TOP
Warga emas disamun depan rumah
Che Mek Wok menunjukkan bagaimana suspek menolak kepalanya sebelum dia terjatuh di tempat kejadian
BESUT - Seorang wanita warga emas rugi kira-kira RM12,000 disamun seorang lelaki yang berpura-pura bertanya suami wanita itu dalam kejadian di Kampung Amer, Kampung Raja, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu berlaku ketika Che Mek Wok Che Mat, 56, berada di kawasan pagar rumah adiknya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki kereta Proton Waja berwarna kelabu. Menurut mangsa, ketika menghampiri pintu pagar halaman rumah tiba-tiba kereta bercermin gelap itu berhenti. “Kemudian keluar lelaki berbadan agak besar dan berambut pendek dari tempat duduk penumpang depan menuju ke arah saya. “Dia tanya sama ada pak cik (suami) berada di rumah atau tidak, tapi terlintas dalam hati saya, lelaki itu berniat buruk. “Belum sempat saya jawab, dia tiba-tiba menolak kepala kiri sehingga saya jatuh di atas tanah lalu suspek merentap seutas rantai dan gelang tangan emas milik saya,” katanya. Suspek kemudian melarikan diri dengan kereta yang dipercayai dipandu rakannya yang menunggu di dalam kereta. “Saya jerit meminta tolong dan didengari oleh jiran yang berada berdekatan, namun lelaki itu telah melarikan diri sebelum saya menghubungi talian kecemasan,” katanya. Che Mek Wok agak trauma dengan kejadian pertama kali berlaku dalam hidupnya itu, namun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius selain sakit pada bahagian rusuk kanan akibat terjatuh selepas ditolak suspek. Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Noor Halim Nordin yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian. Beliau berkata, usaha mengenal pasti dan memburu suspek giat dijalankan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak. “Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. -sinar

Pengarah bergelar Datuk, Datuk Seri didakwa
Salah seorang tertuduh dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen, semalam.
KOTA TINGGI - Seorang Datuk Seri, dua Datuk dan seorang pekerja di sebuah syarikat pembekal minyak dihadapkan di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menyimpan 163,460 liter diesel di premis tidak dibenarkan di Tanjung Surat, Jun lalu. Datuk Seri Chong Kor Yong, 56, anaknya Datuk Chong Tzeng Hang, 31, dan Datuk Mohamad Mahmood, 59, yang merupakan Pengarah Harbour Talent Sdn Bhd serta pekerja Teo Yong Foo, 31, mengaku tidak bersalah. Mereka didakwa menyimpan diesel di kapal MT Inter IMO Number: 7639848 di jeti persendirian Mohamed Long, Kampung Tanjung Belungkor, Mukim Tanjong Surat, di sini, 3.30 pagi, 6 Jun lalu. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan sementara Kor Yong, Tzeng Hang dan Mohamad diwakili peguam Muhammad Abd Kadir. Syarikat Harbour Talent Sdn Bhd yang beralamat di Taman Mount Austin, Johor Bahru juga didakwa menyimpan diesel itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. Kor Yong, mewakili syarikat, mengaku tidak bersalah. Hakim Salawati Djambari mengenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas Kor Yong, Tzeng Hang dan Mohamad manakala Teo dikenakan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin. Kor Yong yang mewakili syarikat turut dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan keempat-empat mereka diperintah melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi setiap bulan sekali sehingga kes selesai. Beliau turut menetapkan 11 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan. - sinar

Polis nafi ludah tahanan
Pemilik akaun Facebook dakwa diludah anggota polis.
SHAH ALAM – Polis menyifatkan status seorang pemilik Facebook (FB) bernama Abdul Muqit Muhammad sebagai berniat jahat bagi memberi imej buruk kepada pasukan itu. Abdul Muqit dalam statusnya mendakwa diludah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika menyatakan hasrat untuk menunaikan solat Zuhur. Status yang dimuat naik itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai serta menjadi viral apabila dikongsi pemilik FB lain. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini berhubung kejadian itu. “Kami tidak pernah halang mana-mana tahanan untuk solat. Ruangan solat juga ada disediakan. Apa tujuan dia untuk memuat naik status seperti itu? Statusnya itu sengaja untuk mencetuskan provokasi dan mencemarkan imej pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Munusamy, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap anggota yang bertugas pada hari berkenaan dan jelas perkara itu tidak terjadi. “Jika benar dia dikasari oleh anggota kami, buat laporan pada saluran yang betul dan kami akan siasat,” katanya. -sinar

Lapor polis hina sultan, rakyat Pahang
Wan Solihi (empat, kanan) bersama ahli Kuantan FA membuat laporan polis di IPD Kuantan di sini, kelmarin.
KUANTAN - Kesal dengan tindakan biadab sebuah halaman di laman sosial yang menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, serta rakyat Pahang, Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin. Laporan yang dibuat bersama 20 ahli persatuan itu kira-kira jam 9.30 malam turut dihadiri Naib Presiden 1 Persatuan, Datuk Wan Solihi Wan Hassan. Sebelum itu di laman sosial Facebook menggunakan nama sebuah persatuan memaparkan status yang biadab terhadap Sultan Pahang. Selain itu, halaman itu juga memuatnaik status berbaur hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara terutamanya melibatkan pertemuan Pahang dan Johor Darul Ta’zim pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. Bagi Wan Solihi, beliau kesal dengan tindakan biadab halaman itu yang menghina baginda yang dianggap baginya tidak wajar dengan sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang ke-84, baru-baru ini. Menurutnya, ia tidak wajar dilakukan yang dilihat untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini selain menghasut serta menggalakkan keganasan. “Kami menyedari status ini sejak semalam (kelmarin) dan status yang dimuatnaik sangat melampau dan tidak wajar dilakukan. Malah saya gusar kerana ia boleh menimbulkan risiko keselamatan dalam aksi final di Bukit Jalil nanti. “Kita berharap tindakan tegas diambil dan meminta pihak polis supaya segera menyiasat tujuan halaman itu supaya ia tidak berulang,” katanya. -sinar

Mara gantung 8 pelajar MRSM terlibat kes pukul
KUALA LUMPUR - Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbabit dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Okt lalu, digantung persekolahan serta merta.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah.
"Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula hari ini.
"Mara berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," kata Azmi.
Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.
Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut.
Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan. - Bernama
TOP
Thailand batalkan 100 penerbangan
Lebih 1,000 tanglung mendarat di sekitar lapangan terbang itu.
BANGKOK - THAILAND. Lebih 100 penerbangan di Thailand terpaksa dibatalkan berikutan sambutan sebuah festival tanglung yang bakal berlangsung 6 November depan. Jurucakap Lapangan Terbang Thailand (AOT) Apinya Mahawunchai berkata, Kota Chiang Mai merancang melepaskan tanglung udara panas sebagai menandakan perayaan Loy Krathong. "Kami telah memaklumkan syarikat penerbangan mengenai perkara ini, dan mereka juga telah membuat penyusunan semula jadual,"katanya. Menurut AOT, laporan dipetik dari dpa, 112 penerbangan dibatalkan dan lebih 50 yang lain telah dijadualkan semula bagi memberi laluan kepada perayaan tahunan yang menggambarkan kesyukuran masyarakat tempatan kepada dewi sungai. -sinar

Nasi berlauk Pak Yeh RM1 sepinggan
Pak Yeh (dua, kiri) melayan Sepein (kiri) dan Aziz (dua, kanan) di kedainya.
TUMPAT - Bagaikan tidak percaya masih ada peniaga menjual nasi berlauk dengan harga RM1 sepinggan. Di kedai kopi Pak Yeh di Kampung Bendang Kerian di sini, dengan RM1, pelanggan boleh menikmati sepinggan nasi dengan pilihan gulai ikan tongkol atau gulai ayam. Jika nasi berlauk dengan secawan teh O, pelanggan hanya perlu membayar RM1.60 sen, manakala nasi berlauk bersama teh, harganya RM1.80 sen. Disebabkan harga murah, kedai Pak Yeh yang dibuka seawal jam 7.30 pagi itu menjadi tumpuan pelbagai lapisan masyarakat, daripada yang bekerja pejabat, buruh, pelajar, mahu pun penduduk Kampung Bendang Kerian. Pak Yeh atau nama sebenarnya, Idris Awang, 67, berkata, dia berniaga sejak 30 tahun lalu bermula dengan nasi berlauk berharga 30 sen sepinggan. Menurutnya, berikutan kenaikan kos bahan mentah, memaksanya menaikkan harga nasi berlauk beberapa kali dan kekal dengan harga RM1 sehingga hari ini. “Saya masih dapat untung walaupun tidak seberapa kerana inilah cara saya membantu golongan kurang berkemampuan dan juga golongan pelajar. “Jika dinaikkan harga, kasihan pula budak sekolah. Lagipun, kedai saya ni usang dan meja makan pun terhad, malu pula mahu jual nasi dengan harga yang mahal," katanya yang turut dibantu isteri, Asmah Ismail, 53, sebagai tukang masak dan anaknya, Adam, 24, sebagai pembantu kedai. Seawal jam 3 pagi lagi, Asmah akan bangun menyediakan lauk-pauk untuk dijual setiap hari di kedai berhadapan Klinik Kesihatan Bendang Kerian itu. Sementara itu, seorang pelanggan tetapnya, Aziz Abdul Rahid, 64, berkata, dengan harga yang murah, dia dapat makan sepinggan nasi yang sedap dan mengenyangkan, secawan teh O dan sebiji kuih. "Tiada kedai lain yang menjual harga semurah ini dan setiap hari jam 8 pagi, saya mesti datang makan di kedai Pak Yeh dan turut membelinya untuk keluarga di rumah," katanya. Sepein Deraman, 67, pula berkata, dia menjadi pelanggan di kedai Pak Yeh sejak berumur 15 tahun. Menurutnya, dahulu nasi berlauk Pak Yeh dijual dengan harga 30 sen tetapi kini RM1 dan baginya ia masih murah. -sinar

Budak diikat tangan, kaki di rumah pengasuh
Kanak-kanak lelaki yang ditemui ibunya di rumah pengasuh dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, semalam.
KEPALA BATAS - Seorang ibu terkejut mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya di Taman Seri Pinang, di sini, hari ini, dengan tangan dan kakinya diikat. Kejadian itu disedari ketika wanita itu membuat 'pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu, seorang pekerja kilang. Dia direman sehingga esok bagi membantu siasatan. Ketika kejadian, hanya anak pengasuh berumur kira-kira 11 tahun berada di rumah itu. Menurut sumber, kanak-kanak itu dijaga pengasuh tersebut sejak Jun tahun lalu. “Sebelum ini, tiada masalah berlaku membabitkan anaknya. “Namun, sejak akhir-akhir ini, ibu mangsa mendapati anaknya itu sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut,” katanya. Menurut sumber itu lagi, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal. -sinar

Pengganas India hampiri sempadan negara
Jagtar Singh Tara dikehendaki polis setelah lolos dari penjara di India sejak 10 tahun lalu.
KOTA BHARU - Polis Kelantan bertindak memperketatkan kawalan keselamatan negeri ini susulan maklumat seorang penjenayah warganegara India bersabit kesalahan membunuh seorang menteri di sana mula menghampiri sempadan Malaysia-Thailand.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, penjenayah yang sudah 10 tahun lolos dari penjara di India itu mula dikesan memasuki Thailand, bulan lalu. Katanya, berikutan kebimbangan terhadap pergerakan penjenayah berbahaya itu, pihaknya mengarahkan semua agensi yang terlibat menjaga keselamatan sempadan Malaysia di negeri ini diperketatkan. “Mengikut maklumat yang diterima, penjenayah yang dikenali sebagai Jagtar Singh Tara adalah seorang banduan warganegara India dihukum kerana membunuh menteri. Banduan ini bolos dan berada di Thailand, berkemungkinan cuba mendekati sempadan Malaysia melalui Sungai Golok. “Oleh sebab itu, kawalan keselamatan terutamanya di pintu masuk dan laluan-laluan yang mungkin menjadi pilihan penjenayah ini diperketatkan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. Datuk Rosli berkata, arahan sudah dikeluarkan supaya semua Ketua Polis Daerah, Unit Pencegahan Penyeludupan, Polis Marin dan tentera mengadakan rondaan di sempadan, sekatan jalan raya, pemeriksaan di kawasan masing-masing diperhebat. “Kawalan bukan sahaja melibatkan negeri ini, malah turut membabitkan negeri-negeri lain yang juga berada bersempadan dengan Thailand iaitu Perak, Perlis dan Kedah,” katanya. Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai yang mengesyaki mana-mana individu menyerupai suspek ataupun mencurigakan supaya tampil ke mana-mana balai polis dengan segera untuk membuat laporan.

Naluri ibu selamatkan anak bongsu
Sarimah mencium dahi anak bongsu kesayangannya yang bernasib baik tidak berada dalam rumah sewaktu kejadian.
JOHOR BAHRU - Naluri seorang ibu yang secara tiba-tiba pulang ke rumah untuk membawa keluar anak bongsunya makan menyelamatkan kanak-kanak itu apabila kediaman yang dihuni mereka sekeluarga di Jalan Baiduri 7 Ulu Tiram, di sini musnah dalam kebakaran, petang kelmarin. Sarimah Mohd Noor, 46, berkata, pada kebiasaan anak bongsunya, Muhammad Zulfakar Ali Mohamed, 12, ditinggalkan bersendirian kerana dia bekerja sebagai kerani di sebuah kilang di Taman Perindustrian Desa Cemerlang. Bagaimanapun menurutnya, pada hari kejadian dia mengheret anaknya keluar mengikutnya ke kedai makan di Pekan Ulu Tiram, meskipun anak kesayangannya itu enggan mengikutnya. “Saya tak dapat nak cakap apa perasaan saya, selain bersyukur kerana Tuhan selamat dan melindungi anak saya lagi. “Saya tak pernah bawa keluar anak makan pada hari bekerja kerana saya hanya akan tinggalkan makanan yang akan dijamahnya selepas pulang dari sekolah. “Bagaimanapun pada hari itu saya tergerak hati hendak makan bersamanya dan walaupun dia enggan mengikut saya, tapi saya tetap mendesak dan mengheretnya ke dalam kereta supaya menemani saya yang belum menjamah makanan sejak dari pagi,” katanya kepada pemberita yang melakukan lawatan bersama pemimpin masyarakat ke kediamannya, di sini, semalam. Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Cher Puk; Wakil Ahli Parlimen Tebrau, Ng Yew Aik dan Ahli Majlis Zon Tiram Bandar yang juga wakil Adun Tiram, Nor Azhar Abdul Hamid. Sarimah berkata, sebaik dihubungi jiran selepas kurang 10 minit meninggalkan rumah, dia bergegas pulang dan begitu luluh hatinya apabila melihat rumah yang dihuninya sejak lebih 21 tahun sedang marak dijilat api. Menurutnya, lebih memilukan apabila kediaman yang telah selesai pinjaman bank itu lebih 11 tahun lalu menyimpan seribu kenangan bersama arwah suami yang telah pergi dahulu lebih lima tahun lalu. “Saya dan tiga lagi anak sekarang ini menumpang di rumah pakcik dan agak buntu apabila tidak lagi dilindungi insurans kerana pinjaman telah habis dijelaskan sejak lebih 11 tahun lalu, sedangkan rumah saya musnah. “Saya percaya kebakaran ini berpunca daripada litar pintas selepas anak saya mengaku tidak memasak. Jiran nampak api mula membakar di bahagian tengah rumah,” katanya. Sementara itu, Cher Puk berkata, pihaknya akan berusaha membantu membaikpulih kediaman Sarimah yang telah musnah melalui Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan Adun Tiram, Datuk Maulizan Bujang serta Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A Rahman. “Kita akan bantu membaikpulih kediaman yang musnah ini memandangkan dia (Sarimah) merupakan seorang ibu tunggal dan rumahnya tidak lagi dilindungi insurans selepas ansuran bulanan rumahnya sudah habis dibayar. “Jadi saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana walaupun ansuran sudah habis dibayar, kalau boleh sediakan insurans yang boleh melindungi kediaman masing-masing,” katanya. Kunjungan pemimpin tempatan, semalam turut menyerahkan sumbangan berupa wang tunai kepada tiga mangsa yang terlibat dalam kebakaran, kelmarin. -sinar

Malaysia duduki tangga ke-18 ekonomi maju
Gambar hiasan
MALAYSIA menduduki tempat ke-18 dalam kalangan 189 ekonomi dunia berdasarkan Laporan Menjalankan Perniagaan 2015 oleh International Finance Corporation (IFC) Bank Dunia. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed Malaysia berkata, Malaysia naik dua anak tangga berbanding tahun lepas di tangga ke-20. “Menerusi laporan tersebut IFC Bank Dunia menukar kaedahnya untuk menilai prestasi setiap negara dengan menggunakan Skor Jarak Kepada Peneraju (DTF) berbanding menggunakan peratus bagi menentukan kedudukan sebelum ini. “Bank dunia berpendapat kaedah itu memberikan kejelasan terhadap penambahbaikan yang perlu dibuat oleh negara terbabit selain berdaya saing,” katanya. Menurutnya, kaedah baharu itu turut menunjukkan Malaysia mencatatkan penambahbaikan dalam lima petunjuk. Kedudukan terbaharu ini meletakkan Malaysia mendahului beberapa ekonomi maju seperti Taiwan yang berada di tempat ke-19, Switzerland (20), Thailand (26), Belanda (27) dan Jepun (29).

Destinasi cari jam tangan mewah
Joseph (kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia, Datuk Azizan Noordin selepas sidang media, A Journey Through Time VII, di Kuala Lumpur, semalam.
PAMERAN A Journey Through Time yang kelapan dijangka menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pilihan pelancongan dan membeli-belah global. Timbalan Presiden YTL Land dan Development Berhad, YTL Hotels and Properties, Joseph Yeoh berkata, A Journey Through Time VIII adalah pameran premier bagi jenama jam tangan dan barang kemas di Asia. “A Journey Through Time VIII kali ini akan mempamerkan koleksi edisi pertama di pasaran daripada 125 jenama mewah. “Pameran tahun ini akan membawakan lebih banyak pilihan pada masa sama menarik pelancong dan menggalakkan perbelanjaan pelancong,” katanya pada sidang media pameran jenama jam tangan mewah dan barang kemas, A Journey Through Time VIII, di Kuala Lumpur. Menurutnya, sebagai pemegang saham dalam industri peruncitan dan pelancongan, syarikatnya mahu terus membantu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk terus menambah jumlah pelancongan di negara ini. A Journey Through Time VIII adalah pameran yang berlangsung selama lapan hari bermula 21 hingga 28 November ini di Starhill Gallery. Pengunjung pameran akan dapat menyaksikan koleksi jam tangan mewah seperti Bedat&Co, Cecil Purnell, Dior, Hermes, Omega, Hublot dan Ulysse. -sinar

Umum dana wakaf RM20j
Najib menyaksikan Muzaffar (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Zainal Abidin Jaffar saling bertukar dokumen perjanjian MOU Projek Wakaf Tunai Korporat Maybank Islamic bernilai RM2 juta. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Maybank Islamic, Datuk Seri Ismail Shahudin (kanan).
MAYBANK Islamic Berhad bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi projek Wakaf tunai korporat bernilai RM20 juta yang akan dilaburkan ke dalam portfolio pelaburan, instrumen berpendapatan tetap, ekuiti, dana seimbang dan sektor hartanah. Maybank dalam satu kenyataan semalam berkata, ia inisiatif berimpak tinggi untuk menjadikan kolaborasi tersebut sebagai pemangkin utama dalam pengembangan serta memperluaskan waqaf korporat. MAIWP akan bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana Wakaf dan Maybank Islamic menjadi pengurus dana kepada projek berkenaan. Keuntungan daripada pelaburan dana Wakaf itu akan digunakan untuk membiayai program yang telah dikenal pasti seperti pembangunan infrastruktur pendidikan serta penjagaan kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Muzaffar Hisham berkata, inisiatif terbaru itu adalah bagi meningkatkan misi Kumpulan Maybank untuk menginsankan perkhidmatan kewangan ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh dan saksama. “Pada peringkat awal projek ini, Maybank Islamic akan menjadi pewakaf tunggal (waqif) tetapi untuk fasa akan datang, dana ini akan dibuka kepada awam,” katanya. Muzaffar berkata, dengan saiz aset RM132.3 bilion pada 30 Jun 2014 serta agihan zakat yang berjalan lancar, Maybank Islamic kini berhasrat menjadi pemangkin utama dalam mengembangkan projek Dana Wakaf. -sinar

Proton usaha tangani persepsi negatif rakyat
PROTON berusaha untuk menangani persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kereta keluarannya dengan menambah baik dan menaik taraf setiap model baharu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata kereta Proton hari ini menunjukkan prestasi lebih baik berikutan ia dijana oleh enjin yang cekap.
"Setiap model baharu Proton merupakan penambahbaikan daripada yang sebelumnya. Proton bermula dengan mengeluarkan kereta biasa, seperti Proton Saga, tetapi kereta Proton hari ini sangat sofistikated," katanya dalam ucaptamanya pada Seminar Memperkasa Industri Automotif Negara di Cyberjaya hari ini.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Proton, berkata rakyat Malaysia masih tidak berkeyakinan bahawa Proton mengeluarkan kereta yang baik berikutan kebanyakan pengguna hanya mengingati generasi awal Proton yang tingkap automatiknya tidak berfungsi.
"Hari ini tingkap automatik kereta Proton turun dan naik dengan cekap," katanya, sambil menambah Proton berusaha untuk mengeluarkan kereta bertaraf dunia.
Beliau berkata kereta Proton hari ini sebaik kereta yang diimport dan lebih murah, seperti Proton Iriz yang baru dilancarkan. - Bernama
TOP
189.18 bilion unit saham direkodkan
Ahmad Sarji (kanan) beramah mesra bersama pemenang Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia.
PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) mengumpulkan 189.18 bilion unit saham amanah melibatkan 12.11 juta pemegang akaun sejak agensi itu ditubuhkan pada 1978 untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera dan rakyat Malaysia. Pengerusinya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah direkodkan sehingga bulan ini diwakili golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. “PNB banyak merangka program untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang pelaburan serta kewangan. “Selain itu, bagi menggalakkan orang ramai melabur, PNB menawarkan perkhidmatan pelaburan seawal usia enam bulan hingga akhir hayat,” katanya pada Pertandingan Akhir dan Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia kategori Institut Pendidikan Guru (IPG), di Bangi, semalam. Setakat ini, Ahmad Sarji berkata, jumlah agihan pendapatan yang sudah dibayar bernilai RM118.45 bilion dengan kadar agihan melebihi enam peratus bagi setiap skim saham amanah di bawah agensi itu. “Jumlah dana di bawah pengurusan PNB kini berjumlah RM270 bilion, merangkumi 15 peratus daripada permodalan pasaran Bursa Kuala Lumpur (KL),” katanya. Dalam pada itu, beliau menyarankan bakal pendidik dan orang ramai supaya melabur dengan PNB yang menyediakan pelaburan permulaan serendah RM10 atau 10 unit dan RM100 atau 100 unit menerusi skim saham amanahnya. Menurutnya, PNB menerusi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) menawarkan insentif 10 unit percuma bagi setiap pendaftaran yang dibuat sehingga 31 Disember ini. “Ketika ini, masih ada sejumlah 8.579 bilion unit ASB2 boleh dilanggani,” katanya. Pada majlis itu, IPG Pendidikan Islam, Selangor dinobatkan sebagai pemenang Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia, menewaskan 27 IPG lain di seluruh Malaysia. Pada tahun ini, kuiz itu menarik seramai 5,793 penyertaan berbanding 5,278 peserta tahun lalu.

Pemberian e-baucar SME Corp tingkat pendaftaran
PEMBERIAN e-baucar sebanyak RM1,000 daripada SME Corporation Malaysia kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat membantu meningkatkan jumlah pendaftaran bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Penolong Kanan Pengarah Kastam bahagian GST, Rozila Saad berkata bantuan yang diberikan itu bertujuan menarik dan membantu mereka untuk membuat persediaan pembelian perisian perakaunan cukai tersebut.
"Pihak Kastam menyaksikan pertambahan jumlah pendaftaran daripada kalangan PKS berikutan pengenalan insentif tersebut," katanya kepada pemberita semasa Seminar Komprehensif GST, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau, bagaimanapun berkata jumlah PKS yang telah memohon e-baucer hanya boleh dirujuk kepada SME Corp.
Menurutnya, e-baucar dilihat sebagai bantuan yang kondusif dalam memastikan sistem percukaian ini berupaya dilaksanakan dengan lebih lancar.
Dalam Bajet 2015 kerajaan telah memperuntukkan bantuan kewangan berjumlah RM150 juta kepada PKS untuk memudahkan pembelian perisian perakaunan GST yang akan dilaksanakan April tahun depan. - Bernama
TOP
Prosiding Masuk Hari Ketiga, Giliran Muhammad Shafee Jawab Hujah
Bangunan Istana Kehakiman yang menempatkan Mahkamah Rayuan bersama lima hakim yang akan memutuskan kes rayuan terakhir berhubung kes Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Prosiding rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan Khamis dengan peguam keempat yang mengemukakan hujah, Ramkarpal Singh dijadual menyambung hujahnya pada sesi pagi. Pendengaran yang masuk hari ketiga ini juga akan menyaksikan Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan akan menjawab di sebelah petang. Muhammad Shafee dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Pada hari pertama pendengaran, peguam utama Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram telah memberikan hujahnya yang panjang lebar. Ia diikuti oleh peguam kedua, N. Surendran yang meneruskan penghujahannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria. Empat lagi hakim yang diberi mandat untuk mendengar rayuan kes ini adalah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. Masuk hari kedua prosiding iaitu pada Selasa, seorang lagi peguam Anwar Sangeet Kaur Deo berhujah mengenai sampel yang diambil daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur susulan laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan kejadian itu. Sementara itu, Ram Karpal pula berhujah dengan terperinci mengenai analisis DNA di mana beliau mempertikaikan integriti sampel yang diambil daripada Mohd Saiful. Walaupun sebelum ini dimaklumkan perbicaraan ini akan berjalan selama dua hari dan berakhir Rabu, prosiding rayuan mungkin berlanjutan sehingga Jumaat. Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penghujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah. Sementara itu, pada Rabu timbul isu apabila sekumpulan peguam mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung tindakan hakim bersara yang menjadi peguam bela di mahkamah. Ia ekoran Sri Ram yang muncul di Mahkamah Persekutuan bagi mewakili Anwar dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful. - mstar

Rakyat Terengganu Diminta Beri Pandangan Untuk Bajet Negeri
PUTRAJAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meminta rakyat negeri itu berkongsi idea dengan kerajaan negeri berhubung Bajet Terengganu 2015 yang akan dibentang pada Disember ini.
Beliau berkata rakyat boleh berbuat demikian bermula 1 hingga 7 November ini, menerusi laman sesawang www.terengganu.gov.
"Ini yang dinamakan inklusif iaitu kita membuat sesuatu pembangunan dalam negeri berdasarkan kepada keperluan dan kehendak rakyat.
"Kerajaan negeri mahu setiap agenda transformasi pembangunan negeri diambil cakna oleh segenap lapisan masyarakat dan setiap orang boleh terlibat dalam memastikan Terengganu mencapai tahap negeri maju pada 2020," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam 'Hala tuju Bajet Terengganu2015' pada Rabu malam.
Ahmad Razif turut memberi jaminan bajet itu akan memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat Terengganu serta disesuaikan dengan Bajet 2015 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lepas. - mstar
TOP
Piala Capital One: Newcastle Singkir Man City, Mara Ke Suku Akhir
Pardew mengucapkan tahniah kepada pemainnya, Aarons selepas menjaringkan gol pertama The Magpies.
NEWCASTLE bakal bertandang ke Tottenham pada saingan suku akhir Piala Capital One selepas menewaskan juara bertahan Manchester City 2-0 pada saingan keempat di Stadium Etihad awal pagi Khamis. Rolando Aarons dan pemain gantian Moussa Sissoko masing-masing menjaringkan gol sekaligus menjadikan skuad City mencatat kekalahan tiga kali berturut-turut termasuk aksi Liga Perdana. Malah malang turut menimpa skuad Manuel Pellegrini itu apabila bakal kehilangan seorang pemainnya, David Silva yang mengalami kecederaan menjelang perlawanan liga perdana bertemu Manchester United Ahad ini. Kemenangan ini amat bermakna buat skuad bimbingan Alan Pardew selepas turut memenangi dua perlawanan liga perdana berturut-turut sebelum ini. Lebih memuaskan hati Pardew apabila pemain mudanya, Aarons,18, berjaya mengejutkan tuan rumah seawal minit keenam perlawanan sebelum Sissoko mengukuhkan kedudukan 15 minit sebelum tamat permainan. Senarai pemain: MANCHESTER CITY:Caballero,Sagna, Demichelis,Mangala Kolarov,Fernandinho,Toure (Navas),Milner, Jovetic, Silva (Nasri)(Aguero), Dzeko NEWCASTLE UNITED:Elliot, Janmaat,(Sissoko), Coloccini,Dummett,Haidara,Abeid; Obertan,Taylor, Colback,Aarons (Ameobi),Armstrong,(Riviere) - mstar

Membahagikan Masjid Al-Aqsa Boleh Cetuskan Konflik Terbaharu - NGO
Masjid Al-Aqsa
KUALA LUMPUR: Hasrat Israel untuk membahagikan kawasan Masjid Al-Aqsa antara orang Islam dan Yahudi mungkin akan menyebabkan tercetusnya konflik terbaharu di Palestin serta membangkitkan kemarahan umat Islam, demikian peringatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia. Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Dr Mohammad Makram berkata Parlimen Israel (Knesset) kini bercadang memperkenalkan rang undang-undang baharu, jika diluluskan ia akan membenarkan orang Yahudi bersembahyang di dalam masjid ketiga paling suci bagi umat Islam, selain menetapkan tempat tarikh tertentu untuk mereka berbuat demikian. "Selama 1,300 tahun lalu Masjid Al-Aqsa menjadi tempat orang Islam beribadat dan ia kekal begitu, bukan kerana kita mahu memonopolinya. Ia dibuka kepada semua budaya dan agama, tetapi kita tidak membenarkan sesiapa untuk mengambil alih tempat suci kami (Masjid Al-Aqsa)," katanya dalam sidang media pada taklimat mengenai perkembangan terbaharu Masjid Al-Aqsa di Wisma Bernama. "Sejak tiga bulan lepas, terdapat pertempuran berterusan antara pihak berkuasa Israel dan rakyat Palestin dengan hampir setiap hari ada rakyat Palestin yang terbunuh," katanya. Mohammad mendakwa 400 pendatang Yahudi menyerbu masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa baru-baru ini dan melakukan tarian Talmud dan bersembahyang sambil diawasi tentera Israel. Menurut beliau, Timbalan Speaker Parlimen Israel Moshe Feiglin dan kalangan golongan elit Israel yang berkuasa sebelum ini juga telah mencadangkan agar Masjid Al-Aqsa dirobohkan bagi membina sebuah tempat ibadat Yahudi di situ. Dr Mohammad memberi amaran bahawa ketegangan di kawasan itu mungkin meningkat mencetuskan Intifada ketiga (pemberontakan) jika Israel terus menyerang Masjid Al-Aqsa dan kawasannya. Intifada kedua berlaku pada September 2000 selepas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon ketika itu melawat kawasan berkenaan. "Orang ramai perlu difahamkan, apabila kita bercakap mengenai kesucian Masjid Al-Aqsa, kita bercakap mengenai seluruh kawasan itu, bukan masjid itu sahaja. Sama seperti kita bercakap tentang Kaabah, kawasan sekitar Masjidil Haram (di Makkah) adalah suci kepada kita," katanya. Turut hadir pada sidang media itu ialah wakil 16 NGO lain termasuka Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). Pengerusi MyCARE (sebelum ini Aqsa Syarif) Dr Hafidzi Mohd Noor berkata hak eksklusif umat Islam untuk masjid ini diiktiraf Liga Bangsa Bersatu, organisasi antarabangsa pertama untuk mengekalkan keamanan dunia sebelum kewujudan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ini seharusnya dihormati oleh semua. Dr Hafidzi menjelaskan, sebelum campur tangan pihak Zionis, umat Islam,Kristian dan Yahudi hidup dengan aman di Jerusalem dengan ketiga-tiga agama itu menganggap ia sebagai kota suci. Bagaimanapun, keadaan berubah setelah Jerusalem diduduki oleh Israel pada 1967, dengan Israel secara terus-menerus cuba untuk memonopoli bandar, menjejaskan bukan sahaja umat Islam malah penganut Kristian yang tinggal dibandar itu. Ini katanya, adalah pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia dan tidak hanya melibatkan umat Islam. Dr Hafidzi juga menyatakan bahawa pada 1980, Israel mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel, meskipun resolusi PBB menyatakan perbuatan itu menyalahi undang-undang. "Namun, perkara ini disahkan oleh Amerika Syarikat (Jerusalem sebagai ibunegeri, Israel)," katanya. Sementara itu, Pengarah Hubungan Politik PCOM Abdullah Aqrabawi berkata sebagai rakyat Palestin, beliau berharap Malaysia akan terus menyuarakan sokongan terhadap masalah ini selama tempoh menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) dari 2015-2016 untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa. - mstar

24,000 Penjawat Awam Di Gaza Terima Gaji
GAZA – Seramai 24,000 penjawat awam yang bekerja di bawah pentadbiran pergerakan Hamas mula menerima gaji mereka semalam selepas hampir setahun tidak mendapat gaji penuh.
Gaji itu dibayar oleh kerajaan perpaduan baharu Palestin yang beribu pejabat di Tebing Barat selepas menerima dana daripada kerajaan Qatar yang merupakan sekutu Hamas.
Dana yang diberi secara tunai kepada kerajaan Palestin tersebut diharap dapat merapatkan hubungan antara pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza dan kumpulan Fatah yang memerintah Tebing Barat.
Kedua-dua kumpulan yang sering bertelagah tersebut menandatangani satu perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan pada Jun lalu selepas melalui rundingan penyatuan yang membabitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Terdahulu, beberapa buah kenderaan yang membawa wang tunai berkenaan bergerak dari Tebing Barat dan melalui Israel sebelum masuk ke Genting Gaza.
Beribu-ribu penjawat awam beratur di beberapa buah pejabat pos di Gaza sejak awal pagi lagi untuk mengambil gaji mereka yang berjumlah kira-kira AS$1,200 (RM3,925).
“Saya akan menggunakan wang ini untuk membayar hutang. Saya perlu membayar sewa rumah, bil elektrik dan air yang tertangguh termasuk membeli makanan,” kata seorang pekerja kesihatan, Mahmoud Al-Serhy. – Reuters - mstar
TOP
16 Maut, 300 Dikhuatiri Hilang Tanah Runtuh Di Sri Lanka
COLOMBO – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala lebih 300 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah tanaman teh di Sri Lanka, hari ini.
Jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sarath Kumara, berkata tanah runtuh itu memusnahkan ladang teh yang terkenal di timur Colombo pagi ini, dengan beberapa kediaman tertimbus sedalam kira-kira sembilan meter.
Anggota tentera cuba untuk mengorek tanah runtuh berkenaan bagi menyelamatkan mangsa, namun usaha menyelamat terjejas berikutan berlaku kerosakan jalan raya di kawasan berkenaan.
“Kami mendapat laporan kira-kira 140 kediaman musnah dihanyut oleh banjir lumpur.
“Yang terbaru, kita mendapat laporan sekurang-kurangnya 300 orang dikhuatiri hilang,” katanya.
Kumara berkata, 16 mayat berkenaan berjaya ditemui pada tengah hari selepas bencana berkenaan semakin pulih di wilayah Koslanda, kira-kira 200 kilometer timur ibu negara Sri Lanka.
Mangsa dikenal pasti sebagai pekerja ladang dan ahli keluarga mereka.
Pegawai ketenteraan di kawasan berkenaan, Mejar Jeneral Mano Perera, berkata kira-kira 20 unit dikerah dalam operasi menyelamat di kawasan pergunungan yang tidak stabil itu.
Bagaimanapun, beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat tergendala akibat keadaan kawasan berkenaan yang berkabus.
Kejadian tanah runtuh itu bermula pada jam kira-kira 7.45 pagi waktu tempatan dan berlaku selama 10 minit, kata Perera. – AFP
BEBERAPA penduduk melihat kesan kerosakan pada sebuah rumah selepas dilanda tanah runtuh di wilayah tanaman teh di Sri Lanka, hari ini. – Foto AFP
TOP
Pelancaran MyFest 2015 Di Dataran Merdeka
SEREMBAN: Malaysia menyasarkan kedatangan 29.4 juta pelancong asing dengan memperoleh pendapatan sebanyak RM89 juta menerusi program 'Malaysia Year of Festivals' (MyFest) 2015, iaitu kesinambungan kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah berkata, MyFest bertujuan untuk terus meningkatkan industri pelancongan negara dan mengekalkan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan.
Majlis pelancaran program bertemakan 'Endless Celebrations' itu akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 10 Jan, dimulakan dengan kiraan detik pada malam 31 Dis 2014 pada ambang tahun baharu 2015, katanya pada majlis penerangan tentang program itu di sini, Selasa.
Rashidi berkata, kempen promosi MyFest 2015 yang dijalankan di seluruh negara kini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk meningkatkan sebaran maklumat tentang acara pelancongan terbesar negara pada tahun depan.
Beliau berkata, program itu akan menjadi platform untuk menyebarkan visi, sasaran dan garis panduan penjenamaan MyFest 2015 kepada penggiat industri dan pihak berkepentingan untuk pelaksanaan yang berkesan, di samping memberi peluang untuk bertemu dan berkongsi idea serta mendapatkan maklum balas.
"Dengan tumpuan baharu, acara perayaan dan kebudayaan berlangsung sepanjang tahun 2015, tahun depan menjanjikan lebih banyak keseronokan dengan tarikan seperti Festival Skyride sepanjang tahun, acara kebudayaan bertema, acara keluarga yang menyeronokan, pesta membeli-belah dan banyak lagi," katanya.
Kalendar sepanjang tahun yang akan dipenuhi dengan perayaan setiap jenis, misalnya festival budaya, membeli-belah secara ekstravaganza, acara antarabangsa yang menyeronokkan, acara ekopelancongan, kesenian, persembahan muzik, promosi makanan dan pelbagai acara bertema. - mstar online
TOP
Kahwin Dengan 'China Doll' Punca Anak Sukar Didaftar
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan 'perkahwinan sementara' individu bukan Islam dengan 'China doll' adalah antara punca anak-anak yang dilahirkan sukar diberi taraf warganegara Malaysia.
Beliau berkata selain itu, perkahwinan pasangan Islam di luar negara, yang tidak didaftarkan selepas kembali ke Malaysia, juga menyumbang kepada isu berkenaan.
"Ini masalah yang banyak datang kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita melihat masalah ini secara satu per satu dan saya mohon supaya kesedaraan keagamaan, dan patuh kepada undang-undang diberi keutamaan supaya anak-anak tidak dimangsakan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau menjawab soalan tambahan Alice Liau Kiong Yieng (DAP-Lanang) mengenai bagaimana kerajaan menangani masalah kanak-kanak tanps bernegara khususnya di Sabah dan Sarawak.
Ahmad Zahid berkata JPN mempunyai unit bergerak yang sentiasa bersedia untuk turun padang dan membantu urusan permohonan kewarganegaraan untuk kanak-kanak berkenaan.
Terdahulu, beliau menjelaskan bukan semua kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia dianugerahkan taraf warganegara Malaysia secara automatik kerana ia bergantung kepada status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa.
Bagaimanapun, individu di bawah usia 21 tahun yang dijadikan anak angkat termasuk mereka yang memiliki taraf pemastautin tetap boleh memohon kewarganegaraan Malaysia.
"Penganugerahan warganegara adalah anugerah tertinggi terhadap seseorang individu dan tidak diberi sewenang-wenangnya. Kita akan buat pertimbangan dan penelitian terperinci, dan hanya akan beri kepada individu yang benar-benar layak," jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata seramai 23,628 orang telah dilucut kewarganegaraan Malaysia sejak 1957 hingga kini.
Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai masalah kanak-kanak tanpa bernegara di Sabah, Ahmad Zahid berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah akan mengemukakan laporan siasatannya tidak lama lagi.
"RCI telah tamatkan kerja-kerja siasatan. Penyelesaian masalah ini ada terdapat dalam laporan. Jika persoalan itu tidak dipolitikkan, masalah boleh diselesaikan," katanya. - mstar online
TOP
Hujan Dorong Polis Buka Pagar Penghadang Untuk Penyokong Berteduh
Pagar dibuka membolehkan penyokong-penyokong berteduh di bawah khemah ketika hujan.
PUTRAJAYA: Pihak polis menunjukkan sikap bertolak-ansur apabila membenarkan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di bawah khemah di hadapan Istana Kehakiman. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan permohonan oleh wakil kumpulan penyokong yang mahu pagar penghadang besi dibuka untuk mereka berteduh di khemah yang sudah sedia dipasang itu sekiranya hujan. Razak berkata, khemah tersebut didirikan oleh pihak lain yang akan mengadakan acara betul-betul di hadapan Istana Kehakiman pada 8 dan 9 November ini. "Khemah ini bukan kita yang pasang, tetapi kita mempertimbangkan permohonan mereka untuk berteduh sekiranya hujan," katanya. Ketika hujan renyai-renyai Abd Razak bersetuju membuka pagar penghadang dan membenarkan penyokong masuk. Pada masa yang sama, pihak polis dilihat lebih ketat membuat kawalan termasuklah kawalan oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Sebaik pagar dibuka penyokong bersorak sambil berterima kasih kepada pihak polis. Berdasarkan rundingan, penyokong bersetuju untuk kembali berada di luar pagar apabila hujan berhenti. Sehingga kini, penyokong masih berada di bawah khemah.- mstar online

Penjawat Awam Perlu Berfikir, Bertindak Di Luar Kebiasaan Lahir Idea Kreatif - TPM
Muhyiddin Yassin
SERDANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya penjawat awam berfikir dan bertindak di luar kebiasaan untuk melahirkan idea kreatif melalui tindakan inovatif. Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu sentiasa berani untuk mencabar status quo dan menyanggah pendekatan konvensional dengan menampilkan idea-idea unik di luar kebiasaan. Dalam hal itu, peranan ketua jabatan penting bagi menyediakan ruang serta peluang kepada warga organisasinya melebarkan horizon pemikiran dan menampilkan inovasi yang bitara, katanya semasa berucap sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2014 di sini, Rabu. Katanya, ketua jabatan juga perlu lebih kreatif dalam menyediakan pelbagai platform menjana dan menggalakkan percambahan idea baharu. "Perkara itu bagi menggalakkan kakitangan secara sukarelanya merasa terpanggil untuk mengusahakan sesuatu pembaharuan yang dapat memudahkan tugas, " katanya. Muhyiddin berkata, beberapa pendekatan boleh diusahakan ketua jabatan antaranya dengan mengadakan sesi percambahan idea, memberi peluang kepada kakitangan menyertai latihan serta memberi insentif dan pengiktirafan kepada yang berjaya mencetus perubahan positif. Muhyiddin berkata, dengan wujudnya ekosistem inovasi yang positif, ia dapat menggerakkan pembudayaan inovasi seiring dengan budaya kecemerlangan. Pada majlis itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dinobatkan pemenang Jabatan Paling Inovatif. Turut menerima anugerah ialah Parlimen Malaysia bagi Anugerah Peneraju e-Perolehan dan Anugerah Pusat Tanggungjawab Terbaik pula dimenangi Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia.- mstar online

Jangan Politikkan Isu Kerakyatan Sabah - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Tindakan pihak tertentu mempolitikkan isu kerakyatan penduduk Sabah hanya akan melambatkan proses pemberian taraf kewarganegaraan negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan dijangka ditangani selepas siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai. "Saya memberi jaminan bahawa RCI telah menamatkan kerja siasatan dan penyelesaian masalah ini terdapat di dalam laporan RCI. "Dan InsyaAllah jika persoalan ini tidak dipolitikkan, ia boleh diselesaikan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Marcus Majigoh (BN-Putatan) yang bertanya mengenai masalah berterusan khususnya mengenai kewarganegaraan di Sabah. Tegas beliau, kerajaan memandang serius isu ketiadaan dokumen pengenalan diri di Sabah dan Sarawak hingga menyukarkan pelbagai proses termasuk hak sebagai rakyat Malaysia. "Di Sabah memang terdapat banyak masalah anak-anak yang tidak ada sijil kelahiran atau sebarang dokumen. Ini kerana ada di kalangan ibu bapa mereka datang daripada negara luar. "Juga kerana anak-anak itu memang tidak didaftarkan sebab salah seorang ibu bapanya mungkin seorang warganegara Malaysia tetapi perkahwinan tidak didaftarkan," katanya. Sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa pemberian taraf kewarganegaraan di Sabah digantung hingga siasatan RCI berkaitan isu pendatang asing tanpa izin di Sabah selesai. Permohonan dan pemberian taraf kewarganegaraan akan diteruskan sebaik sahaja siasatan RCI itu tamat.- mstar online

Tatu Tak Halang Kemasukan ATM - Rahim Bakri
KUALA LUMPUR: Kerajaan menolak dakwaan kononnya lukisan tatu di badan menjadi penghalang untuk golongan belia khususnya dari Sarawak menganggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, isu tatu yang menjadi tradisi masyarakat Bumiputera di Sarawak bukan antara kriteria pengambilan masuk ke pasukan keselamatan itu.
"Ramai calon perajurit muda yang dipilih sebagai tentera darat memiliki pelbagai tatu yang berunsurkan tradisi dan etnik.
"Tidak timbul dan tidak benar sama sekali bahawa isu pilih kasih atau menolak calon Bumiputera Sarawak yang bertatu semasa pemilihan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan Tan Sri Wiliam Mawan Ikom (BN-Saratok) yang bertanya mengenai dakwaan kemasukan belia Dayak ditolak kerana memiliki tatu.
Bagaimanapun Abdul Rahim berkata, ATM tetap memandang serius jenis tatu terutamanya yang tidak menjurus atau lambang gejala atau aktiviti tidak sihat iaitu bukan tatu biasa yang berunsur tradisi etnik Bumiputera Sarawak.
"Justeru itu tidak timbul sebarang kesangsian bagi penyertaan rakyat Sarawak dalam ATM khususnya dalam perkhidmatan tentera darat.
"Sebagai contoh pada masa kini, penyertaan Bumiputera dari Sarawak menyumbang sebanyak 9.6 peratus kepada keseluruhan kekuatan tentera darat," katanya.
Tambah beliau, bagi setiap siri pengambilan, sebanyak 8.7 peratus perajurit muda adalah terdiri daripada bumiputera Sarawak.- mstar online
TOP
Taman Negara Bakal Dijadikan Tapak Warisan Unesco
Gambar hiasan.
JERANTUT: Kerajaan sedang dalam proses permohonan untuk menjadikan Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco yang ketiga di negara ini selain Taman Negara Mulu dan Taman Kinabalu. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datul Seri Dr James Dawos Mamit berkata, usaah itu bagi memastikan segala khazanah alam negara yang berharga seperti flora dan fauna dapat dipelihara dan dilindungi daripada sebarang pencerobohan termasuk oleh warga asing. "Kita telah hantar permohonan dengan dokumen tertentu kepada Unesco untuk dipertimbangkan cadangan itu. "Proses itu mungkin mengambil masa, namun ia perlu dilakukan bagi melindungi pelbagai habitat haiwan dan spesies tumbuh-tumbuhan yang berada di dalam Taman Negara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 1Malaysia Biodiversity Enforcement Operation (1MBEON) dan sambutan 75 Tahun Taman Negara di Taman Negara Kuala Tahan di sini, Rabu. Majlis itu turut dihadiri Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Norzila Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abd Rasid Samsudin. Dawos berkata Taman Negara menjadi habitat untuk 150 spesies mamalia, 53 spesies ikan, 479 spesies burung dan lebih daripada 3,000 tumbuh-tumbuhan. Dalam usaha melindungi Taman Negara juga, beliau berkata kerajaan turut melaksanakan program 1MBEON iaitu kerjasama penguatkuasaan antara kementerian melalui Perhillitan dan Angkatan Tentera Malaysia. "Kerjasama dengan tentera sebelum ini telahpun terjalin melalui Program Ops Jelai, namun kita perkukuhkan menerusi 1MBEON kerana jika kita mengharapkan kepada kakitangan Perhilitan sahaja, ia tidak mencukupi. "Ini ditambah lagi kakitangan Perhilitan juga tidak mempunyai latihan penguatkuasaan yang mencukupi seperti tentera untuk menghalang pencerobohan termasuk daripada warga asing," katanya. Katanya, dalam beberapa bulan yang lepas sahaja, sebanyak lima program 1MBEON dilaksanakan dengan 13 warga asing berjaya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah. Beliau turut berharap kerjasama itu dapat mengurangkan lagi kes pencerobohan kerana dimaklumkan terdapat juga saintis luar menceroboh masuk ke hutan di negara ini untuk mencari tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat-ubatan.- mstar online

Kerajaan Tidak Tanggung Hutang 1MDB - PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak menanggung sebarang hutang atau bayaran faedah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekiranya syarikat itu jatuh bankrap.
Perdana Menteri berkata, hanya pinjaman bernilai RM5.8 bilion sahaja yang menerima 'jaminan jelas' kerajaan Malaysia.
"1MDB tidak menerima jaminan dari kerajaan bagi pinjaman lain.
"Sepertimana syarikat lain yang tertakluk di bawah Akta Syarikat, 1MDB juga mempunyai liabiliti terhad dan selain daripada pinjaman atau bon yang menerima jaminan kerajaan, hal kewangan 1MDB tidak termasuk dalam kiraan kontinjen liabiliti kerajaan. Keadaan kewangan syarikat adalah tanggungan syarikat itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu sama ada kerajaan terpaksa menanggung beban hutang RM38 bilion 1MDB jika syarikat itu muflis.
Najib menjelaskan hutang 1MDB pada tahun berakhir 31 Mac 2013 adalah sebanyak RM36.25 bilion.
Perdana Menteri berkata, 1MDB mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh dan membolehkannya mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi bon yang diterbitkan.
Selain itu katanya, syarikat itu sentiasa melakukan 'due dilligence' kewangan dan teknikal yang sepenuhnya sebelum membuat keputusan bagi melabur dalam sesuatu projek.
"Setakat ini, 1MDB tidak pernah terlepas daripada memenuhi obligasi jadual pembiayaan kewangannya. Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh disokong oleh aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan yang utuh," kata Najib.- mstar online
TOP
Pembantu Pegawai KPDNKK Didakwa Terima Suapan RM2,000
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap pertuduhan menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang pengurus sebuah premis perniagaan tahun lepas.
Zaidi Zainuddin, 31, didakwa menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken, 47,sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga VCD/DVD cetak rompak Sim Kit Choon, 37, di sebuah hotel, Jalan Ipoh di sini pada 3.10 petang 22 Oktober tahun lepas.
Zaidi yang bertugas di KPDNKK cawangan Kuala Selangor didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh, yang diwakili peguam Vasudevan Appu, diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Mohd Asnawi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth supaya ia dapat disebut semula bersama enam lagi kes lain membabitkan isu sama.- mstar online
TOP
Kes Liwat II: Anwar 'Lebih Berani', Muncul Di Luar Kompleks Mahkamah
Anwar (kemeja putih) bersama Dr Wan Azizah dan anak perempuan mereka, Nurul Hana (tudung pink) dan Nurul Iman (tudung biru) di pekarangan Istana Kehakiman, Rabu.
PUTRAJAYA: Hari kedua prosiding rayuan terakhir kes liwat keduanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat 'lebih berani' apabila bertemu penyokongnya di bahagian luar kompleks mahkamah. Beliau yang hadir ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya tiba di Istana Kehakiman di sini kira-kira pukul 8.50 pagi. Pada hari pertama pendengaran rayuan terakhirnya dalam kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar hanya melambai dari jauh kepada penyokongnya dari bahagian dalam kompleks mahkamah yang dipisahkan dengan penghadang besi. Jarak bangunan mahkamah dengan penghadang besi yang dipasang adalah kira-kira 200 meter.
Nurul Iman setia bersama Anwar dan Dr Wan Azizah sebaik tiba di Istana Kehakiman.
Ini berbeza pada hari kedua apabila beliau dan ahli keluarga memilih untuk muncul di bahagian luar kompleks Mahkamah Persekutuan yang sesak dengan penyokong.
Nurul Nuha turut bersama pada hari kedua pendengaran rayuan kes liwat kedua Anwar.
Dalam keadaan sesak dan berasak-asak beliau mengambil masa kira-kira 15 minit untuk bertemu dan bersalaman dengan para penyokongnya yang berarak dari Masjid Tuanku Mizan, ke kompleks mahkamah, di sini dari pukul 7 pagi. Bagaimanapun, umumnya keadaan terkawal walaupun terdapat penyokong yang terjatuh ketika berasak-asak dalam kesesakan itu. Sementara itu, seorang anggota keselamatan memberitahu, kawalan keselamatan pada Rabu diperketatkan berbanding hari sebelumnya. Selain menambah keanggotaan, penghadang besi yang memisahkan kompleks mahkamah dengan penyokong juga dipasang pada jarak lebih jauh berbanding Selasa. Dalam pendengaran rayuan terakhir Anwar ini, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mengetuai barisan lima panel hakim. Pasukan pendakwaan diketuai peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala pasukan pembelaan Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama 13 peguam lain. Walaupun pada asalnya prosiding ditetapkan berakhir pada Rabu, namun difahamkan ia mungkin akan dilanjutkan sehingga Khamis atau Jumaat.- mstar online

Lelaki Gagal Dapat Hak Berbogel
Gough hanya gemar memakai topi dan beg sandang besar sahaja, tanpa pakaian.
STRASBOURG (Perancis): Seorang lelaki yang menghabiskan masa tujuh tahun di dalam penjara kerana berbogel di khalayak ramai, kalah dalam tuntutannya mendapatkan hak untuk tidak perlu berpakaian. Hakim Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang berpangkalan di Strasbourg berkata, Stephen Gough mesti menghormati perasaan orang lain yang tidak bersetuju dengan keinginannya itu. Gough yang digelar "Perewang Bogel" mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan hak mengenakan hanya topi dan beg sandang besar ketika berada di tempat awam. Sebelum ini dia pernah disabitkan dengan 30 kesalahan mengganggu ketenteraman awam serta jenayah berkaitan kegemarannya berbogel. Kata Gough, undang-undang Eropah menghormati kehidupan peribadi rakyatnya, selain mengiktiraf hak kebebasan bersuara. Dengan undang-undang itu, kata Gough, dia berhak untuk berbogel pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Namun hakim berpendapat, peruntukan undang-undang itu tidak diguna pakai terhadap kelakuan antisosial berulang. "Gough mempunyai banyak cara lain untuk menyatakan pendapat," katanya.- mstar online

11,000 Pemohon Suaka Politik Di Britain Masih Menanti
Bandar raya London.
LONDON: Terdapat sekurang-kurangnya 11,000 pemohon suaka politik masih menanti di Britain sama ada mereka akan diberi perlindungan. Kebanyakannya sudah menanti lebih dari tujuh tahun. Kementerian Dalam Negeri yang melakukan proses tapisan dan penentuan terakhir telah meluluskan perlindungan ke atas 29,000 pemohon sejak 2007 tetapi masih terdapat 11,000 lagi permohonan yang belum diselesaikan, demikian menurut Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Rabu. "Memang ini satu tekanan yang besar tetapi Kementerian Dalam Negeri perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera," kata Pengerusi PAC, Margaret Hodge. Kerajaan Konservatif pimpinan David Cameron, menyalahkan kerajaan Buruh sebagai punca masalah seumpama ini terjadi. Kerajaan Buruh memerintah Britain sehingga 2010. "Sistem imigresen yang kami warisi dari Kerajaan Buruh gagal berfungsi sepenuhnya dengan amalan korup dan penyalahgunaan kuasa dan ketidakupayaan untuk menangani isu seperti permohonan suaka politik, apatah lagi usaha untuk memulihkan kembali sistem yang korup ini memakan masa yang panjang," kata Menteri Imigresen dan Keselamatan James Brokenshire. Kerajaan Konservatif pada Mac tahun lalu menutup Agensi Sempadan UK kerana kegagalan mereka untuk mengendalikan isu-isu tertunggak melibatkan permohonan suaka politik. Sejak itu, tiga direktorat utama - Jabatan Imigresen dan Visa UK, Unit Penguatkuasaan dan Persempadanan Imigresen - telah mengambil alih tanggungjawab tersebut. Bagaimanapun kes tertunggak masih tidak dapat dielakkan apabila 120 pegawai kes yang melibatkan jabatan-jabatan berkaitan terpaksa diberhentikan ekoran pemotongan bajet tahun lalu. Pada masa yang sama, 175,000 orang pemohon yang kes mereka ditolak kini sedang menanti untuk dihalau keluar dari Britain. Pada 2012, sejumlah 50,000 pemohon yang permohonan mereka telah ditolak didapati 'hilang' dari senarai dan tidak dapat dihubungi atau dikesan keberadaan mereka.- mstar online

Tukang Cucuk Sate Ditahan Hina Jokowi
JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang pemuda berusia 24 tahun Khamis lalu kerana menghina Presiden Jokowi di Facebook sejak Julai lalu.
Hanya dikenali sebagai MA, pemuda terbabit dikatakan terpengaruh dengan kehangatan persaingan pilihan raya presiden, Julai lalu.
Peguam MA, Irfan Fahmi berkata, pemuda terbabit terikut-ikut dengan suasana politik semasa.
Ketika itu MA menggunakan akaun Facebooknya untuk memuat naik beberapa kandungan menghina Jokowi.
"MA tidak tahu perbuatannya itu boleh menyebabkan dia dipenjara.
"Tambahan pula pekerjaannya hanya tukang cucuk sate di sekitar rumahnya di Ciracas, Jakarta Timur," katanya.
MA ditangkap pada awal pagi 23 Oktober lalu di rumahnya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Indonesia dan ditahan reman sehingga kini.
Dia kini berdepan pelbagai tuduhan, termasuk mencemar nama baik dan melanggar undang-undang pornografi.
Jika didapati bersalah, MA boleh dipenjara sehingga 10 tahun.
Sementara itu Irfan berkata, keluarga MA ingin bersemuka dengan Jokowi bagi meminta maaf secara langsung dan berharap kes berkenaan tidak dipanjangkan.
"Jika diberi keizinan, keluarga MA mahu bersimpuh di kaki Jokowi dan memohon pemuda terbabit dibenarkan pulang segera.
"Ketika saya temuinya tadi (Selasa), MA kelihatan begitu ketakutan," katanya.- mstar online
TOP
'Orang Mati' Dihukum Penjara 30 Tahun Kerana Menipu Pelabur
Dua penampilan berbeza Price, iaitu ketika menjadi pengurus bank (kiri) dan ketika ditahan (kanan) pada Disember tahun lalu.
STATESBORO, Georgia: Bekas penasihat pelaburan dihukum penjara 30 tahun kerana menipu sehingga menyebabkan sebuah bank muflis, pelabur mengalami kerugian dan mengelirukan mahkamah sehingga membolehkan dia diisytihar mati. Aubrey Lee Price, 48, kembali ke Mahkamah Daerah Statesboro pada Selasa untuk mendengar penghakiman hukuman ke atasnya selepas dia mengaku salah atas tuduhan menipu bank dan syarikat pelaburan Jun lalu. Dia kehilangan AS$40 juta (RM131 juta) yang dikumpul daripada 115 pelanggan syarikat pelaburan persendiriannnya. Pendakwa berkata, Price juga secara salah membelanjakan wang dan menyebabkan Bank Montgomery kerugian AS$21 juta (RM68.8 juta) ketika bertugas sebagai pengarah bank. Price menghilangkan diri pada Jun 2012, beberapa minggu sebelum bank berkenaan menutup operasinya dengan semua aset dan simpanan habis tergadai. Sebelum melarikan diri, Price meninggalkan surat mendakwa dia bercadang terjun dari bot untuk membunuh diri. Pada Disember 2013, setahun selepas seorang hakim di Florida mengisytiharkan Price mati berdasarkan permohonan isterinya, dia ditangkap dalam pemeriksaan polis trafik berhampiran Brunswick, Georgia. Menyedari tembelangnya pecah, Price membuat perjanjian dengan pendakwa dengan bersetuju mengaku salah atas tiga tuduhan menipu dan menerima hukuman penjara 30 tahun. Price juga bersetuju membayar semula puluhan juta dolar duit bank dan pelabur yang dihanguskannya selepas berjaya meyakinkan mahkamah supaya melantik peguam bela bagi pihaknya kerana dia pokai. Ketika diberi peluang bercakap di mahkamah, Price mengaku bersalah tetapi turut menuding jari kepada pegurus lain di bank terbabit kerana menyumbang kepada penutupan institusi kewangan berkenaan. Dia kemudian berjanji untuk mengumpul semula wang berkenaan. "Kepada semua pelanggan yang ada di sini atau di luar sana, adalah penting untuk mereka memahami bahawa saya mencuba sedaya upaya mendapatkan semula wang mereka," katanya. Dalam perbicaraannya pada 5 Jun lalu, Price memberitahu dia menipu pelanggannya dengan memberikan mereka penyata kewangan palsu untuk menutup kerugian dialami hasil aktiviti perdagangan spekulatif dan pelaburan berisiko tinggi.- mstar online

10 Maut, 200 Hilang Dalam Insiden Tanah Runtuh Di Sri Lanka
COLOMBO: Seramai orang 10 maut manakala 200 lagi dilaporkan hilang selepas berlaku tanah runtuh akibat hujan lebat di kawasan penanaman teh utama di Koslanda pada Rabu.
Usaha pasukan penyelamat turut terjejas apabila tanah runtuh menutupi jalan raya sebelum mereka sampai ke lokasi kejadian.
"Kami mendapat laporan bahawa sebanyak 140 buah rumah hanyut dalam banjir lumpur itu," menurut jurucakap Pusat Pengurusan Bencana Sarath Kumara.
Tambahnya, laporan tidak rasmi pula mendakwa seramai 200 orang telah hilang dalam kejadian berkenaan.
Kumara berkata, setakat ini sebanyak 10 mayat telah ditemui oleh pasukan penyelamat manakala usaha pencarian masih diteruskan.
Dalam kejadian pada pukul 7.45 pagi itu, berpuluh-puluh buah rumah penduduk telah dihanyutkan oleh banjir lumpur sejauh 30 meter.- mstar online
TOP
Piala Malaysia: Penyokong Digalak Guna Perkidmatan Awam
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini bagi menyaksikan tiga acara yang akan diadakan di situ pada hari yang sama.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S.Markandan berkata orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), bas atau teksi untuk ke stadium Sabtu ini untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Kesesakan trafik dijangka berlaku pada hari itu berikutan tiga acara yang akan diadakan di stadium berkenaan termasuk perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dua acara lain yang akan berlangsung di perkarangan stadium berkenaan ialah Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia yang dijadual dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta acara perayaan keagamaan Buddha, katanya.
Markandan berkata buat masa ini polis tidak akan menutup jalan atau membuat lencongan aliran trafik di sekitar stadium pada hari tersebut, namun pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media sekiranya berlaku sebarang perubahan lalu lintas kelak.
Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Lim Jin Aun berkata Prasarana menyediakan koc LRT tambahan sekiranya perlu tetapi ia bergantung kepada jumlah penumpang pada hari berkenaan.
"Penggunaaan perkhidmatan LRT sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan trafik pada hari tersebut dengan waktu operasi LRT di stesen Sri Petaling dan Bukit Jalil dilanjutkan pada waktu malam sekiranya perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Pahang berakhir lewat," katanya.
Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hassan Azhari Abu Bakar berkata DBKL akan turut membantu polis pada hari tersebut dengan menempatkan anggota penguat kuasanya untuk memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar.
DBKL tidak akan melakukan sebarang perubahan aliran trafik di sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling namun pengumuman akan dibuat kepada orang ramai sekiranya ada perubahan.- mstar online
TOP
Hubungan Perdagangan Pelaburan Dua Hala Dengan UAE Terus Kukuh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama Menteri Kewangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang juga Timbalan Pemerintah Dubai, Sheikh Hamdan Rashid Al Maktoum pada satu majlis kunjungan hormat di Istana Zabeel. Najib tiba di UAE Ahad lepas untuk lawatan kerja sempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10 di Madinat Jumeirah sehingga 30 Okt.
DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan terus kukuh dalam tahun-tahun mendatang memandangkan sektor perniagaan di kedua-dua negara terus terlibat dalam perkongsian strategik termasuk sektor kewangan Islam yang pesat berkembang. UAE terus menjadi rakan dagangan penting bagi Malaysia, berkedudukan ke-14 keseluruhan dan yang pertama dalam kalangan rakan dagangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kami, kata Najib pada rundingan meja bulat dengan pelabur UAE di sini pada Rabu. Beliau berkata hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan UAE pada 2013 bernilai US$8.81 bilion, peningkatan 11.7 peratus, dengan nilai eksport keseluruhan meningkat kepada US$4.02 bilion dan import mencecah US$4.78 bilion. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata UAE merupakan pelabur GCC kedua terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia, mencipta lebih 3,400 pekerjaan. Para pelabur UAE paling menonjol dalam sektor perkhidmatan, daripada National Bank of Abu Dhabi dalam perkhidmatan kewangan kepada Jacob Fleming dalam sektor perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar, katanya. "Syarikat multinasional Emiriyah melakukan pelaburan besar di Malaysia yang memberi faedah kepada ekonomi kedua-dua negara. Malaysia bangga menjadi tuan rumah kepada beberapa projek penting serta pelbagai pejabat perwakilan dan serantau UAE. "Kami juga gembira melihat firma Malaysia memainkan peranan mereka dalam kemajuan menakjubkan UAE," kata Najib. Beliau berkata ada 50 syarikat Malaysia beroperasi di UAE meliputi bidang logistik sehingga rekaan dalaman serta pelbagai projek pembinaan bernilai hampir US$5 bilion. Mesyuarat meja bulat itu yang dianjur oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diadakan bersempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10. Turut hadir pada rundingan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis. Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Najib yang juga Penaung Yayasan WIEF berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari yang dijadual berakhir pada Khamis.- mstar online

Sisma Auto Labur RM15 Juta Tubuh Pusat '3S'
KUALA LUMPUR: Sisma Auto Sdn Bhd, pengedar dan penyedia perkhidmatan sah Jaguar dan Land Rover di Malaysia, melabur RM15 juta bagi mengembangkan pusat '3S' (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Glenmarie, Shah Alam.
Pengarah Urusan Syed Khalil Syed Ibrahim memberitahu, pusat 3S itu akan dibangun di atas kawasan seluas 0.4 hektar dan terletak bersebelahan dengan premis sedia ada, menampilkan bilik pameran yang mampu memuatkan sehingga 12 kenderaan Jaguar dan Land Rover pada satu-satu masa.
Pusat ini juga akan dilengkapi fasiliti perkhidmatan selepas jualan yang meliputi perkhidmatan pembaikan badan aluminium sebarang model kenderaan Jaguar dan Land Rover.
"Kami melengkapkan premis seiring peranan baharu kami sebagai pengedar dwijenama Jaguar Land Rover," katanya pada pelancaran bilik pameran Jaguar Land Rover City, di sini, Rabu.
Perasmian itu bersempena pelancaran Jaguar F-Type Coupe yang keseluruhan badannya daripada aluminium, berharga RM1,158,888 (tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata syarikat juga merancang mengembangkan pusat 3S di Pulau Pinang.
"Kami berhasrat untuk terus bekerjasama dengan Jaguar Land Rover Malaysia bagi melonjakkan kedua-dua jenama ikon British ini ke tahap lebih tinggi," katanya.
Sisma Auto, wakil jenama Jaguar di Malaysia selama 20 tahun, mengambil alih 40 peratus kepentingan dalam Sime Darby Motors' Land Rover (M) Sdn Bhd, yang dinamakan semula Jaguar Land Rover (M) Sdn Bhd. - mstar online
TOP
Hakim Bersara Bebas Beramal - Muhammad Shafee
Muhammad Shafee Abdullah.
PUTRAJAYA: Hakim-hakim yang bersara bebas untuk beramal dan mewakili mana-mana anak guam mereka kerana itu hak masing-masing dan tiada sekatan untuk mereka berbuat demikian. Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata hakim yang telah bersara bebas untuk hadir ke mahkamah selaku peguam cara atau peguam bela asalkan mereka selesa untuk mewakili anak guam masing-masing. "Saya berpendapat itu hak asasi masing-masing, terpulang kepada mereka untuk beramal jika mereka selesa untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Persekutuan di sini, Rabu. Muhammad Shafee, yang bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan memang ada hakim yang tidak keberatan untuk 'turun' beramal selepas mendiami kamar hakim selama bertahun-tahun. Beliau mengulas kenyataan media oleh sekumpulan peguam yang mendesak Majlis Peguam menyatakan pendiriannya berhubung tindakan hakim bersara yang kemudiannya menjadi peguam bela di mahkamah. Kumpulan peguam itu mengeluarkan desakan itu berikutan keputusan Badan Peguam Malaysia yang meluluskan resolusi melarang bekas hakim yang telah bersara dari bidang kehakiman beramal. Resolusi itu dicapai ekoran maklum balas terhadap tindakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram yang kini kerap dilihat membawa kes-kes yang menyentuh isu perlembagaan. Pada Selasa, Sri Ram muncul di Mahkamah Persekutuan bagi mewakili Anwar dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pada 3 Julai 2013, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata hakim-hakim bersara bebas untuk muncul di mahkamah mewakili anak guam mereka dan tidak kira siapa yang muncul di mahkamah, badan kehakiman akan menentukan kes berasaskan merit. Beliau menegaskan bahawa badan kehakiman tidak boleh menghalang bekas hakim daripada menjalankan tugas guaman dan tidak harus menyekat hak mereka untuk berbuat demikian. Arifin menjawab pertanyaan sama ada hakim bersara boleh muncul di mahkamah sebagai peguam, selepas merasmikan Persidangan Undang-undang dan Korporat Malaysia 2013 di Kuala Lumpur.- mstar online

Tetapkan Had Umur Minimum Untuk Berkahwin
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen mencadangkan agar kerajaan menetapkan had umur minimum bagi pasangan muda yang ingin berkahwin dalam usaha mengekang perkahwinan dalam kalangan kanak-kanak.
Teo Nie Ching (DAP-Kulai) mendakwa selain tidak lagi bersekolah, terdapat banyak kes perceraian dan kematian pasangan di peringkat awal perkahwinan yang memberi kesan negatif kepada kanak-kanak terlibat.
Tegasnya meskipun peruntukan undang-undang sedia ada membenarkan remaja berkahwin seawal usia 16 hingga 18 tahun, namun terdapat situasi yang membolehkan mereka mendirikan rumah tangga pada usia lebih muda.
"Kita tak boleh lagi lihat anak-anak kita berkahwin pada umur 11 atau 12 tahun. Ini satu isu yang perlu diberi perhatian segera," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 pada Persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Teo berkata kerajaan telah menerima resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk menghentikan perkahwinan kanak-kanak pada Oktober tahun lepas, namun masih belum ada langkah jelas pelaksanaannya di negara ini.
"Sudah tiba masanya tunaikan janji untuk pastikan kanak-kanak di negara ini tidak kira agama tidak boleh berkahwin selagi belum mencapai umur dewasa," katanya.
Beliau turut mempersoalkan kewajaran anak-anak diberi kebebasan memilih pasangan hidup pada usia muda apabila mereka tidak pula dibenarkan memiliki lesen memandu atau mengundi selagi tidak mencapai had umur yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Teo juga memohon agar peruntukan yang diberi kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditambah kerana ia banyak dibelanjakan untuk kebajikan sosial dan bukannya untuk wanita semata-mata.
Persidangan bersambung pada Khamis.- mstar online
TOP
Klip Video Maradona Belasah Teman Wanita Tersebar
SATU klip video menunjukkan lagenda bola sepak dunia bermasalah iaitu, Diego Maradona memukul teman wanitanya telah dimuat naik ke dalam talian baru-baru ini.
Bintang Argentina berusia 53 tahun itu didakwa memukul Rocio Oliva, 24, dalam keadaan mabuk.
Video yang dirakam oleh Oliva sendiri itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar Sepanyol, El Mundo dan kemudian diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh New York Daily News.
Maradona dan Oliva.
Dalam klip berkenaan, wanita terbabit menangis meminta Maradona berhenti memukulnya. Laporan akhbar Argentina pula memaklumkan bahawa Maradona mengaku lelaki terbabit adalah dirinya, bagaimanapun menafikan telah berlaku serangan. Maradona sebelum ini pernah dituduh melakukan penderaan fizikal terhadap Oliva tetapi tiada pendakwaan dilakukan selepas itu.- mstar online

Keadaan Padang Stadium Bukit Jalil Mengecewakan - Bojan
JOHOR BAHARU: Jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak melahirkan rasa kecewa dengan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang pertemuan akhir Piala Malaysia menentang Pahang Sabtu ini.
Beliau mendakwa keadaan padang di stadium terbabit agak teruk dan ia boleh menjejaskan corak permainan anak buahnya dalam usaha meraih kejuaraan berganda musim ini.
"Berdasarkan gambar dan maklumat yang saya terima, keadaan padang amat teruk. Kami telah melakukan persiapan dengan baik tetapi keadaan padang yang teruk amat mengecewakan. Namun, kami tidak boleh buat apa-apa tentang perkara ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad Harimau Selatan di Padang Sri Gelam, di sini, Rabu.
Beliau berkata pihak pengurusan stadium sepatutnya lebih peka dan tidak membenarkan acara-acara lain diadakan di padang terbabit yang boleh menjejaskan keadaan padang di stadium berkenaan.
Dalam pada itu, Bojan yakin skuad juara Liga Super itu berada pada prestasi terbaik untuk muncul juara meskipun tanpa khidmat kapten pasukan, Mohd Aidil Zafuan yang digantung perlawanan.
"Rayuan Aidil untuk membatalkan kad kuning pada aksi separuh akhir lalu ditolak dan saya sudah menjangkakan hal ini.
"Namun, kami masih mempunyai beberapa pemain yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aidil. Kami mempunyai keyakinan untuk menang Sabtu ini," katanya.
JDT mara ke final selepas menewaskan Felda United dengan agregat 6-5 pada aksi separuh akhir, Sabtu lalu.- mstar online
TOP
AFF Suzuki: Malaysia Jumpa Myanmar, Thailand
Hamidin Mohd Amin.
KUALA LUMPUR: Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2014 di dua venue berbeza di Singapura dalam perlawanan peringkat kumpulan A. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Myanmar dan Thailand, kedua-duanya pada 23 November dan 29 November ini di Stadium Jalan Besar, Singapura. Skuad bimbingan Dollah Salleh itu akan melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional Sports Hub Singapura, pada 29 November. Hamidin berkata skuad negara sepatutnya bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Nasional Sports Hub Singapura namun Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengesahkan Stadium Nasional Sports Hub Singapura masih belum berada dalam piawaian terbaik. "FAS hanya membenarkan satu perlawanan dalam tempoh sehari di Stadium Nasional Sports Hub Singapura bagi menjaga keadaan padang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 di sini, Rabu. Sebelum ini, FAM enggan beraksi di Stadium Jalan Besar dan menuntut kepada FAS untuk beraksi di Stadium Nasional Sports Hub Singapura yang dilihat memiliki kapasiti besar. Bagaimanapun, FAM terpaksa akur dengan tuntutan FAS dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang menggesa skuad Harimau Malaya beraksi di Stadium Jalan Besar bagi kejohanan Piala AFF Suzuki tahun ini. "Kami telah menerima surat dari FAS yang mana kami terpaksa mengubah venue dari Stadium Nasional Sports Hub Singapura ke Stadium Jalan Besar. FAS memberitahu venue tersebut dilaporkan tidak mampu menampung untuk dua perlawanan berturut-turut dalam tempoh yang sama. "Selepas berbincang dengan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Dollah, kami tiada pilihan lain dengan mengikuti kehendak FAS dan AFF untuk bermain di Stadium Jalan Besar," katanya. Hamidin berkata FAM telah membuat rayuan untuk beraksi tiga perlawanan di Stadium Nasional Sports Hub Singapura tetapi ditolak. Bagi mempersiapkan pasukan membiasakan dengan rumput tiruan, skuad negara akan menjalani sesi latihan di Kluang, Johor bagi mendapatkan rentak beraksi di atas padang rumput tiruan.- mstar online

Malaysia Juara Bola Sepak Pantai AFF
KUANTAN: Malaysia berjaya mencipta sejarah muncul pasukan pertama menjuarai Kejohanan Bola Sepak Pantai Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) selepas menundukkan Vietnam 6-4 pada perlawanan akhir di Pantai Teluk Chempedak di sini, Rabu.
Dalam perlawanan itu, pasukan kebangsaan mula mencuri tumpuan menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Zaharim Mohd Yusof yang meledakkan dua gol pada suku pertama minit kedua dan kelapan.
Berbekalkan semangat tinggi, Malaysia terus menguasai perlawanan dengan menambah jaringan pada minit pertama suku kedua oleh Mohammad Fakhrullah Mohamad untuk Malaysia mendahului 3-0.
Vietnam kemudian cuba merapatkan jurang menerusi Bui Tran Van Luan pada minit kelapan suku kedua sebelum Malaysia kembali bangkit menerusi jaringan hatrik Mohd Zaharim dua minit kemudian bagi kedudukan 4-1.
Jaringan kelima Malaysia kemudian berjaya diperolehi Mohamad Norazman A. Bakar pada minit ke-11 suku kedua sebelum Vietnam membalas jaringan pantas juga pada minit ke-11 oleh Tran Vinh Phong bagi kedudukan 5-2.\
Kegigihan pemain Vietnam, Bui Tran Van cuba membantu pasukannya dengan muncul penjaring hatrik selepas meledakkan dua gol pada suku ketiga minit pertama dan keenam.
Namun, pasukan kebangsaan berjaya menyempurnakan jaringan penamat oleh Mohd Riduwan Mohd Nor pada minit ketujuh suku ketiga perlawanan bagi mengesahkan kedudukan muktamad.
Bagi perlawanan penentuan tempat ketiga, Thailand berjaya menundukkan Laos 4-1.
Sementara itu, Kejohanan Bola Sepak Pantai AFF yang berlangsung buat pertama kali itu mungkin akan diteruskan sebagai acara dwitahunan.
Setiausaha Kehormat AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, penganjuran buat pertama kali itu telah mendapat sambutan yang mengalakkan.
"Tanggapan saya walaupun ini yang pertama dan bersejarah pada AFF kita dapat sambutan yang amat baik daripada peminat bola sepak pantai.
"Apa yang menggembirakan pada mulanya kita hanya menerima enam penyertaan pasukan namun pada hari penutup pendaftaran kita menerima permohonan dua lagi penyertaan daripada 12 keahlian AFF," katanya.
Katanya, beliau yakin untuk tahun mendatang akan banyak lagi pasukan dalam anggota Asean yang akan mengambil bahagian pada siri kejohanan itu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Felda akan terus menaja kejohanan itu pada edisi 2016.- mstar online
TOP
Aidil Terlepas Aksi Final Piala Malaysia
Aidil Zafuan Abdul Razak.
KUALA LUMPUR: Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Razak sah terlepas peluang beraksi dalam final Piala Malaysia Sabtu ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan JDT untuk menarik balik kad kuning keduanya. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan bahawa kad kuning pertama dan kedua yang diterima Aidil pada dua aksi separuh akhir menentang Felda United FC, tidak akan ditarik balik. Katanya, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan Jawatankuasa Pengadil mengesahkan kad kuning yang diterima Aidil adalah tepat selepas membuat penilaian penuh terhadap video insiden terbabit. "Setelah menilai video yang diserahkan oleh pihak JDT, kami berpendapat keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepada Aidil adalah munasabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa keselamatan perlawanan akhir Piala Malaysia di di sini, Rabu. Aidil menerima kad kuning pertamanya ketika JDT tewas 3-4 kepada Felda United pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Selayang dan menerima kad kuning keduanya pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin. JDT akan menentang Pahang pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam pada itu, Hamidin menyarankan penyokong pasukan JDT dan Pahang hadir seawal 2 petang pada Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Katanya lebih 90,000 penyokong dari kedua-dua pasukan akan membanjiri stadium itu nanti. "Lebih 2,000 anggota keselamatan akan ditempatkan di sekitar stadium pada hari tersebut. Kita jangka 500 buah bas daripada kedua-dua negeri akan membawa penonton menyaksikan perlawanan itu. "Rapid KL akan melanjutkan tempoh perkhdimatan mereka sehingga penyokong meninggalkan stadium selepas perlawanan itu nanti. "Bagi yang memandu kenderaan sendiri nanti disarankan supaya tiba awal untuk mendapatkan tempat letak kereta berhampiran dengan stadium," katanya.- mstar online

Siti Nurhaliza Kecewa Sikap Peniaga Produk 'Penipu'
Datuk Siti Nurhaliza
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menasihati penjual produk kecantikan di negara ini agar tidak menipu pelanggan dengan menggunakan gambar wajah-wajah artis untuk melarikan perniagaan mereka. Siti, 35, yang turut dieksploitasi apabila wajahnya digunakan bagi tujuan berkenaan berkata, ia adalah tidak wajar kerana langkah itu pasti akan memberi kesan langsung kepada orang ramai. "Saya memang agak terkilan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan nama dan gambar saya untuk tujuan-tujuan tertentu dalam melariskan barangan yang dijual. "Jika tujuan mereka menggunakan artis supaya orang percaya dengan keberkesanan produk berkenaan tetapi adalah tidak adil jika memaparkan gambar artis yang tidak ada kena mengena langsung dengan apa yang mereka jual. Bila peminat atau pengguna percaya, mereka akan membelinya," kata Siti yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Antara iklan produk menggunakan wajah Siti Nurhaliza yang dipaparkan di laman internet.
Siti berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pengusaha produk kecantikan yang telah memaparkan gambar wajah beliau bagi tujuan promosi di laman sosial Facebook kononnya produk berkenaan terbukti berkesan selepas beliau menggunakannya. Sementara itu Siti berkata, ini bukan kali pertama gambar wajahnya digunakan tanpa kebenaran, malah banyak produk lain yang turut mempromosikan barangan mereka dengan cara meletakkan beberapa tulisan berbentuk testimoni menceritakan kebaikan produk tersebut. Keadaan itu turut merisaukan Siti kerana namanya sebagai seorang artis turut terjejas sekiranya produk itu mendatangkan risiko kepada pengguna. "Sikap saya berdiam diri membuatkan mereka cuba untuk mengambil kesempatan. Saya harap mereka dapat memadam gambar saya yang tidak berkenaan dengan segera. Jika kita jujur sebagai peniaga dan barangan kita bagus, pelanggan tetap membelinya walaupun tidak melibatkan nama artis. "Saya pun mempunyai produk iaitu SimplySiti dan tentunya saya juga menjaga kepentingan produk saya. Saya tidak pernah mahu menyekat orang mencari rezeki tetapi gunalah cara yang betul dan tidak menipu dengan mengiklankan artis tanpa kebenaran," ujarnya.- mstar online

Nurul Wahab Kecil Hati Kandungannya Ditegur
Nurul akui lebih sensitif ketika hamil anak kedua.
PETALING JAYA: Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49. Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yang semakin membesar. "Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yang rapat di sekeliling saya. "Mereka menegur tentang perkara-perkara yang sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yang kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar. "Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yang lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yang sedang mengandung," ujarnya kepada mStar Online. Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan. Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yang mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan. Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja. "Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yang emosi," ujarnya kepada mStar Online.
Nurul bersama Eric dan anaknya Zachary.
Sementara itu, Nurul berkata, setakat ini dia masih aktif dengan aktiviti seni termasuk mengambil tawaran-tawaran untuk persembahan nyanyian. Malah, dia juga bakal menganjurkan program jualan yang diberi nama An Intimate Bazaar of Health & Fashion bersama beberapa rakan artis pada 9 November depan di Regency Tower Apartment, dekat sini. "Saya mungkin akan berehat pada bulan Disember nanti, sekarang sibuk lagi dengan aktiviti seni dan persembahan nyanyian. "Pada 9 November depan juga saya akan anjurkan sebuah program jualan bersama beberapa artis seperti Dynaz Mokhtar, Daphne Iking dan Ning Baizura," katanya. Nurul dan Eric yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Zachary Depp, berusia setahun. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil perkahwinan dengan suami pertama, komposer, Ajai. - mstar online

One Direction 'Artis Paling Dicari' Di YouTube
KUMPULAN One Direction menjadi artis paling dicari dalam tempoh 24 jam selepas video muzik terbaharu mereka berjudul Steal My Girl dilancarkan di laman YouTube pada 27 Oktober lalu.
Video muzik tersebut mencuri perhatian dunia di laman sisoal video itu selepas dilihat lebih 20 juta pelayar Internet dalam tempoh 24 jam selepas ia dimuat naik.
Salah seorang anggotanya, Harry Styles turut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat mereka yang telah menonton video tersebut sehingga menjadi video paling dicari di YouTube.
Lagu Steal My Girl merupakan single pertama daripada album kedua mereka berjudul Four. Album tersebut akan dilancarkan sepenuhnya pada 17 November depan.- mstar online
TOP
Ibu Kecewa Anaknya Mangsa Buli Digantung Sekolah
KULIM: Ibu kepada seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di sini yang dikatakan dibuli sekumpulan pelajar sekolah itu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak sekolah yang tidak mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit tetapi menggantung persekolahan anaknya.
Yuszaidah Yusuf, 41, berkata anaknya Mohd Afiq Afifuddin Mohd Tajuddin, 17, pelajar Tingkatan Lima sekolah itu, diserang dan dicederakan sekumpulan pelajar ketika dia berada dalam sebuah bilik air di sekolah tersebut pukul 10.45 pagi pada 8 Okt lepas.
Katanya apa yang menyebabkan dia keliru adalah apabila anaknya yang bengkak di muka dan bahagian mata kiri serta lebam di belakang badan pula dihukum pihak sekolah kerana dikatakan punca masalah dan dihukum gantung pengajian seminggu.
Katanya dia dan suaminya dimaklumkan seorang guru sekolah tersebut yang anak sulungnya itu dirawat di Bilik Kecemasan, Hospital Kulim pada hari kejadian dan dimaklumkan guru berkenaan bahawa anaknya itu terjatuh dalam bilik air.
"Melihat keadaan lebam di mata kiri, muka dan belakang anak saya itu menguatkan syak saya bahawa anak saya ini bukanlah jatuh tetapi sebenarnya perkara lain yang berlaku terhadap dirinya. Kemudian dia mengaku dikasari sekumpulan pelajar lain ketika dia berada dalam bilik air sekolah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Kulim Techno City (KTC) di sini, Rabu.
Katanya memandangkan kesan-kesan bengkak di mata dan muka serta belakang anak lelakinya itu agak serius, dia dan suaminya Mohd Tajuddin Mohd Taib, 45, memutuskan untuk bertemu doktor di Bahagian Kecemasan Hospital Kulim.
Mereka kemudian mendapatkan rawatan sekali lagi di wad kecemasan sebelum membuat laporan polis.
Katanya memandangkan di Hospital Kulim tiada pakar mata, mereka mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan anak mereka dimasukkan ke wad pada 12 hingga 16 Okt.
"Seperkara yang malang setelah balik ke Kulim pada 16 Okt lalu kami dimaklumkan melalui telefon bahawa anak saya digantung belajar dari 16 Okt sehingga 22 Okt dan agak memeranjatkan kami. Setelah mendapatkan rawatan susulan di Alor Setar, anak saya itu mendapat cuti sakit sehingga 2 Nov," katanya.
Keluarga berkenaan memohon Kementerian Pendidikan supaya memberi pertimbangan lebih wajar berhubung masa depan anak mereka yang cedera akibat dibuli tetapi dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Abdul Aziz Muhammad ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.- mstar online
TOP
MARA Gantung Lapan Pelajar MRSM Terlibat Kes Pukul
Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbabit dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober lalu, digantung persekolahan serta merta. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah. "Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu. Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan. Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul. Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula Rabu. "MARA berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," kata Azmi. Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit. Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.- mstar online

Pendapatan Tinggi Sahaja Tidak Jadikan Malaysia Negara Maju - Dr M
Dr Mahathir Mohamad.
CYBERJAYA: Malaysia mungkin tidak dapat mencapai status negara maju menjelang 2020 jika hanya menekankan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi ketinggalan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas perdana menteri itu berkata hanya memperoleh pendapatan tinggi tidak akan menjadikan Malaysia sebagai negara maju, tidak seperti kemampuan penyeldikan dan kemahiran boleh melakukannya. "Pendapatan Malaysia hampir mencapai negara maju tetapi pengalaman dan kemahiran rakyatnya sama seperti mereka yang berada di negara membangun. "Pada ketika ini, saya khuatir dan tidak begitu menaruh harapan bahawa menjelang 2020, Malaysia akan menjadi negara maju," katanya. Dr Mahathir, yang juga pengerusi Proton, berkata demikian pada ucaptamanya pada Seminar "Memperkasakan Industri Automotif Negara' di sini, Rabu. Beliau berkata Brunei sebagai negara berpendapatan tinggi tetapi ia bukan negara maju, sambil menambah pendapatan tinggi dan produktiviti yang rendah hanya akan menjadikan kos sara hidup meningkat lebih tinggi. "Pemikiran rakyat Malaysia terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D)perlu diubah. Rakyat Malaysia masih kurang memahami kepentingan R&D dan sentiasa mempersoalkan pulangan pelaburan dalam bidang ini," katanya. Dr Mahathir berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara membangun yang memiliki industri automotif sendiri dan negara-negara membangun sedang belajar daripada negara ini. Industri automotif boleh menjadi pemangkin dalam menyediakan rakyat Malaysia kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam bidang kejuruteraan, katanya. Hari ini, katanya, Proton menguasai hanya 18 peratus daripada pasaran kereta di negara ini.- mstar online

Vanu Gopala Menon Dilantik Pesuruhjaya Tinggi Baharu Ke Malaysia
Vanu Gopala Menon.
SINGAPURA: Singapura telah melantik Vanu Gopala Menon, 54, sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baharu ke Malaysia, berkuat kuasa 10 November ini. Beliau akan menggantikan Ong Keng Yong. Kementerian Luar Singapura dalam kenyataan pada Rabu berkata Menon menyertai kementerian itu pada Jun 1983 dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha dari Ogos 2011 hingga Oktober 2014. Beliau merupakan duta bukan pemastautin di Kesatuan Afrika dari April 2013 hingga Oktober 2014 dan pada masa sama duta ke Habsyah dari Ogos 2013 hingga Oktober 2014. Menon merupakan wakil tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari Ogos 2004 hingga Ogos 2011 dan pada masa sama menjadi Pesuruhjaya Tinggi ke Kanada dari November 2004 hingga Mei 2008. Dari Disember 2001 hingga Ogos 2004, beliau menjadi wakil tetap di PBB dan dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva dan pada masa sama menjadi duta ke Turki. Menon mendirikan rumah tangga dengan Jayanthi Menon dan mempunyai seorang anak lelaki. Kementerian itu mengumumkan pelantikan T. Jasudasen sebagai duta bukan pemastautin Singapura ke Kesatuan Afrika dan Sudesh Maniar sebagai duta bukan pemastautin ke Timor-Leste.- mstar online

Pasukan Bertindak Pantau Taska Akan Ditubuhkan - Chew
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan pasukan bertindak untuk memantau dan membincangkan hal-hal berkaitan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak lama lagi.
Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata penubuhan pasukan itu penting untuk memastikan lebih banyak taska didaftarkan secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara.
Katanya, bagi merealisasikan penubuhan pasukan itu, kementerian bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan Bersepadu Berkaitan Taska, Pusat Jagaan dan Orang Kelainan Upaya (OKU) setiap minggu.
"Kementerian mengambil berat tentang pekerja wanita yang mempunyai anak yang ingin menghantarnya ke pusat jagaan yang kondusif dan selesa," katanya kepada pemberita selepas menutup "The Women Extraordinaire Forum 2014" (WEF 2014) di sini Rabu.
Mengikut statistik JKM, sebanyak 3,414 taska telah didaftarkan setakat 31 Ogos tahun ini dan daripada jumlah itu, 2,776 adalah taska institusi, 453 taska di rumah, 40 taska komuniti, manakala 145 taska di tempat kerja. - mstar online
TOP
Penanggal & Tanda Putera Raih 2 Anugerah FFM 26
Barisan artis yang berjaya memenangi 11 kategori pada Malam Perasmian Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26).
SUBANG JAYA: Filem Penanggal dan Tanda Putera masing-masing merangkul dua anugerah daripada 11 kategori yang dipertandingkan pada Malam Perasmian, Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang berlangsung di Hotel Empire Subang, di sini, malam Rabu. Filem Penanggal terbitan Astro Show & Grand Brilliance memenangi kategori utama iaitu Pengarah Harapan yang dimenangi oleh Ellie Suriaty dan Penataan Seni Terbaik melalui Nazrul Asraff. Trofi disampaikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari. Manakala, filem Tanda Putera terbitan Pesona Pictures memenangi anugerah kategori Pereka Kostum / Busana Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. Sementara itu, bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, ia dimenangi oleh Rykarl Iskandar (Ajiboy) dan Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi lagu Aku Datang nyanyian Tomok untuk filem Istanbul Aku Datang. Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem KIL.
Ellie Suriaty memenangi anugerah Pengarah Harapan bagi filem Penanggal.
Bagi Filem Pendek Terbaik pula, ia dimenangi filem Jahit terbitan Reservoir Production. Tiada pemenang diumumkan bagi kategori Filem Animasi Terbaik berikutan hanya terdapat tiga pencalonan sahaja. Anugerah khas bagi Penggiat Belakang Tabir pula diberikan kepada Jurukamera, Ali Husin. Majlis tersebut dihoskan oleh Shahrul Shiro dan Didie Alias. Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Md Affendi Hamdan dan pemangku Ketua Pengarah Finas, Dr Megat Al Imran Yassin. Sementara itu 13 lagi anugerah utama akan disampaikan pada malam kemuncak FFM 23 yang akan di adakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Seremban, Negeri Sembilan pada Sabtu ini. Keputusan 11 anugerah FFM 26 pada acara Malam Perasmian 1. Anugerah Pengarah Harapan – Ellie Suriaty (Penanggal) 2. Anugerah Filem Pendek Terbaik - Jahit (Reservoir Productions Sdn Bhd) 3. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Raykal Iskandar (Aji Boy) 4. Anugerah Poster Terbaik – Kil (Grand Brilliande) 5. Anugerah Penataan Seni Terbaik- Nazrul Asraff (Penanggal) 6. Anugerah Pereka Kostum / Busana Terbaik – Hasnan Yaccob/Fadzilah Abdullah (Tanda Putra) 7. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Sharon Paul (Tanda Putra) 8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik- Syamsul Yusof/Hisham Jupri (KL Gangster 2) 9. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik – Tomok/Rafidah Abdullah (Lagu Aku Datang untuk filem Istanbul Aku Datang) 10. Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Ali Husin 11. Anugerah Filem Animasi Pendek Terbaik – Tiada Pemenang- mstar online

Kaji Semula Peranan Pemandu Dalam Kerajaan - Abdul Aziz
Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mengkaji semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kerana ia bertindih dengan peranan kementerian tertentu, kata seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada Rabu. Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) mendakwa kementerian tertentu berpendapat bahawa Pemandu telah mengambil alih peranan mereka sehingga menyebabkan berlaku perselisihan faham diantara mereka. "Tidak ada komunikasi yang baik dengan kementerian. Terdapat banyak pertindihan dan arahan tidak jelas," katanya. Jelas beliau, situasi itu menyebabkan ketidakcekapan dalam pentadbiran negara. Abdul Aziz berkata, Pemandu perlu menjadi sebahagian daripada keseluruhan sistem yang tidak berlaku pada masa ini. "Sebagai contoh, apabila Pemandu mengeluarkan laporan mengenai standard cara hidup rakyat Malaysia, ia amat berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Kementerian Kewangan atau Bank Negara. "Ini mewujudkan kekeliruan, bukan sahaja di kalangan rakyat, tetapi juga kakitangan kerajaan ketika melaksanakan perancangan tertentu," katanya. Pemandu adalah satu unit dibawah Jabatan Perdana Menteri yang menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). - mstar online

Rai Kemenangan Secara Melampau, Pemain Pingpong Hilang Wang Kemenangan
PEMAIN pingpong profesional dari China, Zhang Jike terpaksa menjadikan hadiah kemenangan sebagai pampasan terhadap tindakan melampau ketika meraikan kemenangan yang dicapai dalam kejohanan Piala Dunia Liebherr Lelaki.
Zhang yang berjaya menjuarai kejohanan tersebut telah menyepak papan iklan yang merupakan penaja pertandingan itu sehingga rosak sebaik sahaja menewaskan rakan senegara, Ma Long. Tidak cukup dengan itu, dia juga dianggap melampau apabila membaling bajunya kepada penonton. Berikutan tindakan tersebut, Persekutuan Pingpong Antarabangsa (ITTF) memutuskan untuk tidak memberikan wang kemenangan Zhang sebanyak £28,000. Menyesal dengan tindakan berkenaan, Zhang kemudian berkata," Saya meminta maaf atas apa yang dilakukan. Ia tindakan yang tidak boleh diterima, saya mohon maaf".- mstar online

Kes Liwat II: Penyokong Saiful Bukhari Naik Mendadak, Nafi 'Dibayar'
PUTRAJAYA: Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman pada hari kedua prosiding kes liwat Datuk Anwar Ibrahim yang meningkat mendadak hadir dengan perancangan lebih teratur.
Berbanding hari pertama, kehadiran penyokong Saiful dengan poster dan sepanduk menuntut keadilan dilihat bertambah kira-kira pukul 11 pagi, Rabu.
Sambil itu, mereka turut melaungkan slogan 'Tangkap Anwar', 'Dia Mangsa Kezaliman' dan sebagainya.
Namun, rata-rata mereka menafikan dibayar oleh pihak tertentu untuk datang memberikan sokongan terhadap Saiful.
Seorang surirumah, Rogayah,68, berkata, dia hadir di bangunan Mahkamah Persekutuan pada Rabu kerana mahukan keadilan ditegakkan.
Dia yang datang menaiki bas dari Ampang bersama penyokong lain bertolak pada pukul 8 pagi untuk ke Putrajaya.
"Saya tidak sokong siapa-siapa tetapi hanya menuntut keadilan, tetapi dalam kes ini saya yakin Saiful tidak bersalah dan perlu mendapat keadilan.
"Kami datang dengan kerelaan hati, tidak dibayar oleh sesiapa," katanya.
Seorang lagi penyokong Saiful, Abd Rahman, 59, menyatakan harapannya agar Anwar dihukum penjara, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku, dia tetap menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Dia yang menaiki motosikal dari Sepang turut menafikan dibayar oleh pihak tertentu untuk menyokong Saiful. "Saya datang secara sukarela, tak ada arahan mana-mana pihak atau mendapat bayaran," katanya. Ramlah, 69, yang datang menaiki bas dari Pandan berkata, dia adalah seorang yang menyokong keamanan dan keadilan. "Sebab itulah saya berada di sini dan menyokong Saiful. "Kedatangan saya tak ada kaitan dengan mana-mana pihak kerana saya datang secara sukarela" katanya.- mstar online

Liwat 'Rancangan Diatur' - Hujah Peguam Bela
Antara sepanduk yang dibawa orang ramai yang menunggu prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat kedua Anwar di Istana Kehakiman.
PUTRAJAYA: Prosiding pendengaran rayuan pada hari kedua menyaksikan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan hujah mengenai isu rancangan 'yang telah diatur' atas tuduhan liwat. N Surendran mengemukakan hujah itu di hadapan barisan Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Empat lagi hakim yang diberi mandat untuk mendengar rayuan kes ini adalah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. Surendran juga mengemukakan hujah bahawa Mahkamah Rayuan dalam menyabitkan Anwar, telah gagal mengambil kira kenyataan Anwar dari kandang tertuduh. Peguam bela ketua pembangkang itu juga menegaskan mahkamah juga tidak mempertimbangkan bukti lain yang dikemukakan. Pasukan pendakwaan diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, manakala Anwar diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang akan bertindak sebagai ketua pasukan pembelaan melibatkan 14 peguam. Pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000. Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.- mstar online

Hello Kitty Memandu Sambil Mabuk
GORHAM, Maine: Polis menahan seorang wanita berpakaian seperti watak Hello Kitty kerana memandu dalam keadaan mabuk, kata polis pada Selasa.
Polis Gorham berkata, Carrie Gipson, 37, dari Westbrook ditahan kira-kira pukul 2 pagi Ahad lalu.
Ketika ditahan, kata jurucakap polis, Carrie memandu di laluan salah.
"Pada awalnya dia enggan membuat ujian pernafasan tetapi selepas akur, dia ditangkap atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.
"Dia kemudian ditahan di Penjara Cumberland," katanya.
Berdasarkan gambar fail polis, Carrie dilihat memakai pakaian lengkap Hello Kitty, kecuali bahagian kepala.- mstar online
TOP
Kisah Sebenar Berkenaan Video Penculikan Di Taman Sri Manja
PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai berstatus Datuk Seri yang berkelahi dengan isterinya 'diculik' oleh ahli keluarga isterinya di luar restoran di Taman Sri Manja di sini, petang Selasa.
Namun, kebimbangan mengenai insiden 'penculikannya' timbul selepas satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkelahi dengan beberapa individu dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta di sebuah restoran, dimuat naik secara dalam talian.
Difahamkan seorang wanita berstatus Datin Seri telah mengarahkan ahli keluarganya untuk membawa suaminya yang berusia 53 tahun pulang ke rumah.
"Dia mahu suaminya pulang supaya perselisihan pendapat antara mereka dapat diselesaikan . Dia mahu mengelak pertelingkahan di tempat awam," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi Abu Kassim.
Malangnya, rancangan itu menjadi tidak keruan selepas seorang pelanggan restoran terbabit memuat naik video rakaman insiden tersebut.
Malah, pelanggan tersebut turut membuat laporan polis bimbang insiden 'penculikan' berlaku.
Video tersebut menjadi viral di laman media sosial.
"Kumpulan penyiasat sedang menghubungi mangsa. Dia kini selamat bersama isteri dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis PJ ditemani isteri dan empat ahli keluarga mereka untuk disoal siasat," kata Azmi. - mstar

(Audio) Rakaman Penipuan Dalam Talian ─ Cubaan Curi Maklumat Kad Debit
Sebelum ini kita pernah dengar satu kisah yang mana seorang pesara kehilangan RM70,000 iaitu baki wang pencen dalam akaun bank. Menurut pihak bank tersebut transaksi menerusi talian dilakukan sedikit demi sedikit dan setelah beberapa bulan wang tersebut lesap.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana penjenayah boleh mengeluarkan mengakses akaun bank online kita sedangkan maklumat untuk akses tersebut hanya kita sahaja yang tahu. Ramai yang mengandaikan itu adalah perbuatan penggodam yang mana menggunakan kemahiran dalam bidang pembangunan virus ataupun malware.
Bagaimanapun tak semua kes-kes seperti itu berlaku hasil dari perbuatan penggodam yang mana dari penelitian Siakapkeli terdapat beberapa pihak yang menggunakan teknik "Phishing" yang salah satu dari "Social Engineering" iaitu satu cara mendapatkan maklumat yang dikehendaki seperti butiran perbankan dengan cara penipuan dan mangsa akan memberi maklumat tersebut dengan maksud lain tanpa mengetahui perkara sebenar disebalik soalan-soalan yang diberikan oleh penjenayah.
Berikut adalah salah satu contoh Phishing yang dilakukan menerusi panggilan telefon yang mana penjenayah akan menyamar sebagai mana-mana organisasi ataupun perniagaan dan meminta maklumat-maklumat perbankan seperti nombor kad debit dan tarikh luput kad debit termasuklah yang paling sensitif seperti nombor CVV. Untuk makluman semua nombor CCV adalah nombor sekuriti yang terdapat di bahagian belakang kad.
Ikuti perbualan tersebut di bawah:
Bagaimanapun amat bernasib baik kerana pengguna tersebut seorang yang berhati-hati dan juga ada pengetahuan berkenaan keselamatan kad tersebut. - Siakapkeli.com
Post by Siakap Keli.
Bagaimanapun amat bernasib baik kerana pengguna tersebut seorang yang berhati-hati dan juga ada pengetahuan berkenaan keselamatan kad tersebut. - Siakapkeli.com
TOP
Bentley Berpusing Elak Lopak Air
Alor Gajah: Adik lelaki kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Rahim Maslan, 42, terselamat selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 202.1, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, kereta jenis Bentley dipandu Rahim dipercayai hilang kawalan selepas cuba mengelak lopak air dalam hujan lebat sebelum kenderaan itu berpusing beberapa kali.
Rahim berkata, dia dalam perjalanan pulang ke Pontian, Johor selepas menghantar abangnya di Putrajaya sebelum terbabit kemalangan.
“Ketika tiba di tempat kejadian, hujan lebat sebelum saya nampak kenderaan di hadapan cuba mengubah haluan ke kiri lalu saya mengelak ke kanan, tetapi malangnya tanpa disedari terdapat lopak air di hadapan.
“Saya cuba menekan brek menyebabkan kereta terus berpusing lalu merempuh besi penghadang tengah dan terseret sebelum terhenti melintang di lorong kanan,” katanya.
Menurutnya, dia yang dihimpit beg udara sempat melihat kenderaan dari arah sama cuba mengelak merempuh keretanya sebelum sebuah treler menekan brek kecemasan dan hampir melanggar kenderaannya.
“Saya lihat bagaimana pemandu treler mengawal kenderaan beratnya dengan memaut stereng ke kiri bagi mengelak merempuh kereta saya dengan menghimpit penghadang kiri hingga kepala treler terlipat dua.
“Selepas keadaan tenang, saya keluar daripada kereta dan melompat ke kawasan besi penghadang tengah dan berlari beberapa meter ke hadapan lalu terus bersujud kerana terselamat dalam kejadian itu,” katanya.
Katanya, dia bersyukur terselamat biarpun terpaksa meredah hujan lebat di tengah lebuh raya sebelum anggota peronda lebuh raya dan pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
“Saya tidak dapat bayangkan keadaan ketika itu kerana hanya berserah kepada takdir dan saya bersyukur tidak cedera,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Asisten Superintendan Jasmani Othman berkata, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.
“Bagaimanapun, pemandunya sempat keluar dan menyelamatkan diri di bahagian besi penghadang tengah tanpa cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- Harian Metro
TOP
Jaringan Balotelli Bantu Liverpool Atasi Swansea
LONDON – Mario Balotelli hanya menjaringkan gol keduanya untuk Liverpool dalam 12 penampilan ketika pasukan itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pesaing Liga Perdana Inggeris, Swansea 2-1 dan mara ke peringkat suku akhir Piala Liga Inggeris awal pagi tadi.
Balotelli gagal beraksi cemerlang sejak perpindahan awal musim bernilai STG16 juta dari AC Milan dan beliau memanaskan bangku simpanan sehinggalah perlawanan berbaki 11 minit.
Apabila penyerang Itali itu dimasukkan oleh pengurus The Reds, Brendan Rodgers yang juga bekas pengurus Swansea, Liverpool ketinggalan 1-0 selepas jaringan Marvin Emnes pada minit ke-65.
Namun, empat minit sebelum masa permainan berakhir, Balotelli melakukan pergerakan cantik untuk melepasi pertahanan pasukan pelawat dan menewaskan penjaga gawang Swansea, Gerhard Tremmel.
Kemudian, apabila perlawanan hampir diheret ke masa tambahan, pemain Swansea, Federico Fernandez dilayangkan kad merah kerana mengasari Philippe Coutinho.
Dan pada minit kelima masa kecederaan, pertahanan Liverpool, Dejan Lovren menanduk masuk sepakan percuma Coutinho untuk gol kemenangan pasukan tuan rumah. – AFP
TOP
Tindakan Ceroboh UM Perbuatan Cemar Martabat IPT
KUANTAN – Tindakan orang ramai dengan dibantu oleh segelintir mahasiswa merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam, mencemar martabat dan kedudukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Datuk Prof Dr Daing Nasir Ibrahim berkata perbuatan itu juga perbuatan jenayah kerana menceroboh kawasan dan melakukan aktiviti ceramah di insitusi pengajian tinggi terulung negara itu tanpa kebenaran.
“Saya tidak boleh terima jika ada pihak luar yang menceroboh UMP dan kalau di kampus UMP, sesiapa yang hendak masuk (ke kawasan) universiti perlu mendapat kebenaran Naib Canselor.
“Pihak universiti sendiri dari semasa ke semasa sentiasa mengundang penceramah dan pemidato dari luar dan dalam masa sama, kita juga turut menjaga nilai seseorang individu yang hendak masuk ke kampus,” katanya selepas perasmian Hari Terbuka Antarabangsa UMP di UMP kampus Gambang dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden pencerobohan UM malam semalam yang dilakukan oleh segelintir mahasiswa IPT itu serta penyokong kepada ketua pembangkang itu.
Lebih memalukan, Daing Nasir berkata apabila usaha berkenaan turut dibantu oleh pelajar UM dan kelakuan itu amat tidak sopan dan menunjukkan sikap seseorang yang tidak terpelajar.
“Kampus merupakan gedung ilmu, ia tidak boleh dicampuradukkan dengan fahaman-fahaman politik. Kita boleh mengupas sesuatu isu dari segi akademik, tetapi kalau berpolitik secara luar dari normanya seperti mencerca dan mengata maka ini tidak boleh diterima di kampus,” katanya.
Daing Nasir berkata, kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya semua pihak menghormati undang-undang yang membenarkan pelajar universiti terbabit dengan kegiatan politik tetapi ia perlu diadakan di luar kampus selaras dengan peruntukan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Dalam masa sama, katanya masih banyak platfom lain yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk menyemai dan menunjukkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka tanpa melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
“Jika pelajar mahu berkorban, korbankan masa dan tenaga untuk membangunkan diri. Tetapi, jika diri sendiri masih mentah dan masih belum dapat dijaga, usah bela orang lain,” katanya. – BERNAMA
TOP
Peniaga Buka Gerai Di Perkarangan Istana Kehakiman
PUTRAJAYA - Kira-kira sebanyak 10 buah gerai makanan didirikan secara haram di sekitar perkarangan Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Rata-rata peniaga yang ditemui mengatakan mereka sengaja mengambil kesempatan meniaga berikutan kehadiran ramai orang di sini semenjak prosiding rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan semalam.
Menerusi pemerhatian Mynewshub, situasi ini berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan semalam kerana semalam hanya sebuah gerai sahaja didirikan di sini bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga pengikut yang sedari awal pagi berhimpun.
Peniaga yang enggan dikenali mengatakan dia hanya mengambil kesempatan dengan kehadiran ramai orang untuk melariskan lagi jualan mereka.
Namun tindakan mereka mendirikan gerai secara haram telah menyebabkan mereka dikompaun sebanyak RM300 oleh Perbadanan Putrajaya.
Kebanyakan gerai di sini menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti burger, roti john dan minuman. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Roket Angkasa Lepas Komersial Meletup Sebaik Dilancar Di Virginia
BEGINILAH imej video yang dikeluarkan NASA menunjukkan roket angkasa lepas Orbital Sciences Corporation tanpa pemandu meletup di Pulau Wallops, Virginia, enam saat selepas dilancarkan hari ini dalam misi membawa bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). - Foto AFP/NASA
CAPE CANAVERAL (Florida) – Roket angkasa lepas komersial, Antares yang menghantar bekalan ke Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup sebaik dilancarkan, awal pagi ini. Roket angkasa Orbital Sciences Corp yang tanpa pemandu itu setinggi 14 tingkat bangunan itu meletup dan terbakar enam saat sebaik dilancarkan di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan. Syarikat pemiliknya berkata setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu. Api besar boleh dilihat sehingga menjulang ke awan ketika matahari sedang terbenam. Roket kargo Cygnus itu membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang tinggal di ISS. Ia adalah perjalanan keempat membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit, perjalanan pertama setahun lalu. NASA membiayai misi roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia dan syarikat Space-X berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS. Setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui, demikian menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot. – AP/NASA

Memalukan….Menteri Mengaku Tak Baca Buku Selama 2 Tahun
PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas mengaku beliau tidak membaca walau sebuah buku pun dalam tempoh dua tahun ini.
Pellerin yang merupakan Menteri Kebudayaan Perancis itu juga tidak dapat menyatakan buku yang ditulis oleh Patrick Modiano, yang juga pemenang Nobel Literature Prize, meskipun beberapa minit sebelum itu menyatakan bahawa beliau telah makan tengahari dengan penulis terbabit.
Malah dua minggu lalu, beliau telah memuji Modiano kerana berjaya memperkenalkan sastera Perancis di mata dunia.
“Saya mengaku tanpa sebarang masalah bahawa saya tidak mempunyai masa untuk membaca dalam masa dua tahun ini.
“Saya membaca banyak nota, dokumen perundangan, membaca laporan berita (AFP)….tetapi saya membawa (buku) sedikit,’’ katanya.
Pendedahan melalui Twitter itu mengejutkan ramai memandangkan beliau adalah Menteri Kebudayaan.
Ia menyebabkan banyak sindiran sinis ditujukan kepada beliau.
Modiano, 69, sebelum ini dinamakan sebagai pemenang ke-111 Nobel Prize dan dikenali kerana nobel Missing Person pada 1978.
Ia merupakan novel terbaik beliau sehingga melayakkan Modiano memenangi hadiah sastera Prix Goncourt Perancis.
Sementara Pellerin, 41, dilahirkan di Korea Selatan dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga warga Perancis selepas dia ditinggalkan di tepi jalan di Seoul ketika berusia enam bulan.-mynewsub
TOP
Petisyen Desak Victoria Secret Tarik Balik Iklan Bra
LONDON – Iklan terbaru jenama pakaian dalam Victoria Secret yang memaparkan model kurus memiliki bentuk badan sempurna, telah dikritik hebat kerana ia disifatkan sebagai tidak sihat dan merosakkan.
Iklan berkenaan adalah bagi mempromosikan coli baru dikenali sebagai `Body’.
Namun iklan itu menunjukkan model-model yang kurus dengan perkataan “The Perfect ‘Body’” telah menyebabkan petisyen mengenainya dilancarkan.
Petisyen tersebut mendesak Victoria Secret memohon maaf dan mengubah konsep iklan berkenaan.
Ia dilancarkan oleh seorang pelajar Universiti Leeds, Frances Black yang menyifatkan iklan itu memberikan mesej yang tidak baik dan merosakkan golongan muda.
“Ia menyebabkan wanita berasa rendah diri. Saya mahu mereka meminta maaf dan bertanggungjawab kerana memilki perkataan yang salah dalam kempen promosi berkenaan,’’ katanya.
Menurut Black, dia melihat iklan tersebut ketika berjalan di sebuah pusat beli belah di Leeds.-mynewsub
TOP
Najib Terima Anugerah Kepimpinan Islam Global
DUBAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) ketika menerima Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) mewakili Malaysia pada majlis perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF Ke-10) di sini, Selasa. - Foto BERNAMA
DUBAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan penerima Anugerah Kepimpinan Islam Global pada tahun ini. Najib, yang juga Menteri Kewangan menerima anugerah berprestij itu daripada Pengasas Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA), Profesor Humayon Dar. GIFA, satu daripada anugerah paling berprestij dalam perbankan Islam dan kewangan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu dan institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Ia anjuran Edbiz Consulting yang berpangkalan di London sejak 2011. Penerima pertama merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan penerima kedua ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Bekas Perdana Menteri Pakistan Shaukat Aziz menjadi penerima Laureate GIFA ketiga. GIFA 2014 diadakan di sini pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-10 di Dubai. Pencalonan bagi semua kategori anugerah dibuka pada Mac 2014. – BERNAMA

USIM Raih Pingat Pada Pameran Inovasi British 2014
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memenangi dua pingat emas dan satu pingat perak dalam pertandingan inovasi antarabangsa di Pameran Inovasi British (BIS) 2014, di London baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Datuk Dr Mustafa Mohd Hanefah berkata, USIM menang ‘Gold Medal for Best Invention of The Year’ dan ‘Special Double Gold Award Invention of The Year’ bagi produk ciptaan membran jenis baharu iaitu ‘Novel Active Membrane for Dyes Wastewater’ (ANF Membran) yang dicipta oleh kumpulan IMTL.
“Pingat perak pula dimenangi bagi produk ‘Crushy Snack Bar’ yang dicipta oleh kumpulan Authen6,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini bagi mengumumkan kemenangan itu.
Mustafa berkata pihak universiti juga merancang untuk mengkomersialkan produk ciptaan pelajarnya, contohnya produk ‘Crushy Snack Bar’ yang telahpun ada pihak yang berminat mengkomersialkannya.
“‘Crushy Snack Bar’ adalah sejenis pemakanan tinggi serat menggantikan makanan ringan yang berkonsepkan mudah dimakan, kering dan cukup kecil untuk dimasukkan ke dalam poket,” katanya.
Produk ciptaan kumpulan IMTL, ANF Membran yang berfungsi sebagai alat komponen penapis dalam kegunaan industri tekstil dan makanan meraih 99.6 markah mengalahkan 119 peserta membabitkan lebih 10 negara.
BIS yang diadakan di Pusat Pameran Barbican, United Kingdom dari 22 hingga 25 Okt diadakan bertujuan mengetengahkan pelbagai jenis ciptaan yang mampu menjana peluang perniagaan melalui pelbagai jenis inovasi dan ciptaan. – BERNAMA
TOP
YouTube Rancang Tawar Video Iklan Percuma Versi Berbayar
SAN FRANCISCO – Perkhidmatan video dalam talian popular, YouTube milik Google Inc (Google) merancang untuk menawarkan iklan percuma versi berbayar, demikian menurut pengurus laman berkenaan.
Langkah ini akan memberi perubahan yang signifikan kepada laman web video online secara percuma nombor satu dunia itu untuk menyiarkan iklan komersial pendek bagi menarik lebih satu bilion pengguna sebulan.
“Tidak akan menjadi masalah di mana ada orang akan berkata ‘saya tidak mahu melihat iklan atau saya ingin merasai pelbagai jenis pengalaman’,” kata Susan Wojcicki, Naib Presiden Kanan Google yang mengetuai perniagaan YouTube pada persidangan teknologi Code/Mobile di Half Moon Bay, California, semalam.
Wojcicki yang dilantik mengetuai Youtube pada Februari lalu selepas beberapa tahun mengemudi perniagaan pengiklanan berbilion dolar Google, berkata perkhidmatan video berbayar itu adalah rancangan ‘jangka pendek’ dengan syarat tertentu termasuk jumlah langganan yang akan dibayar.
Pada Mei 2013, YouTube melancarkan satu program perintis yang membolehkan pencipta kandungan individu untuk mengenakan yuran langganan pengguna bagi mengakses saluran dan video tertentu.
Wojcicki menjelaskan ia akan menjadi perkhidmatan langganan yang lebih luas di mana pengguna akan membayar untuk mengakses versi percuma daripada koleksi video di YouTube.
“Kami baharu saja memulakan proses itu. Tetapi jika anda lihat penggunaan di media massa ketika ini, kebanyakan mereka mempunyai kedua-dua fungsi iklan dan langganan,” katanya. – Reuters
TOP
LHDN Serah Notis Tunggakan Hasil RM111.39j Kepada 1,655 Pemilik
JOHOR BAHRU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerahkan notis tunggakan hasil berjumlah RM111.39 juta kepada 1,655 pemilik syarikat di sekitar negeri ini mulai semalam.
LHDN dalam satu kenyataan di sini berkata 302 kes serahan notis terakhir akan turut diserahkan kepada pembayar cukai.
Sementara itu bagi program Kunjungan Mesra Hasil (KMH) Peringkat Nasional kali ke-3 tahun ini, sebanyak 1,000 premis perniagaan akan turut dilawati di sekitar Johor untuk tujuan bisnes dalam tempoh tiga hari ini.
Untuk program kali ini, seramai 220 pegawai LHDN diberikan tanggungjawab untuk menyerahkan notis tunggakan hasil dan lawatan banci perniagaan.
Dalam masa yang sama, mereka juga dapat memberi penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai tanggungjawab membayar cukai, kata LHDN. – BERNAMA
TOP
Wanita Thai Ke Tali Gantung Edar 16,841 Gram Dadah
ALOR SETAR – Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Cannabis seberat 16,841 gram (g), kira-kira tiga tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab, menjatuhkan hukuman itu kepada Rossarin Nuekaew, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Rossarin yang bekerja sebagai penyambut tetamu di salah sebuah hotel di Pattaya, Thailand, dituduh mengedar dadah jenis Cannabis seberat 16,841g di bahagian lorong Terminal Bas Shahab Perdana pada 9 Disember 2011, jam 8.15 malam. – BH Online
TOP
Presiden Zambia, Michael Sata Meninggal Dunia Di London
LUSAKA (Zambia): Presiden Zambia, Michael Sata atau lebih dikenali sebagai 'Mr King Cobra' berikutan kelantangannya bersuara meninggal dunia pada Rabu di London. Kesihatan Sata,77, semakin buruk sejak dua bulan lalu dan jarang kelihatan di tempat awam. Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mendedahkan lebih lanjut punca kematiannya itu, namun media Zambia melaporkan presiden itu mengalami masalah kegagalan beberapa organ. Sata mula memegang jawatan ini sejak tahun 2011. Naib Presiden, Guy Scott akan mengambil alih pucuk pimpinan negara itu. Scott menjadi lelaki kulit putih pertama mengetuai negara sub-Sahara Afrika selepas 1994 setelah Afrika Selatan menggunakan undang-undang majoriti. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Scott,70, tidak layak dilantik memegang jawatan itu memandangkan ibu bapanya bukan rakyat Zambia. Bekas Menteri Pertanian dan Menteri Kewangan itu berkata, buat sementara waktu beliau akan mengambil alih kerusi presiden. "Pilihanraya untuk jawatan ini akan mengambil masa selama 90 hari. Saya akan menjadi presiden sementara waktu. "Tempoh bergabung bermula hari ini. Kita akan merindui presiden dan komander kesayangan semua," jelas Scott. Sata menghembus nafas terakhir di Hospital King Edward VII disisi isterinya, Christine Kaseba-Sata dan anak lelakinya, Mulenga Sata yang memegang jawatan ketua di Lusaka iaitu ibu negeri Zambia.-mstar
TOP
Benarkah, Lelaki ini Membunuh Seluruh Ahli Keluarganya?
Mereka diibaratkan sebagai keluarga yang amat bahagia dan dipandang sebagai sebuah keluarga contoh oleh jiran dan rakan yang mengenalinya.
Siapa sangka keluarga contoh ini mati ditangan bapa kandungnya sendiri.
Sebuah keluarga India yang menetap di Bradford mati dalam keadaan tragis di dalam rumahnya dipercayai dibunuh oleh bapanya sebelum membunuh diri dengan menggantungkan dirinya sendiri.
Jitendra Lad, 49 didakwa membunuh isterinya, Daksha, 44 dan dua anak gadisnya Trisha, 19 dan Nisha, 14. Insiden ini disedari oleh salah seorang jirannya setelah menyedari tidak melihat kelibat keluarga ini lagi selepas perayaan deepavali. Jiran keluarga terbabit yang merasa sesuatu yang aneh segera mengunjungi rumah tersebut untuk memeriksa namun terkejut dan tergamam apabila melihat kesemua mayat keluarga tersebut dan segera menghubungi pihak polis isnin lalu.
Pembunuhan dianggap sesuatu misteri bagi kesemua jiran dan rakan yang mengenali kerana rata-rata tidak percaya Jitendra sanggup membunuh kesemua keluarganya sendiri disebabkan beliau dilihat sebagai ayah dan suami yang baik.
Malah jiran terdekat tidak menyedari sebarang permasalahan atau mendengar pertengkaran yang berlaku terhadap keluarga itu. Bagaimana pun, kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa Bradford bagi mencari punca sebenar pembunuhan ini. - MYNEWSHUB.CC

Angkatan Muda Keadilan Anggap DBKL Zalim
KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak zalim kerana tidak mengambil kira nilai insaniah sewaktu mengusir penduduk di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul keluar daripada kediaman mereka di sini baru-baru ini.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, keputusan mahkamah pada tahun 1998 secara jelas mengesahkan bahawa Kampung Chubadak adalah milik penduduk yang membuka penempatan di kawasan tersebut.
Malah, dakwanya, mahkamah rayuan pada tahun 2000 juga menolak dakwaan bahawa penduduk Kampung Chubadak adalah setinggan dan penceroboh kawasan tersebut.
“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai lalu bagaimanapun memutuskan bahawa penduduk di Kampung Chubadak ini adalah setinggan dan bukan pemilik tanah yang sah.
“AMK kesal apabila Kampung Chubadak disenaraikan sebagai kawasan setinggan dalam Rancangan Bandar Kuala Lumpur 2020 sehingga membawa kepada pengusiran penduduk,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, AMK menganggap tindakan DBKL memaksa pengambilalihan tanah kawasan tersebut tanpa menghormati kemuliaan insaniah satu perbuatan yang zalim.
Katanya, jika benar pengambilalihan kawasan itu perlu dibuat untuk memberi laluan kepada pembangunan rumah kos rendah maka penduduk di kawasan tersebut tidak patut diusir.
“Apa yang sepatutnya dibuat ialah bukan pengusiran, tetapi pemindahan sementara dan jaminan bahawa setiap penduduk akan diberikan satu unit rumah sebagai pampasan kepada pengambilalihan tanah mereka,” katanya.
TOP
KWSP: Jangan Keluarkan Simpanan Dengan Cara Menipu
KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya agar tidak bersubahat dengan sindiket atau ejen yang menawarkan bantuan mengeluarkan simpanan mereka dengan cara penipuan.
Ketua Hal Ehwal Korporatnya Nik Affendi Jaafar berkata KWSP memandang serius penipuan pengeluaran kerana ia merupakan kesalahan serius serta tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap ahli yang terlibat.
“Ahli yang menghadapi masalah kewangan diingatkan agar berhati-hati dengan iklan di beberapa laman web atau ejen yang mengedarkan kad perniagaan dan risalah dengan menawarkan pekhidmatan untuk membantu mengeluarkan simpanan KWSP mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nik Affendi berkata KWSP tidak pernah melantik atau meluluskan perkhidmatan pihak ketiga untuk mempercepatkan permohonan pengeluaran dan ahli yang ingin membuat pengeluaran boleh terus berhubung dengan KWSP yang menawarkan khidmat pengeluaran percuma.
Katanya KWSP juga mempunyai sistem komprehensif untuk mengesan sebarang penipuan atau cubaan untuk menipu pengeluaran walaupun selepas simpanan tersebut dikeluarkan.
Beliau menambah penipuan pengeluaran termasuk penghantaran dokumen palsu oleh ahli dengan tujuan untuk mempercepatkan kelulusan pengeluaran merupakan kesalahan mengikut Akta KWSP 1991 yang boleh dikenakan hukuman maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Katanya, dari Julai hingga September tahun ini, lapan ahli telah didakwa di mahkamah manakala enam saman turut difailkan terhadap ahli yang menipu sepanjang tempoh berkenaan.
Sementara itu, ahli yang berdepan dengan sebarang kegiatan cubaan menipu atau penipuan pengeluaran KWSP digesa melaporkannya dengan menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di talian 03-26162121 pada waktu pejabat Isnin hingga Jumaat. – BERNAMA
TOP
Datasonic Miliki Teknologi Kad Pengenalan Pintar
KUALA LUMPUR – Syarikat Datasonic Group Berhad dipilih sebagai pembekal kad pengenalan pintar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berdasarkan kapasiti dan keupayaan teknologi tertentu yang dimiliki syarikat berkenaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pemilihan syarikat berkenaan dibuat secara terbuka, telus dan akauntabiliti tanpa sebarang hubung kait wujud antara syarikat berkenaan dengan kerajaan.
“Sistem perolehan yang dilaksanakan kementerian menerusi tender terbuka, jadi maknanya kita mendedahkan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kemampuan untuk mengambil peluang dan ruang bagi terlibat dengan pembekalan kad pintar untuk JPN.
“Tender terbuka ini telah mengenal pasti bahawa syarikat Datasonic mempunyai kriteria mencukupi bagi Jabatan Pendaftaan Negara, kementerian dan kerajaan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata syarikat itu mempunyai kilang di Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang dan JPN sentiasa memantau serta membuat pengauditan bersama-sama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) ke atas kilang pengeluaran kad pengenalan secara berkala.
“Selain itu, lokasi kilang pengeluaran kad pengenalan di Malaysia juga akan memudahkan pihak kerajaan untuk memantau, mengawal keselamatan serta memudahkan proses pengeluaran dan penghantaran kad pengenalan ke JPN,” katanya. – BERNAMA
TOP
Kalah Atau Menang Adat Pertandingan – TMJ
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menang atau kalah pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam merebut gelaran Juara Piala Malaysia 2014 pada 1 November ini sebagai adat pertandingan.
Pada baginda, mempunyai pusat latihan yang baik dan kemudahan bertaraf antarabangsa jauh lebih bermakna buat Harimau Selatan daripada memenangani sebuah piala tetapi dunia tidak mengenali pasukan itu.
“Tiada maknanya memenangi kejuaraan sekiranya tidak mempunyai pusat latihan yang baik kemudahan bertaraf antarabangsa. Tiada maknanya memenangi kejuaraan kalau pendedahan global kita amat terhad dan dunia tidak mengenali nama kita.
“Sekadar memenangi piala merupakan kegagalan kepada saya kerana kita juga perlu cemerlang dalam setiap aspek yang tersebut. Memenangi piala cumalah satu bonus,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Tunku Ismail menganggap mereka yang sentiasa memandang negatif terhadap usaha Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) tidak faham perbezaan antara kejayaan dan kemenangan sebenar dalam sukan bola sepak.
Sehubungan itu, baginda memberi jaminan akan terus berusaha meningkatkan lagi mutu bola sepak Johor untuk mencapai kejayaan yang jauh lebih hebat di peringkat dunia.
“Kepada mereka yang negatif yang berharap melihat kita gagal, mereka boleh terus menanti kerana ianya takkan berlaku, ibarat menunggu matahari membeku.” titah baginda.
Sementara itu, PBNJ dalam kenyataan berasingan berharap para penyokong JDT yang akan hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi akhir menentang pasukan Pahang bergembira sepanjang perlawanan berlangsung.
PBNJ turut meminta mereka sentiasa menjaga keselamatan dan bersorak untuk pasukan JDT dan berkumpul di pintu masuk stadium yang ditetapkan untuk mereka iaitu pintu merah, kuning dan hijau.
“Pintu-pintu tersebut akan mula dibuka mulai pukul 4 petang dan penyokong dinasihatkan tiba ke stadium lebih awal sebelum pukul 2 petang bagi mengelakkan kesesakan berikutan terdapat dua lagi acara besar yang turut diadakan di sana.
“Bagi para penyokong yang ingin memasang sepanduk, waktu yang dibenarkan adalah dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang pada hari perlawanan,” kata kenyataan itu.- mstar online
TOP
Sistem Tadah Air Hujan Bantu Jimat Kos Rawat Air
KUALA LUMPUR – Amalan mendapatkan bekalan air menerusi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) sebagai sumber air alternatif boleh membantu kerajaan menjimatkan kos merawat air.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menunjukkan 34 peratus air dirawat daripada jumlah penggunaan air bulanan isi rumah mampu dijimatkan jika rakyat mengamalkan SPAH.
“Air hujan yang dikumpul boleh digunakan semula bukan untuk minum tetapi untuk kegunaan domestik seperti mencuci lantai, siram pokok,
mencuci tandas dan kenderaan,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Irmohizam bertanya peratusan air terawat yang mampu dijimatkan jika SPAH diaplikasi dengan baik dan negara mana yang telah mengaplikasikan sistem itu.
Halimah berkata amalan SPAH dapat membantu menangani krisis air, sekaligus mewujudkan kaedah penjimatan air lebih baik dan membantu rakyat supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber air terawat.
“Sebagai contoh, setiap penghuni rumah akan menggunakan purata 227 liter air sehari dan daripada jumlah ini, 25 peratus digunakan untuk siram tanaman, curahan tandas dan sebagainya.
“Oleh itu, amalan SPAH dapat mengurangkan permintaan air terawat kepada 75 peratus,” katanya.
Halimah berkata SPAH sudah diamalkan di banyak negara termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Australia, India dan Jerman berikutan kesedaran penjimatan penggunaan air terawat. – BERNAMA
TOP
Australia Siasat Kematian Rakyatnya Yang Sertai IS
SYDNEY – Canberra sedang berusaha mengesahkan laporan mengenai kematian rekrut paling kanan Negara Islam (IS) di Australia, kata Menteri Luar, Julie Bishop hari ini.
Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) berkata, Mohammad Ali Baryalei, kelahiran Afghanistan, dipercayai terbunuh dalam satu pertempuran baru-baru ini.
Baryalei dituduh mengarahkan supaya dilakukan ‘pembunuhan’ di Australia dengan tujuan untuk menimbulkan ketakutan, termasuk memancung kepala orang awam.
“Kami sedang berusaha untuk mengesahkan laporan berkenaan, jadi saya tidak dapat membuat pengesahan pada peringkat ini,” kata Bishop.
Katanya, kerajaan Australia sentiasa mengingatkan rakyatnya bahawa mereka yang meninggalkan negara ini untuk berjuang di Iraq dan Syria sebenarnya meletakkan diri sendiri dalam bahaya.
“Mereka menghadapi risiko dibunuh. Mereka juga melanggar undang-undang Australia.
“Mereka menambahkan penderitaan rakyat Iraq dan Syria dan kemungkinan memperoleh pengalaman mengenai keganasan,” katanya.
Bishop berkata kerajaannya menggesa rakyat Australia yang masih muda agar tidak menyertai kumpulan radikal dan pada masa sama, mempertahankan penggubalan undang-undang baharu bertujuan menghalang warga Australia daripada melakukan perjalanan ke luar negara untuk menyertai konflik.
“Kita perlu memastikan bahawa agensi keselamatan dan perisikan mempunyai segala kuasa yang ada bagi mengelakkan rakyat Australia daripada menyertai konflik ganas, tetapi sekiranya mereka masih melakukannya, mereka boleh ditahan, didakwa dan dipenjarakan,” kata Bishop kepada Kelab Akhbar Nasional. – AFP
TOP
Polis Di ESSZone Dapat Peruntukan RM90 Juta Tahun Lepas
LAHAD DATU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat peruntukan RM90 juta untuk membeli kelengkapan dan peralatan logistik bagi membantu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) memantapkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), tahun lepas.
Pengarah Jabatan Logistik PDRM Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata peruntukan itu termasuk untuk membina bangunan dan prasarana PDRM di ESSZone.
“Peruntukan itu digunakan untuk pembinaan balai polis sementara di tujuh buah tempat melibatkan kos RM32 juta dan kelengkapan peralatan logistik sebanyak RM60 juta,” katanya kepada pemberita selepas memandu uji kenderaan pelbagai guna jenis ATV di pangkalan Polis Marin Lahad Datu di sini hari ini.
Beliau berkata, untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap keselamatan di pantai timur Sabah tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM31 juta untuk membaik pulih pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dan menambah kelengkapan peralatan persenjataan.
Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya berpuas hati dengan kerja penambahbaikan pos-pos kawalan PGA di ESSZone.
“Dengan adanya kelengkapan itu, saya berharap anggota polis yang bertugas di ESSZone terus mempertingkatkan komitmen kerja agar kawalan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur Sabah terus terjamin,” katanya. – BERNAMA
TOP
Polis Pasang Pagar Besi Pisahkan Penyokong Anwar Dan Saiful
PUTRAJAYA – Polis memasang pagar besi bagi mengasingkan kumpulan penyokong Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mangsa yang didakwa diliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di hadapan Istana Kehakiman.
Hari ini merupakan hari kedua pendengaran rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.
Kedua-dua penyokong dipisahkan besi penghadang sepanjang 500 meter pada bahagian sebelah kiri dan kanan bangunan sebagai langkah memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini.
Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Mohd Saiful Bukhari yang berkumpul seawal 8 pagi di hadapan Istana Kehakiman membawa sepanduk bertulis ‘hormati Sultan dan Undang-undang’, ‘keadilan untuk Saiful’ dan pelbagai kata-kata perangsang untuk Saiful.
Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Suhaimi Adnan berkata kehadiran penyokong Mohd Saiful Bukhari terdiri daripada gabungan beberapa badan bukan kerajaan dan orang awam.
“Kedatangan kami untuk membuktikan kepada Saiful yang kami rakyat Malaysia bersamanya dalam menghadapi kesulitan ini,” katanya ketika ditemui.
Beberapa penyokong Anwar turut mengadakan majlis bacaan Yasin di kawasan mereka berkumpul. – BERNAMA
TOP
110,122 Daftar GST Sehingga 28 Oktober
KUALA LUMPUR – Jumlah syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebanyak 110,122 sehingga 28 Okt, 2014 meningkat 2,611 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata data terbaharu itu menunjukkan jumlah syarikat yang mendaftar untuk GST terus bertambah dengan tarikh akhir berbuat demikian adalah pada 31 Dis.
Kerajaan telah menetapkan sasaran 140,000 syarikat mendaftar di bawah struktur cukai baharu itu yang bakal dilaksanakan pada 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
Peniaga Dihukum Penjara Kerana Tumbuk ADUN Kuala Perlis
Seorang peniaga dikenakan hukuman penjara selama dua minggu oleh Mahkamah Majistret Kangar hari ini selepas didapati bersalah menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan (gambar).
Fauzi Yusoff, 39, turut dikenakan denda RM2,000 mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.
Mengikut peruntukan seksyen itu, tertuduh yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksium 12 bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, memetik laporan laman web Agenda Daily.
Mengikut fakta kes, Fauzi pada 8 September dua tahun lepas, pada pukul 9.15 pagi di Kampung Seberang Tok Pi di Kuala Perlis dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mat Hassan dengan menumbuk bahagian hujung mata kiri ADUN itu.
Dalam kes itu, Majistret Norhayati Ibrahim dalam penghakimannya memberitahu bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Menurut beliau, pihak pembelaan yang mengemukakan keterangan bahawa tertuduh cuba membela diri selepas diprovokasi juga tidak memenuhi pra-syarat bagi tujuan itu.
Mat Hassan cedera di mata dan pipi dalam kejadan itu, ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menziarahi jenazah di kampung berkenaan.
Tertuduh dikatakan menumbuk mangsa kerana mendakwa perniagaannya merosot teruk selepas sebuah pasar baru beroperasi di kawasan berdekatan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Ke-236 Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-236 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini.
Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kedah, Johor dan Pahang yang menghantar wakil masing-masing manakala Kelantan tidak menghantar wakil.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diwakili Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim manakala Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah diwakili Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.
Raja-Raja Melayu berkenaan diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka masing-masing diiringi Ketua Menteri.
Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifeli Mad Zin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan, memaklumkan bahawa anggota mesyuarat itu telah diberikan taklimat terkini oleh Zulkifeli dan Khalid mengenai pertahanan serta keselamatan negara manakala Dr Rahamat membentangkan perkara mengenai ekonomi.
Beliau berkata mesyuarat hampir dua jam itu turut membincangkan perkara berkaitan hal ehwal Islam, pelantikan termasuk pelantikan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Ketua Audit Negara dan hakim Mahkamah Atasan.
Selain itu, Syed Danial berkata perkara yang turut dibincangkan ialah mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian 2014/2015. – BERNAMA
TOP
Tony Fernandes Dinamakan ‘Pembina Jenama Terbaik Tahun Ini’
Tony Fernandes
KUALA LUMPUR – Kejayaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes memperkenalkan AirAsia sebagai jenama penerbangan tambang murah mendapat pengiktirafan apabila beliau dinamakan sebagai “Pembina Jenama Terbaik Tahun Ini” di Anugerah Penjenamaan Dunia 2014 di London, pada Selasa. AirAsia turut dinamakan sebagai “Jenama Terbaik Tahun Ini” dalam kategori syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan itu menjadi satu-satunya pemenang dari rantau ini, memperoleh skor tertinggi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand. Sebanyak 68 jenama dari 25 negara diberi penghargaan pada majlis tersebut. Fernandes ketika mengulas mengenai penghargaan itu, berkata “Ini merupakan satu penghormatan buat saya. Penjenamaan sentiasa mendapat tempat yang istimewa dalam diri saya dan kami berasa bangga dengan kejayaan yang kami capai dalam tempoh lebih sedikit dari satu dekad.” “Kejayaan AirAsia seperti yang dilihat hari ini disokong oleh sikap yakin yang ada pada setiap individu yang menjadi anggota keluarga AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan. AirAsia telah menunjukkan kepada dunia bahawa pendekatan syarikat penerbangan itu sentiasa berbeza dan ini dicapai melalui inovasi yang berterusan, katanya, sambil menambah, sifat inovatif syarikat itu merupakan kunci utama dalam meningkatkan jenama perniagaannya ke hadapan berbanding penerbangan lain. Pengerusi World Branding Forum Richard Rowles berkata ia mengambil masa bertahun untuk membina jenama yang kukuh dan diiktiraf. “Usaha mereka memberi inspirasi kepada mereka yang berada dalam industri penjenamaan, dan ini juga merupakan jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dengan pengguna,” katanya. Anugerah Penjenamaan Dunia 2014 itu dianjurkan oleh World Branding Forum, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan. Pemenang dinilai melalui empat bahagian, iaitu penilaian jenama, kajian pasaran pengguna, undian pengguna melalui talian, serta undian oleh Majlis Penasihat World Branding Forum yang terdiri daripada tokoh-tokoh daripada dunia penjenamaan. – BERNAMA

Pekerja Am Terlepas Hukuman Gantung
IPOH – Seorang pekerja am terlepas daripada hukuman gantung mandatori setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar 226 gram ganja, dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin memutuskan demikian terhadap Sariff Safie, 31, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, Noorin menyatakan pada tahap penilaian maksima, mahkamah tidak yakin dengan keterangan pendakwaan yang hanya memanggil seorang saksi sahaja untuk menunjukan dadah tersebut dijumpai bersama-sama tertuduh.
“Walaupun dikatakan dadah tersebut dijumpai pada badan tertuduh, namun tanpa sebarang keterangan sokongan terhadap keterangan saksi pendakwaan keempat, iaitu setidak-tidaknya seorang lagi saksi.
“Saya merasakan tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh atas pertuduhan terhadapnya dengan bergantung kepada keterangan saksi pendakwaan keempat semata-mata,” katanya.
Beliau berkata mahkamah turut meragui kredibiliti saksi berkenaan yang menyatakan tidak memberitahu pegawai penyiasat, mengenai enam orang tangkapan lain pada hari yang sama tertuduh ditangkap dengan alasan mereka tidak berkaitan dengan kes tertuduh.
Noorin berkata tertuduh juga berjaya menimbulkan keraguan munasabah apabila menyatakan dadah tersebut dijumpai di dalam rumah bernombor 218 yang disaksikan oleh kedua ibu bapa tertuduh dan enam orang tangkapan lain pada tarikh serbuan dibuat.
“Maka saya tidak dapat membuat kesimpulan mengenai satu penemuan milikan positif dadah tersebut walaupun ia dikatakan dijumpai pada badan tertuduh,” katanya.
Tertuduh, yang diwakili peguam bela Charan Singh, didakwa mengedar ganja tersebut di belakang sebuah rumah beralamat No.105, Kampung Ujong Pasir, Pengkalan Bharu, Pantai Remis, pada pukul 5.30 petang, 24 Sept 2012.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut 39(B)(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA
TOP
Djokovic Dapat Inspirasi Baharu Jadi Ayah
PARIS – Semangat menjadi ayah menyuntik semangat baharu kepada Novak Djokovic selepas dia menewaskan Philipp Kohlschreiber 6-3 6-4 untuk layak ke pusingan kedua, kejohanan tenis Masters Paris, awal pagi ini.
Ini adalah kali pertama dia kembali semula ke gelanggang selepas isterinya, Jelena selamatkan melahirkan anak pertama mereka, Stefan tujuh hari lalu.
“Saya bangga menjadi seorang ayah sekarang dan bangga dengan isteri saya yang melalui saat-saat seperti ini ketika melahirkan anak kami.
“Ini adalah perlawanan pertama saya sebagai seorang ayah dan ia harus memberi inspirasi tambahan selepas ini untuk memburu lebih banyak lagi kejayaan,” kata Djokovic.
Pemain Serbia berusia 27 tahun itu kini mahu mempertahankan status nombor satu dunia ketika dikejar rapat Roger Federer yang menjuarai Kejohanan Dalam Dewan Switzerland, Ahad lalu.
Federer akan membuka kempennya, hari ini bersama Andy Murray.
Pemain veteran berusia 33 tahun itu akan berdepan pemain Perancis, Jeremy Chardy dan harus menyambung rentak baik di Paris jika mahu memintas Djokovic selaku pemain nombor satu dunia. – BBC Sports
TOP
Maybank Terima Anugerah ‘Jenama Terbaik Tahun Ini’
KUALA LUMPUR – Maybank menerima anugerah ‘Jenama Terbaik Tahun Ini’ di majlis World Branding Forum di London baru-baru ini.
Maybank adalah satu-satunya jenama diberikan anugerah itu dalam kategori Perbankan di bawah pemenang Kebangsaan bagi Malaysia, katanya dalam satu kenyataan.
World Branding Forum adalah sebuah organisasi bukan keuntungan berdaftar yang bertujuan meningkatkan standard, kemahiran dan tahap pendidikan dalam industri itu.
“Anugerah ini adalah bukti ekuiti jenama kukuh yang dinikmati Maybank dalam kalangan pelanggannya dan memberi aspirasi kepada kami semua dalam Kumpulan ini untuk terus meningkatkan nilai jenama kami setiap hari,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Mohamed Adam Wee. – BERNAMA
TOP
Schurrle, Salah Kecewakan Saya – Mourinho
LONDON – Jose Mourinho mengkritik Mohamed Salah dan Andre Schurrle sebagai antara pemain yang gagal menjelmakan perwatakan diharapkan ketika bergelut menewaskan Shrewsbury Town 2-1 dalam saingan Piala Liga, awal pagi ini.
Pengurus Chelsea itu berkata dia kecewa dengan persembahan sesetengah pemain ketika dia berdepan masalah pemilihan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini menentang Queens Park Rangers
“Jika pemain yang beraksi 90 minit dua hari lalu (menentang Manchester United) adalah menakjubkan saya menjangkakan pemain yang tidak bermain akan memberi aksi hebat dan memberi saya masalah untuk membuat pemilihan bagi perlawanan Sabtu ini,” katanya.
Apabila ditanya sama ada Salah dan Schurrle mengecewakannya, dia menjawab: “Ya.”
Mourinho marah dengan pemain simpanan yang gagal menunjukkan karakter ketika menentang pasukan dari
League Two dan memuji komitmen Didier Drogba dalam perlawanan kelompok 16 terakhir ini.
Salah dan Schurrle terpilih dalam kesebelasan pasukan manakala Nathan Ake, Kurt Zouma dan Andreas Christensen juga hadir selaku pemain gantian.
Drogba yang dipanggil Special Drog oleh Mourinho bermain 90 minit dalam tempoh 48 jam dan menjaringkan gol pembukaan dengan aksi lincah mencemaskan kubu lawan.
Shrewsbury menyamakan kedudukan menerusi Andy Mangan sebelum Mourinho melakukan dua gantian – mengeluarkan John Obi Mikel untuk Nemanja Matic dan Salah diganti oleh Willian.
Willian menghasilkan hantaran melintang yang menyaksikant Jermaine Grandison tersepak masuk ke dalam gawang sendiri selepas menerima tekanan Drogba yang berusia 36 tahun. – Mail Online
TOP
Lebih 5,000 Syarikat Di Sabah Berdaftar GST
KOTA KINABALU – Lebih 5,200 syarikat di Sabah telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri untuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuatkuasa 1 April 2015.
Pengarahnya, Datuk Dr Janathan Kandok berkata, jumlah itu melepasi Indeks Prestasi Utama (KPI) yang diberikan kepada jabatan itu.
“JKDM juga membimbing sekitar 3,000 pendaftar GST di seluruh negeri ini untuk memahami mengenai cukai berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-13 Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS) di Wisma Kastam, di sini hari ini.
Janathan berkata, JKDM Sabah juga sedang membimbing beberapa syarikat pembuatan dan perkilangan dengan lebih dekat bagi memberi kefahaman tentang GST.
Beliau berkata, sistem cukai itu memudahkan setiap syarikat mendaftarkan perniagaan berbanding sistem yang lama.
Mengenai mesyuarat itu, Janathan mencadangkan PEWAKAS memohon kepada kerajaan negeri untuk membina sebuah bangunan bagi kegunaan persatuan di kawasan berdekatan Wisma Wanita di Likas.
Katanya, dengan memiliki bangunan sendiri ia dapat mengadakan pelbagai aktiviti bagi menambah sumber kewangan. – BERNAMA
TOP
Kaunter Tabung Haji Dibuka Pada Sabtu Pertama
KUALA LUMPUR – Kaunter perkhidmatan Tabung Haji (TH) akan beroperasi pada hari sabtu pertama pada setiap bulan di tiga puluh tiga cawangan terpilih bermula 1 November ini.
TH dalam satu kenyataan memberitahu, operasi perkhidmatan kaunter pada hari minggu itu diharap dapat memudahkan orang ramai yang mahu berurusan dengan agensi tersebut.
“Pembukaan kaunter-kaunter ini juga bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan TH kepada masyarakat. Perkhidmatan ini bagi memberi peluang kepada orang ramai yang tidak berkesempatan untuk berurusan pada hari-hari bekerja biasa,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, waktu operasi kaunter TH pada hari sabtu tersebut dari pukul 9 pagi hingga 12.30 tengahari.
Jelas kenyataan itu, perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi urusan simpanan, pengeluaran, mengemas kini akaun, pendaftaran haji dan lain-lain.
Orang ramai yang mendapatkan maklumat lanjut diminta menghubungi talian 03 – 6207 1919 atau emel kepada th-info@lth.gov.my.
TOP
Hubungan P’dagangan Pelaburan 2 Hala Dengan UAE Akan Terus Kukuh
DUBAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan terus kukuh dalam tahun-tahun mendatang memandangkan sektor perniagaan di kedua-dua negara terus terlibat dalam perkongsian strategik termasuk sektor kewangan Islam yang pesat berkembang.
UAE terus menjadi rakan dagangan penting bagi Malaysia, berkedudukan ke-14 keseluruhan dan yang pertama dalam kalangan rakan dagangan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kami, kata Najib pada rundingan meja bulat dengan pelabur UAE di sini pada Rabu.
Beliau berkata hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan UAE pada 2013 bernilai US$8.81 bilion, peningkatan 11.7 peratus, dengan nilai eksport keseluruhan meningkat kepada US$4.02 bilion dan import mencecah US$4.78 bilion.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata UAE merupakan pelabur GCC kedua terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia, mencipta lebih 3,400 pekerjaan.
Para pelabur UAE paling menonjol dalam sektor perkhidmatan, daripada National Bank of Abu Dhabi dalam perkhidmatan kewangan kepada Jacob Fleming dalam sektor perkhidmatan perkongsian dan penyumberan luar, katanya.
“Syarikat multinasional Emiriyah melakukan pelaburan besar di Malaysia yang memberi faedah kepada ekonomi kedua-dua negara. Malaysia bangga menjadi tuan rumah kepada beberapa projek penting serta pelbagai pejabat perwakilan dan serantau UAE.
“Kami juga gembira melihat firma Malaysia memainkan peranan mereka dalam kemajuan menakjubkan UAE,” kata Najib.
Beliau berkata ada 50 syarikat Malaysia beroperasi di UAE meliputi bidang logistik sehingga rekaan dalaman serta pelbagai projek pembinaan bernilai hampir US$5 bilion.
Mesyuarat meja bulat itu yang dianjur oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) diadakan bersempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10.
Turut hadir pada rundingan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis.
Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed NAzri Abdul Aziz; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Najib yang juga Penaung Yayasan WIEF berada di sini untuk lawatan kerja tiga hari yang dijadual berakhir pada Khamis. – BERNAMA
TOP
Menginap Di Hotel Ini Ibarat Anda Berada Dalam Dunia Harry Potter!
Populariti Harry Potter sememangnya tiada siapa boleh sangkal lagi-lagi menerusi dongeng magikal inilah mengubah keseluruhan hidup penulisnya JK Rowling kepada jutawan ternama.
Dari sebuah novel akhirnya digarap menjadi sebuah filem yang sentiasa pecah panggung dan merekodkan sejarah kutipan perfileman jelas menunjukkan ilham novelis JK Rowling sememangnya luar biasa.
Kini, pemilik sebuah hotel di London, The Georgian House mendapat idea baru bagi melariskan tempat penginapan itu dengan mengubahsuai beberapa bilik menjadi rekaan dalam seperti asrama sekolah magis Hogwarts di dalam filem Harry Potter.
Idea ini ternyata menjadi hingga ramai pelancong ingin mencuba pengalaman yang dianggap luar biasa ini. Unik dan menarik sungguh lihat sahaja suasana bilik tidur ini yang mempunyai katil “Muggle size”, botol posyen dan aksesori bertemakan filem terhebat itu.
Bilik bernama “Wizard Chamber” ini turut menyediakan pakej bersama “Muggle walking tour” ala-ala Harry Potter yang bermula dari London dan ke pelbagai tempat-tempat yang dijadikan ilham penulis JK Rowling. Bagi yang berminat dan mengaku peminat setia Harry Potter pastinya tidak akan melepaskan peluang kecemasan ini lagi-lagi ianya bermula serendah RM1000 hingga ke RM2000. Pastikan ianya tercatat menjadi salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi suatu hari nanti! -MYNEWSHUB.CC

Zilzar.com Boleh Berjaya Seperti Platform Alibaba
DUBAI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Zilzar.com, platform e-dagang Pasaran Gaya Hidup Islam pertama dunia, bagi perdagangan, kandungan dan komuniti untuk pasaran pengguna Islam yang bernilai US$2.5 trilion.
Beliau berharap Zilzar.com boleh berjaya seperti Alibaba di pasaran China, yang mana bakal merancak dan melonjakkan lagi dagangan halal di peringkat global.
“Persekitaran dan keadaan adalah sempurna bagi perkongsian inovatif baharu ini untuk pertumbuhan ekonomi,” kata Najib pada pelancaran rasmi Zilzar.com bersempena dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10, di sini, hari ini.
Najib juga berkata terdapat lebih 1.8 bilion orang Islam yang tinggal di 150 negara di seluruh dunia, dan minat mereka terhadap e-dagang semakin meningkat.
Turut hadir di majlis itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi ZILZAR Datuk Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack.
Perdana Menteri berkata pasaran Islam lebih besar berbanding pasaran China dan berkembang lebih pantas berbanding gabungan Amazon dan e-Bay.
“Zilzar.com bagi sektor gaya hidup orang Islam boleh menjadi seperti Alibaba dalam pasaran China, mewujudkan perniagaan dan pekerjaan baharu dan membawakan kewangan Islam ke pasaran baharu,” kata beliau.
Mengenai Zilzar.com, Najib berkata platform dalam talian baharu itu direka bentuk bagi memudahkan peniaga halal di seluruh dunia menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan efisien dan beretika.
“Ia adalah percuma, dan akan menghubungkan berjuta-juta pengguna, di samping menawarkan perniagaan kepada sebahagian daripada pasaran gaya hidup Muslim yang bernilai US$2.5 trilion,” kata beliau.
“Industri halal merangkumi segalanya daripada makanan sehinggalah kepada farmaseutikal. Tetapi perusahaan kecil dan sederhananya tersebar di seluruh
dunia.
“Mereka mahukan hubungan yang lebih baik, bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan ringkas tentang akses dan peluang pasaran,” kata Najib yang juga penaung WIEF.
Dengan tema WIEF tahun ini yang menumpukan kepada ‘Perkongsian Inovatif bagi Pertumbuhan Ekonomi’, beliau berkata Zilzar.com merupakan contoh terbaik bagi perkongsian seumpama itu untuk kepentingan bersama industri halal dan kewangan
Islam.
“Penggabungan yang sepatutnya telah lama dilakukan yang boleh merangsang ekonomi Islam bagi dekad-dekad akan datang,” kata Najib.
Secara keseluruhannya, Perdana Menteri berkata ekonomi pasaran halal bernilai US$7 trilion, blok ekonomi keempat terbesar di dunia.
“Dan dengan menghimpunkan bersama dua aspek paling tersendiri, kita boleh memanfaatkan peluang ekonomi baharu, bagi rakyat kita, perniagaan kita dan negara-negara kita.
“Halal mengeratkan hubungan orang Islam di seluruh dunia, dan juga membentuk sebahagian daripada identiti kita tetapi ia juga mempunyai daya tarikan yang lebih meluas,” kata beliau.
Di Malaysia, barangan dan perkhidmatan yang diperakui halal ada di mana-mana dan “ia digunakan oleh setiap orang, tanpa mengira agama.”
“Malahan, kepelbagaian kita merupakan satu daripada alasan Malaysia begitu menonjol di pasaran halal global.
“Kami biasanya mengeluarkan produk yang bukan sahaja patuh Syariah tetapi juga mesra pengguna dan membina institusi untuk menyokong mereka.
“Ia termasuk kewangan Islam,” kata beliau sambil menambah Malaysia melancarkan sukuk berdaulat pertama dunia sedekad lalu.
Jumlah aset kewangan global industri kewangan Islam kini dianggarkan bernilai lebih daripada US$2 trilion.
“Ia membawa peluang baharu bagi pelabur, perniagaan dan negara,” kata Najib yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Dubai mulai 28 Okt bersempena dengan WIEF Ke-10.
Dengan menyatakan bahawa perbankan Islam tidak terjejas oleh krisis kewangan global, Najib menambah ia sepatutnya kini mempunyai mandat dan keyakinan untuk maju kehadapan dan mengukuhkan kedudukan dalam perbankan dunia.
Ketika ekonomi Islam global semakin matang, dua sektor utama ini, barangan halal dan kewangan Islam – telah mewujudkan satu kelas aktiviti ekonomi yang baharu, kata beliau. – BERNAMA
TOP
3 Lelaki Termasuk Ketua ‘Geng Alif’ Ditahan Di Melaka
JASIN – Polis menahan tiga lelaki termasuk ketua kumpulan ‘Geng Alif’ yang dipercayai menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar Melaka dan Gemencheh, Negeri Sembilan sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata tangkapan pertama melibatkan ketua kumpulan itu dikenali sebagai Alif yang berusia 27 tahun diikuti dua anggota kumpulannya yang berumur 18 dan 22 tahun di rumah masing-masing di Selandar di sini menerusi Ops Pintu semalam.
“Hasil soal siasat mendapati kumpulan ini dianggotai enam lelaki dan tiga daripada mereka yang ditahan mengaku melakukan beberapa jenayah termasuk pecah rumah dan mencuri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini, hari ini.
Siasatan awal mendapati kumpulan itu terlibat dalam 11 kes jenayah meliputi pecah rumah, pecah bengkel dan curi motosikal di Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah selain Gemencheh.
Muhd Nur Hishamuddin berkata tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan berusia antara 21 dan 45 tahun juga ditahan polis semalam dan hari ini bagi membantu siasatan membeli barangan curi dari ‘Geng Alif’.
Polis merampas empat komputer riba dan masing-masing satu televisyen 48 inci, mesin rumput dan mesin pengilap kereta dipercayai barangan curi yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM10,000 daripada mereka.
Polis juga sedang menjejaki tiga lagi anggota kumpulan itu, yang dipercayai berada di Negeri Sembilan. – BERNAMA
TOP
HSB Persiap Petugas Untuk Urus Pesakit Virus Ebola
ALOR SETAR – Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini mempersiapkan dan memperkemaskan kakitangannya dalam menghadapi sebarang kemungkinan bagi menguruskan pesakit virus Ebola.
Untuk itu, latihan simulasi penghantaran pesakit Ebola dari HSB ke Hospital Sungai Buluh diadakan hari ini bagi mempraktikkan dan menguji carta aliran yang dirancang sebelum ini dalam menguruskan pesakit virus tersebut.
Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata sekiranya terdapat kelemahan pihaknya akan memperbaiki kelemahan tersebut bagi memastikan semua kakitangannya bersiap sedia dan tahu bentuk tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kes seperti itu berlaku.
“Melalui simulasi ini kita mahu lihat kelancaran bilik operasi berfungsi dan pengurusan pihaknya dalam membawa pesakit dijangkiti virus Ebola dengan baik dan tidak berlaku jangkitan virus tersebut kepada petugas hospital.
“Petugas perlu tahu tugasan masing-masing yang turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan kawalan keselamatan hospital,” katanya ketika ditemui pada Latihan Simulasi Penghantaran Pesakit Virus Ebola di sini.
Dr Juita berkata pihaknya juga akan melakukan latihan sama pada 4 Nov depan bagi memperkemaskan pengurusan petugas hospital itu dalam menguruskan pesakit dari Hospital Sungai Buluh ke wad khas di HSB.
“Kita perlu sediakan petugas hospital dengan cukup dan kita perlu teliti dalam melakukan sesuatu kerja dan pastikan ia betul seperti pemakaian pakaian perlindungan,” katanya.
Katanya latihan hari ini melihatkan lebih 50 petugas HSB dan lima petugas Hospital Sungai Buluh bagi menjayakan latihan tersbut.
Beliau berkata situasi latihan itu melibatkan seorang “pesakit” warga Nigeria berusia 40 tahun yang disyaki positif virus Ebola dan ditempatkan di wad khas di HSB.
Katanya sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Subang bertolak dari Hospital Sungai Buluh pada pukul 8.50 pagi tadi dan sampai di HSB pada pukul 10.45 pagi serta berlepas semula ke HSG pada pukul 1.04 tengah hari dengan membawa pesakit Ebola. – BERNAMA
TOP
Dua Pembalak Haram Mengaku Bersalah
MIRI – Seorang subkontraktor dan seorang juragan bot masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 setelah mengaku bersalah cuba memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa agar tidak mengambil tindakan terhadap mereka kerana terlibat dengan kegiatan pembalakan haram.
Hakim Mahkamah Sesyen Khas (Rasuah) Nixon Kennedy Kumbong menjatuhi hukuman itu terhadap subkontraktor Teng Yok Foo, 42, dan juragan Laseh Seling, 44, selepas dua lelaki berkenaan merayu diringankan hukuman kerana ia merupakan kesalahan pertama mereka, mempunyai keluarga untuk disara dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
Teng didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta denda tidak lebih lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.
Dia dituduh menawarkan pemberian RM2,000 kepada Mohamad Dzakariya Abdul Kader, inspektor yang bertugas dengan Jabatan Perisikan, Pasukan Operasi, Briged Batu Kawa, Polis Diraja Malaysia Kuching, selepas didapati melakukan kegiatan pembalakan di Long Kesseh, Baram, Miri, tanpa permit sah daripada Jabatan Perhutanan Sarawak.
Pemberian rasuah itu dikatakan ditawarkan pada pukul 9 malam 10 Sept 2014 di sebuah restoran makanan laut di Tebingan Miri.
Di mahkamah sama, Laseh dituduh menawarkan rasuah RM500 kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jahir Ja’afar pada 14 Mac 2014 di atas bot tunda Link Link V di Limbang.
Rasuah itu ditawarkan agar Jahir tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana mengangkut balak tanpa permit pengangkutan sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Kedua-duan tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM Kathrine Nais. – BERNAMA
TOP
Puteri UMNO Mahu UM Bertindak Tegas
KUALA LUMPUR – Puteri UMNO mahu pengurusan Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tegas dan adil ke atas pelajar yang terlibat dalam program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara.
Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan perlu diambil supaya universiti itu dilihat atau dianggap lemah oleh masyarakat dan pelajar universiti berkenaan.
“Perkara yang menyalahi undang-undang dalam kalangan pelajar tidak seharusnya berlaku kerana mereka hanya pelajar yang pastinya menjunjung peraturan demi masa depan mereka sebagai pelajar.
“Kerana itu, kejadian yang berlaku di UM malam Isnin lalu perlu dilihat secara menyeluruh, bukan hanya tertumpu pada isu disiplin pelajar supaya keputusan yang bakal dibuat telus dan adil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati berkata, tindakan pelajar terbabit melanggar peraturan tidak wajar berlaku dan beliau percaya jika isu itu ditangani lebih awal imej universiti berkenaan tidak mungkin tercalar seperti hari ini.
Kata beliau, lebih memburukkan keadaan apabila penganjur program membawa masuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam universiti itu yang jelas bertujuan membantu mencapai matlamat agenda peribadinya.
“Program malam itu telah disalah guna apabila lebih dilihat sebagai platform menghasut dan cuba mengeksploitasi pelajar ke jalanan untuk menyokong politik peribadi ketua pembangkang itu.
“Ia juga membuktikan Anwar tidak peduli kesusahan orang awam lain yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan itu,” katanya.
Tambahnya, insiden yang berlaku melibatkan segelintir pelajar UM itu memalukan seluruh warga universiti termasuk alumni yang pernah menimba ilmu di institusi berkenaan.
Katanya, Puteri UMNO kesal kebebasan berpolitik dalam kalangan pelajar telah disalah guna yang merupakan generasi masa depan negara yang bertanggungjawab membawa negara ke arah perpaduan.-mynewsub
TOP
Kes Keganasan Rumah Tangga Di Johor Menurun
LEDANG – Kes keganasan rumah tangga di Johor mencatatkan penurunan iaitu 344 kes setakat Ogos pada tahun ini berbanding 400 hingga 450 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor, Mohamad Ali Taib berkata penurunan tersebut mungkin disebabkan tahap kesedaran yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata kempen kesedaran serta seminar antijenayah bagi menangani keganasan terhadap wanita diharap akan membantu orang ramai mengenai hak mereka dan ciri-ciri keselamatan bagi mengatasi kes seumpama ini.
Kempen ini dilanjutkan daripada 60 kepada 90 hari, katanya kepada pemberita selepas Seminar Wanita Antijenayah di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak, dekat sini, hari ini.
Seminar sehari bertajuk ‘Bicara Gender: Jadilah Lelaki Dambaan Wanita’, dihadiri oleh 350 peserta.
Tahun lepas, Johor antara tiga negeri yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi dengan 583 kes, diikuti dengan Selangor dan Negeri Sembilan, masing-masing 512 dan 502 kes. – BERNAMA
TOP
Operasi Tembak Gagak Di Bangsar Esok
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan operasi menembak burung gagak di sekitar Bangsar esok.
Operasi yang bermula 5 petang hingga 8 malam itu melibatkan Jalan Ara, Jalan Telawi dan kawasan sekitarnya, menurut DBKL dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Berikutan itu, DBKL meminta orang ramai supaya berhati-hati sewaktu melalui kawasan tersebut sewaktu operasi itu dijalankan. – BERNAMA
TOP
YY Pang Beri Amaran Kepada Pelumba
YY Pang (kiri) memeriksa jentera pelumbanya, Ahmad Abdul Kadir.
PENGURUS Motul Yamaha YY Pang, Pang Yoke You memberi amaran kepada semua pelumbanya yang beraksi dalam kategori CP115 agar bersaing dengan lebih selamat khususnya pada saingan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan, minggu ini. Prestasi pelumba pasukan YY Pang pada musim ini cukup hebat apabila memenangi kesemua lapan pusingan yang telah berlangsung setakat ini namun insiden kemalangan membabitkan Zaidi Mohd Zaifaizal dan Tengku Amirul Haffirudin pada pusingan lepas di Kangar boleh dielakkan jika mereka lebih berhati-hati.
Meskipun kemenangan tetap menjadi milik pasukan apabila Mohd Izzat Zaidi Salehan berjaya menamatkan 15 pusingan perlumbaan sebagai juara sekaligus naik ke kedudukan teratas keseluruhan dengan mengumpul 153 mata manakala Zaidy jatuh ke tangga kedua dengan 139 mata dan Tengku Amirul ketiga dengan 113 mata, namun pengurus yang cukup berpengalaman itu tidak mahu insiden yang merugikan itu berulang kembali. “Pelumba kami sangat kompetitif ketika ini. Ia merupakan perkara yang baik buat pasukan namun ada kalanya persaingan sengit sesama sendiri seperti ini akan merugikan pasukan sepertimana yang berlaku di Kangar. Kami bukan menghalang mereka bersaing sesama sendiri kerana keputusan siapa menang kalah hanya ditentukan oleh mereka sendiri ketika di litar, cuma apabila dua pelumba dari satu pasukan yang sama terkeluar daripada perlumbaan serentak, ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku,” jelas YY Pang. “Kami seringkali mengingatkan mereka agar turut memberi keutamaan kepada pasukan, namun sebaik keluar ke litar, apa yang berada dalam fikiran adalah untuk memburu kemenangan individu. Sebenarnya situasi ketika ini agak sukar memandangkan mereka sedang bersaing untuk memburu gelaran peribadi, dan pada masa sama keutamaan untuk merebut gelaran bagi pasukan juga perlu diberikan perhatian. Kami perlu merancang strategi sebaik mungkin dan kalau boleh, kami mahu semua gelaran sama ada individu mahupun pasukan berada dalam genggaman kami,” tambah YY Pang. “Insiden kemalangan di Kangar merupakan satu kesilapan mudah memandangkan kedua-duanya, Zaidy dan Tengku Amirul gagal memungut sebarang mata dan ini merugikan mereka sendiri. Saya harap mereka dapat belajar daripada kesilapan tersebut. Mereka perlu bijak merancang strategi dan berlumba dengan lebih selamat untuk mengelak daripada sebarang kecederaan yang tidak sepatutnya berlaku. Malah kesilapan seperti itu juga boleh menyebabkan kehilangan mata berharga terutama ketika penghujung musim seperti ini.”
TOP
Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Pondan – Chef Wan
KUALA LUMPUR – Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan Datuk Redzuawan Ismail.
Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.
“Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja-kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.
“Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel dalam diskusi ‘Mentakrifkan Kelelakian’ (Redefining Masculinity) sempena Forum Wanita Luar Biasa (The Woman Extraordinaire Forum) 2014, di sini hari ini.
Chef Wan berkata sebagai suami dan bapa yang merupakan ketua keluarga, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah.
“Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan hanya menyenangkan, malah menyihatkan badan,” katanya.
Pereka fesyen, Bon Zainal Harun berkata maruah serta imej seorang lelaki tidak akan terjejas sekiranya membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk dan membasuh pakaian.
“Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.
“Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka,” katanya.
Diskusi selama sejam yang membincangkan stereotaip orang ramai mengenai peranan lelaki dalam urusan rumah tangga pada masa kini, turut melibatkan Pengarah Eksekutif SEGi Group, Kim Odhner sebagai anggota panel.
Pengasas Brandt International Sdn Bhd, Munirah Looi bertindak sebagai moderator. – BERNAMA
TOP
GST Tidak Akan Naikkan Harga Rumah
KUCHING – Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju bahawa harga hartanah akan meningkat susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan.
Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pembeli tidak akan dibebankan dengan GST berkadar enam peratus itu kerana pemaju bakal menikmati potongan cukai input bagi bahan pembinaan yang mereka guna.
“Mereka memang perlu membayar GST bagi bahan tersebut, tetapi pada akhir rantaian (proses pembinaan), pemaju boleh membuat tuntutan semula GST terhadap bahan yang dibeli,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kemungkinan berlaku pembelian tergesa-gesa disebabkan kebimbangan harga rumah melambung seperti diuar-uar oleh pemaju.
“Harga tidak boleh lebih tinggi daripada harga sekarang. Pada masa ini anda membayar 10 (peratus cukai kerajaan) campur enam (peratus cukai jualan). Jika ia (GST) pada enam peratus, harga patut lebih rendah. Itu baru logik,” katanya.
Abang Johari berkata kementeriannya akan menganjurkan seminar khusus mengenai GST bagi semua pihak berkepentingan pada 20 Jan depan, bagi memberi gambaran lebih jelas mengenai implikasi cukai tersebut.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan telah mewujudkan mekanisme bagi menampung keperluan perumahan jika penawaran tidak dapat memenuhi permintaan.
Beliau berkata dua anak syarikat kementeriannya, Daya Builders Sdn Bhd dan Mutiara Mortgage and Credit, masing-masing akan memainkan peranan sebagai pemaju perumahan dan pemudah cara pembiayaan.
Menurutnya pendekatan itu juga bertujuan mewujudkan persaingan dengan pemaju swasta yang dipacu keuntungan dalam melaksanakan projek perumahan.
“Syarikat (Daya Builders) tidak terlalu bertujuan membuat keuntungan kerana objektif utama ialah menyediakan perumahan berkualiti dan mampu milik untuk rakyat,” kata Abang Johari.
Beliau juga berkata Ordinan Pembangunan Perumahan Sarawak (Kawalan dan Pelesenan) 2013 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2013 akan dikuat kuasa 1 Nov ini.
Beliau berkata undang-undang baharu itu akan mempertingkat perlindungan terhadap hak dan kepentingan pembeli rumah termasuk dalam isu projek terbengkalai. – BERNAMA
TOP
MBMB Rampas 197 Unit Komputer Judi
MELAKA: Anggota Penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyita peralatan komputer yang dirampas dalam operasi bersepadu di Malim Jaya, di sini hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA – Sebanyak 197 unit komputer dirampas dalam serbuan di premis kafe siber di sekitar Melaka Tengah yang dipercayai menjalankan kegiatan mesin judi berkomputer. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Abu berkata dalam operasi bersepadu dua hari bermula semalam melibatkan MBMB, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Melaka dan Suruhanjaya Tenaga, sebanyak 14 premis diperiksa berikutan aduan dan memorandum penduduk setempat berhubung kegiatan kafe siber terbabit. Bagaimanapun katanya hanya enam premis didapati menjalankan kegiatan mesin judi berkomputer. “Premis-premis lain didapati kosong dipercayai telah dihidu tonto yang mengekori pergerakan anggota penguat kuasa,” katanya dihubungi Bernama di sini, hari ini. Katanya tiada tangkapan dilakukan kerana kesemua premis yang diserbu tidak beroperasi. Zainal berkata pihaknya kini sedang mengesan pemilik premis terbabit bagi tindakan saman kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred (MBMB 2010). – BERNAMA

Akhirnya, Lelaki Dakwa Diri ‘Bakal orang Terkaya Di Dunia’ Ditangkap!
Papan iklan gergasi ini paling mendapat perhatian di Butterworth gara-gara seorang lelaki berani menggelarkan dirinya sebagai ‘Bakal orang Terkaya Di Dunia’.
Akhirnya semua ini propaganda semata-mata apabila lelaki berwarga China bernama Zhang Jian ini telah ditahan di Thailand.
Zhang,26 telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand gara-gara skim piramid yang diperkenalkannya hingga melibatkan mangsa di China dan Malaysia kehilangan wang dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600juta) dan 3 juta baht (RM300 juta).
Zhang merupakan pengasas YSLM atau turut dikenali Yun Shu Mao-’multi-level marketing atau lebih mudah dikatakan seakan-akan skim cepat kaya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat siasatan tentang skim yang diperkenalkan pada rakyat Malaysia ini dan mendapati YSLM ada kaitan dengan skim cepat kaya namun Jian dengan segera meninggalkan negara ini dan pergi meluaskan pengaruhnya di Thailand. Memetik petikan The Nation, pihak polis turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu. Laporan akhbar itu juga berkata, polis Bangkok turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang,29, dalam sebuah kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam pelbagai matawang. Pihak polis juga turut merampas lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM2.23juta), dua perjanjian tanah di Phuket serta akaun bank berjumlah 1.5 juta bath (RM150,000) dan kad pengenalan Thailand.
Dek kerana mahu segera kaya, akhirnya ramai yang memakan diri sendiri dengan mempercayai skim sebegini. Moga dijadikan ikhtibar! - MYNEWSHUB.CC

Pertambahan Penyokong Pada Hari Kedua Prosiding Anwar
PUTRAJAYA: Hari kedua prosiding rayuan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman hari ini menyaksikan pertambahan jumlah penyokong dari kedua-dua belah pihak.
Seramai lebih kurang 1,000 penyokong bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkumpul di satu kawasan terbuka di perkarangan Istana Kehakiman sementara 800 penyokong Anwar juga berkumpul di kawasan berasingan, di hadapan kompleks mahkamah sejak jam 7 pagi tadi.
Mereka membawa pelbagai sepanduk yang memaparkan sokongan masing-masing selain memakai tshirt bercetak khas sempena prosiding yang dijangka mengambil masa sehingga Jumaat ini.
Laungan ‘Tangkap Anwar, Bebaskan Saiful’ jelas berkumandang selain sepanduk bertulis ‘Saiful Bukhari Mangsa Sebenar’ dan ‘Hormati Sultan, Hormati Undang-Undang’ ditujukan jelas buat penyokong Anwar yang turut sama berhimpun sambil memegang banner ‘Rakyat Hakim Negara’.
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK
TOP
Wafa Abdul Kadir Bertarung Nyawa Buang Besi Di Leher
Setelah beberapa jam bertarung nyawa akhirnya pelakon dan penerbit Wafa Abdul Kadir dilaporkan dalam keadaan stabil.
Wafa Abdul Kadir, 48 terpaksa menjalani pembedahan besar semalam bagi membetulkan tulang lehernya kesan daripada kemalangan dua tahun lalu.
Selebriti ini dikatakan mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Tropicana dan menjalani pembedahan kira-kira pukul 11 pagi.
Menurut rakan baik selebriti ini, Betty Banafe memberitahu suami Wafa memaklumkan kepadanya pembedahan tersebut berjaya dilakukan dan memakan masa selama tujuh jam.
Memetik petikan mStar Online, Betty Banafe berkata “Alhamdulillah, lega hati saya apabila suaminya memberitahu pembedahan yang dijalani itu berjaya dan keadaannya stabil. Saya difahamkan, besi yang dipasang pada tulang leher Wafa pada dua tahun lalu tidak dimasukkan dengan betul dan kerana itu ia telah memberi kesan kepada organ lain.
“Oleh itu doktor terpaksa membuang semula besi tersebut dan membetulkan tulang leher itu. Ia merupakan satu pembedahan yang merumitkan,” katanya.
Betty turut berkongsi foto keadaan Wafa selepas menjalani pembedahan di Instagram miliknya.
Betty juga memohon jasa baik semua pihak bagi mendoakan kesejahteraan rakan baiknya lagi pembedahan ini mampu meragut nyawa Wafa Abdul Kadir. “Wafa memberitahu saya, jika dia tidak menjalani pembedahan, dia bakal berdepan dengan risiko hilang nyawa. Sekiranya menjalani pembedahan pula, kesannya juga tetap sama. “Dan andaikata Wafa selamat, dia mungkin akan lumpuh, hilang peti suara atau tempoh masa untuk sembuh akan memakan masa yang sangat lama. Jadi dia mengambil pendekatan untuk meneruskan pembedahan itu,” ujar Betty.
Untuk makluman anda, Wafa pernah berlakon dalam filem Azizah The Legend dan drama Pasukan Gerakan Khas dan menjadi penerbit filem animasi Budak Lapok. Pada 1993, Wafa pernah dicalonkan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Beliau juga merupakan anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kadir Talib dan isteri kepada Tajul Tamimuddin. – MYNEWSHUB.CC

Tak Mustahil Malaysia Ditadbir PM Wanita – Tun M
Mengambil kira dominasi dan keterhadapan golongan wanita pada masa kini, maka tidak mustahil andai suatu hari nanti Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita.
Ujar figura yang dikenali sebaga bapa pemodenan Malaysia itu, perlembagaan Malaysia juga tidak menghalang negara diterajui dari golongan hawa selagi ia mendapat sokongan majoriti rakyat.
“Tiada dalam perlembagaan yang menghalang seorang wanita daripada menjadi perdana menteri,” kata Tun Mahathir Momahad dalam satu program, ‘The Women Extraordinaire Forum 2014′.
“Sekiranya wanita tersebut mendapat sokongan majoriti daripada rakyat ataupun majoriti, tidak menjadi satu halangan.”
Tun Mahathir menyifatkan situasi kini sudah berubah kerana golongan wanita telah mengalami anjakan. Hari ini, golongan tersebut sudah berada dalam peringkat pengurusan dan berpendidikan lebih tinggi daripada lelaki.
“Sekarang, kita lihat lebih ramai wanita dalam pengurusan, setiap kementerian ada wanita. Malah, lebih jelas lagi, lebih banyak wanita berbanding lelaki di universiti.”
“Dalam sesuatu universiti, kadang-kadang ada 70 wanita dan hanya 30 lelaki, ini menunjukkan dengan jelas wanita memainkan peranan lebih penting daripada lelaki. Lelaki sekarang kurang berpendidikan berbanding wanita.”
Tambahnya lagi, wanita lebih berintegriti daripada lelaki. Justeru, tugas yang perlu berhadapan dengan unsur rasuah perlu diberi kepada wanita. – MYNEWSHUB.CC
TOP
BAHAYA!! Kes Denggi Mencanak Naik 212 Peratus
Jumlah total kes Denggi di seluruh negara bermula Januari sehingga 18 Oktober lepas dilaporkan meningkat sebanyak 212 peratus, kepada 82,738 kes berbanding 26, 527 pada tempoh sama tahun lepas.
Memetik laporan BERNAMA, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian bagi durasi masa yang sama pula adalah 157 berbanding 59.
Menurut beliau, dalam tempoh Januari sehingga 11 Oktober lalu, 3.99 juta premis diperiksa dan sebanyak 13,013 kompaun bernilai RM 6 juta dikenakan kerana tidak menepati piawaian.
Beralih kepada perkembangan mingguan kes Denggi, beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 19 peratus dalam tempoh tujuh hari iaitu dari 12 Oktober sehingga 18 Oktober iaitu sebanyak 2,160 kes berbanding 1,822 kes minggu sebelumnya.
Katanya lagi, 10 negeri dikenal pasti mengalami peningkatan kes iaitu Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. – MYNEWSHUB.CC
TOP
BR1M Tidak Tambah Kadar Defisit Negara
KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak meningkatkan kadar defisit negara walaupun jumlah penerima dan nilai bantuan itu meningkat setiap tahun, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata malah kadar defisit negara berkurangan sejak BR1M diperkenalkan pada 2012, dan dijangka mencecah kadar tiga peratus pada 2015.
Beliau berkata penerima BR1M pada 2012 adalah seramai 4.2 juta dan dijangka meningkat kepada 7.1 juta tahun depan, iaitu peningkatan 73 peratus.
Selain itu, katanya nilai bantuan juga meningkat 160 peratus iaitu RM2.1 bilion pada 2012 kepada RM5.2 bilion bagi tempoh yang sama.
“Kerajaan sentiasa menilai kedudukan fiskal dan kedudukan kewangan negara apabila memberi bantuan-bantuan yang diumumkan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang bertanya mengenai mekanisme kerajaan dalam memastikan pemberian BR1M tidak menjadi beban kepada negara pada masa depan.
Kadar defisit fiskal negara berkurangan daripada 4.5 peratus pada 2012 kepada empat peratus pada 2013, dan dijangka terus menurun kepada 3.5 peratus tahun ini.
Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah mengelakkan penyelewengan dalam pengagihan wang BR1M, Chua berkata pemilihan penerima dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan.
“Kerajaan telus bantu sesiapa sahaja. Jumlah yang diluluskan juga dinilai serta dikaji setiap tahun,” jelasnya.
Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Abdul Aziz mengenai peruntukan pemberian BR1M tahun ini dan pecahan mengikut negeri, Chua berkata sebanyak tujuh juta penerima menikmati bantuan itu dengan peruntukan RM3.7 bilion.
Selangor merupakan negeri yang mempunyai bilangan penerima tertinggi BR1M 2014 dengan peruntukan sebanyak RM413 juta melibatkan 986 penerima, diikuti Johor dan Sarawak. – BERNAMA
TOP
Cikgu Biologi Dari China Ini Sangat Mengancam Dan Cantik!
Alahai, sebelum ini heboh di media sosial tentang gambar viral cikgu cantik manis memakai kebaya hingga ramai pula bapa-bapa mengada-mengada memberi komen mengenai gambar tersebut.
Di China, tidak kurang hebatnya, kerana terdapat seorang cikgu Biologi yang sangat cantik dan pandai bergaya.
Cikgu ini dikatakan mengajar di sebuah sekolah di Jinlin, China dan menjadi cikgu kegemaran ramai pelajar-pelajar di sana. Pelajar disana turut memuji cikgu cantik ini kerana pandai menjadi tenaga pengajar hingga dilaporkan dalam kelasnya tidak pernah mengalami masalah ponteng ataupun pelajar tidur.
Cikgu cantik ini juga mempunyai bentuk badan yang mengancam dan memiliki ketinggian 180 cm persis seorang model. Bagus juga jika ada cikgu sebegini pastinya prestasi pelajar meningkat dalam pendidikan Biologi yang dianggap sebagai mata pelajaran kritikal. Namun jangan pula, ada pelajar yang asyik bermain mata! Hiihii….
– MYNEWSHUB.CC

Konspirasi Dan Kekhilafan Dalam Analisis DNA
PUTRAJAYA – Perbicaraan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini dengan peguam-peguam pembelaan terus mengemukakan penghujahan mengapa Mahkamah Persekutuan harus membatalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Penasihat PKR itu.
Selepas penghujahan panjang lebar oleh peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, tiga peguam lain pembelaan menyatakan mereka memerlukan sepanjang hari ini untuk membuat penghujahan mereka.
Peguam N.Surendran meneruskan penghujahannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Ia diikuti peguam Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai sampel yang diambil daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur susulan laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan kejadian itu.
Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh mungkin berhujah dengan terperinci mengenai analisis DNA di mana beliau akan mempertikaikan integriti sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.
Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan pula dijangka membuat penghujahannya esok, dan prosiding rayuan kes liwat Anwar mungkin berlanjutan sehingga Jumaat.
Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penhujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.
Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti mengenai integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.
Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel itu boleh terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful.
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan itu terkhilaf apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan itu yang didakwa dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.40 petang pada 26 Jun 2008.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Ini kes liwat kedua terhadap Anwar.
Dalam kes pertama, Anwar didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.
Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah setelah disabitkan terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.
Anwar dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.
Anwar dibebaskan apabila Abdul Hamid dan dua lagi hakim Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bercanggah dari segi tarikh sebenar kejadian liwat, walaupun pada umumnya, ketiga-tiga hakim itu bersetuju bahawa berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan adik angkat Anwar,Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. – BERNAMA
TOP
KPDNKK Sediakan Sistem IT Untuk Pembahagian Subsidi RON 95
Selaras dengan pelan kerajaan untuk menyusun semula pembahagian bahan bakar RON 95, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bakal membangunkan satu sistem IT untuk melancarkan perlaksanaan tersebut.
Sistem tersebut yang dijadualkan bakal dilaksanakan pertengahan tahun hadapan akan menelan belanja sebanyak RM 4 juta.
Timbalan Ketua Setiausaha (Francais dan Kepenggunaan) KPDNKK, Datuk Basaruddin Sadali berkata, pembangunan sistem IT itu akan menyelaraskan model pembahagian subsidi mengikut pendapatan.
Menurut beliau lagi, kerajaan kini sedang menilai respon dan pendapat dari masyarakat tentang perlaksanaan sistem itu dari pelbagai sudut.
Malah, KPDNKK turut mempunyai pelan alternatif bagi masyarakat luar bandar yang tidak memiliki capaian internet dan jalur lebar.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dibahagikan kepada tiga peringkat mengikut tahap pendapatan rakyat. Memetik kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam akhbar Sinar Harian, rakyat yang memiliki pendapatan RM 5 ribu sebulan akan terus menikmati pemberian subsidi kerajaan, Namun untuk individu yang berpendapatan RM 10 ribu ke atas, bantuan tersebut akan ditarik. “Tahap pertama (pendapatan kurang RM 5 ribu) akan terus menikmati subsidi seratus peratus, peringkat kedua bagi yang berpendapatan rendah hingga pertengahan akan menikmati sebahagian subsidi manakala bagi yang memiliki pendapatan RM 10 ribu tidak diberikan subsidi.” Kata beliau lagi, “Perlaksanaannya akan berasaskan kepada gaji individu, tidak seperti BR1M yang berasaskan kepada pendapatan isi rumah.” Sistem ini sedang berada dalam proses kajian terperinci dan dijadual akan dilaksanaan bermula Jun 2015 – MYNEWSHUB.CC

Tu Dia… Pengembara Tawar Seks, Jika Sanggup Tanggung Kos
SHANGHAI – Hanya kerana ingin perjalanannya ke seluruh China ditaja, seorang gadis berusia 19 tahun sanggup meniduri lelaki yang mahu membiayai perjalanannya itu.
Ju Peng, bagaimanapun menetapkan syarat hanya lelaki yang kacak, berusia bawah 30 tahun, tinggi melebihi 1.7 meter dan pastinya kaya, boleh menjadi teman lelaki sementaranya.
Dia menawarkan untuk bersama lelaki tersebut semalaman dan sebagai ganti, mereka perlu membayar perbelanjaan dan pengangkutannya.
“Mereka perlu membiayai perjalanan saya ke bandar mereka dan mereka juga perlu baik hati.
“Sebagai ganjaran, mereka boleh menghabiskan masa semalaman dengan saya,’’ katanya yang mengiklan tawaran berkenaan dalam media sosial Weibo.
Menurut Ju Peng, dia suka mengembara justeru tidak perlu berasa malu dengan tawaran berkenaan.
Bagaimanapun orang ramai yakin dia adalah seorang pelacur dan menggesa agar iklan tersebut ditarik balik.
TOP
Doktor Keluarkan 12 Jarum Daripada Tubuh Bayi Di China
BEIJING – Jarum yang dicucuk pada tubuh seorang bayi 11 bulan oleh ibu saudaranya dikeluarkan dengan secara pembedahan semalam, lapor agensi berita Xinhua.
Doktor di Hospital Kanak-Kanak Beijing berkata Fan Zixuan dari timur wilayah Shandong berada dalam keadaan baik dan kemungkinan sembuh dalam masa seminggu.
Fan didapati mempunyai 12 jarum suntikan dan jarum jahitan di dalam tubuhnya yang menyucuk hati, buah pinggang dan organ lain.
Ibu saudaranya yang disyaki polis menyucuk jarum itu ke tubuh bayi berkenaan, membunuh dirinya dengan minum racun Jumaat lalu.
Awal tahun ini, seorang wanita dari wilayah Hubei ditahan selepas disyaki memotong telinga anak saudaranya yang berusia enam tahun. - BERNAMA
TOP
Video: Penyokong Anwar Cuba Rempuh Penghadang Besi
PUTRAJAYA - Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi bertindak liar apabila cuba merempuh penghadang besi yang diletakkan di sekeliling Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, pada hari kedua prosiding rayuan kes liwat Anwar.
Mereka bertindak liar ketika mengiringi Anwar yang baharu sahaja tiba di perkarangan Istana Kehakiman tepat jam 9.05 pagi.
Pasukan keselamatan yang berkawal segera bertindak dengan menjaga penghadang besi sebelum ianya dirobohkan penyokong Ketua Pembangkang itu. Kehadiran penyokong Anwar hari ini turut disertai oleh aktivis pelajar Adam Adli.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Photo/Video: RIZA RAZAK

3 Pengarah Syarikat, Seorang Pekerja Didakwa Simpan Diesel
JOHOR BAHRU: Mohamad Mahmood, 59 (kiri), dihadap ke mahkamah atas tuduhan menyeleweng minyak diesel subsidi di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI – Tiga pengarah sebuah syarikat pembekal minyak bergelar Datuk Seri dan Datuk serta seorang pekerja mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyimpan barang kawalan membabitkan 163,460 liter minyak diesel di premis tidak dibenarkan di Tanjong Surat di sini, Jun lepas. Datuk Seri Chong Kor Yong, 56, Datuk Chong Tzeng Hang, 31, dan Datuk Mohamad Mahmood, 59, yang merupakan Pengarah Harbour Talent Sdn Bhd serta dan pekerja syarikat itu, Teo Yong Foo, 31, didakwa menyimpan diesel berkenaan di kapal MT Inter di Jeti Persendirian Mohamed Long, Kampung Tanjung Belungkor, Mukim Tanjong Surat, di sini kira-kira 3.30 pagi, 6 Jun lepas. Kor Yong dan anaknya Tzeng Hang serta Mohamad didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 22(4) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama. Teo pula didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya ialah denda maksimum RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya. Sementara itu, syarikat Harbour Talent Sdn Bhd berkenaan yang beralamat di Taman Mount Austin, Johor Baharu turut didakwa kerana menyimpan diesel terbabit di tempat, masa dan tarikh yang sama. Kor Yong, yang mewakili syarikat itu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan. Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 dan bagi kesalahan kedua denda maksimum RM500,000. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan dan keempat-empat tertuduh diwakili peguam Muhammad Abd Kadir. Hakim Salawati Djambari menetapkan Kor Yong, Tzeng Hang dan Mohamad masing-masing dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin manakala Teo sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin. Kor Yong, yang mewakili syarikat, turut dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan keempat-empat mereka diperintah melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi setiap bulan sekali sehingga kes berkenaan selesai. Salawati menetapkan 11 Nov ini untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

Izzah, Suami Cuba Cari P’yelesaian Terbaik Isu Penjagaan Anak
KUALA LUMPUR – Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim dan isterinya Nurul Izzah Anwar masih cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu pada April lepas.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, ketika ditemui media di luar mahkamah selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Amran Mat Zain hari ini.
Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.
Namun, pasangan suami isteri itu tidak menghadiri prosiding berkenaan.
Azmi berkata pihak plaintif (Nurul Izzah) telah menghantar draf perjanjian berhubung cadangan hak penjagaan kedua-dua anak mereka menerusi e-mel kepada suaminya minggu lepas.
Azmi, yang enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai draf perjanjian berkenaan, berkata Raja Ahmad Shahir Iskandar memerlukan masa untuk meneliti cadangan berkenaan.
“Mahkamah turut mengarahkan defendan (Raja Ahmad Shahir) memasukkan pembelaan sekiranya tiada jalan penyelesaian berhubung isu hak penjagaan anak.
8 Dis ditetapkan untuk sebutan,” katanya. Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pada awal Januari lepas, Nurul Izzah yang juga anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. – BERNAMA
TOP
DNA ‘Lelaki Y’ Dalam Rektum Saiful Bukan Milik Anwar – Peguam Bela
PUTRAJAYA – Profil DNA “Lelaki Y” yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan milik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Dalam hujahnya di hadapan lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sangeet Kaur Deo berkata tiada bukti sama sekali untuk mengaitkan “Lelaki Y” dengan Anwar.
Beliau menjelaskan tiada seorang pegawai polis yang bertugas di lokap melihat Anwar menggunakan tiga barangan — berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral – yang telah diberikan kepadanya oleh pihak polis ketika beliau ditahan semalaman dari 16 Julai 2008 hingga 17 Julai 2008.
Sangeet berkata seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mendengar bunyi seolah-olah Anwar memberus giginya.
“Dia melihat Anwar menggunakan tandas sel tetapi dia tidak melihat perayu (Anwar) memberus gigi,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak mungkin untuk menghubungkan profil DNA ‘Lelaki Y’ untuk Anwar kerana ia boleh menjadi sesiapa sahaja.
Ketika ditanya Hakim Arifin sama ada terdapat orang lain dalam sel itu, Sangeet berkata Anwar adalah penghuni tunggal.
Beliau berhujah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bahawa Anwar telah menggunakan barangan itu, bagaimanapun, pegawai polis tidak pernah melihat Anwar menggunakannya.
“Keterangan mengikut keadaan biasanya bergantung kepada bila tidak ada keterangan langsung. Tetapi dalam kes ini, kita mempunyai saksi yang melihat perayu tidak menggunakan barang-barang itu,” katanya.
Namun, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong menjelaskan bahawa dalam undang-undang, keterangan mengikut keadaan boleh digunakan, tidak semestinya hanya mengarahkan keterangan, ia boleh menjadi kedua-duanya.
Sangeet berhujah bahawa di Mahkamah Tinggi, perbicaraan dalam perbicaraan dijalankan oleh mahkamah bagi maksud menentukan sama ada terdapat keterangan yang mencukupi bagi mahkamah untuk tidak memasukkan profil DNA daripada ketiga-tiga barangan itu.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi, dalam keputusannya, telah tidak memasukkan ketiga-tiga barangan itu namun mengubah keputusan awal selepas membenarkan pihak pendakwaan mengkaji semula keputusan dan membenarkan barangan itu dikemukakan sebagai bukti.
Sangeet berhujah bahawa daripada keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi untuk mengecualikan barangan itu, adalah jelas bahawa ia adalah berdasarkan kepada cara dan kaedah yang tidak adil yang digunakan pihak polis, bermakna ia dilakukan dengan helah dan tipu daya bahawa pihak polis cuba mengemukakan bukti DNA.
Beliau seterusnya berhujah bahawa barangan itu diperoleh bagi profil DNA oleh polis dengan cara yang tidak wajar dan tidak adil, kerana Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk tujuan DNA apabila diminta oleh doktor Hospital Kuala Lumpur.
Beliau berkata berdasarkan kepada pihak berkuasa, Anwar berhak dari segi perlembagaan untuk tidak melakukannya dan ia tidak diwajibkan secara undang-undang untuk memberikan sampel darahnya untuk DNA.
Sangeet berkata sebagai ganti daripada dibebaskan selepas pemeriksaan perubatan, Anwar dibawa kembali ke sel lokap dan dibekalkan dengan tiga barangan.
“Adalah penting untuk diperhatikan bahawa apabila barangan dijumpai daripada lokap, Anwar tidak ada,” kata beliau.
Beliau menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya mempertimbangkan apa yang dinyatakan dalam diari lokap kerana ia adalah sangat terperinci.
Malah, beliau berkata, berdasarkan keterangan itu, diari lokap itu mencatatkan pergerakan Anwar setiap dua jam seperti ketika dia sedang tidur dan bersandar kepada jeriji besi.
Beliau berhujah tanpa barangan itu, ada jurang besar dalam pendakwaan kes dan oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal untuk mengaitkan DNA Lelaki Y dengan Anwar.
Pada tahap awal, seorang lagi peguam, N.Surendran berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal mengambil kira kenyataan Anwar dari kandang tertuduh dengan lain-lain keterangan bagi mensabitkan pemimpin pembangkang itu. - BERNAMA
TOP
Penyokong Anwar Baling Telur Kena Jurugambar Media, Polis
PUTRAJAYA: Berlaku kekecohan di luar Istana Kehakiman, di sini, apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh besi penghadang yang dipasang pihak berkuasa.
Kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum prosiding hari kedua yang berhenti rehat disambung semula pada pukul 2.30 petang Selasa.
Ia bermula apabila kumpulan terbabit memukul poster Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan kasut beramai-ramai sebagai tanda protes.
Tidak lama kemudian beberapa lelaki daripada kumpulan terbabit meluru ke arah penghadang besi yang dikawal pasukan keselamatan dari bahagian dalam dan cuba merempuhnya. Salah seorang daripada mereka mendakwa terdapat anggota polis yang bertindak menendang salah seorang ahli daripada kumpulan penyokong itu dan menuntut supaya anggota polis memohon maaf. Sedang anggota keselamatan mengawal rempuhan, salah seorang anggota polis terkena telur yang dibaling dari arah belakang. Kekecohan tersebut akhirnya dileraikan oleh anggota parti yang lain. Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbabit juga bertindak membakar poster Mohd Saiful.-mynewsub

455,839 Calon Duduki SPM Dari 3 Nov Hingga 4 Dis Ini
KUALA LUMPUR – Seramai 455,839 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,655 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dari 3 Nov hingga 4 Dis ini.
Mereka terdiri daripada 400,351 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, seramai 8,241 calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan dan 7,957 calon sekolah menengah agama negeri.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini seramai 12,066 lagi ialah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, 25,701 calon persendirian dan 1,523 calon sekolah menengah agama rakyat.
Seramai 29,607 petugas dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar seperti dijadualkan.
Lembaga Peperiksaan menasihatkan semua calon SPM 2014 supaya merujuk jadual waktu peperiksaan yang boleh didapati menerusi laman web http://www.moe.gov.my/lp.
Calon juga dikehendaki membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan. – BERNAMA
TOP
KEJAM!! Wanita Indon Paksa Suap Bayi Makanan.. SEBARKAN!!
Tiba-tiba kemarahan penulis jadi meluap-luap apabila melihat perbuatan seorang wanita dipercayai warga Indonesia yang menyuap makanan secara paksa ke dalam mulut seorang bayi tanpa belas kasihan.
Biarpun, bayi itu menangis kerana makanan sudah penuh di dalam mulutnya, dia tetap terus menyupkan makanan tanpa henti dengan harapan agar bayi itu menelannya segera.
Ayat yang keluar dari mulut wanita itu hanyalah..
“Cepat.. cepat.. cepat nak? cepat,” kata wanita itu. Kes ini dipercayai berlaku di Malaysia kerana wanita itu ada berkata berkenaan cara itu biasanya dipraktikkan di negara Indonesia. “Kalau orang Indon macam inilah bos,” kata wanita tidak berperikemanusiaan itu. Tidak dijelaskan mengapa bayi itu diperlakukan sedemikian dan tiada tarikh bilakah kejadian ini berlaku. Video berkenaan dipercayai dirakam lelaki yang berada di depan wanita itu yang sesekali terdengar tertawa melihat bayi yang sedang bertarung untuk menelan makanan yang disumbatkan ke dalam mulutnya secara paksa. Orang ramai di internet diharapkan dapat menyebarkan dan menjadikan petikan video ini yang dimuatnaik di Friedns of BN-Barisan Nasional agar segera kes ini disiasat dan si pelakunya di bawa ke muka pengadilan kerana menyeksa bayi itu. – MYNEWSHUB.CC

Penumpang Pesawat Terakam Gambar Pelangi Paling Indah!
Ini mungkin menjadi perjalanan yang tidak akan dilupakan oleh pengembara ini kerana dapat melihat keindahan fenomena alam semula jadi dengan begitu hampir.
Seorang penumpang kapal terbang, Melissa Rensen tidak menyangka ketika merakam pemandangan awam dari jendela tingkap pesawat yang dinaiki terhasil fenomena pembentukan sebuah pelangi yang amat cantik dan berwarna warni.
Wanita Kanada yang berusia 51 tahun ini pada mulanya hanya menyangka warna itu adalah kesan polarisasi cahaya matahari akhirnya percaya itu adalah pembentukan pelangi setelah melihat gambar pelangi yang dirakam.
Gambar yang dirakam menjadi gambar yang menarik untuk dikongsi bersama-sama keluarga dan rakan-rakannya. Menurut Melissa, ketika gambar tersebut dirakam dia dalam perjalanan dari London ke Honduras.
Kagum betul melihat gambar yang dirakam Melissa seperti sebuah lukisan indah. - MYNEWSHUB.CC

Tengok Gaya Bahasa Ini…. Cek Macam Ini Pun Ada Di Bank??
Bagaimana agaknya status cek di dalam gambar ini. Adakah ia masih boleh ditunaikan atau sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini adalah kerana Bahasa Melayu yang digunakan untuk menulis jumlah wang adalah salah dan tunggang langgang.
Gambar cek ini diperolehi di laman sosial dan ia sedang viral ketika ini ekoran kelucuan gaya bahasa yang digunakan. Jelas, pemilik cek berkenaan merupakan seorang berbangsa Cina tetapi mungkin tidak berapa arif dalam menulis jumlah wang dalam bentuk perkataan sehingga terjadilah sebegitu. “Tua ribu enam ratus sembilan bulu ringgit tika bulu sen sahaja,” menurut perkataan yang tertulis di cek berkenaan.
Inilah kali pertama penulis bertemu dan melihat sekeping cek ditulis dengan gaya penulisan sebegitu. Dek kerana kesilapan menulis jumlah wang itu, cek itu terus menjadi bahan gelak ketawa di media sosial. Menurut sumber yang bertugas di bank, biasanya cek sebegitu tidak akan diterima oleh pihak bank dan ia sepatutnya menggunakan gaya bahasa yang betul di ruangan jumlah dalam perkataan itu. - MYNEWSHUB.CC

Liwat II : 57 Peratus Mengundi Anwar Bersalah
Mynewshub.cc mengadakan satu tinjauan di laman web kami www.mynewshub.cc untuk melihat pandangan pembaca berkenaan tuduhan kes liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Daripada 715 undi yang diterima, 57 peratus ataupun 408 undi mengatakan bahawa Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah. Sebanyak 229 undi iaitu 32 peratus sahaja yang mengatakan Anwar tidak bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.
Juga terdapat baki 78 undi yang tidak kisah akan perkembangan kes berkenaan dengan peratusan hanya 11 peratus. Bagi yang mengikuti perkembangan perbicaraan kes melibatkan Anwar ini, sejak 2012 dan juga proses rayuan pasukan pendakwaan pada Mac lepas, pasti mereka faham dan akur bahawa Anwar bersalah mengikut hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membawa kepada hukuman penjara lima tahun kepada Anwar. Biarpun begitu, penyokong tegar dan fanatik Anwar mUndianLiwatasih ada yang tetap setia dengan perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menuduh tuduhan liwat ke atasnya sebagai satu konspirasi politik. Bagi Anwar sendiri, sejak beberapa minggu lalu beliau sudah pun mula memancing simpati rakyat dengan kemaskini Facebook berbaur kesedihan seakan-akan beliau sudah teraniaya dek sistem kehakiman di Malaysia. Untuk menuntut kebebasan, Anwar telah meminta orang ramai khususnya anak muda untuk berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahamah Persekutuan tempat prosiding rayuan dijalankan atas nama kempen “Rakyat Hakim Negara. Apapun, dikatakan proses prosiding ini yang ditetapkan selama dua hari bermula semalam akan berlanjutan sehingga esok dan berkemungkinan besar keputusan hanya akan diketahui pada lusa. Rayuan pasukan pembelaan di Mahkamah Persekutuan didengar di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria. Empat hakim lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Anwar pada 2009 didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada 2012, beliau dibebaskan daripada tuduhan itu. Bagaimanapun, Mac lepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan pasukan pendakwaan diketuai Muhammad Shafee dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan itu. – MYNEWSHUB.CC

Najib Akan Lancar Zilzar.com Di Dubai
DUBAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan zilzar.com, platform eko-perdagangan halal, sebagai agenda pertamanya pada hari kedua lawatan kerja beliau di sini.
Kehadiran beliau di bandar raya paling padat penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini adalah bersempena penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10 yang diadakan di Madinat Jumeirah sehingga esok.
Najib dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Sheikh Hamdan Rashid Al Maktoum, Menteri Kewangan UAE dan Timbalan Pemerintah Dubai di Zabeel Palace.
Selepas kunjungan hormat itu, penaung Yayasan WIEF itu akan menghadiri jamuan makan tengah hari dengan ahli Panel Penasihat Antarabangsa WIEF dan Rakan Kongsi Strategik WIEF di Burj Al Arab.
Kemudian, pada sebelah petang, Perdana Menteri akan mengunjungi Ekspo WIEF Ke-10 di mana beliau dijangka mengumumkan kemudahan Islam bersindiket bagi Battersea Phase 3 Holding Company Ltd.
Najib juga dijadual menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pelabur UAE, dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Sebagai penutup jadual hari kedua beliau, Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan menghadiri Malaysian Agrofood Festival dan perjumpaan rakyat di Arena, Jumierah Beach Hotel.
WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.
Najib tiba di sini pada Ahad lepas bagi lawatan kerja beliau dan dijadual berlepas pulang pada 30 Oktober.
Ini adalah kunjungan kedua Perdana Menteri ke UAE selepas melawat ibu kota Abu Dhabi itu pada Mei. – BERNAMA
TOP
Kebenaran Untuk Anwar Diwakili Oleh Bekas Hakim Dipertikai
Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang telah mendesak Badan Peguam Malaysia untuk menjelaskan sama ada terdapat apa-apa “pengecualian khusus” yang diberikan kepada pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diwakili oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
“Merujuk kepada resolusi oleh Badan Peguam Malaysia yang diluluskan pada 15 Mac 2014 pada mesyuarat agung tahunannya yang menggariskan larangan bagi bekas peguam untuk mewakili sebarang klien di dalam mahkamah,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Keng Liang turut menambah bahawa ketetapan itu adalah berdasarkan kepada “prinsip yang telah ditetapkan sejak azali dalam bidang kuasa undang-undang umum.
Hakim yang telah bersara dari mahkamah persekutuan tidak layak menjadi peguam kerana akan mempengaruhi keputusan hakim lain.”
Teks resolusi juga menekankan , “Ini mungkin menjejaskan persepsi awam dengan pentadbiran keadilan.”
Dalam rayuan terakhir Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, yang bermula semalam,beliau telah dibenarkan untuk diwakili oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram.
“Ini jelas bertentangan dengan ketetapan diluluskan oleh Badan Peguam Malaysia pada awal tahun ini.
“Seperti yang telah dinyatakan oleh Badan Peguam Malaysia dalam resolusi mereka, hal ini dapat mempengaruhi persepsi awam dengan pentadbiran dan keadilan di negara kita.
“Badan Peguam Malaysia digesa untuk mengeluarkan penjelasan umum dengan kadar segera bagi mengelakkan kecelaruan.” katanya. – MYNEWSHUB.CC
5 TOP
Mayat Bayi Harum Biarpun Ditutup Sampah – Saksi
Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di ibu negara yang menemui mayat seorang bayi semalam berkata mayat itu masih berbau harum biarpun ditutupi sampah.
Mayat bayi itu ditemui pada pukul 9.30 pagi semalam, memetik laporan Harian Metro.
Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, mengetahui kejadian itu selepas diberitahu oleh penghuni kediaman mewah itu.
Penghuni berkenaan terjumpa mayat bayi lelaki itu ketika mahu membuang bungkusan sampah ke dalam tong berkenaan.
“Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan.
“Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Perhimpunan Di Hadapan Istana Kehakiman Tiada Permit
PUTRAJAYA – Penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Kehakiman di sini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan itu.
“Setakat ini, perhimpunan ini aman namun tiada permit yang dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan itu, di sini hari ini.
Beliau turut mengulas insiden seorang jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Mohamad Shahril Badri terkena sebiji telur yang dipercayai dibaling dari arah penyokong Anwar.
Menurutnya polis tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku selain individu serta motif insiden itu.
Sementara itu, polis membuka pagar yang ditempatkan di hadapan Istana Kehakiman kira-kira 3 petang tadi bagi memberi ruang kepada para penyokong Anwar berteduh daripada hujan di bawah khemah yang dipasang untuk satu majlis anjuran Perbadanan Putrajaya.
“Mereka minta pagar dibuka sebab hujan dan hendak berteduh di khemah… atas dasar perikemanusiaan, kita membukanya,” kata Abdul Razak.
Namun, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tetap berkawal bagi mengelak penyokong menghampiri perkarangan bangunan itu.
Hari ini merupakan hari kedua pendengaran rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Persekutuan di sini. – BERNAMA
TOP
Amaran!! Peniaga Online Wajib Papar Nama, Nombor Syarikat
Selalu memandang enteng hal seumpama ini, akhirnya pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bakal mengadakan pemantauan secara serius di laman-laman sosial bagi menjejaki para peniaga yang menjual secara online yang tidak memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.
Ini rentetan daripada penggunaan Peraturan Peniaga Dalam Talian yang telah dimaklumkan sejak Julai 2013 yang lepas.
Namun dilihat kebanyakkan peniaga-peniaga online masih lagi tidak ambil endah hingga kerajaan akhirnya perlu bertindak dan memberi penekanan terhadap hal ini.
Menerusi sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM telah memulakan proses pemantauan kepada beberapa peniaga di Facebook bagi memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.
Sebelum ini, rata-rata peniaga online menyangka peraturan yang dikuatkuasa adalah dikhususkan kepada web semata-mata namun ternyata silap kerana kesemua peniaga berasaskan dalam talian dikehendaki mengikuti peraturan ini.
Pihak SSM turut memaklumkan bagi peniaga yang masih lagi tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan bakal dikenakan caj penalti sehingga RM5000. Walaubagaimanapun, jika ada peniaga online yang hanya berniaga secara kecil-kecilan atau merupakan sebuah syarikat kecil boleh mendaftarkan syarikat di SSM dengan harga RM60 setahun bagi mengelakkan tindakan undang-undang dan penalti dikenakan. Makanya, beringatlah kesemua peniaga online termasuk Facebook dan Instagram kerana anda diwajibkan untuk memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat sebelum dikenakan apa-apa tindakan.
Contoh paparan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat pada laman Facebook
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tak gitew? - MYNEWSHUB.CC

Bawa 6 Jongkong Emas, Wanita Malaysia Ditahan Di Bangladesh
Selepas diperhatian ekoran geri-gerinya yang meragukan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh, seorang wanita dari Malaysia ditahan oleh pegawai penguatkuasa di situ.
Hasil pemeriksaan, mereka menemui enam ketul jongkong emas seberat satu kilogram di dalam bagasinya.
Bangladesh bdnews24.com melaporkan, wanita lebih separuh abad itu ditahan kerana menggunakan laluan hijau kira-kira tengah hari semalam.
Menurut Penolong Penguasa Batalion Polis Tentera, Nur-e Alam Siddiq, wanita itu datang ke Bangladesh menggunakan penerbangan Malaysia Airlines pada jam 11 pagi.
“Dia tidak pernah datang ke Bangladesh sebelum ini, sesuai dengan butiran perjalanan dalam passport beliau. Beliau juga tidak fasih berbahasa inggeris, jadi kami masih tidak dapat memastikan destinasinya di Bangladesh.”
Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap wanita itu, tulis portal berita tersebut yang memetik kenyataan Penolong Pesuruhjaya Kastam, Jewela Kahnam. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Hujan 1 Jam, Georgetown Dilanda Banjir Kilat
Hujan lebat yang melanda Lintang Sungai Ara 15, Georgetown, Pulau Pinang tengah hari tadi telah menyebabkan kawasan sekitar dilanda banjir kilat.
Kelihatan kenderaan melalui jalan raya yang dinaiki air di Jalan Tengah dekat pasaraya Giant di Bayan Baru. - foto ZAINUDIN AHAD/The Star
Menurut laporan dari portal Harian Metro, air naik sehingga paras lutut dan menenggelamkan jalan raya lantas mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk. Walau bagaimanapun, banjir mulai surut sekitar jam 2 petang tadi dan suasana kembali normal.

No comments:
Post a Comment