TOP
Atas Sebab Mempertahan Diri, Wanita Ini Telah Dihukum Gantung
Rayhaneh Jabbari, 26 tahun, gadis malang berbangsa Iran ini yang merupakan mangsa rogol telah dihukum mati pada sabtu lalu atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang memperkosanya.
Mahkamah Iran telah menahan Rayhaneh atas kesalahan tertuduh membunuh pegawai perisikan kementerian, Morteza Abdolali Sarbandi yang telah memperkosanya pada tahun 2007. Pada tahun 2009, keputusan kes Rayhaneh telah membuatkan mahkamah Teheran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada beliau.
Kes Rayhaneh Jabbari ini telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai liputan media disebabkan tertuduh yang cuba untuk melindungi diri, tetapi dikenakan tindakan yang sebaliknya. Rentetan kes ini, pelbagai bantahan serta kempen telah dijalankan sehingga terbitnya sebuah petisyen di media sosial berkenaan dengan kes tersebut. Beratus-ratus ribu tandatangan dan petisyen telah diberikan kepada pihak berkuasa Iran namun kempen yang bergelar “Stop Execution!” di Facebook dan Twitter yang dijalan pada bulan lepas hanya membuatkan proses pengantungannya tertuduh, Rayhaneh Jabbari tertangguh.
Perkara ini turut dikesali oleh Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Dan Manusia Amnesty, Hassiba Hadj Sahraoui, menurutnya. “Ia amat mengecewakan, ini adalah sebuah lagi peristiwa berdarah yang kotor terhadap hak asasi manusia di Iran. Pihak berkuasa Iran nampaknya sangat berkeras untuk menjalankan proses hukuman mati kepada tertuduh meskipun keadilan terhadap kes tersebut terang-terangan berat sebelah,” katanya. Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Kerana Nafsu Gilanya, Seorang Lelaki Sanggup Merogol Anjing Ini
Dek kerana tidak dapat menahan nafsu, seorang lelaki sanggup berbogel dan merogol seekor anjing di sebuah taman berdekatan Connecticut, Amerika Syarikat.
Pemilik anjing tersebut, Alice Woodruff pada mulanya menyangka anjingnya menyerang lelaki tersebut namun akhirnya menyedari sesuatu yang aneh.
Bagi menyelamatkan anjing kesayangannya yang diberi nama Layla, dia terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara. Namun lelaki tersebut yang baru berusia 22 tahun tidak mahu beredar malah mengugut mahu membunuh anjing miliknya pula.
Alice yang ketakutan, menjerit sekuat hati dan segera menelefon pihak polis. Atas tindakan pantas pihak polis akhirnya lelaki tersebut ditangkap dan kini sedang menjalani penilaian kesihatan mental. Agaknya apalah yang mata lelaki tersebut bayangkan hingga tergamak merogol seekor anjing yer! - MYNEWSHUB.CC

Parlimen Indonesia Setuju Sahkan Perjanjian Berkaitan Jerebu
KUALA LUMPUR – Parlimen Indonesia bersetuju untuk meratifikasi Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan selepas 12 tahun ia ditandatangani, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, berkata keputusan itu dibuat pada 16 September lepas hasil rundingan negara-negara ASEAN termasuk Malaysia untuk kerajaan Indonesia menyegerakan proses ratifikasi berkenaan.
“Persetujuan Parlimen Indonesia untuk meratifikasi perjanjian tersebut adalah tindakan positif yang amat dialu-alukan di mana ia menggambarkan kesungguhan kerajaan Indonesia untuk menangani masalah jerebu merentas sempadan secara lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang ingin mengetahui hasil rundingan Malaysia dan Indonesia dalam mencari langkah penyelesaian masalah jerebu yang sering dihadapi kedua-dua negara.
Dawos juga berkata, kerajaan Malaysia dan Indonesia juga sedang bekerjasama untuk merangka perjanjian persefahaman yang baharu di peringkat hubungan dua hala untuk menangani masalah jerebu.
“Ia membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman, kepakaran dan maklumat berkaitan isu berkenaan,” katanya. – BERNAMA
TOP
GST: 40% Syarikat Bumiputera Layak Daftar – PUNB
KUALA LUMPUR – Empat puluh peratus daripada 7,800 syarikat Bumiputera di bawah naungan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), layak mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jammi Abdul Karim.
Beliau berkata, semua syarikat yang layak untuk skim percukaian baharu itu yang akan dilaksanakan pada 1 April tahun depan, perlu mendaftar dan tidak menunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbuat demikian.
“Kami sudah menganjurkan beberapa seminar sejak awal tahun ini dan mula melihat peningkatan dalam jumlah pendaftaran,” katanya kepada pemberita pada Seminar Komprehensif GST di sini hari ini.
Acara dua hari yang bermula hari ini itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sejumlah 378 peserta termasuk 250 wakil syarikat, menghadiri seminar itu. – BERNAMA
TOP
Malaysia Laksana Program Biodiesel B7 Bulan Depan
KUALA LUMPUR – Malaysia, pengeluar minyak sawit terbesar selepas Indonesia, akan melaksanakan program Biodiesel B7 untuk sektor bersubsidi bulan depan.
Ini akan membantu meningkatkan penggunaan biodiesel domestik berasaskan sawit.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata pelaksanaan itu akan bermula berperingkat-peringkat mulai November di Semenanjung manakala Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Disember.
Katanya, Kabinet telah meluluskan pelaksanaan program B7 itu pada 17 Oktober lepas.
“Program B7 dijangka menyaksikan penggunaan 575,000 tan metrik biodiesel. Ini akan menyumbang kepada penjimatan 667.6 juta liter diesel setahun,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Uggah berkata demikian selepas merasmikan Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Antarabangsa (POTS) 2014 anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia di sini, hari ini.
Katanya, langkah melaksana program B7 akan meletakkan Malaysia setanding negara maju lain dalam penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.
“Negara Kesatuan Eropah telah melaksana B7 sejak 2009 dan Thailand mulai Januari tahun ini. Indonesia menggunakan B7.5 mulai Februari 2012 dan Colombia, biodiesel berasaskan sawit B8 dan B10,” katanya.
Beliau berkata, sebagai persediaan melaksanakan program B7 itu, kerajaan telah menjalankan beberapa pertemuan dengan pihak berkepentingan, termasuk Persatuan Pengeluar Automobil Jepun serta syarikat petroleum.
“Berdasarkan perundingan itu, tidak ada isu penting terbabit dalam pelaksanaan program B7,” katanya.
Katanya, pelaksanaan program itu menunjukkan usaha kerajaan mempelbagaikan penggunaan minyak sawit mentah, seterusnya mengurangkan kebergantungan ke atas diesel petroleum di samping pelepasan gas rumah hijau melalui sumber tenaga mesra alam sekitar. – BERNAMA
TOP
Lebih RM226 Juta Diagih Bantu Sekolah Di Sarawak
KUALA LUMPUR – Sejumlah RM226.775 juta peruntukan telah diagih bagi membantu 1,265 sekolah di Sarawak sepanjang tahun ini, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Kedua P.Kamalanathan berkata ia termasuk belanja mengurus untuk 783 buah sekolah dan juga di bawah Pakej Rangsangan khas bagi 482 buah sekolah yang lain.
“Kita masih teruskan mencari kaedah untuk menambah baik bantuan dari semasa ke semasa. Ini adalah anjakan penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
“Sepuluh aspek diambil kira iaitu struktur fizikal, bilik darjah, tandas, air terawat, meja dan kerusi, ruang kerja guru, papan hitam atau putih, alat ICT, sambungan Internet. Semua ini kita akan cuba selesai sebaik mungkin dalam fasa pertama PPPM tahun depan,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen di sini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk William Nyalau Anak Badak (BN-Lubok Antu) yang mahu tahu perancangan Kementerian Pendidikan bagi membaik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak termasuk kuarters guru.
Kamalanathan berkata sepanjang tahun ini juga sebanyak RM5 juta dibelanjakan bagi membaiki kuarters guru di institusi pendidikan di negeri itu. – BERNAMA
TOP
Belanda Terbuka Dengan Teori Pesawat Lain Tembak Jatuh MH17
AMSTERDAM – Walaupun pihak pendakwa Belanda yang menyiasat nahas Penerbangan Malaysia MH17 percaya bahawa pesawat terbabit mungkin ditembak jatuh dari udara tetapi serangan peluru berpandu darat-ke-udara adalah kemungkinannya lebih besar, kata seorang pendakwa kanan dalam temu ramah dengan media Jerman.
Kerajaan Russia sering kali berkata, ia mempunyai imej radar bagi membuktikan bahawa pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh oleh sebuah pesawat tentera Ukraine yang sedang terbang di kawasan berdekatan, walaupun senario berkenaan tidak pernah diterima oleh pegawai barat.
Dalam temu ramah oleh majalah berita Jerman, Der Spiegel semalam, pendakwa Fred Westerbeke berkata pihak Belanda akan meminta Moscow memberi maklumat yang mendorong mereka mempercayai bahawa sebuah pesawat Ukraine berada berdekatan pesawat MH17 ketika kejadian itu.
“Berdasarkan maklumat yang ada, tembakan peluru berpandu darat-ke-udara adalah senario yang lebih kemungkinan berlaku, tapi kami tidak menolak ia mungkin berlaku dengan cara lain,” katanya dipetik sebagai berkata oleh Der Spiegel.
“Kami sedang menyediakan permohonan kepada Moscow untuk mendapatkan maklumat, termasuk data radar yang ingin dibuktikan oleh Russia bahawa sebuah jet tentera Ukraine berada berdekatan,” katanya.
Terdahulu selepas kejadian itu, Amerika Syarikat menyatakan ia mempunyai bukti bahawa pesawat terbabit ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat-ke-udara oleh pasukan bersenjata disokong Russia, yang menduduki kawasan berkenaan di timur Ukraine di mana terdamparnya serpihan pesawat berkenaan sekarang.
Laporan awal oleh Lembaga Keselamatan Belanda, yang menyiasat nahas udara berkenaan, menyenaraikan beberapa jet penumpang yang berada berdekatan MH17, tetapi tidak ada pesawat tentera disenaraikan, yang mampu menembaknya jatuh.
Pesawat Boeing 777 itu yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan semua 298 orang di dalamnya, lebih dua pertiga adalah warga Belanda. – REUTERS
TOP
Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat MB Dan Ketua Menteri
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-122 di Bangunan Perdana Putra di sini.
Mesyuarat yang bermula 10 pagi itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah serta barisan menteri kabinet persekutuan.
Antara barisan menteri besar dan ketua menteri yang hadir ialah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.
Menteri kabinet yang turut menyertai mesyuarat itu antaranya ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari. – BERNAMA
TOP
MH370: Malaysia Perlu Satelit Orbit Rendah
KUALA LUMPUR – Malaysia disaran mempunyai sistem Satelit Orbit Rendah bagi tujuan pemantauan dan mengesan frekuensi komunikasi berikutan tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.
Operator satelit negara, MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd berkata satelit jenis itu dilihat perlu kerana ia boleh menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ negara di angkasa.
Timbalan Presiden Kejuruteraan dan Operasi MEASAT, Zainudin Abdul Abdul) berkata satelit itu, yang berada bawah 300 km dari bumi, mempunyai sistem kamera beresolusi tinggi untuk pengambilan gambar yang lebih terang dan jelas tanpa halangan daripada atmosfera bumi sama ada di udara atau maritim negara.
Manakala sistem pengesan frekuensi radio juga boleh mengesan atau menghantar isyarat yang lebih jelas kepada mana-mana kapal udara dan laut, katanya.
“Dalam konteks ini pengawasan dan pengesanan adalah dua teknologi yang perlu ada pada satelit di bumi dan angkasa lepas kerana ia boleh mengambil gambar secara serentak di seluruh permukaan bumi,” katanya ketika ditemui Bernama.
Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Menurut Zainudin, apabila satelit berada di kawasan orbit yang rendah, maka gambar yang diambil lebih jelas tetapi sudut pandangannya lebih kecil sedangkan bumi kita luas.
“Kalau satelit diletakkan pada orbit tinggi, kita akan dapat melihat seluruh permukaan bumi tetapi gambarnya ketika itu kurang jelas disebabkan ketinggiannya,” katanya.
Katanya untuk mengambil gambar yang terang di seluruh permukaan bumi memerlukan satelit yang banyak dan perlu membuat pengawasan secara berterusan.
Zainudin berkata Malaysia kini mempunyai enam satelit tetapi kesemuanya bukan jenis Satelit Orbit Rendah.
Katanya Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah merupakan syarikat pengeluar satelit jenis itu.
Zainuddin berkata keperluan itu juga sejajar dengan hasrat Malaysia yang sebelum ini mahukan pelaksanaan sistem pengesanan masa nyata pesawat dan berkongsi maklumat berhubung risiko penerbangan.
Hasrat itu dinyatakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 25 Okt lepas, dan Malaysia akan kemukakannya termasuk beberapa perkara lain kepada Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang akan bermesyuarat di Kanada minggu depan.
Sesi ke-203 Majlis ICAO dijadual berlangsung di bandar raya Montreal di Kanada. – BERNAMA
TOP
Jurutol PLUS Maut Motosikal Ditunggang Rempuh Lori
SEREMBAN – Seorang jurutol Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori di KM243.6 arah utara dari Pedas Linggi ke Senawang di sini, pagi tadi.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 6.15 pagi itu, Mohd Khaiyrul Izwan Mohd Zaini, 22, yang bertugas di Plaza Tol Senawang sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Desa Permai Kundur, Rembau menuju ke tempat kerja.
Mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai gagal mengelak daripada melanggar sebuah lori membawa muatan tanah liat yang baru berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah brek.
Mohd Khaiyrul Izwan yang mengalami kecederaan teruk di kepala serta patah kaki, maut di tempat kejadian.
Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan Supt Md Dali Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – BERNAMA
TOP
5 Ditahan, 11 Rumah Haram Diroboh Di Hutan Bakau
SANDAKAN – Sebanyak 11 rumah diroboh dalam Operasi Bersepadu oleh Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) bagi membanteras pencerobohan kawasan hutan bakau di sekitar daerah ini.
Lima orang ditahan dalam operasi yang dilaksanakan pada 29 Sept itu, empat daripadanya kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Hutan 1968, manakala seorang lagi ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri.
Pengarah JPS Datuk Sam Mannan dalam kenyataan di sini hari ini berkata sasaran operasi kali kedua itu membabitkan empat lokasi iaitu Sekong Kecil, Sedungor, Sepinong dan Papahan terletak di sekitar teluk Sandakan dan termasuk dalam Hutan Simpan Bakau (Kelas V) Elopura.
Menurutnya tiga rumah haram yang dimusnahkan tiada penghuni di Sekong Kecil, tiga (lima penghuni) di Sedungor dan lima (tiada penghuni) di Sepinong.
Sebuah pondok baharu yang dihuni lima orang turut dikesan di Papahan, katanya.
Sam berkata kawasan yang diceroboh dalam perkampungan haram itu dianggarkan seluas 17.3 hektar termasuk dua hektar yang baru ditemui ketika operasi susulan kedua tersebut.
Beliau berkata operasi itu merupakan operasi susulan dengan objektif untuk mengusir saki-baki pendatang asing tanpa izin (Pati) yang masih berada dalam kawasan hutan simpan bakau dan juga memusnahkan saki baki rumah yang masih belum dirobohkan setelah tamat tempoh notis keluar dari hutan simpan semasa operasi pertama.
Katanya langkah itu diambil untuk memastikan hutan simpan bebas daripada tempat persembunyian Pati.
Menurutnya tindakan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Hutan 1968 dan sebelum operasi berkenaan dilaksanakan, tinjauan di lapangan dengan menggunakan bot dan juga tinjauan udara dengan helikopter dilaksanakan.
Sam berkata dalam operasi kedua ini, sebanyak 130 orang anggota terlibat iaitu 80 anggota daripada JPS dan 50 anggota daripada agensi penguatkuasaan yang lain.
Katanya projek pemulihan hutan dengan aktiviti penanaman spesies pokok bakau yang sesuai akan terus dilaksanakan di lokasi bekas kawasan perkampungan haram seluas 17.3 hektar itu dalam tempoh yang terdekat.
Operasi pertama dilaksanakan pada 26 Mei lepas, sebanyak 13 pendatang ditahan, dan sebanyak 88 rumah haram dirobohkan. – BERNAMA
TOP
Persekutuan Sepanyol Gantung Zinedine Zidane 3 Bulan
BEKAS bintang bola sepak Perancis dan jurulatih baru Real Madrid Castilla, Zinedine Zidane bergaya di hadapan kamera pada Liga B Spanyol pada perlawanan kelab bimbingannya, Real Madrid Castilla menentang Atletico de Madrid di Sepanyol, minggu lepas. - Foto AFP
MADRID – Legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane digantung tiga bulan daripada tugasan jurulatih selepas membimbing pasukan tanpa kelayakan yang diperlukan. Persekutuan Bola Sepak Sepanyol menggantung bekas pemain tengah dan pemenang Piala Dunia 1998 itu kerana memimpin kelab Real Madrid Castilla. Penolong kepada Zidane, Santiago Sanchez juga dikenakan penggantungan tiga bulan. Real mengeluarkan satu kenyataan yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan itu dan difahamkan akan membuat rayuan kes berkenaan. Hujah oleh kelab Zidane adalah Persekutuan Bola Sepak Perancis sudah memberi lampu hijau kepadanya untuk bekerja selaku ketua jurulatih di bawah kategori yang Real Madrid Castilla berada ketika ini. “Real Madrid akan melawan habis-habisan dari segi perundangan supaya keputusan ini ditarik balik,” menurut kenyataan kelab. – BBC Sport

Penyokong Anwar Pijak Dan Bakar Baju Gambar Saiful Bukhari
PUTRAJAYA: Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak liar apabila memijak dan membakar baju yang tertera gambar bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan yang merupakan mangsa liwat Anwar.
Tindakan mereka menimbulkan suasana huru-hara namun semuanya kembali terkawal dengan bantuan pasukan keselamatan yang dikerahkan bertugas di situ.
Selain anggota polis, pasukan keselamatan yang terlibat sama adalah dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, FRU dan Perbadanan Putrajaya.
Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Saiful Bukhari berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman bagi menzahirkan sokongan mereka terhadap Saiful.
Mereka berkumpul secara aman dengan mengenakan pakaian berwarna kuning dan merah yang bercetak gambar Saiful serta kata-kata sokongan terhadapnya.
Prosiding rayuan kes liwat Anwar berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok. - MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto/Video: RIZA RAZAK

Roda Ferris Di India Ini Dikuasakan Oleh Kudrat Manusia
Menggerunkan!!
Itulah yang boleh digambarkan tentang sebuah permainan di India yang boleh membuat jantung berdebar kencang gara-gara tiada unsur keselamatan dan sangat berbahaya.
Permainan yang dikenali sebagai Roda Ferris ini dioperasi secara DIY atau dengan ayat mudah, dipusing oleh manusia dan bukan dijana elektrik.
Mesti anda tidak percaya kan?Lihatlah sendiri video ini..
Pekerja yang mengerah kudrat untuk memutar Roda Ferris ini pun seakan-akan tidak takut walaupun ia amat berbahaya.
Mungkin atas desakan hidup, mereka sanggup melakukan pekerjaan begini sekali gus menggembirakan orang lain walau nyawa sendiri ibarat telur di hujung tanduk.
Harap-harap Kerajaan India memantau permainan ini supaya kendaliannya lebih selamat untuk dinaiki pengguna. -MYNEWSHUB.CC

Video Seks UAI Palsu?
Populariti yang dikecapi UAI sebagai pendakwah memungkinkan dirinya tidak terhindar daripada sifat busuk hati sesama manusia.
Dugaan demi dugaan yang datang memberikan impak, antaranya wajah UAI kini tidak kelihatan lagi di kaca TV.
Terbaru, tersebar sebuah video skandal seks yang dikatakan melibatkan dirinya.
Jika dilihat sekali imbas, raut wajah lelaki yang berada di dalam video tersebut tidak ubah seperti UAI dengan janggut yang lebat tetapi tona kulit kelihatan agak ‘lari’.
Sehingga kini, kami sendiri tidak dapat memutuskan kesahihan video tersebut sama ada ia tulen atau sengaja dihasilkan untuk menganiaya UAI oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun sebagai idea untuk dipertimbangkan, berikut disertakan sebuah video untuk memperjelaskan apa yang mungkin dilakukan oleh mereka yang berniat jahat.
Caranya, dengan menyunting wajah sesiapa sahaja menggunakan rakaman sedia ada atau sengaja dicipta agar ia kelihatan lebih ‘sebenar’.
Menggunakan teknologi pemetaan wajah masa nyata atau “real-time facial mapping”, wajah seorang subjek dapat ditransformasi menjadi pelbagai wajah yang berlainan sama sekali.
Moga dengan penyebaran maklumat ini, dapat membantu memperjelaskan kepada masyarakat agar jangan percaya seratus peratus dahulu apabila sesebuah video dikemukakan kepada anda.
Bayangkan jika video dengan durasi tidak sampai satu minit itu benar-benar meyakinkan yang ia adalah ‘real’, fikirkan bagaimana pula sesebuah filem seperti Transformers boleh dibuat hingga tampak begitu terperinci sekali?
Jawapannya, teknologi!
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Gadis Remaja Kantoi Curi Barangan Seks Dan Seluar Dalam
Malu bukan kepalang!
Itu yang berlaku kepada seorang gadis remaja kerana didakwa mencuri pelbagai mainan seks dari sebuah pusat beli belah di Amerika Syarikat. Karla Petani, 18, dari South Carolina, didakwa mencuri barangan seks seperti krim pelincir Hard Rock dan beberapa barangan lain di kedai di Spartanburg. Kes ini mendapat perhatian media gara-gara barang yang dicuri. Sementara itu, polis turut menemukan dua seluar dalam jenama Victoria Secret yang dipercayai dicuri dan disorokkan dalam beg milik Karla.
Karla didakwa atas insiden kecurian itu namun dibebaskan selepas dijamin keluarganya. - MYNEWSHUB.CC

Subsidi Petrol Timbulkan Pelbagai Persoalan
PETALING JAYA – Pengumuman mengenai pemilik kenderaan yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi bahan api mulai tahun depan telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan masyarakat.
Ramai yang bertanyakan soalan berkaitan subsidi bahan api itu di laman Facebook dan ada juga yang memberi komen terhadap skim yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Skim yang belum ada mekanisme akhir ini menyatakan bahawa mereka yang berpendapat bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh, manakala yang berpendapatan RM5,001 dan RM10,000 akan mendapat separuh subsidi.
Sejak itu, pelbagai persoalan timbul antaranya syarat itu berdasarkan gaji asas ataupun jika gaji itu termasuk kerja lebih masa atau elaun.
Sesetengah orang juga mahu penjelasan jika seseorang itu mengisi minyak menggunakan Mykad anak mereka, perlu ada skim yang boleh mengesahkan tahap gaji.
“Apa yang perlu saya buat untuk mengelak daripada mengisi minyak kereta kawan saya yang kaya?” tanya Hetish Sharma.
Beberapa orang bertanya terdapat apa-apa tanda jumlah subsidi petrol yang digunakan setiap bulan dan mereka turut bimbang kemungkinan skim ini boleh disalah gunakan oleh individu yang menjual kuota mereka.
Salah seorang ahli perniagaan berkata, subsidi untuk petrol dan diesel hanya bermula jika harga minyak mentah di atas AS$ 80 (RM262) setong di pasaran antarabangsa.
“Bagaimana jika harga turun daripada harga biasa? Adakah petrol akan lebih murah bagi kumpulan yang berpendapatan kurang daripada RM5,000,” tanya pengusaha itu.
Sementara itu ada juga yang mempersoalkan mengenai keselamatan maklumat peribadi .
“Dengan segala maklumat yang ada dalam Mykad, adakah pemabantu stesen minyak akan tahu jumlah gaji saya dan di mana saya tinggal?
“Adakah saya akan menjadi sasaran?” tanya Lidia Roro.
Manakala Noel Dass berkata, jumlah gaji sepatutnya menjadi hak milik peribadi.
“Bolehkah sistem ini hanya mendedahkan maklumat gaji secara kasar daripada terlalu terperinci?
“Dan pekerja stesen minyak yang memerhati tahap gaji, alamat rumah serta plat kereta yang boleh membawa kepada sasaran perompak,” jelasnya.
Selain itu, Napsiah Mat Salleh bertanya apa akan jadi jika seseorang itu tidak mengemaskini tangga gaji di dalam Mykad?
“Dan bagaimana pula dengan status pesara? Mereka tidak mempunyai gaji,” tanya Napsiah.
Vincent Choon Chee Ming yakin pengguna akan beratur lebih panjang untuk mengisi minyak apabila setiap pelanggan perlu menunjukkan Mykad atau dokumen lain sebelum minyak diisi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini sedang mengkaji mekanisme penuh berkaitan skim ini. – mStar Online
TOP
Taman Tema Angry Bird Dibuka Di JB, Jumaat Ini
Angry Bird sememangnya nama besar dalam dunia games.
Popularitinya membuatkan produk dan barangan berimej Angry Bird dijual di merata tempat malah dipilih untuk menghiasi sebuah pesawat.
Terbaru, games ini direalisasikan menjadi taman tema dan yang lebih menarik bakal dibuka di Johor Bahru, Malaysia.
Jadi, jika anda mengaku merupakan ‘big fans’ kepada games ini pastinya tidak sabar menunggu pembukaan taman tema ini yang lagi beberapa hari sahaja perasmiannya.
Taman Tema Angry Birds ini bakal di buka di Komtar Johor Bahru City Plaza (Komtar JBCC) di kawasan seluas 26,000 kaki persegi.
Dengarnya, terdapat 24 seksyen interaktif dalam taman tema ini seperti seksyen permainan gokart, laser spaceship, katil anti graviti, tembak khinzir dan banyak lagi.
Waaa…. mesti berada di taman tema ini ibarat ala-ala anda masuk dunia Angry Bird gitu.
Taman Tema Angry Birds bakal dibuka pada 31 Oktober iaitu hari Jumaat ini dan tiket harga yang dikenakan amatlah berbaloi iaitu RM60 seorang (untuk pemegang MyKad) dan RM50 untuk pelajar.
Rasa tak sabar nak jelajah keadaan dalam taman tema ini kan? - MYNEWSHUB.CC

Matinya Sebuah Perbualan, Kesan Telefon Pintar Kepada Kita
Tidak dapat dinafikan, telefon pintar merupakan keperluan bagi setiap orang sekarang ini.
Amat terasa sukarnya jika tiada peranti ini di tangan kita sepanjang masa.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa penciptaan peranti pintar ini hanya merenggangkan lagi ukhwah dan silaturrahim sesama kita?
Jika dilihat sekarang ini, dalam majlis keramaian sekalipun pasti kebanyakan orang mengutamakan peranti pintar daripada berbual sesama sendiri, lebih-lebih lagi golongan remaja.
Mereka lebih rela dan sudi menghadap telefon daripada bertanya khabar secara berdepan.
Kesudahannya, apabila sudah berada di rumah nanti barulah sibuk-sibuk nak ber-Whatsapp, WeChat dan Facebook untuk bertanya perkembangan semasa yang tak sempat ditanya semasa berjumpa.
Itulah realiti kehidupan masa kini, menyedihkan kerana manusia semakin tidak menghargai hubungan sebenar dan lebih suka berinteraksi di media sosial.
Diakui, penulis juga kadang-kadang selesa begitu tetapi hal sebegini perlu dibendung segera sebelum melarat.
Apa salahnya sewaktu meluangkan masa bersama, kita abaikan sebentar telefon dan fokus kepada siapa yang berada bersama kita ketika itu.
Hargai hubungan yang kita miliki sebelum terlambat dan itulah mesej yang cuba disampaikan oleh Babycakes Romero dalam setiap gambar yang dirakamnya.
Saksikan…
-mynewsub
-mynewsub
TOP
Program Advokasi Terhadap Peniaga Aksesori Kenderaan
ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah akan melakukan program advokasi dalam masa terdekat terhadap pemilik premis menjual aksesori kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Kedah Shahrul Azhar Mad Dali berkata pihaknya perlu menjelaskan mengenai undang-undang sedia ada kerana terdapat aksesori yang melanggar undang-undang seperti lampu ‘High-Intensity Discharge’ (HID) dan lampu ‘Strobe’.
Katanya, program advokasi perlu dilakukan secara besar-besaran kepada orang ramai dan pengusaha pusat aksesori kenderaan, sebelum penguatkuasaan dan nombor pendaftaran dikuat kuasa oleh JPJ bermula 1 Nov ini.
Beliau berkata pihaknya bercadang untuk mengatur pertemuan dengn pengusaha aksesori kenderaan bagi menerangkan lebih lanjut mengenai penyalahgunaan aksesori yang boleh mengundang kemalangan.
“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi membanteras penjualan aksesori yang menyalahi undang-undang. JPJ tiada kuasa untuk merampas barangan tersebut dan kita hanya mampu memberi kesedaran kepada mereka,” katanya kepada pemberita dalam Taklimat Khas bersama-sama Skuad Muda 1JPJ Kedah di Ibu Pejabat JPJ negeri di sini malam tadi. – BERNAMA
TOP
300 Sertai Pertandingan Janggut, Misai Di Amerika Syarikat
PORTLAND, Amerika Syarikat – Seramai 300 peserta menyertai pertandingan janggut dan misai tercantik yang berlangsung di Auditorium Keller di sini baru-baru ini.
Pertandingan tersebut dipecahkan kepada 17 kategori termasuklah kategori janggut semula jadi tercantik dan janggut gaya bebas tercantik.
Menurut penganjur, seramai 300 peserta dari sembilan buah negeri bertanding dalam kejohanan kali itu untuk mewakili Amerika Syarikat di pertandingan peringkat dunia yang berlangsung di Austria pada tahun depan.
Katanya, pemenang dipilih berdasarkan kecantikan dan keunikan janggut serta misai milik mereka.
Juara keseluruhan dimenangi oleh seorang lelaki dari bandar ini, Madison Rowley. – Agensi
TOP
NASA Nafi Bumi Bergelap Pada Disember Ini
NEW YORK – Pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menafikan mengeluar satu artikel yang mengesahkan bahawa bumi bakal bergelap selama tiga hari pada Disember depan.
Artikel tersebut yang kini tersebar di internet mendakwa bumi bakal bergelap kerana satu ribut solar menyebabkan pancaran cahaya matahari terhalang.
Sebuah laman web, Huzlers.com baru-baru ini mengeluarkan satu artikel yang bertajuk NASA mengesahkan bumi akan bergelap selama enam hari pada Disember 2014 sebelum ia dikongsi secara meluas di media sosial.
Laman web itu mendakwa NASA mengesahkan bahawa bumi akan bergelap selama enam hari bermula pada 21 hingga 23 Disember depan.
“Satu ribut solar menyebabkan debu-debu memenuhi ruang angkasa dan menghalang pancaran cahaya matahari sebanyak 90 peratus.
“Keadaan ini bakal menyebabkan bumi bakal menjadi gelap gelita selama enam hari,” katanya artikel tersebut.
Bagaimanapun, NASA menerusi laman web rasminya menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. – Agensi
TOP
Israel Lulus Penempatan Haram Di Baitulmuqaddis
BAITULMUQADDIS – Kerajaan Israel meluluskan pembinaan hampir 1,000 buah rumah untuk pendatang haram Yahudi di satu kawasan penempatan yang ditawan rejim Zionis di Baitulmuqaddis Timur, kata seorang pegawai semalam.
“Kerajaan membuat keputusan bagi meneruskan rancangan membina lebih 1,000 buah rumah untuk pendatang haram Yahudi di Baitulmuqaddis Timur.
“Sebanyak 400 buah rumah akan dibina di Har Homa manakala lebih 600 buah rumah lagi di Ramat Shlomom,” kata seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Bagaimanapun, pegawai itu enggan mengulas sama ada langkah tersebut memberi kesan secara politik dan diplomatik terhadap Israel selepas masyarakat antarabangsa mengutuk tindakan penduduk Yahudi merampas beberapa kediaman penduduk Palestin di Silwan.
Amerika Syarikat yang juga sekutu kuat Israel turut memberi amaran tindakan penduduk Yahudi merampas rumah penduduk Palestin itu bakal menjejaskan perjanjian damai antara kedua-dua belah pihak.
Tindakan penduduk haram Yahudi menduduki beberapa buah rumah penduduk Palestin di Silwan mencetuskan bantahan penduduk yang menyebabkan seorang remaja mati ditembak tentera Israel pada minggu lalu.
Seorang aktivis pemantau penempatan haram Yahudi di Palestin, Lior Amichai berkata, Israel mengambil kesempatan terhadap ketegangan yang memuncak untuk meneruskan pembinaan tersebut.
“Inilah masa terbaik untuk melakukan perkara itu kerana kini Baitulmuqaddis sedang bergolak,” katanya.
Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada kelulusan tersebut bermakna kerajaan Israel hampir memulakan projek pembinaan di lokasi berkenaan atau hanya meluluskan beberapa peringkat rancangan itu. – AFP
TOP
Terminal 2 Lapangan Terbang Mexico Terbakar
BANDARAYA MEXICO – Satu kebakaran berlaku di bangunan Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico semalam namun berjaya dikawal tanpa mengakibatkan kerosakan teruk, kata jurucakap lapangan terbang.
Gambar televisyen menunjukkan kepulan asap keluar dari bahagian atas bangunan berkenaan.
Laporan media menyatakan kebakaran itu berlaku di kawasan medan selera yang menempatkan restoran makanan segera.
Jurucakap lapangan terbang berkata tiada laporan diterima mengenai sebarang kecederaan.
Kerajaan Mexico bercadang untuk membina sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu bernilai AS$9.15 bilion berhampiran tapak yang ada sekarang yang akan meningkatkan kapasiti hab pengangkutan itu. – REUTERS
TOP
Wanita Seludup Wang Tunai Dalam Perut
Republik Dominica – Agaknya berapa besar perut wanita ini, jika tidak takkan dia dapat menyeludup $70,000 dolar wang tunai dalam perutnya.
Suspek, yang berusia 40 tahun dan tidak didedahkan namanya ini ditangkap oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Punta Cana, di sini.
Wang tunai dalam 16 kapsul itu dimasukkan ke dalam perutnya dengan setiap satu kapsul mengandungi wang tunai sebanyak $4,375 dolar.
Pada masa sama wang tunai sebanyak $69,000 lagi disembunyikan dalam beg bajunya.
Wang tersebut dipercayai hasil pengedaran dadah.
Wanita itu yang juga individu pertama dikesan menyeludup wang dalam perut, kini ditahan di lokap.
Tidak diketahui bagaimana pihak berkuasa berjaya mengesan taktik penyeludupan wang tunai berkenaan.-mynewsub
TOP
Dua Gol Austin Beri Kejutan QPR Tewaskan Aston Villa
LONDON – Charlie Austin meledak dua gol bagi mengurangkan tekanan dihadapi pengurus Harry Redknapp, sekali gus membolehkan Queens Park Rangers (QPR) menewaskan Aston Villa 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Skuad Redknapp yang berada di tangga tercorot, kini memperoleh dua kemenangan musim ini dan yang pertama sejak Ogos lalu.
Austin meledak pada minit ke-17 dan ke-69, sekali gus kembali menceriakan kem dan penyokong QPR di Loftus Road.
Ia adalah keputusan yang penting buat Redknapp selepas khabar angin mendakwa dia kemungkinan dipecat oleh pemiliknya, Tony Fernandes selepas skuad itu terus mengalami siri kekalahan.
“Ia satu keputusan yang cemerlang, mereka (pemain) melakukan dengan terbaik,” kata Redknapp kepada Sky Sports.
“Villa mendominasi kawalan bola pada separuh masa kedua tapi kita meletakkan lebih pemain di posisi tengah untuk mengekang mereka daripada memperoleh gol,” katanya. – AFP
TOP
20 Saksi Dipanggil Beri Keterangan Kes Tuhan Harun
Kuantan – Sekurang-kurangnya 20 saksi akan dipanggil memberi keterangan dalam kes ketua ajaran sesat Tuhan Harun dan lima pengikutnya yang didakwa berkonspirasi dan membunuh Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek di di Mahkamah Tinggi, di sini, mulai semalam.
Dalam prosiding semalam, dua saksi pendakwaan dipanggil iaitu Penolong Penyelia Stor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Koperal Najib Warsin dan jurugambar polis Lans Koperal Wan Saufi Wan Shaari.
Kes didengar di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad dan Farahah Mohd Nazari, manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Harun, 48, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 31; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 38; dan tiga lagi pengikutnya, Jefferi Safar, 37, Sumustapha Suradi, 39, serta Shamsinar Abdul Halim, 37, bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh melakukan konspirasi jenayah dengan bersetuju antara mereka untuk membunuh Ahmad Raffli.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini, jam 1.50 tengah hari 10 November tahun lalu.
Manakala, Shamsinar bersama Sumustapha dan seorang lagi yang masih bebas juga turut didakwa membunuh Ahmad Raffli pada tarikh, tempat dan masa sama. - myMetro Online
TOP
Australia Larang Visa Untuk Afrika Barat
SYDNEY – Australia mengeluarkan larangan menyeluruh ke atas visa daripada negara Afrika Barat yang terjejas dengan wabak Ebola bagi mengelakkannya merebak ke negara ini, kata Menteri Imigresen Scott Morrison.
Dengan larangan terbaru itu, Australia adalah negara maju pertama yang ‘menutup pintunya’ kepada rantau berkenaan.
Setakat ini Australia belum lagi mempunyai kes Ebola walaupun terdapat beberapa petanda membimbangkan.
Perdana Menteri, Tony Abbott juga beberapa kali sebelum ini menolak permintaan agar negara itu turut menghantar kakitangan perubatan untuk membantu di negara yang dijangkiti penyakit berkenaan.
Keputusan untuk menolak kemasukan oleh mana-mana pihak dari Sierra Leone, Guinea dan Liberia, walaupun dikatakan sebagai keputusan yang perlu sebagai langkah berjaga-jaga, dianggap oleh pakar sebagai bermotif politik dan tidak berfikiran panjang.
Morrison berkata semua visa tidak kekal atau sementara dibatalkan dan pemegang visa kekal yang belum tiba ke Australia dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 21 hari. – REUTERS
TOP
Tun Arifin Ketuai Panel 5 Hakim Mahkamah Persekutuan
Barisan panel 5 hakim kes liwat Anwar
PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Empat anggota panel lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali. Barisan pendakwaan ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. Barisan pembelaan Anwar pula terdiri daripada 14 peguam iaitu Datuk Sri Gopal Sri Ram, R Sivarasa, N Surendran, Ramkarpal Singh, Sangeet Deo Kaur, J Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin. Keputusan panel hakim berkenaan akan menentukan sama ada Anwar, 67, bebas atau menjalani hukuman penjara lima tahun seperti disabitkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, atau hukuman lebih lama jika rayuan balas pendakwa dibenarkan mahkamah. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - BH Online

Penyokong Anwar Provok Pasukan Keselamatan, Rempuh Pagar
PUTRAJAYA – Penyokong yang setia menanti ketibaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Istana Kehakiman hari ini dilihat seakan mencabar pasukan keselamatan yang bertugas apabila memprovok dengan membuat rempuhan pagar di sini.
Tindakan mereka dilihat sebagai sengaja mencabar tugas anggota keselamatan yang diarahkan untuk berkawal di sini seawal jam 7 pagi tadi. Mereka membuat rempuhan sebaik sahaja Anwar tiba di perkarangan Istana Kehakiman bagi menghadiri prosiding rayuan bersabit dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bokhari Azlan. Anwar hadir tepat jam 8. 50 pagi dengan ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail danbTimbalan Presiden PKR, Mohd Azmin Ali.
Prosiding rayuan kes liwat Anwar dijadualkan berlangsung hari ini dan esok. – MYNEWSHUB.CC Oleh: JULIANA JOHAR Photo/Video: RIZA RAZAK

Aril Tinggalkan Era FM, Bimbang Diskriminasi Stesen Radio
KUALA LUMPUR – Penyanyi Aril Pilus memberitahu punca utama dia menamatkan kontraknya sebagai penyampai radio Era FM kerana mahu menumpukan perhatian kepada bidang nyanyian selepas melancarkan album pertamanya berjudul Aril.
Aril atau nama sebenar Khairil Azam Pilus, 29, berkata, status pekerjaannya di stesen radio juga memberi kesan apabila stesen radio lain enggan memutarkan lagu-lagunya atas faktor persaingan.
“Saya berhenti selepas dua tahun berkhidmat sebagai deejay Era FM kerana saya khuatir lagu-lagu saya tidak akan dimainkan di radio-radio lain.
“Sebagai penyanyi yang bekerja di sebuah stesen radio ia akan dilihat sebagai ada suatu persaingan dan kepentingan peribadi, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti,” ujarnya kepada mStar Online.
Aril berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya berjudul Aril yang diadakan di No Black Tie, di sini, Isnin.
Album mempunyai sembilan buah lagu itu turut memuatkan sebuah lagu nyanyian semula berjudul Kembali Senyum yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham abangnya iaitu Izwan Pilus.
Katanya, lagu itu merupakan cara dia menghargai pengorbanan abangnya yang banyak membantu dalam kerjaya nyanyiannya selama ini.
“Lagu ini saya nyanyikan semula sebagai hadiah kepada abang saya dan itu cara saya menghargai pengorbanan beliau.
“Peminat-peminat dia juga banyak bertanyakan tentang lagu itu dan rindukan arwah, begitu juga saya sebagai adik,” katanya.
Sementara itu, Aril berkata, album tersebut merupakan penceritaan tentang pahit getir dilalui dalam kehidupan sepanjang bergelar artis.
Aril menambah, dia mengambil masa yang agak lama untuk muncul dengan album pertama itu disebabkan ingin mencari bahan yang terbaik dan sesuai dengan pasaran.
“Saya bukan tenggelam timbul dalam bidang nyanyian tetapi saya banyak menerokai cabang seni lain seperti pengacaraan, lakonan dan penyampaian radio.
“Sekarang saya fikir masa paling tepat untuk saya keluarkan sebuah album untuk peminat yang banyak menyokong kerjaya saya selama ini,” ujarnya.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album Aril ialah Cari Aku, Menggeletar, Bangkit, Kembali Senyum, Ganjil, Bintang & Kelompang, Anugerah Terindah, Tulis dan Menatap Matamu. – mStar Online
TOP
Najib Mulakan Lawatan Kerja Hari Pertama Di Dubai
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertemu dan bertukar-tukar pendapat mengenai Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) dengan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, pemimpin Dubai Sheikh Mohammad Rashid Al Maktoum di Dubai hari ini. - Foto BERNAMA
DUBAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadual memulakan lawatan hari pertamanya di sini dengan menghadiri mesyuarat dua hala dengan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Kunjungan beliau ke bandar raya paling ramai penduduk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini adalah bersempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-10 yang berlangsung di Madinat Jumeirah di sini hingga 30 Oktober. Najib juga dijangka mengunjungi Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum iaitu Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, bersama pemimpin lain. Turut hadir, Nazarbayev; Presiden Bangladesh, Md Abdul Hamid; Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao; Perdana Menteri Luxembourg, Xaviers Bettel; dan Presiden Bank Pembangunan Islam, Dr Ahmed Mohamed Ali Al-Madani. Najib yang juga Penaung Yayasan WIEF, kemudian akan menyampaikan ucapan khas pada pembukaan Forum WIEF bertema ‘Usaha Sama Inovasi Untuk Pertumbuhan Ekonomi’. Perdana Menteri akan menghadiri jamuan tengah hari bersama pemimpin lain sebelum menyaksikan majlis bertukar-tukar memorandum persefahaman dan perjanjian antara syarikat-syarikat Malaysia dan rakan perniagaan masing-masing. Najib dijangka menerima Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) dan ditemu bual oleh media antarabangsa. Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dijangka menghadiri Jamuan Gala WIEF di Madina Arena, Madinat Jumeirah Conference Centre. WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Dubai. Najib tiba di sini kelmarin untuk lawatan kerja tiga hari dan dijadual pulang pada 30 Oktober. Ini adalah kunjungan kedua beliau ke UAE selepas lawatan pertama ke Abu Dhabi pada Mei. – BERNAMA

Bodyguard Cuai, Lelaki Sedang Joging Terlanggar PM Britain!
Gambar yang dicapai daripada video menunjukkan seorang lelaki yang sedang berjogging (tengah) menghampiri Perdana Menteri Britain, David Cameron sebelum terlanggar dengannya di Leeds, England semalam. - Foto REUTERS
LONDON – Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan persoalan selepas seorang lelaki berlari meluru ke arahnya dengan tidak sengaja ketika berjoging, tanpa disedari pengawal peribadinya semalam. Walaupun pemimpin Parti Konservatif itu ternampak lelaki terbabit berlari ke arahnya, pengawal peribadinya bagaimanapun tidak menyedarinya sehingga berlaku kejadian itu. Cameron juga dibiarkan berdiri bersendirian dan terdedah tanpa kawalan selama beberapa saat sebelum pegawainya mengapit dan membawanya masuk ke sebuah kereta yang sedang menunggu. Polis Metropolitan Britain, yang menugaskan pegawainya untuk menjaga Perdana Menteri, dengan segera melancarkan siasatan ke atas kejadian itu. Bekas pegawai kawalan keselamatan diraja dan diplomatik, Steve Park berkata pasukan pengawal peribadi Cameron tidak mempunyai mata tajam ketika menjalankan tugas. “Mereka terlalu memberi tumpuan kepada Perdana Menteri sehingga tidak nampak keadaan di sekeliling untuk sebarang kemungkinan. “Saya tidak fikir kejadian seperti ini pernah berlaku sebelum ini,” katanya. Ahli Parlimen Britain, Mark Pritchard berkata dengan peningkatan ancaman keganasan, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Dalam kejadian itu, lelaki terbabit, Dean Balboa Farley, terlanggar Perdana Menteri berkenaan di pekarangan luar Dewan Sivik Leeds. Dean, 28, ditahan sebelum dibebaskan oleh polis West Yorks yang menyatakan tidak ada apa-apa niat di sebalik kejadian itu. Beliau juga mengecam pengawal peribadi Perdana Menteri kerana gagal mengambil tindakan cepat bagi mengelakkan kejadian itu. Dean berkata dia sedang berlari ke gimnasium ketika itu. Katanya: “Saya tahu bagaimana rupa David Cameron tetapi saya mempunyai ‘ear phone’ di telinga dan sedang berlari. Saya juga pandang ke bawah dan tidak melihat atau mendengar sesiapa. “Saya juga tidak sangka yang saya terlanggar seseorang. Saya sedar kemudian yang dia memang orang penting tetapi tidak tahu orang yang saya langgar itu adalah David Cameron.” Dean berkata dia disoal siasat di dalam van polis selama sejam sebelum gari dibuka daripada tangannya. Katanya, pihak polis menyangka ada senjata di dalam tuala yang dibalut di tangannya. – Agensi

Julia Perez Mengaku Hidap Kanser Serviks Tahap 2
Jakarta – Untuk kali pertama selebriti Julia Perez mendakwa dia menghidap kanser serviks tahap dua.
Membacakan kenyataan pada sidang media semalam, Julia atau lebih dikenali dengan nama Jupe berkata, pengesahan penyakit itu dikeluarkan sebuah hospital di Singapura.
Jelas sedih dengan berita itu, Jupe berkata, selama ini dia menyembunyikan penyakitnya, tetapi memutuskan untuk mendedahkannya.
“Saya perlukan ketahanan dan ketabahan mental untuk membuat pengumuman ini,” katanya pada majlis pelancaran bukunya, Jupe: My Uncut Story di Kemang, Jakarta Selatan.
Menurut Jupe, sepatutnya dia menjalani sesi rawatan kemoterapi dua minggu lagi, tetapi menundanya kerana terikat dengan pelbagai komitmen.
Katanya, dia masih bersyukur kerana penyakitnya masih boleh dibedah. – Agensi
TOP
Guru Agama Perkosa Anak, Upah Handphone Tutup Mulut
Jakarta – Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang remaja sejak 2012.
Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.
Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yang bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.
Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.
“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.
Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.
Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yang dimaklumkan mengenainya.
“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya. – Agensi
TOP
‘Ginger Jihadist’ Muncul Dalam Video Kedua IS
CANBERRA – Seorang remaja yang hilang dari rumahnya yang digelar media sebagai ‘Ginger Jihadist’, dipaparkan di dalam video propaganda kedua kumpulan Negara Islam (IS).
Media Australia melaporkan, video YouTube terbaharu itu menunjukkan Abdullah Elmir, 17, berpakaian Arab dan memegang sepucuk raifal.
Abdullah hilang dari rumahnya di Sydney Jun lalu dan memberitahu keluarganya dia ingin pergi memancing.
Dia kemudian muncul dalam video pertama IS minggu lalu yang memberi amaran bahawa pergerakan terbabit tidak akan menghentikannya perjuangan sehingga bendera hitam kumpulan ekstremis itu berkibar di setiap negara.
Akhbar News Corp Australia melaporkan, video terbhaaru itu dirakam di Sungai Tigris di Mosul, Iraq. – AP
TOP
Tangkap Haiwan Aneh Di Padang Pasir
HAIWAN menyerupai anjing yang ditangkap di padang pasir Jeddah.
Jeddah – Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu. Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya. “Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut. “Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi

Sanggup Menderita Demi Pinggang Ala Kerengga
New York – Selama tujuh tahun Kelly Dekay memakai korset dan kini dia mendapat pinggang yang diidamkannya iaitu pinggang ramping umpama kerengga dengan ukuran 16 inci.
Meskipun terpaksa menahan kesakitan dan menghadkan pergerakannya namun Kelly tetap melakukannya. Baginya ia membantu dia membuang sifat pemalu dalam dirinya.
Ketika kecil, Kelly merupakan seorang tomboy dan ketika berusia 20 tahun, dia tertarik dengan imej kartun Jessica Rabbit lalu wanita ini terus menukar dirinya dengan mengenakan korset.
“Apabila memakai korset ini, saya berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk aktiviti fizikal seperti menaiki tangga atau membawa barang yang berat kerana ia boleh mencederakan saya.
“Saya pernah mendaki dengan memakai korset, namun ia amat bahaya,’’ katanya yang juga pelajar bidang fesyen.
Walaupun berdepan kesukaran dan mendapat kecaman ramai, namun Kelly tidak bercadang untuk berhenti daripada memakai korset.
“Saya mendapat komen yang pelbagai. Ada orang yang sukakannya dan tidak kurang pula yang membenci.
“Tetapi saya tidak kisah kerana saya melakukan untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain,’’ katanya.-mynewsub
TOP
Muhammad Rizalman Dibebas Dengan Ikat Jamin
WELLINGTON, New Zealand – Bekas atase tentera Malaysia di Wellington, Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi pertuduhan serangan seksual, dibebaskan dengan ikat jamin.
Hakim Mahkamah Daerah Wellington, Arthur Tompkins, memutuskan bahawa Muhammad Rizalman boleh dilepaskan daripada tahanan jika beliau mematuhi beberapa syarat, termasuk menyerahkan pasport, tidak keluar malam dan tidak berhubung dengan mangsa.
Muhammad Rizalman ditahan sejak kembali ke New Zealand Sabtu lalu, lima bulan selepas meninggalkan negara itu di bawah perlindungan diplomatik.
Beliau bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington apabila ditahan pada 9 Mei lalu kerana didakwa mengekori seorang wanita berusia 21 tahun ke rumah dan menyerangnya. – AP
TOP
Kaki Jadi Reput Umpama Kayu Akibat Bisa Ular
VENEZUELA – Gambar yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah kaki seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang bertukar menjadi kayu reput selepas dipatuk oleh ular berbisa.
Bisa ular berkenaan menyebabkan sel-sel pada kakinya sudah mati sekaligus turut mengakibatkan tisu kaki mati. Ia menjadikan kaki budak itu reput.
Budak tersebut hanya dibawa ke Caracas untuk rawatan selepas sebulan dipatuk ular.
Sebelum ini dia hanya diberikan ubat-ubat tempatan.
Gambar tersebut dirakamkan dan dimuat naik dalam instagram.
Salah seorang doktor yang melihat gambar berkenaan, Dr Arun Ghosh berkata, kaki budak tersebut perlu dipotong namun nyawanya masih terancam akibat bisa ular tersebut.
“Bisa ular sangat rumit dan ia bergantung kepada jenis ular. Namun berdasarkan gambar itu, ia jelas menunjukkan kaki perlu dipotong meskipun budak itu mungkin akan mati akibat bisa ular berkenaan,’’ katanya.
Dr Arun Ghosh juga memberitahu, keseluruhan kaki di bahagian bawah berwarna hitam dan melihat kepada keadaan berkenaan, ia jelas menunjukkan racun sudah menyerang otot dan ia akan merebak.-mynewsub
TOP
Rayuan Liwat Anwar: Suasana Di Istana Kehakiman, Putrajaya
Foto MyNewsHub
PROSIDING rayuan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bokhari bakal didengari pada hari ini di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Pintu masuk utama Istana Kehakiman kini dibanjiri anggota keselamatan yang berkawal, pihak media yang bertugas serta kira-kira 200 Angkatan Pemuda Keadilan yang setia menunggu ketibaan Anwar, yang mana prosiding rayuannya bakal dimulakan pada jam 9 pagi ini.
Penyokong Anwar mula berhimpun dan melaungkan slogan Reformasi di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman.-mynewsub

Undang-Undang Cegah Perbuatan Menghasut Perlu Dikekalkan
MELAKA – Undang-undang bagi mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan 1948 penting untuk dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membuat kenyataan sehingga mengguris perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata sekiranya akta itu perlu dipinda, pindaan yang dibuat mesti memperkukuhkan lagi peranan akta itu dalam melindungi perkara-perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan dan membendung perbuatan menghasut daripada berleluasa.
“Saya menyambut baik pandangan banyak pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mahukan akta ini diperkemaskan lagi dengan memasukkan peruntukan mengenai agama Islam di dalamnya supaya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak mudah dipersoalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Ke-15 bertemakan Wasatiyyah Asas Perpaduan Ummah di sini, malam ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam. – BERNAMA
TOP
Muhyiddin Terima Anugerah Mansur Syah DMDI
MELAKA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menerima Anugerah Mansur Syah Dunia Melayu Dunia Islam berikutan sumbangannya terhadap Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) sempena Konvensyen DMDI Ke-15 di sini.
Anugerah berbentuk selempang hitam dan sijil penghargaan itu disampaikan oleh Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Pada majlis sama, Muhyiddin menyampaikan Anugerah Tun Perak kepada Idris yang juga Pengerusi Biro Belia DMDI kerana jasa beliau terhadap pembangunan DMDI.
Dalam pada itu, empat individu menerima anugerah Temenggong Tun Hassan termasuk Sekretaris Daerah Sumatera Utara dan Ketua Harian Sekretariat DMDI Sumatera Utara Indonesia H. Nurdin Lubis, dan Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka dan Setiausaha Biro Pendidikan DMDI Profesor Datuk Dr Baharudin Puteh.
Tujuh individu pula menerima Anugerah Hang Tuah dan tiga lagi menerima Anugerah Tun Fatimah.
Konvensyen DMDI itu, yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dihadiri kira-kira 1,000 peserta dari 18 negara anggota DMDI temasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Afrika Selatan. – BERNAMA
TOP
Anwar Masih Menaruh Harapan Dibebaskan
Foto BH Online
KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih menaruh harapan untuk dibebaskan dalam rayuan kes liwatnya yang akan didengar semula di Mahkamah Persekutuan, hari ini. Ketua umum PKR itu ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 pelajar di pekarangan Dewan Tuanku Canselor (DTC), Universiti Malaya (UM) sebentar tadi turut menyatakan sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dipenjarakan jika rayuannya ditolak. “Saya masih berharap hakim (Mahkamah Persekutuan) membuat keputusan berlandaskan undang-undang. Jika saya dipenjarakan, saya harus menerima dengan tenang. “Saya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya keputusan tidak menyebelahi saya. “Saya sudah beritahu (Datin Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah (Anwar) serta adik-adiknya supaya bersabar dan perlu ada sedikit pengorbanan,” katanya yang berucap kira-kira 23 minit, di sini. Anwar sebelum itu diarak masuk menuju ke DTC menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama Wan Azizah serta Izzah. Ketika menyampaikan ucapannya juga, Anwar menjelaskan beliau lebih memilih untuk pulang ke negara ini ketika berkunjung ke London baru-baru ini bagi berdepan rayuan kes liwatnya, biarpun ada pihak meminta untuknya tidak berbuat demikian. Anwar hadir di UM malam ini bagi memenuhi jemputan Persatuan Mahasiswa UM dalam program ’40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara’ Terdahulu, sebelum perarakan masuk Anwar ke universiti berkenaan, situasi tegang di hadapan pintu masuk UM apabila sebahagian peserta bertindak ganas merempuh pagar universiti yang berkunci. - BHarian Online

Konvoi Kenderaan: Hanya Polis Berhak Jadi Marshal
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, termasuk anggota pihak berkuasa tempatan, yang bertindak menjalankan tanggungjawab mengawal keadaan trafik tanpa kebenaran dan kehadiran polis trafik.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka (individu dan jabatan) melakukan penugasan marshal di jalan raya tanpa kehadiran anggota polis trafik.
Pihaknya memandang serius terhadap tindakan individu atau badan-badan tertentu yang kini bertindak menjadi pengiring (marshal) dalam konvoi kenderaan tanpa kebenaran daripada PDRM, katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Isnin.
"Mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 21 (2) Akta Polis 1967, sekiranya didapati melakukan perbuatan itu.
"Hanya polis sahaja dibenarkan dan mempunyai kuasa untuk menahan atau melencong kenderaan pengguna jalan raya yang lain," katanya.
Beliau berkata tugas marshal banyak dilakukan oleh polis trafik dalam kebanyakan acara seperti mengiringi ketua negara, perdana menteri, menteri dan apa jua acara yang melibatkan polis untuk mengawal lalu lintas.
Pihaknya telah menghantar surat kepada agensi-agensi yang berkaitan supaya memberhentikan penugasan escort yang menyalahi undang-undang, katanya.
Sementara itu, mengikut laporan statistik suku tahun ketiga kemalangan jalan raya bagi tempoh sembilan bulan tahun ini, Mohd Fuad berkata, sebanyak 357,292 kes kemalangan jalan raya yang dilaporkan, mengalami penurunan sebanyak 0.8 peratus berbanding 360,311 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Beliau berkata jumlah kematian juga menurun sepanjang Januari hingga September tahun ini sebanyak 4.1 peratus dari sejumlah 5,138 kematian akibat kemalangan jalan raya, berbanding 5,357 pada tahun lepas.
"Secara purata, kemalangan berlaku pada kadar 1,308 kes sehari..negara kehilangan hampir 19 nyawa akibat kemalangan maut setiap hari di seluruh negara," katanya.
Penunggang motosikal terus mencatatkan kadar kematian yang tinggi akibat kemalangan sebanyak 3,223 orang atau 62.7 peratus sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, diikuti kereta 963 orang dan pejalan kaki 393 orang.
Beliau berkata tiga negeri yang tertinggi yang menyumbang 55.9 peratus kepada keseluruhan jumlah kemalangan berlaku ialah Selangor, Johor dan Kuala Lumpur manakala Perlis pula mencatat kadar kemalangan paling rendah.- mstar online
TOP
MetMalaysia Nafi Ramal Ribut Kuat Landa Kuala Lumpur, Labuan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin menafikan khabar angin mengenai amaran ribut kuat diramal melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Khabar angin itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Okt, dijangka menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan.
Ramalan itu kononnya dibuat oleh MetMalaysia dan tersebar melalui aplikasi Whatsapp.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Cyber Security bagi membanteras penyebaran khabar angin seperti itu menerusi media sosial.
"Maklumat sahih berkenaan sebarang amaran ribut hanya boleh diperolehi melalui laman sesawang atau menghubungi terus talian hotline MetMalaysia," kata jabatan itu.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat amaran/nasihat boleh melayari laman sesawang MetMalaysia di www.met.gov.my, Facebook (www.facebook.com/malaysiamet), Twitter (www.twitter.com/malaysiamet) atau menghubungi talian 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam.- mstar online
TOP
Virus Ebola Punca Ariana Grande Batalkan Persembahan
Ariana Grande
PENYANYI remaja Ariana Grande dilaporkan tidak hadir pada acara amal yang dijadualkan bagi membantu pendidikan golongan tidak berkemampuan di New York, Amerika Syarikat pada minggu lalu. Seperti dilaporkan oleh New York Daily News, Ariana memberi alasan tidak mahu terdedah dengan virus Ebola. Terdahulu, penganjur aktiviti amal tersebut telah mengumumkan bahawa penyanyi itu bakal menyanyikan beberapa buat lagu bagi menghiburkan tetamu pada acara tersebut. Berita baharu yang melaporkan bahawa seorang doktor dijangkiti virus tersebut membuatkan penyanyi remaja itu dikatakan membatalkan agendanya. Namun, disebabkan berita terbaru mengenai seorang doktor di New York yang terkena virus Ebola, Ariana diduga langsung membatalkan agendanya tersebut untuk pergi ke New York tanpa adanya pemberitahuan terlebih dahulu. “Semua orang menunggu kedatangan Ariana. Dia adalah tetamu istimewa yang bakal menghiburkan pengunjung. "Selepas itu, penganjur memberi tahu bahawa penyanyi itu tidak datang kerana takut terdedah dengan virus bahaya itu," kata sumber. Namun hingga kini, Ariana mahupun pengurusannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu.- mstar online

Lisa Surihani Kekuatan 'Dendam Orang Mati'
Dendam Orang Mati telah pun berada dipawagam sejak 23 Oktober lalu.
FILEM: Dendam Orang Mati
PELAKON: Lisa Surihani, Fizz Fairuz, Miera Leyana
PENGARAH: Jason Chong
GENRE: Seram
DURASI: 90 Minit
PENERBIT: KRU Studios
TARIKH TAYANGAN: 23 Oktober 2014
KONTROVERSI melibatkan aktres Miera Leyana yang berbikini dalam satu babak menerusi filem terbaharu terbitan KRU Studios berjudul Dendam Orang Mati barangkali hanya sekadar gimik untuk menarik perhatian penonton terhadap karya arahan Jason Chong itu.
Sengaja atau pun tidak adegan tersebut sebenarnya tidak meninggalkan kesan kepada karya berkenaan kerana jalan cerita dan lakonan mantap pelakon utamanya, Lisa Surihani cukup membuatkan penonton terpesona dengan filem berkenaan.
Jason dengan bijak berjaya mengadunkan kisah misteri disebalik kepercayaan angka empat dikalangan masyarakat Cina dengan kisah Lena lakonan Lisa iaitu seorang pesakit mental yang menghuni di tingkat empat di sebuah flat usang.
Kebijaksanaan Jason menyusun semua plot dan sub plot kisah mengenai Lena ditambah dengan pelbagai tanda tanya membuatkan Dendam Orang Mati mempunyai kelainan daripada filem seram psiko yang lain.
Lakonan Lisa sebagai pesakit mental ternyata menjadi.
Malah penonton akan dapat merasai tanda tanya ditinggalkan kepada mereka tentang apa yang berlaku kepada Lena dan flat ditingkat empat yang didiami oleh Lena. Jelas dapat dilihat Jason tidak mahu membiarkan penonton hanyut dalam cerita yang disampaikan sebaliknya mahu mereka menggunakan imaginasi dalam memikirkan motif disebalik sesuatu kejadian dalam filem itu.
Tidak seperti filem seram yang lain, Jason tidak banyak menonjolkan imej seram yang menakutkan dalam karyanya itu sebaliknya menggunakan emosi para pelakon dan latar sebagai alat untuk mempermainkan emosi penonton.
Ternyata elemen seram yang cuba ditonjolkan berjaya menimbulkan keresahan penonton tanpa perlu berusaha banyak dalam menampilkan imej menakutkan kepada penonton. Bagaimanapun sedikit mengecewakan apabila penggunaan teknik janaan berkomputer (CGI) yang cuba ditonjolkan kurang memuaskan selain beberapa babak yang menjalani penggambaran dalam studio tidak realistik.
Antara babak mencemaskan dalam Dendam Orang Mati.
Dendam Orang Mati mengisahkan mengenai Lena (Lisa Surihani) yang mempunyai masalah mental menghuni di tingkat empat sebuah flat usang bersama suaminya, Shahrul (Fizz Fairuz). Lena sebelum ini terlantar di hospital kerana koma dan ketika itu suaminya mengambil kesempatan berkahwin dengan Min (Miera Leyana). Sejak sedar daripada koma, doktor mengesahkan dia mengalami amnesia dan sejak itu dia berada dalam dunianya sendiri sehinggalah Lena diganggu oleh makhluk halus dan membawa kepada cerita sebenar disebalik kejadian menimpanya. Dalam pada itu, Lisa yang cukup terkenal dengan watak lemah lembut berjaya membuktikan dia bukan sekadar pelakon biasa kerana menerusi Dendam Orang Mati, lakonan isteri kepada Yusry Abdul Halim itu cukup menyerlah. Pada pandangan dua sen penulis watak Lena adalah paling terbaik yang pernah dibawa oleh Lisa sepanjang karier lakonannya dan tidak hairan sekirannya dia merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik selepas ini. Emosi dalaman yang dikeluarkan untuk menjayakan watak Lena cukup berat dan jelas kelihatan beban tersebut dibahu Lisa - namun ia bernilai kerana dia berjaya menyelami karakter tersebut. Dendam Orang Mati bukan sahaja mempunyai jalan cerita dan lakonan mantap daripada barisan pelakon tetapi ia adalah sebuah karya asli yang harus diberi perhatian oleh peminat filem tempatan.- mstar online

Anwar: Gelombang Akhir Jatuh Bangun Politik
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Menjelang hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat keduanya, pelbagai program yang boleh mencetuskan kebangkitan rakyat dianjurkan bermula malam Isnin. Program yang dirangka itu sehari sebelum mahkamah membuat ketetapan nasib Anwar pada prosiding dua hari, bermula Selasa. Difahamkan Ketua Pembangkang itu bakal menghadiri sekurang-kurangnya empat program utama membabitkan kumpulan tertentu dengan kehadiran dijangka dalam jumlah yang besar di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya. Seawal pukul 7 malam, Anwar bersama anggota keluarganya termasuk kenalan rapat serta penyokong setianya akan menunaikan solat Maghrib dan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut. Kemudiannya sekitar pukul 8.30 malam, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual akan menghadiri 'Pidato Umum' anjuran persatuan mahasiswa di Dataran DTC, Universiti Malaya (UM). Bagaimanapun difahamkan pengurusan UM sudah mengeluarkan arahan larangan menyertai program berkenaan kepada pelajarnya kerana penganjurannya dibuat tanpa kebenaran pihak pusat pengajian tinggi itu. Selain itu, menerusi hebahan media yang dihantar Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil, Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut dijadual menghadiri program makan malam bagi meraih dana bersama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik, MBPJ pada pukul 9.30 malam. Sebagai acara kemuncak, Anwar bakal mengakhiri programnya di Stadium Mini 3K, MPSJ di Subang Jaya dalam Himpunan Solidariti untuknya kira-kira pukul 11 malam. Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.- mstar online

Dana Lebihan Subsidi Tambah Baik Pengangkutan Awam - Fomca
PETALING JAYA: Kerajaan disaran menggunakan dana daripada lebihan subsidi petrol menerusi program rasionalisasi bahan api itu yang bermula pertengahan tahun depan untuk menambah baik sistem pengangkutan awam di negara ini.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, penetapan kelayakan bagi subsidi petrol yang diputuskan kerajaan pada Isnin dilihat bersesuaian dengan peringkat pendapatan rakyat.
Beliau yang mengalu-alukan keputusan ini terutama golongan yang berpendapatan RM10,000 ke atas dianggap lebih berkemampuan dari segi pembelian petrol tanpa subsidi.
“Penetapan kelayakan ini akan memberi lebihan subsidi bahan api yang boleh disalurkan kepada peruntukan kerajaan yang lain.
“Diharapkan peruntukan itu dapat digunakan untuk tujuan pembangunan dengan menumpukan usaha menambah baik sistem pengangkutan awam di negara ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pengumuman kerajaan pada Isnin bahawa warganegara Malaysia yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak layak menikmati subsidi petrol.
Menerusi skim rasionalisasi yang akan dilaksanakan kerajaan pada Jun tahun depan, warganegara Malaysia yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan layak menerima subsidi penuh, manakala yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula akan mendapat sebahagian subsidi.
Mohd Yusof berkata, penambahbaikan sistem pengangkutan awam itu nanti akan memberi manfaat kepada rakyat dan struktur pembangunan negara.
“Langkah ini juga akan membantu mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap penggunaan kenderaan persendirian memandangkan program rasionalisasi ini berkaitan dengan bahan api,” katanya sambil menambah bahawa ia akan melihat lebih tumpuan terhadap penggunaan pengangkutan awam.
Pada masa ini, mekanisme lengkap pelaksanaan program rasionalisasi subsidi petrol itu masih diteliti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Mohd Yusof berkata, diharapkan penelitian yang dibuat oleh kerajaan terhadap mekanisme pelaksanaan itu nanti tidak akan membebankan pengguna.
“Kita tidak mahu pelaksanaan ini akan memberi kesulitan kepada pengguna terutama pembelian petrol di stesen-stesen minyak pada waktu puncak,” katanya.- mstar online
TOP
Caj Rawatan Tinggi Guna Kad Insurans Akan Ditangani
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi menangani masalah caj perubatan yang tinggi bagi pesakit yang menggunakan kad insurans di pusat perubatan swasta, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ia termasuk perbincangan dengan agensi insurans, hospital swasta, organisasi jagaan yang diuruskan dan Bank Negara.
Katanya, caj berlebihan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan telah menetapkan had maksimum untuk fi profesional meliputi perundingan dan prosedur bagi pengamal perubatan swasta.
"Kadar ini telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh semua pihak iaitu hospital, pesakit dan syarikat insurans selaras dengan Jadual 13 Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006," katanya ketika menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu).
Che Mohamad Zulkifly ingin tahu mengapa caj perubatan di klinik dan hospital swasta yang dikenakan kepada pesakit yang menggunakan kad insurans adalah lebih tinggi berbanding pembayaran secara tunai.
Subramaniam bagaimanapun menjelaskan rakyat harus peka bahawa lain-lain fi seperti penginapan, tatacara kejururawatan, peralatan, ujian makmal dan ubat-ubatan tidak dikawal selia oleh kementerian.
Tambahnya, kuasa pasaran akan menentukan kos sebenar yang dikenakan oleh pengamal perubatan kepada pesakit.
Justeru, beliau menasihatkan pesakit dan anggota keluarga agar membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mendapatkan rawatan di hospital swasta.
"Rakyat perlu sedar tiada jaminan sesuatu kos itu terhad dalam satu lingkungan harga. Sebab itu, ada hospital kerajaan. Buatlah keputusan yang baik," katanya.
Dalam pada itu, Subramaniam berharap kumpulan pengguna kesihatan yang aktif dapat ditubuhkan bagi memberi pandangan khusus serta menjadi pemangkin dalam pengawalanan caj berlebihan oleh pihak swasta.- mstar online
TOP
Halang Penganjuran Halloween Di Sekolah Negeri Sembilan
Kanak-kanak di New York disolek untuk sambutan Halloween.
PETALING JAYA: Kerajaan diminta supaya menghalang sebuah sekolah antarabangsa di Negeri Sembilan yang dikatakan akan menganjurkan kegiatan Halloween pada 31 Oktober ini. Timbalan Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (IGMM), Mohd Azizee Hassan yang dipetik sebuah portal berita berkata, gesaan itu dibuat kerana sambutan Halloween bertentangan dengan budaya dan tradisi negara ini. Bagaimanapun, tanpa menghiraukan gesaan supaya membatalkan acara itu, pengurusan sekolah itu memaklumkan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa pihaknya akan meneruskan acara sambutan itu. Sebuah lagi portal berita melaporkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai berkata, sambutan itu bertujuan menyebarkan fahaman ateisme. "Kami dapati acara seumpama itu untuk menguji tahap moral atau agama seseorang dan ia selalunya dilakukan kumpulan tertentu yang bergerak tanpa berasaskan agama," katanya menerusi laman webnya. Halloween disambut pada 31 Oktober setiap tahun yang asalnya berkaitan festival purba Celtic yang juga dikenali sebagai Samhain. Menerusinya, adalah dipercayai orang yang meninggal dunia akan dihidupkan semula pada hari berkenaan dan mencetuskan huru hara di dunia ini. Minggu lalu, program I Want To Touch A Dog yang diadakan di Central Park, Bandar Utama, Selangor mencetuskan kontroversi terutama di kalangan umat Islam.- mstar online

Laporan Bumi Dilanda Ribut Solar Palsu
Imej yang disediakan Nasa pada September 2014 menunjukkan ada tanda percikan solar yang berkait dengan kejadian ribut solar.
PETALING JAYA: Laporan sebuah portal dalam talian bahawa bumi akan berada dalam kegelapan dari 21-23 Disember kerana ribut solar adalah satu penipuan, menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan, Isnin. "Artikel tersebut memetik Presiden Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Charles Bolden yang menurut portal itu berita itu terdapat di laman web agensi ruang angkasa tersebut. "Bagaimanapun, tidak ada berita seperti di laman web NASA. Sumber-sumber lain yang dipetik dalam cerita itu juga tidak dapat ditemui, justeru membuktikan berita itu palsu," kata Angkasa. Menurut portal berita itu, Nasa didakwa mengesahkan bahawa akan berlaku keadaan gelap sepenuhnya selama tiga hari pada tahun ini disebabkan oleh ribut solar. Angkasa, dalam satu kenyataan berkata ribut solar tidak akan menyebabkan bumi gelap. "Bumi dilindungi oleh lapisan magnet (magnetosfera), yang menyebabkan ribut solar dipesongkan. Ribut itu menjadi lemah sebelum memasuki bumi. "Apabila sisa ribut memasuki bumi, ia dilepaskan sebagai aurora di hemisfera selatan dan utara," katanya. Angkasa juga berkata penipuan ini telah terjadi sejak sekitar 2012 dan portal tersebut juga menyebarkan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Disember 2012.- mstar online

Umno: Pertimbang Pandangan Akar Umbi Berkaitan Isu Semasa
KLUANG: Umno dalam proses mengumpul maklum balas akar umbi berkaitan isu semasa, termasuk Akta Hasutan untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung parti itu, November ini.
Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau yang mengetuai biro perlembagaan dan perundangan parti itu diarah supaya menangani isu utama di negara ini.
"Antara topik yang akan diketengahkan adalah Akta Hasutan, masalah berkaitan kaum dan agama juga institusi diraja.
"Kami sudah mengumpul pandangan akar umbi berhubung perkara yang akan dibincangan pada perhimpunan nanti," katanya ketika menghadiri sambutan Deepavali Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan pada Ahad.
Perbincangan berhubung isu berkenaan, kata Hishammuddin adalah penting dan perlu supaya ia tidak terus dipolitikkan hingga menimbulkan masalah dalam kalangan rakyat berbilang bangsa negara ini.
"Menerusi perbahasan, parti dapat menetapkan pendirian berhubung perkara itu," katanya.
Beliau berkata, sudah menjadi tradisi bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengambil kira pandangan akar umbi untuk memastikan suara rakyat didengar.
"Isu seumpama itu perlu dilihat secara rasional," katanya yang yakin pandangan yang diterima itu seiring dengan sistem raja berperlembagaan di negara ini.
Katanya, akta itu tidak perlu dimansuhkan kerana ia boleh diperbaiki dan dipinda atau mewujudkan akta baharu.
"Apa juga yang dikatakan, ianya adalah suara akar umbi dan itu yang penting," katanya.
Beliau juga akan memastikan Konvensyen Umno Johor yang akan diadakan pada 7 dan 8 November ini sebagai landasan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak akar umbi.- mstar online
TOP
Kejohanan Bola Jaring Tanpa Penonton Lelaki Di Kelantan Diteruskan Walau Dikritik
Dr Ramli Mamat
KOTA BARU: Kejohanan Bola Jaring Beliawanis Kelantan yang diadakan di 14 kawasan parlimen di negeri ini menjadi perlawanan bola jaring yang pertama di negara ini yang melarang golongan lelaki sebagai penonton. Keputusan kerajaan negeri pimpinan PAS untuk melarang golongan lelaki daripada menonton pertandingan yang melibatkan semua peserta wanita telah mencetuskan kritik daripada sesetengah pihak yang mengatakan langkah itu menggalakkan pengasingan dan melambatkan pembangunan sukan. Exco kerajaan negeri Kelantan pada Ogos memutuskan bahawa pertandingan bola jaring melibatkan wanita semata-mata dan para pemain, sama ada Islam atau sebaliknya, diharuskan memakai baju-T lengan panjang dan seluar trek longgar. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Dr Ramli Mamat berkata peserta bukan Islam juga perlu berpakaian kemas, dan acara-acara seperti itu perlu mematuhi syariah, waktu solat dan menutup aurat. Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira, berkata PAS telah mendedahkan sifat sebenar sebagai sebuah parti yang berfikiran sempit dan tidak toleran. Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran II, berkata langkah itu adalah 'bukan satu langkah ke arah yang betul' dan menggesa badan-badan sukan kebangsaan dan negeri untuk mencabar Kelantan atas dasar itu. "Syukurlah, dasar-dasar sukan negara tidak menggalakkan atau menyokong pemisahan seperti itu," katanya. Dr Ramli menegaskan bahawa langkah pengasingan jantina adalah sesuai dengan ajaran Islam. "Saya ingin menafikan bahawa langkah itu adalah merosakkan keharmonian antara kaum di Kelantan. "Malah, ia telah diputuskan berdasarkan kepada hukum-hukum Allah dan oleh itu, tidak harus dipersoalkan oleh orang Islam atau bukan Islam," katanya pada Sabtu. Dr Ramli berkata 'kejayaan' dalam menganjurkan kejohanan bola jaring telah mendorongnya untuk mempertimbangkan memasukkan sukan lain yang melibatkan wanita di bawah perintah pengasingan jantina.- mstar online

Penubuhan JIPS: Bukit Aman Digesa Periksa Pegawai Atasan Terlebih Dahulu
PETALING JAYA: Pembentukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS) dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Penjawat awam, Zakiah Ahmad, 32, berkata ketika ia dianggap satu idea yang mulia, pihak polis perlu mula menyaring pegawai kanan mereka terlebih dahulu bagi membuktikan bahawa jabatan itu benar-benar bertanggungjawab.
"Saya suka dengan idea untuk membasmi rasuah dan salah laku dalam pasukan, dan saya juga percaya bahawa JIPS boleh melakukan perubahan jika ia dijalankan dengan betul dan telus.
"JIPS harus bermula dengan membuat pemeriksaan secara rawak ke atas pegawai-pegawai kanan dahulu," katanya.
Pengamal media P. Priyya, 47, turut menyambut baik usaha itu tetapi mempersoalkan bagaimana Ujian integriti akan dilakukan.
"Keprihatinan utama saya adalah, adakah ada orang yang berani untuk melakukan pemeriksaan rawak terhadap pihak atasan mereka?
"Saya rasa terdapat keperluan untuk sebuah badan yang bebas melakukan siasatan bagi memastikan integriti polis," katanya.
Turut bersetuju, jurutera Eugene Ong, 29, yang berkata pihak bebas diperlukan untuk menjamin bahawa perlanggaran salah laku di antara anggota polis dapat dibanteras.
"JIPS melaporkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Saya tertarik untuk mengetahui bagaimana mereka akan memastikan bahawa semua orang dalam pasukan polis, termasuk Ketua Polis Negara, akan diteliti atau diperiksa.
"Jika ada sebuah Suruhanjaya Bebas, sekurang-kurangnya kita tahu mereka tidak akan mempunyai apa-apa kepentingan dalam melindungi pegawai tertentu," katanya.
Bekas penjawat awam Baharuddin Mohd Zain, 59, berkata statistik perlu diumumkan kepada orang ramai untuk membuktikan keberkesanan jabatan.
"Pegawai-pegawai JIPS juga harus diberikan kuasa khas untuk mengenal pasti 'anggota bermasalah' dalam pasukan tanpa perlu menghadapi konsekuensi akibat pendedahan yang dilakukan oleh mereka.
"Tidak ada gunanya membentuk jabatan jika pegawai atasan terkecuali daripada semua pemeriksaan rawak," katanya.
Isnin lalu, satu pertemuan antara Ketua Polis Negara, JIPS dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Bukit Aman bagi membincangkan bagaimana
untuk membanteras isu-isu seperti salah laku dan rasuah dalam pasukan itu.- mstar online
TOP
Larangan PAS: Kita Akan Teruskan Program - PasMa
Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
PETALING JAYA: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak akan menghentikan programnya meskipun Majlis Syura Ulama PAS melarang semua ahlinya menyertai sebarang program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, kata Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi. Beliau berkata, Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap mereka kerana PasMa merupakan NGO yang mempunyai kebebasan untuk mengrekrut mana-mana individu. "Kepimpinan PAS pusat telah membenarkan dialog diadakan bersama PasMa. Selain itu, sebagai ahli PAS, saya hanya menjawab kepada jawatankuasa kerja pusat yang merupakan badan membuat keputusan paling tinggi dalam parti," katanya kepada The Star Online pada Isnin. Phahrolrazi mengulas mengenai beberapa laporan yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membidas sesiapa yang mempersoalkan Majlis Syura Ulama berhubung larangan terhadap PasMa. "Adakah Hadi hanya bercakap tentang saya, atau para pemimpin pusat parti lain yang mengalu-alukan dialog bersama PasMa? Adakah mereka juga menentang keputusan keputusan Majlis Syura Ulama," katanya. Beliau berkata, NGO itu akan terus melakukan aktivitinya kerana ia bukan semata-mata untuk ahli PAS. "Kita bukan sekutu kepada parti itu dan kita tidak mempunyai isu sekiranya para pemimpin parti tidak mahu menyertai program-program kita," katanya sambil menambah bahawa PKR dan DAP menyokong PasMa. Dalam pada itu, ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata, beliau akan terus mempertahankan PasMa dan aktiviti-aktivitinya, walaupun Hadi membidas mereka yang mempersoalkan tindakan Majlis Syura Ulama yang melarang ahli parti menyertai NGO itu.- mstar online

Kit Siang Rayu Najib Campur Tangan Kes Anwar
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mencampuri urusan badan kehakiman negara terutamanya membabitkan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah veteran DAP itu turut merayu supaya Najib mengarahkan Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan pihak pendakwaan untuk memanjangkan hukuman penjara daripada lima tahun kepada sehingga 20 tahun terhadap Ketua Pembangkang itu.
Katanya, Peguam Negara perlu bertindak berdasarkan nilai wasatiyyah atau kesederhanaan seperti yang ditekankan pentadbiran Najib.
"Dilaporkan bahawa pihak pendakwaan membuat rayuan balas dan mahu Anwar dipenjara selama lebih dari lima tahun sambil berhujah bahawa hukuman penjara Mahkamah Rayuan selama lima tahun adalah 'jelas tidak memadai', 'tidak mencerminkan keseriusan kesalahan itu' dan 'tidak menyampaikan matlamat keadilan daripada perspektif kepentingan awam.
"Ada anasir di kalangan mereka yang berkuasa ingin menyingkirkan pembangkang dengan cara apa sekalipun. Tetapi saya ingin bertanya kepada Najib sama ada beliau sedemikian kejam, tidak berperasaan dan tidak berhati perut sehingga mahukan Anwar dipenjara selama 20 tahun dan tidak dibebaskan sehingga beliau berusia 80 tahun?" katanya di sini.
Beliau berkata demikan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dakwa Lim lagi, rayuan pihak pendakwaan untuk memanjangkan tempoh hukuman terhadap Anwar tidak mempunyai kepentingan umum serta bermotif politik.
"Apakah kepentingan umum dalam rayuan pihak pendakwaan di Malaysia terhadap hukuman lima tahun penjara Anwar, selain mempunyai objektif politik tersembunyi daripada kuasa yang ada untuk membunuh kerjaya politik Ketua Pembangkang?
"Saya berharap pihak-pihak berkenaan akan bertindak secara waras, dan agenda wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi bimbingan kerajaan Najib, akan menunjukkan hala tuju dasar Peguam Negara dan semoga pihak pendakwaan akan menarik balik rayuan balas mereka di Mahkamah Persekutuan esok (Selasa)," katanya.
Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.- mstar online
TOP
#Justice4AnwarIbrahim Cubaan Dapatkan Sokongan Pemimpin Global
Yusmadi Yusoff (kiri) bersama Shamsul Iskandar Mohd Akin.
PETALING JAYA: Kurang 24 jam sebelum hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat keduanya, lagi cubaan untuk mendapatkan sokongan pemimpin antarabangsa digerakkan dan kali ini menerusi Kempen #Justice4AnwarIbrahim. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen di peringkat antarabangsa bermula dengan negara serantau atas semangat Piagam Asean 2007. "Kempen #Justice4AnwarIbrahim bagi memberi maklumat tepat di peringkat dalam dan luar negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin. Shamsul Iskandar berkata, kes ketua pembangkang dapat menguji keberkesanan Piagam Asean untuk mendapat keadilan yang menyeluruh dari segi pendakwaraya, hakim dan sebagainya. "Kes Anwar akan menguji Piagam Asean, oleh itu kempen secara komprehensif di peringkat rantau ini dilaksanakan sebelum ke peringkat antarabangsa," katanya. Bagi menunjukkan kempen ini mendapat sokongan negara serantau, sesi 'skype' bersama ahli Parlimen Indonesia, Dave Laksono yang juga Ketua Pemuda Golkar. Turut menyatakan solidariti adalah Ahli Kongres Filipina, Bebot Bello. Sementara itu koordinator kempen itu, Yusmadi Yusoff berkata, bermula di rantau ini, ia bersifat melobi pemimpin Asean untuk mengemukakan pandangan masing-masing. "Mengikut Piagam Asean yang sepakat mempromosi dan mempertahankan hak asasi kemanusiaan, pemimpin boleh nyatakan pandangan mereka berhubung sesuatu isu, bukan hak monopoli ketua negara sahaja, malahan Asean itu sendiri perlu dibangunkan dengan semangat demokrasi, manusiawi dan undang-undang," katanya. Pengasas dan Pengerusi Yayasan RIGHTS itu menambah kempen itu juga seiring aspirasi negara selaku pengerusi Asean tahun depan dan membentuknya berorientasikan rakyat. "Kes ini akan jadi kayu pengukur kepada komitmen negara-negara Asean terhadap keadilan dan paling penting kes ini adalah teras perbicaraan adil," katanya. Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.- mstar online

Penyokong Anwar Rempuh Pintu UM
PETALING JAYA: Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.
Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.
Ketika rempuhan berlaku, pemimpin politik seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut berada di barisan depan kumpulan berkenaan. Antara yang kelihatan hadir di pintu masuk utama UM itu ialah Presiden PMUM, Fahmi Zainol. Kumpulan berkenaan kemudian ke Dataran DTC UM yang merupakan lokasi pidato bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara' akan diadakan. Anwar yang diiringi keluarga tiba di UM pada pukul 9.45 malam.- mstar online

Ribut Petir Dikesan Tiga Jam Sebelum, Bukan Seperti Dakwaan Whatsapp
PUTRAJAYA: Tanda-tanda ribut petir hanya dapat diketahui seawal tiga jam sebelum kejadian dan bukannya boleh ditentukan beberapa hari sebelumnya sebagaimana yang tersebar di media sosial, kata Ketua Pengarah Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail.
Beliau menjelaskan dengan menggunakan teknologi terkini, pengumpulan awan yang mungkin boleh mencetuskan kejadian ribut petir akan dapat dikesan dalam tempoh seawal tiga jam.
"Sebarang tanda-tanda awal (ribut petir) akan disiarkan di laman web rasmi jabatan dan melalui laman-laman sosial rasmi kami," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Dalam sidang media yang diadakan berikutan penyebaran maklumat palsu melalui aplikasi Whatsapp kononnya Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran puting beliung di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya, Che Gayah turut menegaskan bahawa tidak semua ribut petir akan menghasilkan puting beliung.
Maklumat itu mendakwa kononnya ribut petir selaju 80 hingga 100 kilometer sejam (km/j) akan melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya dari 27 hingga 30 Okt, yang dijangka boleh menyebabkan fenomena puting beliung di kawasan berkenaan.
"Setiap ribut petir selalunya akan diiringi angin kencang dengan kelajuan minimum 50km/jam namun itu tidak sama dengan puting beliung," katanya, sambil menambah masyarakat mungkin beranggapan negara kini kerap dilanda puting beliung ekoran penyebaran kejadian seumpama itu yang dirakamkan melalui telefon pintar.
Menurut rekod, katanya, negara telah mengalami beberapa kejadian angin kencang disebabkan ribut petir dengan yang tertinggi dicatatkan di Kuching, Sarawak pada 1992 dengan kelajuan angin mencapai 150km/jam.
Buat masa ini Jabatan Meteorologi mempunyai 180 buah stesen cuaca automatik di seluruh negara yang berkeupayaan mengesan kejadian ribut petir dan kini dalam proses untuk menyiapkan sebanyak 60 lagi stesen tersebut.
Che Gayah berkata fenomena ribut petir yang melanda terutamanya di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia kini adalah kejadian biasa ekoran peralihan monsun.
"Ribut petir yang berlaku biasanya bermula dari waktu tengah hari sehingga malam buat masa ini dijangka akan berlanjutan sehingga minggu pertama atau kedua November," katanya.
Che Gayah berkata ia kemudiannya akan disusuli Monsun Timur Laut atau tengkujuh yang bermula pada minggu kedua November sehingga awal Mac tahun hadapan.
"Jadi untuk cuaca lazim pada musim tengkujuh, kita akan mengalami empat hingga lima episod hujan lebat yang menyeluruh yang biasa akan bermula dari Kelantan kemudian turun Terengganu, Pahang Timur dan Johor Timur dan seterusnya Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi melalui laman web http://www.met.gov.my, media sosial Facebook, http://www.facebook.com/malaysiamet, Twitter http://twitter.com/malaysiamet dan talian hotline 1-300-22-1638 yang beroperasi 24 jam.- mstar online
TOP
Pelajar UMS Ditemui Mati Di Rumahnya
SHAH ALAM: Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 22 tahun ditemui mati dengan kesan cedera pada leher di rumahnya di sini pada Ahad.
Toh Wei Teen ditemui mati oleh adik lelakinya kira-kira pukul 3.30 pagi.
Remaja lelaki berkenaan kemudiannya memberitahu ibu bapanya yang sedang tidur di bilik tidur utama.
Polis membawa remaja lelaki itu bagi membantu siasatan.
Toh adalah anak kedua daripada tiga adik-beradik.
Pasukan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata keadaan kematian mangsa masih belum dipastikan dan mayatnya telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
"Kami telah mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh," katanya.- mstar online
TOP
11 Ditahan Selepas Serang Penguatkuasa SPAD
LANGKAWI: Seramai 11 orang telah ditangkap kerana cuba menyerang beberapa pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) termasuk dengan menterbalikkan kenderaan mereka.
Pegawai-pegawai tersebut sedang berada di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat ketika kumpulan lelaki terbabit melakukan serangan kira-kira pukul 10.30 pagi Jumaat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata salah seorang daripada petugas kemudian membuat laporan polis.
"Kumpulan itu datang dengan beberapa kereta dan kumpulan lebih dari 10 itu mulai mengejek petugas dengan kata-kata kesat dan juga mengancam untuk memusnahkan kenderaan mereka.
"Kumpulan itu juga cuba untuk menterbalikkan kenderaan," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Mohd Nashir berkata terdapat juga letupan yang kuat, dipercayai disebabkan oleh mercun.
"Kami melancarkan operasi bersama di sini dan menahan 11 daripada mereka yang berusia antara 19 dan 35 tahun, pada Sabtu.
"Berdasarkan penyelidikan kami, dua daripada mereka telah menyediakan servis kereta sewa secara haram dan sembilan lagi bekerja untuk agensi pelancongan," katanya.
Semua suspek telah ditahan.
Kes itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana merusuh dan melakukan kerosakan.
Mohd Nashir juga memberi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba menghalang pegawai penguatkuasa daripada menjalankan tugas mereka.- mstar online
TOP
Polis Beri Amaran Kepada Pengiring Bermotosikal
KUALA LUMPUR: Polis akan mengenakan tindakan terhadap pengiring bermotosikal yang tidak sah kerana melencong dan memperlahankan perjalanan trafik.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, perkara itu menjadi perhatian berikutan beberapa agensi menggunakan khidmat penunggang motosikal untuk mengiring golongan VIP.
"Apa yang mereka lakukan itu menyalahi undang-undang sekiranya mereka bertindak untuk menghentikan atau melencongkan trafik," katanya kepada pemberita.
Mohd Fuad berkata, beliau telah memaklumkan kepada mereka yang terlibat kerana menggunakan penunggang motosikal terbabit supaya menghentikan tindakan itu kerana hanya polis yang mempunyai kuasa untuk menghentikan atau melencongkan trafik di jalan raya.
Tambahnya, perkara itu telah dibincangkan bersama anggota polis trafik di Lembah Klang mengenai tindakan yang sepatutnya dikenakan sekiranya berhubung kesalahan tersebut.- mstar online
TOP
Polis Tumpas Sindiket Dadah Warga Iran, Syabu 7kg Dirampas
Noor Rashid menunjukkan dadah yang dirampas dalam beberapa serbuan pihak polis pada minggu lalu. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket dadah melibatkan warga Iran selepas menahan tujuh individu termasuk seorang ketua bertaraf 'kingpin'. Turut ditahan ialah seorang wanita warga tempatan. Kesemua mereka berusia antara 22 dan 46 tahun ditahan di beberapa lokasi di sini pada minggu lalu. Polis merampas dadah jenis syabu seberat tujuh kilogram bernilai bernilai kira-kira RM1.1 juta dan tujuh kereta yang digunakan sindiket termasuk sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan Volvo. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan itu dibuat selepas risikan yang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) selama sebulan. "Kita menahan tujuh warga Iran, termasuk dua wanita, dan seorang wanita warga tempatan dalam beberapa serbuan yang dibuat antara Rabu dan Khamis (minggu lalu). "Mereka ditahan di beberapa lokasi di Jalan Kuching, Mont Kiara, Lebuhraya Penchala Link dan Desa Sri Hartamas," katanya kepada pemberita. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.- mstar online

UPSR Bocor: Polis Nafi Cadangkan Dakwa Dua Guru
KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan ia mencadangkan dua guru untuk didakwa berhubung kes kebocoran kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, polis masih melakukan kertas siasatan itu dan tiada cadangan yang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara mengenai dua guru terbabit.
"Kita masih dalam peringkat untuk memastikan kertas siasatan lengkap untuk pendakwaan.
"Ia terlalu awal untuk membuat penetapan kertas siasatan, apatah lagi mencadangkan dua guru untuk didakwa berhubung kes berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik sumber bahawa polis mencadangkan dua guru untuk didakwa berikutan kebocoran kertas peperiksaan UPSR.
ACP Khairi mengesahkan bahawa kertas siasatan hanya akan dilengkapkan dalam tempoh dua minggu.
"Kertas siasatan masih dengan kita dan disusuli dengan perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara.
"Pendakwaan dalam kes kebocoran USPR ini di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara," katanya.
Kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana mendedahkan rahsia rasmi dan menyebarkan maklumat itu kepada orang lain.
Mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun.
Seramai 14 orang melibatkan 12 guru, seorang ejen insurans dan seorang jurutera telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis.
Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada 22 September lalu.
Isu UPSR 2014 mula tercetus pada pertengahan September lalu apabila kertas peperiksaan itu bagi subjek Sains dan Bahasa Ingeris bocor.
Ia disusuli dengan kebocoran kertas peperiksaan Bahasa Tamil dan Matematik.
Lebih 470,000 calon UPSR menduduki peperiksaan itu di seluruh negara terjejas akibat kebocoran itu.- mstar online
TOP
Rogol: Polis Antara Tiga Ditahan
JOHOR BARU: Anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana didakwa menculik dan merogol seorang pelancong warga Vietnam berusia 22 tahun.
Anggota berpangkat lans koperal yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan beberapa jam selepas wanita itu membuat laporan polis.
Dua lagi rakannya yang berusia 30-an dan 50-an ditahan dalam serbuan di sini, pada Ahad.
Sumber berkata, sisatan mendapati wanita itu yang juga penuntut kolej di Vietnam tiba di pangsapuri Jalan Pasir Pelangi menaiki teksi bersama seorang lagi rakan wanita pada pukul 3 pagi, Sabtu.
Difahamkan, kedua-duanya kemudiannya didekati tiga lelaki yang mendakwa sebagai polis berpakaian preman yang meminta mereka mengemukakan pasport.
Sumber berkata, rakan mangsa bertindak melarikan diri dan meninggalkannya keseorangan kerana mereka yang bercuti ke sini sejak sebulan lalu tidak membawa dokumen peribadi atau dokumen perjalanan ketika itu.
Difahamkan, mangsa cuba menjelaskan bahawa pasportnya ditinggalkan di rumah tetapi tidak dihiraukan tiga lelaki itu.
Sebaliknya, mereka memaksa mangsa masuk ke dalam kereta dan membawanya ke rumah salah seorang daripada mereka sebelum bergilir-gilir merogol wanita berkenaan.
Sumber berkata, lelaki terbabit juga mengurung mangsa selama 12 jam sebelum membawanya pulang ke pangsapurinya pada keesokkannya.
Mangsa bertindak membuat laporan polis dan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pasukan khas polis dibentuk dan dalam masa beberapa jam dapat mengesan suspek berdasarkan visual rakaman kamera litar tertutup dari pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan.
Semua tiga lelaki terbabit kini ditahan reman.
Ketua Polis Daerah Johor Baru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.- mstar online
TOP
Lima Penyamun Kedai Serbaneka Dicekup
KLANG: Polis menahan lima lelaki selepas mereka menyamun RM2,000 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Sungai Kapar Indah, dekat sini pada Ahad malam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kesemua suspek berumur antara 23 hingga 26 tahun itu diberkas oleh anggota polis yang sedang meronda di sekitar kawasan kejadian selepas pekerja kedai itu menjerit meminta tolong.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam itu, kesemua suspek disyaki meluru masuk ke kedai itu dengan membawa parang panjang ketika pekerja kedai itu mahu menutup premis berkenaan.
"Ketika kejadian, pekerja yang sedang menutup kedai itu menjerit apabila kesemua suspek masuk menyebabkan anak pemilik kedai yang kebetulan berada di dalam pejabat premis itu bergegas ke luar kedainya.
"Beliau melihat suspek membawa parang panjang dan sedang meminta wang daripada ibunya yang sedang menjaga kaunter bayaran sebelum kesemuanya melarikan diri kerana dua pekerja kedai itu berterusan menjerit dan meminta tolong," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.
Mohd Shukor berkata kedua-dua mangsa dan pekerja premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kelima-lima lelaki itu berjaya membawa lari kira-kira RM2,000.
Hasil pemeriksaan polis mendapati kereta yang mereka naiki merupakan kereta yang dicuri di Bandar Baru Klang, dan terdapat empat bilah parang panjang, enam botol minuman keras di dalam kereta itu, dua pasang sarung tangan serta jaket dan pakaian disyaki milik suspek, katanya.
Hasil siasatan mendapati suspek yang berasal dari Klang dan Shah Alam itu ada bekerja sebagai pemandu dan ada yang menganggur serta memiliki rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, katanya.
Mohd Shukor berkata kelima-lima suspek itu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.- mstar online
TOP
KJ Akan Bertemu Atlet Gagal Ujian Doping
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan bertemu dengan atlet yang gagal ujian doping dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai isu itu.
Khairy berkata, atlet tersebut, dipercayai Datuk Lee Chong Wei tidak berada di tanah air ketika ini dan hanya akan pulang pada Selasa.
"Saya difahamkan beliau (atlet) akan balik ke tanah air esok, selepas saya berjumpa kita akan buat keputusan.
"Tarikh sebenar saya belum tahu lagi sebab beliau pun belum balik lagi, mungkin jumpa esok atau lusa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.
Menurut Khairy, antara yang akan diputuskan dalam perjumpaan itu termasuklah siapa yang akan bersama atlet tersebut untuk ujian sample B yang dijadualkan dilakukan pada 4 atau 5 November ini di Oslo, Norway.
Katanya, beliau berkemungkinan besar akan menghantar Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Datuk Dr Ramlan Abd Aziz sebagai pengiring.
Dalam pada itu Khairy memberitahu, tidak ada keperluan untuk mengenakan hukuman peringkat dalaman untuk atlet yang gagal ujian doping pada masa akan datang seperti yang dicadangkan.
"Kita tak perlu ada 'internal punishment' sebab siapa-siapa yang bersalah dari segi doping akan menjalani penggantungan secara automatik," katanya.
Dalam perkembangan sama, Khairy turut menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kes berkenaan.
Katanya, walaupun jawatankuasa itu dilihat hampir sama dengan jawatankuasa sedia ada dalam kementerian, tetapi ia dianggap penting kerana BAM lebih mengetahui segala maklumat mengenai atlet terbabit.
"Dengan adanya jawatankuasa ini, kita akan dapat tahu lebih teliti apa sebenarnya yang berlaku...kalau ujian negatif maka tak ada masalah.
"BAM tahu segala maklumat atlet terbabit, kita boleh cantum dua jawatankuasa tersebut, tak ada masalah," katanya.
Minggu lepas, seorang atlet dilaporkan positif ujian doping tetapi nama dan butirannya dirahsiakan sehingga keputusan sampel B diketahui.
Atlet tersebut yang dipercayai Chong Wei antara yang dipilih secara rawak untuk menjalani ujian doping.- mstar online
TOP
MotoGP: Razlan Akui Kecewa Prestasi Pelumba, Puji Penganjuran Lancar
Razlan Ahmad Razali
KUALA LUMPUR: Pencapaian pelumba-pelumba tempatan mengecewakan, namun dari segi penganjuran secara kesluruhan amat baik dan berjalan lancar, jelas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Ahmad Razali mengenai Grand Prix Malaysia (MotoGP) yang berakhir pada Ahad. Menurut Razlan sebagai peminat permotoran tidak ada apa yang perlu dijelaskan mengenai persembahan pelumba-pelumba negara walaupun salah seorang daripada mereka Amirul Hafiq Azmi berjaya meraih kedudukan ke-13 sekaligus meraih tiga mata pertama musim ini. “Sudah terlambat untuk mereka semua bangkit. Perlumbaan hanya tinggal satu sahaja lagi (di Valencia). Bagaimanapun ia satu perlumbaan yang baik dan berguna buat Amirul. “Namun sebagai peminat perlumbaan saya sedikit kecewa. Tidak ada apa lagi yang boleh diungkit, kita cuba perlu melihat pada perlumbaan tahun hadapan,” jelasnya kepada media. Razlan berkata, sebenarnya harapan tinggi diletakkan kepada Amirul memandangkan dia seorang pelumba berpengalaman berbanding dengan yang lain. “Jika imbas kembali, sebelum beraksi pada kejuaraan dunia, Amirul berpengalaman dua tahun bersama Red Bull Rookie, setahun dalam aksi Kejuaraan Motosikal CEV Respol dan empat hingga lima pusingan pada MotoGP 2013. “Sebab itulah kita berani mempertaruhkan aksinya dalam aksi kejuaraan dunia, namun sedikit kecewa. “Mengenai nasibnya musim depan, seperti yang dibincangkan, kontraknya bersama SIC-Ajo tidak disambung dan saya berharap ada penaja atau pasukan yang akan mengambilnya mungkin untuk aksi superbike dunia. “Kita akan cuba membantunya sebaik mungkin dan saya tidak mahu disebabkan situasi ini ia akan menjadi sentimental dan beremosi. Realitinya perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di Eropah mana-mana pelumba yang tidak memberangsangkan akan dipecat walaupun musim perlumbaan sedang berlangsung.“ "Melainkan pelumba itu membawa duit kepada pasukan, tetapi situasi berbeza kerana kita melabur untuk meningkatkan pelumba negara dan, dan apa sahaja keputusan kita perlu fikir masak-masak, lagi-lagi musim depan kita ada pasukan sendiri,” jelasnya panjang lebar mengenai masa depan Amirul. Sementara itu, Razlan berkata, beliau berpuas hati dengan kehadiran penonton sepanjang tiga hari aksi GP Malaysia. “Cuma sedikit terkejut dengan jumlah kehadiran pada Ahad sedikit merosot berbanding tahun lalu. Tahun ini kita kekurangan lebih kurang 2,554 (81,696) manakala tahun lalu mencatat 84,250 penonton. “Pun begitu saya gembira kehadiran pada hari Sabtu yang mencapai 40,820 berbanding 34,322 tahun lalu kerana peminat-peminat hadir untuk melihat aksi Piala Bakat Asia. “Jika sebelum ini sukar melihat mereka hadir lebih awal sebelum perlumbaan Moto3, namun sebaliknya berlaku tahun ini. “Tidak dinafikan aksi Piala Bakat Asia memang menarik dan kami sudah berbincang dengan Jepun program ini perlu diteruskan. “Bagi saya ia satu program penting bagi pelumba-pelumba berbakat dan kita sudah nampak dua hingga tiga orang pelumba yang boleh pergi lebih jauh,” katanya.- mstar online

Ferguson Anggap Satu Penghinaan Kata Dia Wariskan Skuad Tua kepada Moyes
BEKAS Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata adalah sesuatu yang menghina untuk mengatakan yang dia telah mewariskan para pemain tua kepada pengantinya, David Moyes musim lalu sehingga membawa malapetaka besar kepada kelab itu sekaligus menyaksikan mereka berakhir di tangga ketujuh liga.
Ferguson, 72, yang bercakap dalam satu majlis siaran langsung di London untuk mempromosikan edisi tambahan kepada memoirnya 'My Autobiography' berkata;
“Itu (untuk menuduh dia demikian) adalah satu penghinaan. United memenangi kejuaraan liga dengan kelebihan 11 mata. Saya meninggalkan pemain-pemain muda yang berpotensi seperti Jones, Smalling, Welbeck. Malah pemain-pemain lain seperti Van Persie, Vidic, Carrick dan ramai lagi adalah pemain-pemain yang baik.
“Didier Drogba berusia 36 tahun dan dia menjaringkan gol ketika Chelsea menentang United semalam (Ahad). Van Persie pun bukan muda tapi 32 tahun dan dia juga menjaringkan gol semalam."
Bagaimanapun menurut Ferguson, perkara yang terbaik yang pernah berlaku kepadanya dan juga United ialah pembinaan pusat latihan dan Ibu Pejabat United iaitu Carrington.
"Kemudahan di Carrington adalah kelas pertama,” ujarnya.
Ferguson juga menegaskan yang keputusan kelab untuk melantik Louis Van Gaal sebagai penganti Moyes adalah satu tindakan yang betul.
"Sudah tentu ia adalah keputusan yang tepat. Saya sedikit pun tidak mempunyai keraguan ke atas keupayaannya. Dia adalah orang yang tepat untuk mengendalikan pasukan ini.
“Tapi anda tidak akan memperolehi konsistensi mahupun keputusan yang baik sehinggalah anda selesai menentukan empat pemain pertahanan," katanya lagi.
Menurut Ferguson, Shaw dan Rojo masih baru di United dan satu-satunya pemain pertahanan yang mempunyai pengalaman dengan gaya permainan kelab ini adalah Rafael.- mstar online
TOP
Bekas Penjaga Gol Barcelona Victor Valdes Dilihat Bersama Pemain United Di Old Trafford
Bekas bintang Barcelona, Victor Valdes duduk bersebelahan Wayne Roonye dan Jonathan Evans dalam perlawanan menentang Chelsea di Old Trafford, Manchester, pada malam Ahad, 26 Oktober 2014. - Foto Oleh Ian Hodgson.
BEKAS penjaga gol Barcelona, Victor Valdes telah dilihat duduk bersama-sama pemain bolasepak Manchester United di Stadium Old Trafford ketika kelab itu menentang Chelsea pada malam Ahad. Ini menguatkan lagi spekulasi yang dia akan menyertai kelab tersebut dalam masa terdekat ini. Valdes, 32, kini dibenarkan turun berlatih bersama skuad utama United oleh pengurus Louis Van Gaal sebagai langkah untuk mengembalikan kecergasannya selepas menjalani pembedahan lutut yang hampir-hampir meragut kariernya awal tahun ini. Dia kini adalah ejen bebas selepas enggan melanjutkan kontraknya bersama Barcelona di penghujung musim lalu. Jika Valdes menandatangani kontrak bersama United, nasib penjaga gol kedua mereka, Anders Lindegaard akan menjadi terumbang-ambing sekaligus menunjukkan yang Van Gaal tidak mempunyai keyakinan terhadap pemain ini. Ia boleh membuka pintu kepada perpindahan Lindergaard ke kelab lain.- mstar online

Aloft Hotel Raikan Pembukaan Hotel Ke-100
KUALA LUMPUR: Bagi meraikan pembukaan hotelnya yang ke-100 awal tahun depan, Aloft Hotels telah melancarkan 'Muzik 100 hari' satu inisiatif muzik global mengandungi persembahan 100 artis di 100 hotel Aloft di seluruh dunia, dalam tempoh 100 hari akan datang.
Dalam satu kenyataan, Aloft Hotels berkata, program muzik itu akan membolehkan pelanggan hotel berkongsi keghairahan untuk mencungkil bakat baru yang luar biasa.
"Sebab itu bagi sambutan hotel ke-100 kami, kami perlu mengadakan persembahan, bukan persembahan biasa, tetapi melibatkan setiap hotel Aloft, menghubungkan tetamu dan penduduk tempatan di seluruh dunia melalui kuasa muzik," kata Naib Presiden Specialty Select Brands Starwood, Brian McGuinness.
Starwood Hotels and Resorts adalah satu daripada syarikat hotel terbesar. Ia memiliki, mengendali dan memberi francais dan mengurus hotel di bawah sembilan jenamanya sendiri seperti Aloft, Westin, Sheraton, The Luxury Collection dan W Hotel.
Senarai yang dikemas kini mengenai semua persembahan 'Muzik 100 hari' itu boleh diperolehi di www.LiveAtAloftHotels.com.- mstar online
TOP
Pergerakan Penumpang Di Lapangan Terbang Singapura Menurun
SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi Singapura mencatatkan pergerakan penumpang sebanyak 4.25 juta pada September 2014, turun sebanyak 0.5 peratus tahun ke tahun, menurut statistik dikeluarkan oleh Changi Airport Group (CAG) pada Isnin.
CAG berkata ia turut mencatatkan pendaratan dan pelepasan pesawat merosot sebanyak lima peratus kepada 27,020.
Mengenai kargo, statistik menunjukkan 147,800 tan muatan udara diproses pada bulan lepas, 2.7 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Dalam tempoh bulan tersebut, trafik ke Asia Selatan dan Timur Laut Asia, masing-masing berkembang sebanyak 11 peratus dan dua peratus, bagaimanapun rantau lain, termasuk Asia Tenggara, Afrika dan Amerika, menyaksikan pergerakan penumpang yang rendah.
Antara 10 pasaran negara Lapangan Terbang Changi, India mencatatkan pertumbuhan dua angka, manakala trafik China dan Thailand menyusut, masing-masing turun enam peratus dan sembilan peratus, tahun ke tahun.
Pada tiga suku pertama tahun ini, 40.09 juta penumpang melakukan perjalanan melalui Lapangan Terbang Changi, lebih 0.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2013.
Pergerakan pesawat sejajar dengannya, berkembang sebanyak 0.6 peratus kepada 255,260.
Pada tempoh sama, penghantaran kargo berjumlah 1.37 juta tan, pertumbuhan sebanyak 0.3 peratus.
Pertumbuhan trafik penumpang pada sembilan bulan pertama tahun ini didorong oleh permintaan perjalanan yang kukuh di laluan Timur Laut Asia, Asia Selatan dan barat daya Pasifik.
Trafik Asia Tenggara mencatatkan sedikit perubahan bagi tempoh sama berikutan pertumbuhan bagi Indonesia, Malaysia dan Vietnam diimbangi oleh 15 peratus penurunan bagi Thailand.
Jakarta terus berada di tangga teratas dalam laluan paling sibuk Lapangan Terbang Changi pada tahun ini, diikuti Hong Kong, Kuala Lumpur, Bangkok dan Manila.
Trafik ke dan dari Denpasar-Bali mencatatkan lebih 20 peratus pertumbuhan bagi tempoh sembilan bulan pertama, tertinggi dalam kalangan 10 destinasi utama Lapangan Terbang Changi.
Dalam tempoh 12 bulan mengakhiri September 2014, Lapangan Terbang Changi mencatatkan 54.1 juta penumpang, mewakili pertumbuhan sebanyak 1.5 peratus daripada tahun lepas.
Sehingga 1 Okt, 2014, lebih 100 syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Changi, menghubungkan Singapura kepada lebih 300 bandar di kira-kira 70 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Dengan lebih 6,400 penerbangan berjadual mingguan, sebuah pesawat berlepas atau mendarat di Changi kira-kira sekali setiap 90 saat. - mstar online
TOP
Kes Tembak Di Sekolah: Pelajar Kedua Meninggal Dunia
LOS ANGELES: Seorang remaja perempuan yang berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di kepala oleh rakan sekolahnya pada Jumaat disahkan meninggal dunia.
Menurut hospital yang merawatnya," Gia Soriano, 14, (mangsa) telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Soriano merupakan mangsa kedua yang meninggal dunia dalam kejadian tembakan di kantin sekolah oleh seorang pelajar yang kemudian turut menembak dirinya.
Dalam satu kenyataan, keluarga Soriano berkata, mereka kecewa dengan kejadian yang tidak masuk akal itu dan tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan rindu terhadap mangsa yang telah meninggal dunia.
Soriano merupakan seorang daripada tiga remaja (dua perempuan, seorang lelaki) yang berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di kepala.
Berikutan itu juga, hospital tersebut akan mengadakan tempoh berkabung pada waktu sama kejadian pada Isnin depan.- mstar online
TOP
Lelaki Serang Parlimen Kanada Rakam Video, Rancang Ke Syria - Polis
Michael Zehaf-Bibeau merancang ke Syria tetapi kelewatan dalam proses untuk memiliki pasport mengecewakannya.
LELAKI yang menembak mati seorang anggota tentera dan menceroboh bangunan Parlimen negara itu sebelum dia ditembak dilaporkan merakam video yang mendedahkan ideologinya dan motif politik yang mendorong kejadian itu berlaku. Pihak polis mengesahkan Michael Zehaf-Bibeau yang masih dalam tahanan itu merancang rapi serangan umpama pengganas itu. Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Bob Paulson berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh serangan yang dilakukan lelaki itu didorong fahaman politik dan ideologinya. Analisa video itu sudah dijalankan, bagaimanapun Paulson berkata, setakat ini, rakaman yang dibuat lelaki yang bapanya berasal dari Libya itu belum dapat didedahkan lagi. Kata Paulson, suspek mungkin bertindak kerana kecewa masih gagal memperoleh pasport. "Ibunya memaklumkan Zehaf-Bibeau berhasrat untuk ke Syria," katanya. Perdana Menteri Kananda, Stephen Harper pada Rabu itu sebagai serangan pengganas dan pertumpahan darah akibat kejadian itu mendorong negara itu menyertai Amerika Syarikat untuk menenetang militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Ketika ini, polis menyiasat hubungan Zehaf-Bibeau dengan beberapa individu bagi mengesan sama ada ia menyumbang atau membantu melancarkan serangan itu. Paulson berkata, pisau yang dibawa lelaki itu diambil dari kediaman saudaranya di Mont Tremblant, Quebec dan kini siasatan dilakukan untuk mengesan dari mana senapang lama itu diperoleh. Katanya lagi, penyiasat juga mengenal pasti sumber kewangannya yang membolehkan dia membeli sebuah kereta dan melancarkan beberapa serangan terdahulu. Beliau menambah, Zehaf-Bibeau pernah bekerja di tapak gali minyak di Alberta dan mempuyai akses kepada beberapa tabung. Dalam kejadian Rabu lalu, Zehaf-Bibeau, 32 menembak mati Koperal Nathan Cirillo, 24 yang berkawal di Memorial Perang Kanada dan ketika dia menceroboh bangunan Parlimen, Sarjan Kevin Vickers berjaya menembaknya. Serangan di Ottawa itu berlaku dua hari selepas seorang lelaki yang dipercayai militan ISIS melanggar dua anggota tentera di tempat meletak kereta di Quebec menyebabkan seorang terkorban, manakala seorang lagi cedera. Bagaimanapun lelaki berusia 25 tahun terbabit sememangnya dalam senarai pemantauan pihak keselamatan Kanada ditembak mati polis yang bergegas ke tempat kejadian, berbeza dengan Zehaf-Bibeau yang bukan antara individu yang dipantau polis.- mstar online

Zuraida Tak Perlu ‘Ajar’ Mahkamah Adili Anwar – Syed Ali
Syed Ali Alhabshee.
PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang bertindak ‘mengajar’ mahkamah untuk bersikap adil berhubung kes liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, kenyataan Zuraida itu disifatkan sebagai satu ancaman terhadap sistem kehakiman di negara ini. Tambahnya, dakwaan Zuraida bahawa reformasi yang pernah berlaku pada 1998 akan berulang sekiranya Anwar tidak diadili sebagai cubaan menganggu prosiding kes tersebut bermula pada Selasa. “Ahli Parlimen Ampang itu (Zuraida) sengaja melakukan provokasi, cuba mengganggu dan campur tangan dalam sistem perundangan serta keadilan mahkamah. “Tidak ada sebab untuk Zuraida melahirkan rasa bimbang kerana proses pengadilan tidak ada campur tangan politik,” kata Syed Ali menerusi blognya di umnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zuraida di sebuah portal berita pada Isnin yang mahukan mahkamah berlaku adil terhadap Anwar sambil memberi amaran reformasi akan berlaku sepertimana 1998 sekiranya Anwar diperlakukan sebaliknya. Syed Ali mendakwa, ancaman yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR itu bagaimanapun dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang menyelamatkan nyawa politik Anwar yang sudah sampai di penghujungnya. "Seperti yang saya katakan sebelum ini, Anwar dan penyokongnya perlu menerima hakikat di atas kes tersebut, tidak sewajarnya mereka menolak takdir," katanya.- mstar online

Isu Dakwat Kekal: Pegawai Kanan TUDM Diperintah Bela Diri
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad pada Isnin diperintah membela diri oleh Mahkamah Tentera di sini atas pertuduhan membabitkan isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya pada tahun lepas.
Lima panel diketuai Yang Dipertua Kolonel Saadoon Hassan, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zaidi, 47, di akhir kes pendakwaan.
Anggota panel lain ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Saadoon dalam penghakimannya berkata Zaidi gagal mendapat kelulusan daripada Kementerian Pertahanan bagi mengadakan sidang media berhubung isu dakwat kekal pada 1 Mei, tahun lepas.
Katanya, isu dakwat kekal adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu sebuah agensi kerajaan dan seorang anggota tentera dilarang mengadakan sidang media dan menyiarkan artikel berkaitan kerajaan tanpa kelulusan kementerian berkenaan.
Panel hakim juga mendapati surat pertukaran kerja yang mengandungi maklumat pertukaran kerja tertuduh sebagai seorang penyelidik ke Kuala Lumpur telah didedahkan kepada orang lain yang bertentangan dengan perintah Majlis Angkatan Tentera No. 13 Tahun 1961.
"Anggota tentera dilarang untuk menerbitkan atau memberitahu maklumat rasmi pada mana-mana orang yang boleh menimbulkan kontroversi terhadap diri sendiri," katanya.
Bagi pertuduhan pertama, Zaidi yang bertugas sebagai pegawai pemerintah dari Pangkalan Udara Butterworth didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas pada 1 Mei 2013.
Bagi pertuduhan kedua, Zaidi didakwa menyiarkan maklumat rasmi mengenai pertukaran tempat kerjanya kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Angkatan Tentera.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Sementara itu, Zaidi dilepas dan dibebaskan daripada lima pertuduhan lain termasuk melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur politik.
Panel lima hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zaidi.
Tertuduh didakwa melakukan kelima-lima kesalahan itu di perkarangan surau Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, di Taman Bertam Indah, Kepala Batas dan di Pangkalan Udara Butterworth antara 1 Mei 2013 dan 3 Mei 2013.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Sekysen 50(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa TUDM Kapten Rose Anuar Aripin memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan. Tertuduh diwakili peguam Nasar Khan.
Mahkamah menetapkan 5 Nov ini untuk tertuduh memberi keterangan secara bersumpah.- mstar online
TOP
Seludup Dadah Di KLIA, Orang Dalam Dipercayai Terlibat
Chik Omar (dua, kanan) menunjukkan kotak bungkusan yang mengandungi tin makanan berisi dadah yang dirampas ketika mengadakan sidang media mengenai dua kes rampasan dadah dalam bagasi dan bungkusan pos dari Lagos di Kompleks Kastam KLIA di Sepang, Isnin. Foto BERNAMA
SEPANG: Penyeludupan dadah melalui kiriman bungkusan mungkin menggunakan taktik baharu dalam kegiatan mereka, iaitu menggunakan khidmat 'orang dalam' untuk mengambil atau melepaskan bungkusan yang tidak disertakan alamat dan nombor telefon yang betul. Ia antara sudut pertimbangan siasatan Jabatan Kastam Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), ekoran penemuan satu kiriman bungkusan berisi dadah methaphetamine seberat 1.03 kg di gudang pos KLIA pada Selasa lepas dari Lagos, Nigeria. Pengarahnya Datuk Chik Omar Chik Lim berkata pemeriksaan terhadap bungkusan itu mendapati dadah bernilai kira-kira RM194,940 itu disimpan dalam tiga tin makanan. Alamat untuk bungkusan itu dihantar serta nombor telefon yang tertera bagaimanapun tidak wujud, katanya dalam sidang media di sini, Isnin. "Berdasarkan kes-kes sama sebelum ini, nombor telefon di parcel dapat dihubungi tetapi individu yang dihubungi mendakwa tidak mengetahui mengenai parcel (bungkusan) tersebut. Untuk kes ini nombor yang tertera langsung tidak dapat dihubungi...kita takut ada orang dalam yang akan ambil parcel itu," katanya. Dalam kes berasingan, Chik Omar berkata seorang lelaki warga China, 31, ditahan di klia2 berikutan penemuan dadah methapetamine seberat 2.68 kg bernilai RM509,200 dalam bagasinya pada Rabu lepas. "Hasil pemeriksaan bagasi, anggota kastam menemui dadah tersebut yang disorok dalam ruangan khas bagasi," katanya, sambil menambah lelaki tersebut tiba di Malaysia buat pertama kali. Mengikut statistik Kastam KLIA, sepanjang Januari hingga Okt tahun ini, Kargo KLIA merupakan lokasi tertinggi melibatkan rampasan dadah iaitu 194.5 kg bernilai RM36.9 juta, diikuti KLIA (93.4 kg bernilai RM13.8 juta), klia2 (47.9 kg bernilai RM2.9 juta), Pusat Mel & Kurier (2.8 kg bernilai RM533,900) serta luar kawasan KLIA (1.6 kg bernilai RM343,400).- mstar online

Belasah Junior: Lapan Pelajar MRSM Ditahan
BALIK PULAU: Polis pada Isnin menahan lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan dua yang mendakwa dipukul sehingga patah tulang rusuk, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata kesemua pelajar tingkatan empat itu ditahan di sekolah dan diiringi guru mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada 12 tengah hari hari.
"Polis telah merekodkan keterangan kesemua pelajar terbabit dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
"Kami meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai kerana polis sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut," katanya.
Lai berkata kesemua pelajar berkenaan turut diberi kaunseling dalam sesi pertemuan itu sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, sumber polis berkata insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon jenis Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.
Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut.
Akibat kecederaan itu, pelajar terbabit yang tinggal di Klang, Selangor, dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.- mstar online
TOP
FAM Cadang Guna Pengadil Luar Untuk Musim Depan
KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia mengkaji cadangan untuk menggunakan khidmat pengadil dari luar negara bagi meningkatkan lagi mutu sukan bola sepak negara.
Bagaimanapun Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah dalam masa yang sama juga cadangan yang akan dipertimbangkan itu tidak sesekali akan membelakangkan serta merendahkan pengadil sedia ada di negara ini.
"Kita perlu mengkaji secara mendalam perkara ini...pada musim akan datang insya-Allah. Saya akan buat kursus untuk pengadil-pengadil tempatan ini dalam masa yang terdekat dan akan membincangkan tentang perkara itu," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Bendera Pahang kepada pengamal media Pahang yang menyertai Ekspedisi ke Gunung Fansipan di Vietnam pada 4 hingga 11 Nov nanti.
Cadangan menggunakan pengadil dari luar negara sebelum ini pernah disuarakan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor berikutan kecewa dengan dengan mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh pengadil dalam beberapa perlawanan melibatkan pasukan JDT.
Sementara itu mengulas tentang perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan menyaksikan pertembungan antara pasukan Pahang dan JDT, baginda meminta kedua-dua pasukan agar mempamerkan aksi perlawanan yang menarik dan berkualiti.
Titah baginda, lebih 10 juta rakyat di negara ini akan menyaksikan perlawanan kemuncak bola sepak negara itu dan pemain pasukan Tok Gajah dan Harimau Selatan perlu menunjukkan kualiti perlawanan yang terbaik untuk tidak mengecewakan peminat mereka.
"Dalam masa sama saya juga ingin mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan agar menjaga batasan dan jangan terlalu ghairah sehingga merosakkan barangan atau harta benda awam.
"Saya harap mereka akan lebih berdisiplin dan jangan susahkan pihak polis, pergi dan balik secara teratur dan senangkan pasukan keselamatan," titah baginda yang turut meminta supaya penyokong kedua-dua pasukan tidak membawa sebarang peralatan berbahaya ke dalam stadium.
Tengku Abdullah bertitah, baginda juga mengarahkan FAM dan pihak polis supaya mengadakan persiapan rapi bagi menghadapi perlawanan akhir itu pada 1 Nov nanti termasuk kawalan trafik dan keselamatan.
Perlawanan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menyaksikan pertembungan dua pasukan gergasi bola sepak negara Pahang dan JDT.
Pahang layak beraksi di peringkat akhir dengan kelebihan agregat 6-3 selepas menewaskan pasukan Kedah, manakala pasukan JDT pula mara dengan agregat 6-5 selepas menewaskan pasukan Felda United.
Menyentuh soal penjualan tiket pula, baginda bertitah pendekatan baharu perlu dilakukan oleh persatuan bola sepak negeri berhubung soal tersebut bagi mengelakkan penyokong bertumpu hanya pada satu tempat untuk membeli tiket.- mstar online
TOP
Gaji Lebih RM10,000 Tak Layak Subsidi Petrol - Ahmad Husni
KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak layak menikmati subsidi petrol yang disediakan kerajaan menerusi skim rasionalisasi yang akan dilaksanakan tahun depan.
Mengumumkan perkara itu pada Isnin, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, program itu akan dibahagikan kepada tiga peringkat.
"Bagi yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan masih layak menerima subsidi, manakala yang berpendapatan antara RM5,000 hingga Rm10,000 pula akan mendapat sebahagian subsidi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa Bank Rakyat di sini.
Bagaimanapun, katanya, mekanisme lengkap berhubung perkara itu masih diteliti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Baru-baru ini, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad memberitahu mStar Online bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama Kementerian Kewangan belum memutuskan kumpulan sasar yang tidak layak mendapat subsidi petrol.
Beliau berkata, setakat ini, hanya andaian dibuat mengenai tangga gaji bulanan yang ditetapkan untuk mendapatkan faedah itu.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberitahu bahawa harga jualan petrol RON95 bagi golongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahun.
Orang ramai bimbang program rasionalisasi petrol akan menyebabkan golongan berpendapatan sederhana di negara ini mungkin tidak layak mendapat subsidi.
- mstar online
TOP
Harap Tekanan Untuk Bebaskan Anwar Tak Benar - Saiful Bukhari
Mohd Saiful Bukhari Azlan
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung aduan kes liwat terhadapnya tidak dipengaruhi oleh tekanan pihak luar. Bagaimanapun bekas pembantu peribadi ketua pembangkang itu berkata, beliau yakin mahkamah tertinggi itu akan membuat keputusan dengan adil berdasarkan bukti yang dikemukakan. "Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar lalu memutuskan kes ini dengan seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan. "Saya berdoa agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi (keputusan) agar beliau dibebaskan adalah suatu yang tidak benar," katanya di sini, Isnin. Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya, www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com. Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Mengulas lanjut Mohd Saiful berkata, beliau sudah bersedia menghadapi sebarang keputusan berhubung kesnya itu. "Sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara untuk siapkan diri berhadapan dengan senario paling teruk. "Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap Istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran," katanya.- mstar online

Fernandes: Jika Peminat Mahu Saya Undur, Saya Akan Tinggalkan QPR...
Tan Sri Tony Fernandes...kata-katanya seperti seorang yang sedang merajuk.
APAKAH pemilik kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes sudah merajuk? Pada Ahad Fernandes memberi indikasi yang beliau akan meninggalkan kelab tersebut jika itulah yang diinginkan oleh para peminat, sambil menegaskan 'pemimpin yang baik tahu bila perlu berundur." Dengan QPR kini berada di tangga terbawah sekali di kalangan 20 buah kelab Liga Perdana Inggeris, Fernandes bergelut sepanjang tempoh setahun ini melawan 'api' yang semakin membara yang membakar tangan dan wang sakunya. Tahun lepas mereka bermain di liga kejuaraan (Divisyen Satu) selepas tersingkir dari liga perdana pada musim sebelumnya. Bagaimanapun QPR di bawah bimbingan jurulatih veteran, Harry Redknapp, berjaya kembali ke Liga Perdana hanya untuk berhadapan dengan satu lagi musim yang sukar dan akan sekali lagi tersingkir ke liga bawah jika mereka tidak kembali bersaing dan memenangi perlawanan. Selepas mengharungi lapan perlawanan musim ini, QPR hanya sekadar mengutip empat mata dengan menang satu perlawanan dan seri satu. Pada jam 4 pagi Selasa waktu Malaysia, mereka akan bertemu Aston Villa yang kini berada lima tangga di atas mereka. Tidak cukup dengan masalah prestasi permainan yang tidak memberansangkan, Fernandes juga terpaksa berhadapan dengan isu pertelingkahan di antara Redknapp dengan pemain tengah mereka dari Maghribi, Adel Taarabt. Fernandes, yang kini terlibat dalam satu lagi pertikaian di antara kumpulannya dengan konsortium yang membeli kepentingannya dalam pasukan F1 Caterham Julai lalu berkata; “Pada saat para peminat QPR mahu saya meninggalkan kelab ini kerana keputusan-keputusan yang tidak memberansangkan yang telah saya ambil sebagai pengerusi dan pemilik, maka saya akan pergi. Noktah." Beliau seterusnya berkata yang prinsipnya ialah untuk berdiri teguh di belakang pengurus dan pemain-pemainnya dan mengelak bermain politik. Semua pemain, kata Fernandes perlu bersatu sebagai sebuah pasukan dan inilah yang mereka tunjukkan dalam perlawanan menentang Liverpool minggu lalu. “Tetapi seorang pemimpin yang baik tahu bilakah masa untuk dia berundur. Sama sepertimana ketika saya membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan F1 Caterham. Saya sayang QPR dan AirAsia tetapi akan tiba masanya para peminat dan kakitangan yang akan menentukan bilakah kita patut berundur,” ujarnya lagi dalam laman sosial Twitter.- mstar online

Muktadir Bersaudara Antara Enam Diburu Di Sabah
KOTA KINABALU: Polis memperhebatkan gerakan memburu enam lelaki termasuk Muktadir bersaudara yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kegiatan jenayah antara sempada di Sabah.
Kumpulan itu dipercayai kerap masuk dan keluar dari Sabah ke Filipina untuk kegiatan menculik dan jenyah lain sejak beberapa tahun lalu.
Mereka yang dikenal pasti itu adalah Badong, Ali@Brown, Nikson yang juga Muktadir bersaudara; Bocai@Komandar Black, Wahab dan Alex.
Muktadir bersaudara yang dikehendaki polis kerana terbabit kegiatan jenayah antara sempadan dan Tiga daripada enam lelaki yang diburu pasukan keselamatan di Sabah.
Komandar Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, kesemua mereka dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan komuniti di perairan timur Sabah. "Mereka adalah rakyat tempatan dan sebab itu kita perlukan bantuan orang ramai di pantai timur Sabah untuk bekerjasama dengan polis bagi menyalurkan maklumat mengenai pergerakan kumpulan ini. "Kami perlukan mereka untuk membantu sisatan polis berhubung kegiatan jenayah antara sempadan di sini," katanya pada Isnin. Rashid berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan sumber risikan untuk mengesan keenam-enam lelaki berkenaan. "Kami tidak pasti di mana mereka berada ketika ini, tetapi percaya mereka keluar dan masuk Sabah sepanjang masa," katanya. Menurut sumber, Muktadir bersaudara dipercayai berpangkalan di kawasan perkampungan air di Pulau Sitangkai iaitu pulau berhampiran Tawi Tawi di perairan pantai timur Sabah. Difahamkan, mereka pernah menetap di Semporna ketika bapa mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum menjadi lanun dan beroperasi di sekitara daerah itu dan juga selatan Filipina.- mstar online

Himpunan Di UM Sekadar Perjuangkan Anwar, Bukan Ilmiah
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno meragui motif himpunan yang akan diadakan di Universiti Malaya (UM) pada malam Isnin kerana ia tidak berbentuk ilmiah, sebaliknya sekadar memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin politik.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sayap parti itu sentiasa menyokong kebebasan mahasiswa untuk berpolitik tetapi bukan majlis yang dianjurkan untuk kepentingan peribadi seorang ahli politik.
"Program ilmiah di kampus kita sokong seperti debat atau forum terbuka yang menyaksikan penyertaan tokoh-tokoh politik pembangkang.
"Malam ini adalah pentas bagi seorang ahli politik menggunakan universiti untuk membangkitkan isu politik peribadi beliau, tak ada langsung soal dasar, polisi dan sebagainya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, sayap parti jelas mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik tetapi ia harus dilakukan mengikut secara adil dan mengikut kesesuaian.
"Bila dianjurkan program yang tak berbentuk ilmiah, yang tujuannya satu sahaja iaitu menghasut mahasiswa untuk menyampaikan mesej politik berat sebelah tanpa beri peluang untuk menjawab, saya rasa itu bukanlah satu majlis yang sesuai," katanya.
Khairy berkata, beliau difahamkan, tidak semua mahasiswa selesa dengan kehadiran pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di UM yang dijadualkan pada malam Isnin.
"Kita tak boleh kata bahawa Fahmi Zainul (Presiden Persatuan Mahasiswa UM) itu mewakili seratus peratus mahasiswa.
"Ada persatuan mahasiswa yang jelas membuat pendirian jangan mempolitikkan kampus seperti itu," katanya.
Anwar dijadual untuk hadir ke UM pada malam Isnin bagi menyampaikan pidato anjuran persatuan mahasiswa universiti itu.- mstar online
TOP
Kenyataan Ibrahim Ali Tetap 'Menghasut' - Khairy
KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bertegas dengan pendiriannya bahawa kenyataan oleh Datuk Ibrahim Ali dalam isu Bible bersifat hasutan.
Khairy berkata, pendirian itu bersifat peribadi tanpa melibatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
"Kalau pandangan peribadi saya...kalau buat kenyataan nak bakar kitab orang lain, itu adalah hasutan.
"Bayangkan kalau ada orang cakap macam tu tentang Al Quran, sudah tentulah menghasut," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara pada Ahad bahawa kenyataan yang Ibrahim untuk membakar Bible bahasa Melayu, tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.
"Terpulang kepada Jabatan Peguam Negara. Mereka ada kebebasan untuk buat keputusan dari segi pendakwaan," katanya.- mstar online
TOP
Rizalman Ke Mahkamah Pada Selasa Mohon Ikat Jamin
Muhammad Rizalman Ismail.
WELLINGTON: Ketika rakyat New Zealand bergembira menyambut Hari Buruh dengan cuti umum pada Isnin, Muhammad Rizalman Ismail, bekas atase tentera Malaysia di Wellington, terpaksa menghabiskan masa sehari lagi dalam tahanan di Penjara Rimutaka di sini. Dia dijadual hadir di Mahkamah Daerah Wellington pada Selasa apabila permohonan ikat jamin bagi pihak dirinya akan dikemukakan. Beberapa permohonan interlokutari mungkin dikemukakan selepas itu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan. Permohonan interlokutari ialah permohonan untuk mendapatkan arahan atau perintah sebelum perbicaraan substantif diadakan, selalunya berhubung prosedur sesuatu kes. Dalam sistem undang-undang New Zealand, permohonan interlokutari berbeza akan didengar oleh hakim berbeza. Penjara Rimutaka di Upper Hutt, di utara Wellington, adalah antara penjara terbesar New Zealand. Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lalu dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita berusia 21 tahun. Setelah dia dibawa pulang ke Malaysia bersama keluarga pada 22 Mei lalu, Kementerian Pertahanan segera melancarkan siasatan terhadap kes itu. Muhammad Rizalman dilaporkan menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan setelah kembali ke tanah air dan dibenar keluar dari hospital itu pada akhir Julai.- mstar online

Judi Haram: Peguam Negara Cadang Pinda Akta Atau Wujud Baharu
BANGI: Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk meminda akta sedia ada atau mewujudkan akta baharu bagi mengekang kegiatan jenayah judi haram, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata, langkah itu dilihat perlu memandangkan kegiatan perjudian haram pada masa kini banyak dilakukan secara dalam talian.
"Ia perlu bukan disebabkan akta sedia ada sudah lapuk, kita tidak boleh cakap begitu, masalahnya sekarang banyak perjudian haram adalah secara dalam talian...dulu mana ada," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pandangan beberapa pihak bahawa undang-undang berkaitan perjudian iaitu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dianggap sudah 'lapuk'.
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula tidak mempunyai kuasa untuk menutup, menyita dan melucut hak terhadap pemilik premis yang didapati menjalankan kegiatan judi haram.
Abdul Gani berkata, perbincangan dengan pihak penguatkuasaan yang berkaitan sama ada perlu meminda akta sedia ada atau mewujudkan akta baharu akan dilakukan sebelum cadangan itu dikemukakan pada tahun depan.
Terdahulu beliau menyampaikan syarahan bertajuk "Critical Lawyering: Bridging Theory And Practice For Social Change" di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), di sini Isnin. - mstar online
TOP
Pakatan Adakan Mesyuarat Tergempar Jika Anwar Dipenjara
KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini jika pemimpin utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan.
Mesyuarat khas itu dilihat bertujuan untuk membincangkan mengenai masa depan kerjasama politik Pakatan Rakyat tanpa Anwar.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hingga kini pimpinan Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia untuk berhadapan apa jua situasi khususnya jika dipenjarakan.
“Kami akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada hari tersebut (Rabu). Sekiranya apa yang kita tidak ingini berlaku, maka MPT Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat tergempar di kalangan pemimpin tertinggi sekiranya Datuk Seri Anwar disumbatkan ke penjara.
"Ini menunjukkan ketegasan dan keutuhan pimpinan tinggi Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media selepas meyuarat MPT Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin.
Mengulas lanjut, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang membayangkan bahawa Pakatan Rakyat akan terus bersama walaupun tanpa Anwar.
Mengambil semangat pasukan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United, Guan Eng menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan berjuang menuntut keadilan terhadap Anwar hingga ke saat akhir.
"Kita akan sokong sehingga ke hujung dan kami sudah menyerap semangat Manchester United (MU).
"Saya adalah peminat MU dan sentiasa ingat semangat kumpulan MU di bawah pimpinan Alex Ferguson yang mana akan berlawan sehingga minit akhir," katanya.- mstar online
TOP
Amaran Puting Beliung KL Putrajaya 27 ─ 29 Oktober 2014 adalah Palsu
Hari ini kita mendapat berita berkenaan fenomena puting beliung yang mana akan berlaku pada hari ini sehingga 29 Oktober 2014. Anda mungkin menerima berita tersebut melalui perkongsian di laman sosial dan WhatsApp.
Bagaiamanapun, orang ramai diminta agar mengabaikan khabar angin tersebut kerana menerusi kenyataan rasmi Jabatan Metereologi Malaysia pada 27 Oktober, mereka telah menafikan mengeluarkan amaran tersebut. ─ Siakapkeli.com

Pintu Masuk Dipagar, Keadaan Tegang Di Perkarangan UM
Kuala Lumpur, 27 Okt - Keadaan menjadi tegang di Universiti Malaya setelah pintu masuknya telah dipagar bagi menghalang orang ramai dari masuk untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.
Pemimpin pelajar berucap memohon dibukakan pintu pagar UM. Masuk! Masuk! Masuk! Jerit pelajar.
Keadaan juga menjadi semakin tidak terkawal setelah beberapa penyokong yang berkumpul mula bercakap-cakap untuk merempuh pintu pagar UM.
Ceramah yang dijadualkan bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun masih belum bermula apabila kelibat Anwar masih lagi belum kelihatan(8.45 malam).
Pihak Universiti Malaya sebelum ini menyatakan program ceramah dari Anwar sempena rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan esok tidak mendapat kebenaran dari pihak universiti.
UPDATE
9.28 pm: Pelajar berarak ke arah dewan UM untuk menunggu ketibaan Anwar Ibrahim.
9.20 pm: Pintu pagar Universiti Malaya telah dirempuh dan roboh.
9:07 pm: Dilaporkan kira-kira 700 dilaporkan berada di perkarangan UM sekarang.- SiakapKeli.com

Tune Hotel Buka Hotel Di Newcastle, UK
KUALA LUMPUR – Tune Hotels telah membuka hotelnya yang keenam di United Kingdom (UK) dalam usaha meningkatkan kehadirannya di negara itu.
Terletak di tengah pusat bandar Newcastle, hotel 104 bilik itu dirasmikan hari ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester dalam satu kenyataan.
Ia terletak di Proctor House, hanya 600 meter dari stesen kereta api Newcastle Central.
Rangkaian global itu sudah pun ada empat hotel di London dan sebuah lagi di Edinburgh. Sebuah hotel bakal dibuka di Canary Wharf, London.
Bayaran penginapan rangkaian Tune Hotels UK bermula daripada £25 satu malam.
Lankester berkata, Tune Hotels merancang memiliki 25 hotel di seluruh UK dengan pelaburan lebih £200 juta dengan rakan kongsinya dalam masa lima tahun akan datang.
“Kami akan menyasarkan bandar perniagaan utama seperti London, Manchester, Birmingham dan Leeds, di samping bandar universiti di mana konsep kami terbukti amat popular,” tambahnya. – BERNAMA
TOP
60% Wanita Hidap Kanser Payudara Tahap Bahaya
KUALA LUMPUR – Kurangnya kesedaran mengenai kanser dan kecenderungan mendapatkan rawatan alternatif menyebabkan kanser payudara dalam kalangan 60 peratus wanita mencapai tahap berbahaya.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pesakit berkenaan memilih rawatan alternatif berbanding rawatan di hospital tanpa menyedari kanser mereka sudah merebak ke seluruh badan.
“Faktor lain adalah pesakit kurang kesedaran mengenai pentingnya menjalani ujian saringan dan pengesanan awal kanser payudara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen dan Seminar Kesedaran Kanser Payudara 2014 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dan Ketua Jabatan Pengimejan Diagnostik HKL Dr Zaleha Abdul Manaf.
Dr Hilmi berkata wanita perlu melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan menjalani ujian mammografi di hospital-hospital kerajaan dan swasta bagi mengurangkan kadar kematian akibat penyakit itu, yang semakin meningkat kini.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak hospital kerajaan dan swasta mengadakan kempen kesedaran kanser payudara bagi membantu golongan wanita mengesan penyakit itu di peringkat awal.
Sementara itu, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin di Jabatan Pembedahan Am HKL Dr Nor Azham Hakim berkata kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan kanser payudara tahap kritikal adalah mereka yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 60 tahun.
Bagaimanapun, katanya ada juga pesakit yang diserang penyakit itu pada usia lebih muda di Malaysia.
“Ini berbeza jika dibanding dengan negara-negara barat…ia menjadi kebimbangan kami semua,” katanya.
Menurutnya kes baharu bagi kanser payudara juga meningkat secara konsisten di seluruh negara. – BERNAMA
TOP
Dua Lelaki Maut Nahas Babitkan Dua Lori
KEADAAN lori yang remuk membabitkan kemalangan diantara dua buah lori menyebabkan dua orang maut dan seorang cedera parah di Lebuhraya Dengkil-Puchong. - Foto Fariz Iswadi Ismail.
PUTRAJAYA - Dua lelaki termasuk seorang warga asing maut apabila lori yang dinaiki melanggar sebuah lori sampah di Lebuhraya Dengkil-Puchong dekat sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu lori lima tan membawa muatan barangan plastik, Yeow Kit Leong, 51, dan kelindannya Raj Kumar Tharu warga Bangladesh maut di tempat kejadian. Kelindan lori sampah seberat tiga tan yang dikenali Shafikul juga warga Bangladesh cedera parah dan kini dirawat di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya sementara pemandu lori, Zawawi Mat Hussien, 39, cedera ringan. Punca kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari Puchong ke Dengkil melanggar bahagian belakang lori sampah berkenaan. Timbalan Polis Daerah Sepang, Superintendan Zaldino Zaludin yang dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan kemalangan berkenaan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

MDKL Ambil Tindakan Mahkamah Ke Atas Pesalah Letak Kereta
KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih belum membayar kompaun kesalahan tempat letak kereta Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) diminta berbuat demikian sebelum 31 Oktober 2014 atau berhadapan tindakan mahkamah.
Yang Dipertua MDKL, Mohd. Azhar Mohamed Ali berkata, bagi Januari hingga September 2013 sahaja, MDKL telah mengeluarkan sebanyak 28,001 notis kompaun dengan jumlah kutipan telah dibayar sebanyak 10,195 kompaun.
Manakala bagi Januari hingga September 2014 pula, MDKL telah mengeluarkan sebanyak 31,288 notis kompaun dengan kutipan telah dibayar sebanyak 12,842 kompaun.
“Daripada jumlah tersebut pula, sebanyak 17,806 notis kompaun bagi Januari hingga September 2013 masih belum dijelaskan dan sejumlah 18,446 notis kompaun yang masih belum dijelaskan dari Januari hingga September 2014.
“Manakala bagi Oktober 2013 sahaja, sejumlah 3,592 kompaun tempat letak kereta telah dikeluarkan dengan 1,148 kompaun telah dibayar dan bagi 1 Oktober hingga 24 Oktober 2014 pula sebanyak 3,357 kompaun dikeluarkan dengan jumlah kompaun yang telah dibayar sebanyak 2,014 kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Azhar, orang ramai diminta memanfaatkan tempoh sebelum 31 Oktober ini bagi menjelaskan kompaun tertunggak itu kerana tawaran pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta pada kadar harga RM10 bagi setiap kompaun.
Beliau menambah, MDKL telah mendaftarkan tindakan mahkamah terhadap 127 kes di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Daerah Kuala Langat) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tindakan selanjutnya dan boleh dikenakan denda maksimum RM300.
Sehubungan itu, katanya, pemilik kompaun bole membuat bayaran di Kaunter Ibu Pejabat MDKL dan di Pejabat Penguatkuasa Telok Datok sepanjang Oktober ini.
“Kaunter-kaunter ini beroperasi seawal pukul 8.30 pagi hingga 4 petang dan semakan juga boleh dibuat di www.mdkl.gov.my,” katanya. – mynewshub.cc
TOP
Jakim Bertemu Penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ 6 Nov Depan
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ pada 6 Nov depan bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran program itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pertemuan di Putrajaya itu turut disertai oleh Majlis Agama Islam Selangor(MAIS).
“Dalam pertemuan itu nanti, kita nak memahami penganjuran program tersebut. Apakah ada agenda terselindung atau agenda selain daripada kebiasaan kerana lazimnya semua masyarakat pun memahami bahawa menyentuh anjing secara sengaja tidak dibenarkan dalam Islam.
“Islam dilihat sebagai agama yang menyantuni semua makhluk termasuk haiwan seperti anjing, namun, menyayangi haiwan ini ada tahapnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Rumahku Syurgaku 2014 di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang tindakan undang-undang memandangkan jabatan itu hanya bertindak sebagai perantara.
“Dalam konteks undang-undang, tidak ada yang menyebut tidak boleh memegang anjing, tetapi peruntukan lain ialah menjaga fatwa yang dikeluarkan oleh mufti di setiap negeri (mengenai hukum menyentuh anjing). Itu yang harus kita ambil kira,” katanya.
Beliau juga meminta majlis dan jabatan agama Islam di seluruh negara supaya peka dengan setiap penganjuran program supaya tidak wujud unsur melanggari batasan agama.
Program ‘I Want To Touch A Dog’ pada 19 Okt itu di Central Park, One Utama, Petaling Jaya mencetuskan perdebatan hangat khususnya dalam kalangan umat Islam kerana ia dikatakan bercanggah dengan mazhab Shafie dan adat di negara ini.
Sabtu lepas, penganjur program Syed Azmi Alhabshi memohon maaf atas perasaan tidak senang yang timbul akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing semasa program berlangsung.
Terdahulu, Jamil Khir turut melancarkan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang akan dibuka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat berkenaan kekeluargaan. – BERNAMA
TOP
PBT Perlu Lebih Tegas Banteras Judi Haram – Abdul Rahman
KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mencontohi ketegasan polis dalam membanteras kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa di seluruh negara.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata PBT dan polis juga boleh menjalin kerjasama strategik dalam usaha membanteras kegiatan tersebut sehingga ke akar umbi.
Beliau berkata, kementerian memandang serius kegiatan yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara turut menimbulkan pelbagai masalah sosial terutama dalam kalangan remaja.
“PBT juga perlu bertindak lebih tegas sepertimana polis… perlu ada satu kemahuan untuk berubah daripada pihak PBT untuk melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih tegas.
“Kementerian menyokong ketegasan pihak polis dalam judi haram kerana kita memerlukan titik noktah untuk mengelakkan kegiatan itu daripada terus berleluasa. Dalam hal ini, pihak polis perlu diberikan kerjasama oleh semua pihak dalam membanteras perjudian haram,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar mengenai arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya semua Ketua Polis Negeri menggempur premis mesin judi haram dan pegawai polis terbabit diberikan tempoh seminggu atau berdepan tindakan ditukarkan 24 jam.
Abdul Rahman turut mengingatkan pihak PBT supaya sentiasa mengikut garis panduan yang disediakan kementerian bagi memastikan kesemua perancangan terutama dalam membanteras kegiatan judi haram dapat dilaksanakan sebaiknya tanpa sebarang pertindihan.
Katanya, selain PBT dan polis, pemimpin masyarakat juga perlu memainkan peranan serta memikul tanggungjawab, antaranya dengan memberi maklumat, pendedahan dan kesedaran tentang bahaya kegiatan mesin judi haram.
Beliau berkata, dalam kepesatan teknologi hari ini, wujud kegiatan judi haram dalam bentuk berbeza seperti aplikasi telefon bimbit dan komputer persendirian yang tidak dipantau sepenuhnya oleh pihak berkuasa.
“Saya melihat ini adalah satu perkara yang juga perlu dipantau. Selain melalui kuasa penguatkuasa, ibu bapa dan keluarga terdekat juga perlu memainkan peranan masing-masing dalam membanteras semua bentuk perjudian haram,” katanya. – BERNAMA
TOP
Ibrahim Ali Tidak Dikenakan Akta Hasutan
KUALA LUMPUR – Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali tidak dikenakan tindakan Akta Hasutan 1948 kerana beliau tidak berniat menghina dan menimbulkan provokasi yang membolehkan mengugat ketenteraman awam semasa membuat kenyataan membakar Bible yang mempunyai perkataan Allah.
Jabatan Peguam Negara menjelaskan, kenyataan Ibrahim itu tidak berniat menimbulkan kekecohan agama sebaliknya mahu mempertahankan kesucian agama Islam berikutan tindakan pihak tertentu mengedarkan Bible secara terbuka di luar perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong.
Lagipun, menurut Jabatan Peguam Negara, kenyataan Ibrahim tersebut hanya ditujukan kepada kejadian mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah kepada pelajar-pelajar SMK Jelutong termasuk pelajar Melayu.
Beberapa pemimpin pembangkang terutama DAP sebelum ini mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas Presiden Perkasa kerana didakwa membuat kenyataan menghasut umat Islam negara ini supaya membakar kitab Bible.
Berikut kenyataan penuh Jabatan Peguam Negara mengenai isu tersebut:
KENYATAAN MEDIA
Pada 21 Januari 2013, satu laporan polis telah dibuat melalui Bukit Tengah Repot: 856/2013 berkenaan kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Dato’ Ibrahim Ali yang menyeru umat Islam untuk merampas dan membakar salinan “Al-Kitab” yang mengandungi penggunaan perkataan Allah atau lain-lain perkataan Arab , dan juga mengandungi tulisan jawi.
Kenyataan tersebut telah disiarkan di dalam portal Free Malaysia Today bertarikh 19 Januari 2013 dengan tajuk “Burn Allah Bibles, Perkasa Chief to Muslims”. Kenyataan tersebut telah dibuat di sidang media selepas tamat Konvensyen Perkasa di UITM Pulau Pinang.
Sebelum kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Dato’ Ibrahim Ali itu, terdapat laporan media massa berhubung suatu laporan polis melalui Jelutong Repot: 552/13 tentang suatu kejadian pengedaran Bible kepada golongan pelajar di SMK Jelutong, Pulau Pinang.
Pada 17 Januari 2013 jam 1.00 petang, tiga orang lelaki Cina dikatakan telah mengedarkan sejumlah Bible (bersaiz poket dalam Bahasa Inggeris) kepada pelajar-pelajar SMK Jelutong, termasuk pelajar-pelajar beragama Islam di hadapan Sekolah berkenaan.
Susulan daripada kedua-dua laporan polis di atas, tindakan penyiasatan telah diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Kertas siasatan yang dibuka telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk keputusan lanjut.
Pada 17 September 2013, kertas siasatan berhubung pengedaran Bible seperti di dalam Jelutong Repot: 552/13 telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Kertas siasatan tersebut telah dikaji dan keputusan diberikan supaya kes ditutup (NFA) atas alasan bahawa tiada keterangan yang kukuh untuk menunjukkan Bible tersebut dikehendaki diedarkan kepada pelajar Melayu sahaja.
Apa yang berlaku adalah sesiapa sahaja boleh mengambil Bible tersebut daripada suspek-suspek berkenaan. Siasatan juga menunjukkan suspek-suspek tidak mempunyai niat untuk mengedarkan Bible kepada pelajar Melayu sahaja.
Oleh yang demikian, elemen di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996 tidak dapat dipenuhi.
Seterusnya, pada 3 Disember 2013, kertas siasatan berhubung kenyataan Dato’ Ibrahim Ali seperti di dalam Bukit Tengah Repot: 856/2013 telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Kertas siasatan tersebut telah dikaji dan keputusan diberikan supaya kes ditutup (NFA) atas alasan berikut:
(i) kata-kata yang diucapkan oleh Dato’ Ibrahim Ali adalah seperti berikut:
“Emmm.. Diedar seperti semalam, saya menyeru pada orang Melayu yang beragama Islam, rampas….rampas dan bakar. Ini bukan sentimen ataupun nak menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi ini mempertahankan kesucian agama Islam yang telah jelas dalam undang-undang. Kita dah nasihat, kita dah merayu, kita dah desak mereka bertanggungjawab mengambil tindakan tetapi masih berlaku, dan kalau terus berlaku, saya hanya mengharap umat Islam rampas dan bakar. That only way. So I hope what happened last night is the last. So that kita nak avoid perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi kalau berterusan, walaupun dia edar kepada aaaa… pelajar-pelajar bukan Islam, tetapi jangan setakat untuk pelajar-pelajar Islam tetapi juga untuk pelajar-pelajar bukan Islam. Walau kalau edar dalam versi bahasa melayu ada kalimah Allah, ada tulisan ayat-ayat jawi seperti semalam, kita akan rampas, kita minta orang Islam rampas dan bakar.”
“Yess…bible hanya perkataan yang apanii.. tulisan jawi yang boleh mengelirukan because tengok yang mengedar semalam pakai baju new testament apa…new testament ni maknanya bible versi baru, so we are kita we are not……for quarrel tapi kita terpaksa mempertahankan agama orang Islam. So untuk menyatakan perkara itu, saya merayu kepada semua pihak terutamanya mereka-mereka yang memang bertanggungjawab ini hentikan perbuatan mereka. Mereka kena tunjuk itu bible kepada pihak yang bertanggungjawab maknanya yang dibuat dalam bahasa melayu tetapi clear dari segi undang-undang baru boleh edar dan jengan menyentuh hal-hal yang menyentuh sensitiviti umat Islam.”
Kata-kata Dato’ Ibrahim Ali adalah ditujukan kepada kejadian individu-individu yang telah mengedar naskhah Bible yang mengandungi kalimah Allah dan juga tulisan Jawi kepada pelajar-pelajar di SMK Jelutong termasuk pelajar Melayu; dan
(ii) Kenyataan yang dibuat oleh Dato’ Ibrahim Ali tidak terjatuh di bawah lingkungan definisi kecenderungan menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah, sebelum sesuatu kenyataan itu dikatakan mempunyai kecenderungan menghasut, kenyataan itu hendaklah dilihat secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan daripada konteks di mana ia dibuat. Dato’ Ibrahim Ali membuat kenyataan itu di dalam konteks kejadian di SMK Jelutong. Apabila dikaji di dalam konteksnya secara keseluruhan kenyataan Dato’ Ibrahim Ali tidak tergolong sebagai kecenderungan menghasut.
Jelas Dato’ Ibrahim Ali bukan berniat untuk menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanyalah untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Hal ini boleh dilihat melalui ucapan beliau berbunyi:
“Ini bukan sentimen ataupun nak menimbulkan kekecohan agama tetapi ini mempertahankan kesucian agama Islam yang telah jelas dalam undang-undang.”
Elemen di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan juga tidak dipenuhi kerana Dato’ Ibrahim Ali tidak mempunyai niat untuk menghina dan menimbulkan provokasi yang membolehkan ketenteraman awam tergugat. Tiada juga kesalahan di bawah Seksyen 298 atau 298A Kanun Keseksaan yang telah dilakukan kerana Dato’ Ibrahim Ali jelas mempertahankan kesucian agama Islam. Tindakan pengedaran Bible secara percuma dan terbuka di luar perkarangan SMK Jelutong boleh menggugat akidah pelajar-pelajar Islam yang kurang pengetahuan agama mereka, jika mereka membaca Bible tersebut lebih-lebih lagi apabila ia mengandungi tulisan jawi.
Setelah mengambil kira fakta dan keterangan kedua-dua kes ini, Peguam Negara berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk kedua-dua kes ini dibawa ke Mahkamah.
JABATAN PEGUAM NEGARA
MALAYSIA
27 OKTOBER 2014

Piala Malaysia: Johor Sediakan 2,000 Tiket Percuma
JOHOR BAHRU – Sebanyak 2,000 tiket percuma untuk anak Johor disediakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memberi sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Mohamed Khaled menerusi satu kenyataan berkata, maklumat lanjut mengenai tiket percuma itu boleh didapati menerusi laman Facebook beliau di www.facebook.com/mohamedkhalednordin.
“Kejayaan pasukan JDT mara ke perlawanan akhir bukan sahaja berjaya menaikkan nama pasukan tetapi yang lebih penting ia berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Saya dapat melihat rakyat berbilang kaum dan agama bergembira dan memberi sokongan kepada pasukan JDT.
Inilah Muafakat Johor kerana sejak dahulu lagi Johor cukup dikenali di seluruh negara dengan rakyatnya yang bersatu padu. Justeru, saya berbesar hati untuk menyediakan 2,000 tiket percuma untuk anak Johor bagi bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan JDT pada perlawanan akhir nanti,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.
Mohamed Khaled berkata di sebalik kejayaan itu, beliau mewakili seluruh rakyat Johor ingin mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membawa pasukan bola sepak negeri ini ke satu tahap yang membanggakan.
Beliau berkata, semangat dan komitmen Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor memberi peluang kepada seluruh rakyat negeri ini untuk merasai kegembiraan berkenaan.
Mohamed Khaled berkata, beliau berharap dengan sokongan anak Johor yang menyaksikan perlawanan menentang pasukan Pahang kelak, ia mampu membakar semangat pasukan JDT untuk mengecapi kemenangan.
Katanya, sehubungan itu, para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan terbabit diminta supaya menjaga nama baik negeri Johor, bersikap profesional dan penuh semangat kesukanan.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Pahang. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan semoga dengan perlawanan akhir ini, ia akan merapatkan lagi hubungan antara Johor dan Pahang.
“Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa supaya pasukan kebanggaan kita iaitu JDT dapat merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini. Ayuh Johor, luaskan kuasamu,” katanya. – BERNAMA
TOP
3 Rumah Kedai, 5 Kenderaan Musnah Terbakar Di Sandakan
TIGA rumah kedai termasuk sebuah bengkel kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Batu Sapi, Kampung Tanah Merah, Sandakan. - Foto Ihsan Bomba
SANDAKAN - Tiga rumah kedai dan lima kenderaan musnah dalam satu kebakaran di Tanah Merah, Jalan Batu Sapi dekat sini, hari ini. Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi dan 20 anggota bersama tiga jentera serta dua kenderaan utiliti dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian. Katanya, api dapat dikawal daripada merebak ke dua blok kedai berhampiran pada jam 3.04 pagi, bagaimanapun lima kereta yang diletakkan di hadapan kedai berkenaan turut terbakar. Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kinabatangan, dua rumah kongsi pekerja Ladang Batu Putih turut musnah terbakar kira-kira jam 7 pagi hari ini. Anddre berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 pagi. Katanya, api terkawal pada jam 7.49 dan padam sepenuhnya pada jam 9.22 pagi. Anddre berkata, punca kebakaran membabitkan dua kejadian itu masih dalam siasatan dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. – BERNAMA

Kerajaan Kaji Naikkan Kompaun Pembakaran Terbuka
KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan kadar kompaun sebagai langkah pencegahan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.
Kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara ke arah mengkaji semula peruntukan undang-undang berkaitan mengkompaun kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, katanya menjawab soalan Charles Anthony Santiago (DAP-Klang) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Ketika ini, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan pembakaran terbuka.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada kementerian itu untuk menempatkan 10,000 pelajar di kolej teknikal dan vokasional swasta bagi mengikuti Program Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).
“Kerajaan juga akan meningkatkan pengambilan pelajar kolej vokasional dan kolej komuniti melalui TVET serta menaik taraf kolej melalui peruntukan sebanyak RM1.2 bilion dalam Bajet 2015,” katanya menjawab soalan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh). – BERNAMA
TOP
Pelabur PKS Kurang Berdepan Risiko Dengan IAP
KUALA LUMPUR – Para pelabur kurang berdepan risiko sekiranya mereka melabur menerusi Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang diperkenalkan kerajaan.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata IAP, seperti yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini, merupakan platform baik bagi pelabur untuk menyertai dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Ia kurang berisiko, dan pada masa yang sama, membolehkan kerajaan menyediakan sokongan pembiayaan bagi PKS.
“IAP juga akan mewujudkan tabung pembiayaan bagi pelaburan, jadi risiko akan lebih rendah.
“Sebagai contoh, sekiranya pelaburan dibuat dalam 100 syarikat, dan kira-kira 5-10 tidak berjaya, kesannya akan diimbangi oleh PKS yang lain yang berjaya,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Perbankan Islam Antarabangsa Bank Rakyat (IIBC) 2014, di sini, Isnin.
Husni berkata IAP akan beroperasi di bawah penyeliaan Bank Negara Malaysia.
Bagi mengukuhkan pasaran kewangan Islam, Bajet 2015, memperkenalkan IAP berjumlah RM150 juta, sebagai produk pelaburan patuh Syariah baharu bagi membiayai aktiviti keusahawanan dan membangunkan PKS.
Pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan daripada pelaburan kelayakan bagi tiga tahun berturut-turut ditawarkan kepada individu kaya.
Sementara itu, persidangan IIBC selama dua hari itu yang julung kali diadakan dianjurkan oleh Bank Rakyat sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 bank tersebut.
Ia bertujuan untuk menyediakan medan bagi penggiat industri untuk berkongsi dan bertukar-tukar pengalaman dan buah fikiran berkaitan perbankan dan kewangan Islam di samping membina rangkaian. – BERNAMA
TOP
PAS Selangor Bantah Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah
KUALA LUMPUR - PAS Selangor kesal dengan penerbitan satu buku bertajuk “Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah” oleh penulis politik, Mohd. Sayuti Omar.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, penerbitan buku itu bakal menyukarkan pakatan pembangkang di Selangor memulihkan keyakinan orang ramai.
“Kami di Selangor baru sahaja selesai melalui krisis Menteri Besar dan sekarang ini memandang ke hadapan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat yang telah sedikit sebanyak terhakis akibat dari krisis tersebut.
“Oleh yang demikian, adalah tidak perlu membawa krisis yang berlaku di luar ke negeri Selangor. Kami di Selangor tidak perlu disibukkan dengan perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyatan media hari ini.
Iskandar turut menyifatkan penerbitan buku itu juga bertujuan mengelirukan rakyat Selangor dengan membawa isu-isu luar terutama isu kejatuhan kerajaan PAS di Kedah,
Justeru, beliau menegaskan program Bedah: Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dirancang diadakan di Ampang di sini oleh pihak tertentu tiada kaitan dengan PAS Selangor.
“Satu kajian telah menunjukkan sokongan rakyat kepada pakatan telah meningkat. Maka janganlah pula ada yang menjadi pengacau kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS dan pakatan di Selangor,” katanya.
Mohd. Sayuti dalam blog beliau mendakwa buku itu adalah satu dokumen sejarah yang merekodkan faktor yang menyebabkan kerajaan PAS tumbang di Kedah.
Dakwa beliau, ia bertujuan supaya tragedi yang berlaku di Kedah itu tidak berulang di negeri lain kerana ia relevan dengan isu jawatan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.-mynewsub
TOP
MENARIK: 11 Bahan Makanan Yang Boleh Digunakan Untuk Mencuci
Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak lebih baik daripada bahan pencuci seperti sabun dan peluntur yang dijual di pasaran?
Ya, jangan tak percaya, bahan-bahan tersebut juga sebenarnya digunakan sebagai formula untuk dimasukkan dalam kandungan bahan pencuci pada hari ini.
Namun, untuk keberkesanan berganda, adalah lebih afdal andai ia terus digunakan tanpa dicampur dengan bahan lain. Jimat pun ya!
Buahan seperti lemon dan limau nipis sangat dikenali sebagai agen pencuci kan?
Namun, banyak bahan lain yang boleh menyenangkan kehidupan seharian pembaca andai ia digunakan pada cara yang betul.
1. Kulit pisang sebagai bahan mencuci barangan perak.
Jangan pandang enteng akan keberkesanan kulit pisang. Jika ada pembaca yang memiliki barangan berasaskan perak, cuba guna teknik mengilatkan barangan tersebut mengunakan kulit pisang. 2. Kulit timun boleh hilangkan contengan di dinding dan meja.
Bagi ibu bapa yang memiliki anak ‘kreatif’ dan ‘berseni’, mereka boleh menggunakan kulit timun untuk menghilangkan kesan contengan di dinding. Malah, jika ada yang cuba mengelak daripada kesan wap pada cermin ketika mandi, cubalah tip menggosok kulit timun di situ sebelum mandi. 3. Sos tomato untuk kilatkan barangan tembaga.
Mungkin tidak ramai yang akan mengaplikasikan teknik ini pada barangan tembaga mereka, namun apa salahnya mencuba, bukan? Senang sahaja, cuma sapukan sos tomato di sekitar permukaan tembaga dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas dengan air. Tembaga akan menjadi berkilat seperti sediakala. 4. Bawang untuk hilangkan kesan karat pada pemanggang.
Caranya mudah, panaskan sebentar pemanggang, kemudian gosok belahan bawang di bahagian yang berkarat. Pastinya, sisa-sisa makanan dan kesan besi karat akan tertanggal selepas itu. 5. Kacang walnut untuk hilangkan calar pada perabot kayu.
Hanya kupas kacang walnut dari kulitnya dan sental di bahagian yang bercalar. Kemudian, gunakan tangan untuk menyapu kesan minyak yang keluar dari biji walnut. Selepas beberapa minit, ambil kain dan lap perlahan-lahan di kawasan calar tersebut. Hasilnya pasti mengagumkan kerana kesan calar akan hilang! 6. Garam sebagai bahan peluntur tumpahan wain merah.
Bagi menghilangkan kesan wain merah, pembaca cuma perlu menggunakan garam kerana garam merupakan agen yang akan menyerap tumpahan tersebut. Namun, ia harus dilakukan segera sebelum kering. 7. Potongan roti sebagai medium mengutip sisa kaca.
Mungkin ada sesetengah suri rumah tidak sedar, kaca yang pecah tidak dibersihkan seratus peratus. Maka, teknik ini boleh dicuba. Cuma ambil sekeping roti biasa dan jadikan seperti kain lap di seluruh kawasan kaca berderai. Ia mampu mengutip sisa-sisa kecil kaca yang mungkin tidak kelihatan di pandangan mata kasar. 8. Beras mampu mencuci pengisar kopi.
Teknik ini juga boleh diaplikasi untuk pengisar rempah. Caranya mudah, hanya ambil sedikit beras dan kisar. Pastinya, ia akan sekaligus mengeluarkan sisa kopi dan rempah yang tertinggal di dalam. 9. Minyak zaitun mampu hilangkan getah pokok.
Mungkin ada antara pakaian yang pernah terkena getah pokok, maka teknik ini boleh dicuba. Cuma sapukan sedikit minyak zaitun di bahagian pakaian tersebut, ia akan tertanggal dengan sendirinya. 10. Tepung jagung sebagai bahan penanggal kesan minyak.
Ya, mesti situasi ini selalu terjadi. Apabila makan di sofa ruang tamu, akan terdapat minyak yang terjatuh ke permaidani mahupun sofa sendiri. Untuk menghilangkan kesan tersebut, tabur tepung jagung sehingga menutupi kesan minyak dan biar ia selama 15-20 minit. 11. Coca cola sebagai agen pembersih tandas.
Sebab itu ramai yang menegah untuk selalu meneguk minuman coca cola kerana kesannya sangat kuat. Tak percaya, cuba curah air coca cola ke dalam mangkuk tandas dan lihat kesannya beberapa minit selepas itu. Ia mampu menanggalkan kesan kotoran di sekitar mangkuk! – MYNEWSHUB.CC

Pemuda PAS Minta Polis Siasat Video Seks Azhar Idrus
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas penyebaran video seks mirip penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pihak yang menyebarkan video itu perlu dikenakan tindakan.
“Jika dibiarkan, kelak tidak perlu lagi sesiapa pun membogelkan orang lain, mereka sendiri akan rela hati membogelkan diri mereka.
“Insiden ini harus dipandang serius oleh pihak berkuasa. Siasatan perlu dilakukan dan tindakan perlu dikenakan. Cegah mungkar suatu kewajipan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhammad Khalil mendakwa golongan ulama amat berdukacita dengan penyebaran video seks mirip Azhar tersebut.
Beliau mendakwa, video itu satu fitnah ke atas Azhar dalam usaha menjejaskan imej dan reputasi pendakwah itu atas sebab tertentu.
“Sebelum ini, hanya artis sahaja dikaitkan dengan skandal seumpama itu disusuli ahli politik bertujuan menjatuhkan seteru politik.
“Kini para ulama pula cuba dibogelkan dikhalayak ramai. Musibah sungguh umat kita dihinggap penyakit rosak ini,” dakwanya. - mynewsub
TOP
1,800 Tong Gas LPG Dirampas Di Port Dickson
PORT DICKSON – Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Port Dickson merampas 1,800 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah premis di Sua Bentong dekat sini, hari ini.
Ketua Cawangan KPDNKK Port Dickson Firdus Zakaria berkata dalam operasi 12 tengah hari itu, tujuh anggota penguatkuasa turut merampas dua tangki besar, dua treler dan peralatan memindahkan gas bernilai RM300,000.
“Serbuan itu dibuat selepas kami menerima aduan orang awam mengenai kegiatan pemindahan gas LPG daripada tong bersubsidi kepada tong lebih besar.
“Kita merampas 900 tong berisi gas dan 900 tong kosong dalam treler itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dalam serbuan itu, pihak KPDNKK juga menahan lelaki berusia 75 tahun, yang memandu treler itu, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan.
Firdaus mengingatkan pengguna supaya menimbang setiap tong gas yang dibeli di pasaran bagi memastikan kandungannya mencukupi. – BERNAMA
TOP
Penduduk Apartmen Teratai Dibenarkan Pulang
HULU SELANGOR: Kesemua 1,163 penduduk dua blok Apartmen Teratai, Bukit Beruntung di sini yang diarahkan berpindah sementara akibat tanah runtuh sejak Isnin lepas telah dibenarkan pulang kira-kira pukul 3 petang Ahad.
Ketua Platun Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Serendah, Masria Sahi berkata kesemua penduduk telah dibenarkan pulang atas arahan Pegawai Daerah Hulu Selangor Ahmad Suadi Abdul Rahim.
Katanya, mereka juga telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa tiada pergerakan tanah baharu dilaporkan sejak pemasangan cerucuk keping dan kanvas di cerun bukit berkenaan pada 21 Oktober lepas.
"Operasi pemantauan dan pemeriksaan di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga esok sementara memastikan proses pemindahan penduduk di apartmen berkenaan berjalan lancar.
"Operasi pemantauan itu dijalankan oleh RELA, polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam serta Persatuan Bulan Sabit Merah," katanya kepada Bernama di sini.
Kesemua penduduk di blok K dan L di apartmen berkenaan sebelum ini dipindahkan sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 sejak kejadian tanah runtuh di kawasan itu Isnin lepas.
Tinjauan Bernama mendapati penduduk berkenaan teruja dan gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing.
Seorang penduduk Nazaruddin Bidin, 44, berkata beliau dan empat anggota keluarganya menarik nafas lega dan berasa amat gembira setelah dimaklumkan akan khabar baik itu.
"Kami berharap pihak berkuasa dapat menyediakan rumah sementara yang bersesuaian bagi penghuni jika masalah seumpama itu berulang," katanya.
Fauzi Salleh, 38, yang bekerja sendiri berkata beliau amat bersyukur atas pengumuman berkenaan dan telah lama mengharapkan perkara itu dapat diselesaikan dengan cepat.
"Kami bersyukur kerana dapat kembali duduk di rumah sendiri dan berharap satu tindakan jangka panjang dapat diambil supaya kejadian tanah runtuh ini tidak berulang," katanya.-mstar
TOP
UTM Ingin Dokumen Bangunan Warisan Asia Tenggara
JOHOR BAHRU – Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berhasrat untuk menjadi pelopor dalam usaha merakam dan mendokumentasikan bangunan warisan di seluruh Asia Tenggara, kata pensyarah kanan fakulti itu Dr Alice Sabrina Ismail.
Beliau berkata, selain memberi manfaat ilmiah kepada pelajar dan pensyarah seni bina UTM, usaha itu diharap dapat memastikan identiti seni bina warisan di rantau tersebut dapat dipelihara dan diperturunkan kepada generasi akan datang.
Usaha yang melibatkan kerja-kerja lukisan terukur itu akan dilaksanakan melalui Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM) UTM.
“Sehingga kini KALAM mempunyai lebih 400 koleksi dokumentasi bangunan seperti rumah kediaman, istana, masjid, bangunan awam, bangunan komersial, wakaf, madrasah dan makam yang terdapat di Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Bengkel Kerjasama Seni Bina Antarabangsa 2014 antara Fakulti Alam Bina UTM dengan Fakulti Seni Bina Universiti Teknologi Rajamangala Thanyaburi dan Fakulti Seni Bina Universiti Rangsit di sini hari ini.
Alice berkata, UTM berharap untuk memulakan langkah baru dengan mengadakan kerjasama dengan kedua-dua buah universiti Thailand itu bagi tujuan merakam dan mendokumentasikan bangunan-bangunan warisan di negara tersebut tidak lama lagi.
Kerjasama itu nanti akan melibatkan pertukaran pelajar dan pensyarah di antara universiti terbabit.
Sementara itu, Ketua Jabatan Seni Bina UTM, Prof Madya Dr Mahmud Mohd Jusan berkata, bengkel kerjasama yang diadakan bersama-sama dua universiti Thailand itu, merupakan yang pertama diadakan UTM khasnya dalam bidang seni bina.
“Ini adalah satu titik permulaan UTM bagi kerjasama bersama universiti-universiti lain di rantau ini bagi membolehkan perkongsian pelbagai ilmu seni bina diadakan,” katanya.
Bengkel sehari yang melibatkan 27 pelajar tahun empat dan sembilan pensyarah dari dua universiti Thailand serta 30 pelajar UTM itu bertujuan membina jaringan kerjasama dengan para pensyarah dan pelajar selain meningkatkan mobiliti mereka ke institusi pengajian tinggi terkemuka di rantau Asia Tenggara.
Bengkel tersebut meliputi aktiviti seperti syarahan umum mengenai konsep pelan induk Malaysia dan seni bina Islam di negara ini serta bengkel reka bentuk dan pameran reka bentuk. – BERNAMA
TOP
Perodua, Daihatsu Mula Pembinaan Kilang Enjin
PERODUA dan Daihatsu Motor Corporation Ltd Jepun hari ini memulakan pembinaan kilang pembuatan enjin di Sendayan TechValley di Seremban.
Ia adalah sebahagian daripada rancangan peluasan perniagaan syarikat dalam bidang pengeluaran enjin, komponen enjin dan jualan alat ganti.
Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata, kilang berkenaan dijangkakan siap dan beroperasi pada separuh kedua 2016, kilang RM600 juta itu boleh mengeluarkan 140,000 unit enjin pelbagai kapasiti setahun, berdasarkan giliran kerja dua shif.
“Majlis ini amat bermakna kepada Perodua kerana ia menunjukkan keyakinan dalam pertumbuhan kedua-dua pasaran domestik dan global, di samping komitmen kami dalam menjadikan Malaysia hab automotif untuk rantau Asean.
“Kilang baharu ini akan diberikan nama rasmi kemudian, dan merupakan kemudahan untuk kami meluaskan industri automotif, sambil memastikan kos tetap rendah untuk meningkatkan pulangan.
“Ia juga sebahagian daripada program mengeluarkan bahagian kenderaan dalam negara,” katanya.
Beliau berkata lokasi itu sendiri merupakan sebahagian daripada strategi memandangkan Sendayan TechValley menawarkan pakej yang paling kompetitif dari segi harga tanah, insentif dan lebih mudah mengedarkan produk yang dihasilkan, baik untuk kegunaan domestik mahupun serantau.
“Kami yakin bahawa sebahagian besar permintaan untuk bahagian enjin dan komponen adalah dari Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang merupakan pasaran tunggal di rantau Asia Tenggara yang akan wujud tidak lama lagi,” kata Asmat.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, AEC menawarkan potensi cerah untuk semua sektor, terutama automotif, dengan pekerja dan barangan boleh bergerak bebas dalam zon ekonomi paling dinamis di dunia. – BERNAMA
TOP
Terowong MRT Bawah Tanah Di Bukit Bintang Siap
KUALA LUMPUR – Pembinaan dua terowong berkembar MRT di bawah Jalan Bukit Bintang berjaya disiapkan dengan dua mesin pengorek (TBM) dalam syaf bertemu di Pudu baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak berkata TBM Inai 1 memecah masuk pada 16 Oktober manakala kejayaan kedua dicapai oleh TBM Inai 2 pada 21 Oktober.
“Kemajuan keseluruhan yang dicapai oleh kerja-kerja bawah tanah projek MRT kini berada pada tahap 68.5 peratus pada akhir September, manakala pembinaan terowong secara keseluruhannya mencapai 88 peratus.
“Kami hanya mempunyai dua TBM yang mengorek dari syaf Pudu menuju ke Pasar Seni. Semua kerja-kerja pembinaan terowong dijangka siap menjelang suku pertama 2015, namun kerja-kerja bawah tanah akan berterusan sehingga Disember 2016,” katanya kepada pemberita di tapak syaf pelancaran MRT Pudu, pada Isnin.
Ketua Terowong MMC-Gamuda Ng Hau Wei berkata kerja-kerja pembinaan terowong sangat mencabar disebabkan keadaan geologi kawasan itu.
“Jalan Bukit Bintang melintasi dua formasi geologi di hujung Jalan Bukit Bintang sebelah timur berada di atas kawasan berbatu kapur Kuala Lumpur manakala hujung sebelah barat berada di atas formasi Bukit Kenny, peralihan antara dua formasi ini membabitkan kawasan Pavilion,” katanya.
Cabaran lain termasuk penumpuan utiliti yang sangat padat, katanya sambil menambah, penggunaan teknologi kejuruteraan ketepatan tinggi, termasuk TBM yang mempunyai teknologi Pemboleh ubah Ketumpatan, berjaya menyelesaikan masalah ini.
“Di samping mampu mengurangkan pembentukan tanah jerlus, ia juga boleh berubah dari mod kolam berlumpur (ketika mengorek menerusi formasi batu kapur) kepada mod pengimbangan tekanan bumi (semasa mengorek melalui formasi Bukit Kenny) dan sebaliknya,” katanya.
MRT Sungai Buloh-Kajang, sepanjang 51 km, termasuk 9.5 km di bawah tanah, akan melalui pusat bandar.
Sebanyak tujuh stesen bawah tanah akan dibina iaitu KL Sentral, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang Sentral, Pasar Rakyat, Cochrane dan Maluri. – BERNAMA
TOP
Pelawat Dari Negara Dilanda Ebola Diberi Kad Amaran Kesihatan
SEPANG – Semua pelawat dari negara yang dilanda wabak Ebola akan diberikan Kad Amaran Kesihatan sejurus tiba di pintu masuk negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata edaran kad kepada pelawat sama ada mempunyai tanda atau tidak itu dibuat bertujuan memantau status kesihatan mereka dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan ke negara ini.
Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami sebarang gejala Ebola di 21 hospital yang menyediakan kemudahan untuk rujukan berkaitan penyakit itu, katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas meninjau tahap kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan menangani gejala itu di Lapangan Terbang KL (KLIA) di sini hari ini.
Bagi pelawat yang diuji dan didapati positif Ebola, mereka akan dihantar untuk dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dan Hospital Umum Sarawak di Kuching, katanya.
Langkah lain ialah menjalankan saringan kesihatan ke atas semua pelawat yang tiba dari negara yang terlibat di semua pintu masuk antarabangsa dengan menempatkan 150 petugas kesihatan seperti yang dilaksanakan di KLIA dan klia2 ketika ini, katanya.
Dr Subramaniam berkata walaupun Malaysia tidak menerima penerbangan langsung dari negara-negara Afrika Barat yang terjejas Ebola, namun langkah segera yang diambil kementerian itu menunjukkan kerajaan sama sekali tidak memandang ringan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai peningkatan bilangan kes berkenaan.
“Kementerian akan sentiasa dan terus bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan bagi memperkukuh kesediaan dan respons bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini,” katanya.
Sehingga Sabtu lepas, sebanyak 10,114 kes berkaitan Ebola direkodkan dengan sejumlah 4,922 kematian dicatatkan, namun sehingga kini WHO belum mengeluarkan sebarang larangan untuk pergi ke negara-negara terlibat seperti Guinea, Liberia dan Sierra Leone. – BERNAMA
TOP
Pendakwa Raya Mohon Hukuman Mati Buat Kapten Feri Sewol
Pendakwa raya kes feri Sewol karam yang meragut 300 nyawa penumpang pada 16 April lalu memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati buat kaptennya, Lee Joon Seok.
Menurut laporan agensi berita tempatan, Yonhap News, lelaki warga emas yang berusia 68 tahun itu meninggalkan feri berkenaan tanpa apa-apa usaha menyelamatkan penumpang yang masih terperangkap.
“Kapten itu, sebagai individu yang diberi kepercayaan mengendalikan Sewol, telah mengabaikan tugasnya kerana dia sepatutnya berada di dalam feri tersebut sehingga penumpang terakhir berjaya dikeluarkan,” hujah pendakwa raya. Perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Gwangju turut memohon mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tiga krew yang cuai sehingga mengakibatkan insiden tersebut berlaku. Selain itu, hukuman penjara di antara 15 sehingga 30 tahun dipohon buat 11 krew lain yang dituduh mengabaikan dan mencabul akta keselamatan kapal. Dalam kes ini, para pendakwa raya menyalahkan Lee dan 14 krewnya kerana mengarahkan semua penumpang untuk kekal di dalam feri manakala mereka keluar untuk menyelamatkan diri. Hukuman akan dijatuhkan mahkamah pada awal bulan hadapan terhadap kesemua 15 tertuduh. Daripada keseluruhan penumpang, hanya 174 berjaya diselamatkan manakala baki yang majoritinya pelajar sekolah yang sedang berada dalam lawatan sekolah terkorban manakala 10 mangsa lagi masih hilang. – MYNEWSHUB.CC

Cara Kenalpasti Telefon Pintar Samsung Anda Ori Atau Cap Ayam
Ada pelbagai cara boleh digunakan untuk memeriksa sama ada peranti pintar anda original atau tidak.
Dalam artikel kali ini, ia khas untuk pengguna Samsung memandangkan ia merupakan jenama telefon pintar paling popular dan paling ramai diguna oleh rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang mahir, mungkin dengan melihat aplikasi serta reka bentuk luaran sahaja boleh mengenal pasti sesuatu produk itu tulen atau pun tiruan.
Apa yang pasti, ramai pengguna kurang arif hingga tertipu dengan set klon yang dijual oleh sesetengah premis tidak bertanggung jawab.
Jadi apakah cara paling mudah untuk memeriksa peranti anda sama ada original atau sebaliknya? Jom lihat di bawah.
1. Dail *#0*# dan paparan berikut akan dipaparkan.
2. Kemudian sentuh sensor dan paparan berikut akan dipaparkan.
3. Kemudian sentuh pada ‘IMAGE TEST’
Keputusannya, jika gambar yang keluar merupakan gambar anak anjing seperti yang tertera di atas, maka set telefon Samsung anda adalah orginal.
Tapi jika keluar gambar selain dari gambar di atas maka besar kemungkinan peranti anda merupakan cap ayam. (Tahniah)
- MYNEWSHUB.CC Oleh: hzqahmd

Bila ‘Malaikat Bangla’ Datang Membantu
Penulis sangat tertarik dengan luahan hati seorang lelaki bernama Emmanuel Joseph yang mengalami kerosakan tayar selepas menghantar seorang rakannya ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) baru-baru ini.
Dia menceritakan kepayahan dia dan seorang lagi yang dinamakan Kak Helen ketika berusaha mahu mendapatkan bantuan dari orang ramai akibat masalah itu.
Talian telefon syarikat insuran tidak dapat dihubungi… takda la sape pun nak rasa terperanjat kan dengan kualiti perkhidmatan di Malaysia. Syarikat lebuh raya cuci tangan kata bukan bawah bidang kuasa mereka… anda akan hanya dibantu kalau berada dalam zon anda bayar duit sahaja! Seorang wanita lain umpama berlari meninggal mereka apabila dihampiri… punyalah fobia wanita ini pada orang lain. Pemilik kereta tunda kata mereka takda jack… perghhh… kalau nak menipu pun berpada-padalah sikit. Itulah antara masalah yang terpaksa dilalui mereka. Akhirnya yang datang adalah seorang lelaki Bangladesh yang berkerja di sebuah stesen minyak Petronas… (Petronas boleh bagi habuan sikit kot pasal kebaikan hati dia jadi bualan). Bagusnya dia datang menolong tanpa diminta pun. Inilah bangsa yang kita suka sangat perlekeh dan pandang rendah sehingga dijadikan bahan fitnah pilihan raya dan macam-macam. Namun adakalanya, mereka juga yang boleh diharap.-mynewsub

Tamparan Buat Anwar, Hadi Tidak Hadir Mesyuarat PR
Kredit gambar* The Malay Mail Online
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat daripada sekutu politiknya apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak muncul pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen pada Isnin yang diadakan bagi meraih sokongan berhubung kes liwat pada Selasa dan Rabu. Ketiadaan Abdul Hadi dalam mesyuarat penting sehari sebelum pendengaran terakhir rayuan Anwar berhubung kes liwat keduanya menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada pengikut politik pembangkang yang selama ini merasakan pemimpin mereka bersatu. Walaupun ini bukan kali pertama Abdul Hadi tidak melibatkan diri dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar, namun ketiadaannya pada kali ini dilihat janggal terutama di saat Ketua Pembangkang itu mungkin berhadapan hukuman penjara jika gagal dalam proses rayuannya.
Apakah ini bukti yang membenarkan khabar perselisihan antara Hadi dan Anwar?
Seakan menutup perselisihan antara beliau dan Presiden PAS itu, Anwar pada permulaan sidang medianya lebih awal menyatakan bahawa Abdul Hadi tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain di Terengganu. Seperti biasa, pada mesyuarat itu Abdul Hadi diwakili Timbalannya, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Al; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta beberapa pemimpin PAS lain. Pada Selasa dan Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes liwat keduaanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. – mStar Online

Dewan Perniagaan Cina Sokong Persatuan Pelajar UM. Motif?
KUALA LUMPUR – Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor (DPCKLS) memuji keberanian Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menganjurkan program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara”.
Ketuanya, Robert Lua Khang Wei berkata, UM perlu menghormati hak kebebasan mahasiswa untuk menganjurkan program tanpa dikawal oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang negara ini.
“Janganlah benarkan pihak polis campur tangan untuk menghentikan program ini yang akan diadakan dalam universiti itu.
“Pemuda DPCKLS kesal dengan Bahagian Hal Elwal Pelajar (HEP) UM yang mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Fahmi Zainol dan melarang penganjuran program tersebut.
“Tindakan bersifat anti-demokratik ini mencemarkan imej universiti yang sepatutnya hormat kepada kebebasan akademik dan kebebasan pelajar,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khang Wei mendakwa, mahasiswa memiliki kebolehan dan keupayaan untuk berfikir maka berhak dan bebas untuk menjemput mana-mana ahli politik untuk berucap dalam program mereka maka Pemuda DPCKLS akan menyokong penuh Fahmi.
“Hanya universiti yang mendokong prinsip kebebasan akademik dan hormat kepada kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berhimpun dapat meningkatkan nama baik universiti, bukan dengan cara memupuk pelajar yang tiada pemikiran berdikari atau mengambil pelajar luar negara,” dakwanya. - mynewshub.cc
TOP
VIDEO: Reaksi Anak Bila Tau Ayah Menang Wang Loteri 15 Juta!
Poul Hjortbol, seorang pegawai bomba di Denmark terus berhenti kerja sebaik sahaja memenangi wang tunai lebih 15 Juta Danish Krone (RM8.8 juta).
Dia kemudiannya mengatur cara terbaik untuk memberitahu dua anak lelakinya tentang berita gempak ini dan merakamnya.
Di permulaan video, kelihatan Poul mula menceritakan beberapa perkara sebelum memberikan setiap seorang anaknya wang sebanyak 5 ribu dan iPad – ini pun dah cukup membuatkan mereka teruja.
Kemudian apabila dia memberitahu jumlah wang loteri yang dimenanginya sebanyak 200 ribu sahaja, anak-anaknya kelihatan sangat gembira. Apa pula jadinya bila dia beritahu sebenarnya dia memenangi 15 Juta? Saksikan video di atas. - MYNEWSHUB.CC *Video ini bertujuan untuk hiburan semata-mata. Judi adalah haram di sisi agama Islam.

Anwar Peralat Yusuf Al-Qaradawi Lagi?
KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menggunakan apa sahaja platform bagi meraih sokongan orang ramai ke atas kes liwat yang sedang dihadapinya.
Terbaru beliau menyiarkan satu surat kononnya oleh tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menyokongnya dalam kes berkenaan.
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Surat itu antara lain mendakwa Yusuf Al-Qaradawi memuji Anwar sebagai seorang pemimpin ternama maka tidak wajar dituduh dengan tuduhan batil dan tidak berasas. “Anwar terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas. “Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya,” kata Yusuf Al-Qaradawi seperti yang terkandung dalam surat itu. Perbuatan Anwar yang seolah-olah mempergunakan tokoh ulama itu bagi menyelamatkan dirinya daripada berhadapan undang-undang negara ini bukan perkara baru kerana beliau pernah melakukannya sebelum ini. Anwar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pernah menyebarkan satu surat kononnya oleh Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan Malaysia lebih layak dipimpin oleh beliau. Surat itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di projek perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai yang merupakan tempat anak Anwar, Nurul Izzah bertanding. Kesahihan surat itu bagaimanapun dipertaikai ramai pemerhati politik yang berpandangan Yusuf Al-Qaradawi mungkin tidak diberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di negara ini.-mynewsub

Misi Cari MH370 Langgar Protokol, Kos Jadi Tinggi?
Menurut Des Ross, seorang pakar penerbangan Australia, kos operasi pencarian pesawat MH370 meningkat drastik akibat sikap pihak berkuasa yang tidak mengikut protokol.
Merujuk tulisan Ross dalam laman sesawang Aviation Business, “Jika protokol diikuti dengan baik, kita tidak lagi mencari pesawat itu sehingga ke hari ini.”
Selain itu, dia juga mendakwa terdapat percanggahan dalam versi rasmi saat akhir pesawat itu kerana beberapa elemen tidak diambil kira, seperti kesan Doppler, ping satelit dan peranti teknologi canggih lain.
Ujar Ross lagi, durasi masa empat jam selepas pesawat tersebut terputus dari radar adalah tempoh penting kerana pada waktu itu, timbul kekeliruan dan salah maklumat terutama apabila MAS berkata mereka melaporkan kepada menara kawalan yang terdapat komunikasi dengan MH370 di ruang udara Kemboja.
“Pesawat tidak pernah memasuki ruang udara Kemboja,” ulas Ross.
Tambahnya, pengawal trafik tidak sepatutnya menerima informasi tersebut terutamanya apabila mereka belum memberi kebenaran kepada pesawat itu untuk menyimpang dari laluan.
Ross berkata, walaupun banyak bukti masih belum dijumpai, namun ada fakta yang masih disembunyikan. Beliau optimis pesawat tersebut boleh ditemui jika protokol tidak dilanggar. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Musim Hujan Tidak Jamin Berakhirnya Masalah Air
PETALING JAYA – Musim hujan di Lembah Klang telah bermula namun paip air untuk sembilan juta penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih berdepan masalah.
Masalah ini juga menjadi keluhan umum pengguna yang sering diterima oleh penyalur air terbesar negara sejak kebelakangan ini.
Masalah yang timbul sekarang bukanlah disebabkan bekalan air di empangan utama di negeri ini iaitu empangan Sungai Selangor yang kini mencatatkan paras air lebih dari 45 peratus selepas jatuh pada tahap kritikal 30 peratus pada September.
Sebaliknya, ia mempunyai kaitan dengan keupayaan terhad loji rawatan untuk memenuhi permintaan bagi air terawat.
Keadaan ini telah menyebabkan kebimbangan terhadap margin simpanan tipis air terawat di mana Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) perlu bergantung dengannya sekiranya terdapat kes pencemaran air mentah, kegagalan rumah pam, kegagalan elektrik, gangguan yang disebabkan oleh pihak ketiga atau musim kering panjang yang berlaku secara tiba-tiba.
Angka-angka terbaharu dari Syabas menunjukkan bahawa permintaan semasa untuk air di Lembah Klang adalah 4.567 juta liter sehari (JLH) manakala kapasiti yang boleh diagihkan dari 34 loji rawatan adalah 4,686 JLH.
Rizab margin atau perbezaan di antara penawaran dan permintaan hanyalah 2.6 peratus, satu angka yang digambarkan oleh pegawai sebagai ‘garis biru nipis’ di Lembah Klang.
“Margin rizab air di Lembah Klang adalah terlalu kecil, sedangkan margin selesa yang diperlukan ialah di antara 10 dan 20 peratus bagi mengelakkan masalah bekalan berlaku secara meluas kerana gangguan tidak berjadual,” kata pegawai tersebut.
Syabas membeli air terawat daripada operator loji rawatan dan mengedarkannya kepada pengguna manakala Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertanggungjawab untuk menguruskan sumber air mentah di negeri ini termasuk memantau sungai-sungai yang tercemar.
Syarikat itu berkata menerima antara 16,000 dan 20,000 panggilan telefon sehari daripada pelanggan ketika gangguan air tidak berjadual pada 12 dan 16 Oktober lalu, dengan banyak pertanyaan dibangkitkan mengenai masalah air yang berterusan walaupun musim hujan telah tiba.
Kejadian pencemaran di Sungai Selangor mencetuskan penutupan sementara empat loji rawatan, dan sebahagian air terawat yang dihasilkan oleh loji rawatan Sungai Semenyih terpaksa disalurkan ke lokasi terjejas di daerah Petaling.
Ini membawa kepada pengurangan bekalan ke kawasan seperti Bandar Puteri Puchong.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia S. Piarapakaran berkata situasi ini adalah membimbangkan, sama seperti keadaan di mana terdapat banyak kereta tetapi tidak ada jalan tambahan.
“Di sebalik adanya peningkatan dalam jumlah hujan, kita masih tidak dapat keluar daripada masalah kerana kapasiti untuk mengeluarkan air terawat masih terhad,” katanya.
Sebagai langkah untuk meningkatkan bekalan air terawat sementara menunggu projek pemindahan air mentah Pahang-Selangor dan loji Langat 2 siap, Piarapakaran menggesa pihak berkuasa melakukan lebih banyak promosi dan galakkan dalam penggunaan peralatan di rumah melibatkan air secara berhemah seperti mesin basuh, dapur dan tandas untuk membantu pengguna menjimatkan air.
Selain daripada pencemaran, musim kering secara tiba-tiba yang panjang juga boleh menyebabkan atau memburukkan lagi gangguan seperti yang berlaku awal tahun ini yang membawa kepada catuan selama dua bulan.
Seorang pegawai Jabatan Meteorologi berkata musim kering yang akan datang di Lembah Klang dijangka berlaku pada bulan Februari hingga Mac tahun depan. – mStar Online
TOP
Rousseff Kekal Presiden Brazil Bagi Penggal Kedua
Presiden Brazil Dilma Rousseff yang dipilih semula melambai tangan kepada penyokongnya di Brasilia semalam. Di sebelahnya ialah Naib Presiden Michel (kanan). - Foto AFP
RIO DE JANEIRO – Presiden Dilma Rousseff berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua dalam pilihan raya semula presiden semalam, mengalahkan pencabarnya, Aecio Neves. Rousseff, presiden pertama wanita di Brazil, memperoleh kemenangan dengan majoriti tiga juta undi atau 51.6 peratus selepas 99 peratus undi dikira. Berusia 66 tahun, anak perempuan kepada seorang usahawan pendatang dari Bulgaria itu berikrar akan melakukan pembaharuan politik menerusi dialog dan melakukan perubahan seperti dikehendaki rakyat Brazil. “Pembaharuan paling penting adalah berkaitan politik. Presiden ini adalah terbuka kepada dialog. Ini adalah perkara paling utama dalam mandat kedua saya,” kata Rousseff, yang diiringi bekas presiden yang juga pernah memegang jawatan itu selama dua penggal, Luiz Inacio Lula da Silva. Selepas memimpin selama empat tahun melalui pertumbuhan ekonomi lembap yang mengakibatkan kemelesetan, beliau mengakui kad laporannya sendiri perlu diperbaiki. “Saya ingin menjadi presiden lebih baik berbanding sebelum ini,” tegasnya pada satu perhimpunan, sambil menyeru agar wujud keamanan dan perpaduan berikutan kempen pilihan raya itu. Kempen pilihan raya itu adalah yang paling pahit sejak demokrasi dipulihkan pada 1985 berikutan pemerintahan tentera selama dua dekad di Brazil. Calon yang tewas, Neves juga berkata perkara utama sekarang adalah untuk menyatukan semula rakyat. – AFP

Layakkah Anwar Menerima Simpati Rakyat?
Sebentar tadi Mynewshub menyiarkan berita Anwar Dapat Simpati Selepas Muat Naik Gambar Cucu beliau.
Bukan gambar itu sahaja, puluhan gambar dan poster untuk meraih simpati rakyat turut disebarkan sejak beberapa minggu lalu.
Tujuannya hanya satu yakni untuk menghimpunkan rasa kasihan orang ramai kepada Anwar.
Begitu penting yea keluarga dan air muka Anwar secara tiba-tiba.
Anwar perlu dikasihi… Anwar perlu diberikan simpati. Kasihan Anwar… kasihan Nurul Izzah… Kasihan Wan Azizah…
Namun… hanya untuk sejenak… Satu Hala ingin bertanya kepada semua… bagaimana pula dengan air muka bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid yang dihina dan diabkan serta dimalukan dengan begitu teruk sekali ketika beliau mahu ditendang keluar oleh Anwar untuk digantikan dangan Azizah atau Azmin?
Simpati untuk Anwar penting… maruah Anwar penting… bagaimana pula simpati dan maruah Khalid?
Tahukah anda bahawa Abdul Khalid asalnya rakan Anwar?
Abdul Khalid sanggup meninggalkan dunia korporat demi untuk membantu Anwar mentadbir negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari tahun 1979 hingga 1994. Beliau juga pernah menjadi CEO Guthrie dari 1995 hingga 2003.
Sayangnya kepada Anwar menyebabkan beliau memilih untuk meninggalkan semua itu dan menyertai perjuangan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Masa itu beliau tidak tahu Selangor akan jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR) dan beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar.
Hanya kerana setiakawan dengan Ketua Pembangkang itu beliau memilih untuk meinggalkan semua dan berjuang dalam PR.
Selepas dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, beliau mentadbir dengan baik sehingga berjaya mewujudkan rizab RM3 Bilion.
Apakah jasa dan pengorbanan Khalid dikenang Anwar?
Kita semua tahu jawapannya ialah tidak…
Anwar mengkhianati rakan baiknya itu dalam usaha menggantikan Abdul Khalid dengan isterinya.
Dilaksanakan ‘Langkah Kajang’ dengan memaksa ADUN asal meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil sehingga Dr Wan Azizah menang.
Kedegilan Abdul Khalid meletakkan jawatan seperti diarahkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyebabkan beliau dipecat dari parti dan dituduh dengan pelbagai kesalahan dalam mentadbir serta diaibkan dengan kes hutangnya dengan sebuah bank.
Kes hutang yang sudah selesai dan yang asalnya PKR sendiri kata takda apa-apa…tiba-tiba dijadikan alasan untuk menjatuhkan beliau. Kempen seluruh negara digerakan dengan nama Abdul Khalid disebut dan dihina tanpa segan silu termasuk oleh budak-budak hinggusan bodoh bahalol macam Rafizi Ramli.
Langkah Kajang tidak perlu andai Anwar kenal apa itu setia kawan dan menghormati pengorbanan Abdul Khalid ke atas dirinya.
Ini tidak… demi agenda politik… bulan Ramadan dijadikan medan untuk mengaibkan Abdul Khalid.
Kita semua tahu ramai rakyat Selangor marah kepada Anwar kerana tindakan menyingkirkan Abdul Khalid sedemikian rupa demi untuk meletakkan isterinya menduduki jawatan sebagai Menteri Besar.
Hakikatnya, bukan Abdul Khalid sahaja mangsa kepada kerakusan politik Anwar, ramai lagi rakan baiknya dikhianati.
Antaranya ialah bekas Pegerusi Magnum Corporation, Datuk S Nalakaruppan dan Penganalisis Politik, Dr Chandra Muzzafar.
Kesemuanya kini bergerak menentang ideologi politik Anwar.
Rata-rata rakyat Selangor sudah pun muak dengan permainan politik beliau yang kini menghitung hari sahaja untuk mengetahui nasibnya dalam kes liwat II melibatkannya dan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menerima rayuan pasukan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar atas kesalahan itu.
Di peringkat terakhir rayuan kini iaitu di Mahkamah Persekutuan, Anwar dilihat hampir pasti akan dimasukkan ke dalam penjara kerana kekuatan kes pendakwaan.
Beliau kini bergerak ke seluruh negara untuk meraih simpati rakyat demi untuk berhimpun dan menuntut kebebasan bagi dirinya dari tuduhan liwat yang dihadapi.
PKR sehingga sanggup mengarahkan setiap cabang di Malaysia membawa penyokong pada 28 dan 29 Oktober ini ke mahkamah dengan menggunakan bas untuk berhimpun menuntut kebebasan Anwar.
Cuma satu persoalan… Layakkah Anwar menerima simpati daripada rakyat selepas beliau sendiri tidak bersimpati dengan rakan yang banyak berkorban untuk dirinya? – MYNEWSHUB.CC
TOP
Apek Kat Penang Selamba Jual Anjing Untuk Hidangan
Anjing atau kucing yang dijadikan hidangan bukanlah perkara pelik di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
Tapi di Malaysia, perbuatan begini dianggap janggal dan boleh menimbulkan keresahan pencinta kedua-dua haiwan ini. Begitu pun di Pulau Pinang, seorang lelaki Cina dikesan selamba badak sahaja jual anjing untuk dijadikan makanan di tepi jalan dekat pasar Ayer Hitam. Bila ditanya, katanya anjing itu untuk makanan pekerja asing warga Vietnam yang amat menggemari daging haiwan tersebut. Sekejap sahaja perbuatannya ini sampai ke pengetahuan penguatkuasa MPPP tetapi setibanya mereka di sana, apek ini dilaporkan pandai pula tak datang berniaga dan kemungkinan besar, dah pindah port lain agaknya. Harap-harap, benda pelik macam ini dapat dihentikan segera. Punca masalahnya satu sahaja, bila ada rakyat Malaysia yang tak berasa macam dia tinggal di negara berbilang kaum dan agama sampai sensitiviti tu tak ada.. - mynewshub.cc REM RAMZI/MYNEWSHUB sumber

VIDEO: Hati-Hati, Banjir Kilat Di Padang Jawa, Shah Alam
Boleh dikatakan hari ini, rata-rata kawasan Lembah Klang dilimpahi hujan lebat.
Akibatnya berlaku banjir kilat apabila sesetengah kawasan mula dinaiki air.
Video di bawah dirakamkan di persimpangan lampu isyarat berhampiran PUSPAKOM Padang Jawa, Shah Alam.
Dapat dilihat pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan ketika mengharung air. Bagi yang pernah melalui situasi ini tentu faham betapa resahnya melalui banjir kilat kerana bimbang berlaku kerosakan pada enjin kenderaan. Dalam pada itu, siaran video ini di Facebook Friends Of BN membuatkan beberapa pengunjung berkongsi gambar dan masalah sama yang dihadapi warga Selangor. Salah satu rungutan daripada penduduk Taman Sri Andalas, Klang yang mendakwa menghadapi masalah banjir sejak 2012 namun tiada penyelesaian walau pun sudah banyak aduan dibuat.
Nampaknya, ahli parlimen dan MB terbabit kenalah cakna sikit selesaikan masalah rakyat selepas ini. Rasa-rasa peruntukan dari pusat yang diagihkan pada Selangor untuk baik pulih jalan dan apa yang patut penyumbang pada masalah banjir kilat ni boleh tahan juga lumayannya. Lagi pun MB baru kan tak lokek? Jadi tentu tak ada masalah untuk keluarkan segera peruntukan yang perlu untuk selesaikan masalah yang dah lama belenggu rakyat ni.. - mynewshub.cc REM RAMZI/MYNEWSHUB

Anwar Dianggap Penceroboh Jika Masuk UM
KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) selaku pemilik berdaftar mempunyai hak mutlak ke atas setiap aktiviti yang mahu diadakan dalam kawasan universiti itu, tegas Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM, Zarina Zainol Abidin.
Justeru, beliau menegaskan sebarang aktiviti di kawasan UM tanpa kebenaran pengurusan universiti merupakan satu pencerobohan dan pengurusan UM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk undang-undang ke atas penceroboh.
“UM didirikan di atas lot tanah persendirian dan merujuk kepada Seksyen 89 Kanun Tanah Negara 1965, UM merupakan pemilik berdaftar berdasarkan nama pemilik mutlak seperti yang tercatat di dalam dokumen geran tanah bagi maksud kesemua tanah di dalam kawasan UM,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mahu mengadakan program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara malam ini.
Beberapa media semalam melaporkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UM, Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof berkata, pelajar UM yang terlibat dengan program itu akan dikenakan tindakan termasuk dibuang universiti.
Rohana berkata, pidato itu merupakan himpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan maka kesemua pintu pagar (kecuali pagar utama) UM akan ditutup bermula jam 4 petang esok dan dikawal pihak polis.
Zarina bagaimanapun menafikan Rohana mengeluarkan kenyataan itu dan satu laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Naib Canselor tersebut hari ini.
Beliau dalam pada itu menjelaskan, UM tidak menerima sebarang permohonan oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan program Pidato Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara malam ini. – mynewshub.cc
TOP
Cemas, Bila Kepala Budak 4 Tahun Tersepit Di Antara Besi Katil!
Kelakuan dan gelagat kanak-kanak sememangnya suatu perkara yang tidak boleh kita jangka, lagi-lagi pada usia sebegini tumpuan utama dunia mereka hanyalah mahu bermain sahaja.
Inilah yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang leka bermain hingga kepala tersepit di antara besi katil dua tingkat di rumahnya di Lorong Solok Tambak, Balai Panjang, Melaka.
Kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang itu disedari oleh ibu mangsa selepas mendengar tangisan anaknya. Dia cuba merenggangkan besi namun tidak berjaya hingga akhirnya terpaksa meminta bantuan bomba.
Kanak-kanak lelaki tersebut yang berusia empat tahun dikatakan sedang meniti atas besi katil sebelum terjerlus dan lehernya tersangkut di celahnya.
Memetik petikan Harian Metro, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.
“Ketika sampai di lokasi, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sedang menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan berdiri.
“Mangsa berjaya diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota menggunakan Bolt Cutter untuk memotong besi katil,” katanya lagi. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Penyanyi Bienda Selamat Lahirkan Anak Kedua
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kami ucapkan atas kelahiran cahaya mata kedua ini.
Penyanyi Bienda atau nama penuhnya Nor Razlinda Razli telah selamat melahirkan bayi perempuan pada khamis lalu.
Perkara ini disahkan menerusi laman sosial penyanyi cantik ini apabila Bienda sendiri memuat naik foto bayi perempuan ketika dia masih di hospital.
Anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda itu melahirkan rasa kesyukuran atas kurniaan cahaya mata kedua ini dan meluahkan perasaan bahagianya. Namun dengarnya, Bienda mengalami sedikit kesulitan dan tidak dapat bersalin secara normal gara-gara demam panas yang dialami. Bagaimanapun, Bienda dan anak yang dikandung akhirnya selamat juga dilahirkan. Alhamdulillah…
Cahaya mata pertama Bienda dan pasangannya, Kamarul Zariman Abd Rahman juga merupakan seorang perempuan yang diberi nama, Lavienda Namiraz. – MYNEWSHUB.CC

Tahap Radiasi Pancaran Menara Telekomunikasi Rendah, Selamat
KUALA LUMPUR – Tahap radiasi daripada pancaran frekuensi radio (RF) direkodkan sekitar menara telekomunikasi di seluruh negara adalah amat rendah dan berada pada tahap selamat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata ujian dijalankan Agensi Nuklear Malaysia mendapati tahap radiasi daripada pancaran RF juga mematuhi Standard Mandatori bagi Emisi Elektromagnet (EMF) daripada Struktur Radio Komunikasi yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Ia tidak membawa risiko kesan kesihatan kepada masyarakat sekitar termasuk golongan warga tua dan kanak-kanak,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin tahu sama ada kementerian membuat pemantauan berkala untuk mengukur tahap radiasi pencawang telekomunikasi termasuk yang dipasang di kawasan sekolah.
Jailani berkata, ujian pensampelan di sekolah sekitar Perak, Johor dan Kuala Lumpur oleh Agensi Nuklear dan Kementerian Pendidikan juga mendapati kadar purata radiasi daripada pancaran RF adalah sekitar 0.0002 watt per meter persegi.
“Tahap ini adalah selamat dan mematuhi standard mandatori yang ditetapkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata setakat Oktober 2014, kadar penembusan telefon selular negara mencapai 143.7 peratus dengan 43.1 juta langganan.
Bagi tempoh sama, katanya kadar penembusan jalur lebar isi rumah Malaysia mencapai 67 peratus dengan jumlah langganan sebanyak 6.4 juta.
“Dengan ini, negara memerlukan 7.9 peratus lagi untuk mencapai sasaran 75 peratus penembusan jalur lebar isi rumah menjelang 2015,” katanya.
- BERNAMA
TOP
Caj Rawatan Tinggi Guna Kad Insurans Akan Ditangani
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi menangani masalah caj perubatan yang tinggi bagi pesakit yang menggunakan kad insurans di pusat perubatan swasta, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ia termasuk perbincangan dengan agensi insurans, hospital swasta, organisasi jagaan yang diuruskan dan Bank Negara.
Katanya caj berlebihan itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan telah menetapkan had maksimum untuk fi profesional meliputi perundingan dan prosedur bagi pengamal perubatan swasta.
“Kadar ini telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh semua pihak iaitu hospital, pesakit dan syarikat insurans selaras dengan Jadual 13 Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 2006,” katanya ketika menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu).
Che Mohamad Zulkifly ingin tahu mengapa caj perubatan di klinik dan hospital swasta yang dikenakan kepada pesakit yang menggunakan kad insurans adalah lebih tinggi berbanding pembayaran secara tunai.
Subramaniam bagaimanapun menjelaskan rakyat harus peka bahawa lain-lain fi seperti penginapan, tatacara kejururawatan, peralatan, ujian makmal dan ubat-ubatan tidak dikawal selia oleh kementerian.
Tambahnya, kuasa pasaran akan menentukan kos sebenar yang dikenakan oleh pengamal perubatan kepada pesakit.
Justeru, beliau menasihatkan pesakit dan anggota keluarga agar membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mendapatkan rawatan di hospital swasta.
“Rakyat perlu sedar tiada jaminan sesuatu kos itu terhad dalam satu lingkungan harga. Sebab itu, ada hospital kerajaan. Buatlah keputusan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Subramaniam berharap kumpulan pengguna kesihatan yang aktif dapat ditubuhkan bagi memberi pandangan khusus serta menjadi pemangkin dalam pengawalanan caj berlebihan oleh pihak swasta.- BERNAMA
TOP
105,474 Sudah Mendaftar Untuk GST Hingga 26 Okt
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang sudah mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah 105,474 sehingga 26 Okt, penambahan 494 berbanding hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menurut kenyataan jabatan itu di sini hari ini, data terkini itu menunjukkan bilangan syarikat yang mendaftar untuk GST semakin meningkat sebelum tarikh akhir pada 31 Dis.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar untuk struktur percukaian baharu itu yang akan dilaksanakan mulai 1 April, 2015. – BERNAMA
TOP
Malaysia Perlukan Ramai Belia Ceburi Bidang Kemahiran
HANOI – Malaysia masih kekurangan pelajar terutamanya, golongan belia yang menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi tenaga kerja mahir dalam negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata ketika ini peratusan belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti bidang teknikal dan vokasional adalah sekitar 10 peratus.
Katanya, angka berkenaan jauh lebih rendah berbanding corak pendidikan yang dilaksanakan negara maju yang memberi penekanan lebih terhadap bidang berkenaan.
“Walaupun kita akui perlukan kecemerlangan dalam akademik, tetapi jika dibuat perbandingan antara negara kita dengan negara-negara maju umpamanya Korea Selatan dan Australia, anak-anak mereka yang dijuruskan kepada bidang teknikal dan vokasional ini lebih daripada 40 peratus,” katanya kepada Bernama selepas melawat kontijen Malaysia sempena Pertandingan Kemahiran Asean (ASC) ke-10 di Pusat Konvensyen Nasional (NCC) di sini, hari ini.
Kontinjen Malaysia terdiri daripada 51 belia daripada pelbagai institusi kemahiran di Malaysia terpilih dalam pertandingan yang bermula 19 Okt lepas dan berakhir Rabu ini.
Ismail berkata, Malaysia masih terkebelakang dalam usaha menghasilkan tenaga kerja mahir walhal negara ketika ini amat memerlukan golongan ini, selaras dengan matlamat mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Menurut beliau, ketika ini, kumpulan pekerja berkemahiran di Malaysia hanyalah sekitar 28 dan 29 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja, iaitu lebih rendah daripada yang disasarkan iaitu 33 peratus, menjelang 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.
Justeru katanya, Kementerian Pendidikan kini mempertingkatkan sasaran ke 20 peratus dengan berusaha menarik minat belia lepasan SPM supaya menceburkan diri dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.
Terdahulu, pada sebelah malam tadi, majlis makan malam anjuran Kedutaan Malaysia di Hanoi diadakan bagi meraikan pegawai-pegawai kontinjen ASC di sebuah hotel di sini.
Turut hadir Duta Besar Malaysia di Vietnam Datuk Azmil Zabidi.
Ismail dalam ucapannya pada majlis itu berkata persepsi atau mentaliti masyarakat yang melabelkan bidang kemahiran dan vokasional sebagai pengajian pilihan kedua, perlu diubah.
Ini kerana, katanya latihan kemahiran adalah usaha penting dalam pembangunan modal insan bertaraf dunia yang dapat mentransformasikan ekonomi negara ke arah status berpendapatan tinggi.
“Saya memberi sokongan yang cukup kuat kepada kerajaan khususnya kementerian untuk kita meningkatkan kadar kemahiran pekerja dalam kalangan anak-anak muda kita, di mana kesedaran ini perlu diberi bukan sahaja kepada anak muda, tetapi juga kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya,” katanya.
Melihat akan kepentingan itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagi mengubah persepsi masyarakat termasuklah penyertaan dalam ASC untuk membuktikan bahawa bidang kemahiran adalah bertaraf antarabangsa.
Malah pertandingan seumpama itu juga akan membantu Malaysia mencapai sasaran 50 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2020, katanya. – BERNAMA
TOP
Terpulang UM Benar Atau Tak Anwar Hadir Program
SEREMBAN – Polis menyerahkan kepada pihak pentadbiran Universiti Malaya (UM) sama ada membenarkan ataupun tidak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke universiti itu bagi menghadiri program pidato dijadualkan malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti itu.
Bagaimanapun, katanya polis akan memantau dan menempatkan anggota di kawasan luar universiti itu khususnya di sekitar Masjid Ar-Rahman untuk memastikan tidak berlaku perkara tidak diingini.
“Itu tanggungjawab kita (polis) untuk memastikan keselamatan awam di kawasan luar universiti. Tetapi dalam universiti saya serahkan kepada pihak universiti.
Kita akan menempatkan anggota secukupnya kerana hendak memastikan kaedah selamat, tidak ada gangguan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penghormatan Kepada ‘Wira Yang Tidak Didendang’ Pasukan Penyelamat MH17 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan di sini, hari ini.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sebelum ini dilaporkan akan meneruskan program pidato Anwar di kampus itu malam ini walaupun pengurusan kampus mengeluarkan larangan menerusi Timbalan Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof.
Sementara itu, berhubung pendengaran rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok dan lusa, Khalid menasihati semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menghormati proses undang-undang.
“Ini adalah proses undang-undang biasa. Saya minta pihak yang tidak berkenaan tidak perlu ganggu keadaan atau perjalanan perbicaraan mahkamah. Biarkan mahkamah bersidang dengan aman damai dan membuat keputusan.
“Kita (polis) bagaimanapun, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku,” katanya. – BERNAMA
TOP
Bayern Seri Tanpa Jaringan Dengan Moenchengladbach
PEMAIN tengah Bayern Munich, Franck Ribery (kiri) diasak pemain Moenchengladbach, Christoph Kramer dalam aksi perlawanan Bundesliga, awal pagi tadi. - Foto AFP
BERLIN – Bayern Munich bergelut untuk seri 0-0 ketika menentang Borussia Moenchengladbach dalam saingan Bundesliga, awal pagi ini. Pencapaian agak hambar ini juga menamatkan rentetan empat kemenangan berturut-turut untuk juara liga itu tapi kekal di tangga teratas dengan kelebihan empat mata. Barisan didik Pep Guardiola jelas kurang menyengat di bahagian serangan dan ini jauh berbeza berbanding ketika mereka membaham AS Roma 7-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu. Namun, satu mata itu meletakkan gergasi Jerman itu 21 mata di hadapan Gladbach yang menghuni tangga kedua ketika ini. Gladbach kini sudah mengharungi 14 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan musim ini. Sementara itu, VfL Wolfsburg menamatkan rekod tanpa kalah Mainz 05 dengan kemenangan 3-0 iaitu kemenangan keempat berturut-turut untuk menolak mereka ke tangga ketiga dan kutipan mata sama dengan Gladbach. – AFP

Najib Tiba Di Dubai Untuk Hadiri WIEF Ke-10
DUBAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini malam tadi bagi menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10.
Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Dubai World Central Al Maktoum International Airport pada 9.30 malam waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia).
Beliau dan isteri kemudian dibawa ke Hotel Madinat Jumeirah Mina A’Salam dan ketibaan mereka disambut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Turut hadir pegawai kanan kerajaan Malaysia dan WIEF.
Najib yang juga Penaung Yayasan WIEF akan menyampaikan ucapan khas semasa perasmian sesi pada 28 Oktober ini.
Beliau juga dijangka mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya bagi membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang ada kepentingan bersama.
Bertemakan ‘Perkongsian Inovatif bagi Pertumbuhan Ekonomi’, forum tiga hari itu berlangsung di Hotel Madinat Jumeirah sehingga 30 Oktober.
WIEF dianjur oleh Yayasan WIEF dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Dubai.
WIEF ke-10 ini bertujuan membentuk kerjasama lebih baik antara negara, membawa era baharu kemakmuran ekonomi global.
Forum akan menghimpunkan sembilan pemimpin negara, 12 menteri, empat gabenor bank pusat, 181 pemain peranan dan lebih 2,000 perwakilan dari lebih 100 negara. – BERNAMA
TOP
Larangan Tukang Masak Asing Di P.Pinang Bukan Diskriminasi
PETALING JAYA – Kehebatan rasa makanan di Pulau Pinang adalah alasan kukuh untuk negeri itu berusaha melakukan apa yang termampu bagi melindunginya, walaupun terpaksa mengambil langkah-langkah yang sukar, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ahli Parlimen Bagan (DAP) itu berpendapat bahawa melarang warga asing daripada menjadi ketua atau ketua tukang masak untuk makanan tempatan Pulau Pinang pada tahun 2016 bukanlah diskriminatif.
“Bagaimana keputusan ini boleh menjadi tidak demokratik atau diskriminasi apabila ia bertujuan untuk melindungi keunikan makanan Pulau Pinang, gerai-gerai kecil harus dioperasikan oleh pemilik dan pekerja asing boleh membantu penjaja dalam tugas-tugas lain?” kata Guang Eng sebagai respons terhadap kritikan terhadap pentadbirannya berhubung langkah terbaharu untuk melindungi apa yang dianggap sebagai aset budaya di negeri ini.
Beliau berpendapat bahawa kelaziman pekerja asing yang tidak cekap tidak boleh diserahkan kepada kuasa pasaran, memandangkan makanan penjaja adalah salah satu daripada tarikan utama di Pulau Pinang.
“Tidak seperti bandar-bandar lain, pelancong datang ke Pulau Pinang untuk makanan, dan kerajaan negeri tidak akan mengambil risiko terhadap industri pelancongan kita dengan membenarkan pekerja asing yang acuh tak acuh membahayakan penjenamaan makanan jalanan yang lazat Pulau Pinang,” kata Guan Eng.
Guan Eng bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan itu tidak menghalang rakyat Malaysia dari negeri lain untuk mendapatkan lesen penjaja di negeri ini.
“Jika kita inginkan rasa yang unik dan kualiti makanan Pulau Pinang bertaraf dunia dikekalkan, kita harus bermula sekarang untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia harus mengambil alih tugas sebagai tukang masak, dan tidak melalui pergantungan kepada pekerja asing, yang mana kepakarannya akan hilang apabila mereka pulang ke rumah,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri cukup gembira apabila web panduan pelancongan terkemuka, TripAdvisor, meletakkan Pulau Pinang sebagai pulau di Malaysia yang paling murah di Asia Tenggara. – mStar Online
TOP
Taib Mahmud Dimashyur Sebagai Canselor Ketiga UNIMAS
KUCHING – Yang Dipertua (YDP) Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini dimahsyurkan sebagai Canselor ketiga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Pelantikan Taib, 78, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Tuanku Abdul Halim menyerahkan watikah pelantikan pada upacara pemahsyuran yang berlangsung di Astana Negeri, Petra Jaya di sini.
Taib menggantikan Canselor terdahulu yang juga bekas YDP Sarawak keenam Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Turut hadir pada upacara pemahsyuran itu ialah isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datuk Dr Hatta Solhi serta Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.
Taib dalam ucapannya berkata beliau akan memastikan UNIMAS terus menyerlah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang tersohor bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.
“Perjalanan dalam memacu UNIMAS ke arah kejayaan akan tetap diteruskan walaupun Canselor dan Pro-Canselornya bertukar. Segala yang telah dirancangkan sebelum ini dalam Pelan Strategik 2011-2015 akan diteruskan.
“Kita perlu menunjukkan yang kita mampu meraih pencapaian cemerlang selagi kita bekerja sebagai sebuah pasukan yang komited dan kolektif,” katanya.
Menurut Taib beliau memahami hasrat UNIMAS untuk mempunyai hospital pengajar tersendiri sebagaimana institusi pengajian tinggi awam lain.
“Saya sangat menyedari kepentingan keperluan ini dan akan berusaha untuk membantu UNIMAS. Saya yakin hasrat murni UNIMAS ini akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada kerajaan Sarawak khususnya dan kerajaan Malaysia amnya.
“Kewajaran memiliki hospital pengajar di UNIMAS ini amat saya sokong,” katanya.
Berikutan pelantikan sebagai Canselor ketiga UNIMAS, Taib akan menyempurnakan pengisytiharan konvokesyen ke-18 UNIMAS pada sidang pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), UNIMAS Kota Samarahan, 1 Nov ini.
Beliau juga akan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia Tun Abang Muhammad Salahuddin dan Ijazah Kehormat Doktor Seni Gunaan dan Kreatif kepada arkitek tersohor negara, Hijjas Kasturi.
Sidang pertama turut menyaksikan penyampaian anugerah akademik seperti Anugerah Pendidikan Diraja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro-Canselor.
Majlis konvokesyen yang berlangsung tiga hari bermula 1 Nov itu akan diadakan dalam lima sidang, menyaksikan 3,240 graduan menerima ijazah masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda.
Daripada jumlah tersebut, 3,016 graduan terdiri daripada prasiswazah manakala selebihnya 224 adalah graduan pascasiswazah. – BERNAMA
TOP
APMM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Putih Bernilai RM4.4 Juta
JOHOR BAHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili menggagalkan cubaan menyeludup 49,000 karton rokok putih bernilai RM4.4 juta termasuk cukai selepas memeriksa sebuah kapal di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata pemeriksaan pada kapal ‘AWE MARIN 9′ itu dilakukan empat anggota APMM yang melakukan rondaan rutin di kedudukan kira-kira 0.9 batu nautika tenggara Tanjung Ayam, pada pukul 1.30 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia itu membawa 980 kotak rokok iaitu bersamaan 49,000 karton rokok putih berjenama ‘JM WHITE’ tanpa sebarang dokumen yang sah, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Amran berkata kapal tanpa nombor Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) itu juga didapati gagal melaporkan ketibaan di perairan negara ini.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya turut menahan seramai tujuh anak kapal terbabit yang kesemuanya rakyat Indonesia berumur antara 28 hingga 54 tahun untuk membantu siasatan.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu cubaan menyeludup rokok masuk ke Malaysia dan Seksyen 449 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu tidak melaporkan ketibaan di perairan Malaysia serta mana-mana kesalahan yang berkaitan. – BERNAMA
TOP
Khalid Samad Akui, PAS Terpaksa Mengalah Dengan DAP Dan PKR
KUALA LUMPUR – PAS mengakui parti itu terpaksa mengalah dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi masa depan politiknya dalam Pakatan Rakyat.
Menyifatkan pernah ‘disiku’ oleh rakan sekutunya itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bagaimanapun berkata, parti itu perlu bertahan jika ingin terus bersama dengan DAP dan PKR.
“Kita kena faham adat berkawan, kalau dulu biasanya main sendirian, tapi sekarang dah ada kawan. Tak boleh kememeh (manja), main bola dengan kawan pun kadang-kadang kena siku.
“Lalu relakslah. Kalau kena siku…balik rumah beritahu mak ayah dibuli, takut-takut akhirnya tak ada orang nak kawan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2015 di sini.
Bagaimanapun, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS menegaskan bahawa parti tidak pernah dibuli oleh DAP dan PKR ketika berada dalam Pakatan Rakyat sejak penubuhannya pada 2008.
“Dari segi dakwaan buli yang disebut oleh Yang Berhormat (YB) Ketereh (Tan Sri Annuar Musa) khususnya mengenai PAS dalam Pakatan Rakyat, saya ingin nyatakan secara jelas bahawa dalam pakatan ini, PAS tidak dibuli,” katanya.
Sebelum ini, ketika membahaskan RUU yang sama, Annuar mendakwa PAS sering menjadi mangsa buli oleh DAP dan PKR dalam pelbagai perkara termasuk yang terbaharu membabitkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor. - mStar Online
TOP
Orlando Bloom Nafi Hubungan Dengan Selena Gomez
Mereka dilihat kembali bersama setelah penyanyi genit, Selena Gomez putus kasih dengan Justin Bieber walaupun sumber melaporkan, Orlando Bloom menafikan gosip tersebut.
Menurut laporan dari Hollywood Life, mereka berdua dilihat banyak menghabiskan masa bersama, terutama ketika satu acara, We Day Vancouver. yang dihoskan Selena sendiri.
Ujar pelakon watak Legolas dalam trilogi The Hobbit itu, mereka hanya menghadiri acara tersebut bersama-sama kerana menjadi tetamu undangan dan ia tidak lebih dari itu.
Sebelum ini, terdapat khabar angin berkenaan hubungan mereka namun ia sepi apabila Selena kembali menjalinkan hubungan dengan Justin, namun putus sekali lagi beberapa bulan kemudian.
Andaian portal berkenaan, situasi itu berlaku disebabkan tindakan Selena yng mahu membuat Justin, bekas teman lelakinya cemburu. Ya, semua sedia maklum, Orlando dan Justin mempunyai hubungan buruk.
Pertengahan tahun ini, satu video menjadi viral dalam kalangan pengikut Hollywood apabila imej memaparkan Orlando menghanyunkan penumbuk ke arah Justin. Namun tidak dipastikan tumbukan tersebut mengenai Justin atau tidak. – MYNEWSHUB.CC

British, Amerika Tamat Operasi Tempur Di Afghanistan
Anggota tentera laut Amerika Syarikat menurunkan bendera negara berkenaan pada majlis yang menandakan tamatnya operasi peperangan tentera AS dan British di Helmand, Afghanistan semalam. - Foto REUTERS
CAMP LEATHERNECK, Afghanistan – Tentera British semalam menamatkan operasi tempurnya di Afghanistan dan menyerahkan pangkalannya di Kem Bastion kepada tentera Afghanistan, 13 tahun selepas pihak bersekutu melancarkan serangan terhadap pemerintahan Taliban. Serentak dengan itu tentera laut Amerika Syarikat juga menyerahkan pangkalannya di Kem Leatherneck kepada tentera Afghan. Bendera ‘Union Jack’ Britain diturunkan di Kem Bastion manakala bendera ‘jalur dan bintang’ Amerika Syarikat diturunkan di Kem Leatherneck di wilayah tenggara Helmand. Kem Leatherneck adalah pangkalan Amerika terbesar yang diserahkan kepada kawalan Afghan, manakala Kem Bastion adalah ibu pejabat serantau pasukan antarabangsa bagi kawasan tenggara Afghanistan, yang menempatkan sehingga 40,000 anggota tentera dan kontraktor awam. Semalam, kem berkenaan seolah-olah berubah menjadi sebuah pekan hantu dengan berek kosong dan pagar berduri. Papan buletin, yang sebelum ini memaparkan penghargaan kepada anggota yang maut, juga sudah tiada lagi. “Ia sudah kosong,” kata Leftenan Will Davis daripada ‘Queen’s Dragon Guards’ tentera British. Kem Bastion adalah juga pangkalan yang menempatkan Putera Harry pada 2012 sebagai penembak helikopter ‘Apache’. Keseluruhannya, 2,210 askar Amerika dan 453 askar British terbunuh di Afghanistan sejak 2001, ketika pakatan diketuai Amerika Syarikat menumbangkan kerajaan Taliban kerana menyokong al Qaeda berikutan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 2001. – REUTERS

2 Rakan Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati
ALOR SETAR – Dua lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 33.8 gram dan 48.6 gram monosetil morfin dua tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nasir Sahimi, 35, dan Mohd Mazwan Abd Aziz, 34, setelah mendapati keterangan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Saya telah mempertimbangkan keterangan pembelaan dan mendapati ia hanyalah penafian semata-mata,” katanya di sini hari ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu secara bersama di hadapan Restoran KFC, jalan Teoh Moh Sii, Kulim pada 14 Jun 2012 pukul 1.15 tengah hari.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin, manakala Mohd Mazwan diwakili peguam RSN Rayer dan Mohd Nasir diwakili T. Jayaraj. – BERNAMA
TOP
Kapten Skuad Bola Sepak Afrika Selatan Mati Ditembak
Senzo Meyiwa
JOHANNESBURG – Kapten skuad bola sepak Afrika Selatan, Senzo Meyiwa mati ditembak, awal pagi ini, menurut polis negara berkenaan. Insiden itu dilaporkan berlaku di kediaman teman wanita Meyiwa di Vosloorus, selatan ke Johannesburg. Penjaga gol berusia 27 tahun itu beraksi untuk kelab Orlando Pirates dan bermain untuk pasukan kebangsaan dalam empat perlawanan terakhir kelayakan Piala Negara-negara Afrika. Sabtu lalu, dia beraksi untuk kelab itu apabila mereka berjaya layak ke separuh akhir Piala Liga Afrika Selatan. Dalam satu kenyataan, Perkhidmatan Polis Afrika Selatan berkata dua lelaki memecah masuk ke dalam rumah manakala lelaki ketiga pula berkawal di luar. Ketiga-tiga lelaki itu kemudian melarikan diri selepas tembakan dan media tempatan melaporkan ia satu usaha untuk merompak. Meyiwa disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital. Dia mula mewakili Orlando Pirates yang berpangkalan di Parktown di daerah Johannesburg pada 2005. – BBC

Remuk Dihempap Lori Simen Tapi Berpantang Maut Sebelum Ajal!
CHINA – Kalau dilihat kepada kemalangan ini, pasti kita akan beranggapan pemandu dan penumpang kereta ini terbunuh.
Namun keadaan sebaliknya apabila seorang lelaki dengan neneknya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan. Mereka terselamat dalam kemalangan ini. Bukan sahaja cedera, sedikit calar pun tidak kelihatan pada badan mereka. Kejadian itu berlaku di wilayah Fujian pada pukul 10.45 pagi. Selepas kereta ini ditimpa oleh pembancuh simen, penduduk di kawasan berkenaan tiada pilihan lain kecuali meminta tolong pemilik kren untuk mengangkat lori berkenaan, memandangkan mereka tiada kudrat untuk mengangkatnya sendiri.
Kedua-duanya kemudian dibawa ke hospital dan selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan, mereka dibenarkan pulang. Ia berlaku hanya dua bulan selepas dua wanita mengalami kemalangan sama, namun mereka hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kereta mereka ranap dihempap pembancuh simen di wilayah Zhejiang. Dalam kejadian itu, pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada keretanya yang remuk dan meminta pertolongan. Bomba yang tiba di situ cuba menggunakan pengangkat trak namun disebabkan ia terlalu berat, mereka terpaksa memanggil khidmat kren.-mynewsub

Pakar Sejarah Rusia Sakit Jiwa, Rai Hari Jadi 160 Mayat Budak
RUSIA – Pakar sejarah Rusia yang juga digelar sebagai genius, Anatoly Moskvin, 46, disahkan mengalami sakit jiwa apabila dia mengadakan majlis hari jadi untuk 160 kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia.
Kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 12 tahun itu digali dari kubur, dan mayat mereka dijadikan mumia.
Dia memakaikan pakaian pelbagai warna dan corak kepada mumia tersebut dan menjadikan mumia itu seolah-olah anak patung beruang.
Perkara berkenaan terdedah selepas pasukan penyiasat menemui video rakaman majlis hari jadi yang diadakan untuk mumia kanak-kanak tersebut.
Moskvin, yang boleh bertutur dalam 13 bahasa itu turut memberikan nama kepada mumia tersebut . Semua mayat tersebut meninggal dunia awal tahun ini.
Polis kini sedang mengumpul data mengenai mayat kanak-kanak itu dan ia terbongkar apabila ibu bapa Moskvin melawatnya.
Moskvin kini ditempatkan di hospital sakit jiwa dan tidak layak untuk dibicarakan di mahkamah.-mynewsub
TOP
Lagenda Biola Jepun, Suzuki Didakwa Menipu
TOKYO – Lagenda guru biola Jepun, mendiang Shinichi Suzuki, berdepan kontroversi terbesar dalam sejarah muzik dunia selepas didakwa menipu kononnya beliau mendapat latihan di bawah lagenda muzik Jerman dan menjadi rakan kepada Albert Einstein.
Suzuki merupakan pengasas kepada kaedah Suzuki pada penghujung 1950-an yang kemudiannya menjadi ikutan berjuta-juta pemain biola di seluruh dunia.
Melalui kaedah yang diperkenalkan oleh Suzuki itu, ia membolehkan kanak-kanak semuda tiga tahun mempelajari biola dengan mudah.
Suzuki sebelum ini mendakwa menghabiskan masa selama lapan tahun dengan menjadi pelajar kepada Karl Klinger, yang juga professor muzik di sebuah sekolah berprestij tinggi di Berlin ketika 1920-an.
Sebaliknya Suzuki dilaporkan telah ditolak daripada memasuki sekolah muzik itu selepas gagal uji bakat.
Malah dakwaan bahawa beliau merupakan rakan kepada Einstein juga dikatakan palsu kerana Suzuki dilaporkan hanya bertemu Einstein sekali seumur hidup, iaitu ketika mahu menjual biola kepada Einstein.
Suzuki meninggal dunia pada 1998 ketika berusia 99 tahun.
Perkara ini didedahkan oleh seorang komposer dan guru biola di Amerika Syarikat, Mark O’Connor.
“Saya tidak percaya ada sesiapa yang betul-betul membuat pemeriksaan terhadap masa lampau beliau.
“Suzuki tidak mempunyai latihan bermain biola daripada mana-mana guru, sepanjang yang kita ketahui,’’ kata O’Connor .
Sebaliknya kata O’Connor dalam blognya, Suzuki mempelajari biola sendiri dan mula bermain biola pada usia 18 tahun.
O’Connor juga mendakwa Suzuki tidak pernah membuat sebarang persembahan secara profesional, membuat rakaman atau bermain sebarang posisi dalam orkestra.-mynewsub
TOP
Video: Mungkinkah Ini Kapal Terbang Masa Hadapan?
Rata-rata mengakui perjalanan yang terlalu lama ke sesuatu destinasi dengan menaiki kapal terbang amatlah membosankan.
Lagi-lagi tiada sebarang connection atau wifi yang boleh digunakan dan yang hanya boleh dilakukan adalah tidur sepanjang perjalanan.
Sememangnya kerusi berdekatan luar jendera pesawat paling digemari kerana mendapat peluang melihat keindahan pemandangan dari pandangan atas.
Ini mungkin khabar gembira bagi yang suka melihat pemandangan luar kapal terbang kerana Pusat Inovasi Proses (CPI) mencadangkan pembentukan pesawat jendela iaitu teknologi kamera yang boleh mengubah seluruh kabin ke dalam satu tetingkap yang besar.
CPI mendakwa bahawa dengan teknologi ini boleh mengurangkan pelepasan CO2 dan membuat tempat duduklebih luas. Lebih unik, seluruh kabin akan dilengkapi dengan teknologi interaktif yang membolehkan penumpang memilih kertas dinding mereka sendiri. Anda tontonlah sendiri video ini ye…
Menarik bukan idea ini, moga-moga ia menjadi kenyataan! - MYNEWSHUB.CC

Kemanakah Arah Tuju Amirul Hafiq Selepas Ini?
ARAH tuju pelumba Moto3 negara Amirul Hafiq Azmi untuk meneruskan saingan dalam perlumbaan motosikal dunia (MotoGP) tahun depan masih samar.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali berkata setakat ini pelumba SIC-AJO itu masih belum menerima mana-mana tawaran daripada pasukan lain untuk musim tahun depan.
Baru-baru ini, Razlan mengumumkan pasukan baru, Pasukan Perlumbaan SIC yang menggantikan pasukan SIC-AJO dalam MotoGP pada tahun depan.
SIC buat kali pertama akan menampilkan pasukan baharu yang dikendalikan sendiri sepenuhnya telah menamakan dua pelumba bagi pasukan itu iaitu Zulfahmi Khairuddin dan Jakub Kornfeil dari Republik Czech.
Sekali gus, pengumuman dua pelumba itu mengesahkan Amirul Hafiq tidak lagi bersama SIC pada musim depan.
“Saya harap penaja lain dapat ambil dia…selepas pengumuman Jakub (semalam), beliau (Amirul Hafiq) tidak lagi bersama kami. Kita tidak mahu terlampau sentimental dan beremosi tetang nasib pelumba Malaysia tetapi ini realiti dan sukan permotoran,” katanya.
Beliau berkata SIC sebenarnya mengharapkan lebih daripada Amirul Hafiq yang banyak mendapat banyak peluang sebelum masuk World Championship (MotoGP) seperti berlumba selama dua tahun dalam perlumbaan Red Bull Rookies dan setahun dalam perlumbaan Motosikal Sepanyol CEV Repsol.
“Kalau kita tengok, pelumba Eropah juga diberhentikan ketika pertengahan musim perlumbaan sebab mereka gagal menunjukkan prestasi. Melainkan pelumba itu membawa duit kepada pasukan, namun berbeza dengan SIC, kita melabur untuk meningkatkan pelumba negara dan kita perlu fikir betul-betul untuk sambungkan kontrak dia (Amirul Hafiq),” katanya kepada pemberita.
Selepas 17 perlumbaan MotoGP Amirul Hafiq akhirnya berhasil mengutip tiga mata selepas menduduki kedudukan ke-13 pada GP Malaysia 2014 di Litar Sepang, semalam.
Sementara itu Razlan berkata sebanyak 130,925 tiket terjual bagi tiga hari penganjuran perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Sepang yang berakhir semalam.
Pelumba Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez menjadi tumpuan peminat tempatan dan luar negara yang hadir selepas dinobatkan juara pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2014 di Litar Sepang semalam.
Marquez juga menyamai rekod Mick Doohan selepas meraih kejuaraan bagi kali ke-12 bagi satu musim dalam Grand Prix Motosikal.- BERNAMA
TOP
KJ Selar Laporan The Malaysian Insider Tentang Alvin & Ali
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengkritik portal berita The Malaysian Insider kerana membuat laporan tidak benar berhubung tindakan Ali Abd, Jalil dan Alvin Tan melarikan diri ke luar negara bagi mencari suaka politik.
Beliau menyelar laporan The Malaysian Insider kerana memberi gambaran seolah-olah kedua-dua individu yang berhadapan prosiding mahkamah itu terpaksa lari dari Malaysia sebab tidak mahu dizalimi oleh kerajaan.
“Saya ada masalah besar dengan artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro-pakatan ini. Artikel ini bermula dengan: “Keputusan Ali Abd Jalil dan Alvin Tan mencari suaka politik berbanding berdepan dengan sistem keadilan bagi kesalahan mereka merupakan simptom peningkatan kekecewaan anak muda berhubung tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik”.
“Ini memberi gambaran seolah-olah kedua-dua individu ini terpaksa lari dari Malaysia, mencari perlindungan di luar negara sebab tidak mahu dizalimi oleh kerajaan yang tidak membernarkan kritikan dan kebebasan bersuara. Sebab itu ditulis tentang “tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy menerangkan, kes yang dihadapi kedua-dua individu tersebut di mahkamah bukan merupakan kes politik tetapi laporan The Malaysian Insider mendakwa mereka adalah pelarian politik yang menentang kerajaan dengan menggunakan hak kebebasan bersuara.
Jelasnya, Ali dan Alvin didakwa di mahkamah bukan kerana mengkritik kerajaan tetapi kerana memuat naik gambar ‘bak kut teh halal’ yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.
Ali pula, kata beliau, memang mengkritik UMNO tetapi dia didakwa di mahkamah bukan kerana itu sebaliknya kerana komennya tentang institusi sultan dan raja di negara ini.
“Antara komen beliau, mahu raja dihapuskan dan sultan rasa negara ini “kepala bapak depa punya.” Tulis “kami berani mati, tetapi baru kena dakwa di mahkamah terus lari,” sindir Khairy.
Justeru, beliau menyelar The Malaysian Insider kerana cuba memberi gambaran seolah-olah Alvin dan Ali hero anak muda yang menentang kerajaan atau polisi kerajaan dengan menutup fakta kes mereka didakwa kerana menghina perkara-perkara yang sensitif.
“Nak jadikan mereka ini ikon orang muda? Nak kata mereka ini contoh bagi orang muda di Malaysia? Saya rasa majoriti anak muda Malaysia lebih suka melihat dua orang ini tidak kembali semula ke tanah air,” tegasnya. - mynewshub.cc
TOP
2 Pemain Harimau Malaya Sertai Kelantan Musim Depan
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan seramai dua pemain kebangsaan Harimau Malaya akan menyarung jersi The Red Warriors (TRW) pada tahun depan.
Beliau turut mengesahkan tiga pemain import yang merupakan pemain kebangsaan di negara masing-masing akan menyertai pasukan Kelantan bagi memperkuatkan pasukan itu dalam cabaran musim hadapan.
“Ketiga-tiga pemain import berusia antara 22 hingga 26 tahun itu akan menjadi tumpuan dalam usaha meremajakan TRW serta persiapan untuk bermain secara pantas dan menyerang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Annuar memberitahu, senarai akhir 23 pemain yang akan mewakili TRW dalam saingan liga 2015 akan dimuktamadkan malam ini.
Beliau bagaimanapun mengakui Kafa berhadapan masalah kewangan dan penajaan dalam misi menyaingi lima pasukan gergasi di Malaysia yang mendapat tajaan kerajaan negeri masing-masing..
“Namun kita tidak mudah berputus asa dan akan bergadai gobek demi membentuk TRW yang kuat,” katanya.
Beliau dalam pada itu memaklumkan TRW akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bermula Disember menentang pasukan Timor Lester dan beberapa kelab terkemuka dari Thailand dan Jakarta serta Terengganu. – mynewshub.cc
TOP
Anak Jokowi Berusaha Tanpa Bergantung Nama Ayahnya
Nama pemimpin dari negara seberang, Jokowi menjadi titipan di setiap bibir gara-gara kisah kehidupannya yang dahulu susah hinggalah kini berjaya dalam karier politik dan dinobatkan sebagai Presiden Indonesia ketujuh.
Pastinya, kisah Jokowi dan keluarganya kini digali oleh media kerana keinginan untuk mengetahui tentangnya lebih dalam lagi.
Ini adalah salah satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi iaitu mengenai putera sulung Jokowi iaitu Gibran Rakabuming Raka.
Memetik Sooperboy.com, Gibran dilahirkan pada 1 Oktober 1988 dan kini baru berusia 26 tahun.
Beliau tinggal dan mendapat pendidikan di sebuah sekolah di Singapura pada tahun 2002. Seterusnya melanjutkan pelajaran tingginya di University of Technology Insearch, Sydney.
Siapa sangka, setelah tamat belajar anak ahli politik terkenal ini berminat untuk menceburi bisnes makanan namun terbantut seketika gara-gara menghormati kedua ibu bapanya yang mempunyai bisnes bidang hartanah.
Namun kerana minat yang mendalam pada 2010, jejaka ini tetap berusaha membuka bisnes katering yang diberi nama Chilli Pari Catering Service. Nama ini katanya, menggambarkan keberanian dan kemakmuran gara-gara keberaniannya mahu berusaha masuk ke bidang ini dan melepaskan bayang-bayang orang tuanya yang sudah mempunyai nama besar ketika itu. Uniknya, kerana modal yang tidak cukup Gibran sanggup menggunakan gudang pejabat ayahnya untuk dijadikan tempat memasak katering dan meminjam wang daripada bank bagi memulakan bisnes tersebut. Bisnes yang dimulakan secara kecil-kecilan itu awalnya tidak dikenali malah menolak menggunakan manfaat nama ayahnya yang cukup dikenali kerana ketika itu ayahnya merupakan Wali Kota Solo.
Akhirnya berkat kesabaran, permintaan terhadap bisnesnya yang dahulu hanya kecil-kecilan akhirnya berjaya dan kini mendapat tempahan katering perkahwinan bagi ribuan orang sejak Januari 2011. Hingga hari ini, Gibran masih melakukan pelbagai inovasi dan pembaharuan bagi mengembangkan kateringnya. Kini Chili Pari sudah mampu melakukan bisnes sebagai perancang perkahwinan pula.
Meskipun Gibran memiliki ayah yang sangat berpengaruh namun beliau lebih senang berusaha atas daya usaha tangan sendiri bagi membangunkan bisnes kateringnya. Jadi, apa pula alasan kita untuk tidak berjaya? - MYNEWSHUB.CC

Teaser “Driftmob” Ini Mungkin Iklan Komersial BMW Paling Hebat
Adakah mustahil untuk membuat kareografi drift di jalan raya yang sebenar?
Bagi sekumpulan pelagak ngeri dari Amerika Syarikiat ini, ia sememangnya tidak mustahil.
Dengan latihan dan persediaan yang secukupnya, mereka telah merakamkan sebuah kareografi drift di tengah bandaraya Cape Town, Amerika Syarikat bagi mempromosikan keluaran kenderaan terbaru BMW M235i. Sedikit info mengenai sukan drift, ia merupakan sejenis teknik di mana pemandunya sengaja melakukan “oversteer” (membelok lebih), menyebabkan kehilangan cengkaman pada roda belakang semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi. “Driftmob” yang dibawakan oleh BMW ini menggunakan khidmat pemandu drift profesional dunia iaitu Riley Harper, Rhys Millen, Samuel Hübinette, Conrad Grunewald, Rich Rutherford, dan Dai Yoshihara. Ini adalah lebih hebat daripada flashmob yang sudah terlalu biasa sekarang ini. Selamat menonton! Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Suami Potong ‘Anu’ Kekasih Isteri Curang
Nouakchott (Mauritania) – Seorang lelaki yang mengamuk selepas menemui isterinya mengadakan seks bersama lelaki lain di rumahnya, menikam mati wanita itu sebelum memotong kemaluan lelaki berkenaan.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu menyerang isterinya yang berusia 20-an tahun dan teman lelakinya di atas katil sebelum melarikan diri ke kampung bersebelahan.
Jiran yang terkejut dengan jeritan teman lelaki wanita itu membawanya ke hospital dan kini dirawat di unit jagaan rapi dengan kawalan keselamatan ketat.
Polis turut melancarkan gerakan memburu si suami. – Agensi
TOP
Gunung Berapi Mungkin Ranapkan Jepun 100 Tahun Lagi
GUNUNG Ontake meletup September lalu, meragut 51 nyawa. - Gambar hiasan
Jepun – Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad akan datang dengan semua 127 juta penduduknya terbunuh. Pakar yang menganalisis corak letupan gunung berapi di negara itu berkata, bukan sesuatu yang melampau untuk meramalkan bencana alam itu akan melenyapkan negara Matahari Terbit itu dari muka bumi ini. Saintis di Universiti Kobe meramalkan demikian selepas membuat kajian di kawah gunung berapi di Pulau Kyushu yang meletup tujuh kali sepanjang 120,000 tahun lalu. Mereka meramalkan satu lagi letupan di pulau di selatan negara itu akan menimbus 7 juta penduduk dengan lahar, sementara angin arah barat akan bertiup membawa sama debu tebal ke pulau lain. Awan toksik itu akan menjadikan pulau sekitar tidak boleh didiami sementara usaha menyelamat 120 juta penduduk di sekitar bandar besar akan menjadi sia-sia. Professor Yoshiyuki Tatsumi dan Keiko Suzuki berkata, ancaman letupan sedemikian berlaku dalam masa 100 tahun lagi adalah sekitar satu peratus. Bagaimanapun, mereka berkata, anggaran itu tidak boleh dipandang ringan. Menurut mereka, kajian kemungkinan gempa bumi melanda Kobe dalam masa 30 tahun adalah satu peratus, sehari sebelum gegaran 7.2 magnitud itu memusnahkan bandar pelabuhan berkenaan pada 1995, meragut 6,400 nyawa. “Kerana itu, tidak mengejutkan jika letupan kuat berlaku di Pulau Kyusu akan berlaku bila-bila masa,” menurut profesor berkenaan. Hasil kajian itu diumumkan beberapa minggu selepas Gunung Ontake di tengah Jepun meletup bulan lalu, mengorbankan 61 orang.-Agensi

Jokowi Perkenal Kabinet Baru Indonesia
JAKARTA – Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo memperkenalkan Kabinetnya semalam termasuk menteri luar wanita pertama di negara itu selepas berlaku kelewatan disebabkan beberapa calon ditolak oleh pihak berkuasa antirasuah.
Portfolio utama termasuk Retno Marsudi sebagai Menteri Luar, Bambang Brodjonegoro sebagai Menteri Kewangan dan Sofyan Djalil yang dipilih untuk memegang jawatan Menteri Kanan Ekonomi.
Kabinet Joko yang lebih popular dengan panggilan Jokowi disertai oleh lapan wanita sekali gus lebih ramai berbanding pelantikan sebelum ini.
Kabinet 34 anggota itu pada dasarnya disertai golongan profesional dan ahli politik susulan ikrar Jokowi untuk mengimbangi antara melantik individu terbaik dalam bidang masing-masing dan tekanan supaya memberikan ganjaran kepada parti politik yang menyokongnya pada pilihan raya Julai lalu.
Barisan menteri berkenaan bertanggungjawab membantu Jokowi melakukan pembaharuan yang diperlukan untuk meningkatkan ekonomi Indonesia di samping membantu golongan paling miskin di negara itu.
Pengumuman rasmi mengenainya dijangka dibuat seawal Selasa lalu, sehari selepas Jokowi mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia tetapi beliau sebaliknya memilih untuk meminta Suruhanjaya Membasmi Rasuah (KPK) supaya menyaring senarai calon Kabinet baharu tersebut.
“Kami mahu pemimpin yang dipilih bersih (daripada rasuah), justeru, kami merujuk kepada KPK,” kata Widodo.
Presiden baharu Indonesia itu cuba mengelak kesilapan yang dilakukan pemimpin sebelum ini, Susilo Bambang Yudhoyono yang pentadbirannya dicemari banyak skandal rasuah sekali gus mencemarkan nama pemerintah. – AFP
TOP
Gadis Berpura Pekak Demi Berkenalan Dengan Teman Lelaki
Ya, cinta kadang-kadang boleh membuatkan seseorang individu melakukan perkara gila.
Namun, kes yang menimpa gadis bernama Tina, sedikit unik dan berbeza. Ketika pertemuan pertama dengan teman lelakinya yang merupakan seorang nelayan, dia mengakui yang dia pekak walaupun dia seorang normal!
Gadis pelayan dari Kodiak, Alaska, Amerika Syarikat ini menceritakan pengalamannya dalam satu rancangan baru, ‘My Crazy Love’ yang berkonsepkan pengakuan percintaan yang pelik.
Menurut Tina, ketika pertama kali berjumpa, dia terkejut kerana tidak menyangka masih ada lelaki bujang kacak di Kodiak, Alaska.
“Saya terpaku,” katanya dalam rakaman episod berkenaan.
“Saya tak tahu kenapa, tapi saya merenung ke arah lelaki berkenaan dan berkata, saya pekak. Dia cuma merenung kembali ke arah saya, memegang bahu dan menjerit, nama saya Chris.”
“Dia kemudiannya menoleh ke arah rakan-rakannya dan berkata, gadis pekak ini sangat cantik.”
Hubungan mereka kemudiannya berada pada satu fasa di mana mereka berkomunikasi melalui teks dan bahasa badan. Sandiwara Tina berterusan dan menjadi lebih mudah apabila Chris keluar memancing selama tiga bulan.
Ujarnya lagi, ia merupakan momen yang sukar setiap kali perlu berpura-pura menipu.
“Jika pintu ditutup, kamu tidak boleh langsung menoleh. Jika anjing menyalak, kamu perlu berhati-hati agar tidak sewenangnya menoleh atau memberi reaksi.
“Bila melintas jalan, kamu perlu berpura-pura tidak mendengar bunyi hon.”
Yang menjadi persoalannya, apa relevan penipuan pekak Tina untuk mengekalkan hubungannya dengan Chris? Macam-macam kerenah! – MYNEWSHUB.CC
TOP
Terharu!! Bagi Nota Maaf Dan Wang Lepas Terlanggar Motosikal
Siapa pernah mengalami keadaan anda berjalan ke arah kenderaan tapi terkejut bila mendapati kenderaan kesayangan sudah calar balar, kemek atau cermin sisi patah dilanggar kenderaan lain?
Saat itu sememangnya amarah tercetus dan kata-kata makian serta sumpah seranah dihamburkan lagi-lagi tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab.
Rata-rata yang mengalami insiden sebegini, pasti dah agak memang sukar untuk menemui orang yang berbuat salah akan mengaku malah sanggup bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan bila tak ada orang nampak.
Hah, tapi kes yang kami terima ini lain.
Seorang individu yang tidak dikenali meninggalkan nota mengaku terlanggar hingga cermin sisi motosikal pengadu hingga rosak.
Bukan itu sahaja, bersama permohonan maaf turut disertakan sekali wang untuk mengganti cermin sisi yang dirosakkannya itu.
Sudahlah mengaku salah malah turut memberi wang bagi membaiki, rupa-rupanya masih ada yang berbudi bahasa pada zaman ini!
Sikap sebegini harus dipuji dan dicontohi. Kata pemilik motosikal tersebut, dia amat terharu dengan kejujuran yang dipamerkan walaupun tidak melihat dan mengenali individu tersebut. Apa yang pasti, sikap ini menunjukkan seseorang yang mempunyai keperibadian dan akhlak yang mulia. Moga-moga ramai lagi yang dapat mencontohi sikap sebegini. – MYNEWSHUB.CC

Padah Mabuk, Remaja Sembelih Kakak Sendiri
Mungkin ini merupakan mimpi ngeri yang tidak akan dilupakan oleh sepasang suami isteri.
Ketika nyenyak tidur di kediaman mereka yang terletak di Kemuning Utama, Shah Alam pasangan ini dikejutkan dengan ugutan bunuh diri oleh anak perempuan berusia 18 tahun yang sedang mabuk.
Bertambah menghayat hati, tidak lama kemudian, mereka menemui mayat anak kedua, 22 tahun yang sudah terkulai layu disembelih di hadapan biliknya.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu menyedarkan jiran lalu mereka bertindak menghubungi polis yang kemudiannya menahan suspek.
Menurut laporan, jiran hanya melaporkan kejadian ugutan bunuh diri akibat kekecohan dalam rumah keluarga tersebut tanpa menyedari si mati dibunuh oleh adiknya sendiri.
“Sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian, sejurus selepas pihak ambulans tiba di tempat kejadian - MYNEWSHUB.CC
TOP
Festival Vegetarian Thailand Hargai Haiwan Dengan Cara Melampau
Rakyat Thailand mungkin cuba mencari kelainan dalam menghargai haiwan, lantas mewujudkan satu festival vegetarian atau hari tanpa daging.
Apa yang mengerikan adalah cara festival ini dilaksanakan! Mana taknya, para peserta dikehendaki mencucuk alatan tajam seperti pisau, besi, pedang mahu pun payung menembusi bahagian kulit muka.
Misi festival ini mudah iaitu peserta perlu mengelak daripada memakan daging selama sembilan hari untuk mempromosi cara pemakanan sihat.
Menurut Huffington Post, festival yang diadakan di Phuket ini akan berlangsung sehingga 1 November dan ia merupakan festival kedua dianjurkan pada tahun ini. Pada 2011, 74 peserta tercedera akibat kesilapan teknikal semasa upacara ini berlangsung. Seorang dilaporkan mati. Kalau ya pun hendak menghargai haiwan dan mempromosi gaya hidup sihat, tak perlu rasanya sampai nak menyakitkan diri, kan? - MYNEWSHUB.CC

Dua Kereta Pengerusi JKKK Dibakar Di Seremban
Kedua-dua kereta Thin Loy yang terbakar di garaj rumahnya.
SEREMBAN – Dua kereta milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Rantau di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, dalam kejadian Sabtu lalu. Kejadian disedari kira-kira 2.30 pagi oleh mangsa, Tan Thin Loy, 60,yang terjaga dari tidurnya sebaik saja terdengar bunyi bising di luar rumah. “Ketika kejadian, saya seorang diri di rumah. Manakala isteri saya pergi ke rumah anak di Seremban. “Semasa sedang tidur, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti ada angin keluar serta bau plastik terbakar. Terus saya tengok ke luar tingkap sebab bimbang sesuatu yang buruk berlaku,” katanya. Bagaimanapun, katanya, dia terkejut sebaik sahaja melihat api pada dua buah keretanya jenis Toyota Corolla dan Proton Iswara Aeroback yang diletakkan di garaj rumah itu. Menurutnya, dia bergegas keluar untuk memadamkan api itu bagi mengelakkan dari teruk merebak. “Mujurlah saya sedar awal untuk padamkan api itu. Kalau tak, mungkin berlaku letupan. “Pada awalnya saya sangka mungkin litar pintas, tapi yang menghairankan apabila pintu pagar rumah didapati tidak berkunci seperti ada orang yang sudah membukanya untuk masuk membakar kereta saya,” katanya yang kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran. Thin Loy berkata, dia menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan dan berharap individu yang terbabit dalam kejadian itu ditahan dan dikenakan tindakan. “Saya sudah tinggal di sini lebih 20 tahun dan ini merupakan rumah pusaka keluarga saya. Saya tidak mahu syak sesiapa,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhammad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang dipercayai mempunyai usur kianat. Beliau betrkata, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu kianat dengan api. - Sinar Harian Online

Dapatkan MAS Harungi Semula Zaman Gemilang Selepas Ini?
KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) menerbangkanpuluhan ribu penumpang setiap hari dan ramai memilih syarikat penerbangan ini kerana ingin menikmati kehebatan “Kemesraan Malaysia”.
Sepanjang tempoh lebih 30 tahun perkhidmatannya, MAS memenangi banyak anugerah dan yang paling menyerlah adalah bidang perkhidmatan dalam pesawat di samping menjadi syarikat penerbangan pilihan dalam kalangan para penumpang dan pelancong antara benua.
Tetapi sejak kebelakangan ini pencapaian membanggakan MAS nampaknya tinggal sejarah ekoran kerugian besar yang dialaminya dan dua insiden malang membabitkan pesawatnya.
Syarikat penerbangan ini mencatatkan kerugian rekod sebanyak RM2.5 bilion pada 2011 dan kerugian berterusan pada 2012 dan 2013 dengan tahun ini sahaja penganalisis menjangka syarikat ini akan melaporkan kerugian operasi hingga RM2 billion.
Imej MAS terus tercalar pada 2014 dengan kehilangan penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dengan pesawat itu masih belum ditemui hingga hari ini dan penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.
Sejarah MAS melalui zaman gelap sejak formula pengswastaan pada 1990-an tidak dapat bertahan dan terpaksa diambil alih oleh Kerajaan Malaysia.
Walaupun dalam keadaan serba longlai, MAS terus melangkah menghadapi pelbagai rintangan. Nasib tidak menyebelahi MAS apabila pada lewat 1990-an dan selepas alaf baru syarikat-syarikat penerbangan kos rendah yang berpangkalan di Indonesia, Singapura dan di Malaysia sendiri mula beroperasi dan dalam ertikata lain merebut penumpang yang dahulunya “milik MAS”.
Ternyata dilema syarikat penerbangan ini semakin dirasai. MAS dilihat mula menilai tinggi atau rendah kedudukannya berbanding syarikat penerbangan lain di dunia, dan kedudukannya sebagai entiti korporat.
Namun, fakta dan hakikatnya adalah industri penerbangan tidak menyebelahi MAS. Industri penerbangan menjadi begitu mencabar dalam dua dekad kebelakangan ini.
Faktanya ialah keuntungan terkumpul industri penerbangan global selama 30 tahun (1970 sehingga 2000) lesap dalam 10 tahun (2000 sehingga 2010) kerana kerugian yang dialaminya.
Persaingan menjadi amat getir dan semakin menebal. Kebanyakan syarikat penerbangan menstruktur semula operasi masing-masing untuk memastikan
kelangsungan kewujudan mereka.
Rata-rata, Cathay Pacific, SIA dan Japan Airlines (JAL) bertindak menstruktur semula, namun hasilnya agak sedikit.
BERGIAT DALAM SEKTOR YANG MENCABAR
Industri penerbangan tidak berkembang dengan lonjakan berganda. Ia hanya melalui “rudimentary growth”. Penyelidikan menunjukkan antara 50 hingga 70 peratus penumpang udara didorong oleh harga rendah. Walaupun pesawat penuh, tetapi keuntungan yang dicatat hanyalah sedikit. Meskipun ada pelbagai strategi diskriminasi harga dengan tujuan mengoptimum penumpang dan keuntungan namun ternyata tipis pulangannya. Keadaan ini diburukkan lagi oleh kewujudan pengendali penerbangan kos rendah, dan ini adalah realiti industri penerbangan zaman ini. Ini sangat ketara bagi sektor domestik, dengan pengendali penerbangan kos rendah menguasai sebahagian besar pasaran penumpang di mana sahaja mereka beroperasi. Abad ke-21 juga menyaksikan pelbagai peristiwa dan kejadian dahsyat yang mempengaruhi perjalanan orang ramai. Peristiwa 9/11 2001, wabak SARS, MEIRS, dan kini EBOLA, campurtangan Amerika Syarikat di Iraq dan Libya, dan keganasan Israel di Gaza secara umumnya meninggalkan kesan negatif kepada industri penerbangan. Paling terkini, dua insiden membabitkan pesawat MAS memburukkan lagi keadaan.
MAS TETAP BERSEMANGAT
MAS wajar dipuji kerana walaupun berhadapan dengan kritikan dan cemuhan, ia terus melangkah penuh bersemangat. Ini dapat dilihat apabila pengurusan dan pemiliknya, Khazanah Nasional, menunjukkan semangat juang yang tinggi melalui pelan pemulihan syarikat penerbangan ini. Pelan pemulihan itu juga menjanjikan jenama “Malaysia Airlines” terus menghiasi ruang udara dengan megahnya. Ia adalah satu jaminan bahawa MAS akan memiliki peluang untuk terus wujud dan beroperasi sebagai syarikat yang mampu terus bersaing dan memberi impak kepada industri penerbangan terutama di Asia dan dunia. Perancangan ini wajar dilihat daripada segi sejauh mana ia praktikal. Peruntukan RM6 bilion adalah wajar untuk menstruktur syarikat penerbangan ini dan ia jelas memperlihatkan keazaman politik dalam membantu MAS meneruskan usaha sebagai sebuah entiti korporat. Langkah pengurangan pekerja kepada 14,000 daripada 20,000 orang adalah juga wajar kerana entiti baru MAS kelak harus diberi peluang supaya mempunyai kapasiti seimbang dan tidak berat sebelah. Ini membantu mencapai nisbah modal insan yang mantap. Semua ini adalah langkah-langkah wajar. MAS perlu dibantu dan diberi impak lonjakan berganda agar produktivitinya meningkat dan ia dapat berfungsi sebagai penyambung agenda sektor penerbangan negara.
PELAN PEMULIHAN WAJAR DIBERI PELUANG
MAS juga perlu diberi peluang untuk menyerlahkan penampilan baru yang penuh kredibiliti dan integriti. Ringkasnya, MAS mesti dibantu dengan bersungguh-sungguh. Selaras dengan perancangan kerajaan untuk memperkasa MAS adalah disaran supaya masyarakat umumnya menjadi pemerhati dan hakim dalam memberi kritikan yang bernas, adil dan tidak berat sebelah. Tidak salah membuat teguran dan kritikan bercorak rasional dan objektif. Hakikatnya industri penerbangan sememangnya penuh dengan liku dan ranjau. Ia amat dipengaruhi oleh pelbagai fenomena global. Namun, kelemahan dalam organisasi tetap perlu diberi perhatian serius oleh pihak pengurusan. Pada masa yang sama syarikat penerbangan itu hendaklah menggariskan satu sistem keutamaan yang bertepatan dengan keperluan organisasi serta pemantauan dibuat tanpa henti. Ia sebaiknya diselaraskan supaya konsisten dengan langkah” pengurusan terbaik” dan “amalan terbaik” syarikat-syarikat penerbangan terkemuka dunia. “MAS juga perlu memastikan terdapat mekanisme untuk memantau kesemua perniagaannya supaya segala-galanya konsisten dan wajar selaras dengan kewujudannya”. Akhirkata, langkah pemulihan ini akan membolehkan MAS menampilkan strategi tersusun kemas dengan langkah-langkah penambahbaikan. Ia dilihat beriltizam untuk wujud sebagai sebuah syarikat penerbangan negara yang akan beroperasi dengan lebih berkesan dan berdaya saing di mana destinasi Asia akan lebih diutamakan.
Pelan pemulihan ini menjanjikan keseragaman wawasan dalam membantu MAS kembali “terbang tinggi” seperti yang diharapkan semua pihak di Malaysia.
• Dr Syed Raisudin Syed Abdullah ialah lulusan Doktor Falsafah di bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan seorang Konsultan Pembangunan Organisasi. – BERNAMA

Jatuh Kolam Kumbahan Kerana Takut Bini
China – Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya.
Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta.
Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya.
Kerana ‘pening’ akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah.
Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.
TOP
Perancangan Kahwin Masih Kabur – Adira
PETALING JAYA – Penyanyi Adira menjelaskan dia dan teman lelakinya, Shahrul Nasrun Kamarudin masih belum berbincang atau menetapkan sebarang tarikh perkahwinan mereka seperti mana didakwa oleh sesetengah pihak sebelum ini.
Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 23, berkata, perancangan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut masih lagi kabur dan meletakkan soal itu kepada jodoh.
“Buat masa sekarang perancangan untuk berkahwin itu masih kabur namun sekiranya kami sudah menetapkan tarikh Insya Allah saya akan beritahu kepada semua,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Adira, dia kesal apabila ada sesetengah pihak menganggap keputusannya menutup aurat semata-mata mahu berkahwin dengan Shahrul dan berharap tohmahan tersebut dapat dihentikan.
“Pendapat itu tidak benar sama sekali kerana apa yang saya lakukan ini bukan kerana orang lain tetapi untuk kebaikkan diri sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Adira mengakui mengelak daripada membaca bahan gosip di akhbar dan internet termasuk perkara negatif diperkatakan tentang hubungannya dengan Shahrul kerana enggan terlalu memikirkan kata-kata orang lain.
“Sejak dulu saya memang mengelak daripada baca ruangan gosip sama ada dalam akhbar atau pun internet kerana tidak mahu sakitkan hati sendiri.
“Pada saya lebih baik saya tidak tahu daripada mengetahui sesuatu yang tidak benar yang akhirnya akan memberi kesan buruk kepada diri,” ujarnya.
Sementara itu, Adira berkata, dia bersyukur kerana dapat merasai nikmat menutup aurat apabila rezekinya dalam bidang nyanyian semakin murah dengan pelbagai undangan dan projek.
Katanya lagi, sejak berhijab dia tidak pernah mengalami masalah dengan mana-mana promoter yang ingin menggunakan khidmatnya dan rata-rata menyokong perubahannya itu.
“Alhamdulillah tiada sebarang masalah malah rezeki semakin bertambah-tambah. Itulah orang kata jika kita buat sesuatu yang baik pasti akan dibalas dengan perkara sama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Adira berkata, dia bersyukur apabila tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) menerusi lagu Hilang pada Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) yang akan diadakan pada 6 November depan.
Kata Adira, pencalonan itu amat bererti buat kariernya namun tidak mengharapkan sebarang kemenangan memandangkan empat calon lain turut mempunyai kehebatan tersendiri.
“Sudah dicalonkan pun saya bersyukur kerana bukan mudah untuk menjadi antara lima terbaik dalam kategori berkenaan,” ujarnya. – mStar Online
TOP
Tuduhan Zul Ariffin Ditaja Kekasih Mengarut
PETALING JAYA – Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya hidupnya ditaja oleh kekasihnya, penerbit Gayatri Su-Lin Pillai agar dapat menikmati kehidupan mewah termasuk memiliki kereta jenis Maserati.
Zul, 28, bagaimanapun tidak terkilan dengan tuduhan berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang terpaksa dilalui oleh anak seni sepertinya.
“Semua yang saya miliki sekarang adalah hasil titik peluh saya malah pakaian untuk penggambaran pun saya beli sendiri dan isu ditaja oleh Gayatri tidak timbul kerana saya tidak pernah mengharapkan sebarang ‘tajaan’ daripada sesiapa pun.
“Kereta Maserati yang didakwa dia belikan untuk saya tidak benar dan lebih baik dia beli untuk dirinya sendiri sebab dia yang minat kereta itu,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun Zul tidak menafikan dia ada membeli sebuah kereta baharu jenis Audi beberapa minggu lalu dan kekeliruan timbul apabila Gayatri memuat naik gambar kereta Maserati di Instagram miliknya sehingga menyebabkan salah faham sesetengah pihak.
Jelas Zul, dia terpaksa menjual motosikal berkuasa tinggi dan sebuah trak miliknya untuk membeli kereta tersebut dan bukannya atas bantuan kekasihnya itu.
“Selepas Gayatri memuat naik gambar kereta berkenaan di Instagram kakak saya memuat naik gambar kereta saya dan kekeliruan timbul sebab kereta berkenaan kelihatan sama.
“Orang mungkin tidak tahu bagaimana cara saya hendak beli kereta idaman saya itu dan terus membuat spekulasi apabila melihat gambar di Instagram,” katanya.
Tambah Zul, biarpun sudah mempunyai kereta baharu namun dia tetap menggunakan kereta MyVi untuk ke lokasi penggambaran kerana ia lebih fleksible dan menjimatkan.
Dalam perkembangan lain, Zul kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Istikarah Cinta begandingan bersama pelakon baru Faey Khusyairy.
Selain itu, Zul juga bakal bertindak sebagai pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 yang akan diadakan pada 7 November depan. – mStar Online
TOP
Joe Flizzow Belum Berjaya Pujuk Malique
Kemungkinan Malique untuk kembali bersama Too Phat masih samar.
PETALING JAYA – Usaha penyanyi rap, Joe Flizzow memujuk rakan seperjuangannya, Malique untuk menghidupkan semula kumpulan Too Phat masih belum menampakkan hasil positif. Joe, berkata, dia sentiasa berdoa agar pintu hati Malique akan terbuka untuk kembali ke dunia seni namun tidak dapat memaksa sekirannya dia tetap dengan pendirian untuk tidak kembali ke pentas sebagai penyanyi rap. “Saya menulis lagu ‘Apa Khabar’ bagi melahirkan rasa rindu untuk kembali bergabung bersamanya malah dia sendiri sudah dengar lagu tersebut sebelum ia dilancarkan lagi. “Usaha untuk menghidupkan kembali Too Phat nampaknya masih kabur kerana dia belum bersedia untuk kembali dan saya sebagai kawan baiknya tidak mahu memaksa sekiranya itu keputusannya,” katanya kepada mStar Online. Joe ditemui pada sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM21) di hotel Istana Kuala Lumpur, minggu lalu. Joe berjaya tersenarai dalam enam pencalonan termasuk dua pencalonan untuk kolaborasi beliau bersama kumpulan Sleeq dan Illa Damiaa menerusi kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu (Tepi Sikit/Disebalik), Kulit Album Terbaik (Havoc), Video Muzik Terbaik (Apa Khabar) dan Lagu Hip Hop Terbaik (Havoc/Apa Khabar). AIM21 bakal berlangsung di PWTC pada 6 Disember 2014.
Joe mendapat enam pencalonan dalam AIM 21.
Tambah Joe, biarpun sudah tidak bergabung sebagai Too Phat namun mereka masih berjumpa untuk bertanya khabar sekiranya mempunyai masa terluang. Malah katanya, sekiranya Malique bersetuju untuk kembali bergabung dia akan menjadi orang pertama mengumumkan perkara itu kepada media dan peminat. “Saya ada berjumpa dengan dia tetapi kami jarang-jarang bercakap mengenai hal kerja dan lebih kepada untuk bertanya khabar tentang perkembangan terbaharu masing-masing. “Ikutkan Malique masih aktif sebagai komposer kerana banyak lagu yang dibuat kini dimainkan di radio cuma tinggal lagi dia tidak muncul dihadapan kamera sahaja,” jelasnya. Sementara itu, mengulas mengenai pencalonan dalam AIM 21, Joe berkata, dia kecewa apabila album Havoc tidak tersenarai dalam kategori Album Terbaik kerana merasakan ia layak untuk tercalon. Bagaimanapun kata Joe, dia berharap Apa Khabar akan mendapat pengiktirafan kerana lagu tersebut mempunyai nilai sentimental kepadanya. “Banyak cabaran yang terpaksa saya lalui sepanjang dua tahun menyiapkan Havoc dan sangat berharap ia akan tercalon dalam kategori Album Terbaik tetapi nampaknya bukan rezeki saya. “Tapi saya memang berharap lagu Apa Khabar akan membawa pulang trofi pada malam itu nanti kerana ia sebuah karya yang cukup istimesa buat diri saya,” katanya. – mStar Online

Boeing Guna Minyak Masak Untuk Kapal Terbang?
PELBAGAI syarikat melihat kepada penggunaan bahan api berasaskan bio, dan terkini pembuat kapal terbang terkemuka, Boeing dilihat bekerjasama dengan sebuah syarikat di China dalam membangunkan projek untuk menggunakan minyak masak terpakai sebagai bahan api untuk jet.
Melalui projek ini, pihak Boeing dan juga Commercial Aircraft Corp of China akan bekerjasama dalam membangunkan dan hadir dengan bahan bakar alternatif yang murah dan dihasilkan daripada minyak masak terpakai yang tidak digunakan lagi.
Sekiranya ia berhasil, maka lebih daripada 1.8 bilion liter minyak boleh dihasilkan menggunakannya.
Perkara ini juga sekaligus boleh mengurangkan kos operasi untuk kapal terbang, memandangkan kos paling tinggi yang biasanya dikaitkan dengan kapal terbang adalah bahan apinya.
Sumber Rujukan: Reuters
TOP
GAMBAR: Aksi Romantis Erin Malek Dan Suami Di Los Angeles
Alahai sweetnya melihat kemesraan artis wanita ini yang baru sahaja bergelar isteri sah kepada jejaka pilihan hatinya.
Siapa lagi kalau bukan Erin Malek dan Farriz Fauzy yang pernah menyatakan mereka memilih Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai destinasi bulan madu.
Hah, ini kami kumpulkan koleksi gambar-gambar ‘honeymoon’ pasangan ini yang dimuat naik oleh Erin Malek di Instagramnya..
Wah, memang syok habislah destinasi bulan madu mereka lagi-lagi sempat menjejakkan kaki ke Universal Studios Hollywood.
Erin Malek turut meluahkan dalam Instagramnya yang dia sangat seronok di sana.
Alahai untungnya badan! Bukan sahaja dapat ke tempat menarik malah suaminya juga dilihat bersikap sangat romantis.
Mana tahu, balik ke tanah air Erin bakal memberi khabar gembira. EH..?? – MYNEWSHUB.CC

Selepas UIAM Kuantan, Raja Azmi Dilarang ‘Masuk’ UiTM Shah Alam
Raja Azmi Raja Sulaiman, penerbit kontroversi yang sebelum ini dilarang mengadakan sesi dialog bersama penuntut UIAM Kuantan disebabkan isu novel tulisannya yang berunsur seks, kini menerima larangan serupa untuk ‘memasuki’ UiTM Shah Alam, Selangor.
Penulis novel KARKUMA itu sepatutnya mengadakan sebuah sesi dialog bersama pelajar Uitm Shah Alam bersempena ArtFest anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist, semalam.
Difahamkan, Raja Azmi pernah dijemput untuk mengisi slot festival seni sama pada 15 Oktober lalu dan kali ini, beliau setuju untuk mengadakan tayangan filem terbitannya ‘… Dalam Botol’ diikuti sesi dialog bersama umum.
Bagaimana pun Sabtu lalu, pihak Merpati Jingga yang merupakan penerbit novel Karkuma mendapat panggilan memaklumkan bahawa Raja Azmi tidak dibenarkan mengadakan sesi dialog tersebut.
Berdasarkan surat pembatalan yang dihantar oleh Pengarah Program Rul Iman, Nur Rahidzab, ia merupakan arahan daripada pihak atasan UiTM Shah Alam dan dipercayai dinaungi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM.
“Pihak kami berusaha untuk bertemu dengan mana-mana pihak atasan yang dinyatakan di dalam surat berkenaan untuk mendapat penjelasan tetapi malangnya tiada sesiapa tampil untuk bersemuka dengan wakil kami mahupun Raja Azmi sendiri yang sudah sampai ke tapak acara bagi slot tersebut. “Kami ingin menekankan bahawa halangan sebegini bukanlah etika dalam penganjuran sesebuah festival. Notis yang dikeluarkan pada saat-saat akhir acara telah menyusahkan banyak pihak. “Seperti UIAM Kuantan, kami berasakan pihak HEP UiTM Shah Alam juga bertindak sebagai polis moral yang mengongkong kebebasan berkarya dan untuk memperoleh pengetahuan,” ujar wakil Merpati Jingga. Pihak Merpati Jingga berkata, mereka berharap selepas ini mana-mana penganjur yang ingin menjemput penulis atau artis mereka agar memeriksa dahulu dengan pihak atasan kerana dibimbangi berlaku hal sebegini yang menyusahkan banyak pihak. - MYNEWSHUB.CC

No comments:
Post a Comment