TOP
Suarez Buat Penampilan Sulung Untuk Barcelona Sabtu Ini
MADRID – Selepas 122 hari, Luis Suarez akan ‘bebas’ semula untuk beraksi dalam pertandingan dan saat dinanti-nantikan itu apabila Barcelona menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu, Sabtu ini.
Suarez dikatakan sudah banyak beruhan sejak aksi menggigit bahu pemain Itali, Giorgio Chiellini pada saingan Piala Dunia di Brazil, Jun lalu.
Ketika itu dia dihujani dengan kutukan dan kritikan terutama oleh pengulas sukan dari seluruh dunia sehingga FIFA mengenakan hukuman larangan bermain selama empat bulan kerana aksi itu sudah tiga kali dilakukannya.
Ia turut membawa Suarez menukar kelab dari Liverpool ke Barcelona.
Baru-baru ini, Suarez mengakui pada mulanya beliau bimbang dengan keputusannya meninggalkan Liverpool untuk menyertai Barcelona akan menemui kegagalan, namun kelab Catalan itu tetap melabur AS$127 juta atau 95 juta Euro kerana yakin dengan kewibawaan penyerang Uruguay itu.
“Saya takut mereka (Barcelona) akan menukar fikiran susulan aksi saya itu. Saya sedar ia boleh berlaku.
“Namun ketika itu hubungan sudah dibuat dengan Barca namun ejen mereka, Pere Guardiola hubungi saya dan memberitahu semuanya sudah selesai.
“Saya mula menangis dengan apa yang sudah saya lalui dan dengan keikhlasan yang ditunjukkan Barca untuk saya. Kini tiba masanya saya membayar semula keikhlasan mereka buat saya,” katanya.
Suarez meledak 31 gol Liverpool untuk Liga Perdana Inggeris dan menyaksikan dia dimahkotakan sebagai pemain terbaik di kalangan pemain serta penulis di England. – AFP
TOP
Real Madrid Tundukkan Liverpool 3-0 Di Anfield
LIVERPOOL – Cristiano Ronaldo terus menyuntik inspirasi Real Madrid sekali gus mendekati rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah apabila penyandang juara itu mudah menundukkan Liverpool, 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.
Ronaldo menggegarkan jaring tuan rumah untuk gol pembukaan Real pada minit ke-23, sekali gus merapati rekod penjaring terbanyak Raul iaitu 71 gol.
Penyerang Portugal itu kini sudah meledak 20 gol untuk musim ini dan ketika Liverpool mencari semula rentak, giliran penyerang Perancis, Karim Benzema pula meledak dengan dua gol pada minit ke-30 dan m-41.
Kemenangan Real itu menyaksikan juara 10 kali itu kini selesa menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan mengutip mata maksimum selepas tiga perlawanan.
Liverpool yang akan bertandang ke Bernabeu pada 4 November ini hampir menyaksikan harapan agak pudar untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan kalah mati.
“Ia amat istimewa, ia gol pertama saya di Anfield dan saya amat gembira,” kata Ronaldo.
“Kami mengetahui Anfield adalah gelanggang yang sukar tapi kami bermain cukup hebat dalam 45 minit pertama permainan serta pulang dengan kemenangan,” katanya.
“Saya tidak perlu bimbang mengenai rekod jaringan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Saya tahu saya boleh mengatasinya. Saya dan Lionel Messi kini semakin hampir,” katanya. – AFP
TOP
Podolski Hero Arsenal Tewaskan Anderlecht 2-1
LUKAS Podolski meraikan jaringan ketika bertemu Anderlecht pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Constant Vanden Stock, awal pagi tadi. - Foto EPA
BRUSSELS – Jaringan lewat Kieran Gibbs dan Lukas Podolski menyelamatkan Arsenal untuk menang 2-1 menentang Anderlecht pada saingan Liga Juara-Juara Eropah, di Stadium Constant Vanden Stock, awal pagi tadi. Tuan rumah bagaimanapun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Andy Najar yang membolosi gawang gol Arsenal pada minit ke-71. Bagaimanapun, Gibbs yang mendapat umpanan Calum Chambers menyamakan kedudukan satu minit kemudian. Podolski yang dimasukkan selepas itu memberi mata kemenangan Arsenal ketika permainan tinggal satu minit untuk masa kecemasan, sekali gus hadiah bermakna sempena hari jadi Arsene Wenger yang ke-65 semalam. Dengan keputusan itu, Arsenal kini tiga mata di belakang pendahulu kumpulan, Borussia Dortmund, yang menang selesa, 4-0 ke atas Galatasaray. – AFP

Amaran Ribut Petir Berterusan Sehingga Pagi Ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Miri, Sarawak dan Reef South yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.
Menurut kenyataan jabatan itu, ribut petir itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA
TOP
Bangunan Parlimen Kanada Ditutup Selepas Insiden Tembak Askar
Gambar fail bangunan Parlimen Kanada dipenuhi pelancong.
OTTAWA: Bangunan Parlimen Kanada dipenuhi dengan kenderaan perisai polis selepas seorang askar ditembak ketika sedang mengawasi bangunan itu. Menurut saksi, mereka melihat lelaki bersenjata berlari masuk ke arah bangunan parlimen selepas aksi tembak itu. Saksi, Marc-andre Viau berkata, dia melihat lelaki berlari ke arah bilik mesyuarat dalam bangunan itu sambil dikejar polis yang menjerit "take cover". Sejurus kemudian terdengar "10,15, mungkin 20 das tembakan", kemungkinan daripada senjata automatik, jelasnya. Pihak polis menutup kawasan parlimen dan pejabat Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper. Harper meninggalkan kawasan tembakan itu dan berada dalam keadaan selamat," jelas pegawai di situ. Insiden ini berlaku sehari selepas seorang pemandu berusia 25 tahun yang menyerang dan membunuh askar sebelum ditembak mati oleh polis. Pihak kerajaan berkata, ianya adalah serangan pengganas. - mstar online

Tolak Usaha Pihak Tertentu Gugat Keharmonian Negara - Ismail
MARAN: Rakyat perlu menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk memecah belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini kerana ia boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib.
Beliau berkata ada petanda menunjukkan segelintir pihak yang iri hati kejayaan negara, cuba menggugat keharmonian rakyat dengan isu-isu sensitif termasuk berkaitan agama.
"Yang menyedihkan ada rakyat negara ini sendiri yang sanggup menjadi tali barut dan melakukan perkara sensitif serta bertentangan dengan undang-undang negara," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Deepavali di rumah Ketua MIC Bahagian Maran M. Punggamanan di Sungei Jerik Maran pada Rabu.
Beliau berkata keharmonian yang dikecapi perlu dipertahankan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak pembangunan dan kegiatan ekonomi untuk kebaikan rakyat.
"Negara yang huru-hara dan bergolak bukan sahaja menyebabkan rakyat menderita, malah tiada pelabur yang akan datang ... yang akhirnya hanya merugikan rakyat dan negara," katanya. - mstar online
TOP
Maybank BII Lapor Peningkatan Keuntungan Operasi 6.7 Peratus
KUALA LUMPUR: Unit Maybank di Indonesia, PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) melaporkan peningkatan 6.7 peratus dalam keuntungan operasi kepada Rp2.05 trilion bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 30, 2014, daripada Rp1.92 trilion untuk tempoh sama tahun lepas.
Keuntungan bersih selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) untuk sembilan bulan pertama berjumlah Rp340 bilion sementara keuntungan pracukai berjumlah Rp478 bilion, masing-masing berbanding Rp1,098 bilion dan Rp1,562 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, kata Maybank BII dalam kenyataan.
Ini disumbangkan terutama oleh peningkatan peruntukan daripada pelanggan korporat disebabkan situasi pasaran yang mencabar dan pengurangan berterusan dalam margin faedah bersih.
Maybank BII mencatatkan pertumbuhan pinjaman sebanyak 14 peratus tahun ke tahun kepada Rp104.6 trilion setakat 30 Sept 2014, daripada Rp91.7 trilion bagi tempoh sama pada 2013.
Bank itu memutuskan untuk memprofil semula portfolio pinjaman terutama dalam segmen perbankan global bagi memastikan agihan risiko seiring dengan risiko minat.
Tumpuannya terhadap pensegmenan semula pelanggan yang dilaksana awal tahun ini merangkumi lebih penekanan kepada syarikat tempatan utama dan perusahaan milik kerajaan.
Pensegmenan pelanggan perbankan global menunjukkan hasil menggalakkan dan dijangka menjadi pemacu pengurusan tunai bank dan perniagaan fi tahunan.
Presiden Komisioner BII dan Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor berkata : "Berdasarkan persekitaran operasi semasa, BII akan terus berhati-hati sambil mencari peluang untuk pertumbuhan mampan.
"Sebagai sebahagian Maybank Group, BII mempunyai kelebihan dalam memanfaatkan sinergi kumpulan di seluruh rantau."- mstar online
TOP
Alyah Tidak Guna Pengaruh Ramli MS
Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya untuk berjaya sebagai penyanyi.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Datin Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS untuk menaikkan namanya dalam industri muzik. Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 33, berkata, mereka tidak pernah mencampur-adukkan urusan profesional dan peribadi dalam rumah tangga mereka dan kejayaannya sebagai penyanyi adalah usaha kerasnya selama ini. "Benar suami saya adalah antara individu terbaik dalam kerjayanya namun untuk mengatakan saya mengambil kesempatan atas pengaruhnya sama sekali tidak benar. "Saya seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan segala pencapaian diperolehi sekarang adalah atas usaha keras dan bukannya kerana pengaruh sesiapa," katanya kepada mStar Online.
Alyah bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun hadapan.
Alyah ditemui pada majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) yang diadakan di Hotel Istana pada Selasa. Penyanyi itu turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawa hasil ciptaan Rizal Tiga dan Adil AF manakala lirik ditulis oleh Alyah dan Shah Shamsiri. Bagaimanapun Alyah mengakui Ramli ada memberikan nasihat mengenai beberapa perkara berhubung kerjayanya namun memberitahu ia secara tidak langsung. Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu. Dalam pada itu, Alyah berkata, kehidupannya sebagai isteri berjalan lancar dan berharap akan dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga mereka. "Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada usia sekarang apa yang saya harapkan akan dikurniakan anak secepat mungkin," ujarnya. Ditanya mengenai kebarangkalian dia dan Ramli akan mengadakan majlis resepsi, Alyah berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada suaminya untuk membuat keputusan. Sementara itu, Alyah berkata, dia bersyukur apabila lagu Sesal Separuh Nyawa tercalon dalam AIM 21 pada tahun ini selepas lapan tahun tidak disenaraikan sebagai calon akhir.
Ramli MS.
Bagi Alyah, pencalonan tersebut memberi makna besar kepadanya namun tidak meletakkan sebarang harapan untuk membawa pulang trofi. "Ini adalah pencalonan kedua saya selepas lapan tahun dan saya sangat bersyukur lagu Sesal Separuh Nyawa mendapat tempat dalam lima terbaik selepas kali terakhir dicalonkan lapan tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan.- mstar online

MLM 2014: Zizan Razak Letak 3 Syarat Sebelum Sertai Virus
Kumpulan Jambu
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju bergabung dengan dua pelawak daripada kumpulan Jambu bagi membentuk sebuah kumpulan baru iaitu Virus untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM) akan datang. Salah seorang anggota Jambu, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri berkata, syarat-syarat adalah nama kumpulan baharu mestilah dilihat komersial selain saling bekerjasama dalam menyumbang idea dan membuat susunan strategi. "Sebenarnya sudah lama saya dan Yus merancang untuk mengambil Zizan menyertai kami. Lagipun dia sudah lama tidak terlibat dengan MLM. "Dua bulan juga nak menunggu jawapan Zizan dan dia telah menetapkan tiga syarat di mana kami rasa ia bukanlah satu masalah besar. Cuma, apabila sudah bertiga, persefahaman itu sangat penting," katanya.
Zizan Razak
Tambah Tauke, pada mulanya, mereka ingin meletakkan nama JambuZ kerana gabungan nama Jambu dan Zizan tetapi selepas dikaji semula, nama Virus menjadi pilihan kerana mereka ingin dilihat sebuah kumpulan yang tidak membawakan lawak slapstik. Dalam pada itu, menerusi nama Virus juga, mereka akan menyampaikan persembahan yang berbeza dengan idea yang lebih segar. "Saya percaya ramai yang tidak yakin dengan gabungan Jambu dan Zizan. Tetapi sebenarnya keserasian kami sudah lama wujud. "Dan saya mengakui pengambil Zizan juga kerana kami ingin menggabungkan peminat-peminat Zizan dengan peminat kami," tuturnya. Program itu akan bersiaran secara langsung bermula 14 November depan, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).- mstar online

Song Ga Yeon Jalani Terapi Kerana Diugut Bunuh
Ga Yeon mendapat ugutan bunuh daripada peminatnya sehingga menyebabkan dia mengalami gangguan emosi.
BINTANG realiti program Roomates musim pertama iaitu Song Ga Yeon terpaksa menjalani sesi terapi kerana berasa tertekan selepas mendapat ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali. Soompi melaporkan Ga Yeon mengalami gangguan emosi akibat ugutan tersebut dan ia turut menjejaskan prestasinya yang juga seorang atlet dalam sukan tinju. Dilaporkan punca Ga Yeon menerima ancaman tersebut kerana peminat tidak berpuas hati dengan aksinya di gelanggang tinju yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini sehingga mahu membunuhnya menggunakan gergaji. Dalam program Roomates, Ga Yeon bergandingan dengan Bom (2NE1) dan Lee Sora sehingga popularitinya melonjak dikalangan peminat.- mstar online

Rungkai : Isu Acara Makan Katak Di Sekolah
Status : Palsu (Disalah Tafsir)
Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.
Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.
Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu
Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut.
Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yang tidak pasti - SiakapKeli.com

(Video & Kisah) Maksud Di Sebalik Perkataan “Bahlul“ yang Masyarakat Kita Sudah Salah Erti
Perkataan 'Bahlul' sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan 'Bahlul' kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?
Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.
Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.
Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.
Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.
Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.
Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.
Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!
Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, "Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya". Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.
Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.
Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.
Cerita 3
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:
Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?
Sedutan dari jejak rasul yang memetik kisah Bahlul
Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.
Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.. - Siakapkeli.com

Hamba Seks Tak Tahan Diperkosa ISIS Rayu Rumah Pelacuran Dibom
Seorang wanita Yazidi (salah satu etnik Kurdis) didakwa hamba seks militan ISIS merayu agar rumah pelacuran tempat dia disimpan dibom, lapor portal berita Daily Mail.
Wanita tersebut dikatakan memberitahu, dia telah dirogol 30 kali oleh ramai tentera hanya dalam masa beberapa jam. Difahamkan, wanita yang dirahsiakan identitinya dan ditempatkan di sebuah kediaman yang terletak di barat Iraq itu ditangkap oleh militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sinjar, awal Ogos lalu. Ketika tragedi tersebut terdapat wanita telah diculik, setengahnya dijual manakala sebahagian lagi dikatakan menjadi hamba seks ISIS. Menurut kumpulan aktivis Kurdis yang mengecam perjuangan ISIS, wanita tersebut sempat menghubungi anggota mereka menggunakan telefon lalu memohon supaya rumah pelacurannya dibom supaya deritanya dan wanita tahanan di sana segera berakhir. Antara pengakuannya adalah tidak tahan diperkosa hampir sepanjang masa hingga tidak sempat ke tandas dan mengaku akan tetap membunuh diri meski pun jika diselamatkan. Kisah wanita ini tersebar selepas ia diceritakan seorang aktivis Kurdis kepada BBC dalam satu temu bual berkaitan demonstrasi diadakan kumpulan mereka di London. Seorang lelaki dikenali sebagai Karam menyokong cerita ini dengan mendakwa, kawannya adalah individu yang menjawab panggilan wanita Yazidi tersebut. Menggambarkan wanita malang tersebut bercakap di telefon sambil menangis tersedu-sedu, antara bicaranya adalah: “Jika anda tahu di mana saya berada tolonglah letupkan.. tak ada kehidupan lagi selepas ini. Apa pun saya tetap mahu tamatkan nyawa ini – yang lain ada yang sudah bunuh diri pagi tadi. “Saya telah diperkosa 30 kali sejak pagi. Saya tak dapat pergi ke tandas sekali pun. Tolonglah bom tempat ini.” Sekumpulan aktivis Kurdis termasuk Karam melakukan demonstrasi di tengah Kota London untuk memperjuangkan nasib wanita di Timur Tengah yang didakwa ditindas oleh pemerintah Islam di sana. Antara cara demonstrasi dijalankan termasuk melakonkan bagaimana wanita-wanita berhijab dirantai satu sama lain sementara lelaki berserban menggunakan pembesar suara untuk melelong mereka bagi mendapat bidaan tertinggi.
Dakwa kumpulan aktivis ini, mereka menggunakan maklumat disalur oleh sumber dalaman untuk menggambarkan kekejaman yang dilalui oleh wanita sana.
Adakah dakwaan ini benar seratus peratus atau telah ditokok tambah sebagai agenda terancang untuk menghalalkan pengeboman Barat ke atas bumi Arab?
Sama-sama kita fikirkan… - mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB
sumber

Gambar Kilang Fu Chok Kotor Berlendir, Didakwa Di Penang
Gambar menunjukkan cara pembuatan Fu Chok yang kotor, dipercayai dilakukan pengusaha makanan ini di Pulau Pinang.
Kami pasti ramai yang suka makan kulit tofu kering atau lebih dikenali sebagai Fu Chok. Fu Chok yang diperbuat daripada kacang soya enak dijadikan ramuan dalam sup, masak lemak dan kadangkala digunakan untuk membalut bahan lain sebelum digoreng rangup.
Malangnya, gambar sebuah kilang perusahaan Fu Chok yang dikongsikan di laman sosial ini pasti membantutkan selera anda. Bayangkan tahap kebersihan diamalkan pengusahanya apabila pembuatan Fu Chok dilakukan seorang yang berlengging tanpa baju.
Tambah menjijikkan, kolam pembuatan Fu Chok kelihatan berlendir dan amat kotor.
Menurut sebuah laman FB, kilang Fu Chok ini dipercayai terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini, kita mohon Jabatan Kesihatan dan Jabatan Agama Islam tolonglah pantau.
Loya rasa tekak ni bila mengenangkan sayur Fu Chok masak lemak putih yang selama ini jadi kegemaran! - mynewshub.cc

3 GAMBAR: Objek Didakwa Kiriman Santau Ditemui Di Kedai Makan
TIGA keping gambar balutan kain putih didakwa santau yang dihantar seseorang, viral di laman sosial minggu ini.
Gambar tersebut dipercayai mula tersebar selepas dimuat naik seseorang di laman Facebook dengan mendakwa ia ditemui di bawah dapur sebuah kedai makan milik saudaranya.
Rata-rata komen yang ditinggalkan mengesahkan ini adalah objek yang digunakan untuk mengirim santau atau sihir bagi tujuan mensabotaj sesebuah perniagaan atau pemiliknya.
Jika benar, maka inilah antara sifat orang Melayu yang amat menyedihkan.
Semata-mata kerana hasad dengki, sanggup menyalahi hukum agama asalkan pihak yang dibenci dapat disakiti.
Pihak yang melakukannya mesti bertaubat kerana ia adalah dosa besar apabila menyekutukan Allah Taala dengan meminta bantuan kepada makhluk lain. – mynewshub.cc

Operasi Jejak MH370 Jadi Keutamaan - Hishammuddin
Hishammuddin berbual dengan kru Go Pheonix.
PERTH: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak akan dilupakan. Beliau berkata, Malaysia komited dalam menjejaki pesawat yang hilang itu. "Apa yang boleh dilakukan untuk mencari pesawat itu telah dilakukan setakat ini. Mencari serpihan pesawat MH370 adalah keutamaan kami," katanya. Beliau berkata ketika berucap pada majlis pelancaran kapal Go Pheonix di sini, Rabu. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 12.41 pagi, 8 Mac lalu. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 petang hari yang sama. Pesawat jenis Boeing 777 itu masih belum ditemui selepas pencarian di dasar laut dilakukan di selatan Lautan Hindi, lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan. Go Phoenix adalah sebuah kapal yang digunakan untuk menjejaki pesawat tersebut yang dibiayai oleh Petronas.- mstar online

Malaysia Antara 20 Negara Pilihan Ekspatriat
PETALING JAYA: Ekspatriat menyenaraikan Malaysia antara 20 negara yang menawarkan kos sara hidup dan penginapan berkualiti tinggi yang mampu milik.
Dalam kaji selidik ketujuh Expat Explorer yang dijalankan oleh YouGov melibatkan lebih 9,300 ekspatriat, Malaysia menduduki tempat ke-19 untuk kualiti hidup, kesejahteraan kewangan dan kemudahan menyara keluarga di luar negara dengan Switzerland, China dan Singapura tersenarai di kedudukan tiga teratas.
Responden di Malaysia berkata, kemudahan senang didapati(63%), kualiti yang lebih tinggi (54%) berbanding negara asal dan jauh lebih murah.
Utiliti adalah antara perkara yang paling menjimatkan dimana ekspatriat kini kurang berbelanja dalam bil utiliti mereka.
Berlaku perubahan budaya yang ketara di kalangan ekspatriat yang menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka, dengan lebih satu perempat (27%) ekspatriat yang berpangkalan di Malaysia pada tahun ini berasal dari United Kingdom.
Hampir separuh daripada ekspatriat di Malaysia (47%) berkata, mereka mendapati bahasa tempatan sukar.
Namun, lebih separuh (56%) ekspatriat yang menjadikan Malaysia kediaman mereka sanggup cuba mempelajari dan menggunakan bahasa tempatan walaupun ia agak sukar.
Sebanyak 57% menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara menarik yang mempunyai pelbagai budaya.
Kaji selidik yang dijalankan YouGov itu menyenaraikan Switzerland sebagai negara pertama yang digemari golongan ekspatriat yang inginkan gaya hidup yang berkualiti tinggi dan seimbang.
Berikut adalah negara yang disenaraikan mengikut ranking:
1. Switzerland
2. Singapura
3. China
4. Jerman
5. Bahrain
6. New Zealand
7. Thailand
8. Taiwan
9. India
10. Hong Kong
11. Kanada
12. Australia
13. Qatar
14. Oman
15. Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
16. Vietnam
17. Rusia
18. Jepun
19. Malaysia
20. Belgium
- mstar online

Masyarakat Hindu Sambut Deepavali Dalam Suasana Meriah
Najib menaburkan beras pada kolam sempena sambutan Hari Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Rabu. Turut kelihatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel. - foto RAJA FAISAL HISHAN/ The Star.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beragama Hindu pada Rabu menyambut Deepavali dalam suasana meriah dengan mengadakan acara keagamaan dan majlis rumah terbuka. Sambutan kemuncak di ibu negara ialah rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan MIC di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Paluan gendang dan serunai mengiringi ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional pada kira-kira 10.15 pagi, dengan disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti yang lain. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri serta kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum. Najib yang memakai kurta berwarna krim kemudiannya memotong kek bersama-sama tetamu kehormat lain sebelum meninggalkan majlis. Bercakap kepada pemberita, Najib berkata Majlis Rumah Terbuka Deepavali yang diadakan setiap tahun di negara ini dapat mewujudkan suasana serasi antara satu sama lain di kalangan rakyat Malaysia. "Ramai yang dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang beragama Hindu dan kita mesti mengukuhkan lagi perasaan muhibah dan harmoni di kalangan rakyat Malaysia," katanya. Beliau menyifatkan majlis sambutan ini sangat meriah dan mengikut tradisi.
Najib memotong kek sempena Majlis Rumah Terbuka Deepavali di PWTC pada Rabu. -fotoBERNAMA
Sementara itu, Setiausaha Agung MIC A.Prakash Roa berkata adalah sesuatu yang unik apabila setiap kali perayaan di negara ini, semua bangsa dapat meraikan bersama-sama. "Bukan hanya Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, semua boleh berkumpul merasa makanan masing-masing dan memahami budaya semua kaum yang ada di negara ini, dan suasana harmoni begini perlulah dikekalkan," katanya. Dalam pada itu, kemeriahan sambutan Pesta Cahaya turut dinikmati warga asing yang berkunjung ke majlis rumah terbuka itu. Duta Republik Czech Rudolf Hykl berkata sambutan Deepavali di Malaysia yang disertai seluruh rakyat daripada pelbagai kaum adalah sangat menarik dan merupakan pengalaman luar biasa baginya. "Kaum India adalah satu daripada komuniti terbesar di negara ini. Malaysia sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan berbilang kaum. Bagi saya, pengalaman seperti ini sangat penting," katanya. Seorang warga Syria, Ghazal Nabil pula berpendapat sambutan perayaan itu sangat istimewa kerana diraikan semua masyarakat selain makanan yang dihidangkan juga dapat dinikmati semua bangsa. "Saya berminat dengan kepelbagaian budaya di sini. Saya ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut dan seberapa banyak yang boleh, selama saya berada di sini," katanya yang datang bersama anak lelaki berusia 16 tahun.- mstar online

Laporan Penuh Insiden Tanah Runtuh Apartment Teratai Jumaat ini - MB
Tembok yang menghadang kaki bukit runtuh dan mendap ketika hujan lebat sejak kelmarin berdekatan blok L dan K Apartmen Teratai, Taman Bunga Raya Bukit Beruntung pada Rabu.
HULU SELANGOR: Laporan penuh insiden kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, di sini, akan dikeluarkan Jumaat ini. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata laporan itu akan dibentangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kerajaan negeri. Beliau berkata, menurut laporan terkini JKR bersama Majlis Daerah Hulu Selangor, mendapati pergerakan tanah pada tahap minimum didapati masih berlaku. Disebabkan situasi berkenaan, Azmin berkata JKR sedang menjalankan kerja-kerja memasang cerucuk keping sebagai langkah menstabilkan tanah dikawasan dua lagi blok apartment di situ. "Usaha memasang 'sheet pile' (cerucuk keping) masih dijalankan kerana bimbang tembok yang sedia ada itu runtuh lagi. Sekiranya petang ini hujan turun, kita akan memasang kanvas bagi mengelakkan tanah jatuh," katanya selepas majlis sambutan Deepavali bersama mangsa tanah runtuh pada Rabu. Azmin berkata JKR turut melakukan pemasangan alat pengesan di kawasan tanah runtuh itu dan sedang menjalankan kajian tanah bagi membolehkan kerja-kerja memotong bukit di kawasan yang terlibat. "Sebaik sahaja laporan keluar, jika perlu kami telah melantik kontraktor untuk kerja-kerja memotong (bukit). Ia bagi memastikan bebanan tanah itu tidak terlalu besar," katanya. Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetapdi dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin. Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147orang).- mstar online

RM1 Juta Untuk Laksana Hudud Di Kelantan - Ahmad Yakob
KOTA BARU: Kelantan memperuntukkan RM1 juta bagi memastikan kelancaran pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada tahun depan.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi laman Facebooknya berkata, undang-undang tersebut dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.
"Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Pelaksanaan Kanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan," katanya.
Baru-baru ini, jawatankuasa untuk memperincikan Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan berkata, enakmen tersebut hampir 90% siap untuk dibentangkan di Parlimen pada tahun depan bagi membolehkan ia dilaksanakan di negeri itu.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker berkata PAS belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud dan membuat kesimpulan terlalu awal dalam mendesak pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan.- mstar online
TOP
Husni Gesa Badan Multilateral Gembleng Kepakaran Dan Sumber
Ahmad Husni Hanadzlah.
KUALA LUMPUR: Organisasi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) yang dicadang ditubuhkan, harus meneroka kaedah untuk menggembleng kepakaran dan sumber mereka daripada sekadar menyediakan dana, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Katanya, ini akan mempertingkat kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan inisiatif bagi menampung keperluan prasarana global. Beliau yang berkongsi pengalaman Malaysia berkata pembangunan prasarana Malaysia dibantu secara signifikan menerusi pengukuhan pasaran modal, institusi kewangan termasuk peranan institusi pembiayaan pembangunan seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad. "Malaysia juga melaksanakan pelbagai inisiatif pembiayaan swasta menerusi perkongsian awam swasta bagi mempermudah pelaburan prasarana dan pertumbuhan ekonomi," katanya dalam kenyataan di sini, berhubung ucapan beliau pada Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan APEC (APEC FMM) ke-21, di Beijing pada Rabu. Husni berkata rantau ini benar-benar memerlukan pelaburan prasarana yang besar memandangkan ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi, mempromosi perhubungan dan mengurangkan kos perdagangan, pelaburan serta pergerakan penduduk. Mengenai penubuhan AIIB, beliau berkata kewujudan institusi itu akan membantu mengurangkan jurang pembiayaan bagi pelaburan infrastruktur di rantau ini. "Cadangan penubuhan AIIB itu mencatat perkembangan memberangsangkan dan tidak lama lagi akan mempertingkat struktur pembiayaannya untuk meliputi pelaburan daripada sektor swasta," kata Husni yang mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat APEC FMM selama dua hari itu. Mengenai APEC atau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik itu, beliau berkata adalah penting bagi organisasi terbabit mempunyai pelan hala tuju untuk memastikan kesinambungan inisiatifnya serta terus mempertingkat kerjasama antara negara anggota. APEC adalah pemacu penting pertumbuhan ekonomi global dengan nilai ekonomi USD$35.8 trilion dan jumlah penduduk melebihi 2.7 bilion.- mstar online

Saari Kemuka Surat Rayuan Isnin Ini
Saari Sungib.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib akan mengemukakan rayuan berhubung penggantungan keahliaannya kepada Majlis Syura Ulama PAS Isnin ini. Beliau berkata surat tersebut akan diserahkan sendiri di Pejabat PAS Jalan Raja Laut pada Isnin. Ditanya sama ada beliau akan merayu agar penggantungan tersebut ditarik balik, Saari berkata: "Saya belum memutuskan apa yang akan dikarang dalam surat rayuan itu nanti. Saya telah berbincang dengan peguam dan beberapa rakan rapat untuk mendapatkan maklum balas dan pendapat mereka dalam isu penggantungan saya ini. "Insya-Allah dalam hujung minggu ini saya akan menulis surat rayuan tersebut. Perkara yang akan ditulis sudah berada dalam fikiran saya." katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Mengulas lanjut, beliau berkata surat penggantungan itu diterima melalui pos pada 13 Oktober lalu, namun beliau telah menerima salinannya melalui e-mel pada 11 Oktober lalu. "Dalam surat penggantungan itu, kesalahan yang saya lakukan tidak dinyatakan secara spesifik, namun surat itu memaklumkan saya melakukan kesalahan di bawah perkara 82 (6) Perlembagaan parti. "Saya juga masih tertanya-tanya mengapa Jawatankuasa PAS pusat tidak menyatakan secara jelas kesalahan tersebut. Apa pun saya akan menjawab surat tunjuk sebab ini dan saya akan serahkannya Isnin ini," katanya. Sementara itu, usaha menghubungi seorang lagi Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) yang turut digantung keahliaan parti kerana membelakangkan keputusan parti berhubung kemelut calon menteri besar Selangor tidak berhasil. Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama. Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal fasal 83 (4) (5) Perlembagaan PAS pindaan 2011. Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor. Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.- mstar online

Persiapan Perkahwinan TMJ Berjalan Lancar
JOHOR BHARU: Persiapan terakhir giat dilakukan menjelang perkahwinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Cik Khaleeda Bustamam.
Bendera negeri mula dipasang di sepanjang jalan-jalan utama di antara Istana Pasir Pelangi, Istana Besar dan Istana Bukit Serene, yang akan menjadi lokasi majlis akad nikad pada Jumaat ini.
Selain bendera negeri, turut dihiasi dengan cahaya lampu serta beberapa hiasan lain di sepanjang jalan menuju ke tempat majlis.
Sementara itu, majlis akad nikah akan dilangsungkan secara tertutup yang hanya akan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pengantin sahaja.
Majlis tahlil dan doa selamat akan berlangsung pada Khamis, bakal dihadiri dengan tetamu-tetamu jemputan di Masjid Sultan Abu Bakar.
Khemah besar dalam proses untuk dipasang di Istana Besar bagi majlis resepsi pada 8 November ini yang dijangka dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat.
Antara tetamu-tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pihak majlis menghargai persiapan perkahwinan ini yang disediakan oleh kerajaan negeri.
"Semuanya berjalan lancar dan mengikut perancangan yang dibuat," katanya ketika dihubungi The Star pada Rabu.
Beliau juga berkata, rakyat dibenarkan untuk berhimpun di sepanjang jalan Istana Besar untuk melihat pengantin diraja yang akan menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar bagi majlis resepsi pada pukul 8.30 malam.
"Bagaimanapun, untuk keselamatan, hanya tetamu-tetamu jemputan sahaja yang dibenarkan memasuki Istana Besar, namun sebuah skrin besar akan dipasang di Dataran Bandaraya, Johor Bharu untuk disaksikan orang awam," tambahnya.
Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.- mstar online
TOP
Penguatkuasa Imigresen Bakal Terima Insentif RM200 Sebulan
Anggota penguatkuasa Imigresen dipertimbangkan untuk mendapat insentif RM200 sebulan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen merangka kertas cadangan berhubung pemberian insentif penguatkuasaan sebanyak RM200 sebulan kepada semua anggota penguatkuasa jabatan itu. Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, kertas cadangan itu telah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan lanjut. Beliau mengulas permintaan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) yang mahukan pemberian insentif khas kepada anggota jabatan itu yang melakukan tugas-tugas penguatkuasaan. Presiden KPISM, Khairil Niza Khairuddin mendakwa sehingga hari ini anggota dan pegawai imigresen tidak menikmati apa-apa insentif khas semasa tugas penguatkuasan seperti agensi penguatkuasa yang lain. Aloyah berkata, ada antara perkara-perkara yang dibangkitkan KPISM itu sebenarnya telah ada dalam perancangan dan juga dalam tindakan jabatan itu. "Bagi meningkatkan tahap profesionalisme anggota imigresen serta bagi menaik taraf kemudahan latihan, Jabatan Imigresen telah mendapat peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menyediakan makmal forensik di Akademi Imigresen Malaysia yang bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan," katanya. Selain itu, katanya, jabatan berkenaan mendapat peruntukan sebanyak RM11.33 juta di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 'MyBeautiful Malaysia' bagi perbelanjaan pembaikan kuarters JIM di seluruh negara termasuk Johor, Selangor, Langkawi, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Aloyah memaklumkan bahawa kerajaan telah meluluskan sejumlah RM1.04 bilion di bawah belanja mengurus dan pembangunan yang menunjukkan peningkatan peruntukan sebanyak 11.92 peratus berbanding Bajet 2014. - mstar online

Sorang Lelaki Maut Motosikal Terbabas Di Kuantan
KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 18 Jalan Pintasan dekat sini pagi Rabu.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang DSP Mohd NoorYusof Ali berkata, dalam nahas pukul 8.02 pagi itu mangsa, Shaik Omar Shaik Hussin, 65, yang bekerja sebagai pemandu treler mati di tempat kejadian.
"Kejadian berlaku semasa mangsa yang menetap di Batu 8 Jalan Gambang di sini itu menunggang sendirian dari arah Kemaman menghala ke Kuantan.
"Sebaik tiba di tempat kejadian kenderaan yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum jatuh ke dalam longkang,"katanya kepada Bernama.
Katanya, siasatan awal mendapati jalan sehala dua lorong itu tidak sibuk dan cuaca juga dalam keadaan baik semasa kejadian.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- mstar online
TOP
Cuba Rasuah Polis, Pembalak Haram Minta Dibicarakan
Gambar hiasan.
KUCHING: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat perladangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini Rabu atas dakwaan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis yang menahannya kerana melakukan pembalakan haram. Ling Sing Ching, 50, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas dia mengaku tidak bersalah cuba menawarkan rasuah RM2,000 kepada ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff, sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya. Hakim perbicaraan, Nixon Kennedy Kumbong, dimaklumkan bahawa Ling menawarkan wang tunai itu kepada Mohd Mazlan apabila mereka berdua bertemu di sebuah restoran di Lorong Lapangan Terbang di sini pada 4.45 petang, 4 September lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan dikenakan denda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Ling dituduh melakukan perbuatan itu selepas dia didakwa melakukan aktiviti pembalakan tanpa lesen sah yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Sarawak. Nixon menetapkan 24 hingga 26 November bagi perbicaraan kes. Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa daripada SPRM, Ikhwan Mohd Ibrahim manakala peguam Francis Wee mewakili Ling. Dalam kes berasingan, seorang sarjan polis berumur 52 tahun mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan menerima rasuah RM1,500 daripada seorang pesalah trafik. Zainudin Samad, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, didakwa menerima suapan daripada Rano Paiman, yang sebelum itu disaman kerana memandu secara cuai. Nixon memerintahkan Zainudin dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjaman sementara menunggu perbicaraan kesnya yang ditetapkan mulai 17 November tahun ini. Ikhwan turut mengendalikan pendakwaan kes ini manakala Zainudin diwakili peguam Abd Rahman Mohd Hazmi.- mstar online

Butiran Projek HSR Malaysia-Singapura Dimuktamad Tahun Depan
Syed Hamid Albar
TOKYO: Malaysia akan mula memuktamadkan butiran projek Keretapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura suku pertama tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, demikian kepada wartawan Malaysia dan Singapura pada Persidangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi 2014 di sini, Rabu. Persidangan itu diadakan untuk memperingati ulang tahun ke-50Tokaido Shinkansen atau 'bullet train'. "Berhubung dengan kajian kemungkinan, kami telah mengemukakannya kepada kerajaan dan mereka telah menerimanya. Ia akan dikemukakan kepada Perdana Menteri (Malaysia dan Singapura). "Dua jawatankuasa telahpun ditubuhkan - jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa bersama peringkat menteri," kata beliau. Singapura masih dalam proses menjalankan kajian kemungkinan dan dijangka menyiapkannya pada awal tahun depan. Syed Hamid berkata, kerajaan pada masa ini sedang membuat penilaian mengenai sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang terbaik bagi Malaysia berdasarkan sistem daripada Eropah, China dan Jepun. Ia bukan semata-mata mengkaji tentang teknologi tetapi juga modal insan dan budaya cara berfikir, katanya. Mengenai kekurangan pakar kereta api di Malaysia, beliau berkata lebih banyak universiti menawarkan kursus kejuruteraan kereta api sebagai persediaan untuk landskap pengangkutan awam negara yang akan mengalami perubahan. Beliau mengaku bahawa HSR merupakan "perkara baharu" dalam teknologi kereta api tetapi memberi jaminan bahawa jurutera kereta api tempatan akan dihantar untuk latihan di luar negara apabila kerajaan memutuskan teknologi dari negara mana akan diguna pakai. Syed Hamid berkata, tujuh stesen HSR telah dikenal pasti di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Batu Pahat, Muar dan Nusajaya.- mstar online

ISIS: Remaja Australia Dikecam Keluarga, Terbabit Video Propaganda
Abdullah Elmir (depan) ketika rakaman video yang disiarkan YouTube baru-baru ini.
REMAJA Australia yang menganggotai kegiatan militan Negara Islam Iraq Syria (ISIS) dikecam ahli keluarganya kerana terlibat dalam video propaganda yang mendakwa kumpulan pengganas itu tidak akan menghentikan perbuatan membunuh sehingga bendera kumpulan itu berkibar di setiap negara. Rakaman yang disiarkan menerusi YouTube menyaksikan remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Sydney itu, Abdullah Elmir memperkenalkan dirinya sebagai 'Abu Khaled dari Australia' dan kelihatan diapit beberapa anggota militan lain. Menerusi video itu, Elmir yang memeluk Islam itu menyampaikan mesej khusus kepada pemimpin Barat dengan mendakwa cubaan untuk mematahkan kegiatan ISIS akan gagal kerana kumpulan itu menyasarkan untuk mengibarkan bendera mereka di Istana Buckingham dan Rumah Putih. Elmir 'hilang' dari rumahnya di Bankstown, barat Sydney pada Jun dan dilaporkan memberitahu ibunya dia pergi memancing. Bagaimanapun, sejak saat itu dia tidak pulang ke rumah. Bagaimanapun, video berkenaan menyebabkan saudara maranya melabelkannya sebagai seorang yang bodoh dan menganggap dia 'termakan' hasutan kumpulan pengganas itu. Elmir dan rakannya, Feiz yang memulakan perjalanan dari Perth sebelum singgah di Malaysia dan Thailand dipercayai ke Syria dan Iraq menerusi Turki yang juga lokasi terakhir mereka menghubungi ahli keluarga masing-masing.
Militan rakyat Australia, Khaled Sharrouf beraksi dengan senjatanya.
Rakaman video itu bermula dengan remaja itu berkata:"Mesej ini khusus untuk rakyat Amerika, juga rakyat Britain dan Australia." Seterusnya Emlir menyoal:"Tentunya anda tidak jelas bagaimana kejayaan boleh menjadi kenyataan." "Ia datang dari Allah dan sebab itu dengan hanya sebilangan kecil tentera tetapi kami boleh mencapai kejayaan. "Kepada pemimpin berkenaan, kepada Obama, Tony Abbott, saya mahu katakan: "Senjata yang kami ada, tentera ini tidak akan berhenti berjuang, kami tidak akan menyerah kalah sehingga sampai ke negara kamu, sehingga kami memperoleh kepala setiap penzalim dan mengibarkan bendera di setiap negara."
Bekas peninju dari Sydney, Mohamed Elomar bangga bergambar dengan dua kepala yang dipenggal.
Ahli keluarganya, peguam Zali Burrows memberitahu Australian Associated Press: 'Ahli keluarganya menemui media untuk merayu kepada kerajaan supaya membawa pulang anak mereka. Mereka bimbang dia digunakan sebagai alat untuk menjalankan risikan dan melihat sejauh mana dia mampu lakukan." Burrows juga mempersoalkan kenapa Elmir tidak ditahan pasukan polis negara itu yang mengawasi pergerakannya. Pada Ahad, Menteri Luar, Julie Bishop mengumumkan Australia akan menghantar pasukan khas ke Iraq untuk memerangi kumpulan Negara Islam (IS). Pengumuman itu dibuat sehari selepas video melibatkan Elmir disiarkan.- mstar online

Bekas Pengerusi Eksekutif Washington Post, Ben Bradlee Meninggal Dunia
Ben Bradlee.
BEKAS pengerusi eksekutif Washington Post, Ben Bradlee meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 93 tahun. Beliau merupakan individu bertanggungjawab dalam membongkarkan skandal politik popular, Watergate pada era pemerintahan Presiden Rcihard Nixon di Amerika Syarikat pada awal 1970-an. Beliau dianggap sebagai pelopor dalam bidang kewartawanan siasatan kerana dia merupakan tokoh penting yang membongkarkan skandal melibatkan tokoh politik elit di Washington. Penerbit Washington Post, Donald E. Graham berkata, mendiang yang terlibat bersama dua orang wartawannya terhadap pendedahan skandal itu sehingga menyebabkan Nixon meletakkan jawatan sebagai presiden pada 1974 merupakan seorang editor akhbar yang terbaik pada zamannya. Sementara itu, dua orang wartawan yang terlibat mengenai pendedahan skandal berkenaan, Carl Bernstein dan Bob Woodward dalam satu kenyataan bersama di laman web akhbar itu menyatakan Bradlee merupakan seorang sahabat sejati dan pemimpin hebat dalam bidang kewartawanan. "Bradlee memiliki prinsip yang kuat dalam mencari fakta berita. Jika sesuatu berita itu benar, maka kita dituntut untuk menceritakan kebenaran itu dengan menghasilkan artikel yang boleh menyampaikan kebenaran,” ucap Bernstein dan Woodward yang merupakan anak buah Bradlee di Washington Post. "Dia juga memiliki pemikiran seperti seorang tentera," tambahnya. Pada 1965, Bradlee dinaikkan pangkat kepada jawatan, Editor Pengurusan di Washington Post, beliau kemudiannya dilantik sebagai Editor Eksekutif pada 1968. Bradlee memegang jawatan tersebut hingga beliau bersara pada 1991. Pada 2013 beliau dianugerahkan 'Presidential Medal of Freedom' oleh Presiden Barack Obama ekoran laporan dan kepimpinannya ketika Perang Vietnam dan Skandal Watergate. Washington Post telah menerima 17 anugerah Pulitzer ketika Bradlee mengetuai akhbar tersebut.- mstar online

Mi Roda Tiga, Sedapnya Hingga Bermimpi
MULA menjual mi rebus dan mi goreng menggunakan roda tiga pada sekitar tahun 70-an, kini kelazatan hasil resipi turun temurun Mi Roda Tiga dikatakan igauan pelanggan sehingga ada yang mendakwa terbawa ke dalam mimpi.
Betul ke ni?
Abang Fen ingin mengesahkan bahawa inilah yang diceritakan pelanggan warung di Kampung Alma, Bukit Merjatam. Kerana itu juga Abang Fen tidak senang duduk dan mahu ke warung berkenaan secepat mungkin Warung yang dikendalikan oleh Norshidah Ismail, 51, itu bermula dengan usaha gigih bapanya Ismail Ibrahim, 79, mengayuh roda tiga mencari pelanggan yang ingin merasai mee rebus dan goreng di sekitar Bukit Mertajam.
Kerana itu juga ia dikenali sebagai Mi Roda Tiga oleh penduduk dan penggemarnya.
Perniagaan yang bermula awal tahun 70-an itu kini mendapat sambutan ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Tidak terkecuali, Abang Fen yang terpikat dengan kelazatan kuah mi dan perencah mi goreng.
Uniknya, you all akan dapat merasai kelazatan secukupnya ketika menguyah mi goreng yang dibalut sebati oleh perencah asli selain kenikmatan menyedut kuah mi rebus.
Makan...makan juga, cungkil rahsia kelazatan pun perlu, untuk you all tahu.
Ketika Abang Fen bersembang dengan pengasasnya iaitu Ismail yang membahasakan diri sebagai Tok Wan, raut wajah warga emas itu seakan rindu saat dia mengayuh basikal bermula 10 pagi hingga senja demi membesarkan anak-anak.
Berbekalkan resipi asli dan lazat, setiap bungkus atau pinggan mi rebus dan goreng dijual pada harga 40 sen pada awal tahun 70-an.
"Tok Wan kayuh roda tiga pusing kampung di seluruh Bukit Mertajam untuk juai (jual) mi, pasai nak sara anak dan isteri. Kadang-kadang basah longkoeh (basah) kena hujan," ceritanya dalam loghat utara.
Usaha Abang Fen untuk mencungkil rahsia disebalik resepi itu bagaimanapun terbatas kerana Tok Wan agak uzur dan tidak mempunyai pendegaran yang baik.
Tetapi Abang Fen tidak berputus asa kerana anaknya yang mewarisi resepi kuah mi dan perencah goreng masih boleh ditanya.
Norshidah (gambar) pada usia remaja telah mula membantu ayahnya memasak kuah mi dan Ismail telah menurunkan resepi itu 100 peratus kepadanya.
Menurutnya, Tok Wan berhenti mengayuh roda tiga pada tahun 1985 dan membina sebuah warung di kampung itu.
"Sejak itu dia mengendali sendiri warung ini sehingga tahun 1995, masa berhenti berniaga Tok Wan berusia 60-an. Pada tahun sama juga saya mula mengambil alih warung ini.
"Daripada jualan sebanyak lima kilogram mi sehari, kini permintaan mencecah sehingga 20 kilogram," ceritanya.
Walaupun agak mengejutkan kerana ia hanya jualan di sebuah warung, namun Abang Fen akui terhadap sambutannya kerana ia turut dikerumuni oleh penduduk dari luar Bukit Mertajam.
Antara pelanggan di warung Kampung Alma yang ingin menikmati kelazatan mi rebus dan goreng.
Norshidah kini dibantu oleh suami dan anak bongsunya Nur Fashihah Romlee, 19, (gambar bawah) dan dia turut mewarisi resipi berkenaan kepada remaja itu.
"Saya akan menurunkan resepi ini kepada anak-anak yang berminat kerana tak mau resepi turun temurun ini berakhir kepada saya saja tetapi biarlah hingga cucu dan cicit nanti," luahnya. Untuk pengetahuan pembaca, Abang Fen sempat menghabiskan sepinggan mi rebus dan mi goreng.
Sebelum pulang, Abang Fen pesan lagi tiga bungkus untuk dimakan bersama keluarga. Warung tersebut ditutup pada setiap Sabtu dan Ahad dan bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi Nur Fashihah ditalian 011-24106260 atau terus kepada Norshidah 012-4778027.- mstar online

Delegasi PKR ke Australia Bincang Isu Anwar
Rafizi Ramli
PETALING JAYA: Kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara topik perbincangan tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat yang mengadakan lawatan kerja ke Australia. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, delegasi itu diwakili Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu) telah bertemu dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Liberal iaitu parti pemerintah di Australia. "Ketika pertemuan tersebut, perbincangan berkisar kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Akta Hasutan dan isu-isu perkauman yang dimainkan sebagai alat politik di Malaysia . "Selain bertemu Bishop, delegasi juga mengadakan pertemuan dengan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Australia serta pihak kedutaan untuk memberi taklimat mengenai isu-isu terkini Malaysia". Sebelum mengakhiri lawatan kerja, sempat bertemu dengan Timbalan Presiden Senat Australia, Senator Gavin Marshall. Rangka lawatan kerja seumpama ini akan diteruskan ke negara-negara lain untuk membawa mesej mengenai tindakan Barisan Nasional yang melanggar adab kedaulatan undang-undang di Malaysia ke perhatian dunia. Sementara itu, Anwar yang hadir pada majlis Rumah Terbuka Timbalan Ketua Menteri II Dr. P. Ramasamy di Taman Tambun Indah, Batu Kawan berkata, beliau mempunyai jadual harian yang ketat di Perak, Penang dan Kedah sempena cuti perayaan Hari Deepavali ini dan menganggap "masa saya sangat terhad sebelum kes bermula pada Selasa". "Jika mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan fakta, saya tidak perlu risau dan saya akan diberi kebebasan. "Jika tidak, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk kita bertemu lagi," katanya.- mstar online

Kejayaan Rangkul Pingat, Pengubat Duka Sambut Deepavali Di Incheon
Hemala Devi Eni Kutty
INCHEON: "Saya boleh bayangkan gelak tawa sanak saudara sambil menikmati juadah enak," itulah antara ungkapan atlet wanita negara HemalaDevi Eni Kutty, 24, yang pertama kali menyambut Deepavali di perantauan. Pengalaman menyambut Deepavali tanpa keluarga sedikit sebanyak telah mencetuskan rasa hiba kepada Hemala Devi. Namun, kejayaan meraih dua pingat gangsa dalam acara Lempar Cakera Wanita F11/12 dan Lempar Peluru F11/12 pada temasya Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan, mengubat kesedihan itu. "Agak sedih...setiap kali fikir hari ini Deepavali, saya rasa nak menangis.Tapi saya lega sebab sebelum ke Incheon, saya sudah menjalankan tanggungjawab kepada keluarga. "Saya sediakan mereka pakaian baharu untuk sambutan Deepavali...saya mahu mereka ingat saya walaupun tidak bersama keluarga pada saat gembira itu," katanya kepada Bernama, Rabu. Temasya Sukan Para Asia Incheon, Korea Selatan bermula sejak 18 Oktober lepas dan berakhir 24 Okt ini. Kontinjen Malaysia terdiri daripada 199 orang termasuk atlet dan pegawai, bertanding dalam 15 daripada 23 acara yang dipertandingkan. Sehingga hari keempat, semalam, sebanyak tujuh pingat emas, 15 perak dan 11 gangsa berjaya dipungut kontinjen negara. Hemala Devi berkata walaupun berjauhan dengan keluarga, sekurang-kurangnya beliau memiliki keluarga kedua termasuk ketua jurulatihnya, R.Jeganathan. Sementara itu, Jeganathan, walaupun sudah beberapa kali menyambut perayaan Deepavali di perantauan, masih terasa sedih menyambutnya tanpa keluarga. "Keluarga saya kecil sahaja...hanya isteri dan dua anak lelaki. Jadi bilasaya tiada di rumah masa Deepavali, ketiadaan saya itu amat dirasai. "Namun, mereka bertiga sangat memahami komitmen saya terhadap atlet-atlet paralimpik. Ini demi kepentingan sukan dan juga negara," katanya. Jeganathan berkata beliau bukan sahaja jurulatih kepada para atlet tetapi berperanan sebagai bapa yang menguruskan keperluan atlet kelainan upaya. Menurut beliau, masanya lebih banyak dihabiskan bersama anak didiknya berbanding keluarga, namun beliau merasakan dirinya bertuah apabila memiliki isteri dan anak-anak yang sangat memahami. "Memang hiba keluarga tiada di sini bersama saya tapi dalam masa sama, sayagembira...Malaysia hampir berjaya di Incheon," katanya.- mstar online

Chelsea Belasah Maribor 6-0, Hilang Loic Remy Kerana Kecederaan
KEJAYAAN Chelsea membenam NK Maribor 6-0 di Stamford Bridge dalam saingan Liga Juara-juara Eropah pastinya memberi kegembiraan kepada penyokongnya di seluruh dunia.
Namun, tidak bagi pengendali pasukan itu, Jose Mourinho yang kini berdepan krisis kecederaan penyerang.
Dalam perlawanan tersebut, Chelsea bermula garang dengan jaringan Loic Remy pada minit ke-13 sebelum penyerang Perancis itu dikeluarkan kerana kecederaan.
Bagimanapun pemain gantian Didier Drogba berjaya membuktikan bahawa dirinya yang digelar 'kuda tua' masih berbisa apabila menghasilkan gol menerusi penalti pada minit ke-23.
Berbekalkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, Chelsea terus mencipta gol ketiga menerusi John Terry sebelum pemain lawan Viler menjadikan kedudukan 4-0 (gol sendiri).
Bagi memastikan Mourinho tidak gusar dengan kemampuan skuadnya dalam menghasilkan gol, Eden Hazard muncul wira apabila menjaringkan gol kelima dan keenam pada minit ke-77 dan 90.
Bagaimanapun hasil daripada perlawanan itu, Chelsea kini telah kehilangan dua penyerang utamanya iaitu Remy dan Diego Costa sebelum berdepan Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini.

Neymar, Messi Bantu Barcelona Tewaskan Ajax
BARCELONA berjaya membuktikan kekuatan pasukan itu di gelanggang sendiri apabila mudah menewaskan Ajax 3-1 dalam saingan Liga Juara-juara Eropah di Nou Camp awal pagi Rabu.
Dalam perlawanan tersebut, penyokong Barcelona tidak perlu menunggu lama untuk melihat pasukan kesayangan mereka mendahului lawan apabila Neymar berjaya menjaringkan gol seawal minit kelapan permainan.
Gerakan Neymar ketika menghasilkan jaringan pertama Barcelona.
Walaupun gol tersebut meningkatkan moral pemain tuan rumah, namun Ajax sebagai juara liga Belanda turut tidak henti memberi tekanan dan mencari jaringan penyamaan. Malangnya, gandingan Neymer dan Lionel Messi di bahagian serangan bagaikan sukar disekat apabila bintang Argentina itu berjaya menggandakan gol Barcelona pada minit ke-24.
Kedudukan 2-0 yang berlarutan sehingga minit ke-87 memberi gambaran kepada penyokong bahawa mereka telah mendapat keputusan penuh perlawanan tersebut, apatah lagi kedua-dua penyerang utama Barcelona iaitu Neymar dan Messi telah dikeluarkan. Bagaimanapun, usaha tanpa henti Ajax akhirnya membuahkan hasil menerusi jaringan tunggal El Ghazi pada minit ke-88. Tidak berakhir di situ, Barcelona kembali mempamerkan taringnya apabila Sandro Ramirez yang dimasukkan sebagai pemain gantian menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-90.
Sandro Ramirez meraikan jaringannya.

Adabi Pertimbang Ladang Lada Di Sarawak
SIBU: Adabi Consumer Industries Sdn Bhd mempertimbangkan kemungkinan membangunkan ladang lada sendiri atau menubuhkan pusat pengumpulan/pembelian di Sarawak bagi mengekalkan profil rasa produknya, kata Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Syed Mahadzir Syed Manshor.
Beliau berkata, pengeluar makanan berbungkus itu melawat beberapa kawasan di Pakan di Sarikei bagi mencari kawasan sesuai untuk dibangunkan sebagai ladang.
Rasa tersendiri produk Adabi adalah hasil penggunaan lada berkualiti dari Sarawak yang mematuhi standard ketat Lembaga Lada Malaysia, katanya kepada Bernama sekembalinya daripada lawatan di Pakan, di sini, Rabu.
Daerah Pakan dan Julau di Sarikei merupakan antara pengeluar lada terbesar di Sarawak.
Syed Mahadzir mengiringi Presiden Adabi, Adrian Roslan dan Anggota Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang.
Syed Mahadzir berkata, Adabi tidak boleh membeli lada dari negara lain seperti Vietnam kerana tindakan itu mungkin menjejaskan profil rasa produknya.
"Kami menggunakan lebih 20 tan lada hitam dan lima tan lada putih setiap bulan," katanya.
Dengan memiliki ladang lada sendiri atau pusat pengumpulan di sini, Adabi boleh mengimbangi kenaikan harga lada, katanya dan menambah keputusan sama ada membangunkan ladang atau sekadar menubuhkan pusat pengumpulan akan dibuat dalam masa terdekat.
"Jika kami membangunkan ladang lada sendiri di Sarawak, ia akan melibatkan rakan kongsi tempatan," katanya.
Pada masa ini Adabi mengeluarkan lebih 70 jenis makanan dan minuman dalam bungkusan di bawah enam kategori iaitu campuran serbuk rempah, pes diproses, kicap, campuran tepung, makanan dalam tin dan minuman. - mstar online
TOP
Pempamer Malaysia Catat Jualan RM991 Juta Di Yangon
Ruang pameran syarikat Malaysia mendapat perhatian di Yangon
KUALA LUMPUR: Pempamer Malaysia mencatatkan jualan bernilai RM991 juta dalam Pameran Perkhidmatan Malaysia dan Wadah Malaysia 2014 di Myanmar baru-baru ini. Daripada 70 syarikat Malaysia yang menyertainya, 35 mempromosikan perkhidmatan, manakala baki mempamerkan produk pada pameran empat hari bermula 1 Oktober di Yangon, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan di sini. Antara perkhidmatan yang menjana minat ialah perkhidmatan perunding dan sokongan bagi industri minyak dan gas, program latihan korporat dan pendidikan, perniagaan francais, jentera dan sistem acuan. Matrade berkata, produk yang menjadi tumpuan termasuk kesihatan dan kesejahteraan, generator, penukar haba, dandang stim, lantai kayu, tong sampah bersaiz industri, bahan-bahan cat, pepasangan air, spa, makanan dan minuman serta barangan rumah. Sebanyak 1,000 mesyuarat perniagaan antara syarikat Malaysia dan Myanmar diadakan sepanjang pameran, selain bengkel untuk delegasi yang turut meliputi usahawan wanita bagi membentuk rangkaian kerja dan meneroka perkongsian strategik dalam perkhidmatan kejuruteraan profesional dan pendidikan. Di samping itu, program rentas sempadan meliputi pertemuaan dengan pihak berkuasa tempatan dan pemimpin perniagaan juga diadakan bagi meneroka peluang pelaburan serta akses pasaran dalam pasaran pesat berkembang tersebut. Program juga mengenal pasti peluang pelaburan usaha sama dalam mereka bentuk dan membina pusat pameran dan konvensyen serta kompleks beli-belah di Yangon, hotel dan resort di beberapa bahagian di Myanmar, projek pelancongan dan kerja-kerja pembinaan serta rekaan dalaman. Peluang pelaburan yang dinyatakan termasuk hospital swasta, perumahan, hab pengangkutan awam berintegrasi dan projek berkaitan pelancongan. - mstar online

Malaysia Optimis Usaha Kesan Lokasi MH370
Hishammuddin meneliti peralatan yang dikenali sebagai ProSAS iaitu pengimbas sonar bernilai RM67 juta yang dibiayai Petronas dalam usaha pencarian pesawat MH370 di Perth, Rabu.
PERTH: Malaysia optimis dengan usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, yang dipercayai berakhir di kawasan terpencil di Lautan Hindi, sejak hilang pada 8 Mac. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau 99.9 peratus yakin dengan misi mencari berdasarkan penggunaan peralatan paling canggih. "Saya optimis 99.9 peratus untuk mengesan pesawat hilang ini tetapi lautan amat luas. "Dan ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan laut," katanya semasa melancarkan kapal disewa kontrak oleh Malaysia, Go Phoenix dan kenderaan sonar pengesan dalam air canggih dikenali ProSAS di Pelabuhan Freemantle di sini pada Rabu. Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Jailani Johari, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Tan Sri Mohd Khamil Jamil dam Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Judith Zielke. Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini. Hishammuddin juga merakamkan penghargaan beliau kepada negara-negara yang terlibat dalam misi mencari itu, termasuk Australia dan China, dan mengulangi komitmen kerajaan Malaysia untuk meneruskan misi mencari itu tanpa had masa spesifik. Pada majlis itu, Naib Presiden Petronas bagi Pengurusan Petroleum Malaysia, Adif Zukifli berkata Petronas menyediakan USD21 juta (RM67 juta) untuk membiayai kos bagi kapal itu, bersama-sama anak kapal dan peralatan pengesan dalam air. "Pembiayaan itu untuk sewaan alat pengesan bagi tempoh enam bulan sehingga Februari 2015," katanya. Kapal itu dijangka memulakan misi mencari selama 30 hari dari esok (Khamis) di bahagian selatan Lautan Hindi, kira-kira 3,000km dari Perth dan Deftech DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd bertindak sebagai vendor yang menyediakan perkhidmatan teknikal bagi kapal itu. Sementara itu, Zielke berkata, beliau akan berlepas ke Kuala Lumpur pada Rabu bagi mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa Malaysia dan pakar-pakar antarabangsa, yang terlibat dalam jawatankuasa penyiasatan MH370 bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan penyiasatan pesawat itu. "Kami akan bincangkan tentang prosedur Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) jika ada kemungkinan pesawat itu ditemui," katanya. Jailani, yang juga pengerusi Jawatankuasa Media MH370, mengingatkan media asing dan tempatan supaya tidak membuat spekulasi tentang kehilangan pesawat itu dan membuat laporan berita berdasarkan maklumat yang telah disahkan. Berhubung penyiasatan tragedi pesawat MH17 terhempas, Hishammuddin berkata, Malaysia komited untuk menyelesaikan penyiasatannya dengan segera dan tiada niat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung siapa bertanggungjawab bagi tragedi itu sehingga penyiasatan selesai. Penerbangan MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh, tetapi sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.- mstar online

Polis Sarawak Tingkat Serbuan Banteras Pembelian Barang Curi
KUCHING: Polis Sarawak akan meningkatkan serbuan dipremis yang disyaki membeli barang curi khususnya barang milik syarikat telekomunikasi, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.
"Serbuan di bawah Ops Lusuh ini akan dilakukan bersama-sama agensi berkuasa lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, beliau berkata polis menahan dua suspek dalam serbuan di dua premis yang didapati membeli barang lusuh di Batu 12 1/2 Jalan Kuching-Serian dan Batu 11 Jalan Kuching-Serian pada Isnin lalu.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis merampas 212 unit bateri pelbagai jenama, 10 karung guni kabel tembaga dan 17 gelung besar kabel aluminium.
Kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan atau Seksyen 411 kanun sama kerana membeli barang-barang lusuh yang dipercayai dicuri, kata Muhammad Sabtu.
Sabit kesalahan mengikut Seksyen 379 memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya manakala Seksyen 411 memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.- mstar online
TOP
Pemegang Lesen Membalak Diingat Patuhi Syarat Lesen
KUCHING: Pemegang lesen pembalakan di Sarawak diberi amaran agar mematuhi syarat lesen masing-masing atau berdepan tindakan pihak berkuasa, termasuk menarik balik lesen membalak mereka.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Datuk Amar AwangTengah Ali Hasan berkata terdapat syarikat pemegang lesen membalak di negeri ini yang melanggar syarat dalam lesen masing-masing dan tindakan mereka sedang dipantau.
Katanya pengeluaran lesen baharu kini dibeku sementara Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) sedang giat memantau sebarang kegiatan membalak secara haram di seluruh negeri. |
Beliau menjelaskan kawasan pembalakan berlesen kini di bawah pemantauan SFC manakala pembalakan haram di luar kawasan berlesen terletak dalam bidang kuasa Jabatan Hutan Sarawak.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan pembalakan haram, termasuk mendakwa mereka di mahkamah," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Perancangan Strategik Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar di Borneo Highlands Resort dekat pada Rabu.
Di samping itu, Awang Tengah turut memberi amaran kepada pihak atau syarikat supaya tidak membuka ladang di atas tanah Hak Adat Bumiputera yang belum mendapat kelulusan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
Katanya terdapat syarikat yang memulakan kerja pembersihan kawasan tanah untuk pembangunan ladang kelapa sawit walaupun belum mendapat sebarang pengesahan status tanah dan belum mendapat kelulusan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
Beliau berkata tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap pihak atau syarikat yang berbuat demikian.
Sementara itu, beliau berkata tindakan telah diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan aktiviti pembalakan haram di dua Taman Negara di negeri ini iaitu Taman Negara Maludam di Miri dan Taman Negara Bukit Tiban di Bintulu.- mstar online
TOP
Ketua Kampung Kuala Sepetang Buat Laporan Polis Mengenai Artikel Mafia
A.Paramasivam bersama wakil-wakil media pada sidang media bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai 'isu Mafia di Kuala Sepetang' di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Selasa.
IPOH: Ketua Kampung Kuala Sepetang membuat laporan polis berkaitan dengan artikel sebuah akhbar berbahasa Melayu yang mendakwa kampung itu dikuasai 'kumpulan mafia'. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata, pihaknya ada menerima laporan tersebut awal minggu ini. Ketua kampung tersebut merasakan artikel itu adalah khabar angin dan telah memberi kesan negatif. "Ketua kampung tidak gembira dengan artikel yang dikeluarkan itu. "Tidak ada apa-apa kesalahan yang dinilai, namun kami tetap menerima laporan itu," katanya ketika sidang media pada Selasa. Dalam akhbar tersebut yang diterbitkan pada Ahad lalu, mendakwa kampung itu menjalani aktiviti mafia yang melibatkan pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchordan dan Pulau Kuala Sangga. Turut dilaporkan mengenai aktiviti jenayah termasuk penyeludupan dan pengedaran dadah, judi serta pencerobohan ke atas tanah kerajaan. Paramasiva juga tidak bersutuju dengan laporan artikel itu, dan berkata Kuala Sepetang merupakan sebuah bandar yang aman dan penggunaan 'mafia' adalah agak kasar. "Pelancong tidak akan datang melawat Kuala Sepetang jika ada kumpulan mafia berkuasa di sana," katanya sambil menambah Kuala Sepetang merupakan sebuah tempat pelancongan untuk melihat dolfin dan burung helang. "Sehingga hari ini, pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada pelancong diugut atau dirompak," tambah beliau.- mstar online

Tiada Mafia Di Kuala Sepetang, Dakwaan Tidak Berasas
DAKWAAN wujudnya kegiatan kongsi gelap dan mafia di Kuala Sepetang, Perak dinafikan oleh Polis Perak kononnya kawasan itu menjadi lubuk penjenayah.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana polis tidak pernah menerima sebarang laporan daripada orang ramai terutama penduduk di kawasan itu berhubung kegiatan mafia.
“Kita tidak menafikan berlakunya jenayah seperti dadah, penyeludupan… tetapi perkara itu tidak begitu digeruni atau membimbangkan penduduk yang tinggal atau berniaga di kawasan itu.
“Saya tidak menafikan (kegiatan kongsi gelap) ada berlaku tetapi saya menafikan istilah mafia bermaharajalela, mafia menguasai Kuala Sepetang…itu tidak betul,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini.
Penafian itu dilakukan susulan pendedahan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga di negeri ini dikuasai kumpulan mafia kebal dari pihak berkuasa.
Akhbar itu mendakwa kegiatan jenayah berlaku di kawasan itu seperti perjudian, pengedaran dadah, penyeludupan senjata, pelacuran serta menceroboh tanah kerajaan.
Paramasivam berkata, dakwaan itu menyebabkan spekulasi negatif dan mencemarkan nama baik Kuala Sepetang yang terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan serta boleh menjejaskan perniagaan dan aktiviti penduduk kawasan itu.
“Walaupun kegiatan jenayah berlaku tetapi impaknya tidak begitu besar sehingga menyebabkan penduduk atau pelancong bimbang dengan tahap keselamatan di kawasan itu. “Jika ada aktiviti seperti yang didakwa, sudah tentu pelancong akan takut ke sana untuk melihat kelip-kelip di waktu malam, memancing atau masuk ke hutan bakau jika mafia menguasai kawasan tersebut,” katanya memetik Bernama. Menurutnya laporan akhbar itu menyentuh integriti pasukan polis dalam membanteras kegiatan jenayah itu apabila ia mendakwa pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan atau sengaja membiarkan kumpulan itu bermaharajalela. Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh ketua kampung kawasan berkenaan yang mendakwa laporan akhbar tersebut sebagai tidak berasas. :-MYNEWSHUB.CC

Persiapan Sambutan Deepavali Lebur Selepas Rumah Terbakar
Sambutan perayaan Deepavali bagai hilang kemeriahannya apabila rumah yang didiami musnah sekelip mata dalam kebakaran di Kampung Rembia, Alor Gajah malam tadi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11.15 malam itu tidak disedari pemiliknya kerana ketika itu mereka sekeluarga mengunjungi rumah anak mereka di Taman Bukit Rembia bagi meraikan Deepavali sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran oleh jiran mereka.
Lebih mendukacitakan, segala persiapan bagi menyambut pesta cahaya Deepavali musnah dan hangus terbakar termasuk kuih maruku.
Mangsa P Archunan, 61, dan isteri, T Letchumi, 59, mendiami rumah pusaka itu sejak 40 tahun lalu dan turut menyewa bilik kepada pekerja asing warga Nepal namun ketika kejadian tiada penghuni dalam rumah terbabit.
Memetik petikan Harian Metro, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan ll Eslizan Norhan Amil berkata, “Setiba di tempat kejadian didapati api marak memusnahkan sebuah rumah papan namun dan api berjaya dipadam dalam masa 10 minit.”
“Punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan manakala anggaran kerugian belum ditafsirkan,” katanya lagi.
Semoga keluarga P Archunan tabah menghadapi dugaan. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Polis Sabah Siasat Insiden Penculikan Palsu Di Keningau
KOTA KINABALU – Polis Sabah menyiasat laporan insiden penculikan palsu yang membabitkan pelajar sekolah di negeri ini seperti yang disebarkan melalui medium sosial termasuk aplikasi WhatsApp.
Difahamkan penyebaran khabar angin melalui aplikasi WhatsApp di Keningau itu bermula sejak 18 okt yang mendakwa empat pelajar sekolah menengah dan tiga murid sekolah rendah diculik oleh sekumpulan individu, sebelum dibebaskan tanpa syarat.
Selain itu, sekeping foto yang menunjukkan lapan pelajar wanita berpakaian seragam sekolah sedang berdiri dengan tujuh daripadanya merupakan wanita berusia, turut disebarkan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya bertindak membuka kertas siasatan dan menjalankan gerakan mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut.
“Kenyataan yang tersebar menerusi WhatsApp ini mampu mendatangkan kegusaran kepada masyarakat apatah lagi ia tidak pernah terjadi dan palsu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati setakat ini tiada laporan polis berkenaan kes penculikan dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kegusaran kepada orang awam yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Katanya, orang ramai dinasihat agar lebih bertanggungjawab dalam menghebahkan sebarang maklumat terutama berkaitan isu keselamatan yang mampu mengugat kententeraman awam. – BERNAMA
TOP
Suami Isteri Perlu Bantuan Biaya Kepercayaan Anak Sakit Saraf
JITRA: Ku Zarina Ku Bahadun, 39, (kiri) menyuapkan susu khas kepada Nor Aina Syazwana Husna A Amir, 8, (tengah) yang menghidap penyakit Acute Necrotizing Encephalopathy Childhood (ANEC) ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Tanjong Kapur di sini hari ini. - Foto BERNAMA
JITRA – Sepasang suami isteri merayu kepada orang ramai yang prihatin bagi membantu membiayai perbelanjaan bulanan anak perempuan mereka yang menghidap sejenis penyakit saraf sejak April lalu.
Anak keempat daripada enam beradik, Nor Aina Syazwana Husna A. Amir, 8, dari Kampung Tanjong Kapur di sini disahkan menghidap “Acute Necrotizing Encephalopathy Childhood” (ANEC), selepas demam panas dan cirit birit pada 9 April lepas.
A. Amir Abdullah, 44, berkata anaknya itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selama 60 hari dan tidak sedarkan diri selama 25 hari serta tidak boleh berjalan seperti sebelum ini.
A. Amir yang bekerja sebagai peniaga air di tepi jalan berkata dia dan isteri Ku Zarina Ku Bahadun, 39, tidak boleh bekerja tetap kerana terpaksa memberi perhatian sepenuhnya kepada Nor Aina yang terlantar. “Anak saya perlu minum susu khas dan perlukan lampin pakai buang dan setiap bulan saya perlukan lebih RM500 untuknya. Saya mengharapkan bantuan orang ramai untuk saya membeli keperluannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. A. Amir berkata pendapatan hasil perniagaannya hanyalah kira-kira RM40 sehari dan ia tidak cukup untuk menampung kehidupan anak-anaknya berusia tiga hinnga 16 tahun yang masih bersekolah. “Saya ada minta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra tetapi mereka cakap anak saya tak layak. Kad OKU (orang kelainan upaya) dah dapat tetapi bantuan mereka cakap akan beri selepas anak saya sembuh dan masuk ke sekolah. Saya perlukan bantuan itu pada masa sekarang kerana nak beli susu khas bernilai RM139 dan memerlukan empat tin sebulan,” katanya. Dia yang baharu sahaja kembali berniaga berharap orang ramai dapat membantu anaknya sebelum dia dapat mengukuhkan kembali kewangannya semula. Ku Zarina pula berkata anaknya sebelum ini aktif dan merupakan penolong ketua kelas di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi A. Amir di talian 011-24011564 atau melalui akaun Bank Rakyat 22-022-144983-7 (Nur Aina Syazwana A. Amir). – BERNAMA

Skuad Berbasikal Lebuh Raya Sasar Satu Pingat Emas
INCHEON – Sukan berbasikal lebuh raya mahu memperbaiki pencapaian Sukan Para Asia di Guangzhou dengan merebut sekurang-kurangnya satu pingat emas pada temasya kali ini di Incheon, Korea Selatan.
Pengurus pasukan, Ramlay Ibrahim berkata pada temasya lepas, Malaysia sekadar berakhir di kedudukan kelima tanpa sebarang kutipan pingat.
“Masa di Guangzhou, kita terlalu muda dalam dunia sukan berbasikal lebuh raya…tapi selepas empat tahun, saya rasa atlet-atlet kita sudah bersedia untuk beraksi.
“Namun, ada antara mereka yang masih baharu tapi dari segi pemerhatian saya dan jurulatih, mereka memang semakin bagus,” katanya kepada Bernama di Arena Berbasikal Lebuhraya Songdo, di sini hari ini.
Skuad berbasikal lebuh raya negara menyasarkan acara Perlumbaan 96km Wanita dan Lelaki B akan menghadiahi pingat emas pertama sukan itu.
Ramlay berkata sejak Majlis Sukan Negara mula menyediakan program latihan dan pembangunan kepada atlet paralimpik, prestasi skuad lebuh raya negara kian meningkat.
Pada hari pertama acara itu dipertandingkan, bagi acara Ujian Masa Campuran MB&WB, Malaysia sekadar berakhir di tempat kelima melalui Mohd Khairul Hazwab Wahab dengan masa 32 minit 26.44 saat manakala Mohd Yusaini Yusop (33:26.44) di kedudukan keenam.
Malaysia bukan sahaja gagal dalam satu acara tetapi turut menerima nasib malang apabila tewas dalam acara Ujian Masa Campuran MC1-5 & WC1-5.
Mohd Najib Turano dengan cacatan masa 22:48.69 berada di kedudukan keenam manakala Shukor Farhan Suliman (24:03.43S), Zuhairie Ahmad Tarmizi (24:50.70s) dan Mohd Saifuddin Rosli (24:58.37s) masing-masing di kedudukan kesembilan, 10 dan 11. – BERNAMA
TOP
Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN – Sebanyak 278 jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas di sini, hari ini.
Pengarah Lembaga Tabung Haji negeri, Wahyudin Tamimi berkata kumpulan berkenaan berlepas dengan pesawat KT21 pada 9.40 malam waktu Arab Saudi dan tiba di sini pada 11.40 pagi, waktu tempatan.
“Terdapat lima lagi penerbangan membawa pulang 1,396 jemaah haji antara 23 Okt hingga 5 Nov,” katanya kepada pemberita ketika menyambut jemaah haji berkenaan.
Katanya, kesemua jemaah yang terdiri daripada 130 jemaah lelaki dan 148 jemaah wanita itu berada dalam keadaan sihat dan urusan perjalanan pulang mereka berjalan lancar.
Sementara itu seorang jemaah, Kamal Rusdi Hashim, 24, melahirkan kesyukuran kerana berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu pada usia muda dan insaf melihat rakan jemaah yang mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dibantu sewaktu di tanah suci.
Graduan Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan dari Universiti Malaysia Perlis itu turut kagum dengan sambutan yang diberi penduduk Mekah dan Madinah yang menggelar jemaah Malaysia sebagai ‘burung-burung syurga’.
“Mungkin dengan adab, akhlak serta sikap lemah lembut yang jemaah kita tonjolkan menyebabkan mereka memberi pengiktirafan sebegitu,” katanya.
Bagi Zaharah Hashim, 71, keadaan cuaca di tanah suci dirasakan begitu nyaman walaupun kadangkala suhu mencecah sehingga 40 darjah celcius dan beliau dapat menunaikan ibadah haji dengan tenang dan teratur.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Layanan petugas haji juga bagus dan mereka cepat menghulur bantuan terutama kepada suami yang baru sembuh dari penyakit angin ahmar,” katanya dari Selama Perak. – BERNAMA
TOP
Polis Marin gagalkan Cubaan Seludup 6,000 Liter Diesel
Facebook PDRM
TAWAU – Seorang juragan kapal warga tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kerana cuba menyeludup minyak diesel bersubsidi di perairan pelabuhan dekat sini pada 19 Oktober lepas. Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi itu pasukannya telah memeriksa sebuah kapal bernama ‘KLM CITRA PELAMAR’ yang dalam keadaan mencurigakan. “Setelah diperiksa kami mendapati enam buah tangki di atas kapal tersebut mengandungi 6,000 liter diesel dan juragan kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan minyak tersebut,” katanya lagi. “Kami telah menahan juragan tersebut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala diesel serta kapal dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau,” ujar beliau lagi. Kesemua rampasan termasuk kapal dianggarkan bernilai hampir RM498,000. – Facebook PDRM

Pendaftaran GST Lepasi Angka 100,000
KUALA LUMPUR – Bilangan syarikat yang mendaftar untuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah melepasi 100,000 syarikat setakat semalam.
Jumlah terkini ialah 100,358 buah, iaitu meningkat 2,226 syarikat berbanding Isnin, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam kenyataan di sini.
Menurut kenyataan itu, statistik menunjukkan lebih banyak syarikat mendaftar untuk GST sebelum tarikh akhir pada 31 Dis 2014.
Kerajaan menyasarkan 140,000 syarikat mendaftar di bawah sistem percukaian baharu itu yang akan dilaksana bermula 1 April 2015. – BERNAMA
TOP
Usaha Baik Pulih Apartment Teratai Dipergiat
HULU SELANGOR – Usaha membaikpulih dan memantau pergerakan tanah di Apartment Teratai, Taman Bunga Raya, di Bukit Beruntung di sini terus dipergiatkan hari ini.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati seawal jam 9 pagi, dua buah kren dan sebuah lori pengangkut sudah melakukan kerja-kerja membaiki tembok runtuhan, membersihkan kawasan tanah, mengangkut sisa-sisa pecahan tembok yang bertaburan di kawasan terbabit.
Turut kelihatan beberapa pasukan penyelamat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bagi memantau pergerakan tanah serta mengawasi kawasan runtuhan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal laluan keluar-masuk kenderaan penduduk di kawasan itu yang disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Pasukan penyelamat seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart Team) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut berada di lokasi kejadian bagi merawat jika ada mangsa yang cedera.
Difahamkan pemantauan pergerakan tanah dilakukan dari atas cerun tanah di kawasan terbabit oleh JKR, bomba, Ahli Geologis, dan JPAM.
Penduduk di dua blok terlibat juga dibenarkan untuk masuk ke rumah masing-masing hari ini untuk mengambil barang milik mereka selama 10 minit dengan diawasi oleh pasukan Rela.
Sehingga kini, sebanyak 219 keluarga membabitkan 860 penduduk yang menetap di dua blok Apartment berkenaan terlibat dalam insiden kira-kira 10 pagi, Isnin.
Mereka kini ditempatkan di tiga penempatan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 (142 keluarga, 517 orang), Sekolah Kebangsaan Taman Bunga 2 (45 keluarga, 196 orang) dan Sekolah Menengah Taman Bunga Raya 1 (32 keluarga, 147 orang). – BERNAMA
TOP
Pes Masakan Cina Sasar Perluas Pasaran Di Luar Kelantan
KOTA BHARU: Pengusaha pes berasaskan masakan Cina berjenama The Oriental, Noor Azlina Che Harun, 33 menunjukkan antara produk keluarannya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU – Penggemar masakan Cina terutama di negeri-negeri di pantai timur bakal berpeluang menikmati masakan seperti ‘ikan tiga rasa’ di rumah sendiri menggunakan pes jenama ‘The Oriental’, keluaran pengusaha industri kecil dan sederhana di sini, Noor Azlina Che Harun. Noor Azlina, 33, berkata pes yang dihasilkannya secara kecil-kecilan sejak dua bulan lepas di rumahnya di Taman Sri Aman, Panji di sini mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh Kelantan. “Lebih 1,000 peket pes ini dapat dijual dalam tempoh dua bulan ini dan saya bercadang memperluas pasaran ke luar Kelantan kerana sudah ada permintaan terutama dari negeri-negeri berjiran,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Katanya beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah terutama bagi pelanggan di sekitar daerah ini dan merancang untuk melebarkan perkhidmatan itu ke jajahan lain. “Saya mula menghasilkan pes ini selepas restoran yang saya jalankan ‘The Oriental’ sejak lima tahun lepas ditutup beberapa bulan lalu kerana pemilik tidak mahu lagi menyewakannya premisnya itu. “Ramai pelanggan menghubungi saya meminta saya meneruskan perniagaan dengan menghasilkan pes masakan,” katanya. Buat masa ini beliau menghasilkan pes ‘ikan tiga rasa’, ‘ayam masak mongolian’, ‘ayam masak lemon’, masakan ‘nyonya’ dan pes kerabu mangga serta merancang untuk menambah beberapa jenis pes lagi dalam masa terdekat. “Setiap peket 500 gram itu berharga antara RM13 dan RM20, serta boleh diguna untuk sehingga tiga kali masakan,” katanya. Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 012-6925563. – BERNAMA

2 Kanak-Kanak Maut Nahas Di Sandakan
SANDAKAN – Dua kanak kanak perempuan berusia lapan tahun maut apabila kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Batu 26, Jalan Labuk, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 5.45 petang itu, kedua-dua mangsa yang belum dikenal pasti identitinya, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent.
Tujuh lagi mangsa kini menerima rawatan di hospital sama.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali, mengesahkan kejadian itu sebentar tadi. – BH Online
TOP
Liga Juara-Juara Eropah Catat Rekod 40 Gol Dalam Satu Malam
Penyokong Bayern Munich menyalakan suar di kawasan tempat duduk penonton semasa perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Roma di Stadium Olimpik di Rome, Itali.
LONDON – Bayern Munich, Chelsea dan Shakhtar Donetsk berpesta gol ketika Liga Juara-Juara Eropah memukau penonton dengan rekod 40 gol dalam satu malam membabitkan lapan perlawanan. Bayern yang mengatasi Roma 7-1, Chelsea yang membelasah Maribor 6-0 dan Shakhtar yang membenam Bate Borisov 7-0, menyumbang 20 gol pada malam yang sukar dilupai pemain pertahanan dan penjaga gol. Shakhtar dari Ukraine menjadi pasukan pertama menjaringkan enam gol dalam separuh masa pertama perlawanan Liga Juara-Juara dan kemenangan itu menyamai rekod terbaik bagi pasukan pelawat. Penyerang Shakhtar dari Brazil, Luiz Adriano menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat gol sebelum rehat dan dengan catatan masa 17 minit, beliau memegang rekod penjaring empat gol paling pantas. Beliau menambah satu gol lagi pada lewat permainan untuk menyertai Lionel Messi sebagai pemain yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara. Messi menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Ajax untuk menyamai Cristiano Ronaldo dengan sejumlah 69 gol dalam saingan Liga Juara-Juara, hanya kurang dua gol berbanding pemegang rekod, Raul. Kemenangan Chelsea ke atas Maribor adalah rekod jaringan terbesar pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara. Dalam perlawanan lain yang menyaksikan banyak jaringan, Schalke menewaskan Sporting 4-3. – Reuters

Program ‘ I Want To Touch A Dog’ Tak Boleh Berulang
ALOR SETAR – Pihak berkuasa perlu memastikan program ‘I Want To Touch A Dog’ yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, Ahad lepas, tidak berulang kerana ia secara terang-terangan menghina agama Islam.
Pengarah Persatuan Jemaah Pondok-pondok Kedah Ustaz Sobri Osman berkata program itu tidak sepatutnya dianjurkan dan umat Islam yang mengikutinya jelas menunjukkan betapa ceteknya ilmu mereka.
“Kita sedia maklum bahawa Mazhab Syafie sudah menjelaskan bahawa anjing itu tergolong dalam kategori berat (najis mughallazah) jadi mengapa perlu mengajak umat Islam memegang benda yang haram sedangkan banyak lagi benda halal yang boleh dipegang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Malah, Sobri mencadangkan agar kempen seperti ‘Jangan Dekati Anjing’ diadakan, jika tujuannya untuk mengajar cara menyamak dengan betul.
“Melalui kempen sedemikian, para ilmuan dan ulama boleh memberi penjelasan mengenai hukum halal dan haram,” katanya menambah Pejabat Agama negeri perlu membanteras penganjuran program seperti itu daripada berlangsung, pada masa depan.
Program berkenaan mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. – BERNAMA
TOP
Jangan Terpedaya Pandangan Puak Ekstremis – Najib
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel bersalaman dengan sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terpedaya dengan pandangan puak ekstremis dalam perjalanan mereka untuk mencapai matlamat bersama. Beliau berkata mereka perlu berupaya mengatasi segelintir pihak yang mensensasikan pandangan sempit dan berpuak dengan memperakui dan bertegas dengan komitmen mereka terhadap satu sama lain. “Apa yang akan menjadikan Malaysia kekal kuat dan stabil bukannya segelintir pihak yang berkata sesuatu untuk memecah-belahkan kita tetapi sejumlah besar mereka yang melakukan pelbagai perkara untuk menyatukan kita,” katanya dalam perutusan Deepavali 2014. Perdana Menteri mengambil perhatian bahawa rakyat Malaysia membawa bersama adat resam dan tradisi unik mereka untuk melengkapi struktur masyarakat dan bekerja keras serta melakukan pengorbanan untuk menjadikan negara berada pada tahapnya sekarang. “Semua ini dapat dilakukan kerana semua rakyat Malaysia berkongsi aspirasi serupa untuk hidup dalam harmoni dan sejahtera dengan satu sama lain,” katanya. “Pastinya, kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat bersama kita tetapi kita perlu ingat bahawa kita mempunyai ramuan yang sama untuk berjaya. “Ramuan berkenaan adalah rasa cinta kepada negara Malaysia kita, rasa sayang sesama kita sebagai rakyat Malaysia dan bersikap sederhana dalam apa juga yang kita lakukan,” katanya. Perdana Menteri berkata formula kejayaan Malaysia telah diperakui bukan sahaja oleh negara jiran malah oleh dunia. Manifestasi terkini dalam perkara ini, katanya, adalah kejayaan besar negara yang diundi menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu baru-baru ini. “Kejayaan kita menduduki kerusi itu membuktikan penghormatan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dan pendekatan sederhana kita dalam menangani cabaran dalam negara, serantau dan antarabangsa,” katanya. Mengucapkan ‘Deepavali Vaalthukal’ atau Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu, Najib menggesa agar salam persahabatan dihulur kepada satu sama lain sempena perayaan ini selain memastikan rakyat dan negara terus harmoni serta makmur. “Tatkala kita berkongsi kegembiraan menyambut Deepavali bersama-sama, mari kita mengingatkan diri kita sendiri bahawa Pesta Cahaya ini menyatukan kita untuk menuju masa depan bersama-sama dengan harapan dan impian kita. “Saya menggesa masyarakat India untuk meneruskan kerjasama mereka dengan kerajaan berasaskan ‘nambikei’ (kepercayaan). Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan cahaya dan harapan sampai kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat,” katanya. - BERNAMA

Anggota Polis Trafik Didakwa Terima Suapan RM1,500
KUCHING – Seorang anggota polis trafik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan sebanyak RM1,500 pada 2013.
Tertuduh, Sarjan Zainudin Samad, 52, yang bertugas di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, berdepan tuduhan menerima rasuah daripada Rano Paimin, 35, di sebuah kedai makan, di Kota Samarahan, pada 8 Julai, tahun lalu.
Zainudin dituduh menerima suapan sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes kemalangan membabitkan Rano yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengakibatkan kemalangan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak lebih daripada lima kali ganda nilai suapan.
Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan 17, 20, dan 21 November depan untuk kes dibicarakan. – BH Online
TOP
PKNS Tak Pernah Terima Laporan Salah Laku Rasuah Azmin Ali
SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai salah laku rasuah terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberi kerjasama.
Beliau berkata demikian bagi merujuk laporan media berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika Azmin memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.
Ishak berkata PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.
Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan tersebut.
Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral. – BERNAMA
TOP
Malala Dianugerahkan Pingat ‘Liberty’
PHILADELPHIA – Malala Yousafzai, aktivis hak asasi kanak-kanak dan penerima termuda Hadiah keamanan Nobel, dianugerahkan Pingat ‘Liberty’ semalam dan berikrar akan mendermakan hadiah wang tunai AS$100,000 yang diterimanya kepada pendidikan di kampung halamannya di Pakistan.
Malala memenangi hadiah tahunan itu daripada ‘National Constitution Center’ (NCC) kerana keberanian dan ketabahannya menghadapi dugaan dan bersuara lantang bagi pihak mereka yang dinafikan hak asasi manusia dan kebebasan.
Dalam ucapannya remaja 17 tahun itu menyatakan hasratnya untuk melihat 57 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah diberikan hak terhadap pendidikan, yang kira-kira dua minggu lalu juga menerima hadiah Nobel bersama Kailash Satyarthi dari India.
“Saya amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini,” katanya dalam ucapannya yang diselang seli dengan senda gurauan.
“Ia menggalakkan saya untuk meneruskan kempen untuk pendidikan dan perjuangan hak asasi setiap kanak-kanak,” tambahnya, sambil mengumumkan hasratnya untuk menyalurkan wang tunai yang diterimanya bagi tujuan pendidikan di Pakistan.
Beliau menyeru negara di seluruh dunia supaya menghentikan perbelanjaan wang untuk senjata dan sebaliknya melabur dalam masa depan anak mereka.
“Pendidikan adalah senjata terbaik yang mana menerusinya kita dapat melawan kemiskinan, kejahilan dan keganasan. Oleh itu saya menggesa semua negara di dunia, marilah kita katakan tidak kepada peperangan,” tegasnya.
Pelajar berkenaan, yang kini tinggal di Britain, mula dikenali di Pakistan ketika berkempen untuk hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan.
Pada Oktober 2012, beliau ditembak di kepala oleh seorang lelaki bersenjata Taliban dan dipandang serong serta dibenci oleh ramai orang di Pakistan.
Malala kemudian dipindahkan ke Britain dan pulih daripada kecederaannya dan kini menghadiri sekolah di negara berkenaan serta terbang ke seluruh pelusuk dunia bagi menjuarai isu pendidikan menerusi Tabung Kebajikan Malala.
“Keberanian Malala bagi mendapatkan kebebasan dan keadilan daripada kekejaman adalah bukti bahawa seorang pemimpin yang komited, tidak kira usia, mempunyai kuasa untuk menyemarakkan gerakan pembaharuan,” kata Pengerusi NCC, Jeb Bush.
Tambahnya: “Marilah kita, tua atau muda, berusaha untuk menjadi seperti Malala – untuk mencabar keadaan sedia ada dan bertindak sebagai pemangkin bagi melakukan perubahan bermakna.”
Pingat ‘Liberty’ itu dianugerahkan kepada tokoh yang berjuang untuk kebebasan manusia di seluruh dunia.
Penerima sebelum ini termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat – George H W Bush dan Bill Clinton serta Nelson Mandela, Shimon Peres, Kofi Annan dan Bono. – AFP
TOP
Azlan Tak Hilang Fokus Raih Pingat Emas Untuk Negara
INCHEON – Gangguan selama lima minit berikutan bantahan teknikal daripada skuad olahraga Bahrain sebelum perlumbaan bermula dan kesakitan otot belakangnya tidak menggugat tumpuan Mohammad Azlan Mat Lazin meraih emas acara 400m Lelaki T36 pada Sukan Para Asia, di sini hari ini.
Mohammad Azlan wajar digelar sebagai ‘Hero Malaysia’ apabila meraih emas ketiganya hari ini, di Stadium Utama Asiad Incheon.
Beliau merekodkan catatan masa 59.84 saat untuk menjadi juara acara itu manakala seorang lagi atlet negara, Mohd Raduan Emeari meraih pingat gangsa dengan masa satu minit 02.24s.
“Masa lari tadi, kecederaan otot di belakang badan saya makin teruk dan kaki sedikit kejang tetapi jurulatih pesan supaya sentiasa bergerak sebelum acara bermula.
Alhamdulillah saya berjaya atasi kesakitan itu dan menang acara ini. Kemenangan ini sangat bermakna buat saya dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan.
Pingat perak acara tersebut dimenangi oleh atlet China, Gong Qiang selepas merekodkan catatan masa 1:00.50s.
Emas pertama milik Mohd Azlan adalah menerusi acara 100m lelaki T36, yang diraihnya pada Isnin dan emas kedua adalah melalui 200m Lelaki T36 pada Selasa.
Kontinjen negara dengan 135 atlet bertanding dalam 15 daripada 25 acara yang dipertandingkan, menetapkan sasaran memperbaiki pencapaian sembilan emas yang diraih pada temasya 2010 di Guangzhou, China. – BERNAMA
TOP
VIDEO: 7 Lagu Yang Anda Tak Tahu Ciptaan Penyanyi Chandelier, Sia
Figura ini sedang meniti kemasyhuran dengan lagu-lagu dendangan yang mesra di halwa telinga peminat, antaranya Titanium duet bersama David Guetta dan terbaru, Chandelier.
Sia Furler atau nama asalnya Sia Kate Isobelle Furler,39, dilahirkan di Australia. Selain menyanyi, Sia juga mencipta lagunya sendiri. Kreatif kan?
Namun, tidak ramai yang tahu, lagu-lagu yang menduduki carta teratas Billboard nyanyian bintang popular dunia lain juga ada antaranya merupakan hasil sentuhan beliau.
Siapa sahaja yang tak pernah dengar lagu nyanyian Rihanna, Diamonds bukan? Jangan terkejut kerana lagu ini merupakan hasil gubahan Sia, malah Sia juga pernah menyanyikan lagu tersebut beberapa kali.
Lagu nyanyian bintang Glee, Lea Michelle yang menceritakan tentang kegigihannya melalui kehidupan tanpa kekasih yang telah mati, Cory Montieth juga digubah oleh Sia. Ujar Lea, pertama kali mendengar lagu tersebut dia terus jatuh suka dan ingin menyanyikannya. Bukan setakat itu, lagu nyanyian Ne-Yo, Let Me Love You juga merupakan hasil ciptaan Sia. Sia juga berjaya mendapatkan bintang kontroversi yang pernah membotakkan kepala, Britney Spears untuk menyanyikan lagunya. Dalam album Britney Jean, lagu Perfume digubah oleh Sia. Sia turut pernah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu tersebut, malah versi vokal lantangnya lebih memukau berbanding versi dinyanyikan oleh Britney sendiri!
Radioactive, salah satu lagu yang mengangkat nama Rita Ora juga digubah oleh penyanyi wanita berbakat ini. Bukan sekadar lagu untuk dimuatkan dalam album, Sia juga berkolaborasi dengan beberapa pencipta lain untuk menghasilkan lagu Piala Dunia 2014 yang baru berlalu. Lagu dendangan rapper Pitbull, Jennifer Lopez dan Claudia Leitte bertajuk We Are One (Ole Ola) bagaimana pun menerima kritikan terutama daripada masyarakat Brazil kerana kekurangan elemen negara penganjur acara bola sepak terbesar itu. Lagu ketujuh yang mendapat sentuhan Sia adalah nyanyian bintang terkenal, Beyonce. Melalui album terbaru diva tersebut, Sia menyumbangkan lagu untuk track pertama bertajuk Pretty Hurts. Uniknya, sebelum dimiliki Beyonce, lagu tersebut diberikan kepada Katy Perry namun email lagu tersebut tidak disemak oleh Katy, lantas ia diberikan kepada Rihanna. Namun, Rihanna tidak memberi sebarang kata putus berkenaan hak milik lagu tersebut sebelum Beyonce memilih untuk memasukkannya ke dalam album bertajuk ‘Beyonce’.
Untung betul Sia kerana lagu-lagu ciptaannya dinyanyikan oleh barisan bintang terkenal. Selain tujuh penyanyi popular di atas, Sia juga pernah mencipta lagu untuk Celine Dion, Kylie Minogue dan Christina Aguilera. - MYNEWSHUB

Burgerbyte Kekal Harga Walaupun GST Dilaksana
RANGKAIAN francais burger tempatan, Burgerbyte Sdn Bhd (Burgerbyte) tidak akan menaikkan harga makanannya walaupun selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan April 2015.
Memetik Sinar Harian, Pengarah Urusannya, Datuk Mohd Najib Zakaria berkata, Burgerbyte akan menanggung cukai yang dikenakan dan sedang menunggu untuk memperoleh permit mengimport daging.
“Jika dapat permit tersebut, kami tidak perlu berurusan dengan orang tengah yang turut akan mengenakan GST dan sekali gus menambah kos yang kami akan tanggung.
“Adalah lebih baik jika kami mendapatkan permit itu dan harga makanan kami tidak akan dinaikkan kerana kami mampu mengawal harga tersebut,” katanya ketika majlis pembukaan Burgerbyte cawangan Shah Alam, baru-baru ini.
Selebriti Zizan Razak turut menjadi francaisi kepada jenama itu dan membukannya di Damansara Perdana, Sentul dan Senawang, Negeri Sembilan.
Mohd Najib berkata, isu permit mengimport daging antara cabaran yang dihadapi Burgerbyte sebelum GST dilaksanakan dan sekiranya berjaya, mereka mampu meminimumkan kos yang ditanggung.
Beliau berkata, pelaburan melalui ‘licensing’ Burgerbyte diantara RM350,000 hingga RM450,000 .
Menawarkan kepelbagaian menu, daripada masakan Barat merentas citarasa Italy tanpa mengenepikan keunikan masakan Asia, antara menu ‘signature’ Burgerbyte adalah Spaghetti, Pasta dan Westernize Nasi Arab.
Ditanya mengenai cawangan Burgerbyte, Mohd Najib berkata, pembukaan di Shah Alam menjadikan jumlah keseluruhan kedai Burgerbyte kepada 12 cawangan.
“Kami juga akan buka dua cawangan Burgerbyte sehingga hujung tahun ini di Pasar Karat Johor Bahru, Johor dan Ampang, Kuala Lumpur.
Burgerbyte Shah Alam turut memberi diskaun 10 peratus kepada pelajar institut pengajian tinggi di sekitar Shah Alam apabila menikmati makanan di situ dengan mempamerkan kad pelajar mereka. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Tak Lindungi Ahli Politik Terlibat Jenayah
LUMUT – Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk ahli politik yang didapati terlibat dengan kegiatan jenayah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan terdapat ahli politik di negeri ini terlibat kegiatan jenayah.
“Kerajaan negeri tidak pernah menyembunyikan apa-apa perkara kerana soal keselamatan merupakan perkara yang serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Pembantu Khas Menteri Besar Datuk V. Elango di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.
Berhubung laporan sebuah akhbar baru-baru bahawa kawasan perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga di negeri ini dikuasai kumpulan mafia yang melakukan pelbagai kegiatan jenayah, Zambry berkata laporan itu perlu dibuktikan.
Semalam, Polis Perak menafikan dakwaan wujudnya kegiatan kumpulan mafia yang bermaharajalela di kawasan terbabit. – BERNAMA
TOP
Sub Kontraktor Maut Ditikam 2 Pekerja
Akibat pertengkaran, seorang sub kontraktor kilang percetakkan maut ditikam oleh dua pekerja dalam kejadian yang berlaku di Flat Taman Gembira, Johor Baharu.
Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, mangsa Lee Chee Mian, 48 meninggal dunia sejurus tiba di sebuah poliklinik.
“Difahamkan Lee pergi ke flat berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 petang untuk bertemu dua pekerjanya yang menyewa di situ kerana kedua-dua pekerja terbabit tidak hadir bekerja di sebelah petang dan hanya bekerja separuh hari.
“Telah berlaku pertengkaran di luar rumah antara Lee dan kedua-dua pekerja rakyat Vietnam itu sehingga menyebabkan Lee ditikam menggunakan senjata tajam di bahagian rusuk kanan,” ulas beliau.
Kata Sulaiman lagi, Lee berjaya untuk pergi ke poliklinik yang terletak lebih kurang 500 meter dari flat itu, namun rebah ketika tiba dan disahkan mati.
Hasil bedah siasat mendapati, kesan tiga tikaman ditemui dan ia menembusi jantung lantas menjadi punca kematian Lee.
Setakat ini polis percaya motif kes berkenaan ada kena mengena dengan soal kerja dan bayaran gaji.
“Sehubungan kejadian itu, polis kini menahan lima lelaki rakyat Vietnam yang kesemuanya pekerja Lee bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.” – MYNEWSHUB
TOP
Misi Sulung Berjaya, 3 Pendaki MP Sepang Takluk Gunung Kinabalu
Norrehan Amat Kasman (kanan), Mohd Nor Amirrudin Ab Karim serta Afrizal Azwan Suhaimi (tengah) mengibarkan bendera MP Sepang sebagai simbolik kejayaan mereka menakluki puncak Kinabalu, kelmarin.
KOTA KINABALU- Tiga pendaki Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) di bawah Kelab Sukan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menamatkan pendakian di Gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu buat pertama kali, di sini, kelmarin. Rombongan diketuai Ketua Unit Perkhidmatan Bandar, Norrehan Amat Kasman bersama dua pendaki lain iaitu Ketua Unit Undang-Undang Mohd Nor Amirrudin Ab Karim dan Afrizal Azwan Suhaimi. Menurut Norrehan, “ Laluan pendakian gunung tertinggi di Asia Tenggara ini tidak begitu menguji kelasakan, sebaliknya memerlukan pendaki memiliki kekuatan fizikal dan daya ketahanan altitud kerana perlu berjalan menaiki tangga dan memaut tali untuk memanjat curam batu sebelum sampai ke puncak. Selain persiapan mental, kaedah pernafasan dan pergerakan mendaki jadi keutamaan.” Tambahnya, hanya mereka yang berjaya tiba di puncak Kinabalu mampu menghargai pengalaman pendakian yang telah ditempuh dan lebih nikmat lagi apabila perjalanan lancar tanpa melibatkan sebarang masalah atau kecederaan. Beliau berharap misi seperti ini dapat menyuntik semangat kakitangan MP Sepang yang lain untuk meneruskan aktiviti mendaki dengan menjadikannya acara tahunan sekaligus menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain. – MYNEWSHUB.CC

PERHILITAN Pindah Gajah Liar Ke Taman Negara
SEEKOR gajah liar yang ditemui meraya-rayau di kebun kelapa sawit di Kampung Air Putih, Chukai, Terengganu berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu dan dipindahkan ke Taman Negara semalam.
Pengarah Perhilitan, Yusoff Shariff berkata, gajah jantan seberat 2.3 tan metrik yang ditangkap lima hari lalu ditempatkan di satu kawasan berhampiran sebelum dipindahkan.
Beliau berkata, operasi memindahkan gajah berusia 20 tahun itu membabitkan 20 kakitangan PERHILITAN dengan 10 daripadanya dari Kuala Terengganu dan 10 lagi dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.
“Kami mengambil masa dua jam untuk menaikkan gajah berkenaan ke atas lori. Dua ekor gajah betina yang dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, turut digunakan untuk memujuk gajah berkenaan.
“Operasi bermula jam 9 pagi dan tamat kira-kira 11 pagi. Kami terpaksa menempatkan dulu gajah berkenaan di kawasan berhampiran ia dijumpai dan hanya memindahkannya ke Taman Negara selepas lima hari berikutan kekurangan kakitangan,” katanya ketika bercakap kepada Harian Metro.
Yusoff berkata, gajah berkenaan ditangkap ketika merayau dalam kebun kelapa sawit milik penduduk kampung dengan menembaknya menggunakan senapang dan peluru pelali.
“Kami diberitahu gajah itu selalu masuk kekawasan kebun penduduk kampung dan merosakkan tanaman kelapa sawit bersama dua ekor lagi gajah. Bagaimanapun, ketika ditangkap, dua ekor gajah terbabit lari ke hutan,” katanya.
Penduduk kampung dan pemilik kebun kelapa sawit diingatkan supaya segera melaporkan kepada PERHILITAN sekiranya terdapat gajah liar mengganggu tanaman mereka serta tidak mengambil tindakan sendiri termasuk meracun haiwan liar terbabit. :-MYNEWSHUB.CC
TOP
Manchester City Perlu Jadi Lebih Baik – Kompany
MOSCOW – Kapten Manchester City, Vincent Kompany mengakui kelab itu perlu tampil lebih bertenaga seandainya mahu layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah selepas diikat CSKA Moscow seri 2-2 di laman lawan, awal pagi tadi.
Juara Inggeris itu seakan mampu membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan Kumpulan E itu selepas mendahului 2-0 berakhir babak pertama namun aksi longlai babak kedua memaksa mereka terus gagal memburu kemenangan pertama dalam kempen Eropah musim ini.
Pemain CSKA, Seydou Doumbia merapatkan defisit sebelum Bebars Natcho menyamakan kedudukan menerusi penalti pada lewat perlawanan meninggalkan City kekal di kedudukan ketiga kumpulan.
“Dalam kejohanan ini, perbezaannya sentiasa kecil,” kata Kompany yang masih percaya City dinafikan penalti oleh pengadil pada babak pertama perlawanan.
“Jelas babak pertama kami bagus dan kedua tidak begitu baik. Semuanya tidak menjadi buat kami dan bagi saya keadaan seperti itu mendatangkan masalah kepada kami.
“Namun kami perlu melihat kepada diri kami sendiri dan kami sedar perlu menang dan tahu kami perlu menjadi lebih baik,” katanya.
Perlawanan menentang CSKA berlangsung dalam suasana asing di stadium kosong dengan City meledak gol pembukaan menerusi Sergio Aguero sebelum James Milner meletakkan City selesa 2-0 berakhir babak pertama. – Reuters
TOP
KAFA Tidak Cukup Dana Beli Pemain Mahal
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengakui pasukan The Red Warriors (TRW) berhadapan cabaran getir untuk mengharungi musim baharu pada tahun depan.
Ia berikutan kebanyakan pasukan lain kini menerima peruntukan antara RM8 hingga RM10 juta untuk membentuk pasukan bagi musim 2015 sedangkan KAFA terpaksa bermula tanpa sebarang dana atau peruntukan besar.
“Ada bertanya apa cabaran TRW pada musim 2015 dan bagaimana mahu melawan Selangor, Kedah, Felda, Pahang, JDT, PDRM dan lain-lain pasukan.
“Sebenarnya sukar nak jawab. Dulu sewaktu orang tak berani berbelanja saya memberanikan diri membeli dan membawa balik pemain. Sekarang situasi sudah berubah. Semua pasukan utama diberi bajet RM8 hingga RM10 juta atau lebih untuk membentuk pasukan manakala kita memulakan musim 2015 tanpa sebarang dana atau peruntukan,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Annuar turut mengakui TRW berhadapan cabaran untuk mendapatkan pemain-pemain kerana gaji para pemain bola sepak tempatan berprestasi tinggi kini mencecah antara RM700,000 hingga RM800,000 sebulan.
Jelas beliau, senario itu secara tidak langsung menyaksikan gaji pemain bola sepak tempatan kini lebih tinggi berbanding gaji pemain import.
Justeru, katanya, Jawatankuasa KAFA yang baharu bagi musim depan yang akan dipilih pada 15 November ini perlu memikul tanggungjawab yang cukup berat untuk menangani isu itu.- mynewsub
TOP
PBNJ Jamin Harga Tiket Stadium Larkin Kekal
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memberi jaminan harga tiket bagi perlawanan separh akhir kedua Piala Malaysia 2014 di Stadium Larkin pada 25 Oktober ini kekal seperti biasa.
PBNJ dalam satu kenyataan memeberitahu, tiada sebarang tambahan harga tiket dikenakan meskipun perlawanan itu merupakan aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Felda United.
“Tidak akan ada penambahan atau perbezaan harga tiket di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos walaupun ia perlawanan separuh akhir Oppo Piala Malaysia.
“Itulah sebagaimana yang dijanjikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selagi baginda memegang jawatan Presiden PBNJ,” kata kenyataan itu hari ini.
Justeru, PBNJ menyeru penyokong dan peminat bola sepak Johor hadir ke Stadium Larkin pada Sabtu ini bagi menyaksikan pertembungan semula JDT dan Felda United.
Skuad Felda United mencatat kemenangan tipis apabila berjaya menewaskan JDT 4-3 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, Selangor baru-baru ini.
Perlawanan di atas padang basah dan licin gara-gara hujan lebat sebelum perlawanan ternyata menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan terutama pemain JDT.- mynewsub
TOP
UMNO NS Kesal Dakwaan Orang Melayu Adalah Pendatang
SEREMBAN – Umno Negeri Sembilan menyuarakan rasa kesal, tidak puas hati dan kecewa dengan sikap seorang perwakilan Gerakan yang mendakwa orang Melayu adalah pendatang dan meminta parti itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap perwakilan itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu terkandung dalam pernyataan yang diputuskan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Rembau semalam.
“Saya harap Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan partinya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius, bukan ditolak begitu sahaja dengan menyatakan ini suara perseorangan dan jangan minta maaf dengan cara yang sambil lewa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali anggota Majlis Tertinggi MIC Kebangsaan yang juga Ketua MIC Bahagian Rembau Datuk V.S. Mogan di Taman Rantau, Rantau dekat sini, hari ini.
Ahad lepas, wakil Gerakan Johor Tan Lai Soon dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam, Selangor mengingatkan pemimpin Umno agar tidak menggunakan kenyataan pendatang kepada kaum lain dan turut mendakwa orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.
Tan mendakwa orang Melayu, Cina, India adalah pendatang, kecuali Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang menjadi penduduk asal negara ini.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata kenyataan itu adalah salah baik dari segi fakta sejarah, fakta geografi dan sebagainya.
“Orang Melayu bukan pendatang … orang Melayu tinggal di sini sebagai satu Kepulauan Melayu. Wujudnya Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga negara lain adalah disebabkan oleh penjajah yang datang yang membahagi-bahagikan negara ini.
Jadi, tidak timbul soal orang Melayu pendatang ataupun tidak.
“Saya hendak nyatakan di sini bahawa sikap sebegini kita tolak dan kita merasa amat marah kerana masih ada lagi orang bersikap sebegini,” katanya. – BERNAMA
TOP
Demi Jaga Hati Terpaksalah Bermuka-Muka, Kata Aishah Ilias
Mungkin namanya belum mampu untuk duduk sebaris dengan bintang seperti Tasha Shila ataupun Anzalna Nasir, namun bahang populariti mula dikecapi pelakon ini sedikit demi sedikit.
Nama Aishah Illias mula melonjak naik apabila menjadi watak utama dalam drama bersiri terpanjang Malaysia, Cinta Ibadah yang mula ditayangkan semenjak September lepas.
Drama ini bakal ditayangkan sebanyak 130 episod di Astro Prima. Wah, dah macam telenovela.
Namun, perkara tipikal yang akan menghimpit setiap selebriti terutama yang sedang meningkat naik seperti Aishah adalah masalah disiplin. Menurut laporan dari Berita Harian, nama Aishah menjadi hangat dalam kalangan pelakon senior malahan kru kerana berlagak seperti seorang diva. “Saya memang terkejut dengan cerita ini. Tuduhan saya lewat ke set itu saya sendiri pelik kenapa boleh timbul. “Saya cuba sedaya upaya datang awal ke lokasi penggambaran walaupun hari-hari ‘call-time’ saya pukul 7 pagi dan pulang paling awal jam 12 tengah malam,” ujar Aishah. Namun, Aishah tidak menafikan bahawa dia pernah terlewat beberapa kali untuk tiba tepat pada masa, walau bagaimana pun ia tidak melebihi dari setengah jam. “Bayangkan saya pernah tidur dalam kereta kerana takut terbabas tidur dan lambat ke set penggambaran,” katanya kepada akhbar berkenaan. Ujarnya lagi, “Saya di set penggambaran pun tak bercakap sangat sebab sibuk baca skrip yang panjang lebar. Dulu saya pernah terkena di set drama yang sama apabila orang bercakap saya berlagak diva apabila buat hal sendiri.” “Bayangkan saya buat hal sendiri pun boleh timbul cerita kurang enak, apatah lagi kalau saya bergaul mesra. Jadi nak tak nak, saya kena berjaga-jaga. Kena bermuka-muka. Tapi saya tahu ini semua permainan dalam industri seni.” – MYNEWSHUB

Pemandu Jentolak Mabuk Bunuh CEO Sykt Minyak Terbesar Perancis
Christophe de Margerie, eksekutif minyak Perancis yang terbunuh malam Isnin lalu apabila jet peribadinya merempuh jentolak salji di landasan penerbangan Moscow, adalah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak Perancis terbesar, TOTAL.
Dikenali sebagai Si Kumis Besar di kalangan rakan-rakan, gelaran itu adalah panggilan mesra mereka di kalangan ketua-ketua negara, terutama negara yang kaya dengan minyak di Teluk Parsi. Beliau turut dikenali dengan personaliti berkarisma dalam membuat tawaran. Insiden yang meragut nyawa berlaku jam 11.57 malam waktu Moscow. Jarak penglihatan ketika itu sejauh 350 meter.
Menurut jurucakap Rusia, pemandu jentolak salji dipercayai mabuk mungkin menyimpang ke landasan secara tidak sengaja ketika pesawat De Margerie ingin berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo. Tiga anak kapal turut meninggal dunia. De Margerie baru saja meninggalkan persidangan pelaburan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dmitri Medvedev dan ingin kembali ke Paris. Pada persidangan itu, beliau bertegas dan berpendapat bahawa syarikat-syarikat minyak Barat perlu terus menyambung urusniaga dengan Rusia walaupun berlaku krisis di Ukraine. Sangat mengutamakan sentuhan peribadi, antara kata-kata mendiang yang paling diingati adalah “Tidak ada yang dapat menggantikan kehangatan manusia dan berjabat tangan. Anda tidak akan dapat memenangi kontrak melalui telefon.”
Suspek, pemandu jentolak salji menafikan dia mabuk ketika mengendalikan jentera itu.
Beliau dilantik menjadi pengarah eksplorasi dan pengeluaran sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada 2007, selain mengambil peranan tambahan sebagai Pengerusi pada 2010. Walaupun TOTAL sudah menjadi pemimpin industri ketika De Margerie menjadi ketua, beliau bertanggung jawab memenangi kontrak penggerudian untuk mendapat prospek pertumbuhan syarikat seperti di Iraq, Kurdistan, Myanmar, Qatar dan Rusia. De Margerie meninggalkan seorang isteri, Bernadette, naib presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu anak-anak yatim, dan tiga anak iaitu Laetitia, Diane dan Fabrice.
De Margerie dan isterinya Bernadette. Mendiang memperoleh pendapatan RM8.3 juta setahun sebagai CEO TOTAL. TOTAL merupakan syarikat minyak ketiga terbesar dunia. - MYNEWSHUB.CC

Romli Terus Gigih Perjuangkan Seni Awang Batil Di Perlis
HANYA tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi sebelum Tahun Melawat Malaysia 2014 melabuhkan tirainya.
Jika anda masih belum berkesempatan untuk menjelajah negeri-negeri di serata Malaysia, apa kata cuba ke Perlis, negeri sebelah utara yang paling hujung dalam peta.
Banyak keistimewaan dan keunikan sama ada dari segi makanan, pemandangan serta seni dan budaya terdapat di negeri paling kecil di Malaysia ini.
Salah satu keunikan yang tak boleh didapati di negeri-negeri lain ialah persembahan kebudayaan Awang Batil.
Jika negeri Johor terkenal dengan kuda kepang, Kelantan dengan dikir baratnya, Melaka dengan dondang sayang, Pulau Pinang dengan boria, Perlis ada Awang Batil.
Memang unik dan persembahan tradisi ini patut dipertahankan agar ia tidak ditelan arus pemodenan.
Menurut satu-satu individu yang masih aktif menjayakan persembahan dan menjadi tenaga pengajar iaitu Romli Mahmud,59, Awang Batil merupakan penglipur lara yang hanya terdapat di Perlis Indera Kayangan.
Pada asalnya, Awang Batil merupakan penglipur lara yang dikenali terlebih dahulu dengan nama Awang Belanga kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya. “Zaman dulu-dulu, Awang Batil akan mengembara dari kampung ke kampung dan dari rumah ke rumah untuk mempersembahkan cerita-cerita terutama di rumah-rumah kenduri kahwin. “Dalam babak-babak tertentu, Awang Batil akan memakai topeng bagi menceritakan watak sama ada Hulubalang atau Ahli Nujum. “Topeng tersebut diperbuat daripada kayu yang biasanya disapu cat warna merah dan putih,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa Program Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014 – Negeri Perlis, baru-baru ini. Antara cerita yang lazimnya dipersembahkan adalah Raja Dewa Lok, Raja Bersiung, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Belang, Cerita Angan-Angan dan Awang Ada Duit Semua Jadi. Kesemua cerita yang dipersembahkan selain memberi hiburan, turut diselitkan dengan bermacam-macam unsur nasihat buat penonton. Kebiasaannya, persembahan Awang Batil dijayakan semasa majlis perkahwinan malah dianggap satu kemestian di kalangan orang Perlis suatu ketika dahulu. Tidak hanya bercerita, Romli juga akan bermain alat muzik seperti serunai dan biola untuk memperkuatkan jalan ceritanya dengan unsur-unsur muzikal jadi penonton tidak berasa bosan dengan persembahan yang kebiasaannya mengambil masa sejam.
Menceritakan pengalamannya mempersembahkan Awang Batil di jalanan Kuala Lumpur awal tahun 2000, Romli mengatakan dia pernah dihulurkan duit oleh orang yang lalu-lalang. Namun, disebabkan kecintaan dan minatnya yang tinggi terhadap seni Awang Batil, Romli tidak menyukai tindakan sesetengah pihak yang menganggapnya bagai peminta sedekah. “Saya tak suka orang bagi duit kerana saya main sebab minat sebagai seniman jalanan,” katanya yang pernah terbang ke Switzerland, Jepun dan Singapura bagi memenuhi jemputan membuat persembahan. Ditanya mengenai kelangsungan seni Awang Batil di kalangan orang muda, Romli mengatakan hanya dia sahaja masih gigih memperjuangkannya dan merupakan satu-satu tenaga pengajar yang mengajar kokurikulum tersebut di tiga buah sekolah terpilih di Perlis. “Selagi ada permintaan, selagi itulah Awang Batil akan ada,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kepupusan seni lama yang semakin dilupakan orang muda kini.
Mengenai warisan Awang Batil yang akan diperturunkan, Romli mengatakan buat masa ini dia tidak mendedahkan anak-anaknya dengan seni tersebut kerana mahu mereka menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum melibatkan diri secara serius seperti dirinya. - MYNEWSHUB.CC
Video: JKKN Perlis

Wajah Jelita Bertukar Aneh Lepas Pembedahan Plastik Tamat Tempoh
Mendapat gelaran ‘Beauty of Qingdao’, model terkenal Li Ying Zhi popular di China kerana kecantikannya yang memukau hadirin, terutama ketika dia menjadi model di Beijing Motor Show 2012.
Bukan sekadar model di acara pameran kereta, dia yang berasal dari Qingdao yang terletak di Wilayah Shandong juga merupakan seorang aktres, penari dan peragawati fesyen ‘runway’.
Namun kini selepas 2 tahun, wajahnya berubah menjadi aneh kerana ramai mendakwa, pembedahan kosmetik yang dijalaninya telah tamat tempoh. Dalam gambar yang tersebar meluas di media internet, wajah Ying Zhi bertukar menjadi bujur dan tirus terutama di bahagian dagu. Ia sekaligus merubah persepsi kebanyakan orang ramai yang mendakwa, kecantikannya hanya plastik dan prosedur tersebut akhirnya memakan diri Ying Zhi.
Itulah, obses untuk kelihatan menawan akhirnya memakan diri kerana prosedur tersebut tidak bertahan selamanya. Mungkin sudah tiba masanya Ying Zhi menjalani proses pembedahan baru untuk kelihatan sempurna untuk 2 tahun akan datang? – MYNEWSHUB

Lepas Peluk Monyet, Emma Maembong Belai Harimau Pula
Selebriti cantik yang seorang ini makin kerap pula dilihat posing bersama-sama haiwan sejak akhir-akhir ini. Agaknya, Emma Maembong ini memang pencinta haiwan sejati kot.
Jika sebelum ini heboh dengan kontroversi gambar Emma bersama monyet peliharaannya yang dianggap lucah oleh sebilangan peminat, terbaru Emma memuat naik pula gambar di Instagram di mana dia membelai dan menyentuh harimau.
Wah, berani betul kekasih hati Zizan Razak ini menyentuh haiwan yang dikenali ganas ini kan!
Gambar Emma Maembong peluk monyek sebelum ini.
Selalunya, perempuan ramai yang geli dan takutkan binatang, tetapi tidak Emma nampaknya.
Baguslah dik, lebih baik sentuh harimau daripada sentuh yang bukan-bukan nanti cetus kontroversi pula.. – MYNEWSHUB.CC

Mariah Carey Shopping Baju Konsert Di Star Hill, Bukit Bintang
SIAPA tak kenal dengan diva pop Mariah Carey yang kini berada di Malaysia untuk konsert The Elusive Chanteuse Show yang dijadualkan berlangsung malam ini, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Khabarnya, ramai peminat gembira apabila terserempak Mariah ketika berkunjung ke pusat beli belah mewah Star Hill, Bukit Bintang semalam.
Mariah yang mesra melayan peminat menyatakan dia sedang mencari baju untuk dipakai pada konsert malam nanti.
Menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube, Mariah kelihatan ramah melayan peminat termasuk sanggup berhenti selama tiga kali untuk mengambil gambar.
Beberapa peminat di media sosial berkata, Mariah ke butik-butik mewah di Star Hill untuk membeli baju untuk persembahannya kerana baju yang sepatutnya dipakai tidak menepati syarat pihak berkuasa. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO : Kalau Anda Yang Kena ‘Prank’ Begini, Macam Mana?
Anda pasti akan melarikan diri apabila terlihat seseorang sedang membunuh menggunakan mesin gergaji pokok seperti dalam filem bercorak pembunuhan Hollywood.
Namun itulah gurauan melampau yang dibuat oleh pakar ‘prank’ terkenal Vitaly Zdorovetskiy. Ditambah dengan kesan khas, memang prank dilakukan kali ini nampak begitu realiti.
Dilakukan di sebuah kawasan letak kereta dengan pelakon memakai apron dan seluar berlumuran darah serta topeng muka mirip watak ‘Leatherface’ dalam filem Texas Chainsaw Massacre; ia telah berjaya menyentak jantung ramai orang.
Dalam babak ngeri yang sengaja dirancang, Zdorovetskiy kononya sedang mengerat badan seorang lelaki sebelum lelaki itu melarikan diri dengan badannya sudah separuh dipotong.
Watak mangsa dilakonkan oleh Nick Santonastasso, seorang pelakon yang mengalami keadaan Hanhart Syndrome, iaitu satu keunikan genetik yang memungkinkan seseorang individu tiada anggota badan di bahagian bawah pinggang.
Kebanyakan mangsa prank yang terkejut besar melihat Santonastasso dirakam bergerak perlahan-lahan sebelum menjerit ketakutan dan melarikan diri. Zdorvetskiy kemudiannya akan mengejar menggunakan mesin gergaji elektrik. Video ini dimuatnaik ke laman YouTube minggu lepas dan sudah pun ditonton sebanyak dua juta kali. – MYNEWSHUB.CC

Wanita Indonesia Bunuh Suami Gara-Gara Tak Tahan Ditipu
Gara-gara tidak tahan sering ditipu, seorang lelaki British dibunuh isterinya berdekatan parit sawah padi di Bali, Indonesia.
Robert Kelvin Ellis,60, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan lehernya dikelar dan dicampak ke dalam parit berhampiran Desa Sedang, semalam.
Julaikah Noor Aini yang didakwa membunuh Robert mengaku mengupah pembunuh upahan untuk melakukannya.
Kecederaan parah Robert di leher dan tekak dipercayai menjadi punca kematiannya. Pihak polis turut menemui beberapa lebam di kepala dan badan mangsa.
Pihak berkuasa tempatan memberitahu, mayat Robert dipercayai telah dibuang di parit selama beberapa hari kerana keadaannya yang sudah reput.
Telefon bimbit dan tikar ditemui berdekatan tempat kejadian, kemungkinan digunakan untuk membalut tubuh Robert sebelum mayatnya dihumban.
Difahamkan Robert dan isterinya tinggal di Emerald Villas, sebuah kompleks mewah di daerah tepi pantai Bali Sanur. Polis tempatan Indonesia telah menangkap seorang suspek berkenaan kes ini dan masih mencari tiga suspek lagi yang dipercayai terlibat membunuh Robert. - MYNEWSHUB.CC

Penganjur Program ‘Sentuh Anjing’ Didakwa Kristian, Diugut Bunuh
Mungkin benar penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ kurang sensitif dengan hukum-hakam Mazhab Syafie yang dipegang umat Islam negara ini, namun tindakan sesetengah individu mengancam bunuh penganjur bukanlah satu tindakan bijak.
Malah kebanyakan komen berkaitan program ini dilihat tidak langsung meredakan keadaan tetapi ibarat mencurah minyak ke api.
Menurut laporan portal The Malaysian Insider hari ini, ugutan bunuh kebanyakannya diterima di ruangan komen Facebook milik penceramah terkemuka, Ustaz Kazim Elias.
“Saya setuju dengan pandangan Ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut direjam sampai mati,” demikian antara komen ditinggalkan.
Persoalannya, inikah moraliti yang diajarkan Islam?
Selain itu, ada pihak didapati menggelar penganjur sebagai anjing. Manakala salah satu komen agak melampau yang ditinggalkan, turut memberi cadangan supaya wanita-wanita bertudung yang hadir program tempoh hari ditanggalkan tudung mereka kerana kemungkinan terdapat salib terselindung di sebaliknya.
Begitu pun satu komen daripada pengguna FB di bawah agak berlainan apabila menegur bahawa respon rata-rata masyarakat terhadap program ini bukanlah cara sebenar yang dianjurkan Islam.
Dalam pada itu, satu mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang dikatakan dihantar Majlis Agama Islam Putrajaya mendakwa Syed Azmi sebenarnya seorang Kristian yang mahu menyebarkan dakyah Syiah dan menyamar sebagai ustaz selama setahun didapati telah tersebar luas. Antara kandungan mesej tersebut berbunyi, “Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar. Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau.”
Difahamkan penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ Syed Azmi kini menghilangkan diri berikutan reaksi negatif yang diterima. Walau apa pun, rasanya tak perlulah hingga mengugut untuk membunuh kerana negara ini masih ada undang-undang dan Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya melampaui batas dalam apa hal sekali pun. - MYNEWSHUB

Jalani Pembedahan Kosmetik, Muka Renee Berubah Habis!
PEMBEDAHAN kosmetik di kalangan selebriti Hollywood memang sudah menjadi lumrah dan darah daging mereka untuk tampil cantik dan menawan sentiasa.
Namun, takdelah sampai muka mereka tak boleh dicam langsung lepas melakukan pembedahan plastik tu kan. Tapi berlainan buat pelakon Gred A, Renee Zellweger yang mengejutkan semua peminatnya dengan perubahan mukanya yang memang berubah habis 360 darjah. Kelibat pelakon Bridget Jones’s Diary pada majlis red carpet majalah Elle yang diadakan baru-baru ini memang membuatkan semua pihak termasuk pihak media hampir tidak dapat mengecamnya. Anda tengoklah sendiri!
- MYNEWSHUB.CC
(Kiri: wajah sebelum pembedahan kosmetik, Kanan: wajah selepas pembedahan kosmetik.)

Bila Neelofa Bergambar Di Katil Harga Hampir RM1 Juta
Ini adalah beberapa gambar yang baru dimuat naik oleh artis cun… Neelofa yang berada di pusat peranginan mewah Iniala Beach House, Phuket, Thailand.
Kalau ikut maklumat di instagram miliknya, Neelofa mengikuti sesi bergambar untuk majalah Hello Asia.
Iniala ni bukan calang-calang punya resort la kan… pernah dikunjungi artis popular seperti Kim Kardashian untuk berbulan madu.
Satu malam penginapan antara RM10,000 ke RM21,000 untuk villa dan bilik bermula pada harga sekitar RM6,000 satu malam.
Untuk villa, anda perlu sewa paling kurang 3 malam. Satu atau dua malam tidak dibenarkan.
Bermakna kalau anda memilih untuk lepak di villa paling murah di Iniala di luar musim puncak untuk minimum 3 hari… paling kurang anda perlu berbelanja RM25,000!
Kalau ambik rumah yang lagi mewah… lagi menjawab laaa ketebalan kertas kepala agung yang perlu dikeluarkan.
Sebab itu, penulis tak terperanjat bila Neelofa kata katil yang dia bergambar tu pun harga dia 200,000 Euro atau lebih kurang dalam RM1 juta! (gambar bawah)… Tapi tak pastilah kalau dia tersilap info pulak… namun boleh jadi itulah harganya.
Gila.. gila…gilaaa… apakah semua masalah kita akan hilang dan kita dijamin tidur nyenyak dia atasnya.. mungkin Neelofa leh kongsi pengalaman berbaring atas katil semahal itu.
Gambar: Instagram Neelofa

VIDEO: Comelnya Panda Bergusti Tak Mau Makan Ubat
COMEL sungguh melihatkan keletah manja dua ekor panda yang ‘mengerjakan’ penjaga sebab tak mau makan ubat dalam video di bawah.
Seekor memanjat belakang penjaga mereka, yang seekor lagi memegang kaki pula. Nakal betul!
Walaupun berbagai cara dilakukan oleh panda-panda ini bagi mengelak daripada makan ubat, namun gagal juga akhirnya.
Nampak gaya, penjaga mereka lagi mahir memperdayakan haiwan comel ini ini sehingga masing-masing terkulat-kulat apabila ubat berjaya masuk ke dalam mulut mereka.
Visual ini dirakam di sebuah zoo di China dan dimuat naik oleh agensi media penyiaran CCTV News pada 17 Oktober lalu. Ia telah ditonton sebanyak 1,774, 813 kali. Menurut CCTV, kesukaran untuk memberi ubat kepada panda ini bukan saja kerana berat haiwan itu, tetapi muka panda yang terlalu besar untuk dipegang. Mujur penjaga mereka pandai melayan, kaedah psikologi juga yang berjaya. Comelkan aksi panda-panda ini? Rasa macam nak gomol nak jer…! - MYNEWSHUB.CC

Pemuda Usahakan ‘Butik Bas’, Ilham Melancong Ke Luar Negara
LANGKAWI – Kegemaran Izman Malik melancong di dalam dan luar negara nyata memberi manfaat kepadanya apabila dia memperoleh ilham kreatif serta unik bagi menarik pelanggan mendapatkan barangan jualannya di Pantai Cenang di Langkawi.
Pemuda berusia 27 tahun itu berkata semasa berkunjung ke Australia pada 2007 dan 2008, dia mendapat idea untuk mengusahakan butik berkonsep ‘bergerak’ menggunakan bas, pastinya suatu kelainan berbanding premis sedia ada di sekitar pantai tumpuan utama pelancong di pulau ini.
“Saya tengok kat luar negara banyak butik bas ni, saya dapat idea dari situ untuk buat butik bas dengan bantuan isteri yang gemar menghasilkan pelbagai kraftangan, aksesori serta pakaian.
“Saya beli sebuah bas (mini) di Banting dengan harga RM20,000 dan memulakan perniagaan butik bas di Pantai Cenang pada 2012. Saya jual pelbagai barangan yang dibuat sendiri bersama isteri yang berasal dari Kanada,” katanya kepada Bernama di sini.
Pemilik Bas Butik, Izman Malik, 27, menunjukan produk hasil tangan sendiri yang menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara di Pantai Cenang itu di sini hari ini. – Foto BERNAMA
Izman yang juga dikenali sebagai Iman, pemuzik Reggae di Pantai Cenang, menggunakan kelebihan perkongsian budaya dengan isterinya, Claudia Hamel, 24, untuk menghasilkan pelbagai kraftangan yang dijual di butik bas mereka. “Dia (isteri) bawa macam-macam bahan dari Kanada untuk dibuat aksesori unik, bermutu tinggi serta lain daripada yang lain. Selain itu, kami juga ada buat baju kimono menggunakan kain batik bagi mengetengahkan batik tempatan,” katanya. Izman berkata Claudia yang kini menghitung hari untuk melahirkan anak sulung mereka turut menjual pakaian kanak-kanak dan bayi di dalam butik bergerak itu. Ditanya tentang cabaran sepanjang menjalankan operasi butik bas yang bermula jam 8.30 malam itu, Izman berkata ada juga segelintir masyarakat yang menganggapnya membuat kerja mengarut. “Tapi saya sabar sahajalah, asalkan saya tahu saya buat kerja yang halal untuk sara isteri dan bakal anak kami. Lagipun kalau nak sewa kedai, ia sangat mahal di sini dan jika jual barangan atau pakaian biasa yang diimport dari China misalnya, saingan sangat banyak di sini,” katanya yang berasal dari Ipoh, Perak. Optimis dengan usahanya, Izman berkata walaupun hanya beroperasi antara dua hingga tiga jam sehari pada waktu malam (siang bekerja dalam sektor pengangkutan), dia yakin butik basnya akan terus mendapat sambutan menggalakkan. “Saya yakin sebab barang-barang yang saya dan isteri jual sangat berbeza dan pelanggan pasti berpuas hati dengan kualiti, design serta harga yang kami tawarkan,” katanya. – BERNAMA

Sharifah Sakinah Bertunang Dengan Pilot Sabtu Ini
Sebelum ini, heboh Sharifah Sakinah dikatakan bakal akhiri zaman bujangnya dalam waktu terdekat bersama kekasih hatinya yang merupakan seorang ‘pilot’.
Ternyata khabar itu benar. Malah, kad undangan bagi majlis pertunangan Sharifah Sakinah dan kekasihnya, Aliff Adha telah diedarkan. ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah Tak Mahu Kekasih Disindir Di Tempat Kerja Majlis dijadualkan berlangsung sabtu ini, 25 Oktober. Diadakan pada waktu malam, majlis dikatakan bakal dihadiri sahabat handai dan saudara terdekat sahaja. Hubungan cinta pelakon wanita yang dikenali dengan imej gila-gila ini bersama kekasihnya telah berlangsung selama setahun.
Sebelum ini, Sharifah Sakinah pernah memaklumkan kepada pihak media perancangannya untuk berkahwin pada Mac 2015. Apapun, tahniah kami ucapkan kepada Sharifah Sakinah dan Aliff Adha. Moga-moga majlis berjalan lancar dan selamat bertunang kami ucapkan.
Sebagai tambahan… ingat lagi video ni…
– MYNEWSHUB.CC

Sanggup Bercium Selama 56 Minit Demi IPhone 6
Kegilaan sesetengah golongan manusia terhadap gajet, memang tidak dapat dibendung.
Lihat sahaja artis remaja popular Elfira Loy yang sanggup menggadaikan sebuah ‘designer handbag’ demi memiliki telefon pintar kegilaan ramai kini iaitu iPhone 6. Lebih mengejutkan, ada kes sanggup menjual ginjal, rumah dan melelong dara demi mendapatkan telefon bimbit keluaran terbaru Apple ini. Namun lain pula yang berlaku di China, di mana sebuah pusat beli belah di Jinhua mengadakan pertandingan ‘Ciuman Paling Lama’ dan hadiah yang ditawarkan adalah sepasang iPhone 6. Seramai 40 pasangan menyertai pertandingan ini. Iyalah, siapa tak mahu iPhone 6 percuma dengan syarat cuma bercium dengan orang yang disayangi kan?
Lihat sajalah, ada antara peserta yang menyertai pertandingan ini merupakan pasangan sejenis. Bersungguh-sungguh mereka bercium demi mendapatkan telefon bimbit. Ketika pertandingan berlangsung, terdapat pasangan yang cuba melupakan masa yang sedang berjalan dengan cara bermain game di telefon bimbit.
Pertandingan akhirnya dimenangi oleh pasangan yang berjaya bercium dengan catatan masa selama 56 minit. Peh, dek kerana Iphone 6, apa pun sanggup! – MYNEWSHUB.CC

VIDEO: Awek Tudung Layan Dangdut Pakai Helmet
Jika sebelum ini kami siarkan video dua awek comel bertudung mencarut, perangai awek-awek bertudung dalam video di bawah ini lebih parah lagi.
Lima perempuan, empat daripadanya bertudung (seorang daripadanya paling gila – pakai helmet oi) bertindak merakam video mereka bergelek sakan melayan lagu dangdut dalam sebuah bilik. Tak pastilah pula kejadian ini di Malaysia atau negara seberang tapi yang pasti ia mencemarkan imej wanita bertudung. Kalau diteliti aksi mereka dalam video ini, langsung tak ada perasaan nak tergelak ke apa macam yang selalu disaksikan dalam video dirakam untuk tujuan main-main. Jadi terfikir juga, diorang jadi macam ni sebab kena rasuk atau kepala tengah high? - mynewshub.cc

Filem Kristy – Rasakan Ketakutan Bila Jadi Mangsa Buruan
Apa yang akan anda lakukan jika menjadi mangsa pemburuan satu kumpulan untuk dibunuh secara rambang? Takut tak?
Filem yang diarahkan oleh Oliver Blackburn ini dibarisi pelakon seperti Haley Bennett, Ashley Greene, Erica Ash, Chris Coy dan Lucas Till menjanjikan babak-babak mendebarkan buat penggemar filem ‘thriller’.
Kronologi kisah ini bermula apabila watak utamanya, Justine terpaksa tinggal seorang diri di kolej kerana kesemua rakan termasuk teman lelakinya pulang untuk meraikan ‘Thanksgiving’.
Momen ketakutan bermula apabila Justine keluar membeli keperluan di sebuah kedai dan bertemu Violet serta ahli kumpulan yang lain. Di situ, naratif mula berpusing secara laju apabila dia dipilih menjadi sasaran untuk dibunuh.
Kumpulan penjahat yang berfahaman ateis ini kemudiannya menuju ke kolej kediaman Justine dan memulakan pemburuan. Demi melunaskan keinginan membunuh Justine, mereka membunuh kesemua pengawal kolej dan mencari gadis itu di setiap pelusuk kolej, namun Justine bijak mencari helah. Dia kemudiannya sedar, satu sahaja cara untuk dia lari dari menjadi mangsa bunuh, iaitu dengan membunuh kesemua mereka.
Pujian harus diberikan kepada pemegang watak Alice Cullen dalam filem saga Twilight, Ashley Greene kerana berjaya membawa watak antagonis Violet. Ashley berjaya mempamerkan sisi berbeza dengan membawa karakter seorang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Buat yang masih runsing mencari filem terbaru di pawagam, apa kata anda cuba menonton filem ini. Serius, anda tak akan menyesal! – MYNEWSHUB

Kereta Pegawai Kastam Terbakar Angkara Perbuatan Khianat
Roslan Othman melihat keadaan kereta miliknya yang dipercayai dibakar dengan 'molotov cocktail' oleh individu tidak dikenali ketika ditemui di Taman Bukit Indah pagi Rabu.
JITRA – Sebuah kereta Perodua Kelisa milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah di sini pagi tadi dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali. Kereta milik mangsa, Roslan Othman, 56 itu terbakar selepas dipercayai terkena ‘molotov cokctail’ yang dibaling dari luar rumah dalam kejadian pukul 5 pagi. Roslan berkata kejadian itu disedarinya selepas menerima panggilan telefon daripada seorang jiran yang ternampak api sedang marak pada kereta di depan rumahnya. “Bila saya keluar api dah marak dan saya bersama anak bergegas memadam api dengan air sebelum menunggu bantuan daripada pihak bomba,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Beliau yang bertugas di Unit Dagangan Kastam Bukit Kayu Hitam berkata, beliau bernasib baik kerana api tidak merebak ke rumahnya dan sebuah lagi kereta yang terletak di hadapan kereta yang terbakar. Roslan berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan perbuatan khianat memandangkan pihak polis yang datang membuat pemeriksaan turut mengesan kewujudan serpihan botol plastik dipercayai berisi cecair mudah terbakar. Katanya perbuatan khianat ini merupakan kali kedua berlaku terhadap keluarganya selepas rumahnya sebelum ini pernah dikejutkan dengan tembakan rambang pada 2010. Katanya beliau bersyukur kerana tiada kecederaan ke atas dirinya, isteri dan empat anaknya walaupun terpaksa menanggung kerugian hampir RM30,000 akibat kejadian itu. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya siasatan awal pihaknya menemui serpihan bekas plastik berwarna hijau yang terbakar dan berbau petrol di belakang kereta mangsa. “Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

PM Singapura Selfie Bersama Patung Lilin Dirinya
Comel sungguh melihat gelagat dan telatah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sempat posing bersama patung lilin dirinya di Madam Tussauds, Singapura.
Beliau yang memuat naik dua gambar berkaitan di laman sosial, Facebook turut menyoal orang ramai untuk meneka “Siapa yang sebenar?”
Lee yang mengunjungi beberapa tempat pelancongan di Singapura, meluahkan rasa gembira atas kunjungannya ke muzium patung lilin itu, semalam.
Memang ‘sporting’ pemimpin Singapura ini, sama seperti PM Malaysia juga.
Boleh dikatakan kini, trend selfie atau mengambil gambar sendiri telah menjadi satu kelaziman di seluruh dunia termasuk dalam kalangan pemimpin negara seperti Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sekali pun.

Naik Bas Datang Ke Kampung Semata-Mata Nak Curi Motor
Suspek yang berjaya ditahan penduduk semalam.
KOTA BHARU – Seorang penganggur bukan sahaja gagal mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, malah turut ditangkap penduduk kampung dan diikat di sebatang pokok kelapa sebelum diserahkan kepada polis. Dalam kejadian jam 1 petang di Kampung Gua Salor, dekat sini, kelmarin, suspek berusia 40-an berasal dari Pengkalan Chepa sanggup datang ke kampung berkenaan dengan menaiki bas sejauh 25 kilometer. Suspek pada mulanya membuat ‘pemantauan’ sebelum melihat sebuah motosikal ditinggalkan bersama kunci di hadapan sebuah kedai runcit. Suspek kemudiannya melarikan motosikal tersebut tetapi disedari pemiliknya. Menceritakan kejadian itu, mangsa, Yaakob Harun, 45, berkata, ketika itu dia sedang membeli barangan keperluan di sebuah kedai runcit di Kampung Seberang Pasir Mas. “Tidak sampai lima minit di dalam kedai, saya mendapati motosikal dibawa lari oleh seorang lelaki sebelum keluar untuk mengejarnya. “Saya minta pertolongan penduduk kampung dengan menunggang motosikal dan mengejar lelaki terbabit sejauh tiga kilometer,” katanya. Yaakob berkata, suspek bagaimanapun berjaya diberkas apabila motosikal ditunggangnya ‘mati’ di lokasi kejadian. “Penduduk segera menghubungi polis dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian

Penganjur Sentuh Anjing Beri Maklumat Salah – MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan bahawa pihak mereka telah diberikan maklumat salah oleh penganjur program I Want To Touch A Dog.
Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Ali berkata, pada mulanya MAIS dikemukakan dengan satu kertas cadangan untuk satu program yang kononnya akan memberi fokus kepada kedudukan anjing dan hukumnya dalam Islam.
“Kertas cadangan itu mengatakan program akan menunjukkan cara untuk menyucikan diri jika secara tak sengaja atau sengaja menyentuh anjing.
“Antara objektif yang disenaraikan adalah menyebarkan maklumat berkaitan anjing kepada umat Islam, cara menyucikannya, hukum-hukum menyentuh anjing jika terpaksa menyelamatkan mereka dan juga hukum anjing sebagai haiwan peliharaan. “Selepas membuat pertimbangan dan berbincang dengan Mufti Selangor, kami berdua setuju membenarkan program itu diadakan,” katanya memetik laporan portal New Straits Times. Mohamad Adzib berkata, MAIS ada menambah beberapa panduan di dalam surat kebenaran untuk program itu yang bertarikh 9 Oktober, antaranya memaklumkan bahawa peserta dilarang menyentuh anjing dalam program berkenaan. “Haram hukumnya menyentuh anjing apabila ia dalam keadaan basah dan kita juga dalam keadaan basah kerana anjing adalah najis mughalazzah,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata apa yang berlaku pada program tersebut iaitu peserta memeluk, menyentuh dan membelai anjing tanpa sebarang sebab tertentu seperti yang disenaraikan, dilihat bertentangan dengan hukum syarak. “Objektif asalnya tidak pun mengatakan ada perlakuan sedemikian. MAIS kecewa dengan apa yang berlaku pada program itu,” katanya.
Sementara itu, laman Facebook I Want To Touch A Dog (IWTTAD) dilaporkan telah ditutup oleh pemiliknya sejak beberapa hari lepas ekoran kontroversi yang diterima. FBAnjingDitutupPemilik laman itu yang juga penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi juga dilaporkan telah menghilangkan diri. Cubaan Mynewshub menghubungi Syed Azmi untuk sekurang-kurangnya mendapatkan penjelasan dan jawapan berkenaan kritikan dan yang terbaru, ancaman bunuh serta tuduhan bahawa dia sebenarnya penganut Kristian juga gagal. IWTTAD diadakan di kawasan terbuka di Central Park, One Utama di Petaling Jaya, Ahad lalu melibatkan program di mana orang ramai dibenarkan menyentuh anjing sebelum diajar cara sertu. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, orang ramai yang beragama Islam bukan sahaja memegang anjing malahan memeluk dan membelai binatang yang dikategorikan sebagai najis dalam agama Islam menurut mazhab Imam Shafie. Akibatnya, program ini mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada tokoh agama yang mempersoalkan tujuan program sedangkan ia sama sekali bertentangan dengan tatasusila masyarakat Melayu yang beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC

Rizalman Dihantar Ke New Zealand Esok Untuk Dibicarakan
Bekas anggota Angkatan Tentera berpangkat Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail akan dihantar ke New Zealand untuk dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual, Sabtu ini.
Tuduhan telah difailkan terhadapnya pada Mei lepas, menurut laporan portal berita stuff.co.nz di New Zealand. Rizalman dijangka berlepas dari Malaysia menuju Wellington esok. Sebaik tiba, dia akan dibawa terus ke Mahkamah Daerah Wellington untuk menghadapi pertuduhan. Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan ke mahkamah hari berikutnya atas pertuduhan dengan niat merogol seorang gadis berusia 21 tahun. Dia bagaimana pun dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei oleh Wisma Putra menggunakan kekebalan diplomatik.
Laporan portal berita New Zealand
Wisma Putra pada awal bulan ini mengesahkan menerima permohonan rasmi berhubung proses ekstradisi terhadap Rizalman daripada kerajaan New Zealand. Permohonan kemudiannya dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan. Sehubungan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berjanji untuk menghantar Muhammad Rizalman kembali ke New Zealand bagi membantu siasatan. Muhammad Rizalman telah menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan dan dibenarkan keluar, akhir Julai lalu. – MYNEWSHUB.CC

Lapan Anggota Kabinet Jokowi Ditolak Agensi Anti Rasuah
Presiden Indonesia yang baru Joko Widodo hari ini memaklumkan Agensi Anti-Rasuah Indonesia telah menolak lapan anggota barisan kabinet baru yang dipilih olehnya.
Memetik laporan dari straitstimes.com, beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata barisan kabinet 33 orang menterinya akan diumumkan secepat mungkin.
Terdahulu, beliau yang baru sahaja mengangkat sumpah pada Isnin lepas sememangnya akan membuat pengumuman barisan kabinetnya hari ini.
“Saya akan beritahu anda masanya, pengumuman akan dibuat sama ada di Pluit (Jakarta Utara), Tanah Abang (Jakarta Pusat), Tanjung Priok (Jakarta Utara) atau di tempat lain,” katanya dalam laporan awal portal sama.
Beliau ketika itu melakukan lawatan ke kediaman rasmi lamanya ketika berkhidmat sebagai Gabenor Jakarta di Menteng.
Jokowi yang merupakan bekas Gabenor dan Datuk Bandar Surakarta menang pilihan raya pemilihan presiden dengan mendapat 53.2 peratus undi pada pemilihan 9 Julai lepas. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Justin Timberlake Tak Curang, Media Yang Tersilap Lapor
SEBUAH majalah tabloid British, Heat telah diarahkan oleh mahkamah di Dublin, Ireland untuk memohon maaf terhadap penyanyi popular, Justin Timberlake selepas menulis laporan berita palsu mengenai penyanyi berusia 33 tahun itu, baru-baru ini.
Laporan itu menyebut Justin berlaku curang terhadap isterinya, Jessica Biel ketika menghadiri sebuah parti di Paris, semasa menjayakan konsert jelajah Eropah, Ogos lalu.
Berita itu menyebut, Justin berparti bersama seorang wanita yang tidak dikenali.
Tidak diketahui sama ada Justin ada menyatakan tuntutan ganti rugi daripada segi kewangan kerana pihak peguamnya tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai kes terbabit.
Dikatakan, pasangan ini tidak akan memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara tersebut dan mereka juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah lagi sekiranya pihak media masih menyiarkan berita palsu yang boleh merosakkan perkahwinan mereka selepas ini.
Justin dan Jessica berkahwin di selatan Itali pada 19 Oktober 2012. - MYNEWSHUB.CC
TOP
Sambutan Deepavali Dicemari Simbahan Cat Kuning
KUALA LUMPUR: Antara kenderaan milik mangsa, N. Rajaletchumi yang disimbah dengan cat kuning dipercayai perbuatan khianat yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab di rumahnya di Bandar Sungai Long, Seksyen 6, Kajang di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Keriangan seorang guru untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bertukar muram apabila tiga kereta miliknya disimbah cat kuning dipercayai angkara khianat oleh individu tidak bertanggungjawab, di Seksyen 6, Bandar Sungai Long, Kajang, hari ini. N. Rajaletchumi, 43, guru di sebuah sekolah rendah di Kajang berkata kejadian itu hanya disedari pembantu rumahnya yang hendak mengemas kawasan luar rumah pada 7 pagi tadi. “Sebaik sahaja keluar, pembantu rumah saya mendapati tiga kereta Perodua Myvi, Viva dan Toyota Avanza keluarga saya telah disimbah cat kuning yang mengenai bahagian but dan cermin belakang kenderaan itu. “Percikan cat kuning itu mengenai hampir separuh ketiga-tiga kereta keluarga saya dan kini kami sedang membersihkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Rajaletchumi berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dilakukan dua lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal dan bertindak menyimbah cat pada 4.57 pagi tadi. “Hasil rakaman CCTV, saya melihat ada dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal, memakai jaket dan topeng muka menyimbah cat,” katanya. Katanya, perbuatan khianat seumpama itu pernah berlaku di kawasan perumahan mereka sejak 2012 dan sebelum ini terdapat kenderaan penduduk di kawasan itu pernah dibakar dan disimbah cat. Rajaletchumi berkata beliau telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. – BERNAMA

Tragedi Deepavali.. Remaja India Parah Dilanggar Keretapi
Malang tidak berbau, itu ungkapan bagi mengambarkan kejadian tragis seorang remaja lelaki apabila dilanggar Keretapi Senandung Wau 28NK di Kilometer 226.5, Tanjung Lipis, pada hari perayaan sambutan Deepavali.
Mangsa, G Nagaya yang berusia 17 tahun tinggal di Kampung Tanjung Lipis mengalami cedera parah di kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), Temerloh.
Kejadian yang berlaku kira-kira 6.15 pagi disedari oleh pemandu keretapi berkenaan selepas berasa kenderaan itu terlanggar sesuatu lantas dia segera memaklumkan kepada seorang anggota polis bantuan di KTM Kuala Lipis.
Memetik petikan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, “Anggota polis bantuan itu bersama beberapa orang awam bergegas mengangkat mangsa dan membawanya ke HKL sebelum dipindahkan ke HOSHAH untuk mendapatkan rawatan lanjut akibat kecederaan parah di kepala.”
Difahamkan, ketika kejadian Keretapi Senandung Wau 28NK dalam perjalanan menghala ke Tumpat, Kelantan dari Kuala Lumpur untuk menghantar penumpang. – MYNEWSHUB.CC
TOP
Usaha Cari MH370 Tetap Diteruskan – Hishammuddin
KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi sejak Mac lalu akan diteruskan.
Malah, kata beliau, usaha pencarian pesawat itu di dasar laut diperkasakan dengan penyertaan GO Phoenix yang menggunakan peralatan `ProSAS Side Scan Sonar’.
“`ProSAS Side Scan Sonar’ mempunyai keupayaan untuk mencari pada kedalaman 6,000 meter dasar laut dan 194 kilometer setiap hari. Peralatan GO Phoenix ini turut dilengkapi sonar multibeam untuk titik buta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hishammuddin berkata, perkembangan usaha pencarian itu diharap dapat membawa semua pihak yang terlibat dalam operasi itu semakin hampir kepada kejayaan mengesan MH370.
MH370 iaitu Pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang pada 8 Mac lalu kira-kira sejam selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Siasatan terakhir pihak yang terlibat dalam usaha pencarian MH370 mempercayai pesawat berkenaan hilang di Lautan Hindi.-mynewsub
TOP
Lee Chong Wei Sambut Hari Lahir Ke-32 Bersama Keluarga
Selepas namanya kini banyak berlegar di media berkenaan kes kegagalan ujian doping, pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei tetap sempat memuatnaik gambarnya menyambut hari lahir ke-32 di laman twitter.
Lee meraikan hari istimewa itu bersama isterinya Wong Mew Choo dan anak mereka Kingston.
Nama beliau didedahkan sebagai atlet Malaysia yang gagal ujian itu oleh stesen televisyen TV3 dan The Star. Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sehingga kini masih enggan mendedahkan nama atlet berkenaan tetapi hanya memaklumkan atlet elit negara. Ujian berkenaan dilakukan pada sampel A di Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas dan keputusan ujian sampel A yang positif bahan terlarang itu diketahui selepas berakhir Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini. Difahamkan kini, Lee sudah pun memohon untuk dilakukan ujian ke atas sampel B. Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, identiti atlet berkenaan tidak akan didedahkan selagi keputusan ujian ke atas sampel B tidak diketahui. “Jika sampel B itu ternyata negatif, tidak adil untuk atlet itu kerana namanya sudah tercemar,” kata Khairy kepada pemberita. Agensi berita antarabangsa seperti Xinhua melaporkan tentang ujian dadah positif Lee, memetik sumber media Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Lepas Pegang Anjing, Ada Program Lelaki Pakai Kasut Tinggi Pulak!
HAI, rajin pulak persatuan-persatuan NGO ni menganjurkan pelbagai program kebelakangan ini.
Tapi kalau program yang membawa manfaat tak apalah, ada juga faedahnya.
Ni yang terbaharu, dengar-dengarnya ada program amal menggalakkan lelaki memakai kasut tumit tinggi yang sinonim digayakan wanita di luar sana.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada kaum lelaki tentang keganasan terhadap wanita yang semakin membimbangkan kini.
Hm, tang mana relevannya tu?
Menurut penganjurnya, Presiden All Women’s Action Society’s (AWAM), Ho Yock Lin, White Ribbon Campaign Run and Walk 2014 yang akan diadakan pada 7 Disember depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur diharap dapat menyedarkan umum tentang isu keganasan terhadap kaum wanita.
Justeru kehadiran masyarakat termasuk kaum lelaki sama ada tua atau muda dialu-alukan untuk turut sama menyertai kempen amal ini.
Jadi, buat lelaki di luar sana, beranikah anda menyahut cabaran dengan memakai kasut tumit tinggi semasa kempen itu nanti?
Satu yang pasti, ia tentu menarik perhatian PLU yang dah lama berangan nak pakai stiletto, ye dak? - MYNEWSHUB.CC
TOP
Atlet ‘Blade Runner’ Bersalah Bunuh Teman Wanita
ATLET Afrika Selatan, Oscar Pistorius atau dikenali sebagai ‘Blade Runner’ dihukum penjara lima tahun kerana membunuh kekasihnya, Reeva Steenkamp, pada Hari Valentine tahun lalu.
Pistorius yang kudung kedua-dua kaki mencipta sejarah apabila mewakili Afrika Selatan dan bertanding bersama atlet biasa pada Sukan Olimpik di London pada 2012.
Dia yang sebelum ini didakwa membunuh secara terancang namun berjaya menukar pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat. Hakim Thokozile Masipa menjatuhkan hukuman itu selepas mempertimbangkan permintaan pendakwa untuk hukuman berat manakala peguam bela memohon hukuman yang ringan.
Namun, pakar undang-undang berkata, Pistorius, 27, boleh dilepaskan selepas 10 bulan dan ditahan dalam rumah bagi baki hukumannya itu. Dalam keterangannya kepada mahkamah, Pistorius berkata, kejadian itu adalah satu kemalangan selepas tersalah anggap teman wanitanya sebagai penceroboh pada waktu malam. Pistorius didakwa membunuh Steenkamp dengan menembaknya menerusi pintu tandas tertutup di rumahnya. Masipa mendapatinya bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, atau pembunuhan kerana kecuaian, tetapi melepaskannya daripada tuduhan membunuh.
Hakim juga menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi kesalahan berasingan iaitu melepaskan tembakan di sebuah restoran beberapa minggu sebelum Steenkamp ditembak mati. Namun, beliau mengarahkan hukuman itu digantung. Sementara itu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa berkata, Pistorius tidak layak bertanding dalam kejohanan itu selama lima tahun ketika menjalani hukumannya, termasuk Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Jeneiro. - MYNEWSHUB.CC

Kepala dan Badan Terpisah 40 Meter Akibat Kemalangan
Seorang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis maut dalam satu kemalangan ngeri di Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah.
Mohd Nasri Rusydi Yusof yang berusia 19 tahun sedang dalam perjalanan ke Bandar Puteri Jaya, namun ketika tiba di tempat kejadian, motosikal Yamaha RXZ yang ditungganginya gagal dikawal.
Memetik laporan dari portal Harian Metro, insiden yang berlaku pada jam 12.45 tengah malam itu mengakibatkan mangsa tercampak dan lehernya terkena simen penghadang jalan.
Menurut jurucakap polis, akibat dari hentakan itu kepala dan tubuhnya terpisah sejauh 40 meter dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Tambahnya lagi, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment