaan Siri Maraton Mountain Bike Dunia UCI merupakan siri kelayakan bagi kejohanan dunia. Selain Langkawi, tuan rumah lain bagi siri kelayakan itu adalah Villabassa (Itali), Sietterstrand (Denmark), Ucka (Croatia), Graz (Austria), Verbier (Switzerland), Jurmala (Latvia), Val Di Fassa (Itali), Obwalden (Switzerland), Ornans (Perancis), Frejus (Perancis) dan Punchuncavi (Chile).- mstar online

Keputusan sesi Kelayakan Grand Prix F1 Rusia
Lewis Hamilton (tengah) pada perlumbaan Grand Prix Formula Satu Rusia bagi pusingan kelayakan di Sochi, Rusia pada Sabtu. Turut serta pelumba Nico Rosberg (kanan) dan Valtteri Bottas (kiri). Foto AP
BERIKUT adalah keputusan pusingan kelayakan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Rusia pada Sabtu:
1. Lewis Hamilton 1:38:513
2. Nico Rosberg +00.200
3. Valtteri Bottas +00.407

Keputusan Sesi Kelayakan MotoGP Grand Prix Rusia
Andrea Dovizioso (tengah) bersama Valentino Rossi (kiri) dan Dani Pedrosa (kanan) pada sesi kelayakan perlumbaan MotoGP Jepun di Tochigi, utara Jepun pada Sabtu. Foto EPA
BERIKUT adalah keputusan sesi kelayakan perlumbaan MotoGP Grand Prix Rusia pada Sabtu:
1. Andrea Dovizioso 1:44.502
2. Valentino Rossi +00.055
3. Dani Pedrosa +00.253
4. Marc Márquez +00.273
5. Jorge Lorenzo +00.282
6. Andrea Iannone +00.352
7. Pol Espargaró +00.365
8. Cal Crutchlow +00.396
9. Stefan Bradl +00.503
10. Bradley Smith +00.542

PDRM, Imigresen Diarah Halang Pengikut Abu Bakar Bashir Masuk Malaysia
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku 'A Policeman' hasil karya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kuching, malam Sabtu. Foto BERNAMA
KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, ini berikutan seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan yang kini menjalani hukuman di penjara-penjara Indonesia dijangka akan dibebaskan tahun depan. "Saya telah minta PDRM dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia seperti penjara, polis dan imigresen kerana kita tidak akan izinkan bekas-bekas banduan daripada pengikut Abu Bakar Bashir ini masuk ke Malaysia ataupun menggunakan Malaysia sebagai tapak untuk mereka memperluaskan 'sikap militan'," katanya. Ini kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebaliknya Islam mengajar kesederhanaan, katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014, di sini Sabtu. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Pada majlis yang sama beliau melancarkan buku bertajuk 'A Policeman' hasil karya Wan Junaidi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai polis. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada Jumaat beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menghalang Ketua Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla dari masuk ke negara ini. "Pihak polis telah mendapat beberapa laporan menyatakan jika beliau memberikan ceramah atau menghadiri program anjuran beberapa badan bukan kerajaan tindakan itu boleh merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi juga akan menyeleweng pegangan kita sebagai Ahli Sunah Wal Jamaah," katanya. Ahmad Zahid berkata, larangan itu akan berkuatkuasa sehingga Ulil didapati tidak membahayakan. Ulil dijadualkan datang ke negara ini untuk menghadiri satu diskusi yang akan dianjurkan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini.- mstar online

Polis Buru 'Ah Hai' Suspek Utama Letupan Di Bukit Bintang
Unit Pemusnah Bom PDRM berjaya meletupkan bom tangan kedua yang masih aktif, yang ditemui di lokasi kejadian.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu 'Ah Hai' yang merupakan suspek utama dalam siasatan terhadap insiden letupan bom tangan di Kompleks Sun di Bukit Bintang pada Khamis lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, 'Ah Hai' didakwa terlibat dalam satu kes di Sentul pada Ogos lalu, dengan mengacukan pistol ke arah seorang anggota polis. "Kita percaya Ah Hai merupakan sasaran utama. Berdasarkan siasatan awal, dia didapati sebagai saksi penting dalam kes ini, dan polis sedang cuba mengesannya," katanya. Tajuddin berkata, polis telah pun menyelesaikan satu kes membabitkan Ah Hai dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Dikenali sebagai 'Ah Hai', lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai dari Geng 21 telah menjalankan perniagaan haram di sini, termasuk perjudian. Insiden letupan itu berlaku di luar kelab malam Cherry Blossom pada Khamis, sehingga mengakibatkan seorang joki kereta maut dan mencederakan 12 yang lain, termasuk dua warga China, dua warga Singapura dan seorang warga Thailand. Tajuddin berkata, lapan mangsa telah memberikan keterangan mereka kepada pihak polis. Tiong Kwong Yie, 36, meninggal dunia akibat kecederaan serius selepas kejadian letupan yang berlaku pada pukul 4.25 pagi itu.- mstar online
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu 'Ah Hai' yang merupakan suspek utama dalam siasatan terhadap insiden letupan bom tangan di Kompleks Sun di Bukit Bintang pada Khamis lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, 'Ah Hai' didakwa terlibat dalam satu kes di Sentul pada Ogos lalu, dengan mengacukan pistol ke arah seorang anggota polis. "Kita percaya Ah Hai merupakan sasaran utama. Berdasarkan siasatan awal, dia didapati sebagai saksi penting dalam kes ini, dan polis sedang cuba mengesannya," katanya. Tajuddin berkata, polis telah pun menyelesaikan satu kes membabitkan Ah Hai dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Dikenali sebagai 'Ah Hai', lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai dari Geng 21 telah menjalankan perniagaan haram di sini, termasuk perjudian. Insiden letupan itu berlaku di luar kelab malam Cherry Blossom pada Khamis, sehingga mengakibatkan seorang joki kereta maut dan mencederakan 12 yang lain, termasuk dua warga China, dua warga Singapura dan seorang warga Thailand. Tajuddin berkata, lapan mangsa telah memberikan keterangan mereka kepada pihak polis. Tiong Kwong Yie, 36, meninggal dunia akibat kecederaan serius selepas kejadian letupan yang berlaku pada pukul 4.25 pagi itu.- mstar online
TOP
Pemuda MCA Lulus 12 Resolusi Dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin (dua, kanan) merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bersalaman dengan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon (dua, kiri) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda MCA Ke-50 di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA meluluskan 12 resolusi termasuk menyokong penuh penggubalan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 untuk memastikan kestabilan masyarakat dan negara tidak diancam golongan ekstremis. Resolusi itu yang merangkumi bidang hal ehwal parti, politik, hal ehwal kerajaan, ekonomi, pendidikan dan sosial diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang menghadiri AGM kali ke-50 itu di Wisma MCA sini, Sabtu. Dalam resolusi hal ehwal kerajaan, Pemuda MCA antara lain menyokong supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberi kuasa lebih luas dalam usaha membanteras masalah rasuah secara berkesan. Pergerakan itu juga menyarankan kerajaan melaksanakan Petunjuk Prestasi Utama dalam setiap bidang bagi memastikan semua kaum mempunyai peluang yang adil untuk menonjolkan kebolehan masing-masing. Resolusi ekonomi pula meminta kerajaan membina lebih banyak projek di bawah Projek Perumahan 1Malaysia dan rumah mampu milik supaya golongan muda mampu memiliki rumah sendiri. Pergerakan itu melihat bahawa pendekatan sedemikian adalah perlu dalam usaha kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi membendung masalah spekulasi hartanah di negara ini. Di bawah resolusi sosial, perwakilan mahu kerajaan memandang serius masalah keselamatan yang kian meruncing dengan menambah bilangan anggota polis dan mengukuhkan langkah pencegahan, selain meningkatkan kekerapan rondaan.- mstar online
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA meluluskan 12 resolusi termasuk menyokong penuh penggubalan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 untuk memastikan kestabilan masyarakat dan negara tidak diancam golongan ekstremis. Resolusi itu yang merangkumi bidang hal ehwal parti, politik, hal ehwal kerajaan, ekonomi, pendidikan dan sosial diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang menghadiri AGM kali ke-50 itu di Wisma MCA sini, Sabtu. Dalam resolusi hal ehwal kerajaan, Pemuda MCA antara lain menyokong supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberi kuasa lebih luas dalam usaha membanteras masalah rasuah secara berkesan. Pergerakan itu juga menyarankan kerajaan melaksanakan Petunjuk Prestasi Utama dalam setiap bidang bagi memastikan semua kaum mempunyai peluang yang adil untuk menonjolkan kebolehan masing-masing. Resolusi ekonomi pula meminta kerajaan membina lebih banyak projek di bawah Projek Perumahan 1Malaysia dan rumah mampu milik supaya golongan muda mampu memiliki rumah sendiri. Pergerakan itu melihat bahawa pendekatan sedemikian adalah perlu dalam usaha kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi membendung masalah spekulasi hartanah di negara ini. Di bawah resolusi sosial, perwakilan mahu kerajaan memandang serius masalah keselamatan yang kian meruncing dengan menambah bilangan anggota polis dan mengukuhkan langkah pencegahan, selain meningkatkan kekerapan rondaan.- mstar online
TOP
Polis Nafi Mangsa Insiden Letupan Hilangkan Diri
Tan Sri Khalid Abu Bakar
KUCHING: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu menafikan laporan bahawa seorang mangsa insiden letupan bom di Bukit Bintang, Kuala Lumpur melarikan diri. "Mangsa hilang? Tidak ada...semua 14 mangsa telah dikenalpasti," katanya. Beliau juga menegaskan hasil siasatan awal polis mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur-unsur pengganas. "Ini merupakan satu insiden balas dendam antara dua kumpulan haram jadi biarlah kita (polis) jalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival 1KDN di Perkarangan Tempat Letak Kereta Stadium Negeri Sarawak. Khalid berkata polis juga mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang disyaki itu, sebelum kejadian letupan berlaku. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Ketika ditanya sama ada polis akan meningkatkan serta melakukan operasi besar-besar membanteras kumpulan kongsi gelap berikutan kejadian itu, Khalid berkata polis sememangnya sudah membanteras kumpulan haram menerusi Op Cantas Khas. "Memang ini langkah yang berjalan berterusan. Ops Cantas Khas yang kita jalankan terhadap kumpulan-kumpulan haram, kita akan ambil tindakan berterusan, insyaAllah akan jadi lebih besar," katanya. Pada Rabu, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing, dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang. Sementara itu, Khalid berkata peruntukan sebanyak RM9.1 bilion dalam Bajet 2015 kepada polis akan membantu meningkatkan kecekapan anggotanya dalam melaksanakan tugasan. "Kita yakin dengan tambahan lebih 11,000 anggota dan 1,000 buah motosikal untuk kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal akan dapat tingkatkan lagi kecekapan kita dalam menguruskan masalah jenayah. "Penambahan keanggotaan juga akan dapat menampung kekurangan di beberapa balai polis," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, polis sedang memburu seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Ah Hai' bagi membantu siasatan kes serangan bom tangan itu. Tajuddin ketika dihubungi Bernama berkata lelaki berkenaan merupakan saksi penting malah sasaran utama yang terlibat dalam kes itu. "Kita percaya Ah Hai merupakan sasaran utama, siasatan awal mendapati, dia merupakan saksi penting dalam kes ini...polis berusaha untuk mengesan dia secepat mungkin," katanya. Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Ah Hai yang juga dikenali sebagai 'Top Imbi Gangster' dipercayai menjadi sasaran utama suspek dalam kes letupan itu. Tajuddin berkata, pihaknya sebelum ini telah menyelesaikan satu kes lain berkaitan penglibatan Ah Hai dan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. "Ah Hai pernah terlibat dalam satu kes di Sentul pada bulan Ogos..dakwaan mengatakan dia pernah mengacukan pistol kepada anggota polis," kata Tajuddin. Beliau menjelaskan, setakat ini, seramai lapan mangsa telah diambil keterangan untuk membantu siasatan namun tiada sebarang tangkapan dilakukan. - mstar online

Cameron Diaz Pakai Cincin Tunang
Cincin yang dipakai Cameron mengundang persoalan aktres itu mungkin sudah pun bertunang.
KHABAR mengejutkan daripada aktres Cameron Diaz apabila dia dikatakan sudah bertunang dengan kekasihnya, Benji Madden. Menurut laporan portal E! Online, ketika Diaz menghadiri ke majlis pameran Hollywood Costume di Wilshire May Company Building, Los Angeles minggu lalu, aktres itu dilihat memakai cincin di jari manisnya.
Cameron Dian dan Benji Madden
"Cincin tersebut bukanlah ukiran yang biasa kerana hiasan permata sangat unik. Ia lebih dilihat sebagai cincin tunang atau mungkin nikah," kata sumber. Dalam pada itu, Diaz dan Madden juga dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang penjelasan daripada pihak pasangan itu mengenai perkara itu.- mstar online

Dua Beranak Maut Dalam Kemalangan Lori Dan Bas
JEMPOL: Dua beranak maut selepas lori tiga tan yang mereka naiki dirempuh sebuah bas persiaran di KM4, Jalan Bahau-Kemayan di sini, awal pagi Sabtu.
Jurucakap polis, berkata kejadian pada kira-kira pukul 6.20 pagi itu mengorbankan pemandu lori, Abdul Rahman Sulaiman, 44; dan anaknya, Muhammad Saiful, 21, yang berasal dari Muar, Johor.
Katanya akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami cedera parah di badan.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas yang sedang dalam perjalanan dari arah Kemayan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan, lalu merempuh lori mangsa yang datang dari arah Bahau.
Pemandu bas pula dilaporkan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bahau dan Bandar Seri Jempol dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan dua beranak yang tersepit itu.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Jempol di sini untuk bedah siasat.- mstar online
TOP
Wanita MCA Lulus 7 Usul
Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie (lima, kanan) bersama Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita MCA pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Wanita MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA ke-39 pada Sabtu meluluskan tujuh usul mengenai isu-isu yang menyentuh soal wanita dan undang-undang, ekonomi, pendidikan, sosial dan keselamatan. Usul itu diluluskan oleh 1,352 perwakilan selepas dibahaskan oleh 11 anggota di mesyuarat yang berlangsung di Wisma MCA di sini. Satu daripada usul itu menggesa kerajaan menghukum pihak yang terlibat dalam kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini dan mahukan kerajaan menambah baik sistem peperiksaan kerajaan. Mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun depan, Wanita MCA menggesa supaya langkah memantau harga barang diperkukuh bagi menjamin skim cukai itu tidak membeban pengguna. Perwakilan juga menggesa diambil tindakan tegas terhadap jabatan, unit atau individu yang menyalahgunakan dana awam dan perwakilan menekankan perlunya tindakan mencegah rasuah di kalangan petugas awam. Satu lagi usul menyokong pindaan Akta Wanita Berkahwin bagi menentukan ibu bapa mempunyai hak sama dalam menandatangani borang persetujuan berhubung perkahwinan anak-anak di bawah usia 21 tahun. Menyentuh hal ehwal parti, sayap wanita itu menggesa semua ahli menyokong penuh pelaksanaan program transformasi dan penjenamaan semula parti bagi melindungi hak masyarakat Cina bila mereka meminta jawatankuasa pusat MCA melaksana pemilihan langsung bagi jawatan parti. Selain itu, sayap itu juga menggesa kerajaan memberi perhatian serius terhadap keganasan sosial dan masalah keselamatan serta mempercepat pengendalian kes-kes jenayah. Wanita MCA juga menyatakan mereka mengintai peluang lebih besar bagi penyertaan wanita dalam bidang politik dan ekonomi.- mstar online

Jerebu Rentas Sempadan Dijangka Berkurangan Minggu Depan
KUALA LUMPUR: Kemungkinan berlaku jerebu merentas sempadan di negara ini dijangka berkurangan dengan bermulanya musim peralihan monsun pertengahan bulan ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel berkata, ia seterusnya menjurus kepada Monsun Timur Laut yang membawa cuaca lebih lembap dan perubahan arah angin.
Beliau berkata kemerosotan status kualiti udara di beberapa kawasan di utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia sejak semalam berpunca daripada pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
"Ini berikutan angin Monsun Barat Daya yang bertiup ke Pantai Barat Semenanjung," katanya dalam kenyataan, Sabtu.
Palanivel berkata, susulan itu, ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar telah menulis surat kepada rakan sejawatannya di Kementerian Alam Sekitar Indonesia semalam bagi mengulangi kebimbangan dan rasa tidak puas hati Malaysia terhadap peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan.
"Dalam hal ini, Malaysia turut menggesa pihak Indonesia segera melaksanakan tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran tanah dan hutan secara meluas dan efektif," katanya.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka dengan sengaja atau untuk tujuan tertentu.- mstar online
TOP
Ketua ajaran sesat China dihukum mati atas pembunuhan kejam di restoran McDonald
KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah di China menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota kumpulan agama ajaran sesat kerana memukul seorang wanita sehingga mati di sebuah restoran makanan segera, McDonald di Shandong, China.
Perbuatan dua anggota tersebut dilaporkan dibuat selepas wanita berkenaan dikatakan enggan menyertai kumpulan tersebut.
Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan secara online oleh Mahkamah Perantaraan Rakyat Yantai di Shandong, tertuduh Zhang Fan dan Zhang Lidong telah didapati bersalah kerana membunuh dengan sengaja dan ‘menggunakan kumpulan ajaran sesat untuk melaksanakan pembunuhan kejam dan melanggar undang-undang’.
Setakat ini, tiada maklumat sama ada tertuduh akan merayu hukuman tersebut.
Sementara itu, defendan ketiga, Lu Yingchun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup manakala dua yang lain iaitu Hang Zhang dan Zhang Qiao masing-masing dijatuhi hukuman 10 dan tujuh tahun.
Mahkamah berkata, kelima-lima pesalah tersebut yang merupakan anggota ajaran sesat agama Kristian yang digelar Quannengshen telah menyerang wanita dari keluarga Wu, pada Mei selepas dia enggan memberi nombor telefonnya kepada ahli kumpulan tersebut.
Quannengshen yang membawa maksud ‘Gereja Tuhan Maha Esa’ percaya bahawa Jesus telah dijelmakan semula sebagai seorang wanita Cina dan menganggap Parti Komunis sebagai "Naga merah yang hebat".
Kumpulan Quannengshen telah diharamkan oleh kerajaanChina pada pertengahan tahun 1990-an.
Tidak lama selepas kejadian pada Mei itu, satu video telah tersebar secara online yang menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai Zhang Lidong yang kelihatan marah sambil menjerit "Celaka kamu, syaitan! Pergi ke neraka!", kemudian seorang wanita muncul dan menjerit "Bunuh dia! Pukul dia sampai mati!"
Rakaman selama tiga minit yang diambil melalui sebuah telefon pintar itu hanya menunjukkan sedikit apa yang telah terjadi kepada mangsa.
Namun saksi yang berada di tempat kejadian kelihatan berlari ke luar restoran dan dapat mendengar yang jeritan mangsa dari dalam restoran.
Zhang Lidong menggunakan mop untuk memukul kepala Wu dan defendan lain menendang badannya ke lantai restoran.
Terdahulu pada Jun, Zhang Lidong telah diarak secara langsung di kaca televisyen selepas mengaku melakukan jenayah tesebut. - Astro Awani
TOP
Lebih 100,000 Gambar Snapchat Di Godam
Sekurang-kurangnya 100,000 gambar Snapchat yang disangkakan oleh pengguna Snapchat yang akan segera dibuang setelah ianya dilihat oleh pengguna telah dikumpul oleh hacker yang bercadang untuk memuatnaik gambar-gambar berkenaan di internet.
Portal Business Insider melaporkan hacker terbabit dilihat telah mengumpul gambar sejak beberapa tahun lepas. Menurut pengguna dari 4Chan, isu ini dikenali sebagai "The Snappening".
Hacker berkenaan dipercayai menggodam gambar-gambar terbabit menggunakan aplikasi 'third-party' yang digunaka pakai di dalam Snapchat. - Siakapkeli.com
No comments:
Post a Comment