TOP
Timbalan Ketua PKR Petra Jaya Isytihar Keluar Parti
KUCHING – Kecewa dengan pergolakan dalaman dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang, Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya Idris Bohari hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Idris, 52, memaklumkan perkara itu kepada Bernama hari ini.
“Saya berhasrat untuk melupakan politik pembangkang dan badan bukan kerajaan akan menjadi platform baharu untuk saya meneruskan perjuangan untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Beliau yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri percaya lebih ramai lagi anggota PKR negeri dijangka mengambil langkah sama.
“Saya percaya lebih ramai lagi (anggota PKR di Sarawak) akan mengikuti penghijrahan ini (meninggalkan parti) kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku (dalam PKR),” katanya.
Idris pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas. – BERNAMA
TOP
Real Bangkit Daripada Ketinggalan Benam Barca 3-1
MADRID – Cristiano Ronaldo meledak gol membantu Real Madrid bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 3-1 menentang musuh tradisi, Barcelona dalam pertembungan ‘El Clasico’ pertama musim ini di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.
Kemenangan turut menghadiahkan pelawat kekalahan pertama dalam La Liga Sepanyol yang hadir selaku pendahulu liga.
Barca hadir ke Bernabeu dengan semangat tinggi dengan penampilan semula penyerang sensasi, Luis Suarez yang beraksi buat pertama kali selepas menjalani penggantungan selama empat bulan lalu.
Dan ia ditampilkan apabila pemain antarabangsa Uruguay itu beraksi cemerlang menjadi perancang kepada gol pembukaan Barca yang dijaringkan bintang Brazil, Neymar seawal minit keempat perlawanan.
Begitupun, bintang terbaik dunia, Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-35 yang turut mengakhiri rekod lapan perlawanan tanpa bolos Barca dalam kempen musim ini.
Pepe kemudian menghukum kerapuhan jentera pertahanan Barca apabila meledak gol kedua tuan rumah menerusi tandukan pada minit ke-50 sebelum penyerang Perancis, Karim Benzema melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-61.
“Kamu sentiasa mahu penampilan sulung kamu berakhir dengan kemenangan,” kata Suarez. “Kami perlu melupakannya.”
Kejayaan menewaskan Barca membawa Real di kedudukan kedua liga, satu mata di belakang Barca dengan catatan cemerlang sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan di semua kejohanan berturut-turut musim ini.
“Pasukan ini menakjubkan daripada segala aspek,” kata pertahanan Real dan Sepanyol, Sergio Ramos. “Sekalipun kami ketinggalan pada awalnya, kami tetap jelas yang kami mahu menguasai perlawanan dan tidak melepaskan penguasaan bola kepada mereka.”
Aksi pemain terbaik dunia empat kali Lionel Messi juga tidak begitu menjadi buat Barcelona sekalipun bintang Argentina itu hanya kurang satu gol untuk menyamai rekod gol terbanyak dalam sejarah La Liga.
Peluang terbaiknya hadir di awal permainan juga menerusi gerakan menarik Suarez namun penjaga gol Real, Iker Casillas beraksi cemerlang untuk menafikan cubaannya.
Jurulatih Real, Carlo Ancelotti jelas berbangga dengan persembahan pemainnya.
“Kami tidak hilang tumpuan selepas melepaskan gol,” katanya. “Kami kekal dengan perancangan kami dan saya gembira dengan untuk melihat kami kekal dengan rentak permainan yang tinggi selepas kemenangan ke atas Liverpool.”
Rakan sejawatannya di Barca, Luis Enrique turut mengakui Real beraksi lebih baik.
“Madrid layak untuk menang,” kata Enrique. “Kekalahan ini jelas kerana Madrid lebih baik berbanding kami dan kami perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan,” katanya.
Dalam pada itu, Valencia kembali menghuni ke tangga ketiga liga, dua mata di belakang Barcelona selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Elche.
Begitupun, Sevilla boleh menyamai pungutan mata dimiliki Barcelona seandainya mencatat kemenangan ke atas Villarreal, hari ini. – AP
TOP
5 Rumah Teres Musnah Dalam Kebakaran Di Temerloh
KUANTAN – Lima unit rumah teres kos rendah di Taman Mewah, Kuala Krau dekat Temerloh musnah selepas terbabit dalam kebakaran tengah malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi.
“Seramai sembilan anggota bomba bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bergegas ke lokasi kejadian dan seramai 24 anggota Bomba sukarela dari Kuala Krau turut membantu memadamkan api.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.42 pagi tadi dan padam sepenuhnya kira-kira jam 4.01 pagi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.
Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA
TOP
Eksekutif Google Cipta Rekod Terjunan Tertinggi
NEW MEXICO – Seorang eksekutif syarikat enjin pencarian gergasi, Google telah mencipta rekod dengan melakukan terjunan udara tertinggi di dunia iaitu pada ketinggian 41,148 meter (m), menurut satu kenyataan kelmarin.
Eksekutif itu, Alan Eustace, 57, yang merupakan Naib Presiden Kanan Ilmu Pengetahuan Google melakukan terjunan tersebut bagi menjayakan projek eksplorasi dari ruang atmosfera melebihi ketinggian 30,480m.
Menurut kenyataan Perbadanan Pembangunan Ruang Paragon, Eustace yang memulakan misi di Roswell, New Mexico itu menggunakan kelengkapan pakaian seorang angkasawan yang direka khas sebelum terjun dari ruang stratosfera.
“Eustace terjun pada kelajuan 304m seminit dengan keseluruhan terjunan mengambil masa selama dua jam 30 minit. Dia berada di lapisan stratosfera selama kira-kira 30 minit.
“Dia kemudian menghabiskan masa lima minit untuk terjunan bebas semasa masuk ke lapisan atmosfera sebelum melepaskan payung terjun pada ketinggian 5,486m,” menurut kenyataan itu.
Kostum angkasawan itu direka sama seperti kostum yang dipakai semasa misi roket Apollo yang telah dihasilkan oleh firma kejuruteraan ILC Dover dengan bantuan daripada beberapa konsultan dan syarikat-syarikat lain.
Rekod terdahulu dipegang oleh seorang penerjun udara dari Austria, Felix Baumgartner yang telah melakukan terjunan pada ketinggian 39,014m juga di New Mexico pada tahun 2012. – AFP
TOP
Pekerja Ladang Maut Ditetak Dalam Pergaduhan
PORT DICKSON – Seorang pekerja ladang maut setelah diserang sekumpulan lelaki di kawasan perumahan di Ladang Tanah Merah, dekat sini, semalam, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha berkata V. Muniandy, 22, diserang lima lelaki tidak jauh dari kediamannya dalam kejadian 4.40 petang dipercayai berpunca daripada pergaduhan.
“Mangsa telah ditetak dengan objek tajam dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian kaki dan tangan. Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di rumah tersebut, namun dia berseorangan ketika didatangi kelima-lima suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson.
Baharudin berkata polis menahan dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an kira-kira 12 malam tadi bagi membantu siasatan.
“Kita telah mendapat perintah mahkamah pagi ini untuk menahan reman kedua-duanya selama seminggu (sehingga 1 Nov) bagi membantu siasatan. Kita sedang mengesan tiga lagi suspek berhubung kejadian itu,” katanya.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Angkasa Peruntuk RM4.8 Juta Pinjaman Pendidikan
KUANTAN – Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada orang ramai dan kakitangannya, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Beliau berkata, pinjaman itu untuk pengajian peringkat ijazah pertama dan ke atas dan bagi ahli dan kakitangan Angkasa tidak dikenakan faedah.
“Setakat ini, kita telah membiayai 496 orang di mana 275 daripada mereka telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah.
“Bagi kakitangan Angkasa, kita menyasarkan 40 orang setahun untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah,” katanya selepas Majlis Penganugerahan Kakitangan Angkasa 2014 di sini malam tadi.
Menurutnya ia meliputi pengajian dalam pelbagai bidang seperti perniagaan dan kewangan dengan perbelanjaan dianggar RM18,000 seorang sehingga tahun 2020.
Abdul Fattah berkata dengan kemudahan ini, ia memberi lebih ruang kepada mereka untuk meningkatkan tahap pendidikan sedia ada tanpa begitu membebankan.
“Bagi kakitangan Angkasa juga, mereka berpeluang untuk menikmati kenaikan gaji jika didapati prestasi pendidikan mereka memuaskan,” katanya. – BERNAMA
TOP
Fazura Ucap Tahniah Kepada Tunku Mahkota Johor Dan Isteri
JUMAAT lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.
Yang menariknya, memetik portal Gua, selebriti cantik, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. - MYNEWSHUB

104,980 Syarikat Daftar GST Setakat 25 Okt
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) bertambah kepada 104,980 setakat 25 Okt, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini, data menunjukkan peningkatan 476 syarikat berbanding hari sebelumnya dengan tarikh akhir pendaftaran pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur percukaian baharu itu yang akan dikuat kuasa bermula 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
Najib Ziarah Kenalan Yang Uzur Di Pekan
PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat beberapa kenalannya yang uzur di sini sebentar tadi.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan meluangkan masa menziarahi bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Ghazali Kasim, 83, yang mengidap penyakit Parkinson.
Ghazali yang juga bekas guru mengidap penyakit itu sejak 10 tahun lalu.
Najib yang juga Ketua UMNO bahagian Pekan kemudian melawat Datin Zamzam Abdul Samad di Kampung Parit Tengah diikuti Abdul Rahman Ahmad di Peramu Jaya.
Perdana Menteri turut menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Pengerusi Biro Agama UMNO bahagian Pekan, Datuk Ariffin Daud di Perumahan Shahbandar, di sini. – BH Online
TOP
Lima Cedera Letupan Kilang Di Kanada
LIMA cedera letupan kilang perindustrian, Veolia ES Canada Industrial Services di Sarnia, hari ini. - Foto ihsan Andreanne Baribeau/Radio-Canada
MONTREAL – Lima orang termasuk seorang parah dalam letupan di kilang perindustrian di sini, hari ini. Polis berkata, anggota pasukan perkhidmatan kecemasan bergegas ke Veolia ES Canada Industrial Services di Sarnia, Ontario bagi memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang terbabit. “Lima mangsa itu dibawa ke Pusat Perubatan Bluewater Health di Sarnia. Seorang daripada mereka diterbangkan ke London (Ontario),” kata kenyataan polis. Veolia ES Canada Industrial Services adalah anak syarikat Perancis, Veolia yang mengendalikan perkhidmatan air, kitar semula dan sisa pembuangan. – AFP

Bakar Mayat Dalam Kereta Di Kebun Kelapa Sawit
BANTING – Polis meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi mengecam dan menuntut mayat seorang individu yang ditemui rentung di kebun kelapa sawit Batu 9, di sini, 18 September lalu.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, mangsa dewasa yang tidak diketahui jantinanya ditemui dalam but sebuah kereta Proton Waja tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Difahamkan, hasil siasatan mendapati Proton Waja berkenaan pernah dilaporkan hilang di Seksyen 22, Shah Alam, sebelum ia ditemui rentung bersama mayat individu terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul Razak berkata, sekiranya ada individu yang menuntut jenazah mangsa, ia dapat membantu siasatan kes terutama mengenal pasti suspek dan motif kejadian.
“Hasil siasatan mendapati mangsa pernah menjalani pembedahan kerana adanya klip besi beserta skru pada tengkorak bahagian dahi sebelah kanan di kepalanya, selain plat besi di tulang tangan kanan. – myMetro Online
TOP
Remaja Lepaskan Tembakan Kerana Kecewa Cinta Ditolak
KEJADIAN tembakan di kafeteria di sebuah sekolah tinggi di Marysville, Washington, baru-baru ini telah mengorbankan seorang pelajar dan juga si penembak, Jaylen Fryberg, 15.
Jaylen kemudiannya mengambil keputusan menamatkan riwayatnya sendiri selepas menembak mati seorang rakan pelajar dan mencederakan empat pelajar lain yang mana dua daripadanya merupakan sepupunya sendiri.
Memetik Dailymail, Jaylen, dikatakan mengambil keputusan nekad itu selepas kecewa cintanya ditolak oleh gadis pilihannya yang tidak didedahkan identitinya.
Yang lebih menambahkan sakit hatinya ialah apabila gadis tersebut dilaporkan berpacaran dengan sepupu Jaylen sendiri iaitu salah seorang mangsa tembakannya, Andrew Fryberg.
Beberapa hari sebelum kejadian, Jaylen dipetik menulis status amarahnya di laman Twitter, yang berbunyi, “Dude. She tells me everything. And now I f*****g HATE you! You’re no longer my ‘Brother”.
Pihak berkuasa dilaporkan masih lagi menyiasat punca sebenar tercetusnya insiden terbabit sementara empat mangsa tembakan, Gia Soriano, Shalyee Chuckulnaskit, Nate Hatch dan Andrew Fryberg masih lagi berada dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di hospital berdekatan. – MYNEWSHUB

Najib Ketuai Delegasi Malaysia Ke WIEF Di Dubai
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF Ke-10) yang akan diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bermula Selasa hingga Khamis ini.
Turut mengiringi Perdana Menteri, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, Najib yang juga penaung kepada Yayasan WIEF akan menyampaikan ucapan khas pada majlis pembukaan forum itu, pada Selasa.
Beliau juga dijangka mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya yang akan hadir di forum berkenaan bagi membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.
Di samping itu, Najib turut dijadualkan menghadiri beberapa acara sampingan termasuk Mesyuarat Meja Bulat Bersama Pelabur dan Majlis Pelancaran Festival Agromakanan Malaysia.
Beliau juga akan menyaksikan Majlis Pertukaran Perjanjian antara syarikat Malaysia dengan syarikat luar negara.
Forum WIEF Ke-10 bertemakan “Innovative Partnerships for Economic Growth” akan membincangkan konsep perkongsian inovatif dan bagaimana perkongsian ini dapat membantu membangunkan ekonomi sesebuah negara dan masyarakat Islam, serta pasaran ekonomi global.
Forum ini akan menjadi platform kepada peserta berkongsi pandangan mengenai kaedah pelaksanaan perkongsian inovatif, selain menyediakan peluang kerjasama dalam pelbagai sektor pada masa depan.
Forum itu dijangka dihadiri lebih 2,500 orang peserta. – BH Online
TOP
Rozita Che Wan Lepas Geram, Gelar Pengikut Instagramnya Bodoh
ADUH, tak habis-habis lagi kisah hangat melanda pelakon cantik Rozita Che Wan ni.
Jika sebelum ini ramai mempertikaikan tajaan sebuah hospital swasta bagi menyambut kelahiran anak Che Ta, kali ni nampaknya isteri Zain Saidin seakan sudah tidak dapat menahan sabar apabila melabel seorang pengikut Instagramnya dengan gelaran ‘bodoh dan bangang’ apabila mereka tidak habis-habis mempertikaikan rezeki yang diperolehi mereka sekeluarga.
Tu la, orang kata jangan dicabar orang yang tengah mengandung, emosi dorang memang tak berapa stabil mungkin disebabkan penbawakkan budak. Apa-apa pun diharapkan Che Ta tidak ambil serius sangat dengan kata-kata kurang enak orang luar terhadap dirinya sekeluarga. Yang penting jaga diri dan kandungan agar proses kelahiran kelak berjalan lancar dan selamat semuanya. – MYNEWSHUB

