TOP
Anwar Dapat Simpati Selepas Muat Naik Gambar Cucu
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambar beliau bersama cucunya di Facebook milik beliau beberapa hari lalu berjaya menarik simpati banyak pihak.
Dengan kapsyen; Adakah aku akan dapat lihat cucuku membesar?, gambar tersebut menerima hampir 80,000 Likes dan 1,161 share (ketika berita ini ditulis). Komen juga mencecah ribuan namun tidak semua yang menyokong beliau. Di sebalik ramai yang menasihati beliau untuk bersabar terdapat juga komen yang menyatakan beliau harus menerima balasan di atas perbuatan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya. Anwar mempunyai 4 anak perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan dengan Wan Azizah Wan Ismail. Esok dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.-MYNEWSHUB

Sabitan Kekal Atau Bebas? Kepada Allah Saya Berserah…
Berikut adalah luahan hati Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwatnya beberapa tahun lalu.
Luahan itu disiarkan dalam blog Saiful.
Antara kata menarik Saiful… jika Anwar terlepas di dunia, beliau akan menjawab di Padang Mahsyar nanti…
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Esok, kes saya akan mula didengar dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan. Saya harap pihak perayu(DS Anwar Ibrahim) tidak mencari alasan untuk “tunda” lagi.
Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, yang mana sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.
Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan.
Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar, lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.
Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (ura2 ada ‘deal’, harap tidak benar) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan ‘worst case scenario’.
Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran.
Jika tidak di dunia, di Masyar pasti…
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bapa, isteri tersayang, seluruh ahli keluarga saya yang selama ini berdiri teguh, berdoa, berkorban dan bersama saya, juga kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung bersama saya selama 6 tahun ini. Allah SWT sahaja dapat membalas budi dan jasa kalian.
Disaat ini, hanya Allah SWT sahaja tempat saya mohon pertolongan, berserah dan mengadu. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah nanti.
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-Taubah 9:129)
Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar.
Esok dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Rakyat Malaysia Terima Subsidi Minyak Ikut Gaji Bulanan
Kredit Gambar: shazika.blogspot.com/
Program rasionalisasi subsidi minyak akan dijalankan menerusi tiga peringkat, bergantung pada pendapatan bulanan rakyat – demikian diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau menjelaskan, mereka yang memiliki pendapatan bawah RM5,000 akan menerima subsidi penuh sementara rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat nilai subsidi tertentu. Manakala mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, tidak akan diberikan subsidi minyak. Ahmad Husni berkata, mekanisme program kini sedang diusahakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. - MYNEWSHUB.CC SUMBER: NST

Kelantan Laksana Hukum Hudud Tahun Depan – MB
Kredit Gambar: The Rakyat Post
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan Kelantan akan laksanakan undang-undang hudud tahun depan. Pengumuman rasmi itu menunjukkan ketegasan Kerajaan Kelantan dalam pelaksanaan perundangan syariah di negeri berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan beberapa langkah dan persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud termasuk berkaitan usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat nanti. “Dua minggu lepas, kita baru sahaja mengadakan muzakarah penyediaan kaedah hukuman Kanun Jenayah Syar’iyyah yang turut dihadiri mufti seluruh negara, pakar perundangan dan pakar perubatan. “Jika kita berjaya siapkan draf enakmen ini berpandukan kaedah hukuman tersebut, kerajaan negeri kita adalah kerajaan pertama, bukan setakat di Malaysia akan tetapi di dunia ini yang mempunyai kaedah atau undang-undang bertulis mengenai tatacara hukum had (hudud) secara terperinci,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Seminar Penghayatan Hududullah Peringkat Negeri Terengganu, di Permai Inn, di sini, semalam. Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud. Ahmad berkata, hasrat untuk menjayakan pelaksanaan hudud pada 2015, dibuat berdasarkan enam faktor antaranya menjelaskan kepada masyarakat hanya undang-undang ALLAH SWT dapat menyelesaikan masalah jenayah selain menyatakan kesungguhan Kerajaan Kelantan yang tidak putus asa terhadap pelaksanaan tersebut. “Ketiga, memberi kesedaran kepada minda dan fikiran umat Islam terhadap Kanun Jenayah Syar’iyyah ini sebagai hukum ALLAH dengan tujuan dapat membuka jalan bagi dilaksanakan suatu hari nanti. “Walaupun pelaksanaannya dianggap terlalu sukar hari ini tetapi suatu hari nanti ia jadi kenyataan. Kita lihat sahaja Brunei diumumkan secara rasmi pelaksanaan Kanun Jenayah Syar’iyyah ini,” katanya. Beliau berkata, faktor keempat bertujuan membuka jalan dan penerangan kepada masyarakat bukan Islam mengenai konsep hudud bersifat mendidik, faktor kelima memberi isyarat jelas kepada pihak yang masih tidak yakin dengan pelaksanaan hukuman tersebut supaya lebih positif dan keenam memberi semangat kepada pemimpin kerajaan dan rakyat membuat persediaan bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan itu. Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap pemikiran segelintir umat Islam yang masih terikat dengan asas pemikiran barat disebabkan beberapa perkara yang dianggap jenayah oleh syariat Islam tidak dianggap jenayah oleh kanun keseksaan Malaysia dan ‘panel code’ England antaranya melakukan zina serta minum arak. – Sinar Harian Online

Amaran Puting Beliung Landa KL, Putrajaya Hari Ini PALSU
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Isnin.
Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu, Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam Whatsapp.
“Ia maklumat palsu…hentikan penyebaran maklumat itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Oktober, yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan. – BERNAMA
TOP
Misteri Kehilangan Budak 4 Tahun Di IKEA..
Antara yang viral dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp sekarang adalah kisah ‘Misteri Kehilangan Budak 4 Tahun Di Ikea’.
Akhirnya cari punya cari, budak 4 tahun tersebut ditemui dalam keadaan di bawah ini…
Kelihatan, budak lelaki dengan muka malu-malu alang yang dicari keluarganya sedang membuang air besar di salah satu mangkuk tandas. Apa yang mengejutkan, mangkuk tandas itu adalah satu satu model mangkuk tandas yang dipamerkan untuk jualan, bukan benar-benar untuk digunakan bagi membuang hajat! Sebenarnya, di sebalik gambar lawak ini tersirat mesej berguna buat ibu bapa di luar sana. Antaranya, sila kawal anak-anak anda ketika membawanya keluar agar insiden memalukan dan seterusnya menyusahkan diri anda seperti ini tidak berlaku. Sekadar info, pemeriksaan kami mendapati gambar ini sebenarnya sudah berlegar di dunia maya sejak 2013 dan kejadian berlaku di gedung menjual peralatan rumah terkenal di Amerika Syarikat, Lowe’s bukannya Ikea. - MYNEWSHUB.CC

Instagram Anak Awal-Scha, Lara Alana Cecah 120 Ribu Pengikut
Belum pun dapat merangkak, berjalan apatah lagi bercakap, tapi sudah popular macam kedua-dua ibu bapanya. Bertuah sungguh Lara Alana binti Ahmad Awaluddin ini.
Mana tidaknya, baru beberapa hari akaun instagram yang menggunakan nama dan memaparkan ‘update’ tentang Lara dibuka, pengikutnya sudah mencecah lebih 120 ribu.
Menurut Awal Ashaari, akaun tersebut telah dibuat semenjak sebelum kelahiran bayinya lagi, namun baru-baru ini ia dibuka kepada umum. Memetik kenyataan beliau yang disiarkan portal Murai, “Terkejut jugaklah, bila saya tukar daripada ‘private’ ke ‘public’ ia terus mendapat beribu-ribu pengikut dan bertambah dari semasa ke semasa.” Ujarnya lagi, “Ia akan menjadi seperti biografi dan kenang-kenangan kepada Lara apabila dia dewasa nanti.” Akaun tersebut telah dibuat semenjak Jun lepas dan pastinya, para peminat akan terus menekan butang ‘follow’ bagi menyaksikan kemaskini terbaru si comel tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kenali Garfi, Kucing Paling ‘Garang’ Di Dunia
Garfi, seekor kucing parsi kini menjadi perbualan terutama di kalangan pencinta kucing seluruh dunia.
Ekspresi wajahnya membuatkan ramai orang tertarik dan ia juga membuatkan Garfi dimahkotakan menjadi kucing paling ‘garang’ di dunia. Dengan memek muka sebegitu, Garfi kelihatan marah 24 jam. Namun segarang-garang Garfi pun, kami lihat ia adalah seekor kucing yang baik. Lihat sahaja gambar-gambar yang dirakam oleh pemiliknya, Hulya Ozkok. Elok sahaja dia bergambar. Bagi menampakkan gambar lebih menarik, pemiliknya mengayakan Garfi dengan latar belakang dan aksesori bersesuaian dengan wajah bengis Garfi. Lihat gambar Garfi di bawah, kucing garang ini sememangnya sangat comel.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Pelajar patah tulang rusuk dibelasah senior
Mangsa ketika dirawat di ICU HTAR dan dibenarkan keluar
BALIK PULAU - [DIKEMASKINI] Gara-gara menggeledah bilik senior untuk mencari kasut rakannya yang hilang, seorang pelajar tingkatan dua patah tulang rusuk dibelasah beramai-ramai di hostel Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam, mangsa dikatakan bersama rakannya berusia 15 tahun masuk ke bilik senior untuk mencari kasut berkenaan yang dikatakan bernilai RM400. Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari pelajar tingkatan empat sebelum bertindak menarik mangsa ke sebuah bilik. Tidak berpuas hati dengan perbuatan pelajar junior itu, difahamkan lapan pelajar senior membawa kedua-dua mangsa ke bilik elektrik sebelum dibelasah. Kedua-dua mangsa dipercayai dipukul dengan seterika panas selain dipijak menyebabkan mereka cedera di bahu dan patah tulang rusuk. Menurut sumber, kejadian itu hanya disedari warden asrama sehari kemudian dan menempatkan mangsa di bilik rehat untuk menunggu arahan lanjut. Menurutnya, warden kemudian memaklumkan kejadian itu kepada penolong kanan hal ehwal pelajar sebelum diarah menghantar mereka pulang. "Mangsa yang berasal dari Klang dihantar ke lapangan terbang dan setibanya di sana mangsa dikejarkan ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapat rawatan lanjut. "Mangsa ditahan di unit rawatan rapi (ICU) selepas pemeriksaan mendapati tulang rusuk yang patah itu dikatakan terkena pada jantung," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Ibu mangsa yang dihubungi Sinar Harian memaklumkan anaknya stabil dan dibenarkan keluar hospital. Beliau berkata, akibat kejadian itu anaknya kini trauma dan murung. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin mengesahkan kejadian itu dan sudah mengenal pasti lapan pelajar yang terbabit. "Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. -Sinar

Relau besi disangka tempayan
Dr Wan Shamsudin (empat, kanan) bersama sebahagian ahli PSMCK dan penduduk melihat keadaan relau besi yang ditemui di Kampung Chichar.
ALOR SETAR - Penemuan terbaru khazanah purba di Kampung Chichar, Jeneri, dekat sini, dilihat terus membuktikan kehebatan industri pembuatan besi awal abad masihi di Kedah. Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, artifak sejarah ini dikenal pasti sebagai relau besi. “Melalui kaji selidik dilakukan PSMCK, kami dapati dua struktur yang mulanya disangka penduduk adalah tempayan besar sebenarnya relau besi. “Malah, objek terbenam dalam tanah berkenaan didapati memiliki nilai sejarah tinggi. Ia menyerupai relau ditemui berhampiran Sungai Batu, Lembah Bujang,” katanya. Lebih mengagumkan, menurutnya, melalui pemerhatian, relau besi baru ditemui berkenaan dianggarkan berusia 1,000 tahun. Dr Wan Shamsudin berkata, faktor relau berbentuk bulat digunakan untuk melebur besi yang masih lengkap dilihat membuktikan kehebatan pembuatan besi Kedah. Oleh itu, katanya, mereka mengharapkan sokongan semua pihak khususnya kerajaan negeri dalam kaji selidik dilakukan demi menjejaki warisan tersembunyi Kedah. Malah, katanya, penemuan artifak sejarah sedemikian dilihat berpotensi dijadikan produk pelancongan dan tarikan terbaru negeri ini. Sebelum ini, penemuan terbaru khazanah purba dalam tanah dianggarkan berusia ratusan tahun mengejutkan rata-rata penduduk Kampung Chichar, Jeneri. Difahamkan, tujuh relau besi di Kampung Gading, Jeniang, kira-kira 17 kilometer (km) dari tapak penemuan lokasi terbaru diletakkan di bawah tapak tanah bersejarah Jabatan Warisan Negara. -Sinar

Jangan salah guna logo PDRM
Abdul Rahim bersalaman dengan orang ramai sempena program PDRM bersama pelanggan di sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim hari ini.
GEORGETOWN - Pasukan peronda sukarela dan pertubuhan keselamatan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pakaian seragam mereka kerana menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pertubuhan keselamatan di negeri ini menggunakan logo PDRM pada kemeja-T dan vest pantulan cahaya pasukan masing-masing. Beliau berkata, perbuatan itu bertentangan dengan Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan tindakan. "Hanya pasukan polis bantuan dibenarkan menggunakan logo PDRM pada pakaian seragam mereka. "Saya menasihatkan mereka yang masih menggunakan logo PDRM pada pakaian seragam agar menanggalkannya segera atau bakal diambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri program PDRM bersama pelanggan di sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim di sini hari ini. Beliau bimbang ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk tujuan penyamaran dan melakukan jenayah jika logo PDRM bebas digunakan oleh pihak tertentu. - Sinar

Bot nelayan Indonesia ceroboh sempadan
Anggota penguatkuasa Maritim Malaysia memeriksa bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara.
GEORGETOWN - Sebuah bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan Pulau Kendi ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) tengah hari tadi. Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 2, Pulau Pinang, Kapten Kamaruszaman Abu Hassan berkata, bot itu ditahan pada kedudukan 43 batu nautika selatan Pulau Kendi setelah didapati menangkap ikan dalam perairan Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan. "Hasil pemeriksaan, anggota penguatkuasa menahan seorang tekong dan empat awak-awak warga Indonesia serta merampas 700 kilogram ikan campur," katanya. Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 yang jika sabit kesalahan, tekong boleh didenda maksimum RM1 juta manakala awak-awak didenda maksimum RM100,000. Bot itu ditunda ke jeti Limbungan Batu Maung untuk siasatan lanjut. - Sinar

Pendapatan rakyat akan meningkat lebih pantas
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memastikan peningkatan pendapatan rakyat berlaku lebih pantas berbanding peningkatan harga barang, kata Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, kerajaan katanya, melakukan pelbagai cara termasuk pendekatan tidak popular yang dipercayai mampu membantu memperkukuh ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan pendapatan rakyat meningkat sekali gus dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik, katanya sambil menambah ia sejajar dengan hasrat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Apa yang paling penting kita (kerajaan) pastikan bahawa peningkatan pendapatan (rakyat) lebih pantas berbanding peningkatan harga barang," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi dialog bertajuk 'Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera' anjuran Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) di sini, semalam. Pemikir, sebuah badan pemikir sukarela dianggotai golongan profesional ditubuhkan antara lain bertujuan berkongsi pandangan dan idea untuk membantu menyumbang pelbagai idea kepada kerajaan. Abdul Wahid berkata, kesan kebaikan pendekatan kerajaan itu akan dapat dirasai oleh rakyat termasuk golongan berpendapatan sederhana dalam beberapa tahun terdekat ini. Begitu juga dengan cukai barang dan perkhidmatan yang dilaksana bermula April tahun depan, rakyat akan dapat melihat manfaatnya dalam peningkatan pendapatan negara dalam tempoh dua tahun pelaksanaan, kata beliau. - Bernama

Kanser payu dara: Utamakan rawatan moden
Fatimah Abdullah
SIBU - Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah menasihatkan wanita yang didiagnos positif kanser payu dara supaya mengutamakan rawatan perubatan moden dan nasihat doktor daripada rawatan tradisional. Beliau berkata, ini kerana rawatan tradisional belum lagi diuji keberkesanannya secara saintifik dan klinikal. "Tetapi apabila rawatan tradisional itu tidak berkesan barulah mereka pergi kepada doktor dan ini mungkin sudah agak lewat. "Kita sepatutnya tidak berlengah sebab bagi penyakit kanser, masa serta rawatan segera adalah sangat penting," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran kempen "Ucap Selamat Tinggal Kepada Kanser Payu Dara" bagi negeri Sarawak anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Avon Cosmetic (M) Sdn Bhd di Butik Kecantikan Avon Kampung Dato di sini hari ini. Fatimah berkata, sejak pelancaran kempen itu pada Mei 2007 sehingga 30 September tahun ini, seramai 28,043 wanita di Sarawak telah menjalani saringan mamogram dan 35 orang telah disahkan positif kanser payu dara. "Saringan ujian ini sangat penting bagi membantu wanita mengesan kanser payu dara lebih awal dan membolehkan doktor melakukan rawatan-rawatan susulan dengan kadar segera," katanya. - Bernama

'Zakat tak ikut mazhab Syafie kenapa tidak marah?'
KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.
"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.
"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba Tabung Haji buat fatwa tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.
"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.
Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.
"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.
"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.
"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.
Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.
"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.
"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.
"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya.- Sinar
TOP
Marc Marquez samai rekod Mike Doohan
Marc Marquez - Foto Bernama
PELUMBA Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez menyamai rekod Mick Doohan selepas muncul juara bagi kali ke-12 dalam kelas utama bagi satu musim dalam Grand Prix Motosikal (MotoGP). Pelumba Sepanyol itu merangkul kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 dengan catatan 40 minit dan 45.523 saat dalam saingan di Litar Sepang di sini, hari ini. Juara dunia sebanyak enam kali dari Itali, Valentino Rossi menduduki tangga kedua manakala pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo berada di tempat ketiga. Kedua-dua pelumba itu dari pasukan Movistar Yamaha. Rossi ketinggalan cuma 2.445 saat di belakang Marquez dan Lorenzo pula ketinggalan 3.508 saat di belakang juara berkenaan. "Perlumbaan hari ini adalah saingan yang sangat sukar, terutama daripada segi fizikal. Pada awalnya, saya melakukan kesilapan di selekoh pertama... apabila saya berada di belakang pelumba Yamaha, saya cuba untuk menguasai rentak perlumbaan dan selepas 7-8 pusingan, saya meneruskan strategi saya untuk memintas mereka. "Saya amat gembira apabila muncul juara. Saya telah mencapai impian saya pada musim ini tetapi saya menaruh harapan untuk mengatasi rekod di Valencia," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Kejayaan Marquez meraih kejuaraan itu membolehkan beliau menyamai rekod pelumba Australia, Mick Doohan, yang meraih 12 kemenangan pada 1997. Marquez, 21, berpeluang mengatasi rekod itu dengan kemenangan pada perlumbaan terakhir di Valencia. Beliau akan bertanding di Valencia dengan mengumpul 337 mata untuk mendahului pelumba Pasukan Movistar Yamaha, Valentino Rossi dengan 62 mata. Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo berada di tempat ketiga dengan mengumpul 263 mata. - Bernama

Anggota bomba maut motosikal dirempuh lori
IPOH - Seorang anggota bomba maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 13, Jalan Siakap dekat Bagan Serai, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu, Ab Latiff Sulaiman, 56, yang menunggang motosikal jenis Suzuki Smash Revo dirempuh sebuah lori jenis Daihatsu.
Pemandu lori itu yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau menuju ke Bagan Serai dikatakan hilang kawalan ketika merempuh motosikal berkenaan, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemandu lori itu merempuh motosikal mangsa dari arah belakang sebelum kenderaan mangsa melanggar sebuah van jenis Toyota Hiace yang berada di hadapannya yang ketika itu berhenti di lampu isyarat.
Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa yang terperosok di bawah lori tersebut mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Beliau berkata mangsa merupakan seorang anggota bomba yang masih berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau. - Bernama
TOP
Malaysia bakal eksport produk halal ke Jepun
Ismail Sabri
BERA - Malaysia akan menjadikan Wilayah Chiba di Jepun sebagai pintu masuk produk halal negara ini ke Negara Matahari Terbit itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ini kerana di wilayah itu terdapat pasar raya milik Aeon yang akan memasarkan produk halal Malaysia. "Jepun mengiktiraf produk halal negara yang disahkan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) kerana ia keluaran negara yang berkualiti dan bersih. "Malah kemasukan barangan produk halal ke negara itu adalah sebagai persiapan Jepun untuk menghadapi sukan Olimpik pada tahun 2020 yang sudah pasti disertai ramai atlet dari negara Islam yang memerlukan produk halal," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian surat kelulusan dan mesin peralatan industri kecil dan sederhana (IKS) kepada 343 usahawan tani Parlimen Bera hari ini. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Arif Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Arpan Shah Sabtu. Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, sebuah jawatankuasa bersama pemasaran produk halal Malaysia-Jepun akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi membuat persediaan untuk membolehkan produk halal negara dipasarkan segera di Jepun. Selain itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, satu seminar dan program penerangan mengenai produk halal negara akan diadakan di Jepun tahun depan bagi meningkatkan pengetahuan rakyat Jepun mengenai produk halal Malaysia. Katanya, produk halal Malaysia semakin mendapat sambutan di luar negara dan mendapat banyak pertanyaan termasuk dari China, Bahrin, Qatar dan beberapa negara Arab lain. - Bernama

Larangan jual hartanah kepada pendatang Israel
Polis Israel menahan seorang remaja Palestin yang menyertai bantahan di timur Jerusalem, kelmarin. - Foto AFP
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Biro Fatwa Palestin diketuai Sheikh Mohammad Hussein mengeluarkan larangan kepada penduduk di Tebing Barat supaya tidak menjual tanah dan hartanah mereka kepada pihak Israel. Larangan itu dikeluarkan selepas insiden polis Israel merampas dua kediaman di kawasan kejiranan Silwan di Timur Baitulmaqdis, baru-baru ini. Menurut Jawatankuasa Fatwa, mana-mana penduduk yang didapati menjual tanah kepada Israel adalah pengkhianat agama, tuhan dan kaumnya. Dalam perkembangan berasingan, seorang remaja lelaki Palestin maut ditembak polis Israel di sebatang jalan di Silwad berhampiran Ramallah. Laporan media menyebut, remaja berusia 14 tahun itu ditembak di kepala. Memetik laporan Middle East Monitor, insiden itu berlaku beberapa jam selepas penduduk Palestin bertempur dengan polis Israel di Jerusalem. - Sinar

Mesir isytihar perintah berkurung
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (tengah) mempengerusikan mesyuarat tergempar bersama Majlis Pertahanan Negara di Sheikh Zuweid di Utara Sinai, semalam.
KAHERAH - MESIR. Mesir mengisytiharkan perintah darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai selama tiga bulan, termasuk penutupan pintu sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza. Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 30 askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama ke utara Sinai. Memetik laporan AFP, serangan bom itu dipercayai dilakukan pejuang jihad yang sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan. Lelaki bersenjata itu juga menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish, semalam. Ia merupakan serangan terbaharu terhadap anggota keselamatan sejak bekas presiden, Mohamed Morsi digulingkan tahun lalu. - Sinar

Bank Dunia peruntuk RM206j untuk Gaza
Palestin memohon bantuan AS$3.8 bilion (RM12.5 bilion) daripada negara dunia untuk membaik pulih wilayah itu. - Foto AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bank Dunia akan memperuntukkan AS$63 juta (RM206 juta) untuk bantuan kecemasan di Genting Gaza. Timbalan Presiden Bank Dunia di Timur Tengah dan Afrika Utara, Inger Andersen memaklumkan bantuan kewangan itu dijangka diluluskan pada 30 Oktober depan. Peruntukan tersebut akan digunakan untuk membaik pulih infrastruktur yang musnah akibat Operasi Perlindungan Sempadan Israel pada Julai lalu. "Bantuan kewangan terbabit juga bertujuan untuk membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) menjelaskan hutang dan menebus kerugian mereka," katanya dipetik Press TV Dalam perkembangan lain, PA memaklumkan bahawa mereka bersedia melancarkan tekanan diplomatik pada bulan hadapan untuk menuntut kemerdekaan bagi Palestin. Ketua Perunding PA, Saeb Erakat berkata, Palestin nekad meneruskan hasrat itu walaupun dibantah oleh Israel. - Sinar

IS, militan paling kaya di dunia
Penguasaan IS di wilayah Iraq dan Syria telah memberi keuntungan besar kepada kumpulan itu
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kumpulan Negara Islam (IS) didakwa telah menjadi kumpulan militan terkaya di dunia dengan pendapatan bernilai puluhan juta ringgit hasil daripada wang tebusan serta jualan minyak secara haram. Setiausaha Rendah untuk Risikan Kewangan dan Keganasan Amerika Syarikat (AS), David Cohen mendedahkan IS memperoleh AS$1 juta (RM3.3 juta) sehari dengan menjual 50,000 tong minyak mentah pada harga lebih murah kepada orang tengah dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Turki. "Ia merupakan satu cabaran khusus kepada AS untuk menghentikan aliran wang tersebut kerana IS berjaya mengumpulkan 'kekayaan' daripada pelbagai sumber pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini," jelasnya. Sementara itu, Timbalan Presiden Yayasan Cernegie untuk Keamanan Antarabangsa, Marwan Muasher turut menggelar IS sebagai sebuah organisasi kewangan tercanggih di dunia. "IS tidak seperti al-Qaeda yang memperoleh atau bergantung kepada dana disalurkan kebanyakan jutawan dari negara Teluk. Taktik pendanaan utama membolehkan mereka menjana puluhan juta ringgit dalam tempoh sebulan," katanya dipetik AFP Menurutnya lagi, IS juga membuat 'keuntungan' berjumlah kira-kira AS$20 juta (RM66 juta) hasil daripada wang tebusan sejak beberapa bulan lalu. - Sinar

Penjawat awam sokong protes di Hong Kong
Bantahan diteruskan selepas kumpulan protes gagal mencapai sebarang kata sepakat dalam rundingan bersama kerajaan.
HONG KONG - Kakitangan awam di sini menggunakan laman sosial, Facebook sebagai medium untuk menyuarakan sokongan terhadap protes kumpulan prodemokrasi yang masih berterusan di bandar hab perdagangan serantau itu. Menurut AFP, birokrat dari pelbagai jabatan termasuk perkhidmatan maklumat kerajaan, polis dan badan kehakiman telah menghantar gambar kad ID rasmi mereka berserta nama dan slogan mengkritik penyokong Beijing. Sokongan dibuat selepas kira-kira 1,300 kakitangan awam tampil mengkritik gerakan protes berkenaan awal minggu lalu. Satu tinjauan oleh Universiti Hong Kong semalam menunjukkan sokongan terhadap gerakan prodemokrasi itu telah meningkat kepada 38 peratus berbanding 31 peratus pada bulan lalu. - Sinar

Saudi henti biaya ISIL
ISIL didakwa melancarkan serangan gas beracun dalam serangan terbaharu di bandar Kobani.
RIYADH - ARAB SAUDI. Jutawan Arab Saudi, Alwaleed bin Talal mendedahkan bahawa kerajaan negara itu pernah menyokong kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang kini telah menguasai sebahagian besar wilayah di Iraq serta Syria. Menurut Press TV, kerabat diraja Saudi itu memberitahu beberapa ekstremis di Riyadh turut memberi bantuan dana kepada ISIL. "Kini, kami tidak lagi membiayai kumpulan itu kerana kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk menghentikan 'sokongan' tersebut," katanya tanpa memberi butiran lanjut ketika diwawancara CNN. Sebelum ini, bekas Ketua Risikan Arab Saudi, Putera Bandar bin Sultan pernah mendapat perhatian masyarakat dunia selepas banyak pihak menuduh beliau sebagai dalang utama di sebalik konflik yang semakin meruncing di Syria. Dalam perkembangan lain, tentera Kurdish mendakwa kumpulan Takfiri menggunakan senjata kimia dalam insiden keganasan terbaharu di bandar Kobani, sempadan Syria. Petugas perubatan memaklumkan gas beracun dilepaskan di kawasan timur bandar Kurdish terbabit, lewat Selasa lalu. "Kebanyakan mangsa menunjukkan beberapa simptom seperti pening dan mata berair. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesahkan jenis senjata kimia tersebut," kata pegawai kanan Kurdish, Aysa Abdullah. - Sinar

Seludup madu lebah: Pasangan dari Ukraine ditahan
Lebah madu
AUCKLAND - NEW ZEALAND. Pegawai di sempadan negara ini berjaya menangkap pasangan dari Ukraine yang menjalankan kegiatan menyeludup madu yang dilihat merugikan industri penternakan lebah di negara tersebut. Pasangan tersebut ditangkap di Lapangan Terbang Auckland dan pihak berkuasa menemui tiga kilogram madu dan satu kilogram debunga dalam bagasi mereka yang didakwa untuk kegunaan peribadi. Menurut pegawai Kementerian Perusahaan Utama, Craig Hughes, pasangan tersebut datang ke New Zealand dan bekerja di ladang penternakan lebah. Bagaimanapun, tindakan mereka membawa keluar madu dan debunga tersebut bertentangan dengan undang-undang bio keselamatan negara ini yang melindungi ekosistem tempatan daripada spesies invasif. Sementara itu, Ketua Eksekutif Persatuan Penternak Lebah Nasional New Zealand, Daniel Paul berkata, kegiatan penyeludupan ini boleh berleluasa jika tidak ditangani segera dan menjejaskan industri penternakan lebah. “Barang-barang yang diseludup boleh membunuh populasi lebah tempatan dan menyebabkan kerugian sehingga NZ$5 juta (US$4 juta),” jelasnya. New Zealand terkenal sebagai pusat pengeluaran madu manuka dan mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia. - Sinar

4 petugas Blackwater bersalah dalam pembunuhan
Dustin Heard (tengah) dan penguamnya, David Schertler (kiri) meninggalkan mahkamah daerah pada 6 Januari 2009 di Washington. -foto AFP
WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Empat bekas petugas keselamatan Blackwater didapati bersalah melakukan tembakan rambang terhadap orang awam di sekitar Nusoor Square, Iraq pada 2007. Serangan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang awam serta 18 orang tercedera. Juri Mahkamah Persekutuan Washington mendapati Nicholas Slatten, 32 bersalah melakukan pembunuhan tahap pertama. Sementara yang lain didapati bersalah melakukan pembunuhan secara sukarela. Paul Slough, 35 disabitkan kesalahan atas 13 tuduhan pembunuhan sukarela dan 17 cubaan membunuh. Manakala, Evan Liberty, 32 menghadapi lapan tuduhan pembunuhan sukarela dan 12 cubaan pembunuhan. Sementara Dustin Heard, 33, bersalah atas enam tuduhan pembunuhan sukarela dan 11 cubaan membunuh. Menurut Pendakwa raya Amerika Syarikat, Ronald Machen, keputusan mahkamah ini membuktikan AS komited terhadap undang-undang walaupun ketika peperangan. Difahamkan mereka kini merupakan tahanan jagaan sementara menunggu hukuman. Namun, menurut peguam bela Dustin Heard, David Schertler, mereka akan membuat rayuan. Blackwater merupakan syarikat keselamatan swasta yang diberi lesen berkhidmat di Iraq, bagaimanapun telah dibatalkan oleh Baghdad. Ia kemudian menukar nama kepada XE Services pada tahun 2009, sebelum ditukar menjadi Academi pada 2011. - Sinar

Isu Israel-Palestin: AS dakwa Sweden tidak matang
Stefan Lovfen
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) menyifatkan masih terlalu awal untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara, selepas Sweden merancang untuk mengambil bahagian dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki , tindakan Sweden itu dilihat sebagai tidak matang. Malah memberitahu, AS hanya memberi sokongan kepada Palestin melalui hasil rundingan, resolusi isu-isu akhir dan pengiktirafan bersama oleh kedua-dua pihak. Dalam pada itu, Perhimpunan Agung PBB telahpun meluluskan untuk memberi pengiktirafan kepada Palestin pada tahun 2010, namun kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU) masih belum memberi pengiktirafan rasmi. Bagaimanapun, Perdana Menteri Sweden, Stefan Lofven mengumumkan Sweden sebagai negara Eropah pertama yang mengiktiraf Palestin, baru-baru ini. “Konflik Israel-Palestin boleh diselesaikan menerusi pengiktirafan bersama untuk mewujudkan keamanan,” katanya dalam ucapan di parlimen negara itu. Sementara itu, langkah yang dibuat oleh Sweden dengan reputasi baik dalam hal ehwal antarabangsa dan mempunyai pengaruh kepada dasar luar EU, memberi harapan baru kepada rakyat Palestin. Dewan Persefahaman Arab-British (Caabu) dalam satu kenyataan memberitahu, Britain telah menerima prinsip kenegaraan Palestin, malah negara tersebut telah lulus kesemua ujian untuk membentuk sebuah negara. Oleh itu, tindakan terakhir adalah dengan memberi pengiktirafan kepada Palestin dan menyokong rakyatnya untuk menentukan nasib mereka. Selain itu, Caabu turut menggesa UK dan negara-negara EU lain untuk mencontohi langkah yang dibuat oleh Sweden. “Tindakan tersebut mampu memberi mesej yang kuat kepada Israel dan gerakan-gerakan antiPalestin yang lain sebagai simbolik menyokong kebebasan ke atas negara Palestin,” kata Pengarah Caabu, Chris Doyle dalam satu kenyataan. Rakyat Palestin mahukan negara mereka diiktiraf dalam wilayah Tebing Barat dan Gaza dengan ibu kota di timur Baitulmuqaddis. Walaupun sempadan Gaza telah ditakrifkan dengan jelas, namun wilayah yang tepat untuk menentukan sempadan Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis hanya boleh ditentukan menerusi rundingan dengan Israel. - Sinar

China hantar pengorbit bulan dan ke bumi
Roket Chang’e-3 membawa Jade Rabbit berlepas dari Pusat pelancaran Satelit Xichiang di wilayah Sichuan, tahun lalu.
BEIJING - CHINA. China akan melancarkan pengorbit bulan terbaharu yang membawa Chang’e-5 dalam masa terdekat, sekali gus merupakan percubaan pertama menghantar kapal angkasa ke bulan dan kembali ke bumi. Agensi berita Xinhua melaporkan, pesawat ruang angkasa tidak dinamakan itu akan dilancarkan antara Jumaat dan Ahad. "Ia adalah modul lunar pertama China yang mampu kembali ke bumi dan memerlukan penahanan suhu tinggi yang terjadi ketika roket masuk semula ke atmosfera bumi," menurut akbar itu. Menurut Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri untuk Pertahanan Negara China (SASTIND), pelancaran bertujuan menguji teknologi digunakan dalam Chang’e-5. Difahamkan, Beijing menganggap program angkasa bernilai berbilion dolar itu sebagai usaha meningkatkan martabat negara di mata dunia dan kepakaran teknikal serta membuktikan pemerintahan Parti Komunis mampu memulihkan nasib bangsa miskin. - Sinar

Israel mahu bahagikan al-Aqsa
Pihak berkuasa Israel mengasari penduduk Palestin yang cuba untuk memasuki al-Aqsa.
TEL AVIV - ISRAEL. Knesset akan mengundi untuk meluluskan draf undang-undang bagi membahagikan Masjid al-Aqsa pada bulan hadapan. Ahli Parlimen Israel, Masoud Ghanayim memberitahu draf undang-undang tersebut bertujuan untuk membenarkan penganut Yahudi melakukan upacara keagamaan mereka di al-Aqsa tanpa sebarang sekatan. "Tel Aviv mahu orang Islam dan penganut Yahudi mendapat hak sama untuk memasuki masjid tersebut. Selain itu, draf tersebut juga melarang sebarang protes diadakan di sekitar al-Aqsa dan mereka yang melanggar arahan itu bakal berdepan hukuman berat," katanya lagi. Sementara itu, anggota kanan Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Ahmed Qurei menggesa negara Islam mengadakan sidang kemuncak tergempar untuk berbincang mengenai rancangan jahat Israel tersebut. "Tindakan mencemari kesucian al-Aqsa itu hanya akan mencetuskan kemarahan orang Islam dan menyebabkan keganasan lebih buruk di Baitulmaqdis," tegasnya menurut laporan Middle East Monitor. Menurutnya lagi, Israel semakin berani meneruskan agenda untuk menceroboh al-Aqsa kerana kebanyakan negara di rantau Arab hanya diam membisu dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mereka. Dalam perkembangan lain, Palestin dan Israel akan menyambung semula rundingan bagi melaksanakan gencatan senjata bagi tempoh jangka panjang di Kaherah pada Isnin depan. - Sinar

Lembu guna lampin
PERATURAN baja baharu yang dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU) menyebabkan lembu ternakan di negara rantau tersebut perlu memakai 'lampin'.
Memetik laporan The Mirror, di bawah peraturan tersebut, EU melarang penggunaan baja kompos di kawasan lereng bukit yang mempunyai kecerunan lebih 15 peratus.
Penternak haiwan yang melanggar arahan tersebut didakwa bakal kehilangan subsidi pertanian yang bernilai ribuan Euro pada setiap tahun.
Presiden Pertubuhan Peladang di Upper Bavaria, Anton Kreitmair berharap larangan itu dikecualikan di Jerman kerana ia didakwa memberi kesan besar kepada penternak di negara tersebut.
Menurut EU, peraturan tersebut sebenarnya adalah salah satu langkah penting untuk mengelakkan pencemaran air yang disebabkan oleh penyerapan baja asli di dalam tanah.- Sinar
TOP
Rumah kucing jalanan
NASIB ratusan ribu kucing jalanan di Beijing bakal terbela dengan ciptaan 'rumah' yang direka di bawah projek MAOer Hutong hasil cetusan idea Okamoto Deguchi Design (ODD).
Kira-kira enam tahun lalu, majlis perbandaran terpaksa 'membersihkan' bandar berkenaan yang menjadi 'kediaman tetap' haiwan tersebut sebagai persediaan untuk menganjurkan temasya Olimpik.
Bagaimanapun, ia tidak dapat mengurangkan populasi kucing jalanan di Beijing dan situasi itu telah mencetuskan idea kreatif untuk menghasilkan rumah terbabit.
Memetik laporan WebEcoist, rekaan kotak kayu itu akan ditempatkan di permukaan atap kediaman penduduk di bandar tersebut.
Kotak kayu berkenaan juga berfungsi untuk memberi ruang yang kering dan selesa untuk kucing jalanan menjadikan ia sebagai tempat berteduh.
Selain itu, permukaan bawah kotak yang berlubang didakwa dapat melindungi jubin bumbung daripada rosak dan turut menjadi penebat tambahan.- Sinar
TOP
Kediaman penduduk Palestin dirampas
Penduduk Palestin dan pasukan keselamatan berdiri di atas serpihan runtuhan bangunan sambil menanti ketibaan Perdana Menteri Rami Hamdallah. - Foto: AFP
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Sekumpulan penduduk Yahudi bertindak menyerbu dan merampas dua bangunan kediaman di kejiranan Silwan di Timur Baitulmaqdis, menurut pegawai Palestin, semalam. Penasihat Hal Ehwal Baitulmaqdis untuk Pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Ahmed al-Ruweidi memberitahu, penduduk Yahudi memasuki dua daripada tiga bangunan di Silwan dengan dilindungi polis Israel. "Rampasan unit kediaman di Silwan adalah sebahagian daripada politik Israel yang bertujuan untuk menjadikan kejiranan tersebut sebagai kejiranan Yahudi," katanya kepada Middle East Monitor. Menurutnya lagi, daerah itu merupakan usaha intensif Israel untuk merampas rumah milik penduduk Palestin dan beliau juga tidak bersetuju tindakan sesetengah penduduk Palestin yang bersetuju menjual harta mereka kepada Yahudi. Sementara itu, Palestin menuduh Israel melancarkan kempen agresif untuk 'Yahudisasi' dengan tujuan melenyapkan identiti Arab dan Islam yang akhirnya mengusir penduduk Palestin. Perunding Palestin menegaskan bahawa pembangunan penempatan Israel perlu dihentikan sebelum rundingan damai dengan Israel yang terhenti disambung semula. - Sinar

Jenayah di Mexico meningkat
Ibu bapa dan kenalan daripada 43 pelajar yang hilang di majlis memperingati mangsa di Basilica of Guadalupe, Mexico. - Foto: AFP
MEXICO CITY - Bilangan kanak-kanak Mexico diculik, direkrut oleh jenayah terancang, dicacatkan dan dibunuh kini semakin meningkat, menurut Suruhanjaya Inter-Amerika untuk Hak Asasi Manusia, kelmarin. Menurut Channel News Asia, laporan daripada badan hak asasi Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) didedahkan selepas pihak berkuasa Mexico berdepan skandal besar di mana lebih 43 pelajar kolej dilaporkan hilang dan dikhuatiri dibunuh. Penyiasat kumpulan, Rosa Maria Ortiz yang mengunjungi negara itu awal bulan ini menerima maklumat yang menunjukkan bahawa terdapat peningkatan membimbangkan dalam jumlah kanak-kanak hilang. Ortiz juga menggesa kerajaan Presiden Enrique Pena Nieto untuk menyiasat dengan lebih terperinci kes kehilanagan 43 orang pelajar dan meningkatkan usaha mencari menggunakan anjing pengesan, penyelam serta kuda untuk meluaskan carian. - Sinar

Penduduk Apartmen Teratai Dibenarkan Pulang Hari Ini
HULU SELANGOR — Kesemua 1,163 penduduk dua blok Apartmen Teratai di sini yang diarahkan berpindah sementara akibat tanah runtuh sejak Isnin lepas telah dibenarkan pulang kira-kira pukul 3 petang tadi.
Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Masria Sahi berkata kesemua penduduk telah dibenarkan pulang atas arahan Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suadi Abdul Rahim.
Katanya, mereka juga telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa tiada pergerakan tanah baharu dilaporkan sejak pemasangan cerucuk keping dan kanvas di cerun bukit berkenaan pada 21 Oktober lepas.
“Operasi pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga esok sementara memastikan proses pemindahan penduduk di apartmen berkenaan berjalan lancar.
“Operasi pemantauan itu dijalankan oleh RELA, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam serta Persatuan Bulan Sabit Merah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kesemua penduduk di blok K dan L di apartmen berkenaan sebelum ini dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 sejak kejadian tanah runtuh di kawasan itu Isnin lepas.
Tinjauan Bernama mendapati penduduk berkenaan teruja dan gembira apabila dapat pulang rumah masing-masing.
Seorang penduduk Nazaruddin Bidin, 44, berkata beliau dan empat anggota keluarganya menarik nafas lega dan berasa amat gembira setelah dimaklumkan akan khabar baik itu.
“Kami berharap pihak berkuasa dapat menyediakan rumah sementara yang bersesuaian bagi penghuni jika masalah seumpama itu berulang,” katanya.
Fauzi Salleh, 38, yang bekerja sendiri berkata beliau amat bersyukur atas pengumuman berkenaan dan telah lama mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan dengan cepat.
“Kami bersyukur kerana dapat kembali duduk di rumah sendiri dan berharap satu tindakan jangka panjang dapat diambil supaya kejadian tanah runtuh ini tidak berulang,” katanya.–BERNAMA
TOP
Kronologi Peristiwa Kes Liwat Kedua Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR — Berikut ialah peristiwa berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.
Pada 30 Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.
Pada 7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.
Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.
Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.
Pada 5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.
Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.
Pada 6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.
Pada 10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.
Pada 17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.
Pada 6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.
Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.
Pada 1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.
Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.
Pada 3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.
Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.
Mohd Saiful berkata insiden itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.
Pada 5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.
Pada 9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.
Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak berat sebelah.
Pada 18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.
Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.
Pada 25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.
Pada 3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu “simpan bukti”.
Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.
Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.
Pada 16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.
Pada 20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.
Pada 6 Dis, 2010 : Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.
Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.
Pada 14 Dis, 2010 : Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.
Pada 14 Jan, 2011 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.
Pada 16 Mei, 2011 : Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.-mynewsub

Gaya Santai Tun M Yang Ala Rider Tegar
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja turun padang untuk menyampaikan trofi juara MotoGP pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, petang tadi.
Mungkin sejak dari kecil lagi, Tun Dr Mahathir atau lebih mesra dengan panggilan Tun M sememangnya meminati arena permotoran jika dilihat dari gayanya yang pasti akan menghadiri kebanyakkan kejohanan permotoran tanah air. Umur bukanlah penghalang untuk meminati sukan permotoran ye dak? Daripada gambar yang dikongsikan, gaya kekuda kakinya sememangnya menampakan ciri-ciri seorang ‘otai’ dalam arena permotoran. Turut menemani Tun M ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang seakan bergurau dengan Tun M tentang cara menunggang motorsikal berkuasa besar ini dengan betul. Itu pun satu kelainan juga… bila kita pernah lihat KJ dan Tun M di satu majlis yang sama kan? Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

PAS Belum Nampak Matlamat Pasma - Hadi
Abdul Hadi Awang.
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu. "Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di sini, Ahad. Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut. Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli PAS supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan. Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program Pasma. Semalam, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Dakwaan UM Dikunci Halang Program Anwar Tidak Benar - Sumber
PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) tidak akan dikunci pada Isnin seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita, demikian menurut sumber universiti tersebut.
Menurut sumber itu, tiada notis dikeluarkan oleh pihak universiti berhubung dakwaan untuk menutup semua laluan masuk ke UM bagi menghalang kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dijadual untuk hadir ke UM pada Isnin bagi menyampaikan pidato anjuran persatuan mahasiswa universiti itu.
"Kami tidak mengetahui apa-apa arahan sedemikian.
"Pelajar-pelajar tidak diberi kebenaran untuk menganjurkan acara itu dan jika mereka masih teruskan, mereka perlu menerima akibatnya. Tetapi tidak ada kuncian," kata sumber itu pada Ahad.
Sebuah portal berita melaporkan bahawa semua pintu di universiti itu akan ditutup kecuali pintu utama bermula 7 pagi Isnin.
Laporan itu juga berkata polis akan bertanggungjawab ke atas keselamatan di universiti itu.
TOP
SJK Digesa Kaji Semula Sistem Pembelajaran Bahasa Melayu
JASIN: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini digesa mengkaji semula sistem pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Melayu bagi memperkukuh penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajarnya.
Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam yang membuat gesaan itu berkata, usaha itu perlu dilaksanakan segera agar tidak berlaku jurang perpaduan ketara antara pelajar SJK dan Sekolah Kebangsaan.
"Bahasa Melayu amat penting kerana ia merupakan medium penyatuan rakyat dan juga identiti negara yang amat bernilai, dengan semua rakyat Malaysia tahu berbahasa Melayu, perpaduan akan menjadi lebih erat.
"Tiada alasan pengunaan bahasa Melayu diambil mudah walaupun di SJK sebaliknya pengajarannya perlu diseimbangkan dengan subjek bahasa Mandarin atau Tamil," katanya kepada pemberita di sini, malam Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perkampungan Belia DMDI ke-15 disertai kira-kira 600 peserta daripada lima buah negara iaitu Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Malaysia. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Pada Jumaat, akhbar melaporkan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata seramai 604 daripada 14,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara 2010 yang bukan Melayu tidak boleh berbahasa Melayu, sedangkan ada antara mereka lulus subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Teo turut mendakwa bilangan generasi muda bukan Melayu yang gagal bertutur bahasa Kebangsaan dikhuatiri meningkat pada masa depan kerana hampir 90 peratus daripada mereka bersekolah di SJK.- mstar online
TOP
Pesawat Berlepas Tanpa Bagasi, Penumpang Terkandas Di Landasan Heathrow
KEROSAKAN besar pada sistem komputer mencetuskan kekecohan di Lapangan Terbang Heathrow di London pada malam Sabtu waktu tempatan menyebabkan sistem bagasi lapangan terbang itu mengalami masalah dan pesawat tidak dapat memakir di pintu masing-masing untuk mengeluarkan penumpang.
Beratus-ratus penumpang pada Sabtu terkandas di tarmac landasan terbang selama beberapa jam. Pada masa sama, pesawat-pesawat yang mahu berlepas turut dihalang daripada meninggalkan lapangan terbang di London itu.
Seorang jurucakap Lapangan Terbang Heathrow mengakui terdapat masalah pada sistem komputer tetapi menegaskan ia bukan punca yang mengakibat sebarang kelewatan penerbangan.
Katanya, juruterbang-juruterbang bagi pesawat terlibat telah tersilap memaklumkan kepada mana-mana penumpang yang memikirkan sebaliknya.
Kegagalan sistem komputer itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai di dalam terminal dan menghairankan apabila banyak pesawat British Airways (BA) dikatakan terpaksa berlepas tanpa membawa bagasi penumpang bagi mengurangkan tekanan di lapangan terbang.
Seorang penumpang, Karen Theedom menulis di akaun Twitternya: "Kami akan berlepas, tanpa bagasi! Saya memang pandai berjenaka. Saya dengar NYC (Bandaraya New York) adalah tempat yang baik untuk membeli-belah!"
Seorang lagi penumpang malang yang tiba di Hong Kong terlepas penerbangan berikutnya ke Taipei apabila dia menyedari bagasinya masih di London.
Walaupun sistem komputer itu didakwa kembali pulih dan beroperasi pada pukul 9 malam, ramai penumpang meluahkan rasa kecewa mereka kerana masih berada di dalam pesawat sehingga pukul 1 pagi.
Sally Silver menulis di Twitternya: "Kami sudah berada di dalam pesawat selama satu setengah jam di #heathrow dan masih lagi menunggu! Kenapa biarkan kami semua naik pesawat apabila mereka tahu kami tak akan bergerak ke mana-mana."
Kebanyakan penerbangan yang terjejas akibat insiden itu ialah British Airways.
Menurut satu kenyataan daripada syarikat penerbangan itu: "Kami mengalami gangguan yang menyebabkan masalah berlaku di salah satu sistem komputer di Lapangan Terbang Heathrow.
"Kami bekerjasama dengan lapangan terbang untuk menyelesaikan perkara ini dan para pelanggan perlu membuat semakan di ba.com untuk mengetahui maklumat paling baharu mengenai penerbangan mereka.
"Kami mohon maaf terhadap sebarang masalah yang menjejaskan rancangan penerbangan para pelanggan." - dailymail
TOP
Lelaki Ditemui Mati Rentung Dalam Kebakaran
KUANTAN: Seorang lelaki rentung selepas rumahnya di Simpang 4, Kampung Baru Bintang dekat Temerloh terbakar pada Sabtu malam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Anuar Osman berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Sabaruddin Ahmad berusia 46 tahun.
Beliau berkata polis menerima maklumat berhubung kebakaran itu pada jam 8.12 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh yang selesai melakukan kerja memadamkan api menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di ruang tamu rumahnya," katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa yang masih bujang, tinggal seorang diri manakala kakak dan ibunya ke rumah saudaranya di Lanchang, Temerloh.
Anuar berkata bomba percaya kebakaran tersebut bermula dari bahagian dapur namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.- mstar online
TOP
Kanak-Kanak Hilang Ketika Berkelah Ditemui Mati Lemas
PORT DICKSON: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di pantai Bagan Pinang di sini, dijumpai mati lemas pada Sabtu malam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mustafa Ahmad berkata mayat G. Shasikumar, ditemui pada pukul 11.30 malam di pantai itu oleh pasukan bomba serta polis yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak pukul 7.30 malam.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," katanya.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak berkenaan didapati hilang ketika berkelah bersama keluarganya di pantai Bagan Pinang dekat sini.
Bapa mangsa, S. Ganesan, 35, dari Cheras, Selangor, dilaporkan berkata dia menyedari anaknya hilang pada pukul 5.30 petang ketika dia dan anggota keluarga yang lain selesai mandi laut.- mstar online
TOP
Kornfeil Diumum Sebagai Pelumba Pasukan SIC Racing Team
Pengurus SIC Racing Team, Stigefelt (kiri) bersama Kornfeil pada majlis pengumuman pelumba bagi pasukan baharu itu musim depan.
SEPANG: Pelumba Czech, Jakub Kornfeil diumumkan sebagai rakan gandingan Zulfahmi Khairuddin untuk bersama pasukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Racing Team yang bakal memulakan aksi pertama dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (Moto(GP) musim 2015. Kornfeil,21, mula menceburi dunia permotoran sejak berusia 6 tahun dalam siri motocross, supermoto serta mini bikes dan mewakili negaranya dalam kelas 125cc pada tahun 2006. Dia memenangi gelaran Piala Red Bull Rookie pada tahun 2009 dan mula menyertai saingan Grand Prix empat tahun lalu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali yang membuat pengumuman mengenai penyertaan pasukan ini pada aksi kejuaraan dunia musim depan berkata, Kornfeil merupakan pelumba yang berpengalaman. “Walaupun umurnya masih muda, dia hadir dengan kualiti pengalaman dan sudah tentu ia akan menjadi aset penting buat pasukan. “Saya pasti gandingannya dengan Zulfahmi akan memberi persembahan terbaik untuk barisan pelumba. Malah perlantikan Johan Stigefelt sebagai pengurus pasukan memberikan kekuatan lagi kepada pasukan untuk memberi cabaran musim depan,” jelasnya pada sidang media di Pusat Media SIC pada, Ahad. Sementara itu, Kornfeil berkata, dia teruja menyertai Pasukan SIC. “Selepas lima tahun beraksi dalam Kejuaraan Dunia, saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga SIC Racing Team untuk musim 2015. “Saya telah lama mengenali Johan dan telah bekerjasama sejak dua tahun kebelakangan ini, dan harapan untuk terus bersama. Jadi ia seperti mimpi menjadi kenyataan. “Saya juga mempunyai keyakinan tinggi kepada rakan sepasukan, Zulfahmi. Saya harap kami dapat bekerjasama dan melakukan yang terbaik untuk pasukan,” jelasnya. Tambah Kornfeil, peluang keemasan yang ditawarkan oleh Razlan dan Johan. “Saya sememangnya tidak sabar untuk musim depan dan gembira kekal dengan jentera KTM. Saya sangat positif dan saya yakin pasukan akan mencatat keputusan yang baik 2015,” jelasnya. Pada perlumbaan Grand Prix Malaysia pada Ahad, Kornfeil menamatkan saingan Moto3 di tempat ke-8 bersama pasukan Calvo Team. Secara keseluruhan musim ini, Kornfeil berada di kedudukan ke-12 dengan 94 mata. Dalam pada itu, Stigefelt menjelaskan pasukanya sudah mempunyai rancangan penuh untuk musim depan. “Pasukan akan memulakan ujian di Jerez November ini sebelum memulakan musim baharu. “Ujian ini penting bagi pelumba kerana ia bagi penyesuaian diri dengan jentera KTM Moto3 yang akan digunakan musim depan,” katanya.- mstar online

David Moyes Disenarai Jurulatih Baharu Inter Milan
DAVID Moyes disenaraikan sebagai antara jurulatih baharu yang akan dilantik oleh Inter Milan jika kelab gergasi Itali itu memecat jurulatih sedia ada iaitu, Walter Mazzarri.
Bekas jurulatih Manchester United dan Everton itu dilihat sebagai calon berpotensi sekiranya Inter mengugurkan Mazzarri yang gagal membimbing kelab berkenaan.
Kedudukan Mazzarri ini bergantung kepada perlawanan seterusnya dalam Serie A selepas meletakkan kelab itu pada tangga kesembilan carta liga.
Mazzarri
Bekas pemilik dan Presiden Inter Milan, Massimo Moratti yang telah bersara daripada jawatan tersebut pada Jumaat telah menyoal prestasi Mazzarri. Bagaimanaun pemilik baharu Inter Milan yang merupakan rakyat Indonesia, Erick Thohir, masih mengekalkan Mazzarri sebagai jurulatih. Begitupun keluarga Moratti yang masih memilik satu pertiga perkongsian kini bersama ahli lembaga pengarah lain mahu Mazzarri dipecat. Berikutan itu, bekas Ketua Pegawai Operasi Manchester United, Michael Bolingbroke yang merupakan ketua eksekutif di Intan Milan dijangka akan menjadi orang tengah untuk melantik Moyes sebagai jurulatih baharu jika keputusan itu dipersetujui oleh pemegang saham.- mstar online

Leeds United Pecat Jurulatih Selepas 32 Hari Dilantik
Darko Milanic.
DARKO Milanic dipecat sebagai ketua jurulatih Leeds United selepas 32 hari menggalas tugas tersebut dan mengharungi enam perlawanan. Pemecatan itu diputuskan oleh pemilik kelab, Massimo Cellino apabila pasukan berkenaan tewas 1-2 kepada Wolves di Elland Road. Sehubungan itu, Leeds melantik Neil Redfearn sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan Milanic dari Slovenia.
Cellino
Milanic dilantik sebagai jurulatih pada 23 September lalu dengan perjanjian selama dua tahun selepas kelab itu mengugurkan David Hockaday. Cellino meminta Pengarah Bola Sepak Leeds, Nicola Salerno menyampaikan berita pemecatan itu kepada Milanic selepas jurulatih berkenaan mempertahankan jawatannya pada sidang media perlawanan berkenaan. "Saya ingin meminta maaf kepada penyokong kerana anda memerlukan keputusan yang lebih baik," kata Cellino selepas menamatkan tugas Milanic.- mstar online

Ronaldo Yakin Van Gaal Mampu Bawa Kejayaan Buat Man United
BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yakin Louis van Gaal akan membawa kejayaan untuk Manchester United.
Ronaldo yang juga pemain paling bernilai di Real Madrid dan pernah bersama United sejak 2003 hingga 2009 memberitahu, kelab itu telah menemui jurulatih yang mampu menggantikan Alex Ferguson.
"Van Gaal merupakan seorang jurulatih terbaik dunia dan saya percaya dia mampu membawa United menjadi juara semula - jika bukan tahun ini, ia akan berlaku secepat mungkin selepas ini.
"Alex Ferguson telah berkata bahawa Van Gaal memerlukan masa dan ianya benar. Ini kerana, ketika mula mengendali United, Ferguson juga gagal memenangi sebarang kejuaraan untuk beberapa tahun.
"Untuk mendapat pasukan terbaik ia memerlukan masa, oleh itu berikan masa kepada Van Gaal.
Ronaldo menambah, walaupun Chelsea merupakan pasukan yang kuat ketika ini dalam Liga Perdana Inggeris, tetapi tiada siapa yang tahu akan nasibnya selepas ini.
"Chelsea telah melakukan permulaan yang baik dan mampu menjadi juara. Saya United akan kembali berada di puncak liga, tetapi Chelsea mendahului dengan jumlah mata lebih besar."- mstar online
TOP
West Ham 2-1 Man City: Aguero Berdepan Hukuman FA
Aguero melakukan bentesan lambat terhadap Mark Noble dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.
PENYERANG Manchester City, Sergio Aguero boleh dikenakan tindakan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) selepas dikesan melakukan bentesan keras terhadap pemain West Ham, Mark Noble dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. Kekasaran yang gagal dikesan oleh pengadil perlawanan, Martin Atkinson bagaimanapun dapat dilihat dengan jelas menerusi siaran televisyen. Berikutan itu, bintang Argentina terbabit boleh dikenakan tindakan daripada FA sekiranya kekasaran itu diulang tayang. Pengendali West Ham, Sam Allardyce yang tidak berpuas hati terhadap kekasaran itu berkata," Mark telah membuat aduan berikutan kekasaran berkenaan. Ia kekasaran yang berbahaya dan pengadil ada di depan ketika itu." Jika FA mengambil keputusan untuk menghukum Aguero, penyerang terbabit bakal terlepas tiga perlawanan termasuk menentang Manchester United pada Ahad depan. Dalam perlawanan antara West Ham menentang City, anak didik Allardyce berjaya menewaskan pasukan pelawat 2-1. Berikutan kekalahan itu, City kini menghuni tangga ketiga carta liga di belakang Southampton dengan mengumpul 17 mata.

SGSP BSN Rekod Simpanan RM30 Juta Di P Pinang
GEORGE TOWN: Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) berjaya menarik 42,717 pelajar di seluruh Pulau Pinang dengan merekodkan simpanan sebanyak RM30 juta setakat September ini.
Naib Presiden Kanan dan Ketua Kewangan BSN Frederick Siew berkata skim yang diperkenalkan sejak 1982 berkonsep pertandingan itu terbuka kepada sekolah rendah dan menengah.
"Setakat ini ia melibatkan penyertaan 308 sekolah di negeri ini dan kami melihat pertumbuhan memberangsangkan setiap tahun sejak skim ini diperkenalkan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Karnival Sekolah BSN di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Cheng di sini, Ahad.
Katanya dalam tempoh berkenaan juga Kelab Penabung Muda (KPM) untuk mereka yang berumur tujuh sehingga 18 tahun telah merekodkan simpanan berjumlah RM14 juta melibatkan 14,808 pelajar dari 399 sekolah.
"SGSP dan KPM ini adalah platform terbaik untuk anak-anak menyimpan wang kerana ia bukan sahaja memberi pulangan dalam bentuk dividen malah perlindungan insurans dan hadiah pertandingan lumayan," katanya.
Dalam pada itu, Siew berkata Karnival Sekolah BSN yang melibatkan penajaan berjumlah RM780,000 untuk 78 sekolah terpilih di seluruh negara itu bermatlamat membantu pihak sekolah mengumpul dana melalui jualan amal dan aktiviti.
Katanya sebanyak enam sekolah di Pulau Pinang mengambil bahagian tahun ini dan BSN menyasar 100 peratus pelajar dari sekolah terlibat menyertai kedua-dua skim berkenaan bagi membantu mencapai sasaran sejuta penyertaan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. - mstar online
TOP
Hari Perhitungan Buat Anwar Ibrahim?
KUALA LUMPUR: Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, menambah atau mengurangkan hukuman penjara, atau meminda sabitan kesalahannya?
Persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikiran masyarakat umum sambil mereka menunggu pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Okt ini terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April, 1999.
Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.
Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.
Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Begitu juga apabila rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April, menyatakan "perlu diambil maklum bahawa sebahagian besar daripada permohonan penangguhan dibuat berikutan responden (Anwar) memfailkan satu demi satu permohonan".
Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi politik. Bagaimanapun, peguam kanan Datuk N. Sivananthan memberitahu Bernama apabila seseorang itu didakwa, ini berdasarkan hakikat bahawa pendakwaan berpendapat ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.
"Jadi, saya percaya pihak pendakwaan bertindak tanpa dipengaruhi tekanan politik. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, ia sesuatu yang mendukacitakan bagi sistem kehakiman jenayah kita," kata Sivananthan, yang juga peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Beliau berpendapat apabila pihak pendakwaan mendakwa seseorang, ia dibuat berdasarkan keyakinan bahawa dakwaan itu boleh membawa kepada sabitan. Beliau sesungguhnya berharap rayuan itu diputuskan semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukannya atas sebab lain.
Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam Anwar, mengesahkan pendengaran kes itu akan diteruskan pada 28 dan 29 Okt.
Ditanya sama ada Mahkamah Persekutuan akan terus membuat keputusan selepas mendengar rayuan itu seperti yang dilakukan Mahkamah Rayuan dalam perkara berkaitan rayuan pendakwaan atau sama ada panel hakim yang bersidang akan membuat penghakiman pada tarikh lain, Ramkarpal Singh berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.
Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, memberi terus keputusan lisan selepas mendengar rayuan itu selama dua hari.
Ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan itu, Ramkarpal Singh menjawab "semakan bergantung kepada keputusan mahkamah".
Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sungguhpun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah, umumnya perkara ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa.
Dalam rayuannya, Anwar akan diwakili sepasukan peguam terkemuka diketuai Datuk Sulaiman Abdullah yang mengambil alih sebagai peguam utama berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.
Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.
Pada 14 Okt, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa Muhammad Shafee adalah orang yang sesuai dan layak mengetuai pasukan pendakwaan, sekali gus menamatkan usaha ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara 'fiat' (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Hakim Balia Yusof, dalam keputusan lisannya ketika mensabitkan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful, berkata panel hakim sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.
Hakim Balia Yusof dan dua hakim lagi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, memutuskan bahawa keputusan mahkamah mensabitkan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful adalah kukuh memandangkan terdapat keterangan mencukupi yang boleh disahkan dan dibuktikan.
Mahkamah berkata malah jika diandaikan tiada fakta untuk menyokong keterangan Mohd Saiful berkaitan penetrasi dubur, namun sabitan terhadap Anwar adalah kukuh.
Panel itu turut memutuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika membela diri dalam dakwaan liwat merupakan penafian semata-mata yang tidak menimbulkan sebarang keraguan dan untuk Anwar berjaya dalam pembelaan dirinya, menjadi kewajipan padanya untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal dakwaan itu.
Bagaimanapun, Anwar tidak langsung menafikan bahawa beliau berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan, kata panel itu.
"Beliau tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat masuk dan keluar dari kondominium pada masa yang dinyatakan. Beliau juga tidak mempertikaikan bahawa beliau dilihat memasuki lif untuk ke tingkat lima kondominium dan kemudiannya beredar dari situ," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.- mstar online
TOP
MIMMA2: Zhang Yu Rampas Gelaran Juara Flyweight
Kenny dan Zhang Yu beraksi untuk merebut gelaran juara flyweight.
KUALA LUMPUR: Walaupun hanya disahkan layak menyertai pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts musim kedua (MIMMA2) dalam tempoh kurang 24 jam, tuah ternyata menyebelahi peserta Pulau Pinang, Seah Zhang Yu apabila berjaya merampas gelaran juara kategori flyweight. Peserta muda berusia 18 tahun itu tidak mengambil masa lama untuk menewaskan wakil Terengganu, Kenny Yap yang juga bekas juara bagi kategori tersebut sebelum ini. Penyertaan Seah pada saat akhir adalah bagi menggantikan Muhammad Aiman dari Negeri Sembilan yang tidak layak selepas gagal ujian berat badan untuk kategori flyweight. Selain itu penonton yang memenuhi Stadium Negara pada Sabtu malam turut disajikan dengan aksi hebat daripada wakil Selangor, Muhammad Hasnul. Hasnul yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengungguli kategori Lightweight selepas menundukkan lawannya, Richie Ismail dari Sabah dalam masa 2 minit 36 saat. Bagi kategori middleweight, Jing Yi dari Johor hanya mengambil masa selama 36 saat untuk menewaskan lawannya dari Sarawak, Stephen untuk mengekalkan kejuaraannya pada musim lalu. Sementara itu juara musim lalu bagi kategori Bantamweight, Prabu Somanaidu dari Selangor tetap unggul apabila berjaya mengekalkan kemenangannya ketika menentang rakan senegerinya, Jenarten. Bagaimanapun Prabu yang menerima tentangan hebat daripada lawannya hanya berjaya dinobatkan sebagai pemenang dalam aksi pada pusingan kedua. Bagi kategori featherweight, Keanu Subba dari Kuala Lumpur mengekalkan kejuaraannya pada musim lalu dengan menewaskan Joshua Khiew dari Pulau Pinang. Manakala bagi kategori heavyweight, Darren Solomon (Sabah) berjaya menundukkan wakil Selangor, Muhammad Zulhanizam. Bagi Ooi Aik Tong dari Pulau Pinang, beliau terpaksa akur dengan kehebatan Agilan Thani (Selangor) apabila berjaya merampas gelaran juara untuk kategori welterweight. Selain itu MIMMA2 turut menyajikan persembahan menarik apabila buat pertama kali seorang wanita rakyat Malaysia, Foo Zhen Wei layak ke perlawanan akhir bagi kategori pro female flyweight. Lebih membanggakan apabila Foo yang menggunakan gelaran 'Iron Rose' berjaya menewaskan pencabarnya, Rachael Short dari United Kingdom. Selain itu penonton turut berpeluang menyaksikan aksi peserta profesional peringkat antarabangsa yang turut membuat persembahan. Beraksi dalam kategori pro open weight, Matt Pellino dari Amerika Syarikat berjaya mengalahkan saingan senegaranya, Will Chope. Sementara itu bagi kategori pro bantamweight, Mark Striegl dari Filipina mempamerkan aksi menarik ketika menewaskan wakil New Zealand, Kaiwhare Kara-France menerusi teknik rear naked choke. Bagi kategori pro lightweight pula, Lenne Wheeler dari Kanada menewaskan Massimo Capusella dari Italy. Pertandingan akhir MIMMA2 turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo . Idea penganjuran MIMMA dicetuskan secara bersama oleh Khairy dan Jason. Ia bertujuan bagi mempromosikan sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) di Malaysia.- mstar online

Pengawal Terlatih Pertimbangan Baharui Lesen Syarikat Keselamatan
KUALA LUMPUR: Walaupun industri kawalan keselamatan terus dipantau, namun langkah-langkah tambahan diambil bagi mempertingkatkan kualiti pengawal di negara ini dan menjadikan syarikat yang mengambil mereka sebagai pekerja, lebih bertanggungjawab.
Langkah-langkah itu melibatkan latihan pengawal dan kursus pengurusan untuk semua anggota lembaga syarikat keselamatan.
Mulai tahun depan, syarikat keselamatan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus pengawal rakyat Malaysia yang dilatih dan diiktiraf oleh polis sebelum Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempertimbangkan untuk memperbaharui lesen syarikat mereka.
Sumber-sumber dalam industri berkata, pihak berkuasa mungkin akan meletakkan keperluan itu kepada 20 peratus menjelang 2016.
Pada masa ini, KDN mahu kira-kira sehingga 11,500 pengawal tempatan dilatih di bawah program yang dijalankan polis iaitu Program Latihan Pengawal Keselamatan Bertauliah (CSG) menjelang akhir tahun.
KDN akan membuat pemeriksaan terhadap pengawal terbabit sebelum mereka menjalani kursus selama enam hari di akademi polis di mana mereka akan mempelajari bagaimana untuk mengendalikan senjata api, bantuan kecemasan dan memadam kebakaran dan diberikan maklumat mengenai undang-undang berkaitan.
Sebanyak tujuh siri latihan telah disempurnakan pada minggu lepas dengan 1,586 pengawal tempatan termasuk 136 wanita di seluruh negara menamatkan program berkenaan. Setakat ini, seramai 4,200 orang telah dilatih.
"Program ini seiring dengan arahan pada tahun depan supaya semua syarikat keselamatan perlu memastikan sekurang-kurangnya 10 peratus pengawal mereka di kalangan rakyat tempatan dilatih sebelum kita mempertimbangkan untuk memperbaharui lesen mereka," kata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mohammad Khalid Shariff.
KDN turut mewajibkan semua ahli lembaga bagi syarikat keselamatan untuk menghadiri kursus pengurusan tahunan bagi mereka dapat memperbaharui lesen.
"Dengan inisiatif-inisiatif ini, kementerian berharap dapat memeriksa penggunaan pengawal keselamatan di kalangan mereka yang tidak dilatih dan pendatang asing tanpa izin (Pati) serta menangani sebarang aktiviti yang melanggar Akta Agensi Persendirian 1971," katanya.- mstar online
TOP
Polis Tembak Warga Asing Samun Kafe Internet
PETALING JAYA: Polis menembak mati seorang penjenayah warga asing ketika cuba menyamun sebuah kafe internet di Taman Fadeson, Kepong kira-kira pukul 2 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, hasil pemeriksaan penjenayah yang memakai topeng dan bertopi keledar itu bagaimanapun menyamun menggunakan pistol tiruan.
Menurut Munusamy, kelibat suspek yang berlegar-legar menggunakan motosikal tanpa nombor pendaftaran dihidu dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan pusat perniagaan di situ.
"Salah seorang detektif memasuki kafe internet tersebut untuk menyamar sebagai pelanggan. Suspek masuk ke dalam kafe tersebut dan terus ke kaunter dengan mengacu sepucuk pistol.
"Pada masa itu, detektif yang berada di belakang kedai tersebut berteriak 'polis'. Lelaki itu acu pistol ke arah detektif. Demi untuk menjaga keselamatan diri dan penjaga kaunter, beberapa das tembakan dilepaskan kearah lelaki tersebut," katanya menerusi kenyataan media di sini, Ahad.
Turut dijumpai dalam bag sandang mangsa ialah wang tunai yang dipercayai baharu disamun, wang Indonesia dan sebuah passport Indonesia.
Mangsa dipercayai berumur 24 tahun.- mstar online
TOP
Jokowi Umum 34 Anggota 'Kabinet Kerja'
Joko Widodo
PETALING JAYA: Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo pada petang Ahad mengumumkan barisan 34 menteri kabinetnya di Istana Merdeka, Jakarta. Senarai barisan menteri yang dinamakan 'Kabinet Kerja' itu diumumkan Joko dalam satu majlis khas yang turut dihadiri Naib Presiden, Jusuf Kalla. "Alhamdulillah, pada sore (petang) ini, kabinet baharu sudah terbentuk, dan kita beri nama Kabinet Kerja," kata Joko seperti yang dilaporkan portal berita Indonesia, Antara News. Pengumuman yang dibuat Presiden Indonesia ketujuh itu adalah lebih awal daripada tempoh yang dibenarkan selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pada majlis pelantikannya, Isnin lalu. Joko, 53, yang mesra dengan panggilan Jokowi mengambil alih pentadbiran daripada Susilo Bambang Yudhoyono yang tamat tempoh pentadbiran selama dua penggal.

MotoGP: Marquez Tawan Litar Sepang Kali Pertama, Kemenangan Ke-12 Musim Ini
SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez akhirnya berjaya menawan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat kali pertama pada aksi Grand Prix Malaysia, Ahad.
Marquez yang menunggang jentera Honda mencatat masa terpantas 40’45.523 meninggalkan 2.445s dua pelumba Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo.
Juara dunia 2013 ini menguasai perlumbaan pada lap ke-17 selepas ketinggalan daripada kelompok utama pada lap pertama.
Sementara itu, Lorenzo menguasai perlumbaan apabila Pedrosa mengalami kemalangan di Turn 15, dan bangkit berada di kedudukan ke-11 selepas sekali lagi terjatuh.
Manakala Rossi mula mengambil alih kedudukan hadapan pada pertengahan perlumbaan dan mengatasi Lorenzo, dan dalam masa sama diikuti Marquez.
Kemenangan ke-12 Marquez musim ini mencipta sejarah tersendiri apabila menyamai rekod pelumba legenda, Mick Doohan yang memenangi kejayaan kelas premier dalam satu musim dan mempertahankan gelaran juara dunia untuk kali kedua biarpun masih ada lagi satu perlumbaan terakhir di Valencia 9 November ini.
Pelumba muda yang mencipta rekod menjadi juara dunia termuda tahun lalu, meneruskan aksi luar biasa musim ini dengan menjuarai 10 pusingan perlumbaan berturut-turut bermula di Qatar sehingga perlumbaan Indianapolis.
Kejayaan di Litar Sepang ini merupakan trofi yang ke-12 musim selepas turut meraih kejayaan di Britain Ogos lalu.
Marquez kini mengumpul 337 mata, meninggalkan pencabar terdekat Valentino Rossi dengan 275, ketiga Jorge Lorenzo (263), keempat Dani Pedrosa (230) dan kelima Andrea Dovizioso (126).
Keputusan di SIC ini juga menjadikan Honda masih mengukuhkan kedudukan di kedudukan teratas sebagai pengeluar.
Selain itu, Stefan Bradl (LCR Honda MotoGP) menewaskan Bradley Smith (Monster Yamaha Tech3) untuk meraih tempat keempat ketika lap akhir perlumbaan.
Manakala Pol Espargaro (Monster Yamaha Tech3) menamatkan saingan di kedudukan ke-6 walaupun mengalami patah kaki ketika sesi latihan pada Sabtu.
Yonny Hernandez (Energy T.I Pramac Racing) melintasi garisan penamat di tempat ketujuh diikuti Andrea Dovizioso (Ducati Team), Hector Barbera (Avintia Racing) dan kesepuluh Scott Redding (GO&FUN Honda Gresini).
Keputusan penuh perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2014:
1Marc Márquez 40:45.523
2Valentino Rossi +02.445
3Jorge Lorenzo +03.508
4Stefan Bradl +21.234
5Bradley Smith +22.283
6Pol Espargaró +34.668
7Yonny Hernández +38.435
8Andrea Dovizioso +48.839
9Héctor Barberá +50.792
10Scott Redding +59.088
11Hiroshi Aoyama +01:15.949
12Michael Laverty +01:17.966
13Mike Di Meglio +01:27.773
14Broc Parkes +01:44.244
15Alex de Angelis at 1 lap
16Danilo Petrucci at 6 laps (DNF)
17Dani Pedrosa at 8 laps (DNF)
18Karel Abraham at 9 laps (DNF)
19Nicky Hayden at 14 laps (DNF)
20Cal Crutchlow at 16 laps (DNF)
21Aleix Espargaró at 19 laps (DNF)
22Álvaro Bautista at 19 laps (DNF)
- mstar online

MotoGP: Hafiq Raih Tiga Mata, Vazquez Juara Moto3 Di Sepang
Varquez (tengah) meraih gelaran juara yang kedua musim ini di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.
SEPANG: Pertama kali bersaing penuh dalam aksi Kejuaraan Dunia (MotoGP), pelumba negara Hafiq Azmi berjaya meraih tiga mata pada perlumbaan Moto3 Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad. Hafiq menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 dengan catatan masa 41’29.592 sekaligus mencapai harapannya untuk meraih mata pertama di tempat sendiri. “Saya gembira dengan kutipan mata pada perlumbaan ini, lebih-lebih lagi di hadapan penonton sendiri. “Tahun pertama dalam kejuaraan dunia ini bukan mudah dan sejak perlumbaan pertama di Qatar baru-baru ini saya mula bekerja keras untuk memungut sebarang mata, dan akhirnya ia berlaku di sini. “Saya akan lakukan perkara yang sama pada pusingan akhir di Valencia minggu depan dan akan cuba mengutip mata,” jelasnya kepada media. Hafiq berkata, dia belum pasti nasibnya musim depan, namun berharap dengan adanya pungutan mata musim ini, ia mampu menjadi landasan untuk kekal bersama pasukan. Pada perlumbaan tersebut, pelumba SIC-Ajo ini berada dalam kelompok 18 pelumba di hadapan beberapa lap terakhir dia berjaya memperbaiki kedudukan. Sementara itu, pelumba Sepanyol, Efren Vazquez dari pasukan SaxoPrint-RTG merangkul trofi kejuaraan kedua musim ini selepas kali pertama di Indianapolis pada pusingan ke-10 MotoGP baru-baru ini. Vazquez yang menunggang jentera Honda berjaya memintas saingan terdekat yang juga pendahulu musim ini Alex Marquez (Estrella Galicia 0,0) dan pelumba Red Bull KTM Ajo, Jack Miller. Vazquez mengakui perlumbaan ini bukan mudah, namun dia cuba mengekalkan kedudukan sebelum berada dalam kelompok terbaik lima lap terakhir. Pelumba bermula dari Akademi MotoGP ini mencatat masa terpantas 40’41.002 meninggalkan 0.213 pelumba Australia, Miller serta ketiga Alex Rins dari pasukan Estrella Galicia 0.0. Kedudukan keempat diraih pelumba Red Bull Husqvarna Ajo, Danny Kent, diikuti Alex Marquez, keenam Alexis Masbou (Ongetta-Ravacold), ketujuh Nicollo Antonelli (Junior Team GO&FUN Moto3), Jakub Kornfeil (CalvoTeam), Karel Hanika (Red Bull KTM Ajo) dan kesepuluh Enea Bastianini (Junior Team GO&Fun Moto3. Selain itu, seorang lagi pelumba negara, Hafiza Rofa berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20. Manakala pelumba Petronas AHM Malaysia Ramdan Rosli dan Zulfahmi Khairuddin (Ongetta-AirAsia) terkeluar daripada saingan selepas terlibat dalam kemalangan.- mstar online

HalalTest - Alat Untuk Mengesan Unsur Babi
PARIS 25 Okt. – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.
Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.
Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.
Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.
Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).
Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. – REUTERS / Utusan
TOP
Sentuh anjing: 'Gambar tersebar sebulan lalu'
JOHOR BAHRU - “Benar gambar kanak-kanak berpakaian seragam sekolah agama adalah murid dari kampung ini, namun isu gambar berkenaan tersebar lebih sebulan lalu,” itu pengakuan seorang penduduk Kampung Bakar Batu, di sini.
Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Long, 50an mengakui gambar itu kembali hangat diperkatakan sehingga menjadi viral di media sosial selepas program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' baru-baru ini dikritik hebat.
Mak Long yang berniaga berhampiran sekolah agama tempat kanak-kanak yang terdapat dalam gambar menyentuh seekor anjing bersama seorang wanita itu berkata, dia juga antara yang terawal mengetahui kejadian terbabit.
“Salah seorang ibu kanak-kanak dalam gambar berkenaan datang berjumpa guru berhampiran kedai saya dan memaklumkan perkara sebenar.
“Saya juga difahamkan pihak sekolah juga telah mengambil tindakan berhubung isu berkenaan termasuk menerangkan tentang hukum menyentuh anjing kepada semua murid untuk mengelakkan perkara sama berulang.
“Melalui cerita ibu kanak-kanak terbabit, murid di dalam gambar itu baru pulang dari sekolah sebelum ternampak seekor anjing bersama tuannya. Difahamkan pemilik haiwan itu mempelawa mereka menyentuhnya dengan alasan anjing itu jinak,” katanya ketika ditemui Sinar
Harian di sini, semalam.
Wanita itu mengakui dalam hal ini tidak boleh salahkan sesiapa dan menuding jari sama ada terhadap kanak-kanak mahupun pemilik haiwan berkenaan
“Mungkin jika orang yang tidak mengetahui cerita sebenar akan menyangka kanak-kanak terbabit terpengaruh untuk menyentuh anjing selepas program berkenaan ('Saya Mahu Sentuh Anjing').
“Namun sebenarnya kejadian itu sudah lebih sebulan berlalu ketika pemilik haiwan terbabit singgah ke kediaman saudaranya di kampung ini.
“Saya berharap isu ini tidak lagi diperbesarkan, lebih-lebih lagi gambar berkenaan memaparkan kanak-kanak itu berpakaian seragam sekolah agama. Umum mengetahui sekolah agama Johor amat berjasa untuk menuntut ilmu berkaitan Islam,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru telah memanggil dan memberi penerangan menyeluruh kepada murid sekolah yang didapati memegang anjing dalam satu kejadian di Kampung Bakar Batu, dekat sini bulan lalu.
Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, Fauzi Arshad berkata, penerangan turut diberikan kepada seluruh murid sekolah agama dan sekolah kebangsaan di kampung berkenaan agar mereka lebih jelas mengenai jenis-jenis najis.
“Kita telah buat penerangan agar mereka faham tentang jenis-jenis najis dan batas-batas sebagai umat Islam.
“Penerangan bukan sahaja kepada murid-murid berkenaan tetapi kepada seluruh murid di sekolah agama dan sekolah kebangsaan di kampung itu kerana kita tidak mahu perkara sama berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Selain itu katanya, siasatan lanjut dan tindakan seterusnya ke atas wanita yang terbabit dalam kejadian itu diserahkan kepada ketua jabatannya kerana kejadian berlaku di luar waktu dan kawasan sekolah. - Sinar Harian
TOP
Che Ta Hilang Sabar Di IG, Guna Perkataan Bodoh dan Bangang
Walaupun isu penajaan kos rawatan bersalin Rozita Che Wan oleh KPJ sudah beberapa hari berlalu, isu tersebut masih lagi hangat diperkatakan.
Kalau sebelum ini Che Ta dilihat dengan tenang menjawab isu mengenai perkara ini, kali ini nampaknya tahap kesabaran Che Ta sudah mencapai tahap penhujungnya.
Kali ini, Che Ta menjawab satu komen dari follower Instagramnya dengan bahasa yang agak kasar. Komen yang memanggil Che Ta sebagai angkuh setelah mendapat sponsors itu telah dijawab oleh Cheta dengan perkataan bodoh dan bangang.
Ada yang menasihati Che Ta atas penggunaan perkataan tersebut kerana dia kini sedang mengandung dan dikhuatiri stress dapat menjejaskan kandunganya.
Banyak betul dugaan menjadi Che Ta ni. Harap dia dapat bersabar dengan semua dugaan yang melandanya sejak dua menjak ni
- SiakapKeli.com

Awal-Scha buka akaun Instagram buat Lara Alana
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri yang disifatkan cukup pandai bergaya, Awal Ashaari dan Scha Alyahya menganjurkan majlis aqiqah dan kesyukuran buat anak sulung mereka, Lara Alana Ahmad Awaluddin yang kini berusia dua bulan.
Majlis diadakan pagi tadi di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, dekat sini. Majlis hari ini diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah. Scha dan Awal juga turut mewujudkan Instagram khas buat anak mereka seperti beberapa selebriti lain. Malah di bawah akaun Instagram lara.alana itu, gambar majlis yang berlangsung tadi turut dimuatnaikkan untuk tatapan peminat. Lara dilahirkan pada 22 Julai lalu di Pusat Perubatan Prince Court. - BH Online

Pekerja Ladang Maut Ditetak Dalam Pergaduhan
PORT DICKSON – Seorang pekerja ladang maut setelah diserang sekumpulan lelaki di kawasan perumahan di Ladang Tanah Merah, dekat sini, semalam, menurut polis.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha berkata V. Muniandy, 22, diserang lima lelaki tidak jauh dari kediamannya dalam kejadian 4.40 petang dipercayai berpunca daripada pergaduhan.
“Mangsa telah ditetak dengan objek tajam dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian kaki dan tangan. Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di rumah tersebut, namun dia berseorangan ketika didatangi kelima-lima suspek berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson.
Baharudin berkata polis menahan dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an kira-kira 12 malam tadi bagi membantu siasatan.
“Kita telah mendapat perintah mahkamah pagi ini untuk menahan reman kedua-duanya selama seminggu (sehingga 1 Nov) bagi membantu siasatan. Kita sedang mengesan tiga lagi suspek berhubung kejadian itu,” katanya.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Henti Gelar Pendatang dan Penceroboh – Presiden IKRAM
Kebelakangan ini, banyak pihak yang berdiri atas pegangan membela kaum telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan tentang isu perkauman dan menggelar pihak kedua sebagai pendatang, penceroboh dan sebagainya.
Mengambil inisiatif untuk meredakan ‘api’ perkauman yang semakin marak, Presiden sebuah NGO Islam, Pertubuhan IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyeru rakyat Malaysia menghentikan perbuatan tersebut terhadap bukan Melayu dan Islam.
Dalam laporan yang dimuat naik portal The Malaysian Insider, beliau menyeru agar masyarakat Malaysia menfokuskan matlamat untuk mencetuskan suasana harmoni, saling menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum.
Ujarnya,”Apakah mungkin kaum bukan Melayu dan bukan Islam yang membangunkan negara ini dengan jiwa raga mereka terus digelar pendatang dan penceroboh sedangkan negara ini adalah tanah tumpah negara mereka.”
“Gelar-menggelar seperti ini meliarkan golongan bukan Islam daripada orang Melayu dengan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara dan menyudutkan mereka dengan stigma kaum pendatang dan penceroboh.”
Isu ini dilihat tidak berkesudahan dari dahulu apabila banyak pihak menggunakan perkataan sensitif ‘pendatang’ untuk mendefinisikan kaum bukan Melayu.
Tan Lai Soon
Ia makin menjadi panas apabila dalam Perhimpunan Agung parti Gerakan baru-baru ini, perwakilan Johor, Tan Lai Soon berkata, kaum Melayu juga merupakan kaum pendatang sama seperti Cina dan India. Salah satu NGO aktif, ISMA kemudiannya membalas, kaum Melayu tidak dikategorikan sebagai pendatang, namun perantau kerana rata-ratanya berasal dari Tanah Melayu. Tan Lai Soon kini digantung keahlian dan diminta memberi surat tunjuk sebab. Gerakan turut meminta maaf dengan kenyataan tersebut dan berkata, ia bukan pendirian parti tersebut. – MYNEWSHUB

Olaf Scooters – Beg Hibrid Yang Boleh Diubah Menjadi Kenderaan
Masihkah anda ingat dengan skuter lipat atau lebih dikenali dengan nama skuter tendang?
Jika dilihat pada beberapa tahun lepas, boleh dikatakan skuter tendang merupakan satu fenomena yang diminati oleh ramai kanak-kanak kanak dan remaja.
Kini, sebuah projek hadir di KickStarter dinamakan sebagai Olaf Scooters yang mana mengabungkan beg dengan skuter tendang ini.
Olaf Scooters ini memfokuskan kepada integrasi sokongan skuter tendang pada beg, sekaligus memudahkan anda membawa sesuatu beg, disamping turut boleh digunakan sebagai pengangkutan dan kenderaan.
Ia hadir dalam dua versi berbeza, iaitu OLAF Business dan juga OLAF Urban.
OLAF Business memfokuskan lebih kepada mereka yang ingin ke luar negara dan pengguna perusahaan.
Ia dihasilkan dengan rekabentuk menyerupai beg bagasi yang lain, tetapi turut hadir dengan skuter tendang.
Pihak OLAF turut mengatakan mereka telah menyemak dengan pelbagai syarikat penerbangan, dan produk mereka diluluskan untuk dibawa naik ke kapal terbang.
OLAF Urban pula merupakan sebuah beg galas, yang mana hadir dengan rekaan lebih remaja, berbanding dengan OLAF Business yang memfokuskan kepada pengguna perusahaan.
OLAF mengatakan kedua-dua beg ini sesuai untuk kedua-dua jantina, dan boleh membawa barang sehingga 100kg menggunakannya.
Melalui OLAF Scooters ini, ia membawakan konsep dimana pengguna boleh menggunakan ia sebagai beg galas atau bagasi biasa, atau pada masa yang sama naik diatas skuter tendang, dan menggunakannya sebagai sebuah kenderaan ringkas serta membawa bagasi dan beg anda bersama-sama.
Jadi, apa kata anda mengenai konsep projek ini?
Sumber: Kickstarter

Jangan Balas Provokasi Pijak Bendera Johor – PBNJ
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bimbang provokosi melampau membabitkan insiden memijak bendera Johor oleh sekumpulan penyokong Pahang seperti yang tersebar di media sosial akan mengudang kejadian tidak diingini dalam aksi peringkat akhir Piala Malaysia 2014 nanti.
Sehubungan itu, PBNJ dalam satu kenyataan menggesa para penyokong bola sepak Johor supaya bersabar dan tidak membalas provokasi berkenaan bagi menjernihkan keadaan.
“Insiden memijak bendera negeri Johor baru-baru ini oleh penyokong Pahang dipandang serius dan boleh menimbulkan rasa kurang senang rakyat negara ini.
“Menjelang perlawanan akhir Oppo Piala Malaysia ini, harapan tinggi agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dan perbuatan saling membalas provokasi perlu dielakkan kedua-dua penyokong pasukan yang bertanding,” tegas kenyataan itu hari ini.
PBNJ turut meminta para penyokong bola sepak negara ini lebih peka terhadap perkara-perkara yang boleh memberi kesan negatif terhadap keharmonian masyarakat Malaysia.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah semalam turut mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun itu.
Malah, beliau menyifatkan perbuatan itu menjejaskan imej pasukan, penyokong dan negeri Pahang.
Satu gambar beberapa kanak-kanak diarahkan memegang sepanduk pasukan Pahang sambil memijak bendera Johor tersebar dalam media sosial sejak kelmarin.
Pahang dan JDT akan bertemu pada saingan akhir di Stadium Bukit Jalil minggu depan bagi menentukan Juara Piala Malaysia 2014. – mynewshub.cc
TOP
MAS Rai Kepulangan Kontinjen Paralimpik Malaysia
KUALA LUMPUR – Kepulangan kontinjen paralimpik negara dari Incheon, Korea Selatan semalam disambut meriah oleh warga Malaysia Airlines (MAS).
MAS dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 160 atlet negara terbabit tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8 malam dengan menaiki penerbangan MH8723.
“Sekumpulan kakitangan MAS berkumpul menyambut mereka dengan membawa sepanduk Selamat Pulang Kontinjen Paralimpik Malaysia.
“Sambutan kami ini bagi meraikan kepulangan hero Malaysia di atas kejayaan mereka di Sukan Para Asia. Pasukan Malaysia membawa pulang 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa,” kata kenyataan itu hari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada kontinjen paralimpik negara kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia pada sukan itu yang berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober lalu.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut melahirkan rasa bangga beliau di atas kejayaan kontinjen paralimpik Malaysia. – mynewshub.cc
TOP
Kawasan Tanah Runtuh Apartmen Teratai Diisytihar Selamat
Kawasan tanah runtuh berhampiran Apartmen Teratai Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor diisytiharkan stabil dn penduduk diberikan kebenaran kembali ke kediaman masing-masing mulai pukul 3 petang tadi.
Menurut Pegawai Majlis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, tiada pergerakan tanah baru direkodkan sejak cerucuk telah dipasang semalam.
“Kita telah membuat kesimpulan bahawa kawasan itu selamat dan mangsa-mangsa boleh mula berpindah keluar dari tempat perlindungan pada kira-kira pukul 3 petang hari ini (Ahad),” katanya kepada The Star.
Jabatan Kerja Raya (JKR), mula melakukan kerja-kerja pemasangan cerucuk di kawasan itu pada Khamis lepas untuk menghentikan dan mengawal pergerakan tanah.
Satu pasukan khas turut diwujudkan untuk mengkaji penyelesaian bagi tempoh jangka panjang untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh yang sama berulang.
Ia dianggotai oleh pegawai dari JKR, Jabatan Mineral dan Geosains, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Tenagar Nasional Berhad (TNB).
Sebanyak 1,163 orang diminta berpindah dari kediaman mereka selepas berlaku tanah runtuh pada Isnin lepas.
Ketika kerja membaikpulih dijalankan penduduk ditempatkan di tiga buah pusat penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1. – MYNEWSHUB.CC
TOP
KJ Bangga Dengan Kontinjen Paralimpik Malaysia
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada kontinjen paralimpik negara kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Para Asia di Incheon, Korea Selatan.
Menurut beliau, kejayaan pasukan Malaysia meraih 15 pingat emas daripada keseluruhan 62 pingat yang dikutip satu peningkatan memberansangkan berbanding pencapaian negara di Guangzhou, China empat tahun lalu.
Justeru, beliau yakin Kontinjen Paralimpik Malaysia mampu menonjol dengan lebih hebat pada Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 2016.
“Jutaan tahniah kepada Kontinjen Paralimpik Malaysia yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Para Asia di Incheon.
“Saya yakin kita mempunyai ramai lagi bakat yang akan kita cungkil dan diasah dalam masa beberapa tahun ini menuju ke Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy berkata, pencapaian negara dalam sukan olahraga yang menyumbang 10 pingat emas, boling padang dan badminton (dua pingat emas) dan pelayaran (satu pingat emas) menunjukkan persiapan rapi dan awal mampu memberikan cabaran yang hebat di persada antarabangsa.
Beliau turut menyentuh tentang kehebatan ikon negara dalam temasya itu seperti Mohammad Azlan Mat Lazin, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Siti Noor Radiah Ismail.
“Harapan saya supaya pencapaian dan usaha yang ditonjolkan ini menjadi pendorong bukan sahaja kepada atlet-atlet pelapis paralimpik malah semua atlet-atlet Malaysia dalam semua jenis sukan.
“Terima kasih jaguh-jaguh Malaysia. I am so proud of you! (saya amat berbangga dengan kamu),” kata Khairy. – mynewshub.cc
TOP
Gunung Berapi Mungkin Ranapkan Jepun 100 Tahun Lagi
Itu merupakan andaian yang dikeluarkan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Kobe, Hyogo Jepun, berdasarkan aktiviti letusan gunung berapi di persekitaran pulau di negara matahari terbit itu.
Kajian tersebut juga mengkonklusikan bahawa letusan besar yang berlaku akan melenyapkan hampir keseluruhan permukaan di Jepun, lantas membunuh 127 juta penduduknya.
Profesor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, kemungkinan senario ini hanya satu peratus. Namun kadar sama juga dikeluarkan sehari sebelum bumi Kobe dilanda gempa bumi pada 1995.
Maka, letupan tersebut juga berkemungkinan untuk berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka.
Para saintis menjangkakan letusan akan berlaku di selatan pulau, berkemungkinan Kyushu, dan akan mengeluarkan tujuh bilion lava dari bawah tanah dan membawa debu serta asap sehingga ke Honshu. Awan bertoksik yang disebabkan oleh letusan tersebut akan mencemarkan kepulauan sekitar dan usaha menyelamatkan 120 juta penduduk akan menemui jalan buntu. Kenyataan tersebut dikeluarkan seminggu selepas Gunung Ontoke meragut 51 nyawa apabila ia mengeluarkan lava, pada September lalu. – MYNEWSHUB

Program Anwar Di UM Dibantah 20 Perwakilan Mahasiswa
Program Pidato yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) esok, mendapat bantahan daripada 20 perwakilan mahasiswa dari beberapa universiti utama di Lembah Klang.
Memetik laporan laman web bnbbc.my, kumpulan itu menghantar memorandum kepada pihak polis menyuarakan bantahan mereka ke atas program yang akan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.
Pengerusi PENGGERAK UM, Wan Mohd Suhail Wan Senu berkata, mereka membantah program itu kerana lokasinya di dalam universiti akan digunakan untuk menghasut serta mengeksploitasi mahasiswa melakukan demonstrasi jalanan bagi menyokong agenda peribadi Anwar.
Program itu dikatakan akan dijadikan pentas mencetuskan gelombang reformasi kedua mirip reformasi pada 1998 ketika itu Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Wan Mohd Suhail dan perwakilan universiti lain tidak mahu pelajar terus diperalatkan untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara dalam negara seperti berlaku ketika era reformasi itu.
“Lebih merisaukan kami, Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol atas kapasiti individu dengan lantang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) mengajak mahasiswa turun ke jalanan dan menyertai Himpunan Reformasi Rakyat Hakim Negara.
“Tindakan beliau itu tanpa sebarang persetujuan atau berunding bersama dengan 43 ahli MPP terlebih dahulu.
“Kenyataan Fahmi yang menyeru golongan mahasiswa untuk terlibat dalam himpunan reformasi itu bukanlah agenda yang sihat, malah dia secara nyata mencabar sistem kehakiman negara sekaligus mencampuri urusan perundangan dalam kes Anwar,” dakwanya.
Kenyataan beliau dibuat selepas selesai penyerahan memorandum yang turut menuntut tiga perkara kepada wakil polis di Balai Polis Pantai, kelmarin.
Selain mereka, tuurt sama menyerahkan memorandum ialah perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar UM, Faridzwan Karim, perwakilan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta beberapa perwakilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Bagi pihak pengurusan UM, Naib Canselor Hal Ehwal Pelajarnya Prof Datuk Dr Rohana Yusof telah pun mengumumkan program berkenaan sebagai haram kerana ia akan merosakkan imej UM.
Bagaimanapun, pihak Fahmi yang bertanggungjawab menjemput Anwar ke majlis itu terus berdegil akan meneruskan program berkenaan dan rela diambil tindakan termasuk sanggup dipenjarakan.
Ketua Balai Polis Pantai, Inspektor Mohd Suhaibi Sulong ketika ditemui selepas menerima memorandum itu berkata, pihaknya akan meneliti dokumen itu sebelum tindakan lanjut diambil. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Selamatkan MAS Bukan Kejanggalan – M Kayveas
KUALA LUMPUR – Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) walaupun ketika syarikat penerbangan itu sedang bersedia mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bersejarah bagipemegang saham minoriti pada 6 November ini.
Penasihat kepada Menteri Pengangkuta, Tan Sri M Kayveas berkata, sistem sekarang memberi terlalu banyak kelebihan kepada mereka yang sudah terlalu lama berada di situ.“Kebocoran dan kelebihan inilah yang menyebabkan MAS tidak untung,” kata Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP).
Bersandarkan situasi kompleks yang menyelubungi MAS berserta dua tragedi udara, Kayveas menghujahkan bahawa sudah menjadi ‘tugas dan tanggungjawab’ kerajaan sedia ada untuk mengubah keadaan dan mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan negara itu.
MAS mencatatkan kerugian bersih RM1.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2013.
Syarikat itu juga melaporkan kerugian bersih RM443 juta bagi suku pertama 2014 dan kerugian bersih RM307 juta untuk suku kedua 2014.
Pada EGM MAS nanti, pemegang saham minoriti akan mengundi bagi menentukan sama ada pemilik kepentingan majoriti Khazanah Nasional Berhad boleh mengambil alih baki 30.4 peratus saham MAS yang tidak dimilikinya, agar Khazanah dapat menyuntik modal baharu untuk melaksanakan pelan penstrukturan semula bertujuan memulihkan syarikat yang bermasalah itu, tanpa mendedahkan pemilik saham minoriti terhadap ragam penstrukturan semula.
Penerimaan tawaran 27 sen daripada Khazanah oleh pemegang saham minoriti akan membuka laluan untuk penyahsenaraian MAS, membenarkan Khazanah mengambil alih sepenuhnya pemilikan syarikat penerbangan nasional itu.
Ini akan memberi fleksibiliti yang lebih baik bagi melaksanakan pelan penstrukturan semula MAS selain menyusun struktur modal bersesuaian untuk menangani keperluan pembiayaan yang besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi mengekalkan operasi syarikat.
Pelan penstrukturan semula itu menetapkan sasaran jelas termasuk kembali beroleh keuntungan menjelang akhir 2017 dan disenaraikan semula pada akhir 2019.
Berdasarkan senario semasa MAS, penyahsenaraian adalah jalan terbaik untuk memastikan keadilan kepada pemegang saham minoriti yang ditawarkan jalan keluar pada premium kepada harga pasaran semasa.
Menerusi cara ini pemegang saham minoriti tidak akan terdedah kepada risiko dan ketidaktentuan yang berkaitan apabila MAS melaksanakan penstrukturan semula, memandangkan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pemilik saham minoriti untuk mengawalnya.
Kayveas berkata, MAS merupakan syarikat penerbangan negara, sama seperti 90 peratus syarikat penerbangan di dunia, dan amat penting bagi syarikat penerbangan ini untuk kembali pulih dan terus beroperasi.
“Justeru, ini bukan menyelamatkan ataupun menyuntik lebih banyak wang. Ini(MAS) kebanggaan negara, perlu dilakukan, sama seperti kita perlukan jalan, kereta api dan MRT,” katanya.
Kayveas yang pernah berkhidmat dengan MAS selama 16 tahun menambah: “Kita perlu idea inovatif untuk membawa MAS mara dan satu entiti baharu diperlukan,” katanya.
Beliau berkata, menyelamatkan MAS bukan satu kejanggalan industri.
“MAS bukan yang pertama dalam industri penerbangan atau dunia penerbangan yang menghadapi situasi ini. Banyak syarikat penerbangan yang mengalaminya dan mengatasi situasi lebih buruk daripada MAS. Japan Airlines terpaksa menutup syarikat lama dan memindahkan aset serta menubuhkan syarikat baharu,” katanya.
MAS dalam pekeliling bertarikh 15 Oktober 2014 menggesa pemegang saham minoriti menerima harga tawaran 27 sen daripada pemegang saham majoriti khazanah memandangkan pelan pemulihan bergantung kepada penerimaan proses penswastaan bernilai RM1.38 bilion itu.
Bermula 1 Julai 2015, MAS akan menjadi syarikat baharu (NewCo), yang akan menandatangani kontrak dengan pembekal berdasarkan terma-terma yang adil serta mengambil kira masalah kewangannya. – BERNAMA
TOP
10 Wanita Paling Hot 2014 Pilihan Majalah Maxim
SABAN tahun majalah lelaki antarabangsa popular Maxim akan menyenaraikan Senarai 100 Yang Terhangat mengikut penilaian serta kriteria yang telah ditetapkan oleh majalah tersebut.
Jika tahun lalu, penyanyi yang sering kali dikaitkan dengan kontroversi, Miley Cyrus mengungguli carta tersebut, kali ini tiba giliran supermodel jenama pakaian dalam terkemuka dunia, Victoria Secret iaitu Candice Swanepoel pula berada di tangga teratas Senarai 100 Wanita Paling Hangat Dunia 2014.
Sementara, pelakon Hollywood Gred A, Scarlett Johansson berada di tempat kedua, diikuti rapat penyanyi Katy Perry.
Kekasih pemain bola sepak, Christiano Ronaldo, supermodel Irina Shayk pula berada di kedudukan keempat manakala teman wanita vokalis Coldplay, Chris Martin iaitu pelakon comel Jennifer Lawrence di senarai kelima kategori tersebut.
Berikut merupakan senarai penuh top 10 Wanita Paling Hangat Dunia 2014! – MYNEWSHUB
1. Candice Swanepoel, supermodel
2. Scarlett Johansson, pelakon
3. Katy Perry, penyanyi
4. Irina Shayk, supermodel
5. Jennifer Lawrence, pelakon
6. Zoey Deschanel, pelakon
7. Alessandra Ambrosio, supermodel
8. Jessica Alba, pelakon
9. Mila Kunis, pelakon
10. Cara Delevigne, supermodel

Kemalasan Punca Kematian Nombor Satu Di Britain
GAYA hidup masyarakat Britain yang kurang aktif dan tidak rajin bersenam dilaporkan menjadi penyebab kematian nombor satu di sana berbanding tabiat ketagihan merokok.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Public Health England (PHE), gaya hidup kurang aktif yang diamalkan penduduk meningkat 20 peratus sehingga menjadi penyumbang utama kepada kematian di sana.
Memetik laporan Metro UK, jika trend gaya hidup sebegitu diteruskan, PHE menjangkakan kadar peratusan akan meningkat sehingga ke 35 peratus menjelang tahun 2030.
Laporan itu menyebut, aktiviti fizikal yang boleh dilakukan untuk menjalani kehidupan yang sihat bukanlah hanya tertumpu kepada sesi senaman di gim sahaja, sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti berjogging di sekitar taman serta aktiviti-aktiviti riadah yang mampu menyegarkan serta menyihatikan tubuh badan dan minda seseorang individu terbabit. – MYNEWSHUB
TOP
Kisah Mat Romeo Sebenar: 4 Isteri, 7 Tunang dan 5 Teman Wanita
Inilah yang dimaksudkan dengan ‘mat romeo’ paling hebat.
Sonko Tijan, 28 tahun, ialah seorang lelaki kasanova yang baru sahaja ditangkap di Austria.
Lelaki yang berasal dari Gambia ini ditangkap kerana menipu kesemua wanita yang mempunyai hubungan dengan beliau dan atas kesalahan berpoligami.
Sonko dilaporkan mempunyai 4 orang isteri, 7 orang tunang dan 5 orang teman wanita.
Dia merahsiakan hubungannya dengan 16 orang wanita ini dan berbohong dirinya adalah seorang ahli perniagaan.
Apabila cinta sudah disemai, dia akan meminjam wang dan barang kemas dari wanita-wanita ini.
Namun, helahnya terbongkar apabila salah seorang isterinya menemui seorang wanita lain dengan nama keluarga yang sama dengan Sonko Tijan di laman Facebook.
Lebih mengejutkan apabila isterinya melihat wanita tersebut bergambar di dalam majlis perkahwinan dengan lelaki yang kelihatan serupa dengan Sonko Tijan.
Isteri Sonko terus menghubungi wanita tersebut dan selepas berbalas mesej, barulah mereka sedari yang mereka telah berkahwin dengan lelaki yang sama.
Kedua-dua isterinya membuat laporan kepada Polis dan Sonko sempat melarikan diri.
Namun ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tahan juga’.
Dia ditahan ketika mahu mencari mangsa yang seterusnya di sebuah bar.
Selapas melakukan siastan, pihak polis menemui 14 wanita lain yang turut ditipu Romeo Gambia ini, dua orang teman wanitanya kini sedang sarat mengandung.
Taktik yang digunakan oleh Sonko ialah beliau merupakan imigran yang baru sampai ke Austria kerana melarikan diri dari kesusahan hidup.
Bermodalkan cerita sedih ini ramai wanita terpedaya dengan tipu helahnya dan tergerak untuk membantunya.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada wanita-wanita di luar sana, berhati-hati lah dengan jenis lelaki yang sangat pandai berkata-kata ini.
Sumber: Dailymail
TOP
IPTA Diberi Kelonggaran Tentukan Pelaksanaan Syarat MUET
SINTOK – Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diberi kelonggaran untuk melaksanakan syarat baharu kelayakan bagi Malaysian University English Test (MUET), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata pelaksanaan syarat baharu kelayakan MUET akan tetap diteruskan mulai tahun hadapan namun kelonggaran diberi buat masa ini kerana mengambil kira keadaan semasa iaitu tempoh singkat untuk pelaksanaannya.
“Sebenarnya kenyataan yang dibuat Perdana Menteri pada perbentangan Bajet 2015 yang lalu (mengenai pelaksanaan syarat kelayakan baharu MUET) disambut baik oleh semua universiti.
“Tapi kelonggaran boleh diberi kepada senat (universiti) kerana mengikut akta universiti, senat mempunyai kuasa untuk menentukan kemasukan pelajar, justeru pelaksanaan syarat baharu itu boleh diaplikasikan mengikut keselesaan senat,” katanya.
Beliau kepada demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini pada Ahad.
Dalam perbentangan Bajet 2015 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bermula tahun hadapan, syarat kemasukan am ke IPTA yang mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum Band 1 dalam MUET akan dipertingkatkan bagi meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi bahasa itu.
Tahap minimum baharu Band MUET untuk kemasukan bagi pengajian sastera dan sains sosial ditingkatkan kepada Band 2 (syarat graduasi ditetapkan Band 3); pengajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) menjadi Band 3 (syarat graduasi Band 4); manakala Band 4 ditetapkan untuk pengajian undang-undang dan perubatan (syarat graduasi Band 5).
Dalam perkembangan lain, Idris berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Teo Kok Seong yang mendakwa statistik Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menunjukkan seramai 604 peserta kaum Cina dan India langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.
Beliau berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terperinci untuk mengenal pasti mengapakah situasi itu berlaku dan akan menanganinya segera.
“Jika mereka (pelatih) sudah masuk ke dalam sistem sekolah kita, mereka pasti boleh bertutur dan memahami bahasa Melayu dengan baik, tidak akan timbul masalah (tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” katanya.
Menurut Teo, kajian dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem seluruh negara pada 2010.
Beliau berkata keadaan itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan. – BERNAMA
TOP
Pengawal Keselamatan Ditemui Mati Di Kemaman
KEMAMAN – Seorang pengawal keselamatan di sebuah bekas kilang membuat papan lapis di Kawasan Perindustrian Jakar ditemui mati oleh rakan sekerjanya dalam sebuah pos kawalan di sini jam 4 petang semalam.
Mangsa Zahari Abdullah, 53, berasal dari Kampung Jong Berlabuh dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang 3 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayatnya.
Isteri mangsa Halimah Ripin, 42, berkata, sebelum itu suaminya memaklumkan dia sudah mengambil wang yang dikirim anaknya kerana hendak makan bersama setelah selesai kerja.
Mangsa dikatakan baru saja pulang ke pos kawalannya setelah keluar rehat pada pukul 10.00 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. – BERNAMA
TOP
Mekanisme Rasionalisasi Subsidi Masih Dikaji
DENGKIL – Mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi masih dalam peringkat kajian dan dijangka diumum tahun depan selepas mendapat kelulusan kabinet.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, kerajaan pada masa ini sedang meneliti beberapa perkara termasuk sistem yang akan diguna pakai.
“Selain itu, kumpulan yang layak menerima subsidi serta agensi atau syarikat yang akan membantu dalam pelaksanaan mekanisme itu.
“Maka dari segi pelaksanaan (rasionalisasi subsidi) mengikut pendapatan, ia masih di peringkat kajian dan kita juga akan berkomunikasi rapat dengan badan-badan bukan kerajaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Keluarga Perbendaharaan di Paya Indah Wetlands, di sini hari ini.
Menurutnya, usaha itu memerlukan kerjasama kementerian lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang meminta kerajaan memberi satu definisi jelas berkaitan ‘golongan berpendapatan tinggi’ sebelum melaksanakan peraturan baharu subsidi petrol RON95.
Mengulas lanjut, Chua meminta orang ramai tidak terkeliru dan menunggu pengumuman kerajaan mengenai perkara itu yang sudah pasti akan mengambil kira kepentingan rakyat untuk jangka masa panjang.
Beliau juga menegaskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi itu penting kerana pada awal pelaksanaannya jumlah subsidi tidak banyak iaitu sekitar RM2 bilion setahun namun kini mencecah puluhan bilion dengan angka tahun lepas pada RM43 bilion. – BERNAMA
TOP
Cerita Adam Warren, Bakal Paderi Yang Peluk Islam
Mynewshub.cc ada menerima kiriman emel daripada bekas pembantu paderi yang kini memeluk Islam dengan nama Adam Warren Fernandez Abdullah menceritakan kisah hidupnya, sebelum mengucapkan dua kalimah syahadah.
Semalam, kami sudah pun melaporkan mengenai dirinya yang kini memeluk Islam selepas mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Berikut adalah cerita yang ditulis sendiri dan dihantar kepada Mynewshub.cc berkenaan perjalanan beliau ke arah menerima hidayah Allah seterusnya memeluk agama suci Allah. - MYNEWSHUB.CC
Semasa kecil, Impian saya adalah utk jadi seorg Paderi. Diusia 11 tahun saya sertai sbg Altar Boy (pembantu Paderi) & begitu kagum dgn Paderi yg saya bantu, melihat dia menguruskan Upacara.
Disitu saya berkawan dgn seorg Remaja – Bernard 14 tahun, juga seorg Altar Boy. Dia seorg budak nakal tapi saya suka berkawan dgn dia. Pada satu hari, Bernard cuba curi duit Gereja & saya ada disitu pada ketika itu, akan tetapi kami dua ditangkap & terpaksa mengadap Paderi dan seorg lagi Paderi di kamar mrk.
Kedua-dua Paderi itu kata mencuri itu satu kesalahan, & perlu dihukum tapi jenis hukuman yg diberikan adalah di luar jangkaan saya. Bernard & saya dihukum secara seksual tapi yg didera teruk ialah Bernard & saya dipaksa melihat segalanya sbg pengajaran.
Selepas itu dunia kami tukar. Saya hilang keyakinan pada semua ketua Agama & lama kelamaan, Manusia. Akan tetapi saya yakin pada Agama sbb smua Agama mengajar kita . Bernard pula menjadi Penagih Dadah & mula menghabiskan masa di jalanraya.
Apabila saya beritahu arwah Ayah(seorg tentera) & keluarga, mrk tidak percaya, bagi mrk ini ttg kesucian Agama & mrk rasa saya tgh tutup kelakuan saya sendiri dgn menuduh org spt Bernard(yg dtg dari keluarga pecah belah). Yg percaya pada saya ialah arwah nenek Roselind Chia, & dialah saya menaruh segala harapan & kepercayaan, juga yg melindungi saya dari dunia luar & berduduk bersama dia di Rumah Pangsa Loke Yew, jauh dari keluarga.
Ketika di Loke Yew Flats, arwah nenek duduk di tingkat 13, dan jiran saya, pereka fesyen terkenal di Malaysia skrg MICHAEL ONG duduk di tingkat 12. Loke Yew Flats ini pelbagai Bangsa & Agama. Ada surau, kuil, tokong Cina & tak jauh ialah Gereja.
Disitu juga saya pelajari erti masyarakat majmuk & perpaduan. MICHAEL ONG & saya sering bercakap atas balkoni & saya sentiasa kagum minatnya utk menjadi pereka fesyen & beliau benar2x merealisasikan impian dia utk jadi Pereka Fesyen yg terkenal.
Saya tiada minat lagi pada Agama , lebih lagi bila kena dgr tazkirah Paderi yg sama melakukan gangguan seksual. Bernard pula tiada pilihan & terus menjadi pembantu Paderi manakala saya dilarang oleh Nenek. Selepas itu saya sering ikut Bernard, melihat dunia dia & disitu lah saya pelajari hidup warna warni kotaraya…ramai Remaja yg pelbagai masalah dari Dadah, Keluarga Pecah Belah, Seksual, Gangsterism………. Keluarga saya tetap memberi pendidikan pada saya sehingga masuk Kolej. Arwah Nenek pesan saya harus jadi seorg insan yg mulia dan bantu pada smua. Bernard yg ketika ini sudah teruk dengan penagihan, pernah beritahu saya yg dia asyik dihukum oleh Paderi (saya dah faham jenis “hukuman” itu) & berkata,satu hari bila saya dah stabil, saya harus bantu pada golongan Remaja/kanak2x. Bernard lepas itu bunuh diri,overdose. Sejurus selepas itu, saya terlibat dlm kemalangan, dan disitulah saya dpt Hidayah saya yg pertama, ketika saya didatangi oleh seseorg entity putih, tinggi orangnya dan mengucap “Bismillah irrahman Irrahim….adik jgn bimbang krn pakcik akan junjung adik balik ke rumah” itu yg saya ingat. Apabila saya sampai rumah keluarga di Kelana Jaya, saya tidak ingat apa2x & terus rebah. Yg saya ingat, saya di Hospital & kereta saya remuk didepan. Pihak polis hairan bagaimana saya dpt keluar & berjalan balik ke rumah. Satu keajaiban. Selepas itu, selama 3 hari pertama di Hospital, bila jam 3 pagi, saya sering mendengar Azan, lalu didatangi oleh ramai org berbaju putih melawat. Saya benar-benar tidak ingat saya akan mati & bila diceritakan pada keluarga, mrk anggap itu mainan minda. Saya membawa diri ke Penang utk kerja. Selepas itu saya masih pergi ke Gereja, utk menunaikan kewajipan tapi jiwa saya tetap kosong. Saya tidak mengerti apa itu Cinta. Dunia saya hanya arwah nenek. Setiap kali saya nak bercinta, ia tak kekal, sbb saya tak percaya ada nya Cinta. Dari bidang perhotelan, saya mula ceburi sbg Pengacara TV, utk SELAMAT PAGI MSIA, MSIA 2020, dll. Ini mengembalikan keyakinan saya berdepan dgn manusia, mula berpetah cakap. Hidup saya penuh Glam & saya lupa diri… akan tetapi saya masih tidak mengenali Cinta. Disitu saya ditawarkan sbg Pengurus di sebuah resort terkemuka di Langkawi. Saya membawa diri pula ke Langkawi.
2005 pula adik bongsu saya berkahwin dgn org Amerika. Keluarga smua buat persiapan utk ke Amerika…arwah Nenek juga ingin ikut, tapi keluarga melarang krn arwah Nenek ketika itu sakit tapi dia tetap nak ikut krn tak boleh berpisah dari saya. Kami memujuk dia utk bersabar krn saya hanya ke Amerika seminggu, tapi walau pun seminggu, dia tak sanggup berpisah. Dia berkata pada saya, dia akan mati apabila saya balik ke Malaysia. Kami ke Amerika tanpa arwah Nenek dan disana saya dpt berita dia masuk wad. Apabila saya balik ke Malaysia, keesokkan hari, arwah nenek meninggal dunia. Dunia saya runtuh, serba salah saya dijadikan. Jiwa saya mati, & saya benar-benar jadi sesat. Saya tak rapat lagi dgn keluarga, kami berpecah belah. Kerja saya tak tentu arah. Saya tak reti apa maksud cinta dan terlibat dlm pelbagai gejala sosial sehingga saya berdepan dgn Syaitan. Saya dah jadi tak tentu arah krn saya sedar mata ketiga saya buka, saya boleh melihat benda2x & ini menakutkan bagi saya. Saya pernah mimpi baying bayangan ada nya Neraka. Pernah saya ditawarkan ilmu hitam. Tahun 2009 saya balik ke Selangor, mula bekerja di hotel terkemuka. Jiwa saya tetap kosong & tak terurus. Disitu lah saya jumpa rakan karib dunia & akhirat Husain Khalid. Takdir jodoh yg ketemukan kita dua dimana beliau juga seorang yg kuat Agama. Saya masih ingat ramai org berpesan pada Husain supaya jangan dekati saya krn saya ini pengaruh tak baik, tak terurus, akan tetapi dia tetap dekati saya. Dia lah seorang kawan yg berjalan dengan saya, bukan yg lain, antara Jalan belakang atau depan saya. Akibat tidak terurus, saya dibuang kerja. Ketika itu runtuhnya dunia saya. Masa itu, Husain dah dapat kenaikkan pangkat. Tapi apa yg Husain lakukan selepas itu, benar-benar buka hati & minda saya, ertinya persahabatan. Beliau tolak jawatan, henti kerja utk beri sokongan moral. Kami mula berniaga. Pada mulanya, kami ingin buat perniagaan biskut cokelat chip yg dibuat oleh Husain & dipasarkan oleh saya. Mmg pesanan cookies, banyak. Kemudian kami diambil kerja seketika di syarikat pengurusan Tg Rhu Resort Langkawi iaitu Signforce Hospitality dibawah didikan Managing Director, En Badrul yg ajar kita selok belok dunia perniagaan. Dari situ , lahirlah perniagaan perunding PEMASARAN, PERHUBUNGAN AWAM, PENJENAMAAN, MEDIA, KOMUNIKASI iaitu WHOSYN’SIGNATURE dgn klien pertama CHINTA RESTOLOUNGE ke SERI CHENANG RESORT & SPA LANGKAWI ke Hotels/Resorts, LADA(Langkawi Development Authority), Tourism Malaysia, Koporat, Stesen TV, Rumah Produksi, MAS. Ketika itu juga saya mula berkawan baik dgn Dr Anuradha . Dia banyak beri perangsang hidup, keyakinan pada saya.. Dia yg merawat hati saya, keyakinan saya kembali berdepan dunia. Sehingga hari ini, dia lah, hari-hari hantar kata-kata motivasi samada whatsapp, call atau Facebook. Dia banyak tolong pulihkan hubungan saya dengan keluarga . Saya pelajari bnyk ttg kehidupan dari beliau. Dia yg mula buat saya berani bersuara pendapat & hati saya. Perkara yg membuatkan saya balik ke Allah ialah masa saya disuruh buat pemeriksaan badan..begitu takut saya dgn segala keputusan krn apa yg berlaku pada saya, tapi saya janji pada Allah, jika segala keputusan kesihatan saya ok, ini akan jadi azam saya utk mula hidup baru Husain banyak kembalikan keimanan saya. Kepercayaan pada Allah. Pada tahun 2012, dia galakkan saya ke Amerika(dimana keluarga saya skrg menetap) utk Krismas. Disinilah saya dapat Hidayah kedua iaitu pengalaman dgn Puting Beliung yg melanda kawasan rumah keluarga. Siren yg kuat member I amaran Puting Beliung akan datang, juga di kaca TV mula beri amaran. Ianya pukul 12 tgh hari , keluarga kami semua ke almari besar yg dibina dalam. Ketika keluarga bergegas, saya tergerak hati utk buka pintu, krn kedengaran bunyi keretapi bergerak di luar. Apabila saya buka pintu, di luar Gelap segelap Gelapnya…tak boleh lihat apa2x dan bunyi kuat keretapi lalu yg terkeluar mulut saya ALLAHUAKBAR. Saya bergegas ke almari, utk selindung & disitu saya dengar Azan. Apabila tiada bunyi keretapi, lalu buka pintu, diluar kembali cerah, panas terik. Rupanya apa saya alami adalah sisa puting beliung yg melanda kawasan perumahan yg lain krn seandainya jika ia benar-benar diluar, saya sudah disedut keluar. Saya kemudian balik ke Malaysia, terjumpa MICHAEL ONG. Dia skrg sudah menjadi pereka fesyen yg terkenal. Kami berbicara dari hati ke hati. Memandangkan dia dah capai impian, dia ingin menyumbang pada yg daif, mengeratkan perpaduan antara bangsa, lalu saya membantu dia. Di situ juga saya pelajari berkemas & keyakinan diri. Dialah yg mengajar saya utk kemas kini diri saya, & imej. 18hb Julai 2014, saya syahadah dgn nama Adam Warren Fernandez Abdullah. Diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Media, dimana pemiliknya Dato Hushummuddin selaku saksi utama , juga Husain Khalid, dipermudahkan oleh Allah.
Sebelum itu saya ingin syahdah tetapi sentiasa ada halangan dari kalangan orang-orang Muslim yg kata saya kena pelajari Quran dulu & mcm2x lagi. Pertemuan 17hb Julai ngan warga Koporat Komunikasi Karangkrag Media utk menghantar dodol raya yg dipesan mrk, rupa2x nya takdir pertemuan perbincangan ttg minat mrk utk melaksanakan buat kali pertama utk Kumpulan Media Karangkraf iaitu Upacar Syahadah di surau Karangkraf. Pada hari ini saya benar2x faham erti cinta..cinta pada Allah dan mula mengenali cinta pada Manusia. Saya pelajari janganlah kita campur aduk Manusia, Bangsa,Politik, Organisasi dgn Agama. Agama tak pernah mengajar kita perkauman, membunuh, mendera dan pelbagai lagi. Penghijrahan saya bukannya berdasarkan cinta pada Manusia atau kepentingan sendiri tapi Cinta pada Allah. Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya. Dunia ini sgt bahaya bukan krn keganasan tapi apabila kita hanya melihat tanpa berbuat apa2x. Janji saya pada Allah krn merealisasikan syahadah saya ialah utk tazkirah & reach out pada Remaja/kanak2x…pada Yg Bukan Islam yg minat Islam dan juga pada semua yg ingin mengenali Agama. Saya dah bermula dengan taklimat tazkirah di institusi pengajian. Saya juga dapat beberapa pengiktirafan dan menang EXCELLENCE IN PUBLIC RELATIONS (MEDIA RELATIONS) oleh HOSPITALITY ASIA AWARDS. Saya bersyukur krn kali ni bila saya bersahabat saya bersahabat krn Allah. Selepas syahadah, mlm itu saya mimpi , satu tangan panjang menghulurkan Quran pada saya & lalu mempimpin saya & tunjuk saya kat satu kawasan..dimana saya Nampak Org tengah Sedih, Gaduh, Keluarga Pecah Belah & ramai remaja yg tak tentu arah, mcm2x lagi, & saya juga Nampak Syaitan tgh mengintip saya. Lalu tangan ini seolah tolak saya seolah menyuruh saya berjalan ngan Quran ke arah orang-orang itu semua…dan spt anda smua lihat, bermula lah saya aktif berdakwah secara pasif di Facebook, dan skrg mula diundang ke institusi Pengajian utk beri tazkirah…. pada arwah Bernard & nenek, Roselind Chia, semoga berada di kalangan org2x berimanan…akhirnya segala kesyukuran pada Allah, yg baik dari Allah, yg buruk dari saya. Pada smua ketua Agama, anda diamanatkan utk mengajar dan membawa semua kea rah kebaikkan, anda menjadi idola ramai org…JANGANLAH DISALAH GUNAKAN AMANAT ANDA KRN IA BOLEH MENGHANCURKAN HIDUP INSAN YG LEMAH. HANYA SETITIK NILA BOLEH ROSAK SUSU SEBELANGA. Pada Hari Ini, krn saya Memeluk Islam, dan dari keluarga saya ada Paderi & yg aktif dlm NGO Katholik/Kristian, maka mrk telah menekan keluarga saya utk tarik balik ke Katholik atas dasar saya dibancur & dimanupulasikan oleh NGO Islam. Juga Keluarga, saudara Mara & kekawan dah pulaukan saya, apabila saya dah mula pulih balik dgn keluarga. Disini lah mula perjuangan saya utk merdeka kan mrk balik krn saya percaya silaturahim keluarga tidak boleh putus sbb ia dicipta dlm hati. Saya tetap tak menganas dan akan eratkan balik kami smua dgn akhlak & budi bicara berdasarkan nilai2x murni. Saya rindu & cinta keluarga saya yg terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Ibu saya – Filipino Serani, Arwah ayah Portugis Melaka, Arwah Nenek (Belah ibu) – Baba Cina, Sepupu & Saudara Mara – Cina, India, Serani, Eropah. DI SINI JUGA MULA LAH OUT REACH & TAZKIRAH SAYA DI INSTTUSI PENGAJIAN & REMAJA/BUKAN ISLAM & TAK DI LUPA YG DI LUAR…JALANAN KOTA RAYA… & MENJALANKAN BEBERAPA PROJEK bersama Husain Khalid, terutama dlm membantu keluarga daif dlm memasarkan hasil produk buatan mrk sempena perayaan, misalnya HARI RAYA(keluarga Melayu utk buat dodol), DEEPAVALI (keluarga India utk buat murukku), TAHUN BARU CINA (utk buat kuih Cina surat cina, bentuk kipas) & dll…juga pemasaran produk minuman tropika buah buahan yg dicampur soda iaitu POP THE SODA…, membantu anak2x Syurga dan bnyk lagi…segala kesyukuran pada Allah. Satu saja saya nak kata mmg ADA WUJUDNYA SYURGA & NERAKA, MALAIKAT & IBLIS…saya skrg lebih tabah apabila didatangi , iman kita kena kuat. Yang benar Adam Warren Fernandez Abdullah

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Kepong
gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Polis menembak mati seorang penjenayah di Kafe Siber, Pusat Perniagaan Faderson, di Taman Faderson, Kepong, hari ini. Kejadian jam 2.30 petang tadi itu berlaku selepas suspek dipercayai cuba untuk menyamun di salah sebuah premis perniagaan di kawasan terbabit. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Deputi Superintendan Mohd Ishak Yaakob yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, polis kini sedang mengawal lokasi kejadian bagi menunggu pasukan forensik tiba. – Berita Harian

Ozil Mahu Tinggalkan Arsenal Untuk Ke Manchester City?
BINTANG bola sepak pasukan Arsenal, Mesut Ozil dikatakan mahu meninggalkan kelab Inggeris tersebut untuk menyertai juara liga Inggeris yang lalu, Manchester City.
Menurut laporan Dailystar UK, Ozil, 26, dikatakan tidak gembira dalam pasukan The Gunners dan mahu segera meninggalkan kelab tersebut menjelang musim perpindahan yang bakal dibuka bermula Januari tahun hadapan.
Ozil, pemain antarabangsa Jerman menyertai Arsenal pada 2013, dikatakan sudah mula diintai pengurus City, Manuel Pellegrini dengan bayaran perpindahan yang mungkin menelan belanja sebanyak £32 juta (RM169 juta). – MYNEWSHUB
TOP
2 Wanita Trauma Dirompak Ribuan Ringgit Di Taman Sejahtera
BUKIT MERTAJAM – Dua wanita bukan sahaja kerugian ribuan ringgit malah trauma bila perompak mengugut akan menembak mereka jika melawan dalam kejadian di Taman Sejahtera, Alma di sini Jumaat lepas.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pukul 7.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun bersama rakannya berumur 25 tahun pergi ke sebuah kedai di taman tersebut untuk membeli kad tambah nilai telefon bimbit.
“Semasa mereka hendak masuk ke dalam kereta jenis Proton Satria Neo milik salah seorang mangsa, sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berhenti di belakang kereta mangsa dan seorang lelaki yang duduk di tempat penumpang hadapan meluru ke kereta berkenaan.
“Lelaki itu mengeluarkan pistol dan menutupnya dengan dengan kain sebelum mengacukannya kepada dua wanita berkenaan serta mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai dan barangan berharga,” kata jurucakap itu di sini hari ini.
Katanya, mangsa yang bimbang mereka ditembak menyerahkan telefon bimbit, cincin dan wang tunai sebanyak RM1,200 dan lelaki itu kemudiannya merampas beg tangan rakan mangsa yang mengandungi telefon bimbit, kad pengenalan, lesen memandu, kad bank serta wang tunai RM700.
Jurucakap itu berkata sebaik memperolehi wang tunai dan pelbagai barangan berkenaan, lelaki terbabit menyertai semula rakannya yang sedang menunggu dalam kereta.
Mereka lantas melarikan diri ke arah Bukit Mertajam.
“Mangsa juga diarahkan untuk menunggu di dalam kereta sehingga suspek beredar dari kawasan berkenaan jika tidak mahu dicederakan.
“Dua wanita itu kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA
TOP
Isu Tanah Rizab Melayu Sebagai Agenda Nasional
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu isu tanah rizab Melayu yang semakin pupus dijadikan agenda nasional supaya pihak berkuasa dapat merancang pelan tindakan bagi mengatasi masalah itu.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata masalah itu perlu dipandang serius oleh semua pihak memandangkan pendedahan oleh media baru-baru ini menunjukkan tanah rizab Melayu kini hanya tinggal 12 peratus.
“Kita mendesak supaya Majlis Raja-Raja Melayu sendiri agar segera memberi perhatian tentang kehilangan tanah rizab Melayu ini supaya tindakan diambil dan (tanah) diganti.
“Selain itu, Perkasa juga mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas (berhubung tanah rizab Melayu) dan kita minta supaya usaha mengganti tanah rizab Melayu yang hilang ini sebagai satu agenda nasional,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu: Tragedi Bangsa dan Langkah Pembetulan Segera di Dewan Utama Pusat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di sini, hari ini.
Ibrahim turut mencadangkan kerajaan menghentikan pemberian tanah sebagai anugerah kepada mana-mana pihak dan tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan hendaklah dijadikan tanah rizab Melayu untuk menggantikan tanah rizab yang telah hilang.
“Tanah rizab Melayu ini kalau nak dibangun, bangunkan dengan projek-projek perumahan yang mampu dibeli oleh rakyat yang berharga RM120,000 ke bawah,” katanya. – BERNAMA
TOP
PAU: Pendapat ‘Tiang Seri’ Negara Bakal Dibahas
KLUANG – Umno sedang mengumpul pandangan daripada akar umbi berhubung perkara berkaitan ‘tiang seri’ negara seperti agama, kaum dan institusi diraja untuk dibahaskan pada perhimpunan agung parti itu bulan depan.
Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pandangan berkenaan penting bagi mengelak perkara berkaitan ‘tiang seri’ negara menjadi polemik hingga mencetuskan perpecahan kaum di negara ini.
“Majlis Tertinggi Umno sudah putuskan saya memimpin Jawatankuasa Usul dan Jurucakap sempena Perhimpunan Agung Umno. Saya juga Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno.
“Sehubungan itu, Umno menerusi jawatankuasa dan biro ini sedang mendapatkan pandangan daripada akar umbi mengenai perkara-perkara ‘tiang seri’ untuk dibawa dan dibahaskan ke Perhimpunan Agung parti,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Muafakat Johor di sini, Ahad.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R.Vidyanathan.
Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pandangan daripada akar umbi amat penting bagi Umno dalam menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara-perkara yang sering diperkatakan rakyat terutamanya Akta Hasutan.
Menurutnya mengambil kira pandangan akar umbi juga merupakan amalan tradisi Umno dan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan rakyat.
Konvensyen Umno Johor di Johor Baharu awal bulan depan juga akan dijadikan medium bagi mendapatkan maklum balas daripada akar umbi berhubung peerkara berkenaan, katanya. – BERNAMA
TOP
BAM Sahkan Ada Pemainnya Gagal Ujian Doping
Hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa seorang daripada pemain di bawah naungannya gagal ujian doping di satu kejohanan utama tahun ini, tetapi enggan memberitahu siapa gerangan atlet berkenaan.
Pengesahan dibuat Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria pada mesyuarat khas badan induk badminton negara itu yang diadakan hari ini.
Kenyataan beliau merupakan pengumuman pertama dibuat persatuan berkaitan biarpun laporan media mengenainya sudah pun berlanjutan sejak beberapa hari yang lepas.
Ketika ini, pihak BAM, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sedang menunggu keputusan ujian yang akan dilakukan ke atas sampel B, atlet berkenaan.
Pada laporan Mynewshub.cc pada awalnya, ujian berkenaan dilaporkan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan diadakan pada 4 atau 5 November depan di sebuah makmal di Oslo, Norway.
Media arus perdana dan media sosial sebelum ini sudah banyak mengaitkan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebagai atlet berkenaan.
Ujian yang dilakukan pada sampel A atlet itu di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark didapati positif mengandungi bahan terlarang.
Badan-badan induk pengurusan sukan negara dimaklumkan mengenai keputusan ujian sampel A selepas selesai temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Mayat Seorang Daripada 2 Lelaki Hilang Ditemui
KOTA BHARU – Mayat seorang daripada dua lelaki yang hilang di Sungai Aring, Gua Musang, susulan kejadian rakit dinaiki 10 lelaki untuk memancing terlanggar batu dua hari lalu, ditemui petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Nordin Ibrahim berkata, mayat Mohd Nor Abdul Rahman, 47, daripada Taman Sri Medan, Petaling Jaya,Selangor, ditemui kira-kira 3.30 petang semalam.
“Mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan telah dituntut anggota keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari seorang lagi lelaki iaitu Nasrul Hafiz Shahrudin, 29, dari Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam pada Jumaat, kedua-dua lelaki itu bersama lapan rakan lain sedang berkelah di Kuala Koh sebelum menaiki rakit buluh yang dipinjam daripada penduduk Orang Asli untuk memancing ikan.
Rakit buluh itu melanggar batu di tengah sungai menyebabkan kesemuanya terjatuh ke dalam sungai. Bagaimanapun, lapan yang lain berjaya menyelamatkan diri. – BERNAMA
TOP
Polis Temui Pistol Dalam Rambut Wanita Di Pusat Tahanan
Pastinya, setiap individu yang ditahan akan diperiksa sebelum dimasukkan ke dalam sel, namun Tiffanie Lizette Bass, 32 tahun cuba menjadi lebih kreatif dengan menyembunyikan objek terlarang iaitu sepucuk pistol di dalam rambutnya.
Tiffanie pada mulanya ditahan ketika serbuan di sebuah kelab malam. Takut kesalahannya berganda, dia memutuskan untuk menyimpan pistol yang dicurinya di dalam sanggul rambut.
Senjata jenis .38 kaliber itu hanya ditemui setelah dia yang ditahan di Pusat Tahanan Wake County, dilihat berjalan dengan kepala senget. Dia kemudiannya dituduh dengan niat mencuri senjata api dan ditahan bersama waran.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan polis bahagian Rayleigh, mereka akan menyemak kembali aspek-aspek keselamatan dan prosedur jabatan yang digunapakai, berkemungkinan untuk ditukar setelah kejadian tersebut berlaku.
Ya, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. – MYNEWSHUB
TOP
38 Rumah Dilanda Banjir Kilat Di Bentong
KUANTAN – Sebanyak 38 buah rumah di Lurah Bilut dekat Bentong dilanda banjir kilat awal pagi ini berikutan hujan lebat lewat malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kejadian kira-kira 2.30 pagi itu turut mengakibatkan 18 buah kenderaan termasuk tiga kenderaan milik Jabatan Kesihatan mengalami kerosakan.
Katanya kawasan terlibat banjir kilat itu ialah kuarters guru Lurah Bilut, kawasan Klinik Kesihatan Lurah Bilut, kawasan Kampung Baru dan kawasan Sungai Penjuring.
“Di kuarters guru sahaja sebanyak 20 rumah terlibat, 11 daripadanya berpenghuni manakala selebihnya tidak diduduki sementara di Klinik Kesihatan Lurah Bilut pula dua rumah kakitangan turut dinaiki air sedalam hampir satu meter,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya di kawasan Kampung Baru sebanyak sembilan rumah terlibat, manakala di Sungai Penjuring, tujuh rumah dinaiki air.
Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada mangsa dipindahkan dalam kejadian itu.
Air mulai surut kira-kira 4.15 pagi tadi dan kerja pembersihan sedang dijalankan. – BERNAMA
TOP
Polis Kulim Tumpas ‘Geng Jawa’ Selepas 16 Jam Merompak
KULIM – Polis menahan lapan anggota ‘Geng Jawa’ kira-kira 16 jam selepas mereka merompak wang tunai RM30,000 dari sebuah rumah di Taman Kenari di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata kesemua lelaki itu melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira kira 3.20 pagi.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke tempat kejadian dan menahan seorang suspek manakala suspek lain dapat memboloskan diri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata polis kemudian menyerbu sebuah rumah kosong di kawasan perumahan sama dan menahan lima suspek kira-kira 3 petang pada hari sama.
Seorang lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Merak, Sungai Ular dekat sini kira-kira 6 petang manakala seorang lagi ditahan di Jalan Sultan Abdul Hamid di sini pada 9.45 malam.
“Polis dapat menahan semua anggota kumpulan itu dalam tempoh 16 jam untuk menyelesaikan kes samun berkenaan.
“Polis turut merampas empat bentuk cincin emas, 11 telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba, lapan paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.79 gram.
“Sebuah kereta Jenis Toyota Vios yang dipercayai disamun di Seberang Jaya, dua bilah parang, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang digunakan untuk menyamun serta empat rangkai kunci dan alat kawalan jauh turut dirampas,” katanya.
Semua suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu direman hingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan.
Abdullah berkata kumpulan itu aktif melakukan jenayah sejak beberapa bulan lepas di sekitar daerah ini dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – BERNAMA
TOP
Nik Aziz Tidak Sihat, Jalani Rawatan Di HRPZ II
KUALA LUMPUR – Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, awal pagi tadi selepas mengadu tidak sihat usai solat Subuh.
Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman memaklumkan perkara tersebut ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW di sini, hari ini.
Nik Aziz dijadualkan menjadi tetamu jemputan konvensyen tersebut pada slot khas ‘Rasulullah Suri Teladan’ pada jam 4 petang.
“Saya ambil masa lebih sedikit kerana Tuan Guru Nik Aziz tidak dapat datang saya baru dapat mesej daripada beliau.
“Pagi tadi difahamkan beliau boleh solat Subuh berjemaah seperti biasa. Selepas Subuh itu beliau mula rasa tak sedap badan dan dihantar ke hospital,” katanya kepada kira-kira 1,000 peserta Konvensyen Fiqh anjuran Murshid itu. – Sinar Harian Online
TOP
ESSCOM Tembak Mati Lelaki Ceroboh Sempadan – Abdul Rashid
Natijah menceroboh sempadan dan melepaskan beberapa das tembakan, seorang lelaki ditembak mati oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, awal pagi tadi.
Menurut laporan dari portal MStar, Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.
Beliau menambah, ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot dan ia dikemudikan oleh seorang lelaki.
“Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Selepas insiden berbalas tembakan, pasukannya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah dan dipercayai telah meninggal dunia.
Kata beliau lagi, hasil daripada pemeriksaan, pihaknya menemui sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder.
“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an.“
Ujarnya lagi, terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil bedah siasat menemui empat kesan tembakan di belakang kepala dan kesan luka di bahagian hadapan kepala. Susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi tadi. “Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu,” kata Abdul Rashid. Pada masa yang sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan. “Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran,” katanya. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, beliau telahpun diberikan taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom. Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak cekap dalam mengendalikan situasi dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal. “Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna),” katanya. Beliau ditemui ketika menghadirkan diri di majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu – MYNEWSHUB

Pakar Forensik Siasat Keaslian Video Seks Lelaki Mirip UAI
PIHAK polis dilaporkan sudah pun menghantar klip video seks yang didakwa mirip dengan seorang penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi menyiasat kesahihan dan keaslian video tersebut.
Memetik laporan sebuah akhbar harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah dan pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. - MYNEWSHUB
TOP
Kanak-Kanak ‘Dimakan’ Mesin Mainan
Kejadian pelik ini telah berlaku di Tenessee, Amerika Syarikat melibatkan seorang kanak-kanak berusia 18 bulan, Colin Lambert yang ‘ditelan’ mesin mainan.
Mungkin alpa seketika, penjaga yang juga nenek kepada kanak-kanak tersebut, Diane O’Neill berkata, ketika menoleh kembali ke arah cucunya, Lambert telah terkurung dalam mesin tersebut. “Saya hanya mampu melihat kakinya sahaja,” ujar O’Neill. Tambahnya lagi, dia ternampak kaki Lambert sedang merangkak ke dalam mesin itu, namun ketika cuba menariknya keluar, Lambert menendang tangannya dan terus merangkak ke dalam.
Dia kemudiannya timbul dalam longgokan patung mainan dan duduk di situ.
Tidak lama selepas itu, satu pasukan bomba telah tiba di lokasi untuk mengeluarkan Lambert dan kanak-kanak lelaki tersebut kelihatan teruja. Yang pastinya, kejadian ini menunjukkan kanak-kanak memiliki sifat ingin tahu yang tinggi. Walau bagaimanapun, bahaya tetap menanti kanak-kanak ketika memanjat ke dalam mesin tersebut. Jadi, buat ibu bapa mahupun penjaga, kalau nak membeli-belah pun, jangan sampai lupa anak-anak ya! – MYNEWSHUB

P.Pinang Diminta Perjelas Penutupan Taman Tema
GEORGETOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta kerajaan negeri supaya berterus terang dalam isu penutupan Taman Tema Air Wet World Wild (WWW) di Batu Ferringhi.
Pengerusinya, Teng Chang Yeow, berkata kerajaan negeri mesti memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan isu sebenar di sebalik penutupan taman itu awal bulan ini.
“Masyarakat ingin sekali mengetahui punca projek usaha sama dengan sebuah agensi kerajaan negeri hilang begitu sahaja dalam tempoh lapan bulan.
“Sama ada terdapat sebarang kekurangan; apa yang ditawarkan ketika itu dan apa yang berlaku sekarang,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali parti Gerakan malam tadi.
WWW adalah projek kerjasama antara Theme Park Concepts and Services Sdn Bhd (TPCS) dan Penang Global Tourism (PGT), iaitu biro pelancongan negeri.
Taman itu dibuka pada Disember tahun lepas namun dilaporkan ditutup awal bulan ini selepas ombak kuat merosakkan peralatan di taman itu.
Chang Yeow berkata, jika peralatan itu boleh rosak dan dileraikan dengan mudah, ini bermakna taman berkenaan memang tidak selamat.
“Bagaimanapun, dari mula lagi, mereka memberitahu orang ramai yang taman itu selamat dan kerajaan negeri tidak pernah mempertikaikannya, ini bermakna mereka memperakukannya,” katanya.
Chang Yeow berkata, Gerakan Pulau Pinang tidak dapat menerima alasan yang diberi kerajaan negeri berhubung penutupan taman tema air itu.
Awal minggu ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak mahu campur tangan dan membenarkan pengusaha taman untuk membuat keputusan sendiri.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak terlibat dengan taman tema itu, sebaliknya hanya mengutip sewa daripada pengusahanya. – BERNAMA
TOP
Orang Lain Melukis Guna Berus, Dia Melukis Guna Lidah
Bagi seorang pelukis di China, menghasilkan karya dengan menggunakan peralatan biasa dalam seni bukanlah pilihan bagi dirinya kerana dia lebih selesa melukis menggunakan lidahnya sendiri.
Itulah keunikan Han Xiaoming dengan lidahnya. Bagaimanapun, dia tidak menggunakan warna minyak sebaliknya pewarna makanan yang ditambah gula sahaja.
Han yang berusia 35 tahun, mendapat idea itu ketika cuba melukis menggunakan cara tradisional Lukisan Gula Cina.
Seni yang sudah dihasilkan berabad lamanya itu menggunakan gula yang dicairkan dan kemudian menghasilkan lukisan naga, monyet, ikan, anjing, burung dan bunga.
Kadangkala, ketika separuh jalan melukis dan dia berasa lapar, warna yang digunakan untuk melukis akan turut dimakan, menurut kisahnya yang diceritakan laman web Oddity Central. Dia begitu menyukai teknik peliknya itu kerana rasa gula itu terlalu sedap sehingga membuatkan dia tidak lagi melukis menggunakan berus lukisan. Hasilnya, kini hasil karya dengan lidahnya mendapat pujian dari seluruh negara China, dan ketika ini dia mengembara ke seluru negara membuat persembahan teknik lukisannya itu. Dalam satu persembahannya di Hangzhou City di wilayah Zhejiang, dia mencelupkan lidahnya di dalam gula pewarna makanan dan melukis. Dia berjaya menyiapkan dua lukisan dalam masa 40 minit dan lukisan itu dijual kepada penonton. – MYNEWSHUB.CC

Pandangan Brunei Tentang Program “I Want To Touch A Dog”
Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei telah mengemukakan penegasan dan nasihat kepada rakyatnya baru-baru ini berikutan dengan program “I Want To Touch A Dog” melalui sebuah kenyataan bertulis.
Dalam kenyataan tersebut, rakyatnya digesa supaya tidak perlu terikut-ikut dengan sebarang acara atau program yang bercanggah dengan hukum syarak’, amalan beragama, kepentingan awam, keharmonian beragama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitiviti umat Islam di Brunei. Kenyataan rasmi sebegini meredakan kegusaran dan kerisauan rakyat Brunei tentang perihal yang berlaku di Malaysia. Kenyataan ini juga bagi mengelakkan cubaan melakukan program yang sama di Brunei. Sebagai salah satu makhluk Allah, Islam tidak memandang keji haiwan seperti anjing. Islam meletakan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ ini namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Ia seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Penganjur program “I Want To Touch A Dog”, Syed Azmi Alhabshi telah mengakui terdapat kelemahan dalam acara berkenaan sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini. Anda boleh membacanya di sini.

Gambar Selebriti Hollywood Yang Hampir Tak Dapat Dicam
BARU-baru ini, kita dikejutkan dengan perubahan wajah secara total oleh pelakon Renee Zellweger yang mana hampir keseluruhan tetamu yang menghadiri majlis Red Carpet oleh Majalah Elle tidak dapat mengecam atau mengenali itu adalah Renee.
Bukan sahaja Renee, kebanyakan selebriti Hollywood juga kadang kala tidak dapat dikenali wajah mereka disebabkan taksub dengan pembedahan kosmetik yang sememangnya menjadi trend di kalangan mereka untuk kekal popular dan relevan di mata peminat.
Namun, ada juga yang memang tak dapat dikenali kerana faktor perubahan semulajadi antaranya kenaikan dan penurunan berat badan secara mendadak serta perubahan dari segi tata rias rambut.
Di bawah merupakan list selebriti Hollywood yang mungkin sedikit berbeza wajah mereka sejak dari awal kemunculan di persada seni sehingga kini. – MYNEWSHUB
TOP
Strategi Atau Biadap? Produk Bertemakan ‘Ebola’ Mula Dijual
Sering kali kita mendengar laporan tentang virus Ebola yang semakin merebak dan angka kematian yang kian meningkat di serata dunia.
Seluruh dunia nampaknya sedang menumpukan sepenuh usaha untuk membantu beribu-ribu mangsa penyakit berjangkit Ebola di Afrika Barat.
Tetapi, terdapat pula segolongan manusia yang tidak berhati perut menggunakan Ebola sebagai tema produk terkini mereka.
Jika anda lihat di laman web fesyen Etsy, tidak kurang seratus produk bertemakan ‘Ebola’ dijual termasuklah kemeja, beg, aksesori dan sebagainya.
Mengikut logik mereka, fesyen juga boleh berjangkit sama seperti virus Ebola.
Ada juga produk yang melampau seperti kemeja T dengan ayat :
“I went to Nigeria, and all I got was this lousy t-shirt and Ebola.”
Saya ke Nigera, dan apa yang saya dapat ialah baju t-shirt ini dan Ebola.
“Let’s screw before we get Ebola”
Jom ‘melakukanya’ sebelum kita dijangkiti Ebola
Bagi kami perbuatan ini agak tidak sensitif dan kami juga terkejut apabila melihat beberapa produk yang boleh dikatakan agak biadap.
Ada juga peniaga yang mempertahankan dengan mengatakan itu adalah sebahagian usaha mereka untuk menimbulkan kesedaran tentang penyakit Ebola.
Kami kongsikan beberapa produk bertemakan Ebola yang dijual di laman web itu.
Sumber : Etsy.com

VIDEO : Kisah Lelaki Tua Dengan Seekor Burung Kelicap
Setiap hari, seorang warga tua, Joao Silverstrini, 83, dilawati oleh seekor haiwan yang cantik, iaitu seekor burung kelicap.
Burung itu terbang ke dalam dan keluar dari bahagian dapur rumahnya di Brazil beberapa kali dalam sehari untuk meminum sedikit air gula yang disediakan Joao.
Jalan cerita unik ini menjadi popular di Facebook selepas Joao merakamkan saat-saat dirinya bersama burung itu dan dimuatnaik ke internet bulan lepas.
Video itu menunjukkan, burung kelicap itu terbang berdekatan kepala Joao dan menunggu dengan sabar air gula untuk diberikan padanya.
Joao tidak berkahwin dan merupakan seorang pesara. Rutin hariannya ialah bangun seawal pukul 5.30 pagi setiap hari untuk membuka tingkap di dapurnya dan menunggu burung itu.
“Apabila ia hendakkan air, ia akan terbang berdekatan saya, burung itu tidak akan membenarkan saya perkara lain.
“Saya sukakan haiwan dan sentiasa meletakkan air gula untuk burung kelicap di kawasan belakang rumah, tetapi burung yang ini tidak bersifat pemalu.
“Saya cuba bercakap dengannya dan cuba dekat, ia tidak mempedulikan saya sebaliknya hanya mahu meminum air gula itu,” katanya memetik ceritanya yang dipaparkan di laman web Oddity Central. Menurut Joao, beliau tidak pelik dengan kelakukan unik burung itu kerana sebelum ini ia sudah dibiasakan dengan kehadiran manusia sejak masih kecil. Sejak memuatnaik video itu, Joao dihujani “Likes” dan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook sehingga membuatkan beliau tidak ‘menang tangan’ untuk membalas semuanya. “Saya tidak mampu nak menjawab semua permintaan, saya hanya tutup mata dan menerima semuanya,” katanya. Bagaimanapun, Joao menyedari bahawa hubungan istimewanya dengan burung kelicap itu tidak akan kekal lama. Burung itu kini semakin membesar dan akan mencari sumber air dan makanan di tempat lain. – MYNEWSHUB.CC

Lim Guan Eng Dakwa Isma NGO Ekstremis
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ikatan Islam Malaysia (Isma) sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ekstremis di negara ini yang menghasut rakyat dengan nilai kebencian dan keganasan atas nama Islam.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa, kenyataan yang dibuat oleh Presiden Isma, Abdullah Zaik bahawa politik Islam adalah melawan kafir membuktikan agenda beliau membenci bukan Islam di negara ini.
“Kalau tindakan tidak diambil, Malaysia mungkin porak-peranda dan huru-hara kalau dibenarkan Isma teruskan usaha mereka melawan kafir di atas nama politik Islam.
“Apakah jenis manusia atau organisasi Isma ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guan Eng berkata, DAP percaya majoriti rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai serta tidak berminat dalam usaha lawan-melawan di antara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen melawan kafir.
Sehubungan itu, katanya, DAP mengalu-alukan kenyataan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad yang menyeru masyarakat Malaysia supaya menghentikan gelaran ‘pendatang’ dan ‘penceroboh’ kepada bukan Islam.
“Adalah betul orang ramai patut memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama di negara ini,” katanya. - mynewshub.cc
TOP
Lelaki Dituduh Melakukan Seks Dengan Anjingnya
Keji. Ungkapan tersebut patut diberi kepada lelaki ini kerana sanggup mempergunakan haiwan peliharaannya bagi memuaskan nafsu serakah.
Jonnie Boggess ditahan selepas kumpulan pejuang hak haiwan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang aktiviti seks luar tabiinya dengan Piglet, seekor anjing dari spesies Beagle.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 47 tahun itu walau bagaimanapun mempertahankan tindakan tersebut dengan asalan, Piglet mencecah berat lebih dari 40 lbs dan sudah dimandulkan. Entah apa relevan alasannya itu!
Selain itu, Boggess menambah, dia dan ‘pasangannya’ itu hanya melakukan hubungan seks ringan! Macam mana tu?
Menurut laporan Charleston Daily Mail, selepas Boggess selesai melakukan aktiviti senggama dengan Piglet, dia mengambil anjing malang itu dan memanjakannya, memegangnya dan mengucapkan ‘saya cinta awak‘. Namun demikian, lelaki itu membuat pengakuan yang dia berharap tidak melakukan tindakan tersebut kepada Piglet dan mengakui yang dia sebenarnya mabuk. Tetapi kenyataan itu ditolak oleh salah seorang jirannya dengan berkata, dia pernah melakukan perkara tersebut terhadap haiwan lain dan ia tidak mengejutkan. Walau apapun alasan Boggess, tindakannya boleh dianggap gila dan kurang siuman! – MYNEWSHUB

PMUM Rancang Rempuh Masuk UM Jika Dihalang?
KUALA LUMPUR – Kekecohan hampir pasti berlaku dalam program pidato “40 Tahun:Dari Universiti Malaya Ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Dataran Dewan Tunku Canselor UM pada malam Isnin ini.
Ia berikutan pengurusan UM bertegas melarang penganjuran program itu tetapi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pula berdegil mahu meneruskan pidato berkenaan.
Malah, satu paparan skrin perbualan Whatsapp mengenai rancangan PMUM untuk merempuh masuk ke dalam UM jika pihak universiti menghalang mereka kini tersebar meluas dalam media sosial.
Perbualan Whatsapp itu dipercayai membabitkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dengan Timbalan Setiausaha beliau, Leong Yu Sheng.
Pendedahan perbualan itu mendapat reaksi kurang senang sebilangan pengguna media sosial yang bimbang akan berlaku ketegangan dan kekecohan teruk di UM pada Isnin ini. “Pihak Pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM,” kata seorang pengguna media sosial. – mynewshub.cc

Ujian Sampel B Atlet Elit Akan Dilakukan 4 Atau 5 November
Proses ujian kedua ke atas sampel B milik seorang atlet elit Malaysia yang gagal ujian doping melalui sampel A akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata pihak Persekutuan Sukan Antarabangsa yang berkaitan memberikan pilihan dua tarikh tersebut kepada atlet berkenaan yang sehingga kini belum didedahkan identitinya oleh pihak kementerian.
“Saya difahamkan bahawa Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan telah memberikan atlet itu pilihan sama ada 4 atau 5 November untuk membuka sampel B dan menguji sampel itu,” katanya di sini lewat malam semalam memetik laporan Mstar Online.
Khairy berkata demikian kepada media selepas menghadiri pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) musim kedua di Stadium Negara di ibu negara.
Baru-baru ini media melaporkan seorang pemain badminton elit negara dikesan positif dadah pada sampel A yang dilakukan secara rawak di Kejohana Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lalu. Atlet berkenaan dikatakan sudah pun membuat permohonan untuk melihat sendiri proses ujian ke atas sampel B dilakukan. Mengikut peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan, mereka tidak akan mengeluarkan atau umumkan nama atlet terbabit sehingga ujian sample B selesai dilaksanakan. - MYNEWSHUB.CC

Pesan Pizza, Alasan Mangsa Dera Buat Panggilan Kecemasan
SEORANG operator 911 dikejutkan dengan panggilan kecemasan seorang wanita yang pada mulanya disangkakan sebagai gurauan kerana mahu membuat tempahan piza.
Tetapi sebenarnya tidak walaupun wanita terus mendesak untuk mendapatkan piza yang mengandungi peperoni, cendawan dan lada secepat mungkin.
Operator itu yang menyiarkan transkrip panggilan itu di laman sosial Reddit berkata, panggilan itu pada mulanya kedengaran seperti main-main tetapi ia sebenarnya sesuatu yang serius.
Selepas menghubungi 911, wanita itu memberikan alamatnya tanpa memberikan butiran mengenai insiden yang berlaku.
Apabila ditanya oleh operator mengenai apa yang berlaku di tempat kejadian, mangsa hanya mahu membuat tempatan piza, menyebabkan petugas itu percaya bahawa panggilan itu dibuat sekadar gurauan.
Transkrip yang disiarkan oleh operator itu merupakan dialog bersama wanita yang membuat panggilan kepadanya.
“911, di manakah berlaku kecemasan anda?”
“123 Main St.”
“Ok, apa yang berlaku di sana?”
“Saya mahu menempah sekeping pizza untuk penghantaran.” (oh satu lagi panggilan gurauan).
“Cik, anda menghubungi 911.”
“Ye, saya tahu. Boleh saya dapatkan sekeping pizza besar dengan peperoni, cendawan dan lada?”
“Umm… maafkan saya, anda tahu yang anda menghubungi 911 kan?”
“Ye, bolehkah anda tahu bilakah ia mengambil masa?”
“Ok, cik. Adakah semuanya ok di sana? Adakah anda berhadapan dengan kecemasan?”
“Ye, memang ada.”
“….Dan anda tidak boleh bercakap mengenainya kerana ada orang lain di bilik itu bersama anda?” (mula menyedari apa yang berlaku).
“Benar, memang betul. Adakah anda tahu berapa lama ia akan sampai?”
“Terdapat seorang pegawai kira-kira lebih kurang 1 kilometer dari lokasi anda. Adakah terdapat sebarang senjata di rumah anda?”
“Tidak”
“Boleh anda terus bersama saya di talian?”
“Tidak. Jumpa anda tidak lama lagi. Terima kasih.”
Selepas seorang pegawai kecemasan dihantar ke alamat itu, operator berkenaan memeriksa rekod di rumah itu dan mendapati terdapat banyak panggilan berkenaan panggilan kecemasan.
Sebaik sahaja anggota polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui seorang wanita yang didera teruk dan seorang lelaki yang mabuk.
Operator itu kemudiannya mengulas mengenai panggilan itu: “Saya fikir wanita itu amat bijak menggunakan alasan itu. Sudah tentu ia menjadi salah satu panggilan kecemasan yang paling diingati buat saya.” – mirror.co.uk

Video : Saat-Saat Cemas Jentera Pol Espargaro Terbakar
JENTERA pelumba Tech 3 Yamaha, Pol Espargaro dilaporkan terbabas kemudiannya terbakar ketika menjalani sesi latihan bebas yang berlangsung pada sebelah pagi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
Insiden tersebut sempat dirakam segelintir jurugambar yang bertugas pada hari kejadian malah mengejutkan semua hadirin yang hadir menyaksikan sesi latihan bebas itu.
Kemalangan yang menimpa pelumba itu menyebabkannya patah kaki kiri dan dikejarkan ke pusat perubatan SIC bagi mendapatkan rawatan.
Di bawah merupakan video saat-saat cemas jentera yang ditunggang Espargaro terbabas sehingga menyebabkannya terseret di atas trek perlumbaan.
– MYNEWSHUB
– MYNEWSHUB
TOP
Taman Tema Angry Birds Dibuka Di JB 31 Okt
JOHOR BAHRU – Taman tema dalam bangunan ‘Aktiviti Angry Birds’ pertama di Asia Tenggara akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Oktober ini.
Peminat permainan burung animasi itu akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship di taman yang terletak di pusat membeli-belah Komtar JBCC di sini.
Pengarah Eksekutif Damansara Asset Sdn Bhd, Yusaini Sidek pada sesi preview media pada Ahad berkata, taman itu merupakan kerjasama dengan pengasas permainan burung itu yang berpangkalan di Finland, Rovio Entertainment Ltd.
“Peminat-peminat di Malaysia dan negara-negara jiran kini boleh merasai sendiri dunia Angry Birds menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan dan interaktif serta menyeronokkan,” katanya.
Tiket berharga RM75 untuk sekali masuk tetapi harga bagi pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60.
Pelbagai jenis tiket boleh didapati dari pas untuk sekali, pas keluarga sehingga pas tahunan tanpa had.
Taman itu terletak di aras tiga pusat membeli-belah itu, dan akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang masuk ke taman tema itu perlu ditemani seorang dewasa setiap masa. - mStar Online
TOP
Pelajar Anjur Forum Anwar Di UM, Rela Dipenjara Dan Dipecat
Pelajar yang bertanggungjawab menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program PidatoUM “40 Tahun : Dari Universiti Malaya Ke Penjara” tetap berdegil meneruskan program itu dan rela dipecat dan dipenjara.
Dia ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol yang turut berdepan ancaman penggantungan dalam jangka masa panjang.
Jika salah langkah, Fahmi akan mengikut jejak langkah beberapa aktivis pelajar sebelum ini seperti Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang dijatuhi hukuman penjara kerana perjuangan radikal mereka.
Fahmi yang berusia 23 tahun dan melanjutkan pelajaran menggunakan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beranggapan biarlah tindakan yang dikenakan kepadanya aka menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Persekutuan.
“Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia.
“Biar pelajar melihat kebenaran, ketika mereka boleh mendapatkan ilmu dari institusi terkemuka di Malaysia, akhirnya mereka masih dikawal oleh pihak berkuasa yang tidak adil.
“Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik,” katanya menurut laporan portal The Malaysian Insider (TMI).
Dia dikatakan memulakan perjuangan ini selepas diinspirasikan oleh Profesor, Pensyarah dan rakan pelajar untuk membawa cabaran mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan dalam sistem politik.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM Zainol Fahmi
“Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa. “Lihat sahaja Umbrella Revolution di Hong Kong dan reformasi di Indonesia. Ia bermula dengan pelajar,” kata Fahmi. Program yang melibatkan Anwar itu yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan esok, malam sebelum hari pertama rayuan pasukan pembelaan untuk kes liwat melibatkan beliau didengar di Mahkamah Persekutuan pada esoknya. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr Rohana Yusof menyifatkan program itu sebagai haram kerana akan merosakkan imej universiti. Bagaimanapun, bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM yang diketuai Fahmi dikatakan akan tetap meneruskan program itu dan ia juga turut dijadikan pentas mencetuskan reformasi kedua sama seperti yang dicetuskan Anwar pada 1998. Pada ketika itu, Anwar memulakannya kerana dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan tanpa rasa hormat, MPP UM menjemput pelajar dari seluruh negara untuk menghadiri program tersebut serta berkumpul di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada keesokannya bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar. “Kami akan membantah untuk menunjukkan kepada pemimpin kami tidak puas hati dengan sistem dan supaya mereka membuka mata dan telinga. Belia akan bangkit dan masyarakat akan turut serta membanteras ketidakadilan. “Kami mahukan Malaysia baru. Mari kita hentikan politik lama yang hanya menyakitkan kita,” katanya. Tidak hairanlah kepada Fahmi begitu menyokong perjuangan Anwar, kerana dia berasal dari kawasan kerusi Parlimen Anwar iaitu Permatang Pauh di Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga dari enam beradik. Dalam kelantangan perjuangannya, Fahmi mengakui ibu bapanya bimbang akan keselamatannya dan kemungkinan biasiswa JPAnya akan ditarik balik. Ibu bapanya tidak mampu untuk membayar yuran pendidikannya di UM andai perkara itu berlaku. “Ibu-bapa saya agak risau, tetapi saya yakinkan mereka saya sedang lakukan ini demi negara, demi mereka dan adik beradik saya. “Saya katakan kepada mereka, jika bukan diri sendiri, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Kita tidak boleh biarkan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang,” katanya. Menurutnya, sebagai seorang pelajar, inilah masa yang terbaik untuk memperjuangkan hak rakyat, daripada menunggu masa dibebani kerjaya dan keluarga. – MYNEWSHUB.CC

No comments:
Post a Comment