TOP
'Desa Temu Jodoh' Diberi Nama Selepas Majlis Kahwin Besar-Besaran
Paiman dan isterinya Maimunah Mohd Hussin ketika hadir majlis penganugerahan hak milik tanah di Kampung Desa Temu Jodoh.
LABIS: Apabila pesara Paiman Anuar memperoleh hak milik tanah rumahnya selepas empat dekad, dia mengimbau kembali kenangan romantis bagaimana kampungnya kemudian dikenali sebagai Kampung Desa Temu Jodoh. Pada tahun 1973, Paiman, yang ketika itu berusia 26 tahun datang ke sebuah ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai Sungai Lenek dengan kira-kira 120 anak muda yang lain untuk mengambil bahagian dalam projek pembangunan tanah. Kesemua mereka yang masih bujang tinggal di asrama dan bekerja di atas tanah tersebut. Hanya beberapa kilometer dari Sungai Lenek, terdapat projek yang sama untuk kumpulan wanita muda. "Kami diminta untuk membantu kumpulan wanita melakukan kerja-kerja berat dan mengusahakan tanah di Bukit Mambai," Paiman mengimbas semula kenangannya. Akhirnya, dia bertemu kekasih hati dan pada tahun 1977, 24 pasangan berkahwin dalam upacara besar-besaran. Sungai Lenek dikenali sebagai Kampung Desa Temu Jodoh. "Kebanyakan daripada kami terpikat antara satu sama lain. Ia adalah cinta pandang pertama," kata Paiman, yang merupakan salah seorang daripada empat pasangan dari projek pembangunan tanah asal yang bertemu jodoh mereka di Bukit Mambai. 20 lelaki lain bertemu pasangan mereka dari kampung-kampung berdekatan. "Nama Kampung Desa Temu Jodoh telah diberikan oleh Menteri Besar Johor, Allahyarham Tan Sri Othman Saat, yang menghadiri upacara majlis perkahwinan besar-besaran," kata Paiman, yang kini bahagia berkahwin dan dikurniakan empat orang anak dan enam cucu. Beliau berkata majlis perkahwinan besar-besaran itu dipercayai menjadi salah di antara yang terawal diadakan di negara ini, dengan kira-kira 20 ekor lembu disembelih dan dimasak untuk acara tersebut. "Selepas akad nikah, pasangan yang baharu berkahwin dibawa menaiki kereta Mercedes ke kawasan lapang kampung di mana majlis resepsi diadakan," katanya. Beratus-ratus orang hadir meraikannya. Pada 20 Oktober, Paiman adalah antara perintis yang akhirnya menerima hak milik tanah mereka daripada Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin, yang mengiktiraf mereka sebagai pemilik tanah. "Malangnya, 13 lagi penduduk awal kampung di sini telah meninggal dunia. Pemilikan sekarang menjadi milik isteri dan anak-anak mereka," katanya sambil menambah kini terdapat kira-kira 550 penduduk yang tinggal di kampung itu. - mstar

Kerajaan Negeri P.Pinang Enggan Lulus Projek Perumahan, Sukarkan Rakyat
Dr Tan Chuan Hong
GEORGE TOWN: Keengganan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meluluskan pelan pembangunan projek perumahan rakyat di negeri ini dilihat hanya akan menyukarkan rakyat memiliki rumah mengikut kemampuan mereka. Setiausaha MCA Negeri Dr Tan Chuan Hong berkata keengganan kerajaan negeriitu juga disifatkan sebagai 'batu penghalang' bagi projek perumahan rakyat yang hendak dibangunkan oleh agensi kerajaan pusat. "Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu bersikap terbuka dan mengadakan perbincangan dengan agensi kerajaan pusat dalam usaha menyelesaikan masalah teknikal berhubung projek pembangunan rumah mampu milik termasuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Kerajaan negeri tidak boleh memberhentikan usaha Kerajaan Pusat untuk melakukan sesuatu demi kepentingan rakyat termasuk projek pembangunan di bawah PR1MA," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis. Katanya, rancangan pembangunan yang dirangka tidak boleh membiarkan pemaju menghadapi kerugian, oleh itu pembinaan sebahagian kecil unit melebihi RM500,000 adalah satu kemestian. Tan berkata ini bagi membolehkan pemaju mendapatkan pulangan untuk membina rumah kos rendah pada harga RM42,000, rumah kos sederhana rendah dengan harga RM72,500 termasuk pembinaan perumahan mampu milik berharga antara RM200,000 hingga RM400,000. "Pembinaan sebahagian kecil unit perniagaan mewah adalah bagi membolehkan kerajaan pusat mendapatkan sumber daripada kelas pendapatan tinggi untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, ini akan mewujudkan situasi menang-menang. Melalui perancangan sebegini sudah tentu akan membuka peluang untuk rakyat Pulau Pinang memenuhi memiliki rumah sendiri," katanya. - mstar

Bot Terbalik: Nelayan Selamatkan 11 Warga Indonesia
Gambar sekadar hiasan.
KUALA TERENGGANU: Awak-awak warga Vietnam yang mengendalikan bot nelayan tempatan menyelamatkan 11 orang dipercayai warga Indonesia yang hanyut kira-kira 30 batu nautika dari pantai Terengganu kira-kirapukul 7 malam Khamis. Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Xavier Thevandas yang mengesahkan kejadian itu berkata dua buah bot nelayan yang berpangkalan di Chendering itu telah memaklumkan kepada pihaknya tentang perkara itu dan kini mereka dalam perjalanan menuju ke Pelabuhan Perikanan Chendering di sini. "Mangsa dipercayai warga Indonesia seramai 11 orang telah berjaya diselamatkan, jumlah sebenar (jika ada yang masih hilang) tidak dapat dipastikan atas faktor komunikasi," katanya kepada Bernama. Beliau berkata APMM sedia untuk menggerakkan asetnya untuk operasi seterusnya jika ada lagi mangsa-mangsa yang hilang ataupun perlu diselamatkan. Menurutnya pihak APMM belum dapat mempastikan sama ada warga Indonesia yang diselamatkan itu daripada kapal nelayan ataupun kapal dagang. - mstar

Lima Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan Dua Kereta Di Kota Tinggi
Pertembungan dua kereta yang meragut lima nyawa di KM61.2 Jalan Johor Bahru-Mersing malam Khamis.
KOTA TINGGI: Lima maut, manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di KM61.2, Jalan Johor Baharu-Mersing, di sini, Khamis malam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Low Hang Seng berkata, mangsa yang terbunuh adalah pemandu dan penumpang kereta Perodua Kenari iaitu Rosmah Muda, 28, dan adiknya Fatimah, 24, serta pemandu dan penumpang Proton Wira iaitu Mohamad Shafie Pecek, 21, Mohamad Fayad Abdul Rahman, 21 dan Mohd Nizam Hassan, 29. "Mangsa yang cedera parah pula adalah Nur Shafiqah, 14, yang merupakan adik kepada Rosmah dan Fatimah. Dia kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT)," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat. Hang Seng berkata, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 10.40 malam apabila Proton Wira yang dinaiki Mohamad Shafie, Mohamad Fayad dan Mohd Nizam dari arah Kota Tinggi menghala ke Mersing itu berlanggar dengan Perodua Kenari yang datang dari arah bertentangan. Difahamkan, ketiga-tiga sahabat itu dalam perjalanan pulang ke Felda Tenggaroh, di sini, selepas menjamu selera di bandar Kota Tinggi. Tiga beradik perempuan yang beralamat di Jalan Haji Arifin, Endau, Mersing, itu pula dalam perjalanan bagi tugasan mengandam pasangan pengantin di Felda Air Tawar 3, di sini. Katanya, berikutan perlanggaran itu Rosmah, Fatimah dan Mohamad Fayad mati di tempat kejadian, manakala Mohamad Shafie dan Mohd Nizam meninggal dunia di HKT. Kesemua mayat dibawa ke HKT untuk bedah siasat. - mstar

Di Maria Makin Pulih, Beraksi Menentang Chelsea Ahad Ini
Kecederaan pada buku lali di Maria kin makin pulih.
PEMAIN Manchester United, Angel di Maria berjaya melepasi tempoh kecederaan dan dijangka dapat beraksi pada perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea pada Ahad ini. Menandatangani kontrak bernilai £59.7 juta mengalami kecederaan ketika pasukannya seri 2-2 ketika menentang West Bromwish Albion di The Hawthorns pada Isnin. Pemain itu pada mulanya mahu meneruskan permainan walaupun kesakitan akibat ditendang pada pahanya pada babak akhir perlawanan itu, bagaimanapun terpaksa mengalah bagi mengelak kecederaan serius. Selepas menjalani rawatan yang disediakan pasukannya, kini pengurus United, Louis van Gaal yakin pemain berasal dari Argentina itu dapat menyumbang tenaga pada Ahad ini. Sementara itu, Michael Carrick juga dijangka turut disenaraikan antara kesebelasan pemain pasukan yang akan menentang Chelsea selepas hanya duduk di bangku simpanan ketika menentang Albion baru-baru ini. Nasib yang tidak menyebelahi Carrick sejak menjalani pembedahan buku lali Julai lalu juga dipertimbangkan untuk bermain menentang Wan Ham United pada Jumaat. Bagaimanapun van Gaal belum membuat keputusan muktamad mengenainya kerana lebih mementingkan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini. - mstar

Keputusan Liga Europa
BERIKUT adalah keputusan perlawanan Liga Europa, awal pagi Jumaat:
Kumpulan A
Monchengladbach 5 - 0 Apollon Limassol
Villarreal 4 - 1 FC Zurich
Kumpulan B
Club Brugge 1 - 1 FC Copenhagen
Torino 2 - 0 HJK Helsinki
Kumpulan C
Partizan 0 - 4 Besiktas
Tottenham 5 - 1 Asteras Tripoli
Kumpulan D
Celtic 2 - 1 Astra Ploiesti
Red Bull Salzburg 4 - 2 Dinamo Zagreb
Kumpulan E
Estoril Praia 1 - 2 Dinamo Moscow
PSV Eindhoven 1 - 1 Panathinaikos
Kumpulan F
Dnipro Dnipropetrovsk 0 - 1 FK Qarabag
Inter Milan 0 - 0 Saint-Etienne
Kumpulan G
Rijeka 3 - 1 Feyenoord
Standard Liege 0 - 0 Sevilla
Kumpulan H
FC Krasnodar 2 - 4 VfL Wolfsburg
Lille 0 - 0 Everton
Kumpulan I
SK Slovan Bratislava 0 - 3 Sparta Prague
Young Boys 2 - 0 Napoli
Kumpulan J
AaB Aalborg 3 - 0 Dynamo Kiev
Ste Bucharest 2 - 1 Rio Ave
Kumpulan K
PAOK 0 - 1 Fiorentina
Dinamo Minsk 0 - 0 Guingamp
Kumpulan L
Trabzonspor 2 - 0 Lokeren
- mstar

SIC Nasihat Peminat MotoGP Guna Perkhidmatan RapidKL
KUALA LUMPUR: Sepang International Circuit (SIC) menasihatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan bas RapidKL dari bandar raya ini ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menonton Grand Prix Motosikal Malaysia Shell Advance 2014 (MOTOGP) mulai Jumaat hingga Ahad ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata litar itu melantik RapidKL sebagai Pengangkutan Awam Rasmi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap.
"Keutamaan diberi kepada perkhidmatan bas perantara RapidKL bagi acara ini. Kami mengesyorkan peminat supaya menggunakan pengangkutan awam untuk menikmati kelancaran perjalanan untuk pergi dan pulang dari Sepang.
"Tiket perlumbaan begitu laris dan kami menjangka jumlah penonton tahun ini mencatat rekod, kami rasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke Sepang adalah langah bijak bagi menikmati keseronokan acara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Perkhidmatan bas itu boleh didapati mulai 8 pagi Jumaat di stesenTransit Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Masjid Jamek dan KL Sentral di sini.
"Tempat mengambil dan menurunkan penumpang ialah di pintu masuk KL Sentral (berhampiran Sooka Central) dan KLCC (di hab bas GoKL bertentangan AvenueK) dengan tiket berharga RM18 untuk satu perjalanan atau RM30 untuk perjalanan pergi-balik.
"Perkhidmatan bas perantara juga disediakan dari KLIA 2 dengan tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Aras 1 terminal bas, manakala harga tiket ditetapkan RM10 untuk satu perjalanan," katanya.
Selain perkhidmatan bas perantara dari bandar raya ini, RapidKL juga mengadakan perkhidmatan pengangkutan perantara di sekitar litar menggunakan 30 bas. - mstar
TOP
Vietnam Minat Sistem Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia
KUALA LUMPUR: Setelah disyorkan Bank Dunia, Vietnam berminat untuk mencontohi inisiatif ePerolehan, Perolehan Elektronik Kerajaan Malaysia.
Menurut kenyataan Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) pada Jumaat, seramai 10 pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Perancangan dan Pelaburan (MPI) Vietnam telah membuat lawatan sambil belajar ke negara ini baru-baru ini.
CDC sebagai pembangun, pembina dan operator sistem ePerolehan telah memberi taklimat mengenai inisiatif tersebut kepada delegasi itu yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Perolehan Awam MPI, Nguyen Dang Truong.
Mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap ePerolehan dan bagaimana Malaysia berjaya mengubah sektor kerajaan dan swasta untuk melakukan urusan perolehan melalui kaedah di dalam talian.
Mereka juga bertemu dengan pegawai Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya.
"Berbanding sistem yang kami guna sekarang, ePerolehan adalah jauh lebih komprehensif. Ia boleh memenuhi semua keperluan sesebuah kerajaan," menurut kenyataan itu yang memetik Truong sebagai berkata selepas pertemuan itu.
Ditubuhkan pada 1999, CDC ditauliahkan kerajaan Malaysia untuk membangun sistem ePerolehan menggantikan sistem manual yang digunakan sebelum ini dan inisiatif itu bertujuan menggalakkan ketelusan, kewibawaan dan kebertanggungjawapan di dalam perolehan awam. - mstar
TOP
Tiada Lagi Petrol Subsidi Untuk Golongan Berpendapatan Tinggi
BANGI: Golongan berpendapatan tinggi perlu mula membayar petrol RON95 dengan harga pasaran, manakala mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah akan terus menikmati kadar subsidi semasa apabila mekanisme rasionalisasi subsidi petrol dilaksanakan pada Jun.
Kadar pasaran semasa bagi RON95 adalah RM2.58 seliter, manakala harga subsidi ialah RM2.30 seliter.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mekanisme tersebut, yang mungkin melibatkan penggunaan MyKad atau kad-kad lain, masih diperhalusi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
"Bagi golongan berpendapatan sederhana, ada di antaranya masih akan menikmati kadar subsidi," katanya pada sidang akhbar selepas taklimat Bajet 2015 dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi berkaitan, Khamis.
Beliau berkata adalah tidak masuk akal apabila orang yang memandu kereta mewah menikmati 75 liter petrol subsidi manakala golongan berpendapatan rendah memiliki 7.5 liter setiap kali mengisi bahan bakar.
"Apabila sistem untuk diesel subsidi bermula pada bulan Januari, kad fleet akan digunakan untuk pembelian," katanya.
Tambahnya, kerajaan membelanjakan RM23.5 bilion subsidi bahan api pada tahun 2009.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan memberikan subsidi secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia sehingga penggunaan tertentu dengan mengambil kira negara ini adalah negara penghasil minyak, beliau berkata masih ada masa untuk membuat kajian mengenainya dan keputusan akan diumumkan kemudian.
Beliau berkata Malaysia mengeluarkan 700 tong minyak berkualiti tinggi sehari untuk eksport manakala mengimport 600 tong minyak biasa untuk kegunaan umum.
Sementara itu, beliau berkata, kadar inflasi dijangka meningkat sebanyak 1.08 peratus dari kadar semasa 3.3 peratus (berdasarkan Indeks Harga Pengguna) selepas GST dilancarkan pada bulan April, tetapi akan turun kepada 2 peratus atau 3 peratus pada akhir tahun 2015 atau pada tahun 2016, seperti yang diramalkan oleh Bank Negara.
Alasan peningkatan sementara itu kerana cukai jualan 10 peratus ke atas stok lama ditambah dengan GST 6 peratus. - mstar
TOP
Bicara Kes Saman Anwar-Khairy Ditetapkan 7 Dan 8 Mei 2015
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan dua hari bermula 7 Mei 2015 untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam J. Leela mewakili Anwar dan peguam Lew Cho Kang mewakili Khairy.
Lew ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 7 dan 8 Mei untuk perbicaraan selepas tarikh sebelum ini pada 4 dan 5 Disember dilapangkan, manakala 6 April ditetapkan untuk pengurusan kes.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.
Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Februari 2008.
Pada 20 Oktober lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Khairy untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Oktober tahun lepas, yang tidak membenarkan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pernyataan pembelaannya dalam kes saman itu.
Beliau memfailkan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada 20 Ogos lepas menolak rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaan itu. - mstar
TOP
Biawak Sesat Di Kolam Renang, Tetamu Resort Lari Lintang-Pukang
KOTA KINABALU: Kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah dipanggil setelah seekor biawak didapati berenang di kolam renang di sebuah resort tepi laut di Kinarut kira-kira 15 Km dari sini.
Kemunculan reptilia berukuran dua setengah meter panjang di kolam renang itu secara tiba-tiba mengakibatkan tetamu resort lari lintang-pukang, Selasa.
Pegawai-pegawai resort menghubungi Unit Penyelamat Hidupan Liar, yang mana kakitangannya mempunyai pengalaman dalam menyelamatkan gajah, orang utan dan buaya.
Apabila renjer hidupan liar tiba di resort, biawak tersebut masih berada di kolam renang.
Reptilia itu ditangkap dalam tempoh beberapa minit.
Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Dr Sen Nathan berkata biawak ini dilepaskan di hutan simpan Kawang, Rabu.
TOP
Warga Itali Dilapor Hilang Pergi Bercuti, Polis Tutup Kes
KOTA KINABALU: Polis mengesahkan bahawa ahli perniagaan warga Itali William Bocchi pergi ke selatan Filipina untuk bercuti.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata Bocchi, 52, telah menaiki feri Danica Joy yang berpangkalan di Filipina di Sandakan untuk lawatan semalaman ke Zamboanga pada 14 Oktober.
"Dia pergi ke sana untuk bercuti. Kami menganggap kes ditutup," katanya.
Bocchi menimbulkan kebimbangan tentang di mana dia berada apabila seorang ahli perniagaan Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio.
Bocchi tiba di KLIA 2 di Sepang, pada 12 Oktober dan terbang ke Kota Kinabalu pada hari berikutnya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu.
Yiik Huon memberitahu polis bahawa Fabio berkata Bocchi sepatutnya pulang ke rumah pada 16 Oktober.
Beliau berkata Bocchi, yang terlibat dalam perniagaan perkhidmatan kewangan sepatutnya bertemu pelanggan di Lahad Datu. - mstar
TOP
Pekerja Resort Dihukum Gantung Bunuh Majikan Hamil
IPOH: Seorang bekas pekerja am di sebuah resort percutian di Pulau Pangkor dijatuhi hukuman mati kerana membunuh majikannya enam tahun lalu.
Hamzah Osman, 24, didapati bersalah membunuh pembantu pengurus Norazuda Iden di bilik No 202, Suria Beach Resort di Teluk Nipah sekitar pukul 1 pagi pada 18 Ogos 2008.
Mangsa yang berusia 31 tahun, yang juga isteri pemilik resort, sedang hamil lima bulan pada masa itu.
Dalam mejatuhkan hukuman mati pada Jumaat, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Adzam Abd Ghani berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. - mstar
TOP
Jantung Syafie Naswip Berhenti Kerana Makan Limau Cicah Garam
Syafie Naswip dedah perkara tentangnya yang tidak diketahui umum.
PETALING JAYA: Pelakon Syafie Naswip mendedahkan mempunyai alahan terhadap buah limau apabila mengalami jantung berhenti selepas memakan buah tersebut. Syafie atau nama sebenarnya Mohammad Syafie Naswip, 22, berkata, kejadian tersebut berlaku tiga tahun lalu akibat terlalu teringin untuk memakan buah itu bersama garam sehingga membuatkan dia dikejarkan ke hospital. "Saya tahu saya ada alahan terhadap makanan laut dan bila makan badan rasa panas dan gatal-gatal. Namun, tidak sangka buah limau juga menjadi alahan yang sama. "Lebih teruk, selepas saya memakan buah limau dengan garam badan jadi panas dan ketika di klinik doktor beritahu jantung saya berhenti dan terus dibawa ke hospital. Alhamdulillah tidak ada apa-apa yang buruk berlaku," ujarnya kepada mStar Online. Syafie berkata demikian ketika diminta menceritakan beberapa perkara tentangnya yang tidak diketahui umum. Tambah Syafie, sejak kejadian tersebut, dia dinasihatkan agar tidak memakan buah tersebut bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang. Syafie berkata, kebiasaanya jika dia terlalu teringin untuk makan makanan laut dia akan memberitahu kepada rakan-rakannya agar bersedia untuk membawanya ke klinik berhampiran untuk mendapatkan suntikan segera. "Kadang-kadang memang saya akan makan sahaja makanan tersebut, tetapi awal-awal saya akan beritahu pada rakan-rakan yang ada agar bawa saya ke klinik jika saya ada tanda-tanda alahan itu," ujarnya. Selain itu, Syafie mengakui dia seorang 'kaki bangku' iaitu tidak pandai bermain bola sejak kecil lagi. Bagaimanapun, katanya, dia sering berpura-pura pandai jika disuruh melakonkan adegan bermain bola. "Sejak kecil saya memang kaki bangku, saya tidak campur dengan orang bermain bola di sekolah dulu, tetapi jika disuruh berlakon saya buat sahaja, walhal hakikatnya saya takut. "Kalau ada kawan-kawan yang ajak main saya akan duduk di tepi gol sahaja untuk tunggu bola kerana saya takut diketawakan," ujarnya. Sementara itu, pelakon ini juga mendedahkan mempunyai tabiat suka mengira duit berulang kali jika ingin membeli sesuatu barang di kedai. Katanya, dia akan mengeluarkan duit lebih daripada nilai barang yang hendak dibelinya dan kira banyak kali sebelum benar-benar menyerahkan duit itu kepada juruwang. "Saya suka kira duit banyak kali sebelum bayar, jika barang tersebut berharga RM500 saya akan keluarkan lebih dan sentiasa kira sehingga benar-benar buat keputusan untuk membeli barang tersebut, "Sebelum bayar saya akan suruh kawan saya pula kira duit tersebut agar tidak berlaku kesalahan," ujarnya. Selain itu,bercerita tentang pengalaman tidak boleh dilupakan, lelaki yang popular dengan filem Mukhsin ini juga mendedahkan pernah didenda kerana membawa seluar dalam ke sekolah. Katanya, perkara tersebut terjadi apabila dia terlupa untuk mengeluarkan seluar dalam selepas mandi di kolam renang. "Saya sering pergi berenang selepas waktu sekolah, jadi saya akan bawa seluar dalam lebih dan satu hari itu saya terlupa untuk keluarkan daripada beg sekolah. "Keesokan harinya di sekolah pula ada pemeriksaan dan cikgu menganggap saya buat perkara yang tidak betul," ujarnya. - mstar

TMJ - Khaleeda Selamat Diijab Kabul
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat diijab kabul dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, di Istana Bukit Serene dalam satu majlis tertutup di sini, Jumaat.
Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan permaisuri Raja Zarith Sofiah bersama-sama anakanda baginda turut hadir.
Selepas majlis itu, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith dilihat meninggalkan kawasan istana sekitar pukul 11.45 pagi.
Lebih kurang 15 minit kemudian, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda meninggalkan istana.
Mereka melambaikan tangan kepada wartawan yang menunggu di luar pintu gerbang istana.
Sebelum itu, pengantin lelaki tiba di pintu gerbang istana pada pukul 10 pagi menaiki kereta Rolls-Royce Phantom bersama polis pengiring.
Pemimpin negeri termasuk anggota exco Johor dan tetamu jemputan tiba di Istana Bukit Serene sekitar pukul 8 pagi. - mstar
TOP
Rizalman Berlepas Ke New Zealand
Rizalman
PETALING JAYA: Bekas pegawai waran dua Muhammad Rizalman Ismail telah dihantar ke New Zealand untuk menghadapi pertuduhan rompakan dan serangan. Wisma Putra mengesahkan bahawa Rizalman, 35, meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL dengan penerbangan MH133 dari Kuala Lumpur ke Auckland pada pukul 8.55 pagi Jumaat. Pada Sabtu, dia akan menaiki penerbangan lain dan tiba di Wellington kira-kira pukul 10.30 pagi. Tidak lama selepas itu, dia dijadualkan menghadapi pertuduhan di mahkamah di sana. "Dia dikawal oleh dua orang pegawai polis dari New Zealand, bersama-sama dengan dua kakitangan Kementerian Pertahanan," kata jurucakap Wisma Putra. Dia dikawal ketika memasuki pesawat tanpa digari dan dilaporkan telah menyatakan keinginannya untuk kembali secara sukarela ke New Zealand, menurut jurucakap itu. Rizalman, bekas pegawai waran dua di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, dituduh melakukan rompakan dan serangan dengan niat untuk merogol Tania Billingsley, 21, di rumahnya pada 9 Mei. Meskipun menghadapi perbicaraan di sana, dia kembali ke Malaysia pada 22 Mei selepas Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatiknya. - mstar

Pemeriksaan Ebola Di KLIA, Lapangan Terbang Changi
KUALA LUMPUR: Ketika ramai penumpang udara yang mempersoalkan tentang apa yang mereka anggap sebagai 'kelonggaran' dalam usaha menyekat penyebaran virus Ebola, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura sebenarnya sedang melakukan sesuatu.
Pemeriksaan di lapangan terbang kedua-dua negara, mengesahkan perkara ini.
Tetapi banyak langkah untuk mengesan potensi pembawa virus Ebola itu tersembunyi daripada pandangan umum. Ia seolah-olah pihak berkuasa tidak mahu sesiapa pun menyedarinya.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebuah 'booth' kecil dapat dilihat berhampiran tiang kaunter Imigresen dengan dua kamera thermographic dihalakan ke laluan pejalan kaki yang bergerak.
Dua pegawai daripada Kementerian Kesihatan sedang memantau penumpang di skrin negatif ungu. Mereka mencari cahaya hijau pada badan penumpang yang menandakan badan penumpang itu bersuhu tinggi dan demam.
"Apabila kita mengesan seseorang yang demam, kita akan mendekati dan mengarahkan penumpang pergi ke kawasan kuarantin untuk pemeriksaan.
"Kami akan bertanyakan beberapa soalan jika mereka telah pergi ke Afrika Barat dalam tempoh tiga minggu terakhir atau jika mereka telah berhubung dengan sesiapa sahaja yang menghidap Ebola," kata salah seorang pegawai.
Beliau berkata booth tersebut dikendalikan sepanjang masa dan sebelum ini telah dijalankan untuk mengesan demam kuning dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).
Ketika ditanya mengenai potensi pembawa Ebola yang tidak menunjukkan tanda-tanda demam memandangkan Ebola biasanya mempunyai tempoh inkubasi sehingga 21 hari, pegawai-pegawai tidak dapat memberikan jawapan.
Wartawan kemudian dibawa ke unit kuarantin yang kelihatan seperti klinik, kira-kira 100 meter dari booth di mana terdapat dua orang doktor di situ.
Tempat tersebut memiliki ruang untuk doktor untuk membuat pemeriksaan dan sebuah lagi bilik yang boleh menampung kira-kira tujuh pesakit pada satu masa.
Unit ini telah mengkuarantin 26 orang untuk demam kuning pada tahun 2013 dan 17 orang dari Januari hingga Mac tahun ini.
Walaupun bunting mengenai MERS dan Ebola serta rak dengan risalah maklumat ditempatkan di sekitar booth pemeriksaan, penumpang yang tiba dan ditemuramah gagal menyedarinya.
Dwight Cosgrove dari Sydney berkata dia tidak tahu bahawa dia telah diperiksa.
"Saya melalui Imigresen seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang berbeza di sana yang membuatkan saya berfikir mereka membuat pemeriksaan Ebola. Bagaimanapun orang-orang Imigresen memakai topeng," katanya.
Seorang pelajar dari Pulau Pinang berkata dia menyedari adanya booth itu tetapi tidak tahu apa fungsinya.
Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata pegawai beliau yang bertugas di pintu masuk telah ditugaskan untuk mengenal pasti mereka yang datang dari negara-negara Afrika Barat yang terjejas dengan wabak ini.
"Kami membantu dalam mengenal pasti penumpang manakala pemeriksaan dilakukan oleh pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam Ebola," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa kakitangan kesihatan awam telah menjalankan latihan simulasi untuk mempersiapkan diri mereka untuk kes Ebola yang disahkan di negara ini.
Di Singapura, stesen pemeriksaan dilihat berada di di setiap satu daripada tiga terminal di Lapangan Terbang Changi, tetapi disembunyikan di bawah 'escalator' menuju ke pusat pemeriksaan Imigresen.
Dua hingga tiga sukarelawan dilihat berada di setiap stesen.
Kamera thermographic bagaimanapun tidak dilihat oleh wartawan di lapangan terbang.
Seorang jururawat, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata stesen-stesen telah dibuka selama kira-kira dua minggu lalu dan secara khusus menyasarkan penumpang dengan pasport dari negara-negara yang dilanda Ebola.
Pegawai-pegawai imigresen akan mengarahkan semua penumpang ini ke stesen-stesen di mana mereka akan diperiksa sama ada demam atau tidak dan diberi soal selidik, sama seperti di KLIA, tetapi terdapat beberapa pendatang Afrika Barat, katanya.
Kementerian Kesihatan Singapura dan Lapangan Terbang Changi menjalankan latihan kecemasan untuk kes Ebola pada bulan Ogos. - mstar
TOP
11 Warga Indonesia Dakwa Dirompak, Hanyut 25 Jam
PETALING JAYA: Semua 11 warga Indonesia yang ditemui terapung selepas 25 jam hanyut di lautan mendakwa menjadi mangsa rompakan kapal tangki di Laut Sumatera.
Perkara itu diketahui sebaik mangsa yang ditemui atas rakit keselamatan oleh nelayan Vietnam itu membuat laporan polis di Balai Polis Chendering pada kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, bagaimanapun, semua mangsa yang ditemui terapung kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan.
"Mereka ditemui nelayan Vietnam kira-kira 30 batu nautika dari pesisir Pantai Chendering. Laporan awal yang diterima menyatakan berlaku kejadian bot karam membabitkan pelancong, bagaimanapun hanya selepas laporan polis dibuat baharu kami tahu siapa sebenarnya mereka.
"Mungkin masalah komunikasi yang menyebabkan maklumat yang diterima bercanggah. Tentunya pihak polis akan melakukan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan mereka yang dikatakan dirompak di Laut Sumatera," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.
Jurucakap itu berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, perompak mengikat semua mangsa sebelum menempatkan mereka di atas rakit keselamatan dan dihanyutkan ke laut.
Beliau berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 8.45 malam sebelum sepasukan anggota ke Pantai Chendering untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. - mstar
TOP
Kaji Punca, Latar Belakang Belia Muflis - Sohaimi
Datuk Sohaimi Shahadan
PETALING JAYA: Sekretariat Bebas Muflis (SBM) meminta Jabatan Insolvensi mengkaji punca dan latar belakang belia yang diisytiharkan muflis sebelum merangka sebarang program kesedaran mengenai kebankrapan golongan itu. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kajian itu untuk memastikan setiap mesej dapat disampaikan secara lebih jelas kepada golongan sasar meskipun program kesedaran yang diadakan melibatkan belia pelbagai latar belakang. "Jabatan Insolvensi perlu buat kajian mengenai siapa sebenarnya dalam kumpulan belia yang diisytiharkan muflis di bawah umur 25 tahun. "Kita perlu tahu adakah belia muflis itu merupakan mereka di kalangan pelajar universiti, terus bekerja selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) mahupun dalam golongan profesional. "Kalau mereka (Jabatan Insolvensi) tak ada data itu, mereka perlu kumpul maklumat yang tepat lebih awal sebelum buat program dengan sesiapapun. Kita tak nak mereka sasarkan kumpulan yang salah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai Jabatan Insolvensi akan mengadakan kerjasama dengan program 1Malaysia For Youth (1M4U) bagi memupuk kesedaran belia mengenai kebankrapan dan mendidik golongan itu menangani bankrap. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pada Ahad lalu berkata, kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan berikutan seramai 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Sohaimi berkata, program kesedaran mengenai kebankrapan ini juga diharapkan dapat dilakukan seawal peringkat sekolah dan universiti berikutan sudah ada yang diisytiharkan bankrap pada usia muda. "Saya tak ada masalah kalau Jabatan Insolvensi nak buat program kesedaran dengan mana-mana agensi... 1M4U ke atau persatuan belia, asalkan mesej itu sampai kepada golongan sasar," katanya. Beliau menambah, program di peringkat sekolah dan universiti boleh menggunakan pendekatan berpendidikan dengan memperjelaskan apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu diisytiharkan muflis dan kesannya selepas itu. "Penjelasan perlu diberikan kepada belia dengan menggunakan keadaan sebenar seperti seseorang itu hendak membuat pinjaman atau menjadi penjamin untuk pembelian kereta dan membuat bayaran balik (pinjaman)," katanya. Mengenai Sekretariat Bebas Muflis, Sohaimi berkata, lebih 3,000 telah berdaftar dengan SBM bagi menyelesaikan kes kebankrapan sejak sekretariat itu ditubuhkan pada Oktober 2013. Sohaimi berkata, lebih separuh daripada jumlah itu merupakan golongan belia yang berumur 35 tahun ke bawah. "Secara keseluruhan, sebanyak 211 kes telah dibantu oleh SBM dan daripada jumlah itu, 88 kes berjaya diselesaikan di mana mereka bebas daripada muflis," katanya sambil menambah bahawa kes yang dibantu itu melibatkan semua peringkat umur termasuk belia. - mstar

Nad Zainal Tidak Pandang Lelaki Lain Apabila Bercinta
Nad Zainal mengakui sering kurang bernasib baik dalam hubungan cinta. Foto SHAARI CHEMAT
PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal mendedahkan dia seorang yang begitu setia apabila menjalinkan hubungan cinta sehingga tidak akan memandang mana-mana lelaki yang ingin cuba mendekatinya. Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 24, berkata, keadaan itu membuatkan dia akan berasa terlalu kecewa jika perhubungan yang dijalinkan itu gagal. "Setakat ini saya hanya menjalinkan hubungan cinta yang serius sebanyak tiga kali. "Dan apabila bercinta, saya hanya akan fokus pada lelaki itu sahaja tanpa melihat orang lain di sekeliling. Kiranya, kalau orang nak 'masuk line' sekalipun, saya tidak akan beri peluang," katanya kepada mStar Online.
Nad Zainal
Tambah Nad, dia juga tidak akan berhubungan semula dengan bekas kekasihnya walaupun sebagai teman biasa kerana menganggap ia boleh menganggu perhubungan bersama pasangan baru pada masa depan. Dalam pada itu Nad turut menyedari dia seorang wanita yang kurang bernasib baik dalam hal-hal berkaitan cinta. "Kadang-kala, cemburu juga melihat kawan-kawan yang kekal lama dengan pasangan mereka. Malah ada yang jodohnya sehingga berkahwin. "Cuma saya saja yang kurang bernasib baik. Ada saja masalah yang timbul. Bagaimanapun saya percaya Allah sudah menentukan jodoh setiap manusia, cuma cepat atau lambat sahaja," ujarnya. Terdahulu Nad baru saja memutuskan hubungan dengan aktor Hefny Sahad dua bulan lalu. Sebelum itu pelakon drama Kampung Girl itu juga pernah menjalinkan hubungan dengan aktor Azwan Kombos hampir dua tahun. - mstar

Anjing Kelaparan Diselamatkan, Makan Batu Dan Daun Untuk Terus Hidup
Seekor anjing berada di dalam keadaan yang tersangat lapar telah diselamatkan oleh pusat kawalan haiwan di New Orleans. Anjing yang seberat 19kg ketika dijumpai itu dikatakan sedang berkeliaran di jalan-jalan di New Orleans ketika diselamatkan.
Setelah diselamatkan, anjing tersebut di X-Ray dan doktor terkejut kerana mendapati di dalam perutnya hanya ada beberapa ranting pokok(bersama daun) yang telah dikunyah dan juga beberapa ketul batu. Mereka mempercayai objek tersebut dimakan oleh Anjing yang diberi nama Alex itu untuk terus hidup.
'Dia masih lagi berkelakuan baik dan manis dan pemaaf, walaupun telah mengalami kesengsaraan yang dialaminya selama ini", kata Deanna Theanna, penolong pengarah Southern Animal Foundation.
Objek di dalam perut Alex telah dikeluarkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan perutnya tercedera.
Alex akan dilepaskan kepada tuannya yang baru setelah dia disahkan sihat dan berat badannya stabil - SiakapKeli.com

Gadis selfie dengan jenazah bapa dapat teguran
TINDAKAN seorang gadis yang sempat ‘berselfie’ disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.
Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan pengguna laman sosial yang ‘terlihat’ gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram. Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang ‘enak’ dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan. “Hmmm, janganlah bertindak sebegitu,” tulisnya. Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu. “Mama you still have us. I Promise gonna take care of you...insya-ALLAH #nyawaku,” tulisnya. - Sinar Harian

Kaji Semula Nama Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari
Kuantan: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diharap dapat mengkaji semula nama Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari di Gambang, di sini, yang dianggap tidak sesuai serta menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak di peringkat negeri.
Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail berkata, persoalannya mengapa pihak terbabit menggunakan nama Mokhtar Dahari sedangkan bekas pemain Selangor dan kebangsaan itu tidak banyak berjasa kepada negara.
Katanya, jika dibandingkan dengan beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Ghani Minhat ternyata dia lebih banyak menyumbang tenaga untuk melonjakkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, KBS seharusnya mengambil kira pelbagai sudut sebelum memutuskan nama akademi bola sepak berkenaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.
"Saya kecewa apabila KBS membuat keputusan tanpa mendapatkan nasihat atau sekurang-kurangnya pandangan ikhlas daripada pemimpin setempat kerana akademi berkenaan terletak di negeri ini.
"Saya berpendapat sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang memimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama 30 tahun, lebih sesuai akademi bola sepak berkenaan dikaitkan dengan nama baginda.
"Justeru, saya berharap KBS dapat mengkaji semula nama akademi bola sepak terbabit dalam usaha menjaga imej semua pihak," katanya yang sebelum ini menyuarakan pandangan berkenaan di Dewan Rakyat.
Abdul Manan berkata, pihak terbabit masih boleh menggunakan nama beberapa lagenda pemain bola sepak negara seperti Datuk Jamal Nasir Ismail, Datuk Soh Chin Aun, James Wong, Hassan Sani dan Santok Singh tetapi hanya membabitkan dewan, padang dan bilik mesyuarat bukan akademi berkenaan.
Abdul Manan berkata, tindakan KBS menggunakan nama Mokhtar Dahari juga turut menimbulkan rasa kurang senang beberapa lagenda bola sepak negara yang berpendapat nama mereka juga layak diabadikan pada akademi berkenaan. - Harian Metro
TOP
Peniaga Dituduh Merogol dan Meliwat Anak Tiri
KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga berdepan dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak tirinya berusia 15 tahun, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Tertuduh berusia 41 tahun dari Pulau Perhentian, Kuala Besut, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibacakan.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di Teratak Zulaiqal’s Teluk Dalam, Pulau Perhentian, Besut, jam 2 pagi, 7 September lalu.
Dia sekali lagi didakwa mengulangi kesalahan sama apabila merogol mangsa di lokasi sama, sejam kemudian, iaitu kira-kira jam 3 pagi, 7 September lalu.
Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi sama, jam 3 pagi, keesokan harinya iaitu 8 September lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Rozianti menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, manakala tiada sebarang jaminan ditawarkan. - Sinar Harian
TOP
Wanita Dakwa Rugni RM650,000 Ditipu Warga Britain
Kuching: Terpedaya dengan wasiat memperoleh harta pusaka, seorang guru wanita berputih mata apabila kerugian lebih RM650,000 selepas mendakwa ditipu lelaki warga Britain yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.
Guru berusia 49 tahun itu mendakwa dia berkenalan seorang lelaki dikenali sebagai Robert Mario pada Februari 2011 menerusi laman sosial sebelum mereka berhubung melalui laman sembang Yahoo Messenger.
Sepanjang perkenalan itu, suspek mendakwa mewarisi sejumlah besar harta pusaka mendiang bapanya dan meminta mangsa supaya mengambil alih harta itu di Kuala Lumpur melalui seorang ejen dilantik.
“Tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Alim dan mendakwa dia adalah ejen dilantik Robert bagi menguruskan harta pusaka itu.
“Sejak itulah ejen terbabit sering meminta wang daripada mangsa dengan pelbagai alasan termasuk mahu membeli bahan kimia bagi membersihkan wang, urusan kastam, bayaran lindungan peti berisi wang dan cukai dengan bayaran itu dibuat secara berperingkat,” katanya.
Menurutnya, mangsa tidak mengesyaki sesuatu mencurigakan kemudian membuat bayaran seperti diminta ejen terbabit.
“Kali terakhir bayaran dibuat pada Ogos lalu dan ketika itulah mangsa mula mengesyaki ada sesuatu tidak kena.
“Mangsa berasa tertipu selepas ejen terbabit tidak menyerahkan harta seperti didakwa sebelum membuat laporan di Balai Polis Satok semalam (kelmarin),” katanya.
Katanya, kejadian itu mengakibatkan mangsa menanggung kerugian akibat semua wang simpanannya lesap begitu saja.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kes masih dalam siasatan. - Harian Metro
TOP
‘Teksi Penyu’ Di Jepun Janjikan Pemanduan Paling Perlahan
Sebagai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan teksi, pastinya kita mahukan pemanduan yang cekap, selamat dan segera untuk tiba ke destinasi yang hendak dituju.
Namun lari daripada ‘klise’, sebuah syarikat teksi di Jepun kini mencuba satu konsep baru iaitu pemanduan perlahan mengikut kehendak pelanggan!
Bermula Disember tahun lalu, konsep ini diperkenalkan oleh Sanwa Kotsu Group dengan mewujudkan 10 hingga 500 teksi di Yokohama dikenali sebagai ‘teksi penyu’.
Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan yang masuk ke dalam teksi harus menekan satu butang tertulis ‘Yukkuri’ (perlahan) yang seterusnya mengaktifkan satu bunyi.
Selain itu, satu logo penyu juga akan tertera di bahagian hadapan, lantas memberitahu pemandu teksi bahawa dia perlu memandu seperlahan mungkin.
Servis tersebut agak dikenali di Jepun buat warga emas, wanita mengandung, ibu yang membawa anak kecil dan para pelancong yang ingin menikmati keindahan bandar. “Ia sesuai untuk seorang ibu yang sedang menidurkan bayinya,” ujar seorang pelanggan yang mempunyai anak kecil. Perkhidmatan tersebut mendapat banyak reaksi positif dan berkembang sebanyak 15 peratus pada tahun lalu. Justeru, syarikat tersebut bercadang untuk mengimplementasi perkhidmatan itu pada semua teksi miliknya di Tokyo, Kanagawa dan Siatama. – MYNEWSHUB.CC

Julia Perez Sibuk Pilih Sperma, Inginkan Anak Terbaik
SELEBRITI dangdut Julia Perez atau Jupe yang menggemparkan Indonesia apabila ingin mendapatkan zuriat melalui tabung uji nampak gaya tidak mempedulikan kecaman terhadap tindakannya, sebaliknya dia kini sibuk memilih sperma terbaik untuk zuriatnya.
Jupe, 34 berkata sperma yang didermakan itu mesti memiliki kualiti tinggi penting untuk memastikan anak yang bakal dikandungnya sihat.
Dia mengakui amat teliti dalam memilih ciri-ciri yang dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak mengecewakan.
“Wajar kalau saya seleksi karena enggak mau beli kucing dalam karung. Saya ingin anak saya sehat. Pokoknya berikan contoh yang baik dan berguna,” katanya Jupe memetik kompas.com.
Jupe juga tidak menafikan untuk berkahwin dengan penderma sperma itu satu hari nanti.
Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano ini berkata, dia inginkan suami yang mempunyai sperma yang bagus untuk memperoleh anak seterusnya.
“Saya enggak mau nakal, jadi ikutin saja, dan saya mau nikahin donor saya nantinya. Cinta belakangan, yang penting kan sah,” kata Jupe lagi.
Bagaimanapun, kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yang gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.
“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.
Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.
“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.
“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.
Tidak dipastikan samada proses itu dilakukan di Singapura atau Pulau Pinang kerana dia masih enggan mendedahkan keputusan pemeriksaan perubatan yang dilakukannya. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Gempar!! Doktor New York Pula Diserang Penyakit Ebola
Penularan jangkitan virus berjangkit Ebola amat digeruni masyarakat dunia kerana dilihat hingga kini bagai tiada tanda pengakhiran hingga mencatatkan pertambahan berpuluh ribu kematian setiap hari.
Tidak reda kisah menyayat hati seorang jururawat sukarelawan Ebola yang turut diserang penyakit ini hingga video tangisannya menjadi viral beberapa hari lalu dan kini ada lagi kes mendukacitakan apabila seorang doktor kes Ebola turut dijangkiti virus itu.
Dr. Craig Spencer, 33, pada awalnya dikejarkan ke Bellevue Hospital di New York kerana mengalami demam dan selsema yang teruk namun akhirnya pihak hospital mengesahkan Dr. Spencer sah positif dijangkiti penyakit itu.. Dr. Spencer dikatakan baru pulang 10 hari dari Afrika kerana merawat pesakit Ebola di negara itu.
Ini sekali gus menjadikan kes pertama Ebola yang pernah dilaporkan di bandar terkenal, New York. Teman wanita Dr. Spencer yang tinggal bersama dalam satu rumah turut dikuarantinkan kerana mungkin turut dijangkiti penyakit itu.
Bagaimanapun, kini pihak berkuasa New York sedang melakukan siasatan bagi mengetahui di mana tempat yang mungkin dikunjungi oleh Dr. Spencer kerana khuatir orang awam turut dijangkit penyakit itu. Pihak hospital New York kini mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia akan sebarang kemungkinan jika ada lagi pesakit Ebola dilaporkan. – MYNEWSHUB.CC

Mark Zuckerberg Berbahasa Mandarin Pikat China
RAMAI yang sedia maklum tentang kerajaan China menyekat laman Facebook, namun pengasasnya tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati dan minda rakyat China.
Zuckerberg yang empat kali mengunjungi China, kali ini mengadakan sesi soal jawab dalam bahasa Mandarin.
Perkara itu mengejutkan penonton di dewan Universiti Tsinghua, Beijing yang terdiri daripada pelajar China dan antarabangsa.
Sesi soal jawab selama setengah jam di mulakan dengan ayat “Hello, semua orang” dalam loghat Mandarin yang pekat.
Zuckerberg menerima tepukan gemuruh dari penonton. Video sesi jawab itu telah dikongsi ramai sejak Khamis di youtube, memetik portal Awani.
Dalam sesi jawab berkenaan, Zuckerberg membincangkan topik termasuk falsafah beliau dalam mengasas syarikat dan pandangannya terhadap inovasi China, serta hal-hal peribadi seperti warna kegemarannya, makanan cina yang digemarinya dan keluarga Cina-Amerika isterinya, Priscilla Chan. “Saya ingin belajar budaya Cina, mempelajari bahasa membantu saya mengkaji budaya. Jadi, saya cuba untuk belajar bahasa” katanya. Semasa sesi soal jawab, Zuckerberg yang juga buta warna merah dan hijau berkata warna kegemarannya adalah biru seperti warna laman web Facebook.Beliau juga turut berkongsi mengenai perbualan lucu dengan isterinya tentang kemampuannya berbahasa China. “Pada suatu hari, saya bertanya kepadanya ‘Mengapa keupayaan mendengar bahasa Mandarin saya begitu teruk’. “Dia menjawab ‘Awak juga bukan pendengar yang baik dalam bahasa Inggeris’”ceritanya kepada penonton yang hadir. Facebook tidak boleh diakses di tanah besar China sejak tahun 2009, begitu juga dengan beberapa laman sosial lain termasuk Twitter, YouTube dan Instagram yang telah disenarai hitam oleh Parti Komunis yang memerintah yang menyekat ketat kebebasan bersuara. Walaupun telah disekat namun kebanyakan agensi berita di China masih mengekalkan akaun media sosial mereka. Wakil rasmi Facebook kerap ke Beijing untuk berucap di persidangan dan melakukan pertemukan dnegan pemimpin perniagaan di sana. Facebook sendiri mempunyai syarikat yang beroperasi di Hong Kong di mana Facebook tidak disekat di situ. Dilaporkan Facebook telah membuka pejabat di Beijing dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan menjual iklan online kepada syarikat-syarikat di sana dan kerajaan tempatan yang mahu mempromosikan diri ke luar negara. Ditanya mengenai rancangan Facebook di negara ini, Zuckerberg berkata “Kami sudah di China.” “Kami membantu syarikat-syarikat China meningkatkan pelanggan mereka di luar negara, mereka menggunakan pengiklanan Facebook untuk mencari lebih banyak pelanggan serta kami ingin membantu tempat-tempat yang berlainan di dunia berhubung dengan China” katanya Ketika video tersebut disiarkan di laman Facebooknya, reaksi pelbagai diterima dari pengguna internet China di atas kemampuan linguistik Zuckerberg. “Loghatnya yang cukup kuat, tetapi masih lebih baik daripada orang Cina berbahasa Inggeris,” kata satu komen. Ketika ditanya moderator mengenai rahsia kejayaan Facebook, Zuckerberg menjawab “Perkara yang paling penting adalah anda tidak boleh berputus asa” “Jika anda tidak percaya dalam misi anda, anda akan sangat mudah untuk berputus asa. Kebanyakan pengasas berputus asa, tetapi orang-orang yang terbaik tidak” katanya. Beliau juga berpendapat bahawa syarikat yang terbaik tidak dibina semata hanya ingin menubuhkan syarikat, tetapi kerana pengasas ingin mengubah dunia. Zuckerberg memuji beberapa syarikat teknologi China termasuk pasaran Alibaba Taobao dalam talian, aplikasi mudah alih Tencent, WeChat dan QQ serta pembuat telefon mudah alih Xiaomi. “Saya fikir Xiaomi akan berkembang dengan cepat” kata beliau sambil menambah bahawa China mempunyai banyak syarikat yang paling inovatif di dunia. Kagumnya dengan usaha Zuckerberg…Walaupun telah mempunyai empayar online yang gah, tapi sanggup belajar bahasa Mandarin untuk perniagaanya. Hurmm… Patutlah dia boleh jutawan tapi akak hado jer! :-MYNEWSHUB.CC

Silap Strategi Musnahkan Harapan Skuad Berbasikal Raih Emas
INCHEON: Atlet lumba basikal paralimpik negara, Mohd Khairul Hazwan Wahab yang dipandu Mohd Razif Mohd Salleh (depan) ketika menghampiri penamat ketika acara Mixed B Road Race di Songdo International City di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
INCHEON – Kesilapan strategi memusnahkan peluang skuad berbasikal lebuh raya Malaysia dalam merebut pingat emas acara perlumbaan 97.2km Lelaki dan Wanita B di Songdo Road Cycling, di sini hari ini. Kesilapan itu menyebabkan gandingan Mohd Khairul Hazwan Wahab dan Mohd Razif Mohd Salleh sekadar meraih pingat gangsa dengan catatan masa dua jam, 24 minit dan 12 saat (2:24:12s) Ketua jurulatih berbasikal, Mohd Johari Nayan berkata anak didiknya melakukan kesilapan besar bila memberi peluang kepada pelumba tuan rumah mendahului pada pusingan ketiga. “Kita sudah berbincang mengenai taktik terbaik sebelum perlumbaan bermula dan kalau ikut perancangan awal, mereka perlu mengekor rapat atlet lawan. Tidak boleh biarkan ada jurang yang terlalu jauh. “Perlumbaan ini tidak banyak penyertaan, jadi memang tidak boleh berada jauh daripada pihak lain. Kalau tidak mereka akan meloloskan diri dengan mudah,” katanya kepada pemberita di sini selepas perlumbaan. Pelumba tuan rumah, Kim Jong Gui dan Chun Dae-Hong meraih pingat emas apabila mencatat masa 2:18:35s diikuti pingat perak diraih oleh pelumba Jepun, Tatsuyuki Oshiro dan Koji Miyakoshi 2:24:12s. Kemenangan pingat gangsa Malaysia ditentukan melalui foto penamat apabila mencatat masa yang sama iaitu 2:24:12s dengan Jepun. Sasaran awal skuad lebuh raya adalah meraih pingat emas dalam acara tersebut. Mohd Johari berkata alasan laluan berangin dan tidak mendapat rentak sehingga pusingan ketiga, tidak boleh diterima. Bagaimanapun, Mohd Johari berkata secara keseluruhannya skuad berbasikal mempamerkan prestasi yang lebih bagus berbanding temasya sama di Guangzhou, empat tahun lepas. – BERNAMA

Pencuri Sembunyi Jam Dalam Kemaluan
NEW YORK CITY – Seorang pelancong menyangka tindakannya memanggil tukang urut ke bilik hotelnya di Manhattan selepas berkenalan di sebuah bar akan berakhir seperti yang diharapkan.
Namun Brenton Price nyaris terpaksa membayar ‘harga’ lebih apabila sebuah jam tangannya bernilai AS$25,000 (RM81,860) hilang.
Dalam kejadian Isnin lalu, Price membawa pulang tukang urut, Shacarye Tims, kira-kira jam 5.30 pagi.
Pada suatu ketika, Price mendapati jam tangan Rolex Yacht-Master II itu hilang kira-kira 10 minit kemudian, tetapi Shacarye berkata, ia mungkin terjatuh di tepi katil.
Apabila Price kelam-kabut mencari jam berkenaan, wanita terbabit tergesa-gesa meninggalkan bilik berkenaan, namun sempat ditangkap di lobi hotel.
Sumber polis berkata, pergaduhan itu menyebabkan muka Price bengkak-bengkak akibat ditampar Shacarye berkali-kali.
Shacarye kemudian ditahan dan selepas pemeriksaan dibuat, jam berharga itu akhirnya ditemui disembunyikan dalam kemaluan wanita terbabit.
“Dia kemudian ditangkap dan didakwa atas tuduhan merompak,” katanya, semalam.
Sementara itu, peguam bela Shacarye berkata, amat mengejutkan apabila seorang wanita dibuli pihak berkuasa semata-mata mahu mendapatkan objek pada anggota sulitnya.
Pemeriksaan lanjut mendapati Shacarye pernah ditangkap atas kesalahan lain sebelum ini, termasuk mencuri dan melacur. – Agensi
TOP
VIDEO: Ibu Pukul Anak Macam Nak Gila Sebab Kotorkan Seluar Sahaja!
Apa sahajalah dosa anak kecil ni sehingga dipukul sebegini teruk oleh ibunya..
Memang tak berperikemanusiaan dan kejam, kalau ye pun nak mengajar anak, gunakanlah cara lain yang tidak mendatangkan kecederaan kepada si kecil tu. Difahamkan kejadian ini berlaku di negara China.
Dengarnya, ibu budak ini mengamuk habis hanya disebabkan kesalahan anaknya mengotorkan seluar sahaja. Hai, memang tak patut betullah, kena masuk kelas belajar bagaimana cara-cara nak mengasuh anak agaknya si emak ni! – MYNEWSHUB

Video Seks: UIA Elak Jumpa Media, Enggan Komen
Susulan video seks melibatkan lelaki berwajah mirip dirinya yang menjadi viral sekarang, penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengambil pendekatan mengunci mulut.
Mengetahui wartawan sedang memburunya untuk mendapatkan komen berhubung isu sensasi ini, UAI bertindak mengelak diri dengan keluar dari pintu belakang Masjid Taqwa, Kuala Terengganu semalam.
ISU GAMBAR SKANDAL AHLI POLITIK MUDA INI TERUS SENYAP LEPAS VIDEO SEKS DIDAKWA UAI KELUAR — KLIK LINK UNTUK BACA!
Beliau seterusnya bergegas ke rumah salah seorang penduduk tempatan di Batu 6 yang dikawal rap oleh penyokong dan Unit Amal Pas Kawasan Batu 6 yang tidak membenarkan pihak media masuk dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
Tindakan tersebut membuatkan wartawan yang lama menunggu sehingga selesai solat Isya’ untuk bertemu UAI tidak dapat berbuat apa-apa melainkan melaporkan kepada editor penerbitan masing-masing bahawa penceramah tersebut ‘melarikan diri’ dan enggan memberi komen.
Semalam pembantu UAI, Zulkifli Wahab memberikan kenyataan kepada media bahawa video seks yang tersebar kononnya melibatkan UAI bersama isteri mudanya tidak benar.
Zulkifli mendakwa, ia adalah satu usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini. – mynewshub.cc
TOP
TMJ Tiba Di Istana Serene Untuk Istiadat Pernikahan
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, dilihat memasuki di Istana Bukit Serene, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi bagi melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan istiadat pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam, 21.
Ketibaan Tunku Ismail kemudiannya diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Turut kelihatan pegawai tinggi kerajaan negeri dan orang kenamaan mula memasuki perkarangan Istana Bukit Serene, bermula jam 8 pagi tadi. – BERITA HARIAN

Komputer Pertama Apple Yang Masih Berfungsi Dilelong
Komputer Apple pertama di pasaran dilelong.
SATU daripada 50 komputer pertama yang dipasang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan mendiang, Steve Jobs pada 1976 dilelong pada harga antara AS$300,000 (RM981,338) hingga AS$500,000 (RM1.63 juta). Pada 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta). Rumah lelongan Bonhams memaklumkan, komputer yang masih berfungsi itu dipasang di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California. Pada acara lelongan itu, komputer berkenaan berjaya dibeli Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan. “Apple-1 bukan sahaja inovatif, malah ia asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian. Ketika komputer itu dihasilkan 38 tahun lalu, tidak ramai membelinya sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72). Susulan itu, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada kenalannya serta syarikat elektronik. Ketika ini kurang 50 unit komputer Apple-1 yang masih dapat berfungsi dengan baik. – mStar

Lelaki ‘Dengar’ Rama-Rama Kibas Kepak Dalam Telinga
Mikey lega selepas rakan berjaya keluarkan rama-rama dalam telinganya.
SEORANG lelaki menjadi tidak keruan apabila pendengarannya diganggu dengan bunyi seolah-olah ada sesuatu sedang bergerak-gerak dan mengibaskan kepak dalam telinganya. Hanya dikenali sebagai Mikey, lelaki itu ditemui rakannya terbaring di lantai sambil mengadu mengesyaki ada serangga masuk ke dalam telinganya dan ia mungkin rama-rama. Mikey juga memberitahu rakannya, dia dapat mendengar pergerakan serangga itu dalam telinganya terutama ketika kepaknya dikibas. Menggambarkan saat serangga itu terbang ke dalam telinganya, Mikey berkata: “Saya dapat rasakan ia masuk, saya cuba menepis tetapi gagal.” Kejadian di Missouri, Amerika Syarikat ini menyebabkan rakannya terpaksa menggunakan lampu suluh dan penyepit untuk mengeluarkan rama-rama itu. Tambah menyukarkan keadaan apabila telinga Mikey juga dipenuhi tahi telinga menyebabkan rakannya perlu membersihkannya dahulu, sebelum meneruskan usaha untuk mengeluarkan rama-rama yang bersembunyi jauh ke dalam lubang telinga lelaki malang itu. Selepas beberapa kali cubaan gagal, akhirnya mereka berjaya menarik keluar rama-rama coklat sepanjang kira-kira tiga sentimeter dan ia masih hidup. Sambil serangga itu mengibaskan kepaknya di lantai, Mikey yang ternyata lega berulang kali mengucapkan terima kasih kepada rakan yang membantunya. Pada awal bulan ini, Mirror melaporkan bagaimana pengembara Britain terpaksa menahan rasa sakit dan tidak selesa apabila lintah melekat pada hidungnya. Daniella Liverani ke Vietnam dan mengalami pendarahan hidung dan sebaik pulang ke Edinburgh dan mendapatkan rawatan, doktor mengesan adanya lintah pada hidungnya. Selain itu, pada Ogos, Brit Rob Fielding dilaporkan menjalani pembedahan selama 90 minit untuk mengeluarkan rama-rama yang dikatakan berterbangan dalam kepalanya. – mStar

Lelaki Serang Polis Dengan Kapak Ditembak Mati Di New York
NEW YORK – Polis menembak mati seorang lelaki bersenjatakan kapak selepas menyerang sekumpulan anggota polis dan mencederakan dua daripada mereka di sebuah pusat komersial, di sini.
Seorang orang awam yang berada di tempat kejadian turut tercedera dalam kejadian tembakan itu.
Pada sidang media di hospital di mana salah seorang anggota polis dirawat akibat kecederaan teruk di kepala, Pesuruhjaya Polis New York, William Bratton berkata, pihak penyiasat sedang mengesahkan identiti penyerang dan motifnya.
Bratton bagaimanapun tidak menolak kejadian serangan itu ada kaitan dengan keganasan.
Beliau memberi contoh mengenai kejadian tembakan di Kanada awal minggu ini di mana ia dianggap sebagai tindakan keganasan dan menjadi penyebab kenapa ia harus dibimbangkan.
“Buat masa ini adalah terlalu awal untuk menyatakan sama ada ya atau tidak kepada persoalan itu,” kata Bratton.
Kejadian berlaku di pusat komersial yng sibuk di Daerah Queens pada kira-kira jam 2 petang, ketika empat anggota ronda Jabatan Polis New York sedang merakam gambar.
Menurut polis, tanpa berkata apa-apa, lelaki terbabit menyerang anggota polis berkenaan dan menghayunkan kapaknya sehingga terkena tangan seorang anggota dan seorang lagi di kepala.
Selepas anggota polis kedua rebah, dua lagi anggota yang tidak cedera melepaskan beberapa tembakan mengakibatkan penyerang maut.
Anggota polis berkenaan berada dalam keadaan kritikal tapi stabil dan dijangka menjalani pembedahan.
Wanita yang terkena peluru sesat dimasukkan ke hospital untuk rawatan. – AP
TOP
Aidil Zafuan Kongsi Gambar Pernikahan TMJ
HARI ini berlangsung pernikahan diraja Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pasangannya, Cik Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Antara selebriti yang hadir pada istiadat pertunangan, majlis hantaran dan istiadat pernikahan itu adalah pemain-pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dinaungi Tunku Ismail.
Yang kelihatan hadir ialah Aidil Zafuan Abdul Razak dan Shafiq Rahim seperti yang dikongsikan Aidil di laman Instagramnya.
Jom layan dulu gambar-gambar pernikahan diraja ini.
Selamat pengantin baru TMJ dan Cik Khaleeda!
– MYNEWSHUB

Yana Samsudin Tunggu Lamaran Adik Farid Kamil
Bakat dan kemampuan Yana Samsudin memang tidak dapat disangkal dalam industri seni, lihat sahaja kini dia mampu mengemudi syarikatnya sendiri iaitu Yanasuperfriend Talent.
Pada usianya yang menginjak 29 tahun ini ramai yang ingin mengetahui bila pelakon wanita ini ingin menamatkan zaman solonya lagi-lagi dengarnya artis ini berkawan rapat dengan adik kepada aktor terkenal, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.
Usia perkenalan mereka yang sudah mencecah 5 tahun ini boleh dianggap tempoh yang lama namun Yana memberitahu dia hanya berserah tentang jodohnya.
Memetik petikan Sinar Harian, Yana Samsudin memberitahu “Kami masih berkawan baik cuma sebagai perempuan saya cuma mampu menunggu dan terus menunggu. “Apabila sampai masanya, saya akan beritahu kepada semua. Lagipun perkara baik seperti ini pasti menggembirakan keluarga dan peminat saya juga,” kata pelakon Wawa Semput ini.
Yana Samsudin mengakui turut menyerahkan semuanya kepada Fadzil mengenai hubungan mereka. Pelakon yang tidak lekang dengan senyuman ini memberitahu dia hanya mengimpikan perkahwinan yang sederhana.
“Kalau boleh, saya tidak mahu majlis tunang dan sebagainya sebaliknya terus bernikah,” kata duta produk jenama Super ini. Kami doakan semoga Yana Samsudin dipercepatkan jodoh dan bahagia bersama pilihan hatinya. – MYNEWSHUB.CC

Mengesot Tiga Hari Cari Bantuan, Kereta Terjunam Dalam Gaung
Nicholas yang patah kaki dan tangan kanannya akibat nahas itu kini dirawat di HTI.
TAPAH – Seorang lelaki bukan hanya tidak sempat meraikan Deepavali bersama keluarga, malah terpaksa mengesot selama tiga hari untuk mendapatkan bantuan selepas terbabit dalam kemalangan di Tapah, 19 Oktober lalu. Ketika kejadian pada kira-kira jam 3 pagi di Kilometer 62.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Bidor itu, A Nicholas Andrew, 33 dan rakannya R Thiyagarajan, 34, yang maut ketika nahas terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di Tapah selepas mengedarkan kad kahwin adiknya kepada saudara mara di Bidor. Nicholas berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung. “Apabila buka mata, saya tercampak keluar dari kereta dan saya cuba bangun tetapi kaki dan tangan kanan patah, menyebabkan saya tidak mampu berdiri. “Saya terpaksa mengesot dengan gerakkan badan serta kaki kiri untuk bergerak hingga belakang badan luka.
“Ketika itu, saya hanya mampu pujuk hati supaya lebih kuat untuk selamat pulang berjumpa dengan kedua ibu bapa, isteri dan ketiga-tiga orang anak yang masih perlukan saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan (HTI) semalam. Penjawat awam di Kem Askar Wataniah Teluk Intan itu berkata, dia turut memanggil Thiyagarajan namun tiada jawapan dan beranggapan rakannya tercampak di kawasan lain. Katanya, dia cuba mengesot ke arah curam gaung untuk memanjat bagi mendapatkan pertolongan namun gagal kerana kerana ia terlaku curam dan licin. Menurutnya, dia kemudiannya mengesot ke arah parit berhampiran yang dijadikan sumber minumannya bagi menambah tenaga sebelum tidur di bawah sebatang pokok. “Pada hari kedua, saya cuba mengesot ke tempat lain dengan harapan dapat lihat orang awam untuk minta bantuan dan ketika itu saya jumpa sebatang anak sungai yang dijadikan sumber minuman saya,” katanya. Menurutnya, disebabkan hujan, paras air sungai naik mendadak dan menyebabkan dia terpaksa mengesot ke tempat lebih selamat. Katanya, sepanjang tempoh itu, dia sentiasa cekalkan hatinya untuk ingat kepada ibu bapanya, isteri dan tiga orang anaknya.
Dengar bunyi motosikal
Nicholas berkata, pada hari keempat, dia terdengar bunyi motosikal dan menjerit meminta tolong namun tiada yang tampil membantunya. Katanya, ketika itu dia hampir berputus asa ditambah pula kesakitannya dialami daripada tangan yang patah dan bernanah. Menurutnya, bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, muncul Orang Asli bersama rakan untuk membantunya sebelum sepasukan anggota polis tiba. “Saya berterima kasih kepada tuhan kerana masih dipanjangkan umur,” katanya. Sementara itu, isterinya, M Ratna, 34, berkata, ketika kejadian, dia sedang bekerja di Ipoh dan apabila pulang ke rumah keesokan harinya, dia berasa pelik apabila suaminya tidak menunggunya di jalan masuk rumah mereka di Tapah seperti kebiasaannya. Katanya, dia bertambah hairan apabila suaminya tiada di rumah dan menelefon keluarga mertuanya untuk bertanya mengenai suaminya itu. Menurutnya, dia turut menghubungi rakan-rakan Nicholas untuk mengesan suaminya sebelum membuat laporan polis pada 19 Oktober lalu. “Ketika di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, saya buat laporan namun suami saya tidak balik juga sebelum saya datang semula ke IPD 20 Oktober lalu untuk buat laporan mengenai kehilangan suami saya setelah gagal hubungi dia. “Saya turut minta bantuan rakan-rakan suami untuk mengesannya di kawasan dia suka memancing namun gagal dan ketika itu saya hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya dia selamat,” katanya. Ratna berkata, pada kira-kira jam 5 petang Isnin lalu, dia menerima panggilan daripada pakciknya yang memaklumkan orang awam menjumpai Nicholas. – Sinar Harian
TOP
RM753,000 Baiki Kerosakan Di Pandamaran – Azmin
KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor bersetuju memperuntukkan dana berjumlah RM753,000 menerusi beberapa agensinya bagi membaik pulih kawasan penempatan termasuk jeti nelayan yang mengalami kerosakan teruk berikutan kejadian ribut taufan di Pandamaran, Klang, Selasa lalu.
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata daripada jumlah itu, RM600,000 diperuntukkan menerusi melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membaik pulih bumbung di tiga blok kediaman yang rosak dan menggantikan tangki air di Blok Flat Pandamaran Permai Indah.
Katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga sudah menampung kos kerja pembaikan di Flat PKNS Pandamaran Jaya dan dijangka siap hari ini.
“Kerajaan negeri juga bersetuju memberikan sumbangan sagu hati membaikpulih kerosakan pada kerangka kayu dan penggantian bumbung untuk lebih 40 rumah mengikut tahap kerosakan yang akan dinilai Pejabat Daerah dan Tanah Klang.
“Kos bagi maksud ini dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Keputusan itu dipersetujui Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.
Azmin berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Klang bersama LUAS, membina semula Jeti Nelayan Sungai Aur yang rosak dengan kos anggaran berjumlah RM30,000.
Majlis Perbandaran Klang, katanya, sudah diberikan dana RM73,000.00 untuk kerja pembersihan sisa runtuhan, sampah sarap, pemotongan dan pembersihan pokok yang tumbang berikutan bencana terbabit.
Dalam perkembangan lain, Azmin berkata MMKN bersetuju melaksanakan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi bertemakan “Terjah & Musnah Aedes Negeri Selangor 2014″ bertujuan meningkatkan tindakan pencegahan dan kawalan denggi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Katanya, pelan tindakan itu akan memberi fokus kepada tiga pendekatan utama iaitu kawalan dan tindakan, aktiviti kesedaran dan promosi, serta pemantauan secara berterusan. – BHarian Online
TOP
Marquez Intai Kemenangan Ke-12 Di Sepang
MARC Marquez ketika beraksi di MotoGP Australia di Phillip Island, Victoria, Australia, minggu lalu. - Foto EPA
SEPANG – Pelumba sensasi Repsol Honda, Marc Marquez, mengintai peluang untuk merangkul kemenangan kali ke-12 musim ini pada kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia 2014 di Litar Sepang hujung minggu ini. Marquez kini menduduki takhta kejohanan Dunia MotoGP dengan 312 mata, mendahului dua pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo, dengan masing-masing mengutip 255 dan 247 mata. “Inilah masa untuk cuba dan berada sekali lagi di kedudukan teratas kerana saya tidak meraih sebarang kejayaan sejak Silverstone. “Kami bersedia untuk meraih kemenangan pada Ahad ini jika keadaan litar kering, namun jika basah, kita lihat nanti. Ia sukar kerana semua orang mempunyai banyak pengalaman ujian di litar ini,” katanya Marquez. Jika Marquez dapat meraih kemenangan di Sepang, ia akan menyamai rekod pelumba Mick Doohan pada 1997 bagi kemenangan kelas premier dalam satu musim. Sementara itu, Rossi berkata dia menaruh harapan tinggi untuk merangkul kejuaraan di Sepang hujung minggu ini demi peminatnya di Malaysia, mengulangi kejayaannya menakluk litar Australia, minggu lalu. – BERNAMA

Bekas Penjaga Gol Barcelona, Valdes Berlatih Untuk Man United
LONDON – Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes kini berlatih untuk Manchester United, demikian umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.
Pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Barcelona hujung musim lalu selepas menghabiskan hampir keseluruhan kerjaya bola sepaknya dengan kelab Catalan itu.
Dia pulih daripada kecederaan lutut sebelum dicadangkan berhijrah ke Monaco.
Valdes, yang sudah bermain 20 kali untuk Sepanyol mengalami masalah di lutut kanan dan menjalani pembedahan pada Mac sebelum memaksanya berehat sepanjang musim dan ketinggalan daripada beraksi pada Piala Dunia Brazil.
“Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menawarkan bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes peluang untuk menghabiskan sesi pemulihan daripada kecederaannya dan bermain untuk kelab ini nanti,” kata United dalam satu kenyataan.
“Pemulihan Valdes akan dipantau oleh pasukan perubatan United sebelum menjalani latihan dengan pasukan pertama kami dan bersaing apabila sudah pulih sepenuhnya,” kata kenyataan itu.
Van Gaal memberi peluang kepada Valdes dalam skuad Barcelona ketika dia berusia 20 tahun pada 2002, namun dia hanya bermain di bawah kendalian jurulatih Belanda itu untuk enam bulan saja sebelum Van Gaal meninggalkan Camp Nou.
Valdes menang enam kejuaraan La Liga dan tiga kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah ketika bersama gergasi Catalan itu. – AFP
TOP
Isteri TPM Dahului Senarai 978 Penerima Darjah Kebesaran Pahang
KUANTAN, 24 Okt (Bernama) — Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendahului senarai 978 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sabtu.
Beliau adalah antara 23 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan seorang SSAP (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima darjah yang sama ialah isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Diraja Datuk Junaini Kassim, Kerabat Pahang Tengku Datuk Asmawi Tengku Hussin, isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.
Isteri Menteri Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail juga menerima SSAP.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Zohari Akob, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Amrin Awaluddin turut dianugerahkan SSAP.
Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad Datuk Syed Faisal Albar, peguambela dan peguamcara Datuk Punidanathan a/l Velupillai, Konsultan Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma Datuk Zulkarnain Ismail serta Chan Sew Leang@ Albert juga menerima SSAP manakala Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia Professor Dr Ir Djohar Arifin Husin pula menerima SSAP (Kehormat).
Seramai tujuh orang menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk isteri Panglima Angkatan Tentera Datin Sri Umi Kalsom Wan Awang, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Puan Sri Dr Imran Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.
Turut menerima SIMP ialah Pengarah Tanah dan Galian Pahang Datuk Azizan Ahmad, pesara Datuk Omar Othman, Pakar Perubatan Pusat Perubatan Beverly Wilshire Datuk Abdul Jalil Jidon dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad Mohammed Emir Mavani Abdullah.
Seramai 34 lagi dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datin Seri Jamaliah Zainal Abidin, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Datuk Rozana Ali Yusoff, Penasihat Undang-Undang Pahang Shamsulbahri Ibrahim, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Ahmad Fauzi Nordin serta Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Dr Dahlia Rosly.
Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Nadzri Yahaya, Ketua Pengarah Asean Kementerian Luar Negeri Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang Datuk Mohamad Roslan Harun, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir. Abdul Jalil Mohamed, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Rosdi Ismail, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak SAC Mohd Jasmani Yusoff juga menerima DSAP.
Seramai 102 individu pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dan seorang DIMP (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Mohammad Razin Abdullah, Pegawai Daerah Bera Shamsudin Sah Mohd Said, Pegawai Daerah Bentong Azhar Arshad, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Pahang Mat Lazim Salleh, dan Pegawai Tugas Khas Kepada Perdana Menteri Rizal Mansor.
Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang Abdul Rahim Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Abd Halim Mohd Hussin, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Mohd Yusof Ab Ghani, Johan Tilawah Al-Quran peringkat Pahang, Kebangsaan dan Antarabangsa Hanimzah Jalaluddin juga menerima DIMP manakala Ketua Pegawai Eksekutif PASDEC Resources South Africa Kevin Poovendhran Pather menerima DIMP (Kehormat).
Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerah Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 44 penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 40 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 52 penerima dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 153 penerima.
Selain itu, 131 orang dianugerah Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 127 penerima dan 263 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Istiadat pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri akan diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan pada Sabtu ini.
– BERNAMA
TOP
Mayat Lelaki Myanmar Lemas Di Port Dickson Ditemui
PORT DICKSON – Mayat seorang lelaki warga Myanmar yang dilapor hilang ketika mandi di pantai Teluk Kemang dekat sini semalam, ditemui oleh pasukan bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini.
Mayat Senakanu, 24, ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.
Komander operasi Mohd Izwan Md Said dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang berkata mayat mangsa ditemui pada 4.30 pagi semasa anggota pasukannya membuat rondaan di sekitar kawasan kejadian.
“Operasi mencari mangsa di kawasan persisiran pantai itu bermula 4 petang hingga 7 malam dan disambung 9 malam hingga pagi ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Pada kejadian 3 petang semalam, mangsa sedang mandi bersama rakan-rakannya di kawasan itu apabila dia dikatakan terlepas daripada pautan pelampung menyebabkan dia tidak dapat mengawal diri sebelum lemas.
Difahamkan pengunjung lain nampak mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang dari permukaan air.
Empat rakan mangsa cuba menyelamatkannya, namun gagal.
Sebanyak 35 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Rembau, Mantin, Senawang dan Seremban 2, bersama empat bot menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Turut serta dalam operasi itu pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan polis marin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan mayat mangsa ditemui.- BERNAMA
TOP
Insidious Kembali Dengan Insidious Chapter 3
SELEPAS kejayaan dua filem seram Insidious dan Insidious 2, pihak penerbitnya meneruskan penerbitan prequel filem tersebut yang diberi judul Insidious Chapter 3.
Insidious Chapter 3 diarahkan oleh Leigh Whannell, yang juga merupakan penerbit bersama serta penulis skrip bagi naskhah seram terbaharu yang pastinya mendapat perhatian penggemar filem genre ini.
Jom ambil mood layan dulu trailer filem yang dijangka ditayangkan pada Mei tahun hadapan.
– MYNEWSHUB
Jom ambil mood layan dulu trailer filem yang dijangka ditayangkan pada Mei tahun hadapan.
– MYNEWSHUB
TOP
Kampong Boy Dicalon Untuk Anugerah Gaiman Jepun
BUKU karya kartunis terkenal negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, Kampong Boy dalam versi bahasa Jepun tersenarai dalam pencalonan Anugerah Gaiman bagi kategori luar negara. - Foto Wikipedia
KUALA LUMPUR – Buku karya kartunis terkenal negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat, Kampong Boy dalam versi bahasa Jepun tersenarai dalam pencalonan Anugerah Gaiman bagi kategori luar negara. Pegawai Bahagian Komunikasi Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Nursakinah Saidon, berkata edisi baharu itu diterjemahkan oleh pensyarah bahasa Jepun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Hieda Natsue dan disunting pensyarah Tokyo University of Foreign Studies (TUFS), Profesor Madya Soda Naoki. Beliau berkata, buku yang dilancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Tokyo (PBAT) pada Julai lalu ini turut dijadikan bahan bantu mengajar untuk Pengajian Asia Tenggara di TUFS. “Kampung Boy yang sudah diterjemahkan dan diterbitkan kepada lebih 12 bahasa dunia itu turut menarik perhatian ramai pihak, termasuk Puteri Mako, anakanda kepada Putera Akashino. “Ini kerana ia bersifat dokumen sosial masyarakat Malaysia yang digambarkan secara santai bagaimana suasana harmoni kaum, ekonomi dan budaya kehidupan Malaysia melalui pengalaman peribadi Lat ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Nursakinah berkata, Anugerah Gaiman adalah satu anugerah yang mengangkat karya penerbitan kartun dan anime dengan penyertaan pencalonan dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Belgium dan Sweden. “Ia dianjurkan Muzium Manga Antarabangsa Kyoto sejak 2011 untuk buku komik atau karya kartun dan anime luar dari Jepun yang diterjemahkan kepada bahasa Jepun,” katanya. Tempoh undian akan berakhir pada 30 November depan menggunakan sistem undian dalam talian menerusi www.gaiman.jp/nominate/local yang dibuka kepada masyarakat seluruh dunia selain peti undi di kedai buku terpilih. - BHarian Online

2 Pusat Sehenti Bakal Ditubuh Majukan Industri Digital Kreatif
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan dua pusat sehenti bertujuan memajukan industri kandungan digital kreatif di negara ini dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata dalam masa tiga bulan akan datang, pusat sehenti itu yang dikenali sebagai ‘Pitching Centre’ akan ditubuhkan bertujuan mendengar idea-idea serta membimbing penggiat industri itu.
“Kita akan selaraskan pusat sehenti ini dalam masa tiga bulan bagi mendengar idea golongan ini. Maka mereka tidak perlu lagi menunggu untuk bertemu menteri sekiranya mempunyai idea,” katanya selepas Majlis Taklimat Pasca Bajet 2015 kepada Industri Kandungan Digital Kreatif di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, hari ini.
Tambahnya, pusat sehenti itu akan diketuai Multimedia Development Corp (MDeC) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Menerusi pusat sehenti ini juga, kita akan bantu penggiat industri untuk mendapatkan tajaan dari pihak swasta seperti Celcom, Telekom Malaysia dan Petronas. Malah saya harap ianya menjadi jambatan kepada apa sahaja sumber yang ada,” katanya.
Ahmad Shabery berkata, kerajaan juga akan menubuhkan sebuah lagi pusat sehenti dikenali sebagai ‘Content Malaysia’ yang mempunyai peranan lebih meluas daripada Finas.
Katanya, pusat itu bukan hanya tertumpu kepada industri filem sahaja malah meliputi semua kandungan termasuk panggung wayang, televisyen, You Tube dan permainan video.
“Skop pusat sehenti ini meliputi subjek yang meluas kerana kita mahu menyatukan pelbagai sumber dana sedia ada,” katanya.
Majlis taklimat yang berlangsung hampir tiga jam itu dihadiri kira-kira 300 penggiat industri bertujuan membincangkan tentang peruntukan RM100 juta untuk pembangunan industri berkenaan yang diumum dalam Bajet 2015 baru-baru ini.
Ketika membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah RM100 juta akan disalur melalui Dana Industri Kandungan Digital bagi menggalakkan perkembangan industri kreatif negara. – BERNAMA
TOP
Tambahan 30 Kuda Pertingkat Rondaan
Khalid (dua dari kiri) diiringi Pengarah Jabatan Logistik Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Datuk Zulkifli Abdullah (kiri) semasa diperkenalkan kepada pasukan unit Polis Berkuda PSP sempena Majlis Upacara Pengiktirafan Kuda-Kuda Baharu PDRM di Unit Berkuda PSP Cheras, Khamis. -fotoBERNAMA
CHERAS: Rondaan berkuda untuk kawalan keselamatan akan dipertingkatkan dengan adanya 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di bawah pasukan POlis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kehadiran 30 kuda baharu in juga mampu mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat, khususnya yang tinggal di kawasan perumahan. "Kuda-kuda ini bukan sahaja digunakan untuk tugas-tugas kawalan keselamatan orang ramai dan rusuhan tapi juga akan kerap turun padang membuat rondaan di kawasan perumahan dan di taman untuk mengeratkan hubungan polis dengan masyarakat. "Sudah 30 tahun unit berkuda ini diwujudkan sepatutnya kita berikan perkhidmatan lebih luas dalam berhubung dengan masyarakat," katanya pada sidang media selepas menghadiri upacara pengiktirafan kuda baharu PDRM di sini, Khamis. Menurut Khalid, polis akan menurunkan anggota dari unit berkuda 'sebanyak yang boleh' untuk tujuan kawalan keselamatan di tempat awam. "Keutamaan adalah di Lembah Klang kerana kurang kos pengangkutan dan penyelenggaran ketika ia (kuda) melakukan rondaan. "Sekali-sekala kita akan bawa kuda-kuda ke luar Lembah Klang, contohnya kita bawa ke Cherating untuk latihan dan bersama masyarakat," katanya. Katanya, kandang utama untuk menempatkan kuda ini terletak di Pasukan Gerakan Am di sini dan sebuah lagi di Putrajaya. Khalid berkata, sehingga kini Unit Berkuda FRU mempunyai 74 ekor kuda pelbagai baka yang dibeli dari beberapa negara seperti Eropah, Pakistan dan negara Timur Tengah secara keseluruhannya. Bagaimanapun katanya, 30 ekor kuda yang baharu ini dibeli dari Australia dengan kos RM3 juta termasuk kos pengangkutan. - mstar online

Label Khas GST: Fomca Dapatkan Pandangan Umum
PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) akan mendapatkan pandangan masyarakat berhubung cadangan penggunaan label khas ke atas barangan yang tidak dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, perkara itu akan dilakukan menerusi program jelajah yang merangkumi seminar kesedaran mengenai GST anjuran Fomca dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kastam.
“Kita akan mendapatkan pandangan dan cadangan masyarakat, serta mengumpulkan maklumat untuk dibawa dalam perjumpaan yang bakal diadakan oleh KPDNKK bersama wakil-wakil industri.
“Pandangan ini diharapkan diambil kira oleh kerajaan untuk membantu pengguna lebih mudah memahami langkah pelaksanaan GST,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Pada Selasa lalu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan label khas bagi barangan yang tidak dikenakan GST, menerusi perbincangan dibuat di peringkat kementerian.
Mohd Yusof berkata, persetujuan secara dasar itu perkembangan positif bahawa cadangan yang dibuat oleh Fomca diterima baik oleh kerajaan.
“Mungkin perbincangan seterusnya ialah melibatkan peniaga-peniaga mengenai bagaimana untuk melaksanakan tanda harga tersebut termasuk peraturannya dari segi undang-undang,” katanya.
Mengenai program jelajah, beliau berkata, ia sudah bermula sejak awal tahun membabitkan komuniti setempat di 20 lokasi di seluruh negara.
“Program ini mendapat sambutan baik dan kebanyakan mereka mahu mendapatkan penjelasan tentang kesan pelaksanaan GST kepada mereka sebagai pengguna dan kekeliruan serta persoalan yang timbul berkaitan cukai itu.
“Ia dijangka diteruskan sehingga akhir tahun dalam usaha kita memberi kefahaman mengenai GST di samping mendapatkan pandangan serta cadangan mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusof sekali lagi menegaskan bahawa label khas itu dicadangkan untuk dilaksanakan sementara dalam tempoh tertentu sehingga rakyat dapat memahami tentang perbezaan barangan yang tidak dikenakan atau dikenakan GST.
Beliau menambah, mekanisme kefahaman itu turut meliputi barangan yang dikecualikan GST dan dikenakan kadar cukai sifar.
“Pada masa sama, kerajaan juga perlu menitikberatkan soal pendidikan dan pemahaman masyarakat terhadap barangan yang tidak dikenakan cukai itu menerusi penyampaian lebih mudah,” katanya.
Pelaksanaan GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April tahun depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Mohd Yusof dalam reaksinya mengenai pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober lalu mencadangkan penggunaan label khas bagi barangan yang tidak dikenakan GST supaya pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan bijak dan memahami hak kepenggunaan.- mstar online
TOP
Perjanjian Air Selangor Kekal - Azmin
Mohamed Azmin Ali.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mahu melihat keberkesanan dan bekalan air berkualiti di Selangor serta tiada hasrat untuk membatalkan perjanjian antara kerajaan Persekutuan dan negeri itu. "Saya tidak akan membatalkannya. Saya mahu perkara ini diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat boleh menikmati bekalan air yang mencukupi pada masa depan," katanya. Bagaimanapun, Azmin berkata, beliau akan terus mendesak Putrajaya supaya mendedahkan butiran mengenai perjanjian tersebut. "Bagaimana anda mengharapkan saya dan pentadbiran baharu untuk mempertahankan keputusan yang diambil terhadap projek itu sekiranya kami tidak dapat menjelaskan kepada rakyat mengenai terma dan syarat, kadar tarif yang akan digunakan dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna,' katanya. Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama The Star pada Rabu genap sebulan menerajui tugasnya. Pendirian tersebut mungkin mengejutkan pengkritik yang menganggap perjanjian itu sebagai perjanjian sulit antara bekas menteri Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Umno. Ramai termasuk rakannya di dalam Pakatan Rakyat menjangka Azmin akan membatalkan perjanjian itu. Azmin berkata kerajaan negeri mahu menamatkan spekulasi mengenai perjanjian air dan hanya ada satu cara iaitu mendedahkannya kepada rakyat. Azmin yang menerima salinan asal perjanjian persefahaman itu berkata dokumen itu tertakluk Akta Rahsia Rasmi. "Oleh sebab itu, saya tidak boleh mendedahkan butiran mengenai perjanjian itu. Ia hanya perjanjian biasa, transaksi perniagaan antara kerajaan dan kerajaan Persekutuan. Ia bukan mengenai isu keselamatan nasional," katanya. Beliau turut menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili meminta kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian tersebut tetapi belum menerima sebarang maklum balas. Namun, Dr Ongkili memberitahu media bahawa Peguam Negara tidak membenarkan perkara itu dan syarikat konsesi turut menentangnya. "Adakah mereka melindungi syarikat atau rakyat? Rakyat perlu tahu terma dan syarat kerana kadar tarif akan memberi kesan kepada mereka," kata Azmin. Mengenai pembentangan Bajet Selangor bulan depan, beliau berkata ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan rakyat. Tidak seperti bajet kerajaan Persekutuan, dimana hanya 18% daripada RM273 bilion diperuntukan untuk pembangunan dan selebihnya perbelanjaan mengurus, Bajet Selangor akan menyaksikan nisbah 60:40 dalam hal itu. Beliau berkata perbelanjaan pembangunan untuk menjana aktiviti ekonomi dan lebih banyak pendapatan. "Selangor menyumbang kira-kira 25% kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar). Ia merupakan kunci kepada pertumbuhan dan kemakmuran negara. "Kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab sosial kepada rakyat tetapi kita juga perlu melibatkan diri dengan komuniti perniagaan," katanya.- mstar online

Ancaman Jenayah Dan Gangsterism Tidak patah Semangat Pasukan Keselamatan
Kejadian sebuah kereta Perodua Kelisa milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali.
KOTA KINABALU: Pelbagai ancaman gangsterism dan perbuatan jenayah yang menggugat kewibawaan anggota pasukan keselamatan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memerangi kegiatan itu selain tugas memelihara dan menjamin keselamatan di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ancaman seperti itu telah berlaku sejak zaman dahulu, namun penyebarannya tidak meluas kerana ketiadaan media sosial sebagaimana dunia teknologi hari ini. "Isu ancaman dan provokasi melampau daripada pihak tertentu sememangnya perkara biasa yang diterima oleh pihak berkuasa dan mereka ini sememangnya telah terlatih menangani perkara berikut selepas tamat menjalani latihan pusat. Walaupun berlaku tindakan tidak diingini akibat tindakan tegas diambil polis termasuk mewujudkan Undang-Undang Pencegahan Jenayah (POCA), namun ia tidak mematahkan semangat pasukan polis dalam membanteras aktiviti penjenayahdan gangsterisme di negara ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Balai Polis Pulau Gaya pada Khamis. Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan timbalannya, Datuk Abdul Malek Harun. Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian sebuah kereta Perodua Kelisa milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar dikediamannya di Taman Bukit Indah, Jitra, Kedah semalam dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali menggunakan bom botol. Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata pihaknya memerlukan masa mengkaji atau meminda akta bersesuaian selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2012 dan tiga proklamasi darurat pada 2011 yang menyaksikan hampir 2,000 tahanan di Kamunting, Perak termasuk ketua-ketua gangster dibebaskan. Sehubungan itu, katanya polis akan terus mencari mereka yang terbabit dalam aktiviti jenayah dan gangsterisme di negara ini khususnya ketua mereka. Mengenai lawatan ke Balai Polis Pulau Gaya, beliau berkata segala kemudahan yang diperlukan termasuk aset dan penambahan anggota akan disampaikan kepada kementeriannya untuk tindakan lanjut termasuk pertimbangan kerajaan untuk meluluskannya. Dalam pada itu, katanya, polis akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasatempatan (PBT) bagi memperhebat usaha memerangi jenayah judi siber di Sabah. Wan Junaidi berkata Polis Kontijen Sabah semakin agresif dalam menangani masalah judi siber di seluruh Sabah termasuk melibatkan Sabah Electricity SdnBhd (SESB) sekaligus mengelakkan pihak yang sama mengulangi kegiatan haram itu. Bagaimanapun, beliau berkata pengusaha kafe siber yang ditarik balik lesen perniagaannya kerana menyediakan perjudian siber dapat beroperasi semula selepas mereka menggunakan nama lain dalam permohonan baru kepada pihak berkuasa tempatan untuk membuka kafe siber. Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata Polis Sabah mencapai 52.2 peratus pencapaian dari semua sudut penurunan kadar jenayah di negeri ini melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).- mstar online

Mayat Remaja 13 Tahun Ditemui Tersangkut Kayu
KUALA LUMPUR: Mayat seorang remaja lelaki yang lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kerayong berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Maluri di sini semalam, ditemui pagi Khamis.
Mayat Muhammad Ridzuan Yusri, 13, dari Cheras ditemui 10.50 pagi, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat, dalam operasi yang dijalankan sejak lewat petang Rabu.
Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ruzain Jaafar berkata, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri, Cheras itu ditemui tersangkut pada kayu pada kedalaman kira-kira 1.5 meter di dasar Sungai Kerayong berhampiran Flat Sri Melaka di sini. "Petang semalam, pasukan penyelamat mencari mayat mangsa di kawasan itu, tetapi gagal menemuinya kerana keadaan air keroh dan hujan masih turun," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis. Pada kejadian 6 petang semalam, Muhammad Ridzuan dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kerayong ketika bermain dalam hujan lebat bersama-sama lima rakannya di tebing sungai tersebut. Katanya, lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Pudu, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam terbabit dalam operasi berkenaan.- mstar online

Dua Rakan Hilang Sejak Ahad Ditemui Kemalangan, Seorang Maut
Som Sak Din
IPOH: Misteri kehilangan dua rakan yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas, terungkai apabila seorang daripada mereka ditemui Orang Asli di sebuah ladang kelapa sawit dekat Bidor di sini pada Rabu. Kedua-duanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 62.8 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Tanah Mas dekat Bidor. Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata, mereka ditemui beberapa Orang Asli pada 4.45 petang di ladang kelapa sawit itu, yang terletak berdekatan tempat nahas. Dalam kejadian kira-kira 3 petang Ahad lepas, kereta yang dipandu A. Nicholas Andrew, 33, dan dinaiki R Thiyagarajan, 34, terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 20 meter. Akibat kejadian itu, Nicholas tercampak keluar dari kereta itu menyebabkan beliau patah tangan dan kaki manakala Thiyagarajan meninggal dunia kerana tersepit di dalam kenderaan itu, katanya ketika dihubungi Khamis. Menurutnya, Nicholas terpaksa merangkak menyusuri anak sungai sehingga ke ladang kelapa sawit itu selama tiga hari ekoran kecederaannya, sebelum beliau ditemui Orang Asli berkenaan. Mayat Thiyagarajan, yang bekerja sebagai penjual gas, dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Nicholas, seorang tukang kebun, dirawat di hospital sama. Ahad lepas, keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Noor Ahmad Sariff berkata sebuah jentera dengan enam anggota dihantar ke tempat kejadian untuk membawa mangsa keluar dari tempat kejadian.- mstar online

Warga Itali Hilang Dipercayai Menuju Ke Selatan Filipina
William Bocchi.
PETALING JAYA: Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Itali memasuki episod baharu apabila beliau dipercayai menuju ke bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina dengan menaiki feri. William Bocchi dipercayai menaiki feri Danica Joy dari Sandakan pada 14 Oktober lalu untuk lawatan semalaman ke Zamboanga. Bagaimanapun, sumber berkata mereka tidak boleh memastikan dengan segera jenis pasport yang digunakan lelaki berusia 52 tahun itu 'sekiranya beliau meninggalkan negeri Sabah'. Pihak berkuasa sedang cuba untuk mengesan pergerakan Bocchi sejak beliau dilaporkan meninggalkan sebuah hotel di Sandakan pada 14 Oktober lalu. Bocchi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2 ) di Sepang pada 12 Oktober lalu dan berlepas ke Kota Kinabalu pada keesokan harinya sebelum membuat penerbangan ke Lahad Datu. Ahli perniagaan di Lahad Datu, Sia Yiik Huon melaporkan kehilangan Bocchi pada Isnin selepas dimaklumkan oleh seorang rakan di Kuala Lumpur yang menerima e-mel daripada rakan sekerja Bocchi, dikenali sebagai Fabio.- mstar online

Kes Beng Hock: Polis Fokus Saat Akhir Sebelum Kematian
Ahli keluarga mendiang Beng Hock ketika inkues kematian setiausaha politik DAP itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya, September lalu.
CHERAS: Pasukan siasatan khas yang menyiasat semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock memberi fokus kepada kejadian pada saat-saat terakhir sebelum kematiannya di Plaza Masalam, Shah Alam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara setelah kes dibuka semula berikutan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan koroner dalam inkues asal. "Antara fokus kita dalam mengkaji semula siasatan ini adalah apa yang berlaku di Plaza Masalam itu, saat-saat terakhir sebelum mayat ditemui, siapa dia berjumpa dan dengan siapa dia bercakap. "Kita juga akan lihat latar belakang keseluruhan kes itu, laporan penyelewengan dan salah laku yang melibatkan si mati, itu antara fokus kita," katanya pada sidang media di Pasukan Gerakan Am di sini, Khamis. Menurut Khalid, pasukan khas yang dibentuk itu juga akan melihat semula ulasan Mahkamah Rayuan dalam membuat keputusan terhadap kes tersebut. Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan siasatan semula kes Beng Hock selepas mahkamah memutuskan bahawa ia bukan disebabkan bunuh diri atau pembunuhan. Mahkamah Rayuan pada 5 September mengenepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Beng Hock 5 tahun lalu, dengan memutuskan “seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya”. Beng Hock yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam adalah pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah (DAP). Beliau sebelum itu dipanggil SPRM merekodkan keterangan atas dakwaan salah guna dana awam ke atas majikannya.- mstar online

SPRM Sasar Pembalak Haram Rasuah Penguat Kuasa
Hutan negara hanya berbaki 30 peratus akibat kegiatan pembalakan haram dengan merasuah anggota agensi penguat kuasa.
PETALING JAYA: Lebih ramai pembalak haram yang beroperasi dengan merasuah anggota penguat kuasa dijangka ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat. Tindakan itu hasil operasi khas yang dilancarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyasarkan pembalak haram selepas pergerakan mereka di beberapa negeri dipantau rapi sejak awal tahun ini. Hasil siasatan juga mendapati, antara punca utama yang dikenalpasti menjadi dalang dalam melindungi aktiviti pembalakan haram ini ialah cubaan merasuah pegawai penguatkuasaan secara berterusan oleh syarikat pembalakan untuk mengaut keuntungan lebih. Antara negeri terjejas akibat pembalakan haram adalah Sarawak dan negeri terbabit dianggarkan mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM100 juta setiap tahun akibat ketirisan yang berlaku membabitkan aktiviti itu. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya giat menjalankan operasi bagi membanteras aktiviti rasuah melibatkan pembalakan haram di beberapa negeri. "SPRM serius dalam memerangi jenayah rasuah melibatkan alam sekitar khususnya apabila akibat rasuah ini alam sekitar musnah dan hasil tahunan kerajaan negeri dari segi percukaian terjejas teruk," katanya. Beliau menegaskan, SPRM akan terus bekerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri dalam usaha memerangi masalah rasuah hingga aktiviti pembalakan haram ini dibendung. Berdasarkan maklumat yang dilapor kepada SPRM berkaitan isu alam sekitar sepanjang 2009 hingga 2013, sebanyak 25 peratus daripadanya berkaitan isu pembalakan, termasuk rasuah dalam aktiviti pembalakan haram. Setakat ini, beberapa siri operasi bersepadu dijalankan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perhutanan, Pasukan Gerak Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan individu yang terbabit dalam aktiviti merasuah pegawai penguatkuasaan tempatan. Terdahulu di Kuching pada Rabu, seorang pengarah urusan syarikat perladangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah atas dakwaan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis yang menahannya kerana melakukan pembalakan haram. Ling Sing Ching, 50, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas dia mengaku tidak bersalah cuba menawarkan rasuah RM2,000 kepada Asisten Superintendan Mohd Mazlan Mohd Ariff, sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya.- mstar online

Penganggur Didakwa Bunuh Anggota Tentera
LANG: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang anggota tentera dua minggu lepas.
Tee Hock Keong, 47, dari Jeram dekat sini, didakwa bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas membunuh L/Kpl Hazry Siddek, 30, di Jalan Batu Nilam 34, berhampiran Blok E, Bukit Tinggi 2 di sini, pada 2.45 pagi, 12 Oktober lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mangsa yang bertugas di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur meninggal dunia disebabkan luka tikaman pada dada.
Tee mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu yang ditangkap pada 16 Oktober lepas.
Majistret Ahmad Feisal Mohd Azmi menetapkan 1 Dis depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan ujian DNA.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Ab. Latiff sementara tertuduh tidak diwakili peguam.- mstar online
TOP
Dua Maut Rusuhan Ebola
Antara kediaman yang diarah penghuninya dikuarantin kerana dipercayai menghidap wabak Ebola di Sierra Leone.
FREETOWN: Hanya kerana mahu mengambil contoh darah seorang wanita warga tua yang menjadi mangsa wabak Ebola, sekumpulan penduduk bertindak mencetuskan rusuhan di Sierra Leone. Lebih mendukacitakan apabila kejadian itu mengakibatkan dua maut, manakala beberapa lagi mengalami kecederaan. Sebelum rusuhan itu berlaku, pekerja pasukan perubatan yang berusaha untuk mengekang penularan Ebola cuba mengambil contoh darah wanita tua itu. Wanita terbabit yang berusia 90 tahun itu dipercayai dijangkiti penyakit maut berkenaan dan meninggal dunia dipercayai akibat tekanan darah tinggi. Apabila dikhabarkan mengenai kematian wanita itu dan kemungkinan pekerja kesihatan mahu mengambil contoh darah ibu pemimpin belia di bandar Koidu itu, penduduk setempat bertindak berkumpul sambil membawa parang dan penyodok untuk menghalang tugas itu. Rusuhan mula tercetus apApabila petugas perubatan menghubungi pengawal keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga. Berikutan kejadian itu, menurut sumber hospital, dua maut, manakala 10 cedera dalam keganasan itu. Bagaimanapun, belum dapat disahkan sama ada kematian itu disebabkan kecederaan ditembak atau sebab lain.- mstar online

Litar Kedah Jadi Hab Sukan Bermotor Wilayah Utara
Mukhriz Tun Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen antara Razlan Razali (dua, kiri) dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Datuk Azimi Daim (dua, kanan) pada Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian Persefahaman (MoU) Litar Kedah di Litar Sepang, Khamis. Perjanjian itu turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DORNA, Carmelo Ezpeleta (tiga, kiri).
SEPANG: Litar Kedah bakal menjadi hab sukan bermotor bagi wilayah utara, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau berkata kerajaan negeri mahu membina litar sepanjang 1.6km itu dikawasan seluas 70 hektar di Sungai Petani, dan dijangka siap menjelang 2016 atau 2017. Katanya kerajaan negeri juga merancang membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim berhampiran Sungai Petani. "Dengan adanya litar perlumbaan bertaraf antarabangsa, mereka yang berbakat dan berkemahiran akan mendapat banyak peluang dan tidak perlu berpindah ke Lembah Klang. "Kami berharap litar itu merintis masa depan yang lebih cerah untuk belia melalui persekitaran perlumbaan yang lebih selamat selain membendung lumba haram," katanya kepada pemberita di Perdana Suite, Litar Antarabangsa Sepang, Khamis. Terdahulu, Mukhriz menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) mengenai pembinaan litar itu antara Menteri Besar Diperbadankan Kedah (Kedah MB Inc) dan Sepang International Circuit (SIC). Pengurus Besar Kedah MB Inc Dr Mahadi Mohamad dan Ketua Pegawai EksekutifSIC Datuk Razlan Razali masing-masing menandatangani MoU itu. Turut hadir Pengerusi SIC Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sport S.L. Carmelo Ezpeleta. Mukhriz berkata litar yang dicadangkan itu akan mengandungi trek perlumbaan, kawasan perlumbaan luaran, laluan drag, tempat duduk grandstand dan bukit, bangunan paddock serta premis kedai. SIC, katanya, akan bertindak sebagai penasihat teknikal dan kemudian sebagai penasihat pengurusan. "Pasukan profesional SIC akan berkongsi kepakaran mereka dengan bakat kami di Kedah. Ia berkaitan perjalanan dan pengurusan harian litar berkenaan termasuk penyenggaran teknikal dan operasi. "Ia meliputi inisiatif pemindahan teknologi dan pembangunan model perniagaan untuk memaksimumkan potensi litar itu," katanya. Litar Kedah akan mendapat pengiktirafan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).- mstar online

Bola Sepak Pantai AFF: Malaysia Mula Langkah Bergaya
Pemain Malaysia Mohammad Fakhrullah Mohamad diasak pemain Myammar ketika perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Pantai Teluk Cempedak pada Khamis.
KUANTAN: Skuad Malaysia memulakan aksi dengan langkah kanan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF Felda 2014 apabila melakar kemenangan bergaya 6-3 ke atas Myanmar pada Khamis. Ketua Jurulatih Malaysia Wan Adremy Indra Wan Adnan mengakui anak didiknya agak gugup pada permulaan perlawanan sebelum kembali yakin untuk mencatat kemenangan. "Kita berharap kemenangan ini akan membakar semangat pemain untuk beraksi dengan lebih baik esok. Apabila turun menentang Laos, kita meletakkan misi untuk meraih tiga mata penuh bagi meneruskan kemaraan," katanya selepas perlawanan itu. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati namun Malaysia pantas membuka jaringan menerusi Mohd Jamil Daud di minit pertama sebelum Myanmar menyamakan kedudukan melalui pemainnya, Aung Soe Moepada minit kedua. Malaysia berusaha untuk menjarakkan keputusan menerusi Mohd Ridwan Mohd Noryang meledakkan gol kedua pada minit ke-14 namun selang seminit, Myanmar menyamakan kedudukan menerusi jaringan Aung Soe Moe. Malaysia kembali di hadapan apabila Muhamad Norazman A Bakar menjaringkan gol ketiga di minit ke-20 sebelum menambahjaringan pada minit ke-25 menerusi Mohd Khairul Mohamad. Myanmar sekali lagi kembali mengejar dengan jaringan Aung Than Win di minit ke-30. Bagaimanapun, Malaysia memastikan kemenangan sah milik mereka apabila dua lagi gol disumbat oleh Mohd Fakhrullah Mohamad dan Mohd Zaharim Mohd Yusof masing-masingnya di minit ke-28 dan 34. Perlawanan itu disaksikan Presiden FAM yang juga Tengku Mahkota Pahang Datuk Tengku Abdullah Ahmad Shah dan Setiausaha Kehormat AFF DatukAzzuddin Ahmad. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Laos menundukkan Filipina 5-2. Indonesia pula menungguli slot teratas Kumpulan A selepas menewaskan Felda 10-2 manakala Thailand menewaskan Vietnam 4-3. - mstar online

Rodgers Kecewa Tindakan Balotelli Tukar Jersi Dengan Pepe
Belum pun tamat perlawanan, Balotelli mencetuskan kontroversi apabila bertukar jersi dengan pemain Real, Pepe ketika menuju ke bilik persalinan.
KARIER Mario Balotelli bersama Liverpool dicemari dengan insiden yang memalukan apabila pemain itu dilihat bertukar jersi dengan pemain Real Madrid, Pepe sebaik sahaja tamat permainan babak pertama. Selepas dimalukan Real pada separuh babak pertama dengan 3-0, tindakan Balotelli mengundang kemarahan pengurus Liverpool Brendan Rodgers. Tindakan Balotelli bertukar jersi dengan Pepe di terowong laluan ke bilik persalinan dirakam oleh kamera TV. Ketika dimaklumkan mengenai insiden itu oleh wartawan TV, Rodgers yang mengeluarkan penyerang itu kerana aksinya yang kurang menyerlah berkata, beliau tidak menyukai tindakan tersebut dan akan bersemuka dengan Balotelli. Rodgers turut pernah berdepan situasi sama membabitkan pertukaran jersi antara pemainnya, Mamadou Sakho dan penyerang Chelsea, Samuel Eto pada Disember lalu. "Saya terkejut mendengar berita ini tetapi jika terbukti ia benar saya tidak menyukainya. Saya tidak mahu melihat perkara itu. Ia pernah berlaku di liga lain dan beberapa negara lain tetapi ia tidak boleh berlaku di sini dan sepatutnya tidak berlaku. "Bagi saya, jika anda mahu melakukannya, anda seharusnya berbuat demikian ketika tamat perlawanan. Kami pernah melalui insiden sama pada tahun lalu di sini dengan seorang pemain kelab ini dan ia telah diselesaikan," katanya. Rodgers turut kecewa dengan corak permainan Balotelli yang dilihat gagal memberikan sebarang impak dalam enam perlawanan bersama Liverpool sejak menyertai kelab itu dengan nilai perpindahan sebanyak 16 juta pound (RM83.8 juta ) dari AC Milan.- mstar online

YTSP Mahu Bantu Kembalikan Kegemilangan Bola Sepak Perlis
KANGAR: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) berhasrat terlibat secara aktif untuk membantu mengembalikan kegemilangan bola sepak Perlis sejak tenggelam di peringkat kebangsaan beberapa tahun kebelakangan ini.
Setiausahanya, Datuk Johari Mohd Darus berkata langkah awal YTSP ialah menganjurkan kejohanan merebut Piala Pusingan Tuanku Syed Putra dan Piala Pusingan YTSP bermula 1 Oktober lepas.
Katanya kejohanan pertama tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 18 pasukan iaitu 16 dari Perlis dan dua dari Kedah termasuk lima pasukan mewakili institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
"YTSP menyasarkan penyertaan bakat-bakat muda walaupun kejohanan ini terbuka kepada pemain profesional dengan setiap pasukan dibenar menggunakan khidmat tiga pemain import," kata Johari dalam sidang media pada Khamis.
Beliau berkata kedua-dua pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama sebuah syarikat pembinaan tempatan, Pria Pantai Sdn Bhd yang menaja hadiah wang tunai.
Menurut Johari pertandingan Piala Tuanku Syed Putra dijalankan mengikut format Piala Malaysia dengan 18 pasukan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan.
Johan bakal menerima hadiah RM10,000 dan naib juara RM5,000.
Pasukan tersebut juga bertanding secara kalah mati merebut Piala Pusingan YTSP yang menawarkan hadiah RM5,000 untuk juara manakala naib juara menerima RM2,500.
"Saya mempelawa orang ramai datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan akhir sebagai sokongan kepada usaha murni ini.
Perlawanan akhir Piala Tuanku Syed Putra akan berlangsung pada 3 November manakala Piala YTSP pada 30 Oktober.
"Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar bermula 8.45 malam.
Bayaran masuk cuma RM2 seorang. Pemegang tiket layak untuk cabutan bertuah yang menawarkan antaranya motosikal, iPad dan barang-barang elektrik," katanya.
Katanya perlawanan separuh akhir Piala Pusingan Tuanku Syed Putra dijadual berlangsung pada 1 November di padang Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)di Kangar dan padang Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Perlis di Arau manakala separuh akhir Piala Pusingan YTSP diadakan di padang sama pada 27 Okt ini.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan untukberangkat menyaksikan perlawanan akhir kedua-dua kejohanan itu dan menyampaikan hadiah kepada pemenang, kata Johari. - mstar online
TOP
F1: Krisis Dalam Pasukan Caterham, Tony Fernandes Diheret Kembali Ke Kancah F1
> Konsortium yang menerajui pasukan F1 Caterham ugut tindakan undang-undang ke atas Tony Fernandes
> Caterham dibeli dari Fernandes dan rakan-rakannya hujung Jun lalu oleh konsortium baru ini
> Mereka dakwa Tony Fernandes enggan pindah milik syer selepas setuju jual kepentingannya
> Tapi Tony Fernandes kata mereka tidak dibayar selepas konsortium itu setuju ambil alih
> Caterham kini berkemungkinan gulung tikar jika tidak diselamatkan
PEMILIK AirAsia dan QPR iaitu kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Tan Sri Tony Fernandes kini berhadapan dengan prospek perbalahan mengenai hak milik pasukan F1 Caterham selepas konsortium yang mengambil alih kepentingan Caterham daripadanya Jun lalu mengugut mahu menyamannya atas sebab tidak berpegang pada janji asal.
Tony Fernandes dalam reaksi segeranya dalam laman Tweet menegaskan, "jika anda membeli sesuatu anda harus bayar, ia adalah semudah itu."
Fernandes memberi indikasi seolah-olah pemilik baru F1 Caterham tidak membayar apa-apa kepada kumpulannya selepas bersetuju mengambil alih kepentingan saham daripada mereka.
Perbalahan tentang pegangan kepentingan dalam Caterham tidak syak lagi akan meletakkan pasukan itu dalam situasi krisis dan berhadapan dengan kemungkinan terpaksa gulung tikar musim depan.
Caterham telah dibeli daripada Tony Fernandes dan kawan-kawannya hujung Jun lalu oleh konsortium usahawan Switzerland dan Timur Tengah.
Sejak pengambilalihan itu, Caterham berhadapan dengan masalah dalaman yang menyaksikan lebih 30 orang kakitangannya telah mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik baru itu kerana pemberhentian kerja tanpa mengikut peraturan musim lalu.
Kemudian pada Isnin baru-baru ini, pembekal teknologi kepada Caterham, - Caterham Sports Ltd - telah diletakkan di bawah pentadbiran oleh pihak bank. Sementara itu, pemilik baru Caterham mendakwa Fernandes bersama-sama dua lagi bekas pemilik, gagal bertindak dengan niat yang baik berhubung pemindahan syer kepada mereka. Jika ini benar, bermakna, konsortium baru itu telah mengurus pasukan F1 Caterham sejak Julai bukan sebagai pemilik yang sah. Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka kini membuat keputusan untuk menarik diri daripada segala bentuk urusan pentadbiran daripada pasukan itu dan kemudian memaklumkan kepada Fernandes dan rakan-rakannya yang dia boleh kembali menguruskan Caterham. Sehingga Rabu, Caterham kelihatan membuat persediaan untuk baki tiga lagi perlumbaan iaitu GP Amerika, GP Brazil dan GP Abu Dhabi seperti biasa. Namun begitu, tanpa pasukan pentadbiran yang jelas dan mengambil kira akan fakta bahawa Fernandes tidak mungkin akan dapat kembali dengan serta merta sehingga isu ini diselesaikan secara undang-undang, pasukan ini berhadapan dengan prospek ditamatkan penyertaan. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media, konsortium berkenaan berkata; "Pada 29 Jun 2014, Caterham Enterprises Ltd, Caterham (UK) Ltd dan Sheikh Mohamed Nasarudin (penjual) serta para pemegang syer Caterham yang lain iaitu Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Bin Meranun telah terlibat dengan Perjanjian Penjualan dan Pembelian (SPA) dengan Engavest SA (pembeli) berhubung kepentingan dalam 1Malaysia Racing Team Sdn Bhd/Caterham F1 Team. "Sejak tarikh persetujuan SPA itu, pihak penjual telah enggan untuk mematuhi dengan tanggungjawab perundangannya iaitu untuk memindahkan syer mereka kepada pihak pembeli. "Pihak pembeli telah dibiarkan berada dalam situasi yang tidak menyenangkan dengan terpaksa membiayai pasukan F1 Caterham tanpa pegangan kepentingan yang sah ke atas pasukan yang mereka beli itu. "Ini sama sekali bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pembeli kepada media pada 3 Oktober 2014 yang menyatakan bahawa Fernandes dan kumpulannya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan pasukan F1 Caterham. "Pada masa yang sama, pentadbiran Caterham Sports Limited kini telah pun dilantik bagi mewakiki Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank), iaitu kreditor kepada Fernandes dan Kumpulan Caterham. Pihak pembeli tidak ada kaitan dengan Exim Bank. "Caterham Sports Limited adalah syarikat pembekal kepada pasukan F1 Caterham. Malangnya pelantikan pasukan pentadbir oleh Exim Bank akan meninggalkan kesan ke atas aktiviti pasukan F1 ini. Sejak pengambilalihan urusan pentadbiran ini, terdapat beberapa kenyataan telah dikeluarkan yang sekaligus menjejaskan pengurusan F1 Caterham. "Selepas tiga bulan mengendalikan pasukan F1 Caterham secara ikhlas dan jujur, pihak pembeli terpaksa mengambil kira lain-lain opsyen termasuklah menarik diri dari pasukan ini. Pihak guaman telah diminta oleh pihak pembeli menuntut apa jua yang dirasakan perlu kepada semua pihak, termasuklah Fernandes yang kini sebagai pemilik asal akan mengendalikan aktiviti operasi F1 Caterham." Pengarah pasukan Caterham, Manfredi Ravetto telah mengesahkan yang dia diminta untuk tidak lagi mengendalikan operasi harian pasukan itu. - mstar online

Lynas Selesai Langkah Pengumpulan Modal
MELBOURNE: Hanya satu pertiga daripada saham baharu yang ditawarkan oleh pelombong nadir bumi, Lynas Corporation Ltd dalam usaha mengumpul A$71 juta dilanggan oleh pemegang sahamnya.
Sebanyak 66.5 peratus daripada saham yang tidak dibeli oleh pemegang saham akan dilanggan oleh beberapa sub penaja jamin institusi bagi pengumpulan modal, menurut Lynas dalam kenyataan.
Syarikat itu mengalami kerugian A$366 juta pada 2013/14 dan baru-baru ini berunding semula bagi pinjaman US$255 juta untuk membolehkan pembayaran balik yang besar sehingga 2016.
Lynas melombong nadir bumi, yang digunakan dalam pelbagai produk teknologi tinggi, di barat Australia, dan memiliki sebuah kilang penapis dekat Kuantan, Pahang di Malaysia.
Syarikat itu menghadapi kejatuhan harga bagi produknya, dan berkata dana baharu akan membolehkannya melabur dalam bidang perniagaannya yang akan meningkatkan prestasinya. - mstar online
TOP
Global Management One Menang Anugerah APAC DCD 2014
KUALA LUMPUR: NTT Communications Corporation (NTT Com), penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perniagaan komunikasi antarabangsa dalam Kumpulan NTT (NYSE: NTT), pada Khamis mengumumkan Global Management One mendapat anugerah Inovasi dalam Penyumberan Luar pada majlis Anugerah APAC Datacenter Dynamics (DCD) baru-baru ini.
Majlis anugerah DCD itu dilihat sebagai 'Oskar' bagi industri pusat data itu diadakan di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura pada 17 Oktober.
Pertandingan tahunan itu menjangkau kawasan geografi yang berbeza untuk mengiktiraf pemimpin dan perintis yang menaikkan tanda aras dan menetapkan tanda aras baharu untuk pusat data.
Inovasi dalam kategori anugerah Pensumberan Luar mengiktiraf kes perniagaan terbaik dalam memajukan perkhidmatan pensumberan luar melalui pemahaman tentang keperluan perniagaan pelanggan dan pembangunan perkhidmatan yang memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan.
"Kami sangat berbangga kerana diiktiraf oleh DCD dengan inovasi dalam anugerah penyumberan luar. Global Management One merupakan pemacu perubahan yang sebenarnya bagi kami dan pelanggan kami.
"Peranan CIO telah berubah dan kami sedang mempertingkatkan usaha dengan trend ini, mengubah perbualan dari 'Mari kita menambah baik infrastruktur ICT anda' kepada 'Mari kita meningkatkan perniagaan anda.' Masa kini adalah suatu masa yang sangat menarik," kata Chris Sandoval, pengurus kanan Perkhidmatan Terurus di NTT Communications.
NTT Com akan terus mengukuh dan memperluaskan infrastruktur dan perkhidmatan ICT mereka di rantau APAC dan seterusnya sebagai pasangan ideal ICT Global.
Maklumat mengenai Global Management One Portfolio perkhidmatan Global Management One meliputi keseluruhan susunan ICT, menyediakan kepada pelanggan dengan pelbagai perkhidmatan fleksibel terurus yang boleh digabungkan untuk memenuhi keperluan individu.
Bertujuan untuk melengkapkan keupayaan ICT dalaman internet, Global Management One memanfaatkan kepakaran kejuruteraan dalam dan jejak global NTT Com bagi membolehkan akses kepada perkhidmatan baharu, teknologi baharu, dan pasaran baharu.
Pasukan ICT dapat memindahkan tugas pengurusan dan sebaliknya memberi tumpuan kepada inisiatif strategik yang akan mendorong pertumbuhan dan mewujudkan nilai bagi perusahaan.
Sila layari untuk mendapatkan maklumat lanjut: http://www.ntt.com/gmone/
Maklumat mengenai NTT Communications Corporation NTT Communications menyediakan perkhidmatan perundingan, seni bina, keselamatan dan mega untuk mengoptimumkan persekitaran perusahaan bagi ICT.
Penawaran ini disokong oleh infrastruktur syarikat itu di seluruh dunia, termasuk rangkaian IP tier-1 global yang terkemuka, rangkaian VP NArcstar Universal One™ yang menjangkau ke 196 negara atau wilayah, dan lebih 130 pusat data yang dijamin selamat.
Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber-sumber global Syarikat Kumpulan NTT termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.- mstar online
TOP
Keuntungan Sebelum Cukai Public Bank Pada Suku Ketiga Naik RM1.55 Bilion
UALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Public Bank Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 September, 2014, meningkat kepada RM1.55 bilion daripada RM1.36 bilion yang direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan meningkat kepada RM4.32 bilion berbanding RM3.87 bilion sebelum ini, kata bank itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pengasas dan Pengerusinya Tan Sri Teh Hong Piow berkata, hasil yang lebih baik ini dicapai disebabkan peningkatan dalam pendapatan operasi serta kos kredit yang stabil.
Peningkatan dalam pendapatan faedah bersih pada suku semasa disumbangkan oleh pinjaman dan pertumbuhan deposit yang baik serta kesan positif yang diterima daripada kenaikan kadar dasar semalaman dan terbitan hak yang baru sahaja selesai," katanya.
Teh berkata, walaupun bank itu beroperasi dalam persekitaran yang mencabar, ia terus berprestasi dengan baik dan mencapai pertumbuhan tahunan dua angka iaitu sebanyak 10.2 peratus, mengatasi pertumbuhan pinjaman tahunan sistem perbankan sebanyak 6.9 peratus.- mstar online
TOP
Pasangan Suami-Isteri Inggeris Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Di India
Mayat pasangan suami-isteri pengembara dari Britain yang ditemui mati di dalam bilik hotel di Agra, India berhampiran destinasi pelancongan terkenal, Taj Mahal dipercayai menjadi mangsa pengambil pil atau ubat-ubatan yang berlebihan.
NEW DELHI: Dikelilingi pelbagai pil tidur, anti-depresi, anti-kegelisahan dan botol ubat batuk, pasangan suami-isteri warga Britain ditemui mati dalam bilik hotel mereka yang terletak di kawasan pelancongan terkenal iaitu Taj Mahal. Kedua-duanya adalah pemegang ijazah kelas pertama dan merupakan bekas pensyarah bahasa Inggeris di sebuah kolej di Manchester, England. Mereka sedang mengembara di India dengan rancangan untuk mengajar sambil melancong. Polis berkata, James Gaskell, 27, dan isterinya Alex, 24, mati kerana mengambil pil secara berlebihan. Turut ditemui bersama mereka ialah buku panduan pengembaraan, beg, telefon bimbit serta ubat-ubatan. Penemuan mayat mereka adalah sama sekali kontras dengan foto-foto yang dimuatnaikkan oleh pasangan ini beberapa hari lalu yang menunjukkan mereka sedang bergembira, sentiasa tersenyum dan romantis sepanjang pengembaraan mereka di sini. Bagaimanapun James ada mengirim beberapa siri mesej dalam laman Twitter bercakap mengenai sikap kasualnya berhubung pelbagai jenis dadah dan pil-pil yang mengandungi dadah. Tweetnya yang terakhir iaitu pada Ahad, dua hari sebelum mayat mereka ditemui menceritakan bagaimana mudahnya untuk mereka memperolehi ubat-ubatan di India. Dia menulis bahawa ubat seperti kodeina hanya boleh diperolehi dari bawah kaunter manakala Valium, Xanax dan Lyrica boleh diperolehi dengan mudah di mana-mana. Yang peliknya sementara suaminya itu tanpa berselindung bercakap mengenai dadah dan penggunaan dadah, keluarga isterinya menegaskan bahawa anak perempuan mereka adalah seorang yang anti-dadah. Pasangan tersebut berkahwin November tahun lalu ditemui mati di Hotel Maya, Agra, berhampiran dengan destinasi popular, Taj Mahal. James Gaskell ditemui mati dalam keadaan terbaring disisinya manakala isterinya rebah dalam posisi membongkok. Terdapat tanda-tanda di dalam bilik itu yang salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya sedang sakit sebelum mati. Pemilik hotel bajet itu, Rajesh Gupta memberitahu yang pasangan tersebut mendaftarkan diri pada Isnin malam. "Mereka kemudiannya memesan makan malam pada lebih kurang jam 9 malam dan sejam kemudian ketika pesanan dihantar, James Gaskell yang membuka pintu bilik untuk menerima makanan.Dia tidak benarkan pekerja kami memasuki bilik dan terus menutup pintu. "Mereka hanya membuat tempahan untuk bermalam selama satu malam sahaja. Tetapi apabila pasangan itu tidak turun ke kaunter untuk melanjutkan tempahan, pekerja kami telah pergi mengetuk pintu bilik mereka pada jam 11:30 pagi Selasa tetapi tidak ada respon. "Pintu bilik mereka masih berkunci dari dalam dan oleh kerana tidak ada respon pengurus kami telah menghubungi polis. Selepas memecah masuk, polis menemui mereka sudah pun meninggal dunia dengan televisyen dan alat penghawa dingin masih terpasang," katanya. Polis kemudiannya menemui lima buah botol ubat batuk yang sudah kosong, berkeping-keping pil tidur, pil tahan sakit, pil anti-depresi dan ubat anti-kegelisahan yang dibekalkan oleh Hospital Sir Ganga Ram, Delhi. Ketua Polis Agra, Shalabh Mathur berkata, daripada preskripsi tersebut, adalah jelas bahawa mangsa wanita itu mengalami sakit kepala. "Kami tidak menemui sebarang tanda yang bilik mereka telah dipecah masuk melainkan oleh pasukan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima panggilan daripada pemilik hotel dan satu-satunya kesimpulan yang boleh kami buat ialah kedua-dua mangsa telah mengambil ubat-ubatan ini secara berlebihan," ujarnya. Mengenai pil anti-kegelisahan, Dr Ish Anand, pegawai perubatan yang memberikan pil tersebut kepada James Gaskell berkata, mangsa mendakwa telah lama mengambil pil berkenaan dan berada pada tahap perlu memakannya. "Dia kelihatan seperti ketagihan pil tersebut dan orang yang berada di dalam situasi ini tidak selamat untuk berhenti secara mendadak. Jadi saya memberinya dos yang berlainan sebagai langkah berjaga-jaga. "Saya juga dapati yang keadaannya ketika itu adalah stabil, tenang, berjaga-jaga dan boleh berjalan dengan elok. Apabila dia bercakap, dia kelihatan mempunyai pengetahuan yang luas mengenai ubat tersebut jadi saya menganggap yang dia boleh mengendalikannya dengan selamat," kata doktor itu. Bapa tiri Alex pula memberitahu akhbar Britian the Mail, bahawa menantunya itu mengambil dadah yang terkawal untuk merawat depresi. "Ini bukanlah dua remaja yang sedang dalam pengembaraan dadah di India...James memang sedang dalam preskripsi pil depresi dan mereka ke sana untuk mengenali lebih dekat budaya dan cara kehidupan masyarakat India, bukannya untuk bersuka ria dengan dadah," katanya lagi. Alex dikatakan seorang yang sangat berhati-hati dengan dadah apatah lagi budaya mengambil dadah. Kedua-duanya mengajar bahasa Inggeris di Kolej Antarabangsa Manchester dan berhasrat suatu hari nanti mengajar bahasa Inggeris di luar negara seperti di India atau Indonesia. Dan kedua-duanya adalah graduan yang cemerlang - memperolehi ijazah kelas pertama. Mereka telah mengembara di benua kecil India sejak Julai lalu.- mstar online

Tribunal Pengurusan Strata Ditubuhkan Pertengahan 2015
SHAH ALAM: Tribunal Pengurusan Strata yang mengurus dan mendengar kes berkaitannya akan ditubuhkan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tribunal ini melibatkan Akta Pengurusan Strata 2013 atau Akta 757 yang diwartakan pada Februari tahun lalu dan akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2015.
Beliau berkata, tribunal ini akan memastikan perkhidmatan yang terbaik dalam pengurusan bangunan strata dan platform bagi membuat aduan terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Tambahnya, semua Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara perlu meluluskan resolusi berkaitan pelantikan pengerusi tribunal dan anggota di peringkat negeri masing-masing. "Walaupun akta ini berkuat kuasa 1 Januari 2015 tetapi saya dimaklumkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri mungkin diadakan pada Mac. Tetapi itu tidak jadi masalah sebab banyak lagi peruntukan dalam akta ini perlu dikuatkuasakan yang tidak ada hubung kait dengan penglibatan tribunal itu nanti," katanya pada sidang media selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini, Khamis. Abdul Rahman berkata, Selangor mempunyai jumlah bangunan strata yang tinggi, di mana 50 peratus rakyat Selangor tinggal di bangunan itu. "Sebab itu, kita memaklumkan kepada menteri besar bahawa DUN Selangor perlu meluluskan resolusi untuk pelantikan pengerusi dan timbalan serta anggota tribunal oleh menteri KPKT seperti mana termaktub dalam akta. "Menteri besar telah meminta supaya diberi ruang kepada mereka di Selangor (rakyat) untuk menganggotai tribunal ini. "Kita tidak mempunyai masalah selagi kelayakan dipenuhi untuk mendapatkan anggota tribunal dari Selangor dengan mengambil kira Selangor mempunyai bangunan srata yang begitu banyak," katanya. Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri menyambut baik Akta Pengurusan Srata 2013 dan mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan dalam akta berkenaan. "Selangor adalah negeri maju dan mempunyai pembangunan strata, kita memerlukan kerjasama kementerian untuk memastikan pengurusan bangunan strata ini dapat dilaksanakan dengan baik bagi menjamin hak pembeli, pemilik dan penduduk di bangunan itu," katanya. - mstar online

Video Seks Ustaz: Niat Jahat Pihak Tertentu - Zulkifli
PETALING JAYA: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Ustaz Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini.
"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.
"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
"Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya pada Khamis.
Ditanya penerimaan Uztaz Azhar mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, beliau masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.- mstar online
TOP
Kerajaan Diminta Tingkatkan Penguasaan Di Kuala Sepetang
Kelihatan aktiviti pelancongan dapat dirakamkan dari Jeti Awam Kuala Sepetang.
TAIPING: Kerajaan diminta meningkatkan penguatkuasaan bagi memantapkan kawalan keselamatan di perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga, yang didakwa dikuasai kumpulan mafia untuk melakukan pelbagai kegiatan jenayah. Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed AbdulFasal berkata sesuatu tindakan sukar dilakukan dengan segera sekiranya kekurangan aset dan anggota penguatkuasa. "Walaupun kegiatan ekonomi bertambah baik dan pelancong sering datang ke Kuala Sepetang, apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini di satu-satu kawasan, orang ramai khususnya penduduk berasa terancam. "Sebelum ini, memang ada aduan secara lisan daripada penduduk setempat bila kita adakan lawatan ke kawasan berkenaan yang pernah melihat kegiatan membawa barang-barang seludup," katanya kepada pemberita pada Khamis. Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yangmendakwa kawasan berkenaan dikuasai kumpulan mafia yang melakukan kegiatan jenayah seperti perjudian, pengedaran dadah, penyeludupan senjata, pelacuran serta menceroboh tanah kerajaan. Syed Abu Hussin Hafiz berkata sebagai pemimpin masyarakat, beliau pernah meminta penduduk melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan jenayah dikawasan itu. "Ada yang mengadu mereka ternampak kegiatan ini berlaku ketika kawasan itu dalam keadaan lengang atau hujan lebat. Bila saya minta buat laporan polis, (penduduk) tidak berani kerana mereka takut akan diancam," katanya. Sambil mengakui kadar statistik jenayah di kawasan berkenaan menurun, beliau bagaimanapun bimbang jika kegiatan itu tidak dapat dibendung.- mstar online

Polis Tahan Tiga Lelaki Disyaki Terbabit Kes Samun
ACP Abdul Aziz Salleh menunjukkan dadah jenis heroin dan pil kuda yang dirampas dari seorang pengedar dadah berusia 27 tahun.
KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki kerana dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah kedai runcit yang melibatkan kerugian wang tunai RM2,500 di Taman Datuk Rashid di Jalan Bypass pada Rabu. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang apabila pemilik kedai itu yang berusia 50 tahun secara tiba-tiba didatangi empat suspek bersenjatakan pisau. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, suspek bertindak mengacukan pisau ke arah mangsa sebelum menyelongkar laci kaunter bayaran dan mengambil wang tunai di dalamnya. "Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal, namun mangsa sempat melihat nombor pendaftaran kenderaan suspek sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita dalam sidang media pada Khamis. Susulan laporan itu, katanya polis telah memberkas pemilik salah sebuah motosikal itu berusia 19 tahun di rumahnya di Beserah dekat sini pada pukul 10.30 Rabu malam dan dua lagi rakannya yang disyaki terlibat dalam kejadian samun itu, berusia 18 dan 32 tahun di kawasan sama. Katanya polis kini masih mengesan dua lagi suspek termasuk seorang yang menjadi dalang dalam kegiatan ini yang masih bebas dan tinggal di kawasan Batu Hitam, Beserah. "Kesemua suspek yang ditahan itu juga didapati positif dadah dan mereka kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen395/397 Kanun Keseksaan," katanya. Dalam kes berasingan katanya, polis menahan seorang bekas banduan yang dipercayai pengedar dadah berusia 27 tahun dalam serbuan di rumah sewanya di di Sungai Karang dekat Beserah pada pukul 2 petang semalam. Beliau berkata dalam serbuan itu polis turut merampas 75 gram heroin dianggarkan bernilai RM3,000 dan pil kuda sebanyak 1,000 biji dianggarkan bernilai RM11,000 yang disembunyikan di dalam sebuah beg silang di dalam sebuah bilik di rumah itu. "Dia kini ditahan di lokap IPD (Ibu pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung (sampai mati) jika disabitkan kesalahan," katanya.- mstar online

Atlet Elit Guna Steroid Anti-Radang
KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan terlarang yang diuji positif ke atas atlet negara dikenali sebagai Dexamathesone.
Menurut sumber, bahan itu merupakan sejenis steroid untuk rawatan perubatan dengan kesan anti-radang yang kebiasaannya digunakan dalam rawatan pemulihan atlet.
Kajian menunjukkan dexamethasone bukan bahan untuk meningkatkan prestasi atlet. Ia biasanya digunakan untuk rawatan alahan, tindak balas alahan, masalah tulang dan radang yang kronik.
Spekulasi tersebar seorang atlet yang diuji positif dengan bahan ini, jaguh badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei kemungkinan menggunakannya untuk mengurangkan kesakitan.
"Ia tidak dilarang jika diuji di luar kejohanan.
"Untuk ujian ketika kejohanan, ia dilarang jika diambil dengan cara menelan, suntikan atau terus melalui otot atau dubur," tambah sumber itu.
Bagaimanapun, ia dibenarkan jika membuat suntikan di sekitar tisu radang (bukan di bahagian otot) dan di bahagian kulit.
Untuk rawatan ini, nasihat dari pihak doktor diperlukan. Dalam masa sama, hanya doktor yang boleh melakukan rawatan ini dengan persetujuan pesakit.
Pada Isnin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan seorang atlet telah diuji positif dalam ujian doping.
Pun begitu, beliau enggan mendedahkan nama atlet tersebut sehingga ujian sample B selesai dijalankan. Tarikh untuk ujian sample B belum diketahui.
Kes positif dadah ini merupakan isu doping kedua melibatkan atlet Malaysia beberapa minggu kebelakangan ini.
Sebelum ini, pingat emas atlet wushu Tai Cheau Xuen ditarik balik selepas diuji positif dengan dadah perangsang jenis sibutramine ketika beraksi pada Sukan Asia bulan lalu.- mstar online
TOP
Kempen Sentuh Anjing Kerja Orang Tiada Otak - Nik Aziz
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran kempen 'I Want To Touch A Dog' sebagai kerja orang tiada otak. Nik Abdul Aziz dipetik Harakah Daily sebagai berkata, penganjuran kempen itu bertentangan dengan ajaran mazhab Shafie. "Menganjurkan kempen khususnya untuk menyentuh anjing dilakukan oleh seseorang yang dalam kepala (mereka) tiada otak," katanya selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Ke-24 Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Kelantan di Kota Baru pada Selasa. Sementara itu, Mohd Iqbal Parjin, ustaz jemputan pada kempen yang berlangsung di Bandar Utama itu melihat penganjurannya sebagai satu peluang untuk menyampaikan mesej Islam kepada orang Islam dan bukan Islam. Dalam entri terbaharunya di Facebook, Mohd Iqbal berkata, beliau menerangkan mengenai prosedur mengendalikan anjing mengikut mazhab Shafie. "Saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing. Umat Islam tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu," katanya. Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Selagor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata kempen tersebut tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya. Beliau berkata, pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam. Katanya, menerusi surat penganjur pada 3 Oktober lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar. Mohamad Adzib berkata, program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya. Jelasnya, bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak. Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Oktober lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.- mstar online

ISIS Lancar Serangan Senjata Kimia
Keadaan mangsa serangan ISIS dipercayai menggunakan senjata kimia mengakibatkan penduduk mengalami masalah kesihatan.
MILITAN Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dipercayai melepaskan tembakan menggunakan senjata kimia terhadap pejuang Kurdis di bandar Kobane, sempadan Syria-Turki. Insiden terbaharu ini dilaporkan wartawan BBC, Guney Yildiz apabila perkara itu dimaklumkan pihak Kurdis berhubung serangan menggunakan senjata kimia itu. Serangan itu mengakibatkan penduduk mengalami masalah kesihatan, termasuk buta, kulit melepuh dan pernafasan. Setakat ini, mangsa masih belum dapat dibawa untuk mendapatkan rawatan kesihatan kerana serangan yang masih berlaku. Seorang doktor di bandar itu yang turut menjadi mangsa apabila mengalami kecederaan hampir 75 peratus pasti serangan itu membabitkan penggunaan senjata kimia. Minggu lalu, kerajaan Iraq melaporkan ISIS mengawal sebahagian besar kawasan di negara itu yang menempatkan 2,500 senjata kimia lama. Kawasan itu dibom pihak Amerika Syarikat ketika Perang Teluk pada 1991, bagaimanapun hanya sebahagian kawasan yang menempatkan senjata itu musnah. Bagaimanapun, pihak Iraq memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa senjata yang ditinggalkan itu masih dilengkapi bahan yang boleh membawa maut itu. Senjata yang dihasilkan antara 1980-an dan awal 1990-an itu dikatakan kini dikuasai kumpulan militan itu. Pihak Iraq juga mendakwa melihat peralatan itu dirampas menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). New York Times pula melaporan, berikutan itu militan berkenaan menutup kamera berkenaan. Duta Iraq ke PBB, Mohamed Ali Alhakim memaklumkan kepada PBB mengenai kumpulan pengganas bersenjata yang menguasai kompleks Muthanna yang terletak hampir 100 kilometer dari Baghdad pada 11 Jun lalu. Menerusi surat kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, beliau berkata, tinggalan senjata kimia itu disimpan dalam dua bunker di kompleks itu. "Pihak yang menguruskan kawasan kompleks itu mengesan pada subuh 12 Jun lalu menerusi sistem pemantauan adanya peralatan yang dirampas pengganas sebelum fungsi kamera itu ditamatkan," katanya. Kompleks Muthanna membabitkan keluasan kira-kira lima kilometer kali lima kilometer dan berupaya menghasilkan 4,000 tan bahan kimia untuk senjata api setahun.- mstar online

Video: Kejadian Tembak Menembak Dalam Parlimen Kanada
OTTAWA - Kanada telah dikejutkan dengan kejadian tembak-menembak yang mana telah berlaku di dalam bangunan parlimen. Lebih mendebarkan, kejadian dikatakan berlaku hanya beberapa meter dari Perdana Menteri Kanada. Kejadian telah menyebabkan seorang askar yang bertugas sebagai pengawal terbunuh.
Sebelum ini, seorang askar maut kerana telah dilanggar oleh seseorang yang didakwa sebagai pengganas. Kejadian tersebut telah menyebabkan berlaku kejar mengejar dan pengganas berkenaan mati di tangan polis.
Perdana Menteri Kanada menyifatkan kedua-dua kejadian sebagai serangan pengganas dan menegaskan Kanada tidak akan takut dengan ancaman pengganas. - SiakapKeli.com

Polis Tak Takut - KPN
Khalid Abu Bakar
CHERAS: Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah. "Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut). "Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis. Menurut Khalid, kegiatan jenayah di Kuala Sepetang memang wujud tetapi tidak sampai ke tahap dikuasai oleh kumpulan mafia. "Kita tak nafikan berlaku jenayah di Kuala Sepetang tapi bukan sampai wujud mafia dan sebagainya" katanya. Beliau menambah, walaupun Kuala Sepetang pernah menjadi sebuah pusat penyeludupan pada masa dahulu tetapi sekarang kawasan tersebut lebih dikenali dan berpotensi sebagai pusat pelancongan. "Saya percaya masih berlaku penyeludupan ini tapi tak seperti apa yang digambarkan...begitu teruk keadaannya. "Kuala Sepetang sekarang adalah pusat pelancongan saya rasa eloklah kita majukan kawasan itu sebagai kawasan peranginan untuk tarik pelancong," katanya. Sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini menerbitkan artikel mengenai kegiatan mafia yang dikatakan berleluasa di kawasan itu melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga. Laporan tersebut mendakwa pelbagai aktiviti jenayah berlaku di sana, termasuk penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian, pencerobohan tanah kerajaan dan pencerobohan pendatang tanpa izin yang dikendalikan oleh sindiket berpengaruh. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan tersebut. Katanya, meskipun tidak terlibat secara langsung tetapi ada ahli politik yang dikesan dibiayai dengan hasil pusat perjudian haram tersebut.- mstar online

Balak Haram: Polis, Pengusaha Syarikat Kena Cekup
KUALA LUMPUR: Sepuluh individu ditahan, termasuk seorang pegawai kanan polis yang dipercayai melindungi aktiviti pembalakan haram di Sarawak melibatkan nilai suapan yang keseluruhannya mencecah RM50,000.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, sembilan lagi individu yang ditahan adalah pemilik syarikat, pengarah urusan dan pengurus kem yang berusia antara 28 hingga 70 tahun.
"SPRM juga menyita kira-kira 30 akaun pemilik syarikat balak yang terlibat dengan nilai keseluruhannya mencecah RM18 juta menerusi Ops Tukul yang dilancarkan sejak Isnin lalu," katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata, daripada 10 yang ditahan itu, empat akan dituduh di Limbang pada Khamis, manakala seorang lagi sudah didakwa semalam (Rabu) di Kuching, Sarawak," katanya.
Tiga daripada 10 suspek kes rasuah pembalakan haram di Sarawak yang dihadapkan ke mahkamah pada Khamis.
Beliau berkata, empat lagi individu, termasuk seorang pegawai polis berusia 35 tahun yang ditahan masih lagi disiasat dan dalam tahanan reman sehingga Ahad ini. "Pegawai kanan polis yang ditahan itu mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis sebuah daerah di Sarawak dan dipercayai menerima wang suapan berjumlah RM16,000 menerusi tiga transaksi. "Transaksi pertama bernilai RM3,000 pada 24 Ogos lalu, seterusnya RM5,000 pada 11 September dan RM8,000 pada Isnin lalu," katanya.
Tertuduh berusia 28 tahun ditahan kerana kegiatan pembalakan haram.
Katanya, jika bersabit kesalahan, individu terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 17(b) dan 17(a), Akta SPRM 2009 yang mengenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan. Mengenai nilai suapan yang dianggap kecil, Mohd Shukri berkata, ia tetap memberi impak kepada kegiatan itu kerana menyebabkan kemusnahan alam sekitar, merosakkan kawasan tadahan, mencemarkan air sungai dan mengancam hidupan liar. "Kita dapati pembalak haram ini menebang pokok bernilai tinggi seperti pokok belian dan tapang yang penebangannya dilarang," katanya. Beliau berkata, menerusi pemerhatian SPRM sejak sembilan bulan lalu di 12 lokasi iaitu Kuching, Limbang, Sibu, Ulu Baram, Lundu, Kapit dan Miri, kerajaan Sarawak mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM43 juta dengan anggaran kerugian sebanyak RM100 juta setahun. Katanya, operasi bersepadu itu membabitkan kerjasama agensi seperti polis, Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Lembaga Hutan Malaysia. - mstar online

Polis Anggap Rakyat Negara Ini Pemantau Terbaik
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap rakyat di negara ini sebagai pemantau terbaik dalam memastikan anggotanya berintegriti dan tidak terlibat dengan jenayah mahupun rasuah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun PDRM dipantau oleh beberapa agensi antaranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi baginya rakyat adalah pemerhati secara keseluruhan.
Beliau berkata PDRM menerima apa jua pandangan dan salah laku warganya yang disuarakan rakyat di media sosial seperti Facebook mahupun Youtube yang kini menjadi antara medium utama masyarakat di negara ini.
“Jika ada warga PDRM yang terlibat dalam kes jenayah di mana-mana sahaja, rakyat negara ini sekarang mempunyai ‘telefon pintar’, apa jua salah laku polis akan diambil gambar dan dimuatnaik ke Youtube.
“Apabila ini berlaku, PDRM akan segera mengambil tindakan dan menyiasat anggota yang melakukan jenayah, sebab itulah saya menganggap masyarakat sebagai pemerhati terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis upacara pengiktirafan kuda-kuda baharu polis, di Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cheras hari ini.
Khalid berkata rakyat boleh memantau apa jua perkara yang melibatkan PDRM dan pada masa sama boleh memperbaiki dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan polis.
Beliau berkata demikikan ketika diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
“PDRM bersedia untuk melihat dan mengkaji sebarang kertas cadangan yang dikemukakan sebelum memberi apa-apa ulasan mengenai IPCMC,” katanya.
IPCMC adalah sebuah badan pengawas polis yang pertama kali dicadangkan penubuhannya oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menambah baik pasukan polis pada 2005.
Tahun lepas, media tempatan melaporkan Khalid menyatakan IPCMC tidak perlu ditubuhkan kerana Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) mampu mengendalikan isu berkaitan integriti dan disiplin anggota polis.
Sementara itu, Khalid turut memberi pengiktirafan kepada 30 ekor kuda baharu kepada Unit Berkuda, PSP di Cheras, hari ini.
“Memandangkan keperluan tugas itu, PDRM telah membeli sebanyak 30 ekor kuda yang diterima pada hari ini adalah daripada baka jenis ‘warm blood’, Polo Australia dan Arab…kuda ini akan menggantikan kuda lama yang telah uzur dan tua,” katanya. – BERNAMA
TOP
Terima 10 Jahitan Akibat Terlanggar Kucing Bergaduh
KUALA KURAU - Seorang lelaki menerima lebih 10 jahitan di kepala setelah terjatuh dari motosikalnya akibat terlanggar dua ekor kucing sedang bergaduh di Kampung Parit Abas, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa Hussin Said, 50, bukan sahaja menerima jahitan di kepala malah turut mengalami kecederaan lain akibat terjatuh dari motosikal yang ditunggang.
"Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan Kuala Kurau, roda hadapan motosikal saya diterpa dua kucing sedang bergaduh menyebabkan hilang kawalan dan terjatuh.
“Kejadian itu menyebabkan kepala dan beberapa bahagian badan cedera serta hampir pitam, sebelum seorang kawan membawa saya ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Hussin berkata, kejadian itu menyebabkan motosikalnya rosak dan mengalami kerugian dianggarkan lebih RM200.
“Walaupun sayur dan ikan yang dibeli bertaburan atas jalan, namun saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius,” katanya. - Sinar Harian
TOP
Guna MyKad Beli Minyak, Betapa Celarunya Kerajaan
KUALA LUMPUR: Cadangan penggunaan MyKad bagi tujuan untuk mengisi minyak tahun hadapan dilihat tidak menyelesaikan masalah terutamanya kumpulan sasar.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun kerajaan cuba mengawal pembelian minyak melalui penggunaan MyKad, namun ia tetap boleh disalahgunakan.
"Kerajaan kata nak kawal subsidi dengan penggunaan MyKad kumpulan sasar berpendapatan bawah RM4,000 akan dapat menikmati subsidi.
"Adakah kerajaan boleh beri jaminan boleh kawal jika mereka yang berpendapatan tinggi yang bawa rakan mereka yang layak menerima subsidi membeli minyak?
"Sudah tentu sukar kerana pekerja stesen minyak bukannya hanya boleh mengawal seorang pelanggan tetapi mereka perlu berdepan lebih ramai pelanggan dalam satu masa," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lagi, cadangan tersebut turut membuktikan kerajaan mempunyai fikiran yang celaru dalam mencari pendapatan negara untuk menyelesaikan hutang.
"Kerajaan hanya berfikir dengan penarikan subsidi akan mengurangkan perbelanjaan negara termasuk untuk membayar hutang.
"Kerajaan sekarang benar-benar bercelaru dalam menyelesaikan hutang-hutang yang semakin bertimbun, bila ini berlaku pelbagai cadangan yang timbul walaupun pelaksanaannya tetap gagal seperti penggunaan Mykad," sambung beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan subsidi merupakan hak yang harus dinikmati seluruh rakyat negara ini, selain mengawal kenaikan harga barangan keperluan dan pengangkutan awam.
"Subsidi hak rakyat dan tidak boleh diambil walaupun kerajaan mengatakan untuk mengurangkan kos perbelanjaan negara.
"Sepatutnya yang perlu dilakukan kerajaan adalah dengan mengurangkan perbelanjaan mereka yang merugikan seperti acara pelancaran sesuatu projek, program yang tidak mendatangkan faedah.
"Kita sedia maklum sebelum ini kerajaan telah berbelanja besar dengan pelbagai program, ini sepatutnya kerajaan elak sekarang bukan ambil dari rakyat," katanya lagi.
Mahfuz yang tidak menolak bahawa kerajaan akan menarik sepenuhnya subsidi minyak dan menjualnya mengikut harga pasaran biasa.
"Kita kena ingat jika keseluruhan subsidi minyak ditarik balik dan mengatakan GST tidak dikenakan itu hanya sementara sahaja, sudah pasti selepas subsidi tiada maka GST akan dikenakan pada minyak RON95 termasuk diesel sekali," kata beliau. - HARAKAHDAILY 22/10/2014
TOP
PM Singapura Mahu Menjadikan Basikal Sebagai Kenderaan Pilihan
Singapura -Singapura mahu menjadikan aktiviti mengayuh basikal bukan sahaja sebagai rekreasi, tetapi satu pengangkutan pilihan yang boleh digunakan untuk jarak yang dekat, menurut blog Menteri Pembangunan Nasional Singapura, Khawn Boon Wan.
"Kita mesti menjadikannya lebih daripada rekreasi. Kita mahu ia menjadi pengangkutan pilihan untuk jarak dekat ke supermarket, kedai kopi, pusat penjaja atau ke stesen MRT terdekat. Untuk berbuat demikian, kita perlu memastikan perjalanan itu selamat dan menyenangkan", tulisnya.
Selain itu Mr Khaw juga turut menyatakan Singapura masih terkebelakang dari beberapa buah bandar seperti Amsterdam dan Copenhage, yang mana menjadikan berbasikal sebagai 'gaya hidup seharian yang normal'. - SiakapKeli.com
TOP
Rungkai : Isu Video Skandal 'Ustaz Azhar Idrus'
Status : Dinafikan Oleh Pihak UAI
Mula Disebar : 22 Okt 2014
Tarikh Penafian : 23 Okt 2014
Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.
Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.
Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :
"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.
"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.
- SiakapKeli.com

100,787 Syarikat Mendaftar Untuk GST Hingga Semalam
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk struktur percukaian baharu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 100,787 hingga pada 22 Oktober, naik 429 daripada kelmarin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Dalam kenyataan di sini hari ini, jabatan itu berkata data terkini menunjukkan lebih banyak syarikat mendaftar untuk GST menjelang tarikh akhir pada 31 Disember ini.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
Belasah Kemudian Buang Anak Tiri Di Lombong Arang Batu
FENGAN– Ibu tiri jahanam. Hanya kerana ingin kembali kepada bekas suaminya, seorang wanita Ting Liang, 30, sanggup memukul dan mencekik anak tirinya, Jen, yang berusia tujuh tahun.
Budak itu kemudiannya dibuang ke lombong arang batu. Nasib baik selepas tiga hari, Jen masih ditemui bernyawa.
Ting Liang meninggalkan budak itu di kawasan berkenaan kerana menyangka Jen sudah mati.
Perbuatannya terbongkar selepas bekas suaminya, Gang Jian, membuat laporan polis setelah Jen tidak pulang ke rumah selama tiga hari.
Hasil siasatan yang dijalankan, polis mendapati Ting Liang telah menjemput Jen dari sekolah dengan alasan ingin membawa budak itu untuk mendapatkan rawatan doktor.
Namun dia sebaliknya membawa budak itu ke kawasan arang batu dan memukul budak itu dengan batu, menendang dan mencekik Jen dengan skafnya. Selepas Jen tidak sedarkan diri, Ting Liang membuangnya di kawasan itu.
Dalam pada itu, Gang Jian berkata, bekas isterinya itu sebelum ini menyukai Jen namun selepas dia memaklumkan mahu menceraikannya, Ting Jiang mula berubah menjadi pendiam dan keluar dari rumah.
Ting Liang kini berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana menculik dan cubaan membunuh.-mynewsub
TOP
Kongsi Rumah Dalam Kereta Bersama Peliharaan
NEWPORT – Sebuah keluarga terpaksa berkongsi ‘rumah’ dalam kereta dengan dua kucing, seekor anjing dan seekor burung nuri sejak Julai lalu selepas kediaman mereka dirampas bank.
Deborah Talbot semalam berkata dia, pasangannya, Glyn Jones, 60, dan anak mereka Rachel, 23, serta empat haiwan peliharaan tinggal berhimpit-himpit di dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa orang kurang upaya.
Deborah berkata setakat ini dia tidak bernasib baik kerana belum dapat memiliki rumah selepas dibuang kerja dari sebuah pasar raya.
“Saya diusir oleh sebuah syarikat bank.
“Menurut pihak berkuasa tempatan, kami tidak menjadi keutamaan berbanding yang lain dan tidak mempunyai ramai anak,” katanya.
Menurut Deborah, dia tidak ada tempat lain untuk berlindung, memaksa mereka menjadikan kenderaan sebagai rumah.
Rakan lain juga, katanya, tiada yang sanggup menumpangkan mereka.
Tanpa dapur, keluarga itu hanya bergantung kepada restoran dan makanan segera dari pasar raya untuk mengisi perut.
Sementara itu jurucakap Majlis Newport berkata, Deborah memohon di bawah peruntukan kehilangan tempat tinggal pada bulan Julai selepas rumahnya diambil alih oleh syarikat bank.
“Permohonannya telah diproses dan keputusan dikeluarkan pada 17 Julai mengesahkan statusnya sebagai orang tidak berumah tetapi bukan dalam kategori terdesak.
“Dia boleh merayu tetapi tiada sebarang rayuan dikemukakan,” katanya.-Agensi
TOP
Dua Maut Dalam Insiden Serangan Di Parlimen Kanada
OTTAWA: Bangunan parlimen Kanada dikawal ketat pihak polis selepas insiden pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata pada Rabu.
Dalam insiden berkenaan seorang anggota tentera yang juga seorang pengawal di Memorial Perang Kebangsaan negara itu, ditembak mati.
Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Koperal Nathan Cirillo, 24 tahun, seorang pegawai unit simpanan tentera yang berpangkalan di Hamilton, Ontario.
Dua lagi termasuk seorang pengawal keselamatan di blok tengah parlimen cedera dalam insiden itu namun kedua-duanya dilaporkan stabil.
Turut terbunuh salah seorang daripada penyerang yang dikenal pasti sebagai Michael Zehaf-Bibeau, seorang warga Kanada yang ditembak mati.
Polis kini sedang menggandakan misi memburu sekurang kurangnya dua lagi suspek yang turut terlibat dalam serangan berkenaan.
Ekoran kejadian itu pihak polis menutup kawasan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper.
Harper bagaimanapun berjaya meninggalkan lokasi itu dan disahkan berada dalam keadaan selamat.
Kejadian berlaku hanya dua hari selepas seorang lelaki merempuh dua anggota tentera mengakibatkan seorang daripadanya terbunuh.
Lelaki berkenaan bagaimanapun ditembak mati oleh polis. – Astro Awani
TOP
Hafiz Hashim Tak Percaya Lee Chong Wei Ambil Dadah
BEKAS pemain badminton negara, Muhd Hafiz Hashim seakan tidak percaya dengan dakwaan mengatakan pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei positif ujian dadah atau doping seperti yang dihebahkan media, kelmarin.
“Saya seperti tidak percaya, tetapi kalau ada pihak mahu menjatuhkannya, ia harus diperjelaskan sebaik mungkin,” katanya memetik Harian Metro.
Menurutnya lagi, dia percaya Chong Wei mungkin tidak tahu semasa mengambil ubat atau makanan tambahan untuk mengekalkan prestasinya.
“Mungkin dia tersalah makan, tetapi secara logik dalam sukan mengambil bahan terlarang boleh dianggap satu tindakan yang tidak betul,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Saya Tidak Akan Jadi MB Kedekut – Azmin
SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, beliau tidak berhasrat untuk menjadi ‘MB Kedekut’
Menerajui negeri yang mempunyai rizab bernilai RM3 bilion, beliau berhasrat membelanjakannya untuk penyelenggaraan infrasturktur dan kebersihan di negeri itu.
“Saya tidak akan menjadi menteri besar yang kedekut. Ini bukan wang saya, ia milik rakyat. Saya boleh kedekut dengan wang saya sendiri tapi ini wang mereka dan saya akan membelanjakan ia dengan baik,” katanya.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dikritik oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat kerana pendekatan berjimat-cermat dalam membelanjakan dana negeri.
Azmin berkata rakyat Selangor boleh mengharapkan perkhidmatan asas yang lebih baik, jalan raya yang rata, keadaan persekitaran yang bersih dan lebih banyak aktiviti ekonomi.
Beliau berkata, cabaran yang perlu dihadapinya adalah memastikan dana kerajaan dibelanjakan dengan sebaik mungkin untuk dikembalikan kepada rakyat.
“Ia tidak mudah. Saya tidak mahu melihat perbelanjaan melampau dan akan memberikan alasan yang kukuh mengapa kita perlu berbelanja,” katanya.
Beliau berkata Selangor menerima peruntukan sebanyak RM500 juta setiap tahun daripada kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan infrastrukur jalan raya dan kemudahan lain.
Namun, dalam pentadbiran terdahulu hanya 50% daripadanya disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan dengan bakinya dimasukkan ke dalam rizab negeri.
“Saya tidak fikir ia betul. Bermula tahun depan, setiap satu sen dari kerajaan Persekutuan perlu disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengekalkan kawasan mereka,” katanya. – mStar
TOP
Chelsea Hadapi Krisis Penyerang Menjelang Pertemuan MU
LONDON – Chelsea berhadapan situasi yang mana pemain veteran, Didier Drogba, adalah satu-satunya penyerang barisan utama yang cergas untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford Ahad ini.
Pasukan bimbingan Jose Mourinho itu pastinya akan beraksi tanpa penjaring utama yang sudah menjaringkan sembilan gol, Diego Costa yang mengalami kecederaan paha.
Pemain Perancis, Loic Remy juga mengalami kecederaan semasa menjaringkan gol pembukaan Chelsea ketika pendahulu Liga Perdana Inggeris itu melakar rekod kemenangan 6-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Maribor semalam.
Drogba, 36, menggantikan Remy selepas 16 minit permainan dan menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pertamanya sejak kembali ke kelab berkenaan selepas dua tahun beraksi dengan pasukan lain.
Namun, Mourinho boleh memasukkan pemain berusia 17 tahun, Dominic Solanke dalam pasukan yang akan bertandang ke Old Trafford, selepas remaja itu membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian dalam perlawanan menentang Maribor.
“Saya tidak bertugas esok dan saya tidak mahu berbicara mengenai kecederaan, saya juga tidak mahu mendengarnya daripada doktor,” katanya.
Chelsea berharap melanjutkan aksi tanpa kalah sejak permulaan musim kepada 13 perlawanan dan tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua saingan apabila bertemu Manchester United yang kini di tangga keenam liga. – Reuters
TOP
Michael Buble Adakan Konsert Jelajah Di Malaysia Januari Depan
PENYANYI jazz terkenal, Michael Buble akan mengadakan konsert jelajah Asia di mana Malaysia telah tersenarai sebagai salah satu negara yang akan dilawatinya.
Perkara ini disahkan oleh penganjurnya, Dainty Group menerusi kenyataan media yang dikeluarkan di laman web merak.
“Saya dah tak sabar nak memulakan konsert jelajah Asia yang akan berlangsung sepanjang Januari dan Februari tahun depan. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kerjaya saya dan saya sayangkan semua peminat saya, jumpa anda semua nanti!,” kata Buble yang dipetik menerusi kenyataan medianya.
Konsert Buble akan diadakan pada 27 Januari 2015 dan lokasi konsert masih belum didedahkan lagi oleh pihak penganjur.
Selain Malaysia, Buble turut bakal membuat persembahan di China, Singapura, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Filipina dan Jepun.
Kali terakhir penyanyi yang popular dengan lagu Haven’t Met You Yet dan Sway ini mengadakan persembahan di Malaysia ialah pada 2011 di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mempromosikan album Crazy Love. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Beyonce & Jay Z Perbaharui Perjanjian Perkahwinan
Tak berapa lama dahulu, para peminat disogokkan dengan gosip bahawa diva pop dunia, Beyonce dan suaminya, rapper Jay Z bakal berpisah.
Ini dibuktikan dengan rakaman litar tertutup CCTV di dalam lif yang menjadi viral di internet apabila ia memaparkan adik Beyonce, penyanyi Solange Knowles menendang dan menumbuk rapper tersebut bertubi-tubi.
Pelbagai andaian kemudiannya timbul berdasarkan video tersebut, antaranya, Solange cuba mempertahankan kakaknya akibat dari kecurangan Jay Z.
Namun nah, berita terbaru yang ditulis portal Time menepis semua kontroversi apabila melaporkan mereka berdua telah memperbaharui perjanjian perkahwinan.
Memetik laporan dari majalah People pula, sumber sahih mengatakan pasangan itu sememangnya menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. Namun, demi menjaga reputasi dan kelahiran Blue Ivy, pasangan itu memutuskan untuk memperbaiki perkahwinan tersebut. Beyonce dan Jay Z bersama anak mereka, Blue Ivy kini dalam jelajah konsert mengelilingi Eropah. Mereka berdua juga dilaporkan sedang mencari kediaman baru di kota Paris. – MYNEWSHUB

RON95 Ikut Harga Pasaran Untuk Golongan Kaya Mulai Jun Depan
BANGI – Harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
“Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalau harganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila harga minyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi),” katanya.
Ahmad berkata, golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terus menikmati RON95 pada harga subsidi.
“Sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja akan menerima subsidi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk pegawai kanan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi di bawahnya di sini hari ini.
Harga RON95 ketika ini ialah RM2.30 seliter.
Ahmad berkata, mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKad atau kad lain.
Katanya, sistem yang sama akan turut dilaksanakan kepada pengguna diesel mulai Januari tahun depan melalui menggunakan kad fleet.
Pada sidang media yang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata taklimat mengenai GST itu amat penting supaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan perkara tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, penerangan kepada penduduk luar bandar juga akan diperhebatkan bukan sahaja menerusi taklimat ke seluruh negara oleh Kementerian Kewangan sendiri, malahan melibatkan agensi-agensi di bawah KKLW.
“Ia penting supaya kefahaman mengenai GST itu dapat diperjelaskan hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ketua Pemuda PAS Tidak Percaya Video Seks Azhar Idrus
KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat tidak percaya individu dalam satu video aksi seks yang tersebar dalam media sosial hari ini adalah penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus.
Suhaizan sebaliknya yakin video lucah yang cuba berdurasi beberapa minit itu satu fitnah yang sengaja diadakan untuk menjadikan Azhar sebagai mangsa.
“Fitnah berleluasa. Mangsa terkini Ustaz Azhar Idrus pula. Moga beliau tabah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Hari ini, satu rentetan gambar dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus sedang bercumbu dalam keadaan yang cukup memalukan.
Suhaizan dalam pada itu berasa kesal kerana ada pihak menggelar beliau sebagai Suhaizan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana menyokong kempen Angkatan Muda Keadilan Rakyat (AMK) dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, itu satu tuduhan kelompok yang tidak pernah penat mengadu domba tentang dirinya.
Tegasnya, DPMM akan terus menyokong usaha AMK dalam kempen mereka selagi ia berada diatas landasan yang dipersetujui dan DPPM tidak menghalang ahlinya menyertai kempen AMK pada 28 Oktober ini.
“Namun saya sendiri tidak dapat bersama kerana telah lama membeli tiket ke Terengganu pada pagi itu,” dakwanya.

Anjing Dipakai Serban Dan Jubah, Perbuatan Hina Ulama Islam
KUALA NERUS – Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Beliau berkata gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.
“Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.
“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.
Mohamad Tamyes berkata umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.
“Tetapi kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya. – BERNAMA
TOP
Perdana Menteri Lancar Portal 1Dana
Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan portal 1Dana di Bangunan Perdana Putra pada Khamis. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario (kanan).
PUTRAJAYA – Satu lagi inisiatif kerajaan – portal 1DANA – dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bagi kemudahan rakyat serta syarikat mengetahui bantuan yang boleh diperoleh untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Portal sehenti itu juga membolehkan rakyat melihat semua geran dan pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan kementerian. Dalam ucapan pelancarannya di sini, Najib berkata dengan adanya portal tersebut, ia dapat memberikan gambaran menyeluruh mengenai agensi atau kementerian mana yang perlu dirujuk untuk mendapatkan dana. “Harap portal ini mendapat sambutan yang baik dan apa-apa maklum balas daripada rakyat akan diambil kira untuk penambahbaikan,” katanya. Portal 1DANA juga mempunyai papan pemuka yang memantau dan mengesan prestasi dana yang dikeluarkan terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) negara dan juga terhadap KPI projek tertentu. Najib berkata dalam tempoh dua tahun, kerajaan menyediakan peruntukan yang besar untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) iaitu RM2.3 bilion. “Dalam Mesyuarat Majlis Urus Tadbir Agensi Inovasi Malaysia juga kita ada berbincang mengenai memperincikan segala peruntukan supaya menjadi faktor kejayaan iaitu daripada proses R&D kepada pengkomersialan,” katanya. Selain itu, katanya, gabungan permintaan dan pengeluaran juga perlu diberi perhatian supaya faktor kejayaan dapat ditingkatkan ke tahap lebih tinggi. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari www.1DANA.gov.my - BERNAMA
TOP
Surat Perpisahan Azreen Kepada Aswad Yang Sangat Kelakar!
Kisah cinta zaman sekolah memang kelakar dan lucu untuk dikenang-kenangkan. Patutlah ramai yang melebelkan cinta pada usia itu sebagai Cinta Monyet.
Kali ini kami tunjukkan gambar beberapa keping surat ayat-ayat cinta budak-budak sekolah yang sangat kelakar.
Sesiapa yang membacanya pasti akan terkekeh-kekeh ketawa!
Surat perpisahan ini ditulis oleh Azreen kepada Aswad memberitahu hubungan mereka sudah putus gara-gara Aswad curang padanya dan sanggup bercinta pula dengan Fatin dan Sofia!
Wah, hebat budak-budak sekarang ye sampai ada dua kekasih hati lagi.hihi…
Ayat Azreen dalam surat tersebut :
“Assalamualaikum, wei Aswad aku mintak maaf minta ampun, kalau salah silap aku taw tapi aku nak habaq aku nak ambik jadi adik angkat dah la aku tak suka kat hang dah. Aku kapel dengan Adam dah faham! Sebab siapa suruh hang kapel dengan Fatin dan Sofia? Kapel kita sudah berakhir hari ini, bye.”
“Janganlah sedih, jangan merajuk, jangan panggil aku sayang. “
Lebih lawaknya lagi Azreen yang turut mengaku sudah mencintai jejaka lain bernama Adam dan sempat memberi kata-kata keramat kepada Aswad “Ini kali terakhir aku kata I LOVE U sayang, faham!”
Dalam marah-marah si Azreen ini, sempat ucap kata-kata cinta terakhir lagi taw.
Kami asyik baca surat ini gara-gara tak tahan terbahak-bahak ketawa. Alahai, Azreen oiiii…
Anda bacalah sendiri yer! – MYNEWSHUB.CC

Telefon Pintar Dengan Mood Tersendiri? Amboi
Dalam arena peranti boleh pakai yang menjadi fokus ramai pengeluar pada tahun ini, pelbagai peranti telah diperkenalkan di mana setiap daripadanya mempunyai ciri-ciri yang melambangkan keistimewaanya.
Terkini, pihak LG telah menawarkan peranti konsep menarik dinamakan LG AKA. Apa yang dikatakan menarik ialah LG AKA ini dikatakan akan menyertakan panel belakang yang boleh diubah mengikut warna kegemaran para pengguna.
Perkara yang menjadikan peranti ini agak berbeza dengan kebanyakkan peranti lain adalah dimana ia mempunyai “mata” pada bahagian belakang yang berubah mengikut cara anda menggunakan peranti. Ia dikatakan peranti tersebut akan mempunyai mood tersendiri yang berubah mengikut bagaimana anda menggunakan peranti, termasuk cara anda menggunakan aplikasi dan muzik yang dimainkan pada peranti berkenaan. Sebagai contoh, mungkin sekiranya anda memainkan lagu atau permainan, ia memaparkan keadaan mata yang gembira sebaliknya ketika melayari web atau membuka dokumen ia memaparkan keadaan mata yang serius. Telefon pintar ini dikatakan akan ditawarkan hanya di Korea Selatan sahaja untuk permulaan bermula bulan November ini. Berkemungkinan, peranti ini tidak akan dijual di luar Korea Selatan dan mungkin pihak LG ingin bereksperimen dengan konsep peranti yang mempunyai moodnya tersendiri. Jadi, apa kata anda berkenaan dengan peranti seperti ini? Sumber: Phonearena Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Sentuh Anjing, Bertentangan Mazhab Shafie – Majlis Fatwa
KUALA NERUS – Muzakarah Fatwa Kebangsaan pada Khamis memutuskan isu segelintir umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Islam memuliakan haiwan termasuk anjing namun umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak.
“Bagaimanapun dalam aspek hukum, soal kemuliaan satu hal dan dalam aspek hukum pula umat Islam perlu mematuhi ketetapan ditentukan oleh hukum syarak di dalam Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menutup Majlis Multaqa’ Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia 2014 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustaffa dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaaan Brig Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Jamil Khir berkata Jakim akan memanggil penganjur pertunjukan anjing berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai perkara itu kerana pihak penganjur terutama ustaz yang terlibat mendakwa, beliau tidak diperjelaskan kedudukan sebenar mengenai perkara itu (pertunjukan anjing).
“Bagaimanapun Jakim dalam masa terdekat ini akan memanggil penganjur supaya kita tidak terperangkap dengan isu berkenaan,” katanya.
Beliau berkata beberapa isu besar lain yang dibincangkan antaranya mengenai kumpulan militan Negara Iraq dan Syria (IS) iaitu jihad umat Islam Malaysia di Syria, cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dan derma rahim.
Katanya mengenai IS, Majlis Fatwa merumuskan iaitu berdasarkan kajian dan hujah-hujah melalui nas-nas syarak mendapati umat Islam bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia masih lagi keliru berhubung konteks jihad dan mati syahid dan oleh itu mereka yang sanggup berjuang di Syria atas nama IS adalah bertentangan dengan hukum syarak.
Mengenai CBP yang akan dilaksanakan kerajaan pada April tahun depan, beliau berkata Majlis Fatwa telah berbincang mengenai isu itu di mana Islam mengharuskan Ulil Amri atau pihak pemerintah kerajaan untuk mengutip cukai dan ia hendaklah dilakukan dalam kerangka syarak.
Berhubung isu menderma rahim untuk mengandung dan sebagainya yang sudah berlaku pada masa ini, Majlis Fatwa mengambil ketetapan yang ia tidak diharuskan kecuali dalam keadaan darurat.
Jamil Khir berkata semua butiran berhubung ketetapan yang diambil pada Majlis Fatwa yang bersidang itu akan dikeluarkan oleh Urusetia Jawatankuasa Fatwa Malaysia tidak lama lagi. - BERNAMA
TOP
Wanita Kes Amuk, Muhdalena Ahmad, Lari Dari Hospital Pagi Tadi
Muhdalena (kanan) dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya.
Wanita yang pernah terlibat dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 30, dipercayai telah melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, pagi tadi. Dia sebelum ini diperintah agar ditahan di Hospital Permai, Tampoi oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lepas. Muhdalena kemudian dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin, memetik laporan online Berita Harian. Pagi tadi, kira-kira pukul 9 pagi, dia didapati tiada di katil hospital berkenaan selepas memberi alasan untuk keluar ke tandas sebelum itu. Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen, dengan empat pertuduhan dalam kejadian amuk yang berlaku dia tahun lalu. Hakim mendapati tertuduh ketika kejadian mengalami ketidaksempurnaan akal dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di hospital mental di Tampoi itu sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong. Dia yang merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia melakukan amuk bersama seorang lelaki pada pukul 2.30 petang, 9 Julai 2012. Pada 29 Ogos tahun sama, Muhdalena membuat kelainan apabila hadir ke Mahkamah Sesyen untuk sebutan kesnya memakai topeng ‘Power Rangers’ bagi mengelakkan wajahnya dirakam jurugambar. Pada 19 Julai, dia mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang. Dalam kejadian itu, Muhdalena bersama Allahyarham Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di perkarangan pejabat JPM yang bersebelahan dengan pejabat yang digunakan Perdana Menteri. Khalil bagaimanapun meninggal dunia selepas terkena tembakan polis di tangan dan bahagian ari-ari, Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanannya. - MYNEWSHUB.CC

Persepsi ‘Negara Islam’ Perlu Diperbetul: Dr Tareq
Dr Tareq Al-Suwaidan - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Persepsi mengenai pergerakan yang kononnya dikenali sebagai Negara Islam (IS) perlu diperbetulkan dalam kalangan generasi muda kerana ia bukanlah bercirikan Islam ataupun negara. Sarjana Islam dari Kuwait, Dr Tareq Al-Suwaidan, berkata langkah itu penting untuk mengelak generasi muda daripada menyertai kumpulan pengganas. “Para sarjana Islam di dunia Arab telah mengisytiharkan IS sebagai kumpulan pengganas dan menyeru semua masyarakat Islam dan bukan Islam supaya bersatu memerangi mereka,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini, hari ini. Pemimpin IS, katanya, telah memberi gambaran salah mengenai diri mereka sebagai ‘khalifah’ dalam usaha menarik golongan muda menyertai perjuangan yang jelas bertentangan dengan Islam. “Justeru itu, penjelasan perlu diberi terutama kepada generasi muda bahawa IS bukan khalifah Islam, ia bukan negara Islam dan ia langsung tidak mencerminkan Islam. Ia adalah kumpulan pengganas yang patut diperangi semua pihak. “IS adalah bahaya kepada Islam kerana ia mencemarkan Islam dengan darah,” kata beliau. Dr Tareq berkata satu-satunya cara untuk memerangi IS ialah menerusi penggunaan angkatan tentera terhadap kumpulan militan tegar dan pendekatan kesederhanaan untuk menambat hati dan minda umat Islam secara keseluruhan. Ketika mengulas pemilihan Malaysia menduduki kerusi tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), Dr Tareq berharap Malaysia akan terus menyuarakan sokongan kepada penduduk yang menjadi mangsa penindasan di seluruh negara. Mengenai masa depan ketamadunan Islam, beliau percaya dunia Islam boleh bangkit semula dan menjadi kuasa utama baharu selain Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China dan India. Melalui kecekapan dan kekuatan ekonomi, katanya, negara-negara Islam boleh bangkit semula demi memenuhi keperluan umat Islam. – BERNAMA

SIC Bertanding Buat Julung Kali Di Kejohanan MotoGP Dunia 2015
SEPANG: Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez (dua, kanan) bersama pelumba Yamaha Factory Racing, Valentino Rossi (dua, kiri) pada sidang media sempena sesi perkenalan pelumba-pelumba Perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2014 di Litar Sepang di sini hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kalinya akan bertanding dalam kejohanan MotoGP Dunia menerusi SIC Racing Team, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Razlan Razali. Beliau berkata SIC akan mendapatkan khidmat Zulfahmi Khairuddin untuk menjadi pelumba pertama bagi pasukan itu dalam kategori Moto3. Zulfahmi, 23, yang kini bersama dengan pasukan Ongetta-Air Asia, akan menunggang motosikal KTM Moto3 250 GPR yang dilengkapkan dengan KTM 250cc. “Pendaftaran ini membuktikan komitmen kami untuk memperluaskan ekosistem perlumbaan dua roda di Malaysia ke tahap seterusnya, yang meningkatkan lagi inisiatif kami dalam tempoh lima tahun lepas, sejak 2010. “Langkah ini menandakan fasa seterusnya bagi pelaburan kami untuk membangunkan sukan pemotoran di negara ini. Kami kini boleh melakukan perlumbaan ujian di litar pada November ini serta pada Februari dan Mac depan menjelang musim perlumbaan 2015 di Qatar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Razlan berkata fasa ujian itu adalah masa yang sesuai untuk melahirkan pasukan sokongan berkemahiran termasuk jurutera, mekanik dan krew perlumbaan yang memberikan kelebihan kepada SIC mempunyai pasukan berpengalaman. “Penyertaan ini juga membuka jalan bagi melahirkan pelumba, pengurusan pasukan, pembangunan bakat jangka panjang, tajaan dan pengurusan aset jenama sendiri. “Pada masa ini, kami bermula dengan mewujudkan peluang-peluang nilai untuk syarikat-syarikat Malaysia lain bergabung dengan pasukan kami,” kata beliau.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (tiga, kanan) bersama Pengerusi Litar Sepang, Tan Sri Mokhzani Mahathir (dua, kanan) dan pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin (kanan) pada Majlis Pengumuman Pasukan Pelumba Litar Sepang pada Khamis.
Razlan berkata Zulfahmi masih relevan bagi sukan pemotoran dan MotoGP di Malaysia terutama berdasarkan memegang rekod sebagai pelumba terpantas di Asia Tenggara dalam kategori Moto3. “Kami percaya pentingnya memulakan persaingan baharu dalam tahun pertama kami dengan sasaran berada dalam kelompok 10 teratas pada kejohanan tahun depan, jika tidak pun lima teratas,” katanya. Bagaimanapun, Razlan berkata Zulfahmi perlu membuktikan beliau boleh mencapai kejayaan lebih besar bersama pasukan baharu pada musim depan. Sementara itu, Razlan mengingatkan Zulfahmi supaya meningkatkan prestasinya dengan beraksi cemerlang dalam saingan MotoGP Dunia musim 2015. Walaupun prestasinya merosot musim ini, katanya SIC tetap memberi peluang kepada Zulfahmi untuk membuktikan kemampuannya dengan SIC Racing Team. “Zulfahmi perlu bersedia, tiada lagi alasan untuk tidak ‘perform’ musim depan. Kita dah buat macam-macam, kita ada pasukan sendiri yang akan membantunya,” kata Razlan. Zulfahmi ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak sabar untuk menyertai pasukan baharunya itu dan bertekad untuk bangkit dalam sukan permotoran. “Saya rasa lebih tenang selepas mendapat berita gembira ini. Akhirnya saya dapat beraksi dengan pasukan impian. Saya berterima kasih kepada Datuk Razlan kerana masih mempercayai kebolehan saya,” katanya. – BERNAMA

Malaysia Mula Langkah Kanan Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF
KUANTAN: Pemain Malaysia Khairul Azizi Norwawi menghalang pemain Myammar Aung Than Win ketika perlawanan Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Pantai Teluk Cempedak dekat sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN – Skuad Malaysia memulakan aksi dengan langkah kanan pada Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF Felda 2014 apabila melakar kemenangan bergaya 6-3 ke atas Myanmar hari ini. Ketua Jurulatih Malaysia Wan Adremy Indra Wan Adnan mengakui anak didiknya agak gugup pada permulaan perlawanan sebelum kembali yakin untuk mencatat kemenangan. “Kita berharap kemenangan ini akan membakar semangat pemain untuk beraksi dengan lebih baik esok. Apabila turun menentang Laos, kita meletakkan misi untuk meraih tiga mata penuh bagi meneruskan kemaraan,” katanya selepas perlawanan itu. Pada babak pertama, kedua-dua pasukan bermain dengan agak berhati-hati namun Malaysia pantas membuka jaringan menerusi Mohd Jamil Daud di minit pertama sebelum Myanmar menyamakan kedudukan melalui pemainnya, Aung Soe Moe pada minit kedua. Malaysia berusaha untuk menjarakkan keputusan menerusi Mohd Ridwan Mohd Nor yang meledakkan gol kedua pada minit ke-14 namun selang seminit, Myanmar menyamakan kedudukan menerusi jaringan Aung Soe Moe. Malaysia kembali di hadapan apabila Muhamad Norazman A Bakar menjaringkan gol ketiga di minit ke-20 sebelum menambah jaringan pada minit ke-25 menerusi Mohd Khairul Mohamad. Myanmar sekali lagi kembali mengejar dengan jaringan Aung Than Win di minit ke-30. Bagaimanapun, Malaysia memastikan kemenangan sah milik mereka apabila dua lagi gol disumbat oleh Mohd Fakhrullah Mohamad dan Mohd Zaharim Mohd Yusof masing-masingnya di minit ke-28 dan 34. Perlawanan itu disaksikan Presiden FAM yang juga Tengku Mahkota Pahang Datuk Tengku Abdullah Ahmad Shah dan Setiausaha Kehormat AFF Datuk Azzuddin Ahmad. Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Laos menundukkan Filipina 5-2. Indonesia pula menungguli slot teratas Kumpulan A selepas menewaskan Felda 10-2 manakala Thailand menewaskan Vietnam 4-3. – BERNAMA

MyCC Beri Amaran Jangan Tetapkan Tambang Bas Sekolah
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) supaya tidak menetapkan kenaikan tambang bas sekolah sebanyak 30 peratus pada tahun depan.
Pengerusi MyCC, Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, penetapan harga itu bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan arahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mahu struktur tambang bas sekolah dibentuk secara bebas bermula tahun depan.
“Menaikkan harga bukan amalan anti persaingan secara amnya tetapi jika peningkatan harga tersebut merupakan hasil daripada pakatan sulit melalui perjanjian-perjanjian penetapan harga oleh mana-mana persatuan atau mana-mana kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, kegiatan seperti kartel ialah satu pelanggaran serius dibawah akta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
GPBSM sebelum ini mengumumkan akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus.
Presidennya, Mohd. Rofik Mohd. Yusof dipetik berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
SPAD sebelum ini memberitahu, berkuat kuasa Januari tahun depan, kuasa untuk menetapkan harga tambang bas sekolah terletak pada persetujuan antara tiga pihak iaitu ibu bapa, sekolah dan pengendali bas, manakala SPAD hanya akan berperanan sebagai pemantau keadaan.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pendekatan itu diambil setelah pihaknya bersetuju untuk menghentikan peraturan penetapan harga siling tambang bas sekolah yang terpakai terhadap pengendali bas sekolah selama ini.
“Melalui pendekatan baharu ini, terpulang kepada ibu bapa, pihak sekolah dan pengendali bas untuk berbincang mengenai kadar tambang yang dimahukan,” kata beliau. bernama
TOP
Bank Rakyat Catat Untung RM1.1 Bilion
KUALA LUMPUR – Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi setengah tahun pertama 2014 RM1,109.88 juta iaitu peningkatan sebanyak RM2.44 juta atau 0.22 peratus berbanding setengah tahun pertama 2013 sebanyak RM1,107.44 juta.
Bank Rakyat dalam satu kenyataan memberitahu, antara penyumbang kepada peningkatan itu adalah penurunan jumlah perbelanjaan sebanyak RM192.16 juta kepada RM958.55 juta berbanding RM1,150.71 juta pada tempoh sama tahun lalu.
“Bagi tempoh enam bulan pertama 2014, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih RM961.91 juta, meningkat sebanyak RM46.94 juta atau 5.13 peratus berbanding tahun lalu berjumlah RM914.97 juta.
“Peningkatan ini berpunca daripada penurunan cukai dan zakat sebanyak RM44.50 juta kepada RM147.97 juta berbanding RM192.46 juta pada tempoh sama tahun lalu,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, jumlah aset Bank Rakyat bagi setengah tahun 2014 berjumlah RM86,534.48 juta, meningkat sebanyak RM1,835.97 juta atau 2.17 peratus berbanding setengah tahun 2013 berjumlah RM84,698.51 juta.
Kata kenyataan itu, pencapaian berkenaan pula disebabkan oleh peningkatan pembiayaan dan pendahuluan sebanyak RM2,061.33 juta serta tambahan pegangan sekuriti pelaburan sebanyak RM1,357.46 juta.
Tambah kenyataan itu, baki pembiayaan kasar pada setengah tahun pertama 2014 juga meningkat kepada RM60,397.98 juta berbanding RM58,445.59 juta pada setengah tahun 2013, peningkatan sebanyak RM1,952.39 juta atau 3.34 peratus.
Jelas kenyataan itu, antara penyumbang adalah peningkatan pembiayaan peribadi sebanyak RM2,505.44 juta kepada RM48,655.24 juta berbanding RM46,149.80 juta pada setengah tahun 2013.
“Peningkatan pembiayaan sewa beli belum diterima sebanyak RM80.48 juta kepada RM433.82 juta pada setengah tahun 2014 berbanding RM353.34 juta pada setengah tahun 2013 turut menyumbang kepada prestasi positif ini,” kata kenyataan itu.
Justeru, Bank Rakyat yakin mencapai sasaran yang dirancang bagi tahun 2014 berikutan peningkatan pembiayaan yang diunjurkan positif bagi sektor perbankan.
Bank Rakyat seterusnya berkata, perbankan runcit kekal sebagai perniagaan utama Bank dan pada masa ini menyumbang kepada hampir 90 peratus baki keseluruhan pembiayaan berdasarkan peningkatan permohonan pembiayaan perumahan-i. Bank Rakyat mensasarkan peningkatan baki ke atas pembiayaan-i sehingga 6 peratus.
Selain itu, prestasi positif Bank Rakyat selari dengan pertumbuhan yang meningkat, mencerminkan kemantapan prestasi Bank dan membuktikan bahawa kedudukan kewangan Bank dibina pada asas yang mapan serta disokong oleh modal yang mencukupi, polisi pengawalseliaan yang ketat dan dasar pelaburan yang kukuh.
“Dengan kedudukan itu, RAM Ratings telah mengekalkan Bank Rakyat dengan penarafan korporat AA2/Stabil/P1, antara yang tertinggi diberikan kepada institusi perbankan di Malaysia pada 3 September lalu,” kata kenyataan itu lagi.-bernama
TOP
Royalti Minyak: PAS Terengganu Mahu MB Desak Kerajaan Pusat
KUALA LUMPUR – PAS Terengganu mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mendesak kerajaan Persekutuan memberi royalti petroleum kepada Terengganu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat mendakwa, terdapat pelbagai bukti menunjukkan Terengganu sepatutnya mendapat royalti berkenaan.
“Sebagai Menteri Besar, beliau sepatutnya agresif membuktikan bahawa beliau memperjuangkan nasib Terengganu.
“PAS Terengganu bersedia bersama-sama di dalam hal ini demi memperjuangkan hak rakyat Terengganu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Saiful Bahri berkata, keengganan kerajaan Persekutuan memberi royalti itu kepada rakyat Terengganu merupakan pencabulan dan kedaulatan Terengganu.- mynewsub
TOP
Kereta Milik Pegawai Kastam Hangus Terbakar Angkara Khianat
Kuasa yang diamanahkan pada pihak berkuasa tempatan sememangnya merupakan tanggungjawab yang sukar dan berat untuk dipikul.
Lihat sahaja kes yang baru berlaku semalam, kereta milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia hangus dan musnah terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah, Jitra dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak puas hati terhadapnya.
Kebakaran yang berlaku pada 5 pagi semalam memusnahkan kereta pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Roslan Othman, 56.
Memetik petikan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah, berkata ia dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan cara pelaksanaan tugas pegawai berkenaan.
“Namun kes masih dalam siasatan dan keterangan daripada jiran mangsa juga telah diambil,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu hari ini.
Walaupun botol plastik dan kesan minyak tanah dijumpai di lokasi kejadian, beliau menolak kebakaran berpunca daripada ‘molotov cocktail’.
Kini, kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api dengan niat menyebabkan kerosakan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Hospital Sultanah Aminah Cari Waris Dua Mayat
JOHOR BAHRU – Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang mengesan waris dua mayat yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Pengarah HSA, Dr. Rooshaimi Merican A.Rahim Merican berkata, jenazah pertama dikenali sebagai Suhaimi Abd. Rashid yang tidak diketahui alamat terakhir.
“Mayat lain adalah Kek Koon Cheng yang beralamat terakhir di Jalan Jim Quee, Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rooshaimi berkata, waris mayat atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati diminta menghubungi talian 07-225 7000 sambungan 2638.- mynewsub
TOP
Tabung Haji Lawat Keluarga Jemaah Meninggal Dunia Di Mekah
KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Mohamad Aziz menziarahi keluarga jemaah haji, Allahyarham Ahyak Alias, 73, yang meninggal dunia di Mekah di Bandar Tenggara, Johor semalam.
Tabung Haji dalam satu kenyataan memberithau, Ahyak dilaporkan meninggal dunia pada 3 Oktober lalu kira-kira pukul 1.51 petang (waktu Arab Saudi) akibat penyakit kanser hati.
“Jenazah Allahyarham telah diuruskan oleh petugas Tabung Haji di Mekah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara’ek,” kata kenyataan itu hari ini.
Tabung-haji
Menurut Tabung Haji, Mohamad Aziz berharap supaya keluarga Ahyak diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehilangan insan tercinta.
Katanya, beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah S.W.T serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.
Beliau turut menyampaikan bantuan khairat kematian sumbangan Tabung Haji kepada waris Allahyarham.- mynewsub
TOP
Pemuda PAS Perak Minta Kerajaan Negeri Saman Utusan
IPOH – Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mahu kerajaan negeri mengemukakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia jika laporan akhbar itu berhubung kegiatan kumpulan mafia di Kuala Sepetang, Perak tidak benar.
Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mendakwa, dakwaan dalam laporan tersebut secara amnya boleh menjejaskan sektor pelancongan di Kuala Sepetang dan Perak.
“DPP Perak musykil pendedahan Utusan Malaysia yang melaporan apa yang sedang berlaku di Kuala Sepetang yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan ‘Mafia’ dengan pelbagai jenayah berat amat mengejutkan.
“Bagi kami sudah tentu pendedahan tersebut seperti terdapat agenda tertentu dan cubaan mempolitikkannya oleh pihak-pihak yang berkepentingan,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Ahmad bagaimanapun meminta pihak polis mengambil tindakan untuk menangani gejala itu jika laporan akhbar tersebut benar kerana isu keselamatan suatu perkara yang amat penting.
Sehubungan itu, beliau mensyorkan satu Jawatankuasa Khas antara agensi-agensi penguatkuasa melihat dan meneliti laporan Utusan malaysia tersebut untuk tindakan lanjut.
“Jika laporan tersebut tiada asas dan bersifat fitnah, kami berharap kerajaan negeri menyaman dan mengambil tindakan di mahkamah terhadap Utusan Malaysia,” katanya.
Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak dipercayai menjadi tempat aktiviti jenayah seperti penceroboh tanah kerajaan, penyeludupan, pengedaran dadah, perjudian haram dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kegiatan jenayah dipercayai dilakukan oleh sindiket mafis yang cukup berpengaruh sehingga mampu menutup mulut seluruh penduduk tempatan daripada mendedahkan perbuatan mereka kepada pihak berkuasa.-mynewsub
TOP
Tiga Lelaki Didakwa Cuba Beri Sokongan Kepada IS
SEPANG: Tiga individu (dari kiri) Rosmadi Che Daud, Mohd Syafrein Rasid dan Mohamad Yusoffe Ishak diiringi anggota Polis ketika meninggalkan perkarangan mahkamah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang di sini hari ini atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan Negara Islam (IS). - Foto BERNAMA
SEPANG – Tiga lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan digelar Negara Islam (IS) dengan mengambil penerbangan ke Istanbul, Turki. Ketiga-tiga tertuduh ialah arkitek Mohd Syafrein Rasid, 26, dari Kuantan, Pahang; peniaga Mohd Rosmadi Che Daud, 42, dari Ipoh, Perak; dan jurutera Mohamad Yusoffe Ishak, 26, dari Arau, Perlis. Mereka dituduh, dalam memberikan sokongan itu, mereka hendak menjadi anggota IS dengan mengambil penerbangan Qatar Airways dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kaunter Imigresen, Balai Pelepasan KLIA, Sepang, Selangor kira-kira pukul 8.55 pagi pada 25 Sept lepas. Ketiga-tiga mereka juga menghadapi tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan dari KLIA ke Istanbul dalam percubaan untuk memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan itu, di tempat, masa dan tarikh yang sama. Tiada pengakuan diambil daripada kesemua tertuduh. Mereka didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun atau denda jika sabit kesalahan. Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula bagi kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Wilayah Persekutuan Bakal Wujudkan Rumah RM 200 Ribu
Nilai hartanah terutamanya di kawasan elit sekitar Wilayah Persekutuan bukanlah alang-calang dan mampu dimiliki golongan biasa pada hari ini.
Namun dalam satu kenyataan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sebidang tanah sudah dikenal pasti untuk dibangunkan satu projek perumahan yang mampu dimiliki golongan pertengahan.
“Kita mempunyai sebidang tanah dan akan minta pemaju bangunkan sebanyak mungkin rumah berharga bawah RM 200 ribu,” kata beliau.
Memetik laporan Malaysian Insider, Tengku Adnan walau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi perumahan tersebut.
Katanya lagi, kementeriannya sedang membuat perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan, lantas belum memutuskan jenis, keluasan dan nama projek itu.
Maka, bagi merealisasikan projek tersebut dalam kadar masa yang ditetapkan kelak, pemaju yang akan dipilih perlulah memiliki kemampanan kewangan serta rekod yang baik.
Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kementeriannya telah meluluskan 23.40 % projek rumah mampu milik pada nilai RM 300 ribu dalam tempoh Oktober 2013 sehingga Oktober tahun ini. – MYNEWSHUB
TOP
Bekas Pemandu Zahida Rafiq Didakwa Pecah Amanah
Mahkamah Sesyen Ampang hari ini mendakwa bekas pemandu kepada pelakon Zahida Mohamed Rafiq atas tuduhan pecah amanah selepas polis cuba menahannya ketika memberikan keterangan dalam kes lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua hari lepas.
Tertuduh, Noor Azman Azemi, 47, akan dibicarakan terhadap tuduhan pecah amanah wang milik Zahida berjumlah RM200,000 yang sepatutnya dimasukkan dalam akaun peribadi pelakon itu.
Insiden yang didakwa berlaku pada 29 Februari 2012 di rumah Zahida di Lorong Kempas 2, Kampung Melayu, Ampang kira-kira jam 11.30 pagi.
Noor Azman diwakili peguamnya Eric Paulsen.
Sebelum ini, Noor Azman pernah mendedahkan kepada mahkamah dalam saman malunya terhadap Zahida bahawa pelakon itu mempunyai hubungan dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal dan dia pernah bertindak sebagai pengantara antara mereka berdua. Namun mereka menyangkal dan menafikan dakwaan Noor Azman. Tertuduh turut memberitahu tidak menerima wang tersebut daripada Zahida. Bagaimanapun, Noor Azman, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. – MYNEWSHUB.CC

Hujan, Kebakaran & ‘Lip Sync’ Di Konsert Mariah Carey
Walaupun hujan renyai, namun situasi tersebut tidak langsung menghilangkan keghairahan 12,000 peminat yang hadir untuk menyaksikan konsert Mariah Carey, The Elusive Chanteuse Show Tour in Malaysia 2014, semalam.
Sepuluh tahun berlalu, konsert kedua ini menyaksikan Mariah sekali lagi memilih ‘venue’ Malaysia untuk mengadakan jelajahnya di Asia Tenggara.
Memulakan persembahan pada pukul 9.15 malam, Mariah tampil dengan beberapa persalinan di sepanjang konsert dan kebanyakkan pakaian yang disarungkan beliau tidak terlalu terdedah.
Yelah, semua tahu imej seksi yang dibawa figura ini namun untuk konsert di Malaysia, Mariah harus mengikut peraturan yang digariskan pihak berkuasa dan dia nampaknya akur.
Sekadar informasi, awal Oktober lalu, Mariah mendapat kritikan ramai pihak ketika mengadakan konsert di Tokyo, Jepun akibat dari kemampuan suara yang tidak setara dahulu. Mana tidaknya, ramai peminat hadir bagi menyaksikan secara ‘live’ vokalnya yang mampu mencecah lime octav, namun hampa dengan persembahan yang diberi. Mungkin mengambil jalan selamat, pada konsert kali ini, beliau menyanyikan beberapa lagu secara ‘lip-sync’! Walaupun begitu, peminat langsung tidak terkesan, mungkin terpukau dapat menyaksikan Mariah secara ‘live’. Laporan juga mengatakan, ketika sedang menghiburkan audiens, berlaku satu kebakaran kecil di bahagian langsir. Insiden terjadi ketika percikan bunga api di atas pentas dan ia dipercayai menjadi punca api menyambar bahagian bawah langsir.
“Oh, ada kebakaran di situ rupanya. Ini bererti konsert saya pada malam ini bukan sahaja diterangi dengan cahaya gemerlapan, hujan tapi juga kebakaran kecil. Tak mengapa, apa pun yang berlaku persembahan harus diteruskan juga,” katanya yang dipetik dari portal Malaysian Digest. Di sepanjang konsert tersebut, Mariah Carey diiringi oleh 4 orang pemuzik, 4 penyanyi latar dan 6 orang penari iringan. Hero, We Belong Together, Emotion, Cry, My All, Honey dan I’ll Be There antara barisan lagu yang didendangkan diva tersebut dalam durasi persembahan sepanjang lebih 2 jam. Melalui laman Twitter peribadinya, Mariah sempat mengucapkan terima kasih buat peminat di Malaysia yang hadir ke konsertnya.
Pada 28 Oktober ini, Mariah akan meneruskan konsert jelajahnya di Filipina pula.- MYNEWSHUB

Pengembaraan Menaiki Belon Panas Di Cappadocia
ISTANBUL -Langit yang cerah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di Cappadocia pada 17 Sept, 2014 menjadi penanda aras bagi sekumpulan pelancong Malaysia yang dalam lawatan ke Turki untuk menikmati pengembaraan pertama mereka menaiki belon udara panas.
Pada hari itu, cuacanya sangat baik dan paling sesuai untuk menerokai dan menjiwai Cappadocia, yang dikenali sebagai sebuah daripada tempat yang paling sesuai untuk aktiviti belon udara panas.
Daripada 40 anggota rombongan, 14 termasuklah penulis, mengambil langkah berani untuk menikmati pengembaraan di dalam belon udara panas yang dimiliki oleh Kaya Balloons.
Muka bumi daerah Cappadocia di Nevsehir, yang terletak dalam wilayah tengah Anatolia, dipenuhi dengan formasi batu-batuan yang disebut sebagai “fairy chimneys” serta gua-gua dan warisan sejarah yang unik.
Ia sangat terkenal dengan lanskap yang seakan-akan muka bumi bulan yang unik, bandar-bandar bawah tanah, gereja-gereja dan rumah-rumah yang diukir daripada gua-gua di situ.
Rombongan pelancong Malaysia ini dalam rangka lawatan “Istanbul Kami Datang” selama 10 hari di Turki dari 12 Sept sehingga 21 Sept, yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita dan Isteri-isteri Kakitangan Bernama (Benita) dan Vreka Travel and Tours Sdn Bhd.
BELON PANAS UNTUK YANG LEMAH SEMANGAT
Pengalaman rombongan dari Malaysia ini juga membuktikan yang belon udara panas ini juga boleh dinaiki oleh mereka yang lemah semangat. Daripada 14 orang yang bersedia untuk menikmati perjalanan dalam belon udara panas, seorang daripadanya mempunyai masalah akrofobia, atau gayat, tetapi bersetuju untuk mencuba pengalaman ini selepas dipujuk oleh pemandu pelancong, Melih Tunali. Bagi Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan Bernama, Syed Khedher Syed Ismail, idea untuk menaiki belon begitu tinggi di ruang udara, menyebabkan rasa menggelodak seperti gelombang adrenalin menerpa ke dalam tubuhnya. “Satu malam saya tidak dapat melelapkan mata apabila isteri saya memberitahu yang dia mahu mencuba menaiki belon udara panas. Saya berbelah bahagi, sama ada menyertai keluarga saya atau tinggal sahaja di bilik hotel”, kata Syed Khedher, yang turut membawa anak perempuan tunggal dan anak saudaranya bersama. Atas pujukan Melih yang berkata: “Apa yang nak ditakutkan, saya sudah lapan kali menaikinya”, Syed Khedher akhirnya bersetuju untuk menyertai kumpulan yang mahu menaiki belon udara panas keesokan harinya. “Saya berasa sangat gementar pada mulanya, tetapi perlahan-lahan saya dapat mengatasi kegayatan ini terutama selepas melihat budak berusia empat tahun dari sebuah rombongan lain yang dibawa oleh Vreka, turut menyertai kami dan menikmati pengembaraan menaiki belon”.
DETIK-DETIK MANIS
“Menyaksikan lanskap yang cantik dan gunung-ganang dari udara adalah sesuatu yang menakjubkan. Terapung setinggi 700 meter di udara tanpa enjin bersama-sama keluarga adalah detik-detik yang akan saya ingati sampai bila-bila”, ujar Syed Khedher. Detik-detik manis ini dirakamkan apabila belon yang dinaiki berhenti sebentar selang beberapa jarak di sepanjang perjalanan. “Apabila belon yang kami naiki berhenti seketika untuk beberapa minit dalam persekitaran yang sangat aman, ketika itulah kami menyaksikan keagungan Sang Pencipta. Subhanallah. Majlis ringkas dan penyampaian sijil setelah mendarat juga sesuatu yang tidak dapat dilupakan”, kata Syed Khedher. Pada waktu pagi sebelum berlepas menaiki belon, kakitangan Kaya Balloons mengambil anggota rombongan di hotel sebelum subuh dan menuju ke pejabat tapak Kaya Balloons di bandar Gerome bagi menikmati bufet sarapan yang ringkas. Sebaik habis sarapan, rombongan ini menuju ke tapak pelepasan dan menghabiskan masa kira-kira 20 minit menyaksikan proses mengisi udara panas ke dalam belon. Pemandangan banyaknya belon-belon udara panas bersiap sedia untuk berlepas juga satu pemandangan yang mengagumkan.
PEMANDANGAN LUAR BIASA
Kumpulan ini, termasuk presiden Benita Rohana Mustaffa, menyertai lima yang lain – sepasang suami isteri (dari rombongan lain yang dibawa Vreka) bersama-sama anak perempuan mereka berusia empat tahun, Dina dan pasangan pelancong asing. Mereka menaiki bakul belon itu ketika matahari mula menampakkan wajah. Pemanas ditarik bagi menghidupkan api dan menolak udara panas ke dalam belon yang kemudian melonjakkan belon ke udara. Sebaik sahaja berlepas, mereka yang menaiki belon udara panas ini seolah-olah terpukau dan mulai selesa semasa belon ini terapung-apung di sepanjang keindahan pemandangan yang magis. Rombongan ini tidak sedar yang belon mereka telah berlepas dan menyertai belon lain yang bentuknya seperti titisan air mata yang terbalik membayangi ruang udara. Penerbangan menaiki belon udara itu aman dan lancar, walaupun ketika berada di altitud yang tinggi, hasil kepakaran juruterbang Kaya Balloons, Ersin Has yang berjaya mengendalikan belon tersebut melalui pergunungan di Cappadocia. Dengan berhati-hati, Ersin mengendalikan belon itu untuk terbang rendah ke Lembah Cinta, mengelilingi batu-batuan berbentuk aneh dan ada ketikanya belon itu dibiarkan terapung-apung hanya beberapa meter dari tanah. Di sinilah tiang-tiang batu yang kelihatan seolah-olah seperti cendawan, kon dan piramid dapat dilihat, yang terbentuk secara semulajadi disebabkan hakisan batu-batuan gunung berapi. Terapung-apung setinggi 2,296 kaki (700 meter) di udara, mendekati awan gemawan, terasa tenteram dan aman sementara di bawahnya bumi perlahan-lahan meninggalkan belon dan berputar-putar.
BELON DIBAWA ANGIN
“Setakat ini sahaja kita boleh pergi kerana belon ini mengikut angin. Kita hanya boleh naik setinggi 700 meter”, kata Ersin. Belon tidak boleh dipandu secara langsung memandangkan ia mengikut tiupan angin. Juruterbang akan menggunakan arah angin yang pelbagai pada altitud yang berbeza-beza untuk mengendalikan belon semasa penerbangan belon udara panas ini. Ersin bukan sahaja seorang juruterbang yang berkeyakinan dan selamat, beliau juga sangat menghiburkan. Walaupun semasa penerbangan beliau berlawak jenaka, beliau tetap mampu menumpukan perhatian terhadap belon berkenaan. Bakul yang membawa penumpang dibahagikan kepada empat bahagian, setiap satu bahagiannya boleh memuatkan sehingga enam orang. Ersin berada di bahagian tengah bagi mengemudi belon. Dalam kalangan rombongan ini, Hazlinda Hamzah, seorang penerbit dokumentari Bernama TV, “1001 Destinasi: Malaysiaku”, bertubi-tubi bertanyakan soalan kepada Ersin, termasuklah mengapa Ersin menyalakan pemanas belon itu. “Saja suka-suka”, jawab Ersin berjenaka. Beliau kemudian menjelaskan yang beliau perlu menyalakan pemanas itu mengikut selang masanya di sepanjang penerbangan bagi memastikan belon dalam keadaan stabil.
BELON YANG BERWARNA-WARNI
Semua penumpang berasa selesa dalam bakul anyaman mereka semasa Ersin mengemudinya perlahan-lahan melintasi dan menyeberangi formasi-formasi batu dan kemudian terapung-apung di atas gaung yang beralun. Pada satu ketika, beberapa orang penumpang cuba memecahkan kesunyian dengan bertanya “Awak ok, Syed?” yang ketika itu kelihatan terpesona dengan panorama Cappadocia yang menakjubkan. Syed Khedher melemparkan senyuman sambil mengangkat tangan bagi memberikan isyarat ok. Sesetengah penumpang pula kelihatan lebih teruja menyaksikan belon-belon yang pelbagai warna yang memenuhi ruang udara dengan muka bumi yang dipenuhi batu-batuan yang cantik dengan bentuk yang aneh dan ada yang lebih teruja kerana dapat terapung 700 meter dari tanah di dalam sebuah belon. “Injap Payung Terjun” yang terletak di bahagian paling atas belon tersebut digunakan bagi membawa belon turun. Juruterbang akan menariknya jika beliau mahu menurunkan belon itu. Penyejukan udara ini menyebabkan belon memperlahankan kadar penurunannya. Ersin telah memaklumkan kakitangan di darat mengenai lokasi pendaratan rombongan ini. Beliau dengan mahir dan berhati-hati merendahkan bakul balik ke belakang treler. Ia adalah penerbangan selama sejam yang lancar dan berjaya. Ersin menyerahkan sijil kepada 19 penumpang. Dina yang berusia empat tahun dan Syed Khedher mendapat tepukan paling gemuruh.
TUMPUAN PENGELUAR FILEM
Cappadocia, atau Kapadokya dalam bahasa Turki, juga dikenali sebagai “Dunia Yang Hilang” dan “Bumi Lanskap Bulan”. Keajaiban semulajadinya menjadi tarikan kepada penerbit televisyen dan filem termasuk dari Malaysia. Selain daripada filem-filem Turki, filem yang dibintangi oleh bintang filem Perancis Jean Reno bertajuk “Empire of the Wolves” dan “Ghost Rider II” lakonan pelakon dan penerbit filem Amerika Nicolas Cage adalah antara filem terkenal yang dirakamkan di Cappadocia. Dikatakan bahawa pemandangan lanskap Cappadocia yang kelihatan seolah-olah muka bumi planet makhluk asing memberikan ilham kepada pengarah dan produser filem Amerika George Lucas untuk mencipta planet padang pasir Tatooine bagi filem epik “Star Wars Episode IV: A New Hope”. Bagaimanapun, filem ini tidak dirakamkan di Cappadocia. Astro akan menayangkan filem arahan pengarah Malaysia Bernard Chauly bertajuk “Manisnya Cinta di Cappadocia” pada 11 Dis di Malaysia. Filem ini berkisar mengenai seorang wanita muda yang ideal untuk cinta dan perkahwinan diuji apabila beliau tersepit antara lelaki yang dicintainya dengan lelaki yang dipilih oleh ibu bapanya. Sebahagian daripada filem ini dirakamkan di daerah bersejarah negara Turki ini. Sebelum ini filem beliau “Istanbul Aku Datang!” juga dirakamkan di Turki dan berjaya mengaut sebanyak RM3.6 juta di Malaysia. – BERNAMA

“Panggil Saya Jokowi” – Presiden Indonesia
JAKARTA – Walaupun sudah bergelar presiden, Joko Widodo mahu kekal dikenali dan dipanggil dengan nama gelarannya sebelum ini – Jokowi.
“Lebih aneh jika saya dipanggil Encik Widodo atau Presiden Widodo.
“Justeru, cuma panggil saya Jokowi, atau Presiden Jokowi jika anda tetap mahu menggunakan gelaran rasmi saya,” katanya.
Beliau ditanya media mengenai panggilan yang sesuai untuknya selepas mengangkat sumpah jawatan Isnin lalu.
Malahan, beliau merasakan janggal apabila ada orang menyapa hanya dengan Joko.
Bermula sebagai tukang kayu dan peniaga perabot, Jokowi mula dikenali apabila menjadi Datuk Bandar Solo sebelum menjadi Gabenor Jakarta.
Penampilannya yang bersahaja, tanpa protokol dan mudah didekati menjadikan Jokowi tokoh yang disengani ramai sehingga berjaya dalam pilihan raya presiden, Julai lalu.
Situasi sama pada isterinya, Iriana apabila gelaran Wanita Pertama Indonesia yang diterima tidak akan mengubah dirinya menjadi ‘orang lain.’
Ditanya pula pengalaman malam pertama mendiami Istana Presiden iaitu kediaman rasmi pemimpin nombor satu republik itu, kata Jokowi, dia tidur lena dan semakin selesa di kediaman rasminya itu.
“Saya pernah menetap di bangunan lama di Solo.
“Istana Presiden ini juga bangunan lama dan saya tak ada masalah,” katanya. – mStar
TOP
Jangkitan Ebola Kini Cecah Angka 10 Ribu
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan penyakit yang digeruni, Ebola kini mencecah 10 ribu orang di Afrika Barat.
Gienea, Liberia dan Sierra Leone menjadi tiga negara utama pembiakan virus tersebut dan telah berjangkit kepada 9,936 individu.
Angka tersebut dikeluarkan WHO pada mesyuarat kecemasan pusingan ketiga di Geneva bagi mendiskusikan usaha melawan penyakit tersebut.
Menurut WHO, dari jumlah tersebut, hampir 5 ribu pesakit menemui ajal dan pakar meramalkan, menjelang Disember tahun ini, jangkitan tersebut akan dihidapi 10 ribu mangsa dalam tempoh seminggu. Memetik laporan dari Berita Harian, para penyelidik di seluruh dunia kini giat menjalankan pelbagai kajian dan prosedur bagi mencari penawar serta vaksin untuk melawan virus itu. Sementara itu, beberapa dos vaksin eksprimen ‘rVSV’ untuk mengubati penyakit tersebut dibawa ke Hospital Universiti Geneva dari Kanada dan WHO akan menyelaraskan vaksin tersebut bersama vaksin lain dari Jerman, Gabon dan Kenya. Vaksin yang dibawa dari Makmal Mikrobiologi Nasional di Winnipeq, sebelum ini diuji kepada monyet dan mendapat tindak balas yang baik. Sekadar informasi, Ebola atau dikenali juga sebagai ‘Ebola Hemorrhagic Fever’ merupakan penyakit yang menjangkit manusia dan primat. Dalam tempoh 2 hari sehingga 3 minggu, virus ini akan mula menunjukkan kesan, antaranya demam, sakit tekak, otot dan kepala. Kemudian, pesakit yang dijangkiti akan menghidap cirit-birit, muntah dan ruam.
Virus ini kemudiannya akan mula menyerang buah pinggang dan hati, menyebabkan pesakit akan mengalami pendarahan luaran dan dalaman. Andai ia gagal dirawat, pesakit akan menemui ajal dalam tempoh 6 sehingga 16 hari dari tempoh simtom. – MYNEWSHUB

Burung Unta Tarikan Utama Taman Agro-Lancong Padang Besar
LADANG burung unta yang menempatkan sebanyak lima ekor burung unta di Taman Agro-Lancong, Padang Besar, Perlis menjadi tarikan utama untuk menarik pengunjung serta pelancong mengunjungi kawasan yang diselia oleh Jabatan Veterinar Perlis itu.
Menurut penyelia Taman Agro-Lancong, Mohd Nizam Shawal, tempat ini akan dibangunkan lagi dalam usaha untuk menarik kunjungan pelawat serta pelancong selain menarik kaum belia untuk melakukan pelbagai aktiviti sihat yang disediakan di sini.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menaiki ATV dan sukan memanah yang dikenakan dengan kadar bayaran yang cukup berpatutan.
“Di sini untuk menaiki ATV selama 15 minit kami hanya mengenakan caj bayaran sebanyak RM20. Sementara itu untuk aktiviti memanah RM10 dikenakan untuk 12 batang anak panah.
“Dan selepas ini kami akan membawa masuk gajah dari Thailand yang dijangka akan menjadi tarikan yang boleh mengamit pengunjung datang ke sini,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa Program Sahabat Media Visit Malaysia 2014, di Perlis, baru-baru ini.
Selain itu, mereka juga dalam rancangan untuk mewujudkan permainan paintball yang cukup popular di kalangan anak muda di Lembah Klang, untuk memberi seribu satu pengalaman baharu kepada para belia di Perlis serta aktiviti belon panas. Bercakap mengenai tarikan utamanya buat masa ini, pastilah burung unta yagn sentiasa dinantikan aksi dan gelagat mereka oleh pengunjung yang datang ke sini. Anda berpeluang mendekati burung unta, selain boleh memberi makan dan membelainya dari jarak yang cukup dekat, tak perlu risau sebab memang jinak-jinak burung-burung unta ni!
Memang berbaloilah kalau anda luangkan sedikit masa mengunjungi Taman Agro-Lancong Padang Besar sebelum singgah ke mana-mana lokasi menarik lain lagi yang terdapat di negeri Perlis Indera Kayangan ini! – MYNEWSHUB.CC

Ford Mengumumkan Penggunaan Sistem Brek Pintar Tahun Depan
Pengeluar kereta ternama seperti Subaru dan Volvo sedia maklum telah menggunakan ciri keselematan sistem brek automatiknya yang akan memberhentikan kenderaan jika terdapat objek yang begitu menghampiri di bahagian depan.
Tetapi bagaimana pula jika anda merupakan seorang ‘kaki’ Ford?
Anda tidak perlu menunggu lama kerana baru-baru ini syarikat pengeluar tersebut akan menggunakan teknologi sistem pintar brek kecemasan keatas kesemua keluaran terbarunya yang dimulakan dengan Ford Mondea edisi sedan pada tahun depan.
Model pertama yang menggunakan sistem tersebut akan mula di pasarkan pada Januari tahun depan dan dikatakan antara model yang akan mendapat sambutan yang baik.
Sistem yang mengabungkan teknologi radar dan kamera tersebut akan mengenalpasti kenderaan yang menghampiri dan seterusnya mengeluarkan notifikasi sekiranya ia terlalu hampir dengan objek.
Selain itu, sistem tersebut akan memberi amaran sekiranya terdapat sebarang potensi yang membolehkan kemalangan berlaku di sepanjang perjalanan anda. Pengumuman ini membolehkan pemandu menggunakan maklumat tambahan kepada kereta yang dihubungkan bersama peranti pintar anda. Melaluinya, ia memaparkan lebih banyak info, termasuk keadaan trafik dan sebagainya. Ini mungkin adalah langkah pertama dalam penyediaan kereta yang dipandu secara automatik, sebelum mereka ke langkah yang seterusnya. Sumber: engadjet Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Azmin Tolak Dakwaan Anwar Bayangi Kerajaan Selangor
Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali menafikan keputusan kerajaan negeri dibayangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dalam tempoh sebulan ini, banyak keputusan besar yang diputuskan, tiada siapa yang mengarahkan saya untuk berbuat demikian kerana kita putuskan berdasarkan fakta dan keperluan,” komen beliau dalam laporan Sinar Harian.
Katanya lagi, “Saya cukup yakin Anwar mahukan saya menjadi menteri besar yang efektif kerana pengalaman saya bersama beliau selama 30 tahun mendidik saya menjadi pemimpin dan ketua yang tegas dan efektif.” Justeru, segala keputusan yang dibuat bersama adalah berdasarkan kebijaksanaan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dan bukanlah mendapat arahan mana-mana pihak termasuk Anwar. Hujung bulan lalu, Tun Dr Mahathir mendakwa Azmin adalah boneka Anwar dalam tadbir urus kerajaan negeri Selangor. Ujarnya, Azmin hanya mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang baik andai dia tidak mengikut telunjuk mana-mana pihak.
Selain dari itu, abang kepada pengacara kontroversi, Azwan Ali, juga menafikan kewujudan perjanjian bersyarat antaranya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung perlantikan jawatan MB Selangor. Isu ini timbul apabila baru-baru ini, sebuah blog mendedahkan satu surat perjanjian yang dibuat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang mana Azmin akan dipecat andai beliau tidak menurut arahan PKR. – MYNEWSHUB

KLANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang anggota tentera dua minggu lepas.
Tee Hock Keong, 47, dari Jeram dekat sini, didakwa bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas membunuh L/Kpl Hazry Siddek, 30, di Jalan Batu Nilam 34, berhampiran Blok E, Bukit Tinggi 2 di sini, pada 2.45 pagi, 12 Okt lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mangsa yang bertugas di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur meninggal dunia disebabkan luka tikaman pada dada.
Tee mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu yang ditangkap pada 16 Okt lepas.
Majistret Ahmad Feisal Mohd Azmi menetapkan 1 Dis depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan ujian DNA.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Ab. Latiff sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA
TOP
Rasuah: Empat Pembalak Dipenjara Sehari, Denda RM80,000
Empat pembalak haram dipenjara sehari dan denda RM80,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Limbang pada Khamis.
KUCHING – Empat orang pembalak haram masing-masing hari ini dipenjara sehari dan didenda berjumlah RM80,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah Limbang selepas mengaku bersalah menawarkan rasuah kepada pegawai penguat kuasa bagi melindungi aktiviti mereka. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan di sini hari ini berkata Pau Yu Tek, 54; Ting Chuong Mew, 72; Tang Chung Yieng, 28; dan Ngu Kok Tung, 37; membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong. Pau, kontraktor pembalakan separuh masa yang beroperasi secara haram di Limbang dikenakan denda tertinggi RM50,000 kerana menawarkan rasuah RM10,000 kepada pegawai polis, ASP Pabilah Abdullah, yang merupakan pegawai risik Pasukan Gerakan Am (PGA). Dia menawarkan sogokan itu bagi mengelak tindakan diambil ke atas syarikatnya yang melakukan kerja-kerja pembalakan, tanpa permit Jabatan Perhutanan Sarawak (JPS) dan melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah premis bank di Bandar Lawas, Limbang pada 3.30 petang, 10 September lepas. Tertuduh kedua, Ting didenda RM10,000 kerana menawarkan rasuah RM1,000 kepada Pabilah pada 6.20 petang, 9 Sept lepas di Bandar Lawas, sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menjalankan aktiviti pengumpulan balak di Limbang tanpa permit JPS. Tang pula didenda RM10,000 kerana menawarkan suapan RM1,000 kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penolong Penguasa Kanan, Sendry Ugi pada 3.15 petang, 1 September lepas di Bandar Lawas, sebagai dorongan mengelak dikenakan tindakan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah. Ngu didenda RM10,000 kerana menawarkan sogokan RM300 kepada Sendry pada 10.40 pagi, 1 September lepas di Bandar Lawas sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan kerana memindahkan hasil balak menggunakan tongkangnya tanpa dokumen pelabuhan yang sah. Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. Keempat-empat tertuduh membayar denda itu. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Kathrine Nais. – BERNAMA

Mayat Remaja Tergelincir Ditemui Tersangkut Pada Kayu
Seorang remaja yang dilaporkan hanyut dibawa arus sungai di Stesen LRT, Maluri semalam ditemui lemas pagi ini.
Memetik laporan dari MyMetro, kira-kira jam 10.50 pagi tadi, mayat Mohamad Ridzuan Yusri dijumpai tersangkut pada sebatang kayu di dasar sungai oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang telah menjalankan operasi sejak laporan diterima.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, mayat mangsa ditemui di kawasan perairan Sungai Kerayong, berhampiran Flat Sri Melaka.
Tambahnya lagi, usaha mencari mangsa telah dijalankan semenjak semalam namun menghadapi kesulitan akibat dari keadaan cuaca hujan dan air sungai keruh.
Mengimbas kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya dipercayai bermain di tepi sungai terbabit sebelum tergelincir dan dibawa arus. – MYNEWSHUB
TOP
Malaysia Pertimbang Lantik Ketua Saintis Data
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) kali ke-26 Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melantik seorang ketua saintis data berikutan perkembangan pesat MSC Malaysia dan sektor digital di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Cadangan itu akan dikemukakan kepada kabinet untuk tujuan pelantikan tidak lama lagi, katanya. “Memajukan ekonomi digital Malaysia adalah satu jalan yang perlu kita ambil dan cabaran itu perlu dihadapi dengan penuh bersemangat bagi menggerakkan negara ke arah mencapai Wawasan 2020,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup pada mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC ke-26 di sini hari ini. MSC Malaysia merupakan inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi nasional yang diwujudkan bagi menarik syarikat-syarikat teknologi bertaraf dunia dan dalam masa yang mempersiapkan industri ICT tempatan. Dalam usaha menangani jurang kemahiran dari segi saintis data yang ada di negara ini, Najib berkata kerajaan memutuskan untuk mengarahkan agensi pemberi biasiswa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyediakan biasiswa. “Dengan ini, ia membolehkan rakyat Malaysia dilatih sebagai saintis data bagi ijazah pertama, ijazah sarjana dan PhD dan ini boleh dilakukan dengan segera kerana kita mahu ia ditambah bagi mengatasi jurang kemahiran,” katanya. Najib juga mengumumkan Malaysia akan menjadi hos Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT) pada 2020, yang akan dianjurkan bersama oleh MDeC dan PIKOM. Pemilihan penganjur itu diumumkan pada WCIT 2014 di Guadalajara, Mexico, baru-baru ini. Ini merupakan kali kedua Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi penganjur WCIT, selepas kejayaannya menjadi penganjur siri ke-16 pada tahun 2008 di Kuala Lumpur. – BERNAMA

MELBOURNE – Hanya satu pertiga daripada saham baharu yang ditawarkan oleh pelombong nadir bumi, Lynas Corporation Ltd dalam usaha mengumpul A$71 juta dilanggan oleh pemegang sahamnya.
Sebanyak 66.5 peratus daripada saham yang tidak dibeli oleh pemegang saham akan dilanggan oleh beberapa sub penaja jamin institusi bagi pengumpulan modal, menurut Lynas dalam kenyataan.
Syarikat itu mengalami kerugian A$366 juta pada 2013/14 dan baru-baru ini berunding semula bagi pinjaman US$255 juta untuk membolehkan pembayaran balik yang besar sehingga 2016.
Lynas melombong nadir bumi, yang digunakan dalam pelbagai produk teknologi tinggi, di barat Australia, dan memiliki sebuah kilang penapis dekat Kuantan, Pahang di Malaysia.
Syarikat itu menghadapi kejatuhan harga bagi produknya, dan berkata dana baharu akan membolehkannya melabur dalam bidang perniagaannya yang akan meningkatkan prestasinya. – BERNAMA
TOP
Kes Rasuah Pengarah Kastam Dipindahkan Ke Mahkamah Seksyen
KUALA LUMPUR – Kes Pengarah Kastam Negeri Perak Datuk Mohd Nasir Said yang menghadapi tuduhan rasuah berjumlah RM80,000 berhubung tindakan individu dan syarikat membawa masuk arak tanpa cukai hari ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Husmaruddin Husin.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Ketika ditemui, Husmaruddin berkata kes pada hari ini adalah yang terakhir dipindahkan ke Mahkamah Shah Alam selepas 32 tertuduh lain turut didakwa terhadap kesalahan itu.
Katanya kesemua kes itu dipindahkan atas alasan melibatkan saksi dan kesalahan yang hampir sama.
Pada 19 Sept lalu, Mohd Nasir, 58, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan rasuah itu sebagai dorongan tertuduh tidak mengambil tindakan atau menggunakan pengaruhnya agar tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua individu dan syarikat yang mempunyai kepentingan mereka bagi kesalahan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.
Mohd Nasir, yang ketika itu Pengarah Kastam Melaka, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada Oktober 2012 serta antara Januari dan Julai 2014 di Pasaraya Tesco Taman Midah, Cheras di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi. – BERNAMA
TOP
Google Padam Foto Bogel Selebriti Elak Disaman
Takut disaman, Google akhirnya memutuskan untuk memadam kesemua gambar bogel selebriti Hollywood yang terlibat dalam insiden kecurian foto peribadi.
Menurut portal luar negara, National Post, Google telah menutup ratusan akaun yang menyimpan gambar tersebut, juga menghapuskan puluhan ribu foto para selebriti yang terlibat.
Insiden itu tercetus apabila penggodam berjaya mencerobohi telefon bimbit milik selebriti lantas mencuri foto-foto peribadi dan memuat naiknya di laman internet popular seperti 4chan dan Reddit. Jennifer Lawrence poses at the 85th Academy Awards nominees luncheon in Beverly Hills Rihanna-Cbs Antara selebriti yang terlibat adalah bintang Hunger Games, Jennifer Lawrence, penyanyi Rihanna, Kim Kardashian dan model pakaian renang Sports Ilustrated, Kate Upton.
Menurut peguam hiburan Hollywood, Martin Singer, Google mengambil keputusan tersebut setelah mereka diugut untuk dikenakan tindakan mahkamah sebanyak USD 100 juta. Tambahnya lagi, Google telah meraih jutaan dollar keuntungan dari penindasan terhadap wanita dengan pemaparan imej tersebut termasuk di laman Youtube dan blog. – MYNEWSHUB Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Azmin Ali Tidak Berniat Batalkan Perjanjian Air
Berita baik untuk rakyat Lembah Klang, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari ini berkata beliau tidak berniat untuk membatalkan perjanjian air yang dimeterai di antara kerajaan Persekutuan dan negeri Selangor.
Sebaliknya, beliau mahu melihat kualiti dan pengurusan air lebih berkesan di negeri itu.
“Saya tidak akan membatalkannya (perjanjian). Saya mahu pelaksanaan disempurnakan secepat mungkin agar rakyat mendapat bekalan air yang mencukupi di masa hadapan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Star.
Bagaimanapun, beliau tetap mendesak agar kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian berkenaan secara sepenuhnya.
“Bagaimana saya dan pentadbiran baru dapat mempertahankan keputusan yang diambil sekiranya kami tidak dapat menjelaskan terma dan syarat-syarat, kadar tarif yang dikenakan serta bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna?” kata Mohamed Azmin dalam laporan itu.
Sebelum ini ada beberapa pihak mendesak beliau sebagai Menteri Besar yang baharu selepas menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan perjanjian itu kerana ia seolah-olah perjanjian antara Abdul Khalid dan UMNO.
Beliau ada menerima dokumen memorandum persefahaman (MoU), perjanjian dan perjanjian induk namun kandungannya dilindungi Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
“Oleh kerana itu, saya tidak boleh dedahkan butiran yang terdapat di dalam perjanjian. Ia hanyalah perjanjian biasa dan transaksi perniagaan di antara negeri dan Persekutuan. Ia bukan berkaitan keselamatan negara,” katanya.
Azmin juga berkata beliau telah menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili meminta kerajaan Persekutuan mendedahkan butiran perjanjian itu kepada orang awam tetapi ia tidak dibalas.
Namun Dr Ongkili berkata Peguam Negara tidak membenarkannya dan pihak syarikat juga tidak bersetuju. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Arca Dibina Untuk Memperingati Mangsa Peperangan Di Gaza
Perang yang tercetus di Gaza pada 8 Julai 2014 lalu merupakan yang ketiga seumpamanya melanda negara itu dalam tempoh enam tahun.
Gaza telah menjadi sasaran utama Zionis Israel dalam usaha mengekang kebangkitan intifada Palestin.
Kempen seperti penukaran imej paparan menggunakan avatar “Solidarity with the Palestinian Prisoner on Hunger Strike” di Facebook dan program boikot ‘produk Yahudi’ seperti di Mcdonalds dan Starbucks kini dilihat sudah kembali lesu.
Nampaknya jumlah pengunjung di Mcdonalds juga sudah kembali normal, wang kutipan ‘tabung derma kepada Gaza’ , hasil jualan T-shirt “Say No to Zionis” juga diharapkan akan disalur kepada pihak yang betul.
Buat pengetahuan anda, kos pembinaan semula Gaza dikatakan menelan belanja sebanyak USD 2 bilion.
Sementara kita kembali kepada kehidupan normal, saudara kita di Gaza semakin dilupakan.
Oleh itu bagi memperingati 2,189 warga Gaza yang terkorban dan ribuan lagi yang kini tidak mempunyai tempat tinggal, Iyad Sabbah seorang pengukir dari Palestin telah mengambil inisiatif menghasilkan arca di bawah untuk mengenang mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis.
Arca yang diperbuat daripada tanah liat ini mewakili kesemua mangsa keganasan rejim Zionis sepanjang konflik yang berterusan selama 50 hari.
Sumber: DesignBoom
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Cheah/Suhaili Kekalkan Kejuaraan Walaupun Kurang Latihan
INCHEON: Pasangan beregu badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou dan Suhaili Leiman berpelukan selepas berjaya mengalahkan pasangan dari India pada perlawanan badminton akhir kategori SL 3-4/SU 5 di Gyeyang Gymnasium sempena temasya Sukan Para Asian 2014 di Asiad Main Stadium di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
INCHEON – Walaupun kurang persiapan dari segi latihan, namun juara bertahan acara badminton Perseorangan Lelaki SU5, Cheah Liek Hou mengekalkan prestasi cemerlang apabila berjaya meraih pingat emas Sukan Para Asia di Gimnasium Gyeyang hari ini. Cheah menewaskan lawan dari Indonesia, Oddie Kurnia Dwi Listyanto dengan mata 21-8 dan 21-11 untuk mengesahkan pingat emas tersebut. “Syukur kerana dapat mengekalkan kejuaraan di Incheon selepas temasya sama di Guangzhou. Sebelum saya ke Incheon saya memang tidak banyak menjalani latihan atas alasan kerja. “Sepatutnya saya kena hadiri latihan tiga kali seminggu tapi terpaksa ikuti pada hari Sabtu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan. Cheah berkata sebaik sahaja tiba di Incheon pada 13 Okt, beliau cuba membiasakan diri dengan gelanggang dan mengumpul tenaga bagi memastikan kemenangan. Bukan sahaja berjaya mengekal kejuaraan acara perseorangan, Cheah yang bergandingan dengan Suhaili Laiman dalam acara Beregu Lelaki SL3-4/SU5, sekali lagi menyamai pencapaian di Guangzhou dengan meraih pingat emas. Namun begitu, pasangan beregu negara itu terpaksa bertungkus lumus sebelum menundukkan gandingan India, Raj Kumar dan Rakesh Pandey dengan catatan mata 11-21, 21-11 dan 21-13. Mengulas tentang perlawanan hari ini, Suhaili berkata pada set pertama perlawanan bermula dengan agak perlahan dan pihak lawan menampilkan saingan sengit. “Walaupun saya hanya sempat buat latihan dalam masa lebih sebulan sahaja, tapi melihat kepada kejayaan hari ini, ia berhasil,” katanya yang bakal menamatkan khidmat sebagai atlet atas faktor usia. Suhaili, 52, berkata beliau mula bergandingan bersama Cheah sejak 2002. – BERNAMA

Wanita Tinggal Di KFC Selama Seminggu Kerana Putus Cinta!
Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi yang pernah mengalami hingga boleh mendatangkan kemurungan berhari-hari lamanya.
Ini yang dirasai oleh seorang wanita dari Chengdu, China dengan mengambil keputusan ‘pelik’ untuk tinggal di sebuah restoran terkenal segera, KFC selama seminggu selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya.
Tan Shen, 26, yang berada dalam keadaan murung selepas baru ditinggalkan oleh teman lelakinya keluar untuk mencari makanan bagi mengubati kesedihannya.
Dek kerana memerlukan ‘masa untuk berfikir’ akan kehidupannya, wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tinggal di KFC.
Kata Tan, dia tidak mahu pulang ke rumahnya gara-gara rumah itu penuh dengan kenangan dan memori manis bersama bekas teman lelakinya itu. Seorang pekerja KFC, Jiang Li Lung, 22 yang perasaan kehadiran wanita di premis makanan 24 ini sempat menyoal sama ada Tan memerlukan sebarang bantuan. Namun Tan hanya menjawab dia perlukan masa dan akan memesan Ayam dan Kentang Goreng setiap hari. Akhirnya Tan yang bosan memakan ayam setiap hari selama seminggu membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan segera berjumpa ibu bapanya. Nampaknya Tan berusaha melupakan kesedihannya, baguslah Tan usah dikenang-kenang lagi yer! – MYNEWSHUB.CC

Polis Tumpaskan Kegiatan Proses, Edar Dadah Di Muar
JOHOR BAHRU – Polis menumpaskan kegiatan memproses dan mengedar dadah di negeri ini dengan penahanan seorang lelaki dan tiga wanita di sebuah rumah di Taman Kampung Tengah, Jeram, Muar, Ahad lepas, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
“Hasil pemeriksaan, polis merampas 14.3 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM1.7 juta yang dianggarkan boleh digunakan oleh 48,000 penagih,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek yang berumur 16 hingga 74 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang selepas polis bertindak hasil maklumat risikan.
Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sejumlah bahan kimia, pelbagai peralatan memproses dadah serta wang tunai bernilai RM69,000 semasa serbuan itu.
Beliau berkata kesemua mereka kini ditahan reman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.
Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini, Sabtu dan Selasa lepas.
Beliau serbuan terhadap kesemua yang berumur 19 hingga 39 tahun itu dilakukan ekoran beberapa kejadian melempar bom botol melibatkan lima rumah di sekitar bandar raya ini, 12 Oktober lepas.
“Dengan penahanan itu, polis merampas sebuah kereta, dua telefon bimbit, pelbagai sim kad telefon serta poster membabitkan kegiatan itu. Seorang daripada lelaki itu didapati mempunyai rekod jenayah dan dadah,” kata beliau dengan menambah kesemua mereka kini direman sehingga Ahad ini.
Mohd Mokhtar berkata sejak Januari sehingga kini, pihaknya telah menjalankan 51 operasi membanteras along dan menahan 96 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan itu dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata pihaknya dan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) turut menjalankan 252 operasi penurunan poster along.
Hasil operasi itu, sejumlah 14,793 keping poster diturunkan serta sejumlah 2,004 nombor telefon yang dipercayai terlibat dengan kegiatan itu kini dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – BERNAMA
TOP
Mayat Remaja Lemas Di Cheras Ditemui
KUALA LUMPUR – Mayat seorang remaja lelaki yang lemasselepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kerayong berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Maluri di sini semalam, ditemui hari ini.
Mayat Muhammad Ridzuan Yusri, 13, dari Cheras ditemui 10.50 pagi, kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian oleh pasukan mencari dan menyelamat, dalam operasi yang dijalankan sejak lewat petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permaisuri, Cheras itu ditemui tersangkut pada kayu pada kedalaman kira-kira 1.5 meter di dasar Sungai Kerayong berhampiran Flat Sri Melaka di sini.
“Petang semalam, pasukan penyelamat mencari mayat mangsa di kawasan itu, tetapi gagal menemuinya kerana keadaan air keroh dan hujan masih turun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pada kejadian 6 petang semalam, Muhammad Ridzuan dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Kerayong ketika bermain dalam hujan lebat bersama-sama lima rakannya di tebing sungai tersebut.
Katanya lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Pudu, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pertahanan Awam terbabit dalam operasi berkenaan. – BERNAMA
TOP
Malaysia Perlu Lebih Ramai Pakar Pengurusan Data – Shabery
PUTRAJAYA – Malaysia memerlukan lebih ramai pakar untuk pengurusan data sempurna dan sistematik kerana data boleh membawa sumber kekayaan baru kepada negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata memiliki data yang pelbagai dan pengurusan data yang sempurna boleh menjadi kelebihan bagi sesebuah negara.
“Dalam zaman serba canggih sekarang, cara menguruskan data amat penting. Jadi, kita perlukan ramai pakar…sebab itu seorang ketua saintis data perlu ada,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia Ke-26 di sini, hari ini.
Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan mempertimbang untuk melantik Ketua Saintis Data dalam waktu terdekat.
Kerajaan juga akan menyediakan biasiswa bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini dilatih sebagai saintis data.
Ahmad Shabery berkata pada masa ini, bukan semua data berkaitan kerajaan rahsia kerana ada juga yang boleh dimaklumkan kepada awam.
“Ada perkara (data) yang orang ramai boleh dapat, ada yang terhad, ada rahsia dan ada sulit. Sebab itu, kita perlu pastikan ia diuruskan dan diklafisikasikan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata selain saintis data untuk membangunkan industri, Data Analisis Besar (BDA) juga memerlukan lebih ramai data profesional menjelang 2020.
“Setakat ini, negara kita cuma ada kira-kira lebih 1,000 sahaja data profesional sedangkan negara memerlukan antara antara 6,000 hingga 8,000,” katanya. – BERNAMA
TOP
Rombongan Cik Kiah Kembali Setelah 16 Tahun
Buat penggemar telefilem era 90-an, sudah tentu masih ingat akan gelagat Cik Kiah dan rombongannya ke Sukan Komenwel kan?
Setelah 16 tahun berlalu, pengarah drama tersebut, Mamat Khalid kini kembali dengan buah tangan terbaru, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya. Masih mengekalkan Delimawati yang sudah sinonim dengan watak Cik Kiah, drama ini mula bersiaran pada hari ini di saluran Astro First.
Menurut teraju utama drama ini, Mamat Khalid, idea dan skripnya sudah lama difikirkan namun baru kini ia dapat direalisasikan atas tuntutan tugas lain. “Hampir 2 dekad jarak antara 2 telefilem ini, saya harus bijak mencari ruang dan sisi tersendiri untuk disuntik dalam karya kali ini. Saya masih kekalkan elemen dalam Cik Kiah sebelum ini, tapi cerita dan lawak jenakanya relevan pada era ini,” ujarnya kepada portal hiburan Murai. Ujarnya lagi, walaupun tayangannya agak lewat kerana musim haji sudah berlalu, namun telefilem ini terpaksa menunggu giliran untuk dipertontonkan. “Pembikinannya sudah lama siap dan hanya menunggu giliran untuk ditayangkan. Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya perlu menanti tayangan Biopik Saloma selesai.” Penggambaran telefilem ini dijalankan di Chemor, Perak dan Kelana Jaya, Selangor. Ia berkisarkan tentang rombongan yang diketuai Cik Kiah untuk menghantar Encik Isnin ke Kelana Jaya bagi menunaikan ibadah umrah. Menurut pengarah prolifik itu juga, ini merupakan siri terakhir rombongan Cik Kiah, dan mengharapkan penonton mendapat input dari penayangannya. – MYNEWSHUB

Video: Iklan Anti Merokok Paling Terbaik Di Dunia
Sejak dimuat pada bulan Jun yang lalu, video ini sudah ditonton lebih dari lima juta orang dan merima puluhan ribu ‘like’ di laman Youtube.
Video yang berjudul,’Smoking Kid’ yang dibawa oleh Kementerian Kesihatan Thailand ini sememangnya memberikan impak yang sangat mendalam kepada perokok di luar sana.
Ia merupakan antara iklan anti merokok yang mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok paling terbaik di dunia.
Video yang berdurasi 2.37 minit tersebut mengisahkan dua orang kanak-kanak meminta pemetik api daripada perokok yang berlainan jantina dan umur.
Di permulaan video, kelihatan beberapa orang dewasa merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam, mereka tidak sedar yang gerak-gerinya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.
Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam “lighter” atau pemetik api kerana mahu merokok juga, jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah.. Anda sudah tengok? Sudah jelas bukan? Setelah perokok-perokok dewasa membaca kertas yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut dan raut wajah mereka juga berbeza. Memang sebuah iklan yang sarat dengan mesej dan sangat jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Kementerian Kesihatan Thailand keatas penghasilan iklan ini. Apa yang pasti iklan sebegini sudah jarang dapat kita lihat di bumi bertuah Malaysia. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Peminat Bola Sepak Indonesia Maut Dalam Insiden Keganasan
SOLO (Indonesia) – Seorang peminat bola sepak di Indonesia dilaporkan maut dalam satu dalam insiden keganasan selepas ratusan peminat yang berang bertindak merusuh sejurus perlawanan membabitkan kelab Persis dan Martapura FC di bandar Solo, Jawa, berakhir, semalam.
Menurut sumber daripada pihak polis, keganasan yang bermula di dalam stadium itu merebak dengan perusuh kemudian menyerang kenderaan yang diletakkan di luar stadium dan mensasarkan pihak polis.
Lapan pegawai polis dan enam orang awam dilaporkan turut mengalami kecederaan.
Perusuh dikatakan membakar motosikal polis sebelum merosakkan kereta dan bas.
Sejurus perlawanan ditamatkan dengan keputusan seri 1-1, peminat Persis dikatakan mula memasuki padang dengan polis melaporkan mereka berang disebabkan pengadil menghentikan perlawanan lebih awal kerana penjaga garisan dibaling objek.
Pada mulanya, penyokong hanya bergelut dengan pihak polis yang bertindak melindungi pengadil dan pemain sebelum ia merebak.
Pihak berkuasa kemudian menemui satu mayat dengan kecederaan di dada, kata sumber polis di Solo yang memberitahu AFP namun menambah tidak dapat memastikan bagaimana kecederaan boleh berlaku atau siapa yang bertanggungjawab.
Kedua-dua pasukan beraksi dalam Liga Perdana Indonesia, saingan kedua tertinggi selepas Liga Super.
Keganasan ketika perlawanan bola sepak sering berlaku di Indonesia yang rata-rata penduduknya meminati sukan nombor satu dunia itu. Begitupun, kecederaan yang parah atau kematian adalah perkara yang jarang berlaku. – AFP
TOP
Labuan Berpotensi Jadi Hab Industri Perikanan Tuna
LABUAN – Labuan berpotensi menjadi hab industri perikanan tuna, kata pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata berikutan kedudukan itu, pembangunan Labuan perlu terus ditingkatkan, termasuk membina kemudahan dan jeti yang lebih baik.
Bercakap pada sesi dialog dengan nelayan sempena lawatan beliau ke Kompleks LKIM di Kiansam di sini hari ini, Irmohizam mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk pasar dan medan niaga nelayan baharu di situ.
Jumlah tangkapan pelbagai sumber laut yang didaratkan di sini tahun lepas ialah 12,891,192 kg, dengan nilai pasaran RM217,201. Jumlah tangkapan di seluruh negara pada tahun lepas pula ialah 1.8 juta tan metrik, manakala jumlah tangkapan tahun ini disasarkan sebanyak 2.6 juta tan metrik, katanya. Beliau berkata menyedari menyedari peranan penting nelayan dalam memastikan bekalan sumber laut sentiasa mencukupi untuk pengguna, kerajaan akan terus membantu golongan itu. – BERNAMA

Pergerakan Tanah Apartment Teratai Masih Berlaku
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Pergerakan tanah masih berlaku pada tahap minimum di kawasan tanah runtuh di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor. Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata laporan terkini yang diterima dari Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan pergerakan tanah di kawasan runtuhan itu bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang ancaman. “Kini, kerja pembaikan cerun iaitu pemasangan ‘sheet pile’ (cerucuk keping) bagi menguatkan struktur tanah di kawasan terbabit runtuhan masih berjalan sejak semalam bagi mengelak runtuhan berulang dan JKR akan terus memantau pergerakan tanah setiap jam di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin. Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1. Suaidi berkata setakat ini JKR belum dapat memastikan tempoh yang selamat untuk membenarkan penduduk pulang ke rumah masing-masing ekoran pergerakan tanah yang masih berlaku itu. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata pihaknya masih menempatkan beberapa anggota dari lima balai bomba di Zon Hulu Selangor di lokasi kejadian tanah runtuh tersebut, sebagai langkah berjaga-jaga. Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata laporan penuh insiden kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai akan dikeluarkan esok. – BERNAMA

3 Suspek Amerika Latin Ditahan Tiada Kaitan Godam ATM
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (tiga, kiri) diiringi Pengarah Jabatan Logistik Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Datuk Zulkifli Abdullah (dua, kiri) semasa beramah mesra bersama pasukan unit Polis Berkuda PSP sempena Majlis Upacara Pengiktirafan Kuda-Kuda Baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Unit Berkuda PSP Cheras di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Tiga lelaki warga Amerika Latin yang ditahan polis dua hari lepas disahkan bukanlah suspek buruan polis berhubung kes godam 17 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) baru-baru ini. Mereka yang ditahan ketika menginap di sebuah hotel di Jalan Thambipillay, Brickfields itu sebenarnya adalah buruan polis Thailand yang dipercayai terbabit kes pecah rumah di negara itu dan telah melarikan diri ke negara ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua suspek tidak mempunyai kaitan dengan jenayah godam mesin ATM tetapi mereka dipercayai merancang melakukan kegiatan jenayah pecah rumah di negara ini. Katanya, penahanan mereka adalah atas maklumat risikan sempadan dan pihak berkuasa di Thailand mengenai penjenayah terbabit dikesan masuk ke negara ini dan berada di ibu kota. “Mereka (suspek) baru sahaja tiba dari Thailand dan menyeludup masuk ke negara ini melalui sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Isnin lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis upacara pengiktirafan kuda-kuda baharu polis, di Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan, Cheras hari ini. Khalid berkata pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan negara Asean, berkongsi maklumat risikan berkenaan penjenayah yang terlibat kes pecah rumah khususnya warga asing yang masuk ke negara ini. “Polis kita bekerjasama dengan pihak Aseanapol dalam mengekang kegiatan itu daripada berleluasa di dalam negara ini,” katanya. Beliau berkata setakat ini polis masih memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes godam mesin ATM dan polis akan memaklumkan kepada media jika suspek terbabit berjaya diberkas. Katanya, laporan media yang menyebut kononnya ketiga-tiga suspek terbabit telah ditahan polis adalah tidak tepat. Dalam perkembangan lain, polis mengakui bahawa memang wujud aktiviti jenayah penyeludupan di Kuala Sepetang, Perak. “Saya tidak menafikan bahawa jenayah itu memang berlaku di sana, tetapi tidaklah sampai ke tahap wujudnya jenayah seumpama mafia. Katanya bagaimanapun pihaknya sentiasa memantau dan meminta orang ramai di kawasan itu supaya menyalurkan maklumat kepada polis bagi membanteras segala bentuk aktiviti jenayah yang menyalahi undang-undang negara. Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa seorang lelaki berpengaruh di Kuala Sepetang melakukan kegiatan seperti pengedaran dadah, senjata api, rokok dan membawa masuk pendatang asing tanpa izin secara haram. – BERNAMA

Najib: Projek eRezeki Kumpulan Rakyat B40 Tambah Pendapatan
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan, kepada pendapatan domestik dan global.
“eRezeki akan dilaksanakan merentas pelbagai Pusat Kerja Digital. Ia boleh dalam bentuk Pusat Transformasi Bandar, Pusat Transformasi Luar Bandar, Kolej-kolej Komuniti dan masjid, bagi memberi impak ke atas isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar,” katanya semasa menutup mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-26 di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata projek itu termasuk siri program-program Keupayaan Digital, yang akan melatih dan memadankan 400,000 anggota masyarakat B40 dengan keupayaan untuk menjalankan tugasan mikro daripada sumber domestik dan asing supaya mereka boleh memperoleh pendapatan tahunan tambahan pada purata RM6,000 menjelang 2020.
Beliau berkata bagi menjayakan janji kerajaan mengutamakan rakyat dalam penyampaian perkhidmatan, kerajaan meluluskan inisiatif Transformasi Kerajaan Digital yang akan mengerakkan perbatasan baharu penyampaian perkhidmatan secara dalam talian, infrastruktur telekomunikasi dan pembangunan modal insan.
“Yang penting ialah anjakan daripada penarafan dalaman berasaskan penyedia semasa kepada penilaian berasaskan pengguna yang bertumpukan kepada kepuasan rakyat.
“Untuk itu, kerajaan memutuskan bahawa sebahagian daripada data sulit kerajaan akan dibuka kepada orang ramai,” katanya.
Najib berkata bagi merangsang pertumbuhan dalam ekonomi Digital Malaysia, pembangunan dan promosi hab teknologi dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi negara, perlu ditingkatkan.
Oleh itu, beliau berkata kerajaan meluluskan beberapa keputusan untuk membantu memperkukuh kelebihan MSC Malaysia dalam bidang pengkhususannya.
Beliau berkata MSC bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kandungan dan awan, dengan mewujudkan hab data trafik.
“Ini akan dilakukan dengan memanfaatkan ekosistem pusat data di Cyberjaya, gerbang perhubungan data antarabangsa di Cherating dan Mersing, dan mewujudkan kelompok perkhidmatan dan kandungan awan yang baharu di Iskandar Malaysia.
Perdana Menteri berkata untuk itu kerajaan akan membuat pelaburan dalam meluluskan gerbang perhubungan data antarabangsa dan akan menimbangkannya sebagai projek keutamaan,” kata Najib.
Selain itu katanya bagi menjadikan Malaysia sebagai hab permainan dan media interaktif serantau, beberapa tindakan akan diambil, termasuk menarik syarikat utama memberi perkhidmatan sebagai pemacu industri, membangunkan keupayaan dan kapasiti permainan tempatan dan meningkatkan akses pasaran global menerusi platform penerbitan.
Najib berkata kerajaan akan menyokong penubuhan badan penyelaras sehenti bagi merangsang pembangunan Kandungan Malaysia.
“Ini akan membantu kami merealisasikan potensi golongan muda kita ke arah “menjual” bakat kreatif mereka,” katanya.
Susulan usaha yang dijalankan pada 2013, Najib berkata bagi merealisasikan peluang dalam Data Analitis Besar (BDA), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan melaksanakan tiga projek berimpak tinggi dalam pembangunan bakat.
Ini bakal menyaksikan penubuhan Institut Data Sains Asia dengan usaha sama universiti utama dunia seperti Carnegie Mellon, pembukaan Data Terbuka Kerajaan menerusi data.gov.my serta penubuhan Pusat Inovasi Kecemerlangan BDA yang diketuai sektor swasta bagi melahirkan bakat Malaysia dalam sains data dan memacu penggunaan dan pertumbuhan BDA dalam negara. – BERNAMA
TOP
Dua Jet Sukhoi Indonesia Pintas Pesawat Australia
Dua jet pejuang jenis Sukhoi milik Tentera Udara Indonesia bertindak memintas sebuah pesawat ringan dari Australia sebelum pesawat berkenaan diarahkan mendarat kerana memasuki ruang udara Indonesia tanpa kebenaran.
Jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Chahyanto berkata, pesawat jenis Beechcraft didaftarkan di Australia itu sedang dalam penerbangan dari Darwin ke Cebu di Filipina ketika dipintas.
Juruterbang pesawat akhirnya akur dan mendarat di Lapangan Terbang Manado, di bahagian utara Pulau Sulawesi, Indonesia.
Hanya juruterbang dan pembantu juruterbang, kedua-duanya warga Australia, saja berada di dalam pesawat terbabit, seperti dipetik laporan AFP.
Kedua-duanya kemudian menjalani proses soal siasat oleh pihak tentera dan kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang untuk soal siasat lebih lanjut.
“Mereka tidak mempunyai surat pelepasan yang membenarkan mereka memasuki ruang udara Indonesia.
“Tapi oleh kerana mereka orang awam dan bukan anggota tentera, kami menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi siasatan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia, J A Barata berkata, pesawat yang menceroboh ruang udara Indonesia itu pada mulanya dilihat di Ambon, ibu negeri Pulau Maluku dan diminta mendarat pada masa itu.
“Mereka tidak mengendahkan jadi mereka dipaksa supaya mendarat di Manado,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Penulisan Kolumnis Bloomberg Ini Ada Agenda Tersembunyi?
Seorang kolumnis dari stesen berita Bloomberg menyifatkan, pertikaian dan perdebatan mengenai isu program menyentuh anjing dan pesta arak Octoberfest boleh menjejaskan persaingan Malaysia dengan negara serantau.
Kolumnis itu, William Pesek berkata Malaysia boleh ketinggalan di belakang Indonesia yang dilihat akan membangun dengan lebih cepat bawah pentadbiran Presiden baru Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi. Biarpun dalam Perlembagaan Persekutuan, Malaysia merupakan negara Islam beliau mengatakan bahawa Malaysia ‘secara teknikalnya sekular’, menggunakan agama untuk mempertahankan kuasa ketika menangani isu Octoberfest dan sama ada orang Islam patut dibenarkan menyentuh anjing. “Kegagalan Malaysia amat mengecewakan kerana ia sangat tidak perlu,” katanya. Katanya, Malaysia patut segera merobohkan halangan persaingan dan bukannya melayan “isu-isu sampingan”. “Malaysia patut ingat bahawa globalisasi membolehkan semua ekonomi berkembang cepat. “Jika negara mereka enggan menjadi terbuka dan menjadi meritokrasi sebenar – tempat yang sosok seperti Jokowi boleh naik ke tampuk kuas melalui peti undi – negara jiran seperti Indonesia dan Filipina akan mencuri pelaburan dan industri. “Kemudian masalah yang mereka tumpukan hari ini tidak akan nambak begitu besar,” katanya dalam ruangan View di bloombergview.com.
Nampaknya tulisan Pesek jelas menunjukkan bahawa tujuan ia dihasilkan ada motif tertentu kebetulan sebaik kedua-dua isu berkaitan arak dan anjing berada di kemuncaknya. Berkemungkinan juga ia diaturkan secara halus oleh pihak tertentu termasuk Pesek menjadi penyudahnya meletakkan Malaysia begitu buruk dan rendah statusnya di kawasan serantau di ASEAN antara Indonesia dan Thailand dan Filipina. Beliau juga dalam tulisannya mahu melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat semula fokus kerajaan yang dilihat lebih mengutamakan bangsa Melayu iaitu bangsa majoriti di Malaysia. Dalam erti kata lain, Pesek mahu melihat masyarakat Malaysia mendesak negara ini segera membuka pintu seluas-luasnya untuk globalisasi tanpa memikirkan akibatnya kepada kehidupan bangsa dan agama pelbagai kaum di negara ini.
Dalam soal arak dan anjing yang dikatakan isu kecil, benarlah kata Ustaz Mohd Kazim Elias program-program sedemikian adalah jarum paling halus pihak tertentu untuk menjadikan kesemua perkara berat dan besar dalam Islam menjadi ringan seterusnya liberal. Secara jelasnya, Pesek tidak melihat bagaimana Malaysia berjaya memacu pembangunan sehingga ke hari ini biarpun diancam pihak tertentu dalam usaha mereka melihat Malaysia bebas untuk para ahli politik dan perniagaan tetapi rakyat yang akan menanggung akibatnya. – MYNEWSHUB.CC

Sara Bareilles Tolong Peminat Buat Lamaran Kepada Kekasih
SIAPA tak kenal dengan Sara Bareilles, lagu-lagunya memang sangat catchy sehinggakan kita pun boleh sing-a-long sekali kalau ianya diputarkan di corong-corong radio.
Lagu terbaharu Sara, I Choose You pun kini sedang mendaki tangga carta muzik Billboard dan sentiasa menjadi siulan peminat setianya.
Apa yang menariknya, Sara menerusi muzik video lagu tersebut telah membantu dua peminatnya yang mahu membuat lamaran terhadap pasangan hidup masing-masing.
Perjalanan serta rancangan untuk mengejutkan pasangan masing-masing dirakam serta menjadi ilham untuk mencantikkan lagi muzik video ini di mana Sara muncul pada akhirnya menyanyi untuk melengkapkan lagi proses lamaran Matt terhadap Chelsea serta pasangan homoseksual, Aly dan Andrea.
Siapa tak suka kan, artis kesukaan hadir memberi kejutan pada momen-momen manis dalam fasa kehidupan kita. Betul tak?
– MYNEWSHUB.CC
– MYNEWSHUB.CC
TOP
Gadis “Sleeping Beauty” Ini Tidur Selama 22 Jam Setiap Hari
Waktu tidur amat penting dalam kehidupan bukan sahaja merehatkan tubuh badan dan minda tetapi mempunyai hubung kait dengan sistem badan seseorang.
Kita sering disarankan untuk mendapatkan tempoh tidur normal selama 8 jam sehari kerana ianya adalah salah satu terapi.
Namun pelik pulak kisah seorang remaja perempuan dari Stockport, Greater Manchester kerana mampu berjaga selama 2 jam sahaja sehari.
Ini sekali gus memaksa gadis 20 tahun ini tidur selama 22 jam sehari hingga boleh membahayakan nyawanya pula.
Hah, mesti anda sangka hobinya adalah tidur kan?
Sebenarnya remaja cantik bernama Beth Goodier ini menghidap penyakit yang jarang-jarang dihidapi iaitu Kleine-Levin Syndrome yang juga dikenali sebagai sindrom “Sleeping Beauty”.
Ala-ala cerita animasi yang sangat popular dulu-dulu. Tetapi Beth tidak lah seindah kisah animasi yang hanya sedar dengan ciuman cinta sejati.
Beliau menyedari tabiat tidurnya sejak berusia 16 tahun lagi dan terpaksa dijaga rapi seperti bayi oleh ibunya, Janine kerana risau keadaannya yang tiba-tiba bangun dalam keadaan bingung dan terpinga-pinga.
Dia akan normal selepas beberapa ketika namun doktor memberitahu jika ianya berterusan membawa kesan buruk kepadanya. Kesian Beth, semoga suatu hari nanti dia dapat menjalani kehidupan seperti orang lain! – MYNEWSHUB.CC

VIDEO : Belai Anjing? Anda Boleh Dijangkiti Cacing Pita
Ada sebab mengapa Islam meletakkan binatang anjing sebagai najis berat atau Najis Mughallazah dan ia tidak boleh disentuh secara suka-suka.
Penulis ingin memaparkan satu video yang menerangkan secara jelas dan saintifik apa yang hidup di dalam perut seekor anjing dan ia boleh mengakibatkan seorang manusia menderita hanya dengan membelai dan bermanja dengan anjing.
Dalam video tayangan National Geographic dipaparkan dengan jelas apa yang terjadi kepada paru-paru seekor kambing biri-biri yang dipenuhi bengkak dan ketumbuhan akibat cacing pita.
Mengikut pengacara dalam rancangan itu, bengkak itu disebabkan oleh wabak yang dibawa oleh najis anjing yang telah dijangkiti cacing pita.
“Cacing pita jenis hydatid hidup di dalam perut anjing kerana anjing mudah dijangkiti, dan ia mengeluarkan ratusan telur setiap hari.
“Bagaimanapun, telur itu tidak boleh terus membiak di dalam perut anjing berkenaan, ia perlu mencari perumah iaitu binatang jenis herbivor untuk terus hidup.
“Kambing biri-biri memakan telur cacing itu apabila memakan rumput yang telah terkena najis anjing yang dijangkiti seterusnya menjadi perumah tempat telur cacing itu menetas,” katanya.
Menurut rancangan itu, telur itu kemudian akan bergerak dihadamkan menerusi saluran usus sebelum menetas menghasilkan larva yang mempunyai kuku yang tajam.
“Larva itu akan bergerak ke seluruh sistam badan dan kemudian memilih satu daripada organ dalaman untuk tinggal. “Dalam kes kambing biri-biri ini, ia tinggal di dalam paru-parunya dan telah menyebabkan banyak ketumbuhan,” katanya. Di dalam ketumbuhan itu pula dipenuhi puluhan ribu anak cacing pita. Lebih parah, cacing itu boleh juga mendiami badan manusia dalam cara yang sama ia mendiami badan seekor kambing biri-biri. “Ia boleh menyebabkan ketumbuhan di paru-paru, hingga menyebabkan sakit dada dan muntah darah.. Ia boleh menyebabkan ketumbuhan di limpa sehingga menyebabkan sakit abdomen. “Larva itu juga boleh menyebabkan ketumbuhan di dalam jantung dan di dalam otak manusia,” katanya. Anda akan mudah dijangkiti jika menyentuh dan membelai anjing berkenaan. “Dog menghidu punggung anjing lain sesuka hati mereka, menjilat sesama sendiri, dan jika anda membenarkan anjing menjilat anda atau terkena bulu yang ada jangkitan cacing, anda akan dijangkiti,” katanya. Dari pengacara yang jelas bukan beragama Islam, dia menjelaskan bahawa jangkitan cacing pita daripada anjing berlaku di seluruh dunia. “Di Australia sahaja, kira-kira 50 orang dijangkiti cacing pita dari anjing setiap tahun. “Biarpun ada vaksin untuk kambing biri-biri, masih tiada vaksin untuk manusia,” katanya. Kepada mereka yang gembira sakan akhirnya dapat menyentuh anjing pada program ‘I Want To Touch A Dog” tempoh hari pada 19 Oktober lepas, fikir lah dua kali sudahkan anda menyucikan badan anda dengan betul selepas menyentuh anjing? – MYNEWSHUB.CC

“Bukan… Jangan Percaya Video Itu” – Pembantu Ustaz Azhar Idrus
Video seks yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang tersebar di internet disifatkan perbuatan jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di Malaysia.
Perkara itu dinafikan pembantunya, Zulkifli Wahab sambil berkata usaha terancang piha tertentu untuk menjatuhkan golongan itu selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan… jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
“Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.
“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.
“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam,” katanya yang dipetik oleh laman portan Harian Metro. Ketika ditanya reaksi Ustaz Azhar berkenaan penyebaran video berkenaan, Zulkifli menjawab, beliau masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu. Hari ini, satu rentetan gambar dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus sedang bercumbu dalam keadaan yang cukup memalukan.
Tidak diketahui kesahihan video berkenaan setakat ini, reaksi yang diterima setakat ini bukan dari tuan empunya badan sendiri tetapi hanya pembantunya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Skandal Video Seks?
JIKA sebelum ini, hanya ahli politik dan selebriti terkenal sahaja yang sering kali dikaitkan dengan skandal video seks, namun kini alim ulama juga tidak terkecuali dikaitkan dengan penyebaran video seks.
Baru-baru ini, tersebar sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki yang seiras penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UIA) dengan seorang wanita di atas sebuah katil.
Tapi betulkah ini Ustaz Azhar Idrus atau memang ada orang sengaja mengedit video tersebut untuk menjatuhkan nama baik UIA yang sememangnya dikenali sebagai alim ulama yang disanjung tinggi pengikutnya. Namun, hasil pemerhatian daripada sebuah forum sembang, kebanyakan mereka menyifatkan video ini adalah asli kerana wajah wanita dalam video itu kelihatan seiras dengan isteri muda UAI yang sebelum ini sentiasa kelihatan berpurdah. Tapi, kalau betul memang UAI dianiaya sehingga hal dalam kelambu pun dicerobohi, memang tak patutlah!
Tapi, kalau memang video ini dirakam dengan kerelaan mereka berdua dan kemudiannya jatuh ke tangan pihak yang tak bertanggungjawab menyebarkannya, memang tak tahu nak cakap apa lah kan..
Sampaikan ramai mempersoalkan kenapa UAI nak merakam aksi-aksi bercengkeramanya dengan isteri, kan bila dah tersebar, imej dan maruahnya sebagai penceramah agama telah terjejas dan tercemar.
Kita tunggu dan lihat sahaja apa komen balas UAI berhubung isu hangat yang melandanya kini.

Ibu Di Pulau Pinang Bunuh Anak Sebab Tak Mahu Belajar
Seorang suri rumah berusia 30-an didakwa di mahkamah di Pulau Pinang Isnin minggu lepas kerana dipercayai membunuh anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut laporan akhbar The Star, jasad kanak-kanak malang itu kemudiannya dibuang di sebuah ladang kelapa sawit di Bukti Tengah.
T. Gayathry dan suaminya, seorang pengawal keselamatan, R. Saravanan Kumar, 24 didakwa membunuh kanak-kanak itu di tepi jalan antara 8 pagi pada 20 september dan 11.25 malam (29 September).
Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada 23 Sepetember mendakwa anaknya telah hilang.
Namun, berdasarkan siasatan lanjut polis, Gayathry kemudiannya mengaku dia membelasah anaknya dengan tali pingang kerana nakal dan tidak mahu belajar.
Semasa soal siasat, dia memberitahu anaknya mati pada 20 September, pukul 4.30 petang. Dia kini berhadapan dengan kemungkinan digantung sehingga mati kerana membunuh anaknya.- MYNEWSHUB
TOP
Diana Danielle Sudah Berhijrah Mengenakan Tudung?
Kalau korang ada mengikuti Instagram ibu muda cantik ini, anda pasti perasan Diana Danielle sering memuat naik gambarnya manis bertudung litup.
Mulanya memang kami tertanya-tanya tetapi menyambut baik penghijrahan selebriti wanita di Malaysia yang dilihat meningkat semakin hari.
Memang ramai peminatnya menganggap Diana Danielle bertudung penuh kerana artis itu memuat naik beberapa gambar lain dia mengenakan tudung.
Akhirnya persoalan ini terjawab, bercakap kepada GUA, suaminya Farid Kamil menjelaskan yang isterinya itu mengenakan tudung untuk memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul Perempuan Lindungan Kaabah selain sebuah lagi telefilem lain. “Dia memakai tudung adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah. Malah, baru-baru ini juga pun ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung. Namun buat masa ini, dia belum lagi bertudung sepenuhnya,” jelas Farid Kamil. Farid Kamil turut ditanya adakah isterinya itu masih mencemburui Nora Danish yang turut sama berganding dengannya dalam filem Anak Jantan gara-gara insiden gambar baru-baru ini. “Tidak, dia sudah profesional sekarang. Dia faham, malah dia sendiri tidak sabar nak menunggu malam gala filem ini nanti untuk menonton bersama-sama filem Anak Jantan bersama saya,” ujar Farid Kamil. Manisnya ibu cantik ini mengenakan tudung kan! – MYNEWSHUB.CC

Curi Balak: 10 Termasuk Pegawai Kanan Polis Ditahan SPRM
KUALA LUMPUR – Sepuluh individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan dalam satu operasi bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ops Tukul berhubung kes pembalakan haram di Sarawak, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata dalam operasi yang dijalankan sejak 20 Oktober itu sebanyak 30 akaun pemilik syarikat balak bernilai lebih RM18 juta turut disita.
Beliau berkata, pegawai kanan polis yang berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sarawak itu ditahan kerana menerima rasuah berjumlah RM16,000 daripada pembalak haram.
“Bahagian Perisikan SPRM sudah membuat pemerhatian dan pemantauan selama sembilan bulan di 12 lokasi di Sarawak termasuk Kuching, Limbang, Sibu, Ulu Baram, Lundu, Kapit dan Miri. Risikan kami mengesahkan bahawa kecurian balak di kawasan yang dipantau memang berlaku.
“Mereka yang ditangkap berumur antara 28 hingga 70 tahun yang terdiri daripada pengarah urusan syarikat, pemilik syarikat dan pengurus kem. Nilai rasuah yang diberi adalah antara RM300 hingga RM10,000,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.
Shukri berkata, setakat ini lima daripada individu yang ditahan sudah didakwa manakala selebihnya masih ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Empat di Limbang dan seorang di Kuching sudah didakwa manakala yang lain masih ditahan termasuk seorang pegawai kanan polis berkenaan hingga 26 Oktober ini,” katanya.
Semua individu yang ditahan boleh didakwa mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika disabitkan kesalahan akan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan. - BH Online
TOP
Disebalik Kisah Golongan Gelandangan Di Florida
Golongan gelandangan sering mendapat pandangan negatif daripada masyarakat umum.
Kewujudan mereka dianggap sebagai satu ‘pencemaran’ buat warga kota sehinggakan gerakan pertubuhan yang ingin membantu nasib golongan tersebut turut dipandang serong.
Namun begitu, video pendek berdurasi 1.24 minit daripada Rethink Homelessness pasti akan membuatkan anda menukar persepsi terhadap mereka selama ini. Rethink Homelessness merupakan pertubuhan amal yang ditubuhkan oleh sekelompok masyarakat di Central Florida khusus untuk memberikan mesej kepada masyarakat bahawa golongan gelandangan ini merupakan manusia juga seperti kita. Ia juga membuatkan anda sedar bahawa setiap kisah pasti mempunyai sisi cerita yang lain. Apa yang boleh kami katakan kebanyakkan gelandangan ini bukanlah berpunca daripada kesempitan hidup di bandar, tetapi berpunca daripada sesetangah kejadian yang mengakibatkan mereka memilih jalan seperti ini untuk meneruskan hidup. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kisah Budak Lelaki Yang Bermain Gitar Di Jalanan
Padat, ringkas, bermesej dan mendalam, itulah yang dapat diperkatakan setelah melihat iklan di atas yang tentunya sangat memberikan mesej yang berguna kepada penonton.
Buat anda yang menggemari iklan sebegini yang selalunya dibawa oleh Petronas, mungkin anda tidak mengetahui bahawa iklan yang dibawa oleh negara jiran kita, Thailand tidak kurang hebatnya.
Iklan-iklan dari negara Thailand tidak pernah mengecewakan sesiapa yang menontonnya.
KEJI!! Cikgu Dan Murid Difitnah Anjur Pesta Makan Katak
Kali ini, syarikat Thai Life Insurance telah menghasilkan sebuah lagi iklan berdasarkan kisah benar seorang remaja yang berusaha mengumpul duit dengan melakukan persembahan jalanan demi membantu kos rawatan ibunya. Melihatkan kesungguhan remaja lelaki itu serta ketabahannya mengharungi rintangan hidup, pasti akan meruntun emosi anda. Nasihat kami, tolong sediakan sekotak tisu sebelum anda menonton video berdurasi 3.53 minit ini. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB

Lagu Ya Hanana Versi Kelantan Berjudul “Huk Aloh Laa” Dicipta!
Kreatif betul orang-orang kelantan ini rupa-rupanya.
Lagu nasyid Ya Hanana sememangnya amat popular dan diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Keindahan bait-bait nasyid ini sering kedengaran lagi-lagi suara lunak pelajar-pelajar tahfiz menyanyikannya dalam majlis-majlis ilmu dan majlis perkahwinan.
Namun lain pula cara yang dibawa oleh sebuah kumpulan 2NE1, yang membawa Ya Hanana versi Kelantan diberi judul “Huk Aloh Laa”.
Mula-mula dengar memang rasa nak ketawa tapi bila dah dengar hingga habis rasa insaf pula.
Lirik yang diubah oleh Man Khan dan Lan Khan ini sememangnya penuh dengan kata-kata nasihat dan pengajaran.
Anda tonton dan dengarkan la sendiri lagu Ya Hanana Kelantan Versi “Huk Aloh Laa” ini!
- MYNEWSHUB.CC

Hello Everyone, nama saya Jane alice seorang wanita dari Indonesia, dan saya bekerja dengan sebuah negara kompensasi bersatu, dan kami telah mendengar dan juga meminjam dari perusahaan pinjaman, dengan cepat saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia untuk mencari pinjaman Internet Sangat hati-hati Berhati-hatilah untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak kreditur kredit palsu di sini di internet dan beberapa di antaranya asli dan nyata,
ReplyDeleteSaya ingin melempar testimonial tentang bagaimana Tuhan menuntun saya ke pemberi pinjaman yang sebenarnya dan dana pinjaman Real telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Grace, setelah saya tertipu oleh beberapa kreditor kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran. . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapat pinjaman saya.
Setelah berbulan-bulan berusaha mendapatkan pinjaman di internet dan jumlah uang yang dihabiskan tanpa mendapat pinjaman dari perusahaan mereka, maka saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditor kredit genue online yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya jadi saya memutuskan untuk Hubungi teman saya yang baru saja mendapatkan pinjaman online, kami mendiskusikan kesimpulan kami mengenai masalah ini dan dia bercerita tentang seorang wanita bernama Mr. Dangote yang adalah CEO Dangote Loan Company.
Jadi saya mengajukan permohonan untuk jumlah pinjaman (Rp400.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak mengurus se umur saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang ingin saya gunakan untuk membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tanpa stres dan semua persiapan yang dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah mendapatkan sertifikat yang diminta, telah disimpan ke bank dan impian saya masuk. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan pinjaman cepat sekarang atau email di Dangotegrouploandepartment@Gmail.com
Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia atas hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga bisa menghubungi saya di ladyjanealice@gmail.com hari yang menyenangkan info lebih lanjut ..