Tembak Menembak : Polis Tembak Mati Seorang Suspek Di Semporna
Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, awal pagi tadi.
Komander ESSCOMM, DCP Datuk Abd Rashid yang mengesahkan kejadian berkata, ia berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.
“Ya, ada insiden tembak-menembak berlaku. Ia bermula apabila ada tembakan dilepaskan kepada pasukan polis dan polis telah membalas dengan beberapa tembakan” katanya.
Sementara itu, laman web The Star pula melaporkan pasukan polis telah menembak mati suspek yang merupakan seorang lelaki dalam buruan polis.
Abd Rashin enggan mengulas mengenai kejadian berlaku kematian dalam insiden itu dan identiti suspek masih dalam siasatan.
Satu sidang media akan diadakan pada pukul 2 petang ini berkenaan kes berkenaan di Pengakalan Marin, Semporna, Sabah.
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Bayi Punca MH135 Mendarat Cemas Meninggal Dunia
PETALING JAYA – Bayi baharu lahir kepada seorang penumpang wanita warga Australia yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH135, yang mendarat cemas di Bali pada Jumaat, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
MH135 terpaksa membuat pendaratan cemas apabila penumpang wanitanya mahu bersalin.
Samual P. Jeyanthi dibawa ke Hospital Kasih Ibu di Bali selepas MH135 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada kira-kira pukul 2.10 petang, sebaik sahaja pesawat itu mendapat kebenaran untuk dilencongkan dari laluan asal Kuala Lumpur-Brisbane.
Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan ketua perkhidmatan perubatan Diah Ratna Dewi sebagai berkata, bayi itu sudah pun dilahirkan dan meninggal dunia apabila penumpang wanita itu tiba di hospital.
“Kita jangka bayi berkenaan lahir kira-kira satu hingga satu setengah jam sebelum kita terimanya. Pesakit memakumkan kepada kita bahawa dia tiada masalah dengan kandungannya,” katanya dipetik sebagai berkata.
Doktor itu menambah bahawa wanita itu dirawat dan diambil oleh syarikat penerbangan itu pada kira-kira pukul 9 malam.
Penerbangan MH135 yang membawa 178 penumpang itu kembali berlepas ke Brisbane selepas dua jam ia membuat pendaratan cemas di Bali. – mStar Online
TOP
Terjerat Berasmara, Cemari Sambutan Maal Hijrah
Anggota penguatkuasa Jaij menyoal siasat salah satu pasangan yang ditahan. Anggota penguatkuasa Jaij menyoal siasat salah satu pasangan yang ditahan.
JOHOR BAHRU – Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel-hotel bajet sekitar kawasan Skudai. Dalam operasi melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) awal pagi semalam, empat pasangan ditahan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua empat lelaki dan empat wanita terbabit ditahan sepanjang serbuan jam 11 hingga 2 pagi itu. Menurutnya, kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana disyaki melakukan khalwat. “Pada malam ini, biasanya ramai orang bercuti dan ambil kesempatan, jadi kita membuat operasi dengan memberi tumpuan di sekitar Taman Universiti serta Taman Ungku Tun Aminah iaitu hotel bajet. “Tujuan operasi adalah membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya. Mohd Zamri menasihatkan masyarakat Islam tidak pergi ke hotel untuk tujuan membuat perkara tidak bermoral khususnya perbuatan melanggar hukum Islam. Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jaij bagi tindakan lanjut. Dalam serbuan dilakukan, seorang wanita berusia 24 tahun meminta pihak berkuasa agar tidak melibatkan keluarganya sejurus didapati berkhalwat bersama lelaki Indonesia. Dia yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala putih sementara pasangannya berusia 37 tahun dan berpakaian lengkap bagaimanapun memberi kerjasama ketika disoal siasat. Wanita itu dipercayai baharu sahaja kenal dengan lelaki warga asing terbabit yang mendakwa bekerja di Batu Pahat sebagai pembawa bot. – Sinar Harian Online

Peralatan Baharu Akan Pertingkatkan Carian Pesawat - Tiong Lai
Tiong Lai ketika ditemuramah oleh wartawan USA Today, Bart Jansen di Washington DC, Khamis. (Gambar Twitter)
PETALING JAYA: Malaysia sedang mencari lebih bantuan pakar dari Amerika Syarikat dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung tragedi MH370 dan MH17, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai. "Kita sedang bergerak dengan baik, jadi kita sedang cuba mendapatkan sokongan AS jika mereka mempunyai sebarang kelengkapan untuk meneruskan carian. Sekarang kita perlu melakukan dengan lebih lagi untuk melihat apakah ada lebih teknologi dan pakar-pakar untuk mencari pesawat," katanya. Tiong Lai, yang berada di Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Setiausaha Pengangkutan Anthony Foxx, dipetik dalam USA Today sebagai berkata bahawa beliau ingin menyampaikan rasa terima kasih Malaysia kerana sokongan Amerika Syarikat dalam usaha mencari penerbangan 370. Menurut USA Today, pencarian pesawat yang hilang meliputi "kawasan dasar laut bersaiz Virginia Barat". "Angkatan Laut AS berhenti menyediakan kapal Bluefin-21 beberapa bulan lalu. Sebaliknya, salah sebuah kontraktor carian Malaysia telah mengupah kenderaan dalam air (AUV) Bluefin dengan unit pengesan sonar dari Phoenix International Maryland untuk membantu menyambung semula pencarian," kata laporan itu. USA Today juga melaporkan bahawa Tiong Lai akan mengunjungi ICAO di Montreal minggu depan 'untuk menggesa agar pengesanan penerbangan yang lebih baik bagi mengelakkan berlakunya kes seperti penerbangan MH370. Beliau juga dijangka akan mendorong ICAO mengambil keputusan untuk mendapatkan akses yang lebih baik ke lokasi nahas 'kerana penyiasat masih tidak dapat sampai ke bahagian di Ukraine di mana penerbangan MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai dengan 298 orang di atas kapal". Walaupun dengan adanya gencatan senjata, tapak nahas masih tidak boleh diakses. "Musim sejuk akan tiba," Tiong Lai dipetik sebagai berkata. "Kami masih bimbang ini akan menjejaskan siasatan." Tiong Lai berkata walaupun perakam suara dan data telah ditemui dari pesawat itu, pakar-pakar keselamatan diperlukan untuk memeriksa bangkai pesawat bagi menentukan apa yang berlaku. "Kita mengesyaki dengan pasti bahawa pesawat ditembak peluru berpandu," katanya. Menurut USA Today, Tiong Lai meminta Foxx dan ICAO untuk menyokong koordinasi antara kerajaan dan syarikat-syarikat penerbangan tentang zon konflik yang berpotensi menjadi ancaman kepada syarikat penerbangan. Tiong Lai berkata kedua-dua bencana itu adalah keadaan sukar untuk Malaysia. "Kami sangat, sangat tertekan dan sangat sedih di atas kedua-dua kejadian," katanya. "Kami sangat tersentuh melihat begitu banyak negara tampil untuk membantu kami." Tiong Lai berkata Malaysia Airlines adalah penting untuk Malaysia kerana ekonomi syarikat penerbangan dan negara berkembang bersama-sama. "Ia adalah ikonik," katanya mengenai MAS. "Terdapat banyak emosi di dalamnya."- mstar online

Amerika Sedia Kongsi Kepakaran Teknologi Nuklear Dengan Malaysia - Duta
Laura E Kennedy
KUALA LUMPUR: Amerika sedia memberi bantuan sekiranya Malaysia ingin meneruskan rancangan membina loji tenaga nuklear, kata diplomat Amerika, Duta Besar Laura E. Kennedy. Kennedy, kuasa usaha di Pejabat wakil tetap Amerika di Pertubuhan Antarabangsa di Vienna berkata negaranya sudah lama mempunyai industri tenaga nuklear dan kepakaran dalam bidang itu. "Terserahlah kepada kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, kami sedia berunding tentang perjanjian kerjasama seperti yang kami lakukan di negara lain yang membenarkan pihak awam menjalankan perniagaan bahan berkaitan nuklear," kata Kennedy, yang sedang melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia, kepada media di sini. Pada Julai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata kerajaan akan menjalankan kajian kemungkinan mengenai cadangan pembinaan sebuah loji nuklear di negara ini. Sebelum itu, terdapat laporan bahawa kerajaan merancang membina dua loji tenaga nuklear bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga, satu menjelang 2021 dan satu lagi setahun kemudian. Kennedy bagaimanapun berkata sebelum sebarang keputusan diambil tentang perkara itu, Malaysia perlu berbincang dengan badan kawal selia nuklear seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai kepatuhan terhadap standard keselamatan antarabangsa. Kennedy, yang berada di negara ini untuk mempromosi penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan aman, berkata rakyat Malaysia perlu sedar bahawa teknologi nuklear memberi banyak manfaat dalam bidang seperti kesihatan dan pertanian. Bekas penghidap kanser ini juga menyentuh tentang penggunaan teknologi nuklear dalam rawatan kanser dan bagaimana teknologi berkaitan nuklear kini digunakan untuk membantu memerangi wabak Ebola.- mstar online

Pengambilan Pekerja Antara Kerajaan Boleh Turun Kos
Richard Riot
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Bangladesh bercadang melaksanakan urusan pengambilan pekerja Bangladesh untuk bekerja di Malaysia melalui mekanisme antara kerajaan dengan kerajaan, tanpa pembabitan pihak ketiga, ejen, syarikat penyumberan luar atau majikan. Kementerian Sumber Manusia berkata, mekanisme itu akan meminimumkan kos pengambilan pekerja daripada RM13,000 kepada RM1,300, di samping menyelamatkan pekerja daripada terikat dengan hutang. "Ini juga akan menghalang perbuatan mengaut keuntungan melalui kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu untuk menjelaskan isu pengambilan 12,000 rakyat Bangladesh untuk bekerja di Sarawak seperti yang dilaporkan media. Merujuk kepada lawatan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem ke Bangladesh pada 18 hingga 20 Ogos, kementerian itu berkata, ketika lawatan itulah kedua-dua negara menyuarakan hasrat untuk menggunakan mekanisme pengambilan pekerja secara antara kerajaan dengan kerajaan. "Majikan dan pekerja yang terlibat dengan mekanisme ini perlu mematuhi kriteria yang terkandung dalam memorandum persefahaman mengenai perkara itu seperti urusan tapisan keselamatan, pemeriksaan perubatan, kesesuaian serta ketulenan majikan," katanya. Aspek lain termasuk pematuhan standard buruh antarabangsa tentang gaji minimum serta syarat yang adil dan wajar berkaitan guna tenaga. Pengambilan kira-kira 12,000 rakyat Bangladesh untuk bekerja dalam pelbagai sektor di Sarawak dinyatakan Pesuruhjaya Tinggi negara itu di Malaysia A K M Atiqur Rahman dalam sidang akhbar di Kuching pada 20 Oktober. Kementerian itu berkata masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan menyebabkan kerajaan tidak mempunyai pilihan selain membenarkan pengambilan pekerja asing dan dalam kes berkenaan, dari Bangladesh. Ia bertujuan memenuhi permintaan pembangunan pesat ekonomi di Sarawak. "Bagaimanapun, permintaan terhadap 12,000 pekerja itu hanya suatu anggaran berdasarkan maklum balas daripada pemegang kepentingan, khususnya sektor perladangan di Sarawak," kata kenyataan itu. Kementerian itu berkata pengambilan akan dibuat secara berperingkat kerana permintaan sebenar oleh majikan perlu terlebih dahulu diteliti sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada agensi kerajaan berkenaan. Menurut kenyataan itu, akibat kekurangan pekerja, majikan dalam sektor perladangan terpaksa mengambil buruh asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mereka. "Tanpa wujudnya tenaga kerja asing, sektor perladangan, satu daripada tunggak ekonomi Sarawak, mungkin runtuh," katanya.- mstar online

Sindiket Curi Kereta Tumpas
KUALA LUMPUR: Polis mematahkan sindiket mencuri kereta berikutan penahanan 12 lelaki di beberapa lokasi di sekitar Selangor.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, lelaki berkenaan termasuk enam pembeli ditahan antara 14 Oktober dan Jumaat lalu dalam beberapa serbuan yang dijalankan.
"Sebanyak 12 kereta mewah yang dicuri bernilai Rm1.3 juta dirampas dalam serbuan itu.
"Modus operandi kumpulan itu termasuk mengiklan jualan kenderaan itu menerusi Whatsapp pada harga murah untuk menarik perhatian pembeli," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, Sabtu.
Munusamy menambah, kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Vellfire, Estima, Caldina dan Fortuner.
Kesemua yang ditahan iaitu broker, pembekal dan orang tengah ditahan reman untuk membantu siasatan.- mstar online
TOP
Atlet Paralimpik Mampu Realisasikan Pingat Emas di Rio De Janeiro
Pelari pecut paralimpik negara, Mohammad Azlan Mat Lazin menerima ciuman daripada ibu bapanya, Mat Lazin, 50 dan Rohani Abu Bakar, 49, sejurus tiba dari Incheon, Korea Selatan selepas menyertai Sukan Para Asia 2014 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu. Mohammad Azlan memenangi tiga pingat emas dalam kejohanan tersebut. -Foto BERNAMA
SEPANG: Atlet paralimpik negara mampu merealisasikan impian pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata ketua kontinjen negara ke Sukan Para Asia, Datuk Abdul Jalil Abdullah. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan luar biasa atlet paralimpik negara pada Temasya Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan dari 18 Okt hingga semalam, yang berjaya membawa pulang 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa. Kejayaan tersebut adalah pencapaian tertinggi pernah diraih oleh kontinjen paralimpik negara apabila mereka berjaya mengatasi kutipan sembilan pingat emas, 13 perak dan 23 gangsa pada edisi Guangzhou, China empat tahun lepas. "Jika mereka (atlet paralimpik) terus diberikan persiapan yang secukupnya saya sangat yakin bahawa tidak mustahil pingat emas pertama negara dapat direalisasikan pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA 1) di sini, Sabtu. Beliau berkata walaupun atlet paralimpik mempunyai kekurangan dari segi fizikal, mereka mempunyai semangat juang yang tinggi, malah mereka lebih hebat jika dibandingkan dengan atlet normal. "Saya dapat menyaksikan sendiri kekuatan atlet paralimpik terutama acara sukan di luar dewan apabila mereka dapat bertahan lama dan dapat mengekalkan fokus sehingga tamat perlawanan walaupun terpaksa beraksi dalam cuaca sejuk, hujan dan berangin. "Saya kagum dengan mereka ... sedangkan kita yang normal tidak mampu bertahan lama dalam keadaan tersebut," kata Abdul Jalil. Sementara itu, pengarah cawangan paralimpik MSN, Mohd Safrushahar Yusoff berkata MSN akan meneruskan program sedia ada dan mungkin akan memperkenalkan beberapa program baharu ke arah pembaikan bagi memastikan atlet paralimpik yang cemerlang di Incheon terus kekal dalam tahap terbaik. Beliau berkata MSN juga akan berusaha memastikan atlet cemerlang di Incheon mendapat kelayakan untuk beraksi di Brazil bagi merealisasikan impian pingat emas pertama negara di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro nanti.- mstar online

Jadual Perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia, Ahad
BERIKUT ialah jadual Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad:
0800 - Perlumbaan Superbike 1 (9 pusingan)
0940-1000 - Moto3 (warm up)
1010-1030 - Moto2 (warm up)
1040-1100 - MotoGP (warm up)
1105-1135 - MotoX2
1105-1135 - MotoGP VIP Village Pit Lane
1200 - Perlumbaan 2 Piala Talent Shell Advance (13 pusingan)
1300 - Perlumbaan Moto3 (18 pusingan)
1420 - Perlumbaan Moto2 (19 pusingan)
1510-1520 - Pertunjukan Lagak Ngeri
1600 - Perlumbaan MotoGP (20 pusingan)
- mstar online

Gali 150 Mayat Untuk Ke Parti Hari Lahir
Moskvin bersama antara mayat yang dipakaikan dengan fesyen parti di kediamannya di tengah Rusia.
SEORANG ahli sejarah menggali 150 kubur supaya dia dapat memakaikan mayat itu dengan pelbagai fesyen pakaian umpama remaja yang menghadiri parti hari lahir. Warga Rusia, Anatoly Moskvin mengeluarkan mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tiga hingga 12 tahun itu semata-mata untuk memenuhi fantasinya yang pelik. Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang dan menghiasi setiap mayat di mana ada antaranya hanya tinggal rangka dengan stokin dan gaun dan juga patung beruang. Moskvin yang fasih 13 bahasa dan digambarkan sebagai seorang yang 'pintar' itu turut memberikan nama kepada setiap mayat yang menghadiri parti yang dianjurkan itu. Video yang dirakamkan Moskvin dan ditemui di pangsapurinya oleh penyiasat menunjukkan timbunan baju kahwin dan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni diletakkan pada satu sudut kediamannya. Dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajar budak perempuan yang dibalut dengan fabrik kuning air dan ketika itu suara latar dalam video itu berkata: "Patung ini dibuat daripada mayat yang dimumia." Polis berkata, Moskvin juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia. Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti. Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya. Selepas tiga tahun menjalani rawatan di klinik psikiatrik, dia didapati masih tidak bersedia untuk melalui proses perbicaraan. "Dia akan terus ditempatkan di klinik untuk menjalani rawatan psikiatrik," kata jurucakap pihak pendakwaan.- mstar online

ISIS Makin Ganas
Mayat mangsa ISIS bergelimpangan di bandar Raqqa.
KEKEJAMAN militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang menguasai sekitar bandar Raqqa semakin menjadi-jadi. Tanpa belas kasihan kumpulan pengganas itu melakukan pembunuhan setiap hari sama ada membabitkan orang awam atau anggota tentera Syria. Terkini, beberapa mayat bergelimpangan laluan pejalan kaki di bandar Raqqa. Antara mayat yang kepalanya ditusuk pada besi pagar. Lebih mengerikan apabila kepala beberapa mangsa tertusuk pada besi pagar, manakala ada yang badannya diikat pada pagar di tepi jalan.
Mayat orang awam dan tentera yang menjadi mangsa kekejaman ISIS.
Suasana yang menggambarkan perlakuan tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan rasa takut terutama di kalangan wanita dan kanak-kanak. Bagaimanapun di kawasan lain di bandar itu, ada pihak yang bertindak mempengaruhi kanak-kanak supaya menyertai kumpulan militan itu. "Lebih baik sertai kami, jika tidak kamu akan menjadi antara yang dibunuh nanti," ugut anggota kumpulan itu kepada sekumpulan remaja.- mstar online

Dua Pelajar Di Washington Terbunuh, Empat Cedera Ditembak Rakan Sekelas
MARYSVILLE (Washington): Seorang pelajar menembak mati pelajar perempuan, yang juga merupakan rakan sekelasnya dan mencederakan empat yang lain apabila dia melepaskan tembakan di kantin sebuah sekolah tinggi, Jumaat, dipercayai selepas bergaduh dengan pelajar-pelajar lain, kata pihak berkuasa.
Pelajar di Marysville-Pilchuck High School itu kemudian membunuh diri apabila teman-teman sekelasnya bergegas untuk mendapatkan bantuan keselamatan, dalam episod terbaharu kes tembakan sekolah Amerika.
Sumber, yang enggan namanya disiarkan, berkata penembak itu dikenali sebagai Jaylen Fryberg, merupakan pelajar baharu yang yang popular dari pasukan gusti dan bola sepak.
"Dia datang dari belakang memegang pistol dan melepaskan kira-kira lapan peluru ... Mereka adalah sahabat-sahabatnya, jadi ia bukan tembakan secara rawak," kata pelajar Jordan Luton kepada CNN, sambil menambah palajar bersenjata juga kemudianmelepaskan beberapa tembakan lagi.
"Kemudian dia berpaling dan memandang saya dan teman wanita saya ... dan seolah-olah berang menyeringai dan kemudian menembak baki peluru ke arah luar," kata Luton.
Polis tidak akan mengesahkan identiti lelaki bersenjata itu atau membincangkan kemungkinan motif tembakan, tetapi pejabat daerah sekolah dan beberapa saksi berkata dia sebelum ini terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
Rebecca Cooley, yang mana anak lelakinya bermain sukan dengan Fryberg dan berada di kantin ketika tembakan berlaku berkata perbalahan yang berlaku ekoran pergaduhan ketika sesi latihan di padang dengan pelajar lain yang juga menjadi mangsa tembakan.
Tidak ada tanda-tanda pada akaun media sosial Fryberg bahawa dia telah merancang untuk mengamuk, tetapi pada Selasa 'posting'nya menunjukkan dia patah semangat, kelihatan seperti putus cinta.
Semua mangsa tembakan berusia bawah 18, dan tiga yang cedera berada dalam keadaan kritikal akibat ditembak di kepala.
Mangsa cedera keempat mengalami kecederaan kurang serius.- mstar online
TOP
Balak Haram: Lebih Ramai Akan Ditahan - Jamidan
PETALING JAYA: Lebih banyak serbuan dibuat di kawasan pembalakan sekitar Limbang dan Lawas, Sarawak dalam operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan pembalakan haram dan rasuah menerusi Ops Tukul yang berakhir Jumaat.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, antara 400 hingga 500 kayu balak haram dirampas, selain lapan jentolak dan beberapa lagi mesin serta peralatan yang keseluruhannya bernilai RM1.7 juta dalam operasi pada Jumaat lalu.
Beliau berkata, SPRM juga meneliti kegiatna pembalakan membabitkan lebih 10 syarikat, termasuk individu di Kuching.
"Kami masih menyiasat mereka bagi memastikan tempoh pembabitan mereka dalam operasi haram ini. Pemeriksaan juga dilakukan untuk mengesan sebarang penyelewengan atau percanggahan fakta dalam rekod mereka.
"Saya percaya lebih banyak penahanan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Sebelum ini, MACC menahan 10 suspek termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah sebuah daerah di Sarawak kerana mendapat bayaran bagi melindungi kegiatan pembalakan haram di negeri itu. Mereka berusia antara 28 hingga 72 tahun.
Pada Khamis, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, suspek ditahan di Limbang, Sibu, Kuching, Miri dan Kapit menerusi Ops Tukul bermula Isnin.
Selain pegawai polis terbabit, suspek lain adalah pengurus besar, pemilik, pengurus kem dan pemegang saham syarikat pembalakan tempatan.
Mohd Shukri berkata, semua terbabit memiliki pukulan akaun bank dengan nilai keseluruhan mencecah RM18 juta hasil kegiatan rasuah.
Katanya, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kerajaan Sarawak kerugian kira-kira RM43 juta kerana kegiatan pembalakan haram.
Ops Tukul dijalankan dengan kerjasama SPRM serta polis, polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perhutanan Sarawak dan Pasukan Gerak Am. - mstar online
TOP
Geng Sekinchan Tumpas, 12 Lelaki Warga Tempatan Ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri kereta dikenali sebagai Geng Sekinchan dan menemui semula sebanyak 11 buah kenderaan bernilai RM1.3 juta.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, polis turut menahan 12 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an sejak 14 Oktober hingga semalam di sekitar ibu negara.
Menurutnya Geng Sekinchan ini menjalankan kegiatan mencuri kenderaan dan kemudian menjualnya semula kepada pembeli yang hanya mengetahui ditipu apabila cukai jalan mereka tamat tempoh dan tidak dapat diperbaharui.- mstar online
TOP
Dua Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Daripada Rakit
GUA MUSANG: Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh daripada rakit buluh yang dinaiki mereka di Sungai Aring di sini, Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah hari ini berkata mereka dikenali sebagai Mohd Nor Abdul Rahman, 47, dari Taman Sri Medan, Petaling Jaya, Selangor, dan Nasrul Hafiz Shahrudin, 29, dari Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
"Ketika kejadian kira-kira 7 malam itu, kedua-dua lelaki itu bersama lapan rakan lain sedang berkelah di Kuala Koh sebelum menaiki rakit buluh yang dipinjam daripada penduduk Orang Asli untuk memancing ikan," katanya sambil menambah mereka tiba di lokasi perkelahan itu pukul 12 tengah hari.
"Rakit buluh itu melanggar batu di tengah sungai menyebabkan kesemuanya terjatuh dan dihanyutkan arus," katanya kepada pemberita di sini sambil menambah lapan yang lain dapat menyelamatkan diri.
Operasi mencari membabitkan polis, anggota Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam masih diteruskan.
Seorang mangsa yang terselamat, Anuar Ali, 36, berkata: "Memang kami datang untuk berkelah. Saya bersyukur kerana selamat tetapi sedih dua rakan kami hilang."- mstar online
TOP
Perompak Kereta Diplomat Turki Diburu
Seorang daripada dua lelaki yang sedang diburu membabitkan kes rompakan kereta diplomat Turki di Jalan Ampang, malam Rabu.
KUALA LUMPUR: Kereta milik diplomat Turki dilarikan perompak di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang dekat sini, malam Rabu. Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10 malam ketika diplomat itu membeli minuman di kaunter stesen minyak itu. Beliau berkata, lelaki itu cuba mengejar perompak yang melarikan kereta Toyota Camrynya. Dia dimaklumkan mengenai kejadian itu apabila juruwang di stesen minyak itu menjerit apabila terlihat kereta itu dilarikan. Asmadi berkata, polis kini sedang giat memburu dua lelaki berhubung kejadian itu selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen berkenaan.- mstar online

Malaysia Tambah Dua Perak, Satu Gangsa Hari Kedua Terjun Grand Prix FINA
Aksi Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman (kanan) dan Ooi Tze Liang dalam acara terjun 3meter seirama lelaki pada Pertandingan Fina Diving Grand Prix 2014 di sini, Sabtu. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad terjun negara memenangi dua lagi pingat perak dan satu gangsa pada hari kedua Kejohanan Terjun Grand Prix Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) 2014 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, di sini, Sabtu. Dua pingat perak itu disumbangkan Ooi Tze Liang dan Ahmad Amsyar Azman dalam acara 3m papan anjal seirama dengan catatan 414.45 mata dan menerusi gandingan Ooi dan Chew Yi Wei dalam 10m platform seirama (386.55 mata). Pada hari pertama kejohanan semalam, Malaysia meraih satu pingat perak dan satu gangsa, masing-masing menerusi Ooi dan Pandelela Rinong dalam acara 3m papan anjal individu lelaki dan 10m platform individu wanita. Pada aksi hari ini, Li Shixin dan He Chao dari China mempamerkan terjunan mantap untuk menggondol emas dalam acara 3m papan anjal seirama menerusi kutipan 441.54 mata manakala pingat gangsa menjadi milik wakil Colombia, Sebastian Morales dan Sebastian Villa dengan catatan 399.87 mata. Negara 'Tembok Besar' itu turut menguasai acara 10m platform seirama lelaki menerusi gandingan Zhang Yanquan dan Chen Aisen yang memungut 474.30 mata bagi meraih emas manakala wakil dari Amerika Syarikat, Zach Cooper dan Tanner Wilfong sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa dengan catatan 348.57 mata. Pingat gangsa tunggal negara disumbang oleh penerjun elit wanita negara, Cheong Jun Hoong dalam acara 3m papan anjal individu selepas mengutip 339.00 mata manakala seorang lagi wakil negara, Ng Yan Yee berada di tangga keempat dengan mengumpul 309.70 mata. Dua penerjun dari China, Wang Han dan Liu Huixia memastikan penguasaan selepas menyapu pingat emas dan perak dalam acara itu dengan catatan 362.50 mata dan 351.60 mata. Ooi yang ditemui pemberita selepas majlis penyampaian pingat berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian tiga pingat perak yang diraihnya pada kejohanan berkenaan. "Saya akui agak kepenatan selepas menyertai tiga acara bagi dua hari berturut-turut dan saya gembira dengan keputusan yang diraih pada kejohanan ini," kata atlet kelahiran Pulau Pinang itu. Berkongsi nada yang sama adalah Chew yang gembira dengan kehadiran anggota keluarga yang memberikan sokongan padu kepadanya pada aksi hari ini. "Saya begitu teruja dengan kehadiran anggota keluarga yang memberi perangsang kepada saya untuk memberikan persembahan terbaik namun terdapat beberapa aspek yang perlu saya perbaiki bagi menghadapi beberapa kejohanan selepas ini," kata anak jati Klang, Selangor itu. Kejohanan selama tiga hari itu yang bermula semalam akan melabuhkan tirai esok melibatkan tiga acara akhir iaitu 3m papan anjal seirama wanita, 10m platform individu lelaki dan 10m platform seirama wanita. Sebanyak sembilan negara menyertai kejohanan kelolaan FINA berkenaan iaitu Georgia, Cuba, China, Amerika Syarikat, Hong Kong, Kanada, Australia, Colombia dan Malaysia selaku tuan rumah pusingan terakhir. Kejohanan berkenaan diadakan sebanyak lapan pusingan bermula di Madrid, Sepanyol pada Januari; Rostock, Jerman (Februari); Gatineau, Kanada; San Juan, Puerto Rico dan Guanajuato, Mexico (ketiga-ketiga pada Mei). Bandar Bolzano di Itali menjadi tuan rumah pusingan keenam pada Ogos, diikuti Singapura dan Malaysia pada Oktober.- mstar online

Separuh Akhir Piala Malaysia: JDT Layak Ke Akhir, Menang Agregat 6-5
Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Jorge Pereyra Diaz (tengah) diasak pemain pertahanan KL Felda United, Shahrulnizam Mustapa (kiri) dan Indra Putra Mahyuddin (kanan) pada perlawanan timbal-balik Piala Malaysia, di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, di sini malam Ahad. -Foto BERNAMA.
JOHOR BAHARU: Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Felda United 3-1 pada pusingan separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam Ahad. JDT mara dengan agregat 6-5 selepas terlebih dahulu tewas 3-4 pada separuh akhir pertama di Stadium Selayang, Isnin lalu. JDT yang juga juara Liga Super musim ini, akan bertemu Pahang pada perlawanan akhir, 1 November ini. Pada aksi menentang Felda United, kedua-dua pasukan tampil dengan aksi menarik namun skuad bimbingan Bojan Hodak terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-29 menerusi tendangan percuma di luar kotak penalti yang disempurnakan pemain import, Luciano Gabriel Figueroa. Namun, kegembiraan pasukan tuan rumah tidak lama apabila Felda United menyamakan kedudukan enam minit kemudian. Gol Felda United disempurnakan Mohd Raimi Mohd Noor selepas menerima hantaran lintang Makeche Ndumba pada minit ke-35. Masuk babak kedua, JDT dan Felda United masing-masing menggandakan asakan ke kubu lawan. Namun, Figueroa sekali lagi menceriakan lebih 30,000 penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-63 selepas menerima hantaran cantik Jorge Pereyra Diaz. Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan kedudukan apabila Amri Yahya menjaringkan gol ketiga JDT pada minit ke-71. Namun, JDT terpaksa membayar harga tinggi dengan kemenangan tersebut apabila kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan bakal terlepas aksi final apabila digantung perlawanan selepas menerima dua kad kuning menerusi kedua-dua aksi separuh akhir. Aidil menerima kad kuning kedua pada minit ke-66. Dua lagi kad kuning turut dilayangkan pada minit ke-81 dan min ke-88 kepada pemain Felda United Zah Rahan Krangar dan pemain JDT Marcos Antonio, masing-masing akibat mengasari pasukan lawan. Perlawanan sedikit kecoh pada masa kecederaan sehingga memaksa pengadil Suhaizi Shukri melayangkan kad merah kepada pemain JDT, Mohd Nazrin Mohd Nawi dan pemain Felda United, Abdul Latiff Suhaimi.- mstar online

Keputusan Liga Perdana Inggeris
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada Sabtu:
West Ham 2 - 1 Manchester City
Liverpool 0 - 0 Hull
Southampthon 1 - 0 Stoke
Sunderland 0 - 2 Arsenal
West Brom 1 - 2 Crystal Palace
- mstar online
West Ham 2 - 1 Manchester City
Liverpool 0 - 0 Hull
Southampthon 1 - 0 Stoke
Sunderland 0 - 2 Arsenal
West Brom 1 - 2 Crystal Palace
- mstar online
TOP
Pekerja Indonesia Mati Terkena Renjatan Elektrik
NILAI: Seorang pemotong buah kelapa sawit warga Indonesia maut akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Jijan Tengah, dekat sini, Sabtu.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada pukul 11.47 pagi dan lapan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian. "Apabila tiba di lokasi didapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Pihak kami cuba membuat bantuan pernafasan kecemasan atau Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) namun tiada sebarang reaksi ditunjukkan oleh mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama. Katanya mangsa dikenali sebagai Natimin, 40, dipercayai cuba mengalihkan wayar elektrik yang jatuh dari tiang elektrik di kawasan itu. Bagaimanapun, katanya usaha mangsa memudaratkan diri apabila terkena rejatan elektrik menyebabkan jari manis kanannya terbakar dan mangsa maut di tempat kejadian. Sharim berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat.- mstar online

Caj Bayaran Kenderaan Asing Akan Ditetapkan Kerajaan Persekutuan - Aziz Karpawi
BATU PAHAT: Kerajaan Persekutuan dalam peringkat akhir untuk memutuskan kadar bayaran yang sesuai untuk dikenakan terhadap kereta dan kenderaan barangan berdaftar di luar negara yang memasuki Malaysia melalui Johor.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Karpawi berkata Unit Perancangan Ekonomi sedang mempertimbangkan kadar bayaran bersesuaian yang akan dikenakan terhadap kenderaan yang masuk ke negara ini melalui pintu masuk negara di selatan tanah air.
"Secara peribadi saya merasakan harga yang sesuai adalah tidak melebihi RM50 bagi setiap perjalanan," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini kadar bayaran permit yang baharu sambil menambah kadar tersebut akan dilaksanakan berkuatkuasa Januari tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam lawatannya ke Johor Julai lalu, telah mengumumkan bahawa kerajaan pusat bercadang untuk mengenakan bayaran bagi setiap kenderaan pendaftaran daripada negara luar yang memasuki Johor, ekoran cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan Johor.
Kerajaan Johor telah mengemukakan cadangan untuk mengenakan bayaran bagi kenderaan daripada luar yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Link Kedua pada 2006 bagaimanapun cadangan tersebut kemudiannya dibatalkan.- mstar online
TOP
Mayat Lelaki Dalam Keadaan Berulat Dijumpai di George Town
GEORGE TOWN: Misteri bau busuk yang dihidu oleh penduduk Bukit Jambul Court terungkai dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam satu unit pangsapuri itu, di sini, Sabtu.
Mayat Wong Boon Chuang, 53, dijumpai dalam keadaan kembung dan berulat, dipercayai telah meninggal dunia seminggu lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 1.40 tengah hari itu pihaknya terpaksa memecah masuk pintu rumah mangsa yang berkunci dari dalam.
"Menurut jirannya sudah lebih seminggu lelaki itu tidak dilihat keluar dari rumah dan dia tinggal bersendirian di tingkat sembilan unit pangsapuri itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu satu lagi mayat lelaki ditemui di sebuah pangsapuri di Halaman Damai Lintang Kampung Rawa I di sini hari ini.
Mayat Yeoh Eng Beng, 68, ditemui anak perempuannya dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah yang terletak di tingkat 12 itu pukul 10.55 pagi tadi.
Mior Faridalathrash berkata siasatan awal lelaki itu dipercayai telah mati kurang dari tempoh 24 jam dan tiada seberang kesan kecederaan luaran dikesan pada tubuhnya.
"Kali terakhir lelaki itu dihubungi pada hari Isnin lepas dan dia tinggal seorang diri di rumah itu kerana isterinya ke luar negara," katanya.
Katanya pintu rumah itu berkunci dari dalam dan tiada kesan geledah atau kehilangan barang berharga dilaporkan keluarga mangsa.
Beliau berkata polis tidak mengesyaki unsur perlakuan jenayah yang menyebabkan kematian kedua-dua lelaki itu dan mayat mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.- mstar online
TOP
Kanak-Kanak Maut, Dua Lagi Parah Dalam Kemalangan di LPT
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kenderaan MPV dinaiki bersama enam anggota keluarga terbabas dan dilanggar sebuah treler di Km143.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Maran pada Jumaat.
Nur Qistina Aleya Ahmad Zamani,6, dari Indera Mahkota 8, Taman Mahkota Putra yang duduk di bahagian belakang kenderaan itu maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) di Temerloh, kata Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali.
Beliau berkata dalam kemalangan kira-kira 3.30 petang itu, abang kanak-kanak itu Ahmad Aqil Haziq, 9, cedera parah dan patah tangan kanan manakala pembantu rumah warga Indonesia keluarga berkenaan mengalami pendarahan otak.
"Bapa mangsa, seorang jurutera Ahmad Zamani Yusop, 39, yang memandu kenderaan tersebut dan ibunya, Nurhanum Mohd Hamdan, 39, pengusaha sebuah stesen minyak di Jalan Gambut, Kuantan serta dua lagi adik-beradiknya hanya cedera ringan," katanya kepada Bernama pada Sabtu.
Katanya kemalangan berlaku apabila kenderaan MPV itu dipercayai cuba memotong sebuah lori di sebelah kiri namun gagal dan terbabas menyebabkan dilanggar treler terbabit.
Beliau berkata pemandu treler terbabit, M. Ramesh, 37, turut mengalami kecederaan ringan dan menurutnya semua yang cedera dihantar ke HSAS untuk rawatan.- mstar online
TOP
Kanak-Kanak Enam Tahun Hilang Ketika Berkelah Bersama Keluarga di Port Dickson
PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarganya di pantai Batu 3, Jalan Pantai di sini, petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha berkata pihaknya ada menerima aduan mengenai kejadian itu.
"Bagaimana pun tidak diketahui lagi sama ada mangsa hilang di darat atau pun di laut. Pihak bomba masih lagi mencari. Oleh itu, kes berada dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya kehilangan kanak-kanak berbangsa India itu disedari keluarganya ketika mereka sedang menjamu selera di pesisir pantai selepas mandi di laut pada pukul 5.30 petang.
Katanya kanak-kanak itu mempunyai ketinggian 0.9 meter dan memakai baju-t biru serta berseluar pendek hitam.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mustafa Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pukul 7.12 petang dan tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.
"Kita dimaklumkan kanak-kanak terbabit berkelah di tepi pantai bersama-sama keluarga yang datang dari Cheras, Selangor sebelum didapati hilang daripada pandangan pada pukul 5.30 petang," katanya ketika dihubungi.
Katanya operasi mencari dan menyelamat membabitkan tujuh anggota dan dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Port Dickson.
"Sehingga 9 malam, operasi masih diteruskan. Mangsa masih belum ditemui dan sehingga kini operasi mencari dengan membuat rondaan di keseluruhan kawasan tersebut terus giat dijalankan oleh pihaknya," katanya.- mstar online
TOP
Penulis Digesa Tangkis Serangan Golongan Liberal
Prof Tan Dri Dr M. Kamal Hassan
JITRA: Penulis tempatan perlu bersedia menangkis serangan golongan liberalisme yang menggunakan media sosial untuk mengelirukan masyarakat terutamanya penganut agama Islam. Profesor Ulung Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Prof Tan Sri Dr M. Kamal Hassan berkata demikian dalam sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptama pada hari kedua Sidang Kemuncak Penulis Malaysia 2014 (SKPM 2014) di Kubang Pasu dekat sini hari ini. Tanpa menjawab secara khusus soalan seorang peserta mengenai serangan golongan liberalisme agama termasuk yang terbaru, program "I Want to Touch a Dog", beliau berkata maklumat mengenai isu berkenaan perlu dikaji sebelum ia dapat ditangkis. Katanya, ini penting agar isu tersebut tidak mengheret masyarakat ke kancah perselisihan dan menambahkan kekeliruan dalam masyarakat terutamanya golongan muda. Terdahulu dalam ucaptama bertajuk "Penulisan Umum dalam Era Keruntuhan Tamadun Dunia Moden: Tanggungjawab Semakin Berat", Dr. Kamal berkata penulis harus menjadi penyelesai masalah dan bukan penambah masalah. Beliau berkata, penulis terutamanya yang beragama Islam perlu mencari dan mengolah inspirasi dan idea untuk memahami dan seterusnya menjurus ke arah penyelesaian krisis moral tamadun moden dan sekular daripada pandangan alam Tauhid dan Wasatiyyah atau keseimbangan. "Ini akan meningkatkan peranan penulis sebagai ejen transformasi bagi melonjakkan negara menjadi negara maju menjelang 2020," kata Dr. Kamal. SKPM 2014 disertai lebih 200 orang terdiri daripada penulis, penerbit, aktivis sastera, bahasa serta budaya. Berakhir esok, acara ini merupakan sinergi pintar antara anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Bina Darulaman Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia.- mstar online

Rizalman Ditahan Mahkamah New Zealand
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai waran dua Muhammad Rizalman Ismail telah ditahan selepas tampil di Mahkamah Zealand pada Sabtu, lima bulan setelah dia melarikan diri dari negara itu.
The New Zealand Herald melaporkan bahawa Rizalman, yang telah dituduh melakukan pecah rumah dan serangan tampil di hadapan Majistret Hewitt Humphrey di Mahkamah Daerah Wellington.
Akhbar harian itu melaporkan bahawa lelaki berusia 38 tahun itu berdiri tenang di kandang tertuduh semasa prosiding itu yang hanya berjalan untuk beberapa ketika.
Dia mengenakan jaket kulit berwarna coklat dan kemeja biru.
Berikutan penahanannya itu, satu waran tangkap yang telah dikeluarkan pada 30 Mei dibatalkan, akhbar harian itu melaporkan.
Rizalman meninggalkan Malaysia pada 8.55 pagi Jumaat dan tiba di Wellington kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan, Sabtu.
Dia dijadualkan muncul semula di mahkamah pada Selasa.
Terdapat ramai kehadiran pemberita di Mahkamah Wellington dengan pegawai dilaporkan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia dilihat berada di galeri awam.
Sebelum penampilan Rizalman di mahkamah yang sudah lama ditunggu ini, portal New Zealand stuff.co.nz melaporkan bahawa Majistret Hewitt Humphrey mendengar penghujahan mengenai permohonan media untuk penggambaran dan fotografi di mahkamah.
Peguam Rizalman Dr Donald Stevens QC menentang permohonan, dengan alasan liputan media akan merosakkan hak anak guamnya untuk perbicaraan yang adil dan gambar Rizalman yang masih "jetlagged" selepas penerbangan yang panjang tidak akan menggambarkan keadaan anak guamnya berada dalam keadaan yang baik.
Pendakwa Grant Burston menerima alasan itu tetapi berkata keadaan itu akan berubah dengan penampilan berikutnya.
Seorang wakil media menentang hujah-hujah dengan alasan kepentingan awam dan percambahan gambar tertuduh sudah tersebar luas, juga mempertikaikan defendan lain tidak diberikan privasi ketika muncul di mahkamah dalam keadaan penat.
Majistret Hewitt Humphrey bersetuju dengan penghujahan peguam 'dan membenarkan rakaman 'footage' prosiding tetapi bukan defendan kerana dia harus dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Stevens tidak menentang perintah hakim untuk menahan reman, stuff.co.nz melaporkan.
Rizalman, bekas pegawai waran dua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dituduh melakukan rompakan dan serangan dengan niat untuk merogol Tania Billingsley, 21, di rumahnya pada 9 Mei.
Meskipun menghadapi perbicaraan di sana, dia kembali ke Malaysia pada 22 Mei selepas Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatiknya.
Rizalman menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan selepas tiba dan telah dilepaskan pada akhir bulan Julai.
Wisma Putra mengesahkan awal bulan ini bahawa ia telah menerima permintaan rasmi daripada kerajaan New Zealand untuk mengekstradisi Rizalman.
Permintaan itu dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.- mstar online
TOP
Koleksi Baju Anak Scha-Awal Lebih 200 Helai
Awal dan Scha bersama Lara pada majlis aqiqah dan cukur jambul anak mereka di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara pada Sabtu.
PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari mendedahkan anak sulungnya bersama aktres Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana yang baru berusia dua bulan sudah mempunyai koleksi pakaian kira-kira lebih 200 helai.
Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 33, berkata, kebanyakan koleksi pakaian anaknya itu semua daripada hadiah-hadiah yang diberi rakan-rakan dan keluarga. "Sudahlah dapat hadiah daripada kawan-kawan dan keluarga, saya dan Scha pun apabila membeli-belah, pantang nampak baju-baju budak yang cantik, kami beli. "Sampaikan ada baju yang tak sempat nak pakai sebab dah tak muat. Kalau baju lebih daripada 200 helai, kasut Lara pula ada dalam 15 pasang," katanya. Awal ditemui pada majlis aqiqah dan cukur jambul anaknya di Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara di sini pada Sabtu.
Tambah Awal, gara-gara seronok membeli barangan anak, dia dan isteri pula tidak kisah jika tidak berbelanja untuk diri masing-masing. Sementara itu mengenai majlis aqiqah dan cukur jambul Lara, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 32, berkata, ia sebuah majlis sederhana dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu sahaja. Antara selebriti yang hadir ialah Dynas Mokhtar, Lisa Surihani, Zulin Aziz dan Sherry Alhadad. Kata Scha, majlis itu juga diibaratkan seperti 'acara kahwin semula' buat dia dan Awal memandangkan ia dilihat seperti sebuah majlis perkahwinan. "Ini semua idea Awal. Katanya dah alang-alang ada pelamin, apa salahnya kita 'feeling' kahwin lagi...hahaha. "Kerana itu juga kami memakai pakaian berwarna putih. Apa-apapun, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kami membuat persiapan majlis ini sejak tiga hingga empat minggu lalu. "Tambah pula kami memilih tarikh hari ini (Sabtu) bagi mengambil kesempatan bersempena dengan sambutan Awal Muharram 1436," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Scha juga tidak sangka apabila akaun Instagram anaknya yang baru dibuka secara umum pada Jumaat lalu telah menerima lebih daripada 60,000 pengikut. "Sebenarnya Awal sudah membuka akaun Lara ketika saya masih mengandung lagi. Cuma ia tidak boleh dibuka secara umum. "Tetapi apabila akaun itu dibuka secara umum, tidak sangka pula ramai yang menjadi pengikut Lara dan dalam masa sehari lebih 60,000 pengikut. Yang menariknya, pengikut-pengikut lara kebanyakannya menghormati akaun itu di mana tiada yang memberi komen berunsur menjual produk," tuturnya. Kredit Foto: @peeksbymin- mstar online

Razak Mohaideen Kembali Mengarah Selepas 2 Tahun Menyepi
Razak Mohaideen muncul dengan karya filem terbaharu selepas dua tahun berehat.
PETALING JAYA: Selepas dua tahun sepi daripada industri perfileman tempatan, Datuk Prof. Madya Razak Mohaideen bakal muncul dengan filem arahannya yang ke-34 iaitu Mana Mau Lari (MML). Razak Mohaideen berkata, filem tersebut menampilkan skrip asal tulisan novelis terkenal, Ahadiat Akashah yang membawa genre 'Road Movie'. “Apabila mengarahkan sesebuah filem, saya sentiasa memastikan setiap karya yang dihasilkan mempunyai kelainan selain menampilkan genre yang berbeza-beza. “Pembaharuan yang dibawakan menerusi filem MML misalnya, sedikit berbeza daripada filem-filem arahan saya terdahulu kerana ia menceritakan mengenai pengembaraan penggemar-penggemar motor berkuasa tinggi.
“Terdapat juga elemen komedi, seram dan fantasi agar penonton terhibur menyaksikannya," katanya kepada mStar Online.
Tambah pengarah yang popular dengan filem Mami Jarum itu, MML juga berjaya mendapatkan penajaan sebanyak empat buah motosikal berkuasa tinggi oleh Harley Davidson (Malaysia). MML mengisahkan tentang geng Kassem Selamat yang ingin bercuti di Cowboy Town bagi meraikan kemenangan Abang Pen pada pertandingan “motor-cross”. Bagaimanapun motosikal Harley-Davidson Abang Pen hilang dan empat sahabat geng Kassem Selamat itu membantunya memulakan misi mencari motor tersebut.
Sementara itu, barisan pelakon yang terlibat ialah Tauke (Jambu)sebagai Abang Pen, Syuk (Kapten), Yassin (King) dan Aliff Yasraff (Kyo). Selain itu, pelakon lain seperti Saiful Apek, Delimawati, Dira Abu Zahar, Sathiya, Abu Bakar Omar, Tania Hudson, Ruminah Sidek dan Ropie Cecupak turut menjayakan filem tersebut. MML yang merupakan filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 November depan. - mstar online

Orlando Bloom Nafi Jalin Hubungan Dengan Selena Gomez
Selena dan Orlando kerap dilihat bersama sejak akhir-akhir ini.
SEJAK putus dengan Justin Bieber, aktres Selena Gomez kembali menghabiskan masanya bersama bekas suami Miranda Ker iaitu Orlando Bloom. Menurut laporan Dailymail, Selena dan Orlando dilihat berdua-duaan berada di bandar Los Angeles baru-baru ini. Bagaimanapun, Orlando menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan pertemuan itu tiada yang istimewa seperti yang disangka. "Kami hanya menghadiri sebuah majlis yang di panggil 'We Day' bersama kerana menjadi tetamu undangan pada majlis tersebut. Tidak lebih daripada itu," tegasnya. Terdahulu, sebelum Selena kembali bersama Justin, penyanyi muda itu pernah dilihat bermesra dengan bintang filem Lord Of The Ring itu.- mstar online

Sharifah Sakinah Selamat Bertunang, Nikah Pada 28 Mac 2015
Sharifah Sakinah selamat bertunang dengan pasangannya, Aliff Adha Jamil pada malam Sabtu. -Foto Ihsan Instagram Sakinah.
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah, 25, mengikat tali pertunangan dengan juruterbang Aliff Adha Jamil, 26, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarganya di Taman Melawati pada malam Sabtu. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa Aliff yang mewakili pihak lelaki, Datuk Wira Jamil Osman. Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek. Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan. Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.
Pada majlis tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman. Sementara itu, Sakinah yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar. Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Sakinah yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya. "Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar.
Sakinah bersama tunangnya, Alliff.
"Walaupun tempoh perkenalan kami hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama," katanya kepada mStar Online, pada malam Sabtu. Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015. Turut hadir pada majlis tersebut beberapa rakan artis seperti Marsha Milan Londoh, Michael Ang, Nad Zainal, Siti Saleha, Liyana Jasmay dan Jihan Muse. - mstar online

Aktivis Cuba Dapatkan Suaka Politik Di Sweden
PETALING JAYA: Seorang aktivis yang berhadapan dengan pertuduhan di bawah Akta Hasutan kini cuba mendapatkan suaka politik di Sweden.
Dalam posting di akaun Facebook milik Ali Abd Jalil, memuat naik status yang menyatakan dia kini sedang cuba mendapatkan suaka politik di Sweden kerana mendakwa dirinya tidak diberikan layanan secara adil daripada pihak berkuasa di Malaysia.
"Saya sering diganggu oleh geng kongsi gelap dan kumpulan Melayu yang rasis di Malaysia. Ia bukan lagi tempat yang selamat bagi saya," katanya sambil menambah dirinya sering diekori oleh individu yang tidak dikenali.
Ali dibebaskan hujung bulan lepas selepas ditahan oleh polis selama 20 hari. Dia ditahan ekoran laporan yang diterima oleh pihak polis, yang mendakwa Ali membuat kenyataan berbaur hasutan di media sosial. Dia menghadapi tiga pertuduhan di bawah Akta Hasutan atas kesalahan menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor melalui posting yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya. Pada 8 September, Ali didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana atas kesalahan membuat kenyataan yang mengkritik institusi diraja. Ali dibebaskan pada hari yang sama selepas dia membayar ikat jamin berjumlah RM5,000 namun dia kembali ditahan ketika mahu meninggalkan perkarangan mahkamah. Dia ditahan semula atas dua kesalahan yang sama di bawah Akta Hasutan.
Dalam ‘posting’ terbarunya, Ali seakan tidak serik apabila mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor.
Rata-rata pengguna Facebook melontarkan reaksi negatif dengan tindakan Ali kerana melarikan diri. Ujar mereka, baru ditahan untuk disoal siasat, Ali sudah takut dan lari ke luar negara. Suspek kemudiannya di bawa ke Penjara Sungai Buloh, dan ditahan selama 15 hari. Ali dibebaskan dengan jaminan polis pada 23 September lalu. Dia sekali lagi ditahan sebaik sahaja dibebaskan dan kali ini dia dihantar ke Penjara Johor Baru Selatan dan didakwa di Mahkamah Majistret selepas itu. - mstar online

Diugut Bunuh, Penganjur 'I Want To Touch A Dog' Kalut Tinggalkan Sidang Media
Syed Azmi ketika menganjurkan program 'I Want To Touch A Dog' minggu lalu.
PETALING JAYA: Sidang media berhubung program yang mencetuskan kontroversi 'I Want To Touch A Dog' sedikit 'tergantung' apabila penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi bertindak meninggalkan majlis kerana beliau dikatakan menerima ugutan bunuh. Syed Azmi hanya memohon maaf dan kemudian terus beredar tanpa sempat menjawab soalan pemberita kerana didakwa menerima mesej yang mengancam diri dan nyawanya. Bagaimanapun, sidang media itu diteruskan dengan peguam yang mewakili pihak penganjur, Syahredzan Johan dan penganjur bersama Norhayati Ismail mengambil alih majlis dan menjawab pertanyaan pihak media. Syahredzan berkata, kehidupan Syed Azmi kini terancam apabila beliau sering menerima panggilan telefon, mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mahu melakukan sesuatu terhadap beliau termasuk membunuh. "Dia telah banyak menerima ugutan bunuh dan segala macam ugutan...tadi pun ada terima ugutan. "Untuk keselamatan dirinya, dia terpaksa beredar," katanya. Syahredzan berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan kertas siasatan telah dibuka. Katanya, satu lagi laporan polis akan dibuat memandangkan ancaman yang diterima semakin keras. "Ia agak serius dengan ugutan-ugutan menyatakan akan bunuh jika terjumpa Syed Azmi di tengah jalan, patahkan tulang dan sebagainya. "Setakat semalam, dalam masa beberapa jam mesej diterima yang tidak dibaca mencecah dua ribu," katanya sambil menambah laporan SKMM juga telah dibuat. Penganjur yang dihentam teruk itu bagaimanapun belum bercadang mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang mengkritik secara keterlaluan.- mstar online

Azmin Mahu Tumpu Usaha Bangunkan Selangor
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor yang baharu, Azmin Ali berkata beliau akan memberi fokus terhadap usaha membangunkan Selangor demi kesejahteraan rakyat dan tidak mahu memikirkan tentang sebarang konspirasi politik.
Azmin berkata beliau sangat gembira dengan barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru dipilih, sambil menambah komitmen utama beliau adalah berkhidmat demi kepentingan Pakatan Rakyat serta rakyat Selangor.
"Saya sangat gembira dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP yang memberi sokongan penuh terhadap pasukan baru ini di Selangor.
"Sekarang tiba masanya untuk bekerja dan fokus utama ialah untuk membangunkan negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya perpecahan dalam PKR, yang mahu Azmin menggantikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti.
Terdapat beberapa kain rentang di Seksyen 15 di sini, yang menggesa Azmin menggantikan Wan Azizah.
'Masa Untuk Reformasi Parti dan Kami Mahu Azmin Ganti Presiden' itulah antara tulisan yang tertera di kain rentang berkenaan.
Sumber daripada parti, bagaimanapun menafikan wujudnya gerakan sedemikian dalam parti, hal ini kerana pemilihan parti baru sahaja berakhir, kata sumber berkenaan lagi.
Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya sama ada insiden sedemikian merupakan usaha mensabotaj parti.
Azmin memenangi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 22, 562 undi menewaskan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memperoleh 10, 473 undi, selepas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada parti. - mstar online
TOP
Kerajaan Layan Saya Macam Sampah - Ali Abd Jalil
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Aktivis belia, Ali Abdul Jalil, yang kini mencari perlindungan politik di Sweden bagi melepaskan diri dari akta hasutan, menuduh kerajaan Malaysia melayannya seperti 'sampah'.
Memetik dari laman Facebook miliknya, Ali berkata dia tidak lagi berasa selamat berada di negara ini terutamanya setelah menerima beberapa ancaman dari "samseng dan kumpulan rasis Melayu di Malaysia".
"Sekarang, saya di Sweden....mencari perlindungan...kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah", tulisnya.
"Saya telah diancam oleh gangster dan kumpulan rasis Melayu di Malaysia.... Malaysia tidak selamat lagi bagi saya, polis dan gangster mengekori saya setiap masa", tambahnya.
Ali juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa kumpulan hak asasi manusia di atas sokongan mereka, antaranya Amnesty International, Anything But Umno, Parti Sosialis Malaysia, Suara Rakyat Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters in Islam, Projek Dialog dan Solidariti Mahasiswa Malaysia. Menurut portal berita Rakyat Times hari ini, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober dan terbang ke Stockholm, Sweden, dari Bangkok tiga hari kemudian. Awal pagi ini, kakak kepada Ali, Asiah mengesahkan bahawa adiknya telah pergi untuk mendapatkan perlindungan di luar negara. Katanya, Ali tidak memberitahu keluarga tentang perkara itu terlebih dahulu tapi menghubungi mereka setelah sampai disana pada hari Selasa. Di dalam posting terbarunya di Facebook, Ali juga menyatakan Malaysia negara yang rasis dan tidak ada kebebasan bersuara di negara ini selain beberapa kata-kata yang menghina sultan.
Ali sebelum ini pernah didakwa mengikut akta hasutan kerana menghina sultan Selangor, sultan Johor dan institusi beraja di Malaysia - SiakapKeli.com

604 pelatih PLKN tidak boleh bercakap bahasa Melayu
MELAKA 24 Okt. – Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.
Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.
“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.
“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.
“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.
Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.
Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.
Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.
Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.
Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna. - Utusan Malaysia
TOP
Kajian bukti Melayu bukan pendatang dari China, kata ahli akademik
Pakar arkeologi tempatan menolak teori Barat yang mengatakan asal-usul orang Melayu daripada Yunnan, wilayah selatan China, sebaliknya mereka penduduk asal Alam Melayu itu sendiri yang wujud sejak 74,000 tahun Sebelum Masihi (SM), kata Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.
Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu berkata, orang Melayu merupakan penduduk asal Benua Sunda, meliputi Tanah Melayu, Borneo, Indonesia, Filipina dan Indo-China.
Ini sekaligus menolak teori Robert Heine Geldern, pengkaji sejarah daripada Austria pada tahun 1932, yang mendakwa Melayu bermigrasi semasa gelombang pertama (Proto-Melayu) antara 5,000 SM hingga 3,500 SM daripada Yunnan dan turun ke Kepulauan Melayu.
Kata Wan Hashim, hasil kajian yang dijalankannya di Yunnan sejak 1990-an mendapati tidak ada satu pun etnik di situ yang menyerupai Melayu, sama ada dari segi lingua franca mahupun budaya.
"Daripada 26 etnik di Yunnan, satu pun tidak ada daripada orang Melayu. Jadi tidak ada pun orang Melayu di situ.
"Di selatan China ada sedikit, kecil sahaja daripada Pulau Hainan, tetapi mereka adalah serpihan Champa (Kemboja) dan Vietnam.
"Di Taiwan pula ada sebilangan kecil rumpun Melayu," katanya pada sidang media pra-pelancaran Kongres dan Pameran Warisan Melayu Sedunia 2014 di Hotel Hilton di Petaling Jaya, semalam.
Pemenang Pingat Emas Penyelidikan dan Inovasi UPNM itu berkata, kewujudan Alam Melayu juga membuktikan peradaban manusia lebih awal daripada China yang hanya wujud sekitar 60,000 SM.
"Tamadun Eropah dan China agak kemudian, kerana kawasan itu diliputi salji tebal semasa zaman ais, jadi manusia tidak boleh duduk di situ," katanya.
Wan Hashim berkata, fakta itu sekaligus menjadikan masyarakat Melayu-Polinesia wujud sebagai tamadun manusia kedua tertua di dunia selepas Afrika.
"Teori lama (Geldern) dahulu hanya imaginasi sahaja. Dahulu (kita) tidak ada kepakaran, sebab itu kita terima sahaja," katanya.
"Jadi, tidak ada istilah orang Melayu itu pendatang. Mereka adalah pribumi," katanya.
Katanya, terdapat bukti menunjukkan kewujudan Benua Sunda yang menyambungkan beberapa negara Asia Tenggara dan bersaiz tiga kali ganda lebih luas daripada negara India.
Namun, sehingga 11,000 SM, akibat letusan gunung berapi Toba serta pencairan ais, benua itu tenggelam 100 meter ke dasar laut dan terpisah menjadi beberapa kepulauan.
Katanya, bukti serta penjelasan terperinci akan dibentangkannya dalam kertas kerja semasa kongres yang akan berlangsung di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada 28 dan 29 Oktober ini.
Wan Hashim yang juga bekas Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pernah membentangkan teori itu pada tahun 1994 dan menerbitkannya dalam buku "Rumpun Melayu: Teori Migrasi dan Diaspora".
Katanya, lanjutan hasil kajiannya juga akan dibukukan dalam "Asal Usul Melayu; Induknya di Alam Melayu" yang akan diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Perwakilan Gerakan daripada Johor Tan Lai Soon semasa Persidangan Perwakilan Nasional parti itu pada 19 Oktober lalu, mencetuskan kontroversi apabila mendakwa orang Malaysia semuanya adalah pendatang, kecuali Orang Asli dan pribumi Sabah dan Sarawak.
Tan dilaporkan berkata, bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan Bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.
"Melayu dan Orang Asli berasal daripada baka yang sama, bahasa mereka asalnya sama. (Perbezaan) Itu cuma pecahan. Itu cuma cakap politik sahaja," kata Wan Hashim ketika diminta mengulas teori dakwaan Tan.
Gerakan kemudian menggantung keahlian Tan pada 20 Oktober lalu dan memberi surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak harus dipecat selaras dengan Fasal 17.2 Perlembagaan parti.
Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, keputusan dibuat Jawatankuasa Kerja Pusat walaupun pihaknya mengambil maklum permohonan maaf Tan.
"Ini bukan pendirian parti Gerakan. Kita semua rakyat Malaysia dan tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang patut digelar 'pendatang' atau 'pendatang asing'," katanya dalam satu kenyataan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasssim bagaimanapun tidak berpuas hati dengan hukuman Tan dan menggesa Putrajaya turut mengambil tindakan terhadap ahli Gerakan itu.
Shahidan dilaporkan berkata, Tan tidak patut dibiarkan melabel masyarakat Melayu sebagai kaum pendatang di negara ini kerana ia bercanggah dengan fakta sejarah mengenai hak kerakyatan seperti digariskan Perlembagaan Persekutuan.
Naib Presiden Isma Muhammad Fauzi Asmuni dalam responnya juga berkata, Melayu adalah perantau, dan bukannya pendatang seperti didakwa Tan.
"Jika beliau merujuk orang Melayu yang duduk di Malaysia sekarang ini datang dari Sumatera, Kepulauan Sulawesi, Kepulauan Borneo, maka dalam sejarah ia tidak dipanggil bangsa pendatang.
"Orang Melayu yang berhijrah dari kawasan tadi, kita gunakan istilah perantau," katanya. – 25 Oktober, 2014. - TMI
TOP
Aksi Wanita Singapura Pukul Kanak-Kanak Guna Payung Atas MRT Dirakam
Singapura - Seorang wanita telah dirakam memukul seorang kanak-kanak dengan menggunakan payung di dalam keretapi MRT pada hari Rabu.
Memetik laporan Stomp.com.sg, kejadian itu berlaku dalam pukul 5.30 petang ketika keretapi tersebut menuju ke arah stesen Tanah Merah.
Menurut perakam video tersebut, wanita berkenaan telah memukul kanak-kanak itu dari tengah-tengah kabin sehingga ke hujung kabin. Wanita itu memukul kanak-kanak berkenenaan sekuat hati sehingga pemegang payung yang digunakan patah.
Menurut perakam itu juga, wanita berkenaan hanya berhenti memukul setelah seorang lelaki di dalam keretapi berkenaan campur tangan.
"Tidak seorang pun menghalang perbuatan perempuan itu sehingga ada seorang lelaki bangun dan masuk campur tangan. Perempuan itu memarahi lelaki berkenaan dan melihat kepada kanak-kanak itu sambil berkata, Kau akan kena lagi bila sampai kat rumah"- SiakapKeli.com

Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia
MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.
Memetik laporan Aran News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.
Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam. - Sinar Harian
TOP
Kami Tidak Suruh Peserta Peluk, Cium Anjing
PETALING JAYA – Penganjur kempen sentuh anjing (I Want To Touch A Dog) menegaskan tidak pernah menyuruh peserta program memeluk atau mencium anjing seperti yang tersebar di media sosial.
Penganjur bersama, Norhayati Ismail berkata, hukum haram memegang anjing secara suka-suka telah diterangkan penceramah jemputan ketika itu, Ustaz Mohd IqbalParjin pada slot awal pagi.
“Program ini untuk tujuan pendidikan. Cara pegang anjing bukan untuk suka-suka tapi untuk menyelamatkan anjing tersebut kalau perlu atau untuk menghindarkan rasa takut terhadap anjing.
“Tapi kami menafikan sekeras-kerasnya... pada hari itu kami tidak menyuruh orang ramai memegang anjing secara suka-suka kerana kita sudah cakap (dalam ceramah Ustaz Iqbal), mengikut mazhab Syafie, memegang anjing secara suka-suka adalah haram,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelasnya, perlakuan memeluk dan mencium anjing yang dirakam para peserta itu juga berlaku di luar pengetahuannya.
“Itu (tiada seorang pun penganjur yang sedar peserta pegang anjing secara suka-suka) saya tak boleh komen sebab saya di tempat sertu. Saya pun mendapat tahu orang pegang anjing itu melalui media. Pihak kita memang tidak terlibat dalam bab peluk cium (anjing).
“Sebab kita dah cakap jangan pegang suka-suka. Kami percayai ia (dilakukan) oleh peserta yang tidak mendengar ceramah Ustaz Iqbal. Mungkin kumpulan-kumpulan ini yang datang (lambat) tak dengar. Saya rasa risalah kami pun tak cukup sebab kami cetak 500 keping saja,” katanya.
Dalam pada itu, Norhayati turut menafikan pihaknya memuat naik gambar wanita-wanita bertudung yang beraksi memeluk atau memegang anjing pada program itu di media sosial.
“Gambar wanita bertudung (memeluk anjing) itu bukan kami yang muat naik. Kami tidak muat naik di media sosial-media sosial kami.
“Itu semua daripada media yang dikongsi (orang lain) dalam Facebook dan juga dimasukkan dalam ‘event page’ kami untuk tujuan mencerca dan menghina kami.
“Kalau ikut media (gambar itu diambil di lokasi program) sebab saya sendiri tak nampak dengan mata kepala saya jadi, saya tak berani nak cakap. Saya di sana tapi saya tidak ada di kawasan kejadian (memeluk, mencium anjing),” katanya.
Tegasnya, segala prosedur dan garis panduan yang ditetapkan telah diikuti pihaknya namun beliau akui terdapat kekurangan dari segi kawalan terhadap peserta.
“Kami sudah mengikut semua prosedur dan garis panduan yang diberikan Jabatan Mufti Selangor dan juga kami ada mengedarkan 500 risalah pada waktu pagi menyatakan pandangan Islam terhadap anjing.
Dalam ‘page’ kami juga, kami ada sebut, boleh datang, tak semestinya pegang. Kalau nak belajar, kita ada ‘coach’. Sebab itu kami ada buat perbezaan warna pakaian untuk hari itu.
“Berkali-kali kami telah beritahu kalau nak pegang, tanya ‘coach’ dulu. Tapi disebabkan, kita jangka yang datang 500 orang tapi yang datang melebihi jumlah itu jadi, kita akui kelemahan kita. Kita tak dapat kawal pengunjung yang datang,” jelasnya.
Ketika ditanya soal kehadiran Ustaz Iqbal di lokasi peserta memeluk dan mencium anjing, peguam mewakili penganjur, Syahredzan Johan berkata, Ustaz Iqbal tidak melihat perkara itu berlaku.
“Ustaz Iqbal tak nampak. Tapi dia beri penerangan cara pegang anjing dalam Islam. Dalam penerangan itu memang sudah terang bahawa tak boleh saja-saja pegang, suka-suka pegang.
“Jadi, dia tak nampak, tak boleh salahkan dia. Kalau ikut garis panduan, memang tak boleh begitu (pegang anjing suka-suka),” katanya. - Sinar Harian
TOP
Itik Patuh Azan Masuk Reban
Tumpat: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.
Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.
Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.
Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.
"Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban. - Harian Metro
TOP
Kajian Idea Pembangunan Bandar Raya Belia Bermula Tahun Depan
KOTA KINABALU – Kajian terhadap idea untuk membangunkan “Bandar Raya Belia” akan dimulakan pada tahun depan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.
Katanya sejumlah peruntukan telah disediakan bagi menjalankan kajian itu, yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenal pasti lokasi dan saiz bandar raya itu selain kemudahan yang akan disediakan.
“Konsepnya masih lagi dalam peringkat awal. Kita perlukan sedikit masa untuk memastikan idea ini dapat direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas
ditemuramah dalam segmen radio Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ekspresi Sabah FM di sini.
Beliau diminta mengulas perkara itu selepas membangkitkan idea “Bandar Raya Belia” dalam rancangan radio berkenaan.
Abdul Rahman berkata kementerian lain yang terlibat dalam kajian pembangunan idea itu termasuk Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang akan mengkaji, antara lain, pembinaan pangsapuri studio atau rumah saiz biasa, sistem pengangkutan yang efektif dan pusat industri kreatif.
Abdul Rahman berkata bandar raya itu akan dibangunkan mengikut cita rasa golongan belia masa kini memandangkan 50 peratus daripada rakyat Malaysia terdiri daripada golongan berumur 40 tahun ke bawah.
Beliau berkata bandar raya berkonsep itu akan diwujudkan di Sabah, Sarawak dan di Semenanjung.
Menurutnya, kedudukan strategik iaitu di dalam atau pinggir bandar menjadi keutamaan bagi membolehkan golongan belia mengembangkan idea kreatif mereka agar lebih produktif kepada negara, selain memberi peluang kepada belia yang baharu memulakan kerjaya masing-masing di bandar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata kementeriannya akan menangani isu projek pembinaan rumah terbengkalai pada tahun depan menerusi peruntukan RM2.02 bilion.
Daripada peruntukan itu, beliau berkata Sabah akan menerima peruntukan terbesar iaitu 16.43 peratus, diikuti Wilayah Persekutuan dan Johor, masing-masing sebanyak sembilan peratus.
“Sebenarnya, jumlah rumah terbengkalai tidaklah begitu besar. Jumlahnya di seluruh negara hanya kurang daripada tiga peratus,” katanya.- BERNAMA
TOP
Penghinaan Terhadap Islam Berterusan Jika Umat Tak Bersatu
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Tindakan menghina agama Islam seperti penganjuran minum arak secara terbuka, Oktoberfest, dan program ‘I Want To Touch A Dog’ akan digerakkan secara terang-terangan sekiranya umat Islam tidak bersatu, kata Tokoh Maal Hijrah 1436H, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman. Katanya, usaha kumpulan-kumpulan yang berselindung di sebalik gerakan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia itu hanya boleh dihalang sekiranya umat Islam bersatu dalam pandangan atau tindakan.
Sheikh Ghazali bersama ahli keluarganya selepas menerima hadiah penghargaan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1436 di PICC, Sabtu.
“Umat Islam di negara ini tidak seharusnya berbeza pendapat namun kalau ada ia harus diurus dengan baik sehingga dapat menyatukan pandangan untuk menegakkan maqasad syariah,” katanya semasa berucap selepas menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini hari ini. Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Sheikh Ghazali yang juga Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara berkata apa yang lebih menyedihkan ialah kealpaan umat Islam hari ini telah memberi ruang kepada musuh-musuh untuk menyerang agama Islam melalui pelbagai sudut dalam media sosial. Justeru, beliau menggesa umat Islam di negara ini untuk menolak perselisihan sehingga boleh menggugat ikatan ummah walaupun perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam. “Apabila negara aman kerana tidak berlaku perpecahan, kita bersama-sama dapat melakukan amal ibadah tanpa konflik malah negara dapat merangka program pembangunan dan transformasi apabila rakyat bersatu padu menyalurkan pandangan dan bersama-sama membangunkan negara,” katanya. Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom dalam ucapannya berkata kegagalan menguruskan perbezaan isu agama dan bangsa membolehkan negara ini terjerumus ke dalam kancah perpecahan seperti yang berlaku di beberapa negara yang lain pada masa ini. “Justeru sempena Sambutan Maal Hijrah ini, mari kita terus mengembangkan dan menyuburkan ukhuwah sesama ummah di samping menjaga hubungan erat rakyat berbilang bangsa dengan pelbagai resam agama,” katanya. – BERNAMA

PBNJ Kutuk Penyokong Ganggu Latihan Felda United
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mengutuk tindakan segelintir penyokong Johor Darul Takzim (JDT) kerana melakukan provokasi ke atas pemain Felda United sewaktu menjalani latihan di Johor semalam.
PBNJ dalam satu kenyataan media menegaskan bola sepak Johor menolak sekeras-sekerasnya sebarang tindakan negatif seperti itu yang dilakukan oleh mana-mana individu termasuk daripada penyokong JDT.
“Kami menyeru kepada seluruh penyokong bola sepak terutama penyokong dan peminat JDT agar lebih bersikap profesional pada masa yang akan datang,” tegas kenyataan itu hari ini.
Semalam segelintir penyokong JDT mengganggu perjalanan latihan pasukan Felda United dengan bersorak dan membakar suar di tepi padang hingga terpaksa dileraikan oleh pasukan polis.
JDT akan bertemu dengan Felda United di Stadium Larkin dalam penentuan pasukan yang akan mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2014 bagi menentang Pahang.
PBNJ dalam pada itu memaklumkan tiket bagi aksi perlawanan JDT menentang Felda United malam ini telah habis dijual tengahari ini.-mynewsub
TOP
Pencari Besi Buruk Maut Dipukul Dua Lelaki
BUTTERWORTH – Seorang pencari besi buruk maut selepas dipukul dua lelaki di Kampung Musang, Bagan Dalam di sini kira-kira pukul 7.45 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa L.Satiaseelan, 43, yang tinggal di Kampung Jawa, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Katanya mayat mangsa ditemui terlentang di atas jalan raya di kawasan kampung berkenaan oleh orang awam yang memaklumkan kepada polis.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat, kata Mazlan.
“Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan dua lelaki berusia 34 dan 43 tahun yang dipercayai memukul mangsa, tidak jauh daripada lokasi mayat ditemui,” katanya.
Katanya motif kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati dan marah terhadap mangsa yang melarikan sebuah lori milik salah seorang daripada dua beradik itu dan mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
TOP
Syafiq Muncul Pelumba M’sia Pertama Raih Kemenangan Podium
SEPANG: Pelumba pasukan Repsol Honda, Marc Marquez (kiri) mengucapkan tahniah kepada pelumba negara, Shafiq Rasol (kanan) yang menjuarai perlumbaan pertama Shell Advance Talent Cup di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG – Muhammad Syafiq Rasol mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pelumba Malaysia pertama meraih kemenangan dalam perlumbaan pertama pusingan terakhir Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) di Litar Sepang di sini hari ini. Kemenangan pelumba berusia 18 tahun itu, sekali gus memecah dominasi dua pelumba Jepun Kaito Toba dan Yuta Date pada awal perlumbaan dalam misi memburu kejuaraan acara yang julung kali diperkenalkan itu. Syafiq menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 30 minit dan 27.993 saat, 0.071 saat di hadapan Toba manakala Date pula ditempat ketiga dengan 30:28.187s. Pada perlumbaan hari ini, anak kelahiran Batu Berendam, Melaka yang sedar telah melakukan kesilapan pada awal perlumbaan menyebabkan beliau berada di tempat ketujuh, berjaya menghidu peluang pada selekoh terakhir untuk memintas dua pelumba Jepun terbabit. “Dari kedudukan ketujuh saya cuba memintas pelumba lain hingga saya berada di depan sebelum Kaito Toba memintas saya. Saya cuba mengekori semula hingga garisan penamat kerana di laluan lurus, keadaan motosikal saya adalah sama tahap dengan yang lain. “Saya melihat Kaito Toba dan Yuta Date melakukan kesilapan di selekoh terakhir dan saya ambil peluang itu hingga ke garisan penamat,” katanya. Pada perlumbaan kedua esok, Syafiq berkata beliau dapat mempelajari daripada kesilapan hari ini, dan tidak mahu ia berulang. “Saya mahu berada di kedudukan podium sekali lagi esok,” katanya yang kini berada pada kedudukan keenam dengan 82 mata. Perlumbaan kedua esok juga bakal menentukan juara keseluruhan yang dilihat saingan sengit antara Toba dan Date yang masing-masing mengutip 139 dan 137 mata. SAATC adalah perlumbaan sokongan yang berlangsung minggu ini sempena perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia 2014. – BERNAMA

Moto2: Sakit Belakang Bukan Penghalang Bagi Hafizh
SEPANG – Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah mahu mengetepikan kesakitan belakang badan untuk menamatkan perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 dalam kelompok hadapan.
Walaupun terganggu dengan kesakitan itu, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu berhasil meraih petak ke-18 pada pusingan kelayakan Moto2 dengan catatan masa dua minit 8.558 saat di Litar Sepang hari ini.
“Pada mulanya saya dapat berada dalam kelompok 15 terbaik tetapi jentera ada masalah pada tayar belakang yang menyebabkan pelumba lain memintas saya.
“Walaupun bermula pada petak ke-18 esok, saya masih yakin mampu untuk membuat kejutan kepada penonton, dalam perlumbaan apa-apa pun boleh terjadi, yang penting pelarasan (setting) motor dapat dilakukan dengan baik,” katanya kepada pemberita.
Hafizh berkata beliau mula merasa kesakitan belakang badan itu sejak perlumbaan GP Jepun baru-baru ini.
Seorang lagi pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan Idemitsu Honda Team Asia akan memulakan perlumbaan pada petak ke-29 selepas membuat catatan masa 2’09.813 saat dalam pusingan kelayakan.
Pelumba Sepanyol, Esteve Rabat daripada pasukan Marc VDS Racing Team akan bermula di petak pertama esok selepas mencatat masa terpantas 2’07.429s.
Rakan sepasukan Rabat, Mika Kallio (Finland) meraih petak kedua dengan 2’07.587s, sementara pelumba Jerman Sandro Cortese dari Dynavolt Intact GP di petak keempat dengan masa 2’07.706s. – BERNAMA
TOP
Moto3: Hafiq Harap Tuah Di Litar Sendiri Raih Mata Pertama
SEPANG – Pelumba Moto3 negara Hafiq Azmi mengharapkan tuah di litar sendiri untuk mengutip mata dalam saingan MotoGP Dunia pada penampilan pertamanya semusim penuh bagi kategori Moto3 tahun ini.
Pelumba pasukan SIC-AJO itu akan memulakan saingan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang, esok pada petak ke-16.
Kedudukan itu dilihat mampu membuka peluang beliau untuk menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya dalam kelompok 15 terbaik bagi meraih mata pertama dalam musim ini.
Hafiq membuat catatan masa dua minit 14.413 saat dalam pusingan kelayakan hari ini.
Selepas 16 perlumbaan musim ini, Hafiq masih gagal meraih sebarang mata dalam kedudukan keseluruhan bagi saingan Moto3.
“Pada sesi kelayakan petang ini, jentera dan prestasi saya lebih meningkat, pasukan telah membuat ‘suspension and setting’ pada jentera dengan baik. Meraih petak ke-16 di pusingan kelayakan merupakan pencapaian terbaik saya setakat ini.
“Saya berharap dapat menghabiskan perlumbaan dalam kelompok 15 terbaik untuk kutip mata pertama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Seorang lagi pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin daripada pasukan Ongetta-Air Asia akan memulakan perlumbaan pada petak ke-22 esok.
Zulfahmi kurang bernasib baik apabila jenteranya itu terjatuh pada selekoh pertama ketika sesi kelayakan hari ini. Beliau membuat catatan masa 2’15.277s.
Walaupun tidak mendapat memulakan perlumbaan esok di kedudukan yang baik namun Zulfahmi tetap positif dan yakin beliau mempunyai peluang untuk berada dalam kelompok hadapan esok.
Jack Miller daripada pasukan Red Bull KTM Ajo akan memulakan perlumbaan Moto3, di petak pertama setelah mencatat masa terpantas dalam sesi ujian kelayakan dengan masa 2’12.450s.
Penunggang SaxoPrint-RTG dari Britain John Mcphee dan penunggang dari Republik Czech, Jakub Kornfeil masing-masing akan memulakan perlumbaan di petak kedua dan ketiga setelah mencatat masa 2:12.909 dan 2:13.016 dalam sesi ujian kelayakan. – BERNAMA
TOP
APMM Sabah Rampas Rokok Pelbagai Jenama Bernilai RM1.41j
KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan merampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.41 juta yang cuba diseludup masuk ke Sabah menggunakan bot melalui perairan Sipitang malam tadi.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata rokok yang disimpan di dalam kotak yang belum didedahkan jumlahnya dirampas ketika ia sedang dipunggah di sebuah jeti haram di Sungai Marintaman.
“Bot APMM mengesan sebuah bot pancung berkuasa tinggi kira-kira jam 8.15 malam dalam keadaan mencurigakan bergerak masuk ke kuala Sungai Marintaman dan tiba di sebuah jeti haram sebelum memunggahkan beberapa kotak yang dipercayai mengandungi rokok,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek di jeti yang menyedari kehadiran pihak APMM melarikan diri ke arah hutan bakau berhampiran manakala yang berada di dalam bot melarikan diri ke arah laut.
Katanya, sebuah lori tujuh tan yang dipercayai cuba digunakan untuk mengangkut rokok seludup ke destinasi yang belum dikenal pasti turut disita untuk mambantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan dirujuk kepada pihak kastam untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Wan Mohd Affandi berkata pada Mei tahun ini juga, APMM menggagalkan tiga cubaan menyeludup masuk arak dan rokok tanpa duti kastam di perairan barat Sabah dengan nilai dianggarkan RM1.8 juta. – BERNAMA
TOP
Pahang Layak Ke Perlawanan Akhir Hasil Aksi Cemerlang Pemain
KUANTAN – Skuad Pahang sememangnya layak beraksi di pentas final Piala Malaysia kerana telah mempamerkan persembahan yang mantap dan jitu ketika bertemu Kedah pada peringkat separuh akhir kedua malam tadi.
Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Che Nasir Salleh berkata, barisan pemain Pahang telah beraksi dengan sempurna di separuh masa pertama dan meneruskan momentum cemerlang itu di babak kedua.
“Kami mendapati semangat dan prestasi para pemain berada pada tahap terbaik sebelum turun menentang Kedah di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam, katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Che Nasir berkata:”Apa yang kita sasarkan sudah menjadi kenyataan dan perkara paling penting pintu gol kita langsung tidak bocor pada perlawanan itu.”
Lebih menarik, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut meramal tengahari semalam bahawa skuad Pahang akan mencatat kemenangan besar ke atas Kedah malam tadi, katanya.
Sementara itu, Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata beliau berpuas hati dengan persembahan ditonjolkan anak buahnya yang berupaya untuk mara hingga ke peringkat separuh akhir kempen Piala Malaysia.
“Skuad Kedah yang rata-ratanya dibarisi pemain muda telah bermain dengan baik pada perlawanan ini tetapi inilah bola sepak.
Punca kekalahan kami adalah tekanan apatah lagi bila Pahang berjaya menyumbat gol di awal babak pertama yang melunturkan semangat pemain kami,” katanya.
Cheng Hoe berkata anak buahnya telah menggandakan usaha untuk bangkit semula pada babak kedua tetapi kekebalan pertahanan Pahang menghalang usaha Kedah untuk menembusi gawang lawan.
“Kita hanya nyaris beberapa kali mendapatkan gol. Jika berjaya, mungkin keputusan pada malam ini (malam tadi) akan berubah,” katanya. – BERNAMA
TOP
Dua Keluarga Mangsa Kebakaran Bakal Terima Rumah Baru
ALOR SETAR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) mendengar masalah dari dua mangsa kebakaran rumah pusaka Rohani Arifin, 61 (kiri) dan Shuib Ismail, 62 (dua kiri) di majlis pecah tanah Program Ziarah Asnaf Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Alor Bangsa di sini hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR – Tahun Baru Maal Hijrah 1436 membawa sinar kepada dua keluarga mangsa kebakaran di kampung Alor Bangsa, Simpang Kuala dekat sini yang bakal menerima rumah baharu tidak lama lagi. Rumah baharu itu merupakan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu yang menelan belanja RM100,000. Shuib Ismail, 62, berkata selepas rumahnya terbakar pada 5 Ogos lepas dia bersama isteri Hasnah Arifin, 59, serta dua anak perempuan berumur 23 dan 30 tahun terpaksa tinggal di surau berhampiran sebagai tempat berteduh. Dia yang hanya melakukan kerja kampung dan berpendapatan tidak menentu, tidak mampu untuk membina semula rumah pusaka milik keluarganya berusia 42 tahun yang musnah terbakar dalam sekelip mata. “Syukur Alhamdulillah ini hadiah tahun baru Maal Hijrah kepada keluarga saya. Saya tak sangka dapat bantuan yang bermakna kepada saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Program Ziarah Asnaf TNB di kampungnya dekat sini hari ini. Rohani Arifin, 61, pula berkata dia berterima kasih kepada kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar yang bertungkus lumus membantu bagi mendapatkan rumah baharu kepada mereka. Katanya tanpa bantuan daripada pihak bertanggungjawab mereka tidak akan mendapat bantuan besar seperti itu dan kemungkinan akan terus tinggal dalam surau di kampung itu dalam tempoh masa panjang. Sementara itu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata pembinaan rumah itu akan mengambil masa dua bulan. Katanya kos pembinaan bagi sebuah rumah bernilai RM50,000 yang turut dilengkapi dengan kelengkapan perabot bagi membolehkan mereka dapat memulakan hidup dengan lebih selesa. “Rumah batu setingkat dengan tiga bilik dan dua bilik air pasti memberi keselesaan kepada keluarga tersebut,” katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata. Pada 5 Ogos lepas dua buah rumah berstruktur kayu dan batu di Kampung Alor Bangsa dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 2.30 petang menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang. Kesemua mangsa yang ada dalam rumah terlibat selamat dan tidak menghadapi sebarang kecederaan. – BERNAMA

Isteri Zairil Yang Muatnaik Gambar Intim Suami Dan Dyana?
Nampaknya, kisah penyebaran gambar mesra dua ahli politik Melayu DAP iaitu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya bagai dibawa angin lalu sebaik sahaja tersebar gambar dan video seks didakwa melibatkan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus,
Bagaimanapun, isu Zairil – Dyana kini kembali diperkatakan apabila muncul pula khabar terbaru kononnya, gambar mesra mereka berdua sebenarnya dimuat naik oleh isteri Zairil yang dikenali sebagai Dahlia sendiri di laman sosial sebelum ia tersebar.
Memetik blog azmyawangklanajaya.blogspot.com, gambar itu dikatakan didedah oleh Dahlia kerana tidak tahan lagi dengan skandal sulit suaminya. Gambar-gambar tersebut didakwa dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang di mana kedua-duanya dalam keadaan mabuk sebelum diserahkan kepada Dahlia. Dahlia yang sakit hati, kemudiannya dikatakan telah memuatnaik gambar-gambar tersebut menggunakan Facebook Zairil dengan membuat ‘TAG’ kepada Dyana Sofya dan Dyana So. Zairil yang mendapat tahu gambar-gambarnya bersama Dyana telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, bertindak memadamkan gambar-gambar tersebut dengan harapan tiada sesiapa melihat dan mengesannya tetapi terlambat apabila ramai ‘kawan-kawan’ telah melihat gambar-gambar tersebut. Menurut laman blog ini lagi, Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil bermain kayu tiga dengan Dyana Sofya hinggakan, Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil. Setelah kecoh, Lim Guan Eng dikatakan segera bertindak ‘untuk membetulkan keadaan’ di mana Dahlia dilaporkan telah dipujuk untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan perasaan sekali gus meredakan ketegangan. Tindakan itu juga bagi mengelak dirinya daripada dikesan dan dihubungi oleh penggiat media sekaligus mendedahkan lebih banyak kisah di sebalik gambar-gambar tersebut. Justeru tidak hairanlah, mengapa ikrar Zairil bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang menyebarkan gambar-gambar intimnya bersama-sama Dyana Sofya, hanya tinggal ikrar dan gertakan. Sedangkan pada masa sama, tiada keberanian ditunjukkan untuk mengotakan ikrar dan gertakannya itu, terang blog itu lagi. - MYNEWSHUB.CC

Rintihan Hati Isteri Pertama Ustaz Azhar Idrus..
Boleh dikatakan, antara perkara paling hangat diperkatakan sekarang adalah penyebaran gambar dan video perlakuan seks yang dikaitkan dengan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Isu sebegini pastilah meninggalkan impak yang amat besar bukan sahaja kepada UAI tetapi juga keluarganya kerana ia melibatkan soal maruah.
ARTIKEL TERDAHULU: VIDEO SEKS: UAI Tak Akan Buat Laporan Polis
Antara paling terkesan adalah isteri pertama UAI yang mesra digelar Ummi.
Berdasarkan status dimuat naik di Facebook, isu ini ternyata memberi pukulan hebat kepadanya dan keluarga.
Pemeriksaan kami mendapati terdapat dua status dimuat naik berkaitan isu kontroversi yang sedang menimpa UAI pada hari ini iaitu:
“Subhanallah..hebatnya ujian n dugaan yg kau berikan pd keluarga kami..tak tertanggung rsanya..ku mohon ya Allah agar kau tutupilah segala keaiban kami dan berilah kami kekuatan dlm menghadapi musibah ini..mekasih tak terhingga kpd yg sudi mendoakan..semoga Allah merahmati kita semua dunia n akhirat…aameen” dan; “Duhai hati…bykkanlah bersabar.yakinlah bahawa setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..Àllah sebaik2 perancang .hanya pdMulah kami berserah dan kami mohon pertolongan….”
Kasihan pula membaca rintihan hati wanita ini. Apatah lagi, baru tiga hari lalu dia berkongsi gambar-gambar bahagia di sisi UAI dan madunya ketika mereka berbulan madu di Cameron Highlands bersama-sama. Apa pun, didoakan semoga kontroversi ini segera berakhir dengan kemenangan berada di pihak yang benar. Juga, semoga Allah SWT memelihara keaiban kita semua.. - mynewshub.cc REM RAMZI/MYNEWSHUB

Dua Atlet Angkat Berat Digantung 2 Tahun Positif Doping
DUA atlet angkat berat di SUKMA, Jelinie Empera dan Siti Fazera Ishak (gambar kecil), hari ini dikenakan hukuman gantung selama dua tahun akibat penggunaan bahan terlarang. - Foto fail NSTP/Hafizudin Mohd Safar
SEPANG – Belum pun reda kes doping membabitkan ‘ikon’ sukan negara, dua atlet angkat berat di Sukan Malaysia (SUKMA) termasuk Olahragawati, Jelinie Empera dan Siti Fazera Ishak, hari ini dikenakan hukuman gantung selama dua tahun akibat penggunaan bahan terlarang. Kedua-duanya yang beraksi di SUKMA Perlis, Mei dan Jun tahun ini didapati gagal memberikan penjelasan munasabah selepas positif dalam penggunaan bahan terlarang kepada panel rayuan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (MWF), hari ini. Selain penggantungan, atlet Sarawak, Jelinie yang memenangi dua emas turut diarahkan memulangkan kembali pingat dan wang kemenangan RM3,000 dan RM12,000 yang dimenanginya daripada penganjur dan Majlis Sukan Negeri Sarawak dan diberi masa sebulan menjelaskannya. Begitupun, Fazera yang juga atlet Perlis tidak memenangi sebarang pingat di temasya itu. Sebagai tambahan, kedua-duanya turut dikenakan denda AS$5,000 (RM16,395) dengan MWF mengarahkan ia dibayar oleh persatuan angkat berat negeri masing-masing. Naib Presiden MWF, Ahmad Janius Abdullah berkata kedua-dua atlet gagal memberikan penjelasan yang munasabah supaya hukuman terhadap mereka dapat dikurangkan. Jelinie dikatakan mengambil ubat akibat haid dan Fazera dikatakan memakan ubat kerana masalah demam. “Kedua-dua alasan yang mereka berikan tidak boleh diterima. Kami mendapati ia tidak kuat untuk membuat rayuan kepada IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa),” kata Janius. Selain Jelinie dan Fazera, pelumba basikal SUKMA Wilayah Persekutuan, Dhia Danial Mohd Kharil turut didapati menggunakan steroid selepas gagal dalam ujian doping. Begitupun, nasib Danial belum ditentukan. – BHarian Online

‘Pelamin Angan’ Musnah, Hanya Kerana Wajah Persis Nenek
Tidak semua beruntung merasai dan menikmati keindahan cinta sejati ala-ala kisah dongeng Cinderella.
Ini kisah malang seorang wanita yang sedang dalam perancangan untuk berkahwin dengan cinta hatinya.
Ibarat ‘pelamin anganku musnah’, seorang wanita dari China dimaki dan diherdik oleh bakal suaminya ketika pengambaran pra-perkahwinan mereka.
Insiden ini berlaku kerana wanita tersebut cuba menguji bakal suaminya dengan mengenakan solekan persis seorang nenek. Namun, bakal suaminya yang terperanjat mula memaki tunangnya kerana tidak suka melihat wajah hodoh yang seperti dimamah usia. Alahai, kesian pula nasib wanita itu yang pada mulanya ingin melihat reaksi positif bakal suaminya tapi yang diterima sebaliknya. Lebih memalukan, bakal suaminya memaki tunangnya di hadapan orang awam di Dongmen Old Street, Shenzhen hingga menyebabkan wanita itu menangis teresak-esak .
Orang awam yang menyaksikan pentengkaran tersebut memberitahu insiden itu sebijik ala-ala aksi pertengkaran dalam filem. Kejam betul lelaki ini sanggup memalukan tunangnya sebegitu! Tapi kalau difikirkan semula, apa lak motif perempuan tu nak menghodohkan wajah sendiri ketika merakam gambar pra-perkahwinan tanpa berbicang dulu dengan tunangnya ye.. hmm macam-macam. – MYNEWSHUB.CC

Naya.. Lelaki Mahu Bantu Mangsa Kemalangan Dituduh Miang
“MADU diberi, tuba dibalas…” – mungkin itu perumpaan paling sesuai untuk menceritakan tentang nasib seorang lelaki ini.
Kisahnya berlaku di Jepun apabila lelaki yang namanya enggan didedahkan cuba menyelamatkan seorang wanita yang kemalangan, namun dituduh mencabul dan penipu.
Memetik JapanToday.com, lelaki itu digelar sedemikian kerana dia menggunting baju seorang wanita untuk membolehkan alat Automated External Defibrillator (AED) dipasang pada dada mangsa terbabit.
Katanya, dia terserempak dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dan mendapati pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan serius.
“Namun, seorang penumpang tidak sedarkan diri dan saya tidak dapat mengesan nadinya. Saya cuba memberikan bantuan pernafasan, manakala ada orang lain menghubungi ambulans,” katanya ketika disoal siasat.
Sementara menunggu bantuan sampai, seseorang pergi ke kedai membeli alat AED itu.
“Saya mengambil gunting dalam kotak AED itu dan mula memotong pakaian wanita berkenaan. Tiba-tiba pemandu kereta memarahi saya dan memanggil saya hentai (penipu) sebelum menghubungi polis mengadu saya seorang chikan (kaki cabul),” katanya.
AED adalah peranti untuk menganalisis rentak jantung dan boleh menghasilkan kejutan elektrik untuk mengembalikan fungsi organ itu kepada tahap normal.
Wanita mangsa kemalangan itu pula dilaporkan selamat selepas dibawa ke hospital.
Walaupun ada pihak mahu memberikan sijil penghargaan kepada lelaki itu, dia berkata, ia bukanlah perkara penting dan tidak berniat menerimanya. “Penggunaan AED hanya berkesan jika diletakkan bersentuhan dengan kulit. Saya rasa semua pihak perlu memahaminya,” katanya. Jika anda ingin tahu apakah itu AED, rakaman di bawah ini membuktikan bagaimana alat itu mampu menyelamatkan nyawa. - MYNEWSHUB.CC

Empat Pasangan Bernikah Sempena Maal Hijrah
KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin (dari kiri) Fatin Farhanah Ahmad Jamili dan Amir Amirul Asyraf Noor Azman, Md Fauzi Md Arsad dan Azlili Awang Kechik, Mohd Nor Hakif Zainal dan Nur Hidayah Mohamad Tamsir serta Mohd Hafiz Ismail dan Mazlina Mustapha bergambar kenangan di perkarangan masjid selepas selesai majlis Nikah Perdana sempena Sambutan Ma'al Hijrah di Masjid Al-Khairiyah di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Kemuliaan tarikh 1 Muharam 1436 Hijrah dipilih oleh empat pasangan pengantin untuk melangsungkan pernikahan secara beramai-ramai sebagai simbolik kepada penghijrahan mereka ke alam perkahwinan. Keempat-empat pasangan berusia antara 20 hingga 29 tahun itu dinikahkan oleh jurunikah daerah Gombak, Zainal Sulaiman di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dekat sini dalam program Nikah Perdana sempena Maal Hijrah anjuran masjid itu. Seorang anggota tentera Md Fauzi Md Arsad, 28, berkata beliau dan pasangannya Azili Awang Kechik, 25, seorang jururawat memilih bernikah pada sambutan Maal Hijrah itu bagi mengambil keberkatan tahun baharu Islam. “Awal Muharam adalah satu tarikh yang mulia dan ia memberi makna baharu untuk saya dan isteri memulakan perjalanan hidup kami ke arah yang lebih baik berlandaskan Islam,” katanya. Bagi pasangan Amir Amirul Asyraf Noor Azman, 21, dan Fatin Farhanah Ahmad Jamili, 22, pula mereka teruja melangsungkan pernikahan beramai-ramai dan menganggap inisiatif itu dapat menjimatkan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka. “Sebelum ini ramai kawan-kawan kami menyertai pernikahan beramai-ramai ini, jadi saya pun mahu merasai kemeriahan majlis seperti ini. Kosnya pun murah dan tidak membebankan, sesuai bagi kami yang baru masuk alam pekerjaan,” kata Amir Amirul Asyraf. Sementara itu, Nazir Masjid Al-Khairiyah, Ir Mohd Rozi Salleh berkata pihaknya menganjurkan program Nikah Perdana itu bagi membantu pasangan muda melangsungkan perkahwinan tanpa perlu berbelanja besar sesuai mengikut syariat Islam. “Ini merupakan kali keempat kami melaksanakan program (Nikah Perdana) ini selepas mendapat maklum balas positif pelbagai pihak. Kita anjurkan program ini bagi membantu pasangan mengurangkan kos perkahwinan di samping menyelesaikan masalah sosial yang berlaku dengan (adanya) perkahwinan yang sah,” katanya. Lebih 500 tetamu termasuk anggota keluarga pasangan pengantin hadir menyaksikan majlis pernikahan itu di Masjid Al-Khairiyah, yang bermula 11.30 pagi. – BERNAMA

Mahasiswa Pro-Pembangkang Sokong Program Anwar di UM
KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) berdegil mahu menghadiri perogram bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” di Dataran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya (UM) di sini pada Isnin ini meskipun program itu dilarang pengurusan universiti berkenaan.
Pengasas Ganyang, Adrian Lim Chee En menegaskan, ahlinya yang terdiri daripada 20 persatuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan menghadiri program tersebut kerana program berkenaan tidak menyalahi undang-undang negara.
“Penganjuran program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” bukan satu jenayah. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang rakyat Malaysia. Haknya sama seperti setiap Rakyat Malaysia yang lain.
“Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM (Anwar),” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Datuk Rohana Yusof semalam berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.
Program itu juga mencemarkan imej dan memberi pandangan negatif terhadap universiti berkenaan justeru tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM.
Chee En dalam pada itu kesal kerana UM mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol kerana menganjurkan program berkenaan.
“Apa salahnya Fahmi melindungi hak Anwar sebagai seorang alumni UM?. Mengapa Anwar dilihat sebagai musuh nombor satu UM dari kaca mata pihak pengurusan UM,” dakwanya.-mynewsub
TOP
Video: Lamaran Paling Romantis Ini Boleh Buat Anda Nangis!
Sememangnya lamaran perkahwinan adalah momen terindah dan manis untuk dikenang, kerana waktu itu menunjukkan keikhlasan niat seorang lelaki memperisterikan seorang wanita.
Rata-rata wanita mengidamkan pasangan mereka sanggup melakukan sesuatu yang romantik dan unik pada hari mereka dilamar.
Acap kali juga, idea-idea lamaran terlalu klise bagai tiada lagi idea baru. Contohnya, ‘meletakkan cincin dalam makanan’.
Kerana mahukan yang luar biasa dan istimewa, seorang lelaki merancang sebuah lamaran yang anda sendiri tidak jangka dan bakal kagum melihat kemanisan cinta mereka.
Hah, lamaran ini juga berbeza daripada pasangan lain kerana selepas dilamar mereka terus diikat dengan hubungan suami isteri. Kisah cinta uda dan dara ini disaksikan sahabat handai dan ribuan orang awam malah wanita tersebut bagaikan terpinga-pinga dan tidak percaya akan lamaran yang diterima! Anda tontonlah sendiri keindahan cinta mereka ini, mana tahu boleh membantu anda mencipta kejutan tersendiri pula pada hari bahagia nanti. - MYNEWSHUB.CC

Semak Status Bayaran Bil TNB Oleh Penyewa Secara Online
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat banyak rungutan daripada pemilik premis mengenai penyewa mereka yang telah berpindah tetapi tidak membayar bil elektrik premis mereka.
Sehubungan itu, TNB dalam satu kenyataan hari ini meminta semua pemilik premis mendaftar dengan TNB e-Services di alamat www.e-services.tnb.com.my bagi memudahkan mereka menyemak penggunaan elektrik bulanan serta status bil terkini premis mereka pada setiap masa.
“Pemilik premis boleh mengelakkan dari menanggung bil elektrik tertunggak yang ditinggalkan oleh penyewa dengan menyemak penggunaan elektrik bulanan serta status bil terkini secara dalam talian.
“Dengan mendaftar khidmat TNB e-Services di www.e-services.tnb.com.my, anda boleh menyemak rekod pembayaran penyewa dengan mudah secara online dan memilih untuk mengaktifkan bil emel premis-premis yang anda sewakan,” kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Pengguna TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, TNB turut menyediakan perkhidmatan myTNB app yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store bagi memudahkan orang ramai membuat pemantauan ke atas status bil elektrik premis mereka.
“Terdapat banyak kes yang dilapor dan tidak dilapor berkaitan tuan rumah dibebani bil tertunggak ditinggalkan oleh penyewa tidak bertanggungjawab termasuklah kes yang berulang.
“TNB e-Service dan myTNB app telah diperkenalkan sebagai langkah pencegahan. Sekiranya terdapat bil yang banyak tertunggak, tuan rumah boleh berurusan dengan TNB bagi memberi kebenaran untuk memasuki premis-premis dan memotong bekalan elektrik supaya pemegang akaun berdaftar tidak menanggung bil tertunggak yang besar,” katanya.
Jelas beliau, pemilik premis boleh mendaftar sehingga 20 akaun melalui TNB e-Services dan myTNB app dan setakat ini sebanyak 600,000 pemegang akaun telah mendaftar untuk kedua-dua perkhidmatan itu.
Menurut beliau, jumlah seramai 600,000 pengguna yang mendaftar perkhidmatan secara dalam talian itu bagaimanapun hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan pelanggan TNB di Semenanjung Malaysia lebih 8 juta orang.
Ir. Kamaliah dalam pada itu turut menasihati pemilik premis meminta penyewa mereka mendantangani kontrak elektrik dengan TNB melalui persetujuan Change of Tenancy (COT) supaya tanggungjawab pembayaran bil elektrik dipindahkan kepada penyewa mengikut tempoh sewaan dapat diaplikasikan.
“Dengan COT, tanggungjawab bagi menyelesaikan bil tunggakan akan diserahkan pada penyewa. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk ke Kedai Tenaga (Pusat Khidmat Pelanggan TNB) untuk memproses COT,” tambah beliau.-mynewsub
TOP
Kaki Gunung Keriang Jadi Tempat Longgokan Sampah
ALOR STAR: Penduduk, Hashim Saud, 70, bersama rakannya melihat longgokan sekam padi yang dibuang dan dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan rekreasi Gunung Keriang di sini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR – Kira-kira 500 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Keriang dekat sini menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di kaki gunung itu sejak beberapa bulan lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gunung Hilir, Abdul Halim Arifin, 60, mendakwa tempat tersebut menjadi kawasan longgokan sampah dan sekam padi sejak beberapa bulan. “Ada pihak luar yang datang membuang sampah, sekam padi dan kayu di sini, ia membimbangkan penduduk kampung kerana tempat berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk selain mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. “Permukaan jalan di kawasan tersebut juga mengalami kerosakan akibat jentera berat yang membawa muatan sampah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Abdul Halim berkata longgokan sampah itu juga boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke Gunung Keriang yang terletak berdekatan dengan tempat tarikan perlancongan seperti Muzium Padi dan Pusat Sains Negara. “Tempat longgokan sampah itu berada berdekatan dengan Pusat Rekreasi Gunung Keriang, Muzium Padi, Pusat Sains dan Keriang Hills. Saya bimbang ia akan menimbulkan persepsi kurang baik kepada pelancong luar yang melihat kawasan pelancongan di situ tidak dijaga,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim berkata tindakan segera akan diambil. Katanya pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) perlu membersihkan serta memantau gejala itu kerana ia melibatkan kawasan pelancongan. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment